{"url": "https://studentportal.my/pantun-hari-guru/", "title": "Koleksi Pantun Hari Guru Yang Sering Digunakan", "body": "\n\n\n\n\n\nSempena sambutan Hari Guru yang bakal berlangsung tidak lama lagi, murid boleh memeriahkan sambutan tersebut dengan memberikan pantun Hari Guru.\nSambutan Hari Guru disambut di seluruh negara pada 16 Mei setiap tahun menghargai jasa dan pengorbanan para guru di seluruh negara.\nAntara objektif Hari Guru disambut adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nMenitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.\nMenarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.\nMemupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.\nMeninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.\nMemberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.\nMenilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.\n\n\nSenarai Pantun Hari Guru\nSenarai pantun yang boleh digunakan adalah seperti berikut:\n\nTujuh belas tahun rindu tersemat,Tanjung Aru tempat berjumpa, Enam belas Mei tarikh keramat, Jasa guru jangan di lupa.\nAnak kancil pergi berguru, Tidak terbiasa kerja yang sia, Dari kecil diasuh guru, Agar dewasa menjadi manusia.\nHendak berburu ke luar kota, Seluas alam bumi terentang, Tanpa guru siapalah kita, Ibarat malam tanpa bintang.\nJalan ke barat berpilin-pilin, Cuaca redup menawar duka, Guru ibarat cahaya,Menyuluh hidup tiap ketika.\nAngin menderu dengan sepoinya, Di anak tangga duduk berperikan,Kasih guru akan muridnya, Masa dan tenaga rela korbankan.\nMeski Utarid kabur pandangannya, Hanya percaya kuasa Tuhan, Kasih murid akan gurunya, Gapai jaya di hari depan.\nPutik baru mekar di laman, Kembang kudup kumbang terikat, Hargai guru sepanjang zaman, Agar hidup beroleh berkat.\nBerburu ke padang datar,Dapat rusa belang kaki.Berguru kepalang ajar,Bagai bunga kembang tak jadi.\nTampak berbekas rindu tersemat, Tanjung Aru tempat berjumpa, Enam belas Mei tarikh keramat, Jasa guru jangan di lupa.\nABC dan Alif Ba Ta,Satu dua tiga dan empat,Selalu cikgu ajar kita,Dilatih tubi sampai depat.\nSatu dua tiga empat,Lima enam tujuh lapan,Dilatih tubi sampai dapat,Apabila depat maju ke depan.\nLima enam tujuh lapan,Rajin belajar cepat maju,Apabila dapat maju ke depan, Terima kasih banyak Cikgu!\nBetik masak lebat dipangkal,Penuh kapal bawa belayar,Baik budi panjang akal,Hormat guru tekun belajar.\nManis rasanya buah delima,Masak sebiji dicelah daun,Budi guru saya terima,Jadi kenangan bertahun-tahun.\nPohon kelapa tegak berdiri,Kelapa ditanam tepi bangunan,Ilmu di dunia terus dicari,Jasa guru dilupa jangan.\nPergi memburu di hutan lama,Depat rusa waktu pagi,Kalau ilmu ku dapat sama,Usaha guru ku sanjung tinggi.\nPakai baju warna biru,Pergi ke sekolah pukul satu, Murid sentiasa hormatkan guru, Kerana guru pembekal ilmu.\nPasang surut berhenti dulu,Sudah pasang baru berangkat,Orang patut menghormati guru, Petua dipegang ilmu diingat.\nIstana kota sebelas langkat, Tempat baharu Nakhoda Pekan, Sama kata sama sepakat, Hari guru mari raikan. \n\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai sambutan Hari Guru, layari laman\n\nSambutan Hari Guru 2023: Tarikh & Tema Sambutan\nhttps://www.pnm.gov.my/yangpertama/Edu_Guru1.htm.\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/i-online-ptptn/", "title": "I-Online: Semak Baki Pinjaman PTPTN Secara Online", "body": "\n\n\n\n\n\nPeminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)\u00a0boleh membuat semakan baki pinjaman dengan mudah secara atas talian sahaja melalui sistem I-Online. \nIni memudahkan para peminjam untuk menyemak baki terkini pinjaman tanpa perlu ke pejabat PTPTN yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka.\nSelain semakan baki pinjaman, peminjam juga boleh melihat ansuran bulanan dan melihat perincian pinjaman melalui portal I-Online.\nMengenai PTPTN\nPTPTN\u00a0ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan mula beroperasi pada 1 November 1997.\nFungsi utama agensi ini adalah menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi.\nBagi membiayai pengajian di peringkat tinggi, pinjaman ini merupakan antara pilihan yang boleh dimohon pelajar bagi memastikan mereka dapat mengikuti pengajian sehingga tamat.\nPinjaman pendidikan yang ditawarkan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. \nCara Membuat Semakan\nSemakan boleh dibuat dengan mudah menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\n\n\n\n1. Layari laman web I-Online iaitu https://www.ptptn.gov.my/ionline/.\n\n2. Masukkan kad pengenalan dan kata laluan.\n\n3. Klik butang \u201cLog Masuk.\u201d\n\n4. Sekiranya terlupa kata laluan, klik butang \u201cLupa Kata Laluan\u201d untuk mendapatkan kata laluan baru melalui emel.\n\n5. Di bahagian \u201cMenu,\u201d klik \u201cPenyata Baki\u201d atau \u201cPenyata Baki Terperinci.\u201d\n\n6. Penyata baki dipaparkan. \nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai I-Online, sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-yayasan-kebajikan-siswa-keluarga-malaysia-b40-um/", "title": "Bantuan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia B40 UM", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia telah menawarkan bantuan kepada pelajar Universiti Malaya (UM) B40 Bukan Beragama Islam Semester 1 Sesi 2022/2023 yang memerlukan menerusi Bantuan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia.\nYayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia merupakan yayasan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato\u2019 Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 29 Oktober 2021.\nYayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia ini berfungsi sebagai satu badan rasmi yang berupaya mengurus dan menyelaras hal ehwal kebajikan mahasiswa secara bersepadu khususnya dalam konteks penjanaan dan penyaluran dana bantuan kebajikan kepada mahasiswa.\nPenubuhan yayasan ini adalah hasil cetusan daripada pertemuan perwakilan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dengan kepimpinan tertinggi Negara pada 30 Jun 2020.\nTerdapat tiga objektif penubuhan yayasan ini iaitu:\nUntuk mewujudkan satu entiti khusus bagi pengurusan kebajikan dan penyaluran bantuan secara bersepadu.Memperkasa peranan dan kebolehupayaan wakil MPPK.Sebagai satu wahana bagi melaksanakan inisiatif kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa merentasi IPT.\nMatlamat Penyaluran Bantuan\nPermohonan bantuan\u00a0ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar UM yang Bukan Beragama Islam dalam kalangan B40 untuk tujuan pendidikan mereka.\n\n\n\n\nAdalah diharapkan bantuan ini mampu meringankan sedikit beban pelajar-pelajar ini untuk meneruskan pengajian mereka di universiti ini.\nPemohon yang berminat boleh membuat permohonan segera sebelum 2 November 2022.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan bagi pelajar yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\nPendapatan ibu bapa kurang daripada RM2,000.00.Pelajar yang menerima biasiswa/bantuan pinjaman kurang daripada RM4,000.00 setiap semester.Adik-beradik yang masih belajar melebihi 3 orang.Ibu bapa meninggal dunia/bercerai/OKU.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan bantuan ini boleh dirujuk menerusi panduan di bawah:\nIsi borang permohonan di Google Form ini iaitu https://forms.gle/byziiP9Ub8KSHFJg8.Lengkapkan semua maklumat permohonan.Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap.Klik \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia, sila layari https://www.facebook.com/profile.php?id=100042219671385.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-kemasukan-mrsm/", "title": "Semakan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 2023/2024", "body": "\n\n\n\n\n\nPihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka semakan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan 4 2023/2024 mulai 7 Mac 2023.\nUntuk makluman, kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 ini adalah melibatkan 6 program MRSM yang ditawarkan di seluruh negara.\nUntuk tahun ini, pihak MARA menerima 90,018 permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023, manakala kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 adalah seramai 7,169 murid, manakala Tingkatan 4 pula sebanyak 2,109 pelajar.\nSemakan kemasukan ini hanya boleh dibuat secara online bermula pada 8 malam 7 Mac 2023.\n\nPengenalan MRSM\nMRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.\nVisi MRSM\nMenjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.\nMisi MRSM\nMelahirkan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.\n\n\n\n\nProgram MRSM\nTerdapat enam program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dilaksanakan di MRSM seperti berikut:\n\nCara Membuat Semakan MRSM 2023\nSemakan kemasukan untuk Tingkatan 1 dan 4 ke MRSM boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web semakan kemasukan berikut mengikut tingkatan:\u2013 Tingkatan 1:\u00a0https://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf1/\u2013 Tingkatan 2:\u00a0https://mrsm.mara.gov.my/MARATawaranf4/\nMasukkan no kad pengenalan tanpa \u2018-\u2018\nKlik butang \u2018Log Masuk.\u2019\nKeputusan permohonan kemasukan dipaparkan.\n\nTindakan Bagi Status Berjaya\nUntuk pemohon yang berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka perlu membuat beberapa tindakan berikut:\n\nMembuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran.\nMemuat turun dan mencetak surat tawaran, panduan pendaftaran MRSM, senarai semak dan lampiran Borang A, Borang Deklarasi COVID-19, Borang Maklumat Pelajar, dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.\nMelengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa hari pendaftaran.\nMembuat bayaran yuran pendaftaran sehingga sebelum hari pendaftaran.\n\nBaca juga: Cara Membuat Rayuan Kemasukan MRSM 2023/2024\nMaklumat & Pertanyaan Lanjut Tentang Semakan Kemasukan MRSM\nPertanyaan lanjut mengenai semakan kemasukan MRSM, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/.\nBaca juga: \n\nAplikasi MARAeps: Bayar Yuran Pengajian MRSM Secara Online\nBUDI MARA: Bantuan Pendidikan Pelajar MRSM B40\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-am-persekolahan-maiwp/", "title": "Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAIWP Ting 6 Semester 1", "body": "\n\n\n\n\n\nBermula 19 Julai 2022, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan Bantuan Am Persekolahan kepada Tingkatan 6 Semester 1 untuk sekolah luar Wilayah Persekutuan.\nMAIWP adalah institusi telah ditubuhkan pada 1 Februari 1974 bersempena dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. \nPenubuhannya adalah untuk menjaga hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelum ini diletakkan di bawah kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal umat Islam di Labuan dan Putrajaya berikutan pengumumannya sebagai Wilayah Persekutuan masing-masing pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001. \nSalah satu bantuan yang diperkenalkan oleh MAIWP adalah Bantuan Am Persekolahan yang diperkenalkan khusus kepada Tingkatan 6 Semester 1 yang bersekolah di sekolah luar Wilayah Persekutuan.\nOleh itu, pelajar Tingkatan 6 Semester 1 yang memerlukan bantuan boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan dan borang permohonan perlu dihantar sebelum 19 Ogos 2022.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk bantuan am ini adalah seperti berikut:\nBeragama Islam.Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap.Tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan.Telah menerima surat tawaran Tingkatan 6 Semester 1 2022.\nCara Memohon\nPermohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi cara berikut:\nLayari laman web iaitu https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/68-bantuan-am-persekolahan.Muat turun borang permohonan.Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.Pastikan semua maklumat diisi.Hantar borang permohonan sama ada ke Cawangan PAZA MAIWP atau Kaunter Tingkat 1 HQ MAIWP atau MAIWP Putrajaya (bagi Permohon Yang Menetap di Wilayah Persekutuan Putrajaya).\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Am Persekolahan, sila hubungi pihak MAIWP di talian:\nKuala Lumpur: 019-2008458Putrajaya: 011-59496216\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/permohonan-giatmara/", "title": "GIATMARA: Permohonan Kemasukan Sesi Julai 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang TVET, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke GIATMARA bagi sesi Julai 2023.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang institusi ini serta syarat-syarat dan kelebihan menyambung pengajian di sini.\nPengenalan GIATMARA\nUntuk makluman, GIAT MARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIAT MARA Sendirian Berhad. \nPentadbiran institusi ini diletakkan di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).\nPenubuhan institusi ini juga adalah untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. \n\nSijil Yang Diperoleh GIATMARA\nSijil yang bakal diperoleh oleh pelajar adalah seperti berikut:\n\nSijil Profesional GIAT MARA\nSijil Kemahiran GIAT MARA\nSijil Profesional yang lain\n\nKluster Kursus GIATMARA\nKursus yang ditawarkan di dalam institusi pendidikan ini merangkumi kluster berikut:\n\n\n\n\n\nCluster Computer & Networking Technology\nKluster Elektrikal\nKluster Elektronik dan Mekatronik\nKluster Fabrik\nKluster Hairdressing and Cosmetology\nKluster Hospitaliti\nKluster Kulinari\nKluster Mekanikal\nKluster Pembuatan\nKluster Pengangkutan\nKluster Senibina\nKluster Creative Media\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan ini adalah seperti berikut:\n\nBumiputera.\nSihat tubuh badan.\nBoleh membaca, menulis dan minat (3M).\nBerumur dari 15 tahun dan ke atas.\nBerminat dengan bidang yang dipohon.\nTamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.\n\nCara Permohonan GIATMARA 2023\nUntuk membuat permohonan, sila muat turun borang permohonan di pautan berikut https://giatmara.edu.my/muat-turun/.\nKemudian, hantar borang permohonan tersebut di GIAT MARA yang berhampiran.\nAnda juga boleh membuat permohonan secara online melalui pautan berikut : http://gspel.giatmara.edu.my/utama\nSila rujuk lokasi di setiap negeri :\n\nDirektori GIATMARA\n\nMaklumat Lanjut Tentang Permohonan GIATMARA 2023\nMaklumat lanjut mengenai kemasukan ke GIAT MARA, sila layari laman web https://giatmara.edu.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-geografi-tingkatan-1/", "title": "Buku Teks Geografi Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku teks Geografi Tingkatan 1 ini diterbitkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Geografi Tingkatan 1 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).\nSetiap bab di dalam buku ini memfokuskan kepada keperluan pengetahuan asas tentang bentuk ciri ruang serta persekitaran dalam melahirkan murid yang bersikap positif terhadap kelestarian alam sekitar. \nDisiplin tentang ilmu geografi turut ditekankan dalam buku teks ini seperti Kemahiran Geografi, Geografi Fizikal, Geografi Manusia, Geografi Kawasan, Isu dan Pengurusan Alam Sekitar dan Kerja Lapangan.\n\nKandungan Buku Teks Geografi Tingkatan 1\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Arah\n\nArah Mata Angin\nCara Menentukan Arah Mata Angin Menggunakan Matahari\nCara Menentukan Arah Mata Angin Menggunakan Kompas\nBearing Sudutan\n\nii) Bab 2 Kedudukan\n\nKedudukan Relatif\nLatitud dan Longitud\n\niii) Bab 3 Peta Lakar\n\nCiri-ciri Peta Lakar\nSimbol-simbol dalam Peta Lakar\nPandang Darat Fizikal dan Pandang Darat Budaya\nLangkah-langkah Melukis Peta Lakar\n\niv) Bab 4 Lakaran Peta Malaysia\n\nKedudukan Negeri-negeri di Malaysia\nKedudukan Ibu Negeri, Ibu Negara dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Malaysia\n\nv) Bab 5 Bumi\n\nSistem Fizikal Bumi\nStruktur Bumi\nBenua, Lautan, Laut Utama dan Selat\nKesan Pergerakan Kerak Bumi\n\nvi) Bab 6 Bentuk Muka Bumi\n\nBentuk Muka Bumi di Malaysia\nLokasi Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Malaysia\nKepentingan Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Malaysia\n\nvii) Bab 7 Saliran\n\n\n\n\n\nPandang Darat Fizikal Peringkat Aliran Sungai\nSungai dan Tasik Utama di Malaysia\nKepentingan Sungai dan Tasik di Malaysia\n\nviii) Bab 8 Penduduk di Malaysia\n\nTaburan Penduduk di Malaysia\nFaktor-faktor yang Mempengaruhi Taburan Penduduk Malaysia\n\nix) Bab 9 Petempatan di Malaysia\n\nJenis-jenis Petempatan di Malaysia\nPola Petempatan di Malaysia\nFungsi Petempatan Bandar dan Luar Bandar\n\nx) Bab 10 Bentuk Muka Bumi dan Saliran di Asia Tenggara\n\nNegara-negara di Asia Tenggara\nBentuk Muka Bumi di Asia Tenggara\nSungai dan Tasik Utama di Asia Tenggara\n\nxi) Bab 11 Penduduk dan Petempatan di Asia Tenggara\n\nTaburan Penduduk di Asia Tenggara\nFungsi-fungsi Petempatan Bandar Utama di Asia Tenggara\n\nxii) Bab 12 Sumber Air\n\nJenis-Jenis Sumber Air\nPunca Krisis Air di Malaysia\nKesan Krisis Air di Malaysia\nLangkah Mengurangkan Kesan Krisis Air\n\nxiii) Bab 13 Sisa Domestik\n\nJenis-jenis Sisa Domestik\nSisa-sisa Domestik di Malaysia\nKesan-kesan Pembuangan Sisa Domestik di Malaysia\nLangkah-langkah Mengurangkan Kesan Pembuangan Sisa Domestik\n\nxiv) Bab 14 Panduan Kerja Lapangan\n\nPemilihan Isu atau Tajuk\nPenentuan Objektif\nPenentuan Kaedah Kajian\nCara Merekod, Mengumpul dan Menganalisis Data atau Maklumat\nCara Merumus dan Menulis Laporan\n\nBuku-Teks_Geografi-Tingkatan-1Download\nBACA JUGA :\u00a0CARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-biasiswa-zamalah-pendidikan-maik/", "title": "BZP: Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menawarkan Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK khusus kepada pelajar anak Negeri Kelantan yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta.\nProgram Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK merupakan program penajaan berbentuk biasiswa kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di IPTA atau IPTS sama ada di semester pertama dan seterusnya.\nTujuan utama program biasiswa ini diwujudkan adalah untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian di IPT Dalam Negara.\nPermohonan telah dibuka sehingga 22 April 2023 dan pelajar yang berminat boleh membuat permohonan segera.\n\nBidang Pengajian\nProgram biasiswa ini tidak terhad kepada mana-mana bidang pengajian yang bermanfaat kepada para pelajar.\nNamun, bidang perubatan tidak menjadi keutamaan untuk melayakkan bagi mendapatkan program biasiswa ini.\nSyarat Umum\nSyarat umum yang ditetapkan bagi memohon program biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\nTerbuka kepada semua pelajar lepasan SPM.\nMerupakan warga negara Malaysia yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan.\nTerdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.\nMelepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.\nTidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.\nBerumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.\nTelah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana- mana institusi tempatan (keutamaan kepada IPTA).\n\nSyarat Khusus\nSelain itu, syarat khusus bagi permohonan program ini adalah bergantung kepada peringkat pengajian:\n\n\n\n\ni) Sijil Kemahiran\n\nSKM yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah/sedang menduduki tahap 2; atau\nSijil Kemahiran lain perlu sekurang- kurangnya lulus SPM.\n\nii) Diploma\n\nPNGK 3.5 pada semester 1 dan seterusnya; atau\nBerkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada gred C dan ke atas ) 7 kredit.\n\niii) Ijazah Sarjana Muda\n\nPNGK 3.0 ke atas pada semester 1 dan seterusnya; atau\nDiploma PNGK 3.5 ke atas; atau\nSTPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 ke atas; atau\nSTAM yang setara dengan STPM; atau\nMatrikulasi/Asasi Sains/Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0.\n\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan untuk memohon program biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\nLayari portal permohonan iaitu\u00a0http://eagihan.e-maik.my/.\nPilih jenis bantuan dan masukkan no kad pengenalan.\nKlik butang \u2018Semak Kelayakan.\u2019\nMasukkan jumlah pendapatan ibu dan bapa pemohon dan klik butang \u2018Semak.\u2019\nLengkapkan permohonan dengan lengkap.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nHantar permohonan tersebut.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nSalinan Surat Beranak dan Kad Pengenalan pemohon/pasport (sekiranya berkaitan).\nSalinan Kad Pengenalan Ibu bapa/penjaga.\nSurat Beranak/Mykid/ Kad Pengenalan tanggungan ibu bapa/penjaga.\nSlip gaji/pencen/surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga (jika tidak bekerja/bekerja sendiri).\nSijil/Slip keputusan peperiksaan SMU, SPM, STAM, STPM/keputusan peperiksaan terakhir (bagi yang sedang menuntut di Institusi Pengajian).\nSalinan Surat Tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian (SKM/Diploma/ Ijazah Dalam Negara)/ Surat Pengesahan pengajian terkini.\nSalinan sijil-sijil kegiatan luar/ko kurikulum.\nSalinan sijil-sijil yang berkaitan.\nSalinan penyata akaun bank.\nBorang pengesahan maklumat pemohon.\n\nKeterangan Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK, sila hubungi 09-7421519 atau menghantar email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-insentif-pelajar-cemerlang-spm-2021-felcra-berhad/", "title": "Program Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2021 Felcra Berhad", "body": "\n\n\n\n\n\nFELCRA Berhad telah membuka permohonan Program Insentif Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 untuk anak staf, anak atau cucu peserta, anak tiri atau anak angkat yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).\nProgram Insentif Pelajar Cemerlang SPM ini diberikan bagi menghargai anak warga dan peserta FELCA yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2021 dan berjaya melanjutkan pengajian ke IPT.\nPemberian insentif ini diharap dapat memberikan galakan kepada lebih ramai anak warga dan peserta FELCRA untuk cemerlang dalam pelajaran dan seterusnya dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.\nPermohonan telah dibuka dan tarikh akhir permohonan adalah pada 18 Ogos 2022.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan untuk pemohon yang ingin memohon program insentif ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nAnak staf, anak atau cucu peserta, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan.Kelayakan kepada lepasan SPM 2021 yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT.Permohonan perlu dibuat secara atas talian.\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:\nKlik pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc1hUamx3pdnNV-aCxaLpyBpa8VAilaIa4A-IDiug81ouzF2w/viewform.Isi semua maklumat yang diperlukan.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan program insentif ini.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik dalam permohonan tersebut adalah seperti:\nSalinan slip keputusan SPM 2021.Salinan surat tawaran ke IPT.Salinan resit/bukti bayaran yuran pengajian.Salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat (jika berkaitan).\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi Pejabat Kawasan FELCRA yang berhampiran atau Bahagian Informasi Peserta dan Data, Ibu Pejabat FELCRA Berhad iaitu 03-41455000.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sumberku-kpm/", "title": "SumberKU KPM: Repositori Bahan Sokongan PdP Digital", "body": "\n\n\n\n\n\nPara guru, murid dan ibu bapa\u00a0yang ingin mendapatkan bahan sokongan bagi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) secara digital, bahan sokongan tersebut boleh diperolehi melalui repositori SumberKU yang diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nUntuk makluman, SumberKU ialah satu sistem penyimpanan digital yang mengurus, menyimpan serta menyediakan akses kepada sumber dan koleksi bahan PdP digital dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah.\nSumberKU diwujudkan sebagai pusat sehenti untuk memudahkan guru, murid dan ibu bapa mengakses pelbagai bentuk bahan PdP digital yang boleh dijadikan sebagai aktiviti pembugaran, pengukuhan dan pengayaan murid ketika berada di rumah.\n\nKeistimewaan SumberKU\nTerdapat beberapa kesitimewaan yang dinikmati oleh guru, murid, dan ibu bapa yang menggunakan repositori SumberKU ini antaranya:\n\nAkses kepada SumberKU adalah percuma kepada guru, murid dan ibu bapa tanpa dikenakan sebarang bayaran.\nSumberKU\u00a0boleh diakses melalui peranti digital seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar.\nPengguna boleh memuat turun bahan dalam repositori ini.\nCarian yang mudah dan tiada ID atau kata laluan yang diperlukan.\n\nBahan Sokongan PdP\nSumberKU juga menyediakan pautan 4 bahan sokongan PdP digital lain yang boleh diakses oleh guru, murid, dan ibu bapa iaitu:\ni) Kit Pemugaran Literasi dan Numerasi\nKit Pemugaran Literasi dan Numerasi adalah kit yang bertujuan memperkukuh kemahiran asas literasi dan numerasi dalam kalangan murid Tahap I yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi.\nModul yang terkandung dalam kit ini ialah:\n\nPanduan Umum Pelaksanaan Pemugaran Literasi dan Numerasi\nModul Asas Literasi Bahasa Melayu\u00a0\nModul Asas Numerasi Versi Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/Bahasa Cina/Bahasa Tamil.\n\nii) SELF (Student Enrichment Learning Framework)\nSELF adalah koleksi pembelajaran kendiri yang menyediakan cadangan aktiviti pengukuhan dan pengayaan untuk membolehkan semua murid membuat aktiviti dan latihan secara kendiri.\nIni bertujuan bagi memaksimumkan potensi diri serta menguasai kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari.\n\n\n\n\nKoleksi pembelajaran kendiri SELF ini melibatkan beberapa mata pelajaran iaitu:\n\nBahasa Melayu (Tahun 2 dan 3)\nBahasa Melayu SJK (Tahun 1 dan 2)\nBahasa Inggeris (Tahun 1 hingga 6)\nSejarah (Tahun 4 hingga 6)\nBahasa Cina SJKC (Tahun 1)\nBahasa Tamil SJKT (Tahun 1 dan 2)\n\niii) Strategi Mampatan, Pecutan dan Pengayaan (M2P)\nStrategi Mampatan, Pecutan, dan Pengayaan (M2P) adalah\u00a0satu pilihan strategi\u00a0yang boleh dipertimbangkan dan digunakan oleh guru untuk memastikan murid dapat menguasai kandungan kurikulum yang dihasratkan dalam tempoh yang ditetapkan.\nMelalui M2P, guru boleh memampatkan kandungan kurikulum sebagai PdP mengikut kesesuaian, kebolehan dan keperluan murid tersebut.\niv) u-Pustaka\nu-Pustaka ialah portal perpustakaan secara atas talian yang membolehkan guru, murid, dan ibu bapa mendapatkan bahan-bahan bacaan secara atas talian.\nKewujudan portal u-Pustaka adalah sinergi kolaboratif yang diwujudkan antara Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).\nCara Membuat Carian\nUntuk membuat carian repositori SumberKU, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web SumberKU https://sumberku.moe-dl.edu.my/.\nKlik bahagian \u2018Carian Bahan.\u2019\nKlik butang \u2018Proceed.\u2019\nPilih tahun/tingkatan, mata pelajaran, aktiviti, bentuk bahan, dan sasaran bahan.\nKlik mata pelajaran yang diingi tersebut.\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai SumberKU, sila hubungi Helpdesk KPMPerkasaKU di talian 03-8884 2279 atau email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pipoa/", "title": "Permohonan Kemasukan Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Orang Asli lepasan sekolah rendah adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) bagi tahun 2023.\nPIPOA merupakan pusat di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) yang memulakan operasi pentadbiran di Kuala Rompin pada 1 Januari 2011.\nMatlamat utama penubuhan pusat ini adalah:\n\nMelahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah bersesuaian dengan falsafah pendidikan negara.\nMenyediakan kemudahan pembelajaran yang sempurna dan kemudahan yang selesa kepada pelajar Orang Asli.\nMeningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli di peringkat menengah.\nMenambah bilangan cerdik pandai Orang Asli yang mendapat pendidikan yang berterusan.\nMengurangkan kadar keciciran.\nMenampung keperluan peluang belajar yang lebih luas kepada pelajar masyarakat Orang Asli yang tidak mendapat tawaran dari sekolah berasrama penuh kerajaan.\nMemenuhi keperluan program kemasyarakatan Orang Asli (program pendidikan).\n\nBagi pelajar Orang Asli yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 16 Februari 2023.\n\nLokasi Pusat\nLokasi pusat ini adalah di:\n\n\n\n\nPusat Intelek Pelajar Orang Asli,Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA),KM1, Jalan Sabak, 26800 Kuala Rompin,Pahang Darul Makmur.\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi kemasukan ke pusat ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nHanya mereka yang menepati takrifan di bawah seksyen 3 di dalam Akta 134, Akta Orang Asli 1954 yang layak memohon kemasukan ke PIPOA.\nMenandatangani borang persetujuan penerimaan dan borang perjanjian ibu bapa/penjaga dengan pengurusan asrama.\nPenempatan asrama dan sekolah ditetapkan JAKOA.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nKlik pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdE1FOFYGyt4g1F7kiwbeiavei3B1Zhpy9MQrSvP9oPNo3ZXA/viewform?fbclid=IwAR3bT3TQeS2XUHNrVAhm8OYb5pvTTgy5ZtNDPyS0MDu53BbqcDFZpMnt59g.\nIsi maklumat yang diperlukan.\nSemua maklumat hendaklah diisi dengan lengkap dan betul.\nKlik \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Unit Pendidikan Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berhampiran atau menelefon di talian tertera untuk keterangan lanjut :-\n\nPejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor: 07-224 3901\nPejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang: 09-515 6425\nPejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak/Kedah: 05-254 0009\nPejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan/Terengganu: 09-744 3488\nPejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan/Melaka: 06-763 8815\nPejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan: 03-5519 0375\nPejabat Pusat Intelek Pelajar Orang Asli, Rompin Pahang: 09-414 5053\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-pusat-pksk/", "title": "Semakan Pusat PKSK Kemasukan KV & SM Teknik 2023/2024", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi murid yang telah membuat permohonan bagi kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik bagi tahun 2023/2024, semakan bagi mengetahui Pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) boleh dibuat.\nUntuk makluman, kemasukan murid ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik adalah menggunakan PKSK iaitu satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke sekolah berkenaan. \nKemasukan ke ini adalah menggunakan kaedah\u00a0single entry point iaitu satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).\nOleh itu, murid yang telah memohon kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik akan menduduki ujian PKSK di pusat pentaksiran yang telah ditetapkan.\n\nFormat PKSK\nPelaksanaan PKSK akan menggunakan format berikut:\nPerkaraBahagian A(Kecerdasan Insaniah)Bahagian B(Kecerdasan Intelek)Bahagian C(Artikulasi Penulisan)KaedahOnlineOnlineBertulis (Bersemuka)Jenis ItemObjektif Aneka PilihanObjektif Aneka PilihanSubjektifCakupan Isi KandunganEQ, SQ, SSQIQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian MasalahTajuk DitetapkanWajaran Skor20%70%10%\nUjian PKSK\nPelaksanaan PKSK dilaksanakan dalam 3 sesi dan setiap sesi tersebut terbahagi kepada 2 fasa.\n\n\n\n\nUntuk fasa 1, calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.\nUntuk fasa 2, calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.\nSemakan Pusat PKSK\nSemakan bagi pusat PKSK untuk kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik boleh dibuat melalui pautan\u00a0https://spskt4.moe.gov.my.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke Sekolah Khusus, sila hantar email ke alamat [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/gmi-kemasukan-julai-2022/", "title": "GMI: Permohonan Kemasukan Julai 2022 Peringkat Diploma", "body": "\n\n\n\n\n\nGerman-Malaysian Institute (GMI) telah membuka permohonan kemasukan ke institut tersebut bagi sesi kemasukan Julai 2022. \nGMI ialah Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang ditubuhkan pada tahun 1991 dan menawarkan pengajian berasaskan kejuruteraan kepada para pelajar.\nPelajar yang berminat untuk memohon kemasukan ke GMI di peringkat Diploma adalah dialu-alukan memohon dan permohonan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2021 adalah diterima.\n\nKemudahan & Manfaat Yang Disediakan\nKemudahan dan manfaat yang disediakan di IPT ini adalah seperti:\nTajaan MARA: Bantuan yuran pengajian dan duit poket sebanyak RM630 setiap bulan (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).Diskaun pembayaran balik sehingga 85% (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).Kelengkapan pembelajaran praktikal.Penginapan pelajar dan persekitaran.Pembelajaran 70% praktikal dan 30% teori.Peluang melanjutkan pengajian ke universiti dalam dan luar negara.Kolaborasi bersama 14 pusat teknologi hasil.\nProgram Ditawarkan\nProgram peringkat diploma yang ditawarkan adalah seperti berikut:\ni) Jabatan Kejuruteraan Elektrik\n\n\n\n\nDiploma In Engineering Technology (Electronics & Information Technology)Diploma In Engineering Technology (Mechatronics) Diploma In Engineering Technology (Process Instrumentation & Control) Diploma In Network Security Diploma In Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution) Diploma In Autotronics Engineering Technology Diploma in Creative Multimedia Diploma in Software Engineering\nii) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal\nDiploma In Engineering Technology (CNC Precision Technology)Diploma In Engineering Technology (Machine Tools Maintenance) Diploma In Engineering Technology (Industrial Quality Management) Diploma In Engineering Technology (Manufacturing System) Diploma In Engineering Technology (Industrial Design) Diploma In Engineering Technology (Product Design & Manufacturing)\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan yang ditetapkan kepada para pemohon adalah Lulus SPM (atau percubaan SPM) dan memperoleh lebih 3 kredit termasuk: \nMatematik.Sains/mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/Teknikal.Satu subjek lain.Lulus Bahasa Inggeris.\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan permohonan iaitu https://www.gmi.edu.my/onlineapp.Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Register.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Isi maklumat permohonan yang diperlukan.Pilih program pengajian.Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke GMI, sila hubungi talian 03-8921 9164.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-kewangan-pelajar-latihan-industri-usm/", "title": "Bantuan Kewangan Pelajar Latihan Industri USM 2022 RM150 Sebulan", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang menjalani latihan industri sama ada di agensi kerajaan atau industri pada tahun ini boleh memohon bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak USM menerusi Bantuan Kewangan Pelajar Menjalani Latihan Industri di Agensi Kerajaan/Industri.\nBantuan Kewangan Pelajar Menjalani Latihan Industri di Agensi Kerajaan/Industri ini adalah di bawah Program Khas Universiti di bawah Inisiatif Tahun 2022 \u2013 Central Agencies (Programs and Facilities) di bawah Kumpulan Wang Khas Tahun 2022 iaitu \u201c2022 Programme: Internship, Competition, HEBAT\u201d.\nMenerusi program ini, peruntukan sebanyak RM50,000.00 disalurkan bagi menjayakan pelaksanaan program ini.\nOleh itu, pelajar USM yang menjalani latihan praktikal pada tahun 2022 boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan. \n\nJumlah Bantuan\nKadar bantuan kewangan yang ditawarkan menerusi bantuan ini adalah sebanyak RM150 sebulan untuk 20 hari bekerja dalam sebulan bagi tempoh maksima 3 bulan.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nPelajar yang ingin memohon perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:\nKeutamaan diberikan kepada pelajar B40.Pelajar Ijazah Pertama (sepenuh masa) yang bakal menjalani latihan industri pada tahun 2022.Pelajar yang menjalani latihan industri melebihi 2 bulan (di agensi kerajaan/industri).Hanya layak kepada pelajar yang tidak dibayar elaun atau sebarang jenis bayaran semasa menjalani latihan industri di agensi kerajaan/industri.\nCara Memohon \nPermohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah permohonan berikut:\nLayari laman pautan berikut iaitu http://hepa.usm.my/index.php/muat-turun/insentif-latihan-industri?fbclid=IwAR0PJreEF-gVOMgQvagAtwFYGG6vb_gkKLiGk6BqKffusUF_Ev6x6lClqKc.Klik butang \u2018Download\u2019 pada bahagian Borang Permohonan Bantuan Kewangan Menjalani Latihan Industri 2022 \u2013 V2.Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.Hantar borang permohonan yang lengkap diisi kepada alamat berikut:Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni,Division of Student Development Affairs & Alumni,Universiti Sains Malaysia,11800 USM.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai bantuan ini, sila hubungi Encik Ahmad Heidey Iskandar Bin Mohd Rayhan menerusi email di [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/senarai-kursus-kolej-komuniti/", "title": "Kolej Komuniti: Senarai Kursus & Lokasi Program Setiap Negeri", "body": "\n\n\n\n\n\nSelain politeknik, kolej komuniti juga menawarkan pengajian dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada lepasan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) di seluruh negara.\nUntuk makluman, kolej komuniti mula menawarkan pengajian dan TVET di Malaysia pada tahun 2001 melalui penubuhan 12 buah kolej komuniti rintis.\nKolej komuniti menawarkan laluan alternatif kepada pendidikan tertiari yang memberi penekanan kepada TVET melalui pengajian sepenuh masa.\nDi samping itu, pembelajaran sepanjang hayat melalui kursus jangka pendek turut dilaksanakan.\nLokasi Kolej Komuniti\nSebanyak 100 kolej komuniti telah beroperasi di seluruh negara merangkumi setiap negeri kecuali di Wilayah Persekutuan.\n\nSenarai Kursus Yang Ditawarkan\nBagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Kolej Komuniti, berikut merupakan senarai kursus mengikut lokasi dan negeri.\ni) Sarawak\nLokasiKursusKolej_Komuniti Kuching-Sijil Teknologi Senibina-Sijil Fesyen dan Pakaian-Sijil Pelancongan dan PengembaraanKolej_Komuniti Mas Gading-Sijil Teknologi Maklumat-Sijil LandskapKolej_Komuniti Miri-Sijil Penyenggaraan Industri-Sijil Rekabentuk DalamanKolej_Komuniti Sarikei-Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian-Sijil KulinarKolej_Komuniti Santubong-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan ElektrikKolej_Komuniti Betong-Sijil Teknologi Senibina\nii) Sabah\nLokasiKursusKolej_Komuniti Tawau-Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil Servis Kenderaan Ringan-Sijil KulinariKolej_Komuniti Lahad Datu-Sijil Pemprosesan dan Kawalan MutuMakananKolej_Komuniti Sandakan-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil Pelancongan dan PengembaraanKolej_Komuniti Beaufort-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil Kulinari-Sijil Operasi PerhotelanKolej_Komuniti Tambunan-Sijil Agro Teknologi-Sijil Servis Kenderaan Ringan-Sijil Pelancongan dan PengembaraanKolej_Komuniti Penampang-Sijil Teknologi Senibina-Sijil Pengoperasian PerniagaanKolej_Komuniti Kota Marudu-Sijil Penyelenggaraan Bangunan-Sijil Teknologi Penyejukan dan PenyamananUdaraKolej_Komuniti Semporna-Sijil Pelancongan dan Pengembaraan\niii) Kelantan\nLokasiKursusKolej_Komuniti Kok Lanas-Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan-Sijil Dandanan Rambut-Sijil Terapi Kecantikan dan SpaKolej_Komuniti Pasir Mas-Sijil Pengoperasian PerniagaanKolej_Komuniti Jeli-Sijil Fesyen dan Pakaian-Sijil PastriKolej_Komuniti Cawangan Tanah Merah-Sijil Pastri\niv) Terengganu\nLokasiKursusKolej_Komuniti Kuala Terengganu-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil Servis Kenderaan Ringan-Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan-Sijil Teknologi Senibina-Sijil Fesyen dan PakaianKolej_Komuniti Besut-Sijil Animasi 3DKolej_Komuniti Kemaman-Sijil Sistem Komputer dan RangkaianKolej_Komuniti Cawangan Setiu-Sijil Teknologi Elektrik\nv) Pahang\n\n\n\n\nLokasiKursusKolej_Komuniti Kuantan-Sijil Teknologi Pembuatan-Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan)-Sijil Teknologi Senibina-Sijil Kulinari-Sijil Operasi PerhotelanKolej Komuniti Bentong-Sijil Pengoperasian Perniagaan-Sijil Teknologi Maklumat-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil Teknologi Pembinaan BangunanKolej_Komuniti Temerloh-Sijil Teknologi Maklumat-Sijil Sistem Komputer dan Sokongan-Sijil Penyelenggaraan Bangunan-Sijil Rekabentuk dan Pembuatan Perabot-Sijil Fesyen dan PakaianKolej_Komuniti Paya Besar-Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan-Sijil Teknologi Maklumat-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan ElektrikKolej_Komuniti Rompin-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil Servis Kenderaan Ringan-Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara-Sijil Kulinari-Sijil Operasi PerhotelanKolej_Komuniti Pekan-Sijil Servis Kenderaan Ringan-Sijil Pelancongan dan PengembaraanKolej_Komuniti Jerantut-Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan-Sijil AkuakulturKolej_Komuniti Raub-Sijil Fesyen dan PakaianKolej_Komuniti Bera-Sijil AkuakulturKolej_Komuniti Cawangan Maran-Sijil Sistem Komputer dan RangkaianKolej_Komuniti Lipis-Sijil Pelancongan dan Pengembaraan\nvi) Perlis\nLokasiKursusKolej_Komuniti Arau-Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian-Sijil Sistem Komputer dan Sokongan-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil Teknologi Senibina-Sijil Fesyen dan Pakaian-Sijil Pemprosesan dan Kawalan MutuMakananKolej_Komuniti CawanganKangar-Sijil Teknologi Elektrik\nvii) Kedah\nLokasiKursusKolej_Komuniti Bandar Darulaman-Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian-Sijil Sistem Komputer dan Sokongan-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil Servis Kenderaan Ringan-Sijil Teknologi SenibinaKolej_Komuniti Sungai Petani-Sijil Servis Kenderaan Ringan-Sijil Kulinari-Sijil Operasi Perhotelan-Sijil Terapi Kecantikan dan SpaKolej_Komuniti Kulim-Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan-Sijil Perakaunan-Sijil Pengoperasian PerniagaanLangkawi Tourism [email\u00a0protected]-Certificate in Culinary Arts Joint Certificate with Taylor\u2019s University-Certificate in Food & Beverage Service JointCertificate with Taylor\u2019s University-Certificate in Room Division Joint Certificate with Taylor\u2019s UniversityKolej_Komuniti Baling-Sijil Fesyen dan Pakaian-Sijil PastriKolej_Komuniti Padang Terap-Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan ElektrikKolej_Komuniti Sik-Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu MakananKolej_Komuniti Bandar Baharu-Sijil Servis Kenderaan Ringan-Sijil PersediaanKolej_Komuniti Jerai-Sijil Pelancongan dan PengembaraanKolej_Komuniti Cawangan Jerlun-Sijil Teknologi Senibina\nviii) Pulau Pinang\nLokasiKursusKolej_Komuniti Kepala Batas-Sijil Animasi 2D-Sijil Servis Kenderaan Ringan-Sijil Teknologi Pembuatan-Sijil Teknologi Senibina-Sijil Pelukis Pelan SenibinaKolej_Komuniti Bayan Baru-Sijil Pastri-Sijil Terapi Kecantikan dan SpaKolej_Komuniti Seberang Jaya-Certificate in Industrial Internet of Things-Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan ElektrikKolej_Komuniti Nibong Tebal-Sijil KulinariKolej_Komuniti Bukit Mertajam-Sijil Fesyen dan PakaianKolej_Komuniti Tasek Gelugor-Sijil Pastri\nix) Perak\nLokasiKursusKolej_Komuniti Teluk Intan-Sijil Animasi 3D-Sijil Penyeliaan Tapak BinaKolej_Komuniti Chenderoh-Sijil Seni Visual Kreatif-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil Kulinari-Sijil Kulinari-Sijil PersediaanKolej_Komuniti Gerik-Sijil Fesyen dan Pakaian-Sijil Teknologi Maklumat-Sijil Servis Kenderaan Ringan-Sijil PersediaanKolej_Komuniti Sungai Siput-Sijil Teknologi Maklumat-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil Servis Kenderaan Ringan-Sijil Pelancongan dan PengembaraanKolej_Komuniti Pasir Salak-Sijil Teknologi Maklumat-Sijil Servis Kenderaan Ringan-Sijil Pengendalian Acara-Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan-Sijil PersediaanKolej_Komuniti Batu Gajah-Sijil Fesyen dan Pakaian-Sijil Terapi Kecantikan dan SpaKolej_Komuniti Taiping-Sijil Teknologi Pembuatan-Sijil Terapi Kecantikan dan SpaKolej_Komuniti Bagan Datuk-Sijil Penyenggaraan Motosikal (Berkuasa Tinggi)-Sijil Sistem Komputer dan RangkaianKolej_Komuniti Bagan Serai-Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan-Sijil Pengoperasian PerniagaanKolej_Komuniti Manjung-Sijil Fesyen dan Pakaian-Sijil Pembuatan Kasut dan Kraf KulitKolej_Komuniti Kuala Kangsar-Sijil PastriKolej_Komuniti Tapah-Sijil Teknologi SenibinaKolej_Komuniti RTC Gopeng-Sijil Teknologi Maklumat\nx) Selangor\nLokasiKursusKolej_Komuniti Sabak Bernam-Sijil Fesyen dan Pakaian-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu MakananKolej_Komuniti Kuala Langat-Sijil Animasi 2D-Sijil Pengoperasian Perniagaan-Sijil Aplikasi Perisian Komputer-Sijil Teknologi Maklumat-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil Rekabentuk dan Pembuatan Perabot-Sijil Pelancongan dan PengembaraanKolej_Komuniti Hulu Selangor-Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian-Sijil Sistem Komputer dan Sokongan-Sijil Pelancongan dan PengembaraanKolej_Komuniti Hulu Langat-Sijil Pengoperasian Perniagaan-Sijil Teknologi Maklumat-Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan UdaraKolej_Komuniti Selayang-Kolej Komuniti Selayang-Sijil Rekabentuk Dalaman-Sijil Kulinari-Sijil Operasi Perhotelan-Sijil PastriKolej_Komuniti Ampang-Sijil Teknologi TelekomunikasiKolej_Komuniti Kelana Jaya-Sijil Servis Kenderaan RinganKolej_Komuniti Tanjong Karang-Sijil Teknologi SenibinaKolej_Komuniti Klang-Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian-Sijil Sistem Komputer dan SokonganKolej_Komuniti Shah Alam-Sijil Rekabentuk Dalaman\nxi) Negeri Sembilan\nLokasiKursusKolej_Komuniti Jempol-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil Servis Kenderaan Ringan-Sijil Teknologi Senibina-Sijil Sistem Komputer dan RangkaianKolej_Komuniti Jelebu-Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian-Sijil Sistem Komputer dan Sokongan-Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan danPerkhidmatan)-Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan-Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu MakananKolej_Komuniti Rembau-Sijil Agro TeknologiKolej_Komuniti Tampin-Sijil Terapi Kecantikan dan SpaKolej_Komuniti Kuala Pilah-Sijil Peranti Mudah Alih\nxii) Melaka\nLokasiKursusKolej Komuniti Bukit Beruang-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil Servis Kenderaan Ringan-Sijil Fesyen dan Pakaian-Sijil Kulinari-Sijil Operasi PerhotelanKolej Komuniti Masjid Tanah-Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian-Sijil Teknologi Maklumat-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil LandskapKolej Komuniti Selandar-Sijil Pengoperasian Perniagaan-Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian-Sijil Landskap-Sijil Teknologi Penyejukan dan PenyamananUdara-Sijil PersediaanKolej Komuniti Jasin-Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan-Sijil Pengoperasian Perniagaan-Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian-Sijil Teknologi Senibina-Sijil Pelukis Pelan SenibinaKolej Komuniti Kota Melaka-Sijil Terapi Kecantikan dan Spa-Sijil Dandanan RambutKolej Komuniti Tangga Batu-Sijil Pelancongan dan Pengembaraan\nxiii) Johor\nLokasiKursusKolej Komuniti Segamat-Sijil Animasi 2D-Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil Teknologi Pembuatan-Sijil Penyelenggaraan BangunanKolej Komuniti Ledang-Sijil Pengoperasian Perniagaan-Sijil Servis Kenderaan Ringan-Sijil Teknologi Penyejukan dan PenyamananUdara-Sijil PastriKolej Komuniti Bandar Penawar-Sijil Pengoperasian Perniagaan-Sijil Teknologi Maklumat-Sijil Penyelenggaraan Bangunan-Sijil Teknologi Pembinaan BangunanKolej Komuniti Segamat 2-Sijil Teknologi Maklumat-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil Teknologi SenibinaKolej Komuniti Pasir Gudang-Sijil Teknologi Maklumat-Sijil Fesyen dan Pakaian-Sijil Pengoperasian Perniagaan-Sijil Dandanan Rambut-Sijil Terapi Kecantikan dan SpaKolej Komuniti Kluang-Sijil Servis Kenderaan Ringan-Sijil Terapi Kecantikan dan SpaKolej Komuniti Batu Pahat-Sijil Teknologi Elektrik-Sijil Pemasangan Elektrik-Sijil Teknologi Penyejukan dan PenyamananUdaraKolej Komuniti Muar-Sijil Dandanan Rambut-Sijil Terapi Kecantikan dan SpaKolej Komuniti Bandar Tenggara-Sijil KulinariKolej Komuniti Tanjung Piai-Sijil Sistem Komputer dan RangkaianKolej Komuniti Pagoh-Sijil Fesyen dan PakaianKolej Komuniti Kota Tinggi-Sijil Pelancongan dan PengembaraanKolej Komuniti Cawangan Gelang Patah-Sijil Teknologi Maklumat\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.mypolycc.edu.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/e-operasi-kpm/", "title": "Login e-Operasi KPM: Kemaskini Modul Pengurusan Guru", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah membangunkan satu sistem di bawah Sistem Pengurusan Sekolah iaitu Modul Pengurusan Guru yang dipanggil sistem e-Operasi.\nTujuan e-Operasi ini diwujudkan adalah bagi memudahkan tugas pengurusan bagi guru dan bukan guru di bawah KPM seperti tugasan kemaskini data, semakan status pertukaran lokasi dan penempatan guru.\nDengan kewujudan sistem ini, guru dan bukan guru yang ingin menjalankan perkara-perkara tersebut hanya boleh melakukannya secara atas talian, bila-bila masa dan di mana mereka berada. \nDi samping itu juga, sistem ini memudahkan setiap sektor operasi pendidikan untuk mengemaskini data dengan tepat melalui atas talian. \n\nJenis Pengguna\nSistem e-Operasi KPM ini melibatkan modul pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang terdiri daripada 2 jenis pengguna iaitu:\n\nPentadbir sistem iaitu pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah.\nPengguna iaitu sama ada guru atau bukan guru.\n\nPerbezaan pentadbir sistem dan pengguna ialah pentadbir sistem dilantik oleh KPM dan mereka sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.\nManakala pengguna pula didaftarkan oleh Pentadbir Sistem dan mereka yang telah berdaftar sahaja dibenarkan menggunakan modul ini. \nPengemaskinian Data\nTerdapat beberapa pemengemaskinian data yang perlu dilakukan melalui sistem e-Operasi antaranya: \ni) Maklumat Kakitangan\n\nMaklumat peribadi\nMaklumat pasangan\nMaklumat subjek yang diajar\nMaklumat akademik\nMaklumat sejarah perkhidmatan\nMaklumat ikhtisas\nMaklumat perkhidmatan\nMaklumat pengirisian jawatan guru dan bukan guru\n\nii. Maklumat Enrolmen\n\nEnrolmen mengikut kelas\nEnrolmen mengikut subjek\nEnrolmen ikut elektif\n\niii. Anggaran Belanja Mengurus (ABM)\u00a0Perjawatan\n\nPermohonan\nSemakan\nKelulusan\nAnalisis kelulusan/pelaksanaan\n\niv. Borang Status Kedudukan Guru (BSKG)\n\n\n\n\n\nKedudukan guru\nPengisian opsyen\nKurang/lebih mengikut opsyen\n\nv. Instrumen\n\nPenilaian seminar\nPenilaian program orientasi guru baru\n\nvi. Maklumat Subjek\n\nAnalisis pemantauan\nSubjek Elektif\nPAV\nMPV\n\nCara Penggunaan e-Operasi \nCara penggunaan sistem e-Operasi ini boleh dirujuk melalui langkah-langkah berikut:\ni) Layari laman web https://eoperasi.moe.gov.my/. Paparan laman web akan menunjukkan bahagian penting seperti bahagian log masuk, paparan mesej ralat, pengumuman, dan hak cipta.\n\nii) Klik bahagian \u2018pendaftaran pengguna.\u2019\niii) Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul dan klik butang \u2018Simpan.\u2019\n\niv) Log masuk dengan memasukkan login ID, kata laluan, dan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Login.\u2019\n\nv) Bagi pengguna, sila kemaskini semua maklumat dengan klik bahagian menu di sebelah kiri paparan.\n\nvi) Bagi pentadbir, senarai menu ditunjukkan di bahagian sebelah kiri paparan.\n\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai sistem e-Operasi ini, sila hantar email ke alamat [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/menu-rahmah-mcd/", "title": "Menu Rahmah McD: 3 Pilihan Hidangan Set McDonald\u2019s RM5", "body": "\n\n\n\n\n\nOrang ramai kini boleh mendapatkan Menu Rahmah di restoran McDonalds (McD) di seluruh negara menerusi Menu Rahmah McD serendah RM5 sahaja!\nPengenalan Menu Rahmah McD ini sebagai usaha untuk menyediakan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menikmati hidangan McDonald\u2019s dengan harga yang berpatutan, iaitu serendah RM5 sahaja.\nPelancaran Menu Rahmah bagi restoran McD ini telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub pada 8 Mac yang lalu.\n\nInisiatif Menu Rahmah\nInisiatif Menu Rahmah telah dilancarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)\u00a0pada 31 Januari 2023 bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.\nLebih menarik, Menu Rahmah menawarkan makanan dengan harga berpatutan iaitu pada harga RM5 dan ke bawah.\nPada awal pelancaran inisiatif ini, YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub menyatakan sebanyak 15,000 premis menjual makanan menyertai inisiatif tersebut.\n\n\n\n\nPelaksanaan inisiatif ini tidak melibatkan sebarang peruntukan ataupun perbelanjaan daripada kerajaan.\nPilihan Menu\nTerdapat 3 pilihan Menu Rahmah yang ditawarkan serendah RM5 di restoran McDonald\u2019s iaitu:\n\nBurger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil)\nBubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil)\nMcEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil)\n\n\nLokasi McD\nMenu Rahmah tersebut boleh didapati sepanjang hari di semua restoran McDonald\u2019s di seluruh negara.\nOrang ramai yang ingin mengetahui restoran McDonald\u2019s yang berhampiran boleh melayari laman web https://www.mcdonalds.com.my/locate-us.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Menu Rahmah di restoran McDonald\u2019s, sila layari laman web https://www.mcdonalds.com.my/company/news/mcdonalds-malaysia-perkenalkan-menu-rahmah.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-pembiayaan-pendidikan-dual-ijazah-ump-jerman/", "title": "Tawaran Skim Pembiayaan Pendidikan Dual Ijazah UMP-Jerman", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang layak berpeluang untuk menerima skim pembiayaan menerusi Skim Pembiayaan Pendidikan Program Dual Ijazah UMP-Jerman.\nSkim Pembiayaan Pendidikan Dual Ijazah UMP-Jerman adalah skim pembiayaan hasil daripada kerjasama yang terjalin antara UMP dan institusi pendidikan di Jerman yang telah melangkaui satu abad.\nMatlamat skim pembiayaan ini adalah untuk membantu pelajar UMP yang datang daripada keluarga B40 dan M40.\nPelajar yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 17 November 2022.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi skim pembiayaan ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Kategori B40 atau M40.Pelajar sekurang-kurangnya perlu memohon pinjaman PTPTN.Mempunyai rekod permohonan penajaan luar seperti MARA/JPA tetapi ia ditolak atau gagal.Kedudukan akademik PNGK 3.0 ke atas pada semester semasa.Jumlah pembiayaan yang ditaja selepas ditolak penjanaan separa daripada agensi lain seperti PTPTN.Pembiayaan adalah hanya untuk yuran pengajian dan penginapan asrama UMP sahaja.\nSyarat Penjamin\nPermohonan skim pembiayaan ini memerlukan penjamin dan syarat penjamin yang ditetapkan adalah seperti:\n\n\n\n\nPerlu dijamin oleh 1 orang sahaja.Penjamin bermastautin di Malaysia.Penjamin tidak diisytihar bankrap.Gaji bersih bulanan tidak kurang daripada 40% setelah ditolak jumlah ansuran bulanan pemohon pembiayaan.\nTatacara Memohon\nUntuk memohon, sila ikuti tatacara permohonan berikut:\nLayari laman web https://cdn.me-qr.com/pdf/2051563.pdf.Muat turun borang permohonan.Isi borang permohonan tersebut.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke pejabat Pusat Kerjasama Strategik Akademik UMP.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk disertakan adalah seperti berikut:\nKad Pengenalan (Pemohon dan Penjamin).Slip gaji/pendapatan (Penjamin).Surat tawaran UMP (Pemohon).Transkrip akademik UMP (Pemohon).Dokumen sokongan yang menunjukkan permohonan penajaan daripada agensi luar ditolak (Pemohon),\nSemua salinan dokumen yang dinyatakan seperti di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu Mukim/Ketua Masyarakat atau lain-lain yang setaraf.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan mengenai Skim Pembiayaan Pendidikan Program Dual Ijazah UMP-Jerman, sila hubungi 09-4315663/012-9831100 atau menghantar emel ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswazah-utmnexus/", "title": "Biasiswazah UTMNexus: Permohonan Biasiswa PhD UTM", "body": "\n\n\n\n\n\nUniversiti Teknologi Malaysia (UTM) telah membuka permohonan kepada mana-mana individu yang ingin mendapatkan biasiswa bagi pengajian PhD untuk memohon Biasiswazah UTMNexus.\nBiasiswazah UTMNexus ini ditawarkan kepada calon yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik sepanjang pengajian dan menyumbang kepada keunggulan bidang Penyelidikan dan Inovasi di UTM.\nBagi individu yang berminat, permohonan bagi biasiswa ini dibuka mulai 1 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.\n\nFaedah Ditawarkan\nFaedah yang ditawarkan menerusi biasiswa ini adalah seperti berikut:\nTajaan yuran pengajian bagi Semester 1 hingga 6.Elaun bulanan sebanyak RM2,250 untuk 36 bulan.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan untuk biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia berumur tidak melebihi 35 tahun daripada tarikh permohonan.Telah mendapat surat tawaran kemasukan ke Program Doktor Falsafah (sepebuh masa) bagi semester 1 2022/2023 sebelum 30 September 2022.Tidak menerima apa-apa biasiswa atau bantuan kewangan pengajian daripada mana-mana syarikat, yayasan, agensi kerajaan, atau badan penaja.Memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dalam program Sarjana.Permohonan juga dibuka kepada pelajar baharu program PhD (Fast-Track) UTM Semester 1.\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerui pautan http://pgs.utm.my/openbiasiswa/account/login.aspx selepas tarikh permohonan dibuka.\nAdalah diingatkan, pemohon hendaklah menyemak syarat kelayakan permohonan di atas sebelum membuat permohonan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Biasiswazah UTMNexus, sila hubungi Sekolah Pengajian Siswazah di talian 07-5537816/37769 atau email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tol-rahmah/", "title": "Tol Rahmah: Tarikh & Senarai Lebuhraya Tol Percuma", "body": "\n\n\n\n\n\nSempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada pengguna jalan raya menerusi Tol Rahmah.\nInisiatif Tol Rahmah ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Perpaduan Malaysia untuk membantu mengurangkan kos bayaran tol masyarakat Malaysia semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.\nPemberian tol percuma di semua lebuh raya merupakan kali pertama diberikan oleh Kerajaan kepada pengguna lebuh raya melibatkan 4 hari. \n\nTarikh Pelaksanaan Tol Rahmah Percuma\nTarikh pelaksanaan tol percuma ini akan berkuat kuasa pada tarikh berikut:\n\nBermula jam 12:01 pagi pada 19 April 2023 (Rabu) sehingga jam 11:59 malam pada 21 April 2023 (Jumaat); dan\nBermula jam 12:01 pagi sehingga jam 11:59 malam pada 24 April 2023 (Isnin)\n\nKelas Kenderaan\nPelaksanaan tol percuma menerusi inisiatif ini akan melibatkan semua kelas kenderaan. \n\n\n\n\nKaedah Pembayaran Tol Rahmah\nWalau pun tiada bayaran tol dikenakan untuk tempoh 4 hari tersebut, pengguna lebuh raya kad Touch \u201cN Go masih perlu menyentuh kad di peranti (reader) yang terdapat di lorong tol bagi membolehkan palang tol dibuka supaya pengguna melepasi plaza tol yang dilalui. \nUntuk pengguna Smartag dan RFID (kecuali di Lebuhraya Pantai Tmur 1 dan Lebuhraya Pantai Timur 2), mereka juga masih perlu memperlahankan kenderaan apabila melalui lorong tol.\nSenarai Lebuhraya\nSenarai lebuhraya yang terlibat dalam inisiatif Tol Rahmah sepanjang 4 hari ini adalah seperti berikut:\n\nLebuhraya Utara \u2013 Selatan (PLUS)\nLebuhraya Utara \u2013 Selatan Hubungan Tengah (ELITE)\nLebuhraya Seremban \u2013 Port Dickson (SPDH)\nLaluan Kedua Malaysia \u2013 Singapura (LINKEDUA)\nLebuhraya Butterworth \u2013 Kulim (BKE)\nJambatan Pulau Pinang (JPP)\nLebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)\nLebuhraya KL \u2013 Karak (KLK)\nLebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT)\nLebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)\nLebuhraya Baru Pantai (NPE)\nLebuhraya Kajang \u2013 Seremban (LEKAS)\nLebuhraya Bertingkat Ampang \u2013 Kuala Lumpur (AKLEH)\nLebuhraya Kemuning \u2013 Shah Alam (LKSA)\nLebuhraya Koridor Guthrie (GCE)\nLebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)\nLebuhraya Shah Alam (KESAS)\nLebuhraya Skim Penyuraian Trafik KI Barat (SPRINT)\nLebuhraya Damansara \u2013 Puchong (LDP)\nSistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART)\nLebuhraya Cheras \u2013 Kajang (GRAND SAGA)\nLebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)\nLebuhraya KL \u2013 Putrajaya (MEX)\nLebuhraya Duta \u2013 Ulu Kelang (DUKE)\nLebuhraya Senai \u2013 Desaru (SDE)\nLebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)\nLebuhraya KL \u2013 Kuala Selangor (LATAR)\nJambatan Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (JSAHMS)\nLebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)\nLebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)\nLebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE)\nLebuhraya Sungai Besi \u2013 Ulu Kelang (SUKE)\nLebuhraya Bertingkat Damansara \u2013 Shah Alam (DASH)\n\nInfo Lanjut\nInfo mengenai Tol Rahmah ini, sila layari laman web http://www.kkr.gov.my/ms.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bayaran-balik-pinjaman-ptptn-kelas-pertama/", "title": "Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Kelas Pertama", "body": "\n\n\n\n\n\nGraduan yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda kelas pertama akan dikecualikan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).\nPerkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perasmian Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN.\nKeistimewaan ini diberikan kepada graduan yang menamatkan pengajian bermula 2019, tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.\nIni sebagai dorongan untuk golongan berkenaan belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan terbaik dalam pengajian.\n\nSyarat Pengecualian\nSyarat pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan kelas pertama:\n\n\n\n\nMengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa.Telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT.Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.Kursus/Program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).\nCara Membuat Pengecualian\nUntuk membuat pengecualian bayaran balik ini, sila ikuti langkah berikut:\nLayari laman web PTPTN https://www.ptptn.gov.my.Klik \u2018Bayaran Balik.\u2019Klik pada \u2018Pengecualian Ijazah Kelas Pertama.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan nombor pendaftaran.Kemaskini maklumat berikut:\u2013 Maklumat pengajian\u2013 Pekerjaan\u2013 Status perkahwinan\u2013 Maklumat ibu bapa\u2013 Lain-lainMuat naik dokumen sokongan.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:\nSalinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (skrol).Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (untuk peminjam IPTS).Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan \u201cKelas Pertama\u201d pada Ijazah).Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/transkrip).\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN bagi graduan kelas pertama https://www.ptptn.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/login-espbt/", "title": "eSPBT: Login Sistem Pengurusan Buku Teks Sekolah", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk memudahkan urusan pesanan buku teks, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan satu sistem untuk tujuan pesanan buku teks pada masa akan datang iaitu Sistem Pengurusan Buku Teks (eSPBT).\neSPBT diwujudkan bagi memudahkan urusan pesanan dan pengurusan murid dan ibu bapa dalam memesan buku teks di sekolah. \nIni adalah bagi menggantikan proses manual yang lazimnya dilakukan oleh pihak sekolah dalam urusan pesanan buku teks terutamanya ketika permulaan sesi persekolahan. \nSistem ini sudah pasti menjimatkan masa pihak sekolah terutamanya para guru dalam menguruskan pesanan buku teks kepada murid-murid.\n\nProses & Tanggungjawab eSPBT\nBagi menggunakan sistem ini, terdapat proses dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pihak pentadbir sekolah bagi melicinkan pengurusan melalui eSPBT seperti:\nProses KerjaTanggungjawabKemaskini profil Guru Penyelaras SPBTSekolahGuru Penyelaras SPBTPersediaan sebelum pengisian data enrolmenmurid dan pesanan buku teks (Pra Pesanan)Guru Penyelaras SPBTPengisian enrolmen murid dan pengesahanenrolmen muridGuru Penyelaras SPBTKemaskini profil Pengetua/Guru BesarPengetua/Guru BesarPengesahan pengisian enrolmen muridPengetua/Guru BesarPengisian pesanan buku teks SPBTGuru Penyelaras SPBTSemakan ralatGuru Penyelaras SPBTPengesahan data pesananGuru Penyelaras SPBTPengesahan data pesanan sekolahPengetua/Guru BesarJanaan laporanGuru Penyelaras SPBTPengetua/Guru Besar\n \nCara Login eSPBT\nUntuk cara-cara login eSPBT, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\n\n\n\n\nLayari laman web eSPBT iaitu https://espbt.moe.gov.my/.\nMasukkan ID Pengguna (kod sekolah) dan kata laluan diikuti dengan butang login. \n\n\n3. Kemaskini profil guru SPBT sekolah dan klik butang \u2018Kemaskini\u2019 apabila semua selesai.\n\n4. Bagi pengisian data enrolmen murid dan pesanan buku teks (pra pesanan), klik butang Muatturun Format Excel untuk muat turun borang maklumat stok danunjuran enrolmen murid dan isikan maklumat yang diperlukan.\n\n5. Bagi pesanan buku teks, klik menu \u2018Pesanan\u2019 dan klik bahagian \u2018BCS Teras.\u2019\n\n6. Pilih tahun/tingkatan diikuti dengan klik \u2018Tambah Buku\u2019 dan klik tanda \u221a untuk buku yang berada dan digunakan di sekolah.\n\nPanduan lanjut: Bahan Taklimat Pesanan\nSENARAI TAJUK BAHAN1.Panduan Am Proses Pesanan Buku Teks SPBT Tahun 2023 (Kegunaan Mulai Tahun 2024)2.Borang Unjuran Enrolmen Murid Arus Perdana3.Borang Unjuran Enrolmen Murid Dual Language Programme (DLP)4.Borang Unjuran Enrolmen Murid Pendidikan Khas5.Contoh Borang Maklumat Stok Pendidikan Khas\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai eSPBT, sila hantar email ke alamat sys_e[email\u00a0protected] atau menghubungi pihak pentabir eSPBT di talian:\n\nAbd Razak Bin Mohamad Yusof: 03-8884 4312\nMaizura Binti Rejab: 03-8884 4352\nMohammad Zahid Bin Mohammad Sabri: 03-8884 4296\nMohd Hairi Bin Yusof: 03-8884 4470\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pengajian-asasi-upnm/", "title": "Permohonan Pengajian Asasi UPNM: Bakal Pegawai Kadet ATM", "body": "\n\n\n\n\n\nUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mempelawa individu warganegara Malaysia yang berkelayakan SPM untuk mengikuti Pengajian Asasi UPNM selama setahun. \nMenerusi pengajian ini, pelajar Asasi akan menerima Bantuan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebanyak RM 2,500.00 setahun.\nSelepas tamat Pengajian Asasi, pelajar layak untuk mengikuti mod Pengajian ljazah Sarjana Muda dan menyertai Latihan Ketenteraan di UPNM sebagai Pegawai Kadet (PK) di bawah tajaan ATM mulai tahun pertama pengajian.\nPK UPNM akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian dan latihan ketenteraan.\n\nFaedah Pegawai Kadet\nAntara faedah PK adalah seperti berikut:\n\nGaji dan Elaun\nImbuhan\nBonus Tahunan\nKos Pengajian, Penginapan dan Latihan Ketenteraan\nljazah dan Tauliah.\n\nProgram Asasi\nProgram Asasi yang ditawarkan adalah seperti berikut:\n\nProgram Asasi Perubatan\nProgram Asasi Kejuruteraan & Teknologi\nProgram Asasi Pengurusan dan Strategi\n\nSyarat Am\nSyarat am kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia.\nLulus peperiksaan SPM sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus matapelajaran Sejarah.\n\nPengajian Selepas Tamat Asasi\nSetelah tamat Pengajian Asasi, pelajar-pelajar yang melepasi PNGK 2.70 dan keatas, mendapat kepujian sekurang-kurangnya pengelasan C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa lnggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM, lulus saringan perubatan penuh dan memenuhi syarat-syarat pelantikan sebagai Pegawai Kadet UPNM akan dilantik sebagai PK pada tahun pertama Pengajian ljazah Sarjana Muda.\nSyarat Kelayakan Umum yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia\nJantina: Lelaki dan Wanita\nUmur berumur 17 tahun 6 bulan hingga 20 tahun pada 31 Disember 2023.\n\nSyarat fizikal yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:\n\nTinggi minimum: Lelaki 1.62 m, Perempuan 1.57 m\nBerat minimum: Lelaki 47.5 kg, Perempuan 45.0 kg\nBeza ukuran dada pernafasan: Lelaki 5 cm, Perempuan 4 cm\nBody Mass Index: 18.0 hingga 26.9\n\nKaedah Permohonan\nPemohon hendaklah memohon melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) dengan mendaftar melalui https://www.upu.moe.gov.my dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama. \nHanya pemohon yang layak mengikut syarat-syarat tertera akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di pusat pemilihan yang akan ditetapkan kelak.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai permohonan Bakal Pegawai Kadet (Pengajian Asasi UPNM, sila hubungi nombor di talian 03-4013 1425.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sijil-tahfiz-malaysia/", "title": "STM 2023: Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia", "body": "\n\n\n\n\n\nDarul Quran telah membuka permohonan bagi individu yang berkelayakan untuk memohon menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 1 bagi Tahun 2023.\nSTM merupakan sijil yang diperkenalkan oleh pada tahun 2011 sebagai satu pengiktirafan Kerajaan Malaysia kepada penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.\nProgram ini terbuka kepada semua penghafaz al-Quran yang yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran dan permohonan boleh dibuat sebelum 19 Mei 2023. dengan yuran permohonan sebanyak RM150 setiap permohonan.\n\nObjektif Pelaksanaan Sijil Tahfiz Malaysia\nObjektif pelaksanaan sijil ini adalah untuk:\n\nMemberi pengiktirafan kepada golongan penghafaz al-Quran.\nMemberi galakan kepada masyarakat Islam di Malaysia menghafaz al-Quran.\nMemberi peluang kepada golongan yang tidak mendapat pendidikan secara formal untuk mendapatkan sijil khas tahfiz.\n\nKelebihan Diperoleh\nAntara kelebihan yang bakal diperoleh bagi individu yang berjaya mendapat sijil ini adalah:\n\nMendapat sokongan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) tajaan JAKIM bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dan ke atas.\nMendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon jawatan Guru Tahfiz KPM.\n\nKaedah Penilaian\nUntuk mendapatkan sijil ini, terdapat 3 kaedah penilaian yang perlu dilalui oleh para calon iaitu:\n\n\n\n\n\nUjian Syafawi al-Quran (30 juz)\nUjian Tahriri al-Quran (30 juz)\nUjian Bertulis Pengetahuan Agama Islam\n\nSyarat Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia 2023\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nBerumur 17 tahun dan ke atas.\nTelah menghafaz 30 juzuk al-Quran.\nMengemukakan surat pengesahan/rekod hafazan 30 juzuk daripada institusi atau guru tasmi\u2019.\n\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:\n\nKlik pada link berikut https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=770.\nKlik buat turun pada bahagian Borang Permohonan.\nIsi borang permohonan tersebut.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar borang dan dokumen ke alamat berikut:PengarahDarul Quran JAKIMJalan Hamzah, Ampang Pecah44000 Kuala Kubu BharuSelangor Darul Ehsan(u.p:Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat)\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\n\nSekeping gambar ukuran pasport (dilekatkan pada borang).\nSatu salinan kad pengenalan yang disahkan.\nSatu salinan sijil tamat hafazan 30 juzuk/surat pengesahan hafazan 30 juzuk/rekod hafazan 30 juzuk yang disahkan.\n\nInfo Lanjut Sijil Tahfiz Malaysia\nInfo lanjut mengenai STM, sila layari laman web https://www.darulquran.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pdpp-bahasa-jerman-bahasa-korea/", "title": "Permohonan PDPP Bahasa Jerman & Bahasa Korea IPG 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka tawaran bagi individu yang berminat untuk memohon Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Bahasa Jerman dan Bahasa Korea sepenuh masa di Institut Pendidikan Guru (IPG) ambilan Oktober 2022. \nUntuk makluman, PDPP merupakan program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di IPG yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah menengah.\nBagi individu yang mengikuti program ini, mereka akan menlanjutkan pengajian selama 1 tahun/3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.\nIndividu yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian mulai 19 April 2022 hingga 28 April 2022.\n\nSyarat Kelayakan Asas\nIndividu yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan asas iaitu:\nWarganegara Malaysia.Sihat tubuh badan.Aktif dalam kegiatan kokurikulum.Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2022 iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1987.\nSyarat Kelayakan Akademik\nIndividu juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik iaitu:\nIjazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) atau Institusi Luar Negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)) KPM yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:\u2013 http://www2.mqa.gov.my/mqr/ \u2013 http://www2.mqa.gov.my/esisraf/Mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/Cumulative Grade Point Average (CGPA) 2.50 ke atas.Memiliki kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, di peringkat SPM/SPM (V).Memenuhi syarat bidang pengkhususan.\nSyarat Kelayakan Bidang Pengkhususan\nSelain itu, individu juga perlu memenuhi syarat kelayakan bidang pengkhususan yang ditetapkan iaitu:\n\n\n\n\ni) Bahasa Jerman\nMemiliki tahap kecekapan minimum bahasa Jerman B2 atau TDN 3 dalam Test Deutsch als Fremdsprache (TestDaF).Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Jerman/UA yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).\nii) Bahasa Korea\nMemiliki tahap kecekapan bahasa Korea dalam Test of Proficiency in Korean (TOPIK 3).Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Korea/UA yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).\nIndividu Tidak Layak Memohon\nIndividu yang tidak layak memohon program ini adalah seperti berikut:\nIndividu yang sedang mengikuti program ikhtisas di mana-mana institusi pengajian tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Individu yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.Individu yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG KPM dan gagal dalam peperiksaan atau ditamatkan daripada program pengajian.Individu yang diisytiharkan muflis.Individu yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.Individu yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.\nCara Memohon\nPemohon boleh membuat permohonan secara atas talian melalui pautan https://mypdpp.moe.gov.my/ba bermula 19 April 2022. \nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai PDPP Bahasa Jerman dan Bahasa Korea di IPG, sila hubungi Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar IPG di talian 03-8312 6720/6693/6731/6768/6719/6760 atau email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/egtukar/", "title": "eGTukar: Permohonan Pertukaran Guru Sekolah KPM", "body": "\n\n\n\n\n\neGTukar adalah sistem pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah) dan guru.\nSistem adalah merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS),Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.\nSistem ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.\n\n\n\nKategori Pengguna\nTerdapat dua pengguna utama sistem eGTukar ini iaitu guru dan pentadbir sistem:\n\nGuru: Hanya pengguna (guru) yang telah didaftarkan oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan sistem ini.\nPentadbir sistem: Hanya pentadbir sistem yang telah dilantik sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan oleh KPM. \n\nKriteria Pertukaran\nKriteria pertukaran yang melayakkan guru untuk memohon pertukaran adalah seperti berikut:\n\nKekosongan jawatan\nKepentingan perkhidmatan\nKeperluan opsyen di negeri yang dimohon\n\nJenis Guru Layak Memohon\nTerdapat beberapa jenis guru yang layak memohon pertukaran melalui eGTukar iaitu:\n\nGuru Cemerlang\nGuru Tingkatan 6\nGuru Penolong Gred DG29\nDG32 (KUP Time-based)\nDG34 (KUP Time-based)\nDG38 (KUP Time-based)\nDG41\nDG42\nDG44 (KUP Time-based)\nDG48 (KUP Time-based)\nDG52 (KUP Time-based) \nDG54 (KUP Time-based) sahaja\n\nCara Login eGTukar\nUntuk login eGTukar, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\n\n\n\n\nMasukan ID Pengguna, Kata Laluan, No. Kad Pengenalan dan kemudiannya klik \u2018OK.\u2019\nSetelah berjaya masuk, klik \u2018Permohonan.\u2019\nIsi maklumat permohonan dengan lengkap.\nMuat naik dokumen yang diperlukan\nKlik \u2018Hantar\u2019 setelah selesai melengkapkan permohonan.\nCetak permohonan untuk rujukan.\n\nSoalan Lazim\nBilakah keputusan permohonan pertukaran akan diumumkan? Tarikh keputusan permohonan akan diumumkan melalui laman web eGTukar secara dalam talian. Apakah tempoh yang melayakkan seseorang itu lulus permohonan untuk bertukar? Kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan, dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri dipohon. Adakah pertukaran suka sama suka boleh dilaksanakan? Tiada pertukaran suka sama suka dilaksanakan. Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 1975 Panduan Pertukaran Guru. Bolehkan saya membuat rayuan sekiranyan permohonan saya tidak diluluskan? Keputusan adalah muktamad dan tiada permohonan rayuan dibuka. Para guru dinasihatkan untuk membuat permohonan baharu pada sesi pertukaran akan datang. \nMaktlumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai eGTukar, sila layari laman web https://epgo.moe.gov.my/. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/upuonline/", "title": "Semakan Permohonan & Rayuan UPUOnline Lepasan SPM 23/24", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi 2023/2024 menerusi sistem UPUOnline, semakan permohonan dan rayuan bagi status tidak berjaya boleh dibuat mulai 7 Julai 2023 jam 12.00 tengah hari. \nUntuk makluman, UPUOnline ialah sistem atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi tujuan permohonan calon untuk memasuki IPT di dalam negara.\nBagi pelajar yang telah membuat permohonan sebelum ini, semakan permohonan dan rayuan boleh dibuat sehingga 16 Julai 2023, jam 5.00 petang menerusi pautan yang disediakan.\n\nKemasukan Ke IPT\nSemakan permohonan ini adalah permohonan bagi melanjutkan pengajian ke:\n\nUniversiti Awam (UA)\nPoliteknik\nKolej Komuniti\nInstitusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi, dan Diploma.\n\nTatacara Membuat Semakan UPUOnline\nSemakan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\ni) Laman Web\n\nLayari laman web berikut:\u2013 https://jpt.utm.my\u2013 https://jpt.uum.edu.my\u2013 https://jpt.unimas.my\u2013 https://jpt.ums.edu.my\u2013 https://jpt.umt.edu.my\nMasukkan maklumat yang diperlukan dan klik Semak.\nKeputusan permohonan dipaparkan\n\nii) Aplikasi Telefon Pintar\nSemakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar UPUPocket yang boleh dimuat turun di platform:\n\n\n\n\n\nGoogle Play Store\nApple App Store\nHuawei App Gallery\n\nSetuju Terima Tawaran\nBagi pelajar yang berjaya dalam permohonan mereka, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 8 Julai 2023\u00a0setelah pelajar membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.\nPengesahan tersebut boleh dilakukan di lawan wen IPTA atau ILKA yang terlibat setelah pelajar membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.\nPermohonan Rayuan\nUntuk pelajar yang gagal mendapat tawaran program pengajian, mereka boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari mulai 10 hari mulai 7 Julai 2023, jam\u00a012.00 tengah hari sehingga 16 Julai 2023, jam 5.00 petang.\nBagi kemasukan ke UA, rayuan boleh dibuat menerusi pautan https://upu.mohe.gov.my dan untuk rayuan ke Kolej Politeknik dan ILKA, rayuan boleh dilakukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.\nTawaran tempat bagi sesi akademik 2023/2024 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program mahupun pertukaran institusi tidak dibenarkan.\nDasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan. \nPertanyaan Lanjut UPUOnline\nPertanyaan lanjut mengenai semakan permohonan dan rayuan melalui UPUOnline sesi 2023/2024, sila hubungi:\n\nNo Tel: 03-8870 8200\nEmail: [email\u00a0protected]\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-biasiswa-ijazah-pertama-cagamas/", "title": "Permohonan Program Biasiswa Ijazah Pertama Cagamas", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang sedang menyambung pengajian bagi Ijazah Pertama dalam Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara boleh mendapatkan biasiswa menerusi Program Biasiswa Ijazah Pertama Cagamas.\nCagamas Berhad (Cagamas), Perbadanan Cagaran Malaysia adalah institusi yang telah ditubuhkan pada tahun 1986 untuk menggalakkan pemilikan rumah dan memajukan pasaran gadai janji sekunder di Malaysia.\nInstitusi ini berperanan menerbitkan bon dan sukuk korporat untuk membiayai pembelian pinjaman perumahan daripada para pemberi pinjaman utama.\nNamun, institusi ini juga menawarkan biasiswa bagi anak-anak muda Malaysia yang layak dan memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran mereka.\nBagi pelajar yang berminat, permohonan boleh dibuat secara online sehingga 22 Julai 2022 dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.\n\nPerincian Biasiswa\nSecara umumnya, program biasiswa ini akan membiayai semua yuran dan elaun sehingga RM20,000 setahun untuk pelajar yang mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama sehingga 4 tahun di dalam negara merangkumi:\nBantuan kewangan sehingga RM10,000 setahun bagi yuran pengajian dan yuran-yuran lain termasuk yuran asrama, atau kos sebenar, yang mana lebih rendah.Bantuan kewangan sehingga RM2,000 setiap semester bagi elaun alat bantuan pembelajaran termasuk buku, komputer, alat tulis dan peralatan lain atau sehingga RM4,000 setahun.Bantuan kewangan sehingga RM6,000 setahun bagi elaun sara hidup atau RM500 sebulan.Program Induksi: Program induksi akan diberikan kepada semua penerima Anugerah Biasiswa Cagamas untuk memastikan para penerima biasiswa memahami mandat, visi, misi dan nilai-nilai Cagamas.Mentoring: Setiap penerima biasiswa Cagamas akan diberikan seorang \u201cmentor\u201d daripada Kumpulan Pengurusan Kanan dan Kumpulan Pengurusan yang terpilih untuk menyediakan bimbingan yang konsisten dan berterusan sepanjang tempoh pengajian. Ini bagi memastikan bahawa para penerima biasiswa mempunyai sokongan yang diperlukan dan dapat memanfaatkan pengalaman mentor mereka.\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak memohon program biasiswa ini adalah seperti berikut:\nPentadbiran PerniagaanKewangan/Kewangan IslamPerbankan dan Pengurusan KewanganEkonomi/Ekonomi Kewangan AntarabangsaStatistikMatematikSains AktuariUndang-undang/Undang-undang ShariahSains Komputer/Teknologi InformasiSumber ManusiaPengurusan RisikoBidang Berasaskan Teknologi yang berkaitan dengan Industri Kewangan\nSenarai IPT Layak Memohon\nPelajar yang menyambung pengajian di IPT di bawah layak untuk memohon:\n\n\n\n\ni) Universiti Awam\nUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Malaya (UM)Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Universiti Malaysia Sabah (UMS)Universiti Malaysia Pahang (UMP)Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Universiti Utara Malaysia (UUM)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Teknologi Mara (UiTM)Universiti Sains Malaysia (USM)\nii) IPTS\nMultimedia University (MMU)Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)\u00a0Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)Universiti Selangor (UNISEL)Tunku Abdul Rahman University College (TARC)\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi permohonan program biasiswa ini adalah seperti berikut:\nPelajar mestilah warganegara Malaysia berusia di bawah 25 tahun.Gabungan jumlah pendapatan isi rumah maksima tidak melebihi RM4,000.00.Pelajar mestilah mempunyai keputusan akademik yang baik dalam SPM/STPM atau setaraf (dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris).Pelajar sepenuh masa dan telah mendapat kemasukan ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan di sini, yang telah diluluskan dan diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), di sebuah kolej atau universiti di Malaysia seperti yang diluluskan oleh Cagamas;Tidak berada dalam kedudukan untuk mengambil kursus tanpa bantuan kewangan.Tidak menerima apa-apa biasiswa atau bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan.Tidak ditamatkan atau tidak lagi menerima sebarang biasiswa atau bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, disebabkan tindakan tatatertib terhadap pemohon.Permohonan hanya akan dipertimbangkan jika mereka memenuhi kriteria kelayakan, bidang pengajian khusus dan senarai kolej atau universiti yang diluluskan oleh Cagamas.\nPemberhentian Biasiswa\nPemberhentian biasiswa akan dibuat sekiranya berlaku perkara berikut:\nTidak dapat meneruskan pengajian atas sebab apa pun.Gagal mencapai 3.00 bagi Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dalam mana- mana semester.Gagal untuk mengekalkan kelakuan yang selaras dengan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kolej atau universiti dan diletakkan dalam tempoh percubaan; atauMelanggar mana-mana terma dan syarat perjanjian biasiswa Cagamas.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan boleh dirujuk seperti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web biasiswa iaitu https://scholarship.cagamas.com.my/bm.Klik butang \u201cDaftar.\u201dIsi maklumat pendaftaran dan klik butang \u201cSubmit.\u201dLog masuk dengan memasukkan emel dan kata laluan.Isi dan lengkapkan permohonan seterusnya.\nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai Program Biasiswa Ijazah Pertama Cagamas, layari laman web https://scholarship.cagamas.com.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-dermasiswa-pelajar-ipt-tahfiz-pondok-2023/", "title": "Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT/Tahfiz/Pondok MUIP 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)/Tahfiz/Pondok daripada Negeri Pahang dialu-alukan untuk memohon Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT/Tahfiz/Pondok daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).\nUntuk makluman, Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT/Tahfiz/Pondok yang diwujudkan oleh MUIP ini bertujuan untuk mencapai dua objektif iaitu:\n\nMembantu pembiayaan pendidikan pelajar.\nSebagai kemudahan dan galakan.\n\nPelaksanaan bantuan dermasiswa ini diharap dapat membantu pelajar IPT/Tahfiz/Pondok meneruskan pengajian mereka sehingga tamat.\nPelajar yang berminat untuk mendapat bantuan ini boleh membuat permohonan secara atas talian sebelum 16 Jun 2023.\n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang akan diberikan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nDiploma/Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam): RM1,200\nDiploma/Ijazah Sarjana Muda (selain Pengajian Islam): RM800\nTahfiz/Pondok: RM2,400\nIjazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (ada tajaan) Negara Mesir: RM1,200 sehingga RM3,000\nIjazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (tiada tajaan) Negara Mesir: RM6,000 sehingga RM9,000\nIjazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (ada tajaan) Negara Jordan: RM1,200 sehingga RM3,000\nIjazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (tiada tajaan) Negara Jordan: RM7,000 sehingga RM10,000\nLain-lain negara: RM1,200 sehingga RM4,000\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:\n\nPemohon adalah beragama Islam.\nMerupakan rakyat negeri Pahang atau pemastautin negeri Pahang.\nPemohon sedang mengikuti pengajian di peringkat pondok/Thafiz/Diploma atau Sarjana Muda sepenuh masa sahaja.\nPemohon telah lulus keputusan peperiksaan tahun atau semester terkini. \n\nSyarat Tambahan\nUntuk pelajar pondok, syarat tambahan dikenakan mereka yang ingin memohon iaitu: \n\nUmur pemohon mulai 13 tahun hingga 25 tahun sahaja.\nPusat pengajian atau pondok yang berdaftar dengan jabatan/majlis ugama islam negeri sahaja.\nJumlah Dermasiswa MUIP yang telah diterima setakat 3 kali sahaja.\n\nCara Memohon\nUntuk memohon bantuan dermasiswa ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web iaitu https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/index.php.\nKlik bahagian \u2018Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.\u2019\nKlik bahagian \u2018Daftar sebagai Pengguna Baharu.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Proses Penddaftaran Pengguna.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan kad pengenalan dan kata laluan.\nBuat permohonan sehingga tamat.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa Pelajar IPT/Tahfiz/Pondok, sila layari laman web http://www.muip.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bayaran-pinjaman-ptptn-potongan-gaji/", "title": "Cara Buat Bayaran Pinjaman PTPTN Melalui Potongan Gaji", "body": "\n\n\n\n\n\nPeminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh membuat permohonan pembayaran balik pinjaman melalui potongan gaji.\nPembayaran balik pinjaman PTPTN melalui potongan gaji merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh peminjam tanpa perlu pergi ke mana-mana pejabat agensi ini untuk menjelaskan pinjaman. \nLangkah ini juga memudahkan peminjam untuk membayar balik pinjaman tanpa terlepas membuat pembayaran pada setiap bulan.\nMalah, peminjam kini boleh menikmati diskaun yang disediakan oleh kerajaan jika membuat pembayaran balik pinjaman secara potongan gaji.\nMengenai PTPTN\nPTPTN ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. \nFungsi agensi ini adalah untuk:\n\nMenguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi.\nMengutip bayaran balik pinjaman\nMenyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan\nMelaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada agensi ini oleh mana-mana undang-undang bertulis.\n\nCara Membuat Permohonan\nUntuk membuat permohonan bayaran balik pinjaman ini melalui potongan gaji, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web iaitu https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/.\n\n\n2. Masukkan no kad pengenalan untuk membuat carian. \n\n\n\n\n\n3. Klik mohon pada status permohonan.\n\n4. Pilih nama majikan menerusi senarai yang diberikan. \n\n5. Kemaskini maklumat pemohon beserta maklumat majikan.\n\n6. Buat semakan dan hantar permohonan.\n\n7. Cetak permohonan potongan gaji yang telah dibuat.\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai pembayaran pinjaman melalui potongan gaji, sila hubungi\u00a0Eksekutif Pemasaran PTPTN di talian 03-2193 3000 atau melayari laman web https://www.ptptn.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-pendidikan-mahsa-university/", "title": "Permohonan Biasiswa Pendidikan MAHSA University", "body": "\n\n\n\n\n\nLembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengalu-alukan individu yang ingin menyambung pengajian dan mendapat tajaan biasiswa di MAHSA University untuk memohon Biasiswa Pendidikan Mahsa University.\nBiasiswa Pendidikan MAHSA University adalah biasiswa yang ditawarkan oleh MAHSA University bagi mereka yang berminat untuk menyambung pengajian di universiti ini terutamanya bagi asnaf Fakir dan Miskin.\nBagi individu yang berminat, mereka boleh membuat permohonan dengan mengisi link google form yang diberikan sehingga 10 Jun 2022. \n\nBentuk Tajaan\nBentuk tajaan (sepanjang pengajian) yang akan ditanggung oleh pihak universiti kepada individu yang layak adalah seperti berikut:\nYuran PendaftaranYuran PengajianAsrama\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang ditawarkan untuk biasiswa ini adalah Diploma in Business Administration.\n\n\n\n\nTempoh pengajian bagi program ini adalah selama 2 tahun bagi 4 semester.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan bagi biasiswa ini adalah seperti berikut iaitu:\nSedang bermastautin atau menetap di Negeri Kedah atau warganegara Malaysia.Pemohon berusia 17 tahun dan ke atas.Keputusan SPM minima 3 kredit dan lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.Keutamaan diberikan kepada asnaf Fakir dan Miskin.\nTatacara Permohonan\nPermohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nKlik pautan permohonan https://bit.ly/BiasiswaPendidikanMahsaUniversity. Baca maklumat dan syarat permohonan.Lengkapkan butiran yang diperlukan.Pastikan semua maklumat diisi.Klik butang \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Biasiswa Pendidikan Mahsa University, sila hubungi Bahagian Pendidikan LZNK di talian 04-7331740.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/login-ebaki-mara/", "title": "Login e-Baki MARA: Semak Baki Pinjaman Pelajaran MARA", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang mempunyai pinjaman pelajaran dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA), semakan baki pinjaman boleh dibuat melalui sistem e-Baki MARA secara atas talian.\ne-Baki MARA adalah sistem yang menawarkan beberapa perkhidmatan kepada individu yang menerima pinjaman MARA sebelum ini. \nOleh yang demikian, sistem ini memudahkan individu yang mempunyai pinjaman pelajaran MARA untuk membuat semakan baki dan mendapatkan penyataan pinjaman.\nPerkhidmatan & Akses e-Baki MARA\nMenerusi e-Baki MARA, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan dan akses terhadap perkara berikut:\n\nPenyata baki pinjaman pendidikan\nPenyata pinjaman pendidikan\nPermohonan pengurangan pinjaman pelajaran\nPermohonan emoratorium\nPembayaran pinjaman pendidikan \n\nCara Membuat Semakan\nUntuk membuat semakan baki pinjaman pelajaran MARA, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/.\nKlik pada bahagian \u2018Pengguna Baru.\u2019 \nMasukkan nombor kad Pengenalan dan klik butang \u2018Cari.\u2019\nSetelah mendaftar, log masuk pada halaman utama Portal e-Baki MARA menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.\nSenarai pinjaman pelajaran MARA dipaparkan. \n\n\nSoalan Lazim e-Baki MARA\nSaya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran pada 14hb (contoh), tapi sekarangsudah 20hb masih belum ada transaksi bayaran di akaun bank saya. Mengapa transaksi bayaran belum ada? Transaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalahuntuk bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hbbulan berikutnya. Saya lihat di e-Baki saya ada transaksi bayaran elaun sara hidup (DLES) danyuran (DLYD), tetapi kenapa di akaun bank cuma ada bayaran elaun sara hidup? Pembayaran elaun sara hidup (DLES) adalah terus kepada akaun bankpelajar manakala bermula 1 September 2016 pembayaran yuran (DLYD) pelajartajaan MARA di IPMa dan IPTS adalah terus kepada institusi pengajian masing-masing.\n\n\n\n\n Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran elaun sara hidup pertama sayaRM4,200 (contoh), tetapi kenapa di akaun bank saya, hanya menerima RM3,600(kurang RM600)? Amaun potongan RM600 adalah potongan untuk bayaran balik PinjamanPendahuluan MARA yang ditolak terus dari elaun sara hidup sebanyak RM100sebulan. Memandangkan elaun sara hidup pertama dibayar untuk tempoh 6 bulan,maka potongan pendahuluan juga dibuat untuk tempoh 6 bulan (RM100 x 6 bulan). Potongan RM100 akan terus berjalan sehingga habis baki Pinjaman PendahuluanMARA. Bilakah saya perlu membuat bayaran balik pinjaman pelajaran MARA? Bayaran balik pinjaman pelajaran MARA dijadualkan bermula bulan ke 7selepas pelajar tamat tajaan. Saya ingin menjelaskan bayaran balik, bagaimanakah cara bayaran dibuat? Bayaran balik boleh dilakukan di Pejabat MARA Daerah/Negeri yangberdekatan, Pejabat Pos, melalui potongan gaji majikan, pengeluaran KWSP ataumelalui sistem perbankan atas talian (online banking). Saya telah lulus pengajian, adakah saya layak untuk memohon penguranganbayaran balik? Ya, layak untuk memohon pengurangan bayaran balik. Peminjam bolehbuat permohonan melalui sistem e-Baki. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai sistem e-Baki MARA, sila layari laman web https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bmt-2023/", "title": "BMT 2023: Bantuan Musim Tengkujuh RM800", "body": "\n\n\n\n\n\nBerita gembira untuk pekebun kecil apabila Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 dinaikkan daripada RM600 kepada RM800.\nPengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 baru-baru ini.\nPemberian bantuan tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM256 juta yang akan memanfaatkan 320,000 pekebun kecil. \n\nMengenai BMT 2023\nBMT merupakan bantuan yang disalurkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatannya akibat musim tengkujuh yang melanda negara.\nPekebun kecil getah ialah pemilik pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri manakala penoreh bukan pemilik adalah mereka yang menoreh getah di kebun pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.\nJumlah Bantuan Bantuan Musim Tengkujuh 2023\nJumlah yang akan diberikan dalam BMT 2023 adalah sebanyak RM800.\nSyarat Kelayakan\nBagi mendapatkan bantuan ini, terdapat syarat kelayakan yang perlu dipenuhi iaitu:\n\n\n\n\ni) Pekebun kecil (pemilik pengusaha)\n\nWarganegara Malaysia sahaja.\nPekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.\nMemiliki keluasan tanah 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar secara agregat.\nPemilik tanah yang sah\nSatu 1 lot tanah hanya seorang penerima bantuan sahaja (tanpa mengira bilangan ahli kongsi).\nSeorang pekebun kecil hanya layak menerima sekali sahaja.\n\nii) Pekebun kecil (penoreh bukan pemilik)\n\nWarganegara Malaysia.\nPenoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.\nMenoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar\nMempunyai pengesahan pemilik tanah yang sah.\nSeorang penerima sahaja untuk 1 lot\nMempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.\nSeorang penoreh hanya layak menerima sekali sahaja.\n\nTatacara Semakan\nTatacara semakan status permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web eBMT iaitu\u00a0https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/.\nIsi no kad pengenalan.\nKlik butang \u2018Hantar.\u2019\nStatus permohonan dipaparkan.\n\nKaedah Pembayaran\nPara penerima yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai BMT 2023 di dalam Belanjawan 2023, sila layari laman web\u00a0https://budget.mof.gov.my/manfaat/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jawatan-kosong-guru-kafa-negeri-kelantan/", "title": "Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Negeri Kelantan 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi individu yang berminat untuk memohon jawatan kosong sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) secara kontrak di Negeri Kelantan, anda dialu-alukan memohon jawatan ini.\nKAFA ialah kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain bermula Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan mengguna pakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).\nSelain itu, elaun guru KAFA juga akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM.\nIndividu yang berminat boleh membuat permohonan dan menghantar permohonan sebelum 15 Mei 2022 iaitu pada hari Ahad.\nKadar Elaun\nKadar elaun yang ditawarkan menerusi jawatan kosong ini adalah RM1000.00 sebulan.\nSelain itu, caruman KWSP yang ditetapkan adalah 9% atau RM90.00 dan caruman PERKESO pekerja adalah RM4.75 yang dipotong daripada elaun pekerja.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan oleh pihak JAKIM adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) mempunyai sekurang-kurangnya 4 kepujian termasuk Bahasa Melayu, Pendidikan Islam/Tasawwur Islam/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Al-Qur\u2019an dan As-Sunnah.Lulus Bahasa Arab Tinggi Bahasa Arab diperingkat SPM.Lulus Sijil Sekolah Menengah Agama STAM dan yang setaraf dengannya (SMU/STU).\nNamun, keutamaan diberikan kepada:\nCalon kelahiran Negeri Kelantan.Bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah atau kelas KAFA di seluruh Negeri Kelantan. \nTatacara Memohon\nTatacara untuk memohon jawatan kosong ini adalah seperti berikut:\nLayari pautan permohonan iaitu https://www.docdroid.net/oTTtV8c/.Muat turun borang permohonan tersebut.Isi borang permohonan dengan lengkap.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan dan semua dokumen ke Pejabat Pendidikan Daerah, Unit KAFA (u/p : Penyelia KAFA).\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan.Sijil kelahiran.Sijil SPM.Sijil akademik berkaitan yang disahkan.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai jawatan kosong ini, sila hubungi Unit Pentadbiran SPKK di talian 09-695 5858.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ppn-jpa-program-penajaan-nasional/", "title": "PPN JPA: Permohonan Program Penajaan Nasional 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nProgram Penajaan Nasional (PPN) adalah penajaan yang ditawarkan kepada pelajarterbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia.\nPenajaan ini ditawarkan kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).\nPemohon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama di 10 universiti terbaik dunia di Amerika Syarikat (USA) dan 10 universiti terbaik dunia di United Kingdom (UK).\nJusteru itu, pemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 12 Jun 2023 sehingga 16 Jun 2023 secara atas talian.\n\nMekasnisme Penajaan PPN JPA (Program Penajaan Nasional 2023)\nPenajaan yang ditawarkan adalah berasaskan PBU iaitu:\n\nPinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.\nBayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.\nBayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.\nSelain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.\n\nPeringkat Pengajian\nBagi penajaan Ijazah Pertama, pelajar diberi pilihan 20 universiti yang ditetapkan dan disesuaikan berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023/2024 mengikut bidang. \nini melibatkan 20 universiti ini melibatkan tiga buah negara yang dikenal pasti iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.\nBidang Pengajian PPN JPA (Program Penajaan Nasional 2023)\nBidang pengajian yang boleh dipilih untuk menyambung pengajian adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nKejuruteraan dan Teknikal: Bidang seperti Aerospace Engineering, Civil and Structural Engineering, Security Engineering, Biomaterials Engineering\nSains dan Teknologi\nSains Sosial: Bidang yang dikenal pasti sahaja iaitu Sains Politik/Hubungan Antarabangsa, Kewangan/Perbankan, Perakaunan/Percukaian, Ekonomi, Psikologi\nIndustri Kreatif: Bidang yang dikenal pasti sahaja iaitu penerbitan filem/ TV, pengiklanan, seni reka, animasi dan kandungan digital, seni visual, penulisan kreatif.\n\nSyarat Umum\nPemohon perlulah memenuhi syarat umum yang ditetapkan iaitu:\n\nWarganegara Malaysia.\nMempunyai kesihatan yang baik.\nIbu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.\nTidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.\nMenduduki peperiksaan SPM 2022 buat kali pertama di manamana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian.\nUmur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.\n\nSyarat Khusus\nPemohon mestilah memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi mata pelajaran berikut:\n\nBahasa Melayu\nBahasa Inggeris\nMatematik\nSejarah\nMatematik Tambahan\nFizik\nKimia\nPendidikan Islam/Pendidikan Al-Quran Dan Al-Sunnah/\nPendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Moral/Usul Al-Din/AlSyariah/Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah/Turath Dirasat AlIslamiah\n1 mata pelajaran lain\n\nJika ada, pemohon mestilah memperoleh minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain.\nSenarai Universiti\nSenarai universiti yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:\n\nMassachusetts Institute of Technology (MIT) United States\nStanford University United States\nUniversity of Cambridge United Kingdom\nUniversity of Oxford United Kingdom\nUniversity of California, Berkeley United States\nImperial College London United Kingdom\nHarvard University United States\nCalifornia Institute of Technology (Caltech) United States\nGeorgia Institute of Technology United States\nCarnegie Mellon University United States\nUniversity of California, Los Angeles United States\nUniversity of Illinois at UrbanaChampaign United States\nUniversity of Texas at Austin United States\nPurdue University United States\nUniversity of Michigan-Ann Arbor United States\nThe University of Manchester United Kingdom\nPrinceton University United States\nCornell University United States\nUniversity of California, San Diego (UCSD)\n\nTatacara Permohonan PPN JPA (Program Penajaan Nasional 2023)\nPermohonan penajaan ini boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:\n\nLayari laman web permohonan\u00a0http://esilav2.jpa.gov.my.\nKlik di bahagian \u2018Daftar\u2019 dan klik \u2018Teruskan Pendaftaran.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Teruskan Pendaftaran.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nLengkapkan permohonan yang diperlukan sehingga tamat.\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan mengenai Program Penajaan Nasional (PPN) boleh dibuat menerusi talian 03-8885 3297 atau menghantar emel ke alamat\u00a0[email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cara-semakan-semula-keputusan-spm-2022/", "title": "Cara Semakan Semula Keputusan SPM 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan SPM 2022, mereka boleh membuat semakan semula keputusan SPM tersebut melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP).\nUntuk makluman, SPM adalah peperiksaan kebangsaan yang utama yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.\nPeperiksaan perlu diambil oleh semua pelajar yang akan menamatkan pendidikan menengah, atau yang telah mengikuti lima atau enam tahun sekolah rendah dan telah menyempurnakan lima tahun pendidikan menengah.\nLebih penting lagi, keputusan peperiksaan ini digunakan untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan kursus yang ingin diambil kelak.\n\nTempoh Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM\nTempoh permohonan semakan semula dibuka selama 30 hari bermula daripada tarikh pengumuman keputusan iaitu sehingga 7 Julai 2023.\nCaj Yang Dikenakan\nCaj yang dikenakan bagi semakan semula keputusan adalah RM100 bagi setiap mata pelajaran.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk semakan semula ini adalah bagi calon yang tidak berpuas hati dengan gred yang diperolehi.\nTatacara Permohonan\nPermohonan semakan semula boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\n\nLayari laman web https://elp.moe.gov.my/.\nJika belum mendaftar, klik \u201cDaftar Akaun\u201d dan buat pendaftaran.\nLog masuk dengan memasukkan emel dan kata laluan.\nBuat permohonan sehingga tamat.\n\nKeputusan Yang Dikeluarkan\nKeputusan yang dikeluarkan bagi semakan semua ini adalah sama ada:\n\nKekal: Slip keputusan sedia ada.\nBerubah:\u2013 Calon sekolah: Hubungi sekolah asal\u2013 Calon persendirian: Hubungi Jabatan Pendidikan Negeri\n\nSoalan Lazim\nBagaimanakah semakan semula keputusan boleh dibuat? Semakan semula keputusan boleh dibuat melalui laman web https://elp.moe.gov.my atau memuat turun aplikasi e-LP di Google Store atau Apple App Store. Berapa lama tempoh permohonan semakan semula dibuka? Tempoh semakan semula dibuka adalah selama 30 hari iaitu daripada 8 Jun 2023 sehingga 7 Julai 2023. Berapakah kadar caj yang dikenakan bagi semakan semula? Kadar caj yang dikenakan bagi semakan semula adalah RM100 bagi setiap subjek. Bolehkah bayaran permohonan dibuat secara tunai? Tidak. Bayaran penyemakan semula keputusan dibuat secara dalam talian sahaja. \nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai semakan semula keputusan SPM 2022, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/ atau https://elp.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pahang-pride-kid/", "title": "Pahang Pride Kid 2023: Bantuan RM300 Kelahiran Baharu", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa yang melahirkan anak di dalam tahun 2023 berpeluang untuk memohon bantuan Pahang Pride Kid 2023 berjumlah RM300.\nPahang Pride Kid merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang bagi meneruskan Program Anak Kebanggaan Pahang yang dijalankan sebelum ini.\nInisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada 25,000 bayi yang dilahirkan di Negeri Pahang.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini untuk makluman semua, khususnya rakyat Pahang.\nApakah Pahang Pride Kid 2023?\nKerajaan Negeri Pahang meneruskan program Anak Kebanggaan Pahang dengan memperuntukkan bantuan RM300 bagi setiap kelahiran:\n\nRM50 \u2013 Barangan keperluan bayi\nRM100 \u2013 Dalam bentuk simpanan akaun NURI\nRM150 \u2013 Dalam bentuk Gold Bar\n\nTujuan program ini dilaksanakan adalah bagi membantu ibu bapa yang baharu menerima cahaya mata mengharungi cabaran terutama dari sudut ekonomi dalam membesarkan anak mereka.\n\nOleh itu, ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata adalah dialu-alukan untuk memohon inisiatif ini.\nKadar Bantuan Pahang Pride Kid\nKadar bantuan yang akan diberikan adalah bernilai RM300 yang merangkumi:\n\n\n\n\n\nRM50 dalam bentuk barangan bayi\nRM100 dalam bentuk simpanan Bank Rakyat\nRM150 dalam bentuk gold bar\n\nJumlah bantuan ini meningkat berbanding tahun 2022 iaitu RM200 kepada setiap kelahiran baharu yang layak di Negeri Pahang. \nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon inisiatif ini adalah seperti berikut:\n\nBayi yang dilahirkan sebagai Warganegara Malaysia.\nBayi dilahirkan di negeri Pahang.\nDilahirkan pada tahun 2023.\n\nTatacara Permohonan Pahang Pride Kid\nPermohonan inisiatif ini boleh dibuat menerusi tatacara berikut:\n\nLayari laman web https://erakyat.pahang.gov.my/.\nKlik butang \u201cPermohonan Pahang Pride Kids.\u201d\nIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.\nKlik butang \u201cHantar.\u201d\n\nSelepas itu, ibu bapa perlu membuka akaun Bank Rakyat anak tersebut untuk memastikan bantuan simpanan Bank Rakyat dapat diterima.\nIbu bapa/penjaga yang sah perlu hadir ke bank bersama dokumen berikut untuk membuka akaun bank:\n\nKad pengenalan ibu bapa/penjaga sah\nSijil lahir bayi\nSijil Tahniah Bayi Kebanggaan Pahang 2023\nSlip pendaftaran e-Rakyat yang telah diluluskan.\n\nInfo Lanjut\nSebarang pertanyaan atau info mengenai skim bantuan / inisiatif ini 2023, sila hubungi Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang di talian 09-512 4043/09-512 4039.\nBaca juga: \n\nBMT 2023: Bantuan Musim Tengkujuh RM800\nSTR Bujang: Syarat Penerima & Jumlah Pembayaran\nCara Kemaskini Maklumat STR 2023\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pbppp/", "title": "Login PBPPP: Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk menilai dan membangunkan kompetensi, potensi dan keberhasilan guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menggubal satu sistem penilaian bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Malaysia iaitu Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).\nSecara umumnya, PBPPP merupakan sistem penilaian yang memberi fokus kepada pembangunan kompetensi, potensi, dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas PPP.\nPelaksanaan PBPPP bagi kumpulan guru dan pemimpin sekolah bermula pada tahun 2015 dan pelaksanaan menyeluruh kepada semua PPP telah bermula sejak tahun 2016. \nPelaksanaan sistem ini adalah bagi menggantikan semua penilaian prestasi termasuk fungsi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kepada semua PPP di KPM. \n\nMatlamat Pelaksanaan PBPPP\nMatlamat pelaksanaan PBPPP adalah seperti berikut:\n\nMeningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP yang berprestasi tinggi.\nPenilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi dan potensi serta keberhasilan PPP.\nMendokong aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi.\n\nKomponen Instrumen PBPPP\nTerdapat 3 komponen instrumen yang dilaksanakan iaitu Generik, Fungsional, dan Keberhasilan.\ni) Generik\nKomponen Generik dilaksanakan untuk menilai profesionalisme dan penglibatan PPP.\nMenerusi komponen ini, semua warga PPP di KPM dinilai menggunakan komponen generik yang sama.\nii) Fungsional\nKomponen Fungsional dilaksanakan untuk menilai pengetahuan dan kemahiran PPPmengikut bidang tugas dan tempat bertugas yang dijalankan.\nTerdapat lima kategori kumpulan dalam komponen fungsional berasaskan bidangtugas iaitu PdP, PT (A), PT (B), Fasilitator dan Jurulatih.\n\n\n\n\n\niii) Keberhasilan\nPenilaian Komponen Keberhasilan adalah penilaian hasil kerja utama outcome/output yang memberi impak kepada klien berdasarkan tugas dan tempat bertugas.\nPenilaian dibuat mengikut aspek dalam instrumen dan prestasi pencapaian Pegawai Yang Dinilai (PYD) yang diberikan mengikut aras penilaian sama ada Cemerlang, Baik, Sederhana, Memuaskan atau Lemah berdasarkan rubrik yang ditetapkan.\n\nPrestasi pencapaian PYD dalam PBPPP dibahagikan kepada empat kategori iaituCemerlang, Tinggi, Sederhana dan Rendah.\n\nTempoh Penilaian\nTerdapat tiga fasa penilaian sepanjang tempoh setahun pelaksanaan iaitu prapenilaian, semasa penilaian dan pascapenilaian.\ni) Prapenilaian\n\nKetua Jabatan (Pengerusi JK PBPPP) melantik ahli-ahli dalam JK PBPPP di organisasi dan mendapatkan pengesahan daripada agensi penyelia.\nJK PBPPP dan PP perlu merujuk takwim pelaksanaan PBPPP pada tahun semasa yang dikeluarkan oleh KPM dan agensi penyelia.\nPengerusi perlu mengadakan Mesyuarat JK PBPPP.\nJK PBPPP memutuskan pelantikan PP peringkat organisasi dan mendapatkan pengesahan daripada agensi penyelia.\nJK PBPPP melaksanakan taklimat/ pemakluman pelaksanaan PBPPP di peringkat organisasi pada tahun semasa.\nJK PBPPP menyediakan perancangan pengurusan penilaian PBPPP peringkat organisasi.\nPP menyediakan perancangan pelaksanaan penilaian secara individu.\n\nii) Semasa Penilaian\n\nPP1 dan PP2 berbincang dengan PYD untuk menetapkan sasaran keberhasilan.\nPP1 dan PP2 membuat penilaian secara berterusan terhadap PYD.\nPP1 dan PP2 memasukkan skor melalui sistem e-Prestasi dua kali setahun.\nPP dan PP2 memaklumkan kepada PYD berkaitan pencapaian semasa dan memberikan bimbingan untuk meningkatkan pencapaian PYD dalam tugas yang dijalankan.\nPP1, PP2 dan PYD membuat semakan semula sasaran komponen keberhasilan selepas penilaian pertama (jika perlu).\nPP1 dan PP2 menyimpan dan menghantar skor PYD melalui sistem e-Prestasi.\nPP1 dan PP2 membuat salinan borang skor dan menyerahkan salinan kepada PYD bagi setiap penilaian.\nPP1 membuat salinan penilaian borang keberhasilan dan menyerahkan salinan kepada PYD bagi setiap penilaian.\nJK PBPPP perlu memantau pelaksanaan PBPPP di organisasi masing-masing bagi memastikan pelaksanaan mengikut takwim dan prosedur yang ditetapkan.\n\niii) Pascapenilaian\n\nJK PBPPP perlu bermesyuarat untuk membuat pelarasan sekiranya wujud perbezaan markah yang tidak tekal antara PP1 dan PP2.\nJK PBPPP perlu memastikan markah akhir PYD yang telah diselaraskan dihantar melalui sistem e-Prestasi.\nPYD boleh mendapatkan markah prestasi bagi tahun penilaian melalui Sistem HRMIS selepas dimuktamadkan oleh PPSM Induk KPM.\n\nBuku-Garis-Panduan-PBPPP-Dokumen-LengkapDownload\nCara Login\nUntuk login sistem ini, sila ikuti langkah-langkah di bawah berikut:\n\nLayari laman web https://eprestasi.moe.gov.my/index.cfm.\nKlik butang \u2018Log Masuk.\u2019\nMasukkan No ID dan kata laluan yang diberikan.\nKlik butang \u2018Log Masuk.\u2019\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan makluman lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8884 7294/ 7287/ 72884.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-graduan-cemerlang-mara-2023/", "title": "GrEP 2023: Permohonan Program Graduan Cemerlang MARA", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar pasca siswazah sama ada Sarjana dan Doktor Falsafah yang cemerlang di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam atau luar negara yang ingin memohon pinjaman pelajaran, permohonan Program Graduan Cemerlang (GrEP) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah dibuka.\nProgram Graduan Cemerlang MARA adalah pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah di peringkat pasca siswazah sama ada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang ditawarkan kepada graduan yang cemerlang dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.\nPemohon yang berminat untuk memohon pinjaman pelajaran ini boleh berbuat demikian mulai 23 Mei 2023 sehingga 6 Jun 2023 secara atas talian.\n\nBidang & Sub Bidang\nPermohonan bagi pinjaman pelajaran ini dibuka bagi pelajar yang mengambil bidang dan sub bidang berikut:\n\nSenarai IPT Layak Memohon\nPelajar yang melanjutkan pengajian di IPT berikut layak memohon iaitu:\ni) IPT Dalam Negara\n\nUniversiti Awam\nGoverment Linked University (GLU)\u2013 Universiti Teknologi Petronas\u2013 Universiti Tenaga Nasional\u2013 Universiti Multimedia\nInstitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)\u2013 Asia Pacific University of Technology & Innovation\u2013 Asian Institute of Medicine, Science And Technology\u2013 Berjaya University\u2013 City University\u2013 Help University\u2013 Infrastructure University Kuala Lumpur\u2013 International Medical University\u2013 INTI International University\u2013 KDU University College\u2013 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor\u2013 Lincoln University College\u2013 Mahsa University\u2013 Management & Science University\u2013 Nilai University\u2013 Perdana University\u2013 Segi University\u2013 Sunway University\u2013 Tati University College\u2013 Taylors University\u2013 UCSI University\u2013 Universiti Tunku Abdul Rahman\u2013 University of Cyberjaya\u2013 Curtin University Malaysia\u2013 Monash University Malaysia\u2013 Newcastle University Medicine Malaysia\u2013 Swinburne University of Technology Sarawak Campus\u2013 University Of Nottingham Malaysia Campus\u2013 Universiti Kuala Lumpur\u2013 Universiti Tun Abdul Razak\u2013 International Centre For Education in Islamic Finance\u2013 Manipal International University\u2013 Asia Metropolitan University\u2013 Herriot-Watt University Malaysia\u2013 Putra Business School\u2013 Quest International University Perak\u2013 Tunku Abdul Rahman University College\u2013 Widad University College\u2013 Linton University College\u2013 Kpj Healthcare University College\u2013 University College Bestari\u2013 Kuala Lumpur Metropolitan University College\u2013 University College of Technology Sarawak\n\nii) IPT Luar Negara\nKategori NegaraNegaraKedudukanNegara Maju\u2013 United States-United Kingdom20 teratasNegara Membangun\u2013 Denmark\u2013 Sweden\u2013 Norway\u2013 Netherlands\u2013 Finland\u2013 New Zealand\u2013 Switzerland\u2013 Jerman\u2013 Kanada\u2013 Ireland\u2013 Singapura\u2013 Australia\u2013 Perancis\u2013 Jepun\u2013 Portugal\u2013 Republik Czech\u2013 Korea Selatan\u2013 Sepanyol\u2013 Itali10 teratasNegara SedangMembangun\u2013 China\u2013 Taiwan\u2013 India\u2013 Rusia5 teratas\nSyarat Umum\nPemohon perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan iaitu:\n\nPemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.\nHad umur pemohon pada 31 Disember 2023 di peringkat pengajian berikut:a) Sarjana: \u2013 Dalam Negara: Tidak melebihi 40 tahun\u2013 Luar Negara: Tidak melebihi 35 tahunb) Doktor Falsafah: \u2013 Dalam Negara: Tidak melebihi 45 tahun\u2013 Luar Negara: Tidak melebihi 40 tahun\nPemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang.\nPemohon perlulah mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.\nPemohon/ibu/bapa/penjaga/pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan UndangUndang MARA.\nPemohon tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.\nPemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.\nPemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.\n\nSyarat Akademik\nSelain itu juga, pemohon perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan iaitu:\ni) Sarjana Dalam Negara\n\n\n\n\n\nPemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu.\n\nii) Sarjana Luar Negara\n\nPemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya.\nPemohon memperolehi IELTS 6.5.\n\niii) PhD Dalam Negara\n\nPemohon memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya.\n\niv) PhD Luar Negara\n\nPemohon memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya.\nPemohon memperolehi IELTS 6.5.\n\nBagi pengajian peringkat Sarjana Senibina, pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 6 bulan.\nSelain itu, pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun.\nSyarat Program\nSyarat program yang juga perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\n\nPemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2023.\nMempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.\nUntuk pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) yang tidak memenuhi syarat ranking university by subjects layak dipertimbangkan sekiranya H-Indeks 30 dan ke atas bagi penyelia utama. H-Indeks merujuk Scopus, World of Science dan Google Scholar.\nPemohon mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara seperti dalam senarai IPT. \nPemohon mendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara seperti dalam senarai IPT. \nPemohon belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.\nKursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).\nPermohonan terbuka untuk pengajian secara sepenuh masa sahaja mengikut kursus dalam bidang terpilih.\nPemohon yang sedang bekerja pula boleh dipertimbangkan untuk pengajian secara separuh masa di dalam negara dan hanya yuran pengajian sahaja yang akan ditaja mengikut kursus dalam bidang terpilih.\nPelajar yang telah memiliki kelayakan yang sama dengan bidang yang ingin dipohon tidak akan dipertimbangkan.\n\nTatacara Permohonan Program Graduan Cemerlang MARA\nPermohonan pinjaman pelajaran ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web permohonan iaitu https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login.\nKlik butang \u2018Daftar Sekarang.\u2019\nIsi butiran yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar Akaun.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.\nLengkapkan maklumat permohonan dengan lengkap.\nKlik butang hantar permohonan.\n\nMaklumat dan Pertanyaan Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai program ini, sila layari https://www.mara.gov.my/graduate-excellence-programme-grep-5/?fbclid=IwAR3CAiehm_nL5m5c5uHmDf_j5gjbxbyhzG7EyDlNj3xed491NXpkdiSS9-A.\nSebarang pertanyaan mengenai Program Graduan Cemerlang MARA 2023, sila hantar email ke:\n\n[email\u00a0protected] (permohonan dalam negara)\n[email\u00a0protected] (permohonan luar negara)\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/gcr-gantian-cuti-rehat/", "title": "GCR: Prosedur Mohon Gantian Cuti Rehat Penjawat Awam", "body": "\n\n\n\n\n\nPenjawat Awam di Malaysia layak untuk mendapat gantian cuti rehat yang masih berbaki menerusi Gantian Cuti Rehat (GCR).\nGCR ialah adalah award wang tunai yang diberi kepada Penjawat Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.\nPerkara ini telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.\nCara Pengumpulan GCR \nPengumpulan cuti bagi tujuan gantian cuti ini adalah mengikut Peraturan 21(1)Peraturan Pencen 1980, Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa.\nKategori Layak/Tidak Layak\nPenjawat awam yang layak atau tidak untuk menerima gantian cuti ini adalah mengikut seperti berikut:\ni) Layak\n\nAnggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan).\nAnggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.\n\nii) Tidak Layak\n\nPegawai Kontrak.\nPegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.\n\nFormula Pengiraan GCR\nPemberian gantian ini adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksimum 150 hari.\n\n\n\n\nGaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.\nKenaikan GCR 2023\nDalam Bajet 2023, kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik gantian cuti ini kepada berikut:\n\nKenaikan kadar maksimum GCR daripada 160 hari kepada 180 hari\nPemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari.\n\nIni bermakna, pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award ini perlu memenuhi syarat-syarat di bawah:\n\nPegawai telah mencapai umur 45 tahun semasa permohonan dibuat.\nJumlah terkumpul GCR sekurang-kurangnya 90 hari.\nBebas daripada prosiding jenayah atau tindakan tatatertib.\nMendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.\n\nSurat-Kenaikan-GCRDownload\nPermohonan Gantian Cuti\nPermohonan boleh dibuat menerusi HRMIS dan mencetak Borang Lampiran A yang dijana oleh HRMIS.\nKetua Jabatan perlu meluluskan menerusi HRMIS dan menandatangani Borang Lampiran A yang dicetak.\n\nPanduan Pengurusan\nPanduan pengurusan GCR boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:\nPanduan-Mengurus-GCRDownload\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut, layari laman web http://www.jpapencen.gov.my/gcr.html.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cara-semak-keputusan-spm-2022/", "title": "Cara Semak Keputusan SPM 2022 Mulai 8 Jun 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan mula dikeluarkan mulai 8 Jun 2023, pada hari Khamis.\nSPM merupakan peperiksaan kebangsaan yang utama yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.\nPeperiksaan ini diambil oleh semua pelajar yang telah menamatkan pendidikan menengah, atau yang telah mengikuti lima atau enam tahun sekolah rendah dan telah menyempurnakan lima tahun pendidikan menengah.\nKeputusan peperiksaan ini digunakan untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan kursus yang ingin diikuti.\nUntuk makluman, seramai 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.\n\nObjektif Pelaksanaan SPM\nObjektif utama pelaksanaan SPM adalah persijilan mata pelajaran yang merekodkan pencapaian pelajar/calon dalam setiap mata pelajaran yang lulus sahaja berserta dengan syarat minimum lulus Bahasa Melayu.\nSPM juga penting kerana peperiksaan ini lazimnya digunakan untuk kemasukan ke institut pengajian tinggi berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran yang sesuai dengan kursus yang dipohon.\nMatapelajaran SPM\nBagi murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM, mereka akan menduduki peperiksaan yang dibahagikan kepada dua jenis matapelajaran iaitu wajib dan elektif.\nMatapelajaran wajib adalah seperti berikut:\n\nBahasa Melayu\nBahasa Inggeris/GCE O Level English\nPendidikan Islam\nPendidikan Moral\nSejarah\nMathematics/Matematik\nSains- Bagi aliran Sastera, Perdagangan dan Kesenian sahaja.\n\nUntuk matapelajaran elektif pula, ia terbahagi kepada 6 aliran iaitu:\ni) Aliran Sains Tulen\n\nMatematik Tambahan\nFizik\nKimia\nBiologi\nEnglish for Science and Technology\n\nii) Aliran Sains Tulen Agama\n\nMatematik Tambahan\nFizik\nKimia\nBiologi\nEnglish for Science and Technology\nPendidikan Al-Quran dan As-Sunnah\nPendidikan Syariah Islamiah\nTasawwur Islam\nBahasa Arab Tinggi\n\niii) Aliran Ikhtisas\n\nMatematik Tambahan\nSains\nPendidikan Al-Quran dan As-Sunnah\nPendidikan Syariah Islamiah\nTasawwur Islam\nPrinsip Perakaunan\nEkonomi Asas\nPerdagangan\nBahasa Arab Tinggi\n\niv) Aliran Sains Kemanusiaan\n\nMatematik tambahan\nFizik\nKimia\nBiologi\nEnglish for Science and Technology\nPrinsip Perakaunan\nEkonomi Asas\nPerdagangan\nGeografi\n\nv) Aliran Kesusasteraan/Kesenian\n\n\n\n\n\nSains Tambahan\nGeografi\nKesusasteraan Melayu\nLiterature in English\nKesusasteraan Cina\nKesusasteraan Tamil\nPendidikan Seni Visual\nEkonomi Rumah Tangga\nPendidikan Muzik\n\nvi) Aliran Perdagangan\n\nMatematik Tambahan\nSains Tambahan\nPrinsip Perakaunan\nEkonomi Asas\nPerdagangan\n\nCara Semak Keputusan SPM 2022\nTerdapat 3 cara yang boleh digunakan oleh murid dan ibu bapa untuk mendapatkan keputusan SPM 2022 iaitu:\n1. Melalui sekolah\nCalon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 08 Jun 2022.\nBagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan SPM akan dihantar melalui pos pada 08 Jun 2022.\n2. Dalam Talian\nSemakan keputusan peperiksaan boleh secara dalam talian boleh dibuat melalui di pautan https://myresultspm.moe.gov.my \nMurid dan ibu bapa boleh membuat semakan mulai pukul 10.00 pagi pada 08 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.\n3. Sistem Pesanan Ringkas (SMS)\nSemakan keputusan juga boleh dilakukan melalui SMS dengan menaip:\nSPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888. \nSistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 08 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.\nMaklumat Lanjut\nLayari laman web https://www.moe.gov.my/ untuk membaca kenyataan penuh mengenai keputusan SPM 2022. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pinjaman-boleh-ubah-luar-negara-tkwbns/", "title": "Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara TKWBNS 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nTabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS)\u00a0menawarkan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara bagi tahun 2022 kepada anak-anak Negeri Selangor yang menyambung pengajian di Mesir, Jordan, dan Maghribi.\nUntuk makluman, TKWBNS merupakan tabung yang diuruskan oleh\u00a0Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor\u00a0dan peruntukan yang diterima adalah daripada Kerajaan Negeri Selangor.\nPinjaman Boleh Ubah Luar Negara yang ditawarkan ini pula merupakan pembiayaan pendidikan tinggi dalam bentuk\u00a0pinjaman tanpa faedah kepada anak-anak Negeri Selangor yang melanjutkan pengajian di luar negara.\nPermohonan bagi pinjaman ini boleh dibuat mulai 28 Mac 2022 sehingga 29 April 2022 secara atas talian.\nJumlah Pembiayaan\nJumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi pinjaman ini adalah seperti berikut:\nNegaraPeringkat PengajianJumlahMesir-Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam/Arab dan sebagainya-Ijazah Perubatan/Pergigian-Ijazah Sarjana Pengajian Islam/Arab dan sebagainya RM9,600 Setahun\u00a0*Tidak dibuka untuk peringkat Doktor Falsafah-RM 6,500 setahun-RM15,000 setahun-RM 9,600 setahunJordan/MaghribiUntuk semua peringkat pengajianRM15,000 setahun\nTempoh Pembiayaan\nTempoh pembiayaan adalah bermula daripada tarikh kuat kuasa surat tawaran TKWBNS sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.\n\n\n\n\nSyarat Am\nSyarat am yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\nPemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:\u2013 Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan\u2013 Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau\u2013 Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih 10 tahun di Selangor.Pemohon telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa peringkat Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah di universiti yang diiktiraf di Mesir, Jordan dan Maghribi.Bukan pelajar semester akhir atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan.Pelajar, ibu, bapa, ahli keluarga lain tidak di senarai hitam oleh TKWBNS atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak TKWBNS.Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (biasiswa, pinjaman atau dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar).\nSyarat Akademik\nPemohon juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan iaitu:\nMemiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Telah mendapat keputusan sekurang-kurangnya Jayyid (good) dalam peperiksaan terkini bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda; atauMemperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM selain mata pelajaran; atauMemperoleh sekurang-kurangnya 4 Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atauMemperoleh sekurang-kurangnya 5 kelulusan (Jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan boleh dilaksanakan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my/login.Klik butang \u2018Daftar.\u2019Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar Akaun.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.Setelah selesai, hantar permohonan kepada pihak urusetia.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara, sila hubungi urusetia berikut:\nCawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat SUK Selangor di talian 03-55212275/03-55447543 atau email ke [email\u00a0protected].Pejabat Atase Pendidikan Selangor Mesir di talian +201100107280/011-48542004 atau email ke [email\u00a0protected]\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-yb-menteri-pengajian-tinggi-2023/", "title": "Tajaan Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nAtlet yang cemerlang dalam bidang sukan dan ingin meneruskan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dialu-alukan memohon Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlet Cemerlang IPT 2023.\nBiasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlet Cemerlang IPT adalah salah satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.\nTawaran biasiswa ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).\nPenerima\u00a0biasiswa\u00a0ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan, namun mereka digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian.\nAtlet yang terlibat boleh membuat permohonan mulai 23 Mei 2023 hingga 5 Jun 2023.\n\n\u00a0\n\n\n\n\nElaun & Kemudahan\nElaun dan kemudahan yang ditawarkan menerusi biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\nYuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT.\nElaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihanamali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telahditetapkan oleh Kerajaan.\nPerlindungan insurans sukan.\nElaun Insentif Pencapaian Sukan (EIPS) mengikut kategori yang ditetapkan iaitu:\n\nKategoriJumlahKategori 1RM12,000 setahun/RM1,000 sebulanKategori 2RM6,000 setahun/RM500 sebulanKategori 3RM3,000 setahun/RM250 sebulan\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh atlet yang ingin memohon adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan:\u2013 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana/Dr. Falsafah)\u2013 30 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama\u2013 25 tahun bagi pengajian di peringkat Diploma\nKursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualification Agency (MQA) di IPTA, Politeknik dan IPTS (bertaraf Universiti dan Kolej Universiti sahaja). Walau bagaimanapun, bagi kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian hanya ditawarkan kepada pengajian di IPTA sahaja.\nTidak menerima sebarang tajaan/ biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain semasa permohonan dibuat.\nPemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi/berpendapatan tetap.\nTelah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Dr. Falsafah dari mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan.\nBagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, mereka perlu:\u2013 Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan.\u2013 Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas di mana-mana IPT.\nPelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dengan pencapaian sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan Universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau Pingat Emas di Sukan Institusi pendidikan Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan.\n\nKaedah Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi kaedah berikut iaitu:\n\nLayari laman web permohonan iaitu https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/login.php/\nKlik bahagian \u201cPengguna Baru?\u201d\nMasukkan maklumat pendaftaran dan klik butang \u201cDaftar.\u201d\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nIkut arahan dan lengkapkan borang permohonan.\nMuat naik surat pengesahan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) (sekiranya ada).\nHantar permohonan setelah semua maklumat diisi. \n\nInfo Lanjut\nUntuk mendapatkan info lanjut mengenai Biasiswa YB Menteri Pengajian Tinggi-Atlet Cemerlang IPT 2022, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/sukan/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/portal-rumah-siswa/", "title": "Portal Rumah Siswa: Platform Urusan Sewa Penginapan Sekitar IPTA", "body": "\n\n\n\n\n\nPara mahasiswa yang masih belum mendapat kediaman rumah sewa di sekitar kampus Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), mereka boleh membuat semakan carian di Portal Rumah Siswa yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).\nUntuk makluman, Portal Rumah Siswa dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada 4 Mac 2021 yang lalu bagi menangani isu pengurusan dan keselamatan pelajar IPTA yang tidak tinggal dalam kampus (non-residents).\nPortal ini secara tidak langsung dapat membantu memantapkan inisiatif ke arah hasrat pemerkasaan, memelihara kebajikan dan akses mahasiswa, terutama penuntut di luar kampus.\nSelain itu, pelaksanaan Rumah Siswa ini akan menjadi panduan untuk pihak IPT untuk mentadbir, menyelaras dan menguruskan segala keperluan, maklumat, pembangunan serta hal ehwal berkaitan kebajikan mahasiswa luar kampus, terutama mereka yang menetap di rumah sewa supaya lebih teratur dan menyeluruh.\nMengenai Portal Rumah Siswa\nPortal Rumah Siswa merupakan platform yang menghubungkan pelajar sebagai penyewa dengan pemilik premis, mendapatkan khidmat nasihat serta memudah cara proses pencarian bilik atau rumah sewa di sekitar kampus pada harga kompetitif.\n\n\n\n\nIni dapat memastikan bahawa mahasiswa IPT tidak teraniaya apabila berurusan dengan tuan rumah dan mereka dapat membuat persediaan untuk mencari rumah sewa dengan lebih mudah dan teratur.\nIPTA Terlibat\nPortal ini akan melibatkan kerjasama daripada 20 IPTA utama di seluruh negara seperti berikut:\nUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)Universiti Teknologi MARA (UiTM)Universiti Malaya (UM)Universiti Utara Malaysia (UUM)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Universiti Sains Malaysia (USM)Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Malaysia Pahang (UMP)Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Malaysia Sabah (UMS)Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)\nCara Mendaftar\nUntuk mendaftar ke dalam portal ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.Klik butang \u2018Daftar\u2019 di bahagian atas kanan laman web.Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Kemudian, log masuk ke email anda dan klik butang \u2018Verify Email Address\u2019 untuk mengesahkan email. Kemudian untuk membuat carian, taip nama tempat/bandar diikuti dengan butang \u2018Cari.\u2019Senarai kediaman dipaparkan. \nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Portal Rumah Siswa, sila layari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-zakat-pelajar-uthm/", "title": "Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UTHM Semester 2 2022/2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah dialu-alukan untuk memohon Bantuan Zakat Pelajar UTHM Semseter 2 Sesi 2023/2023 yang telah disediakan.\nBantuan Zakat Pelajar UTHM ini disediakan bagi membantu pelajar yang datang daripada keluarga yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian mereka di universiti tersebut.\nPermohonan bantuan zakat ini dibuka sehingga 31 Mei 2023. \n\nKategori Bantuan\nTerdapat 2 jenis kategori bantuan zakat yang ditawarkan iaitu:\n\nBantuan Sara Diri\nBantuan Yuran Pengajian\n\nSyarat Permohonan Zakat Pelajar UTHM \nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan bantuan zakat ini ialah:\ni) Bantuan Sara Diri\n\nBeragama Islam.\nWarganegara Malaysia/pemastautin tetap.\nMod pengajian sepenuh masa.\nTerbuka kepada pelajar Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, dan PhD.\nKategori B40.\nPelajar aktif berdaftar.\nTapisan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jawatankuasa Zakat Peringkat Universiti. \n\nii) Bantuan Yuran Pengajian\n\n\n\n\n\nBeragama Islam.\nWarganegara Malaysia/pemastautin tetap.\nMod pengajian sepenuh masa.\nTerbuka kepada pelajar Diploma, Sarjana Muda, dan Sarjana.\nKategori B40.\nTajaan disekat/tajaan tamat tempoh (lanjutan semester)/gagal mendapatkan tajaan.\nTapisan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jawatankuasa Zakat Peringkat Universiti. \n\nCara Memohon Zakat Pelajar UTHM \nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/8sxy8EjzV3e7yw6M7.\nIsi maklumat yang diperlukan.\nPastikan semua maklumat diisi.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nCetak borang permohonan tersebut.\nBawa borang permohonan beserta dokumen sokongan ke sesi temu bual yang diadakan.\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dibawa ketika sesi temu bual adalah seperti berikut:\ni) Dokumen Wajib\n\nSalinan Kad Pengenalan.\nSalinan Kad Matrik. Sekiranya tiada Kad Matrik, pemohon perlu lampirkan salinan Surat Tawaran\nSalinan slip gaji yang telah disahkan oleh majikan atau penyata pendapatan yang telah disahkan oleh\u00a0Ketua Kampung atau Pegawai Daerah (Wajib).\nSalinan keputusan peperiksaan semester terkini.\nSalinan penyata kewangan pelajar/SMAP.\nLain-lain bukti yang menyokong permohonan.\n\nii) Dokumen Tambahan (jika ada)\n\nSalinan Laporan Kesihatan/Kad OKU (Jika Berkenaan)\nSalinan Sijil Perakuan Perceraian ibubapa (Jika Berkenaan)\nSalinan Sijil Kematian Ibubapa/Penjaga (Jika Berkenaan)\n\nMaklumat Lanjut Zakat Pelajar UTHM \nUntuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Zakat Pelajar UTHM, sila layari Facebook Zakat UTHM iaitu https://www.facebook.com/zakatuthm/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pengorasian-institusi-pendidikan-kpm/", "title": "Pengoperasian Institusi Pendidikan KPM Penggal 1 Sesi 2022/2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan perincian mengenai pengoperasian institusi pendidikan KPM bagi kalendar akademik penggal 1 sesi 2022/2023.\nUntuk makluman, penggal 1 sesi 2022/2023 untuk semua sekolah di seluruh negara akan bermula 21 Mac 2022.\nPerincian ini dibuat bagi melicinkan pengoperasian institusi pendidikan KPM dan memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.\nSekolah Rendah Lebih 600 Murid\nBagi sekolah rendah yang mempunyai lebih 600 murid, proses pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan secara bersemuka tanpa penggiliran iaitu:\nMurid Bekeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)PrasekolahTahun 1Tahun 2Tahun 6Murid bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)\nSelain daripada murid-murid berikut, proses pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan secara penggiliran:\nTahun 3Tahun 4Tahun 5\nPelaksanaan ketetapan ini juga terpakai kepada murid sekolah swasta, sekolah ekspatriat, dan sekolah antarabangsa.\nSekolah Rendah Kurang 600 Murid\nSekolah rendah harian dan swasta, ekspatriat, dan sekolah antarabangsa yang mempunyai kurang daripada 600 murid akan beroperasi secara bersemuka tanpa penggiliran.\nSekolah Menengah\nMurid di sekolah menengah akan menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di rumah untuk tempoh 2 minggu mulai 21 Mac 2022.\nSemua murid di sekolah menengah akan hadir secara bersemuka tanpa penggiliran bermula 4 April 2022. \nSekolah Berasrama Sepenuhnya\nMurid di sekolah berasrama sepenuhnya akan menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di rumah untuk tempoh 2 minggu mulai 21 Mac 2022 dan akan hadir secara bersemuka tanpa penggiliran bermula 4 April 2022 iaitu:\nTingkatan 2Tingkatan 3Tingkatan 4Tingkatan 5Tingkatan 6PrauniversitiInternational Baccalaureate Diploma Programme (IBDP)Kelas peperiksaan antarabangsa yang setara di sekolah berasrama\nUntuk murid Tingtakan 1 yang memasuki sekolah berasrama sepenuhnya, pendaftaran akan dijalankan secara dalam talian sepenuhnya.\nMereka boleh memilih sama ada menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di rumah atau menumpang di sekolah harian berhampiran sehingga tarikh kemasukan ke sekolah berasrama diumumkan.\n\n\n\n\nSekolah swasta berasrama sepenuhnya yang mempunyai kapasiti menguruskan keseluruhan murid boleh beroperasi sepenuhnya termasuk murid baharu Tingkatan 1.\nKolej Vokasional, Kolej Matrikulasi, & IPG\nPelajar di Kolej Vokasional dan Institut Pengajian Guru, pengoperasian akan diteruskan secara bersemuka tanpa penggiliran mengikut takwim pengajian akademik yang ditetapkan. \nBagi pengoperasian Kolej Matrikulasi, pelajar dibenarkan pulang pada cuti pertengahan semester dan cuti perayaan serta kembali ke kolej secara berperingkat.\nMereka akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di kolej dan bagi yang masih di rumah akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah. \nHanya mereka yang telah menerima vaksin lengkap (dua dos) sahaja dibenarkan kembali ke kolej selaras dengan Garis Panduan Pengoperasian Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi 3.0.\nPakaian Seragam & Kehadiran Ke Sekolah\nMurid yang hadir ke sekolah digalakkan untuk memakai pakaian seragam sekolah namun mereka dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan jika pakaian seragam sekolah sedia ada tidak lagi sesuai dipakai.\nUntuk kehadiran ke sekolah, jika ibu bapa/penjaga memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah, ketidakhadiran tersebut tidak dianggap sebagai satu kesalahan disiplin namun mereka perlu memaklumkan ketidakhadiran murid kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod.\nUjian Saringan COVID-19\nUjian saringan COVID-19 bagi murid sekolah rendah bawah Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilakukan secara kendiri oleh murid di rumah dengan bimbingan ibu bapa/penjaga dan mengikut garis panduan yang disediakan KPM.\nPihak sekolah mengenal pasti murid yang terlibat dan keputusan ujian saringan perludilaporkan kepada pihak sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai pengoperasian institusi pendidikan KPM penggal 1 sesi 2022/2023, sila layari laman web rasmi KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-sejarah-tingkatan-1/", "title": "Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku Teks Sejarah Tingkatan 1 Sekolah Menengah merupakan buku teks yang ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nBuku ini mengandungi lapan bab berdasarkan tema Sejarah Kita dan Dunia manakala standard kandungannya mengandungi Pengenalan Ilmu Sejarah, Zaman Air Batu, Zaman Prasejarah serta Tamadun Dunia dan Sumbangannya. \nTamadun pula dunia dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu Tamadun Awal Dunia, Peningkatan Tamadun dan Tamadun Islam.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Mengenali Sejarah\n\nPengertian Sejarah \nPengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan\nMasa Silam dan Ruang dalam Sejarah \nSumber Sejarah\nPenyelidikan dalam Sejarah \nTafsiran dalam Sejarah \nKepentingan Mempelajari Sejarah\nKesimpulan \nPemahaman dan Pemikiran Kritis \nArif dan Peka Sejarah\n\nii) Bab 2 Zaman Air Batu\n\nDunia Kita \nZaman Air Batu\nGaris Masa Zaman Air Batu \nCiri-ciri Zaman Air Batu Akhir \nPerubahan Zaman Air Batu Akhir \nKesan Perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara \nKesimpulan \nPemahaman dan Pemikiran Kritis \nArif dan Peka Sejarah\n\niii) Bab 3 Zaman Prasejarah\n\nMaksud Zaman Prasejarah \nLokasi Zaman Prasejarah di Dunia \nCiri-ciri Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah\nKesinambungan Sumbangan Zaman\nPrasejarah kepada Kemajuan Kehidupan Manusia \nZaman Prasejarah di Malaysia \nKesimpulan \nPemahaman dan Pemikiran Kritis \nArif dan Peka Sejarah\n\niv) Bab 4 Mengenali Tamadun\n\nMaksud Tamadun \nKonsep Tamadun \nCiri-ciri Tamadun Awal Dunia\nKesimpulan \nPemahaman dan Pemikiran Kritis \nArif dan Peka Sejarah\n\nv) Bab 5 Tamadun Awal Dunia\n\nEmpat Lokasi Tamadun Awal Dunia\u2013 Tamadun Mesopotamia\u2013 Tamadun Mesir Purba\u2013 Tamadun Indus \u2013 Tamadun Huang He \nPerbandingan Sumbangan Tamadun Awal \nKesimpulan\nPemahaman dan Pemikiran Kritis\nArif dan Peka Sejarah \n\nvi) Bab 6 Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom\n\nTamadun Yunani \nPeningkatan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani \nTamadun Rom\nPeningkatan Seni Bina dalam Tamadun Rom \nKesimpulan\nPemahaman dan Pemikiran Kritis \nArif dan Peka Sejarah\n\nvii) Bab 7 Peningkatan Tamadun India dan China\n\nTamadun India \nTamadun China \nKesimpulan \nPemahaman dan Pemikiran Kritis\nArif dan Peka Sejarah\n\nviii) Bab 8 Tamadun Islam dan Sumbangannya\n\nLatar Belakang Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam \nKemunculan dan Perkembangan Tamadun Islam \nKetokohan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin\nSumbangan Tamadun Islam kepada Dunia 174\nSumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Seni Bina \nKesimpulan \nPemahaman dan Pemikiran Kritis \nArif dan Peka Sejarah\n\nMuat Turun Buku Teks Sejarah Tingkatan 1\nBuku Teks Digital Sejarah Tingkatan 1 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBukuTeks-Sejarah-Tingkatan1Download\nSKEMA JAWAPAN PEMAHAMAN DAN PEMIKIRAN KRITIS BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN SATU KPM\n\n\n\n\nSKEMA JAWAPAN PEMAHAMAN DAN PEMIKIRAN KRITIS\nBAB 1 (halaman 21 dan 22)\n1. B2. A3. Melihat piala kristal di depan saya ini saya teringat peristiwa pada tahun 2016 yang pada saya amat bersejarah. Pada tahun tersebut, saya telah dianugerahkan sebagai Tokoh Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Maju Jaya. Saya menganggapnya bermakna dan bersejarah kerana pada majlis ini, Pengarah Pelajaran Negeri sendiri yang memberikan penganugerahan ini. Bukan mudah untuk saya bersalaman dan bertemu dengan Tuan Pengarah Pelajaran negeri. Selain itu, majlis ini juga bermakna pada saya keranakehadiran seluruh ahli keluarga saya termasuklah abang sulung saya yang ketika itu pulang dari luar negara khusus untuk meraikan kejayaan saya. Lebih bersejarah lagi majlis ini diadakan sempena Hari Kecemerlangan Sekolah yang jatuh bersamaan dengan hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-12 tahun.\n4. (i) Di tapak kerja:(a) Merancang grid(b) Menandakan kawasan(c) Ekskavasi\n(ii) Di makmal:(a) Menyisihkan(b) Membersihkan(c) Mengkatalogkan(d) Menganalisis\n5. Situasi 1: Kaedah yang paling sesuai digunakan oleh Swee Lan ialah kaedah lisan, iaitu menemu bual dengan orang sumber, keluarga dan rakan-rakan Dr. Farah Hani Imran. Kaedah bertulis juga boleh digunakan dengan menggunakan majalah sekolah, akhbar dan sebagainya.\nSituasi 2: Rajesh boleh menggunakan kaedah lisan dengan menemu bual orang sumber, keluarga dan rakan-rakan Datuk Santokh Singh. Kaedah bertulis juga boleh digunakan dengan merujuk kepada akhbar, buku catatan harian dan sebagainya.\nSituasi 3: Kebaikan menyimpan gambar-gambar lama dari sudut sejarah adalah kerana gambar-gambar ini boleh digunakan sebagai rujukan dan bukti atas sesuatu peristiwa. Selain mempunyai kualiti ilmu dan kenangan yang tersendiri, gambar tersebut juga membolehkan generasi akan datang mengenali asal usul dan budaya masyarakat terdahulu.\n\nMuat turun sepenuhnya: \nTingkatan-1-Sejarah-Jawapan-BukuTeksDownload\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut :\u00a0http://www.moe-dl.edu.my\nBaca juga:\n\nBuku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP KSSM\nBuku Teks Sains Tingkatan 1 DLP KSSM\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-asasi-iium-disember-2022/", "title": "Tawaran Kemasukan Ke Program Asasi IIUM (Disember 2022)", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah dialu-alukan untuk memohon kemasukan ke Program Asasi International Islamic University Malaysia (IIUM) bagi sesi kemasukan Disember 2022.\nIIUM ditubuhkan hasil cadangan yang telah dikemukankan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Keempat pada 12 Januari 1982.\nUniversiti ini diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan penggunaan bahasa penghantar universiti adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.\nPermohonan kemasukan boleh dibuat secara online mulai 5 Oktober 2022 sehingga 15 November 2022.\n\nLokasi Kampus\nLokasi kampus Pusat Asasi IIUM adalah seperti berikut:\nCFS IIUM Gambang,Paya Besar, 26300 Gambang,Pahang Darul Makmur.\n\n\n\n\nBidang Ditawarkan\nBidang yang ditawarkan bagi kemasukan ini adalah seperti berikut:\nAsasi Sains Fizikal.Asasi Sains Hayat.Asasi Perancangan Pelancongan dan Pengurusan Hospitaliti.Asasi Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa.Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan.Asasi Ilmu Pengetahuan berteraskan Wahyu dan Warisan Islam.Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar.\nBayaran Proses Permohonan\nBayaran bagi proses permohonan akan dikenakan sebanyak RM100.00.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://irayu.iium.edu.my/.Klik bahagian \u2018New Application.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Register Account.\u2019Lengkapkan maklumat permohonan.Buat pembayaran untuk melengkapkan permohonan.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke Program Asasi IIUM sesi Disember 2022, sila hantar email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/d2b-jpa/", "title": "D2B JPA: Permohonan Program\u00a0Diploma To Bachelor", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar cemerlang lepasan Diploma tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) dialu-alukan untuk memohon Program\u00a0Diploma To Bachelor\u00a0(D2B) di bawah JPA.\nD2B ditawarkan kepada pelajar yang akan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) (termasuk Government Linked Universities (GLU)) yang telah dikenal pasti oleh pihak JPA.\nPelaksanaan program ini adalah sebagai usaha JPA dalam mengiktiraf kecemerlangan pelajar tajaan di peringkat Diploma dan memberi nilai tambah kepada penajaan sedia ada. \nDi samping itu, program penajaan ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar daripada latar belakang keluarga B40 mengenai peluang-peluang pengajian tinggi dengan berfokuskan kesinambungan bidang pengajian pelajar di peringkat Diploma.\nBagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai 15 Julai 2022 hingga 24 Julai 2022. \n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak untuk memohon D2B adalah seperti berikut:\nKejuruteraan dan TeknikalSains dan Teknologi (S&T) dan Sains Ikhtisas (seperti Kewangan, Sains Aktuari, Ekonomi) selaras dengan pengajian yang diikuti pelajar di peringkat Diploma, dengan syarat bidang yang ditawarkan oleh institusi pengajian tersebut mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/atau diiktiraf oleh Badan Profesional\nSenarai IPTS\nSenarai pelajar IPTS yang layak memohon adalah seperti:\nUniversiti Teknologi Petronas (UTP)International Medical University (IMU)Monash University MalaysiaUniversity Tenaga Nasional (UNITEN)Universiti Kuala Lumpur (UniKL)Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)Curtin University, MalaysiaThe University of Nottingham Malaysia Campus (UNM)Swinburne University of Technology Sarawak CampusUCSI UniversityMultimedia University (MMU)Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)Management And Science University (MSU)Taylor\u2019s UniversityAsia Pacific University Of Technology & Innovation (APU)Sunway UniversitySEGi UniversityManipal International UniversityUniversity of Cyberjaya (UoC)Lincoln University CollegeTunku Abdul Rahman University CollegeUniversity College TATIWidad University College\nMekanisme Perjanjian\nMekanisme perjanjian bagi penajaan ini adalah seperti:\n\n\n\n\nPinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi penawaran program ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Mempunyai kesihatan yang baik.Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Diploma di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi iaitu Ijazah Pertama.Mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) peringkat Diploma minimum 3.50.Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Diploma.Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Diploma pada tahun 2021 hingga tarikh tutup permohonan pada masa permohonan dibuka, di mana ia bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Ijazah Pertama.\nSyarat Khusus\nSyarat khusus untuk penajaan ini adalah seperti berikut:\nPelajar perlu memulakan pengajian Ijazah Pertama secara sepenuh masa sebelum atau pada 31 Disember 2022 di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dikenal pasti sahaja.Tempoh penajaan maksima bagi peringkat Ijazah Pertama adalah 4 tahun.Keutamaan diberikan untuk pelajar yang diberi kebenaran untuk pemindahan kredit bagi pengajian Ijazah Pertama.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my selama 10 hari mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.\nKeputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang yang sama pada minggu ke-2 bulan September 2022.\nCalon-calon yang memohon program penajaan ini dan melepasi syaratsyarat permohonan yang telah ditetapkan dikehendaki untuk menghadiri sesi Student Assessment Centre (SAC) yang dijadualkan pada pertengahan Ogos 2022. \nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai D2B, sila email ke\u00a0[email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-bantuan-dermasiswa-sukan-majlis-sukan-negeri-johor/", "title": "Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nSkim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor ditawarkan kepada atlet atau bekas atlet di Negeri Johor yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).\nSkim bantuan ini diwujudkan oleh Majlis Sukan Negeri Johor untuk membantu atlet atau bekas atlet negeri tersebut melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.\nPermohonan bagi tahun 2023 telah dibuka dan pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 17 April 2023 iaitu pada hari Isnin.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi memohon skim bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPemohon mestilah anak jati Negeri Johor, atau telah bermastautin di negeri tersebut tidak kurang 5 tahun berturut-turut.\nPemohon mestilah telah mendaftar tempat di mana-mana IPT di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. \nPemohon hendaklah sekurang-kurangnya mewakili Johor dalam Sukan Malaysia (SUKMA).\nPemberian Dermasiswa Sukan hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian.\nPembayaran akan dibuat secara berperingkat berasaskan kepada semester pengajian dengan syarat keputusan peperiksaan hendaklah dikemukakan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Johor.\nPemohon hendaklah menggunakan Borang DS-MSNJ yang disediakan oleh Majlis Sukan Negeri Johor.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah di bawah iaitu:\n\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut https://bit.ly/40zORZV.\nIsi borang permohonan dengan lengkap.\nPastikan setiap maklumat betul.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar semua dokumen ke alamat berikut:Majlis Sukan Negeri Johor,Aras 1, Bangunan Dato\u2019 Muhamad Ibrahim Munsyi,Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor.(Up : Urus Setia Skim Bantuan Dermasiswa)\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:\n\nSalinan Kad Pengenalan dan Surat Beranak.\nSalinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Institusi Pengajian Tinggi.\nSalinan surat pengesahan pendaftaran/keputusan peperiksaan bagi setiap penggal/semester.\nSalinan Sijil berhenti persekolahan dan surat akaun (Testimonal).\nSalinan sijil-sijil persekolahan: SPM/STPM/SPMV/HSC/Diploma/Ijazah dan lain sijil jika ada.\nSalinan suratisijil pengesahan mewakili Negeri Johor di Sukan Malaysia (SUKMA)\nLain-lain dokumen yang berkaitan jika ada.\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Skim Bantuan Dermasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Johor, sila layari laman web https://www.riseup.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-perguruan-persekutuan-ismp/", "title": "Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2023 akan dibuka mulai 24 Mac 2023.\nBiasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam (UA) dalam bidang yang telah ditetapkan.\nOleh itu, bagi pemohon yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai mulai 24 Mac 2023 hingga 21 April 2023.\n\nBidang Kelayakan Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2023\nBidang pendidikan yang layak memohon biasiswa perguruan ini adalah seperti berikut:\n\nBahasa Melayu\nBahasa Inggeris\nBahasa Cina\nBahasa Tamil\nPendidikan Islam\nPendidikan Moral\nPendidikan Jasmani dan Kesihatan\nPendidikan Seni Visual\nPendidikan Khas\nDini\nMatematik\nSejarah\nGeografi\nReka Bentuk dan Teknologi\nBimbingan dan Kaunseling\nTeknologi Elektrik\nTeknologi Kimpalan\nTeknologi Automotif\nSains\n\nSenarai Universiti\nSenarai UA yang terlibat dalam biasiswa perguruan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)\nUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)\nUniversiti Malaya (UM)\nUniversiti Malaysia Sabah (UMS)\nUniversiti Putra Malaysia (UPM)\nUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)\nUniversiti Sains Malaysia (USM)\nUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)\nUniversiti Teknologi Malaysia (UTM)\nUniversiti Teknologi Mara (UiTM)\nUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)\nUniversiti Utara Malaysia (UUM)\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin membuat permohonan biasiswa perguruan ini adalah seperti berikut:\n\nPemohon mestilah Warganegara Malaysia.\nUmur pemohon tidak melebihi 25 tahun pada tahun permohonan.\nPemohon mestilah memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.\nPemohon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untukmemohon.\nPenawaran biasiswa ISMP ini tidak terhad kepada pelajar daripada Fakulti Pendidikan, tetapi turut dibuka kepada semua pelajar dari Fakulti lain sekiranya ijazah yang bakal diperoleh adalah dengan pendidikan.\nHanya pemohon yang memilih berdasarkan bidang kursus major sahaja yang akan ditawarkan biasiswa.\nUntuk pemohon Bidang Bahasa Inggeris, pemohon perlu mendapat kelayakan minimumBand 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET).\nBagi pemohon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, pemohon perlu mempunyai kemahiranberkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/Sijil MenengahAgama (SMA)/ Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon.\nBagi pemohon yang mengambil jurusan teknikal dan vokasional, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) atau Diploma dalam bidang TVET (sekiranya ada).\nPemohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian dan penilaian video pembentangan oleh panel yang dilantik.\nPemohon yang berjaya ditawarkan biasiswa ini perlu melepaskan tajaan yang sedia ada.\nPegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.\n\nTatacara Permohonan Biasiswa ISMP\nPermohonan biasiswa perguruan ini boleh dibuat menerusi pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm selepas tarikh permohonan dibuka.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP, sila hubungi Bahagian Tajaan Pendidikan KPM di talian 03-8321 7154/7113/7157/7136/7138 atau email ke [email\u00a0protected]. \nBaca juga: PISMP & PPC: Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/e-penyata-gaji/", "title": "Login e-Penyata Gaji: Semakan Slip Gaji Secara Online", "body": "\n\n\n\n\n\nPara guru atau penjawat awam secara amnya boleh menyemak gaji bulanan mereka melalui portal e-Penyata Gaji yang diwujudkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.\nSistem e-Penyata Gaji dibangunkan untuk membolehkan penyata gaji bulanan, penyata pendapatan tahunan, dan laporan bulanan pejabat perakaunan disampaikan terus melalui laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia.\nIni akan membolehkan penjawat awam menyemak perincian gaji mereka termasuklah elaun caruman KWSP, PERKESO, atau potongan lain yang dibuat secara bulanan. \nLangkah ini juga merupakan inisiatif penting bagi mengurangkan penggunaan kertas dalam mencetak slip gaji yang diberikan kepada penjawat awam setiap bulan. \nButiran e-Penyata Gaji\nDi dalam e-Penyata Gaji, sistem tersebut perlu memaparkan butiran gaji merangkumi perkara berikut:\n\nJumlah Pendapatan: Merangkumi gaji pokok, elaun tetap atau sementara, dan bayaran tunggakan gaji sebelum apa-apa pemotongan di buat.\nJumlah Potongan: Merangkumi potongan cukai pendapatan (jika ada), Insurans, Biro Angkasa, potongan pinjaman bank, atau bayaran ansuran perumahan kerajaan. \n\nPerbezaan Gaji Pokok & Gaji Bersih\nPerkara penting di dalam butiran penyata gaji ini ialah gaji pokok dan gaji bersih yang akan ditunjukkan dalam penyata tersebut.\nApakah perbezaan gaji pokok dan gaji bersih tersebut? Berikut adalah perbezaannya:\n\nGaji Pokok: Gaji tetap yang diberikan oleh majikan dan termasuk elaun.\nGaji Bersih: Gaji termasuk elaun yang telah ditolak beberapa potongan seperti cukai, caruman dan sebagainya.\n\nContoh slip gaji ditunjukkan dalam gambar di bawah\n\nLogin e-Penyata Gaji\nUntuk login e-Penyata Gaji, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\n\n\n\n\nLayari laman web https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx.\n\n\n2. Di bahagian Daftar Masuk, klik bahagian \u2018Pertama Kali Mendaftar.\u2019\n\n3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Ok\u2019 setelah semua maklumat diisi. \n\n4. Klik bahagian \u2018Daftar Masuk\u2019 untuk login ke e-Penyata Gaji.\n\n5. Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan diikuti dengan \u2018Daftar Masuk.\u2019\n\n6. Klik butang \u2018Kemaskini\u2019 dan masukkan no telefon, dan Alamat e-mel bagi tujuan penghantaran kata laluan sementara apabila pengguna terlupa kata laluan.\n\n7. Setelah berjaya daftar masuk, pada skrin yang dipaparkan seperti berikut, anda boleh klik pada submenu \u2018Sendiri\u2019 untuk memuat turun penyata gaji bulanan atau pun penyata pendapatan tahunan. \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai e-Penyata Gaji, sila layari laman web https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/prospec-program-pembangunan-usahawan-profesional/", "title": "ProSPEC MARA: Program Pembangunan Usahawan Profesional", "body": "\n\n\n\n\n\nKepada rakyat bumiputera di Sabah dan Sarawak, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan bagi Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC).\nProgram Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) merupakan program keusahawanan bersepadu bagi melahirkan usahawan di kalangan ahli pegawai perubatan, ahli farmasi berdaftar dan doktor pergigian yang dipilih mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA di bawah satu jenama U.n.i Klinik, U.n.i Farmasi dan U.n.i Dental.\nProgram ini terbuka kepada bumiputera di Sabah dan Sarawak sahaja dan mereka yang berminat boleh mendaftar dengan segera.\n\nKelebihan Program Pembangunan Usahawan Profesional\nTerdapat 5 kelebihan utama yang bakal dinikmati peserta program ini iaitu:\n\nLatihan berstruktur fokus kepada pengurusan dan operasi klinik dan farmasi.\nPembiayaan sehingga RM500,000 (berdasarkan kelayakan).\nDi bawah satu jenama (U.n.i. Klinik/U.n.i Farmasi/U.n.i Dental).\nKhidmat nasihat dan pemantauan.\nLain-lain sokongan keusahawanan.\n\nKelayakan Minima\nKelayakan minima untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nTerbuka kepada Bumiputera berumur 45 tahun ke bawah.\nUsahawan U.n.i Klinik:\u2013 Ijazah Sarjana Muda Bidang Perubatan (MBBS/MD)\u2013 Sijil Perakuan Pengalaman Tahunan (APC) daripada Majlis Perubatan Malaysia\u2013 Pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam operasi Klinik Pengamal Perubatan Umum (GP)\nUsahawan U.n.i Farmasi:\u2013 Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian.\u2013 Ahli farmasi dan mempunyai Sijil Tahunan yang dikeluarkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia.\u2013 Pengalaman sebagai Ahli Farmasi bertauliah sekurang-kurangnya tiga tahun.\nUsahawan U.n.i Dental :\u2013 Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (Dental Surgery)\u00a0\u2013 Telah menamatkan servis wajib 1 tahun di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia\u2013 Berpengalaman di dalam perniagaan/operasi Klinik Pergigian tidak kurang 2 tahun\nTelah tamat housemanship.\nBebas senarai hitam CTOS dan MARA.\nTidak terikat dengan mana-mana kontrak (bonded).\nBerminat untuk membuka klinik sendiri.\n\nTatacara Pendaftaran\nUntuk membuat pendaftaran, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari pautan pendaftaran iaitu https://bit.ly/ProSPECBorneo.\nIsi semua maklumat yang diperlukan.\nMuat naik dokumen sokongan.\nKlik \u201cSubmit\u201d untuk melengkapkan pendaftaran.\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti:\n\nSijil kelayakan akademik\nResume\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Program Pembangunan Usahawan Profesional, sila hubungi:\n\nPn Wan Khazila: 010- 700 5655 \nPn. Afizah: 016-668 2518 \nEn. Lassim: 016-9817058 \n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-lesen-memandu-maipk/", "title": "Program Lesen Memandu MAIPk: Bantuan Lesen Memandu Asnaf", "body": "\n\n\n\n\n\nAsnaf di Negeri Perak yang memerlukan lesen memandu, Majlis Agama Islam & \u2018Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mewujudkan satu program bagi membantu para asnaf untuk mendapatkan kelas lesen memandu iaitu Program Lesen Memandu MAIPk.\nProgram Lesen Memandu MAIPk diwujudkan untuk membantu asnaf Fakir Miskin yang memerlukan lesen memandu tertentu untuk menjalankan aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan keluarga.\nBagi para asnaf yang berminat, permohonan adalah percuma dan bagi yang berminat, mereka boleh membuat permohonan segera sebelum 31 Mei 2023.\n\nKelas Lesen Yang Ditawarkan\nKelas lesen yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:\n\nCDL Kelas C (Motorsikal Roda 3)\nCDL Kelas E (Motorlori)\nCDL Kelas H (Jentera Berat Beroda)\nGDL Kelas C GDL Kelas D Lori BTM <3500)\nGDL Kelas E Lori Kejur)\nGDL Kelas E Lori Trailer \u2013 Bersendi)\nPSV Kelas D (Van/Bas Mini) \nPSV Kelas D (Teksi/E-Hailing) \nPSV Kelas E (Bas)\n\nSyarat Utama Permohonan\nSyarat utama untuk memohon program ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nBeragama Islam.\nBermastautin di negeri Perak.\nBerpendapatan rendah (keutamaan kepada fakir dan miskin).\nBerumur 21 tahun hingga 60 tahun.\nSihat tubuh badan.\nMemiliki lesen memandu Kelas D Penuh.\nMemiliki lesen memandu Kelas B2 Penuh (yang berkaitan Kelas C sahaja).\nBebas saman/tidak disenarai hitam oleh JPJ dan PDRM.\nBoleh Membaca, Menulis dan Mengira (3M).\n\nSyarat Tambahan\nSelain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat tambahan iaitu:\n\nCara Memohon Program Lesen Memandu MAIPk\nUntuk memohon program ini, sila ikuti langkah-langkkah berikut:\n\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut https://www.maiamp.gov.my/phocadownload/borang%20bantuan%20latihan%20kemahiran.pdf.\nIsi borang permohonan dengan lengkap.\nSediakan dokumen wajib.\nHantarkan borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:Unit Pembangunan Pemerkasaan, Bahagian Agihan Zakat, Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.\n\nDokumen Wajib\nDokumen wajib yang perlu dihantar adalah seperti berikut:\n\nKad pengenalan pemohon dan pasangan.\nPenyata pendapatan pemohon dan pasangan.\nLesen memandu\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Unit Pemerkasaan Asnaf MAIPk di talian 019-571-1384.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-persediaan-pengajian-tinggi-zakat-ukm-2022/", "title": "Permohonan Bantuan Persediaan Pengajian Tinggi Zakat UKM 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPihak Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa kepada Warga UKM yang mempunyai anak-anak yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi untuk memohon Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi 2022.\nBantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi dikhaskan bagi bagi anak-anak kakitangan UKM yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Diploma/Asasi/Matrikulasi/Sijil.\nBantuan persediaan ini adalah bantuan yang diberikan sekali sahaja sepanjang pengajian secara one-off kepada mereka yang berkelayakan.\nMereka yang berminat, permohonan bantuan persediaan ini boleh dibuat secara atas talian sehingga 31 Oktober 2022. \n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang ditawarkan menerusi bantuan persediaan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nIjazah Sarjana Muda: RM1,000.00Diploma/Asasi/Matrikulasi: RM700.00Sijil: RM500.00\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:\nWarga Kakitangan UKM.Beragama Islam.Tergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah.Anak kakitangan UKM yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Diploma/Asasi/Matrikulasi/Sijil.Bagi kemasukan Semester 1 Tahun 1 pengajian sahaja.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://zakat.ukm.my/.Masukkan ID Warga UKM dan kata laluan.Klik butang \u2018Permohonan.\u2019Lengkapkan maklumat permohonan.Muat naik dokumen yang diperlukan.Lengkapkan permohonan sehingga selesai.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\nPendapatan Pemohon dan Pasangan Sebulan (Penyata Gaji/Penyata Pencen/Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja \u2013 Suri Rumah)Kad Pengenalan/Sijil Lahir TanggunganSijil Kematian (jika berkenaan)Sijil Cerai (jika Berkenaan)Surat Pengambilan Anak Angkat (jika Berkenaan)Surat Tawaran Kemasukan ke IPT\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi , sila hubungi 03-8921 4225 atau email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sekolahku-sejahtera/", "title": "Sekolahku SEJAHTERA: Penerapan 14 Nilai Dalam Pembelajaran", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan konsep baharu dalam pelaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu Sekolahku SEJAHTERA.\nKonsep Sekolahku SEJAHTERA ini dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada 21 Februari 2022 di Putrajaya.\nPelaksanaan konsep ini adalah bagi memberikan penekanan terhadap nilai murni menerusi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah.\nKonsep ini akan diperkenalkan pada sesi persekolahan akan datang dan tidak akan membebankan guru serta murid kerana konsep ini akan diterapkan secara semula jadi dalam pengajaran dan pembelajaran.\n\nMengenai Sekolahku SEJAHTERA\nKonsep Sekolahku SEJAHTERA merupakan konsep yang dilaksakan menerusi penerapan 14 elemen nilai kehidupan secara semula jadi kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.\nTujuan konsep ini adalah ke arah pembentukan budaya amalan baik di sekolah oleh guru dan murid.\nSelain itu, konsep ini juga bertujuan untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat.\n\n\n\n\nIni juga akan membolehkan para murid akan meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu yang sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah.\n14 Nilai Sekolahku SEJAHTERA\nTerdapat 14 nilai yang terkandung di dalam konsep ini iaitu:\nSelamatSeronokSihatEtikaEmpatiJati diriAdab sopanHarmoniTekunTelitiTerampilEksplorasiRasional Artikulasi\nPelaksanaan Konsep\nPelaksanaan konsep ini akan diterapkan menerusi pengajaran dan pembelajaran oleh para guru kepada murid.\nSebagai contoh, apabila guru sedang mengajar mata pelajaran Sejarah, jika ada perkara-perkara dalam topik yang diajar itu kepada murid mempunyai kaitan dengan 14 elemen, perkara tersebut boleh diperjelaskan kepada murid.\nPenerapan elemen konsep ini dalam kalangan murid juga akan dilaksanakan secara holistik bersama dalam dan luar sekolah bagi kesejahteraan murid.\nInfo Lanjut\nUntuk mendapatkan lebih info mengenai konsep ini, sila tontoh video di pautan berikut https://www.youtube.com/watch?v=xLwgdZbpWXA.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-melanjutkan-pelajaran-ke-ipt-yp-iskandar-puteri/", "title": "Permohonan Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Y.P Iskandar Puteri", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Penyayang Iskandar Puteri telah membuka peluang kepada pelajar yang tinggal di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk memohon Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT.\nBantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT adalah bantuan yang diberikan kepada pelajar yang tinggal di Iskandar Puteri dan menyambung pengajian di IPT.\nPemberian bantuan ini dilakukan oleh Yayasan Penyayang Iskandar Puteri iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bernaung di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.\u00a0\nPenubuhan yayasan ini adalah bertujuan untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan dan menaik taraf sosio ekonomi masyarakat di Iskandar Puteri. \n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon adalah warganegara yang tinggal dalam kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.Kemasukan pengajian ke semester pertama di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.Telah mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT.Lepasan SPM/STAM/STPM.Hanya terbuka kepada golongan yang berpendapatan isi rumah RM 3860.00 dan ke bawah (B40).\nTatacara Permohonan\nPermohonan untuk bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nMuat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1MBSsaqT93__i56MYqM6b4GJtSFJ3FCcr/view. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang perlu disertakan.Hantar borang permohonan ke alamat:Yayasan Penyayang Iskandar Puteri,Aras 3, Wisma MBIP,81300 Skudai,Johor Darul Takzim. \nDokumen Yang Perlu Disertakan\nDokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut:\nSalinan surat tawaran ke IPTA/IPTS.Salinan keputusan SPM/STAM/STPM.Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua isi rumah.Salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan semua isi rumah yang telah bekerja.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT, sila layari laman web http://www.yayasanpenyayangiskandarputeri.com/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pkjm-2023/", "title": "PKJM 2023: Permohonan Program Khas JPA-MARA", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA-MARA (PKJM) 2023.\nPKJM 2023 merupakan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di luar negara iaitu di negara Jepun, New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat, India, New Zealand dan Republik Korea dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T), Sains Komputer, Sains, Ekonomi, Perakaunan, Sains Sosial dan Perubatan. \nProgram ini terdiri daripada tujuh sub program seperti berikut:\n\nProgram Akademik Jepun\nProgram Akademik United Kingdom\nProgram Akademik Amerika Syarikat\nProgram Khas India\nProgram Berkembar New Zealand\nProgram Sains dan Teknologi New Zealand\nProgram Sains dan Teknologi Republik Korea.\n\n\nStruktur Pengajian Program Khas JPA-MARA (PKJM 2023)\nStruktur pengajian bagi penajaan Program PKJM adalah seperti berikut:\ni) Program Akademik Jepun\nProgram Akademik Jepun merupakan program penajaan ke Jepun dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains Sosial. \nKerajaan Jepun menerusi Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology (MEXT) menentukan kriteria pelajar tajaan Kerajaan Malaysia yang dibenarkan menyambung pengajian di universiti-universiti Jepun termasuklah pusat pengajian bagi program persediaan ke Jepun iaitu Ambang Asuhan Jepun (AAJ) dan Pusat Bahasa Teikyo (PBT).\nPelajar di bawah program ini akan mengikuti program persediaan khas di Ambang Asuhan Jepun (AAJ), Universiti Malaya bagi bidang Kejuruteraan dan S&T atau Pusat Bahasa Teikyo (PBT) bagi bidang Sains Sosial sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti di Jepun. \nBermula tahun 2013, pelajar yang akan menyambung pengajian di Jepun hendaklah lulus program persediaan dan Japanese University Admission for International Students (EJU) selain daripada menunjukkan rekod kehadiran yang baik.\nii) Program Akademik United Kingdom\nProgram Akademik United Kingdom merupakan program penajaan ke United Kingdom (UK) dalam bidang Kejuruteraan dan Sains Sosial. \nPelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan terpilih sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di 100 buah universiti terbaik di United Kingdom (UK) berdasarkan senarai Times Higher Education (THE) World University Rankings dan/ atau Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings dan /atau Academic Ranking of World Universities (ARWU).\nPelajar akan mengikuti program persediaan selama dua tahun di kolejkolej berikut mengikut bidang pengajian:\n\nMalay College Kuala Kangsar (MCKK) atau Kolej Tunku Kurshiah (TKC) bagi bidang Kejuruteraan\nInternational Islamic School Malaysia (IISM) bagi bidang Sains Sosial\n\niii) Program Akademik Amerika Syarikat \nProgram Akademik Amerika Syarikat merupakan program penajaan ke Amerika Syarikat (USA) dalam bidang Sains Komputer (terhad kepada Artificial Intelligence (AI), Robotic, Big Data, Internet of Things (IoT), Data Science) dan Ekonomi. \nPelajar akan mengikuti Program Persediaan di INTEC Education College selama 24 bulan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di 100 buah universiti terbaik di Amerika Syarikat (USA) berdasarkan THE World University Rankings dan / atau QS World University Rankings dan /atau ARWU.\niv) Program Khas India\nPenajaan bagi bidang Perubatan di India ini dijalankan sebagai satu kolaboratif strategik dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam menyokong program usaha sama yang dijalankan oleh Universiti Awam (UA) tersebut, serta merupakan laluan pengajian yang kos efektif dengan tempoh persediaan yang singkat. \nPelajar-pelajar akan mengikuti program persediaan Pra-U USM selama setahun di Kolej MARA Kulim (KMK) sebelum melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di Universiti Sains Malaysia \u2013 Karnataka Lingayat Education University (USM-KLE), Belgaum, India.\nSelain itu, program ini akan memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar Bumiputera Sabah dan Sarawak sebagai usaha memenuhi sasaran nisbah doktor kepada penduduk Malaysia sebanyak 1:400 dan mengekang isu kekurangan doktor di Sabah dan Sarawak.\nPada masa ini, nisbah doktor kepada penduduk adalah 1:1400 di Sabah dan 1:1108 di Sarawak.\nv) Program Berkembar New Zealand\nProgram Berkembar New Zealand merupakan program kolaboratif antara Kolej Yayasan Saad Business School (KYSBS) dan konsortium universiti di New Zealand yang melibatkan University of Auckland, Victoria University of Wellington dan University of Canterbury bagi pengajian dalam bidang Sains Sosial khususnya program Perakaunan, Ekonomi, Kewangan dan Sains Aktuari. \n\n\n\n\nTempoh pengajian adalah selama dua tahun di KYSBS, merangkumi setahun pengajian peringkat Persediaan dan setahun pengajian peringkat Ijazah Pertama serta dua tahun Ijazah Pertama yang seterusnya di New Zealand.\nvi) Program Sains dan Teknologi New Zealand\nProgram Sains dan Teknologi New Zealand merupakan usaha penerokaan laluan pengajian baharu bagi bidang Sains dan Teknologi.\nPenstrukturan semula laluan ini akan memberi sudut pandang serta perkongsian teknologi berbeza daripada negara di bawah tajaan sedia ada.\nPelajar akan mengikut program persediaan di INTEC College Education bagi tempoh 24 bulan di bawah American Degree Transfer Programme (ADTP) sebelum melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di New Zealand.\nStrategi ini juga merupakan satu usaha ke arah perbelanjaan berhemah Kerajaan dengan penjimatan kos kira-kira 50% daripada perbelanjaan penajaan melalui penajaan di negara yang lebih kos efektif.\nvii) Program Sains dan Teknologi Republik Korea\nProgram Sains dan Teknologi Republik Korea merupakan penerokaan laluan baharu yang diperkenalkan di bawah PKJM tahun 2023.\nPenawaran program ini adalah seiring dengan langkah Kerajaan dalam memperkasa cabang pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur (DPT) melibatkan Republik Korea.\nLaluan pengajian ini memfokuskan kepada bidang Kejuruteraan dan Sains & Teknologi dengan mengambil kira reputasi baik Republik Korea dalam bidang tersebut. \nSelain itu, program ini adalah selaras dengan objektif penawaran PKJM dengan memberi peluang lebih besar kepada pelajar Bumiputera cemerlang melanjutkan pengajian di Republik Korea dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan negara dan kebolehpasaran pelajar.\nSyarat Umum\nSyarat umum untuk memohon program ini adalah seperti berikut:\n\nPemohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu/Bumiputera dan warganegara Malaysia.\nMempunyai kesihatan yang baik.\nIbu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.\nTidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.\nMenduduki peperiksaan SPM 2022 buat kali pertama di manamana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian.\nUmur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan dibuka secara dalam talian (online) di http://www.mara.gov.my mulai 12 Jun 2023 (Isnin), 12.00 tengah hari hingga 16 Jun 2023 (Jumaat), 11.59 malam. \nPemohon dibenarkan mendaftar, mengemas kini dan meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. \nPemohon juga diwajibkan mengambil dan melengkapkan ujian psikometrik yang akan dibuka mulai 12 Jun 2023 (12.00 tengah hari) hingga 16 Jun 2023 (11.59 malam) melalui Sistem ePermohonan. \nPemohon yang tidak menduduki ujian psikometrik adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.\nStudent Assessment Centre (SAC)\nProgram SAC dijadualkan berlangsung secara fizikal mulai 10 hingga 14 Julai 2023 mengikut zon pusat temu duga. \nPemohon yang melepasi syarat sahaja akan dipanggil untuk menghadiri SAC. \nTujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar dan menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.\nKeputusan Permohonan Program Khas JPA-MARA (PKJM 2023)\nKeputusan permohonan penajaan PKJM ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.mara.gov.my pada 4 Ogos2023 (Jumaat). \nJika pemohon tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Program Khas PKJM 2023, sila hubungi talian 03-8885 3297 atau menghantar email ke\u00a0[email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-bantuan-kewangan-yayasan-kuok/", "title": "Biasiswa & Bantuan Kewangan 2022 Pelajar UA Yayasan Kuok", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Universiti Awam (UA) di Malaysia berpeluang untuk mendapat Biasiswa dan Bantuan Kewangan 2022 menerusi Yayasan Kuok Berhad. \nYayasan Kuok Berhad merupakan yayasan yang ditubuhkan pada 1 Jun 1970 oleh Keluarga Kuok menerusi Akta Syarikat Malaysia 1965.\nYayasan ini adalah yayasan yang bukan berasaskan keuntungan dengan melaksanakan tanggungawab sosial untuk mengurangkan kemiskinan dan mengurangkan jurang ekonomi antara masyarakat di Malaysia.\nBagi mencapai hasrat ini, biasiswa dan bantuan kewangan ini diwujudkan bagi membantu pelajar di UA yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian mereka.\nPermohonan perlu dibuat sebelum 27 Jun 2022 dan tarikh tutup penerimaan dokumen adalah pada 4 Julai 2022.\n\n\n\n\n\nSenarai Biasiswa & Bantuan Kewangan\nSenarai biasiswa dan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh Yayasan Kuok Berhad kepada pelajar UA yang layak adalah seperti berikut:\nBiasiswaJumlahBiasiswa Kuok Keng KangRM15,000 setahunBiasiswa Kuok Khoon HongRM15,000 setahunBiasiswa WilmarRM15,000 setahunBiasiswa Sains Pertanian Goh Ing Sing(Hanya untuk Sains Pertanian dan kursus berkaitan di Universiti Putra Malaysia)RM15,000 setahunDermasiswa-Pinjaman Yayasan KuokRM13,000 hingga RM15,000 (bergantung kepada kursus yang diikuti)\nCara Memohon\nPelajar UA yang berminat boleh membuat permohonan menerusi tatacara berikut iaitu:\nLayari laman web\u00a0https://apply.kuokfoundation.org/vw_awards_available_list.php.Klik butang \u2018Apply\u2019 dalam kategori \u2018Malaysian Public University.\u2019Klik bahagian \u2018Register.\u2019Lengkapkan maklumat dan klik butang \u2018Register.\u2019Login dengan memasukkan email dan kata laluan.Buat permohonan sehingga tamat dan cetak borang permohonan.Sediakan dokumen yang diperlukan.Borang permohonan dan dokumen perlu dihantar melalui kurier atau serahan tangan ke alamat berikut:KUOK FOUNDATION BERHAD,(Bantuan Kewangan untuk Siswa 2022),Letter Box No. 110,16th Floor UBN Tower,No. 10 Jalan P. Ramlee,50250 Kuala Lumpur.\nInfo Lanjut\nInfo mengenai Biasiswa dan Bantuan Kewangan 2022 Yayasan Kuok Berhad boleh dirujuk menerusi laman web\u00a0https://kuokfoundation.com/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pspm/", "title": "PSPM: Semak Keputusan Peperiksaan Semester Matrikulasi KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nSemakan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) boleh dilakukan menerusi atas talian.\nUntuk makluman, semakan tersebut boleh dilakukan menerusi sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Modul Aplikasi Murid Program Matrikulasi KPM.\nOleh itu, pelajar di Kolej Matrikulasi KPM boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka menerusi atas talian dengan cepat dan bila-bila masa sahaja.\nMengenai Matrikulasi KPM\nProgram Matrikulasi KPM merupakan program yang diwujudkan sejak tahun 1998 sebagai satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.\nMatlamat utama program ini diwujudkan adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.\nJurusan di kolej ini merangkumi:\n\nJurusan Sains:\u2013 Sains Hayat\u2013 Sains Fizikal\u2013 Sains Komputer\nJurusan Kejuruteraan:\u2013 Kejuruteraan Asas\u2013 Kejuruteraan Awam\u2013 Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik\u2013 Kejuruteraan Mekanikal\nJurusan Perakaunan\nJurusan Perakaunan Profesional\n\nCara Semakan Keputusan PSPM\nUntuk membuat semakan PSPM, pelajar boleh menggunakan kaedah-kaedah semakan berikut:\n i) Laman Web\n\nLayari\u00a0laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/.\nPilih Semakan Peperiksaan\nMasukkan No. Matrik + 6 Digit terakhir No. Kad Pengenalan\nMuat turun slip keputusan peperiksaan.\n\n\nii) SMS\n\n\n\n\n\nTaip MOEMAKNoKP\u00a0\nHantar ke 15888.\nKeputusan peperiksaan dipaparkan.\n\nSemak Semula Keputusan PSPM\nPelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan mereka boleh membuat semakan semula keputusan peperiksaan mereka.\nNamun, mereka akan dikenakan kadar bayaran bagi setiap kursus yang disemak semula iaitu RM50.00 (tidak termasuk caj dan cukai berkuatkuasa bagi kiriman wang/ draf bank).\nUntuk semester II & IV, permohonan semakan semula boleh dibuat mulai\u00a07 hingga 20 Julai 2023.\nJika pelajar membuat permohonan selepas tarikh tersebut, permohonan tersebut tidak akan diproses.\nPermohonan semakan semula boleh dibuat menerusi tatacara berikut:\n\nMuat turun Borang Permohonan Semak Semula https://bit.ly/BorangSemakSemula\nMengisi borang permohonan secara Online di pautan\u00a0https://forms.gle/wFoRYU8TjB6NpV3V7 (Sila gunakan ID Acc DELIMa masing masing)\nMenghantar Borang Permohonan dan Wang Pos kepada BMKPM menggunakan alamat yang dinyatakan dalam panduan pemohonan semak semula.\n\nPanduan dan borang permohonan semakan semula boleh dimuat turun menerusi file di bawah:\nPanduan-Semakan-SemulaDownload\nBorang-Permohonan-Semakan-SemulaDownload\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, layari laman web https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/pengumuman-dan-kaedah-semakan-keputusan-pspm-kpm.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/peperiksaan-muet-sesi-3-2023/", "title": "Pendaftaran Peperiksaan MUET Sesi 3 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nCalon yang berhasrat untuk mengambil peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 3 2023, pendaftaran MUET akan dibuka kepada umum mulai 7 Disember 2022 \nMUET merupakan peperiksaan yang dijalankan bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang telah diperkenalkan mulai tahun 1999.\nCalon yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan dengan baik akan melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).\nPeperiksaan ini akan diambil oleh calon yang sedang mengikuti pengajian Matrikulasi/Asasi dan\u00a0Tingkatan 6\u00a0bagi membolehkan mereka menyambung pengajian bagi program ijazah pertama di IPT.\nOleh itu, calon yang ingin mendaftar peperiksaan ini boleh berbuat demikian mulai 12 Julai 2023 sehingga 23 Ogos 2023 bagi calon sekolah/institusi manakala 2 Ogos 2023 sehingga 23 Ogos 2023.\n\nKomponen Peperiksaan MUET\nKomponen peperiksaan MUET mengandungi 4 kertas peperiksaan iaitu:\nKod KertasNama Kertas800/1Listening\u00a0800/2Speaking\u00a0800/3Reading800/4Writing\nPerlu diingatkan, pelajar yang mengambil peperiksaan ini perlu memastikan mereka menduduki keempat-empat kertas tersebut bagi membolehkan sijil peperiksaan mereka dikeluarkan.\n\n\n\n\nBand Pemarkahan Peperiksaan MUET\nPemarkahan peperiksaan ini ditentukan mengikut band yang diperoleh calon seperti berikut:\nJumlah MarkahBand331 \u2013 3605+294 \u2013 3305.0258 \u20132934.5211 \u20132574.0164 \u2013 2103.5123 \u2013 1633.082 \u2013 1222.536 \u2013 812.01 \u2013 351.0\nYuran Pendaftaran\nYuran pendaftaran bagi calon yang ingin menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia: RM100\nBukan Warganegara: RM350\n\nCara Mendaftar\nPendaftaran peperiksaan bagi calon persendirian boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web pendaftran MUET iaitu\u00a0https://muet.mpm.edu.my/registration\nPilih negeri dan pusat peperiksaan MUET yang diingini.\nMasukkan maklumat diri yang diperlukan.\nBuat pembayaran melalui FPX atau Kad Kredit.\nSlip pendaftaran peperiksaan akan diberikan selepas pembayaran dilakukan.\n\nCalon sekolah atau institusi pula perlu mendaftar melalui sekolah/institusi masing-masing. \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai peperiksaan MUET sesi 3 2023, sila layari laman web\u00a0Majlis Peperiksaan Malaysia iaitu https://muet.mpm.edu.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pengecualian-bayaran-balik-ptptn-kelas-pertama/", "title": "Cara Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Kelas Pertama", "body": "\n\n\n\n\n\nSebelum ini, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan insentif pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.\nInsentif ini diumumkan sebagai dorongan kepada semua peminjam untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka.\nUntuk makluman, insentif pengecualian bayaran balik pinjaman kepada peminjam PTPTN telah dilaksanakan sejak tahun 2001 dan diberikan kepada semua peminjam di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang menamatkan pengajian dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya tanpa mengira kaum dan latar belakang kewangan peminjam.\nNamun, insentif ini telah dihadkan kepada peminjam daripada golongan B40 dan M40 sahaja manakala kumpulan T20 tidak dipertimbangkan dan dilaksanakan kepada peminjam yang menamatkan pengajian mulai 1 Januari 2019.\nTarikh Permohonan\nTempoh permohonan untuk memohon insentif ini boleh dibuat mulai 15 September 2022 hingga 31 Disember 2022. \nSelepas tempoh tersebut, permohonan tidak akan diterima kecuali permohonan yang dikemukakan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat-syarat untuk memohon insentif ini adalah seperti berikut:\n\nMengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa.\nMemperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT.\nMenamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.\nPinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.\nKursus/Program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan.\nMengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.\n\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan insentif ini boleh dirujuk melalui langkah-langkah di bawah:\n\nLayari laman web https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama.\nLog masuk menggunakan No.Kad Pengenalan dan No. Pinjaman Peminjam.\nKlik butang \u201cMohon.\u201d\nKemaskini semua maklumat yang diperlukan.\nMuat naik dokumen sokongan.\nBuat pengesahan dan klik butang \u201cHantar.\u201d\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nSalinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol).\nSalinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.\nSalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).\nSurat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan \u201cKelas Pertama\u201d pada Ijazah).\nSurat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/transkrip).\n\nSalinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional\u00a0(Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT) dengan cop\u00a0pengesahan mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN, sila hubungi talian 03\u20132193 3000.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/spm-2021-sesi-kedua/", "title": "SPM 2021 Sesi Kedua: Pernyataan Pendaftaran & Jadual Peperiksaan", "body": "\n\n\n\n\n\nLembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pelaksaanaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 Sesi Kedua akan dilaksanakan pada 5 April hingga 19 Mei 2022.\nSPM 2021 Sesi Kedua ini akan melibatkan Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis.\nPelaksanaan SPM 2021 untuk sesi ini dibuat bagi pelajar yang tidak dapat menduduki ketiga-tiga ujian tersebut akibat disahkan positif COVID-19, perlu menjalani tempoh kuarantin seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), calon yang terkesan akibat banjir atau kes-kes khas yang mendapat kelulusan Pengarah Peperiksaan.\nOleh itu, murid-murid yang terlibat dinasihatkan untuk mengambil perhatian mengenai pernyataan pendaftaran dan jadual waktu peperiksaan bagi mengelakkan sebarang masalah ketika waktu peperiksaan. \nTarikh Peperiksaan\nTarikh peperiksaan SPM 2021 untuk sesi ini seperti yang telah ditetapkan oleh LP adalah seperti berikut:\nPerkaraTarikhUjian Bertutur Bahasa Melayu5 April 2022Ujian Bertutur Bahasa Inggeris6 April 2022Ujian Mendengar(Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)7 April 2022 (Pagi)Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa7 April 2022 (Petang)Ujian Bertulis11 April \u2013 18 Mei 2022(15 hari pelaksanaan)Ujian Amali Sains19 Mei 2022\nPernyataan Pendaftaran\nBagi murid yang bakal menduduki peperiksaan ini, mereka perlu membuat semakan, mengesahkan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan.\nPernyataan Pendaftaran Peperiksaan ini mengandungi maklumat pusat peperiksaan yang ditetapkan, tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan.\n\n\n\n\nPernyataan ini perlu dicetak dan dibawa ke dewan peperiksaan pada hari peperiksaan dijalankan.\nPernyataan Pendaftaran Peperiksaan ini boleh diakses melalui pautan https://elp.moe.gov.my atau melalui aplikasi mobile e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store mulai 1 April 2022. \nJadual Waktu Peperiksaan\nJadual waktu peperiksaan SPM 2021 Sesi Kedua mengikut mata pelajaran boleh disemak dan dimuat turun melalui pautan di http://lp.moe.gov.my mulai 1 April 2022.\nSelain jadual waktu, murid juga boleh mengetahui peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap murid semasa peperiksaan berlangsung. \nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai SPM 2021 Sesi Kedua, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/penanda-wacana/", "title": "Penanda Wacana: Maksud, Fungsi, & Contoh Penggunaannya", "body": "\n\n\n\n\n\nPenanda\u00a0wacana\u00a0ialah perkataan yang berfungsi untuk menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang sama ada melalui tulisan ataupun ucapan.\nTujuan utama penanda wacana digunakan bagi mewujudkan rangkai kata antara sebahagian teks dengan yang lain. \nSelain itu, penanda wacana digunakan sama ada dalam perenggan yang sama atau perenggan baru supaya ayat lebuh teratur dan mempunyai kesinambungan antara satu sama lain.\nFungsi Penanda Wacana\nTerdapat 4 fungsi penanda wacana di dalam tatabahasa iaitu: \n\nPenghubung tambahan.\nPenghubung tentangan atau sebaliknya.\nPenghubung musabab atau sebab.\nPenghubung tempoh masa atau ketika.\n\nPenghubung Tambahan\nPenanda wacana yang terdapat di dalam jenis ini ialah seperti dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan lain-lain lagi.\nContoh-contoh ayat yang digunakan adalah seperti:\n\n\u201cJasmin pulang lewat dari syarikatnya.\u00a0Lebih-lebih lagi, beliau baru dinaikkan pangkat.\u201d\n\u201cHafiz mengusahakan kedai makan.\u00a0Di samping itu, dia juga mengusahakan kebun tanaman.\u201d\n\nPenghubung Sebaliknya Atau Tentangan\nPenanda wacana bagi tujuan penghubung sebaliknya atau tentangan seperti tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun dan lain-lain lagi.\u00a0\n\n\n\n\nContoh ayat yang digunakan adalah seperti berikut: \n\n\u201cJohar telah lama berhijrah ke Kuala Lumpur.\u00a0Namun\u00a0hati kecilnya masih teringat akan kampung halamannya di pantai timur.\u201d\n\u201cJawahir merupakan anak angkat Pak Kaduk yang telah dipelihara sejak kecil lagi.\u00a0Walau bagaimanapun, Pak Kaduk telah dianggap seperti bapa kandungnya mereka sendiri.\u201d\n\nPenghubung Sebab Atau Musabab\nPenanda wacana menunjukkan sebab atau musabab adalah seperti kerana, oleh sebab itu, oleh itu, oleh hal demikian, dengan itu, maka itu dan lain-lain lagi.\nAntara contoh ayat yang sering digunakan adalah seperti:\n\n\u201cKejadian pecah rumah sering berlaku di kawasan taman perumahan.\u00a0Oleh hal demikian, pihak Polis telah mengarahkan ahli Rukun Tetangga menjalankan kerja-kerja rondaan dengan lebih kerap.\u201d\n\u201cKeadaan hidup keluarga Dali amat daif.\u00a0Maka,\u00a0dia terpaksa bekerja lebih keras untuk membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan.\u201d\n\nPenghubung Ketika Atau Masa\nPenanda wacana yang terdapat di dalam jenis ini ialah seperti pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka dan akhirnya.\nContoh ayat yang digunakan bagi penghubung ketika atau masa adalah seperti berikut:\n\nSaya tidak dapat hadir ke kelas atas dua sebab utama. Pertama, ibu saya sakit.\u00a0Kedua, hujan turun dengan lebat ketika itu. \nSebaik sahaja rombongan kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kami dibawa ke balai menunggu. Sejurus\u00a0selepas itu, kami diberi taklimat ringkas oleh ketua rombongan. \n\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut, sila tontoh video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=BHsu8p5IDZE\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ayat-tunggal/", "title": "Ayat Tunggal: Maksud & Contoh Penggunaanya", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi subjek Bahasa Malaysia, murid-murid di sekolah sudah semestinya pernah mendengar mengenai ayat tunggal tetapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ayat tunggal?\nDalam erti kata yang lebih mudah, ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.\nAyat tunggal lazimnya merupakan ayat yang pendek kerana hanya mempunyai satu subjek dan predikat yang digunakan.\n\nSubjek & Predikat\nApakah yang dimaksudkan dengan subjek dan juga predikat? \nSubjek bermaksud bahagian ayat yang diterangkan.\nSubjek boleh terdiri daripada kata berikut:\n\nKata Nama\nKata Ganti Nama\nKata kerja yang berfungsi sebagai kata nama\nKata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama\n\nPredikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek dan frasa yang lazimnya digunakan sebagai predikat adalah:\n\nFrasa nama\nFrasa kerja\nFrasa adjektif\nFrasa sendi nama\n\nContoh Ayat Tunggal\nBerikut merupakan contoh ayat tunggal yang boleh dijadikan rujukan:\n1. Kata Nama+Frasa Nama\nContoh: Klang merupakan bandar diraja Selangor.\nKeterangan: Dalam ayat ini, \u201cKlang merupakan\u201d kata nama yang berfungsi sebagai subjek manakala ayat \u201cmerupakan bandar diraja Selangor\u201d merupakan predikat iaitu frasa nama yang merujuk kepada subjek. \n2. Kata Nama+Frasa Kerja\nContoh: Hussain sedang mendengar radio.\n\n\n\n\nKeterangan: Dalam ayat ini, \u201cHussain\u201d merupakan subjek iaitu kata nama manakala \u201csedang mendegar radio\u201d ialah predikat iaitu frasa kerja yang menerangkan perbuatan subjek.\n3. Kata Ganti Nama+Frasa Adjektif\nContoh: Dia sangat pantas\nKeterangan: Dalam ayat ini, \u201cDia\u201d merupakan subjek iaitu kata ganti diri ketiga dan sangat pantas merupakan predikat iaitu frasa edjektif yang menerangkan sifat subjek. \n4. Kata Ganti Nama+Frasa Sendi Nama\nContoh: Saya ke sawah padi setiap hari.\nKeterangan: Dalam ayat ini, \u201cSaya\u201d ialah subjek iaitu kata ganti diri nama pertama manakala \u201cke sawah padi setiap hari\u201d merupakan predikat iaitu frasa sendi nama kerana mempunyai kata sendi di dalam frasa tersebut iaitu \u201cke.\u201d\n5. Kata Adjektif+Frasa Sendi Nama\nContoh: Merah umpama lambang keberanian.\nKeterangan: Dalam ayat ini, \u201cMerah\u201d ialah kata adjektif sebagai subjek manakala \u201cumpama lambang keberanian\u201d ialah predikat yang merujuk kepada frasa sendi nama kerenan mempunyai kata sendi iaitu \u201cumpama.\u201d\nInfo Lanjut\nUntuk mengetahui lebih lanjut mengenai ayat tunggal, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=DRNaOjVQ8C4. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-bantuan-zakat-ipt-dalam-negara/", "title": "Skim Bantuan Zakat IPT Dalam Negara MAIJ: Bantuan Sehingga RM1,000", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah membuka tawaran bagi pelajar dari negeri tersebut untuk memohon Skim Bantuan Zakat IPT Dalam Negara kepada mereka yang berkelayakan.\nMAIJ adalah institusi majlis agama Islam yang berperanan dalam menguruskan hal ehwal agama Islam termasuk menguruskan kumpulan wang zakat dan fitrah dan mengagihkannya kepada asnaf di negeri tersebut.\nBagi asnaf fisabilillah, MAIJ menawarkan Skim Bantuan Zakat IPT Dalam Negara kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di dalam negara. \nPermohonan bantuan zakat ini telah dibuka mulai 1 Jun sehingga 30 Jun dan permohonan boleh dibuat secara online.\n\nPeringkat Pengajian\nPeringkat pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:\nSijill (kecuali STAM dan STPM)DiplomaIjazah Sarjana Muda\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang akan diterima oleh pelajar adalah mengikut peringkat pengajian iaitu: \n\n\n\n\nPeringkat Sijil: RM300.00Peringkat Diploma (semester pertama): RM500.00Peringkat Ijazah Sarjana Muda (semester pertama): RM1,000.00\nSyarat Am\nSyarat am bagi pelajar yang ingin memohon skim bantuan zakat ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia beragama Islam dan merupakan anak kelahiran Johor\u00a0serta menetap di dalam Negeri Johor.Bermastautin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.Mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.Pendapatan perkapita keluarga pemohon tidak melebihi RM500 setiap tanggungan (termasuk ketua keluarga).Terbuka untuk kemasukan pendaftaran semester pertama sahaja.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan yang boleh rujuk adalah melalui perincian di bawah:\nLayari laman web MAIJ iaitu\u00a0https://epayment.maij.gov.my/.Klik menu \u201cDaftar Pengguna.\u201dMasukkan no. kad pengenalan dan klik \u201cSemak No. Kad Pengenalan.\u201dSekiranya nombor kad pengenalan telah berdaftar, laman web tersebut akan memaparkan data pengguna telah didaftarkan. Klik menu \u201cKlik Di Sini\u201d untuk mengemaskini kata laluan.Sekiranya data pemohon tiada dalam sistem, lengkapkan maklumat peribadi pemohon.Selepas maklumat pendaftaran dilengkapkan, klik \u201cSetuju\u2019 dan \u201cSimpan.\u201dLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.Klik pada menu \u201cBantuan IPT Dalam Negeri.\u201dLengkapkan butiran-butiran seperti:\u2013 Maklumat pemohon.\u2013 Maklumat ibu bapa atau penjaga.\u2013 Maklumat pengajian.Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.Klik \u201cHantar\u201d dan \u201cCetak Slip\u201d sebagai rujukan permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan pemohon.Salinan kad pengenalan ibu bapa.Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua tanggungan.Salinan slip gaji atau borang pengesahan pendapatan.Salinan surat tawaran IPTSalinan sijil akademik (SPM/STAM/STPM).Salinan sijil berhenti sekolah terakhir.Dokumen yuran pendaftaran.Gambar berukuran passport.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Skim Bantuan Zakat IPT Dalam Negara, sila layari Facebook MAIJ iaitu https://www.facebook.com/zakatjohor.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-matematik-tingkatan-4/", "title": "Buku Teks Matematik Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku teks Matematik Tingkatan 4 ini diterbitkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). \nBuku ini terdiri daripada 10 bab yang disusun dan dirancang secara sistematik berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tingkatan 4.\nPada permulaan bab di dalam buku ini, murid-murid diperkenalkan kepada bahan rangsangan yang berkaitan dengan kehidupan harian untuk merangsang pemikiran murid tentang konsep sesuatu topik.\nDi samping itu, standard kandungan dan daftar kata turut disertakan untuk memberikan gambaran ringkas tentang kandungan bab.\n\nBerikut dikongsikan kandungan buku teks ini serta jawapan untuk rujukan pelajar serta guru.\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Fungsi dan Persamaan Kuadratik dalam Satu Pemboleh Ubah\n\nFungsi dan Persamaan Kuadratik\n\nii) Bab 2 Asas Nombor\n\nAsas Nombor\n\niii) Bab 3 Penaakulan Logik\n\nPernyataan \nHujah\n\niv) Bab 4 Operasi Set\n\nPersilangan Set \nKesatuan Set\nGabungan Operasi Set\n\nv) Bab 5 Rangkaian dalam Teori Graf\n\n\n\n\n\nRangkaian\n\nvi) Bab 6 Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah\n\nKetaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah \nSistem Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah\n\nvii) Bab 7 Graf Gerakan\n\nGraf Jarak-Masa \nGraf Laju-Masa\n\nviii) Bab 8 Sukatan Serakan Data Tak Terkumpul\n\nSerakan \nSukatan Serakan\n\nix) Bab 9 Kebarangkalian Peristiwa Bergabung\n\nPeristiwa Bergabung\nPeristiwa Bersandar dan Peristiwa Tak Bersandar\nPeristiwa Saling Eksklusif dan Peristiwa Tidak Saling Eksklusif\nAplikasi Kebarangkalian Peristiwa Bergabung\n\nx) Bab 10 Matematik Pengguna: Pengurusan Kewangan\n\nPerancangan dan Pengurusan Kewangan\n\nMuat Turun Buku Teks Matematik Tingkatan 4\nBuku Teks Digital Matematik Tingkatan 4 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBukuTeks-Matematik-Tingkatan-4Download\nSkema Jawapan\nSkema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:\nJawapan-Buku-Teks-MatematikDownload\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut :\u00a0http://www.moe-dl.edu.my\nBaca juga:\n\nBuku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP KSSM\nBuku Teks Sains Tingkatan 1 DLP KSSM\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-darul-kifayah/", "title": "Permohonan Kemasukan Darul Kifayah MAIWP", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Agama Islam WIlayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan kemasukan bagi pelajar baharu Darul Kifayah.\nDarul Kifayah merupakan institusi yang telah ditubuhkan pada tahun 1983 untuk bagi menjaga kesejahteraan anak yatim, saudara baru dan pelajar-pelajar miskin.\nInstitusi ini menyediakan tempat kediaman sementara, memberi bimbingan agama dan akhlak dan mengadakan kemudahan pendidikan yang sempurna kepada mereka.\nDarul Kifayah kini beroperasi di premis MAIWP di Lot 28188, Jalan 36/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur.\nPermohonan kemasukan boleh dibuat sekarang sehingga 28 Jun 2022.\nKemudahan Yang Disediakan\nKemudahan yang disediakan di institusi ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nBlok PentadbiranBlok AkademikBlok Penginapan Pelajar LelakiBlok Penginapan Pelajar PerempuanDewan Serbaguna yang dapat menampung 1000 orangMakmal KomputerPerpustakaan\u00a0Surau JumaatBlok Kuarters Kakitangan 5 tingkat (20 unit)5 Unit Kuarters KakitanganPost Kawalan KeselamatanPadang PermainanPadang Bola JaringGelanggang Badminton & TakrawPembiayaan kos persekolahan yang menyeluruhMakan Minum HarianPengangkutan pergi balik sekolahBantuan pakaian Hari rayaBantuan perubatan dan lain-lain\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon sebelum memohon adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Beragama Islam.Yatim, yatim piatu, asnaf fakir, miskin, dan muallaf.Berumur di antara 11 hingga 17 tahun.Sihat tubuh badan dan fizikal.Mampu membaca Al-Quran dengan baik.Masih bersekolah dan mempunyai latar belakang akademik yang baik.Mempunyai tingkahlaku dan akhlak yang baik.Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.Tidak mempunyai rekod jenayah atau salah laku akhlak.Tidak mempunyai kecacatan mental.\nTatacara Permohonan\nBagi mereka yang memenuhi syarat-syarat permohonan, permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nKlik pautan berikut https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/borang-permohonan-ke-darul-kifayah-kuala-lumpur.Klik butang \u201cDownload.\u201dIsi borang permohonan tersebut dengan lengkap.Sediakan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:Kompleks Darul Kifayah,Lot 28188, Jalan 36/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, 68100 Batu Caves,Kuala Lumpur.\nDokumen Yang Diperlukan\nSemua dokumen yang diperlukan ini perlu dihantar bersama borang permohonan:\nSatu salinan sijil kelahiran/kad pengenalan pemohondan ibu/bapa/penjaga.Satu salinan sijil kematian ibu/bapa atau sijil perceraian atau pengislaman.Satu salinan keputusan peperiksaan terkini pertengahan tahun.Satu salinan sijil peperiksaan UPSR/UPSRA/UPKK/PMR.Satu salinan slip gaji ibu/bapa/penjaga.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke Darul Kifayah, sila hantar emel ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pembiayaan-program-perakaunan-professional-fia-acca-yayasan-jcorp/", "title": "Pembiayaan Program Perakaunan Professional FIA-ACCA Yayasan JCorp", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Johor Corporation (JCorp) melalui kerjasama Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) menawarkan pembiayaan pendidikan kepada pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda (Perakaunan) untuk menyertai program perakaunan profesional FIA-ACCA.\nMatlamat pembiayaan ini adalah bagi meringankan bebanan dan tanggungan keluarga yang kurang berkemampuan untuk anak mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan mempunyai kebolehpasaran dalam industri.\nUntuk makluman, Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA adalah program yang membolehkan graduan mendapat persijilan ACCA, iaitu badan perakaunan profesional yang diiktiraf di peringkat global untuk mereka meneruskan kerjaya dalam sektor perakaunan. \nPembiayaan ini akan memberi peluang kepada graduan untuk mendapatkan pengiktirafan di peringkat global.\nBagi graduan Ijazah Sarjana Muda (Perakaunan) yang berminat, permohonan bagi kemasukan sesi September 2022 telah dibuka.\n\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon pembiayaan pendidikan ini adalah seperti berikut:\nBumiputeraBerumur tidak melebihi 25 tahun.Tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakauanan dengan minimum PNGK 3.0 daripada universiti yang diakreditasi.Mendapat pengecualian penuh daripada ACCA.Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM4,850.00 sebulan.\nCara Memohon\nPermohonan pembiayaan ini boleh dibuat menerusi pautan iaitu https://mypac.org.my/mypac-fia-acca-programme/.\nSelepas melayari laman web tersebut, klik butang \u2018Apply Now\u2019 untuk membuat permohonan pembiayaan tersebut.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai pembiayaan pendidikan program perakaunan profesional FIA-ACCA, sila hubungi MyPAC di talian 012-9190210\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-yayasan-tm-future-leaders-2022/", "title": "Permohonan Biasiswa Yayasan TM Future Leaders 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan TM mempelawa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dan lepasan Matrikulasi/Diploma/Pra-Universiti/Asasi untuk memohon Biasiswa Yayasan TM Future Leaders 2022.\nBiasiswa Yayasan TM Future Leaders 2022 menawarkan biasiswa dan bantuan kewangan untuk 200 penempatan dalam negara dan 30 antarabangsa.\nMenerusi biasiswa ini juga, pelajar akan menjalani Program Pembangunan Berstruktur yang direka khas untuk membentuk individu yang lebih holistik dan menyeluruh serta melengkapkan pemegang biasiswa dengan kemahiran masa hadapan di dalam kedua-dua bidang digital dan kebolehpasaran.\nPemohon yang berminat memohon biasiswa ini boleh membuat permohonan sehingga 30 Jun 2022.\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\nTeknologi Maklumat dan DigitalMultimedia Kreatif/Seni SinematikKejuruteraanPengurusanPensijilan Profesional (contoh: ACCA)\nInstitusi Pengajian\nPelajar yang akan menyambung pengajian di institusi pengajian berikut layak memohon:\ni) Lepasan SPM 2021\nInstitusi terpilih untuk program luar negara. Multimedia UniversityIPTS terpilih untuk Pensijilan Profesional.\nii) Lepasan Matrikulasi/Diploma/Pra-Universiti/Asasi\n\n\n\n\nMultimedia UniversityUniversiti Awam (UA)\nSyarat Am\nSyarat am yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\nPendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan.Pemohon tidak boleh mempunyai adik beradik yang pernah menerima Biasiswa YTM di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).Pemohon dan kedua ibu bapa mestilah warganegara Malaysia.Pemohon pada masa ini tidak menerima sebarang bentuk bantuan kewangan pendidikan daripada sumber lain.\nSyarat Kelayakan\nPemohon yang ingin memohon biasiswa ini perlu memenuhi syarat kelayakan berikut iaitu:\ni) Pengajian Luar Negara\nWarganegara Malaysia dan mempunyai keadaan kesihatan yang baik.Mendapat sekurang-kurangnya 8A dalam SPM 2021.Tidak melebihi umur 21 tahun pada Disember 2022.Aktif dalam aktiviti kokurikulum.\nii) Pengajian Dalam Negara\nWarganegara Malaysia dan mempunyai keadaan kesihatan yang baik.Mendapat sekurang-kurangnya 6A untuk SPM 2021 atau PNGK 3.0 atau setara untuk keputusan terkini.Tidak melebihi umur 23 tahun pada Disember 2022.Aktif dalam aktiviti kokurikulum.\nCara Memohon\nPemohon boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan bit.ly/YTMscholarship2022.Klik butang \u2018Apply Now.\u2019Klik butang \u2018Permohonan Baru.\u2019Pilih biasiswa yang ingin dipohon.Isi maklumat permohonan dengan lengkap.Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanju mengenai Yayasan TM Future Leaders 2022, sila hantar email ke alamat [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sara-sumbangan-asas-rahmah/", "title": "SARa: Sumbangan Asas Rahmah RM600 Mulai 17 Julai 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Sumbangan Asas Rahmah (SARa)\u00a0akan diagihkan mulai 17 Julai 2023.\nSumbangan Asas Rahmah akan melibatkan pemberian kepada 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tergolong dalam kategori miskin tegar dalam bentuk bakul makanan/baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.\nPemberian sumbangan ini bertujuan untuk meringankan kos sara hidup rakyat yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-Kasih.\n\nMengenai e-Kasih\nSistem e-Kasih ialah satu sistem pengkalan data\u00a0keluarga\u00a0miskin dan miskin tegar yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu\u00a0merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.\u00a0\nSistem ini merupakan pangkalan data yang dikendalikan\u00a0oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.\nData-data di dalam sistem ini digunakan oleh kementerian atau agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.\nSyarat Penerima\nSyarat penerima sumbangan ini mestilah dikategorikan seperti:\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia.\nLulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.\nTersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023\n\nPGK miskin tegar boleh dirujuk melalui jadual di bawah:\n\nAmaun Bayaran\nAmaun bayaran yang akan menerima sumbangan ini adalah seperti berikut:\nBil.Kategori Kelulusan STR 2023Amaun Bayaran1.Isi Rumahi. Kahwinii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anakRM6002.Warga Emas Tiada PasanganRM6003.BujangRM600\nSemakan Status Penerima Sumbangan Asas Rahmah\nSemakan status penerima boleh dirujuk melalui cara-cara di bawah:\n\nLayari portal semakan MyKasih iaitu:\u00a0https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=\nMasukkan nombor kad pengenalan tanpa (-).\nKemudian sila masukkan captcha berdasarkan nombor dan angka yang diberi.\nTekan pada butang Semak Status untuk semakan.\nSemakan status penerima dipaparkan.\n\nKaedah Penyaluran Sumbangan\nUntuk kaedah penyaluran sumbangan, pihak Kementerian Kewangan akan memperincikan kaedah penyaluran sumbangan yang akan dibuat.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Sumbangan Asas Rahmah, sila layari laman web https://www.mykasih.com.my/site/food-aid-programme/sara/faq-bm/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/plk-ptpk/", "title": "PLK-i PTPK: Pinjaman Latihan Kemahiran Tanpa Faedah 12 Bulan", "body": "\n\n\n\n\n\nPerbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah melancarkan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) kepada semua peminjam PTPK.\nUntuk makluman, PTPK merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang memainkan peranan penting untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir untuk memasuki program TVET menerusi bantuan pinjaman latihan kemahiran yang ditawarkan.\nPelaksanaan program pinjaman ini oleh PTPK adalah untuk mewujudkan teras pinjaman latihan kemahiran yang berkonsepkan patuh syariah yang memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia.\nPelaksanaan PLK-i ini akan menyokong agenda pendidikan TVET negara sebagai pilihan utama dalam pendidikan tinggi negara.\n\nPelaksanaan Program Pinjaman\nProgram pinjaman latihan yang dilancarkan tersebut akan berkuat kuasa pada 15 Ogos 2022 bagi fasa pertama.\nIni bermakna, PTPK tidak akan mengenakan apa-apa bayaran upah iaitu caj pentadbiran dan perkhidmatan bagi permohonan baru pinjaman latihan dan penukaran (Conversion) akaun pinjaman konvensional selama 12 bulan.\n\n\n\n\nIni sekali gus akan mengurangkan beban peminjam kerana peminjam tidak perlu membayar faedah pinjaman untuk 12 bulan pertama.\nPelaksanaan inisiatif ini akan membuka lebih banyak peluang kepada remaja dan belia untuk memasuki program TVET dan akan merancakkan lagi agenda pemerkasaan TVET dalam usaha negara melahirkan lebih ramai pekerja mahir tempatan.\nPinjaman Untuk Semua\nUntuk makluman juga, PLK-i tidak terhad kepada orang Islam sahaja bahkan turut dibuka kepada orang bukan Islam untuk mendapatkan inisiatif ini. \nIni bermakna, semua individu tanpa mengira kaum dan agama adalah layak untuk mendapatkan inisiatif ini. \nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai inisiatif pinjaman latihan ini, sila layari laman web PTPK iaitu https://www.ptpk.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/geran-sepadan-ptptn/", "title": "Geran Sepadan PTPTN: Insentif Pendidikan Sehingga RM10,000", "body": "\n\n\n\n\n\nPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan Geran Sepadan kepada para pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional\u00a0(SSPN Prime) yang berpendapatan rendah di seluruh negara.\nGeran Sepadan merupakan insentif kewangan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 khas kepada pendeposit Simpan SSPN Prime. \u200b\nPemberian geran ini adalah berasaskan kepada pengumuman oleh YAB Perdana Menteri semasa membentangkan\u00a0Bajet 2003\u00a0pada 20 September 2002 yang bersetuju memperuntukkan RM1 bilion dalam bentuk Geran Sepadan sebagai insentif untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka.\nJusteru itu, pendeposit yang berpendapatan rendah dan ingin mendapatkan geran ini boleh membuat permohonan dengan segera.\n\nJumlah Insentif\nJumlah insentif yang ditawarkan melalui ini kepada para pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000.00 satu keluarga.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nUntuk memohon, pendeposit perlu memenhi syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:\n\nJumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 satu keluarga\nPendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) pendeposit tidak melebihi RM4,000 semasa permohonan dibuat.\nPenerima manfaat telah mendaftar masuk ke mana-mana IPT dan kursus yang diikitiraf oleh kerajaan di peringkat sijil dan ke atas.\nPenerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran geran sepadan dilakukan.\nPemberian hanya layak kepada pendeposit (ibu/bapa/penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak di bawah jagaannya yang sah sahaja\n\nCara Memohon\nUntuk memohon geran ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nPergi ke mana-mana pejabat PTPTN yang berhampiran.\nBawa bersama dokumen-dokumen berikut:\u2013 Pengesahan pendapatan/salinan slip gaji/salinan Penyata Pencen/salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan.\u2013 Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT.\u2013 Salinan Sijil Kelahiran /Sijil Anak Angkat/Surat Akuan Berkanun penerima manfaat.\u2013 Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tiada surat tawaran mendaftar ke IPT atau mempunyai resit bayaran).\u2013 Salinan MyKad pasangan/Sijil Kematian/Surat Cerai.\nMaklumkan kepada kakitangan PTPTN untuk memohon Geran Sepadan.\nKakitangan PTPTN akan membantu proses seterusnya.\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai geran ini, sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 atau melayari laman web https://www.ptptn.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pakej-perantisiswa-keluarga-malaysia/", "title": "Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia: Tablet RM800 Pelajar IPT B40", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang tergolong dalam keluarga B40, mereka berpeluang menerima inisiatif peranti tablet beserta jalur lebar di bawah Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia menerusi Belanjawan 2022. \nDalam Belanjawan 2022 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku\u00a0Datuk Seri\u00a0Zafrul\u00a0bin\u00a0Tengku\u00a0Abdul Aziz, kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta bagi melaksanakan bantuan ini.\nSelain peruntukan daripada kerajaan, syarikat telekomunikasi juga turut menyumbang bagi pelaksanaan pakej ini iaitu sebanyak RM65 juta.\nTujuan pakej ini diwujudkan untuk membantu pelajar IPT menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.\nMenerusi Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini, seramai 600,000 pelajar dalam kalangan keluarga B40 akan menerima bantuan ini. \n\n\n\n\n\nHarga Pekej\nSehingga kini, Menteri Kewangan menyatakan harga bagi peranti yang ditawarkan melalui pakej ini bagi RM800 setiap tablet.\nSyarikat Telekomunikasi\nSyarikat telekomunikasi yang terlibat di dalam pelaksanaan pakej ini adalah seperti berikut:\nCelcom Axiata Berhad (Celcom)Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)Maxis Berhad (Maxis)U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)Telekom Malaysia Berhad (TM) YTL Communications Sdn Bhd (YES)\nPendaftaran Pakej\nMenurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pendaftaran bagi pakej ini dijangka akan bermula pada suku kedua tahun 2022.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia, sila layari laman web SKMM di pautan https://www.mcmc.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pro-p-mara-2023/", "title": "PRO-P MARA: Program Pembangunan Professional 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan pinjaman pelajaran bagi pemohon yang ingin menyambung pengajian ke peringkat profesional/pakar di InstitusiPengajian Tinggi (IPT) terkemuka dalam dan luar negara menerusi Professional Development Programme (PRO-P) atau Program Pembangunan Professional 2023.\nPRO-P merupakan pinjaman pelajaran yang ditawarkan kepada graduan cemerlang dalam bidang profesional yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara untuk menyambung pengajian di IPT dalam mahupun luar negara.\nPemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 23 Jun 2023 sehingga 6 Julai 2023 secara atas talian.\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak memohon pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut:\n\nACCA Foundation in Accountancy (AFIA) (Persediaan/Foundation/Sijil)\nAssociation of Chartered Certified Accountants (ACCA)/Certificate Professional Accounting (CPA CAANZ)/Institute Of Chartered Accountant (ICAEW) dan Chartered Institute Of Management Accountants (CIMA)\nAnaesthesiology\nClinical Oncology\nEmergency Medicine\nFamily Medicine\nForensic Medicine\nGeneral Surgery\nInternal Medicine\nNeuro Surgery\nNuclear Medicine\nObstetrics & Gynaecology\nOphthalmology\nOrthopaedic Surgery\nOtorhinolaryngology\nPaediatric\nPaediatric Surgery\nPathology\nPlastic Surgery\nPsychiatry\nPublic Health\nRadiology\nRehabilitation Medicine\nOral Surgery\nOrthodontic\nPeriodontology\nPaediatric Dentistry\nRestorative Dentistry\nOral Pathology & Oral Medicine & Forensic\nDentistry\nLain-lain bidang profesional yang diiktiraf badan profesional dan diluluskan oleh MARA.\n\nSyarat Umum\nSyarat umum yang perlu dipenuhi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nPemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah berstatus Bumiputera\nHad umur pemohon pada 31 Disember 2023:\u2013 Tidak melebihi 40 tahun (pengajian dalam negara)\u2013 Tidak melebihi 35 tahun (pengajian luar negara)\nPemohon perlulah mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.\nPemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.\nTidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.\nMendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.\n\nSyarat Program\nPemohon juga perlu memenuhi syarat program yang ditetapkan iaitu:\n\nPemohon yang sedang atau akan mengikuti pengajian pada tahun 2022.\nMendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer Letter) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institut Pengajian dalam negara dan luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Badan-Badan Profesional.\nPemohon yang pernah mendapat pinjaman MARA bagi peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah tidak layak memohon.\nPermohonan terbuka untuk pengajian secara sepenuh masa sahaja.\n\nSyarat Akademik\nSelain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan oleh pihak MARA:\ni) ACCA Foundation in Accountancy (AFIA): KUPTM Kuala Lumpur\n\nLulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat gred A bagi 4 mata pelajaran termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris; atau\nKelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.\n\nii) Association of Chartered Certified Accountants (ACCA): KUPTM Kuala Lumpur\n\nLulus ACCA-CAT atau ACCA Foundation in Accounting; atau\nLulus Matrikulasi dengan CGPA 2.50, termasuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM; atau\nLulus Diploma/Ijazah Sarjana Muda daripada institusi dalam atau luar negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Badan Profesional.\n\niii) Association of Chartered Certified Accountants (ACCA): ALP Platinum\n\nLulus ACCA-CAT atau ACCA Foundation in Accounting; atau\nMemiliki Diploma/Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada universiti dalam atau luar negara yang diiktiraf dengan memperolehi sekurangkurangnya CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.\nMendapat pengecualian dengan hanya 4 subjek (Ijazah Sarjana Muda) dan 10 subjek (Diploma) sahaja yang perlu diambil; (tertakluk kepada kelulusan Badan-badan Profesional).\nMendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian Dalam dan Luar Negara yang bertaraf \u2018ALP Platinum\u2019.\nCalon yang mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja diutamakan.\n\niv) Certified Public Accountant (CPA)\n\n\n\n\n\nBerumur 25 tahun ke bawah (ditetapkan oleh badan profesional),\nMemiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada universiti dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh MICPA atau CAANZ dengan mendapat minimum CGPA seperti berikut:\u2013 CGPA 3.00 dari 4.00; atau\u2013 CGPA 4.00 daripada 9.00 (New Zealand); atau\u2013 CGPA 5.00 daripada 7.00 (Australia)\n\nv) Institute of Chartered Accountants (ICAEW)\n\nMemiliki Ijazah Sarjana Muda daripada universiti dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh badan profesional dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.\n\nvi) Chartered Institute of Management Accountants (CIMA)\n\nMemiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan/Perniagaan/Pentadbiran Kewangan daripada universiti dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh badan profesional dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.\nMendapat pengecualian 11 subjek sekiranya memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan.\nPerlu mengambil 3 subjek sahaja.\n\nvii) Chatered Financial Analyst (CFA)\n\nMemiliki Ijazah Sarjana Muda daripada universiti dalam atau luar negara dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya, keutamaan dalam bidang kewangan dan lain-lain syarat kelayakan yang diiktiraf oleh badan profesional.\n\nviii) Certified Shariah Advisor (CSA)\n\nMemiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah daripada universiti dalam atau luar negara dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya dan lain-lain syarat kelayakan yang diiktiraf oleh badan profesional.\n\nix) Certified Shariah Pratitioner (CSP)\n\nMemiliki kelayakan professional dalam bidang Islamic Finance; dan dua tahun pengalaman kerja dalam bidang Islamic Finance dan lain-ain syarat kelayakan yang diiktiraf oleh badan profesional.\n\nx) Pakar Perubatan\n\nIjazah Sarjana Muda daripada universiti dalam atau luar negara dan pendaftaran yang diiktiraf dengan Majlis Perubatan Malaysia.\nMempunyai pengalaman klinikal sekurang-kurangnya dua 2 tahun selepas Ijazah Perubatan asas; atau\nMempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 4 tahun dalam bidang berkaitan.\n\nxi) Pakar Pergigian\n\nMempunyai Ijazah Pergigian/Ijazah Sarjana Sains daripada universiti dalam atau luar negara atau setaraf yang diperakui.\nMempunyai Sijil Pendaftaran Pengamalan dari Majlis Pergigian Malaysia atau pengamalan yang diiktiraf.\nTelah menjadi pengamal pergigian sekurang-kurangnya 2 tahun selepas Ijazah Sarjana Muda; atau\nMempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 4 tahun dalam bidang berkaitan.\n\nxii) Lain-lain syarat\n\nBagi pengajian ke luar negara perlu memperolehi markah 6.5 International English Language System (IELTS), Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan minima markah 90 atau yang setaraf dengannya.\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web permohonan iaitu https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login.\nKlik butang \u2018Daftar Sekarang.\u2019\nMasukkan setiap butiran yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar Akaun.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nIsi maklumat permohonan dengan lengkap.\nKlik butang hantar permohonan.\n\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai PRO-P 2023, sila berhubung dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran di talian 03-2613 2103/2054/2075 atau email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/konsep-karamah-insaniah-kpm/", "title": "Konsep Karamah Insaniah KPM: Teras & Program Pelaksanaan", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu konsep baharu untuk dilaksanakan di peringkat sekolah iaitu konsep Karamah Insaniah.\nKonsep ini merupakan salah satu teras utama KPM di dalam menerajui sistem pendidikan negara.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang konsep tersebut untuk makluman semua.\nApakah Konsep Karamah Insaniah KPM?\nKonsep Karamah Insaniah ialah konsep yang menekankan pembentukan adab, akhlak dan integriti bagi mewujudkan suasana harmoni yang akan menghindari gejala negatif.\nKonsep ini bukan sahaja diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah malah turut diterapkan dalam pembelajaran di luar bilik darjah.\n\n\n\n\nTeras Utama KPM\nTerdapat 7 teras utama KPM di dalam sistem pendidikan negara iaitu:\n\nKomunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus.\nMemberi penekanan kepada aspek karamah insaniah iaitu pembentukan adab, akhlak dan integriti.\nKemiskinan berbilang dimensi B40: Malnutrisi, peranti dan ruang belajar.\nKeciciran pendidikan dan masalah literasi dan rapatkan kesenjangan pendidikan.\nKebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian pendidikan.\nUbah suai dan naik taraf sekolah daif terutama Sabah dan Sarawak.\nPeningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah.\n\n\nProgram Yang Dilaksanakan Selari Dengan Konsep Karamah Insaniah KPM\nDalam pembentukan karamah insaniah, Timbalan Menteri Pendidikan, KPM telah mengadakan pelbagai program untuk membentuk murid-murid agar mempunyai jati diri, keperibadian yang luhur, keterampilan, kepemimpinan yang berilmu, amanah, cekap, integriti,proaktif dan lain-lain.\nAntara program yang dilakukan adalah:\n\nSimposium Hal Ehwal Murid (SHEM) peringkat kebangsaan: Program yang dilaksanakan pada setiap tahun bagi memberikan pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang melaksanakan amalan terbaik disiplin, kaunseling dan hak asasi manusia sebagai perkongsian kepada semua sekolah KPM.\nProgram Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah: Program ini bertujuan melatih pemimpin-pemimpin dalam kalangan murid dengan memberi fokus kepada modul kepemimpinan Islam.\nMenyedia dan melaksanakan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni alam Kalangan Murid di semua sekolah KPM yang menekankan kepada pembangunan sahsiah, pengukuhan jati diri dan kekuatan akal.\nProgram dan penilaian Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di sekolah menengah yang menekankan kepada tiga teras utama iaitu berbudi bahasa, penampilan diri dan jati diri.\nMenyediakan modul yang dilaksanakan dalam Kem Jati Diri dan Kem Pemantapan Sahsiah di sekolah KPM untuk melahirkan insan beradab mithali.\nMenerbitkan Modul Pembentukan Karakter dan Nilai (MPKN) pada tahun 2022 bagi memperkasakan penerapan nilai dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan dibina berasaskan 16 nilai murni sejagat.\nMelalui kurikulum Pendidikan Moral, KPM telah mengambil beberapa pendekatan dalam melahirkan murid yang mempunyai jati diri tinggi. Nilai-nilai seperti hormat, harga diri, rasional, toleransi, kasih sayang, mematuhi peraturan dan undang-undang serta hemah tinggi didedahkan kepada mereka sebagai satu cara menerapkan tingkah laku terpuji dan memupuk jati diri dalam kalangan anak-anak didik.\n\nSumber: https://sinarbestari.sinarharian.com.my/buletin/teras-kedua-kpm-berjaya-bentuk-adab-akhlak-dan-integriti-dalam-kalangan-murid/news\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-sains-tingkatan-1/", "title": "Buku Teks Sains Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku Teks Sains Tingkatan Satu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini diterbitkan untuk murid Tingkatan 1 berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Tingkatan 1 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.\nBuku teks ini juga digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013\u20132025.\nPenulisan buku ini lebih memberikan penekanan kepada kemahiran berfikir, kemahiran maklumat & komunikasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan pada hari ini.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik \n\nSains adalah Sebahagian daripada Kehidupan Harian \nMakmal Sains Anda\nKuantiti Fizik dan Unitnya\nPenggunaan Alat Pengukur, Kejituan, Kepersisan, Kepekaan dan Ralat \nKetumpatan \nLangkah-langkah dalam Penyiasatan Saintifik \nSikap Saintifik dan Nilai Murni dalam Menjalankan Penyiasatan Saintifik\n\nii) Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Hidupan \n\nSel \u2013 Struktur, Fungsi dan Organisasi\nRespirasi Sel dan Fotosintesis\n\niii) Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas\n\nHomeostasis dalam Benda Hidup\n\niv) Bab 4 Pembiakan \n\nPembiakan Seks dan Aseks\nSistem Pembiakan Manusia\nKitar Haid\nPersenyawaan dan Kehamilan \nFaktor yang Mempengaruhi Perkembangan Fetus dan Bayi\nKemandulan dan Pencegahan Kehamilan\nPembiakan Tumbuhan\n\nv) Bab 5 Jirim \n\n\n\n\n\nJirim dalam Alam \nTiga Keadaan Jirim\n\nvi) Bab 6 Jadual Berkala \n\nPengelasan Unsur\nCampuran \nSebatian\n\nvii) Bab 7 Udara \n\nKomposisi Udara \nPembakaran \nPencemaran Udara\n\nviii) Bab 8 Cahaya dan Optik \n\nPenggunaan Cermin \nSifat Cahaya \nPantulan Cahaya \nPembiasan Cahaya\nPenyebaran Cahaya\nPenyerakan Cahaya \nPenambahan dan Penolakan Cahaya\n\nix) Bab 9 Bumi \n\nSistem dan Struktur Bumi \nBahan Bumi \nProses Utama Bumi\nFenomena Geobencana\nUsia Bumi \nSumber Bumi dan Geologi Gunaan\n\nMuat Turun Buku Teks Sains Tingkatan 1\nBuku Teks Digital Sains Tingkatan 1 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBuku-Teks_Sains-Tingkatan-1Download\nSkema Jawapan\nSkema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:\nJawapan-Sains-Tingkatan-1Download\nBACA JUGA :\u00a0CARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pinjaman-pendidikan-sppnk-tahun-2022/", "title": "Permohonan Pinjaman Pendidikan SPPNK Tahun 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nSeksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) mempelawa anak-anak Kedah yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk memohon Pinjaman Pendidikan SPPNK Tahun 2022.\nPinjaman Pendidikan SPPNK Tahun 2022 adalah pembiayaan yang ditawarkan kepada pelajar anak Negeri Kedah yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta di dalam negara.\nPemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 18 Ogos 2022 sehingga 2 Oktober 2022 melalui Sistem iPINJAM SPPNK.\n\nKadar Pinjaman\nKadar pinjaman yang ditawarkan menerusi pinjaman pendidikan ini adalah RM6500.00 setahun atau RM7500.00 setahun untuk UniSHAMS.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon pembiayaan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon atau Ibu atau Bapa lahir di Kedah serta warganegara Malaysia dan pemohon mestilah bermastautin dan menetap di Kedah.Pemohon mempunyai kesihatan yang baik.Ibu/Bapa/Penjaga tidak disenarai hitam/dalam tindakan undang-undang oleh SPPNK.Pemohon tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana agensi.Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa Dalam Negara di IPTA dan IPTS (yang terpilih sahaja) serta telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.\nBayaran Balik\nBayaran balik pinjaman pendidikan bermula 12 bulan selepas pelajar menamatkan pengajian (seperti dalam Surat Tawaran IPT dan dokumen Perjanjian Pinjaman).\nPeminjam serta Penjamin adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diterima seperti di dalam dokumen perjanjian berserta caj perkhidmatan 2% setahun ke atas baki keseluruhan pinjaman terkini setiap bulan.\u00a0\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dilakukan menerusi tatacara permohonan berikut:\nLayari laman web Sistem iPINJAM SPPNK iaitu https://eservices.kedah.gov.my/ipinjam/login.php?a=OTEzMTgz.Klik \u201cDaftar Pengguna Baru.\u201dIsi Nama Penuh, No Kad Pengenalan sebagai ID Pengguna, Kata Laluan dan Emel diikuti dengan klik \u201cHantar.\u201dSemak emel untuk pengesahan pendaftaran akaun.Log masuk dengan mengisi No Kad Pengenalan sebagai ID Pengguna dan Kata Laluan.Memuat naik Surat Tawaran/Surat Pengesahan IPT di ruangan Maklumat Pengajian dan klik \u201cSeterusnya.\u201dIsi No Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Waris/Penjaga untuk semakan kelayakan dan klik \u201cSemak.\u201dKlik \u201cPermohonan Baru.\u201dIsi maklumat berikut:\u2013 Maklumat pemohon\u2013 Maklumat Keluarga/Waris/Penjaga/Suami/Isteri\u2013 Tanggungan Keluarga yang masih belajar (sekiranya ada)\u2013 Maklumat Pengajian Semasa\u2013 Keputusan SPM\u2013 Maklumat STPM/STAM/Sijil/Matrikulasi dan DiplomaTandakan di ruangan \u201cYa\u201d untuk Perakuan.Klik \u201cHantar.\u201d\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Pinjaman Pendidikan SPPNK Tahun 2022, sila hubungi hotline SPPNK di talian 04-702 7296/7286/7272 atau emel ke [email\u00a0protected]. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ypspdt-2022/", "title": "TPSPDT: Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana PDT", "body": "\n\n\n\n\n\nPermodalan Darul Ta\u2019zim (PDT) membuka tawaran kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Master) di Universiti Awam untuk memohon Tabung Pendidikan Sarjana PDT (TPSPDT).\nTPSPDT ialah tabung pendidikan yang diperkenalkan sejak tahun 2016 khusus kepada anak Johor yang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana (Master) di Universiti Awam.\nOleh itu, pelajar yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan dan tarikh tutup permohonan adalah 31 Julai 2022.\n\nSyarat Am Permohonan\nSyarat am permohonan yang perlu ditetapkan untuk pemohon yang berminat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nTerbuka kepada pelajar peringkat pengajian Sarjana yang sedang mengikuti mod kursus sama ada melalui kerja kursus/penyelidikan/campuran secara sepenuh atau separuh masa di Universiti Awam sahaja.Pemohon mestilah lahir di negeri Johor / menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.Tiada had umur ditetapkan.Bagi pemohon yang tidak bekerja dan sekiranya pemohon/keluarga berdaftar dengan \u2018e-kasih\u2019 maka pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Daerah berhampiran;Pendapatan isi rumah pemohon yang sedang bekerja haruslah tidak melebihi RM4,360.00 sebulan (B40).Tempoh pengajian Sarjana (Master):\u2013 Bagi\u00a0pengajian 4 semester, tempoh pengajian mestilah berbaki lebih 2 semester dari tempoh permohonan.\u2013 Bagi\u00a0pengajian\u00a02 semester, tempoh pengajian mestilah berbaki 1 semester dari tempoh permohonan.Pemohon belum pernah menerima Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau bantuan dari mana-mana institusi/ agensi/Inisiatif Bantuan Kewangan Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA).Penerima bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT adalah diwajibkan untuk menyertai program yang melibatkan penyelidikan, pendidikan dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran PDT selama 5 tahun iaitu dari tarikh bantuan di terima.\nCara Memohon\nUntuk memohon, permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web\u00a0https://www.pdt.com.my/tpspdt2022/.Klik butang \u2018Borang Permohonan.\u2019Muat turun borang permohonan tersebut.Lengkapkan borang permohonan.Sediakan dokumen-dokumen wajib.Emailkan borang permohonan serta dokumen-dokumen wajib ke alamat email\u00a0[email\u00a0protected].\nDokumen Wajib\nDokumen-dokumen wajib yang perlu disediakan adalah:\nDokumen sokongan pemohon menetap di Negeri Johor (alamat di dalam kad pengenalan/ sijil tamat sekolah rendah dan menengah/borang pengesahan pemastautin).Salinan sah surat tawaran kemasukan ke Univerisiti Awam.Salinan sah kad pengenalan pemohon, ibu bapa dan/atau penjaga dan pasangan (jika berkahwin)Salinan sah slip gaji pemohon (jika berkahwin \u2013 slip gaji pasangan), slip gaji ibubapa/penjaga atau penyata pesara ibubapa/penjaga atau akuan bersumpah pengesahan pendapatan ibubapa/penjaga/pasangan (jika tiada slip gaji).Salinan transkrip akademik/keputusan peperiksaan terkini.Sijil-sijil penyertaan program/aktiviti di peringkat negeri (jika ada).\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai TPSPDT, sila layari laman web https://www.pdt.com.my/tpspdt2022/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/zakat-ums-semester-1-sesi-2022-2023/", "title": "Permohonan Zakat UMS Semester 1 Sesi 2022/2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membuka permohonan bagi pelajar di universiti tersebut untuk mendapatkan Zakat UMS Semester 1 Sesi 2022/2023.\nPermohonan Zakat UMS Semester 1 Sesi 2022/2023 ini dibuka kepada pelajar yang tergolong dalam tiga kategori asnaf yang layak iaitu:\nAsnaf FakirAsnaf MiskinAsnaf Muallaf\nPermohonan bagi zakat ini dibuka sehingga 31 Oktober 2022.\n\nSyarat Am Permohonan\nSyarat am permohonan zakat ini adalah seperti berikut:\nPemohon beragama Islam.Pengajian sepenuh masa di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, dan Ijazah Sarjana.Satu kriteria sahaja bagi setiap permohonan.Setiap dokumen sokongan hendaklah disahkan.\nKriteria Permohonan\nKriteria permohonan asnaf yang terlibat adalah seperti berikut: \ni) Asnaf Fakir\nBeragama Islam.Pelajar UMS.Pendapatan ibu/bapa/penjaga tidak sampai 50% daripada belanja hidup sederhana dan orang-orang tanggungannya.\nii) Asnaf Miskin\nBeragama Islam.Pelajar UMS.Pendapatan ibu/bapa/penjaga tidak mencukupi keperluan sehariannya dan orang-orang tanggungannya.\niii) Asnaf Muallaf\n\n\n\n\nBaru memeluk agama Islam 5 tahun dari tarikh memeluk agama Islam.Pelajar UMS.Memerlukan bantuan kewangan.\nCara Memohon\nPermohonan bantuan zakat ini boleh dibuat menerusi Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu (SMPB). \nPelajar juga dikehendaki memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan bagi melengkapkan permohonan ini. \nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti:\ni) Kategori Asnaf Fakir/Miskin\nSalinan kad pengenalan pemohon.Salinan kad pengenalan pelajar.Salinan kad pengenalan/passport ibu bapa/penjaga.Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan terkini (bulan Januari dan ke atas).\nii) Kategori Asnaf Muallaf\nSalinan kad pengenalan pemohon.Salinan kad pengenalan pelajar.Salinan kad perakuan memeluk Islam.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Zakat UMS Semester 1 Sesi 2022/2023, sila hubungi Puan Kartini Binti [email\u00a0protected] di talian 088-320000 sambungan 102950 atau melayari https://www.facebook.com/pusatislamums.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-tingkatan-6-stam-kisas/", "title": "Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 STAM KISAS 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berhasrat ingin menyambung pengajian di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) untuk Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), permohonan kemasukan secara atas talian telah dibuka.\nUntuk makluman, KISAS merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang ditubuhkan pada tahun 1955 dengan nama awal iaitu Kolej Islam Malaya dan tergolong di antara 10 sekolah terbaik di Malaysia.\nKemasukan ke sekolah ini adalah bermula pada Tingkatan 4 sehingga Tingkatan 6 dengan menawarkan tiga aliran peperiksaan iaitu SPM, STPM, dan STAM.\nOleh itu, pelajar yang berminat untuk memohon kemasukan ke KISAS bagi STAM boleh membuat permohonan mulai 16 Januari sehingga 24 Februari 2023.\n\nMengenai STAM\nSTAM adalah peperiksaan yang setaraf dengan STPM yang telah diperkenalkan pada tahun 2000.\nMalah, peperiksaan ini turut dijalankan di peringkat antarabangsa apabila Kemboja turut melaksanakan peperiksaan ini pada tahun 2016.\nMenurut sejarah, STAM diwujudkan hasil termeterainya Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan yang ditandatangani pada 18 November 1999 antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Al-Azhar Al-Syarif.\nPeperiksaan ini juga merupakan syarat kelayakan bagi pelajar Malaysia yang berhasrat melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar.\nBidang & Subjek\n3 bidang yang akan dipelajari pelajar yang mengambil peperiksaan ini iaitu:\n\n\n\n\n\nBahasa Arab\nSyariah\nUsuluddin\n\nMenerusi 3 bidang tersebut, sebanyak 10 subjek yang akan dipelajari iaitu:\n\nHifz Alquran dan Tajwid\nFiqh\nTauhid dan Mantiq\nTafsir dan Ulumuhu\nHadith dan Mustolah\nNahu dan Sarf\nInsya\u2019 dan Mutalaah\nAdab dan Nusus\n\u2019Arudh dan Qafiyah\nBalaghah\n\nPangkat Peperiksaan\nKeputusan peperiksaan pelajar akan ditentukan menerusi 4 pangkat yang ditetapkan iaitu:\n\nMumtaz (cemerlang)\nJayyid Jiddan (sangat baik)\nJayyid (baik)\nMaqbul (lulus)\n\nSyarat Umum \nSyarat am permohonan Tingkatan 6 di KISAS untuk STAM yang perlu dipenuhi pelajar adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nBersekolah di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan atau kerajaan negeri atau sekolah agama swasta yang diiktiraf.\nBerumur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh permohonan.\nCalon SPM tahun 2022.\nSihat tubuh badan.\nMembuat permohonan secara dalam talian sahaja.\n\nSyarat Khusus\nSelain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus:\n\nPencapaian Akademik:\u2013 Mencapai keputusan Mumtaz atau Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA atau SMTQ atau SMU; atau \u2013 Mencapai keputusan yang balk dalam mata pelajaran elektif Agama; atau\u2013 Mencapai keputusan yang balk dalam mata pelajaran Kurikulum Dini.\nMencapai keputusan yang balk dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.\nLulus dalam temuduga khas.\n\nCara Memohon\nPermohonan kemasukan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari pautan http://moe.bpsbp.edu.my/MohonSTAM2023.\nIsi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.\nHantar permohonan dengan klik butang \u2018Submit.\u2019\n\nTarikh Penting\nUntuk yang telah memohon, sila ambil perhatian tarikh-tarikh penting berikut:\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 6 KISAS untuk STAM, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/permohonan-ke-tingkatan-6-stam-kisas.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-kemahiran-latihan-industri-yayasan-jcorp/", "title": "Program Kemahiran & Latihan Industri Yayasan JCorp", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar lepasan Vokasional Menengah Atas (PVMA), Kolej Vokasional atau Institusi Kemahiran di Negeri Johor adalah dialu-alukan untuk menyertai Program Kemahiran dan Latihan Industri di bawah Yayasan Johor Corporation (JCorp).\nProgram Kemahiran dan Latihan Industri merupakan program yang dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran pelajar dan mereka berpeluang untuk menjalani latihan industri di syarikat Kumpulan JCorp dan rakan majikan strategik lain.\nPermohonan bagi menyertai program ini telah dibuka bagi kemasukan April 2022 dan permohonan boleh dibuat secara atas talian.\n\nManfaat Diperoleh\nMereka yang menyertai program ini akan menerima 3 manfaat utama yang akan diperoleh iaitu:\nSijil Tamat LatihanKursus SoftskillElaun latihan\nBidang Kemahiran\nBidang kemahiran yang ditawarkan kepada mereka yang berminat menyertai program ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPenyelenggaraan Pendingin HawaTanaman dan PertanianTeknologi Maklumat (ICT)KulinariPenyelenggaraan BangunanTeknologi MakananPendawaian ElektrikPerhotelan\nSyarat Kelayakan\nHanya 1 syarat kelayakan bagi mereka yang ingin menyertai program ini iaitu mereka mestilah peserta mestilah lepasan Vokasional Menengah Atas (PVMA), Kolej Vokasional atau Institusi Kemahiran sahaja.\nMereka selain tergolong dalam kategori tersebut adalah tidak layak untuk menyertai program ini. \nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah permohonan berikut:\nLayari pautan permohonan iaitu https://www.surveymonkey.com/r/L3JZMDP.Baca maklumat program dan klik butang \u2018Ok.\u2019Isi maklumat yang diperlukan pada setiap paparan dan klik butang \u2018Next.\u2019Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan. \nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Kemahiran dan Latihan Industri ini, sila hubungi urusetia JCorp di talian 07-219 5107.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/aplikasi-maraeps/", "title": "Aplikasi MARAeps: Bayar Yuran Pengajian MRSM Secara Online", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa yang mempunyai anak yang sedang belajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) boleh membayar yuran secara atas talian menerusi aplikasi MARAeps.\nUntuk makluman, MARAeps adalah perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh MARA sebagai gerbang bayaran utama kepada semua pelanggan MARA. \nTujuannya aplikasi ini diwujudkan adalah untuk menerima bayaran yuran/pinjaman/pembiayaan pelajaran/perniagaan, caruman, sewa dan fasiliti lain yang ditawarkan oleh MARA.\nOleh itu, ibu bapa adalah digalakkan untuk menggunakan aplikasi ini untuk membayar yuran MRSM anak mereka tanpa perlu hadir ke sekolah.\nIbu bapa boleh mengakses aplikasi ini di pautan https://bayar.maraeps.my/ atau memuat turun menerusi GooglePlay/Applestore secara percuma.\n\n\n\n\nPerkhidmatan Yang Ditawarkan\nSelain pembayaran yuran pengajian MRSM, perkhidmatan yang ditawarkan menerusi aplikasi ini adalah seperti berikut:\nPembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan pelajaran.Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan perniagaan.Pembayaran Kursus/Program berkala MARAPembayaran Yuran Pengajian TVET dan IPMA.Pembayaran Rumah Rehat MARA.Pembayaran caruman dan lain lain fasiliti MARA.\nCara Bayaran\nTerdapat 2 cara bayaran yang digunakan di dalam aplikasi ini iaitu: \nBayaran atas talian menerusi bank-bank tempatan (FPX)Bayaran kad kredit menerusi E-mandate atau (DDA)\nCara Membuat Pembayaran\nUntuk membuat pembayaran yuran pengajian MRSM, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari pautan https://bayar.maraeps.my/ atau muat turun aplikasi menerusi GooglePlay/Applestore.Klik bahagian \u2018Daftar Baharu.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Log masuk dengan memasukkan Username dan Kata Laluan.Klik bahagian \u2018Yuran dan Fi.\u2019Klik \u2018MRSM\u2019 dan masukkan no kad pengenalan pelajar.Pilih MRSM pelajar, jenis pembayaran, dan tingkatan serta klik \u2018Teruskan.\u2019Pilih \u2018FPX\u2019 dan pilih bank serta klik \u2018Teruskan.\u2019Daftar masuk perbankan internet dan buat pembayaran.Cetak dan simpan resit pembayaran tersebut.\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai aplikasi MARAeps ini boleh dibuat menerusi email ke alamat emel\u00a0[email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/subsidi-yuran-taska-penjawat-awam/", "title": "Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam RM180 Sebulan", "body": "\n\n\n\n\n\nDalam Belanjawan 2023, kerajaan akan menyediakan subsidi yuran taska RM180 sebulan kepada penjawat awam.\nIni bermakna, ibu bapa hanya akan membayar baki yuran taska anak-anak mereka setelah ditolak daripada jumlah subsidi yang diberikan iaitu RM180 sebulan.\nDalam pembentangan tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan subsidi tersebut akan memberi manfaat kepada semua penjawat awam.\n\nSyarat Permohonan Yuran Taska Penjawat Awam\nSyarat permohonan untuk mendapatkan subsidi ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nKelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai tidak melebihi RM7,000.00 sebulan.\nPemberian subsidi ini layak diberi kepada anak yang berumur di bawah 4 tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke TASKA.\nBagi tahun kalendar di mana umur anak genap 4 tahun, subsidi yuran pengasuhan TASKA boleh diteruskan sehingga 31 Disember tahun kalendar. Sebagai contoh, jika tarikh lahir anak ialah pada 24 Oktober 2013, maka pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA ini adalah sehingga 31 Disember 2017.\nKadar subsidi yang layak diberi adalah mengikut kadar yuran sebenar atau maksimum RM180.00 sebulan bagi seorang anak. Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha TASKA oleh agensi di mana pegawai berkhidmat. \n\nTatacara Permohonan\nPermohonan perlu dibuat kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai berkhidmat.\nPermohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan di manapegawai itu berkhidmat dengan dikepilkan bersama:\n\nSalinan penyata gaji.\nSalinan Sijil Kelahiran/MyKid anak.\nSalinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara.\nSalinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri.\nSalinan penyata gaji suami/isteri. Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai subsidi yuran taska penjawat awam di dalam Belanjawan 2023, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/manfaat/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ppc-jpa/", "title": "PPC JPA: Program Pelajar Cemerlang 2022 Peringkat Sarjana & PhD", "body": "\n\n\n\n\n\nJabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama/Sarjana tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran (PhD) menerusi Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2022.\nPPC adalah program yang diwujudkan untuk pelajar cemerlang yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).\nBagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai 14 Februari 2022 sehingga 20 Februari 2022 secara atas talian.\n\nSyarat Umum\nPelajar yang ingin memohon PPC perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan seperti berikut:\nWarganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran pada tahun permohonan.Mempunyai kesihatan yang baik.Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama/ Sarjana bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana.Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama atau Sarjana pada tahun 2020 dan 2021 hingga tarikh tutup permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D);Pelajar semasa memohon dan sepanjang tempoh penajaan mestilah tidak terikat dengan kontrak perkhidmatan sama ada secara tetap atau kontrak atau sambilan di agensi awam termasuk badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau agensi swasta supaya pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pelajar. Obligasi ikatan kontrak berkhidmat bagi penajaan JPA yang diterima terdahulu hendaklah diuruskan sewajarnya berdasarkan dasar-dasar penajaan yang berkuat kuasa.Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat/tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.Program Ijazah Sarjana yang dimohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja.Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2022.Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 9 bulan bagi pengajian peringkat Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D).\nSyarat Khusus\nSelain syarat umum, pelajar juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:\ni) Ijazah Sarjana/Fast Track Ph.D\nMemperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara pada pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam Negara atau luar Negara; atauBagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun, kelayakan akademik minimum adalah seperti berikut:\u2013 United Kingdom: 70% & ke atas\u2013 Australia/New Zealand: 85% & ke atas\u2013 Jepun: 85% A+B (50%A) 85%. A+B \u2013 Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A.\nii) Ijazah Kedoktoran (Ph.D)\n\n\n\n\nMemperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode; atauLulus bagi mod pengajian secara penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana dalam negara atau luar negara; atauBagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun yang tidak menggunakan penilaian PNGK bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode atau secara penyelidikan, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Sarjana adalah seperti berikut:\nTempat Pengajian\nPenajaan akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mendapat tempat pengajian dalam negara di Universiti Awam (UA), Government-Linked Universities (Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) atau di universiti-universiti di luar negara.\nBidang Pengajian\nProgram penajaan ini memfokuskan dalam bidang pengajian meliputi bidang keutamaan negara dan strategik serta lain-lain bidang yang ditetapkan oleh Kerajaan selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 di bawah Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA).\nUntuk tahun 2022, penajaan adalah berfokuskan bidang Sains dan Teknologi selaras dengan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (10-10 MySTIE) Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN), serta bidang Sains Sosial yang dikenal pasti iaitu Sains Politik/Hubungan Antarabangsa, Kewangan/ Perbankan, Perakaunan/Percukaian, Ekonomi dan Psikologi.\nNamun, terdapat bidang yang tidak ditaja seperti:\nPerubatanPergigianFarmasiPendidikanKejururawatanKursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen seperti lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan Certified in legal Practice (CLP)Pengajian berstruktur seperti Industrial Ph.D, Doctorate in Business Administration (DBA), Doctor of Management (DMgt) dan Jointly Awarded Ph.D/Dual Ph.D Program\nBayaran Balik\nBayaran balik pinjaman adalah bergantung kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:\nPinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atauBayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atauBayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atauSelain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.\nCara Membuat Permohonan\nLayari laman web permohonan https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PPCA.Klik bahagian \u2018Daftar\u2019 dan klik \u2018Teruskan Pendaftaran.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Teruskan Pendaftaran.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Lengkapkan permohonan yang diperlukan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai PPC, sila layari laman web https://esilav2.jpa.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-pahang-sekolah-menengah-2023/", "title": "Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nMurid Tingkatan 1 dan 4 di Negeri Pahang berpeluang untuk mendapatkan biasiswa daripada Yayasan Pahang menerusi Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah). \nBiasiswa Pahang (Sekolah Menengah) merupakan biasiswa yang diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di sekolah menengah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.\nPada peringkat awal, peutamaan pemberian biasiswa diberikan kepada anak Pahang yang mempunyai ramai adik beradik/tanggungan anak yang masih bersekolah, anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin atau ibu bapa/penjaga yang uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).\nWalau bagaimanapun, mulai tahun 2003, biasiswa ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum di sekolah menengah.\nOleh itu, permohonan bagi biasiswa ini telah dibuka mulai 10 Mei 2023 dan akan ditutup pada 12 Jun 2023.\n\nKadar Biasiswa Pahang Sekolah Menengah\nSebelum 2012, kadar biasiswa yang diberikan kepada murid Tingkatan 1 dan 4 adalah RM500 setahun.\nNamun, selepas tahun tersebut, kadar biasiswa tersebut telah dinaikkan kepada RM600 setahun.\n\n\n\n\nPembayaran dibuat sebanyak dua kali setahun pada setiap bulan Januari dan bulan Mei pada tahun semasa.\nJenis Sekolah\nJenis sekolah yang layak memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\nSekolah Menengah Kebangsaan (SMK)\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)\nSekolah Menengah Agama (SMA)\nSekolahAgama Bantuan Kerajaan (SABK)\nKolej Vokasional\nSekolah Menengah Teknik\n\nKriteria Kelayakan\nKriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang bagi pemohon yang ingin memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\nPemohon adalah warganegara Malaysia.\nIbu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.\nPemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.\nMempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.\nPemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.\nPemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 1, 4 dan 6 Rendah tahun semasa di SMK/SMKA/SMA/SABK/Kolej Vokasional/Sekolah Menengah Teknik dalam Negeri Pahang Darul Makmur (diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).\nPendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.\nMurid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.\nPermohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat ADUN pada tahun semasa.\n\nCara Memohon Biasiswa Pahang Sekolah Menengah\nIbu bapa yang berminat boleh membuat permohonan yang boleh dipohon melalui pihak sekolah masing-masing. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah), sila layari laman web https://www.yp.org.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cuti-pelepasan-pelajar-institusi-kpm-pru-15/", "title": "Cuti Pelepasan Pelajar Di Bawah Institusi KPM Sempena PRU-15", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan pelajar di bawah institusi tersebut juga akan diberikan cuti pelepasan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan berlangsung tidak lama lagi.\nPemberian cuti pelepasan yang diberikan ini dibuat bagi membolehkan pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi pusat pengundian masing-masing sempena pilihan raya tersebut.\nPelaksanaan cuti pelepasan ini juga dibuat sebagai tanda sokongan kepada KPM bagi pelaksanaan Undi18 yang diwartakan oleh kerajaan pada 1 Disember ini dan berkuat kuasa mulai 15 Disember 2021.\nJusteru itu, sempena cuti pelepasan ini, semua kelas atau aktiviti yang membabitkan pelajar dalam tempoh berkenaan perlu ditangguhkan ke suatu tarikh lain.\nTempoh Cuti Pelepasan\nTempoh cuti pelepasan yang diberikan oleh KPM sempena PRU-15 adalah bermula 17 November 2022 hingga 21 November\u00a02022.\n\n\n\n\nIni selaras dengan pengumuman yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh PRU-15 pada 19 November ini.\nInstitusi Pendidikan Terlibat\nInstitusi pendidikan yang terlibat dalam cuti perlepasan ini adalah seperti berikut:\nInstitut Pendidikan Guru (IPG)Kolej MatrikulasiKolej VokasionalTingkatan 6\nTarikh PRU-15\nSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh PRU-15 seperti berikut:\nHari Penamaan Calon: 5 November 2022 (Sabtu)Hari Mengundi Awal: 15 November 2022 (Selasa)Hari Mengundi: 19 November 2022 (Sabtu)\nSumber: Facebook KPM https://www.facebook.com/MOHEOfficial.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-pinjaman-pengajian-tinggi-yayasan-sabah-2023/", "title": "Biasiswa / Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar peringkat Sijil/Diploma atau Ijazah Sarjana Muda daripada Negeri Sabah yang ingin memohon tajaan dermasiswa/biasiswa/pinjaman pengajian tinggi dialu-alukan memohon Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah.\nUntuk makluman, Yayasan Sabah merupakan yayasan yang ditubuhkan melalui Enakmen No. 8, Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun 1966.\nSalah satu objektif penubuhan yayasan ini adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk rakyat Malaysia di Sabah menerusi Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah.\nOleh itu, para pelajar yang berminat untuk membuat permohonan tajaan ini boleh membuat permohonan sebelum 5 Mei 2022. \n\nJenis Tajaan Biasiswa / Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah 2023\nJenis tajaan yang ditawarkan menerusi Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi ini adalah seperti berikut:\ni) Biasiswa\nJenis BiasiswaPeringkat PengajianTempat PengajianBiasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)Matrikulasi/Pra/Asasi/A Level/DiplomaDalam Negara (keutamaan kepada pelajar yang mengikuti Program Berkembar (TTP)Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)Matrikulasi/Pra/Asasi/DiplomaUiTM/UMS/UMP/UM/UniSZA/UniSHAMS/Kolej Pro. Baitulmal KL/KTYS/UCSF/KUIPSASBiasiswa Bahasa Arab/PengajianIslamDiploma/Ijazah Sarjana MudaInstitusi Pengajian Tinggi Tempatan/Program Berkembar (TTP) ASEAN/Timur TengahBiasiswa Ulum IslamiyahIjazah Sarjana MudaUniversiti Al-Azhar MesirBiasiswa Perubatan MesirIjazah Sarjana MudaUniversiti Al-Azhar & Universiti Alexandria MesirBiasiswa Bahasa ArabAsasi/Ijazah Sarjana MudaKolej Teknikal Yayasan Sabah (KYTS), Universiti Yarmouk, JordanBiasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif, Kejuruteraan Perniagaan, Kejuruteraan Elektrik & ElektronikAsasi KeujuteraanKolej Teknikal Yayasan Sabah (KYTS)/Program Kerjasama dengan Universiti Malaysia PahangBiasiswa Pendidikan Awal Kanak-KanakDiplomaKolej Teknikal Yayasan Sabah (KYTS)Biasiswa Pengajian Tinggi IPTA/IPTS(Pertanian, Veterinar, Perakaunan, Senibina, Jurukur Bahan, Keusahawanan, Pergigian)DiplomaIPT Tempatan Biasiswa Pelancongan/Perhotelan Diploma/Ijazah Sarjana MudaUniversity College Sabah Foundation (UCSF)\nii) Dermasiswa\nJenis BiasiswaPeringkat PengajianTempat PengajianDermasiswa KYTS/Politeknik/UiTMSijil Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KYTS)/Politeknik/UiTM\niii) Pinjaman Pengajian\nPinjaman pengajian ditawarkan kepada pemohon yang mengikuti kursus yang tidak tersenarai di dalam kursus Biasiswa/Dermasiswa. \nSyarat Permohonan Biasiswa / Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah 2023\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:\n\nPemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah; atau\nPemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal daripada Negeri Sabah; atau\nPemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk Tetap di Negeri Sabah.\nKeutamaan diberikan mereka yang berasal dan menetap di Negeri Sabah.\n\nSyarat Kelayakan Akademik\nSyarat kelayakan akademik yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\ni) Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)\n\nPemohon mestilah sekurang-kurangnya memperoleh 5A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2022. \n\nii) Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)\n\n\n\n\n\nPemohon mestilah sekurang-kurangnya memperoleh 5A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2022. Khusus kepada golongan luar bandar B40.\n\niii) Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam dan Biasiswa Ulum Islamiyah\n\nPemohon mestilah memperoleh Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jaid Jiddan/Sangat Baik) dan/atau memperoleh 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.\n\niv) Biasiswa Perubatan Mesir\n\nPemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan PreMedic/Matrikulasi.\n\nv) Biasiswa Bahasa Arab\n\nPemohon mestilah memperoleh Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM (sekurang-kurangnya Jaid Jiddan/Sangat Baik) dan/atau memperoleh 4 kredit termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, dan Pendidikan Syariah Islamiyah dalam peperiksaan SPM.\n\nvi) Biasiswa Kejuruteraan\n\nPemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.0 dalam peperiksaan Asasi Kejuruteraan di KYTS. Bagi kursus peringkat Asasi Kejuruteraan, pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. \n\nvii) Biasiswa IPTA/IPTS\n\nPemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.\n\nviii) Biasiswa Pelancongan/Perhotelan\n\nPemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.\n\nix) Biasiswa Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KTYS)\n\nPemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.\n\nx) Dermasiswa KYTS/Politeknik/UiTM\n\nPemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.\n\nxi) Pinjaman Pengajian\n\nPemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM\n\nTatacara Permohonan\nPemohon yang berminat boleh membuat permohonan menerusi tatacara permohonan berikut:\n\nLayari laman web permohonan di pautan https://ysedu-online.net.my/.\nKlik butang \u2018Daftar Akaun\u2019 dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Daftar\u2019 selepas semua maklumat diisi.\nSemak email untuk mendapatkan ID dan kata laluan yang akan diberikan.\nKlik pautan yang diberikan untuk mengaktifkan akaun.\nLog masuk menerusi ID dan kata laluan.\nLengkapkan borang permohonan mengikut arahan yang diberikan. \n\nJika pemohon tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 30 Jun 2022, permohonan pemohon dianggap tidak berjaya.\nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah 2023, sila hubungi Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah di talian 088-326402/326385/326390/326392/326393/326395/326396/326397/326399/326603/434195 atau email ke [email\u00a0protected]. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-biasiswa-pengajian-tinggi/", "title": "Permohonan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan W. Persekutuan", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak-anak Wilayah Persekutuan terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) bagi sesi pengajian 2021/2022, anda dialu-alukan memohon Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan.\nUntuk makluman, Yayasan Wilayah Persekutuan merupakan \u201cSyarikat Berhad Menurut Jaminan\u201d\u00a0yang ditubuhkan pada tahun 9 April 1986 dan dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan.\nObjektif penubuhannya adalah membantu menaiktaraf hidup golongan yang berpendapatan rendah dan memerlukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sama ada dalam aspek pendidikan, ekonomi, sosial, agama, dan teknologi.\nOleh itu, salah satu bantuan yang ditawarkan ialah Skim Biasiswa Pengajian Tinggi bagi membantu keluarga pelajar berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke UA sepenuh masa di peringkat Ijazah Pertama bagi kemasukan semester pertama sesi 2021/2022.\nPermohonan bagi skim biasiswa ini telah dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Oktober 2021.\n\nSyarat Umum\nSyarat umum yang dikenakan ke atas pemohon yang ingin memohon skim biasiswa ini adalah seperti berikut:\nPemohon merupakan warganegara Malaysia.Lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL/Putrajaya/Labuan). Pemohon/ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan (pendapatan kasar ketua keluarga dan pasangan (termasuk elaun tetap) dibahagi dengan bilangan tanggungan termasuk ketua keluarga dan pasangan)Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.Tawaran adalah tertakluk kepada:\u2013 Penerimaan tawaran pengajian daripada UA.\u2013 Kemasukan adalah semester 1 tahun 1.\nSyarat Akademik\nSelain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat akademik iaitu:\n\n\n\n\nSekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.30 dan lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web Yayasan Wilayah Persekutuan iaitu https://www.yayasanwp.org/skim-biasiswa-pengajian-tinggi.Klik butang \u2018Muat Turun Permohonan.\u2019Muat turun borang permohonan tersebut.Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul. Sediakan dokumen yang diperlukan.Masukkan borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke dalam sampul surat serta catatkan \u201cSkim Biasiswa Pengajian Tinggi\u201d pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan secara pos ke alamat berikut:Yayasan Wilayah Persekutuan,Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur.\nPemohon yang tidak mendapat apa-apa jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup adalah dianggap tidak berjaya dan pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan bagi tujuan temuduga. \nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nSurat Beranak.Kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.Penyata gaji/slip pencen terbaru ibubapa/penjaga serta surat akuan bersumpah bagi mereka yang bekerja sendiri/tidak bekerja.Surat tawaran kemasukan ke IPTA (jika ada).Keputusan/transkrip peperiksaan:-SPM-STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan ini, sila hubungi Yayasan Wilayah Persekutuan di talian 03-2698 3075 atau menghantar email ke alamat [email\u00a0protected]. \n \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/fidyah-2023/", "title": "Kadar Fidyah 2023 Mengikut Negeri & Cara Pengiraan", "body": "\n\n\n\n\n\nPihak berkuasa Agama Islam di setiap negeri telah mengeluarkan kadar fidyah 2023 bagi mereka yang meninggalkan puasa wajib.\nFidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. \nJika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, Fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan.\nHukum Fidyah\nHukum membayar Fidyah adalah wajib dan wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. \nIa juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.\nIni adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam Al-Baqarah ayat 184:\n\nMaksudnya: \u201cPuasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui\u201d (Al-Baqarah 184).\nSelain itu, terdapat juga hadis \n daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:\n\u0645\u0646 \u0645\u0627\u062a \u0648\u0639\u0644\u064a\u0647 \u0635\u064a\u0627\u0645\u064f \u0634\u0647\u0631\u064d \u0641\u0644\u064a\u064f\u0637\u0639\u0645\u0652 \u0639\u0646\u0647 \u0645\u0643\u0627\u0646\u064e \u0643\u0644\u0650\u0651 \u064a\u0648\u0645\u064d \u0645\u0633\u0643\u064a\u0646\u064b\u0627\nYang bermaksud:\u00a0\u201cSesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.\u201d\u00a0(Riwayat al-Tirmizi)\nKeadaan Yang Memerlukan Pembayaran Fidyah\nKeadaan atau situasi yang memerlukan pembayaran Fidyah adalah seperti berikut:\n\nKadar Fidyah 2023\nKadar Fidyah yang ditetapkan mengikut negeri adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nContoh Pengiraan Fidyah \nUntuk mendapat gambaran lebih jelasm, berikut contoh pengiraan Fidyah yang boleh menjadi rujukan adalah seperti berikut:\nSituasi 1:\nFatimah belum menggantikan 7 hari puasa sehingga memasuki Ramadan berikutnya pada tahun 1439H (2018).\nFormula kiraan: (Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah)\n7hari x RM4.00 = RM28.00\nSituasi 2:\nFatimah belum menggantikan 7 hari puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Beliau tidak berpuasa pada Ramadan\u00a01438H (2017) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1441H (2020). \nFatimah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.\nFormula Kiraan: (Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan\n(7hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00\nMaklumat Lanjut Berkenaan Kadar Fidyah 2023\nMaklumat lanjut mengenai kadar Fidyah 2023, sila layari laman web https://www.zakat.com.my/info-zakat/fidyah/#:~:text=Fidyah%20ialah%20denda%20ke%20atas,puasa%2C%20haji%20dan%20yang%20berkaitan dan https://www.mais.gov.my/fidyah/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/spmu-2022-semak-keputusan-peperiksaan-20-oktober-2022/", "title": "SPMU 2022: Semak Keputusan Peperiksaan Mulai 20 Oktober 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2022 akan dikeluarkan pada 20 Oktober iaitu pada hari Khamis.\nUntuk makluman, SPMU ialah ialah peperiksaan SPM yang dijalankan kali kedua bagi calon yang gagal dalam SPM pada kali pertama.\nUntuk tahun 2022, seramai 7,720 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun 2022 di 209 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. \nPeperiksaan SPMU 2022 telah dilaksanakan di seluruh negara pada 12, 13 dan 14 September 2022 yang lalu.\nCara Membuat Semakan\nSemakan keputusan peperiksaan SPMU 2022 boleh dibuat menerusi cara-cara berikut:\ni) Dalam Talian\nSemakan keputusan boleh dibuat menerusi dalam talian melalui pautan http://myresultspmu.moe.gov.my.\n\n\n\n\nKeputusan penuh peperiksaan secara dalam talian akan mula dikeluarkan mulai pukul 10.00 pagi pada 20 Oktober 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 26 Oktober 2022.\nii) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)\nSemakan keputusan juga boleh dibuat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) di telefom bimbit masing-masing. \nUntuk mendapatkan keputusan peperiksaan ini, taip SPMUNoKPAngka Giliran dan hantar ke 15888. \nSistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 20 Oktober 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 26 Oktober 2022.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai keputusan peperiksaan SPMU 2022 ini, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-bantuan-galakan-hafaz-al-quran-maiwp/", "title": "Permohonan Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, salah satu skim bantuan zakat yang disediakan oleh Baitulmal MAIWP adalah Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran.\nSkim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP adalah bantuan yang diberikan sebagai insentif kepada para penghafaz Al-Quran atas usaha mereka dalam menjaga kesucian dan memartabatkan Al-Quran.\nOleh itu, pemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 18 Julai 2022 iaitu hari Isnin dan permohonan yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada pihak MAIWP sebelum 15 Ogos 2022, iaitu hari Isnin.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi skim ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nIslam dan warganegara Malaysia.Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.Mampu menghafaz Al-Quran minima 5 juzuk dan ke atas mengikut tahap hafazan dan memahami disiplin ilmu Al-Quran serta isi kandungan secara umum.Kategori juzuk yang ditawarkan adalah:\u2013 Juzuk 1-5\u2013 Juzuk 1-10\u2013 Juzuk 1-20\u2013 Juzuk 1-30Untuk pemohon kali pertama, pemohon boleh memohon mana-mana kategori juzuk bacaan.Bagi pemohon yang tidak pernah menerima bantuan (selain kategori 30 juzuk), permohonan bagi kategori juzuk yang sama tidak akan dipertimbangkan.Pemohon akan dinilai oleh panel Tasmi\u2019 MAIWP.\nCara Memohon\nPermohonan skim ini boleh dibuat menerusi borang permohonan yang diperoleh melalui:\nSemua Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA).Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur.Muat turun borang di laman web MAIWP\u00a0https://www.maiwp.gov.my/.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran, sila hubungi Unit Pendidikan Seksyen IPT di talian 03-40477600 sambungan 7410/7411/7412/7413/7632.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/giatmara/", "title": "GIATMARA: Kursus Ditawarkan & Syarat Kelayakan", "body": "\n\n\n\n\n\nGIATMARA merupakan salah satu institusi pendidikan TVET yang menawarkan program-program persijilan kepada para pelajar.\nUntuk makluman, GIAT MARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIAT MARA Sendirian Berhad.\nInstitusi ini diletakkan di bawah MARA, yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).\nTujuan utama institusi ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal.\n\nSijil Ditawarkan GIATMARA\nPensijilan yang ditawarkan di institusi pendidikan ini terdiri daripada:\n\nSijil Profesional \nSijil Kemahiran \nSijil Modular \nSijil Teknologi \nSijil Kehadiran \nSijil Kemahiran Warisan \nSijil Perantisan \nSijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 & \u2028Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)\nSijil Kemahiran Malaysia\nSijil CISCO Networking Academy \u2013 IT Essential\nSijil CISCO Networking Academy \u2013 CCNA (Cisco Certified Network Associate)\nSijil CISCO Networking Academy \u2013 Introduction to Cybersecurity\n\nKluster Kursus GIATMARA\nKluster kursus yang ditawarkan di dalam institusi pendidikan ini adalah berikut:\n\n\n\n\n\nCluster Computer & Networking Technology\nKluster Elektrikal\nKluster Elektronik dan Mekatronik\nKluster Fabrik\nKluster Hairdressing and Cosmetology\nKluster Hospitaliti\nKluster Kulinari\nKluster Mekanikal\nKluster Pembuatan\nKluster Pengangkutan\nKluster Senibina\nKluster Creative Media\n\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan untuk ke institusi pendidikan ini adalah seperti berikut:\n\nCalon mestilah Bumiputera.\nSihat tubuh badan.\nBoleh membaca, menulis dan minat (3M).\nBerumur dari 15 tahun dan ke atas.\nBerminat dengan bidang yang dipohon.\nTamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.\n\nLokasi GIATMARA\nGIATMARA memulakan operasi pada bulan Januari, 1986 di GIATMARA Jitra (sekarang dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu) dengan pengambilan pertama seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata & Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi. \nSambutan dan permintaan tinggi terhadap program ini menyebabkan GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan. \nLokasi institusi pendidikan ini di seluruh negara boleh dirujuk melalui pautan https://giatmara.edu.my/direktori-giatmara/.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai institusi pendidikan TVET ini, sila layari laman web https://giatmara.edu.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-keputusan-temu-duga-guru-one-off-2021/", "title": "Semakan Keputusan Temu Duga Pengambilan Guru DG41 One-Off 2021", "body": "\n\n\n\n\n\nPemohon yang telah memohon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off bagi Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 pada Tahun 2021, semakan keputusan temu duga pengambilan kini boleh dilakukan secara atas talian. \nUntuk makluman, semakan keputusan temu duga ini dibuka selepas Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah membuka permohonan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 secara besar-besaran pada 7 Julai tahun lalu.\nPengambilan khas guru secara one-off ini akan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 18,702 orang yang akan mengisi 47 opsyen yang ditawarkan.\nOleh itu, pemohon boleh membuat semakan keputusan secara atas talian menerusi laman web SPP. \nCara Membuat Semakan\nUntuk membuat semakan keputusan temu duga, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut iaitu:\nLayari laman web https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php.Masukkan no kad pengenalan.Klik butang \u2018Hantar.\u2019Keputusan pengambilan dipaparkan.\nTindakan Calon \nCalon yang berjaya dalam permohonan perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh 6 minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. \nPihak SPP hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. \n\n\n\n\nPSTT perlulah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.\nKesilapan Alamat\nJika terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon perlu untuk menghantar email pemakluman kepada alamat [email\u00a0protected].\nCalon perlulah kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam email tersebut. \nPihak SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai semakan keputusan temu duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off bagi Tahun 2021, sila layari laman web SPP iaitu https://www.spp.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-tingkatan-1-tingkatan-4-sma-johor/", "title": "Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4 SMA Negeri Johor 2023/24", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa yang mempunyai anak yang akan memasuki Tingkatan 4 pada tahun 2023/2024 adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Johor 2023/2024.\nUntuk makluman, SMA Negeri Johor merupakan institusi pendidikan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang menawarkan integrasi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Kementerian Pendidikan Malaysia dan kurikulum berasaskan Agama.\nPermohonan untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 boleh dibuat mulai 1 Disember sehingga 26 Disember 2022.\n\n\nSenarai Sekolah\nSenarai sekolah yang boleh dipohon untuk kemasukan ini adalah seperti berikut:\ni) Tingkatan 1\n\nMaahad Johor, Johor Bahru (MJ)\nMaahad Tahfiz Negeri Johor, Johor Bahru (MTNJ)\nMaahad Johor Lil Banat, Johor Bahru\nSMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ) \nMaahad Pontian, Pontian (MP)\nSMA Parit Raja, Batu Pahat (SMA PR)\nSMA Bugisiah, Tampok, Pontian\n\nii) Tingkatan 4\n\n\n\n\n\nMaahad Johor, Johor Bahru (MJ)\nSMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ) \nMaahad Pontian, Pontian (MP)\nSMA Parit Raja, Batu Pahat (SMA PR)\n\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nCalon warganegara Malaysia. Bangsa Johor diberikan keutamaan\nCalon sihat tubuh badan dan boleh berdikari\nUntuk kemasukan Tingkatan 1, calon mestilah lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 manakal untuk kemasukan Tingkatan 4, calon mestilah lahir pada 2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008.\nPermohonan adalah secara dalam talian (online).\nHanya calon yang melepasi saringan awal (berdasarkan jumlah merit tertinggi) akan dipanggil menghadiri Ujian Kelayakan yang akan dijalankan. \n\nUjian Kelayakan\nUjian kelayakan bagi kemasukan Tingkatan 1 terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:\n\nUjian Bertulis\u2013 Dijalankan selama 1 jam 15 minit\u2013 Merangkumi penguasaan asas BM, BI, BA, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan Pengetahuan Am.