"1. \nSoalan : \nMencetak Huruf Hijaiyah \nJawapan : \n\n\n\u00a0\n\n\nISU: \n\n\n\u00a0\n\n\nSaya \u00a0peniaga yang menjahit pakaian .Saya ingin membuat telekung kanak \u00a0dari umur setahun ke atas. Bolehkah saya menjahit atau mencetak huruf \nhijaiyyah\n pada telekung, beg dan sejadah. Saya berniat agar pendidikan awal dapat dilaksanakan setiap masa.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\u00a0\n\n\nHuruf \nhijaiyyah\n merupakan huruf-huruf yang membentuk bahasa Arab apabila ia dicantumkan. Ia mempunyai 29 huruf.\u00a0 Ia juga boleh digunakan dalam penulisan Jawi.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDalam Islam, perkara haram dan harus telah jelas dalam perundangan Islam.\u00a0 Di antara perkara haram dan harus ada perkara yang samar.\u00a0 Jika seorang Muslim meninggalkan perkara samar berkenaan maka ia dapat menyelamatkan dirinya daripada terjerumus dalam perbuatan dosa. Ada perkara yang tidak disebut hukum maka ia termasuk sebagai rahmat kepada manusia.\n\n\n\u00a0\n\n\nDalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Tha\u2019labah al-Khusiani iaitu Jurthum bin Nasyir r.a. daripada Rasulullah SAW sabdanya, yang bermaksud: \u201cSesungguhnya Allah SWT telah memfardhukan beberapa kefardhuan maka janganlah kamu mensia-siakannya, menetapkan batas-batas maka janganlah kamu melampauinya, mengharamkan beberapa perkara maka janganlah kamu menghampirinya dan diam (tidak menyebutkan hukum) beberapa perkara sebagai satu rahmat kepada kamu serta bukan kerana lupa maka janganlah kamu mencari-carinya\u201d. (Sunan ad-Dar Quthni, Sunan al-Baihaqi).\n\n\n\u00a0\n\n\nAsal sesuatu perkara adalah harus dilakukan.\u00a0 Ini bertepatan dengan kaedah fiqh Imam Syafei. Berdasarkan kepada ayat al-Quran dan hadis, Imam Syafie membuat kesimpulan dengan mengeluarkan kaedah fiqh yang berbunyi:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cAsal bagi segala perkara adalah harus sehingga terdapat dalil yang menunjukkan kepada tidak harus\u201d.\n\n\n\u00a0\n\n\nDalam isu mencetak huruf \nhijaiyyah\n pada telekung, beg dan sejadah, maka di situ huruf-huruf ini bukan membentuk ayat al-Quran yang boleh mendedahkan kepada penghinaan kepada ayat-ayat suci al-Quran apabila dicetak kepada pelbagai bentuk peralatan dan pakaian.\n\n\n\u00a0\n\n\nLagi pun niat mencetak huruf \nhijaiyyah\n itu adalah untuk memberi pengajaran kepada anak-anak untuk mengenal huruf hijaiyyah dan seumpamanya.\u00a0 Ini merupakan satu bentuk pendidikan tidak langsung, yang boleh mengenalkan kanak-kanak kepada huruf \nhijaiyyah\n dan seterusnya membuka ruang untuk mereka mengenal Al-Quran, bahasa Arab bahkan mengenal Jawi.\n\n\n\u00a0\n\n\nNamun sekiranya huruf hija\u2019iyyah tersebut disusun sehingga membentuk ayat-ayat yang menyamai al-Qur\u2019an atau hadis, maka ia tidak diharuskan kerana dibimbangi beg, sejadah dan telekong tersebut akan diletakkan di tempat-tempat yang tidak sesuai.\n\n\n\u00a0\n\n\nWallahu A'lam\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "2. \nSoalan : \nPersandingan Dan Meletakkan Bunga Atas Kubur\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAdakah adat melayu banyak yang haram untuk diamalkan seperti persandingan, meletakkan bunga di atas kubur dan sebagainya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAdat atau uruf ini adalah amalan tradisi sesuatu masyarakat dari turun temurun atau pun yang diwarisi daripada budaya lain tetapi sudah menjadi sebati dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Ia termasuk amalan yang diulang-ulang sehingga sebati dalam masyarakat.\n\n\n\n\n\r\n\t\tDalam kamus Dewan edisi keempat adat didefinasikan sebagai peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulu kala) di dalam sesuatu masyarakat.\n\n\n\n\n\r\n\t\tPada awal Islam, Nabi Muhammad SAW turut menerima pakai beberapa adat Arab Jahiliyah yang telah sedia ada dan cara orang bukan Arab (ajam).\u00a0 Sebagai contoh Nabi SAW pernah menjemput tukang kayu Rom untuk membina minbar di masjid berdasarkan kesenian pertukangan Rom.\u00a0 Baginda SAW juga menerima cara peperangan ala Farsi apabila membina parit sebagai taktik peperangan dalam peperangan Khandaq dengan mengambil cadangan daripada Salman al-Farisi.\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tAgama Islam juga mengambil kira dan menjaga adat kebiasaan orang Arab yang baik serta tidak bertentangan dengan hukum seperti mewajibkan bayaran diyat terhadap aqilah iaitu keluarga pembunuh.\n\n\n\n\n\r\n\t\tSesuatu perkara, termasuk adat atau uruf pada asalnya adalah harus kecuali jika ada yang bertentangan dengan syarak maka ia dianggap sebagai adat yang fasik.\u00a0 Jadi adat atau uruf ini terbahagi kepada dua iaitu adat atau uruf yang baik dan adat atau uruf yang fasik.\u00a0 Adat yang fasik ini perlu dielakkan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.\n\n\n\n\n\r\n\t\tPersandingan dan meletakkan bunga di atas kubur termasuk dalam adat atau uruf yang diharuskan.\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tTujuan persandingan iaitu sebahagian daripada acara walimah (kenduri kahwin) ialah untuk memberitahu lebih jelas kepada masyarakat tentang perkahwinan sah di antara seorang lelaki dan wanita secara halal.\u00a0 Walimah adalah satu sunnah. Persandingan dalam perkahwinan adalah bertujuan membuat pengumuman yang sebaik-baiknya dan dengan lebih jelas kepada masyarakat agar, antara lain tidak timbul fitnah dalam masyarakat ke atas pasangan berkenaan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tSabda Rasulullah SAW \n\u201cUmumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu\n.\u201d(Riwayat Ahmad dan Tirmizi).\n\n\n\n\n\r\n\t\tPersandingan harus dilakukan tetapi dengan menjaga syarat-syarat Syarak seperti tidak mendedahkan aurat, tidak membazir, tidak melebihi-lebihkan hiasan pengantin.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAdapun meletakkan bunga di atas kubur merupakan satu adat yang menjadi perdebatan di kalangan ulama.\n\n\n\n\n\r\n\t\tBerkenaan dengan menabur bunga, boleh dirujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-65 yang bersidang pada 13 Oktober 2004. Mereka telah membincangkan Hukum Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur. Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan membawa bunga ketika menziarahi kubur adalah tidak digalakkan dari perspektif agama.\n\n\n\n\n\r\n\t\tLajnah Fatwa al-Azhar ketika dipengerusikan oleh Syaikh Atiyah Saqr berpendapat setelah ditimbang dari dua pendapat yang harus dan haram, disokongkan pendapat yang mengharuskan kerana terdapat asal daripada Sunnah iaitu Nabi SAW pernah meletak pelapah tamar dan ranting yang masih hidup di atas pusara (Bukhari-Muslim). Jika bebunga hidup digunakan mengganti pelepah tamar dan ranting kayu, maka di situlah keharusannya. Tetapi jika karangan bunga itu dari jenis yang mahal atau menyerupai acara kaum bukan Islam, maka ia ditegah.\n\n\n\n\n\r\n\t\tDi sini jika menabur bunga dengan niat yang baik seperti sekiranya bunga itu ditabur atas tanah perkuburan yang masih basah (hidup) itu bertasbih kerana Allah SWT, maka ia adalah harus.\n\n\n\n\n\r\n\t\tKesimpulannya di sini kebanyakan adat-adat Melayu pada asalnya adalah harus, termasuk persandingan dan menabur bunga di kubur jika memenuhi syarat-syarat dan ia tidak melanggar hukum-hakam Syarak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahulam\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "3. \nSoalan : \nPerkahwinan Adik Beradik Angkat\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum dan syarat anak angkat yang tidak menerima susuan ibu angkatnya untuk berkahwin dengan adik beradik angkat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAnak angkat yang tidak disusukan oleh ibu angkatnya semasa bayi adalah masih dianggap sebagai bukan mahram dengan ibu angkat dan anak kepada ibu angkat tersebut. Oleh itu, harus anak angkat itu berkahwin dengan anak kepada ibu angkatnya itu.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tWallahua'lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "4. \nSoalan : \nAdakah Nabi Muhammad SAW Minum Air Nabeez\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAdakah Nabi Muhammad SAW minum air \u2018nabeez\u2019?\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\tImam Muslim dalam kitabnya \u2018Sahih Muslim\u2019 menjelaskan dalam Bab Keharusan Minum Air Nabeez Selagi Ia Tidak Berbuih dan Tidak Memabukkan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tAir \u2018nabeez\u2019 ialah jus buah-buahan yang diperam. Pada zaman Nabi Muhammad SAW biasanya air \u2018nabeez\u2019 diperbuat daripada rendaman buah kurma atau kismis. Buah kurma atau kismis direndam semalaman dengan ditutup bekas rendaman dan kemudian pada keesokan hari diminum jus tersebut bersama-sama dengan kurma atau kismis yang direndam.\n\n\n\n\n\r\n\t\tTerdapat beberapa hadis sahih yang menjelaskan bahawa Nabi Muhammad saw pernah minum air \u2018nabeez\u2019. Syu\u2019bah berkata: Yahya al-Bahrani melaporkan, \u201cPada suatu hari, beberapa orang bertanya kepada Abdullah bin \u2018Abbas tentang hukum minum air \u2018nabeez\u2019. Abdullah bin \u2018Abbas menjelaskan, \u2018Rasulullah saw pernah dibuatkan untuk baginda air \u2018nabeez\u2019 dalam satu bekas minuman\u2019. Syu\u2019bah berkata, \u2018Air \u2018nabeez\u2019 itu diperam pada malam isnin. Kemudian baginda minum air itu pada keesokan harinya iaitu hari Isnin dan hingga waktu asar hari Selasa. Jika terdapat air yang lebih, baginda memberikan air itu kepada pembantunya untuk diminum atau baginda akan menyuruh agar air itu dibuang.\u2019\u201d Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim (Sahih Muslim, jil. 10, hlm. 267)\n\n\n\n\n\r\n\t\tImam al-Nawawi menjelaskan, hadis ini menunjukkan bahawa harus hukumnya minum air jus rendaman kurma atau kismis (air \u2018nabeez\u2019). Air \u2018nabeez\u2019 ini dibenarkan untuk diminum, selagimana ia tidak berbuih dan tidak memabukkan. Keharusan ini disepakati oleh para ulama. Jika sudah berbuih atau memabukkan, maka haram diminum. (Syarah Sahih Muslim, jil. 7, hlm. 34).\n\n\n\n\n\r\n\t\tThumamah melaporkan, \u201cSaya pernah berjumpa dengan Aisyah dan bertanya kepadanya tentang hukum minum air \u2018nabeez\u2019. Kemudian Aisyah memanggil seorang pembantu perempuan daripada keturunan Habsyah dan berkata, \u2018Kamu tanya kepadanya kerana dia yang membuat air \u2018nabeez\u2019 untuk Rasulullah saw.\u2019 Kemudian perempuan itu pun menjelaskan, \u2018Saya membuatkan air \u2018nabeez\u2019 untuk Rasulullah. Saya merendam kurma dalam satu bekas dan kemudian saya tutup bekas itu dengan ikatan yang kuat. Pada keesokan hari, baginda akan minum air rendaman itu.\u201d Hadis sahih direkodkan oleh Imam Muslim (Sahih Muslim, jil. 10, hlm. 271).\n\n\n\n\n\r\n\t\tNamun begitu, Nabi Muhammad SAW melarang daripada merendam beberapa jenis buah-buahan dalam bekas yang sama. Jabir bin Abdullah melaporkan, \u201cNabi Muhammad saw melarang daripada merendam kismis bersama-sama dengan kurma kering atau kurma muda (al-busr) dengan kurma kering (al-tamr).\u201d (Sahih Muslim, jil. 10, hlm. 197).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahua\u2019lam\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "5. \nSoalan : \nHukum Bekerja Di Pasaraya Menjual Arak\nJawapan : \n\n\nISU:\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSahabat saya bekerja di sebuah pasaraya yang menjual arak tetapi dia tidaklah bekerja di bahagian yang berkaitan dengan arak.\u00a0 Persoalannya apakah hukum dia bekerja di pasaraya tersebut, dan adakah gaji yang diterimanya halal?\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\nSeorang Muslim tidak dibenarkan untuk bekerja dalam sektor yang melibatkan dirinya dalam hal-hal berkaitan dengan arak, seperti penjualan arak, pemprosesan arak, pengangkutan arak, penyimpanan arak dan seumpamanya. Larangan ini dinyatakan oleh Nabi S.A.W. dalam sebuah hadis:\n\n\n\u0644\u064e\u0639\u064e\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0645\u0652\u0631\u064e\u060c \u0648\u064e\u0634\u064e\u0627\u0631\u0650\u0628\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0633\u064e\u0627\u0642\u0650\u064a\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0626\u0650\u0639\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0645\u064f\u0628\u0652\u062a\u064e\u0627\u0639\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0627\u0635\u0650\u0631\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0645\u064f\u0639\u0652\u062a\u064e\u0635\u0650\u0631\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u062d\u064e\u0627\u0645\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u062d\u0652\u0645\u064f\u0648\u0644\u064e\u0629\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\r\n\n\n\n\u00a0\n\n\nMaksudnya: \n\u201cAllah melaknat arak, peminumnya, pemberi minumnya, penjualnya, pembelinya, tukang perahnya, orang yang meminta diperahnya, pembawanya, dan orang yang meminta dibawakan kepadanya\u201d\n. (Abu Daud, 3/326, no: 3674).\n\n\n\r\nPengharaman menjual arak adalah diharamkan tanpa mengira sama ada yang membelinya adalah orang Islam ataupun bukan Islam\n\n\n\r\nJusteru sekiranya pekerjaan di sesebuah pasaraya/premis perniagaan menuntut seseorang pekerja terlibat secara langsung dengan arak, seperti menjadi juruwang yang menjual arak, maka seseorang Muslim tidak harus bekerja di tempat tersebut.\n\n\n\r\nTetapi sekiranya pekerjaannya tidak berkait dengan arak, seperti menjadi juruwang di kaunter halal yang tidak menjual arak, maka bekerja di situ adalah diharuskan, kerana dia tidak dikira terlibat dalam penjualan arak.\n\n\n\r\nWallahu A\u2019lam.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "6. \nSoalan : \nKategori Mati Syahid \nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAdakah kejadian/peristiwa/kematian yang berlaku di Lahad Datu boleh dikategorikan sebagai mati syahid atau orang yang meninggal itu boleh dikatakan para suhuhada?\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMerujuk kepada pandangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia bertarikh 6 Mac 2013, anggota-anggota keselamatan yang terkorban dalam pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dianggap sebagai tergolong dalam syahid akhirat. Jawatankuasa juga berpandangan bahawa kematian mereka dalam mempertahankan keselamatan rakyat dan negara adalah sangat mulia di sisi agama.\n\n\n\n\n\r\n\t\tSyahid terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu syahid dunia dan akhirat, syahid dunia, dan syahid akhirat.\u00a0 Syahid dunia dan akhirat diperoleh golongan yang berperang dengan golongan kafir yang datang menyerang negara umat Islam.\u00a0 Sehubungan itu, umat Islam memerangi golongan kafir berkenaan untuk meninggikan kalimah atau agama Allah dan menundukkan perjuangan golongan kafir.\u00a0 Secara ringkasnya, golongan ini berperang tanpa mengharapkan apa-apa jua matlamat keduniaan.\u00a0 Dalam sebuah Hadith daripada Abu Musa R.A., beliau berkata, \u201cDua orang lelaki menemui Nabi Sallallahu \u2018alayhi wa sallam lalu bertanya kepada Baginda, `Lelaki yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan perang (ghanimah), lelaki yang berperang untuk mendapatkan kemasyhuran dalam kalangan manusia, dan lelaki yang berperang untuk mendapatkan martabat keberanian, maka siapakah (antara mereka) yang berada pada jalan Allah?\u2019\u00a0 Nabi Sallallahu \u2018alayhi wa sallam menjawab, \n`Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah, maka dialah yang berada pada jalan Allah.\u2019\u201d \n(Al-Bukhari).\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tSyahid dunia pula melibatkan golongan atau individu yang terbunuh dalam peperangan dengan golongan kafir dan tumpuan utamanya adalah untuk mendapatkan harta rampasan perang, atau juga terlibat dalam peperangan disebabkan perasaan riyak, atau pula untuk mendapatkan salah satu daripada matlamat keduniaan.\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\t\tSeterusnya syahid akhirat merangkumi golongan yang terbunuh secara zalim bukan melalui peperangan.\u00a0 Sebagai contoh ialah orang yang meninggal dunia disebabkan penyakit dalam perut atau taun, orang yang lemas, orang yang meninggal di negara asing, penuntut ilmu yang meninggal dunia semasa sedang menuntut ilmu, wanita yang meninggal dunia dalam keadaan diceraikan dan sedang bernifas (diceraikan selepas bersalin), dan sebagainya.\u00a0 Walau bagaimanapun, terdapat beberapa golongan yang dikecualikan daripada memperoleh syahid akhirat ini.\u00a0 Antaranya termasuklah orang yang berada di tempat asing yang melakukan maksiat, orang yang belayar (mengembara) dengan niat untuk melakukan maksiat lalu ia lemas \u2013 kebiasaannya pengembaraan individu seperti ini tidak dikurniakan keselamatan, atau wanita yang diceraikan dan hamil disebabkan perbuatan zina.\u201d\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tPerbincangan tentang kategori syahid sebelum ini menunjukkan kepentingan niat atau matlamat penglibatan dalam sesuatu perjuangan atau peperangan.\u00a0 Perjuangan yang disertai dengan penuh keikhlasan untuk mempertahankan agama Allah malah juga negara serta penduduknya pasti diterima oleh-Nya dan diberikan ganjaran yang sebaik-baiknya. Dalam sebuah Hadith yang masyhur, iaitu daripada Amir al-Mu\u2019minin Abu Hafs `Umar\u00a0 ibn al-Khattab. bahawa beliau mendengar Nabi Sallallahu \u2018alayhi wa sallam bersabda yang bermaksud, \n\u201cSetiap amalan adalah sah dengan (disertai) niat.\u00a0 Sesungguhnya setiap orang akan mendapat sesuatu berdasarkan niatnya.\u00a0 Sesiapa yang berhijrah dengan niat kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrah tersebut diterima oleh Allah dan Rasul-Nya dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang dicarinya atau wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya itu akan menghasilkan sesuatu berdasarkan niat hijrahnya itu\n.\u201d\u00a0 (Al-Bukhari dan Muslim).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKeikhlasan dalam beramal atau melaksanakan sesuatu (ibadah) turut ditekankan dalam banyak ayat al-Qur\u2019an sebagaimana yang berikut, \u201c\nPadahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya, lagi tetap teguh atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberikan zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.\n\u201d (Al-Bayyinah, 98:5).\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a'lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "7. \nSoalan : \nKahwin Di Thailand\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAdakah sah nikah di Thailand?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHukum nikah di Siam (Thailand) jika memenuhi syarat dan rukun nikah, maka ia adalah sah daripada sudut fiqh. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tPernikahan itu mengikut rukun nikah;\n\n\n\r\n\t\t\tPernikahan itu melebihi dua marhalah;\n\n\n\r\n\t\t\tTiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin; dan\n\n\n\r\n\t\t\tPernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.\n\n\n\n\n\r\n\t\tSeterusnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.\n\n\n\n\n\r\n\t\tWallahu'alam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "8. \nSoalan : \nStatus Hadis Tentang Kelebihan Solat Tarawih\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tApakah status hadis tentang kelebihan solat sunat tarawih 30 hari?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHadis yang didakwa dilaporkan oleh Saiyidan Ali tentang kelebihan solat sunat tarawih selama 30 hari adalah hadis palsu (\nmaudhuk\n). Hukum menyebarkan hadis palsu adalah haram kerana ia suatu pembohongan terhadap Nabi Muhammad SAW. Sabda baginda: \n\u201cBarangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka.\u201d\n (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahua'lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "9. \nSoalan : \nPakaian Peserta Gimnastik\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum mengenai pemakaian peserta gimnastik?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tBerpakaian untuk apa juga tujuan adalah tertakluk kepada hukum menutup aurat di dalam Islam. Termasuk wajib menutup aurat bagi peserta acara sukan. Aurat bagi lelaki iaitu hendaklah ditutup bahagian dari pusat hingga ke bawah paras lutut. Manakala bagi atlet wanita, jika acara tersebut ditonton oleh penonton lelaki, maka wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Serta pakaian itu tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh, juga tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahua'lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "10. \nSoalan : \nHukum Gantung Gambar\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tApakah gambar/foto dibenarkan digantung di:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1. dalam masjid\n\r\n\t\t2. di perkarangan masjid yang dibuat tempat solat Jumaat\n\r\n\t\t3. di perkarangan masjid?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMenggantung gambar manusia atau binatang di tempat yang dipandang mulia untuk dijadikan perhiasan seperti digantung di dinding atau dijadikan kain langsir, maka hukumnya adalah haram. Manakala jika sesuatu yang terdiri daripada gambar manusia atau binatang, dijadikan hamparan atau alas, iaitu tempat yang bukan dimuliakan, maka hukumnya tidak dilarang.\n\n\n\n\n\r\n\t\tImam al-Nawawi menjelaskan dalam kitabnya \u2018Syarah Sahih Muslim\u2019 (jil. 14, hlm. 81-82), \u201cMenggunakan sesuatu yang terdapat padanya gambar binatang, jika ia digantung pada dinding, atau gambar itu dicetak pada pakaian, atau serban, atau selainnya, iaitu diletak gambar itu di tempat yang dianggap mulia, maka hukumnya adalah haram. Sebaliknya, jika sesuatu yang terdapat padanya gambar binatang, dijadikan alas tempat duduk, atau dijadikan hamparan, iaitu pada tempat yang tidak dianggap mulia, maka hukumnya tidak haram. Ini adalah ringkasan pendapat mazhab al-Syafi\u2019i dan ia juga pendapat majoriti ulama\u2019.\u201d Gambar binatang ini termasuklah gambar makhluk bernyawa, termasuk gambar manusia. Manakala jika gambar tidak bernyawa seperti pokok, batu, atau sungai, maka gambar tersebut tidak dilarang daripada digantung di dinding (Abdul Karim Zaidan, Mufassal fi ahkam al-mar\u2019ah, jil. 3, hlm. 464)\n\n\n\n\n\r\n\t\tDalilnya: Aisyah melaporkan, \u201cPada suatu hari, Rasulullah SAW pulang daripada perjalanan. Ketika itu saya ada menggantungkan kain langsir yang padanya ada gambar binatang. Apabila Rasulullah SAW melihat kain langsir itu, baginda tidak suka melihatnya, lalu bersabda, \u2018Manusia yang paling teruk menerima azab Allah pada hari kiamat kelak ialah orang yang berbangga-bangga dengan makhluk Allah.\u2019 Aisyah berkata lagi, \u2018Lalu kami potong kain langsir itu dijadikan alas.\u201d Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari dan Muslim.\n\n\n\n\n\r\n\t\tJika menggantung gambar foto manusia di rumah adalah dilarang, apatah lagi jika ia digantung di kawasan masjid. Maka hukumnya juga adalah haram. Ini sekiranya gambar itu digantung untuk tujuan perhiasan. Namun sekiranya gambar foto yang ditampal di dinding untuk tujuan makluman, seperti menampal banner penceramah jemputan yang padanya ada gambar penceramah, maka ia tidak dilarang, kerana ia bukan untuk tujuan perhiasan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tWallahua'lam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "11. \nSoalan : \nKumpulan Tapediri 65 Dan Bathamim 114\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\tMohon penjelasan mengenai Kumpulan Tapediri 65 dan 114 Bathamim.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\tKajian mengenai kumpulan Tapediri ada dijalankan terutama oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan. Dalam kajian tersebut, antara kesimpulan yang diputuskan ialah:\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tPertubuhan TAPEDIRI menggabungkan elemen pertahanan diri dan rawatan Islam dalam kegiatan pertubuhannya.Ia bermatlamat dakwah terutama kepada golongan muda dan samseng Melayu\u00a0 yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun begitu terdapat beberapa perkara yang menimbulkan keraguan seperti penggunaan jurus, ilmu kebal secara ghaib, istilah-istilah yang meragukan, kesalahan-kesalahan kalimah dalam buku amalan TAPEDIRI 65 dan ketaksuban beberapa ahli sehingga mengabaikan tanggungjawab menuntut ilmu\u00a0 dan mencari nafkah keluaga.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDisebabkan banyak perkara-perkara yang meragukan pada pertubuhan ini, maka adalah tidak digalakkan untuk orang-orang Islam untuk menyertai pertubuhan ini.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKumpulan Bathamin 114 atau \u201cBenteng Mukmin\u201d adalah penerusan dari kumpulan TAPEDIRI yang lebih menumpukan kepada amalan rawatan Islam. Kumpulan ini tidak lagi mengendalikan amalan pertahanan diri seperti TAPEDIRI 65.\n\n\n\n\n\n\n\r\n\tWallahu a\u2019lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "12. \nSoalan : \nHukum Binaan Atas Kubur Dan Hiasan Kubur\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum membina batas daripada batu batuan dan apa hukum menghias kuburan? Adakah ianya haram?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMembina batas dari batu batuan di atas kuburan adalah harus sekiranya ia dibuat untuk mengelakkan tanah dari terhakis atau digali atau dikorek oleh binatang. Yang diharamkan ialah membina binaan yang besar untuk tujuan kecantikan dan bermegah-megah. Oleh yang demikian, berhias untuk tujuan di atas adalah haram. Namun sekiranya dibuat binaan asas yang kemas untuk tujuan memperkukuhkan tanah dan memudahkan orang yang menziarahi adalah harus.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pernah membincangkan isu berkaitan dengan binaan atas kubur pada 26 Mei 1976 dan 25 Mei 2010. Keputusannya adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tMakruh hukumnya dibuat binaan di dalam atau di atas kubur yang tanah kubur itu dimiliki oleh orang yang membuat binaan tersebut. Manakala hukumnya harus jika membuat binaan yang bertujuan menyelamatkan kubur itu dari digali atau dikorek oleh binatang buas atau diruntuh oleh banjir atau seumpamanya.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tHaram hukumnya dibuat binaan di dalam atau di atas kubur apa jua jenis dan bentuk binaan yang kekal selepas hancur mayat dengan tiada apa-apa tujuan seperti yang tersebut di atas sekiranya kubur itu di dalam tanah yang disediakan untuk perkuburan atau yang diwakaf untuk perkuburan dan wajib dirobohkan kerana binaan kekal wujudnya selepas hancur mayat ia menghalang orang-orang Islam daripada menggunakan tempat perkuburan itu dengan tiada apa-apa sebab yang diluluskan oleh syarak dan meruntuhkan itu hendaklah dengan kebenaran kadi atau kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Kedah kerana dikhuatiri berlaku perbalahan, pergaduhan dan sebagainya. Batu-batu dan perkakas-perkakas binaan menjadi hak milik waris-warisnya dan dipulangkan kepada mereka. Jika tiada waris atau waris enggan mengambilnya maka menjadi hak kepada baitulmal.\n\n\n\n\n\r\n\tWallahua'alam\r\n\t\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "13. \nSoalan : \nApa Hukum Menjual Tahi Ayam?\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tApa hukum menjual tahi ayam?\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tBaja yang berasal daripada najis boleh dibahagikan kepada dua kategori:\n\n\n\n\n\r\n\t\tPertama: Baja yang berasal daripada najis, tetapi penghasilannya telah melalui proses istihalah yang mengubah hakikat dan sifatnya, sehingga ia tidak lagi dinamakan sebagai najis dan tidak mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri najis. Maka baja seperti ini harus digunakan dan harus dijual beli.\n\n\n\n\n\r\n\t\tKedua: Baja yang berasal daripada najis dan masih mempunyai ciri-ciri asal kenajisannya. Baja seperti ini harus digunakan untuk pertanian kerana keperluan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tTetapi untuk dijual beli, terdapat beberapa pandangan yang berbeza antara ulama Islam.\n\n\n\n\n\r\n\t\tSebahagian ulama mengharuskan penjualan baja najis seperti mazhab Hanafi. Al-Sarakhsi menyatakan:\n\n\n\n\n\n\n\u0628\u064e\u064a\u0652\u0639\u064f \u0627\u0644\u0633\u0651\u0650\u0631\u0652\u0642\u0650\u064a\u0646\u0650 \u062c\u064e\u0627\u0626\u0650\u0632\u064c\u060c \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u062a\u064e\u0646\u064e\u0627\u0648\u064f\u0644\u064f\u0647\u064f \u062d\u064e\u0631\u064e\u0627\u0645\u064b\u0627\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u0651\u0650\u0631\u0652\u0642\u0650\u064a\u0646\u064f \u0645\u064f\u062d\u064e\u0631\u0651\u064e\u0645\u064f \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650\u060c \u0648\u064e\u0645\u064e\u0639\u064e \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0628\u064e\u064a\u0652\u0639\u064f\u0647\u064f \u062c\u064e\u0627\u0626\u0650\u0632\u064b\u0627\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u201c\nPenjualan najis haiwan adalah harus, sekalipun memakannya adalah haram kerana ia adalah haram secara fizikalnya. Sekalipun demikian, menjualnya adalah harus\u201d\n. (Al-Mabsut, 24:15).\n\n\n\n\n\r\n\t\tManakala jumhur ulama iaitu mazhab Maliki, mazhab Syafie dan mazhab Hanbali mengatakan bahawa hukum menjual najis adalah haram (Al-Majmuk, 9:230; Al-Mughni, 4:192).\n\n\n\n\n\r\n\t\tIni berdasarkan kepada hadis:\n\n\n\n\n\n\n\u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0631\u0651\u064e\u0645\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0623\u064e\u0643\u0652\u0644\u064e \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u062d\u064e\u0631\u0651\u064e\u0645\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u062b\u064e\u0645\u064e\u0646\u064e\u0647\u064f\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u201c\nSesungguhnya apabila Allah mengharamkan ke atas sesuatu kaum memakan sesuatu, maka Dia mengharamkan juga ke atas mereka nilainya (harga penjualannya)\u201d\n (Abu Daud, 3:280, no: 3488).\n\n\n\n\n\r\n\t\tJusteru, hukum asal menjual najis untuk dijadikan baja adalah haram dan tidak sah menurut pandangan majoriti ulama. Namun, pengambilan keuntungan melalui industri baja boleh dilakukan melalui kontrak selain daripada jual beli seperti kontrak ijarah iaitu pengambilan upah ke atas sesuatu perkhidmatan. Sebagai contoh, dalam kes seguni baja najis dijual dengan harga RM50, kontrak ditukar kepada ijarah, iaitu upah mengumpul, mengangkut dan menguruskan baja najis adalah RM50 bagi satu guni. Dalam hal ini, segala syarat-syarat dan rukun-rukun kontrak ijarah mestilah dipatuhi.\n\n\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "14. \nSoalan : \nHukum Melakukan Trading Forex Secara Bersendirian\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum melakukan trading forex secara bersendirian iaitu melalui matawang USD. Bolehkah saya meletakkan duit hasil forex itu ke dalam bank? Apa yang perlu dilakukan kepada duit haram?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tHukum melakukan trading forex secara individu melalui platform elektronik telah diputuskan fatwa berkenaannya. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik. Muzakarah telah memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara.\n\n\n\r\n\t\t\tMuzakarah mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian.\n\n\n\r\n\t\t\tSelaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tKeuntungan daripada trading falam forex hendaklah dibersihkan iaitu dengan diberikan kepada saluran-saluran kebajikan atau disedekahkan kepada fakir miskin. Manakala modal boleh diiktiraf sebagai wang miliknya.\n\n\n\r\n\t\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "15. \nSoalan : \nHukum Jual Beli Binatang Jallalah\nJawapan : \n\n\n\n\nISU: \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum jual beli binatang jallalah?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN: \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJallalah ialah haiwan yang diberikan najis sebagai makanannya. Terdapat hadis yang melarang daripada memakan haiwan jallalah dan meminum susunya. Daripada Ibn Umar r.a. katanya:\n\n\n\n\n\n\n\u0646\u064e\u0647\u064e\u0649 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0643\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u062c\u064e\u0644\u0651\u064e\u0627\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0644\u0652\u0628\u064e\u0627\u0646\u0650\u0647\u064e\u0627\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya:\n \u201cRasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melarang daripada makan (haiwan) jallalah dan (minum) susunya\u201d\n (Riwayat Abu Dawud, 3:351, no. 3785; al-Tirmizi, 4:270, no. 1824).\n\n\n\n\n\r\n\t\tDari sudut hukum fiqah, sekiranya berlaku perubahan pada daging dan susu haiwan jallalah disebabkan pemakanan najisnya, seperti perubahan pada baunya, maka ada kalangan ulama seperti mazhab Hanbali yang mengharamkan memakan daging jallalah. Majoriti ulama dari kalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki, dan mazhab Syafie berpandangan bahawa hukum memakan jallalah adalah makruh. Tetapi selepas haiwan jallalah dihentikan pemakanan najis dalam suatu tempoh, maka hukumnya kembali kepada asal iaitu harus.\n\n\n\n\n\r\n\t\tSebab dilarang memakan daging haiwan jallalah dan meminum susunya ialah kerana perubahan pada dagingnya yang dicemari oleh pemakanan yang bernajis (Al-Haytami, Tuhfatul Muhtaj, 9:386). Larangan tersebut bukanlah disebabkan daging itu sendiri, tetapi disebabkan faktor luaran yang memberi kesan kepada dagingnya (Al-Kasani, Badai\u2019 al-Sanai\u2019, 5:40).\n\n\n\n\n\r\n\t\tJusteru, haiwan tersebut sekalipun masih berstatus jallalah, ia adalah kekal sebagai haiwan milik tuannya. Larangannya terhadap jallalah ialah larangan terhadap memakan dagingnya dan meminum susunya.\n\n\n\n\n\r\n\t\tJusteru, haiwan yang masih berstatus jallalah harus dijual beli atau diberikan sebagai hadiah (hibah) kepada orang lain sebagaimana haiwan-haiwan lain (Al-Kasani, Badai\u2019 al-Sanai\u2019, 5:40). Cuma ada pandangan bahawa hukum menjual haiwan jallalah adalah makruh.\n\n\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "16. \nSoalan : \nHukum Orang Islam Membenarkan Tapak Pembinaan Kuil Dan Tokong \nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tAda fatwa berhubung dengan perkara di atas adalah haram kerana memberi laluan dan peluang kepada orang kafir di dalam menyembah berhala.menolong perkara seumpama ini merupakan maksiat yang amat besar. Kemushkilan, keputusan tersebut seolah-olah biarkan non Muslim pupus dari dunia.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tBagaimana pula seorang doktor Muslim bila ia terdapat patient non Muslim yang terlibat dalam kemalangan kerana mabuk membawa kereta. Tugas doktor ini untuk merawat atau membedah kerana nak selamatkan nyawanya. Mestikah doktor ini tingalkan dia mati? Sebab dia non Muslim, mabuk degan maksiat dan juga pergi menyembah ke tempat ibadah yang bukan muslim. Dan banyak lagi pemabuk, maksiat dan seumpamanya datang kepada doctor ini untuk dirawat atau bedah.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSesuatu fatwa itu harus dilihat secara khusus dalam konteks dan keadaan kes yang berlaku di kawasan tersebut. Dalam keadaan keadaan yang lain hukumnya kemungkinan berbeza.\n\n\n\n\n\r\n\t\tDalam konteks sebuah negara, hak orang-orang bukan Islam untuk mempercayai ajaran agama, beramal dengan ritual agama dan juga membina tempat ibadat mereka harus diberikan termasuk oleh pemerintah Muslim. Ini selari dengan ajaran Islam yang tidak boleh memaksa perkara berkaitan kepercayaan kepada penganut agama lain, berdasarkan ayat al-Qur\u2019an, \n\u201cTiada paksaan dalam agama\u201d\n (al-baqarah 256) dan juga \n\u201cUntuk kamu agama kamu dan untukku agamaku\u201d\n (Surah al-Kafirun:6). Begitu juga dengan tindakan Nabi Muhammad SAW yang memberi hak dan membenarkan penganut agama lain beribadat semasa perlambagaan Madinah diwujudkan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tNamun dalam konteks yang lebih khusus, sekiranya bilangan jumlah bukan Islam tersebut adalah kecil dalam sesuatu masyarakat, maka rumah ibadat tersebut mungkin tidak diperlukan. Maka kebenaran untuk membina rumah ibadat adalah bergantung kepada keperluan sesuatu keadaan dan tempat serta masyarakat bukan Islam yang ada di tempat tersebut.\n\n\n\n\n\r\n\t\tNamun, pembinaan rumah ibadat tersebut haruslah didana oleh penganut agama tersebut sendiri dan bukannya dari orang Islam.\n\n\n\n\n\r\n\t\tPersoalan ini tidak boleh disamakan dengan kes doktor yang merawat orang sakit yang bukan Islam. Ini kerana mereka yang sakit dalam kalangan orang bukan Islam harus diselamatkan atas dasar kemanusiaan. Ini dijamin oleh agama Islam misalnya dengan larangan untuk membunuh nyawa yang bukan dengan hak.\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\t\"\nSesungguhnya barang siapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya\n\".[al-M\u00e2idah/5:32]\n\n\n\n\n\r\n\t\t\"\nDan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan suatu (sebab) yang benar\n\" [al-\u2018An\u2019\u00e2m/6:151]\n\n\n\n\n\r\n\t\tMalah menurut ajaran Islam, pemerintah Islam juga harus menjaga keselamatan orang-orang bukan Islam di bawah pemerintahan mereka.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a\u2019lam.\n\r\n\t\t\u00a0\u00a0\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "17. \nSoalan : \nAliran Wahabi Dan Kedudukan Ulama Haramain\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t.\n\n\n\r\n\t\tMohon penjelasan mengapa masyarakat mengganggap wahabbi itu sesat sedangkan mereka sebenarnya tidak sesat? Andai benar wahabbi itu sesat bagaimanakah status ulama-ulama haramain terutamanya imam-imam masjidil haram dan masjidil nabawi. Adakah mereka juga tergolong sebagai sesat hanya kerna mereka wahabbi ?\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAliran Wahabi bukanlah aliran yang dianggap sesat akan tetapi dari segi pendekatan ilmu mereka menggunakan kaedah dan pendekatan yang ketat dan keras.\n\n\n\n\n\r\n\t\tDari segi pendekatan ilmiah, aliran Wahabi membawa pendekatan yang agak sempit dengan metodologi harfiah (literal) yang mereka ambil dalam memahami sumber agama khususnya al-Qur\u2019an. Justeru itu, sebahagian dari pandangan mereka dalam agama bersifat agak keras terutama terhadap orang yang tidak mengambil pendekatan mereka. Pendekatan sebegini akhirnya telah membawa kepada kecenderungan untuk mudah mengeluarkan orang Islam dari lingkungan agama yang tidak sealiran dengan aliran Wahabi.\n\n\n\n\n\r\n\t\tContoh perbezaan pandangan golongan Wahabi yang agak jelas ialah pandangan mengenai sunnah dan bid\u2019ah. Berdasarkan makna literal beberapa hadis Nabi mereka menganggap bahawa setiap amalan ibadat yang tidak mengikuti secara langsung cara yang dibawa oleh Nabi\u00a0 mereka akan anggap bid\u2019ah dan terkeluar dari Islam. Justeru itu banyak amalan dan pegangan yang telah diamalkan oleh masyarakat Islam telah dianggap terkeluar dari agama oleh pihak Wahabi. Pendekatan ini telah menyebabkan perpecahan di kalangan sebahagian masyarakat yang telah lama mempunyai kesatuan dalam ibadat menuruti pentafsiran imam-imam muktabar dalam mazhab Shafi\u2019i dan dalam akidah menuruti aliran al-Ash\u2019ari dan al-Maturidi.\n\n\n\n\n\r\n\t\tBanyak persoalan yang bersifat khilafiah telah diangkat dan dianggap sebagai perkara usul sehingga menjadi permasalahan dalam masyarakat seperti larangan doa qunut, wirid dan berdoa secara berjamaah selepas solat, tahlil, berzanji, qasidah, burdah, membaca yasin pada malam jumaat, perayaan maulid kesemuanya ditolak atas nama bid\u2019ah yang sesat. Ini sama sekali tidak selari dengan pemahaman sunnah dan bid\u2019ah yang sebenar dalam islam dan juga tidak bertepatan dengan semangat ilmiah dalam tradisi Islam yang membenarkan perbezaan pandangan dalam persoalan khilafiah.\n\n\n\n\n\r\n\t\tDalam konteks tasauf, mereka amat keras membid\u2019ah amalan-amalan tariqat, amalan wirid dan selawat, tawassul yang dilakukan oleh golongan sufi. Dalam akidah, mereka membid\u2019ahkan ajaran tauhid berdasarkan sifat yang kesemuanya dipelopori oleh ulama-ulama berwibawa dalam aliran Ahl Sunnah wa al-Jama\u2019ah.\n\n\n\n\n\r\n\t\tContoh lain perbezaan pemahaman aliran Wahabi ialah pendekatan mereka dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat dalam al-Qur\u2019an seperti ayat berkaitan \u2018tangan dan wajah Allah\u2019, istiwa\u2019 dan lain-lain. Dengan mengisbatkan secara literal ayat-ayat ini dan menolak sama sekali pendekatan ta\u2019wil yang juga salah satu pendekatan yang diambil oleh ulama salaf, ia membawa kepada kecenderungan tajsim(kefahaman Allah berjism) dan tashbih (kefahaman Allah menyamai makhluk) terutama kepada mereka yang berfahaman simplistik berkaitan isu tersebut.\n\n\n\n\n\r\n\t\tRamai ulama-ulama yang telah mengkritik dan menghujah aliran Wahabi termasuk saudara kandung Sheikh Muhammad Abdul Wahhab sendiri iaitu Sheikh Sulayman Abd Wahhab dalam kitabnya bertajuk al-Sawa\u2019iq al-Ilahiyyah fi al-Radd \u2018ala al-Wahhabiyyah. Antara ulama-ulama lain ialah Sayyid Ahmad Ibn Zaini Dahlan (m.1886) Mufti Mekkah dan Shaykh al-Islam dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd \u2018ala al-Wahhabiyyah dan Dr. Sa\u2019id Ramadhan al-Buti dalam karyanya al-Salafiyyatun Marhalatun Zamaniyyatun Mubarakatun la Mazhabun Islamiyyun.\n\n\n\n\n\r\n\t\tMemandangkan Malaysia jelas mengambil pendirian bahawa aliran\u00a0 yang harus diikuti ialah mazhab Shafi\u2019i dan dalam akidah aliran Ash\u2019ari dan Maturidi, maka aliran Wahabi adalah tidak sesuai dalam konteks kefahaman agama di Malaysia.\n\n\n\n\n\r\n\t\tBerkenaan kedudukan ulama-ulama haramain dan imam-imam di Mekah dan di Madinah, tidak ada masalah untuk berimam solat dengan mereka kerana mereka bukanlah sesat akan tetapi berbeza dari segi metodologi ilmu.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a\u2019lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "18. \nSoalan : \nMenggunakan Peralatan Pejabat Untuk Kegunaan Peribadi\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tBerkenaan penggunaan barang-barang pejabatsebagai contoh mencetak beberapa dokumen peribadi dalam kuantiti yangsedikit dan penggunaan internet untuk memuat turun sebarang mediaseperti video dan audio ilmiah berkaitan agama/lain2.jadi bagaimanakah saya hendak menggantikan atau keluar dari kesalahan ini jika telah melakukannya.Perlukah saya mengganti dalam apa-apa bentuk gantian? Salahkah?\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tBerkenaan makanan lebihan dari kursus/mesyuarat yang diadakan di pejabat lalu dimakan oleh kakitangan pejabat yang lain.Kami juga makan makanan lebihan tersebut yang mana jika yang mengadakan mesyuarat itu adalah bahagian/seksyen lain dan mahupun yang diadakan oleh seksyen sendiri.Apakah hukum dalam hal ini?\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tSaya berkerja di sesebuah seksyen di pejabat kerajaan.seksyen ini dianggap sibuk dan banyak kerja. Alhamdulillah saya buat kerja dengan baik, soalnya disini sampai satu ketika kadang-kadang tiada kerja untuk dibuat disebabkan beberapa perkara yang perlu menunggu urusan dari pihak lain untuk diambil tindakan.jadi tidak ada kerja yang nak buat.adakah salah jika saya tidak membuat apa-apa kerja waktu itu.? atau perlu saya mencari kerja lain?\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tFirman Allah SWT dalam surah al-Nisa\u2019 ayat 58, yang bermaksud, \u201cSesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)\u2026\u201d Abdullah bin Umar melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, \u201cTidak sempurna iman seseorang yang tidak amanah.\u201d Hadis sahih direkod oleh al-Munziri.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nIsu 1: \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenggunakan kemudahan di pejabat untuk kegunaan peribadi adalah dilarang. Ini disebabkan segala kos yang ditanggung di pejabat menggunakan dana awam, ia hanya digunakan untuk keperluan tugas. Sekiranya kegunaan pejabat telah digunakan untuk kegunaan peribadi, maka ia perlu dibayar ganti rugi. Bayaran ganti rugi boleh dibincangkan dengan Ketua Jabatan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nIsu 2: \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPembaziran merupakan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT. Firman Allah dalam surah al-Isra\u2019 ayat 27, yang bermaksud, \u201cSesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.\u201d Lebihan makanan dari kursus/mesyuarat yang diadakan di pejabat dilarang daripada dibuang begitu sahaja. Tidak menjadi kesalahan lebihan makanan itu dimakan oleh kakitangan lain yang tidak terlibat dalam kursus/mesyuarat tersebut. Dalam masa yang sama pihak penganjur kursus/mesyuarat wajib mengurus kewangan yang ada bagi memastikan ia tidak digunakan secara berlebihan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nIsu 3: \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBidang tugas dan peranan seseorang dalam sesuatu Jabatan adalah mengikut perjanjian antara Ketua Jabatan dan pekerjanya. Selama mana gaji yang diterima itu berdasarkan kontrak kerja yang disepakati, maka tidak menjadi kesalahan kepada pekerja menerima gaji, walaupun dalam keadaan tertentu terdapat sela waktu, pekerja tiada urusan untuk dilakukan. Namun, masa ketiadaan tugas untuk dilakukan perlu diisi untuk keperluan Jabatan mengikut tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan daripada semasa ke semasa.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahua'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "19. \nSoalan : \nMengkebumikan Jenazah Islam Di Perkuburan Bukan Islam\nJawapan : \n\n\n\n\nISU\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum mengkebumikan jenazah orang Islam di tanah perkuburan orang bukan Islam?\n\n\n\n\n\n\nPENJELASAN\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenyimpan termasuk mengkebumikan jenazah orang Islam merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Hukum memakamkan jenazah adalah wajib berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud;\n\u201c(Wahai Ali), pergilah lalu kuburlah ia!\u201d (Imam Nasaie).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJika orang Islam mati maka hendaklah disimpan di tanah perkuburan Islam. Ini seperti ijmak para ulama. Masyarakat Islam dan waris perlu berusaha sedaya mungkin untuk menyimpan mayat berkenaan di tanah perkuburan Islam.\u00a0 Walaubagaimana pun jika seorang orang Islam meninggal sebagai contoh di luar negara iaitu di negara bukan Islam dan tidak terdapat tanah perkuburan Islam atau pun ada kesukaran membawa pulang jenazah ke negara Islam, disebabkan takut rosak mayat, menyukarkan ahli keluarga, maka ia harus disimpan di tanah perkuburan bukan Islam disebabkan darurat. Ia adalah baik daripada dibiarkan mayat terancam kepada binatang buas dan sebagainya.\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tAllah SWT tidak mentaklifkan manusia melainkan pada kadar kemampuan mereka. Mayat Muslim yang soleh tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan jika ditanam di mana-mana sahaja kerana yang diperhitungkan ialah amalan kebaikannya disisi Islam bukan berdasarkan kubur atau tempat ia disimpan.\u00a0 \n\u201cDan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.\u201d (An-Najm :39)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a\u2019lam.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "20. \nSoalan : \nKaedah Membersihkan Harta Haram\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU\n:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBagaimanakah wang dari sumber haram\u00a0 dapat diinfaqkan? Siapakah yang boleh menerima wang tersebut?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN\n:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWang yang diperoleh secara haram boleh dibahagikan kepada dua kategori, dan kaedah pembersihan juga adalah berbeza, iaitu:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n1) Harta haram yang diperolehi tanpa kerelaan pemiliknya\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tContoh harta haram dalam kategori ini ialah hasil curian, rompakan, rampasan, pengkhianatan dan penipuan dalam perniagaan. Perolehan harta melalui jalan-jalan tersebut adalah tidak diiktiraf oleh syarak, justeru pemilikannya terhadap harta tersebut adalah tidak sah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKaedah mengendalikan pengurusan harta haram dalam kategori ini ialah dengan menyerahkannya kembali kepada pemilik asal. Ia adalah kaedah yang diarahkan oleh syarak dan disepakati oleh fuqaha.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAntara dalil kewajipan menyerahkan kembali harta tersebut kepada pemiliknya ialah:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\u0645\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0645\u064e\u0638\u0652\u0644\u064e\u0645\u064e\u0629\u064c \u0644\u0650\u0623\u064e\u062e\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u0650\u0631\u0652\u0636\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d\u060c \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u062a\u064e\u062d\u064e\u0644\u0651\u064e\u0644\u0652\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f \u0627\u0644\u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u064e\u060c \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0643\u064f\u0648\u0646\u064e \u062f\u0650\u064a\u0646\u064e\u0627\u0631\u064c \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u062f\u0650\u0631\u0652\u0647\u064e\u0645\u064c\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cSesiapa yang mempunyai sebarang kezaliman terhadap saudaranya pada maruahnya atau sesuatu, maka hendaklah meminta halal daripadanya pada hari ini, sebelum datang hari yang tiada guna lagi dinar dan dirham\u201d (al-Bukh\u0101r\u012b, \n\u1e62a\u1e25\u012b\u1e25 al-Bukh\u0101r\u012b\n, 1422H, D\u0101r \u1e6cawq al-Naj\u0101h, 3:129 (No: 2449).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKewajipan menyerahkan kembali harta haram kepada pemiliknya dalam kategori ini adalah disepakati oleh ulama. Ini sebagaimana nukilan ijmak oleh sebahagian fuqaha.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIbn Qud\u0101mah menyatakan, \u201cSesiapa merampas sesuatu, maka dia wajib memulangkannya balik selagi mana ia masih kekal, tanpa ada khilaf yang kami ketahui\u201d (Ibn Qud\u0101mah, \nAl-Mughn\u012b\n, 1388H, 5:177.).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n2) Harta haram yang diperolehi dengan kerelaan pemiliknya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tContoh harta haram yang diperoleh dengan kerelaan pemiliknya, ialah harta yang diperoleh melalui aktiviti perjudian, perniagaan haram, pelacuran dan seumpamanya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tHarta haram tersebut hendaklah disalurkan kepada mana-mana saluran berikut:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t1) \nDisalurkan kepada maslahah umum\n.