\nUjian Inventori Personaliti Murid (IPM) selama 15 minit.\nUjian Lisan\u2013 Bacaan surah al Fatihah\u2013 Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran\u2013 Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MJ, MTNJ, MJLB dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan pada hari Ujian dijalankan.\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan kemasukan Tingkatan 1, permohonan boleh dibuat melalui pautan http://daftar-smanj.net/t1/2023/.\nKemasukan Tingkatan 4 pula boleh dibuat melalui pautan https://daftar-smanj.net/t4/2023.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai kemasukan ke SMA Negeri Johor bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, sila layari Facebook Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor di pautan https://www.facebook.com/BPIJOHOR. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-kewangan-oku-program-pendidikan-khas/", "title": "Permohonan Bantuan Kewangan OKU & Program Pendidikan Khas", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Orang Kurang Upaya (OKU) mempunyai bantuan kewangan yang boleh dipohon menerusi Bantuan Kewangan OKU (BKOKU) dan Program Pendidikan Khas (PPK) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).\nBantuan Kewangan OKU dan Program Pendidikan Khas merupakan biasiswa atau keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU dan ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. \nIni bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima biasiswa ini.\nMenariknya, bantuan kewangan ini ini\u00a0tidak\u00a0mengambil kira taraf pendapatan keluarga OKU tersebut sebagai syarat kelayakan.\n\nSkop Pembiayaan & Peringkat Pengajian\nSkop pembiayaan adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.\nBagi peringkat pengajian, bantuan kewangan ini adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. \nNamun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk bantuan kewangan ini. \nIni bermakna, pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.\nTempoh Pembiayaan\nTempoh pembiayaan yang ditetapkan adalah seperti berikut iaitu:\n\n\n\n\n\nSijil-\u00a02 Tahun untuk Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000).\nDiploma- 3 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM15,000)\nSarjana Muda-\u00a04 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM20,000)\nDiploma Lepasan Ijazah-\u00a02 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000)\nSarjana-\u00a02 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000)\nPh.D-\u00a04 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM20,000)\n\nYuran Layak & Tidak Layak Dituntut\nKategori yuran yang layak dan tidak layak dituntut adalah seperti berikut:\ni) Yuran Layak Dituntut\n\nYuran pendaftaran pengajian\nKad kampus/kad matrik\nYuran perpustakaan\nYuran peperiksaan\nYuran perkhidmatan\nYuran ko-kurikulum/sukan\nYuran graduasi (jika bergraduat dalam tempoh tajaan sahaja)\nYuran pemeriksaan/yuran tesis\nYuran komputer\nYuran peralatan/bahan makmal\n\nii) Yuran Tidak Layak Dituntut\n\nYuran penempatan/yuran asrama\nInsuran kesihatan/perlindungan insuran\nYuran kebajikan/persatuan/alumni/aktiviti/khairiat\nYuran kelengkapan/tabung pengurusan MPA\nYuran pencalonan\nTabung kecemasan\nElaun buku\nElaun sara hidup\nElaun tesis\nElaun latihan amali/klinikal/kerja lapangan\nElaun perjalanan/tambang\nElaun akhir pengajian\nElaun penyelidikan\nElaun pengangkutan\n\nSyarat Permohonan\nPemohon tertakluk kepada syarat permohonan yang telah ditetapkan iaitu:\n\nPelajar warganegara Malaysia.\nPelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU.\nKursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).\nPelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wangsaku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja.\nPelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik.\nPelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini.\nPelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian).\nBagi pelajar yang ingin memohon perlanjutan tempoh pengajian adalah tidak layak mendapat bantuan dalam proses perlanjutan tersebut. \n\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan boleh dilakukan seperti berikut:\n\nBuat pendaftaran melalui laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/bkoku; atau \nMuat turun borang pendaftaran di pautan https://cdn.me-qr.com/pdf/11878782.pdf.\nUntuk membuat tuntutan borang pengajian, sila klik di pautan ini https://cdn.me-qr.com/pdf/11878864.pdf.\nIsi semua maklumat yang diperlukan.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nJika memohon melalui manuak, hantar dokumen secara hardcopy di kaunter Bahagian Biasiswa (Aras 2), KPT atau melalui e-mel di [email\u00a0protected].\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar untuk pendaftaran adalah seperti berikut:\n\nSalinan Kad Pengenalan\nSalinan Kad JKM\nSalinan Kad Matrik\nSalinan Surat Tawaran\nSalinan No. Akaun Bank Islam\nSalinan Malaysian Qualifications Agency (MQA) (bagi permohonan kali pertama)\nSalinan Keputusan Peperiksaan Terkini (bagi pelajar sedia ada)\nInvois/Resit\nMaklumat Bank IPTA/IPTS/Kolej Komuniti/Politeknik (jika kemukakan Invois) atau pengesahan semester pengajian (jika resit yang dikemukakan tiada maklumat semester pengajian)\n\nKeterangan Lanjut\nUntuk keterangan mengenai Bantuan Kewangan Pelajar OKU di IPT, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/index.php.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sekolah-seni-malaysia-2024/", "title": "Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia 2024", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan bagi murid yang ingin memasuki Sekolah Seni Malaysia bagi Tingkatan 1 bagi ambilan 2024.\nSekolah Seni Malaysia ialah sekolah yang ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.\nKonsep sekolah ini ditubuhkan adalah mengikut konsep\u00a0Sekolah Berasrama Penuh\u00a0yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan bagi pembelajaran kesenian dan juga akademik.\nMurid yang berminat untuk memohon ke sekolah ini boleh membuat permohonan mulai 3 Julai 2023 sehingga 15 September 2023. \n\nObjektif Penubuhan Sekolah Seni Malaysia\nObjektif penubuhan sekolah ini adalah:\n\n\n\n\n\nMelahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.\nMelahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.\nMenjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.\nMelahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.\nMelahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia\nCalon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.\nBerbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)\nSihat tubuh badan.\nHanya permohonan secara \u2018Online\u2019 akan diproses.\n\nSyarat Kemasukan\nSelain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat kemasukan:\n\nLulus Uji Bakat.\nBersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan.\nMurid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.\nMengemukakan rekod kesihatan murid.\nPermohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan.\n\nTatacara Permohonan\nUntuk memohon, sila ikuti tatacara permohonan berikut:\n\nLayari portal permohonan https://essem.moe.gov.my/.\nKlik \u201cDaftar Kali Pertama\u201d\nMasukkan no kad pengenalan, kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan.\nKlik \u201cDaftar\u201d dan maklumat pendaftaran akan dipaparkan.\nKlik \u201cIsi Borang\u201d untuk membuat permohonan. \nLengkapkan maklumat permohonan.\nKlik \u201cSimpan\u201d di akhir setiap paparan.\nklik \u201cHantar\u201d untuk menghantar permohonan.\n\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran ke Sekolah Seni Malaysia, sila hubungi En Muhammad Daneal Syawal Bin Abdullah: 03-8872 1625/011-10043228 atau boleh diemelkan alamat [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kertas-soalan-percubaan-spm-fizik/", "title": "Koleksi Kertas Soalan Fizik Percubaan SPM", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar yang mengambil aliran Sains Tulen, salah satu mata pelajaran yang akan dipelajari di sekolah adalah subjek Fizik.\nSecara umumnya, Fizik melibatkan subjek pembelajaran mengenai kajian alam sekeliling di sekeliling manusia dan sifat fizikal jirim.\nBagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke IPT dalam bidang Sains Tulen, mereka perlu memastikan mereka dapat mencatat keputusan yang baik di dalam peperiksaan SPM.\nBerikut disertakan koleksi soalan subjek ini yang boleh dimuat turun:\nTahun 2021\ni) Kelantan\nSoalan kertas 1\nKelantan-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nKelantan-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan kertas 1\nKelantan-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-1Download\nSkema jawapan kertas 2\nKelantan-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-2Download\nii) Kedah\nSoalan kertas 1\nKedah-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\n\n\n\n\nKedah-Percubaan-SPM-Kertas-2-1Download\nSkema jawapan kertas 1\nKedah-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-1Download\nSkema jawapan kertas 2\nKedah-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-2Download\niii) Sarawak\nSarawak-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nSarawak-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan\nSarawak-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\niv) Terengganu\nSoalan kertas 1\nTerengganu-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nTerengganu-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan\nTerengganu-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\nMengenai Percubaan SPM\nUntuk mengetahui perkembangan terkini peperiksaan percubaan SPM, sila layari laman web\u00a0https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kertas-soalan-percubaan-spm-pendidikan-islam/", "title": "Koleksi Kertas Soalan Pendidikan Islam Percubaan SPM", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar yang beragama Islam, salah satu subjek yang perlu diambil perhatian ialah subjek Pendidikan Islam.\nSecara umumnya, Pendidikan Islam merupakan subjek yang boleh menjadi sasaran pelajar untuk mendapat A di dalam peperiksaan.\nNamun, mereka perlu untuk membuat banyak latihan dan pembacaan sekiranya ingin mendapat keputusan yang baik dalam SPM.\nSalah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan membuat latihan soalan percubaan SPM daripada pelbagai negeri dan tahun.\nBerikut disertakan koleksi soalan subjek ini yang boleh dimuat turun:\nTahun 2021\ni) Selangor\nKertas soalan\nSelangor-PIslam-Percubaan-SPMDownload\nSkema jawapan\nSelangor-PIslam-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\nii) Kelantan\nKertas soalan\nKelantan-PIslam-Percubaan-SPMDownload\nSkema jawapan\nKelantan-PIslam-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\niii) Terengganu\nKertas soalan\nTerengganu-PIslam-Percubaan-SPMDownload\nSkema jawapan\n\n\n\n\nTerengganu-PIslam-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\niv) Melaka\nKertas soalan\nMelaka-PIslam-Percubaan-SPMDownload\nSkema jawapan\nMelaka-PIslam-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\nv) Pahang\nKertas soalan\nPahang-PIslam-Percubaan-SPMDownload\nSkema jawapan\nPahang-PIslam-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\nvi) Negeri Sembilan \nKertas soalan\nNSembilan-PIslam-Percubaan-SPMDownload\nSkema jawapan\nNSembilan-PIslam-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\nvii) Kedah\nKertas soalan\nKedah-PIslam-Percubaan-SPMDownload\nSkema jawapan\nKedah-PIslam-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\nMengenai Percubaan SPM\nUntuk mengetahui perkembangan terkini peperiksaan percubaan SPM, sila layari laman web\u00a0https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-kijang-biasiswa-sarjana-muda-bnm-2022/", "title": "Permohonan Biasiswa Kijang & Biasiswa Sarjana Muda BNM 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nBank Negara Malaysia (BNM) telah membuka permohonan bagi 2 jenis biasiswa kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar yang telah menerima tawaran atau sedang belajar di universiti iaitu Biasiswa Kijang & Biasiswa Sarjana Muda.\nBiasiswa Kijang dianugerahkan kepada individu yang layak untuk mengikuti program prauniversiti\u00a0di kolej prauniversiti yang telah diluluskan\u00a0oleh BNM.\u00a0\nManakala Biasiswa Sarjana Muda pula dianugerahkan kepada individu yang layak dan telah menerima tawaran untuk meneruskan pengajian atau sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda.\nPermohonan kedua-dua biasiswa ini telah dibuka mulai 16 Jun 2022 sehingga 26 Jun 2022.\n\nPembiayaan Yang Ditawarkan\nMenerusi kedua-dua biasiswa ini, pelajar akan dibiayai yuran pengajian, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.\nKeterikatan Dengan Bank\nSelepas berjaya menamatkan pengajian, penerima biasiswa dikehendaki berkhidmat di\u00a0Bank dan terikat dengan Bank iaitu mengikut nisbah 1 tahun pengajian bersamaan dengan 2 tahun tempoh perkhidmatan di Bank.\u00a0\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut: \ni) Biasiswa Kijang\nKeputusan peperiksaan yang cemerlang: Mendapat minimum 8A (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM.Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2022.\nii) Biasiswa Sarjana Muda\nKeputusan cemerlang dalam mana-mana peperiksaan yang berikut:\u2013 STPM/A-Level: Sekurang-kurangnya 3A\u2013 Diploma/Matrikulasi: Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.50\u2013 Australian Matriculation: ATAR sekurang-kurangnya 85%\u2013 American Foundation Program: SAT sekurang-kurangnya 1,200 markahBagi calon yang sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda: PNGK sekurang-kurangnya 3.50 untuk keputusan peperiksaan terkini.SPM: Sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2022.Telah menerima tawaran atau sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda di salah satu\u00a0universiti yang telah diluluskan oleh Bank.\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nKlik link https://careers.bnm.gov.my/psp/escholar/EMPLOYEE/HRMS/c/BNM_SCHOLARSHIP.BNM_SCR_EXT_LOGIN.GBL?Klik butang \u201cRegister.\u201dIsi nama penuh dan email diikuti dengan butang \u201cRegister.\u201dLogin dengan mengisi username dan kata laluan.Isi semua maklumat permohonan.Hanter permohonan setelah semua maklumat diisi.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Biasiswa Kijang dan Biasiswa Sarjana Muda, layari laman web BNM iaitu https://www.bnm.gov.my/careers/scholarships.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/insentif-kecemerlangan-pendidikan-spm/", "title": "Permohonan Insentif Kecemerlangan Pendidikan SPM Yayasan Veteran ATM", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Veteran ATM sedang membuka permohonan Insentif Kecemerlangan Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk anak-anak Veteran ATM yang cemerlang dalam peperiksaan tahun 2021.\nUntuk pengetahuan, Yayasan Veteran ATM ditubuhkan pada tahun 2004 dan didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965 sebagai Syarikat Berhad dengan jaminan dan ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia.\nYayasan ini ditubuh berdasarkan matlamat utamanya iaitu memantapkan program-program kebajikan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM melalui sumber kewangan dari sumbangan orang ramai termasuk sektor korporat dan pelaburan Yayasan.\nSalah satu program kebajikan yang ditawarkan adalah melalui insentif kecemerlangan ini kepada ank veteran ATM yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.\nAnak veteran ATM yang ingin memohon insentif ini boleh membuat permohonan menrusi pautan permohonan yang disediakan sebelum 1 Oktober 2022. \n\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi permohonan insentif ini adalah seperti berikut:\nTerbuka untuk anak-anak Veteran ATM yang menduduki SPM 2021 (Peperiksaan dijalankan pada 2 Mac 2022 hingga 29 Mac 2022).Tuntutan insentif ini hanya kepada calon yang mendapat keputusan SPM 2021 yang diumumkan pada 16 Jun 2022.Keputusan SPM pemohon mestilah sekurang-kurangnya 6A- dan ke atas.Pemohon hanya layak memohon sekali sahaja.Keutamaan insentif adalah kepada pemohon yang memperolehi keputusan paling cemerlang.Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Oktober 2022.\nCara Memohon\nPemohon yang ingin membuat permohonan boleh memohon menerusi langkah berikut:\nKlik pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfj7kqvSmH0NhAMkCzhKdEFkrxIrfy-vJhizf-j1AihGO1Q5Q/viewform?fbclid=IwAR1QIsPHVT86F_NWhtMARrxkfsl4GSppzKuupaZQpeMZrZQw81VkPmjkg2Q.Lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan tersebut.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan MyKad Veteran ATM.Surat akuan berkanun/Sijil Anak Angkat bagi anak angkat di bawah jagaan yang sah.Sijil nikah bagi permohonan jika Pelajar SPM/Anak Veteran ATM adalah anak tiri.Sijil kelahiran bagi permohonan jika Pelajar SPM/Anak Veteran ATM adalah anak tiri.MyKad/MyKid pelajar SPM.Sijil keputuan SPM. \nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Insentif Kecemerlangan Pendidikan SPM, sila hubungi Yayasan Veteran ATM:\nPejabat: 03-20508192.Whatsapp: +6013-9300736.Email: [email\u00a0protected]\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-maiwp-luar-negara-sesi-2023-2024/", "title": "Biasiswa MAIWP Pelajar Cemerlang Luar Negara 2023/2024", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka tawaran Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian Luar Negara (Mesir/Jordan/ Morocco) bagi sesi 2023/2024.\nTawaran ini dibuka kepada mereka yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Luar Negara Tahun Pertama sesi 2023/2024 di Mesir/Jordan/Morocco.\nUntuk pemohon yang berminat memohon, penempatan pusat pengajian hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon Biasiswa MAIWP.\nPemohon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 30 Jun 2023 (Jumaat) melalui borang permohonan yang disediakan. \n\nBidang Pengajian Yang Ditaja\nBidang pengajian yang ditaja untuk permohonan biasiswa ini adalah seperti:\ni) Jordan\n\nIjazah Sarjana Muda Bidang Ekonomi \nIjazah Sarjana Muda Bidang Perbankan \nIjazah Sarjana Muda Bidang Pengajian Islam \nIjazah Sarjana Muda Bidang Bahasa Arab\n\nii) Mesir\n\nIjazah Sarjana Muda Pengajian Perubatan \nIjazah Sarjana Muda Pengajian Pergigian \nIjazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab\nIjazah Sarjana Muda Dakwah\nIjazah Sarjana Muda Dirasat Islamiah\nIjazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang \nIjazah Sarjana Muda Syariah Islamiah\nIjazah Sarjana Muda Usuluddin \nIjazah Sarjana Muda Pengajian Ulum Islamiah \nIjazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat\n\niii) Morocco\n\n\n\n\n\nIjazah Sarjana Muda Pengajian Islam\n\nSyarat Umum\nPemohon perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan iaitu:\n\nIslam.\nWarganegara Malaysia.\nBermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.\nTidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.\nTertakluk kepada pengiraan had kifayah.\n\nSyarat Khusus\nSyarat khusus yang ditetapkan kepada pemohon yang berminat memohon adalah seperti:\ni) Pengajian di Mesir\n\nBagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Universiti Al-Azhar Mesir mestilah: \u2013 Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurangkurangnya mendapat 7 Mumtaz dan 3 Jayyid Jiddan dengan keputusan keseluruhan Mumtaz; dan\u2013 Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (B) Bahasa Melayu.\nBagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar Mesir mestilah:\u2013 Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurangkurangnya Gred (B) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan cemerlang (A) dalam 6 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Bahasa Inggeris, dan Matematik.\nBagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat Maahad Al-Qiraat Al-Azhar Mesir mestilah: \u2013 Lulus Diploma Pengajian Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan keputusan sekurang-kurangnya CGPA 3.5 atau mana-mana kolej/Universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); dan \u2013 Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (B) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu\nBagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perubatan, Pengajian Pergigian dan Pengajian Farmasi mestilah:\u2013 Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) dalam 8 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris, Sejarah) dan lulus Bahasa Arab (sekurang-kurangnya C).\n\nii) Pengajian di Jordan dan Morocco\n\nMemiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurangkurangnya Gred (B) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan cemerlang Gred (A) dalam 6 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Bahasa Inggeris, dan Matematik.\n\nCalon Tidak Layak Memohon\nCalon-calon berikut tidak layak memohon iaitu:\n\nPelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.\nPelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi/asasi sains/pra-universiti/alpha/foundation.\nPegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.\nPelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa.\nPelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh manamana penaja atas sebab tindakan disiplin.\nPelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik.\n\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan berikut https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/59-tawaran-biasiswa-pengajian-luar-negara-jordan#.\nMuat turun borang permohonan.\nIsi borang permohonan tersebut.\nBorang permohonan yang yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen sokongan berkaitan hendaklah dihantar ke:\u2013 Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah 51200 Kuala Lumpur\u2013 Semua Kaunter Pusat Agihan Zakat (PAZA)\u2013 Kaunter MAIWP Cawangan Putrajaya\u2013 Kaunter MAIWP Cawangan Labuan\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Biasiswa MAIWP Pengajian Luar Negara, sila layari laman web MAIWP iaitu https://www.maiwp.gov.my/ atau menghubungi talian 03-40477600samb. 7410/7411/7412/7413/7632 Unit Pendidikan, Seksyen IPT Bahagian Agihan Zakat (waktu bekerja).\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cara-semak-ambil-wpp-ptptn/", "title": "Cara Semak & Ambil Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN", "body": "\n\n\n\n\n\nPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)\u00a0yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi kemasukan sesi Oktober 2022 boleh membuat semak dan mendapatkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP).\nWPP adalah wang pendahuluan yang diberikan oleh PTPTN berjumlah RM1,500.00 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA.\nUntuk kemasukan sesi Oktober 2022, PTPTN memperuntukkan sebanyak RM42.4 juta WPP kepada seramai 28,278 pelajar yang layak. \nSyarat Pemberian\nSyarat pemberian WPP kepada pelajar yang layak adalah seperti berikut:\nPelajar telah membuat persetujuan menerima WPP.Pelajar adalah Warganegara Malaysia.Ibu bapa/Penjaga/Pelajar adalah Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja.Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.\nTatacara Semak\nUntuk menyemak tawaran WPP ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nLayari laman web https://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/.Masukkan no kad pengenalan.Klik butang kanta di sebelah kotak no kad pengenalan.Status tawaran dipaparkan. \nKaedah Penuaian\nPelajar boleh mengambil wang ini di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:\nSurat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my).MyKad pelajar (wakil adalah tidak dibenarkan).\nTempoh sah laku penuaian WPP ini adalah selama dua bulan bermula 5 Oktober 2022 hingga 5 Disember 2022.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai WPP PTPTN, sila hubungi pihak PTPTN di talian 03\u20132193 3000.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/hlp-pppt/", "title": "HLP PPPT 2023: Pengajian Sarjana & PhD Sepenuh Masa", "body": "\n\n\n\n\n\nPegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi yang sedang mengikuti pengajian secara separuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPT) dalam negara adalah dialu-alukan untuk memohon penajaan Skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sepenuh Biasiswa daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).\nUntuk makluman, skim HLP bagi pengajian Sepenuh Masa ini ditawarkan oleh KPT bagi PPPT yang menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D.\nPemohon yang berminat, mereka boleh membuat permohonan secara atas talian sepenuhnya di pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index.php.\n\nSyarat Umum\nSyarat umum yang ditetapkan bagi penajaan ini adalah pegawai-pegawai yang ingin memohon hendaklah mempunyai:\n\nPengetahuan\nKemahiran\nPengalaman\nMinat \nPerwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.\nMempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.\n\nSyarat Khusus\nSelain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus yang ditetapkan iaitu:\n\nPada Tahun 2023, pegawai mestilah berumur tidak lebih daripada 45 tahun bagi pengajian peringkat kedoktoran (Ph.D) dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.\nTelah disahkan dalam perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.\nTelah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun dalam skim perkhidmatan PPPT (gred 41 dan ke atas dan lantikan selewat-lewatnya 1 Jun 2016) pada tarikh tutup permohonan.\nMencapai purata markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh 3 tahun skim perkhidmatan terkini secara berturut- turut (2019, 2020 & 2021). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.\nKursus yang diikuti adalah berkaitan dengan tugas pegawai/bidang pengajian Sarjana Muda yang telah diikuti dan diperlukan demi kepentingan perkhidmatan.\nMemiliki Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D (pencapaian CGPA minimum 2.5).\nBelum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.\nMematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (jika berkenaan).\nMasih belum mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi; atau telah mendapat tempat pengajian tetapi akan memulakan pengajian di manamana institusi pengajian tinggi pada Sesi Pengajian Semester 1 2023/2024.\nPegawai hanya dibenarkan memohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana yang menawarkan pengajian tanpa perlu mengikuti kursus pra syarat.\nMematuhi syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar kepada Penjawat Awam seperti berikut:\u2013 Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam atau luar negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka sederhana atau kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau luar negara selepas genap 2 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya.\u2013 Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar kurang 12 bulan tetapi melebihi 3 bulan di dalam atau luar negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka sederhana atau kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau luar negara selepas genap 1 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya.\nPegawai telah mengisytiharkan harta (termasuk pengisytiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan.\nPegawai tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman PTPTN atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).\nBebas daripada sebarang penyakit kronik.\nBersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah.\nMenyediakan kertas cadangan pengajian (proposal) dan hendaklah dimuatnaik serta diserahkan kepada urus setia semasa calon menghadiri temu duga. Kulit depan kertas cadangan hendaklah mematuhi format seperti yang telah disediakan.\n\nTatacara Untuk Memohon\nPermohonan penajaan ini boleh dibuat menerusi pautan berikut iaitu https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index.php.\n\n\n\n\nPermohonan adalah dianggap lengkap dan telah dihantar apabila pemohon menekan butang \u2019Sah & Hantar\u2019 pada paparan yang disediakan.\nDokumen Yang Diperlukan\nPermohon juga perlu melampirkan dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan:\n\nGambar berukuran pasport.\nRancangan Penyelidikan (proposal) yang disahkan Ketua Jabatan/Penyelia.\nTranskrip Ijazah Pertama/Sarjana atau kedua-duanya (disahkan).\nLampiran Senarai Tugas Terkini (disahkan).\nBorang Perakuan Ketua Jabatan.\nPelan Pengajian.\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa ini, sila layari https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index.php atau menghubungi:\nUnit Biasiswa,Bahagian Biasiswa,Kementerian Pendidikan Tinggi,Aras2, No. 2, Menara 2,Jalan P5/6, Presint 5,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62200 PUTRAJAYA.No. Telefon: 03-8888 1616/03-8870 5011/03-8870 6338/03-8870 4950/03- 8870 6361/03-8870 6373/03-8870 6000.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cara-main-sudoku/", "title": "Cara Main Sudoku Dengan Cepat & Mudah Difahami", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi yang pernah mendengar perkataan Sudoku dan berminat untuk bermain perkataan ini, ketahui cara main Sudoku dengan cepat dan mudah difahami. \nUntuk pengetahuan, Sudoku yang pada asalnya dipanggil Number Place, ialah teka-teki yang melibatkan meletakkan nombor 1 sehingga 9 di dalam sesebuah kotak berasaskan logik. \nMatlamatnya adalah untuk mengisi grid 9\u00d79 dengan nombor supaya setiap lajur, setiap baris dan setiap sembilan subgrid 3\u00d73 yang membentuk grid (juga dipanggil petak, blok atau kawasan) yang mengandungi semua digit 1 hingga 9.\nKebanyakan individu memainkan permainan ini sekadar hanya untuk mengisi waktu lapang atau untuk mengasah otak secara ringan. \n\nSejarah Sudoku\nAkhbar Perancis mula memaparkan variasi Sudoku pada abad ke-19 namun secara tepatnya, Sudoku itu telah muncul sejak 1979 dalam buku teka-teki di bawah nama Number Places.\nWalau bagaimanapun, Sudoku hanya mula mendapat populariti meluas pada tahun 1986 apabila ianya diterbitkan oleh syarikat teka-teki Jepun Nikoli di bawah nama Sudoku, yang bermaksud \u201cnombor tunggal\u201d. \nCara Main Sudoku\nUntuk bermain Sudoku, anda perlu mengikuti setiap peraturan yang telah ditetapkan:\n\n\n\n\n1. Gunakan nombor 1 sehingga 9\n\nCara pertama untuk bermain sudoku ialah menggunakan nombor 1 hingga 9.\nPermainan ini akan dimainkan pada grid 9\u00d79. Di dalam baris dan lajur terdapat 9 \u201cpetak\u201d (ruang 3\u00d73).\nSetiap baris, lajur dan petak (9 ruang setiap satu) perlu diisi dengan nombor 1-9, tanpa mengulangi sebarang nombor dalam baris, lajur atau petak itu. \nSetiap grid Sudoku disertakan dengan beberapa ruang yang telah diisi sebelumnya. Lebih banyak ruang yang diisi, lebih mudah permainan itu.\n\n2. Jangan mengulang nombor\n\nCara kedua untuk bermain Sudoku adalah dengan tidak mengulang nombor yang telah ditulis dalam 1 kotak 3\u00d73. \nSeperti yang dilihat dalam contoh bawah, dalam kotak kiri atas (dibulatkan dengan warna biru), kotak tersebut sudah mempunyai 7 nombor daripada 9 nombor yang telah diisi.\nSatu-satunya nombor yang tiada daripada segi empat sama tersebut ialah 5 dan 6. Dengan melihat nombor yang tiada daripada setiap petak, baris atau lajur, individu boleh menggunakan proses penghapusan dan penaakulan deduktif untuk memutuskan nombor yang hendak dimasukkan dalam setiap ruang kosong.\nIndividu perlu mengisi nombor 5 dan 6 untuk melengkapkan segi empat sama, tetapi berdasarkan baris dan petak bersebelahan, mereka tidak memberitahu dengan jelas nombor yang hendak ditambah pada ruang mana. \nIni bermakna individu tersebut harus mengabaikan petak kiri atas buat masa ini, dan cuba mengisi ruang di beberapa kawasan grid yang lain.\n\n3. Jangan Tebak\n\nUntuk bermain Sudoku, jangan tembak berdasarkan naluri.\nSudoku merupakan permainan logik dan memerlukan penaakulan, jadi individu yang bermain tidak perlu meneka.\nJika seseorang tidak tahu nombor yang hendak diletakkan dalam ruang tertentu, teruskan melihat kawasan grid yang lain sehingga indidivu tersebut melihat peluang untuk meletakkan nombor. \n\n4. Gunakan Proses Penghapusan\n\nCara keempat untuk bermain Sudoku ialah menggunakan proses penghapusan.\nSebagai contoh, dalam contoh di bawah, lajur menegak paling kiri (dibulatkan dengan Biru) tiada hanya beberapa nombor 1, 5 dan 6.\nSatu cara untuk mengetahui nombor yang sesuai dengan setiap ruang adalah dengan menggunakan \u201cproses penghapusan\u201d dengan menyemak untuk melihat nombor lain yang sudah ada dalam setiap petak\nIni dapat memastikan tiada pertindihan nombor 1-9 dalam setiap petak. \n\n\nContoh Sudoku\nJika anda ingin contoh-contoh Sudoku, berikut merupakan contoh Sudoku yang boleh digunakan.\n\n\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/eptrs-my/", "title": "Portal ePTRS.my: Program Tuisyen Rakyat Selangor Atas Talian", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan satu portal yang membolehkan murid-murid mengikuti tuisyen secara atas talian terutamanya bagi pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dan STPM iaitu menerusi ePTRS.my.\nePTRS.my diwujudkan sebagai kesinambungan kepada Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang diwujudkan oleh kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) SUK Selangor dan MBI Bisnes Amal. \nUntuk makluman, PTRS ialah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan, memenuhi dan merealisasikan agenda bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat menyempurnakan definisi pendidikan kepada 5M (membaca, menulis, mengira, memikir dan mengamal) di Negeri Selangor.\nSelain mempunyai kelas tuisyen secara bersemuka, PTRS juga mempunyai portal yang membolehkan murid menjalani pembelajaran secara atas talian.\n\nObjektif Pelaksanaan\nObjektif pelaksanaan PTRS ini adalah untuk:\n\n\n\n\n\nMenyempurna dun merealisasian Dasar Kerajaan Negeri dalam memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)\nMembantu rakyat yang berpendapatan (RM2000 ke bawah) untuk pendidikan yang terbaik kepada anak mereka.\nMembuka lebih ruang kepada ADUN mendekati rakyat kawasannya.\nMembantu memantapkan jatidiri pelajar/ mengurangkan gejala sosial melalui program-program sokongan.\nMemberikan satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan yang positif.\n\nKandungan Yang Disediakan\nMenerusi portal ePTRS.my, terdapat beberapa kandungan disediakan iaitu:\n\nVideo pembelajaran\neBuku\nBlog\n\nMata Pelajaran Yang Ditawarkan\nMata pelajaran yang ditawarkan kepada murid untuk pembelajaran di portal ini adalah:\n\nBahasa Melayu\nBahasa Inggeris\nMatematik\nSejarah\nPengajian Am\nMuet\n\nCara Akses\nUntuk mengakses bahan pembelajaran di portal ini, sila ikuti langkah-langlah berikut:\n\nLayari laman web https://eptrs.my/.\nKlik butang \u2018Daftar Sekarang.\u2019\nMasukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar Sekarang.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan ID pengguna atau no kad pengenalan dan kata laluan.\nSemua bahan pembelajaran boleh diakses.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai ePTRS.my, sila layari laman web https://eptrs.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kata-banyak-makna/", "title": "Kata Banyak Makna: Senarai & Makna Setiap Perkataan", "body": "\n\n\n\n\n\nKata banyak makna ialah perkataan yang mempunyai lebih daripada satu maksud atau dalam erti kata yang lain, makna perkataan yang berbagai-bagai ini dibezakan dalam konteks ayat yang berlainan.\nKata banyak makna terbahagi kepada tiga bentuk iaitu:\nKata dasarKata berimbuhanKata ganda\nContoh Ayat:\ni) Alamat\nContoh ayat 1: Apa alamat tempat tinggal kamu Amin?\nContoh ayat 2: Langgit mendung alamat hendak hujan.\nii) Cerah:\n\n\n\n\nContoh ayat 1: Cuaca pada hari ini dijangka cerah sepanjang hari.\nContoh ayat 2: Kulit muka Aisyah memang cerah sejak lahir.\nContoh ayat 3: Masa hadapan kamu akan cerah sekiranya kamu berlatih bersungguh-sungguh. \nSenarai Kata Banyak Makna\nSenarai kata banyak makna yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:\nKataMaknanyaAkal1. fikiran2. ikhtiar3. muslihat, tipu helahAlamat1. tanda2. tempat tinggal3. keterangan nama tempat, jalan, nombor rumah, poskod dan menunjukkan tempat tinggal seseorang.Barang1. benda2. lebih kurang3. apa-apa sajaBermuka-muka1. beberapa banyak muka surat.2. berpura-pura atau tidak ikhlasBersimpang-siur1. bergerak ke sana ke mari.2. silang-menyilang kerana terlalu banyak.3. terlalu banyak likunya, berliku-liku.Besar1. tidak kecil.2. kuat dan lurus kawasan pemerintahnya.3. penting, berpengaruh, berkuasa4. tugas penting, hajat atau niat.Cerah1. terang2. jernih.3. agak putih.4. berseri, tidak muram.5. baik, bahagia.Cetek1. tidak luas (pengetahuan)2. tidak dalam (air)Dalam1. tidak cetek 2. luas pengalamanDiam1. tidak bercakap, senyap 2. tinggalDiam-diam1. senyap-senyap, tidak memberitahu sesiapa.2. tidak berbuat apa-apaDingin1. sejuk2. tidak meriahFaedah1. guna, manfaat.2. bunga, laba, untungHalaman1. muka surat.2. pekarangan rumahHalus1. kecil-kecil.2. beradabHampa1. kecewa2. tidak berisi3. kosongHangat1. berita yang masih baru2. panasHaus1. dahaga2. sangat ingin mendapatkan sesuatu3. menjadi tidak tebal kerana tergosok atau banyak digunakanJelas1. terang, nyata2. selesai, beresKemas1. teratur2. disiapkan dengan baik3. kuat, teguh, erat.Kemasukan1. dimasuki oleh sesuatu2. yang behubung dengan perihal masukKepantasan1. kelajuan2. kecekapanLapangan1. kawasan yang luas2. jurusan, bidangLapang1. luas2. tidak sibukMasak1. boleh dipetik dan dimakan2. tidak mentah3. berpengalamanMenganjurkan\u00a01. mengemukakan, mengesyorkan, mencadangkan2. mengadakan3. menghulurkan atau memajukan ke depanMenjelaskan1. menerangkan atau menghuraikan dengan lebih lanjut2. menyelesaikan hutangMenjemput1. mengambil2. mengambil atau mencubit dengan menggunakan hujung jariMelancarkan1. memulakan sesuatu dengan cepat/meluncurkan2. memudahkan/melicinkan sesuatu usaha3. melakukan/mengadakan sesuatu serangan, tindakanMelepaskan1. membebaskan/menjadi tidak terikat2. menghilangkan (letih/penat)3. memberikan/menguntukkan4. mengeluarkan/membiarkan keluar (perasaan)Membuka1. menjadikan tidak bertutup2. menghidupkan sesuatu3. memberikan peluangMemotong1. mengerat/memenggal2. mengurangkan sesuatu3. memintas4. mencelah percekapan orang5. menoreh getahMenyaingi1. mengiringi/menemani2. menandingi/berlawanMenahan1. tidak membiarkan lepas, menyekat, tidak membenarkan, menghentikan.2. melawan/menangkis serangan3. melambaikan tangan untuk menyuruh kenderaan berhenti4. menguatkan diri supaya sanggup menderitaMenelan1. memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui kerongkong2. banyak memerlukan3. terpaksa menerima sesuatu yang tidak menyenangkanMenuntut1. mendesak2. mencari ilmuPengajaran1. sesuatu yang diajar2. pedomanRasa1. rasa dengan lidah2. pendapat, fikiran3. keadaan hati terhadap sesuatuSerong1. tidak lurus, tidak tepat letaknya2. tidak jujur, curangTahan1. tidak mudah rosak2. sanggup menderita3. cukup, memadaiTajam1. dapat memotong dengan mudah2. cerdik3. keras atau pedas (perkataan, kritik)Tawar1. tidak terasa apa-apa2. tidak mujarab, hilang kekuatan3. tidak berkemahuan, tidak bernafas/bersemangat4. meminta dikurangkan harga barangan.\nSumber: https://sites.google.com/site/bmalaysiatatabahasa/kata-kata/kata-banyak-makna\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jawatan-tetap-guru-dg41-graduan-pendidikan-2022/", "title": "Permohonan Jawatan Tetap Guru DG41 Graduan Pendidikan 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nGraduan pendidikan bagi tahun 2022 kini dipelawa untuk memohon yang telah\u00a0menamatkan pengajian\u00a0dan memperolehi Keputusan senat universiti\u00a0bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau guru bagi Gred DG41 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nUntuk makluman, pengambilan jawatan tetap guru DG41 ini hanya dikhaskan kepada graduan pendidikan sahaja dan graduan bagi bidang lain tidak layak untuk memohon.\nOleh itu, graduan pendidikan yang berminat boleh membuat permohonan atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) sebelum atau pada\u00a027 Mei 2022 (Jumaat).\nPemohon Tidak Layak Memohon\nPemohon yang tidak layak untuk memohon bagi jawatan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPelajar Tajaan KPM.Guru Interim.Guru Kontrak (Lantikan SPP).Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam.Seorang bankrap.Telah tamat pengajian tetapi belum memperolehi keputusan Senat Universiti.\nSyarat Lantikan\nSyarat lantikan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.Mendapat Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atauMendapat Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atauMendapat Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atauMendapat Ijazah sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,902.98); atauMendapat Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,209.60).Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan\nCara Memohon\nBagi mereka yang belum pernah memohon dan menggunakan sistem mySPP sebelum ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://myspp.spp.gov.my/. Klik butang \u2018Daftar Akaun Baru.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan diikuti dengan butang \u2018Log Masuk.\u2019Isi maklumat berikut dengan lengkap iaitu:\u2013 Maklumat Pemohon\u2013 Maklumat Akademik\u2013 Maklumat Sukan dan Persatuan\u2013 Maklumat Rekacipta/Pencapaian\u2013 Maklumat TambahanKlik bahagian \u2018Jawatan Dimohon\u2019, dan klik sub-menu \u2018Jawatan SPP\u2019 dan kemudian klik sub-menu \u2018Jawatan PDRM/Lain.\u2019Pilih jawatan pada ruang \u2018Jawatan Yang Layak Dipohon,\u2019 klik \u2018>>.\u2019Pada bahagian \u2018Pengakuan Pemohon\u2019 klik kotak \u2018Saya setuju.\u2019Akhir sekali, klik butang \u2018Hantar.\u2019\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai jawatan tetap guru DG41 boleh dirujuk melalui laman web SPP iaitu https://www.spp.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-yayasan-klk/", "title": "Permohonan Biasiswa Yayasan KLK 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan KLK yang merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) telah membuka tawaran biasiswa kepada Warganegara Malaysia yang sedang belajar di mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.\nUntuk makluman, KLK merupakan sebuah syarikat peladangan yang telah ditubuhkan sejak 1906 dan disenaraikan dalam pasaran saham Bursa Malaysia.\nMenerusi yayasan yang ditubuhkan ini, mereka turut menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan yang sedang melanjutkan pengajian di IPT di dalam negara.\nSelepas pelajar menamatkan pengajian, mereka berpeluang untuk ditawarkan pekerjaan di syarikat ini atau dalam unit perniagaan yang lain.\nPelajar yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 30 September 2022.\n\nJumlah Biasiswa\nPemohon bagi kursus Ijazah Sarjana Mudayang berjaya diberikan geran tahunan sepanjang tempoh minimum kursus mereka, seperti berikut:\n\n\n\n\nInstitusi Awam \u2013 RM 13,000 setiap tahun akademik.Institusi Swasta \u2013 RM 20,000 setiap tahun akademik.\nBidang Pengajian\nPelajar yang mengambil bidang pengajian berikut akan diutamakan bagi menerima biasiswa ini:\nSains Pertanian, Kejuruteraan Biosistem Pertanian, Perhutanan, Sains Hortikultur, Biologi Tumbuhan, Pengurusan Perladangan, Sumber Tumbuhan atau bidang berkaitan.Kejuruteraan (Awam, Kimia, Mekanikal, Elektrik dan Instrumentasi).Perakaunan atau Kewangan.Teknologi Maklumat (Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian atau setara).Kelestarian (Pengurusan Alam Sekitar, Sains & Teknologi Alam Sekitar atau bidang berkaitan).\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia;Boleh bertutur dan menulis bahasa Inggeris.Aktif dalam aktiviti kokurikulumMendapat tawaran daripada institusi pengajian tinggiTidak terikat sebarang biasiswa lain atau menerima bantuan daripada mana-mana organisasiBon 3 tahun bersama Kumpulan KLK di mana-mana penempatan selepas tamat pengajian.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nMuat turun borang permohonan berikut https://drive.google.com/file/d/1Z73agYZ3zTC1uJVIAzziurtNn89pqytr/view?fbclid=IwAR19iCNv-wzHUCJPNxJv5RxtLy3c8vzfkyNSTNVAzVWCeunJWHlmRqljTwcImbas dan email borang permohonan yang lengkap dengan sijil yang berkaitan cth. SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi kepada [email\u00a0protected]; atauPoskan borang permohonan yang lengkap dengan sijil berkaitan cth. SPM, STPM (atau setaraf) dan surat tawaran institusi ke alamat berikut:Permohonan Biasiswa Yayasan KLK,Kuala Lumpur Kepong Berhad,Wisma Taiko, No 1, Jalan S.P Seenivasagam,30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Biasiswa KLK, sila layari laman web https://www.klk.com.my/yayasan-klk-scholarship/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/myptptn/", "title": "Daftar myPTPTN: Aplikasi Mudah Alih Perkhidmatan PTPTN", "body": "\n\n\n\n\n\nPerbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum ini telah mewujudkan satu aplikasi mudah alih terbaharu bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan PTPTN secara atas talian menerusi aplikasi myPTPTN. \nmyPTPTN merupakan aplikasi mudah alih\u00a0yang menawarkan perkhidmatan PTPTN seperti semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, semakan penyata Simpan SSPN, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN serta permohonan potongan gaji dan Debit Terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN.\nAplikasi\u00a0ini\u00a0dilengkapi dengan\u00a0eKYC (Electronic Know Your Customer)\u00a0iaitu proses mengesahkan dan mengekalkan rekod identiti pelanggan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia sebagai salah satu kunci keselamatan transaksi digital.\nOrang ramai boleh mula memuat turun dan menggunakan aplikasi ini digunakan mulai 29 Mac 2022.\n\nKeistimewaan Aplikasi\nAntara keistimewaan aplikasi ini bagi pengguna adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nHanya di satu platform: Transaksi bayaran balik pinjaman dan simpanan di Simpan SSPN dan pelbagai perkhidmatan lain melalui satu platform.\nMenjimatkan masa dan kos: Orang ramai tidak perlu beratur di kaunter kini dan segalanya dihujung jari sahaja.\nMesra pengguna: Paparan mesra pengguna sesuai untuk semua lapisan umur.\nTransaksi tanpa sempadan: Aplikasi ini menyokong pelbagai jenis transaksi.\nCepat, mudah dan selamat: Segala maklumat peribadi pengguna dilindungi oleh PTPTN dan dilengkapi dengan pendaftaran maya eKYC.\n\nPerkhidmatan Yang Ditawarkan\nPerkhidmatan yang ditawarkan menerusi aplikasi ini adalah seperti berikut iaitu:\n\nUrusan pembayaran balik pinjaman dan penambahan deposit Simpan SSPN.\nPembukaan akaun Simpan SSPN\nSemakan Penyata\nPindahan Lebihan Bayaran Balik\nPindahan Simpanan\nPermohonan Bayaran Balik/Deposit Simpan SSPN melalui Debit Terus, Potong Gaji dan Auto Debit\nPermohonan Pengesahan Baki Pinjaman\nCetakan Surat Penyelesaian Hutang (SPH)\nKemas kini profil pengguna\n\nSyarat Pendaftaran\nSyarat pendaftaran bagi orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nBerumur 18 tahun dan ke atas.\nMempunyai Kad Pengenalan awam.\nMempunyai no. telefon bimbit dan alamat e-mel yang betul dan sah.\n\nCara Mendaftar\nUntuk membuat pendaftaran aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nMuat turun aplikasi myPTPTN di Google Store dan Apple App Store.\nBuka aplikasi myPTPTN dan klik \u2018Daftar Sekarang.\u2019\nMasukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.\nSet kata laluan dan tentukan frasa/ikon keselamatan serta tanda persetujuan pengesahan maklumat dan penafian.\nDapatkan TAC di nombor telefon dan aktifkan pendaftaran myPTPTN yang telah dihantarkan kepada email.\nLengkapkan proses pengesahan identiti eKYC dengan menyediakan kad pengenalan dan swafoto.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai aplikasi myPTPTN, sila layari laman web PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jawatan-kosong-guru-kafa-negeri-kedah/", "title": "Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Negeri Kedah 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu di Negeri Kedah yang berminat untuk menjadi guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri tersebut, permohonan untuk jawatan ini telah dibuka.\nUntuk makluman, kelas KAFA merupakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain yang dijalankan untuk pelajar sekolah rendah bermula Tahun 1 hingga Tahun 6.\nKelas ini adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardhu Ain.\nPermohonan bagi jawatan ini dibuka sehingga 6 Disember 2022 secara atas talian. \n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan untuk permohonan jawatan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia.\nBerumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan.\nMemiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan:\u2013 Kepujian Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu;\u2013 Kepujian Pendidikan Islam atau kepujian Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah ATAU kepujian Pendidikan Syariah Islamiah; dan\u2013 Lulus Bahasa Arab atau yang setaraf dengannya\nTinggal dan bermastautin di Negeri Kedah.\nMemiliki lesen memandu yang sah.\nTelah mengambil dos lengkap Vaksinasi COVID-19\nSihat mental dan fizikal.\n\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari pautan berikut https://bit.ly/kafakedah.\nIsi borang permohonan dengan lengkap.\nPastikan semua maklumat permohonan diisi.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nGambar berukuran pasport.\nSijil Pelajaran Malaysia.\nSijil\u00a0Pelajaran Malaysia Ulangan/Julai (jika berkaitan).\nSijil Pengesahan Vaksinasi Lengkap COVID-19.\u2013 Muat turun sijil melalui aplikasi MySejahtera.\n\nUjian Kelayakan\nPemohon yang layak untuk menduduki Ujian Kelayakan Guru KAFA Kedah (Online) yang akan dimaklumkan melalui email dalam tempoh 7 hari selepas tarikh tutup permohonan (tertakluk kepada perubahan).\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/e-katalog-buku-teks-kpm-2023/", "title": "e-Katalog Buku Teks KPM: Rujukan Pembelian Judul Buku Teks 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidkan Malaysia (KPM) telah menerbitkan e-Katalog Buku Teks bagi tujuan pembelian buku teks di sekolah rendah dan menengah.\nUntuk makluman, buku teks merupakan rujukan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum yang digunakan oleh para guru di bawah KPM untuk sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.\nPenerbitan e-Katalog ini dibuat melalui Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP),\u00a0Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)\u00a0yang bertujuan memantapkan penyampaian maklumat berkaitan judul buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah.\nPenerbitan e-Katalog ini dapat menjadi sumber rujukan kepada ibu bapa dan penjaga, pihak awam, badan berkanun dan swasta dalam pemilihan pembelian buku teks di pasaran terbuka.\nOleh itu, ibu bapa, penjaga atau pihak awam yang ingin membuat pembelian buku teks, sila dapatkan e-Katalog ini secara percuma di atas talian.\n\n\n\n\nKandungan e-Katalog Buku Teks \nKandungan yang terdapat di dalam e-Katalog ini adalah seperti berikut:\n\nBuku Teks Tahun 4 Sekolah Kebangsaan\nBuku Teks Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina\nBuku Teks Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil\nBuku Teks Tahun 4 Dual Language Programme\nBuku Teks Tahun 4 Pendidikan Khas\nBuku Teks Tahun 5 Sekolah Kebangsaan\nBuku Teks Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina\nBuku Teks Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil\nBuku Teks Tahun 5 Dual Language Programme\nBuku Teks Tahun 5 Pendidikan Khas\nBuku Teks Tahun 6 Sekolah Kebangsaan\nBuku Teks Tahun 6 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina\nBuku Teks Tahun 6 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.\nBuku Teks Tahun 6 Dual Language Programme\nBuku Teks Tahun 6 Pendidikan Khas\nBuku Teks Tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah Menengah\nBuku Teks Tingkatan 4 Kurikulum Bersepadu Dini & Kurikulum Bersepadu Tahfiz\nBuku Teks Komponen Sastera Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tingkatan 4\nBuku Teks Komponen Sastera Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tingkatan 4 dan Tingkatan 5\nBuku Teks Kesusasteraan Melayu, Kesusasteraan Inggeris, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil Tingkatan 4 dan Tingkatan 5\nBuku Teks Tingkatan 4 Sekolah Seni Malaysia\nBuku Teks Tingkatan 4 Mata Pelajaran Akademik Aliran Kemahiran\nBuku Teks Tingkatan 4 Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas\nBuku Teks Tingkatan 4 Dan 5 Mata Pelajaran Vokasional (Digital Asas)\nBuku Teks Tingkatan 4 Mata Pelajaran Elektif Teknikal\nBuku Teks Tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas\nBuku Teks Braille Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5\nBuku Teks Tingkatan 5 Kurikulum Standard Sekolah Menengah\nBuku Teks Tingkatan 5 Kurikulum Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz\nBuku Teks Tingkatan 5 Dual Language Programme\nBuku Teks Komponen Sastera Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tingkatan 5\nBuku Teks Tingkatan 5 Sekolah Seni Malaysia\nBuku Teks Tingkatan 5 Mata Pelajaran Akademik Aliran Kemahiran\nBuku Teks Tingkatan 5 Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas\nBuku Teks Tingkatan 5 Mata Pelajaran Elektif Teknikal\nBuku Teks Tingkatan 5 Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas\n\nCara Mendapatkan e-Katalog Buku Teks\nUntuk mendapatkan e-Katalog ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan berikut https://drive.google.com/drive/folders/1wTggb_qLnal2qsMVmVv7wRPPoRj2PHg-.\nMuat turun dokumen sama ada dalam bentuk PDF atau Anyflip.\nPengguna boleh memulakan bacaan selepas dokumen tersebut berjaya dimuat turun.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai e-Katalog Buku Teks KPM, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/e-katalog-buku-teks-kpm-2022\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sgmy-sijil-guru-malaysia/", "title": "SGMy: Download Sijil Guru Malaysia KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nGuru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini boleh mencetak Sijil Guru Malaysia melalui sistem Sistem Guru Malaysia (SGMy).\nSGMy adalah sistem yang dibangunkan khusus bagi pengurusan, perancangan, dan rekod latihan dan kompetensi guru dan mereka juga boleh mendapatkan Sijil Guru Malaysia beserta nombor unik yang mengiktiraf mereka sebagai seorang guru berdaftar.\nObjektif KPM membangunkan laman web ini adalah untuk:\n\nMenjadikan individu yang berada dalam profesion keguruan diiktiraf sebagai golongan yang profesional.\nMemastikan individu dalam profesion keguruan sentiasa berkualiti dan kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.\nGuru yang berdaftar dengan KPM akan diberikan Sijil Guru Malaysia yang mempunyai nombor unik yang kekal sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai nombor pengenalan diri dalam profesion keguruan.\n\n\nCara Login SGMy\nUntuk login laman web ini, para guru boleh mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web SGMy iaitu https://sgmy.moe.gov.my/.\nKlik pada bahagian \u2018Modul Individu.\u2019\nLog masuk bahagian \u2018Guru KPM.\u2019\nMasukan ID Pengguna dan kata laluan.\nKlik pada butang hantar untuk log masuk ke dalam system.\n\nKemaskini e-Profil\nBagi guru yang ingin mengemaskini maklumat diri, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\n\nLogin mengikuti langkah-langkah yang disebutkan di atas.\nKlik pada bahagian \u2018e-Profil\u2019 dan klik perkataan \u2018e-Profil.\u2019\nMasukkan data dan maklumat dengan betul.\nPastikan semua maklumat disi.\nSetelah selesai, klik butang \u2018Hantar.\u2019\n\nTatacara Membuat Pengesahan\nUntuk membuat pengesahan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nPergi ke bahagian \u2018Pengesahan & Penerimaan,\u2019 dan klik perkataan \u2018Pengesahan.\u2019\nSemak maklumat guru yang dipaparkan. \nPastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan betul.\nTandakan pada kotak pengesahan.\nKlik butang \u2018Ya, Sahkan Maklumat Ini.\u2019\n\nTatacara Cetak Sijil Guru Malaysia\nBagi mencetak atau memuat turun SijilGuruMalaysia, sila ikuti langkah-langkah ini:\n\nPergi ke bahagian \u2018Pengesahan & Penerimaan,\u2019 dan klik perkataan \u2018Slip Sijil Guru.\u2019\nSijil guru akan dipaparkan kepada pengguna.\nSemak sijil tersebut bagi memastikan butiran yang ditunjukkan betul.\nKlik butang \u2018Cetak\u2019 untuk mencetak sijil tersebut. \n\n\nPertanyaan Lanjut Tentang Sijil Guru Malaysia\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Sijil Guru Malaysia, sila hubungi Bahagian Profesionalisme Guru KPM di talian 03-8884 1302 atau menghantar email ke alamat [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/takwim-cuti-matrikulasi-2023-2024/", "title": "Takwim & Cuti Matrikulasi KPM 2023/2024", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar-pelajar Kolej Matrikulasi KPM boleh merujuk takwim untuk mengetahui cuti Matrikulasi KPM bagi sesi 2023/2024.\nProgram Matrikulasi KPM merupakan program yang diwujudkan sejak tahun 1998 sebagai satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.\nMatlamat utama program ini diwujudkan adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.\n\nJurusan Matrikulasi KPM\nBagi Program Matrikulasi KPM, terdapat 4 jurusan yang ditawarkan bagi program iaitu:\n\nJurusan Sains:\u2013 Sains Hayat\u2013 Sains Fizikal\u2013 Sains Komputer\nJurusan Kejuruteraan:\u2013 Kejuruteraan Asas\u2013 Kejuruteraan Awam\u2013 Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik\u2013 Kejuruteraan Mekanikal\nJurusan Perakaunan\nJurusan Perakaunan Profesional\n\nTarikh Lapor Diri Pelajar Baharu\nBerdasarkan takwim terkini, tarikh melapor diri bagi pelajar pengambilan baru adalah:\n\nKumpulan A (Kedah, Kelantan dan Johor)- 9 Julai 2023 \nKumpulan B (Negeri-Negeri selain Kedah, Kelantan dan Johor)- 10 Julai 2023 \n\nTempoh Pengajian Di Matrikulasi\nProgram Matrikulasi KPM terus berkembang dengan perubahan tempoh masa pengajian dari 1 tahun 6 bulan kepada 1 tahun (Program Matrikulasi Satu Tahun-PST) pada tahun 2002. \nIni diikuti dengan pertambahan beberapa buah kolej baru yang beroperasi mulai tahun 2002, 2003 dan 2010 iaitu Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), Kolej Matrikulasi Perak (KMPk), Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) dan Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). \nMulai sesi 2003/2004, Program Matrikulasi telah membuka ruang 10% kepada pelajar bukan Bumiputera untuk mengikuti program ini. \nPada tahun 2008 pula, Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) bagi Jurusan Sains telah ditawarkan khas kepada pelajar Bumiputera. Kemudiannya Program Matrikulasi telah memperluaskan Jurusan Sains dengan menawarkan Aliran Teknikal pada tahun 2009. \n\n\n\n\nIni bertepatan dengan matlamat Teras 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu mengadakan lebih banyak pilihan kepada pelajar dan memberi peluang yang sama kepada semua pelajar lepasan SPM.\nTiga (3) buah kolej matrikulasi telah diamanahkan untuk mengendalikan program ini iaitu Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK), Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang (KMTPh) dan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (KMTJ).\nKalendar Akademik Sesi 2023/2024\nKalendar akademik bagi sesi 2023/2024 adalah seperti berikut:\ni) Semester I\n\nii) Semester II\n\nTakwim Cuti Matrikulasi 2023/2024\nUntuk cuti matrikulasi pula boleh dirujuk menerusi jadual berikut:\n\nCatatan:\n\nPesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja): 30 & 31 Mei 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)\nPerayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja): 01 & 02 Jun 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)\nHari Krismas : 25 Disember 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)\n\nMuat Turun Takwim & Cuti Matrikulasi Sesi 2023/2024\nMaklumat lanjut mengenai cuti Matrikulasi, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/muat-turun/takwim/takwim-matrikulasi/5150-kalendar-akademik-program-matrikulasi-kpm-sesi-2022-2023/file.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tabung-simpanan-pendidikan-anak-perak/", "title": "Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak RM200", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak telah memperuntukkan RM200 kepada bayi yang dilahirkan di Negeri Perak mulai tahun 2010 menerusi Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak.\nTabung Simpanan Pendidikan Anak Perak merupakan tabung simpanan yang diperuntukan menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional Akaun Simpanan (SSPN PRIME) kepada bayi yang dilahirkan di negeri tersebut.\nKewujudan tabung ini adalah untuk:\n\nMemberi kesedaran dan menggalakkan rakyat untuk membuat simpanan bagi\u00a0kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti.\nMendidik kita supaya tidak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi.\nMengurangkan tanggungan beban hutang pendidikan yang tinggi di kemudian hari.\n\nBgai ibu bapa yang ingin memohon, permohonan tabung ini dibuka sepanjang tahun.\n\nKeistimewaan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak \nTabung ini menawarkan beberapa keistimewaan iaitu:\n\nMerupakan satu cara atau kaedah simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.\nMenawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.\nPerlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas.\nPemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk sebuah keluarga yang layak (syarat keluarga berpendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000 sebulan layak Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT).\nSimpanan serendah RM20.00 sahaja pada bila-bila masa.\nKadar dividen yang menarik serta kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.\nKemudahan simpanan melalui potongan gaji.\nPerlindungan takaful secara percuma berupa manfaat dan atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian ke atasnya. Namun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.\n\nSyarat Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak 2023\nSyarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nPenerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam.\nIbu atau bapa kelahiran Negeri Perak; atau\nIbu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi\u00a0sedang\u00a0beralamat di luar Negeri Perak dan\u00a0telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun; atau\nIbu atau bapa kelahiran\u00a0luar\u00a0Negeri Perak tetapi\u00a0telah\u00a0bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.\nIbu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi\u00a0anak lahir di daerah bersempadanan dengan Negeri Perak (hospital bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor).\nPendapatan (isirumah) di bawah\u00a0RM7,500 sebulan.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing atau memuat turun di pautan https://yayasanperak.gov.my/v6/wp-content/uploads/2023/05/BORANG-TASPEN-2023-11052023.pdf.\n\n\n\n\nBorang permohonan beserta dokumen yang diperlukan perlu dihantar ke alamat berikut:\nYayasan Perak,Tingkat 1, Wisma Yayasan PerakNo 111, Jalan Sultan Idris Shah30000 Ipoh Perak\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:\n\nSalinan sijil kelahiran atau MyKid, kad pengenalan bapa atau ibu yang lahir di Perak.\nPenyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu/penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu/Ketua Kampung kawasan masing-masing.\nBorang permohonan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang siap diisi yang boleh dimuat turun menerusi pautan http://yayasanperak.gov.my/v6/wp-content/uploads/2023/01/BORANGPEMBUKAANAKAUNSSPNPRIME2023.pdf\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak, sila layari https://yayasanperak.gov.my/v6/tabung-simpanan-pendidikan-anak-perak/.\nBaca juga : \n\nSTR Fasa 3: Tarikh & Jumlah Pembayaran\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kertas-soalan-percubaan-spm-kimia/", "title": "Koleksi Kertas Soalan Kimia Percubaan SPM", "body": "\n\n\n\n\n\nKimia merupakan merupakan subjek\u00a0teras yang perlu diambik semua pelajar yang mengambil jurusan Sains Tulen.\nSubjek ini merupakan antara yang digeruni oleh para pelajar kerana subjek ini memerlukan kefahaman dan penelitian yang tinggi.\nOleh kerana itu, pelajar adalah dinasihatkan untuk membuat latihan dengan menjawab soalan-soalan berkaitan subjek ini.\nBerikut disertakan koleksi soalan subjek ini yang boleh dimuat turun:\nTahun 2021\ni) SBP\nSoalan kertas 1\nSBP-Kimia-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nSBP-Kimia-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan\nSBP-Kimia-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\nii) Kelantan\nSoalan kertas 1\nKelantan-Kimia-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nKelantan-Kimia-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan kertas 1\nKelantan-Kimia-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\nSkema jawapan kertas 2\nKelantan-Kimia-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-2Download\niii) Perlis \n\n\n\n\nSoalan kertas 1\nPerlis-Kimia-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nPerlis-Kimia-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan kertas 1\nPerlis-Kimia-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-1Download\nSkema jawapan kertas 2\nPerlis-Kimia-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-2Download\niv) Johor\nSoalan kertas 1\nJohor-Kimia-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nJohor-Kimia-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan\nJohor-Kimia-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\nv) Terengganu\nSoalan kertas 1\nTerengganu-Kimia-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nTerengganu-Kimia-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan\nTerengganu-Kimia-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\nMengenai Percubaan SPM\nUntuk mengetahui perkembangan terkini peperiksaan percubaan SPM, sila layari laman web\u00a0https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kata-bantu/", "title": "Kata Bantu: Maksud, Jenis & Contoh Penggunaannya", "body": "\n\n\n\n\n\nApakah yang dimaksudkan dengan kata bantu? Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.\nDalam erti kata yang lain, kata bantu tersebut membantu\u00a0frasa kerja,\u00a0frasa adjektif\u00a0dan\u00a0frasa sendi nama.\nOleh kerana itu, kata bantu hadir\u00a0sebelum frasa dan tidak boleh hadir selepas frasa.\nMaksud Frasa Kerja, Adjektif, & Sendi Nama\nApakah dimaksudkan dengan frasa kerja? Frasa kerja\u00a0ialah binaan ayat yang mengandungi satu perkataan atau lebih dengan kata intinya ialah kata kerja.\nContoh frasa kerja ialah tidur/hendak tidur/belum hendak tidur.\nFrasa adjektif\u00a0ialah bertindak sebagai predikat atau mempunyai unsur keterangan dalam predikat.\nContoh frasa adjektif ialah \u201cAdiknya sangat pandai.\u201d Perkataan sangat pandai ialah frasa adjektif yang merujuk kepada adik sebagai objek. \nFrasa sendi nama\u00a0ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi. \nSebagai contoh, \u201cRakan-rakan saya di kedai buku.\u201d Perkataan di tersebut ialah kata sendi yang diikuti dengan kedai buku sebagai frasa nama.\nJenis Kata Bantu\nTerdapat dua jenis kata bantu yang perlu diketahui iaitu:\n\n\n\n\nKata Bantu AspekKata Bantu Ragam\nKata Bantu Aspek\nKata bantu aspek ialah menunjukkan sama ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum dibuat. \nKata bantu jenis ini akan menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada lampau, kini atau masa hadapan. \nBentuk-bentuk kata bantu aspek ialah baru, pernah, telah, sedang, masih, akan dan belum.\nContoh ayat kata bantu aspek yang boleh menjadi rujukan adalah seperti:\nMasa kini: \u201cMereka sedang mendengar muzik.\u201dMasa lampau: \u201cAli baru pulang dari Jakarta.\u201dMasa hadapan: \u201cHarimau Malaya dikhuatiri akan pupus.\u201d\nKata Bantu Ragam\nKata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.\nKata bantu ragam juga menerangkan perasaan dan pendapat orang yang melakukan perbuatan ini.\nBentuk-bentuk kata bantu ragam ialah hendak, mahu, ingin, harus, mesti, perlu, wajib, boleh, dapat, dan mungkin.\nContoh ayat kata bantu ragam ialah:\nHendak/kemahuran melakukan sesuatu: \u201cIbu hendak ke pasar tani.\u201dMesti melakukan sesuatu: \u201cAbu mesti ke sekolah.\u201dMampu melakukan sesuatu: \u201cRashid mungkin selamat jika dirawat oleh doktor.\u201d\nInfot Lanjut\nUntuk info lebih lanjut lagi, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=qlPoTcc4qtw.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/hari-guru/", "title": "Tarikh Sambutan Hari Guru Di Malaysia", "body": "\n\n\n\n\n\nTarikh Sambutan Hari Guru Di Malaysia\nSambutan Hari Guru 2023 merupakan sambutan yang ditunggu-tunggu oleh murid dan guru di seluruh negara.\nSecara umumnya, Hari Guru disambut setiap tahun bagi menghargai jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik individu sehingga berjaya. \nObjektif pelaksanaan sambutan Hari Guru di Malaysia adalah seperti berikut:\n\nMenitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.\nMenarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.\nMemupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.\nMeninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.\nMemberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.\nMenilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.\n\n\nTarikh Sambutan Hari Guru Di Malaysia\nTarikh sambutan Hari Guru di Malaysia adalah pada 16 Mei pada setiap tahun.\nTarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran Negara. \n\n\n\n\nDokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari tersebut.\nTema Sambutan \nTema sambutan Hari Guru adalah seperti berikut:\n\n1972 \u2013 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara\n1973 \u2013 Kerjasama Ibu Bapa untuk Kemajuan Pendidikan\n1974 \u2013 Peranan Guru dalam Zaman Sains Dan Teknologi\n1975 \u2013 Guru Dengan Pembangunan Negara\n1976 \u2013 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan\n1977 \u2013 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan\n1978 \u2013 Guru Pembentuk Generasi akan Datang\n1979 \u2013 Murid Sejahtera Negara Jaya\n1980 \u2013 Pendidikan Teras Perpaduan Negara\n1981 \u2013 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat\n1982 \u2013 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu\n1983 \u2013 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan\n1984 \u2013 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan\n1985 \u2013 Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan\n1986 \u2013 Pendidikan Teras Nasionalisme\n1987 \u2013 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan\n1988 \u2013 Guru Pengasas Budaya Membaca\n1989 \u2013 Guru Pembina Budaya Ilmu\n1990 \u2013 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera\n1991 \u2013 Ke Arah Pendidikan Cemerlang\n1992 \u2013 Guru Cemelang Teras Kejayaan Wawasan\n1993 \u2013 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan\n1994 \u2013 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan\n1995 \u2013 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan\n1996 \u2013 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia\n1997 \u2013 Guru Bestari Sekolah Bestari\n1998 \u2013 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama\n1999 \u2013 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang\n2000 \u2013 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan\n2001 \u2013 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama\u00a0\n2002 \u2013 Guru Berkualiti Aspirasi Negara\n2003 \u2013 Guru Berkualiti Aspirasi Negara\u00a0\n2004 \u2013 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan\u00a0\n2005 \u2013 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan\u00a0\n2006 \u2013 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan\u00a0\n2007 \u2013 Guru Penjana Modal Insan Gemilang\u00a0\n2008 \u2013 Guru Cemerlang Negara Terbilang\n2009 \u2013 Guru Pembina Negara Bangsa\n2010 \u2013 Guru Pembina Negara Bangsa\u00a0\n2011 \u2013 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara\u00a0\n2012 \u2013 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara\u00a0\n2013 \u2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda\n2014 \u2013 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi\n2015 \u2013 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak\n2016 \u2013 Guru Pembina Negara Bangsa\n2017 \u2013 Guru Pembina Negara Bangsa\n2018 \u2013 Guru Pemacu Transformasi Pendidikan\n2019 \u2013 Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi\n2020 \u2013 Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu\n2021 \u2013 Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu\n2022 \u2013 Guru Tunjang Sekolah Sejahtera\n\nUntuk tema sambutan Hari Guru 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan tema sambutan ini pada waktu terdekat. \nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai sambutan Hari Guru, layari laman web https://www.pnm.gov.my/yangpertama/Edu_Guru1.htm.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/baucar-buku-semarak-membaca/", "title": "Baucar Buku Semarak Membaca: Tebus Diskaun Buku RM10", "body": "\n\n\n\n\n\nOrang ramai yang berhasrat membeli buku kini boleh mendapatkan Baucar Buku Semarak Membaca sebanyak RM10 di bawah Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca 2022.\nProgram Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca 2022 ini dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)\u00a0YB Dato\u2019 Sri Hajah Nancy Shukri pada 29 Mac 2022 yang lalu.\nPelaksana utama program ini adalah MOTAC melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA)\u00a0dan turut disokong oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA), Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan Shopee.\nTujuan utama pelaksanaan program ini adalah bagi membantu dan meringankan beban rakyat dalam pembelian bahan ilmiah serta menggalakkan perbelanjaan domestik bagi merancakkan semula industri perbukuan negara yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.\nOleh itu, orang ramai yang berminat boleh mula menebus baucar buku ini mulai 1 April sehingga 31 Ogos 2022.\n\nNilai Baucar\nNilai baucar yang ditawarkan kepada orang ramai setiap satu adalah berjumlah RM10.00 bagi setiap transaksi.\nPemberian baucar ini dijangka akan memberi manfaat kepada 190,000 orang penerima. \nPenebusan Baucar\nOrang ramai boleh mendapatkan dan menebus baucar buku ini 371 buah kedai buku terpilih yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini.\nDaripada jumlah kedai buku tersebut, terdapat 3 kategori kedai buku yang dimaksudkan iaitu:\n170 kedai buku fizikal1 kedai buku dalam talian menerusi e-Sentral Ebook Portal 200 kedai buku e-dagang menerusi aplikasi Shopee.\nKedai Buku Fizikal\nSebanyak 170 kedai buku terpilih dari seluruh negara mengambil bahagian dalam program ini.\nOrang ramai boleh terus mengunjungi kedai buku tersebut untuk mendapatkan baucar dan membuat penebusan.\nSenarai kedai fizikal tersebut boleh dirujuk melalui pautan berikut https://semarakmembaca.com/bbsm-kedai-fizikal/.\nKedai Buku Dalam Talian\nKedai buku dalam talian atau e-Sentral merupakan sebuah stor e-buku terbesar di Asia Tenggara yang dihasilkan oleh syarikat tempatan. \n\n\n\n\nSehingga tahun ini sahaja, eSentral mempunyai lebih 700,000 pengguna dengan menawarkan lebih 250,000 koleksi judul dari penerbit dan penulis dalam dan luar negara. \nOrang ramaui boleh mendapatkan bahan bacaan digital menerusi platform ini dimana sahaja, pada bila-bila masa dengan muat turun aplikasi pembaca eSentral yang terdapat di Google Playstore atau Appstore.\nKedai Buku e-Dagang\nOrang ramai juga boleh membuat penebusan menerusi kedai buku e-dagang iaitu menerusi aplikasi Shopee.\nMenerusi program ini, sebanyak 200 syarikat e-dagang ada menawarkan penebusan kepada orang ramai yang mendapatkan baucar program ini.\nSenarai syarikat tersebut boleh dirujuk melalui pautan ini https://semarakmembaca.com/bbsm-shopee/.\nAhli U-Pustaka\nMenariknya, penerima baucar buku ini secara automatik akan didaftarkan sebagai ahli u-Pustaka dan ahli dapat mengakses bahan bacaan digital secara percuma pada bila-bila masa.\nu-Pustaka adalah perkhidmatan perpustakaan digital negara yang dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.\nPortal u-Pustaka boleh diakses melalui pautan https://www.u-library.gov.my/portal/.\nKaedah Membuat Penebusan\nUntuk membuat penebusan, orang ramai boleh mendapatkan terus baucar di kedai buku fizikal, kedai buku dalam talian, dan kedai buku e-dagang yang mengambil bahagian.\nPenebusan diskaun sebanyak RM10.00 akan dikenakan bagi perbelanjaan minimum sebanyak RM20.00 dan ke atas dalam satu resit transaksi.\nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai Baucar Buku Semarak Membaca, sila layari laman web https://semarakmembaca.com/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pinjaman-pendidikan-yayasan-pahang/", "title": "Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Sesi Mei 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar daripada Negeri Pahang yang melanjutkan pengajian di lnstitusi-lnstitusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) di dalam negara yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang bagi sesi Mei 2023. \nYayasan Pahang merupakan yayasan yang ditubuhkan pada tahun 1983\u00a0yang bertujuan untuk meningkatkan kemajuan pendidikan, sukan, kebudayaan dan memperluaskan peluang-peluang mendapat pendidikan di kalangan anak negeri dan warganegara Malaysia yang biasa menetap di negeri ini.\nDalam bidang pendidikan, yayasan ini membantu anak-anak Pahang yang melanjutkan pengajian di IPTNS menerusi pinjaman pelajaran bagi mereka yang layak.\nBagi pelajar yang berminat mendapatkan pinjaman pendidikan ini, mereka boleh membuat permohonan bermula 15 Mei 2023 hingga 2 Jun 2023 secara atas talian.\n\nKategori & Peringkat Pengajian \nKategori dan peringkat pengajian yang layak untuk memohon pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut:\n\nProgram Kema[email\u00a0protected] Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS)@Pahang Skills\n[email\u00a0protected]\nDiploma/Ijazah Sarjana Muda/[email\u00a0protected] Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)\nDiploma/Ijazah Sarjana [email\u00a0protected] Universiti Yayasan Pahang (UCYP)\nIjazah Sarjana [email\u00a0protected] IPTA\nSarjana/[email\u00a0protected] IPTA\n\n1. Program [email\u00a0protected]@Pahang Skills\nPelajar mestilah merupakan pelajar di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS) atau Pahang Skills.\nPinjaman meliputi yuran pengajian dan sara hidup.\n2. [email\u00a0protected]\nPelajar mestilah sedang mengikuti pengajian (semester 2 dan ke atas) di Politeknik yang tidak mendapat penajaan dari mana-mana badan penaja.\nKadar pinjaman yang ditawarkan bagi pelajar sepenuh masa adalah RM4,500 setahun.\n3. Diploma/Ijazah Sarjana Muda/[email\u00a0protected]\nPelajar mestilah melanjutkan pengajian di peringkat Diploma/ljazah Sarjana Muda/Sarjana di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnlPSAS).\nKadar pinjaman adalah sebanyak RM3,000 meliputi penajaan kos sara hidup sahaja bagi pelajar sepenuh masa dan bagi pelajar separuh masa pula, kadar pinjaman merangkumi yuran pengajian sebenar atau maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian.\n4. Diploma/Ijazah Sarjana [email\u00a0protected]\nPelajar mestilah sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma/ljazah Sarjana Muda di UCYP.\nKadar pinjaman adalah sebanyak RM3,000 meliputi penajaan kos sara hidup sahaja bagi pelajar sepenuh masa.\n\n\n\n\n5. Ijazah Sarjana [email\u00a0protected] IPTA\nPelajar mestilah menyambung pengajian di peringkat ljazah Sarjana Muda di 20 IPTA berikut:\n\nUniversiti Malaya (UM)\nUniversiti Sains Malaysia (USM)\nUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)\nUniversiti Putra Malaysia (UPM)\nUniversiti Malaysia Pahang (UMP)\nUniversiti TeknologiMalaysia (UTM)\nUniversitiIslam Antarabangsa Malaysia (UIAM)\nUniversiti Utara Malaysia (UUM)\nUniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)\nUniversiti Malaysia Sabah (UMS)\nUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)\nUniversitiSainsIslam Malaysia (USIM)\nUniversiti Teknologi MARA (UiTM)\nUniversiti Malaysia Terengganu (UMT)\nUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)\nUniversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)\nUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP)\nUniversiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)\nUniversiti Malaysia Kelantan (UMK)\nUniversiti Pertahanan NasionalMalaysia (UPNM)\n\nBldang-bidang selektlf & kritikal (tahun pertama) yang berikut adalah layak untuk membuat permohonan:\n\nFarmasi\nKejuruteraan & Teknologi\nEkonomi& Kewangan Islam\nPerakaunan/Persijilan Profesional Perakaunan\nTESL\nPertanian dan lndustri Halal\nPelancongan & Warisan\nSains Data\nKepintaran Buatan (Artificial Intelligence)\nAutomasi & Robotik\nE-Oagang\nPemasaran Digital\n\nUntuk kategori ini, pelajar perlu memiliki kelulusan di peringkat Diploma dengan mendapat CGPA 3.20 ke atas ATAU lulus Matrikulasi/Asasi atau STPM dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas dan memiliki sekurang-kurangnya tahap Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET).\nKadar pinjaman adalah sebanyak RM3,000 bagi pelajar sepenuh masa meliputi penajaan kos sara hidup sahaja.\n6. Sarjana/[email\u00a0protected] IPTA\nPelajar yang ingin memohon menerusi kategori ini perlulah merupakan pelajar Sarjana/Doktor Falsafah di 20 IPTA seperti yang disebutkan sebelum ini.\nPelajar mestilah memiliki kelulusan ljazah Sarjana Muda/Sarjana Kelas Kedua Tinggi atau dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas.\nUntuk kategori ini, kadar pinjaman yang ditawarkan adalah sebanyak RM3,000 meliputi penajaan kos sara hidup sahaja bagi pelajar sepenuh masa dan bagi pelajar separuh masa pula, kadar pinjaman merangkumi yuran pengajian sebenar atau maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian.\nSyarat Kelayakan Memohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang\nSyarat kelayakan memohon yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nMerupakan anak Negeri Pahang Darul Makmur dalam takrif berikut:\u2013 Pemohon atau ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; atau\u2013 Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar pahang dan telah bermastautin lebih daripada 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, pemohon perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik oleh Yayasan Pahang/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.\nPemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah tidal layak memohon.\nMempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti yang unggul.\nMempunyai taraf kesihatan yang baik.\nMendapat tempat atau tawaran daripada IPTNS mengikut kategori. \n\nTatacara Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web https://sispen.yp.org.my/.\nKlik bahagian \u201cPermohonan Pinjaman\u201d dan klik bahagian \u201cPendaftaran Pengguna Baru.\u201d\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u201cDaftar.\u201d\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nBuat permohonan dengan lengkap.\nHantar permohonan setelah semua maklumat diisi.\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang, sila layari laman web https://www.yp.org.my/.\nBaca juga:\n\nPermohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) 2023\nIltizam Anak Selangor (ANAS): Caruman Anak Baru Lahir RM100\nE-Prasekolah: Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM 24/25\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tajaan-zakat-kedah/", "title": "Tajaan Zakat Kedah Sekolah Zakat Kedah & SAR Kedah 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nLembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka tawaran Tajaan Zakat Kedah bagi pengajian Sekolah Zakat Kedah dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kedah bagi Tingkatan 1 sesi persekolahan 2023.\nSekolah Zakat Kedah merupakan sekolah yang berada di bawah LZNK dan diuruskan oleh Pertubuhan Maahad Dini Sultan Abdul Halim.\nManakala Sekolah Agama Rakyat Kedah pula merupakan sekolah yang ditadbir oleh Lembaga Tadbir Sekolah yang dipilih dan dilantik oleh\u00a0Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah.\nOleh itu, mereka yang berminat untuk mendapatkan tajaan pengajian ini boleh membuat permohonan secara atas talian sebelum 14 Januari 2023.\n\nLokasi Sekolah\nPelajar yang terpilih akan ditempatkan di sekolah tajaan Lembaga Zakat Negeri Kedah di setiap daerah.\u00a0\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia (pelajar, ibu dan bapa, penjaga hendaklah warganegara Malaysia) dan beragama Islam.\nAnak negeri Kedah atau sedang bermastautin/menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.\nUmur 13 tahun pada tahun 2023.\nKeutamaan kepada Asnaf Miskin.\nPemohon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga.\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web https://my04.awfatech.com/maahaddini.\nKlik butang \u2018Pendaftaran Pelajar.\u2019\nPilih sekolah dan masukkan no kad pengenalan diikuiti dengan butang \u2018Semakan.\u2019\nJika carian daftar nama tidak ditemui, klik butang \u2018Daftar Di Sini.\u2019\nIsi maklumat pada setiap paparan dan klik butang \u2018Simpan dan seterusnya.\u2019\nLengkapkan permohonan sehingga tamat.\nBuat pengesahan untuk melengkapkan permohonan tersebut.\n\nUjian Temu Duga\nPermohonan yang layak sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Temuduga (Ujian Pemilihan Pelajar Sekolah Zakat Kedah -UPPSZK) yang akan diadakan pada bulan Februari 2023.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Tajaan Pengajian Sekolah Zakat Kedah 2022, sila hubungi:\n\nBahagian Pendidikan Zakat Kedah: 04-7331740\nBahagian Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat Kedah: 013-4463071\n\nLayari laman web https://www.zakatkedah.com.my/ untuk info lanjut. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-sara-hidup-yayasan-negeri-sembilan-rm150/", "title": "Bantuan Sara Hidup Yayasan N. Sembilan Naik Kepada RM150 Sebulan", "body": "\n\n\n\n\n\nMahasiswa Negeri Sembilan bakal mendapat berita gembira apabila Bantuan Sara Hidup Yayasan Negeri Sembilan (YNS) dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150.\nKenaikan jumlah bantuan ini diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato\u2019 Seri Aminuddin Harun yang menyatakan mahasiswa mahasiswa akan menerima bantuan\u00a0RM1,800 setahun berbanding RM1,200 sebelum ini. \nKenaikan jumlah bantuan ini dibuat akibat berlakunya kenaikan harga barang sehingga terdapat laporan bahawa ada segelintir mahasiswa yang tidak cukup wang belanja sehingga ada yang terpaksa berlapar.\nJumlah kenaikan bantuan yang terbaharu ini akan diterima mahasiswa mulai September 2022. \n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon mestilah anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap pemohon mestilah di Negeri Sembilan sahaja.Sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Sembilan dan telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8 tahun, pemohon perlu memuat naik sijil tamat berhenti sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5.Pemohon masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik sahaja.Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat bagi pelajar semester 2 ke atas (tahun akhir tidak layak memohon).Pemohon perlulah mempunyai akaun Bank Islam sahaja (lain-lain bank ditolak).Ibu bapa pemohon tergolong dalam kategori kumpulan B40 terkini.Borang pengesahan mestilah dimuat turun menerusi laman web Yayasan Negeri Sembilan dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat DUN/wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).Borang permohonan dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat DUN/wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari pautan permohonan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdx4R6KMeFIlme2kkyTkT7qNaH1AJwrcm4nhdn9oV5EDH9ftA/viewform.Klik butang \u2018Next.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Next\u2019 pada setiap akhir paparan.Muat naik dokumen sokongan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut iaitu:\nBorang pengesahan Pejabat Dun/Pejabat Penyelaras Dun: https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/surat_akuan_pengeshan_dun_2022.pdfBorang Akuan Pengesahan Pendapatan: https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/slip_gaji_sah2022.pdf\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Yayasan Negeri Sembilan, sila layari laman web YNS iaitu https://www.yns.gov.my/v7/ms.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/asean-maybank-scholarship-programme/", "title": "Permohonan ASEAN-Maybank Scholarship Programme 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nASEAN-Maybank Scholarship Programme merupakan program perkongsian biasiswa antara Yayasan Maybank dan Sekretariat ASEAN.\nUntuk makluman, program biasiswa ini telah dilancarkan sempena sambutan ulang tahun ke-54 Hari ASEAN di Jakarta pada 8 Ogos 2021.\nProgram biasiswa ini direka untuk khusus untuk warga ASEAN yang berbakat dan layak dengan biasiswa penuh untuk mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda di universiti berprestij di luar daripada negara mereka sendiri, tetapi di dalam rantau ASEAN dalam menggalakkan proses integrasi intra-ASEAN.\nUntuk pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 28 Februari 2023.\n\nPakej Biasiswa \nPakej biasiswa yang ditawarkan merangkumi:\n\nYuran pengajian.\nElaun bulanan, penginapan, dan buku.\nKomputer riba.\nElaun tempat tinggal (one-off).\nTiket penerbangan kelas ekonomi pergi balik.\nCaruman insurans.\nYuran kemasukan universiti.\n\nSenarai Universiti\nSenarai universiti yang terlibat dalam program biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut:\n\nPerakaunan\nSains Aktuari\nPengurusan perniagaan\nSains Data, Ekonomi\nKeusahawanan\nKewangan\nTeknologi Maklumat\nPerniagaan Antarabangsa\nMatematik\nSains Politik\nPengurusan Risiko\nKerja sosial\nKursus berkaitan industri masa depan (Contohnya: Pengaturcaraan Komputer, Pembangunan Web, Pembangunan Perisian, Pembangunan Aplikasi Mudah Alih, Reka Bentuk UI/UX, Sains Data, dan lain-lain)\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon adalah seperti berikut:\n\nWarganegara dalam mana-mana 10 negara anggota ASEAN.\nMempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan aktif dalam aktiviti kokurikulum.\nBerkelulusan pengajian pra-universiti dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.00 atau setara.\nBidang pengajian disenaraikan antara disiplin program yang diluluskan.\nMenerima surat kemasukan atau surat tawaran daripada universiti dalam keahlian ASEAN University Network.\n\nKaedah Memohon\nPermohonan program biasiswa ini boleh dibuat menerusi pautan https://www.maybankfoundation.com/index.php/what-we-do/our-pillars/education/item/asean-maybank-scholaship-programme.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai ASEAN-Maybank Scholarship Programme 2023, sila layari laman web https://www.maybankfoundation.com/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jadual-tarikh-peperiksaan-spm/", "title": "Jadual & Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan jadual dan tarikh peperiksaan bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang akan berlangsung mulai 2 hingga 20 Mac 2022.\nUntuk makluman, SPM merupakan peperiksaan menengah kebangsaan yang utama, yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.\nPeperiksaan ini terbuka kepada semua pelajar yang telah menamatkan pendidikan menengah, atau mereka yang telah menyempurnakan sekurang-kurangnya 5 tahun pendidikan menengah.\nObjektif Pelaksanaan SPM\nObjektif utama pelaksanaan SPM adalah persijilan mata pelajaran yang merekodkan pencapaian pelajar/calon dalam setiap mata pelajaran yang lulus sahaja berserta dengan syarat minimum lulus Bahasa Melayu. \nSPM juga penting kerana peperiksaan ini lazimnya digunakan untuk kemasukan ke institut pengajian tinggi berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran yang sesuai dengan kursus yang dipohon. \nPeperiksaan ini juga digunakan untuk kelayakan mendapatkan biasiswa pengajian tinggi dan juga bagi tujuan permohonan pekerjaan.\nMatapelajaran SPM\nBagi murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM, mereka akan menduduki peperiksaan yang dibahagikan kepada dua jenis matapelajaran iaitu wajib dan elektif. \nMatapelajaran wajib adalah seperti berikut:\nBahasa MelayuBahasa Inggeris/GCE O Level EnglishPendidikan IslamPendidikan MoralSejarahMathematics/MatematikSains- Bagi aliran Sastera, Perdagangan dan Kesenian sahaja.\nUntuk matapelajaran elektif pula, ia terbahagi kepada 6 aliran iaitu:\n\n\n\n\ni) Aliran Sains Tulen\nMatematik TambahanFizikKimiaBiologiEnglish for Science and Technology\nii) Aliran Sains Tulen Agama\nMatematik Tambahan FizikKimiaBiologiEnglish for Science and TechnologyPendidikan Al-Quran dan As-SunnahPendidikan Syariah IslamiahTasawwur Islam Bahasa Arab Tinggi\niii) Aliran Ikhtisas\nMatematik TambahanSainsPendidikan Al-Quran dan As-SunnahPendidikan Syariah IslamiahTasawwur Islam Prinsip PerakaunanEkonomi AsasPerdaganganBahasa Arab Tinggi\niv) Aliran Sains Kemanusiaan\nMatematik tambahanFizikKimiaBiologiEnglish for Science and TechnologyPrinsip PerakaunanEkonomi AsasPerdaganganGeografi\nv) Aliran Kesusasteraan/Kesenian\nSains TambahanGeografiKesusasteraan MelayuLiterature in EnglishKesusasteraan CinaKesusasteraan TamilPendidikan Seni VisualEkonomi Rumah TanggaPendidikan Muzik\nvi) Aliran Perdagangan\nMatematik TambahanSains TambahanPrinsip PerakaunanEkonomi AsasPerdagangan\nJadual Peperiksaan\nBagi calon SPM sesi 2021, jadual dan tarikh peperiksaan setakat ini yang dikeluarkan oleh KPM adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai jadual dan tarikh peperiksaan SPM 2021, sila layari laman web KPM di https://www.moe.gov.my/ atau Lembaga Peperiksaan Malaysia di pautan http://lp.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/subsidi-bantuan-pengajian-sarjana-muda-pelajar-india-2023/", "title": "Subsidi Bantuan Pengajian Sarjana Muda Pelajar India B40 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar India B40 yang menyambung pengajian di Universiti Awam (UA) bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda adalah dialukan untuk memohon Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Jabatan Perdana Menteri (JPM). \nPemberian subsidi bantuan pengajian ini adalah selaras dengan konsep Malaysia MADANI, yang mana elemen pendidikan telah diberi perhatian bagi memastikan ilmu pengetahuan menjadi keutamaan. \nProgram Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Bagi Pelajar India B40 yang diperkenalkan untuk meringankan beban kewangan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda di UA.\nTempoh permohonan akan dibuka mulai 8 Mei 2023, jam 2.00 petang sehingga 15September 2023, 5.00 petang.\n\nObjektif Bantuan Pengajian Sarjana Muda Pelajar India B40 2023\nObjektif bantuan ini disalurkan adalah untuk:\n\nUntuk membantu pelajar menampung perbelanjaan semasa di kampus.\nMerapatkan jurang pembelajaran antara golongan yang mampu dengan yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian atas faktor kekurangan kewangan.\n\nJumlah Subsidi\nSetiap pelajar yang layak akan menerima bantuan subsidi secara one-off sebanyakRM2,000.\nSekiranya pelajar tidak mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), pelajar perlu membuka akaun BSN di mana-mana cawangan bank BSN yang berdekatan.\n\n\n\n\nSelain itu, bantuan kewangan ini akan disalurkan terus kepada pelajar menerusi akaun BSN pelajar sahaja. \nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memohon subsidi ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia berketurunan India.\nAkan mengikuti pengajian di Tahun Kedua, Ketiga atau Tahun Akhir di mana-mana UA dalam negara, pada September/Oktober 2023.\nBerstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di UA pada tahun semasa.\nTidak mempunyai masalah disiplin di UA.\nDaripada golongan B40 (pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,850.00).\nMempunyai akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan penyaluran subsidi.\nTidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang.\n\nCara Memohon Bantuan Pengajian Sarjana Muda Pelajar India B40 2023\nUntuk memohon, pelajar perlu membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan permohonan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdlV4_xEJ2uUr0DWhm8SDiHViCy6RdzR3LC48S4Tm1B7-bNpQ/viewform?fbclid=IwAR3ocpjZi2_LQTLYq20n7oJDJCvZl_chHsaiDMpBPWzD-gIr8veqDDcR9Pw.\nIsi semua maklumat yang diperlukan.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nSalinan Kad Pengenalan Pelajar.\nSalinan Surat Tawaran Pengajian Universiti Awam.\nSalinan Surat Perakuan daripada Universiti Awam/Slip Pendaftaran ke Semester Baharu).\nSalinan\u00a0Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah\u00a0(STR)/Penyata Gaji Ibubapa/eKasih.\nSalinan Penyata Nombor Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) (yang telah disahkan oleh Bank).\nSalinan Kad Pengenalan ibu/penjaga.\nSalinan Kad Pengenalan bapa/penjaga.\n\nMaklumat Lanjut Bantuan Pengajian Sarjana Muda Pelajar India B40 2023\nUntuk maklumat lanjut Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda ini, layari pautan garis panduan permohonan iaitu https://drive.google.com/file/d/1Inwra7ngApPkuw5bsFYF_NKnBqjImz7i/view?fbclid=IwAR1rq-ZpN2qpU1N4ULaPtdnHt0PWc2hpel3uiGnt74Jvw0-3l2oBk9Ad05U\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-kemasukan-ke-ipta-ipts-yayasan-sejahtera-kulai-fasa-2/", "title": "Bantuan Kemasukan Ke IPTA/S Yayasan Sejahtera Kulai Fasa 2", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Sejahtera Kulai telah membuka permohonan fasa 2 bagi pelajar yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) dan memerlukan bantuan untuk memohon Bantuan Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTS) Fasa 2.\nYayasan Sejahtera Kulai merupakan sebuah yayasan yang berpusat di Kulai, Johor yang dipengerusikan oleh YB Dato Mohd Jafni bin\u00a0Md Shukor\u00a0iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.\nBantuan Kemasukan ke IPTA/S ini adalah khas untuk mereka yang bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.\nPermohonan telah dibuka dan akan ditutup pada 9 November 2022 iaitu hari Rabu jam 2.00 petang.\n\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan yang akan diberikan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nProgram Diploma: RM300.00Program Ijazah Sarjana Muda: RM800.00\nSyarat Umum\nSyarat umum untuk pemohon yang ingin membuat permohonan bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nWarganegara Malaysia.Bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (dalam atau luar negara).Menyambung pengajian kali pertama ke Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.Pelajar yang mengikuti program persediaan seperti Pra Ijazah adalah tidak layak untuk bantuan ini.Pemohon mestilah mengikuti pengajian secara Sepenuh Masa.Pemohon yang tersenarai dalam e-Kasih, penerima bantuan Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta lain-lain golongan memerlukan akan diberikan keutamaan.Pemohon dari golongan B40 layak dipertimbangkan untuk bantuan ini.Pemohon hendaklah melampirkan salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, salinan keputusan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.Pemohon dikehendaki memberikan bukti pendapatan kesemua isi rumah. Sekiranya berniaga sepenuh masa, sila lampirkan pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung, Penghulu Mukim atau Pesuruhjaya Sumpah atau borang BE. Sekiranya bekerja makan gaji, sila sertakan slip gaji dari majikan.Pemohon yang terdiri dari kalangan OKU atau sakit, dikehendaki melampirkan salinan kad OKU atau laporan doktor.Pengesahan borang serta dokumen mestilah dibuat oleh Wakil Rakyat ADUN kawasan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai, Pengetua Sekolah atau pemimpin masyarakat seperti Ahli Majlis MPKu, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat atau Penghulu.Sekiranya didapati terdapat maklumat yang tidak benar, pemohon adalah dikehendaki membayar balik jumlah geran yang telah diterima.Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nMuat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1CK4cl_QQgnXP8QlzAHjt-7be3NhtGtfe/view?fbclid=IwAR1r55oKEshvg8d7LVd88U0mfA4s1nw8W2zB-5KvOPX0rxv1nv55JcddKY8.Lengkapkan borang tersebut dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang diperlukan. Hantar dokumen-dokumen tersebut ke alamat berikut:Yayasan Sejahtera Kulai,No 156 A, Jalan Susur Kulai 3, 81000 Kulai,Johor Darul Takzim.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:\nSalinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).Salinan keputusan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran kesemua isi rumah.Salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan semua isi rumah yang telah bekerja.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Kemasukan Ke IPTA/S Yayasan Sejahtera Kulai Fasa 2, sila hubungi Pejabat Yayasan Sejahtera Kulai di talian 07-6605348 atau Puan Azizah 011-33945449 atau En Zaimi 011-23415956.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pengambilan-calon-guru-pismp-ppc-2023/", "title": "PISMP & PPC: Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan pengambilan calon guru tajaan KPM bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Pelajar Cemerlang Pendidikan Islam (PPC) ambilan kedua 2023.\nUntuk makluman, PISMP merupakan program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.\nManakala, PPC pula merupakan program yang diwujudkan untuk melahirkan bakal guru dalam bidang pendidikan Islam di sekolah terpilih seluruh negara.\nPermohonan bagi kemasukan ke IPG untuk PISMP (bagi individu yang belum memohon PISMP fasa 1 tahun 2022) dan PPC ambilan kedua dibuka secara atas talian mulai 9 Jun hingga 12 Jun 2023.\n\nTempoh Pengajian PISMP\nUntuk PISMP, pemohon yang layak akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM. \nMereka yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.\nUntuk PPC pula, pemohon yang layak akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh KPM selama 4 tahun.\nSetelah tamat pengajian Ijazah, pelajar akan mengikuti Program DiplomaPascasiswazah Pendidikan (PDPP) di IPG selama satu 1 tahun di IPG sebelum berkhidmat. \nBidang Pengkhususan Yang Ditawarkan\nBidang pengkhususan yang ditawarkan bagi PISMP adalah seperti berikut:\ni) Sekolah Kebangsaan (SK)\n\nBahasa Melayu Pendidikan Rendah\nBahasa Melayu Pendidikan Rendah\u2013 Elektif: Pendidikan Moral\nPengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)\nPendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah\nPendidikan Muzik Pendidikan Rendah\nPendidikan Islam Pendidikan Rendah\nPendidikan Jasmani Pendidikan Rendah\nPendidikan Khas Masalah Pembelajaran\nPendidikan Awal Kanak-Kanak\nPendidikan Khas Masalah Pendengaran\nPendidikan Khas Masalah Penglihatan\nBimbingan dan Kaunseling\nMatematik Pendidikan Rendah\n\nii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)\n\nPengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)\nSejarah Pendidikan Rendah\nReka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah\nPendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah\nPendidikan Muzik Pendidikan Rendah\nPendidikan Jasmani Pendidikan Rendah\nPendidikan Islam Pendidikan Rendah\nBimbingan dan Kaunseling\nSains Pendidikan Rendah\nBahasa Cina Pendidikan Rendah\nBahasa Cina Pendidikan Rendah \u2013 Elektif: Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah\nBahasa Cina Pendidikan Rendah\u2013 Elektif: Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah\nBahasa Cina Pendidikan Rendah\u2013 Elektif: Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah\nPendidikan Khas Masalah Pembelajaran\nPendidikan Khas Masalah Pendengaran\nPendidikan Khas Masalah Penglihatan\n\niii) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)\n\nPengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)\nPendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah\nPendidikan Muzik Pendidikan Rendah\nPendidikan Islam Pendidikan Rendah\nBahasa Tamil Pendidikan Rendah\n\niv) Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)\n\nPendidikan Khas Masalah Pembelajaran\u2013 Elektif: Sains Pendidikan Rendah\nPendidikan Khas Masalah Pembelajaran\u2013 Elektif: Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah\nPendidikan Khas Masalah Pembelajaran\u2013 Elektif: Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah\nPendidikan Khas Masalah Pendengaran\n\nBagi laluan khas Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) pula, bidang pengajian yang ditawarkan adalah:\n\n\n\n\ni) Sekolah Kebangsaan (SK)\n\nBahasa Melayu Pendidikan Rendah\nPengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)\nBimbingan dan Kaunseling\nPendidikan Islam Pendidikan Rendah\nPendidikan Khas Masalah Pembelajaran\nPendidikan Khas Masalah Pendengaran\nPendidikan Khas Masalah Penglihatan\n\nii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)\n\nPengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)\nSejarah Pendidikan Rendah\nPendidikan Islam Pendidikan Rendah\nBimbingan dan Kaunseling\nSains Pendidikan Rendah\nBahasa Cina Pendidikan Rendah\nPendidikan Khas Masalah Pembelajaran\nPendidikan Khas Masalah Pendengaran\nPendidikan Khas Masalah Penglihatan\n\niii) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)\n\nPengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)\nBahasa Tamil Pendidikan Rendah\nPendidikan Islam Pendidikan Rendah\n\nUntuk PPC, bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:\n\nBidang Bahasa Arab (Lughah)\nBidang Pengajian Islam (Dirasat Islamiah)\nBidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan PISMP atau PPC adalah seperti berikut:\ni) PISMP\n\nWarganegara Malaysia.\nUmur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2023 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2003.\nSihat tubuh badan.\nAktif dalam kegiatan kokurikulum.\nLulus SPM dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana 5 mata pelajaran.\nMemperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:\u2013 Bahasa Melayu\u2013 Sejarah\u2013 Bahasa Inggeris\nMemenuhi syarat bidang pengkhususan.\n\nii) PISMP laluan MBK\n\nWarganegara Malaysia.\nUmur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2023.\nSihat tubuh badan (tidak termasuk konteks ketidakupayaan dan tertakluk kepada pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bil.2/2017).\nBoleh mengurus diri sendiri.\nAktif dalam kegiatan kokurikulum.\nBerdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).\nMemperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian di peringkat SPM dalam mana-mana 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta lulus Sejarah dengan mengambil kira syarat akademik yang ditetapkan.\nMemenuhi syarat bidang pengkhususan.\n\niii) PPC\n\nWarganegara Malaysia.\nUmur tidak melebihi 20 tahun.\nSihat tubuh badan.\nAktif dalam kegiatan kokurikulum.\nCalon SPM tahun 2022.\n\nCalon Tidak Layak Memohon\nCalon yang berada dalam kategori berikut tidak layak memohon iaitu:\n\nPemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.\nPemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.\nPemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.\nPemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.\n\nTatacara Permohonan PISMP\nPemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang KPM di pautan https://pismp.moe.gov.my mulai 9 Jun hingga 12 Jun 2023.\nSelain itu, pemohon dibenarkan mengemukakan 1 permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai PISMP dan PPC, sila layari https://pismp.moe.gov.my atau menghubungi Institut Pendidikan Guru Malaysia di talian 03-8312 6720/6693/6731/6768/6719/6760.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/gradpreneurperak/", "title": "G[email\u00a0protected]: Latihan & Pembiayaan Keusahawanan Graduan", "body": "\n\n\n\n\n\nGraduan lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada Negeri Perak yang berminat untuk menjadi usahawan atau ingin mengembangkan perniagaan adalah dialu-alukan untuk menyertai Program [email\u00a0protected] bagi Kohort 2.\n[email\u00a0protected] adalah program yang menawarkan latihan, pembiayaan serta khidmat nasihat kepada graduan untuk menceburi atau mengembangkan bidang perniagaan mereka.\nProgram ini turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi Program\u00a0PENJANA KPT-CAP yang merupakan inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran.\nTawaran dibuka kepada 50 orang yang terawal dan graduan yang berminat boleh membuat pendaftaran secara atas talian sehingga 19 Mei 2022 pada jam 5 petang.\n\nManfaat Program\nGraduan yang menyertai program ini akan mendapat manfaat-manfaat berikut iaitu:\n\n\n\n\nLatihan Keusahawanan Bersijil selama 15 hariPinjaman mikro kredit (tanpa faedah) sehingga RM5000Sesi khidmat nasihat perniagaan untuk 6 bulan pertama memulakan perniagaan\nTarikh & Tempat Program\nProgram ini akan berlangsung di Hotel Scholar Suites, UPSI, Tanjung Malik pada 24 Mei 2022 sehingga 29 Mei 2022.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi graduan yang ingin mendaftar adalah seperti berikut:\nGraduan Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta (Berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi), Politeknik dan Kolej Komuniti dari tahun 2019 \u2013 2021 sahaja (Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja). Pemohon yang menetap atau bermastautin di Negeri Perak.Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.Pemohon menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang Malaysia. Graduan yang berminat untuk memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan digalakkan memohon.\nCara Mendafar\nPendaftaran program boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan pendaftaran iaitu https://forms.gle/KZAqYu4A1B36zBmQ6.Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Next\u2019 dalam setiap paparan.Lengkapkan semua maklumat tersebut.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Program [email\u00a0protected], sila layari pautan https://www.facebook.com/Yayasan-Perak-Gradpreneur-YPG-110257431554226 atau menghubungi:\nDr Sharul Effendy Janudin (UPSI) \u2013 0122118608Yayasan Perak \u2013 05-2460227PASAK \u2013 018-297 4725\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kata-penegas/", "title": "Kata Penegas: Ketahui Jenis & Contoh Ayat", "body": "\n\n\n\n\n\nKata penegas\u00a0ialah\u00a0sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.\nAyat yang mempunyai kata ini menunjukkan penekanan terhadap sesuatu perkara yang disebutkan.\nKata ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu\u00a0Kata Penegas Partikel\u00a0dan\u00a0Kata Penegas Akar.\nKata Penegas Partikel\nKata penegas partikel digunakan sebagai penegas dalam sesuatu ayat atau pernyataan serta frasa predikat atau bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.\nKesemua kata ini dirangkaikan dengan perkataan yang mendahuluinya.\nIni dapat dilihat menerusi contoh di bawah:\n\n\n\n\nContoh KataHuraianContoh AyatkahBagi menegaskan sesuatu pernyataan atau memberi penekanan kepada sesuatu ayat tanya atau ayat sesuanDimanakah\u00a0lokasi kamu bersukan nanti?lah\u00a0Untuk menegaskan sesuatu perintah, permintaan dan pernyataanFikirkanlah\u00a0perkara lain sebelum kamu membuat sebarang tindakan.tahUntuk menegaskan sesuatu pernyataan dan keadaan harianBilatah agaknya dia akan menyelesaikan hutang-hutangnya itu?\nKata Penegas Akar\nKata Penegas Akar digunakan sebagai frasa nama sebagai subjek dan frasa prediket atau sebahagiannya.\nJenis ini sifatnya bebas yang bermakna ianya boleh berada pada awal, pertengahan dan akhir ayat.\u00a0\nContoh-contoh yang boleh dirujuk adalah seperti berikut:\nContoh KataHuraianContoh AyatJugaDigunakan untuk menegaskan sesuatu pernyataan. \u2013 Puat Siti Sarah juga pandai membuat kuih.\u2013 Hasmawi pergi ke sekolah juga walaupun demam.LagiDigunakan untuk memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat tanya.\u2013 Kamu teruskan lagi sehingga berjaya.\u2013 Kamu belum balik lagi?MemangDigunakan untuk memberi penekanan kepada ayat penyata.-Amir\u00a0memang\u00a0tidak suka makan petai.-Shamsul\u00a0memang\u00a0akan menjadi jurulatih yang baru.PunPenekanan kepad ayat penyata\u2013 Guru besar pun terlibat dalam gotong royong sekolah.\u2013 Alimi pun menutup radio dan pergi ke kedai.SahajaUntuk menegaskan atau memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat tanya-Adakah Halim seorang\u00a0sahaja\u00a0yang hadir ke kelas Bahasa Malaysia itu?\u2013 Di dalam keluarga tersebut, hanya Hanani\u00a0sahaja\u00a0yang tidak mempunyai bakat dalam bidang lukisan.\u00a0\nSumber: https://pandai.me/note/read/kssm-bm-f3-02/kssm-f3-bm-05/ayat-penegasan\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/doa-akhir-tahun-1444h/", "title": "Doa Akhir Tahun 1444H Beserta Maksudnya", "body": "\n\n\n\n\n\nSempena berakhirnya tahun 1444H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dengan membaca doa akhir tahun.\nUntuk tahun ini, doa akhir tahun akan dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 30 Zulhijah 1444H\u00a0iaitu pada hari Selasa.\nIni kerana berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib.\nMembaca Doa Akhir Tahun\nPerkara mengenai membaca doa akhir tahun, Jabatan Mufti Negeri Perak telah mengeluarkan perkongsian mengenai perkara ini. \nApabila menyambut tahun baru Hijrah, maka terdapat doa-doa yang dibacakan oleh para imam menjelang masuknya waktu Maghrib iaitu doa untuk akhir tahun dan disusuli dengan doa awal tahun selepas alunan azan. \nMenurut catatan daripada Dar al-Ifta\u2019 al-Misriyyah bahawa doa-doa ini sebenarnya telah pun diamalkan oleh segolongan ulama dari aliran mazhab Hanbali lebih kurang 1000tahun yang lalu.\nMalah, mereka turut mengajarkan doa-doa tersebut serta mewasiatkannya kepada para ulama yang sealiran dengan mereka yang antaranya termasuklah al-Syeikh al-Imam al-Waliyy al-Soleh Abu \u2018Umar al-Maqdisiyy Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah al-Hanbaliyy yang juga merupakan saudara kandung kepada al-Imam al-\u2018Allamah al-Muwaffiq bin Qudamah, pengarang kitab al-Mughniyy dalam mazhab Hanbali.\nDoa akhir dan awal tahun ini telah tercatat di dalam kitab Mir\u2019ah alZaman fi Tawarikh al-A\u2018yan, jilid 22 pada halaman 180 hingga 181:\n\nTeks Doa Akhir Tahun\nAntara doa yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u064e\u0640\u0670\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0645\u0650\n\u0627\u0644\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0629\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0645\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u0640\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u062c\u0652\u0645\u064e\u0639\u0650\u064a\u0646\u064e. \u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0645\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0645\u0650\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0646\u064e\u0629\u0650 \u0645\u0650\u0645\u064e\u0651\u0627 \u0646\u064e\u0647\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0641\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u0646\u064e\u062a\u064f\u0628\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0646\u0652\u0633\u064e\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u062d\u064e\u0644\u0650\u0645\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0642\u064f\u062f\u0652\u0631\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064f\u0642\u064f\u0648\u0628\u064e\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0648\u0652\u0628\u064e\u0629\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u062c\u064e\u0631\u064e\u0627\u0621\u064e\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064e\u0639\u0652\u0635\u0650\u064a\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0646\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f\u0643\u064e \u0641\u064e\u0627\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0645\u0650\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0645\u064e\u0651\u0627 \u062a\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e\u0627\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0648\u064e\u0639\u064e\u062f\u0652\u062a\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0627\u0644\u062b\u064e\u0651\u0648\u064e\u0627\u0628\u064e\u060c \u0641\u064e\u0646\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u064a\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0631\u0650\u064a\u0645\u064f \u064a\u064e\u0627 \u0630\u064e\u0627\u0627\u0644\u062c\u064e\u0644\u0627\u064e\u0644\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0625\u0650\u0643\u0652\u0631\u064e\u0627\u0645\u0650\u060c \u0623\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u062a\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u0651\u0640\u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062a\u064e\u0642\u0652\u0637\u064e\u0639\u0652 \u0631\u064e\u062c\u064e\u0627\u0621\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064e \u064a\u064e\u0627 \u0643\u064e\u0631\u0650\u064a\u0645\u064f. \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0622 \u0621\u064e\u0627\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0623\u064e\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0642\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0628\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0631\u0650. \u0648\u064e\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u0633\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0640\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u062c\u0652\u0645\u064e\u0639\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\nMaksudnya:\nYa Allah, apa-apa tegahan dan larangan-Mu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya, Engkau juga telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu.\nApa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang Engkau janjikan, maka dengan kemuliaan dan kebesaran-Mu, kami memohon dan berharap menerimanya, dan janganlah Engkau hampakan harapan kami kepada-Mu.\nAmin ya Rabbal \u2018alamin.\n\nSumber: https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/07/29/perkongsian-doa-akhir-tahun-dan-awal-tahun-hijrah/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/midf-education-scholarship-programme-2022/", "title": "Permohonan MIDF Education Scholarship Programme 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nMalaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) telah menawarkan biasiswa kepada mahasiswa yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui MIDF Education Scholarship Programme 2022.\nMIDF merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad yang berperanan sebagai institusi pembiayaan pembangunan utama negara dan telah memainkan peranan penting dalam mempercepat pembangunan dan pemodenan industri pembuatan negara.\nInstitusi ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang kompetitif dan pelbagai termasuklah perbankan pelaburan, pembangunan kewangan dan pengurusan aset.\nSelain itu juga, institusi ini turut memberikan biasiswa kepada pelajar yang memerlukan di peringkat Ijazah Sarjana Muda.\nMahasiswa yang berminat boleh mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 2 November 2022.\n\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi mahasiswa yang ingin memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\nTerbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia dalam apa juga bidang pengajian.Memperoleh minimum CGPA 3.25 atau setara di peringkat pra-universiti (Asasi atau Matrikulasi) atau Diploma; atauMemperoleh minimum CGPA 3.25 atau setara dalam peperiksaan semester bagi mereka yang berada pada tahun 1 pengajian Ijazah Sarjana Muda; danMemperoleh keputusan 7A dalam SPM atau 2A dalam STPM.Tidak melebihi umur 25 tahun semasa tarikh permohonan.Aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan mempunyai bakal kepimpinan dan kemahiran komunikasi yang baik.Permohon tidak menerima mana-mana tajaan biasiswa daripada organisasi yang lain.Pemohon mestilah melanjutkan pengajian secara sepenuh masa sahaja.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi cara-cara berlikut iaitu:\nLayari pautan permohonan berikut iaitu https://forms.gle/pjPBBEibQT5hSQEj6.Isi semua maklumat permohonan yang diperlukan.Pastikan semua maklumat permohonan yang diisi adalah betul.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai MIDF Education Scholarship Programme 2022, sila hantar email ke alamat [email\u00a0protected]. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bap-2022-2023/", "title": "BAP 2022/2023: Bantuan Awal Persekolahan RM150 One-Off", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2022 sebanyak RM150 secara one-off kepada keluarga murid yang tergolongan dalam keluarga berpendapatan rendah atau B40.\nLangkah kerajaan menerusikan inisiatif ini adalah untuk meringkankan beban keluarga berpendapatan rendah ini bagi persiapan sesi persekolahan untuk tahun 2022.\nPelaksanaan inisiatif ini diberikan kepada murid-murid daripada sekolah rendah dan menengah iaitu daripada tahun 1 hingga tingkatan 5 yang layak. \u00a0\nPelaksanaan bantuan ini dijangka memberikan manfaat kepada 3 juta penerima yang layak menerima bantuan ini. \n\nPelaksanaan Bantuan\nPelaksanaan pemberian bantuan ini akan dijalankan mulai 17 Januari 2022 bagi murid tahun 2 sehingga tingkatan 5.\nUntuk murid tahun 1, pemberian bantuan ini akan dilaksanakan sehingga proses pendaftaran selesai dijalankan.\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang bakal diperoleh bagi pelajar yang layak adalah sebanyak RM150 secara one-off.\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nMurid yang bakal memperoleh bantuan ini perlu menepati syarat kelayakan seperti berikut:\nMurid tersebut merupakan warganegara Malaysia.Murid tersebut mestilah berada di tahun 1 hingga tingkatan 5.Keluarga murid adalah dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar\u00a0 sebanyak\u00a0RM3,000\u00a0dan ke bawah.Pendapatan kasar tersebut bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja dan elaun lebih masa serta elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan kasar bulanan.Murid tersebut mestilah bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa) sahaja.\nCara Memohon\nBagi permohonan bantuan ini, pihak sekolah akan mengenal pasti murid yang layak untuk menerima bantuan ini. \nIbu bapa bagi murid yang layak perlu memuat turun Borang BAP dan mengisi borang tersebut dengan lengkap. \nIbu bapa yang tidak mempunyai slip gaji, sila muat turun Borang Pengesahan Pendapatan yang disediakan. \nPenyaluran Bantuan\nBantuan ini akan disalurkan secara tunai atau dikreditkan melalui akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai BAP, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap?fbclid=IwAR2sQJoaFhBMb4M9RnxAxdn8_dWySRFOhIlcJgkef00xrjo1914L_73A35c.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pemasangan-lokar-sekolah-rendah-bermula-akhir-september-2022/", "title": "Pemasangan Lokar Sekolah Rendah Bermula Akhir September 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, proses pemasangan lokar di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara dijangka dimulakan pada akhir September 2022.\nMenteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menyatakan untuk permulaan, inisiatif itu akan dilaksanakan di sekolah 2 sesi, membabitkan murid Tahap 1.\nPemasangan lokar ini adalah salah satu daripada 7 inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menangani isu beg berat sekolah.\nInisiatif Menangani Isu Beg Sekolah\nSebelum ini, KPM telah mengumumkan 7 inisiatif KPM bagi menangani isu beg sekolah iaitu:\nMenyediakan lokar di sekolah rendah secara berfasa.Melaksanakan jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran sehari.Bilangan buku latihan hendaklah tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada satu satu masa.Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM manakala buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP).Penerbitan baharu buku teks dalam format digital dilaksanakan secara berterusanMenggalakkan guru menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza.Mewujudkan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dari aspek penyelarasan uniform agar murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi persekolahan KAFA.\nFasa Pemasangan Lokar\nPemasangan lokar di sekolah rendah di seluruh negara ini akan dilaksanakan kepada 2 fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2.\n\n\n\n\nFasa 1 akan dilaksanakan di sekolah yang mempunyai dua sesi melibatkan Tahap 1 terlebih dahulu iaitu untuk pelajar Tahun 1 dan 2.\nUntuk Fasa 1, sebanyak 10,662 kelas di sekolah rendah akan dipasang lokar yang melibatkan seramai 323,186 murid dengan peruntukan bagi Fasa 1 dijadualkan bermula 2022 dianggarkan berjumlah RM37.3 juta.\nFasa 2 akan diperluas kepada murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah beroperasi secara dua sesi serta dijangka dilaksanakan pada 2023.\nSumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/pemasangan-lokar-sekolah-mula-akhir-september/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-sarawak-ybstar-bystt/", "title": "Permohonan Biasiswa BYSTT & YBSTAR Sarawak 2023/2024", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Sarawak dan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) telah menawarkan 2 biasiswa untuk dipohon oleh anak-anak Sarawak iaitu Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) dan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) untuk sesi 2023/2024.\nBiasiswa Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib adalah ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam jurusan Kursus STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik.\nManakala Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam jurusan kursus selain daripada STEM.\nPelajar yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 31 Mei 2023.\n\nSyarat Asas Biasiswa BYSTT & YBSTAR Sarawak\nSyarat asas yang ditetapkan bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\nAnak jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-dua sekali anak kelahiran Sarawak).\nSedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara sepenuh masa di mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf di dalam negara sahaja. Pemohon mesti telah menerima surat kemasukan ke institusi.\nSedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara sepenuh masa di mana-mana 10 Institut Pengajian Tinggi (IPT) terungguk di dunia. Pemohon mesti telah menerima surat kemasukan ke institusi.\nUntuk Ijazah Pertama, permohonan penajaan adalah di IPT dalam negara sahaja.\nUntuk Ijazah Lanjutan, permohonan penajaan adalah di IPT dalam negara dan luar negara (10 IPT terbaik dunia sahaja).\n\nSyarat Khusus\nSyarat khusus yang ditetapkan adalah pemohon yang sedang mengikuti pengajian ATAU pemohon yang telahditerima masuk ke institusi pengajian tinggi perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:\ni) Ijazah Pertama: \n\n\n\n\n\nPemohon mestilah memperoleh subjek Bahasa Melayu kepujian (kredit) dalam peperiksaan SPM dan yang setaraf dengannya.\nPemohon memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya/Diploma/Matrikulasi/Asasi/Foundation/A-Level dan yang setaraf dengannya.\n\nii) Ijazah Lanjutan\n\nMemperoleh pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Ijazah Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa Ijazah Pertama atau Sarjana.\n\niii) Kriteria Tambahan\n\nMemiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.\nAktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan.\nPerkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepimpinan, kemahiran dan kreativiti.\n\nCalon Tidak Layak Memohon\nCalon yang tidak layak memohon adalah seperti:\n\nPelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.\nPelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi, Asasi Sains/Pra-Universiti/Foundation.\nPelajar-pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa.\nPelajar-pelajar yang masih terikat dengan mana-mana badan penajaan.\nPelajar-pelajar yang tiada surat pelepasan/kelulusan majikan.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:\n\nLayari laman web iaitu https://yayasansarawak.org.my/my/tawaran-biasiswa-sesi-2023-2024/.\nDi bahagian permohonan dalam talian, klik biasiswa yang diperlukan.\nMasukkan no kad pengenalan dan klik \u201cNext.\u201d\nMasukkan maklumat yang diperlukan dan klik \u201cRegister.\u201d\nIkuti arahan selanjutnya dan buat permohonan. \nSediakan dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan. \nSemua dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada: Seksyen Biasiswa, Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah,93050 Petra Jaya, Kuching. \n\nDokumen Lampiran\nDokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut:\n\nSalinan MyKad Pelajar dan MyKad Ibu Bapa\nSalinan Sijil Lahir Pelajar\nSalinan Surat Tawaran Kemasukan ke Universiti/ Institusi\nSalinan Keputusan Terkini Akademik (PNGK)\nSalinan Keputusan SPM (Bahasa Melayu hendaklah Kredit)\nSijil KoKurikulum (KK) daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS).\u2013 Sekiranya tiada, salinan sijil KK daripada JPNS, maka pemohon boleh memuatnaik 1 salinan sahaja, sama ada:a) Pencapaian Tertinggi Kokurikulum; ataub) Penyertaan Tertinggi; atauc) Jawatan yang Disandang untuk setiap 4 ELEMEN di bawah ini, iaitu:\u2013 Sukan\u2013 Akademik\u2013 Kelab\u2013 Persatuan\nSalinan Slip Gaji Terkini/ Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Gaji (bagi yang bekerja sendiri)\n\nPertanyaan Lanjut Biasiswa BYSTT & YBSTAR Sarawak\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib dan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman, sila hubungi Seksyen Biasiswa di talian (082) 441686.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-pendidikan-baktidesa-kkdw/", "title": "Permohonan Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar miskin/miskin tegar luar bandar yang memerlukan bantuan kewangan untuk pelajaran adalah disarankan untuk memohon Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).\nBantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW dimulakan pada 21 Julai 2005 dengan tujuan untuk menyediakan 1 mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin/miskin tegar di\u00a0luar bandar\u00a0yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.\nBantuan yang disediakan adalah berbentuk pemberian secara\u00a0\u2018one off\u2019\u00a0sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang telah diiktiraf seperti\u00a0Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).\n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang akan diberikan adalah seperti berikut:\nPeringkat PengajianKadar Bantuan\u00a0SBP,MRSM,Sek.Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan bertaraf Sijil)RM500.00Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah PertamaRM1,000.00\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\n1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan belum berkahwin.\n2. Jumlah pendapatan keluarga pemohon adalah sepertimana yang tercatat pada Jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 di bawah.\n3. Kategori pendapatan berikut:\u2013 Kategori Miskin: Isi Rumah RM2,199, Perkapita RM567\u2013 Kategori Miskin Tegar: Isi Rumah RM1,142, Perkapita RM290\n4. Telah ditawar/diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)\u00a0secara sepenuh masa.\n\n\n\n\n5. Kursus dan bidang latihan yang dijalani perlu mendapat pengiktirafan badan-badan Kerajaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), JPK atau badan-badan lain yang berkaitan; dan\n6. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh surat tawaran diterima.\nTatacara Permohonan\nUntuk memohon, sila muat turun borang permohonan di pautan https://ebantuan.rurallink.gov.my/v2/index.php?data=Ym9yYW5nLnBocA==.\nKemudian, hantar dokumen ke alamat berikut:\nURUS SETIA AKAUN AMANAH BAKTIDESA KKDW,Bahagian Korporat & Pembangunan Kemahiran,Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,Aras 24, No 47,Persiaran Perdana, Presint 4,62100 PUTRAJAYA.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dikemukakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\n\nSalinan Kad Pengenalan Pemohon.\nSalinan Surat Tawaran Masuk ke SBP/MRSM/Sekolah Asrama Harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam.\nSalinan Pengesahan Pendaftaran masuk ke SBP/MRSM/Sekolah harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam.\nSalinan Penyata Pendapatan Bulanan/Slip gaji bulanan ayah/ibu atau waris/penjaga pemohon yang telah disahkan. Bagi pihak yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan/slip gaji, pengesahan pendapatan adalah daripada Penghulu, Pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan.\nSalinan muka hadapan Buku Akaun Bank/Penyata Ringkas Akaun Bank pemohon yang aktif. Akaun Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Nasional (ASB) adalah tidak diterima.\n\nSemua Salinan dokumen di bawah hanya boleh\u00a0disahkan\u00a0oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/Kumpulan A dan ke atas) atau Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Sidang/MPKK/Pengerusi JKKR/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Temenggong/Kapitan/Pemanca (Mukim kawasan tempat tinggal)/Pengerusi Persatuan Penduduk/Pengerusi JKKK/Ahli Parlimen/ADUN/Pesuruhjaya Sumpah/Jaksa Pendam.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW, sila layari laman web https://ebantuan.rurallink.gov.my/v2/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pusat-bahasa-jepun-mara-oisca-oktober-2022/", "title": "Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA: Kemasukan Sesi Oktober 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Amanah Rakyat (MARA) dan Organisation for Industrial, Spiritual, Cultural and Advancement (OISCA) menawarkan program pembelajaran Bahasa Jepun menerusi Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA).\nProgram ini menawarkan kursus Bahasa Jepun untuk asas dan lanjutan kepada individu yang berminat bagi bidang yang diperlukan.\nUntuk makluman, terdapat 5 kali pengambilan setahun iaitu Januari, Mac, Jun, Ogos dan Oktober setiap tahun.\nMenariknya, lepasan MARA-OISCA akan berpeluang menjalani Latihan Industri di Jepun selama 3 tahun.\nJusteru itu, bagi mereka yang berminat, pendaftaran bagi sesi Oktober 2022 telah dibuka menerusi atas talian sebelum 9 September 2022.\n\nTempoh Pengajian \nTempoh pengajian adalah selama 2 bulan iaitu Oktober 2022 sehingga Disember 2022.\n\n\n\n\nKemudahan Yang Disediakan\nKemudahan yang disediakan bagi pembelajaran di pusat ini adalah seperti berikut:\nElaun Sara Hidup Bulanan.Asrama disediakan.Yuran pengajian ditanggung MARA.Peluang latihan industri di Jepun.\nBidang Yang Diperlukan\nBidang yang diperlukan adalah seperti berikut:\nTeknologi Kejuruteraan Automotif.Teknologi Kejuruteraan Bangunan.Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\nBujang.Lelaki.Warganegara berumur 20-29 tahun.Lepasan IPMA.\nCara Memohon\nPemrohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari pautan pendaftaran iaitu http://bit.ly/PusatBahasaMaraOisca.Klik butang \u2018Next.\u2019Lengkapkan permohonan dengan mengisi semua maklumat yang diperlukan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kemasukan ke Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, sila hubungi talian 03-87249344 atau melalui whatsapps 011-13307312.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/daftar-foodpanda-rider/", "title": "Cara Daftar Foodpanda Rider Secara Online", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi individu yang ingin menjadi Foodpanda rider, anda boleh daftar foodpanda rider dengan mudah hanya secara online!\nFoodpanda merupakan salah satu syarikat perkhidmatan penghantaran makanan yang mempunyai beroperasi di\u00a0Malaysia\u00a0dan 12 negara lain. \nFoodpanda berfungsi seperti Grabfood yang membolehkan orang ramai atau pelanggan memesan menu yang disediakan oleh restoran-restoran berhampiran lokasi penghantaran dengan mudah melalui aplikasi atas talian.\nAplikasi tersebut menghubungkan pelanggan dengan restoran yang menawarkan khidmat penghantaran makanan dalam kawasan mereka dan membenarkan pelanggan memilih, memesan dan membayar secara dalam talian.\n\nKeistimewaan Foodpanda Rider\nAntara keistimewaan yang bakal dimiliki Foodpanda rider adalah seperti berikut:\n\nPemilihan waktu bekerja. Hanya perlu pilih sesi yang bersesuai dengan kehendak anda.\nJika tiada motosikal, anda boleh menjadi walker dan membuat penghantaran jarak dekat dengan berbasikal, menaiki skuter beam atau berjalan kaki.\nDiskaun istimewa untuk petrol, telefon dan juga peluang untuk mendaftar didalam kursus peningkatan diri.\nDilindungi dengan insurans percuma sehingga RM100,000 dan layak menerima tambahan perlindungan PERKESO pada kadar istimewa.\n\nPurata Gaji\nUntuk pendapatan Foodpanda rider, mereka boleh menjana pendapatan purata sehingga RM750 seminggu melalui pekerjaan ini. \nSyarat Permohonan\nUntuk memohon sebagai Foodpanda rider, individu perlu memenuhi syarat-syarat berikut:\n\nBerumur 18 tahun dan keatas (mengikut tarikh lahir).\nWarganegara Malaysia.\nMempunyai motosikal dengan lesen sah (sekurang-kurangnya lesen P) (tidak tertakluk kepada walker).\nMempunyai telefon pintar. Iphone 4s keatas atau 4.2 keatas untuk Android.\nMemiliki akaun bank milik sendiri.\n\nCara Daftar Foodpanda Rider\nUntuk mendaftar sebagai Foodpanda rider, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://rider.foodpanda.my/.\nBuat akaun profil dan klik butang \u2018Hantar.\u2019\nTerus ke hub untuk sesi latihan.\nIsi maklumat peribadi dan motosikal.\nBeli set peralatan newbie di Pandashop.\nMula bekerja.\n\n\nLokasi Foodpanda Rider Hub\nLokasi Foodpanda rider hub di seluruh negara adalah seperti berikut:\ni) Lembah Klang\n\n\n\n\nSouthgate Commercial Centre, Unit-D-2-04 Level 2, Block D,Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.\nii) Johor\n21-01 Jalan Perjiranan 4/4, Bandar Dato Onn,Jalan Perjiranan 4,81100, Johor Bahru.\niii) Penang\nMedan Perniagaan Pauh Jaya, Unit No.1-05 & 1-06,Jalan Baru Perai Penang, 13700 Bukit Mertajam, Penang.\niv) Sabah\nLot C2-3A, Block C, 2nd Floor, Unit No.3A, T1 @ Bundusan,Jalan Bundusan, 89500 Kota Kinabalu Sabah.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Foodpanda rider, sila layari laman web https://rider.foodpanda.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dpli-upsi-mod-cuti-sekolah/", "title": "DPLI UPSI: Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Mod Cuti Sekolah", "body": "\n\n\n\n\n\nUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Uni Akademia telah membuka permohonan bagi calon yang ingin menyambung pengajian di peringkat Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) untuk mod cuti sekolah.\nDPLI merupakan salah satu sijil atau Diploma ikhtisas yang diperlukan bagi guru-guru yang mengajar di semua sekolah di seluruh Malaysia sama ada sekolah kerajaan atau swasta.\nUntuk setiap individu yang ingin menjadi guru tetap perlu kepada DPLI yang diiktiraf oleh pihak kementerian.\nUntuk pengetahuan, DPLI UPSI sejak sekian lama telah mendapat pengiktirafan daripada MQA dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\n\nKelebihan Program\nKelebihan program ini yang bakal dinikmati oleh pelajar adalah seperti berikut:\nTerbuka kepada guru-guru sekolah kerajaan, sekolah swasta, guru sementara dan SEMUA pemegang Ijazah Sarjana Muda yang berwarganegara Malaysia.Sijil Diploma dianugerahkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI.Diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Kuliah secara bersemuka ketika cuti sekolah.\nYuran Permohonan & Pengajian\nYuran permohonan yang dikenakan kepada pelajar yang memohon adalah RM50 sahaja.\nUntuk yuran pengajian sepanjang 3 semester, pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM10,000 (4 kali bayaran ansuran/alternatif pembiayaan pendidikan disediakan).\n\n\n\n\nStruktur Mod Cuti Sekolah\nStruktur mod cuti sekolah yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:\nMempunyai Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Universiti yang diiktiraf.PNGK tidak kurang daripada 2.00Lulus kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Warganegara Malaysia.\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/12XDjhPci8rcgENMvYT4-4tOjHvXAJjw-/view.\nSetelah borang permohonan tersebut lengkap diisi, sila hantar diemel ke alamat iaitu [email\u00a0protected]. \nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai DPLI UPSI, sila layari laman web https://www.uniakademia.com/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-khas-mahasiswa-perak-3-0/", "title": "Bantuan Khas Mahasiswa Perak 3.0 B40 One-Off RM200", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan\u00a0Negeri Perak\u00a0telah membuka permohonan Bantuan Khas Mahasiswa Perak 3.0 khusus kepada mahasiswa B40 di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Shaarani.\nBantuan khas ini dijayakan dibawah Pejabat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi & Sumber Manusia, melalui agensi pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Yayasan Perak, Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Gerakan Mahasiswa Perak (GMPk).\nUntuk makluman, Bantuan Khas Mahasiswa Perak 3.0 adalah bantuan secara one-off yang disalurkan kepada mahasiswa B40 di Negeri Perak.\nBantuan ini diharap dapat meringankan beban mahasiswa B40 di Negeri Perak untuk meneruskan pengajian tinggi mereka.\nUntuk mahasiswa B40 yang berminat, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian sebelum 14 Oktober 2022.\n\n\n\n\n\nJumlah Bantuan\nUntuk mahasiswa yang layak, jumlah bantuan yang ditawarkan menerusi bantuan ini adalah sebanyak RM200 secara one-off.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\nMahasiswa Anak Perak dari keluarga B40Mahasiswa peringkat Sijil, Matrikulasi Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana (Master) sepenuh masa di dalam negara.Tidak menerima Bantuan Kewangan Pendidikan dari Kerajaan Negeri/Persekutuan/Korporat.Keutamaan diberikan kepada Mahasiswa Anak Negeri dan beralamat di Perak.Perlu memberikan bukti masih belajar di IPT (Surat Tawaran atau Keputusan Peperiksaan Semester terkini.Pemberian bantuan adalah terhad kepada 5,000 penerima terawal mengikut terma dan syarat.Penerima Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Perak tahun 2022 tidak layak menerima bantuan ini.\nCara Membuat Permohonan\nPermohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nKlik pautan\u00a0https://hestechperak.com/permohonan-bantuan-khas-mahasiswa-perak/?fbclid=IwAR0jKz-Hu5eXY6ur6G0sTLVOWrjZLH2nZtpQjODLVw63edWEHyeG1DmVwHI.Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.Klik \u201cHantar\u201d untuk menghantar permohonan tersebut.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai bantuan ini, hantar whatsapp ke link berikut\u00a0http://wasap.my/60182974725/bantuankhasmahasiswaperak2022\u00a0atau\u00a0http://wasap.my/60194000514/bantuankhasmahasiswaperak2022\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-sains-tingkatan-2/", "title": "Buku Teks Sains Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku Teks Sains Tingkatan 2 ini diterbitkan untuk murid Tingkatan 2 berdasarkan DokumenStandard Kurikulum dan Pentaksiran, Tingkatan 2 yang disediakan oleh KementerianPendidikan Malaysia (KPM). \nBuku teks ini lebih memberikan penekanan kepada kemahiran berfikir, kemahiran maklumat & komunikasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan pada abad ke-21.\nSelain itu, buku teks ini juga membawa pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran STEM menerusi pendekatan inkuiri, penyelesaian masalah atau projek supaya murid berminat untuk menceburi bidang sains dan teknologi.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Biodiversiti\n\nKepelbagaian Organisma\nPengelasan Organisma\n\nii) Bab 2 Ekosistem\n\nAliran Tenaga dalam Ekosistem\nKitar Nutrien dalam Ekosistem\nSaling Bersandaran dan Interaksi antara Organisma dan antara Organisma dengan Persekitaran\nPeranan Manusia dalam Mengekalkan Keseimbangan Alam\n\niii) Bab 3 Nutrisi\n\nKelas Makanan\nKepentingan Gizi Seimbang\nSistem Pencernaan Manusia\nProses Penyerapan dan Pengangkutan Hasil\nPencernaan serta Penyahtinjaan\n\niv) Bab 4 Kesihatan Manusia\n\nPenyakit Berjangkit dan Penyakit Tidak Berjangkit\nPertahanan Badan\n\nv) Bab 5 Air dan Larutan\n\nSifat Fizik Air\nLarutan dan Kadar Keterlarutan\nPembersihan dan Pembekalan Air\n\nvi) Bab 6 Asid dan Alkali\n\nSifat Asid dan Alkali\nPeneutralan\n\nvii) Bab 7 Keelektrikan dan Kemagnetan\n\n\n\n\n\nKeelektrikan\nPengaliran Arus Elektrik dalam Litar Bersiri dan Litar Selari\nKemagnetan\n\nviii) Bab 8 Daya dan Gerakan\n\nDaya\nKesan Daya\n\nix) Bab 9 Haba\n\nHubung Kait Suhu dengan Haba\nPengaliran Haba dan Keseimbangan Haba\nPrinsip Pengembangan dan Pengecutan Jirim\nHubung Kait Jenis Permukaan Objek dengan Penyerapan dan Pembebasan Haba\n\nx) Bab 10 Gelombang Bunyi\n\nCiri Gelombang Bunyi\nKenyaringan dan Kelangsingan Bunyi\nFenomena dan Aplikasi Pantulan Gelombang Bunyi\n\nxi) Bab 11 Bintang dan Galaksi dalam Alam Semesta\n\nBintang dan Galaksi dalam Alam Semesta\n\nxii) Bab 12 Sistem Suria\n\nSistem Suria\n\nxiii) Bab 13 Meteoroid, Asteroid, Komet\n\nJasad Lain dalam Sistem Suria iaitu Meteoroid, Asteroid dan Komet\n\nMuat Turun Buku Teks Sains Tingkatan 2\nBuku Teks Digital Sains Tingkatan 2 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBuku-Teks-Sains-Tingkatan-2Download\n \nSkema Jawapan\nSkema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file di bawah:\nJawapan-Buku-Teks-SainsDownload\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-yuran-pengajian-ipt-pelajar-india-b40/", "title": "Permohonan Bantuan Yuran Pengajian IPT Pelajar India B40 Selangor", "body": "\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk pelajar daripada kaum India di Negeri Selangor yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA/IPTS, mereka kini boleh memohon Bantuan Yuran Pengajian IPTA/IPTS Bagi Pelajar Komuniti India B40. \nBantuan Yuran Pengajian IPTA/IPTS Bagi Pelajar Komuniti India B40 adalah bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pelajar komuniti India yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah yang melanjutkan mengajian di IPT.\nBagi pemohon yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 24 Februari 2022 menerusi borang permohonan yang disediakan.\n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang diberikan menerusi bantuan yuran pengajian ini adalah seperti berikut:\nIjazah Sarjana Muda: maksimum sehingga RM5,000Diploma: maksimum sehingga RM3,000\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan seperti yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nPermohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berketurunan India sahaja.Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:\u2013 Pemohon lahir di negeri Selangor Darul Ehsan; atau\u2013 Ibu atau bapa lahir di negeri Selangor Darul Ehsan; atau\u2013 Pemohon telah bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di Negeri Selangor.Pemohon sedang dalam tempoh pengajian di IPTA atau IPTS di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan.Pendapatan isi rumah pemohon adalah RM 2,000 ke bawah sebulan\nKaedah Pemberian\nKaedah pemberian yang ditetapkan adalah one-off secara cek atas nama Bendahari IPTA/IPTS (hendaklah melampirkan salinan muka hadapan atau penyata bank IPTA/IPTS).\n\n\n\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila muat turun borang permohonan di bawah dan isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.\nPastikan borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan dihantar ke alamat berikut:\nURUS SETIA PROGRAM BANTUAN YURAN PENGAJIAN,Pejabat YB EXCO Kerajaan Negeri Selangor,Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin Negeri Selangor,Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.\nBORANG-PROGRAM-BANTUAN-YURAN-PENGAJIAN-PIN.04Download\nDokuman Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan pemohon dan pasangan, ibu, bapa, atau penjaga dan isi rumah.Salinan sijil kelahiran pemohon dan pasangan, ibu, bapa, atau penjaga dan isi rumah.Salinan surat tawaran dan penerimaan tawaran daripada IPTA/IPTS.Salinan surat pengesahan pemohon sedang dalam tempoh pengajian di IPTA/IPTS.Salinan surat pengesahan jumlah Kos (RM) keseluruhan pengajian dan baki atau tunggakan yuran semester.Salinan penyata akaun bank IPTA/IPTS.Salinan sijil SPM, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain berkaitan.Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) (jika berkenaan).Surat pengesahan pemastautin Negeri Selangor (melebihi 15 tahun)*\nPertanyaan Lanjut\nSebrang pertanyaan mengenai Bantuan Yuran Pengajian IPTA/IPTS Bagi Pelajar Komuniti India B40, sila hubungi talian 03-5544 7307 atau 03-5544 7305.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/perodua-axia-e/", "title": "Perodua Axia E: Spesifikasi, Warna & Harga Rahmah", "body": "\n\n\n\n\n\nSyarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) telah memperkenalkan model kereta baharu Axia E dengan harga mampu milik atau harga Rahmah kepada pengguna.\nMenurut kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, menyatakan model terbaharu Perodua itu direka untuk disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.\nTempahan bagi model ini telah dibuka mulai 15 Jun 2023 dan penghantaran dijangka akan dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa hari selepas tempahan (bergantung kepada permintaan).\n\nMengenai Axia E\nAxia E adalah berdasarkan model Perodua Axia yang diperkenalkan pada 2017 dan ia diperakui dengan penarafan empat bintang ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).\nSejak dilancarkan pada 2014 sehingga 31 Mei 2023, PERODUA telah merekodkan pendaftaran sebanyak 606,756 unit model Axia, termasuk Axia serba baharu yang dilancarkan pada Februari 2023.\nHarga Kereta\nBagi kereta model ini, harga yang ditawarkan adalah harga Rahmah iaitu hanya RM22,000\u00a0sahaja tanpa insurans untuk transmisi manual.\nIni lebih rendah daripada Perodua Axia transmisi automatik iaitu:\n\n\n\n\n\nAxia 1.0L AV: RM49,500\nAxia 1.0L SE: RM44,000\nAxia 1.0L X: RM40,000\nAxia 1.0L G: RM38,600\n\nMenariknya, harga jualan bagi model ini adalah sama untuk seluruh Malaysia berbanding kebiasaan sebelum ini harga jualan Semenanjung, Sabah dan Sarawak\u00a0yang mana adalah adalah\u00a0berbeza.\nSpesifikasi Kereta\nKetera ini menawarkan beberapa spesifikasi iaitu\n\nEnjin petrol 1.0L 3-silinder\nDitawarkan bagi versi transmisi\u00a0manual\u00a0lima kelajuan\nMempunyai Aircond, Power Steering, dan Power Window\nServis setiap 10,000 KM dan mempunyai warranty sebanyak 5 tahun\nTiada ABS\nDua beg udara\nSistem peringatan tali pinggang keledar\nTerdapat 3 warna ditawarkan\n\nWalaupun model ini hanya datang dengan ciri asas sahaja, namun ia masih lagi menawarkan ciri keselamatan yang baik termasuklah diperakui dengan penarafan 4-bintang Asean NCAP oleh MIROS.\nWarna Kereta \nKereta ini menawarkan 3 warna kepada pengguna iaitu:\n\nIvory White\nGlittering Silver\nGranite Grey\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Axia E, sila layari laman web Produa iaitu https://www.perodua.com.my/our-models/axia.html.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/futureready-ytar/", "title": "FutureReady YTAR: Program Peningkatan Kemahiran Belia B40", "body": "\n\n\n\n\n\nBelia B40 yang terdiri daripada pelajar prasiswazah, siswazah, dan graduan menganggur dari universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh MQA adalah dialu-alukan untuk memohon Program FutureReady Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR).\nFutureReady adalah program yang dilaksanakan dengan kerjasama Accenture Malaysia bertujuan membantu belia B40 berkembang maju dalam pasaran pekerjaan yang kompetitif pada waktu ini.\nMelalui program ini, belia akan berpeluang meningkatkan kemahiran dalam bidang utama yang diperlukan untuk kerjaya yang berjaya dalam industri perkhidmatan profesional.\nMereka yang berminat untuk menyertai program ini boleh membuat permohonan sebelum 12 Ogos 2022, 11.59 malam.\n\nSebab Menyertai\nAntara sebab belia perlu menyertai program ini adalah seperti:\nBelajar menyelesaikan masalah seperti perundingAkses kepada bimbingan dan rangkaian dengan profesional korporatPeluang memenangi geran pengajian sebanyak RM 150,000\nTempoh Program\nProgram ini akan dilaksanakan selama 4 bulan iaitu pada bulan September hingga Disember yang merangkumi kandungan khusus, latihan praktikal dan bimbingan secara peribadi bagi mempelajari mengenai perunding teknologi moden. \n\n\n\n\nPada akhir program, pelajar ini akan menjalani cabaran kajian kes, yang mana mereka akan diminta mengemukakan penyelesaian mereka kepada panel hakim yang terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi dari Accenture Malaysia dan Yayasan Tunku Abdul Rahman.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia daripada universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Mengikuti Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana kursus kecuali Perubatan, Farmasi dan Pergigian. YTAR akan mengutamakan pelajar Ijazah Sarjana Muda tahun akhir, pelajar Sarjana tahun akhir dan graduan menganggur.Memiliki PNGK 3.0 dan ke atas dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang tinggi.Datang daripada komuniti B40 (pendapatan isi rumah RM4,850 ke bawah).\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan berikut http://bit.ly/FutureReadyMY.Klik butang \u2018Apply Here.\u2019Klik butang \u2018Next\u2019 dan isi semua maklumat yang diperlukan.Pastikan semua maklumat diisi.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai program ini, sila layari laman web http://bit.ly/FutureReadyMY.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-yayasan-ump/", "title": "Permohonan Biasiswa Yayasan UMP Program Sarjana", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi program Sarjana sama ada penyelidikan/kerja kursus/mod campuran boleh memohon biasiswa yang ditawarkan menerusi Biasiswa Yayasan UMP.\nYayasan UMP telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2016 oleh Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta\u2019in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri\u2019ayatuddin Al-Mu\u2019azzam Shah Sultan Pahang ke 5. \nYayasan ini ditubuhkan bagi mengumpul dan mengurus dana daripada orang ramai, syarikat dan institusi bagi kegunaan kebajikan mahasiswa UMP serta membiayai program pendidikan, kemasyarakatan dan menyediakan kemudahan pembelajaran tambahan yang digunakan oleh pelajar dan universiti.\nJusteru, pelajar program Sarjana di universiti terbabit yang berminat untuk memohon biasiswa ini boleh membuat permohonan sebelum 31 Mei 2022. \nProgram Pengajian\nProgram pengajian untuk pelajar yang ingin memohon mestilah bagi pengajian sepenuh masa sahaja.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk pelajar memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\ni) Penyelidikan\n\n\n\n\nSkim ini diberikan kepada pelajar tempatan sarjana secara penyelidikan dan Mod Pengajian secara sepenuh masa yang diberikan keutamaan kepada golongan B40.Keutamaan akan diberikan kepada penyelidikan yang berkaitan dengan pendigitalan, pembangunan teknologi baharu atau pembangunan produk baharu.Pelajar yang mendapat skim ini tidak dibenarkan menerima biasiswa atau pembiayaan lain. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:\u2013 Pelajar kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.\u2013 Pelajar kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.Pelajar yang sedang dalam pengajian layak memohon biasiswa ini jika masih mempunyai baki pengajian yang layak ditaja sekurang-kurangnya 6 bulan.Tempoh tajaan biasiswa ini bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran bagi pelajar yang belum memulakan pengajian.Jika pelajar memohon biasiswa di akhir sesuatu semester, pelajar akan ditaja mulai semester berikutnya.\n\nii) Kerja Kursus dan Mod Campuran\nSkim ini diberikan kepada pelajar tempatan sarjana secara Kerja Kursus atau Mod Campuran dan pengajian secara sepenuh yang diberikan keutamaan kepada golongan B40.Keutamaan akan diberikan kepada penyelidikan yang berkaitan dengan pendigitalan, pembangunan teknologi baharu atau pembangunan produk baharu.Pelajar yang mendapat skim ini tidak dibenarkan menerima biasiswa atau pembiayaan lain. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:\u2013 Pelajar kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.\u2013 Pelajar kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.Pelajar yang sedang dalam pengajian layak memohon biasiswa ini jika masih mempunyai baki pengajian yang layak ditaja sekurang-kurangnya 12 bulan.Tempoh tajaan biasiswa ini bermula pada semester semasa bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian atau mengikut surat tawaran bagi pelajar yang belum memulakan pengajian.Jika pelajar memohon biasiswa di akhir sesuatu semester, pelajar akan ditaja mulai semester berikutnya.\n\nCara Memohon\nPelajar boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut iaitu: \nSila layari pautan permohonan berikut iaitu:\u2013 Penyelidikan: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSclHDhrpeqYrHY95IF5f7yaCX0iC1j3rAvnERGZfyAg2Xe8SA/viewform\u2013 Kerja Kursus & Mod Campuran: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdcGN1qJvvXVVsSVijvhNTIJaXqMdGOb2OIyzlhFKEWcR3aKQ/viewformIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Klik butang \u2018Next\u2019 pada setiap paparan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan\nKeputusan Permohonan\nKeputusan permohonan ini dijangka akan diumumkan selepas 45 hari dari tarikh tutup permohonan.\nMana-mana pemohon yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh 45 hari dianggap tidak berjaya. \nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Yayasan UMP boleh dibuat dengan menghubungi pihak IPS di talian 09-431 6958/6779 atau email ke [email\u00a0protected]\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/diskaun-50-pinjaman-pelajaran-yayasan-terengganu/", "title": "Diskaun 50% Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Terengganu kini telah menawarkan diskaun 50% bayaran balik kepada peminjam pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu. \nDiskaun sebanyak 50% ini ditawarkan oleh Yayasan Terengganu sempena sambutan Jubli Emas Yayasan Terengganu 1972 sehingga 2022.\nOleh itu, peminjam yang masih mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu adalah dialu-alukan untuk membuat pembayaran balik pinjaman bagi mendapatkan diskaun ini.\n\nTarikh Pelaksanaan\nPeminjam yang ingin mendapatkan diskaun 50% bayaran balik ini perlu membuat pembayaran balik pinjaman mulai 1 April 2022 sehingga 31 Mei 2022.\nKategori Yang Layak\nSemua kategori pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu adalah layak untuk mendapatkan diskaun ini.\nCara Membuat Bayaran Balik\nUntuk membuat bayaran balik pinjaman ini, terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan iaitu:\ni) Kaunter Bayaran\nPeminjam boleh membuat pembayaran balik pinjman di kaunter bayaran di Yayasan Terengganu atau UTC.\nKaedah pembayaran boleh dibuat sama ada secara tunai/cek/kad debit/kad kredit.\nii) Kaunter BSN\n\n\n\n\nPeminjam juga boleh membuat pembayaran balik melalui kaunter BSN dengan memasukkan no akaun Yayasan Terengganu iaitu 1110029000180947.\niii) Pembayaran Dalam Talian (Internet Banking)\na) Maybank\nLogin ke Maybank2U.Pergi ke bahagian \u2018Pay.\u2019Di bahagian Payee, masukkan New Payee: Yayasan Terengganu.Di bahagian amount, masukkan no kad pengenalan peminjam dan nama peminjam.Klik pay untuk membuat pembayaran.\nb) CIMB Bank\nLogin ke Maybank2U.Klik bahagian \u2018Pay Bills.\u2019CIMB Click: Yayasan Terengganu, masukkan nama dan no kad pengenalan.\nc) BSN\nLogin ke myBSN.Pergi ke bahagian \u2018Bill Payment.\u2019Di bahagian Payment Category: Educational Loan, pilih Loan Yayasan Terengganu. \nd) RHB\nLogin ke RHB Now.Klik bahagian \u2018Other Biller.\u2019Di bahagian Open Payment, pilih Yayasan Terengganu.\ne) Jom Pay\nDi bahagian Biller Code masukkan nombor 2279 dengan:\u2013 Ref 1: No Kad Pengenalan peminjam\u2013 Ref 2: Nama peminjam\nMaklumat Lanjut\nUntuk makluman lanjut mengenai diskaun 50% pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu, sila layari laman web https://yt.gov.my/kbp/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/perbezaan-politeknik-premier-konvensional-metro/", "title": "Perbezaan Politeknik Premier, Konvensional & METrO", "body": "\n\n\n\n\n\nPerbezaan Politeknik Premier, Konvensional & METrO\nPoliteknik merupakan salah satu institusi pendidikan pengajian tinggi yang berasaskan TVET yang mula ditubuhkan pada tahun 1969. \nIni dapat dilihat melalui penubuhan Politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh, Perak di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun tersebut.\nTujuan umum penubuhan politeknik oleh kerajaan adalah bagi memenuhi keperluan pekerja separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan di dalam negara.\nKini, Politeknik Malaysia mempunyai 36 buah kampus di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai bidang.\nJenis Politeknik Di Malaysia\nTerdapat 3 jenis politeknik yang diwujudkan di seluruh Malaysia iaitu:\n\nPoliteknik Premier\nPoliteknik Konvensional\nPoliteknik METrO\n\nDi seluruh Malaysia, terdapat 3 Politeknik Premier, 28 Politeknik Konvensional, dan 5 Politeknik METrO.\nApakah perbezaan ketiga-tiga politeknik ini?\n\nPerbezaan Politeknik Premier, Konvensional & METrO\nPoliteknik Premier\nPoliteknik Premiew adalah politeknik autonomi separa yang mana syarat kemasukan pelajar setara dengan Universiti Awam (UA).\n\n\n\n\nPoliteknik dan bidang yang ditawarkan menerusi Politeknik Premier adalah seperti berikut:\nPoliteknikBidangPoliteknik Ungku Omar (PUO)-Kejuruteraan Perkapalan-Kejuruteraan MekanikalMechanical EngineeringPoliteknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)-Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)-Seni Reka Kreatif dan Reka Bentuk Industri\nPoliteknik Konvensional\nPoliteknik Konvensional menawarkan kepelbagaian program berasaskan keperluan wilayah dan negara.\nLokasi Politeknik Konvensional adalah merentasi seluruh negara dan syarat kemasukan adalah syarat minimum sahaja.\nSenarai Politeknik dan bidang yang ditawarkan adalah seperti berikut: \nPoliteknikBidangPoliteknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)-Teknologi MakananPoliteknik Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah(POLIMAS)-Perancangan Bandar dan WilayahPoliteknik Kota Bharu (PKB)-Ukur BahanPoliteknik Kuching Sarawak (PKS)-Kejuruteraan ProsesPoliteknik Port Dickson (PPD)-Seni BinaPoliteknik Kota Kinabalu (PKK)-Teknologi Berasaskan KayuPoliteknik Seberang Perai (PSP)-Pengurusan Logistik dan Rangkaian -Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)Politeknik Melaka (PMK)-Kejuruteraan Awam (Sistem Bangunan Perindustrian)Politeknik Kuala Terengganu (PKT)-Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)Politeknik Merlimau Melaka (PMM)-Hospitaliti dan PelanconganPoliteknik Sultan Azlan Shah (PSAS)-Kejuruteraan Pembuatan AutomotifPoliteknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)-Kejuruteraan MekatronikPoliteknik Sultan Idris Shah (PSIS)-Teknologi Alam SekitarPoliteknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)-Seni Digital -Pengajian Video dan FilemPoliteknik Muadzam Shah (PMS)-Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)Politeknik Mukah (PMU)-Teknologi Maklumat (Rangkaian)Politeknik Balik Pulau (PBU)Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)Politeknik Jeli Kelantan (PJK)-AgroteknologiPoliteknik Nilai Negeri Sembilan (PNS)-BioteknologiPoliteknik Banting Selangor (PBS)-Kejuruteraan Penyenggaraan PesawatPoliteknik Mersing Johor (PMJ)-Embedded SystemPoliteknik Hulu Terengganu (PHT)-Pengurusan PelanconganPoliteknik Sandakan Sabah (PSS)-AkuakulturPoliteknik Tun Syed Nasir (PTSN)-PetrokimiaPoliteknik Besut Terengganu (PBT)-Teknologi KreatifPoliteknik Bagan Datuk (PBD)-Kejuruteraan PerkapalanPoliteknik Tawau Sabah (PTS)-Pengurusan Pelancongan\nPoliteknik METrO\nPoliteknik METrO menawarkan bidang perkhidmatan berasaskan persekitaran sosio ekonomi masyarakat bandar.Program pembelajaran di Politeknik METrO adalah teradun dengan lokasinya berdekatan dengan pengangkutan awam dan pelbagai kemudahan lain.\nLokasi Politeknik METrO di seluruh negara adalah seperti berikut:\n\nPoliteknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)\nPoliteknik METrO Kuantan (PMKU)\nPoliteknik METrO Johor Bahru (PMJB)\nPoliteknik METrO Betong Sarawak (PMBS)\nPoliteknik METrO Tasek Gelugor(PMTG)\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mengetahui maklumat lanjut mengenai perbezaan program Politeknik di seluruh negara, sila layari laman web https://www.mypolycc.edu.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-yayasan-bursa-malaysia-2021/", "title": "Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia Tahun 2021", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Bursa Malaysia mengalu-alukan pelajar yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan untuk memohon Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2021. \nUntuk makluman, Yayasan Bursa Malaysia telah memberikan biasiswa penuh kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.\nMatlamat biasiswa ini diperkenalkan adalah untuk membantu pelajar-pelajar tersebut menyambung pengajian mereka dan mendapat pendidikan berkualiti di peringkat tinggi.\nPelajar yang berminat untuk memohon Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2021 boleh membuat permohonan sebelum 30 September 2021.\nPrioriti Jurusan\nPrioriti atau keutamaan permohonan diberikan kepada pelajar yang mengambil jurusan\u00a0berikut:\nUndang-undang.Kewangan.Perakaunan.\u00a0Ekonomi.\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia ini adalah seperti berikut iaitu:\n\n\n\n\nPermohonan mestilah berumur di bawah 22 tahun.Pendapatan isi rumah keluarga pemohon mestilah kurang dari RM5,000.Telah mendapat tawaran menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam.\nSyarat Akademik & Kokurikulum\nDi samping syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan iaitu mencapai keputusan sekurang-kurangnya:\nSTPM: Minimum 2A dan 2BA-Levels: Minimum 2A dan 2B; atauMatrikulasi/Program Asasi: CGP 3.5 dan kea atas; danMalaysian University English Test (MUET): Band 4; atauSPM atau O-Levels: Kepujian dalam Matematik dan Bahasa Inggeris.\nBagi kokurikulum pula, syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nSelain itu, pemohon juga perlulah aktif dan aktiviti sukan dan kurikulum dan kelebihan bagi pemohon memegang jawatan tinggi dalam persatuan atau kelab yang pernah disertai.Pelajar perlu mempunyai sahsiah tinggi dan ciri kepimpinan yang baik.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan biasiswa ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nMuat turun borang permohonan iaitu https://www.bursamalaysia.com/sites/5d809dcf39fba22790cad230/assets/5f71619e39fba25ae2882ae5/YBM_Scholarship_2020_Application_Form.docx.Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen sokongan.Hantar dokumen sokongan mlalui email [email\u00a0protected] atau secara pos ke alamat:Bursa Malaysia Berhad,Yayaasn Bursa Malaysia,11th Floor, Exchange Square,Bukit Kewangan,50200, Kuala Lumpur.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu disertakan beserta borang permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa.Salinan keputusan peperiksaan.Salinan sijil aktiviti kokurikulum/testimoni.Salinan ssurat tawaran daripada IPT.Salinan slip gaji terbaru ibu bapa pemohon.\nMaklumat Lanjut\nUntuk makluman lanjut mengenai biasiswa ini, sila layari laman web https://www.bursamalaysia.com/bm/about_bursa/sustainability/yayasan-bursa-malaysia/scholarship.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/mrsm-bitara/", "title": "MRSM Bitara: Subjek, Syarat Umum, Khusus & Lokasi", "body": "\n\n\n\n\n\nSalah satu program Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang ditawarkan kepada pelajar adalah MRSM Bitara.\nUntuk makluman, MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.\n\nMengenai MRSM Bitara\nMRSM Bitara menawarkan pendidikan kepada murid yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi murid (gifted & talented).\nMurid-murid yang mengambil program ini akan melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan murid yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).\nKemudahan Yang Ditawarkan \nMRSM menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pelajar seperti berikut:\n\n\n\n\n\nSurau\nPusat Media\nKedai Koperasi\nRawatan Gigi\nKaunseling\nPerkhidmatan Bas dan Van\nPusat Sumber (berhawa dingin)\nDewan Makan\nPerkhidmatan Dobi\nKawalan Keselamatan\nKemudahan Sukan dan Permainan/Rekreasi\n\nLokasi Sekolah MRSM Bitara\nTerdapat 3 lokasi MRSM yang menawarkan program ini iaitu: \n\nMRSM Taiping, Perak\nMRSM Tun Ghafar Baba, Melaka\nMRSM Pengkalan Chepa, Kelantan\n\nSyarat Umum\nSyarat umum untuk memasuki MRSM bagi program ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nIbu atau bapa adalah warganegara Malaysia.\nMestilah memohon secara online.\nSihat tubuh badan.\nCalon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memasuki MRSM dalam program BITARA ini adalah seperti berikut:\n\nCalon warganegara Malaysia.\nIbu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia.\nCalon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).\nCalon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.\nIbu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.\nKeutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.\n\nMaklumat Lanjut MRSM Bitara\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai MRSM Bitara, sila layari laman web rasmi https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/mrsm/program-sistem-pendidikan-mrsm/#tab-id-2. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/btar/", "title": "Permohonan BTAR 2023: Biasiswa Tunku Abdul Rahman", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda kini boleh membuat permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2023 di bawah Yayasan Tunku Abdul Rahman.\nUntuk makluman, BTAR adalah biasiswa ijazah sarjana muda yang terbuka kepada pelajar yang berpotensi tinggi dan bercita-cita tinggi untuk menyumbang ke arah pembangunan Malaysia dengan menekankan pengembangan diri secara holistik dan berdasarkan nilai-nilai murni. \nPenerima BTAR yang layak akan menjalani program kepimpinan selama 2 tahun untuk memastikan mereka memberikan impak positif kepada masyarakat pada masa kini dan juga masa hadapan.\nPemohon yang berminat untuk memohon biasiswa ini perlu membuat permohonan sebelum 6 Mei 2023.\n\nTentang BTAR 2023\nPenerima yang layak menerima biasiswa ini adalah mendapat bantuan kewangan seperti berikut:\n\nYuran universiti: Penajaan penuh untuk yuran pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang\u00a0diiktiraf oleh MQA.\nElaun bulanan: Pemberian elaun sara pada untuk setiap bulan sepanjang biasiswa.\nElaun tahunan: Elaun tahunan diberi untuk pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap penerima. Elaun alat tulis dan buku teks turut diberikan.\nElaun sekali sepanjang biasiswa: Elaun ini diberikan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun juga tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia).\n\nPenerima biasiswa ini perlu menyertai program kepimpinan yang disediakan merangkumi:\n\n\n\n\n\nMentorship\u2013 Penerima biasiswa akan menerima bimbingan oleh para profesional dan juga alumni tentang kerjaya dan perkembangan diri.\nPeluang pembangunan\u2013 Penerima biasiswa akan menghadiri bengkel dan kem sepanjang 2 tahun untuk mengasah kemahiran kepimpinan, pemikiran kritikal dan kemahiran interpersonal.\nProjek kemasyarakatan\u2013 Sebagai sebahagian daripada perjalanan pembangunan kepimpinan diri, setiap penerima biasiswa perlu mengurus dan menjalankan sebuah projek kemasyarakatan di bawah bimbingan yayasan ini.\u00a0\n\nSyarat Kelayakan\nPemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pemohon seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nUmur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan biasiswa.\nTelah menamatkan pengajian pra-universiti dan mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengajian sarjana muda di mana-mana universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh MQA.\n\nKeutamaan diberikan kepada:\n\nPernah atau sedang menghadapi cabaran yang sukar.\nMenunjukkan potensi kepimpinan dan menunjukkan nilai Yayasan Tunku Abdul Rahman.\nCalon yang datang daripada latar belakang yang mencabar, seperti Orang Kurang Upaya (OKU), calon masyarakat luar bandar dan calon daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM4,850 sebulan.\n\nTatacara Permohonan BTAR 2023\nPermohonan boleh dilakukan dengan mengikuti tatacara permohonan seperti berikut:\n\nLayari laman web https://www.yayasantar.org.my/.\nKlik butang \u2018Apply Now.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.\nMuat naik dokumen sokongan.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik ketika membuat permohonan adalah seperti berikut:\n\nSalinan kad pengenalan.\nSalinan keputusan Pra-U atau semester terkini.\nSurat Tawaran Kemasukan Universiti (jika berkenaan).\nBukti pendapatan seperti penyata pendapatan atau slip cukai pendapatan atau slip gaji ibubapa atau penjaga (3 bulan) atau penyata akaun bank.\nSurat Sokongan/Letter of Recommendation dari pendidik ataupun majikan calon (tidak wajib tetapi digalakkan).\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai BTAR, sila layari laman web www.yayasantar.org.my atau menghubungi Yayasan Tunku Abdul Rahman di talian 03 2283 6063.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/spl-kpm/", "title": "SPL KPM: Login Sistem Pengurusan Latihan Guru", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi mengatasi masalah pertindihan data berkenaan latihan guru dan melancarkan proses pengumpulan maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu sistem iaitu Sistem Pengurusan Latihan (SPL KPM).\nSPL KPM diwujudkan bagi menguruskan rekod latihan guru secara atas talian dan terus dihubungkan kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan juga Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).\nMenerusi sistem ini, ia akan memudahkan proses pengumpulan data dan maklumat berkenaan latihan guru yang dibuat secara atas talian dan bukan lagi secara manual. \n\nKelebihan SPL KPM\nDengan adanya sistem ini, ini akan dapat memberikan beberapa kelebihan seperti berikut:\n\nDapat melaksanakan pemantauan guru dengan lebih berkesan.\nMaklumat dapat diterima dalam tempoh yang singkat.\nSistem ini dapat digunakan di mana sahaja.\nMasa dan kos pemantauan dapat dijimatkan.\nBilangan latihan yang dihadiri oleh guru-guru dapat diperolehi dengan cepat dan tepat. \n\nModul SPL KPM\nSistem ini dibahagikan kepada dua modul utama iaitu Modul SULDP dan Modul Individu:\ni) Modul SULDP\u00a0\nModul SULDP digunakan oleh penyelaras LDP di peringkat Bahagian, Jabatan, PPD dan sekolah bagi tujuan mengurus kursus-kursus yang dilaksanakan secara berkumpulan\u00a0(Schoolbase).\n\n\n\n\nSelain itu modul ini juga bertujuan untuk mengesahkan maklumat\u00a0eProfile\u00a0PPP serta melaporkan kursus-kursus luar dan\u00a0Book Review\u00a0yang dimasukkan pengguna menerusi Modul Individu.\nii) Modul Individu\nModul Individu dibangunkan untuk merekod aktiviti LDP/Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar\u00a0KPM\u00a0disamping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.\nLDP/PPB yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan diperingkat SULDP bagi membolehkan ianya dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa tersebut.\nCara Login SPL\nUntuk mengakses atau login SPL KPM ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web iaitu https://splkpm.moe.gov.my/.\nKlik bahagian \u2018Login Aplikasi.\u2019\nMasukkan\u00a0no kad pengenalan pada ruang yang disediakan.\nMasukkan pula masukkan\u00a0kata laluan\u00a0yang betul.\nKlik pada butang\u00a0\u2018Hantar\u2019\u00a0\nPengguna akan dibawa ke paparan dalaman SPL KPM. \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai SPL KPM, sila layari laman web https://splkpm.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/graduate-excellence-programme-2021/", "title": "GrEP MARA: Permohonan Graduate Excellence Programme 2021", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi PengajianTinggi (IPT) terkemuka dalam dan luar negara menerusi Graduate Excellence Programme (GrEP) 2021. \nGrEP adalah\u00a0pinjaman boleh ubah\u00a0yang ditawarkan oleh MARA kepada graduan cemerlang lepasan Ijazah Sarjana Muda untuk mereka melanjutkan pengajian Pasca Siswazah di IPT dalam atau luar negara.\nBagi pelajar yang berminat dan ingin membuat permohonan, permohonan bagi GrEP 2021 dibuka mulai 21 September hingga 23 Oktober 2021.\n\n \nTempoh Pinjaman\nTempoh pinjaman GrEP bagi pelajar yang layak mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut:\nPeringkat Sarjana: 2 tahunPeringkat Doktor Falsafah: 4 tahun\nSenarai Universiti\nPelajar yang menyambung pengajian di universiti berikut layak untuk membuat permohonan iaitu:\nUniversiti Awam (UA)Government Linked Universities (GLU)\u2013 Universiti Teknologi Petronas\u2013 Universiti Tenaga Nasional\u2013 Universiti MultimediaInstitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)\u2013 Asia Pacific University Of Technology & Innovation\u2013 Asian Institute Of Medicine, Science and Technology\u2013 Berjaya University\u2013 City University\u2013 Help University\u2013 Infrastructure University Kuala Lumpur\u2013 International Medical University\u2013 INTI International University\u2013 KDU University College\u2013 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor\u2013 Lincoln University College\u2013 Mahsa University\u2013 Management & Science University\u2013 Nilai University\u2013 Perdana University\u2013 SEGI University College\u2013 Sunway University\u2013 TATI University College\u2013 Taylors University\u2013 UCSI University\u2013 Universiti Tunku Abdul Rahman\u2013 University of Cyberjaya\u2013 Curtin University Sarawak Malaysia\u2013 Monash University Malaysia\u2013 Newcastle University Medicine Malaysia\u2013 Swinburne University of Technology Sarawak Campus\u2013 University of Nottingham Malaysia\u2013 Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK)\u2013 Universiti Kuala Lumpur\u2013 International Centre for Education in Islamic Finance\u2013 Manipal International University\u2013 Asia Metropolitan University\u2013 Herriot-Watt University Malaysia\u2013 Putra Business School\u2013 Quest International University Perak\u2013 Tunku Abdul Rahman University College\u2013 Widad University College\u2013 Linton University College\u2013 Kpj Healthcare University College\u2013 University College Bestari\u2013 Kuala Lumpur Metropolitan University College\u2013 University College Of Technology Sarawak\nUntuk universiti luar negara pula, pilihan universiti mengikut subjek/program berdasarkan QS World University Ranking:\nKategoriNegaraKedudukanNegara Maju\u2013 United States-United Kingdom20 teratasNegara Membangun\u2013 Denmark\u2013 Sweden\u2013 Norway\u2013 Netherlands\u2013 Finland\u2013 New Zealand\u2013 Switzerland\u2013 Jerman\u2013 Kanada\u2013 Ireland\u2013 Singapura\u2013 Australia\u2013 Perancis\u2013 Jepun\u2013 Portugal\u2013 Republik Czech\u2013 Korea Selatan\u2013 Sepanyol\u2013 Itali10 teratasNegara SedangMembangun\u2013 China\u2013 Taiwan\u2013 India\u2013 Rusia5 teratas\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak untuk memohon GrEP adalah seperti dalam gambar di bawah:\n\n\n\n\n\nSyarat Umum\nPemohon perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan bagi memohon GrEP 2021 iaitu:\nPemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.Had umur pemohon pada 31 Disember 2021 mestilah seperti berikut:\u2013 Peringkat Sarjana dalam negara: Tidak melebihi 40 tahun\u2013 Peringkat Sarjana luar negara: Tidak melebihi 35 tahun\u2013 Peringkat Doktor Falsafah dalam negara : Tidak melebihi 45 tahun\u2013 Peringkat Doktor Falsafah Luar Negara: Tidak melebihi 40 tahunPemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang.Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.Pemohon tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.Pemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.\nSyarat Khusus\nSelain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus seperti berikut:\nPemohon yang menyambung pengajian peringkat Sarjana dalam negara, pemohon mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu.Pemohon yang menyambung pengajian peringkat Sarjana Luar Negara, pemohon mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya dan memperolehi IELTS 6.5.Untuk pengajian peringkat Sarjana Senibina, pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 6 bulan.Pemohon yang pengajian Doktor Falsafah dalam negara, pemohon pemohon perlu memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya.Pemohon yang ingin menyambung pengajian Doktor Falsafah Luar Negara, pemohon perlu memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya dan memperolehi IELTS 6.5.\nSyarat Program\nSelain itu juga, syarat program yang perlu dipenuhi pemohon GrEP 2021 adalah seperti berikut: \nPermohonan dibuka kepada pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2021.Pemohon mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.Pemohon mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara.Pemohon mendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara.Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Permohonan terbuka untuk pengajian secara Sepenuh Masa sahaja mengikut kursus dalam bidang terpilih.\nCara Membuat Permohonan\nUntuk memohon GrEP 2021, para pemohon boleh mengikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web permohonan iaitu https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login.Klik butang \u2018Daftar Sekarang.\u2019Isi setiap butiran yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar Akaun.\u2019Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Isi maklumat permohonan dengan lengkap.Klik butang hantar permohonan.Kemudian, klik link\u00a0https://mypersonaliti.mara.gov.my/ bagi ujian personaliti.Masukkan id pengguna dan kata laluan yang didaftarkan.Pemohon perlu mengikuti ujian personaliti sehingga tamat.\nPermohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 3 bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai GrEP 2021, pemohon boleh menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian atau email berikut:\nGrEP dalam negara: 03-2613 2584/2106/2083 atau [email\u00a0protected]GrEP luar negara: 03-2613 2103/2054 atau [email\u00a0protected]\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-tingkatan-6-sma-terengganu/", "title": "Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 SMA Terengganu 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nJabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah membuka permohonan bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Agama (SMA) Terengganu bagi tahun 2023.\nSMA Terengganu merupakan sekolah yang merangkumi semua Jenis Sekolah Menengah Agama di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu.\nUntuk kemasukan ke Tingkatan 6, tawaran ini dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang mengambil aliran agama dan berminat untuk SMA di negeri tersebut.\nKemasukan ke sekolah ini adalah bagi pelajar untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).\nPelajar yang berminat boleh membuat permohonan segera secara atas talian 27 Jun 2023 (jam 12.00 tengah hari) hingga 13 Julai 2023 (jam 4.00 petang).\n\nPeperiksaan & Sekolah Ditawarkan\nPermohonan ini adalah untuk peperiksaan dan sekolah berikut:\n\nSTPM Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu\nSTPM Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut\nSTAM Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi kemasukan ini adalah:\n\n\n\n\n\nBerumur tidak kurang 17 Tahun dan tidak lebih 20 tahun.\nWarganegara Malaysia dan rakyat Terengganu.\nPelajar-Pelajar Yang Layak Memohon Dari:\u2013 Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT)\u2013 Madrasah Moden Terengganu (MMT)\u2013 Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK Luar Terengganu)\u2013 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)\u2013 Sekolah Menengah Kebangsaan, Kelas Aliran Agama (KAA)\u2013 Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu\u2013 Sekolah Menengah Agama Swasta\nMemenuhi syarat khas kemasukan.\n\nCara Memohon Tingkatan 6 SMA Terengganu\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web http://smaonline.terengganu.gov.my/.\nKlik butang \u2018Permohonan.\u2019\nIsi no kad pengenalan dan klik butang \u2018Hantar/Semak.\u2019\nIsi borang permohonan dengan lengkap.\nKlik butang \u2018Hantar.\u2019\n\nPemohon yang berjaya akan dipanggil untuk mendaftar di sekolah yang dipilih tersebut.\nPemohon yang berjaya juga perlu mencetak surat tawaran, lampiran dan panduan pakaian. \nSekiranyanya pemohon gagal dalam permohonan tersebut, pemohon boleh membuat rayuan.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 6 SMA Terengganu 2023, sila layari laman web http://smaonline.terengganu.gov.my/. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-persekolahan-veteran-atm/", "title": "Bantuan Persekolahan & Kolej Vokasional Veteran ATM 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKeluarga veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai anak yang masih bersekolah termasuklah di Kolej Vokasional Kebangsaan dialu-alukan memohon Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan.\nSkim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan diwujudkan bertujuan bagi membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat sekolah rendah dan menengah berasaskan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan.\nPermohonan bagi skim bantuan ini dibuka sepanjang tahun dan pemohon perlu mengisi borang permohonan yang disediakan.\n\nVeteran ATM\nUntuk makluman, skim bantuan ini hanya dikhususkan kepada anak-anak veteran ATM sahaja.\nVeteran ATM yang dimaksudkan adalah seperti berikut:\n\nBekas anggota tetap ATM.\nBekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya/Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak.\nBekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa (tanpa mengira tempoh khidmat).\nHad umur bagi veteran yang layak dipertimbangkan ialah 45 tahun dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negatif melebihi RM300.00 kecuali hilang upaya/uzur.\nTidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.\n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang ditetapkan menerusi skim bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nSekolah rendah: RM500 setahun\nSekolah menengah dan kolej vokasional kebangsaan: RM700 setahun\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi skim bantuan ini adalah seperti berikut:\n\nVeteran ATM- Pemilik Kad ATM.\nBerpendapatan isi rumah di bawah PGK.\nBalu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan (tidak ditetapkan had umur). Jika berkahwin semula, tidak layak memohon.\nAnak yatim piatu veteran ATM berumur 18 tahun ke bawah dan di bawah 23 tahun jika masih belajar. \nPenjaga (bagi anak yatim veteran ATM yang masih kecil atau penerima bantuan yang daif dari segi mental dan fizikal. \nHanya 1 permohonan sahaja dipertimbangkan. \n\nCara Memohon Bantuan Persekolahan Veteran ATM\nPermohonan skim bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web iaitu https://www.jhev.gov.my/keluarga-dan-orang-tanggungan/meringankan-beban-kewangan?view=article&id=31&catid=14&fbclid=IwAR0y0ZOYd57mSYb2-DbUQPuffLr1odIb7FO2HTdM8tNfGrH-oGPe2wIXxdA.\nKlik butang \u2018Muat Turun.\u2019 dan muat turun borang permohonan.\nIsi borang permohonan dengan lengkap dan betul.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon menetap.\n\nSemua permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\n\nBuku perkhidmatan.\nSijil kematian veteran/pasangan.\nKad veteran.\nMyKad veteran/pasangan/anak.\nSijil lahir/Sijil anak angkat.\nSijil nikah.\nBuku akaun bank.\nMaklumat pendapatan veteran/pasangan.\nAkaun pemohon.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan, sila layari\u00a0https://www.jhev.gov.my/ atau hubungi talian Call Centre JHEV di 03-26976600 atau JHEV Cawangan Negeri berdekatan.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/protege-gees/", "title": "PROTEGE-GEES: Latihan Sambil Bekerja\u00a0RM2000 Sebulan", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan\u00a0PETRONAS\u00a0telah membuka tawaran bagi program latihan sambil bekerja di yayasan tersebut iaitu PROTEGE-GEES.\nUntuk makluman, PROTEGE-GEES adalah program selama 12 bulan menerusi latihan sambil bekerja di Yayasan PETRONAS menerusi Program MySTEP PETRONAS.\nTujuan program ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan baharu untuk mendapatkan pekerjaan jangka panjang atau untuk menubuhkan perniagaan mereka sendiri.\nPemohon yang berminat boleh mengemukakan permohonan sebelum 31 Julai 2022.\n\nKeistimewaan Program\nMereka yang menyertai program ini akan mendapat beberapa keistimewaan seperti:\n\n\n\n\nKemahiran insaniahElaun bulanan sebanyak RM2,000 (termasuk SOCSO dan KWSP).Insurans peribadi kemalangan.12 hari cuti tahunan.Tiket kapal terbang pergi dan balik untuk peserta daripada Malaysia Timur.\nSyarat Kelayakan\nMereka yang ingin memohon perlu memenuhi syarat kelayakan iaitu:\nPemohon ialah warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 26 tahun.Pemohon merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda minimum dengan PNGK minimum 3.0.Pemohon adalah menganggur atau tidak bekerja dalam bidang kelayakan siswazah yang tidak berkaitan.Pemohon tidak menghadiri sebarang program yang sama ditawarkan oleh GLC/syarikat lain.Pemohon mestilah mempunyai Ijazah Pertama daripada bidang:\u2013 Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan\u2013 Sains Aktuari\u2013 Pentadbiran Perniagaan\u2013 Multimedia dan Komunikasi\u2013 Sumber Manusia\u2013 Undang-Undang\nLangkah Memohon\nPemohon yang ingin menyertai program ini boleh menghantar CV kepada pihak Yayasan PETRONAS ke alamat\u00a0[email\u00a0protected].\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai PROTEGE-GEES, layari laman web Yayasan PETRONAS iaitu\u00a0https://www.yayasanpetronas.com.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-bantuan-makanan-pelajar-utm/", "title": "Permohonan Skim Bantuan Makanan Pelajar UTM", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang memerlukan bantuan makanan boleh memohon di bawah Because We Care Chancellor\u2018s Fund (BWCCF) iaitu Skim Bantuan Makanan Pelajar UTM.\nSkim bantuan ini diperkenalkan bagi membantu pelajar-pelajar di UTM yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan makanan.\nInisiatif ini diharap mampu meringankan beban pelajar di UTM untuk mendapatkan makanan dan meningkatkan tumpuan pembelajaran mereka.\nPelajar yang ingin membuat permohonan boleh mengemukakan permohonan segera sebelum 4 April 2022.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan untuk memohon skim bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nTerbuka kepada semua pelajar prasiswazah UTM.Keutamaan kepada pelajar yang memerlukan bantuan makanan.Hanya pelajar yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk sesi temuduga.Pemohon tidak mendapat tajaan daripada mana-mana pihak.Borang permohonan ini mestilah diisi dengan menggunakan huruf besar.Pemohon dikehendaki memberikan butiran/maklumat dengan tepat dan benar.\nCara Memohon\nPermohonan skim bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nKlik link permohonan ini https://forms.gle/GXVD62PQ4DoKmCzcA.Isi maklumat permohonan yang diperlukan.Pastikan semua maklumat diisi.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\nGambarKad matrikSlip gaji terkini penjagaSijil kematian (jika berkaitan)\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan dan permasalahan mengenai Skim Bantuan Makanan Pelajar UTM boleh dikemukakan kepada Bahagian Kemudahan, Kebajikan dan Tatatertib, Pejabat Hal Ehwal Pelajar melalui e-mel [email\u00a0protected] atau di talian 07-5530262, 07-5530567.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/i-gps-inisiatif-graduan-pulang-sarawak/", "title": "i-GPS: Inisiatif Graduan Pulang Sarawak RM300", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Sarawak berpeluang mendapat inisiatif daripada Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (i-GPS).\ni-GPS merupakan inisiatif subsidi tambang penerbangan untuk pelajar Sarawak yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan untuk pulang ke Sarawak. \nInisiatif ini dapat membantu meringankan beban para pelajar untuk pulang ke negeri mereka terutamanya dalam aspek tambang penerbangan.\n\nKadar Bantuan\nPelajar yang layak menerima Inisiatif Graduan Pulang Sarawak akan mendapatsubsidi atau bantuan berjumlah RM300.\nSyarat Kelayakan Inisiatif Graduan Pulang Sarawak\nSyarat kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan inisiatif ini adalah seperti berikut:\n\nSeorang pelajar hanya layak untuk menerima inisiatif ini sebanyak 2 kali sahaja setahun.\nPemohon adalah anak Sarawak yang berusia 18 tahun ke atas pada tarikh penerbangan.\nPemohon masih lagi aktif dan belajar sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam Malaysia yang berdaftar di bawah mana-mana kementerian pada tarikh penerbangan yang dilakukan.\nPerjalanan penerbangan hanya daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan untuk pulang ke Sarawak sahaja.\n\nPermohonan Tidak Layak\nTerdapat 2 keadaan permohonan inisiatif ini tidak layak untuk dipohon iaitu:\n\n\n\n\n\nPenerbangan yang ditaja oleh kerajaan atau agensi berkaitan kerajaan atau mana-mana organisasi lain.\nPerbangan yang ditunda atau dibatalkan oleh syarikat penerbangan.\n\nPanduan Permohonan Inisiatif Graduan Pulang Sarawak\nPermohon yang ingin membuat permohonan perlu mengikuti panduan di bawah:\n\nPemohon boleh membuat permohonan menerusi laman web Yayasan Sarawak https://yayasansarawak.org.my/ atau melalui aplikasi Yayasan Sarawak Student App yang boleh dimuat turun di Google Store atau Apple App Store.\nHantar permohonan dengan lengkap dalam tempoh 60 hari selepas penerbangan dilakukan.\nPermohonan yang tidak lengkap atau lewat akan ditolak tanpa notis.\n\nGaris Masa Permohonan\nGaris masa permohonan bagi inisiatif ini adalah seperti berikut:\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai i-GPS, sila layari laman web https://yayasansarawak.org.my/.\nBaca juga: \n\nTema Hari Guru 2023 (Guru Insani Pemangkin Generasi Madani)\nKonsep ABC KPM: Anak Yang Baik Lagi Cerdik\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jawatan-kosong-guru-kafa-pulau-pinang/", "title": "Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Pulau Pinang 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nJabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah membuka permohonan bagi individu yang ingin memohon jawatan kosong sebagai guru KAFA di negeri tersebut di negeri tersebut bagi tahun 2023.\nKelas KAFA merupakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain yang dijalankan untuk pelajar sekolah rendah bermula Tahun 1 hingga Tahun 6.\nKelas ini adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardhu Ain.\nIndividu yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian sehingga 12 Januari 2023. \n\nObjektif Penubuhan\nUntuk makluman, objektif penubuhan kelas KAFA adalah untuk:\n\nMewujudkan suatu sistem kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain yang kemas, seragam dan bersepadu di seluruh Malaysia.\nMemastikan semua kanak-kanak Islam yang berumur tujuh hingga dua belas tahun di negara ini dapat mempelajari dan boleh menguasai bacaan Al-Quran dengan baik.\nMemastikan semua kanak-kanak Islam di negara ini dapat mempelajari dan mengamalkan perkara-perkara asas fardhu ain.\nMemperkukuh asas pendidikan agama Islam untuk kanak-kanak Islam dalam pendidikan Al-Quran dan Fardhu Ain.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan untuk menjadi seorang guru KAFA di Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia yang menetap di Pulau Pinang sahaja.\nBerumur 18 hingga 40 tahun.\n\nSyarat Akademik\nSelain itu, mereka juga perlu memenuhi syarat akademik iaitu:\n\nMempunyai sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian:\u2013 Bahasa Malaysia\u2013 Pendidikan Islam; atau\u2013 Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah; atau\u2013 Pendidikan Syariah Islamiyah\nMempunyai sijil SPM dengan kelulusan:\u2013 Bahasa Arab Tinggi; atau\u2013 Bahasa Arab Komunikasi\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:\n\nKlik link berikut iaitu https://forms.gle/ouVzeSn9N4Naovd78.\nIsi borang permohonan tersebut dengan lengkap.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nKlik butang \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah:\n\nGambar berukuran passport.\nKad Pengenalan pemohon.\nSijil SPM.\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai jawatan kosong guru KAFA Pulau Pinang, sila hubungi Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang di talian 04-6847000.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tabung-pendidikan-kakitangan-kerajaan-johor/", "title": "Permohonan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Johor 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPenjawat Awam Negeri Johor yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke tahap lebih tinggi dialu-alukan memohon pembiayaan menerusi Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana 2023.\nTabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana merupakan pembiayaan yang ditawarkan kepada Penjawat Awam Negeri Johor yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).\nTabung ini diperkenalkan sejak tahun 2018 bertujuan menggalakkan\u00a0penjawat awam Johor\u00a0melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi. \nProgram bantuan ini digerakkan oleh Permodalan Darul Ta\u2019zim (PDT) dengan Kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).\nPenjawat awam yang berminat boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan mulai 28 Mei hingga 28 Jun 2023.\n\n\n\n\n\nSyarat Am Permohonan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Johor 2023\nSyarat am permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\n\nTerbuka kepada Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Johor (lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dan Badan-badan Berkanun Negeri Johor.\nKhusus untuk kakitangan kumpulan sokongan dan pelaksana sama ada lantikan secara tetap atau kontrak.\nSedang mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa atau separuh masa di Universiti Awam sahaja.\nTiada had umur ditetapkan.\nTempoh mengikuti pengajian mestilah berbaki lebih 2 semester daripada tempoh permohonan.\nPemohon belum pernah menerima Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau bantuan dari mana-mana institusi/agensi/Inisiatif Bantuan Kewangan Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA).\nPemohon mestilah mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.\nPenerima bantuan adalah diwajibkan untuk menyertai program yang melibatkan penyelidikan, pendidikan dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran PDT 5 lima tahun iaitu dari tarikh bantuan di terima.\n\nCara Memohon Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Johor\nPermohonan tabung pendidikan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe0h_da4odLosWR6RFGnTxIeHrIBZxGwqRAl2UIKlomTKnKFA/viewform.\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Submit.\u2019\nKemudian, layari laman web https://www.pdt.com.my/tpkkkppdt/.\nKlik butang \u2018Borang Permohonan.\u2019\nMuat turun borang permohonan tersebut.\nLengkapkan borang permohonan.\nSediakan dokumen-dokumen wajib.\nEmailkan borang permohonan serta dokumen-dokumen wajib ke alamat email [email\u00a0protected]. \n\nDokumen Wajib\nDokumen-dokumen wajib yang perlu disediakan adalah seperti berikut:\n\nSalinan sah surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam.\nSalinan surat pengesahan status perkhidmatan.\nSalinan sah kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkahwin).\nSalinan sah slip gaji pemohon (jika berkahwin-slip gaji pasangan).\nSalinan transkrip akademik/keputusan peperiksaan terkini.\nSijil-sijil kelayakan daripada badan-badan profesional/ikhtisas (jika ada).\nSijil-sijil penyertaan program/aktiviti di peringkat daerah/negeri (jika ada).\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana 2023, sila layari laman web https://www.pdt.com.my/tpkkpdt2022/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/senarai-program-biasiswa-bantuan-kewangan-kpt/", "title": "Senarai Program Biasiswa & Bantuan Kewangan KPT Yang Boleh Dipohon", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar yang akan menyambung pengajian mereka ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam masa terdekat, Kemenetrian Pengajian Tinggi (KPT) menawarkan beberapa biasiswa dan bantuan kewangan yang boleh dipohon oleh para pelajar menjelang sesi pengajian yang akan bermula tidak lama lagi.\nBiasiswa dan bantuan kewangan ini ditawarkan oleh pihak KPT kepada pelajar setiap tahun bagi membantu pelajar yang layak untuk mendapat pencapaian yang lebih cemerlang di IPT kelak.\nPemberian biasiswa dan bantuan kewangan ini diharap mampu dimanfaatkan oleh para pelajar untuk berusaha lebih gigih dan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang pengajian yang dipelajari mereka.\n\nSkim Latihan Bumiputera (SLAB)\nSkim Latihan Bumiputera (SLAB) merupakan penajaan kepada tenaga pengajar akademik Bumiputera bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara. \nSkim ini diwujudkan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Universiti Awam melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.\nPermohonan fasa 4 telah dibuka mulai 9 Ogos sehingga 8 September 2021 namun bagi permohonan skim ini, pihak universiti akan mencalonkan pencalonan kepada pihak KPT sebelum permohonan boleh dilakukan.\nSkim Latihan Akademik (SLAI)\nSkim Latihan Akademik (SLAI) merupakan penajaan kepada tenaga pengajar akademik warganegara Malaysia bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara. \nProgram ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Universiti Awam melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.\nBagi permohonan fasa 4 telah dibuka mulai 9 Ogos sehingga 8 September 2021 tetapi bagi permohonan skim ini, pihak universiti akan mencalonkan pencalonan kepada pihak KPT.\nMyBrainScience\nProgram MyBrainScience merupakan penajaan kepada individu atau orang awam di peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah dalam bidang sains tulen iaitu matematik, fizik, kimia dan biologi) di dalam negara dan universiti terkemuka luar negara atau bertaraf ivy league. \nMatlamat program ini dilaksanakan adalah bagi menghasilkan saintis-saintis muda berjiwa besar dan menghasilkan cendikiawan bertaraf dunia/Nobel Laureate.\nPermohonan bagi program ini telah ditutup iaitu pada 3 Ogos sehingga 12 Ogos 2021 dan penawaran akan dibuat pada Oktober 2021.\nYBM-Atlet Cemerlang IPT\nProgram YBM-Atlet Cemerlang IPT merupakan penajaan kepada atlet yang bergiat aktif dan cemerlang dalam sukan yang diiktiraf KPT/Majlis Sukan Negara (MSN) serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. \nTujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT dan untuk memastikan atlet yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik.\nUntuk program ini, penawaran akan dibuat pada akhir September 2021. \nYBM-Anugerah Tokoh Siswa \nYBM-Anugerah Tokoh Siswa merupakan program penajaan kepada pelajar yang menerima Anugerah Tokoh Siswa sebagai satu galakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana. \nTujuan program ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan akses kepada penerima Anugerah Tokoh Siswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan menyediakan pelapis pemimpin pada masa hadapan.\nBagi program ini, penawaran akan dibuat pada akhir September 2021. \n\n\n\n\nYBM-Pelajar Cemerlang Politeknik\nYBM-Pelajar Cemerlang Politeknik adalah program penajaan kepada pelajar Politeknik lulusan terbaik keseluruhan setiap sesi pengajian yang bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. \nProgram diwujudkan untuk menggalakkan lebih ramai pelajar cemerlang lepasan diploma dari Politeknik yang ditawarkan bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam atau Politeknik dalam bidang TVET.\nPenawaran bagi program ini akan dibuat pada akhir September 2021. \nBantuan Kewangan Asasi IPTA\nBantuan Kewangan Asasi IPTA adalah program penajaan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program Asasi Universiti Awam. \nProgram bantuan kewangan ini diwujudkan adalah untuk pelajar yang datang daripada keluarga B40 dan M40.\nPermohonan bagi program ini masih dibuka sehingga Oktober 2021.\nBantuan Kewangan OKU (BKOKU)\nBantuan Kewangan OKU (BKOKU) merupakan bantuan kepada OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU serta berkebolehan/berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. \nTujuan program ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di Universiti Awam, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT.\n Bagi program ini, permohonan masih dibuka sehingga Oktober 2021.\nProgram Pendidikan Khas (PPK) \nProgram Pendidikan Khas (PPK) adalah bantuan kewangan yang ditawarkan kepada pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa sahaja di Politeknik dan Kolej Komuniti terpilih sahaja. \nPelajar kelainan upaya tersebut merupakan pelajar yang berdaftar di bawah JKM dan mempunyai kad pendaftaran OKU (OKU dalam kategori DE/DD iaitu pendengaran sahaja) dan bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat\u00a0 kelayakan.\nUntuk program ini juga, permohonan masih dibuka sehingga Oktober 2021. \nMalaysian International Scholarship (MIS) \nMalaysian International Scholarship (MIS) merupakan penajaan kepada pelajar antarabangsa yang cemerlang di peringkat akademik dan juga ko-kurikulum. \nMIS merupakan inisiatif Kerajaan khususnya KPT bagi menarik pelajar dari seluruh negara di dunia bagi melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah di Malaysia.\nTemu duga bagi program ini telah dijalankan pada 25 hingga 30 Ogos 2021 dan penawaran akan dilaksanakan pada September 2021. \nPertanyaan Lanjut\nPelajar yang berminat dengan mana-mana program biasiswa dan bantuan kewangan di atas boleh menghubungi pihak KPT iaitu:\nSLAB & SLAI: En Faizul Rahman Bin Sjafri (03-8870634/[email\u00a0protected]).MyBrainScience: Cik Jihan Ajla Binti Mohd Nordin (03-88706341/[email\u00a0protected]).YBM-Atlet Cemerlang IPT, YBM-Anugerah Tokoh Siswa & YBM-Pelajar Cemerlang Politeknik: Puan Nurul Farehah Binti Ab. Aziz (03-88706403/[email\u00a0protected]).Bantuan Kewangan Asasi IPTA: Cik Mariani Binti Mohd Refin (03-88706582/[email\u00a0protected])BKOKU, PPK & Antarabangsa MIS: Puan Farah Diana Binti Zahidi (03-88706375/[email\u00a0protected]).\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.mohe.gov.my/perkhidmatan/biasiswa.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/mrc-scholarship-award/", "title": "Permohonan MRC Scholarship Awards Untuk Pelajar Ijazah Sarjana Muda", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Getah Malaysia atau Malaysian Rubber Council (MRC) mengalu-alukan pelajar Ijazah Sarjana Muda untuk memohon biasiswa iaitu MRC Scholarship Awards.\nUntuk makluman, MRC merupakan agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yang bertanggungjawab untuk mempromosikan getah dan produk getah berkualiti Malaysia di pasaran dunia.\nMRC Scholarship Awards dianugerahkan kepada pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), serta pengajian sarjana muda di universiti-universiti terkemuka di Malaysia.\nBagi mereka yang berminat, permohonan biasiswa ini dibuka sehingga 20 September 2022. \n\nManfaat Biasiswa\nPelajar yang menerima biasiswa ini akan menerima manfaat seperti berikut:\n\n\n\n\nYuran PendidikanElaun Sara HidupPeluang-peluang Latihan IndustriPeluang-peluang Pekerjaan dengan industri setelah tamat pengajian\nBidang Layak Memohon\nBidang yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\nKejuruteraan \u2013 Kimia/Mekanikal/Elektrikal & Elektronik/Perindustrian/Bahan/TenagaSains dan Teknologi PolimerLogistik dan Rantaian BekalanEnvironmental StudiesEkonomi/Pemasaran/Pengajian Perniagaan/Akaun/Analisa StatistikIT/Sains Komputer/Kejuruteraan Sistem KomputerSains Data dan Analitik\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS tempatan.Keputusan akademik yang cemerlang dalam SPM dan STPM atau setara, dan juga program ijazah sarjana muda (jika ada).Sudah mendapat tempat atau sedang mengikuti program ijazah sarjana muda (Tahun 1 atau 2) di IPTA/IPTS.Tidak mendapat sebarang biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah lain.Pelajar yang mempunyai ibu bapa/penjaga daripada industri getah adalah dialu-alukan memohon.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan untuk biasiswa ini adalah seperti berikut:\nLayari laman web https://www.myrubbercouncil.com/scholarships2022/mrcscholaronlineform.php.Klik \u201cCreate Account.\u201dMasukkan no kad pengenalan dan klik \u201cEnter.\u201dMasukkan maklumat yang diperlukan dan klik \u201cEnter.\u201dLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Lengkapkan permohonan biasiswa tersebut.Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai MRC Scholarship Awards, sila berhubung dengan Cik Nur Lina atau En. Adrian di talian 03-2782 2100 atau menghantar emel ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-bantuan-sekolah-negeri-selangor/", "title": "Permohonan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor", "body": "\n\n\n\n\n\nSekolah di Negeri Selangor yang mempunyai kerosakan infrastrutur kini boleh memohon Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor di bawah Inisiatif Peduli Rakyat Kerajaan Negeri Selangor.\nTujuan utama Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor diwujudkan untuk membantu mengekalkan dan menambah baik infrastruktur sekolah kerajaan dan swasta di negeri tersebut.\nProgram bantuan ini diharap dapat menambah baik infrastruktur sekolah di Negeri Selangor dan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di negeri tersebut dapat berjalan dengan baik.\nOleh itu, permohonan program bantuan ini telah dibuka mulai 1 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022 secara atas talian.\n\nSekolah Layak Memohon\nSekolah di Negeri Selangor yang layak memohon program bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nSekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)Sekolah MubalighSekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)Sekolah Agama Rakyat (SAR)/Sekolah Rendah Agama Integrasi (yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor).\nTujuan Bantuan\nBantuan yang dipohon menerusi program bantuan ini mestilah di atas sebab-sebab membaik pulih ataupun membina:\nKantinSurauKelasTandasBumbung BocorDindingSusur GajahPagar SekolahPintu Kelas, TandasGelanggang Bola KeranjangBilik GuruPerpustakaanLongkang/PerparitanMakmal SainsMakmal KomputerBangunan SekolahBangunan AsramaMengecat Bangunan SekolahKerusi/MejaSaluran Paip AirPendawaian ElektrikTingkapLain-lain\nTatacara Permohonan \nPermohonan bantuan ini mestilah dibuat oleh pihak sekolah/Lembaga Pengelola Sekolah/Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.\nTatacara membuat permohonan boleh dilakukan dengan merujuk langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register.Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Log masuk dengan memasukkan kad pengenalan dan kata laluan.Buat permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.\nMaklumat Lanjut\nUntuk penerangan dan maklumat lebih lanjut, sila layari laman web https://ssipr.selangor.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-keputusan-rayuan-kemasukan-ua-stpm-2021/", "title": "Semak Keputusan & Rayuan Kemasukan UA Lepasan STPM/Setaraf 2021", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Setaraf yang telah membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) dalam negara menerusi sistem UPUOnline, semakan keputusan permohonan telah dibuka.\nKementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan STPM/Setaraf yang telah membuat permohonan kemasukan UA boleh membuat semakan keputusan mulai 15 September 2021 pada jam 12.00 tengah hari hingga 25 September 2021 jam 5.00 petang.\nUntuk makluman, KPT sebelum ini telah membuka permohonan kemasukan UA lepasan STPM/Setaraf bagi sesi akademik 2021/2022 melalui sistem UPUOnline pada 4 Januari hingga 31 Mac 2021 yang lalu. \nSistem UPUOnline ialah sistem permohonan kemasukan pelajar ke UA yang diwujudkan oleh KPT bagi permohonan dan rayuan lepasan SPM dan STPM untuk menyambung pengajian mereka ke IPT.\n\nDasar & Kriteria Pemilihan\nDasar pemilihan bagi kemasukan UA lepasan STPM/Setaraf adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.\nKriteria kemasukan yang ditetapkan oleh KPT pula adalah seperti berikut:\nPencapaian akademik dalam peperiksaan STPM/setaraf.Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum.Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian yang dipohon.Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan.Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA.Telah mengambil MUET dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1).Lulus temu duga dan/atau ujian bagi program bertemu duga dan/atau ujian.Program pengajian pilihan calon mengikut keutamaan.Bilangan tempat yang disediakan oleh UA.\nKemasukan Ke UA\nPelajar yang berjaya dalam permohonan akan ditempatkan di 20 UA seluruh negara iaitu:\nUniversiti Malaya (UM)Universiti Sains Malaysia (USM)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Teknologi MARA (UiTM)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Universiti Malaysia Sabah (UMS)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Universiti Utara Malaysia (UUM)Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Universiti Malaysia Pahang (UMP)Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)\nPengesahan Setuju Terima\nPelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA perlu membuat pengesahan setuju terima dan mencetak surat tawaran.\nSurat tawaran tersebut boleh dicetak dalam masa 10 hari mulai 16 September sehingga 25 September 2021 di laman web UA masing-masing.\nCara Membuat Semakan \nPelajar lepasan STPM yang ingin membuat semakan keputusan boleh mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\n\n\n\ni) Laman web\nLayari laman web di pautan berikut iaitu:\u2013\u00a0jpt.utm.my\u2013\u00a0jpt.uum.edu.my\u2013\u00a0jpt.unimas.my\u2013\u00a0jpt.ums.edu.my\u2013\u00a0jpt.umt.edu.myMasukkan no kad pengenalan calon tanpa ada \u2018-\u2018Klik butang \u2018Masuk\u2019 atau \u2018Ok\u2019Keputusan status kemasukan dipaparkan.\nii) Aplikasi UPUPocket\nMuat turun aplikasi UPUPocket di Google Play dan App Store untuk menyemak keputusan kemasukan ke UA. \nPermohonan Rayuan\nBagi pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan, mereka boleh mengemukakan rayuan dalam masa 11 hari iaitu pada 15 September hingga 25 September 2021.\nPermohonan rayuan boleh dibuat melalui pautan\u00a0https://upu.mohe.gov.my.\n\nTawaran Penempatan\nTawaran penempatan bagi lepasan STPM/Setaraf untuk sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.\nDasar pemilihan rayuan pelajar adalah tertakluk kepada tempat kekosongan yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan.\nPertanyaan Lanjut \nUntuk pertanyaan lanjut mengenai kemasukan pengajian ke UA bagi lepasan STPM/Setaraf, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) KPT di talian 03-8870 8200 atau email ke\u00a0[email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tawaran-perkhidmatan-pengendalian-taska-kpm/", "title": "Tawaran Perkhidmatan Pengendalian TASKA KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka tawaran kepada pihak yang berminat untuk melaksanakan perkhidmatan pengendalian Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di KPM.\nTawaran ini dibuka kepada pengusaha TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS).\nBagi pihak yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 31 Oktober 2022, iaitu sebelum\u00a0 12 tengah hari (Isnin).\n\nLokasi TASKA \nLokasi TASKA yang ditawarkan adalah di Aras 3, Blok E12,\u00a0 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kompleks E, 62604 Putrajaya.\nTarikh Lawatan Tapak\nUntuk makluman, tarikh lawatan tapak TASKA ini adalah pada 5 Oktober\u00a02022, iaitu pada hari Rabu jam 3.00 petang.\n\n\n\n\nTatacara Permohonan\nBagi pengusaha yang berminat, mereka dikehendaki mengemukakan dokumen Profil Syarikat yang mengandungi maklumat berikut:\nLatar belakang TASKA.Latar belakang pendidikan majikan dan pekerja TASKA.Sijil-sijil pendaftaran TASKA daripada JKM, SSM / ROS.Sijil menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf JKM dan maklumat suntikan Typhoid untuk pengendali makanan.Mengemukakan modul aktiviti dan pembelajaran termasuk jadual aktiviti harian dan makan minum kanak-kanak.\nSetiap dokumen tersebut perlu dihantar ke alamat:Urus Setia Jawatankuasa Pemilihan TASKA KPM,Unit Pentadbiran,Cawangan Pentadbiran dan Kewangan,Bahagian Khidmat Pengurusan,Aras 8, Blok E8, Kompleks E, Kementerian Pendidikan Malaysia, 62604 Putrajaya.\nPertanyaan Lanjut\nMaklumat lanjut, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.\nSebarang pertanyaan dan borang berhubung tawaran perkhidmatan TASKA KPM, sila hubungi:\nPuan Nurul Akmar Rasli- 03-8884 6191Puan Maria Ab Rahman- 03-8884 6062Puan Nadhirah Abd Latiff- 03-8884 6095\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ytm-future-leaders-scholarship-2022/", "title": "YTM Future Leaders Scholarship 2022: Biasiswa Pelajar MMU & IPTA", "body": "\n\n\n\n\n\nPermohonan YTM Future Leaders Scholarship kini dibuka untuk permohonan pengambilan kedua dan eksklusif untuk pelajar Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang kini berada dalam tahun pertama semester pertama 2022.\nUntuk pengetahuan, YTM Future Leaders Scholarship adalah biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan TM kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara. \nMenerusi biasiswa ini, penerima biasiswa akan menjalani Program Pembangunan Berstruktur yang direka khas untuk membentuk individu yang lebih holistik dan menyeluruh serta melengkapkan pemegang biasiswa dengan kemahiran masa hadapan di dalam kedua-dua bidang digital dan kebolehpasaran.\nUntuk pelajar yang berminat, permohonan boleh dibuat sebelum 14 Oktober 2022.\n\nBidang Pengajian\nPelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian berikut layak memohon biasiswa ini iaitu:\n\n\n\n\nTeknologi Maklumat dan DigitalMultimedia Kreatif/Seni SinematikKejuruteraanPengurusanPensijilan Profesional (contoh: ACCA)\nSyarat Am\nSyarat am yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\nPendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan.Pemohon tidak boleh mempunyai adik beradik yang pernah menerima Biasiswa YTM di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).Pemohon dan kedua ibu bapa mestilah warganegara Malaysia.Pemohon pada masa ini tidak menerima sebarang bentuk bantuan kewangan pendidikan daripada sumber lain.\nSyarat Kelayakan\nPelajar yang ingin memohon biasiswa ini perlu memenuhi syarat kelayakan berikut iaitu:\nWarganegara Malaysia dan mempunyai keadaan kesihatan yang baik.Mendapat sekurang-kurangnya 6A (termasuk subjek teras) untuk SPM 2021 atau PNGK 3.0 atau setara untuk keputusan terkini.Tidak melebihi umur 23 tahun pada Disember 2022.Aktif dalam aktiviti kokurikulum.\nTatcara Permohonan\nTatcara permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah di bawah:\nLayari pautan bit.ly/YTMscholarship2022.Klik \u201cApply Now.\u201dKemudian, klik \u201cPermohonan Baru.\u201dPilih biasiswa yang ingin dipohon.Lengkapkan maklumat permohonan dengan lengkap.Hantar permohonan.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai YTM Future Leaders Scholarship, sila hantar hubungi En Khairul Izam di talian 011 3609 8927 atau menghantar emel ke alamat [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kelebihan-tingkatan-6/", "title": "Kelebihan Tingkatan 6 & Syarat Kemasukan", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai beberapa pilihan untuk meneruskan pengajian mereka dan salah satunya adalah memasuki Tingkatan 6.\nUntuk makluman, Tingkatan 6 di Malaysia telah mula beroperasi di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan kira-kira lebih daripada 50 tahun dahulu.\nPada masa tersebut, bilangan kelas Tingkatan 6 yang di tawarkan ialah minimum 2 kelas dan maksimum 22 kelas dengan 2 bidang yang ditawarkan iaitu bidang Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan Bidang Sains.\nNamun mulai tahun 2008, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah penambahbaikan dari segi pengurusan dan fungsi Tingkatan 6 serta kebajikan murid diberi tumpuan untuk mendaikan proses pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6 lebih menarik serta menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif.\nIni kemudiannya membawa kepada pelaksanaan sistem pentaksiran baharu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang dimulakan pada tahun 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.\nKelebihan Tingkatan 6\nAntara kelebihan bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 adalah:\n\nPelajar dibenarkan mengulang semula peperiksaan untuk subjek yang gagal atau tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.\nStruktur pengajian yang merangkumi kemahiran soft skill serta akademik.\nSijil STPM yang diperoleh boleh digunakan memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta terutamanya bagi gred N29 dan ke bawah.\nPelajar lepasan SPM boleh memohon ke Tingkatan 6 sehingga umur 20 tahun.\nPeperiksaan STPM diiktiraf oleh IPT dalam dan luar negara. \n\n\nTempoh Pengajian & Bilangan Semester\nBagi murid yang meyambung pengajian di Tingkatan 6, tempoh pengajian yang akan dilalui adalah adalah selama 1 \u00bd tahun.\nDalam tempoh ini, murid-murid akan menempuh 3 semester iaitu:\n\nSemester 1 yang berlangsung selama 26 minggu merangkumi :\u2013 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)\u2013 Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)\u2013 Peperiksaan Semester 1 (S1)\u00a0\n\n\nSemester 2 yang berlangsung selama\u00a020 minggu merangkumi:\u2013 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)\u2013 Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)\u2013 Peperiksaan Semester 2 (S2)\n\n\nSemester 3 yang merangkumi 26 minggu akan melibatkan pembelajaran seperti:\u2013 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)\u2013 Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)\u2013 Peperiksaan Semester 3 (S3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)\n\nSubjek Pembelajaran\nBagi pelajar Tingkatan 6, sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM. \n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid.\nMulai tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.\n\nPengajian Am\nBahasa Melayu\nBahasa Cina\nBahasa Tamil\nBahasa Arab\nLiterature in English\nKesusasteraan Melayu Komunikatif\nSyariah\nUsuluddin\nSejarah\nGeografi\nEkonomi\nPengajian Perniagaan\nPerakaunan\nMathematics (M)\nMathematics (T)\nInformation and Communications Technology (ICT)\nPhysics\nChemistry\nBiology\nSains Sukan\nSeni Visual\nTahfiz Al-Quran\n\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan bagi Tingkatan 6 adalah terdiri daripada syarat am dan syarat khas.\nSyarat am yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nMurid lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.\nMurid berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa.\n\nSyarat khas pula yang perlu dipenuhi murid adalah seperti berikut:\n\nBidang STEM:\u00a0Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.\nBidang Sains Sosial-Sekolah Menengah Harian: Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.\u2013 Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK):\u00a0Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu\u2019asirah/Turath Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.\u2013 Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu: Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu\u2019asirah/Turath Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.\n\nBagi murid bekeperluan khas, syarat khas yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nBidang STEM: Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.\nBidang Sains Sosial\u2013 Sekolah Menengah Harian- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.\u2013 Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK): Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu\u2019asirah/Turath Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.\u2013 Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu: Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu\u2019asirah/Turath Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.\n\nMaklumat Lanjut Tentang Kelebihan Tingkatan 6\nUntuk maklumat lanjut mengenai Tingkatan 6, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/tingkatan-6.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/asuh-pintar/", "title": "Permohonan Asuh Pintar: Subsidi Yuran Taska RM100 Selangor", "body": "\n\n\n\n\n\nSkim Asuh Pintar (sebelum ini dikenali sebagai SIKEMBAR) merupakan inisiatif yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui YAWAS bagi membantu ibu bapa berpendapatan rendah yang menghantar anak mereka ke taska.\nDengan pelaksanaan skim ini, ini diharap mampu membantu meringankan beban ibu bapa yang menghantar anak mereka ke taska terutamanya mereka yang mempunyai anak-anak yang ramai.\nIbu bapa yang berminat boleh membuat permohonan terus kepada YAWAS secara atas talian dan arikh tutup permohonan skim ini adalah\u00a0pada 15 haribulan setiap bulan\u00a0untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut. \nContohnya untuk permohonan bulan April 2022, permohonan wajib dihantar sebelum atau pada 15 April 2022. \n\nJumlah Subsidi\nJumlah subsidi yang akan diberikan kepada ibu bapa yang layak adalah sebanyak RM100 setiap bulan bagi anak-anak mereka yang berusia 4 tahun dam ke bawah. \nSubsidi bantuan bayaran yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau nurseri yang berdaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). \nTaska Yang Berdaftar\nIbu bapa perlu memastikan taska untuk anak-anak mereka adalah berdaftar dengan JKM untuk melayakkan mereka mendapat skim bantuan ini. \nSenarai taska yang berdaftar boleh dirujuk melalui pautan https://asuhpintarv2.yawas.my/web/taska.php\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan skim bantuan ini adalah seperti berikut:\nPemohon mestilah warganegara Malaysia sama ada:\u2013 Dilahirkan dan menetap Di Selangor;\u00a0atau\u2013 Tidak dilahirkan di Selangor tetapi telah menetap secara sah di Selangor sekurang-kurangnya 5 Tahun (pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari Ketua Kampung/Pengerusi Taman Perumahan di tempat pemohon menetap).Syarat pendapatan isi rumah pemohon mestilah RM 5000 ke bawah.Suami dan isteri mestilah berkerjaMempunyai anak yang berumur 4 tahun dan ke bawahPermohonan terhad kepada 2 orang anak sahajaTaska tersebut mestilah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Ibu dan bapa adalah pengundi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).\nTatacara Permohonan\nPermohonan skim bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web YAWAS iaitu https://asuhpintarv2.yawas.my/web/.Klik bahagian \u2018Permohonan Online.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Semak.\u2019Jika nama tiada dalam rekod, klik butang \u2018Pendaftaran Baru.\u2019Lengkapkan permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.Klik butang \u2018Daftar\u2019 jika semua maklumat telah diisi dan buat cetakan.Sediakan dokumen sokongan dengan lengkap.Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut:Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,Lot 4, Jalan Platinum 7/52,Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000 Shah Alam, Selangor.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang lengkap perlu dihantar kepada pihak YAWAS bagi melengkapkan permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan sijil kelahiran anak yang dipohon.Salinan MyKad Ibu.Salinan MyKad Bapa.Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah).Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja/ suri rumah).Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor).Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.\nMaklumat Lanjut\nLayari laman web Asuh Pintar iaitu https://asuhpintarv2.yawas.my/web/ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim bantuan ini. \nSkim Asuh Pintar (sebelum ini dikenali sebagai SIKEMBAR) merupakan inisiatif yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui YAWAS bagi membantu ibu bapa berpendapatan rendah yang menghantar anak mereka ke taska.\nDengan pelaksanaan skim ini, ini diharap mampu membantu meringankan beban ibu bapa yang menghantar anak mereka ke taska terutamanya mereka yang mempunyai anak-anak yang ramai.\nIbu bapa yang berminat boleh membuat permohonan terus kepada YAWAS secara atas talian dan arikh tutup permohonan skim ini adalah\u00a0pada 15 haribulan setiap bulan\u00a0untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut. \nContohnya untuk permohonan bulan April 2022, permohonan wajib dihantar sebelum atau pada 15 April 2022. \nJumlah Subsidi\nJumlah subsidi yang akan diberikan kepada ibu bapa yang layak adalah sebanyak RM100 setiap bulan bagi anak-anak mereka yang berusia 4 tahun dam ke bawah. \nSubsidi bantuan bayaran yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau nurseri yang berdaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). \nTaska Yang Berdaftar\nIbu bapa perlu memastikan taska untuk anak-anak mereka adalah berdaftar dengan JKM untuk melayakkan mereka mendapat skim bantuan ini. \n\n\n\n\nSenarai taska yang berdaftar boleh dirujuk melalui pautan https://asuhpintarv2.yawas.my/web/taska.php\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan skim bantuan ini adalah seperti berikut:\nPemohon mestilah warganegara Malaysia sama ada:\u2013 Dilahirkan dan menetap Di Selangor;\u00a0atau\u2013 Tidak dilahirkan di Selangor tetapi telah menetap secara sah di Selangor sekurang-kurangnya 5 Tahun (pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari Ketua Kampung/Pengerusi Taman Perumahan di tempat pemohon menetap).Syarat pendapatan isi rumah pemohon mestilah RM 5000 ke bawah.Suami dan isteri mestilah berkerjaMempunyai anak yang berumur 4 tahun dan ke bawahPermohonan terhad kepada 2 orang anak sahajaTaska tersebut mestilah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Ibu dan bapa adalah pengundi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).\nTatacara Permohonan\nPermohonan skim bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web YAWAS iaitu https://asuhpintarv2.yawas.my/web/.Klik bahagian \u2018Permohonan Online.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Semak.\u2019Jika nama tiada dalam rekod, klik butang \u2018Pendaftaran Baru.\u2019Lengkapkan permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.Klik butang \u2018Daftar\u2019 jika semua maklumat telah diisi dan buat cetakan.Sediakan dokumen sokongan dengan lengkap.Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut:Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,Lot 4, Jalan Platinum 7/52,Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000 Shah Alam, Selangor.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang lengkap perlu dihantar kepada pihak YAWAS bagi melengkapkan permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan sijil kelahiran anak yang dipohon.Salinan MyKad Ibu.Salinan MyKad Bapa.Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah).Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja/ suri rumah).Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor).Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.\nMaklumat Lanjut\nLayari laman web Asuh Pintar iaitu https://asuhpintarv2.yawas.my/web/ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim bantuan ini. \nYayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah membuka permohonan bagi ibu bapa yang ingin mendapatkan subsidi yuran taska menerusi Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar).\nSkim Asuh Pintar (sebelum ini dikenali sebagai SIKEMBAR) merupakan inisiatif yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui YAWAS bagi membantu ibu bapa berpendapatan rendah yang menghantar anak mereka ke taska.\nDengan pelaksanaan skim ini, ini diharap mampu membantu meringankan beban ibu bapa yang menghantar anak mereka ke taska terutamanya mereka yang mempunyai anak-anak yang ramai.\nIbu bapa yang berminat boleh membuat permohonan terus kepada YAWAS secara atas talian dan arikh tutup permohonan skim ini adalah\u00a0pada 15 haribulan setiap bulan\u00a0untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut. \nContohnya untuk permohonan bulan April 2022, permohonan wajib dihantar sebelum atau pada 15 April 2022. \nJumlah Subsidi\nJumlah subsidi yang akan diberikan kepada ibu bapa yang layak adalah sebanyak RM100 setiap bulan bagi anak-anak mereka yang berusia 4 tahun dam ke bawah. \nSubsidi bantuan bayaran yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau nurseri yang berdaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). \nTaska Yang Berdaftar\nIbu bapa perlu memastikan taska untuk anak-anak mereka adalah berdaftar dengan JKM untuk melayakkan mereka mendapat skim bantuan ini. \nSenarai taska yang berdaftar boleh dirujuk melalui pautan https://asuhpintarv2.yawas.my/web/taska.php\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan skim bantuan ini adalah seperti berikut:\nPemohon mestilah warganegara Malaysia sama ada:\u2013 Dilahirkan dan menetap Di Selangor;\u00a0atau\u2013 Tidak dilahirkan di Selangor tetapi telah menetap secara sah di Selangor sekurang-kurangnya 5 Tahun (pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari Ketua Kampung/Pengerusi Taman Perumahan di tempat pemohon menetap).Syarat pendapatan isi rumah pemohon mestilah RM 5000 ke bawah.Suami dan isteri mestilah berkerjaMempunyai anak yang berumur 4 tahun dan ke bawahPermohonan terhad kepada 2 orang anak sahajaTaska tersebut mestilah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Ibu dan bapa adalah pengundi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).\nTatacara Permohonan\nPermohonan skim bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web YAWAS iaitu https://asuhpintarv2.yawas.my/web/.Klik bahagian \u2018Permohonan Online.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Semak.\u2019Jika nama tiada dalam rekod, klik butang \u2018Pendaftaran Baru.\u2019Lengkapkan permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.Klik butang \u2018Daftar\u2019 jika semua maklumat telah diisi dan buat cetakan.Sediakan dokumen sokongan dengan lengkap.Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut:Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,Lot 4, Jalan Platinum 7/52,Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000 Shah Alam, Selangor.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang lengkap perlu dihantar kepada pihak YAWAS bagi melengkapkan permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan sijil kelahiran anak yang dipohon.Salinan MyKad Ibu.Salinan MyKad Bapa.Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah).Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja/ suri rumah).Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor).Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.\nMaklumat Lanjut\nLayari laman web Asuh Pintar iaitu https://asuhpintarv2.yawas.my/web/ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim bantuan ini. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-kemasukan-ipt-anak-veteran-atm/", "title": "Permohonan Bantuan Kemasukan IPT Anak Veteran ATM 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi anak-anak veteran ATM yang melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA) atau IPTS, anda boleh membuat permohonan iaitu Bantuan Kemasukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM).\nUntuk makluman, Bantuan Kemasukan IPT diwujudkan oleh JHEV ATM untuk meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke UA atau IPTS bagi anak-anak Veteran ATM sebagai memberi galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.\nBantuan kemasukan ini dikhususkan kepada anak-anak veteran ATM yang menyambung pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama.\nPemohon yang ingin membuat permohonan boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan.\n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang ditawarkan menerusi bantuan kemasukan ini adalah seperti berikut: \n\n\n\n\n\nPeringkat Diploma: RM1,000.\nPeringkat Ijazah Pertama: RM1,500.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:\n\nMestilan Veteran ATM:\u2013 Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia\u2013 Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya/Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak\u2013Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa\nTidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.\nKelayakan anak yang menyambung pelajaran:\u2013 Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran/kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi.\u2013 Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama ditawarkan didalam negara sahaja.\u2013 Semua permohonan Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada\u00a030 September\u00a0setiap tahun. Ini adalah untuk memastikan pembayaran dapat dibuat pada tahun semasa tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa.\u00a0\u2013 Setiap anak hanya layak menerima\u00a0satu bantuan\u00a0sahaja sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.\u2013 Semua kursus pengajian di IPT luar Negara\u00a0tidak layak\u00a0dipertimbangkan.\u2013 Semua kursus pengajian professional tidak layak\u00a0dipertimbangkan.\u2013 Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah\u00a0tidak layak.\n\nCara Memohon\nPermohonan bantuan kemasukan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web https://www.jhev.gov.my/keluarga-dan-orang-tanggungan/meringankan-beban-kewangan?view=article&id=32&catid=14&fbclid=IwAR32Q6tzBKtjf9VNe7MtkNr5EyRlcMcdJjG32YmzX22SLt1AWg2vSWzdSAk.\nKlik butang \u2018Muat Turun.\u2019 dan muat turun borang permohonan.\nIsi borang permohonan dengan lengkap dan betul.\nSediakan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.\nHantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon menetap.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada Pejabat JHEV Cawangan adalah seperti berikut:\n\nBuku perkhidmatan.\nSijil kematian veteran/pasangan.\nKad veteran.\nMyKad veteran/pasangan/anak.\nSijil lahir/Sijil anak angkat.\nSijil nikah.\nBuku akaun bank.\nTawaran kemasukan ke IPT dan resit pembayaran. \nAkaun pemohon.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Kemasukan IPT, sila layari https://www.jhev.gov.my/ atau whatsapp ke talian 016-740 0182. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/iljtm-2023/", "title": "ILJTM 2023: Permohonan Kemasukan ILP, ADTEC & JMTI", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi individu yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang TVET bagi kemasukan Februari 2023, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mengalu-alukan kepada semua pelajar lepasan SPM dan SKM/ST yang ingin melanjutkan pengajian ke Program TVET di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).\nILJTM merupakan institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang menawarkan program TVET yang menawarkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan.\nUntuk makluman, terdapat 3 ILJTM yang menawarkan program TVET iaitu:\n\nJapan-Malaysia Technical Institute (JMTI)\nPusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)\nInstitut Latihan Perindustrian (ILP)\n\nOleh itu, individu yang berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke ILJTM bagi sesi Februari 2023 mulai 30 Oktober 2022 sehingga 28 November 2022.\n\nKeistimewaan Yang Diperoleh\nPelajar yang menyambung pengajian di ILJTM akan memperolehi beberapa keistimewaan seperti:\n\n\n\n\n\nKemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).\nYuran pengajian, penginapan, makan dan minum adalah percuma serta elaun bulanan sebanyak RM100 bagi program Sijil.\nYuran pengajian, penginapan, makan dan minum adalah percuma serta elaun bulanan sebanyak RM300 bagi pelajar OKU.\n\nBidang Yang Ditawarkan\nBidang yang ditawarkan menerusi pengajian di ILJTM adalah seperti berikut:\n\nKimpalan\nPengangkutan\nPerkhidmatan Kejuruteraan\nPembuatan\nPenyenggaraan Elektrik\nElektronik\nPercetakan\nSivil\nICT\nPengeluaran Produk\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut iaitu:\n\nLayari laman web permohonan iaitu http://www.jtm.gov.my/2015v3/index.php/ms/permohonaniljtm.\nPilih dan klik butang sama ada \u2018Lepasan SPM\u2019 atau \u2018Lepasan SKM/ST.\u2019\nJika pemohon daripada lepasan SPM, pilh tahun menduduki SPM dan klik butang \u2018Seterusnya.\u2019\nMasukkan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Seterusnya.\u2019\nPilih kursus dan buat permohonan sehingga selesai.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai permohonan ke ILJTM, sila layari laman web https://www.jtm.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kpm-etextbook-reader/", "title": "KPM eTextBook Reader: Buku Teks Digital Sekolah KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nMurid-murid di sekolah rendah atau menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini boleh mengakses buku teks digital yang disediakan oleh KPM secara atas talian iaitu KPM eTextBook Reader. \nKPM eTextBook Reader dibangunkan oleh KPM menerusi Perbadanan Kota Buku (PKB) bagi memudahkan murid di bawah KPM mendapatkan buku teks sekolah secara digital.\nSistem ini akan membantu murid memuat turun buku teks digital melalui penyediaan piawaian fail EPUB iaitu format fail standard terbuka untuk buku digital yang lebih ringan dan serasi dengan peranti mudah alih.\nTambahan pula, sistem ini bukan hanya boleh diakses melalui laman web tetapi juga boleh diakses melalui aplikasi yang terdapat di Google Play Store dan Apple App Store secara percuma. \n\nAkses Melalui Laman Web \n KPM eTextBook Reader diakses melalui laman web melalui langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web iaitu https://textbook.moe.gov.my/login.\nLogin menggunakan ID dan kata laluan yang diperoleh melalui pihak sekolah.\nKlik butang \u2018Log Masuk.\u2019\nPilih sekolah dan mata pelajaran yang diingini.\n\nAkses Melalui Aplikasi \nPengguna juga boleh memuat turun melalui aplikasi ini melalui Google Play Store atau Apple App Store seperti langkah-langkah berikut:\n\nBuat carian KPM eTextbook Reader di Google Plat Store dan Apple App Store atau melalui pautan:\u2013 Download melalui Google PlayStore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kotabuku.kpm&hl=en&gl=US|\u2013 Download App Store: https://apps.apple.com/my/app/kpm-etextbook-reader/id889928729\nInstall aplikasi tersebut di telefon bimbit. \nLogin menggunakan ID dan kata laluan yang diperoleh melalui pihak sekolah.\nKlik butang \u2018Log Masuk.\u2019\nPilih sekolah dan mata pelajaran yang diingini.\n\nAkses Melalui DELIMa\nIbu bapa dan murid juga boleh mengakses buku teks digital ini melalui laman web DELIMa iaitu laman web rasmi yang dioperasikan oleh KPM.\n\n\n\n\nDELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia yang merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.\nPlatform ini merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga murid untuk belajar secara dalam talian.\nSeperti MOE Digital Learning (Google Classroom), DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini dan guru serta murid boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan.\nUntuk mengakses buku teks digital ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari ke laman web https://delima.moe-dl.edu.my/.\nSila login menggunakan akaun Google yang dibekalkan oleh sekolah (Contoh: [email\u00a0protected]).\nKlik pada ikon \u2018Murid.\u2019\nKlik pada \u2018Buku Teks Digital.\u2019\nPilih subjek buku teks yang diingini. \nPengguna boleh melakukan preview atau download sebagai fail PDF seperti dalam pautan https://drive.google.com/file/d/1hvWeOk-PvX0B_-A41UMKcBfL4AqJBS-c/view\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai KPM eTextBook Reader, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ytl-foundation-scholarship-programme-2022/", "title": "Permohonan YTL Foundation Scholarship Programme 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) boleh memohon biasiswa menerusi YTL Foundation Scholarship Programme 2022.\nYTL Foundation Scholarship Programme adalah biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi mereka di IPTA atau IPTS tempatan. \nSetiap tahun, pihak YTL telah memberikan seramai 30 pelajar yang layak menerusi program biasiswa ini.\nPemohon yang berminat untuk mendapatkan biasiswa ini boleh membuat permohonan sehingga 31 Mac 2022.\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nKejuruteraan awamKejuruteraan ElektrikKejuruteraan mekanikalUkur BahanPengurusan Projek Pembinaan dan kursus berkaitan pembinaan lainIjazah berkaitan Kewangan dan PerniagaanSeni dan Reka BentukPerakaunanSains Komputer\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon bagi memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\nPemohon mestilah daripada keluarga yang berpendapatan rendah.Pemohon mestilah warganegara Malaysia.Mod pengajian pemohon adalah sepenuh masa.Mempunyai rekod khidmat masyarakat/persatuan yang baik.6) Diterima ke institusi akademik yang baik.\nPemohon mestilah mempunyai keputusan akademik yang baik dalam kriteria berikut:\nLepasan PengajianGred MinimumSPM /IGSCE7ASTPM/Matrikulasi/Asasi3A/CGPA 3.7/Purata B+ \u2018A\u2019 Level2AIB33 Mata\nTatacara Permohonan\nPemohon yang ingin membuat permohonan perlu mengikuti tatacara permohonan iaitu:\nLayari pautan permohonan berikut https://fs10.formsite.com/YTLF/form6/index.html.Baca maklumat biasiswa sebelum membuat permohonan.Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.Klik butang \u2018Submit\u2019 setelah selesai.Muat naik dokumen yang diperlukan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan.Salinan salinan kad pengenalan penjamin yang dicadangkan.Salinan sijil (PMR, SPM, Matrikulasi, IGCSE/STPM/A-Level).Surat tawaran atau setaraf dengannya dari universiti.Slip bayaran yuran. Penyata Cukai Pendapatan untuk bapa dan ibu (jika bekerja). Jika telah bersara, sila serahkan set penyata yang terakhirGambar Bersaiz Pasport2 Pengadil (sekurang-kurangnya seorang harus menjadi pengadil akademik)CV /ResumeEsei mengenai diri sendiri untuk dimuat naik dalam format Microsoft Word (tidak kurang daripada 1,000 patah perkataan).\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai YTL Foundation Scholarship Programme 2022, sila layari laman web https://www.ytlfoundation.org/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ebeliarahmah/", "title": "eBeliaRahmah: Pendaftaran eWallet RM200 Mulai 26 Jun", "body": "\n\n\n\n\n\nBelia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula membuat pendaftaran bagi program eBeliaRahmah.\nDalam Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari yang lalu, salah satu inisiatif yang diumumkan kepada golongan belia adalah pemberian eBeliaRahmah sebanyak RM200 kepada belia berusia 18 hingga 20 tahun.\nPemberian inisiatif ini akan melibatkan peruntukan kerajaan persektuan sebanyak RM400 juta.\nInisiatif ini selain membantu meringankan beban kos sara hidup belia, pemberian ini juga akan menggalakkan penggunaan eWallet untuk menjalankan transaksi pembelian.\nIni merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM388.1 bilion.\n\nInisiatif eBeliaRahmah\nUntuk makluman, ini juga telah dijalankan sebelum ini pada setiap tahun khusus kepada golongan belia.\nDalam Belanjawan 2022 sebagai contoh, kerajaan sebelum ini juga telah mengumumkan pelaksanaan ePemula berjumlah RM200 kepada belia 18 tahun sehingga 20 tahun yang layak.\nPenyedia Perkhidmatan\nInisiatif ini akan melibatkan 3 penyedia perkhidmatan eWallet yang akan terlibat iaitu:\n\n\n\n\n\nTouch \u2018n Go eWallet\nBoost\nSetel\n\nPenerima Yang Layak\nSetakat ini, penerima yang layak untuk menerima inisiatif ini adalah belia yang berumur 18 hingga 20 tahun.\nSelain itu, mereka juga perlulah berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi di Malaysia.\nCara Mendaftar\nPendaftaran boleh dilakukan melalui aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel dan Touch \u2018n Go eWallet.\u00a0\nTempoh pendaftaran dan tuntutan insentif adalah mulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023, manakala kredit serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara \u2018offline\u2019 sehingga 31 Ogos 2023.\nInsentif Tambahan\nKredit RM200 ini juga boleh dimanfaatkan di peruncit/peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu eWallet yang terlibat dalam program ini dan ianya tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan.\nSelain bantuan RM200 dalam bentuk kredit eWallet daripada Kerajaan,\u00a0penyedia perkhidmatan eWallet terlibat turut akan memberikan insentif tambahan\u00a0dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback) atau diskaun mata ganjaran (rewards points) sepanjang tempoh program ini.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai eBeliaRahmah, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/ebeliarahmah.html.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-matematik-tingkatan-3/", "title": "Buku Teks Matematik Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku teks Matematik Tingkatan 3 ini diterbitkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). \nBuku ini terdiri daripada 9 bab yang disusun dan dirancang secara sistematik berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tingkatan 3.\nPada permulaan bab, murid akan diperkenalkan kepada bahan rangsangan yang berkaitan dengan kehidupan harian untuk merangsang pemikiran murid tentang konsep sesuatu topik.\nDi samping itu, Standard Kandungan dan daftar kata turut disertakan untuk memberikan gambaran ringkas tentang kandungan bab.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Indeks\n\nTatatanda Indeks \nHukum Indeks\n\nii) Bab 2 Bentuk Piawai\n\nAngka Bererti\nBentuk Piawai\n\niii) Bab 3 Matematik Pengguna: Simpanan dan Pelaburan, Kredit dan Hutang\n\nSimpanan dan Pelaburan\nPengurusan Kredit dan Hutang\n\niv) Bab 4 Lukisan Berskala\n\n\n\n\n\nLukisan Berskala\n\nv) Bab 5 Nisbah Trigonometri\n\nSinus, Kosinus dan Tangen bagi Sudut Tirus dalam Segi Tiga Bersudut Tegak\n\nvi) Bab 6 Sudut dan Tangen bagi Bulatan\n\nSudut pada Lilitan dan Sudut Pusat yang Dicangkum oleh Suatu Lengkok \nSisi Empat Kitaran \nTangen kepada Bulatan\nSudut dan Tangen bagi Bulatan\n\nvii) Bab 7 Pelan dan Dongakan \n\nUnjuran Ortogon \nPelan dan Dongakan\n\nviii) Bab 8 Lokus dalam Dua Dimensi \n\nLokus \nLokus dalam Dua Dimensi\n\nix) Bab 9 Garis Lurus \n\nGaris Lurus\n\nMuat Turun Buku Teks Matematik Tingkatan 3\nBuku Teks Digital Matematik Tingkatan 3 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBuku-Teks_Matematik-Tingkatan-3Download\nUntuk memuat turun keseluruhan buku teks digital dari Portal DELIMA, sila rujuk pautan berikut:\n\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/senarai-mrsm-terbaik-malaysia-spm-2022/", "title": "Senarai MRSM Terbaik Malaysia (Berdasarkan Ranking SPM 2022)", "body": "\n\n\n\n\n\nLazimnya, senarai kedudukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) terbaik di Malaysia ditentukan menerusi ranking terkini di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terbaharu.\nUntuk makluman, MRSM merupakan institusi pendidikan di bawah MARA yang ditubuhkan pada Februari 1972.\nInstitusi pendidikan ini ditubuhkan untuk memberikan kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada murid-murid Bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.\n\nProgram Pendidikan MRSM\nProgram pendidikan MRSM terbahagi kepada 6 program iaitu:\n\nMRSM Program Premier\nMRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)\nMRSM Program Ulul Albab\nMRSM Program Teknikal\nMRSM Program IB-MYP\nMRSM Program Bitara\n\ni) MRSM Program Premier\nProgram ini menawarkan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.\nMurid-murid yang mengikuti program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).\nii) MRSM Program IGCSE\nProgram ini menawarkan peluang kepada murid untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi menerusi kurikulum Cambridge Syllabus yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.\nMurid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.\niii) MRSM Program Ulul Albab\nProgram ini menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.\nMurid-murid di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah termasuk program nilai tambah Tahfiz al-Quran.\n\n\n\n\niv) MRSM Program Teknikal\nProgram ini menawarkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.\nMurid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.\nv) MRSM Program IB-MYP\nProgram ini menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MARA berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kurikulum International Baccaleurate-Middle Year Programme yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.\nMurid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.\nvi) MRSM Program Bitara\nProgram ini menawarkan pendidikan kepada murid yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi murid (gifted & talented).\nMurid-murid yang mengambil program ini akan melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan murid yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).\nRanking MRSM Terbaik Di Malaysia (Terkini)\nBagaimana mengetahui manakah MRSM yang terbaik di Malaysia?\nRanking MRSM terkini berdasarkan kedudukan SPM tahun 2022 adalah seperti berikut:\nNo RankingMRSMGred Purata Sekolah1MRSM Kepala Batas\u00a01.6562MRSM Langkawi1.6573MRSM Tun Abdul Razak1.7474MRSM Tun Ghafar Baba1.7815MRSM Johor Bahru1.8436MRSM Alor Gajah1.8527MRSM Pasir Tumboh\u00a0\u00a0\u00a01.9158MRSM Sungai Besar1.9479MRSM Taiping1.95510MRSM Kota Putra1.97411MRSM Gemencheh\u00a02.07812MRSM Pengkalan Chepa\u00a0\u00a02.08113MRSM Kubang Pasu2.13114MRSM Kuantan2.13215MRSM Pasir Salak2.15116MRSM Kuala Kubu Bharu2.19017MRSM Batu Pahat2.22618MRSM Kuala Klawang2.28519MRSM Bagan Datuk2.32020MRSM Parit\u00a02.37021MRSM Serting\u00a02.41222MRSM Tumpat2.41323MRSM Tun Dr. Ismail2.41424MRSM Betong\u00a02.44925MRSM Kota Kinabalu2.53026MRSM Transkrian2.59227MRSM Pengkalan Hulu2.62628MRSM Kuala Terengganu 2.635\u00a029MRSM PDRM Kulim2.65730MRSM Balik Pulau2.66931MRSM Baling\u00a02.68132MRSM Kuala Berang2.68733MRSM Terendak2.69534MRSM FELDA Trolak2.69535MRSM Tun Ghazali Shafie2.71036MRSM Mersing\u00a0\u00a0\u00a02.72937MRSM Kuching2.76238MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens2.80639MRSM Merbok2.83740MRSM Gerik2.84741MRSM Semporna2.84942MRSM Muar2.89443MRSM Muadzam Shah2.91544MRSM ATM Bera3.00745MRSM Kuala Krai3.01746MRSM Besut3.04347MRSM Arau3.09748MRSM Jeli3.11849MRSM Betong3.14350MRSM Pendang3.15751MRSM Sultan Azlan Shah\u00a03.17152MRSM Lenggong3.23953MRSM Mukah3.25954MRSM Beseri3.41055MRSM Tun Mustapha3.807\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, layari laman web https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/mrsm/program-sistem-pendidikan-mrsm/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kata-adjektif/", "title": "Kata Adjektif: Jenis & Contoh Ayat", "body": "\n\n\n\n\n\nDi dalam tatabahasa Bahasa Melayu, salah satu bentuk kata yang perlu dikuasai oleh murid-murid ialah Kata Adjektif.\nTahukah anda apakah itu adjektif dan contoh-contohnya?\nBerikut dikongsikan selanjutnya untuk makluman dan rujukan semua.\nPengenalan\nKata Adjektif atau juga dipanggil Kata Sifat ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat dan sebagainya.\n\n\n\n\nKata ini juga boleh boleh disertai dengan kata penguat seperti \u201csangat\u201d, \u201camat, dan \u201cpaling.\u201d\nJenis Kata Adjektif\nKata ini dibahagikan kepada 9 jenis iaitu:\nJenisContohContoh AyatSifatBaik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kasar, cantik, kuat\u2013 Hamid merupakan seorang pelajar yang sangat cerdik.\u2013 Bunga Ros itu sangat cantik.WarnaMerah, jingga, ungu, putih, kuning langsat\u2013 Baju raya Asyikin pada tahun ini berwarna ungu.\u2013 Warna kereta Cikgu Karim seperti kuning langsat.UkuranPendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, panjang, nipis-Galah di hadapan rumah Pak Abu cukup panjang.\u2013 Rumah di kawasan Sri Hartamas sangat besar.BentukBulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.\u2013 Bola yang dimainkan oleh adik itu berbentuk bujur.\u2013 Kuih yang dibeli di pasar malam tadi berbentuk empat segi.WaktuLama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.-Hakim tiba ke sekolah hari ini terlalu lewat.-Masa untuk menyiapkan projek ini terlalu suntuk.JarakDekat, hampir, jauh-Kita sudah semakin hampir untuk sampai.-Jarak kedai makan dan sekolah sangat dekat.CaraSelalu, jarang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah-Penilaian yang dibuat oleh Razman jarang tidak tepat.-Wajah yang terpancar di raut wajah Siti hari jelas kelihatan muram.PerasaanTakut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.-Puan Kalsom sangat rindu akan anaknya yang sedang belajar di Amerika Syarikat-Halim sangat gembira apabila mengetahui beliau mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.Pancaindera-Rasa: Sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau-Pandang: Buruk, hodoh, jelita, cantik-Dengar: Bising, senyap-Bau: Busuk, wangi, hangit, hapak-Sentuh: Kesat, kasar, lembab, halus, licin-Nasi lemak yang dibeli tadi sangat lazat.-Aisyah sangat cantik apabila memakai baju kurung itu.-Kelas 4 Melati sangat bising tengah hari tadi.-Mayat yang dijumpai di tebing sungai sudah berbau busuk.-Jalan raya di sekitar Kuala Lumpur sangat licin apabila hujan lebat melanda. \n\nSumber: https://question.pandai.org/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cara-mohon-kemasukan-tahun-1-2022-2023/", "title": "Cara Mohon Kemasukan Tahun 1 Sekolah Rendah KPM 2022 & 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa yang berminat untuk mendaftar anak-anak mereka ke tahun 1 di sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2022 dan 2023, permohonan kemasukan boleh dibuat tidak lama lagi.\nUntuk makluman, pendaftaran sekolah secara online boleh dibuat melalui portal KPM secara atas talian iaitu Portal SPS iaitu Modul Pengurusan Murid.\nPortal SPS dibangunkan untuk memudahkan ibu bapa bagi mendaftar anak-anak mereka bagi kemasukan ke tahun 1.\nMengenai Portal SPS\nPortal SPS diwujudkan oleh KPM bagi permohonan murid ke Tahun 1 secara atas talian.\nMenerusi portal ini juga, ibu bapa boleh membuat semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa perlu mengisi borang manual.\nTarikh Permohonan\nPermohonan kemasukan ke tahun 1 sesi persekolahan tahun 2022 dan 2023 secara online\u00a0 melalui Portal SPS boleh dibuat bermula\u00a01 Mac 2021.\nSyarat Pendaftaran\nIbu bapa yang ingin mendaftar anak mereka bagi kemasukan tahun 1 untuk sesi 2022 dan 2023 perlu memenuhi syarat pendaftaran iaitu: \nUmur persekolahan bagi tahun 1 bagi sesi 2022 adalah bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada\u00a02 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016.Umur persekolahan bagi tahun 1 bagi sesi 2023 adalah bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada\u00a02 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan kemasukan tahun 1 melalui Portal SPS, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n1. Layari Portal SPS iaitu\u00a0https://public.moe.gov.my/\n\n\n\n\n\n2. Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1.\n\n3. Klik\u00a0butang \u2018Pengguna Baru.\u2019\n\n4. Masukkan nombor mykid sebagai id pengenalan murid untuk pengesahan.\n\n5. Sila isi Maklumat Murid di ruang yang ditetapkan dan kemudian klik butang \u2018Simpan dan Seterusnya.\u2019 \n\n6. Kemudian isi Maklumat Kesihatan dan kemudian klik butang \u2018Simpan dan Seterusnya.\u2019 \n\n9. Isi Maklumat Penjaga dan klik\u00a0butang \u2018Simpan dan Seterusnya.\u2019\n\n10. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan dan klik \u2018Peraku Benar dan Hantar\u2019 di bahagian paling bawah menu.\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai PPD berdekatan yang boleh dirujuk melalui pautan berikut https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cara-mohon-rumah-mesra-rakyat/", "title": "RMR: Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nRumah Mesra Rakyat (RMR) merupakan program perumahan yang diwujudkan oleh SPNB untuk membantu\u00a0rumah\u00a0tangga untuk mendapatkan\u00a0rumah\u00a0yang selesa.\u00a0\nProgram ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.\nBagi mereka yang ingin memiliki rumah ini, mereka perlu menyemak syarat kelayakan sebelum membuat permohonan.\n\nKonsep Rumah Mesra Rakyat\nKonsep rumah ini ditawarkan kepada orang ramai adalah seperti berikut:\n\nRumah sesebuah 1 tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air.\nKeluasan rumah ialah 750 kps.\nKeluasan tanah (tertakluk kepada rekabentuk) adalah 3,000 kps (279 mps).\nHarga yang ditawarkan:\u2013 Semenanjung Malaysia: RM 75,000\u2013 Pulau di Semenanjung Malaysia: RM 85,000\u2013 Sabah/Sarawak/Labuan: Bermula RM 75,000\nSubsidi (pembinaan): RM 20,000\nBayaran Bulanan: Serendah RM300\n\nReka Bentuk Rumah\nReka bentuk rumah yang ditawarkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memohon rumah program ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nPemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.\nPendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.\nPemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.\nTanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.\nKeluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).\nTertakluk kepada peruntukan kewangan.\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/.\nKlik butang \u2018Permohonan.\u2019\nKlik \u2018Pendaftaran Baru\u2019 dan isi borang pendaftaran dengan lengkap.\nKata laluan akan dihantar kepada pemohon.\nLog masuk ke laman utama.\nLengkapkan borang secara online.\nCetak borang setelah selesai melengkapkan borang tersebut.\nMemajukan borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.\nSemak maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:\n\nSalinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).\nSalinan kad pengenalan tuan tanah.\nSalinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).\nSalinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru\nSlip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon.\nSurat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah.\nSurat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.\nSalinan sijil nikah pemohon.\nBorang laporan tapak bergambar.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Rumah Mesra Rakyat, sila layari laman web https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/portal-great-kpt/", "title": "Portal GREat KPT: Laman Web Sehenti Graduan Lepasan IPT", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mewujudkan satu portal sehenti bagi graduan lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk peluang kerjaya, program, dan tips meningkatkan kebolehpasaran graduan iaitu Portal Graduates Reference Hub for Employment and Training (GREaT). \nKewujudan Portal GREaT adalah berdasarkan situasi kadar kebolehpasaran graduan di Malaysia yang telah menunjukkan trend penurunan sebanyak 1.8 peratus pada tahun 2020.\u00a0\nOleh itu, portal ini diwujudkan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan IPT dan sejajar dengan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021\u20132025 yang akan diumumkan oleh pihak KPT. \nGraduan di seluruh negara dialu-alukan mendapatkan maklumat mengenai peluang pekerjaan, program yang boleh disertai dan tips kebolehpasaran graduan melalui portal ini. \n\nPerkhidmatan Yang Ditawarkan\nTerdapat 5 perkhidmatan yang disediakan dalam Portal GREaT yang boleh diakses oleh para graduan iaitu: \nPelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)\u00a0Career Advancement Programme\u00a0atau PENJANA-KPT CAP IPTA dan IPTS.Kajian Pengesanan GraduanCarian Kebolehpasaran GraduanDirektori PhD dan Ijazah KehormatE-Profiling\nPENJANA-KPT CAP IPTA & IPTS\nPENJANA-KPT CAP IPTA dan IPTS merupakan program peningkatan kemahiran sama ada\u00a0Place and Train\u00a0atau keusahawanan dan\u00a0gig economy.\nInisiatif kerajaan ini adalah dalam menangani impak pandemic COVID-19 ke atas kebolehpasaran graduan dan graduan berpeluang mendapat penempatan kerajaan setelah tamat program dijalankan. \nKajian Pengesanan Graduan\nKajian Pengesanan Graduan merupakan kajian tahunan yang dilaksanakan oleh KPT bagi mengetahui status pekerjaan dan destinasi graduan setelah mereka tamat pengajian. \nSelain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan graduan berhubung program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan di IPT masing-masing.\n\n\n\n\nKajian ini dilaksanakan secara dalam talian melalui:\nSistem Kajian Pengesanan Graduan 1 (SKPG 1): Untuk universiti awam, IPTS dan lain-lain IPT bukan TVET.Sistem Kajian Pengesanan Graduan TVET (SKPG-TVET): Untuk institusi latihan kemahiran awam.Sistem Kajian Pengesanan Graduan 2.0: Untuk graduan mengemaskini status pekerjaan pada bila-bila masa.\nCarian Kebolehpasaran Graduan\nCarian Kebolehpasaran Graduan membolehkan orang awam mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai mengenai kebolehpasaran graduan baharu di IPT negara serta institusi latihan kemahiran awam. \nKadar kebolehpasaran graduan ini meliputi graduan yang bekerja/melanjutkan pengajian/meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian.\nDirektori PhD dan Ijazah Kehormat\nDirektori ini menyediakan daftar nama yang disediakan bagi kemudahan orang awam menyemak senarai penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran IPT tempatan.\nSemua penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran IPT tempatan boleh disemak melalui sistem carian yang disediakan. \nE-Profiling\nE-Profiling merupakan penilaian minat dan kecenderungan kerjaya kendiri graduan yang boleh dilakukan secara dalam talian.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Portal GREaT, sila layari laman web http://great.mohe.gov.my/. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/derms-skim-dermasiswa-koperasi-tentera/", "title": "Permohonan DERMS 2023: Skim Dermasiswa Koperasi Tentera", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk anak-anak anggota Koperasi Tentera (KT) yang masih bersekolah di peringkat menengah, KT telah membuka tawaran bagi memohon Skim Dermasiswa (DERMS 2023) bagi mereka yang berminat.\nDERMS adalah sumbangan untuk anak-anak anggota KT yang bersekolah di peringkat sekolah menengah iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4.\nPenilaian bagi anak-anak anggota KT yang layak akan ditentukan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan akhir mereka.\nBagi anak-anak anggota KT yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai 16 Januari 2023 (Isnin) sehingga 15 Februari 2023 (Isnin).\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon DERMS adalah seperti berikut:\n\nTerbuka kepada anggota KT sahaja.\nTelah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.\nTidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.\nBagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya 1 permohonan sahaja yang layak diterima.\nGaji pokok/pencen mestilah di bawah RM5,000.\nAnak anggota yang belajar di sekolah menengah kerajaan sahaja.\nMemperolehi markah 60% dan ke atas atau Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik (MAT).\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut iaitu:\n\nMuat turun borang permohonan menerusi pautan berikut iaitu https://www.katmb.com.my/wp-content/uploads/2023/01/Borang-DERMASISWA-2023.pdf?fbclid=IwAR2S1mbpmXvOzu8RXqCnG-IR0uuNkowis1SaBIKtIIfw3NIrhkLC_lMyBlw.\nIsi borang permohonan dengan lengkap dan betul.\nSediakan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.\nHantar borang permohonan dan dokumen yang lengkap ke alamat berikut:\u00a0Koperasi TenteraWisma Koperasi TenteraNo.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat53000 Kuala Lumpur(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk memohon DERMS 2022 adalah seperti berikut:\n\n\n\n\ni) Pemohon (Anggota KT)\n\nMyTentera (Anggota ATM)\nMyKad (Awam/Pesara)\nPenyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)\nPenyata Pencen Terkini/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja SendirI\n\nii) Pelajar (Anak)\n\nMykad Pelajar\nSlip Peperiksaan Akhir Tahun 2021\nSalinan Akaun Bank\n\nProses Penyaluran\nBagi pemohon yang layak, keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.\nBayaran akan dikreditkan ke akaun bank pelajar (anak) seperti yang dinyatakan dalam borang ini dan anggota KT perlu memastikan akaun tersebut masih aktif.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 1-300-8000-58 atau mengunjungi cawangan KT berhampiran.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tarikh-persekolahan-bersemuka-tanpa-penggiliran-sekolah-rendah/", "title": "Tarikh Persekolahan Bersemuka Tanpa Penggiliran Sekolah Rendah", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh murid-murid di Sekolah Rendah akan menjalani sesi persekolahan secara bersemuka tanpa penggiliran tidak lama lagi.\nSebelum ini, pembelajaran murid-murid di sekolah rendah secara bersemuka dibuat secara penggiliran iaitu mengikut kategori negeri iaitu negeri Kumpulan A dan Kumpulan B.\nKeputusan bagi pelaksanaan kehadiran murid sekolah rendah secara bersemuka ini adalah dengan mengambil kira kelancaran pengoperasian sekolah rendah secara bersemuka serta pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).\nOleh itu, KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua sekolah rendah yang tidak berdaftar dengan KPM.\nTarikh Pelaksanaan\nTarikh pelaksanaan sesi persekolahan murid sekolah rendah secara bersemuka tanpa penggiliran bagi negeri Kumpulan A adalah mulai 17 April 2022. \nBagi sekolah rendah di negeri Kumpulan B, pelaksanaan sesi persekolahan murid sekolah rendah secara bersemuka pula adalah mulai 18 April 2022.\n\n\n\n\nKetetapan ini adalah terpakai kepada semua murid sekolah swasta, termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang setara dengan sekolah rendah KPM.\nKategori Negeri\nPelaksanaan sesi pembelajaran di sekolah rendah secara bersemuka ini adalah mengikut kategori negeri berikut:\ni) Negeri Kategori A\nJohorKedahKelantan Terengganu\nii) Negeri Kategori B\nMelakaNegeri SembilanPahangPerakPerlisPulau PinangSabahSarawakSelangorWilayah Persekutuan Kuala LumpurWilayah Persekutuan Labuan Wilayah Persekutuan Putrajaya\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai tarikh persekolahan secara bersemuka tanpa penggiliran untuk sekolah rendah, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kadar-baharu-rmt-mulai-6-november-2022/", "title": "Kadar Baharu RMT Mulai 6 November 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa kadar baharu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi seorang murid akan dinaikkan mulai 6 November 2022.\nRMT ialah pemberian makanan tambahan, iaitu \u00bc \u2013 \u2153 daripada jumlah keperluan harian bagiseorang murid sekolah dari segi taraf pemakanan.\nSecara umumnya, rancangan makanan ini bertujuan untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan untuk sementara waktu, bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan. \nSecara spesifiknya, rancangan makanan ini dilaksanakan untuk:\nUntuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi pelbagai masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan tidak langsung.Untuk memupuk budaya sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan-amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.Untuk memperkasakan Amalan Makanan dan Pemakanan kerana program ini mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat.Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah, terutama Program RMT.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk menerima inisiatif ini adalah seperti berikut:\nMurid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional (kategori miskin tegar).Murid yang berada di Sekolah Orang Asli/Penan (kecuali murid yang tinggal di asrama) dan Murid Berkeperluan Khas (OKU).Murid yang tinggal di asrama tidak layak menerima rancangan makanan ini. \nTempoh Pelaksanaan\nTempoh pelaksanaan rancangan makanan ini bermula pada hari pertama persekolahan (Tahun 2-Tahun 6), manakala bagi murid Tahun 1 dan kes keciciran pemohon (Tahun 2 \u2013 Tahun 6), bermula pada 1 Februari tahun semasa.\n\n\n\n\nPelaksanaan bantuan rancangan makanan ini adalah tidak melebihi 190 hari persekolahan setiap tahun (tertakluk kepada perubahan).\nBagi sekolah yang terdapat murid-murid beragama Islam, pemberian rancangan makanan ini dihentikan untuk sementara waktu pada bulan Ramadan, tetapi bilangan hari bagi makanan tambahan adalah tetap sama.\nKadar Baharu\nKadar baharu RMT di seluruh negara adalah seperti berikut:\nSemenanjung Malaysia: Dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50.Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan: Dinaikkan daripada RM3.00 kepada RM4.00.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai pelaksanaan RMT, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-bantuan-masuk-sekolah-tawas/", "title": "Serahan Program Bantuan Masuk Sekolah TAWAS", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi penerima Program Bantuan Masuk Sekolah TAWAS bagi ahli 2016, sesi serahan bantuan akan dilaksanakan di pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor \u2013 YAWAS mengikut tarikh yang ditetapkan.\nProgram Bantuan Masuk Sekolah TAWAS merupakan program bantuan persekolahan yang disalurkan kepada anak Selangor yang berdaftar dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).\nUntuk makluman, YAWAS merupakan syarikat dibawah seliaan Menteri Besar (Pemerbadanan) yang telah ditubuhkan pada 5 Februari 2009.\nSelain program ini, YAWAS turut bertanggungjawab menguruskan bantuan lain seperti Jom Shopping Perayaan, Skim Mesra Usia Emas, Bantuan Ibu Tunggal dan I-Workfare.\n\nTarikh & Lokasi Serahan\nTarikh dan lokasi serahan program bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nLokasiTarikhMasaPejabat YAWAS Shah Alam27 November 2022 (Ahad)10.00 pagi hingga 5.00 petangPejabat DUN Sungai Panjang(Tertakluk kepada pindaan semasa)26 November 2022 \u2013 27 November 2022 (Sabtu-Ahad)10.00 pagi hingga 4.30 petangPejabat YAWAS Shah Alam4 Disember 2022 (Ahad)10.00 pagi hingga 5.00 petangPejabat YAWAS Shah Alam11 Disember 2022 (Ahad)10.00 pagi hingga 5.00 petangPejabat YAWAS Shah Alam18 Disember 2022 (Ahad)10.00 pagi hingga 5.00 petangPejabat DUN Melawati (Tertakluk kepada pindaan semasa)23-24 Disember 2022 (Jumaat-Sabtu)10.00 pagi hingga 4.30 petang\nCara Mendaftar\nPendaftaran untuk mengambil serahan bantuan ini adalah seperti berikut:\n\nMuat turun aplikasi YAWAS atau daftar melalui laman web https://rms.yawas.my/Member\nKlik log masuk.\nIsi maklumat yang diperlukan.\nLog masuk dengan ID Pengguna dan kata laluan. \n\nPemakluman Penyerahan\nPemakluman serahan akan diberikan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan diberi secara berperingkat kepada ibubapa/penjaga ahli bermula November 2022.\nJika ibu/bapa tidak terima menerima sebarang SMS, ibubapa/penjaga boleh terus datang ke pejabat YAWAS untuk mengambil bantuan ahli TAWAS kelahiran 2016.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Program Bantuan Masuk Sekolah TAWAS, sila layari laman web https://rms.yawas.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kata-pemeri/", "title": "Kata Pemeri: Penggunaan & Contoh Ayat Yang Betul", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata pemeri ialah unsur yang menjadi perihal kepada predikat atau perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat.\nDalam erti kata yang lebih mudah, kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.\nTerdapat dua jenis kata ini di dalam Bahasa Melayu iaitu ialah dan adalah.\nKata Pemeri \u201cIalah\u201d\nPerkataan ialah mestilah diletakkan di hadapan kata nama, frasa nama, atau kata lain seperti kata kerja atau kata adjektif yang dapat berfungsi sebagai frasa nama.\nContoh ayat adalah seperti berikut:\ni) Hafiz ialah doktor.\nAyat di atas, perkataan ialah di dalam ayat diikuti dengan kata nama iaitu doktor.\nii) Hobi Ali ialah bermain bola sepak.\nPerkataan ialah dalam ayat ini diikuti dengan kata kerja yang mana menerangkan sesuatu perbuatan iaitu bermain bola sepak.\niii) Warna kegemarannya ialah hijau.\n\n\n\n\nDalam ayat tersebut, perkataan ialah diatas diikuti dengan kata adjektif hijau yang merupakan penerang bagi nama warna hijau.\nKata Pemeri \u201cAdalah\u201d\nPerkataan adalah mestilah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.\nContoh kata pemeri jenis ini boleh dilihat di bawah:\ni) Hairi adalah cerdik.\nDalam ayat di atas, perkataan adalah diikuti dengan cerdik iaitu frasa adjektif. \nii) Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.\nDalam ayat tersebut, perkataan adalah diikuti dengan frasa sendi nama iaitu pada. \nSumber: https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2022/04/11/3186/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tindakan-kpt-mengatasi-kos-sara-hidup/", "title": "Senarai Tindakan KPT Mengatasi Kenaikan Kos Sara Siswa", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Kos Sara Hidup Siswa Keluarga Malaysia untuk mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara.\nPenubuhan jawatankuasa ini atas dasar keperihatinan KPT dalam menyokong dan memantapkan tadbir urus serta kecekapan penyaluran bantuan kebajikan kepada siswa di IPT.\nJawatankuasa ini dipengerusikan sendiri oleh Menteri Pengajian Tinggi di peringkat tertinggi KPT dan di peringkat pelaksana, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Naib Canselor/Rektor/Pengarah.\nAntara tindakan yang diambil oleh KPT dalam mengatasi kos sara hidup pelajar IPT adalah seperti berikut:\n1. Pengecualian Bayaran Sewaan Kepada Pengusaha Kafeteria & Penyedia Makanan\nPengusaha kafeteria dan penyedia perkhidmatan makanan diberikan pengecualian bayaran sewa selama 6 bulan di kampus IPT Awam.\nPengecualian ini diberikan agar tanggungan kos boleh diserap bagi penurunan harga makanan yang dijual kepada pelajar.\n2. Pengenalan Food Basket Siswa\nMenu Keluarga Malaysia yang bernilai RM3.50 di bawah inisiatif Food Basket Siswa diperkenalkan mengambil kira kepelbagaian komposisi kaum di IPT. \nUntuk memantau kenaikan harga/kos barangan dan perkhidmatan yang melibatkan sara hidup siswa\u00a0di IPT, Pasukan Pemantau KPT-Kos Sara \u00a0Hidup Siswa (KPTPantau) akan membuat pemantauan secara berterusan.\n3. Pemerkasaan Food Basket Siswa\nPenubuhan Hab Food Bank Siswa bagi memperkasakan inisiatif ini sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan barang keperluan siswa. \n6 hab akan ditubuhkan mengikut zon,iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur, Zon Selatan,Zon Sabah dan Zon Sarawak. \n\n\n\n\nSebagai projek rintis, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersetuju untuk beroperasi sebagai hab bagi Zon Tengah.\n4. Penyelarasan Kadar Upah JoC\nKadar upah bagi Program Job on Campus (JoC) akan diteliti semula agar selaras dengan Perintah Gaji Minimum 2022 oleh pihak Kerajaan. \nPihak IPT turut dinasihatkan untuk meningkatkan jumlah penempatan JoC agar lebih ramai pelajar, khususnya golongan berkeperluan dibantu dan memperoleh manfaat menerusi program tersebut.\n5. Pembangunan Pelan Tindakan Sara Hidup Siswa\nPelan Tindakan Sara Hidup Siswa akan dibangunkan sebagai panduan kepada IPT dalam usaha memperkasakan kebajikan siswa. \nSelain daripada aspek kos makanan, pelan ini turut mengambil kira konteks sara hidup siswa yang lebih luas termasuk aspek keperluan pengajaran dan pembelajaran (seperti pelan data dan peranti), penginapan, pengangkutan, dan yuran.\n6. Rebat/Pengecualian Cukai\nKPT akan mengadakan perbincangan bersama pihak Kementerian Kewangan bagi melihat kebolehlaksanaan pemberian rebat atau pengecualian cukai kepada para penyumbang yang menyalurkan tajaan dalam pelbagai bentuk. \nIni termasuklah bantuan tunai, barangan atau perkhidmatan berkaitan \u00a0keperluan siswa bagi menggalakkan kolaborasi bersama pihak korporat, industri dan juga orang perseorangan.\n7. Pergerakan Pengangkutan Yang Lebih Kerap\nKekerapan pergerakan pengangkutan di dalam dan luar kampus oleh pihak IPT ditambah bagi memastikan pelajar tidak terbeban dalam mengeluarkan kos pengangkutan.\nUntuk maklumat lanjut mengenai tindakan KPT mengatasi kos sara hidup, sila layari laman web KPT iaitu https://www.mohe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pondok-darul-iman/", "title": "Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Pondok Darul Iman 23/24", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Islam Terengganu mengalu-alukan permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan 1 untuk Pondok Darul Iman bagi sesi 2023/2024.\nPondok Darul Iman merupakan sebuah institusi pengajian yang ditadbir urus dibawah Yayasan Islam Terengganu.\nInstitusi ini mengguna pakai sistem pengajian sekolah menengah sebagaimana sistem sekolah menengah yang lain dan dalam masa yang sama turut menerapkan konsep pengajian pondok moden yang memberi penekanan terhadap pengajian al-quran dan kitab-kitab islam bagi melahirkan generasi yang celik dari segi akademik dan juga rohani.\nBagi permohonan yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 9 Februari 2023.\n\nPenempatan Pelajar\nPenempatan pelajar mengikut jantina adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPelajar Lelaki: Pondok Darul Iman (Banin) Kg Pelandan Tersat, Hulu Terengganu.\nPelajar Perempuan: Pondok Darul Iman (Banat) Kg Saujana, Setiu.\n\nKemudahan Yang Disediakan\nKemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:\n\nPengajaran dan pembelajaran dalam bidang agama dan akademik.\nMewajibkan pelajar menduduki peperiksaan syahadah tsanawiyah (sijil pondok).\nPenginapan pelajar disediakan.\n\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan untuk memasuki institusi ini adalah seperti berikut:\n\nWarga Negeri Terengganu yang berumur 13 tahun pada tahun 2023.\nMemperoleh sekurang-kurangnya 3A dalam peperiksaan UPKK.\nBoleh membaca Al-Quran dengan baik.\nBoleh membaca dan menulis Jawi dengan baik.\nLulus temuduga yang dilaksanakan.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web berikut https://yit.gov.my/index.php/component/k2/item/54.\nKlik butang \u2018Klik Sini Untuk Mohon.\u2019\nKlik butang \u2018Mohon Sekarang.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Hantar Permohonan.\u2019\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kemasukan ke institusi ini, layari laman web https://yit.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-ipt-biasiswa-anak-yatim-yayasan-pahang/", "title": "Permohonan Biasiswa IPT & Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Pahang telah membuka permohonan 2 biasiswa kepada anak-anak Pahang yang layak iaitu Biasiswa IPT dan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang.\nUntuk makluman, Biasiswa IPT diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang kurang berkemampuan dan sebagai motivasi kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang cemerlang meliputi elaun sara hidup bagi meringankan beban kos pengajian pelajar.\nMenerusi biasiswa ini, ianya dapat membantu meningkatkan modal insan dalam Negeri Pahang.\nManakala Biasiswa Anak Yatim pula diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu yang miskin bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.\nMelalui biasiswa ini, ianya dapat membantu memperbaiki taraf hidup anak yatim piatu yang miskin dalam meringankan masalah kewangan akibat kemiskinan dan tiada tempat bergantung.\nUntuk mereka yang berminat memohon, permohonan biasiswa ini dibuka mulai 15 September 2022 sehingga 5 Oktober 2022.\nKadar Penajaan\nKadar penajaan bagi biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nBiasiswa IPT- RM3,000 setahun (elaun sara hidup)Biasiswa Anak Yatim- RM7,000 setahun (yuran pengajian dan sara hidup)\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\ni) Biasiswa IPT:\nAnak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:\u2013 Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; atau\u2013 Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim.\u2013 Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.Pemohon mestilah memiliki kelulusan STPM Tahun 2021 dengan memperolehi keputusan 4A ATAU 3A (A/A-).Tergolong dalam keluarga kumpulan B40 dan M40:\u2013 B40: Pendapatan isi rumah keluarga RM4,850/bulan dan ke bawah.\u2013 M40: Pendapatan isi rumah keluarga antara RM4,851\u2013RM10,970/bulan.Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.\n\nii) Biasiswa Anak Yatim:\nAnak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:\u2013 Pemohon, ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang.\u2013 Pemohon merupakan anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bapa serta mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah.\u2013 Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40 iaitu berpendapatanRM4,850/bulan dan kebawah.Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM Tahun 2021 seperti berikut:\u2013 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Minimum 5 kepujian.\u2013 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM): Minimum CGPA 2.50\u2013 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM): Minimum Jayyid JiddanPemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.\n\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://sispen.yp.org.my/bispen/Home.aspx.Klik bahagian \u2018Permohonan Biasiswa\u2019 Masuk di ruangan \u2018Log Masuk Dan Pendaftaran\u2019 dan klik pada \u2018Pendaftaran Pengguna Baru.\u2019Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Baca notis peringatan dan klik skim biasiswa yang ingin dipohon.Isi semua maklumat permohonan.Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.Cetak borang permohonan dan email kepada [email\u00a0protected].\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua biasiswa ini, sila layari laman web Yayasan Pahang iaitu https://www.yp.org.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/mpi-uitm/", "title": "MPi UiTM: Pengajian Diploma/Sarjana Muda Tanpa Bayar Yuran", "body": "\n\n\n\n\n\nUniversiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Program Musaadah Pendidikan iCEPS (MPi) mempelawa individu Bumiputera yang sedang bekerja dan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Sarjana Muda secara mod separuh masa tanpa membayar yuran pengajian.\nUntuk makluman, MPi merupakan usaha ini merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility (CSR) UiTM bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan bumiputera yang bekerja untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi dan sekaligus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.\nBagi mereka yang berminat, permohonan ini dibuka sehingga 21 Ogos 2023 dan boleh dilakukan secara atas talian.\n\nKategori Pemohon\nKategori pemohon yang layak adalah seperti berikut:\ni) Bakal pelajar iCEPS\n\nPendapatan adalah:\u2013 Bujang/Ibu/Bapa Tunggal (tiada anak) \u2013 RM1,500.00/bulan dan ke bawah\u2013 Berkahwin/Ibu/Bapa Tunggal (ada anak) \u2013 RM4,500.00/bulan dan ke bawah\nLulus temuduga yang dikendalikan oleh iCEPS.\n\nii) \u00a0Pelajar iCEPS (semester 2 dan ke atas)\n\n\n\n\n\nPemohon (pelajar iCEPS) mestilah mendapat CGPA 3.00 dan ke atas\nPendapatan (pelajar iCEPS):\u2013 Bujang/ Ibu/ Bapa Tunggal (tiada anak) \u2013 RM1,500.00/bulan dan ke bawah\u2013 Berkahwin/ Ibu/ Bapa Tunggal (ada anak) \u2013 RM4,500.00/bulan dan ke bawah\nLulus temuduga yang dikendalikan oleh iCEPS.\n\nSyarat Pembiayaan MPi\nSyarat pembiayaan menerusi program ini adalah seperti berikut:\n\nMendaftar sekurang-kurangnya\u00a011 jam kredit\u00a0setiap semester (atau mengikut pelan pengajian).\nPencapaian akademik :\u2013 Pembiayaan kali pertama:\u00a0Dikecualikan yuran pengajian\u2013 Pembiayaan pada semester berikutnya:\n\nCGPA 3.00 dan ke atas (dikecualikan 100%)\nCGPA 2.99 \u2013 2.75 (dikecualikan 50%)\nCGPA 2.75 ke bawah (ditamatkan)\nGPA 2.50 ke bawah (ditamatkan)\n\n\n\nTatacara Permohonan MPi\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web permohonan iaitu https://iceps-apps.uitm.edu.my/musaadah.\nIsi maklumat yang diperlukan.\nSemak semua maklumat sebelum menghantar.\nKlik butang \u201cMula Mohon.\u201d\nSediakan dokumen sokongan.\nHantar semua dokumen ke alamat berikut:Chief Executive OfficerInstitute Of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS)Aras 2, Bangunan UiTM-MTDC Technopreneur CentreUniversiti Teknologi MARA40450 Shah AlamSelangor Darul Ehsan(u.p: Urusetia MPi iCEPS)\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dihantar adalah seperti berikut:\n\nKad pengenalan (pemohon dan pasangan)\nSijil nikah (jika berkaitan)\nSijil cerai/kematian (jika berkaitan)\nSijil kelahiran anak-anak di bawah tanggungan (jika berkaitan)\nSlip gaji tiga (3) bulan terakhir (pemohon dan pasangan)\nBorang EC/EA (pemohon dan pasangan). Jika tiada kemukakan penyata KWSP tahunan\nSurat pengesahan majikan (pemohon dan pasangan)\nSurat akuan sumpah atau surat pengesahan daripada majikan pemohon (jika pasangan tidak bekerja)\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi:\n\n[email\u00a0protected]/03-55448357\n[email\u00a0protected]/03-55448291\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ytm-future-leaders-scholarship/", "title": "YTM\u2019S Future Leaders Scholarship: Biasiswa Anak Terengganu Di MMU", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dengan kerjasama Yayasan Telekom Malaysia (YTM) telah membuka permohonan Program Tajaan Biasiswa kepada anak negeri Terengganu Darul Iman dibawah program YTM\u2019S Future Leaders Scholarship.\nVisi besar YTM\u2019S Future Leaders Scholarship diwujudkan bagi melahirkan pemimpin digital masa hadapan daripada anak Terengganu untuk Malaysia.\nUntuk makluman, biasiswa ini hanya dikhaskan kepada anak Negeri Terengganu yang menyambung pengajian di Multimedia University (MMU) sahaj bagi sesi kemasukan Oktober 2022.\nTawaran permohonan biasiswa ini telah dibuka kepada orang ramai dan akan ditutup sehingga 1 September 2022.\nManfaat Biasiswa\nMahasiswa yang bakal menerima biasiswa bakal menerima manfaat seperti berikut:\n\n\n\n\nProgram Pembangunan BerstrukturYuran PengajianElaun Sara HidupElaun KomputerElaun Latihan AmaliElaun Tesis\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan menerusi biasiswa ini adalah seperti:\nPelajar Lepasan SPM 2021.Mendapat minimum 6A dalam SPM.Pelajar dan Ibu Bapa adalah Warganegara Malaysia.Cemerlang dalam bidang akademik dan aktif kokurikulum/sukan.Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM20,000.00 sebulan.Tidak menerima sebarang biasiswa atau tajaan pendidikan dari mana-mana pihak lain.\nCara Membuat Permohonan\nUntuk pelajar-pelajar yang berminat dan berhasrat untuk mendapatkan biasiswa ini, sila berhubung dengan Pegawai YDSM, Mohd Hapizul bin Ibrahim di talian 019-9302100.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai YTM\u2019S Future Leaders Scholarship, sila layari Facebook Yayasan DiRaja Sultan Mizan https://www.facebook.com/yayasandiraja.sultanmizan. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/agihan-pengurusan-sekolah-agama-negeri-kedah/", "title": "Permohonan Agihan Pengurusan Sekolah Agama Kedah 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nLembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan bagi pengurusan sekolah agama di negeri tersebut untuk memohon Agihan Pengurusan Sekolah Agama Negeri Kedah bagi tahun 2023.\nAgihan Pengurusan Sekolah Agama Negeri Kedah ialah bantuan yang diberikan oleh LZNK kepada pengurusan sekolah rendah/menengah agama/pondok/tahfiz yang memenuhi syarat kelayakan.\nPengurusan sekolah agama yang berminat boleh membuat permohonan yang dibuka sehingga 30 April 2023 menerusi borang permohonan yang disediakan.\n\nJumlah Agihan Pengurusan Sekolah Agama\nJumlah agihan zakat dan jenis penggunaan peruntukan (yang diluluskan) adalah tertakluk kepada ketetapan Lembaga Zakat Negeri Kedah.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan oleh LZNK kepada pengurusan sekolah yang berminat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nSekolah berdaftar dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).\nStatus tanah diwaqafkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah.\nTidak Termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan seumpa dengannya.\n\nCara Permohonan Agihan Pengurusan Sekolah Agama\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nMuat turun borang permohonan melalui pautan https://www.zakatkedah.com.my/wp-content/uploads/2023/04/BORANG-BANTUAN-PENGURUSAN-SEKOLAH-AGAMA-NIDZOMI-LZNK.pdf?fbclid=IwAR03Vj5ZMkq\u2013VMM2maF3jCOZs3nR5QHzDg69zP2MVkX8k7tEWm57UB8cJo\nLengkapkan borang permohonan tersebut.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar permohonan kepada Bahagian Pendidikan, LZNK melalui serahan tangan atau email ke [email\u00a0protected].\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\n\nProfil Pengenalan Sekolah (disertakan bersama gambar persekitaran sekolah).\nSalinan Akaun Bank Sekolah.\nSalinan Kad Pengenalan Guru Besar/Pengetua/Mudir.\nSalinan Sijil Pendaftaran Sekolah.\nSalinan Geran Tanah Sekolah/Pondok/Tahfiz atau surat yang tertera status tanah Waqaf Majlis Agama Islam Negeri Kedah.\nSenarai Nama Guru/Kakitangan Sekolah (nama, umur, no kad pengenalan).\nSenarai Nama Pelajar yang sedang menuntut pengajian di sekolah (nama, umur, no kad pengenalan).\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Agihan_Pengurusan Sekolah Agama Negeri Kedah, sila layari laman web http://www.zakatkedah.com.my.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sbbs-2022/", "title": "SBBS 2022: Bantuan Persekolahan Koperasi Tentera", "body": "\n\n\n\n\n\nAnggota Koperasi Tentera yang mempunyai anak yang masih bersekolah boleh memohon bantuan menerusi Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) 2022.\nSBBS adalah merupakan skim kebajikan yang diberikan kepada anggota Koperasi Tentera untukmeringankan perbelanjaan bagi persiapan pembelajaran anak-anak yang akan memasuki sesi baharu persekolahan.\nOleh itu, anggota Koperasi Tentera yang berminat boleh membuat permohonan mulai 1 Ogos 2022 sehingga 5 September 2022 menerusi borang permohonan yang disediakan.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memohon bantuan SBBS ini adalah seperti berikut:\nTerbuka kepada Anggota Koperasi Tentera sahaja.Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya satu permohonan sahaja yang layak diterima.Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.Minimum 3 orang anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan bantuan persekolahan ini, sila ikuti langkah-langkah mudah iaitu:\n\n\n\n\nMuat turun borang permohonan menerusi pautan berikut iaitu https://bit.ly/3vpZUas.Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.Hantar borang permohonan dan dokumen yang lengkap ke alamat berikut:\u00a0Koperasi TenteraWisma Koperasi TenteraNo.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat53000 Kuala Lumpur(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\ni) Pemohon (Anggota Koperasi Tentera)\nSalinan MyTentera (Anggota ATM)Salinan MyKad (Awam/Pesara)Salinan Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)Salinan Penyata Pencen/Bank Terkini (Pesara)/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja SendiriSalinan Surat Pengesahan Akaun Bank Anggota\nii) Anak (Pelajar Sekolah Rendah/Menengah Sahaja)\nSalinan MyKad/MyKid/Surat Beranak (mengikut bilangan anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja).Dokumen Tambahan Seperti PERBAH II/Surat Perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai SBBS, sila layari laman web https://www.katmb.com.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/anugerah-gemilang-ekelas-2022/", "title": "Geran Pelajar Anugerah Gemilang eKelas 2022 Maxis", "body": "\n\n\n\n\n\nMurid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 kini berpeuang untuk mendapat geran pelajar menerusi Anugeran Gemilang eKelas 2022 daripada Maxis.\nApakah itu Anugerah Gemilang eKelas? Anugerah Gemilang eKelas adalah inisiatif dalam bentuk geran pelajar yang direka khas untuk mengiktiraf usaha pelajar terutamanya mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah.\nSelain itu, anugerah ini juga diperkenalkan untuk memberi motivasi dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk mencapai yang terbaik dalam pelajaran mereka.\n\nBentuk Geran Pelajar\nMurid yang mendapat anugerah ini akan menerima bentuk simpanan berjumlah RM600 dan RM1,200 dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN Plus oleh PTPTN.\n\nKriteria Pemilihan\n\u00a0Penilaian anugerah ini dibuat berdasarkan 2 perkara:\nPeningkatan dalam keputusan peperiksaan akhir tahun/PT3/Percubaan SPM 2022 yang dibandingkan dengan keputusan peperiksaan akhir tahun 2021.Peningkatan dalam keputusan ujian Penilaian Akhir eKelas yang dibandingkan dengan keputusan ujian Pra-Penilaian eKelas.\nMurid perlu menunjukkan peningkatan minimum sebanyak 1 gred atau mengekalkan gred A, contohnya:\n\n\n\n\nGred E meningkat ke DGred D meningkat ke CGred C meningkat ke BGred B meningkat ke AGred A kekal di Gred A\nPemilihan penerima geran akan dibuat oleh sebuah jawatankuasa pemilih di Maxis, dan kriteria tahun 2022 mungkin berlainan dengan tahun sebelumnya dan semua keputusan akhir adalah hak jawatankuasa tersebut.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang boleh dipohon oleh murid yang ingin mendapatkan anugerah ini adalah:\nSemua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang telah mendaftar akaun sebagai Pelajar dalam portal eKelas sebelum 31 Januari 2023.Berasal dari keluarga B40 (pendapatan keluarga di bawah RM4,850 sebulan).\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:\nLayari laman web https://www.ekelas.com.my/.Daftar masuk ke dalam portal eKelas. Klik menu \u201cCompetition\u201d dan klik \u201cAnugerah Gemilang.\u201dAmbil ujian Pra-Penilaian dan Akhir yang terdapat dalam bahagian modul di bawah laman tersebut.Isi borang permohonan Anugerah Gemilang.Muat naik semua dokumen yang diperlukan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai anugerah ini, sila layari laman web https://www.ekelas.com.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tarikh-upkk-2023/", "title": "Tarikh UPKK 2023: Ujian Penilaian Kelas Al-Quran & Fardhu Ain", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) tahun 2023, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan takwim atau tarikh UPKK untuk dilaksanakan di seluruh negara.\nUPKK merupakan penilaian tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.\nPeperiksaan ini adalah bersijil dan diuruskan oleh JAKIM dengan pelaksanaanya akan dilakukan di sekolah.\nOleh itu, semua pihak yang terlibat termasuk ibu bapa/penjaga dimohon merujuk kepada tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa.\nMengenai UPKK\nUPKK adalah salah satu bentuk ujian yang akan diduduki oleh murid Tahun 5 Sekolah Agama yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.\nUjian ini bertujuan menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian agama.\nBidang-bidang yang dinilai dalam peperiksaan ini adalah seperti berikut:\n\nAl-Quran\nUlum Syariah (Aqidah dan Ibadat)\nSirah\nAdab (Akhlak Islamiyah)\nJawi dan Khat\nAsas Lughatul Quran\nPenghayatan Cara Hidup Islam\nAmali Solat\n\nBentuk penilaian peperiksaan ini adalah seperti berikut:\ni) Bentuk Lisan\n\n\n\n\n\nAl-Quran\n\nii) Bentuk Amali\n\nAmali Solat\n\niii) Bentuk Lisan\u00a0& Pemerhatian\n\nPenghayatan Cara Hidup Islam\n\niv) Bentuk Penulisan\u00a0\n\nUlum Syariah (Aqidah dan Ibadah)\nSirah\nAdab (Akhlak Islamiyah)\nJawi dan Khat\nAsas Lughatul Quran\n\nGred & Skala\nPencapaian tiap-tiap tahap berdasarkan gred dan skala berikut:\nGredKeteranganSkala2ATahap Cemerlang80-1003BTahap Baik60-794CTahap Memuaskan40-595DTahap Kurang Memuaskan01-39\nTarikh UPKK 2023\nTarikh pelaksanaan UPPK tahun 2023 boleh dirujuk melalui gambar di bawah:\n\nInfo Lanjut Tarikh UPKK 2023\nInfo lanjut mengenai tarikh UPKK 2023, sila layari laman web https://simpeni.islam.gov.my/. \nBaca juga:\n\nTarikh Cuti Penggal 1 Persekolahan KPM\nKalendar 2024: Senarai Cuti Umum & Kelepasan Negeri\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kembali-ke-sekolah-2023-mbi/", "title": "Kembali Ke Sekolah 2023 MBI: Sumbangan RM100 1 Keluarga", "body": "\n\n\n\n\n\nWarga Negeri Selangor yang mempunyai anak yang bakal mengikuti sesi persekolahan pada tahun 2023 boleh memohon sumbangan menerusi Program Kembali Ke Sekolah 2023 di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI).\nUntuk makluman, MBI telah ditubuhkan dibawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Enakmen No: 3 1994) pada 21 September 1994. \nIa merupakan sebuah badan yang ditubuhkan khusus untuk mentadbir pengurusan aset dan pelaburan milik Kerajaan Negeri serta mewakili Kerajaan Negeri dalam melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan yang di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. \nSelain itu, MBI juga berperanan mempromosi dan mendukung usaha pembangunan Negeri Selangor di samping melunaskan kewajiban tanggungjawab sosial kepada masyarakat.\nOleh yang demikian, ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 23 November 2022.\n\nJumlah Sumbangan\nJumlah sumbangan yang akan diterima oleh orang ramai adalah sebanyak RM100 bagi 1 keluarga.\n\n\n\n\nSetiap DUN diperuntukkan sebanyak 300 penerima sahaja bagi program ini. \nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan program ini adalah seperti berikut:\nIbu atau Bapa pelajar lahir dan menetap di Negeri Selangor.Ibu atau Bapa pelajar mestilah pengundi di dalam Negeri Selangor.Pendapatan isi rumah adalah RM4,000.00 dan ke bawahPenerima bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Selangor iaitu SRK, SK, SRJK Cina/Tamil, SMK dan SMJK.Penerima bantuan adalah kpd mereka yg tidak menerima bantuan daripada Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan BINGKAS.\nTatacara Permohonan\nPermohonan program ini boleh dibuat melalui borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat ADUN atau Pejabat Penyelaras DUN di seluruh Negeri Selangor.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan/MyKid/Surat Beranak pelajarSalinan kad pengenalan Ibu dan Bapa/PenjagaSijil Kematian/Bercerai (jika berkenaan)Salinan slip pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga (jika tiada slip pendapatan lampirkan penyata KWSP yang terkini)Surat pengesahan mastautin (jika bukan warganegara/tidak menetap di Selangor)\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai program ini, sila layari Facebook https://www.facebook.com/PINS.Selangor/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kertas-peperiksaan-sebenar-spm-bahasa-melayu/", "title": "Koleksi Kertas Peperiksaan Sebenar SPM Bahasa Melayu", "body": "\n\n\n\n\n\nSalah satu mata pelajaran utama yang perlu diambil oleh para pelajar di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah Bahasa Melayu.\nBahasa Melayu merupakan subjek yang amat penting di dalam SPM kerana subjek ini merupakan wajib lulus untuk mendapatkan sijil SPM.\nTambahan pula, permohonan kemasukan ke universiti turut mengambil kira subjek ini di dalam SPM.\nAdalah amat penting bagi seseorang elajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam subjek ini untuk memastikan mereka dapat melanjutkan pengajian ke universiti.\nFormat Peperiksaan \nFormat peperiksaan SPM adalah seperti jadual di bawah:\n\nKoleksi Kertas Soalan\nBerikut merupakan koleksi kertas soalan SPM Bahasa Melayu mengikut tahun.\ni) Tahun 2020 (Ulangan)\nBM-2020Download\nii) Tahun 2019\nBM-2019Download\nTahun 2019 (Ulangan)\n\n\n\n\nBM-2019-UlanganDownload\niii) Tahun 2018\nBM-2018Download\nTahun 2018 Ulangan\nBM-2018-UlanganDownload\niv) Tahun 2017\nBM-2017Download\nv) Tahun 2016\nBM-2016Download\nvi) Tahun 2015\nBM-2015Download\nvii) Tahun 2014\nBM-2014Download\nPeringatan Kepada Calon Peperiksaan\nCalon yang menduduki peperiksaan SPM di dewan/bilik peperiksaan adalah dilarang:\n\nMembawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.\nMenulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di Bilik Menunggu/Bilik LaporDiri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin.\nMendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.\nMemberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin walau dengan apa-apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.\nMenukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.\nMenukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua PengawasPeperiksaan/Ketua Pengawas Amali/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor).\nMenyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.\nMembuat rujukan di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin semasa peperiksaan.\nMembawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/BilikPeperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin.\nMembuat cubaan memberi suapan/rasuah dengan apa-apa cara sekalipun kepada petugaspeperiksaan/petugas pemeriksaan.\n\nMengenai SPM 2022\nUntuk maklumat lanjut mengenai SPM 2022, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/index.php/jw-spm/1187-jadual-waktu-peperiksaan-spm-2022\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-transformasi-sekolah-2025-ts25/", "title": "Pelaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah memperkenalkan pelaksanaan Program Transformasi Sekolah (TS25).\nTS25\u00a0merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di dalam negara.\nSecara umumnya, program ini adalah untuk mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam\u00a0Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013\u20132025.\nProgram ini dilaksanakan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) yang terdiri daripada pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).\nNamun, menjelang tahun 2021, pelaksanaan program ini diurustadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-Bahagian di KPM.\nObjektif Pelaksanaan TS25\nObjektif pelaksanaan program ini adalah untuk: \n\n\n\n\n\nMembangunkan kepakaran dalam melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.\nMembangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.\n\nMatlamat Perlaksanaan\nMatlamat pelaksanaan program ini adalah:\n\nMemantapkan kepimpinan sekolah.\nMemaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).\nMengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.\n\nKonsep Program TS25\nKonsep pelaksanaan program ini dapat difahami seperti dalam gambar di bawah:\n\nJangka Masa Program\nJangka masa pelaksanaan program ini adalah selama 18 tahun bermula daripada murid berkenaan pada Tahun 1 sehingga tamat SPM/STPM:\n\nSumber: https://jpnterengganu.moe.gov.my/pendidik/program-transformasi-sekolah-2025\nKesimpulannya, Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan murid yang berkualiti tinggi dalam bidang pendidikan dan lain-lain.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/perantisiswa-keluarga-malaysia/", "title": "Rayuan Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang ditolak permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia mereka boleh mengemukakan rayuan untuk mendapatkan peranti tersebut.\nMenurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, setakat ini 40,000 permohonan telah ditolak daripada jumlah keseluruhan permohonan iaitu lebih 470,000 orang.\nUntuk makluman, kerajaan mewujudkan bantuan ini secara percuma kepada mahasiswa yang layak agar mereka dapat menggunakannya untuk tujuan pembelajaran sehingga tamat pengajian. \nPenerima Inisiatif\nInisiatif ini akan melibatkan pelajar yang menyambung pengajian di tingkatan 6, IPTA, IPTS, kolej komuniti, dan kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).\nPeringkat pengajian yang layak menerima inisiatif ini adalah sama ada:\n\nTingkatan 6\nPelajar Diploma\nPelajar Diploma Lanjutan\nPelajar Ijazah Sarjana Muda\nPelajar Institut Pendidikan Guru (IPG)\nPelajar kolej matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)\n\n\nTerma & Syarat\nTerma dan syarat bagi pelaksanaan inisiatif ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPemberian satu (1) unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:\u2013 Warganegara Malaysia.\u2013 Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah.\u2013 Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda.\u2013 Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022.\u2013 Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.\u2013 Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.\nInisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.\nPeranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.\nPeranti perlu dipulangkan apabila mahasiswa tersebut:\u2013 Menamatkan pengajian.\u2013 Berhenti pengajian.\u2013 Dibuang pengajian.\u2013 Menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara.\u2013 Melanggar apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.\nPenerima peranti perlu melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.\nPentadbir Program atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.\nPenerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.\nPenerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.\nPenerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.\nPeranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.\nPenerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.\nPenerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.\n\nTatacara Rayuan \nMenteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan rayuan boleh dibuat secara bertulis atau berjumpa terus dengan pemimpin tempatan iaitu Majlis Perwakilan Pelajar di IPT masing-masing.\nSetakat ini, tiada permohonan rayuan secara atas talian disediakan untuk urusan rayuan ini.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia, sila layari laman web KKMM iaitu https://www.kkmm.gov.my/.\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-zakat-pendaftaran-ipt-maij/", "title": "Bantuan Zakat Pendaftaran IPT MAIJ: Diploma RM500 & Ijazah RM1,000", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak-anak Negeri Johor yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah membuka Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara MAIJ bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda semester pertama. \nDi Negeri Johor, MAIJ merupakan institusi majlis agama Islam yang berperanan dalam menguruskan hal ehwal agama Islam termasuk menguruskan kumpulan wang zakat dan fitrah dan mengagihkannya kepada asnaf.\nSalah satu bantuan yang ditawarkan ialah Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara MAIJ untuk membantu anak-anak Negeri Johor yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah menyambung pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. \nBagi pemohon yang berminat untuk memohon skim bantuan zakat ini, permohonan secara atas talian telah dibuka bermula 1 September hingga 30 September 2020. \n\nKadar Bantuan\nPemohon yang layak menerima skim bantuan zakat ini akan menerima kadar bantuan yang ditetapkan seperti berikut:\n\n\n\n\nPeringkat Diploma (semester pertama): RM500.00Peringkat Ijazah Sarjana Muda (semester pertama): RM1,000.00\nSyarat Permohonan\nTerdapat beberadapa syarat kelayakan yang mesti dipenuhi pemohon sebelum membuat permohonan iaitu:\nPemohon tersebut mestilah warganegara Malaysia beragama Islam dan merupakan anak kelahiran Johor\u00a0serta menetap di dalam Negeri Johor.Telah bermastautin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.Pemohon mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.Pendapatan perkapita keluarga pemohon tidak melebihi RM500 setiap tanggungan (termasuk ketua keluarga).Permohonan skim bantuan zakat ini hanya terbuka kepada pendaftaran semester pertama.\nCara Memohon\nPemohon boleh membuat permohonan skim bantuan zakat ini melalui langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web MAIJ iaitu\u00a0https://epayment.maij.gov.my/.Kemudian, klik bahagian \u2018Daftar Pengguna.\u2019Isi no. kad pengenalan dan klik butang \u2018Semak No. Kad Pengenalan.\u2019Jika nombor kad pengenalan telah didaftarkan, laman web tersebut akan memaparkan data pengguna telah didaftarkan. Klik bahagian \u2018Klik Di Sini\u2019 bagi kemas kini kata laluan.Jika data pemohon tiada dalam sistem, maklumat peribadi pemohon perlu dilengkapkan.Setelah maklumat pendaftaran dilengkapkan, klik \u2018Setuju\u2019 dan \u2018Simpan.\u2019Log masuk ke dalam sistem menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.Klik pada bahagian \u2018Bantuan IPT Dalam Negeri.\u2019Isi dan lengkapkan butiran berikut:\u2013 Maklumat pemohon.\u2013 Maklumat ibu bapa atau penjaga.\u2013 Maklumat pengajian.Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.Klik butang \u2018Hantar\u2019 dan klik \u2018Cetak Slip\u2019 sebagai rujukan permohonan.\nDokumen Sokongan\nBeberapa dokumen sokongan perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan pemohon.Salinan kad pengenalan ibu bapa.Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua tanggungan.Salinan slip gaji atau borang pengesahan pendapatan.Salinan surat tawaran IPTSalinan sijil akademik (SPM/STAM/STPM).Salinan sijil berhenti sekolah terakhir.Dokumen yuran pendaftaran.Gambar berukuran passport.\nPertanyaan Lanjut\nBagi pertanyaan mengenai skim bantuan ini, sila hubungi pihak MAIJ di talian 07-2282929, 07-2282937, 07-2282941, 07-2282926.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/gems-ptptn/", "title": "GEMS: Program Graduan Menjadi Ejen PTPTN RM400 Sebulan", "body": "\n\n\n\n\n\nPeminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang belum mendapat pekerjaan namun berminat dalam bidang keusahawanan boleh menyertai Program Graduate Executive Marketer (GEMS) yang diperkenalkan oleh PTPTN.\nGEMS merupakan dibawah Program Dana PENJANA KPT-CAP bertujuan untuk melatih peminjam PTPTN yang bergraduat pada tahun 2019 dan 2020 dalam ilmu keusahawanan dan pemasaran digital disamping menjana pendapatan.\nPeserta GEMS akan menerima elaun dan komisen dengan mempromosi dan memasarkan produk Simpan SSPN Plus. \nMereka akan diberikan latihan intensif mengikut modul yang disediakan beserta bimbingan dan tunjuk ajar oleh pegawai PTPTN.\u00a0\nSekiranya peserta GEMS memperoleh tawaran pekerjaan yang lain semasa program ini berjalan, mereka masih boleh terus menjadi peserta GEMS secara sambilan.\nGraduan yang berminat boleh membuat permohonan selewat-lewatnya 21 Jun 2022 kepada pihak PTPTN.\n\n\n\n\n\nKelebihan Program\nKelebihan yang akan dinikmati oleh para peserta program ini adalah seperti berikut: \nElaun sebanyak RM400 sebulan sepanjang tempoh 12 bulan.Perlindungan takaful berkelompok percuma (untuk tempoh 12 bulan).Komisyen yang lumayan.Tanpa modal perniagaan.Waktu kerja fleksibel.Sokongan pemasaran berterusan.Latihan/bimbingan diberikan.Sijil boleh digunakan memohon\u00a0MicroCredential\u00a0jika peserta menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di mana-mana IPTA.Pasaran luas tanpa sempadan.Tidak melibatkan transaksi tunai.Produk Simpan SSPN Plus telah dikenali.Produk patuh Syariah.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan bagi mereka yang ingin menjadi peserta program ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Berumur 18 tahun dan ke atas.Lepasan Ijazah Sarjana Muda (aliran Sastera) bergraduat tahun 2019 dan 2020.Merupakan peminjam PTPTN.Berstatus Tamat Pengajian dalam rekod PTPTN dan bayaran balik pinjaman.Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang pemasaran digital dan aktif menggunakan media sosial.Tidak berstatus muflis.\nCara Mendaftar\nPendaftaran untuk menyertai program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web PTPTN iaitu https://www.ptptn.gov.my/gems/index.Masukkan no kad pengenalan.Klik butang \u201cLog Masuk.\u201dIkut arahan dan lengkapkan maklumat pendaftaran.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai GEMS, sila layari laman web https://www.ptptn.gov.my/gems/index.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pakej-perpaduan-prabayar-internet-mudah-alih/", "title": "Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih RM5 Sebulan", "body": "\n\n\n\n\n\nPakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil pada 28 Februari 2023.\nMenerusi pakej ini, orang ramai boleh mendapatkan pakej prabayar internet mudah alih serendah RM5 sebulan sahaja.\nPakej ini adalah antara usaha kerajaan untuk membantu golongan B40 termasuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), orang kurang upaya (OKU) serta warga emas.\nIni adalah untuk\u00a0meringankan beban rakyat\u00a0dan pada masa yang sama memastikan setiap rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan telekomunikasi termasuk internet yang berkualiti dengan harga mampu milik.\nPakej ini diharap dapat membantu golongan sasaran untuk memanfaatkan platform digital dan mengambil peluang dalam ekonomi digital untuk meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga, seterusnya membantu membina ekonomi digital Malaysia.\n\nHarga Ditawarkan\nHarga yang ditawarkan menerusi pakej ini adalah RM30 untuk 6 bulan (180 hari). \nIni adalah penjimatan sebanyak 50% berbanding pakej sedia ada iaitu dari RM10 sebulan kepada hanya RM5 sebulan.\n\n\n\n\nKelajuan internet yang bakal diterima adalah 3Mbps dengan kouta internet sebanyak 30GB.\n\nPenerima Pakej\nSasaran penerima pakej ini adalah khusus kepada:\n\nGolongan belia berumur sehingga 30 tahun\nB40\nWarga\u00a0Emas\nOrang Kurang upaya (OKU)\nVeteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)\nVeteran Polis\n\nPenyedia Perkhidmatan\nSetakat ini, 5 syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi menawarkan pakej ini iaitu:\n\nCelcomDigi\nMaxis\nU Mobile\nTelekom Malaysia (TM)\nYTL Communications\n\nCara Mendapatkan Pakej\nUntuk mendapatkan pakej ini, orang ramai perlu menyemak dengan syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing.\nPautan semakan boleh dibuat seperti dibawah:\n\nCelcomDigi: https://www.celcom.com.my/personal/prepaid/pakej-perpaduan atau https://www.digi.com.my/prepaid/pakej-perpaduan.\nMaxis: https://www.hotlink.com.my/ms/faq/campaigns/hotlink-pakej-perpaduan/\nU Mobile: https://www.u.com.my/en/personal/deals/pakej-perpaduan\nTelekom Malaysia (TM): https://campaign.unifi.com.my/pakej-perpaduan/\nYTL Communication: https://www.yes.my/ms/docs/faq-ms/kempen-promosi/pakej-perpaduan-yes-promotion/\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih ini, sila layari laman web Kementerian Komunikasi dan Digital di pautan https://www.kkd.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-asasi-tvet-2023-2024/", "title": "Permohonan Program Asasi TVET Sesi 1 2023/2024", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menawarkan program baharu di Politeknik kepada pelajar lepasan SPM/Setaraf iaitu Program Asasi TVET Ambilan Sesi 1 2023/2024.\nProgram Asasi TVET ini diwujudkan untuk memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan.\u00a0\nProgram ini seabagai persediaan awal dan berfokus dapat diberikan kepada pelajar yang cenderung dalam bidang TVET.\nSebagai permulaan,\u00a05\u00a0buah politeknik akan menjadi perintis bagi pengambilan\u00a0 pertama pada Sesi I 2023/2024 dengan 500 orang pelajar sebagai kumpulan pertama.\nPelajar yang berminat boleh membuat permohonan mulai 15 Mei 2023 sehingga 9 Jun 2023.\n\nKelebihan Program Asasi TVET\nKelebihan utama bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke program ini ialah lepasan program ini akan diberikan keutamaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana\u00a04 universiti iaitu:\n\nUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP)\nUniversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)\nUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)\nUniversiti Malaysia Pahang (UMP)\n\nPemetaan laluan pengajian boleh dirujuk melalui jadual di bawah:\n\n\n\n\n\nTempoh Pengajian\nTempoh pengajian bagi program ini adalah setahun atau 2 semester pengajian dengan setiap semester adalah selama 6 bulan.\nPembangunan Kurikulum\nPembangunan kurikulum program ini diwujudkan dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal. \nManakala fokus bidang Asasi TVET yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri semasa.\u00a0\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan bagi program ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia\nMemiliki SPM atau setaraf\nLulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)\nMendapat\u00a0lima kepujian\u00a0dalam mata pelajaran berikut:\u2013 Bahasa Melayu\u2013 Bahasa Inggeris\u2013 Matematik\u2013 Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektroknik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal\u2013 1 matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiaannya\nCalon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta,\u00a0buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali. \n\nCara Memohon Program Asasi TVET Sesi 1 2023/2024\nPermohonan kemasukan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web permohonan https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login.\nKemudian, klik bahagian \u2018Daftar Akaun\u2019 untuk mengisi semua maklumat pemohon.\nKlik butang \u2018Daftar\u2019 untuk memastikan proses pendaftaran selesai.\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.\nLengkapkan maklumat permohonan. \nKlik butang \u2018Sah & Hantar\u2019 untuk menghantar permohonan.\nCetak Slip permohonan sebagai bukti.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Program Asasi TVET, sila layari laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/plkpk/", "title": "PLKPK: Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang pertanian dialu-alukan memohon Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) sesi Mac 2023 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). \nUntuk makluman, PLKPK diwujudkan pada 24 Julai 2002 selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir di dalam bidang pertanian. \nPelaksanaan program ini berteraskan kepada\u00a0National Occupational Skills Standard\u00a0(NOSS) dengan peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (National skill Development [email\u00a0protected]).\nOleh itu, bagi individu yang berminat bagi melanjutkan pengajian program ini, kemasukan bagi sesi Mac 2023 telah dibuka.\n\n\n\nObjektif Program\nPelaksanaan program ini bertujuan untuk mencapai beberapa objektif berikut:\n\nMelahirkan usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing.\nMelahirkan tenaga kerja mahir dan profesional yang akan berkhidmat di dalam sektor swasta bidang pertanian.\nMenjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.\n\nKeistimewaan Program\nPemohon yang melanjutkan pengajian dalam program ini bakal menerima beberapa keistimewaan seperti berikut:\n\n\n\n\n\nYuran percuma.\nElaun RM200 hingga RM300 sebulan.\nMakan dan minum disediakan.\nPenginapan dan kemudahan pembelajaran yang kondusif.\nPusat bertauliah seluruh negara bidang tanaman.\n\nBidang Yang Ditawarkan\nBidang yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:\n\nTanaman\nPengeluaran Padi\nTernakan Ruminan\nTernakan Poltri\nAkuakultur Marin\nAkuakultur Air Tawar\nTeknologi Perikanan Tangkapan\nPemprosesan Makanan\nPemasaran\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nBerumur 18 hingga 25 tahun pada tarikh pendaftaran.\nMemiliki (lulus) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\nBoleh membaca, mengira dan menulis.\nSihat tubuh badan.\nBagi pemohon yang tidak memiliki SPM atau setaraf juga boleh memohon dan akan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP).\n\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langlah berikut:\n\nLayari laman web permohonan https://atpis.mafi.gov.my/V4/online/application/.\nMasukkan no kad pengenalan, kategori permohonan dan pilih pusat temu duga diikuti dengan butang \u2018Seterusnya.\u2019\nMasukkan maklumat peribadi, ibu bapa, perhubungan kecemasan, akademik, dan pengakuan pemohon.\nHantar permohonan jika kesemua maklumat tersebut telah diisi.\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai PLKPK, sila layari laman web https://www.mafi.gov.my/blkp untuk maklumat lanjut. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ujian-medsi/", "title": "Ujian MEdSI: Format & Contoh Soalan", "body": "\n\n\n\n\n\nUjian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia atau Malaysian Educators Selection Inventory\u00a0(MEdSI) merupakan ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).\nAntara tujuan utama ujian ini diambil adalah untuk mengenalpasti beberapa ciri pada calon seperti personaliti, minat kerjaya, kecerdasan emosi, dan integriti.\nMenerusi\u00a0ujian medsi\u00a0ini, penilai akan membuat penilaian sebelum dipanggil ke temuduga iaitu saringan terakhir sebelum diputuskan layak atau sebaliknya ke kursus pendidikan berkenaan.\nSoalan dalam\u00a0ujian ini adalah berbentuk psikometrik yang digubal oleh sekumpulan pakar yang menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI.\nFormat Ujian\nCalon yang menduduki ujian ini perlu menjawab\u00a0300 soalan dalam masa 1 jam.\u00a0\nFormat soalan terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:\n\nBahagian 1 (Personaliti 110 soalan)\nBahagian 2 (Minat Kerjaya- 60 soalan)\nBahagian 3 (Nilai Integriti 70 soalan)\nbahagian 4 (Kecerdasan Emosi 40 soalan)\n\nJawapan yang perlu diberikan adalah Ya atau Tidak dan jawapan pilihan iaitu:\n\nI = Sangat tidak setuju\nII = Tidak setuju\nIII = Setuju\nIV = Sangat setuju\n\nContoh Soalan\nContoh soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\ni) Soalan Personaliti\n\n\nii) Soalan Minat Kerjaya\n\n\n\niii) Soalan Nilai Integriti\n\n\niv) Soalan Kecerdasan Emosi\n\n\nTips Ujian\nTips Ujian MEdSI boleh dirujuk melalui gambar di bawah:\n\nInfo Lanjut\nUntuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ujian MEdSI, sila tonton video iaitu https://www.youtube.com/watch?v=ss8mA8gThDA.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pay-with-shopee/", "title": "Pay With Shopee: Bayar Pinjaman PTPTN dan Peroleh Baucar Diskaun", "body": "\n\n\n\n\n\nPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Shopee kini sedang menganjurkan kempen Pay With Shopee! daripada 15 Jun 2022 sehingga 15 Julai 2022.\nKempen dilaksanakan untuk menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik pinjaman pendidikan secara dalam talian dan menghargai peminjam PTPTN yang komited membayar balik pinjaman pendidikan secara konsisten melalui kemudahan saluran bayaran balik Shopee.\nUntuk makluman, kaedah bayaran balik pinjaman PTPTN melalui Shopee telah mula diperkenalkan pada tahun 2021 sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan pelanggan PTPTN melakukan transaksi pembayaran melalui saluran bayaran dalam talian.\nLangkah ini adalah ini juga adalah selaras dengan Teras Strategik ke-5, Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 iaitu memperkasa organisasi ke arah lebih dinamik dan cemerlang melalui pendigitalan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas dan sentiasa berada di tahap terbaik.\n\nManfaat Yang Diperoleh\nManfaat yang akan diperoleh bagi peminjam yang membuat pembayaran balik PTPTN melalui Shopee dalam tempoh kempen ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemberian baucar diskaun sebanyak 10% daripada jumlah bayaran, tertakluk kepada jumlah maksimum RM5\u00a0kepada\u00a060 pengguna aplikasi Shopee terawal setiap hari\u00a0semasa tempoh kempen, kecuali pada 7 Julai 2022.Jumlah penerima baucar diskaun berganda iaitu seramai 120 pengguna terawal pada 7 Julai 2022\u00a0bersempena bulan penubuhan PTPTN dan juga hari Mega Sales Shopee.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan bagi melayakkan peminjam memperoleh manfaat menerusi kempen ini adalah seperti berikut:\nTerbuka kepada pengguna aplikasi ShopeePay yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN di dalam tempoh kempen.Tiada jumlah minimum bayaran balik dalam 1 transaksi.Setiap pengguna layak menerima ganjaran baucar diskaun sekali sahaja dalam tempohkempen.Pengguna yang berjaya menerima baucar diskaun perlu membuat penebusan terlebih dahulu sebelum membuat transaksi bayaran balik pinjaman.\nCara Bayar PTPTN Melalui Shopee\nCara membuat bayaran PTPTN melalui Shopee dan membuat penebusan baucar adalah seperti berikut:\nMuat turun aplikasi Shopee di Playstore atau Appstore.Buka aplikasi dan dapatkan baucar diikuti dengan buat penebusan. Pergi \u201cMenu Deals Top-ups & Bills\u201d di aplikasi Shopee tersebut. Klik Menu \u201cPTPTN\u201d di bahagian \u201cBills\u201d tersebut.Klik Pilihan Bayaran PTPTN atau Simpanan SSPN-i/SSPN-i PLUSIsi no kad pengenalan beserta amaun bayaran atau simpanan.Klik \u201cPayment Option\u201d untuk mambuat bayaran. Klik \u201cPayment Method\u201d untuk bayaran dan klik \u201cConfirm\u201d\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kempen Pay With Shopee! sila layari portal rasmi PTPTN iaitu https://www.ptptn.gov.my atau ShopeePay https://shopee.com.my.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-keputusan-rayuan-upuonline-lepasan-stpm-2022-2023/", "title": "Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline Lepasan STPM 22/23", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh membuat semakan permohonan rayuan UPUOnline kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi 2022/2023 mulai 25 Oktober 2022, jam 12.00 tengah hari. \nUPUOnline ialah sistem atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi tujuan permohonan calon untuk memasuki IPT di dalam negara.\nBagi pelajar yang telah membuat permohonan rayuan UPUOnline lepasan STPM ini, semakan keputusan rayuan boleh dibuat mulai 25 Oktober 2022, jam 12.00 tengah hari hingga 30 Oktober 2022, jam 5.00 petang.\n\nTatacara Membuat Semakan\nSemakan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\ni) Laman Web\nLayari laman web berikut:\u2013 https://jpt.utm.my\u2013 https://jpt.uum.edu.my\u2013 https://jpt.unimas.my\u2013 https://jpt.ums.edu.my\u2013 https://jpt.umt.edu.myMasukkan maklumat yang diperlukan dan klik Semak.Keputusan permohonan dipaparkan\nii) Aplikasi Telefon Pintar\n\n\n\n\nSemakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar UPUPocket yang boleh dimuat turun di platform:\nGoogle Play StoreApple App StoreHuawei App Gallery\nTempoh Setuju Terima Tawaran\nBagi pelajar yang berjaya dalam permohonan mereka, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 26 Oktober 2022 hingga 30 Oktober Oktober 2022 di laman web rasmi Universiti Awam (UA).\nSurat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada mereka yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 Oktober 2022 setelah pemohon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai semakan permohonan dan rayuan melalui UPUOnline lepasan STPM sesi 2022/2023, sila hubungi:\nNo Tel: 03-8870 8200Email: [email\u00a0protected]\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sepkm-profil-kerjaya-murid-lepasan-spm/", "title": "SePKM: Semak Profil Kerjaya Murid Lepasan SPM", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan satu sistem bagi membolehkan semakan kerjaya murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilakukan iaitu Sistem e-Profil Kerjaya Murid (SePKM).\nMenerusi SePKM, sistem ini mengumpulkan data murid lepasan SPM bagi memudahkan pihak yang ingin mendapatkan maklumat tersebut dapat mengakses menerusi satu sistem sahaja. \nIni membolehkan sebelum murid meninggalkan alam persekolahan, semua murid mempunyai Profil Halatuju Pendidikan dan Kerjaya yang jelas.\nKewujudan sistem ini sebagai langkah penting KPM bagi memajukan proses pendigitalan selaras dengan kemajuan teknologi yang dilaksanakan di dalam negara.\n\nMengenai SePKM\nSistem bertujuan untuk memantau perkembangan pelajar kerjaya murid lepasan SPM secara dalam talian.\nSemua data kerjaya murid dikumpulkan di dalam sistem ini termasuk data mengenai keperibadian dan minat terhadap sesuatu kerjaya.\nSebelum ini, sistem bermula daripada sistem e-Perkhidmatan Kaunseling Murid sebelum KPM memperluaskan sistem ini kepada semua untuk memastikan ia dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. \n\n\n\n\nObjektif SePKM\nKPM telah menggariskan beberapa objektif bagi pelaksanaan sistem ini iaitu:\n\nBagi memudahkan guru pembimbing atau kaunselor mengakses maklumat pelajar, seterusnya menjimatkan masa mereka membuat penilaian.\nMerancang operasi berdasarkan data dalam sistem.\nUntuk menyimpan rekod perundingan secara dalam talian, seterusnya memudahkan ianya diakses.\nRekod yang disimpan menerusi sistem ini dapat digunakan untuk tindakan susulan yang lebih sistematik dan berkesan.\nBagi memudahkan proses menganalisis data dengan cepat dan tepat.\n\n4 Penilaian SePKM\nDi dalam sistem ini, terdapat 4 pernilaian yang akan diambil kira dan direkod di dalam iaitu:\n\nPersonaliti pelajar\nAktiviti kokurikulum\nMinat dan kerjaya\nPenilaian ujian psikometrik\n\nKategori Pengguna\nKategori pengguna yang boleh menggunakan sistem ini adalah seperti berikut:\n\nKPM/JPN/PPD\nGuru Kaunseling\nMurid\n\nCara Login\nUntuk login ke dalam sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web sistem iaitu\u00a0https://epkm.moe.gov.my/.\nPilih kategori pengguna. \nUntuk pengguna murid atau pelajar, klik pada bahagian \u2018Pelajar.\u2019\nMasukkan no. kad pengenalan dan klik butang \u2018Masuk.\u2019\n\n\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai SePKM, sila layari laman web https://epkm.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pinjaman-pendidikan-qardul-hassan/", "title": "Permohonan Pinjaman Pendidikan Qardul Hassan MAIJ 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Agama Islam Johor (MAIJ) mempelawa individu yang berminat memohon pinjaman \u00a0bagi pelajar-pelajar perubatan di universiti Mesir dan Jordan untuk memohon Pinjaman Pendidikan Qardul Hassan MAIJ 2023.\nPinjaman Pendidikan Qardul Hassan ini dibuka khusus kepada anak kelahiran Johor yang melanjutkan pengajian perubatan di universiti Mesir dan Jordan.\nBagi mereka yang berminat, permohonan hendaklah dihantar ke MAIJ sebelum atau pada 30 April 2023.\n\nKursus Layak Memohon\nKursus yang layak memohon pinjaman pendidikan ini adalah seperti berikut:\n\nPerubatan\nPergigian\nFarmasi\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia.\nAnak kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor sehingga kini atau sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.\nPelajar tahun 1 yang mendapat\u00a08A\u00a0dalam SPM, dengan mendapat A dalam 4 subjek teras iaitu Bahasa Inggeris, Fizik, Kimia dan Biologi; atau\nPelajar yang berada di tahun kedua pengajian dengan mendapat keputusan Tahun Pertama sekurang-kurangnya\u00a0Jayyid/Good\u00a0dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 5A.\nUniversiti yang telah di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia.\nTidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan perlu dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nMuat turun borang permohonan di pautan https://www.maij.gov.my/?portfolio=permohonan-pinjaman-pendidikan-qardul-hassan-majlis-agama-islam-negeri-johor-sesi-2023.\nIsi borang permohonan tersebut dengan lengkap.\nSediakan lampiran sokongan yang diperlukan.\nBorang beserta lampiran sokongan yang telah lengkap boleh dihantar ke email [email\u00a0protected].\n\nLampiran Sokongan\nLampiran sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:\n\nSekeping gambar berukuran passport.\nSalinan kad pengenalan pelajar.\nSalinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga.\nSalinan Slip Gaji atau pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga.\nSurat tawaran pengajian universiti.\nSalinan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)\nSalinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)\nSalinan keputusan peperiksaan tahun semasa (terkini)\nSijil-sijil keputusan peperiksaan yang disahkan.\nPengesahan tahun pengajian oleh Atase Pendidikan Johor di Mesir atau Pejabat Education Malaysia Jordan.\n\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Baitulmal (Unit Pinjaman Pendidikan Qardul Hassan) MAIJ di talian 07-2222113/114 atau melayari laman web https://www.maij.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/puasa-zulhijjah/", "title": "Puasa Zulhijjah: Niat & Tarikh Pelaksanaannya", "body": "\n\n\n\n\n\nDi dalam bulan Zulhijjah, terdapat beberapa hari yang disunatkan umat Islam untuk berpuasa.\nIni terutamanya ketika Hari Arafah yang mana ia jatuh pada 9 Zulhijjah di dalam kalendar Hijrah.\nIni berpandukan hadis daripada Ibn Abbas R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:\nMaksudnya: \u201cTidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).\u201d Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda SAW berkata: \u201cTidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun\u201d (Riwayat Abu Daud (2082).\nNamun, apabila umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, umat Islam diharamkan untuk berpuasa pada hari tersebut.\nKategori Puasa Zulhijjah\nTerdapat 9 hari di bulan Zulhijjah tersebut, terdapat 3 kategori puasa iaitu Puasa Sunat Zulhijjah (1 sehingga 7 Zulhijjah), Puasa Sunat Tarwiyah (8 Zulhijjah) dan Puasa Sunat Arafah (9 Zulhijjah). \nNiat Puasa\nNiat puasa sunat di dalam bulan Zulhijjah ini adalah seperti berikut:\ni) Niat Puasa Sunat Zulhijjah\u201cSahaja aku puasa sunat di bulan Zulhijjah kerana Allah Ta\u2019ala\u201d\n\n\n\n\nii) Puasa Sunat Tarwiyah\u201cSahaja aku niat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Ta\u2019ala\u201d\niii) Puasa Sunat Hari Arafah\u201cSahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta\u2019ala\u201d\n\nTarikh Disunatkan & Diharamkan Puasa\nSecara umumnya, umat Islam disunatkan untuk berpuasa pada 1 sehingga 9 Zulhijjah pada setiap tahun.\nManakala bagi 10 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah pula, umat Islam diharamkan berpuasa kerana meraikan Hari Raya Aidiladha dan jatuhnya Hari Tasyrik.\ni) Tarikh Sunat Berpuasa\n\n1 Zulhijjah: Selasa, 20 Jun 2023\n2 Zulhijjah: Rabu, 21 Jun 2023\n3 Zulhijjah: Khamis, 22 Jun 2023\n4 Zulhijjah: Jumaat, 23 Jun 2023\n5 Zulhijjah: Sabtu, 24 Jun 2023\n6 Zulhijjah: Ahad, 25 Jun 2023\n7 Zulhijjah: Isnin, 26 Jun 2023\n8 Zulhijjah: Selasa, 27 Jun 2023\n9 Zulhijjah: Rabu, 28 Jun 2023\n\nii) Tarikh Haram Berpuasa\n\nHari Raya Aidiladha: 10 Zulhijjah: Khamis, 29 Jun 2023\nHari Tasyrik: 11 Zulhijjah: Jumaat, 30 Jun 2023\nHari Tasyrik: 12 Zulhijjah: Sabtu, 1 Julai 2023\nHari Tasyrik : 13 Zulhijjah: Ahad, 2 Julai 2023\n\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/my50/", "title": "My50: Pas Perjalanan Bulanan Tanpa Had Rapid KL & Penang", "body": "\n\n\n\n\n\nPas perjalanan bulanan tanpa had perkhidmatan Rapid KL dan Rapid Penang kini ditawarkan kepada orang ramai menerusi My50. \nUntuk makluman, My50 ialah pas perjalanan tanpa had yang menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had di Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT di Lembah Klang.\nBagi Pulau Pinang, My50 Mutiara Pass menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan bas Rapid Penang.\nPelaksanaan pas perjalanan ini diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2022 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku\u00a0Datuk Seri\u00a0Zafrul\u00a0bin\u00a0Tengku\u00a0Abdul Aziz pada 29 Oktober 2021 yang lalu. \nPelaksanaan pas perjalanan ini adalah bagi mengurangkan beban kos pengangkutan orang ramai termasuk murid atau pelajar yang menggunakan perkhidmatan awam untuk berulang-alik ke tempat pengajian mereka. \n\nHarga My50\nHarga pas perjalanan ini adalah berjumlah RM50 dan boleh digunakan tanpa had selama sebulan menerusi perkhidmatan Rapid KL dan Rapid Penang.\nPelaksanaan My50\nPelaksanaan My50 ini dilaksanakan bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2022 bagi semua perkhidmatan Rapid KL dan Rapid Penang. \nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi orang ramai yang ingin mendapatkan pas perjalanan ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia. Mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah.\nPusat Pembelian\nOrang ramai boleh membeli pas perjalanan ini di tempat-tempat berikut:\n\n\n\n\ni) Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL\nSemua stesen LRTSemua stesen MRTSemua stesen MonorelSemua stesen BRT\nii) Hab bas terpilih Rapid KL\nPasar SeniKit ChowKLCCSri NilamPuchong UtamaTitik MutiaraPiramid SunwayKayu HijauSeksyen 2 Shah Alam\niii) Kiosk Rapid Penang\nKomtarWeld Quay (Terminal B)Pulau Pinang SentralBukit JambulIbu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)Kompleks Dato\u2019 Kailan (Kepala Batas)Balik PulauBukit Mertajam\nSoalan Lazim\nBolehkah saya membeli pas perjalanan ini menggunakan kad Touch N Go biasa? Tidak, pas perjalanan ini hanya boleh dilanggan menggunakan MyKad atau MyTentera yang mempunyai fungsi Touch \u2018n Go sahaja. Bagi Rapid Penang, My50 boleh diaktifkan menggunakan Pas Mutiara My50.\u00a0 Saya seorang pelajar di bawah umur 12 tahun. Saya mempunyai MyKid namun tidak mempunyai fungsi Touch N Go. Bagaimanakah saya boleh melanggan pas perjalanan ini? Bagi pelajar yang berumur di bawah 12 tahun, anda hendaklah melanggan Kad Konsesi Pelajar MyRapid menerusi perkhidmatan atas talian di laman web Myrapid. Pelajar boleh melanggan pas My50 di mana-mana Kaunter Khidmat Pelanggan dan hab bas terpilih Rapid KL setelah mendapat kad konsesi anda manakala bagi Rapid Penang, pelajar yang berumur di bawah 12 tahun boleh melanggan kad Pas Mutiara di mana-mana kiosk di Rapid Penang.\u00a0 Bolehkah pas perjalanan saya dipindah milik kepada orang lain? Tidak, pas perjalanan yang diaktifkan pada MyKad atau MyTentera anda bagi Rapid KL dan Pas Mutiara bagi Rapid Penang yang tidak boleh dipindah milik. Bolehkah saya menggunakan My50 di Rapid Kuantan? Pada masa ini, My50 tidak ditawarkan bagi perkhidmatan Rapid Kuantan buat masa ini.\u00a0 \nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Bantuan MyRapid di talian 03-7885 2585 atau melayari laman web https://myrapid.com.my/ untuk maklumat lanjut. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-matematik-tingkatan-3-dlp/", "title": "Buku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP ini ini disediakan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). \nBuku ini mengandungi 9 bab yang disusun secara sistematik berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tingkatan 3.\nPada permulaan setiap bab, murid-murid diperkenalkan dengan bahan-bahan yang berkaitan dengan harian kehidupan untuk merangsang pemikiran mereka tentang kandungan. \nStandard pembelajaran dan senarai perkataan juga disertakan untuk menyediakan ringkasan visual kandungan bab.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Chapter 1 Indices \n\nIndex Notation \nLaw of Indices\n\nii) Chapter 2 Standard Form\n\nSignificant Figures\nStandard Form \n\niii) Chapter 3 Consumer Mathematics: Savings and Investments, Credit and Debt \n\nSavings and Investments \nCredit and Debt Management\n\niv) Chapter 4 Scale Drawings\n\nScale Drawings\n\nv) Chapter 5 Trigonometric Ratios\n\nSine, Cosine and Tangent of Acute Angles in Right-angled Triangles\n\nvi) Chapter 6 Angles and Tangents of Circles \n\n\n\n\n\nAngle at the Circumference and Central Angle Subtended by an Arc \nCyclic Quadrilaterals\nTangents to Circles \nAngles and Tangents of Circles\n\nvii) Chapter 7 Plans and Elevations\n\nOrthogonal Projections \nPlans and Elevations\n\nviii) Chapter 8 Loci in Two Dimensions\n\nLoci\nLoci in Two Dimensions\n\nix) Chapter 9 Straight Lines\n\nStraight Lines\n\nMuat Turun Buku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP\nBuku Teks Digital Matematik Tingkatan 3 DLP ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nMathematics-Form-3Download\nSkema Jawapan\nSkema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:\nAnswer-Mathematic-Form-3Download\nNOTA:\nDLP ialah program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran bidang sains dan matematik yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nProgram ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut :\u00a0http://www.moe-dl.edu.my\nBaca juga:\n\nBuku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP KSSM\nBuku Teks Sains Tingkatan 1 DLP KSSM\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-geografi-tingkatan-3/", "title": "Buku Teks Geografi Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku teks Geografi Tingkatan 3 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 3 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. \nKSSM digubal bagi memenuhi keperluan hasrat yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013\u20132025. \nSelain itu, KSSM juga bertujuan menyediakan murid untuk menghadapi globalisasi berasaskan pembelajaran abad ke-21. Buku teks ini dilengkapkan dengan elemen-elemen istimewa seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), QR Code dan AR sebagai nilai tambah dalam menarik minat murid untuk mendekati ilmu geografi dan menerapkannya dalam kehidupan seharian.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Jadual dan Graf\n\nCiri-ciri dan Kegunaan Jadual\nCiri-ciri dan Kegunaan Graf\nLangkah-langkah Membina Jadual\nLangkah-langkah Membina Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan\nMentafsir Jadual, Graf Bar Mudah, Graf Garisan Mudah dan Graf Gabungan Imbas Kembali\n\nii) Bab 2 Carta Pai\n\nCiri-ciri dan Kegunaan Carta Pai\nLangkah-langkah Membina Carta Pai\nMentafsir Carta Pai\n\niii) Bab 3 Pengaruh Persekitaran Fizikal terhadap Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar\n\nFaktor-faktor Persekitaran Fizikal yang Mempengaruhi Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar\nFaktor-faktor yang Mempengaruhi Kepelbagaian Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar\n\niv) Bab 4 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia\n\nJenis dan Taburan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia\nFaktor-faktor yang Mempengaruhi Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia\nKepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia\nKesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia\n\nv) Bab 5 Hidupan Liar di Malaysia\n\nHidupan Liar di Malaysia\nKepentingan Hidupan Liar di Malaysia\nKegiatan Manusia yang Mengancam Hidupan Liar di Malaysia\nUsaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar di Malaysia\n\nvi) Bab 6 Sumber Semula Jadi di Malaysia\n\nSumber Semula Jadi di Malaysia\nTaburan Sumber Boleh Baharu dan Sumber Tidak Boleh Baharu di Malaysia\nKepentingan Sumber Semula Jadi dalam Pembangunan Ekonomi di Malaysia\n\nvii) Bab 7 Kegiatan Ekonomi di Malaysia\n\n\n\n\n\nJenis Kegiatan Ekonomi di Malaysia\nTaburan Kegiatan Ekonomi Utama di Malaysia\nFaktor-faktor yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi di Malaysia\nKepentingan Kegiatan Ekonomi di Malaysia\n\nviii) Bab 8 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia\n\nTumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia\nKepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia\n\nix) Bab 9 Sumber Semula Jadi Utama dan Kerjasama Ekonomi di Dunia\n\nTaburan Sumber Semula Jadi Utama di Dunia\nKrisis Sumber Semula Jadi di Dunia\nContoh Kerjasama Ekonomi Antarabangsa\nKepentingan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa\n\nx) Bab 10 Sumber Hutan\n\nSumber Hutan\nKepentingan Pengurusan Sumber Hutan di Malaysia\nUsaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber Hutan di Malaysia\nPeranan Agensi dalam Pengurusan Hutan di Malaysia\n\nxi) Bab 11 Kitar Semula\n\nElemen Kitar Semula\nKepentingan Amalan Kitar Semula\nAmalan Kitar Semula di Malaysia\nAmalan Kitar Semula di Negara-negara Lain\n\nxii) Bab 12 Panduan Kerja Lapangan\n\nMemilih Isu atau Tajuk Kerja Lapangan\nMenentukan Objektif Kerja Lapangan\nMenentukan Kaedah Kerja Lapangan\nMerekod, Mengumpul dan Menganalisis Data atau Maklumat\nMerumus dan Membuat Pelaporan Tentang Kerja Lapangan\n\nMuat Turun Buku Teks Geografi Tingkatan 3\nBuku Teks Digital Geografi Tingkatan 3 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBuku-Teks-Geografi-1Download\nBuku-Teks-Geografi-2Download\nSkema Jawapan\nSkema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:\nJawapan-Buku-Teks-GeografiDownload\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut :\u00a0http://www.moe-dl.edu.my\nBaca juga:\n\nBuku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP KSSM\nBuku Teks Sains Tingkatan 1 DLP KSSM\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-panggilan-temu-duga-ujian-lepasan-spm/", "title": "Semakan Panggilan Temu Duga & Ujian Lepasan SPM Sesi 2022/2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPemohon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan kemasukan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih kini boleh membuat semakan keputusan panggilan temu duga dan ujian secara atas talian.\nUntuk pengetahuan, semakan keputusan temu duga dan ujian ini adalah melibatkan permohonan kemasukan yang mempunyai temu duga bagi sesi akademik 2022/2023.\nOleh itu, bagi pemohon lepasan SPM yang telah membuat permohonan kemasukan sebelum ini boleh segera membuat semakan secara atas talian.\nSemakan boleh mula dibuat secara atas talian mulai 9 Mei 2022 iaitu pada hari Isnin. \n\n\n\n\n\nIPT Terlibat\nPemohon lepasan SPM yang terlibat dalam permohonan ke IPT berikut boleh membuat semakan:\nUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Universiti Teknologi MARA (UiTM)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Utara Malaysia (UUM)Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)PoliteknikInstitusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)\nCara Membuat Semakan\nSemakan keputusan panggilan temu duga dan ujian boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web semakan berikut mengikut institusi yang dipohon:\u2013 UPSI: https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga\u2013 UniSZA: https://www.unisza.edu.my/tawaran\u2013 UiTM: https://www.online.uitm.edu.my\u2013 UKM: https://smp.ukm.my/etemuduga/semakan\u2013 UUM: http://uum.edu.my/kemasukan\u2013 UPNM: https://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga\u2013 JPPKK : http://ambilan.mypolycc.edu.my\u2013 ILJTM : https://www.jtm.gov.my/semakantemudugaMasukkan no kad pengenalan pemohon.Klik butang \u201cSemak.\u201dKeputusan semakan dipaparkan.\nKeterangan Lanjut\nUntuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP\u00a0IPT) di talian 03-8870 8200. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/back-to-school-mbi-selangor/", "title": "Back To School MBI Selangor 2022: Inisiatif Tunai RM100", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa warga Selangor berpeluang untuk mendapatkan bantuan Back To School MBI Selangor berjumlah RM100.\nMBI Selangor merupakan badan yang ditubuhkan dibawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Enakmen No: 3 1994) pada 21 September 1994. \nMenariknya, badan ini ditubuhkan khusus untuk mentadbir pengurusan aset dan pelaburan milik kerajaan negeri serta mewakili kerajaan negeri dalam melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan yang di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. \nSelain itu, badan ini juga berperanan mempromosi dan mendukung usaha pembangunan negeri Selangor di samping melunaskan kewajiban tanggungjawab sosial kepada masyarakat.\nTarikh permohonan bantuan ini telah dilanjutkan dan permohonan boleh dibuat sehingga 31 Januari 2023.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nIbu atau bapa pelajar lahir dan menetap di Negeri Selangor.\nPengundi di DUN yang dipohon.\nPendapatan isi rumah adalah RM4,000.00 dan ke bawah.\nPelajar bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Selangor iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) pada tahun 2023.\nPemohon mestilah bukan penerima BINGKAS, mana-mana agensi lain seperti Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), dan lain-lain.\n\nCara Memohon\nPermohonan perlu dibuat melalui pejabat DUN atau penyelaras DUN dalam tempat tinggal pemohon.\nSila hubungi pejabat DUN atau penyelaras DUN (rujuk http://dewan.selangor.gov.my/direktori-pusat-khidmat-adun/).\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan dan perlu dibawa bersama ke pejabat DUN atau penyelaras DUN untuk membuat permohonan:\n\nSalinan Kad Pengenalan Bapa\nSalinan Kad Pengenalan Ibu\nSalinan Kad Pengenalan Anak\nSalinan Slip Gaji terkini atau Pengesahan Pendapatan (Majikan/Penghulu/Ketua Kampung/Pesuruhjaya Sumpah/Pengerusi Persatuan Penduduk)\nPengesahan mastautin (Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Nazir/Pengurusan Sekolah)\n\nSumber: https://selangorkini.my/2022/12/permohonan-bantuan-kembali-ke-sekolah-mbi-dilanjutkan-hingga-31-januari/?fbclid=IwAR3ghB0A9HwyHSK4BQDP9GTFYOM0iupmN-hYuApAQ_HDADsCbm1kzqRc0xM\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kelas-bahasa-ppas/", "title": "Kelas Bahasa PPAS: Belajar 12 Bahasa Serendah RM10 Setiap Kelas", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu sama ada kanak-kanak sehingga dewasa kini boleh mengikuti kelas bahasa anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan hanya serendah RM10 bagi setiap kelas.\nUntuk makluman, PPAS\u00a0telah ditubuhkan melalui enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 \u00a0dan operasinya bermula dengan pengambilalihan Kelab Buku Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1971\u00a0untuk dijadikan sebagai ibu pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.\nPada hari ini, PPAS beroperasi di Seksyen 13, Shah Alam yang mana perpustakaan ini merupakan\u00a0hadiah daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor kepada rakyat Selangor\u00a0sempena pengisytiharan \u201cSelangor Maju 2005.\u201d\nBagi menyemarakkan budaya ilmu di Negeri Selangor, PPAS telah melaksanakan banyak program kelilmuan dan salah satu program yang dijalankan ialah Kelas Bahasa PPAS.\n\n12 Kelas Bahasa\nPPAS menawarkan 12 kelas bahasa yang merangkumi bahasa-bahasa utama yang dituturkan di seluruh dunia iaitu:\nBahasa Arab-Kanak-kanak, Remaja, DewasaBahasa Turki-Dewasa sahajaBahasa Jerman-Dewasa sahajaBahasa Mandarin-Kanak-kanak, Remaja, DewasaBahasa Tamil-Kanak-kanak, Remaja, DewasaBahasa Spanish-Dewasa sahajaBahasa Itali-Dewasa sahajaBahasa Jepun-Dewasa sahajaBahasa French-Dewasa sahajaBahasa English-Kanak-kanak, Remaja, DewasaBahasa Belanda-Dewasa sahajaBahasa Korea-Kanak-kanak, Remaja, Dewasa\nKekerapan Kelas\nPada ketika ini, semua kelas yang dijalankan adalah secara atas talian akibat penularan pandemik COVID-19.\n\n\n\n\nBagi mereka yang menyertai Kelas Bahasa PPAS ini, setiap kelas bahasa akan dijalankan 4 kali sebulan. \nKategori Umur\nKategori umur bagi mereka yang ingin menyertai kelas bahasa ini adalah seperti berikut:\nKanak-kanak (7-12 tahun)Remaja (13-17 tahun)Dewasa (18 tahun ke atas)\nCara Mendaftar\nUntuk mendaftar dalam mana-mana kelas bahasa tersebut, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://ppas.onpay.my/prospect/form/bahasa.Isi maklumat yang diperlukan.Pilih kelas bahasa pilihan yang diingini.Masukkan alamat dengan lengkap.Klik butang \u2018Hantar\u2019 untuk menghantar permohonan.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Kelas Bahasa PPAS ini, sila hubungi PPAS di talian 03-55197667. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-sokongan-pengajian-one-off-umk/", "title": "Permohonan Bantuan Sokongan Pengajian (One-Off) UMK", "body": "\n\n\n\n\n\nPusat Islam Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah membuka permohonan Bantuan Sokongan Pengajian (one-off) semester September 2022 kepada pelajar yang memerlukan.\nUntuk makluman, pemberian bantuan sokongan ini adalah bagi menyokong aspek keperluan makan dan pengajian pelajar berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.\nPemberian bantuan sokongan ini diharap dapat meringankan beban pelajar khususnya dalam kalangan asnaf bagi meneruskan pengajian mereka di UMK.\nPelajar UMK yang ingin mendapatkan bantuan ini boleh membuat permohonan sebelum jam 5.00 petang 14 November 2022 iaitu hari Isnin.\n\nMengenai UMK\nUMK ditubuhkan hasil daripada persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK ke-9) pada 31 Mac 2006.\nJemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006 kemudiannya meluluskan penubuhan universiti ini dan menetapkan supaya falsafah kurikulum pengajian di UMK berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dan perusahaan\u00a0(entrepreneurship education and enterprises)\u00a0dalam semua program pengajian.\n\n\n\n\nOleh kerana itulah, semua program pengajian bertujuan untuk melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi dengan minda kelas pertama yang lengkap dengan ciri-ciri usahawan.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon bantuan sokongan ini adalah seperti berikut:\nPelajar kanan (Muslim).Pelajar Ijazah Sarjana Muda.Pendapatan isi rumah RM3,800 dan ke bawah.\nCara Memohon\nPermohonan bantuan sokongan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://forms.gle/DRPX3BsnTmqkd2th7.Ini maklumat email dan klik butang \u2018Next.\u2019Isi semua maklumat yang diperlukan.Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.Muat naik slip pengesahan akaun bank.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan. \nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Bantuan Sokongan Pengajian (One-Off), sila hubungi Hotline Zakat di talian 011-12233446.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-keputusan-stpm-2022/", "title": "Semakan Keputusan STPM 2022 Mulai 13 Julai 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nSemakan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2022 boleh dibuat mulai 13 Julai 2023 iaitu pada hari Khamis.\nUntuk pengetahuan, STPM\u00a0adalah peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar\u00a0Malaysia yang dulunya dikenali sebagai\u00a0Higher School Certificate\u00a0(HSC).\nPeperiksaan ini merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia dan diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa.\nMenariknya, peperiksaan ini diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat ,Ireland dan Australia.\nUntuk STPM 2022, pengumuman keputusan peperiksaan akan dibuat pada 13 Julai 2023 jam 11.30 pagi. \n\nMata Pelajaran STPM\nDi peringkat awal, peperiksaan STPM melibatkan 22 mata pelajaran yang ditawarkan kepada para pelajar yang mengambil peperiksaan ini.\nWalau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.\n\n\n\n\nNamun, bermula pada tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.\nSenarai 23 mata pelajaran tersebut adalah seperti:\nKodMata Pelajaran900Pengajian Am910Bahasa Melayu911Bahasa Cina912Bahasa Tamil913Bahasa Arab920Literature in English922Kesusasteraan Melayu Komunikatif930Syariah931Usuluddin940Sejarah942Geografi944Ekonomi946Pengajian Perniagaan948Perakaunan950Mathematics (M)954Mathematics (T)958Information and Communications Technology (ICT)\u00a0960Physics962Chemistry964Biology966Sains Sukan970Seni Visual932Tahfiz Al-Quran\nTatacara Semakan Keputusan STPM\nUntuk membuat semakan keputusan STPM 2022, sila ikuti langkah-langkah berikut:\ni) Portal MPM\n\nLayari laman web https://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai jam 11.30 pagi.\nMasukkan maklumat yang diperlukan.\nKeputusan peperiksaan dipaparkan.\n\nii) SMS\n\nTaip STPMNo Kad PengenalanAngka Giliran mulai jam 11.00 pagi.\nHantar ke 15888. \nKeputusan peperiksaan akan dihantar. \n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai semakan keputusan STPM 2022, sila hantar emel ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kertas-soalan-percubaan-spm-matematik/", "title": "Koleksi Kertas Soalan Matematik Percubaan SPM", "body": "\n\n\n\n\n\nMatematik merupakan salah satu subjek yang lazimnya diberi perhatian oleh para guru dan pelajar bagi menghadapi peperiksaan SPM.\nUntuk memastikan pelajar mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM, mereka perlu selalu membuat latihan terutamanya soalan-soalan Matematik menerusi soalan percubaan SPM daripada negeri dan tahun yang berbeza.\nIni dapat mengasah kefahaman dan para pelajar untuk menjawab dengan baik subjek ini di dalam peperiksaan kelak.\nBerikut merupakan koleksi kertas soalan Matematik bagi percubaan SPM bagi negeri yang berikut:\nTahun 2021\ni) Terengganu\nSoalan Kertas 1 dan Kertas 2 beserta skema jawapan\nTerengganu-Matematik-Percubaan-SPMDownload\nii) Sabah\nSoalan Kertas 1\nSabah-Matematik-Percubaan-SPMDownload\nSoalan Kertas 2\nSabah-Matematik-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\niii) Negeri Sembilan\nSoalan Kertas 1\nNSembilan-Matematik-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan Kertas 2\n\n\n\n\nNSembilan-Matematik-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema Jawapan\nNSembilan-Matematik-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\niv) Pahang (Pekan)\nSoalan Kertas 1 dan Kertas 2 beserta skema jawapan\nPekan-Matematik-Percubaan-SPMDownload\nv) Pahang (Bentong)\nSoalan Kertas 1 dan Kertas 2 beserta skema jawapan\nBentong-Matematik-Percubaan-SPMDownload\nvi) SBP\nSoalan Kertas 1\nSBP-Matematik-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan Kertas 2\nSBP-Matematik-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema Jawapan\nSBP-Matematik-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\nMengenai Percubaan SPM\nUntuk mengetahui perkembangan terkini peperiksaan percubaan SPM, sila layari laman web\u00a0https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-gamuda-2022/", "title": "Permohonan Biasiswa GAMUDA 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan GAMUDA telah membuka permohonan biasiswa kepada pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerusi Biasiswa GAMUDA 2022.\nUntuk pengetahuan, Yayasan GAMUDA telah ditubuhkan pada 2016 untuk memberi tumpuan kepada bantuan pendidikan dan memperkasakan perusahaan sosial bagi penambahbaikan komuniti di dalam negara.\nSalah satu bantuan pendidikan yang ditawarkan adalah Biasiswa GAMUDA yang ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. \nBagi pemohon yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian sebelum 31 Mac 2022.\n\nManfaat Biasiswa GAMUDA\nBagi pelajar yang layak menerima biasiswa ini, mereka akan menerima manfaat seperti berikut:\ni) Bantuan kewangan\nPelajar akan diberikan bantuan kewangan, meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup, yuran penginapan, pembelian buku, elaun komputer riba dan tambang penerbangan (hanya untuk pelajar luar negara).\nii) Peluang Penempatan\nPelajar juga akan diberikan latihan amali dan penempatan kerja dalam Kumpulan Syarikat GAMDUA selepas mereka tamat pengajian.\n\n\n\n\niii) Scholars Engagement and Development Programme (SEDP)\nPelajar juga akan mempunyai sesi engagement dengan barisan kepimpinan GAMUDA untuk mempelajari pembangunan kepimpinan dan rangkaian serta kemahiran yang diperlukan untuk berkembang dalam kerjaya profesional.\nKursus Pengajian\nBiasiswa ini terbuka kepada lepasan pra-Universiti (STPM, A-level, International Baccalaureate, Matrikulasi, Yayasan Matrikulasi Australia, Program Ijazah Amerika, Diploma atau setaraf) dan pelajar yang menjalani ijazah sepenuh masa pertama yang melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang:\nKejuruteraan (Awam, Elektrik, Mekanikal, Mekatronik, Perisian)Sains Alam Sekitar dan Kelestarian/Hortikultur/Pengurusan BiodiversitiUkur Bahan/Ukur Bangunan/Pengurusan PembinaanPengurusan Hartanah dan HartanahKewangan/PerakaunanPengajian Perniagaan/Pentadbiran PerniagaanSeni binaPsikologi/Pengurusan Sumber Manusia\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan biasiswa ini yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Minimum 3A/PNGK 3.40 dalam STPM atau setaraf (cth. A-Levels, Matrikulasi, Asasi, Diploma).Mahir dalam berbahasa Inggeris.Mempunyai kualiti kepimpinan iaitu aktiviti ekstrakurikuler, sukan dan khidmat masyarakat.Pemohon tidak menerima sebarang bantuan kewangan lain.Pemohon sedang belajar sepenuh masa program ijazah pertama.\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dilakukan dengan mengikuti tatacara permohonan berikut:\nLayari laman web https://scholarship.gamuda.com.my/Scholarship/RegisterLogin.Di bahagian \u2018New applicant registration,\u2019 masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Register.\u2019Kemudian, log masuk dengan memasukkan emial dan kata laluan.Isi semua 9 bahagian yang diperlukan.Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.Hantar permohonan setelah semua perkara diisi dan dimuat naik.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:\nKeputusan akademik dari SPM (atau setaraf) dan seterusnya.Surat tawaran daripada universiti/universiti.Transkrip akademik terkini (jika sedang mengikuti ijazah sarjana muda).Dokumentasi pendapatan terkini ibu bapa (cth. slip gaji, borang EA, borang J, slip pencen).\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa GAMUDA 2022, sila layari laman web https://gamuda.com.my/gamuda-scholarship.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kertas-soalan-percubaan-spm-matematik-2/", "title": "Koleksi Kertas Soalan Sejarah Percubaan SPM", "body": "\n\n\n\n\n\nSejarah merupakan salah satu subjek yang penting di dalam SPM kerana subjek ini merupakan subjek yang menentukan pelajar dapat memasuki ke universiti selain subjek Bahasa Melayu.\nBerbanding subjek-subjek yang lain, subjek ini memerlukan pelajar untuk mengulang kaji fakta sejarah dengan tepat bagi memastikan mereka menjawab dengan betul.\nBagi memastikan para pelajar mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan, pelajar adalah dinasihatkan untuk membuat latihan kertas peperiksaan sebelum ini.\nBerikut adalah koleksi soalan Sejarah percubaan SPM untuk tahun-tahun sebelum ini:\nTahun 2021\ni) Pulau Pinang\nSoalan kertas 1 dan skema jawapan kertas 1\nPPinang-Sejarah-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\n\nPPinang-Sejarah-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan kertas 2\nPPinang-Sejarah-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-2Download\nii) Perlis\nSoalan kertas 1\nPerlis-Sejarah-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nPerlis-Sejarah-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan kertas 1\nPerlis-Sejarah-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-1Download\nSkema jawapan kertas 2\nPerlis-Sejarah-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-2Download\niii) Sarawak\n\n\n\n\nSoalan kertas 1\nSarawak-Sejarah-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nSarawak-Sejarah-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan\nSarawak-Sejarah-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\niv) Melaka\nSoalan kertas 1\nMelaka-Sejarah-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nMelaka-Sejarah-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan kertas 1\nMelaka-Sejarah-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-1Download\nSkema jawapan kertas 2\nMelaka-Sejarah-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-2Download\nv) Kelantan\nSoalan kertas 1\nKelantan-Sejarah-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nKelantan-Sejarah-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan kertas 1\nKelantan-Sejarah-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-1Download\nSkema jawapan kertas 2\nKelantan-Sejarah-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-2Download\nMengenai Percubaan SPM\nUntuk mengetahui perkembangan terkini peperiksaan percubaan SPM, sila layari laman web\u00a0https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-pendidikan-muis/", "title": "Bantuan Pendidikan MUIS: Yuran Pendaftaran & Tiket Penerbangan", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak Negeri Sabah yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah membuka permohonan bagi Bantuan Pendidikan MUIS yang merangkumi yuran pendaftaran awal dan tiket penerbangan sehala.\nUntuk makluman, MUIS ialah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada Tahun 1971 di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah dan pindaan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (EPUI\u2019 92). Di bawah seksyen 32 EPUI\u201992 dan Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah Tahun 2004.\nAntara objektif penubuhan MUIS adalah untuk mengurus dan membangunkan institusi baitulmal, zakat dan harta wakaf.\nIni termasuklah membantu para asnaf fisabilillah seperti para pelajar untuk menyambung pengajian mereka. \n\nPeringkat Pengajian\nPeringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan ini adalah:\n\n\n\n\nSijilAsasiDiplomaIjazah Sarjana Muda\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi pelajar yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\nPenduduk asal Negeri Sabah.Warganegara Malaysia/permastautin tetapTidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.\nCara Memohon\nPermohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah berikut:\nLayari laman web https://appszakat.sabah.gov.my/index.php. Klik bahagian Log Masuk.Klik bahagian \u2018Daftar Sekarang.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Pengesahan.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Buat pendaftaran sehingga tamat.Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat email [email\u00a0protected]. \nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Pendidikan MUIS, sila hubungi 088-279 206/179.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/diskaun-ptptn/", "title": "Cara Mohon Diskaun & Penangguhan Bayaran Balik PTPTN", "body": "\n\n\n\n\n\nMenerusi Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbada\u00adnan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 20% selama 3 bulan bermula 1 Mac 2023.\nTujuan utama inisiatif ini diberikan adalah bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan terutamanya kepada mereka yang memperoleh pendapatan yang rendah. \nIni juga dapat memberi peluang atau tempoh kepada mereka untuk mendapat pekerjaan yang lebih tinggi.\n\nSelain itu, Perdana Menteri juga mengumumkan Kerajaan juga bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh 6 bulan.\nPermohonan penangguhan ini juga boleh dibuat mulai 1 Mac 2023 kepada peminjam yang tergolong dalam kategori ini. \n\nPelaksanaan Diskaun PTPTN 2023\nPelaksanaan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20% berkuatkuasa mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023 meliputi 4 kategori seperti berikut:\n\nDiskaun 20% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.\nDiskaun 15% untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang.\nDiskaun 15% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) mengikut jadual bayaran balik.\nDiskaun 5% untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN.\n\ni) Penyelesaian Penuh\nSemua peminjam PTPTN termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah layak menikmati insentif ini.\nii) Penyelesaian 50% daripada baki hutang\nPeminjam yang ingin membuat penyelesaian penuh pinjaman atau sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang perlu membuat pengesahan baki pinjaman melalui aplikasi myPTPTN atau portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN sebelum membuat bayaran balik melalui saluran bayaran yang telah disediakan.\niii) Bayaran melalui potongan gaji atau debit terus\n\n\n\n\nPeminjam yang sedang membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) adalah layak mendapat diskaun 15% secara automatik.\nManakala, peminjam yang ingin membuat potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) pula boleh membuat permohonan melalui aplikasi myPTPTN atau portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my. \nPeminjam boleh memilih salah satu atau kedua-dua saluran untuk menikmati insentif ini.\niv) Bayaran melalui aplikasi myPTPTN\nDiskaun 5% juga diberikan bagi bayaran balik yang dibuat melalui aplikasi myPTPTN. \nPeminjam boleh memuat turun aplikasi myPTPTN melalui \u201cApp Store\u201d bagi pengguna iOS, \u201cPlay Store\u201d bagi pengguna Android dan \u201cHuawei AppGallery\u201d bagi pengguna Huawei. \nPeminjam PTPTN hanya perlu melalui proses aturan keselamatan yang mudah dan seterusnya dapat menggunakan aplikasi ini dengan cepat dan selamat dan juga boleh mengakses portal myPTPTN dengan melayari\u00a0myptptn.ptptn.gov.my.\nPelaksanaan Penangguhan Bayaran Balik\nPelaksanaan penangguhan bayaran balik adalah seperti berikut:\n\nSemua peminjam yang dalam tempoh membayar balik dan mempunyai pendapatan bulanan RM1,800.00 (gaji kasar) ke bawah layak memohon penangguhan kecuali peminjam yang telah menyertai Debt Management Programme (DMP) di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi pinjaman PTPTN.\nPermohonan penangguhan boleh dibuat mulai 1 Mac 2023 melalui portal rasmi PTPTN di\u00a0www.ptptn.gov.my.\nPeminjam perlu melengkapkan maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan, memuat naik dokumen pendapatan bulanan terkini dan membuat perakuan kebenaran ke atas maklumat yang diberikan.\nPTPTN akan memaklumkan status kelulusan melalui email yang dikemas kini semasa peminjam membuat permohonan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan diterima.\nPeminjam yang diluluskan penangguhan, akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik berkuatkuasa. Kos pentadbiran atau ujrah juga tidak dikenakan sepanjang tempoh penangguhan diberikan.\n\n\nPermohonan Penangguhan Bayaran Balik\nPermohonan penangguhan bayaran balik boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalik/.\nMasukkan no pinjaman dan kad pengenalan.\nKlik butang \u2018Log Masuk.\u2019\nBuat permohonan penangguhan sehingga tamat.\n\nMaklumat Lanjut Tentang Diskaun PTPTN 2023 & Permohonan Penangguhan\nUntuk makluman lanjut mengenai diskaun 20% dan penangguhan bayaran balik PTPTN ini, sila layari laman web PTPTN https://www.ptptn.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-bantuan-ipta-yayasan-ltat-2022/", "title": "Permohonan Program Bantuan IPTA Yayasan LTAT 2022", "body": "\n\n\n\n\n\n \nYayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah membuka permohonan bagi anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang berkhidmat dan melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk memohon Program Bantuan IPTA 2022. \nUntuk makluman, Yayasan LTAT ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan bersama oleh Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad.\nObjektif utama penubuhan yayasan ini ialah untuk mengumpulkan dana dari kalangan Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT untuk ditawarkan sebagai biasiswa atau bantuan pelajaran kepada anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara yang mencapai kejayaan cemerlang di dalam pengajian mereka.\nSalah satu bantuan pelajaran yang ditawarkan ialah Program Bantuan IPTA 2022 yang disasarkan kepada anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan telah mendapat tawaran pengajian di IPTA bagi sesi 2021/2022.\nPermohonan bagi program bantuan ini telah dibuka dan para pemohon yang berminat boleh memohon sebelum tarikh tutup iaitu 28 Februari 2022.\nSyarat Permohonan\nPemohon yang ingin membuat permohonan program ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia.Telah mendapat tawaran mengikuti program Pengajian Ijazah Pertama di Universiti Awam (IPTA) bagi sesi 2021/2022.Program pengajian Ijazah Pertama sepenuh masa.Tamat Pengajian SPM/SPMV atau Asasi/Matrikulasi dan STPM sahaja yang layak memohon.Berumur tidak melebihi 21 tahun.Bukan di kalangan pemegang Diploma/Diploma yang ditawarkan Program Penerapan/Trek Pantas ke peringkat Ijazah pertama.Permohonan dari anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat sahaja.\nPenyaluran Bantuan\nPihat Yayasan LTAT memaklumkan pembayaran dermasiswa akan dikreditkan teruske dalam akaun SSPN-i PTPTN pemohon yang berjaya.\nBantuan dermasiswa ini adalah bergantung kepada kedudukan kewangan dan jumlah dana yang diterima daripada Syarikat Kumpulan LTAT.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan program bantuan IPTA ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nMuat turun bantuan permohonan di pautan https://www.ltat.org.my/wp-content/uploads/2021/12/Borang-Permohonan-Program-Bantuan-IPTA-2022-update-v2.pdf.Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan kepada alamat berikut:Markas Angkatan Tentera Malaysia,Bahagian Perkhidmatan Anggota,Jabatan Arah Pendidikan,Kementerian Pertahanan,Jalan Padang Tembak,50634 Kuala Lumpur,UP: Sel Pendidikan Am.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\n2 salinan Kad Pengenalan pemohon.2 salinan penyata akaun SSPN-i PTPTN pemohon (jika ada).2 salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam (IPTA) yang diiktiraf oleh kerajaan.2 salinan resit bayaran/transaksi online yang telah disahkan oleh pihak Pejabat Bendahari Universiti.2 salinan Slip Keputusan SPM/SPMV.2 salinan Transkrip Akademik Asasi/Matrikulasi/Slip keputusan STPM.2 salinan My Tentera ibu/bapa atau penjaga.Jika pemohon ialah anak Angkat/anak tiri, hendaklah disertakan PERBAH II Pasukan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.yayasanltat.org.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/contoh-memo/", "title": "Contoh Memo & Format Penulisannya", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi setiap organisasi terutamanya dalam sektor kerajaan, terdapat banyak contoh memo yang boleh dijadikan rujukan.\nApakah dimaksudkan dengan memo?\nMemo merupakan singkatan daripada perkataan memorandum yang bermaksud sebuah catatan atau peringatan yang disampaikan kepada sesuatu pihak.\nDalam konteks syarikat atau organisasi, memo bertujuan untuk menyampaikan maklumat atau arahan atau peringatan di peringkat dalaman.\n\nTujuan Memo Dihantar\nUntuk lebih spesifik, tujuan memo dihantar adalah untuk menyampaikan perkara berikut:\n\n\n\n\n\nMemberi maklumat dalaman organisasi.\nMengumumkan sesuatu perubahan dasar organisasi tersebut.\nMembuat permohonan sesuatu perkara dalam bahagian di organisasi.\nMenjelaskan prosedur baharu tentang sesuatu perkara.\nMemberi nasihat tentang membuat sesuatu keputusan.\nMenyediakan laporan ringkas tentang status mengenai sesuatu perkara.\n\nCiri-Ciri Memo\nCiri-ciri penulisan memo adalah seperti berikut:\n\nDitulis secara ringkas- Memo perlu ditulis dengan ringkas. Walaupun ringkas, tetapi formatnya harus dipatuhi dan ditulis dengan lengkap,\nLebih mementingkan isi- Oleh kerana memo ditulis secara ringkas, maka penghasilan memo amat menitikberatkan isi atau tujuan memo itu ditulis.\nTujuan ditulis- Secara umumnya, memo bertujuan untuk makluman, permintaan, cadangan atau arahan.\nBerbentuk borang dan berbentuk terbuka- Memo boleh dihasilkan dalam dua bentuk iaitu bentuk borang atau bentuk terbuka.\nPenggunaan memo dalam organisasi yang sama- Memo digunakan dalam organisasi yang sama atau di bawah bumbung yang sama. Penggunaannya sama ada daripada pihak atasan kepada kakitangan bawahan atau dalam kalangan pegawai yang setara kedudukannya.\nMementingkan keseragaman dalam penggunaan di organisasi- Memo tidak mempunyai format yang khusus seperti surat rasmi. Walau bagaimanapun, bagi sesebuah organisasi perlu memutuskan dan menggunakan format memo yang seragam di organisasinya. Penggunaan warna kertas juga perlu diseragamkan bagi unit-unit dan jabatan-jabatan di organisasi tersebut sekiranya ingin menggunakan kertas yang pelbagai warna. Namun begitu, kertas berwarna putih lazimnya digunakan oleh banyak organisasi.\n\nJenis Memo\nTerdapat 2 jenis memo yang selalu digunakan iaitu:\n\nMemo Rasmi- Memo rasmi merupakan memo yang bersifat rasmi dan digunakan dalam pelbagai urusan secara rasmi. Contohnya memo lantikan ahli jawatankuasa sesuatu program, memo panggilan mesyuarat, memo panggilan menyertai kursus atau bengkel dan sebagainya.\nMemo Tidak Rasmi (Peribadi)- Memo jenis ini bersifat peribadi dan digunakan sebagai nota atau surat pernyataan tidak rasmi antara teman, saudara atau orang lain yang memiliki hubungan akrab. Contohnya memo ucapan tahniah atas kelahiran anak, memo ucapan takziah atas kematian dan sebagainya.\n\nFormat Penulisan Memohon\nMemo yang dikeluarkan perlu mempunyai perkara-perkara berikut:\n\nLogo organisasi\nNama organisasi\nJenis memo \u2013 \u201cMemo Dalaman\u201d, \u201cMemo Antara Bahagian\u201d, \u201cMemo Antara Unit\u201d\nPenerima memo \u2013 \u201cKepada\u201d\nPengirim memo \u2013 \u201cDaripada\u201d\nTarikh memo\nRujukan\nPenerima salinan \u2013 \u201cSalinan kepada\u201d\nPerkara/tajuk\nIsi/maksud memo\nUcapan terima kasih\nTandatangan pengirim\nNama pengirim \u2013 dalam kurungan\nNombor telefon pengirim\nAlamat e-mel pengirim\nRingkasan pendraf dan penyedia memo\n\nContoh Memo\nAntara contoh memo yang boleh menjadi rujukan adalah seperti berikut:\n\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ibita-2022/", "title": "iBita 2022: Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke IPT P.Pinang", "body": "\n\n\n\n\n\nPermohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi Pulau Pinang (iBita) bagi tahun 2022 untuk pelajar Diploma atau Ijazah Sarjana Muda telah dibuka. \nUntuk makluman, iBita adalah bantuan pendaftaran pelajar ke IPT yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pelajar yang berjaya memasuki ke IPT.\nOleh itu, pelajar yang telah menerima surat tawaran ke IPT pada bulan Oktober, November dan Disember 2021 dialu-alukan untuk memohon bantuan ini yang boleh dibuat mulai 1 September 2022 sehingga 30 September 2022.\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan yang akan diterima pelajar yang layak menerusi bantuan ini adalah seperti berikut:\nUniversiti dalam Semenanjung Malaysia: RM1,000.00Universiti Sabah dan Sarawak: RM1,200.00Politeknik Malaysia: RM300.00\nSenarai IPT\nPelajar yang menyambung pengajian di IPT berikut layak memohon:\ni) IPTA\nUniversiti Islam Antarabangsa (UIAM)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Malaya (UM)Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Universiti Malaysia Pahang (UMP)Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Universiti Malaysia Sabah (UMS)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Universiti Sains Malaysia (USM)Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Teknologi Mara (UiTM)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Utara Malaysia (UUM)\nii) IPTS\n\n\n\n\nUniversiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)Universiti Terbuka Wawasan (WOU)Universiti AIMST (AIMST)Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KTAR)Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang (KUKHC)MSU College Penang\niii) Politeknik\nPoliteknik Metro Kuala Lumpur (PMKL)Politeknik Metro Kuantan (PMKU)Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)Politeknik Metro Betong (PMBS)Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG)Politeknik Ungku Omar (PUO)Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)Politeknik Kota Bharu (PKB)Politeknik Tun Syed Nasir Ismail (PTSN)Politeknik Besut (PBT)Politeknik Bagan Datuk (PBD)Politeknik Port Dickson (PPD)Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (POLIMAS)Politeknik Seberang Perai (PSP)Politeknik Melaka (PMK)Politeknik Kuala Terengganu (PKT)Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)Politeknik Merlimau (PMM)Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)Politeknik Muadzam Shah (PMS)Politeknik Balik Pulau (PBU)Politeknik Jeli (PJK)Politeknik Nilai (PNS)Politeknik Banting (PBS)Politeknik Mersing (PMJ)Politeknik Hulu Terengganu (PHT)Politeknik Tawau (PTS)Politeknik Kota Kinabalu (PKK)Politeknik Sandakan (PSS)Politeknik Kuching Sarawak (PKS)Politeknik Mukah Sarawak (PMU)\nSyarat Permohonan\nPelajar perlu memenuhi syarat permohonan berikut sebelum membuat permohonan iaitu:\nPendapatan isi rumah keluarga pelajar iaitu termasuk elaun tetap tidak melebihi RM8,000.00 (gaji pokok sahaja).Ibu/Bapa/Penjaga (salah seorang) pelajar mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.Permohonan hanya layak ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa sahaja.Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.\nCara Memohon\nPermohonan bantuan pendaftaran ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nMelayari laman web iaitu\u00a0https://ibita.penang.gov.my/.Klik pada \u2018Login Pemohon.\u2019Lengkapkan maklumat pada \u2018Daftar Maklumat Akses Pemohon\u2019 dan klik butang\u2019 Setuju & Daftar.\u2019Log masuk dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang didaftarkan.Lengkapkan maklumat permohonan.Cetak borang permohonan tersebut setelah menghantar permohonan secara atas talian.Sediakan dokumen yang diperlukan. Hantar borang permohonan ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) bersama dokumen yang diperlukan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan (yang telah disahkan) untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan Surat Tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS/Politeknik.Salinan Resit pembayaran yuran pendaftaran.Salinan Kad pengenalan pelajar.Salinan Kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga.Salinan Penyata Gaji terbaru/Kad Pesara ibu dan bapa atau penjaga.Salinan Penyata Bank (pelajar).Penyata Pendapatan pasangan perlu disertakan bagi pemohon yang sudah berkahwin (Tidak perlu dinyatakan dalam laman web, dalaman sahaja).\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai iBita, sila layari laman web https://ibita.penang.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tajaan-pendidikan-lznk-unishams/", "title": "Permohonan Tajaan Pendidikan LZNK UniSHAMS", "body": "\n\n\n\n\n\nLembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan bagi pelajar yang ingin mendapatkan tajaan pendidikan bagi kemasukan di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (UniSHAMS).\nUntuk makluman, UniSHAMS\u00a0sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah institusi pengajian tinggi Islam milik penuh\u00a0Kerajaan Negeri\u00a0Kedah yang mula beroperasi sejak tahun 1996.\nTajaan pendidikan yang ditawarkan oleh LZNK ini merangkumi biasiswa sepanjang pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.\nBantuan ini adalah dibawah asnaf Asnaf Fisabilillah dimana sumber kewangan adalah hasil kutipan Zakat Negeri Kedah dan diagihkan kepada 8 golongan Asnaf yang layak.\nPemohon yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 20 Januari 2022 secara atas talian.\nKelebihan Tajaan Pendidikan\nKelebihan tajaan pendidikan yang ditawarkan oleh LZNK ini adalah seperti berikut:\nTajaan penuh RM12,000 setahun bagi Ijazah Sarjana Muda dan RM10,000 setahun bagi Diploma.Tajaan penuh RM53,600 setahun bagi Ijazah Sarjana Muda Perubatan (kuota terhad)Semua Kursus Pengajian di Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMSPemantauan Mentor berkaitan akademik dan ko-kurikulum\nSyarat Kelayakan \nSyarat kelayakan permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\ni) Pengajian Diploma\nPemohon mestilah beragama Islam.Pemohon sedang bermastautin/menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-kurangnya 2 tahun.Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/22 (Intake Dis).Semua bidang pengajian Diploma di UniSHAMS.Keputusan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 3B dan 3 Kredit serta kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Lulus ujian penempatan Bahasa Arab yang dianjurkan oleh UniSHAMS dan lulus ujiantemuduga (Diploma Tahfiz Wal Qiraat).Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi kemasukan UniSHAMS.Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40).\nii) Pengajian Ijazah Sarjana Muda\nPemohon mestilah beragama Islam.Pemohon sedang bermastautin/menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-sekurangnya 2 tahun.Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/22 (Intake Dis).Semua bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS lulus Diploma/Matrikulasi/STPM/ASASI dalam bidang berkaitan dengan pencapaian sekurangnya CGPA 2.5 atau sekurang-kurangnya pangkat maqbul bagi lepasan STAM.Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi UniSHAMS.Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40).\niii) Ijazah Sarjana Muda Perubatan\nPemohon mestilah beragama Islam.Pemohon merupakan bermastautin/menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-kurangnya 2 tahun.Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian tahun 2020.Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 1A 2B.Lulus Diploma/Matrikulasi/STPM/ASASI dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.00 dan keatas atau sekurang-kurang pangkat Jayyid bagi lepasan STAM.Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40).Lulus temuduga Lembaga Zakat Negeri Kedah.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web http://biasiswa.zakatkedah.com.my/.Klik bahagian \u2018Sila Daftar Di Sini.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar Sekarang.\u2019Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.Muat naik dokumen yang diperlukan.Lengkapkan permohonan sehingga tamat.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan dan dimuat naik adalah seperti berikut:\nSalinan Kad Pengenalan Pemohon.Gambar pemohon berukuran passport.Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga.Salinan Penyata Gaji/Pencen/Pengesahan Pendapatan.Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggungan.Salinan kelulusan pengajian (PT3/Percubaan SPM/SPM/Sijil/Diploma/Ijazah).Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan Pengajian daripada IPT.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pendidikan LZNK di talian 04-7331740 atau Whasapp ke 013-4592071.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-awal-pendidikan-jpkm-2022/", "title": "Tatacara Permohonan Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) telah menawarkan Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022 kepada pelajar yang bermastautin secara tetap di Wilayah Persekutuan. \nPRIHATIN\u00a0merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan terutamanya di kalangan golongan muda ke arah kehidupan yang lebih baik melibatkan 3 teras utama iaitu Pendidikan, Keusahawanan dan Kepimpinan.\u00a0\nBagi aspek pendidikan, PRIHATIN telah mewujudkan Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022 melalui kerjasama dengan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur (MAIWP). \nOleh itu, pemohon yang berminat untuk membuat permohonan boleh membuat permohonan sehingga 31 Julai 2022 dan permohonan terhad bagi 2000 orang penerima awal sahaja.\n\nJenis Bantuan\nJenis bantuan yang diberikan menerusi bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nBantuan wang pendahuluan/pendaftaran.Bantuan cermin mata percuma.Sumbangan Laptop MAIWP.Bantuan kelengkapan asas.\nSyarat Permohonan \nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon bantuan ini ialah:\nPemohon harus melengkapkan semua butiran permohonan yang diperlukan. Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 ke bawah sahaja yang akan\u00a0dipertimbangkan.Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT).\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan yang boleh dijadikan panduan pemohon adalah seperti berikut:\nLayari pautan https://www.yayasanprihatin.com/wp-content/uploads/2022/05/BORANG-BANTUAN-JPKM.pdf dan muat turun borang permohonan. Lengkapkan borang permohonan.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar semua dokumen tersebut ke alamat:Sekretariat\u00a0JPKM 2022,Yayasan\u00a0Prihatin Nasional,No.\u00a0129-1, Jalan Setia Gemilang U13/BG,40170,\u00a0Setia Alam,Selangor\u00a0Darul Ehsan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan berikut perlu dihantar kepada pihak JPKM iaitu:\nSalinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.Salinan surat beranak pemohon dan ibu bapa/penjaga.Salinan penyata bankBil yuran pelajar (jika berkaitan).Penyata gaji/slip pencen/pengesahan pendapatan/pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga.Salinan surat tawaran daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta.\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai Bantuan Awal Pendidikan JPKM 2022, sila layari laman web https://www.yayasanprihatin.com/bantuan-awal-pendidikan-jpkm/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tarikh-waktu-wukuf-2023-malaysia/", "title": "Tarikh & Waktu Wukuf Malaysia 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nSempena Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma, salah satu waktu yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam adalah waktu wukuf di Arafah.\nIni kerana waktu wukuf di Arafah merupakan waktu yang paling mustajab untuk berdoa oleh umat Islam.\nIni berpandukan kepada hadis daripada Nabi S.A.W yang bermaksud:\n\u201cSebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah..\u201d (Hadis diriwayatkan oleh Malik).\nMengenai Wukuf\nWukuf ialah\u00a0rukun haji\u00a0yang dilakukan dengan berada di padang Arafah mulai daripada tergelincirnya matahari iaitu pada waktu zuhur pada\u00a09 Zulhijjah\u00a0sehingga sebelum\u00a0fajar pada\u00a010 Zulhijjah.\nAmalan ini dilakukan bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam A.S dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas disebabkan mengingkari perintah Allah akibat terpedaya oleh tipu daya Iblis. \nMereka berdua dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali, iaitu di Padang Arafah iaitu di Jabal ar Rahmah.\u00a0\nMaka oleh itu, bagi orang yang mengerjakan haji mereka digalakkan berdoa ketika sepanjang waktu wukuf oleh kerana ketika itu merupakan gabungan iaitu berada pada 9 Zulhijjah dan dalam keadaan berwukuf di padang Arafah.\nNamun, bagi mereka yang tidak mengerjakan haji pula, mereka juga digalakkan berdoa pada waktu tersebut. \n\n\n\n\nTarikh & Waktu Wukuf di Malaysia \nTarikh wukuf di Padang Arafah bagi tahun 2023 adalah pada 27 Jun 2023.\nTarikh tersebut jatuh pada hari Selasa dan ianya adalah waktu mustajab untuk berdoa pada waktu tersebut. \nWaktu wukuf\u00a0pula bermula kira-kira\u00a0jam\u00a012.30 tengah hari (waktu\u00a0Arab Saudi) iaitu sekitar\u00a0jam\u00a05.30 petang (waktu Malaysia). \nDoa Pilihan\nTerdapat beberapa doa pilihan yang boleh diamalkan ketika waktu wukuf pada Hari Arafah.\nAntara doa yang dianjurkan oleh Nabi S.A.W berdasarkan hadis adalah seperti berikut:\n\u201cSebaik-baik doa adalah doa di Hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, \u201c\u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0644\u0627\u064e \u0634\u064e\u0631\u0650\u064a\u0643\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0644\u0652\u0643\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u0649\u0652\u0621\u064d \u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0631\u201d (Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-nya, milik-nya kekuasaan dan milik-nya segala pujian, dan dia maha berkuasa atas segala sesuatu. (Hadis Riwayat Al-Tirmizi).\n\nTerdapat juga doa yang dikeluarkan oleh Tabung Haji Malaysia iaitu:\n\n\n\n\n\nSumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/fyi/6-kelebihan-hari-arafah-9-zulhijah-pintu-langit-dibuka-dosa-diampun-rebut-pahala-dengan-amalan-terbaik-ini/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skssr-perkeso/", "title": "Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan telah memperkenalkan satu skim untuk memberi perlindungan kepada suri rumah iaitu Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).\nUntuk makluman, SKSSR yang diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 bertujuan memberi perlindungan kepada suri rumah yang mengalami kemalangan, penyakit atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga sehingga menyebabkan hilang upaya kekal atau keilatan yang menjelaskan keupayaan suri rumah untuk menguruskan rumah tangganya.\nSkim ini juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran, di mana penyakit atau keuzuran tersebut diperakukan keilatannya oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.\n\nTakrifan Suri Rumah\nTakrifan suri rumah untuk melayakkan skim ini adalah seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau tidak, termasuk isteri, ibu, janda, balu atau ibu tunggal.\nKadar Caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)\nKadar caruman yang ditetapkan adalah RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu. \nCaruman ini juga boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.\nPrinsip \u2018once in, always in\u2019 akan terpakai bagi suami yang memilih untuk membuat caruman bagi isterinya.\n\n\n\n\nFaedah Perlindungan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)\nSkim ini memberi perlindungan bencana domestik kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga meliputi:\n\nFaedah Perubatan\nFaedah Hilang Upaya Kekal\nElaun Layanan Sentiasa\nFaedah Pengurusan Mayat\nKemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis\nPencen Penakat\n\nSelain itu juga, skim ini melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran meliputi: \n\nElaun Keuzuran\nElaun Layanan Sentiasa\nKemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis\nFaedah Pengurusan Mayat\nPencen Penakat\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan bagi skim ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia/pemastautin tetap.\nSuri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun/belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali hendak mencarum SKSSR.\nMembayar caruman\u00a0untuk tempoh 12 bulan, yang dibayar terlebih dahulu.\n\nCara Mendaftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)\nUntuk mendaftar, sila layari langkah-langkah berikut:\n\nMuat turun borang permohonan di pautan https://www.perkeso.gov.my/images/skssr/dokumen/BORANG_SR_1_-_PENDAFTARAN_SURI_RUMAH.pdf\nIsi borang permohonan dengan lengkap dan betul.\nHantar borang permohonan ke Pejabat PERKESO yang berhampiran.\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai SKSSR, sila layari laman web https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/suri-rumah.html\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/str-fasa-3/", "title": "STR Fasa 3: Tarikh & Jumlah Pembayaran", "body": "\n\n\n\n\n\nPenerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan menerima bayaran seterusnya bermula 26 Jun 2023. \nIni adalah berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen pada hari ini. \nSTR merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 menyatakan kerajaan akan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 sehingga RM3,100.\nBantuan ini akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.\n\nPenerima Yang Layak\nPenerima yang layak menerima sumbangan ini adalah seperti berikut:\ni) Isi Rumah\n\nKahwin; atau\nIbu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.\nPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.\n\nii) Warga Emas Tiada Pasangan\n\n\n\n\n\nBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan\nHad umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan\nPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.\n\niii) Bujang\n\nBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan\nHad umur adalah 21-59 tahun; dan\nPendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.\n\nJumlah Pemberian STR Fasa 3\nUntuk Fasa 3, bayaran itu akan memanfaatkan lebih 8 juta penerima yang akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM1,300.\nIni akan melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion bagi pembayaran untuk fasa tersebut.\nTarikh Pembayaran STR Fasa 3\nTarikh pembayaran sumbangan ini secara keseluruhannya adalah seperti berikut:\nFasa PembayaranTarikh PembayaranFasa 1Bermula 17 Januari 2023 secara berperingkatFasa 25 April 2023 secara berperingkatFasa 326 Jun 2023 secara berperingkatFasa 4November*\nKementerian Kewangan akan membuat pengumuman mengenai tarikh pembayaran bagi Fasa 3 secara spesifik.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai STR Fasa 3, sila layari laman web\u00a0STR iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dividen-penyata-sspn/", "title": "Dividen SSPN 3.05% 2022: Semak Penyata SSPN Secara Online", "body": "\n\n\n\n\n\nPendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) boleh membuat semakan penyata SSPN-i untuk mengetahui status baki terkini akaun selepas pengumuman dividen SSPN tahun 2022. \nPemberian dividen 3.05% ini lebih tinggi berbanding agihan dividen sebanyak 3.00% pada tahun 2021.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut.\nKadar Dividen SSPN 2022 \nMenteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan pendeposit SSPN bagi tahun 2022 akan menerima dividen sebanyak 3.05%.\nDividen ini diberikan hasil daripada pelaburan PTPTN dalam pasaran wang dan pasaran sukuk yang dibenarkan.\nPemberian dividen ini akan memberi manfaat kepada 5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN melibatkan anggaran peruntukan berjumlah RM266.17 juta.\n\nGanjaran Kesetiaan SSPN\nPTPTN juga turut melancarkan Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022 pada kadar 1%. \nGanjaran kesetiaan merupakan hadiah istimewa dan tanda penghargaan PTPTN kepada pendeposit yang membuat simpanan dalam jangka masa panjang.\n\n\n\n\nGanjaran kesetiaan ini akan dinikmati oleh pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan terkumpul dalam tempoh promosi dengan jumlah minimum sebanyak RM500.00. \nMengenai SSPN\nSSPN-i adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang diwujudkan oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi sejak tahun 2004. \nTujuan skim ini diwujudkan adalah untuk memupuk sifat menabung dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi. \nSkim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep \u201cWakalah Bil Istithmar\u201d yang mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.\nMenerusi skim ini, pendeposit akan menerima pelbagai manfaat keistimewaan seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.\nSemakan Penyata & Pengkreditan Dividen SSPN\nSemakan penyata SSPN boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://www.ptptn.gov.my/penyatasp/Utama.\nKlik\u00a0\u2018Daftar Pengguna Baru\u2019 bagi pengguna baharu.\nMasukan maklumat yang diminta semasa pendaftaran dan klik butang \u2018Simpan atau Daftar.\u2019\nSemak email yang dimasukkan semasa pendaftaran.\nKlik link yang diberikan oleh pihak SSPN/PTPTN\u00a0untuk pengaktifan.\nLog masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah dibuat semasa pendaftaran.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai semakan penyata SSPN, sila layari laman web https://www.ptptn.gov.my/ atau https://sspn-online.com/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-pendidikan-yayasan-johor-corporation/", "title": "Permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi tahun 2022, sukacita dimaklumkan Yayasan Johor Corporation telah membuka permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation.\nBantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation adalah bantuan pendidikan kepada pelajar lepasan SPM, STPM atau Diploma yang layak dan memenuhi kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil , Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.\nUntuk makluman, bantuan pendidikan ini adalah untuk menampung kos perbelanjaan kemasukan atau pendaftaran awal pelajar ke peringkat IPT.\nPelajar yang berminat boleh membuat permohonan segera sebelum 28 Julai 2022.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi permohonan bantuan pendidikan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPermohonan melalui borang digital.Warganegara Malaysia.Permohonan kali pertama (sekali sahaja).Pendapatan isi rumah di bawah B40 (RM4,000 dan ke bawah).Tahap pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda.Institut yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi.Tawaran pengajian sepenuh masa sahaja.Permohonan perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan untuk memohon bantuan pendidikan ini adalah seperti berikut:\nLayari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.Klik butang \u201cDaftar Sekarang.\u201dLengkapkan maklumat yang diperlukan.Muat naik doumen lampiran permohonan.Klik butang \u201cHantar Permohonan\u201d untuk menghantar permohonan tersebut.\nLampiran Permohonan\nLampiran permohonan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:\nBorang kemasukan ke IPT.Salinan kad pengenalan pemohon.Salinan slip gaji ibu, bapa atau penjaga.\nDokumen tersebut perlu perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation, sila hubungi 07-219 2692 atau melayari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-pelajar-cemerlang-yt-ti-young-talent-scholarship/", "title": "Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YT & YT-TI Young Talent Scholarship", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Terengganu (YT) mempelawa pelajar Negeri Terengganu untuk memohon Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YT dan YT-TI Young Talent Scholarship Programme.\nYT ditubuhkan pada 1 Mei 1972 untuk membantu kerajaan negeri memajukan industri pendidikan di negeri ini sebagai wahana utama membangun modal insan. \nOleh kerana itu, YT menawarkan kedua-dua biasiswa ini untuk membantu pelajar di Negeri Terengganu yang cemerlang.\nPermohonan kedua-dua biasiswa boleh dibuat mulai 26 September 2022 sehingga 6 Oktober 2022. \n\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi permohonan kedua-dua biasiswa ini adalah seperti berikut:\ni) Skim Pelajar Cemerlang YT\n\n\n\n\nPemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).\nii) YT-TI Young Talent Scholarship Programme\nPemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).Keutamaan calon yang mempunyai rekod pencapaian ko-kurikulum yang baik sekurang-kurangnya di peringkat negeri/kebangsaan.\nSyarat Khusus\nSyarat khusus bagi kedua-dua biasiswa ini adalah seperti berikut:\nSkim Pelajar Cemerlang YTYT-TI Young Talent Scholarship ProgrammeTawaran PengajianTelah mendapat tawaran/tempat mengikuti pengajian di Universiti Awam dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.Telah mendapat tawaran/tempat mengikuti pengajian di Universiti Awam dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan MalaysiaLepasan Program Persediaan (Asasi/Matrikulasi/Diploma atau Setaraf)Lulus dengan cemerlang (CGPA 3.75 ke atas) dalam peperiksaan programpersediaan (Asasi/Matrikulasi/Diploma atau setaraf) dan lulus SPM denganmendapat Gred B+ dalam 8 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta minimum Band 3 dalam peperiksaan MUET.Lulus dengan cemerlang (CGPA 3.75 ke atas) dalam peperiksaan program persediaan (Asasi/Matrikulasi atau setaraf) dan lulus SPM dengan mendapatGred B+ dalam 8 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik,Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta minimum Band 3 dalam peperiksaanMUET.Lepasan STPM/STAMLulus dengan cemerlang (Mumtaz/CGPA 3.75 ke atas) dalam peperiksaan STPM/STAM dan memperolehi Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan BahasaInggeris dalam peperiksaan SPM serta minimum Band 3 dalam MUET.Lulus dengan cemerlang (CGPA 4.00/Mumtaz) dalam peperiksaan STPM/STAMdan memperolehi Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM serta minimum Band 3 dalam MUET.Bidang PengajianPelbagai bidang/kursus.(Keutamaan diberi kepada mereka yang mengikuti bidang/kursus ikhtisas dan kritikal).\u2013 Kepintaran Buatan (AI)\u2013 Sains Data (Big Data)\u2013 Undang-Undang\u2013 Muamalat\u2013 Pentadbiran Korporat\u2013 Sains Kesihatan (Fisioterapi)\u2013 Perladangan\nTatacara Permohon\nPermohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi tatacara permohonan iaitu:\nLayari laman web https://yt.gov.my/penajaan/.Klik \u201cMohon Sekarang.\u201dKlik \u201cDaftar Akaun.\u201dLengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik \u201cDaftar.\u201dLogin dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kedua-dua biasiswa ini, sila layari laman web YT iaitu https://yt.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-latihan-kemahiran-belia-autisme-2022/", "title": "Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia (Autisme) ILKBS 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nBelia autisme yang berminat untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Latihan Kemahiran Belia (ILKBS) boleh memohon kemasukan menerusi Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia (Autisme) ILKBS bagi tahun 2022.\nProgram ini merupakan inisiatif daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menawarkan latihan kemahiran pada semua golongan belia secara inklusiviti tanpa meminggirkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bertepatan dengan Dasar Belia Malaysia yang telah digubal.\nMenerusi program ini, belia autisme akan diberikan latihan menerusi 3 program kemahiran yang ditawarkan.\nPemohon yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 6 Mac 2022 secara atas talian. \n\nProgam Latihan Kemahiran\nProgram latihan kemahiran yang ditawarkan adalah seperti berikut:\ni) [email\u00a0protected]\nProgram ini adalah program latihan kemahiran dalam Bidang Kulinari melibatkan pembuatan bakeri, pastri dan makanan.\nIni dapat memastikan golongan inklusiviti belia autisme ini bersedia bekerja dalam bidang Hospitaliti ataupun menyertai bidang perniagaan sebagai usahawan. \nProgram ini dijalankan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang, Selangor.\nii) [email\u00a0protected]\nProgram ini adalah kemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat seperti aplikasi pengurusan pejabat serta aplikasi penyuntingan video. \n\n\n\n\nIni dapat memastikan golongan belia Autisme ini bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat ataupun menyertai bidang perniagaan sebagai usahawan. \nProgram ini dijalankan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua, Selangor.\niii) [email\u00a0protected]\nProgram ini adalah kemahiran dalam bidang Pengurusan Cafe. \nPemohon akan mempelajari bidang Pengurusan cafe seperti penyediaan makanan bakeri dan pastri, barista serta pengurusan perniagaan.\nIni dapat memastikan golongan belia Autisme ini bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan Pengurusan Cafe ataupun menyertai bidang perniagaan sebagai usahawan. \nProgram ini dijalankan di Rimau Cafe, Menara KBS, Putrajaya.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi pemohonan Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia (Autisme) ILKBS ini adalah seperti berikut:\nPemohon adalah warganegara Malaysia.Pemohon berumur 17 \u2013 30 tahun.Pemohon memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)Pemohon terdiri daripada Autisme kategori Mild dan Hi Functioning sahaja.Pemohon boleh membaca, menulis dan mengira.Pemohon boleh berdikari.7. Mengisi Borang Penilaian Karakter Calon8. Calon yang berjaya akan dipanggil untuk sesi temuduga.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan untuk memohon program ini adalah seperti berikut:\nLayari pautan permohonan iaitu https://tinyurl.com/inklusivitiILKBSIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Pilih kursus kemahiran yang ingin diambil.Pastikan semua maklumat diisi sebelum membuat permohonan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia (Autisme) ILKBS ini, sila hubungi Puan Hannita di talian 03-8871 3701.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/mypdpp/", "title": "Login myPDPP: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang berminat untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) perlu membuat permohonan melalui sistem myPDPP.\nmyPdPP merupakan sistem yang dibangunkan bagi membolehkan permohonan PDPP dilaksanakan secara atas talian.\nPDPP adalah program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di IPG yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah menengah.\nBagi individu yang mengikuti program ini, mereka akan menlanjutkan pengajian selama 1 tahun/3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.\nSyarat Asas\nUntuk melanjutkan pengajian ke program diploma ini, pemohon perlu memenuhi syarat asas yang ditetapkan iaitu:\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia.\nSihat tubuh badan.\nAktif dalam kegiatan kokurikulum.\nUmur pemohon tidak melebihi 35 tahun.\n\nSyarat Kelayakan \nSyarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nPemohon memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) atau Institusi Luar Negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) KPM yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat):\u2013\u00a0http://www2.mqa.gov.my/mqr/\u2013\u00a0http://www2.mqa.gov.my/esisraf/\nMemperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/Cumulative Grade Point Average (CGPA) 2.50 ke atas.\nMemiliki kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, di peringkat SPM/SPM (V).\nMemenuhi syarat bidang pengkhususan.\n\nCara Login\nUntuk login sistem ini dan membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://mypdpp.moe.gov.my/.\nKlik ikon \u2018Daftar Permohonan Baharu.\u2019\nIsi maklumat pendaftaran yang diperlukan.\nLogin ke dalam sistem tersebut.\nBuat permohonan sehingga tamat.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai myPDPP, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pendidikan/ipgm/permohonan-kemasukan-dan-senarai-program-yang-ditawarkan\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/login-google-classroom-kpm/", "title": "Login Google Classroom KPM: Pengajaran & Pembelajaran Dalam Talian", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk pengetahuan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan peralihan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian daripada Frog VLE kepada Google Classroom mulai 2019.\nIni selepas kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 KPM ditamatkan yang mengakibatkan proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan sepenuhnya melalui Google Classroom.\nGoogle Classroom ialah merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Google secara percuma bagi institusi pendidikan sama ada sekolah dan univerisiti untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian di seluruh dunia.\nMenerusi aplikasi ini juga, para guru dan murid boleh menjalankan proses perkongsian fail yang dihubungkan melalui Google Drive, Gmail serta Google Calendar.\nIni memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran tetap dapat dijalankan sekalipun sebahagian sekolah masih ditutup secara bersemuka akibat penularan wabak COVID-19.\n\nKelebihan Google Classroom\nTerdapat beberapa kelebihan para guru dan murid yang menggunakan aplikasi ini bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran iaitu:\n\n\n\n\nMemberikan kemudahan kepada guru dan murid yang dapat menggunakan aplikasi ini di mana-mana juga sama ada menerusi laptop atau telefon bimbit.Aplikasi ini boleh digunakan oleh semua pengguna yang mempunyai akaun Gmail.Di hubungkan dengan aplikasi Google lain seperti Gmail, Google Drive dan Google Calendar.Semakan pembelajaran melalui aplikasi ini boleh dilakukan oleh ibu bapa. \nCara Login Google Classroom\nAplikasi ini boleh digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran oleh para guru dan murid-murid.\nCara untuk login aplikasi ini bagi guru adalah seperti berikut:\nMuat turun aplikasi Google Classroom melalui pautan https://classroom.google.com/.Klik butang \u2018Go to Classroom.\u2019 Log masuk menggunakan akaun moe yang diberikan. Klik bahagian \u2018+\u2019 diikuti dengan \u2018Create Class.\u2019 Isi maklumat mengenai kelas seperti nama kelas, bahagian, subjek dan bilik darjah.Masukkan semua murid-murid ke dalam kelas dengan klik butang \u2018People.\u2019Muat naik semua bahan pengajaran serta tugasan dengan klik bahagian \u2018Classwork\u2019 dikuti dengan butang \u2018Create.\u2019\nUntuk murid, cara untuk login aplikasi ini adalah seperti berikut:\nLogin dengan memasukkan ID pengguna dan kata laluan yang diberikan oleh diberikan oleh guru kelas.Setelah login, guru akan memasukkan murid-murid ke dalam kelas.Tunggu proses tersebut selesai sebelum pembelajaran dan pengajaran dimulakan.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Google Classroom KPM, sila hubungi 016-662 8915 atau email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-fast-track-spm-lepasan-tahfiz-negeri-sembilan/", "title": "Program Fast Track SPM Lepasan Tahfiz N. Sembilan 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Sembilan telah membuka permohonan Program Fast Track SPM Lepasan Tahfiz Negeri Sembilan bagi tahun 2023.\nUntuk tahun 2023, Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan 50 pelajar aliran agama didalam Program Fast Track SPM Lepasan Tahfiz untuk kumpulan yang ketiga yang akan bermula pada Mac 2023 \nProgram ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sembilan dan setakat ini seramai 70 orang pemohon telah mengemukakan permohonan.\nPemohon- pemohon ini akan dinilai dalam sesi temuduga pada 25 Februari 2023 ini manakala pelajar aliran sains akan bermula kemasukan kumpulan kedua pada awal tahun 2024 iaitu setiap dua tahun sekali setelah membuat pengambilan kumpulan pertama pada awal tahun 2022.\nOleh itu, para pelajar lepasan Tahfiz/Pondok yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan untuk aliran agama adalah dipelawa mengemukakan permohonon sekarang untuk kumpulan ketiga yang akan bermula dalam bulan Mac 2023 ini.\nTarikh tutup permohonan telah dilanjutkan sehingga 20 Februari 2023.\n\n\n\n\n\nSyarat Pemilihan\nSyarat pemilihan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nBerumur 17 tahun (pada tahun 2023) sehingga 21 tahun.\nCalon atau ibu atau bapa adalah anak Negeri Sembilan atau telah bermastautin di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 6 tahun akan diberi keutamaan\nBersekolah di Negeri Sembilan.\nBelum berkahwin dan bersedia untuk tidak berkahwin sehingga tamat pengajian.\nMenghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk al-Quran.\nLulus temu duga yang dijalankan.\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari pautan permohonan https://bit.ly/FTSPM_2023.\nLengkapkan borang permohonan tersebut.\nPastikan semua maklumat diisi.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nSelain itu, pelajar-pelajar yang berkelayakan dan berminat boleh juga hadir temuduga kemasukan secara \u201cWalk In\u201d pada:\n\nTarikh: 25/2/2023\nMasa: 8.00 pagi\nLokasi: Maahad Tahfiz As-Sa\u2019idiyyah, Seremban\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Program Fast Track SPM Lepasan Tahfiz Negeri Sembilan 2023, sila hubungi:\n\nMuallimah Ashirah (MTAS): 019-362 2777\nHj Azhar (PINTA): 012-220 1967\nCg Lelawati (JHEINS): 019-390 5464\nUs Faisol (JPNNS): 012-624 3956\nPn Nadiah (UPEN): 010-220 1687\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-pembiayaan-insurans-kenderaan-nutp-myezycover/", "title": "Program Pembiayaan Insurans Kenderaan NUTP-MyEzyCover", "body": "\n\n\n\n\n\nKhas untuk ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan para pendidik, terdapat tawaran istimewa bagi pembiayaan insurans kenderaan menerusi Program Pembiayaan Insurans Kenderaan NUTP-MyEzyCover.\nProgram Pembiayaan Insurans Kenderaan NUTP-MyEzyCover ini diperkenalkan selepas pihak NUTP dan MyEzyCover menjalinkan kerjasama strategik melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 16 Disember 2022 yang lalu.\nPengenalan program ini membantu penjawat awam khususnya golongan guru yang mempunyai komitmen kewangan tinggi mengurangkan tekanan terutama ketika memperbaharui insurans kenderaan.\nInisiatif ini dijangka akan memanfaatkan hampir 400,000 guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). \n\nKeistimewaan Program\nKeistimewaan yang bakal dinikmati oleh para guru menerusi program ini adalah:\n\n\n\n\n\nPinjaman 0% faedah untuk pembiayaan takaful kenderaan dan cukai jalan.\nBayaran ansuran sehingga 10 bulan maksimum.\nPembayaran menerusi potongan gaji oleh ANGKASA.\n\nJadual Pembayaran Semula\nJadual pembayaran semula melalui program ini adalah seperti berikut:\nContoh: Pembiayaan tanpa faedah bagi premium takaful dan dan cukai jalan untuk kereta Honda City ialah RM900.\nTempoh PinjamanAnsuran Bulanan3 BulanRM3006 BulanRM15010 BulanRM90\nCara Permohonan\nCara untuk memohon program pembiayaan insurans ini adalah seperti berikut:\n\nLayari laman web https://myezycover.com.my/ dan isi butiran kenderaan serta maklumat lain yang diminta.\nSebut harga akan dipaparkan serta merta, pilih nilai perlindungan yang diperlukan.\nBuat permohonan pembiayaan tanpa faedah sebagai pilihan pembayaran. Pemohon boleh tempoh bayaran semula sama ada 3, 6, dan 10 bulan.\nMuat naik salinan MyKad dan slip gaji terkini untuk proses semakan kelulusan. Pengesahan majikan tidak diperlukan.\nNota perlindungan akan diterima melalui email atau Whatsapp dalam tempoh 5 minit selepas permohonan diluluskan. Cukai jalan akan terus dihantar ke tempat tinggal anda.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Program Pembiayaan Insurans Kenderaan NUTP-MyEzyCover, sila layari laman web https://myezycover.com.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-keputusan-tingkatan-6-semester-1-2023/", "title": "Semakan Keputusan Kemasukan Tingkatan 6 Semester 1 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semakan keputusan kemasukan Tingkatan 6 bagi Semester 1 2023 untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 boleh dibuat mulai 3 Julai 2023.\nUntuk pengetahuan ibu bapa dan para pelajar, pelaksanaan Tingkatan 6 di Malaysia telah mula beroperasi di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan kira-kira lebih daripada 50 tahun dahulu.\nPada ketika itu, bilangan kelas Tingkatan 6 yang di tawarkan ialah minimum 2 kelas dan maksimum 22 kelas dengan 2 bidang yang ditawarkan iaitu bidang Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan Bidang Sains.\nMulai tahun 2008, KPM telah mengambil langkah penambahbaikan dari segi pengurusan dan fungsi Tingkatan 6 serta kebajikan pelajar diberi tumpuan untuk mendaikan proses pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6 lebih menarik serta menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif.\nIni kemudiannya membawa kepada pelaksanaan sistem pentaksiran baharu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang dimulakan pada tahun 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.\nTempoh Pengajian & Bilangan Semester\nUntuk pelajar yang meyambung pengajian di Tingkatan 6, tempoh pengajian yang akan dilalui adalah adalah selama 1 \u00bd tahun.\nDalam tempoh ini, pelajar akan menempuh 3 semester iaitu:\n\nSemester 1 yang berlangsung selama 26 minggu merangkumi :\u2013 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)\u2013 Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)\u2013 Peperiksaan Semester 1 (S1)\u00a0\n\n\nSemester 2 yang berlangsung selama\u00a020 minggu merangkumi:\u2013 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)\u2013 Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)\u2013 Peperiksaan Semester 2 (S2)\n\n\nSemester 3 yang merangkumi 26 minggu akan melibatkan pembelajaran seperti:\u2013 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)\u2013 Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)\u2013 Peperiksaan Semester 3 (S3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)\n\nSubjek Pembelajaran\nBagi pelajar Tingkatan 6, sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM. \nWalau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua pelajar.\n\n\n\n\nMulai tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.\n\nPengajian Am\nBahasa Melayu\nBahasa Cina\nBahasa Tamil\nBahasa Arab\nLiterature in English\nKesusasteraan Melayu Komunikatif\nSyariah\nUsuluddin\nSejarah\nGeografi\nEkonomi\nPengajian Perniagaan\nPerakaunan\nMathematics (M)\nMathematics (T)\nInformation and Communications Technology (ICT)\nPhysics\nChemistry\nBiology\nSains Sukan\nSeni Visual\nTahfiz Al-Quran\n\nCara Membuat Semakan\nSemakan boleh dibuat melalui 2 cara iaitu:\n\nSecara dalam talian menerusi Aplikasi dalam Talian Tingkatan 6 melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ atau\nPelajar lepasan SPM tahun 2022 yang tidak mempunyai capaian internet boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.\n\nPermohonan Rayuan\nPelajar lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan 6 boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 3 hingga 17 Julai 2023.\nUntuk pelajar yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing.\nKeputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 Semester 1 akan dimaklumkan pada 24 Julai 2023 melalui portal yang sama dan bagi pelajar yang tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.\nTarikh Lapor Diri\nPelajar yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 16 Julai 2023 bagi sekolah-sekolah dalam negeri kumpulan A dan 17 Julai 2023 bagi sekolah-sekolah dalam negeri kumpulan B di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran. \nBagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 25 Julai 2023.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kemasukan ke Tingkatan 6 Semester 1 2023, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/,\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-pengajian-acca-tajaan-lznk/", "title": "Program Pengajian ACCA Tajaan LZNK", "body": "\n\n\n\n\n\nKepada para pelajar lepasan Ijazah Perakaunan, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan kerjasama Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) menawarkan tajaan untuk warga negeri Kedah melanjutkan pengajian dalam kelayakan perakaunan professional ACCA (Association of Charted Certified Accountants).\nUntuk makluman, ACCA adalah salah satu dari badan perakaunan yang mana untuk menjadi akauntan professional, seseorang individu perlu menjadi ahli kepada badan akauntan professional.\nSelain itu, graduan ACCA juga boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau memasuki badan profesional yang lain seperti CIMA, ICSA dan CTIM.\nUntuk pemohon yang berminat, mereka boleh membuat permohonan segera bagi sesi pengambilan Disember 2022.\n\nTempoh Pengajian\nTempoh pengajian yang ditawarkan adalah selama 2 tahun.\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan untuk pemohon adalah seperti di bawah:\n\nIslam.\nBerumur 25 Tahun ke bawah.\nSedang menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 Tahun.\nMemenuhi syarat kelayakan asnaf dibawah kiraan had kifayah LZNK.\nTamat pengajian ijazah perakaunan & memperoleh minimum 3.0 CGPA daripada Universiti yang diiktiraf oleh ACCA.\nPengecualian Kredit daripada ACCA untuk 9 Mata pelajaran.\nBersetuju menjalani program secara sepenuh masa.\n\nTatacara Permohonan\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti tatacara permohonan di bawah:\n\nLayari laman web https://forms.gle/5DsvPKbPoCmFLsCt8.\nIsi maklumat permohonan yang diperlukan.\nPastikan semua maklumat diisi.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nKlik \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nSlip gaji ibu bapa/penjaga.\nSlip pencen; atau\nBorang/Surat \u2018Pengisytiharan Pendapatan\u2019 yang disahkan oleh Ketua Kampung, Penghulu, Pegawai Tadbir Kerajaan, Profesional Bertauliah, Ketua Kaum, Tuai Rumah, Mukim atau Imam Masjid (disahkan oleh pihak berkuasa agama tempatan).\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan mengenai Program Pengajian ACCA Tajaan LZNK, sila hubungi MyPAC di talian 012 919 0210 atau emel kepada [email\u00a0protected] atau Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian 04-733 1740.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ppbu-fasa-2-2022/", "title": "Permohonan PPBU Yayasan Bank Rakyat Fasa 2 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan memerlukan pembiayaan pendidikan, Bank Rakyat telah membuka tawaran bagi mendapatkan Pembiayaan Boleh Ubah (PPBU) Fasa 2 bagi tahun 2022.\nTujuan utama PPBU dilaksanakan adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi tetapi memerlukan bantuan pembiayaan untuk menerima pendidikan di IPTA atau IPTS tempatan dan Institut Latihan dalam negara secara sepenuh masa.\nPembiayaan ini ditawarkan kepada pelajar yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di IPT dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC).\nPelajar yang berminat boleh membuat permohonan mulai 1 Julai 2022 sehingga 12 Ogos 2022 secara atas talian.\n\nPeringkat Pengajian\nPeringkat pengajian yang layak untuk memohon pembiayaan ini adalah seperti berikut:\nSijil KemahiranDiploma KemahiranDiploma\nJumlah Pembiayaan\nJumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi pembiayaan ini adalah seperti berikut mengikut peringkat pengajian:\nPeringkat PengajianJumlah PembiayaanSijil KemahiranMaksimum RM30,000 untuk 2 tahun (RM400 sebulan)Diploma KemahiranMaksimum RM30,000 untuk 3 tahun (RM400 sebulan)DiplomaMaksimum RM7,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM5,000) \nKursus Yang Layak\nPembiayaan ini terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali kursus perubatan dan penerbangan.\nKeutamaan permohonan akan diberikan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam kursus berikut:\n\n\n\n\nPerakaunanPerbankanPengurusan perniagaanSumber ManusiaEkonomiKomunikasi MediaUndang-undangSains Aktuari\nBagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma, kursus yang layak adalah dalam semua bidang pengajian.\nUntuk peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), institusi mereka perlulah diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) manakala bagi sijil kemahiran lain pula diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.\nPembayaran Balik\nBayaran balik pembiayaan ini adalah bergantung berpada CGPA terakhir yang diperoleh pelajar.\nMenariknya, pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas tidak perlu membuat pembayaran balik.\nCGPADiskaunPeratusan Pembayaran Balik3.50-4.00100%0%3.33-3.4990%10%3.00-3.3280%20%2.75-2.9950%50%2.50-2.7430%70%<2.500%100%\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:\nTerbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama dan etnik.Perlajar mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta tempatan dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)/Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC)/Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diiktiraf oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat.\nTatacara Memohon\nUntuk membuat permohonan, tatacara permohonan boleh dirujuk menerusi gambar di bawah:\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai permohonan PPBU, sila layari laman web https://yayasanbankrakyat.com.my/index.php/ppbu/ppbu.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/myupsi-student-portal/", "title": "MyUPSI Student Portal: Daftar Kursus & Semakan Peperiksaan", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim sudah pasti biasa menggunakan MyUPSI Student Portal untuk mendaftar kursus dan menyemak keputusan peperiksaan mereka. \nWalau bagaimanapun bagi pelajar baharu, mereka sudah pasti tidak biasa menggunakan portal ini terutamanya bagi mendaftar kursus dan pelbagai kemudahan lain yang disediakan di dalam portal ini. \nUntuk makluman, MyUPSI Student Portal merupakan portal yang dibangunkan oleh pihak UPSI untuk pelajar mendapatkan perkhidmatan bagi tujuan pembelajaran seperti pendaftaran kursus, asrama, minor atau bidang tumpuan, menyemak jadual kuliah, keputusan peperiksaan dan banyak lagi.\nOleh itu, pelajar UPSI perlu membiasakan diri untuk menggunakan portal ini bagi memastikan urusan pembelajaran seharian mereka dapat berjalan dengan lancar.\n\nMengenai UPSI\nUPSI merupakan Universiti Awam (UA) yang memfokuskan perguruan ditubuhkan pada 1 Mei 1997 di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.\nUPSI terletak di Tanjung Malim Perak Darul Ridzuan dan mempunyai dua kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS).\nCara Login MyUPSI Student Portal\nUntuk login ke portal ini, pelajar perlu mengikuti langkah-langkah mudah berikut iaitu:\n\nLayari laman web MyUPSI Portal di pautan https://unistudent.upsi.edu.my/login.\nMasukkan ID pengguna pada bahagian user name. \nMasukkan kata laluan (no kad pengenalan tanpa \u2018-\u2018) pada bahagian kata laluan.\nKlik butang \u2018Login.\u2019\n\nCara Tukar Kata Laluan\nSetelah berjaya login, tukar kata laluan untuk mengelakkan pengguna lain membuka akaun anda.\n\n\n\n\nUntuk menukar kata laluan, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nKlik pada bahagian menu.\nMasukkan kata laluan pada \u2018Current Password\u2019, \u2018New Password\u2019 dan \u2018Verify New Password\u2019 pada kotak yang disediakan.\nKlik butang \u2018Save\u2019 untuk menyimpan. \n\nCara Kemaskini Rekod Pelajar\nUntuk kemaskini rekod pelajar, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut iaitu:\n\nKlik pada bahagian menu \u2018Academic.\u2019\nPada bahagian menu \u2018My Profile,\u2019 klik bahagian menu \u2018Student Info 1.\u2019\nKlik pada butang \u2018Edit\u2019 pada setiap paparan.\nKemasikini maklumat-maklumat berikut:\u2013 \u00a0Alamat rumah\u2013 Tempat dan negeri lahir \u2013 No. telefon \u2013 Kewarganegaraan\u2013 Saudara-mara\u2013 Kelayakan\u2013 Kokurikulum\u2013 Pekerjaan\nKlik butang \u2018Save\u2019 untuk menyimpan maklumat yang telah dikemaskini.\nUntuk memadam maklumat tersebut, klik butang \u2018Delete.\u2019\n\nCara Mendaftar Kursus\nBagi pelajar yang ingin mendaftar kursus, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nKlik pada bahagian menu \u2018Course Registration.\u2019\nKemudian, klik pada link \u2018Time Table Query\u2019 untuk menyemak jadual kuliah.\nPilih semester terkini yang didaftarkan dan klik butang \u2018Submit.\u2019\nPilih kursus yang dikehendaki daripada senarai kursus yang disediakan. \nKlik butang \u2018Add\u2019 untuk menambah kursus. \nJika ingin menggugurkan kursus, klik pada butang \u2018Drop.\u2019 \nKlik pada link \u2018Print This Page\u2019 untuk mencetak slip-pra pendaftaran kursus.\n\nUntuk menyemak kursus yang telah didaftarkan, sila ikuti langkah berikut:\n\nKlik pada bahagian \u2018Academic Progress\u2013Registered Course.\u2019\nPilih semester yang dikehendaki yang dipaparkan. \nKlik butang \u2018Submit.\u2019\nPaparan menunjukkan kursus yang telah didaftarkan mengikut semester yang telah dipilih.\n\nSemak Jadual Waktu Peperiksaan\nUntuk menyemak jadual waktu peperiksaan yang bakal berlangsung, pelajar boleh membuat semakan melalui langkah-langkah berikut:\n\nKlik pada bahagian menu \u2018Exam Schedule.\u2019\nSlip peperiksaan dipaparkan.\nKlik pada butang \u2018Verify\u2019 jika maklumat di dalam slip menduduki peperiksaan adalah benar.\nKlik pada menu \u2018Exam Slip\u2019 untuk mencetak slip menduduki peperiksaan. \n\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai MyUPSI Student Portal, sila layari laman web https://portal.upsi.edu.my/. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ride-selangor/", "title": "RiDE: Inisiatif Roda Darul Ehsan 2023 RM550", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan bagi belia untuk memohon Inisiatif Roda Darul Ehsan atau RiDE.\nInisiatif RiDE ini diperkenalkan bagi meringankan beban dan menggalakkan golongan belia yang terlibat secara sepenuh masa dengan industri penghantar makanan/barangan bermotor (P-Hailing) yang sah.\nIni dapat untuk menjana peluang sumber pendapatan buat anak muda di Selangor serta keluarga mereka melalui perkhidmatan penghantaran.\nBelia di Negeri Selangor yang berminat boleh membuat permohonan dengan segera.\n\nPengenalan\nKerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda telah melancarkan Inisiatif Roda Darul Ehsan atau RIDE pada tahun 2020. \nInisiatif ini adalah untuk menggalakkan penunggang motosikal mempunyai lesen memandu yang sah. Bermula tahun 2021, inisiatif ini memfokuskan kepada pengiat e-hailing atau kini dikenali sebagai p-hailing. \nMengikut data jumlah pemohon dan yang layak menerima inisiatif ini, pemandu p-hailing dari kawasan bandar dan pinggir bandar adalah tertinggi berbanding kawasan lain. \nHal ini adalah kerana ramai golongan belia yang terlibat dengan industri ini berada di kawasan berkenaan. \n\n\n\n\nOleh yang demikian, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengagihkan kuota mengikut jumlah pengundi. Namun, sebarang cadangan bagi penambahbaikan inisiatif ini amat dialu-alukan.\nKadar Bantuan RiDE: Inisiatif Roda Darul Ehsan 2023 R\nKadar bantuan yang akan diberikan bagi belia yang layak adalah seperti berikut:\n\nTunai: RM500\nKWSP: RM50\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk inisiatif ini adalah seperti berikut:\n\nAnak jati Negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun.\nBerumur 17-40 tahun sahaja.\nMempunyai lesen memandu B2 yang sah.\nBekerja sepenuh masa sebagai Rider p-Hailing yang sah.\nBelum pernah menerima inisiatif RiDE pada tahun-tahun\u00a0sebelumnya.\n\nCara Memohon RiDE: Inisiatif Roda Darul Ehsan 2023\nPermohonan inisiatif ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://ride.msnselangor.gov.my/.\nIsi semua maklumat yang diperlukan.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nPastikan semua maklumat diisi.\nKlik butang \u2018Hantar Permohonan\u2019 untuk menghantar permohonan tersebut.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nTangkapan skrin atau cetakan daftar pemilih.\nSalinan Kad Pengenalan (MyKad)\nSalinan Lesen Memandu B2\nSalinan Bil Utiliti (Bil AIr/Elektrik)\nSalinan ID Rider e-Hailing\nSalinan penyata bank yang mempunyai nama dan no. akaun pemohon\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila layari laman web https://ride.msnselangor.gov.my/ atau ke alamat berikut:\nUrus Setia Inisiatif Roda Darul Ehsan (_RiDE)Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor,Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ytp-mara-2023/", "title": "YTP MARA: Young Talent Development Programme 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang cemerlang adalah dialu-alukan untuk memohon pinjaman pelajaran menerusi Young Talent Development Programme (YTP) 2023 daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).\nYTP adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2021 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.\nBagi pemohon yang berminat, permohonan program ini dibuka daripada 8 Jun 2023 sehingga 19 Jun 2023 dan pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara online.\n\nMaksud PBU\nPembiayaan program ini adalah berasaskan pinjaman pelajaran berbentuk PBU. \nPBU bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian. Tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.\n\n\n\n\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi pemohon yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:\n\nPemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.\nIbu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.\nMenduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 buat kali pertama.\nPemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian dan peringkat yang sama.\n\nSyarat Kelayakan Akademik\nSyarat kelayakan akademik yang bagi melayakkan memohon program ini ialah pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 6 A- bagi keputusan peperiksaan SPM 2022.\nTatacara Permohonan\nPermohonan program ini boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:\n\nLayari laman web permohonan iaitu\u00a0https://educationloan.mara.gov.my.\nKlik butang \u201cPengguna Baharu.\u201d\nIsi butiran yang diperlukan dan klik butang \u201cTeruskan\u201d\nLog masuk dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.\nLengkapkan maklumat permohonan berikut:-Maklumat peribadi dan keluarga\u2013 Cadangan Pengajian\u2013 Ujian Kelayakan\u2013 Perakuan keterangan\nKlik butang hantar permohonan.\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai YTP 2023, sila layari kemukakan perkara tersebut melalui emel [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pm-umum-esh-pelajar-mara-dinaikkan/", "title": "PM Umum ESH Pelajar Tajaan MARA Dalam & Luar Negara Dinaikkan", "body": "\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dinaikkan untuk pelajar dalam dan luar negara.\nPengumuman tersebut dibuat ketika berucap di Majlis Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia di Feisol Hassan-Halle German Malaysian Institute hari ini.\nKenaikan kadar ESH ini akan memberikan manfaat kepada 62,998 pelajar tajaan MARA sama ada pelajar di dalam dan luar negara.\nLangkah ini adalah sebahagian daripada keperihatinan kerajaan dan MARA yang serius dalam agenda pemerkasaan Bumiputera terutama kepada pelajar akan menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara.\nSebab Kenaikan ESH\nKenaikan kadar ESH kepada pelajar dalam dan luar negara ini wajar selepas kadar elaun sedia ada telah diguna pakai sejak lebih 13 tahun dan terdapat keperluan untuk disemak semula.\n\n\n\n\nSemakan semula ini adalah kerana peningkatan kos sara hidup dalam negara sejak 10 tahun lalu, yang diburukkan lagi oleh pandemik dan isu-isu lain yang melanda dunia.\nJumlah Kenaikan\nJumlah kenaikan yang diumumkan adalah seperti berikut:\nUntuk pelajar dalam negara, pelaksanaan kadar ESH baharu bagi dinaikkan minimum RM650 sehingga maksimum RM950 sebulan untuk bidang pengajian bermula daripada peringkat Diploma sehingga Doktor Falsafah dan profesional.Untuk pelajar luar negara pula, ESH dinaikkan kepada kadar minimum RM1,380 sebulan sehingga maksimum RM7,600 sebulan bermula daripada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sehingga peringkat Doktor Falsafah dan peringkat profesional.\nSumber: https://www.kosmo.com.my/2022/09/10/pm-umum-kenaikan-elaun-sara-hidup-pelajar-tajaan-mara/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-sekolah-negeri-selangor-sk-smk/", "title": "Permohonan Bantuan Sekolah Negeri Selangor (SK & SMK)", "body": "\n\n\n\n\n\nSekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Negeri Selangor boleh mendapatkan bantuan membaik pulih atau membina infrastruktur sekolah menerusi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor. \nProgram Bantuan Sekolah Negeri Selangor adalah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor dilaksanakan membantu mengekalkan dan menambah baik infrastruktur sekolah kerajaan dan swasta di Negeri Selangor.\nSebelum ini, permohonan bantuan ini dibuka kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Mubaligh, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), dan Sekolah Agama Rakyat (SAR)/Sekolah Rendah Agama Integrasi (yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor).\nKini, permohonan bantuan ini dibuka kepada SK dan SMK di Negeri Selangor yang boleh dipohon secara atas talian.\nPermohonan hendaklah dibuat oleh pihak sekolah/Lembaga Pengelola Sekolah/Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mulai 29 April 2022 sehingga 5 Jun 2022.\n\n\n\n\n\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan yang bakal diterima oleh sekolah yang layak adalah sehingga\u00a0RM50,000 meliputi bantuan baik pulih atau membina infrastruktur sekolah.\nTujuan Bantuan\nTujuan bantuan ini mestilah untuk membaik pulih atau membina infrastruktur sekolah seperti:\nKantinSurauKelasTandasBumbung BocorDindingSusur GajahPagar SekolahPintu Kelas, TandasGelanggang Bola KeranjangBilik GuruPerpustakaanLongkang/PerparitanMakmal SainsMakmal KomputerBangunan SekolahBangunan AsramaMengecat Bangunan SekolahKerusi/MejaSaluran Paip AirPendawaian ElektrikTingkapLain-lain\nTatacara Permohonan\nPihak sekolah/Lembaga Pengelola Sekolah/PIBG yang ingin membuat permohonan boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web\u00a0SSIPR iaitu https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register.Lengkapkan maklumat yang diperlukan.klik butang \u201cDaftar.\u201dLogindengan memasukkan kad pengenalan dan kata laluan.Lengkapkan permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.\nKeterangan Lanjut\nUntuk mendapatkan keretangan lanjut mengenai program bantuan ini, sila layari laman web SSIPR di pautan https://ssipr.selangor.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/takbir-hari-raya-aidiladha/", "title": "Lafaz Takbir Hari Raya Aidiladha & Maksudnya", "body": "\n\n\n\n\n\nApabila tibanya Hari Raya Aidiladha, umat Islam adalah disunatkan untuk bertakbir pada hari tersebut. \nKita disunatkan untuk bertakbir pada Hari Raya Aidiladha mengikut sighah atau lafaz yang warid daripada Rasulullah SAW, para sahabat ridhwanullah alaihim, dan yang diterima dan diamalkan oleh para ulama zaman berzaman.\nJenis Takbir\nTerdapat 2 jenis takbir ketika Hari Raya iaitu:\n\nTakbir Mursal: \n\nJuga disebut Takbir Mutlak kerana perlaksanaannya tidak terikat dengan waktu solat. Justeru, apabila tenggelam matahari pada malam Hari Raya sama Hari Raya Aidilfiri auatu Aidiladha sehingga takbiratulihram Solat Hari Raya, kita disunatkan untuk bertakbir sepanjang masa. \nPara ulama menetapkan bahawa perlaksanaan Takbir Mursal bagi Hari Raya Aidilfitri lebih ditekankan berbanding Hari Raya Aidiladha.\n\n\nTakbir Muqayyad:\u00a0\n\nPerlaksaanan takbir ini terikat dengan perlaksanaan solat-solat\u00a0maktubah\u00a0(solat fardhu lima waktu). Ini terpakai untuk Hari Raya Aidiladha yang mana kita disunatkan untuk bertakbir selepas setiap kali solat fardhu. \nTakbir Muqayyad ini hanya berlaku bagi Hari Raya Aidiladha dan tidak disunatkan pada malam Hari Raya Aidilftri melainkan Takbir Mursal sahaja yang juga lebih ditekankan bagi Aidilfitri.\n\n\n\nWaktu Bertakbir\nUntuk Hari Raya Aidiladha, waktunya takbir adalah bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya, iaitu masuk waktu Maghrib mulai pagi 9\u00a0Zulhijjah sehingga selepas solat Asar 13\u00a0Zulhijjah.\nLafaz Takbir Raya Aidiadha\nLafaz takbir raya beserta maksudnya adalah seperti berikut:\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0644\u064e\u0627\u0627\u0650\u0644\u0670\u0647\u064e \u0627\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\nErtinya : Allah Maha besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0643\u064e\u0628\u0650\u064a\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0628\u064f\u0643\u0652\u0631\u064e\u0629\u064b \u0648\u0627\u064e\u0635\u0650\u064a\u0652\u0644\u0627\u064b, \u0644\u064e\u0627\u0627\u0650\u0644\u0670\u0647\u064e \u0627\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627\u0646\u064e\u0639\u0652\u0628\u064f\u062f\u064f \u0627\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0625\u0650\u064a\u064e\u0651\u0627\u0647\u064f \u0645\u064f\u062e\u0652\u0644\u0650\u0635\u0650\u064a\u0652\u0646\u064e \u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u062f\u0650\u0651\u064a\u0652\u0646\u064e, \u0648\u064e\u0644\u064e\u0648\u0652 \u0643\u064e\u0631\u0650\u0647\u064e \u0627\u0644\u0643\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e, \u0644\u064e\u0627\u0627\u0650\u0644\u0670\u0647\u064e \u0627\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f, \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e \u0648\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f, \u0648\u064e\u0646\u064e\u0635\u064e\u0631\u064e \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f, \u0648\u064e\u0623\u064e\u0639\u064e\u0632\u064e\u0651\u062c\u064f\u0646\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0647\u064e\u0632\u064e\u0645\u064e \u0627\u0644\u0652\u0627\u064e\u062d\u0652\u0632\u064e\u0627\u0628\u064e \u0648\u064e\u0627\u062d\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f, \u0644\u064e\u0627\u0627\u0650\u0644\u0670\u0647\u064e \u0627\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f\u060c \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631\u064f \u0648\u064e\u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f\nErtinya : Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan sebanyak-sebanyak puji, dan Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah selain kepada-Nya, dengan memurnikan agama Islam, meskipun orang-orang kafir membencinya. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan ke Esaan-Nya, Dia dzat yang menepati janji, dzat yang menolong hamba-Nya dan memuliakan bala tentara-Nya dan menyiksa musuh dengan ke Esaan-Nya. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya untuk Allah.\n\nBacaan Takbir Raya Dalam Rumi\n*Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar Laa ilaaha illallahu wallahu akbar Allaahu akbar walillaahil hamd\u2019 \nUlang *3 kali \nAllahu akbar Allahu akbar Allahu akbar \nAllahu akbar kabiiraa \nWalhamdulillaahi katsiiraa \n\n\n\n\nWasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa \nLaa ilaaha illallallahu Walaa na\u2019budu illaa iyyaahu \nMukhlishiina lahuddiin \nWalau karihal kaafiruun \nLaa ilaaha illallallahu wahdah \nSadaqa wa\u2019dah \nWanasora \u2018abdah \nWa a\u2019azza jundahu \nWahazamal ahzaaba wahdah \nLaa ilaaha illallaahu wallaahu akbar \nAllaahu akbar walillaahil hamd\u2019\nSumber: https://muftiwp.gov.my/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/wtu-mara-2023/", "title": "WTU MARA 2023: Pinjaman Pelajaran Universiti Terbaik Dunia", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di universiti terbaik dunia menerusi World Top University Programme (WTU) 2023.\nProgram dilaksanakan untuk melahirkan bakal pemacu ekonomi profesional dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih kompetitif serta boleh bersaing di peringkat antarabangsa.\nBagi pelajar yang berminat, permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) bermula 11 Julai sehingga 21 Julai 2023.\n\nTempoh Pinjaman WTU\nTempoh pinjaman bagi program ini adalah berdasarkan tempoh pengajian sebenar manakala bagi pemohon sedia ada, baki tempoh pengajian adalah tidak kurang dari 1 tahun.\nSenarai Bidang & Universiti Terpilih\nSenarai bidang dan universiti terpilih yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarat Umum\nSyarat umum untuk memohon pinjaman pelajaran menerusi program ini adalah seperti berikut:\n\nPemohon dan salah seorang ibu atau bapa bertaraf bumiputera dan warganegara Malaysia.\nHad umur pemohon pada 31 Disember 2023 adalah minima 19 tahun dan tidak melebihi 30 tahun untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda.\nPemohon belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat yang dimohon.\nPemohon perlulah mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian ke luar negara.\nPemohon tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan MARA atau dari mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.\nPemohon, Ibu, Bapa, Penjaga dan Pasangan tidak di senarai hitam atau dalam tindakan undang-undang oleh MARA.\nPemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, tindakan undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana institusi pengajian atas masalah akademik dan disiplin.\nPemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Pemohon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai peletakan jawatan daripada majikan.\n\nSyarat Khusus\nPemohon juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan seperti:\n\nTerbuka kepada pemohon yang telah mendapat surat tawaran daripada universiti atau sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.\nBidang atau kursus yang diambil mestilah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Badan-badan Profesional di Malaysia.\nPemohon hanya boleh mengikuti bidang yang berkaitan dengan Economy, Business & Management, Engineering & Environment, Natural Science/ Medical Science , IT & Computer Science. Bidang selain dinyatakan diatas tidak termasuk di dalam program WTU.\nPendapatan keluarga (Ibu dan bapa/penjaga) tidak melebihi RM60,000 sebulan atau tidak melebihi RM600,000 pendapatan bercukai tahunan.\nSyarat kelayakan akademik mengikut peringkat adalah seperti berikut:\u2013 International Baccalaureate (IB) : 35/45 pt\u2013 A-Level : 13/15 pt\u2013 Foundation/Asasi/Matrikulasi/Diploma/STPM atau setaraf : CGPA 3.6/4.0\u2013 IELTS: Minima BAND 6.5 @ TOEFL: Minima 100 @ SAT: Minima 1200\n\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat melalui cara memohon seperti berikut:\n\nLayari laman web permohonan iaitu\u00a0https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login.\nKlik butang \u2018Daftar Sekarang.\u2019\nMasukkan setiap butiran yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar Akaun.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nIsi maklumat permohonan dengan lengkap.\nKlik butang hantar permohonan.\n\nMaklumat Lanjut \nMaklumat lanjut mengenai WTU, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/program-pinjaman-pelajaran-ke-universiti-terbaik-dunia-2/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-bantuan-am-pelajaran/", "title": "Permohonan Skim Bantuan Am Pelajaran Zakat Perak", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak-anak Negeri Perak yang akan melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS sepenuh masa, anda kini boleh memohon Skim Bantuan Am Pelajaran daripada Zakat Perak.\nBantuan Am Pelajaran adalah skim bantuan di bawah asnaf Fisabilillah yang disediakan bagi membantu pelajar-pelajar membuat persediaan melanjutkan pengajian. \nBantuan ini adalah dalam bentuk kewangan dan kadar bantuan adalah berdasarkan peringkat pengajian pemohon.\nOleh itu, pemohon yang ingin membuat permohonan Skim Bantuan Am Pelajaran ini boleh membuat permohonan secara atas talian sebaik menerima tawaran daripada IPTA/IPTS.\n\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan yang akan diberikan menerusi skim bantuan ini adakah mengikut peringkat pengajian iaitu:\n\n\n\n\nSijil/Matrikulasi/STPM/STAM/SPMV(KV): RM500.00Diploma/DPMV(KV): RM600.00Ijazah: RM700.00\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan Skim Bantuan Am Pelajaran yang ditetapkan oleh Zakat Perak adalah seperti berikut:\nTarikh memohon tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar diri ke IPTA/IPTS.Tempoh pengajian mestilah melebih tempoh setahun atau 12 bulan.Pemohon mestilah bermastatutin dalam Negeri Perak.Permohonan ini tertakluk kepada pengajian sepenuh masa sahaja.Setiap peringkat pengajian hanya sekali sahaja bantuan akan diberi.\nCara Memohon\nUntuk memohon skim bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web http://online.maiamp.gov.my/bantuanam/?fbclid=IwAR3ybyhTgwY4nYb4HMB7IrnU7v2PkokC5RUO9z0UgxJCHCGH4pKpt8ehLHA.Masukkan no. kad pengenalan (pelajar) untuk semakan data.Jika data semakan disahkan tidak ada pertindihan permohonan, pemohon boleh meneruskan dengan mendaftar maklumat asas untuk menggunakan sistem permohonan ini. Notifikasi peringatan bagi kesahihan data akan dipaparkan untuk rujukan dan klik butang \u2018OK\u2019 untuk meneruskan permohonan.Log masuk dengan memasukkan ID iaitu no. kad pengenalan dan kata laluan.Isikan maklumat diruangan yang disediakan dan klik butang \u2018Kemaskini.\u2019Muat naik 6 dokumen wajib.Klik butang \u2018Hantar Permohonan\u2019 untuk menghantar permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang perlu dimuat naik bagi melengkapkan permohonan adalah seperti berikut:\nSurat tawaran.Slip pembayaran yuran pendaftaran.Kad pengenalan pemohon.Kad pengenalan ibu bapa/penjaga.Slip penyata gaji/pencen bapa/penjaga atau pengesahan pendapatan dari ketua kampung atau penghulu (sekiranya tiada pendapatan tetap).Slip penyata gaji/pencen ibu/penjaga atau pengesahan pendapatan dari ketua kampung atau penghulu (sekiranya tiada pendapatan tetap).\nPertanyaan Lanjut\nJika terdapat sebarang pertanyaan mengenai Skim Bantuan Am Pelajaran, sila hubungi di talian 05-2084000.\u00a0\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/budi-mara/", "title": "BUDI MARA: Bantuan Pendidikan Pelajar MRSM B40", "body": "\n\n\n\n\n\nMenerusi inisiatif Majlis Amanah Rakyat (MARA), pelajar yang berjaya memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) daripada keluarga B40 berpeluang mendapat bantuan pendidikan menerusi Program Pendidikan Budi MARA (BUDI MARA).\nTujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kesamarataan kepada pelajar untuk mendapatkan pendidikan terbaik di MRSM.\nUntuk makluman, BUDI MARA telah diperkenalkan dan dilaksanakan bermula pada tahun 2005 yang dikenali dengan Program Bantuan Khas (PBK) sebelum dijenamakan semula kepada BUDI MARA pada 2016.\nPelaksanaan program ini adalah menepati dasar pengambilan pelajar iaitu sekurang-kurangnya 60 peratus dalam kalangan keluarga B40 berdasarkan kriteria status sosioekonomi dan kecemerlangan pelajar yang diambil kira menerusi sistem merit.\nMenerusi program ini, pihak MARA telah membelanjakan lebih RM10 juta bermula 2005 yang memberi manfaat kepada lebih 6,000 orang pelajar bermula daripada tahun tersebut.\nBentuk Bantuan \nPelajar yang layak menerima BUDI MARA akan menerikan bentuk bantuan seperti berikut:\n\n\n\n\nBantuan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,100 merangkumi:\u2013 Yuran persekolahan\u2013 Pembelian pakaian sekolah\u2013 Pakaian harian\u2013 Keperluan asrama\u2013 Peralatan persekolahan\u2013 Tambang perjalanan pulang cuti semester\u2013 Yuran dobi\u2013 Pakaian sukan\u2013 Keperluan peribadi Wang saku sebanyak RM50 sebulan.Pengecualian membayar yuran caruman seperti yang dikenakan kepada setiap pelajar di MRSM.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi penerima program ini adalah seperti berikut:\nLulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM.Pendapatan isi rumah keluarga pelajar adalah RM1,500.Keluarga mempunyai tanggungan 5 orang dan ke atas.\nPemilihan Murid\nPihak MRSM akan membuat pemilihan bagi mengenal pasti pelajar yang layak untuk mendapat bantuan melalui program ini. \nProses pemilihan akan dijalankan seperti berikut:\nNama pelajar akan dimuat turun daripada Sistem Permohonan MRSM dan 1000 orang pelajar disenarai pendek untuk siasatan (pendapatan waris RM1,500 ke bawah dan 5 tanggungan ke atas).Pejabat MARA mengadakan mesyuarat bersama MRSM dan MRSM Daerah serta proses siasatan dan outreach bermula di seluruh negara.Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Budi diadakan bagi pemilihan pelajar berdasarkan merit ditentukan daripada pencapaian akademik, pendapatan ibu bapa, dan tanggungan.Mesyuarat Penyelarasan Penempatan diadakan bagi pengesahan data pelajar dan penempatan MRSM.Pelajar melapor diri ke MRSM.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai BUDI MARA, sila layari laman web MARA iaitu https://www.mara.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/penanda-wacana-2/", "title": "Penanda Wacana: Senarai & Contoh Yang Biasa Digunakan", "body": "\n\n\n\n\n\nPenanda wacana ialah apa-apa yang digunakan untuk menandakan kesatuan fikiran sama ada dalam bentuk lisan ataupun penulisan.\nDalam erti kata yang lain, penanda wacana merupakan kata\u00a0atau\u00a0frasa\u00a0yang berperanan dalam menguruskan aliran dan struktur\u00a0wacana atau penceritaan.\nLazimnya, penanda wacana digunakan bagi memastikan menulis karangan atau penulisan tersebut menjadi gramatis.\nJenis & Contoh\nJenis-jenis dan contoh penanda waca yang biasa digunakan adalah seperti berikut:\ni) Untuk memulakan karangan\nPada era globalisasi iniDalam meniti arus kemodenan iniKiniDewasa iniDasawarsa iniSejak sedekad yang laluKebelakangan iniBelakangan iniAkhir-akhir iniBaru-baru iniUmum mengetahui bahawaSejak zaman-berzamanPada tahun- tahun belakangan ini\nii) Untuk menunjukkan turutan\nAntaraSelain itu,Di samping itu,Lain daripada ituSeterusnyaBegitu juga denganAkhir sekali\niii) Untuk menghuraikan isi karangan\nHal ini dikatakan demikian keranaHal ini berlaku keranaHal ini terjadi keranaHal ini disebabkan olehHal ini wujud akibat daripadaHal ini bersangkut-paut denganHal ini berpunca daripadaHal ini tercetus apabilaTindakan tersebut perlu dilakukan supaya\niv) Untuk memberi contoh\n\n\n\n\nMisalnyaContohnyaSebagai contohTamsilnyaSeperti yang kita sedia maklum,Satu contohSatu caraAntara contoh\nv) Untuk menghuraikan contoh\nHal ini mengakibatkanHal ini menyebabkan,Oleh ituMakaOleh hal yang demikianOleh sebab ituJelaslah bahawaJustifikasinya\nvi) Penanda wacana untuk menutup isi\nKesannyaNatijahnyaAkibatnyaKesudahannyaDengan berbuat demikianDengan keadaan sedemikianDengan keadaan sedemiikian\nvii) Untuk menulis dua huraian dalam satu ayat\nJugaMalahMalahanTambahan pulaSementelahanDi sampingBahkan\nviii) Untuk memulakan perenggan penutup\nKesimpulannyaIntihanyaSecara tuntasTuntasnyaKonklusinyaSebagai penutup wacanaSebagai penghias bicaraSebelum mengakhiri wacana ini,Secara keseluruhanAkhir kata\nix) Untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza\nWalau bagaimanapunNamun demikian,Namun begituMeskipinDaripada perspektif yang berbezaJika dilihat dari sudut lainKontradiksinyaDi sebalik itu,Dalam pada ituDari sudut lain\nx) Untuk memasukkan ungkapan menarik\n__________bak peribahasa__________bak pepatah Melayu/ Cina/ Inggeris__________bak kata mutiara__________bak pepatahHal ini sama dengan peribahasaSenario ini persis peribahasa Melayu iaituFenomena ini dikatakan\nSumber: https://app.pandai.org/note/read/kssm-bm-10-03-02/kssm-f4-bm-03/02-penanda-wacana\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-maiwp-insentif-khas-pelajar-cemerlang-pengajian-ua/", "title": "Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian UA", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan kepada para pelajar Universiti Awam (UA) Dalam Negara Peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk memohon Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian UA Dalam Negara.\nBiasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian UA Dalam Negara ini diberikan kepada pelajar di Wilayah Persekutuan yang tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa.\nBagi pelajar UA yang berminat, permohonan perlu dibuat melalui borang permohonan sebelum 11 November 2022.\u00a0\n\nBidang Pengajian Yang Ditaja\nBidang Pengajian yang akan ditaja bagi biasiswa ini adalah seperti berikut:\nPeringkatBidang PengajianIjazah Sarjana Muda Pengajian Klinikal dan Kesihatan-Perubatan-Pergigian-Farmasi-Bioteknologi Perubatan-Audiologi-Optometri-Lain-lain yang berkaitanIjazah Sarjana Muda Pengajian Sastera-Pengajian Islam (Semua Bidang)-Lain-lain yang berkaitanIjazah Sarjana Muda Pengajian Sains Sosial-Perakaunan-Perbankan Islam-Undang-Undang-Sains Teknologi-Teknologi Maklumat-Lain-lain yang berkaitanIjazah Sarjana Muda Pengajian Kejuruteraan-Elektrik-Elektronik-Kimia-Senibina-Ukur Bahan-Mekanikal-Lain-lain yang berkaitanLain-Lain-Lain-lain bidang yang telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)/Badan Professional dan mematuhi hukum syara\u2019\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia beragama Islam.Bermastautin dan menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.Tertakluk kepada had kifayah dan syarat tawaran biasiswa MAIWP.\nCara Memohon\nPermohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/94-tawaran-biasiswa-pengajian-dalam-negara?fbclid=IwAR3J6UzWPAFgJ31juC-VoRI2ADaBwKw8nAccTV-iri5EcBuzkOwj_Vbkzw4/Muat turun borang permohonan.Isi borang permohonan dengan lengkap.Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.Hantar semua dokumen beserta dokumen sokongan ke:\u2013 Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan Perkim, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur\u2013 Semua Kaunter Pusat Agihan Zakat (PAZA)\u2013 Kaunter MAIWP Cawangan WP Putrajaya\u2013 Kaunter MAIWP Cawangan WP Labuan\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu disediakan adalah seperti berikut:\nDua keping gambar berukuran pasport pelajar berlatar belakang warna putih (menutup aurat bagi wanita).Satu salinan kad pengenalan pemohon (Ketua Keluarga) & Pelajar.Satu salinan kad pengenalan suami/ayah, isteri/ibu dan tanggungan/ surat pengangkatan JPN/akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja).Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini Suami/Ayah dan Isteri/Ibu/pengesahan pendapatan suami/ayah dan isteri/ibu yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan Sahaja).Satu salinan surat perakuan nikah.Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkhawinan dan Pembangunan Keluarga JAWI (BPPK) terkini.Satu salinan sijil peperiksaan SPM (Wajib)/STAM/Salinan Transkrip Penuh/Salinan Sijil Diploma Qiraat yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, JPA, KPT dan Universiti Al-Azhar.Satu Salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.Satu salinan kad memeluk Islam.Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon/tangguangan.Surat pengesahan sakit kronik pelajar/pemohon/tangguangan dari hospital kerajaan sahaja.Satu salinan bil utiliti/cukai pintu terkini.Satu salinan surat tawaran belajar pemohon/pelajar ke IPT/Slip Pengesahan Permohonan melalui KPT/ Surat Tawaran belajar dari KPT.Satu salinan Pengesahan Pengajian/Kad Pelajar/Surat Tawaran bagi tanggungan yang belajardi IPT.Satu salinan buku akaun bank pelajar (kecuali Tabung Haji, ASB, Ar-Rajhi & Agro Bank).Salinan sijil-sijil kurikulum, ko-kurikulum dan dokumen sokongan yang berkaitan.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Biasiswa MAIWP Insentif Khas Pelajar Cemerlang Pengajian UA Dalam Negara, sila hubungi 03-40477600 sambungan 7410/7411/7412/7413/7632.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-endowmen-unimas/", "title": "Biasiswa Endowmen Pelajar B40 UNIMAS", "body": "\n\n\n\n\n\nBahagian Endowmen dan Wakaf, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mempelawa pelajar di univseriti tersebut yang beragama Islam dalam kalangan B40 untuk memohon Biasiswa Endowmen.\nBiasiswa ini diwujudkan khusus pelajar dalam kalangan B40 yang sedang melanjutkan pengajian di universiti tersebut dan tidak mempunyai mana-mana tajaan yang lain.\nUntuk biasiswa ini, UNIMAS memperuntukkan kouta penerima seramai 200 pelajar setahun untuk membiayai bantuan pendidikan kepada pelajar daripada keluarga dalam kumpulan B40 yang layak. \nBgai permohon yang berminat, mereka boleh mendapatkan borang permohonan yang disediakan. \n\nBantuan Yang Ditawarkan\nBiasiswa ini memperuntukkan bantuan-bantuan seperti berikut:\n\n\n\n\n\nYuran pengajian setiap semester\nWang saku setiap semester\n\nKriteria Permohonan\nKriteria permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti di bawah:\n\nPelajar Muslim Tahun 1 yang berasal daripada Sarawak, telah mendaftar dan berstatus aktif.\nBerpendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.\nPelajar tiada tajaan lain.\n\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan ini boleh diikuti menerusi panduan di bawah:\n\nMuat turun borang permohonan di laman web https://www.endowment.unimas.my/ atau dapatkan borang permohonan di fakulti masing-masing dan Bahagian Endowmen dan Wakaf.\nLengkapkan borang permohonan tersebut.\nHantar borang permohonan ke fakulti atau Bahagian Endowmen dan Wakaf.\nPelajar akan dihubungi untuk tindakan lanjut. \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa Endowmen ini, sila layari laman web https://www.endowment.unimas.my/ atau menghungi 082-581918/581018/582792.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pksk-sekolah-khusus-2022/", "title": "PKSK: Kemasukan Sekolah Khusus KPM Tingkatan 1 & 4 Sesi 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan kemasukan ke Sekolah Khusus bagi Tingkatan 1 dan 4 bagi sesi 2022 adalah menggunakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).\nUntuk makluman, PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.\nSingle entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).\nPermohonan kemasukan ke Sekolah Khusus ini dibuka mulai 10 Oktober sehingga 15 November 2021 secara atas talian. \nSekolah Khusus\n5 sekolah dikategorikan sebagai Sekolah Khusus oleh KPM iaitu:\nSekolah Berasrama Penuh (SBP)Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)Sekolah Menengah Teknik (SMT)Kolej Vokasional (KV) Maktab Tentera Diraja (MTD)\nFormat PKSK\nFormat PKSK yang digunakan oleh KPM bagi kemasukan ke Sekolah Khusus adalah seperti berikut:\nPerkaraBahagian A(Kecerdasan Insaniah)Bahagian B(Kecerdasan Intelek)Bahagian C(Artikulasi Penulisan)KaedahOnlineOnlineBertulis (Bersemuka)Jenis ItemObjektif Aneka PilihanObjektif Aneka PilihanSubjektifCakupan Isi KandunganEQ, SQ, SSQIQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian MasalahTajuk DitetapkanWajaran Skor20%70%10%\nPelaksanaan PKSK\nPKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi dan setiap sesi tersebut terbahagi kepada 2 fasa pelaksanaan.\nUntuk fasa 1, calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.\nBagi fasa 2, calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.\n\n\n\n\nAdalah diingatkan calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.\nSyarat Permohonan\nPemohon perlu memenuhi syarat permohonan untuk melayakkan mereka memasukan Sekolah Khusus bagi sesi 2022 iaitu:\nPemohon merupakan warganegara Malaysia.Pemohon telah mendaftar dalam sistem Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) KPM.Untuk kemasukan Tingkatan 1 tahun 2022, murid Tahun 6 tahun 2021 mestilah:\u2013 Berumur 12 tahun; atau\u2013 Lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010.Bagi kemasukan Tingkatan 4 tahun 2022, murid Tingkatan 3 tahun 2021 mestilah:\u2013 Berumur 15 tahun; atau\u2013 Lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007.\nCara Memohon\nPemohon yang ingin memohon kemasukan ke Sekolah Khusus boleh memohon melalui pautan di bawah:\nTingkatan 1:\u00a0https://spskt1.moe.gov.myTingkatan 4:\u00a0https://spskt4.moe.gov.my\nUntuk mengekses ke dalam sistem, masukkan nombor mykid/mykad pelajar beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses ke dalam sistem.\nTarikh Pelaksanaan PKSK\nSelepas membuat permohonan, semakan pusat pentaksiran PKSK boleh dibuat mulai 1 Disember 2021.\nTarikh pelaksanaan PKSK bagi pemohon yang terpilih adalah seperti berikut:\nTingkatan 1: 17 hingga 22 Januari 2022Tingkatan 4: 7 hingga 17 Februari 2022\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kemasukan Sekolah Khusus 2022, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/keputusan-permohonan-rayuan-rkpys/", "title": "Semakan Keputusan Permohonan Rayuan RKPYS 2022 Tingkatan 1", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa yang telah membuat rayuan bagi permohonan rayuan Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RKPYS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Selangor (YS) untuk Tingkatan 1, semakan keputusan permohonan rayuan RKPYS kini boleh di buat. \nUntuk makluman, RKPYS adalah program bersama antara KPM dan YS untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor serta tinggal di asrama-asrama milik YS.\nTujuan utama program ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar golongan berpendapatan rendah atau miskin di Negeri Selangor tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan penempatan pendidikan kepada mereka.\nMenerusi program ini, murid akan diberikan biasiswa dan juga bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih-tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar yang terlatih.\n\nPenempatan Asrama\nBagi penempatan asrama, mereka akan di tempatkan di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan juga Asrama Pusat Yayasan Selangor.\ni) Asrama Pengurusan Yayasan Selangor\nSebanyak 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu:\n\n\n\n\nAsrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)\nAsramaNama SekolahJantinaAYSSBSMK Ungku Aziz, Sabak BernamLelakiAYSKSMK Tinggi Klang, KlangLelakiAYSKSMK Tengku Ampuan Rahimah, KlangLelaki/PerempuanAYSKSMK (P) Methodist, KlangPerempuanAYSKSMK Convent, KlangPerempuanAYSKSMK Methodist ACS, KlangLelakiAYSKSMK (P) Bukit Kuda, KlangPerempuan\nii) Asrama Daerah Yayasan Selangor\nAsramaNama SekolahJantinaSabak BernamSMK Ungku Aziz, Sabak BernamPerempuanSabak BernamSMK Sungai BesarLelaki/PerempuanSabak BernamSMK Dato\u2019 Mustaffa, SekinchanPerempuanKuala SelangorSMK Dato\u2019 Harun, Tanjong KarangLelaki/PerempuanKuala SelangorSMK Pengkalan PermatangLelaki/PerempuanHulu SelangorSMK Kuala Kubu BharuLelaki/PerempuanPetalingSMK Damansara UtamaLelaki/PerempuanPetalingSMK Shah AlamLelaki/PerempuanHulu LangatSMK Tinggi KajangLelakiHulu LangatSMK Sultan Abdul Aziz Shah, KajangLelaki/PerempuanHulu LangatSMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama)PerempuanKuala LangatSMK Telok Panglima GarangLelaki/PerempuanKuala LangatSMK BantingLelaki/PerempuanKuala LangatSMK Bukit ChanggangLelaki/PerempuanSepangSMK Seri SepangLelaki/PerempuanW.P Kuala LumpurSMK VictoriaLelaki\niii) Tanpa Asrama (Berulang dari rumah)\nNegeriNama SekolahJantinaSelangorSMK (P) Sri Aman, Petaling JayaPerempuanSelangorSMK (P) Assunta, Petaling JayaPerempuanSelangorSMK (L) Bukit Bintang, Petaling JayaLelakiW.P Kuala LumpurSMK Aminuddin BakiLelaki/Perempua\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang telah ditetapkan sebelum ini adalah seperti berikut:\nMendapat sekurang-kurangnya\u00a0TP 3 di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.Bersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandarPemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahunPemohon dari keluarga yang mempunyai\u00a0pendapatan per kapita\u00a0(pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan)\u00a0kurang RM2000.00 sebulan.Pemohon, ibu dan bapa adalah\u00a0warganegara Malaysia.Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.\nCara Semakan Rayuan\nSemakan rayuan bagi program ini boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web http://sm.yselangor.com/smpysv2/.Klik butang \u2018Semak Permohonan.\u2019Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.Klik butang \u2018Teruskan.\u2019Status permohonan rayuan dipaparkan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai semakan keputusan rayuan RKPYS 2022, sila layari laman web YS di pautan http://yayasanselangor.org.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ssdm-kpm/", "title": "SSDM KPM: Login Sistem Sahsiah Diri Murid & Garis Panduan", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan satu sistem yang melaporkan sahsiah diri murid sekolah di bawah KPM iaitu Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).\nSistem berasaskan laman web ini bertujuan untuk merekod maklumat salah laku disiplin murid di seluruh Malaysia dengan capaian yang mudah dan berkesan.\nSistem ini bukan sahaja merekodkan setiap salah laku dan kesalahan disiplin murid menerusi pangkalan data atas talian tetapi turut merekodkan tingkah laku terpuji murid tersebut sepanjang mereka berada di sekolah.\n\nFungsi SSDM\nSistem ini dapat digunakan untuk melaksanakan perkara-perkara berikut iaitu:\n\nMerekod kes-kes salahlaku murid.\nMenyimpan mengenai perincian maklumat murid dan sekolah.\nMenjana dan memaparkan laporan statistik salah laku.\nMenjana surat amaran ponteng mengikut tahap.\n\nTahap Pengguna\nSistem ini dapat digunakan terhadap 4 kategori pengguna iaitu:\n\n\n\n\n\nSekolah\nPejabat Pendidikan Daerah (PPD)\nJabatan Pelajaran Negeri (JPN)\nBahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)\n\nCara Login SSDM\nUntuk menggunakan sistem ini, pengguna perlu mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web https://ssdm.moe.gov.my/.\nMasukkan ID dan katalaluan dan klik butang \u2018Masuk.\u2019 Bagi ID Pengguna dan kata laluan, pengguna boleh menghubungi pegawai SSDM di JPN/Bahagian untuk mengetahuinya.\nSetelah berjaya masuk, pengguna akan melihat menu-menu paparan utama yang disediakan iaitu:\u2013 Maklumat terkini\u2013 Tukar kata laluan\u2013 Maklumat sekolah\u2013 Maklumat murid\u2013 Laporan\u2013 Muat Turun\u2013 Pengesahan\u2013 Log keluar\nPerkara-perkara yang berkaitan dengan murid boleh diakses melalui bahagian \u2018Maklumat Murid\u2019 seperti yang disediakan.\nMelalui bahagian ini juga, pengguna boleh mengemaskini maklumat seperti senarai salah laku dan disiplin, perbuatan baik dan sebagainya. \nSurat amaran juga boleh dicetak selepas maklumat disiplin dan salah laku dikemaskini melalui bahagian tersebut. \nSelepas semua urusan berkaita kemaskini tingkah laku dan disiplin dikemaskini, sila log keluar bagi memastikan sistem ini diceroboh.\n\nManual Pengguna\nUntuk maklumat lanjut mengenai cara mengakses sistem ini, sila rujuk kepada manual panduan mengikut jenis pengguna:\n\nManual Sekolah: https://ssdm.moe.gov.my/MANUAL_sekolah_SSDM_2403.pdf\nManual PPD: https://ssdm.moe.gov.my/manual_ssdmnew_PPD2403.pdf\nManual JPN: https://ssdm.moe.gov.my/manual_ssdmnew_JPN_updated.pdf\nManual BPSH: https://ssdm.moe.gov.my/MANUAL_SSDM_BPSH.pdf\n\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai sistem ini, sila email pihak admin sistem ini di alamat [email\u00a0protected]. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-keputusan-temu-duga-hlp-hlps-2022/", "title": "Semakan Keputusan Temu Duga HLP & HLPS PPP Ambilan 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah menjalani temu duga bagi Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) ambilan 2022 boleh membuat semakan keputusan temu duga mulai 14 Jun 2022.\nHLP ialah kemudahan yang diberikan kepada PPP untuk mendapatkan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara sepenuh masa di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Dalam Negara.\nManakala HLPS pula ialah kemudahan yang ditawarkan kepada PPP bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di IPTA secara separuh masa namun tidak bercuti belajar dan masih menjalankan tugas di sekolah/jabatan/bahagian/kementerian seperti biasa.\n\nSyarat Umum\nSyarat umum yang ditetapkan bagi permohonan program ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.Berpengalaman selari dengan bidang yang dimohon serta perancangan laluan kerjaya pada masa hadapan.Untuk permohonan HLP, pemohon perlu belum memulakan pengajian.Untuk permohonan HLPS, pemohon belum memulakan pengajian atau telah memulakan pengajian tidak melebihi semester 3 sehingga 7.\nSyarat Khusus\nSyarat khusus bagi permohonan HLP dan HLPS adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nUmur kelayakan permohonan HLP:\u2013 Sarjana: 50 tahun\u2013 Kedoktoran: 45 tahunUmur kelayakan permohonan HLPS:\u2013 Sarjana: 50 tahun\u2013 Kedoktoran: 46 tahunBerkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada tarikh tutup permohonan.Berkhidmat secara tetap.Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.Purata markah LNPT/PBPPP adalah 85% dan ke atas bagi tempoh genap 3 tahun berturut-turut dalam skim perkhidmatan terkini.Bebas daripada sebarang penyakit kronik.Mengikut progam dan peringkat pengajian yang ditawarkan.Disokong dan diperaku oleh Ketua Jabatan.Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.Bersih daripada pertuduhan atau tindakan tatatertib dan bebas daripada kes mahkamah.Telah mengisytiharkan harta melalui sistem\u00a0HRMIS.Tidak tersenarai dalam senarai hitam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) atau badan-badan peminjam Kerajaan yang lain.Diwajibkan memilih bidang pengajian/pengkhususan/kursus yang ditawarkan sahaja.Perlu menyediakan kertas cadangan (proposal) dan dibawa semasa sesi temu duga.\nSyarat Akademik\nSyarat akademik yang ditetapkan pula bagi pemohon HLP dan HLPS adalah seperti berikut:\nSarjana\nPurata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) atau setarafTempoh Minimum Pengalaman Bekerja2.00-2.4910 tahun2.50-2.995 tahun3.00 dan ke atas3 tahun\n2. Kedoktoran\nPurata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) atau setarafTempoh Minimum Pengalaman BekerjaLulus Peringkat Sarjana3 tahun\nCara Membuat Semakan\nSemakan keputusan temu duga boleh dibuat menerusi langkah-langkah ini:\nLayari laman web iaitu https://epenawaran.moe.gov.my/.Klik pada perkataan \u2018Semakan Keputusan Temu Duga HLP dan HLPS PPP Ambilan Tahun \u2013 2022.\u2019Masukkan no kad pengenalan pemohon.Klik butang \u2018Semakan.\u2019Keputusan temu duga dipaparkan.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai semakan keputusan temu duga HLP dan HLPS, sila hubungi Bahagian Tajaan Pendidikan KPM di talian 03-83217144/7154/7136/7159/7138. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/asrama-semai-bakti-felda-tingkatan-1-2023/", "title": "Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA Tingkatan 1 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nMurid tahun 6 sesi persekolahan tahun 2022/2023 yang berminat boleh memohon kemasukan ke Tingkatan 1 Asrama Semai Bakti FELDA bagi pengambilan tahun 2023.\nUntuk makluman, Asrama Semai Bakti FELDA diwujudkan bagi menyediakan peluang kepada generasi baharu FELDA untuk menempatkan diri di sekolah terbaik di kawasan bandar. \nAsrama ini juga berperanan sebagai platform penyediaan pusat pendidikan yang\u00a0sistematik\u00a0dan berkesan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, malah mempunyai disiplin dan sahsiah yang tinggi.\nBagi murid yang berminat, permohonan kemasukan boleh dibuat mulai 1 Oktober 2022 hingga 1 November 2022 secara online.\n\nLokasi Asrama\nTerdapat 3 lokasi asrama ini di seluruh negara iaitu:\n\n\n\n\nAsrama Semai Bakti FELDA Kuala LumpurAsrama Semai Bakti FELDA Johor Bahru\u00a0Asrama Semai Bakti Tun Razak Kuantan, Pahang\nSyarat Utama\nSyarat utama untuk memasuki asrama ini adalah seperti berikut:\nPemohon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP) yang meliputi mata pelajaran berikut:\u2013 Matematik\u2013 Sains\u2013 Bahasa Inggeris\u2013 Sains dan KeperibadianPemohon wajib membawa salinan Laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)\u00a0yang terkini dari sekolah masing-masing.Terbuka kepada generasi Baharu FELDA, anak Petugas FELDA/kumpulan FELDA.Pemohon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.\nSyarat Tambahan\nSelain itu, terdapat syarat tambahan yang perlu dipenuhi iaitu:\nBergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum atau memegang jawatan kepimpinan di sekolah.Mempunyai personaliti yang baik dan tiada rekod kesalahan disiplin.\nCara Memohon\nUntuk memohon kemasukan ke asrama ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://asbfeldaonline.com/.Klik butang \u2018Permohonan.\u2019Isi makumat di setiap bahagian berikut:\u2013 Maklumat Pemohon (Murid)\u2013 Maklumat Peribadi Waris\u2013 Pilihan lokasi asrama\u2013 Maklumat Ko-Kokurikulun\u2013 Pilihan Pusat Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP)\u2013 Borang pengesahan warga FELDAKlik butang \u2018Sumbit\u2019 setelah semua maklumat diisi.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kemasukan ke asrama ini, sila layari laman web https://asbfeldaonline.com/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/8-hala-tuju-pengajian-selepas-spm/", "title": "Ketahui 8 Hala Tuju Pengajian Selepas SPM", "body": "\n\n\n\n\n\nLazimnya, pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan mula berfikir mengenai hala tuju pengajian mereka selepas peperiksaan SPM tamat.\nSelepas berakhirnya SPM, pelajar akan mula merancang untuk menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada di dalam atau luar negara. \nOleh itu, pelajar perlu memastikan mereka membuat pilihan yang bijak bagi menyambung pengajian sesuai dengan minat dan cita-cita mereka.\nDi sini, akan diterangkan 8 hala tuju pengajian pelajar selepas SPM yang boleh menjadi pilihan pelajar bagi menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. \n8 Hala Tuju Pengajian Selepas SPM\n\n1. Matrikulasi KPM\nMatrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah hala tuju yang paling popular bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian bagi Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda.\nProgram Matrikulasi KPM program persediaan yang diwujudkan untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke IPT dalam dan luar negara.\nPelajar yang menyambung pengajian di matrikulasi akan diberikan 4 pilihan jurusan iaitu:\n\nJurusan Sains\nJurusan Kejuruteraan\nJurusan Perakaunan\nJurusan Perakaunan Profesional\n\n\nSumber: Nota Cikgu Zeti\n2. Asasi (IPTA/IPTS)\nPelajar juga boleh menyambung pengajian Asasi di IPTA atau IPTS yang menawarkan pengajian ini.\nLazimnya, kebabanyakan IPTA atau IPTS dalam negara mempunyai program Asasinya sendiri sebagai laluan untuk menyambung ke peringkat Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda.\nLepasan Asasi lazimnya akan mendapat tempat di di IPTA atau IPTS yang sama bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda kecuali beberapa beberapa IPT yang turut membenarkan lepasa Asasi daripada IPT yang lain.\n\n3. STPM/STAM Tingkatan 6\nPelajar juga boleh memilih untuk menyambung pengajian ke Tingkatan 6 bagi menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi aliran agama.\nPengajian Tingkatan 6 hanya ditawarkan di sekolah menengah yang terpilih sahaja dan tidak ditawarkan di semua sekolah menengah di seluruh Malaysia. \nLepasan STPM dan STAM yang berjaya menamatkan peperiksaan terbabit akan teru menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda ke IPTA atau IPTS dalam atau luar negara. \n\n4. Diploma Universiti/Politeknik\nPelajar juga boleh menyambung pengajian di peringkat Diploma sebagai pilihan selepas mereka tamat SPM. \nProgram diploma merupakan salah satu program persediaan yang ditawarkan kepada para pelajar sebelum ke Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda.\nNamun, perbezaan program Diploma berbanding progam persediaan yang lain seperti Matrikulasi mahupun Asasi ialah tempoh masa pengajian Diploma lebih lama berbanding yang lain.\n\n\n\n\nIni kerana program Diploma menawarkan pengajian yang lebih spesifik berbanding pengajian Matrikulasi atau Asasi yang lebih umum.\n\n5. TVET \nTVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional yang ditawarkan kepada pelajar yang mempunyai minat dalam amalan industri.\u00a0\nSkop pengajian TVET yang akan diikuti pelajar akan memberikan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor, dan pendedahan kepada latihan di industri.\nAntara kementerian atau agensi yang mempunyai institusi pengajian TVET adalah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).\n\n6. International Baccalaureate\nBagi pelajar yang ingin menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda ke luar negara, mereka boleh menyambung pengajian International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA yang terpilih.\nProgram pengajian ini adalah program pra-universiti yang mengambil masa selama 4 semester bagi pelajar yang terlibat.\nProgram ini dikendalikan oleh International Baccalaureate Organisation (IBO) yang merupakan badan bukan kerajaan dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland.\n\n\n\n7. A-Level\nPelajar juga boleh menyambung pengajian di peringkat A-Level yang ditawarkan di Kolej MARA atau INTEC.\nA-Level adalah program pra-universiti yang ditawarkan di Malaysia yang berdasarkan sistem pendidikan di United Kingdom. \nProgram ini dikendalikan oleh Cambridge Assesment International Education (CAIE) dengan tempoh pengajian adalah 12 ke 24 bulan.\n\n8. PISMP\nBagi pelajar yang berminat untuk menjadi guru, mereka boleh menyambung pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).\nPelajar akan mengikuti PISMP di Institut Pengajian Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan di sekolah rendah.\nTempoh pengajian yang akan dilalui oleh pelajar menerusi program ini adalah selama 5 tahun.\n\nKepada pelajar yang akan membuat keputusan mengenai hala tuju selamat SPM, selamat membuat pilihan dengan bijak!\nKredit: Facebook Zeti Norani\nBaca juga:\n\n Peta i-Think: Peta Pemikiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)\nContoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/prn-2023/", "title": "PRN 2023: Tarikh Pilihan Raya Negeri & Semakan Pusat Mengundi", "body": "\n\n\n\n\n\nPilihan Raya Negeri (PRN) 2023 akan diadakan dalam waktu terdekat bagi 6 negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka sebelum ini.\nUntuk pengetahuan, dalam PRU-15 yang lalu, terdapat 6 negeri yang tidak membubarkan DUN negeri mereka untuk melaksanakan pilihan raya secara serentak.\nIni mengakibatkan DUN di 6 negeri tersebut masih kekal sehinggalah dibubarkan pada baru-baru ini.\nPembubaran DUN ini akan menyaksikan pilihan raya akan dijalankan bagi 6 negeri ini untuk memilih wakil rakyat DUN di kawasan masing-masing.\nNegeri Yang Terlibat Dalam PRN 2023\n6 negeri yang terlibat dalam pilihan raya kali ini ialah:\n\nKelantan\nTerengganu\nKedah\nPulau Pinang\nSelangor\nNegeri Sembilan\n\nTarikh Pembubaran DUN\nKelantan merupakan negeri pertama yang telah membubarkan DUN sebelum ini iaitu pada 22 Jun 2023.\nIni kemudiannya diikuti oleh Selangor iaitu pada 23 Jun 2023 dan diikuti dengan Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang iaitu 28 Jun 2023.\nNegeri terakhir yang membubarkan DUN adalah Negeri Sembilan pada 1 Julai 2023.\n\n\n\n\nTarikh PRN 2023\nSelepas pembubaran parlimen atau DUN, pilihan raya perlulah dijalankan dalam tempoh 60 daripada tarikh pembubaran tersebut.\nUntuk PRN 2023, SPR telah mengadakan satu mesyuarat khas pada 5 Julai 2023.\nMesyuarat tersebut telah memutuskan bahawa tarikh PRN adalah seperti berikut: \n\nHari Penamaan Calon- 29 Julai 2023\nHari Pengundian Awal- 8 Ogos 2023\nHari Pengundian- 12 Ogos 2023\n\n\nTatacara Semakan Daftar Pemilih\nBagi pengundi di 6 buah negeri, anda dinasihatkan untuk menyemak daftar pemilih sebelum pembuangan undi bagi melancarkan perjalanan proses pilihan raya.\nUntuk menyemak daftar pemilih, SPR telah mewujudkan MySPR secara online bagi membolehkan orang ramai menyemak daftar pemilih secara mudah dan cepat.\nSemakan daftar pemilih boleh dilakukan menerusi tatacara berikut:\n\nLayari laman web https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih.\nMasukkan no kad pengenalan.\nMasukkan aksara \u201cCAPTCHA\u201d yang ditunjukkan.\nKlik butang \u201cSemak.\u201d\nMaklumat pemilih dipaparkan.\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai PRN 2023, sila layari laman web SPR iaitu https://www.spr.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-pendidikan-pelajar-ipt-yayasan-johor-corporation/", "title": "Permohonan Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan Johor Corporation", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), dan Diploma yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti bagi tahun 2022 dialu-alukan untuk memohon Bantuan Pelajar IPT Yayasan Johor Corporation. \nUntuk makluman, penbubuhan Yayasan Johor Corporation telah dibuat oleh Johor Corporation pada 9 Jun 1997.\nYayasan ini berperanan sebagai peneraju dalam melaksanakan aktiviti tanggungjawab korporat kepada orang ramai terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan serta keusahawanan di kalangan pelajar sekolah dan IPT seluruh Malaysia.\nSalah satu bantuan yang diberikan kepada pelajar adalah Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan Johor Corporation bagi menampung kos perbelanjaan kemasukan atau pendaftaran awal ke peringkat IPT.\nPermohonan bantuan ini telah dibuka secara atas talian dan akan ditutup pada 8 April 2022.\n\n\n\n\n\nPeringkat Pengajian\nBantuan pelajar ini diberikan bagi pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat berikut:\nSijilDiplomaIjazah Sarjana MudaSarjana\nSyarat Permohonan\nPemohon yang ingin membuat permohonan perlu menepati syarat permohonan berikut:\nWarganegara Malaysia.Permohonan Kali Pertama (sekali Sahaja).Pendapatan Isi Rumah mestilah purata pendapatan isi rumah RM800 dan ke bawah dengan mengambil kira tanggungan anak yang masih belajar di bawah 22 tahun, ibu bapa yang tidak bekerja dan anak OKU atau pendapatan ibu bapa di bawah RM4,000 (B40).Pemohon menyambung pengajian di\u00a0Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sahaja.Tawaran bantuan pengajian adalah sepenuh masa sahaja.Setiap dokumen yang dilampirkan\u00a0mestilah\u00a0disahkan oleh mana-mana\u00a0pegawai yang diberi kuasa sahaja iaitu:\u2013 Ketua Kampung\u2013 Penghulu\u2013 Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas\nTatacara Permohonan\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti tatacara permohonan seperti berikut:\nLayari pautan permohonan iaitu https://www.surveymonkey.com/r/H728799.Baca maklumat kepada pemohon dan klik butang \u2018Next.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Next.\u2019Muat naik dokumen yang diperlukan.Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan Johor Corporation, sila layari laman web http://www.yayasanjcorp.com.my/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-vaksinasi-pelajar-ipt/", "title": "Program Vaksinasi Pelajar IPT: Walk-In Di PPV Terbuka Seluruh Negara", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar yang bakal menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi semester akan datang namun belum mendapatkan vaksinasi, mereka boleh mendapatkan vaksin COVID-19 secara walk-in dengan mengunjungi mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terbuka. \nMenurut Menteri Pengajian Tinggi, Dato\u2019 Dr. Noraini Ahmad, Program Vaksinasi Pelajar IPT iaitu pemberian vaksin kepada pelajar IPT secara walk-in telah dipersetujui pihak kerajaan susulan pertemuan beliau dengan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin pada minggu lalu.\nIni kemudiannya disusuli dengan kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba yang mengumumkan penuntut IPT yang masih belum mendapatkan vaksin boleh mendapatkannya secara walk-in di PPV terbuka seluruh negara. \nVaksinasi pelajar IPT ini sangat penting bagi membentuk imuniti kelompok dan komuniti sosial yang selamat di dalam kampus apabila sesi pembelajaran di sambung semula.\nOleh itu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengharapkan pelajar yang masih belum mendapatkan vaksin boleh mengunjungi mana-mana PPV terbuka secara walk-in sebelum mereka menyambung pengajian secara fizikal untuk semester hadapan. \n\nJumlah Telah Divaksin\nSehingga kini, seramai 547,595 pelajar IPT awam dan swasta di seluruh negara sudah pun lengkap divaksinasi 2 dos.\nNamun, daripada jumlah tersebut bakinya masih belum mendapat vaksinasi lengkap dan seramai 195,000 orang pelajar atau 37.5 peratus pelajar IPT awam langsung tidak mempunyai rekod pendaftaran vaksinasi sehingga setakat ini.\nVaksin Yang Dibekalkan\nSehingga hari ini, Agensi Regulatori Farmasi Negara\u00a0(NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan 7 jenis vaksin yang telah lulus ujian klinikal COVID-19 iaitu:\n\n\n\n\nPfizer-BioNTechAstraZeneca-OxfordSinovacCanSinoSinopharmJohnson & JohnsonModerna\nNamun, bagi pelajar yang mendapatkan vaksin secara walk-in, pemberian vaksin adalah mengikut ketersediaan jenis vaksin di PPV tersebut dan mereka tidak boleh memilih jenis vaksin yang diingini. \nSenarai PPV\nBagi pelajar yang ingin mendapatkan vaksin secara walk-in, mereka boleh berkunjung ke mana-mana PPV terbuka yang terdekat dengan mereka.\nSenarai PPV juga boleh dirujuk melalui pautan berikut iaitu https://www.vaksincovid.gov.my/ppv/.\nDokumen Yang perlu dibawa\nBagi pelajar yang ingin mendapatkan vaksin melalui Program Vaksinasi Pelajar IPT, pelajar perlu membawa dokumen berikut bagi tujuan pengesahan di PPV tersebut iaitu: \nKad PengenalanKad Matrik\nUntuk pelajar baharu, mereka boleh mengemukakan dokumen berikut bagi tujuan pengesahan:\nSurat tawaran kemasukan Kad pengenalan\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mengetahui maklumat lanjut mengenai vaksinasi COVID-19 di Malaysia, sila layari laman web https://www.vaksincovid.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/mysikap-jpj/", "title": "mySIKAP JPJ: Perbaharui Lesen & Roadtax Secara Online", "body": "\n\n\n\n\n\nOrang ramai boleh memperbaharui lesen memandu dan roadtax, mereka boleh melakukannya secara atas talian melalui Portal MySIKAP daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).\nPortal mySIKAP merupakan sistem dalam talian yang merangkumi perkhidmatan JPJ.\nKewujudan portal ini adalah bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan JPJ secara atas talian tanpa perlu berkunjung ke mana-mana pejabat JPJ untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.\n\nPerkhidmatan Yang Ditwarkan\nPortal ini menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:\n\n\n\n\n\nKenderaan: Melihat dan menguruskan transaksi kenderaan seperti memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM), memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu, pindah milik sukarela, membatalkan pendaftaran kenderaan \u00a0untuk berpindah ke negara lain serta kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.\nLesen Memandu: Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal\u00a0mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa, rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh, penukaran lesen dari asing/tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia, kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh.\nKesalahan dan Penalti: Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian. Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.\nPengurusan Profil: Pengemaskinian butir-butir peribadi dan menukar kata laluan.\nPerkhidmatan Lain: Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj, kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan puspakom.\n\nSyarat Mendaftar\nUntuk mendaftar ke portal ini, orang ramai perlu memenuhi syarat-syarat berikut:\n\nOrang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah atau\nPenduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah; atau\nPemegang paspot yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran ID mySIKAP.\nBerumur sekurang-kurangnya 16 tahun.\nMempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ.\n\nCara Mendaftar\nUntuk mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nKlik di pautan https://public.jpj.gov.my/.\nKlik \u2018Log Masuk\u2019 di bahagian \u2018Daftar/Log Masuk Kali Pertama (MyKad).\u2019\nLengkapkan maklumat yang diperlukan.\nIsi kod sekuriti dan klik \u2018Teruskan.\u2019\nSahkan maklumat tersebut dan klik \u2018Teruskan.\u2019\nID pengguna dan kata laluan sementara dihantar ke email.\nLog masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan tersebut. \n\nMaklumat Lanjut\nInfo lanjut mengenai mySIKAP ini, sila layari laman web https://public.jpj.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cara-kira-overtime/", "title": "Cara Kira Overtime (Kerja Lebih Masa)", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pekerja yang sering mendapat overtime atau kerja lebih masa, anda boleh mengetahui cara kira overtime yang telah mereka lakukan.\nLazimnya, setiap syarikat atau organisasi menguruskan pembayaran overtime melalui bahagian kewangan. \nNamun, setiap pekerja berhak untuk mengetahui bayaran overtime mereka yang telah dilakukan. \n\nAkta Pekerja 2022\nUntuk makluman, kerajaan telah meminda Akta Pekerja 1955 yang berkuatkuasa 1 September 2022.\nPerubahan utama yang telah dipinda menerusi akta ini adalah:\n\nJumlah waktu bekerja dikurangkan daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu. Jika pekerja bekerja lebih daripada tempoh itu, ianya akan dikira sebagai overtime.\nPekerja yang bergaji di bawah RM4,000 juga layak untuk dapat overtime tanpa mengira pangkat. Sebelum pindaan dilakukan, hanya pekerja dengan gaji RM2,000 ke bawah sahaja yang layak untuk mendapat bayaran overtime.\n\nJumlah Bekerja\nSebelum kiraan overtime dilakukan, kita perlu mengetahui jumlah hari bekerja mengikut Akta Pekerja yang baharu:\n\nSekiranya pekerja bekerja 6 hari seminggu: 45 jam/6 hari = 7.5 jam sehari\nSekiranya pekerja bekerja 5 hari seminggu: 45 jam/5 hari = 9 jam sehari\n\nSelepas mengetahui hari bekerja, kadar harian overtime adalah seperti berikut:\n\nOrdinary Rate of Pay (ORP): Gaji pokok/26\nHour Rate of Pay (HRP): Jika bekerja 8 jam, bahagikan ORP dengan 8\n\nKemudian, tentukan jenis hari untuk mendapat overtime:\n\nHari Biasa: 1.5\nHari Rehat: 2.0\nCuti Umum: 3.0\n\nKiraan ORP dan HRP\nUntuk mendapatkan kadar ORP, formula untuk mendapatkan ORP adalah seperti berikut:\nORP: Gaji bulanan/26\nSebagai contohnya, jika gaji pekerja gaji RM4,000, maka:\nRM 4,000/26 = RM153.85\n\n\n\n\nJadi, RM 153.85 adalah OPR tersebut.\nBagi mendapat HRP, bahagikan ORP dengan jumlah jam bekerja: \nRM 153.85/8 = RM 19.23.\nJika pekerja tersebut bekerja 8.5 jam, maka HRP mereka adalah:\nRM153.85/7.5 = RM20.51\nCara Kira Overtime\nUntuk mengira bayaran overtime, formula untuk cara kira overtime adalah seperti di bawah:\nHRP x Jumlah Jam Anda Buat Overtime x Gandaan Hari Overtime\nJika anda seseorang pekerja bekerja lebih masa 3 jam pada hari biasa dan HRP mereka adalah RM 19.23, maka kiraan gaji overtime adalah:\nRM 19.23 x 3 x 1.5 = RM 86.54\nJika overtime dibuat selama 3 jam pada Cuti Umum, pekerja tersebut akan mendapat bayaran 3 kali ganda:\nRM 19.23 x 3 x 3: RM 173.07\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dlp-kpm/", "title": "Dual Language Programme (DLP) KPM: Kelebihan & Kekurangan", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke sekolah pasti berkira-kira untuk memasukkan anak mereka bagi memasuki kelas Dual Language Programme (DLP).\nApakah yang dimaksudkan dengan DLP ini?\nDLP ialah program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran bidang sains dan matematik yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). \nProgram ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan BahasaMalaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).\nTidak semua sekolah yang menjalankan program DLP ini dan hanya sekolah terpilih yang menepati kriteria sahaja boleh menjalankan program ini.\n\nObjektif Pelaksanaan\nObjektif pelaksanaan program ini diwujudkan adalah untuk:\n\n\n\n\n\nMemberi peluang meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid melalui pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik.\nMemberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses bagi penerokaan pelbagai bidang ilmu untuk bersaing pada peringkat global.\nMeningkatkan kebolehpasaran murid dalam alam pekerjaan.\n\nKriteria Sekolah\nKriteria sekolah yang layak untuk melaksanakan program ini adalah seperti berikut:\n\nSekolah mempunyai sumber yang mencukupi\u2013 Sekolah hendaklah mempunyai guru yang memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengajar mata pelajaran bidang Sains dan/atau matematik dalam Bahasa Inggeris. \u2013 Sekolah hendaklah mempunyai bilik darjah dan/atau bilik-bilik khas yang mencukupi untuk melaksanakan PdP DLP.\nPengetua/Guru Besar (PGB) mempunyai perancangan untuk melaksanakan DLP\u2013 PGB hendaklah mengadakan perbincangan bersama-sama guru dengan bimbingan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menyediakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek yang merangkumi aspek seperti guru, murid, bilik darjah, dan sumber PdP bagi memastikan keberkesanan dan kelangsungan pelaksanaan DLP di peringkat sekolah.\nPermohonan daripada ibu bapa/penjaga\u2013 Sekolah hendaklah menerima sekurang-kurangnya 15 permohonan secara bertulis daripada ibu bapa/penjaga sebelum kelas yang melaksanakan DLP boleh dibuka. \u2013 Ibu bapa/penjaga yang memohon perlu dimaklumkan jika bilangan permohonan adalah tidak mencukupi bagi pembukaan kelas yang melaksanakan DLP.\nPencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu\u2013 Peratus pencapaian Tahap Penguasaan Minimum Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan UPSR dan gred purata mata pelajaran (GPMP) Bahasa Melayu SPM sekolah bagi tahun sebelumnya hendaklah menyamai atau lebih baik daripada pencapaian yang ditetapkan oleh KPM.\n\nKelebihan Program\nAntara kelebihan murid yang menyertai kelas ini adalah seperti berikut:\n\nMeningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris terutamanya mereka yang berbahasa Inggeris di rumah.\nMeningkatkan daya ingatan murid bagi mereka yang mempunyai daya ingatan yang tinggi.\n\nKekurangan Program\nNamun, terdapat juga kekurangan program ini bagi seperti:\n\nJika murid tersebut telah terpilih dalam kelas DLP, mereka tidak boleh bertukar ke aliran kelas biasa. Jika mereka ingin berpindah sekolah, mereka perlu berpindah ke sekolah yang menawarkan kelas DLP juga.\nJika murid menyertai kelas DLP peringkat sekolah rendah, mereka perlu meneruskan kelas DLP di sekolah menengah.\nBerisiko untuk murid yang gagal mengikuti kelas ini dengan baik terutamanya apabila pembelajaran Sains dan Matematik yang melibatkan terma yang sukar. \n\nKesimpulan\nKesimpulannya, ibu bapa perlu membuat pertimbangan yang bijak sebelum membuat keputusan sama ada menghantar anak mereka ke kelas ini atau sebaliknya.\nMaklumat lanjut mengenai DLP boleh dirujuk menerusi laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/slab-slai-um-2023/", "title": "SLAB/SLAI UM 2023: Biasisiwa Melanjutkan PhD Luar Negara", "body": "\n\n\n\n\n\nBahagian Pengurusan Insan (HTM) Universiti Malaya (UM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan memohon biasiswa di bawah Skim Latihan Akademik IPTA/Skim Latihan Akademik IPTA (SLAB/SLAI).\nSLAB/SLAI ini merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pemohon yang berminat untuk melanjutkan pengajian di luar negara iaitu di 50 buah universiti terbaik dunia.\nNamun, keutamaan diberikan kepada universiti-universiti berikut:\nMassachusetts Institute of Technology (MIT)Harvard UniversityTsinghua UniversityPeking UniversityThe University of Hong Kong\nPemohon yang berminat, boleh membuat permohonan segera untuk mendapatkan biasiswa ini.\n\nTawaran Biasiswa\nBiasiswa di bawah SLAB/SLAI ditawarkan kepada pemohon berikut:\nMenyambung pengajian Phd di universiti yang berada di kedudukan 50 terbaik dunia oleh QS WUR/QS WUR by subject.Penajaan adalah untuk \u2018single program\u2019 sahaja.Baki tempoh pengajian minimum 4 semester (daripada 36 bulan atau 48 bulan daripada tempoh pengajian asal).Bebas daripada status peminjam tegar PTPTN.Pemegang biasiswa di bawah MyBrain15 tidak layak memohon.\nSyarat Pemilihan Penyelia\nSyarat pemilihan penyelia adalah seperti berikut:\ni) Bidang Sains\n\n\n\n\nBertaraf Profesor.Calon hendaklah memastikan bidang penyelia merupakan bidang utama/dominan/sama dengan pengajian.H-index adalah >25.Penyeliaan PhD graduat adalah >15.\nii) Bidang Sains Sosial\nBertaraf Profesor.Calon hendaklah memastikan bidang penyelia merupakan bidang utama/dominan/sama dengan pengajian.H-index adalah >15.Penyeliaan PhD graduat adalah >10.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Telah mendapat surat tawaran rasmi.Berumur tidak lebih daripada 43 tahun bagi peringkat PhD atau setaraf.Memiliki Ijazah Sarjana Muda kelas pertama.Kepujian Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris peringkat SPM.Hanya memohon 1 Pusat Tanggungjawab dan 1 bidang pengajian sahaja.Tidak menerima dan mempunyai sebarang ikatan perjanjian dengan pihak yang lain.Bebas daripada tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib.Calon yang pernah mengikuti program PhD atau setaraf di mana-mana Universiti Awam atau luar negara dan gagal dalam pengajian program tersebut adalah tidak layak memohon.\nTatacara Permohonan\nPemohon yang memenuhi syarat permohonan dan ingin memohon boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat HTM dengan segera.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai biasiswa di bawah SLAB/SLAI ini, sila hubungi:\nPuan Normuhaini Ab. Roni ([email\u00a0protected]): 03-79673523Puan Khairul Elmi Khalidah Adham ([email\u00a0protected]): 03-79677773\nLayari laman web UM iaitu https://www.um.edu.my/ untuk info lanjut. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tadika-permata-maiwp-kids-2023/", "title": "Semakan Kemasukan Tadika Permata MAIWP & MAIWP Kids 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa yang telah menghantar permohonan bagi kemasukan anak mereka ke Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids cawangan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan bagi tahun 2023, semakan permohonan kemasukan akan dibuka tidak lama lagi.\nTadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids adalah program pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak 5 dan 6 tahun dibawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).\nUntuk semakan kemasukan bagi permohonan tahun 2023, semakan permohonan kemasukan boleh dibuat mulai 3 November 2022.\nKadar Yuran\nKadar yuran yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nAsnaf: RM20.00Warganegara: RM50.00Bukan Warganegara: RM80.00\nSenarai Tadika\nSenarai Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids boleh dirujuk seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi kemasukan ke institusi pendidikan prasekolah ini adalah seperti berikut:\nPemohon (murid) adalah warganegara Malaysia.Keutamaan kepada ibu/bapa/penjaga yang bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.Pendaftaran Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids bagi 5 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada\u00a0tahun 2018Pendaftaran Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids bagi 6 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada\u00a02017 (murid baru sahaja).Sihat tubuh badan dan tidak mengalami penyakit berjangkit, kronik dan kritikal.Pengambilan murid terhad kepada bilangan kelas yang sedia ada sahaja.Permohonan hanya dibuka secara atas talian bermula 1 \u2013 30 September 2022.Ibu/bapa/penjaga\u00a0diwajibkan\u00a0mengisi Borang\u00a0Permohonan Kemasukan dengan lengkap secara atas talian (online) di laman sesawang rasmi MAIWP.Hanya murid yang membuat pengisian secara atas talian (online) sahaja akan dipertimbangkan untuk pemilihan ke Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids.Ibu/bapa/penjaga hanya boleh membuat\u00a01 permohonan sahaja untuk seorang anak.Keputusan permohonan/tawaran akan dimaklumkan di laman sesawang MAIWP\u00a0mulai 1 November 2022\u00a0dan ibu/bapa/penjaga hendaklah membuat pengesahan terimaan tawaran tersebut selewat-lewatnya pada\u00a014 November 2022.\nSyarat Tambahan\nSyarat tambahan ini dikenakan untuk kemasukan ke Tadika Permata MAIWP Presint 18, Putrajaya iaitu:\nDiutamakan kepada pendapatan kasar isi rumah yang\u00a0tidak melebihi RM10,000.00.Lulus ujian penilaian kendiri yang akan dilaksanakan oleh MAIWP.\nTatacara Semakan\nSemakan permohonan kemasukan boleh dibuat mulai 3 November 2022 melalui laman sesawang https://www.maiwp.gov.my/.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi:\nMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Bahagian Pembangunan Insan)Aras 8 Banguan PERKIM, No.150 Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 KUALA LUMPUR.Telefon: 03 \u2013 4047 9444 samb 570/395Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Putrajaya)Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No.3 Jalan Tun Razak, 62100 PUTRAJAYA.No. Tel: 03 \u2013 8871 50000Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Labuan)Blok 4, Tingkat 13, Kompleks Ujana Kewangan, peti Surat 80960, 87019 LABUAN.No. Tel: 087 \u2013 418 5515/512\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-dermasiswa-pengajian-tinggi-zakat-selangor/", "title": "Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor", "body": "\n\n\n\n\n\nLembaga Zakat Selangor (LZS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah membuka permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin, dan Muallaf yang akan menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).\nPermohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi kini lebih mudah apabila permohonan boleh dilakukan di Portal Pendidkan Lembaga Zakat Selangor (MAIS).\nPortal Pendidikan ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada pemohon untuk membuat permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi sebagai kesinambungan kepada tajaan pengajian yang dibuat secara manual sebelum ini iaitu melalui kaunter Lembaga Zakat Selangor sejak bantuan ini mula diperkenalkan.\nMelalui Portal Pendidikan ini, pelajar asnaf yang berdaftar dengan MAIS dapat membuat permohonan dimana-mana sahaja dengan hanya menggunakan komputer atau telefon pintar mereka.\n\nBantuan Dermasiswa Yang Ditawarkan\nPemohon yang layak akan menerima bantuan dermasiswa seperti berikut:\nSurat Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Bantuan Yuran Pengajian)Bantuan Persediaan Masuk IPTBantuan Keperluan Pendidikan (BKP) merangkumi:\u2013 Wang saku\u2013 Penginapan\u2013 Elaun buku\nIPT Layak Memohon\nPemohon yang menyambung pengajian di IPT berikut layak untuk memohon:\n\n\n\n\nInstitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)Projek Khas Kemahiran KerjayaInstitusi Khas Muallaf\nBagi ILKA, hanya pelajar ILKA dalam senarai berikut layak untuk memohon:\nADTEC-Pusat Latihan Teknologi TinggiCIAST-Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran LanjutanIKBN-Institut Kemahiran Belia NegaraILP-Institut Latihan PerindustrianInstitut Kemahiran Baitulmal MAWIPGIAT-Giatmara/Pusat GiatmaraKKTM-Kolej Kemahiran Tinggi MaraIKM-Institut Kemahiran MaraKolej KomunitiKolej Vokasional\nSyarat Permohonan\nPemohon yang ingin memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi perlu memenuhi syarat permohonan iaitu:\nBerdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS).Mendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor (MAIS).Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi.\nCara Memohon\nCara-cara permohonan boleh dirujuk melalui langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/.Klik butang \u2018Mohon Bantuan Pendidikan Di Sini.\u2019Bagi pemohon yang telah mendaftar, sila log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan, kata laluan, dan captcha.Bagi yang berlum mendaftar, klik bahagian \u2018Daftar Kali Pertama.\u2019Masukkan no kad pendaftaran dan kata laluan diikuti dengan klik butang \u2018Masuk.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan, kata laluan, dan captcha.Setelah masuk, isi borang online yang dipaparkan.Klik bahagian permohonan dan isi maklumat yang diperlukan.Muat naik dokumen yang diperlukan.Hantar permohonan setelah semuanya selesai.Semak status permohonan selepas 6 hari bekerja.Jika berjaya, cetak surat bantuan dermasiswa tersebut dan boleh mendaftar di Pusat Pengajian sebagai pelajar tajaan Lembaga Zakat Selangor. \nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\nSurat TawaranPenyata Akaun BankStruktur Yuran Pengajian\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai bantuan dermasiswa ini, sila hubungi talian Zakat Selangor ditalian 1-300-88-4343\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/agihan-zakat-untuk-pelajar-institusi-pondok-negeri-kedah/", "title": "Agihan Zakat Untuk Pelajar Institusi Pondok Negeri Kedah", "body": "\n\n\n\n\n\nLembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan bagi pelajar di Institusi Pondok Dalam dan Luar Negara yang berkelayakan untuk memohon Agihan Zakat Untuk Pelajar Institusi Pondok.\nTujuan agihan ini diwujudkan adalah untuk menampung sebahagian kos pembelian kitab dan peralatan pengajian sepanjang menuntut pengajian di Institusi Pondok secara sepenuh masa.\nPelajar Institusi Pondok yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai 11 November 2022 sehingga 3 Disember 2022.\n\nJumlah Agihan\nJumlah agihan yang akan diterima pelajar adalah seperti berikut:\n\nRM 500.00 bagi pelajar dalam negara.\nRM1,000.00 bagi pelajar luar negara.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang untuk pelajar yang ingin memohon agihan zakat ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPelajar sedang menetap atau bermastautin di Negeri Kedah sekurang kurangnya 2 tahun.\nPelajar berumur antara 13 hingga 25 Tahun pada tahun 2022.\nTempat Pengajian (Pondok) berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.\nPelajar sedang menuntut pengajian di Pondok secara sepenuh masa sekurang-kurangnya satu tahun.\nTempat Pengajian (Pondok) berdaftar dan diiktiraf oleh pihak berautoriti seperti kedutaan, institut pengajian atau persatuan pelajar berkaitan bagi Pondok Luar Negara.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:\n\nLayari laman web https://bit.ly/AgihanPelajarPondok.\nKlik butang \u201cPermohonan Baharu\u201d\nIsi maklumat yang diperlukan.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nKlik butang \u201cHantar Permohonan.\u201d\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan dan perlu dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nSalinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar).\nSalinan Kad Pengenalan Waris/ Penjaga.\nBorang Pengesahan Status Pengajian oleh Pusat Pengajian iaitu https://bit.ly/BorangPengesahanStatus.\nSalinan Sijil/Maklumat Pendaftaran Pondok dibawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah atau JAKIM.\nSalinan Akaun Bank yang tertera nama Pemohon (pelajar).\nBagi Pelajar yang pengajian di Luar Negara sila muat naik surat/sijil kebenaran operasi pondok dari agensi kerajaan dan visa/passport pelajar (bagi pemohon yang belajar di luar negara sahaja).\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Agihan Zakat Untuk Pelajar Institusi Pondok Negeri Kedah, sila hubungi Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian 04-7331740. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pakej-perpaduan-jalur-lebar-tetap/", "title": "Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap Serendah RM69 Sebulan", "body": "\n\n\n\n\n\nPakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap telah diperkenalkan bagi membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas dengan harga lebih rendah.\nInisiatif itu yang selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan bagi menurunkan kos sara hidup rakyat menerusi penawaran perkhidmatan jalur lebar\u00a0yang lebih murah kepada rakyat.\nInisiatif ini bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malah menunjukkan Kerajaan Perpaduan dan penyedia perkhidmatan mengambil perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat.\nPakej ini boleh dilanggan mulai Mac 2023.\n\nSasaran Pakej\nPakej ini ditawarkan kepada mereka dalam golongan berikut:\n\nB40\nVeteran tentera\nOrang Kurang Upaya (OKU)\nWarga emas \n\nHarga Ditawarkan\nHarga yang ditawarkan adalah RM69/bulan dengan kontrak selama 24 bulan dengan internet yang ditawarkan adalah berkelajuan 30 Mbps dengan data tanpa had. \n\n\n\n\nHarga ini merupakan 22% lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu sekitar RM89.\n\nPenyedia Perkhidmatan\nPenyedia perkhidmatan yang menawarkan pakej ini adalah seperti berikut:\n\nTelekom Malaysia (TM)\nYTL\nMaxis\nCelcomDigi\nTIME Berhad\nU Mobile\nAstro\n\nCara Melanggan\nOrang ramai akan ditawarkan mengenai pakej ini mulai Mac 2023 oleh syarikat penyedia perkhidmatan yang menawarkan pakej ini.\nOleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk memeriksa dengan syarikat penyedia perkhidmatan sebelum melanggan pakej ini. \nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap, sila layari laman web https://www.pmo.gov.my/ms/2023/02/pakej-perpaduan-jalur-lebar-tetap/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/mystep/", "title": "Permohonan MySTEP: Peluang Pekerjaan Graduan Jangka Masa Pendek", "body": "\n\n\n\n\n\nPara graduan yang berhasrat untuk mendapat peluang pekerjaan dalam jangka masa pendek, mereka boleh membuat permohonan menerusi Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) menerusi inisiatif JaminKerja.\nMySTEP merupakan inisiatif Kerajaan yang mensasarkan 50,000 peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian dan agensi kerajaan serta 30,000 peluang pekerjaan di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2022.\u00a0\nPada tahun 2021, MySTEP telah berjaya mencatatkan jumlah penyertaan sebanyak 64,921 yang mana telah melebihi jumlah sasaran asal sebanyak 50,000 penempatan pekerjaan.\nOleh kerana itu, program ini diteruskan pada tahun 2022 untuk memulihkan kehidupan dan mata pencarian rakyat yang masih terjejas akibat pandemik COVID-19.\n\nTempoh Perkhidmatan\nTempoh perkhidmatan bagi mereka yang menyertai MySTEP adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nMinimum 1 bulan dan maksimum 12 bulan; danTempoh kuat kuasa kontrak tidak melangkau 30 Jun 2023.\nKadar Gaji\nKadar gaji yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:\nJenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan AkademikKadar Gaji Sektor Awam Kadar Gaji GLC/Rakan Strategik Saranan Kadar Minimum*Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atasRM2,000RM2,000Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran MalaysiaRM1,800RM1,800Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)RM1,600RM1,600Tiada Sijil Pelajaran MalaysiaRM1,400\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Berumur 18 tahun keatas.Lepasan Sekolah/Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Lulusan Diploma/Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas (bagi sektor awam).Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Lulusan Diploma/Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas (bagi GLC dan rakan strategik).Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian/GLC/rakan strategik masing-masing.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web iaitu https://mystep.mof.gov.my/.Klik bahagian \u2018Permohonan.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Muat naik CV.Tandakan pada kotak setuju terma dan syarat.Klik pada kotak \u2018Hantar.\u2019\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai MySTEP, sila layari laman web https://mystep.mof.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-pensijilan-tahfiz-al-quran-jakim-iium-darul-quran/", "title": "Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Darul Quran 23/24", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi murid yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di Darul Quran, permohonan kemasukan bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM sehingga 24 Mac 2023.\nUntuk pengetahuan, Darul Quran merupakan Institut Pengajian al-Quran di Malaysia yang diletakkan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).\nPenubuhan Darul Quran digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj\u00a0dengan penubuhan awal Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat di Masjid Negara sebelum dinaik taraf menjadi Darul Quran dan mempunyai kampus tetap pada tahun 1997 di Kuala Kubu Bharu.\n\nMengenai Program Pensijilan\nProgram Pensijilan Tahfiz JAKIM-IIUM merupakan program yang diwujudkan dengan kerjasama JAKIM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).\nMenerusi program ini, pelajar diwajibkan\u00a0menghafaz al-Quran 30 juzu\u2019\u00a0dalam tempoh\u00a03 semester (18 bulan)\u00a0atau\u00a0setahun\u00a0di samping mempelajari subjek-subjek yang lain seperti\u00a0Tajwid Ilmi, Tajwid Amali, Adab Hamalah al-Quran, Aqidah, Fiqh Al-Ibadah, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.\nLepasan program ini berpeluang untuk mengikuti pengajian dalam bidang professional di UIAM bagi melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin melanjutkan pengajian bagi program ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nBumiputera (keturunan Melayu, orang asli semenanjung, anak negeri Sabah dan Sarawak).\nTidak berkahwin.\nLulus\u00a0Peperiksaan Percubaan SPM 2021\u00a0dengan mendapat:\u2013 Minima\u00a0Gred B+\u00a0bagi mata pelajaran Matematik.\u2013 Minima\u00a0Gred B\u00a0bagi semua mata pelajaran berikut:a) Bahasa Melayub) Bahasa Arab/Al-Adab wa al-Balaghah/Al-Lughah al-Arabiah al-Mu\u2019asirah/Turath \u00a0Bahasa Arabc) Bahasa Inggerisd) Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam/ Tasawwur\u00a0Islam/Usuluddin/Turath al-Quran dan Sunnah/Al-Syariah/Manahij al-Ulum al-Islamiah/Turath Dirasat Islamiah/Maharat al-Quran/Manahij Ulum al-Islamiyah.\nMinima\u00a02B, 1C+\u00a0bagi mata pelajaran berikut:\u2013 Biologi/Fizik\u2013 Kimia\u2013 Matematik Tambahan\nPemohon perlulah memilih UIAM sebagai pilihan utama melalui UPUOnline (sebagai syarat prakelayakan).\n\nTatacara Memohon\nTatacara permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan permohonan iaitu https://ekampusdq.islam.gov.my/index.php?data=O2xvZ2luL3BlbW9ob25fbG9naW4ucGhw.\nDi bahagian pendaftaran pengguna baru, klik butang \u2018Cipta Akaun Baru Anda.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Hantar Pendaftaran Permohonan.\u2019\nMasukkan ID pengguna dan program pensijilan dan klik butang login.\nBuat permohonan sehingga selesai.\nCetak borang permohonan dan sila bawa borang tersebut sekiranya dipanggil temu duga.\n\nSemakan Status Permohonan\nBagi pemohon yang telah membuat permohonan, semakan status permohonan boleh dibuat mulai 1 Februari 2023 di laman web https://www.darulquran.gov.my/.\nKeterangan Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai kemasukan ke Darul Quran bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM, sila hubungi Sekseyn Kemasukan, Biasiswa, dan Graduasi Darul Quran JAKIM di talian 03-6063 5323/5349/5351/5374.\n\u00a0\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/contoh-slip-gaji/", "title": "Contoh Slip Gaji & Cara Buat Secara Online", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi individu yang mempunyai syarikat sendiri dan mempunya pekerja dibawahnya, salah satu perkara yang perlu dipelajari ialah membuat slip gaji @ payslip.\nPengenalan\nUntuk makluman, slip gaji adalah penyataan bukti setiap pembayaran gaji dan faedah yang diperoleh untuk seorang pekerja. \nTujuannya adalah untuk membolehkan setiap pekerja menyemak pendapatan mereka secara terperinci dalam setiap bulan.\nDiterangkan di bawah, cara membuat payslip secara online dan contoh template serta format standard yang boleh dijadikan panduan. \nKomponen Yang Perlu Ada\nBagi setiap perincian yang ditunjukkan di dalam slip tersebut, terdapat 2 komponen yang perlu ada iaitu komponen penambah dan komponen pengurang:\n\nKomponen Penambah: Bersifat tambahan meliputi upah utama, tunjangan tetap, tunjangan kehadiran, upah lembur, dan bonus.\nKomponen Pengurang: Bersifat pengurangan atas gaji yang diterima pekerja meliputi caruman, pinjaman atau apa-apa perkara yang lain.\n\nKandungan Maklumat \nDi dalam payslip, terdapat beberapa kandungan maklumat yang perlu disertakan iaitu:\n\nMaklumat Syarikat: Sekurang-kurangnya nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat perlu diletakkan. Maklumat lain seperti alamat syarikat juga digalakkan untuk diletakkan.\nMaklumat Pekerja: Nama penuh pekerja, nombor kad pengenalan dan jawatan dalam syarikat tersebut. \nMaklumat Gaji: Maklumat gaji secara terperinci seperti jumlah gaji pokok, gaji bersih, elaun, caruman KWSP, SOCSO dan lain-lain.\n\nCara Buat Slip Gaji Secara Online\nUntuk membuat sendiri payslip, anda kini boleh membuat secara online sahaja. \nBagi membuatnya, sila ikuti langkah-langkah di bawah:\n\nLayari laman web https://paysliper.com/payslip-generator.\nIsi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.\nKlik \u2018Save\u2019 untuk menyimpan.\nUntuk mencetak, klik \u2018Print\u2019 untuk mencetak slip tersebut.\nSlip gaji siap dicetak. \n\nContoh Slip Gaji\nSetiap syarikat mempunyai gaya payslip yang berbeza mengikut kesesuaian. \n\n\n\n\nContoh-contoh penyata pendapatan menerusi slip ini boleh dirujuk melalui gambar di bawah:\n\n\n\n\nSlip Gaji Penjawat Awam @ Pekerja Kerajaan\nPenyata gaji bulanan bagi penjawat awam diproses setelah Unit ePayslip mendapat maklumat gaji dari Pejabat Perakaunan. \nPenyata gaji tersebut akan dimuat naik sebaik sahaja pemprosesan berkaitan selesai.\nIanya boleh dicapai selewat-lewatnya sehari sebelum gaji kakitangan awam bulan berkenaan.\nSila layari\u00a0http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/pembayaran-gaji\u00a0untuk mendapatkan maklumat tarikh pembayaran gaji bagi tahun semasa.\n\nSistem ePenyata Gaji dan Laporan hanya menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:\n\n18 bulan terkini\u00a0bagi\u00a0Penyata Gaji Bulanan; dan\n7 tahun terkini\u00a0bagi\u00a0Penyata Pendapatan Tahunan.\n\nAdalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan mengikut tempoh yg dinyatakan di atas.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-awal-persekolahan-bap/", "title": "Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 RM150 Seorang", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi meringankan beban ibu bapa untuk mempersiapkan anak mereka bagi sesi persekolahan 2023/2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 berjumlah RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.\nIbu bapa akan menerima bantuan tersebut yang akan disalurkan pada Januari 2023.\nTujuan bantuan tersebut diberikan lebih awal adalah bagi membolehkan mereka mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah untuk sesi akan datang.\nMengenai BAP\nBAP merupakan bantuan yang mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang bermatlamatkan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.\nSebelum ini, jumlah bantuan yang diberikan adalah RM100 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).\nUntuk tahun 2023, jumlah bantuan ini yang akan diberikan pada 2023 adalah sebanyak RM150 bagi setiap murid.\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut: \n\nMurid warganegara Malaysia.\nMurid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang setaraf dengannya bagi sesi persekolahan 2023/2024; dan\nMurid bersekolah di:\u2013 Sekolah Kerajaan (SK)\u2013 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)\u2013 Sekolah Agama\u2013 Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan\u2013 Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih\u2013 Sekolah Integriti\u2013 Sekolah Henry Gurney\n\nKaedah Penyaluran\nPeruntukan bantuan ini akan disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah dan pihak sekolah kemudiannya akan membuat agihan tunai kepada murid atau dikreditkan ke dalam akaun.\nTarikh Pembayaran\nPeruntukan akan mula disalurkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 dan pihak sekolah domohon membuat agihan bantuan tersebut kepada murid sejurus selepas peruntukan diterima oleh pihak sekolah.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023, layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu https://www.moe.gov.my/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap#:~:text=Bantuan%20ini%20diberikan%20kepada%20murid,RM3%2C000.00%20dan%20ke%20bawah\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/hpipt-selangor/", "title": "Permohonan HPIPT 2023: Hadiah Pengajian IPT RM1,000 Selangor", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar anak Negeri Selangor yang bakal mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini boleh membuat permohonan bagi mendapatkan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT).\nHPIPT ialah hadiah pengajian yang diberikan kepada siswa baharu anak Selangor yang melanjutkan pengajian di IPT sama ada di Universiti Awam (UA) atau IPT Swasta.\nPemberikan hadiah ini adalah sebagai dorongan untuk anak-anak Selangor yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat tinggi terutamanya mereka daripada golongan berpendapatan rendah.\nPemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.\n\nSyarat Permohonan\nPemohon yang berminat memohon hadian pengajian ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:\n\nWarganegara Malaysia yang lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin melebihi 11 tahun.\nPemohon telah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\nPemohon merupakan pelajar tahun pertama sama ada di\u00a0UA atau IPTS bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf sahaja.\nPendapatan isi rumah ibu bapa atau penjaga pemohon tidak melebihi RM5,000.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\n\n\n\n\nLayari laman web iaitu\u00a0https://hpipt.selangor.gov.my/.\nKlik butang \u2018Permohonan HIPT dan kemudian klik butang \u2018Daftar Baharu.\u2019\nMasukkan maklumat yang diperlukan dan tandakan syarat-syarat kelayakan di kotak yang disediakan.\nSetelah selesai, klik butang \u2018Daftar Akaun Baharu.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.\nMasukkan maklumat permohonan dengan lengkap.\nKlik butang \u2018Hantar Kepada Urusetia.\u2019\nKlik bahagian \u2018Cetak Permohonan\u2019 untuk mencetak borang permohonan tersebut.\nHantar borang permohonan beserta dokumen ke alamat berikut:Urus Setia Hadiah Pengajian IPT,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3,Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40503 Shah Alam, Selangor.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang perlu disediakan dan dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\n\nSalinan Sijil Kelahiran pemohon.\nSalinan Kad Pengenalan pemohon.\nSalinan Kad Pengenalan ibu dan bapa pemohon.\nSalinan Sijil Kematian (sekiranya telah meninggal dunia).\nSalinan Surat Perakuan Cerai (sekiranya berkaitan).\nSurat Akuan Sumpah (sekiranya berkaitan).\nSurat Pengesahan Mastautin daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja) untuk:\u2013 Pemohon\u2013 Ibu\u2013 Bapa\nSalinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT.\nSalinan Sijil Berhenti sekolah rendah darjah 1-6 dan sekolah menengah tingkatan 1-5.\nSalinan Penyata Pendapatan/Slip Gaji ibu dan bapa/Penjaga pemohon (jika masih bekerja).\nSurat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara) dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT; atau\nKad Pesara dan Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa/Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan).\nSalinan Penyata Akaun Bank pemohon.\n\nProsedur Pembayaran\nPermohonan yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang diletakkan di dalam permohonan.\nHanya permohonan yang\u00a0menepati syarat\u00a0dan didapati\u00a0lengkap\u00a0sahaja yang layak dipertimbangkan untuk proses bayaran.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia HPIPT ditalian 03-55447385 atau 03-55215523.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/mrsm-igcse-2/", "title": "MRSM IGCSE: Subjek, Syarat Umum, Khusus & Lokasi", "body": "\n\n\n\n\n\nMRSM IGCSE adalah salah satu program MRSM yang ditawarkan kepada para pelajar di peringkat menengah.\nMRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.\n\nMengenai MRSM IGCSE\nMRSM ini menawarkan peluang kepada murid untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi menerusi kurikulum Cambridge Syllabus yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.\nMurid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.\nKemudahan Yang Ditawarkan\nMRSM menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pelajar seperti berikut:\n\n\n\n\n\nSurau\nPusat Media\nKedai Koperasi\nRawatan Gigi\nKaunseling\nPerkhidmatan Bas dan Van\nPusat Sumber (berhawa dingin)\nDewan Makan\nPerkhidmatan Dobi\nKawalan Keselamatan\nKemudahan Sukan dan Permainan/Rekreasi\n\nLokasi Sekolah MRSM IGCSE\nSebanyak 12 MRSM yang menawarkan program ini adalah iaitu:\n\nMRSM Johor Bahru, Johor\nMRSM Kubang Pasu, Kedah\nMRSM Langkawi, Kedah\nMRSM Tumpat, Kelantan\nMRSM Alor Gajah, Melaka\nMRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan\nMRSM Kuantan, Pahang\nMRSM Tun Abdul Razak, Pahang\nMRSM Parit, Perak\nMRSM Kota Kinabalu, Sabah\nMRSM Kuching, Sarawak\nMRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor\n\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi memasuki MRSM program ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nIbu atau bapa adalah warganegara Malaysia.\nMestilah memohon secara online.\nSihat tubuh badan.\nCalon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memasuki MRSM program ini adalah seperti berikut:\n\nCalon warganegara Malaysia.\nIbu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia.\nCalon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).\nCalon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.\nIbu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.\nKeutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.\n\nMaklumat Lanjut MRSM IGCSE\nMaklumat lanjut mengenai MRSM IGCSE, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/mrsm/program-sistem-pendidikan-mrsm/#tab-id-2. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-ikb-maiwp-2022/", "title": "Permohonan Kemasukan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran peringkat sijil adalah dialu-alukan untuk memohon kemasukan ke Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan\u00a0(MAIWP) bagi tahun 2023.\nIKB adalah institusi pendidikan di bawah MAIWP yang menawarkan program-program kemahiran peringkat Sijil kepada para pelajar terutamanya anak-anak keluarga asnaf dan B40.\nUntuk mereka yang berminat, permohonan kemasukan dibuka sehingga 16 Oktober 2022 secara atas talian.\n\nKeistimewaan Dinikmati Pelajar\nPelajar yang melanjutkan pengajian di institut ini bakal menikmati keistimewaan berikut:\nYuran pengajian percuma.Penginapan dan makan minum disediakan.Bantuan elaun bulanan.Pakaian korporat dan teknikal disediakan.\nBidang Yang Ditawarkan \nBidang yang ditawarkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nKejuruteraan Elektrik (KJE)Perkhidmatan dan Penyajian Makanan (PPM)Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Lelaki (RFPL)Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Wanita (RFPW)Teknologi Binaan Bangunan (TBB)Seni Grafik Komputer (SGK)\nSyarat Pengambilan\nSyarat pengambilan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Terbuka kepada Lelaki dan Wanita.Minimum tamat darjah 6 bagi semua kursus kecuali Kursus Kejuruteraan Elektrik.Berumur 16 \u201335 tahun kecuali Kursus Kejuruteraan Elektrik.Sihat tubuh badan.Boleh menulis, membaca dan mengira.Pendapatan isi rumah di bawah pengiraan Had Kifayah yang ditetapkan.Tidak memiliki Sijil Kemahiran Malaysia bagi kursus yang ditawarkan.Lulus ujian temuduga.\nSyarat Khusus\nSyarat khusus bagi kemasukan ke institut ini adalah seperti berikut:\nTidak buta warna.Pemohon berumur 18 hingga 35 tahun.Mempunyai Sijil SPM dan lulus:\u2013 Bahasa Melayu;\u2013 Matematik/Matematik Tambahan\u2013 Sains/Sains Tambahan/Sains\u00a0Gunaan/Fizik/Kimia/Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/Pendawaian Domestik/Menservis Peralatan Elektrik Domestik/Prinsip Elektrik dan Elektronik/Aplikasi Elektrik dan Elektronik/Teknologi Elektrik/Pemasangan Kawalan Elektrik/Lukisan Geometri & Elektrik; atauBagi calon Sijil Vokasional Malaysia dengan:\u2013 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih 3.33.\u2013 Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104; dan\u2013 PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67 dan kompeten semua modul vokasional\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:\nLayari laman web https://www.ikb-maiwp.edu.my/v1/?p=1382.Klik bahagian \u201cKlik Sini Untuk Memohon.\u201dMasukkan no kad pengenalan dan klik \u201cOk\u201dLengkapkan semua maklumat permohonan.Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai kemasukan ke IKB, sila layari laman web https://www.ikb-maiwp.edu.my/v1/?p=1382.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-latihan-khas-mains/", "title": "Mohon Skim Latihan Khas MAINS: Bayaran Bulanan Sehingga RM1,000", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah memperkenalkan program latihan khusus kepada graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang telah menamatkan pengajian di Timur Tengah dan tempatan iaitu Skim Latihan Khas MAINS.\nSkim Latihan Khas MAINS adalah program latihan yang ditawarkan kepada graduan yang telah menamatkan pengajian di Timur Tengah dan tempatan sesi 2020/2021 untuk menjalani latihan secara kontrak di MAINS.\nMenariknya, graduan yang terpilih menjalani skim latihan ini akan diberikan elaun bulanan, perjalanan, tuntutan kerja lebih masa, caruman KWSP, PERKESO dan lain-lain faedah. \nGraduan yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 28 Februari 2022 secara atas talian.\n\nBayaran Bulanan\nBayaran bulanan yang ditawarkan kepada graduan yang berminat adalah mengikut peringkat pengajian:\n\n\n\n\nGraduan Diploma: RM700 sebulan.Graduan Ijazah Sarjana Muda: RM1,000 sebulan.\nJenis Latihan\nJenis latihan yang ditawarkan kepada graduan menerusi skim ini adalah seperti berikut:\nZakatWakafKaunselingKhidmat PelangganPentadbiran dan Sumber ManusiaTeknologi MaklumatKewangan KorporatUkur BahanPenyelidikan\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi graduan untuk memohon skim latihan ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Keutamaan kepada anak-anak Negeri Sembilan.Sihat tubuh badan.Berkemahiran menggunakan komputer.Bertanggungjawab serta berfikiran terbuka dalam menerima pandangan dan pendapat.\nCara Memohon\nGraduan yang berminat boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web berikut iaitu https://www.mains.gov.my/eskimLS/public/Klik bahagian \u2018Skim Latihan Khas MAINS\u2019 dan klik butang \u2018Klik Di Sini Untuk Memohon.\u2019Klik bahagian \u2018Daftar Baru.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Sign Up.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.Buat permohonan sehingga selesai. \nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Skim Latihan Khas MAINS boleh dirujuk melalui laman web https://www.mains.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/uitm-istudent-portal/", "title": "Login UiTM iStudent Portal: Laman Web Pelajar Pelbagai Fungsi", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar yang menyambung pengajian ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), anda wajib mengetahui mengenai UiTM iStudent Portal yang merupakan portal pelbagai fungsi bagi semua pelajar UiTM.\nUiTM ialah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditubuhkan pada tahun 1956 yang mempunyai 12 buah kampus negeri (7 daripadanya adalah kampus negeri berautonomi), 6 kampus satelit di Shah Alam, 11 kampus satelit negeri dan 21 kolej bersekutu.\nSehingga kini, UiTM mempunyai dengan lebih 175,200 orang pelajar dengan tenaga kerja seramai lebih kurang 17,770 orang.\nSebagai pelajar UiTM, UiTM iStudent Portal memudahkan urusan harian pelajar yang ingin mendapatkan perkhidmatan universiti secara atas talian. \nFungsi UiTM iStudent Portal\nTerdapat beberapa fungsi yang boleh diakses oleh pelajar UiTM menerusi portal ini iaitu:\n\nUrusan konvokesyen\nPembayaran yuran\nPendaftaran subjek\nDigital campus\nKad Pelajar\nPengumuman tarikh peperiksaan\nUrusan Hal Ehwal Pelajar (HEP)\nLain-lain akses\n\nAkses Portal Lain\nSelain itu, portal ini juga menyediakan akses kepada pelbagai portal pembelajaran UiTM yang lain iaitu:\ni) iLearn UiTM\nPortal ini berfungsi bagi pelajar mendapatkan info berkaitan topik pelajaran, assignment, dan sebagainya.\nii) iNed UiTM\nPortal ini berfungsi bagi pelajar mendapatkan maklumat terperinci khususnya berkaitan pengajian seperti short course, pembelajaran separuh masa, pembelajaran jarak jauh, dan lain-lain lagi. \niii) iCress Portal \nPortak ini berfungsi untuk pelajar menyemak jadual dan membuat pendaftaran bagi kursus bersepadu di UiTM. \niv) iClass UiTM\n\n\n\n\nPortal ini pula berfungsi sebagai tempat untuk mendapatkan\u00a0bahan rujukan kelas\u00a0terutamanya pelajar pengajian jarak jauh yang mengambil program iCeps/iNed,\nv) UiTM Library\nUiTM Library merupakan laman web rasmi perpustakaan UiTM yang membolehkan pelajar mendapatkan pelbagai maklumat seperti buku, ebook, tesis, kertas peperiksaan terdahulu dan sebagainya.\nvi) UFUTURE\nPortal ini menyediakan pelbagai pembelajaran yang boleh diikuti secara atas talian yang boleh diakses kepada sesiapa sahaja sama ada pelajar UiTM atau orang awam. \nCara Login UiTM iStudent Portal\nBagi pelajar baharu yang tidak tahu untuk login UiTM iStudent Portal ini, sila ikuti langkah-langkah berikut: \n1- Layari laman web https://istudent.uitm.edu.my/ dan klik bahagian Student Login. \n\n2- Klik bahagian \u2018Student Login\u2019\n\n3- Masukkan nombor kad pelajar anda untuk \u2018Student ID\u2019 dan serta kata laluan.\n4- Jika pelajar kali pertama menggunakan portal ini ataupun terlupa kata laluan, klik bahagian \u2018Forgot Password.\u2019 \nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai UiTM iStudent Portal, sila layari laman web https://istudent.uitm.edu.my/. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-pengajian-ipt-dalam-luar-negara-yp-maidam/", "title": "Bantuan Pengajian IPT Dalam & Luar Negara Y.P MAIDAM 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar anak Terengganu yang melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara kini boleh memohon Bantuan Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara daripada Yayasan Pendidikan MAIDAM.\nObjektif utama pelaksanaan bantuan ini diperkenalkan adalah untuk:\n\nMenyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.\nMeringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.\nMembuktikan keprihatinan yayasan ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.\n\n\nAsnaf Layak Memohon\nAsnaf yang layak memohon adalah Fisabilillah dan Miskin sahaja.\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang akan diterima adalah seperti berikut:\nPeringkatTempoh Layak MemohonKadar BantuanSijil2 tahunRM 600.00Diploma3 tahunRM 800.00Ijazah Sarjana Muda\u2013 4 tahun (selain pengajian perubatan)\u2013 5-6 tahun (pengajian perubatan)RM 1000.00Sarjana3 tahunRM 1500.00PhD5 tahunRM 2000.00\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan pengajian ini adalah seperti berikut:\n\nPemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.\nBeragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.\nPemohon adalah seorang yang diterima belajar atau telah belajar di IPT awam atau swasta dalam dan luar negara.\nPemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.\nTidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.\nPemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.\nPermohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.\nPendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.\n\nSyarat Khusus\nSelain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan mengikut peringkat pengajian:\ni) Diploma & Ijazah Sarjana Muda\n\n\n\n\n\nTerbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja.\nPara pelajar di bawah kategori asnaf miskin adalah tanpa mengambil kira Purata Nilai Gred (PNG).\nPara pelajar di bawah kategori asnaf fisabilillah pula yang mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian/penaja pengajian yang memperolehi Purata Nilai Gred atau Grade point Average (GPA) 3.00 ke atas dalam semester pertama sesi akademik semasa.\n\nii) Sijil, Sarjana, PhD\n\nTerbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam negara sahaja.\nHanya layak dipertimbangkan bagi para pelajar di bawah kategori asnaf miskin sahaja.\nTidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran, tajaan/biasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badanbadan pembiaya bantuan lain.\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web permohonan iaitu http://yp.maidam.gov.my/iptonline.\nKlik bahagian \u2018Daftar Perngguna.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Simpan.\u2019\nMasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.\nIsi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nPastikan semua maklumat dan dokumen dimuat naik sebelum membuat penghantaran.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\n\nSurat tawaran belajar yang rasmi.\nSalinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradikdalam tanggungan.\nSalinan sijil SPM/STPM/sijil berhenti sekolah.\nSalinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/penjaga (penyata pencen/ kad pesara adalah bagi pesara kerajaan sahaja).\nSurat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar NegeriTerengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut.\nSalinan sijil kematian/cerai (jika berkaitan).\nSalinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara.\nSlip permohonan. \n\nSlip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akaun mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM. \nDokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/Pengerusi Masjid/JPKK/Penghulu/Yang Berhormat (YB) di kawasan pemohon. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara ini, sila layari laman web http://yp.maidam.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tajaan-b40-diploma-sijil-kolej-felcra/", "title": "Tajaan Pengajian Peringkat Sijil & Diploma Pelajar B40 Ke Kolej FELCRA", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada golongan B40 dan ingin melanjutkan pengajian, Kolej FELCRA menawarkan tajaan untuk menyambung pengajian di institusi terbabit.\nTajaan ini melibatkan yuran percuma yang bakal dinikmati oleh para pelajar yang layak dan tertakluk kepada kouta yang disediakan.\nKolej FELCRA adalah institusi pendidikan yang ditubuhkan pada 25 Mei 2012 di bawah FELCRA Education Services Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh FELCRA BERHAD.\u00a0\nPenubuhan kolej ini adalah untuk memberi peluang serta menyediakan tempat untuk anak-anak warga FELCRA Berhad khususnya dan masyarakat Luar Bandar amnya untuk mendapatkan latihan dan kemahiran di peringkat Sijil dan Diploma.\n\nLokasi Kolej\nLokasi kolej ini adalah terletak di Bandar Baru Seberang Perak, Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.\nBidang Yang Ditawarkan\nBidang yang ditawarkan bagi pengajian di kolej ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nDiploma Pengurusan Pasca-TuaiDiploma Teknologi PertanianDiploma Pengurusan Sumber ManusiaDiploma Pengurusan PerniagaanDiploma Pendidikan Awal Kanak-KanakDiploma Pengurusan Amalan HalalSijil Pendidikan Awal Kanak-KanakPra Diploma Perdagangan UiTMDiploma Pengurusan Ladang UiTMDiploma Pengajian Perniagaan UiTM\nSyarat Umum\nSyarat umum kemasukan ke kolej ini adalah seperti berikut:\ni) Program Sijil\nMemperoleh sekurang-kurangnya 1 kredit dalam mana-mana mata pelajaran SPM.Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.\nii) Program Diploma\nMemperoleh sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran SPM.Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/xXG6TixEzSWu34Ay9.Isi semua maklumat yang diperlukan.Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kemasukan ke Kolej FELCRA, sila layari laman web https://www.kolejfelcra.edu.my/ atau menghubungi:\nJabatan Pemasaran: 05-6551575Anuar: 019-5046086Umairah: 010-3956486Intan: 013-4619845Fadhil: 010-3856875Hidayah: 012-4918925\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/geran-bantuan-ke-ipt-bantuan-prihatin-pahang/", "title": "Geran Bantuan Ke IPT & Bantuan Prihatin Pahang RM300", "body": "\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk anak-anak Pahang yang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi apabila Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) menyediakan 2 kategori bantuan iaitu Geran Bantuan Ke IPT dan Bantuan Prihatin Pahang.\nUntuk makluman, YP merupakan yayasan yang memulakan operasi pentadbiran pada tahun 1983 yang bertujuan untuk meningkatkan kemajuan pendidikan, sukan, kebudayaan dan memperluaskan peluang-peluang mendapat pendidikan di kalangan anak negeri dan warganegara Malaysia yang biasa menetap di negeri ini.\nKedua-dua ketegori bantuan ini adalah salah satu usaha YP dalam meningkatkan kemajuan pendidikan terhadap anak-anak Pahang terutamanya bagi mereka yang melanjutkan pengajian peringkat tinggi. \nPermohonan bagi kedua-dua bantuan ini telah dibuka sehingga 11 Julai 2023.\n\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:\n\nGeran Bantuan ke IPT: RM700 \nBantuan Prihatin Pahang: RM300 \n\nInstitusi Pendidikan\nPelajar yang melanjutkan pengajian di institusi pendidikan berikut layak memohon:\n\n\n\n\n\nUniversiti Awam (UA)\nPoliteknik\nKolej Komuniti\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk kedua-dua bantuan ini adalah seperti berikut:\ni) Geran Bantuan ke IPT\n\nPemohon merupakan pelajar baharu sesi 2023.\n\nii) Bantuan Prihatin Pahang\n\nPemohon adalah anak Pahang.\nPemohon merupakan pengundi berdaftar di Negeri Pahang.\nPemohon adalah seorang mahasiswa/i yang berada di Semester 2 dan ke atas di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara atau Institut Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Negeri Pahang (UniPSAS, Pahang Skills, UCYP, KYP, KYPAS).\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan salah satu daripada kedua-dua kategori bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://eyayasan2.yp.org.my/egeran/awam/index.php (untuk Geran Bantuan ke IPT) atau https://app2.yp.org.my/A-mampanV2/login.php?fbclid=IwAR06pQeYSbuL6WZoCmkhPj-eAdo2OnhgxINgRk_t_YM6II7meJAchbcFSxg (untuk Bantuan Prihatin Pahang).\nKlik bahagian \u2018Daftar Pengguna Baru.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nLengkapkan permohonan sehingga tamat.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kedua-dua kategori bantuan ini, sila layari laman web https://www.yp.org.my/ atau boleh mengubungi:\n\nGeran Bantuan : Yayasan Pahang (Tel: 09-518 1800)\nBantuan Prihatin Pahang 2023 : En. Muhammad Nor Amir, Cik Nik Aisyah Farhana ( Tel: 09-513 7064)\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-pendidikan-wakaf-pendidikan-ahmad-dawjee/", "title": "Permohonan Bantuan Pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee", "body": "\n\n\n\n\n\nPusat Wakaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan bantuan pendidikan wakaf menerusi Bantuan Pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy. \nAllahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy adalah seorang insan yang lahir pada 1907 di Gudjerat, India yang menceburi bidang perniagaan dan telah mengumpul hartanah dan saham.\nUntuk makluman, Allahyarham Ahmad Dawjee telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Januari 1987 dan menyatakan hajat beliau untuk memberikan wakaf beliau yang terdiri daripada beberapa harta benda dan juga tabung dana kepada pihak penguatkuasaan agama.\nOleh itu, permohonan bantuan pendidikan wakaf ini boleh dipohon mulai 27 Julai 2022 sehingga 4 Julai 2022.\n\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan yang akan diberikan kepada pelajar mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nSekolah rendah: RM300Sekolah menengah: RM400Diploma: RM800Ijazah: RM1000\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan oleh Pusat Wakaf MAIWP untuk permohonan adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih Wilayah Persekutuan.Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,850.00.Tidak menerima bantuan pendidikan daripada mana-mana pihak/agensi.Keutamaan diberikan kepada pemohon yang belajar di sekolah/institusi pendidikan di Wilayah Persekutuan.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan yang boleh dijadikan panduan untuk permohonan adalah seperti berikut:\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1gLwXOf-bSrQg0I0uwUEefGHqWzvqBgpD/view.Lengkapkan borang permohonan dengan betul.Hantar borang permohonan tersebut melalui emel [email\u00a0protected] atau ke alamat:Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd.Aras 26, Menara Imarah Wakaf (HQ Bank Islam),No. 22, Jalan Perak,50450 Kuala Lumpur.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy, sila layari laman web https://wakafwilayah.org/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/login-smpk-kpm/", "title": "Login SMPK: Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nSistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (SMPK) merupakan sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengumpul data institusi dan murid prasekolah di seluruh negara.\nKesemua maklumat dan data ini akan membantu KPM memantau dan menilai pendidikan prasekolah di seluruh negara. \nAntara rasional utama SMPK diwujudkan oleh KPM adalah seperti berikut:\n\nTiadanya sistem maklumat yang bersepadu dan tepat.\nMenggantikan kaedah kutipan data secara manual.\nKepelbagaian format kutipan data dan maklumat.\nMengelakkan ketidakseragaman format kutipan data dan maklumat.\n\n\nSistem PraSekolah Malaysia\nUntuk makluman, KPM mula terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pendidikan prasekolah setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 bagi melaksanakan program prasekolah.\nProgram Pendidikan PraSekolah ini kemudiannya dilancarkan pada tahun 1992 dengan sasaran melibatkan 1070 buah sekolah dengan 1131 buah kelas.\nProgram ini kemudiannya diperluaskan di seluruh negara secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2002.\nSehingga kini pelaksanaan prasekolah di seluruh negara melibatkan 6,185 buat sekolah melibatkan 9,506 buah kelas dan 207,227 murid.\nObjektif Pelaksanaan SMPK\nTerdapat 3 objektif utama pelaksanaan SMPK iaitu:\n\nUntuk membangunkan sistem maklumat yang bersepadu di peringkat kebangsaan.\nUntuk memastikan capaian data di semua peringkat secara berpusat dengan cepat dan tepat.\nUntuk memantapkan pengurusan dan penyelarasan maklumat pada semua peringkat pelaksana.\n\nPengguna SMPK\nTerdapat 4 pengguna yang boleh menggunakan sistem ini iaitu:\n\nKementerian Pelajaran Malaysia (KPM)\nJabaran Pelajaran Negeri (JPN)\nPejabat Pelajaran Daerah (PPD)\nInstitusi (contoh: sekolah) \n\nCara Login SMPK\nBagi pihak sekolah termasuk para guru yang ingin mengemaskini maklumat di SMPK, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\n\n\n\n\nLayari laman web SMPK iaitu https://smpk.moe.gov.my/.\n\n\n2. Masukkan ID dan kata laluan yang diberikan\n\n3. Klik menu \u2018Institusi\u2019 untuk semakan dan kemaskini maklumat institusi.\n\n4. Semak semua maklumat dan klik butang \u2018Kemaskini\u2019 untuk mengesahkan maklumat\n\n5. Untuk kemaskini kelas, klik pada menu \u2018Senarai Kelas.\u2019\n\n6. Klik pada medan yang ingin dikemaskini.\n\n7. Klik pada \u2018Kemaskini Maklumat Kelas\u2019 untuk menyemak maklumat kelas\n\n8. Semak maklumat kelas dan jika ada perubahan buat pindaan dan klik butang \u2018Simpan\u2019\n\n9. Guru juga boleh mengemaskini maklumat murid di dalam kelas tersebut\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai SMPK, sila layari laman web https://smpk.moe.gov.my/. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-latihan-kompetensi-kemahiran-zakat-pulau-pinang/", "title": "Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia Zakat Pulau Pinang", "body": "\n\n\n\n\n\nZakat Pulau Pinang (ZPP) menawarkan latihan kemahiran kepada belia di negeri tersebut menerusi Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia yang ditaja oleh ZPP.\nProgram Latihan Kompetensi Kemahiran Belia ini dilaksanakan dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM) bagi membangunkan kemahiran belia yang berpendapatan rendah (B40) melalui latihan kemahiran yang ditawarkan. \nBelia yang berminat boleh membuat permohonan di borang permohonan atas talian sebelum 31 Oktober 2022.\n\nKemudahan Yang Disediakan\nKemudahan yang disediakan menerusi program latihan ini adalah seperti berikut:\nPenginapanMakan minumElaunPakaian keselamatanKad personel binaan\nKursus Yang Ditawarkan\nKursus yang ditawarkan di dalam program ini adalah seperti:\n\n\n\n\nMobile Crane: Pengajian selama 3 bulan.Hydraulic Excavator: Pengajian selama 2 bulan.\nSyarat & Kelayakan\nSyarat dan kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:\nBermastautin di Pulau Pinang.Lelaki dan beragama Islam.Berumur 21 sehingga 35 tahun dan mempunyai lesen memandu kelas D.Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4850.00 sebulan.Tiada rekod saman, jenayah, dan penyalahgunaan dadah.Sihat tubuh badan.Berminat untuk bekerja selepas tamat latihan.\nLangkah Memohon\nPermohonan program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nKlik pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfL5e3e246Db-TK52Ze_JI97vGffALDNv-2GSyOIK4z4wajgw/viewform?fbclid=IwAR1JcRfKwdH3zqikCbA8b4FGg5GtDK8D9xibkJfc05VF0FABEg_hvO8HaaQ.Isi maklumat permohonan yang diperlukan.Pastikan semua maklumat diisi.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia, sila hubungi Bahagian Institusi Pendidikan Zakat Pulau Pinang di talian 04-5498125/8155.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/upu-online-fasa-2/", "title": "Permohonan UPU Online Fasa 2 2023/2024 Mulai 15 Mei 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar yang ingin memasuki Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan terlepas permohonan Fasa 1, permohonan UPU Online Fasa 2 akan dibuka mulai 15 Mei 2023. \nUPUOnline ialah sistem atas talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi memudahkan permohonan calon untuk memasuki IPT di dalam negara.\nOleh itu, bagi pelajar boleh mengemukakan permohonan UPUOnline Fasa 2 pada5 Mei 2023 sehingga 9 Jun 2023.\n\nKemasukan Ke IPT\nKemasukan ke IPT bagi sesi akademik 2023/2024 melibatkan kemasukan ke:\n\nUniversiti Awam (UA)\nPoliteknik\nKolej Komuniti (KK)\nInstitusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)\n\nKategori Permohonan\nKategori permohonan UPU Online bagi fasa ini adalah seperti berikut:\ni) Calon yang telah memohon Fasa 1\n\nKemaskini pilihan program pengajian kecuali program temu duga dan/ujian (calon STPM/Matrikulasi/ASASI/STAM sahaja)\nKemaskini pilihan program berdasar keputusan sebenar SPM 2022 (calon kategori A sahaja)\n\nii) Calon yang belum memohon Fasa 2\n\nPermohonan baharu UPUOnline kecuali program pengajian temu duga dan/ujian.\n\nPermohonan Lepasan SPM\nKategori permohonan bagi lepasan SPM yang layak untuk memohon kemasukan ke IPT adalah seperti berikut:\n\nSPM 2022\nSPM 2021\nSPM 2020\n\nPermohonan Lepasan STPM/Setaraf\nUntuk kategori permohonan lepasan STPM atau setaraf, permohonan dibuka kepada lepasan STPM atau setaraf berikut:\n\nSTPM 2022\nMatrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ASASIpintar UKM/ASASI UiTM sesi akademik 2021/2022\nSTAM 2022 dan 2021\nDiploma atau setaraf:\u2013 Diploma UA/Politeknik\u2013 DKM/DLKM/DVM/Diploma IPTS/Diploma Luar Negara/Lain-lain Diploma\u2013 Kelayakan setaraf seperti A-Level/IBD/AUSMAT/SAM/CPU/Sekolah Sukan\u2013 STPM, Matrikulasi KPM/ASASI, STAM (bukan tahun semasa)\n\nDestinasi Pengajian\nDestinasi pengajian yang ditawarkan kepada pemohon yang berminat adalah seperti berikut:\ni) Lepasan SPM\n\nPeringkat ASASI: UA\nPeringkat Diploma: UA, Politeknik, dan ILKA\nPeringkat Sijil: KK dan ILKA\nPeringkat Ijazah Sarjana Muda: UA\n\nii) Lepasan STPM\n\nIjazah Sarjana Muda di UA\n\nSyarat Am Permohonan UPU Online\nSyarat am yang ditetapkan untuk memasuki IPT dalam negara bagi kelayakan SPM adalah seperti berikut:\ni) Asasi\n\n\n\n\n\nPemohon mestilah memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu.\nLulus Sejarah.\n\nii) Diploma\n\nPemohon mestilah memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu.\nLulus Sejarah.\n\nUntuk kelayakan SPM bagi kemasukan ke Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA, syarat am adalah seperti berikut:\ni) Diploma\n\nPemohon mestilah memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian\nLulus Bahasa Melayu dan Sejarah.\n\nii) Sijil\n\nMenduduki peperiksaan SPM.\nBoleh membaca, menulis dan mengira.\n\n\nUntuk memasuki IPT bagi kelayakan STPM dan setaraf pula, syarat am ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nTerbuka kepada warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap (PR) dan Pemastautin Sementara yang mempunyai kad pengenalan. \nPelajar yang bukan warga Malaysia (Pemegang MyPR dan MyKAS) akan diproses tertakluk pada syarat-syarat kemasukan kategori bukan warganegara.\nSTPM 2021: \u2013 SPM kepujian Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.\u2013 PNGK 2.0 dan gred C (2.00) dalam 3 mata pelajaran termasuk pengajian am.\nMatrikulasi/Asasi 2021/2022\u2013 SPM kepujian Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.\u2013 PNGK 2.0\nSTAM 2021 dan 2020\u2013 SPM kepujian Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.\u2013 Pangkat Jayyid\nMUET: \u2013 Band 1.0/10 (mendapat sekurang-kurangnya band 1.0 untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 atau band 1 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020).\n\n\nDasar & Kriteria Pemilihan\nDasar dan kriteria pemilihan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\ni) Lepasan SPM\n\nii) Lepasan STPM dan setaraf\n\nPengiraan Merit\nPengiraan merti yang ditetapkan untuk kemasukan lepasan SPM adalah seperti berikut:\n\nUntuk lepasan STPM atau setaraf, kiraan merit yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nPermohonan Melalui UPU Online\nPermohonan boleh dibuat melalui sistem UPUOnline menerusi langkah-langkah berikut:\n\nSila layari laman web UPUOnline iaitu\u00a0https://upu.mohe.gov.my/.\nKemudian, klik bahagian \u2018Daftar Akaun Baru\u2019 untuk mengisi semua maklumat pemohon.\nKlik butang \u2018Daftar\u2019 untuk memastikan proses pendaftaran selesai.\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.\nLengkapkan maklumat yang berikut untuk melengkapkan permohonan:\u2013 Maklumat peribadi\u2013 Maklumat keluarga\u2013 Maklumat akademik\u2013 Pilihan program\u2013 Maklumat tambahan\nBuat pengesahan dengan menandakan pengakuan pada kotak yang disediakan.\nKlik butang \u2018Sah & Hantar\u2019 untuk menghantar.\nCetak Slip permohonan sebagai bukti.\n\nMaklumat Lanjut UPU Online \nMaklumat lanjut mengenai kemasukan ke IPT bagi sesi akademik 2023/2024, sila layari laman web https://upu.mohe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-dividen-kwsp/", "title": "Dividen KWSP 2022 : Tarikh Pengumuman & Semakan i-Akaun", "body": "\n\n\n\n\n\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan agihan bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi tahun 2022 dan ahli boleh membuat semakan dividen KWSP mereka mulai 4 Mac 2023.\nKWSP ialah institusi yang diwujudkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu para pekerja menyimpan wang bagi kegunaan hari tua mereka.\nInstitusi ini diwujudkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan secara cekap dan boleh dipercayai.\nJumlah Dividen KWSP 2022 / 2023\nMenurut Seksyen 27 Akta KWSP 1991, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.\nUntuk tahun 2022, jumlah dividen yang akan diterima ahli adalah seperti berikut:\n\nJumlah pembayaran bagi keseluruhan dividen bagi 2022 adalah sebanyak RM51.14 bilion kepada 15 juta ahli, dengan Simpanan Konvensional sebanyak RM45.44 bilion, manakala Simpanan Shariah sebanyak RM5.7 bilion.\nKadar Dividen KWSP Tahun Sebelumnya\nKadar dividen untuk tahun-tahun sebelumnya adalah seperti dalam jadual di bawah:\n\nCara Membuat Semakan Dividen KWSP\nUntuk membuat semakan dividen KWSP ke dalam akaun ahli, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari\u00a0http://www.kwsp.gov.my.\nKlik ikon\u00a0\u2018Login.\u2019\nMasukkan\u00a0ID dan Kata Laluan.\nKlik\u00a0bahagian \u2018View Details\u2019\u00a0di bahagian menu\u00a0\u2018Dividend.\u2019\nPerincian dividen tahun 2022 akan dipaparkan.\n\n\nNOTA: Jika anda masih belum mempunyai i-Akaun, anda boleh membuat pendaftaran melalui langkah-langkah yang ditunjukkan di bawah:\n\n\n\n\nCara Daftar i-Akaun KWSP\nAnda boleh membuat pendaftaran melalui mana-mana saluran berikut mengikut status kewarganegaraan anda:\n\nWarganegara/PR: Kios KWSP, Kaunter KWSP,\u00a0Online (View Mode)\nBukan Warganegara: Kaunter KWSP,\u00a0Online (View Mode)\n\nLokasi kios: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks\nPendaftaran i-Akaun (Ahli) kini boleh dibuat dengan mudah melalui laman web rasmi KWSP. Perlu diingatkan akses ahli hanya terhad kepada\u00a0View Mode\u00a0sahaja.\nPautan pendaftaran i-Akaun online (View Mode) : https://online.kwsp.gov.my/iakaundaftar/\nLupa No KWSP\nTerlupa No. KWSP anda? Lakukan antara cara berikut:\n\nSemak slip gaji anda\nSemak di i-Akaun (Ahli)\nDapatkan Penyata KWSP dari kios/kaunter KWSP\nRujuk majikan anda untuk membuat semakan\nHantar pertanyaan melalui e-mel dan borang maklum balas \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai semakan dividen kwsp 2022, layari laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/dividend#DividendRate.\nTelefon :03 \u2013 8922 6000\nFaks : 03 \u2013 8922 6222\nMasa Operasi: Isnin \u2013 Jumaat 8.30\u00a0pagi ke 4.30 petang(Kecuali\u00a0pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-khas-sagong-tasi/", "title": "Permohonan Biasiswa Khas Sagong Tasi 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Selangor telah membuka tawaran biasiswa kepada pelajar Orang Asli yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk memohon Biasiswa Khas Sagong Tasi 2023.\nBiasiswa Sagong Tasi merupakan biasiswa khas untuk\u00a0pelajar Orang Asli\u00a0anak Selangor yang menuntut di IPT dan berpendapatan rendah.\nPermohonan biasiswa ini dibuka sehingga 15 April 2023 dan pemohon adalah digalakkan membuat permohonan dengan segera secara atas talian.\n\nKadar Biasiswa\nKadar biasiswa yang akan diberikan kepada mereka yang layak adalah seperti berikut:\n\nYuran Pengajian: Mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak Universiti.\u00a0\nElaun Sara Diri: Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.\n\nIPT Terlibat\nAnak Orang Asli Selangor yang menyambung pengajian ke IPT berikut layak untuk memohon:\n\n\n\n\n\nUniversiti Teknologi MARA (UiTM)\nUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)\nUniversiti Kebangsaan Malaysia (Bangi)\nUniversiti Putra Malaysia (Serdang)\nUniversiti Selangor (UNISEL)\nKolej Universiti Islam Selangor (KUIS)\nKolej Antarabangsa INPENS.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nPemohon dan Ibu Bapa merupakan\u00a0warganegara Malaysia; dan\nPemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 \u2013 Akta Orang Asli Tahun 1954; dan Pemohon\u00a0lahir di Negeri Selangor; atau\nIbu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atau\nPemohon telah\u00a0bermastautin lebih dari\u00a010 tahun di Negeri Selangor\u00a0dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.\nPemohon telah mendaftar pengajian\u00a0Diploma\u00a0atau\u00a0Ijazah Sarjana Muda\u00a0secara sepenuh masa\u00a0di IPT berkenaan (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon).\nPemohon yang\u00a0belim menerima sebarang pinjaman/biasiswa/bantuan kewangan\u00a0dari lain-lain penaja.\nPemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan.\nPemohon\u00a0bukan pelajar tahun akhir pengajian/diberi tempoh pelanjutan pengajian.\n\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my/login.\nKlik butang \u2018Daftar.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar Akaun.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nIsi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.\nHantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Biasiswa Khas Sagong Tasi, sila layari laman web https://tkwbns.selangor.gov.my/portal/index.php/tentang-kami/biasiswa-sagong-tasi atau boleh menghubungi urus setia di talian 03-55447543, 03-55447484 atau 03-55212275.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bksm-kedah-2023/", "title": "BKSM Kedah 2023: Biasiswa Kecil Sekolah Menengah", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Kedah telah membuka permohonan untuk pelajar sekolah menengah menerusi Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) 2023. \nBKSM merupakan biasiswa yang diberikan kepada pelajar sekolah menengah daripada keluarga berpendapatan rendah.\nPemberian biasiswa ini dapat membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah meneruskan pendidikan mereka menerusi biasiswa ini. \nBagi mereka yang berminat, permohonan boleh dibuat kepada pihak sekolah dan pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan sebelum 20 April 2023. \n\nKadar Pemberian\nKadar pemberian bagi pelajar yang layak untuk pemberian biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nTingkatanJumlah Setahun1-3RM600.004-5RM715.00\nSyarat Penawaran\nSyarat penawaran yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:\n\nLima orang pelajar untuk setiap sekolah.\nPelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.\nPendapatan isi rumah RM 3000.00 dan ke bawah.\nMendapat keputusan sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan Akhir Tahun 2022 (jika tiada calon yang memenuhi syarat 4A, pihak sekolah boleh mencalonkan pelajar yang berpotensi untuk berjaya dengan mengemukakan Surat Rayuan).\nPelajar tiada penaja lain.\nPelajar bersih dari tindakan disiplin.\nPelajar aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.\n\nCara Memohon\nPermohonan perlu dilakukan melalui pihak sekolah dan pihak sekolah boleh membuat permohonan melalui laman web https://eservices.kedah.gov.my/ibksm.\nManual pengguna boleh dirujuk melalui file di bawah:\nManual-PenggunaDownload\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai BKSM, sila layari laman web https://eservices.kedah.gov.my/ibksm.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sop-terbaharu-pemakaian-pelitup-muka-sekolah/", "title": "SOP Terbaharu Pemakaian Pelitup Muka Di Sekolah", "body": "\n\n\n\n\n\nSelepas Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan SOP terbaharu pemakaian pelitup muka di tempat tertutup, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan ketetapan terbaharu mengenai pemakaian pelitup muka terutamanya di sekolah.\nSebelum ini, Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan pemakaian\u00a0pelitup muka\u00a0tidak lagi diwajibkan di tempat tertutup berkuat kuasa serta merta.\nIni disebabkan kadar kumulatif kes COVID-19 berada pada tahap yang rendah selain kadar kemasukan ke hospital berada pada tahap malar terurus untuk kes COVID-19.\nWalau bagaimanapun, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung yang berkunjung ke premis mereka diwajibkan memakai pelitup muka untuk memasuki premis mereka atau sebaliknya.\nPemakaian Pelitup Muka Di Kawasan Sekolah\nKPM mengumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah pada ketika ini adalah mengikut pilihan masing-masing selepas ketetapan terbaharu yang dibuat oleh KKM.\nNamun, KPM masih menggalakkan pemakaian penutup muka dalam kawasan sekolah khususnya di tempat-tempat yang mempunyai jumlah yang ramai.\n\n\n\n\nPemakaian Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam\nNamun, pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam ke sekolah seperti bas dan van masih diwajibkan untuk memakai pelitup muka.\nOleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka yang menggunakan pengangkutan awam ke sekolah untuk memakai pelitup muka. \nIni bagi memastikan mereka terhindar daripada dijangkiti wabak COVID-19 atau penyakit-penyakit yang lain. \nSumber daripada https://www.sinarharian.com.my/article/220679/berita/nasional/pemakaian-pelitup-muka-di-sekolah-tidak-diwajibkan\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sepintas/", "title": "SEPINTAS: Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor", "body": "\n\n\n\n\n\nOrang ramai terutamanya rakyat di Negeri Selangor yang memerlukan pinjaman desktop atau laptop kini boleh berbuat demikian secara percuma menerusi Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS). \nPerkhidmatan ini disediakan bagi menyediakan keperluan terhadap desktop dan laptop semakin tinggi disebabkan oleh kaedah pembelajaran yang berubah sejak pandemik melanda.\u00a0\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang perkhidmatan ini.\nPengenalan SEPINTAS Selangor\nSEPINTAS adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor melalui PPAS dengan\u00a0menyediakan perkhidmatan\u00a0pinjaman desktop dan laptop secara\u00a0percuma\u00a0kepada\u00a0warga Selangor\u00a0terutama kepada mereka yang amat memerlukan (keutamaan diberikan kepada golongan B40) di perpustakaan-perpustakaan terpilih di bawah kelolaan PPAS. \nProses dan konsep pinjaman adalah sama dengan proses pinjaman buku, namun tempoh pinjaman adalah lebih lama iaitu maksimum 180 hari.\u00a0\n\n\n\n\n\nKelengkapan Yang Disediakan\nPinjaman dektop dan laptop ini turut melibatkan pinjaman:\n\nPembesar suara\nWifi\nWebcam\nPerisian Microsoft Office\nSemua peralatan lain yang diperlukan untuk pembelajaran online\n\nSenarai Perpustakaan Terlibat\n50 perpustakaan yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini adalah seperti berikut:\n\nPustaka Raja Tun Uda\nPerpustakaan Awam Selangor Pekan Pandan Jaya, Hulu Langat\nPerpustakaan Awam Selangor Cawangan Kajang, Hulu Langat\nPerpustakaan Awam Selangor Pekan Sungai Udang, Klang\nPerpustakaan Awam Selangor Cawangan Rawang, Gombak\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Lembah Jaya, Hulu Langat\nPerpustakaan Awam Selangor Pekan Sungai Pelek, Sepang\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Kuang, Petaling\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Jenjarom, Kuala Langat\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Parit Baru, Sabak Bernam\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Parit Mahang, Kuala Selangor\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Sungai Merab, Sepang\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Parit 14, Sabak Bernam\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Parit 8, Sabak Bernam\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Batu 14, Sabak Bernam\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Sungai Selisek, Hulu Selangor\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Jenderam Hilir, Sepang\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Kg Ahmad Razali, Sepang\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Sijangkang, Kuala Langat\nPerpustakaan Awam Selangor Pekan Sekinchan, Sabak Bernam\nPerpustakaan Awam Selangor @PJKita Community Library, Petaling\nPerpustakaan Awam Selangor Daerah Gombak\nPerpustakaan Awam Selangor Daerah Sabak Bernam\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Sg Gulang-Gulang, Kuala Selangor\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Ijok, Kuala Selangor\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Taman Mawar, Hulu Langat\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Kg Binjai Jaya, Sabak Bernam\nPerpustakaan Awam Selangor Pekan Hulu Bernam, Hulu Selangor\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Bagan Terap, Sabak Bernam\nPerpustakaan Awam Selangor Daerah Kuala Langat\nPerpustakaan Awam Selangor Daerah Hulu Selangor\nPerpustakaan Awam Selangor Jeram, Kuala Selangor\nPerpustakaan Awam Selangor Bukit Kapar, Klang\nPerpustakaan Awam Selangor Daerah Hulu Langat\nPerpustakaan Awam Selangor Pekan Dataran Sabak, Sabak Bernam\nPerpustakaan Awam Selangor Pekan Bestari Jaya, Kuala Selangor\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Kg. Banting, Sabak Bernam\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Kg. Endah, Kuala Langat\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Sri Jugra, Kuala Langat\nPerpustakaan Awam Komuniti Sri Manja, Petaling Jaya\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Beranang, Hulu Langat\nPerpustakaan Awam Selangor Komuniti Sri Perantau, Klang\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Bukit Bangkong, Sepang\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Bukit Badong, Kuala Selangor\nPerpustakaan Awam Selangor Komuniti Bukit Beruntung, Hulu Selangor\nPerpustakaan Awam Selangor Pekan Semenyih, Hulu Langat\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam\nPerpustakaan Awam Selangor Cawangan Pelabuhan Klang, Klang\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Taman Muhibbah, Sabak Bernam\nPerpustakaan Awam Selangor Desa Sungai Air Tawar, Sabak Bernam\n\nPendaftaran SEPINTAS\nOrang ramai yang ingin membuat pinjaman perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.\n\nKlik link pra-pendaftaran berikut https://www.ppas.gov.my/en/pinjaman-desktop-laptop-sepintas/\nIsi semua maklumat pendaftaran peribadi.\nPastikan semua maklumat diisi.\nKlik \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan. \n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai SEPINTAS, sila hubungi 03-5519 7667. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/initipati-pengumuman-khas-perdana-menteri-hari-raya/", "title": "7 Intipati Pengumuman Khas Perdana Menteri Sempena Hari Raya", "body": "\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pengumuman khas sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.\nBerikut merupakan beberapa berita gembira sempena pengumuman khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada hari ini.\n\n1. Tol Rahmah Percuma 4 Hari\nKerajaan bersetuju untuk melaksanakan Tol Rahmah iaitu tol percuma selama empat hari bermula 19 April 2023 hingga 21 April 2023 (Rabu hingga Jumaat) dan 24 April 2023 (Isnin).\nIni akan melibatkan sebanyak 33 lebuhraya dan terpakai bagi semua jenis kelas kenderaan.\n\n2. Diskaun Khas Pengusaha Menu Rahmah\nKerajaan dengan kerjasama pasaraya terpilih bersetuju menawarkan harga barangan mentah pada kadar diskaun khas dalam memastikan kelestarian insiatif Menu Rahmah.\n\n3. Kadar Khas Saman PDRM\nKerajaan juga mengumumkan akan memberikan kadar khas bayaran saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik bagi 2022 dan sebelumnya dengan kadar RM50 sahaja.\nWalau bagaimanapun, kadar khas bayaran saman ini tidak terpakai bagi saman trafik pada tahun 2023 sebaliknya hanya untuk saman tahun 2022 dan sebelumnya.\n\n4. Harga Simen Berpatutan\nKerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen berpatutan.\n\n\n\n\nTumpuan diberikan kepada kategori rumah mampu milik RM300 ribu ke bawah yang bakal dimanfaat B40 dan M40.\n\n5. Pelaksanaan Orang Bebas Berlesen\nJabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti).\n\n6. Penyelenggaran Jalan Persekutuan\nKerajaan juga akan menambah peruntukan RM250 juta selenggara\u00a0Jalan Persekutuan di seluruh negara,\nKerja-kerja penyelenggaraan ini akan diagih khusus manfaat kontraktor kecil Bumiputera.\n\n7. Cuti Pelepasan Am Tambahan\nKerajaan juga bersetuju memberi 1 hari cuti pelepasan am tambahan seperti berikut: \n\nJika 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, kerajaan bersetuju menetapkan Isnin hari pelepasan am.\nJika 1 Syawal jatuh hari Sabtu, kerajaan menetapkan hari Jumaat sebagai hari pelepasan am.\n\n\nSumber: https://www.malaysiakini.com/news/662583\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/surat-rasmi/", "title": "Contoh Surat Rasmi: Maksud, Jenis, Format & Panduan", "body": "\n\n\n\n\n\nSurat rasmi ialah medium perhubungan rasmi sama yang dilakukan kepada agensi/jabatan/organisasi sama ada kerajaan atau bukan kerajaan.\nSelain itu juga, permohonan/aduan/cadangan untuk dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan perlu dilakukan menggunakan surat rasmi.\nOleh itu, adalah amat penting bagi surat rasmi yang ditulis betul-betul mengikut format bagi memastikan tujuan surat tersebut dihantar dapat difahami dan diambil tindakan oleh penerima.\nSelain itu, penulisan surat rasmi juga perlu dikuasai oleh pelajar sekolah menengah kerana lazimnya soalan berbentuk ini dikeluarkan di dalam peperiksaan.\n\nMaksud Surat Rasmi\nMaksud surat rasmi ialah surat yang ditulis bagi tujuan urusan-urusan rasmi.\nUrusan rasmi merujuk kepada urusan yang berhubung dengan jabatan kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan, institusi, syarikat swasta dan individu.\nPenulis terdiri sama ada individu perseorangan atau pihak atas nama jabatan, institusi, ataupun syarikat.\nTujuan \nSurat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan berikut:\n\nSalah satu dokumen atau bahan rujukan dalam sesuatu perkara.