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPembersihan harta haram dengan cara menyalurkan kepada maslahah umum disebut oleh ramai fuqaha. Antaranya Imam al-Ghaz\u0101l\u012b menyebut, \u201cManakala jika harta haram itu dimiliki oleh pemilik yang dia tidak ketahui dan tidak mampu untuk mengetahuinya, maka hendaklah diserahkan kepada maslahah umum orang Islam seperti pembinaan jambatan, kubu, masjid, kemaslahatan jalan ke Makkah, dan lain-lain yang dikongsi bersama penggunaannya oleh orang-orang Islam\u201d (al-Nawaw\u012b, \nAl-Majm\u016b\u02bf Shar\u1e25 al-Muhadhdhab\n, 9:351).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIa juga dinisbahkan kepada pandangan majoriti ulama sebagaimana Ibn Taimiyyah menyebut, \u201cJika harta-harta diambil tanpa hak dan tidak dapat dikembalikan kepada pemilik-pemiliknya seperti kebanyakan harta-harta pemerintah, maka membantu dalam menyerahkan harta tersebut kepada maslahah orang Islam seperti pembinaan kubu, pembiayaan tentera dan seumpamanya adalah termasuk dalam membantu dalam kebaikan dan taqwa. Ini adalah pandangan majoriti ulama seperti M\u0101lik, Ab\u016b \u1e24an\u012bfah, dan Ahmad. Ia juga dinukilkan dari beberapa orang sahabat, dan hujah-hujah syarak menyokongnya (Ibn Taymiyyah, \nAl-Siy\u0101sah al-Shar\u02bfiyyah\n, 1418H, 40).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t2) \nDisalurkan kepada sedekah, iaitu disalurkan kepada golongan fakir dan miskin.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tCara kedua mengendalikan urusan pembersihan harta haram ialah dengan cara menyalurkan dalam bentuk sedekah. Kaedah ini dinukilkan dari ramai salaf dan ulama, antaranya:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\u0639\u064e\u0646\u0652 \u0645\u064e\u0627\u0644\u0650\u0643\u0650 \u0628\u0652\u0646\u0650 \u062f\u0650\u064a\u0646\u064e\u0627\u0631\u064d \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e : \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064c \u0644\u0650\u0639\u064e\u0637\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0628\u0652\u0646\u0650 \u0623\u064e\u0628\u0650\u064a \u0631\u064e\u0628\u064e\u0627\u062d\u064d : \u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064c \u0623\u064e\u0635\u064e\u0627\u0628\u064e \u0645\u064e\u0627\u0644\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062d\u064e\u0631\u064e\u0627\u0645\u064d , \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e : \u0644\u0650\u064a\u064e\u0631\u064f\u062f\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650\u0647\u0650 , \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0639\u0652\u0631\u0650\u0641\u0652 \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u064e\u0647\u064f \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u062a\u064e\u0635\u064e\u062f\u0651\u064e\u0642\u0652 \u0628\u0650\u0647\u0650 , \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0623\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650\u064a \u064a\u064f\u0646\u0652\u062c\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0625\u062b\u0652\u0645\u0650\u0647\n\n\n\r\n\t\tDari M\u0101lik ibn D\u012bn\u0101r, katanya bahawa \u02bfA\u1e6d\u0101\u2019 ibn Ab\u012b Rab\u0101h ditanya oleh seorang lelaki tentang seseorang yang memperoleh harta daripada suatu yang haram, lalu jawabnya \u201cHendaklah dia kembalikan kepada tuannya, dan jika tidak mengetahui tuannya hendaklah dia bersedekah dengannya. Dan aku tidak tahu adakah tindakan itu menyelamatkannya daripada dosanya atau tidak\u201d (Ibn Ab\u012b Shaybah, \nal-Mu\u1e63annaf\n, 1409H, 4:561 (no: 23133).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMalahan sebahagian ulama berpendapat hanya saluran sedekah sahaja yang boleh digunakan dalam menyalurkan harta haram sebagaimana tulisan Al-Taw\u0101t\u012b yang menukilkan pandangan mazhab Maliki dengan katanya, \u201cJalan penyelesaian hartanya jika tidak dapat dikembalikan kepada pemiliknya ialah saluran sedekah kepada fakir, dan tiada saluran lain\u201d (Al-Taw\u0101t\u012b, \nMarji\u02bf al-Mushkil\u0101t\n, 107).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "21. \nSoalan : \nStatus Ibadah Sebelum Sertu\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBagaimanakah status ibadah yang dilakukan sebelum sertu?\n\r\n\t\t(Situasi:Selepas digigit anjing terus ke hospital untuk rawatan.Tidak sertu disebabkan luka masih berdarah dan selepas luka kering barulah disertu).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSolat yang dilakukan tanpa taharah yang sempurna adalah solat yang tidak sah. Bagi kes yang ditimbulkan, selepas digigit anjing, sepatutnya disertu/samak terlebih dahulu tempat yang terkena gigitan iaitu dibasuh dengan air bercampur tanah dan kemudian dibasuh dengan air mutlak sebanyak enam kali.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJika luka itu masih berdarah dan kemudian Doktor membersihkannya tanpa menepati syarat sertu/samak, dan pada ketika itu terhalang pesakit daripada melakukan sertu/samak kerana luka masih berdarah, atau luka itu telah dibalut, kemudian masuk waktu solat. Maka pesakit itu perlu berwuduk, namun jika luka itu terkena pada bahagian anggota wuduk, maka pesakit itu perlu melakukan tayammum dan kemudian solat. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali mahu bersembahyang, sehinggalah luka itu kering dan boleh melakukan sertu ke atas anggota yang digigit anjing tersebut. Maka pesakit itu perlu melakukan sertu, kemudian mengambil wuduk dan perlu mengqada\u2019kan semua solat yang telah dilakukan. Ini disebabkan solat yang telah dilakukan sebelum sertu itu tidak sempurna syarat taharahnya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahua\u2019lam\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "22. \nSoalan : \nBeratnya Dosa Lalu Di Hadapan Orang Yang Sedang Bersembahyang\nJawapan : \n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nARTIKEL PILIHAN:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nBeratnya Dosa Lalu Di Hadapan Orang Yang Sedang Bersembahyang\n\r\n\t\tOleh:\n\r\n\t\tDr. Arieff Salleh bin Rosman,\n\r\n\t\tFelo Fatwa\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tApabila kita memerhatikan gelagat masyarakat Islam dalam negara kita ketika dalam masjid, maka sering kita terlihat perbuatan lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang. Tanpa rasa bersalah, malah dengan bangga pula boleh lalu di hadapan orang yang sedang bersembahyang. Nampaknya, perbuatan ini semacam menjadi kebiasaan dan tidak dianggap salah. Tidakkah pernah terlintas dalam fikiran kita, apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang sedang bersembahyang itu. Adakah dia sengaja berdiri? Tidakkah kita tahu bahawa seorang yang sedang sembahyang itu sedang bermunajat dengan Tuhannya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPernahkah kita mendengar hadis Nabi Muhammad yang dilaporkan oleh Anas bin Malik, \"Seseorang yang sedang sembahyang itu sebenarnya sedang bermunajat kepada Tuhannya. Oleh itu jika dia hendak meludah, maka janganlah meludah di hadapan atau di sebelah kanannya. Tetapi ludahlah di bahagian kirinya, di sebelah kaki kirinya.\" (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim). Kalau hendak meludah pun tidak dibolehkan di bahagian hadapan tempat kita sujud, adakah boleh kita dengan selamba lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang yang sedang bermunajat dengan Tuhannya?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAbu Soleh al-Samman melaporkan, \"Saya pernah melihat Abu Sa'id al-Khudri sembahyang sunat pada hari Jumaat di masjid. Di hadapannya diletakkan sesuatu sebagai tanda ruang untuk beliau sujud. Beliau meletakkan tanda itu agar orang tidak lalu lalang dalam ruang antara dia dan barang tersebut. Kemudian ada seorang pemuda daripada keluarga Abu Mu'it hendak lalu di hadapannya. Apabila pemuda itu hendak lalu, Abu Sa'id pun mendepakan tangannya melarang pemuda itu daripada lalu. Pemuda itu pun melihat wajah Abu Sa'id. (Mungkin merasa pelik kenapa Abu Sa'id mendepakan tangannya melarang dia daripada lalu) Pemuda itu mencuba sekali lagi untuk lalu di hadapan Abu Sa'id. Pada kali kedua ini Abu Sa'id melarang dengan cara yang lebih keras. (Mungkin tangan yang didepakan itu terkena dada pemuda itu dengan agak kuat berbanding kali pertama). Kemudian pemuda itu berjumpa dengan Marwan. Beliau mengadu kepada Marwan terhadap apa yang telah dilakukan oleh Abu Sa'id itu tadi. Sejurus selepas itu Abu Sa'id pun datang, lantas Marwan pun bertanya kepadanya, \u2018Apa yang saudara telah lakukan terhadap pemuda ini wahai Abu Sa'id?' Abu Sa'id pun menjawab, \u2018Sebenarnya saya pernah mendengar Nabi Muhammad berkata, \u2018Jika salah seorang daripada saudara sedang sembahyang dan di hadapannya ada sekatan (tanda) agar orang lain tidak lalu di hadapannya itu. Kemudian ada orang yang ingin lalu di hadapannya (antara orang yang sedang bersolat dan sekatan), maka hendaklah dia melarang orang yang ingin lalu itu.\" (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh sebab itu Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan bahawa lalu di hadapan orang yang sedang bersembahyang adalah satu dosa besar. Abu al-Nadr; pembantu peribadi Umar bin Ubaidillah melaporkan, Bisyr bin Sa'id melaporkan daripada Abu Juhaym, nama sebenarnya Abdullah bin al-Harth bin al-Sammah al-Ansari, beliau berkata, \"Rasulullah s.a.w. pernah berkata, \u2018Jika orang yang lalu di hadapan orang yang sedang bersolat mengetahui apa yang akan dikenakan ke atasnya (dari dosa yang besar), maka lebih baik untuk dia berdiri menunggu (sehingga orang itu selesai solat) selama empat puluh (hari/bulan/tahun) daripada dia lalu di hadapan orang yang sedang bersolat itu.\" Abu al-Nadr berkata, \"Saya tidak pasti sama ada empat puluh hari atau bulan atau tahun.\" (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam bukunya \u2018Fath al-bari syarah sahih al-Bukhari' dan Imam al-Syawkani dalam bukunya \u2018Nayl al-awtar' menjelaskan bahawa bilangan empat puluh itu tidaklah difokuskan kepada bilangannya tetapi ia adalah bertujuan sebagai menggambarkan betapa besarnya dosa lalu di hadapan orang yang sedang bersolat berbanding dengan berdiri walau terlalu lama sehingga orang itu selesai daripada solatnya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tManakala Imam Nawawi dalam bukunya \u2018Syarah sahih Muslim' memberikan komentarnya, \"Hadis ini menjelaskan betapa besarnya dosa lalu di hadapan orang yang sedang bersolat, di mana balasannya di akhirat kelak akan dihumbankan ke dalam api neraka. Solat yang sedang didirikan itu sama ada solat wajib atau sunat.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPara ulama' berbeza pendapat dalam menentukan jarak yang dilarang lalu di hadapan orang yang sedang solat. Pendapat pertama mengatakan, lalu di tempat sujud. Kedua, lalu di hadapan sejauh kurang dari 3 hasta. Dan ketiga, lalu di hadapan sejauh kurang dari jarak balingan batu.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh itu jelas kepada kita bahawa lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang adalah satu dosa. Sebelum kita lalu, pastikan adakah di hadapan orang yang sedang solat itu diletakkan sesuatu sebagai tanda penghadang, seperti tongkat, beg, tasbih, sejadah, dan seumpamnya. Jika ada, kita boleh lalu di luar kawasan solat orang itu iaitu di hadapan penghadang itu. Jika tiada penghadang, tukarlah arah kita. Cari laluan lain untuk lalu. Perlu dijelaskan bahawa perbezaan warna pada permaidani; sebagaimana yang ada di dalam masjid di negara kita, itu tidak dianggap sebagai penghadang. Ia hanya untuk memudahkan para jemaah meluruskan saf sahaja.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSeterusnya kalau kita hendak sembahyang; khususnya sembahyang sunat dalam masjid, maka carilah tempat yang sesuai kerana biasanya apabila kita hendak sembahyang fardhu, kita akan sembahyang dalam saf. Jadi jarang berlaku orang lalu di antara saf. Nabi Muhammad s.a.w. mengarahkan kita, jika hendak sembahyang, sembahyanglah di mana di hadapan kita ada dinding atau tiang, atau letaklah penghadang di hadapan kita. Cermin mata, tongkat, kunci kereta, sejadah, serban, biji tasbih, beg dan seumpamanya boleh diletakkan sebagai tanda penghadang. Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah s.a.w. pernah berkata, \"Jika salah seorang daripada kalangan kamu solat, maka solatlah di hadapan sesuatu (seperti dinding atau tiang). Jika tiada, maka letaklah tongkat di hadapannya. Jika tiada maka lukislah garisan di hadapannya. Kemudian tiada masalah jika ada orang lalu di hadapan tanda itu.\" (Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hiban). Ibnu Hiban mengatakan hadis ini sahih. Sahal bin Sa'ad al-Sa'idi melaporkan bahawa, \"Antara tempat solat Nabi Muhammad s.a.w. dengan dinding jauhnya seperti laluan kambing.\" (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim). Imam Ibnu Solah mengatakan jarak laluan kambing ialah 3 hasta.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJadi jika kita hendak bersembahyang sunat dalam masjid, maka pilihlah kawasan yang dekat dengan dinding atau tiang. Jangan sembahyang dan di hadapan kita itu pintu tempat orang lalu lalang. Kita biasa melihat di masjid-masjid, orang bersembahyang di depan pintu masuk. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menukilkan pandangan ulama' yang memperincikan siapa yang berdosa jika lalu di hadapan orang yang sedang bersembahyang. Ada empat keadaan: Jika orang yang ingin lalu itu mempunyai laluan alternatif lain, namun dia masih lalu di hadapan orang yang sedang solat dan orang itu tidak menyekat laluan, maka hanya orang yang lalu itu sahaja yang berdosa. Jika orang yang sedang solat itu bersolat di hadapan laluan yang tidak mempunyai alternatif lain sedangkan masih ada ruang lain untuk bersolat dan ada orang yang lalu di hadapannya sedangkan orang itu tidak ada laluan lain, maka yang berdosa ialah orang yang sedang solat itu. Manakala orang yang lalu itu tidak berdosa. Jika orang yang bersolat itu menyekat laluan utama dan ada orang lalu di hadapannya sedangkan masih ada alternatif lain yang boleh dilalui, maka kedua-duanya berdosa. Orang yang sedang solat itu berdosa kerana menyekat laluan utama dan orang yang lalu itu pula berdosa kerana tidak menggunakan alternatif lain untuk dilalui. Jika orang yang sedang solat itu terpaksa solat di hadapan laluan utama kerana sudah tiada ruang dan ada orang yang lalu di hadapannya kerana tiada alternatif lain, maka kedua-duanya tidak berdosa.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAlangkah ruginya orang yang bersembahyang sunat tetapi terpaksa menanggung dosa orang lain! Walaubagaimanapun, hukum haram lalu di hadapan orang bersembahyang ini tidak melibatkan sembahyang di tanah Haram Mekah. Sekiranya seseorang itu bersembahyang di hadapan Kaabah, kemudian ada orang lalu di hadapannya untuk bertawaf, maka hukum orang yang lalu itu tidak berdosa. al-Mutallib bin Abi Wada'ah al-Sahmi melaporkan, \"Saya pernah melihat Nabi Muhammad bersembahyang di hadapan Kaabah dan orang ramai lalu lalang di hadapan baginda, sedangkan di antara baginda dan Kaabah tiada penghadang.\" (Hadis direkod oleh Imam Abu Daud).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam Ibnu Qudamah al-Maqdisi menjelaskan dalam bukunya 'al-Mughni', punca perbezaan hukum ini, jika dihalang orang lalu di hadapan orang yang sedang bersembahyang di tanah Haram Mekah, sedangkan orang ramai sibuk mengerjakan ibadah seperti tawaf, sa'i, melontar jamrah dan sebagainya, maka ia akan menambahkan kesesakan.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "23. \nSoalan : \nKepentingan Mempelajari Ilmu Aqidah\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMutakhir ini ramai yang mula mempelajari, berkongsi dan menyebarkan apa yang dipelajari berkaitan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tidak kurang ramai yang menolak usaha berkongsi mahupun menyampaikan apa yang dipelajari kepada orang awam. Di sini saya ingin bertanya akan kepentingan mempelajari dan berkongsi ilmu aqidah dan ilmu agama yang lain?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIlmu akidah merupakan ilmu yang paling penting dalam Islam kerana ia merupakan paksi kepada agama. Sebab itulah ia juga dinamakan Ilmu Usuluddin yang bermaksud asas kepada agama. Ini kerana ilmu akidah menjelaskan tentang asas kepercayaan dalam Islam yang menjadi kerangka terhadap keseluruhan agama seperti kepercayaan kepada Allah, kenabian, Hari Akhirat dan lain-lain.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAsas akidah ini penting sebagai paksi kepada dimensi lain dalam agama Islam seperti ibadah dan akhlak. Dengan kata lain sekiranya akidah bermasalah maka ibadah dan akhlak tidak akan bermakna. Atas kepentingan ini ilmu akidah termasuk dalam kelompok ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap individu muslim tanpa kecuali.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tUntuk berkongsi ilmu akidah dengan yang lain ia adalah satu perkara yang amat digalakkan kerana sebagai satu kebenaran, akidah Islam harus disebarkan sebagaimana yang dilakukan oleh para Rasul dalam hadis Nabi yang bermaksud \u201csampaikan dariku walaupun satu ayat.\u201d Namun sebelum menyebarkannya harus dipastikan bahawa kandungannya benar dan berdasarkan sumber-sumber ilmu yang benar. Ini juga berdasarkan saranan al-Qur\u2019an, \u201cJangan kamu berpijak kepada sesuatu yang kamu tiada ilmu tentangnya\u201d (al-Isra\u2019 17:36).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tYang paling baik ialah setiap perkara yang ingin disebarkan dirujuk dahulu kebenarannya kepada yang lebih mempunyai ilmu. Ini amat penting dalam suasana maklumat mudah disebarkan sekarang ini. Kebimbangannya ialah walaupun dengan niat yang baik, kemungkinan yang kita sebarkan itu ialah kekeliruan dan bukannya ilmu yang benar sehingga menimbulkan kecelaruan dan ketegangan dalam kalangan masyarakat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "24. \nSoalan : \nHukum Melakukan Euthanasia Pada Haiwan Yang Berada Dalam Keadaan Sakit\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum melakukan euthanasia pada haiwan yang berada dalam keadaan sakit (contohnya akibat kemalangan) dan tiada harapan sembuh?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tIslam adalah agama yang penuh dengan kerahmatan. Ia bukan sahaja membawa rahmat kepada manusia dan jin, malahan kerahmatannya turut melibatkan makhluk tidak berakal seperti haiwan. Justeru Islam tidak mengharuskan membunuh haiwan tanpa sebab. Di dalam hadis Abdullah bin Amru, katanya:\n \u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u0645\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0625\u0650\u0646\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064d \u0642\u064e\u062a\u064e\u0644\u064e \u0639\u064f\u0635\u0652\u0641\u064f\u0648\u0631\u064b\u0627 \u0641\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0648\u0652\u0642\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0628\u0650\u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650 \u062d\u064e\u0642\u0651\u0650\u0647\u064e\u0627\u060c \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0633\u064e\u0623\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0632\u0651\u064e \u0648\u064e\u062c\u064e\u0644\u0651\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064e\u0627 \u060c \u0642\u0650\u064a\u0644\u064e \u064a\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650\u060c \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0642\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627\u061f \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u064a\u064e\u0630\u0652\u0628\u064e\u062d\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0641\u064e\u064a\u064e\u0623\u0652\u0643\u064f\u0644\u064f\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0642\u0652\u0637\u064e\u0639\u064f \u0631\u064e\u0623\u0652\u0633\u064e\u0647\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0631\u0652\u0645\u0650\u064a \u0628\u0650\u0647\u064e\u0627\n Maksudnya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, \u201cTidaklah seseorang manusia membunuh seekor burung atau yang lebih daripada itu tanpa hak, kecuali Allah akan menyoalnya berkenaan burung itu\u201d. Lalu baginda disoal, \u201cApakah haknya wahai Rasulullah?\u201d. Sabda baginda, \u201cHendaklah dia menyembelihnya lalu memakannya, dan jangan memotong kepalanya lalu dibuangnya\u201d. (Hadis riwayat Ahmad, 11/110, no: 6551; Al-Nasa\u2019ie, 7/206, no: 4349. Dinilai sahih oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, 4/261, no: 7574; dan dipersetujui oleh Al-Zahabi).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan prinsip ini, sebahagian ulama termasuk ulama dari mazhab Syafie berpandangan bahawa tidak harus melakukan pembunuhan terhadap haiwan yang sakit demi untuk melepaskannya daripada kesakitan. Kecuali haiwan yang sakit adalah haiwan yang halal dimakan, maka ia boleh diselesaikan dengan cara penyembelihan untuk dimakan dagingnya. Al-Haitami mengatakan, \u201cDan haram menyembelih haiwan yang tidak boleh dimakan, sekalipun untuk tujuan merehatkannya (daripada kesakitan), seperti himar yang sakit berkekalan\u201d. (Tuhfah al-Minhaj, 9/322).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPendapat yang sama diutarakan dalam mazhab Hanbali, seperti yang dinyatakan oleh Al-Buhuti, \u201cDan tidak harus juga menyembelihnya untuk tujuan lain seperti untuk merehatkanya (daripada kesakitan)\u201d. (Kasyaf al-Qina\u2019, 1/55).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDaripada nukilan pendapat di atas, didapati bahawa hukum melakukan euthanasia terhadap haiwan yang sakit adalah tidak dibenarkan. Ini kerana ia tetap dikategorikan sebagai pembunuhan haiwan, dan ia tetap dianggap satu bentuk penyeksaan terhadapnya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru selagi haiwan tersebut boleh dijaga dan dirawat, ia hendaklah dibiarkan hidup dan tidak dibunuh. Walau bagaimanapun, pertimbangan antara kemudaratan boleh dijadikan panduan di dalam isu ini. Ini kerana bagi sesetengah kes, membiarkan haiwan yang sakit kritikal tanpa dibunuh adalah lebih menyeksakan haiwan tersebut berbanding dengan melakukan euthanasia terhadapnya. Apatah lagi jika ia memerlukan kos penjagaan yang tinggi malahan berlipat kali ganda daripada harga haiwan tersebut. Dalam kes seumpama ini, pandangan yang mengharuskan euthanasia terhadap haiwan boleh dipakai dengan pertimbangan bahawa kemudaratan membiarkannya hidup lebih besar daripada kemudaratan melakukan euthanasia.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIni kerana, sekalipun euthanasia adalah satu bentuk pembunuhan atau penyeksaan terhadap haiwan, tetapi ia adalah penyeksaan yang lebih ringan berbanding dengan keseksaan haiwan tersebut jika tidak dibunuh. Maka dalam kes ini, boleh diaplikasikan kaedah feqah, \u201cMenjalankan perkara yang lebih ringan kemudaratannya antara dua kemudaratan\u201d. (Mawahib al-Jalil, 3/236).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "25. \nSoalan : \nBedosakah Saya Memberikan Harta Wakaf Kepada Seseorang Yang Menggantikan Dengan Memberikan Sumbangan Kepada Masjid? \nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya mempunyai masalah yang membelenggu jiwa dan fikiran. Saya bertugas sebagai muazzin di masjid kampung saya. Masalah yang saya hadapi ialah, saya pernah memberi yasin yang diwakafkan kepada masjid kepada seorang musafir atas permintaan beliau dan beliau menggantikan yasin yang diambil itu dengan memberikan sumbangan ke tabung masjid. Bagaimana kedudukan saya? Adakah saya bedosa besar keran\na memberikan harta wakaf kepada seorang musafir yang menggantikan yasin itu dengan memberikan sumbangan ke dalam tabung masjid? Mohon bantuan dan penjelasan.\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nAntara prinsip asas dalam konsep waqaf ialah harta yang diwaqafkan tidak boleh dijual beli, diwarisi dan diberikan kepada orang lain. Al-Sharb\u012bn\u012b ketika menjelaskan pengertian waqaf menyatakan dalam definisinya, \u201c\u2026 dengan dikekalkan harta tersebut\u201d. (Mughn\u012b al-Muht\u0101j, 3:522).\n\n\n\r\n\tDi dalam satu hadis berkenaan cadangan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam kepada Umar bin al-Khattab r.a. supaya beliau mewaqafkan satu tanah ladangnya di Khaibar,\n\n\n\n\n\n\n\u0641\u064e\u062a\u064e\u0635\u064e\u062f\u0651\u064e\u0642\u064e \u0639\u064f\u0645\u064e\u0631\u064f \u0623\u064e\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0644\u0627\u064e \u064a\u064f\u0628\u064e\u0627\u0639\u064f \u0623\u064e\u0635\u0652\u0644\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u064a\u064f\u0648\u0647\u064e\u0628\u064f \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u064a\u064f\u0648\u0631\u064e\u062b\u064f \nMaksudnya:\u201cLalu Umar bersedekah dengan cara tanahnya tidak akan dijual, tidak diberikan kepada orang lain, dan tidak diwarisi\u201d. (Sahih al-Bukhari, 4:12 no: 2772; Sahih Muslim, 3:1255 no: 1632).\n\n\n\r\n\tMalahan perkataan waqaf itu sendiri adalah berasal daripada Bahawa Arab yang bermaksud \u2018ditahan\u2019, kerana harta waqaf hendaklah ditahan daripada dijual, diwarisi dan diberikan kepada orang lain.\n\n\n\r\n\tJusteru adalah satu kesilapan apabila saudara (yang bukan nazir kepada harta waqaf) memberikan harta waqaf (seperti mushaf yang diwaqafkan kepada masjid), kepada individu-individu tertentu, kerana ia mengeluarkan harta waqaf itu daripada maksud waqaf yang asal. Justeru, jika sekiranya harta waqaf itu dapat dikembalikan ke tempat asalnya, maka saudara wajib berusaha untuk mendapatkannya balik. Jika tidak dapat, saudara bolehlah membeli semula harta waqaf yang seumpamanya kemudian mewaqafkan kepada tempat asalnya dengan niat menggantikan balik harta waqaf yang telah diberikan kepada orang lain.\n\n\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "26. \nSoalan : \nHukum Pelaburan Mecca Fund\nJawapan : \n\n\n\n\n\r\n\tGambar Hiasan\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya ingin bertanya tentang hukum pelaburan Mecca Fund. Adakah ia harus dan menepati syariah?\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nMelalui maklumat-maklumat yang diperoleh daripada beberapa laman web berkaitan pelaburan Mecca Fund, didapati ia menawarkan pelaburan melalui konsep Mud\u0101rabah.\n\n\n\r\n\tMud\u0101rabah adalah satu bentuk pelaburan berdasarkan perkongsian keuntungan di mana modal disediakan oleh suatu pihak, mana\nkala aktiviti perniagaan dijalankan oleh satu pihak lain, dan keuntungan dibahagikan antara pemodal dan pengusaha mengikut nisbah yang telah dipersetujui.\n\n\n\r\n\tSecara prinsip asasnya, bentuk pelaburan berasaskan kepada Mud\u0101rabah adalah diharuskan dalam Islam dengan kesepakatan ulama. Walau bagaimanapun perincian struktur operasi pelaburan yang dijalankan oleh Mecca Fund perlu diketahui bagi menentukan adakah ia benar-benar menepati konsep Mu\u0101rabah dalam Islam.\n\n\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "27. \nSoalan : \nIsu Hukum Talak\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya ingin bertanyakan tentang hukum talak. Situasinya begini, ketika sedang makan kami berborak dan ada perkara yg suami tidak bersependapat dengan saya, lantas suami menyoal begini pada saya, \"kau nak aku ceraikan kau ke?\"saya terus terdiam dan selepas marahnya reda kami berbaik semula. Situasi kedua: 3 bulan lalu ketika kami pergi bercuti, dalam kereta semasa sesat mencari jalan suami mara\nh-marah saya sehinggakan suami menyoal \"kau nak talak berapa 1,2,3? cakap dgn aku...\" Pertanyaan suami itu seolah-olah bertujuan untuk mengugut dan menggertak saya. Tak lama kemudian marahnya reda kami berbaik semula dan saling menyayangi. Perkara ni berlaku bila mana saya menjawab kata-kata suami kerana kami sering tidak bersependapat dalam sesetengah perkara. Adakah jatuh talak ke atas saya?\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nTalak merupakan perbuatan yang dibenci oleh Allah SWT. Sabda Nabi Muhammad saw, \"Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah talak.\" Talak tidak mendatangkan dosa jika ia dilakukan mengikut garis panduan yang dinyatakan dalam Islam. Berdasarkan isu yang dibangkitkan, dalam kedua-dua situasi tersebut, tiada talak yang berlaku. Ini disebabkan suami hanya mengemukakan soalan, \"kau nak aku ceraikan kau ke?\", \"kau nak talak berapa 1,2,3? cakap dgn aku...\".\n\n\n\r\n\tDalam kedua-dua lafaz ini tiada bukti yang menunjukkan suami telah melafazkan talak dan tiada bahasa kiasan yang menunjukkan suami hendak menjatuhkan talak. Namun, suasana ini tidak boleh diteruskan. Pertengkaran yang melahirkan kemarahan adalah perbuatan yang dipengaruhi oleh Syaitan. Syaitan memang suka jika suami isteri bercerai berai. Pertengkaran antara suami isteri merupakan perbuatan yang dibenci oleh Allah SWT. Ini disebabkan pertengkaran akan menghilangkan perasaan kasih sayang antara pasangan, di mana kasih sayang merupakan antara objektif utama disyariatkan sesuatu perkahwinan.\n\n\n\r\n\tSebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 21, yang bermaksud, \u201cDan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.\u201d\n\n\n\r\n\tJabir melaporkan, Rasulullah s.a.w. bersabda, \u201cIblis meletakkan istananya di atas air. Kemudian dia menghantar bala tenteranya. Tentera yang paling rapat dengan Iblis ialah tentera yang paling besar melakukan fitnah terhadap manusia. Datang seorang tentera lalu berkata kepada Iblis, \u2018Aku sudah melakukan begini dan begini.\u2019 Iblis menyanggah, \u2018Engkau tidak lakukan apa-apa pun.\u2019 Datang seorang tentera lain, \u2018Aku sudah menggoda seorang lelaki sehingga dia menceraikan isterinya.\u2019 Iblis lantas mendekati tenteranya itu, lalu berkata, \u2018Engkaulah orang yang paling rapat dengan aku.\u2019\u201d (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Muslim)\n\n\n\r\n\tWallahua'lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "28. \nSoalan : \nUngkapan Ketika Nazak: Dua Kalimah Syahadah atau Kalimah Tauhid?\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tUngkapan Ketika Nazak: Dua Kalimah Syahadah atau Kalimah Tauhid?\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN\n:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tTerdapat perbincangan ulama berkenaan apakah ungkapan yang dituntut oleh syarak untuk disebut oleh orang yang sedang nazak, agar ia menjadi ungkapan terakhirnya sebelum menemui Allah Taala. Di sana terdapat dua pandangan yang berbeza di kalangan ulama.\n\n\n\n\n\n\nPendapat Pertama\n:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tYang dituntut ialah mengucapkan Kalimah Tauhid, iaitu \n\u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPendapat Kedua\n:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tYang dituntut ialah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah, iaitu\n \u0623\u0634\u0647\u062f \u0623\u0646 \u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0648\u0623\u0634\u0647\u062f \u0623\u0646 \u0645\u062d\u0645\u062f\u0627 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647\n\n\n\r\n\t\t\tPerselisihan kepada dua pandangan ini wujud dalam semua mazhab fiqah, di mana setiap mazhab mempunyai perbezaan pandangan dalam isu ini.\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tKedua-dua pandangan ini adalah berdasarkan kepada dalil-dalil yang sama, cuma pentafsiran yang berbeza tentang maksud nas yang menjadi sandaran.\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\n\nDalil-dalil yang menjadi sandaran dalam isu ini ialah:\n\n\n\n\n\n\nPertama:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tHadis berkenaan kelebihan menyebut kalimah tauhid sebagai perkataan terakhir sebelum mati, iaitu Hadis Mu\u2019az Bin Jabal, bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: \u201cSesiapa yang akhir perkataannya ialah \u2018La IlahaIllallah\u2019 maka dia akan masuk syurga\u201d. (Riwayat Abu Daud, 3/190, no: 3116; dan Al-Hakim, 1/503, no: 1299).\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\n\nKedua:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tHadis berkenaan tuntutan supaya dibacakan kalimah tauhid kepada orang yang sedang nazak, iaitu hadis Abu Sa\u2019idal-Khudri, bahawa Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda yang bermaksud: \u201cBacakan kepada orang-orang yang hampir mati: \u2018La IlahaIllallah\u2019 (Riwayat Muslim, 2/631, no: 916).\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tOleh sebab kedua-dua pandangan adalah bersandarkan kepada dalil-dalil yang sama, maka yang menjadi perbincangan ialah bentuk pendalilan yang dikemukakan oleh kedua-dua pandangan.\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\r\n\t\t(i) Pendapat Pertama: Kalimah Tauhid\n \u0644\u0627 \u0625\u0644\u0647 \u0625\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tPendapat ini dinisbahkan kepada majoriti ulama. Imam Nawawi mengatakan, \u201cPengarang (kitab Al-Muhazzab) dan majoriti berpendapat bahawa diucapkan kepada dia (orang yang hampir mati): \u2018La IlahaIllallah\u2019. (Al-Majmuk, 5/115).\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\t1-Zahir hadis menunjukkan bahawa yang dimaksudkan ialah bacaan \u2018La Ilaha Illallah\u2019 sahaja, dan bukannya dua kalimah syahadah. Ini boleh dilihat daripada semua riwayat-riwayat daripada hadis tersebut, tidak ada satu riwayat sahih pun yang menyebut dua kalimah syahadah.\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tImam Nawawi menguatkan pandangan ini dengan hujah zahirhadis dengan katanya, \u201cMaka hendaklah cukup sahaja dengan ungkapan \u2018La IlahaIllallah\u2019 kerana zahir hadis. (Al-Majmuk, 5/115).\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\t2-Illah ungkapan tersebut dituntut untuk diucapkan ialah supaya orang yang mati tersebut memperoleh kelebihan menyebut kalimah tersebut sebelum mati, dan bukannya untuk membawanya masuk ke dalam agama Islam kerana dia sudah pun seorang yang beragama Islam.\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tImam Nawawi menjelaskannya dengan mengatakan, \u201cDalil majoriti ialah orang tersebut adalah seorang yang sudah bertauhid..\u201d.(Al-Majmuk, 5/115).\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\t3-Orang yang menyebut \u2018La IlahaIllallah\u2019 sahaja sudah pasti dia meyakini dua kalimah syahadah secara sempurna. Justeru adalah mencukupi bagi seseorang Muslim yang nazak untuk mengucapkan \u2018La IlahaIllallah\u2019 sahaja.\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tImam Nawawi menjelaskan hujah ini, \u201c...Maka dengan ucapan \u2018La IlahaIllallah\u2019 sudah pasti dia mengiktiraf syahadah yang kedua (Muhammad Rasulullah)\u201d. (Al-Majmuk, 5/115).\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\r\n\t\tAl-Mardawi juga mengatakan, \u201cIkrarnya (pengiktirafannya) terhadap syahadah yang pertama (iaitu La IlahaIllallah) adalah ikrarnya juga terhadap syahadah kedua (Muhammad Rasulullah).\u201d (Al-Furu\u2019, 3/271).\r\n\t\t\n\r\n\t\t\t(ii)Pendapat Kedua: Dua Kalimah Syahadah\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tSebahagian ulama berpandangan bahawa diajarkannya ungkapan dua kalimah syahadah kerana hujah-hujah berikut:\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\t1-Tujuan diajarkan ungkapan tersebut ialah bagi memastikan seseorang itu mati dalam Islam. Tetapi kalimah \u2018La IlahaIllallah\u2019 sahaja tanpa diiringi dengan \u2018Muhammad Rasulullah\u2019 tidak membawa seseorang itu menjadi Islam. Justeru, yang perlu diungkapkan oleh orang yang sedang nazak ialah dua kalimah syahadah.\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tImam Nawawi menyebut hujah pandangan ini, \u201cYang dimaksudkan ialah memperingatkannya berkenaan tauhid, dan ia (tauhid) bergantung pada dua kalimah syahadah\u201d. (Al-Majmuk, 5/115).\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tIbn Hajaral-Asqalani pula menghujahkan, \u201cYang dimaksudkan dengan \u2018La IlahaIllallah\u2019 dalam hadis ini dan juga hadis-hadis lain ialah dua kalimah syahadah\u201d. (Fathul Bari, 3/110).\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\t2-Tujuan diajarkan ungkapan tersebut juga ialah untuk menghilangkan was-was apabila diganggu oleh syaitan-syaitan yang akan cuba untuk menghasut supaya mati dalam keadaan kufur. Maka ungkapan yang boleh menghilangkan was-was adalah dua kalimah syahadah.\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tDalam Hasyiyahal-Saawi, \u201c... supaya dengan ungkapan tersebut dapat dihalau syaitan-syaitan yang hadir di sisinya untuk mengajak supaya menukar agama\u201d. (Hasyiyahal-Saawi, 1/562).\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\t3-Dalam syarak, perkataan \u2018La IlahaIllallah\u2019 dianggap sebagai satu perkataan yang menunjukkan kepada dua kalimah syahadah.\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tIni disebut oleh Ibnal-Munayyir sebagaimana dinukilkan oleh Ibn Hajar, \u201cPerkataan \u2018La IlahaIllallah\u2019 merupakan satu laqab (gelaran) yang diberikan kepada sebutan dua kalimah syahadah, dari sudut syarak\u201d. (Fathul Bari, 3/110).\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tJusteru, sekalipun dalam hadis menyebut \u2018La IlahaIllallah\u2019 sahaja, tetapi maksudnya adalah dua kalimah syahadah, kerana ungkapan \u2018Muhammad Rasulullah\u2019 adalah ikutan kepada kalimah tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tIbn Muflih menjelaskan penghujahan ini, \u201cSebahagian ulama mengatakan bahawa diajarkan kepadanya dua kalimah syahadah, kerana syahadah kedua (Muhammad Rasulullah) adalah ikutan (kepada yang pertama)\u201d. (Al-Mubdi\u2019, 2/219).\n\n\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tDaripada perbahasan hujah kedua-dua pandangan yang disebut di atas, didapati bahawa ia adalah persoalan khilafiyyah. Oleh sebab kedua-dua pandangan adalah bergantung pada dalil yang sama, maka antara elemen yang boleh menentukan ketepatan sesuatu pendapat adalah dengan melihat kepada illah dan hikmah daripada ungkapan tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tTerdapat dua illah yang dikemukakan. Pertama: Illah di sini ialah untuk memastikan seseorang itu mati dalam keadaan Islam. Maka berdasarkan illah ini maka yang wajar diucapkan ialah dua kalimah syahadah. Kedua: Illah di sini ialah untuk mendapat ganjaran dan kelebihan daripada ungkapan tersebut. Maka yang wajar diucapkan ialah sekadar kalimah \u2018La IlahaIllallah\u2019 kerana itulah yang warid dalam hadis.\n\n\n\r\n\t\t\tJusteru, kedua-dua pendapat adalah pendapat yang muktabar. Dan bagi meraikan kedua-duanya dan meraikan illah daripada hadis tersebut, maka ungkapan yang wajar diajar kepada orang yang nazak boleh berbeza-beza melihat kepada keadaan orang tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tJika sekiranya dia seorang Muslim yang secara zahirnya tidak melakukan perkara-perkara berbentuk syirik, maka yang diajar kepadanya ialah \u2018La IlahaIllallah\u2019 supaya dia mendapat kelebihan menyebut kalimah tersebut pada akhir hayatnya, dan perbuatan tersebut adalah lebih hampir kepada zahir tuntutan syarak dalam hadis.\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tManakala seorang yang dibimbangkan keimanannya ketika hampir mati kerana mungkin pernah terjebak dalam perkara-perkara syirik, maka hendaklah diajarkan kepadanya dua kalimah syahadah, supaya dapat dipastikan bahawa dia mati dalam keadaan Islam.\n\n\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tWallahu a\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "29. \nSoalan : \nHukum Pendapatan Sewaan Lot Komersial Milik Syarikat\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMohon pencerahan berkenaan hukum pendapatan sewaan lot komersial milik syarikat. Pihak syarikat ingin menyewakan kepada penyewa contohnya supermarket yang menjual segala barangan pengguna dan peruncitan termasuklah makanan dan minuman tidak halal. Tetapi diketahui bisnes utama mereka adalah barangan pengguna dan peruncitan, manakala penjualan makanan/minuman tidak halal hanyalah sebahagian kecilnya sahaja.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSoalan:\n\n\n\r\n\t\ta) Apakah boleh kami menyewakan kepada pihak supermarket tersebut?\n\n\n\r\n\t\tb) Sekiranya boleh, apakah boleh kami menerima 100% hasil sewaan atau menolak sedikit peratusan mengikut ruangan sewaan yang diambil untuk barangan tidak halal tersebut.\n\r\n\t\tc) Apa yang perlu kami buat terhadap hasil sewaan ruangan barangan tidak halal tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHukum menyewakan lot komersial tersebut adalah berbeza-beza mengikut situasi-situasi di bawah:\n\n\n\n\n\n\nPertama:\n\n\n\n\n\r\n\t\tJika sekiranya dalam kontrak sewaan antara pemilik lot dengan penyewa terdapat sebutan bahawa lot tersebut disewa untuk jualan perkara-perkara haram seperti arak, maka kontrak sewaan tersebut adalah \ntidak sah\n menurut pandangan majoriti ulama.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIni kerana antara syarat sah suatu kontrak sewaan ialah manfaat daripada aset sewaan adalah suatu yang halal. Jika manfaatnya tidak halal seperti digunakan untuk jualan perkara haram, maka ia akan menafikan kesahihan kontrak sewaan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAl-Nawawi menjelaskan syarat ini dengan mengatakan, \u201cDan tidak (harus) juga (mengambil upah) untuk segala manfaat-manfaat yang haram\u201d. (Al-Nawawi, Rawdhah al-Talibin, 5:194).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDi dalam Kasysyaf Al-Qina\u2019 dijelaskan, \u201cDan manfaat (dalam kontrak sewaan) adalah suatu yang harus ketika bukan situasi darurat\u201d. (Al-Buhuti, Kasysyaf Al-Qina\u2019, 3:559).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIbn Qudamah pula menyatakan, \u201cDan tidak harus bagi seseorang untuk menyewakan premisnya kepada orang yang akan menjadikannya sebagai gereja atau biara, atau untuk menjual arak atau tempat perjudian. Ini adalah pandangan jemaah\u201d. (Ibn Qudamah, Al-Mughni, 5:408).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan syarat ini, sekiranya dinaskan dalam kontrak sewaan bahawa ia disewa untuk digunakan untuk menjual arak atau menjadikannya tempat perjudian, maka menurut majoriti ulama kontrak sewaan tidak sah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nKedua:\n\n\n\n\n\r\n\t\tJika sekiranya kontrak sewaan tidak menyebut berkenaan dengan jualan perkara-perkara haram seperti arak, tetapi penyewa menggunakannya untuk menjual barangan haram tersebut, maka kontrak sewaan tidak terjejas dan ia dikira sah. Tetapi menjadi kewajipan bagi pemilik lot untuk menasihati dan melarang penyewanya daripada menjual barangan haram.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNasihat dan larangan kepada penyewa tersebut daripada menjual barangan haram di premisnya adalah sebagai tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar. Sebagai pemberi sewa dia berhak untuk melarang penyewanya daripada menjadikan premisnya tempat menjual perkara-perkara haram. Ini kerana jika kontrak sewaan diteruskan dan penyewa menggunakan premisnya sebagai tempat menjual arak maka pemberi sewa boleh termasuk dalam perbuatan tolong-menolong dalam perkara maksiat, sedangkan ia dilarang oleh syarak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam Malik disoal tentang seorang nasrani menyewa premis daripada seorang Muslim lalu nasrani tersebut menjual arak dan babi di premis sewaannya. Beliau menjawab, \u201cSewaan adalah sah, tetapi pemilik premis hendaklah melarangnya\u201d. (Malik, Al-Mudawwanah, 3:523).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIbn Qudamah menjelaskan, \u201cJika seorang kafir zimmi menyewa premis daripada seorang Muslim, lalu dia mahu menjual arak di premis tersebut, maka pemilik premis boleh melarangnya\u201d. (Ibn Qudamah, Al-Mughni, 5:408).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru dalam situasi penyewa premis menjual arak di premis sewaannya tetapi ia tidak dinyatakan dalam kontrak sewaan, maka akad sewaan adalah sah. Dalam situasi ini, semua bayaran sewaan yang dibayar oleh penyewa premis kepada pemiliknya adalah sah kerana sahnya kontrak sewaan. Tetapi menjadi tanggungjawab pemilik premis untuk mencegah dan melarang penyewanya daripada menjual benda-benda yang haram.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "30. \nSoalan : \nKedudukan Ilmu Yang Diperolehi Melalui Mimpi Dan Bisikan Hati.\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tKedudukan ilmu yang diperolehi melalui mimpi dan bisikan hati.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tUlama berselisih pandangan mengenai ilmu yang diperolehi melalui mimpi atau ilham (bisikan hati). Menurut huraian ulama akidah seperti al-Taftazani dalam sharahnya terhadap Aqa\u2019id al-Nasafi, sumber ilmu yang disepakati oleh ulama ialah pancaindera, akal dan khabar yang benar (Qur\u2019an dan hadis yang merupakan bahagian dari khabar dari Rasul). (Sa\u2019d a-Din al-Taftazani, Sharh Aqaid Nasafi).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSementara ilmu yang didapati dari ilham atau mimpi sebahagian ulama menolaknya kerana mimpi dan bisikan hati boleh datang dari syaitan dan nafsu yang bertentangan dengan nilai-nilai agama. Namun ulama yang menerimanya berhujah atas beberapa sebab:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPertama\n, mimpi orang yang bertaqwa adalah sebahagian dari ilham yang diberikan oleh Allah. Sebab itulah dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Rasulullah bersabda. \u201cMimpi seorang mukmin adalah empat puluh enam bagia n dari kenabian. [HR Bukhari]. Yang dimaksud dengan al nubuwah di sini adalah al wahyu secara umum. Ini bermakna sebagaimana Allah memberikan ilmu kepada nabi dalam bentuk wahyu, Allah juga memberikan ilmu-ilmu tertentu kepada orang-orang yang beriman dan bertaqwa dalam bentuk mimpi dan ilham. Sudah pasti seseorang tidak akan menjadi nabi hanya sekadar bermimpi baik tersebut. Ubadah bin Shamith berkata,\u201dMimpi seorang mukmin sebuah kalam (pembicaraan) yang Allah berbicara dengan hambaNya ketika tidur.\u201d [Madarij Al Salikin, 1/51].\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTerdapat ayat-ayat al-Qur\u2019an yang menggunakan perkataan wahyu merujuk kepada yang bukan Nabi. Contohnya : \u201cDan Kami (wahyukan) ilhamkan kepada ibu Musa,\"Susuilah dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya, maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah kamu khawatir dan jangan (pula) bersedih hati, karena sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para Rasul.\u201d [Al Qashash:7].\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJuga firman Allah Subhanahu wa Ta'ala Dan (ingatlah), ketika Aku (wahyukan) ilhamkan kepada pengikut Isa yang setia,\"Berimanlah kamu kepadaKu dan kepada RasulKu.\" Mereka menjawab,\"Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai Rasul), bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang patuh (kepada seruanmu).\" [Al Maidah:111].\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJuga Alla Subhanahu wa Ta'ala l berfirman, Dan Rabbmu mewahyukan kepada lebah,\"Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia.\" [An Nahl:68]\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaupun wahyu di sini digunakan secara umum dan tidak merujuk kepada wahyu khusus yang diberikan kepada Nabi, ia dapat ditafsirkan sebagai ilham yang tuhan berikan kepada makhluk yang dipilih oleh Allah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nAsas yang kedua\n ialah ayat-ayat al-Qur\u2019an yang menunjukkan bahawa Allah akan membimbing manusia yang benar-benar bertaqwa dengan cara memberi ilham untuk melakukan perkara yang benar. Contohnya firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.\u201dHai orang-orang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. [Al Anfal:29].\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tFurqan di sini menurut ulama seperti Syaikh Muhammad Amin Al Syanqiti adalah ilmu (pengetahuan) yang bisa membezakan antara yang hak dan batil, sebagaimana firman Allah, \u201cHai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya, niscaya Allah memberikan rahmatNya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS Al Hadid:28), dan firman Allah: dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan. Dan dengan itulah bisa membedakan antara yang hak dan batil. [Adwa\u2019 al Bayan fi Idah al-Qur\u2019an, 4/349].\n\n\n\n\n\n\nAsas yang ketiga\n ialah kisah Nabi yang membenarkan mimpi para sahabat. misalnya sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam kepada para sahabat yang membenarkan mimpi mereka tentang lailatul qadar. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, bahwa ada seorang sahabat yang melihat lailatul qadar ketika tidur pada malam duapuluh tujuh terakhir. Maka Rasulullah bersabda: \u201cSaya melihat seperti mimpimu telah ada pada tujuh terakhir. Barangsiapa yang ingin mencarinya, maka hendaknya dicari pada malam ketujuh terakhir.\u201d [HR Bukhari]\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSeperti ini juga yang terjadi pada kisah permulaan azan. Yaitu Abdullah bin Zaid yang diajar tata-cara azan melalui mimpinya. Ketika beliau memberitahunya kepada Rasulullah, baginda mengatakan: \u201cSesungguhnya itu benar-benar mimpi yang baik Insya Allah Subhanahu wa Ta'ala. Pergilah kepada Bilal dan ajarkanlah apa yang anda lihat, dan azanlah dengannya, karena dia lebih keras suaranya darimu. Umar mendengar yang demikian itu di rumahnya, kemudian keluar dengan mengulur selendangnya dan berkata,\u201dDemi Yang mengutusmu dengan kebenaran, wahai Rasulullah. Saya pernah bermimpi seperti mimpinya.\u201d Rasulullah bersabda,\u201dSegala puji bagi Allah.\u201c [HR Abu Daud,].\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tHadis-hadis ini menggambarkan bahawa ada mimpi-mimpi yang benar yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambanya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKesimpulannya, mimpi dan bisikan hati boleh diterima sebagai saluran ilmu sekiranya ia diterima oleh orang-orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah dan ia tidak bertentangan dengan prinsip dan nilai yang telah ditentukan oleh Al-Qur\u2019an dan Sunnah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNeraca al-Qur\u2019an dan Sunnah ini penting untuk membezakan antara bisikan hati dan mimpi yang benar dengan bisikan yang datang dari syaitan atau hawa nafsu manusia itu sendiri.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a\u2019lam\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "31. \nSoalan : \nHukum Pertukaran Matawang Asing\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya ingin bertanya mengenai hukum mengenai pertukaran matawang asing. Situasi saya begini, saya ada membeli matawang asing di money changer dan juga membeli matawang melalui kawan dan saya akan simpan matawang tersebut sehingga nilainya berubah berlipat kali ganda keuntungannya, apabila tiba masanya saya akan membuat pertukaran di bank. Apakah hukum ke atas keuntungan tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN\n:\n\n\n\n\n\r\n\t\tPertukaran suatu matawang dengan matawang lain merupakan satu bentuk jual beli yang menurut istilah fiqah dipanggil al-\u1e63arf. Pada zaman dahulu sebelum wujud sistem matawang kertas, transaksi al-\u1e63arf adalah melibatkan emas dan perak. Kini, transaksi al-\u1e63arf dikembangkan kepada matawang kertas kerana ia menyamai emas dan perak dari pelbagai sudut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPerkara ini telah disepakati oleh ulama moden dan diputuskan oleh kesatuan-kesatuan fiqah sedunia. Para ulama hari ini samada melalui fatwa secara individu, fatwa secara kolektif ataupun melalui resolusi persidangan badan-badan fatwa atau kajian Syariah yang terkenal, telah bersepakat bahawa matawang kertas yang ada pada hari ini adalah sama hukumnya dengan emas dan perak dari sudut hukum riba, zakat dan salam serta lain-lain hukum yang berkaitan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAkademi Feqah Islam Antarabangsa OIC (Majma' al-Fiqh al-Isl\u0101m\u012b al-Dawl\u012b) di dalam persidangan ke-3 yang diadakan di Amman, Jordan pada 8-13 Safar 1407H bersamaan 11-16 Oktober 1986 telah memutuskan resolusi yang berbunyi,\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u201cBerkaitan hukum-hakam matawang kertas, bahawa ia adalah matawang (nuq\u016bd) secara i'tib\u0101r\u012b, yang mempunyai sifat harga/nilai (al-thamaniyyah) yang sempurna, dan ia adalah mengambil hukum-hakam syarak yang telah ditetapkan pada emas dan perak, dari sudut hukum riba, zakat, salam, dan segala hukum-hakamnya\u201d. (Majalah Majma' al-Fiqh al-Isl\u0101m\u012b, bil: 3, 3:1650).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru, pertukaran matawang dengan matawang yang lain adalah termasuk dalam transaski al-\u1e63arf yang secara asasnya dibenarkan oleh syarak jika memenuhi syarat-syaratnya, iaitu:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPertama: Berlaku penyerahan (taq\u0101buth) kedua-dua matawang dalam majlis akad. Dalam pertukaran matawang, penyerahan matawang hendaklah berlaku oleh kedua-dua pihak yang bertransaksi sebelum kedua-duanya berpisah. Syarat ini adalah disepakati secara ijmak oleh seluruh ulama, sebagaimana al-Subk\u012b menukilkan dalam kata-katanya:\n\n\n\n\n\n\n\u0627\u0644\u0652\u0639\u064f\u0642\u064f\u0648\u062f\u064f \u0628\u0650\u0627\u0644\u0646\u0651\u0650\u0633\u0652\u0628\u064e\u0629\u0650 \u0625\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0642\u064e\u0627\u0628\u064f\u0636\u0650 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0623\u064e\u0631\u0652\u0628\u064e\u0639\u064e\u0629\u0650 \u0623\u064e\u0642\u0652\u0633\u064e\u0627\u0645\u064d \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627 \u064a\u064e\u062c\u0650\u0628\u064f \u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0642\u064e\u0627\u0628\u064f\u0636\u064f \u0642\u064e\u0628\u0652\u0644\u064e \u0627\u0644\u062a\u0651\u064e\u0641\u064e\u0631\u0651\u064f\u0642\u0650 \u0628\u0627\u0644\u0625\u062c\u0652\u0645\u064e\u0627\u0639 \u0648\u0647\u0648 \u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u0631\u0652\u0641\u064f\n\r\n\t\tMaksud: \u201cAkad dari sudut hukum taq\u0101buth terbahagi kepada empat bahagian. Antaranya ialah akad yang wajib berlaku taq\u0101buth sebelum berpisah (antara dua pihak) dengan ijmak, iaitu al-\u1e63arf.\u201d (Al-Subk\u012b, Takmilah al-Majm\u016b',10:93).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKedua: Akad jual beli al-\u1e63arf mesti bebas daripada pensyaratan penangguhan. Syarat ini memberi maksud bahawa matawang yang ditukarkan hendaklah kedua-duanya secara lani (spot), dan tidak boleh salah satu pihak yang bertransaksi meletakkan syarat penangguhan serahan. Ab\u016b Sa'\u012bd al-Khudr\u012b meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: \u0648\u064e\n\u0644\u0627\u064e \u062a\u064e\u0628\u0650\u064a\u0639\u064f\u0648\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064e\u0627 \u063a\u064e\u0627\u0626\u0650\u0628\u064b\u0627 \u0628\u0650\u0646\u064e\u0627\u062c\u0650\u0632\n\n\n\n\n\r\n\t\tMaksud: \u201cDan jangan berjual beli item-item tersebut dengan satunya tiada (ketika akad) dan satunya ada (ketika akad)\u201d.\n\r\n\t\t(Al-Bukh\u0101r\u012b, \u1e62ah\u012bh al-Bukh\u0101r\u012b, no: 2177, 3:74, dan Muslim, \u1e62ah\u012bh Muslim, no: 1584, 3:1208).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tRasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga melarang jualbeli al-\u1e63arf secara hutang, seperti mana hadis bermaksud: \u201cRasulullah s.a.w. melarang jual beli emas dengan emas secara hutang\u201d (Al-Bukh\u0101r\u012b, \u1e62ah\u012bh al-Bukh\u0101r\u012b, no. 2180, 3:75; Muslim, \u1e62ah\u012bh Muslim, no. 1589, 3:1212).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSekiranya pertukaran antara suatu matawang dengan matawang yang lain memenuhi syarat-syarat di atas, maka ia adalah diharuskan sekalipun tujuannya adalah untuk mengambil keuntungan daripada perbezaan harga ketika belian dan jualan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "32. \nSoalan : \nBolehkah Menjawab Salam Daripada Orang Bukan Islam?\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApabila orang bukan Islam mengucapkan salam kepada kita, adakah kita boleh menjawab salam tersebut dan apabila orang bukan Islam tersebut bersin bolehkah kita mengucapkan \"bless you\".\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHarus kita menjawab salam dari seorang yang bukan Islam. Ini berdasarkan ayat al-Qur\u2019an yang menyebut : \n\u0648\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u062d\u064f\u064a\u0650\u0651\u064a\u062a\u064f\u0645 \u0628\u0650\u062a\u064e\u062d\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u064d \u0641\u064e\u062d\u064e\u064a\u0651\u064f\u0648\u0627 \u0628\u0650\u0623\u064e\u062d\u0652\u0633\u064e\u0646\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0631\u064f\u200c\u062f\u0651\u064f\u0648\u0647\u064e\u0627 \u06d7 \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0640\u0647\u064e \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0643\u064f\u0644\u0650\u0651 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d \u062d\u064e\u0633\u0650\u064a\u0628\u064b\u0627\n Maksudnya \u201cApabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu.\u201d (Surah al-Nisa\u2019:86).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAyat ini merupakan ayat yang umum. Frasa dalam ayat \n\u0648\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u062d\u064f\u064a\u0650\u0651\u064a\u062a\u064f\u0645 \u0628\u0650\u062a\u064e\u062d\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u064d,\n maksudnya \u201capabila kamu diberi penghormatan\u201d, ia tidak menyatakan \n\u0625\u0630\u0627 \u062d\u064a\u0627\u0643\u0645 \u0627\u0644\u0645\u0633\u0644\u0645\u0648\u0646\n , maksudnya \u201capabila orang Islam memberi penghormatan kepada kamu\u201d, mengkhususkan orang Islam sahaja memberi salam atau penghormatan. Jawapan yang dianjurkan ialah dengan lafaz \n\u0648\u0639\u0644\u064a\u0643\u0645 \n. ini berdasarkan hadis Nabi yang menyebut \u201cApabila kamu diberi salam oleh ahli kitab jawablah \u201cwa\u2019alaykum\u201d (riwayat Bukhari dan Muslim).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaubagaimanapun, orang Islam tidak boleh dahulu memberi salam kepada bukan Islam. Ini berdasarkan sabda Nabi \u201cJangan memulakan salam kepada Yahudi dan Nasara jika kamu berjumpa salah seorang daripada mereka di jalan (Riwayat Muslim).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun seperti saranan Imam Nawawi, orang Islam boleh memberikan ucapan-ucapan yang lain kepada bukan Islam yang menandakan penghormatan seperti selamat pagi, hari yang baik, moga Tuhan berikan kamu kebahagiaan di hari ini dan lain-lain yang seumpamanya. (al-Nawawi, al-Azkar) Dan sekiranya lafaz salam yang diberikan oleh mereka tidak jelas dan bimbang ia merupakan lafaz yang tidak baik seperti \u201cmaut atas kamu\u201d (\n\u0627\u0644\u0633\u0627\u0645 \u0639\u0644\u064a\u0643\u0645)\n, seperti dilakukan Yahudi kepada Rasulullah s.a.w. dahulu, maka jawablah sekadar \u201catas kamu juga\u201d (\n\u0648\u0639\u0644\u064a\u0643\u0645\n) .\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAdapun lafaz \u2018bless you\u2019 kepada orang bukan Islam yang bersin, sekiranya dilafazkan dalam makna yang umum, adalah diharuskan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a\u2019lam\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "33. \nSoalan : \nApakah Hukum Membeli Emas Untuk Pelaburan?\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum membeli emas untuk pelaburan? Contohnya, saya membeli emas seberat 10g dengan harga semasa ialah RM1500.00. Kemudian, saya menyimpan emas tersebut untuk tempoh 2 tahun misalnya dan harga emas semasa meningkat sebagai contoh 10g=RM2500.00 lalu saya menjualnya untuk mendapatkan pulangan. Ataupun saya beli dan menyimpan emas tersebut untuk dijadikan hantaran perkahwinan dimana saya menilai emas tersebut dengan harga pasaran semasa. Saya mohon penjelasan. Dari apa yang saya dengar ialah hukumnya HARAM untuk kedua-dua situasi di atas tetapi saya masih meraguinya. Sekiranya betul hukum belian emas ini HARAM, apa yang harus saya lakukan dengan emas yang telah saya beli ini?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tDari sudut hukum syarak, tidak ada larangan di dalam pembelian emas samada untuk dijadikan simpanan atau pelaburan tetapi mestilah mengambil kira dua prinsip penting iaitu:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPertama\n: Proses pembelian dan penjualan emas memenuhi segala syarat-syarat akad jual beli emas yang dikategorikan sebagai bay\u2019 al-sarf. Perincian kepada syarat-syarat tersebut boleh didapati dalam Parameter Pelaburan Emas yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011.\n\r\n\t\t(Rujuk Parameter tersebut di: \nhttp://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas\n )\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nKedua\n: Penyimpanan emas selama tempoh pelaburan tidak mengabaikan hak harta tersebut seperti kewajipan zakat, supaya tidak termasuk dalam \u2018kanz\u2019 yang diberi amaran tentangnya di dalam al-Quran. Kewajipan menunaikan zakat emas dinaskan dalam Al-Quran, \u201cDan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya\u201d. (Al-Tawbah: 34).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam Al-Sh\u0101fi'\u012b mentafsirkan ayat ini dengan mengatakan, \u201cMaka Dia menjelaskan bahawa ada kewajipan zakat pada emas dan perak\u201d. (Al-Bayhaq\u012b, A\u1e25k\u0101m Al-Qur\u2019\u0101n, 1:101).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru, adalah tidak salah untuk membeli emas, menyimpannya, melaburnya dan menjualnya balik selagi mana Parameter Pelaburan Emas dipenuhi, dan pembayaran zakat dibuat sekiranya mencukupi nisab dan haulnya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "34. \nSoalan : \nHukum Menggunakan Alat Memasak Yang Pernah Digunakan Untuk Memasak Babi.\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tI\nSU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya ada sedikit persoalan berkaitan hukum menggunakan alat memasak yang pernah digunakan untuk memasak babi. Mengikut bacaan saya ada hadith Nabi yang mengatakan hukumnya makruh, tetapi jika tiada alat lain yang boleh digunakan, boleh digunakan dan cukup sekadar dengan mencuci seperti biasa tanpa perlu disamak. Mohon penjelasan hukum lebih lanjut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHukum asal sesuatu bekas adalah bersih dan suci; sama ada digunakan oleh seorang Muslim atau orang bukan Islam, kecuali jika diyakini bekas itu telah terkena najis. Oleh sebab itu majoriti ulama berpendapat, dibenarkan seorang Muslim menggunakan bekas yang digunakan oleh orang bukan Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun begitu, jika diyakini bekas atau alat memasak digunakan untuk menyimpan atau memasak benda haram seperti daging babi, maka hukum menggunakannya setelah dibersihkan adalah makruh.\n\n\n\n\n\r\n\t\tIni berdasarkan hadis yang dilaporkan oleh Abu Sa'labah, beliau berkata kepada Rasulullah saw, \"Kami berjiran dengan ahli kitab. Mereka memasak daging babi dalam periuk mereka dan mereka minum arak dalam cawan mereka. Maka apa hukum menggunakan periuk dan cawan itu?\" Jawab Rasulullah saw, \"Jika kamu mempunyai periuk dan bekas lain, maka makan dan minumlah dengan bekas lain itu. Tetapi jika kamu tiada bekas lain, maka basuhlah bekas yang digunakan untuk najis itu dengan air, kemudian kamu makan dan minumlah menggunakannya.\" Hadis sahih direkodkan oleh Imam Abu Daud.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSabda Nabi Muhammad saw dalam hadis tersebut: \" Jika kamu mempunyai periuk dan bekas lain, maka makan dan minumlah dengan bekas lain itu...\" menunjukkan makruh menggunakan bekas atau alat memasak yang digunakan untuk menyimpan atau memasak benda haram dan najis setelah ia dibasuh.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam al-Nawawi menjelaskan, \"Larangan makan menggunakan pinggan mangkuk yang telah digunakan untuk najis walaupun selepas dibasuh kerana pinggan mangkuk itu kotor dan biasa digunakan untuk najis.\" (al-Nawawi, Syarh sahih Muslim, jil. 13, hlm. 80)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun cara membersihkan atau membasuh bekas atau alat memasak tersebut perlu merujuk kepada jenis najis. Jika najis itu, najis mutawassitah seperti cawan yang digunakan untuk minum arak, maka cawan itu perlu dibasuh sehingga hilang kesan arak itu. Tetapi jika najis itu adalah najis mughallazah, maka cara membasuhnya adalah berbeza.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenurut Imam al-Syafi'e dan ulama bermazhab Syafi'e, najis mughallazah adalah babi dan anjing. Oleh itu, jika bekas atau alat memasak digunakan untuk menyimpan atau memasak daging babi, maka bekas itu wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan salah satunya menggunakan air bercampur tanah. Hukum ini diqiyas kepada cara membersihkan bekas yang dijilat oleh anjing sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw, \"Jika anjing menjilat bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah bekas itu tujuh kali dan salah satunya bercampur tanah.\" Menurut Imam al-Syafi'e, babi adalah lebih kotor berbanding anjing, oleh itu cara membasuh bekas yang terkena babi juga perlu dibasuh dengan cara yang sama (al-Khin et.al., al-Fiqh al-manhaji, jil. 1, hlm. 54).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan keterangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 yang telah membincangkan Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat: \"Masyarakat Islam di Malaysia mengamalkan mazhab Syafi\u2019e dalam kebanyakan urusan peribadatannya. Oleh itu amalan samak sebanyak tujuh kali yang salah satu daripadanya menggunakan tanah telah diterimapakai secara umum oleh masyarakat, sama ada untuk menyucikan najis mughallazah yang terkena pada badan, pakaian, rumah dan sebagainya.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu'alam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "35. \nSoalan : \nFenomena Lantang Berfatwa\nJawapan : \n\n\n\n\nFenomena Lantang Berfatwa\n\n\n\r\n\t\tOleh: Lokmanulhakim Hussain, Felo Fatwa\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSejak akhir-akhir ini tampak satu gejala yang melanda segelintir kalangan agamawan masyarakat Islam iaitu sikap lantang dan pantas berfatwa. Setiap kali timbul isu yang melibatkan hukum-hakam agama, lantas menjelmalah ramai 'mujtahid dan mufti segera' yang pantas mengutarakan pendapat mereka dengan berhukum halal dan haram. Gejala lantang berfatwa ini nampak lebih parah apabila pandangan-pandangan ini tersebar dengan pantas melalui media-media yang pelbagai terutama laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Adakalanya, 'fatwa-fatwa' mereka mendahului fatwa dan keputusan ahli-ahli fatwa yang berautoriti.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPernah satu ketika timbul isu yang agak menggemparkan negara, yang ada hubung kait dengan hukum agama, maka seperti biasa ramailah penceramah berfatwa dalam pidatonya,dan blogger-blogger pula membahaskan hukum-hakamnya melalui pena dan papan kekunci. Walhal daripada sudut hukumnya, ia termasuk dalam hukum yang disepakati atau yang sudah ijmak dalam kalangan ulama. Lantaran kejahilan tentang ijmak atau kejahilan tentang kewajipan menuruti ijmak, golongan seperti ini tanpa segan silu menghebahkan pandangan peribadi yang jelas menyalahi ijmak para ulama silam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBeginilah parahnya apabila orang yang bukan ahli cuba mengambil alih tugas mereka yang ahli. Lihatlah bagaimana permasalahan fikah yang sudah disepakati oleh fuqaha, apabila dibincangkan oleh orang-orang bukan ulama, tiba-tiba ia menjadi masalah khilaf yang bercabang-cabang pendapatnya. Agaknya, kalau masalah fikah yang sepatutnya hanya mempunyai tiga pendapat, jika dibiarkan golongan ini berhukum dan berfatwa, mungkin perselisihan akan menghasilkan puluhan pendapat yang berbeza-beza.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerani dan pantasnya mereka berfatwa benar-benar menghairankan. Seakan-akan tidak pernah menghayati satu firman Allah yang bermaksud: Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar dan (diharamkan-Nya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkan-Nya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (al-Araf: 33)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJika kita menyedari kenapa dalam ayat di atas, dosa bertutur tentang Allah dengan kejahilan dirangkaikan bersama dosa syirik kepada Allah, pasti kita akan ketahui betapa besarnya jenayah memberi fatwa tentang agama tanpa ilmu.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tAmat malang apabila ada dalam kalangan orang Islam menganggap bahawa berfatwa adalah satu hobi yang menarik. Sesiapa sahaja boleh menceburi, asalkan mempunyai sealmari buku agama ataupun beberapa buah perisian kitab elektronik. Walhal para salaf bertolak-tolak dan mengelak daripada memberi fatwa.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "36. \nSoalan : \nPadah Berbicara Di Luar Ilmu\nJawapan : \n\n\n\n\nPadah Berbicara Di Luar Ilmu\n\r\n\t\tOleh: Dr. Mohd. Farid bin Mohd. Shahran, Felo Fatwa\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKEMUNCULAN dan penyebaran fahaman antihadis di Malaysia bermula apabila golongan yang mendokong idea-idea Rashad Khalifa mengenai penentangan kepada hadis dan penemuannya ke atas Kod 19 telah menyebarkan idea-idea songsang berkenaan kepada masyarakat Islam di negara ini.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAkibat terpengaruh dengan buku-buku tulisan Rashad Khalifa seperti Quran The Final Scripture, Hadis And Islam dan Quran Visual Presentation At The Miracle, Dr. Kassim Ahmad di antara pelopor fahaman antihadis memperkenalkan idea-idea berkenaan melalui beberapa penulisan dan majlis diskusi. Bagaimanapun, penyebaran fahaman menyeleweng itu disedari oleh pihak berkuasa agama dan beberapa tindakan diambil oleh kerajaan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPada Mei 1986, Kassim menulis buku Hadis Satu Penilaian Semula lalu membangkitkan kemarahan dan kontroversi yang hebat dalam kalangan umat Islam kerana kandungannya jelas menolak hadis sebagai sumber hukum yang autoritatif di dalam syariat Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBuku tersebut akhirnya diharamkan melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 223 bertarikh 10 Julai 1986. Pada Oktober 1992. Kassim sekali lagi mencetuskan kemarahan umat Islam apabila menulis buku lain bertajuk Hadis Jawapan Kepada Pengkritik. Buku ini membawa mesej yang sama iaitu penolakan kepada hadis dan beberapa perkara pokok di dalam syariat Islam. Berasaskan penyelewengan nyata yang boleh menggugat akidah umat Islam, kerajaan mengharamkan buku tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSetelah 19 tahun (iaitu pada 6 September 1995) Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai antihadis dengan memutuskan bahawa \"orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran dan fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah (iaitu buku Hadis Satu Penilaian Semula dan Hadis Jawapan Kepada Pengkritik; kedua-duanya tulisan Kassim, Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu-Hadith di dalam al-Quran; tulisan Idris Abdul Rahman, Bacaan; tulisan Othman Ali, The Computer Speaks-God Message To The World; tulisan Dr. Rashad Khalifa dan risalah Iqra' terbitan Jemaah al-Quran Malaysia) ialah orang atau kumpulan yang sesat dan bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam\" dan pelbagai tindakan penguatkuasaan, penjelasan dan pemurnian akidah telah dilaksanakan oleh kerajaan, tiba-tiba Kassim muncul kembali dengan agenda sama seperti 1986 yang lalu.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam ucapannya ketika Seminar Pemikiran Kassim pada 16 Februari lalu, beliau melontarkan kritikan dengan mengatakan bahawa kemunduran umat Islam adalah disebabkan taqlid mereka kepada golongan yang dinamakan sebagai ulama yang beliau samakan seperti kasta paderi.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKassim mungkin pakar dan ahli dalam bidang Kesusasteraan Melayu, namun tidak bermakna apa yang diucapkannya itu satu kebenaran. Kerana kebenaran itu adalah apa yang dibenarkan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW bersandarkan al-Quran dan hadis dan bukannya yang berdasarkan sangkaan manusia yang menggunakan logik akal dan rasional semata-mata tanpa berpaksikan ilmu dan keimanan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWajib diinsafi bahawa sekiranya kita mengaku diri sebagai umat Islam, Rukun Islam dan Rukun Iman merupakan dua tunjang utama yang perlu dipegang kukuh tanpa sebarang takwilan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJika dua kalimah syahadah pun dipertikai, hadis yang menjadi sumber hukum juga ditolak, al-Quran digesa supaya ditafsir semula, hukum aurat wanita yang telah thabit juga ditolak dan para ulama muktabar seperti Imam as-Syafie juga dihina sedemikian rupa, maka apakah ini dikatakan ajaran Islam sebenar yang cuba didedahkan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSebagai umat Islam, jika kita beragama hanya berdasarkan logik akal dan rasional semata-mata tanpa keimanan, akhirnya kita akan menjadi seperti Muktazilah yang melihat agama dari sudut aqliyah semata-mata. Nas-nas naqliyah ditolak dan diperlekehkan akibat kedangkalan ilmu-ilmu teras di dalam Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKejahilan Kassim jelas kerana beliau tidak dapat membezakan antara kasta paderi dan institusi ulama dalam Islam. Beliau ternyata terimbau dengan semangat reformasi agama Kristian di Barat yang berjaya menjatuhkan dominasi gereja yang dikuasai oleh golongan paderi pada zaman pertengahan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKemenangan golongan ilmuwan terutama dalam kalangan ahli falsafah dan ahli sains yang sekular ke atas dominasi golongan agamawan yang telah berjalan selama beratus tahun merupakan simbol zaman moden di Barat yang berjaya menguasai pemikiran masyarakat dengan doktrin-doktrin yang sukar diterima oleh akal.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIni ditambah dengan penyelewengan yang berlaku dalam institusi gereja terutama yang berkaitan dengan penawaran keselamatan (salvation) kepada manusia yang hanya boleh didapati melalui institusi gereja. Dengan keruntuhan autoriti agama pihak gereja itulah, akhirnya tamadun Barat menuju ke satu babak baru kemajuan dalam sejarah mereka sehinggalah ke zaman ini.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDengan menggunakan analogi yang sama, Kassim menganjurkan bahawa umat Islam juga harus bangun menentang golongan ulama yang disamakan dengan 'kasta paderi' dalam tamadun Barat yang menyekat perkembangan akal umat Islam dan telah menutup pintu ijtihad di kalangan pemikir sehingga menyebabkan masyarakat Islam tidak maju seperti di Barat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tApa yang mungkin beliau lupa atau tidak tahu menilai ialah ada perbezaan besar di antara institusi kepaderian di Barat dengan institusi ulama dalam Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPertamanya, Islam tidak berkongsi pengalaman sejarah pertembungan antara doktrin agama dengan prinsip akal sebagaimana yang berlaku dalam Tamadun Barat. Tiada juga konflik antara golongan ulama dengan ilmuwan sekular, kerana konsep sekularisme merupakan konsep yang asing dan tidak diterima dalam Islam. Islam tidak memisahkan antara agama dan sains seperti yang jelas terlihat dalam al-Quran yang banyak menyarankan manusia berfikir, menggunakan akal dan memerhatikan kejadian alam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tYang kedua, autoriti kepaderian dalam konteks agama Kristian adalah berdasarkan kedudukan suci mereka sebagai 'tangan Tuhan' atau wakil Tuhan di dunia ini.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDisebabkan oleh kedudukan sakral ini maka mereka suci dan terpelihara daripada kesilapan mengikut sudut pandangan agama Kristian. Namun dalam konteks Islam, autoriti ulama adalah berdasarkan kekuatan dan kewibawaan peribadi dan ilmu yang dimiliki, bukan hanya kedudukan mereka.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMereka diiktiraf oleh umat Islam dan komuniti ilmuan bersandarkan bukti dan hujah ilmiah yang dizahirkan melalui kewibawaan dan kekuatan ilmu, bukannya disebabkan 'kesucian' kedudukan mereka. Oleh yang demikian institusi ulama tiada kuasa ketuhanan seperti mengampun dosa sebagaimana institusi gereja di Barat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIni juga bermaksud dalam Islam, pintu ijtihad sentiasa terbuka kerana Islam bukan dimonopoli oleh satu-satu kelompok pilihan, akan tetapi ia dimiliki oleh semua yang mempunyai kewibawaan ilmu yang mampu menggalas amanah sebagai Warasatul Anbiya'.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tUmat Islam juga tidak menjadi mundur disebabkan pengagungan mereka terhadap Rasulullah. Begitu juga umat Islam tidak pernah keliru antara kedudukan Allah sebagai Tuhan Yang Esa dan Nabi Muhammad sebagai hamba dan Rasul-Nya apabila mereka meletakkan nama Muhammad bersebelahan dengan nama Allah di dinding rumah mereka. Tanyalah kepada orang yang paling daif kehidupan di ceruk kampung manapun, mereka tidak akan keliru mengenai hal tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKalimah syahadah yang kedua iaitu \"Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad ialah Pesuruh Allah\" tidak lain menggambarkan betapa pentingnya kedudukan dan peranan Rasulullah termasuk dalam membawa manusia mengenali Allah seperti terkandung dalam kalimah syahadah yang pertama iaitu \" Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah\".\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBagaimana seseorang dapat mengetahui konsep keesaan Tuhan yang sebenar sekiranya bukan melalui Rasulullah? Bagaimana umat Islam dapat beriman, tunduk dan patuh kepada Allah, Tuhan sekalian alam melainkan dengan melalui ajaran dan contoh tauladan yang telah diberikan oleh Nabi Muhammad? Bagaimana masyarakat Islam boleh memahami al-Quran sekiranya bukan melalui huraian yang telah diberikan oleh Rasulullah? Demikianlah besarnya kedudukan dan peranan yang dimainkan oleh Rasulullah sehingga al-Quran sendiri menggambarkannya sebagai rahmat kepada sekalian alam dalam ayat \"Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tInilah dalil yang jelas mengapa umat Islam juga harus mengangkat saksi tentang kerasulan Nabi Muhammad dan menjadikannya sebagai salah satu asas pegangan akidah dalam Islam. Ini juga membuktikan bahawa peranan yang dimainkan oleh Nabi Muhammad bukan sekadar membawa risalah al-Quran sebagai mana yang dihujahkan oleh Kassim.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAmat malang sekali mereka yang tidak dapat melihat hakikat kebenaran ajaran Islam ini akibat dikaburi oleh pemikiran songsang. Kembalilah kepada ajaran yang diredai Allah dan Rasul-Nya berpandukan kerangka ilmu, keimanan dan ketaqwaan, bukan berasaskan rasional dan logik akal semata-mata kerana kejahilan akan membawa kepada kesesatan.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "37. \nSoalan : \nHukum Mempamer Gambar Foto Manusia Di Dalam Masjid\nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nApakah hukum mempamer gambar foto manusia (Ustaz yang mengajar) di dalam masjid iaitu ruang solat utama masjid dengan menggunakan LCD SCREEN. Kerana apa yang kita tahu bahawa malaikat tidak akan masuk rumah yang ada gambar.\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nMempamerkan gambar melalui LCD di masjid lebih-lebih lagi gambar ustaz yang sedang mengajar adalah \nharus.\n Ini kerana ia adalah berkaitan sesuatu yang baik \ndalam usaha membantu memudah proses pembelajaran sesuatu ilmu.\n\n\n\r\n\tSememangnya ada perbezaan pandangan ulama dalam perkara \u2018menggambarkan sesuatu\u2019 sama ada melukis gambar, mengukir patung atau dalam konteks sekarang mengambil gambar menggunakan kamera. Ulama-ulama yang mengharamkan mengambil gambar berhujah dengan dalil sebuah hadis yang yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari berbunyi, \n\u201cSungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya ada anjing dan gambar yang berupa dari makhluk bernyawa\n (Bukhari, Kitab Penciptaan, 4/54, no.448)\n\n\n\r\n\tBegitu juga dengan riwayat daripada Said bin Abu Hasan, \u201cKetika saya bersama Ibn Abbas, seorang lelaki datang dan berkata \u201c\nWahai Ibn Abbas, pendapatan saya adalah dari hasil kerja tangan saya dan kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini\n\u201d. Ibn Abbas berkata, \u201c\nBarang siapa membuat gambar dia akan diazab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan berupaya menghidupkannya\n. Mendengar hal itu lelaki itu manarik nafas panjang dan mukanya menjadi pucat. Ibn Abbas berkata kepadanya \u201c\nsekiranya kamu masih ingin membuat gambar, maka buatlah gambar pokok dan sebarang yang bukan dari makhluk bernyawa\n (Riwayat Bukahri, Kitab Jual beli (3/34, no.428)\n\n\n\r\n\tSementara ulama yang membenarkan berhujjah bahawa hadis dan riwayat di atas mempunyai \n\u2018illah\n (sebab) pengharaman sama ada gambar tersebut dibuat dengan tujuan sama ada menyerupai menyerupai perbuatan Allah (\nmushabahah li khalqillah\n), ataupun dengan tujuan penyembahan atau pujaan yang mendekati perbuatan penyembahan berhala yang banyak berlaku di zaman jahiliyah.\n\n\n\r\n\tNamun jika dilihat kepada perkembangan teknologi penggambaran yang ada sekarang, tujuan dan matlamatnya sekarang banyak berkait dengan pendokumentasian, informasi, dan pendidikan.\n\n\n\r\n\tWalaupun begitu tidak dinafikan penggambaran juga banyak melibatkan perkara-perkara yang haram yang tetap akan menjadikannya haram. Oleh yang demikian, ulama yang mengharuskan berpendirian bahawa hukum membuat gambar bergantung kepada apakah gambar yang diambil, apakah tujuan gambar diambil. Antara ulama kontemporari yang berpendirian demikian ialah Dr. Yusuf al-Qardhawi. Beliau berpandangan bahawa hukum membuat gambar bergantung kepada tujuan gambar itu dibuat, tempat letaknya bagaimana ia digunakan dan niat pembuat gambar tersebut.\n\n\n\r\n\tAntara yang diharamkan ialah apabila gambar dibuat untuk disembah atau diagung-agungkan terutama gambar sesuatu yang mempunyai roh seperti manusia. Yang diharamkan juga ialah apabila gambar tersebut melibatkan perkara-perkara yang haram seperti mendedahkan aurat atau dengan tujuan hiburan yang melekakan. Sekiranya gambar tersebut tidak melibatkan perkara tersebut, ia adalah diharuskan.\n\n\n\r\n\tOleh yang demikan, gambar seorang ustaz melalui skrin LCD yang sedang mengajar di dalam sebuah masjid \ntidaklah termasuk dalam gambar yang diharamkan \nberdasarkan tujuan dan cara ia dilakukan.\n\n\n\r\n\tWallahu a\u2019lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "38. \nSoalan : \nHukum Makan Tapai\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\tMenantu saya (lelaki) seorang Jepun. Isteri saya berikan dia makan Tapai. Feedback daripada dia, ada content alcohol dan mungkin lebih dari beer. Saya terkejut dan tak tahu nak jawab. Jadi saya pun kata kepada keluarga saya, kita elakkan makan tapai buat masa ini, sampai saya dapat penjelasan yang sewajarnya.\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\tProses penapaian sudah pasti akan menghasilkan kandungan alkohol. N\namun, jika tapai dibuat bukan dengan tujuan untuk dijadikan minuman yang memabukkan, dan semasa dimakan ia tidak memabukkan, maka tapai itu halal dimakan. Namun, jika peraman sudah terlalu lama dan memakannya boleh menyebabkan mabuk, maka hukumnya ketika itu haram dimakan.\n\n\n\n\nMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\r\n\t1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.\n\n\n\r\n\t2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.\n\n\n\r\n\t3) Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.\n\n\n\r\n\t4) \nTapai halal dimakan.\n\n\n\r\n\t5) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.\n\n\n\r\n\t6) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.\n\n\n\r\n\tWallahu a\u2019lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "39. \nSoalan : \nStatus Bapa Susuan\nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\tBapa saudara saya berkahwin dan mengambil anak angkat perempuan dan isterinya menyusukan anak itu secukupnya. Tetapi kemudian, mereka bercerai. Jadi, bagaimana aurat antara bapa saudara saya dengan anak angkatnya itu?\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\tAbdullah bin 'Abbas melaporkan, Rasulullah saw bersabda, \"Sesuatu yang diharamkan dengan sebab penyusuan sebagaimana apa-apa yang diharamkan oleh sebab nasab.\" H\nadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari.\n\n\n\r\n\tJika seseorang wanita telah menyusukan bayi perempuan yang bukan anaknya dengan memenuhi syarat iaitu: (a) bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan; (b) susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan (c) umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah, maka wanita itu menjadi ibu susu kepada bayi perempuan tersebut.\n\n\n\r\n\tBerdasarkan hadis yang telah dinyatakan, hukum mahram adalah sama antara sebab nasab dan susuan. Oleh itu hubungan antara suami wanita itu dengan anak susuan tersebut adalah mahram sebagaimana status anak kandungan wanita tersebut, dengan syarat semasa kanak-kanak itu menyusu, lelaki tersebut adalah masih suami yang sah kepada ibu susu.\n\n\n\r\n\tOleh itu, apabila wanita itu telah bercerai dengan suaminya, lelaki tersebut \nmasih kekal sebagai mahram\n kepada anak susuan itu. Maka batasan aurat antara lelaki itu dengan anak susuan tersebut adalah sama seperti batasan aurat anak kandung iaitu jika anak itu sudah baligh, seluruh anggota badannya adalah aurat kecuali bahagian kepala (termasuk muka dan rambut), dua tapak tangan dan pergelangan kaki.\n\n\n\r\n\tWallahua'lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "40. \nSoalan : \nHukum Memakan Organ-Organ Binatang \nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum memakan organ-organ binatang seperti zakar kambing sepertimana yang ditunjukkan dalam rancangan FearFactor?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHukum organ binatang adalah mengikut hukum daging binatang tersebut. Jika daging binatang itu halal dimakan setelah ia disembelih mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh hukum Syarak, maka organ binatang itu juga halal dimakan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh itu, hukum memakan zakar kambing setelah kambing itu disembelih adalah halal, namun ia juga adalah makruh kerana ia adalah anggota binatang yang tidak dianggap baik oleh majoriti umat Islam (Ibnu Qudamah, al-Mughni).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam al-Zayla'i menjelaskan dalam bukunya 'Tabyiin al-haqa'iq', \"Makruh makan anggota badan kambing seperti zakar, tiroid, pundi kencing dan pundi hempedunya, kerana ia adalah anggota yang dianggap kotor dan tidak disukai oleh majoriti umat Islam.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "41. \nSoalan : \nHukum Ziarah Kematian Orang Bukan Islam\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\tGambar Hiasan\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya ingin bertanya, jika kawan atau saudara saya meninggal, tetapi dia bukan beragama Islam;\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\ti.Bolehkah saya menziarahi jenazah beliau?\n\r\n\t\tii.Bagaimana cara saya menghormati jenazah beliau?\n\r\n\t\tiii. Bolehkan saya hanya sekadar menundukkan kepala sebagai tanda penghormatan buat kali terakhir?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tIslam tidak melarang seseorang untuk menziarahi rakan yang meninggal dunia selagi mana ia tidak melibatkan seseorang itu dengan adat istiadat dan upacara keagamaan agama lain. Ini adalah sebagai penghormatan terhadap rakan tersebut atas dasar kemanusiaan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah kepada jenazah Yahudi yang lalu di hadapan baginda.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam peristiwa tersebut Rasulullah telah bangun untuk menghormati jenazah orang Yahudi tersebut. Apabila diberitahu kepada baginda bahawa jenazah tersebut adalah jenazah seorang Yahudi, Nabi menjawab, \u201cBukankah ia adalah manusia?\u201d. Rasululullah juga pernah menziarahi seorang Yahudi yang sedang sakit dan disebabkan ziarah baginda orang yahudi tersebut telah memeluk Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPerbuatan menundukkan kepala tanda penghormatan kepada rakan bukan Islam adalah diharuskan kerana ia tidak melambangkan apa-apa ritual keagamaan melainkan sekadar tanda hormat kepada jenazah tersebut. Perbezaan agama tidak menafikan hak seorang Muslim untuk menghormati saudaranya yang berbeza agama.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAsas kepada penglibatan seseorang Islam dengan orang bukan Islam ialah selagi ia tidak melibat hal-hal akidah dan upacara peribadatan maka ia adalah harus.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a\u2019lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "42. \nSoalan : \nApakah Wajar Dilakukan Solat Ghaib Jenazah Di Kubur? \nJawapan : \n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tDi dalam situasi jika terdapat saudara kita yang meninggal, apabila kita tiba di kampung jenazah sudah dikebumikan. Mengikut petunjuk sunnah, apakah wajar dilakukan solat ghaib atau apakah wajar di lakukan solat ghaib ke atas jenazah di atas kubur? Apakah terdapat khilaf yang muktabar dalam perkara ini?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSecara umumnya, para ulama mengatakan tidak dilarang melakukan sembahyang ghaib ke atas jenazah. Namun, mereka berbeza pendapat, adakah hukumnya harus atau makruh melakukannya di atas kubur.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenurut ulama bermazhab Hanafi (Ibnu al-Humam, Fath al-Qadir, jil. 1, hlm. 458; al-Haskafi, al-Dur al-mukhtar, jil. 1, hlm. 862) dan Maliki (al-Dardir, Syarh al-kabir, jil. 1, hlm. 412; Ibnu Rushd, Bidayat al-mujtahid, jil. 1, hlm. 230), jika mayat sudah dikebumikan dan seseorang itu masih belum melakukan sembahyang jenazah ke atas mayat tersebut, maka orang itu makruh melakukan sembahyang ghaib di atas kubur mayat tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenurut ulama bermazhab Syafi'i (al-Syirazi, al-Muhazzab, jil. 1, hlm. 138; al-Nawawi, al-Majmu', jil. 5, hlm. 264) jika mayat sudah dikebumikan dan seseorang itu masih belum melakukan sembahyang jenazah ke atas mayat tersebut, maka orang itu sunat melakukan sembahyang ghaib untuk mayat tersebut. Tetapi makruh jika dilakukan sembahyang ghaib itu di atas kubur, melainkan jika kubur itu adalah kubur para Nabi dan orang yang mati syahid dalam peperangan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tUlama bermazhab Hanbali (Ibnu Qudamah, al-Mughni, jil. 2, hlm. 511-512) mengatakan hukumnya adalah harus melakukan sembahyang ghaib di atas kubur mayat tersebut. Hujahnya: Abdullah bin 'Abbas melaporkan, \"Pada suatu hari Nabi Muhammad saw berhenti pada sebuah kubur, lalu para sahabat menyusun saf di belakang baginda dan mereka menunaikan sembahyang ghaib untuk mayat dalam kubur tersebut.\" (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tManakala hujah ulama bermazhab Syafi'i, makruh sembahyang ghaib di atas kubur, sebagaimana hadis yang dilaporkan oleh Abu Sa'id al-Khudri, Nabi Muhamamd saw bersabda, \"Muka bumi ini semuanya boleh dijadikan tempat sembahyang, melainkan kubur dan tandas.\" (Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, dan Ibnu Majah).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "43. \nSoalan : \nIslam Is A Religion That Will Bring Happiness To Mankind\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nQUESTION:\n\n\n\n\n\r\n\t\tWe understand that the more we adhere to Islam the more it would bring us happiness in this life and the hereafter. However there is a hadith whereby Abu Saeed Al-Khudri visited the Prophet (Pbuh) when he was unwell. He put his hand on a piece of velvet cloth with which the Prophet (Pbuh) had very high temperature. Abu Saeed said: \u201cMessenger of Allah, you have a very high fever\u201d. He said: \u201cWe are like this: our trials are very hard and our reward is multiplied.\u201d Abu Saeed asked: \u201cMessenger of Allah, which people have the greatest affliction?\u201d He replied: \u201cThe Prophets (Pbuh), and then the most pious and righteous. Any one of them may be tested with poverty until he could find nothing more than a robe to cover himself with and he would wear that. Another could be tested with fleas until they almost killed him. They were more pleased with their affliction than any of you may be pleased with gifts.\u201d (Related by Al-Bukhari in Al-Adab Al Mufrad). This hadith implied that the stronger we adhere to Islam, the greater would be our affliction and hardship. That would mean we would suffer more and presumebly would be less happy(in this world). Doesn't this situation contradict the premise that Islam would bring more happiness to those who adhere to it?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nANSWER:\n\n\n\n\n\r\n\t\tThere is no doubt that Islam is a religion that will bring happiness to mankind both in this world and in the hereafter. However, based on the Quranic passages, it is clear that the highest level of happiness in Islam refers to the spiritual happiness which refers to the certainty in one\u2019s heart concerning the higher realities such as God, the hereafter and other spiritual realities which are very fundamental in one\u2019s religious life.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tThis state of spiritual certainty is what we call iman and yaqin. In other words, the happiest person, from the perspective of Islam is the person with the highest iman. And the ultimate level of happiness is therefore refers to the one experienced by people in the paradise through their everlasting felicity and bliss the highest one being the vision of God (ru\u2019yat Allah).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOn the other hand, the Qur\u2019an also mentions the condition of people who are miserable and having misfortune (shaqawah, hasarat, khusr), all refer to those who do not have iman in Allah. As to the affliction and hardship that we gain in this world, it is more related to the worldly, physical aspect of man which does not affect someone who has achieved a strong spiritual station particularly the Prophets and the righteous person.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tThese affliction and hardship are tests and trials given by God to them to elevate their spiritual stations. It is not something that they look for or ask from God in the first place. On the other hand, it is a natural process (sunnatullah) that will take place when people of this rank carry out the great task of da\u2019wah and jihad. The physical sufferings they have to endure does not imply that they are unhappy since happiness to a Muslim, as we have said, ultimately refers to the spiritual state and the ultimate one is in the hereafter.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tFurthermore, the trials and hardships are not everlasting as we can see in the life story of the prophets and righteous people. Looking from this perspective it is therefore not a contradiction to have both hardship and affliction and to experience happiness in Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "44. \nSoalan : \nSejauh Mana Qasidah Al-Burdah Berkait Dengan Shiah\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSejauh Mana Qasidah Al-Burdah Berkait Dengan Shiah?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tQasidah al-Burdah ditulis oleh Imam al-Busiri, ulama besar yang juga seorang tokoh sufi abad ke-7 hijrah/ke-13 Masihi. Qasidah ini merupakan qasidah yang masyhur. Ia bukan berasal dari Shi\u2019ah kerana ia ditulis oleh ulama Sunni. Tiada dalam biografinya yang mengaitkan beliau dengan Shi\u2019ah. Sementara memuji Rasulullah s.a.w. dalam selawat dan qasidah bukan bermakna seseorang itu pengikut Shi\u2019ah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tMenurut sejarawan Islam al-Maqrizi, Imam al-Busiri berasal dari Afrika Utara dari sebuah kabilah bernama Abnun di Maghribi. Beliau hidup di bawah pemerintahan Mamluk dan menguasai banyak bidang ilmu Islam. Beliau merupakan pengikut tariqat sufi Shaziliyah di bawah bimbingan gurunya Shaykh Abu al-Abbas al-Mursi. Penulis kitab Hikam, Ibn \u2018Ataillah al-Sakandari juga merupakan salah seorang anak murid kepada Abu al-Abbas al-Mursi.\r\n\t\n\r\n\t\tQasidah al-Burdah secara dasarnya merupakan pujian kepada Rasulullah s.a.w. Isinya bersifat syair yang sebahagian besarnya menggunakan kiasan (majaz) dan metafora yang bertujuan menekankan lagi sifat kasih sayang terhadap Rasulullah s.a.w. Beberapa ayat dalam qasidah al-Burdah yang dianggap kontroversi harus difahami dalam konteks tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMemuji Rasulullah s.a.w. dan menggagungkan Baginda adalah sesuatu yang dituntut selagi mana tidak menyifatkan baginda Rasulullah s.a.w. dengan sifat ketuhanan dan seseorang itu jelas dalam tauhidnya tentang beza antara Allah Ta\u2019ala dan RasulNya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "45. \nSoalan : \nBenarkah Nabi Yusof a.s Telah Berkahwin Dengan Zulaikha\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya ingin kepastian benarkah Nabi Yusof a.s telah berkahwin dengan Zulaikha,sepertimana yang selalu disebut dalam doa majlis walimatul'urus.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tDi dalam al-Quran sememangnya tidak disebut tentang perkahwinan antara Nabi Yusuf dan Zulaikha. Yang disebut dalam al-Qur\u2019an ialah peristiwa Zulaikha yang cuba menggoda Nabi Yusuf sehingga akhirnya menyebabkan Nabi Yusuf dipenjara sepertimana yang dijelaskan dalam Surah Yusuf, ayat 25 hingga 34.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPerbincangan al-Qur\u2019an berkaitan kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha (atau dalam riwayat lain namanya Ra\u2019il) berakhir dengan pengakuan Zulaikha bahawa Nabi Yusuf tidak bersalah dan tidak melakukan apa-apa kecurangan terhadapnya (Surah Yusuf, ayat 51).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTerdapat juga beberapa riwayat yang menyebutkan tentang perkahwinan antara Yusuf dan Zulaikha. Walau bagaimanapun tiada sumber yang sahih berkaitan kisah perkahwinan tersebut kerana kekhuatiran berpunca dari sumber-sumber Isra\u2019iliyyat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "46. \nSoalan : \nPinjaman Dan Dividen ASB\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya ingin bertanyakan berkenaan dengan hal pinjaman islam untuk ASB. Hal ini telah saya bincangkan dengan rakan saya dan adalah lebih baik sekiranya kami dapatkan penjelasan daripada pihak yang berhak seperti Majlis Fatwa.\n\n\n\r\n\tSituasinya begini: Saya telah mengambil \"pembiayaan Islamik ASB\" sebanyak RM200,000 daripada Maybank Islamic. Tiap-tiap bulan saya dikehendaki membayar RM1200 kepada \nMaybank Islamic. Menurut pihak Maybank Islamic, pembiayaan itu akan matang dalam masa 3 tahun di mana saya tidak akan dikenakan caj sekiranya terminate pembiayaan tersebut. Perancangan saya ialah untuk membatalkan pembiayaan tersebut selepas 5 tahun. Jadi saya akan dapat dividen secara kasar RM120,000 untuk 5 tahun tersebut.\n\n\n\r\n\tJadi di sini saya ingin bertanyakan akan hukum dividen RM120,000 dan juga hukum untung bersih yang saya perolehi. Adakah dividen tersebut adalah sah dan halal untuk saya, memandangkan dividen itu diperoleh bukan menerusi duit hak saya tetapi hak Maybank.\n\n\n\r\n\tBerikut merupakan calculation keuntungan saya menggunakan kaedah di atas : Dividen ASB : RM 120,000 Pembayaran kepada Maybank : RM 1200 * 60 bulan (5 tahun) Untung Bersih Saya : RM 72,000\n\n\n\r\n\tMohon pihak Majlis Fatwa dapat rungkaikan permasalahan ini kerana persoalan ini amat penting bagi umat Islam sejagat.\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nDaripada senario yang dinyatakan di atas, beberapa perkara perlu difahami dan diambil perhatian.\n\n\n\r\n\tPertama, apabila saudara mendapat pembiayaan daripada Maybank Islamic untuk ASB Financing-i, konsep yang diguna pakai dalam pembiayaan tersebut ialah Commodity Murabahah atau dikenali dalam istilah fiqah sebagai Tawarruq. Melalui kontrak Tawarruq yang melibatkan pembelian komoditi daripada supplier dengan harga tangguh dan kemudian penjualan balik komoditi tersebut kepada pihak ketiga dengan harga tunai, saudara mendapat liquiditi untuk pembelian saham ASB. Liquiditi yang saudara peroleh melalui kontrak Tawarruq adalah hak milik saudara sepenuhnya.\n\n\n\r\n\tJusteru jika ia dilaburkan ke mana-mana pelaburan patuh syariah, maka keuntungan/dividen yang diperoleh adalah milik saudara.\n\n\n\r\n\tKedua, berkenaan dengan apa yang saudara sebutkan sebagai \u2018pembatalan pembiayaan, sebenarnya ia bukanlah pembatalan kontrak pembiayaan yang berasaskan kepada Commodity Murabahah tersebut. Tetapi sebenarnya ia adalah penyelesaian awal (early settlement) iaitu penerima biaya membuat penyelesaian awal sebelum sampai tempoh. Dengan membuat penyelesaian awal, pihak Bank akan memberikan ibra\u2019 (rebate) kepada penerima biaya, di mana kadarnya ialah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nOutstanding Bank\u2019s Selling Price - Outstanding Facility Amaount - Other amount due to the Bank\n\n\n\r\n\tPerlu difahami bahawa penyelesaian awal dan juga pemberian ibra\u2019 tidak memberi kesan kepada pemilikan jumlah pembiayaan (facility) yang saudara perloleh. Jika saudara memperoleh pembiayaan sebanyak RM200,000 dan kemudiannya saudara membuat penyelesaian awal yang menyebabkan saudara mendapat rebate/ibra\u2019, RM200,000 itu adalah kekal milik saudara. Sebarang keuntungan/dividen yang saudara perloleh daripada pelaburan wang tersebut adalah milik saudara.\n\n\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "47. \nSoalan : \nHukum Memberikan Pinjaman Dengan Bayaran Balik Yang Ditetapkan \nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya telah membuat pembiayaan peribadi secara Islamik daripada salah sebuah bank yang menawarkan perbankan Islam sebanyak RM60,000. Kemudian saya memberi pinjam wang tersebut kepada seorang sahabat untuk memulakan bisnes kuari pasir, dengan jumlah bayaran balik yang perlu dibayar kepada saya sebanyak RM4,000 sebulan selama 24 bulan. Adakah saya terlibat dalam riba bagi situasi diatas?