\nSebahagian medium bertulis formal antara agensi kerajaan dengan agensi kerajaan, agensi kerajaan dengan agensi swasta, agensi swasta dengan agensi swasta, agensi kerajaan atau agensi swasta dengan orang ramai atau orang ramai dengan agensi kerajaan atau agensi swasta.\nSalah satu medium yang menggambarkan pendirian, atau sikap sesuatu agensi terhadap orang ramai.\nMedium untuk mengutarakan cadangan, sokongan, jemputan, dan lain-lain lagi kepada organisasi rasmi. \n\nJenis Surat Rasmi\nSurat rasmi terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:\n\nSurat Cadangan\nSurat Perakuan\nSurat Arahan\nSurat Iringan\nSurat Sokongan\nSurat Perjanjian\nSurat Permohonan\nSurat Bantahan\nSurat Jemputan\n\nFormat Surat Rasmi\nSurat rasmi mengandugi 8 perkara yang perlu ada dalam penulisan surat ini iaitu:\n\nNama dan alamat pengirim\nNama, jawatan, dan alamat penerima\nTarikh surat ditulis\nPanggilan Penerima\nTajuk \nPengenalan\nIsi kandungan surat\nTandatangan dan nama pengirim\n\n1- Nama dan alamat pengirim\nNama penuh dan alamat pengirim perlu ditulis pada bahagian sebelah kiri paling atas surat.\nJika pengirim menulis surat atas kapasiti peribadi, maka alamat yang perlu diletakkan adalah alamat rumah.\nJika pengirim mewakili agensi/jabatan/organisasi, pengirim perlu meletakkan alamat pejabat sebagai mewakili agensi/jabatan/organisasi terbabit.\n2- Nama, jawatan, dan alamat penerima\nNama penuh, jawatan, dan alamat penerima mestilah ditulis di bawah nama pengirim yang dipisahkan dengan satu garisan panjang.\nNama penerima perlu ditulis dengan penuh atau jika penerima ialah sebuah organisasi, nama organisasi tersebut mestilah ditulis dengan penuh.\nJawatan penerima mestilah ditulis di bawah nama penerima.\nAlamat penerima pula mestilah alamat pejabat yang merujuk kepada tempat agensi/jabatan/organiasi beroperasi.\n3- Tarikh surat ditulis\nTarikh surat ditulis mestilah diletakkan di bahagian kanan surat iaitu sebaris dengan negeri penerima.\n4- Panggilan Penerima\nPanggilan penerima lazimnya adalah kepada orang yang mempunyai pangkat lebih besar.\n\n\n\n\nPanggilan penerima yang biasa digunakan ialah Tuan dan perlu ditulis di bawah negeri penerima di bahagian kiri.\n5- Tajuk surat\nTajuk surat perlu ditulis di bawah panggilan penerima tersebut dan mestilah ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan.\n6- Isi Surat\nNombor perenggan perlu ditelakkan pada awal setiap perenggan kecuali perenggan pertama.\nPada perenggan pertama, penulis perlu menyatakan tujuan surat ini ditulis kepada penerima.\nUntuk perenggan kedua pula, adalah huraian kepada tujuan surat tersebut ditulis dan perenggan ketiga pula ialah penutup kepada surat tersebut.\n7- Tandatangan dan nama pengirim\nPengirim perlu menurunkan tandatangan dan nama penuh bagi mengesahkan penulisan surat tersebut ditulis oleh pengirim terbabit.\nContoh Surat Rasmi\nContoh penulisan surat rasmi yang boleh dijadikan rujukan seperti contoh di bawah:\nHussain Bin Azhari,No 54, Jalan Cendekiawan 4,Taman Cendekiawan,43200 Cheras,Selangor Darul Ehsan.________________________________________________________\nTuan Haji Mohsin Bin Hanafi,\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 26 November 2021Yang DiPertua Majlis Perbandaran\u00a0Kajang (MPKj), Jalan Semenyih, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.\nTuan,\nPERMOHONAN SEWAAN DEWAN KOMUNITI KAMPUNG BARU BATU 9, CHERAS\nSemoga Tuan berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.\n2.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Saya Hussain Bin Azhari ingin membuat permohonan bagi sewaan Dewan Komuniti Kampung Baru Batu 9, Cheras. Tujuan sewaan ini dijalankan adalah untuk melangsungkan majlis perkahwinan anak perempuan saya yang dijangka akan dilangsungkan pada 22 Januari 2022 iaitu pada hari Sabtu.\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak Tuan dapat meluluskan permohonan sewaan ini bagi tujuan tersebut. Kerjasama pihak Tuan dalam mempertimbangkan dan seterusnya meluluskan permohonan ini amat saya alu-alukan dan saya ucapkan ribuan terima kasih.\nSekian, terima kasih.\nYang benar,\n\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026.HUSSAIN BIN AZHARI\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai penulisan surat rasmi, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=0j81zPINbsk.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kertas-soalan-percubaan-spm-bahasa-melayu/", "title": "Koleksi Kertas Soalan Bahasa Melayu Percubaan SPM", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh mempertajamkan lagi pemahaman mereka di dalam subjek Bahasa Melayu dengan menjawab koleksi kertas soalan percubaan SPM pada tahun-tahun sebelum ini.\nBahasa Melayu merupakan subjek yang amat penting di dalam SPM dan subjek wajib lulus untuk mendapatkan sijil SPM.\nDi samping itu, permohonan kemasukan ke universiti turut mengambil kira Subjek Bahasa Melayu di dalam SPM.\nOleh itu, amat penting bagi pelajar untuk membuat yang terbaik di dalam subjek ini bagi memastikan mereka dapat melanjutkan pengajian ke universiti selepas SPM.\nBerikut adalah koleksi soalan percubaan SPM untuk tahun-tahun sebelum ini.\nTahun 2021\ni) Sekolah Berasrama Penuh (SBP): \nSoalan Kertas 1\nSBP-BM-Trial-SPM-2021Download\nSoalan Kertas 2\nSBP-BM-Trial-SPM-2021-Kertas-2Download\nSkema Jawapan Kertas 1\nSBP-BM-Skema-Jawapan-Kertas-1Download\nSkema Jawapan Kertas 2\nSBP-BM-Skema-Jawapan-Kertas-2Download\nii) Kelantan\nSoalan Kertas 1\nKelantan-BM-Trial-SPM-2021-Kertas-1Download\nSoalan Kertas 2\n\n\n\n\nKelantan-BM-Trial-SPM-Kertas-2Download\nSkema Jawapan\nKelantan-BM-Skema-Jawapan-2021Download\niii) Terengganu\nSoalan Kertas 1\nTerengganu-BM-Trial-SPM-2021-Kertas-1Download\nSoalan Kertas 2\nTerengganu-BM-Trial-SPM-Kertas-2Download\nSkema Jawapan Kertas 1\nTerengganu-BM-Skema-Jawapan-Kertas-1Download\nSkema Jawapan Kertas 2\nTerengganu-BM-Skema-Jawapan-Kertas-2Download\niv) Negeri Sembilan\nSoalan Kertas 1\nNSembilan-BM-Trial-SPM-2021Download\nSoalan Kertas 2\nNSembilan-BM-Trial-SPM-2021-Kertas-2Download\nSkema Jawapan Kertas 1\nNSembilan-Skema-Jawapan-Kertas-1Download\nSkema Jawapan Kertas 2\nNSembilan-Skema-Jawapan-Kertas-2-1Download\nMengenai Percubaan SPM\nUntuk mengetahui perkembangan terkini peperiksaan percubaan SPM, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-estart/", "title": "Program eStart Belia: e-Skim Transaksi Tanpa Tunai RM150 One-Off", "body": "\n\n\n\n\n\nDalam Belanjawan 2022, salah satu bantuan lain yang diumumkan khas kepada para belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia ialah Program eStart iaitu e-skim transaksi tanpa tunai kepada para belia dan pelajar IPT di Malaysia.\nMenurut Tengku\u00a0Datuk Seri\u00a0Zafrul\u00a0bin\u00a0Tengku\u00a0Abdul Aziz, pelaksanaan program ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta daripada pihak kerajaan.\nProgram ini dijangka akan memanfaatkan seramai 2 juta belia di seluruh negara yang berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar IPT tempatan yang menyambung pengajian mereka secara sepenuh masa.\nTujuan pelaksanaan Program eStart ini adalah untuk meringankan beban kewangan dan juga menggalakkan perbelanjaan harian secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar. \n\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan yang akan disalurkan kepada setiap belia dan pelajar yang layak adalah sebanyak RM150 seorang secara one-off dalam bentuk kredit e-tunai.\nSasaran Bantuan\nSasaran bantuan Program eStart ini adalah kepada 2 kategori utama iaitu:\n\n\n\n\nBelia berumum 18 hingga 20 tahun pada tahun 2022.Pelajar IPT tempatan sepenuh masa.\nSyarikat e-Dompet Yang Terlibat\nKementerian Kewangan setakat ini belum mengumumkan syarikat e-dompet yang terlibat dalam pelaksanaan program ini.\nNamun, syarikat e-dompet yang telah terlibat dalam pelaksanaan bantuan seumpama ini sebelum ini adalah seperti:\nBoostTouch n Go eWalletGrab PayBigPay\nCara Memohon\nSetakat ini, pihak kementerian belum mengumumkan lagi cara untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan program ini.\nPermohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa terdekat nanti.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Program eStart ini, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/ms/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/e-reporting-pdrm/", "title": "e-Reporting PDRM: Buat Report Polis Secara Online", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi memudahkan urusan orang ramai membuat report polis, Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) telah memperkenalkan laman web untuk membuat report polis secara online menerusi e-Reporting PDRM.\ne-Reporting PDRM adalah satu inisiatif Polis Diraja Malaysia untuk memudahkan orang awam membuat repot polis secara online melalui Internet.\nKemudahan ini disediakan khas untuk membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang yang tidak berkait dengan jenayah.\nMengenai e-Reporting PDRM\nLaman web ini adalah satu perkhidmatan yang diperkenalkan oleh PDRM bagi membolehkan orang awam untuk membuat laporan polis secara atas talian.\nWalau bagaimanapun, laman web ini adala kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dan perlu mendaftar dalam sistem ini bagi membolehkan mereka mengakses pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang mempunyai liputan internet.\n\n\n\n\n\nJenis Aduan Yang Boleh Dilaporkan\nTerdapat 8 jenis aduan yang boleh dilaporkan dalam laman web ini iaitu:\n\nLaporan hilang/tercicir kad pengenalan.\nLaporan hilang/tercicir lesen memandu.\nLaporan hlang/tercicir Kad Kredit/ATM.\nLaporan hilang telefon bimbit.\nLaporan hilang komputer riba (Laptop).\nLaporan hilang road tax.\nLaporan pembantu rumah lari \u2013 Bagi tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja.\nLaporan kehilangan, kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam.\n\nKesalahan Membuat Report Palsu\nSekiranya terdapat individu yang membuat report polis palsu, mereka akan didakwa:\n\nSeksyen 182, Kanun Keseksaan (Akta 574)- Memberi maklumat palsu yang membawa hukuman maksimum 6 bulan penjara, atau denda yang boleh sampai dua ribu ringgit (RM2,000.00), atau kedua-duanya sekali.\nSeksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998- Menggunakan kemudahan rangkaian untuk menghantar apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang palsu yang embawa hukuman maksimum 1 tahun penjara, atau denda yang boleh sampai lima puluh ribu ringgit (RM50,000.00), atau kedua-duanya sekali dan boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan kesalahan.\n\nTatacara Membuat Report\nUntuk membuat report polis menerusi laman web ini, sila ikuti tatacara berikut:\n\nLayari laman web di pautan https://ereporting.rmp.gov.my/.\nDaftar dan log masuk di dalam laman web tersebut. \nIsi butiran pengadu. \nIsi butiran-butiran kejadian yang berlaku. \nIsi keterangan kejadian\nHantar laporan tersebut. \nCetak untuk menerima salinan report. \n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai laman web ini, sila layari https://ereporting.rmp.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bina-kerjaya/", "title": "Bina Kerjaya: Insentif Program Latihan Sektor Tidak Formal", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pekerja di sektor tidak formal, permohonan untuk Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal kini dibuka.\nBina Kerjaya Sektor Tidak Formal merupakan program inisiatif daripada Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang bertujuan untuk memperkasakan pasaran buruh bagi meningkatkan potensi individu yang bekerja di bawah Sektor Tidak Formal untuk mendapatkan pekerjaan formal dan mendapatkan latihan menerusi latihan Microcredentials/Latihan Profesional.\nKumpulan sasaran bagi Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal adalah pekerja gig atau Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah.\nBagi mencapai tujuan ini, program peningkatan kemahiran secara Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL), microcredentials atau latihan profesional akan diberikan kepada individu mengikut syarat kelayakan minima.\nPermohonan program ini dibuka mulai 1 Mei 2023 sehingga 31 Disember 2023. \n\nKelebihan Program Bina Kerjaya\nAntara kelebihan program ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nMemberi peluang kepada individu di bawah Sektor Tidak Formal untuk mendapatkan latihan.\nMemberi peluang kepada individu untuk meningkatkan/menambah kemahiran mereka menerusi latihan Microcredentials/Latihan Profesional.\nMenghubungkan individu di bawah Sektor Tidak Formal ke Sektor Formal.\nMeningkatkan potensi peningkatan kerjaya kepada individu yang berada di bawah Sektor Tidak Formal.\n\nBayaran Latihan & Elaun\nProgram ini akan dijalankan menerusi tanggungan bayaran latihan sehingga RM4,000 mengikut kategori persijilan dan elaun RM300 sebulan bagi tempoh maksima untuk 3 bulan.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:\n\nPekerja gig, bekerja sendiri, petani, nelayan, atau seumpamanya serta peniaga sambilan kecil-kecilan di pasar malam atau sebagainya.\nBerumur 16 tahun hingga 40 tahun.\n\n\nKaedah Permohonan Bina Kerjaya\nPermohonan program ini boleh dibuat menerusi laman web https://kerjayamadani.perkeso.gov.my/. \nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai program Bina Kerjaya ini, sila layari laman web https://kerjayamadani.perkeso.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-saringan-awal-anis/", "title": "Program Saringan Awal ANIS: Saringan Percuma Kanak-Kanak", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak Istimewa Selangor (ANIS) telah menawarkan Program Saringan Awal bagi kanak-kanak di Negeri Selangor yang tidak pernah melalui sebarang saringan/rujukan dari doktor pakar.\nUntuk pengetahuan, ANIS ialah inisiatif yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasakan barisan ibu bapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor menerusi pemberdayaan anak-anak istimewa, ibu bapa dan penjaga dan para pendidik yang lebih mampan.\nSalah satu inisiatif yang diperkenalkan melalui ANIS ialah Program Saringan Awal bagi kanak-kanak yang tidak pernah melalui saringan/rujukan dari doktor pakar di mana-mana fasiliti kesihatan.\nMatlamat Utama\nMatlamat utama program ini dijalankan adalah untuk membantu ibu bapa mengenal pasti tahap perkembangan anak mereka.\nSetelah saringan dijalankan, rumusan laporan yang dilakukan oleh sekumpulan pakar dari pelbagai bidang seperti \u2018occupational therapy\u2019, \u2018speech therapy\u2019, dan doktor pakar akan diberikan kepada ibu bapa bagi merancang intervensi awal kepada anak yang kelainan upaya dan tindakan selanjutnya.\n\n\n\n\nKos Percuma\nSaringan awal ini tidak akan dikenakan apa-apa kos dan ia adalah percuma bagi kanak-kanak yang layak.\nCara Untuk Memohon\nIbu bapa boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:\nPermohonan perlu dibuat secara atas talian di laman sesawang\u00a0https://www.anisselangor.com/daftarsaringan.Isi no kad pengenalan dan klik butang \u2018Find.\u2019Jika tiada rekod, klik butang \u2018Klik Di Sini Untuk Teruskan Pendaftaran.\u2019Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan sehingga selesai.Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal di alamat berikut:Pusat ANIS, East Entrance, Lot G26-28 ,Tingkat G Bangunan IDCC,Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,40200 Shah Alam, Selangor\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai Program Saringan Awal ini, sila layari laman web\u00a0https://www.anisselangor.com/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-maktab-mahmud-maahad-tahfiz-darul-aman/", "title": "Kemasukan Maktab Mahmud & Maahad Tahfiz Darul Aman 23/24", "body": "\n\n\n\n\n\nPermohonan bagi kemasukan sesi 2023/2023 untuk Maktab Mahmud dan Maahad Tahfiz Darul Aman yang terletak di Negeri Kedah akan dibuka.\nUntuk makluman, permohonan ini bagi kedua-dua sekolah tersebut hanya dibuka untuk kemasukan ke Tingkatan 1 sahaja.\nBagi pemohon yang berminat, permohonan boleh dibuat secara online mulai 16 Januari sehingga 25 Januari 2023.\n\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan bagi permohonan kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:\ni) Maktab Mahmud\n\nWarganegara Malaysia dan dilahirkan pada tahun 2010.\nMencapai TP4 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 sesi 2022/2023 bagi 4 mata pelajaran dan TP3 bagi lain-lain mata pelajaran.\nLulus dengan cemerlang Ujian Kemasukan Tingkatan 1 Maktab Mahmud.\n\nii) Maahad Tahfiz Darul Aman \n\nWarganegara Malaysia dan dilahirkan pada tahun 2010.\nMencapai sekurang-kurangnya TP5 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 sesi 2022/2023 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains.\n\nPembelian Pin\nUntuk membuat permohonan, pemohon perlu membeli no pin terlebih dahulu yang dibeli dengan menggunakan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berjumlah RM10.00.\n\n\n\n\nPembelian pin ini boleh dibeli di:\n\nMaahad Tahfiz Darul Aman, Kulim\nPejabat Lembaga Maktab Mahmud, Alor Setar\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan bagi kemasukan ke kedua-dua sekolah terbabit boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://www.lmm.gov.my/.\nKlik \u201ce-pendaftaran.\u201d\nIkuti arahan dan lengkapkan permohonan.\n\nPengumuman Keputusan & Rayuan\nPengumuman keputusan permohonan akan dikeluarkan pada 23 Februari 2023.\nBagi permohonan tidak berjaya bagi kemasukan ke Maktab Mahmud, rayuan boleh dibuat mulai 23 Februari sehingga 28 Februari 2023. \nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 1 ke kedua-dua sekolah ini sesi 2023/2024, sila layari laman web https://www.lmm.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bsp-kbs/", "title": "Permohonan BSP KBS: Biasiswa Sukan Persekutuan 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nBerita baik untuk atlet yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membuka permohonan untuk para atlet memohon Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) 2022.\nBSP adalah biasiswa yang ditawarkan oleh KBS bagi para atlet yang sedang melanjutkan pengajian di IPT secara sepenuh masa. \nAtlet yang memenuhi syarat permohonan adalah dialu-alukan memohon biasiswa sukan ini. \nPermohonan biasiswa ini telah dibuka mulai 15 April 2022 sehingga 30 April 2022 secara atas talian.\n\nPeringkat Pengajian\nPeringkat pengajian yang layak memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPeringkat DiplomaPeringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi biasiswa ini adalah seperti berikut:\nTerbuka kepada atlet yang akan/sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.Berumur pemohon pada 31 Disember 2022 adalah seperti berikut:\u2013 Tidak melebihi 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa; atau\u2013 Tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.Telah mendapat surat tawaran pengajian bagi pelajar baharu pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama mengikut tempoh pengajian yang ditawarkan oleh IPT berkenaan. Sekiranya sedang mengikuti pengajian, pemohon perlulah:\u2013 Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi Atlet IPT atau PNGK 2.00 bagi Atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan.\u2013 Memiliki tempoh baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun akademik (2 atau 3 semester mengikut sistem kalendar akademik IPT berkenaan) atau lebih yang bukan dalam tempoh pelanjutan.IPT tempatan sahaja serta bidang pengajian yang mempunyai pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia/Malaysia Qualification Agency.Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain.Atlet sihat daripada segi mental dan fizikal.Berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.Pemohon hendaklah bersedia untuk terus giat dalam latihan dan pertandingan pertandingan sukan pilihannya dan mengekalkan prestasi sepanjang tempoh pengajiannya sebagai syarat menerima biasiswa ini serta dikehendaki mewakili negara dalam mana-mana pertandingan di peringkat Kebangsaan/Antarabangsa sekiranya diperlukan.Atlet Negara yang memohon biasiswa ini perlu melampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara (MSN).\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://spsb.kbs.gov.my/backend/web.Pilih bahagian e-Biasiswa.Klik butang \u2018Daftar.\u2019Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Hantar.\u2019Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.Isi maklumat permohonan dengan lengkap.Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.\nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai BSP, sila hubungi Unit Biasiswa KBS di talian 03-8871 3548/3546.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-pendidikan-ipt-yayasan-jcorp-2023/", "title": "Permohonan Bantuan Pendidikan IPT Yayasan JCorp 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Johor Corporation (JCorp) telah membuka permohonan Bantuan Pendidikan IPT Yayasan Johor Corporation bagi tahun 2023 khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).\nUntuk pengetahuan, Bantuan Pendidikan IPT Yayasan JCorp adalah bantuan pendidikan kepada pelajar lepasan SPM, STPM atau Diploma yang layak dan memenuhi kriteria untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.\nBantuan pendidikan ini adalah untuk menampung kos perbelanjaan kemasukan atau pendaftaran awal pelajar ke peringkat IPT.\nJusteru itu, pelajar yang berminat boleh membuat permohonan segera sebelum 31 Mei 2023.\n\nSyarat Permohonan Bantuan Pendidikan IPT Yayasan JCorp 2023\nSyarat permohonan bagi permohonan bantuan pendidikan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPermohonan melalui borang digital.\nWarganegara Malaysia.\nPermohonan kali pertama (sekali sahaja).\nPendapatan isi rumah di bawah B40 (RM4,000 dan ke bawah).\nTahap pengajian di peringkat Sijil, Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.\nInstitut yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi.\nTawaran pengajian sepenuh masa sahaja.\nPermohonan perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.\n\nCara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.\nKlik butang \u2018Daftar Sekarang.\u2019\nLengkapkan maklumat yang diperlukan.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Hantar Permohonan\u2019 untuk menghantar permohonan tersebut.\n\nDokumen Yang Diperlukan Bantuan Pendidikan IPT Yayasan JCorp 2023\nDokumen yang diperlukan dan perlu dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nBorang kemasukan ke IPT.\nSalinan kad pengenalan pemohon.\nSalinan slip gaji bapa atau penjaga.\nSalinan Slip gaji ibu. \n\nSemua dokumen tersebut perlu dimuat naik menggunakan format pdf/jpg/jpeg sahaja dan perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan IPT Yayasan JCorp, sila hubungi 07-219 2692 atau melayari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-sesi-2-uitm/", "title": "Kemasukan Sesi 2 UiTM 2022/2023 Sarjana Muda & Profesional", "body": "\n\n\n\n\n\nUniversiti Teknologi MARA (UiTM) akan membuka permohonan kepada pemohon yang berminat untuk melanjutkan pengajian bagi kemasukan UiTM sesi 2 2022/2023 ambilan Mac 2023.\nPermohonan kemasukan ini dibuka untuk program pengajian berikut iaitu:\n\nProgram Sarjana Muda (sepenuh masa)\nProgram Profesional (sepenuh masa)\n\nPemohonan kemasukan ke UiTM Sesi 2 ini akan dibuka mulai 31 Oktober 2022 sehingga 7 Disember 2022 bagi Program Sarjana Muda dan Program Profesional mulai 31 Oktober 2022 sehingga 29 Januari 2023.\n\nKategori Permohonan\nKategori permohonan yang akan ditawarkan adalah seperti berikut:\ni) Program Sarjana Muda\n\n\n\n\n\nLepasan STPM\nLepasan Matrikulasi KPM\nLepasan STAM\nLepasan Asasi UiTM\nLepasan Asasi Sains UM\nLepasan ASASIpintar\nLepasan Diploma UiTM\nLepasan KKB UiTM\nLepasan Diploma IPT lain\nLepasan Diploma Vokasional\nLepasan Diploma Kemahiran Malaysia\n\nii) Penerapan\n\nSemester akhir Diploma UiTM\nKKB UiTM Sarjana Muda\nSemester akhir Asasi Undang-Undang UiTM (PI005) ke Sarjana Muda\n\niii) Profesional\n\nAC151-ACCA Foundation in Accounting (ACCA FIA) (UK)\nAC551-The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) (UK)\n\nTatacara Permohonan\nUntuk permohonan kemasukan ke UiTM ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nBeli No Pin di cawangan BSN yang berdekatan mulai 31 Oktober 2022 (Isnin).\nIsi borang permohonan di laman web http://online.uitm.edu.my.\nHantar permohonan sebelum tarikh tutup yang dinyatakan. \n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke UiTM sesi 2 2022/2023, sila hubungi:\n\nUnit Sarjana MudaNo. Tel : 03-5544 3174/3195/3198/2798/3277Emel: [email\u00a0protected]\nUnit Diploma dan ProfesionalNo. Tel: 03-5544 3194/3196/8067Emel: [email\u00a0protected]\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dpli-ums/", "title": "DPLI UMS 2023: Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah", "body": "\n\n\n\n\n\nUniversiti Malaysia Sabah (UMS) telah membuka permohonan bagi individu yang berminat menyambung pengajian ke universiti terbut bagi pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UMS. \nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah yang ditawarkan di Universiti Malaysia Sabah bagi tahun 2023.\nPengenalan DPLI UMS\nDPLI ialah salah satu sijil atau Diploma ikhtisas yang diperlukan bagi mereka yang ingin bergelar guru untuk mengajar di semua sekolah di seluruh Malaysia sama ada sekolah kerajaan atau swasta.\nSalah satu universiti yang menawarkan pengajian ini adalah UMS bagi tempoh pengajian 1.5 tahun.\nPermohonan bagi sesi kemasukan September 2023 telah dibuka dan akan ditutup pada 30 April 2023.\n\nBidang Ditawarkan DPLI UMS\nPengajian ini menawarkan bidang-bidang tersebut:\n\n\n\n\n\nPendidikan Bahasa Melayu\nPendidikan Teknik dan Vokasional\nPendidikan Islam\nPendidikan Seni Visual\nPendidikan Jasmani dan Kesihatan\nPendidikan Sains dan Matematik\n\nStruktur Program \nStuktur program bagi pengajian ini adalah seperti berikut:\n\nStruktur Yuran\nStruktur yuran bagi pengajian ini adalah seperti berikut:\n\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nTerbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.\nBerumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh permohonan dibuat.\nSihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program yang dirangka untuk kursus ini.\nTidak terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan/swasta atau kursus dalam tempoh cuti.\nLulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang \u2013 sekurangnya 2.75; atau\nKelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti; dan\nLulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan\nPrinsipal Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat STPM/Setaraf.\n\nTatacara Permohonan DPLI UMS\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan https://linktr.ee/dpliums2023.\nKlik butang \u201cDaftar Permohonan.\u201d\nKlik butang \u201cApply Now.\u201d\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik \u201cRegister.\u201d\nLogin dan lengkapkan permohonan.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai permohonan DPLI UMS 2023, layari laman web https://linktr.ee/dpliums2023.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pbudn-2023/", "title": "PBUDN 2023: Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Selangor", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar daripada Negeri Selangor yang menyambung pengajian Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan memerlukan pembiayaan pelajar boleh memohon Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PBUDN), Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS).\nPBUDN merupakan pinjaman pelajaran yang diberikan kepada pelajar IPTA dan IPTS yang berasal daripada Selangor yang layak.\nBgai pelajar yang berminat untuk mendapatkan pinjaman ini, permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai mulai 3 Jun hingga 31 Julai 2022.\n\nPeringkat Pengajian\nPeringkat pengajian yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:\n\nSijil\nDiploma\nIjazah Sarjana Muda\n\nKadar Pembiayaan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Selangor (PBUDN 2023)\nKadar pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:\nPeringkat PengajianIPTA/IPTS(Kadar Setahun)SijilRM4,000.00DiplomaRM8,000.00Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai dan Veterinar)RM10,000.00Perubatan dan PergigianRM 12,000.00\nPengurangan Pinjaman\nPembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA/PNGK akhir pelajar.\nSelain daripada CGPA/PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:\n\nTamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran.\nTidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian.\nMengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia TKWBNS.\n\nSyarat Am\nSyarat am yang perlu dipenuhi oleh pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut:\n\nPemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia.\nPemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau\nPemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada 10 tahun di Selangor;\u00a0(keutamaan diberikan kepada anak Selangor).\nTelah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Perubatan.\nSedang mengikuti pengajian di IPTA seluruh Malaysia atau IPTS dalam\u00a0Negeri Selangor dan\u00a0Kuala Lumpur\u00a0yang diiktiraf oleh Kerajaan secara\u00a0sepenuh masa.\nPemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.\nPemohon belum menerima sebarang tajaan lain (biasiswa, pinjaman atau dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar).\nPendapatan isi rumah (ibu dan bapa) hendaklah\u00a0tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok).\u00a0\n\nSyarat Akademik\nSelain itu, pelajar juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan:\ni) Sijil\n\n\n\n\n\nMemperolehi sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran SPM (bidang dan teknikal).\nMemperolehi sekurang-kurangnya 4 kepujian dalam mana-mana pelajaran di peringkat SPM (IPTA).\n\n\u00a0ii)\u00a0 Diploma\n\nMemperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau\nMemperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 ke atas.\n\n\u00a0iii) Ijazah Sarjana Muda\n\nMemperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/Pra-Ijazah/Matrikulasi/Diploma dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 ke atas; atau\nMemperoleh sekurang-kurangnya 4 Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau\nMemperoleh sekurang-kurangnya 5 kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.\n\n\u00a0iv) Ijazah Perubatan\n\nSedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan/Pergigian di Universiti Awam yang disenaraikan.\n\nCara Memohon Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Selangor (PBUDN 2023)\nPermohonan pinjaman ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan permohonan iaitu https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login.\nKlik butang \u2018Daftar.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar Akaun.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nIsi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.\nMuat naik dokumen yang diperlukan. \nHantar permohonan setelah semua maklumat diisi dan dilengkapkan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nSalinan sijil lahir pemohon, salinan my kad pemohon, bapa dan ibu, salinan sijil berhenti sekolah (rendah dan menengah), salinan keputusan SPM/STPM/STAM/ Matrikulasi/Asasi/Diploma\u00a0(mana yang berkaitan).\nSalinan slip gaji terkini\u00a0(ibu dan bapa/penjaga). Untuk\u00a0pesara,\u00a0sila kepilkan\u00a0salinan penyata pencen bulanan\u00a0atau jika\u00a0bekerja sendiri/tidak bekerja/suri rumah\u00a0sila dapatkan\u00a0pengesahan pendapatan\u00a0(disahkan oleh ketua kampung/ADUN/Penghulu/Pengerusi Taman/Penghulu Mukim/Ketua Blok\u00a0sahaja).\nBagi pemohon dan ibubapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan pengesahan mastautin yang disahkan oleh Ketua Kampung/ADUN/Penghulu/Pengerusi Taman/Penghulu Mukim/Ketua Blok\u00a0sahaja).\nSalinan Surat Kematian dan Surat Bercerai\u00a0(jika berkaitan).\n\nPermohonan yang\u00a0tidak lengkap\u00a0atau\u00a0tidak disertakan dokumen\u00a0yang diperlukan akan\u00a0ditolak. Dokumen yang dicetak tidak perlu dihantar.\nPemohon hendaklah membuat semakan secara talian/online dalam tempoh\u00a0dua minggu\u00a0selepas\u00a0tarikh tutup permohonan.\nMaklumat Lanjut PBUDN 2023\nMaklumat lanjut mengenai PBUDN 2023, sila layari laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/keputusan-peperiksaan-semester-1-ulangan-stpm-2022/", "title": "Semakan Keputusan Peperiksaan Semester 1 & Ulangan STPM 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) semester 1 dan ulangan 2022, semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat tidak lama lagi.\nMajlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan, pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut boleh membuat semakan peperiksaan melalui portal MPM atau SMS pada hari yang ditetapkan.\nUntuk makluman,\u00a0MPM ialah badan yang mengendalikan peperiksaan prauniversiti yang utama bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.\nIa merupakan sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia (Akta 225).\n\nTarikh Semakan\nTarikh semakan peperiksaan STPM semester 1 dan ulangan boleh dibuat mulai tarikh berikut:\nKeputusan Peperiksaan Semester 1 STPM: 24 Mei 2022, hari Selasa jam 10 pagi.Keputusan Peperiksaan Ulangan Semester 1 STPM: 27 Mei 2022, hari Jumaat jam 10 pagi.\nMata Pelajaran STPM\nPelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah bermula pada pengambilan sesi 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012 bermula sebanyak 22 mata pelajaran yang ditawarkan. \nWalau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.\n\n\n\n\nNamun, bermula pada tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.\n23 mata pelajaran tersebut adalah seperti berikut:\nKodMata Pelajaran900Pengajian Am910Bahasa Melayu911Bahasa Cina912Bahasa Tamil913Bahasa Arab920Literature in English922Kesusasteraan Melayu Komunikatif930Syariah931Usuluddin940Sejarah942Geografi944Ekonomi946Pengajian Perniagaan948Perakaunan950Mathematics (M)954Mathematics (T)958Information and Communications Technology (ICT)\u00a0960Physics962Chemistry964Biology966Sains Sukan970Seni Visual932Tahfiz Al-Quran\nCara Membuat Semakan\nSemakan keputusan peperiksaan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\ni) Melalui Portal MPM\nLayari portal MPM iaitu https://stpm.mpm.edu.my/.Klik jenis peperiksaan yang ingin disemak.Masukkan no kad pengenalan.Keputusan peperiksaan dipaparkan. \nii) Melalui SMS\nTaip STPMRESULTS1No. KP atau;Taip STPMRESULTU1No. KP Hantar ke 15888. \nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai semakan keputusan STPM semester 1 dan ulangan, sila email ke alamat stpm.mpm.edu.my. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/penajaan-khas-sarjana-phd-universiti-meiji/", "title": "Penajaan Khas Penjawat Awam Peringkat Sarjana & PhD Universiti Meiji", "body": "\n\n\n\n\n\nPenjawat awam yang berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (PhD) dalam bidang ekonomi, polisi awam, tadbir urus, dan pengurusan bencana, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan penajaan khas kepada individu yang berminat untuk menyambung pengajian di Universiti Meiji, Jepun.\nTawaran ini dibuka bagi penjawat awam yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/ sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. \nNamun, penjawat awam yang ingin memohon perlulah mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya sebelum membuat permohonan.\nPenjawat awam yang berminat boleh membuat permohonan segara sehingga 20 Mei 2022 secara atas talian.\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang ditaja di bawah program penajaan khas ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nEkonomi.Polisi Awam.Tadbir Urus.Pengurusan Bencana.\nKemudahan Yang Ditawarkan\nPemohon akan ditawarkan penajaan khas (seperti program Hadiah Latihan Persekutuan) dengan Cuti Belajar Bergaji Penuh.\nSyarat Khusus\nSyarat khusus yang ditetapkan bagi permohonan penajaan ini adalah seperti berikut:\nPegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan.Pemohon telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada 1 Januari 2022.Telah mencapai purata markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% ke atas bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (2019, 2020 & 2021) dalam skim perkhidmatan semasa. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.Pada 1 Januari 2023, pemohon mestilah berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) dan tidak melebihi 50 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana.Tempoh perkhidmatan minimum di kumpulan Pengurusan dan Profesional pada 1 Januari 2022 adalah seperti berikut:\u2013 Ijazah Sarjana: 8 tahun ke atas\u2013 Ijazah Kedoktoran: 9 tahun ke atasMematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus seperti berikut:\u2013 Tempoh kursus lebih daripada 12 bulan: 2 tahun.\u2013 Tempoh kursus lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan: 1 tahun.Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan dan diperaku oleh Ketua Perkhidmatan melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia.Memohon bidang pengajian yang berkaitan dengan kepakaran skim perkhidmatan dan bidang tugas pemohon.Memohon pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik semasa yang dimiliki oleh pemohon.Bersih daripada sebarang pertuduhan/tindakan tatatertib dan dakwaan Mahkamah.Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini.Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA.Pemohon bebas daripada sebarang penyakit kronik.Pemohon program penajaan khas ini di peringkat Ijazah Sarjana untuk bidang pengajian Ekonomi hendaklah mempunyai latar belakang akademik di peringkat ijazah pertama dalam bidang Ekonomi.Pemohon hanya dibenarkan memohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana yang menawarkan pengajian tanpa perlu mengikuti kursus pra syarat.Pemohon masih belum mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada di luar atau dalam negara; atauTelah mendapat tempat pengajian di Universiti Meiji, Jepun tetapi belum memulakan pengajian.Menyediakan Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian (dalam Bahasa Inggeris) mengikut garis panduan yang ditetapkan. \nCara Memohon\nPermohonan tajaan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web\u00a0permohonan https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=DOCJKlik di bahagian \u2018Daftar\u2019 dan klik butang \u2018Teruskan Pendaftaran.\u2019Masukkan maklumat dengan lengkap dan dan klik \u2018 Teruskan Pendaftaran.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan serta klik butang \u2018Log Masuk.\u2019Masukkan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap.Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.\nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai penajaan khas peringkat Sarjana dan PhD di Universiti Meiji ini, sila layari laman web https://esilav2.jpa.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-program-fuqaha/", "title": "Bantuan Program Fuqaha\u2019: Penajaan Pengajian Timur Tengah Y.P. MAIDAM", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Pendidikan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Y.P. MAIDAM)\u00a0telah menawarkan bantuan penajaan kepada anak Terengganu yang ingin melanjutkan pengajian di Timur Tengah menerusi Bantuan Program Fuqaha.\u2019\nBantuan Program Fuqaha\u2019 diwujudkan bagi menyediakan peluang kepada pelajar cemerlang yang mempunyai minat yang tinggi untuk menyambung pelajaran dalam bidang Pengajian Islam di Timur Tengah.\nSelain itu, bantuan ini juga diperkenalkan untuk melahirkan seberapa ramai para ilmuan Islam yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang agama.\nIndividu yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 7 hari selepas keputusan rasmi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan.\n\nUniversiti & Tempoh Pengajian\nTempoh pengajian yang ditetapkan bagi bantuan ini adalah selama 4 tahun di universiti-universiti berikut:\n\n\n\n\nUniversiti YarmoukUniversiti Al-alBaytUniversiti Mu\u2019tah\nSyarat Permohonan\nSyarat-syarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti\nProgram ini dibuka kepada pelajar rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sama ada lelaki atau perempuan yang beragama Islam.Mempunyai minat yang tinggi untuk menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam di universiti-universiti yang ditetapkan.Memperolehi keputusan \u201cA\u201d dalam peperiksaan SPM terkini seperti berikut:\u2013 Bahasa Arab\u2013 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah\u2013 Pendidikan Syariah Islamiah \u2013 Bahasa Melayu\u2013 Matematik \u2013 Lain-lain subjek \u201cA\u201d atau \u201cB\u201d sahaja.Tidak mendapat apa-apa bantuan sama ada elaun, pinjaman, biasiswa, dermasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badanbadan pembiaya yang lain.Perlu menyertai kursus persediaan melanjutkan pengajian ke luar Negara (jika perlu) untuk berpeluang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda tajaan MAIDAM.Kuota pemilihan pelajar tidak melebihi 20 orang setahun yang akan dibuat melalui proses temuduga.Pembiayaan pengajian berstatus \u201cDermasiswa Bersyarat\u201d dan disediakan tiket penerbangan pergi dan balik.Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.Keutamaan diberikan kepada para pelajar yang tergolong dalam kalangan anak-anak asnaf miskin.Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan.\nTatacara Permohonan\nPemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut bagi memastikan permohonan dibuat dengan cara yang betul.\nLayari laman web http://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/ terlebih dahulu dan buat permohonan dengan bagi mengikuti pengajian di timur tengah menerusi Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).Kemudian, layari laman web berikut https://ypmaidam.my/2022/06/08/bantuan-program-fuqaha/.Muat turun borang permohonan.Isi borang permohonan dengan lengkap.Sediakan dokumen yang disahkan.Hantar borang permohonan dan semua dokumen ke alamat:Yayasan Pendidikan MAIDAM,Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM,Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu.\nDokumen Yang Disahkan\nSenarai dokumen yang perlu disahkan adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.Salinan terkini slip gaji ibu dan bapa/penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang bekerja sendiri.Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Salinan akaun bank pelajar yang jelas dan aktif (selain tabung haji dan ASB).Sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen yang berkaitan.\nKeterangan Lanjut\nPemohon yang memerlukan keterangan lanjut mengenai Bantuan Program Fuqaha\u2019 boleh menghubungi pihak Y.P. MAIDAM di talian 09-6223500/09-6225600.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/spc-yayasan-terengganu/", "title": "Permohonan SPC Yayasan Terengganu: Skim Pelajar Cemerlang", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar anak Negeri Terengganu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang ingin menyambung pengajian di dalam atau luar negara dipelawa untuk membuat permohonan yang ditawarkan oleh Yayasan Terengganu menerusi Skim Pelajar Cemerlang (SPC).\nSPC merupakan skim yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang terutamanya B40 untuk melanjutkan pengajian sama ada di dalam atau luar negara.\nOleh itu, pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 26 Jun 2022 secara atas talian.\n\nKategori Biasiswa\nKategori biasiswa yang termasuk dalam penajaan skim ini adalah seperti berikut:\ni) Dalam Negara\nBiasiswa Foundation Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Petronas (UTP)Biasiswa Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (UniSHAMS), KedahBiasiswa Foundation In Accountancy (FIA) \u2013 ACCA, Universiti Teknologi Mara (UiTM)\nii) Luar Negara\n\n\n\n\nBiasiswa Program Persediaan Luar Negara dalam Bidang Sains/Kejuruteraan/PerakaunanBiasiswa Ijazah Sarjana Muda Perubatan (Jordan) & Pergigian (Mesir/Jordan)Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Perbankan Islam) Di JordanBiasiswa Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Di Jordan\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi permohonan skim ini adalah seperti berikut:\nPemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10tahun atau lebih boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau Surat Akaun Bermastautin.Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di NegeriTerengganu.Keutamaan kepada pemohon dari kalangan berpendapatan rendah (B40).\nSyarat Khusus\nBagi syarat khusus, pemohon boleh menyemak syarat khusus mengikut kategori biasiswa melalui dokumen berikut:\nBiasiswa-SPCDownload\nCara Memohon\nPermohonan skim ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://yt.gov.my/penajaan/.Klik butang \u2018Mohon Sekarang.\u2019Klik bahagian \u2018Daftar Akaun.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nMaklumat Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai SPC, sila hubungi Bahagian Tajaan dan Transformasi Pendidikan Yayasan Terengganu di talian 09-621 1908/1899/1902.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pinjaman-pelajaran-boleh-ubah-yayasan-selangor/", "title": "Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor 2021", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar anak Negeri Selangor yang telah menerima tawaran atau sedang dalam pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTS milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja), Yayasan Selangor mengalu-alukan untuk memohon Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor.\nUntuk makluman, Yayasan Selangor merupakan yayasan telah ditubuhkan pada 5 November 1970 dengan tujuan penubuhannya adalah untuk memberi galakan dan bantuan pendidikan kepada rakyat negeri Selangor khasnya kepada mereka yang kurang berkemampuan tetapi berpotensi.\nSalah satu bantuan yang ditawarkan oleh Yayasan Selangor ialah Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah yang ditawarkan kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan.\nOleh itu, para pelajar peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang ingin memohon Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor boleh mula membuat permohonan bermula 1 September sehingga 30 September 2021.\n\nKadar Tajaan\nKadar tajaan yang ditawarkan menerusi Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPeringkat PengajianKadar SetahunDiplomaRM 2,000.00 \u2013 RM 7,000.00Ijazah Sarjana MudaRM 3,000.00 \u2013 RM 8,000.00\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang dikenakan terhadap pelajar yang ingin membuat permohonan adalah seperti berikut:\nPemohon adalah warganegara Malaysia.Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 01 Februari, 1974 atau; Pemohon telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun dan mendapat pengesahan daripada Ahli Dewan Negeri/Penghulu/Ketua Kampung di kawasan tempat tinggal pemohon di negeri Selangor.Pendapatan per kapita keluarga pemohon adalah di bawah RM 3,000.00.Pelajar masih belum menerima sebarang pembiayaan pendidikan daripada mana-mana badan penajaan pembiayaan pendidikan.Keutamaan tawaran akan diberikan kepada pelajar Tajaan Yayasan Selangor di bawah program RKPYS/HIPERS dan status kelahiran anak Selangor. Lain-lain keutamaan pemberian tawaran akan ditetapkan oleh pihak Pengurusan Yayasan Selangor dan segala keputusan adalah muktamad.\nCara Memohon \nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut:\nMuat turun borang di pautan http://yayasanselangor.org.my/wp-content/uploads/2021/09/Borang-Permohonan-Pinjaman-Pelajaran-Sesi-September-2021.pdf.Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:Bahagian Pembiayaan Pendidikan,Yayasan Selangor,Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,No.18A, Persiaran Barat,46000 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut: \nSalinan Kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/penjaga dan dokumen lain yang berkaitan.Surat pengesahan pemastautin (bagi bukan kelahiran Selangor).Surat Tawaran pengajian.Sijil SPM/SPMV/STPM/sijil/diploma dan lain-lain sijil yang berkaitan.Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial).Keputusan peperiksaan bagi setiap tahun akademik/semester (jika berkenaan).Slip/Penyata gaji terakhir ibu bapa/penjaga dan Borang \u2018J\u201d (LHDN).Surat akuan pendapatan (bagi ibu bapa yang bekerja sendiri).Slip bayaran yuran,maklumat, dan kos yuran pengajian keseluruhan.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Yayasan Selangor ini boleh dibuat dengan menghubungi pihak Yayasan Selangor di talian 03-7669 1237/188/243/162 atau menghantar email ke alamat [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/soalan-jawapan-peperiksaan-muet/", "title": "Contoh Soalan & Jawapan Peperiksaan MUET Yang Terkini", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), matrikulasi, diploma, dan pra-universiti yang berhasrat ingin menyambung pengajian ijazah pertama mereka di Universiti Awam (UA), mereka terlebih dahulu perlu menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET).\nUntuk peperiksaan MUET, calon-calon dikehendaki melengkapkan 4 jenis komponen peperiksaan iaitu:\n\nListening\nSpeaking\nWriting\nReading\n\nCalon mestilah menduduki keempat-empat terbabit terbabit dan sekiranya gagal, sijil peperiksaan MUET tidak akan dikeluarkan kepada calon tersebut.\nTips Menjawab Peperiksaan MUET\nTerdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan bagi calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET.\ni) Listening\nBagi peperiksaan listening, calon dinasihatkan untuk melatih kemahiran pendengaran menerusi menonton televisyen atau mendengar radio berbahasa Inggeris.\nTeknik ini akan meningkatkan keupayaan calon untuk mendengar dan memahami sebutan dan perkataan yang disebut ketika peperiksaan dijalankan.\nii) Speaking\nCalon mestilah kerap bercakap dan menggunakan Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya sebulan sebelum peperiksaan dijalankan.\nIni adalah bagi melatih calon untuk selesa dan yakin untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris apabila tiba hari peperiksaan.\niii) Writing\nTips terbaik bagi ujian writing ialah calon menjawab contoh-contoh soalan lepas mengikut waktu dan masa yang ditetapkan di dalam peperiksaan.\n\n\n\n\nIni bagi membantu calon untuk mengurus masa di dalam peperiksaan dan mengelakkan calon tidak mempunyai cukup masa untuk menjawab soalan-soalan tersebut.\niv) Reading\nUntuk menghadapi peperiksaan ini, calon mestilah membaca sekurang-kurangnya 1 jam sehari bacaan yang berunsurkan Bahasa Inggeris.\nCalon boleh membaca daripada surat khabar, buku, majalah, atau novel untuk meningkatkan penguasaan pembacaan calon menjelang waktu peperiksaan.\nContoh Soalan & Jawapan\nContoh soalan dan jawapan peperiksaan MUET yang lalu boleh dirujuk seperti berikut:\nContoh soalan daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM): https://www.mpm.edu.my/images/dokumen/calon-peperiksaan/muet/regulation/SAMPLE_QUESTIONS.pdf\ni) Listening\n\nMUET Listening Paper Part 1 & Audio Part 1\nMUET Listening Paper Part 2 & Audio Part 2 \nMUET Listening Paper Part 3 & Audio Part 3\n\nii) Speaking\n\nTheme: Crime\nTheme: National Service \nSpeaking Test \n\niii) Writing\n\nWriting Paper 2018\nWriting Paper 2012\nWriting Paper Past Question 1\nWriting Paper Past Question 2\nWriting Paper Past Question 3\n\niv) Reading\n\nReading Paper 2018\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web MPM di pautan https://www.mpm.edu.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-bencana-banjir-pelajar-umt/", "title": "Permohonan Bantuan Bencana Banjir Pelajar UMT", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terlibat dalam bencana banjir boleh memohon Bantuan Bencana Banjir Pelajar UMT.\nUntuk pengetahuan, UMT merupakan universiti yang bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979 yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah.\nBermula pada 1 Februari 2007, universiti ini yang sebelumnya dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dengan singkatan KUSTEM telah ditukar menjadi salah sebuah IPTA di dalam negara iaitu UMT.\n\nMengenai Bantuan Bencana Banjir\nBantuan ini diwujudkan bagi meringankan beban para pelajar UMT yang terlibat dalam bencana banjir di Pantai Timur.\nSetakat 22 Disember 2022, seramai 64,598 mangsa banjir direkod masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda lima negeri.\nLima negeri tersebut ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, dan Perak.\n\n\n\n\nTarikh Permohonan\nPelajar di universiti tersebut boleh membuat permohonan mulai 22 Disember sehingga 31 Disember 2022 secara atas talian.\nSyarat Permohonan\nHanya 2 syarat permohonan yang ditetapkan kepada pelajar yang ingin memohon iaitu:\n\nPelajar UMT\nPelajar merupakan mangsa banjir\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan permohonan berikut https://forms.gle/BUUuZoW7YJmUsy21A.\nLengkapkan maklumat yang diperlukan.\nPastikan semua maklumat diisi dengan lengkap.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari Facebook Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT iaitu https://www.facebook.com/HEPAUMT/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/maxis-ekelas/", "title": "Maxis eKELAS: Pembelajaran Atas Talian Tahun 4 Hingga Tingkatan 5", "body": "\n\n\n\n\n\nMurid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara berpeluang untuk menjalani pembelajaran atas talian secara percuma menerusi Maxis eKELAS.\nMaxis eKELAS merupakan sebuah program komuniti perdana Maxis yang membawakan pembelajaran digital untuk semua pelajar Malaysia. \nInisiatif ini menawarkan cara belajar yang menyeronokkan melalui penyediaan akses percuma kepada kandungan pendidikan berkualiti dan aktiviti menarik, selaras dengan sukatan pelajaran Malaysia yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nInisiatif ini turut mendapat kerjasama pihak-hak yang lain seperti KPM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), dan Google.\nOleh itu, ibu bapa dan murid-murid adalah digalakkan untuk menggunakan pembelajaran dalam talian ini untuk meningkatkan pengetahuan pembelajaran anak mereka. \nMengenai Maxis eKELAS\nPembelajaran atas talian ini mewarkan perkara-perkara berikut iaitu:\n\n\n\n\n\nLebih 3,000 jam tutorial dalam talian.\n12 guru berpengalaman\nLebih 2000 bahan pembelajaran eKelas dari nota, video, dan lembaran kerja.\nLebih 30 video seminar UPSR, PT3, dan SPM.\nLebih 10,000 eBook dan 500 buku audio dari PNM.\n\nSubjek Yang Ditawarkan\nSubjek yang ditawarkan dalam pembelajaran atas talian ini untuk Tahun 4 sehingga Tingkatan 5 adalah:\n\nMatematik\nSains\nBahasa Inggeris\n\nAktiviti Lain\nSelain daripada pembelajaran atas talian, murid juga berpeluang menyertai program berikut:\n\nBengkel drama dan esei Bahasa Inggeris\nKem percutian eKelas\nBengkel keselamatan Internet dan sesi motivasi\nKlinik peperiksaan\n\nTatacara Penyertaan\nUntuk menyertai pembelajaran atas talian ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web iaitu https://www.ekelas.com.my/.\nKlik butang \u2018Daftar Sekarang.\u2019\nLengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Daftar Akaun.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan emel dan kata laluan.\nIkuti arahan dan mulakan pembelajaran. \n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Maxis eKELAS, sila layari laman web https://www.ekelas.com.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-geografi-tingkatan-2/", "title": "Buku Teks Geografi Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku teks Geografi Tingkatan 2 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tingkatan 3 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nPenggubalan buku teks ini juga bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan PembangunanPendidikan Malaysia (PPPM) 2013 \u2013 2025 yang bertujuan menyediakan murid untuk menghadapi globalisasi berasaskan ilmu pengetahuan abad ke-21.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan Buku Teks Geografi Tingkatan 2 ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Skala dan Jarak \n\nSkala\nJarak\nMenentukan Jarak Sebenar Menggunakan Skala\nMenentukan Jarak Sebenar Berpandukan Skala pada Peta\n\nii) Bab 2 Peta Topografi\n\nMaksud Peta Topografi\nGarisan Timuran dan Garisan Utaraan\nRujukan Grid\nCiri Pandang Darat Fizikal dan Ciri Pandang Darat Budaya\nMentafsir Peta Topografi\n\niii) Bab 3 Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Cuaca dan Iklim\n\nPergerakan Bumi\nPutaran Bumi\nPeredaran Bumi\n\niv) Bab 4 Cuaca dan Iklim di Malaysia\n\nJenis dan Ciri Iklim di Malaysia\nPengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Manusia di Malaysia\nKesan Kegiatan Manusia terhadap Cuaca dan Iklim di Malaysia\nPerubahan Cuaca dan Iklim di Malaysia\n\nv) Bab 5 Pengangkutan di Malaysia\n\nPengangkutan Darat di Malaysia\nPengangkutan Udara dan Air di Malaysia\nPengangkutan Awam di Malaysia\nFaktor-faktor yang Mempengaruhi Jaringan Pengangkutan di Malaysia\nKepentingan Pengangkutan Darat, Udara dan Air di Malaysia\nKepentingan Pengangkutan Awam di Malaysia\nAmalan Pengangkutan Lestari\n\nvi) Bab 6 Telekomunikasi di Malaysia\n\n\n\n\n\nAlat Telekomunikasi di Malaysia\nKemajuan Alat Telekomunikasi di Malaysia\nKepentingan Telekomunikasi di Malaysia\nKesan Telekomunikasi terhadap Pembangunan Negara\nPenggunaan Alat Telekomunikasi Secara Beretika\n\nvii) Bab 7 Kepelbagaian Iklim dan Pengaruhnya terhadap Kegiatan Manusia di Asia\n\nKepelbagaian Iklim di Asia\nCiri Iklim Mengikut Zon di Asia\nZon Iklim Sejuk\nZon Iklim Sejuk Sederhana\nZon Iklim Panas Sederhana\nZon Iklim Panas\n\nviii) Bab 8 Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia\n\nJenis Pengangkutan di Asia\nKemajuan Pengangkutan di Asia\nKesan Pengangkutan terhadap Masyarakat, Ekonomi dan Alam Sekitar di Asia\n\nix) Bab 9 Pemanasan Global \n\nMaksud Pemanasan Global\nFaktor-faktor Pemanasan Global\nKesan-kesan Pemanasan Global\nLangkah-langkah Mengurangkan Kesan Pemanasan Global\n\nx) Bab 10 Teknologi Hijau\n\nKonsep Teknologi Hijau\nCiri-ciri Produk Teknologi Hijau\nContoh Produk Teknologi Hijau\nKepentingan Teknologi Hijau\nAmalan Berkonsepkan Teknologi Hijau\n\nxi) Bab 11 Panduan Kerja Lapangan\n\nPemilihan Isu dan Tajuk\nMenentukan Objektif\nPenentuan Kaedah Kajian\nCara Merekod, Mengumpul dan Menganalisis Data atau Maklumat\nMerumus dan Menulis Laporan Kajian\n\nMuat Turun Buku Teks Geografi Tingkatan 2\nBuku Teks Digital Geografi Tingkatan 2 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBukuTeks-Geografi-Tingkatan-2Download\nSkema Jawapan\nSkema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file di bawah:\nSkema-Jawapan-BukuTeks-Geografi-Tingkatan-2Download\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut :\u00a0http://www.moe-dl.edu.my\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dermasiswa-komputer-riba-anak-anak-veteran-atm/", "title": "Dermasiswa & Komputer Riba Anak-Anak Veteran ATM", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT) menawarkan dermasiswa dan komputer riba kepada anak-anak veteran ATM yang memerlukan.\nYayasan LTAT merupakan yayasan yang ditubuhkan bersama oleh Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad.\nTujuan utama penubuhan yayasan ini ialah untuk mengumpulkan dana dari kalangan Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT untuk ditawarkan sebagai biasiswa atau bantuan pelajaran kepada anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara yang mencapai kejayaan cemerlang di dalam pengajian mereka.\nOleh itu, pemohon boleh membuat permohonan bagi dermasiswa dan komputer riba ini sebelum 15 November 2022 iaitu pada hari Selasa.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan bagi permohonan bantuan-bantuan ini adalah seperti berikut:\ni) Skim Dermasiswa\n\n\n\n\n\nTerbuka kepada anak Veteran ATM.\nMelanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) dan yang setaraf bagi kemasukan Tahun 2022 di 100 Universiti Terbaik Dunia.\n\nii) Sumbangan Komputer Riba\n\nTerbuka kepada anak Veteran ATM yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) di IPTA bagi kemasukan Tahun 2022.\nKemasukan melalui STPM/Matrikulasi atau Asasi.\nTidak pernah menerima sebarang bantuan komputer riba dari mana-mana pihak.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari pautan https://drive.google.com/drive/folders/16vh_M4ftZ-S2eypEKAqG4omJZW6dmXGe?fbclid=IwAR19lgmaraIHQ1Gh5HZ-pgcYTHNrgOVD0qSYHXjSGnCjPIwxj6omE5JA5Yg.\nMuat turun borang permohonan.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nBorang yang telah dilengkapkan beserta dengan dokumen sokongan boleh dihantar dalam format pdf terus ke emel [email\u00a0protected] atau ke pejabat JHEV ATM Cawangan Negeri.\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dihantar bersama adalah seperti berikut:\n\nSalinan Kad Veteran.\nSalinan MyKad Pasangan.\nSalinan MyKad Pelajar (untuk permohonan dermasiswa sahaja).\nSalinan Penyata Gaji/Penyata Pencen Terkini Pemohon.\nSalinan Penyata Gaji Terkini Pasangan (bagi yang bekerja).\nSalinan MyKad Pelajar (anak yang memohon).\nSalinan Surat Tawaran kemasukan ke IPTA.\nSalinan Transkrip Akedemik terkini.\nSalinan Penyata akaun bank atau SSPN Prime (untuk permohonan dermasiswa sahaja).\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Dermasiswa dan Komputer Riba Anak-Anak Veteran ATM ini, sila hubungi En Md Yazit bin Hashim di talian 03-20508017/011-0333099.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ekasih/", "title": "eKasih: Cara Daftar & Semakan Status Pendaftaran", "body": "\n\n\n\n\n\nSistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin dan miskin tegar yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu\u00a0merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.\u00a0\neKasih bukanlah program, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan\u00a0 oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar. \nData eKasih digunakan oleh kementerian atau agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.\nUntuk makluman, sistem ini dibangunkan secara\u00a0in-house\u00a0oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007.\nBermula pada Jun 2008 sistem ini telah digunakan secara sepenuhnya.\nPGK Yang Digunakan\nUntuk menentukan keluarga miskin dan miskin tegar yang layak menerima bantuan, kerajaan merujuk kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap 2 tahun sekali. \nPGK terkini yang digunakan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nKomponen Data\nKomponen data sistem ini yang direkodkan adalah terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu: \n\nButiran KIR dan AIR\nMaklumat Lokasi\nKediaman\nPendidikan\nKemahiran dan Pekerjaan\nPemilikan Harta\nKesihatan\nPendapatan\nBantuan\n\nProses Pendaftaran\nMereka yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berhampiran. \nProses pendaftaran untuk dimasukkan ke dalam sistem ini adalah seperti berikut:\n\nSemakan Status\nMereka yang telah didaftarkan boleh membuat semakan status pendaftaran seperti berikut:\n\nLayari pautan semakan iaitu https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx\nMasukkan no kad pengenalan.\nKlik butang \u2018Klik Untuk Carian.\u2019\nStatus pendaftaran dipaparkan.\n\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai sistem eKasih, sila layari laman web https://ekasih.icu.gov.my/ atau menghubungi pihak PPN mengikut negeri iaitu:\n\nPPN W.P. Kuala Lumpur: 03-40420260/61 \nPPN Selangor: 03-55213600 \nPPN N. Sembilan: 06-7659945 \nPPN Melaka: 06-3333333 \nPPN Johor: 07-2234777 \nPPN Terengganu: 09-6272000 \nPPN Kelantan: 09-7455000 \nPPN Pahang: 09-5178208 \nPPN Perlis: 04-9731976 \nPPN Kedah: 04-7209236 \nPPN Pulau Pinang: 04-2185700 \nPPN Perak: 05-2497400 \nPPN Sabah: 088-484800 \nPPN Sarawak: 082-446582\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jawatan-kosong-guru-takmir-sarawak/", "title": "Permohonan Jawatan Kosong Guru Takmir Negeri Sarawak", "body": "\n\n\n\n\n\nJabatan Agama Islam Sarawak mengalu-alukan inidividu yang berminat untuk mengisi jawatan kosong sebagai guru takmir di negeri tersebut.\nTugas guru takmir ini adalah untuk mengajar mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta agensi Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.\nIndividu yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 31 Mei 2022 iaitu hari Selasa jam 5 petang secara atas talian.\nKadar Elaun\nKadar elaun yang ditawarkan adalah RM100 bagi setiap kelas dan maksimum untuk guru takmir mengajar bagi sebulan adalah 9 kelas.\nLokasi Penempatan\nLokasi penempatan adalah seperti berikut:\ni) Jabatan Penjara Malaysia (JPM)\nLokasi JPMJumlah KekosonganPenjara Puncak Borneo2Penjara Sri Aman2Penjara Sibu2Penjara Limbang2Pusat Koreksional Bintulu 2Penjara Miri2Rumah Perantaraan2Pejabat Parol Daerah Kuching2Pejabat Parol Daerah Miri2Pejabat Parol Daerah Sibu2Pejabat Parol Daerah Bintulu2\nii) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)\n\n\n\n\nLokasi AADKJumlah KekosonganAADK Daerah11PUSPEN Kuching 10 (8 Lelaki & 2 Perempuan)\niii) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)\nLokasi JKMJumlah KekosonganRumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah5 (2 Lelaki & 3 Perempuan)Sekolah Tunas Bakti Kuching4 (4 Lelaki)Sekolah Tunas Bakti (P) Miri3 (3 Perempuan)Taman Sri Putri Kuching3 (3 Perempuan)Asrama Akhlak (P) Kuching4 (4 Perempuan)Asrama Akhlak Kuching (Lelaki)3 (3 Lelaki)Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman5 (5 Lelaki)Desa Bina Diri Kuching2 (2 Lelaki)Rumah Sri Kenangan Sibu2 (2 Lelaki)Rumah Sri Kenangan Kuching2 (2 Lelaki)\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon jawatan guru takmir Negeri Sarawak adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Beragama Islam.Bermastautin di Sarawak.Memiliki tauliah mengajar Agama Islam Negeri Sarawak daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (Bagi yang belum memiliki tauliah, sila buat permohonan melalui laman web https://kiswa.sarawak.gov.my/).Berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 70 tahun.Mempunyai ilmu atau kepakaran berkaitan subjek-subjek yang ditetapkan.Lulus Ujian Kelayakan dan temu duga yang ditetapkan.\nTatacara Permohonan\nJawatan ini boleh dipohon menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe4e8xCDkns8vV7HXVu8R40Pp9I0yntW47uJdLwAlAkhniqfg/viewform.Baca arahan dan klik butang \u201cNext.\u201dLengkapkan maklumat yang ditetapkan dan klik butang \u201cNext\u201d bagi setiap paparan.Klik \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai jawatan kosong guru takmir Negeri Sarawak, sila hubungi:\nBahagian Kemajuan Institusi Masjid, Jabatan Agama Islam Sarawak Aras 13, \u2018Majma\u2019 Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Kuching, Sarawak.No Tel: 082-507106 (Pejabat)/019-8586735 (Pegawai Penyelaras Takmir)E-mel: [email\u00a0protected]\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cara-semak-keputusan-stpm-2021/", "title": "Cara Semak Keputusan STPM 2021 Mulai 18 Ogos 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan mula dikeluarkan mulai 18 Ogos 2022 iaitu pada hari Khamis.\nSTPM ialah peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar\u00a0Malaysia bagi Tingkatan 6 yang dilaksanakan oleh MPM.\nPeperiksaan ini merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.\nPeperiksaan ini diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga negara lain seperti Amerika Syarikat ,Ireland dan Australia. \nCara Mendapatkan Keputusan\n3 cara yang boleh digunakan oleh murid dan ibu bapa untuk mendapatkan keputusan STPM 2021 iaitu:\n1. Melalui sekolah\nCalon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing mulai pukul 12.00 tengah hari pada 18 Ogos 2022 (Khamis).\n2. Dalam Talian\n\n\n\n\nSemakan keputusan peperiksaan boleh secara dalam talian boleh dibuat melalui di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK.\nSemakan boleh dibuat mulai jam 12.00 tengah hari pada 18 Ogos 2022 (Khamis).\n3. Sistem Pesanan Ringkas (SMS)\nSemakan keputusan juga boleh dilakukan melalui SMS dengan menaip:\nSTPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888. \nSistem ini akan diaktifkan mulai jam 11.00 pagi pada 18 Ogos 2022 (Khamis) sehingga jam 12.00 tengah hari pada 28 Ogos 2022 (Ahad)\nMaklumat Lanjut\nLayari laman web MPM iaitu https://www.mpm.edu.my/ mengenai keputusan STPM 2021. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/latihan-praktikal-pelajar-ipta-ipts-sme-corp/", "title": "Permohonan Latihan Praktikal Pelajar IPTA/S SME Corp. Malaysia", "body": "\n\n\n\n\n\nPara pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) dalam atau luar negara yang ingin memohon latihan praktikal bagi melengkapkan pengajian mereka, SME Corp. Malaysia menawarkan latihan praktikal di agensi tersebut selama.\nUntuk pengetahuan, SME Corp. Malaysia merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).\nFungsi agensi ini adalah bagi menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua kementerian dan agensi yang berkaitan. \nSelain itu, ia juga bertindak sebagai pusat rujukan bagi penyelidikan dan penyebaran data berkaitan PKS dan usahawan, serta menyediakan khidmat nasihat untuk PKS dan usahawan di seluruh negara.\u00a0\nPelajar yang berminat untuk memohon latihan praktikal di SME Corp. boleh menghantar permohonan sebelum atau pada 1 Februari 2022.\n\nTempoh Latihan Praktikal\nTempoh latihan praktikal di SME Corp. Malaysia ini adalah minimum selama 3 bulan dan tempoh ini boleh dilanjutkan berdasarkan kepada persetujuan dan arahan daripada pihak kolej universiti.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut:\nPemohon mestilah warganegara Malaysia.Permohonan latihan praktikal ini terbuka kepada pelajar yang mengikuti program Diploma dan Ijazah yang diiktiraf sahaja.Permohonan dibuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPTA/S dalam dan luar negara.Tempoh minimum latihan praktikal ini adalah selama 3 bulan dan sebarang pelanjutan adalah bergantung kepada persetujuan daripada pihak kolej atau universiti yang terlibat.Permohonan hanya akan diproses bagi permohonan yang lengkap dan melalui pautan yang diberikan sahaja. SME Corp. Malaysia berhak menolak sebarang permohonan tanpa mengemukakan sebarang alasan.Pemohon yang tidak menerima maklum balas selama 1 bulan dianggap tidak berjaya.Penempatan bagi latihan praktikal ini adalah seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu: \nLayari laman web https://oaserver.smecorp.gov.my/oa/praktikal.nsf/internship.Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\nSurat permohonan universiti untuk menjalani latihan industri.Salinan kad pengenalan.Salinan kad matrik/pelajar.Salinan transkrip.Resume ringkas beserta gambar.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai latihan industri ini, sila hantar email ke [email\u00a0protected]. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/gelaran-profesional-malaysia/", "title": "Gelaran Profesional di Malaysia: Maksud Ar, Ir, Sr, Ts, Gs", "body": "\n\n\n\n\n\nDi Malaysia, kita mempunyai pelbagai gelaran profesional untuk pelbagai bidang kepakaran yang ada di dalam negara. \nGelaran ini lazimnya diletakkan di awalan nama seseorang, seperti Ir Hashim sekiranya Hashim merupakan seorang Jurutera Profesional yang diiktiraf.\nNamun sebenarnya terdapat banyak gelaran profesional lain yang terdapat di dalam negara antaranya Ar, Ir, Sr, Ts, Gs dan lain-lain lagi.\nOleh itu, mari kita ketahui maksud setiap gelaran professional yang ada di dalam negara.\n\nMaksud Gelaran Profesional\ni) Maksud Ar\nGelaran Ar adalah merupakan singkatan kepada\u00a0Arkitek Profesional.\nDi Malaysia, sebelum anda ingin mendapatkan gelaran ini, anda dikehendaki memiliki tahap kelayakan yang ditetapkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).\nMereka perlu melalui tiga peringkat peperiksaan iaitu LAM Bahagian I, II, dan III untuk melayakkan mereka diiktiraf sebagai arkitek.\nGraduan program Senibina hendaklah mendaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) sebagai graduan Senibina dan mendaftar dengan Institut Arkitek Malaysia (PAM) sebagai ahli siswazah.\nDalam tempoh ini, mereka mesti memperoleh pengalaman kerja 2 tahun yang mana 1 tahun mesti diperolehi di Malaysia dalam amalan Arkitek yang berdaftar dengan LAM.\nApabila mereka sudah bersedia dan telah melengkapkan semua keperluan projek yang ditetapkan oleh LAM dan menyerahkan laporan penilaian, mereka perlu mengambil peperiksaan LAM Bahagian III sebelum menjadi ahli korporat PAM dan Arkitek profesional berdaftar dengan LAM.\nii) Maksud Ir\nGelaran Ir pula merupakan gelaran profesional kepada\u00a0Jurutera Profesional.\nApabila graduan tamat pengajian, seorang jurutera perlu mendaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia untuk menjadi jurutera siswazah.\nMereka kemudiannya dikehendaki menjalani praktikal selama beberapa tahun dengan diawasi oleh jurutera profesional sebelum boleh memohon untuk menduduki Temuduga Profesional (dengan IEM atau The Institution of Engineers Malaysia).\n\n\n\n\nSekiranya lulus, mereka boleh memohon kepada Board of Engineers (BEM) untuk menjadi Jurutera Profesional bagi melayakkan menggunakan gelaran Ir.\niii) Maksud Sr\nGelaran Sr merupakan gelaran bagi seorang\u00a0Juruukur Profesional.\nUntuk mendapatkan gelaran ini, mereka perlu memohon kepada RISM (Royal Institute of Surveyor Malaysia) iaitu pemilik berdaftar tanda perakuan Sr.\nDi dalam Perkara 13 daripada Perlembagaan RISM, mana-mana individu yang berkelayakan sama ada Felo atau ahli RISM berhak untuk menggunakan gelaran Sr sebelum nama mereka.\niv) Maksud Ts\nGelaran Ts merupakan gelaran profesional bagi Juruteknologi Profesional di bawah kawal selia Lembaga Teknologi Malaysia atau Malaysia Board of Technologists (MBOT).\nMereka daripada Juruteknologi Siswazah boleh memohon untuk menjadi Juruteknologi Profesional selepas mendapat pengalaman praktikal yang ditentukan oleh Lembaga Pengarah (minimum 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang teknologi dan teknikal yang berkaitan), membayar yuran yang ditetapkan, serta mematuhi semua kriteria yang ditentukan oleh Lembaga Pengarah.\nv) Maksud GS\nGelaran Gs pula merujuk kepada Geospatial Profesional.\nGelaran ini baru sahaja diwujudkan iaitu sekitar tahun 2016.\nGelaran ini diperkenalkan oleh Institusi Geospatial dan Remote Sensing Malaysia (IGRSM) kepada ahlinya sebagai sebahagian daripada inisiatif IGRSM untuk meningkatkan pengiktirafan terhadap peranan pengamal geospatial dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai gelaran professional ini, sila layari:\n\nAr: https://www.lam.gov.my/\nIr: https://www.myiem.org.my/\nSr: https://rism.org.my/designation-and-prefix\nTs: https://www.mbot.org.my/registration/professional-technologists/\nGs: http://www.igrsm.org/membership.html\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/myjpj/", "title": "MyJPJ: Cara Daftar Lesen Memandu & Roadtax Online", "body": "\n\n\n\n\n\nDah tak perlu lekat sticker roadtax lagi \u2013 JPJ kini laksanakan pendigitalan cukai jalan dan lesen jalan melalui aplikasi MyJPJ!\nProses Pelaksanaan Cukai Jalan & Lesen Memandu Digital MyJPJ\nKementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan mulai 10 Februari 2023, orang ramai tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di kenderaan (roadtax) dan lesen memandu mereka sebaliknya menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi telefon pintar MyJPJ.\nPelaksanaan tindakan ini adalah selaras dengan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras JPJ, iaitu cukai jalan dan\u00a0lesen memandu\u00a0oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.\nOleh itu, peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) di mana \u201csetiap LKM hendaklah dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan yang berkenaan\u201d tidak lagi akan dikuatkuasakan bagi kategori pemilik di bawah fasa pertama.\nPengecualian ini akan diwartakan di bawah kuasa yang diberi kepada Menteri Pengangkutan di bawah Seksyen 127 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.\nPemilik Kenderaan Yang Belum Bersedia\nUntuk pemandu dan pemilik kenderaan yang belum bersedia, mereka masih boleh memperoleh dan mengekalkan amalan memapar pelekat/kertas LKM dan menggunakan kad fizikal LMM dalam tempoh interim.\nBaca juga: MyRailLife: Pas Perjalanan Percuma Setahun Tanpa Had\nKategori Wajib Memaparkan Lesen Memandu & Roadtax\nNamun, terdapat kategori yang masih wajib memaparkan lesen memandu dan roadtax iaitu:\ni) Lesen Memandu\nPemegang Lesen Belajar Memandu (LDL)\nPemegang Lesen Vokasional (PSV/GDL/KON)\nPemegang Lesen Memandu Malaysia Bagi Warganegara Asing\nPemegang Lesen Memandu Negara Luar Oleh Pemandu Warganegara Asing (IDP)\n\n\n\n\nii) Roadtax\nLKM Persendirian Syarikat\nKenderaan Pemilikan Warganegara Asing\nKenderaan Perdagangan Meliputi Kenderaan Barangan Dan Kenderaan Perkhidmatan Awam\nCara Daftar MyJPJ\nUntuk mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n1. Muat turun aplikasi ini di\n\nApple App Store \nGoogle Play Store \n\n\n2. \u00a0Klik \u201cDaftar Akaun Baharu\u201d\n\n3. Masukkan nombor MyKad.\n\n4. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.\n\n5. Tetapkan kata laluan\n\n6. Aplikasi sudah boleh diakses dan digunakan.\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai MyJPJ, layari laman web https://www.mot.gov.my/my/Kenyataan%20Media/Tahun%202023/Media%20Release%20BM%20-%20Pendigitalan%20lesen%20kenderaan%20(JPJ)%2010%20Feb%202023%20.pdf\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/al-syahadah-al-ulya-ulul-albab-2023/", "title": "Kemasukan Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab (SUUA) Ting 4 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid lepasan Tingkatan Tiga (3) bagi tahun 2022 untuk memohon program yang ditawarkan bagi ambilan 2023 Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab.\nAl-Syahadah al-Ulya Ulul Albab merupakan penggabungan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dengan Program Ulul Albab yang menawarkan pengajian turath bagi murid-murid aliran sains tulen pada peringkat menengah atas.\nMatlamat penawaran pakej mata pelajaran al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab adalah sebagai nilai tambah kepada pengenalan asas pengajian turath disamping penguasaan hafazan 30 juzuk bagi murid-murid aliran sains tulen.\nPelaksanaan al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab merupakan usaha KPM untuk memberi peluang kepada murid-murid cemerlang menggabung jalin ilmu agama dan ilmu sains secara holistik yang menyatukan sains revelational (ilmu Naqli) dan sains rasional (ilmu \u2018Aqli) bagi melahirkan generasi ulama yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang mengikut acuan Malaysia yang menghayati konsep Maqasid Syariah.\n\nLokasi Pengajian\nLokasi pengajian adalah di:\nSekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut,Kompleks Sekolah Menengah Imtiaz,Yayasan Terengganu Besut & Kota Putra,22200 Besut Terengganu.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan seperti yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia.\nKeutamaan kepada murid yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) KPM dari sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah-sekolah Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Yayasan Negeri dan sekolah-sekolah swasta yang berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Swasta atau Pihak Berkuasa agamaNegeri (PBAN).\nPemilihan permohonan akan dinilai berdasarkan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan (PAJSK).\nPemohon memperoleh sekurang-kurangnya 6 mata pelajaran mencapai Tahap Penguasaan 5 (TP5) termasuk mata pelajaran:\u2013 Bahasa Melayu\u2013 Matematik\u2013 Sains\u2013 Pendidikan Islam/Usul al-Din/ al- Syariah\u2013 Bahasa Arab/al-Lughah al-Arabiah al-Muasirah\nPemohon telah menguasai hafazan al-Quran sekurang-kurangnya 20 juzuk yang diperakukan oleh pihak sekolah.\n\nCara Membuat Permohonan\nPermohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web https://ytklik.terengganu.gov.my mulai 19 Januari 2023 (Khamis).\nTemu Duga Kemasukan\nPemohon akan melalui proses temu duga terpilih dengan bidang yang akan diuji dalam ujian temu duga adalah seperti berikut:\u2013 Bahasa Arab\u2013 Hafazan Al-Quran\u2013 Pengetahuan Am.\nSemakan berkaitan temu duga adalah seperti maklumat yang berikut:\n\nMaklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan melalui laman sesawang https://ytklik.terengganu.gov.my\nPemohon yang berjaya dalam temu duga al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab boleh menyemak keputusan temu duga melalui laman sesawang https://ytklik.terengganu.gov.my.\n\nMaklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan melalui laman web terbabit mulai 1 Mac 2023.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/iklan-pengambilan-murid-al-syahadah-al-ulya-ulul-albab-tingkatan-empat-4-ambilan-tahun-2023.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-top-glove-foundation-2022/", "title": "Permohonan Biasiswa Top Glove Foundation 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar prasiswazah dan pasca siswazah yang sedang melanjutkan pengajian di IPT dan berminat untuk mendapatkan biasiswa, mereka boleh membuat permohonan menerusi Biasiswa Top Glove Foundation 2022.\nUntuk makluman, Yayasan Top Glove telah diwujudkan secara rasmi pada 14 Jun 2009 dengan tujuan untuk menyediakan dana bagi tujuan amal, pendidikan dan aktiviti berkaitan alam sekitar dan komuniti.\nSalah satu dana yang disediakan di bawah pendidikan adalah Biasiswa Top Glove Foundation yang menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan yang mengikuti kursus ijazah sepenuh masa iaitu prasiswazah dan pasca siswazah di universiti awam tempatan.\nPermohonan biasiswa ini boleh dibuat secara atas talian sehingga 31 Mei 2022.\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nKejuruteraan/SainsKejuruteraan MekatronikKejuruteraan MekanikalKejuruteraan KimiaKejuruteraan PembuatanKejuruteraan Elektrik dan ElektronikKejuruteraan AwamKimia/Bio Kimia/Fizik/MatematikSains Polimer/Sains GunaanPengurusan perniagaanPerakaunan, Perdagangan dan KewanganStatistik/MatematikPemasaran/E-DagangEkonomiSains dan Teknologi KomputerSumber ManusiaPentadbiran/Pengurusan Perniagaan\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.Telah diterima masuk di mana-mana universiti awam dalam negara.Pemohon tidak memegang biasiswa/pinjaman lain daripada mana-mana perbadanan atau badan kerajaan lain.Pemohon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum atau sukan serta mempunyai bakat kepimpinan yang baik.Pemohon mestilah dalam keadaan sihat dan fizikal yang tegapPemohon mestilah mendapat keputusan akademik yang baik:\u2013 9A dalam SPM di dalam mata pelajaran yang berkaitan.\u2013 Mendapat CGPA 3.5 dan ke atas di peringkat Matrikulasi/STPM/Asasi/A-Levels \nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nMuat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1eqi2w9FHS7r_QMJg-ou8Xo5pRKZfKK48/view?fbclid=IwAR36Hu6Mmk78kv7fxxoXvstAtwmUzmDz51tjQ-C1e32ljy6OGbaxL_lsM30.Isi borang permohonan dengan lengkap.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar ke semua dokumen ke alamat berikut:Level 21, Top Glove Tower,16, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam,Seksyen U13,40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nGambar berukuran passport.Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).Salinan sijil akademik, kokurikulum, dan transkrip.Salinan sijil pencapaian akademik/anugerah.Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti.Testimoni (jika ada).\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Top Glove Foundation 2022, sila hubungi Yayasan Top Glove di talian 03-3362 3098.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ptts-2-0/", "title": "PTTS 2.0: Pelaksanaan Program Transisi Tahun 1 Selama 4 Minggu", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan murid yang bakal memulakan persekolahan Tahun 1 sesi 2022/2023 akan menyertai Program Transisi Tahun 1 2.0 (PTTS 2.0). \nUntuk makluman, PTTS 2.0 dilaksanakan setelah mengambil kira murid prasekolah telah mengikuti pembelajaran selama 2 bulan pada tahun 2022 berikutan pelanjutan sesi persekolahan tahun 2021.\nLangkah ini adalah untuk memastikan murid bersedia sepenuhnya untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dari aspek sosioemosi, jasmani, dan tahap penguasaan perkembangan kognitif. \nOleh itu, ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal memulakan sesi persekolahan Tahun 1 sesi 2022/2023 diharap dapat mengambil tanggungjawab dan peranan sepanjang pelaksanaan program ini. \nObjektif PTTS 2.0\nObjektif pelaksanaan PTTS 2.0 adalah bertujuan untuk:\nMembantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau tadika kepada pendidikan formal di Tahun 1.Membantu murid menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri dalam pembelajaran seterusnya. Memberi penekanan dalam aspek sosio emosi, kognitif, dan jasmani yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, dan nilai.Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.Membantu murid mengurus diri sendiri.Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dana interaksi sosial serta penyediaan untuk pembelajaran seterusnya. \nPelaksanaan PTTS 2.0\nPelaksanaan program ini akan dilaksanakan 4 minggu pertama persekolahan melibatkan 2 fasa iaitu:\ni) Fasa penyesuaian\n\n\n\n\nFasa ini dilaksanakan selama 2 minggu mengikut peruntukan waktu sehari yang ditetapkan. Fasi ini merangkumi aktiviti suai kenal, aktiviti fizikal, aktiviti rutin, aktiviti pembelajaran, perbualan awal dan rehat.Pelaksanaan ini melibatkan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid.\nii) Fasa Kesediaan\nPelaksanaan fasa ini adalah selama 2 minggu mengikut jaduan Tahun 1.Pelaksanaan adalah melibatkan pelaksanakan oleh guru mata pelajaran.Guru memilih tema mengikut minat, latar belakang dan persekitaran murid Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan tahap kesediaan murid dan kreativiti guru.Guru melaksanakan pelbagai kaedah PBD.Guru akan memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembelajaran seterusnya.\nPeranan & Tanggungjawab\nTerdapat 3 pihak iaitu pentadbir, guru dan ibu bapa yang perlu memainkan peranan dan tanggungjawab dalam PTTS 2.0 seperti berikut:\ni) Pentadbir\nMemahami konsep.Merancang dan menyelaras pelaksanaan.Mengenal pasti guru.Bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)/Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).Mengadakan taklimat kepada guru dan ibu bapa.Merancang, melaksanakan pemantauan dan penilaian program di peringkat sekolah.Memastikan kelancaran program.Memberi sokongan dan bimbingan kepada guru.Memastikan Prosedur Pengendalian Standard (SOP) semasa sentiasa dipatuhi.\nii) Guru\nMemahami konsep dan pelaksanaan program.Mengadakan perbincangan dan merancang pelaksanaan program dengan guru lain yang terlibat.Melaksanakan fasa penyesuaian selama dua minggu.Melaksanakan fasa kesediaan selama dua minggu juga.Mengetahui tahap perkembangan dan kepelbagaian murid bagi membantu mereka mengikuti pembelajaran seterusnya.Melaksanakan pentaksiran berdasarkan senarai semak kesediaan murid semasa fasa penyesuaian.Melaksanakan pentaksiran bilik darjah semasa fasa kesediaan.Menyediakan pelbagai aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.Memastikan murid dapat menguasai literasi dan numerasi asas.Memastikan SOP semasa sentiasa dipatuhi.\niii) Ibu bapa\nMenyediakan anak dari aspek mental, sosioemosi dan fizikal.Menghubungi guru untuk mengetahui perkembangan anak mereka.Memastikan kelengkapan pembelajaran.Memerhati tingkah laku, perkembangan dan pembelajaran anak.Membantu meningkatkan keyakinan anak dalam pembelajaran.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai PTTS 2.0, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ppals-maik/", "title": "Permohonan PPALS: Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM MAIK", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Agama Islam Kelantan (MAIK) kini mengalu-alukan pelajar-pelajar asnaf yang melanjutkan pengajiaan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk memohon Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM (PPALS).\nPPALS merupakan program utamabagi Unit Tajaan Pendidikan MAIK yang melibatkan pembiayaan dan penajaan pelajar-pelajar asnaf negeri Kelantan melanjutkan pengajiaan ke IPT yang terpilih sejak tahun 2012.\nProgram ini terbahagi kepada 2 program iaitu:\nProgram Biasiswa Perintis Luar Negara (BPLN) MAIKProgram Biasiswa Professional Perakaunan (BPP) MAIK\nPermohonan telah dibuka bermula April secara atas talian dan tarikh tutup dimaklumkan nanti.\n\nMengenai BPLN MAIK\nBPLN MAIK ialah program penajaan kepada pelajar asnaf di Negeri Kelantan bagi mengikuti pengajian di peringkat ljazah Pertama di United Kingdom.\nMenerusi penajaan ini, pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan (A-Level) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat ljazah Pertama di negara berkenaan.\nMengenai BPP MAIK\nBPP MAIK merupakan program biasiswa tajaan dalam membantu asnaf di negeri Kelantan yang berkelayakan dalam memperoleh pendidikan professional untuk mereka gunakan dalam mencari pekerjaan dan keluar daripada kelompok kemiskinan.\nObjektif lain program ini adalah membantu meningkatkan bilangan professional di dalam bidang perakaunan daripada kalangan bangsa Melayu dan terutamanya dari Negeri Kelantan.\n\n\n\n\nSyarat Umum\nSyarat umum permohonan bagi program tersebut adalah seperti berikut:\ni) BPLN MAIK\nPemohon merupakan Warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Negeri Kelantan.Terdiri daripada asnaf yang layak menerima zakat.Melepas had kifayah yang ditetapkan oleh MAIK.Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja yang lain.Mempunyai kesihatan yang baik.Mendapat sekurang-kurangnya SPM 9A dan ke atas.\nii) BPP MAIK\nPemohon merupakan Warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Negeri Kelantan.Terbuka kepada semua lepasan SPM.Terdiri daripada asnaf yang layak menerima zakat.Melepas had kifayah yang ditetapkan oleh MAIK.Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja yang lain.Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.\nSyarat Khusus\nSelain syarat umum, pemohon yang ingin memohon BPLN MAIK perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu mengikuti pengajian A-Level selama 2 tahun dan bagi Ijazah Luar Negara, syarat khusus adalah berdasarkan bidang dan surat tawaran.\nUntuk permohonan BPP MAIK, syarat khusus yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nLulus Certified Accounting Technician (CAT)/ACCA Foundation in Accountacy (ACCA FIA) atau lulus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan dengan minimum PNGK 3.00.Maksimum pengajian terhad kepada 4 tahun sahaja.Denda akan dikenakan ke atas pelajar sekiranya didapati gagal menepati syarat yang ditetapkan oleh MAIK.\nCara Memohon\nPemohon boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari portal permohonan iaitu\u00a0http://eagihan.e-maik.my/.Pilih jenis bantuan dan isi no kad pengenalan dengan lengkap.Klik butang \u2018Semak Kelayakan.\u2019Isi jumlah pendapatan ibu dan bapa pemohon dan klik butang \u2018Semak.\u2019Lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan.Ikuti arahan dan muat naik dokumen yang diperlukan.Semak dan hantar permohonan tersebut.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai PPALS, sila layari laman web MAIK iaitu https://www.e-maik.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pensyarah-tasmi-jemputan-darul-quran-2022/", "title": "Tawaran Pensyarah Tasmi\u2019 Jemputan Darul Quran 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nDarul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berminat untuk menjadi Pensyarah Tasmi\u2019 Jemputan di institusi pengajian tersebut. \nUntuk makluman, Darul Quran JAKIM merupakan institusi pengajian Al-Quran di Malaysia di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj pada tahun 1966.\nPada awal penubuhannnya, pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.\nPada tahun 1997, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran dan ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor pada\u00a01 November 1998.\nPermohonan tawaran jawatan ini dibuka sehinga 31 Oktober 2022. \n\nTempoh Perkhidmatan & Waktu Bekerja\nTempoh perkhidmatan yang ditawarkan adalah tidak melebihi satu semester (16 minggu pengajian), namun jika terdapat keperluan perkhidmatan akan dilanjutkan lagi perkhidmatan bagi semester berikutnya.\nWaktu bekerja adalah pada hari Isnin hingga Jumaat, bermula 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi.\n\n\n\n\nDeskripsi Tugas\nDeskripsi tuga bagi lantikan pensyarah ini adalah seperti berikut:\nMemastikan setiap pelajar mengikuti kelas tasmi\u2019 bermula jam 8.00 hingga 10.00 pagi pada setiap hari pengajian.Melaksanakan talaqqi, tasmi\u2019 serta mentahqiq hafazan al-Quran bagi setiap pelajar kelas masing-masing (Isnin hingga Khamis) dan program i\u2019adah pada setiap hari Jumaat.Merekod kehadiran pelajar dan menyediakan laporan tasmi\u2019 pelajar dalam buku rekod hafazan.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Berumur 21 tahun dan ke atas.Sihat tubuh badan.Memiliki kelulusan akademik dari Universiti Awam/IPTS, dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia seperti berikut:\u2013 Ijazah dalam bidang Tahfiz Al-Quran; atau\u2013 Ijazah dalam bidang Pengajian Islam serta Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran.Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.\nTatacara Permohonan\nPemohon yang ingin memohon perlu mengemukakan surat permohonan perjawatan dan resume yang ditujukan kepada emel [email\u00a0protected] atau ke alamat:\nPengarah,Darul Quran JAKIM,Jalan Hamzah, Ampang Pecah,44000 Kuala Kubu Bharu,Selangor Darul Ehsan.(u.p.: Ketua Jabatan Pengajian Tahfiz)\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai tawaran Pensyarah Tasmi\u2019 Jemputan ini, sila layari laman web https://www.darulquran.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dermasiswa-sultan-ismail-petra-dsip/", "title": "Permohonan DSIP 2023: Dermasiswa Sultan Ismail Petra MAIK", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar anak Kelantan yang menyambung pengajian di luar negara kini boleh memohon Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).\nDSIP atau dahulunya dikenali sebagai Bantuan Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara merupakan bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberikan berdasarkan permohonan pelajar setiap tahun dalam membantu anak-anak Kelantan di dalam pengajian di beberapa Institut Pengajian Tinggi (IPT) luar negara dalam pelbagai bidang yang bermanfaat terutamanya bidang Pengajian Islam.\nOleh itu, pelajar anak Kelantan yang berminat boleh membuat permohonan pada tahun 1 Januari 2023.\n\nSyarat Umum\nSyarat umum yang mesti dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\n\nPemohon merupakan warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Kelantan.\nTerdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.\nMelepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.\nTidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.\nJumlah pendapatan ibu bapa adalah RM8,000 ke bawah sahaja sebulan.\n\nSyarat Khusus\nPemohon juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:\ni) Pemohon Tahun Pertama\n\n\n\n\n\nPemohon layak memohon berdasarkan surat tawaran yang telah disahkan.\n\nii) Pemohon Tahun Kedua\n\nPengajian di Mesir: Makbul (Lulus) dan layak menyambung pengajian ke tahun akhir.\nPengajian di lain-lain negara: Minima PNGK 3.0 dan layak menyambung pengajian ke tahun berikutnya.\n\niii) Syarat Tambahan\n\nMaksimum bantuan 5 kali sahaja bagi pelajar yang menuntut di Mesir.\nBagi peringkat kemahiran Bahasa Arab lughah, maksimum sekali sahaja sepanjang pengajian.\n\nCara Memohon\nPermohonan dermasiswa ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari portal permohonan iaitu http://eagihan.e-maik.my/.\nPilih jenis bantuan dan masukkan no kad pengenalan.\nKlik butang \u2018Semak Kelayakan.\u2019\nMasukkan jumlah pendapatan ibu dan bapa pemohon dan klik butang \u2018Semak.\u2019\nLengkapkan permohonan dan hantar.\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai DSIP MAIK, sila hubungi Unit Pendidikan MAIK di talian 09-7421519 atau email ke [email\u00a0protected]. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-bumiputera-program-acca-uow-malaysia-kdu/", "title": "Permohonan Biasiswa Bumiputera Program ACCA UOW Malaysia KDU", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu Bumiputera yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam Program Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di UOW Malaysia KDU boleh mendapatkan biasiswa daripada Yayasan Peneraju. \nACCA adalah salah satu dari badan perakaunan yang mana untuk menjadi akauntan professional, seseorang individu perlu menjadi ahli kepada badan akauntan professional seperti ACCA.\nBagi individu yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam program ini dan memperoleh biasiswa tersebut, permohonan perlu dibuat sebelum 31 Oktober 2022.\n\nKategori Biasiswa\nTerdapat 2 kategori biasiswa yang ditawarkan iaitu:\nPeneraju Profesional Akauntan Muda Kategori B (ACCA)Peneraju Profesional Akauntan Siswazah (ACCA)\nPembiayaan Biasiswa\nBiasiswa yang diperoleh akan meliputi pembiayaan berikut:\nYuran PengajianYuran Peperiksaan Yuran Pendaftaran Yuran Langganan TahunanYuran PenginapanElaun\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\ni) Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori B (ACCA)\nBerumur 22 tahun dan ke bawah.Mempunyai kelayakan CAT/FIA (purata markah min 65%) atau pemegang Diploma dengan minima CGPA 3.0.\nii) Peneraju Profesional Akauntan Siswazah (ACCA)\nBerumur 25 tahun dan ke bawah.Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan minima CGPA 3.0.\nTatacara Memohon\nPemohon boleh membuat permohonan menerusi tatacara berikut:\nLayari laman web https://www.accakdu.edu.my/yayasansponsorship/.Klik butang \u201cRegister Here.\u201dIsi semua maklumat yang diperlukan.Muat naik dokumen sokongan.Klik butang \u201cSumbit\u201d untuk menghantar permohonan.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:\nSalinan Kad Pengenalan Malaysia (pemohon).Salinan Kad Pengenalan Malaysia (kedua-dua ibu bapa/penjaga).Salinan Sijil Kelahiran (pemohon).Salinan Sijil Lahir (kedua-dua ibu bapa/penjaga).Salinan Dokumen Akademik (dari SPM dan seterusnya).Penyata Gaji (kedua-dua ibu bapa/penjaga).Borang Pengesahan Pendapatan/Tidak Bekerja/LHDN atau sebarang dokumen sokongan untuk ibu bapa. dan/atau penjaga yang menganggur.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai biasiswa Bumiputera Program ACCA UOW Malaysia KDU, sila layari laman web https://www.accakdu.edu.my/yayasansponsorship/. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-mybrainsc-kpt/", "title": "Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT Tahun 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Ijazah secara sepenuh masa dalam bidang Sains Tulen, permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT telah dibuka. \nUntuk makluman, Biasiswa MyBrainSc ialah salah satu agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai\u00a0Nobel Laureate.\nObjektif biasiswa ini diperkenalkan adalah untuk:\n\nMelahirkan tenaga pengajar dalam bidang sains tulen yang mencukupi bagi menampung keperluan Universiti Awam (UA).\nMenggalakkan pelajar cemerlang menceburi bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan berkepakaran tinggi.\nMelahirkan saintis rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dan layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti\u00a0Nobel Laureate.\nMenjadikan Malaysia sebagai sebuah hub kecemerlangan pendidikan (center of academic excellence) di pentas dunia dan seterusnya mencapai status pendidikan bertaraf dunia.\n\nPermohonan secara atas talian dibuka mulai 1 April 2023 sehingga 30 April 2023 secara atas talian.\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\nFizik\nKimia \nBiologi \nMatematik\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon biasiswa ini adalah mengikut peringkat pengajian iaitu:\ni) Kedoktoran (PhD)\n\nCalon adalah warganegara Malaysia.\nCalon berumur tidak melebihi\u00a035 tahun pada 1 Januari 2024.\nCalon telah mendapat\u00a0keputusan cemerlang di peringkat Sarjana dan sekurang-kurangnya PNGK 3.75 di peringkat Ijazah Pertama dan ke atas atau Kelas Pertama atau setara dengannya dalam bidang sains tulen.\nCalon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.\nCalon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini.\nCalon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana akan dipertimbangkan namun mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa.\nCalon yang\u00a0sedang mengikuti pengajian Ph.D\u00a0atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara akan dipertimbangkan berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.\n\nii) Sarjana\n\n\n\n\n\nCalon adalah warganegara Malaysia.\nCalon berumur tidak melebihi\u00a028 tahun pada 1 Januari 2023.\nCalon telah mendapat\u00a0keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan penuh.\nCalon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini.\nCalon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini.\nMod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa.\nCalon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.\n\niii) Ijazah Pertama\n\nCalon adalah warganegara Malaysia.\nUmur calon tidak melebihi\u00a021 tahun pada 1 Januari 2024.\nCalon memperolehi sekurang-kurangnya\u00a0PNGK 3.60\u00a0dan ke atas di peringkat Asasi Sains/ Matrikulasi/ STPM/ Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4A dalam A Level.\nPelajar-pelajar yang berada di\u00a0semester akhir di peringkat Asassi Sains/ Matrikulasi/ STPM/Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 IB Diploma dan A-Level.\nPelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa/ tajaan/ ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.\n\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan biasiswa ini boleh diikuti melalui langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web iaitu https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/.\nKlik bahagian \u2018Log Masuk.\u2019\nKlik bahagian \u2018Daftar Baharu.\u2019\nMasukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nSemak kelayakan terlebih dahulu.\nIsi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nHantar permohonan tersebut. \n\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\ni) Kedoktoran (PhD)\n\nKad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).\nGambar berukuran passport.\nSlip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\nTranskrip penuh Ijazah Pertama.\nSkrol Ijazah Sarjana.\nKertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.\nSurat Tawaran Universiti (jika ada)\nWalau bagaimanapun, sekiranya transkrip pemohon dari universiti luar negara tidak menggunakan PNGK, pemohon perlu mengemukakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh alma mater pemohon yang menerangkan gred universiti dan dokumen ini mestilah disahkan.\n\nii) Sarjana\n\nKad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).\nGambar berukuran passport.\nSlip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\nTranskrip penuh Ijazah Pertama.\nKertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.\nSurat Tawaran Universiti (jika ada).\n\niii) Ijazah Pertama\n\nKad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).\nGambar berukuran passport.\nSlip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\nTranskrip penuh Asasi/ Matrikulasi/STPM/ IB/ A-level/ Diploma/ SAT.\nSurat Tawaran Universiti (jika ada).\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Biasiswa MyBrainSc KPT 2023, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/ atau menghubungi 03-88881616 (ext 3).\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cuti-penggal-1-kpm/", "title": "Tarikh Cuti Penggal 1 Persekolahan KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk perhatian ibu bapa dan guru, tarikh cuti penggal 1 bagi sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula mulai 26 Mei 2023.\nSebelum ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim penuh sesi persekolahan dan cuti sekolah bagi kalendar akademik sesi 2023/2024 untuk rujukan para ibu bapa dan guru.\nTakwim tersebut dikeluarkan sebagai rujukan kepada para ibu bapa dan guru bagi sesi persekolahan tahun ini.\n\nNegeri Kumpulan\nPenentuan tarikh bagi sesi persekolahan dan kalendar akademik dibahagikan mengikut 2 negeri kumpulan iaitu:\ni) Negeri Kumpulan A\n\nTerengganu\nKelantan\nJohor\nKedah\n\nii) Negeri Kumpulan B\n\nNegeri Sembilan\nMelaka\nPerlis\nPahang\nPerak \nPulau Pinang\nSabah\nSarawak\nSelangor\nWilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nWilayah Persekutuan Putrajaya\nWilayah Persekutuan Labuan\n\nTarikh Cuti Penggal 1\nTarikh cuti penggal pertama bagi sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 26 Mei 2023 sehingga 3 Jun 2023 di negeri kumpulan A. \nTarikh mula dan akhir cuti persekolahan serta jumlah hari boleh dirujuk melalui butiran di bawah:\n\n\n\n\n\nUntuk negeri kumpulan B pula, tarikh sesi cuti penggal 1 seperti yang ditetapkan adalah pada 27 Mei 2023 sehingga 4 Jun 2023.\nPerincian tarikh mula dan akhir cuti persekolahan serta jumlah hari boleh dirujuk melalui butiran di bawah:\n\nCuti Perayaan 2023 / 2024\nKPM juga memaklumkan terdapat juga cuti perayaan yang telah diperuntukkan bagi Kumpulan A dan Kumpulan B.\nCuti perayaan yang terlibat adalah seperti berikut:\n\nHari Raya Aidilfitri\nHari Gawai Dayak\nHari Deepavali\nTahun Baru Cina \n\nButiran penambahan cuti perayaan mengikuti negeri kumpulan adalah seperti berikut:\n\nMaklumat Lanjut Cuti Penggal 1\nUntuk maklumat lanjut mengenai cuti penggal 1 bagi sesi akademik 2023/2024, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyata\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bakipt-bantuan-awal-kemasukan-ke-ipt/", "title": "BAKIPT 2023: Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT Kedah RM300", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak-anak Negeri Kedah yang berjaya memasuki ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berpeluang untuk mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri Kedah menerusi Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT) bagi sesi kemasukan Januari hingga Jun 2023. \nOleh itu, pelajar baharu yang memasuki IPT pada tahun ini dialu-alukan untuk memohon dan permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian mulai 1 Julai 2023 sehingga 31 Oktober 2023 untuk semester pertama kemasukan baharu iaitu Julai 2023 hingga November 2023.\nPengenalan BAKIPT\niBAKIPT merupakan bantuan awal kemasukan yang disediakan buat anak-anak Negeri Kedah yang berjaya melanjutkan pengajian mereka ke IPT. \n\nKadar Bantuan BAKIPT\nKadar bantuan bagi pelajar yang layak menerima bantuan ini adalah RM300.\nSyarat Kelayakan iBAKIPT\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPemohon lahir di Negeri Kedah dan bermastautin serta menetap di Negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran IPT).\nPendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah dan bilangan anak adalah seperti berikut:\u2013 RM3,000.00 dan ke bawah: Tiada syarat bilangan anak.\u2013 RM3,001.00 hingga RM6,000.00: Mempunyai 3 orang anak (selain pemohon) berumur 21 tahun dan ke bawah sahaja.\nPermohonan dibuka bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bagi semester pertama kemasukan baharu 2023 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.\nPemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT dalam negara atau luar negara (bidang pengajian diiktiraf oleh\u00a0Malaysian Qualification Agency).\nPemohon hendaklah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian atau mengemukakan resit bayaran/Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk IPT.\nPermohonan hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.\n\nKategori Tidak Layak Memohon\nPemohon berikut tidak layak untuk membuat permohonan:\n\nPelajar Sijil/Asasi/Matrikulasi/Foundation\nPelajar Pasca-Siswazah (Sarjana/Master/Ph.D)\nPelajar separuh masa\nPelajar luar kampus\nPelajar di Institusi Perguruan (IPG)\nPelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan\nPelajar di bawah latihan separa perubatan di Kolej Perubatan/Kolej Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)\n\nTatacara Permohonan BAKIPT 2023\nTatacara permohonan boleh dirujuk melalui langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt.\nKlik bahagian \u2018Daftar Pengguna Baru.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.\nPergi ke menu \u2018Perkhidmatan\u2019 dan klik butang \u2018BAIKPT.\u2019\nIsi maklumat permohonan yang diperlukan.\nMuat naik dokumen sokongan.\nHantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\n\nSalinan Kad Pengenalan Pemohon.\nSalinan Slip Gaji/Penyata Pencen Ibu/Bapa/Penjaga/Waris atau Borang Pengesahan Pendapatan.\nSalinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi.\nSalinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian.\nSalinan Akaun Bank/Penyata Bank.\nBorang Pengesahan Tempat Tinggal oleh Penghulu Mukim (bagi pemohon yang tinggal di kawasan bersempadan dengan negeri Perlis, Perak dan\u00a0Pulau Pinang sahaja).\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Penajaan (BAKIPT) di talian 04 702 7272/04 702 7297 atau email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-aswara/", "title": "Permohonan Kemasukan ASWARA Sesi 2023/2024", "body": "\n\n\n\n\n\nAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah membuka permohonan kemasukan kepada pelajar baharu yang berminat untuk menyambung pengajian mereka di institusi ini bagi sesi akademik 2023/2024.\nASWARA merupakan satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.\nInstitusi ini telah ditubuhkan pada tahun 1994 dengan dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) sebelum ditukar kepada ASWARA pada 1 Ogos 2006.\nOleh itu, pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang seni budaya dan warisan boleh membuat permohonan kemasukan sebelum 14 Julai 2023 bagi Asasi Seni Kreatif, 4 Ogos 2023 bagi Ijazah Sarjana dan Kedoktoran dan 18 Ogos 2023 bagi Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.\n\nProgram Yang Ditawarkan\nProgram yang ditawarkan di institusi ini adalah seperti berikut:\ni) Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif\n\nAsasi Seni Kreatif\u00a0(Sepenuh Masa)\n\nii) Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem\n\nDiploma Penulisan Kreatif\u00a0(Sepenuh Masa)\nDiploma Filem dan Video\u00a0(Sepenuh Masa)\nIjazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Kreatif)\u00a0(Sepenuh Masa)\nIjazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Filem dan Televisyen)\u00a0(Sepenuh Masa)\nIjazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Pengarahan)\u00a0(Sepenuh Masa)\nIjazah Sarjana Muda Filem dan Video dengan Kepujian (Sinematografi)\u00a0(Sepenuh Masa)\nIjazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen dengan Kepujian\u00a0(Sepenuh Masa)\nIjazah Sarjana Kreatif\nIjazah Kedoktoran Seni Kreatif\n\niii) Fakulti Animasi dan Multimedia\n\nDiploma Animasi\u00a0(Sepenuh Masa)\nIjazah Sarjana Muda Animasi dengan Kepujian\u00a0(Sepenuh Masa)\nIjazah Sarjana Muda Seni Permainan Digital dengan Kepujian\u00a0(Sepenuh Masa)\n\niv) Fakulti Muzik\n\nDiploma Seni Muzik\u00a0(Sepenuh Masa)\nIjazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Persembahan)\u00a0(Sepenuh Masa)\nIjazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Komposisi dan Gubahan)\u00a0(Sepenuh Masa)\nIjazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian (Produksi Audio)\u00a0(Sepenuh Masa)\n\nv) Fakulti Seni Halus\n\nDiploma Rekaan Komunikasi Visual\u00a0(Sepenuh Masa)\nDiploma Seni Halus\u00a0(Sepenuh Masa)\nIjazah Sarjana Seni Reka Visual dengan Kepujian\u00a0(Sepenuh Masa)\n\nvi) Fakulti Teater\n\n\n\n\n\nDiploma Teater (Sepenuh Masa)\nIjazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Lakonan)\u00a0(Sepenuh Masa)\nIjazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Pengarahan)\u00a0(Sepenuh Masa)\nIjazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Sinografi)\u00a0(Sepenuh Masa)\n\nvii) Fakulti Tari\n\nDiploma Seni Tari\u00a0(Sepenuh Masa)\nIjazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Persembahan)\u00a0(Sepenuh Masa)\nIjazah Sarjana Muda Tari dengan Kepujian (Koreografi)\u00a0(Sepenuh Masa)\n\nviii) Fakulti Pengurusan Seni, Budaya dan Warisan\n\nIjazah Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya dengan Kepujian\u00a0(Sepenuh Masa)\n\nSyarat Am Kemasukan\nSyarat am kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut mengikut peringkat pengajian:\ni) Asasi\n\nLulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; atau\nLulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; atau\nLulus O-LEVEL dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam 5 mata pelajaran; atau\nKelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA); dan\nLulus temu duga yang telah ditetapkan oleh ASWARA.\n\nii) Diploma\n\nWarganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai Kad Pengenalan/MyKad sahaja; dan\nLulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam 3 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah; atau\nMemiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan melepasi Kesetaraan SVM dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut:\u2013 Kepujian Bahasa Melayu 1104\u2013 PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00\u2013 PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67\u2013 Kompeten semua modul vokasional; dan\u2013 Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013-2016); atau\nLulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan; Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran dan melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau\nLulus Sijil Kolej Komuniti (SKK) yang setara Tahap 3 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dalam bidang berkaitan dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang- kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran dan; Melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); atau\nLulus Sijil Tahap 3 Malaysian Qualification Framework (MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau\nLulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00), dalam 1 mata pelajaran; atau\nLulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan pangkat Maqbul; atau\nMelalui Kemasukan APEL dan Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualification Agency (MQA); dan\nMempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon; dan\nLulus temuduga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA.\n\niii) Ijazah Sarjana Muda\n\nLulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau\nLulus Asasi Seni Kreatif ASWARA atau Matrikulasi/Foundation/Asasi dari mana-mana UA/IPTS dengan mendapatkan PNGK 2.00; atau\nDiploma ASWARA atau Diploma Lain Tahap 4 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf; atau\nDiploma Vokasional Malaysia (DVM) dan melepasi kesetaraan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut:\u2013 Kepujian Bahasa Melayu 1104\u2013 PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00\u2013 PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67\u2013 Kompeten semua modul vokasional; dan\u2013 Lulus mata pelajaran Sejarah SPM(Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013-2016) (Bagi kohort 2017 ke atas, ketetapan adalah berdasarkan artikulasi Technical and Vocational Education and Training (TVET); atau\nLulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid, dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf; atau\nMelalui Kemasukan APEL dan Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualification Agency (MQA); dan\nMendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); dan\nMempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon; dan\nLulus temuduga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\ni) Peringkat Asasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda\n\nLayari laman web permohonan iaitu http://sms.aswara.edu.my/aswaraweb/.\nKlik bahagian \u2018Borang Permohonan Online.\u2019\nKlik bahagian \u2018Daftar Di Sini.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nIkuti arahan dan isi maklumat permohonan dengan lengkap.\nHantar permohonan tersebut.\n\nii) Peringkat Pascasiswazah\n\nLayari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/zWX7NbU7x51ze6eU7.\nIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.\nPastikan semua maklumat diisi.\nHantar permohonan. \n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kemasukan ke ASWARA, sila layari laman web https://www.aswara.edu.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dana-siswa-hepa-umt/", "title": "Dana Siswa HEPA UMT: Bantuan Kewangan Pelajar B40", "body": "\n\n\n\n\n\nPejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuka permohonan bagi pelajar daripada keluarga B40 untuk memohon Dana Siswa HEPA UMT.\nDana Siswa HEPA UMT disediakan untuk membantu pelajar UMT dalam kategori B40 untuk meneruskan proses pembelajaran dengan lebih sempurna dan mencapai kejayaan akademik yang lebih cemerlang.\nInisiatif ini juga bagi menunjukkan keperihatinan UMT terhadap pelajar golongan B40 dan sangat memerlukan semasa mereka melanjutkan pengajian.\nPelajar yang daripada kategori ini boleh membuat permohonan mulai 8 Jun 2022 sehingga 15 Jun 2022 secara atas talian.\n\nSyarat Permohonan\nPelajar yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapan iaitu:\n\n\n\n\nTerbuka kepada semua pelajar Pra Siswazah UMT.Pelajar Islam dan non Muslim berstatus aktif.Pelajar daripada keluarga berpendapatan B40.Pelajar yang menghadapi masalah kewangan yang Kritikal.\nCara Memohon\nPelajar boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:\nLog masuk di Portal MyNemo iaitu https://mynemo.umt.edu.my/.Klik bahagian \u2018HEPA.\u2019Pilih bahagian \u2018My Ihsan.\u2019Klik bahagian \u2018Permohonan Baru\u2019 dan isi atau kemaskini profil pemohon.Pilih bahagian \u2018Dana Asnaf\u2019 dan isi maklumat yang berkaitan.Hantar permohonan untuk pengesahan lanjut.\nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai Dana Siswa HEPA UMT, sila berhubung dengan:\nSeksyen Tajaan dan Kebajikan Pelajar,Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Terengganu.No Telefon: 09-668 4323.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jawatan-kosong-kader-agensi-kementerian-luar-kpm/", "title": "Jawatan Kosong Kader Agensi/Kementerian Luar KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nPegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang ingin berkhidmat bagi jawatan kader di agensi atau kementerian di luar daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan bagi jawatan ini telah dibuka.\nUntuk makluman, jawatan kader adalah salah satu jawatan yang diwujudkan berdasarkan keperluan tetapi pengisian dan laluan kerjaya adalah dikawal oleh ketua perkhidmatan Kementerian/Jabatan/Agensi yang memiliki perkhidmatan tersebut.\nPPP yang berminat boleh segera membuat permohonan dan memohon menerusi borang pendaftaran yang disediakan.\nKementerian/Agensi Yang Terlibat\nKekosongan jawatan kader ini adalah melibatkan kementerian atau agensi seperti berikut:\nJabatan Kebajikan MasyarakatJabatan Perdana MenteriInstitut Tadbiran Awam Negara (INTAN)Kementerian Belia dan SukanKementerian Dalam Negeri (Jabatan Penjara Malaysia)Kementerian Pertahanan MalaysiaKementerian Sumber Manusia (Jabatan Tenaga Manusia)\nSenarai lokasi dan opsyen yang terlibat boleh dirujuk melalui https://www.moe.gov.my/muat-turun/borang/bpsm/5111-iklan-kekosongan-jawatan-kader-bagi-ppp-di-kementerian-agensi-luar-dari-kpm/file.\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:\nPegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/DG44/DG48/DG52/DG54 yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.Pemohon empunyai ikhtisas/kelulusan dalam opsyen yang ditawarkan.Telah disahkan dalam perkhidmatan.Telah mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun.Tahap kesihatan yang baik dan memuaskan.Memperoleh sekurang-kurangnya 85% dalam penilaian prestasi bagi tiga tahun terkini (2019-2021).Bebas daripada tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah.Permohonan mestilah disokong oleh Ketua Jabatan masing-masing.Bersedia berkhidmat di jawatan kader sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 tahun.Mempunyai minat dan kewibawaan yang tinggi untuk berkhidmat di Kementerian/Agensi luar dari KPM.\nTatacara Permohonan\nPermohonan bagi jawatan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nMuat turun borang permohonan di pautan https://www.moe.gov.my/muat-turun/borang/bpsm/5112-lampiran-b-borang-permohonan-jawatan-kader-ppp-kpm-2/file.Lengkapkan borang permohonan tersebut dan pastikan semua maklumat diisi.Hantar permohonan beserta sekeping gambar berukuran pasport dalam bentuk PDF melalui emel kepada [email\u00a0protected]/[email\u00a0protected].\nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai kekosongan jawatan kader ini, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ppc-jpa-2/", "title": "PPC: Permohonan Program Pelajar Cemerlang JPA 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama/Sarjana tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti oleh JPA adalah dialu-alukan memohon Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2022.\nProgram Pelajar Cemerlang (PPC) adalah penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang dikhususkan kepada pelajar cemerlang lepasan Ijazah Pertama/Sarjana untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran.\nPelajar cemerlang yang berminat untuk memohon PPC boleh membuat permohonan mulai 15 Julai 2022, 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022, 5.00 petang secara atas talian.\n\nMekanisme Perjanjian\nPerjanjian penajaan adalah mengikut 4 keadaan PBU iaitu:\nPinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.\nBidang Penajaan\nPenajaan adalah berfokuskan bidang Sains & Teknologi selaras dengan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi& Ekonomi (10-10 MySTIE) Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN), serta bidang Sains Sosial yang dikenal pasti iaitu Sains Politik/Hubungan Antarabangsa, Kewangan/Perbankan, Perakaunan/Percukaian, Ekonomi dan Psikologi. \nBidang pengajian yang tidak ditaja adalah seperti:\nPerubatanPergigianFarmasiPendidikanKejururawatanKursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen seperti lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan Certified in Legal Practice (CLP).Pengajian berstruktur seperti Industrial Ph.D, Doctorate in Business Administration (DBA), Doctor of Management (DMgt) dan Jointly Awarded Ph.D/Dual Ph.D\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi permohonan adalah seperti:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D) pada tahun permohonan.Mempunyai kesihatan yang baik.Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama/Sarjana bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana.Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama atau Sarjana pada tahun 2020 dan 2021 hingga tarikh tutup permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D).Pelajar semasa memohon dan sepanjang tempoh penajaan mestilah tidak terikat dengan kontrak perkhidmatan sama ada secara tetap atau kontrak atau sambilan di agensi awam termasuk badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau agensi swasta supaya pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pelajar. Obligasi ikatan kontrak berkhidmat bagi penajaan JPA yang diterima terdahulu hendaklah diuruskan sewajarnya berdasarkan dasar-dasar penajaan yang berkuat kuasa.Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat/tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.Program Ijazah Sarjana yang dimohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja.Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2022.Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 9 bulan bagi pengajian peringkat Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D).\nSyarat Khusus\nSyarat khusus yang ditetapkan JPA adalah seperti:\ni) Ijazah Sarjana/Fast Track Ph.D\nMemperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara pada pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam negara atau luar negara; atauKelayakan minimum akademik mengikut negara adalah seperti:\u2013 United Kingdom: 70% & ke atas\u2013 Australia/New Zealand: 85% & ke atas\u2013 Jepun: 85% A+B (50%A) (85% A+B \u2013 Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A). \nii) Ijazah Kedoktoran (Ph.D)\nMemperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.50 atau setara bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode; atauLulus bagi mod pengajian secara penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana dalam negara atau luar negara.Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun yang tidak menggunakan penilaian PNGK bagi mod pengajian kerja kursus atau mix-mode atau secara penyelidikan, kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Sarjana adalah seperti berikut:\u2013 United Kingdom: 70% & ke atas\u2013 Australia/New Zealand: 85% & ke atas\u2013 Jepun: 85% A+B (50%A) (85% A+B \u2013 Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A). \nTatacara Permohonan\nPermohonan PPC boleh dibuat menerusi portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang hingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.\nKeputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui portal yang sama pada minggu ke-2 bulan September 2022.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan mengenai PPC dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 mulai 18 hingga 22 Julai 2022 jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang atau menghantar emel ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-kemasukan-mrsm-2022/", "title": "Semakan Kemasukan Tingkatan 1 & 4 MRSM 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nBuat pemohon yang telah memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 tahun 2022, semakan kemasukan boleh mula dibuat secara atas talian.\nUntuk makluman, semakan kemasukan ini dibuka selepas pihak MARA membuka permohonan kemasukan ke MRSM kepada murid yang berminat pada 29 Ogos 2021 sehingga 5 Disember 2021 yang lalu.\nKemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 ini adalah melibatkan 6 program MRSM yang ditawarkan di seluruh negara.\nOleh itu, ibu bapa atau murid yang ingin mengetahui status permohonan kemasukan mereka, mereka boleh membuat semakan kemasukan Tingkatan 1 dan 4 ke MRSM mulai 9 Mac 2022.\n\nCara Membuat Semakan\nUntuk membuat semakan kemasukan Tingkatan 1 dan 4 ke MRSM, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web semakan kemasukan berikut:\u2013 Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF1/\u2013 Tingkatan 2: https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF4/Masukkan no kad pengenalan tanpa \u2018-\u2018Klik butang \u2018Log Masuk.\u2019Keputusan semakan dipaparkan.\nTindakan Bagi Status Berjaya\nBagi pemohon yang berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka perlu membuat beberapa tindakan berikut:\n\n\n\n\nMembuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran.Memuat turun dan mencetak surat tawaran, panduan pendaftaran MRSM, senarai semak dan lampiran Borang A, Borang Deklarasi COVID-19, Borang Maklumat Pelajar, dan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa.Melengkapkan dokumen mengikut Senarai Semak dan Lampiran A untuk dibawa semasa hari pendaftaran. Membuat bayaran yuran pendaftaran bermula 19 Mac sehingga sebelum hari pendaftaran.\nPermohonan Rayuan\nUntuk permohonan rayuan, calon yang melepasi merit (syarat minimum UKKM dan tidak dalam senarai hitam MARA) sahaja boleh membuat rayuan secara dalam talian.\nBagi hal ini, pemohon boleh membuat pertanyaan menerusi [email\u00a0protected].\nCalon yang mengemukakan rayuan akan menerima makluman keputusan rayuan menerusi SMS atau email yang didaftarkan. \nJika calon tidak menerima sebarang makluman selepas 31 Mei 2022, permohonan rayuan dianggap tidak berjaya.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai kemasukan Tingkatan 1 dan 4 MRSM bagi tahun 2022, sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-261 34533/34517/34516/34578/34494/39070/34545/34513/34511/34542/34528. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kursus-skm-tahap3-bidang-editorial-dbp/", "title": "Tawaran Kursus SKM Tahap 3 Bidang Editorial DBP", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar lulusan SPM/STPM/ASASI/IPTA/IPTS untuk mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bidang Editorial di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).\nUntuk makluman, Sijil SKM Tahap 3 Bidang Editorial ini merupakan kursus persijilan penuh yang diiktiraf oleh kerajaan (Jabatan Pembangunan Kemahiran).\nPelaksanaan kursus ini dijalankan oleh Pusat Pembangunan Keilmuan dan Kemahiran Akademi DBP (PPKKADBP) merupakan pusat pengendali latihan kemahiran di bawah kelolaan DBP yang mana pusat latihan ini ditauliahkan oleh JPK pada tahun 2016.\nOleh itu, bagi individu yang mempunyai cita-cita menjadi seorang Editor, sila daftar segera untuk menyertai kursus ini. \n\nModul Ditawarkan\nModul yang ditawarkan dalam kursus ini adalah seperti berikut:\ni) Pembacaan Pruf\nPembacaan PrufAsas PenerbitanGaya PenerbitanAnatomi BukuAsas GrafikPengendalian PengarangPengurusan Fail dan Rekod\nii) Pengendalian Dokumen Prapenerbitan\nISBN dan Kod BarCIP dan Bahan TerbitanSpesifikasi BukuPerolehan PenerbitanAkta Penerbitan dan Akta Hak CiptaDokumen Perjanjian Penulis\niii) Pengendalian Dokumen Penerbitan\n\n\n\n\nPengenalan Kerja Reka BentukPelaksanaan Kerja KorespondenLaporan Kemajuan ManuskripSistem Pengkalan DataPenaipan Microsoft Word dan ExcelPemantauan Petugas Luar\niv) Pengendalian Dokumen Pascapenerbitan\nPenyerahan naskhah pengarang dan perpustakaan negaraPengendalian buku terbitan baharuPengendalian ulasan bukuTatacara penyampaian bahan digitalPenyimpanan dan pelupusan bahan penerbitan\nYuran Pengajian\nYuran pengajian bagi kursus ini adalah seperti berikut:\nYuran Pendaftaran Pelajar \u2013 RM100.00 dibayar kepada JPKYuran Pengajian \u2013 RM7000.00Yuran Pendahuluan Pengajian \u2013RM500.00 (baki yuran pengajian akan ditolak daripada yuran pendahuluan)\nTempoh Pengajian\nTempoh pengajian adalah 1 tahun dan 6 bulan secara sepenuh masa.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk menyertai kursus ini adalah seperti berikut:\nLulus SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu.Berumur 19 tahun hingga 35 tahun.Warganegara Malaysia.Tiada masalah kesihatan yang kronik.\nTatacara Permohonan\nTatcara permohonan untuk mendaftar kursus ini adalah seperti berikut:\nLayari pautan berikut iaitu https://forms.gle/sraEXBKzWP2iM17W6.Isi maklumat pendaftaran yang diperlukan.Lengkapkan permohonan berikut.Klik \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai Sijil SKM Tahap 3 Bidang Editorial ini, sila hubungi PPKKADBP di talian 03-21470210/0221/0225.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/mysg/", "title": "MySG: Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi memastikan tadbir urus sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) beroperasi dengan baik, satu garis panduan iaitu Malaysian School Governance (MySG) telah diperkenalkan.\nMySG adalah satu garis panduan pengurusan sekolah yang komprehensif dan sistematik bertujuan untuk mengatasi isu kekaburan peranan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah serta menyeragamkan pengurusan sekolah berdasarkan program dan aktiviti dari bahagian-bahagian KPM yang perlu ada di semua sekolah.\nGaris panduan ini telah disediakan secara bersama oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPM, Bahagian-bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK).\nMenerusi Mesyuarat Profesional KPM Bil 11/2021 bertarikh 23 Mac 2021 telah bersetuju dan meluluskan penggunaan MySG sebagai rujukan rasmi pengurusan sekolah di bawah KPM.\nPerkara Dalam MySG\nTerdapat 4 perkara utama yang diperincikan di dalam garis panduan ini iaitu:\n\nMaklumat Umum Pengurusan Sekolah\nPerincian Tugas Portfolio Berjawatan dan Portfolio Tanpa Jawatan Sekolah\nPerincian Tugas Jawatankuasa Sekolah\nJadual Pelaksanaan Pengurusan Sekolah\n\nMaklumat Umum Pengurusan Sekolah\nMaklumat umum pengurusan sekolah merujuk kepada jenis dan kategori sekolah yang wujud di dalam negara berdasarkan:\n\nAkta Pendidikan 1996 [Akta 550] \nBuku Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Ke Empat, Cetakan Pertama 2017.\n\nDi dalam bahagian ini, terdapat beberapa perkara diperincikan iaitu:\n\nKomponen dan Subkomponen Pengurusan Sekolah Menengah KPM\nPelaksana Pengurusan Sekolah Menengah KPM\nKompleksiti Tugas Penjawat Awam Di Sekolah (PPP dan AKP)\nWaktu Bekerja Penjawat Awam Di Sekolah (PPP dan AKP)\nCarta Organisasi dan Carta Pelaksana Komponen Pengurusan Sekolah Menengah KPM\n\nPerincian Tugas Portfolio\nPerincian Tugas Portfolio Berjawatan dan Portfolio Tanpa Jawatan Sekolah adalah menerangkan senarai tugas atau perincian tugas bagi setiap Portfolio Berjawatan dan Portfolio Tanpa Jawatan yang diwujudkan di Sekolah Menengah KPM.\nPortfolio Berjawatan di sekolah boleh dikategorikan kepada 4 kumpulan berdasarkan kluster kompetensi perjawatan iaitu: \n\n\n\n\n\nPengajaran dan Pentadbiran (PTA) PPP yang terlibat dalam pengajaran serta pentadbiran \nPengajaran dan Pembelajaran (PdP) PPP yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran \nPengurusan dan Pentadbiran (PTB-GBK) PPP yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran \nPengurusan dan Pentadbiran (PTB-AKP) AKP yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran \n\nPortfolio Tanpa Jawatan di sekolah boleh dikategorikan kepada 4 komponen berdasarkan bidang pengurusan sekolah iaitu: \n\nKomponen Pengurusan dan Pentadbiran \nKomponen Kurikulum \nKomponen Hal Ehwal Murid \nKomponen Kokurikulum\n\nPerincian Tugas Jawatankuasa Sekolah\nPerincian Tugas Jawatankuasa Sekolah adalah merujuk kepada senarai tugas atau perincian tugas bagi setiap jawatankuasa yang diwujudkan di Sekolah Rendah KPM.\nJawatankuasa di sekolah boleh dikategorikan kepada 4 kumpulan mengikut komponen pengurusan di sekolah iaitu: \n\nKomponen Pengurusan dan Pentadbiran \nKomponen Kurikulum \nKomponen Hal Ehwal Murid \nKomponen Kokurikulum Setiap komponen mempunyai jawatankuasa pengurusan utama dan beberapa jawatankuasa yang lain. \n\nSelain itu, jawatankuasa pengurusan utama jawatankuasa yang mesti diwujudkan di semua sekolah (termasuk Sekolah Kurang Murid) seperti berikut: \n\nJawatankuasa Pengurusan Sekolah \nJawatankuasa Pengurusan Kurikulum \nJawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid \nJawatankuasa Pengurusan Kokurikulum \n\nJadual Pelaksanaan Pengurusan Sekolah\nJadual Pelaksanaan Pengurusan Sekolah memperincikan perkara berikut:\n\nKomponen dan Subkomponen Pengurusan Sekolah iaitu pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum\nPelaksana Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada Portfolio Berjawatan, Portfolio Tanpa Jawatan dan Jawatankuasa\nPunca kuasa dan garis panduan sedia ada berkaitan Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada surat pekeliling, surat siaran atau rujukan lain seperti buku garis panduan yang diterbitkan KPM\nBahagian-bahagian KPM yang menjadi peneraju dan bertanggungjawab terhadap dasar dan pengoperasian Komponen dan Subkomponen Pengurusan Sekolah\n\nMuat Turun Dokumen\nDokumen MySG Sekolah Rendah \nMySG-Sekolah-Rendah-KPMDownload\nDokumen MySG Sekolah Menengah\nMySG-Sekolah-Menengah-KPMDownload\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai MySG, layari laman web https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-sekolah-khusus-tingkatan-1-4-2023/", "title": "Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1 & 4/Tahun 1 SVM 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih membuka permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus bagi Tingkatan 1 dan 4 atau Tahun 1 Sekolah Vokasional Malaysia (SVM) bagi tahun 2023.\nUntuk makluman, kemasukan ke Sekolah Khusus ini akan menggunakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).\nPKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point iaitu satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).\nMurid yang berminat untuk memasuki Sekolah Khusus ini boleh membuat permohonan mulai 30 September 2022 sehingga 30 November 2022.\n\nSekolah Khusus\n5 sekolah dikategorikan sebagai Sekolah Khusus oleh KPM iaitu:\n\nSekolah Berasrama Penuh (SBP)\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)\nSekolah Menengah Teknik (SMT)\nKolej Vokasional (KV) \nMaktab Tentera Diraja (MTD)\nSekolah Vokasional Malaysia (SVM) (Tahun 1) \n\nFormat PKSK\nPelaksanaan format PKSK yang digunakan oleh KPM bagi kemasukan ke Sekolah Khusus adalah seperti berikut:\nPerkaraBahagian A(Kecerdasan Insaniah)Bahagian B(Kecerdasan Intelek)Bahagian C(Artikulasi Penulisan)KaedahOnlineOnlineBertulis (Bersemuka)Jenis ItemObjektif Aneka PilihanObjektif Aneka PilihanSubjektifCakupan Isi KandunganEQ, SQ, SSQIQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian MasalahTajuk DitetapkanWajaran Skor20%70%10%\nPelaksanaan PKSK\nPelaksanaan PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi dan setiap sesi tersebut terbahagi kepada 2 fasa pelaksanaan.\nUntuk fasa 1, calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.\n\n\n\n\nBagi fasa 2, calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.\nAdalah diingatkan calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.\nSyarat Permohonan\nPemohon perlu memenuhi syarat permohonan untuk melayakkan mereka untuk memohon adalah seperti:\n\nWarganegara Malaysia.\nMendaftar dalam sistem Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) KPM.\nUntuk kemasukan Tingkatan 1 tahun 2023, murid Tahun 6 tahun 2022 mestilah berumur 12 tahun.\nBagi kemasukan Tingkatan 4 tahun 2022, murid Tingkatan 3 tahun 2022 mestilah berumur 15 tahun.\n\nTatacara Permohonan\nUntuk pemohon yang ingin memohon kemasukan boleh memohon melalui link di bawah:\n\nTingkatan 1:\u00a0https://spskt1.moe.gov.my\nTingkatan 4:\u00a0https://spskt4.moe.gov.my\n\nUntuk mengekses ke dalam sistem, masukkan nombor mykid/mykad pelajar beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses ke dalam sistem.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai kemasukan Sekolah Khusus 2023 sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sso-kpm/", "title": "Login SSO KPM: Sistem Pengurusan Sekolah", "body": "\n\n\n\n\n\nBgai meningkatkan kualiti pengurusan sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan satu lagi sistem iaitu Sistem Pengurusan Sekolah menerusi Single Sign On (SSO). \nMengapa SSO digunakan di dalam Sistem Pengurusan Sekolah ini? Sebelum itu, kita perlu memahami terlebih dahulu maksud SSO.\nSSO merupakan satu kaedah atau ciri yang membenarkan pengguna mencapai pelbagai aplikasi dengan menggunakan satu akaun pengguna sahaja.\nIni bermakna, dengan menggunakan Sistem Pengurusan Sekolah sahaja, para guru dan pentadbir boleh mencapai pelbagai akses lain dengan hanya satu akaun sahaja. \n\nObjektif SSO\nAntara objektif utama KPM melaksanakan sistem ini adalah untuk memudahkan pengguna untuk mengakses semua sistem KPM yang telah diberi kebenaran akses dengan hanya menggunakan satu login ID dan password sahaja. \nCapaian Akses\nAntara akses yang boleh dicapai melalui sistem ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nModul Pengurusan Guru (e-Operasi)\nSistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS)\nAplikasi Pengkalan Data Murid\u00a0(APDM)\nSistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)\nSistem Kenaikan Pangkat (e-Pangkat)\nModul Pertukaran Guru (eGTukar)\nPenilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)\nSistem Pengurusan Buku Teks Sekolah (eSPBT)\nSistem Permohonan Pelepasan Murid dan Panduan Cuti Tanpa Rekod Bagi Program Sukan (ePelepasan)\n\nPengguna SSO\nPengguna yang diberi kebenaran untuk menggunakan kemudahan SSO adalah guru atau pentadbir yang diberi kebenaran oleh KPM. \nUntuk itu, hanya pengguna yang berdaftar yang menggunakan nombor kad pengenalan (no KP) sahaja akan dapat mengakses sistem ini. \nPihak KPM akan mengemaskini senarai sistem yang dibangunkan oleh SSO dan memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya sistem baharu diwujudkan. \nCara Login \nUntuk login sistem ini menerusi Sistem Pengurusan Sekolah, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php\nDi bahagian menu di sebelah atas, klik bahagian\u00a0\u2018Log Masuk.\u2019\nMasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.\nKlik butang\u00a0\u2018Log Masuk\u2019\u00a0untuk log masuk.\nSetelah berjaya, pengguna akan membawa terus di bawa ke dalam sistem ini.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai SSO, sila layari laman web https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-latihan-kemahiran-industri-pembinaan-belia-asnaf/", "title": "Permohonan Program Latihan Kemahiran Industri Pembinaan Belia Asnaf", "body": "\n\n\n\n\n\nAkademi Binaan Malaysia (ABM) dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Bank Rakyat mengalu-alukan permohonan bagi belia asnaf yang ingin terlibat dalam industri pembinaan menerusi Program Latihan Kemahiran Industri Pembinaan Belia Asnaf. \nProgram Latihan Kemahiran Industri Pembinaan Belia Asnaf adalah program latihan yang ditawarkan kepada belia asnaf untuk menceburi industri pembinaan menerusi latihan yang diberikan oleh ABM.\nSelepas belia menamatkan program ini, mereka akan diberikan penempatan pekerjaan yang akan membolehkan mereka membina kerjaya di dalam industri tersebut.\nPara belia yang yang berminat boleh membuat permohonan mulai 15 Februari 2022 sehingga 25 Februari 2022 secara atas talian.\n\nKelebihan Program\nBelia yang mengikuti program latihan ini akan menerima beberapa kelebihan iaitu:\n\n\n\n\nKemudahan asramaMakan dan juga minumWang saku/elaunPakaian seragamKad hijauPenempatan pekerjaan\nKursus Yang Ditawarkan\nKursus yang ditawarkan menerusi program latihan ini adalah seperti berikut:\nPlumbing (3 bulan)Air-conditioning and mechanical ventilation (4 bulan)\nSyarat Permohonan \nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh para pemohon adalah seperti berikut:\nPemohon mestilah penduduk di Negeri Kedah.Pemohon mestilah lelaki berumur 18 hingga 35 tahun.Boleh membaca, menulis, dan mengira.Pemohon sihat tubuh badan.Mempunyai lesen kenderaan sekurang-kurangnya B2.Pendapatan keluarga kurang daripada RM2000 sebulan.Bebas daripada pengaruh dadah.Keutamaan diberikan kepada keluarga penerima bantuan LZNK.\nTatacara Permohonan\nPemohon boleh mengikuti tatacara permohonan yang ditetapkan seperti berikut:\nLayari pautan permohonan iaitu https://bit.ly/lznkabm.Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Muat naik dokumen yang diperlukan iaitu salinan kad pengenalan dan sijil-sijil yang berkaitan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nPertanyaan Mengenai Program\nPertanyaan lanjut mengenai Program Latihan Kemahiran Industri Pembinaan Belia Asnaf, sila hubungi Bahagian Pembangunan Asnaf LZNK di talian 019-465 4255. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/saps-ibu-bapa/", "title": "SAPS Ibu Bapa: Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa yang ingin mengetahui peperiksaan anak-anak mereka boleh membuat semakan melalui Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nUntuk pengetahuan, SAPS merupakan sistem yang diwujudkan bagi membolehkan laporan\u00a0markah peperiksaan\u00a0murid lebih teratur dan mudah diakses oleh ibu bapa.\nMenerusi sistem ini, ibu bapa tidak perlu lagi bersusah payah ke sekolah anak-anak mereka untuk mengetahui keputusan peperiksaan sebaliknya boleh mengakses keputusan peperiksaan bila-bila masa dan di mana jua secara online.\nMaklumat peperiksaan murid-murid akan dikemaskini oleh para guru mengikut peperiksaan yang dijalankan di sekolah dari semasa ke semasa.\n\nJulat Gred Markah Peperiksaan\nJulat gred peperiksaan yang lazimnya digunakan di sekolah-sekolah di bawah KPM adalah menggunakan Julat Gred Sekolah yang diperkenalkan pada tahun 2016.\nBagi Julat Gred Sekolah Rendah yang meliputi darjah 1 sehingga 6, julat gred markah peperiksaan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n80 \u2013 100: A (Cemerlang)\n65 \u2013 79: B (Baik)\n50 \u2013 64: C (Memuaskan)\n40 \u2013 49: D (Mencapai Tahap Minimum)\n0 \u2013 39 : E (Belum Mencapai Tahap Minimum)\nTH : TH (Tidak Hadir)\n\nUntuk Julat Gred Sekolah Menengah Rendah yang merangkumi tingkatan 1 hingga 3, julat gred markah peperiksaan adalah seperti berikut:\n\n85 \u2013 100: A (Cemerlang)\n70 \u2013 84: B (Kepujian)\n60 \u2013 69: C (Baik)\n50 \u2013 59: D (Memuaskan)\n40 \u2013 49: E (Mencapai Tahap Minimum)\n0 \u2013 39: F (Belum Mencapai Tahap Minimum)\nTH : TH (Tidak Hadir)\n\nManakala Julat Gred Sekolah Menengah Atas yang terdiri daripada tingkatan 4 dan 5 pula adalah seperti berikut:\n\n90-100: A+ (Cemerlang Tertinggi)\n80-89: A (Cemerlang Tinggi)\n70-79: A- (Cemerlang)\n65-69: B+ (Kepujian Tertinggi)\n60-64: B (Kepujian Tinggi)\n55-59: C+ (Kepujian Atas)\n50-54: C (Kepujian)\n45-49: D (Lulus Atas)\n40-44: E (Lulus)\n0-39: G (Gagal)\nTH: TH (Tidak Hadir)\n\nCara Semakan SAPS\nIbu bapa yang ingin membuat semakan peperiksaan anak mereka boleh berbuat demikian melalui langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web SAPS https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/indexv2.php.\nMasukkan no. kad pengenalan/sijil lahir murid diikuti dengan klik butang \u2018Cari.\u2019\nPilih nama negeri, daerah, dan sekolah.\nKlik butang \u2018Semak.\u2019\nKeptusan peperiksaan murid dipaparkan.\n\nTarikh Semakan SAPS KPM\nIbu bapa boleh merujuk pihak sekolah untuk mengetahui tarikh semakan keputusan peperiksaan boleh dilakukan. \nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai SAPS, ibu bapa boleh merujuk pihak sekolah masing-masing. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-taska-tabika-kemas-2023/", "title": "Permohonan Kemasukan TASKA/TABIKA KEMAS Sesi 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Taman Asuhan Kanak-Kanak\u00a0(TASKA) atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS, permohonan kemasukan bagi sesi 2023 telah dibuka.\nTASKA dan TABIKA KEMAS merupakan rancangan pendidikan awal kanak-kanak yang diselia oleh KEMAS di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.\nKumpulan sasaran bagi program TASKA adalah untuk kanak-kanak 2 hingga 4 tahun manakala TABIKA pula adalah untuk kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun.\nOleh itu, ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka boleh membuat permohonan mulai 1 Ogos 2022 sehingga 31 Disember 2022.\n\nYuran Pendidikan\nYuran pendidikan yang ditawarkan menerusi TASKA/TABIKA KEMAS adalah seperti berikut:\ni) TASKA KEMAS\n\nii) TABIKA KEMAS\n\n\n\n\n\nBagi kategori A, ia wajib dibayar semasa pendaftaran manakala bagi kategori B untuk TABIKA, ibu bapa/penjaga boleh membuat pilihan sama ada ingin membuat pembelian kepada pihak TABIKA atau pembelian sendiri bagi baju sukan dan pakaian seragam dengan kadar bayaran tertakluk kepada harga pasaran dan tidak melebihi RM30.00. \nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan ke TASKA KEMAS adalah seperti berikut:\nKanak-kanak yang mempunyai status\u00a0Warganegara Malaysia\u00a0atau\u00a0salah\u00a0seorang ibubapa Warganegara.Terbuka untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10\u00a0orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).Nisbah seorang Pemaju Masyarakat adalah 5 \u2013 6 orang kanak-kanak.Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TASKA PERMATA KEMAS yang berdekatan.Pihak Jawatankuasa Pemilihan TASKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.\nUntuk kemasukan ke TABIKA KEMAS, syarat kemasukan adalah seperti berikut:\nKanak-kanak yang mempunyai\u00a0status Warganegara Malaysia\u00a0atau\u00a0salah seorang ibubapa Warganegara.Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.\nCara Memohon\nPermohonan kemasukan ke TASKA atau TABIKA boleh dibuat menerusi langkah berikut:\nLayari laman web KEMAS iaitu https://www.kemas.gov.my. Pergi ke bahagian \u2018Awam\u2019 dan pilih \u2018Pendidikan Awal Kanak-Kanak.\u2019Pilih \u2018TASKA\u2019 atau \u2018TABIKA.\u2019Di bahagian borang permohonan, muat turun borang permohonan.Isi borang permohonan dengan lengkap.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke TASKA/TABIKA KEMAS yang ingin dipohon. \nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dibawa ke TASKA/TABIKA KEMAS semasa pendaftaran adalah seperti:\nSalinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.2 keping gambar kanak-kanak berukuran passport.Rekod kesihatan kanak-kanak (bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan).\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Kemasukan TASKA/TABIKA KEMAS sesi 2023, sila layari laman web https://www.kemas.gov.my. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tema-hari-guru-2023/", "title": "Tema Hari Guru 2023 (Guru Insani Pemangkin Generasi Madani)", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tema Hari Guru 2023 adalah \u201cGuru Insani Pemangkin Generasi Madani.\u201d\nTema ini dipilih oleh KPM setelah cadangan tema ini dibuka kepada orang ramai sehingga 13 Januari 2023 yang lalu.\nUntuk pengetahuan, Hari Guru adalah sambutan yang dilakukan pada 16 Mei setiap tahun bagi menghargai jasa dan pengorbanan para guru terutamanya di Malaysia.\nHari tersebut bukan hanya ditunggu-tunggu oleh para guru tetapi juga para murid dan pelajar dengan pelbagai program yang dijalankan.\n\nKonsep & Fokus Hari Guru 2023\nKonsep tema ini dipilih adalah untuk membangkitkan roh dan jiwa guru ke arah memartabatkan profesion keguruan berteraskan Falsafah Pendidikan Guru untuk pembinaan negara bangsa.\nFokus tema ini pula adalah kesediaan guru mendukung aspirasi Falsafah Pendidikan Guru dengan memberi penekanan kepada:\n\n\n\n\n\nJati diri dan kenegaraan\nRoh dan jiwa guru\nPengetahuan dan kemahiran\n\nTarikh Sambutan Hari Guru 2023\nTarikh sambutan Hari Guru di Malaysia adalah pada 16 Mei pada setiap tahun.\nTarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana ini adalah haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran Negara.\nObjektif Sambutan\nObjektif sambutan Hari Guru di Malaysia dilakukan adalah untuk:\n\nMenitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.\nMenarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.\nMemupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.\nMeninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.\nMemberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.\nMenilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.\n\nTema Sambutan Hari Guru 1972-2023\nTema sambutan Hari Guru yang disambut pada tahun-tahun sebelum ini adalah seperti berikut:\n\n1972 \u2013 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara\n1973 \u2013 Kerjasama Ibu Bapa untuk Kemajuan Pendidikan\n1974 \u2013 Peranan Guru dalam Zaman Sains Dan Teknologi\n1975 \u2013 Guru Dengan Pembangunan Negara\n1976 \u2013 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan\n1977 \u2013 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan\n1978 \u2013 Guru Pembentuk Generasi akan Datang\n1979 \u2013 Murid Sejahtera Negara Jaya\n1980 \u2013 Pendidikan Teras Perpaduan Negara\n1981 \u2013 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat\n1982 \u2013 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu\n1983 \u2013 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan\n1984 \u2013 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan\n1985 \u2013 Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan\n1986 \u2013 Pendidikan Teras Nasionalisme\n1987 \u2013 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan\n1988 \u2013 Guru Pengasas Budaya Membaca\n1989 \u2013 Guru Pembina Budaya Ilmu\n1990 \u2013 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera\n1991 \u2013 Ke Arah Pendidikan Cemerlang\n1992 \u2013 Guru Cemelang Teras Kejayaan Wawasan\n1993 \u2013 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan\n1994 \u2013 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan\n1995 \u2013 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan\n1996 \u2013 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia\n1997 \u2013 Guru Bestari Sekolah Bestari\n1998 \u2013 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama\n1999 \u2013 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang\n2000 \u2013 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan\n2001 \u2013 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama\u00a0\n2002 \u2013 Guru Berkualiti Aspirasi Negara\n2003 \u2013 Guru Berkualiti Aspirasi Negara\u00a0\n2004 \u2013 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan\u00a0\n2005 \u2013 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan\u00a0\n2006 \u2013 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan\u00a0\n2007 \u2013 Guru Penjana Modal Insan Gemilang\u00a0\n2008 \u2013 Guru Cemerlang Negara Terbilang\n2009 \u2013 Guru Pembina Negara Bangsa\n2010 \u2013 Guru Pembina Negara Bangsa\u00a0\n2011 \u2013 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara\u00a0\n2012 \u2013 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara\u00a0\n2013 \u2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda\n2014 \u2013 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi\n2015 \u2013 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak\n2016 \u2013 Guru Pembina Negara Bangsa\n2017 \u2013 Guru Pembina Negara Bangsa\n2018 \u2013 Guru Pemacu Transformasi Pendidikan\n2019 \u2013 Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi\n2020 \u2013 Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu\n2021 \u2013 Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu\n2022 \u2013 Guru Tunjang Sekolah Sejahtera\n2023- Guru Insani Pemangkin Generasi Madani\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai tema Hari Guru 2023, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-kerajaan-arab-saudi-2023/", "title": "Permohonan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Arab Saudi dan menerima biasiswa daripada kerajaan negara tersebut boleh membuat permohonan menerusi Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2023.\nUntuk makluman, Arab Saudi merupakan negara terbesar di\u00a0Semenanjung Arab yang dihuni oleh populasi kira-kira 27.6 juta orang.\nHasil utama ekonomi negara tersebut adalah menerusi minyak petroleum yang menyaksikan negara tersebut merupakan negara pengeluar minyak petroleum terbesar di dunia.\nOleh kerana itu, tidak hairanlah Kerajaan Arab Saudi sudi untuk menaja biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke negara tersebut.\nBagi pemohon yang berminat untuk memohon biasiswa ini, permohonan boleh dibuat sebelum 1 Januari 2023 iaitu pada hari Ahad.\n\nUniversiti Terkemuka Di Arab Saudi\nTerdapat beberapa universiti terkemuka di negara tersebut yang boleh menjadi pilihan pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian antaranya:\n\n\n\n\n\nKing Saud University\nPrincess Nourah Bint Abdulrahman University\nAl Baha University\nImam Abdulrahman Bin Faisal University (IAU)\n\nMenariknya, universiti di negara tesebut mempunyai pelajar dari lebih 170 negara dari seluruh dunia yang mengambil pelbagai jurusan dan peringkat pengajian. \nPeringkat Pengajian\nPeringkat pengajian yang layak untuk menerima biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\nDiploma\nIjazah Sarjana Muda\nIjazah Sarjana\nIjazah Kedoktoran\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\nSains Politik\nUndang-Undang\nPengkhususan Pendidikan\nPentadbiran Perniagaan\nEkonomi, Kejuruteraan\nSains Komputer\nPertanian\nSyariah\nPengajian Bahasa\n\nCara Memohon \nPermohonan biasiswa ini boleh dibuat seperti berikut:\n\nLayari laman web https://studyinsaudi.moe.gov.sa/.\nKlik butang \u2018Apply to Study Now.\u2019\nKlik butang \u2018Login\u2019\nMasukkan maklumat yang diperlukan dan ikut arahan seterusnya.\nLengkapkan maklumat permohonan.\nHantar permohonan.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2023 ini, sila layari laman web https://studyinsaudi.moe.gov.sa/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dpppi-usim/", "title": "DPPPI USIM: Permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan Islam 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKepada individu yang ingin menjadi bakal guru dalam bidang Pendidikan Islam boleh memohon Diploma Pascasiswazah Pendidikan-Pendidikan Islam (DPPPI) 2023/2024 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.\nDPPPI USIM\nProgram DPPPI ini merupakan program bagi pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.\nSelain itu, pengajian ini bagi menyediakan platform formal bagi para siswazah untuk memperlengkapkan diri dengan kemahiran ikhtisas yang melayakkan mereka untuk menjadi guru yang diiktiraf.\nPengajian Diploma ini adalah meliputi kursus sebanyak 2 semester yang meliputi teori dan praktikal.\n\nPemohon Yang Layak Memohon DPPPI USIM\nProgram ini ditawarkan secara pasaran terbuka dan semua individu layak memohon.\n\n\n\n\nNamun, pelajar alumni USIM yang layak memohon adalah seperti berikut:\n\nMerupakan alumni USIM.\nPelajar dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) (Kesemua program di bawah FPQS layak memohon).\nPelajar dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) bagi program Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam dan Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama sahaja yang layak memohon.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon pengajian ini adalah seperti berikut:\n\nLulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang \u2013 sekurangnya 2.75 atau pangkat Jayyid.\nKelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti.\nPelajar semester akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia juga boleh memohon.\nLulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.\nLulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai.\nSekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.\nCalon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk program pengajian ini.\nCalon hendaklah menyemak laman web http://www.jpa.gov.my untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan pengajian Diploma ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://ipps.usim.edu.my/.\nBuka akaun.\nLog masuk dan lengkapkan permohonan.\nHantar permohonan.\nBuat pembayaran proses sebanyak RM60.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai DPPPI USIM ini, sila layari laman web https://usimtijarah.com/diploma-pascasiswazah-pendidikan-pendidikan-islam/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-sains-tingkatan-1-dlp/", "title": "Buku Teks Sains Tingkatan 1 DLP KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku Teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sains Tingkatan 1 Dual Language Programme (DLP) ini diterbitkan untuk pelajar Tingkatan 1 berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). \nKSSM dibangunkan untuk memenuhi dasar baharu di bawah Malaysia Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 \u2013 2025. \nBagi menjayakan pelaksanaan KSSM, buku ini ditulis dengan lebih menekankan kepada kemahiran berfikir, kemahiran maklumat dan komunikasi, membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan masalah supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Chapter 1 Introduction to Scientific Investigation \n\nScience is Part of Daily Life \nYour Science Laboratory \nPhysical Quantities and Their Units\nThe Use of Measuring Instruments, Accuracy, Consistency, Sensitivity and Errors 18\nDensity \nSteps in a Scientific Investigation \nScientific Attitudes and Values in Carrying Out Scientific Investigations\n\nii) Chapter 2 Cell as the Basic Unit of Life \n\nCell \u2013 Structure, Function and Organisation \nCellular Respiration and Photosynthesis\n\niii) Chapter 3 Coordination and Response \n\nHomeostasis in Living Things\n\niv) Chapter 4 Reproduction \n\nSexual and Asexual Reproduction \nHuman Reproductive System\nThe Menstrual Cycle\nFertilisation and Pregnancy\nFactors Affecting the Development of a Foetus and Baby \nInfertility and Contraception\nPlant Reproduction\n\nv) Chapter 5 Matter \n\n\n\n\n\nMatter in Nature \nThree States of Matter\n\nvi) Chapter 6 Periodic Table \n\nClassification of Elements \nMixtures \nCompounds\n\nvii) Chapter 7 Air \n\nComposition of Air\nCombustion \nAir Pollution\n\nviii) Chapter 8 Light and Optics\n\nThe Usage of Mirrors \nProperties of Light \nReflection of Light\nRefraction of Light\nDispersion of Light\nScattering of Light\nAddition and Subtraction of Light\n\nix) Chapter 9 Earth \n\nThe System and Structure of the Earth \nComposition of the Earth \nMain Processes of the Earth\nGeohazard Phenomena\nAge of the Earth\nEarth Resources and Applied Geology\n\nMuat Turun Buku Teks Sains Tingkatan 1 DLP\nBuku Teks Digital Sains Tingkatan 1 DLP ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nScience-Form-1Download\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut :\u00a0http://www.moe-dl.edu.my\nBaca juga:\n\nBuku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP KSSM\nBuku Teks Sains Tingkatan 1 DLP KSSM\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-tan-sri-lee-loy-seng/", "title": "Permohonan Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Loy Seng", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang bakal melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah dialu-alukan memohon Biasiswa Yayasan Tan Sri Lee Loy Seng.\nYayasan Tan Sri Lee Loy Seng merupakan sebuah yayasan pendidikan yang memberikan biasiswa kepada pelajar Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.\nPermohonan biasiswa ini telah dibuka dan akan ditutup pada 10 Oktober 2022.\nKadar Biasiswa\nKadar biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut: \nDiploma: RM6,000.00 setiap tahun akademik.Ijazah Sarjana Muda: Antara RM9,500.00 hingga RM10,000.00 setiap tahun akademik.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan adalah: \n\n\n\n\nWarganegara dan pemastautin Malaysia.Memenuhi syarat-syarat akademik dan syarat lain yang diperlukan dalam mendapat tawaran di salah satu daripada universiti atau kolej tempatan.Mendapat keputusan akademik yang baik untuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 2.80 ke atas bagi mahasiswa yang sedang belajar di kolej / universiti tempatan.Tiddak mendapat\u00a0\u00a0biasiswa/pinjaman pengajian dari mana-mana organisasi lain.\nKriteria Pemilihan\nDalam mempertimbangkan permohonan, Jawatankuasa Pengurusan Yayasan akan menyemak perkara berikut: \nKewangan pemohon, pencapaian akademik dan kualiti yang menunjukkan bahawa pemohon mungkin menjadi salah seorang pelajar yang cemerlang.Mempunyai kualiti dan menunjukkan berkepimpinan tinggi.Pencapaian dalam aktiviti bukan kurikulum termasuk sukan.Penglibatan dan aktiviti kemasyarakatan.\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi laman web https://sites.google.com/tsllsfoundation.org/tsllsf/home. \nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai biasiswa yayasan ini, sila layari laman web https://sites.google.com/tsllsfoundation.org/tsllsf/home.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jawatan-kosong-guru-tabika-perpaduan-kuala-lumpur/", "title": "Permohonan Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan K. Lumpur", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi mereka yang berminat untuk menjadi Guru Tabika Perpaduan di Kuala Lumpur, permohonan bagi jawatan kosong ini telah dibuka. \nTawaran jawatan ini dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas bagi mengisi kekosongan perjawatan Guru Tabika Perpaduan Gred S29 di bawah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional.\nUntuk makluman, Tabika Perpaduan merupakan institusi pendidikan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang mula ditubuhkan pada 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat, Lembaga Perpaduan Negara, Jabatan Perdana Menteri.\nTabika ini mengikuti dan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nOleh itu, permohonan bagi jawatan kosong guru Tabika Perpaduan Kuala Lumpur ini dibuka sehingga 31 Mac 2023.\n\nDeskripsi Tugas Guru Tabika Perpaduan\nAntara deskripsi tugas bagi seorang guru Tabika Perpaduan adalah seperti berikut:\n\nBertanggungjawab menguruskan hal ehwal pentadbiran di Tabika.\nMelaksanakan tugasan mengajar, mengurus rekod, dokumentasi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.\nMerancang aktiviti pengajaran tahunan, menyiapkan laporan bulanan kelas, mengendalikan semua fail ISO yeng digunakan di Tabika.\nMembuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak-kanak serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.\n\nGaji & Elaun\nGaji dan elaun yang ditawarkan bagi jawatan kosong ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nGaji: RM1,493.00-RM5672.00\nElaun: \u2013 Imbuhan Tetap Perumahan: RM300.00\u2013 Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM160.00\u2013 Elaun Bantuan Sara Hidup: RM350.00\n\nSyarat Permohonan Guru Tabika Perpaduan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon untuk memohon jawatan ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nPemohon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.\nPemohon hendaklah memiliki Diploma dalam Bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Institusi Pengajian di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan.\nPemohon memperolehi sekurang-kurangnya \u201cKepujian\u201d (gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia dan 3 mata pelajaran yang lain serta \u201clulus\u201d mata pelajaran Matematik/Bahasa Inggeris.\nKeutamaan adalah bagi pemohon kalangan wanita berasal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Selangor/Putrajaya.\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan jawatan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nKlik pautan berikut iaitu https://drive.google.com/drive/folders/1-Pt6QgsGH0RbAYRkfqNzYjbzq6VYUmyA?fbclid=IwAR069JkrKhFHK_O7wRgImMJOP2yAsS7crlxo7nbmKWf6AEcgr5Xoz38Z_Lk.\nMuat turun borang permohonan.\nIsi borang permohonan dengan lengkap dan betul.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar borang permohonan bersama dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kementerian Perpaduan Negara,Tingkat 27, Menara TH Selborn, No.153, Jalan Tun Razak, 50400 KUALA LUMPUR.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\n\nKad Pengenalan\nSijil Kelahiran\nSijil Berhenti Sekolah\nSijil Peperiksaaan SPM atau yang setaraf dengannya\nSijil Diploma berserta transkrip\nSijil Vaksinasi Covid-19\nLesen Memandu (jika ada)\n\nPerlu diingatkan semua dokumen tersebut perlu disahkan sama ada Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas/Pengetua Sekolah/Ketua Kampung/Pesuruhjaya Sumpah.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai jawatan kosong guru Tabika Perpaduan ini, sila hubungi no. telefon di talian 03-2602 4500 atau email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-rbt-tingkatan-3/", "title": "Buku Teks RBT Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku teks Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan 3 ini diterbitkan berpandukan objektif yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP) di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakanoleh Kementerian Pendidikan Malaysia.\nBuku teks ini diolah berdasarkan empat domain, iaitu Apresiasi Produk Reka Bentuk, Aplikasi Teknologi, Pembuatan Produk dan Penilaian Reka Bentuk Produk agar murid menjadi individu yang dapat bersaing di peringkat global serta memahami teknologi terkini yang mampu menyelesaikan masalah dalam kehidupan.\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Aplikasi Teknologi\n1.1 Reka Bentuk Mekatronik\n\nMenyatakan maksud reka bentuk mekatronik\nMengenal pasti elemen mekatronik \nMenerangkan fungsi elemen mekatronik pada produk sedia ada \nMenghasilkan gambar rajah blok (block diagram) produk mekatronik sedia ada \nMenghasilkan lakaran bahagian reka bentuk produk yang akan diubah suai berdasarkan gambar rajah blok yang terlibat \nMembuat penambahbaikan kepada produk berdasarkan lakaran yang telah dibuat \nMembuat penilaian kefungsian produk yang telah diubah suai\n\nii) Bab 2 Penghasilan Produk\n\n\n\n\n2.1 Penghasilan Produk\n\nMenyatakan produk yang hendak dihasilkan berdasarkan kajian keperluan pelanggan dan projek brief \nMengenal pasti asas teknologi yang sesuai dengan kehendak reka bentuk produk \nMerancang konsep, elemen dan prinsip reka bentuk yang dipersetujui dalam bentuk lakaran\nMenghasilkan lakaran produk yang hendak dibuat \nMenyediakan jadual kerja \nMembuat senarai bahan, peralatan dan bajet produk\nMenghasilkan produk berfungsi atau berfungsi sebahagian \nMembuat pengujian dan penilaian kefungsian serta kesesuaian produk\nMembuat cadangan penambahbaikan produk berdasarkan laporan keputusan ujian \nMenyediakan dokumentasi\n\niii) Bab 3 Reka Bentuk dalam Perniagaan\n3.1 Reka Bentuk sebagai Instrumen Pemasaran\n\nMenyatakan maksud pemasaran\nMenerangkan peranan reka bentuk dalam pemasaran \nMengenal pasti kaedah reka bentuk pengiklanan \nMemilih kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai untuk memasarkan produk yang dihasilkan \nMenganalisis kaedah reka bentuk pengiklanan yang dipilih\nMembuat rumusan kaedah reka bentuk pengiklanan yang sesuai dengan produk \nMenghasilkan reka bentuk pengiklanan\n\nMuat Turun Buku Teks RBT Tingkatan 3\nBuku Teks Digital RBT Tingkatan 3 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBuku-Teks_RBT-Tingkatan-3Download\nUntuk memuat turun keseluruhan buku teks digital dari Portal DELIMA, sila rujuk pautan berikut:\n\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/latihan-praktikal-pelajar-ipt-sme-corp/", "title": "Tawaran Latihan Praktikal Pelajar IPT Di SME Corp", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar yang ingin mencari tawaran latihan praktikal di mana-mana syarikat, SME Corp telah membuka tawaran kepada pelajar IPT yang berhasrat untuk menjalani latihan praktikal di agensi tersebut.\nSME Corp. adalah di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang ditubuhkan pada 2 Mei 1996 yang berperanan menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua kementerian dan agensi.\nAgensi ini juga bertanggungjawab menjadi pusat rujukan bagi penyelidikan dan penyebaran data berkaitan PKS dan usahawan, serta menyediakan khidmat nasihat untuk PKS dan usahawan di seluruh negara.\u00a0\nPermohonan untuk menjalani latihan di agensi ini boleh dibuat sebelum 11 September 2022.\n\nBidang Pengajian\n Pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian berikut layak untuk memohon:\n\n\n\n\nPengajian EkonomiPerbankanPerniagaan AntarabangsaPentadbiran Perniagaan Pemasaran\nPejabat Penempatan\nTawaran latihan praktikal ini adalah untuk penempatan di: \nIbu Pejabat SME Corp MalaysiaPejabat Negeri KedahPejabat Negeri PahangPejabat Negeri Sembilan\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi pelajar yang ingin membuat permohonan adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti program Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian yang ditetapkan dan diiktiraf sahaja.Pelajar tersebut mestilah sedang mengikuti pengajian di IPTA/IPTS dalam dan luar negara.Tempoh minimum praktikal adalah 3 bulan dan tempoh boleh dilanjutkan tertakluk kepada keperluan serta peraturan semasa.Hanya permohonan dalam talian (online) yang lengkap sahaja dipertimbangkan.SME Corp. berhak sepenuhnya menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan.Sekiranya pelajar tidak menerima maklum balas dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh tutup, permohonan dianggap tidak berjaya.SME Corp. tidak menerima permohonan melalui pos.Penempatan pelajar adalah seperti yang ditetapkan sahaja. \nCara Memohon\nUntuk memohon, permohonan boleh dibuat menerusi pautan\u00a0https://oaserver.smecorp.gov.my/oa/praktikal.nsf/internship.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai Latihan Praktikal di SME Corp, sila hantar email ke\u00a0[email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/mycrs-2023/", "title": "MyCRS 2023: Insentif Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa yang tergolong dalam kategori B40 dan M40 boleh mendapatkan insentif kerusi keselamatan kanak-kanak menerusi MyCRS 2023.\nMyCRS merupakan program insentif pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak kepada golongan B40 dan M40. \nIanya merupakan program insentif kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.\nPermohonan baharu akan dibuka mulai 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023 secara atas talian.\nUntuk semakan kelayakan pula, semakan kelayakan pula boleh dibuat mulai 19 Jun 2023 sehingga 30 September 2023.\n\nJumlah Penebusan\nJumlah insentif yang diberikan di bawah program ini adalah maksimum sehingga RM150. \nCRS yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli secara percuma, manakala bagi CRS yang berharga RM150 ke atas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif.\nTempoh Penebusan\nTempoh penebusan insentif ini adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis ditebus.\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon insentif pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak ini adalah seperti berikut:\n\nPenerima insentif adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40\nMempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.\nWarganegara yang menetap di Malaysia.\n\nTatacara Permohonan Baharu MyCRS 2023\nUntuk permohonan baharu, sila ikuti langkah-langkah berikut di bawah:\n\nLayari laman web http://www.mycrs.gov.my/.\nKlik bahagian \u201cDaftar Permohonan.\u201d\nLengkapkan permohonan tersebut sehingga selesai.\n\nSemakan Kelayakan MyCRS 2023\nSemakan kelayakan MyCRS boleh dibuat melalui tatacara di bawah:\n\nLayari laman web http://www.mycrs.gov.my/.\nKlik bahagian \u201cSemakan.\u201d\nMasukkan no kad pengenalan.\nKlik butang \u201cSemak.\u201d\nStatus kelayakan dipaparkan.\nTebus insentif ini dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar.\n\nKedai Bayi Berdaftar\nPenerima yang disenarai layak boleh terus menebus insentif ini dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar.\nSenarai kedai bayi berdaftar boleh dirujuk melalui laman web http://www.mycrs.gov.my/orangawam/retailerlistp.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai MyCRS 2023, sila layari laman web http://www.mycrs.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/agihan-zakat-awal-persekolahan-2022/", "title": "Permohonan Agihan Zakat Awal Persekolahan 2022 MUIP", "body": "\n\n\n\n\n\nMurid dalam kategori asnaf di Negeri Pahang berpeluang untuk mendapat bantuan zakat persekolahan menerusi Agihan Zakat Awal Persekolahan 2022 di bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).\nAgihan Zakat Awal Persekolahan 2022 ini diwujudkan bagi membantu ibu bapa daripada golongan asnaf untuk membuat persiapan bagi sesi persekolahan akan datang di samping memberi suntikan semangat kepada murid untuk terus menuntut ilmu.\nUntuk makluman, pihak MUIP memperuntukkan sebanyak RM6.9 juta wang zakat bagi agihan zakat persekolahan tersebut.\nPemohon yang ingin mendapat agihan zakat ini boleh membuat permohonan sebelum 15 Mac 2022.\n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang ditetapkan bagi agihan zakat ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPelajar sekolah rendah: RM150Pelajar sekolah menengah: RM200\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan agihan zakat persekolahan ini adalah seperti berikut:\nPemohon dalam kalangan asnaf fakir miskin dan mualaf di Pahang. Berdaftar sebagai penerima bantuan bulanan dan tahunan MUIP.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan agihan zakat ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web permohonan iaitu\u00a0http://easnaf.muip.gov.my.Klik butang \u2018Tidak, Daftar Pengguna\u2019 bagi mereka yang tidak pernah menggunakan sistem ini.Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar Baharu.\u2019Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Isi maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Agihan Zakat Awal Persekolahan 2022 MUIP, sila hubungi pihak MUIP di talian 09-422 1311.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tingkatan-6-maktab-mahmud/", "title": "Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2023/2024", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang ingin menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 di Maktab Mahmud bagi tahun 2023/2024 adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan kemasukan dengan segera.\nSekolah ini merupakan salah satu sekolah terkemuka di Negeri Kedah yang diuruskan oleh Lembaga Maktab Mahmud.\nOleh itu, pelajar yang berminat untuk membuat permohonan dengan memuat turun borang permohonan melalui Laman Web Rasmi Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah bermula 31 Januari 2023 sehingga 20 Mac 2023. \n\nLokasi Sekolah\nPermohonan ini adalah untuk kemasukan ke:\n\nMaktab Mahmud Alor Setar\nMaktab Mahmud Pokok Sena\nMaktab Mahmud Pendang\n\nKeistimewaan Tingkatan 6\nKeistimewaan yang bakal dinikmati pelajar Tingkatan 6 yang menyambung pelajaran di sini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nSilibus STAM dan Al Azhar\nSilibus Bahasa Arab yang mantap\nSilibus di ambil daripada Maahad Bu\u2019uth Al-Islamiah Al-Azhar, Republik Arab Mesir\nSTAM setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)\nSijil STAM boleh digunapakai untuk peluang kerjaya berpeluang memasuki Universiti Al-Azhar dan lain-lain universiti yang setaraf dengannya di Timur Tengah\nBerpeluang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti-universiti dalam negara\nGuru-guru pakar yang berpengalaman dalam STAM dan mempunyai kelulusan ikhtisas yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.\n\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nTelah menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur 18 tahun.\nTelah Menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan sekurang-kurangnya mendapat Pangkat Jayyid\nLulus bagi semua mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan kepujian bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-\u2018Arabiah Al- Muasirah dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia\nTidak mempunyai sebarang rekod salahlaku displin.\nBersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.\nBersetuju menerima Maktab Mahmud yang ditawarkan (penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Lembaga Maktab Mahmud).\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat dengan melayari layari laman web https://www.lmm.gov.my/ dan muat turun borang permohonan di bahagian \u201cMuat Turun.\u201d\nKeterangan Lanjut\nUntuk keterangan lanjut mengenai kemasukan ke Tingkatan 6 di sekolah ini, sila hubungi di talian 04-7728973.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-mnrb/", "title": "Permohonan Biasiswa MNRB 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nMNRB Holding Berhad membuka permohonan Biasiswa MNRB 2023 kepada para pelajar lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/ASASI/Diploma yang memerlukan biasiswa ini.\nBiasiswa MNRB diwujudkan oleh MNRB Holdings Berhad pada 1 April 1998 dengan objektif utamanya ialah untuk membantu dalam pembangunan industri insurans dan takaful negara dengan membolehkan pelajar yang berpotensi mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.\nIni bagi melahirkan profesional insurans dan takaful yang berkualiti untuk pembangunan jangka panjang industri insurans dan takaful Malaysia.\nBagi pemohon yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 17 April 2023.\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nInsurans\nSains Aktuari\nTeknologi Maklumat (Sains Data & Kepintaran Buatan/AI)\nACCA\nSyariah\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\nBerumur 23 ke bawah.\nLepasan SPM: Mendapat minimum 6A, termasuk Bahasa Inggeris, Matematik & Sains; atau (calon yang mempunyai keputusan percubaan SPM yang memenuhi kriteria di atas adalah digalakkan untuk memohon. Calon yang terpilih akan ditawarkan biasiswa sementara tertakluk kepada perbezaan antara keputusan sebenar dan keputusan percubaan berada dalam julat yang boleh diterima).\nLepasan STPM: Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan lulus Pengajian Am.\nLepasan Matrikulasi/ASASI/Diploma: Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50.\nMesti menyerahkan esei Bahasa Inggeris bertulis tangan sebanyak 500 perkataan mengenai sebab memohon biasiswa, manfaat daripada kursus pengajian termasuk rancangan pendidikan dan kerjaya.\nPemohon mestilah berjaya memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan yang diiktiraf untuk mengikuti kursus pengajian yang ditawarkan.\nKeutamaan akan diberikan kepada mereka yang aktif dalam aktiviti kokurikulum.\nBukan menjadi penerima biasiswa/pinjaman/bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi atau badan lain.\n\nCara Memohon\nPermohon boleh membuat permohonan seperti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://www.mnrb.com.my/careers/scholarships?fbclid=IwAR0tnDyuMvHsvToBbLWdb7hh941MOkvvnkG2keBGcAcRxp1wyJ7L1RWqpX0.\nMuat turun borang permohonan.\nIsi borang permohonan tersebut.\nHantar email ke alamat [email\u00a0protected] (Sila tulis \u201cPERMOHONAN BIASISWA\u201d di ruangan Subjek).\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Biasiswa MNRB, sila layari laman web https://www.mnrb.com.my/careers/scholarships.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-dermasiswa-tvet/", "title": "Program Dermasiswa TVET Pelajar B40", "body": "\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pelaksanaan Program Dermasiswa TVET Pelajar B40 yang akan dijalankan pada tahun ini.\nProgram Dermasiswa TVET Pelajar B40 ini disediakan untuk pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang TVET di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).\nSebagai permulaan, pengambilan pertama program ini akan membabitkan 1,000 pelajar di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.\nProgam ini dijangka akan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM36.41 juta bagi setiap pengambilan.\nMatlamat Kerajaan\nKerajaan mensasarkan sekurang-kurangnya 55% lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian dalam program TVET menjelang 2025, seperti yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).\nOleh kerana itu, bagi menggalakkan pelajar memilih pengajian TVET, sebanyak 80% penyedia TVET awam menawarkan program TVET secara percuma.\n\n\n\n\nProses Penawaran\nProses penawaran dibuat kepada pelajar yang layak dan ditawarkana tempat pengajian menerusi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) atau melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar di IPT masing-masing.\nTempoh Penajaan\nTempoh penajaan yang ditawarkan adalah selama 3 tahun kepada pelajar peringkat Diploma dan 4 tahun bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda. \nSyarat Khas\nSyarat khas yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi program ini adalah seperti berikut:\nMemperoleh SPM pada tahun semasa bagi pengajian ke peringkat Diploma.Memperoleh Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf pada tahun semasa bagi pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.\nMaklumat Lanjut \nMaklumat lanjut mengenai Program Dermasiswa TVET Pelajar B40, sila layari laman web KPT iaitu https://www.mohe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-tiket-penerbangan-pelajar/", "title": "Permohonan Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar UA", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar Universiti Awam (UA) bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.\nInisiatif ini dilaksanakan susulan Kementerian Pengangkutan telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan syarikat-syarikat penerbangan bagi memperincikan pelaksanaan inisiatif ini.\nPelaksanaan inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan seramai lebih 56,000 pelajar daripada universiti awam dengan implikasi kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta.\nPelaksanaan inisiatif bantuan bantuan tiket penerbangan pelajar UA bagi laluandomestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan ini dapat mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman semasa cuti semester pengajian.\n\nPelaksanaan Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar\nInisiatif ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak.\nBaucar tersebut akan ditebus untuk pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk menerima bantuan tiket penerbangan ini adalah seperti berikut:\n\nPelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut:\u2013 Berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung.\u2013 Berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan.\u2013 Berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan.\u2013 Berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau\u2013 Berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.\nHanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung/Sabah/Sarawak/Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak/ Labuan).\nHanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MYAirline.\nTarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Oktober 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.\n\nKaedah Penebusan Baucar\nUntuk menebus baucar penerbangan tersebut, penebusan boleh dibuat mulai 15 Ogos 2023.\nPenebusan baucar boleh dibuat menerusi kaedah berikut:\n\nMembuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan yang akan dimaklumkan nanti. Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing.\nMembuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar.\nSetelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan. Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucer digital akan kekal dalam credit shell untuk digunakan bagi pembelian tiket seterusnya; dan\nMenggunakan baucar untuk membuat pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan yang dibenarkan.\n\nContoh Senario Penebusan\nContoh senario penebusan boleh dirujuk melalui jadual di bawah:\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Bantuan Tiket Perbangan Pelajar, sila layari laman web https://www.mot.gov.my/my/Announcement/SIARAN%20MEDIA%20-%20BANTUAN%20TIKET%20PELAJAR.pdf.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-khas-ijazah-luar-negara-jpa/", "title": "Permohonan Program Khas Ijazah Luar Negara JPA 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nProgram Khas Ijazah Luar Negara 2022 di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dibuka permohonannya untuk pelajar cemerlang lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Persediaan untukmenyambung pelajaran bagi pengajian Ijazah Pertama dalam bidang-bidang yang dikenal pasti di universiti-universiti terkemuka dunia.\nBentuk penajaan bagi Program Khas Ijazah Luar Negara ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian\u00a0di dalam pengajian.\nPemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian yang akan dibuka mulai\u00a015 Julai 2022, 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022, 5.00 petang.\n\nMekanisme Perjanjian\nPerjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut 4 keadaan PBU seperti berikut:\nPinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.\nTempat Pengajian\nProgram ini hanya layak untuk pengajian di universiti-universiti terkemuka dunia di ranking Top 100 dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings, Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings, atau Academic Ranking of World Universities (ARWU) berdasarkan kedudukan universiti, di negara-negara yang dikenal pasti sahaja.\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang ditawarkan menerusi penajaan ini adalah di dalam bidang Kejuruteraan dan Sains & Teknologi yang seiring Dasar Sains, Teknologi dan Industri Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Rangka Kerja 10-10 Malaysian Science, Technology, Innovation and Economy (MySTIE) Framework iaitu bidang teknologi teras (DeepTech) seperti:\n\n\n\n\nKecerdasan buatan (Artificial Intelligence)Internet of Things (IOT)BlockchainBahan dan teknologi termaju (Advanced Material)Analitik data raya (Big Data Analytic)Ekonomi hijau (Green Economy) yang melibatkan sektor-sektor utama seperti pembinaan, gunatenaga, pertanian dan pengangkutan.\nBidang Pengajian Tidak Ditaja\nBidang pengajian yang tidak ditaja adalah seperti:\nPerubatanPergigianFarmasiPendidikanKejururawatanKursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen seperti lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan Certified in Legal Practice (CLP)\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi permohonan program ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Lulus pemeriksaan kesihatan.Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.Tamat pengajian program persediaan yang dikenal pasti (rujuk perincian di perenggan 2.2) pada tahun 2022 dengan keputusan minimum yang ditetapkan.Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (atau 23 tahun bagi pelajar peralihan).Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat/tanpa syarat daripada universiti untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa.Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2022.\nSyarat Khusus\nSyarat khusus yang meliputi syarat akademik minimum adalah seperti:\nSijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM): minimum Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.50/4.00Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): minimum PNGK 3.50/4.00.A-Level dari pusat/kolej persediaan/IPTS tempatan: minimum 14/15 mata (tanpa C)International Baccalaureate Diploma Programme (IB) dari pusat/kolej persediaan/IPTS tempatan: minimum 35/45 mata.\nTatacara Permohonan\nPermohonan penajaan ini boleh dibuat secara online di laman web iaitu https://esilav2.jpa.gov.my selama 10 hari mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.\nInfo & Pertanyaan\nInfo dan pertanyaan lanjut mengenai Program Khas Ijazah Luar Negara, sila hantar emel ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ikbn-lokasi-seluruh-negara/", "title": "IKBN: Senarai Lokasi Seluruh Negara & Kursus Ditawarkan", "body": "\n\n\n\n\n\nInstitut Kemahiran Belia Negara (IKBN) adalah salah satu lagi institusi pendidikan yang menawarkan latihan vokasional atau TVET kepada para pelajarnya.\nIKBN merupakan isntitusi yang bernaung di bawah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) iaitu salah satu komponen di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).\nSecara umumnya, matlamat penubuhan IKBN adalah untuk memberi latihan vokasional kepada golongan belia dalam bidang-bidang kemahiran bagi melahirkan sumber tenaga kerja mahir mengikut piawaian Jabatan Penbangunan Kemahiran (JPK).\nMenerusi pengajian di IKBN, pelbagai kursus disediakan yang lazimnya mengambil masa 18 hingga 36 bulan mengikut bidang yang ditetapkan.\n\nSyarat Umum Kemasukan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)\nSyarat umum kemasukan ke IKBN bagi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPemohon mestilah warganegara Malaysia.\nBoleh membaca dan menulis.\nBerusia di antara 18-30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya tamat Tingkatan 5.\nPemohon masih belum berkahwin atau bujang.\nSihat tubuh badan. \nPemohon tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah.\nPemohon belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (kecuali calon yang mempunyai sijil\u00a0lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran).\nPemohon sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.\nPemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil\u00a0ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.\nPemohon yang tidak tamat latihan atau disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.\n\nSenarai IKBN Seluruh Negara\nSebanyak 13 IKBN yang telah ditubuhkan setakat ini diseluruh negara iaitu:\n\nInstitut Kemahiran Belia Negara Miri\nInstitut Kemahiran Belia Negara Jitra\nInstitut Kemahiran Belia Negara Kinarut\nInstitut Kemahiran Belia Negara Peretak\nInstitut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai\nInstitut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar\nInstitut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar\nInstitut Kemahiran Belia Negara Pekan\nInstitut Kemahiran Belia Negara Naka\nInstitut Kemahiran Belia Negara Kemasik\nInstitut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat\nInstitut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis\nInstitut Kemahiran Belia Negara Tanah Merah\n\nSenarai Kurus Yang Ditawarkan\nSenarai kursus yang ditawarkan mengikut IKBN di seluruh negara adalah seperti berikut:\nKursusLokasi IKBN-Automotif-Mekanikal-Hospitaliti Institut Kemahiran Belia Negara Miri -Kursus Kimpalan (Arka) -Kursus Operasi Pemesinan -Kursus Lukisan Mekanikal -Kursus Pendawaian Elektrik Satu Fasa (PW2) -Kursus Jahitan Pakaian Wanita -Kursus Penyelenggaraan Kereta Institut Kemahiran Belia Negara Jitra -Sijil Teknologi Eleketrik (PPU-Domestik)-Sijil Teknologi Awam (Lukisan Senibina)-Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa \u2013 PW2)-Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Tiga Fasa \u2013 PW4)-Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera \u2013 A1)-Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera \u2013 A4) Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut -Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Roti)-Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)-Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyajian)-Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)-Sijil Lanjutan Teknologi Personal (Terapi Kecantikan)-Sijil Lanjutan Teknologi Personal (Perekaan Gaya Rambut)-Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Lelaki)-Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil (Jahitan Pakaian Wanita)-Diploma Teknologi Tekstil (Rekaan Fesyen) Institut Kemahiran Belia Negara Peretak -Kursus Teknologi Awam Menyediakan Pelajar Untuk Kerjaya Dalam Indsutri Kejuruteraan Awam-Kursus Elektrikal Menyediakan Pelajar Untuk Kerjaya Dalam Indsutri Kejuruteraan Elektrikal-Kursus Mekanikal Menyediakan Pelajar Untuk Kerjaya Dalam Indsutri Kejuruteraan Mekanikal-Kursus Tekstil & Apperal Menyediakan Pelajar Untuk Kerjaya Dalam Indsutri Tekstil & Apperal Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai -Kursus Health, Safety & Enviroment (HSE)-Kursus Inspection in Welding-Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan)-Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyajian)-Sijil Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri)-Sijil Teknologi Hospitaliti (Pengemasan-Housekeeping)-Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Kaunter Hadapan)-Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Pastri) Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar -Elektronik Industri-Juruteknik Elektrik Rendah-Rangkaian Komputer-Perekabentuk Multimedia Pengarangan-Pendawaian Elektrik Satu Fasa \u2013 PW2Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar-Kursus Operasi Fabrikasi Paip (Pemasangan Paip Dan Gas)-Kursus Boiler Maker-Kursus Penyelenggaraan Struktur Pesawat (Sheet Metal)-Kursus Penyelenggaraan Struktur Pesawat (Komposit) Institut Kemahiran Belia Negara Pekan -Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (Komersil & Domestik)-Diploma Penyejukbekuan dan Penyaman Udara-Penyejukbekuan-Teknologi Pemprosesan Makanan Institut Kemahiran Belia Negara Naka -Hospitaliti (Penyediaan Roti)-Hospitaliti (Penyediaan Pastri)-Hospitaliti (Penyediaan Makanan)-Multimedia (Penerbitan Video/Filem)-Perhotelan (Operasi Pengemasan)-Perhotelan (Operasi Kaunter Hadapan)-Perkhidmatan Personal (Perekaan Gaya Rambut)-Perkhidmatan Personal (Terapi Kecantikan) Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik -Sijil Lanjutan Teknologi Multimedia (Multimedia Pengarangan)-Sijil Lanjutan Teknologi Fotografi-Sijil Teknologi Multimedia (Video Penerbitan)-Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pembinaan Landskap)-Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Pembuatan Perabot dan Hiasan Dalaman)-Diploma Teknologi Awam (Hiasan Dalaman)-Sijil Lanjutan Terapi Sukan Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat -Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kereta)-Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Semburan Cat)-Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kenderaan Perdangangan)-Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Jentera Berat)-Sijil Lanjutan Teknologi Maritim (Penyelenggaraan Marin)-Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Lukisan Senibina)-Sijil Teknologi Awam (Scaffolding-Tubular) Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis Teknologi Tekstil\u00a0 Institut Kemahiran Belia Negara Tanah Merah \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai IKBN, sila layari laman web http://kemahiran.kbs.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dana-didik-johor/", "title": "Dana Didik Johor: Caruman Kelahiran Bayi Baharu RM100", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi setiap kelahiran bayi di Negeri Johor pada tahun 2023, kerajaan Negeri Johor menawarkan caruman tabungan awal pendidikan secara percuma melalui SSPN Prime menerusi Dana Didik Johor.\nUntuk pengetahuan, Dana Didik Johor merupakan merupakan tabungan pendidikan awal anak-anak Johor yang disalurkan melalui Yayasan Pelajaran Johor.\nUntuk makluman, Yayasan Pelajaran Johor merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1982 melalui Enakmen YPJ No. 8 yang berperanan dalam pembangunan pendidikan rakyat negeri Johor.\nOleh itu, ibu bapa di Negeri Johor yang baru mendapat cahaya mata mereka, mereka adalah dialu-alukan untuk memohon dana ini.\n\nKadar Caruman\nKadar caruman yang ditetapkan menerusi Dana Didik Johor adalah sebanyak RM100 yang disalurkan ke akaun SSPN Prime anak mereka.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan dana ini adalah seperti berikut:\n\nPermohonan adalah untuk bayi yang lahir di\u00a0Negeri Johor\u00a0mulai 1 Januari 2023.\nIbu dan bapa kandung adalah warganegara Malaysia\u00a0(keutamaan ibu dan bapa yang lahir di\u00a0Negeri Johor).\nPendapatan ibu dan bapa\u00a0di bawah RM7,000 sebulan.\nSimpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun. \n\nTatacara Permohonan\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti tatacara permohonan seperti di bawah:\n\n\n\n\n\nLayari pautan pendaftaran di https://bit.ly/3WVroAF.\nIsi maklumat dengan lengkap dan betul.\nPastikan semua maklumat diisi debelum membuat penghantaran.\nKlik butang \u2018Sumbit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nIbu bapa juga boleh mendapatkan borang permohonan di mana-mana kaunter berikut:\n\nWas-wad bersalin hospital utama di Negeri Johor.\nJabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor.\nPejabat PTPTN Cawangan di Negeri Johor.\nPejabat Yayasan Pelajaran Johor.\n\nSoalan Lazim\nBerapakah caruman yang bakal diterima oleh bayi yang baru lahir melalui dana ini? Kadar caruman yang ditetapkan bagi setiap bayi yang baru lahir menerusi dana ini adalah RM100. Adakah saya layak memohon jika pendapatan saya dan isteri berjumlah RM10,500 sebulan? Tidak. Pendapatan ibu bapa tersebut mestilah berjumlah RM7,000 dan kebawah bagi sebulan. Bolehkah simpanan tersebut dikeluarkan apabila anak saya berumur 19 tahun? Boleh. Simpanan tersebut boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Dana Didik Johor, sila layari laman web http://portal.ypj.gov.my/dana-didik-johor/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/maiwp-kasih-asnaf-back-to-school/", "title": "Semakan Penerima MAIWP Kasih Asnaf Back To School 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk para penerima Bantuan Am Persekolahan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), anda boleh membuat semakan bagi mengetahui status penerima MAIWP Kasih Asnaf Back To School.\nUntuk makluman, MAIWP Kasih Asnaf Back To School adalah bantuan persekolahan yang diperkenalkan MAIWP kepada mereka yang layak untuk mereka membeli barangan keperluan persekolahan kepada anak-anak mereka.\nMenariknya untuk tahun 2022, proses pengagihan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan bagi bantuan ini dibuat menerusi aplikasi Boost dengan menggunakan Dompet MAIWP.\nPelaksanaan pengagihan bantuan melalui aplikasi Boost ini adalah untuk memudahkan urusan proses pengagihan yang boleh dilakukan menerusi telefon bimbit.\n\nMengenai Aplikasi Boost\nUntuk makluman, Boost adalah\u00a0aplikasi dompet mudah alih yang bertujuan untuk merevolusikan cara anda berurusan di dunia semakin digital dan mudah alih hari ini. \nPengguna yang menggunakan aplikasi Boost boleh membayar menggunakan telefon bimbit tanpa menggunakan pembayaran secara tunai fizikal.\nSetelah mendaftar akaun Boost dan menjalankan eKYC, penerima akan menerima \u2018My Partner Wallet\u2019 melalui Dompet MAIWP mengikut jumlah yang diluluskan oleh MAIWP kepada setiap penerima.\nDompet MAIWP perlu digunakan dalam tempoh\u00a0daripada 28 Februari 2022 hingga 30 April 2022.\u00a0\nKaedah Pembelian\nTerdapat 2 cara kaedah pembelian boleh dilakukan iaitu:\n\n\n\n\nPembelian di kedai dan penyerahan di kaunterPenghantaran ke lokasi pengambilan. \nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang ditetapkan bagi pelajar yang layak adalah seperti berikut:\ni) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya\nKadar BantuanPerkaraRM250.00Sek. Rendah/Lelaki/Tidak Bersekolah AgamaRM400.00Sek. Rendah/Lelaki /Bersekolah AgamaRM300.00Sek. Rendah/Perempuan/Tidak Bersekolah AgamaRM450.00Sek. Rendah/Perempuan/Bersekolah AgamaRM300.00Sek. Menengah/LelakiRM350.00Sek. Menengah/Perempuan\nii) Darul Kifayah Kuala Lumpur dan Labuan\nKadar BantuanPerkaraRM400.00Sek. Rendah/Lelaki/Bersekolah AgamaRM450.00Sek. Rendah/Perempuan/Bersekolah AgamaRM300.00Sek. Menengah/LelakiRM350.00Sek. Menengah/Perempuan\niii) SMAMAIWP & SMISTA\nKadar BantuanPerkaraRM300.00Sek. Menengah/Lelaki/(SMAMAIWP KL)RM350.00Sek. Menengah/Perempuan/(SMAMAIWP KL)RM300.00Sek. Menengah/Lelaki/(SMISTA)RM350.00Sek. Menengah/Perempuan/(SMISTA)\nTatacara Membuat Semakan\nUntuk membuat semakan penerima, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/kasih-asnaf-bts-2022/.Klik semakan bahagian \u2018Status Bantuan.\u2019Masukkan nama murid dan klik butang \u2018Semak.\u2019Status penerima dipaparkan.Jika nombor telefon masih belum mendaftar, klik butang \u2018Borang Pertukaran Maklumat.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap. \nTatacara Penebusan Melalui Aplikasi Boost\nUntuk penebusan menerusi aplikasi Boost, ikuti langkah-langkah berikut:\nMuat turun aplikasi Boost di Google Play Store dan Apple App Store.Buka aplikasi Boost tersebut.Daftar dan lengkapkan pendaftaran.Klik bahagian \u2018What\u2019s New.\u2019Pilih penerima daripada senarai penerima untuk memulakan proses pembelian barangan.Pilih jenama dan barangan yang diperlukan dan klik \u2018Kategori Seterusnya.\u2019 Buat pembelian barangan tambahan sekiranya selepas semua \u2018barangan wajib\u2019 dibeli.Apabila selesai, klik \u2018Buat Pesanan.\u2019Pilih cara pembelian yang diinginkan.Klik \u2018Bayar Sekarang.\u2019Sahkan pembelian menerusi 6-digit pin atau cap jari biometrik.Klik butang \u2018Selesai.\u2019\nTonton video di pautan ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas https://www.youtube.com/watch?v=Job-SBrB3lY.\nPertanyaan Lanjut \nUntuk pertanyaan lanjut mengenai MAIWP Kasih Asnaf Back To School, sila whatsapp atau telefon ke talian 011-3422 4488. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-tingkatan-satu-smak-negeri-perak/", "title": "Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu SMAK Negeri Perak 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa di Negeri Perak yang ingin menghantar anak mereka bagi Tingkatan 1 ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan (SMAK) Negeri Perak bagi sesi 2022, permohonan kemasukan masih dibuka. \nSMAK Negeri Perak merupakan sekolah menengah agama yang menggabungkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dengan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)atau Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). \nOleh itu, ibu bapa dan murid boleh memilih sama ada ingin memilih sekolah yang melaksanakan gabungan KSSM dan KBT atau KSSM dan KBT. \nPermohonan bagi kemasukan ke Tingkatan 1 ini perlu dibuat secara atas talian dan tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Oktober 2021.\n\nSenarai Sekolah \nSenarai sekolah SMAK Negeri Perak mengikuti kurikulum adalah seperti berikut:\ni) KSSM dan KBT\n\n\n\n\nSekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah ManjungSekolah Menengah Tahfiz Darul Riduzan Daerah LenggongSekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang PadangSekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Kerian\nii) KSSM dan KBD\nSekolah Izzuddin ShahSekolah Raja Perempuan TaayahSekolah Raja Dr Nazrin Shah\nSyarat Permohonan\nHanya 2 syarat permohonan yang perlu dipenuhi ibu bapa dan murid yang ingin memohon kemasukan ke SMAK Negeri Perak ini iaitu:\nWarganegara MalaysiaMerupakan murid tahun 6 pada tahun 2021 yang berumur 12 tahun. \nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan kemasukan Tingkatan 1 SMAK Negeri Perak, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web iaitu https://e-smanperak.my/.Pergi ke bahagian \u2018Permohonan\u2019 dan klik bahagian \u2018Pelajar Baru.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Semakan.\u2019Jika nama tiada dalam sistem dan carian tidak ditemui, klik butang \u2018Daftar Di Sini.\u2019Tandakan pada kotak pengesakan dan klik butang \u2018Seterusnya.\u2019Isi maklumat-maklumat berikut dengan lengkap dan betul:\u2013 Maklumat sekolah\u2013 Maklumat profil murid\u2013 Alamat\u2013 Maklumat Ibu Bapa/Penjaga\u2013 Maklumat Kecemasan\u2013 Maklumat Akademik\u2013 Al-Quran\u2013 KOQ\u2013 KeluargaBuat pengesahan dan hantar permohonan setelah semuanya lengkap.\nSemakan Permohonan\nSelepas permohonan dibuat, ibu bapa atau murid boleh membuat semakan permohonan melalui langkah-langkah berikut:\nLayari laman web iaitu https://e-smanperak.my/.Pergi ke bahagian \u2018Permohonan\u2019 dan klik bahagian \u2018Semakan Permohonan.\u2019Masukkan no kad pengenalan murid dan klik butang \u2018Semakan.\u2019Keputusan permohonan dipaparkan. \nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak ditalian 05-208 4938/4955/4950/4953.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-pelajar-cemerlang-yayasan-terengganu/", "title": "Permohonan Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Yayasan Terengganu", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar anak Terengganu yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara dialu-alukan memohon Skim Pelajar Cemerlang (SPC) daripada Yayasan Terengganu.\nUntuk pengetahuan, Yayasan Terengganu ditubuhkan pada 1 Mei 1972 di bawah Enakmen Terengganu Bil. 9 Tahun 1972 untuk membantu kerajaan memajukan industri pendidikan di negeri tersebut menerusi pembangunan modal insan.\nSalah satu inisiatif yang diwujudkan oleh Yayasan Terengganu ialah memperkenalkan SPC bagi menghargai pelajar anak Terengganu yang cemerlang dan berjaya melanjutkan pengajian ke IPT.\nOleh itu, pelajar yang berminat untuk memohon skim ini boleh membuat permohonan mulai 20 September sehingga 30 September 2021 secara atas talian.\n\nBidang Layak Memohon\nPelajar yang menyambung pengajian kursus Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA) dalam pelbagai bidang adalah layak untuk memohon\nSyarat Umum\nPemohon yang berminat untuk memohon SPC perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan iaitu:\nPemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).\nSyarat Khusus\nSelain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus yang ditetapkan iaitu:\n\n\n\n\nPemohon telah mendapat tempat/tawaran di Universiti Awam (UA) dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.Pemohon telah lulus dengan cemerlang (CGPA 3.75 ke atas atau setaraf) di peringkat persediaan (Matrikulasi/Asasi) atau Diploma DAN memperolehi Gred B+ dalam sekurang-kurangnya 8 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat peperiksaan SPM; atauPemohon telah lulus cemerlang dalam Peperiksaan STPM/STAM (CGPA3.75 ke atas atau Mumtaz) dan sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris peringkat peperiksaan SPM.\nCara Memohon\nPemohon yang ingin membuat permohonan boleh mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://ytklik.terengganu.gov.my/ atau http://ytpenajaan.terengganu.gov.my/login.Klik bahagian \u2018Daftar Akaun.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan serta klik butang \u2018Log Masuk.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.\nPemohon diingatkan bahawa penawaran SPC kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kouta, merit, temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan dan Transformasi Pendidikan serta Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.\nUjian Bertulis & Temu Duga\nPemohon yang layak akan dihubungi melalui emel masing-masing untuk menduduki ujian bertulis dan/atau menghantar satu persembahan video pada satu tarikh yang akan ditetapkan\nHanya pemohon yang telah menduduki ujian bertulis dan/atau menghantar persembahan video sahaja akan disenarai pendek sesi Temuduga yang dikendalikan oleh Yayasan Terengganu.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai SPC, pemohon boleh menghubungi pihak Yayasan Terengganu di talian\u00a009-6221733.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-ensure/", "title": "Permohonan Biasiswa Ensure: UiTM Endowment Scholarship", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar yang menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), pihak UiTM menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang bagi peringkat sarjana muda dan pasca siswazah iaitu UiTM Endowment Scholarship (Ensure). \nUntuk makluman, Biasiswa Ensure ini akan diberikan kepada pelajar terpilih yang dikategorikan seperti berikut:\nBiasiswa bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi pelajar warganegara Malaysia.Biasiswa bagi peringkat pasca siswazah untuk pelajar warganegara MalaysiaBiasiswa bagi peringkat pasca siswazah untuk pelajar antarabangsa yang belajar di UiTM dalam bidang keutamaan yang ditetapkan.\nOleh itu, pelajar yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran sepenuh masa di UiTM adalah dialu-alukan untuk memohon biasiswa ini. \nPelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan bermula 10 Januari sehingga 23 Januari 2022 secara atas talian. \n\nTempoh Biasiswa\nTempoh pemberian biasiswa yang ditetapkan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:\n\n\n\n\nIjazah Sarjana Muda: Tempoh maksimum biasiswa adalah 3 hingga 5 tahun bergantung kepada program pengajian pemohon.Ijazah Sarjana: Tempoh maksimum biasiswa adalah 2 tahun.Doktor Falsafah: Tempoh maksimum biasiswa adalah 4 tahun.\nJumlah Biasiswa\nJumlah biasiswa yang bakal diterima pelajar yang layak adalah seperti berikut mengikut peringkat pengajian:\nPeringkat PengajianJumlahIjazah Sarjana MudaRM10,000.00 setahun merangkumi elaun serta yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti)Ijazah Sarjana (pelajar tempatan)RM24,000.00 setahun merangkumi elaun serta yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti)Ijazah Sarjana (pelajar antarabangsa)RM30,000.00 setahun merangkumi elaun serta yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti)Doktor Falsafah (pelajar tempatan)RM36,000.00 setahun merangkumi elaun serta yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti) Doktor Falsafah (pelajar antarabangsa) RM42,000.00 setahun merangkumi elaun serta yuran pengajian (dibayar terus kepada universiti)\nSyarat Permohonan\nPelajar yang berminat untuk memohon biasiswa ini perlu memenuhi syarat permohonan seperti berikut:\nPermohonan terbuka kepada pelajar sepenuh masa (mod penyelidikan) sarjana muda dan pascasiswazah. Permohonan juga terbuka kepada pelajar sepenuh masa prasiswazah dan pascasiswazah (semua mod pengajian) untuk pelajar orang kurang upaya (OKU).Pemohon bukan penerima sebarang biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi (kecuali zakat, dermasiswa, hadiah, bantuan kewangan orang kurang upaya (BKOKU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau mana-mana jenis biasiswa sekali sahaja).Pemohon hendaklah mendapat pengecualian/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada penaja terdahulu bagi pengajian yang telah dijalankan sebelum memohon biasiswa ini.Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap (pelajar klinikal UiTM dikecualikan).Pemohon tidak mempunyai rekod jenayah.Pemohon tidak mempunyai hutang yang serius atau muflis.Pemohon belum disenaraihitamkan oleh mana-mana agensi kerajaan (Malaysia/antarabangsa).Pemohon yang merupakan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Unit Perkhidmatan OKU UiTM.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan biasiswa ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://endowment.uitm.edu.my/v1/index.php/services/scholarships.Klik butang \u2018Ensure Now.\u2019Kemudian, klik butang \u2018Apply Now.\u2019Masukkan no pelajar dan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Check.\u2019Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.Pastikan semua maklumat diisi sebelum membuat penghantaran.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai biasiswa ini, sila layari laman web https://endowment.uitm.edu.my/v1/index.php/services/scholarships.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-permohonan-rayuan-kemasukan-sekolah-khusus/", "title": "Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Sekolah Khusus 23/24", "body": "\n\n\n\n\n\nCalon yang telah membuat permohonan rayuan bagi memasuki sekolah khusus untuk tahun 2023/2024, semakan keputusan rayuan boleh dibuat mulai 20 April 2023 (Khamis).\nSemakan keputuan rayuan ini adalah bagi pemohon yang tidak berjaya dalam permohonan awal untuk kemasukan ke sekolah khusus pada tahun 2023. \nIbu bapa dan pelajar boleh membuat semakan keputusan rayuan tersebut secara atas talian melalui pautan yang disediakan. \nKemasukan Sekolah Khusus Sesi 2023 / 2024\nRayuan ini adalah melibatkan kemasukan ke sekolah khusus bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2023/2024.\nPenilaian kemasukan ke sekolah khusus ini adalah berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) secara dalam talian yang menggunakan kaedah\u00a0single entry point.\nPKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point iaitu satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).\n\n\n\n\n\nKategori Sekolah\nTerdapat 5 sekolah dikategorikan sebagai sekolah khusus iaitu:\n\nSekolah Berasrama Penuh (SBP)\nSekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)\nSekolah Menengah Teknik (SMT)\nKolej Vokasional (KV)\nMaktab Tentera Diraja (MTD)\n\nCara Membuat Semakan Sekolah Khusus\nSemakan rayuan ini adalah melibatkan kemasukan Tingkatan 1, 4 dan dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ini boleh dibuat melalui pautan berikut:\n\nTingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/\nTingkatan 4 dan Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/\n\nPENTING : Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. KPM berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon TIDAK LENGKAP semasa hari pendaftaran.\n\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai semakan rayuan kemasukan ke sekolah khusus, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/. \nJika terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada e-mel [email\u00a0protected]\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-bencana-alam-uitm/", "title": "Permohonan Bantuan Bencana Alam UiTM Sehingga RM3000", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar UiTM yang mengalami bencana alam seperti banjir, kebakaran, atau dipanah petir, mereka boleh memohon bantuan daripada Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM menerusi Bantuan Bencana Alam.\nBantuan Bencana Alam ini adalah bagi meringankan beban pelajar UiTM yang menghadapi musibah bencana alam yang menimpa mereka.\nOleh itu, pelajar yang terlibat dalam bencana alam adalah amat dialu-alukan untuk memohon bantuan ini.\n\nKadar Bantuan \nKadar bantuan yang akan diperoleh pelajar yang layak adalah minima RM300 dan maksima RM3000.\nKadar bantuan yang akan diterima pelajar adalah bergantung kepada Jawatankuasa Kebajian yang akan menilai berdasarkan peratusan kerugian yang dialami pelajar.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut iaitu:\n\n\n\n\nPelajar sepenuh masa- peringkat Diploma, Sarjana Muda, dan Professional yang berstatus aktif.Bantuan yang melibatkan kerugian kepada barangan pelajar sahaja.Bayaran saguhati akan diberikan kepada setiap mangsa sebanyak RM50 jika tiada sebarang kerugian.\nTatacara Permohonan\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti tatacara permohonan berikut:\ni) Pelajar UiTM Shah Alam:\nLayari portal iStudent Portal iaitu https://istudent.uitm.edu.my/.Klik bahagian \u201ceHEP System\u201dLog masuk dengan memasukkan student ID dan kata laluan.Pergi ke bahagian \u201cKebajikan (Bencana Alam).\u201dBuat permohonan sehingga selesai.\nii) Pelajar UiTM Cawangan\nRujuk kepada pegawai Hal Ehwal Pelajar cawangan masing-masing.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, sila hubungi 03-5544 3545/3542 atau menghantar emel ke alamat [email\u00a0protected]. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pinjaman-ptptn-m40-naik-100-peratus/", "title": "Pinjaman PTPTN M40 Naik Kepada 100%", "body": "\n\n\n\n\n\nBerita gembira untuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)\u00a0daripada golongan M40 apabila pinjaman PTPTN mereka dinaikkan kepada 100%.\nPengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).\nKenaikan pinjaman ini dibuat oleh kerajaan untuk mengurangkan beban kos sara hidup ditanggung mahasiswa terutamanya dalam golongan M40.\nKenaikan Pinjaman Sebanyak 25%\nSebelum kenaikkan ini diumumkan, peminjam daripada golongan M40 hanya layak menerima pinjaman PTPTN sebanyak sahaja.\nKenaikan kadar pinjaman ini bermakna kadar pinjaman untuk golongan M40 dan juga B40 adalah sama iaitu sebanyak 100%.\nPinjaman Komputer Riba\nSelain itu, kerajaan juga mengumumkan untuk menyediakan kemudahan pinjaman laptop kepada peminjam PTPTN daripada golongan M40.\nInisiatif ini adalah untuk memastikan mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan baik menerusi komputer riba yang disediakan.\n\n\n\n\nJualan Murah Keluarga Malaysia Peringkat IPT\nSatu lagi inisiatif yang diumumkan adalah Jualan Murah Keluarga Malaysia yang akan diadakan di setiap institut pengajian tinggi (IPT).\nProgram Jualan Murah Keluarga Malaysia mula dilaksanakan sebelum ini bermula pertengahan Ogos 2022 yang dilaksanakan di 639 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara bermula pertengahan Ogos 2022.\nKini, program ini diperluaskan di setiap IPT menangani isu peningkatan kos sara hidup dalam kalangan mahasiswa.\nProgram Jualan Murah Keluarga Malaysia peringkat IPT ini akan dijalankan mulai Oktober 2022, selepas mahasiswa kembali menyambung pengajian untuk semester baharu.\nSumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1000502/pinjaman-ptptn-dinaikkan-100-peratus-bagi-m40-kategori-m1\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pendaftaran-calon-persendirian-spm-20223/", "title": "Pendaftaran Calon Persendirian SPM 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nCalon persendirian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023, permohonan masih boleh dibuka bagi pendaftaran secara atas.\nUntuk pengetahuan, calon persendirian bermaksud mereka yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM secara sendiri tanpa melalui sekolah atau institusi pendidikan yang lain.\nOleh sebab itu, pendaftaran bagi calon persendirian untuk tahun 2023 boleh dibuat sehingga 30 Jun 2023 secara atas talian. \n\nMata Pelajaran Yang Boleh Ditawarkan\nPeperiksaan ini ditawarkan kepada semua mata pelajaran yang ditawarkan mengikut syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). \nCalon Persendirian yang pertama kali mendaftar untuk peperiksaan SPM hendaklah mendaftar 6 mata pelajaran teras iaitu:\n\nBahasa Melayu\nBahasa Inggeris\nPendidikan Islam/Pendidikan Moral\nSejarah\nMatematik \nSains\n\nCalon juga tidak dibenarkan mendaftar Sains sekiranya mendaftar mana-mana 2 matapelajaran Fizik, Kimia dan Biologi.\nCalon Islam wajib mendaftar Pendidikan Islam dan calon tidak dibenarkan mendaftar Pendidikan Islam jika calon mendaftar kedua-dua mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah serta Pendidikan Syariah.\nKadar Bayaran\nKadar bayaran yang ditetapkan bagi peperiksaan SPM adalah seperti berikut:\n\nBayaran Asas: RM20.00\nBayaran Mata Pelajaran\u2013 119 Bahasa Inggeris: RM20.50\u2013 Mata Pelajaran Tanpa Pentaksiran Pusat: RM10.50\u2013 Mata Pelajaran Dengan Pentaksiran Pusat: RM12.00\nBayaran Calon Lewat: RM150.00\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi pendaftaran peperiksaan ini adalah seperti berikut:\n\nCalon baharu SPM mestilah berumur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan\nOrang perseorangan yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPMU berdasarkan syarat yang ditetapkan LP (calon mengulang).\nMendaftar secara dalam talian sepenuhnya di https://sppat.moe.gov.my.\n\nTatacara Permohonan Calon Persendirian SPM 2023\nTatacara permohonan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:\n1. Layari laman web http://sppat2.moe.gov.my/.\n2. Klik Bahagian \u2018Sistem pendaftaran peperiksaan untuk\u00a0Calon Persendirian (SPM dan SPMU)\u2019 dan pilih peperiksaan yang dikehendaki. \n\n\n\n\n\n3. Klik bahagian \u2018Daftar Calon Baharu.\u2019\n\n4. Masukkan nombor kad pengenalan klik butang \u2018Mohon.\u2019\n\n5. Sahkan maklumat yang diisi dan pastikan nombor kad pengenalan merupakan milik anda serta kemudian klik butang \u2018Teruskan.\u2019\n\n6. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan dan klik butang \u2018Teruskan.\u2019\n\n7. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan dan klik butang \u2018Teruskan.\u2019\n\n8. Tentukan mata pelajaran elektif sebagai mata pelajaran tambahan sekiranya anda memilih lebih daripada 10 mata pelajaran. Pemilihan mata pelajaran tambahan tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih daripada bilangan yang telah ditetapkan dan klik butang \u2018Teruskan.\u2019\n\n9. Pilih pusat peperiksaan dan klik butang \u2018Teruskan.\u2019\n\n10. Semak maklumat pendaftaran dan klik butang \u2018Hantar.\u2019\n\n11. Selepas maklumat pendaftaran berjaya dihantar, pastikan bayaran yuran peperiksaan dibuat secara perbankan elektronik. Permohonan yang telah dibayar sahaja akan diproses.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran calon persendirian SPM 2023, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/e-ukcg/", "title": "e-UKCG 2023: Ujian Kelayakan Calon Guru", "body": "\n\n\n\n\n\nPemohon yang telah membuat permohonan bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), mereka perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru atau (e-UKCG).\ne-UKCG adalah merupakan ujian\u00a0psikometrik\u00a0secara atas talian yang digunakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPGM. \nLepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin mengikuti PISMP di IPGM perlu melalui ujian ini terlebih dahulu sebelum untuk mereka layak menduduki saringan seterusnya.\nPelaksanaan ujian ini adalah bagi memenuhi aspirasi Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK 2012) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.\n\nFormat e-UKCG\nPeperiksaan ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). \nSetiap calon mestilah menjawab dalam tempoh\u00a045 minit\u00a0secara dalam talian iaitu\u00a030 minit\u00a0untuk Bahagian A dan\u00a015 minit\u00a0untuk Bahagian B.\nSelain itu, setiap calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.\nSekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.\n\n\n\n\nTarikh Penting\nPemohon yang telah membuat permohonan perlu mengambil perhatian tarikh penting berikut:\n\nTarikh semakan nama layak dipanggil menduduki peperiksaan: 15 Mac 2023 hingga 14 April 2023. \nTarikh ujian dijalankan: 17 April 2023 hingga 20 April 2023 dan 26 April 2023 hingga 28 April 2023.\n\nTatacara Menduduki Ujian e-uKCG\nPemohon boleh menduduki ujian ini menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://ukcg.moe.gov.my/.\nMasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nKlik butang \u201cHantar.\u201d\nJawab ujian dalam masa yang ditetapkan. \n\nInfo Lanjut\nInstitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) konsisten dalam melaksanakan pemilihan calon guru yang berminat, berkelayakan dan berkualiti bagi memenuhi aspirasi Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK 2012) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.\ne-UKCG hanya TERBUKA kepada calon yang telah mendaftar dan mengesahkan permohonan sahaja.\nCalon hanya dibenarkan menduduki ujian ini seperti tarikh yang dinyatakan pada paparan \u2018SEMAKAN KEPUTUSAN\u2019 dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pastikan anda telah membaca arahan dan bersedia sebelum menjawab soalan.\nSila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang masalah teknikal :JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN,PUSAT HAL EHWAL PELAJAR,INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPMNo. Telefon : : 03-8312 6720/ 6693/ 6731/ 6768/ 6719/ 6760Emel : | [email\u00a0protected] |\nInfo lanjut mengenai ujian ini, sila layari laman web https://pismp.moe.gov.my/spcg_faq.cfm.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ipr-inisiatif-pendapatan-rakyat/", "title": "IPR: Inisiatif Pendapatan Rakyat Keluarga Miskin Tegar & B40", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan telah memperkenalkan inisiatif baharu untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya keluarga miskin tegar dan B40 iaitu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).\nInisiatif ini merupakan strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.\nSelain itu, inisiatif ini juga menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan.\n\nKategori IPR\nKategori IPR yang disasarkan adalah seperti berikut:\n\nUsahawan Tani\nUsahawan Makanan\nOperator Perkhidmatan\n\nSasaran Penggerak IPR\nSasaran penggerak IPR adalah seperti berikut:\ni) Inisiatif Usahawan Tani (Inisiatif Usahawan Tani)\n\n\n\n\n\nSyarikat pertanian\nRantaian peruncitan makanan\nPengeksport\nAgensi-agensi kerajaan berkaitan\nKoperasi\n\nii) Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)\n\nPengusaha mesin menjual (vending machine)\nSyarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka\nPemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri\nInstitusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat\nStesen-stesen LRT\nHospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf\n\nii) Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)\n\nSyarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis\nPremis-premis agensi kerajaan\n\nCara Daftar\nUntuk mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web iaitu https://ipr.epu.gov.my/sign_up.\nIsi maklumat yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Hantar.\u2019\nKlik bahagian \u2018Log Masuk.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, layari laman web https://ipr.epu.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/covidnow-semakan-kadar-vaksinasi-murid/", "title": "COVIDNOW: Semakan Kadar Vaksinasi Murid Sekolah KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa kini boleh menyemak kadar vaksinasi murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi fitur terbaharu yang diperkenalkan di laman web COVIDNOW.\nFitur baharu ini merupakan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan KPM bagi menyediakan maklumat berkaitan status pelaksanaan PICK Remaja bagi murid sekolah di bawah KPM.\nLangkah ini bertujuan bagi menyediakan maklumat telus kepada masyarakat, khususnya ibu bapa/penjaga sebagai sebahagian daripada langkah peralihan negara ke fasa endamik COVID-19.\nOleh itu, semua maklumat PICK Remaja boleh diakses dan dikongsikan kepada umum sama ada seperti data vaksinasi melalui laman web COVIDNOW.\n\nMengenai COVIDNOW\nCOVIDNOW merupakan laman web yang dibangunkan oleh KKM yang mengandungi pelaporan data lebih telus dan tepat setiap hari mengenai COVID-19 mulai 9 September yang lalu.\nAntara maklumat dan data yang boleh diperoleh melalui laman web ini adalah perincian kes baharu dan kematian, status dan jenis vaksin, kapasiti sistem kesihatan awam, dan data kesan sampingan susulan vaksinasi (AEFI).\nMenerusi data dan maklumat yang dikongsikan di COVIDNOW, orang ramai akan mendapat lebih banyak pemahaman dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran yang lebih baik berkenaan situasi jangkitan COVID-19 dalam negara.\n\n\n\n\nPICK Remaja\nProgram Immunisasi\u00a0COVID-19\u00a0Kebangsaan (PICK) Remaja telah dilancarkan pada 22 September 2021 bagi mereka yang berumur 12 hingga 17 tahun. \nPICK Remaja dilaksanakan sebagai usaha pelindungan kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang memulakan pembelajaran mereka secara bersemuka di sekolah.\nKPM memaklumkan sehingga kini, hampir 80% murid berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin.\nKerajaan juga mensasarkan sebanyak 80% murid akan mendapat dos kedua pada akhir Disember tahun ini.\nCara Membuat Semakan\nUntuk membuat semakan kadar vaksinasi murid di sekolah, sila ikuti langkah-langkah mudah ini iaitu:\nLayari laman web https://covidnow.moh.gov.my/school/.Pilih negeri dan nama sekolah diikuti dengan butang \u2018Search.\u2019Klik pada nama sekolah yang dipilih.Kadar vaksinasi murid dan kakitangan sekolah tersebut dipaparkan. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai kadar vaksinasi sekolah dan perinciannya, sila layari laman web https://covidnow.moh.gov.my/school/. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jawatan-kosong-guru-kafa-johor/", "title": "Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Johor 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nRakyat Negeri Johor Darul Takzim atau Warganegara Malaysia yang telah menetap di Negeri Johor tidak kurang 3 tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong sebagai guru KAFA di Negeri Johor.\nUntuk makluman, KAFA merupakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain yang dijalankan untuk pelajar sekolah rendah bermula Tahun 1 sehingga Tahun 6.\nKelas merupakan suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardhu Ain.\nPermohonan jawatan ini dibuka bermula 20 Januari 2022 jam 12.00 tengah hari sehingga 4 Januari 2023 jam 5.00 petang.\nTaraf Jawatan & Elaun\nTaraf jawatan yang ditawarkan adalah secara kontrak dengan elaun tetap yang ditawarkan adalah sebanyak RM1,512.00.\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memohon jawatan ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nMempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) mempunyai sekurang-kurangnya 4 kepujian termasuk Bahasa Melayu, Pendidikan Islam/Tasawwur Islam/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Al-Qur\u2019an dan As-Sunnah/Al-Syariah/Usul Al Din/Manahij Al-U\u2019lum Al-Islamiah.\nLulus Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mua\u2019sirah di peringkat SPM.\nLulus Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) sekurang-kurangnya pangkat dua; atau \nLulus Sijil Sekolah Menengah Agama yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Agama Johor (LPAJ) \u2013 SMRA/SMA/STAM dan yang setaraf dengannya (SMU/STU).\n\n\nCara Memohon\nUntuk memohon jawatan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web iaitu https://forms.gle/epJG3DdYRZxVtZyU8.\nIsi maklumat yang diperlukan.\nLengkapkan semua maklumat dengan betul.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nSalinan kad pengenalan pemohon.\nSalinan sijil SPM pemohon.\nSalinan sijil SDKA pemohon (sekiranya ada).\nSalinan sijil SMRA/SMA/STAM atau SMU/STU pemohon.\nSalinan sijil lain yang berkaitan sekiranya ada.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai jawatan kosong guru KAFA Johor 2023, sila layari Facebook iaitu https://www.facebook.com/BPIJOHOR.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/doa-berbuka-puasa/", "title": "Doa Berbuka Puasa Yang Boleh Diamalkan", "body": "\n\n\n\n\n\nSetelah berpuasa dan ingin berbuka puasa, umat Islam adalah disunatkan untuk membaca doa berbuka puasa sebelum menikmati juadah atau hidangan yang disediakan.\nBerbuka puasa atau dalam Bahasa Arab disebut Iftar (\u0625\u0641\u0637\u0627\u0631) ialah makan petang apabila tiba waktu maghrib untuk\u00a0berbuka puasa\u00a0pada bulan Ramadan.\nIni bertepatan daripada Umar bin al-Khattab RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: \n\u201cApabila malam telah menghadap ke sebelah timur dan siang pula telah berlalu daripada barat kemudian matahari telah terbenam bermulalah waktu orang yang berpuasa itu berbuka\u201d (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).\n\nDoa Berbuka Puasa \nMenurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa doa berbuka puasa yang boleh diamalkan iaitu:\nDOA 1\n1. Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):\n\nMaksudnya: \u201cTelah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkam pahala insyaAllah\u201d (Riwayat Abu Daud (2357).\nDOA 2\n2. Daripada Muaz bin Zuhrah, telah sampai kepadanya bahawa Nabi SAW bersabda apabila hendak berbuka:\n\nMaksudnya: \u201cYa Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka\u201d (Riwayat Abu Daud (2358).\nSelain itu, terdapat beberapa lagi lafaz doa yang dinukilkan oleh Ibn Sunni di dalam kitabnya antaranya adalah:\nDOA 3\n\n\n\n\n3. Daripada Muaz bin Zuhrah, adapun Rasulullah SAW bersabda apabila hendak berbuka:\n\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u064e\u0651\u0630\u0650\u064a \u0623\u064e\u0639\u064e\u0627\u0646\u064e\u0646\u0650\u064a \u0641\u064e\u0635\u064f\u0645\u0652\u062a\u064f\u060c \u0648\u064e\u0631\u064e\u0632\u064e\u0642\u064e\u0646\u0650\u064a \u0641\u064e\u0623\u064e\u0641\u0652\u0637\u064e\u0631\u0652\u062a\u064f\nMaksudnya: \u201cSegala puji bagi Allah yang telah membantuku maka disebabkan itu aku telah berpuasa dan Dia telah memberi rezeki kepadaku maka aku berbuka dengannya\u201d (Lihat: Amal al-Yaum wa al-Lailah (479)(Syeikh al-Arna\u2019outh menghukum sanad hadith ini adalah mursal kerana Muaz bin Zuhrah tidak mendengar langsung daripada Nabi SAW).\nDOA 4\n4. Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda ketika berbuka:\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0644\u064e\u0643\u064e \u0635\u064f\u0645\u0652\u0646\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0631\u0650\u0632\u0652\u0642\u0650\u0643\u064e \u0623\u064e\u0641\u0652\u0637\u064e\u0631\u0652\u0646\u064e\u0627\u060c \u0641\u064e\u062a\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u0651\u0644\u0652 \u0645\u0650\u0646\u064e\u0651\u0627\u060c \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651\u0643\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0645\u0650\u064a\u0639\u064f \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0644\u0650\u064a\u0645\u064f\nMaksudnya: \u201cYa Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki Engkau kami berbuka maka terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui \u201d (Lihat: Amal al-Yaum wa al-Lailah (480))(Syeikh al-Arna\u2019outh menghukum sanad hadith ini adalah dhaif).\nDOA 5\n5. Daripada Abdullah bin \u2018Amr berkata bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka beliau bersabda:\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0625\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0623\u064e\u0633\u0652\u0623\u064e\u0644\u064f\u0643\u064e \u0628\u0650\u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u064e\u0651\u062a\u0650\u064a \u0648\u064e\u0633\u0650\u0639\u064e\u062a\u0652 \u0643\u064f\u0644\u064e\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u0623\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064e \u0644\u0650\u064a\nMaksudnya: \u201cYa Allah Ya Tuhan kami, aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang mana meliputi semua perkara agar Engkau ampunkan aku\u201d (Riwayat Ibn Majah (1753)(Syeikh Syuaib al-Arna\u2019outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan).\nSumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/820-irsyad-al-hadith-siri-ke-195-doa-berbuka-puasa\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cara-buka-akaun-cimb-online/", "title": "Cara Buka Akaun CIMB Online Dengan Mudah & Cepat", "body": "\n\n\n\n\n\nBgai mereka yang ingin membuka akaun bank CIMB, ketahui cara buka akaun CIMB Online dengan mudah dan cepat.\nOrang ramai boleh membuka akaun CIMB tanpa perlu melalui kaunter melalui CIMB OctoSavers Saving Account-i.\nBagi yang membuka akaun bank ini, tiada sebarang yuran tahunan dikenakan untuk CIMB OctoSavers Saving Account-i.\nSyarat Kelayakan\nUntuk membuka akaun bank ini, pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan iaitu:\n\nPemohon mestilah berusia 18 tahun ke atas\nMerupakan warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan atau MyKad.\nMempunyai nombor telefon dan alamat email yang sah.\nTidak mempunyai mana-mana akaun semasa/simpanan CIMB sebelum ini.\nMempunyai akaun bank lain (selain CIMB) yang didaftarkan atas nama sendiri.\nMestilah mendeposit RM20 bagi pembukaan akaun ini.\n\nCara Buka Akaun CIMB Online (Octosavers)\nBagi mengetahi cara buka akaun CIMB Online, sila ikuti panduan di bawah:\n1. Muat turun aplikasi CIMB Apply melalui:\u2013 Google Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cimb.ekyc&hl=en&gl=US&pli=1\u2013 Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/cimb-apply/id1529991404\n2. Buka aplikasi yang dimuat turun dan klik \u2018Open OctoSavers Account.\u2019\n\n3. Klik\u00a0\u2018Apply Now\u2019\u00a0dan pergi pada\u00a0\u2018Begin Application.\u2019\n\n\n\n\n\n4. Dalam bahagian\u00a0Contact Details, lengkapkan nombor telefon dan alamat email yang sah. Kemudian klik\u00a0\u2018Request SMS OTP Code\u2019 dan masukkan nombor OTP yang diterima.\n\n5. Buat pengesahan identiti dengan imbas bahagian depan dan belakang MyKad serta mengambil gambar swafoto. Sahkan maklumat yang diperolehi daripada MyKad dengan klik pada\u00a0\u2018Confirm Details.\u2019\n\n6. Jawab soalan pengesahan yang diberikan dan klik\u00a0\u2018Submit.\u2019\n\n7. Isi maklumat permohonan, kemudian\u00a0klik \u2018Save and Continue.\u2019\u00a0Isi bahagian pekerjaan dan maklumat tambahan dan klik\u00a0\u2018Confirm Details.\u2019\n\n8. Semak maklumat permohonan dan klik\u00a0\u2018Submit and Apply.\u2019 Pindahkan deposit minimum\u00a0RM20\u00a0daripada akaun bank lain yang didaftarkan nama sendiri. Masukkan amaun, pilih bank dan klik\u00a0\u2018Proceed.\u2019\n9. Buat CIMB Clicks ID termasuk User ID, kata laluan, SecureWord dan sebagainya.\nBaca juga:\n\nGCR: Prosedur Mohon Gantian Cuti Rehat Penjawat Awam\nPBUDN 2023: Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Selangor\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jawatan-kosong-pensyarah-ukm-2022/", "title": "Permohonan Jawatan Kosong Pensyarah UKM Pelbagai Bidang 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa individu warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di UKM bagi memohon jawatan-jawatan sebagai pensyarah di universiti tersebut.\nUntuk makluman, UKM adalah antara universiti awam terkemuka di Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 1970 dengan kampus pertamanya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.\nKemudiannya, kampus tersebut dipindahkan ke Bangi sebagai kampus utama pada tahun 1977 sehingga kini dan mempunyai 2 kampus kesihatan iaitu kampus Kuala Lumpur di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, dan Pusat Perubatan UKM di Cheras.\nOleh itu, inidividu yang berminat untuk memohon jawatan kosong pensyarah UKM, permohonan boleh dibuat sebelum 20 Jun 2022 iaitu pada hari Isnin.\nKategori Penysarah\nKategori pensyarah yang dibuka untuk permohonan adalah seperti berikut:\nPensyarah Farmasi DUF51Pensyarah Perubatan DU51Pensyarah Universiti DS51Pensyarah Pergigian DUG51\nBidang Yang Ditawarkan\nBidang yang ditawarkan bagi jawatan pensyarah ini adalah:\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi individu yang ingin memohon jawatan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\ni) Pensyarah Farmasi DUF51\nIjazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Farmasi Malaysia; danMembuktikan tahap kecemerlangan akademik yang tinggi mutunya:\u2013 Menerbitkan 3 penulisan dalam jurnal yang diindeks oleh Scopus/ISI atau sebuah buku berwasit terbitan penerbit tersohor sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Farmasi DUF51(semasa berkhidmat sebagai Tutor atau Pensyarah Sementara atau pengajian di peringkat Ph.D.\u2013 Telah membentang kertas kerja sekurang-kurangnya sekali di dalam persidangan dalam bidang pengajian; dan\u2013 Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang yang berkenaan.Pengalaman bekerja dalam bidang berkenaan bagi satu tempoh yang bersesuaian atau pengalaman menjalankan penyelidikan dalam bidang berkenaan untuk satu tempoh yang bersesuaian sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Gred 51 atau semasa dilantik sebagai Tutor atau Pensyarah Sementara atau pengajian di peringkat Ph.D atau Sarjana Kepakaran.\nii) Pensyarah Perubatan DU51\nIjazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan Ijazah Sarjana dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atauIjazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan kelayakan kepakaran dalam bidang perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atauIjazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; danMemiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan; danMembuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya:\u2013 Menerbitkan 3 penulisan dalam jurnal yang diindeks oleh Scopus/ISI atau sebuah buku berwasit atau tiga (3) case report dalam jurnal diindeks oleh Scopus/ISI sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Perubatan DU51 (semasa berkhidmat sebagai Pensyarah Pelatih atau pengajian di peringkat Ph.D/Sarjana Kepakaran); dan\u2013 Telah membentang kertas kerja sekurang-kurangnya sekali dalam persidangan dalam bidang pengajian; dan\u2013 Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang yang berkenaan.\niii) Pensyarah Universiti DS51\nIjazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; danMembuktikan tahap kecemerlangan akademik yang tinggi mutunya:\u2013 Menerbitkan 3 penulisan dalam jurnal yang diindeks oleh Scopus/ISI atau sebuah buku berwasit terbitan penerbit tersohor sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Universiti DS51 (semasa berkhidmat sebagai Tutor atau Pensyarah Sementara atau pengajian di peringkat Ph.D; dan\u2013 Telah membentang kertas kerja sekurang-kurangnya sekali di dalam persidangan dalam bidang pengajian; dan\u2013 Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang yang berkenaan; dan\u2013 Pengalaman bekerja dalam bidang berkenaan bagi satu tempoh yang bersesuaian.Pengalaman menjalankan penyelidikan dalam bidang berkenaan untuk satu tempoh yang bersesuaian sebelum dilantik ke jawatan Pensyarah Gred 51 atau semasa dilantik sebagai Tutor atau Pensyarah Sementara atau pengajian di peringkat Ph.D.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web Universiti Kebangsaan Malaysia https://www.ukm.my.Klik pada pautan \u2018[email\u00a0protected] ([email\u00a0protected])\u2019 bagi membuat permohonan secara atas talian.Klik butang \u2018Mohon Jawatan Akademik.\u2019Klik pautan \u2018Daftar\u2019 pada bahagian Tetamu UKM.Isi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Daftar.\u2019Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.Ikuti arahan dan buat permohonan. \nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai jawatan kosong pensyarah UKM, sila hubungi:Unit Perjawatan dan Kenaikan PangkatBahagian Sumber Manusia,Jabatan Pendaftar,Aras 1, Bangunan Perpustakaan Lingkungan Ke-2,Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 Bangi, Selangor.Email: [email\u00a0protected]\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/myraillife/", "title": "MyRailLife: Pas Perjalanan Percuma Setahun Tanpa Had", "body": "\n\n\n\n\n\nPas MyRailLife telah diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) dan KTM Komuter selain menggalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.\nPas ini merupakan perjalanan percuma untuk pelajar sekolah Tahun 1 sehingga Tingkatan 6 dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) sektor Gemas \u2013 Tumpat dan perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang dan Utara.\n\nTarikh Pelaksanaan\nTarikh pelaksanaan pas ini bermula pada 15 Februari 2023 sehingga 14 Februari 2024.\nPerkhidmatan Yang Dibenarkan \nPerkhidmatan yang dibenarkan untuk menggunakan pas ini adalah:\n\nPerkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) laluan Gemas\u2013Tumpat\nPerkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang (Pelabuhan Klang\u2013Tg. Malim\u2013Pelabuhan Klang & Batu Caves\u2013Pulau Sebang Batu Caves)\nPerkhidmatan KTM Komuter sektor Utara (Padang Besar\u2013Butterworth\u2013Padang Besar & Padang Rengas\u2013Butterworth\u2013Padang Rengas)\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang melayakkan untuk mendapatkan pas ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nPelajar sekolah tahun 1 hingga tahun 6 (umur 7 tahun\u201312 tahun).\nPelajar sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6 (umur 13 tahun\u201319 tahun).\nOrang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.\n\nTempat Mendaftar\nPelajar yang ingin mendaftar pas ini boleh mendaftar menerusi cara berikut:\ni) Pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU)\n\nMendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB (https://www.ktmb.com.my)\nMendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB antara laluan Gemas \u2013 Tumpat.\n\nii) Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang\n\n\n\n\n\nMendaftar di mana-mana kaunter tiket KTMB di laluan Lembah Klang.\n\niii) Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara:\n\nMendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB (https://www.ktmb.com.my)\nMendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB di laluan Padang Besar-Butterworth\u2013Padang Besar dan Padang Rengas\u2013Butterworth\u2013Padang Rengas.\n\nCara Membuat Pendaftaran\nPendaftaran pas perjalanan MyRail5 ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nSila layari laman web di pautan\u00a0bit.ly/2KJXu2c.\nKlik bahagian \u2018Sign Up Now.\u2019\nLengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Sign Up.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.\nKemudian, pergi ke menu \u2018Rail Pass\u2019 dan klik bahagian \u2018Special Registeration.\u2019\nLengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk melengkapkan pendaftaran.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah seperti berikut:\ni) Pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) (melalui online atau kaunter)\n\nNo. PNR\nMyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)\nKad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat\nDokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja) \n\nii) Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang (melalui kaunter)\n\nMyKad/MyKid (bagi pelajar sekolah)\nMembawa kad konsesi Komuter Link sedia ada ke kaunter-kaunter KTMB untuk ditukar kepada Pas MyRailLife\nDokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)\n\niii) Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara (melalui online atau kaunter)\n\nNo. PNR\nMyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)\nKad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat\nDokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)\n\nPertanyaan Lanjut\nInfo lanjut mengenai pas MyRailLife, sila layari laman web https://bit.ly/3S3qAbm. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-khas-kakitangan-awam-selangor/", "title": "Program Khas Kakitangan Awam Selangor: Tajaan Melanjutkan Pengajian", "body": "\n\n\n\n\n\nKakitangan awam di Negeri Selangor boleh memohon penajaan bagi melanjutkan pengajian menerusi Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor.\nProgram Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor adalah penajaan yang ditawarkan kepada kakitangan awam di negeri tersebut untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Lanjutan.\nPermohonan program khas ini dibuka sepanjang tahun dan kakitangan awam yang berminat boleh memohon menerusi borang permohonan yang disediakan.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memohon tajaan melalui program khas ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon merupakan pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Gunasama atau Lantikan Negeri dalam: \u2013 Perkhidmatan tetap; atau\u2013 Contract of Service (COS); atau\u2013 Kumpulan Pelaksana Gred 29 \u2013 40 Lantikan Negeri yang berjawatan tetap.Pemohon lantikan tetap yang telah disahkan dalam jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di Pentadbiran SUK Selangor.Pemohon lantikan kontrak (COS) telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun.Pemohon bersih daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib.Pemohon mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang cemerlang (purata 85% markah minimum untuk 3 tahun berturut-turut).Pemohon telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi Kumpulan Pelaksana dan peringkat Pascasiswazah atau Kursus Profesional bagi Kumpulan P&P secara sambilan di IPTA/IPTS tempatan.Pemohon tidak mengikuti pengajian di peringkat yang sama atau lebih rendah daripada kelayakan yang sedia ada dimiliki.Bidang pengajian adalah berkaitan dengan tugas pemohon dan dianggap perlu atas dasar kepentingan perkhidmatan serta diluluskan oleh Ketua Jabatan.Pemohon belum/tiada menerima sebarang bentuk penajaan daripada lain-lain penaja.Pemohon telah memperolehi pencapaian minimum CGPA 2.75 bagi Ijazah Sarjana Muda (Kumpulan P&P) dan Diploma/kelayakan yang setaraf (Kumpulan Pelaksana).\nCara Memohon\nCara untuk memohon program khas ini adalah seperti berikut:\nLayari laman web berikut https://tkwbns.selangor.gov.my/portal/index.php/tentang-kami/program-khas-kakitangan-awam-negeri-selangor.Muat turun borang permohonan.Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hnatar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat:Urus Setia Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor,Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran,Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan pemohon.Salinan transkrip rasmi Sarjana/Ijazah pertama/Diploma dan Sijil Kelulusan Senat (sekiranya berkaitan) bagi pengajian terdahulu.Salinan surat tawaran pengajian daripada universiti/institusi pengajian yang dipohon.Senarai tugas pegawai yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan Pemohon.Salinan Buku Rekod Perkhidmatan pemohon.Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tempoh tiga 3 tahun terkini pemohon.Lain-lain dokumen sokongan (sekiranya berkaitan).\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Program Khas Kakitangan Awam Negeri Selangor, sila layari https://tkwbns.selangor.gov.my/portal/index.php/tentang-kami/program-khas-kakitangan-awam-negeri-selangor. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/3-laman-web-terjemahan-bahasa-inggeris-bahasa-melayu/", "title": "3 Laman Web Terjemahan Bahasa Inggeris Ke Bahasa Melayu", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk pengetahuan anda, terdapat 3 laman web yang anda boleh gunakan untuk menterjemahkan perkataan atau ayat terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.\nMenariknya, terjemahan ini tidak memerlukan sebarang bayaran dan ianya percuma kepada semua individu asalkan mereka mempunyai akses kepada internet.\nLaman web ini ternyata memudahkan orang ramai dalam mencari terjemahan yang diperlukan dalam Bahasa Inggeri ke Bahasa Melayu.\nWalau bagaimanapun, orang ramai perlu merujuk mereka yang pakar setelah menggunakan laman web-laman web ini bagi memastikan terjemahan tersebut betul dan mengikut konteks ayat yang diinginkan.\nBerikut merupakan 3 laman web terjemahan yang boleh digunakan oleh orang ramai.\nGoogle Translate\nGoogle Translate merupakan laman web yang paling popular digunakan oleh orang ramai termasuklah pelajar untuk menterjemah sesuatu bahasa.\nMenariknya, laman web ini menyediakan pelbagai bahasa untuk diterjemahkan dan tidak terhad kepada Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sahaja.\nNamun, orang ramai diingatkan untuk sentiasa merujuk terjemahan ini dengan guru atau orang yang mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu kerana terjemahannya kadang kala terlalu terus dan tidak bertepatan dengan konteks ayat.\nBerikut cara untuk menggunakan laman web Google Translate untuk terjemahan:\n\n\n\n\n\nLayari\u00a0laman web https://translate.google.com.my/.\nKlik menu\u00a0\u2018Bahasa Inggeris\u2019 pada kotak paling kiri dan klik menu\u00a0\u2018Bahasa Melayu\u2019 untuk hasil terjemahan pada kotak paling kanan. \nMasukkan perkataan atau ayat yang ingin diterjemahkan\nHasil terjemahan ke Bahasa Melayu dipaparkan secara automatik.\n\nMyMemory\nMyMemory ialah laman web terjemahan terbesar di dunia dan ianya adalah 100% percuma.\nLaman web ini memberikan akses pantas kepada sejumlah besar terjemahan yang berasal daripada penterjemah profesional, LSP, pelanggan dan kandungan web pelbagai bahasa. \nIa menggunakan algoritma padanan yang sesuai untuk menyediakan terjemahan terbaik kepada orang ramai.\nCara penggunaan terjemahan ini adalah seperti berikut:\n\nLayari laman web https://mymemory.translated.net/.\nPilih padanan \u2018Bahasa Inggeris\u2019 pada kotak kiri dan \u2018Bahasa Melayu\u2019 pada kotak kanan.\nMasukkan teks atau ayat yang ingin diterjemah.\nKlik butang \u2018Search.\u2019\nHasil terjemahan dipaparkan.\n\nMalayTranslate.com\nLaman web terakhir yang boleh digunakan adalah MalayTranslate.com.\nBerbeza dengan laman web terjemahan yang lain, laman web ini hanya khusus untuk menterjemahkan dua bahasa sahaja iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.\nNamun, terjemahan melalui laman web ini hanya terhad kepada 1000 aksara dan ayat akan dipotong jika melebihi jumlah aksara tersebut.\nCara menggunakannya adalah seperti berikut:\n\nLayari laman web https://www.malaytranslate.com\nTandakan pada kotak\u00a0\u2018English to Malay.\u2019\nMasukkan perkataan atau ayat yang ingin diterjemah.\nKlik butang\u00a0\u2018Translate.\u2019\nHasil terjemahan akan dipaparkan. \n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pendaftaran-tahun-1/", "title": "Pendaftaran Persekolahan Murid Tahun 1 KPM Sesi 2024/2025", "body": "\n\n\n\n\n\nSelain daripada membuat pendaftaran Tahun 1 terus ke sekolah, para ibu bapa juga boleh mendaftar anak-anak mereka bagi Tahun 1 secara atas talian menerusi Sistem Modul Pengurusan Murid mulai 1 Mei 2023.\nUntuk makluman, sistem Modul Pengurusan Murid merupakan sistem yang wujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan permohonan ke Tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.\nTarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 KPM\nBagi ibu bapa yang ingin membuat pendaftaran secara atas talian, mereka boleh berbuat demikian mulai 2 Mei 2023 sehingga 30 Jun 2023.\n\nKelayakan Murid Tahun 1\nMurid Tahun 1 yang berikut layak untuk mendaftar bagi sesi persekolahan bagi tahun 2024/2025:\n\nKemasukan Tahun 2024: Kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2017 hingga 01.01.2018\n\nCara Pendaftaran Murid Tahun 1 Online\nUntuk mendaftar ke sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://idme.moe.gov.my/.\nKlik \u2018Daftar Baru\u2019 untuk pengguna yang tidak mempunyai akuan.\nIsikan semua maklumat yang disediakan (maklumat yang bertanda * adalah wajib untuk diisi).\nKlik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan captcha bertulis di ruang yang disediakan.\nKlik butang \u2018Daftar\u2019 untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang \u2018Reset\u2019 untuk reset semula maklumat pengguna.\nPilih Modul Pengurusan Awam.\nIsi/kemaskini Pengurusan Profil yang terdiri daripada maklumat peribadi, maklumat pasangan, dan maklumat anak jagaan.\nKlik Tambah anak/jagaan dan kemaskini (jika belum wujud).\nSetelah selesai di modul Pengurusan Proful, pilih Permohonan Kemasukan.\nKlik Permohonan Kemasukan ke Tahun 1 KPM 2024. \n\n\n\nNOTA:\nPengguna yang berjaya daftar perlu menyemak emel untuk mendapatkan default kata laluan kemudian log masuk sistem menggunakan default kata laluan yang telah diberikan kemudian perlu menukar kata laluan tersebut kepada kata laluan yang baru.\n\n\n\n\nCara Login idMe KPM\nUntuk login sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web https://idme.moe.gov.my/.\nMasukkan ID Pengguna.\nKlik butang \u2018Daftar Masuk.\u2019\nKlik checkbox pada kotak yang disediakan dan masukkan kata laluan yang disediakan.\nKlik butang \u2018Daftar Masuk.\u2019\n\n\nSoalan Lazim\nBagaimana jika saya tidak boleh log masuk kerana terlupa kata laluan? Pengguna boleh mendapatkan kata laluan menerusi permohonan semula kata laluan menerusi e-mel yang tuan/puan telah daftarkan ketika daftar pengguna baharu ataupun melalui soalan keselamatan. Apakah punca nama anak-anak saya tiada dalam paparan apabila saya telah log masuk? Apabila nama anak pengguna tiada dalam senarai, ia berpunca daripada masalah data peribadi tuan/puan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) tidak tepat ataupun terdapat kesalahan. Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk menghubungi guru kelas bagi menyemak dan melakukan pembetulan jika terdapat kesalahan atau kesilapan. Adakah sebagai seorang datuk/nenek/penjaga rumah kebajikan/rumah anak yatim boleh menjadi Penjaga Utama dan mengemaskini data murid/anak/cucu jagaan saya? Pengguna boleh menjadi penjaga utama dan mengemaskini data dengan syarat pengguna tersebut telah memaklumkan maklumat tersebut bagi guru kelas memasukkan maklumat ke dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) di tab maklumat penjaga. Adakah saya sebagai penjaga tunggal yang sudah berpisah dengan pasangan saya meletakkan maklumat seorang lagi penjaga sebagai \u201cTidak Diketahui\u201d dan \u201cTidak Berkenaan?\u201d Pengguna boleh melakukannya dengan syarat tuan/puan memaklumkan perkara ini kepada guru kelas anak jagaan. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran Tahun 1, sila layari laman web https://public.moe.gov.my/. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ufuture-uitm/", "title": "UFUTURE UiTM: Portal Kandungan Pembelajaran Secara Online", "body": "\n\n\n\n\n\nUniversiti Teknologi MARA (UiTM)\u00a0sebelum ini telah membangunkan satu portal kandungan pembelajaran secara atas talian untuk kegunaan bukan sahaja kepada para pelajar tetapi orang ramai iaitu UFUTURE.\nUFUTURE merupakan platform yang dibangunkan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran dalam talian kepada mana-mana orang yang ingin mengikuti kursus pembelajaran yang disediakan.\nObjektif utama portal ini dibangunkan adalah:\n\nMeningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran.\nMemenuhi gaya pembelajaran atau keperluan pelajar.\nMeningkatkan kebolehcapaian pengguna dan fleksibiliti masa untuk melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran.\n\nSehingga kini, portal ini telah digunakan seramai 184,148 pelajar yang melibatkan 9,437 tenaga pengajar, 5,799 kursus ditawarkan dan 800,887 kandungan pembelajaran dimuat naik. \n\n\n\n\nPerkhidmatan Portal\nPortal ini akan membolehkan pengguna mendapat perkhidmatan berikut iaitu:\n\nUiTM Courses: Senarai komprehensif program dan pendekatan pembelajaran untuk pelajar sepenuh masa dan separuh masa UiTM.\nUiTM MOOC: Kursus dalam talian terbuka secara besar-besaran yang membenarkan akses kepada bilangan peserta yang tidak terhad, interaksi yang berterusan dan akses kepada bahan pembelajaran.\nKursus Kelayakan Mikro: Kelayakan gaya pensijilan bagi memupuk kemahiran dan pengetahuan khusus yang membolehkan individu kekal relevan dalam bidang mereka.\nOnline Degree: Kuliah dalam talian yang boleh diakses menerusi interaksi dinamik dengan professor dan rakan sekelas.\nKursus Pendek: Kursus pembangunan profesional dan peribadi untuk meningkatkan kemahiran diri dan kekal berjaya di dalam kerjaya.\nAPEL: Proses sistematik pengenalan, dokumentasi dan penilaian pengalaman terdahulu untuk mempercepatkan perjalanan anda ke pengijazahan.\n\nCara Login\nUntuk login ke portal ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web https://ufuture.uitm.edu.my/.\nKlik bahagian \u2018Sign Up.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Sign Up.\u2019\nKemudian, masukkan username dan kata laluan yang telah didaftarkan. \nBerjaya memasuki sistem portal ini. \n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai UFUTURE UiTM, sila layari laman web https://ufuture.uitm.edu.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cakap-ajuk-cakap-pindah/", "title": "Cakap Ajuk & Cakap Pindah: Perbezaan & Contoh Ayat", "body": "\n\n\n\n\n\nCakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya. \nDalam erti kata yang lain, Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya manakala Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya.\nWalaupun kedua-duanya membawa maksud hampir sama, tetapi wujud perbezaan ketara antara keduanya.\nPerbezaan Cakap Ajuk & Pindah\nPerbezaan kedua-dua perkara ini boleh dilihat menerusi jadual di bawah:\n\n\n\n\nCakap AjukCakap PindahPercakapan yang dilaporkan semula sebagaimana asalnya dituturkan.Perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan.Tiada sebarang pindaan yang dilakukan.Terdapat perbezaan stuktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat.Dimulai dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata ( \u201c \u2026\u2026.. \u201c )Tanda petik (\u201c\u2026\u201d) tidak digunakan. \nContoh Ayat\nUntuk mengetahui perbezaannya dengan lebih jelas, sila rujuk contoh ayat di bawah sebagai panduan:\nCakap AjukCakap Pindah\u201cCuci tangan kamu\u201d kata Cikgu Fauziah kepada Ahmad.Cikgu Fauziah menyuruh Ahmad mencuci tangannya.\u201cDatanglah ke rumah saya malam ini, Encik Kassim,\u201d kata Encik Sundra.Encik Kassim mempersilakan Encik Sundra ke rumahnya pada malam nanti.\u201cMengapa tidak hadir semalam, Hafiz?\u201d tanya Ustaz Hakim.Ustaz Hakim bertanya kepada Hafiz sebab dia tidak hadir semalam.\nPerubahan Perkataan \nPerubahan perkataan atau kata ganti nama perlu diambil perhatian bagi kedua-dua perkara ini:\nCakap AjukCakap Pindahsaya, aku, hambadia, ia, nya, beliaubetabagindakami, kitamerekaanda, awak, kamu, engkausaya, dia, nyadiadiabeliaubeliaumerekamerekainiituituitusinisitu, sana, tempat itubeginibegitudemikian inidemikian itusekarangmasa itu, ketika itumalam tadimalam semalamnyasemalamsemalamnyahari inihari ituesokesoknya, keesokan harinya, hari itu\nSumber: https://sites.google.com/site/bmalaysiatatabahasa/cakap-ajuk-dan-cakap-pindah?authuser=0\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-rbt-tingkatan-2/", "title": "Buku Teks RBT Tingkatan 2 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku Teks Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan 2 ini diterbitkan dengan berpandukan objektif yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nBuku ini digarap dengan teliti dengan menekankan kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, serta kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian agar murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan pada abad ke-21.\nMenariknya, pelbagai bahan tambahan serta ciri-ciri istimewa dimasukkan ke dalam buku ini bagi merangsang minat murid terhadap RBT di samping meningkatkan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Penyelesaian Masalah Secara Inventif\n1.1 Pengenalpastian Masalah \n\nMengenal pasti masalah bukan inventif dan inventif \nMenerangkan proses penyelesaian masalah bukan inventif dan inventif\n\n1.2 Analisis Fungsi \n\nMembuat hubung kait antara produk dengan objek dari segi fungsinya \nMelukis sistem fungsi\nMembina model fungsi dengan menggunakan garisan interaksi\n\n1.3 Percanggahan Fizikal \n\nMengenal pasti dan menganalisis percanggahan fizikal \nMencadangkan pemilihan prinsip inventif \nMenjustifikasikan cadangan perubahan reka bentuk berdasarkan pemilihan prinsip inventif\nMenghasilkan lakaran produk berfokuskan bahagian yang mempunyai masalah inventif\n\nii) Bab 2 Aplikasi Teknologi\n\n\n\n\n2.1 Teknologi Pembuatan \n\nMengenal pasti teknologi pembuatan produk\nMenghuraikan proses pembuatan produk berdasarkan teknologi pembuatan konvensional dengan pembuatan moden\nMembanding beza teknologi pembuatan konvensional dengan pembuatan moden dalam proses penghasilan produk\nMembuat lakaran model 3D bermaklumat \nMenganalisis lakaran model 3D \nMembuat acuan model 3D \nMembuat model 3D berdasarkan proses kerja \nMembuat kemasan model menggunakan konsep electrostatic dan electroplating \nMenilai model 3D yang telah dihasilkan \nMenjana idea untuk penghasilan reka bentuk produk yang lebih efisien\n\n2.2 Reka Bentuk Mekanikal \n\nMengenal pasti komponen mekanikal \nBagaimana sistem mekanikal berfungsi pada produk yang dipilih? \nMenghasilkan lakaran 3D reka bentuk gajet yang menggunakan komponen sistem mekanikal yang dipilih \nMenganalisis kesesuaiankomponen yang digunakan untuk membina gajet \nMembuat rumusan kekuatan dan kelemahan komponen sistem mekanikal produk yang dipilih untuk membina gajet\nMembina gajet mekanikal berfungsi \nCadangan penambahbaikan kepadansistem tersebut oleh murid\n\n2.3 Reka Bentuk Elektrik\n\nElemen sistem elektrik iaitu sumber, medium, beban, dan kawalan \nMenunjukkan cara reka bentuk litar peralatan elektrik \nMembuat pengiraan parameter elektrik dalam reka bentuk litar \nMenghasilkan lakaran reka bentuk litar elektrik yang akan dibuat\nMenganalisis elemen sistem elektrik pada gajet yang akan dihasilkan \nMembina gajet elektrik berfungsi\nMembuat pengujian dan penilaian kefungsian gajet \nMencadang penambahbaikan ke atas reka bentuk gajet yang telah dibina\n\n2.4 Reka Bentuk Elektronik\n\nMenyatakan maksud mikropengawal (microcontroller) dan mikropemproses (microprocessor) \nMenjelaskan bahagian-bahagian yang terdapat dalam mikropengawal (microcontroller) \nMenghasilkan lakaran reka bentuk litar elektronik \nMembina litar simulasi yang berfungsi dengan perisian khas \nMembuat penyambungan litar input dan litar output kepada mikropengawal (microcontroller) \nMenulis pengaturcaraan mudah berdasarkan penyambungan litar input dan litar output \nMembuat pengujian dan penilaian kefungsian litar elektronik\nMencadangkan penambahbaikan ke atas reka bentuk litar elektronik\n\n2.5 Reka Bentuk Akuaponik \n\nMaksud akuaponik dan menerangkan reka bentuk akuaponik\nKelebihan reka bentuk sistem akuaponik \nMengenal pasti komponen akuaponik \nMelakar reka bentuk sistem akuaponik bermaklumat\nMenganalisis lakaran reka bentuk sistem akuaponik\nMembina model reka bentuk sistem akuaponik\nMenilai model reka bentuk sistem akuaponik \nMencadangkan penambahbaikan reka bentuk sistem akuaponik yang lebih efisien\n\n2.6 Reka Bentuk Makanan\n\nMentakrifkan reka bentuk makanan \nMenjelaskan kepentingan reka bentuk makanan\nMengaplikasikan penggunaan alatan dan perkakasan dalam proses penyediaan reka bentuk makanan \nMelakar serta menjustifikasikan reka bentuk dan pembungkusan makanan \nMenghasilkan reka bentuk dan pembungkusan makanan \nMenilai reka bentuk makanan yang dihasilkan\n\nMuat Turun Buku Teks RBT Tingkatan 2\nBuku Teks Digital RBT Tingkatan 2 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBuku-Teks_RBT-Tingkatan-2Download\nBACA JUGA :\u00a0CARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/senarai-kursus-ilp/", "title": "Senarai ILP (Institut Latihan Perindustrian), Lokasi & Kursus", "body": "\n\n\n\n\n\nSalah satu instituti pendidikan yang mewarkan kursus berkaitan TVET berasaskan sektor perindustrian di dalam negara ialah Institut Latihan Perindustrian (ILP) di bawah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).\nPenubuhan institusi pendidikan di bawah ILJTM adalah bertujuan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.\nDi ILP, institusi pendidikan ini menawarkan program peringkat sijil dan sijil Lanjutan serta Diploma kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Kemahiran Malaysia\u00a0(SKM).\n\nApa Itu ILP?\nILP adalah Institut Latihan Perindustrian dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.\nDi ILJTM proses pembelajaran adakah berdasarkan 70% kemahiran dan 30% teori. Kebanyakan pembelajaran di sini memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan sendiri kerja-kerja bagi memberi pengalaman kepada mereka untuk menghadapi suasana kerja yang sebenar. \nUntuk tujuan itu, makmal dan bengkel dilengkapi dengan mesin dan perlatan yang digunakan di dalam sektor industri. Lepasan institut ini akan di anugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1, 2 dan 3 oleh JPK dan Sijil Teknologi oleh JTM.\nTempoh Pengajian\nJangkamasa yang ditetapkan adalah antara 1 tahun hingga 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti.\n\n\n\n\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian untuk pelajar lepasan SPM adalah seperti berikut:\n\nPemohon merupakan warganegara Malaysia.\nBerumur 17 hingga 35 tahun.\nMemenuhi syarat khas kursus.\nLulus dalan sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja.\nTidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.\n\nBagi lepasan SKM pula, syarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nPemohon merupakan warganegara Malaysia.\nBerumur 17 hingga 35 tahun.\nMemenuhi syarat khas kursus.\nLulus dalan sesi temuduga yang dijalankan.\nTidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.\n\nSenarai Kursus & Lokasi ILP\nILJTM terdiri daripada dua puluh tiga (23) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), lapan (8) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI).\u00a0\nBerikut adalah lokasi dan senarai kursus yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian seluruh negara:\nSijil TeknologiPenyenggaraan Mekanikal ILP Kangar, ILP Kuala Lumpur, ILP Ipoh, ILP Kuantan, ILP Jitra, ILP Kota Bharu, ILP Bukit Katil, ILP Kota Kinabalu, ILP Kuala Terengganu, & ILP LabuanSijil TeknologiPembuatan (Pemesinan) ILP Kota Samarahan Sijil Teknologi Foundri ILP Ipoh Sijil Teknologi Kimpalan ILP Pasir Gudang, ILP Ipoh, ILP Kota Samarahan, ILP Kuala Lumpur, ILP Kuantan, ILP Labuan, ILP Tangkak, ILP Kota Bharu, ILP Jitra, ILP Perai, ILP Bukit Katil, ILP Miri Anjung, ILP Muadzam Shah, ILP Pedas, & ILP Kangar Sijil TeknologiFabrikasi Logam ILP Ipoh, ILP Kuantan, ILP Tangkak, ILP Pasir Gudang, ILP Pedas, & ILP KangarSijil TeknologiPemasangan Paip Minyak dan Gas ILP Kota Samarahan, ILP Kuala Terengganu, ILP MiriSijil Teknologi Automotif ILP Jitra, ILP Kota Samarahan, ILP Kuala Lumpur, ILP Kota Bharu, ILP Perai Anjung, ILP Muadzam Shah, ILP Sandakan ILP, & Kota KinabaluSijil TeknologiKenderaan Perdagangan Berat ILP JitraSijil TeknologiCADD Mekanikal (Pembuatan) ILP Ipoh, ILP Pedas, ILP TangkakSijil TeknologiMinyak & Gas (LukisanPerpaipan)ILP Selandar, ILP MarangSijil TeknologiMinyak & Gas-Mekanikal (Plant/Downstream)ILP Pasir Gudang, ILP LabuanSijil TeknologiPembuatan (Perkakasan\u2013 Plastic Mould) ILP TangkakSijil TeknologiElektrik ILP Kota Samarahan, ILP Labuan, ILP Mersing, & ILP MiriSijil TeknologiPenyejukbekuan &Penyamanan Udara ILP Ipoh, ILP Labuan, ILP Kuala Lumpur, ILP Jitra, ILP Kota Bharu, ILP Sandakan, ILP Miri, & ILP Kepala BatasSijil TeknologiInstrumen Perindustrian ILP Bukit Katil & ILP Pasir GudangSijil TeknologiTelekomunikasi ILP Miri & ILP Kepala BatasSijil Teknologi Mekatronik ILP Marang, ILP Pedas, ILP Kangar, ILP Kota Kinabalu, ILP Tangkak, ILP Bukit Katil, ILP Kota Samarahan, & ILP Kuantan Sijil TeknologiInstrumen KawalanProsesILP Kepala BatasSijil PenjagaJentera Elektrik Voltan Rendah ILP Kepala BatasSijil TeknologiElektrik ILP Kuala Lumpur, ILP Kuantan, ILP Pasir Gudang, ILP Ipoh, ILP Arumugam Pillai N.Tebal, ILP Jitra, ILP Kota Bharu, ILP Kuala Terengganu, ILP Kota Kinabalu, & ILP Sandakan Sijil TeknologiCADD Senibina ILP Kuantan, ILP Pedas, ILP Kuala Langat, & ILP Kota KinabaluSijil TeknologiBinaan (Berasaskan Kayu)ILP Kuala TerengganuSijil Teknologi Binaan (Bangunan)ILP LabuanSijil TeknologiBinaan (Paip & Sanitari) ILP Kuala Terengganu & ILP LabuanSijil TeknologiReka Bentuk &Pengeluaran PerabotILP Kota Bharu Sijil TeknologiBinaan (Sivil & Struktur) ILP Kota BharuSijil TeknologiRekabentuk Grafik ILP Arumugam Pillai N.Tebal Sijil TeknologiLitografi Ofset ILP Arumugam Pillai N.Tebal & ILP Kuala LumpurSijil Teknologi Percetakan (Digital)ILP Arumugam Pillai N.Tebal Sijil Teknologi SeramikILP IpohSijil TeknologiKomputer (Sistem)ILP Perai, ILP Labuan, ILP Selandar, ILP Kuala Lumpur, ILP Kuala Terengganu, & ILP KuantanSijil Teknologi Komputer (Rangkaian)ILP Kuala Langat, ILP Tangkak, ILP Sandakan, ILP Miri, & ILP SelandarSijil TeknologiPerisian (Pembangunan Aplikasi Web) ILP Selandar Sijil Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) ILP Kuala LangatProgramIntegrasi DiplomaTeknologi Kimpalan ILP MersingProgram Integrasi DiplomaTeknologi Pembuatan (Pemesinan)ILP Kuala Lumpur, ILP Kuala Terengganu, ILP Pasir Gudang, ILP Pedas, ILP Kangar, ILP Kota Kinabalu, & ILP Kuantan Program Integrasi Diploma Teknologi Polimer (Plastik)ILP Jitra, ILP Tangkak, ILP Marang, & ILP Bukit KatilProgram Integrasi DiplomaTeknologi Reka BentukProduk IndustriILP Pasir GudangProgram Integrasi DiplomaTeknologi AutomotifILP Mersing & ILP MarangProgramIntegrasi DiplomaTeknologi Pembuatan(Perkakasan-Die)ILP Pasir Gudang & ILP Ipoh Program Integrasi DiplomaTeknologi ElektronikILP Pasir Gudang & ILP Kepala BatasProgram Integrasi DiplomaTeknologi TelekomunikasiILP Pedas & ILP Mersing Program Integrasi DiplomaTeknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan UdaraILP Kuala Terengganu & ILP Mersing Program Integrasi DiplomaTeknologi Mekatronik ILP Kangar Program Integrasi DiplomaTeknologi Binaan (Sivil & Struktur)ILP Kuala Terengganu\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai ILP, sila layari laman web https://www.jtm.gov.my/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/permohonan-pengajian-mesir-jordan/", "title": "Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Mesir & Jordan 2023/2024", "body": "\n\n\n\n\n\nLepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Diploma Qiraat yang ingin melanjutkan pengajian ke Timur Tengah iaitu di Mesir dan Jordan, permohonan bagi melanjutkan pengajian ke dua buah negara tersebut bagi sesi 2023/2024 akan dibuka mulai 15 Mei 2023.\nPermohonan melanjutkan pengajian ini perlulah dibuat menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi Sistem Permohonan Pelajar ke Universiti di Timur Tengah secara atas talian.\nPermohonan ini dibuka mulai 15 Mei 2023 dan akan ditutup pada 9 Jun 2023.\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka yang berminat adalah seperti berikut:\ni) Mesir\n\nPerubatan\nPergigian\nPengajian Bahasa Arab\nDakwah\nDirasat Islamiah\nSyariah\nUsuludin\nUlum Islamiah\nPengajian Qiraat\n\nii) Jordan\n\nPerubatan\nPergigian\nFarmasi\nKejuruteraan\nSenibina\nTeknologi Maklumat\nEkonomi\nPerbankan\nPengajian Islam\nBahasa Arab\n\nYuran Pengajian\nYuran pengajian yang akan dikenakan kepada para pelajar yang menyambung pengajian di Mesir adalah seperti berikut:\n\nBagi yuran pengajian di Jordan pula, perincian penuh yuran yang akan dikenakan adalah seperti berikut:\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan melanjutkan pengajian ke Mesir adalah seperti berikut:\ni) Pengajian Perubatan di Universiti Al-Azhar/ Universiti Alexandria/Universiti Mansoura\n\nMempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 90% dalam 8 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan; dan\nMempunyai sijil matrikulasi atau asasi atau pra-universiti yang diiktiraf Majlis Perubatan Malaysia (MMC) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau A-Level.\n\nii) Pengajian Pergigian di Universiti Al-Azhar/ Universiti Alexandria dan Pengajian Farmasi di Universiti Alexandria/ Universiti Mansoura\n\n\n\n\n\nMempunyai SPM dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 79% dalam 8 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan.\n\niii) Pengajian Bahasa Arab/Dakwah/Dirasat Islamiah/Syariah/Usuludin\n\nMempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dan lulus Tahap Mutamayiz (Tahap 7) Pengajian Bahasa Arab di Pusat Bahasa Sheikh Zayed.\n\niv) Pengajian Ulum Islamiah\n\nLulus semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Syariah Islamiah dan Pendidikan al Quran Sunnah dan lulus Tahap Mutamayiz (Tahap 7) Pengajian Bahasa Arab di Pusat Bahasa Sheikh Zayed.\n\nv) Pengajian Qiraat\n\nMempunyai Sijil/ Diploma Qiraat yang diiktiraf kesetaraan oleh Al-Azhar seperti berikut dan lulus Imtihan Qabul (Ujian Penentuan Penguasaan Bahasa Arab):\u2013 Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)\u2013 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulau Chondong, Kelantan\u2013 Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan\u2013 Kolej Hafiz, Klang, Selangor\n\nBagi permohonan melanjutkan pengajian ke Jordan pula, syarat permohonan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:\ni) Perubatan & Pergigian\n\nMempunyai SPM dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi semua subjek SPM; dan\nMemperoleh sekurang-kurangnya gred A-bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di peringkat SPM.\n\nii) Farmasi\n\nMempunyai SPM dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 85% bagi semua subjek SPM; dan\nMemperoleh sekurang-kurangnya gred A-bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di peringkat SPM.\n\niii) Kejuruteraan/Senibina/Teknologi Maklumat\n\nMempunyai SPM dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek SPM.\nMemperoleh sekurang-kurangnya gred B+ bagi subjek Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di peringkat SPM.\n\niv) Bidang Ekonomi/Perbankan/Pengajian Islam/Bahasa Arab\n\nMempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek SPM.\nMemperoleh sekurang-kurangnya Gred B+ bagi subjek Bahasa Arab dan B bagi subjek yang berkaitan Pengajian Islam (Agama/Dini/Tahfiz/Syahadah Ulya) di peringkat SPM.\n\nCara Memohon\nPermohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir dan Jordan boleh dibuat menerusi pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah setelah permohonan dibuka.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai tawaran pengajian ke Mesir dan Jordan bagi sesi 2023/2024, sila layari laman web https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cuti-hari-raya-aidilfitri/", "title": "Cuti Hari Raya Aidilfitri 2023 & Tarikh Cuti Sekolah KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nTarikh Cuti Umum Hari Raya Aidilfitri 2023 & Cuti Sekolah KPM\nHari Raya Aidilfitri merupakan\u00a0salah satu hari perayaan terbesar di dalam negara yang disambut oleh semua umat Islam.\nUntuk pengetahuan, Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah adalah perayaan yang disambut sebagai hari kegembiraan dan hari kemenangan, bagi umat Islam yang berjaya melaksanakan ibadat dengan sempurna pada bulan Ramadan\nIa juga disambut sebagai menzahirkan kesyukuran kepada Allah s.w.t di atas rahmat dan petunjukNya.\u00a0\nDi Malaysia, perayaan ini akan disertai dengan cuti umum bagi membolehkan rakyat Malaysia menyambut perayaan ini dengan lebih meriah bersama keluarga.\nTarikh Hari Raya Aidilfitri 2023\nUmat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada setiap 1 Syawal sehingga 30/31 Syawal di dalam kalendar Hijrah.\nJika diikut kepada takwim yang dikeluarkan kerajaan, tarikh Hari Raya Aidilfitri Pertama dan Kedua adalah seperti berikut:\n\nHari Raya Aidilfitri Pertama: 22 April 2023 (Sabtu)\nHari Raya Aidilfitri Kedua: 23 April 2023 (Ahad)\n\nNamun, ianya tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja dalam hal ini. \n\nTarikh Cuti Umum Sekolah \nTarikh cuti Hari Raya Aidilfitri bagi sekolah di bawah KPM ini adalah seperti berikut:\nDaripada Facebook\u00a0Muhammad Fariez\nUntuk makluman, negeri kumpulan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\ni) Negeri Kumpulan A\n\nTerengganu\nKelantan\nJohor\nKedah\n\nii) Negeri Kumpulan B\n\nNegeri Sembilan\nMelaka\nPerlis\nPahang\nPerak\nPulau Pinang\nSabah\nSarawak\nSelangor\nWilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nWilayah Persekutuan Putrajaya\nWilayah Persekutuan Labuan\n\nKemudiannya, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan bahawa satu cuti khas diberikan sempena sambutan Aidilfitri iaitu pada 19 April 2023. \nCuti khas ini diberikan bagi membolehkan guru dan keluarga mempunyai lebih banyak masa untuk pulang ke kampung halaman.\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai cuti Hari Raya Aidilfitri, layari laman web https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyataan-media/kenyataan-media-kalendar-akademik-sesi-2023-2024.\nBaca juga: \n\nKadar Fidyah 2023 Mengikut Negeri & Cara Pengiraan\nKonsep Karamah Insaniah KPM: Teras & Program Pelaksanaan\n\nBilakah tarikh Hari_Raya Aidil Fitri 2023 di Malaysia? Jika diikut kepada takwim yang dikeluarkan kerajaan, tarikh Hari Raya Aidilfitri Pertama dan Kedua adalah seperti berikut:Hari Raya Aidilfitri Pertama: 22 April 2023 (Sabtu)Hari Raya Aidilfitri Kedua: 23 April 2023 (Ahad)Walaubagaimanapun, tarikh ini tertakluk kepada Pengumuman Khas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Bilakah tarikh pengumuman Aidilfitri 2023? Tarikh cerapan Hilal Syawal bagi tahun 2023 / 1444H ini adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April\u00a02023 \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pembiayaan-pendidikan-cfab-aca-icaew/", "title": "Tawaran Pembiayaan Pendidikan CFAB-ACA (ICAEW) Ambilan Sept 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang berminat untuk mendapatkan Certificate In Finance, Accounting And Business (CFAB)-\u00a0 Association Of Chartered Certified Accountants (ACA) for Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), pembiayaan pendidikan bagi mendapatkan kelayakan professional perakaunan ini di INTEC Education College dengan tajaan Yayasan Peneraju telah dibuka.\nPembiayaan pendidikan ini ditawarkan bagi meningkatkan bilangan akauntan profesional bertauliah dalam bidang perakaunan menerusi pensijilan CFAB\u2013ACA.\nTambahan pula, pelajar juga akan menjalani program Nurture and Develop Program (NDP) untukmeningkatkan kemahiran insaniah dengan baik sebelum menceburi bidang pekerjaan.\nUntuk mendapatkan persijilan ini yang berpusat di INTEC Education College , pembiayaan pendidikan ditawarkan oleh Yayasan Peneraju bagi mereka yang layak. \nIndividu yang berminat boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan yang ditetapkan iaitu pada 21 Ogos 2022.\n\nTempoh Pengajian\nPelajar perlu melengkapkan kertas Certification, Professional and Advance papers (CFAB & ACA) dalam tempoh 3 tahun dan 6 bulan secara pengajian sepenuh masa.\n\n\n\n\nSelain itu, pelajar juga perlu mengambil Advance papers and Training Contract (ICAEW) selama 3 tahun.\nIni bermakna, anggaran keseluruhan tempoh pengajian pelajar yang mengambil persijilan ini ialah 6 tahun 6 bulan.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan pembiayaan ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia dan Bumiputera.Mendapat sekurang-kurangnya 7A termasuk subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.Lepasan SPM/O- Level (umur maksima 19 tahun).\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dilakukan menerusi tatacara permohonan berikut:\nLayari link permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScr7DpnK0aXntHgkOd7GGivK5uVUFckrFXOKttAJMavsokcOg/viewform.Isi semua butiran permohonan yang diperlukan.Pastikan semua maklumat diisi.Klik butang \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan. \nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai pembiayaan pendidikan CFAB-ACA, sila hubungi Cik Rifha di talian\u00a003-8603 7078\u00a0atau menghantar emel ke\u00a0[email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ytp-agro-bank/", "title": "Permohonan YTP Agro Bank: Young Talent Program", "body": "\n\n\n\n\n\nAgro Bank telah memperkenalkan Young Talent Program (YTP) iaitu program latihan yang menawarkan peluang kerjaya dalam sektor perbankan kepada graduan yang telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana lepasan IPT.\nProgram YTP ini memberikan peluang kepada graduan untuk terlibat untuk menjalani latihan dan mendapat tawaran kerjaya di Agro Bank.\nMenerusi program ini, graduan bakal menerima pelbagai manfaat daripada Agro Bank khususnya selepas tamat program ini.\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian dan akan ditutup pada 31 Mei 2022 pada jam 5.00 petang.\n\nManfaat Ditawarkan\nManfaat yang ditawarkan menerusi YTP ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPeluang untuk menerokai ilmu baharu, kemahiran dan hubungan yang baik (network) dalam Sektor Perbankan.Mendapat pengalaman bekerja di Ibu Pejabat dan Cawangan.Bimbingan dan sokongan kerjaya.Pakej imbuhan yang kompetitif.Peluang pekerjaan dengan Agroban\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:\nGraduan lepasan Ijazah atau Sarjana dengan pengalaman bekerja kurang daripada 2 tahun.Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 27 tahun pada tarikh pengambilan.Ijazah atau Sarjana dalam kursus berkaitan Kredit (Bidang Perakaunan/Kewangan/Perbankan/Ekonomi/Pemasaran/Perniagaan yang berkaitan diutamakan).Minima PNGK 3.50 dan ke atas.Minima Band 4 dalam\u00a0Malaysian University English Test\u00a0(MUET).\nTatacara Permohonan \nPermohonan untuk menyertai program ini boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:\nKlik pautan permohonan berikut https://forms.office.com/pages/responsepage.aspx?id=6Z_N-qq26EOPVnLYiIrAJmvnJoOyFtFCiMM-8d0nPUpURVFPWVNCMVRUREtHRkNORE9GNTRKWjhYOS4u&web=1&wdLOR=cFA2DF351-47CE-4A3D-BDC9-D71AF182BB3F.Lengkapkan permohonan dengan mengisi semua maklumat yang diperlukan.Klik butang \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.Emel dokumen sokongan ke alamat [email\u00a0protected].\nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai YTP, sila layari laman web https://www.agrobank.com.my/my/home/careers/young-talent-program-ytp/.\nPertanyaan lanjut mengenai program ini, pemohon boleh menghantar emel ke alamat [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bold-yayasan-petronas/", "title": "BOLD Yayasan Petronas: Tawaran Tutor Sukarelawan Kanak-Kanak B40", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi membantu kanak-kanak B40 dalam pembelajaran dan pembacaan mereka, Yayasan PETRONAS menawarkan kepada mana-mana individu yang berminat bagi membantu kanak-kanak tersebut menerusi program Sentuhan Ilmu Bridging the Online Learning Divide (BOLD).\nBOLD merupakan program intervensi komprehensif yang diwujudkan oleh Yayasan PETRONAS untuk menangani kekurangan pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan tinggi terutamanya B40 disebabkan oleh COVID-19.\nProgram ini akan membantu kira-kira 2,000 kanak-kanak berkeperluan tinggi daripada komuniti B40 dengan peranti Internet, modul digital dan sokongan pembelajaran segera melalui tutor sukarelawan yang dilantik oleh Yayasan PETRONAS.\nOleh itu, bagi mereka yang ingin menjadi tutor sukarelawan tersebut, anda boleh mendaftar dengan segera bagi membantu kanak-kanak tersebut.\n\nPelaksanaan Program\nMenerusi program ini, tutor sukarelawan akan diambil dan dilatih untuk menyampaikan sesi one on one bersama kanak-kanak terbabit secara maya melalui WhatsApp dan menggunakan MYReaders Literacy Toolkit.\nMYReaders Literacy Toolkit adalah kit yang mengandungi alatan praktikal untuk menyediakan literasi yang berkesan kepada kanak-kanak.\n\n\n\n\nProgram ini dijalankan sekurang-kurangnya 14 minggu dengan meluangkan hanya 90 minit seminggu bersama kanak-kanak terbabit.\nKriteria Tutor Sukarelawan\nKriteria tutor sukarelawan yang diperlukan bagi program ini adalah seperti berikut:\nMempunyai sikap sabar dan boleh bekerja dengan kanak-kanak.Biasa menggunakan aplikasi WhatsApp dan Google Drive.Mampu komited secara fizikal dan emosi untuk membaca dengan kanak-kanak selama 90 minit seminggu, selama 14 minggu (dalam tempoh 4 bulan).Mahir berbahasa Inggeris dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.Tidak mempunyai rekod jenayah, terutamanya yang berkaitan dengan keselamatan kanak-kanak.\nCara Mendaftar\nPendaftaran untuk menjadi tutor sukarelawan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nKlik pautan pendaftaran iaitu https://bit.ly/BOLDVolunteer.Isi maklumat pendaftaran yang diperlukan.Pastikan semua maklumat bertanda merah diisi.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar pendaftaran tersebut. \n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai program BOLD, sila hantar email ke alamat [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-genius-negara-2024/", "title": "Permohonan Program GENIUS Negara 2024", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa yang ingin menghantar anak-anak menyertai Program GENIUS Negara 2024 di Pusat Anak GENIUS Negara seluruh negara, permohonan bagi menyertai program ini telah dibuka. \nProgram GENIUS Negara adalah program pendidikan awal kanak-kanak yang menyasarkan keutamaan diberikan kepada anak-anak daripada keluarga yang tergolong dalam kumpulan B40 bermula 0 hingga 4 tahun.\nMenerusi program ini, kanak-kanak akan didedahkan dengan konsep belajar sambil bermain dengan menggunakan kurikulum yang bersepadu dan lengkap.\nOleh itu, ibu bapa yang berminat untuk memohon boleh membuat permohonan mulai 1 Jun 2023 sehingga 30 September 2023. \n\nKeistimewaan Program\nKeistimewaan yang akan dinikmati kanak-kanak yang menyertai program ini adalah seperti berikut:\n\nMerupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.\nMenggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistik.\nMenggunakan pedagogi belajar melalui bermain.\nMenekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami\u00a0(Exploring, Experimenting and Experiencing).\n\nSenarai Pusat Anak GENIUS Negara\nSenarai Pusat Anak GENIUS Negara di seluruh negara boleh dirujuk melalui dokumen di bawah:\n\n\n\n\nMaklumat-PAGN-dan-PPAK-IGDownload\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi ibu bapa yang ingin memohon kemasukan anak-anak mereka ke program ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia (anak).\nBerumur 4 tahun ke bawah.\nKeutamaan diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM4,000.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan bagi program ini boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nKlik pautan berikut https://drive.google.com/drive/folders/1mV_u8HROtmy6e0v2OGEWDbp2fC9ptYbb?fbclid=IwAR32pKRWlil7kur5XI_fIe6Y2HkLg3al3CFz39q3OYMUfPqoqQ75E1VSzzQ.\nMuat turun borang permohonan.\nLengkapkan borang permohonan.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pusat Anak GENIUS Negara yang dipohon. \n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\n\nSalinan Surat Beranak.\nSalinan MyKid anak.\nSalinan buku kesihatan anak (muka hadapan dan rekod vaksin).\nSalinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga yang disahkan.\nSalinan pendapatan ibu bapa/penjaga yang disahkan. \nSurat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga (sekiranya bekerja sendiri).\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Program GENIUS Negara 2023, sila hubungi 03-8880 5151. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-khas-guru-tadika/", "title": "Permohonan Bantuan Khas Guru Tadika Selangor RM150", "body": "\n\n\n\n\n\nGuru tadika di Negeri Selangor kini boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Bantuan Khas Guru Tadika yang disediakan oleh kerajaan Negeri Selangor.\nUntuk makluman, Bantuan Khas Guru Tadika ini telah diumumkan oleh kerajaan Negeri Selangor menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 pada 9 Jun 2021 yang lalu.\nBantuan khas ini mensasarkan seramai 10,197 orang guru tadika yang bakal menerima manfaat daripada bantuan khas ini.\nNamun, hanya seramai 7,177 orang guru tadika telah mengemukakan permohonan bantuan fasa pertama dan kerajaan negeri telah membuka permohonan ini bagi fasa kedua.\nOleh itu, permohonan bantuan khas bagi fasa kedua ini dibuka mulai 15 Ogos sehingga 6 September 2021. \n\nMengenai Bantuan Khas\nDalam pengumuman mengenai pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM500 ribu bagi bantuan pengusaha tadika dan guru tadika di negeri tersebut.\nMatlamat pemberian bantuan khas ini adalah bagi meringankan beban para pendidik terutamanya institusi pendidkan awal yang sangat berjasa besar dalam pembangunan insan negeri Selangor.\n\n\n\n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang akan diberikan kepada guru tadika di Negeri Selangor yang layak adalah RM150.00 secara one-off.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan bantuan khas ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://kitaselangor.my/.Klik butang \u2018Mohon Di Sini.\u2019Tandakan pada kotak \u2018Bantuan Khas Pengusaha & Guru Tadika\u2019Isi borang di sebelah kanan dengan lengkap dan betul.Klik butang \u2018Hantar Permohonan\u2019 untuk menghantar permohonan. \nSoalan Lazim\nApakah matlamat utama bantuan khas ini diberikan? Matkamat utama bantuan khas ini diberikan adalah untuk meringankan beban para pendidik terutamanya institusi pendidkan awal yang sangat berjasa besar dalam pembangunan insan negeri Selangor. Jika saya telah menerima bantuan khas ini sebelum ini, adakah saya boleh membuat permohonan sekali lagi? Tidak. Guru tadika yang telah menerima bantuan khas ini pada fasa pertama tidak layak memohon untuk fasa kedua. Berapakah jumlah bantuan yang akan diterima oleh guru tadika menerusi bantuan khas ini? Guru tadika yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM150.00. \nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan mengenai bantuan khas ini, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Negeri Selangor di talian 03-55447 550 atau email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/akademi-laut-malaysia/", "title": "Akademi Laut Malaysia (ALAM): Kursus & Syarat Permohonan", "body": "\n\n\n\n\n\nAkademi Laut Malaysia (ALAM) merupakan sebuah institusi maritim yang ditubuhkan pada 1977 dan menawarkan pembelajaran lengkap bagi kursus maritim.\nMenerusi pembelajaran di ALAM, pelajar bakal mengikuti latihan untuk menjadi seorang pegawai dek atau jurutera marin di atas kapal dagang.\nALAM adalah berbeza dengan Tentera Laut Diraja Malaysia yang mana ALAM melatih pelajar untuk menjadi pelayar profesional yang belayar di atas kapal dagang manakala Tentera Laut Diraja Malaysia melatih calon mereka untuk bekerja di atas kapal tentera laut bagi berkhidmat dan melindungi negara.\nTawaran pengajian di ALAM tidak hanya terhad kepada lelaki sahaja kerana sejak tahun 2006, ALAM telah membuka permohonan bagi wanita untuk menyertai institusi tersebut. \nKursus Yang Ditawarkan\nTerdapat dua kursus utama yang ditawarkan di ALAM iaitu:\nDiploma Pengajian NautikaDiploma Kejuruteraan Marin\nTempoh Pengajian\nTempoh pengajian yang akan dilalui pelajar adalah selama 3 tahun dan 4 bulan untuk kedua-dua kursus tersebut.\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan yang ditetapkan untuk pemohon yang ingin memasuki institusi ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\ni) Diploma Pengajian Nautika \nBerumur 15 hingga 25 tahun dan belum berkahwin.Lulus SPM/SPMV/O-Level atau setara dengannya dengan keputusan sekurang-kurangnya C dalam 5 subjek berikut- Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, 1 subjek Sains dan 1 subjek yang lain.Mempunyai penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris yang baik sama ada penulisan atau percakapan.Mestilah mempunyai kesihatan dan fizikal yang sihat.Mempunyai penglihatan yang baik (ketajaman penglihatan 6/6) dan tidak buta warna.Untuk pemohon lelaki, minimum ketinggian adalah 158 cm dan berat 48 kg (BMI 18.5-24.9).Untuk pemohon perempuan, minimum ketinggian adalah 155 cm dan berat 42 kg (BMI 18.5-24.9).\nii) Diploma Kejuruteraan Marin\nBerumur 15 hingga 25 tahun dan belum berkahwin.Lulus SPM/SPMV/O-Level atau setara dengannya dengan keputusan sekurang-kurangnya C dalam 5 subjek berikut- Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, 1 subjek Sains dan 1 subjek yang lain.Mempunyai penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris yang baik sama ada penulisan atau percakapan.Mestilah mempunyai kesihatan dan fizikal yang sihat.Mempunyai penglihatan yang baik (jika menggunakan cermin mata, kuasa tidak melebihi 200) dan tidak buta warna.Untuk pemohon lelaki, minimum ketinggian adalah 158 cm dan berat 48 kg (BMI 18.5-24.9).Untuk pemohon perempuan, minimum ketinggian adalah 155 cm dan berat 42 kg (BMI 18.5-24.9).\nProses Kemasukan\nSetelah pemohon membuat permohonan, pemohon dikehendaki untuk menduduki peperiksaan berikut:\nUjian rabun warnaUjian bertulis dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan FizikUjian psikometrikTemuduga Berstruktur\nSetelah melalui proses temu duga dan pemeriksaan kesihatan, pemohon akan Program Induksi/Orientasi di ALAM.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai ALAM, sila layari laman web https://www.alam.edu.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cara-main-catur/", "title": "Cara Main Catur Bagi Pemula & Peraturannya", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi yang ingin mengetahui cara permainan catur yang sebenarnya, berikut dikongsikan cara main catur bagi pemula.\nCatur\u00a0adalah sejenis\u00a0permainan papan bersaiz 8 x 8 petak yang dimainkan di antara dua\u00a0pemain. \nPermainan ini berasal dari India dan tersebar ke Eropah dimana peraturannya diubahsuaikan dalam keadaan terkini. \nKini, permainan catur merupakan permainan yang paling popular di dunia, dimainkan oleh jutaan manusia di seluruh dunia semada di rumah, di kelab-kelab catur, secara online, dan di dalam\u00a0pertandingan.\n\nPeraturan Main Catur\nTerdapat beberapa peraturan permainan ini yang perlu diambil perhatian pemain:\n\nDalam permainan catur, terdapat dua orang pemain sahaja.\nSemasa bermain permainan, pemain mesti berganti-ganti langkah, iaitu pemain dengan buah catur putih mestilah memulakan langkah dahulu.\nPawn tidak boleh melalui kotak yang telah diisi dengan buah catur lain kecuali Knight kerana buah catur ini mempunyai langkah yang berbeza dan boleh melompat ke atas kepingan lain.\nJika buah catur telah dipegang, ianya mestilah diletakkan di dalam kotak seterusnya melainkan jika ianya tidak boleh dilakukan seperti dihalang oleh buah catur lain.\nCheck adalah istilah atau tanda apabila buah catur lawan berada dalam kedudukan yang boleh menyerang King. Dalam permainan, anda mesti menggerakkan King keluar dari kotak, menyekat dengan buah catur lain lain, atau menyerang balas buah catur yang menyerang King tersebut. \nCheckmate adalah istilah untuk memberi petanda King tidak dapat dilindungi lagi. Ini bermakna kedudukan King telah disekat dan telah terperangkap walupun King tersebut bergerak daripada kotaknya. \nMeletakkan King lawan anda dalam \u201cCheckmate\u201d adalah satu-satunya cara untuk memenangi permainan. \n\nCara Main Catur\nUntuk bermain permainan ini, pemain perlu mengikuti langkah-langkah ini:\n1. Susun atur buah catur\nUntuk memulakan permainan catur, anda perlu menyusun buah catur terlebih dahulu. \nPenyusunan buah catur perlu dilakukan menerusi kaedah berikut:\n\nBaris kedua diisi 8 Pawn\u00a0sahaja.\nKedua Rook diletakkan di sudut kanan dan kiri pada baris pertama.\nKnight mestilah berada di sebelah Rook.\nBishop berada di sebelah Knight.\nQueen berada di sebelah King.\n\n\n2. Pawn\nPawn merupakan buah catur yang mempunyai kedudukan paling hadapan dalam permainan catur. \nMengikut peraturan, Pawn hanya boleh bergerak satu petak ke hadapan, kecuali apabila membuat langkah pertama, kerana ia boleh bergerak sebanyak 2 petak.\nApabila menyerang, Pawn hanya boleh memakan lawan secara menyerong di hadapannya.\nPerlu diingatkan Pawn hanya boleh bergerak ke hadapan dan tidak boleh berundur.\n\n3. Rook\nRook merupakan buah catur dengan gerakan\u00a0yang paling mudah untuk dipahami, yaitu dapat melangkah sejauh yang diingini. \n\n\n\n\nNamun, langkahnya hanya boleh ke hadapan dan kebelakang sahaja.\n\n4. Knight\nKnight adalah satu-satunya buah catur dengan gerakan unik yang berbentuk L, dengan dua petak ke hadapan, ke belakang, atau ke sisi. \nDi samping itu, Knight adalah satu-satunya buah catur yang boleh \u201cmelompat\u201d dari papan. \nIni bermakna Knight tidak boleh disekat jika terdapat buah catur lain di antara petak sasaran.\n\n5. Bishop\nBishop juga merupakan buah catur yang dapat melangkah jauh, namun gerakannya hanya dalam garis diagonal dan di dalam kotak menuju arah tujuan dalam keadaan kosong.\u00a0\n\n6. Queen\nQueen dikatakan sebagai buah catur terkuat karena dapat bergerak ke segala arah.\nDengan menggunakan Queen, pemian boleh melangkah ke mana saja, ke kanan, ke kiri, ke depan, ke belakang, dan juga secara diagonal.\n\n7. King\nKing merupakan buah catur yang menentukan pemenang dalam permainan. \nNamun, pergerakan buah catur ini sangat terbatas karena hanya dapat bergerak dengan satu langkah (kotak) ke segala arah.\u00a0\n\nSumber rujukan : ChessFox\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-pasca-siswazah-kursi-sheikh-othman-sarawak-ukm/", "title": "Tawaran Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak, UKM", "body": "\n\n\n\n\n\nUrusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak, UKM telah membuka tawaran biasiswa pasca-siswazah bagi pelajar peringkat Sarjana (Mod Penyelidikan) yang akan mendaftar atau sedang menjalani pengajian di UKM pada Semester 1, Sesi 2022/2023 iaitu Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak, UKM.\nBiasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak mula diperkenalkan pada tahun 2022 yang ditawarkan oleh Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak, UKM bagi calon pasca-siswazah yang akan dan sedang menjalankan penyelidikan berkaitan pembangunan masyarakat Islam Sarawak.\nBagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 31 Julai 2022.\nBidang Penyelidikan\nBidang penyelidikan di bawah biasiswa ini adalah seperti berikut:\nEkonomi Digital Negeri Sarawak.Pembangunan Tamadun Negeri Sarawak.Pertanian Moden.Perusahaan Kecil dan Sederhana.\nKadar Biasiswa\nKadar biasiswa yang ditawarkan adalah mencakupi yuran pengajian dan elaun sara hidup selama 2 tahun/4 semester.\nUntuk semester pertama, peruntukan sebanyak RM 10,770.00 merangkumi seperti berikut:\n\n\n\n\nRM 5,370.00 (yuran semester pertama).Rm 5,400.00 (elaun sara hidup sebanyak RM 1,800.00 sebulan untuk 3 bulan pertama).\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:\nTerbuka kepada mana-mana calon yang akan mendaftar atau sedang menjalani pengajian peringkat Sarjana di UKM pada Semester 1, Sesi 2022/2023.Keutamaan pemberian biasiswa ini adalah untuk anak Negeri Sarawak.Pemohon mestilah mengikuti pengajian di UKM secara sepenuh masa dan mod penyelidikan (Full Research).\nSyarat Khusus\nPemohon juga perlu menepati syarat khusus yang ditetapkan:\nPemohon mestilah memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang, sekurang- kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa ijazah pertama.Melampirkan cadangan proposal kajian sewaktu memohon dan membentang draf berkenaan dalam sesi temuduga oleh panel khas yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan Kursi.Memiliki ciri kepimpinan yang tinggi, aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan cemerlang dalam perkembangan bakat seperti kepimpinan, kemahiran dan kreativiti merupakan satu kelebihan.\nPemohon Tidak Layak Memohon\nPemohon yang tidak layak memohon biasiswa ini adalah seperti:\nPemohon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.Pemohon yang sedang mengikuti program secara jarak jauh atau separuh masa.Pemohon yang masih terikat dengan mana-mana badan penajaan.Pemohon yang telah bekerja.\nTatacara Permohonan\nPermohonan biasiswa ini boleh dibuat dengan mengikuti tatacara berikut:\nLayari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScc7gYjVXfkB9BqZZODykI5oN7FWoULQ6-RqMMwCTsdzSBtpA/viewform?usp=sf_link.Lengkapkan maklumat permohonan.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak, UKM, hubungi Pejabat Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak di talian 03-89215622 atau emel [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/anugerah-pingat-emas-hadiah-kecemerlangan-yt/", "title": "Permohonan Anugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan YT", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Terengganu (YT) telah membuka permohonan bagi murid yang telah mendapat keputusan SPM, STPM dan STAM yang cemerlang untuk memohon Anugerah Pingat Emas 2022 & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2021.\nAnugerah Pingat Emas & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM diberikan kepada murid-murid daripada Negeri Terengganu yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, STPM, dan STAM.\nPemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 23 Ogos 2022 sehingga 22 September 2022.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon mestilah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing seperti berikut:\u2013 Bagi peperiksaan SPM 2021: Semua A (A+,A & A-)\u2013 Bagi peperiksaan STPM 2021: PNGK (3.84 hingga 4.00)\u2013 Bagi peperiksaan STAM 2020: Semua mumtazIbu atau bapa adalah rakyat Negeri Terengganu; atau Ibu dan bapa telah bermastautin dalam Negeri Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun dengan menyertakan Surat Akuan Bermastautin dan mempunyai niat serta bukti menunjukkan akan tinggal menetap di Terengganu; Ibu atau bapa mestilah pemilih berdaftar di DUN Negeri Terengganu.\nCara Memohon\nPermohonan anugerah dan hadiah kecemerlangan ini boleh dipohon menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://www.pingatemas.yt.gov.my/Isi semua maklumat permohonan yang diperlukan.Pastikan semua maklumat permohonan adalah betul dan lengkap.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik butang \u2018Hantar Permohonan\u2019 untuk menghantar permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\nKad pengenalan pemohon/pelajar, ibu dan bapa/penjaga yang telah disahkan.Surat pengesahan bermastautin sekiranya ibu dan bapa bukan rakyat Terengganu yang telah disahkan.Keputusan peperiksaan SPM atau STPM atau STAM yang disahkan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Anugerah Pingat Emas 2022 & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2021, sila layari laman web https://www.pingatemas.yt.gov.my/. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tarikh-baharu-pembukaan-persekoalahan-penggal-3/", "title": "Tarikh Baharu Pembukaan Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022", "body": "\n\n\n\n\n\nSusulan bencana banjir yang telah melanda beberapa negeri di dalam negara, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan tarikh baharu pembukaan sesi persekolahan penggal 3 2021/2022. \nMenurut Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, tindakan ini selepas bencana banjir yang berlaku ketika ini telah memberikan kesan kepada semua pihak sama ada para murid, ibu bapa, guru-guru termasuk sekolah.\nSelain itu, ini juga memberikan ruang kepada pihak sekolah untuk melakukan persiapan menghadapi sesi persekolahan selepas terdapat beberapa sekolah yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara PPS dan sekolah yang terjejas teruk akibat banjir tersebut.\nMenurut Menteri Pendidikan lagi, tindakan ini menunjukkan keprihatinan KPM dengan kebajikan guru-guru, murid dan ibu bapa terutamanya mereka yang menghadapi situasi banjir tersebut. \nSesi Persekolahan Penggal 3\nDalam takwim persekolahan yang dikeluarkan oleh KPM sebelum penangguhan ini, sesi persekolahan penggal 3 akan bermula bagi tarikh berikut:\ni) Kumpulan A: Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu\n\n\n\n\nTarikh mula persekolahan: 2 Januari 2022\nii) Kumpulan B: Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis,Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya.\nTarikh mula persekolahan: 03 Januari 2022\nTarikh Baharu Sesi Persekolahan Penggal Ketiga\nTarikh baharu yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan selepas penangguhan ini dibuat adalah seperti berikut:\ni) Kumpulan A: Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu \nTarikh mula persekolahan: 9 Januari 2022\nii) Kumpulan B: Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis,Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya. \nTarikh mula persekolahan: 10 Januari 2022\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai sesi persekolahan penggal 3, sila ikuti laman Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan https://www.facebook.com/KemPendidikan atau laman web https://www.moe.gov.my/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-kimia-tingkatan-5/", "title": "Buku Teks Kimia Tingkatan 5 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku Teks Kimia Tingkatan 5 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini diterbitkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kimia Tingkatan 5 yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). \nBagi menjayakan pelaksanaan KSSM dan memenuhi keperluan DSKP, buku ini ditulis berasaskan 3 domain iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Empat tema yang dibincangkan dalam buku ini ialah Proses Kimia, Kimia Organik, Haba dan Teknologi Bidang Kimia.\nBuku teks ini dilengkapi dengan ciri-ciri istimewa seperti Kemahiran Berkir Aras Tinggi (KBAT), Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Keseimbangan Redoks\n\nPengoksidaan dan penurunan\nKeupayaan elektrod piawai\nSel kimia\nSel elektrolisis\nPengekstrakan logam daripada bijihnya\nPengaratan\n\nii) Bab 2 Sebatian Karbon\n\nJenis-jenis sebatian karbon\nSiri homolog\nSifat kimia dan saling pertukaran sebatian antara siri homolog\nIsomer dan penamaan mengikut IUPAC\n\niii) Bab 3 Termokimia\n\n\n\n\n\nPerubahan haba dalam tindak balas\nHaba tindak balas\nAplikasi tindak balas eksotermik dan endotermik dalam kehidupan harian\n\niv) Bab 4 Polimer\n\nPolimer\nGetah asli\nGetah sintetik\n\nv) Bab 5 Kimia Konsumer dan Industri\n\nMinyak dan lemak\nBahan pencuci\nBahan tambah makanan\nUbat-ubatan dan bahan kosmetik\nAplikasi nanoteknologi dalam industri\nAplikasi Teknologi Hijau dalam pengurusan sisa industri\n\nMuat Turun Buku Teks Kimia Tingkatan 5\nBuku Teks Digital Kimia Tingkatan 5 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nKimia-Tingkatan-5Download\nSkema Jawapan\nSkema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:\nJawapan-KimiaDownload\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut :\u00a0http://www.moe-dl.edu.my\nBaca juga:\n\nBuku Teks Sains Tingkatan 3 DLP KSSM\nBuku Teks Sains Tingkatan 2 DLP KSSM\nBuku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP KSSM\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kpm-perkasaku/", "title": "KPM PerkasaKU: Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (KPM PerkasaKU) di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia sehingga akhir Februari 2022.\nMenurut Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid, program KPM PerkasaKU memberi fokus dalam usaha KPM memulihkan tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran mereka khususnya ketika negara masih lagi bergelut dengan pandemik COVID-19.\nMatlamat umum pelaksanaan KPM PerkasaKU adalah untuk melastarikan sistem pendidikan di dalam negara walaupun dengan situasi yang berbeza.\nApakah Maksu KPM PerkasaKU?\nKPM PerkasaKU diformulasikan dengan petikan huruf atau suku kata daripada nama penuh iaitu KPM merujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan PerkasaKU merujuk kepada Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum.\nHuruf KU di akhir perkataan tersebut membawa makna Kurikulum dan bagi memperkasakan murid. \nSecara umum, program ini dilaksanakan bagi membantu murid untuk memperkasakan kemahiran asas dan tahap pembelajaran mereka.\nObjektif Pelaksanaan\nObjketif pelaksanaan program ini adalah untuk memastikan:\nMeningkatkan penguasaan murid bagi kandungan kurikulum dengan lebih optimum.Merapatkan jurang pembelajaran murid akibat pandemik COVID-19.Menyediakan sokongan kurikulum kepada guru-guru bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam apa jua mekanisme.Memastikan murid-murid bersedia mengikuti kurikulum tahun persekolahan pada tahun 2022.\nFokus Guru\nBagi guru yang melaksanakan program ini, terdapat 4 fokus utama yang ditetapkan oleh KPM iaitu:\ni) Strategi Pengukuhan dan Pengayaan \nStrategi ini dilaksanakan untuk merapatkan jurang pembelajaran yang wujud akibat kekangan semasa pelaksanaan PDPR akibat penutupan sekolah.\nii) Pembugaran Literasi dan Numerasi\nStrategi ini dilaksanakan bagi membantu murid, guru, dan ibu bapa mengukuhkan kemahiran literasi dan numerasi sesuai dengan tahap keupayaan murid terutamanya melibatkan tahun 1, 2, dan 3.\n\n\n\n\niii) Pemantapan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah\nProses ini adalah proses berterusan bagi mengenal pasti dan merekod perkembangan dan kemajuan dan pencapaian murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.\niv) Penyediaan Platform Bahan Pengajaran dan Pembelajaran\nSatu sistem penyimpanan bahan pengajaran dan pembelajaran diwujudkan untuk mengurus dan menyimpan akses bahan pembelajaran.\nSumber pembelajaran ini dimuat naik melalui platform DELIMa KPM iaitu platform yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para murid.\nSelain itu, guru dan murid juga boleh mengakses sumber pelajaran mengerusi SumberKU ialah satu sistem penyimpanan digital yang mengurus, menyimpan serta menyediakan akses kepada sumber dan koleksi bahan PdP digital dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah.\nPelaksanaan Program\nPelaksanaan Program KPM PerkasaKU ini dilaksanakan mulai 1 September 2021 sehingga 28 Februari 2022.\nUntuk pembelajaran yang mencapai peringkat asas kurikulum sebanyak 70%, para guru boleh meneruskan pembelajaran dan pengajaran yang sedang dilaksanakan atau menggunakan pendekatan yang bersesuaian. \nBagi guru yang belum mencapai peringkat sebanyak 70%, beberapa kaedah bersesuaian boleh dilaksanakan seperti:\nPendekatan BertemaPendekatan ModularPembelajaran Bersasaskan ProjekPembelajaran TerbezaSimulasi Amali\n\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kafa-menengah-pulau-pinang/", "title": "Tawaran Melaksanakan KAFA Menengah Pulau Pinang", "body": "\n\n\n\n\n\nBermula tahun 2023, Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) berhasrat untuk mengembangkan KAFA Menengah Pulau Pinang dengan menambah lagi lokasi pelaksanaannya di dalam negeri tersebut.\nUntuk makluman, KAFA ini merupakan usaha YIPP untuk memberikan alternatif pendidikan Islam untuk pelajar peringkat menengah di Pulau Pinang.\nSehubungan dengan itu, YIPP mempelawa kepada semua masjid di seluruh Pulau Pinang yang berminat membuka KAFA ini di masjid masing-masing di dalam Negeri Pulau Pinang.\n\nPelaksanaan KAFA Menengah\nPelaksanaan KAFA ini oleh pihak YIPP adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nKelas dilaksanakan pada waktu malam bermula 7.00 malam hingga 10.00 malam\nBuku teks disediakan oleh pihak YIPP.\u00a0\nProgram ini menggunakan silibus yang dibangunkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.\u00a0\nPihak YIPP menyediakan guru terlatih.\u00a0\nIbubapa boleh memantau pembelajaran anak melalui sistem online yang dibangunkan khas oleh YIPP.\u00a0\nPelajar yang tamat belajar akan diberikan sijil KAFA Menengah Pulau Pinang.\n\nSyarat Penubuhan\nSyarat penubuhan KAFA ini adalah seperti berikut:\n\nHanya masjid di Pulau Pinang sahaja dibenarkan untuk memohon membuka KAFA Menengah Pulau Pinang.\nPihak masjid perlu mendapatkan minima 25 orang satu tingkatan bagi tahun 2023.\nPelajar KAFA Menengah hendaklah berusia 13 tahun pada tahun 2023 dan menuntut di tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).\nPihak masjid bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh YIPP dari semasa ke semasa.\nPermohonan yang lewat/tidak menepati syarat/tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan oleh YIPP .\nTarikh tutup bagi mengisi borang tunjuk minat ini ialah pada 30 November 2022.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan di bawah:\n\nLayari pautan permohonan iaitu https://bit.ly/KAFAMenengahpulaupinang.\nIsi maklumat yang diperlukan.\nPastikan semua maklumat diisi.\nKlik \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai tawaran melaksanakan KAFA ini, sila hubungi YIPP di talian 04-539 0589.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-zakat-pengajian-ipta-ipts-dalam-luar-negara/", "title": "Permohonan Zakat Pengajian IPTA/IPTS Dalam & Luar Negara MAIDAM", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak-anak Negeri Terengganu yang akan dan sedang menyambung pengajian IPTA/IPTS dalam dan luar negara kini boleh memohon Bantuan Zakat Pengajian IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara dibawah Yayasan Pendidikan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)\nYayasan Pendidikan MAIDAM adalah merupakan GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) dengan MAIDAM kerana yayasan ini mengambil alih sebahagian aktiviti zakat pendidikan di bawah MAIDAM.\nPeranan ini adalah menyediakan kemudahan dan peluang yang lebih luas kepada masyarakat umum untuk bersama-sama menggembleng tenaga dalam menyumbang kepada pembangunan pendidikan di Negeri Terengganu.\nSalah satu bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan Zakat Pengajian IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara bagi membantu anak-anak di Negeri Terengganu yang akan dan sedang melanjutkan pengajian sama ada di dalam atau luar negara.\nPermohonan bantuan zakat pengajian ini dibuka mulai 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2021. \nSyarat Umum \nPemohon yang ingin memohon bantuan zakat pengajian ini perlu memenuhi syarat-syarat umum permohonan iaitu:\nPemohon merupakan asnaf\u00a0Fisabililllah dan Miskin.Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.Pemohon beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.Pemohon adalah seorang yang telah diterima belajar atau telah belajar di institusi pengajian tinggi atau swasta.Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.\n\nSyarat Khusus\nSelain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus permohonan iaitu:\n\n\n\n\ni) IPT Dalam Negara\nPelajar peringkat Diploma dan Ijazah bagi:\u2013 Sinf Fisabilillah- Memperolehi Grade Point Average\u00a0(GPA) 3.00\u00a0bagi keputusan semester pertama pengajian (sesi 2020/2021).\u2013 Sinf Miskin- Tidak mengambil kira Purata Gred Nilai (PNG) atau GPA.Pelajar peringkat pengajian Sijil, Master dan PHD dalam negara, bantuan diberikan kepada pelajar dibawah sinf miskin sahaja yang tidak mempunyai pembiayaan dan sumber pendapatan.\nii) IPT Luar Negara\nBantuan ini hanya layak dipertimbangkan untuk pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau tetap sama ada bergaji penuh atau sebahagian dan tidak mendapat apa-apa bantuan sama ada elaun, pinjaman, biasiswa, dermasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan yang lain dan mengikuti pengajian secara\u00a0sepenuh masa.Mempunyai Surat Pengesahan dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu/Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan Besar Malaysia.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web http://www.espmb.com/maidam_zakat/.Klik butang \u2018Permohonan Bantuan Zakat Pengajian IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara.\u2019Klik butang \u2018Borang Permohonan.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Masuk.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Klik butang \u2018Hantar Permohonan.\u2019Cetak borang permohonan dan hantar ke pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM atau Pejabat MAIDAM Daerah bersama dokumen yang diperlukan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang perlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut iaitu:\nSurat tawaran belajar.Peringkat pengajian Diploma dan Ijazah mesti mengemukakan Surat Pengesahan tahun semasa daripada Hal Ehwal Pelajar.Peringkat pengajian Sijil, Master dan PhD mesti mengemukakan Surat Pengesahan Akuan daripada Hal Ehwal Pelajar yang mengesahkan tiada penajaan pinjaman atau elaun.Pengajian Luar Negara perlu mengemukakan Surat Pengesahan tahun semasa daripada Attase Pendidikan Negeri Terengganu/Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan Besar Malaysia/mana-mana pertubuhan yang dibenarkan oleh MAIDAM tentang status terkini pengajian pembiayaan pelajar.Salinan keputusan peperiksaan semester 1 tahun semasa pengajian (sesi 2020/2021).Salinan sijil SPM/berhenti sekolah.Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/penjaga serta adik-beradik bawah tanggungan.Salinan akaun bank pemohon yang jelas dan aktif sahaja (akaun bank tersebut hendaklah tertera nama pemilik akaun dan nombor yang jelas).Salinan slip gaji/akuan pendapatan/penyata pencen terkini ibu bapa/penjaga (penyata pencen/kad pesara adalah bagi pesara kerajaan sahaja).Peringkat Master dan PhD mesti mengemukakan slip gaji/akuan pendapatan pemohon yang terkini. Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Terengganu yang telah bermastutin di negeri ini tidak kurang 3 tahun berturut-turut.Salinan sijil kematian/cerai (jika berkaitan). \nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat Pengajian IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara ini, sila hubungi pihak Yayasan Pendidikan MAIDAM di talian 09-622 3500 atau 09-622 5600. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jadual-waktu-peperiksaan-spm/", "title": "Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPihak Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan jadual waktu peperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022. \nSPM adalah peperiksaan kebangsaan yang utama yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir pendidikan sekolah menengah.\nPeperiksaan perlu diambil oleh semua pelajar yang telah menamatkan pendidikan menengah, atau yang telah mengikuti lima atau enam tahun sekolah rendah dan telah menyempurnakan lima tahun pendidikan menengah.\nLebih penting lagi, keputusan peperiksaan ini digunakan untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdasarkan pencapaian kombinasi mata pelajaran dalam SPM yang sesuai dengan kursus yang ingin diambil kelak.\nJenis Peperiksaan\nTerdapat 4 jenis peperiksaan yang akan dijalankan ini iaitu:\n\nUjian Amali\nUjian Bertutur\nUjian Mendengar\nPeperiksaan Bertulis\n\nSidang Ujian Amali \nBerikut merupakan jadual sidang ujian amali Sains:\ni) Fizik Kertas 3\n\nii) Biologi Kertas 3\n\niii) Kimia Kertas 3\n\n\n\n\n\niv) Sains Tambahan Kertas 3\n\nSidang Ujian Bertutur\nBerikut merupakan jadual sidang ujian bertutur:\ni) Bahasa Melayu Kertas 3\n\nii) Bahasa Inggeris Kertas 3\n\nUjian Mendengar\nBerikut merupakan jadual bagi ujian mendengar:\ni) Bahasa Inggeris Kertas 4\n\nPeperiksaan Bertulis\nBerikut merupakan jadual peperiksaan bertulis:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai jadual waktu peperiksaan SPM 2022, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/index.php/jw-spm/1187-jadual-waktu-peperiksaan-spm-2022.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-tvet-tahfiz-mara-2022/", "title": "Permohonan Program TVET Tahfiz MARA 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPara tahfiz yang ingin menceburi bidang TVET, permohonan Program TVET Tahfiz di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) masih dibuka.\nProgram TVET Tahfiz ialah program kemahiran yang ditawarkan kepada para hufaz di institusi di bawah MARA iaitu Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM).\nProgram ini diwujudkan untuk membuka peluang kepada pelajar tahfiz mempelbagaikan kemahiran dengan melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang diploma kemahiran dan pada masa sama meneruskan pengajian hafazan sepanjang pengajian.\nBagi mereka yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sehingga 30 April 2022 melalui atas talian.\n\nTempoh Pengajian\nTempoh pengajian yang ditetapkan adalah selama 3 tahun 3 bulan iaitu:\n3 bulan: Program bridging (dikeualikan untuk program KKTM Ledang)3 tahun: Program perdana dan tahfiz\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nBidang PengajianTempatDiploma Teknologi Penyejukan dan Penyaman UdaraIKM BesutDiploma Kompetensi KimpalanIKM LumutDiploma Teknologi Automotif KomersialIKM JasinDiploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi dan Pengimejan)KKTM Ledang\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:\nBerumur 18 tahun sehingga 40 tahun.Pemohon berminat dalam bidang teknikal.Pemohon sihat tubuh badan.Pemohon menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk.\nBagi KKTM Ledang, syarat khusus kemasukan dikenakan iaitu merujuk kepada syarat kemasukan Diploma Kejuruteraan sedia ada.\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu: \nLayari laman web https://bit.ly/tvettahfiz.Isi maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap.Pastikan semua maklumat permohonan diisi. Klik \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.Email surat pengesahan bilangan Juzu\u2019 Hafazan dari Maahad Tahfiz/MRSM Ulul Albab anda ke alamat email [email\u00a0protected]\u00a0atau melalui applikasi whatsapp ke nombor 013-9498063.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai program Program TVET Tahfiz, sila hubungi:\nIKM Besut: 016-4306825 (Ustaz Norhesham)IKM Lumut: 010-3191908 (Ustaz Azmil)IKM Jasin: 011-27122982 (Ustaz Zainuddin)KKTM Ledang: 013-6650388 (Ustaz Farizan)\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cara-solat-sunat-hari-raya-aidiladha/", "title": "Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha", "body": "\n\n\n\n\n\nUmat Islam adalah disunatkan untuk melakukan solat Sunat Hari Raya apabila tibanya Hari Raya Aidiladha.\nDalam mazhab Al-Imam Al-Syaf\u2019ie, solat hari raya hukumnya adalah sunat muakkad dan bukannya wajib. \nAntara hadis yang menyokong pendapat ini adalah daripada Talhah bin \u2018Ubaidillah R.A beliau berkata: \u2018\u2019Seorang lelaki telah datang bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan bertanyakan tentang Islam. Kemudian Rasulullah S.A.W menjawab maksudnya:\u00a0\u201c(Kamu perlu) melaksanakan solat lima waktu sehari semalam.\u201d\nKemudian lelaki itu bertanya : \u2018\u2019Adakah menjadi kewajipan ke atasku solat selainnya ?\u2019\u2019. Maka Nabi S.A.W menjawab maksudnya:\u00a0\u201cTidak, kecuali kamu ingin mengerjakan solat sunat.\u201d\n\nHukum Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Bersendirian / Berjemaah\nHukum menunaikan solat hari raya di rumah sama ada secara bersendirian atau secara berjemaah adalah harus dan sah.\nNamun, secara asasnya, solat hari raya dituntut untuk dilakukan di tanah lapang supaya ia dapat dihadiri oleh ramai umat Islam, seterusnya menzahirkan syiar bagi agama Islam. \nOleh itu, adalah dituntut bagi semua umat Islam untuk menghadiri solat hari raya sama ada di tanah-tanah lapang mahupun di masjid-masjid dari kalangan orang lelaki dan perempuan, kanak-kanak, bahkan anak-anak dara, wanita berpurdah, serta wanita haid juga turut digalakkan menghadiri solat hari raya bagi menyaksikan pelaksanaannya.\nIni berdasarkan hadis daripada Ummu \u2018Atiyyah R.Anha beliau berkata maksudnya: \u201cRasulullah S.A.W memerintahkan kepada kami (orang perempuan) untuk mengeluarkan anak-anak gadis dan wanita-wanita berpurdah pada dua hari raya serta baginda arahkan wanita haid agar menjauhi tempat solat umat Islam\u201d (Riwayat Muslim (890).\nWaktu Solat\nWaktu solat sunat Aidiladha adalah di antara tempoh terbitnya matahari sehinggalah kepada tergelincirnya matahari atau secara mudahnya iaitu jam 8.00 pagi ke atas sehingga sebelum masuknya waktu solat zohor.\nBilangan Rakaat\nSolat Aidiladha dilakukan sebanyak dua rakaat dan dilakukan dengan niat solat hari raya. \nIni berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Umar Ibn Al-Khattab R.A beliau berkata maksudnya: \u201cSolat ketika musafir itu adalah sebanyak dua rakaat, solat Jumaat adalah sebanyak dua rakaat, dan solat hari raya adalah sebanyak dua rakaat\u201d (Riwayat Ibn Majah (1063).\nPanduan Solat Sunat Hari Raya\nSolat Aidiladha dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.\n1. Lafaz niat\n\u0627\u064f\u0635\u064e\u0644\u0650\u0651\u0649\u0652 \u0633\u064f\u0646\u064e\u0651\u0629\u064b \u0639\u0650\u064a\u0652\u062f\u0650 \u0627\u0652\u0644\u0627\u064e\u0636\u0652\u062d\u064e\u0649 \u0631\u064e\u0643\u0652\u0639\u064e\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0645\u064e\u0623\u0652\u0645\u064f\u0648\u0652\u0645\u064b\u0627/ \u0625\u0650\u0645\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627 \u0644\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\nUsalli sunnatan liAidil Adha rak\u2019ataini makmuman lillahi ta\u2019ala.\nErtinya:\nSahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha dua rakaat makmum kerana Allah Ta\u2019ala.\n2. Lafaz tasbih\n[ \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631]\nCARA MENUNAIKANNYA\nRakaat Pertama\n\n\n\n\n1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.\nErtinya:\nSahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha dua rakaat makmum kerana Allah Ta\u2019ala.\n2. Membaca doa iftitah\n3. Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar\n[ \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631] )\n4. Membaca surah al-Fatihah\n5. Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A\u2019laa)\n6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama\nRakaat kedua\n1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)\n2. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar\n[ \u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u064e\u0627\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0650\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u0627\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0623\u064e\u0643\u0652\u0628\u064e\u0631] )\n3. Membaca surah al-Fatihah\n4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)\n5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua\n6. Memberi salam\nKhutbah Aidiladha\nKhutbah Hari Raya Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.\nSolat sunat hari raya boleh dilakukan berpandukan lampiran oleh JAKIM di bawah:\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kata-seru/", "title": "Kata Seru: Penggunaan & Contoh Ayat", "body": "\n\n\n\n\n\nKata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti marah, terkejut, sakit, hairan, sindiran, terperanjat, sedih, hiba, takut, dan lain-lain lagi.\nCara penggunaannya atau intonasi orang yang bertutur menggunakan kata seru adalah nada meninggi atau menurun.\nKata ini digunakan untuk membentuk ayat seruan dan setiap ayat seruan akan berakhir dengan tanda seru iaitu !\n\n\n\n\nContoh Kata & Ayat\nContoh Kata Seru dan ayat yang boleh digunakan adalah seperti berikut:\nContoh KataPenggunaanContoh AyataduhaiMenyatakan perasaan sedihAduhai, apalah malang nasibku!aduhMeluahkan perasaan sakit dan kagumAduh, sakitnya kakiku!amboi/wahMenyatakan perasaan hairan atau kagumWah, besar sungguh rumah itu!Amboi, mahal jam tangan ini!ahMenyatakan tidak setuju atau menolak sesuatuAh, ini semua karut!ohMenyatakan rasa terkejut hairan, gembira atau mengharapOh, ini rupanya kereta kamu!Oh Tuhan, ampunilah kesalahan-kesalahanku!haiMenegur seseorang atau mahu menarik perhatianHai, awak yang berbaju hijau itu!wahaiMenyatakan perasaan sayang atau merayuWahai gadis yang rupawan!cis/nahMeluahkan perasaan marah atau benciCis, berani kau datang ke rumah aku!Nah,\u00a0ambil balik duit engkau\u00a0ini!syabasMeluahkan perasaan gembira atau apabila mengucapkan tahniah Syabas\u00a0kerana berjaya menamatkan pengajian!alamakMenyatakan perasaan terkejutAlamak, sudah pukul 8.30 pagi!bedebahMenyatakan perasaan marahBedebah, berani engkau menendang basikal aku!\nSumber: https://question.pandai.org/note/read/kssm-bm-f2-16/KSSM-F2-BM-05-01\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/login-apdm-kpm/", "title": "APDM: Login Aplikasi Pengkalan Data Murid KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nSalah satu aplikasi yang penting telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk penyimpanan data dan maklumat murid ialah Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). \nAPDM merupakan aplikasi yang mengumpulkan data dan maklumat murid seluruh Malaysia di bawah satu pengkalan data.\nMenerusi aplikasi ini, bukan hanya guru boleh mengemaskini maklumat murid-murid malah ibu bapa/penjaga juga boleh melakukan perkara sedemikian.\nSelain itu, aplikasi ini juga mempunyai hubungan dengan sistem lain yang dibangunkan di bawah KPM iaitu SPS dan SAPS.\n\nFungsi APDM\nTerdapat beberapa fungsi APDM yang boleh dikemaskini oleh pengguna seperti berikut:\n\nMerekodkan kehadiran murid ke sekolah.\nMerekodkan maklumat murid.\nMengemaskini maklumat murid.\nMengemaskini data guru. \nMengemaskini data bantuan murid. \n\nPengguna APDM\nPengguna yang berikut boleh menggunakan aplikasi ini bagi tujuan tertentu iaitu:\n\n\n\n\n\nPegawai pentadbir APDM di PPD \nPegawai pentadbir APDM di JPN\nGuru kelas\nPegawai\u00a0APDM peringkat sekolah\nIbu bapa\n\nCara Login APDM\nBagi pengguna yang ingin login ke aplikasi berikut, sila ikuti langkah-langkah yang ditetapkan iaitu:\n\nLayari laman web https://apdm.moe.gov.my/.\nMasukkan ID Pengguna dan kata laluan (ID Pengguna adalah kod sekolah manakala kata laluan diberikan kepada admin peringkat sekolah).\nKlik butang \u2018Hantar\u2019 untuk login.\n\nCara Kemaskini Maklumat Murid\nBagi pengguna yang ingin mengemaskini maklumat murid, sila ikuti langkah-langkah yang berikut iaitu:\n\nLogin seperti cara-cara yang ditunjukkan di atas.\nKlik bahagian \u2018Data Murid.\u2019\nKlik \u2018Nama Murid\u2019 tersebut.\nKlik dan kemaskini maklumat murid pada bahagian yang diperlukan.\nKlik murid bekeperluan OKU jika berkaitan dan klik butang \u2018Kemaskini\u2019 maklumat yang diperlukan. \n\n\nCara Kemaskini Maklumat Ibu/Bapa/Penjaga\nBagi mengemaskini maklumat sama ada ibu/bapa/penjaga, pengemaskinian boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLogin seperti cara-cara yang ditunjukkan di atas.\nKlik bahagian \u2018Data Murid.\u2019\nKlik nama murid berkenaan.\nKlik bahagian di atas sama ada ingin mengemaskini maklumat ibu/bapa/penjaga.\nKemaskini maklumat yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Kemaskini\u2019 setelah semua maklumat selesai diisi. \n\n\nKemaskini Maklumat Bantuan Murid\nAplikasi ini juga membolehkan para guru mengemaskini maklumat bantuan murid seperti langkah mudah berikut:\n\nLogin seperti cara-cara yang ditunjukkan di atas.\nKlik pada bahagian \u2018Bantuan Murid.\u2019\nTandakan bantuan yang diterima oleh murid tersebut.\nBantuan berwarna kelabu adalah jenis bantuan yang dipohon melalui Aplikasi Pengurusan Bantuan. \n\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai aplikasi ini, sila dengan Pegawai Meja APDM di negeri masing-masing iaitu:\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tukar-format-pdf-ke-word/", "title": "Cara Mudah Tukar Format Dokumen PDF ke Word", "body": "\n\n\n\n\n\nPernahkah anda menghadapi masalah untuk menukar fail PDF ke Word bagi tujuan mengemaskini atau edit fail tersebut? \nSebenarnya terdapat teknik yang mudah untuk menukar dokumen berformat kepada Word secara atas talian sahaja!\nUntuk makluman, PDF atau Portable Document Format ialah format fail yang tidak fleksibel dan tidak boleh dikemaskini berbanding format Word. \nUntuk membuka fail PDF, pengguna perlu memasang atau install Adobe Acrobat di dalam komputer untuk membukanya. \nWalau bagaimanapun, terdapat juga aplikasi lain yang boleh digunakan untuk membuka fail PDF seperti PhantomPDF dan Nitro Pro dan juga yang lain.\nOleh itu, bagi mengemaskini atau edit sesuatu fail PDF, pengguna perlu menukar format fail PDF kepada Word. \nBagaimana untuk menukar ke format tersebut? Berikut dikongsikan beberapa cara mudah yang boleh digunakan oleh para pengguna.\n\nTukar Format PDF Ke Word Melalui Microsoft Word\nPenukaran format ke Word boleh dilakukan melalui Microsoft Word dan penukaran ini boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\n\nBuka aplikasi Microsoft Office di komputer.\nSetelah itu, ke menu \u2018File\u2019 dan klik butang \u2018Open\u2019 \nPilih fail PDF yang hendak ditukar ke Word.\nPop Up amaran akan muncul dan klik butang \u2018OK.\u2019 \nTunggu sehingga proses penukaran dokumen tersebut selesai.\nProses penukaran selesai. \nUntuk menyimpan fail semula ke PDF semula, klik bahagian \u2018File\u2019 dan klik bahagian \u2018Save As.\u2019\nDi bahagian \u2018Save as Type,\u2019 pilih dokumen \u2018PDF.\u2019\nNamun, jika ingin menyimpan dalam format Word, pilih dokumen \u2018Word Document.\u2019\n\nTukar Format PDF Ke Word Melalui Online \nSelain melalui Microsoft Word, pengguna juga boleh menukar format PDF ke Word melalui online.\nTerdapat beberapa laman web yang menyediakan penukaran format tersebut secara percuma.\nAntara laman web yang boleh digunakan untuk penukaran terbabit adalah \u2018I Love PDF\u2019 yang boleh dilakukan secara percuma.\nLangkah-langkah untuk menukar format daripada PDF ke Word menerusi laman web ini adalah seperti berikut:\n\nLayari laman web https://www.ilovepdf.com/pdf_to_word.\nKlik butang \u2018Select PDF File.\u2019\nPilih dokumen PDF yang ingin ditukarkan formatnya.\nKlik butang \u2018Convert to PDF.\u2019\nKlik butang \u2018Download to PDF.\u2019\n\n\nSelain itu, terdapat satu lagi laman web yang menawarkan penukaran format ke Word secara percuma iaitu \u2018Small PDF.\u2019\nCara-cara penukaran boleh dirujuk melalui kaedah berikut:\n\nLayari laman web https://smallpdf.com/pdf-to-word.\nKlik butang \u2018Choose Files.\u2019\nPilih dokumen PDF yang ingin ditukar formatnya.\nKlik butang \u2018Continue.\u2019\nKlik butang \u2018Download\u2019 untuk memuat turun format Word.\n\n\nInfo Lanjut\nBagi mengetahui dengan lebih jelas mengenai cara menukar format dokumen daripada PDF ke Word, sila tonton video di pautan berikut oleh Kevin Sratvert https://www.youtube.com/watch?v=oP393DSX9xs. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-kwppl/", "title": "Biasiswa KWPPL 2023: Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut", "body": "\n\n\n\n\n\nPelaut yang melanjutkan pengajian di mana-mana institut latihan maritim yang diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM) boleh mendapatkan Biasiswa Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) 2023.\nKWPPL adalah kumpulan wang yang di bawah JLM yang bertujuan memberikan bantuan atau biasiswa kepada para pelaut yang memerlukan.\nBiasiswa ini adalah salah satu bentuk bantuan pelajaran yang diberikan kepada pelaut terutamanya kepada pelaut yang mempunyai kekangan kewangan dan jumlah tanggungan keluarga yang tinggi.\nPermohonan bagi biasiswa ini telah dibuka dan akan ditutup pada 28 Februari 2023.\n\nKategori Penajaan\nTerdapat 2 kategori penajaan ditawarkan bagi Biasiswa KWPPL ini iaitu:\ni) Kategori A\n\n\n\n\n\nBayaran penuh yuran kursus utama.\nBayaran elaun sara hidup sepanjang kursus berlangsung.\n\nii) Kategori B\n\nBayaran penuh yuran kursus utama.\n\nSyarat Permohonan\nUntuk memohon, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:\n\nPemohon mestilah tidak mempunyai rekod jenayah.\nTidak mempunyai sebarang aduan/masalah disiplin yang melibatkan tatatertib ketika menjalankan kursus atau ketika tempoh perkhidmatan laut di atas kapal.\nTidak mempunyai penyakit kronik atau sebarang penyakit/kecederaan yang memerlukan pengambilan ubat atau sesi pertemuaan dengan pemeriksa kesihatan secara berterusan.\nPenguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pemohon mestilah pada tahap yang sangat memuaskan.\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan biasiswa ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nMuat turn borang permohonan di pautan berikut https://www.marine.gov.my/jlm/admin/assets/uploads/images/contents/20221216162709-105c7-borang-permohonan-keterangan-biasiswa-kwppl-2023.pdf?fbclid=IwAR30W5ZxQqFQtiNN1AgZxVXkBkGyt1lYiQ0EN2QViF9yCvSUtzoMRknTMko.\nSediakan dokumen sokongan dengan lengkap.\nHantar borang permohonan dan dokumen sokongan melalui email ke alamat [email\u00a0protected] [email\u00a0protected].\nTajuk email tersebut dinyatakan sebagai \u2018PERMOHONAN BIASISWA\u2019 diikuti dengan nama pemohon dan tahun kursus yang bakal diambil adalah 2022. Contohnya \u2018PERMOHONAN BIASISWA MOHD ALI AZHARI 2022.\u2019\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\n\nBuku Perkhidmatan Laut.\nSurat sokongan daripada Nakhoda atau Ketua Juruenjin (appraisal/evaluation form daripada syarikat perkapalan juga adalah digalakkan).\nSalinan sijil-sijil kursus modular yang telah dihadiri.\nSalinan Perakuan Kekompetenan (COC).\nSalinan kad Pengenalan.\nSalinan Kad Pelaut.\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa KWPPL 2023, sila hubungi Puan Ummil Syazwina di talian 03-3346 7633 atau 014-8596 594.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/gmi-mara-2022/", "title": "Cara Memohon GMI MARA 2022: German-Malaysian Institute", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang berminat untuk menyambung pengajian German-Malaysian Institute (GMI) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), permohonan kemasukan bagi Januari 2022 telah dibuka.\nUntuk makluman, GMI ialah sebuah pusat latihan berasaskan kemahiran\u00a0yang ditubuhkan pada tahun 1991.\nInstitusi ini menawarkan latihan praktikal dan teori yang komprehensif yang merangkumi pendidikan kejuruteraan, dengan peluang untuk pengkhususan dan pembelajaran serta pembangunan kendiri.\nOleh itu, individu yang berminat untuk memohon kemasukan ke GMI 2022 ambilan Januari, permohonan boleh dibuat secara atas talian dan tempat adalah terhad. \n\nKeistimewaan GMI\nBagi mereka yang terpilih untuk memasuki GMI, mereka akan menerima beberapa keistimewaan seperti:\ni) Pembiayaan Pendidikan\nMARA (elaun RM630 sebulan bagi pelajar Bumiputera yang layak).Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi yang layak.\nii) Fasiliti\n\n\n\n\nBengkel dan bilik kuliah yang kondusif.Kelengkapan berteknologi tinggi.Asrama.Perpustakaan.Kompleks sukan dan gimnasium.WIFI percuma.Berdekatan dengan stesen komuter, MRT, dan Bas Rapid.\nProgram Ditawarkan\nTerdapat 13 program yang ditawarkan merangkumi 2 jabatan iaitu:\ni) Jabatan Kejuruteraan Elektrik\nDiploma In Engineering Technology (Electronics & Information Technology)Diploma In Engineering Technology (Mechatronics)Diploma In Engineering Technology (Process Instrumentation & Control)Diploma In Network SecurityDiploma In Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)Diploma In Autotronics Engineering TechnologyDiploma In Creative Multimedia\nii) Diploma Kejuruteraan Mekanikal\nDiploma In Engineering Technology (CNC Precision Technology)Diploma In Engineering Technology (Machine Tools Maintenance)Diploma In Engineering Technology (Industrial Quality Management)Diploma In Engineering Technology (Manufacturing System)Diploma In Engineering Technology (Industrial Design)Diploma In Engineering Technology (Product Design & Manufacturing)\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan ke GMI yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nLulus SPM dan 3 Kredit (Termasuk subjek Matematik dan mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/Teknikal).Bagi program Diploma Kreatif Multimedia, pemohon mestilah Lulus SPM dan 3 Kredit.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan kemasukan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://gmi.edu.my/onlineapp.Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Register.\u2019Login dengan memasukkan email dan no kad pengenalan.Setelah berjaya, isi semua maklumat permohonan sehingga selesai.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke GMI 2022, sila whatsapp kepada urusetia kemasukan iaitu:\nPn. Sallysmar- 011 5674 1706En. Amir- 011 2605 5460Pn. Syamimi- 011 1532 8200\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/contoh-invois/", "title": "Contoh Invois & Cara Penulisannya", "body": "\n\n\n\n\n\nInvois merupakan salah satu dokumen yang perlu diketahui oleh peniaga/usahawan yang menjalankan perniagaan dan mereka boleh mengetahui cara penulisannya menerusi contoh invois yang lazimnya digunakan.\nInvois merupakan dokumen yang diberikan penjual kepada pelanggan untuk mendapatkan bayaran barang atau perkhidmatan yang dijual.\nDokumen ini merangkumi maklumat barangan yang dibeli seperti maklumat dan kos produk atau caj perkhidmatan yang dikenakan kepada para pelanggan.\nSebahagian mereka melihat invois dan resit adalah dua dokumen yang sama, namun kedua-duanya adalah dokumen yang berbeza.\nInvois diberikan sebelum pembayaran dilakukan sebagai tanda pembayaran perlu dilakukan manakala resit diberikan selepas pembayaran dilakukan.\n\nFungsi Invois\nUntuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai invois, adalah penting untuk mengetahui terlebih dahulu fungsi invois dikeluarkan:\n\n\n\n\n\nRekod Penjualan\u2013 Setiap transaksi jualan perniagaan perlu direkodkan dalam bentuk invois. Ini akan memudahkan para peniaga/usahawan memantau prestasi jualan mereka.\u00a0\u2013 Ini terutamanya melibatkan perniagaan yang menjual barangan apabila peniaga/usahawan boleh menggunakan invois untuk menyemak jumlah dan mengurus stok barang.\nPembayaran Cukai\u2013 \u00a0Invois boleh digunakan untuk membantu peniaga/usahawan mengetahui dan merancang cukai tahunan syarikat yang sesuai dengan prestasi syarikat.\u00a0\nPelindungan Undang-Undang\u2013 Invois dapat melindungi peniaga/usahawan daripada tindakan undang-undang dari pelanggan.\u2013 Ini kerana, invois merupakan dokumen yang mengesahkan akan produk yang peniaga/usahawan jual atau servis yang anda buat untuk pelanggan.\u00a0\nPerancangan strategi perniagaan\u2013 Invois boleh digunakan untuk merangka dan merancang strategi bisnes masa depan.\u00a0\u2013 Ini juga boleh digunakan untuk\u00a0menganalisa jualan dan produk atau servis yang popular\u00a0dalam kalangan pelanggan. \n\nKomponen Invois\nTerdapat 8 komponen di dalam invois yang perlu ada iaitu:\n\nMaklumat penjual\nMaklumat pelanggan\u00a0\nNombor invois\u00a0\nTarikh invois\u00a0\nTarikh akhir pembayaran\u00a0\nMaklumat produk/servis\u00a0\nJumlah pembayaran\u00a0\n\nCara Buat Invois\nUntuk membuat invois, peniaga/usahawan boleh membuat dokumen ini hanya melalui online sahaja.\nTerdapat beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu:\n\nInvois Simple: https://www.invoicesimple.com/invoice-generator\nZoho: https://www.zoho.com/invoice/free-invoice-generator.html\nFree Invoice Builder: https://freeinvoicebuilder.com/\n\nContoh Invois\nContoh-contoh invois yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:\n\n\n\nBaca juga:\n\nContoh Quotation & Cara Buat Quotation Secara Online\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pesp-2023/", "title": "PESP 2023: Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS", "body": "\n\n\n\n\n\nPETRONAS yang merupakan syarikat\u00a0minyak dan gas\u00a0multinasional\u00a0Malaysia telah membuka program biasiswa pendidikannya iaitu PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) atau Program Biasiswa Pendidikan PETRONAS.\nPESP adalah program biasiswa pendidikan yang ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun.\nUntuk makluman, sejak tahun 1975, PETRONAS telah menganugerahkan tajaan biasiswa kepada lebih 36,000 pelajar yang layak dalam bidang akademik, di samping memiliki prestasi dan keupayaan kepimpinan. \nBagi tahun ini, permohonan program biasiswa ini dibuka bagi lepasan SPM untuk tahun 2022.\nOleh itu, PETRONAS mengalu-alukan calon SPM 2022 yang berkaliber, progresif, dan berminda inovatif untuk memohon biasiswa ini. \nPermohonan program biasiswa ini akan dibuka secara online mulai 8 Jun 2023 sehingga 16 Jun 2023.\n\n\n\n\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang tertakluk kepada penajaan program biasiswa ini adalah seperti:\n\nKejuruteraan Kimia\nKejuruteraan Elektrik \nKejuruteraan Mekanikal\nKejuruteraan Petroleum\nKejuruteraan Instrumentasi\nGeoSains/Geologi/Geofizik\nKejuruteraan Petroleum\nPerakaunan/Kewangan\nEkonomi/Pentadbiran Perniagaan/Perniagaan Antarabangsa\nPemasaran\nIT/Kejuruteraan Perisian/Sains Komputer\nSains Data/Kejuruteraan Data\nSains Aktuari\nPsikologi/Sosiologi\nPerundangan\n\nPelajar Universiti Layak Memohon\nPelajar universiti berikut layak untuk memohon program biasiswa ini iaitu:\n\nUniversiti Teknologi PETRONAS (termasuk Program Asasi 1 tahun).\nUniversiti Awam di Malaysia termasuk tempoh wajib pada Program Matrikulasi atau Asasi.\nUniversiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk pelajar yang layak memohon program biasiswa ini mestilah memperolehi sekurang-kurangnya minima 8A dalam SPM. \nTatacara Permohonan PESP\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan permohonan iaitu https://educationsponsorship.petronas.com.my bermula 8 Jun 2023.\nKlik butang \u201cSponsorship Application.\u201d\nKlik \u201cDaftar\u201d untuk meneruskan pendaftaran.\nIsi maklumat yang diperlukan.\nEmel pengaktifan akan dihantar ke alamat emel berdaftar pemohon.\nAktifkan akaun anda melalui pautan dalam emel yang dihantar.\nLog masuk dengan nama pengguna dan kata laluan.\nBuat permohonan sehingga selesai.\n\nInfo Lanjut\nSebarang info dan pertanyaan lanjut mengenai PESP 2023, sila hubungi 03 \u2013 2331 2277/2299/3311 atau menghantar email ke\u00a0[email\u00a0protected]. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemaskini-str/", "title": "Cara Kemaskini Maklumat STR 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nCARA KEMASKINI MAKLUMAT PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)\nUntuk pengetahuan, STR ialah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.\nDalam\u00a0Belanjawan 2023 baru-baru ini, Perdana Menteri\u00a0menyatakan kerajaan akan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 sehingga RM3,100 yang akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.\n\nBagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang sebelum ini telah menerima bantuan ini, kemaskini STR boleh mula dilaksanakan di laman web rasmi STR.\nBerikut dikongsikan caranya:\nKategori Penerima\nPenerima yang layak menerima sumbangan ini adalah seperti berikut:\ni) Isi Rumah\n\nKahwin; atau\nIbu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.\nPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.\n\nii) Warga Emas Tiada Pasangan\n\nBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan\nHad umur adalah 60 tahun dan ke atas.\nPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.\n\niii) Bujang\n\nBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.\nHad umur adalah 21-59 tahun.\nPendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.\n\nSiapa Perlu Kemaskini STR?\nPemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut: \n\nTidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022 \nPenerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini\n\nJumlah Pembayaran STR\nPenerima bantuan ini akan menerima jumlah pembayaran seperti berikut:\n\nTarikh Pembayaran\nPembayaran bantuan ini akan dibuat pda tarikh berikut:\n\n\n\n\nFasa PembayaranTarikh PembayaranFasa 1Bermula 17 Januari 2023 secara berperingkatFasa 2April*Fasa 3Julai*Fasa 4November*\nCara Kemaskini STR\nUntuk kemaskini maklumat bagi 2023, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n1. Layari portal rasmi iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/.\n2. Klik butang \u2018Log Masuk\u2019 bagi membuat kemas kini.\n\n3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.\n\n4. Klik butang \u2018Kemas Kini Permohonan\u2019 setelah berjaya log masuk MySTR.\n5. Isi semua maklumat yang diperlukan\n\n6. Klik butang \u2018Teruskan\u2019 setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.\n\n7. Isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klikbutang \u2018Sahkan Captcha.\u2019 \n\n8. Paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumatyang dipaparkan tepat kemudian \u2018Tick\u2019 butang berikut.\n9. Klik butang \u2018Hantar\u2019 bagi meneruskan permohonan.\n\n10. Permohonan berjaya dihantar.\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai kemaskini STR, sila layari laman web\u00a0https://bantuantunai.hasil.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-yayasan-terengganu/", "title": "Permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Terengganu telah membuka tawaran biasiswa kepada anak-anak Negeri Terengganu yang akan menyambung pengajian dalam negara menerusi Biasiswa Yayasan Terengganu.\nPengenalan Biasiswa Yayasan Terengganu 2023\nTawaran biasiswa ini dibuka kepada pelajar yang akan menyambung pengajian ke peringkat berikut:\n\nProgram Perkakaunan Professional ACCA Kohort 1\nSarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (PhD)\n\nPemberian biasiswa ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar anak Terengganu yang akan menyambung pengajian mereka terutamanya mereka yang datang daripada keluarga golongan B40.\nPermohonan Biasiswa Yayasan Terengganu ini boleh dibuat mulai 9 April 2023 hingga 22 April 2023.\n\nSyarat Umum \nBagi pemohon yang berminat, syarat umum yang perlu dipenuhi bagi pemohon yang ingin memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\nPemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.\nPemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.\nIbu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.\nKeutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah iaitu B40. \n\nSyarat Khusus\nSyarat khusus pula adalah tertakluk kepada peringkat pengajian yang diambil pemohon iaitu:\ni) Program Perakaunan Professional ACCA \nBagi lepasan ijazah, syarat khusus yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nLulus Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau yang setaraf dari IPT yang diiktiraf dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00.\nPemohon berumur tidak lebih dari 28 tahun (Sepenuh masa) dan 32 tahun (separuh masa)\nTelah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian sembilan (9) subjek ACCA\n\nBagi lepasan Certified Accounting Technician (CAT)/Matrikulasi JPPro, syarat-syarat khusus yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nMendapat sekurang-kurangnya markah 65 pada peringkat CAT/JPPro.\nPemohon berumur tidak lebih daripada 21 tahun.\nPemohon telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.\n\nPemohon lepasan Diploma Perakaunan pula perlu memenushi syarat khusus berikut iaitu:\n\nPemohon mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 Diploma Perakaunan dari IPT yang diiktiraf, kepujian Gred A dalam subjek Matematik\u00a0 dan sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.\nPemohon berumur tidak lebih daripada 22 tahun.\nPemohon telah mendapat pengesahan kelayakan pengecualian 3 subjek ACCA.\n\nii) Program Sarjana\nBagi pemohon biasiswa yang ingin memohon bagi program sarjana, syarat khusus yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nLulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 atau setaraf.\nTelah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.\nPengajian sepenuh masa dan tidak bekerja.\nPemohon berumur tidak melebihi 28 tahun semasa memohon.\nUntuk pemohon dari mod penyelidikan, pertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.\n\niii) Program PhD\nPemohon bagi program PhD pula perlu memenuhi syarat khusus iaitu:\n\nLulus Ijazah Sarjana (mod penyelidikan) atau sekurang-kurangnya CGPA 3.50 (mod kerja kursus atau campuran) dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara).\nLulus Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti dan kursus yang diiktiraf (dalam dan luar negara) dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00 (bidang Iktisas) dan 3.50 (bukan iktisas) atau setaraf.\nPemohon telah mendapat tawaran dan telah mendaftar di universiti-universiti awam dalam negara.\nPengajian mestilah dalam sepenuh masa dan pemohon tidak bekerja.\nPemohon berumur tidak melebihi 32 tahun semasa memohon.\nPertimbangan hanya akan diberikan kepada calon yang telah melepasi peringkat Proposal Defence.\n\nCara Memohon Biasiswa Yayasan Terengganu 2023\nUntuk membuat permohonan Biasiswa Yayasan Terengganu, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web\u00a0https://ytklik.terengganu.gov.my/\u00a0atau\u00a0http://ytpenajaan.terengganu.gov.my/login.\nKlik bahagian \u2018Daftar Akaun.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019\nMasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan serta klik butang \u2018Log Masuk.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.\nHantar permohonan setelah semua maklumat diisi.\n\nAdalah diingatkan penawaran biasiswa/pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kuota, merit, temuduga dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan dan Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Yayasan Terengganu, sila hubungi pihak Yayasan Terengganu di talian\u00a009-6221733.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-taska-tabika-kemas-2022/", "title": "Permohonan Kemasukan Taska & Tabika KEMAS Sesi 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak-anak ke Taska atau Tabika KEMAS bagi sesi kemasukan 2022, permohonan kemasukan telah dibuka.\nKEMAS merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang mana antara peranan utamanya adalah melaksanakan pendidikan awal kanak-kanak melalui perkembangan sosio emosi, fizikal, intelek dan rohani berdasarkan piawaian/standard yang telah ditetapkan.\nProgram Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS yang dilaksanakan di seluruh negara terbahagi kepada dua kategori iaitu:\nTaman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) : Kanak-kanak berusia 2 \u2013 4 TahunTaman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 \u2013 6 Tahun\nOleh itu, ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Taska atau Tabika KEMAS boleh membuat permohonan sehingga 31 Oktober 2021.\nYuran Taska & Kemas\nYuran Taska KEMAS yang akan dikenakan bagi pembelajaran anak-anak mereka adalah seperti berikut:\n\nUntuk bayaran Tadika KEMAS pula, ibu bapa akan dikenakan bayaran seperti berikut:\n\n\n\n\n\nSyarat Kemasukan\nPermohonan kemasukan ke Taska KEMAS perlu memenuhi syarat-syarat kemasukan iaitu:\nKanak-kanak yang mempunyai status\u00a0warganegara Malaysia\u00a0atau\u00a0salah\u00a0seorang ibu bapa Warganegara Malaysia. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10\u00a0orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).Nisbah seorang Pemaju Masyarakat adalah 5 hingga 6 orang kanak-kanak.Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke Taska KEMAS yang berdekatan.\nBagi permohonan ke Tabika KEMAS, syarat-syarat kemasukan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:\nKanak-kanak yang mempunyai\u00a0status warganegara Malaysia\u00a0atau\u00a0salah seorang ibu bapa Warganegara Malaysia.Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke Tabika KEMAS yang berdekatan.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan Taska dan Tabika KEMAS, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nMuat turun borang di pautan berikut:\u2013 Taska Kemas: https://www.kemas.gov.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG-PENDAFTARAN-TASKA-PERMATA-KEMAS-NEW.pdf.\u2013 Tabika Kemas: https://www.kemas.gov.my/wp-content/uploads/2019/06/BORANG-PENDAFTARAN-TABIKA-NEW.pdf.Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Tabika atau Taska KEMAS yang berhampiran.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\n1 keping gambar berukuran pasport.1 salinan MyKid dan Sijil Kelahiran anak.Slip gaji ibu dan bapa.1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke Taska dan Tabika KEMAS, sila hubungi pihak KEMAS di talian 03-8891 2682.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/gmi-peringkat-diploma-september-2022/", "title": "GMI: Pengambilan Kemasukan Peringkat Diploma Sesi September 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang TVET, German-Malaysian Institute (GMI) telah membuka permohonan kemasukan ke institut tersebut bagi sesi kemasukan September 2022. \nGMI ialah Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang ditubuhkan hasil kerjasama negara Jerman dan Malaysia pada tahun 1991 dan menawarkan pengajian berasaskan kejuruteraan kepada para pelajar.\nUntuk kemasukan ke institusi ini bagi sesi September 2022, permohonan boleh dibuat sebelum 15 September 2022. \n\nKemudahan & Manfaat Yang Disediakan\nKemudahan dan manfaat yang disediakan di institusi ini adalah:\nTajaan MARA: Bantuan yuran pengajian dan duit poket sebanyak RM630 setiap bulan (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).Diskaun pembayaran balik sehingga 85% (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).Fasiliti lengkap dan menyeluruh seperti penginapan, kompleks sukan, surau, cafe dan keseluruhan persekitaran yang kondusif.Berorientasikan Kemahiran TVET.Lokasi strategik iaitu terletak di kawasan Multinational Company (MNC) dan mempunyai akses latihan industri yang lebih besar.Diiktiraf MQA dan relevan kepada keperluan industri.Kelengkapan pembelajaran, makmal, bengkel, mesin dan keseluruhan teknologi bertaraf industri.Laluan pengajian ke peringkat ijazah lebih cerah samada di dalam dan luar negara.Mudah mendapat pekerjaan.\nProgram Ditawarkan\nProgram yang ditawarkan adalah seperti berikut:\ni) Jabatan Kejuruteraan Elektrik\n\n\n\n\nDiploma In Engineering Technology (Electronics & Information Technology)Diploma In Engineering Technology (Mechatronics) Diploma In Engineering Technology (Process Instrumentation & Control) Diploma In Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution) \nii) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal\nDiploma In Engineering Technology (CNC Precision Technology)Diploma In Engineering Technology (Machine Tools Maintenance) Diploma In Engineering Technology (Industrial Quality Management) Diploma In Engineering Technology (Manufacturing System) Diploma In Engineering Technology (Industrial Design) Diploma In Engineering Technology (Product Design & Manufacturing)\nSyarat Kemasukan\nPemohon yang berminat perlu memenuhi syarat kemasukan dan memperoleh lebih 3 kredit termasuk: \nMatematik.Sains/mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/Teknikal.Satu subjek lain.Lulus Bahasa Inggeris.\nTatara Permohonan\nPermohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan permohonan iaitu https://www.gmi.edu.my/sept-2022-intake/.Isi maklumat pada ruangan pendaftaran.Pastikan semua maklumat diisi dengan betul. Klik butang \u201cHantar.\u201d\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai kemasukan ke GMI, layari laman web https://www.gmi.edu.my/sept-2022-intake/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-sukan-kpm-2023/", "title": "Permohonan Biasiswa Sukan KPM 2023 (BS)", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan hadiah Biasiswa Sukan (BS) tahun 2023 kepada atlet murid yang layak dengan mengambil kira pengambilan sukan bermula 1 Januari 2021 hingga 31 Mac 2023.\nPengenalan Biasiswa Sukan KPM \nUntuk makluman, Biasiswa Sukan ini telah diperkenalkan pada tahun 2005 sebagai suatu usaha bagi meningkatkan kecemerlangan sukan dalam kalangan murid di bawah Program Pembangunan Sukan sekolah. \nIa juga merupakan suatu galakan kepada murid supaya bersungguh-sungguh untuk mencapai prestasi yang tinggi di dalam bidang sukan.\nPermohonan baharu biasiswa ini secara dalam talian boleh dibuat mulai 19 April hingga 18 Mei 2023.\n\nSenarai Sukan\nBerikut adalah jenis-jenis sukan yang layak dipertimbangkan untuk diberi biasiswa ini:\n\n\n\n\n\nAkuatik\nAngkat Berat\nBadminton\nBola Baling\nBola Jaring\nBola Keranjang\nBola Sepak\nBola Tampar\nBoling Padang\nBoling Tenpin\nCatur\nGimnastik\nGimrama\nGolf\nHoki\nJudo\nKarate\nKriket\nLawan Pedang\nLumba Basikal\nMemanah\nMenembak\nOlahraga/Merentas Desa\nPelayaran\nPing Pong\nRagbi\nSepak Takraw\nSilat Olahraga\nSkuasy\nSofbol\nTaekwondo\nTenis\nWushu\n\nKriteria Kelayakan Biasiswa Sukan KPM \nPemohon mestilah mematuhi ke semua kelayakan di bawah iaitu:\n\nWarganegaraMalaysia;\nMurid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Malaysia; atau\nMurid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Sukan Negeri; atau\nMurid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Harian (SH), Sekolah Berasrama Penuh (SBP)/Sekolah Menengah Teknik (SMT)/Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK); atau\nPelajar Tahun 1 dan 2 di Kolej Vokasional KPM.\nTidak menerima sebarang biasiswa atau elaun (insentif lain) daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.\nMenunjukkan prestasi cemerlang dalam sukan dengan sekurang- kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM, Liga Sukan KPM dan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS), Sukan Prestasi Tinggi Negara (SPTN) serta sukan-sukan lain yang diputuskan oleh KPM.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan biasiswa ini perlu melalui pihak sekolah dan pihak sekolah perlu membuat permohonan melalui laman web https://apb1.moe.gov.my.\nPenghantaran dokumen sokongan mulai 18 hingga 22 Mei 2023 kepada Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. \nMaklumat Lanjut Biasiswa Sukan KPM \nMaklumat lanjut mengenai Biasiswa Sukan KPM, sila layari laman web https://apb1.moe.gov.my/ atau https://www.moe.gov.my/bantuan-pembelajaran-menu/biasiswa-sukan-bs. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bistari/", "title": "BISTARI: Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah RM100", "body": "\n\n\n\n\n\nBayi yang dilahirkan di Negeri Sabah kini boleh memperoleh tabungan dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) menerusi Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI).\nBantuan ini diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada akhir tahun 2021 yang memperuntukkan RM5 juta bagi pelaksanaan bantuan ini.\nBeliau berkata, inisiatif bantuan ini adalah sebagai komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan modal insan dan menggalakkan ibu bapa menabung bagi tujuan pendidikan sejak awal kelahiran.\nIbu bapa yang berminat boleh membuat permohonan yang dibuka mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.\n\nJumlah Tabungan\nJumlah tabungan yang akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN bayi yang terlibat adalah sebanyak RM100. \nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang memohon bantuan ini adalah:\n\n\n\n\nSimpanan sebanyak RM100.00 akan dibuka atas nama bayi dalam akaun SSPN.Bayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari SabahSimpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.\nTatacara Permohonan\nTerdapat 2 cara permohonan ini boleh dibuat oleh ibu bapa yang ingin memohon iaitu:\ni) Atas Talian\nLayari pautan permohonan berikut https://cutt.ly/OnlineBISTARI.Lengkapkan borang permohonan online tersebut.Muat naik dokumen yang diperlukan.Pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap.Klik butang \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\nii) Borang Permohonan\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut https://cutt.ly/BorangBistari. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:Pejabat Menteri Tugas-Tugas KhasBlok A, Tingkat 29, Menara KinabaluJalan UMS, Teluk Likas88400 Kota Kinabalu, Sabah\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang perlu dimuat naik atau dihantar secara manual adalah seperti:\nSijil lahir bayiKad pengenalan ibu bapa\nMaklumat Lanjut\nSebarang maklumat lanjut mengenai BISTARI, sila layari FB Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas atau menghubungi 088-369872/012-8662419 atau menghubungi Pegawai PTPTN. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tadika-tahfiz-negeri-pahang-ttnp/", "title": "TTNP 2023: Permohonan Tadika Tahfiz Negeri Pahang", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa yang ingin menghantar anak-anak berusia 4 tahun hingga 6 tahun di tadika tahfiz, permohonan Tadika Tahfiz Negeri Pahang (TTNP) bagi sesi 2023 telah dibuka.\nTTNP merupakan tadika tahfiz yang menawarkan pendidikan pra sekolah daripada umur 4 tahun hingga 6 tahun yang diuruskan sepenuhnya oleh Yayasan Pahang.\nMenariknya, tadika ini menawarkan kurikulum tahfiz dan membaca Al-Quran selain kemahiran asas lain seperti membaca, menulis, dan mengira.\nBagi ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian dengan segera.\n\nKelebihan Yang Diperoleh\nAnak-anak yang memasuki tadika tahfiz ini akan mendapat kelebihan berikut:\n\n\n\n\n\nHafazan Juzu\u2019 30 (Juzu\u2019 Amma).\nKemahiran Membaca Al-Quran.\nKemahiran 6M (Menghafaz, Mengaji, Membaca, Menulis, Mengira & Menaakul).\nKemahiran komunikasi (belajar & bermain).\nKemahiran pengurusan diri (budaya tadika Jepun).\nAnak-Anak yang Berpotensi akan Dipilih Menyertai Program Huffaz Cilik Professional (HCP) Hafazan 3 Juzu\u2019.\nProgram Khas Komunikasi Bahasa Inggeris.\n\nLokasi TTNP\nLokasi tadika tahfiz ini di seluruh negeri Pahang pada tahun 2023 adalah seperti berikut:\n\nTTNP Pulau Serai, Pekan\nTTNP Tanjung Lumpur, Kuantan\nTTNP Indera Mahkota, Kuantan (Taman Shahzan)\nTTNP Temerloh Jaya, Temerloh (Taman Pinggiran Temerloh Damai)\nTTNP Taman Sentosa, Raub (Taman Amalina Saujana)\nTTNP Tempoyang, Kuala Lipis (Petron Tempoyang)\nTTNP Kota SAS, Kuantan (Presint 1)\nTTNP Bandar Kuantan (Seberang Petronas Darat Makbar)\nTTNP Balok\nTTNP Kerdau, Temerloh\nTTNP Jengka (Bandar Pusat Jengka)\nTTNP Jerantut (Bandar Jerantut)\nTTNP Indera Mahkota 14\nTTNP Jalan Gambang Batu 9\nTTNP Rompin\nTTNP Muadzam Shah\nTTNP Bera\nTTNP Seberang Temerloh\nTTNP Bentong\nTTNP Cameron Highlands\n\nTatacara Permohonan\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti tatacara berikut:\n\nLayari laman web https://tadikatahfiz.my/\nKlik bahagian \u201cDaftar TTNP.\u201d\nPlih cawangan dan klik \u201cDaftar.\u201d\nIsi semua maklumat yang diperlukan.\nKlik butang \u201cHantar\u201d untuk menghantar permohonan.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Tadika Tahfiz Negeri Pahang, sila layari laman web https://tadikatahfiz.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-tingkatan-1-sma-negeri-terengganu/", "title": "Kemasukan Tingkatan 1 SMA Negeri Terengganu 2023/2024", "body": "\n\n\n\n\n\nJabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) telah membuka permohonan kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Terengganu bagi sesi 2023/2024.\nKemasukan ke SMA Negeri Teregganu ini adalah melibatkan 3 jenis sekolah berikut:\n\nSekolah Berasrama Penuh\nSekolah Menengah Agama Harian\nMadrasah Moden Terengganu\n\nBagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka, permohonan dibuka mulai 15 November 2022 jam 12.00 tengah hari hingga 15 Disember 2022 jam 4.30 petang.\n\nSenarai Sekolah\nSenarai SMA Negeri Terengganu yang boleh dipohon adalah seperti berikut:\ni) Sekolah Berasrama Penuh\n\nSekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu\nSekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI), Bandar AMBS, Dungun\n\nii) Sekolah Menengah Agama Harian\n\nSekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu (Pengambilan Murid Perempuan Sahaja)\nSekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu (Pengambilan Murid Lelaki Sahaja)\nSekolah Menengah Agama Maarif, Besut\nSekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun\nSekolah Menengah Agama Marang\nSekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman\nSekolah Menengah Agama Ittifakiah, Besut\nSekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu\nSekolah Menengah Agama Setiu\n\niii) Madrasah Moden Terengganu\n\n\n\n\n\nMadrasah Moden Terengganu Kuala Nerus (Pengambilan Murid Lelaki Sahaja)\nMadrasah Moden Terengganu Hulu Terengganu (Pengambilan Murid Perempuan Sahaja)\nMadrasah Moden Terengganu Besut (Pengambilan Murid Lelaki Sahaja)\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh adalah seperti berikut:\n\nCalon mestilah berumur 13 tahun pada tahun semasa pengambilan murid tingkatan 1 (lahir pada 2hb Januari 2010 hingga 1hb Januari 2011 ).\nWarganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman:\u2013 Calon yang lahir di Terengganu Darul Iman; atau\u2013 Ibu atau / dan bapa lahir di Terengganu; atau\u2013 Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun serta mempunyai niat dan bukti-bukti akan tinggal tetap di Terengganu.\nPelajar-pelajar yang layak memohon dari:\u2013 Sekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia)\u2013 Sekolah Rendah Agama Swasta\nSihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.\nBoleh membaca Al-Quran dengan baik.\nLulus dengan melepasi ujian dan temu duga yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu.\nTelah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK/MPKAFA) pada tahun 2021 atau ujian-ujian lain yang berbentuk kefahaman / amali fardhu ain dan memperoleh keputusan seperti di bawah:\u2013 Memperoleh Straight A\u2019 (8A) dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK/MPKAFA) tahun 2021; atau\u2013 Memperoleh 10A dan ke atas dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) tahun 2021; atau\u2013 Memperoleh Straight A\u2019 dalam ujian-ujian kefahaman fardhu ain yang lain; dan\u2013 Memperoleh Straight A\u2019 dalam ujian-ujian kefahaman fardhu ain yang lain.\n\nUntuk syarat permohonan ke Sekolah Menengah Agama Harian pula adalah seperti berikut:\n\nCalon mestilah berumur 13 tahun pada tahun semasa pengambilan murid tingkatan 1 (lahir pada 2hb Januari 2010 hingga 1hb Januari 2011 ).\nWarganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman:\u2013 Calon yang lahir di Terengganu Darul Iman; atau\u2013 Ibu atau / dan bapa lahir di Terengganu; atau\u2013 Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari\n10 tahun serta mempunyai niat dan bukti-bukti akan tinggal tetap di Terengganu.\nPelajar-pelajar yang layak memohon dari:\u2013 Sekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia)\u2013 Sekolah Rendah Agama Swasta\nSihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.\nBoleh membaca Al-Quran dengan baik.\nLulus dengan melepasi ujian dan temu duga yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu.\nTelah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK/MPKAFA) pada tahun 2021 atau ujian-ujian lain yang berbentuk kefahaman/amali fardhu ain dan memperoleh keputusan seperti di bawah:\u2013 Memperoleh 7A dan ke atas dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK/MPKAFA) tahun 2021; atau\u2013 Memperoleh 8A dan ke atas dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) tahun 2021; atau\u2013 Memperoleh Straight A\u2019 dalam ujianujian kefahaman fardhu ain yang lain; dan\u2013 Menunjukkan pencapaian yang baik dalam penglibatan kokurikulum dan koakademik\n\nBagi syarat permohonan ke Madrasah Moden Terengganu pula, syarat permohonan adalah seperti berikut:\n\nCalon mestilah berumur 13 tahun pada tahun semasa pengambilan murid tingkatan satu (lahir pada 2hb Januari 2010 hingga 1hb Januari 2011 ).\nWarganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman:\u2013 Calon yang lahir di Terengganu Darul Iman; atau\u2013 Ibu atau / dan bapa lahir di Terengganu; atau\u2013 Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari\n10 tahun serta mempunyai niat dan bukti-bukti akan tinggal tetap di Terengganu.\nPelajar-pelajar yang layak memohon dari:\u2013 Sekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia)\u2013 Sekolah Rendah Agama Swasta\nSihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.\nBoleh membaca Al-Quran dengan baik.\nLulus dengan melepasi ujian dan temu duga yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu.\nTelah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK/MPKAFA) pada tahun 2021 atau ujian-ujian lain yang berbentuk kefahaman/amali fardhu ain dan memperoleh keputusan seperti di bawah:\u2013 Memperoleh 6A dan ke atas dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK/MPKAFA) tahun 2021; atau\u2013 Memperoleh 6A dan ke atas dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) tahun 2021; atau\u2013 Memperoleh sekurang-kurangnya 4A dalam ujian-ujian kefahaman fardhu ain yang lain; dan\u2013 Menunjukkan pencapaian yang baik dalam penglibatan kokurikulum dan koakademik\n\nKaedah Permohonan\nPermohonan boleh dibuat melalui laman web http://smaonline.terengganu.gov.my/ mulai 15 November 2021.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai permohonan kemasukan Tingkatan 1 SMA Negeri Terengganu bagi sesi 2023/2024, sila layari laman web http://smaonline.terengganu.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/iltizam-anak-selangor-anas/", "title": "Iltizam Anak Selangor (ANAS): Caruman Anak Baru Lahir RM100", "body": "\n\n\n\n\n\nDi dalam Belanjawan 2023, kerajaan Negeri Selangor menerusikan salah satu inisiatif yang diwujudkan sebelum ini iaitu Iltizam Anak Selangor (ANAS).\nANAS merupakan bantuan dalam bentuk caruman yang diberikan kepada anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor sebanyak RM100 setiap tahun selama 5 tahun yang akan dimasukkan menerusi akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime.\nWang tabungan SSPN Prime tersebut hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak-anak tersebut mencecah 18 tahun.\nDalam Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan RM3 juta untuk menjayakan ANAS dengan sasaran 30,000 penerima.\nPermohonan boleh dibuat dan tempoh permohonan akan dibuka sehingga mencapai kouta 30,000 orang pemohon.\n\nMengenai SSPN Prime\nSPPN Prime yang sebelum ini dikenali sebagai SSPN-i adalah produk simpanan yang diperkenalkan sejak 2004.\nIni adalah produk simpanan jangka masa panjang bagi memupuk sifat menabung dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil.\nAntara keistimewaan bagi mereka yang membuka akaun SSPN Prime ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nSimpanan adalah patuh syariah.\nSimpanan dijamin kerajaan.\nPelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000\nPelindungan takaful percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 ke atas.\nLayak untuk memohon pinjaman PTPTN.\nGeran sepadan sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak.\nDividen yang akan diterima adalah kompetitif. \n\nSyarat Permohonan Iltizam Anak Selangor (ANAS)\nSyarat permohonan bagi inisiatif ini adalah seperti berikut:\ni) Kriteria Anak\n\nAnak kelahiran bermula tahun 2022.\nWarganegara Malaysia.\nLahir di Selangor.\nSedang menetap di Negeri Selangor.\n\nii) Kriteria Ibu Bapa\n\nWarganegara Malaysia.\nBerumur 18 tahun ke atas.\nSedang menetap di Negeri Selangor.\nPengundi berdaftar di Negeri Selangor.\n\n\nTatacara Memohon Iltizam Anak Selangor (ANAS)\nPermohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut:\n\nPermohonan boleh dibuat secara dalam talian di\u00a0https://www.anas.yawas.com.my.\nDokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dimuatnaik dalam sistem permohonan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dalam talian dibuat.\nPermohonan boleh disemak melalui di laman web https://www.anas.yawas.com.my.\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nDokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:Salinan sijil lahir anak.\nSalinan IC Ibu/ bapa/penjaga yang sah yang layak menjadi pendeposit akaun SSPN Prime anak.\nSalinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR.\nSalinan Surat Akuan Berkanun/Sijil Anak Angkat.\nSalinan akuan sumpah (hubungan selain ibubapa kandung/angkat).\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai ANAS, sila layari laman web https://anas.yawas.com.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-am-persekolahan-tingkatan-6-semester-1/", "title": "Permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 MAIWP", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar Tingkatan 6 Semester 1 sama ada sedang bersekolah di dalam atau luar Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) telah membuka permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1.\nUntuk makluman, Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semseter 1 ini diwujudkan bagi membantu pelajar yang akan menyambung pelajaran ke Tingkatan 6.\nOleh sebab itu, pelajar Tingkatan 6 Semester 1 yang ingin membuat permohonan perlu membuat permohonan sebelum 15 Oktober 2021.\n\nSyarat Umum \nPemohon yang ingin memohon Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 perlu memenuhi syarat-syarat umum iaitu:\nPemohon mestilah warganegara Malaysia dan beragama Islam.Mendapat surat tawaran Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2021 dari Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM)Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap.Kelulusan tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan.\nSyarat Khusus\nSelain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus iaitu:\n\n\n\n\nTidak mendapat bantuan/biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan/swasta/yayasan dan lain-lain.Mendapat sokongan daripada pengetua di sekolah.Bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan atau Sekolah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam negeri-negeri.Pelajar yang bersekolah di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mesti tinggal di asrama kecuali sekolah yang bersempadan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan bantuan am persekolahan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/68-bantuan-am-persekolahan?download=1223:bantuan-am-persekolahan-tingkatan-6.Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen sokongan.Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat email [email\u00a0protected] atau secara pos ke alamat berikut:Unit Pembangunan Akademik (Bantuan Sekolah)Aras 22, Bangunan Perkim,No. 150, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan/sijil kelahiran pemohon.Satu salinan kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga. Satu salinan kad pengenalan/sijil kelahiran anak-anak yang masih dalam tanggungan (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja).Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO/yang terkini bagi ibu dan bapa (yang bekerja kerajaan/swasta/badan berkanun/syarikat) (jika berkenaan).Satu salinan surat akuan sumpah perdapatan terkini ibu dan bapa atau penjaga (yang bekerja sendiri/tidak bekerja/suri rumah) (jika berkenaan).Satu salinan surat perakuan pengambilan anak angkat daripada JKM/surat akuan sumpah penjagaan jika pelajar yang memohon bukan anak kandung (jika berkenaan).Satu salinan surat perakuan nikah/surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi ibu dan bapa atau penjaga yang berumur 60 tahun ke atas (jika berkenaan).Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini (jika berkenaan).Satu salinan sijil kematian ibu/bapa (jika berkenaan). Satu salinan kad memeluk Islam (jika berkenaan).Satu salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU) ibu dan bapa atau penjaga serta tanggungan (jika berkenaan).Surat pengesahan sakit kronik ibu dan bapa atau penjaga serta tanggungan daripada hospital kerajaan sahaja (jika berkenaan).Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar bagi ibu dan bapa atau penjaga serta tanggungan yang sedang belajar di IPT/Tingkatan 6 bawah (jika berkenaan).Satu salinan cukai pintu/bil utiliti (tempat tinggal terkini).Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad/akaun bersama bagi pelajar sekolah rendah/buku akaun persendirian bagi pelajar sekolah menengah (jika berkenaan). \nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 ini, sila hubungi pihak MAIWP di talian:\nKuala Lumpur: 019-200 8458Putrajaya: 011-5949 6216\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-sains-tingkatan-3/", "title": "Buku Teks Sains Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku teks Sains Tingkatan 3 ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Geografi Tingkatan 2 dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nPenggubalan buku ini bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Sains Kebangsaan bagi melahirkan murid yang kompetitif, dinamik, tangkas, dan berdaya tahan serta menguasai ilmu Sains dan berketerampilan teknologi sepenuhnya.\nDi dalam buku teks ini juga, murid didedahkan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kemahiran maklumat dan komunikasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta kemahiran hidup dankerjaya yang berteraskan amalan nilai murni untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran abad ke-21. \nSelain itu, pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran STEM juga didedahkan melalui pendekatan inkuiri, penyelesaian masalah serta pelaksanaan projek supaya murid berminat untuk menceburi bidang Sains dan teknologi.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Rangsangan dan Gerak Balas: \n\nSistem saraf manusia \nRangsangan dan gerak balas dalam manusia \nRangsangan dan gerak balas dalam tumbuhan \nKepentingan gerak balas terhadap ransangan dalam haiwan lain \n\nii) Bab 2 Respirasi \n\nSistem respirasi \nPergerakan dan pertukaran gas dalam badan manusia \nKesihatan sistem respirasi manusia \nAdaptasi dalam sistem respirasi \nPertukaran gas dalam tumbuhan \n\niii) Bab 3: Pengangkutan \n\nSistem pengangkutan dalam organisma \nSistem peredaran darah \nDarah manusia \nPengangkutan dalam tumbuhan \nSistem peredaran darah dalam haiwan dan sistem pengangkutan dalam tumbuhan \n\niv) Bab 4 Kereaktifan Logam \n\nKepelbagaian mineral \nSiri kereaktifan logam \nPengekstrakan logam daripada bijihnya \n\nv) Bab 5 Termokimia \n\n\n\n\n\nTindak balas endotermik dan eksotermik \n\nvi) Bab 6 Elektrik dan Kemagnetan \n\nPenjanaan tenaga elektrik \nTransformer Penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik \nPengiraan kos penggunaan elektrik \n\nvii) Bab 7 Tenaga dan Kuasa \n\nKerja, tenaga dan kuasa \nTenaga keupayaan dan tenaga kinetik \nPrinsip keabadian tenaga \n\nviii) Bab 8 Keradioaktifan \n\nSejarah penemuan keradioaktifan \nAtom dan nukleus \nSinaran mengion dan sinaran tidak mengion \nKegunaan sinaran radioaktif \n\nix) Bab 9 Cuaca Angkasa Lepas \n\nAktiviti matahari yang memberikan kesan kepada bumi\nCuaca angkasa \n\nx) Bab 10 Penerokaan Angkasa Lepas \n\nPerkembangan dalam astronomi\nPerkembangan dan teknologi dalam penerokaan angkasa lepas\n\nMuat Turun Buku Teks Sains Tingkatan 3\nBuku Teks Digital Sains Tingkatan 3 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBukuTeks-Sains-Tingkatan-3Download\nBukuTeks-Sains-Tingkatan3-2Download\nSkema Jawapan\nSkema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file di bawah:\nJawapan-BukuTeks-Sains-Tingkatan3Download\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut :\u00a0http://www.moe-dl.edu.my\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skipma/", "title": "SKIPMA: Permohonan Pinjaman Komputer Institusi Pendidikan MARA", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) boleh membuat permohonan untuk mendapatkan pinjaman komputer menerusi Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMa (SKIPMA).\nUntuk makluman, SKIPMA adalah skim yang diwujudkan untuk membantu pelajar di IPMa memiliki komputer bagi menjalankan aktiviti pembelajaran.\nInisiatif ini adalah seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta kaedah baharu dalam pembelajaran.\nPelajar boleh membuat permohonan skim ini yang akan dibuka pada 10 Ogos 2022 sehingga 23 Ogos 2022 secara online\n\nSenarai IPMa\nPelajar yang menyambung pengajian di IPMa berikut layak untuk membuat permohonan: \nKolej MARA (KM)MARA Japan Industrial Institute (MJII)Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)Institut Kemahiran MARA (IKM)Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)German Malaysian Institute (GMI)Kolej Profesional MARA (KPM)Universiti Kuala Lumpur (UniKL)Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)\nJumlah Pinjaman\nJumlah maksimum pinjaman komputer ini bagi pemohon yang layak adalah sebanyak RM3,000 sahaja.\nSyarat Kelayakan\nPelajar yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:\nPelajar adalah berstatus Bumiputera.Ibu atau bapa pelajar adalah berstatus Bumiputera.Ditawarkan mengikuti pengajian di IPMA secara sepenuh masa bagi peringkat seperti berikut:\u2013 Persediaan/Pra-Universiti\u2013 Sijil\u2013 Diploma\u2013 Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda)Had umur bagi yang layak memohon adalah tidak melebihi umut berikut:\u2013 Persediaan/Pra-Universiti: 20 tahun\u2013 Sijil/Diploma: 35 tahun\u2013 Ijazah Sarjana Muda: 45 tahunPemohon yang layak adalah pelajar baharu atau pelajar sedia ada (aktif) yang mempunyai baki pengajian tidak kurang 1 tahun daripada tarikh permohonan dibuat.Pelajar layak memohon 1 kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan.Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja/pihak lain.\nSyarat Penjamin Diperlukan\nSkim pinjaman ini memerlukan seorang penjamin dan syarat-syarat penjamin adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Berumur 21 tahun dan ke atas.Penjamin merupakan ibu/bapa/penjaga/ahli Keluarga.Pendapatan kasar sekurang-kurangnya RM500 sebulan.\nPembayaran Balik Pinjaman\nPelajar yang berjaya dan layak menerima skim pinjaman ini perlu membayar balik pinjaman sepenuhnya dan tidak layak memohon pengurangan pinjaman ini.\n\n\n\n\nPembayaran boleh dibuat sekaligus atau secara ansuran bulanan dalam tempoh 18 bulan dan penyelesaian awal juga adalah dibenarkan.\nBayaran ansuran pinjaman bermula setelah tamat pengajian melalui potongan daripada akaun aktif yang telah dipersetujui oleh peminjam.\nPengiraan bayaran ansuran bulanan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nNilai Pinjaman (RM) \u00f7 Ansuran (RM) bulanan Tempoh Bayaran Balik (18 bulan) = Jumlah\nPeminjam yang menarik diri atau diberhentikan pengajian dan menamatkan pengajian adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan keseluruhan pinjaman tersebut dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tamat pengajian.\nTatacara Permohonan\nPermohonan skim ini boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:\nLayari laman web permohonan iaitu https://aplikasi.mara.gov.my/skip/.Klik butang \u2018Permohonan Online.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan dan klik butang \u2018Next\u2019 pada setiap paparan.Lengkapkan semua maklumat dan hantar permohonan.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai SKIPMA, sila layari https://aplikasi.mara.gov.my/skip/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dividen-tabung-haji-2022/", "title": "Dividen Tabung Haji 2022 & Semakan Pengkreditan", "body": "\n\n\n\n\n\nPihak Tabung Haji (TH) telah mengumumkan kadar dividen Tabung Haji bagi tahun 2022 sebanyak 3.10% setelah zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit.\nUntuk pengetahuan, pengumuman Agihan Keuntungan mulai tahun 2022 dibuat setelah prestasi dan kedudukan kewangan TH selesai diaudit pada awal suku kedua tahunan.\nSebelum ini, pengumuman Agihan Keuntungan dilaksanakan pada suku pertama tahunan berdasarkan prestasi dan kedudukan kewangan awal sebelum audit selesai.\nIni mengambil kira saranan penambahbaikan berikutan syor awal oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI).\nKadar DividenTabung Haji 2022 \nDividen bagi tahun kewangan 2022 kekal pada kadar 3.10% setelah zakat sebanyak 2.57% dilunaskan bagi pihak pendeposit.\nDividen ini adalah lebih tinggi berbanding dengan purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan, iaitu 2.34%.\nIni akan melibatkan jumlah sebanyak RM2.65 bilion dan memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit TH. \n\nFormula Pengiraan\nPengiraan dividen bagi tahun 2022 adalah seperti tahun lalu, iaitu berdasarkan purata baki bulanan minimum yang disimpan sepanjang tahun.\nFormula pengiraan terperinci adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPurata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendahsetiap bulan dari Januari\u2013Disember 2022 / Bilangan Bulan) x 3.10%\nSemakan Pengkreditan Dividen Tabung Haji 2022 \nJumlah dividen dan baki terkini boleh disemak mulai pukul 12:00 tengah hari, pada hari Sabtu, 29 April 2023 menerusi kaedah berikut:\n\nKaunter cawangan TH\nKaunter cawangan bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam dan BankRakyat\nPlatform THiJARI\nSaluran elektronik bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat,Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic\n\n\nPendeposit Tidak Layak Menerima Dividen\nPendeposit yang tidak layak untuk menerima dividen ini adalah seperti berikut:\n\nPendeposit dengan akaun tidak aktif dan berstatus dorman iaitu akaun pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksi melebihi tujuh tahun berturut-turut.\nPendeposit dengan akaun yang ditutup sebelum tarikh dividen dibuat.\nPendeposit dengan akaun yang dibuka selepas 5 Disember 2022 (tidakcukup satu bulan penuh).\n\nSoalan Lazim Dividen Tabung Haji 2022 \nSiapakah yang layak menerima dividen TH bagi tahun 2022? Pendeposit yang layak adalah:\u2013 Akaun berstatus aktif pada 31 Disember 2022 dan kekal aktif semasa tarikhkredit Agihan Keuntungan dibuat.\u2013 Membuka akaun pada atau sebelum 5 Disember 2022. Adakah pendeposit masih perlu membayar zakat ke atas wang simpanan diTH? Agihan Keuntungan bagi Tahun Kewangan 2022 ini diagihkan setelah zakatdilunaskan bagi pihak pendeposit. Oleh itu, pendeposit TH tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima. Pihak TH telah melunaskan zakat bagi pihak pendeposit selaras dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979. Bagaimanakah dividen dibayar kepada pendeposit? Agihan Keuntungan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit yangmasih aktif dan layak menerima agihan keuntungan. \nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai dividen Tabung Haji 2022, sila layari laman web https://www.tabunghaji.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-orang-muda-johor-2023/", "title": "Permohonan Biasiswa Orang Muda Johor 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dan berhasrat untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama (termasuk program A-Level) dalam bidang yang dikenal pasti di universiti-universiti terkemuka dunia adalah dialu-alukan memohon Biasiswa Orang Muda Johor 2023.\nBiasiswa Orang Muda Johor merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama di universiti terkemuka di dunia. \nPermohonan biasiswa ini dibuka mulai 14 Jun 2023 sehingga 27 Jun 2023.\n\nPakej Biasiswa\nPakej biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut:\n\nPembiayaan berbentuk biasiswa penuh bagi pengajian ke 20 universiti terbaik dunia (QS World Ranking).\nPeluang kerjaya bersama agensi/syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Johor setelah tamat pengajian.\nPelbagai elaun khas disediakan.\n\nPeringkat Pengajian\nPelajar-pelajar yang ditawarkan penajaan akan ditaja bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa dalam bidang dan institusi yang ditetapkan sahaja (termasuk program persediaan di peringkat A-Level selama 24 bulan di kolej persediaan yang telah ditetapkan).\nTempat Pengajian\nTempat pengajian adalah di 20 universiti terbaik dunia seperti yang disenaraikan dalam Times Higher\u00a0Education (THE) World University Rankings, Quacquarelli Symonds (QS)\u00a0World University Rankings, dan/atau Academic Ranking of World\u00a0Universities (ARWU) berdasarkan kedudukan universiti.\nBidang Pengajian\nBidang Pengajian yang layak memohon adalah seperti:\n\n\n\n\n\nKejuruteraan & Teknikal\nSains & Teknologi\nSains Sosial: terhad kepada Sains Politik/Hubungan Antarabangsa,\u00a0Kewangan/Perbankan, Perakaunan/Percukaian, Ekonomi, Psikologi.\n\nSyarat Umum\nSyarat umum untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\nPemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia.\nPemohon dan Ibu atau Bapa lahir atau menetap di Johor sekurang-kurangnya 10 tahun berturut-turut (dari tarikh permohonan).\nBerstatus bujang/belum berkahwin.\nMengikuti pengajian secara sepenuh masa.\nTidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untukperingkat atau pengajian yang sama.\nMempunyai kesihatan yang baik (fizikal dan mental).\nTidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah dan tidak disenarai hitamh) Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada31Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.\n\nSyarat Khusus\nSelain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi matapelajaran berikut:\n\nBahasa Melayu\nBahasa Inggeris\nMatematik\nSejarah\nMatematik Tambahan\nFizik\nKimia\n1 mata pelajaran lain.\nDan jika ada memperoleh minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang PROLIMS YPJ\u00a0https://prolims.gov.my\u00a0selama\u00a014 hari mulai 14 Jun 2023\u00a0sehingga 27 Jun 2023, jam 4.00 petang.\nPemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan\u00a0mencetak\u00a0Slip Pengesahan\u00a0 Permohonan Penajaan Biasiswa Orang\u00a0Muda Johor\u00a0sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan berikut wajib dihantar iaitu:\n\nSalinan Kad Pengenalan Pelajar\nSalinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga\nSalinan Keputusan Sijil SPM\nSalinan Sijil Kelahiran\nSijil Berhenti Sekolah\nSalinan Sijil Kematian/Penceraian (jika berkaitan)\nSalinan Penyata Pendapatan Ibu dan Bapa / Penjaga (slip gaji/penyata pendapatan)\nSijil kegiatan kokurikulum 3 tahun terkini\nSurat sokongan sekolah (jika berkaitan).\nSemua dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Gred A atau setaraf dengannya.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Biasiswa Orang Muda Johor 2023, sila layari laman web https://portal.ypj.gov.my/biasiswa-orang-muda-johor/?fbclid=IwAR10eN35t2oi1UhbQJVTjGYN9OeWC75UBCL7-kVRliQVkqZYH4ff4eE8Grk.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-kewangan-wang-saku-pelajar-orang-asli/", "title": "Permohonan Bantuan Kewangan Wang Saku Pelajar Orang Asli", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Orang Asli yang di seluruh negara adalah layak untuk menerima Bantuan Kewangan Wang Saku Pelajar Orang Asli yang disalurkan oleh pihak kerajaan.\nBantuan Kewangan Wang Saku Pelajar Orang Asli ini disalurkan di bawah Skim Bantuan Galakan Pendidikan Orang Asli.\nBantuan ini merupakan bantuan yang disediakan kepada pelajar Orang Asli yang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.\nPemberian bantuan ini diharap dapat membantu pelajar Orang Asli untuk berjaya dalam pelajaran mereka di peringkat menengah. \n\nKadar Bantuan\nMulai 2022, kadar bantuan ini telah dinaikkan daripada RM2 kepada RM4 sehari mengikut jumlah kehadiran yang disahkan oleh pihak sekolah.\nPemberian bantuan ini dijangka memanfaatkan sekitar16,000 pelajar Orang Asli di seluruh negara.\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan untuk bantuan ini adalah seperti berikut:\n\nPelajar mestilah berketurunan Orang Asli Semenanjung atau setara menepati takrifan di bawah Seksyen 3 Akta Orang Asli, 1954 (Akta 134).\nPelajar sekolah menengah sahaja. \n\nCara Memohon\nPermohonan perlu dibuat menerusi kaedah berikut:\n\nMuat turun borang permohonan di pautan https://bit.ly/3ZVo7TT.\nIsi borang permohonan dengan lengkap.\nSediakan semua dokumen lampiran.\nSemua dokumen perlu dihantar ke pejabat JAKOA yang berhamnpiran.\n\nDokumen Lampiran\nDokumen lampiran yang perlu disediakan adalah seperti berikut:\n\nSalinan Kad Pengenalan/Pasport Pemohon.\nSalinan Sijil Pendaftaran Pembekal Dengan Pihak Berwajib (contoh: sijil pendaftaran dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia/Pendaftar Pertubuhan Malaysia/Lembaga Hasil Dalam Negeri/dan lain-lain).\nSalinan buku akaun bank/penyata bank.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan Wang Saku Pelajar Orang Asli, sila hubungi pejabat JAKOA Daerah yang berhampiran.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-bantuan-pencetak-printer/", "title": "Permohonan Skim Bantuan Pencetak (Printer) 2023 PIJ", "body": "\n\n\n\n\n\nPerbadanan Islam Johor (PIJ) menawarkan Skim Bantuan Pencetak (Printer) kepada penuntut universiti yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).\nTujuan utama skim ini diperkenalkan bagi meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli pencetak bagi tujuan pembelajaran. \nSkim bantuan yang ditawarkan ini adalah secara one-off untuk kemasukan ke IPTA dan permohonan dibuka bermula 1 April 2023 sehingga 1 Mei 2023 ini.\n\nSyarat Permohonan Skim Bantuan Pencetak (Printer) 2023 PIJ\nSyarat permohonan untuk memohon skim bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia beragama Islam.\nPemohon lahir dan menetap di Negeri Johor.\nTelah mendapat tawaran menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam.\nPendapatan ibu dan bapa/penjaga tidak melebihi RM4,850.00 sebulan dan RM4,850.00 hingga RM5,880.00 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.\nTerbuka kepada pelajar Tahun 1 (Kemasukan Semester Pertama) tahun semasa Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam sahaja.\nPermohonan tertakluk kepada terma dan syarat PIJ.\n\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nMuat turun borang permohonan di pautan https://www.pij.gov.my/pijwebv2/wp-content/uploads/2022/10/borgipta.pdf\nIsi borang permohonan dengan lengkap dan betul.\nDapatkan pengesahan permohonan seperti yang diperlukan.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar borang permohonan dan semua dokumen ke alamat berikut:Perbadanan Islam Johor (PIJ)(Bahagian Pembangunan Unit Insan),T3.1, Bangunan PIJ,26C, Jalan Rebana, 80250 Johor Bahru,Johor Darul Takzim.\n\nDokumen Yang Diperlukan \nDokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:\n\nSalinan kad pengenalan dan sijil lahir pemohon, ibu bapa/penjaga pemohon.\nSalinan surat tawaran kemasukan ke IPTA dan kos yuran pendaftaran.\nSalinan slip gaji/penyata pendapatan ibu/bapa/penjaga pemohon.\nSalinan sijil berhenti sekolah.\nSalinan sijil kematian/penceraian (jika berkaitan).\nSalinan penyata akaun bank atas nama pemohon.\nSalinan resit bayaran yuran (bagi yang telah mendaftar).\nLain-lain dokumen yang berkaitan.\n\nMaklumat Lanjut Skim Bantuan Pencetak (Printer) 2023 PIJ\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Pencetak (Printer), sila layari laman web https://www.pij.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/peta-i-think/", "title": "Peta i-Think: Peta Pemikiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)", "body": "\n\n\n\n\n\nSalah satu unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi pembelajaran abad ke-21 ialah menggunakan Peta i-Think.\nPeta i-Think ialah peta pemikiran yang diaplikasikan dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang disesuaikan mengikut tajuk atau unik pelajaran berdasarkan sub topik yang berkaitan. \nSelain itu, Peta i-Think ini juga boleh diolah dan dikembangkan isi utamanya dan menjadi pecahan kepada isi penting yang lainnya. \nPenggunaan pelbagai bentuk peta pemikiran i-Think juga mampu melahirkan murid yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif di sekolah. \nJenis Peta i-Think\nTerdapat 8 jenis Peta i-Think yang boleh digunakan dalam pembelajaran iaitu:\n\nCircle Map (Peta Bulatan)\nBubble Map (Peta Buih)\nDouble Bubble Map (Peta Buih Berganda)\nTree Map (Peta Pokok)\nBrace Map (Peta Dakap)\nFlow Map (Peta Alir)\nMulti-flow Map\u00a0(Peta Pelbagai Alir)\nBridge Map (Peta Titi)\n\nCircle Map (Peta Bulatan)\nCircle Map atau Peta Bulatan ialah peta yang digunakan untuk bagi sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut sesuatu konteks.\n\nContoh peta bulatan yang boleh digunakan adalah seperti gambar di bawah:\n\nBubble Map (Peta Buih)\nBubble Map atau Peta Buih digunakan untuk meningkatkan kebolehan murid bagi mengenal pasti atau menunjukkan kualiti yang lazimnya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.\n\nSalah satu contoh peta buih yang boleh digunakan adalah seperti berikut:\n\nPeta Buih Berganda (Double Bubble Map)\nDouble Bubble Map atau Peta Buih Berganda digunakan untuk membanding beza sesuatu perkara atau situasi yang pelbagai.\n\nAntara contoh Peta Buih Berganda yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:\n\nPeta Pokok (Tree Map)\nTree Map atau Peta Pokok digunakan untuk menyusun maklumat dengan cara mengklasifikasi atau membahagikan sesuatu perkara mengikut kelas atau kategori.\n\nAntara Peta Pokok yang boleh dijadikan contoh pembelajaran adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPeta Dakap (Brace Map)\nPeta Dakap atau Brace Map digunakan untuk menerangkan bahagian-bahagian sesuatu perkara secara menyeluruh dan terperinci.\nUntuk Peta Dakap, garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek dan arisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.\n\nAntara Peta Dakap yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:\n\nPeta Alir (Flow Map)\nPeta Alir atau Flow Map lazimnya digunakan untuk menyusun sesuatu plot, proses atau kronologi.\n\nPeta Alir yang boleh dijadikan contoh atau panduan adalah seperti gambar di bawah:\n\nPeta Pelbagai Alir (Multi Flow Map)\nMulti-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat sesuatu fenomena. \nSegiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting manakala bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut dan bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.\n\nPeta Pelbagai Alir boleh digunakan oleh murid seperti dalam contoh di bawah:\n\nPeta Titi (Bridge Map)\nBridge Map atau Peta Titi digunakan untuk murid mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor hubungan yang berlaku.\n\nContoh pengaplikasian Peta Titi adalah seperti berikut:\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Peta i-Think boleh ditonton melalui video di pautan berikut https://www.youtube.com/watch?v=q0ouMsfMmQE. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ujian-memandu-percuma/", "title": "Belanjawan 2023: Ujian Memandu Percuma", "body": "\n\n\n\n\n\nDalam Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan ujian memandu percuma untuk lesen motosikal kelas B2, teksi, bas dan e-hailing.\nIni adalah sebahagian daripada inisiatif yang diumumkan kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat terutamanya kepada golongan belia.\nMenerusi inisiatif ini, ia membantu golongan belia supaya mereka boleh memulakan pekerjaan dalam bidang ekonomi gig.\nDalam Belanjawan 2023 yang diumumkan sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM388.1 bilion yang meliputi perbelanjaan mengurus dan pembangunan negara pada tahun ini.\n\nJenis Lesen\nJenis lesen memandu yang terlibat dalam inisiatif ini adalah:\n\nLesen Motorsikal B2\nLesen teksi\nLesen bas\nLesen e-hailing\n\nSyarat & Mekanisme\nMenurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memperincikan mekanisme dan syarat mengenai tanggungan bayaran ujian memandu tersebut.\n\n\n\n\nSelain bakal memanfaatkan golongan belia, pihak kementerian juga akan membincangkan dengan lebih lanjut untuk memperluaskan inisiatif itu kepada golongan sasar yang lain.\nIni termasuklah jumlah penerima dan peruntukan yang diberikan dalam pelaksanaan inisiatif ini. \nCara Memohon\nUntuk permohonan ujian memandu percuma ini, pihak MOT akan memaklumkan kepada umum cara untuk membuat permohonan bagi mendapatkan inisiatif ini.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai inisiatif lain di dalam Belanjawan 2023, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan\u00a0https://www.mof.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/insentif-pendidikan-kelahiran-baru-veteran-atm/", "title": "Insentif Pendidikan Kelahiran Baru 2022 Anak Veteran ATM", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak veteran ATM yang dilahirkan pada tahun 2022 berpeluang untuk mendapat Insentif Pendidikan Kelahiran Baru 2022 daripada Yayasan Veteran\u00a0ATM\u00a0(YVATM).\nInsentif Pendidikan Kelahiran Baru ini merupakan satu insentif kepada anak-anak Veteran ATM yang lahir pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.\nIni bagi menyediakan satu simpanan pendidikan khas kepada anak-anak Veteran ATM bagi persediaan ke institusi pengajian tinggi.\nPermohonan insentif ini boleh dibuat sehingga 31 Mac 2023 dan/atau setelah mencapai 1,000 orang pemohon.\n\nManfaat Yang Diperoleh\nInsentif pendidikan yang ditawarkan adalah berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional Prime (SSPN\u00a0Prime).\nSimpanan ini menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti:\n\n\n\n\n\nPemberian dividen setiap tahun.\nPelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000.00.\nPemberian geran sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga.\nPerlindungan takaful percuma.\nKhairat kematian.\n\nSyarat Permohonan\nTerdapat 4 syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti:\n\nTerbuka kepada anak-anak Veteran ATM beragama Islam yang lahir pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disimber 2022.\nPermohonan yang berjaya akan menerima insentif RM1,000.00 berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional Prime (SSPN Prime).\nPermohonan terbuka kepada 1,000 orang anak-anak Veteran ATM sahaja.\nSimpanan hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai umur 18 tahun dan ke atas.\n\nCara Memohon\nIbu bapa yang berminat, sila membuat permohonan seperti langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan\u00a0https://yvatm.my/#/insentif-pendidikan.\nKlik butang \u2018Klik Butang Mendaftar.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Hantar.\u2019\n\nDokumen Yang Diperlukan\nMuat naik dokumen yang diperlukan iaitu:\n\nKad pengenalan pemohon (depan dan belakang)\nKad pengenalan anak (depan dan belakang)\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Insentif Pendidikan Kelahiran Baru 2022, layari laman web\u00a0https://yvatm.my/#/insentif-pendidikan.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/spgatm/", "title": "SPGATM: Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), mereka boleh menyemak penyata gaji mereka menerusi Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia (SPGATM).\nSPGATM merupakan sistem yang membolehkan semua pegawai dan anggota tentera membuat semakan penyata gaji secara bulanan.\nSistem ini diperkenalkan pada tahun 2019 untuk memudahkan anggota tentera menyemak penyata gaji bulanan mereka.\nIni akan memudahkan mereka memeriksa penyata gaji mereka secara mudah di mana-mana sahaja pada bila-bila masa tanpa perlu melakukannya secara manual.\n\nMaklumat Elaun, Insentif & Kemudahan Anggota ATM\nBerikut merupakan maklumat elaun, insentif, dan kemudahan anggota ATM iaitu:\ni) Elaun\n\n\n\n\n\nElaun Pakaian Istiadat bagi Pegawai sebanyak RM1500.00 setiap 3 tahun sekali.\nElaun Pakaian Tahunan Pegawai sebanyak RM500.00 setahun.\nTuntutan perjalanan ke tempat kerja.\nElaun Bantuan Sara Hidup.\nElaun Kepakaran bagi yang layak.\nElaun insentif khas ATM RM200.00 sebulan.\n\nii) Insentif\n\nPemberian insentif bagi anak-anak anggota ATM yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM dan tawaran pengajian tinggi.\nBonus tahunan (jika ada).\nKhairat kematian sebanyak RM3000.00.\n\niii) Kemudahan\n\nRawatan Perubatan Percuma termasuk untuk keluarga dan Ibu Bapa.\nWad Kelas 1 di Hospital Kerajaan (Ikut Pangkat).\nPinjaman Perumahan/ Kenderaan/ Komputer/ Pendidikan.\nRumah Keluarga bagi anggota/pegawai yang telah berkahwin.\nPenginapan serta sajian di Wisma-wisma mengikut pangkat bagi anggota/Pegawai Bujang.\nKemudahan membeli-belah di PERNAMA.\nRebet 25% Tambang KTMB.\nWaran perjalanan.\nInsuran Kelompok ATM.\nPeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD dengan tajaan ATM.\nCuti Tahunan dengan bilangan hari mengikut pangkat.\nKemudahan dan perbelanjaan perubatan bagi anggota tentera dan tanggungan:\u2013 Rawatan di Hospital Angkatan tentera dan Rumah Sakit Angkatan Tentera seluruh Malaysia.\u2013 Rawatan di Institut Jantung Negara.\u2013 Rawatan penyakit buah pinggang di Pusat dialysis swasta.\u2013 Rawatan kemandulan primer.\u2013 Rawatan kecemasan di hospital/klinik swasta.\u2013 Rawatan d luar Negara bergantung kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.\u2013 Kemudahan perubatan yang tidak dapat dibekalkan/disediakan (ubat, alat, perkhidmatan, perubatan oleh klinik kerajaan)\nBantuan perbekalan alatan.\u2013 Pembekalan lat Ortopedik.\u2013 Pembekalan kerusi roda.\u2013 Alatbantu pendengaran.\u2013 Pembekalan alat-alat lain.\nRansum percuma semasa latihan/kursus/bertugas.\nLatihan Peralihan sebelum Tamat Perkhidmatan.\nKemudahan Pinjaman Koperasi Tentera.\nKeahlian dalam Kelab Rekreasi.\nKemudahan Sukan dan Rekreasi.\nPinjaman Tabung Pendidikan ATM (TAPAT) dan skim Pinjaman Pendidikan ATM (SPAAT) \u2013Pinjaman Pendidikan Tinggi Tanpa Faedah.\nKemudahan Caruman Sukarela Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).\n\nTarikh Pembayaran Gaji 2023\nTarikh pembayaran gaji bagi anggota ATM untuk tahun 2023 boleh dirujuk melalui gambar di bawah:\n\nTatacara Login SPGATM\nUntuk login ke sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://spgatm.ugat.mil.my/.\nMasukkan nombor tentera, nombor kad pengenalan dan emel (untuk login kali pertama).\nTukar nama pengguna dan kata laluan untuk tujuan keselamatan.\nSemakan penyata gaji boleh dilakukan.\n\nInfo Lanjut Mengenai SPGATM\nInfo lanjut mengenai SPGATM, sila layari laman web https://spgatm.ugat.mil.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/intipati-bajet-2023-berkaitan-pendidikan/", "title": "Intipati Bajet 2023 Berkaitan Pendidikan", "body": "\n\n\n\n\n\nMenteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini telah mengumumkan Bajet 2023 yang bertemakan \u2018Keluarga Malaysia, Makmur Bersama.\u2019\nBajet 2023 melibatkan peruntukan sebanyak RM372.3 bilion yang dipandu oleh agenda 3R iaitu Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis.\nDi dalam bajet ini, pendidikan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus menerima peruntukan terbesar iaitu sejumlah RM55.6 bilion.\n\n\n\n\nSenarai Inisiatif/Bantuan Pendidikan\nAntara senarai inisiatif atau bantuan pendidikan yang diumumkan adalah seperti berikut: \nBantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dinaikkan kepada RM150 bagi meringankan beban ibu bapa berpendapatan RM3,000 ke bawah.Kadar makanan bermasak RMT daripada RM2.50 kepada RM3 untuk Semenanjung dan dari RM3 kepada RM4 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan, bermula Oktober 2022.Pembinaan sebanyak 10 taska KEMAS baharu dan tiga projek baharu di Port Dickson, Negeri Sembilan, Limbang, Sarawak dan Pasir Puteh, Kelantan.Melanjutkan pelepasan cukai bayaran yuran TASKA dan TADIKA sehingga RM3,000 bagi yang berdaftar dengan kerajaan sehingga tahun taksiran 2024.Penubuhan Pusat Transit-Anjung Sinar sebagai pusat sementara untuk\u00a0anak-anak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Diskaun pinjaman PTPTN yang: \u2013 20 peratus bagi pembayaran penyelesaian penuh\u2013 15 peratus ditawarkan kepada penyelesaian pembayaran 50 peratus daripada baki hutang.\u2013 15 peratus lagi diberi bagi bayaran yang dibuat secara potongan gaji.RM700 juta Peruntukan Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) pada tahun 2023, untuk ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan hampir 3,700 buah sekolah.RM1.1 bilion bagi penyelenggaraan dan pembaikan sekolah merangkumi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Agama.RM1.2 bilion bagi menaiktaraf infrastuktur sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak.Pembinaan 5 sekolah baharu melibatkan RM430 juta iaitu:\u2013 SMK Nabalu Sabah\u2013 SMK Dudong Sarawak\u2013 SK Paya Dusun Terengganu\u2013 SK Cyberjaya 2\u2013 SMK Denai Alam Selangor\nSumber: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/bajet-2023-sektor-pendidikan-terima-peruntukan-terbesar-384720\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-pengajian-tinggi-pij-2022/", "title": "Bantuan Pengajian Tinggi PIJ 2022: Kadar Bantuan One-Off Sehingga RM1,000", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak-anak Negeri Johor yang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) boleh memohon Bantuan Pengajian Tinggi Perbdanan Islam Johor (PIJ).\nPIJ ialah perbadanan ditubuhkan pada 6 Mei 1976 melalui Enakmen Bil. 1 Tahun 1976 oleh Kerajaan Negeri Johor dan memulakan operasi pada 1 Januari 1977 yang mana peranan utamanya adalah untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada aktiviti-aktiviti yang beragendakan Islam termasuklah pendidikan.\nOleh itu, PIJ memperkenalkan bantuan ini bagi membantu pelajar khususnya mereka yang tidak berkemampuan untuk menyambung pengajian mereka di IPT. \nPermohonan Bantuan Pengajian Tinggi PIJ ini dibuka mulai 5 September 2022 sehingga 5 Oktober 2022. \n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang ditawarkan kepada anak-anak Johor yang berminat adalah seperti berikut:\nIjazah: RM1,000.00Diploma: RM700.00\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk mereka yang ingin membuat permohonan bantuan pengajian ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon mestilah warganegara Malaysia beragama Islam.Pemohon lahir Johor atau menetap di Negeri Johor.Pemohon telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di IPTA.Pendapatan isi rumah keluarga/pemohon tidak melebihi RM4,850 sebulan dan RM4,850 sehingga RM5,880 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.Permohonan terbuka kepada pelajar Tahun 1 (kemasukan semester pertama) tahun semasa Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian di IPTA sahaja.\nCara Memohon\nUntuk memohon bantuan pengajian ini, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut iaitu: \nMuat turun borang permohonan iaitu https://www.pij.gov.my/pijwebv2/wp-content/uploads/2022/09/Borang-Bantuan-IPTA.pdf.Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:\nPerbadanan Islam Johor,(Bahagian Pembangunan Insan),T3.1 Bangunan PIJ No 26C,Jalan Rebana,80250 Kebun Teh,Johor Darul Takzim.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan dan sijil lahir pemohon, salinan kad pengenalan dan sijil lahir pemohon ibu bapa/penjaga pemohon. Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT dan kos yuran pendaftaran.Salinan Slip Gaji atau Surat Pengesahan Pendapatan ibu/bapa/penjaga pemohon.Salinan Sijil Berhenti Sekolah.Salinan Sijil Kematian/Penceraian (jika berkaitan).Salinan penyata akaun bank atas nama pemohon.Salinan rasit bayaran yuran (bagi yang telah mendaftar).Lain-lain dokumen yang berkaitan.\nKesemua dokumen ini perlulah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Penghulu/Ketua Kampung.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan pengajian ini, sila hubungi pihak PIJ di talian 07-336 9200.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tnb-prime-scholarship-2023/", "title": "Permohonan TNB Prime Scholarship 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Tenaga Nasional (YTN) telah membuka permohonan biasiswa bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di\u00a0luar negara atau UNITEN di peringkat persediaan atau Asasi sehingga peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk memohon\u00a0TNB Prime Scholarship.\nTNB Prime Scholarship adalah biasiswa yang ditawarkan oleh YTN kepada pelajar di peringkat persediaan/asasi hingga Ijazah Sarjana Muda.\nBiasiswa ini telah diwujudkan sejak 1993, melalui program penajaan biasiswa di peringkat pengajian tinggi. \nSehingga tahun lalu, sebanyak RM1.3 billion telah disumbangkan dan lebih 20,000 bantuan pendidikan dianugerahkan kepada pelajar-pelajar cemerlang sebelum ini. \u200b\u200b\nOleh kerana itu, biasiswa ini boleh menjadi pilihan lepasan SPM 2022 untuk memohon untuk melanjutkan pengajian di luar negara atau di UNITEN. \nBagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan secara online mulai 8 Jun 2023 sehingga 16 Jun 2023.\n\n\n\n\n\nBidang Pengajian\nPelajar dalam bidang pengajian berikut layak memohon biasiswa ini:\n\nKejuruteraan Kuasa Elektrik \u2013 Kejuruteraan Elektrik\u2013 Kejuruteraan mekanikal\u2013 Kejuruteraan awam\nAkaun/Inovasi Digital/Pengurusan IT\nSains DataAnalitik\n\nSyarat Umum\nSyarat umum untuk memohon biasiswa ini adalah seperti:\n\nPemohon berstatus Warganegara Malaysia.\nBerumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari pada tahun permohonan dibuat.\nTiada adik-beradik yang sedang menerima tajaan Biasiswa YTN.\nAktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian serta ciri kepimpinan yang tinggi.\nBekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan YTN adalah tidak layak memohon.\nPemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.\n\nSyarat Kelayakan Akademik\nSyarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh YKN ialah:\n\nLulus STPM dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50; atau\nLulus Diploma/Matrikulasi/Asas dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50.\n\nCara Memohon TNB Prime Scholarship\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web\u00a0https://ytn.tnb.com.my/.\nKlik butang \u2018Apply Now.\u2019\nKlik bahagian \u2018Register.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Register.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan alamat email dan kata laluan.\nLengkapkan permohonan.\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan mengenai TNB Prime Scholarship boleh disalurkan melalui emel ke\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0atau menghubungi 03-89247500.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tevt-mara/", "title": "Permohonan TVET MARA: Kemasukan Ke KKTM, MJII & IKM", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil dan Diploma dalam jurusan TVET sama ada di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), dan Institut Kemahiran MARA (IKM), anda boleh membuat permohonan kemasukan segera bagi kemasukan sesi Januari 2022.\nKKTM, MJII dan IKM merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.\nSehingga kini, ketiga-tiga institusi ini telah berkembang di seluruh negara yang mana IKM kini mempunyai 14 buah kampus, manakala KKTM mempunyai 10 buah kampus dan MJII mempunyai sebuah sehingga hari ini. \nOleh itu, individu yang berminat untuk memohon dan mengikuti pengajian di bawah program TVET MARA, permohonan boleh dibuat sehingga 30 Oktober 2021.\nKeistimewaan TVET MARA\nTerdapat beberapa keistimewaan pelajar yang menyambung pengajian menerusi TVET MARA iaitu:\nElaun sara hidup.Asrama atau penginapan disediakan.Peluang melanjutkan pengajian dalam dan luar negara.Yuran pengajian ditanggung oleh MARA.Pengiktirafan MQA, JPK, industri dan badan profesional.\nSenarai Institusi TVET MARA\nSenarai institusi TVET MARA di seluruh negara adalah seperti berikut iaitu:\ni) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) \nKKTM Balik PulauKKTM Petaling JayaKKTM RembauKKTM LenggongKKTM Pasir MasKKTM KemamanKKTM KuantanKKTM LedangKKTM Sri GadingKKTM Masjid Tanah\nii) Institut Kemahiran MARA (IKM) \n\n\n\n\nIKM Alor StarIKM BeseriIKM SikIKM Sungai PetaniIKM Seberang Perai UtaraIKM LumutIKM Kuala LumpurIKM BesutIKM Tan Sri Yahya Ahmad, Peramu JayaIKM Johor BahruIKM JasinIKM BintuluIKM KuchingIKM Kota Kinabalu\nii) Japan Industrial Institute (MJII) \nMJII Beranang\nSyarat Umum\nPemohon perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan seperti berikut iaitu:\nWarganegara MalaysiaPemohon mestilah merupakan taraf Bumiputera atau Bumiputera Sabah dan Sarawak.Pemohon berumur 17 tahun ke atas.Pemohon sihat tubuh badan.Pemohon lulus SPM atau setara.\nSyarat Akademik\nSyarat akademik yang ditetapkan adalah bergantung kepada peringkat pengajian iaitu:\ni) Peringkat Sijil\nLulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:\u2013 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.\u2013 Lulus matematik.\nii) Peringkat Diploma\nLulus SPM atau setara dengan 3 kepujian dalam mata pelajaran berikut:\u2013 Matematik.\u2013 Mana-mana 1 mata pelajaran mengikut kumpulan Sains/Vokasional & Teknologi/Vokasional (MPV)/Aliran Vokasional (MPAV).\u2013 Mana-mana 1 mata pelajaran lain.\u2013 Lulus Bahasa Inggeris. \nCara Membuat Permohonan\nUntuk membuat permohonan memasuki mana-mana institusi TVET MARA, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://apponline.mara.gov.my/spupim/.Klik bahagian \u2018Pengguna Baru,\u2019 isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Hantar.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang diberikan.Klik butang \u2018Permohonan.\u2019Isi semua maklumat yang diberikan.Tandakan pada kotak pengakuan dan klik butang \u2018Hantar.\u2019\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak MARA yang berikut untuk membuat pertanyaan iaitu:\nUnit Pengambilan Pelajar: 03-2613 4589/34589/34605Unit Promosi: 03-26134581/34609Whatsapp: 013-9498063\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kertas-soalan-percubaan-spm-prinsip-perakaunan/", "title": "Koleksi Kertas Soalan Prinsip Perakaunan Percubaan SPM", "body": "\n\n\n\n\n\nPrinsip Perakaunan merupakan salah satu subjek yang dipelajari oleh pelajar yang mengambil aliran Sastera di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.\nMalah, pelajar yang mengambil subjek ini di sekolah berpeluang untuk menyambung pelajaran dan terus menjadi Akauntan bertauliah, iaitu melalui kursus CAT-ACCA.\nBagi memantapkan pemahaman pelajar di dalam subjek ini, maka latih tubi perlu dibuat bagi memastikan pelajar dapat mencapai keputusan yang baik dalam SPM. \nBerikut merupakan soalan-soalan percubaan SPM subjek ini daripada tahun dan negeri yang berbeza:\nTahun 2021\ni) Kedah\nSoalan kertas 1\nKedah-Prinsip-Akaun-Percubaan-SPMDownload\nSoalan kertas 2\nKedah-Prinsip-Akaun-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan kertas 1\nKedah-Prinsip-Akaun-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\nSkema jawapan kertas 2\nKedah-Prinsip-Akaun-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-2Download\nii) Pahang\nSoalan kertas 1\nPahang-Prinsip-Akaun-Percubaan-SPMDownload\nSoalan kertas 2\n\n\n\n\nPahang-Prinsip-Akaun-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan\nPahang-Prinsip-Akaun-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\niii) Perak\nSoalan kertas 1\nPerak-Prinsip-Akaun-Percubaan-SPMSDownload\nSoalan kertas 2\nPerak-Prinsip-Akaun-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan\nPerak-Prinsip-Akaun-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\niv) Perlis\nSoalan kertas 1\nPerlis-Prinsip-Akaun-Percubaan-SPMDownload\nSoalan kertas 2\nPerlis-Prinsip-Akaun-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema Jawapan\nPerlis-Prinsip-Akaun-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\nMengenai Percubaan SPM\nUntuk mengetahui perkembangan terkini peperiksaan percubaan SPM, sila layari laman web\u00a0https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kursus-sijil-pendidikan-awal-kanak-kanak-kemas/", "title": "Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika KEMAS) 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nJabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah membuka permohonan untuk mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika KEMAS) bagi tahun 2023.\nUntuk makluman, Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika KEMAS) akan diadakan di institut/Pusat Latihan KEMAS.\nKursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS namun sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongandi Semenanjung Malaysia sahaja.\nPermohonan boleh dibuat mulai 20 Januari 2023 sehingga 3 Februari 2023.\n\nTempoh Kursus\nTempoh kursus ini adalah selama 3 bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh pihak jabatan.\nSyarat Permohonan\nPemohon yang berminat perlu memenuhi syarat permohonan berikut:\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia.\nBerumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.\nMempunyai Diploma akademik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan.\nKepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.\nTerbuka kepada calon lelaki atau perempuan.\nTelah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol Diploma serta transkrip (telah selesai majlis konvokesyen).\nTidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan Kerajaan.\n\nCara Memohon\nPermohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di pautan https://kis.kemas.gov.my/ mulai 20 Januari 2023 (Jumaat).\nPermohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat permohonan akan ditolak dan hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian sahaja yang akan diproses.\nPanggilan Temu Duga\nPemohon yang layak sahaja akan dipanggil untuk peringkat seterusnya iaitu sesi temuduga.\nPemohon yang tidak dihubungi selepas 2 bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. \nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai i Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika KEMAS) bagi tahun 2023, sila layari laman web https://kis.kemas.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kolej-vokasional/", "title": "Kolej Vokasional: Senarai Lokasi & Kursus Ditawarkan", "body": "\n\n\n\n\n\nSalah satu institusi yang boleh dipertimbangkan untuk melanjutkan pengajian dalam kursus teknikal adalah Kolej Vokasional.\nKolej Vokasional merupakan institusi yang menawarkan aliran vokasional dan latihan kemahiran. \nAliran vokasional menjurus kepada Sijil Vokasional Malaysia dan Diploma Vokasional Malaysia manakala latihan kemahiran menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.\n\nTempoh Pengajian Di Kolej Vokasional\nTempoh pengajian di kolej ini adalah 2 tahun bagi pengajian di peringkat Sijil dan 2 tahun 6 bulan di peringkat Diploma (termasuk 5 bulan On The Job Training).\nMurid yang berjaya di peringkat Sijil akan dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan murid yang dianugerahkan SVM serta melepasi syarat kemasukan layak menyambung pengajian di peringkat Diploma di Kolej Vokasional yang sama.\nSelain itu, murid yang tidak melepasi syarat kemasukan ke peringkat Diploma akan menyambung pengajian di Kolej Vokasional yang sama dalam bidang kemahiran dan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan tahap kompetensi yang dicapai.\nMereka yang lulus pengajian di peringkat Diploma akan dianugerahkan Diploma oleh Senat Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.\nKursus Yang Ditawarkan Di Kolej Vokasional\nKursus yang ditawarkan melalui institusi ini adalah seperti berikut:\nTeknologi ElektrikProgram ini menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus (DC\u00a0& AC), penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik domestik dan industri, kawalan motor, sengaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsir litar serta memahami akta elektrikal dan peraturan pemasangan yang ditetapkan.Teknologi ElektronikProgram ini memberi penekanan kepada mentafsir dan mengenalpasti simbol, komponen dan lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik kuasa, sistem kawalan, sistem komunikasi dan industri robotik.Teknologi Pemesinan IndustriProgram ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisan teknikal dan geometri, rekabentuk pembuatan terbantu komputer, mengenalpasti jenis, senarai alatan dan pengoperasian mesin industri.Teknologi KimpalanProgram ini menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras bs/aws, proses dan teknik, pengkelasan bahan logam, teknik. Tata cara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Di samping itu, murid juga didedahkan dengan automasi komputer.Teknologi AutomotifProgram ini memberi pendedahan asas enjin kenderaan bagi menimbulkan minat murid supaya bersedia dan berusaha untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat tertinggi dalam bidang automotif, menjadi modal insan yang berkemahiran dan dapat menyumbang ke arah pembangunan negara.Teknologi Penyejukan & Penyamanan UdaraProgram ini memberi pendedahan kepada murid mengendali bahan pendingin, memasang kipas pengudaraan, memasang unit penyaman udara jenis tingkap dan jenis pisah supaya dapat melakukan kerja memasang, menservis, mengesan dan membaikpulih kerosakan mengikut prosedur yang betul seterusnya berupaya mengikuti kemahiran di peringkat yang lebih tinggi untuk meningkatkan taraf hidup serta menjadi tenaga kerja mahir dalam industri penyamanan.Teknologi PembinaanProgram ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan sesuatu struktur. Murid akan didedahkan dengan bahan-bahan binaan, caracara asas pembinaan, asas lukisan pelan, keselamatan industri, asas kejuruteraan elektrik dan elektronik, pengurusan industriTeknologi Pemprosesan Kayu dan KemasanProgram ini memberi pendedahan kepada murid tentang seni pembuatan perabot dan bagaimana membuat finishing agar setiap rekaan kelihatan sesuai digunakan.Seni KulinariProgram ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, roti, pasteri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan.Bakeri & PastriProgram ini menawarkan murid berkaitan penghasilan dan penyediaan roti, kek, manisan. Coklat, pasteri, pencuci mulut, donut, pau, pizza, membuat dan menghasilkan resepi baru dan istimewa serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini.PelanconganProgram ini menyediakan murid dalam industri pelancongan di mana pendedahan dalam bidang pengurusan acara, pengoperasian agensi pelancongan dan penguasaan dalam komunikasi bahasa asing serta kemahiran dalam pemasaran dan jualan.Seni Reka FesyenProgram ini menyediakan murid tentang jenis, klasifikasi dan alatan jahitan serta fabrik dan tekstil, memberi pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini.KosmetologiProgram ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggota badan, penggayaan rambut, seni make-up, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salon.Pengajian Awal Kanak-kanakProgram ini memberi pendedahan murid dalam perkhidmatan penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah peringkat sekolah rendah. Pengurusan pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan pemakanan keselamatan tempat tinggal serta pengurusan aset kewangan dan operasi.Pengurusan PerniagaanProgram ini dibentuk bagi menyediakan murid dalam bidang pemasaran, perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.Kesetiausahaan PentadbiranProgram ini menyediakan murid dalam pengurusan dan pentadbiran pejabat, keupayaan dalam menggunakan aplikasi perisian pejabat bagi menyediakan minit mesyuarat, laporan dan lain-lain. Penyediaan dokumen penting dalam kerja pentadbiran.InsuransProgram ini menawarkan murid untuk mengenalpasti jenis, prinsip, fungsi, tata cara, underwriting, proses, perundangan dan pengurusan sistem insurans serta etika dan salah laku dalam perniagaan insurans.PemasaranProgram ini memberi penekanan kepada murid dalam mengenalpasti kaedah, strategi kajian, promosi dan pengurusan dalam mengetengahkan produk kepada pasaran bagi meningkatkan hasil jualan syarikat.Pengurusan PeruncitanProgram ini menawarkan asas dalam penentuan harga, pengurusan stok, penyusunan barangan bagi tujuan promosi atau kepentingan, khidmat pelanggan serta polisi perniagaan bagi menggalakkan daya maju dalam bidang peruncitan.PerakaunanProgram ini menawarkan murid dalam pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan buku kira-kira, akaun runcitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisa tentang prestasi syarikat.Teknologi Sistem Komputer dan RangkaianProgram ini menyediakan murid kepada asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping pengurusan pentadbiran dan integrasi sistem maklumat.Multimedia Kreatif AnimasiProgram ini mendedahkan murid kepada asas penggunaan unsusr media yang pelbagai dalam menghasilkan sesuatu iklan. Mereka juga akan mempelajari konsep\u00a0Dual Dimension (2D), Kesan Khas (FX) dan animasi lain yang berkaitan.Rekabentuk Grafik dan Media CetakKursus ini akan mendedahkan murid dengan\u00a0Desktop Publishing, grafik, pengiklanan, percetakan, label pembungkusan di mana akhirnya akan dijelmakan dalam media cetak.Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan AplikasiProgram ini menyediakan murid kepada struktur, konfigurasi, penyediaan sistem pengkalan data dan mengenalin kegunaan serta hubungkaitnya dengan aplikasi web sebagai perantara atau\u00a0User Interface (UI)Agroindustri TanamanProgram ini menyediakan murid kepada penyediaan, penanaman dan penjagaan tanaman, mengawal kerosakan tanaman, penyelenggaraan infrastruktur ladang, jentera dan fertigasi serta aktiviti lain berkaitan industri tanaman sehingga urusan penuaian hasil dan pemasaran.Agroindustri Ternakan RuminanProgram ini mendedahkan murid aspek pengurusan aktiviti ternakan berkaki empat, merangkumi aspek kesihatan, penyediaan makanan, pembiakandan kebersihan kawasan ternakan di samping mengekalkan kualiti produk dan hasil pengeluaran ternakan ruminant. Contoh: lembu, kuda, kambing dan kerbauAgroindustri Ternakan PoultriProgram ini mendedahkan murid tentang aktiviti ternakan haiwan berkaki dua \u2013 unggas (poultry) daripada penyediaan kawasan ternakan, pembersihan, penjagaan kesihatan ternakan sehingga penuaian hasil dan pemasaran ternakan. Contoh: ayam, itik, angsa, burung.Teknologi Mekanisasi AgroProgram ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan tanaman, ternakan, pengurusan lading, penyediaan kawasan penanaman, pengurusan operasi logistik, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran hasil.BioteknologiProgram ini memberi pendedahan kepada teknologi berasaskan biologi bagi peningkatan kualiti dan daya tahan hasil bagi industri agrikultur. Kerja dan amalan yang bersandarkan kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi seperti penggabungan semula\u00a0Deoxyribonucleic Acid\u00a0(DNA)\u00a0atau proses berasasakan pengkulturan tisu.AkuakulturProgram ini mengkhususkan murid kepada aktiviti pengurusan ikan air tawar dan ikan hiasan serta kemahiran pembiakan, menternak dan mengusaha, menyediakan, menyelenggara dan menuai hasil akuakultur dalam persekitaran terkawalHortikulturMurid diberi pendedahan berkaitan tanaman sayuran, rumput turf, bungaan, hiasan, landskap dan hortikultur dan berterusan dan hortikultur organik. Bidang penyelidikan termasuk bioteknologi tanaman, sains dan teknologi biji benih, pembiakan, pertumbuhan dan perkembangan, fisiologi tanaman, nutrisi mineral, pengeluaran tanaman dan fisiologi lepas tuai.Seni Bina LandskapMurid akan didedahkan dengan kaedah dan teknik penanaman landskap, pemilihan tumbuhan yang sesuai serta bagaimana menyelenggara tanaman tersebut. Di samping itu, murid akan mempelajari bagaimana menggunakan peralatan yang sesuai dan bagaimana membuat lakaran.Pemprosesan MakananMurid akan didedahkan bagaimana menguruskan hasil pertanian daripada ternakan, buahan, sayuran serta bahan keperluan makanan. Di samping itu, murid akan didedahkan dengan pengurusan sumber manusia\nLokasi Kolej Vokasional\nLokasi kolej dan kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:\n1. Johor\n\nK. Vokasional ERT Azizah\nK. Vokasional Batu Pahat\nK. Vokasional Muar\nK. Vokasional Kluang\nK. Vokasional Segamat\nK. Vokasional Kota Tinggi\n\n2. Melaka\n\nK. Vokasional Melaka Tengah\nK. Vokasional Jasin\n\n3. Negeri Sembilan\n\nK. Vokasional Ampangan\nK. Vokasional Juasseh\nK. Vokasional Pork Dickson\nK. Vokasional Dato Maharaja Lela\n\n4. Selangor\n\n\n\n\n\nK. Vokasional Klang\nK. Vokasional Shah Alam\nK. Vokasional Gombak\nK. Vokasional Kajang\nK. Vokasional Kuala Selangor\nK. Vokasional Sepang\nK. Vokasional Sungai Buloh\n\n5. Kuala Lumpur\n\nK. Vokasional ERT Setapak\nK. Vokasional Labuan\nK. Vokasional Setapak\n\n6. Perak\n\nK. Vokasional Gerik\nK. Vokasional Ipoh\nK. Vokasional Seri Manjung\nK. Vokasional Taiping\nK. Vokasional Teluk Intan\n\n7. Pulau Pinang\n\nK. Vokasional Balik Pulau\nK. Vokasional Seberang Perai\nK. Vokasional Butterworth\nK. Vokasional Nibong Tebal\nK. Vokasional Batu Lanchang\n\n8. Kedah\n\nK. Vokasional Kulim\nK. Vokasional Pulau Langkawi\nK. Vokasional Alor Setar\nK. Vokasional Sungai Petani 1\nK. Vokasional Sungai Petani 2\n\n9. Perlis\n\nK. Vokasional Arau\nK. Vokasional Kangar\n\n10. Kelantan\n\nK. Vokasional Bachok\nK. Vokasional Pasir Mas\nK. Vokasional Tanah Merah\nK. Vokasional Pengkalan Chepa\n\n11. Terengganu\n\nK. Vokasional Besut\nK. Vokasional Dungun\nK. Vokasional Kemaman\nK. Vokasional Wakaf Tembesu\nK. Vokasional Kuala Berang\n\n12. Pahang\n\nK. Vokasional ERT Puteri\nK. Vokasional Muadzam Shah\nK. Vokasional Temerloh\nK. Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah\nK. Vokasional Pertanian Chenor\n\n13. Sabah\n\nK. Vokasional Keningau\nK. Vokasional Beaufort\nK. Vokasional Lahad Datu\nK. Vokasional Tawau\nK. Vokasional Sandakan\nK. Vokasional Kudat\n\n14. Sarawak\n\nK. Vokasional Miri\nK. Vokasional Sibu\nK. Vokasional Kuching\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, layari laman web https://www.moe.gov.my/pendidikan/tvet/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pensyarah-tasmi-jemputan/", "title": "Tawaran Pensyarah Tasmi\u2019 Jemputan Darul Quran JAKIM", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang berminat untuk menjadi Pensyarah Tasmi\u2019 Jemputan di Darul Quran JAKIM, permohonan jawatan kosong ini telah dibuka.\nDarul Quran JAKIM ialah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj.\nBermula pada tahun 1997, Darul Quran telah berpindah di kampus tetap iaitu di Kuala Kubu Bharu daripada Masjid Negara.\n\nTarikh Tutup Permohonan\nPermohonan bagi jawatan ini telah dibuka dan akan ditutup pada 31 Mei 2022 iaitu pada hari Selasa.\nDeskripsi Tugas\nPensyarah Tasmi\u2019 Jemputan ini bertanggungjawab untuk:\n\n\n\n\nMemastikan setiap pelajar mengikuti kelas tasmi\u2019 bermula jam 8.00 hingga 10.00 pagi pada setiap hari pengajian (Isnin hingga Jumaat).Melaksanakan talaqqi, tasmi\u2019 serta mentahqiq hafazan al-Quran bagi setiap pelajar kelas masing-masing (Isnin hingga Khamis) dan program i\u2019adah pada setiap hari Jumaat.Merekod kehadiran pelajar dan menyediakan laporan tasmi\u2019 pelajar dalam buku rekod hafazan.\nSyarat Kelayakan\nPemohon yang berminat untuk memohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:\nWarganegara Malaysia.Berumur 21 tahun dan ke atas.Sihat tubuh badan.Memiliki kelulusan akademik dari Universiti Awam/IPTS, dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia seperti berikut:\u2013 Ijazah dalam bidang Tahfiz Al-Quran; atau \u2013 Ijazah dalam bidang Pengajian Islam serta Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran.Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.\nCara Memohon\nPermohonan bagi jawatan ini adalah melalui cara berikut:\nTulis surat permohonan perjawatan untuk jawatan iniSurat tersebut mestilah ditujukan kepada:Pengarah,Darul Quran JAKIM,Jalan Hamzah, Ampang Pecah,44000 Kuala Kubu Bharu,SELANGOR DARUL EHSAN.(u.p.: Ketua Jabatan Pengajian Tahfiz)Sediakan resume yang lengkap.Hnatar surat dan resume melalui email ke alamat [email\u00a0protected].\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai tawaran Pensyarah Tasmi\u2019 Jemputan ini, sila layari laman web Darul Quran https://www.darulquran.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-biasiswa-pelajaran-baitulmal-zakat-perak/", "title": "Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nZakat Perak-Majlis Agama Islam dan \u2018Adat Melayu Perak (MAIPk) telah membuka permohonan bagi murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 untuk memohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal 2023\nSkim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini diwujudkan bagi membantu murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang datang daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.\nPelaksanaan skim biasiswa pelajaran ini diharap mampu membantu mereka meneruskan pelajaran dan berjaya sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\nPermohonan skim biasiswa pelajaran ini dibuka daripada 27 Mac 2023 sehingga 18 April 2023.\n\nManfaat Diperoleh\nMurid yang layak memperolehi skim biasiswa pelajaran ini akan memperoleh manfaat-manfaat berikut:\n\n\n\n\n\nMenerima biasiswa tahunan. \nBerpeluang mengikuti tuisyen tajaan.\nBerpeluang menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia yang beragama Islam.\nLahir dan menetap di Negeri Perak atau telah bermastautin di Negeri Perak.\nPermohonan hanya terbuka kepada murid Tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2023.\nMurid adalah anak kepada ketua keluarga atau penjaga daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.\nPencapaian murid mestilah memperolehi 6A (Tahap 6) dalam Penilaian Akhir Tahun 2022.\nTidak mendapat biasiswa atau bantuan persekolahan daripada mana-mana agensi. \n\nTatacara Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal\nTatacara permohonan untuk memohon skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut:\n\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut https://shortest.link/m3C6.\nIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.\nPastikan semua maklumat diisi.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar borang permohonan ke alamat berikut:Unit Pemerkasaan Asnaf, Bahagian Agihan Zakat, Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk memohon skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut:\n\nSalinan Kad Pengenalan pemohon.\nSalinan Kad Pengenalan ibu bapa.\nSlip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.\nSalinan keputusan akhir tahun 2022 yang telah disahkan pihak sekolah.\n\nInfo Lanjut Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Zakat Perak 2023\nSebarang makluman lanjut mengenai Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal, sila hubungi nombor talian 019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk).\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-program-kelas-dek-enjin-alam/", "title": "Permohonan Kemasukan Program Kelas Dek/Enjin ALAM 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nAkademi Laut Malaysia (ALAM) telah membuka permohonan kemasukan bagi program kelas dek atau enjin di institusi terbabit bagi pengambilan Mei 2022.\nALAM ialah institusi maritim yang menawarkan pengajian meliputi kursus maritim yang lengkap.\nLepasan graduan institusi ALAM lazimnya akan menjadi pegawai dek atau jurutera marin di atas kapal dagang.\nOleh itu, pemohon yang ingin melanjutkan pengajian di ALAM bagi program dek atau enjin boleh membuat permohonan sebelum 22 April 2022. \n\nProgram Yang Ditawarkan\nProgram yang ditawarkan bagi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:\nKelasi dek \u2013 Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan Program \u2018Standards of Training, Certification and Watchkeeping (STCW) \u2018 Program Dwi Sijil.Kelasi enjin \u2013 Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan Program \u2018Standards of Training, Certification and Watchkeeping (STCW) \u2018 Program Dwi Sijil.\nUntuk makluman, SKM ialah sijil yang diberikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia kepada individu yang berkelayakan yang telah mencapai tahap/standard menerusi latihan seperti yang ditetapkan oleh JPK. \n\n\n\n\nPenerima SKM diiktiraf oleh industri dan juga sektor kerajaan di Malaysia yang bertujuan untuk melahirkan pekerja mahir dan berkelayakan untuk meningkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.\nTempoh Kursus\nTempoh kursus yang bakal dilalui pemohon yang layak adalah selama 10 bulan. \nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan yang perlu dipenuhi oleh para pemohon adalah seperti berikut:\nPemohon mempunyai minima sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan gred lulus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Sejarah, dan 1 subjek lain atau SVM dengan SPM setara. Lelaki, bujang berumur antara 18 hingga 25 tahun.Pemohon mempunyai ketinggian minima 158cm dan berat minima 48kg (Body Mass Index (BMI): 18.5-24.9).Pemohon sihat dari segi mental dan fizikal seperti yang disahkan oleh pengamal perubatan yang diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia.Pemohon tidak buta warna (perlu mempunyai laporan dari panel kesihatan yang diperakui sahaja:\u2013 Calon kelasi dek: Memiliki penglihatan yang baik tanpa sebarang alat bantuan pengelihatan (kanta sesentuh atau kaca mata).\u2013 Calon kelasi enjin: Memiliki penglihatan yang baik tanpa sebarang alat bantuan pengelihatan (kanta sesentuh atau kaca mata) dengan alat bantuan penglihatan tidak melebihi 200.\nCara Memohon\nPemohon yang berminat dan menepati syarat kemasukan boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSei9HYsi-YFEwMJPlJZ88eRFKPlc96OCwvj7t8GJIGV1XF6qA/viewform?fbclid=IwAR2_UuH0ryPYZpfGqQRbcJb39mI8ofEN3T7UsRwU_evKdTtvtZUajRV_8HY.Pemohon perlu melengkapkan semua maklumat yang diperlukan. Klik butang \u2018Next\u2019 bagi setiap paparan.Hantar permohonan dengan klik butang \u2018Submit.\u2019\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kemasukan ke ALAM bagi program kelas dek atau enjin, sila layari laman web https://www.alam.edu.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-kewangan-ke-ipt-2022-negeri-sembilan/", "title": "Permohonan Bantuan Kewangan Ke IPT 2022 Negeri Sembilan", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar anak Negeri Sembilan yang menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT), Kerajaan Negeri Sembilan telah membuka permohonan bagi Bantuan Kewangan Ke IPT 2022.\nUntuk makluman, Bantuan Kewangan Ke IPT 2022 diwujudkan kerajaan negeri bagi membantu pelajar IPT anak Negeri Sembilan yang mendaftar ke tahun pertama di peringkat pengajian tinggi secara one-off.\nDengan bantuan kewangan ini, ini secara tidak langsung dapat meringankan beban keluarga pelajar khususnya mereka yang tergolong dalam kategori B40.\nOleh itu, permohonan bantuan kewangan ini boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar N9.Digital digital atau laman web https//www.n9.digital.\n\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan yang diberikan kepada pelajar yang layak menerusi bantuan ini adalah seperti berikut:\nPeringkat Sijil/Matrikulasi: RM 500.00Peringkat Diploma: RM 750.00Peringkat Ijazah/Sarjana/PHD: RM 1,000.00\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\nPemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.Pemohon hendaklah memohon dalam\u00a0tempoh tahun pertama pengajian.Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 secara online melalui aplikasi atau portal N9 Digital dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.\nCara Memohon\nPelajar boleh memohon bantuan kewangan ini menerusi portal N9.Digital yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.\n\n\n\n\nUntuk makluman, portal N9.Digital ini dibangunkan untuk memudahkan orang ramai untuk memohon bantuan dan insentif daripada Kerajaan Negeri.\nOleh itu, langkah-langkah untuk memohon Bantuan Kewangan Ke Institut Pengajian Tinggi adalah seperti berikut:\nLayari laman web https://www.n9.digital/ atau muat turun aplikasi N9.Digital di Google Play Store https://play.google.com/store/apps/details?id=com.accuratio.n9digital&fbclid=IwAR0_fdJXdKB65oZs3AzGDaLps8Ih1d8of0lQk02xwoVWjeRnG-cgnfjL8PM atau Apple App Store https://apps.apple.com/my/app/n9-digital/id1512768213.Isikan maklumat pada bahagian \u2018Daftar Untuk Memohon\u2019 dan klik butang \u2018Hantar.\u2019Anda akan menerima kod yang dihantar melalui telefon bimbit anda dan masukkan kod tersebut ke dalam paparan portal untuk bahagian seterusnya.Kemudian, muat naik gambar peribadi anda.Selepas itu, isi maklumat peribadi anda dan juga pasangan serta tanggungan.Apabila selesai, anda akan dipaparkan dengan bahagian \u2018Bantuan Kewangan ke Institut Pengajian Tinggi.\u2019Klik pada kotak bantuan tersebut dan klik butang \u2018Hantar.\u2019Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.Klik butang \u2018Hantar\u2019 untuk menghantar permohonan. \nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan berikut perlu dimuat naik sebelum menghantar permohonan iaitu:\nSalinan kad pengenalan ibu atau penjaga.Salinan kad pengenalan bapa atau penjaga.Salinan Sijil Kematian atau Perceraian (jika berkenaan).Salinan penyata gaji atau pengesahan pendapatan ibu atau penjaga.Salinan penyata gaji atau pengesahan pendapatan bapa atau penjaga.Salinan surat tawaran ke IPT.Salinan surat pengesahan pendaftaran atau bayaran yuran pendaftaran atau surat pengesahan pengajian.Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah atau Menengah.Pengesahan Bantuan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA dan disahkan oleh Pengurus FELDA.\nUntuk Borang Pengesahan Pendapatan boleh dimuat turun melalui link https://www.ns.gov.my/images/contents/Borang/PEJ_MB/Borang-Pengesahan-Pendapatan.pdf\nBagi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA pula boleh dimuat turun melalui link https://www.ns.gov.my/images/contents/Borang/PEJ_MB/BORANG-PENGESAHAN-KELAYAKAN-BANTUAN-PENDIDIKAN-FELDA.pdf\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai bantuan kewangan ini, sila hubungi 06-7659936/31 atau 06-7659784/85.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-persekolahan-maipk/", "title": "Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk Tahun 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa keluarga asnaf yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah pada tahun 2023, pihak Zakat Perak-Majlis Agama Islam dan \u2018Adat Melayu Perak (MAIPk) telah membuka permohonan bagi Bantuan Persekolahan MAIPk Tahun 2023.\nPemberian Bantuan Persekolahan ini dilaksanakan bagi membantu anak-anak asnaf yang akan memasuki atau meneruskan persekolahan sama ada di sekolah rendah atau menengah di Negeri Perak.\nBagi mereka yang layak, bantuan persekolahan ini akan terus diberikan kepada pihak sekolah yang akan disalurkan kepada murid yang layak.\nPihak Zakat Perak-MAIPk membuka permohonan ini sehingga 28 Februari 2023 sahaja melalui borang permohonan yang telah disediakan di pejabat pentadbiran MAIPk daerah.\n\nJenis Permohonan\nTerdapat 3 jenis murid yang perlu membuat permohonan bantuan persekolahan ini iaitu:\n\nKemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2023.\nKemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2023.\nPelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah.\n\nNamun, bagi murid yang telah menerima Bantuan Persekolahan 2022, mereka tidak perlu lagi memohon.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nPemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan seperti berikut:\n\nMurid tersebut mestilah beragama Islam.\nMurid tersebut merupakan warganegara Malaysia/penduduk tetap.\nMurid tersebut mestilah bermastautin dalam Negeri Perak.\nPendapatan bulanan isi rumah kkeluarga murid tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).\n\nKaedah Permohonan\nBagi kaedah permohonan, pemohon boleh dapatkan borang permohonan bantuan persekolahan ini di mana-mana pejabat pentadbiran MAIPk daerah di seluruh Negeri Perak.\nPemohon boleh merujuk pejabat pentadbiran MAIPk daerah di pautan berikut\u00a0https://www.maiamp.gov.my/index.php/korporat/pejabat-pentadbiran-daerah.html.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Persekolahan Tahun 2023, sila hubungi Zakat Perak-MAIPk di talian 05-208 4000.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/agihan-zakat-guru-agama/", "title": "Permohonan Agihan Zakat Guru Agama LZNK 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nLembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan Agihan Zakat Guru Agama bagi mereka yang pendapatan bawah RM2,000.\nPelaksanaan agihan zakat ini diberikan khusus kepada guru agama di negeri tersebut yang berpendapatan rendah iaitu berpendapatan RM2,000 ke bawah bagi membantu mereka meneruskan kehidupan harian mereka.\nJusteru itu, guru agama di Negeri Kedah yang memenusi syarat adalah dialu-alukan untuk memohon agihan zakat ini dan permohonan dibuka sehingga 20 Februari 2023. \n\nSyarat Permohonan\nPemohon perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPemohon mestilah warganegara Malaysia, beragama Islam dan berumur 17 tahun dan ke atas.\nPemohon mestilah lahir di Negeri Kedah/menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.\nPemohon mestilah mengajar dalam negeri Kedah sahaja.\nPemohon mestilah berpendapatan kasar (gaji pokok beserta elaun) tidak melebihi RM 2,000.00 sebulan.\nMasa mengajar tidak kurang dari tempoh 1 jam.\nJumlah pelajar sekurang-kurangnya 10 orang.\nKelas pengajian mestilah tidak kurang 12 kali setahun.\nLZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas.\n\nCara Memohon\nCara permohonan boleh dirujuk menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web\u00a0https://agihan.zakatkedah.com.my.\nKlik butang \u2018Permohonan Baru.\u2019\nPilih skim zakat dan masukkan no kad pengenalan diikuti dengan butang \u2018Teruskan.\u2019\nKlik butang \u2018Ya, Teruskan ke Borang.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nSelepas semua maklumat dan dokumen di muat naik, buat pengesahan dan hantar permohonan.\n\nDokumen Yang Perlu Dimuat Naik\nDokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut iaitu:\n\nSalinan Kad Pengenalan Pemohon (kad pengenalan baru sahaja).\nSalinan slip gaji.\nBorang pengesahan pekerjaan dan perakuan pendapatan (bagi yang tiada slip gaji) https://agihan.zakatkedah.com.my/docs/Borang-Pengesahan-Pendapatan_GURU_AGAMA-2022.pdf\nSalinan akaun bank (selain ASB dan Tabung Haji).\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Agihan Zakat Guru Agama, sila hubungi Divisyen Agihan LZNK di talian 1-800-88-1740.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/konsep-abc-kpm/", "title": "Konsep ABC KPM: Anak Yang Baik Lagi Cerdik", "body": "\n\n\n\n\n\nSalah satu konsep yang diterapkan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah melalui konsep Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC).\nKonsep ABC ini merangkumi akronim berikut:\n\nA-Anak\nB-Baik\nC-Cerdik\n\nKonsep ini dibawa oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), YBhg. Dato\u2019 Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali\u00a0yang menyatakan konsep ini adalah untuk mendidik anak-anak atau murid tersebut itu menjadi anak yang baik lagi cerdik.\nKonsep ini juga adalah selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah lebih memperkembangkan\u00a0potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.\n\nFalsafah Pendidikan Kebangsaan\nTerdapat 5 perkara utama yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:\n\n\n\n\n\nPendidikan Suatu Usaha Berterusan\nMemperkembangkan Potensi Individu\nPerkembangan Potensi Secara Menyeluruh dan Bersepadu\nInsan yang Seimbang dan Harmonis\nKepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan\n\nTeras Utama KPM\nSelain selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, konsep ABC juga adalah selari dengan 7 teras utama KPM di dalam sistem pendidikan negara iaitu:\n\nKomunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus.\nMemberi penekanan kepada aspek karamah insaniah iaitu pembentukan adab, akhlak dan integriti.\nKemiskinan berbilang dimensi B40: Malnutrisi, peranti dan ruang belajar.\nKeciciran pendidikan dan masalah literasi dan rapatkan kesenjangan pendidikan.\nKebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian pendidikan.\nUbah suai dan naik taraf sekolah daif terutama Sabah dan Sarawak.\nPeningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah.\n\nMatlamat Utama ABC KPM\nMatlamat utama konsep ini diwujudkan adalah untuk mencapai perkara-perkara seperti dalam rajah di bawah:\n\nProgram Yang Dijalankan Selari Dengan Konsep ABC KPM\nProgram yang dijalankan untuk mencapai matlamat konsep ini adalah seperti berikut:\n\nProgram yang dijalankan meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak.\nPenglibatan komuniti dengan sekolah seperti yang termaktub dalam Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.\nMenasihatkan agar ibu bapa tidak bersikap lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab pendidikan sepenuhnya kepada para guru dan sekolah.\nMemastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila anak murid pulang ke rumah supaya proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilakukan secara berterusan.\n\nSumber: https://www.buletintv3.my/nasional/ekslusif-kebersamaan-keterbukaan-perlu-diterapkan-dalam-kalangan-warga-pendidik/ dan https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2023/02/19/12421/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-matematik-tingkatan-1/", "title": "Buku Teks Matematik Tingkatan 1 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku Teks Matematik Tingkatan 1 ini diterbitkan berdasarkan Dokumen StandardKurikulum Pentaksiran (DSKP) iaitu menyepadukan enam tunjang kerangka KSSM iaitu mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta menerapkan Kemahiran Abad ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) secara eksplisit supaya dapat mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.\nBuku ini mengandungi 13 bab yang telah disusun secara sistematik dan menarik agar dapat memupuk minat murid dalam Matematik. \nSetiap bab dimulakan dengan halaman rangsangan melalui foto yang menarik disertai soalan yang merangsang perbincangan dan pemahaman dalam kalangan murid sesuai dengan konteks situasi harian.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Nombor Nisbah\n\nInteger \nOperasi Asas Aritmetik yang\nMelibatkan Integer \nPecahan Positif dan Pecahan Negatif \nPerpuluhan Positif dan Perpuluhan Negatif \nNombor Nisbah\n\nii) Bab 2 Faktor dan Gandaan\n\nFaktor, Faktor Perdana dan Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) \nGandaan, Gandaan Sepunya dan Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK)\n\niii) Bab 3 Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga\n\nKuasa Dua dan Punca Kuasa Dua \nKuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga\n\niv) Bab 4 Nisbah, Kadar dan Kadaran\n\nNisbah \nKadar \nKadaran \nNisbah, Kadar dan Kadaran\nPerkaitan antara Nisbah, Kadar dan Kadaran dengan Peratusan, Pecahan dan Perpuluhan\n\nv) Bab 5 Ungkapan Algebra\n\nPemboleh Ubah dan Ungkapan Algebra\nUngkapan Algebra yang Melibatkan Operasi Asas Aritmetik\n\nvi) Bab 6 Persamaan Linear\n\nPersamaan Linear dalam Satu Pemboleh Ubah \nPersamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah\nPersamaan Linear Serentak dalam Dua Pemboleh Ubah\n\nvii) Bab 7 Ketaksamaan Linear\n\n\n\n\n\nKetaksamaan\nKetaksamaan Linear dalam Satu Pemboleh Ubah\n\nviii) Bab 8 Garis dan Sudut\n\nGaris dan Sudut \nSudut yang berkaitan dengan Garis Bersilang\nSudut yang berkaitan dengan Garis Selari dan Garis Rentas Lintang\n\nix) Bab 9 Poligon Asas\n\nPoligon\nSifat Segi Tiga dan Sudut Pedalaman serta Sudut Peluaran Segi Tiga \nSifat Sisi Empat dan Sudut Pedalaman serta Sudut Peluaran Sisi Empat\n\nx) Bab 10 Perimeter dan Luas\n\nPerimeter \nLuas Segi Tiga, Segi Empat Selari, Lelayang dan Trapezium \nPerkaitan antara Perimeter dan Luas\n\nxi) Bab 11 Pengenalan Set\n\nSet \nGambar Rajah Venn, Set Semesta, Pelengkap bagi suatu Set dan Subset\n\nxii) Bab 12 Pengendalian Data\n\nProses Pengumpulan, Pengorganisasian dan Perwakilan Data, serta Pentafsiran Perwakilan Data\n\nxiii) Bab 13 Teorem Pythagoras\n\nTeorem Pythagoras\nAkas Teorem Pythagoras\n\nMuat Turun Buku Teks Matematik Tingkatan 1\nBuku Teks Digital Matematik Tingkatan 1 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBuku-Teks_Matematik-Tingkatan-1Download\nSkema Jawapan\nSkema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:\nJawapan_Buku _Teks_Matematik-Tingkatan-1Download\nBACA JUGA : CARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-khas-anak-istimewa-selangor-anis-2023/", "title": "ANIS: Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak Orang Kurang Upaya (OKU) di Selangor berpeluang untuk mendapat bantuan khas daripada Kerajaan Negeri Selangor menerusi Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) 2023. \nUntuk makluman, ANIS atau singkatannya Anak Istimewa Selangor ialah program-program untuk anak istimewa Selangor yang telah diperkenalkan sejak tahun 2018.\nProgram-program ANIS ini diwujudkan untuk memperkasakan barisan ibu bapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor seterusnya dapat memberdayakan anak-anak istimewa, ibubapa dan penjaga dan para pendidik untuk lebih mampan dalam mendepani dunia bercabaran ini dengan lebih cakna.\nAntara program yang dilaksanakan di bawah ANIS ialah Bantuan Khas ANIS dan Bantuan Didik ANIS.\nBagi permohonan Bantuan Khas ANIS, permohonan akan dibuka mulai 15 Mei 2023 sehingga 26 Mei 2023. \n\nMengenai Bantuan Khas ANIS\nBantuan Khas ANIS ialah bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu ibu bapa dan penjaga anak istimewa untuk menampung kos pendidikan, terapi, peralatan, dan ubat-ubatan yang diperlukan oleh anak istimewa tersebut.\nPenerima bantuan khas ini akan menerima bantuan secara\u00a0one-off\u00a0dengan had maksima sehingga RM5,000.00 bagi satu keluarga.\nUntuk tahun 2021 sahaja, sebanyak RM1.3 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan inisiatif ini.\n\n\n\n\n\nBantuan ANIS Yang Ditawarkan\nBantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut:\n\nMakanan/Keperluan Tambahan\nPembelian/Pembaikian Peralatan atau Mesin\nUbat-ubatan\nPendidikan (Pusat Terapi/Kelas Khas untuk Anak OKU)\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nIbu/Bapa/Penjaga pemohon hendaklah\u00a0pengundi Negeri Selangor.\nPenerima bantuan hendaklah berumur dibawah 18 tahun (mengikut tahun semasa).\nAnak mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat;\u00a0atau\nPengesahan Diagnosis daripada doktor yang berdaftar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia SAHAJA (Jika tidak mempunyai Kad OKU).\nKeutaaman kelulusan permohonan adalah diberikan kepada permohonan pertama kali. \nKeutamaan kelulusan permohonan adalah diberikan kepada pemohon yang berpendapatan B40 dan M40.\nBorang permohonan diproses berdasarkan kuota yang telah ditetapkan dan mengikut tarikh penghantaran borang yang lengkap.\n\nKaedah Membuat Permohonan ANIS\nPermohonan boleh dibuat melalui laman web https://www.anisselangor.com/ ketika tarikh permohonan telah dibuka.\nBorang permohonan perlulah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dibuat. \nKegagalan menghantar dokumen yang lengkap dalam tempoh tersebut akan menyebabkan permohonan ditolak.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\n\nSalinan Kad Pengenalan pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga).\nSalinan Sijil Kelahiran Anak.\nSalinan Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau Surat Pengesahan Doktor berkaitan dengan masalah anak (Jika tiada kad OKU).\nKategori Peralatan/Barangan/Makanan- Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Keterangan untuk makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)\nKategori Pendidikan Khas/Sesi Terapi- Salinan surat pengesahan pusat terapi, sebut harga yuran bulanan, dan penyata bank pusat terapi.\u00a0Hanya Pusat Terapi (EIP) SAHAJA yang dibenarkan untuk permohonan, pemohon yang menghantar anak ke Pusat Terapi yang tidak memenuhi syarat Pusat EIP, permohonan akan ditolak.\nSalinan Semakan daftar Pemilih SPR\u00a0https://pengundi.spr.gov.my\n\nMaklumat Lanjut ANIS\nMaklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari laman web ANIS iaitu https://www.anisselangor.com/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-bantuan-pendaftaran-ipt-2022-johor/", "title": "Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022 Negeri Johor", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah membuka permohonan bagi anak Negeri Johor yang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa menerusi Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022.\nSkim Bantuan Pendaftaran Ke IPT ditawarkan bagi anak Johor yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS (Kolej YPJ) sahaja.\nPemohon yang berminat boleh mengisi permohonan secara atas talian mulai 28 Ogos 2022 sehingga 25 September 2022.\n\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan yang akan diterima menerusi skim bantuan ini adalah seperti berikut:\nDiploma: RM500Ijazah Sarjana Muda: RM1,000\nSyarat Am\nSyarat am permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon lahir dan menetap di Negeri Johor.Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan Kolej YPJ.Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi.Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih.Pendapatan ibu dan bapa/Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar YPJ.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan skim bantuan ini adalah seperti berikut:\nLayari laman web http://prolims.ypj.gov.my/.Klik bahagian \u2018Permohonan Pra Pendaftaran.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar Pra Permohonan.\u2019Log masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan yang didaftarkan.Buat permohonan sehingga selesai.Muat turun slip pengesahan permohonan tersebut.Sediakan dokumen wajib yang diperlukan.Susun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan. Masukkan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat berwarna coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.Tuliskan Jenis Permohonan di penjuru kanan atas jenis permohonan yang di pohon.Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (bagi yang memilih kaedah serahan tangan) atau bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.\nDokumen Wajib\nDokumen wajib yang perlu disediakan oleh pemohon adalah seperti berikut:\nSlip pengesahan permohonan \u201cSkim Bantuan Pendaftaran.\u201dSalinan kad pengenalan pelajar.Salinan kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga.Salinan penyata pendapatan ibu dan bapa/penjaga (slip gaji/penyata pendapatan/penyata pencen).Salinan surat tawaran kemasukan ke IPTA.Salinan sijil kematian/penceraian (jika berkaitan).Salinan akaun bank pemohon sahaja (salinan resit pembayaran tidak diterima).Salinan resit pembayaran yuran (bagi yang telah mendaftar).\nKesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/Kategori A/Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi JKKK/yang setaraf dengannya.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT 2022, sila layari laman web YPJ iaitu http://portal.ypj.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-agihan-bina-rumah/", "title": "Permohonan Skim Agihan Bina Rumah Kedah (Guru KAFA Sahaja)", "body": "\n\n\n\n\n\nGuru KAFA di Negeri Kedah yang belum memiliki rumah sendiri boleh memohon pembiayaan daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menerusi Skim Agihan Bina Rumah Kedah.\nSkim Agihan Bina Rumah Kedah diwujudkan menerusi kerjasama strategik antara BIMB dan LZNK yang mula diperkenalkan pada tahun 2020 untuk membiayai perumahan kepada guru KAFA di Negeri Kedah.\nKepada guru KAFA yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai 1 Julai 2022 sehingga 22 Julai 2022 menerusi borang permohonan yang disediakan.\n\nHarga Rumah & Pembiayaan\nHarga rumah yang ditawarkan menerusi skim ini adalah RM 57,000 bagi sebuah rumah dan RM 63,000 bagi daerah Langkawi sahaja.\nLZNK membiayai 50% dari jumlah kos sebuah rumah iaitu RM 28,500.00 manakala bagi daerah Langkawi RM 31,500.00.\nBaki 50% akan ditanggung pemohon menerusi bayaran bulanan antara RM200-RM300 sebulan dalam tempoh 10 tahun.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan skim ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Suami atau Isteri merupakan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Kedah.Menetap/bermastautin di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya 2 tahun).Berumur 25 tahun hingga 50 tahun dari tarikh permohonan.Pendapatan/elaun bulanan isi rumah tidak kurang dari RM 1,000.00 dan tidak melebihi RM 3,000.00.Bukan seorang penghutang penghakiman atau muflis.Memiliki geran tanah sendiri yang didaftarkan atas nama pemohon.Memiliki keluasan tanah sekurang-kurangnya 1,500 kaki persegi dan selamat dibina.Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK & BIMB.\nTatacara Permohonan\nPermohonan skim ini boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:\nLayari laman web https://www.zakatkedah.com.my/muat-turun.Di bahagian \u201cSkim Agihan Bina Rumah\u201d muat turun borang permohonan.Isi borang permohonan dengan lengkap.Pastikan semua maklumat diisi.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Zakat Daerah mengikut alamat pemohon.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan yang perlu disediakan pemohon adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.Salinan sijil perkahwinan, sijil cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan).Slip elaun Guru KAFA (3 bulan terkini).Slip gaji pasangan/pengesahan pendapatan.Surat pengesahan jawatan daripada Majikan.Penyata bank pengkreditan elaun (3 bulan terkini).Penyata pendapatan (Borang B/eBE/EA/EC) terkini atau Penyata KWSP terkini.Salinan geran tanah yang disahkan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Skim Agihan Bina Rumah, sila layari laman web https://www.zakatkedah.com.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ikafalah/", "title": "iKAFALAH: Khairat Kematian RM500 Rakyat Negeri Kedah", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Kedah telah memperkenalkan satu bantuan khairat kematian untuk rakyat di negeri itu iaitu iKAFALAH.\niKAFALAH merupakan bantuan khairat kematian yang ditawarkan kepada rakyat khas di Negeri Kedah. \nBantuan ini bertujuan meringankan beban waris atau ahli keluarga bagi melaksanakan atau menyempurnakan pengurusan jenazah setelah berlaku kematian ahli keluarga.\n\nJumlah Bantuan iKAFALAH\nJumlah bantuan khairat kematian yang bakal diperoleh oleh waris atau ahli keluarga adalah RM500.\nCara Memohon iKAFALAH\nAhli keluarga atau waris boleh membuat permohonan bantuan khairat kematian ini di Pusat Khidmat Wakil Rakyat/Pejabat Penyelaras DUN masing-masing dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian.\nSila bawa bersama dokumen yang diperlukan untuk tujuan permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dibawa bersama bagi permohonan adalah seperti berikut:\n\nSalinan kad pengenalan waris yang memohon.\nSalinan sijil kematian/Permit mengubur.\n\nPertanyaan Lanjut\nLayari laman web https://www.kedah.gov.my/ untuk info bantuan khairat kematian ini. \nPertanyaan lanjut mengenai iKAFALAH, sila berhubung dengan pejabat ADUN atau penyelaras DUN di alamat berikut:\n1- Yang Berhormat Encik Juhari bin BulatADUN Ayer HangatPusat Khidmat DUN Ayer HangatNo. 51, Lot 2073, Padang GaongUlu Melaka07000 LANGKAWIKEDAH DARUL AMAN\n2- Yang Berhormat Encik Azhar bin IbrahimADUN Ayer HitamPusat Khidmat Wakil Rakyat Ayer HitamPida 5 Jerlun06150 AYER HITAMKEDAH DARUL AMAN\n3- Yang Berhormat Encik Mohammad Yusoff @ Munir bin Haji ZakariaADUN Kuala NerangPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang38, Jalan SemeliangPekan Baru06300 KUALA NERANGKEDAH DARUL AMAN\n4- Yang Berhormat Haji Mohd Radzi bin Md AminADUN PeduPusat Khidmat Wakil Rakyat PeduHadapan Sek Men Keb Naka06350 NAKAKEDAH DARUL AMAN\n5- Yang Berhormat Ustaz Salim Mahmood Al HafizADUN Bukit LadaPusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN LadaBangunan MPD Bukit Lada06400 POKOK SENAKEDAH DARUL AMAN\n6- Yang Berhormat Ustaz Mohd Azam bin Abd SamatADUN Sungai LimauPusat Khidmat Wakil Rakyat Sungai LimauNo.18 Batu 15, Padang Lumat08800 GUAR CHEMPEDAKKEDAH DARUL AMAN\n7- Yang Berhormat Ustaz Mohd Isa bin ShafieADUN BelantekPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN BelantekBangunan MTD Pekan Sik08200 SIKKEDAH DARUL AMAN\n8- Yang Berhormat Ustaz Hanif bin GhazaliADUN Tanjung DawaiPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tanjung DawaiPusat Tarbiyah Islamiyah Pas Merbok (PUTIM)08400 MERBOKKEDAH DARUL AMAN\n9- Yang Berhormat Ustaz Fadzli bin HashimADUN Pantai MerdekaPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka111, Jalan Butterworth08600 Tikam BatuSUNGAI PETANIKEDAH DARUL AMAN\n\n\n\n\n10- Yang Berhormat Encik Abd Nasir bin IdrisADUN BayuPusat Khidmat Wakil Rakyat DUN BayuV4, Lorong Syed Sheh 4Pekan Baru Baling09100 BALINGKEDAH DARUL AMAN\n11- Yang Berhormat Mejar (B) Mansor bin ZakariaDUN Kuala KetilPusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Kuala KetilPusat Tarbiah Islam Kuala Ketil (Putik Kuala Ketil)Kg Bukit Pak Kuning09300 KUALA KETILKEDAH DARUL AMAN\n12- Yang Berhormat Dato\u2019 Norsabrina binti Mohd NoorADUN Bandar BaharuPusat Khidmat ADUN Bandar BaharuNo. 5, Wisma UMNO, Jalan Raya09800 SERDANGKEDAH DARUL AMAN\n13- Encik Hayazi bin AzizanPenyelaras DUN Kota SiputehPusat Khidmat Penyelaras DUN Kota SiputehNo. 7, Tingkat 1, Taman BerjayaJalan Sanglang,06100 KODIANGKEDAH DARUL AMAN\n14- Encik Syafirol bin AhmadPenyelaras DUN DergaPusat Khidmat Penyelaras DUN DergaNo. 2, Taman AmiraJalan Langgar06500 ALOR SETARKEDAH DARUL AMAN\n15- Yang Berbahagia Dato\u2019 Hashim bin JahayaPenyelaras DUN Kubang RotanPusat Khidmat Penyelaras DUN Kubang RotanTingkat 3, Bangunan UMNOJalan Tunku Ibrahim05100 ALOR SETARKEDAH DARUL AMAN\n16- Encik Yu Kuan KhaiPenyelaras DUN Kota Darul AmanPusat Khidmat MCA Bahagian Alor SetarNo. 15-16, Tingkat 1, Kompleks Sultan Abdul HamidPersiaran Sultan Abdul Hamid05050 SUNGAI PETANIKEDAH DARUL AMAN\n17- Encik Rahmat bin MohamedPenyelaras DUN Bukit SelambauPusat Khidmat Penyelaras DUN Bukit SelambauNo. 56, Tingkat Atas, Jalan Teratai 1, Aman Jaya08000 SUNGAI PETANIKEDAH DARUL AMAN\n18- Encik Mohd Faisol @ Mohd Tahuddin bin MansorPenyelaras DUN Bakar ArangPusat Khidmat Penyelaras DUN Bakar ArangNo. 679, Lorong 3/9, Seksyen 3Bandar Puteri Jaya08000 SUNGAI PETANIKEDAH DARUL AMAN\n19- Yang Berbahagia Dato\u2019 Aminuddin bin OmarPenyelaras DUN JitraPusat Khidmat Penyelaras DUN JitraNo 17 Arked MDKPTanah Merah06000 JITRAKEDAH DARUL AMAN\n20- Tuan Dr Ahmad Fakhruddin bin FakhruraziPenyelaras DUN Pengkalan KundurPusat Khidmat Penyelaras DUN Pengkalan KundurDewan Al-Amin, Kampung TengahTelok Bagan, Tandop05400 ALOR SETARKEDAH DARUL AMAN\n21- Encik Rashidi bin RazakPenyelaras Dun Anak BukitPusat Khidmat Penyelaras DUN Anak BukitPejabat MTD Anak BukitKM 8 Kampung Alor PialMukim Gunong05150 ALOR SETARKEDAH DARUL AMAN\n22- Encik Zakaria bin SulaimanPenyelaras DUN Alor MengkuduPejabat Pas Kawasan Alor SetarKM 12-5, Jalan Dato\u2019 Kumbar05300 ALOR SETARKEDAH DARUL AMAN\n23- Encik Mohamad Zaidi Bin MahamudPenyelaras DUN Suka MenantiPusat Khidmat Penyelaras DUN Suka MenantiNo. K-145, Tingkat BawahPerumahan Awam MergongJalan Sultanah Sambungan05350 ALOR SETARKEDAH DARUL AMAN\n24- Encik Abd Rani bin SaadPenyelaras DUN GurunPusat Khidmat Penyelaras DUN GurunNo. 4-A, Tingkat 1Arked MPSP, Pekan Gurun08300 GURUNKEDAH DARUL AMAN\n25- Encik Foo Kim HingPenyelaras DUN KulimPusat Khidmat Penyelaras DUN KulimNo. 704, Tingkat 1, Lorong Kemuning 15,Taman Kemuning Bukit Kulim,09000 KULIMKEDAH DARUL AMAN\n26- Haji Badrul Hisham Bin AbdulPenyelaras DUN JeneriPusat Khidmat ADUN JeneriLot 3706 Kompleks PAS Kawasan Sik,Kampung Sungai Pau,08700 SIK,KEDAH DARUL AMAN\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/mohe-shopee-siswa-mall/", "title": "Sertai Latihan Keusahawanan Graduan IPT MoHE x Shopee: Siswa Mall", "body": "\n\n\n\n\n\nProgram MoHE x\u00a0Shopee: Siswa Mall adalah program latihan keusahawanan dan e-dagang kepada graduan IPT dan pelajar tahun akhir 2022 yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.\nPelaksanaan program ini sebelum telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi pada 25 November 2021 bertempat di DATC, UiTM Shah Alam\nProgram ini adalah salah satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Penjana KPT-Career Advancement Program (KPT-CAP) untuk membantu graduan Universiti Awam tahun 2019-2022 serta pelajar semester akhir tahun 2022 untuk mendapatkan penempatan pekerjaan sebagai usahawan digital melalui platform perniagaan dalam talian.\n\nMengenai Latihan\nLatihan ini diadakan secara percuma oleh Shopee Malaysia secara dalam talian pada hari Sabtu, jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.\nProgram ini merangkumi 2 modul latihan iaitu Modul Asas dan Modul Pertengahan.\ni) Modul Asas\n\n\n\n\nPersediaan Kedai Shopee.Pemasaran Kedai Shopee.Pengurusan kewangan dan penjualan.\nii) Modul Pertengahan\nKriteria Penjual Pilihan.Tools untuk menambah baik prestasi Kedai Shopee anda.Program untuk menambah baik prestasi Kedai Shopee anda.Menambahbaik proses operasi.\nManfaat Penyertaan\n5 manfaat penyertaan latihan yang bakal diperoleh graduan iaitu:\nBaucar Kedai Shopee.Ad Kredit Shopee.Latihan e-dagang secara percuma.Bantuan pemasaran (visibility).Laman Mikro Khas Siswa Mall di platform Shopee disediakan.\nSyarat Kelayakan\nUntuk menyertai latihan ini, syarat kelayakan yang dipenuhi adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Graduan Universiti Awam\u00a0tahun 2019 sehingga tahun 2022 (graduan yang telah memperoleh skrol/tamat belajar) bagi peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana; atauPelajar semester akhir tahun 2022.Peserta yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 produk dan akaun Shopee.Peserta yang mempunyai Kedai Shopee amatlah dialu-alukan.Peserta yang tidak pernah menyertai sebarang program di bawah PENJANA \u2013 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum ini.\nCara Mendaftar\nPendaftaran program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan pendafataran\u00a0https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfCNh4kWo9Oynb3rMbN9mVvmVdFKxebJ-gry2zly3IbXd-Qtw/formResponse.Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan betul sebelum mendaftar.Untuk graduan yang masih tiada akaun Shopee, sila daftar 1 akaun menggunakan nombor telefon di platform seperti berikut:\u00a0https://shopee.com.my/buyer/login/signup\u00a0Pemilik akaun akan menerima satu notifikasi melalui aplikasi Shopee berkenaan penyertaan kempen ini.\nInfo Lanjut\nInfo maklumat lanjut mengenai Program MoHE x Shopee: Siswa Mall, layari Facebook\u00a0Kementerian Pengajian Tinggi iaitu https://www.facebook.com/MOHEOfficial,\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sop-terkini-pelitup-muka-tempoh-kuarantin/", "title": "SOP Terkini Pelitup Muka & Tempoh Kuarantin", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan SOP terkini mengenai pemakaian pelitup muka dan tempoh kuarantin kepada pesakit COVID-19.\nMenurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa keputusan itu dibuat susulan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 5 Mei lalu bahawa status COVID-19 tidak lagi berada pada kategori Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (Public Health Emergency of International Concern \u2013 PHEIC).\nOleh sebab itu, KKM telah membuat semakan semula dan mengemas kini SOP berdasarkan penilaian situasi semasa jangkitan COVID-19 di dalam negara.\nSOP Terkini Pelitup Muka\nMenerusi SOP terkini, pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam dan premis kesihatan mulai 5 Julai 2023.\nIndividu yang diwajibkan memakai pelitup muka hanya pada keadaan berikut:\n\nKes positif COVID-19\nKetika berada di fasiliti kesihatan mengikut amalan Kawalan & Pencegahan Infeksi semasa berhadapan dan mengendalikan pesakit.\n\nWalau bagaimanapun, KKM amat menggalakkan pemakaian pelitup muka beradasarkan penilaian kendiri bagi:\n\n\n\n\n\nIndividu berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah atau ibu mengandung terutama ketika berada di tempat sesak dan di mana pengudaraan kurang baik.\nIndividu yang bergejala respiratori bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain.\nSemasa berada dalam pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang, teksi termasuk e-hailing, bas/van pekerja dan bas/van sekolah.\n\n\nTempoh Kuarantin Terkini Pesakit COVID-19\nUntuk tempoh kuarantin pula, KKM telah menetapkan tempoh Home Surveillance Order (HSO) adalah seperti berikut:\n\nTempoh bagi HSO untuk pesakit COVID-19 adalah\u00a05 hari\u00a0dari tarikh bermula gejala.\nHSO akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera.\n\n\nKawalan Kendiri\nKKM memaklumkan mereka akan terus memantau situasi COVID-19 dan juga varian yang dilaporkan untuk mengambil tindakan segera dan wajar apabila diperlukan.\nKKM juga menasihatkan orang ramai untuk terus mengamalkan kawalan kendiri yang baik seperti yang diamalkan pada masa ini, termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit berjangkit termasuk COVID-19.\nMaklumat Lanjut SOP Terkini Pelitup Muka 2023\nUntuk sebarang maklumat mengenai SOP pelitup muka terbaharu dan mengenai COVID-19 di Malaysia, sila layari laman web https://covid-19.moh.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-sains-tingkatan-4/", "title": "Buku Teks Sains Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku Teks Sains Tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini diterbitkan untuk murid Tingkatan 4 berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Tingkatan 4 yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. \nBuku teks ini diterbitkan berdasarkan pendekatan holistik bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan murid yang bijak, kreatif, inovatif, kritis dan mempunyai nilai-nilai murni.\nPenulisan buku teks ini menekankan kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi (KBAR dan KBAT), kemahiran saintifik, kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan, serta menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian supaya setiap murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut yang diperlukan pada abad ke-21. \nSelain itu, pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga didedahkan melalui aktiviti dan projek supaya murid berminat untuk menceburi bidang sains dan teknologi.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Langkah Keselamatan di dalam Makmal\n\nPeralatan Perlindungan Diri \nPembuangan Bahan Sisa \nPemadam Kebakaran\n\nii) Bab 2 Bantuan Kecemasan\n\nResusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation, CPR) \nHeimlich Manoeuvre\n\niii) Bab 3 Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan\n\nSuhu Badan \nKadar Denyutan Nadi \nTekanan Darah \nIndeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI)\n\niv) Bab 4 Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam\n\nKelestarian Alam Sekitar\nSektor Tenaga \nSektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa \nSektor Pertanian dan Perhutanan \nSektor Pengangkutan \nTeknologi Hijau dan Kehidupan\n\nv) Bab 5 Genetik\n\n\n\n\n\nPembahagian Sel\nPewarisan \nMutasi \nTeknologi Kejuruteraan Genetik \nVariasi\n\nvi) Bab 6 Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan\n\nSokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Haiwan\nPergerakan dan Pertumbuhan Manusia \nSokongan, Pertumbuhan dan Kestabilan dalam Tumbuhan\n\nvii) Bab 7 Koordinasi Badan\n\nSistem Endokrin Manusia \nGangguan kepada Koordinasi Badan \nMinda yang Sihat\n\nviii) Bab 8 Unsur dan Bahan\n\nAsas Jirim \nJadual Berkala Unsur Moden \nIsotop\n\nix) Bab 9 Kimia Industri\n\nAloi \nKaca dan Seramik \nPolimer\n\nx) Bab 10 Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan\n\nPerubatan Tradisional, Perubatan Moden dan Perubatan Komplementari \nRadikal Bebas \nBahan Antioksidan \nProduk Kesihatan\n\nxi) Bab 11 Daya dan Gerakan\n\nGerakan Linear \nGraf Gerakan Linear\nPecutan Graviti dan Jatuh Bebas \nJisim dan Inersia\n\nxii) Bab 12 Tenaga Nuklear\n\nPenggunaan Tenaga Nuklear \nPenghasilan Tenaga Nuklear \nImpak Penggunaan Tenaga Nuklear\nTenaga Nuklear di Malaysia\n\nMuat Turun Buku Teks Sains Tingkatan 4\nBuku Teks Digital Sains Tingkatan 4 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBuku-Teks-Sains-Tingkatan-4-1Download\nBuku-Teks-Sains-Tingkatan-4-2Download\nSkema Jawapan\nSkema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file di bawah:\nJawapan-Buku-Teks-Sains-Tingkatan-4Download\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-dermasiswa-dalam-negara-maipk/", "title": "Permohonan Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPk", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak-anak daripada keluarga B40 dan asnaf Negeri Perak yang menyambung pengajian di dalam negara dialu-alukan membuat permohonan Skim Dermasiswa Dalam Negara melalui Majlis Agama Islam dan \u2018Adat Melayu Perak (MAIPk).\nUntuk makluman, tawaran penajaan menerusi Skim Dermasiswa Dalam Negara ini dikhaskan kepada mereka yang datang daripada keluarga B40 dan asnaf di Negeri Perak untuk melanjutkan pengajian di dalam negara.\nSkim dermasiswa ini diwujudkan untuk membantu mereka dalam meneruskan pengajian mereka di Institut Pengajian Tinggi (IPT) walaupun mereka datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah. \nPermohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang disediakan mulai 16 Mei 2022 sehingga 17 Jun 2022.\n\nBidang & Peringkat Pengajian\nBidang dan peringkat pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nSains dan Teknologi: Diploma Sains AktuariKlinikal dan Kesihatan: Diploma Fisioterapi dan Asasi Sains PerubatanKejuruteraan dan Teknikal: Asasi Sains Kejuruteraan\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon skim dermasiswa ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Pelajar bermastautin di Negeri Perak.Pelajar daripada keluarga B40 (keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin).Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022.Telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di IPT (dalam negara sahaja) yang disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nMuat turun borang permohonan https://www.maiamp.gov.my/phocadownload/borang%20permohonan%20bantuan.pdf.Lengkapkan borang permohonan tersebut.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:Unit Pembangunan Pendidikan,Bahagian Agihan ZakatAras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang perlu disediakan dan dihantar kepada MAIPk adalah seperti berikut:\nSalinan surat tawaran pengajian.Salinan slip peperiksaan terkini.Surat penolakan bantuan/tajaan daripada agensi lain (bagipermohonan kali pertama)Salinan borang EA pemohon/pasangan pemohon/bapa/ibu/penjaga\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Skim Dermasiswa Dalam Negara MAIPk, sila hubungi Unit Pendidikan MAIPk di talian 019-5711383.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-tambang-penerbangan-pelajar-ipt/", "title": "Permohonan Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT Y.P MAIDAM", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar anak Terengganu yang telah tamat pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT), Yayasan Pelajaran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kini telah membuka permohonan Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT bagi mereka yang memerlukan.\nBantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT adalah bantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar anak Negeri Terengganu yang telah berjaya menamatkan pengajian dan permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.\nPemberian bantuan ini adalah untuk membantu meringankan beban pelajar khususnya mereka yang melanjutkan pengajian di IPT dalam jarak perjalanan yang jauh daripada tempat tinggal mereka dan menggunakan pengangkutan terutamanya pengangkutan udara.\nBagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tamat pengajian.\n\nKategori Asnaf\nUntuk Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT, kategori asnaf yang terlibat adalah asnaf Fisabilillah dan Miskin.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi memohon bantuan tambang ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.Permohonan perlu dibuat dan dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tamat pengajian.Tahap pengajian yang akan dipertimbang hanya Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja.Bagi pelajar luar negara,mestilah tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran, tajaan,mahupun terlibat dengan program tajaan khas YPM atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan lain.Bagi pelajar dalam negara, hanya yang menuntut di negeri Sabah & Sarawak dan tidak mempunyai apa-apa pembiayaan (kecuali persendirian atau pinjaman PTPTN) sahaja yang layak dipertimbangkan.Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahajaTidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat manamana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan bantuan tambang ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web http://yp.maidam.gov.my/iptonline/.Klik bahagian \u2018Daftar Perngguna.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Simpan.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.Klik bahagian \u2018Permohonan\u2019 dan kemudian \u2018Bantuan Awal.\u2019Isi maklumat yang diperlukan.Muat naik dokumen yang diperlukan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik dalam sistem permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan sijil ijazah asal/sementara (Syahadah Muaqqatah)Salinan surat pengesahan tamat belajar.Surat pengesahan tajaan/pinjaman pengajian semasa.Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradikdalam tanggungan.Salinan sijil SPM/ STPM/ sijil berhenti sekolah.Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ Penjaga.Salinan asal tiket kapal terbangSurat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut.Salinan sijil kematian/cerai (jika berkaitan).Slip permohonan.\nUntuk slip permohonan, surat akuan pendapatan, dan surat akaun mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM. \nDokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/Pengerusi Masjid/JPKK/Penghulu/Yang Berhormat (YB).\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT, sila hubungi Yayasan Pendidikan MAIDAM di talian 09-622 3500.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/heat-korea-selatan-2022/", "title": "HEAT: Tawaran Biasiswa Ijazah Kedoktoran di Korea Selatan 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nAhli akademik yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran di Korea Selatan dan memperoleh biasiswa kini boleh membuat permohonan\u00a0menerusi program\u00a0Higher Education for\u00a0ASEAN\u00a0Talents\u00a0(HEAT):\u00a0Scholarship Opportunity for\u00a0ASEAN\u00a0Faculty Members in the\u00a0Republic of Korea\u00a0(ROK).\nUntuk makluman, HEAT merupakan program yang dilaksanakan menerusi Dana Kerjasama ASEAN-Korea (ASEANKorea Cooperation Fund) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Korea, Kementerian Luar Negeri Korea, Kementerian Pendidikan ASEAN dan SekretariatASEAN.\nMatlamat utama pelaksanaan program ini adalah untuk membuka lebih banyak peluang kepada ahli akademik negara-negara ASEAN untuk melanjutkan pengajian di Korea Selatan dengan matlamat untuk meningkatkan kepakaran serta meningkatkan jalinan kerjasama di dalam bidang pendidikan tinggi di antara Korea Selatan dan ASEAN.\nUntuk tahun 2022, seramai 30 pensyarah dari 10 negara ASEAN dengan Ijazah Sarjana akan dipilih bagi menyertai program ini.\n\nMengenai Biasiswa\nTempoh pemberian biasiswa untuk pengajian Ijazah Kedoktoran ini adalah selama 3 tahun termasuk sokongan untuk perbelanjaan penginapan dan lain-lain.\nBiasiswa yang akan diterima pemohon adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nBayaran penuh pendaftaran dan pengajian di universiti.Perbelanjaan sara hidup $ 1,100 sebulan selama tiga tahun.Sokongan tambang penerbangan (sekali).Elaun perpindahan (satu kali, $ 300).Yuran percetakan tesis (satu kali, $ 500).\nSenarai Universiti\nSenarai universiti di Korea Selatan yang akan terlibat di dalam program ini adalah seperti berikut:\nChung-Ang UniversityEwha Womans UniversityJeonbuk National UniversityKangwon National UniversityKorea UniversityKyung Hee University\nBidang Yang Layak Memohon\nBidang yang layak memohon bagi program ini adalah seperti berikut:\nUniversitiBidangChung-Ang University\u2013 Bahasa dan Kesusasteraan Korea\u2013 Kimia\u2013 Sains dan Teknologi Makanan \u2013 Makanan dan Nutrisi\u2013 Kejuruteraan Kimia dan Sains Bahan Sains \u2013 Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik -Sains Komputer dan Kejuruteraan\u2013 Perubatan\u2013 JururawatEwha Womans University\u2013 Pengajian Antarabangsa \u2013 Pengajian Korea \u2013 Tafsiran dan Penterjemahan \u2013 Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa \u2013 Pendidikan Korea \u2013 Kajian Korea Utara \u2013 Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris \u2013 Kebajikan sosial \u2013 Pengajian Wanita \u2013 Pendidikan \u2013 Pentadbiran perniagaan\u2013 Sains Pemakanan dan Pengurusan Makanan \u2013 Sains Kejururawatan \u2013 EcoSains \u2013 Sains Farmaseutikal \u2013 Sains Industri Farmaseutikal \u2013 Artificial Intelligence dan Perisian (Sains Komputer dan Kejuruteraan)Jeonbuk National University\u2013 Kejuruteraan Konvergensi Nano \u2013 Sains Komputer dan Kejuruteraan \u2013 Kejuruteraan elektronik\u2013 Perubatan Veterinar \u2013 Sains Perubatan \u2013 PerubatanKangwon National University\u2013 Perdagangan Antarabangsa \u2013 Pertanian dan Sumber EkonomiKorea University\u2013 Sivil\u2013 Alam Sekitar dan Kejuruteraan Seni Bina Kyung Hee University\u2013 Bahasa dan Kesusasteraan Korea (Seoul) \u2013 Pelancongan (Seoul) \u2013 Bahasa Antarabangsa Korea dan Budaya (Global) \u2013 Bahasa Inggeris-Amerika dan Budaya (Global) \u2013 Kerjasama Pembangunan Antarabangsa (Global)\u2013 Fizik (Seoul) \u2013 Bioteknologi (Global)\u2013 Paparan Maklumat (Seoul) \u2013 Kejuruteraan Senibina (Global) \u2013 Kejuruteraan Mekanikal (Global) \u2013 Kejuruteraan Awam (Global) \u2013 Kejuruteraan Elektronik (Global) \u2013 Sains Komputer dan Kejuruteraan (Global)\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:\nPemohon merupakan warganegara ASEAN dan sedang bekerja sebagai pensyarah sepenuh masa di universiti negara asal.Pemohon di bawah umur 45 tahun dengan ijazah sarjana atau setaraf denganIjazah Sarjana.Pemohon merupakan pensyarah yang mempunyai kewarganegaraan ASEAN dan telah bekerja di universiti negara asal selama empat tahun.Pemohon mempunyai ijazah sarjana atau lebih tinggi pada masa permohonan.Pemohon sihat dari segi mental dan fizikal untuk belajar di Korea untuk tempohyang lama.Pemohon telah membincangkan cuti akademik dengan universiti tempat merekasedang bekerja dan akan memberi sumbangan kepada universiti mereka bekerjaselepas selesai pengajian.Pemohon berumur di bawah 45 tahun pada tarikh pengajian bermula iaitu 1 September 2020.Pemohon yang mempunyai tahap penguasaan bahasa Korea atau Inggeris yangmencukupi.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, pemohon perlu membuat permohonan terus kepada universiti mel udara atau dalam talian kepada salah satu daripada enam yang ditetapkan universiti secara langsung iaitu:\nChung-Ang University- http://www.cau.ac.kr (permohonan sebeleum 8 April 2022)Ewha Womans University- htpp://www.ewha.ac.kr (permohonan sebelum 18 Mac 2022)Jeonbuk National University- http://www.jbnu.ac.kr (permohonan sebelum 25 Mac 2022)Kangwon National University- http://www.kangwon.ac.kr (permohonan sebelum 11 Mac 2022)Korea University- http://www.korea.ac.kr (permohonan sebelum 25 Mac 2022)Kyung Hee University- http://www.khu.ac.kr (permohonan sebelum 18 Mac 2022)\nPertanyaan Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai program HEAT, sila hubungi urusetia Bahagian Kerjasama Antarabangsa, KCUE, Ms.\u00a0Jeongyoon Won menerusi alamat email\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0atau no telefon +82-2-6919-3917.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-pahang-sekolah-rendah-2023/", "title": "Permohonan Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) Tahun 4 Sesi 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang telah membuka permohonan baharu bagi Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) untuk murid-murid Tahun 4 sesi persekolahan 2023 di Sekolah Kebangsaan/ Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)/Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dalam negeri Pahang.\nUntuk makluman, Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) yang sebelumnya dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) telah mula diperkenalkan pada tahun 2002. \nPada peringkat awal biasiswa ini diperkenalkan, kumpulan sasar adalah anak-anak dari keluarga miskin/daif dengan pendapatan keluarga dibawah paras RM700 sebulan namun kini telah diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan dibawah paras RM 2,500 sebulan.\nBagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah di Tahun 3 pada tahun ini dan berminat untuk memohon, permohonan boleh dibuat mulai 22 Ogos 2022 sehingga 7 Oktober 2022.\n\nKadar Biasiswa\nSebelum tahun 2012, kadar biasiswa yang diberikan kepada mereka yang layak adalah berjumlah RM250 setahun.\n\n\n\n\nNamun, mulai 2013, kadar biasiswa telah dinaikkan kepada kepada RM300 setahun bagi murid Tahun 4 yang memohon.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nPemohon adalah warganegara Malaysia.Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai: pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.Pemohon dan ibu bapanya atau penjaganya yang lahir di luar Pahang dan ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia\u00a0tidak layak memohon. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)\u00a0diberi keutamaan.Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap)\u00a0tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.Pemohon mestilah sedang belajar di Tahun 3 bagi tahun semasa di Sekolah Kebangsaan/Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)/Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Negeri Pahang Darul Makmur.Murid yang pernah digantung/dibuang sekolah tidak layak memohon.\nTatacara Permohonan\nIbu bapa yang ingin memohon boleh mendapatkan borang permohonan melalui sekolah sahaja.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah), sila layari laman web Yayasan Pahang di link berikut https://www.yp.org.my/ atau menghubungi 09-518 1800.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/e-jawi-makmur/", "title": "e-Jawi Makmur: Terjemah Rumi Ke Jawi Secara Online", "body": "\n\n\n\n\n\nTahukah anda, anda kini boleh menterjemah rumi ke jawi menerusi laman e-Jawi Makmur?\nAnda kini boleh menterjemah rumi ke jawi hanya secara atas talian menerusi laman e-Jawi Makmur yang dibangunkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).\nLaman web ini dibangunkan untuk membantu orang ramai memartabatkan semula tulisan jawi yang telah digunakan sejak sekian lama.\nTambahan pula, laman web ini adalah sebahagian daripada usaha MUIP memartabatkan tulisan Jawi sebagai simbol dan warisan kebudayaan bangsa Melayu.\nSebelum ini, MUIP aktif memartabatkan tulisan jawi menerusi penganjuran siri-siri bengkel dan seminar Jawi yang melibatkan institusi pendidikan di seluruh daerah di negeri Pahang.\n\nMengenai Tulisan Jawi\nTulisan Jawi adalah simbol dan warisan kebudayaan bangsa Melayu yang telah dipraktikkan sejak awal kurun ke-13 Masihi di Tanah Melayu2. \nPerkara ini dibuktikan dengan kewujudan serta penemuan Batu Bersurat serta manuskrip-manuskrip Melayu purba. \n\n\n\n\nTulisan Jawi lebih banyak dikaitkan dengan agama Islam kerana hampir keseluruhan huruf-huruf yang digunakan diambil daripada tulisan Arab yang merupakan bahasa kepada kitab suci al-Quran al-Karim. \nMenurut pengkaji tulisan Jawi, penciptaan tulisan Jawi berlaku dalam tradisi bahasa Melayu dalam wilayah budaya Melayu dan ia memberi kesan yang amat besar kepada bahasa Melayu, bangsa Melayu malah kepada alam Melayu keseluruhannya.\nPenciptaan sistem tulisan Jawi terbentuk oleh kesepaduan rangkaian :\n\nAksara Arab, bahasa Arab dan bangsa Arab. Ini kerana aksara Jawi hasil penyerapan langsung daripada aksara Arab.\nBahasa Melayu dan bangsa Melayu, ini terjadi kerana tulisan Jawi dicipta oleh orang Melayu dalam tradisi bahasa Melayu. Pada masa yang sama orang Melayu juga menuturkan bahasa Melayu dan menggunakan tulisan Jawi sebagai alat berhubung di kalangan mereka.\nAgama Islam, ini terjadi kerana sistem tulisan Jawi menjadi media penyebaran Islam seterusnya mendominasi tradisi keilmuan Islam. Bukan itu sahaja bahkan tulisan Jawi adalah asas untuk mempelajari dan membaca Al-Quran untuk kepentingan ibadah dalam Islam.\n\nKelebihan Laman Web e-Jawi Makmur\nAntara kelebihan laman web ini yang boleh dinikmati oleh orang ramai adalah:\n\nMudah digunakan.\nHasil terjemahan yang pantas.\nPenggunaan secara atas talian pada bila-bila masa dan di mana-mana lokasi yang mempunyai perkhidmatan internet.\n\nCara Penggunaan e-Jawi Makmur\nOrang ramai boleh menggunakan laman web ini menerusi cara penggunaan berikut:\n\nLayari laman web https://www.ejawimakmur.my/.\nKlik butang \u2018Klik Di Sini.\u2019\nMasukkan perkataan yang ingin diterjemahkan.\nKlik butang \u2018Rumi\u2014-> Jawi.\u2019\nPenterjemahan selesao\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai e-Jawi Makmur, sila hantar email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pendaftaran-stpm-2023/", "title": "Pendaftaran Peperiksaan STPM 2023 (Sek Swasta & Persendirian)", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah membuka pendaftaran bagi pelajar sekolah swasta dan persendirian yang ingin mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2023. \nSTPM ialah peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar\u00a0Malaysia bagi Tingkatan 6 yang dilaksanakan oleh MPM. \nPeperiksaan ini merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.\nPeperiksaan ini diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga negara lain seperti Amerika Syarikat, Ireland dan Australia.\nUntuk tahun 2023, pendaftaran peperiksaan STPM bagi calon sekolah swasta dan persendirian boleh dibuat mulai 3 Januari sehingga 24 Januari 2023 secara atas talian.\n\n\n\nKurikulum Peperiksaan\nPelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah bermula pada pengambilan sesi 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.\nSebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM tersebut. \n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. \nBermula pada tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.\n23 mata pelajaran tersebut adalah seperti berikut:\nKodMata Pelajaran900Pengajian Am910Bahasa Melayu911Bahasa Cina912Bahasa Tamil913Bahasa Arab920Literature in English922Kesusasteraan Melayu Komunikatif930Syariah931Usuluddin940Sejarah942Geografi944Ekonomi946Pengajian Perniagaan948Perakaunan950Mathematics (M)954Mathematics (T)958Information and Communications Technology (ICT)\u00a0960Physics962Chemistry964Biology966Sains Sukan970Seni Visual932Tahfiz Al-Quran\nCara Mendaftar\nUntuk permohonan peperiksaan bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu, sila ikuti langkah-langkah berikut: \n\nLayari laman web https://daftarstpm.mpm.edu.my/.\nKlik bahagian \u2018Permohonan Pendaftaran SPM.\u2019\nPilih jenis pengenalan diri dan masukkan no kad pengenalan.\nIsi semua maklumat yang diperlukan.\nMuat naik maklumat peperiksaan.\nKlik butang \u2018Hantar Pendaftaran.\u2019\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai pendaftaran peperiksaan STPM 2023, sila layari laman web MPM iaitu https://www.mpm.edu.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pendahuluan-pinjaman-pelajaran-mara-2023/", "title": "Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) sama ada German-Malaysian Institute (GMI), Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) atau Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM) boleh memohon Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA 2022. \nPinjaman Pendahuluan Pelajaran MARA telah diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar Bumiputera dari keluarga berpendapatan sederhana rendah bagi membiayai perbelanjaan persediaan mereka untuk kemasukan ke IPMA.\nOleh itu, pelajar yang berminat boleh membuat permohonan dengan segara secara atas talian. \n\nObjektif Pelaksanaan \nObjektif pelaksanaan pinjaman pendahuluan ini diwujudkan adalah untuk:\n\nMembantu pelajar-pelajar Bumiputera daripada keluarga berpendapatan kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan; atau\nMengikut garis panduan jadual pemarkahan kelayakan (yang ditetapkan oleh MARA) bagi mengatasi kesulitan kewangan semasa melapor diri memasuki IMPA.\n\nInstitusi Pendidikan\nPelajar yang melanjutkan pengajian di institusi pendidikan berikut layak memohon:\n\nGerman Malaysian Institute (GMI)\nUniversiti Kuala Lumpur (UniKL)\nUniversiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)\nKolej Poly-Tech MARA (KPTM)\n\nSyarat Kelayakan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA 2023\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi memohon pinjaman pendahuluan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nMendapat Tawaran Melanjutkan Pengajian di Institusi Pendidikan MARA (GMI/UNIKL/KPTM/KUPTM) sahaja.\nPelajar dan Ibu/Bapa adalah warganegara dan bertaraf Bumiputera.\nBerumur tidak melebihi 35 tahun bagi peringkat Diploma dan 40 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama.\nBebas daripada senarai hiitam MARA.\n\n\nCara Memohon Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA 2023\nPemohon boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nPermohonan boleh dibuat dengan melayari laman web http://online06.mara.gov.my/ependahuluan/. \nKlik bahagian \u2018Permohonan Baru.\u2019\nMasukkan nama, no kad pengenalan, dan nama institusi diikuti dengan butang \u2018Seterusnya.\u2019\nIkuti arahan dan lengkap permohonan sehingga selesai.\n\nSemakan Status\nSemakan status permohonan boleh dibuat menerusi kaedah ini:\n\nLayari laman web http://online06.mara.gov.my/ependahuluan/ver21/index.php?method=ShowLogin.\nMasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nKlik butang \u2018Masuk.\u2019\nStatus permohonan dipaparkan.\n\nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA 2022, sila hubungi talian 03 2613 2000/2042/2110/2038.\nBaca juga: \n\nKonsep ABC KPM: Anak Yang Baik Lagi Cerdik\nKadar Fidyah 2023 Mengikut Negeri & Cara Pengiraan\nBuku Teks Kimia Tingkatan 5 Sekolah Menengah KSSM\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tarikh-baharu-peperiksaan-stpm/", "title": "Tarikh Baharu Peperiksaan STPM 2021 Semester 2 & 3", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengumumkan tarikh peperiksaan Semester 3 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 dan juga Ulangan Semester 2 STPM 2021 yang baharu.\nUntuk makluman, STPM ialah peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar\u00a0Malaysia bagi Tingkatan 6.\nPeperiksaan ini disediakan oleh MPM yang merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.\nMenariknya, peperiksaan ini diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga negara lain seperti Amerika Syarikat ,Ireland dan Australia.\nKurikulum Peperiksaan\nPelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah bermula pada pengambilan sesi 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.\nSebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM tersebut. \nWalau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. \n\n\n\n\nBermula pada tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.\n23 mata pelajaran tersebut adalah seperti berikut:\nKodMata Pelajaran900Pengajian Am910Bahasa Melayu911Bahasa Cina912Bahasa Tamil913Bahasa Arab920Literature in English922Kesusasteraan Melayu Komunikatif930Syariah931Usuluddin940Sejarah942Geografi944Ekonomi946Pengajian Perniagaan948Perakaunan950Mathematics (M)954Mathematics (T)958Information and Communications Technology (ICT)\u00a0960Physics962Chemistry964Biology966Sains Sukan970Seni Visual932Tahfiz Al-Quran\nPerubahan Tarikh Peperiksaan \nMengikut tarikh asal, peperiksaan Semester 3 STPM 2021 ialah 18, 19, 24, 25 dan 26 Mei 2022, manakala Ulangan Semester 2 STPM 2021 pada 13, 14, 15 dan 16 Jun 2022.\nNamun tarikh baharu yang diumumkan bagi peperiksaan Semester 3 STPM 2021 adalah pada 25, 26 Mei dan 13, 14 serta 15 Jun ini, manakala Ulangan Semester 2 STPM 2021 pada 16, 20, 21 dan 22 Jun ini.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai jadual waktu peperiksaan Semester 3 STPM 2021 dan jadual waktu peperiksaan Ulangan Semester 2 STPM 2021 yang telah dikemas kini pada 9 Mei lalu boleh dimuat turun melalui portal MPM di\u00a0www.mpm.edu.my.\nUntuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, MPM melalui e-mel\u00a0[email\u00a0protected]\u00a0atau telefon di talian 03-61261600 samb. 1661/1662/1663/1664/1665.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-sultan-ibrahim/", "title": "Permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim Untuk Ijazah Sarjana & PhD", "body": "\n\n\n\n\n\nMahasiswa daripada Negeri Johor yang akan atau sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD), sukacita dimaklumkan permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim telah dibuka.\nBiasiswa Sultan Ibrahim yang diuruskan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) ditawarkan kepada mahasiswa di negeri tersebut yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan PhD di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).\nBiasiswa ini diwujudkan untuk membantu mahasiswa yang tidak mendapat mana-mana tajaan atau pembiayaan pelajaran daripada pihak-pihak lain.\nOleh itu, pemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 21 September hingga 30 September 2021 secara atas talian sahaja.\n\nTempoh Tajaan\nTempoh tajaan yang ditetapkan mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut:\nIjazah Sarjana: 1 hingga 2 tahunPhD: 3 hingga 4 tahun\nKadar Biasiswa\nKadar biasiswa yang ditawarkan mengikut peringkat pengajian adalah seperti berikut:\nKategoriYuran Pengajian (sepanjang pengajian)Elaun Sara Hidup (setahun)Ijazah SarjanaTidak Melebihi RM10,000RM12,000PhDTidak Melebihi RM24,000RM18,000\nSyarat Umum\nSyarat umum yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\nPemohon hendaklah\u00a0menetap\u00a0di Negeri Johor.Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir di Negeri Johor.Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) dan PhD di IPTA sahaja.Umur pemohon tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.Pemohon memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran\u00a0tidak bersyarat\u00a0daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT.Baki pengajian pemohon sekurang-kurangnya setahun atau lebih.Pengajian adalah sepenuh masa sahaja.Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama.Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.\nSyarat Khusus Akademik\nSelain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus akademik yang ditetapkan iaitu:\n\n\n\n\ni) Pengajian Ijazah Sarjana\nMemiliki\u00a0Ijazah Sarjana Muda\u00a0atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama/PNGK\u00a03.75\u20134.00 atau setara.\nii) Pengajian PhD\nMemiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama/PNGK\u00a075\u20134.00 atau setara.Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf (conversion) kepada Doktor Falsafah oleh Senat IPT.\nCara Membuat Permohonan\nUntuk membuat permohonan Biasiswa Sultan Ibrahim ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web permohonan\u00a0http://prolims.ypj.gov.my/.Klik bahagian \u2018Permohonan Pra Pendaftaran.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Daftar Pra Permohonan.\u2019Log masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan.Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Cetak borang permohonan dan sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.Susun dokumen sokongan mengikut turutan. Masukkan kesemua dokumen sokongan kedalam sampul surat bewarna coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.Tuliskan jenis permohonan di penjuru atas kanan sampul iaitu \u2018BSI.\u2019Masukan ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (bagi yang memilih kaedah serahan tangan).Bagi yang memilih kaedah Pos, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number dan dihantar ke alamat berikut:Yayasan Pelajaran Johor,No. 15, Bangunan YPJ Jalan Nuri,Larkin Jaya, Kg Dato\u2019 Onn Jaafar,Karung Berkunci 711,80990 Johor Bahru,Johor Darul Takzim.\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan berikut perlu disahkan sebelum dihantar ke pejabat YPJ iaitu:\nSalinan slip permohonan.Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/penjaga.Salinan surat tawaran pengajian.Salinan transkrip bagi taraf pengajian sebelum.Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi yang sedang mengikuti pengajian sahaja)Salinan struktur yuran sepanjang pengajian.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Sultan Ibrahim, sila hubungi pihak YPJ di talian 07-2344355 atau menghantar menggunakan aplikasi Whatsapp iaitu \u00a0013-7217 355/013-7290 355.\nOrang ramai juga boleh melayari laman web YPJ iaitu http://portal.ypj.gov.my/ untuk maklumat lanjut. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-biasiswa-sarjana-muda-pidm/", "title": "Permohonan Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nSalah satu biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar atau mereka yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta ialah Program Biasiswa Sarjana Muda daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). \nUntuk pengetahuan, PIDM ialah agensi kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2005 bagi melindungi deposit orang ramai di bank serta manfaat takaful dan insurans anda sekiranya berlaku kegagalan sesebuah institusi ahli.\nSelain daripada fungsi utama tersebut, PIDM turut mempunyai program biasiswa yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada penuntut yang layak dan memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian ke IPT.\nOleh itu, pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian sehingga 21 April 2023.\n\nBiasiswa Sarjana Muda PIDM 2023\nSecara umumnya, program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM30,000 setahun bagi setiap individu. Semasa tempoh latihan industri dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000.\nSecara spesifiknya, pelajar akan menerima pembiayaan dan juga menjalani program seperti berikut:\n\nPembiayaan sehingga RM20,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah.\nPembiayaan sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun.\nElaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan;\nProgram Mentor dan Bimbingan: Penerima biasiswa akan mendapat sokongan daripada mentor yang terdiri daripada kalangan tenaga kerja PIDM dan alumni penerima biasiswa yang akan memberi bimbingan dan memantau perkembangan penerima biasiswa secara berterusan sepanjang tempoh program. Penerima biasiswa akan mendapat banyak manfaat daripada pengalaman kumpulan mentor ini.\nProgram Latihan Praktikal: Penuntut mungkin ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (\u2018Purata Nilai Gred Kumulatif\u2019 sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya \u2018Kelas Kedua Atas\u2019 dalam peperiksaan akhir).\n\nBidang Pengajian\nKeutamaan akan diberikan kepada kursus-kursus yang berkaitan dengan kemahiran digital seperti sains komputer, teknologi maklumat, analisis data, pendigitalan,\u00a0kecerdasan buatan,\u00a0reka bentuk teknologi,\u00a0pengatucaraan, keselamatan siber dan kursus-kursus lain yang berkaitan.\u00a0Bidang-bidang pengajian lain seperti pengurusan risiko, sains aktuari, perbankan dan kewangan, statistik, ekonomi, perakaunan dan kelestarian juga akan dipertimbangkan.\nInstitut Pengajian Tinggi\nPelajar di IPT berikut layak untuk membuat permohonan iaitu:\n\n\n\n\ni) Institut Pengajian Tinggi Awam\n\nUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)\nUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)\nUniversiti Malaya (UM)\nUniversiti Malaysia Kelantan (UMK)\nUniversiti Malaysia Pahang (UMP)\nUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP)\nUniversiti Malaysia Sabah (UMS)\nUniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)\nUniversiti Malaysia Terengganu (UMT)\nUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)\nUniversiti Putra Malaysia (UPM)\nUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)\nUniversiti Sains Malaysia (USM)\nUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)\nUniversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)\nUniversiti Teknologi Malaysia (UTM)\nUniversiti Teknologi Mara (UiTM)\nUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)\nUniversiti Utara Malaysia (UUM)\nUniversiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (UniSHAMS)\n\nii) Institut Pengajian Tinggi Swasta\n\nMultimedia University (MMU)\nUniversiti Teknologi Petronas (UTP)\nUniversiti Tenaga Nasional (UNITEN)\nUniversiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)\nUniversiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)\nTunku Abdul Rahman University College (TAR UC)\nUniversity Kuala Lumpur\nMonash University Malaysia\nTaylor\u2019s university\nSunway University\nThe University of Nottingham Malaysia Campus (UNM)\nUCSI University\nAsia Pacific University of Technology & Innovation (APU)\nManagement and Science University (MSU)\nCurtin University Malaysia\nSwinburne University of Technology Sarawak Campus\nSEGI university\n\nSyarat Kelayakan Biasiswa Sarjana Muda PIDM 2023\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut:\n\nPelajar merupakan warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 Januari 2023).\nPermohonan terbuka hanya kepada pemohon yang sudah melengkapkan kursus Pra-Universiti atau sedang dalam semester terakhir kursus Pra-Universiti.\nPemohon hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan STPM atau setara dengan A-Levels (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Levels, anda harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (\u201cPNGK\u201d) sebanyak 3.50 dan ke atas.\nPemohon merupakan seorang penuntut sepenuh masa atau sedang menunggu tawaran kemasukan\u00a0ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang berkaitan dengan PIDM yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (\u201cLAN\u201d), dalam kolej atau universiti yang diluluskan oleh PIDM.\nPemohon tidak dapat meneruskan pengajian sekiranya tanpa bantuan kewangan.\nPemohon tidak menerima biasiswa dan bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan lain.\nPemohon tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan dari mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin ke atas pemohon.\nHanya universiti terkemuka seperti yang disenaraikan oleh Quacquarelli Symonds World University Rankings (\u201cQS\u201d) dan Times Higher Education Rankings (\u201cTHE\u201d) akan diberi pertimbangan.\n\nUntuk mendapatkan biasiswa ini, senarai prasyarat merangkumi:\n\nKeperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa.\nTawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM.\nPenerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan \u2018Purata Nilai Gred Kumulatif\u2019 (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya \u2018Kelas Kedua Atas\u2019 dalam peperiksaan akhir.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat dengan merujuk kepada langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web iaitu https://www.pidm.gov.my/\nKlik butang \u2018Daftar Di Sini\u2019 dan klik butang \u2018Yes.\u2019\nIsi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Create Account.\u2019\nMasukkan username dan password yang didaftarkan diikuti dengan butang \u2018Sign In.\u2019\nBuat permohonan dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.\n\nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM boleh dirujuk melalui pautan https://www.pidm.gov.my/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/fsa2-kwsp/", "title": "Permohonan FSA2: Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP", "body": "\n\n\n\n\n\nPihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan perincian bagi pencarum yang ingin membuat pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dengan cagaran Akaun 2 KWSP menerusi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). \nUntuk makluman, FSA2 diperkenalkan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.\nIni bermakna, simpanan dalam Akaun 2 tersebut boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan untuk memohon kemudahan ini adalah seperti berikut:\n\nTerbuka kepada ahli KWSP warganegara Malaysia yang belum mencapai 55 tahun.\nWarganegara Malaysia.\nPermohonan adalah sekali sahaja.\nPermohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan.\nPermohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 bulan) bermula daripada tarikh pelaksanaan yang akan dimaklumkan kelak.\nAmaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.\nAmaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000.\nAmaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50-55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli.\nMemenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon.\n\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian.\n\n\n\n\nTerdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli iaitu:\n\nMembuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.\nMembuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan.\nMembuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.\n\n\nSemak Baki Akaun 2\nUntuk menyemak baki Akaun 2 KWSP, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member.\nKlik \u201cLog Masuk.\u201d\nMasukkan User ID dan klik butang \u201cNext.\u201d\nMasukkan password.\nBaki akaun dipaparkan.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai FSA2, layari laman web https://fsa2.kwsp.gov.my/ mulai 5 April 2023. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jkpj-jpa-2023/", "title": "JKPJ JPA: Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nLepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 dialu-alukan memohon penajaan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu Program Khas Jepun, Korea,Perancis dan Jerman (JKPJ) 2023.\nProgram Khas JKPJ ini terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2022 yang berminat dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi dan Sains Sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.\nMenerusi program khas ini, pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.\nPermohonan program khas ini dibuka mulai 12 Jun 2023 dan ditutup pada 16 Jun 2023.\n\nBentuk Penajaan JKPJ JPA (Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman)\nBentuk penajaan ini adalah Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:\n\nPinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.\nBayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.\nBayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan\nSelain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.\n\nStruktur Pengajian\nStruktur pengajian bagi pelajar yang menerima penajaan ini adalah seperti berikut:\n\n\nSyarat Umum\nSyarat umum yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang ingin memohon penajaan ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nMempunyai kesihatan yang baik.\nIbu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.\nTidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.\nMenduduki peperiksaan SPM 2022 buat pertama kali.\nUmur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.\n\nSyarat Khusus\nSyarat khusus yang ditetapkan untuk penajaan ini adalah seperti:\n\n\n\n\n\n\n\nTatacara Memohon JKPJ 2023\nPemohon boleh membuat permohonan yang dibuka secara dalam talian (online) di pautan http://esilav2.jpa.gov.my/ bermula 12 Jun 2023 (Isnin), 12.00 tengah hari hingga 16 Jun 2023 (Jumaat), 11.59 malam.\nPemohon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan dan hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. \nPemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak slip pengesahan sebagai bukti permohonan telah dibuat.\nJangkaan Keputusan JKPJ JPA (Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman)\nKeputusan permohonan dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ pada 4 Ogos 2023 (Jumaat).\nPemohon yang tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai Program Khas JKPJ 2023, sila hubungi talian 03-8885 3297 atau menghantar email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/penajaan-biasiswa-kemasukan-aiu/", "title": "Permohonan Penajaan Biasiswa Kemasukan Ke AIU", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang masih lagi belum mendaftar untuk melanjutkan pengajian di mana-mana IPTA/IPTS boleh memohon kemasukan ke AlBukhary International University (AIU) dan mendapat Penajaan Biasiswa Kemasukan ke institusi tersebut. \nUntuk makluman, AIU adalah institusi pendidikan swasta antara yang terkemuka di Malaysia dibangunkan oleh ahli perniagaan terkenal Malaysia iaitu Tan Sri\u00a0Syed Mokhtar Al-Bukhary.\nKampus AIU terletak di Alor Setar dan telah beroperasi sejak tahun 2010 yang menawarkan 9 kursus kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti ini. \nOleh itu, pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di universiti ini dan mendapat penajaan biasiswa kemasukan boleh membuat permohonan bagi sesi pengambilan Oktober 2021. \n\nTawaran Biasiswa\nTawaran Penajaan Biasiswa Kemasukan AIU ini merangkumi beberapa perkara berikut iaitu:\n\n\n\n\nYuran pengajian untuk tempoh 3 tahun pengajian.Yuran penginapan asrama untuk tempoh 3 tahun pengajian.Elaun makan untuk tempoh 3 tahun pengajian.\nProgram Pengajian\nProgram pengajian yang ditawarkan menerusi pengambilan ke AIU ini adalah seperti berikut:\nIjazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian).Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran.Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia.Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian).Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian).Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian).Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Rendah (Kepujian).Ijazah Sarjana Muda Media dan Komunikasi (Kepujian).Ijazah Sarjana Muda Pembangunan dan Sosial (Kepujian).\nSyarat Kelayakan\nPemohon yang ingin mendapatkan penajaan biasiswa ini perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:\nPemohon mestilah bujang.Permohonan terbuka kepada lelaki dan wanita.Pemohon berumur 18-22 tahun.Pendapatan bulanan keluarga pemohon minima RM2,900.CGPA minimum pemohon mestilah 2.80 dan ke atas pada peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi atau setaraf.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://apply.aiu.edu.my/index.php?page=home.Klik bahagian \u2018First Time Login?\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik gambar berukuran passport.Klik butang \u2018Register.\u2019Log masuk dengan memasukkan email dan dan kata laluan.Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul untuk melengkapkan permohonan.Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi. \nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi AIU di talian 04-7747392 atau menghantar email ke [email\u00a0protected]/[email\u00a0protected]. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kata-kerja-perbezaan-contoh-ayat/", "title": "Kata Kerja Transitif & Tak Transitif: Perbezaan & Contoh", "body": "\n\n\n\n\n\nKata kerja merupakan antara pembelajaran penting yang perlu diketahui di dalam tatabahasa Bahasa Malaysia.\nIni bagi memastikan setiap ayat yang dibina dan yang mempunyai kata kerja adalah betul dalam aspek tatabahasanya.\nOleh kerana itulah, murid-murid di sekolah perlu menguasai perkara ini termasuklah di dalam penulisan. \n\nMaksud Kata Kerja\nDi dalam tatabahasa Bahasa Malaysia, terdapat 2 jenis kata kerja.\nSebelum mengetahui mengenai maksud kedua-dua kata kerja ini, adalah penting untuk mengetahui maksud kata kerja terlebih dahulu.\nApakah yang dimaksudkan dengan Kata Kerja?\nKata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu sama ada oleh manusia, haiwan atau sesuatu benda.\nJenis Kata Kerja\ni) Kata Kerja Transitif\nKata kerja ini adalah kata kerja yang diikuti oleh objek iaitu kata nama bagi melengkapkan maksud ayat tersebut.\u00a0\nIni boleh dikenal pasti melalui imbuhan di dalam sesuatu perkataan.\nImbuhanContoh PerkataanContoh AyatKata kerja berawalan meN-Mencuci, menendang, menjala, menebangHashim menendang bola di padang.Kata kerja berawalan Ter-Terlanggar, termakan, terpijakRahman termakan roti rahimKata kerja berapitan meN\u2026-iMenaiki, mendekati, menyertaiGurusamy menaiki bas ke pekan.Kata kerja berapitan meN\u2026._kanMengemaskan, memasukkanAmir telah mengemukakan cadangan yang baik.Kata kerja berawalan memper-Memperbuat, memperlebarBuruh-buruh itu sedang memperlebarkan jalan raya di kawasan kampung.Kata kerja berapitan memper-\u2026.-iMemperbaiki, mempelajariSara sedang mempelajari bahasa Jerman.Kata kerja berapitan memper-\u2026.-kanMemperkenalkan, mempertemukanHussain telah memperkenalkan Osman kepada ibu bapanya.\nii) Kata Kerja Tak Transitif\n\n\n\n\nKata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut kerana sudah sempurna maknanya dengan tidak memerlukan objek dan boleh berdiri sendiri di dalam ayat.\nImbuhanContoh PerkataanContoh AyatKata kerja berawalan meN-Menyanyi, menangisOmar menyanyi sambil makan.Kata kerja berawalan beR-Berjalan, bersenamHakimi sedang berjalan di taman. Kata kerja berawalan teR-Terjatuh, tersenyumAdik terjatuh di halaman rumah tadi.Kata kerja berapitan ber-\u2026.-anBersalaman, berpelukanIbu bapa Idris berpelukan sebaik saja bertemu.\nKata kerja tak transitif boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu\n\nKata kerja tak transitif berpelengkap.\nKata kerja tak transitif tanpa pelengkap.\n\nKata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang memerlukan kata atau frasa tertentu selepas kata kerja untuk melengkapkan maksud ayat itu.\nContoh ayat: Pengemis itu tidur\u00a0berselimutkan\u00a0surat khabar.\nAyat di atas tidak akan lengkap tanpa objek surat khabar selepas kata kerja berselimutkan.\nKata kerja tak transitif tanpa pelengkap pula bermakna kata kerja itu boleh berdiri dengan sendiri dan masih membawa makna ayat yang hendak disampaikan walaupun tiada kata atau frasa selepas ayat itu.\nContoh ayat: Mereka berdua asyik berbual.\nAyat di atas telah lengkap tanpa wujudnya objek selepas kata kerja berbual. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur keterangan untuk maklumat tambahan.\nContoh ayat: Mereka berdua asyik berbual di kedai makan.\nSumber: https://question.pandai.org/note/read/kssm-bm-08-05-06/KSSM-F2-BM-05-01-04.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-keputusan-stam/", "title": "Semakan Keputusan Peperiksaan STAM Mulai 18 April 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022, semakan keputusan peperiksaan STAM boleh dibuat mulai 18 April 2023.\nSTAM adalah peperiksaan yang setaraf dengan STPM yang telah diperkenalkan pada tahun 2000 hasil Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan yang ditandatangani pada 18 November 1999 antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Al-Azhar Al-Syarif.\nPeperiksaan ini adalah merupakan syarat kelayakan bagi pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir.\n\nBidang & Subjek Ditawarkan Bidang STAM\nTerdapat 3 bidang yang akan dipelajari oleh pelajar iaitu:\n\nBahasa Arab\nSyariah\nUsuluddin\n\nDaripada 3 bidang tersebut, sebanyak 10 subjek yang akan dipelajari iaitu:\n\nHifz Alquran dan Tajwid\nFiqh\nTauhid dan Mantiq\nTafsir dan Ulumuhu\nHadith dan Mustolah\nNahu dan Sarf\nInsya\u2019 dan Mutalaah\nAdab dan Nusus\n\u2019Arudh dan Qafiyah\nBalaghah\n\nPangkat Peperiksaan\nPelajar yang menduduki peperiksaan ini akan memperoleh pangkat yang ditetapkan iaitu:\n\nMumtaz (cemerlang)\nJayyid Jiddan (sangat baik)\nJayyid (baik)\nMaqbul (lulus)\n\nCara Semakan Keputusan STAM\nKeputusan peperiksaan boleh disemak menerusi 3 kaedah iaitu:\ni) Melalui Sekolah atau Pos\nCalon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 18 April 2023. \n\n\n\n\nUntuk calon persendirian, slip keputusan peperiksaan STAM akan dihantar melalui pos pada 18 April 2023.\nii) Dalam Talian\nSemakan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2022 mulai pukul 10.00 pagi pada 18 April 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 April 2023.\niii) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)\nSemakan boleh dibuat melalui SMS dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.\nSistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 18 April 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 April 2023.\n\nInfo Lanjut Semakan STAM \nInfo lanjut mengenai semakan keputusan peperiksaan STAM, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/perkasa-tvet/", "title": "PERKASA TVET: Pembiayaan Latihan Jangka Pendek 6 Bulan", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang berminat untuk menguasai menguasai kemahiran baru atau peningkatan kemahiran, mereka boleh menyertai program latihan jangka pendek selama 6 bulan menerusi Dana Skim Pembiayaan Perkasa TVET\u00a0(PERKASA TVET). \nPERKASA TVET adalah inisiatif yang diumumkan melalui Belanjawan 2022 khusus untuk membantu mereka yang ingin menguasai kemahiran baru atau peningkatan kemahiran yang diperlukan oleh industri dalam pengeluaran pekerja berkemahiran tinggi menerusi latihan jangka pendek.\nPembiayaan ini disediakan khusus kepada lepasan sekolah/belia/pekerja yang ingin mengikuti Program Latihan Kemahiran sama ada di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), atau Diploma Latihan Kemahiran Malaysia (DLKM) di pusat-pusat latihan awam dan swasta yang berdaftar dengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).\nPemohonan ini dibuka sehingga 30 Jun 2022 berdasarkan prinsip\u00a0first come first serve\u00a0atau sehingga dana ini telah digunakan sepenuhnya.\n\nJangka Masa Program\nProgram ini adalah program latihan kemahiran jangka pendek iaitu kurang daripada 6 bulan termasuk secara program penuh atau\u00a0modular\u00a0atau Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) atau bergantung kepada permintaan majikan/industri di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Penyedia Latihan Awam (PLA)/ Penyedia Latihan Swasta (PLS) digalakkan menawarkan kursus latihan secara\u00a0\u201cvalue added\u201d\u00a0bagi meningkatkan kebolehpekerjaan pelatih.\n\n\n\n\nPelatih diberikan penempatan pekerjaan/peningkatan kerjaya terlebih dahulu oleh majikan dan menjalani lathihan di PLA/PLS berdasarkan kepada konsep\u00a0Place and Train.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi individu yang berminat mendapatkan pembiayaan ini adalah seperti berikut:\nTerbuka kepada semua warganegara Malaysia.Berumur 15 hingga 45 tahun pada tahun permohonan.Mengikuti program latihan yang diluluskan oleh PTPK.Mana-mana orang yang memerlukan pekerjaan beserta latihan melalui konsep\u00a0Place and Train.Tiada bantuan kewangan daripada agensi lain. \nCara Memohon\nIndividu yang ingin membuat permohonan perlu memohon menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf3epmfJ0eLBbS5dYTRDuSWYSvqfxEK63e3WhmNBIGOYwJOVQ/viewform?fbzx=-7153001926214977385.Klik butang \u2018Next.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Next\u2019 dalam setiap paparan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.Hantar dokumen yang diperlukan melalui email [email\u00a0protected] atau secara pos ke alamat:Urusetia PERKASA TVET 1.0,Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK),Aras 18, Menara Dato\u2019 Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra(WTCKL),Jalan Tun Ismail, 59480 Kuala Lumpur.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai PERKASA TVET, sila hubungi 0132297107 (En Zamir) dan 03-40476188 (Pn Syaidatul). \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/penajaan-program-profesional-fia-acca/", "title": "Penajaan Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA MyPac & ZPP", "body": "\n\n\n\n\n\nMyPAC dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah menawarkan tawaran penajaan penuh kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermastautin di Pulau Pinang untuk Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA.\nProgram Perakaunan Profesional FIA-ACCA adalah program kemasukan yang ditetapkan untuk graduan yang ingin meneruskan kerjaya dalam perakaunan dengan memperoleh pensijilan ACCA, badan perakaunan profesional yang diiktiraf di peringkat global.\nMenerusi program ini, pihak ZPP akan menaja lepas SPM yang berminat dan layak untuk memohon program ini bagi kemasukan Julai 2022.\nPermohonan program ini telah dibuka mulai 27 Julai 2022 sehingga 1 Julai 2022 yang boleh dipohon secara online.\n\nTempoh Pengajian\nPelajar yang layak menyertai program ini akan mengikuti pengajian selama 4 tahun. \n\n\n\n\nMereka yang tamat pengajian dalam program ini akan diiktiraf sebagai Akauntan Profesional.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi pelajar adalah seperti berikut:\nBeragama Islam.Bermastautin di Pulau Pinang.Umur tidak melebihi 19 tahun.Minimum 5A dalam SPM termasuk Matematik dan B untuk Bahasa Inggeris.Berada dalam kategori B40 (pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,850.00 sebulan. \nCara Memohon\nPermohonan program ini boleh dibuat dengan merujuk cara memohon seperti berikut:\nLayari pautan berikut iaitu\u00a0https://forms.gle/7BAqw9RXtRZkznBv8.Baca syarat permohonan yang ditetapkan. Klik butang \u2018Next.\u2019Isi maklumat permohonan yang diperlukan sehingga tamat. Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai tajaan Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA, sila layari Facebook ZPP iaitu https://www.facebook.com/zakatpenang atau menghubungi MyPAC di talian 03-78319990 atau 012-9190210.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pinjaman-pendidikan-boleh-ubah-aswara-2022/", "title": "Permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah ASWARA 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) boleh membuat permohonan pinjaman pendidikan yang ditawarkan iaitu Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah ASWARA.\nPinjaman Pendidikan Boleh Ubah ASWARA ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yangberkelayakan dan tidak menerima apa-apa pinjaman untuk membiayai yuran pengajian mereka di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.\nPermohonan dibuka bermula sehingga 30 November 2022 khusus kepada pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja.\nBayaran Balik Pinjaman\nUntuk pelajar yang menerima pinjaman pendidikan ini, bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:\nHPNGPeratus Bayaran Balik (%)3.75 \u2013 4.0Layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman sepenuhnya3.74 dan ke bawah100 % dikenakan bayaran balik pinjaman\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia.Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon.Pelajar yang mendaftar pengajian sepenuh masa di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)Terbuka kepada pelajar Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1 , 2 dan 3.Bagi pelajar tahun, tiada syarat pencapaian akademik yang diperlukan kecuali bagi pelajar tahun 2 dan 3 disyaratkan memperolehi HPNG 2.00 ke atas bagi keputusan peperiksaan pengajian semasa.Terbuka hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja layak memohon.Pelajar yang telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya Yayasan Negeri, PTPTN, JPA, MARA dan sebagainya tidak layak memohon.Pendapatan isi rumah ibu bapa/penjaga tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan.\nKriteria Pemilihan\nKriteria pemilihan bagi pinjaman pendidikan ini adalah seperti berikut:\nMengisi dan melengkapkan semua maklumat dalam borang permohonan.Memenuhi semua syarat kelayakan pemohon.Menghadiri temuduga dan mendapat sokongan panel temuduga melalui pencapaian markah minimum yang ditetapkan.Permohonan akan dipertimbangkan oleh JawatankuasaPinjaman Pendidikan ASWARA. Jawatankuasa ini akan mengeluarkan surat tawaran dan apabila dipersetujui, borang perjanjian akan ditandatangani oleh Pelajar dan juga pihak ASWARA.Pemohonan yang memenuhi semua syarat kelayakan memohon tidak semestinya ditawarkan pinjaman.\nTatacara Permohonan\nPemohon boleh membuat permohonan pinjaman ini melalui pautan http://my.aswara.edu.my/eDirectory/pages/.\nTatacara lanjut untuk memohon boleh dibuat menerusi gambar di bawah:\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah ASWARA 2022, sila layari laman web http://my.aswara.edu.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/hari-arafah-2023/", "title": "Tarikh Hari Arafah 2023 & Kelebihannya", "body": "\n\n\n\n\n\nDi dalam ibadat Haji, Hari Arafah adalah hari yang mana ianya jatuh pada 9 Zulhijjah bagi setiap kalendar Hijrah.\nDi dalam hari tersebut, jemaah haji akan berwukuf di Padang Arafah bagi menunaikan salah satu rukun Haji.\nIni berdasarkan daripada hadis daripada Abdulrahman bin Ya\u2019mur, bahawa Nabi SAW bersabda:\nMaksudnya: \u2018Haji adalah Arafah\u2019 (Riwayat al-Tirmizi (814)\nTerdapat beberapa kelebihan hari tersebut seperti yang diungkapkan oleh Rasulullah S.A.W di dalam hadis.\n\nHari Raya Untuk Umat Islam\nMenurut satu hadis, Nabi Muhammad S.A.W meletakkan hari tersebut adalah hari raya untuk umat Islam.\nIni adalah berdasarkan daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:\nMaksudnya: \u201cHari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum\u201d (Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa\u2019ie (2954).\nHari Penyempurnaan Agama\nRasulullah S.A.W juga menyatakan hari tersebut merupakan hari kepada penyempurnaan agama.\nIni berdasarkan hadis daripada Umar bin al-Khattab RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepadanya:\nMaksudnya: \u2018Wahai Amir al-Mukminin, satu ayat di dalam kitab kamu (al-Quran) yang kamu membacanya. Jika ia ke atas kami sekalian bangsa Yahudi maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai perayaan. Umar bertanya: Apakah ayat itu?Dia berkata: \u201cAku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu\u201d. Umar berkata: Kami telah ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut ke atas Nabi SAW ketika baginda SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat.\u2019 Riwayat al-Bukhari \u00a0(43) dan Muslim (5334)\nHari Penyaksian\nHari trersebut juga dikatakan merupakan hari penyaksian berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:\n\n\n\n\nMaksudnya: \u201cHari yang dijanjikan adalah hari Kiamat, hari\u00a0Mayshud adalah hari Arafah serta\u00a0 al-Syahid adalah hari Jumaat\u201d\u00a0(Riwayat al-Tirmizi (3262).\nHari Keampunan & Pelepasan Api Neraka\nHari tersebut juga merupakan hari keampunan dan pelepasan api neraka mengikut hadis daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:\nMaksudnya: \u2018Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah\u2019\u00a0 (Riwayat Muslim (2402).\nDianjurkan Untuk Berdoa\nPada Hari Arafah juga, umat Islam dianjurkan untuk berdoa kerana hari tersebut merupakan hari yang mustajab untuk berdoa.\nDaripada Abdullah bin \u2018Amr, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:\n\u201cSebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah\u201d\u00a0(Riwayat al-Tirmizi (3509).\nDianjurkan Untuk Berpuasa\nUmat Islam juga dianjurkan untuk berpuasa pada hari tersebut berdasarkan hadis daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:\n\u201cPuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang\u201d.\u00a0Riwayat Muslim (1977)\nTarikh Hari Arafah 2023\nTarikh Hari Arafah bagi tahun 2023 adalah jatuh pada 27 Jun 2023 iaitu pada hari Selasa.\nIni bermakna, umat Islam yang melakukan ibadah Haji akan menjalani ibadah wukuf pada hari berkenaan iaitu kira-kira\u00a0jam\u00a012.30 tengah hari (waktu\u00a0Arab Saudi) iaitu sekitar\u00a0jam\u00a05.30 petang (waktu Malaysia).\nSumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/fyi/6-kelebihan-hari-arafah-9-zulhijah-pintu-langit-dibuka-dosa-diampun-rebut-pahala-dengan-amalan-terbaik-ini/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-mrsm-2022/", "title": "Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 Sesi 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang bakal memasuki Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2022 boleh mula membuat permohonan bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) seluruh negara sesi tahun 2022. \nUntuk makluman, MRSM merupakan institusi pendidikan di bawah MARA yang ditubuhkan pada Februari 1972 yang memberikan kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar Bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.\nOleh itu, pihak MARA mengalu-alukan pelajar-pelajar yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum adalah dialu-alukan untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.\u00a0\nBagi pelajar-pelajar yang ingin memasuki MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 sesi tahun 2022, permohonan telah dibuka mulai 29 Ogos hingga 5 Disember 2021 secara atas talian.\n\nProgram Pendidikan MRSM\nProgram pendidikan MRSM terbahagi kepada 6 program iaitu:\nMRSM Program PremierMRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)MRSM Program Ulul AlbabMRSM Program TeknikalMRSM Program IB-MYPMRSM Program Bitara\ni) MRSM Program Premier\nProgram ini menawarkan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. \nPelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).\nTerdapat 31 lokasi MRSM yang melaksanakan program MRSM Premier ini iaitu:\nMRSM Batu Pahat, JohorMRSM Mersing, JohorMRSM Muar, JohorMRSM Baling, KedahMRSM Merbok, KedahMRSM Pendang, KedahMRSM PDRM, Kulim KedahMRSM Arau, PerlisMRSM Beseri, PerlisMRSM Felda, Sungkai PerakMRSM Gerik, PerakMRSM Lenggong, PerakMRSM Pasir Salak, PerakMRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar PerakMRSM Pengkalan Hulu, PerakMRSM Jeli, KelantanMRSM Kuala Krai, KelantanMRSM Pasir Tumboh, KelantanMRSM Kuala Berang, TerengganuMRSM Kuala Terengganu, TerengganuMRSM Besut, TerengganuMRSM Muadzam Shah, PahangMRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis PahangMRSM Transkrian, Nibong Tebal Pulau PinangMRSM Tun Mustapha, Tawau SabahMRSM Kota Kinabalu, SabahMRSM Mukah, SarawakMRSM Betong, SarawakMRSM Kuching, SarawakMRSM Terendak, MelakaMRSM Serting, Negeri Sembilan\nii) MRSM Program IGCSE\nProgram ini menawarkan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulumantarabangsa seawal umur 13 tahun lagi menerusi kurikulum Cambridge Syllabus yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.\nPelajar-pelajar yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.\nSebanyak 12 MRSM yang menawarkan Program IGCSE adalah seperti berikut:\nMRSM Johor Bahru, JohorMRSM Kubang Pasu, KedahMRSM Langkawi, KedahMRSM Tumpat, KelantanMRSM Alor Gajah, MelakaMRSM Kuala Klawang, Negeri SembilanMRSM Kuantan, PahangMRSM Tun Abdul Razak, PahangMRSM Parit, PerakMRSM Kota Kinabalu, SabahMRSM Kuching, SarawakMRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor\niii) MRSM Program Ulul Albab\nProgram ini menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.\nPelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard SekolahMenengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah termasuk program nilai tambah Tahfiz al-Quran. \n7 lokasi MRSM yang menawarkan program Ulul Albab iaitu:\n\n\n\n\nMRSM Kota Putra, TerengganuMRSM Gemencheh, Negeri SembilanMRSM Kepala Batas, Pulau PinangMRSM Sungai Besar, SelangorMRSM Semporna, SabahMRSM ATM Bera, PahangMRSM Bagan Datuk, Perak\niv) MRSM Program Teknikal\nProgram ini menawarkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.\nPelajar-pelajar yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.\nHanya 1 MRSM yang menawarkan program teknikal iaitu:\nMRSM Bentong, Pahang\nv) MRSM Program IB-MYP\nProgram ini menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MARA berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kurikulum International Baccaleurate-Middle Year Programme yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.\nPelajar-pelajar yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah. \n 3 lokasi MRSM yang menawarkan program ini adalah seperti berikut: \nMRSM Tun Dr Ismail, JohorMRSM Balik Pulau, Pulau PinangMRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan Sabah\nvi) MRSM Program Bitara\nProgram ini menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar (gifted & talented).\nPelajar-pelajar yang mengambil program ini akan melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).\n 3 lokasi MRSM yang menawarkan program Bitara iaitu: \nMRSM Taiping, PerakMRSM Tun Ghafar Baba, MelakaMRSM Pengkalan Chepa, Kelantan\nSyarat Kemasukan\nPelajar yang berminat untuk memasuki MRSM sama ada Tingkatan 1 atau 4 perlu memenuhi syarat-syarat kemasukan iaitu:\nCalon warganegara Malaysia.Ibu dan/atau bapa ialah warganegara Malaysia.Calon boleh memohon online dan\u00a0wajib\u00a0menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.Calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022 atau lahir pada 2 Jan 2006 hingga 1 Jan 2007 bagi calon Tingkatan 4 2022.Calon dari\u00a0sekolah kebangsaan\u00a0(tahun 1 hinga 6) atau\u00a0sekolah menengah kebangsaan\u00a0(Tingkatan 1 hingga 3) sahaja.Ibu bapa atau penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/Tandakan pada kotak pengakuan dan klik butang \u2018Setuju.\u2019Klik butang \u2018Klik Di Sini\u2019 sama ada untuk permohonan Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.Klik butang \u2018Daftar Pengguna.\u2019Isikan nombor kad pengenalan calon tingkatan 1 atau tingkatan 4 dan klik butang \u2018Hantar.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Hantar.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan calon dan kata laluan.Lengkapkan semua maklumat pemohon, ibu, bapa dan penjaga, pendapatan keluarga, pilihan program, dan MRSM di ruangan yang disediakan.Tandakan pada kotak perakuan pemohon dan klik butang \u2018Hantar.\u2019\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke MRSM boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4222.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kempen-merdeka-with-bigpay/", "title": "Kempen Merdeka With BigPay!: Ganjaran Bayar PTPTN Melalui BigPay", "body": "\n\n\n\n\n\nPeminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini boleh mendapat ganjaran apabila membayar pinjaman PTPTN melalui BigPay menerusi Kempen Merdeka With BigPay!.\nKempen Merdeka With BigPay! adalah kempen yang dilaksanakan dengan kerjasama antara PTPTN dan BigPay untuk menggalakkan dan memudahkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik pinjaman PTPTN di samping berpeluang memenangi ganjaran istimewa.\nUntuk makluman, BigPay adalah aplikasi kewangan yang didatangkan bersama Prepaid MasterCard dan Visa serta aplikasi untuk membolehkan pengguna membuat transaksi bayaran.\nKempen ini diharap dapat memberi peluang kepada para peminjam untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN secara konsisten melalui BigPay.\u00a0\n\nTempoh Kempen\nTempoh kempen ini bermula iaitu dari\u00a015 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022.\nPemberian Ganjaran\nPemberian ganjaran menerusi kempen ini dilakukan menerusi 2 kategori berikut:\n\n\n\n\nKategoriPemberian GanjaranBilangan PemenangBayaran balik pinjaman\u00a0minimum RM2,000 secara\u00a0one off\u00a0menggunakan BigPayRM50\u00a0cashback\u00a0dan 6x mata ganjaran yang akan dikreditkan ke dalam e-wallet BigPay100 pengguna terawal\u00a0setiap bulan (Ogos dan September). Jumlah keseluruhan pemenang yang layak adalah 200 orangBayaran balik pinjaman\u00a0minimum RM200 melalui potongan debit secara berturut-turut pada bulan Ogos dan September menggunakan BigPayBerpeluang memenangi tiket penerbangan domestik bernilai RM20020 pemenang\nSyarat Penyertaan\nSyarat penyertaan kempen ini adalah seperti berikut:\nTerbuka kepada pengguna BigPay atau/dan peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman di dalam tempoh kempen. Setiap pengguna layak menerima pemberian ganjaran sekali sahaja untuk setiap kategori.\nPengumuman Pemenang\nPengguna yang menyertai Kempen Merdeka with BigPay dan layak sebagai pemenang akandiumumkan di media sosial BigPay iaitu:\nInstagram: https://www.instagram.com/bigpayme/?hl=en Facebook: https://www.facebook.com/bigpaymalaysia/\nPemenang kempen akan menerima ganjaran yang ditetapkan dalam tempoh 30 hari setelah kempen tamat.\nPemenang yang memenangi ganjaran tiket penerbangan domestik perlu menghubungi Bahagian Pemasaran BigPay melalui e-mel [email\u00a0protected] dan memberi maklumat seperti berikut:\nNama penuh (mengikut Kad Pengenalan)Nombor telefon bimbitEmel yang digunakan untuk mendaftar dengan BigPay untuk tujuan pengenalan\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Kempen Merdeka With BigPay!, sila layari laman web https://www.ptptn.gov.my/kempen-merdeka-with-bigpay/?fbclid=IwAR3qUlFUq8BQOXSeA2jyyyIY3eKW4ZX2W9PG0lLAzrm3-dBOBtMiv_1K-Qs\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ayat-majmuk/", "title": "Ayat Majmuk: Maksud, Jenis, & Contoh Penggunaanya", "body": "\n\n\n\n\n\nJika ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan predikat, ayat majmuk pula ialah ayat yang menggabungkan beberapa ayat tunggal. \nDalam erti kata yang lain, ayat majmuk wujud disebabkan wujudnya gabungan dua atau lebih ayat tunggal.\nLazimnya, ayat ini lebih panjang dan sesuai digunakan di dalam penulisan karangan yang melibatkan penghujahan isi dan fakta yang dibincangkan.\nJenis Ayat Majmuk\nTerdapat tiga jenis ayat ini di dalam tatabahasa iaitu:\nAyat majmuk gabunganAyat majmuk pancanganAyat majmuk campuran\nAyat Majmuk Gabungan\nAyat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.\nLazimnya, ayat ini digabungkan menggunakan kata hubung seperti dan, tetapi, sambil, serta, kecuali, dan sebagainya.\nContoh ayat: Murid-murid berlari dan bernyanyi.\nDalam ayat tersebut, terdapat dua ayat tunggal iaitu \u201cMurid-murid berlari\u201d dan \u201cMurid-murid bernyanyi.\u201d\nNamun ayat tersebut menjadi kata majmuk apabila digabungkan dengan kata hubung \u201cdan\u201d dan menjadi satu ayat.\nAyat Majmuk Pancangan\nAyat majmuk pancangan terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat tidak sama.\n\n\n\n\nIni bermaksud, satu ayat utama (ayat induk) dan satu atau beberapa ayat kecil dipancangkan dalam ayat utama.\nTerdapat 3 jenis ayat pancangan iaitu:\nAyat relatif: mempunyai kata hubung \u201cyang\u201dAyat komponen: \u201cbahawa,\u201d \u201cuntuk,\u201d \u201csupaya\u201dAyat keterangan: \u201ckerana,\u201d \u201cdengan,\u201d \u201capabila,\u201d \u201cjika,\u201d \u201ckalau,\u201d \u201csemenjak,\u201d \u201csewaktu,\u201d sungguhpun,\u201d \u201cwalaupun,\u201d \u201csemoga,\u201d dan \u201cketika.\u201d\nContoh ayat majmuk pancangan mengikut jenis:\nAyat relatif: Saya membeli baju yang berwarna merah.Ayat komponen: Dia menerangkan bahawa murid itu sakit.Ayat keterangan: Anak itu menangis kerana lapar.\nAyat Majmuk Campuran\nAyat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.\nIni bermakna ayat majmuk campuran terdiri daripada sekurang-kurangnya satu ayat tunggal dan satu ayat majmuk.\nContoh ayat majmuk campuran adalah seperti berikut: Hanif sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih telah lama tidur.\nDalam ayat ini, ayat \u201cHanif sedang membaca buku\u201d ialah ayat tunggal dan \u201cKawan-kawannya yang sudah letih telah lama tidur\u201d ialah ayat majmuk relatif. \nMaklumat Lanjut\nBagi mengetahui lebih lanjut, sila tonton video berikut di pautan https://www.youtube.com/watch?v=EkVYEHeOmAg.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bayar-balik-ptptn-menggunakan-akaun-2-kwsp/", "title": "Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Menggunakan Akaun 2 KWSP", "body": "\n\n\n\n\n\nSalah satu cara untuk membayar balik pinjaman PTPTN adalah menggunakan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).\nUntuk makluman, KWSP membenarkan pencarum atau ahli keluarga pencarum mengeluarkan wang dari Akaun 2 untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN.\nMenariknya, terdapat beberapa kelebihan apabila melakukan pembayaran melalui KWSP seperti peminjam dibenarkan menggunakan simpanan daripada Akaun 2 KWSP peminjam atau pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran).\nSelain itu, peminjam boleh membayar amaun tunggakan, sebahagian atau sekali gus baki pinjaman pendidikan PTPTN dan tiada caj pemprosesan dikenakan malah boleh menikmati penjimatan kos ujrah serta memendekkan tempoh bayaran balik.\n\nPengenalan Tentang Pinjaman PTPTN\nUntuk peminjam yang ingin memohon pinjaman PTPTN, kelayakan pinjaman pendidikan PTPTN yang dimohon oleh pemohon adalah seperti di bawah:\nPeringkat PinjamanKelayakanMaksimumJika pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)75% daripada pinjaman maksimumPendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BPR)50% daripada pinjaman maksimumPendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BPR)\nJumlah pinjaman yang ditawarkan kepada pemohon adalah mengikut mod pengajian sama ada sepenuh masa atau separuh masa.\n\n\n\n\ni) Pengajian Sepenuh Masa\n\nii) Pengajian Separuh Masa\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN adalah seperti berikut:\n\nPemohon merupakan warganegara Malaysia.\nBerumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon.\nMendapat tawaran ke IPTA/IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).\nKursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN.\nBagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon.\nBagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas.\nBaki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari 1 tahun.\nTelah membuka akaun Bank Islam dan SSPN-i/ SSPN-i Plus.\n\nCara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Menggunakan Akaun 2 KWSP\nTerdapat 6 langkah untuk memohon pembayaran balik pinjaman PTPTN menggunakan Akaun 2:\n\nLog masuk i-Akaun KWSP\u2013 Masukkan ID pengguna dan klik log masuk\u2013 Masukkan kata laluan dan klik teruskan\nPermohonan pengeluaran\u2013 Pilih \u2018Pengeluaran\u2019 pada menu utama\u2013 Klik \u2018Permohonan Baharu\u2019\u2013 Pilih jenis pengeluaran pendidikan dan lengkapkan maklumat pengajian \u2013 Klik \u2018Seterusnya\u2019\nLengkapkan maklumat ahli dan amaun kelayakan\u2013 Lengkapkan maklumat peribadi, maklumat perhubungan, maklumat pengeluaran dan butiran pembayaran balik.\u2013 Klik \u2018Seterusnya\u2019\nSemakan ringkasan permohonan pengeluaran\u2013 Semak maklumat permohonan dan klik permohonan TAC\u2013 Masukkan nombor TAC di khidmat pesanan ringkas (SMS) dan klik hantar\u2013 Jika maklumat anda lengkap, klik setuju untuk membuat perakuan diri\nPengesahan permohonan pengeluaran\u2013 Permohonan berjaya dihantar\u2013 Status permohonan akan dihantar melalui SMS atau melalui mesej sekuriti inbox di i-Akaun KWSP\nHadir ke pejabat cawangan KWSP\u2013 Proses pengesanan Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen yang telah ditetapkan oleh KWSP.\u2013 Setelah PTPTN memproses maklumat ini, transaksi akan mengambil masa dalam tempoh tujuh hingga 14 hari waktu bekerja.\n\nSumber: https://sinarbestari.sinarharian.com.my/buletin/langkah-mudah-bayar-balik-ptptn-guna-kwsp?fbclid=IwAR1DSNOwtrNvIc1VpaASIGQ37zS92-kdVvBopikc3CzaHoSjex-1xL-_6Jk\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/protege-maiwp/", "title": "Protege MAIWP: Peluang Kerjaya Graduan Asnaf Lepasan IPT", "body": "\n\n\n\n\n\nGraduan asnaf lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini berpeluang untuk memohon peluang kerjaya di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu Program Protege MAIWP.\nProgram Protege MAIWP ialah diwujudkan bertujuan untuk membantu graduan menganggur dalam membangunkan keupayaan diri secara mempersiapkan dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan potensi diri dan peluang kebolehpasaran graduan.\nMenerusi program ini, graduan asnaf tersebut yang layak akan berpeluang untuk bekerja di MAIWP.\nOleh itu, permohonan program ini dibuka mulai 1 Mei 2022 sehingga 14 Mei 2022 secara atas talian.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak MAIWP bagi pemohon yang berminat untuk memohon program ini iaitu:\n\n\n\n\nPemohon ialah warganegara Malaysia.Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan.Pemohon sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.Pemohon ialah graduan lepasan IPTA/IPTS/Luar Negara.Pemohon ialah golongan asnaf menerusi kiraan had kifayah.\nKeutamaan Permohonan\nKeutamaan permohonan ini diberikan kepada pemohon berikut:\nPenerima biasiswa MAIWP; atauBantuan pelajaran MAIWP.\nCara Memohon\nPermohonan untuk memohon program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf1FqcXn5nayu5UIO-1EVP3a_YbcujcPN0j96q3AErJiOuGDg/viewform.Isi maklumat permohonan dengan lengkap.Muat naik dokumen yang diperlukan.Semak semua maklumat sebelum menghantar.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar adalah seperti berikut:\nSalinan sijil akademik tertinggi.Cetakan had kifayah yang boleh dicetak menerusi pautan berikut https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/kalkulator1.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai permohonan Protege MAIWP, sila layari laman web https://www.maiwp.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/zakat-uum-bil-2-2023/", "title": "Zakat UUM Bil 2 2023: Cara & Panduan Permohonan", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang memerlukan bantuan ketika sedang mengikuti pengajian di universiti terbabit boleh membuat parmohonan Zakat UUM 2023.\nPelaksanaan zakat universiti ini bertujuan bagi membantu dan meringankan bebanan pelajar Islam di UUM dalam meneruskan pengajian mereka.\nPemberian zakat ini diharap mampu meringankan beban pelajar yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau B40.\nOleh itu, pelajar yang berminat untuk membuat permohonan Zakat UUM ini, permohonan boleh dibuat melalui secara atas talian melalui pautan yang disediakan mulai 4 Julai sehingga 20 Julai 2023.\n\nMengenai UUM\nUniversiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam Malaysia yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984, di bawah Perintah Universiti Utara Malaysia 1984.\nUniversiti ini juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.\nTerdapat dua kampus di bawah UUM iaitu kampus utama yang dibina di Sintok, Kedah pada 15 September 1990 dan dibuka secara rasmi pada 17 Februari 2004 dan kampus kedua (kampus bukan kediaman) yang dibina di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon zakat ini adalah seperti di bawah:\n\nBeragama Islam.\nWarganegara dan bukan warganegara.\nPelajar yang berdaftar dengan UUM (pascasiswazah dan sarjana muda).\nPermohonan sekali sahaja dalam tempoh setahun/2 semester.\nPendapatan keluarga di bawah RM4,000.00.\nStatus aktif ketika memohon.\nTermasuk 8 golongan asnaf (Fakir, Miskin, Amil, Mualaf, Al-Riqab, Al-Qarimin, Fisabilillah, dan Ibnu Sabil).\n\nCara Memohon Zakat UUM\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nPelajar boleh melayari pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfpijoDq3G0OPegnZ0_wZ5Tp6sBb229-P0XeuBS2iRd-TBNXg/viewform?fbclid=IwAR0shcIdMk1aHXSFoxG6nSRzbqP33sqyKEpdbOjfCGtyU0JzlxWksb5sT9s.\nIsi setiap maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan tersebut.\nSemak maklumat untuk memastikan tiada maklumat yang tersilap.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Zakat UUM ini, sila hubungi Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) di talian 04-9284089 (Puan Rosnaliza), 04-9284083 (Puan Nurul Hamiza), dan 04-9284086 (En. Shahadat) atau e-mel:\u00a0[email\u00a0protected].\nPelajar juga boleh terus ke pejabat berikut:\u00a0\nBahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD),Jabatan Hal Ehwal Pelajar,Universiti Utara Malaysia,06010 UUM Sintok,Kedah Darul Aman.Tel: 04-9284085/4088/4089/4083E-mel rasmi: [email\u00a0protected]\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pelepasan-pelajar-ipt-pulang-mengundi-pru-15/", "title": "Pelepasan Pelajar IPT Untuk Pulang Mengundi PRU-15", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan diberikan pelepasan untuk mengundi sempena PRU-15.\nMenteri Pengajian Tinggi, YB Dato\u2019 Dr. Noraini Ahmad menjelaskan semua pelajar IPT akan diberikan pelepasan bagi memudahkan mereka pulang dan membuang undi pada hari pengundian nanti.\nSemua IPT di dalam negara adalah perlu untuk memberikan pelepasan kepada para pelajar untuk tujuan tersebut sempena pilihan raya ini.\nOleh sebab itu, semua IPT adalah diminta untuk memastikan semua kelas dan aktiviti yang melibatkan pelajar dalam tarikh pelepasan adalah ditangguhkan dan diadakan pada suatu tarikh yang lain. \nTarikh Pelepasan\nTarikh pelepasan yang akan diberikan kepada para pelajar adalah bermula 17 November sehingga 20 November 2022.\nIni bagi memastikan pelajar mempunyai masa yang mencukupi dan dapat merancang perjanalan untuk pulang mengundi. \n\n\n\n\nMeraikan Semangat Undi 18\nYB Dato\u2019 Dr. Noraini juga menjelaskan, keputusan ini dibuat selaras dengan usaha meraikan semangat pelaksanaan Undi 18 yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 1 Disember 2021 dan dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021.\nPenguatkuasaan ini dilakukan selaras dengan Seksyen 3 (a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019.\nMatlamat pelaksanaan Undi 18 ini adalah untuk melahirkan generasi yang prihatin dengan sistem pemerintahan negara dan berupaya menyumbang kepada pembentukan kerajaan yang berdemokrasi dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.\nTarikh PRU-15\nSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh PRU-15 seperti berikut:\nHari Penamaan Calon: 5 November 2022 (Sabtu)Hari Mengundi Awal: 15 November 2022 (Selasa)Hari Mengundi: 19 November 2022 (Sabtu)\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai pelepasan pelajar IPT sempena PRU-15, sila layari laman web KPT iaitu https://www.mohe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-pinjaman-kerajaan-negeri-sarawak-2023/", "title": "Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (Diploma) 23/24", "body": "\n\n\n\n\n\nSuruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) dan Politeknik untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak Sesi 2022/2023.\nBiasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di IPTA dan Politeknik.\nPelajar yang ditawarkan hanya akan membayar balik 25% daripada keseluruhan peruntukan yang diberi kepada pelajar dengan syarat pelajar tersebut telah menamatkan program pengajian dengan jayanya.\nBagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai 10 Julai 2023 sehingga 23 Julai 2023.\n\nPembiayaan Biasiswa\nPembiayaan yang akan diberikan menerusi biasiswa pinjaman ini adalah termasuk:\n\nYuran Pengajian\nElaun Sara Hidup\nElaun Pengangkutan\nElaun Buku, Pakaian dan lain-lain.\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang diberikan keutamaan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPembuatan\nPertanian\nPelancongan\nPerhutanan\nPerlombongan\nKhidmat Sosial\nTeknologi Maklumat\nSeni Kejuruteraan\nSains\n\nSyarat Permohonan\nPelajar perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:\n\nAnak jati Sarawak.\nTelah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma daripada IPTA dan Politeknik.\nTerbuka kepada semua bidang pengajian kecuali pendidikan (perguruan) atau perubatan.\nPegawai-pegawai Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima separuh gaji atau bergaji penuh adalah tidak layak memohon.\nKeutamaan diberi kepada pemohon dari kalangan keluarga golongan B40 (pendapatan isi rumah RM4,850.00 ke bawah).\n\nCara Permohonan\nSemua permohonan hendaklah dibuat di atas talian melalui laman web https://escholarship.sarawak.gov.my.\nUntuk kemasukan baru, pemohon wajib mengisi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dan bagi pemohon yang sedang dalam pengajian, permohonan hendaklah menggunakan keputusan semester terkini.\nPermohonan yang disenarai pendek akan dipertimbangkan untuk tawaran dan jika tidak dihubungi dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan dianggap tidak berjaya.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak, sila layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak https://psc.sarawak.gov.my atau menghubungi 082-236325/082-236554. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-wanita-berdaya-selangor/", "title": "Permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nWanita di Negeri Selangor kini berpeluang mendapatkan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor atau dikenali sebagai Biasiswa WBS bagi menjalani Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH). \nInisiatif ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor melalui Wanita Berdaya Selangor (WBS) sebagai agensi pelaksana dan telah dilancarkan pada tahun 2021.\nMatlamat program tersebut adalah untuk menyediakan wanita yang berilmu pengetahuan dan berkompetensi tinggi menerusi pendidikan yang berterusan, senada dengan aspirasi Dasar Wanita Selangor dalam Titik Tumpuan 3 iaitu Kepimpinan dan Perwakilan.\nWanita yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 15 Mac 2022 bagi ambilan Mei 2022.\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang ditawarkan menerusi biasiswa ini adalah seperti berikut:\nPengurusanPemasaranSumber ManusiaPerniagaanSains Politik\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\n\n\n\n\ni) Kategori orang awam\nWarganegara Malaysia.Lahir di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun dan merupakan pengundi di Selangor.Wanita berumur 21 tahun hingga 40 tahun.Minat dan aktif dalam kerja kemasyarakatan.Pemohon memenuhi syarat kelayakan\u00a0kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web WBS)\nii) Kategori Alumni Akademi Kepimpinan Wanita (AKW)\nPemohon mengikuti program AKW sehingga tamat pengajian.Pemohon berumur 21 tahun hingga 40 tahun.Pemohon menamatkan pengajian di AKW dan telah bergraduasi.Memenuhi syarat kelayakan\u00a0kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web WBS).\nTatacara Permohonan\nPermohonan Biasiswa WBS boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari pautan pendaftaran https://forms.office.com/r/GxdgQrj2a3%20%20?fsw=0.Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Klik butang \u2018Submit\u2019 setelah semua maklumat diisi.\nKemudian, pemohon perlu menghantar email kepada pihak urusetia [email\u00a0protected] dengan menulis \u2018Nama Penuh \u2013 PPSH KOHORT 2\u2019 di subjek email dan menyertakan:\nSalinan salinan kad pengenalanGambar berukuran passportResume\u00a0Kenyataan Peribadi Permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor:\u201cMengapakah anda berminat untuk melanjutkan pelajaran? Mengapa biasiswa tajaan WBS wajar diberikan kepada anda? Apakah yang ingin anda sumbangkan kepada masyarakat?\u201d (minima 150 patah perkataan).\nMaklumat Lanjut\nSegala maklumat lanjut mengenai Biasiswa WBS boleh dirujuk melalui laman web https://www.wbselangor.com.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/login-mygovuc2-0/", "title": "Login MyGovUC 2.0: Portal Komunikasi Penjawat Awam", "body": "\n\n\n\n\n\nPortal MyGovUC2.0 merupakan portal yang menyediakan perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu yang diuruskan secara berpusat oleh Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit\u00a0(MAMPU).\nMyGovUC 2.0 dilaksanakan sebagai langkah penjimatan kos melalui komunikasi yang diintegrasikan secara kolaboratif yang mana semua sektor awam di Malaysia boleh berhubung dan menjayakan sesuatu projek melalui sistem komunikasi yang ditawarkan oleh MyGovUC 2.0.\nMenerusi portal ini, beberapa perkhidmatan ditawarkan dengan menggabungkan saluran-saluran komunikasi e-mel, persidangan video dan audio, instant messaging serta Sistem Pengurusan Identiti.\nAntara kelebihan utama portal ini adalah penambahan storan iaitu sebanyak 1TB berbanding 20GB sebelum ini. \nSelain itu, portal ini juga turut menawarkan fungsi-fungsi persidangan dalam talian yang dinantikan pengguna seperti\u00a0lobby, recording\u00a0(sehingga 8 jam), latar belakang, dan penghantaran dokumen atau gambar melalui chat. Platform baharu ini juga membenarkan\u00a0\u201cundo send\u201d\u00a0dalam tempoh 30 saat e-mel dihantar, atau tiada had tempoh jika pilihan\u00a0Confidential Mail\u00a0dipilih.\n\n\n\n\n\nKeistimewaan MyGovUC 2.0\nTerdapat beberapa keistimewaan yang boleh digunakan penjawat awam melalui portal ini iaitu:\n\nSatu aplikasi bagi keperluan perhubungan dan kolaborasi.\nDapat digunakan melalui peranti yang boleh menggunakan browser dan aplikasi mobile. \nSingle sign on iaitu akses ke semua perkhidmatan MyGovUC2.0.\nBoleh bermesyuarat di mana-mana dengan selamat dan selesa.\nMemudahkan kolaborasi menggunakan dokumen yang disimpan di dalam talian.\nDapat berhubung dan bekolaborasi dalam kumpulan.\nMemudahkan perhubungan antara individu dengan sejarah chatting yang disimpan. \nJaminan kawalan akses dan pelindungan maklumat.\n\nPerkhidmatan Yang Ditawarkan \nPortal MyGovUC 2.0 ini menyediakan perkhidmatan utama seperti:\n\nE-mel: E-mel dapat diakses melalui kemudahan desktop dan peranti mudah alih. \nSmartAttach: Perkhidmatan ini membolehkan pengguna melampirkan dokumen yang bersaiz besar melebihi 15 MB melalui e-mel.\nTeamChat: Perkhidmatan ini mempunyai fungsi kolaborasi untuk pasukan atau projek serta mempunyai fungsi lebih berbanding WebChat iaitu perkongsian fail, panggilan conference, penjadualan temujanji dan lain-lain.\nWeb Documents: Perkhidmatan ini adalah bagi aplikasi desktop manakala bagi peranti mudah alih dikenali sebagai iceChat. WebChat menyediakan pelbagai kaedah untuk berkomunikasi dengan contact yang ada seperti penghantaran mesej, panggilan audio/video, menghantar e-mel, perkongsian fail dan boleh melihat sejarah perbualan.\nPengarkiban dalam talian: Perkhidmatan ini membolehkan fungsi pengarkiban e-mel pengguna dilaksana secara automatik.\nConferences: Perkhidmatan ini disediakan yang membolehkan pengguna berhubung secara one to one atau one to many mengikut keperluan dan maksimum 75 peserta dalam satu sesi untuk persidangan yang dibenarkan.\nTeamChat: Perkhidmatan ini mempunyai fungsi kolaborasi untuk pasukan atau projek serta mempunyai fungsi lebih berbanding WebChat iaitu perkongsian fail, panggilan conference, penjadualan temujanji dan lain-lain.\nWebChat/IceChat: Perkhidmatan ini adalah bagi aplikasi desktop manakala bagi peranti mudah alih dikenali sebagai iceChat. WebChat menyediakan pelbagai kaedah untuk berkomunikasi dengan contact yang ada seperti penghantaran mesej, panggilan audio/video, menghantar e-mel, perkongsian fail dan boleh melihat sejarah perbualan\nMail Relay: Perkhidmatan penghantaran notifikasi secara pukal.\nPembelajaran dalam talian: Perkhidmatan ini membolehkan pengguna di agensi mempelajari perkhidmatan MyGovUC 2.0 secara dalam talian.\n\nCara Login MyGovUC 2.0 \nUntuk login portal ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://www.mygovuc.gov.my/. \nKlik bahagian \u2018Log Masuk MyGovUC 2.0\u2019\nLogin dengan memasukkan User ID (nama.agensi) dan password mengikut password yang ditetapkan (minimum 12 character, 1 huruf besar, 1 simbol (kecuali simbol &) dan 1 nombor).\nSelepas berjaya login, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. \n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di talian 03-83200660 atau email ke [email\u00a0protected]. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tajaan-pendidikan-lznk/", "title": "Permohonan Tajaan Pendidikan LZNK Kategori Universiti Awam 2021", "body": "\n\n\n\n\n\nLembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mengalu-alukan anak-anak Negeri Kedah yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam dalam negara untuk memohon Tajaan Pendidikan LZNK. \nTajaan Pendidikan LZNK merupakan tajaan penuh sepanjang pengajian kepada mahasiswa/mahasiswi yang berkelayakkan mengikut syarat dan jumlah kuota ditetapkan.\nBagi sesi kemasukan tahun 2021/22, kouta tajaan yang ditawarkan adalah seramai 30 orang bagi pelajar Tahun 1.\nTawaran tajaan ini adalah dibawah asnaf Asnaf Fisabilillah yang mana sumber kewangan adalah hasil kutipan zakat Negeri Kedah dan diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang layak.\nPemohon yang berminat untuk mendapatkan tajaan ini boleh membuat permohonan sebelum 30 November 2021. \n\nKadar Tajaan\nPelajar yang layak menerima tajaan ini bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda akan menerima tajaan sebanyak RM3,750.00 bagi satu semester.\nIni bermakna, mereka akan mendapat tajaan setahun sebanyak RM7,500.00.\n\n\n\n\nSenarai Universiti Awam\nPemohon yang menyambung pengajian di Universiti Awam berikut layak untuk memohon iaitu:\nUniversiti Malaya (UM)Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Universiti Teknologi MARA (UiTM)Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Malaysia Pahang (UMP)Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Utara Malaysia (UUM)\nSyarat Umum\nPemohon yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat umum iaitu:\nPemohon mestilah beragama Islam.Pemohon sedang bermastautin/menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 Tahun.Keutamaan diberikan kepada asnaf fakir dan miskin.Pemohonan adalah bagi semua bidang pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.\nSyarat Khusus\nSelain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:\nPemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/2022.Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun ketika permohonan dilakukan.Memperolehi Purata Gred Keseluruhan (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 bagi peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/A-Level atau pangkat sekurangkurangnya Jayyid Jiddan bagi STAM.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan Tajaan Pendidikan LZNK, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari portal permohonan iaitu http://biasiswa.zakatkedah.com.my/.Klik bahagian \u2018Sila Daftar Di Sini\u2019 dan isi maklumat yang diperlukan diikuti dengan klik butang \u2018Daftar Sekarang.\u2019Log masuk dengan memasukkan ID pengguna dan kata laluan.Isi profil maklumat permohon dengan lengkap dan muatnaik semua dokumen-dokumen berkaitan.Pilih tajaan yang ingin dipohon dan klik pada butang \u2018Pohon.\u2019Tandakan pada kotak pengakuan dan klik butang \u2018Hantar Permohonan.\u2019\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan kad pengenalan pemohon.Gambar pemohon berukuran passport.Salinan kad pengenalan ibu/bapa atau penjaga.Salinan penyata gaji /pencen/pengesahan pendapatan.Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggungan ibu bapa.Salinan kelulusan pengajian (PT3/SPM/Sijil/Diploma/Ijazah).Salinan surat tawaran atau pengesahan pengajian daripada IPT.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai Tajaan Pendidikan LZNK, sila hubungi Bahagian PendidikanLembaga Zakat Negeri Kedah di talian 04-7331740/013-4592071 atau menghantar email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-kimia-tingkatan-4/", "title": "Buku Teks Kimia Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku Teks Digital Kimia Tingkatan 4 KSSM\u00a0ini diterbitkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 4.