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tPembiayaan peribadi yang dibuat di bank-bank Islam atau bank-bank yang menawarkan perbankan Islam adalah berasaskan kepada kontrak-kontrak tertentu seperti kontrak Tawarruq (Commodity Murabahah). Ia termasuk dalam kategori jual beli, dan bukan pinjaman kewangan. Manakala pinjaman persendirian yang saudara berikan kepada sahabat saudara adalah satu bentuk pinjaman kewangan yang tertakluk di bawah hukum-hakam Qard.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru sebarang bayaran tambahan yang dikenakan ke atas peminjam adalah riba yang diharamkan oleh syarak. Keharaman memberi pinjaman kewangan dengan pensyaratan bayaran tambahan adalah disepakati dalam Islam. Kaedah masyhur mengatakan, \u201cSetiap pinjaman kewangan yang memberikan manfaat kepada pemberi pinjam, maka ia adalah riba\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKaedah ini disepakati oleh seluruh orang Islam. (Al-Sh\u012br\u0101z\u012b, Al-Muhadhdhab, 5:452). Justeru dalam kes saudara, jika saudara memberi pinjam kepadanya sebanyak RM60,000 kemudian dia perlu membayarnya sebanyak RM4,000 sebulan selama 24 bulan, bererti jumlah yang perlu dibayarnya ialah RM96,000. Daripada jumlah tersebut, RM36,000 adalah tambahan kepada amaun pokok pinjaman, maka ia adalah riba. Kami nasihatkan kepada saudara agar tidak terlibat dengan urusan memberi pinjaman yang melibatkan riba kerana ia adalah dosa yang sangat besar dan diberi ancaman yang sangat dahsyat oleh Allah Taala dalam Al-Quran. Firman Allah Taala: \u201cWahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman\u201d. \u201cOleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa\u201d. (Surah Al-Baqarah: 278-279).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "48. \nSoalan : \nPerlu atau Tidak Mengekalkan Nama Asal Apabila Memeluk Islam\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya ada satu soalan iaitu kalau nama asal seorang muallaf itu ialah Christine, perlu atau tidak dia menukar nama bila memeluk Islam sebab nama tersebut dilihat mrmpunyai unsur agama Kristian. Setakat yang saya semak, perkataan Christ ialah terjemahan Greek untuk perkataan Hebrew 'Messiah'. Maksud 'Messiah' pula ialah yang disapu dengan minyak. Kalau pandangan saya, nama Christine tersebut ti\ndak perlu ditukar kerana maksudnya yang tak bertentangan dengan Islam. Mohon penjelasan daripada pihak tuan.\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nDalam Islam sebaik-baik nama ialah yang menuruti nama-nama mereka yang disanjungi oleh agama seperti nama para Nabi, para sahabat atau ulama\u2019. Atau nama dengan makna-makna yang baik. Dalam satu hadis yang diriwayat oleh Muslim, nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan juga Abdul Rahman.\n\n\n\r\n\tBagi seorang muallaf yang memeluk Islam, pada dasarnya tidak salah untuk mengekalkan nama asal apabila seseorang itu memeluk Islam. Namun sekiranya nama tersebut mempunyai konotasi yang tidak selari dengan Islam atau mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama lain yang tidak sesuai dengan Islam , ia perlu ditukar kepada nama yang lebih sesuai.\n\n\n\r\n\tRasulullah sendiri pernah meminta seorang sahabat yang masuk Islam menukar namanya dari Abd al-Syams bin Sakhr kepada Abd Rahman bin Sakhr kerana nama Abd Syams bermaksud hamba kepada matahari.\n\n\n\r\n\tMengenai nama Christine, sebaiknya seorang muallaf yang mempunyai nama tersebut menukarkan nama tersebut ke nama Islam kerana nama tersebut amat berkait dengan nama keagamaan dalam Kristian. Istilah Christine adalah nama feminin kepada istilah \u2018Christian\u2019 dalam bahasa Latin dan Greek yang merujuk kepada Jesus Christ atau pengikutnya. Ia adalah terjemahan dari istilah Messiah dalam bahasa Hebrew bermaksud \u2018penyelamat\u2019 yang juga merujuk kepada Jesus pada fahaman agama Kristian.\n\n\n\r\n\tDalam sejarah, kebiasaannya nama Christine diberikan kepada seseorang wanita sebagai penghormatan kepada St. Christina of Tyre, seorang ahli agama Kristian abad ke-3 yang mati disiksa oleh bapanya yang beragama pagan kerana keteguhan kepercayaanya terhadap agama Kristian.\n\n\n\r\n\tWallahu a\u2019lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "49. \nSoalan : \nHudud: Jangan Bercakap Ikut Andaian Dan Logik\nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nHUDUD: JANGAN BERCAKAP IKUT ANDAIAN DAN LOGIK\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh:\n\r\n\t\tDr. Arieff Salleh bin Rosman, Felo Fatwa\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPemilik Kuasa Tertinggi\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tManusia merupakan makhluk yang memerlukan penghidupan sosial yang kolektif. Manusia tidak mampu hidup bersendirian dalam memenuhi semua keperluan hidupnya kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh sebab itu, semenjak awal kejadian manusia, sudah terbentuk sebuah hidup bermasyarakat, sehingga terbentuk sebuah negara. Antara persoalan penting dalam sesebuah negara ialah, soal kuasa mutlak atau kuasa tertinggi yang diistilahkan sebagai kedaulatan. Kuasa tertinggi tersebut mempunyai peranan penting dalam mencorak undang-undang yang akan digubal dan dilaksanakan dalam sesebuah negara.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam falsafah politik Islam, isu kedaulatan dikemukakan secara jelas iaitu Allah SWT sahaja yang memiliki kuasa tertinggi di dunia dan di akhirat. Allah SWT yang mencipta alam dan segala isinya, memiliki kuasa untuk mengurus dan mentadbir ciptaan-Nya. Kehendak Allah SWT bersifat mutlak dalam mengurus alam ciptaan-Nya. Oleh sebab itu, kehendak Allah SWT wajib ditaati oleh setiap makhluk, termasuk dalam sesebuah masyarakat dan negara. Dia sahaja yang berdaulat dan segala undang-undang yang digubal hendaklah bertepatan dengan kehendak-Nya (Maududi, Sayed Abul A'la, Islamic law and constitution).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tFirman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 67 yang bermaksud, \"...Kuasa menetapkan sesuatu hukum itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nElak Polemikkan Hukum Hudud\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIsu hukuman hudud dan pelaksanaannya sering menjadi topik hangat perbincangan daripada semasa ke semasa. Isu ini ditimbulkan semula apabila sesetengah pihak mengulas isu pelaksanaan hukuman Syariah di Negara Brunei bermula April 2014. Ada sesetengah pihak yang begitu angkuh menyatakan bahawa hudud adalah ciptaan manusia dan terbuka kepada perdebatan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tHarus diingat bahawa isu hukum hudud ini bukan hanya sekadar perbincangan isu politik semasa dan undang-undang semata-mata. Apa yang berlaku di kalangan sebahagian umat Islam ialah mereka sewenang-wenangnya mengeluarkan pendapat yang didakwa bersifat intelektual, tanpa mempedulikan bahawa isu ini mempunyai signifikan yang besar terhadap akidah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMasyarakat perlu memahami bahawa dalam isu hudud ini terdapat perkara yang bersifat teras kepercayaan dalam Islam (qat'ie) dan ada yang bersifat ijtihad yang menjadi ruang perbahasan dan perdebatan dalam kalangan sarjana (zanni). Allah SWT tidak menghalang hambaNya daripada menggunakan akal untuk menganalisa setiap isu yang berlaku dalam kehidupan, namun analisa tersebut perlulah berasaskan ilmu dan dibahaskan oleh sarjana yang berkelayakan sahaja. Sebagai bandingan, jika dalam sistem undang-undang sivil, ulasan dan penggubalan undang-undang perlu dilakukan oleh sarjana yang berkelayakan, maka adakah dalam isu undang-undang Islam, ia boleh diulas dan digubal oleh sesiapa sahaja, tanpa memerlukan sebarang kelayakan? Perlu juga diingat bahawa hanya pakar jantung sahaja yang boleh merawat pesakit jantung, bukan doktor gigi.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nFahami Prinsip Perundangan Islam\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPerintah Allah SWT sebagai Pencipta dan Pentadbir seisi alam dinyatakan dalam al-Quran dan seterusnya dijelaskan oleh Nabi Muhammad saw dalam Sunnahnya. Untuk memahami perundangan Islam, terdapat tiga aspek yang perlu diberi perhatian dan difahami sedalam-dalamnya sebelum mengeluarkan apa jua pendapat, iaitu Sumber hukum, Kefahaman hukum daripada sumber dan Kaedah pelaksanaan hukum.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSebagaimana kaedah yang dijelaskan oleh pakar perundangan Islam, sumber hukum dalam perundangan Islam dan kefahaman hukum daripada sumber itu dikategori kepada dua status: iaitu Qat'ie dan Zanni. Al-Quran merupakan sumber Qat'ie iaitu setiap ayat al-Quran wajib diyakini kebenarannya dan sesiapa yang menafikan walau satu huruf daripada al-Quran, maka akan terjejaslah akidah individu berkenaan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tManakala hadis Nabi SAW dikategori kepada dua: Hadis Mutawatir adalah sumber Qat'ie, dan hadis selainnya adalah sumber Zanni. Hadis dalam kategori sumber Zanni bermaksud, terdapat perbahasan dan perdebatan dalam kalangan pakar perundangan Islam dalam menerima status sesuatu hadis. Islam membenarkan para sarjana menganalisa sumber Zanni, tetapi analisa tersebut wajib berasaskan ilmu yang berautoriti, bukan berasaskan sangkaan semata-mata.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSelanjutnya dalam memahami hukum yang dinyatakan dalam sesuatu sumber; sama ada al-Quran atau sunnah, kefahaman tersebut juga dikategori kepada dua; Qat'ie dan Zanni. Kefahaman Qat'ie bermaksud sumber tersebut menjelaskan maksud hukum yang jelas dan spesifik. Manakala kefahaman Zanni bermaksud terdapat pelbagai interpretasi dalam kalangan sarjana dalam memahami hukum yang dimaksudkan dalam sesuatu sumber (Abu Zahrah, Usul al-Fiqh, hlm. 71)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tManakala elemen ketiga yang wajib diketahui ialah kaedah pelaksanaan hukum yang difahami daripada sesuatu sumber tersebut. Secara umumnya, semua perintah Allah wajib dilaksanakan. Namun bagi melaksanakan sesuatu perintah Allah, para sarjana perundangan Islam diberi ruang untuk berijtihad bagi memilih kaedah terbaik bagi melaksanakan perintah tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nIsu hudud dan pelaksanaannya\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tTerdapat beberapa jenis jenayah yang dijelaskan hukumannya dalam al-Quran dan Sunnah secara detail. Hukuman dan jenayah ini yang diistilahkan dalam Undang-Undang Jenayah Islam sebagai Hudud dan Qisas. Secara umumnya, hukum melaksanakan perintah Allah SWT berkaitan hukuman kepada sesuatu jenayah adalah wajib. Namun, ruang perbahasan tentang isu ini kembali kepada prinsip qat'ie atau zanni.\r\n\t\n\r\n\t\tBagi setiap jenayah hudud dan qisas terdapat elemen qat'ie dan zanni. Hanya bagi elemen zanni, Islam memberi ruang untuk perbahasan yang berasaskan ilmu yang berautoriti. Contohnya dalam jenayah zina, sumber hukumnya ialah firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 2 yang bermaksud, \"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSetiap orang Islam wajib beriman bahawa Allah memerintahkan agar pesalah zina dihukum dengan seratus (100) kali sebatan, ini adalah elemen qat'ie dalam ayat ini. Manakala persoalan lain berkaitan jenayah zina itu, adalah termasuk dalam elemen zanni seperti apakah syarat seseorang penzina itu boleh dijatuhkan hukuman seratus kali sebatan dan bagaimana cara pelaksanaan hukuman sebatan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSumber kedua hukum berkaitan jenayah zina ialah hadis mutawatir yang menjelaskan bahawa hukuman penzina muhsan adalah rejam sampai mati. Elemen qat'ie ialah wajib menghukum penzina muhsan dengan rejam sampai mati. Manakala pendetilan tentang syarat muhsan yang membolehkan pesalah zina itu direjam, kaedah pelaksanaan hukuman rejam, dan seumpamanya, adalah termasuk dalam elemen zanni, kerana terdapat pelbagai pendapat sarjana berkaitan dengannya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nTersasar Tanpa Ilmu\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tRata-rata masyarakat pada hari ini, termasuk juga orang bukan Islam begitu berminat berbicara mengenai hukum Hudud. Namun berapa ramai yang bebar-benar memahami hudud dalam konteks Islam yang sebenar. Andaian berdasarkan logik akal semata-mata akan menyesatkan kita. Janganlah disebabkan kedangkalan ilmu, kita sanggup mengungkapkan bahawa \"adalah mundur untuk menggunakan pendekatan hudud dalam menangani isu jenayah\".\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSeluruh umat Islam perlu jelas bahawa isu hukum hudud dan pelaksanaannya ini perlu dilihat daripada aspek qat'ie dan zanni. Elemen qat'ie tidak boleh dipertikai sama sekali, manakala elemen zanni diberikan ruang untuk para sarjana berijtihad kerana Islam menggalakkan manusia menggunakan akal untuk menganalisa ayat al-Quran dan hadis bagi melaksanakan perintah Allah SWT.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun sebagai seorang muslim yang meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam, mereka yang ingin mengemukakan pendapat berkaitan hukum Allah SWT dan kaedah pelaksanaannya wajib memiliki dan memahami ilmu-ilmu teras berkaitan seperti Ilmu Usul Fiqh dan Fiqh supaya analisa atau kritikan yang dibuat dan disebarkan tidak tersasar daripada Ajaran Islam yang sebenar dan seterusnya menyesatkan orang lain.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "50. \nSoalan : \nApakah Sebab Pengharaman Tarian Kuda Kepang\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah perkara-perkara yang berkaitan dengan aspek akidah yang menyebabkan pengharaman tarian kuda kepang?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTarian kuda kepang merupakan salah satu tarian tradisional yang popular dalam kalangan orang-orang Melayu terutama di negeri Johor. Ia berasal dari tradisi seni Jawa yang merupakan tarian pahlawan berkuda dan masyarakat Jawa memanggilnya dengan pelbagai nama seperti jaran kepang, kuda lumping, jathilan dan ebeg.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaupun ia telah menjadi salah satu bentuk tarian popular, amalan tarian kuda kepang yang asal, bukan sekadar melibatkan tarian dan muzik bersama patung kuda kepang, namun ia juga melibatkan elemen yang bertentangan dengan Islam seperti sajian, pemujaan dan mentera yang kadangkala mengakibatkan ada yang tidak sedarkan diri dirasuk oleh makhluk halus seperti jin. Ia juga mempunyai kaedah-kaedah dan pantang larang yang harus dipatuhi oleh mereka yang terlibat dengan tarian tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenurut kajian yang dilakukan oleh Soedarsono (1983), kuda kepang dimainkan bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara orang yang masih hidup dengan roh yang telah mati. Selain itu ia juga dimainkan bertujuan membersihkan desa dari gangguan roh-roh jahat, penyakit dan malapetaka.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam istiadat tarian kuda kepang ini, pawang atau dukun akan melakukan jampi dan mentera dengan memohon pertolongan makhluk halus yang lain. Antaranya ialah mentera yang dilakukan ialah untuk memanggil roh kuda dari jin dan syaitan. Ia juga melibatkan upacara menurun menyebabkan seseorang itu diresapi oleh jin yang diseru oleh pawang atau dukun. Ini menyebabkan jin tersebut sebati dalam diri orang yang menurun, dan menguasai perasaan, fikiran, tutur kata dan jasad orang yang berkenaan. Dalam acara pembukaan kuda kepang, ketua atau pawang akan membakar kemenyan dan memperasap bahan sajian, kemudian beliau menjemput roh kuda semberani datang bersama menjayakan permainan yang akan dipersembahkan dengan cara membaca mentera-mentera yang tertentu.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMantera yang dibaca bercampur baur antara nama Allah dan juga makhluk-makluk halus yang diseru. Mentera yang dibaca juga bertujuan memohon keizinan daripada makhluk ini dipohon agar ia tidak marah, dipanggil untuk menikmati sajian yang dihidangkan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPerkara-perkara sebegini jelas melibatkan unsur-unsur syirik yang bertentangan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala dalam Surah Yunus ayat 106 yang bermaksud : Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya Engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah Engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang telah bersidang pada 6 hingga 8 September 2007 telah membincangkan kajian mengenai Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Melayu, yang antara lain kajian menunjukkan bahawa dalam persembahan kesenian tradisional masyarakat Melayu, terdapat upacara memanggil jin bagi tujuan meminta pertolongan yang dilakukan melalui rangkaian jampi mentera. Upacara seperti ini dibantu dengan amalan menyajikan makanan yang dikenali sebagai \u2018menyemah pentas', \u2018menyemah gelanggang' dan sebagainya. Selain itu, kemenyan dibakar dan diperasapkan pada sajian, alat muzik, pentas dan adakalanya termasuk pemain atau penari. Upacara seperti ini dapat dilihat dalam permainan atau persembahan kuda kepang, tarian bubu, rebiah, bageh dan main puteri. Berdasarkan hasil kajian tersebut, Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan-amalan kebudayaan dan kesenian tradisional yang mengandungi unsur-unsur mistik dan kebatinan, tahyul serta khurafat adalah ditegah oleh ajaran Islam kerana ia boleh menjejaskan akidah umat Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri Johor juga pada tahun 2009 telah mengkaji secara khusus upacara dan adat dalam tarian kuda kepang ini dan telah memutuskan bahawa acara tarian kuda kepang adalah haram disebabkan faktor-faktor yang bercanggah dengan syarak seperti yang dinyatakan di atas.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "51. \nSoalan : \nBersolat Sambil Mendukung Bayi\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAdakah dibenarkan bersolat sambil mendukung bayi sepertimana panduan gambar seorang lelaki mendukung bayi bersolat yang banyak tersebar di media sosial?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tKaedah solat sambil mendukung bayi adalah berdasarkan hadis Rasulullah saw: Abu Qatadah al-Ansari radhiyallahu \u2018anhu berkata:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\u0631\u064e\u0623\u064e\u064a\u0652\u062a\u064f \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u064e\u0651 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u064a\u064e\u0624\u064f\u0645\u064f\u0651 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0627\u0633\u064e \u0648\u064e\u0623\u064f\u0645\u064e\u0627\u0645\u064e\u0629\u064f \u0628\u0650\u0646\u0652\u062a\u064f \u0623\u064e\u0628\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0627\u0635\u0650 \u0648\u064e\u0647\u0650\u064a\u064e \u0627\u0628\u0652\u0646\u064e\u0629\u064f \u0632\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0628\u064e \u0628\u0650\u0646\u0652\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0646\u064e\u0651\u0628\u0650\u064a\u0650\u0651 \u0635\u064e\u0644\u064e\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u064e\u0651\u0645\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0627\u062a\u0650\u0642\u0650\u0647\u0650 \u0641\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0643\u064e\u0639\u064e \u0648\u064e\u0636\u064e\u0639\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0631\u064e\u0641\u064e\u0639\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0627\u0644\u0633\u064f\u0651\u062c\u064f\u0648\u062f\u0650\n \u0623\u064e\u0639\u064e\u0627\u062f\u064e\u0647\u064e\u0627\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya:\n\r\n\t\t\u201cPada suatu hari aku melihat Nabi Shallallahu \u2018alaihi wa Sallam menjadi imam kepada orang ramai sambil mendukung Umamah binti Abu al-\u2018Ash di atas bahu beliau. Umamah ialah cucu beliau, anak kepada Zainab. Apabila beliau rukuk maka beliau meletakkan bayi itu, dan apabila beliau bangun dari sujud beliau mengembalikannya (di tempat asal ia didukung).\u201d Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim. Hadis seumpama ini juga dilaporkan oleh Imam al-Bukhari dan al-Nasa'i.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam al-Nawawi menjelaskan, \"Hadis ini menjadi hujah kepada mazhab Syafi'i dan mazhab lain yang sependapat dengannya bahawa dibenarkan mendukung bayi lelaki atau perempuan, dengan syarat yang didukung itu suci daripada najis, sama ada ketika bersembahyang fardhu atau sunat. Sama ada untuk imam, makmum, atau sembahyang bersendirian.\" (Syarh sahih muslim, jil. 5, hlm. 32)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tUntuk menjaga kesempurnaan solat sebegini, beberapa syarat-syarat perlu dipatuhi. Antaranya ialah dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Mempastikan bahawa anak itu bersih dari najis.\n\n\n\n\n\r\n\t\t2) Mengawal pergerakan kita semasa solat. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu\u2019) ketika menyempurnakan solat.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t3)Jangan menggerakkan anggota badan besar tiga kali berturut-turut.\n\n\n\n\n\r\n\t\t4) Hendaklah mempastikan bahawa dada kita sentiasa mengadap kiblat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaubagaimanapun, setiap umat Islam berkewajipan untuk berusaha menunaikan solat dengan cara yang paling baik dan paling sempurna. Bersolat sambil mendukung bayi hanya boleh dilakukan ketika mana kita berada dalam waktu atau keadaan yang terdesak sahaja.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "52. \nSoalan : \nBolehkah Mengenakan Denda Kerana Melambat-lambatkan Pembayaran Sewa?\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya mempunyai beberapa kedai yg disewakan. Bolehkah saya mengenakan denda terhadap penyewa yang melambat-lambatkan pembayaran sewa? Ini kerana penyewa-penyewa ini sentiasa bayar lewat walaupun dalam kontrak penyewaan telah jelas bahawa mereka hendaklah membayar pada tarikh yang telah ditetapkan. Mohon tuan perjelaskan agar perniagaan saya ini tidak menzalimi sesiapa dan pada waktu yang sama, saya tidak dizalimi oleh penyewa-penyewa yang tidak mengikut perjanjian yang dia sendiri setuju.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tTidak harus mengenakan denda dalam bentuk bayaran tambahan terhadap penyewa yang melewatkan pembayaran sewa pada waktu yang ditetapkan, kerana ia dikira sebagai riba.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSekiranya penyewa mampu membayar sewa pada waktu yang ditetapkan, maka wajib baginya beriltizam dengan pembayaran mengikut waktu tersebut. Tetapi sekiranya penyewa tidak mampu untuk melunaskan pembayaran sewa pada waktu yang ditetapkan, maka pemberi sewa hendaklah memberikannya tempoh tangguh sehingga dia mampu melunaskannya dan tidak diharuskan untuk mengambil bayaran tambahan ke atas kelewatan pembayaran.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIni berdasarkan kepada firman Allah Taala:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\u0648\u064e\u0625\u0650\u0646 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0630\u064f\u0648 \u0639\u064f\u0633\u0652\u0631\u064e\u0629\u064d \u0641\u064e\u0646\u064e\u0638\u0650\u0631\u064e\u0629\u064c \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649\u0670 \u0645\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e\u0631\u064e\u0629\u064d\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cDan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya\u201d. (Al-Baqarah: 280).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalau bagaimanapun, sekiranya disebabkan kelewatan pembayaran sewa, pemberi sewa terpaksa menanggung kos-kos tertentu yang terlibat secara langsung dalam urusan mendapatkan pembayaran daripada penyewa, contohnya kos perbualan telefon, kos penghantaran surat, kos guaman (jika ada), dan lain-lain, maka kos-kos tersebut boleh dituntut daripada penyewa. Kos-kos tersebut adalah dikira sebagai kos gantirugi terhadap kerugian sebenar, dan bukan sebagai bayaran denda.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam Shariah Standard oleh AAOIFI, diputuskan:\n\n\n\n\n\n\n\u064a\u062a\u062d\u0645\u0644 \u0627\u0644\u0645\u062f\u064a\u0646 \u0627\u0644\u0645\u0645\u0627\u0637\u0644 \u0645\u0635\u0631\u0648\u0641\u0627\u062a \u0627\u0644\u062f\u0639\u0648\u0649 \u0648\u063a\u064a\u0631\u0647\u0627 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0645\u0635\u0631\u0648\u0641\u0627\u062a \u0627\u0644\u062a\u064a \u063a\u0631\u0645\u0647\u0627 \u0627\u0644\u062f\u0627\u0626\u0646 \u0645\u0646 \u0623\u062c\u0644 \u062a\u062d\u0635\u064a\u0644 \u0623\u0635\u0644 \u062f\u064a\u0646\u0647\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cPenghutang yang melambat-lambatkan pembayaran hendaklah menanggung kos-kos pendakwaan dan kos-kos lain yang dikeluarkan oleh pemiutang untuk mendapatkan pembayaran hutangnya\u201d. (AAOIFI, 26, No. 2/1).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tManakala selain daripada kos-kos kerugian sebenar, penyewa tidak dibenarkan untuk mengenakan caj atas kelewatan pembayaran sewa.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "53. \nSoalan : \nApakah Hukum Terlibat Dalam Upacara Miring?\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nApakah hukumnya jika saya terlibat dalam upacara Miring yang dilakukan oleh masyarakat Iban. Ini kerana saya difahamkan upacara tersebut adalah berunsur pemujaan roh.\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nUpacara Miring (dari istilah piring) merupakan adat orang-orang Iban yang mendiami rumah panjang di Sarawak. Ia merupakan sebahagian dari adat pagan yang berasaskan pemujaan semangat dan roh. Ia biasanya dirayaka\nn pada hari Gawai Dayak sempena musim menuai orang-orang Iban untuk memohon \u2018keberkatan\u2019 dari roh dan semangat bagi memohon hasil tuaian yang banyak dan mengelakkan dari perkara yang tidak diingini berlaku.\n\n\n\r\n\tPada zaman silam, upacara miring diadakan sebelum rombongan melancarkan ngayau atau meneroka kawasan baru serta ketika penghuni berpindah ke rumah panjang yang baru. Upacara miring dikendalikan oleh seorang bomoh yang dikenali sebagai Manang. Tujuan upacara Miring diadakan ialah untuk memberi hidangan kepada semangat yang dinamakan \u2018pengaroh\u2019. Pengaroh ini bertugas menjaga tuannya.\n\n\n\r\n\tAntara hidangan yang disediakan untuk 'pengaroh' ialah ayam yang disembelih sebagai korban dan akan dikibas-kibaskan sebagai tanda pemberian kepada 'pengaroh'. Selain itu, hidangan yang disediakan ialah nasi pulut putih, nasi pulut hitam, telur yang dimasak, daun apong, tembakau, sagun semuanya disiram dengan air tuak. Majlis ini akan diakhiri dengan tarian Ngajat yang menggambarkan aktiviti menuai dengan penari perempuan akan menari mengelilingi pokok ranyai yang dibuat dari pokok Nipah.\n\n\n\r\n\tHukum terlibat secara langsung dengan upacara ini adalah haram kerana ia merupakan amalan syirik dan bertentangan dengan akidah Islam.\n\n\n\r\n\tWallahu a\u2019lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "54. \nSoalan : \nKonsep Derhaka Kepada Ibu Bapa\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya ingin bertanya berkenaan isu \"derhaka\" yang sering dikaitkan dengan anak-anak terhadap ibu bapa. Saya telah bertanya dengan seorang Ustaz berkenaan perkara ini dan beliau menerangkan bahawa konsep \"derhaka\" ini sebenarnya lebih merujuk kepada ingkar kepada Allah dan Rasul bukan kepada makhluk walaupun ibubapa sendiri. Ini kerana lafaz derhaka itu adalah terjemahan kepada Bahasa Arab \"Asa\na\" yang hanya dipakai untuk Allah dan Rasul. Orang Melayu telah meluaskan konsep ini kepada ibubapa dan ini kurang tepat. Menurut Hadis, lafaz yang digunakan oleh Nabi bagi hal ini ialah \"Uqooq\" yang lebih bererti \"biadab\" bukan derhaka.\n\n\n\n\n\n\nSoalan saya : Ibu saya seorang pembengis, egois, suka marah dan membentak suami & anak-anak. Dia seorang yang tidak boleh ditegur dan suka bergaduh sehingga dengan jiran tetangga pun bergaduh (menjerit dan memaki hamun) tidak bertegur sapa. Hatta dengan ipar duai pun dia bergaduh. Selain itu beliau seorang yang suka merungut, mengutuk orang lain dan mengumpat. Saya telah menegur ibu saya dan dikatakan saya anak derhaka tidak selamat dunia akhirat kerana menegurnya.\n\n\n\n\n\n\nApakah hukumnya dia berbuat demikian? Pada fahaman ibu saya, seorang anak tidak boleh menegur ibunya walaupun ibunya berbuat salah. Bagaimana jahatpun ibu menurutnya seorang anak tak boleh buka mulut menegur kesalahan ibunya walaupun dengan cara baik. Saya sentiasa mendoakan agar dia berubah namun adakah berdosa jika saya memutuskan hubungan dengan ibu secara sementara dengan niat dia berubah. Saya hentikan memberi belanja bulanan melainkan keperluan asas. Terima kasih\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nTaat kepada ibubapa adalah satu perkara yang wajib dalam Islam. Ini berdasarkan ayat-ayat al-Qur\u2019an yang jelas memerintahkan supaya berbuat baik kepada ibubapa, seperti ayat 36 daripada surah an-Nisa\u2019 yang bermaksud: \u201cSembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa).\u201d\n\n\n\r\n\tSementara dalam ayat 23, Surah al-Isra\u2019 disebut \u201cDan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan \u2018ah\u2019 dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: \u2018Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.\"\n\n\n\r\n\tSabda Rasulullah s.a.w sebagaimana dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya: \u201cBerbaktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya.\u201d Dan dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari: \u201cSebesar-besar (daripada) dosa besar adalah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.\u201d\n\n\n\r\n\tBerdasarkan ayat-ayat dan hadis di atas, ternyata konsep derhaka kepada ibubapa ada dalam Islam. Ia berlaku apabila seorang anak tidak mentaati suruhan dari ibu bapa dan dan melakukan perkara yang melawan kehendak ibubapa.\n\n\n\r\n\tAkan tetapi di samping itu, ibubapa juga tetap terikat dengan nilai dan hukum-hakam agama. Dan sekiranya ibubapa menyuruh seorang anak melakukan kemaksiatan, seorang anak tidak wajib mentaatinya sebagaimana yang dijelaskan oleh sebuah hadis, \u201cTidak ada ketaatan kepada makhluk pada perkara kemaksiatan kepada Tuhan\u201d.\n\n\n\r\n\tDalam kes saudara, ibu saudara ternyata tidak memahami sepenuhnya ajaran Islam apabila dia melakukan hal-hal yang bertentangan nilai-nilai akhlak Islam seperti mengumpat dan mengutuk orang. Oleh yang demikian, untuk saudara menegur dan menasihati ibu adalah satu perkara yang baik, kerana seorang ibu juga adalah seorang muslim dan hamba Allah yang mesti menuruti ajaran Islam. Nasihat tersebut tidaklah dianggap sebagai satu bentuk penderhakaan. Namun nasihat yang diberikan haruslah sesuai dengan adab seorang anak.\n\n\n\r\n\tSekiranya perlu, mungkin saudara perlu meminta orang yang lebih dekat dan yang lebih dihormati oleh ibu saudara untuk menasihati beliau. Dan sekiranya setelah ditegur, seorang ibu masih tidak juga berubah, apa yang dilakukan seterusnya adalah antara beliau dengan Allah.\n\n\n\r\n\tHubungan dengan ibu hendaklah diteruskan walaupun di peringkat yang paling asas. Mungkin dengan meneruskan hubungan, ruang untuk menasihati ibu saudara akan lebih luas dan sekiranya saudara memutuskan hubungan, mungkin ia akan menyebabkan ibu saudara akan bertambah marah dan melakukan perkara-perkara yang lebih buruk.\n\n\n\r\n\tTeruskan berdoa kerana akhirnya hanya Allah yang boleh melembutkan hati seorang manusia termasuk ibu dan bapa.\n\n\n\r\n\tWallahu a\u2019lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "55. \nSoalan : \nAdakah Puasa Batal Apabila Melakukan Transfusi Darah?\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya merawat ramai pesakit yang menghidap 'talasemia\". Ini adalah penyakit genetik di mana pesakit perlu mendapat darah sekali dalam sebulan / tiga minggu seumur hidup. Sekiranya tidak mendapat transfusi darah, ia akan membahayakan nyawa pesakit Soalan: Adakah puasa pesakit batal sekiranya beliau mendapat transfusi darah semasa berpuasa ?\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nPemindahan dan pendermaan darah tidak mem\nbatalkan puasa. Transfusi darah kepada pesakit tidak termasuk dalam maksud perkara membatalkan puasa iaitu makan atau minum. Darah yang dimasukkan ke dalam tubuh badan tidak sama dengan konsep memasukkan makanan atau minuman ke dalam badan.\n\n\n\r\n\tOleh sebab itu, memindah atau memasukkan darah ke dalam badan tidak membatalkan puasa (Lihat: Ahmad Hatibah, Syarh kitab al-jami' li ahkam al-siyam wa a'mal Ramadhan). Panduan hukum mengenai masalah ini juga telah disiarkan dalam risalah Panduan Berpuasa Bagi Pesakit yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang telah disahkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.\n\n\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "56. \nSoalan : \nHukum Bulu Kuching Yang Tertanggal\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya ingin bertanya mengenai hukum bulu kucing yang tertanggal. Saya ada terbaca banyak pendapat yang mengatakan bulu kucing yang tertanggal dikira sebagai najis atas dasar kucing tergolong dalam kategori haiwan yang haram dimakan. Pendapat ini berdasarkan mazhab Shafie. Dan ada juga yang berpendapat bahawa bulu kucing yang tertanggal adalah bukan najis atas dasar kucing itu sendiri bukanlah \nhaiwan yg najis.\n\n\n\r\n\tJadi soalan saya, adakah bulu kucing yang tertanggal adalah najis? Dan adakah tidak sah solat jika terdapat bulu kucing pada anggota badan ketika bersolat?\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nMenurut ulama bermazhab Syafii, bulu yang tercabut daripada binatang yang haram dimakan, bulu itu adalah najis. Oleh kerana kucing adalah binatang yang haram dimakan, maka bulu yang tercabut semasa kucing itu masih hidup adalah najis.\n\n\n\r\n\tNamun bulu kucing itu adalah najis yang dimaafkan kerana kucing adalah binatang peliharaan dan sukar untuk dikawal dan berkebarangkalian bulunya merata-rata dan sukar dikawal. Oleh itu jika badan, pakaian, atau tempat sembahyang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah.\n\n\n\r\n\tKabshah bt Ka\u2019ab ibn Malik melaporkan, \"Pada suatu hari Abu Qatadah berada di dalam rumah, lalu saya menyediakan baginya sebekas air untuk dijadikan sebagai air wuduk. Kemudian datang seekor kucing dan ia menjilat air tersebut. Abu Qatadah membiarkan sahaja kucing itu menjilat air daripada bekas tersebut.\" Kabshah meneruskan kata-katanya, \"Abu Qatadah perasan yang saya memandang kepadanya, lalu dia bertanya, 'Adakah kamu merasa pelik wahai anak saudaraku?' Saya menjawab, 'Ya\u2019. Abu Qatadah menjelaskan, \"Rasulullah saw pernah bersabda, 'Sesungguhnya kucing itu tidak najis kerana ia adalah binatang yang berkeliaran di sekeliling kamu.'\" Hadis sahih direkod oleh Imam Abu Daud, Tirmizi, al-Nasa'i, dan Ibnu Majah.\n\n\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "57. \nSoalan : \nHukum Wanita Memasuki Masjid Ketika Haid\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya ingin bertanya tentang hukum wanita memasuki masjid ketika datang haid\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nWanita yang sedang haid haram memasuki dan duduk di dalam masjid. Sabda Rasulullah saw, \"Aku tidak benarkan wanita yang didatangi haid dan orang yang junub memasuki masjid ini\". Hadis direkod oleh Imam al-Bukhari dan Abu Daud.\n\n\n\r\n\tFatwa yang berkaitan dengan isu ini:\n\n\n\r\n\t1) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majli\ns Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000 telah membincangkan Wanita Haid Memasuki Masjid Untuk Tujuan Pembelajaran Semata-Mata. Muzakarah telah memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid haram berada/duduk di dalam masjid walaupun untuk tujuan pembelajaran dan program-program keagamaan.\n\n\n\r\n\t2) Fatwa Negeri Selangor yang diwartakan pada 30 Ogos 2001:\n\n\n\n\n\n\n(i) Wanita yang sedang haid dan nifas adalah tidak dibenarkan duduk diam di dalam masjid walaupun dengan tujuan pembelajaran semata-mata.\n\r\n\t(ii) Hukum wanita haid dan nifas yang masuk ke dalam masjid adalah dibenarkan untuk sekadar melintasi atau melalui sekali lalu tanpa berulang-alik untuk keluar melalui pintu yang dimasukinya.\n\n\n\r\n\tKawasan masjid yang dilarang wanita haid duduk padanya ialah kawasan yang dijadikan tempat sembahyang secara berjemaah. Namun jika pihak masjid ada menyediakan satu kawasan khas untuk majlis tertentu seperti upacara akad nikah, yang bukan tempat sembahyang berjemaah dilakukan, maka wanita haid boleh duduk di kawasan tersebut.\n\n\n\n\n\n\nWallahu a'lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "58. \nSoalan : \nApakah Hukum Menyebarkan Gambar/Video Pelaku Maksiat Untuk Tujuan Pengajaran\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nApakah hukum menyebarkan gambar/video pelaku maksiat untuk tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nMencegah kemungkaran yang berlaku di hadapan mata merupakan satu kewajipan. Firman Allah SWT Surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud, \"Kamu ialah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.\"\n\n\n\r\n\tAbu Sa'\nid al-Khudri melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, \"Sesiapa dalam kalangan kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka hendaklah mengubahnya dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu, maka hendaklah mengubahnya dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.\" (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim).\n\n\n\r\n\tUmat Islam diwajibkan untuk mencegah kemungkaran kerana membenci perbuatan mungkar tersebut bukan membenci individu yang melakukannya. Pada suatu hari Abu Darda' bertemu dengan seorang lelaki yang telah melakukan dosa dan orang ramai di sekitarnya sedang menghina dan mencerca lelaki tersebut. Abu Darda' berkata, \"Apa pendapat kamu, jika lelaki ini jatuh di dalam lubang yang dalam, adakah kamu akan berusaha untuk mengeluarkannya?\" Orang ramai menjawab, \"Ya, sudah tentu.\" Abu Darda' berkata lagi, \"Jika begitu, janganlah kamu menghina saudara kamu ini. Pujilah Allah kerana Dia telah menyelamatkan kamu daripada melakukan dosa sepertinya.\" Mereka bertanya, \"Tidakkah kami boleh memarahinya?\" Abu Darda' menjelaskan, \"Sesungguhnya aku membenci perbuatan dosanya sahaja. Jika dia telah meninggalkan dosa itu, dia tetap saudaraku.\"\n\n\n\r\n\tMenghina dan mencerca pelaku dosa tidak bertepatan dengan etika mencegah kemungkaran mengikut sunnah Nabi Muhammad saw. Bahkan ia termasuk dalam perbuatan yang disukai oleh Syaitan. Abdullah bin Mas'ud berkata, \"Jika kamu melihat saudara kamu melakukan sesuatu dosa, maka janganlah kamu menjadi pembantu Syaitan ke atasnya dengan kamu berkata kepadanya 'Ya Allah celakakanlah orang itu! Ya Allah laknatlah orang itu!'. Tetapi hendaklah kamu mendoakan pelaku dosa itu agar dia diampunkan oleh Allah. Sesungguhnya kami para sahabat Nabi Muhammad saw tidak akan melabelkan seseorang itu, sehingga dapat disahkan bagaimana akhir hayat orang itu. Jika dia mati dalam keadaan yang baik, maka kami tahu dia telah memperoleh kebaikan, Tetapi jika dia mati dalam keadaan yang jahat dan buruk, maka kami sembunyikan keburukan itu.\"\n\n\n\r\n\tOleh itu, hukum menyebarkan gambar orang yang melakukan dosa adalah haram, kerana ia termasuk dalam mengaibkan saudara seagama. Ia juga termasuk dalam perbuatan membantu Syaitan menyebarkan maksiat di atas muka bumi ini. Niat agar orang lain mengambil pengajaran, tidak menghalalkan perbuatan yang haram tersebut. Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 19, \"Sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).\" Thauban melaporkan, Rasulullah saw bersabda, \"Janganlah kamu menyakiti hamba Allah dan janganlah kamu memalukan mereka. Serta janganlah kamu dedahkan keaiban mereka. Sesungguhnya sesiapa yang mendedahkan keaiban saudara seagamanya, maka Allah akan dedahkan keaiban orang itu, sehingga apa yang berlaku di dalam rumahnya pun Allah akan dedahkan.\" (Hadis direkod oleh Imam Ahmad).\n\n\n\r\n\tWallahu a'lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "59. \nSoalan : \nHubungan Dengan Mak Cik Yang Menyusukan\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSetelah saya berusia 20-an baru saya mengetahui bahawa makcik saya pernah menyusukan saya ketika saya kecil kerana ibu saya ada masalah untuk menyusukan saya. Bagaimanakah hubungan saya dengan makcik saya?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tJika memenuhi syarat berikut, bayi lelaki yang menyusu kepada seseorang wanita, menjadi anak susuan kepadanya. Syarat tersebut ialah:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\ta) bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;\n\r\n\t\tb) susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan\n\r\n\t\tc) umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tStatus ibu susu adalah sama dengan status ibu kandung iaitu menjadi mahram (tidak boleh dikahwini sampai bila-bila). Firman Allah SWT dalam al-Quran; surah al-Nisa' ayat 23 yang bermaksud, \"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, ... ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu...\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAisyah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, \"Sesuatu diharamkan dengan sebab penyusuan sebagaimana apa-apa yang diharamkan oleh sebab nasab.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBatasan aurat seseorang wanita di hadapan anak lelakinya yang sudah baligh adalah seluruh anggota badan, kecuali anggota yang zahir seperti kepala dan rambut, lengan tangan, dan tapak kaki. Manakala anggota badan yang lain adalah aurat yang haram dilihat oleh lelaki mahram selain suaminya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "60. \nSoalan : \nImam Membuka Al-Quran Ketika Solat\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSekarang telah berlaku di masjid dan surau semasa menjadi imam solat fardhu, mereka membuka al-Quran. Perkara ini tidak diamalkan dalam sunnah dan sahabat nabi,mereka menggunakan hafalan. Apakah perbuatan seperti ini dibenarkan oleh syarak?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSembahyang dan membaca al-Quran adalah dua amalan soleh. Adalah sangat dituntut jika seseorang itu mampu membaca keseluruhan al-Quran dalam siri sembahyangnya. Hukum seseorang membaca mushaf al-Quran ketika bersembahyang adalah dibenarkan dan tidak makruh; sama ada dia sembahyang bersendirian atau menjadi imam, juga sama ada ketika bersembahyang fardhu atau sunat, sama ada yang membaca mushaf itu seorang hafiz atau tidak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam al-Nawawi menjelaskan, \"Jika orang yang sedang bersembahyang membaca ayat al-Quran daripada mushaf, maka tidak terbatal sembahyang itu, sama ada dia seorang hafiz atau tidak. Bahkan bagi orang yang masih belum menghafal surah al-Fatihah, wajib baginya untuk membaca mushaf. Jika dia membelek lembaran mushaf daripada satu helaian kepada helaian yang lain ketika sedang bersembahyang, sembahyang itu tidak batal.\" (al-Majmu', jil. 4, hlm. 27).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tHujah:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Abdullah bin Abi Mulaykah melaporkan bahawa A'isyah pernah bersembahyang yang diimamkan oleh hamba lelakinya yang bernama Zakuan pada bulan Ramadhan. Zakuan menjadi imam sambil membaca mushaf al-Quran. Hadis sahih direkod oleh Imam al-Nawawi.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTerdapat laporan lain yang menjelaskan peristiwa yang sama yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari, Ibn Abi Syaibah, dan al-Bayhaqi. Dalam rekod Imam al-Bukhari, dinyatakan secara umum iaitu tidak dikhususkan pada bulan Ramadhan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t2) Membaca al-Quran itu merupakan ibadah dan membaca daripada mushaf al-Quran juga merupakan ibadah. Tiada dalil Syarak yang melarang menggabungkan dua ibadah tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t3) Kaedah hukum Syarak menjelaskan bahawa hukum kaedah adalah mengikut hukum maksud. Maksud orang yang membaca daripada mushaf ketika bersembahyang adalah untuk memenuhi tuntutan membaca ayat al-Quran.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tHukum membaca ayat al-Quran selepas surah al-Fatihah adalah sunat, maka kaedah melaksanakan amalan sunat itu juga adalah hukumnya sunat.\n\n\n\n\n\r\n\t\tMaka membaca mushaf untuk memenuhi tuntutan membaca ayat al-Quran itu tidak dilarang.\n\r\n\t\tMenurut fatwa yang dikeluarkan oleh Darul Ifta Mesir:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\"Membaca ayat al-Quran daripada mushaf ketika bersembahyang adalah dibenarkan dalam hukum Syarak, sama ada ketika sembahyang fadhu atau sunat. Amalan itu tidak dianggap makruh dan tidak membatalkan sembahyang. Perlu diambil perhatian, selama mana isu ini adalah isu yang diperselisihkan dalam kalangan ulama, maka isu ini memberikan keluasan kepada umat Islam. Para ulama sepakat mengatakan bahawa isu yang diperselisihkan bukanlah suatu yang mungkar, maka ia tidak seharusnya menjadi punca berlakunya fitnah dan perpecahan dalam kalangan orang Islam.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "61. \nSoalan : \nBulan Rejab: Kemuliaan Dicemari Kepalsuan\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nBULAN REJAB: KEMULIAAN DICEMARI KEPALSUAN\n\n\n\n\n\r\n\t\tOleh:\n\r\n\t\tDr.Arieff Salleh bin Rosman,\n\r\n\t\tFelo Fatwa\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, \"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)....\" Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, \"Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya'ban.\" (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata'if al-ma'arif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj yang menurut majoriti ulama' ia berlaku pada 27 Rejab.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun isu yang timbul ialah kemuliaan bulan Rejab sebagai salah satu bulan haram telah dicemari dengan pengagungan yang bersumberkan kepada laporan/hadis palsu yang direka-reka yang diistilahkan dalam ilmu hadis sebagai hadis maudhuk.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMengagungkan bulan Rejab bukanlah satu persoalan yang baru. Ia telah pun wujud pada zaman Jahiliyyah; sebelum kedatangan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyah begitu mengagungkan bulan Rejab sehingga mereka menjadikannya sebagai perayaan. Antara amalan popular yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam di Malaysia apabila datangnya bulan Rejab ialah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan puasa sunat Rejab dan menghidupkan malam dengan sembahyang sunat Rejab.\n\n\n\n\n\r\n\t\tUmat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya; kini dan dahulu, telah disajikan dengan pelbagai janji manis jika melakukan sesuatu amalan khusus di bulan Rejab. Satu kebenaran yang perlu dijelaskan kepada umat Islam ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW dari hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu (maudhuk).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIsu mencemarkan bulan Rejab dengan janji-janji daripada sumber yang palsu ini sudahpun wujud sekian lama. Antara ulama terdahulu yang membongkar usaha golongan pemalsu hadis yang membuat pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw berkaitan kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya, antaranya ialah Imam ahli hadis Abu al-Khattab 'Umar bin Hasan ibn Dihyah (w. 633H) yang mengarang buku yang bertajuk 'Ada' ma wajab min bayan wad' al-wadda'in fi Rajab (Melaksanakan apa yang wajib dengan menerangkan pemalsuan yang dilakukan oleh pembohong berkaitan Rejab)' dan Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani (w. 852H) yang mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab (Menjelaskan perkara yang pelik berkaitan dengan apa yang disampaikan tentang kelebihan Rejab)'.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t'Ata; seorang ulama tabi'in menjelaskan, Nabi Muhammad saw melarang daripada berpuasa penuh sebulan bulan Rejab agar ia tidak dijadikan sebagai perayaan sebagaimana yang dilakukan oleh orang Arab Jahiliyyah (Ibnu Rajab, Lata'if al-ma'arif, hlm. 11). Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan, \"Larangan daripada berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab adalah berkaitan dengan individu yang melakukannya kerana terpengaruh dengan amalan orang Arab jahiliyyah yang begitu mengagungkan bulan Rejab.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTetapi jika seseorang itu berpuasa sunat sama seperti bulan lain tanpa menganggap puasa bulan Rejab adalah lebih utama daripada bulan lain, tidak mengkhususkan puasa hari tertentu bulan Rejab bagi mendapat ganjaran tertentu, maka amalan itu tidak menjadi kesalahan. Begitu juga dengan individu yang menghidupkan malam bulan Rejab dengan beribadah sebagaimana dia beribadah pada malam bulan lain. Tetapi jika seseorang beribadah sunat hanya pada bulan Rejab sahaja dengan anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia adalah amalan yang dilarang.\" (Tabyin al-'ajab, hlm. 49).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan tujuan beliau mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab' : \"Telah berulang-ulang soalan yang dikemukakan tentang kelebihan bulan Rejab, tentang berpuasa dan solat sunat padanya. Serta untuk menjelaskan yang mana hadis yang sahih dan yang palsu.\" Kesimpulan daripada analisa yang dilakukan oleh Imam Ibnu Hajar ialah, \"Langsung tidak terdapat hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, puasa sunat khusus Rejab, juga solat sunat qiyamullail khusus Rejab...namun begitu terdapat sebahagian ulama yang membenarkan menerima hadis yang menjelaskan tentang kelebihan bulan Rejab walaupun hadis itu daif, tetapi tidak boleh diterima jika ia hadis mauduk.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAntara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan laporan/hadis palsu ialah:\n\n\n\n\n\r\n\t\ti. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tiii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tiv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tv. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tvii. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nHARAM MENYEBAR HADIS PALSU\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAl-Mughirah bin Syu'bah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, \"Sesungguhnya pembohongan yang dilakukan ke atasku adalah tidak sama dengan pembohongan yang dilakukan ke atas orang lain. Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku dengan sengaja, maka bersedialah dia dengan tempat duduknya di dalam api neraka.