\nDi dalam buku teks ini, pelbagai aktiviti dirancang berpandukan pembelajaran berasaskan inkuiri yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid. \nMelalui penggunaan\u00a0Buku Teks Digital Kimia Tingkatan 4 KSSM\u00a0ini juga akan menggalakkan inisiatif murid dan menjadikan murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran bagi subjek ini. \n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Pengenalan kepada Kimia\n\nPerkembangan Bidang Kimia dan Kepentingan dalam Kehidupan \nPenyiasatan Saintifik dalam Kimia \nPenggunaan, Pengurusan dan Pengendalian Radas serta Bahan Kimia\n\nii) Bab 2 Jirim dan Struktur Atom\n\nKonsep Asas Jirim \nPerkembangan Model Atom \nStruktur Atom \nIsotop dan Penggunaannya\n\niii) Bab 3 Konsep Mol, Formula dan Persamaan Kimia \n\nJisim Atom Relatif dan Jisim Molekul Relatif \nKonsep Mol \nFormula Kimia \nPersamaan Kimia\n\niv) Bab 4 Jadual Berkala Unsur \n\nPerkembangan Jadual Berkala Unsur \nSusunan Unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden \nUnsur dalam Kumpulan 18 \nUnsur dalam Kumpulan 1 \nUnsur dalam Kumpulan 17 \nUnsur dalam Kala 3 \nUnsur Peralihan\n\nv) Bab 5 Ikatan Kimia \n\nAsas Pembentukan Sebatian \nIkatan Ion\nIkatan Kovalen \nIkatan Hidrogen \nIkatan Datif \nIkatan Logam \nSebatian Ion dan Sebatian Kovalen\n\nvi) Bab 6 Asid, Bes dan Garam \n\nPeranan Air dalam Menunjukkan Keasidan dan Kealkalian\nNilai pH \nKekuatan Asid dan Alkali \nSifat-sifat Kimia Asid dan Alkali \nKepekatan Larutan Akueus \nLarutan Piawai \nPeneutralan \nGaram, Hablur dan Kegunaan dalam Kehidupan Harian\nPenyediaan Garam \nTindakan Haba ke atas Garam\nAnalisis Kualitatif\n\nvii) Bab 7 Kadar Tindak Balas \n\nPenentuan Kadar Tindak Balas \nFaktor yang Mempengaruhi Kadar Tindak Balas\nAplikasi Faktor yang Mempengaruhi Kadar\nTindak Balas dalam Kehidupan \nTeori Perlanggaran\n\nviii) Bab 8 Bahan Buatan dalam Industri \n\n\n\n\n\nAloi dan Kepentingannya \nKomposisi Kaca dan Kegunaannya \nKomposisi Seramik dan Kegunaannya\nBahan Komposit dan Kepentingannya\n\nMuat Turun Buku Teks Kimia Tingkatan 4\nBuku Teks Digital Kimia Tingkatan 4 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBab 1\nBab-1Download\nBab 2\nBab-2Download\nBab 3\nBab-3Download\nBab 4\nBab-4-1Download\nBab-4-2Download\nBab 5\nBab-5Download\nBab 6\nBab-6-1Download\nBab-6-2Download\nBab-6-3Download\nBab-6-4Download\nBab 7 \nBab-7Download\nBab 8\nBab-8Download\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut :\u00a0http://www.moe-dl.edu.my\nBaca juga:\n\nBuku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP KSSM\nBuku Teks Sains Tingkatan 1 DLP KSSM\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-pembiayaan-perantisan-aerodyne-intelligence-specialist/", "title": "Program Pembiayaan Perantisan Aerodyne Intelligence Specialist", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Peneraju dengan kerjasama Aerodyne Group menawarkan Program Pembiayaan Perantisan bagi Aerodyne Intelligence Specialist kepada mereka yang berminat.\nProgram ini ditawarkan kepada lepasan Ijazah Sarjana Muda yang berpeluang mendapat peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di Aerodyne Group.\nMatlamat program ini adalah untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi terutamanya dalam bidang teknologi dijangka bakal mendapat permintaan besar sejajar dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).\nPemohon yang berjaya akan ditempatkan di Medini Johor Bahru atau Cyberjaya selama 6 bulan dengan elaun latihan turut diberikan kepada mereka yang menyertai program ini. \n\nModul Yang Ditawarkan\nModul-modul yang ditawarkan dalam program ini adalah seperti:\n\n\n\n\nKemahiran Profesional Artificial Intelligence dan Sains DataBig Data AnalyticsReka Bentuk Pengkomputeran AwanPembangunan Aplikasi dan PlatformKeselamatan Siber\nStruktur Program\nStruktur program ini akan melibatkan 2 bahagian iaitu:\nBahagian A: Kursus Pembangunan Kemahiran (3 bulan)Bahagian B: Perantisan Bersama Mentor (3 bulan)\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi pemohon yang berminat menyertai Program Pembiayaan Perantisan Aerodyne Intelligence Specialist seperti berikut:\nWarganegara Malaysia dan Bumiputera yang berumur bawah 30 tahun.Kelulusan Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Sains Komputer atau kejuruteraan.Keputusan PNGK tidak kurang daripada 3.00.Mempunyai kemahiran analitik dan pengaturcaraan C++ dan PythonMinat yang tinggi di dalam bidang Artificial Intelligence. \nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat dengan menghantar CV pemohon ke alamat emel [email\u00a0protected].\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai Program Pembiayaan Perantisan Aerodyne Intelligence Specialist ini, sila layari https://yayasanpeneraju.com.my/program/peneraju-teknologi/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ujian-segak-kpm/", "title": "Ujian SEGAK KPM: Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan", "body": "\n\n\n\n\n\nStandard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) merupakan ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). \nKomponen kecergasan dalam ujian ini terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmanisekolah rendah dan sekolah menengah.\nKajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 1986 hingga kini menunjukkan kadar peningkatan peratus rakyat Malaysia mengidap penyakit kronik, penyakit tidak berjangkit, dan obesiti adalah amat membimbangkan.\nOleh kerana itu, masyarakat Malaysia perlu mengubah cara hidup sedentari kepada cara hidup aktif dan sihat dengan memberi fokus kepada meningkatkan tahap kecergasan fizikal.\n\nMengenai Ujian SEGAK\nPada tahun 2008 SEGAK mula dilaksanakan kepada murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun. SEGAK dilaksanakan secara pentaksiran sekolah dan skor murid direkodkan. \nPelaporan SEGAK memberi maklum balas kepada murid, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa, dan pihak berkepentingan tentang tahap kecergasan fizikal murid. \nMelalui maklum balas tersebut tindakan susulan dapat dirancang dan dilaksanakanbagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang murid.\n\n\n\n\nUjian ini dijalankan secara sistematik wajib dijalankan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos serta untuk memotivasikan murid untuk mengamalkan cara hidup aktif dan sihat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. \nMelalui ujian ini, murid dilatih supaya lebih bertanggungjawab dalam membina masyarakat yang sihat, cergas, bersatu padu, dan harmoni ke arah mencapai kesejahteraan negara.\nObjektif Ujian SEGAK\nMelalui ujian ini, murid akan dapat:\n\nMengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri.\nMenganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri.\nMengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri.\nMerancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal.\nMengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.\n\nPelaksanaan Ujian\nUjian ini dilaksanakan menerusi kaedah berikut:\n\nSemua murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun wajib menjalani Ujian Kecergasan Fizikal yang dicadangkan dalam panduan ini.\nProsedur dan teknik ujian hendaklah mengikut jantina, keupayaan murid, dan mengambil kira peralatan serta tempat ujian dijalankan.\nUmur murid dikira pada 31 Disember tahun semasa untuk rujukan norma.\nUjian ini bagi setiap murid mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani bergantung kepada bilangan murid dan peralatan.\nMurid digalakkan membuat latihan ujian ini secara individu, bersama-sama rakan atau keluarga mereka.\nBateri Ujian Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan yang terdapat dalam SEGAK adalah seperti berikut:\u2013 Indeks Jisim Badan (Body Mass Index \u2013 BMI)\u2013 Naik Turun Bangku 3 minit\u2013 Tekan Tubi untuk murid lelaki dan Tekan Tubi Ubah Suai untuk murid perempuan\u2013 Ringkuk Tubi Separa\u2013 Jangkauan Melunjur.\nUkuran Indeks Jisim Badan (BMI) perlu dibuat sebelum melakukan ujian-ujian lain.\nUjian ini mesti dilaksanakan mengikut turutan secara berterusan oleh murid yang sama.\nUjian ini perlu dilaksanakan sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos. \nBagi murid yang tidak sihat, ujian ini boleh dilakukan pada hari lain dalam bulan yang sama.\nBagi murid berkeperluan khas tidak perlu menjalani ujian ini kerana ujian ini adalah khusus untuk murid-murid normal.\n\nKomponen Ujian\nTerdapat 5 komponen ujian iaitu:\n\nIndeks Jisim Badan\nUjian Naik Turun Bangku 3 Minit\nTekan Tubi\nTekan Tubi Ubah Suai\nRingkuk Tubi Separa\nJangkauan Melunjur\n\n\nDokumen Lengkap\nUjian-SEGAKDownload\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/keputusan-rayuan-sekolah-menengah-agama-maiwp/", "title": "Semakan Keputusan Rayuan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memaklumkan semakan keputusan rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) di bawah MAIWP sama ada SMA MAIWP, SMA MAIWP Labuan atau Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) akan dibuka mulai 25 April 2022 jam 2.00 petang.\nUntuk makluman, MAIWP mempunyai institusi pendidikan di bawahnya dan antara institusi pendidikan peringkat menengah yang ditubuhkan oleh MAIWP adalah SMA MAIWP dan SMISTA.\nPenubuhan institusi pendidikan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) untuk melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan.\u00a0\nSelain itu, penubuhan institusi pendidikan peringkat menengah ini juga bagi menampung permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.\n\nKemudahan Yang Disediakan\nKemudahan yang disediakan bagi Sekolah Menengah Agama di bawah MAIWP ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nBlok AkademikBlok Asrama Dewan SerbagunaAuditoriumPerpustakaanMakmal KomputerMakmal SainsSurauTaman RiadahPadang Bola SepakGelanggang FutsalGelanggang Takraw\nSyarat Kemasukan \nSyarat kemasukan bagi pemohon untuk memasuki SMA MAIWP adalah seperti berikut:\nMendapat 5A dalam UPSR dan 7A dalam UPSRA.Mempunyai kebolehan membaca Al-Quran dan menulis jawi dengan baik.Lulus temuduga kemasukan yang telah ditetapkan oleh sekolah.Bagi golongan Asnaf yang berdaftar dengan Baitulmal, mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam UPSR dan 5A dalam UPSRA.\nUntuk kemasukan ke SMISTA, syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Dilahirkan di Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10% dibuka kepada para pelajar luar daripada Wilayah Persekutuan.Minat dan mahir dalam Pengajian Al-Quran, tilawah dan hafazan.Pencapaian 5A dalam UPSR atau minimum 4A 1B, 5A atau Mumtaz dalam UPSRA/PSRA dan yang setara dengannya.Bagi anak asnaf penerima bantuan bulanan Baitulmal MAIWP, syarat minimum untuk kemasukan adalah sekurang-kurangnya UPSR 3A atau Jayyid Jiddan dalam UPSRA/PSRA.Lulus ujian bertulis dan syafawi.\nCara Membuat Semakan\nSemakan permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web semakan iaitu https://my03.awfatech.com/maiwp/standalone/stureg/stureg_status.php?sysapp=maiwp&fbclid=IwAR3l9TTtiuodN4Xg-DuXimvs2WSGxl5rvFGuoA-uZ13z37Dz77821iyzqww.Pilih pilihan sekolah dan masukkan no kad pengenalan.Klik butang \u2018Semakan.\u2019Keputusan semakan permohonan dipaparkan.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai semakan semakan keputusan rayuan SMA di bawah MAIWP, sila hubungi talian 03-4047 9543/03-4047 9598.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bsh-mahasiswa-anak-negeri-sembilan/", "title": "Permohonan BSH 2023 Mahasiswa Anak Negeri Sembilan", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Sembilan menerusi Yayasan Negeri Sembilan (YNS) sebelum ini telah mewujudkan satu inisiatif kepada mahasiswa anak Negeri Sembilan iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH) 2023 Mahasiswa Anak Negeri Sembilan bagi membantu mahasiswa di universiti awam.\nBSH ini telah diwujudkan sejak tahun 2019 bagi membantu mahasiswa anak Negeri Sembilan yang memerlukan.\nInisiatif ini adalah hasil buah fikiran YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato\u2019 Seri Haji Aminuddin Harun apabila beliau mendapat laporan terdapat segelintir mahasiswa tidak mempunyai wang belanja yang cukup sehingga ada daripada mereka yang terpaksa berlapar.\nUntuk 2023, mahasiswa yang memerlukan bantuan ini dialu-alukan membuat permohonan mulai 1 Januari 2023.\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan yang akan diberikan adalah RM150.00 sebulan selama setahun bagi menampung kos sara hidup pelajar di kampus.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan ini adalah seperti berikut:\n\nPemohon mestilah anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap pemohon mestilah di Negeri Sembilan sahaja.\nSekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Sembilan dan telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 6 tahun, pemohon perlu memuat naik sijil berhenti sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5.\nPemohon masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja.\nPermohonan bantuan ini hendaklah dibuat bagi pelajar semester 1 ke atas (tahun akhir tidak layak memohon).\nHanya layak pendapatan isi rumah ibu dan bapa atau penjaga tidak melebihi RM4,210.00 iaitu B40 ke bawah.\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nMuat turun borang BSH 2022 di laman web Yayasan Negeri Sembilan Yayasan Negeri Sembilan \u2013 Utama iaitu https://yns.gov.my.\nSediakan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat ADUN/DUN/Wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).\nBorang BSH dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat ADUN/DUN/Wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.\nIsi dan muat naik semua dokumen di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScHyGdcPAupWDrph5gVF4s5-YFb2dAnmusg5fctI9r0GHTK9A/closedform.\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut iaitu:\n\nBorang BSH.\nSalinan kad pengenalan pelajar.\nSurat pengesahan belajar.\nSurat tawaran belajar.\nAkaun bank-penyata slip depan sahaja.\nSijil Berhenti Sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5 (jika bukan lahir di Negeri Sembilan).\nPenyata gaji atau surat pengesahan pendapatan bapa.\nPenyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu.\nLain-lain seperti sijil kematian atau sijil cerai.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai BSH 2023, sila layari laman web YNS iaitu https://www.yns.gov.my/v7/ms/bahagian/pendidikan/pembangunan-insan/bantuan-sara-hidup.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/gbp-tekun-nasional/", "title": "GBP TEKUN Nasional: Program Latihan Asas Keusahawanan Graduan", "body": "\n\n\n\n\n\nPara graduan dari tahun 2019 hingga 2022 yang masih belum mendapat pekerjaan dan berminat untuk menceburi bidang perniagaan, TEKUN Nasional dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia mengalu-alukan graduan untuk mengikuti program Graduate Business Program (GBP).\nGBP merupakan program latihan asas keusahawanan khusus kepada graduan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan ilmu dan kemahiran keusahawan serta dunia perniagaan.\nPeserta yang mengikuti akan dilatih untuk mendapatkan bantuan pembiayaan daripada Tekun Nasional bagi memulakan perniagaan dan menjadi usahawan berjaya.\nGraduan yang berminat boleh membuat permohonan dan penyertaan hanya dibuka kepada 500 peserta terawal sahaja.\n\nObjektif Program\nObjektif program ini dilaksanakan adalah untuk:\nMembudayakan keusahawanan kepada graduan selepas tamat pengajian.Melahirkan graduan usahawan muda digital yang memacu ekonomi negara.Memastikan kebolehpasaran graduan menceburi bidang keusahawanan.\nKumpulan Sasar\nKumpulan sasar bagi program ini adalah dari kalangan pelajar di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, dan Sarjana dari IPTA dan IPTS yang telah bergraduan pada tahun 2019 hingga 2022 yang belum mendapat pekerjaan.\n\n\n\n\nTempoh Latihan\nTempoh latihan dijalankan adalah selama 9 hari oleh Master Trainer berpengalaman dalam industri.\nJumlah Pembiayaan\nPeserta yang menyertai program ini berpeluang mendapat bantuan pembiayaan daripada TEKUN Nasional sehingga RM100,000. \nTatacara Permohonan\nGraduan yang berminat boleh memohon menerusi tatacara permohonan berikut:\nKlik pautan permohonan iaitu https://bit.ly/gbpTEKUN.Baca maklumat program.Lengkapkan semua maklumat penyertaan.Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.Klik \u201cSubmit\u201d untuk menghantar penyertaan.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai GBP, sila hubungi UKM-Karier di talian 03-89214535 atau menghantar emel ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/iltizam-anak-selangor/", "title": "Iltizam Anak Selangor: Tabungan SSPN Prime RM100 Selama 5 Tahun", "body": "\n\n\n\n\n\nDi dalam Belanjawan Selangor 2022 yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada 26 November 2021 yang lalu, salah satu bantuan terbaharu yang diumumkan Kerajaan Negeri Selangor menerusi belanjawan ini ialah Iltizam Anak Selangor.\nIltizam Anak Selangor ialah bantuan yang diberikan kepada anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor sebanyak RM100 setiap tahun selama 5 tahun yang disalurkan menerusi akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime.\nIni bermakna, selama 5 tahun mereka akan menerima tabungan sebanyak RM500 di dalan akaun SSPN mereka.\nPelaksanaan inisiatif ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi pembukaan akaun SSPN Prime bagi anak-anak yang baru dilahirkan di Negeri Selangor. \n\nMengenai SSPN Prime\nUntuk pengetahuan, SPPN Prime yang sebelum ini dikenali sebagai SSPN-i merupakan produk simpanan yang diperkenalkan sejak 2004.\nSSPN Prime adalah produk simpanan jangka masa panjang bagi memupuk sifat menabung dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil.\n\n\n\n\nAntara keistimewaan bagi mereka yang membuka akaun SSPN Prime ini adalah seperti berikut:\nSimpanan adalah patuh syariah.Simpanan dijamin kerajaan.Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000Pelindungan takaful percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 ke atas.Layak untuk memohon pinjaman PTPTN.Geran sepadan sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak.Dividen yang akan diterima adalah kompetitif. \nPelaksanaan Inisiatif\nPelaksanaan Iltizam Anak Selangor ini akan bermula pada tahun 2022 dan terbuka kepada anak-anak yang baru dilahirkan di Negeri Selangor.\nCara Memohon\nSetakat ini, pihak Kerajaan Negeri Selangor masih belum mengumumkan cara untuk memohon inisiatif ini.\nPerincian penuh mengenai permohonan inisiatif ini dijangka akan diumumkan pada tahun 2022. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai SSPN Prime, sila layari laman web https://www.ptptn.gov.my/ atau boleh menghubungi PTPTN Careline di talian 03-2193 3000.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sppp-ssm/", "title": "SPPP: Cara Daftar Perniagaan SSM Percuma Untuk Pelajar", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang sedang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa boleh mendaftar mendaftar perniagaan mereka menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).\nUntuk makluman, skim ini diuruskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menggalakkan pelajar IPT sepenuh masa terlibat dalam perniagaan dan mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.\nSPPP ditawarkan sehingga peruntukan geran habis digunakan dan diberikan untuk tempoh setahun perniagaan sahaja sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dilaksanakan.\nPelajar yang berminat untuk mendaftar perniagaan mereka boleh mendaftar menerusi skim ini di Portal EzBiz Online.\n\nManfaat Pengecualian Fi Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)\nManfaat yang bakal diperoleh pelajar yang mendaftar perniagaan mereka melalui skim ini adalah pengecualian bayaran seperti:\n\n\n\n\nPerkaraPengecualian Bayaran FiPerniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalanRM30 setahunPerniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tredRM60 setahunCetakan maklumatRM10\nSyarat Permohonan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)\nSyarat permohonan yang dikenakan terhadap pelajar yang ingin mendaftar perniagaan mereka melalui SPPP adalah seperti berikut:\n\nPelajar tersebut merupakan pemegang MyKad/MyPR.\nPelajar adalah warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan.\nPengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran di dalam negara.\nPelajar tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.\n\nCara Pendaftaran\nBagi pendaftaran perniagaan SSM menerusi SPPP, cara untuk membuat pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:\n\nLayari laman web\u00a0https://ezbiz.ssm.com.my/.\nKlik butang \u2018Sign Up\u2019 dan isi maklumat yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Save.\u2019\nLogin semula dengan dengan mengisi username dan kata laluan.\nIsi maklumat diri serta perniagaan perniagaan dengan lengkap dan betul.\nMuat naik dokumen sokongan.\nLengkapkan pendaftaran perniagaan sehingga selesai.\n\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nSalinan kad pengenalan (depan dan belakang).\nSalinan kad pelajar.\nSalinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai SPPP bagi pelajar, sila hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau boleh menghantar emel ke\u00a0[email\u00a0protected].\u00a0\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-laluan-pantas-spm-huffaz-selangor-2022/", "title": "Permohonan Program Laluan Pantas SPM Huffaz Selangor 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nJabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (PITAS) telah membuka permohonan bagi murid di institut tahfiz yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyertai Program Laluan Pantas (Fast Track) SPM Huffaz Selangor bagi sesi 2022.\nProgram Laluan Pantas (Fast Track) SPM Huffaz Selangor ini adalah program kelas tuisyen memberi ruang murid-murid institusi tahfiz persendirian swasta menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. \nPelaksanaan program ini merupakan saranan daripada Menteri Besar Selangor, Dato\u2019 Seri\u00a0Amirudin\u00a0Shari supaya mewujudkan kelas tuisyen sekurang-kurangnya sebuah di setiap daerah negeri Selangor khusus kepada murid-murid institusi tahfiz persendirian swasta.\nProgram ini ditawarkan kepada semua Institusi Tahfiz negeri Selangor yang berdaftar dengan JAIS atau PITAS dan bagi murid yang ingin menyertai program PITAS ini, permohonan boleh dibuat secara atas talian sehingga 28 Januari 2023.\n\nPelaksanaan Program\nProgram Laluan Pantas SPM Huffaz ini akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad jam iaitu bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang.\nMurid yang terlibat akan mendapat pengajian percuma, buku rujukan, buku latihan, seminar teknik menjawab peperiksaan, seminar pecutan akhir dan slot motivasi manakala buku teks akan diberikan secara pinjaman.\n\n\n\n\nMata Pelajaran \nMata pelajaran yang wajib diambil adalah seperti berikut:\n\nBahasa Melayu\nBahasa Inggeris\nPendidikan Islam\nMatematik\nSains\nSejarah\nBahasa Arab\nTasawwur Islam\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\n\nPemohon merupakan warganegara Malaysia.\nPemohon sedang atau pernah menuntut di Institusi Tahfiz di negeri Selangor yang berdaftar dengan JAIS dan PITAS.\nPemohon telah menghafaz sekurang-kurangnya 10 juzu\u2019 Al Quran.\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web iaitu https://pitas.com.my/.\nKlik bahagian \u2018Permohonan Program Laluan Pantas (Fast Track) SPM Huffaz Selangor 2023.\u2019\nKlik butang \u2018Daftar Di Sini\u2019 dan klik daerah yang diingini.\nPilih sekolah dan klik butang \u2018Mohon.\u2019\nMasukkan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Semakan.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nLengkapkan borang permohonan sehingga selesai\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan dan perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\n\nSatu salinan kad pengenalan pemohon.\nSatu salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga.\nSurat akuan belajar dari Institusi Tahfiz Negeri Selangor.\n\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi pihak yang berkaitan berikut:\nNamaJawatanNo TelefonMohd Zaharudin Bin HussainExco PITAS Daerah Sepang0193310031Mohd Sufi Bin AbasExco PITAS Daerah Klang0193021988Raja Sarinah Binti Raja AliasExco PITAS Daerah Shah Alam0122023024Khairul Anuar Bin Abdul RazakExco PITAS Daerah Sabak Bernam0195649262Adang Malik Bin MahmudExco PITAS Daerah Kuala Langat0129447745Ahmad Fauzi Bin Mat EllahExco PITAS Daerah Kuala Selangor0196110857Mahayuddin Bin OthmanExco PITAS Daerah Gombak0172401961Mohd Amir Hadi Bin Mohd WahiExco PITAS Daerah Petaling01115726322Abd Wahid Bin Zainol AbidinExco PITAS Daerah Hulu Langat0193212610Syahzam Ezran Bin Haji ManjaExco PITAS Daerah Hulu Selangor0132839173Unit Pengajian Tinggi dan Sepanjang HayatBahagian Pendidikan JAIS\u20130355143400 samb2035\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/yayasan-uem-professional-qualification-scholarship/", "title": "Permohonan Yayasan UEM Professional Qualification Scholarship", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan UEM menawarkan peluang kepada belia Malaysia untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di universiti luar dan tempatan serta profesional menerusi Yayasan UEM Professional Qualification Scholarship.\nUntuk makluman, Yayasan UEM Professional Qualification Scholarship bukan sahaja menawarkan biasiswa meliputi yuran pengajian akademik dan pelbagai elaun, tetapi juga menyediakan program pembangunan yang terdiri daripada komunikasi kepada kepimpinan serta pemikiran analitikal/kritis.\nTawaran biasiswa ini adalah untuk memnuhi matlamat UEM iaitu untuk memupuk individu yang holistik dan berjaya.\nUntuk pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sehingga 21 Ogos 2022.\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPerniagaan (Kewangan/Pengurusan Perniagaan/Perakaunan/Ekonomi)Kejuruteraan (Awam/Mekanikal/Elektrik)IT dan Berkaitan Komputer (Sains Komputer, Sistem Komputer dan Rangkaian, Kejuruteraan Perisian, Sains Data, Kejuruteraan Data)Bidang Pengajian untuk Biasiswa Kelayakan Profesional:Perniagaan (Kewangan/Pengurusan Perniagaan/Perakaunan/Ekonomi)Kejuruteraan (Awam/Mekanikal/Elektrik/Perisian/Data)\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi pemohon yang ingin memohon biasiswa ini ialah:\nSemua pemohon mestilah warganegara MalaysiaMahir berbahasa InggerisBersemangat tinggi yang komited kepada pembangunan diriCemerlang dan memiliki kemahiran komunikasi dan interpersonal yang cemerlangMemegang jawatan kepimpinan di sekolah atau universiti.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk pemohon yang berhasrat memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\nSiswazah yang baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda samada dalam bidang Perniagaan (Kewangan/Pengurusan Perniagaan/Perakaunan/Perakaunan (Sistem Maklumat)/Ekonomi) atau Kejuruteraan (Sivil/Mekanikal/Elektrikal) sahaja.Di peringkat Ijazah Sarjana Muda, minimum yang mesti diperoleh adalah 2:1 atau CGPA 3.5.Bagi peringkat STPM/Matrikulasi/Asasi, minimum yang mesti diperoleh adalah CGPA 3.5.Perlu mendapat gred \u201cA\u201d bagi subjek Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM;Pemohon mestilah mendapat Band 4 dan ke atas sahaja bagi MUET.Pemohon mestilah menunjukkan kesungguhan yang tinggi, berprestasi tinggi dan boleh bekerja dalam kumpulan serta komited terhadap pembangunan diri, berusaha untuk berjaya serta memiliki kemahiran komunikasi dan interaksi yang baik, di samping memegang jawatan kepimpinan di kelab-kelab di sekolah/universiti.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan berikut https://www.uem.com.my/yayasanuem_scholarship.aspx?fbclid=IwAR0lM3J70Mdu2VrU3G_v-LqxUdai3gKtm6jFLNELnY91Zvx1s0_KnNUX36Q.Klik butang \u2018Apply Now.\u2019Klik bahagian \u2018Register Now\u2019 diikuti dengan memasukkan maklumat diri dan klik butang \u2018Continue.\u2019Isi maklumat pendaftaran akaun dan klik butang \u2018Register.\u2019Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.Buat permohonan sehingga selesai.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Yayasan UEM Professional Qualification Scholarship, sila layari laman web https://www.uem.com.my/yayasanuem_scholarship.aspx?fbclid=IwAR0lM3J70Mdu2VrU3G_v-LqxUdai3gKtm6jFLNELnY91Zvx1s0_KnNUX36Q.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kalendar-2024/", "title": "Kalendar 2024: Senarai Cuti Umum & Kelepasan Negeri", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi yang menantikan kalendar 2024, berikut dikongsikan kalendar tahun\u00a02024\u00a0beserta senarai cuti umum dan kelepasan negeri.\nKalendar ini adalah penting untuk membolehkan orang ramai merancang aktiviti mereka lebih awal ketika cuti umum dan musim perayaan yang bakal berlangsung.\nBerikut adalah kalendar tahun 2024 berserta cuti umum dan kelepasan negeri mengikut bulan.\n\n\n\n\nKalendar 2024: Senarai Cuti Umum & Kelepasan Negeri\nJanuari 2024\n\n1 Januari (Isnin): Tahun Baru (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)\n14 Januari (Ahad): Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)\n15 Januari (Isnin): Cuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)\n25 Januari (Khamis): Hari Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)\n\n\nFebruari 2024\n\n1 Februari (Khamis): Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)\n8 Februari (Khamis): Israk dan Mikraj (Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu)\n10 Februari (Sabtu): Tahun Baru Cina (Semua Negeri)\n11 Februari (Ahad): Tahun Baru Cina Hari Kedua (Semua Negeri)\n12 Februari (Isnin): Cuti Tahun Baru Cina (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)\n\n\nMac 2024\n\n4 Mac (Isnin): Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)\n12 Mac (Selasa): Awal Ramadan (Johor, Kedah & Melaka)\n23 Mac (Sabtu): Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor sahaja)\n28 Mac (Khamis): Hari Nuzul Al-Quran (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)\n29 Mac (Jumaat): Good Friday (Sabah & Sarawak sahaja)\n\n\nApril 2024\n\n10 April (Rabu): Hari Raya Aidilfitri (Semua Negeri) \n11 April (Khamis): Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua Negeri)\n15 April (Isnin): Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka)\n26 April (Jumaat): Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)\n\n\nMei 2024\n\n1 Mei (Rabu): Hari Pekerja (Semua Negeri)\n17 Mei (Jumaat): Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis sahaja)\n22 Mei (Rabu): Hari Hol Pahang (Pahang sahaja)\n22 Mei (Rabu): Hari Wesak (Semua Negeri)\n30 Mei (Khamis): Pesta Kaamatan (Labuan & Sabah sahaja)\n31 Mei (Jumaat): Pesta Kaamatan Hari Kedua (Labuan & Sabah sahaja)\n\n\nJun 2024\n\n1 Jun (Sabtu): Hari Gawai (Sarawak)\n2 Jun (Ahad): Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)\n3 Jun (Isnin): Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)\n3 Jun (Isnin): Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (Semua Negeri)\n16 Jun (Ahad): Hari Arafah (Terengganu)\n16 Jun (Ahad): Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah sahaja)\n17 Jun (Isnin): Hari Raya Haji (Semua Negeri)\n18 Jun (Selasa): Hari Raya Haji Hari Kedua Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu\n\n\nJulai 2024\n\n7 Julai (Ahad): Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)\n7 Julai (Ahad): Awal Muharram (Semua Negeri)\n8 Julai (Isnin): Cuti Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)\n8 Julai (Isnin): Cuti Awal Muharram (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)\n13 Julai (Sabtu): Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)\n22 Julai (Isnin): Hari Sarawak (Sarawak sahaja)\n30 Julai (Selasa): Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang sahaja)\n\n\nOgos 2024\n\n24 Ogos (Sabtu): Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka sahaja)\n31 Ogos (Sabtu): Hari Kebangsaan (Semua Negeri)\n\n\nSeptember 2024\n\n1 September (Ahad): Cuti Hari Kebangsaan (Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)\n16 September (Isnin): Maulidur Rasul (Semua Negeri)\n16 September (Isnin): Hari Malaysia (Semua Negeri)\n29 September (Ahad): Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan sahaja)\n30 September (Isnin): Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua (Kelantan sahaja)\n\n\nOktober 2024\n\n5 Oktober (Sabtu): Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah sahaja)\n12 Oktober (Sabtu): Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak sahaja)\n31 Oktober (Khamis): Hari Deepavali Semua Negeri kecuali (Sarawak sahaja)\n\n\nNovember 2024\n\n1 November (Jumaat): Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak sahaja)\n\n\nDisember 2024\n\n11 Disember (Rabu): Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor sahaja)\n24 Disember (Selasa): Cuti Hari Natal (Sabah sahaja)\n25 Disember (Rabu): Hari Krismas (Semua Negeri)\n\n\nSumber: GTApp\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/akademi-kemahiran-kemas-julai-2023/", "title": "Kemasukan Akademi Kemahiran KEMAS Sesi Julai 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nLepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang berminat menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran boleh memohon kemasukan ke Akademi Kemahiran KEMAS Sesi Julai 2023.\nAkademi Kemahiran KEMAS diwujudkan sebagai tempat untuk meningkatkan kemahiran serta memperkasakan program TVET sebagai nilai tambah kepada masyarakat di dalam menuju wawasan negara.\nPelajar yang menyambung pelajaran di akademi ini akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.\nIndividu yang berminat untuk memasuki akademi ini, mereka boleh membuat permohonan segera menerusi borang permohonan yang disediakan.\n\nKemudahan Yang Ditawarkan\nKemudahan yang ditawarkan di akademi ini adalah seperti berikut:\n\nYuran pendaftaran percuma\nKemudahan asrama\nMakan minum percuma\nElaun bulanan (Sijil RM250, Diploma RM300)\nKos bahan pembelajaran ditanggung\n\nLokasi Akademi\nLokasi akademi kemahiran ini di seluruh negara adalah seperti berikut:\n\nAkademi Kemahiran KEMAS Gopeng, Perak (AKKGO)\nAkademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar (AKKSI)\n\nBidang Ditawarkan\nBidang yang ditawarkan menerusi akademi ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\ni) AKKGO\n\nPembuatan Pakaian Wanita (Sijil Tahap 3-12 Bulan)\nPentadbiran Fesyen dan Pakaian (Diploma Kemahiran Tahap 4-24 Bulan)\n\nii) AKKSI\n\nPenyediaan dan Pembuatan Makanan (Sijil Tahap 2 dan 3- 12 Bulan)\nJahitan Pakaian Lelaki (Sijil Tahap 2-12 Bulan)\n\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan ke akademi ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nUmur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun.\nKelayakan Akademik:\u2013 SPM/SPM (V)/SPVM\u2013 Lulus Bahasa Melayu dan Ujian Lisan.\nSihat tubuh badan (tidak menghidap penyakit kronik, tidak buta warna dan lain-lain).\nStatus Perkahwinan: Bujang\nBagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Pembuat Pakaian Lelaki dan Tahap 2 Bidang Penyediaan dan Pembuatan Makanan hanya perlu mengemukakan sijil akademik danlain-lain sijil yang berkenaan sahaja.\nBagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bidang Penyediaan dan Pembuatan makanan dan Pembuat Pakaian Lelaki wajib memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang yang dipohon.\nBagi calon untuk kemasukan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 \u2013 ( Eksekutif Fesyen dan Pakaian ) wajib memiliki SKM Tahap 3 ( Pembuatan Pakaian Wanita @ Lelaki).\nSekiranya Sijil Kemahiran Malaysia masih tidak diperolehi, sila sertakan Borang Pendaftaran dan Slip Pengesahan Persijilan di dalam sistem mySPIKE (semakan SKM).\nKeutamaan kepada calon daripada keluarga yang berpendapatan rendah.\n\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan berikut https://sg.docworkspace.com/l/sIMG427xFwLDWowY.\nMuat turun borang permohonan.\nIsi borang permohonan dengan lengkap.\nSila hantar ke Pejabat KEMAS Negeri untuk diproses permohonannya.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai kemasukan ke Akademi Kemahiran KEMAS ini, sila hubungi:\n\nAKKGO: 05-3572527\nAKKSI: 05-3712102\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/rayuan-semakan-semula-keputusan-semester-2-stpm-2022/", "title": "Rayuan Semakan Semula Keputusan Semester 2 STPM 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh membuat permohonan semakan semula keputusan peperiksaan semester 2 STPM secara atas talian.\nSTPM\u00a0merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar\u00a0Malaysia yang dulunya dikenali sebagai\u00a0Higher School Certificate\u00a0(HSC).\nPeperiksaan adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia dan diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa.\n\nMata Pelajaran STPM\nPelaksanaan peperiksaan STPM melibatkan 22 mata pelajaran yang ditawarkan kepada para pelajar. \nWalau bagaimanapun, hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.\nBermula pada tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.\n23 mata pelajaran tersebut adalah seperti:\n\n\n\n\nKodMata Pelajaran900Pengajian Am910Bahasa Melayu911Bahasa Cina912Bahasa Tamil913Bahasa Arab920Literature in English922Kesusasteraan Melayu Komunikatif930Syariah931Usuluddin940Sejarah942Geografi944Ekonomi946Pengajian Perniagaan948Perakaunan950Mathematics (M)954Mathematics (T)958Information and Communications Technology (ICT)\u00a0960Physics962Chemistry964Biology966Sains Sukan970Seni Visual932Tahfiz Al-Quran\nTarikh Semakan Semula\nTarikh permohonan semakan semula peperiksaan ini boleh dibuat mulai 12 Oktober 2022 sehingga 18 Oktober 2022. \nBayaran Permohonan\nBayaran permohonan yang akan dikenakan kepada pemohon adalah RM50.00 sahaja.\nTempoh Keputusan\nSelepas pemohon membuat permohonan, keputusan semakan akan diumumkan selepas 20 hari daripada tarikh tutup permohonan.\nCara Membuat Permohonan\nPermohonan semakan semula ini boleh dibuat di laman web http://webmpm1.mpm.edu.my/stpm_ssp2/ bermula daripada tarikh permohonan dibuka. \nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai semakan rayuan keputusan semester 2 STPM, sila hantar emel ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-sejarah-tingkatan-4/", "title": "Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku Teks Sejarah Tingkatan 4 Sekolah Menengah ini diterbitkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh KementerianPendidikan Malaysia (KPM).\nBuku ini mengandungi 10 bab berdasarkan tema Pembinaan Negara yang mana tema ini terbahagi kepada tiga tajuk utama.\nTajuk pertama, Nasionalisme di Malaysia Sebelum Perang Dunia Kedua dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Warisan Negara Bangsa, Nasionalisme dan Nasionalisme di Negara Kita. \nTajuk kedua, Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air yang mengandungi lima bahagian, iaitu Konflik Dunia dan Perjuangan Rakyat Semasa Pendudukan Jepun, Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita, Persekutuan Tanah Melayu 1948 serta Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat 1948.\nTajuk ketiga ialah Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang dibahagikankepada empat bahagian, iaitu Usaha ke Arah Kemerdekaan, Pilihan Raya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Warisan Negara Bangsa\n\nLatar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat\nCiri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka\nKeunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang\nPeranan Pemerintah dan Rakyat\n\nii) Bab 2 Kebangkitan Nasionalisme\n\nMaksud Nasionalisme\nPerkembangan Idea Nasionalisme di Barat\nPerkembangan Nasionalisme di Asia\nPerkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara\nKesedaran Nasionalisme di Negara Kita\nFaktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme\nPerkembangan Nasionalisme\nKesan Perkembangan Nasionalisme\n\niii) Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita\n\n\n\n\n\nNasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia\nLatar Belakang Perang Dunia\nPerang Dunia Kedua\nPerang Dunia Kedua di Asia Pasifik\nFaktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita\nDasar Pendudukan Jepun di Negara Kita\nPerjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun\nPerkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan Pendudukan Jepun\nKeadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun\n\niv) Bab 4 Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita\n\nBritish Military Administration\nGagasan Malayan Union\nReaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union\nPenyerahan Sarawak kepada Kerajaan British\nReaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak\nPenyerahan Sabah kepada Kerajaan British\nReaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah\n\nv) Bab 5 Persekutuan Tanah Melayu 1948\n\nLatar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948\nFaktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948\nCiri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948\nKesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948\n\nvi) Bab 6 Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat\n\nKemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita\nAncaman Komunis di Negara Kita\nUsaha Menangani Ancaman Komunis\nKesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita\n\nMuat Turun Buku Teks Sejarah Tingkatan 4\nBuku Teks Digital Sejarah Tingkatan 4 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBukuTeks-Sejarah-Tingkatan4Download\nSkema Jawapan\n\nJawapan-Sejarah-Tingkatan-4Download\n \nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut :\u00a0http://www.moe-dl.edu.my\nBaca juga:\n\nBuku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP KSSM\nBuku Teks Sains Tingkatan 1 DLP KSSM\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-sma-maiwp/", "title": "Kemasukan Pelajar Baharu Tingkatan 1 & 4 SMA MAIWP 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) di bawah MAIWP telah dibuka bagi kemasukan tahun 2023.\nUntuk makluman, MAIWP mempunyai institusi pendidikan di bawahnya dan antara institusi pendidikan peringkat menengah yang ditubuhkan oleh MAIWP adalah SMA MAIWP, SMISTA, dan Pondok Moden Al-\u2018Abaqirah.\nPenubuhan institusi pendidikan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) untuk melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan.\u00a0\nSelain itu, penubuhan institusi pendidikan peringkat menengah ini juga bagi menampung permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.\nUntuk permohonan ke Tingkatan 1, tarikh tutup permohonan adalah 15 Disember 2022 manakala bagi permohonan ke Tingkatan 4, tarikh tutup permohonan adalah 9 Januari 2023.\n\nSenarai Sekolah\nSenarai sekolah di bawah MAIWP untuk kemasukan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nSMA MAIWP Kuala Lumpur\nSMA MAIWP Labuan\nSekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)\nPondok Moden Al-\u2018Abaqirah\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:\ni) Tingkatan 1\n\nWarganegara Malaysia.\nKeutamaan bagi murid yang lahir atau bermastautin/menetap di Wilayah Persekutuan.\nMemperolehi keputusan yang cemerlang dalam Pentaksiran Bilik Darjah Pertengahan Tahun 2022.\nMemperoleh keputusan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setaraf.\nBerkebolehan menulis dan membaca jawi serta membaca Al-Quran dengan baik.\nAktif dalam bidang ko-kurikulum.\nLulus cemerlang temu duga kemasukan.\n\nii) Tingkatan 4\n\nWarganegara Malaysia (lelaki sahaja).\nKeutamaan bagi asnaf yang bermastautin/menetap di Wilayah Persekutuan.\nBerumur 16 tahun (Tingkatan 4).\nCemerlang dalam akademik (keutamaan dalam Bahasa Arab dan Pendidikan Islam) atau menghafaz minimum Matan Ajrumiah dan Matan Bina\u2019 (institusi pondok).\nBerminat mempelajari kitab-kitab Turath (Arab, Jawi, dan Hadith).\nBerakhlak mulia dan aktif dalam kokurikulum.\nLulus permukiman temu duga.\n\nTatacara Permohonan \nUntuk permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari pautan permohonan berikut:\u2013 Tingkatan 1: https://my03.awfatech.com/maiwp/standalone/stureg/stureg_status.php?sysapp=maiwp\u2013 Tingkatan 4: https://my02.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=alabaqirah\nPilih sekolah dan masukkan kad pengenalan diikuti dengan klik butang \u2018Semakan.\u2019\nLengkapkan permohonan sehingga tamat.\n\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/hlp-cbbp-tp-hlps-kpm/", "title": "Permohonan HLP, CBBP TB & HLPS Guru KPM 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berhasrat ingin memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB), dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) ambilan tahun 2023.\nUntuk makluman, HLP ialah kemudahan yang diberikan kepada PPP untuk mendapatkan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara sepenuh masa di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Dalam Negara.\nBagi HLPS pula, kemudahan ini ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di IPTA secara separuh masa namun tidak bercuti belajar dan masih menjalankan tugas di sekolah/jabatan/bahagian/kementerian seperti biasa.\n\nTarikh Permohonan\nTarikh permohonan yang akan dibuka kepada PPP untuk memohon HLP dan HLPS adalah pada 23 Disember 2022 hingga 20 Januari 2023.\nSyarat Umum\nSyarat umum yang ditetapkan bagi permohonan adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nMempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.\nBerpengalaman selari dengan bidang yang dimohon serta perancangan laluan kerjaya pada masa hadapan.\nBagi permohonan HLP, pemohon perlu belum memulakan pengajian.\nBagi permohonan HLPS, belum memulakan pengajian atau telah memulakan pengajian tidak melebihi semester 3 sehingga 7. \n\nSyarat Khusus\nSyarat khusus bagi permohonan HLP, CBBP TP, dan HLPS adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nUmur kelayakan permohonan HLP:\u2013 Sarjana: 50 tahun\u2013 Kedoktoran: 45 tahun\nUmur kelayakan permohonan HLPS:\u2013 Sarjana: 50 tahun\u2013 Kedoktoran: 46 tahun\nBerkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun pada tarikh tutup permohonan.\nBerkhidmat secara tetap.\nTelah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.\nPurata markah LNPT/PBPPP adalah 85% dan ke atas bagi tempoh genap 3 tahun berturut-turut dalam skim perkhidmatan terkini.\nBebas daripada sebarang penyakit kronik.\nMengikut progam dan peringkat pengajian yang ditawarkan.\nDisokong dan diperaku oleh Ketua Jabatan.\nBelum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.\nBersih daripada pertuduhan atau tindakan tatatertib dan bebas daripada kes mahkamah.\nTelah mengisytiharkan harta melalui sistem HRMIS.\nTidak tersenarai dalam senarai hitam KPM, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) atau badan-badan peminjam Kerajaan yang lain.\nDiwajibkan memilih bidang pengajian/pengkhususan/kursus yang ditawarkan sahaja.\nPerlu menyediakan kertas cadangan (proposal) dan dibawa semasa sesi temu duga.\n\nSyarat Akademik\nSyarat akademik yang ditetapkan pula bagi pemohon HLP dan HLPS adalah seperti berikut:\n\nSarjana\n\nPurata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) atau setarafTempoh Minimum Pengalaman Bekerja2.00-2.4910 tahun2.50-2.995 tahun3.00 dan ke atas3 tahun\n2. Kedoktoran\n Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) atau setaraf Tempoh Minimum Pengalaman Bekerja Lulus Peringkat Sarjana3 tahun\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, pemohon perlu membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan atas talian https://epenawaran.moe.gov.my/.\nLengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Masuk.\u2019\nSetelah masuk, lengkapkan semua maklumat berikut:\u2013 Maklumat program\u2013 Maklumat peribadi\u2013 Maklumat akademik\u2013 Maklumat perkhidmatan\u2013 Maklumat pencapaian\u2013 Maklumat penjagaan\nLengkapkan perakuan untuk melengkapkan permohonan.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://epenawaran.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kertas-soalan-percubaan-spm-bahasa-inggeris/", "title": "Koleksi Kertas Soalan Bahasa Inggeris Percubaan SPM", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi meningkatkan kemahiran pelajar untuk menjawab soalan bagi subjek Bahasa Inggeris, pelajar adalah digalakkan untuk membuat latihan menerusi kertas soalan percubaan SPM pada tahun-tahun sebelum ini.\nIni bagi memastikan mereka mengetahui format pelaksanaan kertas peperiksaan dan memberikan lebih banyak kefahaman terhadap subjek Bahasa Inggeris ini.\nPelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang SPM bagi subjek Bahasa Inggeris akan mencerahkan peluang mereka untuk memasuki universiti yang ingin dipohon.\nBerikut adalah koleksi soalan percubaan SPM subjek Bahasa Inggeris untuk tahun-tahun sebelum ini.\nTahun 2021\ni) Negeri Perlis\nSoalan Kertas 1\nPerlis-BI-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan Kertas 2\nPerlis-BI-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema Jawapan\nPerlis-BI-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\nii) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)\nSoalan Kertas 1\nMRSM-BI-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan Kertas 2\nMRSM-BI-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema Jawapan\n\n\n\n\nMRSM-BI-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\niii) Kedah\nSoalan Kertas 1\nKedah-BI-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan Kertas 2\nKedah-BI-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema Jawapan\nKedah-BI-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\niv) Melaka \nSoalan Kertas 1\nMelaka-BI-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan Kertas 2\nMelaka-BI-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema Jawapan Kertas 1\nMelaka-BI-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-1Download\nSkema Jawapan Kertas 2\nMelaka-BI-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-2Download\nMengenai Percubaan SPM\nUntuk mengetahui perkembangan terkini peperiksaan percubaan SPM, sila layari laman web\u00a0https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kertas-peperiksaan-sebenar-spm-bahasa-inggeris/", "title": "Koleksi Kertas Peperiksaan Sebenar SPM Bahasa Inggeris", "body": "\n\n\n\n\n\nBahasa Inggeris merupakan salah satu subjek yang perlu diambil di dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).\nJika pelajar mendapat keputusan yang cemerlang SPM bagi subjek Bahasa Inggeris, ini akan mencerahkan peluang mereka untuk memasuki universiti atau IPTA yang ingin dipohon.\nOleh sebab itu, pelajar adalah digalakkan untuk merujuk kertas peperiksaan sebenar SPM bagi subjek Bahasa Inggeris untuk memantapkan kefahaman mereka terutamanya sewaktu peperiksaan berlangsung.\nFormat Peperiksaan\nFormat peperiksaan bagi subjek ini dalam SPM adalah seperti berikut:\n\nKoleksi Kertas Soalan\nKoleksi kertas soalan bagi subjek ini mengikut tahun adalah seperti berikut:\ni) Tahun 2019 Kertas 1\nBI-K1-SPM-2019Download\nTahun 2019 Kertas 2\nBI-K2-SPM-2019Download\nii) Tahun 2018 Kertas 1\nBI-K1-SPM-2018Download\nTahun 2018 Kertas 2\n\n\n\n\nBI-K2-SPM-2018Download\niii) Tahun 2017 Kertas 1 dan 2\nBI-SPM-2017Download\niv) Tahun 2016 Kertas 1 \nB1-K1-SPM-2016Download\nTahun 2016 Kertas 2\nBI-K1-SPM-2016Download\nv) Tahun 2015 Kertas 1 dan 2\nBI-SPM-2015Download\nvi) Tahun 2014 Kertas 1 dan 2\nBI-SPM-2014Download\nPeringatan Kepada Calon Peperiksaan\nCalon yang menduduki peperiksaan SPM di dewan/bilik peperiksaan adalah dilarang:\n\nMembawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.\nMenulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di Bilik Menunggu/Bilik LaporDiri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin.\nMendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.\nMemberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin walau dengan apa-apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.\nMenukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.\nMenukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua PengawasPeperiksaan/Ketua Pengawas Amali/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor).\nMenyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.\nMembuat rujukan di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin semasa peperiksaan.\nMembawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/BilikPeperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin.\nMembuat cubaan memberi suapan/rasuah dengan apa-apa cara sekalipun kepada petugaspeperiksaan/petugas pemeriksaan.\n\nMengenai SPM 2022\nUntuk maklumat lanjut mengenai SPM 2022, sila layari laman web\u00a0http://lp.moe.gov.my/index.php/jw-spm/1187-jadual-waktu-peperiksaan-spm-2022\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kertas-soalan-percubaan-spm-sains/", "title": "Koleksi Kertas Soalan Sains Percubaan SPM", "body": "\n\n\n\n\n\nSubjek Sains merupakan subjek yang penting bagi pelajar yang berhasrat ingin meneruskan pengajian mereka ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).\nIni merupakan subjek yang perlu diberikan perhatian oleh para pelajar di dalam peperiksaan besar seperti SPM selain subjek Matematik.\nUntuk memastikan pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan ini dengan baik, mereka dinasihatkan untuk membuat latih tubi dengan menjawab soalan-soalan peperiksaan daripada negeri dan tahun yang berlainan.\nBerikut disertakan koleksi soalan subjek ini yang boleh dimuat turun:\nTahun 2021\ni) Kelantan\nSoalan kertas 1\nKelantan-Sains-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nKelantan-Sains-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan kertas 1\nKelantan-Sains-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-1Download\nSkema jawapan kertas 2\n\n\n\n\nKelantan-Sains-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-2Download\nii) Terengganu\nSoalan kertas 1, 2, dan skema jawapan\nTerengganu-Sains-Percubaan-SPMDownload\niii) Negeri Sembilan\nSoalan kertas 1\nNSembilan-Sains-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nNSembilan-Sains-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan\nNSembilan-Sains-Percubaan-Skema-JawapanDownload\nMengenai Percubaan SPM\nUntuk mengetahui perkembangan terkini peperiksaan percubaan SPM, sila layari laman web\u00a0https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/hari-raya-haji-2023/", "title": "Tarikh Hari Raya Haji / Hari Raya Korban 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nTarikh Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha akan disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah di dalam kalendar Hijrah setiap tahun.\nDi dalam Islam, terdapat 2 hari raya yang diambut setiap tahun iaitu:\n\nHari Raya Aidilfitri\nHari Raya Haji (Aidiladha)\n\nHari Raya Haji disambut setelah umat Islam sempurna menyelesaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang kelima. \nIni kerana, apabila orang Islam selesai menunaikan haji mereka, maka akan diampunakan segala dosa-dosa yang dilakukan mereka. \nDi dalam hari raya ini, disyaratkan ke atas umat Islam untuk melakukan penyembelihan iatu dengan menumpahkan darah mana-mana binatang yang dibenarkan untuk dikorbankan.\nPensyariatan Ibadah Haji\nHaji dari segi bahasa bererti menyengaja atau menuju dan mengunjungi dan menurut istilah syara\u2019 pula, haji ialah menuju ke Baitullah dan tempat-tempat tertentu untuk melaksanakan amalan-amalan ibadah tertentu.\nMenurut jumhur ulama\u2019, fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah SWT yang bermaksud:\n\u201cDan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah\u201d (Surah Al- Baqarah ayat 196).\nIbadah ini diwajibkan kepada umat Islam yang mampu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.\n\n\n\n\nMampu yang dimaksudkan adalah mampu untuk mengerjakan haji dengan diri sendiri atau mampu mengerjakan haji dengan perantaraan orang lain manakala yang dikatakan tidak mampu itu dilihat dari sudut sakit, tua, kematian, dan sebagainya.\n\nTarikh Hari Raya Haji 2023\nSetiap tahun, pengumuman tarikh hari raya akan dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui stesen-stesen televisyen utama negara. \nUntuk menetapkan tarikh hari raya, Majlis Raja-Raja telah membuat keputusan bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh hari raya ditetapkan berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik).\nJika dilihat kepada kalendar, tarikh Hari Raya Haji 2023 dijangka akan berlaku pada 29 Jun 2023, iaitu hari Khamis bersamaan 10 Zulhijjah 1444H.\n\nCuti Umum \nUntuk makluman, Hari Raya Aidiladha pertama adalah cuti kelepasan am bagi setiap negeri di Malaysia.\nNamun, terdapat negeri yang mengambil cuti\u00a0bagi Hari Raya Aidiladha kedua (hari Jumaat) iaitu di Kelantan dan Terengganu. \n\nSumber: https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1871-al-kafi-li-al-fatawi-siri-436-hikmah-haji-difardhukan-sekali-seumur-hidup\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-permata-sejahtera-2023/", "title": "Skim Permata Sejahtera 2023: Simpanan SSPN-i Bayi Terengganu", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk anak yang dilahirkan di Negeri Terengganu, mereka berpeluang untuk mendapat sumbangan Simpanan SSPN-i daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menerusi Skim Permata Sejahtera.\nApakah Skim Permata Sejahtera?\nSkim Permata Sejahtera merupakan skim berbentuk sumbangan simpanan SSPN-i kepada anak-anak yang dilahirkan di Negeri Terengganu.\nIni bermakna, setiap anak yang dilahirkan di negeri tersebut berpeluang mendapat simpanan pendidikan SSPN-i yang boleh digunakan untuk tujuan pendidikan ketika mereka berumur 18 tahun.\nOleh itu, ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata di negeri tersebut dialu-alukan untuk memohon skim ini secara atas talian.\n\nKeistimewaan SSPN-i / Skim Permata Sejahtera\nTerdapat 6 keistimewaan utama yang bakal dinikmati ibu bapa yang mempunyai akaun SSPN-i iaitu:\n\nPelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa.\nPelindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas.\nKadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan cukai pendapatan.\nPemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak.\nSimpanan dijamin oleh kerajaan.\nLayak memohon pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).\n\nJumlah Sumbangan\nJumlah sumbangan yang akan diterima menerusi skim ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nAnak pertama hingga ke-6: RM100.00\nAnak ke-7: RM200.00\nAnak ke-8: RM300.00\nAnak ke-9: RM400.00\nAnak ke-10 dan ke atas: RM500.00\n\nSyarat Permohonan Skim Permata Sejahtera 2023\nSyarat permohonan bagi ibu bapa yang ingin memohon skim ini adalah seperti berikut:\n\nBayi hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu bermula pada 1.1.2023 sehingga 31.12.2023.\nBagi bayi yang dilahirkan di luar Negeri Terengganu, permohonan hanya akan dipertimbangkan jika terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan bersalin di luar Negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan disebabkan oleh nasihat kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin.\nIbu atau bapa bayi mestilah rakyat Negeri Terengganu yang lahir dan telah menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu.\nBilangan anak bagi permohonan program ini dimaksudkan sebagai bilangan anak dalam sebuah keluarga adalah termasuk juga daripada kalangan keluarga berpoligami.\n\nTatacara Permohonan\nUntuk membuat permohonan bagi skim ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari pautan permohonan berikut iaitu https://www.ptptn.gov.my/sumbangan/.\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u201cSeterusnya.\u201d\nMuat naik salinan dokumen yang diperlukan.\nBuat perakuan dan hantar permohonan. \n\nPermohonan melalui manual (borang ) juga boleh dilakukan dengan mendapatkan borang di setiap Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di setiap Daerah tempat tinggal masing-masing.\nSalinan Dokumen\nSalinan dokumen yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\n\nSalinan Sijil Kelahiran Bayi dan salinan MyKid bayi.\nSalinan MyKad ibu dan bapa.\nSalinan Sjil Nikah atau Kad Nikah IbuBapa yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia.\nSalinan Sijil Kelahiran atau MyKid/MyKad kesemua anak bagi Permohonan kelahiran anak ke-7 dan ke atas.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Skim Permata Sejahtera, sila layarilaman web YPKT iaitu\u00a0https://www.ypkt.gov.my/\u00a0atau hadir ke mana-mana Pejabat YPK Kawasan yang berdekatan.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jawatan-pensyarah-kolej-matrikulasi-kpm/", "title": "Permohonan Jawatan Pensyarah Kolej Matrikulasi KPM 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan bagi jawatan pensyarah Kolej Matrikulasi KPM bagi gred DG44/DG48/DG52 (KUJ) untuk tahun 2023.\nProgram Matrikulasi KPM merupakan program yang diwujudkan pada tahun 1998 bagi program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.\nProgram ini dilaksanakan di bawah KPM bagi menyeragamkan semua program matrikulasi/asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).\nMatlamat pelaksanaan program ini adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.\nSubjek Yang Ditawarkan\nJawatan ini adalah bagi subjek yang ditawarkan seperti berikut:\n\nBiologi\nFizik\nKimia\nSains Komputer\nMatematik\nBahasa Inggeris\nPerakaunan\nPengurusan Perniagaan\nEkonomi\nPengajian Am\n\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi permohonan jawatan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPPP gred DG44/DG48/DG52 yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).\nMarkah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85 % bagi tahun 2020, 2021 dan 2022.\nBebas daripada tindakan tatatertib.\nTelah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun;\nBebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/tabung pendidikan/\n\nSyarat Khusus\nSelain itu, terdapat juga syarat khusus yang perlu dipenuhi pemohon iaitu:\n\nMempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan bagi kursus yang dimohon.\nFasih dalam Bahasa Inggeris (penulisan dan pertuturan).\nBagi permohonan sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris, PPP perlu berada pada tahap penguasaan minimum Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) C1.\nSihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik.\nSedia berkhidmat di kolej matrikulasi yang ditawarkan sekurang-kurangnya 3 tahun.\nDiperaku oleh Ketua Jabatan.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut:\n\nLayari laman web https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/iklan-kekosongan-jawatan-pensyarah-akademik-gred-dg44-dg48-dg52-kuj-di-kolej-matrikulasi-kpm-bagi-tahun-2023\nMuat turun borang permohonan.\nIsi borang permohonan dengan lengkap.\nHantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat seperti berikut:PengarahBahagian MatrikulasiKementerian Pendidikan MalaysiaAras 6 & 7, Blok E15, Kompleks EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJAYA(u.p.: Unit Perkhidmatan, Saraan dan Perjawatan)\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\n\nSalinan Kad Pengenalan\nSalinan Surat Kenaikan Pangkat Pemohon/Penempatan Hakiki/Arahan Penempatan Pemangkuan\nSalinan Kelulusan Akademik\nSalinan Sijil Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) (bagi permohonan pensyarah Bahasa Inggeris)\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai jawatan pensyarah Kolej Matrikulasi KPM 2023, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/iklan-kekosongan-jawatan-pensyarah-akademik-gred-dg44-dg48-dg52-kuj-di-kolej-matrikulasi-kpm-bagi-tahun-2023. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kertas-soalan-percubaan-spm-biologi/", "title": "Koleksi Kertas Soalan Biologi Percubaan SPM", "body": "\n\n\n\n\n\nBiologi merupakan salah satu subjek di dalam aliran Sains Tulen bagi pelajar yang mempunyai cita-cita untuk bekerja di aliran perubatan, farmasi atau sebagainya.\nTidak dinafikan, subjek ini adalah antara mata pelajaran yang dianggap sukar oleh sesetengah pelajar.\nSalah satu perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kefahaman pelajar di dalam mata pelajaran ini adalah dengan membuat latih tubi dengan menjawab soalan-soalan terdahulu daripada negeri dan tahun yang berbeza.\nBerikut disertakan koleksi soalan subjek ini yang boleh dimuat turun:\nTahun 2021\ni) Kelantan\nSoalan kertas 1\nKelantan-Biologi-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nKelantan-Biologi-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan kertas 1\nKelantan-Biologi-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-1Download\nSkema jawapan kertas 2\nKelantan-Biologi-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-2Download\nii) Melaka\nSoalan kertas 1\nMelaka-Biologi-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nMelaka-Biologi-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan kertas 1\n\n\n\n\nMelaka-Biologi-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\nSkema jawapan kertas 2\nMelaka-Biologi-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-2Download\niii) Selangor\nSoalan kertas 1\nSelangor-Biologi-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nSelangor-Biologi-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan kertas 1\nSelangor-Biologi-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-1Download\nSkema jawapan kertas 2\nSelangor-Biologi-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-Kertas-2Download\niv) SBP\nSoalan kertas 1\nSBP-Biologi-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nSBP-Biologi-Percubaan-Kertas-2Download\nSkema jawapan\nSBP-Biologi-Percubaan-SPM-Skema-JawapanDownload\nMengenai Percubaan SPM\nUntuk mengetahui perkembangan terkini peperiksaan percubaan SPM, sila layari laman web\u00a0https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jom-shopping-perayaan/", "title": "Jom Shopping Perayaan: Bantuan Baucar RM200 Untuk B40", "body": "\n\n\n\n\n\nSempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan kepada rakyat B40 untuk memohon Jom Shopping Perayaan.\nUntuk makluman, Jom Shopping! Perayaan merupakan pemberian bantuan berbentuk baucar bernilai RM200 kepada golongan B40 bersempena perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.\nBantuan ini diberikan bagi mengurangkan beban keluarga B40 untuk menyediakan kelengkapan sempena hari perayaan yang bakal menjelma tidak lama lagi.\n\nBaucar Jom Shopping Perayaan Selangor\nMenerusi Belanjawan Selangor 2023, kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM16.48 juta bagi program pemberian Baucar Jom Shopping sempena perayaan yang akan memanfaatkan 82,400 penerima.\nBagi mereka yang layak menerima bantuan ini, mereka akan diberikan baucar yang bernilai RM200 untuk tujuan membeli-belah.\nGolongan B40 yang berminat boleh membuat permohonan melalui laman web SSIPR.\nSyarat Kelayakan\nKriteria permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nMasyarakat yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina / Hari Raya Aidilfitri / Deepavali.\nPendapatan penerima seisi rumah RM2,000 dan ke bawah.\nPenerima bantuan mestilah pengundi berdaftar di DUN berkenaan sahaja (dalam Negeri Selangor).\nPenerima bantuan bukan penerima manfaat KISS dan SMUE.\n\nSYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BAUCAR JOM SHOPPING HARI RAYA AIDIL FITRI 2023\n\nWarganegara Malaysia yang menyambut Perayaan Hari Raya Aidilfitri;\nPengundi kawasan DUN Semenyih (wajib daftar mengundi) dan sedang menetap di kawasan Semenyih (alamat mykad di Semenyih);\nHanya seorang pemohon yang layak bagi setiap keluarga dengan pendapatan isi rumah RM3,000 (Keluarga) / RM 2,000 (Bujang) dan kebawah.\nBelum pernah menerima baucer daripada mana-mana DUN;\nBukan penerima manfaat BINGKAS\n\nDOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON\n\nSalinan IC pemohon dan pasangan\nSijil kematian / suart cerai (ibu bapa tunggal)\nSalinan slip gaji / Surat akuan tidak bekerja / bekerja sendiri (Boleh dapatkan di Pusat Khidmat Masyarakat)\n\nCara Permohonan Baucar Jom Shopping Perayaan Selangor\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web\u00a0https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register.\nLengkaplam maklumat yang ditetapkan dan klik butang \u201cDaftar.\u201d\nLogin dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.\nIsi maklumat permohonan yang diperlukan. \nHantar permohonan.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai bantuan baucar ini, sila layari laman web https://www.selangorpenyayang.com/\nBaca juga: Biasiswa Khas Menteri Besar Selangor\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cuti-hari-pekerja-buruh/", "title": "Cuti Hari Pekerja / Hari Buruh 1 Mei 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nHari Pekerja atau\u00a0lazimnya dipanggil Hari Buruh\u00a0disambut seluruh dunia pada 1 Mei setiap tahun. \nHari tersebut juga dipanggil sebagai Hari Pekerja Antarabangsa yang merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi\u00a0kesatuan pekerja. \nPada hari tersebut, semua pekerja akan diberikan cuti sempena memperingati perkara tersebut. \n\nSejarah Sambutan\nTarikh 1 Mei dipilih kerana memperingati kejayaan\u00a0pergerakan buruh\u00a0pada\u00a01886\u00a0menerusi Mogok Haymarket\u00a0di\u00a0Chicago, Illinois di Amerika Syarikat. \nMogok ini bermula apabila satu perhimpunan aman pekerja di Medan Haymarket yang\u00a0menuntut agar waktu pekerja dikurangkan kepada kerja lapan jam sehari.\nIni berbeza dengan peraturan sebelumnya apabila pekerja kilang dipaksa untuk bekerja 12 hingga 14 jam, malah ada yang sampai 16 jam sehari serta tiada cuti diberikan.\nSemasa pekerja berarak di Medan Haymarket, golongan anarkis meletupkan bom yang mengorbankan beberapa anggota polis dan orang awam. \nIni mengakibatkan ramai pemimpin kesatuan pekerja telah ditangkap dan telah dihukum bunuh.\nSetelah 2 tahun kemudian kejadian tersebut, Persatuan Buruh Amerika menjadikan 1 Mei sebagai tarikh peringatan Peristiwa Haymarket dan pekerja kilang hanya akan bekerja 8 jam sahaja pada hari tersebut sebagai tanda protes.\n\n\n\n\nSecond International iaitu gabungan sosialis sedunia menyambut tindakan tersebut dengan mengisytiharkan 1 Mei ditetapkan sebagai Hari Pekerja Antarabangsa.\nCuti Umum Hari Buruh 1 Mei \nDi Malaysia terdapat banyak Hari kelepasan Am atau cuti umum diwartakan di bawah Akta Hari Kelepasan\u00a0 1951 (Akta 369).\nWalau bagaimanapun, di bawah Seksyen 60D(1A) Akta 265, majikan diwajibkan untul memberikan cuti pada setiap Cuti Umum yang diwartakan tersebut.\nMajikan diberi kebebasan untuk memilih sebelas 11 hari sahaja sebagai cuti berbayar dalam satu tahun di mana Seksyen 60D(1)(a) Akta 265 menyenaraikan Cuti Umum wajib:\ni) 5 hari\u00a0cuti umum yang wajib diberikan\u00a0dan\u00a0tidak boleh digantikan dengan hari lain iaitu:\n\nHari Kebangsaan\nHari Keputeraan YDP Agong\nHari Keputeraan Raja/YDP Pertua Negeri atau Hari Wilayah bagi Wilayah Persekutuan\nHari Buruh\nHari Malaysia\n\nii) Baki 6 lagi cuti umum boleh dipilih oleh majikan mengikut budi bicara mereka.\nTema Sambutan Hari Pekerja 2023\nTema sambutan hari tersebut di Malaysia pada tahun 2023 adalah \u201cPekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani.\u201d\n\nSumber : Anwar Ibrahim\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sambutan-hari-kanak-kanak/", "title": "Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nSeluruh dunia meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023 yang bakal berlangsung bagi memastikan isu-isu berkaitan kanak-kanak terus diambil perhatian oleh masyarakat.\nDi Malaysia, Hari Kanak-Kanak Sedunia juga turut disambut bagi menggalakkan kesedaran tentang isu-isu yang dihadapi oleh kanak-kanak.\nBerikut merupakan maklumat atau info mengenai Hari Kanak-Kanak Sedunia.\n\nSejarah Sambutan\nHari Kanak-kanak Sedunia kali pertama diisytiharkan pada tahun 1925, di Persidangan Kebajikan Kanak-Kanak Sedunia di Geneva Switzerland. \nPada awalnya, sambutan ini tidak diiktiraf secara rasmi di seluruh dunia namun pada tahun 1954, negara United Kingdom telah menggalalakkan negara lain untuk mewujudkan sambutan satu hari untuk bagi persefahaman di antara kanak-kanak dan untuk meningkatkan kebajikan kanak-kanak di seluruh dunia.\u00a0\nOleh itu, Hari Kanak-Kanak Sedunia akhirnya diisytiharkan pada tahun 20 November 1959 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menerima pakai Deklarasi Hak Kanak-kanak.\n\nSambutan Hari Kanak-Kanak Malaysia\nDi Malaysia, sambutan ini kali pertama disambut pada tarikh 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur. \nSambutan ini dijalankan sebaik sahaja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan tarikh ini sebagai hari untuk persaudaraan dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.\n\n\n\n\nSambutan Hari Kanak-Kanak ini di Malaysia disambut pada 20 November setiap tahun. \nDeklarasi Hak Kanak-Kanak\nDeklarasi Hak Kanak-kanak merupakan dokumen antarabangsa yang mengutarakan mengenai hak kanak-kanak. \nDeklarasi ini pada asalnya dicadangkan oleh aktivis hak asasi manusia Eglantyne Jebb dan diterima pakai oleh Liga Bangsa-Bangsa pada 1924.\nAntara perkara yang terkandung di dalam deklarasi ini adalah seperti berikut:\n\nKanak-kanak mesti diberikan cara yang diperlukan untuk perkembangan normalnya, baik dari segi material dan rohani.\nAnak yang lapar harus diberi makan, anak yang sakit harus dirawati, anak yang mundur harus dibantu, anak yang nakal harus dinasihati, dan anak yatim dan orang tua harus diberikan perlindungan dan pertolongan.\nKanak-kanak mesti menjadi orang pertama yang menerima bantuan semasa kesusahan.\nKanak-kanak itu mesti diletakkan dalam kedudukan yang mesti dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi.\nKanak-kanak itu mesti dibesarkan dalam kesedaran bahawa bakatnya mesti ditumpukan kepada perkhidmatan sesama manusia.\n\nDeklarasi penuh boleh dirujuk melalui laman web https://www.unicef.org/child-rights-convention/convention-text.\nHak Kanak-Kanak\nKonvensyen mengenai Hak Kanak-kanak mengandungi sejumlah 54 hak kanak-kanak antaranya ialah:\n\nHak untuk Hidup (Perkara 6)\nHak untuk memberikan pendapat mereka (Perkara 12)\nHak untuk mendapatkan makanan, pakaian, tempat tinggal yang selamat dan untuk memenuhi keperluan asas mereka (Perkara 27)\nHak untuk mendapat pendidikan (Perkara 28)\nHak untuk bermain dan berehat (Perkara 31)\nHak untuk mendapat perlindungan daripada kerja yang membahayakan mereka, dan tidak baik untuk kesihatan dan pendidikan mereka (Perkara 32)\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ayat-aktif-pasif/", "title": "Ayat Aktif & Ayat Pasif: Perbezaan, Susunan, & Jenis", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi menguasai penulisan karangan, murid-murid perlu menguasai ayat aktif dan pasif yang akan digunakan dalam membentuk perkataan.\nApakah yang dimaksudkan dengan ayat aktif dan ayat pasif?\nAyat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek atau pelaku sebagai subjek dan kata kerja di dalam ayat tersebut mempunyai awalan\u00a0MeN-\u00a0(me-, mem-, men-, menge-,\u00a0dan\u00a0meny-).\u00a0\nAyat pasif pula ialah ayat yang mengutamakan objek dan perbuatannya serta kata kerja di dalam ayat tersebut tanpa awalan atau berawalan\u00a0\u201cdi-\u201d\u00a0beserta dengan kata sendi\u00a0\u201coleh.\u201d\nSusunan Ayat\nSusunan ayat aktif dan pasif diterangkan dalam contoh di bawah:\ni) Susunan ayat aktif\nAyat aktif perlu disusun mengikut turutan berikut iaitu:\nSubjekKata kerjaObjek Keterangan\nContoh ayat: \u201cSuraya melipat baju yang kering itu.\u201d\nDalam ayat di atas, susunan ayat terdiri daripada \u201cSuraya\u201d ialah subjek, \u201cmelipat\u201d adalah kata kerja, \u201cbaju\u201d adalah objek, dan \u201cyang kering itu\u201d adalah keterangan.\nii) Susunan ayat pasif\nAyat pasif pula perlu disusun mengikut turutan berikut iaitu:\nObjekSubjekKata kerjaKeterangan\nContoh ayat: \u201cSayur itu awak potong untuk dimasak nanti.\u201d\nDalam ayat di atas, susunan ayat pasif terdiri daripada \u201cSayur itu\u201d ialah objek, \u201cawak\u201d ialah subjek, \u201cpotong\u201d ialah kata kerja, dan \u201cuntuk dimasak nanti\u201d adalah keterangan.\nNamun terdapat juga ayat pasif disusun seperti ayat ini: \u201cKereta itu dipandu oleh Ahmad sejak pagi tadi.\u201d\nDalam ayat di atas, sususan sedikit berbeza apabila kata kerja diletakkan di sebelah objek iaitu \u201cKereta itu\u201d ialah objek, \u201cdipandu\u201d adalah kata kerja diikuti oleh \u201cAhmad\u201d sebagai subjek dan \u201csejak pagi tadi\u201d ialah keterangan.\nJenis Ayat Aktif\nAyat aktif terdiri daripada dua jenis iaitu:\n\n\n\n\nAyat aktif transitifAyat aktif tak transitif\nAyat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif atau erti kata lain ayat yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek.\nContoh ayat ialah \u201cTukang kebun menebas lalang.\u201d\nAyat aktif tak transitif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.\nContoh ayat ialah \u201cAnak Sulaiman pandai menyanyi.\u201d\nJenis Ayat Pasif\nBagi ayat pasif pula, ayat ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu:\nAyat pasif diri pertamaAyat pasif diri keduaAyat pasif diri ketiga\u00a0\u00a0\ni) Ayat pasif diri pertama\nAyat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan lain-lain lagi.\nContoh ayat adalah seperti berikut: \u201cKereta itu saya beli.\u201d\nii) Ayat pasif diri kedua\nAyat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan lain-lain lagi.\nContoh ayat adalah seperti berikut: \u201cBuku novel itu sudah\u00a0anda\u00a0baca?\u201d\niii) Ayat pasif diri ketiga\nAyat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan lain-lain lagi\nContoh ayat adalah seperti berikut: \u201cPintu bilik itu dibaiki oleh dia.\u201d\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=h0fN6wco148.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-pelajaran-tazu-bpt-asasi-uniten-2022/", "title": "Permohonan Biasiswa Pelajaran TAZU (BPT)-ASASI UNITEN 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nTabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU) mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 untuk memohon penajaan Biasiswa Pelajaran TAZU (BPT)-Asasi.\nBiasiswa Pelajaran TAZU (BPT)-Asasi ini adalah biasiswa yang ditawarkan bagi Program Asasi di UNITEN dan tempoh tajaan adalah sepanjang Program Asasi sahaja.\nBagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai 1 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022 secara atas talian.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat-syarat untuk permohonan bagi biasiswa ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Beragama Islam.Memohon program Asasi di UNITEN.Mendapat keputusan SPM minima 9A tanpa C.\nKeutamaan biasiswa ini akan diberikan mengikut kategori asnaf dengan pengiraan kad kifayah tertinggi.\n\n\n\n\nCara Memohon\nPemohon yang ingin membuat permohonan boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://amanahuniten.my/biasiswa/.Klik butang \u2018Permohonan Baru.\u2019Isi maklumat permohonan dengan betul dan lengkap.Muat naik dokumen sokongan.Klik butang \u2018Hantar.\u2019\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:\nSalinan\u00a0Kad Pengenalan\u00a0pemohon.Salinan\u00a0penyata gaji terkini\u00a0ibu dan bapa/penjaga; atauSalinan\u00a0penyata pencen terkini\u00a0ibu dan bapa/penjaga; atauSalinan\u00a0surat pengesahan pendapatan terkini\u00a0ibu dan bapa/penjaga sekiranya tiada penyata gaji/penyata pencen;\u00a0atauSalinan\u00a0surat pengesahan tidak bekerja\u00a0sekiranya ibu dan bapa/penjaga tidak bekerja.Salinan\u00a0keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Salinan\u00a0surat tawaran kemasukan\u00a0ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Pelajaran TAZU (BPT)-Asasi, sila hubungi talian 03-89212030 atau email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/diskaun-bayaran-balik-ptptn/", "title": "Diskaun Bayaran Balik PTPTN Sehingga 15% Bermula 1 November 2021", "body": "\n\n\n\n\n\nMenerusi Belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku\u00a0Datuk Seri\u00a0Zafrul\u00a0bin\u00a0Tengku\u00a0Abdul Aziz, kerajaan bersetuju menawarkan beberapa diskaun pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).\nMenerusi pembentangan tersebut juga, Menteri Kewangan menyatakan peminjam PTPTN berpeluang menikmati tiga kategori diskaun yang akan bermula pada 1 November 2021 sehingga 30 April 2022.\nInisiatif ini diwujudkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada 1.67 juta peminjam PTPTN serta bagi memudahkan proses bayaran balik dan memupuk sikap bertanggungjawab dalam melaksanakan pembayaran balik pinjaman tersebut.\n\nKategori Diskaun Bayaran Balik\nDiskaun bayaran balik pinjaman PTPTN akan diberikan dalam bentuk 3 kategori iaitu:\nDiskaun 15%: Untuk baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.Diskaun 12%:\u00a0Untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.Diskaun 10%:\u00a0Untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.\nKaedah Bayaran Balik\nTerdapat 2 kaedah bayaran balik pinjaman PTPTN boleh dilakukan iaitu:\nPotongan gajiDebit terus\ni) Potongan gaji\n\n\n\n\nBagi peminjam yang ingin membuat bayaran balik melalui kaedah potongan gaji, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/#.Masukkan no kad pengenalan dan klik butang berlogo kanta.Apabila maklumat dipaparkan, klik butang \u2018Mohon.\u2019Lengkapkan permohonan potongan gaji tersebut sehingga akhir.\nii) Debit Terus\nUntuk peminjam yang ingin membuat bayaran melalui kaedah debit terus, sila ikuti langkah berikut:\nLayari laman web berikut menerusi pautan:\u2013 Permohonan Debit Terus\u00a0Pinjaman: https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/.\u2013 Permohonan Debit Terus\u00a0Simpan SSPN Prime: https://www.ptptn.gov.my/saving/sspnlogin.html\u2013 Permohonan Debit Terus\u00a0Simpan SSPN Plus: https://www.ptptn.gov.my/penyatasp/UtamaBagi permohonan debit terus, sila masukkan no kad pengenalan dan klik dan klik butang berlogo kanta.Klik butang \u2018Semak.\u2019Klik bahagian \u2018Penyata Baki\u2019 dan klik \u2018Pendaftaran untuk Debit Terus.\u2019Bagi permohonan debit terus Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN plus, permohonan boleh dibuat dengan login di pautan yang diberikan di atas.\nCara Mendapatkan Diskaun\nUntuk mendapatkan diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN, peminjam boleh mengikuti langkah-langkah berikut:\nDapatkan pengesahan baki hutang terlebih dahulu melalui portal rasmi PTPTN di\u00a0https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama.Hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN di talian 03-2193 3000 untuk membuat permohonan diskaun tersebut.Selepas itu, peminjam boleh bayaran balik boleh dibuat melalui mana-mana saluran bayaran balik yang disediakan oleh PTPTN.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN, sila hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN di talian 03-2193 3000 \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-didik-anis/", "title": "Permohonan Bantuan Didik ANIS Fasa 2 Negeri Selangor 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nInstitusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang berdaftar di Negeri Selangor adalah dialu-alukan memohon Bantuan Didik ANIS Fasa 2.\nUntuk pengetahuan, Bantuan Didik ANIS telah dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Selangor bermula pada tahun 2017.\nBantuan terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.\nPeruntukan bantuan ini diberikan secara\u00a0one-off\u00a0dan institusi pendidikan yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 12 Ogos 2022.\n\nObjektif Utama\nObjektif utama bantuan ini diperkenalkan adalah untuk:\nMembantu Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang menjalankan\u00a0Early Intervention Programme\u00a0(EIP) di negeri Selangor.Memberi peluang pada Institusi Pendidikan Anak Istimewa agar dapat menaiktaraf keperluan di pusat tersebutMembantu anak istimewa di Selangor untuk menerima\u00a0Early Intervention Programme\u00a0(EIP) dengan lebih berkesan dan sistematik.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nTerbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa berdaftar yang menjalankan EIP untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan yang perlu diikuti pemohon adalah seperti berikut:\nPermohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang https://www.anisselangor.com/didikanis.Pemohon diminta untuk muat turun borang yang diisi di website dan lampirkan bersama dokumen sokongan.Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal di alamat berikut:\nPusat ANIS, East Entrance, Lot G26-28,Tingkat G Bangunan IDCC,Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,40200 Shah Alam, Selangor.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nBorang Profil lengkap Institusi Pendidikan Anak Istimewa (borang yang diisi di website)Salinan sijil pendaftaran pertubuhan/sijil pendaftaran dengan undang-undang tubuh yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan/Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Senarai nama dan sijil petugas Institusi.Senarai nama pelatih/kanak-kanak beserta umur, nombor kad pengenalan dan jenis kecacatan/kurang upaya/permasalahan.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Bantuan Didik ANIS Fasa 2, sila hubungi Hotline ANIS di talian 03-55453170.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-tingkatan-1-sekolah-sukan-negeri-perak/", "title": "Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Sukan Negeri Perak 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang aktif dalam bidang sukan dan berminat untuk memohon kemasukan Sekolah Sukan Negeri Perak untuk Tingkatan 1 bagi tahun 2023, permohonan kemasukan telah dibuka.\nUntuk makluman, terdapat 1 sekolah sukan di Negeri Perak iaitu SMK Gunung Rapat, Ipoh, Perak.\nSekolah ini telah melahirkan ramai atlet sukan sama di peringkat negeri atau negara seperti:\n\nAzeem Fahmi: Pelari Pecut Negara\nDian Nur Syakira: Pemain Hoki Kebangsaan\nAlif Zikri: Pemain Bola Sepak Liga Super\nKhairunnisa Nazri: Pemain Bola Jaring Kebangsaan\nAsyraaf Hadi: Pemain Takraw Kebangsaan\n\nBagi mereka yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian sebelum 10 Disember 2022.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:\n\nMurid mestilah warganegara Malaysia.\nMerupakan murid Tahun 6 yang telah didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada Tahun 2022 Di Negeri Perak\nMurid yang sihat tubuh badan.\nMurid yang aktif dalam penglibatan sukan dan kokurikulum.\nSukan yang ditawarkan adalah seperti:\u2013 Hoki Lelaki dan Perempuan: SSN Perak\u2013 Sepak Takraw: SSN Perak\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u2013 Olahraga: SSN Perak\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0\u2013 Bola Jaring: SSN Perak\u00a0\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u2013 Memanah: SSN Perak\u00a0\u00a0\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u00a0\u2013 Bola Sepak: SSN Perak\u2013 Ragbi: SMK King Edward VII\nPemohon yang memenuhi kriteria pemilihan akan dipanggil/dihubungi oleh pihak Urus Setia untuk dinilai melalui: \u2013 Ujian Kemahiran Sukan\u2013 Ujian TID\u2013 Ujian Psikometrik Dan Aptitud\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:\n\nLayari laman web https://gg.gg/Kemasukan-SSN-ARNP2023.\nIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.\nPastikan semua maklumat diisi.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai kemasukan Sekolah Sukan Negeri Perak 2023, sila hubungi:\n\nEn. Muhammad Amir Izwan Tan bin Abdullah (PK Kokurikulum, SSN Perak): 019-574 0069\nEn. Noor Zaid bin Saidin (Penyelaras SSN Perak): 012-567 2651\nEn. Sufian bin Ishak (Penolong Pengarah UPBM, JPN Perak): 012-463 8720\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/permohonan-kolej-profesional-mara/", "title": "Permohonan Kemasukan Kolej Profesional MARA 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKolej Profesional MARA sedang membuka permohonan bagi individu yang berminat untuk melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tersebut bagi kemasukan sesi 2 untuk sesi 2023/2024.\nUntuk makluman, Kolej Profesional MARA merupakan institusi pendidikan yang menawarkan program-program diploma dan sijil. \nKurikulum di kolej ini telah digubal oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan dikemas kini dari semasa ke semasa supaya pelajar-pelajar mempunyai pengetahuan terkini dan bersedia untuk mengisi keperluan industri negara.\nUntuk pemohon yang berminat, mereka boleh membuat permohonan kemasukan secara atas talian mulai 3 April 2023. \n\nLokasi Kolej Profesional MARA \nSehingga kini, terdapat 6 institusi pendidikan ini di seluruh negara iaitu:\n\n\n\n\n\nKolej_Profesional MARA Beranang\nKolej_Profesional MARA Ayer Molek\nKolej_Profesional MARA\u00a0Indera Mahkota\nKolej_Profesional MARA Seri Iskandar\nKolej_Profesional MARA Bandar Penawar\nKolej_Profesional MARA Bandar Melaka\n\nProgram Yang Ditawarkan\nProgram yang ditawarkan di kolej ini adalah seperti berikut:\n\nDiploma in Accounting (DIA)\nDiploma in Business Studies (DBS)\nDiploma in Landscape and Horticulture (DLH)\nDiploma in Entrepreneurship (DEN)\nDiploma in Islamic Banking and Finance (DBF)\nDiploma in Computer Networking (DCN)\nDiploma in Creative Digital Media Production (DCD)\nDiploma in International Business (DIB)\nDiploma in Integrated Logistics Management (DLM)\nDiploma in Marketing (DMK)\nDiploma in Business and Information Technology (DBIT)\nDiploma in Computer Science (DCS)\nDiploma in English Communication (DEC)\nDiploma in Halal Industry (DHI)\nCertificate in Finance, Accounting and Business (CFAB ICAEW)\nCertified Accounting Technician (CAT)\nIntensive English Programme (IEP)\n\nSyarat Kelayakan\n3 syarat kelayakan yang dikenakan kepada pemohon yang ingin memasuki kolej ini iaitu:\n\nWarganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.\nBerumur 18 sehingga 35 tahun.\nLepasan Sijil Pelajaran Malaysia.\n\nCara Memohon Kolej Profesional MARA 2023\nPermohonan kemasukan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://hi-edu.my/.\nKlik butang \u2018Klik Disini Untuk Permohonan KPM.\u2019\nKlik bahagian \u2018Pengguna Baru.\u2019\nIsi semua maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Hantar.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nLengkapkan permohonan dan hantar.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kemasukan ke Kolej Profesional MARA, sila layari laman web https://hi-edu.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-penajaan-asasi-sastera-unirazak/", "title": "Program Penajaan Asasi Sastera Bersama UNIRAZAK 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nUniversiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)\u00a0dengan kerjasama\u00a0Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT)\u00a0telah mengambil langkah inisiatif persefahaman untuk menawarkan peluang kepada anak-anak Anggota ATM dan warga MINDEF yang ingin mencapai impian melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi iaitu Program Penajaan Asasi Sastera.\nProgram Penajaan Asasi Sastera ini merupakan program pengajian peringkat asasi selama setahun bagi persediaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNIRAZAK atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan dijalankan secara maya sepenuh masa.\nPermohonan penajaan ini hanya terbuka kepada 250 pelajar terawal sahaja.\n\nObjektif Penajaan Asasi Sastera UNIRAZAK\nObjektif penajaan ini adalah seperti berikut:\n\nMenyediakan peluang bagi anak-anak anggota ATM dan warga MINDEF yang terkesan oleh pandemik Covid-19 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat institusi pendidikan tinggi.\nMembuka peluang bagi anak-anak muda untuk melanjutkan pelajaran di insitusi pendidikan tinggi di Malaysia dalam jurusan perniagaan, perakaunan, ekonomi, pengurusan, bahasa dan pendidikan.\nMenyokong usaha pembangunan negara dalam meningkatkan generasi berpendidikan tinggi dalam semua lapisan masyarakat.\nMembuka peluang serta membantu menjayakan visi negara dalam melahirkan generasi berpendapatan tinggi.\nMelahirkan generasi yang pakar dalam bidang perniagaan, ekonomi, perakaunan, pengurusan, bahasa dan pendidikan.\n\nJumlah Penajaan\nSetiap pelajar yang berjaya akan mendapat tajaan penuh (Dermasiswa) yuran pengajian bernilai RM12,500 selama 1 tahun oleh UNIRAZAK. \nIni meliputi tajaan-tajaan berikut:\n\nYuran Pendaftaran sebanyak RM100 dan pemberian kepada setiap pelajar (anak-anak anggota ATM Malaysia dan warga MINDEF) yang layak mengikuti Program Dermasiswa Pengajian Peringkat Asasi ini.\nYayasan LTAT akan membayar yuran pendaftaran dan subsidi pembelian komputer riba ini secara terus kepada UNIRAZAK bagi setiap pelajar yang berjaya mendaftar dalam program dermasiswa ini.\nUNIRAZAK akan menyediakan komputer riba berharga RM2,500 yang bersesuaian dengan keperluan sistem pembelajaran secara maya/digital di UNIRAZAK. Lebihan harga sebanyak RM1,000 perlu di selesaikan oleh pelajar kepada pihak UNIRAZAK.\n\nKursus Yang Ditawarkan\nKursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:\ni) Bank Rakyat School of Business, Innovation, Technology and Entrepreneurship (BRSBITE)\n\n\n\n\n\nIjazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Keusahawanan) (Kepujian)\nIjazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)\nIjazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perancangan Kewangan Islam) (Kepujian)\nIjazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam & Kewangan) (Kepujian)\nIjazah Sarjana Muda Penguruan (Kepujian)\nIjazah Sarjana Muda Perdagangan (Kepujian)\nIjazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Insuran) (Kepujian)\nIjazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian)\n\nii) School of Accounting & Taxation (SAT)\n\nIjazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) diiktiraf oleh CPA Australia\nIjazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)\n\niii) Tun Abdul Razak School of Government (TARSOG)\n\nIjazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian)\nIjazah Sarjana Muda Sastera Tadbir Urus & Dasar Awam (Kepujian)\nIjazah Sarjana Muda Sastera (Kepimpinan) (Kepujian)\nIjazah Sarjana Muda Sastera dalam Tadbir Urus dan Polisi Awam (Kepujian)\n\niv) School of Education & Humanities (SEH)\n\nIjazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak Kanak (Kepujian)\nIjazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)\nIjazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris (Kepujian)\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:\n\nAnak-anak Anggota Tentera Malaysia & Warga MINDEF\nSPM: Lulus SPM/SPMV dengan keputusan min. 5 kredit; atau\nO-Level: Lulus O-Level dengan keputusan Gred C di dalam 5 subjek; atau\nKelayakan lain\u00a0yang setaraf dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)\n\nCara Memohon Asasi Sastera UNIRAZAK\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://unirazak.edu.my/yltat/.\nKlik daftar \u2018Daftar Dermasiswa Sekarang.\u2019\nMasukkan maklumat yang diperlukan.\nKlik \u2018Hantar.\u2019\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut Program Penajaan Asasi Sastera bersama UNIRAZAK, sila layari laman web https://unirazak.edu.my/yltat/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-sijil-perikanan-akademi-perikanan-malaysia/", "title": "Kemasukan Program Sijil Perikanan Akademi Perikanan Malaysia", "body": "\n\n\n\n\n\nPermohonan kemasukan ke Program Sijil Perikanan Akademi Perikanan Malaysia bagi sesi 2023/2024 bagi kemasukan Januari 2023 telah dibuka bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat. \nAkademi Perikanan Malaysia merupakan salah satu bahagian di bawah Jabatan Perikanan Malaysia, bertempat di Chendering, Kuala Terengganu yang menawarkan pengajian peringkat sijil iaitu Program Sijil Perikanan.\nUntuk makluman, program ini telah mendapat akreditasi penuh Malaysian Qualifications Agency (MQA) iaitu MQA/FA 7564.\nPelajar yang berjaya menghabiskan program ini akan dianugerahkan Sijil Perikanan (SP) dan berpeluang memohon pekerjaan dalam sektor Perikanan (awam/swasta) selepas tamat latihan atau menyambung pelajaran diperingkat yang lebih tinggi di universiti terpilih.\nPemohonan yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 31 Oktober 2022.\n\nObjektif Program\nObjektif program ini diwujudkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nMengeluarkan tenaga kerja mahir sektor perikanan bagi memenufii tenaga kerja seKtor kerajaan dan swasta.Melahirkan modal insan kreatif dan inovatif yang membantu transformasi sektor perikanan.Menyediakan latihan kemahiran dan pengkhususan bagi melahirkan bakal usahawan perikanan.\nTempoh Pengajian\nTempoh pengajian bagi program ini adalah selama 2 tahun.\nKemudahan Yang Ditawarkan\nKemudahan yang ditawarkan bagi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:\nAsrama penginapan disediakan.Yuran pengajian adalah percuma.Makan minum ditanggung.Elaun Bulanan pelajar (RM200/Bulan).Fasiliti Sukan.Bilik Kuliah Yang Selesa.\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan bagi ke program ini adalah seperti berikut:\nPemohon memiliki [email\u00a0protected].Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, dan Sains. Pemohon berumur 18 sehingga 30 tahun.Pemohon belum berkahwin.\nCara Memohon\nCara memohon kemasukan program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web http://epengambilan.dof.gov.my.Klik \u2018Daftar Permohonan Baru.\u2019Log masuk dan kata laluan yang didaftarkan.Buat permohonan sehingga selesai.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Program Sijil Perikanan Akademi Perikanan Malaysia ini, sila hubungi En. Muhammad Akmal bin Ali di talian 017-9244348 atau 09-6172361.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/protege-rtw/", "title": "PROTEGE-RTW: Program Suai Padan Graduan Kepada Syarikat", "body": "\n\n\n\n\n\nGraduan yang telah menamatkan pengajian di IPT dan akan menempuhi dunia pekerjaan, mereka boleh berbuat demikian menerusi program PROTEGE Ready-To-Work (RTW).\nPROTEGE-RTW adalah sebuah inisiatif KUSKOP bagi membantu graduan yang sedang mencari pekerjaan dan menerapkan ilmu keusahawanan ketika menjalani latihan di bawah syarikat pelaksana program.\nProgram ini juga akan membantu graduan meningkatkan potensi kebolehpasaran dan memberikan pengalaman pekerjaan yang sebenar melalui penempatan pekerjaan di pelbagai industri yang mengambil perhatian.\nGraduan yang berminat menyertai program ini boleh membuat pendaftaran di atas talian dengan segera. \n\n7 Latihan Kemahiran Insaniah\n7 latihan kemahiran insaniah yang akan diterima oleh graduan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nKemahiran Komunikasi (Communication and Networking Skills):\u00a0Melatih graduan menguasai kemahiran asas dalam Business Communication menggunakan Bahasa Inggeris sama ada melalui penulisan dan percakapan serta kemahiran untuk meluaskan rangkaian kenalan.Pemikiran Kritis dan Kreatif (Creative and Analytical Thinking):\u00a0Mengasah kemahiran berfikir graduan secara kreatif, kritis serta analitikal dalam membuat keputusan.Profesional Berteraskan Nilai (Value Driven Professional):\u00a0Membentuk graduan supaya menjadi golongan profesional yang mempunyai nilai positif seperti kepimpinan, integriti dan sentiasa memperbaiki diri sendiri dan pasukan.Kebolehan Adaptabiliti dalam Organisasi (Organizational Adaptability):\u00a0Menyesuaikan graduan dengan persekitaran bekerja secara langsung dalam organisasi termasuk penerapan nilai-nilai positif syarikatPenjagaan Imej, Etika dan Protokol (Grooming and Etiquette):\u00a0Menambah baik penampilan graduan mengikut imej korporat, etika dan protokol di tempat kerja mahupun di majlis rasmi.Keusahawanan 101 (Entrepreneurship 101):\u00a0Memupuk \u201cEntrepreneurial Mindset\u201d dalam jati diri graduan untuk menjadikan peserta lebih proaktif, mengambil risiko, tabah, menyelesaikan masalah secara inovasi dan fleksibiliti dalam alam pekerjaan.Kelestarian Alam Sekitar dan Kesan Sosial (Environment Sustainability and Social Impact):\u00a0Menggalakkan graduan menjadi golongan profesional sama ada sebagai usahawan atau pekerja yang mementingkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam persekitaran dan hidupan liar serta sentaisa memberi impak positif kepada masyarakat sekeliling dalam apa jua keputusan yang bakal diputuskan.\nTempoh Program\nTempoh program yang akan ditempuh oleh para graduan adalah 8 bulan sehingga 12 bulan.\nElaun Bulanan\nElaun bulanan yang akan diterima adalah seperti berikut:\nKelayakanCSRObligasi Arahan Pekeliling Perbendaharaan (PP/PK1.2)Ijazah dan ke atasRM1,500RM2,000DiplomaRM1,500\u2013\nCara Mendaftar\nUntuk mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nKlik pautan pendaftaran berikut https://www.surveymonkey.com/r/data_graduan_protege_rtw.Isi semua maklumat yang diperlukan.Muat naik resume. Klik butang \u2018Hantar\u2019 untuk melengkapkan pendaftaran.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai PROTEGE-RTW, sila hubungi di talian 03-2935 8989 (ext.104).\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/langkah-mencegah-penularan-ili-sekolah/", "title": "Langkah Mencegah Penularan Influenza-Like Illness (ILI) Di Sekolah", "body": "\n\n\n\n\n\nPenularan kluster\u00a0Influenza-Like Illness (ILI) telah dikesan di beberapa buah sekolah di seluruh negara terutamanya sekolah berasrama baru-baru ini.\nBeberapa kejadian kluster ini dilaporkan di sekolah berasrama di Gombak, Petaling dan juga di Ipoh.\nWalau bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan kesemua kes tersebut berada dalam keadaan terkawal dan hanya memerlukan pemantauan serta pengasingan sahaja.\nPenilaian risiko akan dibuat oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sekiranya wujud keperluan untuk proses penutupan mana-mana sekolah atau institusi pendidikan.\nMengenai ILI\nILI merupakan jangkitan dengan gejala utama seperti demam demam berserta gejala jangkitan salur pernafasan seperti batuk dan/atau sakit tekak serta mungkin mengalami sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan. \nPenyakit ini termasuklah penyakit influenza atau penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama dan kebanyakan pesakit ILI mengalami gejala ringan dan sembuh tanpa rawatan.\n\n\n\n\nNamun, ILI boleh menyebabkan gejala yang teruk atau komplikasi jangkitan kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanakkanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang menghidappenyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, asma dan lain-lain.\nOleh kerana demam selsema atau flu sangat mudah berjangkit,\u00a0penularan menjadi lebih mudah berlaku di tempat-tempat yang padat seperti sekolah, asrama, tempat kerja tertutup, institusi latihan, serta kem-kem tentera dan polis.\u00a0\nMereka yang dijangkiti penyakit ini di asrama sekolah akan diasingkan daripada mereka yang sihat supaya ia tidak menular secara meluas dan mereka yang tidak sihat juga tidak digalakkan datang bekerja atau bersekolah.\u00a0\nLangkah-Langkah Pencegahan\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan garis panduan bagi mencegah daripada penyakit ini menular iaitu:\nMenasihatkan murid dan warga institusi pendidikan untuk segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala ILI seperti demam berserta gejala jangkitan salur pernafasan seperti batuk dan/atau sakit tekak dan/atau lain-lain gejala yang berkaitan.Murid yang tinggal di asrama yang mempunyai gejala ILI hendaklah diasingkan di bilik sakit dan pihak institusi pendidikan perlu menghubungi segera ibu bapa/penjaga untuk menjemput murid pulang bagi mendapatkan rawatan atau pihak institusi pendidikan membawa murid ke klinik/hospital yang berhampiran bagi mendapatkan rawatan dengan persetujuan ibu bapa/penjaga.Menasihati murid yang mempunyai gejala ILI untuk berehat di asrama/rumah dan mengelak daripada berada di tempat sesak.Menyarankan murid mengamalkan pemakaian pelitup muka (face mask) sekiranya perlu bertemu dengan orang lain dan berada di tempat awam.Mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan diri kepada warga institusi Pendidikan. Murid adalah perlu diingatkan agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk dan bersin yang betul serta mengamalkan cara hidup sihat.Memberi kefahaman kepada ibu bapa/penjaga mengenai peranan mereka dalam usaha mencegah penularan jangkitan ILI di institusi pendidikan dan peka kepada status kesihatan anak/anak jagaan mereka.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai pencegahan ILI di sekolah, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/str/", "title": "STR: Permohonan Baharu Sumbangan Tunai Rahmah 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nSumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.\nDalam Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan akan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi STR yang berjumlah sehingga RM3,100.\nInisiatif ini dijangka akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.\nPelaksanaan inisiatif ini di bawah Konsep Payung Rahmah adalah sebagai induk kepada usaha membantu golongan susah dan rentan bagi menangani kenaikan kos sara hidup.\n\nPenerima Yang Layak\nPenerima yang layak menerima sumbangan ini adalah seperti berikut:\ni) Isi Rumah\n\nKahwin; atau\nIbu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.\nPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.\n\nii) Warga Emas Tiada Pasangan\n\nBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan\nHad umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan\nPendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.\n\niii) Bujang\n\n\n\n\n\nBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan\nHad umur adalah 21-59 tahun; dan\nPendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.\n\nJumlah Bayaran\nJumlah bayaran asas sumbangan ini yang akan diterima adalah seperti berikut:\n\nSelain itu, sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima termiskin mengikut data e-Kasih juga akan diberikan. \nSumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.\nTarikh Pembayaran\nTarikh pembayaran sumbangan ini adalah seperti berikut:\nFasa PembayaranTarikh PembayaranFasa 1 Bermula 17 Januari 2022 secaraberperingkatFasa 2April*Fasa 3Julai*Fasa 4November*\nPermohonan Baharu\nUntuk membuat permohonan baharu, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/PermohonanSTR?.\nIsi semua maklumat yang diperlukan.\nBuat pengesahan.\nHantar permohonan.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai STR, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-kecemerlangan-ytc-ucyp-2022/", "title": "Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Cancelor (YTC) UCYP 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Tuanku Canselor UCYP telah membuka permohonan Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP (tajaan penuh) bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana kepada pelajar-pelajar yang akan menjalani pengajian di University College of Yayasan Pahang (UCYP) pada sesi kemasukan 2022/2023.\nUntuk makluman, Biasiswa Kecemerlangan YTC UCYP mensasarkan pelajar yang akan mengikuti pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana di UCYP daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40.\nTempoh tajaan biasiswa adalah sepanjang tempoh pengajian dan permohonan boleh dibuat sebelum 6 September 2022.\n\nSyarat Permohonan\nPermohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nWarganegara Malaysia.Mempunyai kesihatan yang baik.Ibu dan/bapa/pemohon tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi atau dalam tindakan undang-undang.Berumur tidak melebihi 27 tahun semasa tarikh permohonanLepasan STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana MudaKategori B40 (Pendapatan keluarga perkapita RM 4,849.00 sebulan dan ke bawah)PNGK 3.5 dan ke atasTelah mendapat surat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda/Sarjana di University College of Yayasan Pahang (UCYP).\nSyarat Kelayakan Akademik\nSelain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik iaitu:\n\n\n\n\nKelayakanSyarat Minima AkademikPeringkat KemasukanLepasan STPMCGPA 3.50 dan ke AtasIjazah PertamaLepasan STAM (disamping mempunyaiSPM)4 Mumtaz dan 5 JayyidJiddanIjazah PertamaLepasan Matrikulasi di bawahKementerian Pelajaran Malaysia/UIA/Politeknik/ Program AsasiIPTA/lepasan Diploma dan lain \u2013 lainsetaraf denganya.CGPA 3.50 dan ke atasIjazah PertamaLepasan Ijazah Sarjana MudaCGPA 3.50 dan ke atasIjazah Pertama\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti cara-cara yang ditunjukkan di bawah:\nLayari pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeyjGK4sN1EtBkY6as8EN6XZZaCt1Zer-GbKBrN-Ff0XCmxoA/viewform.Isi semua maklumat dengan lengkap.Klik butang submit untuk menghantar permohonan.Kemudian, muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1qgi17RYPuxH8PwzBj8HkiAWIIAcwoP4R/view?fbclid=IwAR3NQBRqmG6oZjHQKFxtHFKPaDZP46RvOaKv9wWniWaDDtk95u4A2khdKCQ.Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:Pejabat Pengurusan Yayasan Tuanku Canselor UCYP,Aras 2, Kompleks Yayasan Pahang, Jalan Tanjung Lumpur, 26060, Kuantan Pahang Darul Makmur.(U/P): Pengarah\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk disediakan adalah seperti berikut:\nSalinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir/Sijil Kematian (Pemohon,ibu dan bapa/penjaga).Salinan surat tawaran atau pendaftaran pengajian di UCYP (Ijazah Sarjana Muda/Sarjana).Salinan penuh Keputusan Peperiksaan (lepasan STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda).Salinan Sijil Berhenti sekolah.Salinan Sijil Keputusan SPM.Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen/Pengesahan Pendapatan Ibu dan bapa/penjaga.Salinan sijil ko-kurikulum/aktiviti luar.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Cancelor UCYP 2022, sila hubungi pejabat pengurusan Yayasan Tuanku Canselor UCYP di talian 09-404 8999 atau email [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semak-semula-keputusan-kes-t-stam/", "title": "Cara Semak Semula Keputusan & Kes \u2018T\u2019 STAM 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang ingin menyemak semula keputusan atau kes \u2018T\u2019, permohonan boleh dibuat mulai 18 April 2023. \nUntuk makluman, STAM adalah peperiksaan yang setaraf dengan STPM yang telah diperkenalkan pada tahun 2000.\nPeperiksaan ini diwujudkan hasil Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan yang ditandatangani pada 18 November 1999 antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Al-Azhar Al-Syarif.\nIni adalah merupakan syarat kelayakan bagi pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir.\n\nTempoh Permohonan\nTempoh permohonan bagi semakan semula keputusan dan kes \u2018T\u2019 adalah bermula 18 April 2023 selama 30 hari.\nCaj Yang Dikenakan\nCaj yang dikenakan bagi permohonan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nSemakan semula keputusan: RM100.00\nKes \u2018T\u2019: Tiada caj dikenakan\n\nSyarat Permohonan\nUntuk permohonan semakan semula kes \u2018T,\u2019 calon mestilah hadir ujian bertulis serta melaksanakan ujian lisan STAM dan kerja kursus STAM tahun semasa bagi mata pelajaran berkaitan. \nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nMuat turun borang permohonan di pautan http://lp.moe.gov.my/index.php/semak-semula-stam/762-maklumat-peperiksaan-sijil-tinggi-agama-malaysia-stam.\nIsi borang permohonan dengan lengkap.\nHantar borang permohonan secara pos atau serahan tangan ke alamat berikut:PENGARAH PEPERIKSAAN,Lembaga Peperiksaan,Kementerian Pendidikan Malaysia,Aras 1 \u2013 3 dan 5 \u2013 13, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 PUTRAJAYA.(u.p.: Ketua Penolong Pengarah Unit Rendah /Unit Menengah Atas/Unit Pra Universiti)\n\nKeputusan Permohonan\nKeputusan permohonan akan diberikan melalui pos sama ada:\n\nKekal: Slip keputusan sedia ada\nBerubah:\u2013 Calon sekolah: Hubungi sekolah asal\u2013 Calon persendirian: Hubungi Jabatan Pendidikan Negeri\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai semakan semula keputusan STAM dan permohonan semakan semula kes \u2018T,\u2019 sila layari laman web http://lp.moe.gov.my.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-tuanku-canselor/", "title": "BTC & BUMT: Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar pascasiswazah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini berpeluang untuk mendapatkan 2 biasiswa yang boleh dipohon iaitu Biasiswa Tuanku Canselor (BTC) dan Biasiswa Universiti Malaysia Terengganu (BUMT).\nBTC dan BUMT adalah merupakan 2 biasiswa yang ditawarkan khusus kepada pelajar PhD yang menyambung pengajian di UMT.\nOleh itu, pelajar pascasiswazah di UMT yang berminat boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan dan perlu menghantar permohonan sebelum 16 Mei 2023.\n\nObjektif Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT 2023\nObjektif kedua-dua biasiswa diwujudkan kepada pelajar pascasiswazah tersebut adalah untuk\n\nMembiayai pelajar pascasiswazah yang berkelayakan, berminat dan berpotensi\u00a0 cemerlang dalam pengajian.\nMeningkatkan\u00a0 semangat dan daya saing di kalangan pelajar semasa mengikuti pengajian di UMT.\nMeningkatkan kecemerlangan penyelidikan dan UMT.\n\nKemudahan Biasiswa\nPenerima biasiswa yang layak akan menerima kemudahan berikut iaitu:\ni) BTC\n\nPenajaan yuran pengajian selama 36 bulan (maksimum).\nPenajaan yuran tesis 1 kali dalam tempoh tajaan (RM1,000.00).\nElaun bulanan sebanyak RM2,300.00 sebulan selama 36 bulan (maksimum).\n\nii) BUMT\n\nPenajaan yuran pengajian selama 36 bulan (maksimum).\nPenajaan \u00a0yuran tesis 1 kali dalam tempoh tajaan (RM1,000.00).\nElaun Bulanan sebanyak RM1,600.00 sebulan selama 36 bulan (maksimum).\n\nBidang Pengajian Tuanku Canselor & Biasiswa UMT 2023\nBidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:\ni) Oceanography and Marine Science\n\nMarine Ecosystem Health and Management\nPhysical and Geological Oceanography\nMaritime Studies\nSatellite Oceanography and Remote Sensing\nBiological Oceanography\nChemical Oceanography\n\nii) Aquaculture\n\nBreeding Technology\nAquaculture Biotechnology\nAquaculture Nutrition of Aquatic Organisms\nAquatic Animal Health\nSoil and Water Quality\nAquaculture Engineering\n\niii) Marine Biotechnology\n\nGenomic\nDrug Discovery\nProteomic\n\niv) Sustainable Environment\n\n\n\n\n\nApplied Informatics\nEnvironmental Studies\nRenewable Energy\nNatural Resource Valuation and Management\nBiodiversity And Conservation\n\nv) Food Security\n\nLivestock\nFishery Resources Management\nFood Science and Product\nPost Harvest\nCrop Production\n\nvi) Socio-Economic Development\n\nSustainable Tourism\nIsland and Peripheral Community\nSustainable Natural Resources\nHuman Resource Development\n\nSyarat Permohonan\nPemohon perlu memenuhi syarat permohonan berikut iaitu:\n\nWarganegara Malaysia.\nPelajar sedang mengikuti Program Doktor Falsafah (PhD) di UMT mod\u00a0 penyelidikan secara sepenuh masa pada tahun pertama pengajian.\nPelajar berstatus aktif.\nTidak menerima sebarang gaji atau elaun atau lain-lain bayaran daripada mana-mana institusi dalam tempoh tajaan.\nTidak menerima sebarang bantuan/biasiswa daripada mana-mana penaja dalam tempoh penajaan bagi tujuan pengajian Doktor Falsafah (PhD).\nBidang pengajian dan penyelidikan yang dijalankan hendaklah dalam niche area UMT.\nTelah menerbitkan 2 Artikel Jurnal Scopus/Wos bagi BTC dan 1 Artikel Jurnal Scopus/Wos bagi BUMT sebagai penulis utama/Corresponding.\n\nSyarat Kelayakan Akademik\nSyarat kelayakan akademik yang ditetapkan adalah seperti berikut:\ni) BTC\nLepasan Sarjana (struktur penyelidikan)\n\nTelah menerbitkan sekurang-kurangnya\u00a03 artikel jurnal yang berindeks Scopus/WoS sebagai penulis utama/\u201dcorresponding author\u201d; dan\u00a0\nCGPA 3.40 dan ke atas (ijazah pertama).\n\nLepasan Sarjana (struktur kerja kursus)\u00a0\n\nTelah menerbitkan sekurang-kurangnya 3 artikel jurnal yang berindeks Scopus/WoS sebagai penulis utama/\u201dcorresponding author\u201d; dan\u00a0\nCGPA 3.70 dan ke atas (sarjana); dan\u00a0\nCGPA 3.40 dan ke atas (ijazah pertama)\n\nii) BUMT\nLepasan Sarjana (struktur penyelidikan)\u00a0\n\nTelah menerbitkan sekurang-kurangnya\u00a02 artikel jurnal yang berindeks Scopus/WoS sebagai penulis utama/\u201dcorresponding author\u201d; dan\u00a0\nCGPA 3.00 dan ke atas (ijazah pertama). \n\nLepasan Sarjana (struktur kerja kursus)\u00a0\n\nTelah menerbitkan sekurang-kurangnya\u00a02 artikel jurnal yang berindeks Scopus/WoS sebagai penulis utama/\u201dcorresponding author\u201d; dan\u00a0\nCGPA 3.70 dan ke atas (sarjana); dan\u00a0\nCGPA 3.00 dan ke atas (ijazah pertama)\n\nCara Memohon Tuanku Canselor & Biasiswa UMT 2023\n\nMuat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/drive/mobile/folders/1EA4TW84sB2EEHkNZ-LnEDOE-lomnSeky?usp=share_link&pli=1\nIsi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.\nHantar borang permohonan kepada urusetia (Pn. Aizan Ibrahim Tel : 096684393) Pusat Pengurusan Siswazah pada atau selewat-lewatnya 16 Mei 2023.\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Tuanku Canselor (BTC) dan Biasiswa Universiti Malaysia Terengganu (BUMT), sila hubungi Puan Aizan di talian 09-6684393 atau email ke [email\u00a0protected]. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sph-jakim/", "title": "SPH JAKIM: Skim Pembiayaan Hafiz Tahun 2023 Dalam Negara", "body": "\n\n\n\n\n\nPara hafiz yang menyambung pengajian mereka secara sepenuh masa di peringkat Ijazah Pertama/Ijazah Sarjana/Doktor Falsafah dalam negara dipelawa untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH JAKIM) bagi sesi pengajian 2023.\nSPH merupakan biasiswa yang diwujudkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk pelajar-pelajar hafiz yang memiliki diploma/sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).\nOleh itu, para hafiz yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 27 Mac 2023 hingga 7 April 2023. \n\nBidang Pengajian Skim Pembiayaan Hafiz (SPH JAKIM)\nBidang pengajian yang layak memohon skim pembiayaan ini adalah seperti berikut:\ni) Ijazah Sarjana Muda\n\nPengajian Islam\nQiraat\nSastera\nSains\nKejuruteraan\nTeknologi\nPerubatan\nPergigian\nFarmasi\nOptometri\nUndang-Undang\n\nii) Ijazah Sarjana/PhD\n\nPengajian Islam\n\nSyarat Umum Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH JAKIM)\nSyarat umum bagi para hafiz yang ingin membuat permohonan skim ini adalah seperti berikut:\n\nPemohon merupakan warganegara Malaysia.\nBerumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 30 tahun bagi peringkat Ijazah Lanjutan.\nTidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi.\nPelajar yang menerima pinjaman seperti PTPTN atau mana-mana agensi pinjaman pendidikan adalah layak memohon. Pelajar yang menerima pinjaman perlu menamatkan pinjaman sekiranya ditawarkan SPH.\nBaki pengajian pelajar tidak kurang dari dua semester atau setahun dari tempoh tamat pengajian.\nPemohon telah menerima surat tawaran kemasukan pengajian dari mana-mana IPT.\nPelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di semester 2 dan ke atas adalah layak untuk memohon biasiswa ini.\nMemenuhi syarat akademik yang telah ditetapkan.\n\nSyarat Akademik\nSyarat akademik yang ditetapkan oleh pihak JAKIM adalah seperti berikut mengikut peringkat pengajian:\n\n\n\n\ni) Ijazah Sarjana Muda (Tahun 1)\n\nDiploma Tahfiz al-Quran JAKIM/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 3.0 ke atas; atau\nSijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/STM Pangkat Jayyid/Sijil Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama JAKIM Pangkat Jayyid; dan\nSPM 5 Kepujian/STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan Bahasa Arab)/STAM Pangkat Jayyid.\n\nii) Ijazah Sarjana Muda (Tahun 2 dan ke atas)\n\nPNGK tahun pertama 3.3 ke atas; dan\nDiploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/STM Pangkat Jayyid\n\niii) Ijazah Sarjana/Ph.D\n\nIjazah Sarjana Muda (Kepujian)\nDiploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/STM Pangkat Jayyid\n\nPelajar Tidak Layak Memohon\nPelajar yang tidak layak memohon skim pembiayaan ini adalah seperti berikut:\n\nCalon yang telah mendapat tajaan atau biasiswa daripada mana-mana penaja.\nPelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi/Asasi Sains/Pra Universiti/Foundation/Pensijilan Tahfiz al-Quran/Pusat Bahasa.\nPenjawat awam.\nPelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh.\n\nTatacara Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH JAKIM)\nTatacara permohonan boleh dirujuk melalui langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web http://sph.islam.gov.my/.\nKlik butang \u2018Mohon Sekarang\u2019 dan klik butang \u2018Daftar Akaun Pemohon.\u2019\nTandakan pada kotak \u2018Setuju Dengan Terma\u2019 dan klik butang \u2018Setuju.\u2019\nMasukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan \u2018No Kad Pengenalan\u2019 dan kata laluan.\nIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nHantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan dan perlu dimuat naik adalah seperti berikut:\n\n1 Keping Gambar Terkini Berukuran Passport.\nSalinan Kad Pengenalan.\nSalinan Sijil-sijil akademik.\nDiploma Tahfiz al-Quran JAKIM/Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM/Sijil Tahfiz Malaysia/Sijil Tahfiz Kementerian dengan kerjasama JAKIM.\nSijil Pelajaran Malaysia (SPM).\nSijil Tinggi Pelajaran Malaysia/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).\nSalinan Transkrip Pensijilan/Diploma/Ijazah/Sarjana.\nSalinan Surat Tawaran Pengajian\nSurat Akuan Pengajian/Surat Pengesahan Pengajian dan Salinan Keputusan Peperiksaan semasa (bagi permohonan di tahun dua dan ke atas).\nSalinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga/tanggungan.\nSlip gaji ibu/bapa/penjaga atau Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri).\nSijil-Sijil Ko-Kurikulum.\n\nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai SPH, sila berhubung dengan Unit Skim Pembiayaan Hafiz JAKIM di talian 03-88707141/7125/7146/7149.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-zakat-utm-johor/", "title": "Permohonan Bantuan Zakat UTM Johor", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan UTMSPACE Kampus Johor adalah dialu-alukan untuk memohon Bantuan Zakat UTM Johor.\nBantuan ini disalurkan oleh Unit Zakat dan Kebajikan, Pusat Islam UTM Johor bagi membantu pelajar-pelajar yang memerlukan dan tergolong dalam golongan Fakir Miskin.\nBagi pelajar yang memerlukan bantuan zakat ini, permohonan bantuan dibuka mulai 17 Oktober 2022 sehingga 31 Oktober 2022.\n\nJenis Zakat\nBantuan zakat ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu: \nBantuan Zakat Yuran Pengajian: Bagi mahasiswa yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan yuran pengajian.Bantuan Zakat Sara Diri: Bagi mahasiswa yang memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan sara diri di UTM.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah seperti:\nBeragama Islam dan Warganegara Malaysia.Mahasiswa UTM sepenuh masa Kampus UTM Johor Bahru.Tidak menerima zakat atau sumbangan daripada pihak lain.Tidak mendapat apa-apa tajaan, biasiswa, atau bantuan kewangan, dan sekiranya ada tidak mencukupi (nyatakan sebab).Tergolong dalam golongan Fakir Miskin (Jumlah pendapatan ibu & bapa/penjaga kurang RM3000 dan dengan tanggungan 4 orang dan ke atas).Sekali permohonan sahaja dalam satu semester.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut.\n\n\n\n\ni) Pelajar Ijazah Sarjana Muda UTM\nUntuk pelajar Ijazah Sarjana Muda UTM, permohonan boleh dibuat di http://www.my.utm.my.\nii) Pelajar UTMSPACE\nPelajar UTMSPACE boleh membuat permohonan dengan mengisi google form di pautan berikut https://forms.gle/TfedLRtSj2A4Ds5E8\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat UTM Johor, sila hubungi 019-6861361 (Admin Zakat UTMJB) atau 013-277 7214 (En. Rashid, UTMSPACE).\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tarikh-ujian-bertutur-mendengar-amali-sains-spm/", "title": "Tarikh Ujian Bertutur & Mendengar (BM & BI) Serta Amali Sains SPM 2021", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh ujian bertutur dan mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta amali Sains bagi murid yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021.\nUntuk makluman, ujian bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan amali Sains merupakan ujian yang wajib diambil oleh murid yang mengambil SPM pada tahun semasa.\nUjian ini dilakukan bagi mengukur tahap pertuturan murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeri serta kefahaman mereka dalam mata pelajaran Sains menerusi ujian amali.\nOleh itu, murid yang mengambil ujian ini diharap dapayt merujuk jadual ujian bertutur dan mendengar serta amali Sains yang telah dikeluarkan KPM.\n\nTarikh Ujian\nTarikh ujian bertutur dan mendengar serta amali Sains yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nUjianTarikh UjianUjian Bertutur (Bahasa Melayu)08, 09, dan 10 Februari 2022Ujian Bertutur (Bahasa Inggeris)22, 23, dan 24 Februari 2022Ujian Mendengar (Bahasa Melayu danBahasa Inggeris)21 Februari 2022Ujian Amali Sains:FizikKimiaBiologi15 Februari 2022Ujian Amali Sains (Sains Tambahan)17 Februari 2022\nPusat Peperiksaan\nSebanyak 3,382 buah pusat peperiksaan bagi ujian bertutur dan ujian mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) serta ujian amali Sains peperiksaan SPM 2021 disediakan diseluruh negara. \nBgai memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian ujian tersebut, seramai 50,514 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan pada tahun ini.\nDokuman Yang Perlu Dibawa\nMurid yang bakal menduduki ujian ini wajib membawa dokumen berikut semasa hari ujian:\nDokumen pengenalan diri (Kad Pengenalan).Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan .\nMaklumat Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai tarikh ujian bertutur dan mendengar serta amali ini, sila layari laman web di pautan http://lp.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/rayuan-mrsm/", "title": "Cara Membuat Rayuan Kemasukan MRSM 2023/2024", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan kemasukan ke MRSM untuk 2023/2024, mereka boleh membuat rayuan untuk memastikan mereka dapat memasuki institusi pendidikan tersebut.\nKemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 ini bagi tahun ini adalah melibatkan 6 program MRSM yang ditawarkan di seluruh negara.\nUntuk tahun ini, pihak MARA menerima 90,018 permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023, manakala kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 adalah seramai 7,169 murid, manakala Tingkatan 4 pula sebanyak 2,109 pelajar.\nRayuan kemasukan boleh dibuat mulai 7 Mac 2023 sehingga 14 Mac 2023 sebelum jam 5 petang.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang latarbelakang MRSM cara membuat permohonan rayuan.\nPengenalan MRSM\nMRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.\nVisi MRSM\nMenjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.\n\n\n\n\nMisi MRSM\nMelahirkan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.\nProgram MRSM\nTerdapat enam program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dilaksanakan di MRSM seperti berikut:\n\nCara Membuat Rayuan MRSM\nUntuk membuat rayuan, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web semakan kemasukan berikut mengikut tingkatan:\u2013 Tingkatan 1:\u00a0https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF1/\u2013 Tingkatan 2:\u00a0https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF4/\nMasukkan no kad pengenalan tanpa \u2018-\u2018\nKlik butang \u2018Log Masuk.\u2019\nKeputusan permohonan kemasukan dipaparkan.\nJika butang rayuan dipaparkan, klik butang \u2018Hantar Rayuan.\u2019\n\n\nTindakan Bagi Status Berjaya Rayuan MRSM\nBagi pelajar yang berjaya dalam rayuan, mereka mereka perlu membuat beberapa tindakan berikut:\n\nMembuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima tawaran.\nPelajar yang tidak membuat pengesahan terima/tolak tawaran dalam masa 7 hari dianggap menolak tawaran MRSM.\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai rayuan kemasukan MRSM, sila layari laman web\u00a0https://www.mara.gov.my/ atau menghubungi talian 03-261 34517/34516/34578/34494/39070/34533.\nBaca juga: \n\nBuku Teks Sejarah Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM\nCara Membuat Rayuan Kemasukan MRSM 2023/2024\nSemakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022\nBuku Teks RBT Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM\nSemakan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 2023/2024\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pakej-perantisiswa-keluarga-malaysia-2/", "title": "Cara Memohon Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang ingin memohon Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia, permohonan telah dibuka.\nInisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif di bawah Belanjawan 2022\u00a0diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia\u00a0(K-KOMM)\u00a0dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia\u00a0(MOF)\u00a0dan Kementerian Pengajian Tinggi\u00a0(KPT).\nTujuan inisiatif ini diwujudkan adalah untuk\u00a0membantu proses pembelajaran mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT)\u00a0yang berada dalam kelompok\u00a0keluarga B40\u00a0melalui pemberian sebuah\u00a0peranti.\nPelaksanaan inisiatif ini akan memberikan manfaat kepada 400,000 pelajar daripada keluarga B40 dengan peruntukan sebanyak RM450 juta.\nOleh itu, pelajar IPT yang berminat boleh membuat permohonan inisiatif ini mulai 15 April 2022 secara atas talian.\n\n\n\n\n\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi pelajar yang ingin memohon inisiatif ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Pelajar datang daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah.Pelajar sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda.Pelajar bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022.Pelajar mengikuti pengajian secara sepenuh masa.Pelajar tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah kerajaan.\nTerma Inisiatif\nTerma yang ditetapkan bagi pelajar yang ingin memohon inisiatif ini adalah seperti berikut:\nInisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.Peranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada pelajar dan perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh pentadbir program.\u00a0Peranti perlu dipulangkan apabila mahasiswa tersebut:\u2013 Menamatkan pengajian\u2013 Berhenti pengajian\u2013 Dibuang pengajian\u2013 Menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara; atau\u2013 Melanggar apa-apa syarat yang ditentukan oleh pentadbir program dari semasa ke semasa.Penerima peranti perlu melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh pentadbir program.Pentadbir Program atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh pentadbir program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.Penerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.\nCara Memohon\nUntuk memohon inisiatif ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web iaitu https://perantisiswa.kkmm.gov.my/.Klik butang \u2018Daftar Pengguna.\u2019Masukkan maklumat pengguna dan maklumat akaun diikuti dengan klik butang \u2018Daftar.\u2019Semak email untuk tujuan pengesahan pendaftaran akaun baharu dan klik \u2018Aktifkan Akaun.\u2019Log Masuk menggunakan alamat email dan kata laluan yang telah didaftarkan dan klik butang \u2018Log Masuk.\u2019Lengkapkan Borang Permohonan PerantiSiswa yang wajib diisi.Pilih perakuan pelajar dan klik terma dan syarat.Klik butang \u2018Hantar Permohonan.\u2019\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut berkenaan permohonan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia, sila hantar email ke [email\u00a0protected] atau menghubungi talian berikut 03\u20108911 5351/03\u20108911 5258/03\u20108911 5265/03\u20108911 5188.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/medex-sesi-3-2023/", "title": "Pendaftaran Peperiksaan MedEx Sesi 3 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang ingin mendaftar bagi Peperiksaan Pra-kemasukan Ijazah Lanjutan Perubatan (MedEx), pendaftaran boleh dilakukan bagi sesi peperiksaan Sesi 3 2023. \nMedEx merupakan peperiksaan yang diwujudkan oleh Majlis Dekan Perubatan Malaysia dan dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di bawah Akta 225.\nPeperiksaan ini berfungsi sebagai salah satu kriteria saringan untuk memilih calon yang akan menyertai latihan pakar klinikal Universiti Awam (UA) di Malaysia.\nMereka yang ingin menduduki peperiksaan ini secara online boleh membuat pendaftaran mulai 10 Julai 2023 sehingga 30 Ogos 2023.\nBagi yang telah mendaftar, tarikh peperiksaan ini adakan dijalankan adalah pada 30, 31 Oktober dan 1, 2 November 2023. \n\nYuran Pendaftaran\nYuran pendaftaran yang dikenakan bagi individu yang ingin menduduki peperiksaan ini adalah RM800.\nTempoh Sah Laku Sijil\nIndividu yang berjaya dalam peperiksaan ini akan mendapat sijil yang mana tempoh sah laku sijil adalah 3 hingga 5 tahun.\n\n\n\n\nBidang Yang Ditawarkan\nBidang yang ditawarkan bagi peperiksaan sesi Sesi 3 2023 ini adalah seperti berikut:\n\nClinical Oncology (400/1)\nPaediatric Surgery (400/9)\nEmergency Medicine (400/16)\nTransfusion Medicine (400/2)\nFamily Medicine (400/10)\nPublic Health (400/17)\nNeurosurgery (400/3)\nRehabilitation Medicine (400/11)\nInternal Medicine (400/18)\nNuclear Medicine (400/4)\nPsychiatry (400/12)\nOphthalmology (400/19)\nPathology (400/5)\nGeneral Surgery (400/13)\nAnaesthesiology (400/20)\nPlastic Surgery (400/6)\nPaediatrics (400/14)\nOtorhinolaryngology-HNS (400/21)\nRadiology (400/7)\nObstetrics and Gynaecology (400/15)\nOrthopaedics (400/22)\nSports Medicine (400/8) \n\nKeputusan Peperiksaan\nKeputusan peperiksaan ini tidak menggunakan keputusan Lulus atau Gagal tetapi diberikan mengikut Band iaitu Band 1 hingga 6, sama seperti peperiksaan MUET.\nCara Mendaftar\nUntuk mendaftar peperiksaan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web iaitu http://apps.mpm.edu.my/medex/public/register.\nPada bahagian \u2018Online Test\u2019 klik butang \u2018Select.\u2019\nIsi butiran yang diperlukan.\nMuat naik gambar mengikut arahan yang ditetapkan.\nKlik butang \u2018Proceed for Payment.\u2019\nBuat pembayaran.\n\nTarikh Keputusan Peperiksaan\nTarikh keputusan peperiksaan ini akan diumumkan adalah pada 22 November 2023 iaitu pada hari Rabu. \nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai peperiksaan MedEx, sila hubungi MPM di talian 03-61261634/1745 atau menghantar email ke alamat [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sman-perak-2023-tingkatan-1/", "title": "SMAN Perak 2023: Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak untuk tahun 2023, permohonan kemasukan akan dibuka tidak lama lagi.\nUntuk makluman, SMAN merupakan Sekolah Menengah Agama di bawah Jabatan Agama Islam Perak yang menawarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah\u00a0(KSSM) beserta Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Dini Tahfiz (KBT).\nPermohonan kemasukan SMAN Perak 2023 ini akan dibuka mulai 27 Oktober 2022 iaitu hari Khamis hingga 30 November 2022 iaitu hari Rabu.\n\nSenarai Sekolah\nSenarai SMAN Perak mengikut kurikulum yang ditawarkan adalah seperti berikut:\ni) KSSM dan KBD\nSekolah Izzuddin ShahSekolah Raja Perempuan Taa\u2019yahSekolah Raja Dr Nazrin Shah\nii) KSSM dan KBT\n\n\n\n\nSekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah ManjungSekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah LenggongSekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang PadangSekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Kerian\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah memperoleh sekurang-kurangnya 4A dalam UPKK 2021. \nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web permohonan iaitu https://e-smanperak.my/.Klik bahagian \u2018Permohonan.\u2019Lengkapkan maklumat permohonan sehingga selesai.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke SMAN Perak 2023, sila hubungi:\nBahagian Pendidikan,Jabatan Agama Islam Perak,Tingkat 7, Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak.No Tel: 05-2084950/4951/4955/4949/4938.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-zakat-pelajar-uniten/", "title": "Permohonan Bantuan Zakat Pelajar Semester 2 UNITEN 22/23", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang layak berpeluang untuk mendapat Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas yang disediakan oleh Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU).\nBantuan Zakat Pelajar ini adalah bantuan zakat yang diberikan kepada pelajar Muslim yang memerlukan di universiti terbabit.\nPelajar yang memerlukan bantuan zakat ini boleh membuat permohonan bermula 4 Januari 2023 sehingga 17 Februari 2023.\n\nPeringkat Pengajian\nPeringkat pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:\n\nAsasi\nDiploma\nIjazah Sarjana Muda\nIjazah Sarjana\n\nSelain itu, pelajar yang mengalami finance blocking bagi masalah-masalah tertentu boleh membuat permohonan.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nPemohon yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:\n\nWarganegara Malaysia.\nMuslim.\nPelajar UNITEN sepenuh masa dan berdaftar (status aktif) pada semester semasa.\nTiada rekod masalah disiplin/rekod jenayah.\nMendapat bantuan pendidikan/pinjaman pendidikan (bukan biasiswa).\nMelengkapkan proses permohonan.\nHadir temu duga yang ditetapkan.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan bantuan zakat ini boleh dilakukan menerusi tatacara berikut:\n\nKlik pada pautan laman web TAZU iaitu https://amanahuniten.my/.\nPergi ke bahagian \u201cKhidmat Online\u201d dan klik \u201cDaftar Akaun.\u201d\nIni maklumat akaun dan klik butang \u201cDaftar.\u201d\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nIkuti arahan seterusnya dan buat permohonan sehingga selesai.\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat Pelajar Semester Khas UNITEN ini, sila hubungi:\n\nPuan Majdah Binti Sulaiman: 03-8921 2033 ([email\u00a0protected])\nCik Siti Mawahidah Binti Zainol: 03-8921 2020 samb: 1325 ([email\u00a0protected])\nHotline: 011-5656 3849.\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-ting-6-stam-tahfiz-bestari-sman-pahang/", "title": "Kemasukan Ting. 6 STAM & Tahfiz Bestari Ting. 4 SMAN Pahang", "body": "\n\n\n\n\n\nJabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) akan membuka permohonan Kemasukan Pelajar Ke Tingkatan 6 aliran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Tahfiz Bestari Tingkatan Empat Bagi Tahun 2023 Sekolah Menengah Agama (SMAN) Kerajaan Negeri Pahang.\nJAIP adalah salah sebuah dari Jabatan/Pejabat Kerajaan Negeri di Negeri Pahang Darul Makmur yang ditubuhkan pada 1926.\nPada awal penubuhannya, bidang tugas JAIP berkisar kepada aspek pentadbiran, pengurusan nikah cerai dan ruju\u2019 serta Mahkamah Syariah.\nNamun, kini, bidang tugas tersebut telah dikembangkan termasuk dalam aspek pendidikan Agama Islam di negeri tersebut.\nPermohonan kemasukan akan dibuka mulai 2 Januari 2023 hingga 31 Januari 2023.\n\n\nSenarai Sekolah\nSenarai sekolah bagi kemasukan ini adalah seperti berikut:\ni) STAM\n\n\n\n\n\nKulliah Al-Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan\nSMA Al-Wosto, Temerloh\n\nii) Tahfiz Bestari\n\nKulliah Al-Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi kemasukan Tingkatan 6 aliran STAM adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nAnak negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:-Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di negeri Pahang Darul Makmur; atau-Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di negeri Pahang Darul makmur perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.-Kakitangan Kerajaan yang sedang berkhidmat di Negeri Pahang (perlu mengemukakan surat pengesahan daripada Ketua Jabatan).\n\nBagi permohonan kemasukan Tingkatan 4 Tahfiz Bestari, syarat permohonan adalah seperti berikut:\n\nPemohon adalah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun.\nIbu atau bapa warganegara Malaysia.\nPemohon/ibu/bapa lahir di negeri Pahang (anak kelahiran Pahang diutamakan) atau jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di negeri Pahang perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Pegawai Daerah/Penghulu Mukim/Ketua Kampung atau kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat di negeri Pahang. Surat pengesahan daripada Ketua Jabatan perlu dikemukakan.\nBerkelakuan baik;\nPemohon dari SMAN Pahang perlu:\u2013 Menghafaz sekurang-kurangnya 3 juzuk al-quran.\u2013 Telah mengikuti kurikulum KSSM/Dini pada tahun semasa.\nPemohon dari luar SMAN Pahang perlu:\u2013 Menghafaz sekurang-kurangnya 10 juzuk al-quran.\u2013 Mengikuti kurikulum Bouth al-Azhar atau setaraf.\u2013 Telah mengikuti kurikulum KSSM/Dini pada tahun semasa.\nPemohon lulusan luar negara perlu:\u2013 Menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk al-quran.\u2013 Mengikuti kurikulum Bouth Al-Azhar atau setaraf.\u2013 Mengambil empat mata pelajaran teras kurikulum KSSM (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah) pada tahun semasa.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dilakukan dengan memuat turun borang permohonan di pautan berikut:\n\nSTAM: https://drive.google.com/drive/folders/1DHFwNyhZQkAcj4-tEcGFKEUx_3gqOopJ?fbclid=IwAR3oEFFmYSWzXvlQSLVkjdTLWuEudt23kWezrIQFuPDoEStoNUy3INIrPyQ.\nTahfiz Bestari: https://drive.google.com/drive/folders/1qXy9AsF8KH84bZRvUhKGP1Yvm4xLhfNU?fbclid=IwAR0U43feaBswDpUai2jt53tsQbN1MICOT3Al_VldnxlptvwdRgnytkXuJY8.\n\nPertanyaan Lanjut\nSegala pertanyaan mengenai kemasukan ke SMAN Pahang ini, sila rujuk dengan Bahagian Pendidikan, JAIP di talian 09-4271163. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/contoh-quotation/", "title": "Contoh Quotation & Cara Buat Quotation Secara Online", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi mereka yang mempunyai perniagaan, sudah pasti mereka memerlukan contoh quotation untuk dijadikan panduan.\nQuotation ialah dokumen penawaran yang mengandungi maklumat produk dan harga yang diberikan kepada pelanggan atau penyedia perkhidmatan.\nDalam erti kata yang lain, dokumen ini merupakan maklumat dan jawapan yang sebenar tentang produk untuk ditawarkan kepada pelanggan.\nPelanggan kemudiannya akan melalukan pembelian terhadap produk yang ditawarkan berpandukan kepada quotation yang diberi.\nOleh itu, setiap peniaga/usahawan harus mahir untuk membuat quotation agar transaksi penjualan dan pembelian dapat berlaku dengan lancar. \nTujuan Quotation\nTujuan utama quotation diberikan adalah untuk memberikan maklumat dan harga tentang sesuatu produk ditawarkan.\nSebagai contoh, jika seseorang pelangan berminat tentang sesuatu produk, mereka akan bertanya mengenai produk berkenaan.\nLazimnya penjual akan memberikan quotation bagi mendapatkan gambaran secara jelas mengenai unit dan jumlah harga keseluruhan yang ditawarkan. \nIni terutama untuk pembelian dalam satu kuantiti yang agak banyak yang memerlukan maklumat dan harga yang lebih jelas sebelum transaksi pembelian berlaku.\nElemen Dalam Quotation\nDi dalam quotation, adalah penting untuk setiap maklumat dan elemen mengenai sesuatu dinyatakan oleh peniaga/usahawan. \nTerdapat beberapa elemen yang perlu ada dalam quotation iaitu:\n\n\n\n\n\nNama syarikat pembekal\nAlamat syarikat pembekal\nTarikh quotation\nNombor quotation\nLogo ataupun letter head syarikat (jika ada)\nBilangan item/barang\nHarga pembelian dalam quotation\nJumlah nilai quotation\u00a0\n\nCara Buat Quotation\nPara peniaga atau usahawan tidak perlu bimbang untuk membuat quotation kerana kini quotation boleh dibuat hanya secara online!\nSalah satu laman web yang menyediakan perkhidmatan membuat quotation secara online adalah Refrens.\nLaman web ini membolehkan individu membuat quotation secara atas talian dengan cepat dan pantas.\nUntuk mengakses laman web ini, sila klik pautan https://www.refrens.com/en-my/free-online-quotation-generator#refrens-page-form\nContoh Quotation\nNamun, jika peniaga/usahawan tidak mahu membuat quotation secara online, mereka masih boleh melakukannya secara manual seperti kebanyakan quotation yang lain. \nBerikut diberikan contoh-contoh quotation untuk dijadikan panduan:\ni) Contoh 1\n\nii) Contoh 2\n\niii) Contoh 3\n\nBaca juga:\n\nBantuan Persekolahan & Kolej Vokasional Veteran ATM 2023\nCara Kira Overtime (Kerja Lebih Masa)\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/login-sps-kpm/", "title": "SPS: Login Sistem Pengurusan Sekolah KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nSistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan sistem pangkalan data tunggal yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sekolah, guru dan murid di seluruh negara.\nSPS diwujudkan bertujuan mengelakkan guru-guru daripada melakukan kemasukan data yang berulang dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di KPM. \nIni kerana, SPS merupakan sistem kemasukan data hanya pada satu aplikasi sahaja dan data tersebut boleh dicapai oleh aplikasi lain jika berkaitan kerana pangkalan data SPS ini digunasama oleh semua sistem di dalam KPM. \nMenerusi SPS, pihak KPM akan membuat proses menganalisis, membuat perancangan, perbandingan dan mengenal pasti trend dalam pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara menerusi Dashboard KPM di dalam sistem ini. \nDashboard ini juga digunakan sebagai Executive Information System yang dapat membantu pihak pengurusan tertinggi KPM dalam memantau prestasi program pendidikan, mengenal pasti peluang dan masalah serta membuat keputusan.\nUntuk pengetahuan, sistem ini tekah mula digunakan bermula pada 1 Januari 2015 menerusi pautan https://sps1.moe.gov.my/index.php.\n\nModul Pengurusan\nSistem SPS tertumpu kepada 3 modul pengurusan utama iaitu:\n\nModul Pengurusan Sekolah.\nModul Pengurusan Guru.\nModul Pengurusan Murid.\n\ni) Modul Pengurusan Sekolah\nModul Pengurusan Sekolah (PS) merupakan satu pangkalan data profil institusi pendidikan di bawah Sektor Pelajaran KPM yang menyeluruh.\nMenerusi pangkalan data ini, pengguna dapat mengetahui maklumat asas semua institusi pendidikan di seluruh negara yang telah berdaftar dan diberi kod institusi pendidikan olehBahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).\n\n\n\n\nii) Modul Pengurusan Guru \nModul Pengurusan Guru (PG) adalah satu pangkalan data guru yang menyeluruh dan bersepadu yang digunakan di pelbagai peringkat pengurusan bagi menghasilkan laporan dan statistik guru.\nModul PG ini merupakan data operasi real-time bagi kegunaan perancangan, penempatan, pelantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, pertukaran dan persaraan guru termasuk data unjuran bagi kegunaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan.\niii) Modul Pengurusan Murid \nModul Pengurusan Murid (PM) merupakan satu pangkalan data murid yang menyeluruh dan bersepadu dan digunakan dipelbagai peringkat pengurusan dalam perancangan dan pengoperasian serta menghasilkan laporan dan statistik murid.\nMenerusi Modul PM, semua data dan maklumat murid dimasukkan bermula seawal murid memasuki Prasekolah hingga Tingkatan 6 atau Kolej Matrikulasi termasuk Murid Berkeperluan Khas. \nData asas kelahiran murid diperoleh dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan disemak semula melalui Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).\nCara Login SPS\nUntuk login SPS, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web https://sps1.moe.gov.my/index.php.\nKlik butang \u2018Log Masuk.\u2019\nPilih modul pengurusan yang diperlukan.\nMasukkan ID Pengguna dan kata laluan dan klik butang \u2018Hantar.\u2019\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi mengikut modul pengurusan berikut:\n\nModul Pengurusan Sekolah: 03-8872 1457/03-8884 6545/03-8884 6066/03-8884 6225.\nModul Pengurusan Guru: 03-88849561\nModul Pengurusan Murid: 03-88849501\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/mrsm-premier/", "title": "MRSM Premier: Syarat Umum, Khusus & Lokasi", "body": "\n\n\n\n\n\nSalah satu program yang ditawarkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara adalah MRSM Premier.\nMRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.\nApa Itu MRSM Premier?\nSalah satu program yang ditawarkan di MRSM adalah MRSM Premier iaitu program yang menawarkan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.\nSelain itu, murid-murid yang mengikuti program ini juga akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).\n\nKemudahan Yang Ditawarkan\nMRSM menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pelajar seperti berikut:\n\n\n\n\n\nSurau\nPusat Media\nKedai Koperasi\nRawatan Gigi\nKaunseling\nPerkhidmatan Bas dan Van\nPusat Sumber (berhawa dingin)\nDewan Makan\nPerkhidmatan Dobi\nKawalan Keselamatan\nKemudahan Sukan dan Permainan/Rekreasi\n\nLokasi MRSM Premier\nLokasi sekolah bagi program ini adalah seperti berikut:\n\nMRSM Batu Pahat, Johor\nMRSM Mersing, Johor\nMRSM Muar, Johor\nMRSM Baling, Kedah\nMRSM Merbok, Kedah\nMRSM Pendang, Kedah\nMRSM PDRM, Kulim Kedah\nMRSM Arau, Perlis\nMRSM Beseri, Perlis\nMRSM Felda, Sungkai Perak\nMRSM Gerik, Perak\nMRSM Lenggong, Perak\nMRSM Pasir Salak, Perak\nMRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar Perak\nMRSM Pengkalan Hulu, Perak\nMRSM Jeli, Kelantan\nMRSM Kuala Krai, Kelantan\nMRSM Pasir Tumboh, Kelantan\nMRSM Kuala Berang, Terengganu\nMRSM Kuala Terengganu, Terengganu\nMRSM Besut, Terengganu\nMRSM Muadzam Shah, Pahang\nMRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis Pahang\nMRSM Transkrian, Nibong Tebal Pulau Pinang\nMRSM Tun Mustapha, Tawau Sabah\nMRSM Kota Kinabalu, Sabah\nMRSM Mukah, Sarawak\nMRSM Betong, Sarawak\nMRSM Kuching, Sarawak\nMRSM Terendak, Melaka\nMRSM Serting, Negeri Sembilan\n\nSyarat Umum\nSyarat umum untuk memasuki MRSM bagi program Premier ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nIbu atau bapa adalah warganegara Malaysia.\nMestilah memohon secara online.\nSihat tubuh badan.\nCalon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.\n\nSyarat Khusus\nSelain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:\n\nPencapaian akademik yang cemerlang.\nAktif dalam aktiviti kokurikulum.\nKeutamaan diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.\nPemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai MRSM Premier, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/mrsm/program-sistem-pendidikan-mrsm/#tab-id-2.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/inapan-kasih-sayang-zpp/", "title": "Permohonan Kemasukan Baharu Pelajar Inapan Kasih Sayang ZPP", "body": "\n\n\n\n\n\nPihak Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah membuka permohonan kemasukan baharu untuk Inapan Kasih Sayang.\nInapan Kasih Sayang ditubuhkan bagi membantu anak-anak asnaf mendapat pendidikan yang lengkap dan sempurna dari sekolah sehingga ke asrama melalui pembiayaan yuran dan bantuan pakaian seragam sekolah, kemudahan kelas tuisyen, kelas agama, perpustakaan mini, bilik komputer dan sebagainya.\nAsrama ini mula dibuka secara rasminya pada sesi persekolahan 2012 kepada pelajar-pelajar darjah 4, 5, dan 6 dengan pengambilan pertama seramai 86 orang dengan 52 orang pelajar perempuan dan 34 orang pelajar lelaki.\u00a0\nPermohonan kemasukan ke asrama ini boleh dibuat melalui borang permohonan yang disediakan dan borang permohonan tersebut perlu dihantar bermula 19 Oktober hingga 10 November 2022.\n\nLokasi Asrama\nLokasi asrama ini terletak di tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang beralamat di Lot 4188, Mukim 8, Pongsu Seribu, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.\nBangunan asrama ini disumbangkan oleh Inai Kiara Sdn. Bhd.\u00a0dan diserahkan kepada Pusat Urus Zakat pada tahun 2011.\n\u00a0Semua penghuni asrama ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ara Rendang, Kepala Batas.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memasuki asrama ini adalah seperti berikut:\nTerbuka kepada anak-anak asnaf fakir/miskin seluruh Pulau Pinang.Pendapatan waris bermula di bawah RM1,600.00 sebulan dengan dua orang tanggungan bersekolah.Pelajar Tahun 3 dan 4 Sesi 2022 di Sekolah Kebangsaan.Menguasai kemahiran membaca, menulis, mengeja dan mengira dengan baik.Memperolehi sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3, bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk semua mata pelajaran.Sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit kronik, alahan makanan, kudis dan masalah mental.Berkemampuan untuk mengurus diri sendiri dengan baik.\nCara Memohon\nBorang Permohonan Kemasukan Pelajar Baharu Inapan Kasih Sayang untuk tahun 2023 boleh dimuat turun di laman web Zakat Pulau Pinang melalui pautan https://v2.zakatpenang.com/inapan-kasih-sayang/.\nBorang yang lengkap boleh dihantar terus ke alamat berikut:\nInapan Kasih SayangLot 4188 Mukim 8,Pongsu Seribu,13200 Kepala Batas, S.P.U.Pulau Pinang.\nDokuman Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti:\nSijil lahir pelajarBukti Pendapatan (slip gaji/penyata pendapatan/surat akuan/pengesahan pendapatan waris).Surat cerai/sijil kematian ibu bapa (jika berkenaan)Salinan Slip Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Inapan Kasih Sayang, sila hubungi 04-575 0490 atau 011-4091 9549.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cara-daftar-rider-ninja-van/", "title": "Cara Daftar Rider Ninja Van Secara Online", "body": "\n\n\n\n\n\nBgai individu yang berminat dan ingin untuk menceburi bidang penghantaran barang, ketahui cara daftar rider Ninja Van yang boleh dibuat hanya secara online. \nNinja Van adalah penyedia perkhidmatan logistik dan penghantaran barangan yang beroperasi di beberapa negara-negara ASEAN iaitu Singapura, Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina, dan Malaysia. \nBagi mereka yang berminat untuk menjadi rider untuk syarikat ini, anda boleh membuat pendaftaran dengan segera!\n\nMengenai Ninja Van\nSyarikat penghantaran barangan ini ditubuhkan pada 2014 oleh tiga orang secara bersama iaitu Lai Chang Wen, Boxian Tan dan Shaun Chong.\nDi Malaysia, Ninja Van merupakan salah satu servis penghantaran barang yang popular dan ditawarkan kepada orang ramai selain kurier Pos Laju,\u00a0Shopee Express\u00a0dan J&T Express.\u00a0\nSehingga kini, syarikat ini mempunyai lebih 30 cawangan di seluruh Lembah Klang.\nSyarikat ini juga telah memenangi beberapa anugerah antaranya:\n\n\n\n\n\nDiperakui dengan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 untuk Operasi Perkhidmatan Penghantaran Perbatuan Terakhir sejak November 2019.\nMendapat Amalan Pengedaran Untuk Peranti Perubatan yang Baik terutamanya dalam mengendalikan produk Peranti Perubatan seperti Penyimpanan & Pengendalian, Gudang, Pengedaran (perkhidmatan penghantaran), dan Dokumentasi (termasuk kebolehkesanan), dengan mematuhi keperluan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan.\n\nPerkhidmatan Ninja Van\nTerdapat tiga jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Ninja Van di Malaysia iaitu:\n\nB2C untuk pelanggan\nC2C untuk pelanggan berjalan masuk (walk in)\nPick-Up & Drop off (PUDO)\n\nKeistimewaan Bekerja Dengan Ninja Van\nTerdapat beberapa keistimewaan yang bakal dinikmati oleh mereka yang bekerja dengan Ninja Van iaitu: \n\nUntung Gaji bersih dari RM3000 \u2013 RM5000\nCaruman KWSP dan SOCSO\nBonus tahunan\nInsuran disediakan\nKenaikan gaji\nElaun minyak, telefon dan kehadiran\n\nSyarat Permohonan\nUntuk menjadi rider Ninja Van, pemohon perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:\n\nWarganegara Malaysia.\nBerusia 18 tahun dan ke atas.\nMempunyai lesen kenderaan yang sah.\n\nCara Daftar Rider Ninja Van\nUntuk mendaftar sebagai rider Ninja Van, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLari pautan pendaftaran iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfg0rxyy34uaNV8a_XI92Z-eYABYRls1PJ0t7411Rn50iIwfw/viewform.\nIsi maklumat yang diperlukan.\nPastikan semua maklumat diisi dengan betul.\nKlik \u2018Submit\u2019 untuk melengkapkan pendaftaran.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai rider Ninja Van, sila layari laman web https://www.ninjavan.co/en-my.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-span-2022/", "title": "Permohonan Biasiswa SPAN Pelajar Asasi & Matrikulasi 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar di peringkat Asasi dan Matrikulasi kini boleh memohon biasiswa yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menerusi Biasiswa SPAN.\nUntuk makluman, SPAN adalah sebuah badan kawal selia teknikal dan ekonomi yang berperanan untuk menyelia dan mengawal selia perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.\nSelain itu, SPAN juga turut bertanggungjawab memberikan biasiswa kepada pelajar di peringkat Asasi dan Matrikulasi.\nUntuk pelajar yang berminat, permohonan biasiswa ini boleh dibuat sehingga 13 Februari 2022. \n\nMengenai Biasiswa SPAN\nBiasiswa SPAN adalah biasiswa yang diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang Semester 2 Asasi/Matrikulasi untuk melanjutkan pelajaran dari peringkat Pengajian Asasi/Matrikulasi hingga ke Ijazah Pertama di universiti-universiti awam dalam negara. \nMenariknya, biasiswa ini bukan hanya merangkumi yuran pengajian dan pelbagai elaun tetapi SPAN juga menyediakan program pembangunan yang diatur dan disusun bagi mengasah bakat kepemimpinan, kemahiran interpersonal dan pemikiran kritis pelajar sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.\nPelajar yang layak dan berjaya dalam permohonan akan mendapat peluang untuk berkhidmat di SPAN selepas tamat pengajian kelak.\n\n\n\n\nBentuk Penajaan\nBentuk penajaan yang bakal diterima pelajar yang layak adalah seperti berikut:\nYuran pengajian mengikut kadar yang ditetapkan oleh universiti.Elaun-elaun seperti:\u2013 Sara hidup\u2013 Penginapan\u2013 Buku\u2013 Alat Perkakas\u2013 Tesis\u2013 Latihan AmaliKomputer riba diberikan sekali sepanjang pengajian.\nBidang Tajaan\nPelajar yang mengambil bidang berikut layak memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\nTeknikalEkonomi/PerniagaanPerakauan/KewanganTeknologi Maklumat/Data Sains\nSyarat Permohonan\nPara pemohon wajib memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:\nPemohon merupakan warganegara Malaysia.Pemohon mempunyai kesihatan yang baik.Pemohon aktif dalam aktiviti kokurikulum.Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian sama.Pemohon\u00a0perlu\u00a0memenuhi syarat-syarat khusus berikut:\u2013 Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2021.\u2013 Pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya keputusan PNGK 3.50 bagi Semester 1 Matrikulasi/Asasi.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan biasiswa ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web http://www.metropolitancorridor.com/sfa-span-bm.php.Klik butang \u2018Mohon Sekarang.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap sebelum menghantar permohonan.Hantar permohonan dengan klik butang \u2018Submit.\u2019\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Biasiswa SPAN, sila layari laman web di pautan http://www.metropolitancorridor.com/sfa-span-bm.php\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-keputusan-permohonan-rkpys/", "title": "Semakan Keputusan Permohonan RKPYS 2022 Tingkatan 1", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi ibu bapa dan pemohon yang telah membuat permohonan Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RKPYS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Selangor (YS) untuk Tingkatan 1, semakan keputusan permohonan RKPYS boleh dibuat secara atas talian.\nSebelum ini, pemohonan bagi RKPYS telah dibuka kepada umum melibatkan pengambilan pelajar bagi Tingkatan 1. \nPemohon yang telah membuat permohonan sebelum ini boleh membuat semakan keputusan mulai 4 Mac 2022 sehingga 26 Mac 2022. \nMengenai RKPYS\nRKPYS adalah program bersama antara KPM dan YS untuk tujuan pengambilan dan penempatan pelajar-pelajar Tingkatan 1 ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor serta tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor.\nObjektif program ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar golongan berpendapatan rendah atau miskin di Selangor tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan penempatan pendidikan yang terbaik kepada mereka.\nMereka juga diberikan biasiswa dan juga bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih-tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar yang terlatih.\nPenempatan Asrama\nMurid yang layak dan berjaya akan di tempatkan di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan juga Asrama Pusat Yayasan Selangor.\n\n\n\n\ni) Asrama Pengurusan Yayasan Selangor\nTerdapat 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu:\nAsrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)\nAsramaNama SekolahJantinaAYSSBSMK Ungku Aziz, Sabak BernamLelakiAYSKSMK Tinggi Klang, KlangLelakiAYSKSMK Tengku Ampuan Rahimah, KlangLelaki/PerempuanAYSKSMK (P) Methodist, KlangPerempuanAYSKSMK Convent, KlangPerempuanAYSKSMK Methodist ACS, KlangLelakiAYSKSMK (P) Bukit Kuda, KlangPerempuan\nii) Asrama Daerah Yayasan Selangor\nAsramaNama SekolahJantinaSabak BernamSMK Ungku Aziz, Sabak BernamPerempuanSabak BernamSMK Sungai BesarLelaki/PerempuanSabak BernamSMK Dato\u2019 Mustaffa, SekinchanPerempuanKuala SelangorSMK Dato\u2019 Harun, Tanjong KarangLelaki/PerempuanKuala SelangorSMK Pengkalan PermatangLelaki/PerempuanHulu SelangorSMK Kuala Kubu BharuLelaki/PerempuanPetalingSMK Damansara UtamaLelaki/PerempuanPetalingSMK Shah AlamLelaki/PerempuanHulu LangatSMK Tinggi KajangLelakiHulu LangatSMK Sultan Abdul Aziz Shah, KajangLelaki/PerempuanHulu LangatSMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama)PerempuanKuala LangatSMK Telok Panglima GarangLelaki/PerempuanKuala LangatSMK BantingLelaki/PerempuanKuala LangatSMK Bukit ChanggangLelaki/PerempuanSepangSMK Seri SepangLelaki/PerempuanW.P Kuala LumpurSMK VictoriaLelaki\niii) Tanpa Asrama (Berulang dari rumah)\nNegeriNama SekolahJantinaSelangorSMK (P) Sri Aman, Petaling JayaPerempuanSelangorSMK (P) Assunta, Petaling JayaPerempuanSelangorSMK (L) Bukit Bintang, Petaling JayaLelakiW.P Kuala LumpurSMK Aminuddin BakiLelaki/Perempuan\nTatacara Membuat Semakan\nSemakan keputusan program ini boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari pautan berikut iaitu http://sm.yselangor.com/smpysv2/.Klik butang \u2018Semak Permohonan.\u2019Masukkan ID pengguna dan kata laluan.Klik butang \u2018Teruskan.\u2019Status keputusan permohonan dipaparkan.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai semakan keputusan permohonan RKPYS, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar YS di talian 03-7669 1218/1158/1177/1150/1141.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dpli-ukm/", "title": "Permohonan DPLI UKM 2023: Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah", "body": "\n\n\n\n\n\nUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuka permohonan kepada pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti tersebut bagi Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UKM Eksekutif ambilan September 2023.\nDPLI merupakan salah satu sijil atau Diploma ikhtisas yang diperlukan bagi guru-guru yang mengajar di semua sekolah di seluruh Malaysia sama ada sekolah kerajaan atau swasta.\nMenariknya Program DPLI UKM Eksekutif ini adalah ianya dilaksanakan dalam mod cuti sekolah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah melibatkan pengajian selama satu tahun setengah.\nTarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2023.\n\nKelebihan DPLI UKM\nTerdapat beberapa kelebihan program ini iaitu:\n\nDilaksanakan semasa cuti persekolahan.\nYuran Pengajian berpatutan.\nTempoh pengajian adalah selama 1 tahun 6 bulan (18 bulan).\nPensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi.\nMendapat pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).\n\nLokasi Pengajian\nLokasi pengajian ini adalah seperti berikut:\n\nUniversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor\nInstitut Pendidikan Guru Kota Bharu, Kelantan\nInstitut Pendidikan Guru Batu Lintang, Kuching, Sarawak\nUCSF Kota Kinabalu, Sabah\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPemohon mempunyai nilai PNGK Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya 2.5.\nTiada Ujian MEdSI dan temuduga dijalankan. Temuduga hanya akan dibuat sekiranya PNGK pemohon di bawah 2.5 selain tempoh bekerja juga akan diambil kira.\nTiada had umur permohonan.\u00a0\u00a0\n\nStruktur Bayaran\nStruktur bayaran yang dikenakan bagi program ini adalah seperti berikut:\ni) Semester 1 (RM6800)\n\nBayaran pertama: RM1500 sebelum 25 Februari\u00a02023\nBayaran kedua: RM1900 sebelum 25 Mac\u00a02023\nBayaran ketiga: RM1800 sebelum 25 April 2023\nBayaran keempat: RM1600 sebelum 25 Mei 2023\n\nii) Semester 2 (RM 5100)\n\nBayaran pertama: RM1500 sebelum 25 Ogos 2023\nBayaran kedua: RM1400 sebelum 25 September 2023\nBayaran ketiga: RM 1300 sebelum 25 Oktober\u00a02023\nBayaran keempat: RM 900 sebelum 25 November 2023\n\niii) Yuran semester 3 (RM 5100)\n\nBayaran pertama : RM 1500 sebelum 25 Februari 2024\nBayaran kedua : RM 1400 sebelum 25 Mac\u00a02024\nBayaran ketiga : RM 1300 sebelum 25 April 2024\nBayaran keempat : RM 900 sebelum 25 Mei 2024\n\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://koperasisiswazah.com/maklumat-program-pspe/.\nDapatkan borang permohonan dengan mengisi maklumat dalam laman web tersebut.\nIsi borang permohonan dengan lengkap.\nHantar borang ke alamat emel di[email\u00a0protected] dan masukkan maklumat di bawah di dalam emel:\u2013 Nama Penuh\u2013 No Kad Pengenalan\u2013 Alamat Emel\u2013 No Telefon (masih aktif)\nPemohon juga boleh menghantar borang permohonan melalui pos ke alamat:Koperasi Siswazah Bangi Berhad,Paras 1, Bangunan Pentadbiran,Kolej Keris Mas,Universiti Kebangsaan Malaysia43600, Bangi, Selangor.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila hubungi Koperasi Siswazah Bangi Berhad di talian 018-2290929.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-ipta-yayasan-dayadiri-2022/", "title": "Permohonan Biasiswa IPTA Yayasan DayaDiri 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan DayaDiri telah membuka tawaran kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Biasiswa IPTA.\nUntuk makluman, Yayasan DayaDiri merupakan yayasan yang menumpukan kepada pendidikan bagi membolehkan individu dan komuniti berdaya saing untuk berdikari dalam jangka masa panjang.\nObjektif program biasiswa ini adalah untuk meningkatkan bilangan kemasukan pelajar Bumiputera yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di institusi-institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.\nBagi pelajar yang berminat, sila buat permohonan secara atas talian sebelum 14 Oktober 2022.\nIPTA Layak Memohon\nPelajar di IPTA dalam senarai berikut layak untuk memohon:\n\n\n\n\nUniversiti Malaya (UM)Universiti Sains Malaysia (USM)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Teknologi MARA (UiTM)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Universiti Malaysia Sabah (UMS)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Universiti Utara Malaysia (UUM)Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Malaysia Pahang (UMP)Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan bagi pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut:\nBumiputera Malaysia, keutamaan akan diberikan kepada pemohon daripada keturunan Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.Jumlah pendapatan keluarga seluruh isi rumah kurang daripada RM4,850 sebulan (muat turun contoh dokumen pengesahan pendapatan).Telah mendapat tawaran daripada institusi pengajian yang berkaitan.Akan mengikuti pengajian sarjana muda untuk kali pertama.Minimum PNGK 3.0 untuk pengajian pra-universiti/diploma/STPM bagi pemohon yang akan memasuki Tahun Pertama, ATAU minimum PNGK 3.0 untuk Tahun Pertama bagi pemohon yang akan memasuki pengajian sarjana muda Tahun Kedua.Belum mendapat biasiswa daripada badan- badan lain.Memenuhi ciri-ciri peribadi yang dikehendaki dan kriteria pemilihan lain.\nTatacara Permohonan\nPelajar boleh memohon menerusi tatacara permohonan berikut:\nLayari laman web https://ydd.org.my/biasiswa-ipta/.Klik \u201cMohon Sekarang.\u201dIsi semua maklumat yang diperlukan.Muat naik dokumen sokongan.Hantar permohonan setelah semua maklumat dihantar dan dimuat naik.\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:\nGambar berukuran pasport pemohon.Salinan Kad Pengenalan pemohon\u00a0.Salinan Sijil Kelahiran pemohon.Salinan Surat Tawaran insititusi.Salinan Transkrip Akademik pendidikan pengajian tinggi (Tahun Pertama Sarjana Muda/STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/lain-lain).Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan SPM atau bersamaan.Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan\u00a0PT3 atau bersamaan.Salinan dokumen\u00a0pendapatan yang telah disahkan untuk Bapa/ Penjaga 1 (Terkini tahun 2022-contoh: Slip Gaji 3 bulan terkini/Borang EA terkini/Surat Akuan Pendapatan terkini untuk mereka yang tiada pendapatan atau slip gaji-muat turun contoh dokumen).Salinan dokumen pendapatan yang telah disahkan untuk Ibu/Penjaga 2 (Terkini tahun 2022\u00a0\u2013 contoh: Slip Gaji 3 bulan terkini/Borang EA terkini/Surat Akuan Pendapatan terkini untuk mereka yang tiada pendapatan atau slip gaji-\u00a0muat turun contoh dokumen).Salinan Sijil Kematian Bapa/Penjaga 1 atau Ibu/Penjaga 2 (jika berkenaan).\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan Lanjut mengenai Bantuan IPTA, sila hubungi Yayasan DayaDiri iaitu 03\u20132380 6430.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-matematik-tambahan-tingkatan-4/", "title": "Buku Teks Matematik Tambahan Tingkatan 4", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku Teks Matematik Tambahan Tingkatan 4 KSSM ini diterbitkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tambahan Tingkatan 4. \nSelain itu, buku ini juga bermatlamat untuk membentuk individu yang berfikrah matematik, kreatif dan inovatif serta berketerampilan.\nKandungan buku teks ini menyepadukan enam tunjang kerangka KSSM, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta menerapkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfi kir Aras Tinggi (KBAT). \nBuku teks ini menggabungjalinkan kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan murid memahami kandungan secara mendalam serta mengasah pemikiran ke aras yang lebih tinggi. \n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Fungsi\n\nFungsi \nFungsi Gubahan \nFungsi Songsang\n\nii) Bab 2 Fungsi Kuadratik \n\nPersamaan dan Ketaksamaan Kuadratik \nJenis-jenis Punca Persamaan Kuadratik \nFungsi Kuadratik\n\niii) Bab 3 Sistem Persamaan \n\nSistem Persamaan Linear dalam Tiga Pemboleh Ubah \nPersamaan Serentak yang Melibatkan Satu Persamaan\nLinear dan Satu Persamaan Tak Linear\n\niv) Bab 4 Indeks, Surd dan Logaritma \n\nHukum Indeks\nHukum Surd\nHukum Logaritma \nAplikasi Indeks, Surd dan Logaritma\n\nv) Bab 5 Janjang \n\n\n\n\n\nJanjang Aritmetik \nJanjang Geometri\n\nvi) Bab 6 Hukum Linear \n\nHubungan Linear dan Tak Linear \nHukum Linear dan Hubungan Tak Linear\nAplikasi Hukum Linear\n\nvii) Bab 7 Geometri Koordinat \n\nPembahagi Tembereng Garis \nGaris Lurus Selari dan Garis Lurus Serenjang\nLuas Poligon \nPersamaan Lokus\n\nviii) Bab 8 Vektor \n\nVektor \nPenambahan dan Penolakan Vektor\nVektor dalam Satah Cartes\n\nix) Bab 9 Penyelesaian Segi Tiga\n\nPetua Sinus \nPetua Kosinus \nLuas Segi Tiga \nAplikasi Petua Sinus, Petua Kosinus dan Luas Segi Tiga\n\nx) Bab 10 Nombor Indeks \n\nNombor Indeks \nIndeks Gubahan\n\nMuat Turun Buku Teks Matematik Tambahan Tingkatan 4\nBuku Teks Digital Matematik Tambahan Tingkatan 4 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nMatematik-Tambahan-Tingkatan-4Download\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut :\u00a0http://www.moe-dl.edu.my\nBaca juga:\n\nBuku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP KSSM\nBuku Teks Sains Tingkatan 1 DLP KSSM\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pslk-mains/", "title": "PSLK MAINS: Permohonan Program Pelatih Skim Latihan Singkat", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mempelawa graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang telah menamatkan pengajian di IPT Timur Tengah dan tempatan sesi 2020/2021 dan 2022 untuk menyertai Program Pelatih Skim Latihan Singkat MAINS (PSLK MAINS).\nMenerusi program ini, graduan akan menjalani latihan di MAINS mengikut jenis latihan yang ditetapkan selama 12 bulan.\nGraduan yang berminat boleh membuat permohonan secara online mulai 2 Ogos 2022 iaitu pada hari Selasa sehingga 15 Ogos 2022 pada hari Isnin.\n\nTempoh & Kemudahan\nGraduan yang layak untuk menyertai program ini akan menjalani latihan secara kontrak selama 12 bulan di MAINS.\nMereka akan menikmati beberapa kemudahan yang ditawarkan seperti:\n\n\n\n\nBayaran RM1,500.00 sebulan bagi Ijazah Sarjana Muda dan RM1,200.00 sebulan bagi Diploma.Caruman KWSP dan PERKSEO.Tuntutan kerja lebih masa, elaun perjalanan, dan lain-lain faedah yang berkaitan.\nJenis Latihan\nJenis latihan yang ditawarkan menerusi PSLK MAINS adalah seperti berikut:\nZakatWakafKaunselingEkonomiKewanganUkur BahanPentadbiran dan Sumber ManusiaKhidmat PelangganTeknologi MaklumatMultimediaMedia BaharuKorporatPengurus Mal (Harta Orang Awam)\nSyarat Permohonan\nSyarat-syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Keutamaan kepada anak-anak Negeri Sembilan.Sihat tubuh badan.Berkemahiran menggunakan komputer.Bertanggungjawab serta berfikiran terbuka dalam menerima pandangan dan pendapat.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan bagi graduan yang berminat boleh diikuti menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web berikut iaitu https://www.mains.gov.my/eskimLS/public/Klik bahagian \u201cProgram Pelatih Skim Latihan Khas MAINS 3.0\u201d dan klik \u201cKlik Di Sini Untuk Memohon.\u201dKlik bahagian \u201cDaftar Baru.\u201dLengkapkan maklumat dan klik \u201cSign Up.\u201dIsi no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.Lengkapkan permohonan sehingga selesai. \nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai PSLK MAINS, sila layari laman web MAINS di pautan https://www.mains.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-keputusan-penempatan-guru-pengambilan-khas/", "title": "Semakan Keputusan & Penempatan Guru DG41 Pengambilan Khas", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semakan keputusan bagi permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau guru bagi gred DG41 pengambilan khas secara one-off akan dilakukan pada 18 Mac 2022.\nUntuk makluman, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah membuka permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 pengambilan khas secara one-off Tahun 2021 secara besar-besaran pada 7 Julai 2021.\nMenerusi permohonan tersebut, pemohon yang layak telah disaring dan ditemu duga untuk memastikan mereka layak bagi pengambilan khas secara one-off ini.\nMengenai Pengambilan Khas \nPengambilan khas guru DG41 secara one-off ini dibuka dengan mengutamakan graduan pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara yang berminat untuk menjadi seorang guru. \nPengambilan ini dibuat bagi mengatasi masalah kekurangan guru terutamanya di beberapa buah negara dan melibatkan beberapa subjek yang memerlukan pengambilan guru ini dijalankan. \nJumlah Calon Berjaya\nUntuk pengambilan khas guru DG41 pengambilan khas secara one-off ini, seramai 4,828 calon yang telah berjaya dalam permohonan.\nMereka yang berjaya akan melapor diri mengikut penempatan yang ditetapkan mulai 4 April 2022.\n\n\n\n\nPenempatan Guru\nBagi calon yang berjaya dalam permohonan mereka, mereka boleh terus membuat semakan bagi mengetahui penempatan mereka bagi tujuan lapor diri.\nUntuk tujuan semakan penempatan, semakan boleh dibuat melalui portal e-Graduan KPMdi pautan https://egraduan.moe.gov.my.\nCara Membuat Semakan Penempatan\nSemakan penempatan boleh dibuat secara atas talian melalui portal e-Graduan KPM.\nCara membuat semakan penempatan boleh dilakukan dengan merujuk langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://egraduan.moe.gov.my/.Klik bahagian \u2018Pendaftaran Pengguna.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Simpan.\u2019Log masuk dengan memasukkan butiran ID, kata laluan dan no. kad pengenalan diikuti dengan butang \u2018Login.\u2019Kemudian, semak penempatan yang ditetapkan oleh KPM setelah berjaya log masuk. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai penambilan khas guru ini, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/belanjawan-2023/", "title": "Senarai Penuh Inisiatif Belanjawan 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nHari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen Malaysia.\nBelanjawan ini merupakan belanjawan penuh pertama yang akan dibentangkan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15.\nSebelum ini, belanjawan untuk tahun ini pada awalnya telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan terdahulu iaitu Datuk Seri\u00a0Tengku Zafrul\u00a0Abdul Aziz pada 7 Oktober 2022. \nNamun, belanjawan tersebut tidak dapat diluluskan Parlimen apabila berlakunya pembubaran Dewan Rakyat pada 10 Oktober.\nOleh itu, kerajaan perlu membentangkan belanjawan baharu untuk kelulusan di peringkat parlimen.\n\n\n\n\nSenarai Inisiatif Belanjawan 2023\nBelanjawan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM388.1 bilion secara keseluruhannya.\n\nAntara senarai inisiatif di dalam belanjawan ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah seperti berikut:\n\nAgihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang lebih kepada rakyat yang memerlukan. 87 peratus ahli dengan simpanan kurang 30 ribu ringgit telah diberi dividen 5.1 sen per unit. Manakala, simpanan melebihi 30 ribu ringgit menerima dividen 4.6 sen per unit.\nMemperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah.\nMengkaji untuk memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024 pada kadar yang rendah.\nMengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.\nPengampunan ke atas penalti 100 peratus cukai akan diberikan bagi pengakuan sukarela mulai 1 Jun 2023 hingga 31 Disember 2024.\nMulai tahun taksiran 2023, kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi 150 ribu pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus.\nRM50 juta bagi membina baharu dan menaik taraf melibat 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara.\nRM176 juta disediakan bagi menaik taraf premis dan kemudahan perniagaan antaranya di bawah MARA, DBKL, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).\nKemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan PMKS dengan nilai keseluruhan sehingga RM40 bilion.\nKemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia, BSN dan TEKUN dengan dana yang tersedia berjumlah 1.7 bilion ringgit.\nBagi perniagaan kecil dan sederhana (SME), hampir RM10 bilion dana pinjaman disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). \nSyarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) sedia menjamin sehingga RM20 bilion pinjaman PKS dengan sektor tumpuan seperti teknologi tinggi, pertanian dan pembuatan diberi jaminan Kerajaan sehingga 90 peratus.\nKerajaan juga bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan ehailing.\n6 projek tebatan banjir akan di-tender semula dengan segera selewatnya bulan Jun 2023.\nNADMA disediakan RM150 juta antara lainnya untuk keperluan aset, sistem amaran dan bantuan bencana kepada rakyat yang terkesan.\nAngkatan Tentera Malaysia, Bomba dan RELA juga disediakan RM50 juta bagi menyediakan peralatan dan aset untuk menghadapi bencana.\nKerajaan menyediakan RM20 juta di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti untuk manfaat 2,000 persatuan penduduk.\nPeruntukan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) kepada Kerajaan Negeri akan ditingkatkan kepada 150 juta setahun berbanding 70 juta ringgit tahun lalu.\nRM38 juta turut disediakan bagi memelihara hidupan liar seperti harimau dan gajah serta habitat hutannya.\nMenambah bilangan renjer yang mengawal kawasan hutan kepada 1,500 orang dengan mengutamakan khidmat komuniti orang asli dan veteran tentera dan polis melibatkan peruntukan RM50 juta.\nMemberikan insentif kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang memudah cara pelaksanaan pelaburan yang telah diluluskan bagi memastikan usaha pelaburan dapat dipercepat.\nBank Pembangunan Malaysia Berhad menyediakan sehingga 6 bilion ringgit pembiayaan strategik khusus untuk menggalakkan agenda mampan dan automasi selain sokongan dalam bentuk ekuiti dan modal kerja pusingan kepada syarikat berpotensi tinggi yang masih terjejas dengan COVID-19.\nMembesarkan dan meningkatkan keupayaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Subang.\nMenyokong projek pembangunan Pelabuhan Sanglang di Perlis bagi mengendalikan kargo petroleum dan kargo pukal yang akan memberi nilai tambah kepada ekonomi Perlis.\nBermula 2024, aset simpanan syariah akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah.\nKerajaan telah menerima komitmen swasta untuk mewujudkan Wakaf MADANI dengan aset-aset bernilai lebih RM1 bilion.\nMenyiapkan dengan kadar segera pembaikan bagi 400 klinik daif dan 380 sekolah daif dengan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.\nHad sebut harga perolehan kerja pembaikan sekolah dan klinik daif ditingkatkan 32 kepada 1 juta berbanding 500 ribu ringgit serta perolehan secara cabut undi kepada 200 ribu berbanding 100 ribu ringgit.\nKerajaan menyediakan 2.7 bilion ringgit untuk menyelenggarakan dan menaik taraf jalan persekutuan.\n1.5 bilion ringgit juga disediakan bagi menaik taraf dan membina baharu jalan perhubungan desa dan jalan-jalan luar bandar.\nSejumlah 50 juta ringgit disediakan untuk segera memasang lampu-lampu jalan khususnya di kawasan berkemalangan tinggi.\nKerajaan akan meningkatkan pemberian MARRIS yang bertujuan untuk menyelenggarakan jalan negeri kepada 5.2 bilion ringgit.\nSejumlah 10 juta ringgit disediakan bagi geran pengoperasian NSRC.\nMenguatkuasakan dasar \u201ckill switch\u201d kepada semua institusi perbankan bagi membolehkan pengguna sendiri mengambil tindakan segera membekukan akaun mereka termasuk kad ATM daripada digunakan sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan.\nMeminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat.\nKes-kes kecil yang hutangnya kurang 50 ribu ringgit yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac 2023.\nSebuah unit khas di bawah D11 akan ditubuhkan khusus untuk membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak dan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk mencari pelaku yang terlibat.\nKerajaan menyediakan 8 juta ringgit bagi memperkukuh peranan Pusat Sokongan Sosial Setempat sebagai tempat intervensi awal isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga.\nKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memberikan perkhidmatan sokongan lebih komprehensif kepada kanak-kanak.\nKerajaan akan menggubal Akta Kredit Pengguna serta menubuhkan Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna bagi mengawal selia perniagaan kredit.\nJabatan Bantuan Guaman akan menaikkan had kelayakan mendapatkan bantuan guaman penuh daripada 30 ribu kepada 50 ribu ringgit.\nSkim Latihan Dual Nasional (SLDN) diperkukuh dengan peruntukan 50 juta ringgit untuk manfaat lebih 8,000 pelatih.\nPERKESO akan menyediakan insentif kepada majikan yang menggaji 17 ribu graduan khususnya TVET sebanyak 600 ringgit sebulan selama tiga bulan sebagai tambahan kepada gaji yang ditawarkan. 45 juta ringgit disediakan untuk tujuan ini.\nPERKESO juga menyediakan insentif kepada majikan menggaji golongan mudah terjejas seperti OKU, bekas banduan, gelandangan dan penganggur tegar sehingga 600 ringgit sebulan untuk tempoh sehingga tiga bulan.\nKerajaan akan menanggung bayaran latihan untuk pekerja gig menjalani program peningkatan kemahiran micro credentials sehingga 4,000 ringgit. \nPERKESO juga menyediakan elaun 300 ringgit untuk tiga bulan sebagai menggantikan pendapatan pekerja gig yang aktif dan sedang menjalani program latihan.\nSyarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan akan menawarkan 35 ribu peluang kerjaya kepada belia, graduan TVET selain kumpulan rentan dan veteran.\nMenyediakan 50 juta ringgit geran sepadan untuk menggalakkan automasi sektor perladangan melalui penggunaan robotik dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) yang berupaya menggaji pekerja tempatan yang berkemahiran.\n80 juta ringgit disediakan bagi menambah baik kelestarian industri sawit dan mempergiat Kempen Menangani Antiminyak Sawit.\nBagi menggalakkan wanita kembali bekerja, PERKESO akan meminda Aktanya untuk membolehkan pemberian geran bersamaan 80 peratus daripada nilai gaji yang diinsuranskan pekerja.\nKerajaan akan menyediakan subsidi yuran taska 180 ringgit sebulan selain menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak daripada 5,000 kepada 7,000 ringgit.\nKerajaan akan meneruskan pembinaan 80 buah taska dan tabika KEMAS termasuk 13 projek baharu.\nKerajaan memperuntukkan 250 juta ringgit untuk mempromosi pelancongan.\nKerajaan akan mempercepat pelaksanaan projek JENDELA sebagai usaha nasional menyediakan kemudahan jaringan internet.\nKerajaan akan memperkasa peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk membantu peniaga kecil dengan pengetahuan ICT dan e-Dagang.\nSejumlah 100 juta ringgit disediakan di bawah Skim Geran Pendigitalan PKS dan penjaja kecil.\n1 bilion ringgit juga tersedia sebagai dana pembiayaan di bawah BNM untuk membantu PMKS mengautomasikan proses perniagaan dan mendigitalkan operasi.\nGLC antaranya Khazanah dan KWSP akan melabur dalam syarikat-syarikat pemula tempatan yang inovatif dan berpertumbuhan tinggi dengan nilai pelaburan 1.5 bilion ringgit.\n40 juta ringgit disediakan di bawah Malaysia Coinvestment Fund (MyCIF) sebagai dana padanan yang menyokong kaedah pendanaan alternatif.\nKerajaan akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan.\nMenyediakan sehingga 64 bilion ringgit dalam bentuk subsidi, bantuan serta insentif.\nKerajaan Perpaduan telah memperkenalkan Konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada usaha membantu golongan susah dan rentan.\nKerajaan juga melaksanakan Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas dengan harga sehingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran.\nMeningkatkan peruntukan daripada 200 juta ringgit kepada 225 juta ringgit bagi memperluas program pengedaran barangan keperluan asas ke 25 kawasan baharu.\nIsi rumah pendapatan kurang 2,500 ringgit, layak terima sumbangan sehingga 2,500 ringgit bergantung kepada bilangan anak.\nKerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan 600 ringgit kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai 600 ringgit kepada mereka.\nKerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah 200 ringgit dengan peruntukan 400 juta ringgit.\nKerajaan akan meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan peruntukan 1.6 bilion ringgit.\nSumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak 200 ringgit sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim melibatkan 240 ribu pesawah dengan peruntukan 228 juta ringgit.\nBERNAS turut bersetuju membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi.\nKerajaan bersetuju untuk menaikkan Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah daripada 2 ringgit 50 sen kepada 2 ringgit 70 sen sekilogram dengan peruntukan 350 juta ringgit.\nKerajaan turut bersetuju menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada 600 kepada 800 ringgit untuk tempoh empat bulan.\nBermula 2023, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak 2 peratus melibatkan banjaran lebih 35 ribu hingga 100 ribu ringgit.\nKerajaan akan menaikkan kadar cukai bagi mereka yang berpendapatan tinggi antara 0.5 sehingga 2 peratus melibatkan banjaran lebih 100 ribu hingga 1 juta ringgit. \nSejumlah 50 juta ringgit disedia bagi menggerak pelbagai program antaranya Kembara Perpaduan Malaysia Madani dan Ini Warisan Kita.\nKerajaan bersetuju menyediakan 20 juta ringgit untuk melaksanakan program gotong-royong di semua sekolah seluruh Malaysia.\nMemberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan bermula 1 Mac 2023 sehingga 20 peratus.\nMemberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan 1,800 ringgit ke bawah untuk tempoh 6 bulan.\nLebih 500 juta ringgit disediakan untuk menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera dan membaik pulih kuarters kediaman dan institusi di bawah KDN.\nKerajaan akan membina lebih 7 ribu unit rumah mampu milik di bawah Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Kuala Lumpur.\nMelaksanakan Program Kerjaya Kedua Veteran ATM menerusi kerjasama LTAT.\nMenaikkan elaun bagi 35 ribu guru KAFA sebanyak 100 ringgit kepada 1,100 ringgit dengan peruntukan tambahan lebih 40 juta ringgit.\nMemberikan sumbangan khas 600 ringgit kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir. \nMenyediakan dana geran padanan 50 juta ringgit bagi mendorong penajaan sektor swasta untuk program sukan, khususnya sukan berteraskan perpaduan, penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan dan program realiti sukan.\nBagi memelihara dan melindungi kebajikan para atlet, dana 5 juta ringgit disediakan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bermula tahun 2023.\n102 juta ringgit disediakan sebagai Dana Kandungan Digital untuk mempergiat pemasaran produk seni tempatan dan mendorong penghasilan lebih banyak karya kreatif.\nKerajaan meneruskan inisiatif pas bulanan My50 untuk manfaat hampir 180 ribu pengguna.\nPrasarana juga secara rintis akan memperkenalkan Pas Perjalanan Tanpa Had myBAS50 untuk manfaat rakyat Johor Bharu yang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti di bawah Program SBST.\nKerajaan juga menyediakan 150 juta ringgit antaranya bagi memperluas pelaksanaan Program SBST ke bandar Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu.\nSebanyak tujuh sekolah baharu akan dibina dengan kos sebanyak 560 juta.\nKadar makanan bermasak bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah ditambah daripada 625 juta kepada 777 juta ringgit tahun ini yang memanfaatkan 700 ribu murid.\nPeruntukan untuk Program Makanan Prasekolah Kementerian Pendidikan ditingkatkan daripada 89 juta ringgit kepada 108 juta ringgit bagi memberi manfaat kepada lebih 240 ribu murid prasekolah KPM.\nKerajaan akan membekalkan sekolah dan institusi pendidikan KPM dengan 50 ribu komputer riba.\nKerajaan menyediakan 80 juta ringgit bagi memperkasa Skim PEKA B40 dengan turut merangkumi saringan penyakit kencing manis.\n50 juta ringgit bagi memastikan keadaan yang selamat di PPR dengan keutamaan kepada mengganti lif-lif yang telah usang. Bagi mempercepat proses perolehan, had sebut harga perolehan kerja penyelenggaraan dan pembaikan lif ditingkatkan kepada 1.2 juta ringgit berbanding 500 ribu ringgit.\nKerajaan akan menanggung 80 peratus daripada nilai caruman PERKESO bagi mengurangkan bebanan dan menggalakkan pekerja sendiri membuat caruman dalam Skim Pekerjaan Sendiri PERKESO, 100 juta ringgit disediakan untuk memanfaatkan golongan yang bekerja sendiri.\nJumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditingkatkan kepada 300 ribu ringgit berbanding 200 ribu ringgit sebelum ini.\nMeningkatkan saiz dana Amanah Saham Malaysia (ASM) sebanyak 5 bilion ringgit.\nKepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang 10 ribu ringgit di dalam Akaun 1 mereka, Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak 500 ringgit. Program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir 1 billion ringgit.\nKerajaan bersetuju untuk memberi elaun khas 100 ringgit sehari kepada semua ahli pasukan mencari dan penyelamat negara yang terlibat di dalam misi di Turkiye dan Syria.\nMeneruskan cadangan menaikkan kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50 peratus iaitu maksimum 90 hari.\nBantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak 700 ringgit kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak selain 350 ringgit juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan.\n\n\n\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Belanjawan 2023, layari laman web Kementerian Kewangan di laman web https://www.mof.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-sejarah-tingkatan-5/", "title": "Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku teks Sejarah Tingkatan 5 Sekolah Menengah ini diterbitkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). \nBuku ini mengandungi 10 bab berdasarkan tema Malaysia dan Masa Hadapan yang terbahagi kepada empat tajuk utama.\nTajuk pertama, Pengukuhan Kedaulatan Negara dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu Konsep Kedaulatan Negara, Perlembagaan Persekutuan, Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen serta Sistem Persekutuan. \nTajuk kedua, Pembentukan Malaysia yang mengandungi 2 bahagian, iaitu Gagasan Pembentukan Malaysia dan Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia.\nTajuk ketiga ialah Kemakmuran Negara yang dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu Membina Kesejahteraan Negara dan Membina Kemakmuran Negara.\nSeterusnya tajuk keempat, Malaysia di Persada Dunia yang merangkumi 3 bahagian, iaitu Asas Pembinaan Dasar Luar Malaysia, Pemantapan Dasar Luar Malaysia dan Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Kedaulatan Negara\n\nKonsep Kedaulatan\nCiri Negara yang Berdaulat \nKepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat \nLangkah Mempertahankan Kedaulatan\n\nii) Bab 2 Perlembagaan Persekutuan\n\nLatar Belakang Sejarah\nPerlembagaan Persekutuan \nSejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan \nCiri Utama Perlembagaan Persekutuan \nPindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965\n\niii) Bab 3 Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen\n\nLatar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen \nSejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja \nYang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan \nAmalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa \nKeunikan Amalan Demokrasi Berparlimen di Negara Kita\n\niv) Bab 4 Sistem Persekutuan\n\n\n\n\n\nLatar Belakang Sistem Persekutuan di Negara Kita \nKuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri \nKerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri \nFaktor yang Mengukuhkan Sistem Persekutuan\n\nv) Bab 5 Pembentukan Malaysia\n\nKonsep Gagasan Malaysia \nPerkembangan Idea dan Usaha Pembentukan Malaysia \nReaksi Tempatan dan Negara Jiran terhadap Pembentukan Malaysia \nLangkah Pembentukan Malaysia\nPerjanjian Julai 1963 dan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia \nKonfrontasi dan Usaha Menangani\n\nvi) Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia\n\nCabaran Dalaman Malaysia\nPemisahan Singapura \nMenangani Ancaman Komunis\nIsu Pembangunan dan Ekonomi\nTragedi Hubungan antara Kaum\n\nvii) Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara\n\nPerpaduan dan Integrasi Nasional\nDasar Pendidikan Kebangsaan \nBahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan\nDasar Kebudayaan Kebangsaan \nSukan sebagai Alat Perpaduan \nRukun Negara sebagai Tonggak Kesejahteraan Negara\n\nviii) Bab 8 Membina Kemakmuran Negara\n\nPembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) \nPelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)\nPembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) \nPelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)\nPencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)\n\nix) Bab 9 Dasar Luar Malaysia\n\nLatar Belakang Dasar Luar \nAsas Penggubalan Dasar Luar \nMalaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) \nMalaysia dalam Komanwel \nCabaran Mengukuhkan Dasar Luar \nMalaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)\nMalaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM) \nMalaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)\n\nx) Bab 10 Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia\n\nMalaysia dalam Isu Global Kontemporari \nPeranan Malaysia dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa \nPelibatan Rakyat dalam Isu Kemanusiaan dan Keamanan \nUsaha Mengekalkan Kelestarian Global \nWawasan Malaysia Menuju Masa Hadapan\n\nMuat Turun Buku Teks Sejarah Tingkatan 5\nBuku Teks Digital Sejarah Tingkatan 5 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBukuTeks-Sejarah-Tingkatan-5Download\nBukuTeks-Sejarah-Tingkatan-5Download\nSkema Jawapan\nSkema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:\nJawapan-Buku-Teks-SejarahDownload\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut :\u00a0http://www.moe-dl.edu.my\nBaca juga:\n\nBuku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP KSSM\nBuku Teks Sains Tingkatan 1 DLP KSSM\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-keputusan-kemasukan-sarjana-muda-politeknik/", "title": "Semakan Kemasukan & Rayuan Politenik & Kolej Komuniti 22/23", "body": "\n\n\n\n\n\nPemohon yang telah membuat permohonan kemasukan bagi pengajian peringkat Diploma ke Politeknik dan Kolej Komuniti boleh membuat semakan kemasukan mulai 2 Januari 2023.\nPoliteknik merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) TVET di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang ditubuhkan pada 1969 manakala Kolej Komuniti memulakan operasinya pada tahun 2001.\nKedua-dua institusi ini menawarkan pengajian peringkat Diploma bagi bidang berkaitan TVET.\nSemakan kemasukan dan permohonan rayuan boleh dibuat mulai 02 Januari 2023.\n\nProgram Yang Ditawarkan\nUntuk kemasukan ke Politeknik, program yang ditawarkan adalah seperti berikut:\ni) Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri\n\nDiploma Agroteknologi\nDiploma Akuakultur\nDiploma Bioteknologi\nDiploma Hortikultur Landskap\n\nii) Jabatan Kejuruteraan Awam\n\nDiploma Geomatik\nDiploma Kejuruteraan Alam Sekitar\nDiploma Kejuruteraan Awam\nDiploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan\nDiploma Perancangan Bandar dan Wilayah\nDiploma Seni Bina\nDiploma Teknologi Berasaskan Kayu\nDiploma Ukur Bahan\n\niii) Jabatan Kejuruteraan Elektrik\n\nDiploma Kejuruteraan Elektrik\nDiploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik\nDiploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga)\nDiploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau)\nDiploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)\nDiploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)\nDiploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)\nDiploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik)\nDiploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)\n\niv) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal\n\nDiploma Kejuruteraan Mekanikal\nDiploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)\nDiploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)\nDiploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)\nDiploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)\nDiploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)\nDiploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)\nDiploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)\nDiploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)\nDiploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)\nDiploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)\nDiploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)\nDiploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)\nDiploma Kejuruteraan Mekatronik\n\nv) Jabatan Kejuruteraan Perkapalan\n\nDiploma in Naval Architecture\nDiploma Kejuruteraan Perkapalan\n\nvi) Jabatan Kejuruteraan Petrokimia\n\n\n\n\n\nDiploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi\nDiploma Kejuruteraan Kimia\nDiploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia)\nDiploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)\n\nvii) Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti\n\nDiploma Pelancongan Rekreasi\nDiploma Pengurusan Acara\nDiploma Pengurusan Hotel\nDiploma Pengurusan Pelancongan\nDiploma Pengurusan Resort\nDiploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal\nDiploma Seni Kulinari\n\nviii) Jabatan Penyelenggaraan Pesawat\n\nDiploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat\n\nix) Jabatan Perdagangan\n\nDiploma Akauntansi\nDiploma Insurans\nDiploma Keusahawanan\nDiploma Kewangan dan Perbankan\nDiploma Kewangan dan Perbankan Islam\nDiploma Pemasaran\nDiploma Pengajian Perniagaan\nDiploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan\nDiploma Pengurusan Peruncitan\nDiploma Perniagaan Antarabangsa\nDiploma Sains Kesetiausahaan\nDiploma Sistem Maklumat Perniagaan\n\nx) Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual\n\nDiploma Reka Bentuk Fesyen Batik\nDiploma Reka Bentuk Kraf\nDiploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian\nDiploma Rekabentuk Grafik\nDiploma Rekabentuk Industri\nDiploma Teknologi Kreatif Digital Animasi\nDiploma Teknologi Kreatif Digital Produksi Video\nDiploma Teknologi Kreatif Digital Seni\nDiploma Teknologi Media Cetak\n\nxi) Jabatan Teknologi Makanan\n\nDiploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak)\nDiploma Teknologi Makanan\nDiploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal\n\nxii) Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi\n\nDiploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)\n\nBagi kemasukan ke Kolej Komuniti pula, sila program yang ditawarkan adalah seperti berikut:\n\nDiploma Dandanan Rambut\nDiploma In 3D Animation\nDiploma In Architectural Technology\nDiploma In Culinary Arts\nDiploma In Sound & Lighting Technology\nDiploma In Electronics (Instrumentation)\nDiploma In Games Art\nDiploma in Mechanical Technology (Computer Aided Design & Drafting)\nDiploma In Mobile Technology\nDiploma In Patisserie\nDiploma In Rail Signalling And Communication Technology\nDiploma In Telecommunication Technology\nDiploma Teknologi Kenderaan Perdagangan\nDiploma Teknologi Solar Fotovoltan\nDiploma Terapi Kecantikan\nDiploma in Hotel Management\n\nTatacara Membuat Semakan\nSemakan permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://ambilan.mypolycc.edu.my/.\nKlik butang \u2018Semakan/Rayuan ke Politeknik\u2019 atau \u2018Semakan/Rayuan ke Kolej Komuniti.\u2019\nMasukkan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Semak.\u2019\nJika permohonan gagal, pemohon boleh membuat rayuan. \n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai semakan kemasukan dan rayuan ke Politeknik dan Kolej Komuniti, sila hubungi 03-8888 3837 atau 019-8683 738.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pdg-program-duta-guru-2024/", "title": "PDG: Pendaftaran Program Duta Guru 2024 Yayasan Petronas", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk para guru di Malaysia, Yayasan PETRONAS dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka pendaftaran untuk para guru menyertai Program Duta Guru (PDG) 2024.\nProgram Duta Guru (PDG) ialah usahasama antara Yayasan PETRONAS dan KPM, menerusi\u00a0Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), yang merupakan program jangka panjang berteraskan industri bagi mengukuhkan keupayaan guru STEM di sekolah dengan majoriti murid-murid daripada golongan B40.\nProgram ini dijalankan untuk memperkasakan seramai 4,500 orang guru teladan yang kompeten dan komited dalam meningkatkan Kemahirann Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM.\nProgram Duta Guru kini terdiri daripada 900 orang Guru STEM daripada 145 PPD di seluruh Malaysia.\nPendaftaran dibuka kepada guru-guru sekolah menengah rendah dalam bidang STEM sehingga 16 Julai 2023.\n\nKomponen Program Program Duta Guru\nSepanjang dua tahun program dilaksanakan, para guru akan melakukan aktiviti-aktiviti seperti yang dibawah:\n\n\n\n\n\nLatihan: Latihan seperti bengkel yang akan disampaikan secara praktikal dan selaras dengan piawaian KPM.\nSokongan Peribadi: Penyelaras Program dan Pembimbing Duta Guru akan membantu guru menerapkan latihan dalam kelas dan mencari penyelesaian dalam cabaran yang guru hadapi.\nPembelajaran Kolektif: Berfungsi sebagai platform untuk guru belajar dan berkongsi antara satu sama lain.\nHubungan Dengan Pakar Dalam Industri: Guru akan mendapat peluang untuk membina jalinan dan jaringan dengan pakar dalam industri melalui sesi latihan dan Simposium Kebangsaan.\nPengamalan EDP: Menggunakan EDP untuk melaksanakan PdPc merentas kurikulum atau projek inovasi STEM yang menangani masalah komuniti.\n\nStruktur Program\nStruktur program yang dijalankan adalah seperti berikut:\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:\n\nGuru STEM (Sains, Matematik, RBT dan ASK) yang mengajar kelas menengah rendah akan diutamakan.\nMengajar di sekolah menengah yang belum ada sebarang program istimewa KPM (seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP).\nSeorang Guru berjawatan tetap yang mempunyai baki minima sebanyak 10 tahun dalam tempoh perkhidmatan.\nMendapat sokongan daripada Pengetua (digalakkan).\nGuru-guru perlu memastikan mereka dapat memberikan komitmen kepada perjalanan Program Duta Guru yang akan berjalan selama tempoh 2 tahun.\nTidak mengajar kelas menengah atas (kelebihan).\nGuru daripada sekolah yang mempunyai majoriti pelajar kumpulan B40 akan diutamakan (Kelebihan).\n\nCara Mendaftar\nPendaftaran bagi program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan pendaftaran iaitu https://tinyurl.com/programdutaguru2024.\nBaca arahan pendaftaran.\nIsi maklumat yang diperlukan iaitu:\u2013 Maklumat Peribadi\u2013 Maklumat Sekolah\u2013 Penskoran Standard [email\u00a0protected]\u2013 Penilaian Esei \u2013 Mengandungi 3 soalan Esei dan 1 soalan pilihan\u2013 Rujukan\u2013 Maklum Balas Pengalaman Permohonan Kohort 5\nHantar pendaftaran.\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai PDG, sila layari https://tinyurl.com/PekMaklumatKohort52024.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/khutbah-hari-raya-aidiladha-2023/", "title": "Panduan & Teks Khutbah Hari Raya Aidiladha JAKIM 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi solat hari raya yang dilaksanakan secara berjamaah, ia turut diikuti dengan bacaan khutbah Hari Raya Aidiladha, tanpa mengira solat hari raya dilaksanakan di kawasan lapang, masjid, surau mahupun di rumah.\nHukum membacakan khutbah bagi solat sunat aidiladha secara berjemaah adalah sunat.\nImam Al-Khatib Al-Syarbini berkata maksudnya: \u201cDan dibacakan khutbah selepas keduanya (iaitu setelah dua rakaat solat hari raya) sebanyak dua khutbah bagi (solat hari raya yang dilakukan) secara berjemaah dan tidak (perlu berkhutbah) bagi yang melakukannya secara bersendirian. (Khutbah ini) adalah sama seperti dua khutbah Jumaat pada rukun-rukun (khutbah) dan juga sunatnya, dan tidak pada syarat-syarat (khutbah Jumaat).\u201d\n\nPanduan Melaksanakan Khutbah Hari Raya\nSetelah selesai solat hari raya, imam perlulah terus berdiri, menghadapkan dirinya ke arah makmum dan menyampaikan dua khutbah.\nIni adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn \u2018Umar R.Anhuma\u00a0beliau berkata maksudnya:\u00a0\n\u201cAdalah Rasulullah S.A.W, Abu Bakr, dan Umar menunaikan solat dua hari raya sebelum berkhutbah. Kemudian baru mereka berkhutbah\u201d (Hadis ini daripada Riwayat Al-Tirmizi (531).\nKhutbah hari raya disunatkan untuk dimulakan dengan lafaz takbir sebanyak 9 kali berturut-turut pada khutbah pertama, dan 7 kali berturut-turut pada khutbah kedua.\n\n\n\n\nKhutbah ini jika dilaksanakan di rumah, tidak perlu kepada mimbar dan tongkat namun memadai kerusi atau tempat duduk bagi imam duduk sebentar antara dua khutbah.\nMuat Turun Teks Khutbah Aidiladha 2023\nBagi khatib yang akan menyampaikan khutbah Hari Raya Aidiladha, mereka boleh menggunakan teks khutbah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bertajuk \u201cNilai Pengorbanan.\u201d\ni) Edisi Rumi\nKhutbah-RumiDownload\nii) Edisi Jawi\nKhutbah-JawiDownload\nSumber: https://www.islam.gov.my/ms/e-khutbah/3735-teks-khutbah-aidiladha-nilai-pengorbanan.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bydpa/", "title": "BYDPA 2023: Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong", "body": "\n\n\n\n\n\nPermohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) bagi tahun 2023 telah dibuka bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (PhD) bagi bidang pengajian yang terpilih. \nUntuk makluman, BYDPA diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan ditawarkan kepada pelajar cemerlang yang sedang mengikuti pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang terpilih dan menyambung pengajian sama ada di universiti tempatan atau luar negara yang terpilih. \nUntuk pemohon yang berimnat, permohonan biasiswa ini boleh dibuat secara atas talian mulai 19 Januari 2022 iaitu pada hari Rabu. \nBorang permohonan yang telah lengkap hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pemohon serta dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA bersama-sama dokumen sokongan yang berkaitan sebelum 3 Mac 2023.\nBidang Pengajian\nPelajar yang menyambung pengajian dalam bidang berikut layak untuk memohon biasiswa ini iaitu:\nSenarai-BidangDownload\nSenarai IPT\nPelajar yang sedang menyambung pengajian di IPT yang layak memohon dan boleh dirujuk melalui pautan berikut:\ni) Dalam Negara\n\n\n\n\nSenarai-IPT-Dalam-NegaraDownload\nii) Luar Negara\nSenarai-IPT-Luar-NegaraDownload\nSyarat Umum\nPelajar yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat umum yang ditetapkan:\n\nWarganegara Malaysia.\nUmur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2022.\n\nSyarat Khusus\nSelain syarat umum, pelajar juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:\n\nPelajar mestilah mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang di peringkat pengajian:\u2013 Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Sarjana; atau\u2013 Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon Ph.D.\nPelajar telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.\nUntuk pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.\nPelajar terlibat dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:\u2013 Calon Sarjana: Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan; atau\u2013 Calon Ph.D: Penglibatan calon adalah wajib.\nKeutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan kokurukulum/ aktiviti kemasyarakatan.\n\nTatacara Permohonan\nPelajar yang ingin membuat permohonan BYDPA boleh mengikuti tatacara permohonan berikut:\n\nLayari laman web berikut\u00a0http://esilav2.jpa.gov.my dan buat permohonan.\nKemudian, muat turun borang permohonan selepas selesai membuat permohonan.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:Ketua PengarahJabatan Perkhidmatan AwamBahagian Pembangunan Modal InsanAras 3, Blok C2, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62510 PUTRAJAYA(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen berikut perlu dihantar bersama-sama borang permohonan:\n\nSalinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan bagi permohonan peringkat Sarjana dan Ph.D).\nSalinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang disahkan oleh pegawai berkelayakan \u2013 bagi permohonan peringkat Ph.D).\nSurat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti/institusi pengajian atau slip/pengesahan pendaftaran semester pertama pengajian.\nSalinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya yang disahkan oleh pegawai berkelayakan untuk calon Sarjana (sekiranya ada) tetapi wajib untuk calon Ph.D.\nSalinan sijil, surat atau apa-apa pembuktian/pengesahan penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum/aktiviti kemasyarakatan yang disahkan oleh pegawai berkelayakan.\nKertas cadangan penyelidikan (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. \n\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai BYDPA, hubungi hubungi talian 03\u20138885 3053/3571 atau emel kepada [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pendahuluan-pinjaman-pelajaran-perlis/", "title": "Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Perlis RM2000", "body": "\n\n\n\n\n\nKumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis menyediakan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Perlis bagi tahun 2023 khas untuk anak Perlis yang ingin menyambung pelajaran di peringkat universiti.\nPendahuluan Pinjaman Pelajaran Negeri Perlis diwujudkan bagi membantu pelajar yang bakal menyambung pengajian di universiti terutamanya dalam bentuk pinjaman.\nIni bagi membantu meringankan beban pelajar dan juga keluarga mereka untuk membayar yuran pengajian mereka di universiti.\nBagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan.\n\nJumlah Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Perlis\nJumlah pendahuluan pinjaman yang ditawarkan kepada pelajar yang layak adalah sebanyak RM2,000.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon pendahuluan pinjaman ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPemohon mestilah anak negeri Perlis (sama ada Pemohon/Bapa/Ibu).\nPemohon berketurunan Melayu.\nPemohon mestilah menetap di dalam negeri Perlis sekurang-kurangnya 5 tahun secara terus dan mendapatkan pendidikan dalam Negeri selama tempoh berkenaan.\nPendahuluan pinjaman ditawarkan kepada setiap pelajar yang akan melanjutkan pelajaran sepenuh masa ke peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara sahaja.\nPermohonan hanya untuk pengajian di universiti-universiti Tempatan sahaja.\nPermohonan pendahuluan pinjaman adalah terhad kepada maksimum RM2,000.00 sahaja.\nBayaran balik pendahuluan pinjaman adalah berdasarkan syarat yang terdapat dalam perjanjian pinjaman.\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut:\n\nMuat turun borang permohonan di pautan https://www.perlis.gov.my/images/pekeliling/BORANG_PENDAHULUAN_PINJAMAN_-_MELAYU.pdf.\nIsi borang permohonan dengan lengkap.\nPastikan semua maklumat diisi.\nSediakan dokumen yang diperlukan dan disahkan benar.\nHantar semua dokumen ke alamat:Setiausaha Lembaga Pemegang AmanahKumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis, Pejabat SetiausahaKerajaan Negeri Perlis, Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri,Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk disediakan adalah seperti berikut:\n\nSalinan sijil kelahiran\nSalinan kad pengenalan\nSalinan surat tawaran kemasukan ke Universiti/Institusi.\nSalinan sijil berhenti sekolah\nSalinan Sijil SPM, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Salinan Transkripsi Asasi, Salinan Diploma, dan lain-lain sijil yang setaraf (jika ada).\n\nSemua salinan dokumen tersebut hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua Sekolah/ Guru Besar/ Majikan sahaja. \nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Pendahuluan Pinjaman Pelajaran Perlis 2023, sila layari laman web https://www.perlis.gov.my/ atau menghubungi 04-973 8800.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/lokasi-menu-rahmah/", "title": "Senarai Lokasi Menu Rahmah Seluruh Malaysia", "body": "\n\n\n\n\n\nOrang ramai yang ingin menikmati hidangan makanan serendah RM5 boleh mendapatkannya menerusi restoran yang menawarkan Menu Rahmah.\nUntuk makluman, inisiatif Menu Rahmah telah dilancarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)\u00a0pada 31 Januari 2023 yang bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.\nInisiatif ini diperkenalkan oleh KPDN yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.\nPada awal pelancaran, sebanyak 15,000 premis menjual makanan menyertai inisiatif ini.\n\nINISIATIF MENU\u00a0RAHMAH\u00a0MALAYSIA MADANI\nDalam menangani kos sara hidup ini, KPDN telah menggariskan 2 strategi utama sebagai hala tuju tahun 2023 iaitu :\n\nMembantu\nMendaya Upaya\n\nInisiatif\u00a0MENU RAHMAH\u00a0merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.\nMenu ini merupakan menu hidangan seimbang, di mana terdapat nasi, satu pilihan protein (sama ada ayam / ikan) dan sayur yang boleh didapati pada harga RM5 setiap set.\nPelekat / simbol MenuRahmah akan diletakkan di premis terlibat.\n\n\n\n\nHarga Hidangan\nMenu yang diperkenalkan ini menawarkan makanan dengan harga berpatutan iaitu pada harga RM5 dan ke bawah.\nLokasi Menu Rahmah\nUntuk mendapatkan menu ini, orang ramai boleh menyemak lokasi yang menawarkan menu ini mengikut negeri:\n\nJohor\nNegeri Sembilan\nKedah\nPahang\nKelantan\nMelaka\nPulau Pinang\nPerak\nPerlis\nSelangor\nTerengganu\nSabah\nSarawak\nW.P Kuala Lumpur\nW.P Putrajaya\nW.P Labuan\n\nOrang ramai juga boleh melayari laman web\u00a0https://menurahmah.kpdn.gov.my/ untuk mengetahui lokasi yang menawarkan menu ini.\nPendaftaran Perniagaan \nPara peniaga yang menawarkan menu ini boleh mendaftar perniagaan mereka untuk dimasudkkan di dalam laman web rasmi MenuRahmah KPDN:\n\nLayari laman web di pautan\u00a0https://menurahmah.kpdn.gov.my/\nKlik bahagian \u2018Daftar.\u2019\nLengkapkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.\nKlik butang \u2018Hantar.\u2019\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai inisiatif ini, sila hubungi talian 03-8882 5903 atau email ke alamat [email\u00a0protected].\nBaca juga: Menu Rahmah McD: 3 Pilihan Hidangan Set McDonald\u2019s RM5\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/permohonan-tadika-islam-maiwp-kemasukan-5-6-tahun-sesi-2022/", "title": "Permohonan Tadika Islam MAIWP: Kemasukan 5 & 6 Tahun Sesi 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa di Wilayah Persekutuan yang ingin mengantar anak-anak mereka ke Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini boleh membuat permohonan bagi kemasukan 5 dan 6 tahun bagi sesi tahun 2022. \nUntuk makluman, Tadika Islam sebelum ini berada di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) namun telah diserahkan kepada MAIWP berkuatkuasa pada 1 Januari 2009 hasil daripada Mesyuarat MAIWP kali ke-104 tahun 2008.\nObjektif penubuhan Tadika Islam MAIWP ini adalah seperti berikut iaitu:\nMelaksanakan program pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun dengan mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).Menyediakan suasana pembelajaran yang berorientasikan \u201cBelajar Melalui Bermain\u201d\u00a0(learning through play)\u00a0dalam usaha mengembangkan kemahiran asas dan potensi kanak-kanak dalam segala aspek perkembangannya sebagai persediaannya untuk memasuki alam persekolahan yang sebenar (formal).Memupuk dan melengkapkan sifat peribadi (sahsiah), perwatakan dan konsep diri yang positif serta mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak.Melahirkan generasi ulul albab yang cemerlang dan mempunyai sahsiah mulia di masa hadapan selaras dengan pembentukan modal insan yang berkualiti.\nOleh itu, ibu bapa yang ingin membuat permohonan kemasukan bagi sesi akan datang boleh membuat permohonan bermula 16 sehingga 30 Ogos 2021 secara atas talian.\n\nLokasi Tadika Islam\nSebanyak 78 buah Tadika Islam MAIWP di seluruh Wilayah Persekutuan dengan melibatkan 74 buah di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta 4 di Wilayah Persekutuan Labuan.\n78 buah Tadika Islam MAIWP terebut merangkumi 6 zon diseluruh Wilayah Persekutuan iaitu:\nZon Bandar Tun Razak (Putrajaya)Zon TitiwangsaZon BangsarZon SetapakZon BatuZon Labuan\nSenarai setiap tadika mengikut zon ini boleh dirujuk melalui pautan berikut https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/institusi-pendidikan/tadika-islam. \n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh ibu bapa sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:\nPemohon (murid) mestilah warganegara Malaysia.Permohonan diutamakan bagi ibu/bapa/penjaga yang bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.Pendaftaran Prasekolah 5 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada\u00a01 Januari hingga 31 Disember 2017.Pendaftaran Prasekolah 6 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada\u00a02 Januari hingga 31 Disember 2016 (murid baru).Murid sihat tubuh badan dan tidak mengalami penyakit kronik/kritikal.Pengambilan murid terhad kepada bilangan kelas yang sedia ada sahaja.Ibu/bapa/penjaga\u00a0diwajibkan\u00a0mengisi borang permohonan kemasukan dengan lengkap secara dalam talian (online) melalui laman sesawang MAIWP.Hanya murid yang membuat pengisian secara dalam talian (online) sahaja akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke tadika.Ibu/bapa/penjaga hanya boleh membuat 1 permohonan sahaja untuk seorang anak.\nTerdapat syarat tambahan bagi permohonan kemasukan ke Tadika Islam MAIWP Presint 18, Putrajaya iaitu:\nPemohonan diutamakan kepada pendapatan kasar isi rumah yang tidak melebihi RM8,000.00.Murid lulus Ujian Penilaian Kendiri yang akan dilaksanakan oleh MAIWP Cawangan Putrajaya (tarikh ujian akan dimaklumkan oleh MAIWP Cawangan Putrajaya).\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web permohonan iaitu https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/63-tadika-islam.Klik pada bahagian \u2018Permohonan Tadika Atas Talian.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik butang \u2018Hantar\u2019 setelah semua maklumat diisi dan dokumen di muat naik.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan Sijil Kelahiran Murid dan Mykids Murid.Salinan Kad Pengenalan/Passport Ibu dan Bapa/Penjaga.Satu salinan Penyata Gaji/Pencen Ibu dan Bapa/Penjaga terkini.Surat akuan sumpah pendapatan terkini (yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah) sekiranya ibu / bapa / penjaga yang tiada slip gaji/bekerja sendiri/tidak bekerja.Satu salinan cukai pintu atau bil utiliti kediaman semasa.Salinan rekod kesihatan \u2013 Rekod Imunisasi Murid.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke Tadika Islam MAIWP, sila hubungi:\nBahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan: :03-4047 9444 samb 518/536.Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Putrajaya): 03-8871 50000.Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Labuan): 087-418 5515/512.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dermasiswa-lzs-2023/", "title": "Dermasiswa LZS 2023: Pengajian Mesir, Jordan & Morocco", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak Selangor yang telah membuat permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan, dan Morocco boleh membuat permohonan menerusi Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor (LZS) 2023.\nDermasiswa LZS merupakan tajaan pendidikan yang diberikan khusus kepada anak Selangor yang telah memohon untuk melanjutkan pengajian di 3 buah negara di Timur Tengah iaitu Mesir, Jordan, dan Morocco.\nBagi individu yang memohon ke Mesir dan Jordan, tarikh tutup permohonan dermasiswa ini adalah pada 25 Jun 2023 manakala individu yang memohon ke Morocco, tarikh tutup permohonan dermasiswa ini adalah pada 3 Julai 2023. \n\n\nSyarat Am\nPemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi syarat am seperti berikut:\n\nPemohon, Ibu dan bapa Warganegara Malaysia/pemastautin tetap (Dermasiswa Zakat).\nPemohon lahir di Negeri Selangor atau ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor atau pemohon telah menetap lebih dari 3 tahun di Negeri Selangor sehingga kini.\nBebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan (surat pengesahan doktor).\nTelah membuat permohonan atau mendapat pengesahan kelayakan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/logMasuk.php.\n\nSyarat Khusus\nSelain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:\ni) Morocco (Pengajian Islam)\n\nPemohon mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2021 sahaja dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A-bagi mata pelajaran:\u2013 Kurikulum Bersepadu Dini (al-Lughah al-Arabiah al-Mu`asarah, al-Syariah, Usul al-Din, Manahij al-Ulum al-Islamiah, al-Adab wa al Balaghah); atau\u2013 Kurikulum Bersepadu Tahfiz (Hifz al-Quran, Maharat al-Quran, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pengajian Syariah Islamiah; atau\u2013 Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.\nSekurang-kurangnya gred A- bagi mata pelajaran selebihnya.\nKeutamaan diberikan kepada pemohon:\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA); atau\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ); atau\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) atau yang setaraf dengannya.\n\nii) Mesir (Qiraat)\n\n\n\n\n\nMemperolehi sekurang-kurangnya CGPA 2.75 dalam Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat tahun 2023 dari institusi berikut:\u2013 Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)\u2013 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat,Pulau Chondong, Kelantan\u2013 Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan\u2013 Kolej Hafiz, Klang, Selangor\nKepujian dalam SPM bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.\nKepujian bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, Pengajian al-Quran dan as-Sunnah bagi sekolah aliran agama; atau\nKepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Komunikasi bagi sekolah aliran biasa.\n\niii) Mesir (Pengajian Islam & Bahasa Arab)\n\nMemperolehi pangkat Mumtaz di dalam peperiksaan STAM tahun 2021 dan ke atas sahaja.\nMemiliki SPM dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris serta sekurang-kurangnya Gred B+ bagi mata pelajaran Bahasa Arab.\nKeutamaan diberikan kepada pemohon:\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA; atau\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATQ; atau\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATD atau yang setaraf dengannya; dan\u2013 Telah menduduki Imtihan Tahdid Mustawa yang dianjurkan RABITAH melalui JAIS dan mencapai sekurang-kurangnya Mutawwasit Awwal.\n\niv) Mesir (Ulum Islamiyah)\n\nMempunyai Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2021 sahaja dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah. \nSekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.\nKeutamaan diberikan kepada pemohon:\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA; atau\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATQ; atau\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATD atau yang setaraf dengannya.\n\nv) Jordan (Pengajian Islam/Bahasa Arab/Pengajian Al-Quran & Qiraat)\n\nMempunyai Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2021 sahaja dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A- bagi mata pelajaran:\u2013 Kurikulum Bersepadu Dini (al-Lughah al-Arabiah al-Mu`asarah, al-Syariah, Usul al-Din, Manahij al-Ulum al-Islamiah, al-Adab wa al Balaghah); atau\u2013 Kurikulum Bersepadu Tahfiz (Hifz al-Quran, Maharat al-Quran, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pengajian Syariah Islamiah; atau\u2013 Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.\nSekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.\nKeutamaan diberikan kepada pemohon:\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA; atau\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATQ; atau\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMATD atau yang setaraf dengannya.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan berikut https://epengajiantinggi.jais.gov.my.\nKlik butang \u2018Daftar Baru.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.\nIkuti arahan dan lengkapkan permohonan.\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Dermasiswa MAIS, sila hubungi Unit Pengajian Tinggi & Sepanjang Hayat, BPI JAIS:\n\nTel: 03 5514 3400\nWhatsapp: +60103437054\nEmail: [email\u00a0protected]\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tesp-2022/", "title": "TESP MARA 2022: Program Penajaan Pengajian Tertiari", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran secara sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama menerusi Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) 2022.\nUntuk makluman, TESP adalah pinjaman pelajaran yang ditawarkan kepada lepasan asasi/Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan Diploma dalam bidang tertentu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih.\nPermohonan boleh dibuat secara atas talian mulai 28 Julai 2022 (Khamis) sehingga 4 Ogos 2022 (Khamis).\n\nBidang & Sub Bidang Pengajian\nBidang dan sub bidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:\n\nIPT Layak Memohon\nPelajar yang melanjutkan pengajian di IPT berikut layak untuk memohon\nUniversiti AwamGoverment Linked University (GLU)Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)\u2013 Asia Pacific University of Technology & Innovation\u2013 Asian Institute of Medicine, Science And Technology\u2013 Berjaya University\u2013 City University\u2013 Help University\u2013 Infrastructure University Kuala Lumpur\u2013 International Medical University\u2013 INTI International University\u2013 KDU University College\u2013 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor\u2013 Lincoln University College\u2013 Mahsa University\u2013 Management & Science University\u2013 Nilai University\u2013 Perdana University\u2013 Segi University\u2013 Sunway University\u2013 Tati University College\u2013 Taylors University\u2013 UCSI University\u2013 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)\u2013 University of Cyberjaya\u2013 Curtin University Malaysia\u2013 Monash University Malaysia\u2013 Newcastle University Medicine Malaysia\u2013 Swinburne University of Technology Sarawak Campus\u2013 University of Nottingham Malaysia Campus\u2013 Universiti Tun Abdul Razak\u2013 Manipal International University\u2013 Asia Metropolitan University\u2013 Herriot-Watt University Malaysia\u2013 Quest International University Perak\u2013 Tunku Abdul Rahman University College\u2013 Widad University College\u2013 Linton University College\u2013 Kpj Healthcare University College\u2013 University College Bestari\u2013 Kuala Lumpur Metropolitan University College\u2013 University College of Technology Sarawak\u2013 Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah\u2013 Penang International Dental College\nSyarat Umum\nSyarat umum yang ditetapkan oleh pihak MARA bagi pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf BumiputeraMemenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga (kecuali pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian sahaja seperti berikut:\nKategori KelayakanPendapatan BulananPendapatan BercukaiTahunanYuran dan Elaun Sara HidupRM12,000 dan ke bawahRM150,000 dan ke bawahYuran sahajaRM12,001 \u2013 RM20,000RM150,001 \u2013 RM250,000\nIbu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.\nSyarat Akademik\nPemohohon juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan iaitu:\n\n\n\n\ni) Pelajar Baharu\nPelajar mendapat CGPA 3.00 ke atas di peringkat Asasi/Matrikulasi/Persediaan/STPM/Diploma serta setaraf.Pelajar telah mendapat tawaran dan mendaftar di IPT bermula Januari 2022.\nii) Pelajar Sedia Ada\nPelajar mendapat CGPA 3.00 ke atas bagi semester terdahulu.Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari 1 tahun.\niii) Lain-Lain Syarat\nLulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.Kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.\nTatacara Memohon\nPermohon yang ingin membuat permohonan perlu mengikuti langkah-langkah permohonan berikut:\nLayari laman web iaitu\u00a0https://myeduloan.mara.gov.my/.Klik butang \u201cDaftar Sekarang.\u201dMasukkan butiran yang diperlukan dan klik \u201cDaftar Akaun.\u201dLog masuk dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.Masukkan maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.Klik \u201cHantar permohonan.\u201d\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai TESP 2022, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pinjaman-pendidikan-ptptn/", "title": "Pinjaman Pendidikan PTPTN: Cara Membuat Permohonan Secara Online", "body": "\n\n\n\n\n\nPinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan salah satu pembiayaan pelajaran yang lazimnya dimohon oleh kebanyakan pelajar bagi melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS di dalam negara.\nPTPTN\u00a0ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan mula beroperasi pada 1 November 1997\u00a0yang mana antara fungsi utamanya adalah menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi.\nBagi membiayai pengajian di peringkat tinggi, Pinjaman Pendidikan PTPTN merupakan antara pilihan yang boleh dimohon pelajar bagi memastikan mereka dapat mengikuti pengajian sehingga tamat.\nPinjaman pendidikan yang ditawarkan PTPTN ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. \nOleh itu, para pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN boleh membuat permohoan secara online.\nPermohonan Mengikut Kelompok\nPermohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN akan dibuka mengikut 2 kelompok iaitu:\nPermohonan Kelompok Pertama: 1 September 2021 sehingga 30 September 2021.Permohonan Kelompok Kedua: 1 Oktober 2021 sehingga 30 Oktober 2021.\nKelayakan Pinjaman\nKelayakan Pinjaman Pendidikan PTPTN yang dimohon oleh pemohon adalah bergantung kepada perkara berikut:\n\n\n\n\nPeringkat PinjamanKelayakanMaksimumJika pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)75% daripada pinjaman maksimumPendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BPR)50% daripada pinjaman maksimumPendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BPR)\nJumlah Pinjaman\nJumlah pinjaman yang ditawarkan kepada pemohon adalah mengikut mod pengajian sama ada sepenuh masa atau separuh masa.\ni) Pengajian Sepenuh Masa\n\nii) Pengajian Separuh Masa\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN adalah seperti berikut: \nPemohon merupakan warganegara Malaysia.Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon.Mendapat tawaran ke IPTA/IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN.Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon.Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas.Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari 1 tahun.Telah membuka akaun Bank Islam dan SSPN-i/ SSPN-i Plus.\nCara Memohon\nPelajar yang ingin membuat permohonan pinjaman PTPTN bagi kali pertama, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/register.Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Klik butang \u2018Bayar\u2019 dan buat proses pembayaran.Selepas selepas membuat bayaran, pastikan menerima resit dan simpan resit tersebut untuk rujukan.Pemohon kemudiannya akan dibawa ke laman web permohonan online.Lengkapkan permohonan dan hantar permohonan apabila semua maklumat selesai diisi. \n\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai Pinjaman Pendidikan PTPTN, sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tvet/", "title": "TVET", "body": null} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-khas-aidilfitri/", "title": "Belanjawan 2023: Bantuan Khas Aidilfitri", "body": "\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri kepada penjawat awam menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.\nPemberian bantuan ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam berkhidmat memberikan perkhidmatan kepada rakyat.\nSelain itu, pemberian bantuan khas ini juga dapat membantu penjawat awam untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih baik pada tahun ini. \nTidak hanya penjawat awam, para pesara kerajaan juga akan menerima bantuan khas yang diumumkan kerajaan ini. \nUmumnya, bantuan khas ini adalah salah satu inisiatif kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM388.1 bilion.\n\nTarikh Penyaluran Bantuan\nBantuan khas ini dibayar kepada penjawat awam bersama pembayaran gaji bulan pada April 2023.\n\n\n\n\nJumlah Bantuan\nPenjawat awam dan pesara akan menerima kadar bantuan khas seperti berikut:\n\nPenjawat Awam: RM700.00\nPesara Awam: RM350.00\n\nKategori Penjawat Awam\nPemberian bantuan khas ini adalah tertakluk kepada kategori penjawat awam yang ditetapkan. \nKategori penjawat awam yang layak mendapatkan bantuan khas kewangan ini adalah seperti berikut:\n\nPenjawat Awam Gred 56 dan ke bawah.\nKakitangan kerajaan di bawah Skim Contract of Service.\nKakitangan kerajaan di bawah Skim Contract for Service.\nPesara kerajaan.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai inisiatif lain di dalam Belanjawan 2023, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan\u00a0https://www.mof.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-bantuan-zakat-ipt-maij/", "title": "Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT (Dalam Negara)\u00a0MAIJ 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak-anak Negeri Johor yang telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) membuka tawaran untuk memohon Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT (Dalam Negara) 2023.\nUntuk makluman, MAIJ adalah institusi majlis agama Islam di Negeri Johor yang berperanan dalam menguruskan hal ehwal agama Islam termasuk menguruskan kumpulan wang zakat dan fitrah dan mengagihkannya kepada asnaf di negeri tersebut.\nBagi pemohon yang berminat, mereka boleh membuat permohonan dengan segera secara atas talian.\nPengenalan Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT Dalam Negara MAIJ\nSalah satu skim zakat yang ditawarkan adalah Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT (Dalam Negara) yang ditawarkan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di dalam negara. \n\nPeringkat Pengajian\nPeringkat pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:\n\nSijill (kecuali STAM dan STPM)\nDiploma\nIjazah Sarjana Muda\n\nKadar Bantuan Zakat IPT MAIJ\nKadar bantuan yang akan diterima oleh pelajar adalah mengikut peringkat pengajian iaitu: \n\n\n\n\n\nPeringkat Sijil: RM500.00\nPeringkat Diploma (semester pertama): RM1,000.00\nPeringkat Ijazah Sarjana Muda (semester pertama): RM1,500.00\n\nSyarat Am\nSyarat am bagi pelajar yang ingin memohon skim bantuan zakat ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia beragama Islam dan merupakan anak kelahiran Johor\u00a0serta menetap di dalam Negeri Johor.\nBermastautin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.\nPemohon hendaklah berusia 18 tahun ke atas.\nMendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.\nPendapatan perkapita keluarga pemohon tidak melebihi RM500 setiap tanggungan (termasuk ketua keluarga).\n\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan yang boleh rujuk adalah melalui perincian di bawah:\n\nLayari laman web MAIJ iaitu\u00a0https://epayment.maij.gov.my/.\nKlik menu \u201cDaftar Pengguna.\u201d\nMasukkan no. kad pengenalan dan klik \u201cSemak No. Kad Pengenalan.\u201d\nSekiranya nombor kad pengenalan telah berdaftar, laman web tersebut akan memaparkan data pengguna telah didaftarkan. Klik menu \u201cKlik Di Sini\u201d untuk mengemaskini kata laluan.\nSekiranya data pemohon tiada dalam sistem, lengkapkan maklumat peribadi pemohon.\nSelepas maklumat pendaftaran dilengkapkan, klik \u201cSetuju\u2019 dan \u201cSimpan.\u201d\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.\nKlik pada menu \u201cBantuan IPT Dalam Negeri.\u201d\nLengkapkan butiran-butiran seperti:\u2013 Maklumat pemohon.\u2013 Maklumat ibu bapa atau penjaga.\u2013 Maklumat pengajian.\nMuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.\nKlik \u201cHantar\u201d dan \u201cCetak Slip\u201d sebagai rujukan permohonan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nSalinan kad pengenalan pemohon.\nSalinan kad pengenalan ibu bapa.\nSalinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua tanggungan.\nSalinan slip gaji atau borang pengesahan pendapatan.\nSalinan surat tawaran IPT\nSalinan sijil akademik (SPM/STAM/STPM).\nSalinan sijil berhenti sekolah terakhir.\nDokumen yuran pendaftaran.\nGambar berukuran passport.\n\nInfo Lanjut Zakat IPT MAIJ\nInfo lanjut mengenai Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT (Dalam Negara), sila layari https://www.maij.gov.my/?portfolio=pendaftaran-iptdalam-negara. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-agihan-pendidikan-lznk-2022/", "title": "Skim Agihan Pendidikan LZNK 2022: Tawaran Pengajian Asasi UniSHAMS", "body": "\n\n\n\n\n\nLembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah mewanarkan Tawaran Pengajian Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (UniSHAMS) melalui Skim Agihan Pendidikan LZNK 2022. \nTawaran ini dibuka kepada pelajar asnaf miskin lepasan SPM yang berkelayakan dan ingin melanjutkan pelajaran dengan tajaan ke peringkat ASASI UniSHAMS bagi sesi kemasukkan Jun 2022.\nPemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian sehingga 3 Julai 2022.\n\nKelebihan Tajaan\nKelebihan tajaan yang akan dinikmati oleh pelajar yang layak adalah seperti berikut:\nYuran PendaftaranYuran Penginapan AsramaElaun Sara Hidup BulananYuran Pengajian adalah Percuma dibawah tajaan UniSHAMS sepanjang tempoh pengajian.Berpeluang Menerima Biasiswa LZNK diperingkat Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS (Menunjukkan prestasi yang baik dalam pengajian diperingkat ASASI)\nBidang Tawaran\nBidang tawaran yang ditawarkan kepada pemohon adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nAsasi Pengajian IslamAsasi PengurusanAsasi Sains\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh para permohon adalah seperti:\nPemohon beragama Islam dan sedang bermastautin/menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.Proses Permohonan kemasukan ke UniSHAMS akan diuruskan oleh LZNK untuk sesi pengajian 2022 (bagi pelajar yang belum membuat permohonan).Terbuka untuk semua bidang pengajian Asasi di UniSHAMS.Permohonan dibuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-sekurangnya \u00a0LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah.Bagi Permohonan Asasi Sains, Keputusan SPM sekurang-kurangnya B dalam Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan.Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin sahaja.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:\nKlik link permohonan http://bit.ly/AsasiUniSHAMS22.Isi semua maklumat permohonan.Pastikan semua maklumat diisi.Klik butang \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai Skim Agihan Pendidikan LZNK untuk pengajian Asasi di UniSHAMS, sila hubungi Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian 013-4592071.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ujian-geniuspintar-ukm1/", "title": "Ujian [email\u00a0protected] UKM1: Pencarian Murid Pintar & Berbakat", "body": "\n\n\n\n\n\nPusat [email\u00a0protected] Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang mencari murid yang pintar dan berbakat untuk mengambil ujian yang dikendalikan oleh Pusat [email\u00a0protected] Negara, UKM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Kolej GENIUS Insan, USIM.\nPusat ini merupakan pusat pendidikan pertama yang diwujudkan khusus kepada murid yang berbakat dan berbakat di seluruh Malaysia. \nUntuk memasuki pusat ini, murid-murid pintar perlu mengambil ujian bagi mengenal pasti dan dikembangkan bakat akademik mereka menerusi program yang dijalankan di pusat ini. \nJusteru, semua pelajar perlu diberi peluang untuk menyertai ujian asas iaitu Ujian UKM1 yang diadakan secara dalam talian (online)\u00a0bermula 1 Februari hingga 31 Mei 2023.\u00a0\n\nBentuk Kurikulum\nPusat [email\u00a0protected], UKM\u00a0menggunakan kurikulum (compacting curriculum) iaitu:\n\nKurikulum Standard Sekolah Menengah\u00a0(KSSM)\nKursus\u00a0Advance Placement\u00a0(AP)\nKursus Tahun Satu Universiti\u00a0seperti Aljabar Linear dan Kalkulus\nPembelajaran bahasa antarabangsa (Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Mandarin dan Bahasa Korea).\n\nMurid yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik dibenarkan menjalani\u00a0program pecutan pembelajaran (Accelerated Learning Program)\u00a0yang melibatkan 3 jenis pecutan iaitu:\n\nPecutan berdasarkan topik subjek-subjek tertentu\nPecutan berdasarkan subjek\nPecutan gred\n\nSyarat Kelayakan\nSeseorang murid yang ingin belajar di Kolej [email\u00a0protected], UKM perlu lulus Ujian UKM1, UKM2 serta menyertai dan berjaya menamatkan program Perkhemahan Cuti Sekolah dan lulus ujian UKM3.\n\n\n\n\nTatacara kemasukan pelajar ke Pusat [email\u00a0protected], UKM boleh dirujuk menerusi carta alir di bawah:\n\nUjian UKM1\nBagi murid yang ingin memasuki Pusat [email\u00a0protected], mereka perlu mengambil ujian UKM1 yang dijalankan 1 Februari sehingga 31 Mei setiap tahun bagi murid di Malaysia berumur 8 hingga 15 tahun.\nUjian UKM1 hanya boleh dijawab sekali sahaja dalam tahun semasa dan jika terdapat akaun palsu yang dicipta untuk menjawab semula ujian, murid akan disenarai hitam dan digugurkan kelayakan menduduki ujian UKM2.\nMurid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan menduduki ujian UKM2 untuk ujian saringan kedua.\nTatacara Menduduki Ujian UKM1\nMurid yang ingin menduduki ujian UKM1 ini perlu mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web ujian iaitu http://ukm1.permatapintar.ukm.my/.\nKlik butang \u2018Ujian UKM1.\u2019\nMasukkan no MyKid dan klik butang \u2018Seterusnya.\u2019\nIsi maklumat murid dan klik butang \u2018Daftar Pelajar Baru.\u2019\nJawab ujian tersebut sehingga tamat. \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai program Pusat [email\u00a0protected], UKM, sila layari laman web https://www.ukm.my/geniuspintar/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-the-edge-education-foundation-2022/", "title": "Permohonan Biasiswa The Edge Education Foundation 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan memerlukan biasiswa, anda boleh memohon Biasiswa The Edge Education Foundation 2022 bagi membiayai pengajian anda. \nThe Edge Education Foundation merupakan badan amal The Edge yang ditubuhkan pada Januari 2008.\nYayasan ini aktif menyalurkan program biasiswa kecil untuk pelajar sekolah rendah dan universiti.\nOleh itu, kepada pelajar Malaysia yang sedang menuntut di peringkat pra-siswazah di IPT, permohonan boleh dibuat sebelum 9 Disember 2022.\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPerakaunan\nEkonomi\nKewangan\nBahasa Inggeris\nMedia\nMana-mana bidang yang berkaitan.\n\nSyarat Permohonan \nSyarat permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut iaitu:\n\nPemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 25 tahun dan ke bawah pada 1 Januari setiap tahun kalendar.\nMinimum CGPA 3.0 dalam STPM atau setaraf dan Band 4 dan ke atas dalam Malaysian University English Test (MUET). \nPemohon telah mendapat tempat di universiti tempatan untuk kursus Ijazah Sarjana Muda dalam perakaunan, ekonomi, kewangan, Bahasa Inggeris dan media (kewartawanan, pengiklanan, pemasaran, komunikasi) atau bidang berkaitan. \nPenyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum akan menjadi satu kelebihan.\n\nTatacara Permohonan\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti tatacara permohonan berikut:\n\nLayari pautan permohonan berikut https://teef.org.my.\nMuat turun borang permohonan.\nIsi borang permohonan dengan lengkap dan betul.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat emel iaitu [email\u00a0protected] atau secara pos ke alamat:The Edge Education FoundationLevel 4, Menara KLK,No.1, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara,47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa The Edge Education Foundation 2022, sila layari laman web https://teef.org.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-sains-tingkatan-3-dlp/", "title": "Buku Teks Sains Tingkatan 3 DLP KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku teks Sains Tingkatan 3 DLP diterbitkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk Tingkatan 3 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). \nBuku direka untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Sains Negara untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing, dinamik, teguh dan berdaya tahan serta mampu menguasai sepenuhnya pengetahuan saintifik dan kecekapan teknologi.\nPelajar juga didedahkan dengan Kemahiran Pemikiran Aras Tinggi atau Higher Order Thinking Skills (HOTS), kemahiran komunikasi dan makluman, kemahiran membuat keputusan, kemahiran menyelesaikan masalah, kehidupan dan kerjaya yang berteraskan nilai-nilai murni untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran abad ke-21. \nSelain itu, pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran STEM juga diterapkan melalui pendekatan berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah dan berasaskan projek untuk menggalakkan minat dalam kalangan pelajar dalam sains dan teknologi.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Chapter 1 Stimuli and Responses\n\nHuman Nervous System\nStimuli and Responses in Humans\nStimuli and Responses in Plants\nImportance of Responses to Stimuli in Animals\n\nii) Chapter 2 Respiration\n\nHuman Respiratory System\nMovement and Exchange of Gases in the Human Body\nHealth of Human Respiratory System\nAdaptations in Respiratory Systems\nGaseous Exchange in Plants\n\niii) Chapter 3 Transportation\n\nTransport System in Organisms\nBlood Circulatory System\nHuman Blood\nTransport System in Plants\nBlood Circulatory System in Animals and Transport System in Plants\n\niv) Chapter 4 Reactivity of Metals\n\nVariety of Minerals\nReactivity Series of Metals\nExtraction of Metals from their Ores\n\nv) Chapter 5 Thermochemistry\n\n\n\n\n\nEndothermic and Exothermic Reactions\n\nvi) Chapter 6 Electricity and Magnetism\n\nGeneration of Electricity\nTransformer\nTransmission and Distribution of Electricity\nCalculating the Cost of Electricity Consumption\n\nvii) Chapter 7 Energy and Power\n\nWork, Energy and Power\nPotential Energy and Kinetic Energy\nPrinciple of Conservation of Energy\n\nviii) Chapter 8 Radioactivity\n\nDiscovery of Radioactivity\nAtom and Nucleus\nIonising and Non-ionising Radiation\nUses of Radioactive Radiation\n\nix) Chapter 9 Space Weather\n\nActivities of the Sun that Affect the Earth\nSpace Weather\n\nx) Chapter 10 Space Exploration\n\nDevelopment in Astronomy\nDevelopment of Technology and their Application in Space Exploration\n\nMuat Turun Buku Teks Sains Tingkatan 3 DLP\nBuku Teks Digital Sains Tingkatan 3 DLP ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nSains-Form-3Download\nSains-Form-3-2Download\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut :\u00a0http://www.moe-dl.edu.my\nBaca juga:\n\nBuku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP KSSM\nBuku Teks Sains Tingkatan 1 DLP KSSM\nBuku Teks Sains Tingkatan 2 DLP KSSM\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-kemasukan-ke-ipta-ipts/", "title": "Bantuan Kemasukan Ke IPTA @ IPTS Yayasan Sejahtera Kulai", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Sejahtera Kulai telah membuka permohonan bagi pelajar yang memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) dan memerlukan bantuan untuk memohon Bantuan Kemasukan Ke IPTA @ IPTS.\nUntuk makluman, Yayasan Sejahtera Kulai ialah yayasan yang berpusat di Kulai, Johor yang dipengerusikan oleh YB Dato Mohd Jafni bin\u00a0Md Shukor\u00a0iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.\nBantuan Kemasukan ke IPTA @ IPTS ini adalah khas untuk mereka yang bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.\nUntuk mereka yang berminat, permohonan telah dibuka dan akan ditutup pada 14 September 2022 iaitu hari Rabu jam 3.00 petang.\n\nPenerima Bantuan\nPenerima bantuan ini adalah terhad kepada:\n30 orang penerima Diploma30 orang penerima Ijazah Sarjana Muda\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan \u2018one-off\u2019 yang akan diberikan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nProgram Diploma: RM300.00Program Ijazah Sarjana Muda: RM800.00\nSyarat Umum\nSyarat umum untuk pemohon yang ingin membuat permohonan bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nWarganegara Malaysia.Bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (dalam atau luar negara).Menyambung pengajian kali pertama ke Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.Pelajar yang mengikuti program persediaan seperti Pra Ijazah adalah tidak layak untuk bantuan ini.Pemohon mestilah mengikuti pengajian secara Sepenuh Masa.Pemohon yang tersenarai dalam e-Kasih, penerima bantuan Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta lain-lain golongan memerlukan akan diberikan keutamaan.Pemohon dari golongan B40 layak dipertimbangkan untuk bantuan ini.Pemohon hendaklah melampirkan salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, salinan keputusan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.Pemohon dikehendaki memberikan bukti pendapatan kesemua isi rumah. Sekiranya berniaga sepenuh masa, sila lampirkan pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung, Penghulu Mukim atau Pesuruhjaya Sumpah atau borang BE. Sekiranya bekerja makan gaji, sila sertakan slip gaji dari majikan.Pemohon yang terdiri dari kalangan OKU atau sakit, dikehendaki melampirkan salinan kad OKU atau laporan doktor.Pengesahan borang serta dokumen mestilah dibuat oleh Wakil Rakyat ADUN kawasan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai, Pengetua Sekolah atau pemimpin masyarakat seperti Ahli Majlis MPKu, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat atau Penghulu.Sekiranya didapati terdapat maklumat yang tidak benar, pemohon adalah dikehendaki membayar balik jumlah geran yang telah diterima.Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1CK4cl_QQgnXP8QlzAHjt-7be3NhtGtfe/view?fbclid=IwAR2dPJ37tVVk4tGt4F0bDIUtqdagZCWC8Pg4dMHsa25y9KmPR8IXFg6HX1g.Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang diperlukan. Hantar semua dokumen ke alamat berikut:Yayasan Sejahtera Kulai,No 156 A, Jalan Susur Kulai 3, 81000 Kulai,Johor Darul Takzim.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:\nSalinan Kad Pengenalan pemohon.Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran Isi Rumah.Salinan Slip Gaji/Bukti Pendapatan Isi Rumah.Salinan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke IPT.Salinan Kad OKU (jika berkenaan).Salinan Rekod Kesihatan / Temujanji Hospital (jika berkenaan).\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Kemasukan Ke IPTA @ IPTS, sila hubungi Pejabat Yayasan Sejahtera Kulai di talian 07-6605348.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cara-daftar-rider-shopee-express/", "title": "Cara Daftar Rider Shopee Express Secara Online", "body": "\n\n\n\n\n\nBerminat untuk menjadi rider Shopee Express? Ketahui cara daftar rider Shopee Express secara online sahaja!\nShopee Xpress adalah perkhidmatan penghantaran barang kepada pelanggan yang beroperasi dibawah Shopee Express Malaysia Sdn. Bhd.\nSyarikat ini akan menghantar barang yang dibeli oleh pelanggan yang menggunakan aplikasi Shoppee, antara platform jual beli atas talian utama di Malaysia.\nUntuk makluman, Shopee merupakan platform beli belah atas talian yang dilancarkan pada tahun 2015 di 7 buah negara di Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Taiwan, Vietnam, dan Filipina. \nPlatform ini kini berkembang sebagai antara platform beli belah atas talian utama di Malaysia.\nBagi memenuhi permintaan penghantaran barang pelanggan yang semakin meningkat, pihak Shopee mengalu-alukan individu yang berminat untuk menjadi Rider Shopee Express.\n\nPurata Gaji\nPurata gaji yang diperoleh oleh setiap rider adalah berbeza dan akan dikira daripada bilangan pakej yang dihantar. \n\n\n\n\nNamun, minimum gaji yang diperoleh adalah RM2000 sebulan dan boleh mencecah sehingga RM4000 sebulan.\nSelain gaji, rider juga akan menerima manfaat-manfaat seperti:\n\nElaun prestasi.\nInsentif kenderaan.\nDuit minyak petrol dan makanan.\nEPF, SOCSO dan Insurans\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk menjadi rider di syarikat ini adalah seperti berikut:\n\nTerbuka kepada Warganegara Malaysia.\nJantina lelaki diberi kelebihan.\nFasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris\nMempunyai motorsikal sendiri.\nMempunyai lesen kenderaan yang sah, insurans kenderaan.\nMempunyai telefon pintar.\nMempunyai pengalaman kerja minimum kurang daripada setahun.\nPermohonan bermula daripada peringkat lepasan SPM.\nBersikap positif dan ada friendly attitude.\n\nCara Daftar Rider Shopee Express\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://careers.shopee.com.my/.\nKlik butang \u2018Search Job.\u2019\nPada bahagian \u2018Enter keywords,\u2019 masukkan kata kunci \u2018Shopee Express.\u2019\nDalam search result, sekiranya ada peluang kerja yang berkaitan dengan rider untuk Shopee Express, klik jawatan tersebut dan maklumat tentang pekerjaan ini seperti Job Description dan Requirements dipaparkan.\nKlik butang \u2018Apply Now.\u2019\nIsi semua maklumat yang diperlukan di \u2018Application Form.\u2019\nPada ruangan LinkedIn Profile URL, masukkan URL profil LinkedIn pemohon.\nPermohonan selesai. \n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai rider Shopee Express, sila layari laman web https://careers.shopee.com.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kertas-soalan-percubaan-spm-matematik-tambahan/", "title": "Koleksi Kertas Soalan Matematik Tambahan Percubaan SPM", "body": "\n\n\n\n\n\nMatematik Tambahan merupakan salah satu subjek yang menjadi igauan para pelajar yang bakal mengambil peperiksaan SPM.\nIni kerana subjek ini dikenali sebagai subjek yang sukar dan kompleks untuk menjawabnya.\nTidak hairanlah, para pelajar akan mula risau dan bimbang untuk menghadapi peperiksaan bagi subjek ini sekiranya tidak membuat persiapan yang rapi.\nOleh itu, pelajar adalah digalakkan untuk menjawab koleksi kertas soalan bagi subjek ini merangkumi tahun dan negeri yang berbeza.\nBerikut merupakan koleksi percubaan SPM subjek ini iaitu:\nTahun 2021\ni) Terengganu\nSoalan kertas 1\nTerengganu-Matematik-Tambahan-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nTerengganu-Matematik-Tambahan-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan kertas 1\nTerengganu-Matematik-Tambahan-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-1Download\nSkema jawapan kertas 2\nTerengganu-Matematik-Tambahan-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-2Download\nii) Pahang\n\n\n\n\nSoalan kertas 1\nPahang-Matematik-Tambahan-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nPahang-Matematik-Tambahan-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan kertas 1\nPahang-Matematik-Tambahan-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-1Download\nSkema jawapan kertas 2\nPahang-Matematik-Tambahan-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-2Download\niii) Sabah\nSoalan kertas 1\nSabah-Matematik-Tambahan-Percubaan-SPM-Kertas-1Download\nSoalan kertas 2\nSabah-Matematik-Tambahan-Percubaan-SPM-Kertas-2Download\nSkema jawapan kertas 1\nSabah-Matematik-Tambahan-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-1Download\nSkema jawapan kertas 2\nSabah-Matematik-Tambahan-Percubaan-SPM-Skema-Jawapan-2Download\nMengenai Percubaan SPM\nUntuk mengetahui perkembangan terkini peperiksaan percubaan SPM, sila layari laman web\u00a0https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-perubatan-madani/", "title": "Skim Perubatan MADANI: Syarat & Cara Mendapatkannya", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan kini telah memperkenalkan satu skim perubatan kepada rakyat Malaysia kategori B40 iaitu Skim Perubatan MADANI.\nSkim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).\nManfaat Skim ini\u00a0ialah penerima yang layak boleh menerima\u00a0Rawatan\u00a0Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara\u00a0percuma\u00a0di Klinik-klinik\u00a0Perubatan\u00a0Swasta yang berdaftar di bawah skim perubatan ini. \nSkim perubatan ini ditawarkan khas kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 untuk mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah skim ini.\nSeramai lebih kurang 700,000 isi rumah boleh mendapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut yang diperlukan di GP secara percuma dan ianya akan dapat mengurangkan beban kos rawatan kesihatan selain meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah di seluruh negara.\nSelain itu, skim perubatan ini juga memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama diantara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut.\n\nRawatan Pesakit Luar Kes Akut\nRawatan pesakit luar kes akut merangkumi:\n\nDemam dan Selsema\nCirit Birit dan Muntah\nTerseliuh\nSakit Kepala\nTrauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain\n\nNamun, rawatan yang tidak termasuk dalam skim perubatan ini adalah seperti:\n\nImunisasi Rutin\nSaringan Kesihatan\nRawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin\nRawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin\nPerancangan Keluarga Rutin\nPerkhidmatan Rehabilitasi\nPermintaan Ubat tanpa konsultasi doktor\nPermintaan Suplemen\n\nJumlah Kelayakan Manfaat\nTerdapat 3 kategori jumlah manfaat kelayakan untuk skim perubatan ini iaitu (sehingga Disember 2023.) :\u00a0\n\n\n\n\n\nIsi Rumah Berkeluarga \u2013 RM250\u00a0\nWarga Emas (tanpa pasangan) \u2013 RM125\u00a0\nBujang \u2013 RM75\u00a0\n\nFasa Rintis\nFasa rintis Skim Perubatan MADANI ini akan dilaksanakan di daerah\u00a0seperti di:\n\nJohor\u00a0Bahru\u00a0\nWilayah\u00a0Persekutuan\u00a0Kuala\u00a0Lumpur\nKlang\nPetaling\nHulu Langat\u00a0\nGombak\nKinta\nTimur\u00a0Laut\u00a0Pulau Pinang\nKuching\u00a0\nKota\u00a0Kinabalu\u00a0\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memohon skim perubatan ini adalah seperti berikut:\n\nPenerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.\nKelayakan adalah secara\u00a0automatik.\nMereka yang layak wajib membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.\n\nCara Mendapatkan Skim Perubatan MADANI\nUntuk mendapatkan skim perubatan ini, sila ikuti langlah-langkah berikut:\n\nSemak kelayakan di laman web https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/?_gl=1pwgbna_gaMjA4MzIzODg1LjE2ODY5MTY5OTc._ga_KTH6FDS791MTY4Njk1NTM0MC4zLjEuMTY4Njk1NjE3OC4wLjAuMA.._ga_Q1F031GQTW*MTY4Njk1NTM0MC4zLjEuMTY4Njk1NjE3OC4wLjAuMA..&_ga=2.202300180.447283225.1686916997-208323885.1686916997\nKemudian, hadir ke mana-mana klinik yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI dengan membawa kad pengenalan. Klik yang berdaftar boleh dirujuk menerusi link https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics?_gl=1f2px6y_gaMjA4MzIzODg1LjE2ODY5MTY5OTc._ga_KTH6FDS791MTY4Njk1NTM0MC4zLjEuMTY4Njk1NjE3OC4wLjAuMA.._ga_Q1F031GQTW*MTY4Njk1NTM0MC4zLjEuMTY4Njk1NjE3OC4wLjAuMA..&_ga=2.227588248.447283225.1686916997-208323885.1686916997.\nJika anda layak, individu boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara\u00a0percuma.\nHad manfaat skim perubatan ini akan ditolak selepas selesai mendapatkan rawatan. \n\nSoalan Lazim\nApakah objektif skim perubatan ini diperkenalkan? Objektif skim perubatan ini adalah:\u00a0\u2013 Untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan golongan B40, terutamanya di kawasan bandar kerana dapat meningkatkan akses kepada rawatan penjagan primer akut di klinik-klinik perubatan swasta yang berdekatan dengan tempat kediaman atau bekerja.\u00a0\u2013 Untuk meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam rawatan primer akut, melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership (PPP). Siapakah yang layak menerima skim perubatan ini? Penerima skim perubatan ini adalah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang. Penerima yang layak wajib membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain seperti Iltizam Selangor Sihat, Perak Prihatin dan lain-lain. Mengapa skim ini hanya layak kepada kumpulan B40? Beban kos rawatan kesihatan yang tinggi memberi impak serius kepada status kewangan kumpulan ini. Oleh itu, bagi mengelak Kumpulan B40 daripada terus terbeban dalam mendapatkan khidmat rawatan primer akut, skim ini diwujudkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan. Bagaimanakah untuk menyemak baki had manfaat kelayakan? Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan atau boleh menghubungi talian di +603-8687 2525. \nInfo Lanjut\nUntuk mengetahui info lanjut mengenai Skim Perubatan MADANI, sila layari laman web https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jsep-2022/", "title": "Pendaftaran JSEP: Junior School Enrichment Programs 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa yang ingin anak mereka mempelajari pelbagai kursus menarik dalam bidang STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathematics) semasa cuti sekolah, mereka boleh menyertai program Junior School Enrichment Programs (JSEP) yang dianjurkan oleh Pusat [email\u00a0protected] Negara.\nJSEP merupakan program yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid dan memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka khususnya dalam STEM.\nPada awal penubuhan program ini, Pusat [email\u00a0protected] Negara hanya menawarkan program JSEP untuk pelajar terpilih dan berbakat di Malaysia.\nAntara aktiviti menarik yang ditawarkan adalah kuliah, perbincangan dalam kumpulan kecil, kerja makmal, pembentangan pelajar, lawatan ke makmal dan institut penyelidikan serta ceramah oleh pakar yang dijemput khas.\n\nObjektif Program\nObjektif program ini dijalankan adalah untuk:\nMembantu pelajar mengembangkan potensi mereka dan menjadi pemikir kritis yang kreatif dan aktif dalam aktiviti inovatif. Menyediakan pengalaman pembelajaran holistik di mana pelajar boleh meneroka program akademik di luar kurikulum sekolah. Menawarkan peluang kepada pelajar untuk menjalin hubungan antara satu sama lain dan menyediakan aktiviti pembelajaran yang akan mencabar keupayaan kognitif pelajar.\nUmur Murid\nProgram ini hanya ditawarkan kepada murid berumur 7 tahun sehingga 10 tahun sahaja. \nYuran Penyertaan\nYuran penyertaan yang ditawarkan menerusi program ini ialah RM450.00 untuk satu kursus yang merangkumi makan dan minum serta bahan pembelajaran. \nKursus Yang Ditawarkan\nTerdapat 10 kursus yang ditawarkan menerusi program ini iaitu:\n\n\n\n\nAstrokidsBe A ScientistCrime Scene InvestigationIntroduction to DNA BarcodingJunior Automotive ClubGenetic EngineeringMathematic Is FunIntroduction to RoboticsUp & AtomYoung Doctors\nJumlah Hari Program\nUntuk tahun ini, program akan dijalankan bagi 2 siri semasa cuti sekolah iaitu pada 28 Mei hingga 30 Mei 2022 dan 26 November hingga 28 November 2022. \nMurid dibenarkan memilih hanya satu kursus yang ditawarkan dalam setiap siri atau kedua-dua siri berdasarkan kumpulan umur mereka. \nMereka akan dibimbing oleh tenaga pengajar dan pembantu pengajar yang akan membantu mereka menyesuaikan diri dengan rutin program sepanjang program berlangsung.\nKesemua aktiviti tersebut dijadualkan bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di kampus Pusat [email\u00a0protected], UKM Bangi.\nJadual Program\nJadual program yang akan berlangsung dalam kedua-dua siri tersebut adalah seperti berikut:\nAktivitiMasaKetibaan Murid8.00 pagiSarapan8.30 pagiSesi 19.00 pagi hingga 12.00 tengah hariMakan Tengah Hari/AktivitiBebas12.30 tengah hari hingga 2.00petangSesi 22.00 petang hingga 5.00 petangBersurai5.00 petang\nTatacara Permohonan\nPermohonan program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web iaitu https://www.ukm.my/geniuspintar/jsep2022/.Skrol laman web tersebut dan klik butang siri program yang diinginkan. Masukkan email dan klik butang \u201cRegister Now.\u201dMasukkan maklumat pendaftaran yang diperlukan dan klik butang \u201cRegister Participant Information.\u201dBuat pembayaran untuk melengkapkan pendaftaran program ini. \nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai program JSEP, sila layari laman web https://www.ukm.my/geniuspintar/jsep2022/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ranking-universiti-terbaik-malaysia-2023/", "title": "Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nRaking universiti terbaik Malaysia dapat diketahui menerusi ranking yang dikeluarkan setiap tahun oleh QS World University Rankings.\nQS World University Rankings merupakan badan yang menyediakan penerbitan tahunan atau maklumat mengenai penarafan universiti terbaik dunia oleh Quacquarelli Symonds (QS), dengan mengambil kira ukuran enam aspek utama setiap universiti.\nIni bermakna, laporan tahunan yang dikeluarkan tersebut bukan hanya melibatkan universiti di Malaysia bahkan di seluruh dunia.\nUntuk ranking terbaharu, pihak QS telah mengeluarkan QS World University Ranking 2024 yang menyenaraikan ranking terbaharu universiti di seluruh dunia untuk tahun terkini. \n\nAspek Pengukuran Ranking\nEnam aspek pengukuran ranking adalah seperti berikut:\n\n40% markah penilaian: Reputasi Akademik melalui tinjauan yang melibatkan 130,000 responden.\n20% markah penilaian: Nisbah Fakulti/Pelajar dengan mengukur kualiti kuliah melalui nisbah pensyarah dan pelajar.\n20% markah penilaian: Citation penerbitan iaitu bilangan citation semua kertas penyelidikan saintifik setiap lima tahun dengan bilangan pensyarah bagi semua fakulti.\n10% markah penilaian: Reputasi universiti yang diperoleh melalui tinjauan dengan 75,000 responden.\n5% markah penilaian: Nisbah fakulti antarabangsa yang diukur dengan bilangan program pengajian yang menyediakan program antarabangsa.\n5% markah penilaian: Nisbah pelajar antarabangsa seperti yang dinilai dengan kehadiran pensyarah dan pelajar asing yang belajar di universiti tersebut.\n\nRanking 10 Universiti Terbaik Dunia\nMenerusi ranking terbaharu, berikut merupakan senarai 10 universiti terbaik dunia mengikut tersebut:\n\n\n\n\nNama UniversitiKedudukanMassachusetts Institute of Technology (MIT)1University of Cambridge\u00a02University of Oxford\u00a03Harvard University4Stanford University\u00a05Imperial College London\u00a06ETH Zurich \u2013 Swiss Federal Institute of Technology\u00a07National University of Singapore (NUS)\u00a08University College London (UCL)\u00a09University of California, Berkeley (UCB)\u00a010\nRanking 20 Universiti Terbaik ASEAN\nUntuk ranking 20 universiti terbaik ASEAN pula, berikut senarai ranking tersebut:\nNama UniversitiRanking ASEANRanking DuniaNational University of Singapore (NUS)18Nanyang Technological University (NTU)226Universiti Malaya (UM) 365Universiti Sains Malaysia (USM)4137Universiti Putra Malaysia (UPM) 5158Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 6159Universiti Teknologi Malaysia (UTM)7188Chulalongkorn University8211Universitas Indonesia9237Universitas Gadjah Mada (UGM)10263Bandung Institute of Technology11281Taylor\u2019s University12284UCSI University 13300Universiti Teknologi Petronas14307Universiti Airlangga15345Mahidol University16382Universiti Brunei Darussalam17387University of the Philippines (UP)18404Institut Pertanian Bogor (IPB)19489Universiti Teknologi Brunei 20525\nRanking 20 Universiti Terbaik Malaysia \nBerikut merupakan 20 ranking universiti terbaik di Malaysia:\nNama UniversitiRanking MalaysiaRanking DuniaUniversiti Malaya (UM) 165Universiti Sains Malaysia (USM)2137Universiti Putra Malaysia (UPM) 3158Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 4159Universiti Teknologi Malaysia (UTM)5188Taylor\u2019s University6284UCSI University 7300Universiti Teknologi Petronas8307Universiti Utara Malaysia (UUM)9538Universiti Teknologi Mara (UiTM)10555INTI International University11556Sunway University 12586Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)13621-630Management and Science University14621-630Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)15711-720Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)16761-770Universiti Malaysia Pahang17781-790Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)18801-850Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)19951-1000Multimedia University (MMU)201001-1200\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai layari laman ranking universiti terbaik Malaysia dan dunia, layari laman web https://www.topuniversities.com/qs-world-university-rankings\nBaca juga : 5 Kelebihan Universiti Awam Di Malaysia\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-pendidikan-lznk/", "title": "Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK IPTA 2022/2023", "body": "\n\n\n\n\n\nLembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa calon-calon berkelayakkan untuk memohon Biasiswa Pendidikan LZNK bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara.\nUntuk makluman, LZNK merupakan institusi yang menguruskan zakat di Negeri Kedah yang telah ditubuhkan pada 5 September 1936.\nInstitusi ini aktif dalam menyalurkan zakat kepada para asnaf selain turut menawarkan biasiswa pendidkan kepada mereka yang berkelayakan.\nBagi permohonan biasiswa pendidikan ini, calon perlu membuat permohonan sebelum 15 Disember 2022.\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nKejuruteraan/Bioteknologi/Sains gunaan/Sains Kuantitatif, Sains Tulen dan Sains Perubatan\u2013 Lepasan Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.00* keatas atau setaraf dengannya.\nKewangan/Perbankan/Perakaunan/Ekonomi\u2013 Lepasan Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian *CGPA 3.00* keatas atau setaraf denganya.\nPengajian Islam/Sains Sosial\u2013 Lepasan Diploma/Matrikulasi/STPM A-Level/Asasi/Faundation Studies dalam bidang berkaitan dengan pencapaian CGPA 3.00 keatas atau sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan bagi lepasan STAM.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon biasiswa pendidikan ini adalah seperti berikut:\n\nBeragama Islam.\nAnak Negeri Kedah atau telah bermastautin di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.\nBerumur bawah 25 tahun pada tarikh permohonan ditutup\nPelajar tahun pertama pengajian sahaja.\nTidak mendapat sebarang tajaan, biasiswa atau pinjaman dari mana-mana pihak.\nTelah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian.\n\nTatacara Permohonan \nTatacara permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\nLayari laman web di alamat https://www.zakatkedah.com.my/.\nTerus ke Aplikasi atas talian (Portal Biasiswa) : https://biasiswa.zakatkedah.com.my\nDaftar ID Pengguna di portal biasiswa tersebut.\nLog masuk di portal tersebut.\nLengkapkan permohonan sehingga selesai.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Biasiswa Pendidikan LZNK, sila hubungi Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan di talian 04-7331740.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/keputusan-kemasukan-kolej-matrikulasi-2023-2024/", "title": "Semak Keputusan Calon Jaya Kemasukan Kolej Matrikulasi 23/24", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa pemohon yang telah membuat permohonan untuk kemasukan ke Kolej Matrikulasi KPM boleh membuat semakan keputusan calon jaya Kolej Matrikulasi KPM mulai 26 Jun 2023 jam 2.00 petang.\nUntuk info, Program Matrikulasi KPM diwujudkan pada tahun 1998 sebagai satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.\nPelaksanaan program ini dilaksanakan di bawah KPM bagi menyeragamkan semua program asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).\nObjektif pelaksanaan program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.\n\nSenarai Matrikulasi\nBagi calon yang berjaya akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi berikut mengikut jurusan yang ditawarkan:\n\n\n\n\nKolej MatrikulasiAliran/JurusanKolej_Matrikulasi Negeri SembilanPerakaunan, Sains Kolej_Matrikulasi Perlis Perakaunan, Sains Kolej_Matrikulasi Perak Perakaunan, SainsKolej_Matrikulasi MelakaPerakaunan, SainsKolej_Matrikulasi Pulau PinangPerakaunan, SainsKolej_Matrikulasi LabuanPerakaunan, SainsKolej_Matrikulasi JohorPerakaunan, SainsKolej_Matrikulasi PahangPerakaunan, SainsKolej_Matrikulasi KedahPerakaunan, SainsKolej_Matrikulasi Kejuruteraan KedahKejuruteraanKolej_Matrikulasi Kejuruteraan PahangKejuruteraanKolej_Matrikulasi Kejuruteraan JohorKejuruteraanKolej_Matrikulasi KelantanPerakaunan, SainsKolej_Matrikulasi SarawakPerakaunan, SainsKolej MARA KulimPerakaunan, SainsKolej MARA Kuala NerangPerakaunan, SainsKolej_Matrikulasi SelangorPerakauanan Professional, Perakaunan, Sains\nCara Semakan Keputusan Ke Kolej Matrikulasi\nUntuk kemasukan ke kolej matrikulasi, semakan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/.\nKlik bahagian \u2018Semakan.\u2019\nMasukkan maklumat yang diperlukan.\nKeputusan permohonan dipaparkan.\n\nPermohonan Rayuan\nBgai calon yang tidak berjaya, mereka boleh membuat rayuan mulai 26 Jun 2023 sehingga 7 Julai 2023. \nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai semakan kemasukan ke Kolej Matrikulasi, sila layari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ytl-cement-scholarship-2023/", "title": "Permohonan Biasiswa & Kerjaya YTL Cement Scholarship 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nYTL Cement Sdn. Bhd. telah membuka tawaran biasiswa dan kerjaya kepada para pelajar menerusi YTL Cement Scholarship atau Biasiswa YTL Cement.\nYTL Cement Scholarship merupakan biasiswa yang menawarkan pelajar yang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi tempatan dan membentuk masa depan mereka di dalam bidang kejuruteraan.\nBiasiswa ini ditawarkan melalui cabang CSR YTL Cement iaitu BUILDS bagi memupuk bakat masa depan untuk menyokong kemajuan industri pembinaan Malaysia.\nKelebihan pelajar yang mendapat biasiswa ini akan dibiaya kos pengajian sepanjang ijazah pertama bidang kejuruteraan dan akan diserap bekerja di YTL Cement Sdn. Bhd. selepas selesai pengajian.\nBagi yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 31 Ogos 2023.\n\nBidang Pengajian Yang Ditaja\nBidang pengajian yang ditaja melalui biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nSarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal\nSarjana Muda Kejuruteraan Elektrik/Elektronik\nSarjana Muda Kejuruteraan Kimia\n\n\nSyarat Kelayakan YTL Cement Scholarship\nPemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nMendapat minimum 7A dalam SPM.\nMendapat PNGK minimum 3.50 dalam STPM, Matrikulasi, Asasi, A-Level, Diploma atau setaraf.\nMempunyai rekod penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum adalah satu kelebihan tambahan.\nTelah mendapat kemasukan ke universiti tempatan untuk kursus ijazah sepenuh masa.\nPemohon yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 adalah dialu-alukan untuk memohon.\nBersedia bekerja untuk YTL Cement untuk tempoh tertentu selepas tamat pengajian.\nTidak menerima sebarang biasiswa lain.\n\nCara Memohon Biasiswa\nUntuk memohon biasiswa ini, sila ikuti langkah-langkah di bawah:\n\nLayari pautan permohonan iaitu https://www.ytlcementbuilds.com/scholarship.\nKlik butang \u2018Apply For YTL Cement Scholarship Now.\u2019\nIsi semua maklumat yang diperlukan dan bertanda *.\n\nPemohon yang disenarai pendek akan menerima email yang memberitahu mereka bahawa mereka telah disenarai pendek untuk Biasiswa YTL Cement perlu menyerahkan rakaman video selama 3 minit yang menjawab tiga soalan tentang diri mereka sendiri.\nJika berjaya, pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki menghadiri temu duga panel dengan jawatankuasa pemilihan Biasiswa YTL Cement di Menara YTL, Kuala Lumpur dan hanya pemohon yang berjaya akan ditawarkan biasiswa.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai YTL Cement Scholarship, sila layari laman web https://www.ytlcementbuilds.com/scholarship.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/hrmis-2-0/", "title": "HRMIS 2.0: Login Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi penjawat awam di Malaysia, sudah pasti anda sudah biasa mendengar Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) 2.0.\nHRMIS atau Human Resource Management Info System merupakan sistem yang dilaksanakan bermula pada 12 April 1999 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menjalankan urusan mengenai sumber manusia di dalam setiap agensi dan organisasi. \nSistem ini adalah sebagai salah satu daripada projek perintis di bawah aplikasi Kerajaan Elektronik yang telah direka bentuk dan dilaksanakan berdasarkan visi, hala tuju strategik Pengurusan Sumber Manusia (PSM). \nTerdapat beberapa keistimewaan HRMIS berbanding sistem lama iaitu:\n\nPeningkatan kepuasan pengguna.\nProses-Proses PSM yang bersepadu dan diperkemaskan.\nPangkalan Data PSM yang berpusat dan bersepadu. \n\nObjektif HRMIS\nTerdapat beberapa objektif HRMIS ini diperkenalkan iaitu:\n\nMembolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat PSM yang lebih lengkap.\nMengautomasikan proses-proses operasi PSM.\nMembangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan.\nMemudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan proses-proses sumber manusia dan capaian melalui single window.\nMenyumbang ke arah pewujudan persekitaran paper-less.\nMenyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.\n\nCiri-Ciri HRMIS\nAplikasi HRMIS telah dibangunkan dengan ciri-ciri utama berikut:\n\n\n\n\n\nDipacu oleh Proses (Process Driven)\nPerhubungan antara Tiga Komponen Data\nKemudahan Layan Diri\nBerasaskan Web\nIntegrasi antara Fungsi-Fungsi Sumber Manusia\nPerkongsian Ilmu\nDasar/Peraturan Sumber Manusia Dimasukkan dalam Sistem\nKeselamatan dan Aliran Kerja (Workflow)\n\nCara Login\nUntuk login HRMIS 2.0, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu: \n\nLayari laman web HRMIS 2.0 iaitu https://hrmis2.eghrmis.gov.my/.\nMasukkan ID pengguna dan masukkan kata laluan.\nKlik butang \u2018Hantar.\u2019\n\n\n4. Pergi ke bahagian \u2018Peti Pesanan\u2019 untuk menyemak mesej baru atau pesanan yang belum dibaca.\n\n5. Untuk capaian submodul dari laman utama, pilih submodul dan klik bahagian yang ingin dilihat.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai HRMIS 2.0., sila hubungi pihak JPA di talian 03-8321 1400.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ibita-2021/", "title": "Permohonan iBita: Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT Pulau Pinang 2021", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak-anak Negeri Pulau Pinang yang akan mendaftar pengajian mereka ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini boleh memohon Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBita) 2021 yang disediakan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang.\nUntuk makluman, iBita merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membantu mahasiswa di negeri tersebut yang akan mendaftar ke IPT yang terpilih di seluruh negara. \nBantuan iBita ini ditawarkan bagi mahasiswa yang akan mendaftar di 3 jenis IPT yang terpilih iaitu:\nUniversiti SemenanjungUniversiti Sabah atau SarawakPoliteknik Malaysia\nPemohon yang berminat dan ingin memohon boleh membuat permohonan bermula 1 September sehingga 30 September secara atas talian. \n\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan yang akan diterima mahasiswa yang layak adalah seperti berikut:\nUniversiti Semenanjung: RM1000Universiti Sabah atau Sarawak: RM1200Politeknik Malaysia: RM300\nSenarai IPT\nPelajar yang akan mendaftar di IPT berikut layak untuk memohon permohonan iBita iaitu:\ni) Universiti Awam\n\n\n\n\nUniversiti Islam Antarabangsa (UIAM)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Malaya (UM)Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Universiti Malaysia Pahang (UMP)Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Universiti Malaysia Sabah (UMS)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Universiti Sains Malaysia (USM)Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Teknologi Mara (UiTM)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Utara Malaysia (UUM)\nii) IPTS\nUniversiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)Universiti Terbuka Wawasan (WOU)Universiti Aimst (AIMST)Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KTAR)Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang (KUKHC)Management And Science University College (MSU) Pulau Pinang\niii) Politeknik\nPoliteknik Metro Kuala Lumpur (PMKL)Politeknik Metro Kuantan (PMKU)Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)Politeknik Metro Betong (PMBS)Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG)Politeknik Ungku Omar (PUO)Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)Politeknik Kota Bharu (PKB)Politeknik Tun Syed Nasir Ismail (PTSN)Politeknik Besut (PBT)Politeknik Bagan Datuk (PBD)Politeknik Port Dickson (PPD)Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (POLIMAS)Politeknik Seberang Perai (PSP)Politeknik Melaka (PMK)Politeknik Kuala Terengganu (PKT)Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)Politeknik Merlimau (PMM)Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)Politeknik Muadzam Shah (PMS)Politeknik Balik Pulau (PBU)Politeknik Jeli (PJK)Politeknik Nilai (PNS)Politeknik Banting (PBS)Politeknik Mersing (PMJ)Politeknik Hulu Terengganu (PHT)Politeknik Tawau (PTS)Politeknik Kota Kinabalu (PKK)Politeknik Sandakan (PSS)Politeknik Kuching Sarawak (PKS)Politeknik Mukah Sarawak (PMU)\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\nPemohon wajib mengisi borang permohonan secara atas talian (online) di laman web http://ibita.penang.gov.my/.Pendapatan isi rumah (ibu/bapa/penjaga) tidak melebihi RM8,000 (gaji pokok sahaja).Ibu/bapa/penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.Pelajar yang ditawarkan ke program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa sahaja.Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.\nCara Memohon\nPemohon yang ingin memohon iBita boleh mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web iBita http://ibita.penang.gov.my/Klik butang \u2018Pohon\u2019 di bahagian atas.Isikan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Hantar.\u2019Pautan pengaktifan kata laluan dihantar ke email dan klik pautan di email bagi pengaktifan kata laluan.Isi maklumat untuk mengaktifkan kata laluan dan klik butang \u2018Hantar.\u2019Klik pada kotak \u2018Password\u2019 dan masukkan no kad pengenalan.Masukkan kata laluan (Password) yang telah diset dan klik \u2018Login.\u2019Paparan kemudian ditukar ke sistem iBita dan klik pada pautan borang permohonan.Isi semua maklumat pelajar, pengajian, ibu bapa dan maklumat Bank.Klik bahagian sahkan permohonan dan kemudiannya klik \u2018Hantar Permohonan.\u2019Cetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan.Borang permohonan dan dokumen yang diperlukan perlu dihantar melalui email ke Pejabat Daerah yang terlibat:\u2013 Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya (PDT DBD): [email\u00a0protected].\u2013 Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut (PDT DTL): [email\u00a0protected].\u2013 Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Utara (PDT SPU): [email\u00a0protected].\u2013 Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Selatan (PDT SPS): [email\u00a0protected].\u2013 Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Tengah (PDT SPT): [email\u00a0protected].\nDokumen Yang Diperlukan\nDokuman yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA/IPTS/PoliteknikSalinan Resit Pembayaran Yuran PendaftaranSalinan Kad Pengenalan pelajarSalinan Kad Pengenalan ibu dan bapa atau poenjagaSalinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Pesara ibu dan bapa atau penjagaSalinan Penyata Bank pelajar.Penyata Pendapatan pasangan perlu disertakan bagi pemohon yang sudah berkahwin. (tidak perlu dinyatakan dalam laman web, dalaman sahaja).Ibu dan bapa atau penjaga yang tiada penyata gaji/pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai iBita, sila hubungi Pejabat Daerah masing-masing untuk pertanyaan:\nPDT DBD: 04-8689400PDT DTL: 04-2616030PDT SPU: 04-5776500PDT SPS: 04-5857800PDT SPT: 04-5488888\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-tingkatan-3-sbp-2022-2023/", "title": "Permohonan Kemasukan Tingkatan 3 Secara One-Off SBP 2022/2023", "body": "\n\n\n\n\n\nMurid yang ingin menyambung pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tingkatan 3, permohonan bagi kemasukan Tingkatan 3 secara one-off di SBP telah dibuka. \nSBP merupakan sekolah yang diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif yang di khususkan kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. \nTujuan asal penubuhan sekolah jenis ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar\u00a0bumiputera\u00a0di luar bandar. \nSecara kasarnya 90% adalah untuk pelajar bumiputera manakala 10% lagi adalah untuk pelajar bukan bumiputera.\nOleh itu, permohonan kemasukan Tingkatan 3 SBP ini dibuka mulai 20 Mac sehingga 30 April 2022.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi murid yang ingin memohon bagi pengambilan ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Telah mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Murid Tingkatan 3 tahun 2022/2023.Murid lahir pada 2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008. Menduduki PKSK Khas T3. Berpotensi cemerlang dalam akademik:\u2013 Cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 sesi persekolahan tahun 2021/2022.\u2013 Mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 5 (TP5) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).\u2013 Minimum gred B bagi mata pelajaran mata Metematik, Sains, dan Bahasa Inggeris.\u2013 Bagi pakej mata pelajaran agama mencapai minimum gred B dalam Bahasa Arab.Aktif dalam kokurikulum.Keutamaan kepada murid B40.\nSenarai SBP\nSenarai SBP yang terlibat dalam kemasukan ini adalah seperti berikut:\nSM Sains Bagan DatohSM Sains TapahSBP Integrasi Sabak BernamSBP Integrasi Tun Abdul RazakSM Sains Sultan Haji Ahmad ShahSM Sains Tengku AbdullahSBP Integrasi KuantanSekolah Sultan Haji Ahmad ShahSM Sains Tengku Muhammas Faris PetraSM Sains MachangSM Sains JeliSM Sains Gua MusangSM Sains Pasir PutehSM Sains JohorSM Sains Sultan IskandarSM Sains Sultan Mohamad JiwaSM Sultan Abdul HalimSBP Integrasi Kubang PasuSM Sains Kubang PasuSM Sains Pokok SenaSM Sains LabuanSM Sains Tun Syed Sheh ShahabuddinSM Sains Kepala BatasSM Sains Kuching UtaraSM Sains KuchingSM Sains Tuanku Syed PutraSM Sains SabahSM Sains Lahad DatuSM Sains Kuala TerengganuSM Sains DungunSM Sains Hulu TerengganuSM Sains SetiuSMA Persekutuan Labu\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdHv-L_Sm1H-uy25t5g7fGxYxAw-Q8gDjn3F76SUW8nCTjPSw/viewform?fbclid=IwAR05gxud7-LpLl6JalcUyyZ9oEcUqErqR79C87-XZW-FgkRBLHPWFUMC3KE.Masukkan email dan klik butang \u2018Next.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Next.\u2019Hnatar permohonan dengan klik butang \u2018Submit.\u2019\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 3 SBP, sila hubungi En Mohd Zahid Bin Abdullah Sani, Unit Sekolah Jenis Khas, Sektor Pengurusan Sekolah di talian 04-6521351 atau 016-4443577. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/login-emis/", "title": "Login EMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi meningkatkan pengurusan dan pentadbiran sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu modul bagi pengurusan sekolah untuk digunakan di seluruh negara iaitu Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS) \nUntuk makluman, EMIS ialah merupakan satu sistem yang terurus bagi memungut, memproses, menyimpan, mencapai, dan menyebar data dan maklumat untuk menyokong aktiviti-aktiviti utama dan kitaran pengurusan pendidikan bagi pengurus dan pembuat keputusan di semua peringkat. \nIni termasuklah penyepaduan pengkatan data yang sedia ada, dan pembangunan polisi dan prosedur untuk meningkatkan penggunaan data pendidikan bagi membuat keputusan seperti agihan sumber, perancangan tenaga kerja, dan unjuran pendidikan. \nOleh itu, kewujudan EMIS diharap mampu melicinkan pengurusan sekolah dalam memastikan pengoperasian sekolah di bawah KPM mampu dijalankan dengan baik. \nUntuk itu, sistem EMIS ini boleh diakses melalui pautan https://emisonline.moe.gov.my/. \nKegunaan Data EMIS\nData EMIS akan digunakan untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:\n\nPerancangan pembangunan lima tahun (Rancangan Malaysia)\nSemakan data guru oleh SPR\nUnjuran guru\nAudit fizikal YB Timbalan Menteri Pelajaran (Jabatan Perdana Menteri)\nAnggaran belanja mengurus perjawatan (ABM)\nPemberian elaun pedalaman\nLatihan dalam perkhidmatan\nPemantauan peralatan\nSemakan data guru oleh bahagian tajaan\nSemakan data guru oleh PTPTN\nKajian sikap kakitangan awam oleh SPR\nJawatankuasa pelaksana kemasukan murid berumur 5 tahun ke tahun 1\nJawatankuasa pengambilan GSTT\nSemakan status hak milik tanah (BPPA)\nSemakan gred urusan kenaikan pangkat oleh SPP\nPasukan kerja analisis data pengisian/penyandang di KPM (BPSM/JPA)\n\nCara Login EMIS\nUntuk login sistem EMIS, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\n\n\n\n\nLayari laman web EMIS iaitu https://emisonline.moe.gov.my/\n\n\n2. Login dengan memasukkan Login ID dan Katalaluan serta captcha (Login ID ialah kod sekolah). \n\n3. Klik butang \u2018Login\u2019 untuk log masuk.