\" (Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSyeikh Abu Asma' Ibrahim bin Ismail Ali 'Asr menjelaskan dalam pendahuluannya kepada suntingan karya Imam Ibn Hajar al-'Asqalani yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab', ramai dalam kalangan pendakwah, penceramah, guru agama, khatib yang tidak sensitif terhadap hadis maudhuk, sehingga mereka menyampaikannya kepada masyarakat tanpa berusaha mengenalpasti status sesuatu hadis. Perkara merbahaya ini boleh menceburkan mereka dan anggota masyarakat yang menyebarkan hadis palsu dalam ancaman Nabi, \"Sesiapa yang berdusta terhadapku, maka bersedialah tempatnya di dalam api neraka\". Walaupun mereka tidak berniat untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah, tetapi dengan tindakan mereka menyebarkan hadis palsu sedangkan mereka sudah dijelaskan kepalsuan hadis itu, mereka telah terjebak dalam melakukan pendustaan terhadap Rasulullah saw.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAbu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, \"Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu.\" (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tUmat Islam tidak perlu disajikan dengan pahala dan fadhilat untuk melakukan amalan khusus hanya di bulan Rejab sahaja, sedangkan ia bersumberkan laporan/hadis palsu yang merupakan pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw. Adalah amat baik kita dapat melazimi diri dengan melaksanakan amal ibadah secara berterusan yang bersumberkan dalil yang benar daripada al-Quran dan hadis sahih; tentang kelebihan menghidupkan malam dengan solat sunat seperti tahajud dan witir, puasa sunat isnin khamis, puasa sunat hari ke 13, 14, dan 15 setiap bulan, puasa sunat selang sehari seperti cara puasa Nabi Daud.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMarilah sama-sama kita memelihara kemuliaan bulan haram seperti bulan Rejab ini daripada dicemari dengan hadis palsu.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "62. \nSoalan : \nHukum Ucap Innalillah Kepada Bukan Islam\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nKebelakangan ini saya lihat banyak perkara yang agak pelik berlaku di kalangan umat Islam Malaysia. Dengan terjadinya tragedi MH17 dan pulangnya jasad-jasad dan abu mayat mangsa, saya terlihat ramai orang Islam mengucapkan RIP atau rest in peace kepada jasad-jadad dan abu-abu mangsa bukan Islam. Malah ada yang ucapkan Innalillah... kepada mereka. Sedangkan dalam forum-forum Islam di tv dan ma\nsjid, ustaz-ustaz jemputan mengatakan perbuatan itu adalah salah dan haram. Demi menjaga akidah kita umat Islam, tolong berikan pandangan tuan. Terima kasih.\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nUcapan \nInnalillah\n adalah salah satu bentuk doa yang dibacakan kepada orang Islam yang meninggal dunia atau apa-apa musibah yang berlaku kepada orang-orang Islam. Ia diambil dari ayat al-Qur\u2019an \u1e63urah al-Baqarah; ayat 156 yang bermaksud \u201cOrang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan \ninnalillah wa inna ilayhi raji\u2019un.\n (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali)\n\n\n\r\n\tWalaupun ada yang berpandangan bahawa kata-kata ini berbentuk umum dan tidak dikhususkan kepada orang Islam, namun dalam konteks kefahaman ayat al-Qur\u2019an tersebut, penggunaannya lebih merujuk kepada musibah yang berlaku kepada orang Islam. Ayat 156 Surah al-Baqarah di atas misalnya adalah penerusan dari ayat-ayat yang merujuk kepada cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh orang-orang mukmin. Sementara dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, ketika api pelita Rasulullah terpadam, maka Rasulullah menyebut \n\u201cInnalillah wa inna ilayhi raji\u2019un.\n\u201d Maka Aisyah bertanya \u201cadakah api terpadam pun satu musibah?\u201d Jawab Nabi \u201cSetiap perkara yang memberi kesan buruk kepada orang mukmin adalah satu musibah\u201d\n\n\n\r\n\tDari dua asas di atas adalah jelas bahawa bacaan innalillah tidak ditujukan kepada mereka yang bukan Islam. Berkaitan ucapan Rest in Peace, sepertimana yang telah dihuraikan dalam Facebook Fatwa Malaysia sebelum ini, ia adalah satu bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18. Ia juga biasanya diukir dibatu nisan mereka yang telah meninggal dunia di kalangan masyarakat Kristian. Versi penuh ucapan tersebut yang berasal dari bahasa Latin itu ialah \u2018May his soul and the souls of all the departed faithful by God\u2019s mercy rest in peace.\u2019\n\n\n\r\n\tIa juga mengandaikan orang bukan Islam tersebut akan mendapat rahmat dari Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin. Sedangkan dari sudut akidah Islam seseorang yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan. Ini berdasarkan ayat al-Qur\u2019an Surah al-Taubah:113, \u201cTidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang mushrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang mushrik itu ahli neraka.\u201d\n\n\n\r\n\tWalaubagaimanapun Islam tidak menghalang seseorang Islam mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti \u2018Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda\u2019 atau \u2018 kami mengucapkan kesedihan atas kehilangan si fulan dari keluarga anda.\u2019\n\n\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "63. \nSoalan : \nHukum Pembelian Emas Secara Tempahan Berdiskaun\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nApakah hukum pembelian emas secara tempahan berdiskaun. Saya membeli emas 10gram, goldbar 999. Harganya RM1700. Setiap bulan saya mendapat diskaun sebanyak RM14 untuk setiap 1gram. Paling awal saya boleh mengambil emas ialah selepas tiga bulan dan paling lewat ialah selepas 36 bulan.\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nPemberian diskaun dalam penjualan emas adalah dibenarkan sekiranya pembelian emas dibayar de\nngan matawang selain daripada emas, seperti pembelian emas menggunakan perak, atau pembelian emas menggunakan mata wang kertas (spt. RM, USD). Manakala dalam pembelian/pertukaran emas dengan emas, diskaun pada harga adalah tidak dibenarkan kerana antara syarat khas jual beli emas dengan emas ialah tam\u0101thul (persamaan) pada kadarnya.\n\n\n\r\n\tDalam skim yang disebut dalam soalan di atas, tidak ada isu syariah berkaitan dengan pemberian diskaun kerana emas dibeli dengan menggunakan duit kertas iaitu Ringgit Malaysia. Tetapi wujud isu kelewatan dalam penyerahan emas, kerana emas tidak diserahkan serta-merta selepas pembelian sebaliknya diserahkan seawal-awalnya selepas tiga bulan. Ini tidak menepati salah satu syarat asasi dalam jual beli iaitu taq\u0101budh yang menghendaki penyerahan emas dan pembayaran harga dilakukan dalam satu majlis iaitu ketika akad jual beli dijalankan. Dalam Parameter Pelaburan Emas, syarat tersebut disebut sebagaimana berikut: Parameter No. 11: Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.\n\n\n\r\n\tJusteru, akad jual beli emas sebagaimana skim yang disebutkan dalam soalan adalah tidak sah kerana tidak menepati syarat jual beli emas, dan tidak menepati Parameter Pelaburan Emas yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011. (\nhttp://www.e-fatwa.gov.my/\nfatwa-kebangsaan/\nparameter-pelaburan-emas\n)\n\n\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "64. \nSoalan : \nKemusykilan Hadis Tentang Berjimak\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya terbaca satu blog yang memberikan info yang agak MUSYKIL dan saya ingin mengetahui sama ada ianya sahih atau tidak. Saya mendapat link daripada facebook. Antara isi kandungan blog adalah seperti dibawah:\n\n\n\n\n\n\nAdapun Hadis Rasululah saw mengenai waktu waktu yang dilarang untuk berjimak iaitu: \n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n1. \u201cWahai Ali..! janganlah engkau berjima\u2019 dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada\n pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.\u201d\n\n\n\n\n\n\n2. \u201cWahai Ali..! janganlah berjima\u2019 dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima\u2019 pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.\u201d\n\n\n\n\n\n\n3. \u201cWahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima\u2019, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima\u2019 yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.\u201d\n\n\n\n\n\n\n4. \u201cWahai Ali..! janganlah berjima\u2019 dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.\u201d\n\n\n\n\n\n\n5. \u201cWahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.\u201d\n\n\n\n\n\n\n6. \u201cWahai Ali..! janganlah berjima\u2019 dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.\u201d\n\n\n\n\n\n\n7. \u201cWahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.\u201d\n\n\n\n\n\n\n8. \u201cWahai Ali..! janganlah berjima\u2019 dengan isterimu pada malam \u2018Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.\u201d\n\n\n\n\n\n\n9. \u201cWahai Ali..! janganlah kamu berjima\u2019 dengan isterimu pada malam \u2018Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima\u2019 pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.\u201d \n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n10. \u201cWahai Ali..! janganlah kamu berjima\u2019 dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung \u2013 direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.\u201d \n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n11. \u201cWahai Ali..! janganlah kamu berjima\u2019 dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,\u201d\n\n\n\n\n\n\n12. \u201cWahai Ali..! janganlah kamu berjima\u2019 dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima\u2019 pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.\u201d\n\n\n\n\n\n\n13. \u201cWahai Ali..! janganlah kamu berjima\u2019 dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu\u2019, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.\u201d\n\n\n\n\n\n\n14. \u201cWahai Ali..! janganlah kamu berjima\u2019 dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya\u2019ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.\u201d\n\n\n\n\n\n\n15. \u201cWahai Ali..! janganlah kamu berjima\u2019 dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. \u201c\n\n\n\n\n\n\n16. \u201cWahai Ali..! janganlah kamu berjima\u2019 dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.\u201d\n\n\n\n\n\n\n17. \u201cWahai Ali..! janganlah kamu berjima\u2019 dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.\u201d \n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n18. \u201cWahai Ali..! janganlah kamu berjima\u2019 dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,\u201d dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : \u201cInnal Mubazziriina kaanu \u2013 ikhwan Nas \u2013 Syayathin.\u201d\n\n\n\n\n\n\n19. \u201cWahai Ali..! janganlah kamu berjima\u2019 dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.\u201d\n\n\n\n\n\n\n20. \u201cWahai Ali..! janganlah kamu berjima\u2019 dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.\u201d\n\n\n\n\n\n\nDiharap pihak tuan boleh menjelaskan/mensahihkan info tersebut? Terima kasih.\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan kajian yang telah dilakukan, hadis tersebut direkodkan oleh seorang ulama Syiah bernama al-Syeikh al-Mufid (meninggal dunia tahun 413 Hijrah), dalam bukunya \"al-Ikhtisas\", disunting oleh Ali Akbar al-Ghifari dan al-Sayyid Mahmud al-Zirandi, terbitan Dar al-Mufid, Beirut tahun 1993, halaman 132-135.\n\n\n\r\n\tHadis tersebut juga direkodkan oleh ulama Syiah lain dalam buku 'al-Faqih', 'al-'Ilal', dan 'al-Amali. Menurut Ibnu Nadim, dalam bukunya 'al-Fihris' Syeikh al-Mufid nama sebenarnya Muhammad bin Muhammad bin al-Nu'man Ukbari al-Baghdadi yang dikenali dengan nama al-Syaikh al-Mufid dan Ibn al-Mu'allim, dilahirkan pada 11 Zulkaedah di Ukbari, Iraq pada tahun 338 hijrah dan mati pada bulan Ramadhan tahun 413 Hijrah/1022 Masihi dalam usia 75 tahun. Jenazahnya diimamkan oleh al-Syarif al-Murtadha dan dihadiri oleh 80,000 orang Syiah. Beliau adalah dalam kalangan ulama besar Syiah yang masyhur pada abad ke 4 hijrah. Karangannya melebihi dua ratus buah buku dalam pelbagai bidang keagamaan (hlm 266 \u2013268).\n\n\n\r\n\tBerdasarkan analisa yang telah dilakukan, tiada dalam kalangan ulama hadis Ahli Sunnah Wal Jamaah yang meriwayatkan hadis seumpama itu. Oleh itu, hadis tersebut adalah diragui kesahihannya, maka adalah lebih utama untuk tidak menerima riwayat tersebut.\n\n\n\r\n\tWallahu a'lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "65. \nSoalan : \nHukum Penggunaan Bitcoin Sebagai Medium Untuk Bermuamalat.\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya mahu mengetahui status terkini berhubung penggunaan Bitcoin sebagai medium untuk bermu'amalat. Saya melihat perkara ini perlu diberi penekanan memandangkan sudah ada rakyat Malaysia yang menggunakannya. Penggunaan yang meluas seperti ini dilihat mampu membawa kepada bahaya yang lebih besar jika tidak ada status tentang hukum penggunaannya. Saya melihat seolah-olah sistem ekonomi sekarang sangat mudah. Oleh itu, besar harapan untuk dilihat status hukum tentang penggunaannya memandangkan penghasilan Bitcoin sangat meragukan untuk dijadikan matawang.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tBitcoin merupakan satu bentuk matawang digital (digital currency) yang mula diperkenalkan sekitar tahun 2008 oleh penciptanya, Satoshi Nakamoto. Satu kertas ditulis dan disebarkan di internet pada November 2008 dengan tajuk \u201cBitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System\u201d. Kemudian, pada Januari 2009, rangkaian Bitcoin mula dilancarkan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerbeza dengan matawang kertas, Bitcoin adalah matawang elektronik sepenuhnya yang tidak datang dalam bentuk fizikal. Bitcoin juga tidak dikawal selia oleh mana-mana badan atau institusi sebagaimana kebiasaan matawang-matawang lain. Disebabkan tiada kawalan daripada mana-mana badan berautoriti, banyak transaksi Bitcoin yang dijalankan oleh pengguna gagal yang menyebabkan kerugian terhadap pengguna. Satu kajian menunjukkan bahawa 40% daripada transaksi pertukaran Bitcoin tidak berjaya dan membawa kerugian kepada penggunanya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDari perspektif syariah pula, beberapa perkara perlu diambil perhatian berkenaan penggunaan Bitcoin sebagai matawang. Kita boleh melihat penggunaan Bitcoin dari sudut hukum fiqah dan juga dari sudut ekonomi Islam. Dari sudut hukum fiqah, Bitcoin adalah matawang yang tidak datang dalam bentuk fizikal, justeru qabd (possession) kepada matawang ini hanya berlaku secara hukmi sahaja dan tidak akan berlaku secara fizikal. Hukum-hakam qabd hukmi (constructive possession) hendaklah dipatuhi, contohnya selepas berlaku qabd, maka tanggungan akan bertukar tangan, dan penerima mempunyai hak sepenuhnya untuk menggunakan Bitcoin yang diperolehinya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSebagai suatu matawang maka ia terikat dengan hukum-hakam al-Sarf jika sekiranya ia melibatkan pertukaran matawang dengan matawang atau pembelian item ribawi seperti emas dan perak. Jika sekiranya pembelian dengan Bitcoin melibatkan item ribawi seperti emas, maka pembayaran hendaklah dilakukan 'on the spot' ketika transaksi jual beli.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBegitu juga jika transaksi melibatkan pertukaran antara Bitcoin dengan matawang lain, maka hendaklah dilakukan tanpa ada sebarang penangguhan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDari sudut ekonomi Islam pula, walaupun Bitcoin dikatakan sebagai satu matawang tetapi ia sebenarnya tidak berasaskan kepada apa-apa aset sebagai dasar. Justeru ia begitu terdedah kepada spekulasi. Kerana itu harga satu unit Bitcoin boleh naik secara mendadak dari tahun ke tahun. Pada 2010, satu unit Bitcoin adalah bernilai USD 0.01. Kini pada tahun 2014, satu unit Bitcoin adalah bernilai melebihi USD550. Begitu juga pada awal tahun 2011, kenaikan nilai Bitcoin dalam sehari direkodkan antara 5-10%. Dan begitu juga sebaliknya ia boleh turun secara mendadak. Dari perspektif ekonomi Islam, antara ciri-ciri matawang ialah suatu yang nilainya stabil dan boleh dijadikan ukuran untuk aset-aset lain.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKesimpulannya, dari sudut ekonomi Islam Bitcoin tidak sesuai dijadikan matawang kerana boleh dimasuki unsur spekulasi yang melampau. Nilainya juga tidak stabil dan boleh naik secara mendadak. Ia juga tidak dikawal oleh mana-mana badan berautoriti.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "66. \nSoalan : \nBolehkah Orang Dialisis Menjamakkan Solat?\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tOrang yang dialisis, bolehkah dia menjamakkan solat fardhunya dan meninggalkan Solat Jumaatnya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tPesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis dibenarkan untuk melakukan solat jamak; sama ada taqdim atau ta'khir mengikut jadual rawatan. Dia hanya boleh melakukan solat jamak semasa sesi rawatan sahaja jika wujud kesulitan untuk mendirikan solat dalam waktunya yang asal. Pesakit hanya boleh solat jamak, tetapi tidak boleh diqasar solat tersebut (sila rujuk: Atiyyah Saqar, Ahsan al-kalam fi al-fatawa wa al-ahkam, jil. 3, hlm. 421 - 422; JAKIM, Panduan tayammum, wudu\u2019 dan solat bagi pesakit, 2005)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tQadhi Husayn; seorang ulama bermazhab Syafi'i berkata, \"Dibenarkan solat jamak jika terdapat keuzuran umpama takut dan sakit seperti orang musafir solat jamak; sama ada jamak taqdim atau ta'khir.\" (al-Nawawi, al-Majmu', jil. 4, hlm. 383)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke 14 pada 22 - 23 Oktober 1985 menyatakan bahawa dalam Islam uzur syarie adalah diertikan seperti berikut:\n\n\n\n\n\r\n\t\t(i) Keuzuran yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya seperti penyakit kronik, menghadapi hujan, ribut dan taufan.\n\n\n\n\n\r\n\t\t(ii) Keuzuran yang bersabit dengan keluarga atau saudara yang sakit tenat yang tiada harapan untuk hidup yang perlu diziarahi.\n\n\n\n\n\r\n\t\t(iii) Keuzuran berkenaan dengan berkemungkinan berlaku kerosakan bahan perusahaan yang ditinggalkan semasa menunaikan fardhu Jumaat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDaripada kesimpulan di atas dapatlah dirumuskan bahawa menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik seperti hemodialisis bagi pesakit buah pinggang dan seumpamanya adalah dikira uzur syarie yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 Negeri Selangor: Fatwa Tentang Hukum Solat Jama\u2019 Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik Di Hospital Kerajaan Dan Swasta: \"(1) Harus menjamakkan sembahyang kerana menjalani rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama.\" Manakala berkaitan solat jumaat, antara syarat yang mewajibkan seseorang itu melaksanakan solat Jumaat adalah sihat. Oleh itu orang yang sakit, tidak wajib melaksanakannya, bahkan digantikan dengan solat zohor sahaja (Ibnu Qudamah, al-Mughni, jil. 2, hlm. 294).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBagi pesakit yang menjalani rawatan dialisis pada hari Jumaat, maka dia termasuk dalam kategori orang sakit yang tidak diwajibkan solat Jumaat, tetapi tetap wajib melaksanakan Solat Zohor. Namun, jika rawatan dialisis itu tidak dilakukan pada hari Jumaat, dan orang itu berkemampuan untuk pergi bersolat Jumaat, maka dia wajib melaksanakannya. Jika pesakit dialisis mampu mengubah jadual rawatan kepada selain hari Jumaat, maka dia hendaklah berusaha mengubahnya, kerana adalah lebih utama dia bersolat Jumaat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A'lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "67. \nSoalan : \nAntara Jihad Dan Bughah\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nAntara Jihad Dan Bughah\n\r\n\t\tOleh:\n\r\n\t\tLokmanulhakim Bin Hussain,Felo Fatwa\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam Islam jihad merupakan amalan yang berada pada kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah. Manakan tidak, dalam hadis Mu'az Bin Jabal r.a., Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menjelaskan kedudukan jihad dengan sabdanya, \"Kepala segala perkara adalah Islam, tiangnya pula adalah solat, dan puncaknya adalah jihad\". (riwayat Ahmad, Tirmizi, dan Ibn Majah).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKedudukan jihad yang berada di puncak dari segala amalan lain menunjukkan bahawa ia adalah antara amalan yang paling disukai Allah. Ini jelas digambarkan dalam hadis Abu Hurairahr.a. ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya, \"Amalan apakah yang paling afdal?\". Baginda menjawab, \"Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya\". Baginda ditanya lagi, \"Kemudian apa?\". Baginda menjawab, \"Jihad pada jalan Allah\". (riwayat Bukhari).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun perkataan jihad hendaklah difahami secara betul. Tidak ada kaedah memahami istilah jihad kecuali melalui ilmu yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah. Ilmu daripada sumber yang sahih adalah satu-satunya kunci untuk memahami pengertian jihad pada jalan Allah. Kesilapan dalam memahami pengertian jihad dan menggunakan istilah tersebut bukan pada tempatnya boleh membawa padah dalam agama dan mengheret kepada malapetaka di akhirat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nApakah maksud jihad pada jalan Allah?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam mendefinisikan jihad, Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan, \"Pengerahan tenaga dalam memerangi golongan kafir\". Badruddin Al-Aini juga memberikan definisi yang hampir sama iaitu, \"Pengerahan tenaga dalam memerangi golongan kafir demi untuk menegakkan kalimah Allah\". Antara garis panduan penting dalam jihad ialah jika sesebuah negara mempunyai pemerintah Islam, jihad hendaklah dilakukan di bawah kelolaan atau mandat pemerintah Islam tersebut. Peperangan secara persendirian atau yang dilakukan oleh kelompok-kelompok terpencil yang tidak diberi mandat atau keizinan daripada pemerintah tidak dinamakan sebagai jihad. Ini difahami daripada ayat al-Quran yang menyebut, \"Wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)?\". (Surah al-Taubah, ayat 38).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru jihad fisabilillah hendaklah dijalankan di bawah arahan pemerintah yang membuat seruan dan pengisytiharan jihad. Hadis Abu Hurairah r.a. juga mengisyaratkan kepada perkara ini, iaitu sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, \"Pemerintah adalah perisai yang mana di belakangnya peperangan dilancarkan, dan kepadanya dirujuk (pandangan dan tindakan)\", (riwayat Bukhari dan Muslim).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDaripada nas-nas di atas, ulama dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah menegaskan bahawa jihad hendaklah dilakukan dengan arahan pemerintah Islam. Antaranya, Imam Ahmad menyatakan, \"Dan(hukum) peperangan adalah berterusan bersama-sama dengan para pemerintah sehingga hari kiamat, sama ada pemerintah yang baik atau yang jahat, jihad tidak ditinggalkan\".\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSegelintir masyarakat Islam pada akhir-akhir ini disebabkan kurang kefahaman dalam hukum-hakam, tersilap dalam memahami istilah jihad sehingga menganggap suatu yang bukan jihad sebagai jihad. Antara kesilapan faham yang berlaku ialah apabila menganggap bahawa penentangan secara fizikal terhadap pemerintah Islam boleh dimasukkan sebagai suatu jihad jika pemerintah tersebut melakukan kezaliman.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPerlu difahami bahawa amar makruf dan nahi mungkar adalah satu kewajipan ke atas setiap orang yang mampu menjalankannya. Tidak terkecuali jika pemerintah atau pemimpin melakukan kesilapan, mereka wajar dan wajib ditegur melalui kaedah-kaedah yang telah digariskan dalam Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaupun begitu, amar makruf dan nahi mungkar tidak boleh sampai kepada tahap penentangan secara fizikal terhadap pemerintah yang boleh membawa kepada kemudaratan yang sangat besar jika tidak dikawal. Jika ia dilakukan oleh kelompok-kelompok penentang kerajaan sehingga membawa kepada penentangan bersenjata, maka ia boleh termasuk dalam perbuatan bughah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nSiapa dan apakah Bughah?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenelusuri keterangan fuqaha dalam mendefinisikan bughah, didapati bahawa terdapat beberapa versi takrifan bughah mengikut perbezaan mazhab yang pelbagai. Namun kesemua definisi bughah adalah merujuk sekitar perbuatan keluar melakukan penentangan terhadap pemerintah yang sah. Sebagai contoh, Ibn \u2018Arafah mendefinisikan bughah sebagai, \"Mereka yang enggan memberikan ketaatan kepada orang yang sah sebagai pemerintah, (dan ketaatan itu) bukan dalam perkara maksiat, dengan cara memerangi, walaupun ia disebabkan takwil (keraguan)\". Dalam mazhab Syafie, Al-Nawawi mendefinisikan bughah sebagai, \"Orang yang menyalahi pemerintah bagi kumpulan yang adil, dan keluar daripada ketaatan kepadanya dengan cara enggan melaksanakan kewajipan atau lain-lain dengan syarat-syaratnya\".\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaupun unsur utama dalam menentukan bughah ialah tindakan menentang atau tidak mentaati pemerintah, namun secara praktikalnya istilah bughah tidak boleh dihalakan kepada sesuatu kumpulan kecuali ia mencukupi syarat-syarat untuk dilabel sebagai bughah. Ini kerana istilah bughah merupakan satu istilah yang besar dalam siasah syar'iyyah kerana membawa implikasi yang sangat besar terhadap mereka yang terlibat. Di sana terdapat beberapa ciri-ciri dan syarat untuk melabelkan sesuatu kumpulan sebagai bughah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nSecara ringkas, ciri-ciri dan syarat-syarat tersebut adalah: \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\ta)Kelompok tersebut adalah dari kalangan kaum muslimin. b)Kelompok tersebut keluar daripada mentaati pemerintah yang sah.\n\n\n\n\n\r\n\t\tc)Kelompok tersebut mempunyai kekuatan.\n\n\n\n\n\r\n\t\td)Kelompok tersebut dipimpin oleh ketua.\n\n\n\n\n\r\n\t\te)Kelompok tersebut mempunyai takwilan (kekeliruan/syubhah) dalam tindakannya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKaedah menangani golongan bughah\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSecara asasnya, kaedah dalam menangani isu bughah jika ia berlaku dalam sesebuah negara ialah sebagaimana difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran, \"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil\". (Al-Hujurat: 9).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam ayat di atas, Allah Taala mengarahkan supaya dalam menangani kes peperangan antara dua kelompok orang Islam, hendaklah dimulakan dengan perdamaian antara kedua-dua golongan. Jika sekiranya perdamaian tidak membawa hasil dan mereka berterusan dalam memerangi kumpulan Islam lain, maka alternatif seterusnya ialah memerangi kumpulan bughah tersebut. Al-Mawardi mengatakan, \"Ayat ini menunjukkan bahawa hendaklah dimulakan dengan sulh (perdamaian) sebelum memerangi mereka\".\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPara ulama yang membincangkan tentang menangani bughah mengemukakan beberapa kaedah iaitu:\n\n\n\n\n\r\n\t\ti- \nMemberi nasihat dan merungkai kekeliruan\n\n\n\n\n\r\n\t\tDi dalam kitab al-Lubab, \"Apabila suatu kumpulan dari kalangan muslimin menguasai suatu negeri, dan keluar daripada ketaatan kepada pemerintah, pemerintah hendaklah menyeru mereka supaya kembali kepada jemaah, dan merungkaikan kekeliruan mereka\".\n\n\n\n\n\r\n\t\tii- \nMemberi amaran kepada mereka \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPemerintah hendaklah terlebih dahulu memberi amaran terhadap kumpulan bughah. Sebagaimana Zakaria al-Ansari menyebut, \"Dan hendaklah pemerintah kita memulakan secara wajib dengan menghantar orang yang boleh memberi amaran kepada mereka\".\n\n\n\n\n\r\n\t\tiii- \nMengisytiharkan peperangan \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJika sekiranya nasihat tidak didengari, dan amaran juga tidak diendahkan, malahan mereka berterusan dengan penentangan terhadap pemerintah dan berterusan menjadi bughah, maka fasa seterusnya ialah mengisytiharkan peperangan terhadap bughah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDemikian hukuman bagi kelompok bughah yang melakukan penentangan dan keluar daripada mentaati pemerintah. Justeru, adalah amat penting bagi setiap muslim untuk memahami mafhum jihad secara sebenar, dan mengerti perbezaan antara jihad dan bughah. Jangan sampai fadhilat jihad yang dimahukan, tetapi dosa bughah yang tercatat. Jangan sampai mati syahid yang didambakan, tetapi mati Jahiliyyah yang diperoleh. Segala-galanya hendaklah bermula dengan ilmu.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A'lam\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "68. \nSoalan : \nGugur Janin Suatu Jenayah Pembunuhan\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nGUGUR JANIN SUATU JENAYAH PEMBUNUHAN\n\r\n\t\tOleh:\n\r\n\t\tDr. Arieff Salleh bin Rosman, Felo Fatwa\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPengguguran kandungan bukan merupakan perkara baru dalam masyarakat hari ini, tetapi ia merupakan suatu masalah yang kian meruncing yang memerlukan perhatian semua pihak. Dalam kitab-kitab fiqh klasik ia dibincangkan dalam bab \"Jenayah\" kerana kesan perbuatan seperti itu boleh melibatkan soal pembunuhan bayi dan sebagai nya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPengguguran (al-ijhadh) bermaksud menggugurkan janin yang masih belum sempurna penciptaannya sebelum tiba tempoh lahirnya. (Mustafa, Ibrahim et.al.,al-Mu'jam al-wasit, cet. ke-2, Istanbul: Dar al-Da'wah, 1989, jil. 1, hlm. 144)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tRasulullah s.a.w menjelaskan peringkat perkembangan janin dalam sebuah hadis yang bermaksud: \"Abu Abdul Rahman; Abdullah bin Mas'ud berkata, \"Nabi Muhammad, orang yang paling benar dan paling dipercayai, pernah memberitahu kami, 'Sesungguhnya setiap orang daripada kalian dicipta di dalam perut rahim ibunya selama 40 hari dalam bentuk titisan air mani (nutfah), kemudian dia menjadi segumpal darah ('alaqah) selama 40 hari juga, lalu menjadi seketul daging (mudghah), juga selama tempoh yang sama. Kemudian Allah menghantar malaikat supaya meniupkan roh kepadanya. Malaikat itu diberikan 4 perintah, iaitu supaya menuliskan rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan sama ada dia akan sengsara ataupun bahagia...\" (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)\r\n\t\n\r\n\t\tImam al-Ghazali (w 505H); ulama bermazhab Syafi'i menjelaskan, \"Menggugurkan janin (al-ijhadh) dan menanam bayi hidup-hidup (al-wa'd) merupakan satu jenayah ke atas makhluk yang wujud. Terdapat beberapa tahap kewujudan, pertamanya ketika benih lelaki memasuki rahim wanita, lalu bercampur antara benih lelaki dan perempuan serta ia bersedia untuk menerima kehidupan, yang dinamakan nutfah (zigot).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenggugurkan nutfah merupakan satu jenayah. Jika nutfah itu berubah menjadi 'alaqah (epigenesis) dan mudghah (somit), maka jenayah menggugurkannya menjadi semakin berat. Seterusnya jika telah sempurna bentuk tubuh badannya dan telah ditiupkan roh, maka jenayah menggugurkannya menjadi lebih berat. Jenayah yang paling berat apabila bayi yang telah lahir hidup dibunuh.\" (al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad, Ihya' 'ulum al-din, Qaherah: al-Matba'ah al-'Uthmaniyah, 1352H, jil. 2, hlm. 47 )\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWahbah al-Zuhaili berkata, \"Pendapat yang lebih tepat (rajih) menurut saya ialah dilarang menggugurkan kandungan seawal usia kandungan kerana ia sudah dianggap bermulanya sebuah kehidupan dan bermulanya perkembangan janin. Melainkan jika terdapat darurat seperti penyakit yang merbahaya, kanser; atau adanya keuzuran seperti terputus susu ibu kesan daripada mengandung, sedangkan ibu itu sedang menyusukan bayinya, serta dalam masa yang sama bapa bayi itu tidak mampu membayar upah ibu susu, dan dikhuatiri situasi tersebut menjejaskan keselamatan bayi. Saya lebih cenderung kepada pendapat al-Ghazali yang menganggap pengguguran itu walaupun pada awal kandungan ia adalah seperti dosa menanam anak hidup-hidup serta ia adalah perbuatan jenayah ke atas makhluk yang hidup.\" (al-Zuhaili, Wahbah, al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, cet. ke-3, Dimashq: Dar al-Fikr, 1989, jil. 3, hlm. 557)\n\n\n\r\n\t\tImam Qadi Khan memberikan contoh keuzuran yang membolehkan seseorang wanita menggugurkan kandungannya, \"Seorang wanita yang sedang menyusukan anaknya, kemudian dia mengandung, lalu terhenti susunya, serta dalam masa yang sama bapa kanak-kanak itu tidak mampu membayar upah ibu susu, dan dikhuatiri situasi tersebut menjejaskan keselamatan kanak-kanak itu. Para ulama berpendapat, 'Wanita itu dibenarkan untuk menggugurkan kandungannya selagi ia masih berupa nutfah, 'alaqah, atau mudghah yang masih belum memiliki anggota badan.' Mereka menjelaskan tempoh kandungan itu masih belum melebihi seratus dua puluh hari. Mereka membenarkan untuk digugurkan segumpal darah tersebut, kerana ia masih belum dianggap seorang manusia. Ia dibenarkan untuk menjaga nyawa seorang manusia (iaitu kanak-kanak yang sedang menyusu tersebut).\" (Qadi Khan, al-Fatawa al-Khaniyah, dlm. al-Fatawa al-Hindiyah, Misr: al-Matba'ah al-Amiriyah, 1310H, jil. 3, hlm. 410)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tHujah pendapat ini ialah kandungan yang masih belum ditiupkan roh masih belum dianggap sebagai seorang manusia. Oleh itu, menggugurkan kandungan yang masih berada pada peringkat nutfah, 'alaqah, dan mudghah yang belum berusia seratus dua puluh hari iaitu sebelum janin itu bernyawa, tidak dianggap sebagai membunuh seorang manusia, namun jika dilakukan tanpa sebarang keuzuran yang diiktiraf oleh Syarak, wanita yang menggugurkan kandungannya itu berdosa. Disyaratkan perlu wujud keuzuran kerana walaupun janin itu masih belum bernyawa, tetapi ia sudah berada di dalam rahim ibunya dan sudah bermula proses kehidupan. (al-Zuhaili, Wahbah, al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, cet. ke-3, Dimashq: Dar al-Fikr, 1989, jil. 3, hlm. 557)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun, menurut majoriti para pakar perundangan Islam, jika dalam keadaan darurat, maka pengguguran janin yang sudah bernyawa adalah dibenarkan. Contoh keadaan darurat ialah bagi menyelamatkan nyawa ibu. Imam al-Syarbini al-Khatib; ulama bermazhab Syafi'i menjelaskan, \"Jika seorang wanita mengandung terpaksa makan ubat sehingga menyebabkan kandungannya gugur, maka al-Zarkasyi berkata, 'Wanita itu tidak bersalah.'\" (al-Khatib, Muhammad al-Syarbini, Mughni al-muhtaj, Lubnan: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi, t.th., jil. 4, hlm. 103.) Mahmud Syaltut; mantan Syeikh al-Azhar menjelaskan, \"Jika disahkan melalui kaedah yang berautoriti, keberadaan janin yang sudah bernyawa di dalam rahim boleh membahayakan nyawa ibu, maka Syariat Islam menurut kaedah umumnya menyuruh kita mengambil kemudaratan yang lebih ringan bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar, maka dibenarkan janin itu digugurkan.\" (Zaidan, 'Abd al-Karim, al-Mufassal fi ahkam al-mar'ah wa al-bayt al-Muslim fi al-Syari'ah al-Islamiyah, cet. ke-2, Beirut,hlm. 126-127)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-26 pada 7-8 Mac 1990 telah membincangkan isu Pengguguran Kandungan Atas Nasihat Doktor Disebabkan Kecacatan dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut: \"Adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-52 pada 1 Julai 2002 telah membincangkan isu Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:\n\n\n\n\n\r\n\t\ta) \"Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu\n\n\n\r\n\t\t.\n\r\n\t\tb) Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan penyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.\"\n\n\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-52 pada 1 Julai 2002 telah membincangkan isu Menggugurkan Janin Pembawa atau Pengidap Penyakit Thalassaemia dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:\n\n\n\n\n\r\n\t\ta) \"Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri.\n\n\n\n\n\r\n\t\tb) Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.\n\n\n\n\n\r\n\t\tc) Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAkhir-akhir ini gejala menggugurkan janin ini amat menjadi-jadi dan menyayat hati, seolah-olah manusia tiada peri kemanusiaan. Perbuatan ini dijadikan jalan keluar utama kepada mereka yang terjebak dengan hubungan luar nikah atau zina. Akibat malu dengan perbuatan yang dilakukan, mereka langsung mengetepikan hukum Allah s.w.t. Perundangan Islam merupakan keadilan dan kasih sayang Allah untuk hambaNya. Allah SWT yang maha pemurah dan maha penyayang, menyediakan bagi hambaNya panduan hidup yang sempurna bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh itu, setiap umat Islam wajib meyakini bahawa Perundangan Islam merupakan undang-undang yang sesuai bagi setiap masa dan tempat bagi menyelesaikan segala permasalahan umat manusia dan kita wajib mematuhinya demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "69. \nSoalan : \nHukum Mencari Ilmu Melalui Media Online\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukumnya mencari ilmu melalui media online seperti youtube, baca ebook, dan baca al- Quran dan hadith melalui buku. Sebagai seorang profesional pada saya adalah memadai untuk mendengar ceramah melalui youtube daripada ulama-ulama tersohor dari seluruh dunia. Dan lagi, apakah orang biasa, yang tiada kepakaran dalam bidang agama tidak boleh bercerita langsung tentang al-Quran atau hadith pada orang lain seperti keluarga sendiri. Mohon penjelasan mengenai perkara ini.\n\n\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tTidak ada masalah untuk mencari ilmu melalui saluran media kerana ia juga merupakan salah satu jalan untuk kita mendapatkan ilmu. Media tidak lain adalah penghubung antara kita dengan sumber ilmu yang asli seperti penceramah, guru dan lain-lain.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tCuma kekurangan yang ada pada media seperti youtube sebagai sumber ilmu ialah ia tidak bersifat terus (direct) yang menyebabkan tidak ada interaksi yang berkesan berlaku antara pemberi ilmu dengan penuntut ilmu (melainkan media yang bersifat interaktif). Justeru itu penuntut ilmu mungkin sukar mendapat penjelasan lebih lanjut mengenai sesuatu perkara sekiranya berlaku kekeliruan dan ketidak fahaman mengenainya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKeduanya, media merupakan sumber yang amat terbuka. Seseorang yang baru dalam ilmu agama mungkin akan terkeliru dengan pandangan-pandangan yang berbeza dan bertentangan mengenai sesuatu perkara dan mungkin juga akan mengambil sesuatu maklumat dari aliran yang menyeleweng dari kefahaman Islam sebenar.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun sekiranya seseorang telah mempunyai latarbelakang keilmuan yang baik tentang agama, penggunaan media adalah sesuatu yang membantu terutama dari segi penambahan dan juga untuk perbandingan. Yang terbaik ialah sebelum kita menggunakan media sebagai wahana ilmu, kita terlebih dahulu mengenali wibawa ilmu (authority) yang sebenar dalam Islam dengan bertanya kepada guru-guru yang mendalam ilmunya. Berdasarkan pengenalan tersebutlah barulah kita memilih untuk mendengar melalui media mereka yang mempunyai wibawa ilmu tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTiada masalah untuk orang tidak ada kepakaran dalam agama untuk bercakap tentang al-Qur\u2019an dan hadis kepada keluarga dan kawan-kawan yang rapat. Akan tetapi pastikan kita bercakap dalam ruang ilmu dan kefahaman kita sahaja dan tidak menjangkau kepada perkara yang kita tidak mempunyai ilmu tentangnya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAl-Qur\u2019an mengingatkan \u201cJangan kamu berpijak kepada seuatu yang kamu tiada ilmu tentangnya\u201d(al-Isra\u2019 17:36). Sekiranya ada persoalan yang kita tidak faham, elok dirujuk kepada mereka yang pakar, \u201cTanyalah kepada mereka yang ahli sekiranya kamu tidak mengetahui,(al-Nahl 16:43)\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "70. \nSoalan : \nHukum Seseorang Berada Dalam Ihram Menyembelih Seekor Kambing\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum seseorang yang berada dalam ihram haji atau umrah menyembelih seekor kambing?\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Apakah hukum haji atau umrahnya serta alasan;\n\r\n\t\t2) Apakah hukum daging kambing yang disembelih itu halal dimakan atau dianggap bangkai kerana syarat sah sembelihan, penyembelih tidak berada dalam ihram haji atau umrah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSembelihan yang haram dilakukan oleh orang yang sedang berihram ialah menyembelih binatang buruan. Justeru, haiwan ternakan seperti kambing, lembu, kerbau, unta, ayam haiwan-haiwan lain yang bukan binatang buruan adalah harus untuk disembelih oleh orang yang sedang berihram. Sembelihannya sah, daging sembelihannya halal dimakan, dan ia tidak menjejaskan ibadah umrah dan haji yang dilakukannya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIni adalah kesepakatan semua ulama yang tidak ada sebarang perselisihan padanya. Ibn Hazm menukilkan ijmak dalam perkara ini dengan mengatakan: \"Dan halal bagi orang berihram menyembelih binatang-binatang yang dimakan manusia kecuali binatang buruan.... Perkara ini tidak terdapat perselisihan padanya\". (Al-Muhalla, 5/267).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "71. \nSoalan : \nHukum Memakai Beg atau Kasut Yang Diperbuat Daripada Kulit Haiwan Yang Tidak Disembelih \nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum memakai beg atau kasut yang diperbuat daripada kulit haiwan yang tidak disembelih cara Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tKulit haiwan yang telah disamak adalah suci, sama ada haiwan tersebut adalah haiwan yang boleh dimakan tetapi mati tanpa disembelih, ataupun haiwan tersebut adalah haiwan yang tidak boleh dimakan, kecuali anjing dan babi.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIni berdasarkan kepada sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: \n\u0623\u064e\u064a\u0651\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0647\u064e\u0627\u0628\u064d \u062f\u064f\u0628\u0650\u063a\u064e \u0641\u064e\u0642\u064e\u062f\u0652 \u0637\u064e\u0647\u064f\u0631\u064e\n\n\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \n\u201cApa jua kulit apabila disamak maka ia menjadi suci\u201d.\n (Riwayat Al-Tirmizi, 4/221, no: 1728; Al-Nasai, 7/173, no: 4241; dan Ibn Majah, 2/1193, no: 3609).\n\n\n\n\n\r\n\t\tDalam hadis yang lain, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berjalan melalui satu bangkai kambing lalu baginda bersabda, \n\"Kenapa kamu tidak mengambil kulitnya, menyamaknya dan memanfaatkannya?\"\n. Mereka menjawab, \n\"Ia adalah bangkai\"\n. Lalu baginda bersabda, \n\"Yang haram adalah memakannya\"\n. (Riwayat Al-Bukhari, 2/128, no: 1492; dan Muslim, 1/276, no: 363).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan kepada dua hadis di atas, menurut pandangan mazhab Syafie bahawa kulit haiwan yang boleh dimakan tetapi mati tanpa disembelih mengikut syarak dan kulit haiwan yang tidak boleh dimakan (kecuali anjing dan babi) adalah suci sekiranya disamak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh itu harus memakai dan menggunakan barangan seperti beg, kasut, tali pinggang dan lain-lain yang diperbuat daripada kulit yang telah disamak yang diambil daripada bangkai atau haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "72. \nSoalan : \nBolehkah Menggunakan Bukti-Bukti DNA Bagi Menafikan Nasab Anak\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tBolehkah saya menggunakan bukti-bukti DNA bagi saya menafikan nasab anak mengikut syarak?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-101 yang bersidang pada 27 September 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan DNA Untuk Menentukan Status Nasab Anak Dan Tempoh Melaksanakan Li\u2019an Untuk Menafikan Nasab Anak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSetelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam sangat menitik beratkan persoalan nasab dan apabila telah ada dalil yang mengisbatkan nasab, maka penafiannya tidak boleh diterima melainkan dengan kaedah Li\u2019an kerana Li\u2019an telah sabit melalui al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijma\u2019 dan merupakan suatu amalan taabudiah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah juga menjelaskan bahawa Majma\u2019 Fiqh al Islami yang bersidang pada 21 \u2013 26 Syawal 1422 bersamaan 5 \u2013 10 Januari 2002 telah memutuskan bahawa untuk mengisbatkan nasab, penggunaan DNA dibenarkan dan dilakukan atas perintah mahkamah hanya dalam kes pertelingkahan ketidaktahuan nasab anak atas pelbagai sebab, kes kekeliruan atau pertukaran anak di hospital atau pusat jagaan, kes bayi tabung uji serta dalam kes anak-anak yang hilang atas sebab bencana alam dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Majma\u2019 al-Fiqh al-Islami menetapkan bahawa DNA tidak boleh digunakan untuk menafikan nasab anak apalagi digunakannya mendahului kaedah li`an.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah menegaskan bahawa para Fuqaha\u2019 telah bersepakat bahawa penafian nasab anak melalui kaedah li\u2019an perlu dilakukan dengan kadar segera (\n\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u0648\u0652\u0631\n)\u0650dan jika penafian nasab tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, maka gugurlah hak penafian nasab tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah turut menegaskan bahawa merujuk kepada Mazhab Shafie, terdapat dua pandangan iaitu dalam qaul qadim dan qaul jadid. Dalam qaul qadim, Imam Shafie menetapkan bahawa penafian hendaklah berlaku sejurus diketahui kelahiran bayi tersebut. Sekiranya penafian tidak dibuat, bermakna seseorang itu telah mengakui bahawa bayi tersebut adalah anaknya. Namun begitu, dalam qaul jadid, penafian tidak semestinya secara terus. Ia memerlukan masa sebelum sesuatu keputusan diambil memandangkan ia merupakan satu perkara yang penting. Ia boleh ditangguhkan sehingga tiga hari dan penangguhan hanya boleh berlaku atas sebab-sebab keuzuran.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSehubungan itu, berdasarkan penegasan dan pandangan para ulama\u2019 mengenai tempoh segera bagi melakukan li\u2019an untuk menafikan nasab anak, Muzakarah berpandangan bahawa seseorang yang hendak melakukan li\u2019an bagi penafian nasab anaknya perlu mempunyai tempoh waktu yang munasabah sebelum membuat keputusan demi mengelakkan sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh yang demikian, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa tempoh segera bagi seseorang bapa yang hendak melakukan li\u2019an bagi menafikan nasab anaknya adalah bermula daripada tarikh isterinya disahkan mengandung sehinggalah tiga (3) hari selepas bersalin. Penafian setelah tempoh munasabah tersebut adalah tertolak dan anak tersebut adalah sah dan sabit sebagai anaknya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah juga bersetuju memutuskan supaya garis panduan untuk menjalankan ujian DNA oleh pihak berkuasa berkaitan hendaklah diperketatkan lebih-lebih lagi dalam isu untuk menafikan nasab kerana DNA hanya sekadar qarinah atau sokongan semata-mata dan tidak boleh dijadikan bukti utama.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "73. \nSoalan : \nHukum Transaksi Jual Beli Emas\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum transaksi jual beli emas dengan cara pembeli bersetuju membayar pada satu harga yang disepakati, kemudian dalam masa 15 minit pembeli melakukan pembayaran penuh melalui online (internet banking), tetapi emas akan diposkan pada keesokan harinya yang mungkin mengambil masa seminggu untuk sampai ke tangan penerima.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN :\n\n\n\n\n\r\n\t\tTransaksi jual beli emas sepertimana tersebut adalah tidak menepati salah satu syarat jual beli emas iaitu penyerahan emas hendaklah dilakukan serentak bersama-sama dengan pembayaran harga emas ketika berlaku kontrak jual beli.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam Parameter Pelaburan Emas yang diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Parameter No. 8 (i) menyatakan: \u201cTransaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas\u201d. Parameter No. 8 (iii) pula menyatakan: \u201c... tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari.\n\n\n\n\n\r\n\t\tDengan kata lain, penyerahan emas mestilah dilakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru, akad jual beli emas sebagaimana disebutkan iaitu proses penghantaran emas mula dilakukan sehari selepas pembayaran online dilakukan adalah tidak menepati salah satu syarat jual beli emas dan menyalahi Parameter Pelaburan Emas No. 8 (i-iii).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "74. \nSoalan : \nPenjelasan Tentang Parameter Pelaburan Emas\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMohon penjelasan tentang Parameter Pelaburan Emas yang menyebut: \u201cSyarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi\u201d.\n\n\n\n\n\r\n\t\tAdakah barang kemas seperti rantai, cincin dengan kualiti 916 atau 999 dianggap bukan barangan ribawi? Jika bukan barangan ribawi, adakah cara memberi secara tertangguh, sama ada dari segi delivery ataupun bayaran dibenarkan?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan kepada Parameter Pelaburan Emas, barang kemas yang diperbuat daripada emas tidak termasuk dalam emas yang bercirikan ribawi, justeru syarat khas jual beli emas (taqabudh dan lani) tidak wajib dipenuhi dalam pembelian barang kemas daripada emas seperti cincin, gelang dan rantai emas.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tParameter Pelaburan Emas memilih pandangan tersebut yang merupakan pandangan sebahagian ulama. Antaranya Ibn Taymiyyah mengatakan, \u201cDan harus menjual barang perhiasan daripada emas dan perak dengan jenisnya tanpa disyaratkan bersamaan timbangan, dan dijadikan tambahan tersebut sebagai harga pertukangan, sama ada jual beli itu berlaku secara lani atau secara tangguh, selama mana tidak ada maksud menjadikannya sebagai matawang\u201d. (Al-Mustadrak \u2018Ala Majmu\u2019 al-Fatawa, 4/17).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPandangan ini juga dinisbahkan kepada sebahagian salaf seperti Muawiyah, Al-Hasan, Ibrahim Al-Nakha\u2019i dan Al-Sya\u2019bi. Antara hujah pandangan ini ialah barang kemas daripada emas sudah terkeluar daripada ciri-ciri nilaian mata wang (al-thamaniyyah) yang merupakan illah pengharaman riba. Ia dikira sebagai barangan yang sudah dimasuki unsur pertukangan yang mempunyai harga tersendiri.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru, ia boleh dijual beli secara ansuran dan secara tangguh. Hukum tersebut adalah untuk barang kemas daripada emas yang kebiasaannya adalah berketulenan 916 ke bawah. Manakala barang kemas daripada emas berketulenan 999, bagi menentukan adakah ia termasuk dalam item ribawi ataupun tidak, ialah dengan cara melihat kepada beberapa perkara berkenaan emas ini untuk menilai adakah karakternya bersamaan dengan emas jongkong atau bersamaan dengan emas perhiasan 22 karat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPerkara-perkara yang perlu diteliti ialah:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAdakah terdapat unsur pertukangan yang diambil kira dalam penetapan harga emas perhiasan 999?\n\r\n\t\tAdakah ia dianggap sebagai barang kemas yang sebenar ataupun ia dianggap sebagai emas yang mempunyai nilai \u2018al-thamaniyyah\u2019.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan tinjauan terhadap beberapa iklan jualan emas hiasan 24 karat atau 999, didapati bahawa unsur pertukangan tidak diambil kira. Jika demikian, ia adalah sama dengan emas jongkong yang merupakan item ribawi. Ini kerana pendapat yang menafikan unsur riba dalam emas hiasan adalah bersandarkan kepada harga pertukangan. Dan illah tersebut tidak wujud dalam kes emas perhiasan 999 yang mana unsur pertukangan tidak diambil kira.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh itu, hukum asal bagi emas perhiasan 999, adalah ia merupakan item ribawi yang perlu memenuhi syarat-syaratnya, sekalipun ia dikatakan sebagai emas perhiasan. Kecuali ada bukti bahawa hukumnya sama dengan emas perhiasan 916 yang sudah dimasukkan unsur pertukangan dan terkeluar dari illah al-thamaniyyah kepada sil\u2019ah (barangan).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "75. \nSoalan : \nTuntutan Insurans Daripada Sebuah Syarikat Insurans Konvensional\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya menguruskan permohonan tuntutan insurans daripada sebuah syarikat insurans konvensional yang disertai arwah abang saya. Pihak insurans sudah pun membuat pembayaran pampasan kepada empat orang anak lelaki arwah, kerana isterinya telah diceraikan sebelum kematian. Bolehkah wang pampasan tersebut digunakan untuk membayar hutang arwah kerana arwah tidak meninggalkan harta serta mempunyai banyak hutang daripada individu dan bank.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBolehkah wang pampasan tersebut digunakan untuk perbelanjaan selain makanan kerana ada yang wmengatakan wang pampasan boleh digunakan untuk selain makanan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tInsurans konvensional adalah muamalah yang tidak patuh syariah dan wang pampasan yang diterima selepas tuntutan insurans adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah. Ini berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 yang membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi yang antara lain memutuskan: \u201cMuzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan kepada keputusan tersebut, wang pampasan yang diterima daripada syarikat insurans konvensional hendaklah disalurkan sebagaimana berikut:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayatnya boleh diambil daripada wang pampasan dan dikira sebagai harta peninggalannya. Contohnya jika sekiranya pembeli polisi sudah membayar sebanyak RM25,000 ketika hayatnya, maka jumlah tersebut boleh diambil daripada wang pampasan dan dikira harta simati. Maka wang tersebut boleh digunakan untuk melunaskan hutang-hutang simati dan yang selebihnya hendaklah dibahagikan kepada waris-waris mengikut hukum hakam faraid.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBaki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "76. \nSoalan : \nHukum Menjadi Konsultan Syarikat Yang Memberi Khidmat Kepada Pelabur Dalam FOREX\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum menjadi konsultan bagi syarikat yg memberi khidmat kepada pelabur dalam FOREX?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tKhidmat rundingan merupakan lapangan yang pada asasnya adalah dibenarkan malahan dituntut dalam Islam. Ia termasuk dalam konsep nasihat yang digalakkan dalam agama. Dalam satu hadis berkenaan hak-hak seorang Muslim terhadap saudara seagamanya, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:\n\n\n\n\n\n\n\u0648\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u0646\u0652\u0635\u064e\u062d\u064e\u0643\u064e \u0641\u064e\u0627\u0646\u0652\u0635\u064e\u062d\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f\n\r\n\t\tMaksudnya: \n\u201cApabila dia meminta nasihat daripada kamu maka nasihatilah dia\u201d.\n (Hadis riwayat Muslim, 4/1075, no: 2162).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMemberi khidmat rundingan dan menjadi konsultan untuk individu atau syarikat adalah harus jika khidmat rundingan tersebut adalah dalam perkara-perkara yang harus. Tetapi jika khidmat rundingan adalah untuk perkara-perkara yang haram, maka hukumnya juga adalah haram dan termasuk dalam perbuatan bantu-membantu dalam perkara maksiat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerkenaan memberi khidmat rundingan kepada syarikat yang memberi servis kepada pelabur FOREX, ia bergantung pada hukum pelaburan dalam FOREX yang dijalankan. Jika sekiranya ia melibatkan transaksi-transaksi yang tidak patuh syariah atau aktiviti yang tidak dibenarkan oleh Islam, maka memberi khidmat rundingan bagi syarikat tersebut juga adalah tidak diharuskan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tAntara bentuk pelaburan FOREX yang telah difatwakan tidak patuh syariah ialah pelaburan FOREX yang dijalankan oleh individu melalui platform elektronik melalui broker-broker FOREX.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik dan telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u201cSetelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah ia tertakluk di bawah hukum Bay al-Sarf yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi Bay al-Sarf seperti berikut:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSyarat-syarat umum jual beli:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tPihak yang berakad mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta\u2019aqud);\n\n\n\r\n\t\t\tHarga belian hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad;\n\n\n\r\n\t\t\tItem belian hendaklah suatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual serta boleh diserahkan kepada pembeli;\n\n\n\r\n\t\t\tSighah akad hendaklah menunjukkan keredhaan kedua-dua pihak, tidak ada unsur penempohan dan sighah ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSyarat-syarat khusus Bay al-Sarf:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tBerlaku taqabbudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam platform forex sebelum kedua-dua pihak yang menjalankan transaksi berpisah daripada majlis akad;\n\n\n\r\n\t\t\tJual beli matawang hendaklah dijalankan secara lani dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan; dan\n\n\n\r\n\t\t\tAkad jual beli al-sarf mesti bebas daripada khiyar al-Syart.\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSelain memenuhi syarat-syarat tersebut, Muzakarah juga menegaskan bahawa operasi perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) hendaklah bebas daripada sebarang unsur riba, elemen al-Salaf wa al-Bay (pemberian hutang dengan syarat dilakukan transaksi jual beli), unsur perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman atau eksploitasi.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Muzakarah mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia.\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh itu, khidmat rundingan terhadap syarikat-syarikat atau individu yang menjalankan aktiviti FOREX seperti mana yang difatwakan di atas adalah tidak diharuskan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "77. \nSoalan : \nApakah Hukum Menjalankan Perniagaan Sewaan Buaian Berendoi.\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum menjalankan perniagaan sewaan Buaian Berendoi. Sewaan Buaian Berendoi ini biasa di sewakan untuk majlis akikah dan cukur jambul bayi. Biasanya dia menjadi singgahsana untuk bayi tu. Bayi akan diletakkan di dalam buai tersebut semasa bacaan yassin dibaca.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHukum perniagaan sewaan buaian berendoi bergantung kepada hukum majlis berendoi itu sendiri. Ini kerana sekiranya kita menjalankan perniagaan yang menjual atau menyewakan perkara-perkara yang haram atau alat kepada perkara-perkara yang haram, maka ia adalah haram. Namun sebaliknya sekiranya ia melibatkan perkara-perkara yang harus, maka hukumnya adalah harus. Ada juga perkara-perkara yang asasnya bersifat harus seperti menjual peralatan pisau dan parang, dan jika ia dibeli oleh orang yang jahat dan menggunakannya ke arah perkara yang buruk seperti membunuh, penjual alat tersebut tidak berdosa kerana ia tidak berkaitan secara langsung dengan perkara tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMajlis buaian berendoi adalah salah satu dari budaya orang-orang Melayu terutama apabila baru mendapat bayi. Acara buaian berendoi biasanya dibuat dengan dimulai dengan bacaan doa selamat dan marhaban terutama membabitkan golongan wanita. Bayi kemudian dimasuk ke buaian diayun perlahan-lahan sambil diiringi dengan bacaan marhaban dan kadang-kala bacaan yasin. Sebelum majlis berakhir, tetamu dihidangkan makanan seperti pulut kuning. Tetamu juga diberikan hadiah seperti bunga telur sebelum pulang.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tUmumnya ini merupakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sekarang ini dalam majlis buaian berendoi. Walaupun sebelum ini majlis buaian berendoi ini ada dikaitkan dengan amalan-amalan khurafat seperti jampi serapah untuk menghalau semangat jahat, namun sekarang ini elemen-elemen tersebut telah tiada kerana ia dipenuhi dengan perkara-perkara yang baik seperti bacaan ayat-ayat al-Qur\u2019an atau marhaban. Syariah Islam menetapkan bahawa sesuatu uruf atau adat yang tidak bertentangan syarak, maka ia adalah diharuskan. Berdasarkan asas di atas, maka melakukan perniagaan sewaan buaian berendoi adalah diharuskan kerana ia tidak menyalahi hukum syarak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a\u2019alam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "78. \nSoalan : \nKedudukan Hadith: Rasululah S.A.W. Dan Pengemis Yahudi Buta\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tBagaimana kedudukan kisah ini dari segi kebenarannya? Jika benar, mohon tuan sertakan sekali rujukan hadithnya: \"Rasululah S.A.W. DAN Pengemis Yahudi Buta\n\n\n\n\n\r\n\t\tDi sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata \"Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya\". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, \"Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan\", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, \"Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja\". \"Apakah itu?\", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana\", kata Aisyah r.ha. Keesokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, \"Siapakah kamu ?\". Abu bakar r.a menjawab, \"Aku orang yang biasa\". \"Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku\", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri\", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSetakat pencarian dan rujukan yang dibuat, tidak ditemui nas hadis tersebut dalam kitab-kitab hadis yang muktabar, sekalipun cerita ini banyak tersebar di laman-laman web berbahasa Malaysia dan kedapatan beberapa laman web berbahasa Arab juga menyebarkan cerita di atas.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalau bagaimanapun tidak ada sumber yang boleh dirujuk bagi mengesahkan kebenaran cerita tersebut. Apatah lagi dalam cerita di atas terdapat bahagian yang menunjukkan ketidakbenaran cerita tersebut, iaitu Abu Bakr r.a. berbohong kepada pengemis Yahudi apabila pengemis itu bertanya, \u201cSiapakah kamu?\u201d, lalu Abu Bakr r.a. menjawab, \u201cAku orang yang biasa\u201d. Berbohong dalam perkara tersebut tidak mungkin berlaku kepada seorang sahabat yang mulia seperti Abu Bakr r.a. yang digelar al-Siddiq. Tidak ada keperluan dan darurat untuk berbohong dalam situasi di atas. Maka dibimbangi ia adalah petunjuk bahawa cerita di atas adalah tidak sahih daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan Abu Bakr r.a.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "79. \nSoalan : \nKaedah Umum al-Balwa Dan Kesannya Kepada Perubahan Hukum Syarak\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tARTIKEL:\n\n\n\n\n\n\nKaedah Umum al-Balwa Dan Kesannya Kepada Perubahan Hukum Syarak\n\r\n\t\tOleh: Dr. Arieff Salleh bin Rosman, Felo Fatwa\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIslam merupakan agama rahmat kepada sekalian alam. Hukum hakam yang ditetapkan dalam Islam adalah bertujuan untuk memenuhi kepentingan hidup manusia dan menjauhkan kemudaratan, termasuk menghilangkan kesulitan dan kesusahan. Firman Allah SWT, surah al-Haj ayat 78, \"Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan ayat tersebut, para pakar perundangan Islam menggariskan satu kaedah perundangan iaitu \"Apabila berlaku kesulitan, maka perlu diberikan kemudahan atau keringanan\". Antara konsep yang berkaitan dengan kaedah tersebut ialah UMUM AL-BALWA.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKaedah Umum al-Balwa mempunyai peranan yang besar dalam proses mengeluarkan ijtihad. Ia merupakan salah satu justifikasi dalam menjelaskan sesuatu hukum Syarak berkaitan isu semasa. Kaedah Umum al-Balwa sering digunakan oleh para ulama; sama ada dalam disiplin ilmu usul fiqh atau fiqh. Ia dibincangkan dalam kerangka rukhsah dan keringanan yang dibenarkan dalam hukum Syarak.\n\n\n\n\n\r\n\t\tKebanyakan aplikasi Kaedah Umum al-Balwa dalam kitab fiqh dibincangkan berkaitan jenis-jenis najis yang dimaafkan. Ia biasanya dikaitkan dengan ciri sukar dikawal, sukar diasingkan, sukar dijauhi, kebanyakan orang mukallaf sukar mengelakkannya. Manakala illah (sebab) keringanan diberikan sama ada berkaitan dengan kesulitan, kesusahan, kerumitan dan sebagainya (lihat: Ibn Hazm, al-Muhalla, 1/221, 254; al-Sarakhsi, al-Mabsut, 1/60, 61, 79, 80; Ibn Qudamah, al-Mughni, 1/21, 22, 23, 62; al-Nawawi, al-Majmu', 3/134, 135; al-Dusuqi, Hasyiah al-Dusuqi, 1/71, 73, 75).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun begitu, dalam bahagian fiqh yang lain juga dibincangkan Kaedah Umum al-Balwa (al-Suyuti, al-Ashbah wa al-naza'ir, 164-167). Kaedah Umum al-Balwa sangat berkait rapat dengan perkembangan semasa pada sesuatu zaman dan tempat. Kepentingan memahami konsep umum al-balwa dan aplikasinya dalam kehidupan seharian menjadi semakin penting dalam dunia sains dan teknologi serba canggih dewasa ini. Oleh itu, kaedah ini perlu difahami dengan sebaiknya, kerana perubahan hukum sesuatu boleh berlaku kesan daripada wujudnya Umum al-Balwa.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenurut Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili, Umum al-Balwa bermaksud,\"Berleluasanya sesuatu sehingga seseorang itu sukar untuk menyelamatkan diri daripadanya atau menjauhinya.\"(Nazariyah al-darurah al-Syar'iyah, 123). Dr. 'Amir al-Zibari turut mengemukakan definisi yang sama (al-Tahrir fi qa'idah al-masyaqqah tajlib al-taysir, 82).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tManakala menurut Salih Yusuf, Umum al-Balwa bermaksud, \"Apa-apa yang diperlukan pada keadaan yang umum, di mana berlakunya perkara tersebut sehingga sukar untuk dielakkan serta susah untuk dikawal dan jika dihalang ia akan menimbulkan kesulitan yang lebih.\"(al-Masyaqqah tajlib al-taysir, 232).\r\n\t\n\r\n\t\tDr. Salih bin 'Abd Allah bin Humayd menjelaskan, \"Umum al-Balwa itu merujuk kepada dua ciri:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Keperluan untuk sesuatu itu diberikan keringanan dalam keadaan umum, iaitu sukar untuk mengelakkannya dan jika tidak diberi keringanan akan menimbulkan kesulitan yang lebih besar.\n\n\n\n\n\r\n\t\t2) Sesuatu itu sudah tersebar, iaitu seseorang mukallaf sukar untuk mengelakkan diri daripadanya, atau menghilangkannya, serta jika tidak diberi keringanan akan menimbulkan kesulitan yang lebih besar.\n\r\n\t\tBagi ciri pertama, keringanan perlu diberikan kerana untuk memenuhi keperluan orang mukallaf dan bagi ciri kedua, keringanan perlu diberikan kerana ia sukar untuk dihilangkan.\" (Raf' al-haraj, 262).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenurut Muslim bin Muhammad bin Majid al-Dusari, Umum al-Balwa bermaksud, \"Isu yang berlaku secara menyeluruh ke atas orang mukallaf atau keadaan orang mukallaf yang berkaitan dengan pertanggungjawaban tertentu berkenaan isu tersebut, serta wujud kesukaran menghindarinya atau tidak mampu menghilangkannya melainkan dengan bertambah kesulitan yang memerlukan kemudahan dan keringanan.\" (Umum al-balwa: Dirasah nazariyah tatbiqiyah, 61)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tCiri umum al-balwa (al-Dusari, Umum al-balwa: Dirasah nazariyah tatbiqiyah, 62-64):\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Isu yang berlaku secara menyeluruh, sama ada isu berkaitan dengan perbuatan mukallaf seperti kencing, atau berkaitan dengan keadaan mukallaf seperti umur tua dan seumpamanya, atau berkaitan dengan keadaan tertentu yang tidak berkaitan dengan mana-mana tingkahlaku mukallaf seperti debu jalan yang bercampur najis binatang terkena baju kerana bawaan angin.\n\n\n\n\n\r\n\t\t2) Isu itu berlaku ke atas setiap individu mukallaf atau kebanyakan mereka, sama ada melibatkan keadaan yang bersifat umum atau khusus untuk keadaan tertentu sahaja. Manakala jika isu tersebut hanya melibatkan keadaan khusus untuk seorang individu sahaja atau sebilangan kecil, maka kaedah Umum al-Balwa tidak boleh diterima pakai untuk isu tersebut.\n\n\n\n\n\r\n\t\t3) Isu tersebut berkaitan dengan pertanggungjawaban (taklif), contohnya asal darah kutu itu najis, tetapi atas alasan Umum al-Balwa, ia menjadi najis yang dimaafkan.\n\n\n\n\n\r\n\t\t4) Isu tersebut sukar untuk dihindari atau ia hanya boleh dihilangkan dengan bertambahnya kesulitan.\n\n\n\r\n\t\tSebab umum yang mempengaruhi hukum kerana Umum al-Balwa (al-Dusari, Umum al-balwa: Dirasah nazariyah tatbiqiyah, 69):\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Isu tersebut sukar dikawal atau wujud halangan untuk mengawalnya yang pada kebanyakan keadaannya seseorang mukallaf tidak mempunyai pilihan. Contohnya, seseorang pejalan kaki sukar untuk mengelakkan daripada debu jalan yang berkemungkinan besar bercampur debu najis daripada terkena pada pakaiannya. Debu tersebut termasuk dalam najis yang dimaafkan, maka sah solat jika pejalan kaki itu bersolat menggunakan pakaian tersebut (al-Suyuti, al-Ashbah wa al-naza'ir, 164).\n\n\n\n\n\r\n\t\t2) Isu tersebut sukar dielakkan atau wujud halangan ketika hendak mengelakkan ia daripada berlaku yang pada kebanyakan keadaannya seseorang mukallaf mempunyai pilihan untuk melakukannya atau tidak. Tetapi jika tidak dilakukan perkara tersebut akan bertambah kesulitan. Contohnya kesilapan seseorang mujtahid ketika berijtihad, pada asalnya kesilapan itu adalah dosa kerana salah menjelaskan hukum Syarak, namun ia tidak dianggap dosa kerana terdapat Umum al-Balwa dalam kalangan mujtahid iaitu sukar mengelak kesilapan (rujuk hadis Nabi yang direkod oleh Imam al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, 5/340 hadis no. 2680).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tContoh berubah hukum kerana Umum al-Balwa:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Air liur kucing hukum asalnya ia adalah najis kerana kucing berkemungkinan makan benda najis. Namun, atas dasar umum balwa, iaitu kucing adalah binatang peliharaan yang hidup di persekitaran hidup manusia, jika dihukumkan bekas jilatan kucing pada bekas air dihukumkan najis, maka ia akan menimbulkan kesulitan kepada hidup masyarakat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tMaka hukum air daripada bekas jilatan kucing tidak menjadi najis (al-Suyuti, al-Ashbah wa al-naza'ir, 164)\r\n\t\n\r\n\t\t2) Hukum asal menerima upah daripada amal soleh adalah haram. Contohnya, haram guru yang mengajar al-Quran daripada menerima gaji, juga gaji imam, bilal, dan sebagainya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun atas alasan umum balwa, iaitu jika hukum itu kekal ia akan menjadikan tugas tersebut diabaikan serta guru al-Quran, imam, bilal dan seumpamanya akan terjejas keperluan hidup mereka, maka berubah hukum kepada harus menerima upah atau gaji (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 8/136)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t3) Isu wanita menjadi orang gaji di rumah. Menurut hukum asal, seorang wanita diharamkan keluar rumah melainkan ditemani oleh mahramnya. Begitu juga seorang wanita diharamkan tinggal di rumah yang tiada mahramnya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun, pada zaman kini, atas dasar Umum al-Balwa, maka diharuskan seorang wanita menjadi orang gaji di rumah orang lain tanpa ditemani oleh mahramnya, dengan syarat terhindar daripada fitnah (al-Dusari, Umum al-balwa: Dirasah nazariyah tatbiqiyah, 446)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "80. \nSoalan : \nHukum Menyebut \u00e2\u20ac\u0153Rest In Peace \u00e2\u20ac\u201c RIP\u00e2\u20ac\u009d Kepada Bukan Islam Meninggal Dunia\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum untuk orang Islam menyebut \u201cRest In Peace \u2013 RIP\u201d pada ketika mendengar seorang yang bukan Islam meninggal dunia? Adakah ia bergantung pada niat? Bagaimana jika ucapan itu hanya sebagai penghormatan sesama manusia?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSecara dasarnya Islam membenarkan ucapan yang baik terhadap orang bukan Islam atas dasar kemanusiaan dan penghormatan terhadap hak mereka dalam melaksanakan agama mereka. Ini dapat dikiaskan dengan penghormatan Rasulullah s.a.w apabila Baginda berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDua (2) perkara penting dalam isu memberi ucapan kepada orang bukan Islam. Pertama, niat seseorang dalam memberikan ucapan tersebut. Sekiranya sesuatu ucapan diberikan dengan niat membenarkan kepercayaan sesuatu agama yang jelas bertentangan dengan Islam, maka ia adalah dilarang. Sementara sekiranya ia diucap sekadar penghormatan secara umum, maka ia adalah harus.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKeduanya, latarbelakang tradisi istilah yang diucapkan. Sekiranya ia telah menjadi sebahagian dari amalan keagamaan maka ia adalah dilarang.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam konteks ucapan Rest in Peace, ia adalah satu bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18. Ia juga biasanya diukir di batu nisan mereka yang telah meninggal dunia di kalangan masyarakat Kristian. Versi penuh ucapan tersebut yang berasal dari bahasa Latin itu ialah \n\u2018May his soul and the souls of all the departed faithful by God\u2019s mercy rest in peace.\u2019\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIa juga mengandaikan orang bukan Islam tersebut akan mendapat rahmat dari Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin. Sedangkan dari sudut akidah Islam seseorang yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan. Ini berdasarkan ayat al-Quran, Surah al-Taubah:113, \n\u201cTidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu ahli neraka.\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh yang demikian seorang Islam adalah amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya kepada seorang bukan Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaubagaimanapun Islam tidak menghalang seseorang Islam mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti \u201cSaya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda \u201c atau \u201c kami mengucapkan kesedihan atas kehilangan si fulan dari keluarga anda\u201d.\n\n\n\n\n\r\n\t\tWallahu a'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "81. \nSoalan : \nApakah Hukum Memakan Cuka Arak Putih?\nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\tGambar Hiasan\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\tApakah hukum memakan cuka arak putih? Ini kerana, cuka daripada sumber apa pun apabila melalui proses penapaian (\nfermentation\n), ia tidak memabukkan. Cuma cuka arak putih mempunyai kandungan alkohol tetapi tidak memabukkan.\n\n\n\n\n\n\nPENJELASAN: \n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\tSemua jenis cuka termasuk sejenis cuka yang dipanggil cuka arak putih (\nwhite wine vinegar\n) adalah halal, sekalipun ketika proses pembuatannya ia melalui satu fasa di mana ia menjadi arak sebelum proses penapaian sempurna berlaku sehingga bertukar menjadi cuka.\n\n\n\n\n\r\n\tWalau bagaimanapun jika sekiranya proses perubahan daripada arak kepada cuka adalah melalui proses campuran bahan-bahan luaran, maka mazhab Syafie serta kebanyakan ulama berpendapat bahawa ia haram dimakan.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\tHukum ini juga diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4-6 April 2006 yang memutuskan:\n\n\n\n\n\r\n\t\u201c... bahawa haram menggunakan Cuka Wain (\nWine Vinegar\n) yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal\u201d.\n\n\n\n\n\r\n\tKesimpulannya, cuka arak putih yang terhasil melalui proses pembuatan yang tidak melibatkan campuran bahan luar, adalah halal.\n\n\n\n\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "82. \nSoalan : \nMakhluk Terdahulu Sebelum Nabi Adam\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKita umat Islam faham bahawa manusia pertama adalah Nabi Adam tetapi macamana dengan kajian menunjukkan bahawa manusia zaman terdahulu adalah sangat kuno dan sangat tidak bertamadun. Bagaimana dengan keujudan dinosour yang rangka-rangkanya cukup besar?\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam Islam adalah jelas bahawa \nmanusia pertama yang dicipta oleh Allah ialah Nabi Adam a.s\n. Ini berdasarkan apa yang disebut oleh al-Qur\u2019an dalam Surah al-Baqarah, ayat 30 yang merujuk kepada penciptaan Nabi Adam sebagai khalifah. \u201cIngatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, \n\u201cSesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun timbul persoalan adakah manusia lain yang hidup sebelum Nabi Adam berdasarkan penemuan ahli arkeologi dan antropologi rangka dan tengkorak manusia kuno yang dikaitkan dengan hidupan jutaan tahun dahulu? Begitu juga wujud persoalan berdasarkan apa yang sebut oleh al-Qur\u2019an dalam surah al-Baqarah (sambungan ayat di atas) bahawa malaikat mempertikaikan penciptaan manusia (Nabi Adam)\u00a0 atas dasar mereka akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah. Persoalannya adakah di sana manusia lain sebelum Adam sehingga menyebabkan malaikat mempersoalkan hakikat dan fitrah manusia yang suka menumpahkan darah?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSebagai seorang Muslim kepercayaan kita terhadap asal usul manusia haruslah \nberteraskan apa yang disebut oleh al-Qur\u2019an\n. Justeru\u00a0 kita harus meyakini bahawa manusia pertama dicipta Allah ialah Nabi Adam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun kewujudan makhluk lain boleh dijelaskan seperti berikut:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tMakhluk lain seperti \ntumbuh-tumbuhan dan haiwan telah pun dicipta Allah\n sebelum kejadian Nabi Adam;\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tSelain itu, \ngolongan jin\n, makhluk yang sebagaimana manusia \nmenerima taklif\n dari tuhan juga telah diciptakan Allah sebelum ciptaan manusia. Ini berdasarkan riwayat dari Abdullah bin \u2018Amr bin al-\u2018As \n\u201cJin diciptakan pada dua ribu tahun sebelum Adam.\n\u201d\n Juga dari Ibn Abbas sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya berkata bahawa \n\u201cJin telah melakukan kerosakan di muka bumi sebelum Adam.\n\u201d\n Berdasarkan riwayat-riwayat ini, berkemungkinan kerosakan yang dilakukan seperti yang dipertikaikan oleh malaikat dilakukan oleh golongan jin;\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tAda pandangan yang mengatakan bahawa sebelum Nabi Adam telah \nada makhluk yang dicipta oleh Allah yang menyerupai manusia namun dari segi kejadiannya, mereka ini tidak sempurna berbanding manusia\n justeru\u00a0 tidak dianggap sebagai manusia sebenar dan tidak diberikan taklif keagamaan. Mereka inilah yang melakukan kerosakan seperti yang dipertikaikan oleh para malaikat.\u00a0\u00a0\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tBerdasarkan pandangan di atas juga, kewujudan binatang-binatang terdahulu seperti dinasour seperti yang kaji dan dianalisa oleh para ahli arkeologi adalah \nsesuatu yang tidak mustahil.\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "83. \nSoalan : \nHukum Melabur Dalam Opsyen & Hedging\nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nISU: \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMerujuk kepada keputusan/fatwa tentang \u2018Hukum Pelaburan Ke Atas Syarikat Swiss Cash Mutual Fund\u2019, apakah hukum melabur dalam opsyen & hedging?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\n(i) Opsyen\n\n\n\n\n\r\n\t\tPelaburan yang berasaskan kepada opsyen adalah tidak menepati syariah. Ini kerana opsyen merupakan satu instrumen konvensional yang menyalahi beberapa prinsip muamalat dalam Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tThe Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) telah memutuskan:\n\n\n\n\n\n\n\u0639\u0642\u0648\u062f \u0627\u0644\u0627\u062e\u062a\u064a\u0627\u0631\u0627\u062a \u0627\u0644\u0645\u0634\u0627\u0631 \u0625\u0644\u064a\u0647\u0627 \u0623\u0639\u0644\u0627\u0647 \u0644\u0627 \u064a\u062c\u0648\u0632 \u0625\u0646\u0634\u0627\u0624\u0647\u0627 \u0648\u0644\u0627 \u062a\u062f\u0627\u0648\u0644\u0647\u0627\n\r\n\t\tMaksudnya:\n \u201cKontrak options sebagaimana dijelaskan di atas tidak harus dimulakan dan diniagakan\u201d\n. (Sharia Standards, m/s 287).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t(\nii) Hedging\n\n\n\n\n\r\n\t\tPelaburan berasaskan kepada hedging juga adalah \ntidak menepati syariah\n. Ini kerana hedging yang dibenarkan ialah yang bertujuan untuk meminimumkan risiko perubahan nilai mata wang khususnya dalam industri eksport import yang melibatkan mata wang yang berlainan. Hedging untuk tujuan ini adalah dibenarkan sebagaimana resolusi \nNadwah al-Barakah Li al-Iqtishad al-Islam\ni ke-6 yang diadakan di Algeria pada tahun 1990.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTetapi mengaut keuntungan melalui pelaburan berasaskan hedging yang membawa kepada elemen perjudian dan spekulasi berlebihan adalah tidak bertepatan dengan prinsip mualamat dalam Islam, yang antara lain berasakan kepada \n\u2018al-kharaj bi al-dhaman\u2019, dan \u2018al-ghunmu bi al-ghurmi\u2019.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "84. \nSoalan : \nDakwaan Kisah Nabi S.A.W Menyebut Ummati, Ummati..\u00e2\u20ac\u009d Ketika Hampir Wafat \nJawapan : \n\n\nISU: \n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBenarkan dakwaan yang mengatakan bahawa kisah Nabi S.A.W menyebut \u2018Ummati, ummati..\u201d ketika hampir wafat adalah kisah yang tidak benar?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tKisah kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah satu peristiwa yang sangat besar dan perincian peristiwa tersebut telah direkodkan secara bersanad oleh para ulama hadis. Justeru, sebarang perkataan atau perbuatan yang disandarkan kepada baginda termasuklah peristiwa kewafatan baginda, hendaklah dinilai kesahihan atau kedaifannya melalui kaedah ilmu hadis.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerkenaan dengan perkataan \u201cUmmati, ummati...\u201d (Umatku, umatku...) yang dikatakan disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ketika hampir wafat, kisah ini tidak didapati dalam sumber-sumber hadis yang muktabar di sisi Ahli Sunnah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun, perkataan \u201cUmmati, ummati..\u201d disebut oleh baginda dalam beberapa hadis lain yang tidak ada kaitan dengan peristiwa kewafatan baginda.\n\n\n\n\n\r\n\t\tAntaranya hadis tentang syafaat di akhirat yang menyebut bahawa baginda menyebut \u201cWahai Tuhanku, Ummati, ummati\u201d. (Riwayat Bukhari dan Muslim).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBegitu juga hadis bahawa Nabi membaca beberapa potong ayat Quran lalu menyebut \u201cUmmati, ummati..\u201d sambil menangis. (Riwayat Muslim).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKedua-dua hadis sahih tersebut tidak ada kaitan dengan peristiwa kewafatan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Manakala kisah kewafatan baginda, tidak ada riwayat sahih yang merekodkan bahawa baginda menyebut, \u201cUmmati, ummati\u201d sebelum kewafatannya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAdapun yang diriwayatkan oleh Al-Tabarani dalam Mukjam Awsat, dan juga Abu Nu\u2019aim dalam Hilyah al-Awliya (4/73) bahawa baginda berkata sebelum wafat:\n\n\n\n\n\n\n\u0645\u0646 \u0644\u0623\u0645\u062a\u064a \u0627\u0644\u0645\u0635\u0637\u0641\u0627\u0629 \u0645\u0646 \u0628\u0639\u062f\u064a\n\r\n\t\tHadis tersebut dinilai dhaif oleh ulama hadis. Antaranya Al-Hafiz al-Iraqi di dalam kitab al-Mughni \u2018An Haml al-Asfar Fi al-Asfar (m/s 1849) mengatakan, \u201cSanadnya dhaif\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "85. \nSoalan : \nIstilah Malaikaini\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTerdapat satu ayat Al-Quran yang menyatakan sihir itu daripada \"Malakaini\". Ada yang menyatakan \"malakaini\" ini bermaksud 2 malaikat dan ada yang kata ianya bermaksud \"Malikainee\" bermaksud 2 raja (samada raja babylon atau raja jin). .\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIstilah \nmalakaini\n yang disebut oleh al-Qur\u2019an dalam surah al-Baqarah, ayat 102 merujuk kepada Harut dan Marut yang mengajar sihir pada zaman Nabi Sulaiman. Cerita berkaitan dengan Harut dan Marut sememangnya banyak dari sumber Israiliyat namun tidak dapat disahkan kebenarannya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenurut pendangan ahli-ahli tasir al-Qur\u2019an, ada dua perbezaan pandangan berkaitan dengan istilah \nmalakaini\n ini.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPandangan pertama mengatakan bahawa istilah ini bermaksud dua malaikat yang bernama Harut dan Marut yang diturunkan Allah. Walaupun keduanya mengajarkan sihir namun tujuan mereka mengajarkan sihir tersebut adalah sebagai cubaan kepada manusia sebagaimana yang disebut dalam ayat 102: \u201c\nSesungguhnya kami hanyalah cubaan bagimu, sebab itu jangan kamu kufur\n.\u201d Ini merupakan pandangan kebanyakan ahli tafsir.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun ada ahli tafsir yang mentafsirkan \nmalakaini \ndalam bentuk metafora iaitu dua orang manusia \u00a0yang terkenal kesalihannya sehingga mereka digelar malaikat. Mereka mengajar pelbagai ilmu sehingga ada yang meminta mereka mengajar ilmu sihir. Walaupun mereka mengajarnya namun mereka mengingatkan mereka supaya jangan dipergunakan kepada perkara yang buruk.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSementara ada juga bacaan berbeza mengenai istilah ini iaitu qiraat Ibn Abbas dan Abu Aswad yang membaca dengan \nmalikaini\n yang bermaksud dua orang raja yang terdapat pada zaman Nabi Sulaiman.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "86. \nSoalan : \nPembelian Emas Secara Ansuran\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTerdapat syarikat penjualan emas yang menawarkan pembelian emas (bar, syiling dan barang kemas) dan membenarkan pembayaran secara ansuran iaitu sebanyak 4 kali dalam masa 4 bulan. Penetapan harga dilakukan terlebih dahulu dan harga tersebut adalah tetap walaupun harga emas akan naik atau turun selepas itu. Caj perkhidmatan dikenakan sebanyak 0.5% daripada harga belian tersebut. Emas tersebut hanya boleh diambil oleh pembeli selepas keseluruhan harga belian termasuk caj perkhidmatan diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh 4 bulan atau lebih awal daripada itu. Adakah perkara ini melanggar syarak?\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPenelitian terhadap kaedah pembayaran tersebut yang secara ansuran mendapati ia tidak bertepatan dengan syarak kerana wujud unsur penangguhan serahan dalam pembelian emas tersebut. Ini kerana akad pembelian telah berlaku ketika pembayaran pertama dibuat, dengan harga semasa pada waktu tersebut atau dengan harga yang disepakati, tetapi berlaku penangguhan dari dua aspek:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPenangguhan sebahagian harga emas.\n Ini kerana di dalam contoh di atas, jika pembayaran pertama dibuat ketika pembelian dan yang selebihnya dibuat secara ansuran, maka sebahagian daripada harga emas dibayar secara bertangguh. Jika sekiranya pembayaran pertama juga dibayar secara ansuran, maka keseluruhan harga emas adalah bertangguh, dan situasi ini adalah lebih bermasalah.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPenangguhan penyerahan emas.\n Ini kerana emas tidak diserahkan kepada pembeli sehingga penyelesaian pembayaran untuk kesemua harga emas dilakukan.\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru, pelan pembayaran sebegini adalah tidak bertepatan dengan syarak kerana ada unsur penangguhan kedua-dua item (emas dan harga emas) yang boleh mengheret kepada isu \n\u2018Bai al-Kaali bi al-Kaali\u2019.\n\n\n\n\n\r\n\t\tPelan pembayaran ini \nmenyalahi Parameter Pelaburan Emas\n yang diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nParameter No. 15\n menyebut: \u201cTransaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nParameter No. 16\n menyebut: \u201cPenangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalau bagaimanapun, pelan pembelian emas seperti di atas boleh diIslamisasikan dengan menjadikan pembayaran secara empat kali sebagai simpanan amanah, dengan syarat akad jual beli masih tidak boleh dimeterai. Apabila pembayaran terakhir dibuat dan jumlahnya mencukupi harga emas, barulah dimeterai akad jual beli emas dengan harga yang dipersetujui sebelum itu.\u00a0 Dalam hal ini, apabila 'bayaran' penuh dibuat, pembeli hendaklah diberikan hak penuh sebagai pembeli samada untuk meneruskannya atau tidak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "87. \nSoalan : \nSambutan Tahun Baru Hijrah Dan Keistimewaan Bulan Muharram\nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\tAmalan yang biasa dilakukan sempena menyambut bulan Muharram ialah bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Walaupun terdapat beberapa pandangan tentang bacaan doa ini, namun selagi ia merupakan doa yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah, maka ianya baik untuk umat Islam dan boleh diamalkan tanpa halangan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBegitu juga dengan sambutan Mawlid Rasul, Nuzul-Quran serta sambutan lain yang tidak disebutkan secara khusus dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Namun, apakah hanya sekadar berdoa sahaja yang perlu dilakukan untuk mengiringi kedatangan Muharram? Apakah kelebihan yang terdapat dalam bulan Muharram?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBulan Muharram merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' di dalam Islam. Firman Allah swt dalam Surah Al-Taubah ayat 9 bermaksud: \"\nSesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa.\n\" Menurut Tafsir Al-Jalalayn, yang dimaksudkan dengan \"di antaranya empat bulan yang dihormati\" ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Allah swt telah mengurniakan kepada manusia empat bulan haram. Umat Islam diharamkan pergi berperang dalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diperangi.\n\n\n\n\n\r\n\t\tManakala Hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Abu Bakrah pula bermaksud:\u201d\nSatu tahun itu ada dua belas bulan, di antaranya ada empat bulan yang dihormati , tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijah, dan Muharram, satu lagi Rejab berada antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban.\u201d \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAntara kemulian bulan-bulan haram ini ialah disunatkan berpuasa. Daripada Abu Hurairah dalam Hadith marfu' telah berkata: Nabi ditanya: \nApakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu? dan apakah puasa yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan\n? Maka jawab Nabi: \nSebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan ialah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan-bulan Allah (bulan-bulan haram)\n. Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasai'e dan Ibn Majah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDi samping itu, disunatkan juga kepada umat Islam untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari \u2018Asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDiriwayatkan daripada Ibn Abbas katanya: Sewaktu Rasulullah tiba di Madinah, Baginda mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa itu, mereka menjawab: \nHari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padanya\n. Lalu Rasulullah bersabda: \nKami lebih berhak daripada kamu terhadap Nabi Musa dalam hal ini\n. Kemudian Baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. \u2013 Hadith diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah dan Al-Tirmizi.\n\n\n\n\n\r\n\t\tDalam Hadith yang lain, Ibn Abbas berkata: Apabila Rasulullah berpuasa pada hari \u2018Asyura dan memerintahkan para sahabat berpuasa padanya, mereka berkata: Wahai Rasulullah, ini ialah hari yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani. Maka Rasulullah berkata, \u201c\nPada tahun hadapan \u2013 Insya Allah- kita berpuasa pada hari kesembilan.\n\u201d Maka tidak tibanya tahun hadapan itu sehingga wafatlah Rasulullah\u2013 Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMungkin timbul persoalan, mengapakah Nabi mencontohi kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharram padahal Baginda sendiri melarangnya di dalam sabdanya yang bermaksud: \u201cBerbezalah kamu dengan Yahudi serta Nasrani\u2026 berbezalah dengan Musyrikin\u201d? Sebenarnya amalan berpuasa pada hari Asyura' (10 Muharram) telah dilaksanakan oleh Rasulullah sebelum Baginda berhijrah ke Madinah lagi. Ini berdasarkan Hadith yang dinyatakan oleh Saidatina Aisyah yang bermaksud: 'Sesungguhnya hari \u2018Asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Rasulullah juga berpuasa padanya. Apabila Baginda memasuki Madinah, Baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, Baginda bersabda, \u201cSesiapa yang ingin berpuasa, teruskan, Sesiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan)'. \u2013 Muttafaq \u2018Alaih. Di samping melaksanakan ibadah puasa sunat ini, sesuatu yang sewajarnya dijadikan pengiktibaran pada peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah Allah menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keengkaran dan keangkuhannya. Firman Allah dalam Surah Yunus, ayat 90 bermaksud: Dan Kami bawakan Bani Israel ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): \"Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan aku adalah dari orang yang berserah diri (menurut perintah)\".\n\n\n\n\n\r\n\t\tPeristiwa lain yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram ialah mendaratnya kapal Nabi Nuh di atas bukit Judiy sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Selain itu, bagaimana pula dengan program membuat bubur \u2018Asyura yang sering diadakan oleh masyarakat Melayu? Perlulah dijelaskan bahawa program membuat bubur tersebut tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Di samping melaksanakan ibadah puasa sunat pada bulan Muharram, sesuatu yang amat penting untuk diingati dan dihayati ialah peristiwa hijrah Nabi Muhammad. Justeru, tidak hairanlah apabila Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan peristiwa hijrahnya Nabi Muhammad dengan sahabat-sahabatnya dari kota Mekah ke Madinah sejauh kira-kira 450 km itu sebagai tahun pertama dalam Islam yang dinamakan dengan tahun Hijrah.\n\n\n\n\n\r\n\t\tPenggunaan Takwim Hijrah yang digunakan pada masa sekarang telah bermula pada tahun ke 17 Hijrah, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Penetapan permulaan tarikh bagi Takwim Hijriyah ini, diambil sempena peristiwa penghijrahan Rasulullah yang bermula pada tanggal 2 Rabiulawal bersamaan 14 September 622 Masihi. Baginda sampai di Quba' pada tanggal 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622 Masihi pada hari Isnin. Peristiwa hijrah perlu dikenang oleh umat Islam setiap tahun apatah lagi ketika menyambut sambutan awal Muharram, untuk menjadi pengajaran dan peringatan tentang pengorbanan Rasulullah saw dan sahabat-sahabat Baginda menegakkan Islam.\n\n\n\n\n\r\n\t\tMudah-mudahan dengan sambutan ini dapat menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam bahawa kemuliaan Islam dan kewujudan negara Islam yang berdaulat bukanlah diperoleh dengan mudah. Sebaliknya ia telah melalui perjuangan yang gigih dan pengorbanan yang tinggi. Sesungguhnya sifat pengorbanan yang dimiliki dan diperlihatkan oleh Rasulullah saw dan umat Islam pada zaman Baginda merupakan bukti kesungguhan dan kecintaan mereka yang mendalam terhadap akidah Islam dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi terhadap perintah Allah swt. Sifat seperti inilah yang sepatutnya ada dan diikuti oleh generasi umat Islam hari ini. Oleh yang demikian, apakah yang harus dilakukan oleh umat Islam ketika menyambut tahun baru hijrah ini? Adakah sudah memadai ia disambut dengan hanya mengirimkan ucapan selamat tahun baru, melalui sms atau email?\n\n\n\n\n\r\n\t\tSambutan awal Muharram dan tahun baru hijrah ini hendaklah diikuti dengan usaha melakukan perubahan pada diri dan masyarakat dengan memperkukuhkan pegangan akidah dan syariah, akhlak dan jati diri serta pembangunan sosioekonomi negara dan ummah agar isu-isu kecelaruan akidah dan keruntuhan akhlak serta kemiskinan hidup umat Islam dapat dihapuskan dan Islam sebagai agama yang mulia dan tinggi dapat didaulatkan dan diletakkan di tempat yang sewajarnya. Sehubungan itu, tiada larangan kepada umat Islam untuk menyambut Tahun Baru Hijrah yang dilihat amat penting dan signifikan kepada umat Islam agar kecemerlangan dan kegemilangan Islam dapat dihayati dan dikembalikan kepada umat di zaman ini.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "88. \nSoalan : \nStatus Alat Bantuan Perubatan Yang Tertanam Dalam Badan Si Mati\nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nISU: \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBagaimana status alat bantuan perubatan yang tertanam dalam badan si mati seperti injap jantung atau \"chemo port\" untuk pesakit kanser atau pun besi titanium bagi menggantikan tulang, adakah perlu dikeluarkan?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHukum asal pembedahan mayat adalah tidak diharuskan, kerana syarak mengiktiraf kehormatan seseorang Muslim sama ada ketika hidup ataupun selepas mati. Ini dinaskan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam hadis:\n\n\n\n\n\n\n\u0643\u064e\u0633\u0652\u0631\u064f \u0639\u064e\u0638\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u064a\u0651\u0650\u062a\u0650 \u0643\u064e\u0643\u064e\u0633\u0652\u0631\u0650\u0647\u0650 \u062d\u064e\u064a\u0651\u064b\u0627\n\n\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \n\u201cMematahkan tulang seseorang yang telah mati (dosanya) adalah seumpama mematahkan tulangnya semasa hidup\n\u201d. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, 2/1035, no: 3694; Ibn Majah, 1/516, no: 1616).\n\n\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan hadis tersebut, pembedahan mayat tidak dibenarkan dalam Islam kecuali terdapat keperluan yang sangat kuat, atau maslahat yang lebih besar. Ini juga telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24-25 Sep 1984, yang antara lain memutuskan:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u201c... bahawa pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (darurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau simati tertelan benda yang berharga atau simati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup\u201d.\n\n\n\n\n\r\n\t\tJusteru, adalah tidak diharuskan untuk melakukan pembedahan mayat bagi mengeluarkan apa-apa peralatan daripada badannya, kecuali jika terdapat keperluan yang sangat mendesak atau maslahat yang lebih kuat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "89. \nSoalan : \nAdakah Siput Escargot Halal Atau Haram Dimakan Oleh Orang Islam?\nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nISU: \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAdakah siput\n escargot\n halal atau haram dimakan oleh orang Islam?\u00a0 Siput ini berasal dari Perancis dan diternak secara meluas di banyak negara Eropah termasuk US, England, Australia dan Bulgaria. Ia memiliki rupa yang sama seakan-akan siput babi tetapi daripada genus yang berbeza. Siput babi adalah \nhelix aspersia\n manakala siput escargot adalah \nhelix pomatia\n. Siput ini kini boleh didapati dalam menu di sebahagian kecil restoran dan hotel di negara ini.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nEscargot\n adalah perkataan dalam Bahasa Perancis yang merujuk kepada sejenis siput yang dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai siput babi. Walaupun kedapatan beberapa jenis siput babi seperti \nhelix aspersia\n dan \nhelix pomatia\n, tetapi kedua-duanya adalah tergolong dalam genus yang sama iaitu \nGenus Helix\n. Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai \nhalazun\n \n(\u062d\u0644\u0632\u0648\u0646).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam fiqah, \nhalazun/escargot\n adalah tergolong dalam kumpulan \n\u2018hasyaraat\u2019\n iaitu haiwan kecil yang melata/menjalar. Dalam mazhab Syafie, secara umumnya haiwan yang tergolong dalam \nhasyaraat\n adalah haram dimakan kerana termasuk dalam haiwan yang dianggap keji (khabisah). Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala:\n\n\n\n\n\n\n\u0648\u064e\u064a\u064f\u062d\u064e\u0631\u0651\u0650\u0645\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0628\u064e\u0627\u0626\u0650\u062b\u064e\n\r\n\t\tMaksudnya: \n\u201cDan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk\n\u201d. (Surah Al-A\u2019raf: 157).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan kaedah pengharaman haiwan-haiwan yang dianggap keji, maka mazhab Syafie dan majoriti ulama berpendapat bahawa \nhalazun/escargot\n adalah haram dimakan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tPandangan ini disebut dalam keterangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 2 April 1998 dalam membincangkan tentang pembiakan siput babi. Antara lain, Muzakarah menyatakan:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u201cMenurut Mazhab Shafie, siput babi dianggap sebagai khabisah kerana apabila ia mati ia tergolong sebagai bangkai.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDari segi kaedah \u2018ilah dan ma\u2019lul khabisah ialah \u2018ilah kepada pengharaman. Oleh itu siput babi ini hukumnya haram dimakan. Dalam Mazhab Syafie juga, binatang-binatang yang halal dimakan hanyalah binatang-binatang yang telah disembelih sahaja, kecuali jenis ikan dan belalang\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMemandangkan isu halal atau haram memakan \nhalazun/escargot\n adalah bersifat ijtihadiah kerana tidak ada nas qat\u2019ie daripada al-Quran dan Sunah berkaitan dengannya, maka ada ulama yang mengharuskannya dan mereka berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala majoriti ulama\u2019 yang mengharamkannya berpendapat ia adalah \nhasyarat\n, dan ia bukan haiwan yang disembelih, maka jika ia mati, ia adalah bangkai.