\n4. Kemaskini dan update maklumat pengurusan sekolah setelah berjaya login.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Sektor Data Pendidikan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) KPM di alamat:\nAras 1-4, Blok E8, Parcel E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya Malaysia.\nNo Tel: 03-8884 6532Email: [email\u00a0protected]\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-pengajian-tinggi-sijil-kemahiran-mains/", "title": "Bantuan Pengajian Tinggi/Sijil Kemahiran Anak Asnaf & Fisabilillah MAINS", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak-anak asnaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Fisabilillah yang melanjutjan pengajian tinggi atau sijil kemahiran boleh memohon Bantuan Pengajian Tinggi/Sijil Kemahiran daripada pihak MAINS.\nBantuan Pengajian Tinggi/Sijil Kemahiran ini diberi kepada anak-anak asnaf MAINS dan Fisabilillah yang menyambung pengajian mereka untuk pengajian tinggi atau sijil kemahiran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam negara.\nOleh itu, pemohon yang ingin memohon bantuan ini boleh membuat permohonan segera menerusi borang permohonan yang disediakan oleh pihak MAINS.\n\nSyarat Permohonan \nSyarat permohonan bagi memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\ni) Anak-anak asnaf MAINS\nIbu/bapa adalah asnaf fakir atau miskin yang berdaftar dengan MAINS.Berumur 18 tahun dan ke atas.Menerima tawaran pengajian tinggi/sijil kemahiran di mana-mana institusi pendidikan awam/swasta; atauSedang belajar di mana-mana institusi pendidikan awam/swasta.\nii) Fisabilillah\n\n\n\n\nBeragama Islam.Warganegara Malaysia.Lahir/menetap di Negeri Sembilan/bermastautin/menetap di Negeri Sembilan tidak kurang dari 1 tahun.Berumur 18 tahun dan ke atas.Menerima tawaran pengajian tinggi/sijil kemahiran di mana-mana institusi pendidikan awam/swasta; atauSedang belajar di mana-mana institusi pendidikan awam/swasta.\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut https://www.mains.gov.my/v2/images/borang/borangpelajaran2022.pdf?fbclid=IwAR1XgwnucWd2xNL7LhMEv0CdDcG-30PdpwlbrSbL0mnjcthNiFUGOXkSmvc.Isi maklumat permohonan dengan lengkap.Sediakan dokumen lampiran.Hantar semua dokumen ke alamat berikut:Menara MAINS,Jalan Taman Bunga,70100 Seremban Negeri Sembilan.\nDokumen Lampiran\nDokumen lampiran yang perlu disediakan adalah seperti berikut:\nSalinan Kad Pengenalan pemohon.Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/penjaga.Salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan tanggungan pemohon.Salinan Sijil Nikah/Surat Cerai/Sijil Kematian jika berkaitan.Salinan Bil Air/Alektrik tempat tinggal pemohon yang terkini.Salinan Surat Pengesahan belajar terkini dari IPTA/IPTS berkaitanSalinan Buku Akaun/penyata akaun bank (milik pemohon yang aktif).Salinan Slip Gaji terkini/pengesahan Pendapatan (pemohon/ibu bapa).\nSemua salinan mestilah disahkan oleh Imam Masjid/Pengerusi Masjid/Pengerusi Jawatankuasa Komuniti.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Pengajian Tinggi/Sijil Kemahiran ini, sila layari laman web https://www.mains.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-unikl/", "title": "UniKL: Permohonan Kemasukan ASASI & Diploma Sesi Julai 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nUniversiti Kuala Lumpur (UniKL) telah membuka permohonan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti terbabit bagi peringkat ASASI dan Diploma Sesi Julai 2023.\nUniKL adalah universiti terkemuka dalam teknologi kejuruteraan yang ditubuhkan pada 20 Ogos 2002 dan dimiliki\u00a0sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar.\nUniversiti ini juga mempunyai 13 buah\u00a0cawangan dengan menawarkan pelbagai program asas, diploma, sarjana dan pascasiswazah.\nSehingga kini, universiti ini telah berjaya melahirkan 37,210 graduan di seluruh negara. \nUntuk permohonan kemasukan Julai 2023, pemohon boleh menggunakan kelayakan Peperiksaan Percubaan SPM 2022.\n\n\n\n\n\nSenarai Cawangan\nSenarai cawangan bagi universiti ini adalah seperti berikut:\n\nUniversiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute\u00a0\nUniversiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute\u00a0\nUniversiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology\nUniversiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute\u00a0\nUniversiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology\u00a0\nUniversiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical and Bio-Engineering Technology\u00a0\nUniversiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology\nUniversiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak\u00a0\nUniversiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute\nUniversiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology\u00a0\nUniversiti Kuala Lumpur Institute of Medical Science Technology\nUniversiti Kuala Lumpur Business School\nInstitute of Postgraduate Studies Universiti Kuala Lumpur City Campus\u00a0\n\nProgram Yang Ditawarkan\nProgram yang ditawarkan mengikut cawangan boleh dirujuk melalui file di bawah:\nProgram-DitawarkanDownload\nCara Memohon\nBagi yang berminat, pemohon boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://www.unikl.edu.my/apply/undergraduate-admission/.\nKlik butang \u2018Apply.\u2019\nIsi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.\nSemak semua maklumat sebelum membuat penghantaran. \nHantar permohonan setelah semua maklumat diisi.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kemasukan ke universiti ini, sila layari laman web https://www.unikl.edu.my/apply/undergraduate-admission/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sarjana-pendidikan-ukm-eksekuti-mod-cuti-sekolah-2023/", "title": "Mohon Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nLepasan Ijazah Sarjana Muda yang ingin melanjutkan pengajian ke program Sarjana boleh membuat permohonan Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023.\nProgram Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah merupakan program pengajian ijazah sarjana pendidikan yang direka khas untuk para guru kerana dijalankan pada cuti sekolah tanpa mengganggu tugas hakiki.\nProgram ini diwujudkan di bawah kerjasama erat antara Fakulti Pendidikan UKM, UKMSHAPE, dan Koperasi Siswazah Bangi Berhad dan terbuka kepada semua pemegang ijazah sarjana muda yang berminat ingin menyambung pengajian ke peringkat sarjana.\nPemohon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 31 Januari 2023 untuk ambilan Februari 2023.\n\nTempoh Pengajian\nTempoh pengajian bagi progrm ini adalah 2 Tahun bersamaan 4 Semester.\n\n\n\n\nLokasi Pengajian\nLokasi pengajian bagi program ini adalah seperti berikut:\n\nUniversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi\nInstitut Pendidikan Guru Batu Lintang, Kuching Sarawak\u00a0\nInstitut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKB) Kelantan\nUniversity College Sabah Foundation (UCSF), Kota Kinabalu\n\nSenarai Kursus\nSenarai kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah seperti:\n\nPengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)\nKurikulum dan Pedagogi\nPendidikan Khas\nPendidikan Bahasa Melayu\nPendidikan Islam\nPendidikan Sains\nPendidikan Perniagaan dan Keusahwanan\nPengurusan Sukan\nPentadbiran Pendidikan\nSosiologi Pendidikan\nPendidikan Sejarah\nPendidikan Matematik\nPsikologi Pendidikan\nPendidikan Prasekolah\nPenilaian dan Pengukuran\nPendidikan Ekonomi\nPendidikan Bahasa Arab\nPendidikan Sumber dan Teknologi Maklumat\nPendidikan Komputer\nPendidikan Sastera\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan program ini boleh dibuat pautan https://koperasisiswazah.com/.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Program Sarjana Pendidikan UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023, sila hubungi:\n\nKoperasi Siswazah Bangi Berhad: 018-229 0929\nCik Ahlem Kamel: 014-924 4386\nDr. Layang Ugek: 019-859 5079\nCik Farah Elisha Adnand: 010-909 6146\nPuan Aimi Amalina: 018-209 9650\nMr Chin Yoong Fei: 019-245 1401\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pinjaman-peringkat-diploma-yakin/", "title": "Permohonan Pinjaman Peringkat Diploma Yayasan Kelantan Darulnaim", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menawarkan pinjaman peringkat Diploma kepada anak Kelantan yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), UNISZA, dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).\nUntuk makluman, YAKIN adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada tahun 1981 yang menawarkan pinjaman pelajaran kepada anak negeri Kelantan. \nPinjaman pelajaran peringkat Diploma adalah salah satu pinjaman pelajaran yang ditawarkan kepada anak Kelantan yang layak. \nPermohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 25 Julai 2022 sehingga 1 September 2022.\nTempat Pengajian\nPelajar yang melanjutkan pengajian peringkat Diploma di IPT berikut layak untuk memohon:\n\n\n\n\nInstitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)UNISZAKolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia Peranakan Kelantan.Mendapat tawaran kemasukan daripada universiti/institusi tempatan.Kepujian dalam Bahasa Melayu di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain tidak layak memohon.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan boleh dibuat menerusi langkah berikut:\nPermohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web http://www.espmb.com/yakin/.Lengkapkan permohonan dan hantar. Cetak borang permohonan tersebut.Borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dihantar ke alamat berikut:YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)Tingkat 5 , Kompleks YAKINJalan Gajah Mati15000 Kota Bharu, Kelantan.Tel : 09-7483213/7446127\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Pinjaman Peringkat Diploma YAKIN, sila layari laman web https://yakin.kelantan.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-murid-berkeperluan-pendidikan-khas-2023/", "title": "Kemasukan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Tingkatan 1 & 4 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan bagi kemasukan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas untuk Tingkatan 1 dan 4 ambilan tahun 2023.\nPermohonan kemasukan ini adalah untuk Sekolah Menengah Kebangsaan\u00a0Pendidikan Khas (SMKPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV), dan Kolej Vokasional Keningau, Sabah.\nOleh itu, ibu bapa yang ingin memasukkan anak-anak mereka di sekolah ini boleh membuat permohonan mulai 4 September hingga 21 Oktober 2022.\nMengenai Murid Berkeperluan Khas\nMurid berkeperluan pendidikan khas ertinya kanak-kanak yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan tertentu.\nSebanyak 6 kategori murid berkeperluan khas iaitu:\nKurang Upaya PendengaranKurang Upaya PenglihatanKurang Upaya PertuturanKurang Upaya FizikalMasalah PembelajaranPelbagai (Multiple Disabilities)\nSenarai Sekolah\nSenarai sekolah yang boleh dipohoh untuk kemasukan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nSMKPK Setapak, Kuala LumpurSMKPK Persekutuan, Pulau PinangSMKPK Bumbong Lima, Pulau PinangSMPKV Shah Alam, SelangorSMPKV Indahpura, JohorSMPKV Kuantan, PahangSMPKV Merbok, KedahKolej Vokasional Keningau, Sabah\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Calon mesti dari sekolah kerajaan/bantuan kerajaan.Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik.Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Berkeupayaan mengurus diri.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan untuk memohon kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:\nLayari laman web https://epkhas.moe.gov.my/.Klik bahagian \u2018Login\u2019 dan klik \u2018Login Ibu Bapa/Penjaga.\u2019Klik bahagian \u2018Daftar Pengguna.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Lengkapkan maklumat berikut:\u2013 Maklumat murid\u2013 Maklumat ibu bapa/penjaga\u2013 Maklumat akademik/kemahiran\u2013 Penglibatan kokurikulum/jawatan\u2013 Maklumat disiplinBuat pengesahan dan hantar.\nInfo Lanjut \nInfo lanjut mengenai kemasukan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas untuk Tingkatan 1 dan 4 tahun 2023, sila layari laman web https://epkhas.moe.gov.my/.\n \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/elaun-pelajar-pesp-dinaikkan/", "title": "Elaun Pelajar Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) Dinaikkan", "body": "\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan elaun pelajar Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) dinaikkan berkuat kuasa serta merta.\nPengumuman tersebut dibuat ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah PESP 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.\nBeliau menjelaskan kenaikan elaun ini yang melibatkan 2,267 orang mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi yang turut ditanggung oleh para pelajar.\nSelain itu, kenaikan elaun ini juga diharap dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa seterusnya memudahkan proses pembelajaran pelajar.\nMengenai PESP\nPESP adalah program biasiswa pendidikan yang ditawarkan oleh Petronas kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun.\n\n\n\n\nSejak PESP diwujudkan, Petronas telah menaja lebih 37,000 pelajar cemerlang tempatan melibatkan nilai tajaan lebih RM3.5 bilion yang mana 80% penerima merupakan golongan kurang berkemampuan.\nUntuk tahun 2022, seramai 600 pelajar ditawarkan belajar di bawah Program PESP melibatkan nilai tajaan lebih RM340 juta yang juga merupakan jumlah tajaan pelajar tertinggi sepanjang pelaksanaan program tersebut.\nJumlah Kenaikan\nJumlah kenaikan elaun yang diumumkan adalah seperti berikut:\nElaun buku dan peralatan belajar: Kenaikan elaun daripada RM1,000 kepada RM1,500 untuk pelajar di Malaysia dan tambahan RM500 untuk pelajar di luar negara.Elaun Induksi (Onboarding Allowance): Kenaikan elaun daripada RM 4,500 kepada RM 5,000 (pelajar baru sahaja).\nSumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-umum-kenaikan-elaun-pelajar-tajaan-petronas-381859?fbclid=IwAR0WQfaXcZdPm9fMuO60bAn2xhk1WFPfoTs2N7KTJUIjuSHqYHe1s2sGclg\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pinjaman-pengajian-tinggi-negeri-perak-2022-2023/", "title": "Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022/2023", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak-anak Negeri Perak yang sedang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT), anda dialu-alukan untuk memohon Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022/2023.\nPinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak diwujudkan bagi membantu anak-anak Negeri Perak yang sedang menyambung pengajian di IPT daripada peringkat Diploma sehingga Ijazah Kedoktoran dari sedgi bantuan pinjaman pendidikan.\nObjektif kemudahan ini ditawarkan adalah untuk memberi kemudahan pinjaman pengajian tinggi kepada Warganegara Malaysia khususnya anak Perak yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke IPT yang ditaja dan menyumbang kepada modal insan dan ekonomi Negeri Perak.\nBagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan secara atas talian mulai 31 Januari 2022 sehingga 29 April 2022.\n\nIPT Yang Ditaja\nIPT yang termasuk dalam tajaan pinjaman pengajian ini adalah seperti berikut:\nSemua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)Semua Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Universiti dan Kolej Universiti di dalam negara dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Institusi atau Kolej di dalam Negeri Perak.Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara:\u2013 Universiti di Mesir\u2013 Universiti di Jordan\nKursus Yang Ditaja\nKursus yang termasuk dalam penajaan pinjaman pengajian ini adalah seperti:\n\n\n\n\nSemua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTASemua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).IPT Luar Negara:\u2013 Universiti di Mesir: Bidang Perubatan dan Ulum Syariah.\u2013 Universiti di Jordan: Bidang Pengajian Islam.\nKadar Pinjaman\nKadar pinjaman yang ditawarkan menerusi pinjaman ini adalah mengikut peringkat pengajian:\nDiploma: RM5,000 setahunIjazah Sarjana Muda dalam negara:\u2013 Bidang Perubatan: RM 8,000 setahun\u2013 Bidang Sains: RM6,500 setahun\u2013 Bidang Sastera: RM6,000 setahunIjazah Sarjana Muda luar negara:\u2013 Bidang Perubatan (Mesir): RM15,000\u2013 Ulum Syariah (Mesir): RM8,000\u2013 Bidang Pengajian Islam (Jordan): RM12,000Ijazah Sarjana (Master): RM10,000Ijazah Kedoktoran: RM15,000\nKadar Bayaran Balik\nKadar bayaran balik yang ditetapkan buat pemohon yang berjaya mendapatkan pinjaman pengajian ini adalah seperti berikut:\nJumlah PinjamanAnsuran BulananRM0-RM10,000RM150RM10,001-RM20,000RM200RM20,001-RM30,000RM250RM30,001-RM40,000RM300RM40,001-RM50,000RM350RM50,001-RM60,000RM400RM60,001-RM70,000RM450RM70,001-RM80,000RM500\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang berminat untuk memohon adalah seperti berikut:\nPemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak.Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih dari 10 tahun.Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih daripada 10 tahun.Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian sepenuh masa.Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya baki 3 semester atau 1 setengah tahun tempoh pengajian pada masa pembayaran kali pertama diterima.Keutamaan diberikan kepada Golongan B40.Umur pemohon pada tahun semasa mestilah tidak melebihi 41 tahun.\nCara Memohon\nUntuk memohon, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web http://spptp.perak.gov.my/.Klik bahagian \u2018Di Sini\u2019 untuk pendaftaran kali pertama.Isi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Simpan.\u2019Log masuk dengan memasukkan ID pengguna dan kata laluan.Lengkapkan permohonan sehingga tamat.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022/2023, sila layari laman web http://spptp.perak.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/zakat-persekolahan-anak-kakitangan-ukm/", "title": "Permohonan Zakat Persekolahan Anak Kakitangan UKM 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nZakat Universiti mempelawa kepada semua kakitangan UKM untuk memohon Bantuan Zakat Persekolahan Anak Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2023.\nBantuan Zakat Persekolahan Anak Kakitangan UKM adalah merupakan bantuan kepada kakitangan bagi persediaan keperluan untuk permulaan sesi persekolahan yang akan datang di peringkat tadika, sekolah rendah, dan menengah.\nBagi kakitangan UKM yang ingin memohon, sila buat permohonan mulai 28 Disember 2022 sehingga 28 Februari 2023.\n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan zakat ini kepada mereka yang layak adalah RM200.00/pelajar sahaja secara one-off.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi memohon bantuan zakat ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nWarga Kakitangan UKM.\nBeragama Islam.\nTergolong dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Fisabilillah.\nUmur anak yang bersekolah 6 hingga 17 tahun (pada tahun 2023).\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://eprihatin.ukm.my/.\nMasukkan no UKM dan kata laluan.\nKlik butang \u2018Log Masuk.\u2019\nLengkapkan permohonan dengan betul\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nHantar permohonan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nPendapatan Suami dan Isteri Sebulan (Penyata Gaji/Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Pendapatan Bekerja Sendiri/Tidak Bekerja \u2013 Suri Rumah)\nKad Pengenalan/Sijil Lahir Tanggungan (Anak yang bersekolah sahaja)\nSijil Kematian (Jika berkenaan)\nSijil Cerai (jika Berkenaan)\nSurat Pengambilan Anak Angkat (Jika Berkenaan)\n\n* Di ruangan maklumat tanggungan, sila isi kesemua tanggungan termasuk pasangan.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat Persekolahan Anak Kakitangan UKM 2023, sila hubungi:\n\n03-8921 4225 (Bangi)\n03-9145 6526 (PPUKM, UKM KKL)\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/svm-sijil-vokasional-malaysia/", "title": "SVM: Sijil Vokasional Malaysia Lepasan Tingkatan 3", "body": "\n\n\n\n\n\nSalah satu kelayakan yang boleh menjadi pertimbangan pelajar untuk meneruskan pengajian dalam bidang TVET adalah Sijil Vokasional Malaysia (SVM).\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman bersama.\nPengenalan SVM (Sijil Vokasional Malaysia)\nSVM merupakan sijil yang\u00a0ditawarkan kepada murid yang telah tamat pengajian di Tingkatan 3.\u00a0\nMurid lepasan Tingkatan 3 daripada sekolah menengah harian yang berminat dan cenderung mengikuti aliran vokasional berpeluang menyambung pengajian di peringkat SVM sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM).\nMenariknya, sijil ini diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\nIni bermakna, lulusan SVM juga akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 sekiranya layak.\n\nTempoh Pengajian Sijil Vokasional Malaysia \nTempoh pengajian ini adalah selama\u00a02 tahun\u00a0dan dilaksana berdasarkan\u00a0Sistem Semester yang merangkumi 4 semester. \nSistem penilaian pelajar pula adalah melalui Pentaksiran Berterusan (PB) yang diadakan sepanjang semester dan Penilaian Akhir (PA) pada setiap penghujung semester. \n\n\n\n\nPB dan PA adalah di bawah pemantauan LP Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nKurikulum Pembelajaran \nKurikulum pembelajaran adalah menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) di mana ia mengutamakan pembelajaran secara praktikal (hands-on) berbanding teori.\nSelain itu, pelajar juga perlu menduduki kertas Bahasa Melayu dan Sejarah pada setiap semester.\nSyarat Penganugerahan\nSyarat penganugerahan bagi melayakkan untuk mendapat Sijil Vokasional Malaysia ini adalah seperti berikut:\n\nLulus Bahasa Melayu SVM 1104.\nPNGK Akademik melebihi atau sama dengan 2.00.\nPNGK Vokasional melebihi atau sama dengan 2.67.\nKompeten semua kursus vokasional.\n\nUntuk kemasukan ke IPTA/IPTS, pelajar perlu lulus Sejarah 1251 SVM sebagai syarat am kemasukan ke institusi terbabit. \nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai sijil ini, sila layari laman web https://kvmelakatengah.moe.edu.my/index.php/program/svm.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ppbu-yayasan-bank-rakyat-peringkat-2-2022/", "title": "Permohonan PPBU Yayasan Bank Rakyat Peringkat Ke-2 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Bank Rakyat telah membuka tawaran bagi pelajar memerlukan pembiayaan pendidikan menerusi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Peringkat ke-2 tahun 2022.\nTujuan utama Yayasan Bank Rakyat memperkenalkan PPBU adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi tetapi memerlukan bantuan pembiayaan untuk menerima pendidikan di IPTA atau IPTS tempatan dan Institut Latihan dalam negara secara sepenuh masa.\nTawaran ini terbuka kepada pelajar yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di IPT dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC).\nUntuk pemohon yang berminat, permohonan boleh dibuat mulai 12 September 2022 sehingga 14 Oktober 2022.\n\nPeringkat Pengajian\nPembiayaan ini layak untuk peringkat pengajian berikut:\nIjazah Sarjana MudaSarjanaSijil ProfessionalDoktor Falsafah\nJumlah Pembiayaan\nJumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi pembiayaan ini adalah seperti berikut mengikut peringkat pengajian:\nPeringkat PengajianJumlah PembiayaanSijil KemahiranMaksimum RM30,000 untuk 2 tahun (RM400 sebulan)Diploma KemahiranMaksimum RM30,000 untuk 3 tahun (RM400 sebulan)DiplomaMaksimum RM7,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM5,000) \nKursus Yang Layak\nPembiayaan ini terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali kursus perubatan dan penerbangan.\nKeutamaan permohonan akan diberikan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam kursus berikut:\nPerakaunanPerbankanPengurusan perniagaanSumber ManusiaEkonomiKomunikasi MediaUndang-undangSains Aktuari\nBagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma, kursus yang layak adalah dalam semua bidang pengajian.\nUntuk peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), institusi mereka perlulah diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) manakala bagi sijil kemahiran lain pula diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.\nPembayaran Balik\nBayaran balik pembiayaan ini adalah bergantung berpada CGPA terakhir yang diperoleh pelajar.\n\n\n\n\nMenariknya, pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas tidak perlu membuat pembayaran balik.\nCGPADiskaunPeratusan Pembayaran Balik3.50-4.00100%0%3.33-3.4990%10%3.00-3.3280%20%2.75-2.9950%50%2.50-2.7430%70%<2.500%100%\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:\nTerbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama dan etnik.Perlajar mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta tempatan dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)/Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC)/Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diiktiraf oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat.\nSyarat Khusus\nSyarat khusus bagi pembiayaan pendidikan ini adalah seperti berikut:\ni) Ijazah Sarjana Muda\nWarganegara Malaysia.Hanyak layak untuk mod pengajian sepenuh masa sahaja.Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.Tidak kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.Umur tidak melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.Mempunyai pengesahan kemasukan daripada Universiti Awam atau Swasta atau Pusat Latihan.Pemohon mestilah memiliki Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz iaitu setaraf dengan STPM.Tempoh pengajian 4 tahun/8 Semester.Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM9, 500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM6,500) (Yuran dan Elaun).\nii) Sarjana\nWarganegara Malaysia.Hanyak layak untuk mod pengajian sepenuh masa sahaja.Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.Tidak kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.Umur tidak melebihi 45 tahun selepas tamat pengajian Sarjana.Mempunyai pengesahan kemasukan daripada Universiti Awam atau Swasta atau Pusat Latihan.Pemohon mesti memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.00 dan ke atas.Tempoh pengajian 2 Tahun/4 Semester.Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM12,000 setahun (Yuran dan Elaun).\niii) Sijil Professional\nWarganegara Malaysia.Hanyak layak untuk mod pengajian sepenuh masa sahaja.Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.Tidak kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.Umur tidak melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.Mempunyai pengesahan kemasukan daripada Universiti Awam atau Swasta atau Pusat Latihan.Pemohon mesti memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.00 dan ke atas.Tempoh pengajian 2 Tahun/4 Semester.Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM28,500 untuk 2 tahun (Yuran dan Elaun).\niii) Doktor Falsafah\nWarganegara Malaysia.Hanyak layak untuk mod pengajian sepenuh masa sahaja.Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.Tidak kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.Umur tidak melebihi 50 tahun selepas tamat Doktor Falsafah.Mempunyai pengesahan kemasukan daripada Universiti Awam atau Swasta atau Pusat Latihan.Pemohon mesti memiliki Ijazah Sarjana dengan PNGK 3.00 dan ke atas.Tempoh pengajian 3 Tahun/6 Semester.Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM55,800 untuk 3 tahun (Yuran dan Elaun).\nCara Memohon\nCara membuat permohonan boleh dilihat menerusi gambar di bawah:\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai permohonan PPBU, sila layari laman web https://yayasanbankrakyat.com.my/index.php/ppbu/ppbu.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/insentif-kerjaya-madani/", "title": "Insentif Kerjaya Madani: Permohonan Mulai 1 Mei 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nMenerusi Belanjawan 2023, kerajaan akan melaksanakan 3 Insentif Kerjaya Madani mulai 1 Mei 2023.\nInsentif Kerjaya Madani ialah inisiatif penambahbaikan dalam membantu kumpulan sasar dari sudut penempatan pekerjaan.\nInsentif ini akan dapat mewujudkan ekonomi yang lebih berdaya tahan dan inklusif, di mana semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada peluang pekerjaan dan perlindungan sosial.\nPermohonan bagi insentif-insentif ini dibuka mulai 1 Mei 2023. \nJenis Insentif\nTerdapat 3 jenis insentif ini yang diumumkan kerajaan iaitu:\n\nProgram Daya Kerjaya\nDaya Kerjaya TVET\nProgram Bina Kerjaya.\n\n\n1. Program Daya Kerjaya\nProgram Daya Kerja ialah bantuan kepada majikan yang membuat pengambilan pekerja baharu daripada golongan mudah terjejas mulai 1 Januari 2023.\nAntara syarat kelayakan yang ditetapkan adalah:\n\nIndividu menganggur tegar/Belia yang menganggur secara berpanjangan.\nWanita/Ibu Tunggal atau suri rumah yang tidak aktif bekerja.\nTempoh menganggur sebelum pengambilan sekurang-kurangnya 2 bulan.\n\nKadar dan tempoh insentif yang ditawarkan adalah: \n\nRM600 kepada majikan bagi setiap pekerja.\nMaksima 3 bulan kepada majikan.\n\n\n2. Daya Kerjaya TVET\nProgram Daya Kerjaya TVET ialah program Transisi Pekerjaan untuk Perantisan TVET & Lepasan Sekolah merupakan satu insentif latihan yang merupakan Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) menerusi tanggungan bayaran latihan sehingga RM4,000.\n\n\n\n\nSyarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nGraduan institusi awam dan swasta yang diiktiraf oleh agensi seperti Malaysia Qualification Agency (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau setaraf.\nTaraf pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia dan ke bawah.\nBerumur 16 sehingga 40 tahun.\nTempoh menganggur sebelum pengambilan sekurang-kurangnya 2 bulan.\n\nKadar dan tempoh insentif yang ditawarkan adalah: \n\nYuran Latihan Kompentesi dan RPEL \u2013 sehingga RM2,500 \nYuran Latihan Profesional dan Microcredential \u2013 sehingga RM4,000\n\n\n3. Program Bina Kerjaya\nProgram Bina Kerjaya diwujudkan untuk meningkatkan potensi individu bekerja di bawah Sektor Tidak Formal memperoleh pekerjaan formal melalui pengajian RP pengiktirafan pencapaian terdahulu (RPEL), microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf IPTA/IPTS/JPK/MQA/badan ikhtisas/pusat bertauliah yang diiktiraf oleh badan peneraju industri seperti ACCA, BOE, dan MIA.\nSyarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nPekerja gig, bekerja sendiri, petani, nelayan, atau seumpamanya serta peniaga sambilan kecil-kecilan di pasar malam atau sebagainya.\nBerumur 16 tahun hingga 40 tahun.\n\nKadar dan tempoh insentif yang ditawarkan adalah: \n\nKadar bayaran latihan sehingga RM4,000.\nElaun sebanyak RM300 sebulan untuk 3 bulan. \n\n\nCara Memohon Insentif Kerjaya Madani\nPermohonan insentif ini boleh dibuat menerusi pautan https://kerjayamadani.perkeso.gov.my/.\nMaklumat Lanjut Insentif Kerjaya Madani\nMaklumat lanjut mengenai insentif ini, sila layari laman web PERKESO iaitu https://www.perkeso.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/doa-menyambut-ramadan/", "title": "3 Doa Menyambut Bulan Ramadan", "body": "\n\n\n\n\n\nApabila bulan puasa atau Ramadan bakal menjelma, kita disunatkan untuk membaca doa menyambut bulan Ramadan.\nIni bertujuan untuk kita diberikan kebarkatan, keimanan, keselamatan untuk kita benar-benar mampu untuk menempuhi bulan tersebut.\nUntuk pengetahuan, perkataan Ramadan diambil dari kata akar (\u0631\u0645\u0636) yang membawa maksud panas yang sedang semakin hangat. \nDari segi istilah, Ramadan bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari yang disertakan dengan niat.\nKoleksi Doa Menyambut Ramadan\nAntara doa menyambut bulan Ramadan yang boleh diamalkan berdasarkan hadis daripada Rasulullah S.A.W adalah seperti berikut:\n1. Anas bin Malik RA berkata: \u201cRasulullah S.A.W berdoa sebaik sahaja datangnya bulan Rejab.\u201d\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0631\u064e\u062c\u064e\u0628\u064d \u0648\u064e\u0634\u064e\u0639\u0652\u0628\u064e\u0627\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e\nMaksudnya:\u00a0\u201cYa Allah berkatilah bagi kami pada bulan Rejab dan Sya\u2019ban serta berkatilah kami juga pada bulan Ramadhan.\u201d\n\n2. Daripada Talhah bin Ubaidillah RA, Rasulullah S.A.W berdoa apabila melihat anak bulan Ramadhan:\n\u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0647\u0650\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u064a\u064f\u0645\u0652\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u064a\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u0645\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0633\u0652\u0644\u0627\u0645\u0650\u060c \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651\u064a \u0648\u064e\u0631\u064e\u0628\u064f\u0651\u0643\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\nMaksudnya:\u00a0\u201cYa Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.\u201d\n\n3. Terdapat ramai di kalangan\u00a0salaf al-soleh\u00a0berdoa untuk mendapatkan Ramadhan supaya diisi dengan pelbagai amalan yang soleh. \n\n\n\n\nAntara doa mereka ialah:\n\u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0633\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u0652\u0646\u0650\u064a \u0644\u0650\u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0650\u0651\u0645\u0652 \u0631\u064e\u0645\u064e\u0636\u064e\u0627\u0646\u064e \u0644\u0650\u064a\u060c \u0648\u064e\u062a\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u0652\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0650\u0651\u064a \u0645\u064f\u062a\u064e\u0642\u064e\u0628\u064e\u0651\u0644\u064b\u0627\nMaksudnya:\u00a0\u201cYa Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).\u201d\nDiriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam\u00a0al-Du\u2019a\u00a0(913) dan Abu Nu\u2019aim al-Asbahani di dalam\u00a0Hilyah al-Auliya\u2019\u00a0(3/69)\nSumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/1157-bayan-linnas-siri-62-ahlan-wa-sahlan-ya-ramadhan\nHendaklah kita merasa gembira dengan Ramadan yang bakal menjelma dengan tawaran tuhan yang lumayan. Sebaliknya golongan munafiq pula merasa gelisah, buntu dengan Ramadan.\nMaka benarlah sabda Nabi \ufdfa :\n\u0623\u064e\u0638\u064e\u0644\u064e\u0651\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0645\u064e\u062d\u0652\u0644\u064f\u0648\u0641\u0650 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650\u060c \u0645\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0631\u064e\u0651 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064c \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0646\u064e\u0627\u0641\u0650\u0642\u0650\u064a\u0646\u064e \u0634\u064e\u0647\u0652\u0631\u064c \u0634\u064e\u0631\u064c\u0651 \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u060c \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064e \u0639\u064e\u0632\u064e\u0651 \u0648\u064e\u062c\u064e\u0644\u064e\u0651 \u0644\u064e\u064a\u064e\u0643\u0652\u062a\u064f\u0628\u064f \u0623\u064e\u062c\u0652\u0631\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0646\u064e\u0648\u064e\u0627\u0641\u0650\u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u062f\u0652\u062e\u0650\u0644\u064e\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u064a\u064e\u0643\u0652\u062a\u064f\u0628\u064f \u0625\u0650\u0635\u0652\u0631\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0634\u064e\u0642\u064e\u0627\u0621\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u062f\u0652\u062e\u0650\u0644\u064e\u0647\u064f\nMaksudnya: \u201cAllah SWT naungkan kepada kamu dengan berlabuhnya bulan Ramadan ini dengan Rasulullah \ufdfa bersumpah: \u201cTiadalah berlalu ke atas orang Islam bulan yang lebih baik bagi mereka daripada bulan Ramadan dan tidaklah kepada munafiq itu lebih teruk daripada bulan Ramadan. Sesungguhnya Allah \ufdfb menulis pahala ganjarannya sebelum menjelmanya bulan dan juga menulis dosa serta kehinaan sebelum masuknya bulan Ramadan.\u201d\nRiwayat Ahmad di dalam Musnadnya (8870) & Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya (1884). Sanadnya dho\u2019if kerana terdapatnya Tamim maula Abu Rumanah.\n(Sumber : JAKIM)\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kertas-peperiksaan-sebenar-spm-matematik/", "title": "Koleksi Kertas Peperiksaan Sebenar SPM Matematik", "body": "\n\n\n\n\n\nMatematik merupakan salah satu subjek yang lazimnya diberi perhatian oleh para guru dan pelajar bagi dalam menghadapi\u00a0peperiksaan\u00a0SPM.\nBagi memastikan pelajar mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM, mereka perlu selalu membuat latihan terutamanya soalan-soalan Matematik.\nTindakan ini dapat mengasah kefahaman dan para pelajar untuk menjawab dengan baik subjek ini di dalam peperiksaan kelak.\nFormat Peperiksaan\nFormat peperiksaan untuk subjek ini di dalam peperiksaan SPM adalah seperti berikut:\n\nKoleksi Kertas Soalan\nKoleksi kertas soalan SPM Matematik mengikut tahun adalah seperti berikut:\ni) Tahun 2020 Kertas 1 (Ulangan)\nMT-K1-SPM-Ulangan-2020Download\nTahun 2020 Kertas 2 (Ulangan)\nMT-K2-SPM-Ulangan-2020Download\nii) Tahun 2019 Kertas 1\n\n\n\n\nMT-K1-SPM-2019Download\nTahun 2019 Kertas 2\nMT-K2-SPM-2019Download\niii) Tahun 2018 Kertas 1 (Ulangan)\nMT-K1-SPM-Ulangan-2018Download\nTahun 2018 Kertas 2 (Ulangan)\nMT-K2-SPM-Ulangan-2018Download\niv) Tahun 2017 Kertas 1 (Ulangan)\nMT-K1-SPM-Ulangan-2017Download\nTahun 2017 Kertas 2 (Ulangan)\nMT-K2-SPM-Ulangan-2017Download\nPeringatan Kepada Calon Peperiksaan\nCalon yang menduduki peperiksaan SPM di dewan/bilik peperiksaan adalah dilarang:\n\nMembawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.\nMenulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di Bilik Menunggu/Bilik LaporDiri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin.\nMendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.\nMemberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin walau dengan apa-apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.\nMenukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.\nMenukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua PengawasPeperiksaan/Ketua Pengawas Amali/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor).\nMenyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.\nMembuat rujukan di luar Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/Bilik Peperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin semasa peperiksaan.\nMembawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari Bilik Menunggu/Bilik Lapor Diri/Dewan/BilikPeperiksaan/Bilik Ujian/Makmal Peperiksaan/Bilik Kuarantin.\nMembuat cubaan memberi suapan/rasuah dengan apa-apa cara sekalipun kepada petugaspeperiksaan/petugas pemeriksaan.\n\nMengenai SPM 2022\nUntuk maklumat lanjut mengenai SPM 2022, sila layari laman web\u00a0http://lp.moe.gov.my/index.php/jw-spm/1187-jadual-waktu-peperiksaan-spm-2022\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/anugerah-kecemerlangan-peperiksaan-2021-negeri-kelantan/", "title": "Permohonan Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2021 Negeri Kelantan", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Kelantan menawarkan sumbangan kepada anak-anak Negeri Kelantan yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tahun 2021 menerusi Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2021.\nAnugerah Kecemerlangan Peperiksaan adalah sebagai penghargaan yang diberikan Kerajaan Negeri Kelantan dalam mengiktiraf kepada anak-anak Negeri Kelantan yang cemerlang dalam peperiksaan.\nPermohonan anugerah ini mula dibuka pada 14 September 2022 (Rabu) dan tarikh akhir penyerahan borang ialah pada 29 September 2022 (Khamis) jam 12.30 tengah hari.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan anugerah ini adalah seperti berikut:\nMencapai keputusan seperti berikut:\u2013 SPM 2021 (9A ke atas)\u2013 STAM 2021 (Pangkat Mumtaz)\u2013 STPM 2021 (4 Prinsipal A ke atas)Anak Kelahiran Kelantan yang menduduki peperiksaan di mana-mana pusat peperiksaan di negeri Kelantan dan di luar negeri Kelantan.Anak bukan kelahiran Kelantan yang menduduki peperiksaan di mana-mana pusat peperiksaan di Negeri Kelantan.\nUntuk perhatian, \u201cAnak kelahiran Kelantan\u201d bermaksud seseorang yang berada dalam salah satu daripengkelasan-pengkelasan di bawah:\n\n\n\n\nSesiapa sahaja yang lahir di Kelantan di mana bapanya adalah seorang Melayu.Sesiapa sahaja yang lahir di Kelantan di mana ibunya seorang Melayu dan bapanya seorang Islam.Sesiapa sahaja walaupun di mana ia dilahirkan yang bapanya lahir di Kelantan.Sesiapa sahaja walaupun di mana ia dilahirkan di mana kedua-dua ibu dan bapanya adalah berbangsa Melayu dan tinggal bermastautin di Kelantan untuk sekurang kurangnya selama 15 tahun.Sesiapa sahaja yang lahir di Kelantan di mana bapanya juga dilahirkan di Kelantan.\nCara Memohon\nUntuk memohon, sila ikuti cara-cara permohonan berikut:\nMuat turun borang permohonan di pautan http://www.yik.edu.my/v3/index.php/component/jdownloads/send/25-awam/331-borang-permohonan-anugerah-kecemerlangan-peperiksaan-2021-sumbangan-kerajaan-negeri-kelantan?Itemid=0.Isi borang permohonan dengan lengkap.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang dan semua dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan,Peti Surat 248, Lebuhraya Tunjong-Pasir Mas,16010 Kota Bharu,Kelantan.(Bahagian Pendaftaran, Unit Peperiksaan YIK-Tingkat 1, Blok C)\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu diberikan adalah seperti berikut:\nSijil Asal Peperiksaan (ditunjukkan semasa penyerahan borang).Salinan Sijil Peperiksaan yang disahkan.Salinan Kad Pengenalan yang disahkan.Salinan Surat Beranak ibu/bapa bagi pemohon luar Kelantan yang disahkan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2021, sila layari laman web http://www.yik.edu.my/v3/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ikn/", "title": "Permohonan IKN: Institut Kraf Negara Sesi Akademik 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nInstitut Kraf Negara (IKN) mengalu-alukan permohonan daripada mereka yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang kraf di institutsi tersebut bagi tahun 2023.\nIKN adalah sebuah institusi latihan kemahiran awam yang menawarkan pengajian berteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kraf seiring dengan kehendak industri.\nMenerusi pengajian di institusi ini, pelajar akan diberi kemudahan dan program latihan secara formal dengan konsep pendidikan secara \u2018hands-on\u2019 dalam bidang kemahiran pembuatan seni kraf.\nBagi individu yang berminat, mereka boleh membuat permohonan secara atas talian.\n\nKemudahan Yang Disediakan\nKemudahan yang disediakan bagi penuntut di institusi ini adalah:\n\nAsrama percuma\nMakan dan minum percuma\nBahan dan alat bengkel disediakan\nElaun sara hidup bulanan disediakan\nPelindungan insurans berkelompok disediakan\n\nLaluan Kerjaya\nLaluan kerjaya bagi lepasan institut ini adalah seperti:\n\nUsahawan kraf\nArtisan kreatif\nPekerja mahir kraf\nPenjawat perkhidmatan awam\nPenjawat swasta\n\nProgram Yang Ditawarkan\nProgram yang ditawarkan bagi individu yang berminat untuk menyambung pengajian di institut ini adalah seperti berikut:\ni) Jurusan Seni Kraf Batik\n\nSijil Seni Kraf Batik\u00a0(Sepenuh Masa)\nOperasi Pengeluaran Batik (IKN)\u00a0(Sepenuh Masa)\nDiploma Seni Kraf Batik\u00a0(Sepenuh Masa)\n\nii) Jurusan Seni Kraf Kayu\n\nSijil Seni Kraf Kayu\u00a0(Sepenuh Masa)\nPengukiran Kayu (IKN)\u00a0(Sepenuh Masa)\nDiploma Seni Kraf Kayu\u00a0(Sepenuh Masa)\n\niii) Jurusan Seni Kraf Logam\n\n\n\n\n\nSijil Seni Kraf Logam\u00a0(Sepenuh Masa)\nKraf Barang Kemas (IKN) (Sepenuh Masa)\nDiploma Seni Kraf Logam\u00a0(Sepenuh Masa)\n\niv) Jurusan Seni Kraf Rotan\n\nSijil Seni Kraf Rotan\u00a0(Sepenuh Masa)\nJurukraf Rotan Kanan (IKN)\u00a0(Sepenuh Masa)\nJurukraf Rotan Kanan (Inanam Sabah)\u00a0(Sepenuh Masa)\nDiploma Seni Kraf Rotan\u00a0(Sepenuh Masa)\n\nv) Jurusan Seni Kraf Seramik\n\nSijil Seni Kraf Seramik\u00a0(Sepenuh Masa)\nPengeluaran Kraf Seramik (IKN)\u00a0(Sepenuh Masa)\nDiploma Seni Kraf Seramik\u00a0(Sepenuh Masa)\n\nvi) Jurusan Seni Kraf Tenunan\n\nSijil Seni Kraf Tenunan\u00a0(Sepenuh Masa)\nPenyelia Songket & Dastar (IKN)\u00a0(Sepenuh Masa)\nPenyelia Songket & Dastar (Kota Belud, Sabah)\u00a0(Sepenuh Masa)\nPenyelia Tenunan Pua (Betong Sarawak)\u00a0(Sepenuh Masa)\nPenyelia Songket & Dastar (Kuching Sarawak)\u00a0(Sepenuh Masa)\nDiploma Seni Kraf Tenunan\u00a0(Sepenuh Masa)\n\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\ni) Peringkat Sijil Seni Kraf\n\nMemenuhi Syarat Am Institut; dan\nLulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 1 (satu) kredit dalam mana-mana mata pelajaran; atau\nSijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan dan Lulus SPM atau setara; dan\nLulus temuduga dan ujian lukisan.\n\nii) Peringkat Sijil Kemahiran Malaysia\n\nBoleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris\nMempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.\n\niii) Peringkat Diploma\n\nMemenuhi Syarat Am Institut; dan\nLulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran; atau\nSijil Seni Kraf dari Institut Kraf Negara; atau\nSKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan SPM dengan minimum satu kredit atau setara dengannya; dan\nLulus temu duga dan ujian lukisan.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat dengan mengikuti tatacara permohonan iaitu:\n\nLayari pautan permohonan http://cms.ikn.gov.my/application/appForm.asp.\nLengkapkan maklumat permohonan dengan lengkap.\nPastikan maklumat permohonan lengkap diisi.\nKlik \u2018Hantar\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai kemasukan ke IKN, sila hubungi talian 012-2720295/019-3005709.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-pendidikan-lznk-unishams/", "title": "Permohonan Biasiswa Pendidikan LZNK UniSHAMS 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nLembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menawarkan biasiswa pendidikan bagi kemasukan ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (UniSHAMS) untuk tahun 2022.\nUniSHAMS merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terletak di Negeri Kedah.\nSebelum ini, universiti ini dikenali sebagai Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman sebelum dinaik taraf ke Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) pada 18 Mei 2006.\nBagi pemohon yang berminat memohon biasiswa ini, permohonan boleh dibuat sebelum 31 Oktober 2022.\n\nKelebihan Biasiswa \nKelebihan pelajar menerima biasiswa ini adalah seperti berikut:\nTajaan penuh RM12,000.00 setahun bagi Ijazah Sarjana Muda dan RM10,000.00 setahun bagi Diploma.Semua Kursus Pengajian di Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS.Pemantauan Mentor berkaitan akademik dan ko-kurikulum.\nSyarat Kelayakan \nSyarat kelayakan bagi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:\n\n\n\n\ni) Peringkat Diploma\nPemohon mestilah beragama Islam.Pemohon sedang bermastautin/menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-kurangnya 2 tahun.Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2022/23 (Sesi Pengambilan Ogos).Semua bidang pengajian Diploma di UniSHAMS.Keputusan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 3B dan 3 Kredit serta kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Lulus ujian penempatan Bahasa Arab yang dianjurkan oleh UniSHAMS dan lulus ujian temuduga (Diploma Tahfiz Wal Qiraat).Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi kemasukan UniSHAMS.Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40).\nii) Peringkat Ijazah Sarjana Muda\nPemohon mestilah beragama Islam.Pemohon sedang bermastautin/menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-sekurangnya 2 tahun.Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2022/23 (Sesi Pengambilan Ogos).Semua bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS.Lulus Diploma/Matrikulasi/STPM/ASASI dalam bidang berkaitan dengan pencapaian sekurangnya CGPA 2.5 atau sekurang-kurangnya pangkat maqbul bagi lepasan STAM.Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi UniSHAMS.Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40).\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web http://biasiswa.zakatkedah.com.my.Klik bahagian \u2018Tiada Akaun? Sila Daftar Di Sini.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Daftar Sekarang.\u2019Log masuk dengan memasukkan ID pengguna dan kata laluan.Isi maklumat permohonan dengan lengkap.Muat naik dokumen yang diperlukan.Hantar permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\nSalinan Kad Pengenalan Pemohon.Gambar pemohon berukuran passport.Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga.Salinan Penyata Gaji/Pencen/Pengesahan Pendapatan.Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggungan.Salinan kelulusan pengajian (PT3/Percubaan SPM/SPM/Sijil/Diploma/Ijazah).Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan Pengajian daripada IPT.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Pendidikan LZNK UniSHAMS, sila hubungi Bahagian Pendidikan LZNK di talian 04-7331740.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/anugerah-kecemerlangan-pendidikan-spm-yayasan-ltat/", "title": "Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM Yayasan LTAT", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan LTAT kini membuka permohonan kepada anak-anak warga ATM yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 untuk memohon Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM.\nAnugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM ini diwujudkan bagi menghargai anak-anak warga ATM yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.\nUntuk makluman, Yayasan LTAT ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan bersama oleh Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad.\nObjektif utama penubuhan yayasan ini ialah untuk mengumpulkan dana dari kalangan Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT untuk ditawarkan sebagai biasiswa atau bantuan pelajaran kepada anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara yang mencapai kejayaan cemerlang di dalam pengajian mereka.\nBagi anak-anak warga ATM yang berminat memohon anugerah kecemerlangan ini, mereka boleh membuat permohonan sehingga 7 Julai 2023 (Jumaat).\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi individu yang berminat memohon anugerah kecemerlangan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nTerbuka kepada semua anak anggota ATM dan anggota kerahan yang sedang berkhidmat sahaja.\nMenduduki peperiksaan SPM atau Setaraf Tahun 2022 dan bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan.\nAnggota yang masih berkhidmat pada hari pertama peperiksaan SPM dan yang sedang menjalani kursus peralihan layak memohon.\nMemperoleh keputusan 6A ke atas bagi Anak Pegawai dan 5A ke atas bagi Anak Anggota LLP.\n\nKategori Permohonan Tidak Layak Memohon \nTerdapat 2 kategori permohonan tidak layak memohon iaitu:\n\nAnak-Anak Pesara/Balu Tentera.\nAnak-Anak Anggota Wataniah bukan sepenuh masa.\n\nTatacara Permohonan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM\nPermohonan anugerah kecemerlangan ini boleh dirujuk melalui tatacara permohonan di bawah:\n\nMuat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/1YinObTl_DYfHxTQgwv9G-A2gKP0mdu0w/view?fbclid=IwAR3bfOzu5BBfUu1PJ8OqJ1M6vM3zjv40F8_3rwqhNHMtnGJZ5UZ79ideEm8&pli=1.\nIsi borang permohonan dengan lengkap.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar semua dokumen ke alamat sama ada:\u2013 Darat: Markas Tentera DaratCawangan Sumber Manusia(Untuk Perhatian: Sel Pendidikan TD)\u2013 LautMarkas Tentera Laut Cawangan Pembangunan Sumber Manusia(Untuk Perhatian: Pejabat Pendidikan)\u2013 Udara:Markas Tentera UdaraCawangan Perkhidmatan(Untuk Perhatian: Sel Pendidikan)\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk memohon permohonan ini adalah seperti:\n\nSalinan Keputusan Peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia.\nSalinan Kad Pengenalan Pelajar.\nSalinan My Tentera Ibu Bapa/Penjaga.\nSalinan PERBAH 2 bagi Anak Angkat/Anak Tiri.\nSalinan Slip SSPN-i pemohon (jika ada).\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM, sila layari laman web https://www.ltat.gov.my/ms/ltatmy/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ujian-kecergasan-fizikal/", "title": "Ujian Kecergasan Fizikal: Tips Lulus Dengan Mudah", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi yang memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), salah satu ujian yang perlu ditempuhi oleh calon yang memohon adalah Ujian Kecergasan Fizikal.\nMenerusi Ujian Kecergasan Fizikal, calon akan dinilai dari aspek kecergasan fizikal berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak SPA.\nCalon yang gagal dalam ujian ini tidak akan layak untuk ke peringkat seterusnya. \nTujuan utama ujian ini diadakan adalah untuk memastikan setiap calon yang memohon mempunyai kecergasan fizikal yang baik dan sihat sekiranya berjaya menjawat jawatan yang dipohon. \n\nUkuran Fizikal & Pancaindera\nBagi calon yang memohon, ukuran fizikal yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nTinggi: Tinggi Tanpa Sepatu Minima (Lelaki [email\u00a0protected]/Wanita 1.53m @ 153cm)\nBerat Badan: Berat Badan Minima (Lelaki 48kg/Wanita 46kg)\nUkuran Dada (Bagi Calon Lelaki Sahaja)\u2013 Dada Keadaan Biasa: 79\u2013 Dada Tarik Nafas: 84\n\nUntuk pemeriksaan pancaindera pula, ukuran yang ditetapkan adalah meliputi:\n\nPemeriksaan Penglihatan\u2013 Jarak penglihatan \u201cVisual Acuity\u201d 6/9 tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap\u201cContact Lenses\u201d.\u2013 Pengecaman warna dan nombor.\nPemeriksaan Pendengaran\nPemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan\n\nKriteria Ujian Kecergasan Fizikal\nUntuk ujian ini, calon perlulah memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu:\n\nLarian sejauh 2.4 km\u2013 Lelaki: 14 minit\u2013 Wanita: 17 minit\nBangun Tubi dalam tempoh masa 2 Minit\u2013 Lelaki: 30 kali\u2013 Wanita: 28 kali\nLari Ulang Alik (4 x 10meter)\u2013 Lelaki: 11 saat\u2013 Wanita: 13 saat\nLompat Jauh Berdiri\u2013 Lelaki: 215 sentimeter\u2013 Wanita: 162 sentimeter\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTips Untuk Lulus Ujian\nAntara tips yang boleh diambil perhatian untuk lulus dalam ujian ini adalah seperti berikut:\n\nBuat persediaan seperti membuat latihan kecergasan sebelum hari ujian dijalankan.\nCalon boleh mengamalkan diet makanan untuk memastikan mereka mendapat BMI yang seimbang. Pastikan mengambil makanan yang seimbang agar mencapai BMI yang ditetapkan. \nJaga kesihatan dan minum air yang banyak untuk memastikan kesihatan badan sentiasa sihat.\nTidur dan rehat yang secukupkan.\nBuat latihan mengikut kemampuan badan. Jangan memaksa untuk membuat latihan berlebihan sehingga mencederakan badan.\nDapatkan nasihat kesihatan dan latihan fizikal daripada jurulatih kecergasan yang bertauliah.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila tonton video https://www.youtube.com/watch?v=d2AUEwID4-o.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/portal-aduan-buli/", "title": "Portal Aduan Buli: Laporkan Kes Buli Secara Terus Kepada KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nMurid yang menjadi mangsa buli di sekolah kini boleh melaporkan kes tersebut terus kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Portal Aduan Buli.\nPortal Aduan Buli dilancarkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd\u00a0Radzi\u00a0bin Md\u00a0Jidin bagi menangani kes berkaitan buli yang berlaku di sekolah dengan menyediakan saluran untuk melaporkan kes buli terus ke KPM. \nPengenalan portal ini dibuat sempena pelancaran Program Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat iaitu kolaborasi antara KPM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menangani isu buli dan salah laku melibatkan penggunaan barang terlarang iaitu dadah melibatkan pelajar sekolah.\nPortal ini boleh diakses menerusi pautan iaitu https://www.moe.gov.my/aduanbuli.\n\nTakrif Buli\nBuli boleh ditakrifkan sebagai perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang murid atau kumpulan murid supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru atau perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang murid atau kumpulan murid yang biasanya lemah untuk menggertak atau menakutkan murid atau kumpulan berkenaan.\nJenis-Jenis Buli\nJenis-jenis buli yang lazimnya berlaku adalah seperti berikut:\ni) Fizikal\n\nPukul\nTumbuk\nTendang\nTolak/tarik\nTampar\nCubit\nPulas telinga\nTindih\nMenghimpit\nPeteh/bentes/tendang pada kaki\nSekeh/luku/ketuk\nCekik\nRaba\nDan lain-lain perbuatan seumpamanya\n\nii) Lisan\n\n\n\n\n\nEjekan\nPanggilan/gelaran yang mengaibkan\nFitnah\nMencarut/memaki/menghina/mengherdik/mempersenda\nDan lain-lain penyataan lisan seumpama dengannya\n\niii) Isyarat (bukan lisan)\n\nJelir lidah\nBahasa badan\nJegil mata\nIsyarat lucah\nDan lain-lain perbuatan bukan lisan seumpamanya\n\niv) Peras Ugut\n\nMinta duit secara paksa\nMemaksa mangsa membuat kerja/kerja rumah\nMinta barang secara paksa\nMemaksa menjelaskan bayaran (makanan, minuman, alat tulis, dan lain-lain)\nSembunyikan barang mangsa\nMengugut supaya merahsiakan perbuatan salah laku dan seumpama dengannya.\nMemaksa melakukan salah laku\nMenjadi orang suruhan\nDan lain-lain perbuatan seumpama dengannya\n\nv) Memulau\n\nMangsa buli tidak dimasukkan dalam kumpulan\nMangsa buli tidak diberikan kemudahan yang sepatutnya\nMangsa buli tidak diberikan kerjasama\nPembuli tidak suka murid yang ikut peraturan\n\nSaluran Aduan\nPortak Aduan Buli menyediakan tiga saluran untuk orang awam, mangsa, ibu bapa atau penjaga melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah.\nSaluran aduan mengenai buli boleh dibuat menerusi:\n\nTalian khas aduan buli: 03-88849352 atau WhatsApp: 0148009325\nEmail: [email\u00a0protected] \nSistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM iaitu https://moe.spab.gov.my/eApps/system/index.do\n\nUntuk makluman, talian khas tersebut boleh dihubungi 24 jam dan setiap aduan akan diambil tindakan segera oleh KPM\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai portal ini, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/aduanbuli.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/myspp/", "title": "mySPP: Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi individu yang ingin memohon anggota perkhidmatan pendidikan bagi tahun 2023, anda perlu memohon jawatan tersebut melalui portal mySPP yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).\nUntuk makluman, SPP ialah suruhanjaya bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu:\n\nMelantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.\nMengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.\nMeluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.\nKawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.\nMeluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan.\nBerperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.\n\nOleh itu, mana-mana individu yang berminat untuk bertugas sebagai anggota perkhidmatan pendidikan perlu membuat permohonan kepada SPP melalui sistem mySPP.\nUntuk pengambilan tahun 2023, permohonan dibuka mulai 7 April 2023 menerusi laman web https://myspp.spp.gov.my/.\n\nMengenai mySPP\nmySPP ialah sistem yang diwujudkan oleh SPP khas untuk permohonan bagi jawatan anggota perkhidmatan pendidikan.\nSistem ini dilaksanakan mulai 31 Julai 2020 yang mana pemohon yang ingin membuat membuat permohonan anggota perkhidmatan pendidikan hanya boleh memohon melalui sistem mySPP sahaja.\n\n\n\n\nCara Mendaftar mySPP\nIndividu yang ingin mendaftar buat kali pertama di dalam sistem mySPP boleh mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web mySPP iaitu\u00a0https://myspp.spp.gov.my/\nKlik butang \u2018Daftar Akaun Baru\u2019.\nMasukkan maklumat seperti maklumat asas, soalan keselamatan, maklumat kata laluan, dan kod keselamatan. \nSelepas maklumat tersebut diisi, klik butang \u2018Daftar.\u2019\nUntuk pengguna yang ingin mengisi semula maklumat, klik butang \u2018Semula.\u2019\nPengguna akan menerima paparan \u2018Tahniah! Pendaftaran Berjaya!\u2019 menandakan pendaftaran mySPP telah berjaya dilakukan.\nJika pendaftaran tidak berjaya, pengguna akan menerima paparan lain seperti:\u2013 \u2018Kata Laluan dan Sahkan Kata Laluan Tidak Sama:\u2019 Kata laluan yang diberikan adalah tidak sama dengan pengesahan.\u2013 \u2018Kod Keselamatan Salah:\u2019 Kod keselamatan perlu dimasukkan dengan betul.\u2013 \u2018Maaf! No K/P atau nama tidak tepat. Sila masukkan No K/P dan nama seperti yang tertera di Kad Pengenalan:\u2019 Pengguna perlu memasukkan no kad pengenalan dengan betul.\u2013 \u2018Maaf pendaftaran tidak berjaya. Sila hubungi Hotline SPP atau SISPAA-SPP:\u2019 Pengguna bukan warganegara atau pemastautin tetap atau telah meninggal dunia atau maklumat tidak sah oleh Jabatan Pendaftaran Negara.\n\nKemaskini Maklumat \nSelepas pendaftaran berjaya, pengguna boleh mula mengemaskini maklumat peribadi melalui langkah-langkah berikut: \n\nSila login semula portal mySPP dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan. \nPada paparan maklumat pemohon, masukkan semua maklumat peribadi yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Simpan\u2019 setelah selesai. \nSeterusnya, klik bahagian \u2018Maklumat Akademik\u2019 di kiri paparan.\nMasukkan semua keputusan peperiksaan yang pernah diambil pemohon merangkumi:i) PT3/PMR/SRP/LCEii) SPM/MCE/SPM(V)iii) Peperiksaan Tambahaniv) STPM/STP/HSCv) Pengajian Tinggivi) Profesional\nSetlah selesai mengisi semua maklumat tersebut, klik butang \u2018Simpan\u2019.\nKemudian, pada bahagian Sukan dan Persatuan, Rekacipta/Pencapaian, isikan maklumat di setiap peringkat dan klik \u2018Simpan.\u2019\nKemudian, menu akan dipaparkan iaitu \u201cAdakah anda sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam/Kerajaan Tempatan/Badan Berkanun/Polis?\u201d\nJika jawapan ialah \u2018Ya,\u2019 pada bahagian \u2018Pegawai Sedang Berkhidmat\u2019 klik sub-menu \u2018Pengalaman Bekerja di Sektor Awam\u2019 dan isikan maklumat diperlukan diikuti dengan klik \u2018Simpan.\u2019\nPada bahagian \u2018Maklumat Tambahan\u2019, pemohon perlu mengisi pada maklumat-maklumat seperti Bakat/Kebolehan Bahasa, Bekas Tentera/Polis (jika berkenaan) dan Penerima Bantuan/Kurang Upaya (jika berkenaan). \nKlik butang \u2018Simpan\u2019 di setiap bahagian terbabit setelah selesai mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan.\n\nCara Memohon mySPP\nSetelah selesai kemaskini maklumat, pengguna boleh membuat permohonan jawatan yang ditawarkan melalui langkah-langkah berikut:\n\nKlik pada bahagian \u2018Jawatan Dimohon\u2019, diikuti dengan klik sub menu \u2018Jawatan SPP\u2019 dan klik sub-menu \u2018Jawatan PDRM/LAIN.\u2019\nPilih jawatan pada ruang \u2018Jawatan Yang Layak Dipohon,\u2019 diikuti dengan klik \u2018>>\u2019 bagi memasukkan jawatan tersebut ke dalam ruang \u2018Jawatan Yang Dipohon\u2019\nSekiranya pengguna ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, pilih jawatan tersebut di ruang \u2018Jawatan Yang Dipohon\u2019 dan tekan butang \u2018<<.\u2019\nPengguna perlu memilih Pusat Temuduga/Ujian Khas mengikut senarai yang diberikan.\nKlik butang \u2018Simpan\u2019 untuk menyimpan maklumat yang telah diisi.\nKlik pada bahagian \u2018Pengakuan Pemohon.\u2019\nKemudian klik pada kotak \u2018Saya setuju\u2019 dan tanda \u2018\u221a\u2019 akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.\nKemudian, klik butang \u2018Hantar.\u2019\n\nPengguna dibenarkan memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan tetapi pengguna dinasihatkan supaya memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki serta minat bagi jawatan yang dipohon.\nPertanyaan Lanjut\nPemohon yang mempunyai pertanyaan dan info lanjut boleh menghubungi Talian Hotline mySPP di talian 03-8893 4019/4020 atau memberikan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP) iaitu\u00a0https://myspp.spp.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tingkatan-1-sekolah-menengah-imtiyaz-yt-2023/", "title": "Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Imtiyaz YT 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Menengah Imtiyaz Yayasan Terengganu bagi tahun 2023, permohonan kemasukan akan dibuka.\nUntuk makluman, Sekolah Menengah Imtiaz telah ditubuhkan pada tahun 1999 di Besut hasil cetusan idea Dato\u2019 Seri\u00a0 Idris Jusoh\u00a0 yang pada masa itu Timbalan Menteri Pembangunan dengan mengabungkan aliran Sains dan Agama (hafazan/dinniyah).\nSekolah ini kemudiannya diletakkan di bawah pengurusan Yayasan Terengganu dan mula berkembang meliputi empat buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Yayasan Imtiyaz Dungun, Kuala Berang, Kuala Terengganu dan Kemaman dan kini berkembang kepada 8 buah sekolah di seluruh Terengganu.\nSelain menggabungkan alisan Sains dan Agama, sekolah ini juga program khas tahfiz Mandarin bermula pada tahun 2020 iaitu di Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu Marang.\n\n\nSenarai Sekolah\nSenarai Sekolah Menengah Imtiyaz di seluruh Terengganu adalah seperti berikut:\nSekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu \u2013 Besut Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu \u2013 Dungun Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu \u2013 Kuala Berang Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu \u2013 Kuala Terengganu Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu \u2013 Kemaman Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu \u2013 Setiu Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu \u2013 Kuala Nerus Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu \u2013 Marang\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\ni) Sekolah Menengah Imtiyaz\nPemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:\u2013 lbu atau/dan bapa lahir di Terengganu; atau\u2013 lbu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.Pemohon wajib mengisi borang online dan wajib menduduki Ujian Kemasukan lmtiaz serta sesi temu duga.Lulus dalam Ujian Kemasukan lmtiaz secara bersemuka. Hanya calon yang lulus Ujian Kemasukan lmtiaz sahaja yang akan dipanggil ke sesi temu duga yang merangkumi ujian hafazan. penguasaan benasa serta personaliti (kecerdasan lntelektual dan lnsaniah).Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah. sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.Bersetuju menerima Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu yang ditawarkan \u2013 penempatan pelajar berdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu yang berkaitan.\nii) Program Khas Tahfiz Mandarin (Sekolah Menengah Imtiyaz Yayasan Terengganu Marang)\nPemohon meslilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu:\u2013 lbu atau/dan bapa lahir di Terengganu; atau\u2013 lbubapa telah bermastautin di T erengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun danmempunyai ntat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.Mengambil mata pelajaran Bahasa Cina \u2013 keutamaan diberikan kepada calon danpada SJK(C).Boleh membaca dan minat menghafaz AI-Quran.Pemohon WAJIB mengisi borang online dan WAJIB menduduki Ujlan Kemasukan lmtlaz serta sesi temu duga.Lulus dalam Ujian Kemasukan lmtiaz secara bersemuka. Hanya calon yang Iulus Ujian Kemasukan lmtiaz sahaja yang akan dipanggil ke sesi temu duga yang merangkumi ujian hafazan, penguasaan Bahasa Cina serta personaliti (Kecerdasan lntelektual dan lnsaniah).Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, slnat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.Bersetuju menerima penempatan di Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu Marang.Bersetuju mematuhl sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu yang berkaitan.\nCara Memohon\nSetiap permohonan perlu dibuat melalui laman web https://ytklik.terengganu.gov.my/application/14/online.\nTarikh permohonan dibuka pada 30 Oktober 2022 dan akan ditutup pada 30 November 2022.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke Sekolah Menengah lmtiaz Yayasan Terengganu 2023, sila hubungi 09-6221733.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jadual-peperiksaan-stam/", "title": "Jadual Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nLembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan jadual peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2022 kepada pelajar yang bakal mengambil peperiksaan ini.\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, seramai 4,634 orang calon telah mendaftaruntuk menduduki peperiksaan ini di 134 buah pusat peperiksaan seluruh negara.\nUntuk makluman, STAM merupakan peperiksaan yang setaraf dengan STPM yang telah diperkenalkan pada tahun 2000 hasil Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan yang ditandatangani pada 18 November 1999 antara KPM dan Al-Azhar Al-Syarif.\nTarikh Peperiksaan\nTarikh peperiksaan STAM 2022 akan berlangsung pada 16 Januari hingga 19 Januari 2023, 30 dan 31 Januari 2023, serta 2 Februari 2023.\nSubjek Peperiksaan\nUntuk pengetahuan, peperiksaan ini akan melibatkan subjek-subjek berikut iaitu:\n\n\n\n\n\nHifz Alquran dan Tajwid\nFiqh\nTauhid dan Mantiq\nTafsir dan Ulumuhu\nHadith dan Mustolah\nNahu dan Sarf\nInsya\u2019 dan Mutalaah\nAdab dan Nusus\n\u2019Arudh dan Qafiyah\nBalaghah\n\nJadual Peperiksaan\nJadual peperiksaan STAM bagi tahun 2022 adalah seperti berikut:\n\nDokumen Yang Perlu Dibawa\nPelajar yang bakal mengambil peperiksaan ini diingatkan untuk membawa dokumen berikut semasa hari peperiksaan iaitu:\n\nDokumen Pengenalan Diri (Kad Pengenalan)\nPernyataan Pendaftaran Peperiksaan\n\nPeringatan Peperiksaan\nCalon yang menduduki peperiksaan ini sama ada di dewan/bilik peperiksaan adalah dilarang:\n\nMembawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam Dewan/Bilik Peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.\nMenulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di Dewan/Bilik Peperiksaan.\nMendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.\nMemberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar Dewan/Bilik Peperiksaan walau dengan apa-apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.\nMenukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.\nMenukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.\nMenyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.\nMembuat rujukan di luar Dewan/Bilik Peperiksaan semasa peperiksaan.\nMembawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari Dewan/Bilik Peperiksaan.\nMembuat cubaan memberi suapan/rasuah dengan apa-apa cara sekalipun kepada petugaspeperiksaan/petugas pemeriksaan.\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai peperiksaan STAM 2022, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/index.php/jadual-waktu-peperiksaan/1188-jadual-waktu-peperiksaan-stam-2022 dan https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyataan-media/km-berhubung-peperiksaan-sijil-tinggi-agama-malaysia-tahun-2022.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kadar-khas-saman-trafik-rm50/", "title": "Cara Bayar Kadar Khas Saman Trafik PDRM RM50", "body": "\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan kadar khas bayaran saman trafik PDRM sebanyak RM50 sahaja.\nIni adalah sebahagian daripada inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.\nUntuk makluman, terdapat 6 lagi inisiaitif yang diumumkan Perdana Menteri sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini.\nTempoh Tawaran Kadar Khas\nTempoh pembayaran bagi kadar khas ini adalah pada 21 April 2023 sehingga 21 Mei 2023.\nKadar Khas Saman\nKadar khas saman PDRM ini hanya RM50 sahaja.\nJenis Saman\nSemua jenis saman adalah layak untuk menerima kadar khas ini.\nNamun, kadar khas ini hanya tertakluk kepada saman trafik PDRM yang dikeluarkan pada tahun 2022 dan sebelumnya sahaja.\nIni bermakna, kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada 2023.\n\n\n\n\nCara Pembayaran Saman\nPembayaran saman ini boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:\ni) Aplikasi MyBayar Saman\n\nMuat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play dan App Store.\nKlik butang \u201cDaftar.\u201d\nLengkapkan maklumat peribadi dengan betul.\nKemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.\nKlik butang \u201cSemakan Saman\u201d di menu utama.\nButiran dipaparkan.\nKlik butang \u201cBayaran Saman\u201d di menu utama.\nPilih saman yang hendak dibayar.\nPilih mod bayaran.\nButiran transaksi bayaran dipaparkan.\nSemak sejarah transaksi di paparan aktiviti.\n\nii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)\niii) Mesin ATM Maybank di seluruh negara\niv) Semua kaunter pejabat pos Malaysia\n\nInfo Lanjut Diskaun Saman Kadar Khas RM50\nInfo lanjut mengenai kadar khas saman trafik ini, sila layari laman web https://www.rmp.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jawatan-kosong-guru-kafa-negeri-sembilan/", "title": "Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Negeri Sembilan 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang berminat untuk memohon jawatan sebagai guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) secara kontrak di Negeri Sembilan, permohonan bagi jawatan ini talah dibuka.\nUntuk makluman, permohonan bagi jawatan guru KAFA di Negeri Sembilan ini diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sebagai agensi yang menguruskan pengurusan kelas KAFA di Negeri Sembilan.\nOleh itu, individu yang berminat boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan dan perlu membuat penghantaran sebelum 1 Mei 2022.\n\nJumlah Gaji\nJumlah gaji yang ditawarkan bagi guru kelas KAFA ini adalah sebanyak RM 1,000.00 sebulan.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia.Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklanjawatan.Memiliki kelulusan seperti yang berikut:a) Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjekBahasa Melayu.b) Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) bagi subjek:\u2013 Pendidikan Islam; atau\u2013 Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah; atau\u2013 Pendidikan Syariah Islamiah; atau\u2013 Subjek yang setaraf seperti di atas.c) Lulus bagi subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (komunikasi).Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam al-Quran, fardhu ain dan tulisan jawi.Keutamaan adalah calon kelahiran Negeri Sembilan; dan Bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah KAFA di seluruh Negeri Sembilan.\nTatacara Permohonan\nPermohonan bagi jawatan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan berikut https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1EPcuh4G630twKEtRaDQBHp33Iul5XzrO.Muat turun borang permohonan.Lengkapkan borang permohonan tersebut.Sediakan dokumen yang diperlukan.Tuliskan nama daerah yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat.Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan70990 SerembanNegeri Sembilan Darul Khusus(u.p: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, JHEAINS)\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk disediakan oleh pemohon adalah seperti berikut:\nSalinan surat beranak yang telah disahkan.Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.Salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan.\nUjian Bertulis & Temu Duga\nCalon yang layak akan dihubungi melalui telefon atau emel bagi menghadiri ujian bertulis dan seterusnya sesi temu duga.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-pelajaran-yayasan-amal-tenaga/", "title": "Permohonan Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Amal Tenaga (YAT) telah membuka permohonan bantuan pelajaran kepada mereka yang memerlukan iaitu Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga.\nYayasan Amal Tenaga merupakan yayasan yang diwujudkan di bawah Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB).\nPermohonan bantuan pelajaran ini terbuka kepada keluarga yang mempunyai anak di sekolah rendah,sekolah menengah dan penuntut universiti/Institusi Pengajian Tinggi sepenuh masa yang diiktiraf.\nPemohonan boleh membuat permohonan segera untuk memohon bantuan ini sebelum 15 Disember 2022.\nPembahagian & Kelayakan\nPembahagian dan kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nTerhad kepada 150 keluarga yang mempunyai anak di sekolah rendah dengan bantuan pelajaran berjumlah RM250.\nTerhad kepada 250 keluarga yang mempunyai anak di sekolah menengah dengan bantuan pelajaran berjumlah RM500.\nTerhad kepada 150 keluarga yang mempunyai anak yang menuntut di universiti/Institusi Pengajian Tinggi sepenuh masa yang diiktiraf dengan bantuan pelajaran berjumlah RM750.\n\nProsedur Permohonan\nProsedur untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\n\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut http://www.koptnb.com/pdf/BorangBantuanPelajaran.pdf.\nIsi borang permohonan dengan lengkap.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nBorang permohonan dan dokumen yang diperlukan mestilah dihantar melalui pos sahaja ke alamat berikut:\n\nYayasan Amal Tenaga96, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\n\nSalinan Kad Pengenalan Pemohon.\nSalinan Kad Pengenalan atau Surat Daftar Kelahiran (kanak-kanak) yang jelas dan terang.\niSalinan Kad Pengenalan Pemilik Akaun Bank.\nSalinan Nombor Akaun Bank/Slip Pengesahan akaun.\nSalinan Sijil Cerai/Sijil Kematian (suami / isteri) (jika perlu).\nSurat pengesahan pendapatan/slip gaji.\nSurat pengisytiharan pendapatan/Surat Akuan Sumpah.\nSurat pengesahan dari sekolah/universiti.\n\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut, sila layari laman web http://www.koptnb.com/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-murid-tahun-1-sra-jawi-2024-2025/", "title": "Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 SRA JAWI 2024/2025", "body": "\n\n\n\n\n\nJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan membuka permohonan bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke Tahun 1 di Sekolah Rendah Agama (SRA JAWI) bagi tahun 2024/2025.\nSekolah Rendah Agama JAWI merupakan institusi pendidikan di bawah JAWI yang menyediakan pendidikan agama peringkat rendah bermula daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6.\nMurid-murid yang bersekolah di sekolah SRA JAWI ini kemudiannya akan mengikuti Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) bagi melengkapkan persekolahan mereka di sekolah tersebut. \nOleh itu, ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke SRA JAWI boleh dibuat mulai 1 Mei 2023 sehingga 31 Mei 2023 secara atas talian.\n\nSyarat Kemasukan SRA JAWI \nSyarat untuk memohon kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nKanak-kanak lahir pada 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018.\nPermohonan perlu dibuat secara atas talian sahaja.\n\nSenarai Sekolah\nSenarai sekolah ini di seluruh Wilayah Persekutuan boleh dirujuk melalui pautan https://www.jawi.gov.my/index.php/component/institution/items.\nTatacara Permohonan SRA JAWI \nUntuk membuat permohonan, ibu bapa boleh mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdDCOQKRO_h0yFFjHB5N4hL2LvcF5Or7BHHT_W36RNPOnHDTA/viewform.\nIsi maklumat permohonan yang ditetapkan dan klik butang \u2018Next\u2019 dalam setiap paparan.\nSetelah semua maklumat diisi, klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kemasukan Sekolah Rendah Agama JAWI Tahun 1 sesi 2023 boleh dirujuk melalui laman web https://www.jawi.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-ekonomi-tingkatan-4/", "title": "Buku Teks Ekonomi Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku Teks Ekonomi Tingkatan 4\u00a0KSSM ini diterbitkan untuk memenuhi objektif Kurikulum Standard Ekonomi iaitu menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas ekonomi.\nIni bagi memupuk nilai-nilai murni supaya murid dapat menyedari dan memahami masalah ekonomi, menghargai sumbangan daripada segala kegiatan ekonomi serta menyelesaikan masalah seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab.\nKandungan buku ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)\u00a0dan dirancang sebagai satu bahan pengajaran dan pembelajaran bagi guru dan juga sebagai satu sumber rujukan penting bagi murid.\nBuku ini menekankan kepentingan Kemahiran Abad ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta pembelajaran kendiri melalui digital media yang disediakan dalam buku.\n\nLatar Belakang Mata Pelajaran Ekonomi Tingkatan 4\nMata pelajaran Ekonomi Asas adalah salah satu mata pelajaran elektif untuk Tingkatan 4 dan 5. \nSukatan pelajaran Ekonomi Asas digubal dengan tujuan memberi murid pemahaman yang teguh mengenai prinsip asas ekonomi bagi membantu mereka memahami dunia moden dan membuat keputusan yang akan membentuk masa depan. \nMelalui mata pelajaran ini, murid dapat memahami masalah yang berpunca daripada sumber terhad dan membuat pilihan yang rasional tentang penggunaannya. \nPemahaman ekonomi juga dapat membantu individu memainkan peranan sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab dalam masyarakat.\nBerikut dikongsikan kandungan buku teks serta skema jawapan bagi soalan-soalan yang terkandung di dalamnya untuk rujukan para pelajar, guru serta ibu bapa.\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\ni) Bab 1 Pengenalan kepada Ekonomi\n\nKonsep Kekurangan, Pilihan, dan Kos Lepas\nSistem Ekonomi serta Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi\n\nii) Bab 2 Pasaran\n\nKeseimbangan Pasaran\nKeanjalan Harga\n\niii) Bab 3 Wang, Bank, dan Pendapatan Individu\n\nWang dan Bank\nPendapatan Individu\nPenggunaan Pendapatan Individu\n\niv) Bab 4 Pengeluaran\n\nKonsep Pengeluaran, Kos dan Hasil\nProduktiviti dan Eksternaliti\n\nMuat Turun Buku Teks Ekonomi Tingkatan 4\nBuku Teks Digital Ekonomi Tingkatan 4 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBukuTeks-Ekonomi-Tingkatan-4Download\nSkema Jawapan\nSkema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:\nJawapan-Ekonomi-Tingkatan-4Download\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut :\u00a0http://www.moe-dl.edu.my\nBaca juga:\n\nBuku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP KSSM\nBuku Teks Sains Tingkatan 1 DLP KSSM\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bap-yayasan-bank-rakyat-unimap-rm1000/", "title": "Bantuan Awal Pengajian (BAP) Yayasan Bank Rakyat UNIMAP RM1,000", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Bank Rakyat menawarkan Bantuan Awal Pengajian (BAP) untuk pelajar di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang memerlukan.\nTujuan utama pemberian BAP ini mengurangkan bebanan kewangan pelajar dari keluarga berpendapatan B40 terutamanya yang telah terjejas akibat penularan COVID-19.\nPemberian bantuan ini diharap dapat membantu pelajar daripada golongan B40 dan menaikkan semangat mereka untuk terus berjaya dalam pengajian. \nPelajar yang berminat, boleh membuat permohonan secara online menerusi borang permohonan yang disediakan. \nPermohonan boleh dibuat mulai 29 September hingga 05 Oktober 2022.\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan yang akan diberikan kepada pelajar yang layak adalam RM1,000 seorang.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut:\nPelajar yang berstatus aktif pengajian sahaja.Pelajar yang berada di semester 1, 2 dan 3 (kemasukan pada tahun 2021 dan 2022 ).Bantuan diutamakan kepada pelajar anak yatim piatu/yatim dan keluarga yang berpendapatan RM3000 dan terjejas akibat COVID-19.\nCara Memohon \nPermohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nKlik pautan pendaftaran berikut https://forms.gle/xZyJeRbWz3Ggdady7.Isi maklumat yang diperlukan.Pastikan semua maklumat diisi.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\nPelajar perlu melampirkan kad matrik visual/surat tawaran pengajian/butiran pelajar di sistem OSI.Slip Gaji/Surat Pengesahan Pendapatan Penjaga dan Pasangan Penjaga yang terkini.Surat pengesahan pendapatan perlu disahkan dari JKK/Penghulu/Pengerusi Kawasan atau sejawatan dengannya (tiada slip gaji).\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai BAP Yayasan Bank Rakyat ini, sila hubungi talian 04-9414430/4431.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tingkatan-6-sbp-kisas-smap-labu-2023/", "title": "Permohonan Tingkatan 6 SBP KISAS & SMAP Labu 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang baru sahaja mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ingin menyambung pengajian di salah satu daripada dua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan SMA Persekutuan (SMAP) Labu, permohonan kemasukan untuk 2023 telah dibuka.\nKISAS yang terletak di Klang, Selangor dan SMAP Labu yang terletak di Labu, Negeri Sembilan merupakan antara SBP yang terkemuka di dalam negara yang turut menawarkan pengajian bagi Tingkatan 6.\nPelajar yang berminat untuk memasuki salah satu daripada 2 SBP ini boleh membuat permohonan mulai 02 Jun 2023 sehingga 30 Jun 2023.\n\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi calon yang berminat untuk memohon adalah seperti:\n\nTerbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2023. \nLulus peperiksaan Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam Bahasa Melayu.\n\nSyarat Khusus\nSelain itu calon juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:\n\nMemperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu\u2019asirah/Turath Bahasa Arab Peperiksaan SPM 2020/ 2021/2022.\nMemperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Tasawwur Islam/Pendidikan Islam/Pendidikan Syari\u2019ah Islamiah/Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/Usul Al-Din/Al-Syariah/Manahij Al-\u2018Ulum Al Islamiah/Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/Turath Dirasat Islamiah Peperiksaan SPM 2020/ 2021/2022.\nMemperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga (3) mata pelajaran terbaik Peperiksaan SPM 2020/ 2021/2022.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan kemasukan Tingkatan 6 SBP ini boleh dibuat menerusi tatacara berikut:\n\n\n\n\n\nKlik link permohonan berikut http://moe.bpsbp.edu.my/mohonT62023.\nIsi semua maklumat yang diperlukan.\nPastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan betul.\nKlik butang \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan tersebut.\n\nPemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak sekolah Kolej Sultan Alam Shah dan SMA Persekutuan Labu dan surat tawaran kemasukan akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui email yang diberikan.\nSurat dan Lampiran Tawaran akan dimaklumkan melalui emel kepada pemohon yang berjaya dalam tempoh 03 Julai hingga 20 Julai 2023.\nRayuan Kemasukan\nJika pemohon mendapat status gagal dalam permohonan, mereka boleh mengemukakan surat rayuan kepada pihak KPM.\nSurat rayuan tersebut mestilah dihantar melalui email ke alamat [email\u00a0protected] atau [email\u00a0protected] bermula 03 Julai hingga 31 Julai 2023.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 6 SBP KISAS dan SMAP Labu, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh di talian 03-8321 7400 atau emel ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cara-kira-cgpa-uitm/", "title": "Cara Kira GPA & CGPA UiTM (Pointer Setiap Semester)", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar UiTM, anda boleh mengetahui CGPA lebih awal jika anda mengetahui cara kira CGPA UiTM.\nCGPA\u00a0atau Cumulative Grade Point Average ialah Purata Nilai Gred Kumulatif atau terkumpul setiap semester. \nDalam erti kata yang lain, CGPA ialah markah keseluruhan bagi semua semester yang telah dilalui oleh seseorang pelajar.\nIni bermakna, jumlah pointer dari semester satu sehingga sehingga semester akhir dikira bagi mendapatkan purata nilai semester yang telah dilalui. \nPelajar boleh memperbaiki CGPA mereka dengan meningkatkan grade GPA (Grade Point Average) pada setiap semester. \nGred & Markah Peperiksaan\nGred dan markah peperiksaan yang digunakan di UiTM adalah seperti berikut:\n\nCara Pengiraan CGPA UiTM\nMenerusi perkongsian daripada Zida Fira, berikut cara kira CGPA UiTM:\ni) Keputusan Semester 1\nSubjekKreditGred Mata NilaiJumlah Mata NilaiProgramming For Engineers3B3.009.00Statistics3B3.009.00Thermodynamics I3A-3.7011.10Laboratory I2A-3.707.40Calculus2B-2.705.40English For Academic Communication 2B-2.705.40Islamic And Asian Civilization I2B+3.306.60\nPengiraan GPA Bagi Semester 1 adalah seperti berikut:\nGPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai/Hasil tambah semua kredit\nGPA = 9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60/3+3+3+2+2+2+2\nIni bermakna, GPA semester 1 = 3.17\n\n\n\n\nii) Keputusan Semester 2\nSubjekKreditGredMata NilaiJumlah Mata NilaiDynamics3B3.009.00Engineering Drawing3B+3.309.90Material Science3C-1.705.10Engineering Mathematics3B-2.708.10Islamic And Asian Civilization II2 B-2.705.40Swimming I1A4.004.00\nGPA = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai/Hasil tambah semua kredit\nGPA = 9.00+9.90+5.10+8.10+5.40+4.00/3+3+3+3+2+1\nIni bermakna, GPA sem 2 = 2.77\nUntuk mengira CGPA pula, GPA semester 1 adalah sama CGPA semester 1 kerana purata diperoleh dengan mengira keputusan satu semester sahaja iaitu semester 1 iaitu 3.17. \nUntuk pengiraan CGPA Bagi semester 2 pula, nilai CGPA diperoleh dengan mendapatkan purata bagi keputusan kedua-dua semester iaitu semester 1 dan 2.\nIni bermakna, CGPA semester 2 = Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester/Hasil tambah semua kredit bagi semua semester\nCGPA = 53.90+41.50/17+15\nJadi, CGPA semester 2 = 2.98\nBaca juga: \n\nKetahui 8 Hala Tuju Pengajian Selepas SPM\nPeta i-Think: Peta Pemikiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tabung-keusahawanan-siswa-uitm/", "title": "Tabung Keusahawanan Siswa UiTM: Pinjaman Sehingga RM3000", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar atau mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) boleh membuat pinjaman bagi tujuan menjalankan perniagaan mereka menerusi Tabung Keusahawanan Siswa.\nTabung ini diuruskan oleh Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) untuk melahirkan lebih ramai pelajar atau mahasiswa yang terlibat dalam bidang keusahawanan.\nIni juga bagi membantu pelajar atau mahasiswa yang memerlukan dana untuk memulakan perniagaan atau menambah modal perniagaan mereka.\nPelajar atau mahasiswa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman ini boleh mengemukakan permohonan secara atas talian.\n\nJumlah Pembiayaan \nJumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah minima RM500 dan maksima adalah sebanyak RM3000.\nTiada sebarang faedah ditetapkan dan pelajar hanya perlu membayar kembali jumlah amaun yang dipinjam sahaja.\n\n\n\n\nTempoh bayaran balik adalah selama 10 bulan daripada tarikh penerimaan pinjaman.\nSyarat Kelayakan Tabung Keusahawanan Siswa UiTM\nSyarat kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan Tabung Keusahawanan Siswa ini adalah seperti berikut:\n\nPelajar UiTM sepenuh masa.\nHad minimum RM500 dan maksimum RM3000.\nMempunyai SSM.\nWajib mengisi borang MyENt.\nMemulakan atau mengembangkan perniagaan sedia ada.\nHadir temu duga (sekiranya perlu).\nPernah menyertai program keusahawanan anjuran MESMED (sekiranya ada).\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan pinjaman ini boleh dibuat menerusi tatacara berikut:\n\nLayari laman web permohonan iaitu https://masmedapps.uitm.edu.my/tabungsiswa.\nKlik \u201cMohon Sekarang.\u201d\nMasukkan no pelajar dan klik \u201cSemak.\u201d\nLengkapkan borang permohonan dan muat naik dokumen yang diperlukan.\nPastikan semua maklumat dan dokumen dimuat naik.\nKlik \u201cHantar\u201d untuk menghantar permohonan.\n\nSemakan Status Permohonan\nSemakan status permohonan pinjaman ini boleh dibuat menerusi tatacara di bawah:\n\nLayari laman web https://masmedapps.uitm.edu.my/tabungsiswa/semak.php.\nMasukkan no permohonan dan no kad pengenalan.\nKlik \u201cSemak.\u201d\nStatus permohonan dipaparkan.\n\nPertanyaan Lanjut Tabung Keusahawanan Siswa UiTM\nPertanyaan lanjut mengenai Tabung Keusahawanan Siswa, sila hubungi pihak MASMED di talian 03-5543 5663/5669/5675.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tajaan-pelajar-cemerlang-felda-2023/", "title": "Tawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nFELDA melalui\u00a0Yayasan Felda\u00a0menawarkan tajaan kepada pelajar lepasan SPM 2022 khusus kepada anak peneroka, generasi baharu FELDA, dan anak petugas Kumpulan FELDA iaitu Tawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA menerusi Program Global Digital Leadership dengan kerjasama Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU). \nProgram ini merupakan tajaan pelajar cemerlang kepada anak peneroka, generasi baharu FELDA , dan anak petugas Kumpulan FELDA untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.\nUntuk makluman, program ini adalah cetusan dan ilham Pengerusi FELDA bagi melahirkan insan berkepimpinan pendigitalan global kearah \u2018Greater of the Future\u2019.\nBagi pengambilan Jun 2023, permohonan boleh dibuat secara atas talian dan tarikh tutup permohonan ini adalah selepas 14 hari keputusan SPM 2022 diumumkan. \n\nPerincian Tawaran\nMenerusi program ini, pelajar akan ditawarkan dengan tawaran berikut:\n\n\n\n\n\nTawaran tajaan peringkat Foundation dan Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU).\nElaun sara hidup sepanjang pengajian.\nKemudahan penginapan.\nProgram tambahan pengajian Bahasa Asing (Korea), Intensive English Programme.\nNeuro Linguistic Programming (NLP).\nPensijilan IR4.0. \n\nProgram Pengajian\nProgram pengajian yang ditawarkan di bawah tajaan penuh FELDA adalah seperti berikut:\n\nBahasa Antarabangsa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea): Tempoh Pengajian- 3 Bulan\nFoundation (Computing & Technology): Tempoh Pengajian-12 Bulan\nIjazah Sarjana Muda (School of Computing & Technology): Tempoh Pengajian- 36 Bulan Bidang Pengkhususan seperti Cyber Security, Big Data, loT, FinTech, Computer Games Development, Multimedia VP/AR, Computer Science, Intelligent Systems, Software Engineering dan seumpamanya.\nPensijilan IR 4.0: Tempoh Pengajian- 10 Hari APU Certified Java Developer, APU Certified Cybersecurity Engineer, APU Certified Data Engineer, APU Certified Data Cloud Practitioner, APU Certified Network Administrator, APU Certified Animator, APU Certified Digital Marketing Specialist.\nProgram Neuro Linguistik (FELDA)\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:\n\nPemohon memperoleh sekurang-kurangnya 7A dan ke atas dalam keputusan peperiksaan SPM 2021.\nMerupakan Anak Peneroka/Generasi Baharu FELDA/anak petugas FELDA dan Kumpulan FELDA.\nPemohon merupakan lepasan SPM 2021.\nPemohon mempunyai kualiti kepimpinan yang kuat, berkeupayaan berpasukan yang tinggi serta cemerlang dalam bidang sukan dan aktiviti kokurikulum.\nPemohon mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.\n\nCara Memohon\nPermohonan program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web permohonan iaitu \u2013 Borang Permohonan Anak Peneroka & Generasi Baharu FELDA: https://tinyurl.com/4ms6kp4k\u2013 Borang Permohonan Anak Petugas FELDA & Kumpulan FELDA: https://tinyurl.com/4k2ue9f5\nIsi semua maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nMaklumat Lanjut \nMaklumat lanjut mengenai DGL, sila hubungi:\n\nFarah Nadirah (Bahagian Akademik Yayasan FELDA): 03-2693 4224 [email\u00a0protected]\nShahrul (Bahagian Pendidikan FELDA): 03-2191 2084 [email\u00a0protected]\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/contoh-surat-berhenti-kerja/", "title": "Contoh Surat Berhenti Kerja", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi individu yang ingin berhenti kerja, salah satu cara untuk memaklumkan perkara tersebut kepada majikan anda adalah dengan menghantar surat berhenti kerja.\nSurat ini dihantar untuk memaklumkan secara rasmi kepada majikan mengenai hasrat untuk pemberhentian kerja.\nUntuk penulisan surat ini, maka surat ini perlu menggunakan format surat rasmi kerana surat ini berbentuk rasmi.\nPengenalan\nApakah yang dimaksudkan dengan surat rasmi? Surat rasmi ialah surat yang ditulis bagi tujuan urusan-urusan rasmi.\nUrusan rasmi tersebut merujuk kepada urusan yang berhubung dengan jabatan kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan, institusi, syarikat swasta dan individu.\nSurat Berhenti Kerja secara rasmi boleh dihantar oleh pekerja kepada majikan dengan tempoh notis yang dipersetujui mengikut kontrak yang ditandatangani ketika mula diambil bekerja.\nContoh & Format Surat Berhenti Kerja\nFormat surat rasmi mengandungi 8 perkara yang perlu ada iaitu:\n\nNama dan alamat pekerja\nNama, jawatan, dan alamat majikan\nTarikh surat ditulis\nPanggilan majikan\nTajuk surat\nPengenalan\nIsi kandungan surat\nTandatangan dan nama pekerja\n\n1. Nama dan alamat pekerja\nNama penuh dan alamat pekerja perlu ditulis pada bahagian sebelah kiri paling atas surat.\n2. Nama, jawatan, dan alamat majikan\nNama penuh, jawatan, dan alamat majikan mestilah ditulis di bawah nama pengirim yang dipisahkan dengan satu garisan panjang.\nJawatan majikan mestilah ditulis di bawah nama pekerja tersebut.\nAlamat majikan pula mestilah alamat pejabat yang merujuk kepada tempat agensi/jabatan/organiasi beroperasi.\nLazimnya, surat ini dihantar kepada pengurusan tertinggi atau Pengurus Sumber Manusia di sesebuah syarikat atau organisasi. \n3. Tarikh surat ditulis\nTarikh surat ditulis mestilah diletakkan di bahagian kanan surat iaitu sebaris dengan negeri penerima.\n4. Panggilan Penerima\nPanggilan penerima yang biasa digunakan ialah Tuan dan perlu ditulis di bawah negeri penerima di bahagian kiri.\n5. Tajuk surat\n\n\n\n\nTajuk surat perlu ditulis di bawah panggilan penerima tersebut dan mestilah ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan.\nTajuk surat tersebut mestilah menyatakan perkara mengenai tujuan utama surat ini ditulis iaitu untuk berhenti kerja. \n6. Isi Surat\nIsi surat tersebut perlu memberi penerangan mengenai secara terperinci hasrat pekerja tersebut untuk berhenti kerja.\n7. Tandatangan dan nama pekerja\nPekerja tersebut perlu menurunkan tandatangan dan nama penuh bagi mengesahkan penulisan surat tersebut ditulis.\nBerikut merupakan contoh surat yang boleh dijadikan panduan:\n\n(Nama pekerja)(Alamat rumah pekerja)(Tarikh)\n(Nama majikan)(Jawatan majikan)(Nama & Alamat majikan)\nPERKARA : NOTIS BERHENTI KERJA\nSaya, (Nama pekerja) yang bertugas sebagai (Jawatan sekarang) di (nama Syarikat) ingin memaklumkan jawatan saya berkuat kuasa pada (tarikh berhenti kerja).\n2. Untuk makluman, tujuan saya mengemukakan permohonan berhenti kerja ini adalah disebabkan (alasan berhenti kerja).\n3. Dalam tempoh sebulan ini, saya akan cuba menyelesaikan kerja-kerja yang telah diamanahkan dan memastikan proses penyerahan tugas berjalan dengan lancar.\n4. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala tunjuk ajar dan pengalaman berharga di syarikat ini. \nSekian.\nYang benar,\n(Tanda tangan)(Nama pekerja)\n\nSumber: https://www.jobstreet.com.my/ dan https://www.maukerja.my/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-sejarah-tingkatan-3/", "title": "Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku Teks Sejarah Tingkatan 3 diterbitkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). \nBuku teks ini merupakan kesinambungan Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 dan diperincikan kepada 8 bab berdasarkan tema Kedatangan Kuasa Asing. \nKandungan buku teks ini turut menerapkan kepelbagaian kaedah pembelajaran dan pengajaran, seperti Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS), kaedah kontekstual, pembelajaran berasaskan inkuiri, Kajian Masa Depan, kajian kes, kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Elemen Keusahawanan (EK) serta mengaplikasikan kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) bagi membantu murid menghayati ilmu sejarah dengan lebih berkesan. \nAspek yang turut ditekankan ialah elemen Kelestarian Global agar murid bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan seharian dengan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh. \nElemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut diterapkan menerusi latihan, aktiviti dan penilaian agar murid berupaya mengaplikasikan ilmu dan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Kedatangan Kuasa Barat\n\nKestabilan dan Kemakmuran Negara Kita \nFaktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita \nPersaingan Kuasa Barat untuk Mendapatkan Tanah Jajahan \nPerbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita\n\nii) Bab 2 Pentadbiran Negeri-negeri Selat\n\nPeluasan Kuasa British di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka \nPerjanjian London 1824 dan Kesannya Terhadap Alam Melayu \nPembentukan Negeri-negeri Selat\nPentadbiran Negeri-negeri Selat\n\niii) Bab 3 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu \n\n\n\n\n\nKekayaan Hasil Bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang \nPeluasan Kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang\nPembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu \nPentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu\n\niv) Bab 4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu \n\nPemerintahan Kesultanan Melayu di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor \nPeluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu \nPeluasan Kuasa British di Johor \nSistem Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu\n\nv) Bab 5 Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah \n\nLatar Belakang Pemerintahan Tempatan di Sarawak dan Sabah \nPeluasan Kuasa Dinasti Brooke di Sarawak \nPeluasan Kuasa Syarikat Borneo Utara British di Sabah\nBentuk Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah\n\nvi) Bab 6 Kesan Pentadbiran Barat Terhadap Ekonomi dan Sosial \n\nPengenalan Ekonomi Moden oleh Kuasa Barat di Negara Kita \nPentadbiran Barat Berkaitan dengan Ekonomi \nKesan Ekonomi Akibat Pentadbiran Barat di Negara Kita \nKesan Sosial Akibat Perkembangan Ekonomi di Negara Kita\n\nvii) Bab 7 Penentangan Masyarakat Tempatan \n\nMatlamat dan Bentuk Penentangan Masyarakat Tempatan \nSistem Pentadbiran Barat Memberikan Kesan Terhadap Kuasa Pemerintahan dan Kehidupan Masyarakat Tempatan \nPenentangan Masyarakat Tempatan Terhadap Kuasa Barat \nKesan Penentangan Masyarakat Tempatan\n\nviii) Bab 8 Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani Cabaran Barat \n\nReaksi Pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor Terhadap Tindakan Barat \nTindakan Raja Melayu Menangani Cabaran Barat \nUsaha Pembesar Melayu dalam Pemodenan Negeri \nKeberkesanan Peranan Pemerintah Tempatan dalam Menangani Cabaran Barat\n\nMuat Turun Buku Teks Sejarah Tingkatan 3\nBuku Teks Digital Sejarah Tingkatan 3 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBuku-Teks_Sejarah-Tingkatan-3Download\nBACA JUGA :\n\nBuku Teks Sejarah Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM\nBuku Teks RBT Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM\n\nUntuk memuat turun keseluruhan buku teks digital dari Portal DELIMA, sila rujuk pautan berikut:\n\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/nilam-johor/", "title": "NILAM Johor: Rekod Bacaan Murid Online Negeri Johor", "body": "\n\n\n\n\n\nMurid-murid di Negeri Johor boleh merekodkan bacaan buku mereka dengan mudah secara atas talian menerusi NILAM Johor yang dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nUntuk makluman, NILAM Johor adalah portal atas talian yang diwujudkan untuk merekod bacaan buku murid-murid sekolah di Negeri Johor.\nPortal bagi menyediakan alternatif kepada murid dan guru yang selama ini sering merekodkan bacaan buku secara manual yang dapat diakses di mana-mana sahaja.\n\nMengenai NILAM\nNILAM atau nama penuhnya \u2018Nadi Ilmu Amalan Membaca\u2019 telah diperkenalkan oleh KPM sejak tahun 1999 lagi.\nProgram mula dilaksanakan dengan Tahun 1 di sekolah rendah dan Tingkatan 1 atau Peralihan di sekolah menengah secara rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.\nProgram ini diwujudkan bagi menggalakkan amalan membaca dalam kalangan murid dengan melibatkan penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan diakhiri dengan pengiktirafan yang bersesuaian.\nObjektif pelaksanaan NILAM adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dan menggalakkan mereka agar terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.\u00a0\n\n\n\n\nKomponen Pelaksanaan NILAM\nPelaksanaan program ini melibatkan 3 komponen utama iaitu: \n\nMembaca dan merekod bacaan\nMengesahkan rekod\nMemberi pengiktirafan\n\nUntuk komponen membaca dan merekod bacaan, langkah ini adalah melibatkan murid itu sendiri. \nKomponen\u00a0mengesahkan rekod dan memberi pengiktirafan adalah tanggungjawab di bawah guru di sekolah.\nCara Login NILAM Johor\nUntuk login portal NILAM Johor ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web NILAM Johor iaitu\u00a0https://nilamjohor.edu.my/\nMasukkan ID delima murid. \nSebagai contoh ID DELIMa:\u00a0[email\u00a0protected], maka hanya masukkan m-12673482 dan masukkan kata laluan (default):\u00a0[email\u00a0protected]\nAdalah digalakkan agar ID dan kata laluan ini tidak diubah bagi mengelakkan sebarang kesulitan.\n\nCara Merekod Bacaan\nUntuk merekod bacaan pula boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nPergi ke menu utama dan klik bahagian \u2018Aktiviti Bacaan.\u2019\nKlik butang \u2018Tambah Aktiviti Bacaan\u2019 untuk merekod bacaan yang telah dibaca.\nPilih \u2018Klasifikasi Bahan Bacaan.\u2019\nIsi maklumat bahan bacaan seperti judul, sinopsis, pengarang, penerbit, tahun terbit dan tarikh bacaan.\nKlik butang \u2018Simpan\u2019 setelah selesai.\nRekod maklumat yang telah berjaya disimpan boleh dipadam oleh guru kelas dan atau Admin sekolah sahaja. \n\nMaklumat Lanjut\nPenerangan lebih lanjut mengenai NILAM Johor boleh ditonton menerusi pautan video https://www.youtube.com/watch?v=19BzQP0LnKY.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/senarai-penjodoh-bilangan/", "title": "Senarai Penjodoh Bilangan: Penggunaan & Contoh", "body": "\n\n\n\n\n\nDi dalam tatabahasa Bahasa Malaysia, adalah penting untuk memahami Penjodoh Bilangan. \nApakah yang dimaksudkan dengan Penjodoh Bilangan? Penjodoh Bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.\nPenjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan juga sebagainya.\nKadang kala, kata bilangan digunakan sebelum penjodoh bilangan seperti beberapa, dua, tiga, atau sebagainya.\nSenarai Penjodoh Bilangan\ni) Huruf A sehingga C\n\n\n\n\nPenjodoh BilanganPenggunaanContohangkatanuntuk sekumpulan manusia atau bendakapal, tentera, pelukis, penulisbarisuntuk kedudukan benda/manusia yang berbarisorang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusibatanguntuk menunjukkan benda-benda yang panjang atau tinggisungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarumbentukuntuk benda-benda kecil yang berkeluk atau melengkungmata kail, subang, cincinberkasuntuk benda-benda yang dlikat bersama-samakunci, lidi, kayubidanguntuk benda-benda atau tempat yang terbentang luastanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikarbijiuntuk buah-buahan, benda-benda yang bulat, dan benda-benda yang kecillabu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelasbilahuntuk benda-benda yang tajamparang, pisau, golok, gunting, sabit, kerisblokuntuk bangunan yang besar dan bertingkat-tingkatpejabat, pangsapuri, bangunanbongkahuntuk benda-benda yang berbongkahais, kayubotoluntuk benda-benda yang dlisi ke dalam botolsusu, kicap, air minumanbuahuntuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentubandar, negeri, kampung, pulau, banglo, rumah, jambatan, sekolah, beg, komputer, papan kekunci, radio, mesin basuh, kereta, motosikal, basikal, songkok, perigi, kotak, kamus, dompet, \u2026..bukuuntuk benda-benda yang keadaannya berketulsabun, roti, benangbungkusuntuk benda-benda yang diletakkan dalam bungkusansebungkus\u00a0nasibutiruntuk benda-benda yang bulat atau keciltelur, batu, manik, beras, pelurucarikuntuk kain atau kertas yang dicarikkain, kertascawanuntuk air yang diletakkan di dalam cawanair, teh, kopi cebisuntuk benda-benda yang dikoyakkan atau serpihankain, kertas,\u00a0kacacekak / gemaluntuk benda bersaiz secekak jarisecekak\u00a0sirih, padicolekuntuk benda-benda yang dicoleksambal, soscubituntuk benda yang diambil sedikit dengan jarigaram, gula, kunyitcucukuntuk benda-benda yang dicucuk dengan lidisate\nii) Huruf D sehingga K\nPenjodoh BilanganPenggunaanContohdasuntuk bunyi letupan atau tembakan.tembakanderetuntuk benda-benda yang tersusunbangunan, rumah, kedai, keretaekoruntuk semua jenis binatangnyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-ramagelasuntuk air yang diisi di dalam gelasair, susugelung / lingkarbenda yang berlingkarubat nyamuk, tali, dawai, rotangenggamuntuk benda-benda yang digenggampasir, beras, padigerombolanuntuk kumpulan penjahatpenjahat, samseng, pengganas, perusuhgugusuntuk buah-buah ataupun benda sama jenis yang dikumpulkan dalam satu ikatananggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kuncigulunguntuk benda-benda yang bergulungfilem, permaidani, tikar, dawai, kertasgumpaluntuk benda yang berkepul atau berketultanah, darah, asaphelaiuntuk benda-benda yang nipis dan lebarkain, baju, seluar, sapu tangan, singlet, selendang, selimut, tuala, sarung, kertas, kertas tisu, daun, bendera, bulu burunghidanguntuk kumpulan makanan dan minuman yang disajikankuih-muih, lauk-paukhiris/ irisuntuk benda-benda yang dipotong nipisbawang, timun, daging, buah-buahanikatuntuk benda-benda yang diikatkayu, lidi, tebu, sayur, papanjambakuntuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkaibunga, kuncijambanganuntuk bunga di dalam pasu atau belanga.bungajemputuntuk benda-benda yang diambil dengan hujung jarinasi, garam, gula, ikan bilis, udang kering\n\nPenjodoh BilanganPenggunaanContohkajanguntuk benda-benda yang lebaratap, kertaskakiuntuk benda-benda yang bertangkaipayung, cendawan, bungakalunguntuk benda yang disusun kalung (rantai)bunga, mutiarakandanguntuk haiwan di dalam kandangkerbau, kambing, lembu, kudakapuruntuk sirih yang dibubuh kapur.sirihkawanuntuk kumpulan haiwanlembu, kambing, lebah, gajah, merpatikelompokuntuk sekumpulan manusia, haiwan, dan bendaburung, awan, pulau, bintangkepaluntuk benda-benda yang dikepal dengan tangannasi, pulut, tanahkepinguntuk benda-benda yang nipis atau pipihroti, biskut, kuih, kad, gambar, setem, lencana, foto, papan, disket, cakera padat, atap, tanah kepulgumpalan asap atau awan yang tebal.asap, awankeratuntuk bahagian benda-benda yang dipotongtebu, kayu, buluh, rotanketuluntuk benda-benda yang berketul dan padubatu, ais, tanah liat, ikan, daging, tulang, kuih, arang, roti, sabun \u2026.kotakuntuk benda-benda yang diisikan di dalam kotakmancis, rokok, pensel warnakumpulanuntuk manusia atau haiwan yang berada dalam kumpulanpelajar, pemuda, pengakap, pekerja, perompak, burung, itik, gajah, harimau \u2026\u2026kuntumuntuk semua jenis bungamawar, melati, anggeriklarasuntuk senjata apipistol, senapang, meriamlembaruntuk benda-benda yang lurus dan panjangkertas, dawai, benanglonggokuntuk benda-benda yang berada dalam longgokansampah, durian, pakaian, tanah, cilimangkukuntuk makanan yang diisi ke dalam mangkuksup, bubur, pengatnaskhahuntuk bahan bacaan yang berjilidsurat khabar, risalah, majalah, makalah, bukuoranguntuk manusiaguru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmenpangsauntuk bahagian dalam buah durian.durianpapanuntuk benda-benda yang berbentuk kepingancoklat, petai, mercunpasanguntuk benda dan manusia yang berpasanganmerpati, kasut, sepatu, sarung kaki, selipar, cermin mata, anting-anting, kekasih, suami isteri pasukanuntuk sekumpulan orang yang berpakaian seragampemain bola sepak, polis, tentera pengakappatahuntuk perkataanperkataan, katapetakuntuk sawah, bendang, tanahsawah, bendang, tanahpintuuntuk bangunan yang mempunyai beberapa pinturumah, kedaipotonguntuk benda-benda yang sudah dipotongkek, kuih, roti, nanas, tembikai, betik, oren, dagingpucuk\u2013 untuk surat atau benda-benda yang tajam hujungnya\u2013 untuk senjata apisurat, jarum, rebung, pistol, meriam, senapangpuntunguntuk sebahagian benda yang masih menyalarokok, bara, kayu api\niv) Huruf R hingga Huruf U\nPenjodoh BilanganPenggunaanContohrangkaiuntuk ayat yang berangkai-rangkaidoa, lagu, madahrangkapuntuk perenggan puisipantun, sajak, syairrawanuntuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersiratjala, jaring, pukatruasuntuk benda yang beruas-ruastebu, buluh, jari, rotanrumpun / perduuntuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapatserai, tebu, buluh, padi, lalang, rumput, daun pandansikat/sisiruntuk buah pisangpisangsuapuntuk makanan yang dijemput dan dimasukkan ke mulutroti, nasitandanuntuk buah-buahan yang bertandanpisang, kelapa, pinang, kelapa sawittangkaiuntuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkairambutan, duku, kenanga, padi, dauntegukuntuk air yang sedang diminumair, teh, kopitimbununtuk himpunan benda yang bertindih-tindihpasir, tanah, batu, manggis, sampahtingkatuntuk bangunan yang bertingkatkedai, bangunan, rumahtitik / titisuntuk cecair yang menitisair, darah, dakwat, embun, air matatongkoluntuk buah yang bertongkoljagungulasuntuk isi buah-buahan yang berulas-ulaslimau, durian, cempedak, nangka, langsat, manggis, bawang putihuntaiuntuk benda yang berangkai-rangkairantai manik, kalung mutiara, tasbih, pantun, sajak, syairuratuntuk benda-benda yang halus dan panjangrotan, benang, dawai, tali, gelangutasuntuk benda-benda yang panjang dan beruraibenang, tali, dawai, rantai\nPenerangan Lanjut\nPenerangan lanjut mengenai Penjodoh Bilangan boleh ditonton menerusi video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=TtthCaBdK2g.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cara-mohon-pinjaman-ptpk/", "title": "Cara Mohon Pembiayaan Pinjaman PTPK", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang ingin melanjutkan pengajian di institusi TVET boleh membuat permohonan pembiayaan pinjaman PTPK atau Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.\nPTPK ialah agensi yang menawarkan pembiayaan pinjaman kepada pelajar yang menyambung pengajian sama ada di institusi TVET awam atau swasta.\nAgensi ini merupakan agensi yang diperbadankan pada 1 Jun 2006 di bawah Akta Tabung Pembangunan Kemahiran (Akta 460).\nSasaran pembiayaan pinjaman ini diberikan kepada golongan pelajar lepasan sekolah yang berminat untuk menyambung pengajian di mana-mana institusi TVET di dalam negara.\n\nKadar Pinjaman PTPK\nKadar pinjaman yang ditawarkan menerusi pembiayaan ini adalah daripada RM2,500 sehingga RM24,000.\n\n\n\n\nElaun Sara Hidup\nPelajar yang layak mendapat pinjaman ini juga akan mendapat Elaun Sara Hidup sebanyak RM400 seorang.\nProgram Layak Memohon Pinjaman PTPK\nProgram yang layak memohon pembiayaan pinjaman ini adalah:\n\nSijil Kemahiran Malaysia (SKM)\nDiploma Kemahiran Malaysia (DKM)\nDiploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)\n\nTatacara Permohonan Pinjaman\nPermohonan pinjaman boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nPelajar perlu mendaftar dan memulakan latihan di Pusat Latihan/Penyedia Latihan yang berdaftar dengan PTPK.\nPelajar membuat permohonan pinjaman melalui Pusat Latihan/Penyedia Latihan secara online.\nTunggu kelulusan permohonan sewal 1 hari bekerja.\nSurat Tawaran Latihan Kemahiran akan dikeluarkan.\nPelajar diminta mengemukakan dokumen serta salinan Perjanjian Pembiayaan Latihan Kemahiran.\nBuat semakan dokumen Perjanjian Pembiayaan Latihan Kemahiran yang dikemukakan.\nYuran latihan akan dibayar terus kepada Pusat Latihan/Penyedia Latihan manakala Elaun Sara Hidup disalurkan terus kepada pelajar.\n\n\n\nMaklumat Lanjut Pinjaman PTPK\nMaklumat lanjut mengenai pembiayaan pinjaman PTPK, sila layari laman web https://www.ptpk.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-penempatan-guru-one-off/", "title": "e-Graduan: Semakan Penempatan Guru One-Off Mulai 15 Julai 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang telah memohon sebagai guru secara one-off, semakan penempatan guru-off boleh dibuat di sistem e-Graduan mulai 15 Julai 2022, jam 3.00 petang.\nPenempatan ini adalah melibatkan penempatan di sekolah rendah dan sekolah menengah. \nMenteri Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin menyatakan, keputusan ini adalah bagi penempatan bagi 2,611 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 lantikan secara Contract of Service (CoS).\nIni telah menjadikan jumlah keseluruhan pengambilan khas guru secara one-off yang telah dilantik dan ditempatkan di sekolah adalah seramai 16,381 orang.\nPemohon boleh membuat semakan mulai 15 Julai 2022 sehingga 14 Ogos 2022 menerusi sistem e-Graduan. \n\nMengenai e-Graduan\ne-Graduan adalah modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. \nModul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.\n\n\n\n\nModul ini melibatkan proses pengambilan dan penempatan guru baharu yang melibatkan kerjasama beberapa agensi sektor awam iaitu KPM, Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP), JobsMalaysia, Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Universiti Awam (UA).\nPenempatan Guru\nPenempatan guru baharu ini telah mengambil kira permohonan pertukaran guru-guru yang memenuhi syarat pertukaran, khususnya kekosongan jawatan dan opsyen mata pelajaran.\nOleh kerana itu, Menteri Pendidikan memaklumkan KPM sentiasa berikhtiar sehabis baik bagi memastikan perkara berkaitan pertukaran dan penempatan guru dapat dilaksanakan sebaiknya.\nCara Membuat Semakan\nSemakan penempatan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari sistem e-Graduan di pautan https://egraduan.moe.gov.my/. Masukkan ID Pengguna, kata laluan, dan no kad pengenalan.Klik butang \u2018Teruskan.\u2019Keputusan penempatan dipaparkan. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Semakan penempatan guru one-off, sila layari laman web https://egraduan.moe.gov.my/. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/egtukar-keputusan-pertukaran-guru-2-september-2022/", "title": "eGTukar: Semakan Keputusan Pertukaran Guru Mulai 2 September 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPara guru yang sebelum ini membuat permohonan pertukaran tempat mengajar bagi penggal ketiga boleh membuat semakan keputusan menerusi sistem eGTukar mulai 2 September 2022, jam 5.00 petang.\neGTukar adalah sistem pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah) dan guru.\nSistem ini adalah merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS),Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.\nUntuk pengetahuan, sistem ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.\nKriteria Pertukaran\nKriteria pertukaran yang melayakkan guru untuk memohon pertukaran adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nKekosongan jawatan.Kepentingan perkhidmatan.Keperluan opsyen di negeri yang dimohon.\nJenis Guru Layak Memohon\nTerdapat beberapa jenis guru yang layak memohon pertukaran melalui eGTukar iaitu:\nGuru CemerlangGuru Tingkatan 6Guru Penolong Gred DG29DG32 (KUP Time-based)DG34 (KUP Time-based)DG38 (KUP Time-based)DG41DG42DG44 (KUP Time-based)DG48 (KUP Time-based)DG52 (KUP Time-based) DG54 (KUP Time-based) sahaja\nTatacara Membuat Semakan\nSemakan keputusan pertukaran ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web eGTukar iaitu https://epgo.moe.gov.my/.Masukkan Id Pengguna, Kata Laluan, dan No Kad Pengenalan.Klik \u201cDaftar Masuk.\u201dSemak keputusan permohonan.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai keputusan pertukaran tempat mengajar untuk guru ini, sila layari https://epgo.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-institusi-tvet-mara-julai-2022/", "title": "Permohonan Kemasukan Institusi TVET MARA Sesi Julai 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nInstitusi TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) boleh menjadi pilihan pelajar untuk menyambung pengajian apabila kemasukan bagi sesi Julai 2022 telah dibuka.\nTerdapat 3 institusi TVET di bawah MARA yang menawarkan program terbabit seperti:\nKolej Kemahiran Tinggi\u00a0MARA\u00a0(KKTM)MARA Japan Industrial Institute (MJII)Institut Kemahiran MARA (IKM)\nTerdapat 14 buah kampus bagi ketiga-tiga institusi ini yang mana IKM kini mempunyai 14 buah kampus, KKTM mempunyai 10 buah kampus, dan MJII mempunyai sebuah sehingga hari ini.\nPermohonan bagi kemasukan institusi TVET MARA sesi Julai 2021 boleh dibuat sehingga 30 April 2022.\n\nKeistimewaan Institusi TVET MARA\nPelajara yang menyambung pengajian di institusi TVET MARA akan menikmati beberapa keistimewaan seperti:\nYuran pengajian ditanggung oleh MARA.Elaun sara hidup.Asrama atau penginapan disediakan.Peluang melanjutkan pengajian dalam dan luar negara.Pengiktirafan MQA, JPK, industri dan juga badan profesional.\nSenarai Institusi TVET MARA\nSebanyak 14 institusi TVET MARA di seluruh negara iaitu: \ni) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)\nKKTM Petaling JayaKKTM Balik PulauKKTM KemamanKKTM RembauKKTM LenggongKKTM KuantanKKTM LedangKKTM Masjid TanahKKTM Sri GadingKKTM Pasir Mas\nii) Institut Kemahiran MARA (IKM)\n\n\n\n\nIKM Sungai PetaniIKM Alor StarIKM BeseriIKM SikIKM BesutIKM Seberang Perai UtaraIKM LumutIKM Kuala LumpurIKM Tan Sri Yahya Ahmad, Peramu JayaIKM Johor BahruIKM JasinIKM Kota KinabaluIKM KuchingIKM Bintulu\nii) Japan Industrial Institute (MJII)\nMJII Beranang\nSyarat Umum\nKemasukan ke institusi ini perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan iaitu:\nPemohon ialah warganegara Malaysia.Pemohon merupakan taraf Bumiputera atau Bumiputera Sabah dan Sarawak.Pemohon telah berumur 17 tahun ke atas.Pemohon sihat tubuh badan.Pemohon lulus SPM atau setara.\nSyarat Khusus\nSelain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus seperti:\ni) Peringkat Sijil\nLulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:\u2013 Mempunyai 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.\u2013 Lulus mata pelajaran Matematik.\nii) Peringkat Diploma\nLulus peperiksaan SPM atau setara dengan 3 kepujian dalam mata pelajaran berikut:\u2013 Mata pelajaran Matematik.\u2013 Mana-mana 1 mata pelajaran mengikut kumpulan Sains/Vokasional & Teknologi/Vokasional (MPV)/Aliran Vokasional (MPAV).\u2013 Mana-mana 1 mata pelajaran lain.\u2013 Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris.\nCara Memohon\nPermohonan kemasukan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web IPMa iaitu\u00a0https://apponline.mara.gov.my/spupim/.Klik di bahagian \u2018Pengguna Baru.\u2019Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Hantar.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang diberikan.Klik butang \u2018Permohonan.\u2019Masukkan semua maklumat yang diperlukan. Tandakan pada kotak pengakuan dan klik butang \u2018Hantar.\u2019\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke institusi TVET MARA, sila hubungi:\nUnit Pengambilan Pelajar: 03-2613 4605/34598/34589Unit Promosi: 03-26134581Whatsapp: 013-9498063\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/daftar-pickids/", "title": "Daftar Program Vaksinasi COVID-19 Kepada Kanak-Kanak (PICKids)", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa kini boleh mendapatkan vaksin COVID-19 kepada anak-anak mereka berusia berusia 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022 menerusi Program Vaksinasi COVID-19 Kepada Kanak-Kanak (PICKids).\nUntuk makluman, pelaksanaan PICKids dilakukan disebabkan jumlah peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak terutamanya setelah pembukaan sesi persekolahan pada awal tahun ini.\nSebagai permulaan, program pemberia vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak ini dilaksanakan di Lembah Klang dan akan diperluaskan kepada negeri-negeri lain selepas ini.\nWalau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pelaksanaan program ini adalah sukarela dan tiada paksaan kepada ibu bapa yang tidak mahu anak mereka mengambil vaksin COVID-19.\nKesan Dijangkiti COVID-19\nBagi kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19, mereka berisiko tinggi untuk mendapat kesan serius yang dikenali sebagai Multi-System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C). \nKanak-kanak yang mengalami kesan serius tersebut akan mengalami gejala seperti: \nDemam yang berlarutanTekanan darah rendahSawan Keradangan pelbagai organ termasuk jantung (miokarditis), paru-paru, buah pinggang, otak, kulit, mata, saluran usus dan lain-lain.\nJenis Vaksin Diberikan\nVaksin yang akan diberikan menerusi PICKids adalah Vaksin Comirnaty\u00ae 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech).\nMenerusi kajian klinikal yang dijalankan, vaksin ini menunjukkan keberkesanan sebanyak 90.7% dan juga berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19 kepada kanak-kanak.\n\n\n\n\nKeutamaan Pemberian Vaksin\nUntuk permulaan, pemberian vaksin akan diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan.\nKanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan berisiko untuk mendapat penyakit COVID-19 yang teruk termasuklah kemasukan ke hospital dan ke unit rawatan rapi (ICU) serta kematian.\nAntara masalah kesihatan yang akan dihadapi merangkumi penyakit-penyakit berikut seperti:\nPenyakit kardiovaskularPenyakit respiratori kronikPenyakit sarafImmunosuppressionKencing manisPenyakit ginjal kronik\nKesan Sampingan\nVaksin yangbakal diterima kanak-kanak berpotensi untuk menerima kesan sampingan seperti:\nSakit pada tempat suntikanKemerahan dan bengkakKeletihanPening kepalaSakit ototMenggigilDemam.\nWalau bagaimanapun, kesan sampingan vaksin ini adalah ringan dan sederhana, serta tidak berpanjangan.\nCara Mendaftar\nIbu bapa yang ingin mendaftar anak-anak mereka bagi mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi program ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nMaklumat Lanjut\nSebarang maklumat lanjut mengenai PICKids, sila layari laman web\u00a0https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/spzas-2022/", "title": "SPZAS 2022: Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor", "body": "\n\n\n\n\n\nLembaga Zakat Selangor telah membuka permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2022 bagi semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara yang memerlukan dana pendidikan.\nUntuk makluman, SPZAS adalah dana yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk meringankan beban kos pendidikan bagi pelajar yang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada dalam negara dan luar negara.\nDana menerusi sumbangan ini adalah secara one-off bagi setiap peringkat pelajaran dan permohonan hanya boleh buat sekali sahaja bagi pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.\nPemohon yang berminat boleh mengemukakan permohonan bermula 24 Januari sehingga 20 Februari 2022.\n\nKadar Sumbangan\nKadar sumbangan yang ditetapkan adalah sebanyak RM700 bagi IPT dalam negara dan RM2,500 bagi IPT luar negara.\nPeruntukan sumbangan ini adalah di bawah asnaf fisabilillah yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nPemohon yang berminat untuk memohon sumbangan ini perlu memenuhi syarat permohonan berikut:\nPemohon mestilah beragama Islam.Pemohon ialah arganegara Malaysia.Ketua keluarga/penjaga pemohon mestilah lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada 3 tahun.Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan hanya untuk semester kedua (IPTA/IPTS)/SKM tahap dua (ILK/ILKS) dan ke atas sahaja (bagi peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi yang tiada semester/tahap adalah layak memohon).Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan hanya untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan dan Morocco.Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM7,000 bagi SPZAS IPT luar negara.\nCara Membuat Permohonan\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web\u00a0https://www.zakatselangor.com.my/spzas/.Klik butang \u2018Mohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor.\u2019Isi nombor kad pengenalan dan klik butang \u2018Mohon.\u2019Isi maklumat yang diperlukan pada setiap paparan dan klik butang \u2018Simpan & Seterusnya.\u2019Muat naik dokumen yang diperlukan.Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dan dimuat naik.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\nKad Pengenalan Pemohon.Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga.Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga.Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan).Slip gaji atau Borang Pengesahan Pendapatan Terkini di pautan\u00a0https://drive.google.com/file/d/0B-UHREbVh2DTTmtZWE1GNlpvUEk/edit?resourcekey=0-0d2ozPl1mhbLHP4VFJXI_g\u00a0(bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan).Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor) di pautan\u00a0https://drive.google.com/file/d/1oIy7ZMQvWXBsRVFEzl6l8vFeWXYv2xJF/view.Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan) di pautan\u00a0https://drive.google.com/file/d/1sw9KtMgVJ5yITzz8OF45v1EkfWcJR3d2/view.Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank).Kad OKU (jika Berkenaan).Laporan Perubatan Sakit Kronik (jika Berkenaan).Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara).\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Zakat Selangor di talian 1-300-88-4343.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-keputusan-upkk/", "title": "Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nMurid yang telah mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2022, semakan keputusan UPKK boleh dibuat mulai 9 Mac 2023.\nUntuk makluman, UPKK merupakan penilaian tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.\nPeperiksaan ini adalah bersijil dan diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).\nIbu bapa dan murid boleh menyemak keputusan peperiksaan ini pada 9 Mac 2023 mulai jam 4.00 petang sehingga 23 Mac 2023 jam 11 pagi.\n\nBerikut dikongsikan serba sedikit tentang Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan cara untuk membuat semakan keputusan.\nApakah Itu UPKK?\nUPKK adalah salah satu bentuk ujian yang akan diduduki oleh murid Tahun 5 Sekolah Agama yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.\nIa bertujuan menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian agama.\nBidang-bidang yang dinilai dalam peperiksaan ini adalah seperti berikut:\n\nAl-Quran\nUlum Syariah (Aqidah dan Ibadat)\nSirah\nAdab (Akhlak Islamiyah)\nJawi dan Khat\nAsas Lughatul Quran\nPenghayatan Cara Hidup Islam\nAmali Solat\n\nBentuk penilaian peperiksaan ini adalah seperti berikut:\ni) Bentuk Lisan\n\n\n\n\n\nAl-Quran\n\nii) Bentuk Amali\n\nAmali Solat\n\niii) Bentuk Lisan\u00a0& Pemerhatian\n\nPenghayatan Cara Hidup Islam\n\niv) Bentuk Penulisan\u00a0\n\nUlum Syariah (Aqidah dan Ibadah)\nSirah\nAdab (Akhlak Islamiyah)\nJawi dan Khat\nAsas Lughatul Quran\n\nGred & Skala\nPencapaian tiap-tiap tahap berdasarkan gred dan skala berikut:\nGredKeteranganSkala2ATahap Cemerlang80-1003BTahap Baik60-794CTahap Memuaskan40-595DTahap Kurang Memuaskan01-39\nSemakan Keputusan UPKK \n\nBagi murid yang telah mengambil peperiksaan UPKK, semakan keputusan boleh dibuat melalui kaedah berikut:\n\nLaman Web Sistem JAKIM melalui capaian https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.\nKhidmat pesanan ringkas (Short Message Service \u2013 SMS) UPKKNo Kad Pengenalan/No Pengenalan KhasNo Angka Giliran dan hantar ke 15888.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai semakan keputusan UPKK, sila layari laman web https://semakan.islam.gov.my/\nBaca juga: \n\nBuku Teks Sejarah Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM\nCara Membuat Rayuan Kemasukan MRSM 2023/2024\nBuku Teks RBT Tingkatan 3 Sekolah Menengah KSSM\nSemakan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 2023/2024\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-khas-mb-selangor-pbu-luar-negara-timur-tengah-2023/", "title": "Biasiswa Khas MB Selangor & PBU Luar Negara (Timur Tengah) 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPermohonan Biasiswa Khas MB Selangor & PBU Luar Negara 2023 kini dibuka!\nPelajar anak Selangor yang melanjutkan pengajian ke Timur Tengah boleh membuat permohonan Biasiswa Khas Dato\u2019 Menteri Besar Selangor dan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Luar Negara\u00a0(Timur Tengah) bagi tahun 2023.\nPermohonan biasiswa dan PBU ini dibuka kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke:\n\nMesir\nJordan\nMaghribi\n\nPelajar yang berminat boleh membuat permohonan segera sebelum 14 Jun 2023. \n\nSyarat Am\nSyarat am untuk memohon biasiswa dan PBU ini adalah seperti berikut:\n\nPemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:\u2013 Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan\u2013 Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau\u2013 Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih 10 tahun di Selangor.\nPemohon telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah di university yang diiktiraf di Mesir, Jordan dan Maghribi\nBukan pelajar semester akhir atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.\nPendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan.\nPelajar, Ibu, Bapa, ahli keluarga lain tidak di senarai hitam oleh TKWBNS atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak TKWBNS.\nPemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar).\n\nSyarat Khusus\nSyarat khusus bagi pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut:\ni) Biasiswa Khas Dato\u2019 Menteri Besar Selangor \n\n\n\n\na) Mesir (Pengajian Bahasa Arab)\n\nMemperolehi pangkat Mumtaz di dalam peperiksaan STAM; atau\nMemiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus Bahasa Inggeris; serta sekurang-kurangnya gred B+ bagi mata pelajaran Bahasa Arab.\nKeutamaan diberikan kepada pemohon:\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA); atau\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ); atau\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) atau yang setaraf dengannya; \u2013 Bagi pelajar STAM 2019 yang telah menduduki Imtihan Qabul dan mencapai keputusan sekurang-kurangnya Mutawassit Awwal.\n\nb) Mesir (Ulum Islamiyah)\n\nMempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian Gred A- bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu\u2019sarah, Pengajian Syariah Islamiah/ Al-Syariah dan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah/ Usul al-Din, atau Manahij al-Ulum alIslamiah/ Al-Adab wa al Balaghah; SERTA\nSekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran selebihnya.\nKeutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Khatam Hafazan Al-Quran dan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) dari Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor atau yang setaraf dengannya dari mana-mana sekolah; ATAU\nMendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) atau yang setaraf dengannya.\n\nc) Jordan dan Maghribi (Pengajian Islam/Bahasa Arab)\n\nMempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperoleh sekurang-kurangnya kepujian gred A-, bagi mata pelajaran:\u2013 Kurikulum Bersepadu Dini (al-Lughah al-Arabiah al-Mu`asarah, al-Syariah, Usul al-Din, Manahij al-Ulum al-Islamiah, al-Adab wa al Balaghah); atau\u2013 Kurikulum Bersepadu Tahfiz (Hifz al-Quran, Maharat al-Quran, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran al-Sunnah, Pengajian Syariah Islamiah; atau\u2013 Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah, dan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.\nSekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran selebihnya.\nKeutamaan diberikan kepada pemohon:\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA); atau\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ); atau\u2013 Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) atau yang setaraf dengannya.\n\nTatacara Permohonan Biasiswa Khas MB Selangor & PBU Luar Negara (Timur Tengah) 2023\nTatacara permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan permohonan iaitu\u00a0https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login.\nKlik butang \u2018Daftar.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar Akaun.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nIsi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nHantar permohonan setelah semua maklumat diisi dan dilengkapkan.\n\nMaklumat Lanjut Biasiswa Khas MB Selangor & PBU Luar Negara (Timur Tengah) 2023\nMaklumat lanjut mengenai Biasiswa Khas Dato\u2019 Menteri Besar Selangor dan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Luar Negara\u00a0bagi tahun 2023, sila layari laman web\u00a0https://danapendidikan.selangor.gov.my/.\n\n\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-tahun-1-srai-2023/", "title": "Permohonan Kemasukan Tahun 1 SRAI JAIS Tahun 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nJabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuka permohonan institusi dibawahnya bagi kemasukan Tahun 1 di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) JAIS bagi sesi kemasukan tahun 2023.\nSRAI merupakan salah satu institusi di bawah JAIS yang menawarkan pendidikan di peringkat rendah iaitu daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6.\nKemasukan bagi murid Tahun 1 di sekolah ini akan berasaskan keputusan terbaik menerusi Ujian Kelayakan SRAI (UKS).\nPermohonan bagi kemasukan ke sekolah ini dibuka mulai 11 April sehingga 11 Mei 2022 melalui saluran permohonan yang disediakan.\n\nKurikulum Pembelajaran\nKurikulum pembelajaran di SRAI adalah berasaskan kepada pendidikan agama Islam terutamanya pengajaran Al-Quran dan Fardhu Ain.\nNamun, pembelajaran yang lain juga tidak diketepikan juga dengan turut memberikan pembelajaran asas seperti Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang dikenakan terhadap ibu bapa yang ingin memohon kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\ni) Pemohon\nIbu/bapa pemohon hendaklah mendaftar sebagai pengguna di Portal MyGovernment.Ibu/bapa mestilah status warganegara Malaysia Permohonan yang boleh dilakukan 1 kali sahaja.\nii) Kanak-Kanak\nKanak-kanak tersebut berstatus warganegara Malaysia dan lahir dari 2 Jan 2016 hingga 1 Jan 2017 sahaja. Ibu bapa mestilah mendaftarkan maklumay kanak -kanak di Profil Keluarga Portal MyGovernment.Kanak-kanak tersebut mestilah telah mendaftar di Sekolah Kebangsaan (SK) sebelum membuat permohonan. \nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan kemasukan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nPermohonan boleh dibuat menerusi https://www.malaysia.gov.my/portal/index.Klik bahagian \u2018Daftar.\u2019Isi maklumat pendaftaran dan klik butang \u2018Hantar\u2019Klik bahagian \u2018Log Masuk\u2019 dan klik butang \u2018Kata Laluan.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Seterusnya.\u2019Di bahagian Profil Keluarga, buat pendaftaran kanak-kanak.Pastikan naka sekolah dan daerah adalah betul sebelum klik butang \u2018Daftar.\u2019Hantar salinan borang permohonan dan semua dokumen yang dikehendaki di pejabat sekolah.\nSelain itu, ibu bapa juga boleh membuat permohonan menerusi pautan https://sekolah.jais.gov.my/srai/.\nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai kemasukan Tahun 1 SRAI, sila layari laman web https://pendidikan.jais.gov.my.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/epemula/", "title": "ePemula: Daftar & Tebus Kredit e-Wallet RM150 (Mulai 11 April 2022)", "body": "\n\n\n\n\n\nPara belia kini boleh membuat permohonan dan penebusan kredit e-wallet berjumlah RM150 menerusi inisiatif ePemula seperti yang diumumkan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2022 mulai 11 April\nDalam Belanjawan 2022 yang diumumkan pada 29 Oktober 2021, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan ePemula yang merupakan insentif e-wallet yang diberikan kepada para belia sebanyak RM150. \nPelaksaan inisiatif ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta yang bakal memberikan manfaat sekitar 2 juta belia di seluruh negara.\nTempoh pendaftaran dan penebusan boleh dibuat mulai 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit e-wallet tersebut boleh digunakan sehingga 10 Jun 2022.\nUntuk makluman, program ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato\u2019 Sri Ismail Sabri Yaakob pada 15 April 2022.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk belia yang layak menerima inisiatif ini adalah seperti berikut:\nBelia berumur 18 hingga 20 tahun (lahir pada tahun 2002 hingga 2004); atau Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berdaftar. Data belia akan disemak silang di IPT tempatan. \nPenyedia e-Wallet\nSebanyak 4 penyedia perkhidmatan e-Wallet yang akan terlibat dalam inisiatif ini iaitu:\n\n\n\n\nTouch n Go eWalletGrabPayShopee PayBigPay\nCara Memohon\nPermohonan ePemula ini,permohonan perlu dibuat menerusi syarikat penyedia perkhidmatan e-Wallet seperti berikut:\ni) Touch n Go eWallet \nBuka aplikasi Touch n Go eWallet.Klik banner RM150 ePemula.Klik kotak bersetuju terma dan syarat serta klik butang \u2018Tuntut Sekarang.\u2019Sahkan butiran maklumat dan klik butang bersetuju serta klik butang \u2018Teruskan.\u2019Isi butiran yang diperlukan dan klik butang \u2018Hantar.\u2019\n\nii) GrabPay\nBuka aplikasi GrabPay.Klik bahagian \u2018Claim RM360 worth of vouchers with ePemula.\u2019Buat butang \u2018Apply.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Submit.\u2019\n\niii) Shopee Pay \nBuka aplikasi Shopee.Klik bahagian \u2018Claim ePemula RM150.\u2019Klik butang \u2018Clain Now\u2019 dan klik butang \u2018Claim Now\u2019 sekali lagi.Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Submit.\u2019\n\niv) BigPay\nBuka aplikasi BigPay.Klik bahagian \u2018Claim ePemula RM150.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Submit.\u2019 \n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai ePemula, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/ms/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-graduan-kijang/", "title": "Program Graduan Kijang: Latihan Kerjaya Bank Negara Malaysia", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang ingin mendapatkan peluang latihan kerjaya di Bank Negara Malaysia (BNM) selama 18 bulan dan ditawarkan pekerjaan tetap di institusi tersebut, permohonan Program Graduan Kijang telah dibuka.\nProgram Graduan Kijang adalah program yang bertujuan memberikan pendedahan unik kepada graduan mengenai peranan BNM yang pelbagai dalam membangunkan negara.\nMenerusi program ini, graduan akan diberikan latihan di BNM dan berpeluang mendapatkan pengalaman pekerjaan sebelum diberi pekerjaan tetap.\nPara graduan yang berminat boleh membuat permohonan kepada BNM sebelum 14 Februari 2022.\n\nAliran Program\nProgram ini menawarkan dua aliran program kepada para graduan iaitu:\nGraduan Penganalisis.Graduan Penganalisis Digital.\nGraduan Penganalisis\nAliran Graduan Penganalisis memberikan pengalaman kepada graduan tentang tugasan di perbankan pusat. \nGraduan akan ditugaskan mengikut giliran di ketiga-tiga sektor di Bank Negara Malaysia selama 18 bulan iaitu:\n\n\n\n\nSektor Kestabilan MonetariSektor Kestabilan KewanganSektor Pengurusan Korporat\nGraduan Penganalisis Digital\nAliran Graduan Penganalisis Digital memberikan pendedahan kerja kepada graduan kepada infrastruktur teknologi bank pusat dan daya tahan IT dalam sektor kewangan. \nGraduan akan diberikan giliran tugas dalam tiga pasukan Digital Bank untuk tempoh 18 bulan bagi membolehkan mereka meraih pengalaman yang mendalam dalam tugasan strategi dan operasi digital risiko IT serta penyeliaan dan tugasan sains data.\nSyarat Permohonan\nGraduan yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:\nWarganegara Malaysia.Pelajar sedang belajar atau memiliki kelayakan akademik yang berikut:\u2013 Dijangka mencapai, atau telah mencapai, ijazah kelas kedua atas (2:1), atau CGPA 3.5/4, atau WAM 75% dalam ijazah sarjana muda atau sarjana dalam mana-mana disiplin daripada institusi akademik terkemuka; atau\u2013 Dijangka mencapai, atau telah mencapai, skor purata sebanyak 65 dalam semua kertas peperiksaan, dengan ulangan peperiksaan yang minimum dalam kelayakan perakaunan profesional daripada institusi akademik terkemuka.Sudah mendapat keputusan akhir pada 1 Mac 2022 untuk kemasukan awal April atau 1 September 2022 untuk kemasukan hujung September.Mempunyai kurang daripada setahun pengalaman bekerja sepenuh masa selepas tamat pengajian.\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://www.bnm.gov.my/kgp.Klik butang \u2018Apply Now.\u2019Pemohon dibawa ke paparan lain dan klik butang \u2018Apply Now\u2019 berwarna hijau.Klik bahagian \u2018Register.\u2019Masukkan maklumat peribadi dan klik butang \u2018Register.\u2019Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.Setelah berjaya, sila lengkapkan permohonan sehingga tamat.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Program Graduan Kijang boleh dirujuk melalui laman web https://www.bnm.gov.my/kgp.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tunas-selangor/", "title": "Permohonan TUNAS Selangor: Subsidi Yuran Tadika RM50 Sebulan", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah mengumumkan permohonan subsidi yuran tadika sebanyak RM50 melalui Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) telah dibuka.\nTUNAS merupakan inisiatif daripada kerajaan Negeri Selangor untuk membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran tadika anak-anak mereka. \nInisiatif ini diharap dapat meringankan beban ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak yang ramai.\nOleh itu, ibu bapa yang berminat boleh membuat permohonan menerusi laman web YAWAS dengan segera. \n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang ditetapkan kepada mereka yang layak adalah subsidi yuran sebanyak RM50 bagi setiap bulan. \nBantuan ini akan disalurkan terus kepada tadika yang terlibat yang mempunyai sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), dan Jabatan Perpaduan Negara (JPN).\nTadika Yang Layak\nUntuk makluman, bantuan ini hanya akan diberikan kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika yang berdaftar sahaja.\n\n\n\n\nSenarai tadika yang layak memohon boleh dirujuk melalui pautan berikut https://tunasv2.yawas.my/admin/list_tadika.php.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh ibu bapa yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\nPemohon mestilah warganegara MalaysiaPemohon mestilah sama ada ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor; atauAnak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor; atau Ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. (Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi Taman Perumahan/Senator/ADUN/Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal).Pendapatan isi rumah pemohon adalah RM3,000 ke bawah.Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja.Pemohon mestilah mempunyai anak yang belajar di tadika berdaftar sahaja.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web TUNAS iaitu https://tunasv2.yawas.my/admin/mohon_online.php.Masukkan no kad pengenalan pemohon dan Mykid anak.Lengkapkan maklumat permohonan.Cetak borang permohonan setelah semua maklumat dihantar. Sediakan dokumen yang diperlukan.Borang permohonan dan dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online melalui email [email\u00a0protected] atau alamat berikut:Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,Persiaran Kayangan,40000 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar ke pihak YAWAS adalah seperti berikut:\nBorang permohonan yang dicetak.Salinan Sijil Lahir atau Mykid Anak.Salinan MyKad ibuSalinan MyKad bapa.Salinan perakuan anak angkat/Sijil Kematian/Sijil Cerai (jika perlu).Salinan Slip Gaji/Surat Akuan Pengesahan Pendapatan ibu sekiranya ibu tidak bekerja\u00a0(perlu pengesahan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Ketua Taman Perumahan/Ketua Masyarakat).Salinan Slip Gaji/Surat Akuan Pengesahan Pendapatan bapa sekiranya bapa tidak bekerja (perlu pengesahan oleh Penghulu/Ketua Kampung/Ketua Taman Perumahan/Ketua Masyarakat).Cop pengesahan tadika\u00a0tempat anak belajar.Bagi pemohon yang\u00a0bukan kelahiran Selangor, dokumen tambahan yang perlu dilampirkan adalah:\u2013 Salinan bil air/bil elektrik/TM/Astro/muka depan buku merah ibu. \u2013 Cop pengesahan bermastautin (bagi permohonan baru sahaja).\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari laman web https://tunasv2.yawas.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-sains-tingkatan-2-dlp/", "title": "Buku Teks Sains Tingkatan 2 DLP KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku teks Sains Tingkatan 2 DLP ini diterbitkan untuk pelajar Tingkatan 2 berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). \nBuku ini ditulis dengan lebih menekankan kepada kemahiran berfikir, kemahiran maklumat dan komunikasi, membuat keputusan-kemahiran membuat dan menyelesaikan masalah supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan pada abad ke-21.\nSelain itu, pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran STEM digabungkan seperti melalui pendekatan inkuiri, penyelesaian masalah dan projek untuk meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Chapter 1 Biodiversity\n\nDiversity of Organisms\nClassification of Organisms\n\nii) Chapter 2 Ecosystem\n\nEnergy Flow in an Ecosystem\nNutrient Cycle in an Ecosystem\nInterdependence and Interaction Among Organisms and between Organisms and the Environment\nRole of Humans in Maintaining a Balanced Nature\n\niii) Chapter 3 Nutrition\n\nClasses of Food\nImportance of a Balanced Diet\nHuman Digestive System\nProcess of Absorption and Transportation of Digested Food and Defecation\n\niv) Chapter 4 Human Health\n\nInfectious and Non-infectious Diseases\nBody Defence\n\nv) Chapter 5 Water and Solution\n\nPhysical Characteristics of Water\nSolution and Rate of Solubility\nWater Purification and Water Supply\n\nvi) Chapter 6 Acids and Alkalis\n\nProperties of Acids and Alkalis\nNeutralisation\n\nvii) Chapter 7 Electricity and Magnetism\n\n\n\n\n\nElectricity\nFlow of Electric Current in a Series Circuit and Parallel Circuit\nMagnetism\n\nviii) Chapter 8 Force and Motion\n\nForce\nEffects of Force\n\nix) Chapter 9 Heat\n\nRelationship between Temperature and Heat\nHeat Flow and Thermal Equilibrium\nPrinciple of Expansion and Contraction of Matter\nRelationship between Types of Surface of Object, and Heat Absorption and Emission\n\nx) Chapter 10 Sound Waves\n\nCharacteristics of Sound Waves\nLoudness and Pitch of Sound\nPhenomena and Application of Reflection of Sound Waves\n\nxi) Chapter 11 Stars and Galaxies in the Universe\n\nStars and Galaxies in the Universe\n\nxii) Chapter 12 Solar System\n\nSolar System\n\nxiii) Chapter 13 Meteoroid, Asteroid, Comet\n\nOther Objects in the Solar System; such as Meteoroids, Asteroids and Comets\n\nMuat Turun Buku Teks Sains Tingkatan 2 DLP\nBuku Teks Digital Sains Tingkatan 2 DLP ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nScience-Form-2-DLPDownload\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut :\u00a0http://www.moe-dl.edu.my\nBaca juga:\n\nBuku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP KSSM\nBuku Teks Sains Tingkatan 1 DLP KSSM\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-awal-pelajar-ipt-muip/", "title": "Permohonan Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengalu-alukan anak Negeri Pahang yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk memohon Bantuan Awal Pelajar IPT.\nBantuan Awal Pelajar IPT adalah sebahagian daripada bantuan yang ditawarkan oleh MUIP kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. \nPemberian bantuan ini diharap mampu membantu anak Negeri Pahang yang akan mendaftar di IPT bagi meneruskan pengajian mereka. \nAnak Negeri Pahang yang berminat boleh memohon bantuan ini secara atas talian dan permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun. \n\nPeringkat Pengajian\nPeringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nAsasi/MatrikulasiDiplomaIjazah Sarjana MudaSarjanaPh.D \nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang akan diberikan menerusi bantuan ini adalah:\nSijil Asasi/Matrikulasi: RM500.00Diploma: RM700.00Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa): RM1,200.00Ijazah Sarjana Muda (PJJ): RM1,5000.00Ijazah Sarjana (Master): RM1,500.00Ph.D (selain Pengajian Islam): RM3,000.00Ph.D (Pengajian Islam): RM5,000.00\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\nBeragama Islam.Pemohon adalah pemastautin di Negeri Pahang.Permohonan dibuat setelah mendapat tawaran pengajian daripada IPT.Bagi setiap peringkat pengajian, permohonan adalah layak hanya sekali sahaja dalam tempoh pengajian.Perlu mengemukakan slip bayaran pendaftaran/sebarang bukti pendaftaran ke IPT.\nCara Memohon\nUntuk memohon bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web iaitu https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/index.php.Klik bahagian \u2018Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.\u2019Klik bahagian \u2018Daftar sebagai Pengguna Baharu.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Proses Penddaftaran Pengguna.\u2019Log masuk dengan memasukkan kad pengenalan dan kata laluan.Buat permohonan sehingga tamat.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Pelajar IPT, sila layari laman web http://www.muip.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pinjaman-pelajaran-bantuan-pendaftaran-ypj-2023/", "title": "Pinjaman Pelajaran & Bantuan Pendaftaran YPJ 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah membuka permohonan bagi mahasiswa anak Negeri Johor yang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa menerusi Pinjaman Pelajaran Dalam Negara dan Skim Bantuan Pendaftaran 2023.\nYPJ merupakan yayasan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1982 bagi menguruskan keperluan pembiayaan pinjaman atau biasiswa bagi mahasiswa anak-anak negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negeri.\nSalah satu bantuan dan pinjaman yang diwujudkan untuk mahasiswa anak-anak Johor ialah Pinjaman Pelajaran Dalam Negara bagi membantu mereka yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Kolej YPJ.\nOleh itu, permohonan pinjaman pelajaran ini boleh dibuat mulai 10 Julai 2023 sehingga 30 Julai 2023.\n\nPinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2023\nIPT dan kolej yang layak untuk memohon pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut:\ni) IPTA\n\nSemua IPTA (Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)\n\nii) Kolej\n\n\n\n\n\nKolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) (Diploma sahaja)\nKolej Kemahiran Johor (KKJ) (Sijil Kemahiran & Diploma Kemahiran sahaja)\n\nSyarat Am\nSyarat am yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah seperti berikut:\ni) Pinjaman Pelajaran Dalam Negara\n\nPemohon lahir dan menetap di Negeri Johor.\nMendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum\u00a0memohon pembiayaan Pendidikan.\nKursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada\u00a0Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku\u00a0semasa permohonan dikemukakan.\nBaki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah\u00a0tidak\u00a0kurang\u00a0dari satu 1 tahun.\nPemohon tiada penaja lain (pinjaman/biasiswa).\nKursus yang diikuti mestilah\u00a0\u2018sepenuh masa.\u2019\nPendapatan ibu\u00a0dan\u00a0bapa\u00a0tidak melebihi\u00a0RM8,000 sebulan (tertakluk\u00a0kepada dasar semasa dan\u00a0kelulusan).\nKeutamaan akan diberikan kepada keluarga yang\u00a0mempunyai jumlah pendapatan dengan perkapita (jumlah\u00a0pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. \n\nii) Skim Bantuan Pendaftaran\n\nPemohon lahir dan menetap di Negeri Johor.\nPermohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan Kolej YPJ.\nPemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi.\nTempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih.\nPendapatan Ibu dan bapa/Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.\nPemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.\nPemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.\nPermohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar YPJ.\n\nCara Memohon Pinjaman Pelajaran & Skim Bantuan Pendaftaran\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web http://prolims.ypj.gov.my/.\nKlik bahagian \u2018Permohonan Pra Pendaftaran.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar Pra Permohonan.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan yang didaftarkan.\nBuat permohonan sehingga selesai.\nSediakan dokumen yang diperlukan\nSusun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan. \nMasukkan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat berwarna coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.\nTuliskan Jenis Permohonan di penjuru kanan atas jenis permohonan yang di pohon iaitu Pinjaman Pelajaran Dalam Negara/Skim Bantuan Pendaftaran.\nMasuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (bagi yang memilih kaedah serahan tangan) atau bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar ke pejabat YPJ adalah seperti berikut:\n\nSalinan Kad Pengenalan pelajar.\nSalinan Sijil Kelahiran.\nSalinan Kad Pengenalan ibu dan bapa atau penjaga.\nSalinan Penyata Pendapatan ibu dan bapa/penjaga (slip haji/penyata pendapatan).\nSalinan Surat Tawaran IPT.\nSalinan Sijil Berhenti Sekolah.\nSalinan Sijil SPM.\nSalinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (jika berkaitan).\nSalinan Sijil Kematian/Penceraian (jika berkaitan).\nSalinan Bil Elektrik dan Bil Air yang terkini.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Pinjaman Pelajaran Dalam Negara, sila layari laman web http://portal.ypj.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/6-inisiatif-pm-kepada-penjawat-awam/", "title": "6 Inisiatif Diumumkan Oleh PM Kepada Penjawat Awam", "body": "\n\n\n\n\n\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Perdana Menteri telah mengumumkan 6 inisiatif kepada\u00a0penjawat awam\u00a0di seluruh negara hari ini.\nPengumuman inisiatif ini dibuat dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) yang berlangsung pada hari ini.\nMAPPA adalah acara tahunan bagi mendengar amanat daripada perdana menteri kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan serta syarikat berkaitan kerajaan.\n1. Kenaikan Jumlah Cuti Rehat\nKadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) dinaikkan daripada 160 hari ke 180 hari.\nDengan kenaikan kadar maksimum GCR, ini membolehkan cuti yang dinikmati penjawat awam disimpan bagi tujuan award untuk wang tunai di masa persaraan sekaligus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan.\n\n2. Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas\nKadar Cuti Rehat Khas ditambah sebanyak 5 hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.\nIni akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 guru bagi urusan-urusan yang mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru-guru mengumpul jumlah GCR yang lebih tinggi.\n\n3. Perluasan Tafsiran Ahli Keluarga Cuti Tanpa Rekod\nTafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod diperluaskan kepada urusan kematian ahli keluarga terdekat.\nJika sebelum ini cuti tanpa rekod bagi urusan kematian hanya tertakluk kepada kematian suami atau isteri, ibu kandung dan ibu mertua, bapa kandung dan bapa mertua serta anak sahaja, penambahbaikan tafsiran ahli keluarga diperluas kepada kematian yang melibatkan adik-beradik, nenek dan datuk bagi anggota perkhidmatan awam.\n\n\n\n\n\n4. Penambahan Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan\nPemberian pergerakan gaji tahunan ditambah baik kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.\nPenambahbaikan ini melibatkan Kadar Tetap 3 peratus semasa yang diterima oleh pegawai yang mencapai gaji maksimum kepada suatu kadar baharu dan diseragamkan mengikut gred bagi semua klasifikasi perkhidmatan berkuat kuasa 1 Januari 2022.\n\n5. KGT Tambahan Khas\nBayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awamGred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023.\nSeramai 1.28 juta penjawat awam akan menerima manfaat ini dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.\nContohnya, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada tahun 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada tahun 2023 adalah sebanyak RM180.\n\n6. BKK Tahun 2023\nKerajaan juga mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 yang dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat Lanjut lanjut mengenai inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri kepada penjawat awam hari ini, layari laman web\u00a0https://www.pmo.gov.my/2022/08/majlis-amanat-perdana-perkhidmatan-awam-ke-18xviii/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-musibah-ukm/", "title": "Permohonan Bantuan Musibah Zakat UKM", "body": "\n\n\n\n\n\nZakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa kepada semua warga UKM yang terlibat dengan sebarang bentuk bencana seperti banjir, kebakaran, ribut dan lain-lain yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan kediaman atau harta benda untuk memohon Bantuan Musibah.\nBantuan Musibah merupakan bantuan yang disediakan pihak Zakat UKM untuk membantu warga UKM yang terlibat dalam sebarang bentuk bencana yang berlaku.\nTambahan pula, pada ketika ini, pihak Met Malaysia telah memberi amaran cuaca buruk atau bencana banjir yang berlaku yang dijangka melanda beberapa buah negeri di Malaysia.\nOleh sebab itu, warga UKM yang terlibat dalam bencana ini adalah dialu-alukan dapat menghubungi pihak Zakat UKM untuk memohon bantuan ini. \n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\n\nPermohonan adalah pada tahun semasa kejadian.\nDitimpa musibah/bencana alam pada diri sendiri atau keluarga (pelajar).\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\n\n\n\n\nLayari laman\u00a0https://zakat.ukm.my/.\nLogin ke dalam sistem tersebut.\nLengkapkan permohonan dan muat naik dokumen yang wajib yang telah disahkan untuk melengkapkan permohonan ini.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nLaporan polis atau bomba; atau\nSurat pengesahan Jawatankuasa Kampung/Ketua Kampung/Penghulu/Pegawai Daerah.\nGambar kejadian.\nPenyata gaji/penyata pencen/pengesahan pendapatan bagi ibu dan bapa/penjaga/pasangan (yang berkenaan). *Bagi pasangan yang tidak bekerja, perlu melampirkan pengesahan tidak bekerja.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Musbah ini, sila hubungi:\n\n03-8921 4225 (Kampus Bangi)\n03-9145 6526 (Kampus Kuala Lumpur)\n\nAtau boleh terus ke kaunter Zakat UKM iaitu:\nKaunter Zakat UKM Bangi,Aras 1, Masjid UKM,Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,Selangor Darul EhsanEmel:\u00a0[email\u00a0protected]\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dermasiswa-dana-ihsan-b40/", "title": "Dermasiswa Dana Ihsan B40 UTHM RM500", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang tergolong dalam keluarga B40 boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Dermasiswa Dana Ihsan B40.\nDermasiswa Dana Ihsan B40 diwujudkan sebagai usaha untuk membantu pelajar-pelajar UTHM yang tergolong dalam B40 untuk meneruskan pengajian mereka di dalam universiti tersebut. \nBantuan dermasiswa ini hanya diberikan 1 kali sahaja sepanjang pengajian dan tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.\nPermohonan boleh dibuat mulai 1 Jun 2022 sehingga 15 Jun 2022 secara atas talian menggunakan borang permohonan yang disediakan.\n\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan dermasiswa yang ditawarkan kepada pelajar yang layak menerusi bantuan ini adalah sebanyak RM500 bagi seorang pelajar.\n\n\n\n\nPeringkat Pengajian\nPeringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:\nDiplomaSarjana Muda\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi membolehkan pelajar layak menerima bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:\nPelajar berstatus aktif.Pelajar merupakan pelajar tempatan.Pelajar dalam status hutang Yuran Pengajian sahaja layak memohon.Kategori pendapatan keluarga pelajar adalah B40 (keutamaan diberikan kepada keluarga pelajar yang mempunyai tanggungan yang ramai atau masih kecil, masih bersekolah, dan sedang melanjutkan pengajian).Pelajar yang telah mendapat banyak bantuan seperti Zakat dan bantuan-bantuan lain tidak akan dipertimbangkan.Keutamaan diberikan kepada pelajar yang tidak mempunyai penaja tetapi hanya kepada permohonan kali pertama sahaja dan dinasihatkan untuk memohon penaja. (Tahun 1 hingga Tahun 3)Bagi pelajar yang mempunyai penaja, permohonan boleh ditolak sekiranya tajaan masih berbaki.Keutamaan diberikan kepada pelajar yang aktif ko-kurikulum dan aktiviti kesukarelawanan.Tiada mempunyai rekod kesalahan tatatertib.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi cara-cara berikut iaitu:\nKlik pautan permohonan berikut https://forms.gle/WGVeYsy8hg5NVJHb6.Lengkapkan borang permohonan online tersebut.Pastikan semua maklumat diisiKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar borang permohonan tersebut. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Dermasiswa Dana Ihsan B40, klik laman web https://hep.uthm.edu.my/ yang berkenaan. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/keputusan-ambilan-3-program-matrikulasi-kpm/", "title": "Semakan Keputusan Ambilan Ke-3 Program Matrikulasi KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nBgai yang telah memohon Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semakan keputusan ambilan ke-3 boleh dibuat mulai 9 Ogos 2022 jam 5.00 petang.\nProgram Matrikulasi KPM diwujudkan pada tahun 1998 sebagai satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. \nProgram matrikulasi ini dilaksanakan di bawah KPM bagi menyeragamkan semua program matrikulasi/asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).\n\nSenarai Matrikulasi\nCalon yang berjaya mengikuti Program Matrikulasi KPM akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi berikut mengikut jurusan yang ditawarkan:\n\n\n\n\nKolej MatrikulasiAliran/JurusanKolej Matrikulasi Negeri SembilanPerakaunan, Sains Kolej Matrikulasi Perlis Perakaunan, Sains Kolej Matrikulasi Perak Perakaunan, SainsKolej Matrikulasi MelakaPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi Pulau PinangPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi LabuanPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi JohorPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi PahangPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi KedahPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi Kejuruteraan KedahKejuruteraanKolej Matrikulasi Kejuruteraan PahangKejuruteraanKolej Matrikulasi Kejuruteraan JohorKejuruteraanKolej Matrikulasi KelantanPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi SarawakPerakaunan, SainsKolej MARA KulimPerakaunan, SainsKolej MARA Kuala NerangPerakaunan, SainsKolej Matrikulasi SelangorPerakauanan Professional, Perakaunan, Sains\nJurusan Ditawarkan\nSebanyak 4 jurusan yang ditawarkan bagi program matrikulasi ini iaitu:\nJurusan Sains:\u2013 Sains Hayat\u2013 Sains Fizikal\u2013 Sains KomputerJurusan Kejuruteraan:\u2013 Kejuruteraan Asas\u2013 Kejuruteraan Awam\u2013 Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik\u2013 Kejuruteraan MekanikalJurusan PerakaunanJurusan Perakaunan Profesional\nCara Semakan \nUntuk kemasukan ke kolej matrikulasi, semakan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/.Klik bahagian \u2018Semakan.\u2019Masukkan maklumat no kad pengenalan.Klik butang \u2018Semak.\u2019Keputusan semakan permohonan dipaparkan.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Program Matrikulasi KPM, sila hubungi:\nRayuan: 03-8884 4083/4042/4037Pendaftaran: Hubungi kolej masing-masing\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sumbangan-pendidikan-zakat-anak-selangor/", "title": "Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor LZS 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nLembaga Zakat Selangor (LZS) telah membuka permohonan kepada murid-murid dalam golongan B40 dan M40 untuk memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor.\nSumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor diberikan kepada murid-murid daripada keluarga B40 dan M40 di Negeri Selangor sama ada ada sekolah rendah dan menengah.\nUntuk makluman, sumbangan pendidikan ini adalah di bawah peruntukan asnaf Fisabilillah.\nIbu bapa dalam kategori ini dan ingin membuat permohonan, sila buat permohonan segera sebelum 3 Disember 2022 atau sehingga bajet habis.\n\n\nKadar Sumbangan\nKadar sumbangan yang akan diberikan kepada mereka yang layak adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPra sekolah/Tadika: RM200.00 (per tanggungan)\nSekolah Rendah Kebangsaan: RM200.00 (per tanggungan)\nSekolah Rendah Agama: RM200.00 (per tanggungan)\nSekolah Menengah: RM200.00 (per tanggungan)\nIPT luar negara: RM700.00\nIPT luar negara: RM1,000.00 hingga RM2,500.00\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon sumbangan ini adalah seperti berikut:\n\nBeragama Islam.\nWarganegara Malaysia.\nKetua keluarga/penjaga lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada 3 tahun.\nPermohonan hanya untuk pelajar pra sekolah/tadika (5 dan 6 tahun) hingga tingkatan 5; atau\nPeringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi/Pra Diploma/Diploma/Diploma Lanjutan/Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional dan Ijazah Sarjana (dalam negara) layak memohon; atau\nPeringkat pengajian Sijil (Pengajian Islam)/Sijil Professional/dan Ijazah Sarjana (luar negara) layak memohon.\nPendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf, namun jumlah tersebut tidak melebihi nilai maksimum RM11,000.00.\n\nTatacara Permohonan\nUntuk membuat permohonan, setiap permohonan boleh dibuat menerusi laman web http://www.zakatselangor.com.my/spzas.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selngor, sila layari laman web https://www.zakatselangor.com.my/spzas/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-komputer-riba-yayasan-negeri-sembilan/", "title": "Permohonan Bantuan Komputer Riba 2023 Yayasan N. Sembilan", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar B40 di Negeri Sembilan yang masih belum mempunyai komputer riba bagi tujuan pendidikan boleh membuat permohonan menerusi Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan.\nBantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu para pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan sempurna.\nOleh sebab itu, bantuan ini diharap dapat membantu pelajar daripada golongan B40 yang tidak berkemampuan untuk membeli komputer riba untuk mengikuti kelas di atas talian, pembelajaran dan pengajian dari rumah dan sebagainya.\nPelajar yang ingin memohon bantuan ini perlu membuat permohonan secara atas talian kepada Yayasan Negeri Sembilan.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi pelajar yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nAnak kelahiran Negeri Sembilan (no kad pengenalan 05/31/59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi \u00a0telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8) tahun \u00a0(sila kemukakan sijil berhenti sekolah rendah dan menengah).\nPendapatan isi rumah B40 terkini (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan).\nPelajar IPTA/Politeknik\u00a0yang masih belajar di peringkat pengajian, Diploma dan Ijazah sahaja (pelajar sepenuh masa).\nPermohonan hanya layak kepada pelajar tahun pertama 1 sahaja (sila kemukakan surat pengesahan belajar).\nSekiranya terdapat 2 permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya 1 pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.\n\nCara Memohon\nPermohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/Cd9C23GPWLJNHDmr9.\nBaca syarat permohonan dan klik butang \u2018Next.\u2019\nIsi maklumat permohonan dan klik butang \u2018Next.\u2019\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nTerdapat 10 dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan iaitu:\n\nSalinan kad pengenalan.\nSurat tawaran belajar.\nSurat pengesahan belajar.\nSijil berhenti sekolah Darjah 6 atau Tingkatan 5.\nPenyata gaji bapa.\nSurat pengesahan pendapatan bapa (sekiranya tidak mempunyai slip gaji/tidak bekerja).\nPenyata gaji ibu.\nSurat pengesahan pendapatan ibu (sekiranya tidak mempunyai slip gaji/tidak bekerja).\nSalinan kad pengenalan bapa.\nSalinan kad pengenalan ibu.\n\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan, sila layari laman web https://www.yns.gov.my/v7/ms atau menghubungi Yayasan Negeri Sembilan di talian 06-762 8046.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pengoperasian-institusi-pendidikan-kpm-1-mei/", "title": "Pengoperasian Institusi Pendidikan KPM Bermula 1 Mei 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nMenteri Pendidikan, YB Senator Dr Radzi Jidin telah mengumumkan beberapa ketetapan baharu mengenai pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 1 Mei 2022.\nPengumuman pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM ini dibuat selepas negara beralih kepada fasa peralihan ke endemik yang menyaksikan beberapa kelonggaran SOP diumumkan. \nSecara umumnya sesi persekolahan selepas 1 Mei 2022 kembali beroperasi sebagaimana sebelum pandemik COVID-19 melanda negara 2 tahun lalu.\nImbasan Kod QR MySejahtera\nImbasan kod QR MySejahtera tidak lagi diwajibkan apabila memasuki premis institusi pendidikan.\nPelitup Muka\nPelitup muka diwajibkan ketika berada di ruangan tertutup premis sekolah. \nKelonggaran tidak memakai pelitup muka diberikan sekiranya:\nBersendirianSemasa mengajar di hadapan kelas.Semasa aktiviti sukan dan rekreasi termasuk aktiviti pendidikan jasmani.Kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah.Individu berkeperluan khas.Individu yang mempunyai masalah pernafasan (perlu mengemukakan laporan perubatan)\nPemakaian pelitup muka digalakkan jika:\nBerada di luar bangunan dan kawasan terbuka di dalam premis sekolah.Sedang melakukan aktiviti secara berkumpulan.\nPenjarakan Fizikal\nTiada lagi penjarakan fizikal di dalam kawasan institusi pendidikan.\nNamun, penjarakan fizikal digalakkan di dalam kawasan institusi pendidikan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka. \nUjian Kendiri COVID-19\nUjian kendiri COVID-19 di institusi pendidikan akan dijalankan jika bergejala sahaja.\nPengurusan Murid Bergejala & Positif COVID-19\nJika terdapat murid yang bergejala atau positif COVID-19, mereka perlu diasingkan di bilik isolasi.\nMurid terbabit perlu melakukan ujian kendiri dan jika keputusan negatif, mereka boleh mengikuti pembelajaran tetapi perlu memakai pelitup muka namun jika keputusan positif, guru perlu menghubungi ibu bapa untuk mereka menjemput anak mereka di institusi pendidikan terbabit.\nKehadiran Ke Institusi Pendidikan\nKehadiran guru dan murid ke institusi pendidikan adalah diwajibkan.\nJika bergejala, mereka perlu melakukan ujian kendiri COVID-19 dan jika keputusan negatif, mereka perlu hadir dan memakai pelitup muka sepanjang masa.\nJika keputusan positif, mereka tidak perlu hadir ke sekolah dan menunjukkan bukti HSO kepada pentadbir.\nMakan Di Kantin/Kafeteria\nGuru, murid, dan seluruh warga institusi pendidikan dibenarkan makan di kantin/kafeteria.\nPelaksanaan rehat berperingkat boleh dilaksanakan sekiranya perlu.\n\n\n\n\nAktiviti Sukan & Kokurikulum\nSemua aktiviti sukan dan kokurikulum termasuk penganjuran pertandingan/kejohanan di dalam/luar kawasan sekolah dibenarkan.\nMurid/guru/jurulatih/pengajar yang bergejala tidak dibenarkan menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum.\nPengurusan Surau/Masjid\nUntuk solat di surau/masjid dalam institusi pendidikan, kebenaran solat diberikan tanpa penjarakan fizikal mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri.\nJemaah luar juga dibenarkan solat Jumaat dalam kawasan institusi pendidikan.\nSelain itu, murid asrama dibenarkan menunaikan solat Jumaat di luar kawasan institusi pendidikan.\nKebenaran Masuk Institusi Pendidikan\nPIBG, PIBKS dan LPS dibenarkan memasuki premis pendidikan untuk melaksanakan mesyuarat/program/aktiviti yang dirancang bersama-sama pihak sekolah. \nPihak luar termasuk orang kenamaan juga dibenarkan memasuki premis institusi pendidikan, tertakluk kepada pekeliling yang berkuat kuasa.\nPengurusan Asrama\nHanya murid yang sihat dan tidak bergejala sahaja dibenarkan kembali ke asrama dalam institusi pendidikan. \nMurid yang bergejala semasa pendaftaran masuk/berada di asrama dikehendaki melaksanakan ujian kendiri COVID-19.\nJika negatif, murid perlu memakai pelitup muka sepanjang masa di institusi pendidikan namun jika positif, mereka perlu menjalani pengasingan di bilik isolasi asrama atau dibawa pulang oleh ibu bapa. \nAktiviti riadah bagi murid yang tinggal di asrama dibenarkan. \nIbu bapa juga dibenarkan untuk melawat anak mereka di asrama.\nAktiviti outing dan pulang bermalam bagi pelajar yang tinggal di asrama dibenarkan.\nPakaian Seragam Sekolah\nPemakaian pakaian seragam sekolah adalah digalakkan namun murid diwajibkan untuk memakai pakaian seragam bermula sesi persekolahan penggal 2 pada 12 Jun 2022. \nSumber: Facebook Dr. Radzi Jidin https://www.facebook.com/DrRadziJidin.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/spmu-2022/", "title": "Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nLembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2022 yang akan dilaksanakan kepada murid yang telah mendaftar.\nSPMU ialah ialah peperiksaan SPM yang dijalankan kali kedua bagi calon yang gagal dalam SPM pada kali pertama.\nMenurut KPM, seramai 7,720 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun 2022 di 209 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. \nUntuk memastikan kelancaran pelaksanaan peperiksaan ini, seramai 1,317 orang petugas peperiksaan dilantik untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan 1,441 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis.\nTarikh SPMU 2022\nMurid akan menduduki peperiksaan SPMU untuk tahun 2022 akan dilaksanakan pada 12, 13 dan 14 September 2022.\n\n\n\n\nJadual Waktu Peperiksaan\nJadual waktu peperiksaan yang ditetapkan oleh pihak LP adalah seperti berikut:\n\n\nPeringatan Kepada Calon\nKPM juga telah memberikan peringatan kepada calon yang akan mengambil peperiksaan ini:\nRujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung. Bawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.\nPerkara Yang Dilarang\nCalon juga dilarang untuk membuat perkara-perkara berikut semasa peperiksaan berlangsung:\nMembawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calonlain.Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasapeperiksaan.Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai peperiksaan ini, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/insentif-pendidikan-kpdrm/", "title": "Permohonan Insentif Pendidikan Koperasi Polis Sehingga RM500", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak-anak anggota Polis yang cemerlang dalam pelajaran sama ada peringkat rendah dan tinggi boleh memohon Insentif Pendidikan daripada Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPDRM).\nUntuk makluman, KPDRM ditubuhkan pada 24 April 1928 bagi tujuan membantu mengurangkan bebanan kewangan anggota polis dan kakitangan di Jabatan Polis.\nKPDRM merupakan merupakan salah satu dari empat institusi kewangan diiktiraf oleh Parlimen sebagai Agensi Dana Bumiputra dan telah berkembang daripada sebuah koperasi yang menyediakan urusan pinjam-meminjam kepada sebuah konglomerat yang sehingga kini memiliki aset pada nilai buku sebanyak RM689.5 juta.\nOleh kerana itu, KPDRM telah memperkenalkan Insentif Pendidikan KPDRM ini bagi menghargai anak-anak anggota Polis yang cemerlang dalam pelajaran mereka.\nAnak-anak anggota Polis yang berminat untuk memohon Insentif Pendidikan ini boleh membuat permohonan dan tarikh tutup permohonan ialah tiga bulan selepas keputusan peperiksaan diumumkan.\n\nJumlah Insentif\nJumlah insentif yang diberikan melalui Insentif Pendidikan KPDRM ini adalah mengikut peringkat pengajian.\n\n\n\n\ni) Insentif Pelajaran Rendah\nPeperiksaanKelayakan AkademikJumlah InsentifUPSR4A 2BRM100.00PT35A 3BRM150.00SPM5A 3BRM200.00STPMCGPA 3.00 Ke AtasRM300.00MATRIKSCGPA 3.00 Ke AtasRM300.00\nii) Insentif Pelajaran Tinggi\n Peperiksaan Kelayakan Akademik Jumlah Insentif DiplomaCGPA 3.00 Ke AtasRM400.00Ijazah Ke Atas CGPA 3.00 Ke Atas RM500.00\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\nInsentif Pelajaran adalah terbuka untuk Anggota dan anak-anak Anggota Koperasi Polis sahaja.Anak anggota yang telah berkahwin tidak layan memohon.Keanggotaan ibu bapa/penjaga dan Anggota yang memohon mestilah tidak kurang 5 tahun berturut-turut pada keanggotaan pertama dan tidak kurang 3 tahun berturut-turut pada keanggotaan kedua dari tarikh tutup iklan permohonan.Bekas anggota yang telah berhenti dengan sebab bersara atau meninggal dunia serta memenuhi syarat di nombor 1, anak-anak mereka layak memohon. Anggota Polis yang berhenti dengan sebab peribadi tidak akan dipertimbangkan.Insentif Pelajaran Rendah Koperasi Polis dibuka kepada pelajar cemerlang yang memenuhi syarat kelayakan semasa.Insentif Pelajaran Tinggi hanya dibuka untuk pemohon tahun akhir sahaja dan telah disahkan lulus untuk mendapat Diploma/Ijazah mengikut syarat kelayakan seperti di jadual dan tamat pengajian mengikut tahun semasa.Kursus-kursus pengajian yang diikuti di IPTS perlu mendapat pengesahan/pengiktirafan daripada Lembaga Akreditasi Negara (LAN).Bayaran Insentif Pelajaran diberi hanya sekali sahaja bagi setiap kategori.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan Insentif Pendidikan KPDRM ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut iaitu bit.ly/BorangInsentifPendidikan.Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.Hantar borang permohonan tersebut ke alamat berikut:Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad, No 1, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan mengenai Insentif Pendidikan KPDRM ini, sila hubungi pihak KPDRM di talian 03-2260 8999/03-2260 8888.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cara-mengelakkan-hfmd-di-sekolah/", "title": "Cara Mengelakkan Risiko Jangkitan HFMD Di Sekolah", "body": "\n\n\n\n\n\nSeperti yang diketahui umum, jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau Hand Foot Mouth Disease (HFMD) telah menunjukkan trend peningkatan dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.\nMenurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan sebanyak 22,463 kes penyakit HFMD di seluruh negara pada Minggu Epid 17/2022.\nJumlah ini meningkat sebanyak 12.8 kali ganda berbanding pada minggu sama pada tahun 2021 yang hanya mencatatkan 1,752 kes sahaja.\nKKM telah mengenal pasti majoriti lokasi penularan wabak ini berlaku di tadika, taska serta pra-sekolah iaitu 600 wabak atau 72% diikuti rumah persendirian dengan 186 wabak atau 24% dan pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 26 wabak atau 4%.\nApakah Maksud HFMD?\nHFMD lazimnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun disebabkan oleh virus daripada kumpulan enterovirus yang tergolong di dalam keluarga picornavirus.\u00a0\nVirus penyebab HFMD juga boleh terdapat di dalam kerongkong dan najis dan merebak melalui melalui sentuhan terus dengan air liur dan najis mereka yang berpenyakit.\nSimptom Gejala\nGejala HFMD lazimnya adalah ringan (mild) dengan simptom demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. \n\n\n\n\nSelain itu, kanak-kanak yang dijangkiti juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan. \nHFMD yang disebabkan oleh jangkitan virus EV71 juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapat komplikasi seperti encephalitis dan myocarditis.\u00a0\nTempoh Inkubasi\nTempoh inkubasi bagi penyakit ini adalah antara 3 hingga 5 hari dan masa yang paling berisiko untuk menjangkiti orang lain adalah ketika sebelum dan selepas gejala timbul. \nNamun, majoriti kes penyakit ini mengalami gejala ringan dan sembuh dalam masa 5 hingga 7 hari.\nCara Mengelakkan Jangkitan\nIbu bapa dan guru perlu mengambil perhatian dalam hal ini dan mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan seperti:\nMurid perlu untuk membasuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas. Para guru atau pengasuh juga perlu membasuh tangan sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin, dan mencuci najis kanak-kanak.Menutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin.Mengelakkan berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut, cawan, garpu, dan sudu.Sentiasa mengekalkan kebersihan pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah, dan persekitarannya.Pihak guru perlu mencuci semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi, dan lantai sekurang-kurangnya 2 kali sehari.Membawa kanak-kanak ke klinik atau hospital terdekat jika mereka mempunyai tanda-tanda atau gejala jangkitan.Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak yang bergejala ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar, pusat membeli-belah, stesen bas, dan lain-lain.Ibu bapa kepada kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda atau gejala jangkitan, jangan menghantar kanak-kanak tersebut ke pusat jagaan kanak-kanak, taska, tadika atau sekolah sebaliknya kanak-kanak yang sakit harus dibawa ke klinik untuk rawatan.\n\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai HFMD, sila layari laman web KKM iaitu https://www.moh.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/penamaan-waris-sspn/", "title": "Cara Mudah Buat Penamaan Waris Akaun SSPN", "body": "\n\n\n\n\n\nPendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah digalakkan untuk membuat penamaan waris bagi memudahkan urusan waris setelah kematian pendeposit kelak.\nTujuan penama ini dilakukan adalah untuk memudahkan urusan pengeluaran simpanan Simpan SSPN oleh waris bagi membolehkan mereka tidak perlu mengemukakan surat kuasa bagi membuktikan kelayakan untuk menuntut simpanan Simpan SSPN pendeposit.\nObjektif secara spesifik penamaan waris ini perlu dilakukan adalah:\n\nMemudahkan urusan pengeluaran simpanan Simpan SSPN Prime dan/ atau Simpan SSPN Plus apabila berlakunya kematian pendeposit.\nMembolehkan pihak PTPTN melepaskan simpanan Simpan SSPN Prime dan/atau Simpan SSPN Plus ke atas akaun pendeposit yang telah meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk mentadbir (bagi orang yang beragama Islam) atau menerima (bagi orang yang bukan beragama Islam) dengan segera tanpa perlu mengemukakan Geran Probet/Surat Kuasa Mentadbir/ Perintah Pembahagian.\nMenjimatkan kos dan masa semasa proses tuntutan dibuat.\n\n\nSyarat Penamaan Waris\nSyarat untuk membuat penamaan waris terhadap akaun simpanan tersebut adalah seperti berikut:\n\nPendeposit boleh membuat penamaan sebaik sahaja membuka akaun simpanan PTPTN.\nPendeposit boleh menamakan sesiapa sahaja untuk menjadi penama dengan syarat-syarat berikut:\u2013 Penama hendaklah warganegara Malaysia.\u2013 Tiada had umur.\u2013 Penamaan adalah terhad kepada 2 orang sahaja pada satu masa. Jika pendeposit berhasrat untuk menukar penama, pendeposit boleh berbuat demikian dengan mengisi borang penamaan baharu atau apa-apa kaedah yang ditentukan oleh PTPTN. Penamaan baharu akan membatalkan penamaan terdahulu.\nPendeposit hendaklah membuat penamaan untuk setiap akaun secara berasingan.\nButiran penamaan adalah sulit. Pendeposit dinasihatkan untuk tidak mendedahkan maklumat penamaan kepada orang lain selain daripada penama.\n\nCara Membuat Penamaan\nUntuk membuat penamaan waris ini, sila ikuti langkah mudah ini iaitu:\n\n\n\n\n\nPermohonan penamaan boleh dibuat dengan mengisi borang penamaan di kaunter PTPTN atau memuat turun\u00a0borang penamaan\u00a0daripada Portal PTPTN.\nPendeposit hendaklah hadir sendiri ke kaunter dengan membawa bersama Kad Pengenalan untuk pengesahan. Permohonan melalui wakil atau secara pos adalah tidak dibenarkan.\nPendeposit hendaklah memastikan maklumat penama adalah yang terkini dan memaklumkan kepada PTPTN sekiranya ada perubahan.\n\nPembatalan Penamaan Waris\nPenamaan waris akan terbatal sekiranya:\n\nPenama meninggal dunia.\nPendeposit memohon pembatalan penamaan dengan hadir sendiri ke kaunter PTPTN.\nMelalui apa-apa penamaan yang dibuat terkemudian oleh pendeposit; atau\nPendeposit telah menutup akaun simpanan.\n\nOleh sebab itu, pendeposit hendaklah membuat penamaan semula jika membuka akaun simpanan baharu.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat panjut mengenai penamaan waris SSPN ini, sila layari laman web https://www.ptptn.gov.my/simpan-sspn/simpan-sspn-prime/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tahun-1-sra-jaim/", "title": "Permohonan Kemasukan Tahun 1 SRA JAIM 2024/2025", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa di Negeri Melaka yang berhasrat untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (SRA JAIM) untuk Tahun 1 bagi sesi kemasukan 2024/2025, permohonan kemasukan telah dibuka.\nSekolah Rendah Agama JAIM merupakan institusi pendidikan peringkat rendah di bawah pengurusan JAIM.\nJAIM merupakan institusi yang bertanggungjawab bagi mentadbir Hal Ehwal Agama Islam di Melaka yang ditubuhkan pada 28 September 1960.\nJAIM juga turut berperanan dalam membangunkan institusi pendidikan Agama Islam melalui penubuhan SRA JAIM.\nInstitusi pendidikan ini berperanan dalam memberikan pendidikan kepada murid-murid terutamanya pendidikan berkaitan dengan Agama Islam di peringkat rendah.\nBagi ibu bapa yang berminat, pendaftaran boleh dilakukan bermula 3 April 2023 sehingga 31 Ogos 2023.\n\n\n\n\n\nSenarai SRA JAIM\nSenarai sekolah rendah agama JAIM ini di seluruh Melaka boleh dirujuk melalui pautan berikut https://jaim.gov.my/pendidikan/\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memasuki sekolah ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nKanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018.\n\nCara Memohon SRA JAIM\nPermohonan kemasukan ke sekolah ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://iems.melaka.gov.my.\nKlik bahagian \u2018Daftar Ibu Bapa/Penjaga..\nMasukkan email dan klik \u201cDaftar\u201d\nSemak email.\nKlik pautan yang diberkan ke dalam email.\nLengkapkan maklumat yang diperlukan.\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai kemasukan Tahun 1 ke SRA JAIM untuk sesi akademik 2024/2025, sila layari laman web JAIM di pautan https://jaim.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-mrsm-tingkatan-1-4-2023/", "title": "Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 Sesi 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPermohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) seluruh negara untuk murid yang bakal memasuki Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2023 boleh mula dibuat mulai 1 September 2022.\nMRSM merupakan institusi pendidikan di bawah MARA yang ditubuhkan pada Februari 1972 yang memberikan kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada murid-murid Bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.\nMurid yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum adalah dialu-alukan untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.\u00a0\nBagi mereka yang berminat, mereka perlu membuat permohonan secara atas talian sebelum 4 November 2023. \n\nProgram Pendidikan MRSM\nProgram pendidikan MRSM terbahagi kepada 6 program iaitu:\nMRSM Program PremierMRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)MRSM Program Ulul AlbabMRSM Program TeknikalMRSM Program IB-MYPMRSM Program Bitara\ni) MRSM Program Premier\nProgram ini menawarkan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. \nMurid-murid yang mengikuti program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).\nTerdapat 31 lokasi MRSM yang melaksanakan program MRSM Premier ini iaitu:\nMRSM Batu Pahat, JohorMRSM Mersing, JohorMRSM Muar, JohorMRSM Baling, KedahMRSM Merbok, KedahMRSM Pendang, KedahMRSM PDRM, Kulim KedahMRSM Arau, PerlisMRSM Beseri, PerlisMRSM Felda, Sungkai PerakMRSM Gerik, PerakMRSM Lenggong, PerakMRSM Pasir Salak, PerakMRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar PerakMRSM Pengkalan Hulu, PerakMRSM Jeli, KelantanMRSM Kuala Krai, KelantanMRSM Pasir Tumboh, KelantanMRSM Kuala Berang, TerengganuMRSM Kuala Terengganu, TerengganuMRSM Besut, TerengganuMRSM Muadzam Shah, PahangMRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis PahangMRSM Transkrian, Nibong Tebal Pulau PinangMRSM Tun Mustapha, Tawau SabahMRSM Kota Kinabalu, SabahMRSM Mukah, SarawakMRSM Betong, SarawakMRSM Kuching, SarawakMRSM Terendak, MelakaMRSM Serting, Negeri Sembilan\n\nii) MRSM Program IGCSE\nProgram ini menawarkan peluang kepada murid untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi menerusi kurikulum Cambridge Syllabus yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.\nMurid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.\nSebanyak 12 MRSM yang menawarkan Program IGCSE adalah seperti berikut:\nMRSM Johor Bahru, JohorMRSM Kubang Pasu, KedahMRSM Langkawi, KedahMRSM Tumpat, KelantanMRSM Alor Gajah, MelakaMRSM Kuala Klawang, Negeri SembilanMRSM Kuantan, PahangMRSM Tun Abdul Razak, PahangMRSM Parit, PerakMRSM Kota Kinabalu, SabahMRSM Kuching, SarawakMRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor\n\niii) MRSM Program Ulul Albab\nProgram ini menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.\nMurid-murid di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah termasuk program nilai tambah Tahfiz al-Quran. \n7 lokasi MRSM yang menawarkan program Ulul Albab iaitu:\n\n\n\n\nMRSM Kota Putra, TerengganuMRSM Gemencheh, Negeri SembilanMRSM Kepala Batas, Pulau PinangMRSM Sungai Besar, SelangorMRSM Semporna, SabahMRSM ATM Bera, PahangMRSM Bagan Datuk, Perak\n\niv) MRSM Program Teknikal\nProgram ini menawarkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.\nMurid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.\nHanya 1 MRSM yang menawarkan program teknikal iaitu:\nMRSM Bentong, Pahang\n\nv) MRSM Program IB-MYP\nProgram ini menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MARA berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kurikulum International Baccaleurate-Middle Year Programme yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.\nMurid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah. \n 3 lokasi MRSM yang menawarkan program ini adalah seperti berikut: \nMRSM Tun Dr Ismail, JohorMRSM Balik Pulau, Pulau PinangMRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan Sabah\n\nvi) MRSM Program Bitara\nProgram ini menawarkan pendidikan kepada murid yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi murid (gifted & talented).\nMurid-murid yang mengambil program ini akan melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan murid yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).\n 3 lokasi MRSM yang menawarkan program Bitara iaitu: \nMRSM Taiping, PerakMRSM Tun Ghafar Baba, MelakaMRSM Pengkalan Chepa, Kelantan\n\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan yang ditetapkan bagi murid yang berminat untuk memasuki MRSM sama ada Tingkatan 1 atau 4 adalah:\nCalon warganegara Malaysia.Ibu dan/atau bapa ialah warganegara Malaysia.Calon boleh memohon online dan\u00a0wajib\u00a0menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023.Calon dari\u00a0sekolah kebangsaan\u00a0(tahun 1 hinga 6) atau\u00a0sekolah menengah kebangsaan\u00a0(Tingkatan 1 hingga 3) sahaja.Ibu bapa atau penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.\nTacara Permohonan\nTatacara permohonan boleh dirujuk menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/Tandakan pada kotak pengakuan dan klik butang \u2018Setuju.\u2019Klik \u201cKlik Di Sini\u201d sama ada untuk permohonan Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.Klik \u201cDaftar Pengguna.\u201dIsikan nombor kad pengenalan calon Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 dan klik \u201cHantar.\u201dIsi maklumat yang diperlukan dan klik \u201cHantar.\u201dLogin dengan memasukkan no kad pengenalan calon dan kata laluan.Ini dan lengkapkan semua maklumat pemohon, ibu, bapa dan penjaga, pendapatan keluarga, pilihan program, dan MRSM di ruangan yang disediakan.Tandakan pada kotak perakuan pemohon.Klik \u201cHantar\u201d untuk mengjantar permohonan.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke MRSM 2023, sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4222.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/diskaun-20-tiket-penerbangan-majlis-konvokesyen-uitm/", "title": "Diskaun 20% Tiket Penerbangan Sempena Majlis Konvokesyen UiTM", "body": "\n\n\n\n\n\nSyarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly telah menawarkan diskaun 20% tiket penerbangan kepada para graduan dan keluarga sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2022. \nPemberian diskaun ini adalah sebagai satu usaha pihak Malaysia Airlines dan Firefly bagi memastikan graduan dan keluarga dapat menghadiri majlis konvokesyen terutamanya melibatkan kampus yang jauh. \nPara graduan dan keluarga boleh mendapatkan diskaun ini sehingga 10 Jun 2022 bagi penerbangan pada 12 Jun hingga 7 Julai 2022.\n\nTarikh Majlis Konvokesyen\nTarikh majlis konvokesyen yang akan diadakan pada tahun ini mengikut kampus adalah seperti berikut:\nTarikh KonvokesyenKampus14 Jun sehingga 28 Jun 2022UiTM Shah Alam30 Jun sehingga 1 Julai 2022UiTM Sabah4 Julai sehingga 6 Julai 2022UiTM Sarawak\nKod Promo\nKod promo yang boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun bagi pembelian tiket penerbangan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nMalaysia Airlines: MHUITM2022\u200b\u200bFirefly: FYUITM22\u200b\nKelas Penerbangan\nKelas penerbangan yang layak untuk memperoleh diskaun tiket ini adalah:\nKelas Ekonomi (Business Class)Kelas Perniagaan (Economy Class)\nCara Pembelian Tiket\nPembelian tiket boleh dilakukan menerusi laman web https://www.malaysiaairlines.com/ dan https://www.fireflyz.com.my/.\nBuat pembelian tiket dan masukkan promo kod yang telah diberikan untuk mendapatkan diskaun tiket penerbangan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai diskaun 20% tiket penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly ini, sila layari laman web https://www.malaysiaairlines.com/my/en/campaign/uitm.html\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-khas-menteri-besar-selangor/", "title": "Biasiswa Khas Dato\u2019 Menteri Besar Selangor & PBU Luar Negara 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar anak Negeri Selangor ditawarkan 2 pembiayaan pendidikan iaitu Biasiswa Khas Dato\u2019 Menteri Besar Selangor dan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Luar Negara bagi tahun 2023.\nBiasiswa Khas Dato\u2019 Menteri Besar Selangor dan Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara merupakan biasiswa penuh dan pinjaman boleh ubah untuk yang layak bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/Doktor Falsafah (PhD) di 100 Universiti terkemuka (mengikut ranking by Subject 2023 QS World University Ranking).\nSebelum ini, permohonan bagi program biasiswa ini dibuka sehingga permohonan 1 Mac 2023 sahaja namun telah dilanjutkan sehingga 14 Mac 2023.\n\nBidang Pengajian Yang Ditawarkan Bagi Biasiswa Khas Menteri Besar Selangor\nBidang pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut:\ni) Skop SMART Selangor\n\nGovernance\nEnergy and Utility\nWater Management\nWaste Management\nBuilding and Housing\nTransport and Mobility\nSafety and Security\nHealthcare\nDisaster Management\nFood and Agriculture\nEducation\n\nii) Bidang-bidang berkaitan\n\nHuman and Social Development\nCulture and Heritage\nManufacturing\nEnvironment\nBusiness\nRetail\nCommercial\nTechnology\nCommunication\n\nSyarat Am\nSyarat am yang ditetapkan untuk permohonan kedua-dua pembiayaan pendidikan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:\u2013 Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan\u2013 Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau\u2013 Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih 10 tahun di Selangor.\nPermohonan terbuka kepada pelajar yang berstatus bujang/belum berkahwin.\nBerumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.\nMengikuti pengajian secara sepenuh masa.\nKeutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa\nKeutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif\nPemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain\nSihat tubuh badan\nTidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah\nTidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan\nUniversiti yang ditawarkan perlu tersenarai dalam Top 100 QS World Ranking tahun semasa mengikut bidang-bidang yang disenaraikan.\n\nSyarat Akademik\nSelain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan iaitu:\ni) Biasiswa Khas Dato\u2019 Menteri Besar Selangor \n\nMemiliki Asasi/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya.\nTelah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.5)/TOEFL (100/120) /MUET Band (5.0).\nPemohon hendaklah menyertakan salinan \u2019Research Proposal\u2019 yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. \u2019Research Proposal\u2019 hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor bagi calon pascasiswazah\n\nii) Pinjaman Boleh Ubah Luar Negara\n\nMemiliki Asasi/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya.\nTelah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.5)/ TOEFL (80/100) / MUET Band (4.0).\nPemohon hendaklah menyertakan salinan \u2019Research Proposal\u2019 yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. \u2019Research Proposal\u2019 hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor bagi calon pascasiswazah.\n\nTatacara Permohonan Biasiswa Khas Menteri Besar Selangor\nTatacara permohonan bagi pembiayaan ini adalah seperti berikut:\n\nLayari link permohonan iaitu https://danapendidikan.selangor.gov.my/login.\nKlik butang \u201cDaftar.\u201d\nLengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik \u201cDaftar Akaun.\u201d\nLogin dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nLengkapkan maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.\nHantar permohonan setelah semua maklumat diisi dan dilengkapkan.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kedua-dua pembiayaan ini, sila hubungi Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di talian 03-5521 2275/03-5544 7484 atau emel ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/peperiksaan-muet/", "title": "Daftar Peperiksaan MUET 2022: Malaysian University English Test", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang ingin memohon memasuki institusi pengajian tingggi di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama diwajibkan untuk mengambil Peperiksaan Malaysian University English Test (MUET).\nUntuk makluman, MUET ialah peperiksaan yang diperkenalkan pada tahun 1999 bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).\nPeperiksaan ini dilaksanakan 3 kali setahun dan dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MEM) yang merupakan badan yang bertanggungjawab mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu\u00a0di dalam negara. \nLazimnya, peperiksaan ini akan diambil oleh pelajar yang sedang mengikuti pengajian Matrikulasi/Asasi dan Tingkatan 6 sebelum mereka menyambung pengajian bagi program ijazah pertama di IPT yang dipohon.\n\nTarikh Pelaksanaan\nMulai 2012, MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali setahun iaitu pada bulan:\nMacJulaiNovember\nSyarat Kelayakan\nTiada sebarang syarat yang dikenakan oleh MEM untuk individu yang ingin menduduki peperiksaan ini.\nKadar Bayaran\nMulai tahun 2012, kadar bayaran yuran MUET yang akan dikenakan adalah sebanyak RM100.00.\nKomponen Peperiksaan\nCalon yang mengambil peperiksaan MUET perlu menjalani 4 komponen peperiksaan iaitu:\n\n\n\n\nKod KertasNama KertasTempoh Peperiksaan800/1Listening\u00a050 minit800/2\u00a0Speaking\u00a030 minit800/3Reading 75 minit 800/4Writing75 minit\nAdalah diingatkan pelajar pelu mengambil keempat-empat kertas terbabit dan sijil peperiksaan tidak akan dikeluarkan sekiranya calon gagal mengambil keempat-empat kertas tersebut.\nPemarkahan Peperiksaan\nJumlah markah keseluruhan bagi peperiksaan MUET ialah 360 markah dengan kriteria pemarkahan peperiksaan bagi setiap kertas adalah seperti berikut:\nNama KertasMarkah Maksimum Listening 90 markah \u00a0Speaking 90 markah Reading 90 markah Writing 90 markah\nKeputusan peperiksaan keseluruhan akan dikategorikan mengikut Band yang ditetapkan iaitu:\nJumlah MarkahBand 331 \u2013 3605+294 \u2013 3305.0258 \u20132934.5211 \u20132574.0164 \u2013 2103.5123 \u2013 1633.082 \u2013 1222.536 \u2013 812.01 \u2013 351.0\nContoh Peperiksaan\nVideo di bawah merupakan contoh peperiksaan bagi kertas 800/2 Speaking dijalankan:\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=pwwWuoJchpo\n\nCara Mendaftar\nUntuk mendaftar peperiksaan MUET bagi calon persendirian, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web pendaftran MUET iaitu https://muet.mpm.edu.my/registrationPilih negeri dan pusat peperiksaan MUET yang diingini.Isi maklumat diri yang diperlukan.Buat pembayaran melalui FPX atau Kad Kredit.Slip pendaftaran peperiksaan akan diberikan selepas pembayaran dilakukan. \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai peperiksaan MUET, sila layari laman web https://muet.mpm.edu.my/home\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/u-pustaka/", "title": "u-Pustaka: Akses Bahan Bacaan Secara Online & Percuma", "body": "\n\n\n\n\n\nSelain berkunjung ke perpustakaan fizikal, orang ramai juga boleh mencari buku atau bahan bacaan lain secara atas talian menerusi u-Pustaka.\nu-Pustaka adalah perkhidmatan perpustakaan digital negara yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.\nIni adalah inovasi yang diwujudkan hasil sinergi kolaboratif dari\u00a0Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)\u00a0menerusi\u00a0Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan\u00a0Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)\u00a0serta ahli-ahli konsortium u-Pustaka.\nKeahlian perpustakaan digital ini adalah percuma kepada seluruh rakyat Malaysia dan ahli-ahli boleh meminjam buku fizikal dan juga buku digital. \nSelain itu, ahli juga boleh menempah buku fizikal dari 12 perpustakaan konsortium u-Pustaka dan dihantar ke rumah menggunakan perkhidmatan Pos Laju dengan kadar yang berpatutan.\u00a0\nPerkhidmatan Yang Disediakan\nTerdapat 4 perkhidmatan yang disediakan di dalam perpustakaan digital ini iaitu:\ni) Komponen Penerbitan Web\n\n\n\n\n\nBerita\nPeristiwa\nSuapan Berita (RSS)\nPautan\n\nii) Komponen Pengurusan Kandungan\n\nUlasan Elektronik\nPapan Pemuka\nSumber Elektronik\nBuku Audio\n\niii) Komponen Kolaborasi\n\nTanyalah u-Pustaka\nBerbual dengan Pakar\nForum Perbincangan\n\niv) Komponen Perkhidmatan\n\nPinjaman dan Pemulangan (tempahan dalam talian bayaran dalam talian, penghantaran dengan pos laju, meminjam menerusi peralatan RFID di perpustakaan Konsortium.\n\nCara Daftar Keahlian u-Pustaka\nUntuk mendaftar keahlian di perpustakaan digital ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://www.u-library.gov.my/.\nPilih \u2018Daftar\u2019 untuk mencipta akaun baru.\nPilih kategori kewarganegaraan dan klik \u2018Daftar Sekarang.\u2019\nMasukkan nama dan no kad pengenalan.\nLengkapkan maklumat peribadi.\nEmail pengaktifan akan dihantar.\nBuka email dan klik link pengaktifan.\nPortal kini boleh diakses. \n\n\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai perpustakaan digital ini, sila layari laman web https://www.u-library.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/doa-awal-tahun-1445h/", "title": "Doa Awal Tahun 1445H Beserta Maksudnya", "body": "\n\n\n\n\n\nMenjelang tahun 1445H yang bakal tiba, adalah digalakkan untuk umat Islam untuk membawa doa awal tahun.\nDoa awal tahun Hijrah (1445H) akan dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 18 Julai 2023 (Selasa).\nIni bermakna, selepas masuk waktu Maghrib pada 18 Julai 2023, kalendar Hijrah akan bertukar kepada tahun 1445H.\n\nBulan-Bulan Islam\nDi dalam kalendar Hijrah, terdapat 12 bulan iaitu:\n\nMuharam\nSafar\nRabiulawal\nRabiulakhir\nJamadilawal\nJamadilakhir\nRejab\nSyaaban\nRamadan\nSyawal, \nZulkaedah\nZulhijah\n\nIni bermakna, doa awal tahun lazimnya dibaca oleh umat Islam pada 1 Muharam setiap tahun iaitu pada bermulanya bulan di dalam kalendar Hijrah.\nMaal Hijrah/Awal Muharam\nAwal Muharram\u00a0atau\u00a0Maal Hijrah\u00a0merupakan suatu hari yang penting bagi umat\u00a0Islam\u00a0kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah\u00a0Islam\u00a0iaitu penghijrahan\u00a0Nabi Muhammad s.a.w\u00a0dari Kota\u00a0Makkah\u00a0ke\u00a0Madinah\u00a0pada tahun 622 Masihi.\nLazimnya, umat Islam menyambut Maal Hijrah terutamanya di Malaysia bagi mengingati peristiwa tersebut sebagai peristiwa penting di dalam Islam. \nTeks Doa Awal Tahun\nAntara doa yang boleh diamalkan pada awal tahun adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\u0628\u0650\u0633\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0652\u0645\u064e\u0640\u0670\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062d\u0650\u064a\u0645\u0650\n\u0627\u0644\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0635\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0629\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0644\u0627\u064e\u0645\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0623\u064e\u0634\u0652\u0631\u064e\u0641\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u0646\u0652\u0640\u0628\u0650\u064a\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0645\u064f\u0631\u0652\u0633\u064e\u0644\u0650\u064a\u0646\u064e \u0633\u064e\u064a\u0650\u0651\u0640\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u062c\u0652\u0645\u064e\u0639\u0650\u064a\u0646\u064e. \u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u0623\u064e\u0646\u0652\u062a\u064e \u0627\u0644\u0623\u064e\u0628\u064e\u062f\u0650\u064a\u064f\u0651 \u0627\u0644\u0642\u064e\u062f\u0650\u064a\u0645\u064f \u0627\u0644\u0623\u064e\u0648\u064e\u0651\u0644\u064f \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0639\u064e\u0638\u0650\u064a\u0645\u0650 \u0648\u064e\u062c\u064f\u0648\u062f\u0650\u0643\u064e \u0627\u0644\u0645\u064f\u0639\u064e\u0648\u064e\u0651\u0644\u0650\u060c \u0648\u064e\u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0627\u0645\u064c \u062c\u064e\u062f\u0650\u064a\u062f\u064c \u0642\u064e\u062f\u0652 \u0623\u064e\u0642\u0652\u0628\u064e\u0644\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0627\u060c \u0646\u064e\u0633\u0652\u0626\u064e\u0640\u0644\u064f\u0643\u064e \u0627\u0644\u0639\u0650\u0635\u0652\u0645\u064e\u0629\u064e \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0634\u064e\u0651\u064a\u0652\u0637\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0631\u064e\u0651\u062c\u0650\u064a\u0645\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0648\u0652\u0644\u0650\u064a\u064e\u0627\u0621\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u062c\u064f\u0646\u064f\u0648\u062f\u0650\u0647\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0639\u064e\u0648\u0652\u0646\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0647\u064e\u0630\u0650\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0641\u0652\u0633\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0623\u064e\u0645\u064e\u0651\u0627\u0631\u064e\u0629\u0650 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0633\u064f\u0651\u0648\u0621\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0627\u0650\u0634\u0652\u062a\u0650\u063a\u064e\u0627\u0644\u0650 \u0628\u0650\u0645\u064e\u0627 \u064a\u064f\u0642\u064e\u0631\u0650\u0651\u0628\u064f\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0632\u064f\u0644\u0652\u0641\u064e\u0649. \u0627\u064e\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f\u0645\u064e\u0651 \u064a\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0648\u0650\u0651\u0644\u064e \u0627\u0644\u0623\u064e\u062d\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650 \u062d\u064e\u0648\u0650\u0651\u0644\u0652 \u062d\u064e\u0627\u0644\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0623\u064e\u062d\u0652\u0633\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0623\u064e\u062d\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u0650 \u0628\u0650\u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u0650\u0643\u064e \u0648\u064e\u0642\u064f\u0648\u064e\u0651\u062a\u0650\u0643\u064e \u064a\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0632\u0650\u064a\u0632\u064f \u064a\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064d. \u0631\u064e\u0628\u064e\u0651\u0646\u064e\u0622 \u0621\u064e\u0627\u062a\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u062f\u064f\u0651\u0646\u0652\u064a\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0641\u0650\u0649 \u0627\u0644\u0623\u064e\u062e\u0650\u0631\u064e\u0629\u0650 \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064b \u0648\u064e\u0642\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0628\u064e \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0631\u0650. \u0648\u064e\u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u0633\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0633\u064e\u064a\u0640\u0650\u0651\u062f\u0650\u0646\u064e\u0627 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064d \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0635\u064e\u062d\u0652\u0628\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u062c\u0652\u0645\u064e\u0639\u0650\u064a\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u062d\u064e\u0645\u0652\u062f\u064f \u0644\u0650\u0644\u0651\u0670\u0647\u0650 \u0631\u064e\u0628\u0650\u0651 \u0627\u0644\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e.\nMaksudnya:\nYa Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya. Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.\nYa Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan.Amin ya Rabbal \u2018alamin.\n\nSumber: https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/07/29/perkongsian-doa-akhir-tahun-dan-awal-tahun-hijrah/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sulung-yuran-pengajian-percuma-b40/", "title": "SULUNG: Inisiatif Yuran Pengajian Percuma Pelajar B40", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meneruskan inisiatif bagi membantu pelajar daripada golongan keluarga B40 untuk ke menara gading menerusi Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG).\nMenerusi program ini, sebanyak 10,000 mahasiswa yang merupakan wakil pertama dari keluarga B40 akan dikecualikan sepenuhnya yuran pengajian di semua universiti awam.\nIni secara tidak langsung akan\u00a0memberikan motivasi kepada keluarga, dan juga kepada komuniti setempat untuk menjejakkan kaki ke menara gading. \nProgram ini dilaksanakan berdasarkan terdapat anak-anak daripada golongan B40 memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahupun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) namun tidak berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi akibat kekangan kewangan dan peluang.\nUntuk pelaksanaan program ini, KPT memperuntukkan sebanyak RM30 juta kepada semua universiti awam.\n\nObjektif SULUNG\nObjektif pelaksanaan program ini adalah untuk mencapai perkara berikut:\n\n\n\n\n\nMengeluarkan mereka daripada kitaran B40.\nMemastikan mereka lebih berdikari.\nKejayaan mereka dijadikan motivasi keluarga dan komuniti setempat.\n\nYuran Percuma\nBagi pelajar yang terpilih di bawah program ini, mereka akan dikecualikan sepenuhnya daripada membayar yuran pengajian. \nWalau bagaimanapun, para pelajar perlu menyediakan kewangan sendiri bagi kos sara hidup kerana program tersebut hanya menanggung yuran pengajian sahaja.\nSenarai Universiti Awam\nSenarai Universiti Awam bagi pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:\n\nUniversiti Malaya (UM)\nUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)\nUniversiti Teknologi Malaysia (UTM)\nUniversiti Sains Malaysia (USM)\nUniversiti Putra Malaysia (UPM)\nUniversiti Teknologi MARA (UiTM)\nUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)\nUniversiti Malaysia Sabah (UMS)\nUniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)\nUniversiti Utara Malaysia (UUM)\nUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)\nUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)\u00a0\nUniversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)\nUniversiti Malaysia Perlis\nUniversiti Malaysia Terengganu (UMT)\nUniversiti Malaysia Pahang (UMP)\nUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)\nUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)\nUniversiti Malaysia Kelantan (UMK)\nUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)\n\nPemilihan Pelajar\nJabatan Pendidikan Tinggi (JPT) akan mengenal pasti calon yang membuat permohonan sama ada dalam kategori B40 atau sebaliknya.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Program SULUNG, sila layari laman web https://www.mohe.gov.my/ dan Facebook KPT https://www.facebook.com/MOHEOfficial.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/anugerah-biasiswa-lepasan-ijazah-2022-yayasan-sultan-iskandar/", "title": "Anugerah Biasiswa Lepasan Ijazah 2022 Yayasan Sultan Iskandar", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Sultan Iskandar Johor telah menawarkan Anugerah Biasiswa Lepasan Ijazah 2022 kepada pelajar lepasan Ijazah yang berminat untuk menyambung pengajian pascasiswazah dan menerima biasiswa. \nUntuk makluman, Yayasan Sultan Iskandar Johor adalah yayasan yang ditubuhkan dengan objektif utama untuk mewujudkan dan mengekalkan dana bukan sahaja untuk tujuan saintifik dan kebajikan tetapi juga untuk mempromosikan kecemerlangan pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia.\nBiasiswa ini ditawarkan kepada pelajar telah berjaya menamatkan Ijazah pertama mereka serta merancang untuk melanjutkan pengajian pascasiswazah secara sepenuh masa di mana-mana universiti tempatan yang diiktiraf pada tahun semasa iaitu 2022.\nPermohonan biasiswa ini dibuka sehingga 15 Ogos 2022 menerusi borang permohonan yang telah disediakan. \nNilai Biasiswa\nElaun biasiswa yang menarik ditawarkan meliputi perbelanjaan sara hidup, yuran pengajian, elaun buku dan tesis akan disediakan oleh Yayasan Sultan Iskandar Johor.\nPelajar yang menerima biasiswa ini tidak terikat dengan yayasan selepas tamat pengajian dan bebas untuk mendapatkan pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta tetapi mereka digalakkan untuk bekerja di sektor awam di Malaysia setelah berjaya menamatkan pengajiannya.\n\n\n\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak untuk menerima biasiswa ini adalah:\nMatematikKejuruteraanSainsUndang-Undang\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:\nBerumur di bawah 40 tahun.Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya Ijazah Atas Kelas Kedua atau 3.50 PNGK pada Ijazah Pertama untuk Sarjana dan PNGK tidak kurang daripada 3.50 pada peringkat Sarjana untuk Ph.D.Pemohon mesti boleh mendapatkan cuti belajar jika mereka bekerja dan mengemukakan surat daripada majikan mereka untuk mengesahkan perkara ini.Pemohon mestilah telah ditawarkan tempat untuk membuat pengajian pasca siswazah di universiti tempatan pada bila-bila masa tahun ini (2022). Mereka yang telah bermula sebelum tahun ini tidak digalakkan memohon.Tidak menerima biasiswa/pinjaman/bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi lain.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nMuat turun borang permohonan di pautan https://www.ysij.org.my/borang-permohonan.Isi borang permohonan dengan lengkap.Borang permohonan tersebut mestilah dihantar menggunakan pos bersama setem RM1.20 dan sampul surat 16cm x 23cm ke alamat:\nThe Executive SecretaryYAYASAN SULTAN ISKANDAR JOHORRumah Johor, JKR 1255Jalan Carruthers,Bukit Tunku,50480 Kuala Lumpur.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Anugerah Biasiswa Lepasan Ijazah 2022 Yayasan Sultan Iskandar Johor, sila layari laman web https://www.ysij.org.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/senarai-sbp-terbaik-malaysia-spm-2022/", "title": "Senarai SBP Terbaik Malaysia (Berdasarkan Ranking SPM 2022)", "body": "\n\n\n\n\n\nSenarai kedudukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik di Malaysia ditentukan menerusi ranking terkini di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.\nSBP merupakan sekolah yang diwujudkan adalah bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif yang di khususkan kepada murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.\nTujuan asal penubuhan sekolah ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar\u00a0bumiputera\u00a0di luar bandar.\nUmumnya, pelajar di sekolah ini adalah 90% adalah untuk pelajar bumiputera manakala 10% lagi adalah untuk pelajar bukan bumiputera.\n\nSyarat Pemilihan\nSyarat pemilihan murid bagi kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\ni) Pemilihan Murid Tingkatan 1 :\n\nMurid mestilah warganegara Malaysia\nMurid Sekolah Kebangsaan (SK)\nMurid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP\nMurid cemerlang akademik\nMurid aktif dalam kokurikulum\n\n\u00a0ii) Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4 :\n\nMurid mestilah warganegara Malaysia\nMurid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan\nMurid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang- kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)\nMurid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS)\nMurid aktif dalam kokurikulum\n\nRanking SBP Terbaik Di Malaysia (Terkini)\nRanking SBP terkini berdasarkan kedudukan SPM tahun 2022 adalah seperti berikut:\nNo RankingSBPGred Purata Sekolah 20221SBP Intergrasi Gombak1.052Sekolah Sultan Alam Shah1.073Kolej Tunku Kursiah1.124Sekolah Seri Puteri1.205Sekolah Tun Fatimah1.366Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani1.387Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor1.428Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra1.469Kolej Melayu Kuala Kangsar1.4810Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi1.5311Sekolah Menengah Sains Muar1.5512Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah1.5813Sekolah Menengah Sains Selangor1.6214 Sekolah Menengah Sains Alam Shah1.6315Kolej Islam Sultan Alam Shah1.6616 SBP Intergrasi Kuantan1.6717Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang1.7018Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir 1.7419Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor1.7420Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud1.7521Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu1.7622Sekolah Menengah Sains Seri Puteri1.8323Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah1.8724Sekolah Menengah Sains Banting1.8925SBP Intergrasi Rawang1.9026Sekolah Menengah Sains Rembau1.9427Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu1.9928Sekolah Menengah Sains Sembrong2.0229Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu2.0530Maktab Tentera Di Raja2.0731Sekolah Menengah Sains Kepala Batas2.1132Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah2.2133Sekolah Menengah Sains Jeli2.2234Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng2.2235Sekolah Menengah Sains Batu Pahat2.3236Sekolah Tuanku Abdul Rahman2.3337Sekolah Menengah Sains Dato\u2019 Abdul Razak2.3338Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong2.3539Sekolah Menengah Sains Tapah2.4040 Sekolah Menengah Sains Machang2.4341Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim2.5142Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh2.5643Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah2.5844SBP Intergrasi Sabak Bernam2.6545Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar2.6046Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu2.7247Sekolah Menengah Sains Pokok Sena2.7548Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa2.7749Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin2.7750Sekolah Menengah Sains Setiu2.8451SBP Intergrasi Tun Abdul Razak2.8952Sekolah Menengah Sains Gua Musang2.95\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, layari laman web https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-menengah/sekolah-berasrama-penuh.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-kktm-mjii-ikm-mara-januari-2023/", "title": "Permohonan Kemasukan Ke KKTM, MJII & IKM MARA Sesi Januari 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPermohonan kemauskan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), dan Institut Kemahiran MARA (IKM) bagi kemasukan sesi Januari 2023 akan dibuka tidak lama lagi.\nUntuk pengetahuan, KKTM, MJII dan IKM merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.\nInstitusi-institusi pendidikan ini telah berkembang di seluruh negara yang mana IKM kini mempunyai 14 buah kampus, manakala KKTM mempunyai 10 buah kampus dan MJII mempunyai sebuah sehingga hari ini. \nOleh itu, individu yang berminat untuk memohon boleh berbuat demikian mulai 3 Oktober 2022 hingga 30 Oktober 2022.\nKeistimewaan TVET MARA\nTerdapat beberapa keistimewaan pelajar yang menyambung pengajian menerusi TVET MARA iaitu:\nElaun sara hidup.Asrama atau penginapan disediakan.Peluang melanjutkan pengajian dalam dan luar negara.Yuran pengajian ditanggung oleh MARA.Pengiktirafan MQA, JPK, industri dan badan profesional.\nSenarai Institusi TVET MARA\nSenarai institusi TVET MARA di seluruh negara adalah seperti berikut iaitu:\ni) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) \nKKTM Balik PulauKKTM Petaling JayaKKTM RembauKKTM LenggongKKTM Pasir MasKKTM KemamanKKTM KuantanKKTM LedangKKTM Sri GadingKKTM Masjid Tanah\nii) Institut Kemahiran MARA (IKM) \n\n\n\n\nIKM Alor StarIKM BeseriIKM SikIKM Sungai PetaniIKM Seberang Perai UtaraIKM LumutIKM Kuala LumpurIKM BesutIKM Tan Sri Yahya Ahmad, Peramu JayaIKM Johor BahruIKM JasinIKM BintuluIKM KuchingIKM Kota Kinabalu\nii) Japan Industrial Institute (MJII) \nMJII Beranang\nSyarat Umum\nPemohon perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan seperti berikut iaitu:\nWarganegara MalaysiaPemohon mestilah merupakan taraf Bumiputera atau Bumiputera Sabah dan Sarawak.Pemohon berumur 17 tahun ke atas.Pemohon sihat tubuh badan.Pemohon lulus SPM atau setara.\nSyarat Akademik\nSyarat akademik yang ditetapkan adalah bergantung kepada peringkat pengajian iaitu:\ni) Peringkat Sijil\nLulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:\u2013 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.\u2013 Lulus matematik.\nii) Peringkat Diploma\nLulus SPM atau setara dengan 3 kepujian dalam mata pelajaran berikut:\u2013 Matematik.\u2013 Mana-mana 1 mata pelajaran mengikut kumpulan Sains/Vokasional & Teknologi/Vokasional (MPV)/Aliran Vokasional (MPAV).\u2013 Mana-mana 1 mata pelajaran lain.\u2013 Lulus Bahasa Inggeris. \nCara Membuat Permohonan\nUntuk membuat permohonan memasuki mana-mana institusi TVET MARA, sila ikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://apponline.mara.gov.my/spupim/.Klik \u201cPengguna Baru.\u201dIsi maklumat yang diperlukan dan klik \u201cHantar.\u201dLogin dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.Klik \u201cPermohonan.\u201dLengkapkan semua maklumat yang diberikan.Tandakan pada kotak pengakuan dan klik \u201cHantar.\u201d\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak MARA yang berikut untuk membuat pertanyaan iaitu:\nUnit Pengambilan Pelajar: 03-2613 4589/34589/34605Unit Promosi: 03-26134581/34609Whatsapp: 013-9498063\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/contoh-surat-tidak-hadir-ke-sekolah/", "title": "Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi murid atau pelajar yang tidak hadir ke sekolah, salah satu medium untuk memaklumkan ketidakhadiran tersebut adalah melalui surat tidak hadir ke Sekolah.\nSurat tidak hadir ke sekolah ialah surat yang ditulis untuk memaklumkan ketidakhadiran ke sekolah.\nFormat surat ini mestilah ditulis menggunakan surat rasmi kerana ia dihantar kepada pihak sekolah secara rasmi. \n\nMaksud Surat Tidak Hadir Ke Sekolah\nSurat rasmi ialah surat yang ditulis bagi tujuan urusan-urusan rasmi.\nUrusan rasmi tersebut bermaksud urusan yang berhubung dengan jabatan kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan, institusi, syarikat swasta dan individu.\nSekolah merupakan institusi pendidikan dan sebarang perhubungan dengan pihak sekolah melibatkan permohonan atau pemakluman perlulah dilakukan menerusi surat rasmi. \nUntuk mengelakkan seseorang pelajar dianggap sebagai \u2018ponteng\u2019 sekolah, maka ibu bapa atau penjaga perlulah memberi surat rasmi untuk memberitahu alasan anak-anak tidak hadir ke sekolah.\nFormat Surat Tidak Hadir Ke Sekolah\nSurat ini mengandungi 8 perkara yang perlu ada dalam iaitu:\n\nNama dan alamat pengirim\nNama, jawatan, dan alamat penerima/pihak sekolah\nTarikh surat ditulis\nPanggilan Penerima\nTajuk (ketidakhadiran ke sekolah)\nPengenalan\nIsi kandungan surat\nTandatangan dan nama pengirim\n\n1. Nama dan alamat pengirim\nNama penuh dan alamat pengirim perlu ditulis pada bahagian sebelah kiri paling atas surat.\nDalam hal ini, nama pengirim perlulah diletakkan nama ibu bapa/penjaga yang mewakili murid tersebut. \n2. Nama, jawatan, dan alamat penerima\nNama penuh, jawatan, dan alamat penerima mestilah ditulis di bawah nama pengirim yang dipisahkan dengan satu garisan panjang.\nNama penerima mestilah merujuk kepada guru besar/pengetua/guru kelas kepada murid terbabit untuk menerima surat ini. \nAlamat penerima pula mestilah alamat pejabat yang merujuk kepada alamat sekolah.\n3. Tarikh surat ditulis\nTarikh surat ditulis mestilah diletakkan di bahagian kanan surat iaitu sebaris dengan negeri penerima.\n4. Panggilan Penerima\nPanggilan yang mesti ditulis ialah Tuan/Dato\u2019 (jika berkenaan) dan perlu ditulis di bawah negeri penerima di bahagian kiri.\n5. Tajuk surat\nTajuk surat mestilah merujuk kepada pemakluman ketidakhadiran murid ke sekolah.\n\n\n\n\nIa perlu ditulis di bawah panggilan penerima tersebut dan mestilah ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan.\n6. Isi Surat\nNombor perenggan perlu ditelakkan pada awal setiap perenggan kecuali perenggan pertama.\nPada perenggan pertama, ibu bapa perlu menyatakan nama dan kelas murid yang tidak hadir ke sekolah tersebut. \nUntuk perenggan kedua pula, adalah huraian kepada sebab ketidakhadiran tersebut berlaku.\n7. Tandatangan dan nama pengirim\nPengirim (ibu bapa) perlu menurunkan tandatangan dan nama penuh bagi mengesahkan penulisan surat tersebut.\nContoh Surat \nContoh penulisan surat ini adalah seperti di bawah:\nMohsin Bin Manap,No 332, Jalan Cenderawasih 5,Taman Cenderawasih,43500 Semenyih,Selangor Darul Ehsan.________________________________________________________\nMohamad Karim Bin Zahidi,\u00a0\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Guru Kelas 5 Bestari, Sekolah Kebangsaan Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan. 9 Januari 2023\nTuan,\nKETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH SELAMA 3 HARI\nSemoga Tuan berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.\n2. Saya Mohsin Bin Manap, bapa kepada Mohd Khusairi Bin Mohsin ingin memaklumkan ketidakhadiran anak saya ke sekolah pada 10 Januari 2023 sehingga 13 Januari 2023 yang akan datang.\n3.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Ini kerana, anak saya akan menjalani rawatan di hospital yang memerlukan untuk berada di hospital selama 3 hari di bawah pemantauan doktor.\n4. Diharapkan pihak tuan dapat mengambil maklum mengenai perkara ini. \nSekian, terima kasih.\nYang benar,\n\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026\u2026.MOHSIN BIN MANAP\n\nMaklumat Lanjut\nBagi mengetahui penulisan surat rasmi, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=0j81zPINbsk.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/e-lembaga-peperiksaan/", "title": "e-Lembaga Peperiksaan: Permohonan Sijil Peperiksaan Online", "body": "\n\n\n\n\n\nSekiranya anda kehilangan sijil peperiksaan anda, jangan risau kerana anda boleh mendapatkan semula sijil tersebut melalui e-Lembaga Peperiksaan.\ne-Lembaga Peperiksaan merupakan sistem secara atas talian yang diwujudkan bagi memudahkan orang ramai membuat permohonan tuntutan terhadap sijil peperiksaan mereka yang hilang.\nMenerusi permohonan tuntutan sijil peperiksaan ini, orang ramai akan memperoleh semula sijil peperiksaan mereka melalui pos yang dihantar terus ke rumah mereka.\nTuntutan Sijil Peperiksaan\nUntuk makluman, terdapat beberapa sijil peperiksaan yang boleh dituntut oleh orang ramai iaitu:\n\nPenilaian Menengah Rendah (PMR)\nSijil Rendah Pelajaran (SRP)\nSijil Pelajaran Malaysia (SPM)\nSijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)\nSijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)\nSijil Vokasional Malaysia (SVM)\nMata Pelajaran Vokasional (MPV)\nMata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)\nMalaysia Certificate of Education (MCE)\nLower Certificate of Education (LCE)\n\nBayaran Tuntutan Sijil Peperiksaan\nBayaran tuntutan sijil peperiksaan yang dipohon adalah sebanyak RM30 tidak termasuk kos penghantaran.\nKos penghantaran yang dikenakan kepada pemohon adalah sebanyak RM10.\nTempoh Pengeluaran Sijil Peperiksaan\nTempoh pengeluaran sijil peperiksaan yang dipohon menerusi sistem e-Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut:\n\nSijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994- 1 jam\nSijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993- 7 hari bekerja\nPenilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998- 1 jam\nPenilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997- 7 hari bekerja\nLain-lain peperiksaan- 7 hari bekerja\n\nCara Membuat Permohonan e-Lembaga Peperiksaan\nUntuk membuat permohonan tuntutan sijil peperiksaan melalui e-Lembaga Peperiksaan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n1. Layari laman web https://elp.moe.gov.my/ dan klik bahagian \u2018Daftar Akaun.\u2019\n\n\n\n\n\n2. Isi maklumat yang diperlukan untuk daftar akaun. Setelah selesai mengisi maklumat, klik butang \u2018Daftar.\u2019\n\n3. Buat pengesahan email dan log masuk. Kemudian, klik bahagian \u2018Salinan Keputusan.\u2019\n\n4. Klik butang \u2018+\u2019 di atas kanan paparan.\n\n5. Pilih jenis peperiksaan yang diinginkan dan klik butang \u2018Cari.\u2019\n\n6. Pilih tahun peperiksaan.\n\n7. Semak semua butiran dan buat pengesahan serta pengakuan. Klik butang \u2018Mohon\u2019 untuk membuat permohonan. \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tarikh-bayaran-gaji-penjawat-awam-2023/", "title": "Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nJabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan senarai tarikh bayaran gaji penjawat awam untuk tahun 2023. \nUntuk makluman, JANM\u00a0telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.\u00a0\nAntara fungsi jabatan ini adalah:\n\nMenyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan mengikut kehendak perundangan dan piawaian perakaunan yang diterima umum.\nMemberi khidmat nasihat dan perundingan perakaunan kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.\nMemastikan pematuhan dan penguatkuasaan tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang berkaitan.\nMewujudkan sistem maklumat perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan.\nMenguruskan dana dan aliran tunai kerajaan.\nMenguruskan skim perkhidmatan perakaunan di bawah Ketua Perkhidmatan ANM.\nMenguruskan perkhidmatan perakaunan kerajaan.\nMembangunkan modal insan dalam bidang perakaunan dan kewangan sektor awam.\nMenguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965.\n\n\nSumber : https://www.anm.gov.my/perkhidmatan/pembayaran-gaji\n\n\n\n\nTarikh Pembayaran Gaji 2023\nPelaksanaan tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam tahun 2023 ini adalah berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1(15) bertarikh 8 Jun 2021: Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 \u2013 Tarikh Membayar Gaji dan surat rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(4) bertarikh 28 Oktober 2022 : Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023.\nSenarai tarikh pembayaran gaji seperti yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nBulanTarikhHariCatatanJanuari17.1.2023SelasaTahun Baru Cina22 dan 23 Januari 2023 (Ahad dan Isnin)Februari24.2.2023JumaatMac24.3.2023JumaatApril17.4.2023(*Diawalkan ke\u00a014.4.2023)IsninHari Raya Puasa22 dan 23 April 2023 (Sabtu dan Ahad)Mei25.5.2023(*Diawalkan kepada\u00a019.5.2023)KhamisHari Pesta Kaamatan30 dan 31 Mei 2023 (Selasa dan Rabu)Jun23.6.2023JumaatHari Gawai1 dan 2 Jun 2022 (Rabu dan Khamis)Hari Raya Haji29 dan 30 Jun 2023 (Khamis dan Jumaat)Julai25.7.2023SelasaOgos25.8.2023JumaatSeptember25.9.2023IsninOktober25.10.2023RabuNovember24.11.2023JumaatHari Deepavali12 November 2023 (Ahad)Disember19.12.2023SelasaHari Krismas25 Disember 2023 (Isnin)\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai tarikh bayaran gaji tahun 2023, sila hubungi talian 03-8882 1624/1612/1622/1611 atau menghantar email ke alamat [email\u00a0protected]. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sat-darul-quran/", "title": "SAT: Pengambilan Pelajar Sijil Asas Tahfiz Darul Quran 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nDarul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan dan berminat untuk memohon Program Sijil Asas Tahfiz (SAT).\nSAT merupakan persijilan tahfiz yang ditawarkan kepada OKU Penglihatan, Muallaf, Orang Asli serta Pribumi Sabah dan Sarawak selama 12 bulan atau 2 semester.\nBagi persijilan ini, pelajar adalah diwajibkan menghafaz al-Quran Juzu\u2019 1-10 dalam tempoh pengajian di samping belajar subjek-subjek yang lain seperti Tajwid, Bahasa Arab, Fiqh, Tafsir dan Aqidah.\nPelajar yang berjaya mengikuti program Sijil Asas Tahfiz akan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat, Darul Quran JAKIM sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.\nBagi mereka yang berminat, permohonan boleh dibuat sebelum atau pada 13 Januari 2023.\n\nPemberian Biasiswa\nBiasiswa akan diberikan kepada semua pelajar yang layak dan mendaftar pengajian di Darul Quran JAKIM.\nYuran Pengajian\nTiada yuran pengajian yang akan dikenakan dan yuran hanya dikenakan pada hari pendaftaran sahaja (tidak termasuk duit buku, yuran persatuan pelajar dan sebagainya).\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memohon program persijilan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nBeragama Islam.\nWarganegara Malaysia.\nBerumur antara 17 hingga 25 tahun.\nLulus\u00a0Peperiksaan SPM 2021/percubaan SPM 2022/SPM 2022\u00a0dengan mendapat minimum\u00a0Gred C:\u2013 Bahasa\u00a0Melayu\u2013 Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam/Tasawwur Islam/ Usuluddin/Turath al-Quran dan Sunnah/Al-Syariah/Manahij al-Ulum al-Islamiah/Turath Dirasat Islamiah/Maharat al-Quran/Manahij Ulum al-Islamiyah.\nTidak berkahwin.\nBoleh menulis jawi.\nSihat tubuh badan dan mental yang baik.\nLulus temu duga.\n\nSyarat Tambahan\nSelain itu, terdapat juga beberapa syarat tambahan iaitu:\ni) OKU Penglihatan\n\nBerkebolehan membaca al-Quran Braille dengan baik dan lancar.\n\nii) Muallaf, Orang Asli, Pribumi Sabah dan Sarawak \n\nBerkebolehan membaca al-Quran dengan baik dan lancar.\nKeputusan pentaksiran tingkatan 4/5.\n\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan boleh dirujuk menerusi panduan berikut:\n\nLayari pautan https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=667&fbclid=IwAR0TZbdfDezsI77xVp31gQsuIW0vAb5q5_lNlDBvW-8V_i_iMdhZvb1HWtI\nMuat turun borang permohonan di\u00a0bahagian \u201cKeterangan.\u201d\nIsi borang permohonan dengan lengkap.\nHantar borang permohonan ke alamat berikut:Seksyen Kemasukan, Biasiswa dan GraduasiDarul Quran,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,Jalan Hamzah, Ampang Pecah,44000 Kuala Kubu Bharu,Selangor Darul Ehsan.\n\nPemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan dari pihak Darul Quran selepas\u00a024\u00a0Februari 2023\u00a0adalah dianggap permohonan tidak berjaya.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai permohonan SAT 2023, sila hubungi:\n\n012-2431803 (Ust. Zahrina binti Haron)\n010-8009013 (Us. Mohd Nazim bin Siham)\n019-4623437 (Us. Abdul Mukmin bin Shabuddin)\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-yayasan-jasa-ann-joo/", "title": "Permohonan Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Jasa Ann Joo membuka permohonan biasiswa bagi pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda iaitu Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo.\nYayasan Jasa Ann Joo merupakan yayasan yang telah ditubuhkan pada April 2018 untuk menaja pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang Teknikal/Kejuruteraan, Perakaunan/Kewangan, Sains Gunaan dan Sains Komputer/Teknologi Maklumat di universiti tempatan/institusi TVET.\nTujuannya adalah untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam kalangan masyarakat di dalam bidang pendidikan.\nPermohonan dibuat melalui borang permohonan yang disediakan sebelum 15 Oktober 2022.\n\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:\nTerbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan.Pemohon telah mengikuti pengajian sepenuh masa bagi tahun 2 dan ke atas dalam jurusan kejuruteraan di peringkat Ijazah Sarjana Muda.Bidang pengajian hanya terhad kepada program:\u2013 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan kepujian (BEV)\u2013 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian (BDD)Mahir berbahasa Inggeris dan mempunyai kemahiran berkomunikasi, bersifat positif & memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik.Memiliki Keputusan Peperiksaan minimum CGPA 3.0 pada tahun permohonan.Pemohon mestilah aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan sukan.Pemohon tidak menerima sebarang biasiswa/pinjaman atau terikat dengan mana-mana syarikat/ yayasan dan badan kerajaan yang lain.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\nLayari portal rasmi Ann Joo Group http://www.annjoo.com.myPilih bahagian \u201cScholarships\u201d pada laman utamaMuat turun borang permohonan.Lengkapkan borang permohonan dengan betul.Hantar borang permohonan yang lengkap melalui emel ke [email\u00a0protected]\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo, sila layari laman web http://www.annjoo.com.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-yayasan-bursa-malaysia/", "title": "Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia: Penajaan Pelajar Ijazah Pertama UA", "body": "\n\n\n\n\n\nSukacita dimaklumkan, Yayasan Bursa Malaysia telah membuka permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia untuk tahun 2022 kepada pelajar yang berminat.\nUntuk makluman, Yayasan Bursa Malaysia telah menyediakan biasiswa penuh untuk pelajar dari latar belakang yang kurang berkemampuan untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) terpilih dalam negara sejak 2006. \nPermohonan boleh dibuat dengan segera dan tarikh tutup permohonan ialah pada 29 September 2022, iaitu pada hari Khamis.\n\nKursus Yang Layak Memohon\nPelajar yang menyambung pengajian dalam kursus berikut layak memohon:\n\n\n\n\nAkaun/kewanganEkonomiPentadbiran perniagaanUndang-undangLestari (Sustainability)\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysua berumur 22 tahun ke bawah pada tarikh permohonan.Pendapatan keluarga kurang daripada RM5,000 sebulan.Layak melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti awam terpilih.Kelayakan pengajian:\u2013 STPM minimum 2A dan 2B\u2013 A-Level minimum 2A dan 2B; atau\u2013 Matrikulasi dengan CGPA 3.50 ke atas; dan\u2013 MUET sekurang-kurangnya band 4\u2013 Kredit Matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau O-Level.Aktif di dalam ko-kurikulum atau sukan serta berdaya kepimpinan.Berpewatakan menarik.\nCara Memohon\nPermohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari pautan berikut https://docs.google.com/document/d/1_BFh7qvZpg0UQKDFomImlOB834vE24DZ/edit?fbclid=IwAR3PA2KwIvo4HEWCfQnNF4OsColSyGiBjeiNEvgZawL2-vh6_xPaEJ1hZE4.Muat turun borang permohonan.Isi borang permohonan dengan lengkap.Hantar borang permohonan ke alamat berikut:Bursa Malaysia Berhad, Yayasan Bursa Malaysia11th Floor, Exchange Square,Bukit Kewangan,50200 Kuala Lumpur.\nPertanyaan Lanjut\nSegala persoalan atau pertanyaan lanjut berhubung Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia, sila ajukan kepada En. Nurul Azmir di talian 03 -2034 7409.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-kemasukan-ipta-ipts-ypg/", "title": "Permohonan Bantuan Kemasukan IPTA/S YPG 2022 One-Off RM300", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar yang berasal dari Pasir Gudang yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajiaan Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), Yayasan Pasir Gudang (YPG) menawarkan permohonan Bantuan Kemasukan Institut Pengajiaan Tinggi Awam dan Swasta YPG 2023.\nYPG merupakan yayasan yang telah ditubuhkan pada 03 Oktober 2013 dibawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) dan ditubuhkan untuk membasmi kemiskinan di kawasan Pasir Gudang.\nSetiap dana yang diterima oleh YPG akan akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan mengikut kelompok atau kluster yang telah ditetapkan seperti pendidikan, kebajikan, keceriaan dan kesejahteran, kesihatan, dan ekonomi. \nBagi kluster pendidikan, bantuan pendaftaran ini diberikan bagi meringankan keluarga dan pelajar di Pasir Gudang yang telah melanjutkan pengajian di IPTA/S yang terlibat. \n\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan yang diberikan menerusi Bantuan Kemasukan Institut Pengajiaan Tinggi Awam dan Swasta YPG 2023 adalah RM300 secara one-off.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia dan kad pengenalan mertilah beralamat di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).\nPermohonan adalah bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda pertama sepenuh masa.\nPermohonan dalam tempoh tahun pertama pengajian. \nTawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPTA/S 2023.\nPendapatan isi rumah atau keluarga pemohon tidak melebihi RM 4,000.00.\n\nCara Memohon\nPermohonan bagi bantuan pendaftaran ini boleh dilaksanakan melalui 2 kaedah iaitu:\ni) Permohonan secara online\n\nLayari laman web https://yayasanpasirgudang.org.my/bantuan-pendaftaran-ipta-s/?fbclid=IwAR0wGIhpztOhCDMT0AzQ_whOozFTdIoNiV0A6ybdqMZdN8g4eONa6IARKJw.\nKlik butang \u2018Saya Mohon.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.\nMuat naik dokumen yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk membuat penghantaran.\n\nii) Permohonan melalui borang\n\nMuat turun borang permohonan melalui pautan https://yayasanpasirgudang.org.my/wp-content/uploads/2021/07/Borang-Permohonan-Bantuan-Pendaftaran-IPTA-PENDIDIKAN-YPG-2021.pdf?fbclid=IwAR1JjTjMVU5yDU8tDg3TiW_5YZOG5iGlDQ_MaD603-NUB9yx5cpL5HWU-0g.\nIsi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat:Yayasan Pasir GudangD/A Aras 2, Menara Aqabah,Jalan Bandar,81700 Pasir Gudang,Johor Darul Takzim.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik atau dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\n\nKad Pengenalan pemohon dan ibu bapa.\nSlip gaji ketua isi rumah.\nSurat tawaran kemasukan IPTA/S.\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Kemasukan Institut Pengajiaan Tinggi Awam dan Swasta YPG 2023, sila hubungi YPG talian:\n\nPejabat: 07-254 7814\nHotline 1: 019-3298714\nHotline 2: 014-6904745\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/portal-odl/", "title": "Portal ODL: Platform Pembelajaran Online Program Reskilling & Upskilling", "body": "\n\n\n\n\n\nOn-Demand Learning (ODL) adalah portal pembelajaran terbaharu yang yang dibangunkan hasil kerjasama strategik antara AirAsia Academy bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).\nKerjasama ini sejajar dengan Lonjakan 1, Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 \u2013 2025, iaitu Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan, dan Seimbang yang memberi penekanan dalam aspek kebolehpasaran graduan.\nPortal ini menjadi platform alternatif yang menawarkan program reskilling dan upskilling untuk para graduan menambah ilmu yang relevan bagi memenuhi keperluan industri.\nIni adalah sejajar dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menghasilkan graduan berkemahiran sepadan dengan keperluan IR 4.0 serta untuk memajukan negara sebagai sebuah negara yang dipacu secara digital.\u00a0\n\nKandungan ODL\nPlatform ini telah direka untuk pengguna pelbagai peringkat umur yang ingin mempelajari sesuatu yang baharu setiap hari.\nDi dalam portal ini, terdapat lebih daripada 16,000 video daripada pelbagai kandungan teknologi dan bukan teknologi dan jumlah itu dijangka bakal melebihi 20,000 menjelang akhir tahun 2022.\n\n\n\n\nIa juga memuatkan konten yang telah diterbitkan oleh AirAsia Academy dengan memanfaatkan pangkalan data yang besar untuk konten-konten berkaitan tentang teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan analisis data. \nPelan Langganan\nKonten portal ini ditawarkan melalui tiga pelan langganan:\nPelan langganan 1 tahun: RM28/bulanPelan Langganan 3 bulan: RM48/bulanPelan langganan 1 bulan: RM69/bulan\nKursus Yang Ditawarkan\nIndividu yang berminat boleh melayari lamn web https://airasiaacademy.com untuk kursus-kursus yang disediakan oleh AirAsia Academy.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai portal ODL, sila layari laman web https://airasiaacademy.com.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-am-persekolahan-baitulmai-maiwp-2022/", "title": "Permohonan Bantuan Am Persekolahan Baitulmal MAIWP 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPihak Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan kepada ibu bapa yang ingin memohon Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2022.\nBantuan Am Persekolahan Baitulmal ini diwujudkan bagi membantu ibu bapa untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak mereka bagi sesi persekolahan akan datang.\nUntuk permohonan bantuan ini, permohonan dibuka kepada murid yang bermastautin di Wilayah Persekutuan tetapi bersekolah di luar Wilayah Persekutuan. \nPemohon yang ingin memohon bantuan ini boleh membuat permohonan mulai 21 Februari 2022 sehingga 29 April 2022.\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut: \n\n\n\n\nBeragama Islam.Warganegara Malaysia.Tidak mendapat biasiswa daripada mana-mana pihak.Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap.Pelajar mestilah bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan atau Sekolah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.Kelulusan tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan.\nTatacara Permohonan\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti tatacara permohonan berikut iaitu:\nMuat turun borang permohonan di pautan https://www.maiwp.gov.my/i/images/maiwp/muatturun/Lampiran_B_BORANG_BANTUAN_BAITULMAL.pdf?fbclid=IwAR2djED7_DibKgJputn7BxJsowMDHh4r0k04cbbdHc2ZoFDEijVLv61ROAE.Isi borang permohonan dengan lengkap.Sediakan dokumen yang diperlukan.Borang permohonan dan dokumen yang diperlukan boleh dihantar ke:\u2013 Semua Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA)\u2013 Kaunter Aras 1, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nSatu salinan kad pengenalan pelajar.Satu salinan kad pengenalan ibu, bapa dan tanggungan/surat pengangkatan JPN/akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja).Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkinisuami dan isteri/surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja).Satu salinan surat perakuan nikah/surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagipemohon berumur 60 tahun ke atas (jika berkenaan).Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahanmasalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini (jika berkenaan).Satu salinan sijil kematian ibu/bapa (jika berkenaan).Satu salinan kad memeluk Islam (jika berkenaan).Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon/tanggungan (jika berkenaan).Satu salinan surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospitalkerajaan sahaja (jika berkenaan).Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar bagi pemohon/tanggungan yang sedang belajar di IPT (jika berkenaan).Satu salinan cukai pintu/bil utiliti.Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad / akaunbersama bagi pelajar sekolah rendah/buku akaun persendirian bagi pelajar sekolah menengah.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Am Persekolahan Baitulmal 2022, sila hubungi:\nKuala Lumpur: 019-200 8458Putrajaya: 011- 5949 6216\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dermasiswa-yayasan-budiman-uitm/", "title": "Permohonan Dermasiswa Yayasan Budiman UiTM RM1000", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Budiman UiTM (YBUiTM) mempelawa pelajar-pelajar UiTM (sepenuh Masa) warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah (sarjana/PhD) (Penyelidikan/Kerja Kursus/Mod Campuran) untuk memohon Dermasiswa Yayasan Budiman UiTM.\nUntuk makluman, YBUiTM merupakan sebuah yayasan yang bertanggungjawab mengurus dana untuk pembelajaran dan pendidikan pelajar di UiTM.\nBagi pelajar UiTM yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 15 Mei 2023.\n\nKadar Dermasiswa\nKadar dermasiswa yang akan diberikan kepada pelajar yang layak adalah RM1,000 satu semester. \nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon dermasiswa ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPemohon mestilah warganegara Malaysia. \nPemohon telah mendaftar sebagai siswa/siswi UiTM. Pemohon mestilah pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Peringkat Sarjana atau PhD Sepenuh Masa sahaja. \nPendapatan Isi Rumah/Ibu/Bapa/Penjaga kurang dari RM7,000.00 sebulan.\nTidak menerima sebarang bentuk bantuan kewangan seperti UPTA, Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Cuti Belajar Bergaji Penuh, KPTM\u2013MYBRAINSc/PTPTN atau sedang dalam proses permohonan/kelulusan dan sebagainya Tidak Bankrap, tidak pernah dikenakan sebarang tindakan disiplin dan tidak disenarai hitam di manamana agensi kerajaan (Malaysia dan Antarabangsa).\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nMuat turun borang permohonan di pautan https://ipsis.uitm.edu.my/images/funding/dermasiswaMAC2023.pdf?fbclid=IwAR1LFWE_lwoyVzJZc7CwCC35PEOOg2452Q_YvlA83IEQqElwIpiVt_LgIjA.\nIsi borang permohonan dengan lengkap dan betul.\nPastikan semua maklumat diisi.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nMuat naik borang permohonan ke pautan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfCRFwb7ZZRRgeybE8zJx4cEsZwLLAj6xWNhD4QlEYvkGIkEQ/viewform.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nSalinan Kad Pengenalan pemohon.\nSalinan Surat Tawaran Pengajian dan Salinan Keputusan Peperiksaan UiTM (terakhir) yang disahkan oleh Pejabat Dekan.\nSalinan Penyata Cukai Pendapatan atau Penyata Gaji Ibu/Bapa/Penjaga yang telah disahkan.\nSalinan sijil kelahiran pemohon.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Dermasiswa Yayasan Budiman UiTM, layari laman web https://ipsis.uitm.edu.my/index.php/dermasiswa-yayasan-budiman-uitm.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/jawatan-kosong-guru-kafa-jaim/", "title": "Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA JAIM", "body": "\n\n\n\n\n\nJabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah membuka permohonan bagi untuk mengisi jawatan kosong sebagai Guru Kelas Al-Quran dan dan Fardhu Ain (KAFA) secara kontrak.\nKAFA merupakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain yang dijalankan bermula Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan mengguna pakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).\nIndividu yang berminat boleh membuat permohonan dengan segera sebelum 19 Mei 2022, jam 1.00 petang menerusi borang permohonan yang disediakan.\nBorang permohonan yang lewat dikemukakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diproses.\nJumlah Elaun\nJumlah elaun yang akan diberikan menerusi jawatan kosong ini adalah sebanyak RM 1,000.00 sebulan.\nTempoh Kontrak\nTempoh kontrak yang ditawarkan menerusi jawatan kosong ini adalah selama 3 tahun.\nLokasi Penempatan\nLokasi penempatan bagi permohonan jawatan ini adalah di Daerah Melaka Tengah.\n\n\n\n\nAdalah diingatkan, pemohon yang berjaya perlu bersedia untuk ditempatkan dimana-mana lokasi yang ditetapkan oleh jabatan.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan bagi untuk memohon jawatan kosong ini adalah seperti berikut:\nPemohon merupakan warganegara Malaysia.Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.Sihat tubuh badan dan disahkan oleh Pengamal Perubatan atau Pergigian Berdaftar;Pemohon memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelulusan berikut:\u2013 Kepujian dalam Bahasa Melayu (sekurangnya Gred C).\u2013 Merupakan lepasan Sekolah Menengah Agama atau Sekolah Menengah Kebangsaan dengan kepujian dalam Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah.\u2013 Berpengetahuan dalam bacaan Al-Quran dan tulisan jawi; dan\u2013 Lulus bagi subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).\nTatacara Permohonan \nIndividu yang berminat boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:\nMuat turun borang permohonan di pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1Ivqi59UxXrdNEK42NTktHizoSzLVrT7l/view?fbclid=IwAR1lIM7_gcEnw00KGWK8H4cH8thulvAacLme9RMhC6l3b3Jokxnu5rGl9UU.Lengkapkan borang permohonan tersebut.Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.Hantar borang permohonan beserta dokumen sokongan ke alamat berikut:Pengarah,Jabatan Agama Islam Melaka,Aras 2, Pusat Islam Melaka,Jalan Bukit Palah,75400 Melaka.(u.p: Bahagian Khidmat Pengurusan)\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu dihantar kepada pihak JAIM bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan Surat BeranakSalinan Kad PengenalanSalinan keputusan SPM; atauSijil Akademik Peringkat Institut/Universiti Tertinggi; atauSijil Ikhtisas\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai jawatan kosong Guru KAFA JAIM, sila hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia 2 (PSM2), Bahagian Khidmat Pengurusan, JAIM di talian 06-333 3333 samb 5612/5690.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/mini-transkrip-pelajar-uitm/", "title": "Cara Mohon Mini Transkrip Pelajar UiTM Secara Online", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar UiTM yang sudah tamat pengajian dan menunggu untuk konvokesyen, anda boleh memohon Mini Transkrip Pelajar UiTM secara online. \nMini Transkrip ialah transkrip yang memaparkan keputusan setiap subjek dalam setiap semester yang dilalui oleh para pelajar.\nDokumen ini juga membolehkan pelajar memperoleh transkrip awal sama ada untuk memohon pekerjaan atau melanjutkan pengajian yang memerlukan transkip pelajar untuk diserahkan.\nDi UiTM, mini transkrip boleh dipohon secara online dan pelajar boleh mendapatkannya sebelum konvokesyen berlangsung. \nPerbezaan Mini Transkrip & Transkrip Penuh\nUntuk pengetahuan, terdapat perbezaan mini transkrip dan transkrip penuh iaitu:\nMini TranskripTranskrip PenuhDikategorikan sebagai transkrip sementaraDikategorikan sebagai transkrip penuh pengajianKertas transkrip berwarna putihKertas transkrip berbentuk sijilDiperoleh sebelum konvokesyenDiperoleh selepas konvokesyen\nBayaran Yang Dikenakan\nBayaran yang dikenakan untuk permohonan mini transkrip ini adalah sebanyak RM1.00 sahaja.\nCara Memohon Mini Transkrip Pelajar UiTM\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan di bawah:\n\n\n\n\n\nLayari laman web iStudent Portal iaitu https://istudent.uitm.edu.my.\nMasukkan login Id dan kata laluan iStudent Portal.\nSila klik \u2018eAcademic\u2019 dan kemudiannya \u2018Mini Transkrip.\u2019\nKlik \u2018New Application\u2019 untuk permohonan baharu.\nPilih \u2018Purpose for Applying Mini Transcript\u2019 dan klik \u2018Submit Application.\u2019\nKlik \u2018Make Payment\u2019 dan pelajar dikehendaki membayar bayaran sebanyak RM1.00.\n\n\n\nKemudiannya, pihak fakulti atau kampus masing-masing akan membuat proses semakan dan kelulusan terhadap permohonan yang dibuat.\nPelajar boleh menyemak status kelulusan dan memuat turun mini transkrip melalui iStudent Portal sehari selepas permohonan di buat.\nSoalan Lazim\nAdakah permohonan mini transkrip ini boleh dibuat secara atas talian? Ya. Permohonan mini transkrip ini boleh dibuat secara atas talian menerusi https://istudent.uitm.edu.my. Berapakah bayaran yang akan dikenakan untuk permohonan mini transkrip ini? Bayaran yang akan dikenakan untuk permohonan mini transkrip adalah sebanyak RM1.00. Berapa lamakah tempoh kelulusan permohonan akan diketahui? Tempoh kelulusan permohonan akan diketahui seawal sehari selepas permohonan dibuat. \nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai permohonan Mini Transkrip Pelajar UiTM, sila layari laman web https://bendahari.uitm.edu.my/index.php/component/content/article/37-pelajar/46-tatacara-permohonan-mini-transkrip-pelajar?Itemid=101.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sop-pengoperasian-semula-sekolah/", "title": "SOP Pengoperasian Semula Sekolah Fasa 1 Hingga 4 Seluruh Negara", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan SOP terbaharu pengoperasian semula sekolah di bawah KPM mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) seluruh negara bermula 3 Oktober 2021. \nUntuk makluman, pengoperasian sekolah di bawah KPM adalah berdasarkan fasa PPN yang sedang berjalan di seluruh negara.\nLangkah ini bertujuan untuk memastikan pengoperasian sekolah berjalan semula mengikut SOP yang ditetapkan dan murid-murid boleh kembali ke sekolah untuk melaksanakan pembelajaran secara bersemuka.\nPengoperasian Sekolah Mengikut Fasa\nPengoperasian sekolah yang akan dijalankan adalah fasa PPN bagi setiap negeri iaitu:\ni) Fasa 1 PPN\nNegeri di dalam Fasa 1 PPN, semua institusi pendidikan ditutup dan semua pembelajaran dan pengajaran akan dijalankan secara PDPR sahaja.\nii) Fasa 2 PPN\nUntuk negeri di dalam Fasa 2 PPN juga semua institusi pendidikan ditutup dan semua pembelajaran dan pengajaran akan dijalankan secara PDPR sahaja. \nNamun, kelonggaran diberikan bagi kelas peperiksaan yang mana mereka akan dibenarkan menjalankan pembelajaran dan pengajaran ke sekolah.\niii) Fasa 3 PPN\nBagi negeri Fasa 3 PPN, semua institusi pendidikan dibuka secara berperingkat dan tertakluk kepada ketetapan KPM dan penilaian risiko.\niv) Fasa 4 PPN\nSekolah yang berada di bawah negeri Fasa 4 PPN akan dibuka sepenuhnya bergantung kepada penilaian risiko semasa.\n\n\n\n\nPenggiliran Murid\nBagi sekolah yang dibenarkan beroperasi, sistem penggiliran murid akan dijalankan dengan kapasiti kelas dihadkan seramai 50% daripada jumlah atau enrolmen keseluruhan kelas.\nOleh itu, murid-murid tersebut akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.\nSetiap kumpulan akan melaksanakan pembelajaran secara bersemuka atau PDPR mengikut minggu secara bergilir.\nContoh penggiliran kelas boleh dilihat melalui gambar di bawah:\n\nNamun, terdapat juga kelas yang tidak terlibat dalam sistem penggiliran iaitu:\nMBK di SMKPK/SMPKV/SKPK dan PPKI.MuridTingkatan 6 semester 2 dan IBD Tahun 2.Murid di sekolah asrama sepenuhnya.Murid kelas peperiksaan antarabangsa.Murid prasekolah/tadika swasta/pusat perkembangan minda (4 hingga 6 tahun).Sekolah Kurang Murid (bawah 150 murid seluruh sekolah).\nPelanjutan Sesi Persekolahan Sesi 2021\nKPM juga memaklumkan bahawa sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022.\nIni bermakna, pelajar akan kekal dalam tahun persekolahan masing-masing pada bulan Januari dan Februari 2022 dan mereka akan naik ke kelas seterusnya pada Mac 2022.\nLangkah ini dilakukan bagi melaksanakan program intervensi bagi membolehkan murid yang mempunyai tahap penguasaan yang lemah menguasai tahap minimum sebelum naik ke kelas berikutnya.\nBagi murid-murid yang cemerlang pula, tempoh ini akan digunakan untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka bagi membantu mereka naik ke tahun berikutnya. \nPakaian Seragam Sekolah\nUntuk sesi persekolahan akan datang, murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam sedia ada tidak sesuai dipakai.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai pengoperasian semula sekolah, sila layari laman web KPM di pautan https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/staru/", "title": "[email\u00a0protected]: Latihan Kemahiran Jangka Masa Pendek 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nBelia yang berminat untuk menyertai latihan kemahiran jangka masa pendek di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) boleh menyertai program [email\u00a0protected]: MyFuture Youth Plus.\nUntuk makluman, [email\u00a0protected] diwujudkan untuk menawarkan peluang dan alternatif kepada belia massa mengikuti latihan kemahiran secara modular menerusi kursus jangka pendek.\nProgram ini menawarkan kemudahan latihan secara\u00a0percuma kepada semua\u00a0belia yang tidak mempunyai sijil SPM\u00a0untuk memperolehi sijil kemahiran.\nProgram ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama ILKBS di seluruh negara.\n\nTempoh Program\nTempoh program latihan bagi belia yang menyertai program ini adalah selama 5 hari di ILKBS seluruh negara.\nProgram Ditawarkan\nJumlah program yang ditawarkan menerusi program ini adalah sebanyak 60 program jangka pendek di ILKBS.\n\n\n\n\nLatihan yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:\nFondant Cake with Gumpaste Flowers Decoration \u2013 IKTBN Alor Gajah, MelakaRestaurant Service \u2013 IKTBN Alor Gajah, MelakaAsas Pendawaian Elektrik \u2013 IKTBN Alor Gajah, MelakaAsas Kulinari \u2013 IKTBN Bachok, KelantanCar Polishing and Waxing \u2013 IKTBN Bachok, KelantanD.I.Y Side Table \u2013 IKTBN Bachok, KelantanMaking of Modern Grill \u2013 IKBN Bandar Penawar, JohorCustomised HSE and OGSP \u2013 IKBN Bandar Penawar, JohorFire Watcher & Working At Height Customised Programme \u2013 IKBN Bandar Penawar, JohorPembaikan Telefon Mudah Alih \u2013 IKTBN Bukit Mertajam, Pulau PinangPenyelenggaraan Penyaman Udara Split Unit \u2013 IKTBN Bukit Mertajam, Pulau PinangAsas Kimpalan Perkakasan Domestik \u2013 IKTBN Bukit Mertajam, Pulau PinangHead Lamp Coating Specialist \u2013 IKTBN Chembong, Negeri SembilanHidrographic Film Water Tranfer Printing \u2013 IKTBN Chembong, Negeri SembilanPersonalized Wooden Product \u2013 IKTBN Chembong, Negeri SembilanPenyelenggaraan Penyaman Udara \u2013 IKTBN Dusun Tua, SelangorSand Blasting \u2013 IKTBN Dusun Tua, SelangorAsas Sistem Pendawaian Elektrik \u2013 IKBN Jitra, KedahAsas Penyelenggaraan Motosikal \u2013 IKBN Jitra, KedahAsas Jahitan Baju Kurung Moden \u2013 IKBN Jitra, KedahPembuatan Special Occasional Cake \u2013 IKBN Kemasik, TerengganuKeep Your Nails Healthy: Manicure And Pedicure Treatment \u2013 IKBN Kemasik, TerengganuPenghasilan Chocolate Bouquet and Towel Folding \u2013 IKBN Kemasik, Terengganu3 Vase Stand Decoration \u2013 IKBN Kuala Langat, SelangorTerarrium \u2013 IKBN Kuala Langat, SelangorMini Water Fountain \u2013 IKBN Kuala Langat, SelangorBasic AutoCAD \u2013 IKBN Kuala Perlis, PerlisBasic Scaffolding \u2013 IKBN Kuala Perlis, PerlisBasic Safety On Ship \u2013 IKBN Kuala Perlis, PerlisPenyediaan Pastri (Cookies) \u2013 IKBN Miri, SarawakPenyediaan Pastri (Western Food) \u2013 IKBN Miri, SarawakPenyediaan Makanan (Sweet Bun) \u2013 IKBN Miri, SarawakHasilan Buah & Sayur-Sayuran \u2013 IKBN Naka, KedahHasilan Daging \u2013 IKBN Naka, KedahPenyelenggaraan Penyaman Udara & Peti Sejuk Domestik \u2013 IKBN Naka, KedahBasic AutoCAD \u2013 IKTBN Pagoh, JohorPendawaian Elektrik 1 Fasa \u2013 IKTBN Pagoh, Johor3D Printing \u2013 IKTBN Pagoh, JohorEyelash Extension \u2013 IKBN Peretak, SelangorWestern Food \u2013 IKBN Peretak, SelangorSepasang Kurung Riau \u2013 IKBN Peretak, SelangorBasic Internet of Things (IoT) in Electronics \u2013 IKTBN Sepang, SelangorSecurity System Installation \u2013 IKTBN Sepang, SelangorSmartphone Photography \u2013 IKBN Seri Iskandar, PerakPenyenggaraan Elektrik \u2013 IKBN Seri Iskandar, PerakSolekan \u2013 IKBN Seri Iskandar, PerakAutomotif \u2013 Penyelenggaraan Air-cond \u2013 IKTBN Temerloh, PahangPenyelenggaraan Mekanikal \u2013 IKTBN Temerloh, PahangAsas Pendawaian Elektrik \u2013 IKBN Wakaf Tapai, TerengganuPenghasilan Produk Berasaskan Proses Kimpalan \u2013 IKBN Wakaf Tapai, TerengganuBaju Melayu Moden \u2013 IKBN Wakaf Tapai, TerengganuAsas Jahitan Blouse \u2013 IKBN Tanah Merah, KelantanAsas Jahitan Skirt Berpanel \u2013 IKBN Tanah Merah, KelantanAsas Jahitan Beg (Sulaman Reben) \u2013 IKBN Tanah Merah, KelantanAsas Simen Ferro \u2013 IKBN Kinarut, SabahAsas Pendawaian Elektrik \u2013 IKBN Kinarut, SabahServis dan Penyelenggaraan Penyaman Udara \u2013 IKBN Kinarut, SabahAsas Semburan Cat Kenderaan \u2013 IKBN Pekan, PahangAsas Servis Penyaman Udara Kenderaan \u2013 IKBN Pekan, PahangAsas Kimpalan \u2013 IKBN Pekan, Pahang\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi belia yang ingin memohon latihan menerusi program ini adalah seperti berikut:\n1. Belia berumur 15 hingga 30 tahun.2. Berstatus warganegara.3. Berpendapatan isi rumah dalam kelompok B40 dan M40.4. Boleh membaca, menulis, mengira dan minat (4M).5. Berminat dalam bidang latihan kemahiran yang ditawarkan.6. Belia NEET (Not in Education, Employment or Training).7. Belia yang menganggur atau baharu diberhentikan kerja.8. Belia yang aktif mencari pekerjaan atau berminat memulakan perniagaan.\nCara Memohon\nBelia yang berminat dan ingin menyertai program ini boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScvHTZXk7nbI8Kg4v8AIsGQMEDuL5lMePR13s6Zx0tDNuXToQ/viewform.Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Pilih latihan yang diperlukan.Semak maklumat yang diisi sebelum menghantar permohonan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan. \nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai [email\u00a0protected], sila boleh hubungi Puan Fadzillah Mohamed Kasim di talian 03-8871 3054 atau email [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pajsk-kpm/", "title": "PAJSK: Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nSistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) bagi kalendar akademik sesi 2022/2023\u00a0telah\u00a0dibuka bagi pentaksiran tingkatan 6 dan cetakan murid sekolah rendah dan sekolah menengah.\nUntuk makluman, selain akademik, aktiviti sukan, jasmani, dan kokurikulum juga mempunyai pentaksiran bagi sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pentaksirannya dibuat melalui sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK).\nPAJSK merupakan sistem yang membolehkan para guru melaksanakan pentaksiran kokurikulum yang standard bagi semua sekolah sama ada rendah mahupun menengah di bawah KPM.\nSebelum ini, pentaksiran kegiatan kokurikulum yang dibuat oleh sekolah didapati berbeza-beza antara satu sama lain dan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan dalam pemberian markah kepada murid.\n\nObjektif PAJSK\nObjektif pelaksanaan PAJSK di peringkat sekolah rendah dan menengah adalah seperti berikut:\n\nBagi menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah.\nUntuk membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut.\nUntuk membantu Jabatan Pengurusan, Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Universiti Awam (UA).\nBagi menggalakkan dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid.\n\nKomponen Pentaksiran\nTerdapat 3 komponen utama di dalam pentaksiran PAJSK iaitu:\n\nUjian Segak\nKokurikulum \nEkstra Kurikulum\n\nUjian SEGAK\nUjian SEGAK adalah satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahapkecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. \nKomponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah dan Menengah. \nPelaksanaan ujian ini hendaklah ditadbir urus oleh Guru Pendidikan Jasmani dan dilaksanakan dalam bulan Mac dan Ogos.\nKokurikulum\nBagi kokurikulum, setiap murid diwajibkan mengikuti tiga aktiviti kokurikulum seperti berikut:\n\n\n\n\n\nKelab/Persatuan\nPasukan Badan Beruniform\nSukan/Permainan /1 Murid 1 Sukan\n\nOleh itu, pentaksiran Kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama seperti berikut:\n\nPenglibatan\nPenyertaan\nPrestasi\n\nSemua aktiviti yang disertai murid sekolah rendah atau menengah akan direkodkan bagi menggalakkan murid untuk mendapatkan skor yang setimpal bagi penglibatan dalam aktiviti tersebut. \nHanya markah tertinggi sahaja daripada setiap sub-komponen kokurikulum diambil kira untuk tujuan pentaksiran dan pentaksiran tersebut adalah berdasarkan 6 elemen berikut:\n\nEkstra Kurikulum\nEkstra kurikulum ialah kegiatan sukarela yang bermanfaat pada atau di luar waktu persekolahan bagi membentuk peribadi murid yang terpuji. \nMarkah yang diperoleh daripada kegiatan sukarela ini akan dicampurkan dengan markah tertinggi purata 2 daripada 3 aktiviti kokurikulum samaada Kelab/Persatuan, Pasukan BadanBeruniform atau Sukan/Permainan. \nHanya markah tertinggi sahaja yang diambil daripada salah satu 5 elemen seperti berikut:\n\nPerkhidmatan: Jawatan yang disandang oleh murid-murid dalam satu-satu kelab atau persatuan bukan kokurikulum yang melibatkan perkhidmatan bagi tujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah.\nAnugerah Khas: Pemberian pengiktirafan oleh Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan, Kesatuan/Persatuan Sukan yang berkaitan aktiviti kokurikulum murid di dalam dan luar kawasan sekolah.\nKhidmat Masyarakat: Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh murid secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Program tersebut diiktiraf dalam pentaksiran markah kokurikulum adalah bersifat berdiri sendiri dan bukan lanjutan daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada. \nNilam: Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) ialah program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan dan pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpul secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.\nTugas-tugas Khas: Tugas-tugas Khas ialah tugas-tugas yang diberikan kepada murid dalam menjayakan program-program atau hari-hari khas seperti sambutan hari Kebangsaan, sambutan hari Malaysia, hari Sukan Negara, Sukan SEA, dan Sukan ASIA.\n\nCara Login PAJSK\nUntuk login sistem PAJSK, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://pajsk.moe.gov.my/index.php.\nKlik butang sekolah di bahagian sekolah rendah atau menengah.\nLogin dengan memasukkan ID Kod sekolah dan kata laluan.\nSetelah berjaya, buat peaksiran berdasarkan 3 kriteria utama PAJSK untuk setiap murid. \n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai PAJSK, sila layari laman web https://pajsk.moe.gov.my/index.php atau menghantar aduan ke alamat email [email\u00a0protected]. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-permohonan-kemasukan-prasekolah-kpm-2023/", "title": "Semakan Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi ibu bapa yang telah membuat permohonan kemasukan ke prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2023, semakan permohonan boleh dibuat mulai 5 Ogos 2022 melalui sistem E-Prasekolah. \nE-Prasekolah adalah sistem yang dibangunkan oleh KPM untuk ibu bapa membuat permohonan kemasukan murid ke Prasekolah di bawah KPM.\nSistem ini dibangunkan untuk memudahkan ibu bapa membuat permohonan secara atas talian tanpa perlu pergi ke sekolah untuk mendapatkan borang permohonan.\nSemakan permohonan ini boleh dibuat mulai 5 Ogos secara atas talian atau melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan bagi yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat sehingga 20 Ogos 2022. \nSyarat Permohonan\nKemasukan ke Prasekolah di bawah KPM perlu menepati syarat permohonan berikut iaitu:\nKanak-kanak yang merupakan warganegara Malaysia sahaja.Kanak-kanak yang layak memohon adalah lahir pada\u00a02 Januari 2017 hingga 15 Januari 2019\u00a0sahaja.\nTatacara Semakan\nSemakan permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut:\n\n\n\n\nLayari portal https://eprasekolah.moe.gov.my/.Masukkan no kad pengenalan/ID pengguna dan kata laluan.Klik bahagian \u2018Semakan.\u2019Keputusan permohonan dipaparkan.Jika permohonan berjaya, cetak surat tawaran tersebut.\nPermohonan Rayuan\nBagi pemohon yang tidak berjaya, mereka boleh membuat rayuan bagi kemasukan anak-anak mereka ke prasekolah tersebut.\nTatacara permohonan rayuan adalah seperti di bawah:\nLayari portal https://eprasekolah.moe.gov.my/.Masukkan no kad pengenalan/ID pengguna dan kata laluan.Klik bahagian \u2018Semakan.\u2019Klik perkataan \u2018Mohon Rayuan\u2019 di bahagian Tindakan.Isi semua maklumat yang ditetapkan.Klik butang \u2018Hantar Rayuan.\u2019\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai semakan permohonan prasekolah KPM, sila layari portal https://eprasekolah.moe.gov.my/.\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pendekatan-kpm-isu-beg-berat-murid/", "title": "Perincian Pendekatan KPM Bagi Menangani Isu Beg Berat Murid", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat pendekatan bagi menangani isu beg berat murid, khususnya murid Tahap 1 di sekolah rendah.\nSebelum ini, KPM telah menjalankan tiga kajian utama berkaitan beg berat iaitu Kajian Beban Buku Murid Sekolah Rendah (1994), Kajian Berat Beg Murid Sekolah Rendah (2008) dan Laporan Kajian Berat Beg Murid Sekolah Rendah (2017).\nNamun, perkara tersebut masih belum dapat ditangani sepenuhnya dan sering menjadi keluhan masyarakat terutamanya para ibu bapa.\nBagi mengatasi masalah ini, KPM telah membuat ketetapan bagi segera menyelesaikan masalah ini seperti berikut:\nPenyediaan Lokar\nKPM akan menyediakan lokar di sekolah rendah secara berfasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2.\nFasa 1 akan dilaksanakan pada tahun 2022 yang melibatkan penyediaan lokar bagi murid Tahap 1, iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi. \nPelaksanaan Fasa 1 ini akan melibatkan sebanyak 10,662 kelas dengan 323,186 orang murid dengan anggaran peruntukan sebanyak RM37.3 juta.\nUntuk Fasa 2 pula, penyediaan lokar akan diperluaskan kepada murid Tahap 2, iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi dan pelaksanaan perkara ini dijangka dilaksanakan pada tahun 2023.\nBagi sekolah satu sesi pula, murid-murid dibenarkan menyimpan buku di dalam laci meja di bilik darjah masing-masing.\n\nPenyusunan Semula Jadual Waktu\nPenyusunan semula jadual waktu akan dilaksanakan yang mengandungi 3 hingga 4 mata pelajaran sehari, mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan.\nSekolah juga akan akan diberi kelonggaran untuk menyediakan jadual waktu mengikut kitaran minggu sebagaimana yang sedang dilaksanakan oleh sebilangan sekolah bawah KPM.\n\n\n\n\n\nBuku Latihan\nBilangan buku latihan yang disediakan hendaklah tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada satu satu masa. \nSetiap buku latihan tersebut hendaklah tidak melebihi 80 muka surat.\n\nBuku Aktiviti & Buku Kerja\nMurid hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM ketika dalam waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. \nBuku kerja pula hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu PdP.\n\nBuku Teks Digital\nPara guru dan murid digalakkan menggunakan buku teks digital yang boleh didapati melalui platform Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa)\nSehingga kini, sebanyak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik dalam DELIMa dan murid yang mempunyai peranti boleh mengakses buku teks digital melalui platform tersebut.\n\nPendekatan PdP\nPara guru digalakkan menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza.\n\nKerjasama Dengan JAKIM\nPihak KPM akan mengadakan kerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Agama IslamMalaysia (JAKIM) juga diadakan dari aspek penyelarasan uniform agar murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi persekolahan KAFA.\n\nInfo Lanjut\nUntuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai pendekatan bagi menangani isu beg berat murid, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-perda-tech/", "title": "Permohonan Kemasukan PERDA-TECH Sesi Julai 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi individu yang ingin menyambung pengajian di peringkat Sijil dan Diploma, Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH) menawarkan pengajian di peringkat Sijil dan Diploma di institut terbabit.\nPengenalan PERDA-TECH \nPERDA-TECH ialah sebuah institusi di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang terletak di Bukit Panchor, Nibong Tebal menawarkan pelbagai latihan kemahiran kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat Sijil dan Diploma.\nMenariknya, institusi ini juga telah diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Pembangunan Sumber Manusia bagi mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).\nPermohonan kemasukan ke institut ini boleh dibuat sebelum 31 Mei 2023\u00a0secara online.\n\nKemudahan Yang Disediakan di PERDA-TECH \nKemudahan yang disediakan di institut ini untuk pelajar adalah seperti berikut:\n\nYuran pengajian PERCUMA (ditanggung oleh Kerajaan)\nElaun sara diri \u2013 RM250.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian (kecuali peringkat diploma)\nPenginapan & pakaian kursus disediakan (kecuali peringkat diploma)\n\nProgram Yang Ditawarkan\nProgram yang ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian di institut ini adalah seperti berikut:\ni) Peringkat Diploma\n\n\n\n\n\nDiploma Multimedia Kreatif (DCP)\nDiploma Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk Produk (DPD)\nDiploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC JITU (DPM)\nDiploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif) (DAT)\nDiploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Kimpalan) (DKK)\n\nii) Peringkat Sijil\n\nSijil Teknologi Elektrik (CEE)\nSijil Teknologi Kimpalan (CWE)\nSijil Teknologi Automotif (CAT)\nSijil Seni Reka Pakaian (CAD)\nSijil Multimedia Kreatif (CCM)\nSijil Kejuruteraan Pertanian (CAE)\nSijil Kejuruteraan Mekanikal (CME)\nSijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam (SWE)\nSijil Kemahiran Khas Mekanik (Automotif) (SAT)\nSijil Kemahiran Khas Jahitan dan Potongan Baju (SFD)\nSijil Kemahiran Khas Elektrik (SEE)\n\niii) Sijil Kemahiran Khas (SAKTI)\n\nSijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam\nSijil Kemahiran Khas Mekanik (Automotif)\nSijil Kemahiran Khas Jahitan & Potongan Baju\nSijil Kemahiran Khas Elektrik\nSijil Kemahiran Khas Teknologi Komputer\n\nSyarat Am\nSyarat am untuk kemasukan ke institut ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nMemiliki SPM atau setaraf.\nLulus mata pelajaran Bahasa Melayu.\nLulus sejarah (bagi SPM 2013 dan ke atas).\nBerumur tidak kurang 18 tahun.\nTidak mengalami masalah rabun warna.\nMendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.\n\nKaedah Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi 3 kaedah iaitu:\n\nLaman web: https://www.perda-tech.edu.my/\nSistem Permohonan Kemasukan Pelajar PERDA-TECH: http://intake.perda-tech.edu.my\nGoogle form: http://tiny.cc/SesiPengambilanJulai2023.\n\nPertanyaan Lanjut Tentang PERDA-TECH \nSebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke PERDA-TECH, sila hubungi di talian 04-599 1100/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-kerajaan-negeri-sabah-2023/", "title": "Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Sabah telah membuka tawaran biasiswa kepada anak-anak Negeri Sabah untuk tahun 2022 menerusi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2023.\nBiasiswa Kerajaan Negeri Sabah ini ditawarkan kepada anak-anak Negeri Sabah untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.\nBagi anak-anak Negeri Sabah yang berminat, mereka boleh membuat permohonan secara atas talian dengan segera.\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\ni) Peringkat Diploma\n\nAktuari Sains \nPerikanan\nJuru Ukur \nPertanian\nKejuruteraan \nSains Tulen\nKesihatan dan Perusahaan Ternak \nSeni Bina (Architecture)\nMaritim \nTeknologi Maklumat\nPengurusan Hartanah \nUkur Bahan\nPerakaunan\n\nii) Peringkat Ijazah Sarjana Muda\n\nAktuari Sains\nPengurusan Hartanah\nEkonomi \nPerakaunan\nFarmasi \nPergigian\nKejuruteraan \nPerhutanan\nKesihatan dan Perusahaan Ternak \nPerikanan\nKeusahawanan \nPertanian\nJuru Ukur \nPerlombongan dan Geologi\nPerindustrian \nPengurusan Ladang\nPelancongan dan Hospitaliti \nRenewable Energy\nPendidikan -Matematik -Sains Komputer\nBahasa Inggeris Seni Bina (Architecture)\nPerubatan Sains Alam Sekitar\nPerubatan Veterinar Undang-Undang\nOil & Gas \nUkur Bahan\n\niii) Ijazah Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)\n\nBidang pengajian \u201cScience, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) (Kerja Kursus) untuk pelajar tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana secara terus sahaja (\u201cDirect Intake\u201d).\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi pemohon yang ingin membuat permohonan adalah seperti berikut:\n\nPemohon dan ibu bapa hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah dan sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah; atau \nSalah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:\ni) Had Umur\n\n\n\n\n\nPemohon untuk peringkat Diploma hendaklah tidak melebihi 20 tahun.\nPemohon untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda hendaklah tidak melebihi 25 tahun.\nPemohon untuk peringkat Ijazah Sarjana hendaklah tidak melebihi 30 tahun.\n\nii) Kelayakan Akademik\na) Diploma\n\nLulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.\n\nb) Ijazah Sarjana Muda\n\nLulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.\nLulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya Jayyid.\nLulus Diploma dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.\nLulus Matrikulasi dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.\nLulus Asasi/Foundation dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.\n\nc) Sarjana\n\nLulus Sarjana Muda dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.\nBidang pengajian \u201cScience, Technology, Engineering, and Mathematics\u201d (STEM) (Kerja Kursus). \nTawaran hanya kepada pelajar tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana secara terus sahaja (\u201cDirect Intake\u201d).\nMod Pengajian Sepenuh Masa.\n\nd) Perubatan, Pergigian dan Farmasi\n\nKursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran Biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja.\n\nPemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu memperoleh sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.\nCara Memohon\nPermohonan hendaklah melalui sistem \u2018online\u2019 dengan melayari laman sesawang https://biasiswa.sabah.gov.my/.\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, sila layari laman web https://biasiswa.sabah.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kata-ganda/", "title": "Kata Ganda: Maksud, Jenis, & Contoh Penggunaannya", "body": "\n\n\n\n\n\nApakah yang dimaksudkan dengan kata ganda? Kata ganda ialah kata yang wujud daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau keseluruhannya.\nDalam erti kata yang lain, kata ini terhasil akibat proses pengulangan perkataan.\nSetiap kata ganda mesti dieja menggunakan tanda sempang (-) kecuali kata ganda separa. \n\nJenis Yang Biasa Digunakan\nTerdapat 5 jenis kata ini yang biasa digunakan di dalam tatabahasa iaitu:\n\nKata ganda seluruh.\nKata ganda semu.\nKata ganda separa.\nKata ganda bersajak atau berima.\nKata ganda berimbuhan.\n\nKata Ganda Seluruh\nKata ganda seluruh ialah kata dasarnya diulang dan digandakan sepenuhnya dan penggunaannya mestilah diberi\u00a0tanda sempang\u00a0\u2018-\u2018.\nContoh kata ganda seluruh: alat-alat, awal-awal, baik-baik, benar-benar, besar-besar, budak-budak, cacing-cacing, cepat-cepat, curam-curam, dalam-dalam, daun-daun, dekat-dekat, elok-elok, erat-erat, dan sebagainya. \nContoh penggunaan ayat kata ganda seluruh: \u201cBudak-budak Kampung Kerinchi sedang bermain bola sepak di padang itu.\u201d\nKata Ganda Semu\nKata ganda semu ialah kata ganda yang membawa makna khusus dan tertentu.\nContoh kata ganda semu: agar-agar, anai-anai, angkut-angkut, anting-anting, biri-biri, buli-bull, dekak-dekak, epok-epok, gula-gula, jemput-jemput, jentik-jentik, kanak-kanak, kisi-kisi, dan sebagainya. \nContoh penggunaan ayat kata ganda semu: \u201cAgar-agar yang dijual di gerai Mak Kiah sangat sedap rasanya.\u201d\nKata Ganda Separa\nKata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya.\nContoh kata ganda separa: \n\n\n\n\nbola-bola= bebolakuda-kuda= kekudalaki-laki= lelakikabu-kabu= kekabutamu-tamu= tetamu\nContoh penggunaan ayat kata ganda separa: \u201cRamai tetamu yang hadir pada majlis hari perkahwinannya.\u201d\nKata Ganda Bersajak/Berima\nKata ganda bersajak/berima ialah perkataan yang ditambah mengalami perubahan bunyi.\nContoh kata ganda bersajak/berima: huru-hara, kering-kontang, kuih-muih, mundar-mandir, gunung-ganang, pindah-randah, dan sebagainya.\nContoh penggunaan ayat kata ganda bersajak/berima: \u201cPemandangan gunung-ganang di bandar ini sungguh indah sekali.\u201d\nKata Ganda Berimbuhan\nKata ganda berimbuhan atau sebahagian merujuk kata ganda menyalin ialah kata ganda yang menambah imbuhan di mana-mana tempat dalam kata ganda.\nImbuhan tersebut boleh ditambah sama ada awalan kata, selepas tanda sengkang, akhir kata, atau apitan seluruh kata ganda.\nContoh kata ganda berimbuhan adalah seperti berikut:\n\nImbuhan awalan di awal kata: tergesa-gesa, berpura-pura\nImbuhan awalan selepas tanda sengkang: tahu-menahu, kejar-mengejar\nImbuhan akhiran di akhir kata: barang-barangan, terang-terangan\nApitan seluruh kata ganda: tergila-gilakan, menghuru-harakan\n\nContoh penggunaan ayat kata ganda berimbuhan: \u201cSetelah mendapat panggilan telefon, Amir tergesa-gesa keluar daripada bilik itu.\u201d\nInfo Lanjut\nUntuk mengetahui lebih lanjut mengenai kata ini, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=KRwbHRm99-0. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-bantuan-ke-ipta-yayasan-makmur-batu-pahat/", "title": "Permohonan Skim Bantuan Ke IPTA Yayasan Makmur Batu Pahat", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Makmur Batu Pahat menawarkan Skim Bantuan Ke IPTA kepada pelajar daripada daerah Batu Pahat yang menyambung pengajian di IPTA.\nUntuk makluman, Yayasan Makmur Batu Pahat adalah sebuah NGO kebajikan dibawah Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP).\nBagi pelajar yang berminat untuk memohon skim bantuan ini, sila buat permohonan segera sebelum 31 Januari 2023.\n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang ditawarkan menerusi skim bantuan ini adalah seperti berikut:\n\nDiploma: RM600\nIjazah Sarjana Muda: RM1,000\n\nKouta permohonan akan diberikan kepada 25 permohonan Diploma dan 25 permohonan Ijazah Sarjana Muda.\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon skim bantuan ini adalah seperti berikut:\n\nPemohon mestilah Warganegara Malaysia.\nBersekolah atau bermastautin di kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat.\nTelah mendapat tawaran/tempat belajar di IPTA.\nPemohon tersenarai dalam e-kasih, penerima bantuan Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), golongan B40 serta lain-lain golongan yang memerlukan akan diberikan keutamaan.\nTerbuka kepada kemasukan pendaftaran semester pertama sahaja.\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan skim bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://docdro.id/TTDuHlH.\nIsi borang permohonan dengan lengkap dan betul.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar semua dokumen ke alamat berikut:Yayasan Makmur Batu PahatAras 2, Menara MPBP, Jalan Rugayah, 83000, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan:\n\nSalinan surat tawaran kemasukan ke IPTA.\nSalinan keputusan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.\nSalinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran semua isi rumah.\nSalinan slip gaji atau pengesahan pendapatan semua isi rumah yang telah bekerja.\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Skim Bantuan Ke IPTA Yayasan Makmur Batu Pahat, sila hubungi 07-439 6826/07-439 6825.