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "90. \nSoalan : \nHukum Menjadikan Bacaan Al-Quran Sebagai Nada Dering Telefon Bimbit\nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\u00a0 \n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\tApakah Hukum Menjadikan Bacaan Al-Quran Sebagai Nada Dering Telefon Bimbit?\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit. Muzakarah telah memutuskan:\n\n\n\n\n\r\n\t\u201cBahawa \npada prinsipnya Islam tidak menghalang\n penggunaan nada dering ayat-ayat suci Al-Quran ini dengan syarat penggunaannya menepati adab yang telah ditetapkan oleh Islam dan digunakan di tempat-tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat-ayat suci tersebut seperti di dalam tandas\u201d.\n\n\n\n\n\r\n\tJusteru, jika sekiranya penggunaan nada dering ayat-ayat suci Al-Quran menyalahi adab dan prinsip yang ditetapkan oleh Islam, maka ia hendaklah dielakkan. Antara adab-adab syarak yang mesti dijaga berkenaan dengan perkara ini ialah:\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tNada dering ayat suci al-Quran tidak harus diaktifkan ketika telefon bimbit berada di tempat-tempat seperti tandas. Pengguna hendaklah menukar kepada nada dering lain ataupun mengaktifkan mode \u2018\nsilent\n\u2019 ketika memasuki tempat-tempat tersebut.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKetika nada dering ayat Al-Quran berbunyi, pengguna hendaklah sentiasa menjaga adab mendengar bacaan al-Quran.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTelefon bimbit yang sedang diaktifkan nada dering bacaan ayat Al-Quran tidak diletakkan di dalam poket seluar bahagian belakang, bagi mengelakkan bacaan al-Quran kedengaran dari tempat yang tidak selayaknya.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNada dering ayat al-Quran hendaklah terdiri daripada ayat-ayat yang pendek, bagi mengelakkan daripada pengguna menghentikan bacaan ayat Al-Quran sebelum lengkap maknanya.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNada dering ayat Al-Quran tidak dijadikan semata-mata sebagai alat untuk menerima panggilan telefon, tetapi mestilah diiringi niat yang betul untuk sentiasa diperdengarkan dengan Al-Quran.\n\n\n\n\n\n\n\r\n\tJika sekiranya adab-adab berkaitan Al-Quran dijaga, maka tidak ada halangan untuk menjadikan ayat Al-Quran sebagai nada dering telefon bimbit.\n\n\n\n\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "91. \nSoalan : \nHukum Jenis Pekerjaan Di Sektor Penjualan Arak dan Perjudian\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU: \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum jenis pekerjaan di sektor penjualan arak dan perjudian yang melibatkan individu beragama Islam seperti pelayan bar di kelab malam (bartender) dan pelbagai pekerjaan di premis perjudian berlesen.\n\n\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tTidak harus bagi seseorang Islam untuk bekerja dalam sektor yang melibatkan dirinya dalam hal-hal berkaitan dengan arak, seperti penjualan arak, pemprosesan arak, pengangkutan arak, penyimpanan arak dan seumpamanya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tLarangan ini dinyatakan oleh Nabi S.A.W. dalam sebuah hadis:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\u0644\u064e\u0639\u064e\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0645\u0652\u0631\u064e\u060c \u0648\u064e\u0634\u064e\u0627\u0631\u0650\u0628\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0633\u064e\u0627\u0642\u0650\u064a\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0626\u0650\u0639\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0645\u064f\u0628\u0652\u062a\u064e\u0627\u0639\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0627\u0635\u0650\u0631\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0645\u064f\u0639\u0652\u062a\u064e\u0635\u0650\u0631\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u062d\u064e\u0627\u0645\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u062d\u0652\u0645\u064f\u0648\u0644\u064e\u0629\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \n\u201cAllah melaknat arak, peminumnya, pemberi minumnya, penjualnya, pembelinya, tukang perahnya, orang yang meminta diperahnya, pembawanya, dan orang yang meminta dibawakan kepadanya\u201d\n. (Abu Daud, 3/326, no: 3674).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru, bekerja di kelab malam dan premis-premis hiburan yang menghidangkan minuman keras dan menggalakkan aktiviti maksiat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan adalah diharamkan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBegitu juga dengan sektor perjudian, orang Islam tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dalam pekerjaan yang berkait dengan perjudian. Ini kerana perjudian adalah satu dosa besar yang dinaskan pengharamannya dalam Al-Quran dengan perintah supaya menjauhinya. Firman Allah Taala:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0645\u0652\u0631\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u064a\u0652\u0633\u0650\u0631\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0646\u0652\u0635\u064e\u0627\u0628\u064f \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0632\u0652\u0644\u064e\u0627\u0645\u064f \u0631\u0650\u062c\u0652\u0633\u064c \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0634\u0651\u064e\u064a\u0652\u0637\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0641\u064e\u0627\u062c\u0652\u062a\u064e\u0646\u0650\u0628\u064f\u0648\u0647\u064f \u0644\u064e\u0639\u064e\u0644\u0651\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062a\u064f\u0641\u0652\u0644\u0650\u062d\u064f\u0648\u0646\u064e\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \n\u201cSesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya\u201d\n.\u00a0 (Surah al-Maidah: ayat 90).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru, tidak harus bagi orang Islam untuk bekerja di premis-premis perjudian kerana ia dikira sokongan dan kerjasama dalam perkara maksiat. Dalam Islam, sokongan dan kerjasama atas sesuatu aktiviti maksiat adalah dikira sebagai maksiat. Kaedah ini berdasarkan firman Allah Taala:\n\n\n\n\n\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0648\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u062b\u0652\u0645\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0639\u064f\u062f\u0652\u0648\u064e\u0627\u0646\u0650\n\n\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201c\nDan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan\u201d. \n(Surah al-Maidah: ayat 2).\n\n\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "92. \nSoalan : \nHukum Wanita Mewarnakan Rambut\nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nISU: \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBolehkah wanita mewarnakan rambutnya dengan warna seperti merah atau oren. Adakah sah mandi wajib wanita yang mewarnakan rambutnya?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMewarnakan rambut kebiasaannya dilakukan sama ada untuk menutupi uban di kepala ataupun semata-mata untuk kecantikan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBagi kedua-dua tujuan tersebut, hukum asal mewarnakan rambut sama ada dengan inai atau lain-lain bahan adalah harus selagi mana perkara-perkara berikut dijaga:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tTidak menyerupai wanita-wanita bukan Islam. Sekiranya suatu warna, fesyen warna, gaya warna, ataupun bahan pewarna itu kebiasaannya hanya digunakan oleh golongan bukan Islam, di mana jika seseorang Muslimah memakainya dia akan kelihatan seperti wanita bukan Islam, maka tidak harus mewarnakan rambut dengan warna, gaya, fesyen atau bahan demikian. Kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: \n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0634\u064e\u0628\u0651\u064e\u0647\u064e \u0628\u0650\u0642\u064e\u0648\u0652\u0645\u064d \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e\u00a0 \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u0645\n Maksudnya, \n\u201cSesiapa menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka\u201d\n. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, 4/44, no: 4031).\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tWanita bersuami hendaklah mendapat keizinan suaminya untuk mewarnakan rambut. Jika suaminya tidak mengizinkan, maka isteri tidak harus melakukannya.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tWanita yang sedang dalam tempoh edah kematian suami tidak diharuskan mewarnakan rambutnya, kerana mewarnakan rambut termasuk dalam perbuatan menyerlahkan kecantikan, dan ia dilarang terhadap wanita yang dalam edah kematian suami.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tWarna rambut hendaklah selain daripada warna hitam, kerana menutupi uban dengan warna hitam adalah dilarang oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Di dalam satu hadis, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada Abu Quhafah yang sudah keputihan rambut dan janggutnya, \u201cUbahlah ini dengan sesuatu, dan jauhi warna hitam\u201d. (Diriwayatkan oleh Muslim, 3/1663, no: 2102). Dalam mazhab Syafie, mewarnakan rambut dengan hitam tidak dibenarkan untuk wanita kecuali dengan izin suami.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tBahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut hendaklah daripada bahan-bahan yang suci. Maka tidak harus menggunakan bahan najis atau bercampur dengan bahan najis.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tBahan yang digunakan sebagai pewarna hendaklah daripada jenis bahan yang hanya meninggalkan warna dan bukannya bahan yang melekat dan melapisi rambut yang boleh menghalang air daripada mengenai anggota mandi wajib.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tMewarnakan rambut dilakukan bukan untuk tujuan mendedahkan kecantikannya kepada khalayak yang bukan mahram. Jika tujuan mewarnakan rambut adalah untuk diperlihatkan kepada mereka, maka haram hukumnya. Justeru, wanita yang tidak bertudung di khalayak adalah haram mewarnakan rambut kerana ia adalah maksiat berganda; pertama kerana mendedahkan aurat, dan kedua kerana melakukan tabarruj (berhias-hiasan) di hadapan khalayak ajnabi.\n\n\n\n\n\r\n\t\tBerkenaan dengan mandi wajib bagi wanita yang mewarnakan rambut, para ulama bersepakat bahawa kewujudan bahan yang melekat dan melapisi anggota mandi akan menghalang sahnya mandi wajib. Justeru, perkara ke-6 di atas hendaklah dijaga bagi mengelakkan masalah ketika mandi wajib.\n\n\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "93. \nSoalan : \nSumber Pendapatan Kerjaya Sebagai Penyanyi atau Pemuzik\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU: \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tHukum seseorang Muslim menjadikan kerjaya sebagai penyanyi atau pemuzik sebagai sumber pendapatannya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN\n:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSecara prinsip umum, status halal atau haramnya sumber pendapatan daripada suatu aktiviti adalah ditentukan dengan melihat kepada halal atau haramnya aktiviti tersebut.\n\n\n\n\n\r\n\t\tBerkenaan\u00a0 hukum bekerja sebagai penyanyi atau pemuzik, beberapa keputusan fatwa boleh dirujuk, antaranya:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-2 yang bersidang pada 12-13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tNyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tJika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tPancaragam yang melalaikan hukumnya haram;\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tMendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tMenyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.\n\n\n\n\n\r\n\t\tJusteru, nyanyian yang menepati garis panduan di atas adalah diharuskan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "94. \nSoalan : \nIsu Kalimah Allah\nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tIsu kalimah Allah harus difahami dengan betul berdasarkan konteks dan lingkungan Malaysia. Isu sebenar yang berlaku di Malaysia ialah masalah terjemahan istilah God di dalam Bible ke dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan kalimah Allah, bukan sekadar isu penggunaan kalimah tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPersoalannya adakah tepat dan betul untuk menterjemahkan istilah God ke dalam Bahasa Melayu menggunakan istilah Allah?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJawapannya tidak boleh atas sebab-sebab berikut:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tIstilah God adalah nama am sedangkan Allah adalah nama khas. Istilah yang tepat dalam Bahasa Melayu untuk menterjemahkan istilah God ialah Tuhan. Nama khas tidak boleh diterjemahkan kerana ia adalah nama yang tetap dan tidak berubah walaupun dalam bahasa yang berbeza. Misalnya nama John sekiranya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, ia tetap berbunyi John.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tTerjemahan istilah God kepada Allah akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam dan juga kepada masyarakat Kristian. Ini kerana seolah-olah penggunaan tersebut mempunyai makna yang sama dan akan menyebabkan ramai mengandaikan bahawa Tuhan agama Islam dan agama Kristian adalah sama. Sedangkan penjelasan kedua-dua agama mengenai ketuhanan ternyata berbeza.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tIstilah Allah dalam Islam ialah lafaz keagungan (Lafaz Jalalah) yang digunakan merujuk kepada zat yang suci dan esa. Pencirian tentang makna Allah telah diberikan dengan jelas oleh al-Qur\u2019an dalam Surah al-Ikhlas dan Surah al-Kafirun. Antara penjelasan dalam surah al-Ikhlas ialah bahawa \u201cAllah tidak beranak dan diperanakkan.\u201d Ini jelas tidak selari dengan pencirian Tuhan dalam konteks agama Kristian.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tPenggunaan istilah Allah dalam terjemahan Bible berbahasa Melayu ternyata menyeleweng dari makna sebenar istilah Allah yang telah digunakan dalam Bahasa Melayu dan yang ditakrifkan dalam Kamus Bahasa Melayu. Ini kerana dalam Bible berbahasa Melayu istilah ini digunakan dalam konteks jamak seperti allah-allah, sidang allah dan lain-lain.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tAgama Kristian sendiri sejak awal tidak menggunakan istilah Allah sebagai merujuk kepada nama Tuhan. Sebaliknya istilah yang digunakan ialah El, Elohim, Theos dan lain-lain. Adalah amat mengelirukan sekiranya mereka ingin menggunakan istilah Allah untuk terjemahan istilah God.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tPenggunaan istilah Allah yang telah berlaku dalam penulisan Kristian selama ini di Sarawak dan Sabah tidak bermakna ia tepat dan sah untuk digunakan. Sesuatu yang telah lama berjalan tidak bermakna ia betul.\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A'lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "95. \nSoalan : \nBenarkah Riwayat Yang Mengatakan Bahawa Tsalabah Enggan Membayar Zakat? \nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\tBenarkah riwayat yang mengatakan bahawa Tsa'labah enggan membayar zakat?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tKisah Tsa\u2019labah yang dikatakan enggan mengeluarkan zakat adalah satu kisah masyhur yang disebut oleh sebahagian ahli tafsir dalam menafsirkan ayat berikut:\n\n\n\n\n\n\n\u0648\u064e\u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0627\u0647\u064e\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0644\u064e\u0626\u0650\u0646\u0652 \u0622\u062a\u064e\u0627\u0646\u064e\u0627 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0641\u064e\u0636\u0652\u0644\u0650\u0647\u0650 \u0644\u064e\u0646\u064e\u0635\u0651\u064e\u062f\u0651\u064e\u0642\u064e\u0646\u0651\u064e \u0648\u064e\u0644\u064e\u0646\u064e\u0643\u064f\u0648\u0646\u064e\u0646\u0651\u064e \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u0627\u0644\u0650\u062d\u0650\u064a\u0646\u064e\n\r\n\t\tMaksudnya:\u00a0 \u201cDan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh\u201d. (Al-Tawbah: ayat 75).\n\n\n\n\n\r\n\t\tAntara yang meriwayatkan kisah ini ialah Al-Tabarani dalam Al-Mu\u2019jam al-Kabir (8/218 hadis no: 7873).\n\r\n\t\tNamun sekalipun kisah ini agak masyhur, tetapi sebenarnya ia adalah kisah yang tidak sahih dan tidak layak dinisbahkan kepada Tsa\u2019labah r.a. yang merupakan seorang sahabat Nabi S.A.W.\n\n\n\n\n\r\n\t\tAl-Iraqi mengatakan, \u201cDiriwayatkan oleh Al-Tabarani dengan sanad yang dhaif\u201d. (Takhrij Ahadith al-Ihya\u2019, m/s 1179).\n\n\n\n\n\r\n\t\tAl-Qurtubi mengatakan, \u201cTsa\u2019labah adalah seorang Badri (orang yang menyertai peperangan Badar), seorang Ansari, dan dari kalangan mereka yang disaksikan keimanan mereka oleh Allah dan Rasul-Nya sebagaimana yang akan diterangkan dalam permulaan surah al-Mumtahinah. Apa yang diriwayatkan mengenainya (tentang keengganan mengeluarkan zakat) adalah tidak sahih\u201d. (Tafsir al-Qurtubi, 8/210).\n\n\n\n\n\r\n\t\tDari sudut kandungan kisah itu juga dipertikaikan, di mana menurut riwayat tersebut, apabila Tsa\u2019labah ingin bertaubat dan ingin mengeluarkan zakat, Nabi S.A.W tidak menerima zakat tersebut. Begitu juga pada zaman pemerintahan Abu Bakr r.a., Umar r.a. dan Uthman r.a., mereka tidak menerima zakat yang hendak dikeluarkan oleh Tsa\u2019labah.\n\n\n\n\n\r\n\t\tKisah ini tidak selayaknya dinisbahkan kepada Nabi S.A.W. dan khalifah-khalifah selepas baginda dan tidak mungkin ia berlaku. Kerana ia menyalahi prinsip-prinsip Islam dan nas-nas al-Quran yang menerima taubat mereka yang bertaubat, sebagaimana firman Allah:\n\n\n\n\n\n\n\u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0652 \u062a\u064e\u0627\u0628\u064f\u0648\u0627 \u0648\u064e\u0623\u064e\u0642\u064e\u0627\u0645\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u0644\u0627\u0629\u064e \u0648\u064e\u0622\u062a\u064e\u0648\u064f\u0627 \u0627\u0644\u0632\u0651\u064e\u0643\u064e\u0627\u0629\u064e \u0641\u064e\u062e\u064e\u0644\u0651\u064f\u0648\u0627 \u0633\u064e\u0628\u0650\u064a\u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652\n\r\n\t\tMaksudnnya:\u00a0 \u201cKemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani\u201d. (Al-Tawbah: ayat 5).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\u0648\u064e\u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0639\u064e\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0641\u064e\u0627\u062d\u0650\u0634\u064e\u0629\u064b \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0638\u064e\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0646\u0652\u0641\u064f\u0633\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0630\u064e\u0643\u064e\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064e \u0641\u064e\u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u063a\u0652\u0641\u064e\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0644\u0650\u0630\u064f\u0646\u064f\u0648\u0628\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u063a\u0652\u0641\u0650\u0631\u064f \u0627\u0644\u0630\u0651\u064f\u0646\u064f\u0648\u0628\u064e \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064f\u0635\u0650\u0631\u0651\u064f\u0648\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064e\u0627 \u0641\u064e\u0639\u064e\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u064a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0646\u064e\n\r\n\t\tMaksudnya:\u00a0 Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Ali Imran: ayat 135).\n\n\n\n\n\r\n\t\tKesimpulannya, kisah Tsa\u2019labah yang tidak membayar zakat adalah kisah yang tidak sahih dari sudut sanadnya dan dari sudut kandungan ceritanya. Wallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "96. \nSoalan : \nAktiviti Nabi Muhammad S.A.W Selepas Asar dan Asal Usul Permainan Bola Sepak\nJawapan : \n\n\n\n\nGambar Hiasan\n\n\nISU:\n\n\nApakah Aktiviti Nabi Muhammad S.A.W selepas Asar dan Asal-usul permainan bola sepak, adakah ia wujud semasa zaman Nabi S.A.W? Benarkah asal usulnya daripada permainan yang dicipta pada zaman kejatuhan Islam di mana kepala-kepala orang Islam dipancung lalu disepak-sepak oleh orang kafir,sehingga menjadikannya suatu permainan?\n\n\nPENJELASAN\n:\n\n\nAdalah suatu yang sukar untuk menyenaraikan aktiviti Nabi S.A.W. pada waktu petang atau selepas waktu Asar. Tetapi di sana terdapat beberapa amalan khas untuk waktu tersebut, seperti sesetengah zikir dan doa yang digalakkan dibaca pada waktu petang selepas Asar. Selain itu terdapat juga lara\nngan-larangan khas selepas Asar, seperti larangan bersembahyang sunat selepas Asar, dan larangan mengebumikan jenazah selepas Asar. Nabi S.A.W. semasa hayatnya melakukan riadah dan menganjurkan riadah kepada sahabat-sahabat baginda. \n\n\n\n\nAntara kisah yang boleh dijadikan sandaran terhadap galakan riadah ialah:\n\n\nLumba Kuda\n: Nabi S.A.W. pernah diriwayatkan berlumba kuda, sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab Sahihnya. (1/91, no: 420).\n\n\nLumba Lari\n: Tersebut dalam suatu hadis bahawa Nabi S.A.W pernah berlumba lari dengan isterinya Aisyah r.a. (Sunan Abi Daud, 3/29, no: 2578).\n\n\nGusti (Musora'ah)\n: Kisah perlawanan gusti antara Nabi S.A.W dengan Rukanah bin Abd Yazid sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya. (4/55, no: 4078). Walau bagaimanapun kesahihan kisah ini dipertikaikan oleh ramai ulama hadis.\n\n\nBerenang\n: Terdapat hadis menyebut, \"Setiap sesuatu yang bukan daripada zikir kepada Allah adalah kelalaian atau kealpaan, kecuali empat perkara; berjalan kaki antara dua tanda, melatih kuda, bersukaria dengan isteri, dan melatih berenang\". (Riwayat Al-Tabarani dalam Al-Mu'jam al-Kabir, 2/193, no: 1785).\n\n\nPermainan bola sepak sebagaimana yang ada pada hari ini belum wujud pada zaman Nabi S.A.W. Berkenaan dengan asal-usul permainan tersebut sebagaimana yang nyatakan, kami tidak menemui bukti-bukti sahih berkenaan dengannya.\n\n\nWallahu A'lam.\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "97. \nSoalan : \nSolat Jamak Dan Qasar Bagi Seorang Pelaut/Pelayar \nJawapan : \n\n\n\n\nISU: \n\n\nSolat Jamak dan Qasar Bagi Seorang Pelaut/Pelayar yang berulang alik dari Malaysia ke Jepun, Korea, Taiwan dan China setiap dua minggu selama enam bulan. Adakah boleh melakukan jamak dan qasar setiap masa sepanjang tempoh enam bulan tersebut?\n\n\nPENJELASAN: \n\n\nSepanjang tempoh perjalanan di atas kapal, seseorang boleh melakukan solat secara jamak dan qasar.\n\n\nManakala apabila sampai ke destinasi seperti di Jepun, Korea, atau China, maka hukum jamak dan qasar adalah tertakluk kepada status seseorang itu samada dikira bermukim atau bermusafir.\n\n\nMenurut Mazhab Syafie, sekiranya seseorang berniat untuk menetap di satu-satu tempat sela\nma empat hari empat malam, maka dia dikira bermukim di tempat tersebut, dan terhentilah segala hukum-hakam musafir. Dengan itu, dia tidak lagi boleh mengambil rukhsah jamak dan qasar solat. \n\n\n\n\nDalam kes di mana sekiranya tempoh berada di pelabuhan adalah dua minggu, maka ia sudah dikira melebihi tempoh musafir dan seseorang itu tidak lagi berhak mengambil rukhash jamak dan qasar menurut mazhab Syafie. Tetapi sekiranya tempoh perhentian di sana adalah kurang daripada empat hari empat malam, dia masih boleh mengambil rukhsah untuk melakukan jamak dan qasar.\n\n\nWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "98. \nSoalan : \nAdakah Pelaburan Futurebarrel Halal atau Sebaliknya?\nJawapan : \n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nMerujuk kepada senarai laman web/produk pelaburan/ syarikat yang tidak diiktiraf Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, didapati bahawa syarikat yang menawarkan pelaburan futurebarrel adalah termasuk dalam senarai tersebut. Lihat: \nhttp://www.sc.com.my/list-of-unauthorised-websites-investment-products-companies-individuals/\n\n\nOleh itu, pelabur dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pelaburan melalui syarikat yang tidak dilesenkan atau yang tidak diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.\n\n\nManakala dari sudut syariah pula, skim pelaburan futurebarrel\n mempunyai beberapa keraguan seperti berikut:\n\n\n\n\nKewujudan fizikal minyak mentah yang diniagakan tidak dapat dipastikan. Sekiranya urus niaga tersebut hanya berasaskan kepada harga minyak mentah dunia sedangkan tidak berlaku urus niaga jual beli minyak mentah secara sebenar, maka skim ini secara hakikatnya adalah pelaburan berasaskan riba.\n\n\nJika sekiranya urus niaga tersebut berlaku terhadap minyak mentah yang sebenar dan bukan setakat urus niaga terhadap harga, terdapat juga isu syariah di sana, kerana minyak mentah yang dibeli oleh pelabur akan dijual balik, sebelum berlakunya penyerahan komoditi kepada pelabur. Perkara ini tidak dibenarkan oleh syariah kerana Nabi S.A.W bersabda:\n\n\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0627\u0628\u0652\u062a\u064e\u0627\u0639\u064e \u0637\u064e\u0639\u064e\u0627\u0645\u0627\u064b \u0641\u064e\u0644\u0627 \u064a\u064e\u0628\u0652\u0639\u064e\u0647 \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u064a\u064e\u0642\u0652\u0628\u0650\u0636\u064e\u0647\u064f\n\r\n\t\t\tMaksudnya: \u201cSesiapa yang membeli satu makanan maka janganlah dia menjualnya sehingga dia melakukan qabd (pegangan) terhadapnya\u201d. (Hadis riwayat Bukhari, 3/68, no: 2133; Muslim, 3/1160, no: 1252).\n\n\nDalam situasi tersebut, pelabur dikira mengambil keuntungan terhadap suatu urus niaga tanpa mengambil risiko terhadap pegangan komoditi yang dibelinya. Ini bercanggah dengan prinsip syariah yang tidak membenarkan mengambil keuntungan terhadap urus niaga yang tidak ada risiko, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis:\n\n\n\u0644\u0627 \u064a\u064e\u062d\u0650\u0644\u0651\u064e \u0633\u064e\u0644\u064e\u0641\u064c \u0648\u0628\u064e\u064a\u0652\u0639\u064c \u0648\u064e\u0644\u0627 \u0634\u064e\u0631\u0652\u0637\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0641\u064a \u0628\u064e\u064a\u0652\u0639\u064d \u0648\u0644\u0627 \u0631\u0650\u0628\u0652\u062d\u064f \u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064f\u0636\u0652\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0648\u0644\u0627 \u0628\u064e\u064a\u0652\u0639\u064f \u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e\u0643\u064e\n\r\n\t\t\tMaksudnya: \u201cTidak dibenarkan hutang dan jual beli, dan (pengenaan) dua syarat dalam satu (transaksi) jual beli, dan (mendapat) keuntungan (daripada) sesuatu yang tidak dijamin, dan jual beli sesuatu yang engkau tidak miliki\u201d. (Hadis riwayat Tirmizi, 5/527, no: 1234; Abu Daud, 3/283, no: 3504; Al-Nasaie, 7/288, no: 4611).\n\n\nJusteru, pelabur Muslim dinasihatkan supaya memastikan terlebih dahulu bentuk pelaburan yang ditawarkan sebelum menyertainya, selain perlu memilih syarikat-syarikat yang dilesenkan oleh Kerajaan.\n\n\nWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "99. \nSoalan : \nAdakah Ethyl Alcohol @ Ethanol Dari Fermentation of Sugar Cane@Tebu Halal Untuk Digunakan Sebagai Bahan Sanitasi?\nJawapan : \n\n\n\n\nGambar Hiasan\n\n\n\u00a0\n\n\nEthanol atau etil alkohol (ethyl alcohol) adalah sejenis alkohol yang biasa digunakan di dalam pembuatan minuman keras (arak). Selain untuk tujuan tersebut, ia juga digunakan sebagai bahan api, bahan pembersihan (sanitasi) dan lain-lain.\n\n\nDalam menjawab isu yang dikemukakan, keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 adalah dirujuk. Muzakarah me\nmutuskan:\n\n\n\n\n\u201c...bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis\u201d.\n\n\nJusteru, jika sekiranya ethanol/alkohol etil adalah terhasil daripada proses pembuatan arak iaitu melalui proses penapaian, maka ia termasuk dalam alkohol yang mengambil hukum-hakam arak iaitu ia adalah najis, dan tidak boleh digunakan untuk proses sanitasi. Tetapi jika sekiranya penghasilan ethanol/alkohol etil tersebut bukannya melalui proses pembuatan arak, maka ia tidak dihukum sebagai najis dan boleh digunakan untuk sanitasi.\n\n\nWallahu A'lam.\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "100. \nSoalan : \nKedudukan Anjing Dalam Islam Serta Hukum Berkaitannya.\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSejak kebelakangan ini, perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak didapati semakin tegar menghina kesucian dan keluhuran agama Islam......\n\n\nhttp://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/kedudukan_anjing_dan_hukum_berkaitannya.pdf\n\n\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "101. \nSoalan : \nMahar Perkahwinan Nabi Adam dan Hawa\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\n\nGambar Hiasan\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTerdapat satu artikel tentang perkahwinan Nabi Adam dan Hawa yang menyebutkan bahawa maharnya ialah tiga kali selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Mengapa selawat ke atas Rasulullah S.A.W.\u00a0 sedangkan pada waktu itu Nabi Muhammad S.A.W. belum lagi lahir. Perkara ini dikaitkan dengan kejadian Nur Muhammad sebelum terciptanya Nabi Adam yang menyebut bahawa roh kekasih Allah sudah ada di Luh Mahfuz sebelum terciptanya Nabi Adam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tTersebut di dalam sesetengah kitab bahawa ketika Nabi Adam a.s. berkahwin dengan Hawa, mahar perkahwinan yang diminta oleh Allah Taala ialah Nabi Adam hendaklah berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Terdapat banyak versi tentang bilangan selawat yang dijadikan mahar. Ada riwayat menyebut sebanyak 10 kali, ada riwayat menyebut 100 kali dengan satu nafas, ada riwayat menyebut 1000 kali dengan satu nafas, dan lain-lain. (I\u2019anah al-Tolibin, 3/396; Bariqah Mahmudiyyah, 1/59).\n\n\n\n\n\r\n\t\tNamun riwayat-riwayat berkenaan dengan mahar perkahwinan mereka tidak didapati di dalam kitab-kitab hadis yang muktabar. Justeru, status kesahihan kisah tersebut tidak dapat dipastikan, dan perkhabaran berkenaan dengannya tidak boleh dipercayai sehingga dibuktikan melalui periwayatan.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\tWallahu A'lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "102. \nSoalan : \nGiovanni\nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nQUESTIONS:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) How is douleia, hyperdouleia and latreia defined as a tool to preserve the true understanding of monotheism as opposed to idolatry?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t2) Infallibility of God's holy apostles and prophets is not mentioned in the Scriptures but it is taught and received per curiam. How does one explain the lapses of Adam, Moses, Jonah, Joseph, David and all other emissaries of God according to the traditional hermeneutics? What are the organs of infallibility besides these men?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t3) How is monotheism defined in Islam and its correlation with the Nicene Creed? Biblical passages teach that God is ONE in three hypostasis - without subscribing to polytheism or accepting the divinity of others besides the One and Only God as mirrored in the most famous pericope of the first epistle of John 5:7-8. How is it reconciled?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t4)\u00a0 Does Sunni Islam allow the concept of metousyosis when it comes to God?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t5) The economy of divinity in Islam is of Abrahamic origin, to what extent does the dogma apophemi and kataphemi play a part in shaping the concept of God's seemingly anthromorphist attributes? How does one explain this within Abrahamic creed?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nANSWER:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1. Perhaps the questions on douleia, hyperdouelia and latreia is very much Chritian centered. In Islam, to preserve the true understanding of God\u2019s unity (tawhid), veneration and adoration meant to God is distinguished from the veneration of the creation irrespective of their position. For example, the veneration to God which is called tahmid, takbir and tahlil are meant strictly to God while veneration to the prophets and his family which is called salawat & salam are specified to the Prophets and their family. Since the Prophets are not part of divinity, the distinction between veneration to them is clearly distinguished from the veneration to God. The mixture of the two will lead more to idolatory rather than to monotheism\n\n\n\n\n\r\n\t\t2. In Islam, infallibility of the Prophets are implied through various verses such as Ali \u2018Imran:33, 161, Maryam:41, al-Tur:48,Maryam:58. The lapses of the Prophets are explained as follows: a) that the mistake is at the higher level which is prophetic level which is different from the common people; b) the mistakes do not affect their prophethood and infallibility.\n\n\n\n\n\r\n\t\t3. In Islam monotheism is defined as God is alone and He is\u00a0 pure from any kind of multiplicity either in\u00a0 terms of the essence, the attribute and his action. The Nicene Creed is from the perspective of Islam is problematic since although it affirms oneness of God, it also maintains the three hypostasis\n\n\n\n\n\r\n\t\t4. Metousyosis, if it means transubstantiation, is not allowed in Islam since it will imply polytheism and indicate the weaknesses of God.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "103. \nSoalan : \nPenjualan Arak\nJawapan : \n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya ingin membuat beberapa pertanyaan berkenaan dengan penjualan arak, kerana terdapat beberapa kekeliruan:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1. Apakah hukum seorang muslim yang bekerja dengan sebuah kedai runcit yang turut menjual arak?\n\n\n\n\n\r\n\t\t2. Apakah hukum seorang muslim yang menjual arak kepada orang yang bukan muslim, kerana itu termasuk bidang tugasnya di kedai tersebut?\n\n\n\n\n\r\n\t\t3. Apakah hukum muslim tersebut jika dia tidak menjual arak kepada sesiapa juga, tetapi hanya menjual barang-barang lain? Penjualan arak diserahkan kepada orang yang bukan muslim.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSeorang Muslim tidak dibenarkan untuk bekerja dalam sektor yang melibatkan dirinya dalam hal-hal berkaitan dengan arak, seperti penjualan arak, pemprosesan arak, pengangkutan arak, penyimpanan arak dan seumpamanya. Larangan ini dinyatakan oleh Nabi S.A.W. dalam sebuah hadis:\n\n\n\n\n\n\n\u0644\u064e\u0639\u064e\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0645\u0652\u0631\u064e\u060c \u0648\u064e\u0634\u064e\u0627\u0631\u0650\u0628\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0633\u064e\u0627\u0642\u0650\u064a\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0626\u0650\u0639\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0645\u064f\u0628\u0652\u062a\u064e\u0627\u0639\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0627\u0635\u0650\u0631\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0645\u064f\u0639\u0652\u062a\u064e\u0635\u0650\u0631\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u062d\u064e\u0627\u0645\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u062d\u0652\u0645\u064f\u0648\u0644\u064e\u0629\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cAllah melaknat arak, peminumnya, pemberi minumnya, penjualnya, pembelinya, tukang perahnya, orang yang meminta diperahnya, pembawanya, dan orang yang meminta dibawakan kepadanya\u201d. (Abu Daud, 3/326, no: 3674).\n\n\n\n\n\r\n\t\tPengharaman menjual arak adalah diharamkan tanpa mengira sama ada yang membelinya adalah orang Islam ataupun bukan Islam.\n\n\n\n\n\r\n\t\tJusteru sekiranya pekerjaan di sesebuah kedai menuntut seseorang pekerja terlibat secara langsung dengan arak, seperti menjadi juruwang yang menjual arak, maka seseorang Muslim tidak harus bekerja di tempat tersebut.\n\n\n\n\n\r\n\t\tTetapi sekiranya pekerjaannya tidak berkait dengan arak, seperti menjadi juruwang di kaunter halal yang tidak menjual arak, maka bekerja di situ adalah diharuskan, kerana dia tidak dikira terlibat dalam penjualan arak.\n\n\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "104. \nSoalan : \nAre Muslims Allowed To Celebrate Halloween Seeing It Bears No Religious Significance?\nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\tHalloween is a western Christian celebration observed yearly on the October 31st. It is dedicated to remembering the dead including saints (hallows), martyrs, and all the faithful departed believers. It is a feast which was originally influenced by the pagan, especially Celtic harvest festival.\n\n\n\n\n\r\n\tHalloween is commonly celebrated with activities such as costume parties, lighting bonfires, visiting haunted attractions, playing pranks, telling scary movies.\n\n\n\n\n\r\n\tIt is therefore not in line with Islamic teaching and must not be celebrated by Muslims. Islam enjoins celebration of the death through prayers and recitation of the Qur\u2019an.\n\n\n Baca Selanjutnya" "105. \nSoalan : \nHukum Jual Beli Ajen Atau Reseller Secara Online\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\u00a0 \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum jual beli sekiranya saya menjual barangan bukan milik saya dengan menjadi ajen atau \nreseller\n secara \nonline\n. Adakah ini haram? Cara yang saya lakukan ialah mempromosikan produk melalui gambar dan sesiapa yang berminat akan memasukkan duit kepada saya. Kemudian saya akan memasukkan duit kepada pengeluar. Dan pengeluar akan menghantar terus produk kepada orang yang memesan produk itu.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\u00a0 \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAntara bentuk perniagaan dalam talian (\nonline\n) yang diminati pada hari ini ialah dengan cara menjadi \nreseller\n bagi sesetengah produk. Modus operandinya ialah \nreseller\n mempromosikan secara \nonline\n produk daripada pembekal atau pengeluar melalui gambar dan perincian berserta harga. Pelanggan yang berminat dan bersetuju untuk membeli akan membayar harga yang dipersetujui kepada \nreseller\n dengan cara memindahkan wang ke dalam akaun \nreseller\n. \nReseller\n seterusnya membuat pesanan kepada pembekal/pengeluar dan membuat pembayaran. Pembekal/pengeluar membuat penghantaran terus produk yang kepada pelanggan. Keuntungan \nreseller\n ialah perbezaan harga antara harga jualannya kepada pelanggan dan harga beliannya daripada pembekal/pengeluar.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMelihat kepada modus operandi urus niaga di atas, prinsip fiqah yang perlu diambil perhatian ialah syarak melarang seseorang daripada menjual suatu barangan yang belum dimilikinya. Larangan ini dinaskan dalam hadis Hakim bin Hizam yang bertanya kepada Rasulullah SAW, \u201c\nWahai Rasulullah, seorang lelaki datang kepada aku dan mahu membeli sesuatu daripada aku, sedangkan aku belum memilikinya. Adakah boleh aku membelinya untuknya dari pasar\n?\u201d Baginda menjawab:\n\n\n\n\n\n\n\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0628\u0650\u0639\u0652 \u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0633\u064e \u0639\u0650\u0646\u0652\u062f\u064e\u0643\u064e\n\r\n\t\tMaksudnya:\u00a0 \u201c\nJangan kamu menjual suatu yang kamu tidak miliki\n\u201d. (Riwayat Abu Daud, 3/283, no: 3503; Tirmizi, 3/526, no: 1232; Nasaie, 7/289, no: 4613; Ibn Majah, 2/737, no: 2187).\n\n\n\n\n\r\n\t\tJusteru, dalam isu \nreseller\n menjual produk kepada pelanggan sebelum reseller membelinya daripada pembekal/pengeluar, sekiranya produk yang dijual adalah produk yang spesifik dan ditentukan unitnya, maka urus niaga tersebut adalah tidak sah kerana wujud unsur menjual sesuatu yang tidak dimilikinya. Sebagai contoh, jika produk tersebut ialah sebuah telefon bimbit yang telah ditentukan unitnya dan nombor sirinya.\n\n\n\n\n\r\n\t\tManakala jika produk yang dijual adalah dalam bentuk spesifikasi tertentu tanpa ditentukan unit manakah ia, maka di sana terdapat kelonggaran untuk \nreseller\n menjualnya kepada pelanggan walaupun \nreseller \nbelum membelinya daripada pembekal/pengeluar. Ini berasaskan kepada keharusan melakukan urus niaga salam.\n\n\n\n\n\r\n\t\tSecara ringkas, jual beli salam ialah jual beli secara tempahan di mana pembeli membuat bayaran penuh untuk mendapatkan barangan yang dinyatakan spesifikasinya dan akan diserahkan kemudian. Menurut \nStandard Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions \n(AAOIFI), antara barangan yang boleh dibeli melalui akad salam termasuklah produk-produk pembuatan yang boleh ditentukan spesifikasi secara jelas, tidak ada perbezaan ketara antara unit-unitnya, dan boleh didapati di pasaran. (\nShari\u2019a Standards\n, m/s 166).\n\n\n\n\n\r\n\t\tDalam hal ini, pelanggan dikira menjalankan pembelian secara \nsalam\n daripada \nreseller\n, dengan membuat pembayaran penuh untuk membeli produk yang ditetapkan spesifikasinya, yang akan diserahkan pada masa hadapan. \nReseller\n kemudiannya membeli produk yang menepati spesifikasi tersebut daripada pembekal/pengeluar dan dia boleh meletakkan syarat kepada pembekal/pengeluar supaya produk tersebut dihantar terus kepada pelanggan pertama tadi.\n\n\n\n\n\r\n\t\tDengan penyesuaian fiqah seperti ini, urus niaga tersebut adalah sah dengan syarat hendaklah menepati hukum-hakam jual beli salam.\n\n\n\n\n\r\n\t\tSelain penyesuaian fiqah tersebut, ada beberapa lagi bentuk penyesuaian fiqah yang mungkin boleh menjadi solusi kepada isu urus niaga mereka yang menjadi \nreseller\n secara \nonline\n, seperti menggunakan prinsip seperti\n wakalah\n atau\n ju\u2019alah\n.\n\n\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "106. \nSoalan : \nHukum Pembedahan Blepharoplasty Pada Kelopak Mata\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tHukum Pembedahan Blepharoplasty Pada Kelopak Mata\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya\u00a0 ingin tahu, apakah seorang berugama Islam boleh melakukan pembedahan tersebut di atas.\u00a0 Untuk pengetahuan, \nLower Eyelid Blepharoplasty\n ini adalah sejenis penyakit yang boleh menyebabkan bahagian kelopak mata bawah\u00a0 ada\u00a0\u00a0 \"\neye-bag\n\" dan akan memberikan kesan yang buruk kepada sesiapa yang menghadapinya. Kesan yang buruk dari segi kesihatan ialah kegatalan mata yang berterusan, mata berair dan mata akan selalu mengeluarkan tahi mata,di samping itu juga sesiapa yang menghadapi masaalah ini akan membuatkan orang itu nampak letih dan tua daripada usianya yang sebenar.\u00a0 Pembedahan akan\u00a0 di buat untuk membuang lemak yang ada di bahagian bawah kelopak mata untuk tujuan kesihatan dan juga penampilan diri.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN: \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPembedahan \nblepharoplasty\n adalah pembedahan terhadap kelopak mata sama ada kelopak mata atas (\nupper eyelid\n) atau kelopak mata bawah (\nlower eyelid\n) bagi membuang lemak, tisu, dan kulit yang berlebihan di sekitar kelopak mata. Pembedahan \nblepharoplasty\n dilakukan sama ada untuk tujuan kosmetik bagi mengubah penampilan muka supaya kelihatan lebih muda dan cantik, atau dilakukan sebagai prosedur rawatan bagi mereka yang mengalami masalah tertentu pada kelopak mata. Daripada perspektif fiqah, hukum dua kategori tersebut adalah berbeza sebagaimana berikut.\n\n\n\n\n\n\ni- Pembedahan \nBlepharoplasty\n Untuk Kosmetik\n\n\n\n\n\r\n\t\tSekiranya pembedahan \nblepharoplasty\n dilakukan untuk tujuan mengubah penampilan muka supaya kelihatan lebih muda atau menutup tanda-tanda penuaan seperti kedut-kedut di bahagian kelopak mata dan seumpamanya, maka pembedahan seperti ini termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah yang diharamkan oleh syarak.\n\n\n\n\n\r\n\t\tNabi S.A.W. bersabda:\n\n\n\n\n\n\n\u0644\u064e\u0639\u064e\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0648\u064e\u0627\u0634\u0650\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0645\u064f\u0633\u0652\u062a\u064e\u0648\u0652\u0634\u0650\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0645\u064f\u062a\u064e\u0646\u064e\u0645\u0651\u0650\u0635\u064e\u0627\u062a\u0650\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0645\u064f\u062a\u064e\u0641\u064e\u0644\u0651\u0650\u062c\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0644\u0650\u0644\u0652\u062d\u064f\u0633\u0652\u0646\u0650\u060c \u0627\u0644\u0645\u064f\u063a\u064e\u064a\u0651\u0650\u0631\u064e\u0627\u062a\u0650 \u062e\u064e\u0644\u0652\u0642\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0644\u064e\u0649\n\n\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \n\u201cAllah melaknati wanita-wanita yang membuat tatu, yang meminta dibuat tatu, yang meminta dicukur kening, yang membuat penjarangan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah Taala\n\u201d. (Hadis riwayat Bukhari, 7/164, no: 5931; Muslim, 3/1678, no: 2125).\n\n\n\n\n\r\n\t\tDalam hadis di atas, dua elemen yang menyebabkan pelakunya mendapat laknat Allah ialah mengubah ciptaan Allah berserta dengan tujuan untuk kecantikan. Dan kedua-dua elemen ini wujud dalam pembedahan \nblepharoplasty\n untuk tujuan kosmetik.\n\n\n\n\n\n\nii- Pembedahan \nBlepharoplasty\n Untuk Rawatan Kesihatan\n\n\n\n\n\r\n\t\tSekiranya pembedahan \nblepharoplasty\n dilakukan kerana keperluan dari sudut perubatan, contohnya bagi orang tua yang menghadapi masalah kelopak mata longgar sehingga menutup penglihatan mata, ataupun masalah-masalah kesihatan lain pada kelopak mata yang dapat diatasi melalui pembedahan \nblepharoplasty\n, maka ia harus dilakukan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tImam Nawawi ketika mengulas tentang pengharaman melakukan penjarangan gigi menyebut, \u201c...yang diharamkan ialah yang dilakukan untuk tujuan kecantikan. Manakala orang berhajat kepada prosedur tersebut untuk tujuan rawatan atau kecacatan pada gigi atau seumpamanya, maka tidak mengapa\u201d. (Syarh Sahih Muslim 14/107).\n\n\n\n\n\r\n\t\tJusteru, pembedahan \nblepharoplasty\n bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan yang memerlukan pembedahan dilakukan pada kelopak mata, adalah termasuk dalam kategori pembedahan yang diharuskan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallah A\u2019lam.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "107. \nSoalan : \nHukum Menjual Kepingan Dinar Yang Ditulis Ayat Suci Al-Quran Kepada Bukan Muslim\nJawapan : \n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\tAl-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada umat manusia sebagai hidayah dan petunjuk ke jalan yang benar. Dengan statusnya sebagai kalam Allah, sebarang ayat daripada al-Quran wajib dimuliakan dan dijauhkan daripada perkara-perkara yang mencemari kemuliaannya. Justeru, adalah tidak digalakkan membuat cap pada mata wang sama ada dinar/dirham atau mata wang kertas dengan tulisan ayat-ayat al-Quran. Ini kerana ia boleh mendedahkan tulisan ayat-ayat al-Quran kepada perkara-perkara yang merendahkannya.\n\n\n\n\n\r\n\tBerkenaan hukum menjual kepingan dinar atau dirham yang bercap ayat-ayat suci al-Quran kepada orang bukan Muslim, sebahagian ulama berpendapat bahawa ia diharuskan sekiranya ia termasuk dalam kategori hajat dan keperluan umum yang tidak dapat dielakkan (\numum balwa\n). Pendapat ini dinyatakan oleh sebilangan fuqaha mazhab Syafie. Antaranya:\n\n\n\n\n\r\n\tAl-Syarbini menyatakan, \u201cAdalah satu keperluan umum yang tidak dapat dielakkan bahawa ahli zimmah (bukan Muslim) boleh mendapat pemilikan dinar-dinar dan dirham-dirham yang bercap padanya ayat-ayat al-Quran, tanpa ia diingkari oleh seorang pun dari kalangan salaf dan khalaf. Sebahagian ulama terkemudian pula berpendapat bahawa ia dimaafkan kerana keperluan\u201d. (Mughni al-Muhtaj, 2/335).\n\n\n\n\n\r\n\tYang dimaksudkan dengan keperluan dalam konteks di atas ialah keperluan orang bukan Muslim untuk turut menjalankan urus niaga dinar atau dirham tersebut, sebagai contoh dalam kondisi ia merupakan mata wang yang mudah diurus niaga, di mana jika mereka dihalang untuk menjalankan urus niaga tersebut, ia akan membawa kepayahan kepada mereka.\n\n\n\n\n\r\n\tJusteru, penjualan kepingan dinar dan dirham yang bercap ayat al-Quran kepada bukan Muslim adalah dibenarkan kerana ia boleh dimasukkan dalam \numum balwa\n.\n\n\n\n\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "108. \nSoalan : \nHukum Hadiah Tiket Umrah Wang Organisasi\nJawapan : \n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nISU: \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSaya bertugas sebagai Pegawai agama dalam satu organisasi merangkap Setiausaha Kerja semua program surau dalam organisasi tersebut. Pada bulan Ramadhan yang lalu, dengan persetujuan bos saya dan Pengerusi Surau telah bersetuju untuk meraikan peserta majlis tadarus al-Quran bulan Ramadhan dengan membeli setiap seorang peserta saguhati Buku Soal Jawab Agama. Pembelian buku-buku tersebut menggunakan duit agama organisasi tersebut. Apabila buku-buku tersebut saya membeli di kedai, maka kedai tersebut telah meminta saya mengisi borang peraduan, saya pun telah mengisinya. Pada 6 Nov 2013, Syarikat kedai tersebut menelefon dan memberitahu yang saya telah memenangi hadiah 2 tiket Umrah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tUntuk itu, apakah hukumnya dan kedudukan tiket dan hadiah tersebut? Apa yang perlu saya lakukan? Adakah ia hak orang ramai (Peserta Tadarus Al Quran) atau macamana?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan penjelasan yang diberikan, hadiah berbentuk pakej umrah yang diberikan oleh Kedai Buku kepada tuan\n bukan milik dan hak tuan\n, sebaliknya ia adalah \nmilik organisasi.\n Ini berdasarkan kepada alasan-alasan berikut:\n\n\n\n\n\n\nPertama:\n Tuan telah bertindak sebagai wakil/ejen kepada organisasi ketika membuat pembelian buku di kedai buku tersebut. Berdasarkan kepada kaedah dalam bab \u2018Wakalah/Agency\u2019, apabila seorang wakil (ejen) melaksanakan akad jual beli bagi pihak orang lain, maka hukum akad iaitu kesan-kesan akad seperti pemindahan pemilikan adalah milik pihak yang mewakilkan (prinsipal). Daripada kaedah ini, maka pemberian hadiah disebabkan oleh pembelian buku oleh tuan sebagai wakil/ejen adalah sepatutnya menjadi milik prinsipal iaitu pihak yang tuan wakili, iaitu organisasi yang menganjurkan program.\n\n\n\n\n\n\nKedua\n: Sekiranya tuan menerima hadiah tersebut bagi pihak tuan sendiri sedangkan dalam kes ini tuan adalah wakil yang bekerja bagi pihak organisasi, maka ditakuti termasuk dalam isu \n\u2018Hadiah al-\u2018Ummal\u2019 \nyang diharamkan oleh Islam dan diberi ancaman yang sangat dahsyat dalam hadis-hadis yang sahih.