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-permulaan-ke-ipt-zakat-pulau-pinang-2023/", "title": "Permohonan Skim Permulaan Ke IPT Zakat P. Pinang 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak-anak Pulau Pinang yang akan mendaftar pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara, mereka boleh memohon bantuan yang disediakan oleh Zakat Pulau Pinang iaitu Skim Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang, Majlis Agma Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).\nSkim Permulaan ke IPT ini adalah satu bentuk bantuan untuk membantu mereka yang datang daripada golongan berpendapatan rendah untuk mendaftar di IPT sama ada dalam mahupun luar negara.\nTambahan pula, skim ini dibuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di peringkat sijil atau matrikulasi, diploma, atau ijazah.\nSkim permulaan ke IPT ini dibuka sepanjang tahun dan boleh dipohon secara atas talian.\n\nKadar Skim\nKadar bantuan yang ditawarkan melalui skim ini adalah mengikut peringkat pengajian iaitu:\n\nSijil atau matrikulasi: RM600\nDiploma: RM800\nIjazah: RM1000\nIPT Luar Negara: RM2,000 (maksimum)\n\nSyarat Umum\nSyarat umum yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang berminat untuk memohon adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPermohonan terbuka untuk kemasukan permulaan ke IPT sahaja.\nPermohonan dibuka sepanjang tahun.\nPermohonan adalah sah dalam tempoh 6 bulan pertama daripada tarikh surat tawaran.\n\nSyarat Khusus\nUntuk pelajar yang menyambung pengajian di dalam negara, pemohon perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:\n\nPemohon\u00a0adalah pemastautin di Negeri Pulau Pinang.\nPermohonan yang dibuat hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran.\nPemohon belum menerima tajaan dari mana-mana pihak.\nPermohonan hanya untuk pengajian sepenuh masa sahaja.\nTelah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.\nTempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada tempoh setahun. Untuk kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.\n\nPemohon yang menyambung pengajian di luar negara juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu: \n\nPemohon adalah pemastautin Negeri Pulau Pinang.\nPermohonan yang dibuat pada tahun semasa sahaja dan dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran diterima. Untuk kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.\nUntuk pelajar yang bukan di bawah STAM negeri, Zakat Pulau Pinang akan merujuk terus kepada passport pelajar. Hanya lampiran bahagian yang tertera maklumat peribadi pelajar yang diperlukan untuk passport semasa dan bagi passport lama, pelajar perlu mengemukakan salinan muka surat terakhir yang telah dicop.\nPermohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kursus-kursus yang boleh memberi manfaat kepada agama dan masyarakat\nTempoh kursus pengajian hendaklah sekurang-kurangnya setahun.\n\nCara Memohon\nUntuk memohon, permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nSila layari laman web\u00a0zakatpenang2u.com.\nKlik butang \u2018Log Masuk\u2019\nKlik bahagian \u2018Daftar Akaun Anda.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Hantar.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.\nIsi maklumat peribadi yang diperlukan dengan lengkap dan betul.\nKlik bahagian kemaskini Skim Permulaan Ke IPT.\nBuat permohonan sehingga selesai.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan, Zakat Pulau Pinang di talian 04-5498088 ext. 125/155/165/168.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/login-skpmg2/", "title": "Login SKPMG2: Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2", "body": "\n\n\n\n\n\nStandard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan dan proses penyampaian pendidikan. \nSKPMG2 ialah instrumen yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara berterusan ke arah pencapaian tahap tinggi.\nInstrumen ini akan digunakan oleh pihak sekolah sebagai panduan pengoperasian mengikut keperluan dan kepentingan bagi meningkatkan prestasi. \nSPMG2 akan memberi penekanan melalui peranan guru besar/pengetua sebagai peneraju, pembimbing, dan pendorong dalam melaksanakan tugas kepimpinan di sekolah selain peranan guru juga ditekankan sebagai pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. \nPortal SKPMG2 boleh diakses melalui Portal NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan https://nkra.moe.gov.my/.\n\nMaksud NKRA\nNKRA adalah singkatan dari National Keys Result Areas yang bermaksud Bidang Keberhasilan Utama Negara.\nDalam hal ini, NKRA tersebut memfokuskan mengenai NKRA dalam bidang pendidikan.\nSub NKRA Pendidikan\nDalam NKRA Pendidikan, kerajaan memberikan tumpuan kepada\u00a04 sub-NKRA\u00a0untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan iaitu:\ni) Sub-NKRA Prasekolah\nSebanyak 7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:\n\n\n\n\nPenubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan.Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru.Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman.Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan.\nii) Sub-Literasi dan Numerasi\nNKRA ini memberikan penumpuan kepada peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.\nSetiap kanak-kanak perlulah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.\niii) Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi\nTerdapat 3 matlamat utama yang ingin dicapai melalui sub-NKRA ini iaitu:\nMengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik: Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan).Menghasilkan pelajar yang cemerlang: Tempat untuk melatih pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem: Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.\nInstrumen SPMG2\nTerdapat 5 instrumen SPMG2 yang perlu diambil perhatian oleh pihak sekolah iaitu:\nKepimpinanPengurusan organisasiPengurusan kurikulum, kokurikulum, dan Hal Ehwal MuridPembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)Kemenjadian Murid\nFormat Instrumen\nFormat yang terkandung di dalam instrumen SPMG2 adalah seperti berikut:\nPenyataan Standard\u2013 Satu penyataan standard dalam SKPMG2 yang menyatakan matlamat keseluruhan standard berkenaan. Penyataan standard mengandungi subjek, tindakan, kualiti, dan impak pelaksanaan.Kriteria kritikal\u2013 Kriteria kritikal merupakan penerangan kepada aspek. Kriteria kritikal mengandungi subjek, tindakan, dan impak pelaksanaan. Standard Kualiti\u2013 Merupakan peluasan kepada penerangan Kriteria Kritikal. Standard Kualiti merangkumi subjek, tindakan, dan kualiti. Tindakan untuk Mencapai Standard (TuMS)\u2013 TuMS merupakan peluasan penerangan kepada standard kualiti. TuMS mengandungi tindakan dan kualiti.Rubrik Penskoran\u2013 Rubrik Penskoran terdiri daripada Tahap Tindakan dan Tahap Kualiti yang diukur berdasarkan skala \u20180\u2019 sehingga \u20184.\u2019 Tahap Tindakan ialah peluasan penerangan terhadap Tindakan dalam TuMS manakala Tahap Kualiti ialah peluasan penerangan terhadap Kualiti dalam TuMS.Jadual Pengiraan Skor\u2013 Jadual yang digunakan untuk mencatat skor yang diberi berdasarkan Tahap Tindakan dan Tahap Kualiti.Evidens Pelaksanaan/Catatan\u2013 Ruang evidens pelaksanaan/catatan adalah untuk menyatakan bukti bagi setiap tindakan dan kualiti yang dilaksanakan. Ruang catatan digunakan untuk mencatat perkara yang dilaksanakan semasa proses PdPc.\nCara Login \nUntuk login SKPM2, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://nkra.moe.gov.my/index.php.Masukkan User ID dan kata laluan.Klik butang \u2018Login.\u2019Setelah berjaya, klik setiap standard untuk membuat penilaian. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai SKPMG2, sila layari https://nkra.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-sarjana-muda-politeknik-2023-2024/", "title": "Permohonan Program Sarjana Muda Politeknik 2023/2024", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu lepasan Diploma Politeknik dalam bidang yang berkaitan yang telah tamat latihan industri serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke program Sarjana Muda Politeknik bagi sesi akademik I 2023/2024.\nPoliteknik merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) TVET di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mula ditubuhkan pada 1969 menerusi penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar.\nSelain peringkat Diploma, politeknik juga menawarkan kemasukan bagi program Sarjana Muda kepada lepasan diploma bagi institusi tersebut.\nOleh itu, lepasan pelajar Diploma yang telah tamat latihan industri dan berminat untuk memohon kemasukan ke Program Sarjana Muda Politeknik boleh membuat permohonan mulai 15 Mei 2023.\n\nProgram Pengajian Progam Sarjana Muda Politeknik\nProgram Sarjana Muda yang ditawarkan di politeknik ini adalah seperti berikut:\n\nSarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian\nSarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti\nSarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian\nSarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian\nSarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian\nSarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian\nSarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian\n\nBayaran Yuran Permohonan Program Sarjana Muda Politeknik 2023/2024\nBayaran yuran yang dikenakan bagi pelajar di politeknik bagi program Sarjana Muda adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nYuran pengajian: RM200\nYuran asrama: RM 60-RM630 (tertakluk kepada jenis/kemudahan asrama yang disediakan oleh Politeknik yang berkenaan).\nBayaran pelbagai:\u2013 Semester 1: maksimum RM600\u2013 Semester seterusnya: maksimum RM150\n\nSyarat Am\nSyarat am yang dikenakan bagi individu yang ingin memohon kemasukan ke politeknik bagi program ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nLulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.\nMendapat kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia di peringkat SPM/Setaraf.\n\nSyarat Khusus\nIndividu juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:\n\nLulus pengajian peringkat Diploma dan memperolehi sekurang-kurangnya HPNM 2.00.\nMendapat Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). \nTidak buta warna (untuk Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian/Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian/Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian).\nLulus ujian lukisan dan temuduga (untuk Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian).\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan kemasukan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web iaitu http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp.\nDi bahagian \u201cPermohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda\u201d klik butang \u201cKlik Di Sini Untuk Memohon.\u201d\nMasukkan no kad pengenalan dan klik butang \u201cMasuk.\u201d\nIsi maklumat permohonan dengan lengkap.\nKlik butang \u201cHantar Maklumat Permohonan\u201d untuk menghantar permohonan.\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai Program Sarjana Muda Politeknik, sila hubungi 03-8888 3837 atau email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/garis-panduan-penubuhan-sekolah-swasta/", "title": "Garis Panduan Penubuhan Sekolah Swasta KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan garis panduan penubuhan sekolah swasta bagi individu atau pihak yang ingin menubuhkan sekolah swasta di dalam negara.\nSemua jenis sekolah swasta adalah diwajibkan berdaftar mengikut seksyen 79 di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). \nPendaftaran sekolah swasta ini hendaklah dibuat di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.\nTindakan Tidak Berdaftar\nSekolah yang tidak berdaftar akan diambil tindakan oleh Bahagian Pendidikan Swasta di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang boleh mengenakan penalti sebanyak RM30,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.\nSyarat Umum\nBerikut adalah syarat umum yang perlu dipenuhi sebelum sesebuah sekolah dibenarkan pendaftarannya:\n\nMengemukakan borang kelulusan penubuhan dari Jabatan Pendidikan Negeri.\nPremis pendidikan yang hendak digunakan hendaklah mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pejabat Kesihatan.\nMengemukakakan nama-nama pengelola, guru dan pekerja institusi pendidikan.\nMemenuhi kelulusan kursus/mata pelajaran bilik darjah, bilik khas/makmal lain yang ditetapkan.\nMembayar yuran pendaftaran seperti yang ditetapkan.\n\nSyarat Wajib\nSyarat-syarat wajib bagi permohonan penubuhan sekolah swasta adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPerlu memuat naik dokumen ke dalam sistem automasi iaitu\u00a0https://idme.moe.gov.my/login.\nInstitusi swasta ini hendaklah dimiliki oleh syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau organisasi yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan.\nSyarikat/Organisasi hendaklah membuktikan keupayaan kewangan.\nSyarat-syarat lain yang ditetapkan pada borang permohonan penubuhan.\n\nProses Penubuhan\nSebelum sesebuah sekolah swasta dibenarkan untuk didaftar, kelulusan penubuhan hendaklah diperolehi terlebih dahulu. \nPermohonan kelulusan penubuhan bagi IPS hendaklah dimuat naik ke dalam sistem automasi MOEIS di pautan https://emisonline.moe.gov.my/ dan diserahkan salinan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. \nSelepas JPN meluluskan permohonan penubuhan sekolah swasta tersebut, ianya akan dipanjangkan kepada Bahagian Pendidikan Swasta untuk pendaftaran institusi.\nSelepas permohonan penubuhan tersebut diluluskan, pemohon berkenaan hendaklah mengemukakan permohonan pendaftaran dengan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai garis panduan penubuhan sekolah swasta, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/bpswasta.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-latihan-belia-autisme/", "title": "Permohonan Program Latihan Belia Autisme ILKBS Sesi 2 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nBelia Autisme yang berminat untuk mendapatkan latihan kemahiran boleh membuat permohonan bagi menyertai Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia (Autisme) di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).\nILKBS merupakan institusi kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang bertujuan untuk melahirkan tenaga mahir negara dan mempunyai nilai-nilai yang tinggi sama ada dari aspek kemahiran, pengetahuan, sikap mahu pun sahsiah yang terpuji di kalangan belia negara.\nPengenalan Program Latihan Belia Autisme ILKBS \nSalah satu program yang ditawarkan di ILKBS adalah Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia (Autisme) yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada belia Autisme mendapatkan latihan kemahiran.\nUntuk memohon program ini, permohonan boleh dibuat secara atas talian dan tarikh permohonan ditutup adalah 30 Jun 2023.\n\nProgram Latihan Ditawarkan\nProgram latihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nProgramLokasiConejo [email\u00a0protected](Program Cafe Management)IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang[email\u00a0protected](Program Merchandise)IKBN Kuala Selangor, SelangorRimau Cafe(Asas Pengurusan Cafe)Menara KBS, PutrajayaAmazing Cottage(Asas Pembuatan Roti)IKBN Kemasik, TerengganuCullyventure(Asas Pembuatan Roti)IKTBN Sepang, SelangorMyITCrew(Asas Teknologi Maklumat)IKTBN Dusung Tua, SelangorMy Austisseries(Asas Pembuatan Pastri dan Roti)IKBN Miri, Sarawak\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang melayakkan belia Austime untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nBerumur 17 hingga 30 tahun.\nTerdiri daripada Autisme kategori Mild dan Hi Functioning sahaja.\nBoleh membaca, menulis dan mengira.\nBoleh berdikari dan lulus temu duga. \n\nTatacara Permohonan Program Latihan Belia Autisme ILKBS Sesi 2 2023\nPemohon perlu mengikuti tatacara permohonan berikut untuk memohon:\n\nKlik pautan permohonan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScuIsEWbekkbfKJhAnAGlqjIQFwIi7LazYRL666MEsByxJtOA/viewform.\nIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.\nPilih kursus kemahiran yang ingin diambil.\nSemak dan pastikan semua maklumat diisi sebelum membuat permohonan.\nKlik butang \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\n\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia (Autisme), sila hubungi:\n\nPuan Maizun: 04-522 5288 \nEn Basirul: 03-3180 1670\nPuan Hanita: 03-8871 37701\nEn Nik: 03-90216797\nPuan Ratha: 09-866 4521\nPuan Syikin: 03-8706 1720\nPuan Brenda: 08-566 0714\n\nPemohon juga boleh menghantar emel ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-keputusan-muet/", "title": "Semakan Keputusan Ujian MUET Sesi 3 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang sebelum ini telah menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 3 2022 boleh membuat semakan keputusan mulai 12 Januari 2023 iaitu pada hari khamis. \nUntuk pengetahuan semua, MUET adalah peperiksaan yang dijalankan mulai 1999 bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. \nPelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang baik akan melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutamanya di dalam negara.\nPelajar yang mengambil peperiksaan ini adalah mereka yang sedang mengikuti pengajian Matrikulasi/Asasi dan\u00a0Tingkatan 6 di sekolah menengah terpilih di seluruh negara. \n\nTarikh Semakan\nSemakan keputusan tarikh keputusan ujian MUET sesi 3 tahun 2022 boleh dibuat bermula 12 Januari 2023, hari Khamis, jam 10.00 pagi.\nKomponen Peperiksaan MUET\nKomponen peperiksaan MUET mengandungi 4 kertas peperiksaan iaitu:\nKod KertasNama Kertas800/1Listening\u00a0800/2Speaking\u00a0800/3Reading800/4Writing\nPerlu diingatkan, pelajar yang mengambil peperiksaan ini perlu memastikan mereka menduduki keempat-empat kertas tersebut bagi membolehkan sijil peperiksaan mereka dikeluarkan.\n\n\n\n\nBand Pemarkahan\nPemarkahan peperiksaan ini ditentukan mengikut band yang diperoleh calon seperti berikut:\nJumlah MarkahBand331 \u2013 3605+294 \u2013 3305.0258 \u20132934.5211 \u20132574.0164 \u2013 2103.5123 \u2013 1633.082 \u2013 1222.536 \u2013 812.01 \u2013 351.0\nCara Membuat Semakan\nSemakan keputusan boleh dibuat menerusi 2 kaedah iaitu:\n i) Melalui Laman Web\n\nLayari laman web berikut iaitu https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/.\nMasukkan no kad pengenalan.\nKlik butang \u2018Submit.\u2019\nKeptusan peperiksaan dipaparkan.\n\nii) Melalui SMS\n\nTaip MUETRESULTNo. KP\nHantar ke 15888.\nKeputusan peperiksaan akan dihantar ke telefon bimbit. \n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai keputusan ujian MUET sesi 1 tahun 2022, sila hantar email ke alamat [email\u00a0protected] atau melayari laman web https://www.mpm.edu.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-tingkatan-6-aliran-tahfiz-2023/", "title": "Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Tahfiz SMKA & SABK 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nLepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 yang ingin melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6 Aliran Tahfiz di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), permohonan kemasukan akan dibuka mulai 8 Jun 2023 secara atas talian.\nTingkatan 6 Aliran Tahfiz merupakan pengajian selama 3 semester yang menggabungkan hafazan Al-Quran, bahan ilmiah secara tutorial, dan amali qiraat dalam tempoh 3 semester.\nAliran ini diwujudkan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai hafazan yang baik dan cemerlang dalam pembelajaran. \nPermohonan kemasukan dibuka mulai 8 Jun 2023 sehingga 14 Jun 2023. \n\n\nSenarai Sekolah\nSenari sekolah yang menawarkan aliran ini bagi Tingkatan 6 bagi kemasukan ini adalah seperti berikut:\n\nSMK Agama Putrajaya, Putrajaya\nSMK Agama Kedah, Kedah\nSMK Agama Maahad Muar, Johor\nSMK Agama Kerian, Perak\nSMK Agama Tok Bachok, Kelantan\nSMK Agama Kota Kinabalu, Sabah\nSMK Agama Shiekh Haji Othman Abd Wahab, Sarawak\nSM IMTIAZ Yayasan Terengganu Kemaman\n\nSyarat Permohonan\nPelajar yang ingin membuat permohonan perlu mengikuti syarat-syarat permohonan yang berikut:\n\n\n\n\n\nTerbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun 2023.\nLulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\nMemperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz al-Quran/Maharat al-Quran atau sekurang-kurangnya gred C; atau\nPelajar yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/Pendidikan Syari\u2019ah Islamiah/Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah/Usul al-Din/Al-Syariah/Manahij al-\u2018Ulum al Islamiah/Turath al-Quran dan al-Sunnah/Turath Dirasat Islamiah.\nPelajar yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah al-\u2018Arabiah al-Mu\u2019asirah/Al-Adab wa al-Balaghah/Turath Bahasa Arab.\nTelah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk.\nBersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 Semester.\n\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan boleh dirujuk melalui panduan di bawah:\n\nLayari pautan berikut https://docs.google.com/forms/d/1EavJUH8_SGfs8IQIvLI563A0AFelcaNkefm0Gjdnir0/viewform?edit_requested=true\nIsi maklumat permohonan dengan lengkap.\nSemak semua maklumat sebelum menghantar permohonan.\nKlik \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan. \n\nSemakan Status & Rayuan\nMaklumat berkaitan status permohonan yang berjaya untuk temu duga akan dimaklumkan melalui laman sesawang https://sst6.moe.gov.my/ pada 17 Jun 2023\nBagi calon yang tidak berjaya dalam permohonan, mereka boleh mengemukakan surat rayuan ke alamat emel [email\u00a0protected] di Bahagian Pendidikan Islam bermula 03 hingga 10 Julai 2023.\nBahagian Pendidikan Islam akan menghubungi calon yang berjaya dalam rayuan melalui telefon/emel.\nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai permohonan kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz boleh dirujuk melalui pautan https://www.moe.gov.my/ atau menghubungi Bahagian Pendidikan Islam ditalian 03-83217200.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/anugerah-biasiswa-luar-negara-pnb-2023/", "title": "Permohonan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPermodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan permohonan bagi Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB telah dibuka sehingga 15 Jun 2023.\nPermodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai instrumen Dasar Ekonomi Baru (DEB) negara. \nSalah satu biasiswa yang ditawarkan setiap tahun adalah Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB yang ditawarkan bagi pelajar yang layak. \nMengenai Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB\nAnugerah biasiswa ini merupakan program biasiswa yang memberi peluang kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka di luar negara.\nSelain itu, anugerah biasiswa ini telah diperkenalkan sejak 25 tahun lalu dan telah membantu ramai anak Malaysia untuk mencapai impian masing-masing.\nPemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian di kolej persediaan tempatan yang ditetapkan oleh PNB sebelum meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda di luar negara.\n\n\n\n\nOleh itu, calon-calon lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2022 dialu-alukan memohon. \n\nSyarat Permohonan\nPemohon yang ingin membuat permohonan mestilah mematuhi syarat-syarat permohonan berikut:\n\nMinimum 8A (A+/A) dalam peperiksaan SPM/ IGCSE terkini.\nMinimum B2 dalam \u201cThe Common European Framework of Reference for Languages\u201d (CEFR).\n\nTatacara Permohonan\nPemohon yang ingin membuat permohonan perlu mengikuti langkah-langkah ini:\n\nKlik pautan berikut https://scholarship.pnb.com.my/scholarship/.\nKlik butang \u2018Register.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u201cSave & Next.\u201d\nMasukkan username, kata laluan, dan kod yang ditunjukkan.\nLengkapkan permohonan dan ikut arahan seterusnya.\nHantar permohonan setelah semua maklumat diisi.\n\nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai anugerah biasiswa ini, sila layari laman web https://www.pnb.com.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/e-prasekolah-kpm/", "title": "E-Prasekolah: Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM 24/25", "body": "\n\n\n\n\n\nPermohonan kemasukan ke Prasekolah KPM boleh dibuat menerusi sistem E-Prasekolah. \nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang sistem permohonan online yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan penjaga bagi kemasukan tahun terkini.\nPengenalan Sistem e-Prasekolah KPM\nE-Prasekolah merupakan sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk ibu bapa membuat permohonan kemasukan murid ke Pra sekolah di bawah KPM.\nSistem ini dibangunkan untuk memudahkan ibu bapa membuat permohonan secara atas talian tanpa perlu pergi ke sekolah untuk mendapatkan borang permohonan.\nIbu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Prasekolah bagi tahun 2024/2025, permohonan secara online boleh dibuat mulai 1 Mac 2023 sehingga 30 April 2023 manakala permohonan secara manual boleh dibuat mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Mei 2023. \n\nSyarat Permohonan e-Prasekolah KPM\nKemasukan ke Prasekolah di bawah KPM perlu menepati syarat permohonan berikut iaitu:\n\nKanak-kanak yang merupakan warganegara Malaysia sahaja.\nKanak-kanak yang layak memohon adalah lahir pada\u00a02 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020\u00a0sahaja.\n\nTatacara Permohonan e-Prasekolah KPM 2023\nUntuk membuat permohonan kemasukan menerusi E-Prasekolah, sila ikuti langkah-langkah berikut:\ni) Secara Online\n1. Layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/.\n2. Klik butang \u2018Daftar Pengguna.\u2019\n\n\n\n\n\n3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019\n\n4. Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan diikuti dengan klik butang \u2018Log Masuk.\u2019\n\n5. Klik bahagian \u2018Permohonan.\u2019\n\n6. Lengkapkan semua maklumat dan klik butang \u2018Langkah 2\u2019 atau seterusnya sehingga tamat.\n\n7. Klik kotak untuk pengesahan dan klik butang \u2018Hantar Permohonan\u2019 untuk menghantar permohonan. \n\nii) Secara Manual\nUntuk permohonan secara manual, ibu bapa boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang dipohon. \nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai sistem E-Prasekolah, sila hantar email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pahang-pride-student/", "title": "Pahang Pride Student: Kad Diskaun & Wang Tunai RM100", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Pahang sebelum ini telah mengumumkan bantuan khusus kepada pelajar di Negeri Pahang menerusi Pahang Pride Student.\nPahang Pride Student merupakan bantuan dari Kerajaan Negeri Pahang yang diberikan khusus kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah di negeri tersebut.\nInisiatif ini dijalankan hasil daripada kerjasama yang wujud antara kerajaan negeri dan MBS Book & Stationeries.\n\nApakah Bantuan Pahang Pride Student?\nMenerusi inisiatif ini, terdapat 2 bantuan yang akan diterima pelajar iaitu:\n\nKad diskaun sebanyak 20% kepada Ketua Isi Rumah untuk membeli barangan kelengkapan sekolah.\nWang Tunai RM100 kepada pelajar kategori miskin dan miskin tegar bagi membeli barangan keperluan persekolahan.\n\nSyarat Kelayakan Pahang Pride Student\nSyarat kelayakan untuk menerima kad diskaun ini adalah seperti berikut:\n\nKetua Isi Rumah dari kumpulan B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850) yang mempunyai anak yang masih bersekolah; atau\nKetua Isi Rumah dari kumpulan M40 (pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970) yang mempunyai anak yang masih bersekolah.\n\nCara Permohonan\nBagaimana cara untuk mendapatkan kad ini?\nPihak sekolah akan mengedarkan kad ini kepada Ketua Isi Rumah.\n\n\n\n\nSelain itu, ibu bapa juga boleh pergi terus ke kedai buku MBS dan menyemak kelayakan dengan mengemukakan kad pengenalan Ketua Isi Rumah untuk tujuan permohonan kad diskaun ini.\n\nNak masuk sesi persekolahan baru?Kos belanja tinggi?Anak-anak ramai?Istimewa untuk Pelajar di Negeri Pahang\u2026\ud835\uddde\ud835\uddd4\ud835\uddd7 \ud835\uddd7\ud835\udddc\ud835\udde6\ud835\uddde\ud835\uddd4\ud835\udde8\ud835\udde1 \ud835\udde3\ud835\uddd4\ud835\udddb\ud835\uddd4\ud835\udde1\ud835\uddda \ud835\udde3\ud835\udde5\ud835\udddc\ud835\uddd7\ud835\uddd8 \ud835\udde6\ud835\udde7\ud835\udde8\ud835\uddd7\ud835\uddd8\ud835\udde1\ud835\udde7 dimana pelajar boleh mendapat potongan pembelian peralatan sekolah sebanyak \ud835\udfee\ud835\udfec% \ud835\uddd7\ud835\udddc\ud835\udde6\ud835\uddde\ud835\uddd4\ud835\udde8\ud835\udde11/2 pic.twitter.com/x7nYNC7Fl7\u2014 pahangmedia (@pahang_media) March 7, 2023\n\nLokasi Kedai MBS\nUntuk menggunakan kad diskaun tersebut, penggunaan kad tersebut hanya boleh dibuat di MBS Books & Stationery\u00a0di negeri Pahang sahaja.\nLokasi MBS Books & Stationery adalah seperti berikut:\n\nMBSWorld, Kuantan.\nMBSECM, East Coast Mall, Kuantan.\nMBS Temerloh\nMBS Bera\nMBS Maran\nMBS Jengka\nMBS Mentakab\nMBS Limbong\nMBS Pekan\nMBS Jerantut\nMBS Chukai\nMBS Muadzam\nMBS Raub\nMBS Lipis\nMBS Art Store, Kuantan\nMBS Air Putih\nMBS Balok\nMBS Taman Tas\nMBS Indera Mahkota\nMBS Bentong\nMBS Rompin (akan dibuka)\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, layari laman web berikut :\n\nPahang Media\nhttps://www.mkn.gov.my/\n\nBaca juga: STR Fasa 2: Tarikh & Jumlah Pembayaran\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skim-dermasiswa-pengajian-zakat-pulau-pinang/", "title": "Skim Dermasiswa Pengajian Zakat P. Pinang, MAINPP 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar anak Pulau Pinang yang sedang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini boleh memohon Skim Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) 2023. \nSkim dermasiswa ini diwujudkan bagi membantu pelajar daripada Pulau Pinang yang sedang melanjutkan mengajian di IPT dan tidak mendapat bantuan atau tajaan pembiayaan atau biasiswa daripada pihak lain.\nDengan pemberian bantuan dermasiswa ini, diharap mampu meringkankan beban pelajar dan menyuntik semangat mereka untuk bersungguh-sungguh menghabiskan pengajian mereka.\nPermohonan bagi bantuan dermasiswa ini dibuka mulai 11 April 2023.\n\nPeringkat Pengajian\nPeringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:\n\nDiploma\nIjazah Sarjana Muda \nIjazah Sarjana\nIjazah Doktor Falsafah\n\nInstitusi Pengajian\nBantuan dermasiswa ini dibuka kepada pelajar di institusi pengajian yang tersenarai dalam Malaysian Qualifications Agency (MQA). \n\n\n\n\nSenarai tersebut boleh dirujuk melalui laman web https://www.mqa.gov.my/.\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi permohonan bantuan dermasiswa ini adalah seperti berikut:\n\nBeragama Islam.\nWarganegara Malaysia dan pemastautin tetap.\nBermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.\nTidak mendapat bantuan/tajaan pembiayaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak kecuali PTPTN dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang.\nPermohonan hendaklah dilakukan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh mendapat keputusan peperiksaan kecuali bagi pelajar luar negara.\nPermohonan sekali sahaja dalam tempoh setahun. \n\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan boleh dirujuk melalui langkah-langkah di bawah iaitu:\n\nLayari laman web\u00a0zakatpenang2u.com.\nKlik butang \u2018Log Masuk\u2019 dan klik bahagian \u2018Daftar Akaun Anda.\u2019\nIsikan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Hantar.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.\nIsi maklumat permohonan dengan lengkap sehingga selesai.\nSemak semua maklumat sehingga selesai.\nHantar permohonan tersebut. \n\nKeterangan Lanjut\nKeterangan lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, MAINPP, sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan, Zakat Pulau Pinang di talian 04-549 8125/155. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/gadang-scholarship-programme-2023/", "title": "Permohonan Gadang Scholarship Programme 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang berbakat dengan kedudukan akademik yang cemerlang, menunjukkan perwatakan teladan dan kualiti kepimpinan yang cemerlang serta mempunyai komitmen dan semangat yang kuat untuk berjaya memohon Gadang Scholarship Programme 2023.\nSyarikat Gadang merupakan sebagai salah satu syarikat terkemuka yang merangkumi bidang Pembinaan, Kejuruteraan, Pembangunan Hartanah dan Utiliti.\nTujuan utama biasiswa ini diberikan adalah untuk membantu pelajar yang memerlukan dalam pengajian tinggi mereka dan mereka mampu melonjakkan pembangunan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:\nKejuruteraan awamStruktur, HidraulikGeo-teknikal/Lebuhraya/TurapanUkur BahanPengurusan BangunanKejuruteraan LebuhrayaPengurusan pembinaanKejuruteraan mekanikalKejuruteraan ElektrikPengurusan perniagaanSumber ManusiaKewangan & Perakaunan\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur 23 tahun dan ke bawah.Pemohon hendaklah menunggu kemasukan atau sedang mengikuti kursus ijazah sarjana muda sepenuh masa dalam tempatan.Pemohon merupakan pelajar universiti/kolej yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).Pemohon yang sedang mengikuti pengajian ijazah mereka mesti memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.5 daripada 4.00 dalam keputusan semester terkini mereka.Pemohon mestilah tidak mendapat biasiswa lain daripada organisasi lain untuk kursus pengajian yang sama (selain PTPTN).Mesti telah mencapai sekurang-kurangnya 5A dalam SPM/O-Level dan minimum 3A\u2019s STPM/A-Level atau setaraf, yang mana berkenaan.Menunjukkan penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum.Mestilah dalam bahasa Inggeris lisan dan bertulis.Mempunyai kualiti kepimpinan yang kuat.Menunjukkan keperluan untuk bantuan kewangan.\nTatacara Permohonan\nPermohonan biasiswa ini boleh dipohon melalui borang permohonan di bawah\nGadang-Scholarship-Application-FormDownload\nKemudian, hantar borang permohonan ke alamat emel iaitu [email\u00a0protected] atau:\nGroup Human Capital Department, Wisma Gadang, No 52, Jalan Tago 2, Off Jalan Persiaran Utama, Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Gadang Scholarship Programme 2023, layari laman web https://www.gadang.com.my/ dan hubungi 03-6279 6288/[email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/portal-rss/", "title": "Portal Rumah Sewa Siswa (RSS): Laman Web Cari Kediaman Siswa IPT", "body": "\n\n\n\n\n\nPortal Rumah Sewa Siswa (RSS) merupakan laman web yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi memudahcara usaha pelajar mencari dan mendapatkan kediaman (rumah/bilik) sewa di sekitar kampus.\nKewujudan portal ini menunjukkan KPR sentiasa peka dan mengambil berat keperluan semasa pelajar, terutamanya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar luar kampus terpelihara.\nPenyenaraian kediaman di dalam Portal ini dilaksanakan oleh pegawai UA sendiri yang bertanggungjawab meneliti dan memastikan kediaman yang dikenalpasti adalah kondusif bagi penginapan pelajar dari aspek kadar sewaan, fasiliti yang disediakan dan keselamatan lokaliti premis.\nPendaftaran Pelajar Melalui RSS\nSehingga 19 September 2022, seramai lebih 29,000 orang pelajar dari seluruh negara telah berdaftar bagi pencarian rumah sewa menerusi Portal RSS. \nSelain itu juga, KPT juga akan terus memantau pentadbiran Portal RSS bagi memastikan lebih banyak premis untuk penyewaan tersenarai dengan kadar mampu milik bagi memenuhi keperluan pelajar menginap di luar kampus terutamanya bagi persediaan kemasukan Semester Akademik 1, Tahun 2022/2023 nanti.\n\n\n\n\nPeranan UPLK\nDi samping itu, KPT juga ingin menyarankan agar pihak UA menerusi Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus (UPLK) terus menyantuni pelajar yang berkeperluan mendapatkan penginapan di luar kampus agar sebarang cabaran yang dihadapi mereka dapat sentiasa dibantu dan dipermudahkan. \nBagi pihak pelajar pula, mereka juga dinasihatkan sentiasa berhubung dengan pihak UPLK di UA masing-masing bagi mendapatkan khidmat nasihat dalam pencarian rumah, hal ehwal kontrak sewaan dan perundingan yang berkaitan.\nTatacara Untuk Mendaftar\nUntuk mendaftar bagi pencarian rumah sewa menerusi Portal RSS, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.\nKlik butang \u201cDaftar.\u201d\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik \u201cDaftar.\u201d\nLog masuk portal terbabit.\nDi bahagian \u201cCari Rumah Sewa,\u201d taip lokasi dan klik \u201cCari.\u201d\nSenarai kediaman dipaparkan.\nPilih kediaman yang diperlukan. \n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Rumah Sewa Siswa (RSS), sila layari laman web https://www.mohe.gov.my/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-pakaian-sekolah-anak-asnaf-muallaf-maim/", "title": "Bantuan Pakaian Sekolah Anak Asnaf Muallaf MAIM 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nBahagian Balai Islam, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah membuka permohonan Bantuan Pakaian Sekolah Anak Asnaf Muallaf untuk tahun 2023.\nUntuk makluman, MAIM adalah institusi agama Islam yang ditubuhkan pada 28 September 1960 bagi menguruskan hal ehwal Agama Islam Negeri Melaka di samping membantu dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.\nAntara fungsi institusi ini adalah menguruskan Baitulmal yang menguruskan pelbagai bantuan kepada para asnaf di Negeri Melaka.\nSalah satunya adalah melalui bantuan pakaian sekolah yang diberikan kepada anak-anak Muallaf di negeri tersebut.\nPara Muallaf yang ingin memohon bantuan ini boleh membuat permohonan sebelum 2 Februari 2023.\n\nMaksud Muallaf\nMaksud Muallaf ialah mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau mereka yang baru memeluk Islam dan belum kukuh Islamnya; atau\n\n\n\n\nMereka yang diharapkan kecenderungan hatinya atau keyakinannya dapat bertambah terhadap Islam, atau terhalangnya niat jahat mereka atas kaum Muslimin, atau harapan akan adanya kemanfataan mereka dalam membela dan menolong kaum Muslimin dari musuh.\nBantuan Kepada Asnaf Muallaf\nSelain daripada bantuan pakaian sekolah, terdapat beberapa bantuan lain yang disediakan oleh MAIM kepada para asnaf iaitu:\n\nSaguhati pemeluk Islam\nKelas asas fardu ain\nBantuan Makanan Bulanan (jika layak)\nBimbingan dan khidmat nasihat\nProgram Ziarah\nBantuan Persediaan Ramadhan\nProgram Ukhwah Saudara Baru [Orang Asli]\nBantuan Pekerja Sukarelawan\nPerkhidmatan berkhatan\nBantuan Perniagaan [kewangan]\nSumbangan mengerjakan umrah\nBantuan Perniagaan [peralatan]\nBantuan Am\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan kepada para Muallaf yang ingin memohon adalah seperti berikut:\n\nBermastautin dan menetap di negeri Melaka.\nMempunyai anak-anak yang sedang atau akan memasuki alam persekolahan bermula dari Darjah 1 sehingga Sekolah Menengah pada tahun 2023.\n\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScpMFTQ2yvIZKE1ebsUUfHVVNu5Xu27ooNxNeiI7UjfhVM9Rg/viewform?fbclid=IwAR0CFAXAEH7K_O5svwUocsvFiIoAImOSQ-x4YxKQp_o44LjQAt2jJ-fQNaQ.\nIsi dengan lengkap permohonan tersebut.\nPastikan semua maklumat diisi.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar.\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Bantuan Pakaian Sekolah Anak Asnaf, sila layari laman web https://www.maim.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/senarai-peribahasa/", "title": "Senarai Peribahasa Bahasa Melayu Beserta Maksudnya", "body": "\n\n\n\n\n\nPeribahasa merupakan salah seni percakapan yang wujud di dalam Bahasa Melayu yang mempunyai maksud yang tersendiri.\nDi dalam peperiksaan, murid-murid digalakkan untuk memasukkan peribahasa terutamanya di dalam karangan mereka bagi meningkatkan markah mereka di dalam peperiksaan tersebut.\nOleh kerana itu, murid-murid perlu mengetahui peribahasa dan maksudnya untuk memastikan peribahasa yang digunakan di dalam karangan sesuai digunakan.\nMaksud Peribahasa Bahasa Melayu\nMenurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal atau pepatah.\n\n\n\n\nIni boleh dilihat melalui pautan https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=peribahasa.\nSenarai Peribahasa\nPeribahasaMaksudAda ubi ada batas, ada masa boleh balas.Sesuatu perbuatan jahat itu akan mendapat balasan juga akhirnya.Ada\u00a0ubi\u00a0ada talas, ada budi ada balas.Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat.Air dicincang tidak akan putusOrang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.Air\u00a0susu\u00a0dibalas dengan air\u00a0tubaKebaikan dibalas dengan kejahatan.Air yang tenang, jangan disangka tiada buayaOrang yang diam jangan disangka pengecut.Alah bisa, tegal biasaApabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya.Alah membeli, menang memakaiBarang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lenganKalau sudah terlanjur, biarlah diperoleh hasil daripadanya.Anjing dengan bayang-bayangOrang yang tamak.Bagai bertepuk sebelah tanganCinta kasih yang tidak berbalas.Bagai duri dalam dagingSesuatu perkara yang tidak menyenangkan hati.Bagai\u00a0enau\u00a0di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masingTiada muafakat dalam sesuatu perbincangan/pentingkan diri sendiri.Bagai isi dengan kukuSangat karibBagai kacang lupakan kulitOrang yang tidak mengenang budi.Bagai melepaskan anjing tersepitMemberi pertolongan orang yang tidak tahu membalas jasa.Bagai pinang dibelah duaSama cantik dan sama sepadan.Berkubu sebelum alahBerjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.Buang yang keruh, ambil yang jernihYang buruk dibuang, yang baik diambil (dipakai).Campak baju nampak\u00a0kurapMendedahkan keburukan diri sendiriCarik-carik bulu\u00a0ayam, lama-lama bercantum jugaPerselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembaliCubit paha kanan, paha kiri pun terasaSetiap kesusahan yang dialami oleh seseorang dalam kehidupannya akan turut dirasai oleh ahli keluarganya yang lain.Dapat\u00a0durian\u00a0runtuhMendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.Daripada segenggam jadi segantangBernasib baik.Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga.Kalau asalnya tidak baik maka kesudahannya pun tentu tidak baik juga.Digantung tidak bertaliSeseorang yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.Ditelan mati emak, diluah mati bapaDalam keadaan yang serba salah untuk membuat keputusan.Gajah\u00a0sama\u00a0gajah berjuang, pelanduk\u00a0mati di tengah-tengahOrang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar akhirnya ia sendiri yang binasa.Menanam tebu di tepi bibirMengeluarkan perkataan yang manis-manis.Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahiOrang yang bercakap besar sedangkan keluarganya melaratLayang-layang putus talinyaTinggal berserah kepada nasib saja kerana daya upaya sudah tiada lagi.Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkanNasihat yang diberikan hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah.Lenggang bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layuOrang yang tidak sedarkan kekurangan dirinya.Makanan\u00a0enggang\u00a0hendak dimakan oleh pipitHendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.Malang tak berbauKecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.Manusia tertarik oleh tanah airnya,\u00a0anjing\u00a0tertarik oleh piringnyaOrang yang berakal jauh pandangannya, orang yang bodoh hanya kepentingan dirinya sajalah yang diperlukan.Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiriNasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan.Menconteng arang di mukaPerbuatan memberi malu/aib.Makan hati, berulam jantungBersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.\nKOLEKSI PERIBAHASA INFOGRAFIK DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nInfo Lanjut\nBagi mengetahui info mengenai peribahasa daripada DBP, sila layari laman web http://prpmv1.dbp.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-tahun-1-sekolah-rendah-sarawak-2023-2024/", "title": "Permohonan Kemasukan Tahun 1 Sekolah Rendah Sarawak Sesi 2023/2024", "body": "\n\n\n\n\n\nKanak-kanak (warganegara) di Negeri Sarawak yang akan memasuki Tahun 1 bagi Sesi 2023/2024, permohonan kemasukan Tahun 1 sekolah rendah bagi sesi tersebut telah dibuka.\nUntuk makluman, permohonan bagi kemasukan kanak-kanak Tahun 1 bagi sekolah rendah Negeri Sarawak sesi 2023/2024 dibuka sehingga 30 April 2022.\nKemasukan ke sekolah rendah di Negeri Sarawak ini adalah bagi sekolah rendah yang berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). \nIbu bapa yang ingin membuat permohonan boleh mengemukakan permohonan secara atas talian menerusi laman web https://public.moe.gov.my.\n\nTahun Kelahiran\nPermohonan kemasukan ini adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017 sahaja. \nBagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018, mereka hanya akan dipertimbangkan memasuki sekolah rendah bagi sesi 2024/2025. \n\n\n\n\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan untuk ibu bapa yang ingin membuat permohonan boleh dirujuk melalui langkah-langkah di bawah:\nLayari laman web https://public.moe.gov.my. Klik bahagian \u2018Pengguna Baharu.\u2019Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Buat permohonan sehingga selesai.Hadir ke sekolah dengan membawa perakuan permohonan dan dokumen yang diperlukan (asal dan salinan).\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dibawa ke sekolah yang terlibat adalah seperti berikut:\nBorang Permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online).Sijil Lahir/Sijil Anak Angkat.Kad Pengenalan ibu dan bapa/penjaga.Sijil Nikah/Daftar Perkahwinan.Surat Cerai dan hak jagaan anak (hadhanah/custody) jika berkenaan.Bil utiliti- TNB/Astro/Telefon/Perjanjian Sewa\nTarikh Penting\nIbu bapa juga perlu mengambil perhatian untuk tarikh-tarikh penting berikut:\nTarikh daftar online: 1.3.2022 sehingga 30.4.2022Keputusan penempatan: 1.8.2022Rayuan dibuka: 1.8.2022 sehingga 30.8.2022Keputusan rayuan: 1.10.2022 \nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kemasukan Tahun 1 sekolah rendah Negeri Sarawak sesi 2023/2024, sila layari Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di pautan https://www.facebook.com/edusarawak.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ppkp-jpa-2022/", "title": "PPKP JPA 2022: Program Penajaan Kumpulan Pelaksana", "body": "\n\n\n\n\n\nPegawai Kumpulan Pelaksana (perkhidmatan awam persekutuan) yang berminat untuk mendapatkan penajaan untuk melanjutkan pengajian dialu-alukan memohon Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) 2022 di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)\nPPKP adalah program penajaan pengajian bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) dalam perkhidmatan awam persekutuan untuk mengikuti pengajian sama ada peringkat Ijazah Pertama, Diploma, Diploma Kemahiran, atau Sijil Kemahiran Malaysia.\nPenjawat awam yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 31 Oktober 2022 secara atas talian.\n\nSenarai IPTA & Politeknik\nPemohon yang menyambung pengajian di IPTA atau politeknik berikut layak untuk memohon iaitu:\ni) IPTA\nUniversiti Malaya (UM)Universiti Sains Malaysia (USM)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Universiti Putra Malaysia (UPM)Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Teknologi MARA (UiTM)Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)Universiti Malaysia Sabah (UMS)Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Universiti Utara Malaysia (UUM)Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)Universiti Malaysia Kelantan (UMK)Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Universiti Teknikal Melaka (UTeM)Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Universiti Malaysia Pahang (UMP)Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) (Sepenuh Masa sahaja)\nii) Politeknik\nPoliteknik Ungku Omar (PUO)Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)Politeknik Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah (POLIMAS)Politeknik Kota Bharu (PKB)Politeknik Kuching Sarawak (PKS)Politeknik Port Dickson (PPD)Politeknik Kota Kinabalu (PKK)Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)Politeknik Seberang Perai (PSP)Politeknik Melaka (PMK)Politeknik Kuala Terengganu (PKT)Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)Politeknik Merlimau (PMM)Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)Politeknik Muadzam Shah (PMS)Politeknik Mukah Sarawak (PMU)Politeknik Balik Pulau (PBU)Politeknik Jeli (PJK)Politeknik Nilai (PNS)Politeknik Banting (PBS)Politeknik Mersing (PMJ)Politeknik Hulu Terengganu (PHT)Politeknik Sandakan (PSS)Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)Politeknik METrO Kuantan (PMKU)Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)Politeknik METrO Betong (PMBS)Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN)Politeknik Besut (PBT)Politeknik Bagan Datuk (PBD)Politeknik Tawau (PTS)\nSyarat Umum\nSyarat umum yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon PPKP adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nHad umur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2022.Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap.Pemohon telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini.Mencapai markah minimum LNPT 85% bagi tempoh tiga tahun terakhir berturut-turut (2019, 2020 & 2021) dalam skim perkhidmatan terkini.Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.Telah menerima tawaran melanjutkan pengajian pada tahun 2022 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di pusat-pusat bertauliah awam yang ditauliahkan oleh JPK atau politeknik/universiti awam yang dipersetujui JPA;Pegawai yang memohon kemudahan ini hendaklah mengikuti kursus pada peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik yang telah dimiliki.Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/sederhana/ pendek di bawah kemudahan cuti belajar sedia ada seperti berikut:\u2013 Tempoh kursus 12 bulan: Tempoh menunggu 2 tahun.\u2013 Tempoh kursus lebih dari 3 bulan, kurang dari 12 bulan: Tempoh menunggu 1 tahun.Permohonan diperakui oleh Ketua Jabatan dan/atau Ketua Perkhidmatan melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).Bebas dari sebarang pertuduhan/tindakan tatatertib/dakwaan mahkamah.Bukan peminjam tegar pinjaman pelajaran atau bukan dalam senarai hitam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan penaja lain.Pemohon telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini.Pemohon perlu bebas dari sebarang penyakit kronik.Calon tidak mendapat penajaan/biasiswa/pinjaman dari badan-badan lain bagi kursus yang dimohon.\nSyarat Khusus\nPemohon juga tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan iaitu:\ni) Sijil/Diploma Kemahiran Malaysia\nPemohon telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun pada 1 Januari 2022.Pemohon memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).Pemohon mengikuti kursus/latihan kemahiran dalam tempoh:\u2013 Sijil Kemahiran Malaysia: 6 hingga 24 bulan\u2013 Diploma Kemahiran Malaysia : 24 hingga 36 bulanKursus ditauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM).Pemohon memiliki kelulusan di peringkat sijil dalam bidang yang sama dengan kursus yang dimohon (mengikut Daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK)) \u2013 bagi permohonan Diploma Kemahiran Malaysia sahaja.Pemohon telah menerima tawaran melanjutkan pengajian pada tahun 2022 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di pusat-pusat bertauliah awam yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM).\nii) Diploma\nPemohon telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun pada 1 Januari 2022.Pemohon memperoleh pencapaian akademik sekurang-kurangnya 5 kepujian di peringkat SPM termasuk kepujian subjek Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.Pemohon telah menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang yang ditetapkan pada tahun 2022 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di politeknik/politeknik premier/universiti awam yang dipersetujui JPA.Kursus yang diikuti hendaklah mendapat akreditasi penuh oleh MQA.\niii) Ijazah Pertama\nPemohon telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun pada 1 Januari 2022.Pemohon memperoleh pencapaian akademik sekurang-kurangnya 5 kepujian di peringkat SPM termasuk kepujian subjek Bahasa Melayu dan lulus Sejarah atau kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang telah disetarakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) kepada SPM.Pemohon memiliki kelulusan sama ada Diploma/Diploma TVET/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ALevel.Pemohon memperoleh skor bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) sekurang-kurangnya Band 2.Pemohon telah menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang yang ditetapkan pada tahun 2022 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di politeknik/politeknik premier/universiti awam yang dipersetujui JPA.Kursus yang diikuti hendaklah mendapat akreditasi penuh oleh MQA.\nTatacara Permohonan\nPermohonan PPKP boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari pautan https://esilav2.jpa.gov.my/.Klik di bahagian \u2018Daftar\u2019 bagi pendaftaran kali pertama.Masukkan maklumat dengan lengkap dan dan klik \u2018Daftar Akaun Pengguna.\u2019Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.Masukkan semua maklumat yang diperlukan.Hantar permohonan dan pemohon dibenarkan mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai PPKP, sila hubungi Unit Pembangunan Latihan Dalam Perkhidmatan ditalian 03-8885 3468/3518/3359/3421/3440 atau email ke [email\u00a0protected]\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/matrikulasi-kpm-fasa-2-2023/", "title": "Permohonan Program Matrikulasi KPM Fasa 2 2023/2024", "body": "\n\n\n\n\n\nLepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2022 adalah dialu-alukan memohon kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Fasa 2 2023/2024.\nUntuk makluman, Program Matrikulasi KPM diwujudkan pada tahun 1998 sebagai satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.\nPelaksanaan program ini dilaksanakan di bawah KPM bagi menyeragamkan semua program asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). \nObjektif pelaksanaan program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional. \nPermohonan bagi kemasukan ke Matrikulasi KPM bagi Fasa 2 dibuka mulai 8 Jun 2023 sehingga 12 Jun 2023. \n\nSenarai Matrikulasi\nCalon yang berjaya mengikuti Program Matrikulasi KPM akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi berikut mengikut jurusan yang ditawarkan:\nKolej MatrikulasiAliran/JurusanKolej_Matrikulasi Negeri SembilanPerakaunan, Sains Kolej_Matrikulasi Perlis Perakaunan, Sains Kolej_Matrikulasi Perak Perakaunan, SainsKolej_Matrikulasi MelakaPerakaunan, SainsKolej_Matrikulasi Pulau PinangPerakaunan, SainsKolej_Matrikulasi LabuanPerakaunan, SainsKolej_Matrikulasi JohorPerakaunan, SainsKolej_Matrikulasi PahangPerakaunan, SainsKolej_Matrikulasi KedahPerakaunan, SainsKolej_Matrikulasi Kejuruteraan KedahKejuruteraanKolej_Matrikulasi Kejuruteraan PahangKejuruteraanKolej_Matrikulasi Kejuruteraan JohorKejuruteraanKolej_Matrikulasi KelantanPerakaunan, SainsKolej_Matrikulasi SarawakPerakaunan, SainsKolej MARA KulimPerakaunan, SainsKolej MARA Kuala NerangPerakaunan, SainsKolej_Matrikulasi SelangorPerakauanan Professional, Perakaunan, Sains\n\nJurusan Ditawarkan\nTerdapat 4 jurusan yang ditawarkan bagi program matrikulasi ini iaitu:\n\nJurusan Sains:\u2013 Sains Hayat\u2013 Sains Fizikal\u2013 Sains Komputer\nJurusan Kejuruteraan:\u2013 Kejuruteraan Asas\u2013 Kejuruteraan Awam\u2013 Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik\u2013 Kejuruteraan Mekanikal\nJurusan Perakaunan\nJurusan Perakaunan Profesional\n\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi calon-calon yang ingin memohon program matrikulasi ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nPemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada tahun semasa memohon.\nPemohon mestilah merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa.\n\nSyarat Khusus\nCalon-calon juga perlu memenuhi syarat khusus mengikut jurusan yang dipohon iaitu:\n\n\n\n\ni) Jurusan Sains\n\nBahasa Melayu- C\nBahasa Inggeris- C\nSejarah- Lulus\nMatematik- B\nMatematik Tambahan- C\nKimia- C\nFizik atau Biologi- C\n\nii) Jurusan Perakaunan\n\nBahasa Melayu- C\nBahasa Inggeris- C\nSejarah- Lulus\nMatematik- C\nMendapat minimum C dalam mana-mana 3 mata pelajaran berikut: Fizik/Kimia/Biologi/ Matematik Tambahan/Sains/Sains Tambahan/Lukisan Kejuruteraan/Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/Pendidikan Syariah Islamiah/Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.\n\niii) Jurusan Kejuruteraan\n\nBahasa Melayu- C\nBahasa Inggeris- C\nSejarah- Lulus\nMatematik- B\nMatematik Tambahan- C\nKimia- Lulus\nFizik- C\nMendapat minimum C dalam mana-mana 1 mata pelajaran berikut: Biologi/Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Asas Kelestarian/Pertanian/Sains Rumah Tangga/Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Lukisan Kejuruteraan/Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/Ekonomi/Perdagangan/Perniagaan.\n\niv) Perakaunan Professional\n\nBahasa Melayu- C\nBahasa Inggeris- A-\nSejarah- Lulus\nMatematik- A\nMatematik Tambahan- C\nMendapat minimum A dalam mana-mana 3 mata pelajaran berikut: Fizik/Kimia/Biologi/ Sains/Sains Tambahan/Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/Sains Rumah Tangga/Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/Ekonomi/Perdagangan/Perniagaan/Pendidikan Syariah Islamiah/Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik\n\nCara Membuat Permohonan Matrikulasi KPM\nUntuk membuat permohonan kemasukan ke program matrikulasi ini, calon-calon diminta untuk mengikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web\u00a0permohonan iaitu https://matrikulasi.moe.gov.my/.\nKlik bahagian \u2018Permohonan.\u2019\nKlik bahagian \u2018Daftar Kali Pertama.\u2019\nIsi no kad pengenalan serta angka giliran SPM dan seterusnya klik butang \u2018Cari.\u2019\nLengkapkan maklumat diri dan klik butang \u2018Daftar.\u2019\nLogin dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.\nIsi maklumat dengan betul dan klik butang \u2018Halaman Seterusnya.\u2019\nUntuk menghantar permohonan, klik butang \u2018Hantar Permohonan.\u2019\nCetak borang permohonan untuk simpanan.\n\nInfo Lanjut Permohonan / Semakan Matrikulasi KPM\nUntuk info lanjut mengenai Program Matrikulasi KPM Fasa 2 2023/2024, sila layari https://matrikulasi.moe.gov.my/ atau https://www.moe.gov.my/\nBaca juga: SAPS Ibu Bapa: Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bonus-aidilfitri-2023/", "title": "BKKA: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Penjawat Awam 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nSemua penjawat awam yang layak akan mula menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri\u00a0(BKKA) 2023 bagi tahun 2023.\nUntuk makluman, BKKA ini akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan 87 kontrak.\nPemberian bantuan pada tahun ini juga akan turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesaran Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.\nPemberian bantuan ini adalah satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu penjawat awam membuat perancangan dan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya.\n\nTarikh Pembayaran Bonus (Bantuan Khas Aidilfitri) Penjawat Awam 2023\nTarikh pembayaran bantuan ini adalah pada 17 April 2023.\nJumlah Pembayaran\nJumlah pembyaran yang akan diterima menerusi bantuan ini adalah:\n\nPegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah: RM700.00\nPesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen: RM350.00\n\nPenerima Bonus Aidilfitri Penjawat Awam 2023 Yang Layak\nPenerima yang layak yang akan menerima bantuan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\ni) Penjawat Awam\n\nPegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 17 April 2023.\nPegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang Iayak tersebut merupakan:\u2013 Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS).\u2013 Pegawai yang bercuti bergaji penuh.\u2013 Pegawai yang bercuti separuh gaji.\u2013 Pegawai yang bercuti tanpa gaji.\u2013 Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.\n\nSelain itu, bantuan ini turut dibayar kepada:\n\nPegawai lantikan MySTEP yang telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya 6 bulan pada 17 April 2023 dan telah dilantik sebelum 17 April 2023.\nGuru interim.\nPemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.\nPemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.\n\nii) Pesara\n\nPesara kerajaan yang sedang menerima pencen.\nPenerima pencen terbitan.\nPesara perkhidmatan awam skim KWSP (bersara apabila mencapai opsyen umur persaraan)\nBersara atas sebab kesihatan.\nVeteran berpencen dan tidak berpencen.\n\nPenerima Yang Tidak Layak\nPenjawat awam yang tidak layak menerima bantuan ini adalah seperti berikut:\n\nPegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/Gred Khas.\nPegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 April 2023.\nPegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 April 2023.\nPegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 April 2023.\nPegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.\n\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai pembayaran BKKA, sila layari laman web https://www.jpa.gov.my/ ATAU rujuk Soalan Lazim si pautan berikut: https://docs.jpa.gov.my/docs/se/2023/se23032023_faq.pdf\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/zakat-unisza-2022/", "title": "Permohonan Zakat UniSZA 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nSemua pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang sedang menjalani pengajian (status aktif) yang berpendapatan rendah di UniSZA adalah dialu-alukan untuk memohon Zakat UniSZA 2022.\nUntuk makluman, permohonan Zakat UniSZA ini diuruskan oleh Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA).\nPemberian zakat ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar UniSZA bawah asnaf fisabilillah yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah bagi memastikan mereka dapat meneruskan pembelajaran tanpa diganggu dengan masalah kewangan.\nSelain itum zakat ini juga membantu pelajar-pelajar UniSZA yang tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak lain.\nPermohonan zakat ini dibuka mulai 25 Ogos 2022 (Rabu) dan akan ditutup pada 8 September 2022 (Khamis) melalui Portal Pelajar UniSZA. \n\n\n\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan untuk pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut:\nBeragama Islam.Pelajar Sepenuh Masa UniSZA.Pendapatan Keluarga RM4,300.00 dan ke bawah.Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.\nCara Memohon\nPelajar boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:\nLayari pautan Portal Pelajar UniSZA iaitu https://siswa.unisza.edu.my/login.php.Masukkan Username dan Kata Laluan.Klik \u2018Bantuan Kebajikan Pelajar\u2019 dan \u2018Bantuan Zakat.\u2019Kemudian klik \u2018Permohonan.\u2019Lengkapkan permohonan sehingga selesai.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai pemberian zakat ini, sila hubungi Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) di talian 09-668 8611/7811/7942/8401.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/mrsm-ulul-albab/", "title": "MRSM Ulul Albab: Subjek, Syarat Umum, Khusus & Lokasi", "body": "\n\n\n\n\n\nMaktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab merupakan salah satu program MRSM yang ditawarkan menerusi institusi pendidikan tersebut.\nUntuk makluman, MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.\nApa Itu MRSM Ulul Albab?\nSalah satu program MRSM yang ditawarkan adalah MRSM Ulul Albab yang menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.\nMurid-murid di MRSM ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah termasuk program nilai tambah Tahfiz al-Quran.\nProgram ini bermatlamat untuk melahirkan generasi Teknokrat Hafiz Profesional yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab. \n\n\nKemudahan Yang Ditawarkan \nMRSM menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pelajar seperti berikut:\n\nSurau\nPusat Media\nKedai Koperasi\nRawatan Gigi\nKaunseling\nPerkhidmatan Bas dan Van\nPusat Sumber (berhawa dingin)\nDewan Makan\nPerkhidmatan Dobi\nKawalan Keselamatan\nKemudahan Sukan dan Permainan/Rekreasi\n\nPelaksanaan Kurikulum Tahfiz MRSM Ulul Albab\nPelaksanakan kurikulum tahfiz bagi program MRSM ini adalah seperti berikut:\ni) Tingkatan 1\n\n\n\n\n\nSemester satu.\u2013 Empat surah pilihan dan lima juzuk (Surah al-Sajadah, Yaasin, alDukhan, al-Mulk dan juzuk satu hingga juzuk lima).\nSemester dua.\u2013 Enam juzuk (juzuk enam hingga juzuk sebelas)\n\nii) Tingkatan 2\n\nSemester satu\u2013 Enam Juzuk (juzuk dua belas hingga juzuk tujuh belas)\nSemester dua.\u2013 Enam juzuk (juzuk lapan belas hingga juzuk dua puluh tiga)\n\niii) Tingkatan 3\n\nSemester satu\u2013 Enam Juzuk (juzuk dua puluh empat hingga dua puluh sembilan)\nSemester dua\u2013 Satu juzuk (juzuk tiga puluh)\n\nLokasi MRSM Ulul Albab\nTerdapat 8 lokasi MRSM yang menawarkan program Ulul Albab iaitu:\n\nMRSM Kota Putra, Terengganu\nMRSM Gemencheh, Negeri Sembilan\nMRSM Kepala Batas, Pulau Pinang\nMRSM Sungai Besar, Selangor\nMRSM Semporna, Sabah\nMRSM ATM Bera, Pahang\nMRSM Bagan Datuk, Perak\nMRSM Felda Trolak, Perak\n\nSyarat Umum\nSyarat umum untuk memasuki MRSM bagi program ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nIbu atau bapa adalah warganegara Malaysia.\nMestilah memohon secara online.\nSihat tubuh badan.\nCalon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.\n\nSyarat Khusus\nSelain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:\n\nPencapaian akademik yang cemerlang.\nAktif dalam aktiviti kokurikulum.\nKeutamaan diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.\nPemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai MRSM Ulul Albab, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/mrsm/program-sistem-pendidikan-mrsm/#tab-id-2. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/mypsv-2023/", "title": "MyPSV 2023: Lesen Memandu Pengangkutan Awam Percuma B40", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi golongan B40 yang ingin mendapatkan lesen memandu untuk pengangkutan awam secara percuma, mereka boleh membuat permohonan menerusi MyPSV.\nUntuk makluman, MyPSV merupakan inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bagi memperkasa 4,000 orang penerima yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia bagi Kelas Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle \u2013 PSV).\nProgram ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan bagi pengambilan Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License \u2013 CDL) kelas E dan juga Lesen PSV E-Hailing/ Teksi; atau PSV Bas BTM > 7,500kg tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.\nPemohon yang berminat boleh membuat permohonan dan tarikh tutup penyertaan adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.\n\nKouta Peserta MyPSV\nKouta peserta untuk program ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n500 peserta PSV bas\n3,500 peserta PSV e-hailing/teksi\n\nSyarat Penyertaan MyPSV\nSyarat penyertaan untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:\n\nPeserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.\nPeserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D/ DA) bagi permohonan PSV E-Hailing/ Teksi.\nPeserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D)\u00a0(sekurang-kurangnya satu tahun) atau Lesen Memandu Kompeten Kelas E (CDL E) bagi permohonan PSV Bas.\nPeserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta dan Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.\nPeserta perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej pembiayaan ini.\nKos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.\nKos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.\nPeserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.\nPeserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.\nPeserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.\nPeserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.\n\nCara Memohon\nCara memohon untuk mendapatkan lesen PSV percuma ini adalah seperti berikut:\n\nKlik pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe8O6D2PV-IZWMEhD5EBrWyaWN4wMCpjZNg9M-uWiIxBA7Q4Q/viewform?fbclid=IwAR2XpT46jKfV-8dA8Ka1_ME3cqPfjo1dooPKWgu1ugSq9WZhRb6cd7XmbLM.\nIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.\nPastikan semua maklumat diisi.\nKlik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai program ini, sila hubungi 03-8892 8714/03-8892 8693 atau menghantar email ke alamat [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/reading-progress/", "title": "Reading Progress: Aplikasi Tingkatkan Penguasaan B. Inggeris", "body": "\n\n\n\n\n\nReading Progress merupakan aplikasi yang mampu meningkatkan Bahasa Inggeris murid di sekolah.\nUntuk pengetahuan, Aplikasi Reading Progress adalah sebahagian daripada komponen dalam perisian Microsoft Teams yang dapat meningkatkan kemahiran dalam aspek sebutan dan memperluaskan kosa kata Bahasa Inggeris.\nBagi projek rintis, seramai 1,188 guru dan 576 sekolah di dalam dan luar bandar terbabit dalam projek ini yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid.\nPenggunaan ini dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat membantu guru memantau tahap penguasaan bahasa Inggeris murid secara berkesan, sekali gus boleh merangka intervensi lebih awal untuk murid yang bermasalah dalam menguasai bahasa tersebut.\n\nFungsi Aplikasi\nMenerusi aplikasi ini, murid akan dapat merekodkan audio, video atau kedua-duanya ketika membaca bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris bagi membantu melihat perkataan atau cara sebutan yang tidak betul.\n\n\n\n\nIni akan membantu bukan saja dari segi sebutan murid, tapi juga memperkenalkan perkataan baharu dan struktur ayat yang lebih baik kepada murid.\nCara Penggunaan\nUntuk menggunakan aplikasi Reading Progress ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLog masuk ke Portal DELIMa di pautan https://d2.delima.edu.my/.\nKlik ikon \u2018Microsoft\u2019 di Menu Utama.\nAktifkan aplikasi Microsoft Teams.\n\n\nKemudian, untuk memberikan assignment kepada murid, sila ikuti langkah-langkah ini:\n\nPilih kelas yang anda inginkan dan klik pada menu \u2018Assignments.\u2019\nPilih \u2018Create\u2019 dan \u2018Assignment.\u2019\nIsikan tajuk \u2018Assignment\u2019 tersebut dan pilih \u2018Attach.\u2019 \nKemudian, pilih Reading Progress daripada senarai menu.\nPilih petikan untuk murid.\nMasukkan penyelarasan tambahan untuk mendapatkan lebih banyak data untuk tujuan rujukan semasa semakan kerja murid dilakukan:\u2013 Reading level: Mengenalpasti tahap bacaan yang sesuai untuk kelas anda. Reading level yang telah ditetapkan boleh digunakan sebagai kata kunci untuk buat pencarian menggunakan Insights.\u2013 Genre: Pilih samada \u2018Fiction\u2019 atau \u2018Non-Fiction.\u2019\u2013 Number of Attempts: Choose \u2018Unlimited\u2019 untuk membenarkan murid berlatih bacaan tanpa ada had, atau tetapkan jumlah percubaan dengan memilih bilangan nombor yang anda rasakan sesuai.\u2013 Pronunciation sensitivity: Tetapkan tahap pengesanan sebutan semasa proses bacaan dilakukan untuk menganggarkan ralat sebutan. Pilih \u2018Less sensitive\u2019 untuk lebih fleksibel terhadap ralat sebutan, dan \u2018More Sensitive\u2019 untuk meningkatkan ketetapan sebutan semasa bacaan dilakukan. Penyelarasan ini boleh diubahsuai semasa semakan kerja murid dilakukan.\u2013 Require video: Anda boleh memilih \u2018Yes\u2019 jika perlukan murid untuk merekod video semasa aktivit bacaan, atau pilih No jika cukup sekadar merekod audio bacaan murid.\u2013 Edit your passage: Sekiranya muat naik Word atau PDF, anda boleh melakukan penyuntingan.\u2013 Student View: Pilih fungsi ini untuk melihat pratonton paparan murid apabila menerima tugasan.\nKlik butang \u2018Next.\u2019\nSebelum klik butang \u2018Assign,\u2019 guru boleh menyunting dan buat penambahan untuk bahagian Instructions, Points dan Date due.\nKlik butang \u2018Assign\u2019 untuk hantar kepada murid.\nMurid anda akan mendapat notifikasi untuk Assignment yang baharu, dan akan muncul dalam senarai Assignment guru.\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai Reading Progress, sila layari laman web https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/welcomekit/guru/reading-progress.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/hlp-2024/", "title": "HLP 2024: Hadiah Latihan Persekutuan Sarjana & PhD", "body": "\n\n\n\n\n\nPegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional\u00a0yang berminat untuk menyambung pengajian kini boleh memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2024 bagi pengajian Sarjana dan Kedoktoran (PhD).\nHLP ialah program penajaan dan cuti bergaji penuh kepada pegawai-pegawai kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi mengikuti pengajian ijazah lanjutan secara sepenuh masa sama ada Sarjana atau PhD di IPT dalam dan luar negara.\nUntuk melayakkan pegawai ini mendapatkan penajaan ini, mereka perlu mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.\nPegawai yang berminat boleh membuat permohonan mulai 23 Mei 2023 sehingga 23 Jun 2023 secara atas talian. \n\nPeringkat Pengajian HLP 2024\nTerdapat 2 peringkat pengajian ditawarkan bagi HLP Sesi 2024 iaitu:\n\nPhD: Untuk universiti luar dan dalam negara.\nSarjana: Untuk universiti luar dan dalam negara.\n\nInstitusi Pengajian\nInstitusi pengajian yang layak memohon penajaan ini adalah seperti berikut:\ni) Luar Negara\n\nSenarai Type A dan Type B di dalam Top Global Universities (The Top Global University Project) bagi pengajian di Jepun.\nSenarai kedudukan 100 teratas secara keseluruhan dalam The Times Higher Education (THE) World University Rankings; atau\nSenarai kedudukan 100 teratas secara keseluruhan dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings.\n\nii) Dalam Negara \n\n\n\n\nSenarai institusi pengajian tinggi yang ditetapkan oleh JPA yang merangkumi semua Universiti Awam (UA), Universiti Berkaitan Kerajaan (Government Linked University- GLU), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) milik Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).\nIPTS yang dimaksudkan adalah yang menerima rating 5 atau 6 bintang di dalam Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia\nSyarat Umum\nSyarat umum yang ditetapkan bagi permohonan tajaan ini adalah seperti berikut:\n\nPegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (kecuali badan berkanun yang telah diasingkan sistem saraannya sama ada dibebaskan atau tidak dibebaskan);\nTelah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada 1 Januari 2023.\nMencapai purata markah minimum Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% bagi tempoh tiga tahun terakhir berturut-turut (sebelum tahun penawaran) dalam skim perkhidmatan terkini. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.\nPegawai berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana pada 1 Januari 2024.\nTempoh perkhidmatan minimum pegawai dalam kumpulan P&P pada 1 Januari 2023 adalah seperti berikut:\u2013 Ijazah Sarjana: 8 tahun ke atas\u2013 Ijazah Kedoktoran: 9 tahun ke atas\nMematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus seperti berikut:\u2013 Lebih daripada 12 bulan: Tempoh menunggu 2 tahun\u2013 Lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan: Tempoh menunggu 1 tahun\nPermohonan disokong oleh Ketua Jabatan dan diperakui oleh Ketua Perkhidmatan/Pegawai Pengawal melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing-masing.\nBebas daripada sebarang pertuduhan/tindakan tatatertib/dakwaan mahkamah.\nTidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA.\nTelah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini.\nBebas daripada sebarang penyakit kronik.\n\nSyarat Khusus\nSelain syarat umum, syarat khusus yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nPegawai yang memohon HLP JPA untuk pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Dalam bidang pengajian Ekonomi, Undang-undang, Seni Bina, Kaunseling dan Psikologi hendaklah mempunyai latar belakang akademik di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang-bidang tersebut.\nPegawai hanya dibenarkan memohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana yang menawarkan pengajian tanpa perlu mengikuti kursus pra syarat.\nMasih belum mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada di luar atau dalam negara; atau\nTelah mendapat tempat pengajian tetapi belum memulakan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada di luar atau dalam negara; atau\nBagi calon Ijazah Kedoktoran sahaja \u2013 telah memulakan pengajian pada tahun penawaran dibuka dengan syarat perlu memohon penangguhan pengajian daripada universiti bagi mengikuti Kursus Persediaan Ijazah Kedoktoran yang ditetapkan JPA.\nBidang pengajian yang dibenarkan di bawah program HLP Sesi 2024 mengikut skim perkhidmatan.\nMenyediakan Kertas Cadangan Penyelidikan/ Pengajian (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) dan menyediakan penyataan ringkas berhubung sumbangan pegawai kepada organisasi.\n\nCara Memohon HLP 2024\nPermohonan tajaan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web https://epermohonanhlp.jpa.gov.my/login.\nKlik di bahagian \u2018Daftar\u2019 bagi pendaftaran kali pertama.\nMasukkan maklumat dengan lengkap dan dan klik \u2018Daftar Akaun Pengguna.\u2019\nLogin dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nMasukkan semua maklumat yang diperlukan.\nHantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.\n\nPertanyaan lanjut mengenai HLP 2024, sila hubungi Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA di talian 03\u20138885 3053/3571 atau email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/internet-percuma-hari-raya/", "title": "Kuota Internet Tambahan Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan telah mengumumkan untuk memberikan kouta internet tambahan percuma sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. \nTahukah anda apakah kuota internet percuma dan bagaimana cara untuk menikmati kuota khas ini pada Hari Raya?\nJom kami kongsikan selanjutnya.\nKuota Internet Tambahan Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri\nlnisiatif ini disediakan secara kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia.\nAntara syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat adalah:\n\nMaxis\nCelcomDigi\nUnifi Mobile\nUmobile\nYES\n\nMenerusi inisiatif ini, para pengguna pakej prabayar akan menikmati kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Hari Raya Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei 2023.\n\n\n\n\nUsaha kerajaan dan semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat ini selari dengan konsep RAHMAH dalam meringankan kos sara hidup serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat. \n\nBerikut merupakan inisiatif yang ditawarkan mengikut syarikat telekomunikasi yang terlibat iaitu Maxis, CelcomDigi, Unifi Mobile dan YES:\n1. Maxis\n\nBonus 100GB dengan pelan Internet Hotlink MU.\nTempoh tertakluk kepada tempoh sah laku pas yang dibeli.\nSah sehingga 15 Mei 2023.\n\n2. CelcomDigi\n\nPelan video HD 555GB RM5.00 untuk melayari video dan tempoh sah laku selama 4 hari.\nSah sehingga 15 Mei 2023.\n\n3. Unifi Mobile\n\nPulangan tunai RM5.00 dengan pelan internet prabayar 4G/5G.\nRM35 data 4G dan 5G tanpa had dan panggilan tanpa had selama 30 hari.\nSah sehingga 5 Mei 2023.\n\n4. Umobile\n\nBonus 10GB dengan pelan Pakej Perpaduan.\nSah sehingga 15 Mei 2023.\n\n5. YES\n\nBonus 44GB data dengan tempoh sah laku selama 7 hari.\nSah sehingga 15 Mei 2023.\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai kouta internet tambahan percuma sempena Hari Raya Aidilfitri, sila layari laman web Kementerian Komunikasi dan Multimedia di pautan https://www.kkd.gov.my/.\nAnda juga boleh menghubungi pusat perhubungan pelangan syarikat telco masing-masing bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai tawaran ini.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemaskini-upuonline/", "title": "Kemaskini UPUOnline: Permohonan IPT Fasa 1 Lepasan SPM", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang ingin memohon kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi akademik 2023/2024, kemaskini dibuka permohonan UPUOnline dibuka selama 3 hari. \nUntuk makluman, permohonan kemasukan ke IPT bagi lepasan SPM dilakukan menerusi sistem UPUOnline.\nUPUOnline merupakan sistem permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM secara online yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).\nSelain membuat permohonan kemasukan ke IPT, pemohon yang gagal dalam permohonan juga boleh membuat rayuan melalui sistem ini dan ini adalah tertakluk kepada pengumuman yang dibuat oleh KPT dari semasa ke semasa.\nKemaskini UPUOnline boleh dibuat mulai 11 Jun 2023 mulai jam 12.00 tengah hari sehingga 13 Jun 2023 jam 5.00 petang.\n\nKemasukan Ke IPT\nSistem UPUOnline merupakan sistem yang membolehkan pelajar lepasan SPM dan STPM memohon kemasukan ke IPT berikut:\n\n\n\n\n\nUniversiti Awam (UA)\nPoliteknik Konvensional\nPoliteknik Premier\nInstitut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)\nKolej Komuniti\n\nSyarat Am Permohonan\nSyarat am permohonan ke IPT bagi lepasan SPM seluruh Malaysia adalah seperti berikut:\n\nPemohon ialah warganegara Malaysia. \nMemiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.\n\nKriteria Pemilihan\nKriteria pemilihan yang akan dilihat bagi lepasan SPM yang memohon kemasukan ke IPT adalah seperti berikut:\n\nPencapaian akademik dalam peperiksaan SPM dan pencapaian\u00a0dalam aktiviti kokurikulum\nTanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES) (bagi\u00a0permohonan ke Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti\u00a0dan ILKA) \nKombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program\u00a0pengajian dipohon\nGred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan\nMemenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA, Politeknik,\u00a0Kolej Komuniti dan ILKA \nLulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ ujian\nProgram pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan\nBilangan tempat yang disediakan oleh UA, Politeknik, Kolej\u00a0Komuniti dan ILKA.\n\nCara Login UPUOnline\nBgai lepasan SPM atau STPM yang ingin memohon kemasukan ke IPT, sila ikuti langkah-langlah berikut untuk login UPUOnline:\n\nLayari laman web UPUOnline iaitu https://upu.mohe.gov.my/.\nKlik bahagian \u2018Daftar Akaun Baru.\u2019mengisi semua maklumat pemohon dan maklumat keselamatan akaun. \nSetelah selesai, klik butang \u2018Daftar\u2019 untuk menyelesaikan proses pendaftaran.\nLogin semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.\nSetelah berjaya login, isi semua info permohonan yang diperlukan dan klik butang \u2018Seterusnya.\u2019\nIsi maklumat yang berikut untuk melengkapkan permohonan:\u2013 Maklumat peribadi\u2013 Maklumat keluarga\u2013 Maklumat akademik\u2013 Pilihan program\u2013 Maklumat tambahan\nSetelah selesai mengisi semua maklumat tersebut, buat pengesahan dengan menandakan pengakuan pada kotak yang disediakan.\nKlik butang \u2018Sah & Hantar\u2019 untuk menghantar permohonan.\nCetak Slip Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat. \n\n\nCara Kemaskini UPUOnline\nUntuk mengemaskini UPUOnline, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web UPUOnline iaitu https://upu.mohe.gov.my/.\nMasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nKlik butang \u2018Log Masuk.\u2019\nKemaskini maklumat yang diperlukan.\nPastikan semak semua maklumat yang diisi adalah betul\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai UPUOnline, sila layari laman web iaitu https://upu.mohe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/skipma-mara-2022/", "title": "SKIPMA MARA 2022: Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMa", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) kini boleh membuat mendapatkan pinjaman komputer menerusi Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMa (SKIPMA).\nSKIPMA diwujudkan bagi membantu pelajar di IPMa memiliki komputer untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta kaedah baharu dalam pembelajaran.\nPelaksanaan skim pinjaman ini diharapkan mampu membantu pelajar mendapatkan komputer untuk tujuan pembelajaran terutamanya mereka daripada golongan berpendapatan rendah.\nPemohon yang berminat untuk memohon, permohonan dibuka pada 4 April 2022 hingga 18 April 2022 secara atas talian.\n\nSenarai IPMa\nPelajar yang menyambung pengajian di IPMa berikut layak untuk membuat permohonan iaitu:\nKolej MARA (KM)Institut Kemahiran MARA (IKM)Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)MARA Japan Industrial Institute (MJII)Kolej Profesional MARA (KPM)Universiti Kuala Lumpur (UniKL)Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)German Malaysian Institute (GMI)\nAmaun Pinjaman\nAmaun maksimum pinjaman komputer ini bagi pemohon yang layak adalah sebanyak RM3,000 sahaja.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan bagi pemohon yang ingin memohon skim pinjaman ini adalah seperti berikut:\nPelajar berstatus Bumiputera.Ibu atau bapa berstatus Bumiputera.Pelajar yang ditawarkan mengikuti pengajian di IPMA secara sepenuh masa bagi peringkat seperti berikut:\u2013 Persediaan/Pra-Universiti\u2013 Sijil\u2013 Diploma\u2013 Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda)Had umur bagi pelajar yang layak adalah tidak melebihi umut berikut:\u2013 Persediaan/Pra-Universiti: 20 tahun\u2013 Sijil/Diploma: 35 tahun\u2013 Ijazah Sarjana Muda: 45 tahunPelajar baharu atau pelajar sedia ada (aktif) yang mempunyai baki pengajian tidak kurang 1 tahun daripada tarikh permohonan dibuat.Pelajar layak memohon 1 kali pinjaman komputer bagi setiap peringkat pengajian. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi adalah layak untuk dipertimbangkan pinjaman komputer seterusnya tertakluk kepada pinjaman komputer terdahulu telah diselesaikan.Pelajar tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja/pihak lain.\nPenjamin Yang Diperlukan\nUntuk makluman, skim pinjaman ini memerlukan seorang penjamin dan syarat-syarat penjamin adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Berumur 21 tahun dan ke atas.Penjamin merupakan ibu/bapa/penjaga/ahli Keluarga.Pendapatan kasar sekurang-kurangnya RM500 sebulan.\nPembayaran Balik Pinjaman\nPelajar yang layak menerima skim pinjaman ini perlu membayar balik pinjaman sepenuhnya dan tidak layak memohon pengurangan pinjaman ini.\n\n\n\n\nBayaran boleh dibuat sekaligus atau secara ansuran bulanan dalam tempoh 18 bulan dan penyelesaian awal juga adalah dibenarkan.\nBayaran ansuran pinjaman bermula setelah tamat pengajian melalui potongan daripada akaun aktif yang telah dipersetujui oleh peminjam.\nPengiraan bayaran ansuran bulanan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\nNilai Pinjaman (RM) \u00f7 Ansuran (RM) bulanan Tempoh Bayaran Balik (18 bulan) = Jumlah\nAdalah diingatkan peminjam yang menarik diri atau diberhentikan pengajian dan menamatkan pengajian adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan keseluruhan pinjamantersebut dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tamat pengajian.\nCara Memohon\nPemohon yang ingin membuat permohonan perlu mengikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web permohonan iaitu https://aplikasi.mara.gov.my/skip/.Klik butang \u2018Permohonan Online.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dan dan klik butang \u2018Next\u2019 pada setiap paparan.Lengkapkan semua maklumat dan hantar permohonan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai SKIPMA, sila layari http://aplikasi.mara.gov.my/skip.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/lpsm-jpa-2023/", "title": "LPSM JPA: Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nJabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar cemerlang lepasan Sijil PelajaranMalaysia (SPM) 2021 yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara menerusi Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LPSM) 2023.\nMenerusi LPSM, mereka akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkatPersediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenalpasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.\nPemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 12 Jun 2023 sehingga 16 Jun 2022.\n\nKonsep Pembiayaan\nKonsep pembiayaan yang ditawarkan adalah Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:\n\nPinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.\nBayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.\nBayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.\nSelain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.\n\nPenajaan Mengikut Peringkat Pengajian\nPenajaan di bawah Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) ini adalah secara berpakej merangkumi peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama.\nPemohon yang berjaya akan mengikuti program persediaan di kolej persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.\nSeterusnya, penajaan peringkat Ijazah Pertama adalah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara sahaja tertakluk kepada pelajar melepasi Had Kecemerlangan Akademik (HKA) di Peringkat Persediaan.\nSekiranya pelajar yang ditaja tidak menamatkan kursus persediaan atau menamatkan kursus persediaan tetapi gagal melepasi HKA yang ditetapkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar tersebut boleh ditamatkan.\nJika pelajar enggan meneruskan penajaan di peringkat Ijazah Pertama di bawah tajaan JPA atau enggan mematuhi syarat-syarat penajaan yang ditetapkan oleh JPA bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama, penajaan pelajar akan ditamatkan dengan tuntutan ganti rugi.\nSyarat Umum\nSyarat umum yang ditetapkan oleh pihak JPA kepada pemohon adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nMempunyai kesihatan yang baik.\nIbu/bapa tidak disenarai hitamkan oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA.\nTidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.\nMenduduki peperiksaan SPM 2022 buat pertama kali.\nUmur belum mencapai 19 tahun (atau 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.\nKeutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.\n\nSyarat Khusus\nHanya 2 syarat khusus yang perlu dipenuhi pemohon iaitu:\n\nPemohon hendaklah mendapat keputusan SPM sekurangkurangnya 9A+ dalam mana-mana mata pelajaran tanpa mengambil kira mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada).\nMemulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa.\n\nKetetapan Penajaan\nKetetapan penajaan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\ni) Peringkat Persediaan\n\nPelajar hendaklah memulakan pengajian Persediaan dalam tahun penawaran semasa.\nTempoh maksimum untuk mengikuti pengajian di peringkat Persediaan adalah bagi tempoh 24 bulan yang dikira daripada tarikh memulakan pengajian tahun penawaran semasa. Pelajar tidak layak mendapat pelanjutan selepas tempoh maksimum ini tamat.\nPelajar yang mengikuti pengajian persediaan A-Level diwajibkan mengambil tiga subjek sahaja. Sekiranya pelajar ingin mengambil lebih daripada tiga subjek, pembayaran bagi subjek-subjek tersebut adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri.\n\nii) Peringkat Ijazah Pertama\n\nPenajaan adalah meliputi semua bidang seperti yang dinyatakan kecuali perubatan, pergigian, farmasi, pendidikan, penerbangan,kejururawatan, separa perubatan, kursus profesional, program yang dilaksanakan secara Program Berkembar atau pengajian tanpa subsidi yuran pengajian. Program pengajian yang diikuti hendaklah telah mendapat akreditasi penuh Agensi Akreditasi Malaysia (MQA) dan badan profesional berkaitan.\nBagi tujuan penajaan, pelajar hendaklah telah ditawarkan mengikuti pengajian Ijazah Pertama di IPT dalam tempoh 12 bulan selepas tamat program persediaan. Pelajar tidak dibenarkan untuk menangguh pengajian ke tahun berikutnya.\nProgram Pengajian yang diikuti hendaklah dijalankan secara sepenuh masa di institusi dalam negara sahaja dan tidak termasuk dalam program berkembar di luar negara atau sebahagian daripadanya dijalankan di luar negara (kecuali di bawah program mobiliti).\nYuran pengajian bagi Ijazah Pertama di Universiti Awam hanya dibayar mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh JPA iaitu berdasarkan kadar yuran pengajian saluran perdana sahaja (saluran alternatif/ terbuka/ private wing/ pengajian tanpa subsidi yuran pengajian tidak ditaja).\n\nCara Memohon LPSM\nPemohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di pautan\u00a0http://esilav2.jpa.gov.my/\u00a0bermula 12 Jun 2023 (Isnin), 12.00 tengah hari hingga 16 Jun 2023 (Jumaat), 11.59 malam.\nCalon juga diwajibkan mengambil dan melengkapkan ujian psikometrik yang akan dibuka mulai 12 Jun 2023 (Isnin), 12.00 tengah hari hingga 16 Jun 2023 (Jumaat), 11.59 malam melalui Sistem eProfiling. \nMereka yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.\nSila cetak Slip Pengesahan Ujian Psikometrik dan Slip Pengesahan Permohonan Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara Tahun 2023 sebagai bukti permohonan telah dibuat.\nStudent Assessment Centre (SAC)\nPemohon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri Student Assessment Centre (SAC). \nTujuannya adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.\nProgram SAC dijadualkan berlangsung secara fizikal mulai 10 hingga 14 Julai 2023 mengikut zon pusat temu duga\nKeterangan & Pertanyaan Lanjut\nKeterangan dan pertanyaan lanjut mengenai LPSM 2023, sila hubungi talian 03-8885 3297 atau menghantar email ke\u00a0[email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/insis-yp/", "title": "INSIS YP: Permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar anak Negeri Perak yang melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti/IPT dalam dan luar negara.adalah dialu-alukan untuk memohon Insentif Siswa Yayasan Perak (INSIS YP).\nINSIS YP adalah bantuan permulaan secara\u00a0\u2018one-off\u2019\u00a0kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti/IPT di dalam dan luar negara.\nSebelum ini, bantuan ini dikenali sebagai Dermasiswa Yayasan Perak.\nTarikh tutup permohonan bantuan ini adalah 3 bulan daripada tarikh pendaftaran masuk ke IPT.\nObjektif Insentif Siswa Yayasan Perak (INSIS YP)\nObjektif bantuan ini diberikan adalah untuk:\n\nMeringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.\nMengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.\nMenunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.\nMelahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.\n\n\nKadar Pemberian Bantuan\nKadar pemberian bantuan ini adalah seperti berikut:\ni) Dalam Negara\nTahap PengajianKadar PemberianSijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional)RM300.00DiplomaRM500.00Ijazah Sarjana MudaRM1,000.00Ijazah Sarjana (Master)RM1,500.00Ijazah Doktor Falsafah (PhD)RM2,000.00\nii) Luar Negara\n\n\n\n\nTahap PengajianKategori AKategori BDiplomaRM1,500.00RM2,500.00Ijazah Sarjana MudaRM3,000.00RM5,000.00Ijazah Sarjana/Ijazah Doktor FalsafahRM4,000.00RM6,500.00\nAgihan mengikut kategori dan negara adalah seperti berikut:\ni) Kategori A\n\nAfrika Selatan\nAlgeria\nBangladesh\nEthiopia\nFilipina\nIndia\nIndonesia\nKenya\nLibya\nMesir\nMyanmar\nNigeria\nPakistan\nSri Lanka\nSudan\nSyria\nThailand\nUganda\nWest Indies\n\nii) Kategori B\n\nAmerika Syarikat\nArab Saudi\nAustralia\nAustria\nBelgium\nBrunei\nChina\nDenmark\nFinland\nGreece\nHong Kong\nHungary\nIceland\nIran\nIraq\nItali\nJerman\nJepun\nJordan\nKanada\nKorea Selatan\nKuwait\nLuxembourg\nMaghribi\nMalta\nNetherlands\nNew Zealand\nNorway\nPerancis\nPoland\nPortugal\nRepublik Czech\nRepublik Ireland\nRussia\nSepanyol\nSingapura\nSweden\nSwitzerland\nTaiwan\nTurki\nUkraine\nUnited Kingdom\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:\n\nPemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu\u00a0semester pertama tahun pertama\u00a0pengajian sahaja.\nMendapat tawaran melanjutkan pengajian\u00a0sepenuh masa peringkat\u00a0Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD)\u00a0di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).\nMahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar, Program Berkembar atau Latihan Industri di IPT luar Negara\u00a0tidak termasuk\u00a0dalam bantuan ini.\nMerupakan\u00a0anak kelahiran Negeri Perak\u00a0seperti berikut:\u2013 Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak, atau\u2013 Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun, atau\u2013 Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.\u2013 Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.\nIsi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan\u00a0di bawah RM5,000\u00a0sebulan sahaja (gaji pokok). Untuk pemohon yang telah bekerja/berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.\n\nTatacara Permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak (INSIS YP)\nPermohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:\n\nLayari laman web http://dsys.com.my/syarat2.php?id=f151d68894e3596d4c646070ce1f3d1ccc50a94a.\nIsi maklumat yang diperlukan.\nKlik butang \u201cHantar Permohonan.\u201d\nKemudian, hantar dokumen yang diperlukan ke Yayasan Perak di alamat:Yayasan Perak, Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak, No 111 Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan dan dihantar kepada Yayasan Perak adalah seperti berikut:\n\nMaklumat Permohonan yang dicetak selepas membuat permohonan dan mendapat\u00a0sokongan Penghulu/Ketua Kampung dan perakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).\nSalinan\u00a0Surat Tawaran terkini\u00a0yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas).\nSalinan\u00a0kad pengenalan\u00a0(Mykad) Pelajar, Ibu dan Bapa yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas).\nSalinan\u00a0Penyata Akaun Bank Pelajar\u00a0yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas).\nSalinan\u00a0slip \u2018Bank-In\u2019 Yuran Pendaftaran\u00a0yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas).\nPenyata pendapatan\u00a0(Slip Gaji) Bapa & Ibu / Penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas). Sekiranya\u00a0bekerja sendiri atau\u00a0pesara,\u00a0sila kepilkan Salinan\u00a0Penyata Pencen Bulanan\u00a0atau dapatkan\u00a0Surat Pengesahan Pendapatan\u00a0daripada Penghulu/Ketua Kampung.\nSalinan Surat Kematian atau Surat Bercerai\u00a0(jika berkaitan).\n\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai INSIS YP, sila hubungi Yayasan Perak di talian 05-255 2929.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kelebihan-universiti-awam/", "title": "5 Kelebihan Universiti Awam Di Malaysia", "body": "\n\n\n\n\n\nMelanjutkan pengajian di Universiti Awam atau Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) merupakan antara pilihan utama lepasan SPM atau STPM di Malaysia.\nUniversiti Awam merupakan universiti yang dimiliki dan dibiayai oleh kerajaan Malaysia yang menyediakan pelbagai program pengajian yang ditawarkan kepada pelajar.\nSehingga kini, terdapat terdapat\u00a020 buah Universiti Awam\u00a0di seluruh negara yang menjadi pilihan pelajar untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi. \n\nKategori Universiti Awam\nUniversiti Awam di Malaysia dikategorikan kepada 3 kumpulan, iaitu:\n\nUniversiti Penyelidikan\nUniversiti Komprehensif\nUniversiti Berfokus\u00a0(teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan). \n\ni) Universiti Penyelidikan\nUniversiti Penyelidikan\u00a0merupakan universiti memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan.\nUniversiti dalam kategori ini adalah seperti berikut:\n\nUniversiti Malaya (UM)\nUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)\nUniversiti Teknologi Malaysia (UTM)\nUniversiti Sains Malaysia (USM)\nUniversiti Putra Malaysia (UPM)\n\n\nii) Universiti Komprehensif\nUniversiti Komprehensif\u00a0menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian kepada para pelajar.\nUniversiti dalam kategori ini adalah seperti berikut:\n\nUniversiti Teknologi MARA (UiTM)\nUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)\nUniversiti Malaysia Sabah (UMS)\nUniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)\n\n\niii) Universiti Berfokus\nUniversiti Berfokus\u00a0ialah universiti yang memberikan tumpuan kepada bidang khusus berkaitan dengan penubuhannya.\nUntuk kategori ini, universiti yang dimaksudkan terdiri daripada universiti berikut:\n\nUniversiti Utara Malaysia (UUM)\nUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)\nUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)\u00a0\nUniversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)\nUniversiti Malaysia Perlis\nUniversiti Malaysia Terengganu (UMT)\nUniversiti Malaysia Pahang (UMP)\nUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)\nUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)\nUniversiti Malaysia Kelantan (UMK)\nUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)\n\n\nKelebihan Universiti Awam\nTerdapat 5 kelebihan universiti awam berbanding universiti swasta di Malaysia iaitu:\ni) Kos Pengajian\nKos pengajian di universiti awam adalah lebih murah berbanding dengan universiti swasta kerana universiti awam dibiayai oleh kerajaan Malaysia.\n\n\n\n\nManakala universiti swasta dibiayai oleh pihak swasta yang menyebabkan yuran pengajiannya lebih mahal.\nii) Program Pengajian\nUniversiti awam menawarkan pelbagai program pengajian seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang, sains sosial dan lain-lain. \nBerbanding universiti swasta, universiti ini menawarkan program pengajian yang lebih tertentu, khusus dan spesifik. \niii) Kualiti Pensyarah\nJumlah pensyarah yang memiliki PhD di Universiti Awam lebih banyak berbanding universiti swasta. \nOleh kerana itu, kualiti penysarah di Universiti Awam dilihat lebih baik berbanding universiti swasta.\niv) Kemudahan yang Disediakan\nKemudahan pembelajaran di Universiti Awam adalah lebih baik berbanding universiti swasta.\nIni kerana, kerajaan menyediakan dana yang cukup bagi menambah baik kemudahan pembelajaran di Universiti Awam dari semasa ke semasa. \nIni termasuklah kemudahan yang disediakan bagi aktiviti dan kegiatan sukan kepada para pelajar.\nv) Peluang Menyambung ke Peringkat Lebih Tinggi\nUniversiti awam juga mempunyai banyak peluang untuk pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Sarjana, Doktor Falsafah, atau kajian lanjutan. \nIni kerana pelajar yang lulus dari universiti awam juga mempunyai peluang yang lebih besar untuk memperoleh pekerjaan kerana universiti awam diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan sering menjadi pilihan utama majikan terutamanya di Malaysia.\nSumber: https://blog.pandai.org/ipta-dan-ipts-mana-yang-lebih-bagus/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-perniagaan-tingkatan-4/", "title": "Buku Teks Perniagaan Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku Teks Perniagaan Tingkatan 4 ini diterbitkan dengan berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) di samping penggunaan bahan-bahan rujukan yang lain.\nBuku ini berkonsepkan korporat, interaktif, eye rest dan santai bagi menarik minat murid untuk terus mempelajari mata pelajaran Perniagaan selain memasukkan unsur kepelbagaian latihan dan informasi tambahan. \nObjektif utama buku ini ditulis adalah untuk menyediakan rujukan utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dan juga untuk menimbulkan minat murid ke arah bidang perniagaan. \nKandungan buku ini yang meliputi tujuan perniagaan dan organisasi perniagaan, dijangka dapat menyediakan bahan yang sesuai untuk murid memahami persekitaran mereka secara saintifik, sistematik dan menyeluruh.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan \n\nPengenalan\nTujuan Perniagaan \nBentuk Pemilikan Perniagaan\nBentuk-bentuk Perniagaan Lain\nKlasifikasi Perniagaan\nSkala Perniagaan\nPerkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi dan Skala Perniagaan \nPerkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia\n\nii) Bab 2 Trend Semasa dalam Perniagaan\n\n\n\n\n\nPeranan Kerajaan dalam Menangani Isu-isu Tempatan, Negara dan Serantau\nTrend Persekitaran Perniagaan\nAnalisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan kepada Persekitaran Perniagaan\nKesan Perubahan Persekitaran terhadap Organisasi Perniagaan\n\niii) Bab 3 Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan \n\nMaksud Visi, Misi dan Objektif Perniagaan \nPerbandingan Visi, Misi dan Objektif Beberapa Perniagaan yang Berbeza \nCiri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan \nTujuan Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan sebagai Panduan Perniagaan \nMenghasilkan Visi, Misi dan Objektif bagi Perniagaan Tertentu \nKesan kepada Perniagaan Akibat Kegagalan Mencapai Matlamat dan Objektif \nFaktor yang Mempengaruhi Perubahan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan \nPencapaian Visi, Misi dan Objektif Perniagaan yang Dipilih\n\niv) Bab 4 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan \n\nBahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan \nTujuan Setiap Bahagian Fungsian \nPembangunan Produk dan Pasaran Baharu \nPenggunaan Teknologi Maklumat\nHubungan dan Interaksi dengan Bahagian Fungsian Lain \nInteraksi dan Perkaitan antara Bahagian Fungsian dalam Dua Perniagaan Berlainan\n\nMuat Turun Buku Teks Perniagaan Tingkatan 4\nBuku Teks Digital Perniagaan Tingkatan 4 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nPerniagaan-Tingkatan-4Download\nSkema Jawapan\nSkema jawapan latihan di dalam buku teks ini boleh dirujuk melalui file PDF di bawah:\nSkema-Buku-Teks-Tingkatan-4Download\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut :\u00a0http://www.moe-dl.edu.my\nBaca juga:\n\nBuku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP KSSM\nBuku Teks Sains Tingkatan 1 DLP KSSM\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pengeluaran-akaun-2-kwsp-pendidikan/", "title": "Cara Pengeluaran Akaun 2 KWSP Untuk Pendidikan", "body": "\n\n\n\n\n\nTahukah anda, Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan untuk tujuan membiayai pendidikan?\nUntuk makluman, ahli KWSP boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.\nJumlah di dalam akaun tersebut yang boleh dikeluarkan adalah jumlah yuran pengajian/baki pinjaman pendidikan\u00a0atau\u00a0kesemua simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah).\nKos Yang Dibiayai\nKos yang dibiayai untuk pengeluaran ini adalah seperti berikut:\n\nYuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi\u00a0pengajian atau jumlah baki pinjaman (bagi pengajian peringkat Sijil Tahap 3, amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan hanya untuk yuran pengajian sahaja tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam akaun 2).\nYuran hostel dan penginapan.\nPenerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara.\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan untuk memohon pengeluaran ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia dan bukan warganegara.\nBerumur 55 tahun ke bawah.\nMempunyai simpanan dalam Akaun 2.\nSedang belajar di institusi\u00a0dalam negara (sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh dan francais) atau institusi\u00a0luar negara (program sepenuh masa).\nMasih meneruskan atau telah menamatkan pengajian peringkat Sijil Tahap 3, diploma dan ke atas (akademik/profesional/berasaskan kemahiran/vokasional).\nDibenarkan untuk ahli/anak/pasangan/ibu bapa ahli yang berhenti/gagal/tidak tamat/tarik diri daripada pengajian\u00a0(untuk menyelesaikan kesemua bayaran tunggakan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh 3 tahun dari penamatan pengajian; dan menyelesaikan baki pinjaman pendidikan dengan Institusi\u00a0Pemberi Pinjaman (IPP).\n\nTatacara Permohonan\nUntuk membuat permohonan pengeluaran ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.\nLogin i-Akaun tersebut.\nKlik menu \u2018Pengeluaran.\u2019\nKlik butang \u2018Permohonan Baru.\u2019\nPilih \u2018Pendidikan\u2019 dalam jenis pengeluaran dan lengkapkan maklumat seterusnya.\nBuat pengesahan pengeluaran.\nAnda akan mendapat SMS pengesahan permohonan.\nSila pergi ke pejabat KWSP berhampiran dan bawa bersama dokumen yang diperlukan.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dibawa adalah seperti berikut:\n\nMykad atau dokumen pengenalan diri asal.\nSurat pengesahan pendaftaran pelajar\nResit bayaran yuran pengajian yang dikeluarkan oleh IPT.\nBayaran Balik Tiket Penerbangan\u00a0(kelayakan penerbangan sehala bagi pelajar IPT dalam/luar negara semasa mendaftar untuk memulakan pengajian pada tahun pertama sahaja).\nSurat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian.\nBorang KWSP 3 (Pindaan)\u00a0\u2013 untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal.\nDokumen bukti pertalian antara pemohon dan pelajar (sekiranya pemohon bukan pelajar).\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran akaun 2 KWSP untuk pendidikan, sila layari laman web https://www.kwsp.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-yayasan-trc/", "title": "Permohonan Biasiswa Yayasan TRC Untuk Pelajar UTHM", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan TRC telah membuka tawaran Biasiswa Yayasan TRC kepada pelajar-pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia\u00a0(UTHM) yang sedang melanjutkan pengajian di universiti terbabit.\nUntuk makluman, Yayasan TRC telah ditubuhkan pada 2011 di bawah TRC Synergy Berhad untuk menyediakan bantuan termasuklah biasiswa kepada pelajar yang layak.\nPelajar UTHM yang ingin memohon biasiswa ini boleh berbuat demikian sebelum 23 Oktober 2022.\n\nProgram Layak Memohon\nProgram yang layak memohon adalah seperti:\nFakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan\u2013 Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) Dengan KepujianFakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina\u2013 Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian \u2013 Sarjana Muda Sains SenibinaFakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik\u2013 Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan KepujianFakulti Teknologi Kejuruteraan\u2013 Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan) Dengan Kepujian\u2013 Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Pembinaan) Dengan Kepujian\u2013 Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pengangkutan Rel Dengan Kepujian\nKriteria Pemilihan\nKriteria pemilihan bagi permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon mestilah dikalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.Pemohon merupakan pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa.Pemohon mestilah daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.Pemohon tidak menerima sebarang tajaan daripada mana-mana organisasi atau syarikat lain semasa program pengajian berlangsung.\nTerma & Syarat\nTerma dan syarat bagi biasiswa ini adalah seperti berikut:\nPemohon yang berjaya kelak mesti memperolehi keputusan yang cemerlang iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.50 dan ke atas. Sekiranya pelajar gagal mengekalkan PNGK yang telah ditetapkan, Yayasan TRC mengikut budi bicara sepenuhnya akan menggantung biasiswa untuk semester berikutnya sehingga pelajar mencapai PNGK 3.50 dan ke atas pada semester seterusnya. Pemohon yang berjaya kelak tidak dibenarkan menangguhkan pengajian kecuali atas sebab yang munasabah seperti faktor kesihatan dan tertakluk kepada budi bicara jawatankuasa penaja.Sepanjang tempoh Program Biasiswa, pelajar tidak dihalang untuk menukar kursus pengajian mereka selagi mana ia selaras dengan Industri Pembinaan.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan boleh dirujuk menerusi langkah-langkah di bawah:\nLayari pautan permohonan https://forms.gle/YjNTP49gBd3RCJg37.Isi maklumat yang diperlukan.Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap.Klik \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Biasiswa Yayasan TRC, sila hubungi:\nPn. Suhailah: 07-456 4008/[email\u00a0protected]En. Muhaimin: 07- 4533455/[email\u00a0protected]En. Malek: 07- 456 3438/[email\u00a0protected]En. Zamir: 07- 456 4111/[email\u00a0protected]\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/siap-felda/", "title": "SIAP FELDA: Permohonan Skim Insentif Anak Peneroka", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak peneroka FELDA berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA kini boleh memohon Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP).\nMatlamat pelaksaaan SIAP adalah untuk:\n\nMembantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.\nMerupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.\n\nOleh itu, anak peneroka yang berminat boleh membuat permohonan boleh memohon menerusi borang permohonan yang disediakan.\nKadar Insentif\nKadar insentif yang ditawarkan menerusi skim ini adalah seperti berikut:\n\nDiploma: RM500.00\nIjazah Dalam Negara: RM1,000.00\nIjazah Luar Negara: RM1,500.00\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nAnak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.\nHad umur permohonan:\u2013 Peringkat Diploma: 18 hingga 23 tahun.\u2013 Peringkat Ijazah: 18 hingga 25 tahun.\n\nPermohonan Tidak Layak\nPermohonan yang tidak layak untuk memohon adalah seperti berikut:\n\nPeneroka/anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA.\nPelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran.\nPelajar peringkat Sijil/Pra/Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D).\nPelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja.\nPemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCFke luar negara tidak layak memohon bantuan.\n\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan yang perlu diikuti untuk memohon adalah seperti berikut:\n\nDapatkan borang permohonan di Pejabat FELDA yang berhampiran.\nIsi borang permohonan tersebut dengan lengkap.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar semula borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat FELDA yang berhampiran.\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang perlu disertakan semasa permohonan adalah seperti:\n\nSurat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA\nSalinan kad pengenalan pemohon\nSalinan kad pengenalan peneroka\nSalinan penyata pendapatan (paysheet) peneroka terkini\n\nInfo Lanjut\nUntuk info lanjut mengenai SIAP, sila layari laman web https://www.felda.gov.my/peneroka/perkhidmatan/bantuan-pinjaman-pendidikan.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-pengajian-tinggi-pij/", "title": "Permohonan Bantuan Pengajian Tinggi Perbadanan Islam Johor (PIJ)", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar anak-anak Negeri Johor yang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan memerlukan bantuan pengajian boleh memohon Bantuan Pengajian Tinggi Perbdanan Islam Johor (PIJ).\nUntuk makluman, PIJ ditubuhkan pada 6 Mei 1976 melalui Enakmen Bil. 1 Tahun 1976 oleh Kerajaan Negeri Johor dan memulakan operasi pada 1 Januari 1977.\nPeranan utama PIJ adalah menyalurkan bantuan kewangan kepada aktiviti-aktiviti yang beragendakan Islam termasuklah pendidikan.\nOleh itu, PIJ memperkenalkan Bantuan Pengajian Tinggi PIJ bagi membantu pelajar khususnya mereka yang tidak berkemampuan untuk menyambung pengajian mereka di IPT. \nPermohonan Bantuan Pengajian Tinggi PIJ ini dibuka mulai 1 Ogos sehingga 30 September 2021. \n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang ditawarkan kepada pemohon yang berminat untuk memohon bantuan pengajian ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nIjazah: RM1,000.00Diploma: RM700.00\nSyarat Permohonan\nPemohon yang ingin membuat permohonan Bantuan Pengajian IPT PIJ perlu menepati syarat-syarat permohonan iaitu:\nPemohon mestilah warganegara Malaysia beragama Islam.Pemohon merupakan Bangsa Johor atau telah menetap di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.Pemohon telah mendapat tawaran menyambung pengajian di IPT tempatan.Pendapatan isi rumah keluarga/pemohon tidak melebihi RM4,000 (termasuk ketua keluarga).Permohonan hanya terbuka kepada pelajar semester pertama sahaja.\nCara Memohon\nUntuk memohon bantuan pengajian ini, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut iaitu: \nMuat turun borang permohonan iaitu https://www.pij.gov.my/pijwebv2/wp-content/uploads/2021/08/bantuan-pelajaran.pdf.Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:\nPerbadanan Islam Johor,(Bahagian Pembangunan Insan),T3.1 Bangunan PIJ No 26C,Jalan Rebana,80250 Kebun Teh,Johor Darul Takzim.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nSalinan Kad Pengenalan pemohon.Salinan Surat Beranak pemohon.Salinan Kad Pengenalan bapa pemohon.Salinan Kad Pengenalan ibu pemohon.Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT dan kos yuran pendaftaran.Slip gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu bapa pemohon.Salinan akaun bank.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan pengajian ini, sila hubungi pihak PIJ di talian 07-336 9200.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/buku-teks-fizik-tingkatan-4/", "title": "Buku Teks Fizik Tingkatan 4 Sekolah Menengah KSSM", "body": "\n\n\n\n\n\nBuku Teks Digital Fizik Tingkatan 4 KSSM\u00a0ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 4 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nBuku ini ditulis berasaskan tiga domain, iaitu pengetahuan, kemahiran, dan nilai.\nBuku ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri istimewa yang memberi penekanan terhadap STEM, kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, dan pemikiran komputasional (PK).\nBerikut dikongsikan kandungan buku teks ini serta panduan jawapan untuk memudahkan para pelajar dan guru atau ibu bapa untuk membuat rujukan.\n\nKandungan Buku Teks\nKandungan buku teks ini adalah seperti berikut:\ni) Bab 1 Pengukuran\n\nKuantiti Fizik \nPenyiasatan Saintifik\n\nii) Bab 2 Daya dan Gerakan I\n\nGerakan Linear \nGraf Gerakan Linear \nGerakan Jatuh Bebas \nInersia \nMomentum \nDaya\nImpuls dan Daya Impuls \nBerat\n\niii) Bab 3 Kegravitian\n\nHukum Kegravitian Semesta Newton \nHukum Kepler \nSatelit Buatan Manusia\n\niv) Bab 4 Haba\n\nKeseimbangan Terma\nMuatan Haba Tentu \nHaba Pendam Tentu \nHukum Gas\n\nv) Bab 5 Gelombang \n\nAsas Gelombang \nPelembapan dan Resonans \nPantulan Gelombang \nPembiasan Gelombang\nPembelauan Gelombang\nInterferens Gelombang\nGelombang Elektromagnet\n\nvi) Bab 6 Cahaya dan Optik \n\nPembiasan Cahaya \nPantulan Dalam Penuh \nPembentukan Imej oleh Kanta \nFormula Kanta Nipis\nPeralatan Optik\nPembentukan Imej oleh Cermin Sfera\n\nMuat Turun Buku Teks Fizik Tingkatan 4\nBuku Teks Digital Fizik Tingkatan 4 ini boleh dimuat turun menerusi file PDF di bawah:\nBab 1 : Kuantiti Fizik\n\n\n\n\nBab-1-1Download\nBab 2 : Gerakan Linera\nBab-2-1Download\nBab 3 : Hukum Kegravitian Semesta Newton\nBab-3-1Download\nBab 4 : Keseimbangan Terma\nBab-4Download\nBab 5 : Asas Gelombang\nBab-5-1Download\nBab 5 : Pembiasan Gelombang\nBab-5-2Download\nBab 6 : Pembiasan Cahaya\nBab-6Download\nJAWAPAN BUKU TEKS FIZIK TINGKATAN 4 \nAnda boleh merujuk jawapan melalui e-flipbook berikut: https://anyflip.com/oapbu/bfyj\n\nCARA MEMUAT TURUN BUKU TEKS DIGITAL ASAS MELALUI PELANTAR PEMBELAJARAN DIGITAL DELIMA : Layari laman sesawang berikut :\u00a0http://www.moe-dl.edu.my\nBaca juga:\n\nBuku Teks Matematik Tingkatan 3 DLP KSSM\nBuku Teks Sains Tingkatan 1 DLP KSSM\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tesp-mara-2023/", "title": "TESP: Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Amanah Rakyat (MARA) membuka permohonan bagi pelajar lepasan asasi atau\u00a0STPM\u00a0dan Diploma yang ingin mendapatkan pinjaman bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama menerusi Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) 2023. \nTESP ialah program penajaan berbentuk pinjaman Boleh Ubah di bawah MARA untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih.\nUntuk mereka yang berminat, permohonan penajaan telah dibuka bermula 5 Mei 2023 (Jumaat) hingga 18 Mei 2023 (Khamis) secara atas talian.\n\nSenarai Universiti Layak Memohon TESP MARA\nPelajar di universiti berikut layak untuk memohon iaitu:\n\nBidang Pengajian\nSelain itu, bidang yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:\n\nSyarat Umum\nSyarat umum yang ditetapkan oleh pihak MARA bagi penajaan ini adalah:\n\nPermohon ialah warganegara Malaysia.\nPemohon serta salah seorang ibu atau bapa adalah Bumiputera.\nMemenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga seperti berikut:\n\nKategori KelayakanPendapatan BulananPendapatan BulananYuran & Elaun Sara HidupRM12,000 dan ke bawahRM150,000 dan ke bawahYuran sahajaRM12,001-RM20,000RM150,001-RM250,000\n4. Ibu dan bapa/penjaga serta pemohon tidak disenarai hitam oleh MARA.5. Pemohon tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.6. Pemohon bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan.7. Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.\nSyarat Akademik\nSelain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat akademik yang ditetapkan.\n\n\n\n\ni) Pelajar Baharu\n\nPemohon mendapat CGPA 3.00 ke atas di peringkat Asasi/Matrikulasi/Persediaan/STPM serta setaraf.\nPemohon telah mendapat tawaran/mendaftar di IPT bermula Januari 2022.\n\nii) Pelajar Sedia Ada\n\nPemohon mendapat CGPA 3.00 dan ke atas bagi semester terdahulu.\nPemohon mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari 1 tahun.\n\niii) Lain-Lain Syarat\n\nLulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.\nKelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.\n\nCara Memohon TESP MARA\nPermohonan penajaan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nLayari portal\u00a0permohonan iaitu\u00a0https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login.\nKlik \u2018Daftar Sekarang.\u2019\nIsi butiran yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar Akaun.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nIsi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.\nKlik butang \u2018Hantar permohonan.\u2019\n\nSila ambil perhatian bahawa Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 3 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai TESP, sila hantar email ke alamat berikut:\n\n[email\u00a0protected] (bagi permohonan di IPTA)\n[email\u00a0protected] (bagi permohonan di IPTS)\n[email\u00a0protected] (bagi permohonan di GLU dan GMI)\n[email\u00a0protected] (bagi permohonan di UniKL)\n[email\u00a0protected] (bagi permohonan di UPTM/KPTM)\n[email\u00a0protected] (bagi masalah teknikal semasa permohonan)\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/baik-bantuan-ihsan-komputer-negeri-sabah-2023/", "title": "BAIK: Permohonan Bantuan Ihsan Komputer Negeri Sabah 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKerajaan Negeri Sabah telah membuka permohonan baharu iaitu Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) 2023 untuk pelajar-pelajar daripada negeri tersebut yang sedang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi tujuan pembelajaran.\nBAIK merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan memiliki komputer untuk tujuan pembelajaran.\nOleh itu, pelajar yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian untuk mendapatkan bantuan ini.\n\nPelaksanaan BAIK\nPelaksanaan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) telah dimulakan pada tahun 2021 bagi Fasa 1 melibatkan pelajar miskin yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).\nPelaksanaan inisiatif Fasa 1 ini melibatkan jumlah sebanyak RM15 juta yang memanfaatkan 10,000 orang pelajar.\n\n\n\n\nKriteria Permohonan\nKriteria permohonan Bantuan Ihsan Komputer yang ditetapkan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:\n\nPermohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.\nSatu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.\nIbu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih.\nMemberikan justifikasi keperluan komputer riba.\nPermohonan perlulah dibuat secara online. \n\nCara Memohon Bantuan Ihsan Komputer (BAIK 2023)\nPermohonan boleh dibuat melalui cara permohonan berikut:\n\nLayari pautan permohonan https://baik.sabah.gov.my/.\nKlik butang \u2018Permohonan.\u2019\nKlik butang \u2018Belum Daftar? Klik DiSini.\u2019\nMasukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar.\u2019\nLog masuk ke dalam laman web tersebut.\nBuat permohonan sehingga tamat.\n\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\n\nSalinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.\nSalinan slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.\nSalinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA/S.\n\nMaklumat Lanjut Bantuan Ihsan Komputer (BAIK Sabah)\nUntuk maklumat lanjut mengenai BAIK, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369872. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-umum-pelajaran-ukm/", "title": "Bantuan Umum Pelajaran Pelajar UKM Semester Pendek & LI", "body": "\n\n\n\n\n\nZakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengumumkan permohonan Bantuan Umum Pelajaran telah dibuka bagi pelajar yang mengambil semester 3 iaitu semester Pendek dan Latihan Industri (LI).\nBantuan Umum Pelajaran adalah berbentuk bantuan sara hidup yang diberikan kepada pelajar yang layak dan memerlukan untuk mereka meneruskan pengajian di UKM.\nPelajar yang ingin membuat permohonan, permohonan bantuan ini boleh dibuat bermula pada 08 Ogos 2022 (Isnin) sehingga 8 September 2022 (Khamis).\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi memohon bantuan ini adalah seperti berikut:\nPelajar ialah beragama Islam.Merupakan pelajar sepenuh masa.Pelajar dalam status mendaftar.Merupakan pelajar Prasiswazah sahaja. Tidak menerima elaun daripada pihak Majikan tempat LI (bagi permohonan LI sahaja).Tempoh LI adalah sepanjang atau dalam semester 3 Sesi 2021/2022 (bagi permohonan LI sahaja)\nTatacara Permohonan\nPermohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi tatacara berikut:\n\n\n\n\nLayari laman https://zakat.ukm.my/.Log masuk ke dalam sistem tersebut. Lengkapkan permohonan dan muat naik dokumen yang wajib yang telah disahkan untuk melengkapkan permohonan ini.Pilih slot tarikh temu duga untuk permohonan bantuan ini.Bagi pelajar yang telah berjaya memilih slot tarikh temuduga namun tidak dapat pemakluman/panggilan, sila semak untuk semak di status permohonan 1 hari selepas tarikh temuduga. Jika masih status Tunggu Temuduga, sila maklumkan kepada pihak Zakat UKM.\nDokumen Wajib\nDokumen yang wajib untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\nSalinan Penyata Gaji/penyata Pencen terkini/pengesahan Pendapatan bagi ibu dan bapa/penjaga yang bekerja dan tidak bekerja.Slip Pendaftaran Kursus Semester Sem 3 2021/2022.Surat Jawapan Kelulusan Penempatan LI oleh Majikan dan pengesahan tidak menerima apa-apa elaun (permohonan LI sahaja).\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Bantuan Umum Pelajaran ini, sila hubungi:\nKaunter Zakat UKM Bangi,Aras 1, Masjid UKM,Universiti Kebangsaan Malaysia,43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,Selangor Darul EhsanTel: 03-8921 4225/5820Emel: [email\u00a0protected]\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pdp-pakk-2022-diploma-perguruan-pendidikan-awal-kanak-kanak/", "title": "PDP-PAKK 2022: Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-Kanak", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengalu-alukan guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PDP-PAKK).\nMatlamat PDP-PAKK diperkenalkan adalah untuk melahirkan guru Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik.\nPengajian program ini dilaksanakan secara sepenuh masa dengan pembelajaran dan pengajaran (PdP) adalah secara pembelajaran teradun (Blended Learning) yang merangkumi interaksi bersemuka secara fizikal dan interaksi secara dalam talian (tidak segerak).\nPermohonan untuk ambilan sesi Oktober 2022 dibuka pada 26 Julai 2022 (Selasa) sehingga 26 Ogos 2022 (Jumaat).\n\nSemester Pengajian\nTempoh pengajian untuk program ini adalah 2 tahun/6 Semester:\nTahun 1 / Semester 1: Oktober 2022-Januari 2023Tahun 1 / Semester 2: Februari 2023-Mei 2023Tahun 1/Semester 3: Jun 2023-September 2023Tahun 2/Semester 1: Oktober 2023-Januari 2024Tahun 2/Semester 2: Februari 2024-Mei 2024Tahun 2/Semester 3: Jun 2024-September 2024\nLokasi Pengajian\nProgram ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara iaitu:\nZon Utara\nIPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang\nZon Tengah\nIPG Kampus Bahasa Melayu, WP Kuala Lumpur\nZon Selatan\nIPG Kampus Raja Melewar, Negeri SembilanIPG Kampus Perempuan Melayu, MelakaIPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor\nZon Timur\n\n\n\n\nIPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang\nZon Sarawak\nIPG Kampus Batu Lintang, SarawakIPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak\nZon Sabah\nIPG Kampus Gaya, SabahIPG Kampus Tawau, SabahIPG Kampus Keningau, Sabah\nStruktur Yuran\nBagi sepanjang tempoh pengajian, yuran keseluruhan berjumlah RM8060.00 sahaja. \nBayaran yuran pengajian per semester adalah seperti berikut:\nSemester 1 (RM1470.00)Semester 2 (RM1020.00)Semester 3 (RM1020.00)Semester 4 (RM1020.00)Semester 5 (RM1020.00)Semester 6 (RM2280.00)\nJumlah Bayaran Yuran Pengajian Semester 1 hingga 6: RM7,830.00Yuran Pendaftaran dan Insuran (Semester 4): RM230.00\nSyarat Umum\nSyarat umum yang ditetapkan kepada pemohon adalah seperti:\nWarganegara Malaysia.Sihat tubuh badan.Sedang berkhidmat serta mengajar di tadika swasta yang berdaftar dengan KPM.\nSyarat Akademik\nPemohon juga perlu memenuhi syarat akademik berikut:\nMemiliki kelulusan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU dengan tiga kepujian dalam satu sijil atau gabungan dua sijil dalam tempoh tiga tahun berturut-turut serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris; atauLulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atauLulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang- kurangnya gred Maqbul serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atauBagi pemohon yang\u00a0tidak memenusi semua syarat di atas, pemohon perlu sekurang-kurangnya lulus ujian penilaian\u00a0Accreditation of Prior Experiential Learning\u00a0(APEL) yang dikendalikan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut:\nLayari pautan berikut https://bit.ly/pdppakk.Klik butang \u201cKlik Di Sini Untuk Memohon PDP-PAKK Ambilan Oktober 2022.\u201dIsi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.Klik butang \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai PDP-PAKK, sila layari https://bit.ly/pdppakk.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kemasukan-tingkatan-6-stam-sma-maiwp/", "title": "Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang berminat untuk mengambung pengajian di Tingkatan 6 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) Kuala Lumpur, permohonan kemasukan telah dibuka.\nUntuk makluman, SMA MAIWP merupakan institusi pendidikan yang telah ditubuhkan hasil daripada Mesyuarat MAIWP Kali Ke-96 yang bersidang pada 28 Julai 2006.\nTujuan penubuhan sekolah ini adalah bagi membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan.\nSelain itu, penubuhan sekolah ini juga adalah untuk menampung permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.\nOleh itu, bagi pemohon yang berminat, permohonan kemasukan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP telah dibuka mulai 16 Februari 2022 sehingga 11 Mac 2022.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon untuk memohon kemasukan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon merupakan warganegara MalaysiaUmur pemohon tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2022Pemohon telah menduduki peperiksaan:\u2013 Percubaan SPM 2021; atau\u2013 SPM 2020; atau\u2013 SPM 2019Memperolehi pencapaian minima dalam mata pelajaran berikut:\nMata Pelajaran Pencapaian MinimaBahasa MelayuC+Lughah Arabiah Muasirah (LAM) / Bahasa ArabCPendidikan al Quran as-Sunnah/Pendidikan Syariah IslamiahPendidikan Agama IslamCUsul ad-Din/SyariahC\nCara Memohon\nPemohon boleh membuat permohonan dengan mengikuti langkah-langkah berikut iaitu: \nLayari pautan berikut iaitu https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/47-permohonan-stam.Muat turun borang permohonan.Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut:Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP KL),No 2, Jln Sri Permaisuri,Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras Kuala Lumpur.\nDokumen Sokongan \nDokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\nBorang permohonan yang telah lengkap diisi.Salinan kad pengenalan pemohon/ibu dan bapa atau penjaga.Salinan keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) (jika ada).Salinan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Salinan sijil \u2013sijil Kokurikulum.Salinan slip gaji atau surat pengesahan pendapatan (jika tiada slip gaji) \u2013 bapa,ibu/penjaga.\nPemohon perlu memastikan semua dokumen yang disertakan telah mendapat pengesahan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai kemasukan Tingkatan 6 STAM SMA MAIWP, sila layari laman web https://www.maiwp.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pemansuhan-pt3/", "title": "Pemansuhan PT3 & Pelaksanaan PBS Mulai 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini.\nMenurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin menyatakan pemansuhan PT3 dibuat pada tahun ini dan akan digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).\nUntuk makluman, PT3 telah tidak dilaksanakan sejak tahun 2020 susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara.\nSebelum pandemik COVID-19 melanda negara, PT3 telah dilaksanakan di sekolah di mana guru-guru menjana soalan-untuk murid-murid mereka dan peperiksaan dilaksana di bawah kawalan sekolah.\nKomponen PBS\nMenteri Kanan Pendidikan menyatakan, PBS akan merangkumi tiga komponen pentaksiran iaitu:\nPentaksiran Bilik Darjah (PBD)Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)Pentaksiran Psikometrik (PPsi)\nPelaksanaan PBD\nBagi pelaksanaan PBD, penilaian akan tertumpu kepada Pentaksiran Formatif (berterusan) dan Pentaksiran Sumatif.\nUntuk Pentaksiran Formatif, KPM memperkasa program latihan untuk pentadbir atau guru bagi memantapkan pelaksanaan pentaksiran berterusan di sekolah.\nBagi Pentaksiran Sumatif pula, KPM akan memantapkan ujian akhir sesi akademik di sekolah rendah untuk lima mata pelajaran (darjah 4 hingga 6) iaitu:\n\n\n\n\nBahasa MelayuBahasa InggerisMatematikSains Sejarah\nUntuk di sekolah menengah pula, pihak KPM akan menyediakan semua mata pelajaran bagi pentaksiran terebut.\nPelaksanaan PAJSK\nPelaksanaan PAJSK pula dilakukan menerusi penilaian kokurikulum yang dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahan.\nKeputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa(Grade Point Average) dan Himpunan Prestasi sepanjang tempoh perskolahan (Cumulative Grade Point Average).\nPelaksanaan PPsi\nPentaksiran PPsi ialah pentaksiran yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti, bakat, minat, dan kecenderungan. \nKaedah yang digunakan secara sistematik dengan mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi iaitu aptitut dan personaliti murid.\nSumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2022/06/848169/pt3-dimansuhkan-diganti-pentaksiran-berasaskan-sekolah\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/latihan-industri-felda/", "title": "Permohonan Latihan Industri (LI) FELDA 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sedang mencari penempatan Latihan Industri (LI) boleh memohon untuk menjalankan LI di FELDA pada tahun 2023.\nFELDA adalah agensi yang ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah.\nAntara fungsi utama agensi ini adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.\nAgensi ini juga telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan pertumbuhan bagi manfaat peneroka dapat dinikmati seperti FELDA Holdings Sendirian Berhad, FELDA Plantations Sendirian Berhad dan FELDA Global Ventures (FGV).\u00a0\nPada masa ini, agensi ini menjalankan peranan utamanya dengan menyediakan beberapa kemudahan yang mencukupi dan moden di kawasan rancangan FELDA bagi memastikan generasi para peneroka seterusnya mendapat asas pendidikan yang elok dan wajar termasuk berpendidikan tinggi kepada yang sesuai untuk meningkatkan taraf\u00a0sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka.\nOleh itu, bagi pelajar IPT yang berminat untuk menjalankan LI di agensi ini, sila buat permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 8 Disember 2022.\n\n\n\n\n\nTempoh LI\nTempoh LI yang ditawarkan kepada para pelajar adalah daripada bulan Januari 2023 sehingga Jun 2023.\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:\nAsas TaniKewanganPengurusanPerladangan SosialTeknologi\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk menjalankan LI di agensi ini adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia. Keutamaan diberikan kepada warga FELDA.Sedang mngikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA/S dalam atau luar negara.Mendapat CGPA semasa 3.0 dan ke atas.Tempoh latihan tidak kurang dari 60 hari.Bertepatan dengan bidang keutamaan berkaitan dengan FELDA.Bayaran elaun tertakluk kepada kadar yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.\nCara Memohon\nPelajar perlu mengemukakan surat permohonan dan menghantar melalui email ke alamat [email\u00a0protected].\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai permohonan LI di agensi ini, sila hubungi Jabatan Pengurusan Modal Insan FELDA di talian 03-21912191 atau melayari https://www.felda.gov.my/ untuk maklumat lanjut. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/kelebihan-igcse/", "title": "IGCSE: Kelebihan Program Pendidikan Dwisijil MRSM", "body": "\n\n\n\n\n\nIGCSE: Kelebihan Program Pendidikan Dwisijil MRSM\nSalah satu program yang ditawarkan kepada murid di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ialah program pendidikan dwisijil International General Certificate Of Secondary Education (IGCSE).\nIGCSE adalah program berasaskan sistem kurikulum antarabangsa iaitu Cambridge International General Certificate of Secondary Education yang berasaskan STEM.\nUntuk makluman, Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf dengan British GCSE dan International GCE O Level.\nProgram ini memberi peluang kepada murid untuk mengikuti kurikulum antarabangsa ini seawal 13 tahun lagi.\nPengenalan\nMelalui IGCSE, selain mengikuti kurikulum Cambridge International General Certificate of Secondary Education, murid juga mengikuti pembelajaran kurikulum kebangsaan. \nIni bermakna, murid akan mengikuti mengikuti peperiksaan Cambridge IGCSE pada akhir tingkatan 4 manakala mereka juga akan mengikuti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir tingkatan 5. \n\n\n\n\nKelebihan IGCSE\nMurid yang mengikuti program ini bakal mendapat nilai tambah (value-add) menerusi sistem pendidikan MRSM sedia ada.\nSelain itu, sijil IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggiserta diiktiraf di kebanyakan universiti terkemuka di peringkat antarabangsa.\nLokasi MRSM IGCSE\nBerikut adalah merupakan senarai MRSM yang menawarkan program IGCSE kepada murid seawal umur 13 tahun:\n\nMRSM Johor Bahru, Johor\nMRSM Alor Gajah, Melaka\nMRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan\nMRSM Kuantan, Pahang\nMRSM Tun Abdul Razak, Pahang\nMRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor\nMRSM Parit, Perak\nMRSM Tumpat, Kelantan\nMRSM Langkawi, Kedah\nMRSM Kubang Pasu, Kedah\nMRSM Kuching, Sarawak\nMRSM Tun Mustapha, Sabah\n\nSyarat Umum\nSyarat umum yang ditetapkan bagi permohonan ke MRSM bagi program ini adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nIbu atau bapa adalah warganegara Malaysia.\nPermohonan mestilah dibuat melalui atas talian.\nSihat tubuh badan.\nCalon kurang upaya mestilah boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.\n\nSyarat Khusus\nSelain syarat umum, murid juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:\n\nPencapaian akademik yang cemerlang.\nAktif dalam aktiviti kokurikulum.\nKeutamaan diberikan kepada murid daripada keluarga berpendapatan rendah.\nPemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.\n\nMaklumat Lanjut Tentang Kelebihan IGCSE\nUntuk mengetahui maklumat lanjut mengenai MRSM IGCSE, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/en/index/education/mjsc/mrsm-education-system-program/?lang=en\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/str-bujang/", "title": "STR Bujang: Semakan, Syarat Penerima & Jumlah Pembayaran", "body": "\n\n\n\n\n\nSumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bakal diterima oleh mereka yang layak juga terdiri daripada kategori bujang.\nSTR ialah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.\nBantuan ini dijangka dapat membantu sekitar 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.\n\n\nSyarat Penerima STR Bujang\nUntuk kategori bujang, syarat penerima bantuan ini adalah seperti berikut:\n\nBujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat.\nHad umur adalah 21-59 tahun.\nPendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.\n\nJumlah Bantuan STR Bujang\nPenerima dalam kategori STR Bujang bakal menerima jumlah keseluruhan bayaran sebanyak RM350.\nIni boleh dilihat melalui jadual di bawah:\n\nTarikh Pembayaran\nPembayaran bantuan ini akan dibuat mengikut jadual di bawah:\nFasa PembayaranTarikh PembayaranFasa 1Bermula 17 Januari 2023 secara berperingkatFasa 2April*Fasa 3Julai*Fasa 4November*\nPermohonan Baharu & Kemaskini STR Bujang\nUntuk permohonan baharu dan kemaskini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\ni) Permohonan Baharu\n\n\n\n\n\nLayari laman web\u00a0https://bantuantunai.hasil.gov.my/\nIsi semua maklumat yang diperlukan.\nBuat pengesahan.\nHantar permohonan.\n\nAnda juga boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;\nAtau\nPenghantaran secara Pos. \nNamun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:Peti Surat STRGPO Shah Alam40800 Shah AlamSELANGOR\n*Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima\nMuat turun borang di bawah:\n\n\nii) Kemaskini\n\nLayari portal rasmi iaitu\u00a0https://bantuantunai.hasil.gov.my/.\nKlik butang \u2018Log Masuk\u2019 bagi membuat kemas kini.\nMasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.\nKlik butang \u2018Kemas Kini Permohonan\u2019 setelah berjaya log masuk MySTR.\nIsi semua maklumat yang diperlukan.\nKlik butang \u2018Teruskan\u2019 setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.\nIsi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klikbutang \u2018Sahkan Captcha.\u2019\nTandakan pada kotak Perakuan Pemohonan.\nKlik butang \u2018Hantar\u2019 bagi meneruskan permohonan.\nPermohonan berjaya dihantar.\n\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai kemaskini STR Bujang, layari laman web\u00a0https://bantuantunai.hasil.gov.my/.\nBaca juga : \n\nPahang Pride Kid 2023: Bantuan RM300 Kelahiran Baharu\nPermohonan Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW\nBelanjawan 2023: Bantuan Khas Aidilfitri\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/i-fitri/", "title": "i-Fitri 2023: Bantuan Khas B40 & M40 Terengganu", "body": "\n\n\n\n\n\nRakyat Terengganu dalam kategori B40 dan M40 adalah berpeluang untuk memohon bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang menerusi i-Fitri.\nPengenalan Bantuan i-Fitri\ni-Fitri merupakan bantuan khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada isi rumah berpendapatan antara RM 2,500 hingga RM 5,000 sebulan.\nBantuan ini disalurkan bagi membantu rakyat Terengganu dalam kategori B40 dan M40 untuk melakukan persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. \nBagi orang ramai yang berminat, mereka boleh membuat permohonan mulai bermula 19 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.\nPenerima i-Fitri yang telah menerima bantuan pada tahun 2022 LAYAK menerima bantuan bagi tahun 2023 dengan mengemaskini permohonan dan dokumen di dalam sistem i-Bantuan.\n\nSyarat Utama Permohonan i-Fitri\nSyarat utama permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nRakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.\nMaklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)\nPemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.\nPemohon merupakan Ketua Isi RUmah (KIR) yang mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 2,500.\n\nSyarat Permohonan Baru\nSyarat bagi permohonan baru pula adalah seperti berikut:\n\nPermohonan baru hendaklah muatnaik (upload) dokumen berikut ke sistem:\u2013 Salinan Kad Pengenalan/sijil kelahiran pemohon dan tanggungan.\u2013 Salinan Slip Gaji atau slip pence terkini atau Surat Akuan Pendapatan\nPemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu kemukakan Surat Akuan Pendapatan (disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK). \nPemohon boleh cetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan.\nPermohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak benar dan tidak lengkap.\n\nPemohon Tidak Layak\nUntuk bantuan ini, pemohon tidak layak pula adalah seperti berikut:\n\nPeniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM 2,5000 sebulan (disahkan oleh JPKK).\nSemua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon.\n\nKaedah Memohon\nSetiap permohonan perlu dibuat menerusi laman web bantuan ini iaitu https://ibantuan.terengganu.gov.my.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai bantuan i-Fitri 2023, sila layari laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bpkns-ijazah-sarjana-muda/", "title": "Permohonan BPKNS: Biasiswa Pinjaman Ijazah Sarjana Muda Sarawak", "body": "\n\n\n\n\n\nAnak jati Negeri Sarawak yang akan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi sesi 2021/2022 berpeluang untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS).\nBPKNS bagi Ijazah Sarjana Muda ini diuruskan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) yang berperanan menganugerah biasiswa atau pinjaman kepada pelajar-pelajar yang memohon untuk mengikuti pelbagai kursus dan latihan akademik sepenuh masa di IPTA/Universiti Awam (UA) bagi anak jati Negeri Sarawak.\nUntuk makluman, BPKNS diperkenalkan bagi membantu anak jati Negeri Sarawak dalam bidang pendidikan khususnya mereka yang akan menyambung pengajian mereka di IPTA/UA di seluruh negara sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.\nBagi pemohon yang berminat, tarikh permohonan bagi BPKNS ini akan dibuka mulai 2 Oktober sehingga 15 Oktober 2021. \n\nJumlah Pembiayaan\nJumlah BPKNS yang akan diterima pemohon yang layak adalah seperti berikut:\nLokasi PengajianJumlah Per Semester (RM)Sarawak3500Sabah3750Semenanjung Malaysia3850\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi pemohon yang berhasrat memohon BPKNS Ijazah Sarjana Muda ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon mestilah anak jati Sarawak atau peribumi Sarawak.Pemohon telah mendapat surat tawaran\u00a0di peringkat Diploma di IPTA/Universiti Awam.Permohonan dibuka kepada semua kursus pengajian\u00a0kecuali pendidikan\u00a0dan\u00a0perubatan sahaja.Permohonan tawaran dibuka kepada pemohon yang mengikuti pengajian\u00a0secara sepenuh masa sahaja.\nCara Memohon\nBagi pemohon yang berminat, mereka boleh membuat permohonan BPKNS melalui langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web berikut\u00a0escholarship.sarawak.gov.my.Klik butang \u2018Log Masuk Untuk Memohon.\u2019Klik bahagian \u2018Daftar Sekarang\u2019 dan pilih jenis akaun iaitu MyKad.Isi maklumat dan buat pengesahan telefon bimbit dengan betul.Kemudian, log masuk dengan memasukkan Login ID dan klik butang \u2018Teruskan.\u2019Masukkan kata laluan yang didaftarkan.Isi maklumat lain yang diperlukan dengan lengkap dan betul.Cetak borang permohonan setelah selesai membuat permohonan.Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat email\u00a0[email\u00a0protected].\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang akan dihantar melalui email perlu ditulis Nama Penuh (No. Kad Pengenalan) pada subjek email.\nTerdapat 5 dokumen yang diperlukan yang perlu dihantar melalui email iaitu:\nSalinan Surat Tawaran IPTA.Salinan Kad Pengenalan pemohon dan ibu bapa pemohon.Salinan Sijil Lahir pemohon.Salinan Sijil Akademik terkini (Asasi/Diploma/STPM/Matrikulasi atau setaraf keputusan semester terkini).Salinan slip gaji/penyata pendapatan ibu bapa atau penjaga (sekiranya tiada, sila sediakan pengesahan pendapatan yang disahkan oleh Ketua Masyarakat/kaum masing-masing).\nSemua dokumen wajib disahkan oleh Ketua Masyarakat/Ketua Kaum atau pegawai kerajaan Gred 41 ke atas.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai BPKNS Ijazah Sarjana Muda ini, sila hubungi pihak SPANS yang berkenaan:\nCatherina: 014-686 6089Jesfer: 017-843 6031Ali: 013-571 2425Corina: 014-590 1677Maltina: 014-588 0600\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pidn-jpa-2023/", "title": "PIDN JPA: Penajaan Program Ijazah Dalam Negara 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Pertama dalam bidang Perubatan, Pergigian, dan Farmasi di Universiti Awam (UA), mereka boleh memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).\nUntuk pengetahuan, PIDN merupakan penajaan secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang ditawarkan kepada pelajar yang layak.\nBagi mereka yang berminat, permohonan PIDN boleh dibuat mulai 3 Julai 2023 sehingga 7 Julai 2023 secara atas talian.\n\nSenarai IPT Yang Ditaja \nSenarai Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang termasuk dalam penajaan PIDN adalah seperti berikut:\n\nUniversiti Malaya (UM)\nUniversiti Sains Malaysia (USM)\nUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)\nUniversiti Putra Malaysia (UPM)\nUniversiti Teknologi Malaysia (UTM)\nUniversiti Teknologi MARA (UiTM)\nUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)\nUniversiti Malaysia Sabah (UMS)\nUniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)\nUniversiti Utara Malaysia (UUM)\nUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)\nUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)\nUniversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)\nUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP)\nUniversiti Malaysia Terengganu (UMT)\nUniversiti Malaysia Pahang (UMP)\nUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)\nUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)\nUniversiti Malaysia Kelantan (UMK)\nUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)\n\nBidang Pengajian\nBidang pengajian yang termasuk dalam penajaan ini adalah seperti berikut:\n\nBidang perubatan\nBidang pergigian\nBidang farmasi\n\nBayaran Balik PIDN JPA\nBagi pelajar yang layak, bayaran balik akan dikenakan menerusi 4 keadaan iaitu:\n\nPinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.\nBayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.\nBayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.\nSelain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.\n\nSyarat Umum PIDN JPA\nSyarat umum yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia.\nPelajar perlulah mempunyai kesihatan yang baik.\nIbu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.\nTidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.\nMemiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\nUmur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).\n\nSyarat Khusus Penajaan Program Ijazah Dalam Negara 2023\nSyarat khusus bagi pemohon juga ditetapkan seperti berikut iaitu:\ni) Bidang Farmasi\n\nPelajar telah memulakan pengajian dan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)terkini sekurang-kurangnya 3.30.\nMempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/semasa.\n\nii) Bidang Perubatan/Pergigian\n\nMemperolehi keputusan \u2018Lulus\u2019 bagi semester terkini pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian.\nMempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/semasa.\n\nTatacara Permohonan PIDN JPA\nTatacara permohonan boleh dirujuk menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web permohonan\u00a0https://esilav2.jpa.gov.my/.\nKlik di bahagian \u2018Daftar\u2019 dan klik \u2018Teruskan Pendaftaran.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik \u2018Teruskan Pendaftaran.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nLengkapkan permohonan yang diperlukan sehingga tamat.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai PIDN 2023, sila layari laman web\u00a0https://esilav2.jpa.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sukan-sea-2023/", "title": "Sukan SEA 2023: Jadual Atlet Malaysia & Link Live Streaming", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk makluman, atlet Malaysia kini sedang bertanding di Sukan SEA 2023 yang berlangsung di Kemboja. \nSukan SEA atau Sukan Asia Tenggara merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. \nSukan ini diasaskan oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.\nUntuk edisi kali ini, kejohanan ini berlangsung daripada 5 Mei 2023 sehingga 17 Mei 2023.\n\nJadual Atlet Malaysia Di Sukan SEA 2023\nBerikut merupakan jadual atlet Malaysia sepanjang kejohanan berlangsung:\n1- OlahragaTarikh: 6 Mei dan 8 \u2013 12 Mei 2023Venue: Morodok Techno Sports Complex\n2- Akuatik\nTerjunTarikh: 8 \u2013 12 Mei 2023Venue: Morodok Techno Sports Complex\nRenang SiripTarikh: 12 \u2013 14 Mei 2023Venue: Morodok Techno Sports Complex\nRenangTarikh: 6 \u2013 11 Mei 2023Venue: Morodok Techno Sports Complex\nPolo AirTarikh: 12 \u2013 16 Mei 2023Venue: Morodok Techno Sports Complex\n3- BadmintonTarikh: 8 \u2013 16 Mei 2023Venue: Morodok Techno Sports Complex\n4- ESportsAttack Online 2, Crossfire, Valorant, Leagur of Legend: Wild Rift, PUBG Mobile, Mobile LegendsTarikh: 6 \u2013 15 Mei 2023Venue: Nagaworld Aeon 2 Sen Sok\n5- Bola Keranjang5\u00d75Tarikh: 9 \u2013 16 Mei 2023Venue: Morodok Techno Sports Complex\n3\u00d73Tarikh: 6 \u2013 7 Mei 2023Venue: Morodok Techno Sports Complex\n6- BilliardsTarikh: 7 \u2013 14 Mei 2023Venus: Nagaworld Aeon 2 Sen Sok\n7- TinjuTarikh: 6 \u2013 14 Mei 2023Venue: Chroy Changvar Convention Centre\n8- CaturXiangqiTarikh: 12 \u2013 15 Mei 2023Venue: Royal University of Phnom Penh\nOuk ChaktrangTarikh : 29 April \u2013 9 Mei 2023Venue : Royal University of Phnom Penh\n9- KriketTarikh: 29 April \u2013 16 Mei 2023Venue: AZ Group Cricket Oval\n10- BerbasikalJalan RayaTarikh: 11 \u2013 13 Mei 2023Venue: Angkor Wat, Siem Reap\nMountain BikingTarikh : 6 \u2013 8 Mei 2023Venue: Mount Kulen, Siem Reap\n11- Sukan TarianTarikh : 16 Mei 2023Venue : Chroy Changvar Convention Centre\n12- FloorballTarikh: 11 \u2013 16 Mei 2023Venue: Chroy Changvar Convention Centre\n13- Lawan PedangTarikh: 11 \u2013 16 Mei 2023Venue: Chroy Changvar Convention Centre\n14- Bola SepakTarikh : 29 April \u2013 16 Mei 2023Venue : Army Stadium, Prince Stadium, Smart RSN Stadium\n15- GolfTarikh: 8 \u2013 13 Mei 2023Venue: Garden City Golf Club\n16- GimnastikArtistikTarikh: 6 \u2013 9 April 2023Venue: Morodok Techo Sports Complex\nAerobikTarikh: 13 \u2013 14 April 2023Venue: Morodok Techo Sports Complex\n17- HokiDalam Dewan/IndoorTarikh: 1 \u2013 7 Mei 2023Venue: Chroy Changvar Convention Centre\n\n\n\n\nPadangTarikh : 9 \u2013 16 Mei 2023Venue : Morodok Techo Sports Complex\n18-JetskiTarikh: 13 \u2013 16 Mei 2023Venue: Sihanoukville Boulevard\n19- JudoTarikh: 13 \u2013 16 Mei 2023Venue: Chroy Changvar Convention Centre\n19- KarateTarikh : 6 \u2013 8 Mei 2023Venue : Chroy Changvar Convention Centre\n20- Seni Mempertahankan DiriArnisTarikh : 13 \u2013 16 Mei 2023JujitsuTarikh: 4 \u2013 7 Mei 2023Venue: Chroy Changvar Convention Centre\nKickboxingTarikh: 13 \u2013 16 Mei 2023Venue: Morodok Techo Sports Complex\nKun BokatorTarikh : 4 \u2013 10 Mei 2023Venue : Chroy Changvar Convention Centre\nKun KhmerTarikh: 6 \u2013 11 Mei 2023Venue: Morodok Techo Sports Complex\nVovinamTarikh: 6 \u2013 9 Mei 2023Venue: Chroy Changvar Convention Centre\n21- Perlumbangan Berhalangan Tarikh: 3 \u2013 7 Mei 2023Venue: Chroy Changvar Convention Centre\n22- Pencak SilatTarikh: 6 \u2013 10 Mei 2023Venue: Chroy Changvar Convention Centre\n23- PetanqueTarikh: 6 \u2013 13 Mei 2023Venue: Morodok Techo Sports Complex\n24- Sukan LayarTarikh: 1 \u2013 8 Mei 2023Venue: Sihanoukville Boulevard\n25- Sepak TakrawTarikh: 6 \u2013 16 Mei 2023Venue: Morodok Techo Sports Complex\n26- Ping PongTarikh: 9 \u2013 16 Mei 2023Venue: Morodok Techo Sports Complex\n27- Sof TenisTarikh: 6 \u2013 10 Mei 2023Venue: Morodok Techo Sports Complex\n28- TaekwandoTarikh: 12 \u2013 15 Mei 2023Venue: Chroy Changvar Convention Centre\n29- TenisTarikh: 6 \u2013 14 Mei 2023Venue: Morodok Techo Sports Complex\n30- Perlumbaan Bot TradisiTarikh: 13 \u2013 14 Mei & 16 Mei 2023Venue: Prek Kampot, Kampot\n31- Triathlon/Duathlon/AquathlonTarikh : 6 \u2013 8 Mei 2023Venue : Kep City Beach, Kep\n31- Bola TamparDewanTarikh: 3 \u2013 14 Mei 2023Venue: Morodok Techo Sports Complex\nPantaiTarikh: 11 \u2013 16 Mei 2023Venue: Otres Beach, Sihanoukville\n32- Angkat BeratTarikh: 13 \u2013 16 Mei 2023Venue: Chroy Changvar Convention Centre\n33- GustiTarikh: 14 \u2013 16 Mei 2023Venue: Chroy Changvar Convention Centre\n34- TeqballTarikh: 6 \u2013 8 Mei 2023Venue: Federation of Youth Hall\n35- WushuTarikh: 10 \u2013 12 Mei 2023Venue: Chroy Changvar Convention Centre\nLink Live Streaming\nUntuk mengikuti siaran langsung acara-acara melibatkan atlet Malaysia di Sukan SEA 2023, anda boleh mengikut live streaming di laman web RTM Klik iaitu https://rtmklik.rtm.gov.my/ secara percuma.\nRTM menyiarkan siaran secara langsung menerusi TV Okey atau Sukan RTM.\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/contoh-karangan-alam-sekitar/", "title": "Contoh Karangan Alam Sekitar", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi adik-adik yang sedang mencari idea penulisan karangan bertemakan alam sekitar, di bawah kami kongsikan contoh karangan A++ untuk tajuk \u201cLangkah-Langkah Menjaga Alam Sekitar\u201d sebagai rujukan anda.\nIsi Penting Karangan Alam Sekitar\nBerikut senarai isi penting yang boleh dimasukkan dalam karangan alam sekitar:\n\nMengurangkan, Menggunakan Semula, dan Mengitar Semula (3R)\n\nMengurangkan penggunaan sumber alam dan barang yang tidak diperlukan\nMenggunakan semula barang yang telah digunakan untuk tujuan lain\nMengolah bahan buangan yang telah digunakan untuk dijadikan produk baru\n\n\nPenanaman Pokok dan Pemuliharaan Hutan\n\nMenanam lebih banyak pokok untuk mengurangkan jumlah karbon dioksida dalam atmosfera\nMelindungi hutan daripada aktiviti penebangan dan pembalakan yang tidak terkawal\n\n\nMengurangkan Pencemaran\n\nMembuang bahan buangan dengan cara yang betul\nMenggunakan kenderaan yang lebih mesra alam dan pengangkutan awam\nMematuhi peraturan pencemaran industri dan menggunakan teknologi yang lebih mesra alam\nMenjaga sumber air dengan tidak mencemarkan sungai, tasik, dan lautan\n\n\nPendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar\n\nMemasukkan topik alam sekitar dalam kurikulum pendidikan\nMengadakan kempen dan program kesedaran alam sekitar untuk menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam usaha menjaga alam sekitar\n\n\n\nContoh Karangan Alam Sekitar\nPendahuluan\nAlam sekitar merupakan sumber kehidupan yang penting untuk manusia dan makhluk hidup lainnya di muka bumi ini. Namun, akibat kesilapan dan kecuaian manusia, alam sekitar kini mengalami masalah seperti pencemaran air, udara, dan tanah, serta penggundulan hutan dan kepupusan spesies. Oleh itu, langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk melindungi dan menjaga alam sekitar agar generasi akan datang dapat menikmati keindahan dan kekayaan alam semula jadi. Dalam karangan ini, kita akan membincangkan empat langkah yang boleh diambil untuk menjaga alam sekitar.\nIsi 1: Mengurangkan, Menggunakan Semula, dan Mengitar Semula (3R)\nSalah satu langkah penting dalam menjaga alam sekitar adalah dengan mengamalkan konsep 3R, iaitu mengurangkan (reduce), menggunakan semula (reuse), dan mengitar semula (recycle). Mengurangkan bermaksud mengurangkan penggunaan sumber alam dan barang yang tidak diperlukan. Sebagai contoh, kita boleh mengurangkan penggunaan plastik sekali pakai dan menggunakan beg kain yang boleh digunakan berulang kali. Menggunakan semula pula bermaksud menggunakan barang yang telah digunakan untuk tujuan lain. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan botol kaca yang telah digunakan untuk menyimpan makanan. Akhir sekali, mengitar semula bermaksud mengolah bahan buangan yang telah digunakan untuk dijadikan produk baru. Contohnya, kertas yang telah digunakan boleh diolah semula menjadi kertas baru.\nIsi 2: Penanaman Pokok dan Pemuliharaan Hutan\nPenanaman pokok dan pemuliharaan hutan merupakan langkah yang penting dalam menjaga alam sekitar. Pokok berfungsi sebagai penyerap karbon dioksida, penghasil oksigen, dan pemelihara kestabilan tanah. Dengan menanam lebih banyak pokok, kita boleh membantu mengurangkan jumlah karbon dioksida dalam atmosfera dan melawan pemanasan global. Selain itu, pemuliharaan hutan juga penting dalam menjaga kepelbagaian spesies dan keseimbangan ekosistem. Oleh itu, kita harus memastikan hutan dilindungi daripada aktiviti penebangan dan pembalakan yang tidak terkawal.\n\n\n\n\nIsi 3: Mengurangkan Pencemaran\nPencemaran air, udara, dan tanah merupakan masalah utama yang dihadapi alam sekitar. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah untuk mengurangkan pencemaran ini. Pertama, kita perlu memastikan bahan buangan dibuang dengan cara yang betul. Sebagai contoh, bahan buangan elektronik harus dibuang di tempat khas yang disediakan oleh pihak berkuasa. Kedua, kita harus menggunakan kenderaan yang lebih mesra alam, seperti kereta elektrik atau menggunakan pengangkutan awam. Ketiga, industri harus mematuhi peraturan pencemaran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan menggunakan teknologi yang lebih mesra alam dalam proses pengeluaran mereka. Keempat, kita harus menjaga sumber air dengan tidak mencemarkan sungai, tasik, dan lautan dengan bahan kimia dan sampah.\nIsi 4: Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar\nPendidikan dan kesedaran alam sekitar merupakan salah satu langkah terpenting dalam menjaga alam sekitar. Masyarakat perlu diberi pengetahuan mengenai isu-isu alam sekitar dan cara-cara untuk menjaga kelestarian sumber alam semulajadi. Pendidikan alam sekitar boleh dimulakan di peringkat sekolah rendah dengan memasukkan topik seperti kepelbagaian biologi, keberkesanan sumber, dan isu-isu pencemaran dalam kurikulum. Selain itu, kempen dan program kesedaran alam sekitar boleh dianjurkan oleh pihak berkuasa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan komuniti setempat untuk menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam usaha menjaga alam sekitar.\nPenutup\nKesimpulannya, langkah-langkah yang telah dinyatakan seperti mengamalkan konsep 3R, penanaman pokok dan pemuliharaan hutan, mengurangkan pencemaran, serta pendidikan dan kesedaran alam sekitar merupakan usaha yang penting untuk menjaga alam sekitar. Semua pihak perlu bekerjasama dan berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan langkah-langkah ini demi kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang. Hanya dengan usaha bersama, kita dapat memastikan keindahan dan kekayaan alam semulajadi dapat dinikmati oleh generasi masa depan.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/budi-sabah/", "title": "BUDI: Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Sabah 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-Tugas Khas) telah membuka permohonan bantuan kepada anak-anak Negeri Sabah yang bakal mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) iaitu Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) bagi tahun 2023.\nBUDI adalah bantuan yang ditawarkan kepada anak-anak Negeri Sabah yang bakal memasuki IPT bagi peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi dan Ijazah Sarjana Muda.\nPelaksanaan bantuan ini bagi menggalakkan lebih ramai anak-anak Sabah melanjutkan pelajaran mereka di peringkat tinggi sama ada di IPTA dan IPTS.\nAnak-anak Sabah yang berminat untuk memohon bantuan ini boleh membuat permohonan secara atas talian. \n\nJumlah Bantuan\nJumlah bantuan yang akan diterima pemohon yang layak menerima bantuan ini adalah sepertio berikut:\n\n\n\n\n\nPeringkat Diploma/Asasi/Matrikulasi: RM1,500\nPeringkat Ijazah Sarjana Muda: RM2,000\n\nSyarat Permohonan\nPemohon yang ingin memohon BUDI perlu memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:\n\nPermohonan terbuka kepada pelajar/pemohon yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pangajian Tinggi Awam atau Swasta Tahun 2023 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.\nPemohon mestilah warganegera Malaysia berasal dari Negeri Sabah dan berumur tidak lebih 25 tahun.\nIbu dan bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40.\nPemohon telah mendapat pengesahan kemasukan ke IPT.\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web\u00a0https://budi.sabah.gov.my/.\nKlik butang \u2018Permohonan.\u2019\nKlik butang \u2018Daftar\u2019 di sebelah kanan paparan.\nIsi maklumat dengan lengkap dan klik dan klik butang \u2018Daftar.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.\nIsi maklumat yang diperlukan.\nKemudian sediakan dokumen sokongan.\nHantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.\n\nDokumen Yang Diperlukan\n\nSalinan surat beranak pemohon dan ibu bapa/penjaga).\nSalinan kad pengenalan\u00a0pemohon dan ibu bapa/penjaga.\nSalinan slip gaji ibu bapa/penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung (disahkan benar oleh Majikan/Pegawai Daerah/Ketua Kampung).\nSalinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/Diploma.\nSalinan Surat Tawaran kemasukan ke IPT pemohon.\nSalinan muka depan penyata akaun pemohon.\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai BUDI, sila hubungi Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-Tugas Khas) di talian 088-369 872. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ihsan-i-pinjaman-kwsp-mbsb/", "title": "Ihsan-i: Pinjaman KWSP MBSB Sehingga RM50,000", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berusia 40 hingga 55 tahun, anda boleh memohon pinjaman daripada MBSB Bank sehingga RM50,000 menerusi pinjaman KWSP MBSB yang dipanggil Ihsan-i. \nIhsan-i adalah kemudahan pembiayaan peribadi yang disediakan oleh MBSB Bank bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif.\nPembiayaan ini bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan yang diperlukan menerusi cagaran daripada akaun 2 KWSP mereka.\n\nJumlah Pembiayaan Pinjaman KWSP MBSB\nJumlah pembiayaan yang akan diberikan adalah minima RM3,000 dan maksima RM50,000.\nTempoh Pembiayaan & Kadar Keuntungan\nTempoh pembiayaan adalah minima 2 tahun dan maksima selama 10 tahun.\nKadar pembiayaan pula telah ditetapkan pada SBR + 1.75% setahun dengan kadar siling 15% setahun.\n\n\n\n\nJadual Pembayaran Balik\nPembayaran balik boleh dilihat melalui jadual di bawah:\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon pembiayaan ini adalah seperti di bawah:\n\nTerbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun.\nWarganegara Malaysia.\nPermohonan adalah sekali sahaja.\nPermohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan.\nPermohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 bulan) bermula daripada tarikh pelaksanaan.\nAmaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.\nAmaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000.\nAmaun pengeluaran akan dibayar kepada MBSB Bank apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50 sehingga 55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli.\nMemenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh MBSB Bank yang dimohon.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan di bawah:\n\nBuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.\nKemudian, buat permohonan melalui portal MBSB Bank https://www.fsa2mbsbbank.com.\nBuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal MBSB Bank, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh MBSB Bank berkenaan.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai pinjaman KWSP MBSB atau Ihsan-i ini, sila layari laman web https://www.mbsbbank.com/bm/consumer-banking/financing/fsa.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/penajaan-iktisass-selangor/", "title": "Penajaan IKTISASS: Program Kemahiran Tahfiz & Ikhtisas Selangor", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar dan lepasan Tahfiz kini boleh memohon penajaan bagi menyertai program kemahiran yang dilaksanakan oleh Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) iaitu Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS). \nIKTISASS merupakan program kemahiran yang diwujudkan oleh STDC bagi menggalakkan lebih ramai anak-anak Selangor melanjutkan pengajian dalam bidang latihan terutamanya pelajar lepasa Tahfiz.\nUntuk makluman, STDC merupakan institusi pendidikan teknikal yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat.\nPemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian sebelum 15 Mac 2022.\n\nManfaat Kepada Pelajar\nPelajar yang terpilih mendapat penajaan IKTISASS ini bakal memperolehi manfaat seperti berikut:\n\n\n\n\nYuran pengajian dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor (terhad kepada 250 penerima sahaja).Pelbagai program kemahiran ditawarkan.Kemudahan fasiliti pembelajaran yang lengkap.Suasana pembelajaran yang kondusif\nBidang Penajaan\nProgram kemahiran yang ditawarkan menerusi IKHTISASS adalah seperti berikut:\nTeknologi automotifTeknologi semburan catTeknologi motosikalTeknologi sistem komputerTeknologi elektrikTeknologi penyaman udaraPastriKulinariPereka fesyen wanitaTerapi spa\nSyarat Kelayakan\nPemohon hanya perlu memenuhi syarat kelayakan bagi mendapatkan penajaan ini iaitu:\nPemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor.Pemohon telah bermastautin lebih 12 tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN, Penghulu, Pengerusi JKKK/Ketua Kampung, Pengerusi Taman Perumahan dan lain-lain yang diiktiraf oleh Kerajaan.Merupakan pelajar tahfiz yang masih atau pernah menuntut di sekolah atau institusi tahfiz yang diiktiraf oleh mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor; atauLulus Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau setaraf dan ujian 3M.Berumur daripada 16 tahun hingga 21 tahun sahaja.Penajaan pelajar/pelatih akan memberi keutamaan kepada kategori keluarga berpendapatan B40 dan M40;Diwajibkan berkhidmat dengan entiti perniagaan/institusi/industri yang berdaftar atau beralamat di Negeri Selangor mengikut tempoh yang akan ditetapkan berdasarkan penjanjian.Pemohon lulus temu duga yang di urus setia oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (jika ada).\nCara Memohon\nUntuk memohon sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:\nLayari pautan permohonan berikut https://stdc.edu.my/daftarsekarang.php.Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.Semak maklumat permohonan sebelum menghantar permohonan.Klik butang \u2018Hantar\u2019 untuk menghantar permohonan.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai penajaan IKTISASSS ini, sila hubungi Encik Mohd Nor Izzuddin Bin Rahudin di talian 0133241915 atau Encik Mohd Zuzaily Bin Zulkufele di talian 0122968139.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ujian-dass/", "title": "Ujian DASS: Penilaian Tahap Kesihatan Mental", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk menilai tahap kesihatan mental, lazimnya terdapat ujian yang boleh mengesan perkara ini iaitu Ujian DASS atau \u201cDepression,\u00a0Anxiety\u00a0and\u00a0Stress Scale.\u201d\nUjian DASS merupakan alat kajian bagi mengukur tahap stres, kemurungan dan juga kebimbangan seseorang.\nUjian ini merupakan inventori versi pendek yang telah diubah suai daripada DASS-42 item yang telah diperkenalkan oleh Peter Lovibond daripada University of New South Wales, Australia.\nMenariknya, ujian ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja kerana ianya mudah untuk digunakan tanpa memerlukan kemahiran khas untuk menggunakannnya dengan berpandukan manual penskoran dan interpretasi yang sedia ada.\nTambahan pula, ujian ini juga telah diterjemah dalam pelbagai bahasa termasuklah versi Bahasa Malaysia yang diterjemah dan dibangunkan oleh seorang ahli akademik tanah air iaitu Profesor Dr. Ramli Musa.\nWalau bagaimanapun, DASS adalah satu bentuk ujian saringan dan bukanlah satu diagnosis. Untuk mendapatkan keputusan sebenar, anda perlulah berjumpa pakar sama ada doktor atau ahli psikologi.\n\n\n\n\n\nPilihan Jawapan\nSemua item dinilai menggunakan skala pemeringkatan Likert dengan empat pilihan jawapan iaitu:\n\nTidak pernah sama sekali\nJarang\nKerap \nSangat kerap.\u00a0\n\nSubskala Pengukuran\nUjian ini mempunyai tiga subskala yang diukur iaitu:\n\nSubskala kemurungan (depression)\u2013 Menilai menilai putus asa, penurunan nilai hidup,\u00a0dysphoria, kekurangan minat atau penglibatan,\u00a0anhedonia\u00a0(hilang minat dan keseronokan) dan inersia seseorang.\nSubskala kebimbangan (anxiety)\u2013 Menilai rangsangan autonomi, kesan otot rangka, dan pengalaman subjektif mempengaruhi perasaan cemas sesorang.\u00a0\nSubskala stres (stress)\u2013 Menilai perasaan gementar, kesukaran untuk bersantai, mudah rasa marah atau gelisah, mudah marah atau terlalu reaktif dan tidak sabar seseorang.\n\nHasil Ujian\nSelepas menjalani ujian tersebut, individu akan mengetahui perkara berikut:\n\nTahap kemurungan, kebimbangan dan stress yang individu tersebut alami.\nAdakah tahap untuk setiap kondisi ini merisaukan?\nAdakah setiap kondisi ini mencetuskan simptom fizikal seperti kesukaran bernafas, peningkatan kadar degupan jantung dan sebagainya?\nSelepas satu tempoh masa tertentu, individu tersebut mungkin perlu menjawab kembali DASS-21 untuk mengetahui sama ada kondisi mental anda menjadi semakin baik selepas rawatan.\n\nPautan Ujian DASS\nUjian ini boleh dilakukan secara online sahaja dengan melayari salah satu daripada pautan berikut:\n\nhttps://jpan.sabah.gov.my/perumahan/117-ujian-dass\nhttps://www.ramlimusa.com/questionnaires/depression-anxiety-stress-scale-dass-21-bahasa-malaysia/.\nhttps://ipsikologi.johor.gov.my/v2/modules/dass21/\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/penangguhan-bayaran-balik-pinjaman-ptptn-banjir/", "title": "Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Banjir 3 Bulan", "body": "\n\n\n\n\n\nPeminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terjejas akibat bencana banjir boleh membuat penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan. \nPenangguhan ini ditawarkan selepas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda negara.\nTawaran penangguhan ini dibuat bagi menjaga kebajikan peminjam yang diuji dengan musibah banjir yang melanda di beberapa buah negeri baru-baru ini.\nPeminjam boleh mengemukakan permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN ini mulai 28 Disember 2021 sehingga 31 Mac 2022.\n\nTempoh Penangguhan Bayaran Balik\nPenangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat bencana banjir ini akan diberikan untuk tempoh 3 bulan.\nIni bermakna pengguhan bayaran balik bermula pada bulan yang sama kelulusan permohonan diberikan PTPTN dan 2 bulan ke hadapan di antara Disember 2021 hingga Mei 2022.\n\n\n\n\nTempoh Kelulusan Permohonan\nKelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui email dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan.\nOleh itu, peminjam adalah diingatkan agar mengemaskini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat kelulusan permohonan penangguhan tersebut dapat sampai kepada mereka.\nCara Permohonan\nUntuk membuat permohonan, peminjam boleh membuat permohonan melalui dua saluran iaitu:\nMembuat permohonan secara atas talian menerusi pautan portal rasmi PTPTN di (www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalikBanjir).Hadir ke mana-mana Cawangan PTPTN yang berhampiran untuk membuat permohonan.\nPermohonan ini tidak melibatkan sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat banjir selama 3 bulan, sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 atau melayari laman web https://www.ptptn.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/10-tips-belajar-dari-rumah/", "title": "10 Tips Cemerlang & Berjaya Ketika Belajar Dari Rumah", "body": "\n\n\n\n\n\nPembelajaran dari rumah kini menjadi suatu norma baharu yang perlu dihadapi oleh para murid di sekolah dan pelajar yang berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT).\nNamun begitu, cabaran pembelajaran di rumah sudah pasti getir kerana murid dan pelajar hanya perlu berhadapan dengan skrin telefon atau komputer riba untuk malaksanakan pembelajaran tanpa kehadiran tenaga pengajar bersama dengan mereka secara bersemuka.\nIni memberikan kesukaran bagi murid dan pelajar untuk lebih fokus dan memahami dengan lebih mendalam pembelajaran yang dijalankan oleh tenaga pengajar secara maya.\nSebenarnya, pembelajaran di rumah juga tidak menghalang seseorang untuk cemerlang dan berjaya asalkan mengetahui tips pembelajaran yang betul.\nDi sini disenaraikan 10 tips cemerlang dan berjaya bagi murid dan pelajar yang menjalankan proses pembelajaran dari rumah.\n1. Tetapkan Matlamat\nSetiap murid dan pelajar perlu mempunyai matlamat dalam diri masing-masing dalam pelajaran. \nSebaiknya, setiap matlamat perlu ditulis supaya kita boleh merancang untuk mencapai perkara tersebut dan meningkatkan motivasi untuk belajar dan berjaya. \nAnak-anak juga boleh membina jadual pengurusan masa di rumah berpandukan kepada jadual waktu kelas yang telah di susun oleh pihak sekolah.\n2. Buat Perancangan\nSetelah menetapkan matlamat, murid dan pelajar perlu membuat perancangan untuk memastikan pembelajaran tersebut berkesan.\nBuat jadual harian atau mingguan berdasarkan subjek pembelajaran yang dipelajari di sekolah atau IPT.\nJadual tersebut perlu mengandungi waktu yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran dan tidak membebankan murid dan pelajar.\n3. Disiplin Diri\nPembelajaran dari rumah memerlukan disiplin diri yang tinggi.\nDisiplin diri merangkumi tiga perkara iaitu pengurusan masa, pengurusan diri dan pengurusan bahan yang baik.\u00a0 \nSetiap jadual dan perancangan yang dibuat perlu dipatuhi dan perlu konsisten dalam mematuhi jadual tersebut. \nMurid dan pelajar perlu bersedia awal memulakan kelas, bersarapan dan membersihkan diri serta memastikan bahan disediakan lebih awal sebelum kelas bermula.\n4. Persediaan Awal\nSebelum pembelajaran secara online dijalankan, murid dan pelajar perlu mengulang kaji topik yang ingin diajar oleh guru atau tenaga pengajar terlebih dahulu. \nMereka perlu mengenal pasti topik yang akan diajar dan menyediakan sediakan bahan-bahan seperti buku teks, buku nota, alat tulis, dan bahan-bahan lain yang diperlukan.\nUntuk pembelajaran yang menggunakan talian internet, murid dan pelajar perlu memastikan mereka mendapat talian internet yang baik bagi memastikan proses pembelajaran tidak terganggu. \nIni penting bagi meningkatkan minat dan perasaan ingin tahu dalam diri murid dan pelajar untuk komited dalam pembelajaran.\n\n\n\n\n5. Fokus Dalam Pembelajaran\nSepanjang proses pembelajaran di rumah, murid dan pelajar perlu memberi tumpuan sepenuhnya. \nTumpuan akan terjejas jika mereka tidak membuat persediaan dengan lebih awal. \nUntuk kelas dilaksanakan secara Google Meet, Zoom, atau yang memerlukan sistem audio, murid dan pelajar digalakkan anak-anak memakai earphone. \nIni akan memastikan mereka dapat mendengar dan bertanya akan lancar dan juga jelas kepada guru dan tenaga pengajar. \nMurid dan pelajar juga perlu mengurangkan pergerakan sepanjang waktu belajar kerana pergerakan yang banyak akan mengurangkan tumpuan dan masa untuk belajar.\n6. Buat Nota\nBagi setiap pembelajaran yang diikuti, murid dan pelajar digalakkan untuk membuat nota bagi menambah kefahaman dan ingatan mengenai pembelajaran yang dilaksanakan.\nIni juga akan membantu murid dan pelajar mengimbas kembali fakta dan maklumat yang telah dipelajari dan dibaca.\n7. Elakkan Gangguan Luar\nMurid dan pelajar perlu memaklumkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga mengenai jadual kelas dan jadual belajar persendirian. \nIbu bapa perlu memahami dan bertolak ansur jadual pembelajaran serta membantu menyediakan kelengkapan bagi pembelajaran anak-anak mereka. \nSelain itu, ibu bapa juga perlu memantau dan mengelakkan anak-anal membuka perisian lain didalam gajet ketika belajar seperti games online atau lain-lain aplikasi dan perisian yang tidak berkaitan.\n8. Rehat Yang Mencukupi\nMurid dan pelajar perlu menjaga waktu tidur bagi memastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi. \nMereka disyorkan bagi yang bersekolah, mereka perlu tidur 9-10 jam sehari pada waktu malam manakala bagi pelajar IPT pula perlu tidur 8-9 jam. \n9. Jaga Kesihatan\nIbu bapa perlu memastikan anak-anak mereka menjaga kesihatan agar mereka dapat mengikuti pembelajaran yang ditetapkan. \nMereka perlu mendapat pemakanan yang berkhasiat dan seimbang bagi mengekalkan kesihatan dan mengelakkan badan menjadi lesu dan mudah letih sepanjang pembelajaran dari rumah berlangsung. \nMereka juga digalakkan bersenam atau beriadah walaupun ringkas sekurang-kurangnya melakukan renggangan badan bagi mengekalkan kesihatan dan kesegaran.\n10. Yakin & Konsisten\nSetiap murid dan pelajar perlu yakin kepada diri sendiri bahawa anda berhak cemerlang kerana setiap insan mempunyai potensi diri. \nMereka perlu konsisten dalam semua tindakan dan mengikuti segala perangan yang telah dilakukan. \nIbu bapa juga perlu membantu anak dengan memberi kata-kata semangat yang positif agar dapat menaikkan semangat dan memberi keyakinan pada diri mereka. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/amal-asrama-malaysia/", "title": "AMal: Permohonan Program Asrama Malaysia Tingkatan 1 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan kemasukan Program Asrama Malaysia (AMal) bagi tahun 2023.\nAMal merupakan program yang menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama bermatlamatkan perpaduan antara kaum. \nPenubuhan program ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2009.\nCiri-ciri AMal adalah merangkumi aspek fizikal, suasana dan aktiviti yang menjurus kepada pemupukan perpaduan dan memahami budaya masyarakat-masyarakat di Malaysia.\nMereka yang berminat boleh membuat permohonan mulai 10 Januari sehingga 10 Februari 2023.\n\nDasar Pengambilan Murid\nDasar pengambilan murid menerusi program ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nPengambilan Murid Asrama Malaysia terbuka kepada semua kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia (Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain).\nPermohonan Asrama Malaysia ke Tingkatan 1 terbuka kepada murid Tahun 6 dari SK, SJKT dan SJKC di seluruh negara.\nJawatankuasa Pemilihan Murid Asrama Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan pemilihan murid. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.\n\nLokasi Sekolah\nLokasi sekolah yang melaksanakan program ini adalah seperti berikut:\n\nVictoria Institution, Kuala Lumpur\nSMK(P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor\nMaktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah\nKolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang perlu dipenuhi adalah seperti:\n\nTerbuka kepada semua Warganegara Malaysia sahaja.\nTerbuka kepada semua kaum.\nKeutamaan diberikan kepada pemohon yang berpotensi daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana.\nSekiranya murid keluar dari Program Asrama Malaysia (Keluar Asrama) pihak sekolah berhak mengambil tindakan mengeluarkan murid tersebut daripada sekolah Asrama Malaysia sekiranya saluran kemasukan adalah melalui tawaran ke Program Asrama Malaysia KPM.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan perlu dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:\n\nLayari laman web https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/banner/permohonan-kemasukan-murid-ke-program-asrama-malaysia-amal-tingkatan-1-tahun-2023.\nMuat turun borang permohonan.\nIsi borang permohonan dengan lengkap.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar borang permohonan ke Asrama Malaysia pilihan pertama sahaja ke alamat:Asrama Malaysia Kuala Lumpur,Victoria InstitutionJalan Hang Tuah, 55200Kuala Lumpur.Asrama Malaysia Johor,SMK(P) Sultan IbrahimJalan Bendahara, 80100Johor Bahru, Johor Darul Takzim.Asrama Malaysia Sabah,Maktab SabahPeti Surat 10548,88806 Kota Kinabalu, Sabah.Asrama Malaysia Sarawak,Kolej Tun Datu Tuanku Hj BujangJalan Bunga Tanjung 2, TanjongLobang, 98000 Miri, Sarawak.\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu disertakan adalah seperti berikut:\n\nSijil lahir/Kad Pengenalan permohonan dan ibu bapa.\nKeputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2022 bagi permohonan ke Tingkatan 1.\nSijil-sijil Akademik, Kokurikulum dan sijil-sijil lain.\nSlip Gaji/Penyata Pendapatan ibu bapa/penjaga, atau pengesahan oleh Pesuruhjaya Sumpah/Ketua Kampung/Penghulu sekiranya tiada slip gaji.\nDokumen sokongan untuk ibu atau bapa tunggal (jika berkaitan).\nDokumen sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibu bapa bercerai (jika berkaitan).\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai AMal, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/banner/permohonan-kemasukan-murid-ke-program-asrama-malaysia-amal-tingkatan-1-tahun-2023.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-protege-nafas/", "title": "Program Protege NAFAS Untuk Graduan Pelbagai Jurusan", "body": "\n\n\n\n\n\nPertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah membuka permohonan bagi graduan untuk menjadi pelatih di agensi tersebut menerusi Program Protege.\nNAFAS merupakan pertubuhan peladang telah dilancarkan pada 31 Mac 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein yang menjalankan dalam pelbagai aktiviti perniagaan dan pelaburan khususnya dalam bidang pertanian untuk kepentingan peladang.\nBagi memastikan pertubuhan ini terus ke hadapan, Program Protege untuk pertubuhan ini dilaksanakan bagi membentuk dan membimbing para graduan untuk menjadi lebih kompetitif dan bersedia ke pasaran global.\nPermohonan program ini dibuka sehingga sehingga 20 September 2022.\n\nFaedah Ditawarkan\nFaedah ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:\nElaun sebanyak RM2,000 sebulan.Cuti tahunan 8 hari.Cuti sakit 8 hari.Bil perubatan RM200 (semasa latihan).Caruman Perkeso & SIP.\nTempoh Latihan\nTempoh latihan yang bakal dilalui oleh para graduan adalah selama 8 bulan iaitu:\u2013 2 minggu kursus \u2018soft skill.\u2019\u2013 Selebihnya \u2018On the Job Training.\u2019\n\n\n\n\nTempat Latihan\nTempat latihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:\nNAFAS HQSyarikat Subsidari NAFAS\nJurusan Layak Memohon\nJurusan yang layak memohon program ini adalah seperti berikut:\nAkaun/Kewangan/PelaburanPengurusan Sumber ManusiaPentadbiran PerniagaanPemasaran/Perniagaan TaniPengurusan Peruncitan/LogistikPengurusan Sains PerladanganUndang-UndangTeknologi Maklumat/MultimediaKejuruteraanSains Pertanian/Pengeluaran Ternakan/Pertenakan Haiwan/HortikulturKomunikasi KorporatCorporate Secretarial\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh graduan ialah graduan mestilah mempunyai Ijazah Sarjana Muda.\nCara Memohon\nPermohonan bagi program ini boleh dibuat dengan menghantar resume kepada [email\u00a0protected].\nPertanyaan Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Program Protege ini, layari http://nafas.com.my/ dan sebarang pertanyaan, sila hubungi:\nEn Faizal Afzan: 03-61441231Cik Norathirah: 03-61442084\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/contoh-minit-mesyuarat/", "title": "Contoh Format & Template Minit Mesyuarat Ringkas & Padat", "body": "\n\n\n\n\n\nSetiap mesyuarat yang dijalankan termasuk di sekolah perlu mengandungi minit mesyuarat yang merakamkan setiap butiran dan agenda mesyuarat yang dibincangkan.\nButiran ini amat penting bagi memastikan setiap perkara berbangkit telah dicatatkan secara hitam putih.\nKebiasaannya, setiausaha akan menjadi orang yang bertanggungjawab untuk mencatatkan setiap butiran dan perincian yang dibincangkan dalam mesyuarat.\nBerikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara mencatat minit dalam sebarang bentuk perjumpaan dalam organisasi, sekolah dan sebagainya.\nPengenalan\nMinit mesyuarat ialah catatan mengenai setiap butiran yang telah dibincangkan atau dipersetujui di dalam mesyuarat.\nTujuan minit ini ditulis adalah untuk memastikan setiap perkara yang dibincangkan dan dipersetujui diambil tindakan selain menjadi dokumen rujukan rasmi setiap mesyuarat.\nDokumen ini mempunyai format yang tersendiri dan perlu mengikut format yang ditetapkan.\nContoh Format Minit Mesyuarat\nSetiap minit yang ditulis perlu mengikut format seperti berikut:\n1. Maklumat Mesyuarat\nMaklumat mesyuarat perlu ditulis yang terdiri daripada nama, bilangan mesyuarat, tarikh, masa, tempat, pengerusi mesyuarat, dan kehadiran.\n\n2. Senarai Kehadiran\nSenarai kehadiran perlu ditulis dan perlu membezakan sama ada:\n\nHadir\nTidak Hadir\nTurut Serta\n\n\n3. Perutusan Pengerusi\nPerutusan pengerusi mengandungi catatan tentang perkara penting yang dibangkitkan oleh pengerusi mesyuarat.\n\n\n\n\n\n4. Pengesahan Minit \nPengesahan minit perlu dilakukan sekiranya wujud mesyuarat sebelumnya.\n5. Kandungan Perbincangan\nKandungan minit perlu memperincikan setiap butiran perbincangan yang dilakukan.\n\n6. Hal-Hal Lain\nHal-hal lain ialah perkara yang tidak terkandung di dalam agenda mesyuarat yang dibangkitkan oleh ahli mesyuarat.\n\n7. Penutup atau Ucapan Penangguhan\nUcapan penangguhan adalah ucapan penutup daripada pengerusi mesyuarat untuk menutup mesyuarat.\n\n8. Tandatangan Pihak yang Menyediakan dan Semakan\nDi akhir minit ini ditulis, pastikan ruangan tandatangan dan pihak yang menyemak minit ini disediakan.\n\nRujukan: SMK Bukit Rambai\nBaca juga:\n\nGIATMARA: Permohonan Kemasukan Sesi Julai 2023\nPeta i-Think: Peta Pemikiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)\n\nContoh Template\nContoh template minit yang boleh dijadikan rujukan oleh para guru adalah seperti berikut:\nContoh-Minit_MesyuaratDownload\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sps-caruman-sendiri/", "title": "SPS Padanan Caruman: Bantuan Caruman Orang Bekerja Sendiri", "body": "\n\n\n\n\n\nBagi Orang Bekerja Sendiri (OBS), anda boleh memohon SPS Padanan Caruman daripada PERKESO untuk diberi perlindungan selama 12 bulan/1 tahun.\nSPS Padanan Caruman ialah pembiayaan padanan caruman di mana OBS hanya perlu membayar sebanyak 20% atau RM46.60 sahaja daripada kadar caruman RM232.80 di bawah Pelan Caruman dua.\nManakala baki bayaran 80% iaitu RM186.20 pula akan dibiayai oleh kerajaan.\nPermohonan boleh dibuat bermula\u00a01 Mei 2023\u00a0dan kelulusan adalah tertakluk kepada keputusan\u00a0PERKESO.\n\nKumpulan Sasar SPS Padanan Caruman\nKumpulan sasar bagi bantuan padanan caruman ini adalah seperti berikut:\n\nSPS Asal- Orang Asli (Semenanjung) dan Orang Asal (Sabah dan Sarawak) yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.\nSPS Gig 3.0 (Pekerja Gig)- Orang yang bekerja sendiri menggunakan aplikasi digital di bawah syarikat pengantara (Service Platform Provider) di bawah 20 sektor.\nSPS Jaja 2.0- Sektor Penjaja (Pasar, gerai/kiosk dan food truck).\nSPS Lain Upaya-Orang kurang upaya yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.\nSPS Seni 2.0- Sektor kesenian yang terdiri daripada artis , penyanyi, pelakon, penari, kru produksi, kraftangan, pelukis, jurufoto, dan sebagainya.\nSPS Usahawanita- Wanita yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.\nSPS Agro- Sektor pertanian, sektor pertenakan, sektor perhutanan, dan sektor perladangan.\nSPS Sukan- Semua sukan Malaysia termasuklah sukan tradisional dan moden.\nSPS Joran- Sektor perikanan (akuakultur).\nSPS Didik- Individu yang menjalankan aktiviti pendidikan seperti jurulatih, perunding, tenaga pengajar yang bekerja di bawah 20 sektor.\nSPS Servis- Ejen dan semua jenis perkhidmatan di bawah 20 sektor.\n\nFaedah Perlindungan\nFaedah perlindungan yang ditawarkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nNo.FaedahKeterangan1Faedah PerubatanRawatan perubatan di klinik panel/hospital kerajaan PERKESO dan membuat tuntutan penggantian perbelanjaan yang dikeluarkan2Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)80% daripada RM1,550 (setiap cuti sakit berkelayakan menerima RM41.33 sehari)3Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)90% daripada RM1,550 dan tertakluk kepada faktor umur dan taksiran peratus hilang upaya kekal4Faedah Orang Tanggungan (FOT)RM1,395* sebulan sepanjang hayat*tertakluk kepada kategori orang tanggungan5Elaun Layanan Sentiasa (ELS)RM500 sebulan6Faedah Pengurusan MayatRM2,0007Faedah Pinjaman PendidikanFaedah berbentuk pinjaman pendidikan kepada anak OBS yang layak sekiranya OBS meninggal dunia akibat Bencana Pekerjaan Sendiri atau menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)8Kemudahan Pemulihan Jasmani atau VokasionalBekalan alat bantuan seperti kerusi roda, tilam, tongkat, anggota tiruan, fisioterapi, dan lain-lain. Program \u201cReturn to Work (RTW)\u201d serta latihan vokasional dalam bidang kursus yang ditawarkan di Pusat REHAB PERKESO\nSyarat Kelayakan SPS Padanan Caruman\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\n\nBertaraf warganegara Malaysia/pemastautin tetap tanpa mengira had umur.\nIndividu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.\nBekerja sepenuh masa atau separuh masa.\nOBS yang bekerja di Malaysia.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan dan pengaktifan perlindungan SPS Padanan Caruman boleh dibuat melalui:\n\nPortal Matrix: https://matrix.perkeso.gov.my/mypass/login.\nKaunter Pejabat PERKESO yang berdekatan.\nAplikasi mobil PERKESO di\u00a0Google Play Store\u00a0atau\u00a0Apple Store.\nEjen Korporat PERKESO yang berdaftar.\n\nDokumen Sokongan\nPemohon perlu menyerahkan dokumen sokongan berikut semasa membuat permohonan:\n\nSalinan kad pengenalan (hadapan dan belakang).\nSurat pengesahan pekerjaan daripada agensi atau pihak berkuasa yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor.\n\nInfo Lanjut\nInfo mengenai SPS Padanan Caruman, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/sps-padanancaruman.html. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/rkpys-yayasan-selangor/", "title": "RKPYS 2023: Tawaran Biasiswa Tingkatan 1 Yayasan Selangor", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Selangor (YS) akan membuka permohonan bagi Tingkatan 1 2022 bermula 3 Januari 2023 untuk Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RKPYS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nUntuk makluman, RKPYS adalah program bersama antara KPM dan YS bagi tujuan pengambilan dan penempatan pelajar-pelajar tingkatan satu ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor serta tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor.\nTujuan prorgram ini diwujudkan adalah untuk membantu pelajar-pelajar miskin di Selangor tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan pelajaran yang terbaik kepada mereka.\nMurid-murid yang terpilih akan diberikan biasiswa selain bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih-tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar yang terlatih.\n\nPenempatan Asrama\nMurid tajaan program ini akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalanJabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan juga Asrama Pusat Yayasan Selangor.\ni) Asrama Pengurusan Yayasan Selangor\nTerdapat 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu:\n\nAsrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)\nAsrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)\n\n\n\n\nAsramaNama SekolahJantinaAYSSBSMK Ungku Aziz, Sabak BernamLelakiAYSKSMK Tinggi Klang, KlangLelaki AYSK SMK Tengku Ampuan Rahimah, KlangLelaki/Perempuan AYSK SMK (P) Methodist, KlangPerempuan AYSK SMK Convent, KlangPerempuan AYSK SMK Methodist ACS, KlangLelaki AYSK SMK (P) Bukit Kuda, KlangPerempuan\n\n\n\nii) Asrama Daerah Yayasan Selangor\n\n\n\n\nAsramaNama SekolahJantinaSabak BernamSMK Ungku Aziz, Sabak BernamPerempuan Sabak Bernam SMK Sungai BesarLelaki/Perempuan Sabak Bernam SMK Dato\u2019 Mustaffa, SekinchanPerempuanKuala SelangorSMK Dato\u2019 Harun, Tanjong KarangLelaki/PerempuanKuala SelangorSMK Pengkalan Permatang Lelaki/Perempuan Hulu SelangorSMK Kuala Kubu Bharu Lelaki/Perempuan PetalingSMK Damansara Utama Lelaki/Perempuan Petaling SMK Shah Alam Lelaki/Perempuan Hulu LangatSMK Tinggi KajangLelaki Hulu Langat SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang Lelaki/Perempuan Hulu Langat SMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama) Perempuan Kuala LangatSMK Telok Panglima Garang Lelaki/Perempuan Kuala LangatSMK Banting Lelaki/Perempuan Kuala Langat SMK Bukit Changgang Lelaki/Perempuan SepangSMK Seri Sepang Lelaki/Perempuan W.P Kuala LumpurSMK Victoria Lelaki \niii) Tanpa Asrama (Berulang dari rumah)\nNegeriNama SekolahJantinaSelangorSMK (P) Sri Aman, Petaling JayaPerempuan Selangor SMK (P) Assunta, Petaling JayaPerempuan Selangor SMK (L) Bukit Bintang, Petaling JayaLelaki W.P Kuala Lumpur SMK Aminuddin Baki Lelaki/Perempuan \nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:\n\nPemohon mendapat sekurang-kurangnya TP 3 di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.\nBersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandar\nPemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun\nPemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.\nPemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.\nPemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.\n\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan RKPYS ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web http://sm.yselangor.com/smpysv2/.\nKlik butang \u2018Permohonan Baru.\u2019\nIsi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.\nSediakan dokumen permohonan dengan lengkap.\nCetak borang permohonan atas talian yang telah lengkap dan menghantar beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar di alamat:Bahagian Hal Ehwal PelajarYayasan SelangorTingkat 17, Menara Yayasan Selangor,No. 18A, Persiaran Barat,46000 Petaling Jaya, Selangor\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:\n\nKeputusan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah)- 1 salinan\nKeputusan UPKK (sekiranya ada)- 1 salinan\nSijil PAJSK\u2013 1 salinan\nKad Pengenalan Pemohon , ibu, bapa/penjaga- 1 salinan\nSijil Lahir Pemohon,Ibu atau bapa\u2013 1 salinan (Bagi pemohon/ibu/ bapayang tidak lahir di Selangor, sila isi Borang Pengesahan Pemastautin)\nSlip Gaji Ibu,Bapa/Penjaga- 1 salinan (Bagi ibu,bapa/penjaga yangtidak mempunyai slip gaji, sila isi Borang Pengesahan Pendapatan).\n\nSemua dokumen di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan danProfesional/PengerusiJKKK/Penyelia Pembangunan Mukim/Penghulu/Ketua Kampungdan yang setaraf dengannya.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai RKPYS, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 03-7669 1218/1158/1177/1150/1141.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/contoh-laporan/", "title": "Contoh Laporan & Format Penulisannya", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk mengetahui cara penulisan laporan, para murid boleh merujuk contoh laporan untuk mengetahui formatnya. \nLaporan ditulis untuk menceritakan peristiwa atau melaporkan sesuatu program yang dijalankan.\nDewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mentakrifkan laporan bermaksud sesuatu yang dilaporkan mengenai maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yang dihadapi dan lain-lain) yang dilaporkan.\nIni bermakna, gambaran sesuatu peristiwa tersebut dilaporkan secara keseluruhannya menerusi laporan yang ditulis. \n\nJenis Penulisan Laporan\nTerdapat dua jenis penulisan laporan iaitu:\n\nLaporan format tertentu\nLaporan format karangan\n\nLaporan berformat bermaksud laporan yang ditulis untuk melaporkan program yang dijalankan di dalam borang yang disediakan.\nUntuk laporan jenis ini, lazimnya lebih ringkas dan tidak terlalu panjang penulisannya.\nLaporan format karangan pula adalah laporan dalam bentuk karangan mengenai keseluruhan aktiviti atau program yang dijalankan.\nFormat Laporan\nUntuk format laporan bersifat karangan, terdapat 5 perkara yang perlu ada iaitu:\n\nTajuk \nIsi\nTandatangan\nNama dan jawatan\nTarikh laporan ditulis\n\n1. Tajuk \u00a0\u00a0\nTajuk laporan perlu ditulis dengan menyertakan nama aktiviti atau program yang dijalankan.\nTajuk laporan hendaklah ditulis ditengah-tengah dengan permulaan huruf adalah huruf besar. \n2. Isi \n\n\n\n\nIsi di dalam laporan perlu mengandungi beberapa perenggan yang dimulakan dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.\nIsi laporan perlulah menceritakan maklumat penting yang berlaku di dalam aktiviti atau program tersebut. \n3. Disediakan oleh dan Tandatangan\nTandatangan perlu diturunkan oleh setiausaha bagi mengesahkan pihak yang menulis laporan tersebut. \n4. Nama dan Jawatan\nNama dan jawatan penulis perlu ditulis di bawah tandatangan yang telah diturunkan.\n5. Tarikh\nTarikh laporan perlu ditulis di bahagian kanan kertas sebaris dengan perkataan \u201cDisediakan Oleh.\u201d\nContoh Laporan\nBerikut merupakan contoh-contoh karangan laporan\n\n\nMaklumat Lanjut\nSila rujuk buku-buku yang disenaraikan untuk mendapatlkan maklumat lanjut tentang penulisan laporan.\n\nBahasa laporan; Asmah Haji Omar Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1997\nPanduan bahasa & Format Penulisan Laporan ; Maimunah Hj. Omar Biroteks, ITM 1993\nSurat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan & Laporan ; Samsuddin Wahab Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005\nBahasa laporan: laras atau kesalahan bahasa? ; Asiah Idris Pelita Bahasa 01/10/1993\nLaras bahasa laporan mesyuarat ; Sulaiman Masri Dewan Masyarakat 01/09/1996\nPemantapan bahasa dalam penulisan laporan ; Mohamad Ibrahim Pelita Bahasa 01/11/2007\nPenulisan laporan ; Sulaiman Masri Dewan Masyarakat 01/06/1996\n\nSumber: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dpli-um/", "title": "DPLI UM: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaya (UM), pelajar boleh membuat permohonan pengajian ini melalui Fakulti Pendidikan UM.\nDi UM, DPLI UM lazimnya dikenali sebagai Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) yang menawarkan pengajian minimum 1 tahun (2 semester) dan maksimum 3 tahun (6 semester).\nKebiasaannya, program ini menawarkan kaedah pengajian kerja kursus dengan kredit bergraduat selama 36 semester.\n\nBidang Pengkhususan\nAntara bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut:\n\nPendidikan Sejarah\nPendidikan Bahasa Cina\nPendidikan Bahasa Melayu\nPendidikan Jasmani & Kesihatan\nPendidikan Matematik\nPendidikan Tahfiz\nPendidikan Kejuruteraan\nPendidikan Islam\nPendidikan Sains Komputer\nPendidikan Fizik*\nPendidikan Biologi*\nPendidikan Kimia*\nTESL\n\n*Jadual waktu fleksibel kecuali bagi bidang pengkhususan ini\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nIjazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan pertama (dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0); atau\nIjazah Sarjana Muda (dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7); dan\u2013 Sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan; atau\u2013 Lulus ujian bertulis yang ditentukan oleh Fakulti Pendidikan; atau\u2013 Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa; atau\u2013 Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya\nLulus Ujian\u00a0Malaysian Educators Selection Inventory\u00a0(MEdSI)\u00a0atau ujian psikometrik\u00a0lain yang diperakukan oleh\u00a0Fakulti Pendidikan dan\u00a0temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan.\nBagi pengkhususan Pendidikan Tahfiz, pemohon yang memiliki kelayakan tahfiz pada peringkat sijil/diploma berserta ijazah pertama yang bersesuaian atau ijazah pertama dalam pengkhususan yang berkaitan, boleh dipertimbangkan.\nBagi pengkhususan PBISBK, pemohon perlu membuktikan tahap kecekapan Bahasa Inggeris melalui MUET dengan skor sekurang-kurangnya Band 4.0; atau IELTS (International English Language Testing Services) (Academic)\u00a0dengan skor sekurang-kurangnya Band 6; atau TOEFL\u00a0(Test of English as a Foreign Language)\u00a0dengan skor sekurang-kurangnya 550 (PBT), 213 (CBT) dan 80 (IBT) atau kelayakan Bahasa Inggeris\u00a0lain yang diperakukan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa.\n\nUntuk pelajar antarabangsa, terdapat syarat tambahan yang perlu dipenuhi iaitu:\n\nPemohon antarabangsa perlu mempunyai sekurang-kurangnya IELTS (International English Language Testing Services) (Academic) band 5.5 atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor 550 (Paper based)/ TOEFL-CBT (Computer based) 213/TOEFL- IBT (Internet based) 80 jika ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantar atau lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Universiti Malaya.\nMemenuhi keperluan syarat Bahasa Malaysia sebelum penganugerahan ijazah.\n\nUntuk pelajar OKU berkeperluan khas atau OKU, selain syarat yang dinyatakan, permohonan boleh dipertimbangkan tertakluk kepada tahap keperluan khas dan ketidakupayaan, serta kesesuaian dengan keperluan/pengkhususan program.\nCara Memohon\nPermohonan untuk pengajian ini mestilah dibuat menerusi laman web https://maya.um.edu.my/ apabila iklan dibuka.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai DPLI UM, layari laman web https://education.um.edu.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/strok-haba/", "title": "Strok Haba: Gejala & Langkah Pencegahan", "body": "\n\n\n\n\n\nIbu bapa yang mempunyai anak-anak kecil adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga susulan berlakunya penyakit Strok Haba di dalam negara.\nSrok Haba berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat (41 darjah celcius atau lebih) akibat terdedah kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal.\nCuaca panas yang berlaku akan memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan manusia. \nKesan terhadap kesihatan boleh terjadi daripada tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.\nGolongan Berisiko\nGolongan yang berisiko untuk terkena penyakit ini adalah:\n\n\n\n\n\nMereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.\nOrang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).\nKanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah \u2022 Penghidap penyakit sistem pemafasan.\nPenghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.\n\nGejala Yang Boleh Berlaku\nGejala yang boleh berlaku akibat penyakit ini adalah seperti:\n\nPeningkatan suhu badan secara mendadak (41\u00b0C)\nDenyutan jantung menjadi cepat\nPernafasan cepat dan pendek\nTekanan darah menurun\nBadan kering dan panas\nTidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar\nRasa kepala berpusing\nPening\nRasa mual\nSawan atau pengsan\n\n\nLangkah Pencegahan Strok Haba\nLangkah pencegahan untuk mengelakkan daripada terkena penyakit ini adalah seperti berikut:\n\nMinum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan dan tunggu sehingga anda dahaga.\nMinum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.\nSeboleh-bolehnya berada di dalam rumah/bangunan.\nHadkan aktiviti luar.\nKerap berehat.\nMandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda.\nPakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.\nPakai topi atau payung yang besar.\nElakkan minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.\n\nLangkah Pencegahan Di Sekolah\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan peringatan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan bawah KPM untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:\n\nMenangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas.\nMemantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.\nBagi kawasan yang bacaan IPU melebihi 100, semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan.\nMemastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri.\nMenasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan.\nMembekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.\nSentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.\n\nMaklumat Lanjut Berkenaan Strok Haba\nMaklumat lanjut mengenai Strok Haba, sila layari laman web http://www.myhealth.gov.my/strok-haba-heat-stroke/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pengambilan-pensyarah-kakitangan-ipg-2022/", "title": "Permohonan Pengambilan Pensyarah & Kakitangan IPG 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang berminat untuk menjadi pensyarah, jurulatih kokurikulum, dan pegawai pengurusan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) 2022, permohonan pengambilan akan dibuka mulai 8 Februari 2022.\nIPG merupakan institut perguruan yang dinaik taraf daripada maktab perguruan hasil daripada kelulusan Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005.\nImplikasi daripada naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan.\nIndividu yang berminat boleh membuat permohonan mulai 8 Februari sehingga 25 Februari 2022.\n\nBidang Pengkhususan\nBidang pengkhususan yang ditawarkan kepada individu yang ingin memohon jawatan pensyarah adalah seperti berikut:\nBahasa Melayu (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL) (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)Bahasa PerancisBahasa JepunBahasa KoreaBahasa ArabBahasa TamilBahasa Cina (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)Sains (Fizik)Sains (Kimia)Sains (Biologi)Pendidikan Islam dan Al-Quran bidang Taranum (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)Pendidikan Awal kanak-kanak (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)Pendidikan JasmaniPendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan)Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran)MatematikKokurikulumSejarahPendidikan MoralReka bentuk Teknologi (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)\u2013 Ekonomi rumah tangga, (Jahitan, Masakan)\u2013 Kejuruteraan Elektrikal\u2013 Kejuruteraan Awam\u2013 Pertanian\u2013 Teknologi Pemesinan\u2013 Teknologi Kimpalan\u2013 Hospitaliti\u2013 Kejuruteraan ElektronikBahasa Kadazan Dusun (Keperluan Kritikal di Sabah dan Sarawak)Pendidikan Muzik- boleh bermain alat-alat muzik moden dan klasik (Terutama gitar)Pendidikan Seni VisualBimbingan dan kaunselingPegawai PengurusanIlmu Pendididikan\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan bagi individu yang ingin memohon adalah seperti berikut:\ni) Penysarah\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia.Telah Disahkan dalam perkhidmatan.Mempunyai tahap kesihatan yang baik.Mempunyai bukti kecemerlangan perkhidmatan, markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh 3 tahun berturut-turut (2019, 2020 dan 2021).Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib/surcaj.Pemohon Telah melaksanakan perisytiharan harta.Pemohon bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institut Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius.Pemohon berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG44 Hakiki/KUP.Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:\u2013 Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.\u2013 Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau\u2013 Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan ataukelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.\u2013 Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Pengarah dan Pengetua/Guru Besar).\nii) Jurulatih Kokurikulum\nMempunyai kelayakan seperti syarat kelayakan pensyarah dari 1 sehingga 10.Mempunyai kelayakan, pengalaman dan kepakaran dalam bidangKokurikulum.Mempunyai sekurang-kurangnya 1 Sijil Kejurulatihan dan 2 Sijil Kepegawaian dalam bidang Kokurikulum daripada Jabatan/Agensi Sukan yang diperaku,Aktif dan banyak memberi sumbangan dalam bidang Kokurikulum.\niii) Pegawai Pengurusan\nWarganegara Malaysia.Telah disahkan dalam perkhidmatan.Mmepunyai tahap kesihatan yang baik. Bukti kecemerlangan perkhidmatan, markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh 3 tahun berturtu-turut (2019, 2020 dan 2021).Pemohon tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib/surcaj.Telah melaksanakan perisytiharan harta.Mempunyai perakuan daripada Ketua Jabatan dan pemohon bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Tegar Institusi Pendidikan dan tidak berada dalam keberhutangan yang serius.Berada di Gred PPP Siswazah sekurang-kurangnya DG41 Hakiki /42/44 KUP.Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:\u2013 Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Akreditasi Malaysia.\u2013 Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik yang sama atau selari dalam Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana dan Ph.D dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nBuat permohonan secara dalam talian (online) melalui pautan https://sgmy.moe.gov.my/myMohon mulai 8 Februari 2022.Cetak borang permohonan setelah siap dilengkapkan.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:Unit Pengurusan Sumber Manusia,Pejabat Pendaftar,Institut Pendidikan Guru Malaysia,Kementerian Pendidikan Malaysia,Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan,63000 Cyberjaya, Selangor.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar beserta borang permohonan adalah seperti berikut:\nResume terkini.Kad pengenalan.Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini.Sijil-sijil Akademik (SPM/STPM/Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/PhD).Sijil-sijil Kokurikulum/penglibatan NGO.Sijil kelayakan profesional (sekiranya ada).Testimonial/pengesahan kerja daripada majikan.\nPertanyaan Lanjut\nUntuk pertanyaan lanjut mengenai pengambilan jawatan ini, sila hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia IPG di talian 03-8312 6666.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/pembiayaan-pendidikan-yayasan-angkasa/", "title": "Permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA", "body": "\n\n\n\n\n\nAnggota atau anak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang ingin mendapatkan pembiayaan pendidikan bagi menyambung pengajian mereka, mereka boleh memohon menerusi Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA.\nYayasan ANGKASA ialah yayasan yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2 Disember 2010 yang berperanan menyediakan kemudahan Pembiayaan Boleh Ubah kepada biasiswa kepada anggota koperasi atau anak anggota koperasi bagi melanjutkan pengajian\u00a0sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara.\nOleh itu, pemohon yang ingin mendapatkan pembiayaan ini boleh membuat permohonan sehingga 31 Oktober 2022.\n\nPeringkat Pengajian\nPeringkat pengajian yang ditawarkan bagi kemudahan pembiayaan ini adalah seperti:\nIjazah Sarjana Muda (PJJ)Ijazah Sarjana (Master)Ijazah Doktor Falsafah (PhD) \nPerubahan Kepada Biasiswa\nPembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA menawarkan perubahan kepada biasiswa mengikut pencapaian kelas dalam pengajian:\n\n\n\n\nSistem KelasPeratus PerubahanPertama100% BiasiswaKedua Atas60% BiasiswaLain-lain100% Pembiayaan\nMenariknya, pembiayaan ini tidak mengenakan sebarang faedah kepada peminjam.\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan pembiayaan ini adalah seperti berikut:\nWarganegara MalaysiaAnggota Koperasi yang berdaftar di bawah ANGKASA/anak kepada anggota koperasiTelah menerima surat tawaran pengajian daripada mana-mana IPTA atau IPTS.Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan daripada lain-lain penaja layak memohon.Maksimum 4 tahun pengajian (bagi mod pengajian sepenuh masa sahaja).\nCara Memohon\nPermohonan pembiayaan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\nPemohon perlu membeli pin sebanyak RM10 menerusi Jom Pay terlebih dahulu:\u2013 Biller Code: 86231\u2013 Ref 1: Kad Pengenalan pemohon\u2013 Ref 2: No Kad Pengenalan pemohonLayari laman web https://www.yayasanangkasa.coop/pya/login.php.Klik bahagian \u2018Daftar Kali Pertama.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan no pin diikuti dengan butang \u2018Hantar.\u2019Selepas itu, daftar klik\u00a0\u2018Login\u2019 dan\u00a0masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA, sila layari laman web https://www.yayasanangkasa.coop/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sarjana-pendidikan-upsi/", "title": "Permohonan Sarjana Pendidikan UPSI: Kemasukan Ogos 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah membuka permohonan bagi lepasan Ijazah Sarjana Muda untuk menyambung pengajian Sarjana Pendidikan\u00a0UPSI (Mod Cuti Sekolah) bagi kemasukan Ogos 2023.\nUntuk makluman, UPSI\u00a0merupakan\u00a0universiti\u00a0pendidikan pertama di\u00a0Malaysia yang telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1\u00a0Mei\u00a01997.\nSebelum ini, universiti ini sebelum ini dikenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris dan terletak di Tanjung Malim, Perak.\nJusteru itu, bagi yang berminat, permohonan program sarjana ini dibuka sehingga 20 Julai 2023. \n\nKelebihan Program Sarjana Pendidikan UPSI\nKelebihan program sarjana ini adalah seperti:\n\nIjazah dianugerahkan oleh UPSI.\nIjazah setara program arus perdana dan diiktiraf di dalam (JPA) dan luar negara.\nMod program adalah Mod C secara kerja kursus (Coursework)\nPenulisan Kertas Projek sekitar 60 halaman di bawah bimbingan penyelia tanpa viva.\nKuliah secara bersemuka ketika cuti sekolah penggal mengikut takwim KPM.\n\nKursus Yang Ditawarkan\nKursus-kursus yang ditawarkan bagi program ini adalah seperti:\nii) Sarjana Pendidikan\n\nFizik\nKimia\nBiologi\nPsikologi Pendidikan\nKesusasteraan Melayu\nTeknologi Instruksional\nPendidikan Sekolah Rendah \nMultimedia\nPendidikan Awal Kanak-Kanak\nMatematik\nBahasa Melayu\nPendidikan Sains Sekolah \nPendidikan Khas Rendah\nPendidikan Islam\nPengukuran & Penilaian \nTeknologi Maklumat Pendidikan \nSosiologi Pendidikan \nPendidikan Matematik Sekolah Rendah\nPengajian Kurikulum (Bahasa Melayu/Inggeris/Sains/Sejarah/Pendidikan Islam/Pendidikan Moral)\nPengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)\n\nii) Sarjana Sastera\n\n\n\n\n\nGeografi\n\nTempoh Pengajian\nTempohg pengajian adalah 3 hingga 4 semester yang mana tiada tesis dan viva sepanjang pengajian tersebut. \nYuran Pengajian\nYuran pengajian adalah RM15,000 (5 kali bayaran ansuran) sepanjang pengajian.\nSyarat Kemasukan\nSyarat kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nTerbuka kepada pemegang ijazah sarjana muda (semua bidang).\nCGPA Ijazah Sarjana Muda: Tidak kurang daripada 2.75.\nCGPA bagi program Bahasa Melayu dan TESL adalah minimum adalah 2.50.\nBagi CGPA kurang daripada 2.75, wajib mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan sekurang-kurangnya 5 tahun.\n\nTatacara Memohon Sarjana Pendidikan UPSI\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\nMuat turun borang permohonan di pautan https://cdn.me-qr.com/pdf/14384030.pdf\nIsi maklumat permohonan yang diperlukan.\nPastikan semua maklumat permohonan lengkap.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar borang permohonan ke alamat [email\u00a0protected].\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan yang perlu disediakan adalah seperti berikut:\n\nSalinan Kad Pengenalan yang disahkan.\nSalinan Ijazah/Sijil yang disahkan\nSemua Salinan Akademik Transkrip yang disahkan.\nSalinan Sijil Pelajaran Malaysia yang disahkan.\nSurat pengesahan jawatan/surat tawaran penempatan/ surat tawaran bekerja/ Salinan e-operasi (sejarah perkhidmatan guru)\nDokumen lain yang berkaitan (Contoh: Surat Sokongan Majikan) yang disahkan.\nGambar berukuran Passport\nBukti bayaran yuran proses RM 70.00(Tidak dikembalikan)\n\nPertanyaan Lanjut Berkaitan Sarjana Pendidikan UPSI\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai Sarjana Pendidikan UPSI, sila hubungi sekretariat program di talian:\n\nPejabat: 03-8922 0952\nTelefon bimbit: 019-559 2782/019-808 1951/019-930 7029/019-361 0831\n\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-sara-diri-kecemasan-mahasiswa-perak/", "title": "Permohonan Bantuan Sara Diri & Kecemasan Mahasiswa Perak", "body": "\n\n\n\n\n\nMahasiswa anak Negeri Perak kini boleh membuat permohonan untuk Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Perak di bawah Kerajaan Negeri Perak melalui Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, dan Sumber Manusia. \nUntuk makluman, Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak ialah bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahsiswa sewaktu menjalani pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).\nManakala, Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak adalah bantuan khas mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.\nUntuk Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak, permohonan boleh dibuat mulai 8 Februari 2023 sehingga 10 Mac 2023 manakala Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak boleh dibuat mulai 8 Februari 2023.\n\nKadar Bantuan\nKadar bantuan yang diberikan menerusi bantuan ini adalah seperti berikut:\n\nBantuan Sara Diri Mahasiswa Perak: Minimum\u00a0RM500, maksimum\u00a0RM2,000\u00a0(kelulusan mengikut kesesuaian).\nBantuan Kecemasan Mahasiswa Perak: sehingga RM5,000 (kelulusan mengikut kesesuaian)\n\n\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:\ni) Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak\n\n\n\n\n\nAnak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:\u2013 Pemohon dan ibu atau bapa\u00a0lahir di Negeri Perak; atau\u2013 Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah\u00a0bermastautin\u00a0di Negeri Perak lebih daripada\u00a010 tahun; atau\u2013 Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.\u2013 Keutamaan\u00a0kepada mahasiswa yang masih\u00a0menetap di Negeri Perak.\nPemohon sedang melanjutkan pengajian\u00a0sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD)\u00a0di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).\nPemohon daripada Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.\nSemua permohonan perlu mendapat\u00a0sokongan/pengesahan\u00a0pihak\u00a0Hal Ehwal Pelajar\u00a0di IPT pemohon.\nIsi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga pemohon\u00a0berpendapatan di bawah RM3,000 kebawah\u00a0(gaji pokok).\nKeutamaan permohonan adalah kepada mahasiswa yang memperoleh\u00a0PNG 3.0 dan ke atas.\nMahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.\nPemberian sekali setahun sahaja\u00a0bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).\n\nii) Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak\n\nAnak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:\u2013 Pemohon dan ibu atau bapa\u00a0lahir di Negeri Perak; atau\u2013 Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah\u00a0bermastautin\u00a0di Negeri Perak lebih daripada\u00a010 tahun; atau\u2013 Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.\u2013 Keutamaan\u00a0kepada mahasiswa yang masih\u00a0menetap di Negeri Perak.\nPemohon sedang melanjutkan pengajian\u00a0sepenuh masa peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD)\u00a0di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).\nPemohon daripada Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.\nSemua permohonan perlu mendapat\u00a0sokongan/pengesahan\u00a0pihak\u00a0Hal Ehwal Pelajar\u00a0di IPT pemohon.\nMenghantar\u00a0bukti pengesahan kejadian\u00a0dalam bentuk\u00a0Laporan Polis, Laporan Perubatan\u00a0atau\u00a0Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan\u00a0(Wakil Rakyat/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga).\nBantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak (sepanjang tahun dan perlu dihantar dalam tempoh\u00a02 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian).\n\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi laman web https://eheyns.com.my/bantuan-khas-mahasiswa/.\nDokumen Yang Diperlukan \nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:\ni) Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak\n\nSalinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.\nSalinan kad pelajar.\nSalinan penyata akaun bank pelajar.\nSalinan Surat Pengesahan Bermastautin/Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).\nSalinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini.\nPenyata pendapatan (isi rumah) bapa dan ibu/penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri, sila dapatkan pengesahan pendapatan.\nBorang Perakuan: Borang perakuan ini wajib disertakan bersama-sama dokumen sokongan\n\nii) Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak\n\nSalinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.\nSalinan kad pelajar.\nSalinan penyata akaun bank pelajar.\nSalinan Surat Pengesahan Bermastautin/ Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).\nSalinan Laporan Polis/Laporan Perubatan.\nPenyata pendapatan (isi rumah) bapa dan ibu/penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (gred 41/Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendirisila dapatkan pengesahan pendapatan.\nBorang Perakuan: Borang perakuan ini wajib disertakan bersama-sama dokumen sokongan.\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Perak, sila hubungi Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak di talian 05-2538600.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bantuan-awal-persekolahan-mains/", "title": "Bantuan Awal Persekolahan Negeri Sembilan MAINS 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Agama Islam\u00a0Negeri Sembilan\u00a0(MAINS) mempelawa ibu bapa di Negeri Sembilan untuk memohon Bantuan Awal Persekolahan MAINS bagi sesi persekolahan tahun 2023.\nUntuk pengetahuan, Bantuan Awal Persekolahan MAINS diberikan kepada ibu bapa yang layak dan mempunyai anak-anak yang bersekolah iaitu daripada peringkat pra sekolah sehingga sekolah menengah. \nPemberian Bantuan Awal Persekolahan MAINS ini dilaksanakan bagi membantu ibu bapa terutamanya mereka yang berpendapatan rendah untuk melakukan persiapan bagi sesi persekolahan baharu yang akan bermula pada tahun 2023.\nOleh itu, permohonan bantuan awal ini boleh dibuat mulai 10 November 2022 sehingga 28 Februari 2023 melalui borang permohonan yang disediakan. \n\nKategori Persekolahan\nPemberian bantuan awal ini diberikan kepada 3 kategori persekolahan iaitu:\n\n\n\n\n\nPeringkat pra sekolah: Murid yang berumur 6 tahun sahaja.\nPeringkat sekolah rendah: Murid yang berumur tahun 1 sehingga tahun 6 sahaja.\nPeringkat sekolah menengah: Murid tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 sahaja.\n\nSyarat Permohonan\nPemohon yang ingin memohon bantuan awal ini perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:\n\nPemohon ialah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap beragama Islam.\nPemohon bermastautin di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 1 tahun.\nKelulusan tertakluk permohonan pemohon tertakluk kepada pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang bersekolah.\n\nKaedah Permohonan\nUntuk memohon, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu: \n\nMuat turun borang permohonan yang disediakan melalui pautan https://mains.gov.my/v2/images/borang/borangpersekolahan2022.pdf\nIsi borang permohoan tersebut dengan lengkap dan betul.\nSediakan dokumen sokongan yang diperlukan.\nHantar borang permohonan dan dokumen sokongan kepada Pejabat MAINS yang berhampiran iaitu:\n\n\nMenara MAINS: Ibu Pejabat Bahagian Agihan, Jabatan Zakat, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan, Aras 14, Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jalan Taman Bunga,\u00a070100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.\nPort Dickson: No 3A \u2013 G , Jalan Waterfront 3 Port Dickson,Waterfront, 71000 Port Dickson.\nKuala Pilah: No,3 Tingkat 1, Jalan Angkasa Jaya, Bukit Pilah Perdana, 72000 Kuala Pilah.\nJohol: No. 1, Bangunan Kedai Air Mawang, 73100 Johol, Negeri Sembilan.\nSenawang: No.22, Taman Komersial Senawang, 70450 Seremban.\nTampin: PT 62, Tingkat 1, Tampin Square, Jalan Besar, 73000 Tampin.\nJempol: No 21 Jalan Casuarina 3, Pusat Perniagaan Casuarina, 72100, Bahau\nJelebu: No.12, Tingkat Atas, Kedai Perhentian Bas Kuala Klawang, 71600 Kuala Klawang, Jelebu.\nRembau: No 2,Tingkat Bawah, Bangunan RTC Rembau, Jalan Dato\u2019 Sedia Raja, 71300 Rembau.\nNilai: Lot 196, Jalan Nilai Square 6, 71800 Nilai.\nGemas: Lot 2000/1-F, Jalan Besar Gemas, 73400 Gemas, Negeri Sembilan.\n\nDokumen Sokongan\nDokumen sokongan yang perlu disediakan dan dihantar ke Pejabat MAINS adalah seperti berikut: \n\nSalinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan.\nSalinan MyKid/MyKad/sijil kelahiran tanggungan.\nSalinan Sijil Nikah/Surat Cerai/Sijil Kematian (jika berkenaan).\nSalinan Slip Gaji/pengesahan pendapatan pemohon dan pasangan (jika bekerja).\nSalinan penyata akaun bank/pengesahan akaun bank.\nSalinan Bil Air dan Elektrik tempat tinggal pemohon.\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan MAINS ini, sila hantar email ke\u00a0[email\u00a0protected] atau layari https://mains.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dermasiswa-utm-holdings/", "title": "Permohonan Dermasiswa UTM Holdings", "body": "\n\n\n\n\n\nUTM Holdings mempelawa pelajar yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk memohon Dermasiswa UTM Holdings.\nDermasiswa UTM Holdings adalah sumbangan dana yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah UTM Holdings Sdn Bhd untuk diberikan kepada pelajar UTM yang memerlukan.\nIni diharap dapat membantu pelajar UTM yang memerlukan terutamanya kepada kepada pelajar yang datang daripada golongan yang berpendapatan rendah.\nJusteru itu, pelajar yang ingin mendapatkan dermasiswa ini boleh membuat permohonan sebelum 13 September 2022.\n\nFaedah Kepada Penerima\nPenerima yang bakal menerima dermasiswa ini akan menerima faedah-faedah seperti berikut:\n\n\n\n\nDianugerahkan dengan satu sijil kecemerlangan yang mengiktiraf pencapaian akademik pelajar.Pemberian wang tunai sebanyak RM5,000 seorang bagi memastikan pengajian pelajar dapat diteruskan tanpa masalah kewangan.Peluang kerja amali \u201cinternship\u201d dengan UTM Holdings (jika diperlukan).\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk memohon dermasiswa ini adalah seperti berikut:\nBerada di Tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa UTM pada Sesi 2022/2023.Memperoleh PNGK 3.5 ke atas.Warganegara Malaysia.Kategori B40.Tidak menerima apa-apa biasiswa/pinjaman.\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan untuk memohon dermasiswa ini adalah seperti berikut:\nLayari pautan permohonan berikut https://forms.gle/C3QpJ6gbntJpcyCM6.Isi maklumat permohonan tersebut.Pastikan semua maklumat diisi.Klik butang \u201cSubmit\u201d untuk menghantar permohonan.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan lanjut mengenai Dermasiswa UTM Holdings, sila hubungi Hotline Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) di talian 011-55599651 atau 07-5530680 atau emel ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/maybank-group-scholarship-programme/", "title": "Permohonan Maybank Group Scholarship Programme 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nIndividu yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat tinggi adalah dialukan untuk memohon Maybank Group Scholarship Programme 2023.\nMaybank Group Scholarship Programme merupakan program biasiswa yang diperkenalkan oleh Yayasan Maybank sebagai salah satu program CSR syarikat tersebut.\nBermula tahun 2019, hampir 2,000 pelajar Malaysia telah mendapat manfaat daripada program ini dengan akses untuk mendapat pendidikan prasiswazah berkualiti tinggi dalam pelbagai disiplin yang terpakai kepada perbankan dan kewangan daripada beberapa universiti terbaik di dunia. \nProgram biasiswa ini akan diberikan kepada pelajar terpilih yang berpotensi tinggi dalam aktiviti akademik dan kokurikulum serta kualiti kepimpinan yang cemerlang, yang ditaja untuk melanjutkan pengajian di universiti utama di Malaysia, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.\nUntuk individu yang berminat, sila buat permohonan segera sebelum 6 Mac 2023.\n\nManfaat Biasiswa\nManfaat biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut:\n\nBiasiswa penuh yang meliputi kos tuisyen dan yuran pendaftaran, komputer riba, dan perbelanjaan berkaitan termasuk buku, penginapan, dan elaun sara hidup.\nProgram pembangunan meliputi:\u2013 Bengkel dan Program Mbassador\u2013 Aktiviti Kem Boot dan Pembinaan Pasukan\u2013 Pembelajaran Berasaskan Komuniti\u2013 Penglibatan dengan Exco/Pengurus Kanan Maybank\nPendedahan tentang pengalaman kerja-kehidupan dalam Kumpulan Maybank.\nTerikat dengan bank dan tawaran peluang pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian.\n\nSenarai Bidang Pengajian\nBidang pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut:\n\nPerakaunan\nKewangan\nPengurusan\nPemasaran\nTeknologi maklumat\nEkonomi\nPerbankan\nAktuari\nMatematik\nSumber Manusia\nPsikologi\nPerniagaan\nUndang-undang\nStatistik\nPelaburan\nPengurusan Risiko\nKursus berkaitan masa hadapan (iaitu pengaturcaraan, pengekodan, reka bentuk kreatif, sains data, aplikasi mudah alih, reka bentuk web, dan lain-lain)\n\nSenarai Universiti \nSenarai universiti dalam negara yang layak menerima program biasiswa ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nUniversiti Malaya (UM)\nUniversiti Putra Malaysia (UPM)\nUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)\nUniversiti Teknologi Mara (UITM)\nInternational Islamic University Malaysia (IIUM)\nUniversiti Sains Malaysia (USM)\nUniversiti Teknologi Malaysia (UTM)\nUniversiti Utara Malaysia (UUM)\nUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP)\nUniversiti Malaysia Pahang (UMP)\n\nUntuk pengajian di luar negara pula, pengajian yang layak menerima biasiswa ini adalah:\n\nUK: A-level\nAS: Program Ijazah \nAustralia: Matrikulasi Australia Selatan/Sijil Pendidikan Australia Selatan\nSarjana Muda Antarabangsa\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:\ni) Pengajian Dalam Negara\n\nJumlah pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM120,000 setahun.\nBerumur tidak melebihi 21 tahun.\n\nii) Pengajian Luar Negara\n\nJumlah pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM180,000 setahun.\nTelah mendaftar dalam program Asasi, dan telah diterima untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sepenuh Masa di universiti peringkat teratas terpilih di UK, Amerika Syarikat atau Australia (Surat Kemasukan atau Tawaran Surat Bersyarat).\nBerumur tidak melebihi 21 tahun.\n\nKaedah Memohon\nPermohonan program biasiswa ini boleh dibuat menerusi pautan\u00a0https://www.maybankfoundation.com/index.php/our-impact/maybank-group-scholarship-programme.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Maybank Group Scholarship Programme 2023, sila layari laman web\u00a0https://www.maybankfoundation.com/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/fly2campus/", "title": "Fly2Campus: Sistem Penyelarasan Pulang Pelajar Menerusi Penerbangan", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar-pelajar yang akan kembali semula ke kampus menerusi perkhidmatan penerbangan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mewujudkan sistem Fly2Campus sebagai bagi tujuan menyelaras pergerakan pulang pelajar yang menggunakan perkhidmatan penerbangan.\nFly2Campus merupakan sistem yang digunakan sebagai platform pengumpulan maklumat bagi pelajar yang berminat menggunakan perkhidmatan penerbangan bagi pergerakan pulang ke kampus.\nMenerusi penggunaan sistem ini, penyedia perkhidmatan penerbangan akan melaksanakan penyelarasan berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui Fly2Campus dan akan menghubungi pelajar bagi tujuan pembelian tiket.\nIni secara tidak langsung akan melancarkan pergerakan pulang pelajar terutamanya bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan penerbangan. \n\nPengguna Sistem\nSistem ini hanya boleh digunakan oleh pelajar IPT berstatus warganegara sahaja dan tidak terpakai bagi pelajar antarabangsa. \nMereka juga mestilah telah menerima pemakluman kemasukan ke kampus bagi sesi akademik 2021/2022 secara fizikal mulai 15 Obtober 2021 dan menggunakan perkhidmatan penerbangan. \n\n\n\n\nTarikh Penggunaan Sistem\nSistem ini boleh digunakan mulai 1 Oktober 2021 bermula jam 12.00 tengah hari dan akan tamat pada 6 Oktober 2021 pada jam 12.00 tengah hari.\nLapangan Terbang Terlibat\nSenarai lapangan terbang yang terlibat dalam penyelarasan bagi penghantaran pulang pelajar ke kampus adalah seperti berikut:\nLapangan Terbang Senai, Johor.Lapagan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan.Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan KLIA 2Lapangan Terbang Labuan.Lapangan Terbang Antarabangsa Penang.Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah.Lapangan Terbang Sandakan, Sabah.Lapangan Terbang Tawau, Sabah.Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak.Lapangan Terbang Miri, Sarawak.Lapangan Terbang Sibu, Sarawak. \nCara Mendaftar\nUntuk membuat pendaftaran menerusi Sistem Fly2Campus, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari laman web https://iptpelajar.mohe.gov.my/.Klik butang \u2018Daftar Masuk\u2019 dan diikuti dengan memasukkan no kad pengenalan dan Captcha.Daftar maklumat diri dengan lengkap dan betul. Kemudian, pilih tarikh penerbangan, balai pelepasan penerbangan, dan destinasi.Setelah selesai, pihak perkhidmatan penerbangan akan menghubungi pelajar bagi pembelian tiket.Buat urusan pembelian tiket pada tarikh dan masa yang telah dipilih.\nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan mengenai sistem Fly2Campus, sila hubungi Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6628/6949/6623. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tpsm/", "title": "TPSM: Tatacara Tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia", "body": "\n\n\n\n\n\nTahukah anda bahawa pelajar sekolah di Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilindungi oleh takaful apabila mereka mengalami kemalangan?\nSkim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) merupakan skim takaful pelindungan di bawah Takaful Malaysia bagi murid-murid di sekolah di seluruh Malaysia.\nTPSM memberikan pelindungan kepada murid-murid 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dan ianya percuma kepada seluruh murid di Malaysia.\nJika berlaku kemalangan melibatkan murid-murid terbabit di mana-mana sahaja di seluruh dunia, mereka boleh membuat tuntutan menerusi TPSM dan akan memperoleh manfaat mengikut skop perlindungan yang telah ditetapkan. \n\nSkop Perlindungan\nTerdapat 5 skop pelindungan yang boleh dituntut oleh ibu bapa murid tersbut sekiranya berlaku kemalangan iaitu:\n\nKematian akibat kemalangan: RM5,500.00\nLumpuh berkekalan seluruh anggota akibat kemalangan: RM22,000.00\nTerpisah atau hilang anggota kedua-dua tangan, kaki, atau mata: RM22,000.00\nTerpisah atau hilang anggota salah satu tangan, kaki, atau mata: RM11,000.00\nKhairat Kematian: RM1,500.00\nTuntutan Elaun Tunai Hospital bagi setiap hari yang dimasukkan ke hospital kerajaan/swasta tidak melebihi 60 hari berturut-turut: RM25.00 sehari\nElaun Kerusi Roda: RM1,000.00\n\nTatacara Tuntutan\nSetiap tuntutan mestilah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh kemalangan yang dialami oleh murid terbabit.\nTatacara untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:\n\nIbu bapa perlu membawa dokumen berkaitan kemalangan kepada pihak sekolah.\nPihak sekolah perlu memuat turun borang tuntutan di pautan https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/bantuan-pembelajaran-1/skim-perlindungan-murid-1/skim-tpsm/3143-borang-tuntutan/file.\nPihak sekolah perlu mengisi borang tuntutan tersebut dengan lengkap dan betul.\nSetelah siap, borang tuntutan, dan dokumen berkaitan perlu dihantar ke mana-mana pejabat Cawangan Takaful Malaysia atau dihantar terus kepada:Urusetia Tuntutan TPSMSyarikat Takaful Malaysia Berhad,Tingkat 19, Blok Utama, Menara Takaful Malaysia,No. 4 Jalan Sultan Sulaiman,50000 Kuala Lumpur, Malaysia.\n\nDokumen Berkaitan\nDokumen berkaitan yang perlu dikemukakan bersama borang tuntutan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\ni) Tuntutan Kematian Akibat Kemalangan\n\nLaporan Polis (Kematian kemalangan sahaja).\nSalinan Sijil Kematian/Permit menguburkan.\nSalinan Sijil Kelahiran, Muka Hadapan Buku.\nBank/Penyata Bank & Kad Pengenalan Penerima.\nBayaran Tuntutan Takaful\n\nii) Tuntutan lumpuh berkekalan/terpisah atau hilang anggota\n\nBorang Tuntutan TPSM (diisi lengkap) bersama-sama dokumen sokongan termasuk gambar sebelum dan selepas kemalangan dan Laporan Perubatan/Pakar (kos laporan ditanggung oleh waris).\nLaporan Polis.\nSalinan Sijil Kelahiran.\nMuka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran tuntutan takaful.\n\niii) Khairat Kematian\n\nBorang Tuntutan TPSM (diisi lengkap).\nSalinan Sijil Kematian/Permit Menguburkan.\nSalinan Sijil Kelahiran.\nMuka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran tuntutan takaful.\n\niv) Tuntutan Elaun Tunai Hospital\n\nBorang Tuntutan TPSM (diisi lengkap).\nPengesahan Rawatan/Ward Chit/Discharge Note.\nSalinan Sijil Kelahiran.\nMuka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran tuntutan takaful.\n\nv) Elaun Kerusi Roda\n\nBorang Tuntutan TPSM (diisi lengkap) bersama-sama dokumen sokongan termasuk gambar sebelum dan selepas kemalangan dan Laporan Perubatan/Pakar (kos laporan ditanggung oleh waris).\nSalinan bil asal pembelian Kerusi Roda\nSalinan Sijil Kelahiran\nMuka hadapan buku bank/penyata bank & kad pengenalan penerima bayaran tuntutan takaful.\n\nPertanyaan Lanjut\nUntuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Urusetia Tuntutan TPSM di talian 03-22681984 atau talian bebas tol 1-800 387180. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/sop-aktiviti-kokurikulum-secara-bersemuka/", "title": "SOP Aktiviti Kokurikulum Secara Bersemuka Dalam Sekolah KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan kebenaran pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara bersemuka dalam sekolah di bawah kementerian tersebut mulai 21 Mac 2022. \nKebenaran ini adalah tertakluk kepada tatacara pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum di dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.\nSelain itu, KPM turut membenarkan penganjuran aktiviti/pertandingan/kejohanan sukan dan kokurikulum namun pelaksanaannya adalah terhad dalam kawasan sekolah dan hanya melibatkan murid/guru/jurulatih/pengajar sekolah berkenaan sahaja.\nNamun, pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum dalam kawasan sekolah yang melibatkan agensi luar pula perlu mendapat kebenaran KPM.\nPelaksanaan Aktiviti Sukan & Kokurikulum\nPelaksanaan kegiatan kokurikulum merujuk kepada apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.\nAktiviti yang dimaksudkan merangkumi aktiviti sukan dan permainan, kelab dan persatuan, pasukan badan beruniform serta aktiviti lain yang diluluskan oleh KPM.\nPanduan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan SOP Pembukaan Sektor Sukan dan Rekreasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dari semasa ke semasa.\n\n\n\n\nPengurusan Umum\nPengurusan umum bagi pelaksanaan pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara bersemuka dalam sekolah adalah seperti berikut:\nMurid/ guru/jurulatih/pengajar yang bergejala tidak dibenarkan menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum.Murid mempunyai imuniti badan yang rendah perlu mendapat kebenaran daripada ibu bapa/penjaga sebelum menyertai aktiviti.Aktiviti anjuran sekolah hanya boleh dilaksanakan di dalam kawasan sekolah dan melibatkan murid sekolah berkenaan sahaja dengan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.Aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka boleh dilaksanakan secara individu dan berkumpulan/berpasukan.Penganjuran aktiviti/pertandingan/kejohanan hanya dilaksanakan di dalam kawasan sekolah dan melibatkan murid/guru/jurulatih/pengajar sekolah berkenaan sahaja.Penggunaan fasiliti sekolah tertakluk kepada 50 peratus kapasiti dan kesesuaian ruang.Sekiranya penyertaan melebihi 50 peratus kapasiti, aktiviti boleh dilaksanakan secara penggiliran berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Guru perlu menyediakan bahan tugasan bagi murid yang tidak hadir bersemuka.Pelaksanaan aktiviti di kawasan tertutup/dewan mestilah mempunyai sistem pengudaraan yang baik.Pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum bagi murid mestilah bawah seliaan guru/jurulatih/pengajar yang telah mendapat vaksin lengkap. Jurulatih/pengajar perlu menjalani ujian RTK-Antigen (kit ujian kendiri COVID-19) atas tanggungan sendiri sebelum melaksanakan aktiviti dalam kawasan sekolah.Kaedah penyampaian hadiah bagi semua kejohanan/pertandingan dilaksanakan tanpa melibatkan sentuhan fizikal.\nSebelum Aktiviti\nSebelum aktiviti, guru dan murid perlu memenuhi perkara-perkara berikut:\nKehadiran guru/jurulatih/pengajar dan murid berdasarkan jadual serta penggiliran aktiviti sukan dan kokurikulum.Pelan susun atur disediakan dengan mengoptimumkan penggunaan padang, gelanggang dan ruang lain yang bersesuaian.Guru/jurulatih/pengajar dan murid mesti memakai pelitup muka sebelum melaksanakan aktiviti sukan dan kokurikulum.Peralatan berada dalam keadaan bersih dan perlu disanitasi serta selamat untuk digunakan.Murid digalak menggunakan peralatan sendiri seperti raket badminton, tali ikatan dan alat muzik.Bilik mandi/persalinan/tandas berada dalam keadaan bersih dan perlu disanitasi secara berkala sebelum dan selepas digunakan.Bilangan murid yang menggunakan bilik mandi/persalinan/tandas dihadkan mengikut kapasiti bilik.\nSemasa Aktiviti\nSemasa aktiviti berlangsung, para murid dan guru perlu mematuhi perkara berikut:\nPelaksanaan aktiviti fizikal bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri perlu mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 hingga 3 meter.Penyampaian maklumat atau arahan diberikan secara lisan tanpa melibatkan sentuhan fizikal (anggota badan).Guru/jurulatih/pengajar dan murid dibenar menanggalkan pelitup muka semasa melakukan aktiviti secara fizikal.Sekiranya penjarakan fizikal tidak dapat dilaksanakan atau sentuhan tidak dapat dielakkan, pemakaian pelitup muka dan mencuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan perlu diamalkan.Murid hendaklah membawa air minuman, makanan, pakaian, tuala muka dan peralatan peribadi sendiri serta tidak dibenarkan berkongsi dengan murid lain.\nSelepas Aktiviti\nSelepas aktiviti kokurikulum tamat, perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan:\nPeralatan dibersihkan/disanitasi serta disimpan dengan baik selepas digunakan.Ruang/Tempat yang digunakan dibersihkan selepas aktiviti dijalankan.Murid tidak dibenarkan bersentuhan atau bersalaman selepas tamat aktiviti.Murid dan guru/ jurulatih perlu mencuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan selepas tamat aktiviti.Guru/Jurulatih/Pengajar dan murid mesti memakai semula pelitup muka selepas selesai melakukan aktiviti secara fizikal.Murid dan guru/jurulatih perlu meninggalkan kawasan aktiviti/sekolah dengan kadar segera selepas tamat aktiviti.\nPelaksanaan Aktiviti Sukan & Kokurikulum Dengan Penglibatan Agensi Luar\nPelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum dengan penglibatan agensi luar perlu menepati perkara berikut:\nPelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum dengan pelibatan agensi luar adalah berdasarkan ketetapan KPM dari semasa ke semasa.Agensi luar perlu mengambil tindakan seperti berikut:\u2013 Mendapatkan kebenaran PPD/JPN/KPM untuk melaksanakan aktiviti.\u2013 Memastikan individu yang terlibat telah menerima vaksin lengkap sahaja dibenarkan melaksanakan aktiviti sukan dan kokurikulum bersama-sama murid\u2013 Memastikan individu yang terlibat menjalani ujian RTKAntigen (kit ujian kendiri COVID-19) sebelum melaksanakan aktiviti.\u2013 Menjalankan ujian RTK-Antigen (kit ujian kendiri COVID-19) kepada murid yang belum divaksin sebelum melaksanakan aktiviti.\u2013 Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga murid yang terlibat dengan aktiviti.\u2013 Memastikan murid/individu terlibat yang bergejala tidak dibenarkan menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum.\u2013 Mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh KPM/MKN/KBS.\u2013 Memastikan penggunaan fasiliti tertakluk kepada 50 peratus kapasiti dan kesesuaian ruang.\u2013 Sekiranya penyertaan melebihi 50 peratus kapasiti, aktiviti boleh dilaksanakan secara penggiliran berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh pihak agensi/sekolah.\u2013 Memastikan pelaksanaan aktiviti di kawasan tertutup/dewan mestilah mempunyai sistem pengudaraan yang baik.\u2013 Memastikan pelaksanaan aktiviti fizikal bagi tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri perlu mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 hingga 3 meter.\u2013 Memastikan murid dan guru/jurulatih/pengajar mencuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan selepas tamat aktiviti.-Memastikan peralatan yang digunakan secara berkongsi dibersihkan, disanitasi dan disimpan dengan baik.\u2013 Memastikan murid dan guru/jurulatih/pengajar bukan guru meninggalkan kawasan aktiviti dengan segera selepas tamat aktiviti.KPM/JPN/PPD berhak membatalkan pelaksanaan aktiviti jika berlaku ketidakakuran.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai SOP aktiviti kokurikulum secara bersemuka dalam sekolah di bawah KPM, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dermasiswa-diploma-politeknik-yayasan-kuok/", "title": "Dermasiswa Untuk Diploma Politeknik Yayasan Kuok 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar yang sedang melanjutkan pengajian di politenik di seluruh negar adalah dialu-alukan untuk memohon Dermasiswa untuk Diploma Politeknik di bawah Yayasan Kuok.\nUntuk makluman, Yayasan Kuok adalah sebuah yayasan yang bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada 1 Jun 1970 oleh Keluarga Kuok di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965. \nYayasan ini ditubuhkan dengan tanggungawab sosial untuk berkongsi kekayaan dengan mengurangkan kemiskinan dan mengurangkan jurang ekonomi antara masyarakat kaya dan miskin di Malaysia. \nJusteru, pemohon yang beminat boleh membuat permohonan bermula 7 Februari 2023 dan penghantaran borang perlu dibuat sebelum 24 Februari 2023. \n\nJumlah Dermasiswa Yayasan Kuok\nJumlah Dermasiswa untuk Diploma Politeknik di bawah Yayasan Kuok ini adalah sebanyak RM9,000 setahun. \n\n\n\n\nSyarat Permohonan Dermasiswa Yayasan Kuok\nSyarat permohonan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon dermasiswa ini adalah seperti berikut:\n\nPemohon mestilah warganegara Malaysia.\nPemohon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 4 kepujian bagi mana-mana mata pelajaran berikut iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, atau satu mata pelajaran yang berkaitan dengan kursus dipohon/diikuti atau;\nGred purata sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas dalam keputusan terbaharu di politeknik.\nPemohon hendaklah merupakan pelajar miskin sahaja.\nPemohon mestilah tidak memegang apa-apa biasiswa daripada organisasi lain seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sebagainya.\n\nTatacara Permohonan\nPermohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web https://apply.kuokfoundation.org/vw_awards_available_list.php.\nKlik butang \u2018Apply\u2019 dan kemudiannya klik bahagian \u2018Register.\u2019\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Register.\u2019\nLog masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.\nBuat permohonan sehingga tamat dan cetak borang permohonan.\nSediakan dokumen yang diperlukan.\nHantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:Kuok Foundation Berhad,Peti Surat No. 110, Tingkat 16 Menara UBN, No. 10, Jalan P. Ramlee,50250 Kuala Lumpur\n\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan berikut perlu dihantar bersama borang permohonan:\n\nSalinan sijil SPM.\nSalinan sijil berhenti sekolah.\nKeputusan politeknik atau surat kemasukan ke politeknik.\nSalinan kad pengelan dan sijil lahir.\nSalinan kad pengenalan atau sijil kematian ibu bapa (jika meninggal dunia).\nSalinan kad OKU (jika berkaitan).\nBukti pendapatan ibu bapa:\u2013 Borang B/BE, atau EA 2 tahun lepas yang lengkap.\u2013 Slip gaji selama 3 bulan terakhir\u2013 Dokumen pendapatan yang lain\u2013 Penyata pencen terbaharu\u2013 Lain-lain bantuan kewangan seperti baitulmal, SOCSO dan sebagainya.\nPenyata KWSP ibu bapa terbaharu.\nSijil kelahiran adik beradik.\nBil elektrik selama 2 bulan.\n\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Dermasiswa untuk Diploma Politeknik di bawah Yayasan Kuok boleh dirujuk melalui laman web https://kuokfoundation.com/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/dsip-2022/", "title": "Permohonan DSIP 2022: Dermasiswa Sultan Ismail Petra", "body": "\n\n\n\n\n\nKepada anak Kelantan yang melanjutkan pengajian ke luar negara, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kini membuka permohonan bagi program Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) bermula bulan Januari 2022.\nUntuk makluman, DSIP merupakan satu bentuk bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberi berdasarkan permohonan pelajar setiap tahun dalam membantu anak-anak Kelantan di dalam pengajian di beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar negara dalam pelabagai bidang termasuk Pengajian Islam.\nBentuk penajaan berbentuk dermasiswa ini adalah berdasarkan permohonan pada tahun tersebut dan tertakluk kepada tempoh pengajian pelajar.\nOleh itu, pelajar yang berminat untuk memohon DSIP boleh membuat permohonan dengan segera.\n\nTempat Pengajian\nTempat pengajian yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:\nMesir (1+4) (1 tahun bagi pengajian di Markaz Lughah)Lain-lain negara- berdasarkan surat tawaran\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi pemohon yang ingin memohon dermasiswa ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon merupakan Warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Kelantan.Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat.Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.Had pendapatan ibu bapa adalah RM80,000 ke bawah sahaja (sebulan).\nSyarat Khusus\nSyarat khusus bagi calon yang ingin memohon dermasiswa ini adalah seperti berikut:\ni) Pemohon Tahun Pertama\nLayak memohon berdasarkan surat tawaran.\nii) Pemohon Tahun Kedua dan Ke Atas\nMesir: Makbul (lulus) dan layak menyambung pengajian ke tahun berikut.Lain-lain negara: minima PNGK 2.5 dan layak menyambung pengajian ke tahun berikutnya.\nCara Memohon\nUntuk membuat permohonan, pemohon boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati secara percuma di kaunter Unit Agihan Zakat MAIK atau di Aras 3, Unit Tajaan Pendidikan.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai DSIP, sila layari laman web https://www.e-maik.my/v2/program-pendidikan/dsip. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/db40-jpa/", "title": "DB40 JPA: Permohonan Program Dermasiswa B40", "body": "\n\n\n\n\n\nJabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan kepada calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40).\nDB40 mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yangdikenal pasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.\nMatlamat pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM 2021 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, terutamanya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).\nPemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 15 Julai 2022 sehingga 24 Julai 2022 secara atas talian.\n\nSyarat Umum\nSyarat umum yang ditetapkan oleh pihak JPA adalah seperti berikut:\nWarganegara Malaysia.Mempunyai kesihatan yang baik.Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian.Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; danPendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.\nSyarat Khusus\nSelain itu, syarat khusus yang ditetapkan kepada pemohon adalah seperti berikut:\ni) Bagi Universiti Awam (UA)/ Politeknik yang dikenalpasti:\n\n\n\n\nMenduduki SPM 2021 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana 3 subjek lain yang diambil; danTelah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.\nii) Bagi Institut Kemahiran Awam yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)/Institut Kemahiran MARA/Kolej Kemahiran Tinggi MARA/Kolej Komuniti/Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)/Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):\nMenduduki SPM 2021 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana 1 subjek lain yang diambil; danTelah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.\nBidang Pengajian Tidak Ditaja\nBidang pengajian yang tidak ditaja adalah:\nPendidikanKejururawatanSijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License) serta kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA).\nCara Memohon \nPermohonan boleh dibuat dalam talian di laman sesawang eSILA iaitu https://esilav2.jpa.gov.my selama 10 hari mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.\nKeputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang yang sama pada minggu ke-2 bulan September 2022.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai DB40, sila layari laman web https://esilav2.jpa.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/tingkatan-1-tahfiz-profesional-maahad-tahfiz-pahang-2023/", "title": "Semakan Permohonan Tingkatan 1 Tahfiz Profesional MNTP 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nSemakan permohonan pengambilan pelajar Tingkatan Satu Tahfiz Profesional Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MNTP) boleh dibuat mulai 29 November 2022. \nTahfiz Profesional ialah program yang dianjurkan oleh MNTP bermula pada tahun 2007 dengan pengambilan pelajar dari serata negeri Pahang dengan syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). \nPelajar-pelajar yang layak akan mendapat pembiayaan penuh biasiswa Yayasan Pahang bagi meneruskan peluang pendidikan peringkat menengah di sekolah ini.\n\nKurikulum Sekolah\nPelajar yang bersekolah di sekolah ini akan mengikuti kurikulum hafazan al-Quran 30 juzuk selain didedahkan dengan pengajian akademik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagaimana pelajar di sekolah harian biasa. \nSelain itu, pelajar juga adakan juga turut didedahkan dengan kemahiran berbahasa Arab dan Inggeris di samping ilmu asas yang lain. \nPengajian mereka akan berlangsung selama lima tahun dan mereka akan menjalani peperiksaan awam KPM iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\n\n\n\n\nSyarat Umum Kelayakan\nSyarat umum kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:\n\nAnak Jati Negeri Pahang dengan takrifan pemohon atau ibu atau bapa mestilah lahir di Negeri Pahang.\nBerumur tidak melebihi 13 tahun.\nMemperolehi 6A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).\nBoleh membaca Al-Quran dengan baik.\nLulus dalam temuduga dan ujian simulasi yang dijalankan.\nMemliki personaliti dan sahsiah yang baik.\n\nCara Membuat Semakan\nSemakan permohonan kemasukan boleh dibuat melalui pautan https://tahfizpahang.edu.my/ atau https://bit.ly/pengambilan-2023.\nSemakan perlu dibuat menggunakan kad pengenalan pemohon.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai semakan permohonan pelajar Tingkatan Satu Tahfiz Profesional Maahad Tahfiz Negeri Pahang, sila hubungi MNTP di talian 09-534 3333.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/niat-puasa-ramadan/", "title": "Niat Puasa Ramadan Harian / Sebulan \u2013 JAKIM", "body": "\n\n\n\n\n\nUntuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan, umat Islam perlu memastikan mereka melakukan niat puasa Ramadhan untuk melalukan ibadah tersebut.\nNiat merupakan syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah wajib dan tanpa niat maka tidak sah puasa seseorang itu.\nIni kerana berpuasa itu adalah satu ibadah\u00a0(ibadah mahdhoh)\u00a0dan sesuatu ibadah itu tidak sah melainkan disertakan bersamanya niat seperti mana solat.\u00a0\nDi dalam Al-Quran, Allah S.W.T menyebut, \u201cPada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya\u201d(Al-Bayyinah: 5).\nNabi Muhammad S.A.W juga menyebut \u201cHanyasanya perbuatan-perbuatan itu dengan niat\u201d (Riwayat Al-Bukhari).\nMaksud Puasa\nDari segi bahasa, puasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu, seperti makan, minum dan bercakap.\nDari segi syara\u2019 pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.\nDalil pensyariatan puasa adalah daripada firman Allah S.W.T iaitu \u201cWahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa\u201d (Surah al-Baqarah: 183).\n\n\n\n\nSyarat Niat\nUntuk berniat bagi berpuasa, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi agar ianya dinamakan dengan berniat. \nKebanyakan kitab-kitab fiqh telah menggariskan beberapa panduan atau kriteria dalam berniat ketika berpuasa antaranya ialah:\n\nAl-Jazm\u00a0(\u0627\u0644\u062c\u0632\u0645):\u00a0Benar-benar memastikan tanpa ragu-ragu.\nAl-Ta\u2019yiin\u00a0(\u0627\u0644\u062a\u0639\u064a\u064a\u0646):\u00a0Penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlulah menentukan jenis puasanya sama ada ianya puasa Ramadhan, wajib (qadha\u2019, kaffarah, nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, \u2018Asyura dan lain-lain). Tidak memadai dengan berniat secara mutlaq untuk berpuasa.\nAl-Tabyiit\u00a0(\u0627\u0644\u062a\u0628\u064a\u064a\u062a):\u00a0Menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat). Ini adalah syarat di sisi al-Malikiyyah, al-Syafi\u2019iyyah dan juga al-Hanabilah.\n\nPandangan Niat Puasa Harian / Sebulan Di Bulan Ramadan\nTimbul persoalan adakah perlu memperbaharui niat pada setiap malam atau berpada dengan niat 30 hari sekaligus dipermulaan niat?\nUlama\u2019 telah terbahagi kepada 2 pendapat di dalam permasalahan ini:\n\nPertama: Boleh diniatkan terus sebulan berpuasa\u00a0dan ini merupakan pendapat al-Imam Zufar dan al-Imam Malik. Mereka mengatakan bahawa berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat.\u00a0Ianya sepertimana solat yang mana seseorang itu hanya perlu niat dipermulaan solat dan tidak perlu mengulanginya pada rakaat-rakaat yang lain. Begitu juga pendapat mereka bagi puasa yang berturutan seperti puasa kafarah dan juga puasa kafarah bagi had zihar.\nKedua: Tidak berpada dengan niat sebulan sekaligus bahkan perlulah memperbaharui niat pada setiap malam. Ini adalah pendapat jumhur berdasarkan keumuman hadith Hafsah R.Anha sebelum ini. Ini kerana, puasa itu setiap harinya adalah ibadah yang bersendiri\u00a0(mustaqil). Ia tidak terikat antara satu sama lain (dengan hari lain-lainnya). Puasa pada hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya pada hari ini rosak. Tidak seperti solat yang mana sekiranya batal di rakaat pertama, maka batallah keseluruhan solat itu.\n\nNiat Puasa Harian/Sebulan\nNiat puasa harian/sebulan boleh dirujuk melalui di bawah:\n\nSumber: https://muftiwp.gov.my/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/bpkns-ijazah-sarjana-muda-22-23/", "title": "BPKNS: Biasiswa Pinjaman Kerajaan Sarawak Ijazah Sarjana Muda 22/23", "body": "\n\n\n\n\n\nPelajar anak Negeri Sarawak yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda sesi 2022/2023, Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak telah membuka tawaran Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS).\nUntuk makluman, BPKNS merupkan inisiatif di bawah Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak bagi menampung pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) atau Universiti Awam (UA).\nOleh itu, pelajar yang berminat boleh membuat permohonan mulai 26 September 2022 sehingga 9 Oktober 2022.\n\nPembiayaan Biasiswa\nBiasiswa ini merangkumi pembiayaan seperti:\n\n\n\n\nYuran PengajianElaun Sara HidupElaun PengangkutanElaun Buku, Pakaian dan lain-lain.\nSyarat Permohonan\nPelajar perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:\nAnak jati Sarawak.Telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) atau Universiti Awam (UA).Terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali Pendidikan (Perguruan) atau Perubatan.Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam /Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima separuh gaji atau bergaji penuh adalah tidak layak memohon.Bagi kemasukan baru, pemohon wajib mengisi keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang setaraf.Untuk pemohon yang sedang dalam pengajian, permohonan hendaklah menggunakan keputusan semester terkini.Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipertimbangkan untuk tawaran. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan anda adalah dianggap tidak berjaya.Keutamaan diberi kepada pemohon dari kalangan keluarga golongan B40 (Pendapatan isi rumah RM 4,850.00 ke bawah atau tertakluk kepada jumlah tanggungan semasa).\nTatacara Permohonan\nTatacara permohonan boleh dibuat menerusi langkah berikut:\nLayari laman web https://escholarship.sarawak.gov.my.Klik \u201cLog Masuk\u201d untuk memohon.Klik \u201cYa\u201d diikuti dengan Klik \u201cDaftar Sekarang.\u201dMasukkan maklumat yang diperlukan dan klik \u201cTeruskan.\u201dIsu bahagian \u201cButiran Akaun\u201d dan buat pengesahan.Log masuk dengan memasukkan butiran yang telah didaftar.Lengkapkan permohonan sehingga tamat. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai BPNS, sila layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak https://psc.sarawak.gov.my atau menghubungi 082-236325/082-236554. \n\n"} {"url": "https://studentportal.my/permohonan-saknj-darjah-1-2023/", "title": "SAKNJ: Permohonan Darjah 1 Sek. Agama Kerajaan Negeri Johor 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nBahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah membuka permohonan kemasukan darjah 1 ke Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKNJ) bagi tahun 2023.\nUntuk makluman, SAKNJ telah diwujudkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia\u00a0Sultan\u00a0Johor, Almarhum\u00a0Sultan Abu Bakar\u00a0bagi memberikan pendidikan agama kepada kanak-kanak Islam di Negeri Johor.\nPelaksanaan sekolah ini menggunakan perantaraan Bahasa Melayu untuk memastikan kanak-kanak Islam di Johor mendapat pendidikan agama yang teratur, sempurna dan dikawal oleh pihak pemerintah.\nIbu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah ini boleh berbuat demikian menerusi pautan pendaftaran yang disediakan.\nCara Membuat Permohonan\nPermohonan untuk kemasukan ke sekolah ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nKlik link mengikut daerah sekolah yang ingin dipohon:\u2013 Daerah Johor Bahru- https://forms.gle/RkPzrMB1ANY9r3199\u2013 Daerah Muar- https://forms.gle/YcssVqBuE7KqQxY37\u2013 Daerah Batu Pahat- https://forms.gle/3GwsMSPyGyseVyaZ7\u2013 Daerah Kluang- https://forms.gle/7n6YKjjqAJa15nih6\u2013 Daerah Kota Tinggi- https://forms.gle/dKGEHgVDmQZchLt46\u2013 Daerah Pontian- https://forms.gle/47k7sDdeyknDR6jF6\u2013 Daerah Segamat- https://forms.gle/QyqYw5UeiK8y77Gd6\u2013 Daerah Mersing- https://forms.gle/nxZbSCRtVwoctzDL7\u2013 Daerah Kulai- https://forms.gle/ddHTG1a6NMgmegUT6\u2013 Daerah Tangkak- https://forms.gle/xSSP8MoY3VPJcXqR6Lengkapkan maklumat yang diperlukan.Klik butang \u2018Submit.\u2019Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar ke sekolah yang dipohon.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada pihak sekolah adalah seperti berikut:\n3 salinan sijil kelahiran calon\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 salinan Mykad\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 salinan kad pengenalan bapa/penjaga\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 salinan kad pengenalan ibu/penjaga\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 salinan sijil nikah ibu/bapa/penjaga\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 salinan slip gaji ibu bapa/penjaga\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 salinan bil air/elektrik (jika berkaitan)\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a03 salinan sijil pengangkatan (jika berkaitan)\nIbu bapa diingatkan untuk memastikan setiap dokumen yang dihantar perlulah disahkan terlebih dahulu. \nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan darjah 1 ke SAKNJ 2023, sila layari https://jainj.johor.gov.my/.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/idme-sistem-pengurusan-identiti-kpm/", "title": "idMe: Sistem Pengurusan IDentiti KPM", "body": "\n\n\n\n\n\nSistem Pengurusan IDentiti (IdMe) adalah sistem menjadi repositori utama bagi menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\nIni termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian/Agensi/Institusi Swasta, pelajar, ibu bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi, dan orang awam.\nUntuk setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk mementukan kebolehcapaian modul dalam sistem.\nIni adalah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.\nCara Daftar idMe KPM\nUntuk mendaftar ke sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:\n\nLayari laman web https://idme.moe.gov.my/.\nKlik \u2018Daftar Baru\u2019 untuk pengguna yang tidak mempunyai akuan.\nIsikan semua maklumat yang disediakan (maklumat yang bertanda * adalah wajib untuk diisi).\nKlik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan captcha bertulis di ruang yang disediakan.\nKlik butang \u2018Daftar\u2019 untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang \u2018Reset\u2019 untuk reset semula maklumat pengguna.\n\n\nNOTA:\nPengguna yang berjaya daftar perlu menyemak emel untuk mendapatkan default kata laluan kemudian log masuk sistem menggunakan default kata laluan yang telah diberikan kemudian perlu menukar kata laluan tersebut kepada kata laluan yang baru.\nCara Login idMe KPM\nUntuk login sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:\n\nLayari laman web https://idme.moe.gov.my/.\nMasukkan ID Pengguna.\nKlik butang \u2018Daftar Masuk.\u2019\nKlik checkbox pada kotak yang disediajan dan masukkan kata laluan yang disediakan.\nKlik butang \u2018Daftar Masuk.\u2019\n\n\n\n\n\n\n\nPENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025\nPendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 akan dibuka mulai 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023. \nMulai Tahun 2023 pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui Modul pengurusan Awam, Sistem Berseadu KPM (MOEIS) di laman sesawang http://idme.moe.gov.my dalam tempoh tersebut. \nPendaftaran secara dalam talian selepas tarikh tersebut sehingga 7 Februari 2024 adalah dikira sebagai pendaftaran lewat.\nKanak-kanak yang layak untuk memohon pendaftaran ke tahun Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 secara dalam talian adalah kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 sahaja.\n\nPertanyaan Lanjut\nPertanyaan lanjut mengenai sistem IdMe ini, sila hantar email ke alamat [email\u00a0protected].\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM),Blok E8, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya, Malaysia.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/permohonan-guru-dg41-mrsm/", "title": "Permohonan Guru DG41 MRSM Secara Kontrak Pelbagai Bidang", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka pengambilan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau guru DG41 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) secara kontrak pelbagai bidang untuk seluruh negara.\nJawatan ini ditawarkan kepada individu yang mempunyai ciri-ciri seperti berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited.\nMereka yang berminat, permohonan secara atas talian telah dibuka dan akan ditutup pada 25 April 2022 iaitu pada hari Isnin. \nGaji Yang Ditawarkan\nGaji yang ditawarkan menerusi jawatan ini adalah seperti berikut:\nMinimum: RM2,188.00Maksimum: RM9,552.00\nBidang/Subjek Ditawarkan\nJawatan ini ditawarkan bagi bidang atau subjek seperti berikut:\nBahasa InggerisBahasa MelayuBimbingan dan KaunselingBiologiFizikKimiaGeografiLogistikMatematikMediaPendidikan IslamPendidikan Islam (Tahfiz)Pendidikan Jasmani dan Pendidikan KesihatanPengajian Makanan/Bioteknologi MakananPengurusan PerniagaanPrinsip Akaun/PerakaunanReka Bentuk TeknologiSains KomputerSeni PersembahanSeni Reka Grafik\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan untuk individu yang ingin memohon jawatan ini adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nPemohon merupakan warganegara Malaysia.Sihat fizikal dan mental.Pemohon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.Memiliki sekurang-kurangnya Kepujian dalam 3 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau 1 mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.Pemohon memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam bidang/subjek berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.Bagi pemohon bidang/subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan/Diploma Pascasiswazah Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat.Mendapatkan surat pengiktirafan Sijil/Diploma/Ijazah daripada Agensi KelayakanMalaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk dibawa semasa menghadiri temu duga yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:\u2013 https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm \u2013 https://www2.mqa.gov.my/mqr/Aktif dalam kegiatan kokurikulum.Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon).Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain-lain.Bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahagunaan dadah/ ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia hendaklah berumurkurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan sekiranya berjaya.\nTatacara Memohon\nPermohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\nLayari laman web https://apps.mara.gov.my/vacancy/.Klik butang \u2018Permohonan Baru.\u2019Masukkan no kad pengenalan dan klik butang \u2018Mohon.\u2019Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.Klik butang \u2018Hantar\u2019 untuk menghantar permohonan.\nAdalah diingatkan, permohonan yang melepasi tapisan sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre).\nPemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh enam 6 bulan dari tarikh iklan ini dikeluarkan hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya. \nPertanyaan Lanjut\nSebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan guru DG41 MRSM secara kontrak, sila email ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/semakan-keputusan-permohonan-pinjaman-pendidikan-sppnk-2022/", "title": "Semakan Keputusan Permohonan Pinjaman Pendidikan SPPNK 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nPemohon yang telah membuat permohonan Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK) sebelum ini, anda boleh membuat semakan keputusan pinjaman pendidikan SPPNK bagi mengetahui status permohonan anda.\nPinjaman Pendidikan SPPNK Tahun 2022 adalah pembiayaan yang ditawarkan kepada pelajar anak Negeri Kedah yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta di dalam negara.\nSPPNK adalah di bawah pengurusan Jawatankuasa Akaun Amanah Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.\nPenubuhan seksyen ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman pada 26 Ogos 2020.\nOleh itu, semakan keputusan permohonan boleh dibuat mulai 16 Oktober 2022 iaitu hari Ahad sehingga 31 Oktober 2022 iaitu hari Isnin.\n\n\n\n\nKadar Pinjaman\nBagi pemohon yang berjaya, mereka akan menerima pinjaman pendidikan sebanyak RM6500.00 setahun atau RM7500.00 setahun untuk UniSHAMS.\nTatacara Membuat Semakan\nSemakan keputusan permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut:\nLog masuk di laman web https://eservices.kedah.gov.my/ipinjam.Klik \u201cSemakan Permohonan Pinjaman.\u201dKlik \u201cStatus Permohonan.\u201dSekiranya status Berjaya, sila ikuti arahan dalam surat pemakluman kelulusan dan lengkapkan maklumat dokumen perjanjian.Muat turun dokumen untuk tindakan selanjutnya.Semua dokumen berkaitan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2022 iaitu pada hari Isnin ke alamat:\nUnit Penajaan SPPNK,Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman,05503 Alor Setar Kedah.\nInfo Lanjut\nInfo lanjut mengenai semakan keputusan permohonan pinjaman pendidikan SPPNK, sila hubungi 04 702 7296 atau emel ke [email\u00a0protected].\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cara-mohon-guru-ganti-mystep-2023/", "title": "Cara Mohon Guru Ganti MySTEP KPM 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nBgai mereka yang berminat untuk menjadi guru ganti, mereka boleh memohon untuk menjadi guru ganti menerusi skim guru ganti MySTEP.\nUntuk pengetahuan umum, MySTEP atau Malaysia Short-Term Employment Programme\u00a0adalah inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.\nIa disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.\nTempoh kontrak perkhidmatan MySTEP adalah minimum 1 bulan dan maksimum dua belas 12 bulan.\nSalah satu pekerjaan yang ditawarkan menerusi inisiatif ini adalah guru ganti yang diikilankan mengikut keperluan dan kehendak sekolah.\nMengenai Guru Ganti\nApakah yang dimaksudkan dengan guru ganti?\nGuru Ganti seperti yang difahami adalah guru yang menggantikan guru lain yang tidak dapat berada di sesebuah sekolah pada tempoh waktu tertentu. \nLazimnya, guru ganti akan mengantikan guru tetap yang mengambil cuti sakit, cuti bersalin atau lain-lain sebab atas sebab yang dibenarkan.\n\n\n\n\nTempoh perkhidmatan guru ganti tersebut hanya berkuat kuasa semasa tempoh cuti yang diambil oleh guru tetap tersebut.\nTugas Guru Ganti\nAntara tugas utama guru ganti adalah seperti:\n\nMenyertai atau terlibat dengan aktiviti kokurikulum yang telah disusun oleh pihak sekolah.\nMenyediakan buku persediaan mengajar bagi guru tetap yang diganti. \nMeneruskan pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan oleh guru tetap yang diganti.\nMelaksanakan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh pihak sekolah.\n\nSyarat Umum\nSyarat umum bagi permohonan guru ganti MySTEP adalah seperti berikut:\n\nWarganegara Malaysia.\nSihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera.\nPemohon berumur antara 18 sehingga 30 tahun (bukan Siswazah) atau 18 sehingga 35 tahun (Siswazah).\nSekurang-kurangnya kepujian dalam lima (5)\u00a0mata pelajaran termasuk Bahasa\u00a0Malaysia di\u00a0peringkat SPM.\nSyarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian Bahasa Arab (SPM)/Bahasa Arab Tinggi dan Agama Islam Tinggi/IV Senawi.\nSyarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Cina: Kepujian Bahasa Cina\u00a0(SPM).\nSyarat tambahan bagi Guru Ganti Bahasa Tamil: Kepujian Bahasa Tamil (SPM).\nKeutamaan kepada pemegang ijazah dalam pendidikan.\n\nIklan Guru Ganti MySTEP 2023\nTangga gaji yang ditawarkan bagi guru ganti ini adalah seperti berikut:\n\nLepasan SPM: RM1,700 (termasuk KWSP dan PERKESO)\nLepasan Diploma/STPM/STAM: RM1,900 (termasuk KWSP dan PERKESO)\nLepasan Ijazah Sarjana Muda: RM2,100 (termasuk KWSP dan PERKESO)\n\nIklan perjawatan bagi guru ganti ini boleh dirujuk melalui iklan di bawah:\n\n\nInfo Lanjut\nPermohon yang berminat untuk mendapatkan pekerjaan menerusi skim di MySTEP, sila daftar di laman sesawang rasmi MySTEP iaitu\u00a0https://mystep.mof.gov.my/form.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/ppc-2022/", "title": "PPC: Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nBahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka peluang kepada pelajar cemerlang Program Matrikulasi KPM untuk memohon Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) bawah Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM) bagi ambilan tahun 2022.\nUntuk makluman, PPC adalah tajaan Biasiswa penuh daripada KPM kepada pelajar cemerlang lepasan SPM dan Matrikulasi yang ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama di luar negara bagi memenuhi keperluan perkhidmatan khususnya untuk perkhidmatan perguruan di KPM setelah pelajar tamat belajar.\nIni bermakna, pelajar yang berjaya menamatkan program ini akan ditempatkan sebagai tenaga pengajar di kolej-kolej matrikulasi KPM seluruh negara.\nPelajar yang berminat boleh membuat permohonan mulai 6 Mac 2022 sehingga 16 Mac 2022.\n\nBidang Layak Memohon\nBidang yang layak memohon untuk program ini adalah seperti berikut:\nScience, Technology, Engineering & Mathematics (STEM)Perakaunan\nBermula tahun 2022, Program PPC Matrikulasi diperluas dalam bidang Bahasa Inggeris untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) terbaik di Malaysia.\n\n\n\n\nIkatan Kontrak\nCalon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh KPM dan telah tamat jaya program ini adalah tertakluk kepada terma ikatan kontrak perjanjian KPM seperti berikut:\nPelajar perlu berkhidmat dengan kerajaan di bawah Skim Perkhidmatan Perguruan setelah tamat pengajian.Tempoh ikatan kontrak bersama kerajaan adalah selama 8 tahun.Pelajar yang melanggar kontrak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan perjanjian dengan bayaran ganti rugi kos sebenar.\nSyarat Permohonan\nSyarat permohonan yang ditetapkan KPM untuk permohonan program ini adalah seperti berikut:\nPemohon merupakan warganegara Malaysia.Pemohon memperolehi PNGK 3.5 dan ke atas dalam Peperiksaan Semester 1 Program Matrikulasi (PSPM).Pemohon memperoleh gred A bagi mata pelajaran dalam bidang pengajian yang dipilih dalam PSPM.Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam SPM.Pemohon memperolehi sekurang-kurangnya Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET)Pemohon memperoleh keputusan minimum B bagi Bahasa Inggeris 1119 dan English GCE-O Level di peringkat SPM dan skor 6.5 bagi IELTS.\nCara Permohonan\nPemohon boleh membuat permohonan dengan memohon menerusi laman web http://apps.matrik.edu.my/sltppm/.\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai PPC, sila layari laman web http://apps.matrik.edu.my/sltppm/\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/biasiswa-yayasan-hong-leong-2022/", "title": "Permohonan Biasiswa Yayasan Hong Leong 2022", "body": "\n\n\n\n\n\nYayasan Hong Leong telah menawarkan biasiswa kepada individu yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda menerusi Biasiswa Yayasan Hong Leong 2022.\nYayasan ini telah ditubuhkan pada tahun 1992 yang dibiayai oleh Kumpulan Hong Leong yang mana antara tujuan utama yayasan ini ditubuhkan adalah memperkasakan orang ramai untuk menjalani kehidupan dan kualiti hidup yang lebih baik.\nSalah satu usaha bagi membantu orang ramai yang memerlukan adalah melalui pendidikan menerusi biasiswa ini bagi membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah. \nOleh itu, pelajar yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian sebelum 30 Jun 2022.\nJumlah Biasiswa\nJumlah biasiswa yang akan diterima pelajar yang layak adalah seperti berikut:\nKursus prasiswazah di Universiti Awam: RM8,500.00Kursus Diploma/Diploma Lanjutan di Universiti Awam & Swasta tempatan: RM6,000.00Pengajian prasiswazah di universiti swasta tempatan (program ijazah \u201c3+0\u201d secara sepenuh masa dan di kampus): sehingga RM24,000.00Kursus Perubatan/Pergigian di Universiti Swasta tempatan: sehingga RM32,000.00. \nPelajar Tidak Layak Memohon\nPelajar yang dalam peringkat pengajian ini tidak layak memohon iaitu:\n\n\n\n\nKursus persediaan untuk universiti atau kolej (contohnya: pengajian asas pra-universiti atau pra-kolej dan/atau program).Program berkembar antarabangsa.Peringkat Sarjana atau PhD atau mana-mana program pascasiswazah yang lain.\nSyarat Permohonan\nPermohonan biasiswa ini perlu memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan iaitu: \nPemohon mestilah warganegara Malaysia.Pemohon mestilah sekurang-kurangnya berumur 17 tahun dan di bawah umur 25 tahun.Mendapat keputusan akademik minimum:\u2013 8A dalam SPM atau 6A dalam UEC; dan/atau\u2013 PNGK 3.5 dalam STPM/Matrikulasi/A-Level/Asasi/Diploma/IjazahTawaran pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mestilah dalam mana-mana kursus di mana-mana institusi tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (http://bit.do/MalaysianQualificationsAgency).Jumlah pendapatan isi rumah bulanan mestilah RM 5,000 dan ke bawah.Menyertakan keperluan kewangan yang sebenar untuk melanjutkan pelajaran.Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menunjukkan kualiti kepimpinan yang cemerlang dalam aktiviti kurikulum dan/atau sukan; dan/atau yang terlibat secara aktif dalam khidmat masyarakat.Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan untuk memohon.\nCara Memohon\nPermohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScGhqaeg1g6mziJLDqPx3auZJIC1Pl0MDTHaHtVJQYvfKEUJA/viewform?fbclid=IwAR3USnn_N7h4ekwswQIA0euGQEWAnc8dR62XvjRs9FN8YTsH5Nre36TuOos&fbzx=5693516186528994821.Klik butang \u2018Next.\u2019Isi semua maklumat permohonan yang diperlukan.Muat naik dokumen yang diperlukan.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan.\nDokumen Yang Diperlukan\nDokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:\nKeputusan peperiksaan terkini.Jumlah pendapatan bulanan isi rumah.Salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Hong Leong 2022, sila layari laman web https://hongleongcsr.org/index.php/hong-leong-foundation/education/scholarships/undergraduate-scholarship.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/cuti-sekolah-2023-2024/", "title": "Cuti Sekolah & Kalendar Akademik 2023/2024", "body": "\n\n\n\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim sesi persekolahan dan cuti sekolah (cuti sek) bagi kalendar akademik sesi 2022/2023 untuk rujukan para ibu bapa dan guru.\nPihak KPM memaklumkan sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A akan bermula pada 19 Mac 2023 sehingga 9 Mac 2024. \nManakala untuk sekolah bagi negeri Kumpulan B pula, sesi persekolahan akan bermula pada 20 Mac 2023 sehingga 10 Mac 2024. \nPembukaan sesi persekolahan 2023/2024 adalah dilewatkan selama seminggu daripada tarikh asal untuk supaya pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar.\nNegeri Kumpulan\nPenentuan tarikh bagi sesi persekolahan dan kalendar akademik dibahagikan mengikut 2 negeri kumpulan iaitu:\ni) Negeri Kumpulan A\n\nTerengganu\nKelantan\nJohor\nKedah\n\nii) Negeri Kumpulan B\n\nNegeri Sembilan\nMelaka\nPerlis\nPahang\nPerak \nPulau Pinang\nSabah\nSarawak\nSelangor\nWilayah Persekutuan Kuala Lumpur\nWilayah Persekutuan Putrajaya\nWilayah Persekutuan Labuan\n\nTarikh Sesi Persekolahan & Cuti Sekolah Sesi 2023 / 2024\nSesi persekolahan bagi 2023/2024 akan bermula pada 19 Mac 2023 sehingga 9 Mac 2024 di negeri kumpulan A. \n\n\n\n\nTarikh mula dan akhir persekolahan serta jumlah hari dan minggu boleh dirujuk melalui butiran di bawah:\n\nUntuk negeri kumpulan B pula, tarikh sesi persekolahan 2023/2024 seperti yang ditetapkan adalah pada 20 Mac 2023 sehingga 10 Mac 2024. \nPerincian tarikh mula dan akhir persekolahan serta jumlah hari dan minggu bagi negeri kumpulan B boleh dirujuk melalui gambar di bawah:\n\nCuti Perayaan 2023 / 2024\nSelain itu, KPM juga memaklumkan terdapat juga penambahan cuti perayaan yang telah diperuntukkan bagi Kumpulan A dan Kumpulan B.\nCuti perayaan yang terlibat dalam penambahan cuti ini adalah seperti berikut:\n\nHari Raya Aidilfitri\nHari Gawai Dayak\nHari Deepavali\nTahun Baru Cina \n\nButiran penambahan cuti perayaan mengikuti negeri kumpulan adalah seperti berikut:\n\nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai tarikh persekolahan dan cuti sekolah KPM bagi kalendar akademik 2023/2024, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyataan-media/kenyataan-media-kalendar-akademik-sesi-2023-2024.\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/stay-atm-2023/", "title": "STAY ATM: Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2023", "body": "\n\n\n\n\n\nWarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM)/Veteran ATM/kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang mempunyai anak yang bakal bersekolah di Tingkatan 1 tahun 2023 boleh membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM).\nUntuk makluman, sekolah ini merupakan sekolah yang ditubuhkan di bawah ATM sejak tahun 2013 yang menjurus kepada institusi pendidikan hafazan, akademik dan kebajikan kepada anak ATM.\nSetiap tahun, sekolah ini menerima kemasukan 100 pelajar yang hanya dibuka untuk anak ATM, veteran ATM dan awam Kementah.\nPermohonan kemasukan bagi STAY ATM 2023 dibuka kepada pelajar lelaki sahaja dan boleh dipohon mulai 1 November 2022 sehingga 2 Disember 2022.\n\nKurikulum Ditawarkan\nUntuk tingkatan 1 hingga 3, pelajar diajar sepenuhnya mengenai hafazan manakala pelajar tingkatan 4 serta 5 pula mereka akan menduduki pembelajaran bagi menghadapi SPM di Maktab Tentera Diraja (MTD) termasuk tuisyen.\n\n\n\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:\nPemohon ialah warganegara Malaysia.Pelajar merupakan anak-anak ATM, Veteran ATM dan Awam Kementah.Memperolehi sekurangnya 4A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2021.Lulus penilaian berdasarkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PSSR).Boleh membaca dan lulus ujian hafazan Al-Quran dalam masa yang ditetapkan.Boleh membaca dan menulis tulisan jawi.Lulus temuduga.\nCara Memohon\nPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:\nLayari pautan permohonan https://forms.gle/P4osHEqryR9zNPq86.Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.Pastikan semua maklumat diisi.Muat naik sijil UPKK, kad pengenalan pelajar, dan surat beranak pelajar.Klik butang \u2018Submit\u2019 untuk menghantar permohonan. \nMaklumat Lanjut\nUntuk maklumat lanjut mengenai STAY ATM 2023, ibu bapa/penjaga boleh menghubungi Kapten Mohd Fathi Waez bin Rostam ditalian 011-12202389 melalui aplikasi WhatsApp.\u00a0\n\n"} {"url": "https://studentportal.my/program-kemahiran-hidup-maik/", "title": "Pengambilan Kursus Program Kemahiran Hidup MAIK", "body": "\n\n\n\n\n\nMajlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah membuka pengambilan Kursus Program Kemahiran Hidup MAIK untuk kemasukan Januari sehingga Ogos 2023.\nProgram Kemahiran Hidup MAIK ini adalah program yang memberikan peluang kepada orang ramai yang ingin mempelejari kursus kemahiran yang ditaja oleh MAIK.\nBagi kemasukan Januari sehingga Ogos 2023, pelatih akan memulakan program kemahiran ini pada 1 Januari 2023. \nBagi orang ramai yang berminat, orang ramai yang berminat boleh membuat permohonan mulai 1 November sehingga 30 November 2022. \n\nKursus Yang Ditawarkan\nKursus yang ditawarkan di dalam program ini adalah seperti berikut:\n\nKursus Jahitan Pakaian Lelaki dan Wanita\nKursus Sulaman (Wanita Sahaja)\nKursus Automotif (Membaiki Motosikal \u2013 Lelaki Sahaja)\n\nJumlah Pelatih\nJumlah pelatih yang akan diambil melalui program ini adalah:\n\nJahitan: 25 orang\nSulaman: 10 orang\nAutomotif: 10 orang\n\nSyarat Kelayakan\nSyarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia, peranakan Kelantan yang berumur antara 18 hingga 25 tahun pada tarikh kursus bermula.\nBujang.\nBerkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau mana-mana kelulusan yang setaraf dengannya serta berkebolehan membaca dan menulis dengan baik.\nBeragama Islam dan hendaklah terdiri daripada golongan asnaf sama ada dari golongan fakir, miskin atau mualaf.\n\nCara Memohon\nPemohon yang ingin membuat permohonan boleh mendapatkan borang permohonan di alamat:\nKaunter Tingkat 3,Bahagian Pembangunan,Unit Pembangunan Sosio Ekonomi,Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,Kompleks Balai Islam Lundang,15200 Kota Bharu.\nBorang permohonan tersebut pelu dihantar selewat-lewatnya 30 November 2023 ke alamat:\nYABRS. Timbalan Yang Dipertua,Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,Kompleks Balai Islam Lundang,15200 Kota Bharu.\nMaklumat Lanjut\nMaklumat lanjut mengenai Program Kemahiran Hidup MAIK, sila layari laman web iaitu https://www.e-maik.my/v2/.\n\n"}