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\tAntaranya hadis Abu Humaid al-Saa\u2019idi:\n\n\n\n\n\n\n\u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064b\u0627 \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0632\u0652\u062f\u0650 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0635\u064e\u062f\u064e\u0642\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0628\u064e\u0646\u0650\u064a \u0633\u064f\u0644\u064e\u064a\u0652\u0645\u064d\u060c \u064a\u064f\u062f\u0652\u0639\u064e\u0649: \u0627\u0628\u0652\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0623\u064f\u062a\u0652\u0628\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u0650\u060c \u0641\u064e\u0644\u064e\u0645\u0651\u064e\u0627 \u062c\u064e\u0627\u0621\u064e \u062d\u064e\u0627\u0633\u064e\u0628\u064e\u0647\u064f\u060c \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627\u0644\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652\u060c \u0648\u064e\u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0647\u064e\u062f\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u064c\u060c \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e: \u00ab\u0641\u064e\u0647\u064e\u0644\u0651\u064e\u0627 \u062c\u064e\u0644\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e \u0641\u0650\u064a \u0628\u064e\u064a\u0652\u062a\u0650 \u0623\u064e\u0628\u0650\u064a\u0643\u064e \u0648\u064e\u0623\u064f\u0645\u0651\u0650\u0643\u064e \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u062a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650\u064a\u064e\u0643\u064e \u0647\u064e\u062f\u0650\u064a\u0651\u064e\u062a\u064f\u0643\u064e \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064f\u0646\u0652\u062a\u064e \u0635\u064e\u0627\u062f\u0650\u0642\u064b\u0627\u00bb \u060c \u062b\u064f\u0645\u0651\u064e \u062e\u064e\u0637\u064e\u0628\u064e\u0646\u064e\u0627\u060c \u0641\u064e\u062d\u064e\u0645\u0650\u062f\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064e\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u062b\u0652\u0646\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u060c \u062b\u064f\u0645\u0651\u064e \u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \" \u0623\u064e\u0645\u0651\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064f\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u0650\u064a \u0623\u064e\u0633\u0652\u062a\u064e\u0639\u0652\u0645\u0650\u0644\u064f \u0627\u0644\u0631\u0651\u064e\u062c\u064f\u0644\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0645\u064e\u0644\u0650 \u0645\u0650\u0645\u0651\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0644\u0651\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f\u060c \u0641\u064e\u064a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650\u064a \u0641\u064e\u064a\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f: \u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0645\u064e\u0627\u0644\u064f\u0643\u064f\u0645\u0652\u060c \u0648\u064e\u0647\u064e\u0630\u064e\u0627 \u0647\u064e\u062f\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u064c \u0623\u064f\u0647\u0652\u062f\u0650\u064a\u064e\u062a\u0652 \u0644\u0650\u064a\u060c \u0623\u064e\u0641\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062c\u064e\u0644\u064e\u0633\u064e \u0641\u0650\u064a \u0628\u064e\u064a\u0652\u062a\u0650 \u0623\u064e\u0628\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0623\u064f\u0645\u0651\u0650\u0647\u0650 \u062d\u064e\u062a\u0651\u064e\u0649 \u062a\u064e\u0623\u0652\u062a\u0650\u064a\u064e\u0647\u064f \u0647\u064e\u062f\u0650\u064a\u0651\u064e\u062a\u064f\u0647\u064f \u0625\u0650\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u0635\u064e\u0627\u062f\u0650\u0642\u064b\u0627.\n\n\n\n\n\r\n\tMaksudnya: \nRasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melantik seorang lelaki dari suku Azd untuk mengutip zakat Bani Sulaim, beliau digelar Ibn al-Utbiyyah. Apabila beliau datang maka baginda membuat pengiraan ke atasnya. Beliau berkata, \u201cIni harta kamu, dan ini pula hadiah (untuk aku)\u201d. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, \u201cCubalah kalau kamu duduk di rumah bapa dan ibu kamu, hingga kamu diberikan hadiah jika kamu adalah benar\u201d. Kemudian baginda berkhutbah, lalu mengucapkan Alhamdulillah dan memuji Allah, kemudian baginda bersabda, \u201cAku telah melantik seorang lelaki dari kalangan kamu untuk melaksanakan suatu pekerjaan yang aku diperintahkan oleh Allah, lalu dia datang dan berkata, \u201cIni harta kamu, dan ini pula hadiah yang diberikan kepada aku\u201d. Cubalah dia duduk di rumah ayah dan ibunya hingga dia didatangi hadiahnya itu jika dia benar\u201d\n.\u00a0 (Diriwayatkan oleh Bukhari, 9/28, no: 6979; Muslim, 3/1463, no: 1832).\n\n\n\n\n\r\n\tJusteru dalam isu tuan, kami berpandangan bahawa hadiah tersebut adalah \nhak dan milik organisasi\n yang mewakilkan tuan ketika membuat pembelian buku. Kemudian, organisasi dengan budi bicaranya berhak untuk memberikan kembali hadiah pakej umrah tersebut kepada tuan sebagai insentif atas pekerjaan yang tuan lakukan.\n\n\n\n\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "109. \nSoalan : \nTuntutan Harta Sepencarian\nJawapan : \n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nISU: \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tArwah suami saya tidak dianggap sebagai ahli keluarga kerana dia seorang penagih dadah. Selama 10 tahun berkahwin, saya menanggung semua keperluan hidup. Saya berusaha untuk membawa kembali suami saya ke jalan yang benar sehingga sanggup hidup susah dan meninggalkan kesenangan hidup dan akhirnya saya berjaya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKami kemudian memulakan perniagaan dengan wang modal yang kami dapat dari pembahagian harta peninggalan arwah ayahnya. Selama 5 tahun kami menjalankan perniagaan, Alhamdulillah perniagaan kami menjadi. Suami saya baru meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru. Kami tidak dikurniakan anak. Kini keluarganya cuba menuntut harta peninggalan suami saya. Apakah mereka berhak menuntut dan bagaimana boleh saya mempertahankan hak saya?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDaripada penjelasan puan berkenaan permasalahan yang dihadapi, kami memahami bahawa perniagaan yang puan jalankan bersama dengan arwah suami puan adalah bermula daripada modal yang diperoleh daripada harta pusaka bapa suami puan. Justeru \nperniagaan tersebut secara asasnya adalah milik suami puan\n, kerana harta yang diperoleh oleh seseorang dalam tempoh perkahwinan melalui pemberian hibah (hadiah), pewarisan, dan wasiat adalah menjadi milik individu tersebut dan tidak dikira sebagai harta sepencarian bersama pasangannya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTetapi apabila harta individu tersebut sama ada suami atau isteri, \ndikembangkan\n dalam bentuk perniagaan dan perusahaan yang dijalankan bersama antara suami dan isteri, maka \nharta tersebut boleh dikategorikan sebagai harta sepencarian.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIni kerana menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003, mana-mana harta yang diperoleh sebelum perkahwinan atau diperoleh dalam suatu tempoh perkahwinan yang sah secara warisan, hibah ataupun wasiat, tetapi harta tersebut berkembang dengan usaha mereka bersama atau usaha perseorangan pasangan yang lain, maka harta tersebut juga boleh dianggap sebagai harta sepencarian.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam kes puan, walaupun harta modal tersebut adalah milik suami puan, tetapi puan bertindak secara langsung dalam mengembangkan harta tersebut bersama-sama dengan suami puan, maka \nhasil mahsul daripada perusahaan tersebut boleh dimasukkan sebagai harta sepencarian.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru selepas berlaku kematian suami puan, \nharta sepencarian tersebut boleh dibahagikan kepada puan sebelum pembahagian faraid\n. Mahkamah akan menilai setakat mana hak puan, dan yang selebihnya tertakluk kepada hukum faraid.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam fatwa Negeri Selangor (Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2005 bertarikh 24 Mac 2005) mengenai Harta Sepencarian Selepas Kematian Salah Satu Pihak Dalam Perkahwinan Di Negeri Selangor telah membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tHarta sepencarian selepas kematian salah satu pihak dalam perkahwinan di Negeri Selangor boleh dibahagikan kepada suami atau isteri sebelum difaraidkan termasuk setelah dilepaskan tanggungan si mati.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tPembahagian harta sepencarian tersebut hendaklah diberikan mengikut takat sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dari kedua-dua belah pihak .\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tPersetujuan pembahagian hendaklah dibuat melalui perintah mahkamah.\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKami nasihatkan puan \nmerujuk kepada pihak Mahkamah Syariah\n jika puan ingin membuat tuntutan harta sepencarian tersebut. Walau bagaimanapun \nbahagian yang selebihnya\n selepas pembahagian harta sepencarian adalah \ntertakluk kepada hukum hakam faraid\n. Jika arwah suami puan mempunyai waris lain yang berhak seperti ibu dan adik beradik, maka mereka berhak ke atas harta pusaka tersebut. Puan berhak sekadar seperempat daripada bahagian harta pusaka, kerana arwah suami puan tidak meninggalkan anak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "110. \nSoalan : \nMenukar Niat Ketika Solat Berjemaah\nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nISU: \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSekumpulan wanita bersolat jemaah dimana salah seorang mereka menjadi imam. Ketika solat, sekumpulan jemaah lelaki masuk ke dalam masjid dan melakukan solat jemaah. Imam wanita tadi menukar niat pula menjadi makmum kepada imam lelaki yang baru masuk masjid. Apakah kedudukan solat imam wanita tadi? Dan bagaimana dengan jemaah wanita yang bersolat mengikut imam wanita mereka.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tDalam bab solat jemaah, adalah tidak sah bagi seseorang untuk berimamkan kepada seseorang yang berimamkan kepada orang lain. Perkara ini disepakati oleh ulama secara ijmak. Di dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj (2/282) \u201cDan tidak sah mengikut seseorang yang mengikut orang lain, secara ijmak\u201d.\n\n\n\n\n\r\n\t\tApabila berlaku kes di mana dalam satu solat jemaah, imam bertindak memutuskan niat imamnya untuk menjadi makmum kepada imam yang lain, maka perincian hukumnya adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\r\n\t\tImam tersebut sah solatnya, kerana seseorang imam dalam solat selain solat Jumaat boleh memutuskan niat jemaahnya walaupun dia masih diikuti oleh makmum-makmumnya.\n\n\n\n\n\r\n\t\tImam tersebut yang telah memutuskan niat imamnya boleh untuk berniat menjadi makmum kepada orang lain. Ini kerana niat menjadi makmum tidak semestinya daripada awal, tetapi seseorang boleh mula berniat menjadi makmum di tengah-tengah solat.\n\n\n\n\n\r\n\t\tManakala makmum kepada jemaah pertama tadi, sekiranya mereka mengetahui atau menyangka bahawa imam mereka telah menjadi makmum kepada orang lain, mereka hendaklah memutuskan niat jemaah dengan imam tersebut. Ini berdasarkan ijmak bahawa tidak harus menjadi makmum kepada seseorang yang menjadi makmum kepada yang lain. Dalam hal ini, mereka boleh meneruskan solat sama ada secara sendirian atau secara jemaah dengan imam kedua.\n\n\n\n\n\r\n\t\tTetapi jika sekiranya makmum kepada jemaah pertama tadi tidak mengetahui bahawa imam mereka telah menjadi makmum kepada orang lain, lalu mereka meneruskan solat dengan mengikuti imam mereka, maka solat mereka adalah sah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "111. \nSoalan : \nDakwaan Nabi Isa Qadim\nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAhlus-Sunnah bersepakat bahawa Al-Quran adalah Kalam Allah yang Qadim iaitu Ghair Makhluq dan bukan Muhdath (baharu). Bagaimanakah jawapan yang sepatutnya saya berikan buat dakwaan Kristian bahawa analogi (Qiyas) yang sama dapat digunakan buat Nabi Isa a.s. yang bergelar Kalimatullah? Mereka mendakwa dengan hujah yang sama bahawa Nabi Isa itu Qadim bukan makhluk dan bukan baharu kerana Baginda ialah Kalimatullah yang menjadi jasad. Saya mohon pencerahan dan kepakaran tuan. Terima kasih.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tApabila al-Qur\u2019an merujuk Nabi Isa sebagai kalimatun min Allah (Surah Ali-'Imran 3:39) iaitu \u2018perkataan dari Allah\u2019, ia merujuk kepada perintah atau wahyu dari Allah yang diberikan kepada Maryam sehingga menjadi asbab Maryam mengandungkan Nabi Isa tanpa melalui perantaraan seorang bapa. Dengan kata lain kalimah di sini menunjukkan salah satu tanda dan ayat dari kebesaran Allah. Ia tidak boleh diqiyaskan dengan hakikat al-Qur\u2019an kerana al-Qur\u2019an merupakan salah satu dari penzahiran sifat Kalam Allah yang qadim. Sedangkan Nabi Isa adalah seorang manusia termasuk dalam kategori makhluk sebagaimana Nabi-Nabi yang lain.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIstilah yang menggambarkan Nabi Isa sebagai kalimah dalam ilmu tafsir temasuk dalam kategori istilah atau ayat mutashabihat (ayat yang mempunyai lapisan makna) . Maka ia harus di fahami selari dengan ayat-ayat muhkamat (yang jelas maknanya) yang ada dalam al-Qur\u2019an khususnya yang berkaitan dengan Nabi Isa. Misalnya ayat dalam Surah al-Maaidah ayat 17 \u201cSesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata \u201csesungguhnya Allah itu ialah al-Masih putera Maryam\u201d dan Surah al-Maaidah, ayat 73 \u201cSesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan \u201cBahawasanya Allah salah satu dari yang tiga\u201d jelas menafikan pandangan agama Kristian yang mengatakan Isa adalah sebahagian dari hakikat ketuhanan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a\u2019lam\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "112. \nSoalan : \nKeraguan Terhadap Pensyariatan Khitan\nJawapan : \nSumber primer\u00a0\ndalam syariat Islam ialah\u00a0\nAl-Quran dan Sunah\n. Sesiapa yang mendakwa bahawa ajaran Islam hanya bersumberkan kepada Al-Quran semata-mata dan menolak ajaran yang terkandung dalam Sunah, maka dia terseleweng daripada agama Islam.\u00a0\nAl-Quran sendiri memerintahkan supaya menerima dan mengamalkan apa yang dibawa oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dan meninggalkan apa yang dilarang baginda.\n\u00a0Firman Allah Taala:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0622\u062a\u064e\u0627\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0631\u0651\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0641\u064e\u062e\u064f\u0630\u064f\u0648\u0647\u064f \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0647\u064e\u0627\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0641\u064e\u0627\u0646\u062a\u064e\u0647\u064f\u0648\u0627\n\r\nMaksudnya:\u00a0\n\u201cDan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang baginda larang kamu melakukannya, maka patuhilah larangannya\u201d\n. (Surah Al-Hasyr: ayat 7).\n\n\n\u00a0\n\n\nAl-Quran sendiri memberi ancaman azab terhadap golongan yang mengingkari perintah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sebagaimana firman Allah Taala:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u062d\u0652\u0630\u064e\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u064a\u064f\u062e\u064e\u0627\u0644\u0650\u0641\u064f\u0648\u0646\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0646 \u062a\u064f\u0635\u0650\u064a\u0628\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0641\u0650\u062a\u0652\u0646\u064e\u0629\u064c \u0623\u064e\u0648\u0652 \u064a\u064f\u0635\u0650\u064a\u0628\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0639\u064e\u0630\u064e\u0627\u0628\u064c \u0623\u064e\u0644\u0650\u064a\u0645\u064c\n\r\nMaksudnya:\u00a0\n\u201cOleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam), beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya\u201d\n. (Surah Al-Nur: ayat 63).\n\n\n\u00a0\n\n\nDi atas dasar ini, maka syariat Islam adalah bersumberkan kepada Al-Quran dan Sunah, di mana dalam kebanyakan ajaran syariat Islam, sunah merupakan penjelasan dan perincian terhadap perkara-perkara yang disebutkan atau diisyaratkan dalam Al-Quran secara umum. Kedudukan sunah sebagai penjelasan terhadap Al-Quran diakui sendiri dalam firman Allah Taala:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0648\u064e\u0623\u064e\u0646\u0632\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0643\u064e \u0627\u0644\u0630\u0651\u0650\u0643\u0652\u0631\u064e \u0644\u0650\u062a\u064f\u0628\u064e\u064a\u0651\u0650\u0646\u064e \u0644\u0650\u0644\u0646\u0651\u064e\u0627\u0633\u0650 \u0645\u064e\u0627 \u0646\u064f\u0632\u0651\u0650\u0644\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0639\u064e\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u064a\u064e\u062a\u064e\u0641\u064e\u0643\u0651\u064e\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \n\u00a0\n\r\nMaksudnya:\u00a0\n\u201cDan kami pula turunkan kepada kamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya\u201d\n. (Surah al-Nahl: ayat 44).\n\n\n\u00a0\n\n\nPensyariatan Khitan\n\n\n\u00a0\n\n\nBerdasarkan prinsip Islam yang mengiktiraf sunah sebagai sumber ajaran, maka sepatutnya tidak ada sebarang keraguan bagi seorang Muslim untuk menerima bahawa\u00a0\namalan khitan merupakan salah satu tuntutan Islam\n. Berikut adalah sandaran syarak berkenaan amalan khitan:\n\n\n\u00a0\n\n\nHadis Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:\n\n\n\u00a0\n\n\n?\n\u0627\u0644\u0641\u0650\u0637\u0652\u0631\u064e\u0629\u064f \u062e\u064e\u0645\u0652\u0633\u064c: \u0627\u0644\u062e\u0650\u062a\u064e\u0627\u0646\u064f\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0650\u0627\u0633\u0652\u062a\u0650\u062d\u0652\u062f\u064e\u0627\u062f\u064f\u060c \u0648\u064e\u0646\u064e\u062a\u0652\u0641\u064f \u0627\u0644\u0625\u0650\u0628\u0652\u0637\u0650\u060c \u0648\u064e\u0642\u064e\u0635\u0651\u064f \u0627\u0644\u0634\u0651\u064e\u0627\u0631\u0650\u0628\u0650\u060c \u0648\u064e\u062a\u064e\u0642\u0652\u0644\u0650\u064a\u0645\u064f \u0627\u0644\u0623\u064e\u0638\u0652\u0641\u064e\u0627\u0631\u0650\n\r\nMaksudnya: \u201c\nFitrah adalah lima perkara: khitan, mencukur ari-ari, mencabut bulu ketiak, menggunting misai, dan memotong kuku\u201d\n. (Riwayat Bukhari, 8/66, no: 6297; Muslim, 1/221, no: 257).\n\n\n\u00a0\n\n\nAmalan khitan juga adalah sunah Nabi Ibrahim a.s\n., sebagaimana disebut dalam hadis Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:\n\n\n\n\n\u0627\u062e\u0652\u062a\u064e\u062a\u064e\u0646\u064e \u0625\u0650\u0628\u0652\u0631\u064e\u0627\u0647\u0650\u064a\u0645\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0644\u0627\u064e\u0645\u064f \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0627\u0628\u0652\u0646\u064f \u062b\u064e\u0645\u064e\u0627\u0646\u0650\u064a\u0646\u064e\n\r\nMaksudnya:\u00a0\n\u201cIbrahim Alaihissalam berkhitan ketika umurnya 80 tahun\u201d.\n\u00a0(Riwayat Bukhari, 4/140, no: 3356; Muslim, 4/1839, no: 2370).\n\n\n\u00a0\n\n\nHadis-hadis di atas adalah sahih malah disepakati akan kesahihannya. Justeru\u00a0\ntidak ada sebarang pertikaian dari kalangan ulama Islam bahawa amalan khitan adalah ajaran Islam,\n\u00a0cuma terdapat perbezaan pandangan dari sudut perincian sama ada ia wajib ataupun sunat. Adapun secara umum, kesemua ulama Islam mengakui bahawa\u00a0\nkhitan disyariatkan dalam Islam dan ia menepati fitrah\n.\n\n\n\u00a0\n\n\nMaka adalah\u00a0\ntidak benar untuk menyatakan bahawa khitan hanya amalan tradisi yang tidak ada sandaran dalam Islam.\n\n\n\u00a0\n\n\nMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21-23 April 2009\u00a0\nketika membincangkan mengenai Hukum Pemotongan Genitalia Wanita berpandangan bahawa berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Manakala amalan Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation) adalah bertentangan dengan amalan berkhatan yang ditetapkan oleh Syarak. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama\u2019,\u00a0\nMuzakarah bersetuju memutuskan bahawa berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.\n\n\n\u00a0\n\n\nAdakah Khitan Mengubah Ciptaan Allah?\n\n\n\u00a0\n\n\nKhitan\u00a0\ntidak termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah\n\u00a0yang dilarang di dalam al-Quran. Ini kerana\u00a0\namalan khitan adalah perintah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang merupakan perintah Allah Taala juga.\n\u00a0Sekalipun khitan (bagi lelaki) menyebabkan sedikit pengubahan anggota sulit dengan membuang sebahagian kulit pada kemaluan, tetapi ia merupakan arahan daripada syarak. Justeru, ayat Al-Quran yang melarang melakukan pengubahan ciptaan Allah tidak merangkumi amalan khitan. Imam Nawawi menjelaskan perkara ini:\n\n\n\u00a0\n\n\n\u0641\u064e\u062e\u064e\u0635\u0651\u064e\u0635\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062e\u0650\u062a\u064e\u0627\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0648\u064e\u0633\u0652\u0645\u064e \u0648\u064e\u0646\u064e\u062d\u0652\u0648\u064e\u0647\u064f\u0645\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0628\u064e\u0642\u0650\u064a\u064e \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0627\u0642\u0650\u064a \u062f\u064e\u0627\u062e\u0650\u0644\u064b\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0639\u064f\u0645\u064f\u0648\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0630\u0651\u064e\u0645\u0651\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0647\u0652\u064a\u0650\n\r\nMaksudnya: \u201c\nDikhaskan (dikecualikan) daripada larangan pengubahan ciptaan Allah adalah khitan dan wasm (terhadap haiwan). Maka yang selebihnya adalah termasuk dalam umum celaan dan larangan\u201d\n. (Al-Majmu\u2019 Syarh al-Muhazzah, 6/177).\n\n\n\r\nPerlu difahami bahawa pengubahan ciptaan Allah kadangkala ia dituntut oleh syarak sendiri jika terdapat nas tentangnya.\n\n\n\u00a0\n\n\nSebagai contoh, memotong tangan adalah satu bentuk pengubahan ciptaan Allah, tetapi ia dituntut untuk dilaksanakan oleh pemerintah terhadap pesalah jenayah mencuri yang mencukupi syarat pelaksanaan hukum hudud. Pengubahan demikian adalah tuntutan syarak.\n\n\n\u00a0\n\n\nBegitu juga membuat tindik pada telinga bagi perempuan yang mahu memakai anting-anting, ia adalah satu bentuk pengubahan ciptaan Allah, tetapi syarak mengiktiraf perbuatan tersebut kerana ia diamalkan oleh wanita-wanita sahabat Nabi Sallallahu Alaihi tanpa diingkari, termasuklah amalan khitan, yang walaupun dilihat ada pengubahan ciptaan Allah, tetapi ia dituntut oleh syarak berdasarkan dalil-dalil sahih yang dikemukakan di atas.\n\n\n\u00a0\n\n\nWallahu A\u2019lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "113. \nSoalan : \nDoa Terhadap Ibubapa Bukan Muslim\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya adalah seorang muallaf dan saya musykil dengan ungkapan doa kepada org tua kita yang berbunyi \u201cYa Allah ampunilah kedua orang tua ku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani ku sejak kecil\u201d. Apakah doa ini boleh didoakan oleh saya terhadap ibubapa saya yang bukan muslim?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tBerdoa adalah satu amalan yang amat dituntut oleh Islam. Namun memohon diampunkan dosa bagi orang yang musyrik adalah dilarang berdasarkan ayat al-Quran dalam surah at-Taubah, ayat 113 :\n\u201cTidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKepada ibu bapa yang belum beragama Islam, doa yang terbaik ialah memohon Allah s.w.t memberikan hidayah dan petunjuk kepada mereka untuk menerima Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "114. \nSoalan : \nHukum Mempelajari Ilmu Qadam\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tBolehkah manusia biasa seperti saya mempelajari Ilmu Qadam. Apakah hukumnya? Sesetengah ustaz yang saya kenal mengatakan boleh dan ada yang mengatakan sebaliknya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tIlmu qadam atau lebih tepat \u2018ilmu khadam\u2019 adalah ilmu yang membolehkan seseorang memanggil makhluk lain sebagai khadam untuk menjalankan tugas-tugas tertentu untuk kepentingan diri seseorang seperti menjaga keselamatan rumah dan harta, melariskan jualan dan memelihara badan dari dicederakan (kebal). Makhluk tersebut akan menjadi suruhan (khadam) yang akan taat kepada tuannya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenurut pengamal ilmu ini khadam ini adalah dari jin Islam yang bukan sahaja menjalankan tugas menurut perintah tuannya tetapi juga akan mengingatkan tuannya tentang perkara-perkara yang tidak baik. Ada yang memanggilnya sebagai \u2018khadam ayat\u2019 yang terhasil dari bacaan tertentu dari ayat-ayat al-Qur\u2019an. Ilmu ini digunakan dalam sebahagian amalan perubatan tradisional. Ilmu ini juga kadangkala dikaitkan dengan ilmu Nabi Khidir.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIslam sememangnya mengiktiraf kewujudan makhluk-makhluk lain selain manusia seperti jin dan malaikat seperti mana yang dijelaskan oleh al-Quran dan hadis. Islam juga tidak menafikan dalam beberapa keadaan adanya hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk ini sepertimana yang berlaku kepada sekumpulan jin yang terkesan apabila mendengar bacaan al-Quran daripada Nabi Muhammad s.a.w (al-Jin 72:1-2) dan kisah Nabi Sulaiman yang memerintahkan jin untuk memindahkan istana Ratu Balqis (Surah al-Naml:27:39-40).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDi samping itu, terdapat juga di antara ayat-ayat al-Quran sekiranya dibaca akan dapat memberikan kekuatan tertentu kepada seseorang dan memelihara seseorang dari perkara buruk seperti Ayat al-Kursi dari Surah al-Baqarah, Surah Yasin dan ayat-ayat yang lain. Ilmu Qadam (Khadam) sedikit sebanyak berkait dengan perkara-perkara di atas.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaupun pada dasarnya ilmu ini boleh digunakan sekiranya didasarkan kepada cara yang benar, namun ia amat tidak digalakkan terutama kepada orang awam dan juga kepada mereka yang tidak mempunyai Ilmu Akidah yang mantap atas sebab-sebab berikut:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tIkatan pergantungan manusia akan berpindah daripada ALLAH SWT kepada makhluk-makhluk ini. Ini akan menjejaskan akidah seseorang dan mengakibatkan syirik kepada ALLAH SWT.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tKecenderungan ilmu ini disalahgunakan dan digunakan untuk merosakkan orang lain.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tBanyak bercampur aduk dengan bacaan-bacaan yang tidak bersumberkan dari sumber yang sahih.\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam memohon perlindungan daripada ALLAH SWT, umat Islam disarankan agar memohon doa terus daripadaNYA dengan menggunakan doa yang ma\u2019thur dan daripada al-Quran dan daripada hadis Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya ALLAH SWT adalah sebaik-baik Pemelihara.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "115. \nSoalan : \nSurau atau Masjid Melaungkan Azan Menggunakan Pita Rakaman\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukumnya jika surau atau masjid melaungkan azan menggunakan pita rakaman, bukannya melalui muazzin yang melaungkan azan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAzan merupakan salah satu syiar dalam Islam yang disyariatkan sebagai tanda masuk waktu sembahyang fardu. Ia juga adalah satu ibadah kepada Allah Taala yang tidak sah dilakukan kecuali oleh muazzin yang mencukupi syarat-syaratnya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru para ulama yang membincangkan berkenaan azan menegaskan bahawa tidak sah azan dilaungkan oleh orang bukan Islam atau orang yang tidak siuman kerana tidak mencukupi syarat-syaratnya. Al-Shirazi menyebut:\n\n\n\n\n\n\n\u0648\u0644\u0627 \u064a\u0635\u062d \u0627\u0644\u0623\u0630\u0627\u0646 \u0625\u0644\u0627 \u0645\u0646 \u0645\u0633\u0644\u0645 \u0639\u0627\u0642\u0644 \u0641\u0623\u0645\u0627 \u0627\u0644\u0643\u0627\u0641\u0631 \u0648\u0627\u0644\u0645\u062c\u0646\u0648\u0646 \u0641\u0644\u0627 \u064a\u0635\u062d \u0623\u0630\u0627\u0646\u0647\u0645\u0627 \u0644\u0623\u0646\u0647\u0645\u0627 \u0644\u064a\u0633\u0627 \u0645\u0646 \u0623\u0647\u0644 \u0627\u0644\u0639\u0628\u0627\u062f\u0627\u062a\n\r\n\t\tMaksudnya: \n\u201cTidak sah azan kecuali daripada seorang muslim yang berakal. Manakala orang kafir dan gila tidak sah azan mereka, kerana mereka bukan dari kalangan ahli ibadat\u201d\n. (Al-Muhazzab, 1/111).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh itu laungan azan dengan menggunakan pita rakaman, cakera padat, dan seumpamanya adalah tidak sah dan tidak dikira sebagai azan secara syar\u2019ie. Azan secara syar\u2019ie mestilah dilakukan oleh seseorang mukallaf yang mencukupi syarat-syaratnya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBeberapa badan fatwa negara Islam dan kesatuan fikah sedunia telah memutuskan bahawa azan melalui pita rakaman dan seumpamanya adalah tidak sah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAntaranya, Majmak al-Fiqh al-Islamiy (Islamic Fiqh Council) yang bernaung di bawah Muslim World League dalam persidangan ke-9 yang berlangsung di Makkah pada tahun 1406H telah meluluskan resolusi berikut:\n\n\n\n\n\n\n\u0623\u0646 \u0627\u0644\u0627\u0643\u062a\u0641\u0627\u0621 \u0628\u0625\u0630\u0627\u0639\u0629 \u0627\u0644\u0623\u0630\u0627\u0646 \u0641\u064a \u0627\u0644\u0645\u0633\u0627\u062c\u062f \u0639\u0646\u062f \u062f\u062e\u0648\u0644 \u0648\u0642\u062a \u0627\u0644\u0635\u0644\u0627\u0629 \u0628\u0648\u0627\u0633\u0637\u0629 \u0622\u0644\u0629 \u0627\u0644\u062a\u0633\u062c\u064a\u0644 \u0648\u0646\u062d\u0648\u0647\u0627 \u0644\u0627 \u064a\u062c\u0632\u0626 \u0648\u0644\u0627 \u064a\u062c\u0648\u0632 \u0641\u064a \u0623\u062f\u0627\u0621 \u0647\u0630\u0647 \u0627\u0644\u0639\u0628\u0627\u062f\u0629\u060c \u0648\u0644\u0627 \u064a\u062d\u0635\u0644 \u0628\u0647 \u0627\u0644\u0623\u0630\u0627\u0646 \u0627\u0644\u0645\u0634\u0631\u0648\u0639\u060c \u0648\u0623\u0646\u0647 \u064a\u062c\u0628 \u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0645\u0633\u0644\u0645\u064a\u0646 \u0645\u0628\u0627\u0634\u0631\u0629 \u0627\u0644\u0623\u0630\u0627\u0646 \u0644\u0643\u0644 \u0648\u0642\u062a \u0645\u0646 \u0623\u0648\u0642\u0627\u062a \u0627\u0644\u0635\u0644\u0648\u0627\u062a \u0641\u064a \u0643\u0644 \u0645\u0633\u062c\u062f \u0639\u0644\u0649 \u0645\u0627 \u062a\u0648\u0627\u0631\u062b\u0647 \u0627\u0644\u0645\u0633\u0644\u0645\u0648\u0646 \u0645\u0646 \u0639\u0647\u062f \u0646\u0628\u064a\u0646\u0627 \u0648\u0631\u0633\u0648\u0644\u0646\u0627 \u0645\u062d\u0645\u062f \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0629 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0625\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0622\u0646.\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201c\nLaungan azan di masjid-masjid ketika masuk waktu solat dengan menggunakan peralatan rakaman adalah tidak memadai, tidak harus dalam menunaikan ibadah ini, dan tidak terhasil azan yang syar\u2019ie. Adalah wajib ke atas orang Islam untuk melakukan azan secara sendiri setiap kali masuk waktu solat di setiap masjid, sebagaimana amalan yang diwarisi oleh umat Islam sejak zaman Nabi dan Rasul kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, hingga sekarang\n\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam masalah kanak-kanak lelaki melaungkan azan, maka Mazhab Syafie dan Jumhur Ulama' dari kalangan Hanafiah dan Hanabilah menegaskan azan tersebut adalah tidak sah melainkan dia sudah Mumaiyiz iaitu sekitar usia 11 hingga 12 tahun sebelum baligh. Maka mereka menyimpulkan bahawa kanak-kanak lelaki yang sudah Mumaiyiz boleh melaungkan azan dan sah azannya walaupun yang lebih utama azan tersebut dilaungkan oleh lelaki dewasa.\n\n\n\n\n\r\n\t\tNamun yang demikian para ulama Malikiyah berpendapat kanak-kanak sama ada yang belum baligh, diharamkan dari melaungkan azan sama ada sudah Mumaiyiz atau tidak (Hashiyah Al-Dasuki 1/344).\n\n\n\r\n\t\tKeterangan Jumhur Ulama\u2019 dapat dilihat pada keterangan Al-Wazir Abul-Muzaffar Al-Syaibani: \u201cMereka (ulama' Hanafiyah, Syafi\u2019iyah dan Hanabilah) sepakat bahwa azan dari anak yang sudah Tamyiz untuk jemaah dewasa statusnya sah\u201d (Ikhtilaf a\u2019immatil-Ulama 1/94).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAzan oleh kanak-kanak yang belum Mumaiyiz statusnya tidak sah dan wajib diulang walaupun suara kanak-kanak itu seperti orang dewasa dan walaupun dia mempunyai bakat melaungkan azan. Al-Wazir Abul-Muzaffar Al-Syaibani menjelaskan:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u201c\nTidak sah azan kanak-kanak yang belum Mumaiyiz, dan laungannya tidak menggugurkan kewajiban azan satu kampung.\u201d\n (Al-Fiqh \u2018Alaa Al-Madzahib Al-Arba\u2019ah, 1/463)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "116. \nSoalan : \nKewajipan Terhadap Pemerintah Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah kewajipan seorang rakyat terhadap pemimpin atau pemerintah dari sudut pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebagai seorang Islam adakah kita dibolehkan memaki-hamun, mencela, menyebarkan aibnya, dan memburuk-burukkan para pemimpin/pemerintah secara terbuka?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMengusik kehormatan dan kredibiliti pemerintah dengan cara memaki-hamun, mencela, menyebarkan aibnya, dan mengkritik mereka secara terbuka adalah satu bentuk perbuatan yang ditegah oleh Islam. Bahkan ia termasuk benih-benih pemberontakkan terhadap pemerintah yang menjadi sebab rosaknya agama, tergugatnya keamanan, dan menghilangnya kemaslahatan dunia sekaligus. Perbuatan mengecam dan memburuk-burukkan pemerintah adalah satu bentuk bid\u2019aah yang sengaja diada-adakan dalam perlaksanaan amar ma\u2019ruf nahi mungkar.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIa mula dicipta oleh seorang tokoh Yahudi bernama \u2018Abdullah Bin Saba\u2019 yang berpura-pura memeluk Islam ketika zaman pemerintahan Sayyidina \u2018Uthman Al-Affan. Disebabkan fitnah yang direka dan disebarkan oleh \u2018Abdullah ibn Saba\u2019 inilah akhirnya sejarah Islam menjadi kacau-bilau sehingga terbunuhnya \u2018Uthman dan \u2018Ali. Ideologi yang beliau cetuskan tersebut kemudiannya makin tersebar hingga meracuni dan memperdaya sebahagian kelompok umat Islam setelah itu yang mengakibatkan munculnya firqah-firqah sesat seperti Khawarij, Mu\u2019tazilah, yang kemudiannya dari Khawarij lahirnya Ibadhiyyah, Murji\u2019ah, Qadariyah, dan pelbagai lagi. Lebih awal dari itu, pemikiran mencela pemimpin secara terbuka ini juga telah wujud sejak hayat Rasulullah lagi. Bahkan celaan tersebut diungkapkan terus kepada Rasulullah tanpa segan-silu di hadapan umum. Orang yang mencela Rasulullah tersebut dikenali sebagai Dzul-Khuwaisirah sebagaimana kata Imam Ibn Jawzi. Beliau menuntut Rasulullah supaya berlaku adil dan bertaqwa kepada Allah kerana pada anggapannya Rasulullah telah berlaku khianat dalam suatu proses pembahagian harta ghanimah ketika itu. Rasulullah lalu bersabda yang bermaksud: \u201cSiapa lagi yang dapat berlaku adil jika aku dikatakan tidak adil? Benar-benar celaka dan rugi jika aku tidak dapat berlaku adil.\u201d (Hadith Riwayat Al-Bukhari, 11/442, no. 3341)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKemudian orang tersebut pun berlalu pergi. Dalam riwayat yang lain setelah orang ini pergi, Rasulullah pun bersabda (kepada para sahabatnya yang hadir ketika itu)yang bermaksud: \u201cSesungguhnya daripada orang ini akan muncul sekumpulan manusia yang hebat membaca Al-Qur\u2019an tetapi bacaannya tidak melepasi kerongkongan. Mereka terlepas dari batas-batas Islam sebagaimana anak panah menembusi sasarannya (buruannya). Mereka membunuh Ahlul-Islam dan membiarkan hidup Ahlul-Authan (penyembah berhala). Jika aku sempat menemui mereka, nescaya akan aku perangi (bunuh) mereka sebagaimana dibunuhnya kaum \u2018Aad.\u201d (Hadith Riwayat Al-Bukhari, 22/441, no. 6880)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKetika membahaskan Hadith-Hadith ini dan yang berkaitan, Imam Ibn Jawzi menyatakan dalam kitabnya Talbis Al-Iblis di bab perbahasan Khawarij: \u201cDzul Khuwaisirah adalah tokoh Khawarij yang pertama sekali muncul dalam sejarah Islam. Dia menganggap dirinya dalam kebenaran berdasarkan sangkaannya semata-mata. Dia tidak memahami bahawa pendapat Rasulullah-lah yang perlu diutamakan dan didahulukan berbanding segala pandangan yang lain. Kemudian daripada Dzul Khuwaishirah ini lahir pula kelompok yang memisahkan diri dari ketaatan terhadap pemerintahan \u2018Ali.\u201d(Ibn Jawzi, Talbis Al-Iblis, m/s. 81-82)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tFitnah-fitnah pemisahan dari ketaatan terhadap pemerintahan \u2018Ali tersebut pun akhirnya mengobarkan api kebencian dan pemberontakan. Termasuk di dalamnya adalah fitnah perang Jamal dan Siffin yang mengakibatkan para sahabat bertembung sesama sendiri akibat diapi-apikan oleh kelompok ketiga berideologikan Khawarij.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPada sela-sela masa seterusnya muncullah tokoh-tokoh Khawarij lainnya mewarisi ideologi dua tokoh utama mereka ini (Dzul Khuwaisirah dan \u2018Abdullah B. Saba\u2019). Antaranya adalah seperti \u2018Abdullah Ibn Muljam yang telah membunuh \u2018Ali ketika sedang keluar untuk solat Subuh dengan pedang yang disapu racun. Manakala sekutu \u2018Abdullah Ibn Muljam iaitu Al-Barak Ibn \u2018Abdullah dan Amr Ibn Bakar At-Tamimi yang merancang membunuh Mu\u2019awiyah B. Abu Sufyan dan Amr Ibn Al-\u2018Aas. \u2018Abdullah Ibn Muljam adalah seorang yang kuat beribadah dan hebat bacaan Al-Qur\u2019annya, namun sayang Manhaj berfikirnya menyimpang dari metodologi para sahabat dalam memahami Nass agama.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDi zaman Al-Hasan ibn \u2018Ali, ketika beliau hendak melaksanakan perdamaian dan menyerahkan pemerintahan kepada Mu\u2019awiyah B. Abu Sufyan, muncul pula tokoh bernama Al-Jarrah B. Sinan. Beliau tampil mencela Al-Hasan dan Ayahnya \u2018Ali. Tanpa teragak-agak, Al-Hasan pun membunuhnya. Setelah fasa pemerintahan \u2018Ali hingga Mu\u2019awiyah Ibn Abu Sufiyan, muncul pula nama Mirdas Bin Udayyah dan Nafi\u2019 Bin Al-Azraq.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMirdas Bin Udayyah adalah tokoh yang lahir dari serpihan pemberontak di zaman \u2018Ali Ibn Abi Talib yang kemudiannya memimpin pemberontakkan menentang pemerintahan Yazid B. Mu\u2019awiyah. Di antara sikap beliau adalah suka mencari-cari kesalahan pemimpin dan mencanangnya untuk memburuk-burukkan. Daripada Ziyad Bin Kusaib, beliau menceritakan:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cPada suatu masa pernah aku berada tepat di bawah mimbar Ibn \u2018Amir bersama-sama Abi Bakrah. Ketika itu Ibn \u2018Amir sedang memberi khutbah dengan mengenakan pakaian yang nipis (jarang). Lalu Abu Bilal berteriak, \u201cLihatlah pemimpin kita ini, dia mengenakan pakaian orang fasiq!\u201d Maka, Abi Bakrah pun berkata, \u201cDiamlah, bahawasanya aku telah mendengar Rasulullah bersabda, \u201cSesiapa yang menghina penguasa Allah di muka bumi, nescaya Allah akan menghinakannya.\u201d (Hadith Riwayat At-Tirmidzi, Kitab Al-Fitan, 8/164, no. 2150. Al-Iraqi berkata, isnadnya sahih dan At-Tirmidzi menghasankannya, Takhrij Ahadith Al-Ihya\u2019, 5/246, no. 2246).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam Al-Dzahabi Rahimahullah berkata:\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cAbu Bilal dalam Hadith tersebut adalah Mirdas B. Udayyah, seorang yang berfahaman Khawarij. Disebabkan kebodohannya, beliau pun menganggap pakaian nipis bagi kaum lelaki sebagai pakaian orang Fasiq.\u201d(Al-Dzahabi, Siyar A\u2019lam an-Nubala\u2019, 3/20 dan 14/508)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKisah-kisah berkaitan kekacauan akibat fitnah ideologi Khawarij ini tidak berhenti setakat itu. Bahkan ia terus berlangsung seiring dengan beredarnya zaman. Termasuklah zaman kita hari ini dipelopori oleh mereka yang sentiasa menggunakan agama untuk menghalalkan perbuatan mereka mencela pemimpin. Di antara syi\u2019ar utama kelompok Khawarij ini adalah mereka sentiasa berusaha mengambil kesempatan di atas kelemahan para pemerintah umat Islam bagi tujuan memisahkan diri dari ketaatan terhadap kepimpinannya dan berhajat mengambil alih tampuk kuasa tersebut dengan apa jua cara walapun jelas dilarang oleh agama.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMereka menganggap perbuatan memisahkan diri dari ketaatan terhadap pemerintah sebagai salah satu bentuk saranan amar ma\u2019ruf nahi mungkar dan termasuk amalan jihad yang mendekatkan diri kepada Allah. Selain itu, mereka juga dikenali memiliki keyakinan (fahaman) bahawa sesiapa sahaja yang melakukan dosa besar adalah kafir. Walaupun adakalanya penetapan dosa tersebut hanya pada andaian mereka semata-mata. Mereka juga terkenal dengan sikap terburu-buru dalam menyesat dan mengkafirkan umat Islam atas alasan dosa besar. Imam Al-Barbahari berkata:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cDan sesiapa yang keluar dari ketaatan terhadap para pemerintah umat Islam maka mereka termasuk golongan Khawarij. Mereka bertindak memecah-belahkan perpaduan umat Islam dan menentang sunnah. Sekiranya mereka mati, matinya adalah mati jahiliyyah. Tidak boleh mengangkat senjata memberontak (atau memerangi) pemerintah dan tidak boleh keluar dari ketaatan terhadapnya walaupun pemimpin tersebut seorang yang jahat.\u201d (Syarhus Sunnah, no. 33)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPara ulama Ahlus-Sunnah menjelaskan pemberontakan terhadap pemerintah yang paling ringan adalah memusuhi dengan hati, kemudian celaan atau hasutan kebencian dengan lisan, dan yang paling berat adalah dengan tangan dan senjata. Menurut Imam Al-Syahrastani dalam kitabnya Al-Milal Wa an-Nihal, pemerintah dalam persoalan ini tidak terhad kepada zaman ketika Khulafa\u2019 Al-Rasyidin atau tabi\u2019in semata-mata, tetapi juga termasuk para pemerintah umat Islam di setiap zaman. Sama ada pemerintah yang adil, zalim, mahupun yang fasiq. Ini sebagaimana kata beliau:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cAl-Khawarij, Al-Murji\u2019ah, dan Al-Wa\u2019idiyyah digunakan untuk menyebut semua kelompok masyarakat yang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah yang sah dan diperakui oleh jama\u2019ah (majoriti) umat Islam. Istilah Khawarij digunakan untuk menyebut kelompok masyarakat yang keluar dari ketaatan dan tidak mengakui keabsahan pemerintah yang dilantik sama ada pada zaman para sahabat, khulafa\u2019ur Rasyidin, tabi\u2019in, atau pada masa setelah itu di setiap zaman.\u201d (Al-Syahrastani, Al-Milal Wa An-Nihal, 1/113 \u2013 Dar Al-Ma\u2019rifah)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam Al-Ajurri menegaskan bahawa Khawarij adalah kaum yang jahat lagi derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka dikenali rajin beribadah seperti solat malam, berpuasa, dan membaca Al-Quran, tetapi kebaikan mereka ini sedikitpun tidak memberi manfaat. Kerana mereka memahami Nass-Nass agama dengan kaedah dan tafsiran yang menyeleweng lagi mengikuti hawa nafsu. Kata beliau:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cPara ulama sepakat menyatakan bahawa Khawarij adalah suatu kaum yang jahat dan derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka solat, berpuasa, dan bersungguh-sungguh dalam ibadah. Tetapi kebaikan yang mereka usahakan itu tidaklah memberi sebarang manfaat sedikitpun untuk mereka kerana mereka telah menyelewengkan makna ayat-ayat al-Qur\u2019an bersesuaian dengan hawa nafsunya. Mereka juga menonjolkan amalan amar ma\u2019ruf nahi mungkar, tetapi ia tidak bermanfaat bagi mereka. Kerana mereka gemar menafsirkan al-Qur\u2019an dengan hawa nafsu dan menipu umat Islam. Sesungguhnya Allah \u2018Azza wa Jalla telah memberi peringatan kepada kita dari bahaya dan kesesatan mereka. Begitu juga Nabi, para khulafa al-Rasyidin, para sahabat radhiyallahu \u2018anhum, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik turut mengingatkan. Khawarij ini dan yang sealiran dengannya adalah orang-orang yang jahat, najis, dan kotor. Mereka saling mewarisi fahaman sesat ini sejak dahulu sehinggalah sekarang. Mereka memisahkan diri dari para pemerintah umat Islam, sehingga ada dari mereka yang menghalalkan tindakan membunuh umat Islam.\u201d (Al-Ajurri, Al-Syari\u2019ah, 1/22)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKemudian beliau memberikan satu peringatan tegas untuk kita semua dengan katanya:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cSungguh-sungguh aku telah menyebutkan peringatan (tahdzir) terhadap mazhab Khawarij. Yang mana pada peringatan tersebut mengandungi khabar bagi orang yang dipelihara oleh Allah \u2018Azza wa Jalla yang maha Mulia dari mazhab Al-Khawarij, dan tidak supaya berpegang dengan mazhab mereka, dan hendaklah bersabar dengan kezaliman para pemimpin, juga dengan ketidak-adilan pemimpin, dan tidak keluar dari ketaatan kepada mereka dengan senjata (pedang). Kita berharap kepada Allah yang maha Agung supaya menghilangkan kezaliman darinya, juga dari semua kaum muslimin, dan mendoakan para pemimpin dengan kebaikan. Juga bersama-sama dengan mereka dalam melaksanakan haji, berjihad menentang musuh umat Islam, solat juma\u2019at dan solat dua hari raya bersama mereka. Sesiapa yang bersifat seperti ini bererti dia berada di atas jalan yang lurus, Insha Allah.\u201d (Al-Ajurri, Al-Syari\u2019ah, 1/37)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBibit-bibit pemisahan diri dari ketaatan terhadap pemerintah biasanya bermula dengan perasaan iri dan dengki di dalam hati. Kemudian dengan provokasi kebencian melalui lisan mahupun tulisan. Ini akan mengakibatkan fitnah yang lebih besar lagi seperti perselisihan, pertengakaran, kebencian, kemarahan dan perpecahan. Sehingga akhirnya akan mengakibatkan sikap anti pemerintah dan mungkin pergolakkan di kalangan rakyat untuk menuntut revolusi. Ini akan membawa kepada pertembungan rakyat dengan pemerintah. Fenomena seperti ini bukan sahaja berlaku pada zaman awal Islam, tetapi terus berlarutan di setiap zaman. Termasuk yang terbaru sebagaimana sedang berlaku di Timur tengah seperti di Tunisia, Mesir, Libya, Bahrain, dan Yaman sekarang.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKesudahan dari perkara ini amatlah buruk, iaitu hilangnya keamanan, rosaknya harta benda, hilangnya jiwa (pertumpahan darah), merugikan masa, dan bahkan hingga hilangnya kedaulatan negara. Oleh itu, berhati-hatilah dalam bersikap terhadap para pemimpin. Hendaklah kita melazimi manhaj ilmu, sabar, dan bertindak di atas maslahah serta kaedah yang benar. Tidak mengikuti hawa nafsu, emosi dan kebencian sehingga mengikuti jejak langkah kaum sesat Khawarij. Yang kemudian dari fahaman Khawarij tersebut menyebabkan munculnya pelbagai bentuk kesesatan dan penyimpangan lainnya. Imam Ibn Jawzi menyatakan:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cDari semua inilah (fitnah ideologi Khawarij), muncul pula golongan Al-Mu\u2019tazilah yang menyerahkan soal penilaian baik dan buruk berdasarkan pertimbangan akal. Keadilan juga dinilai dengan akal. Kemudian muncul pula firqah Qadariyah pada era sahabat. Ia mula diutarakan oleh Ma\u2019bad Al-Juhani, Ghailan Ad-Dimasyqi, dan Ja\u2019ad Bin Dirham. Kemudian ideologi Mu\u2019tazilah ini dikembangkan oleh Wasil Ibn Atha\u2019 (pada fasa tabi\u2019in). Seterusnya ia didukung pula oleh Amr Ibn Ubaid. Pada ketika inilah muncul pula golongan Murji\u2019ah yang mengatakan, \u201cSuatu maksiat tidak akan memberi sebarang kesan selagi ada keimanan, ini sebagaimana halnya ketaatan yang tidak akan berguna selagi ada kekafiran.\u201d Kemudian berkembang lagi pemikiran Mu\u2019tazilah melalui Abu al-Hudzail Ibn Al-Allaf, An-Nizam, Ma\u2019mar dan Al-Jahiz. Golongan Mu\u2019tazilah ini kemudiannya menekuni buku-buku falsafah ketika zaman pemerintahan al-Ma\u2019mun. Melalui buku-buku falsafah tersebut mereka pun membuat kesimpulan (mengeluarkan pendapat) yang bercampur-aduk dengan urusan-urusan syari\u2019at. Ini seperti munculnya istilah-istilah baru berkaitan jisim, bukan jisim, masa, tempat, dan alam. Permasalahan pertama yang mereka lontarkan kepada umum adalah soal status Al-Quran adalah makhluk. Maka zaman ini disebut sebagai era ilmu kalam.\u201d (Talbis Al-Iblis, m/s. 87 \u2013 Maktabah Syamilah)\n\n\n\n\n\r\n\t\tDemikianlah dahsyat dan rosaknya akal pemikiran Khawarij. Inilah yang banyak berlaku dalam kalangan golongan pembangkang yang memusuhi pemerintah di pelbagai negara Islam hari ini.Sebab itulah Imam Al-Syahrastani berkata dalam Al-Milal Wa An-Nihal:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cAl-Murji\u2019ah adalah satu kelompok yang berbicara tentang iman dan amal, tetapi dalam masa yang sama kelompok ini sepakat dengan Khawarij dalam beberapa perkara terutamanya tentang pemerintahan.\u201d (Al-Syahrastani, Al-Milal Wa An-Nihal, 1/113 \u2013 Dar Al-Ma\u2019rifah)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tUntuk melihat lebih lanjut berkaitan kecelaruan pemikiran Khawarij moden ini, para pembaca boleh merujuk karya Syeikh \u2018Abdul Malik Ramadhani Al-Jaza\u2019iri yang berjudul \u201cMadarikun Nadzar Fi Al-Siyasah Wa Al-Ihfi\u2019alat Al-Hamasiyyah\u201d. Dalam kitabnya tersebut Syeikh \u2018Abdul Malik menukilkan sebahagian perkataan Salaf yang menyatakan bahawa Khawarij adalah Murji\u2019ah dalam masa yang sama.\n\n\n\n\n\r\n\t\tAntara nukilan tersebut: \u201cMurji\u2019ah beranggapan tidak wajib mentaati pemerintah dan boleh mencemuhnya dengan terbuka\u201d sebagaimana disebutkan oleh As-Sabuni dalam Aqidatus-Salaf Ashabul Hadith. Kemudian kata Imam Ahmad: \u201cBahawasanya Khawarij itulah Murji\u2019ah.\u201d Kemudian beliau menukilkan - Termasuk di dalam sikap dan karektor pemikiran Murji\u2019ah adalah mereka mendiamkan kesesatan ahli bidaah dan tidak membongkarnya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSebaliknya mereka mencela dan memperlekehkan pula orang yang mengajarkan Sunnah dan Tauhid. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa Murji\u2019ah memiliki sikap bertoleransi dengan sesiapa sahaja sama ada dari kalangan ahli maksiat mahupun ahli bidaah selagi mana bersama-sama kelompok mereka. Kenyataan ini beliau nukilkan daripada Majmu\u2019 Al-Fatawa oleh Ibn Taimiyyah Al-Harrani dan Badai\u2019u At-Tafsir oleh Ibn Qayyim. Kemudian beliau menyebutkan dengan kata-kata yang tegas:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cTidak ada yang menyanggah bahawa kaedah seperti ini adalah prinsip (atau asas) utama bagi sebuah dakwah dalam harakah (atau parti) politik. Adakah sesiapa yang mempertikaikan bahawa merekalah yang mengatakan, \u201cMarilah kita saling bertoleransi dalam apa yang diperselisihkan, dan marilah kita bekerjasama dalam perkara yang kita sepakati.\u201d Telah saya jelaskan pada nota kaki sebelumnya daripada perkataan Hasan Al-Banna bahawa maksud mereka adalah merujuk segala bentuk perselisihan! Mereka sengaja mencanangkan kaedah tersebut kerana apabila mereka menyanggah ahli bidaah, maka akan bertempiaran larilah para pengikut mereka yang selama ini membantu mereka dalam kesesatan!\u201d (Madarikun Nadzar Fi Al-Siyasah, m/s. 257)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDemikianlah syubhat dan celarunya pemikiran kelompok sesat penentang pemerintah bermazhab Khawarij. Atas sebab itulah disebutkan daripada sebuah Hadith bahawa Khawarij adalah anjing-anjing neraka. Ini antaranya sebagaimana dalam Hadith berikut:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cDaripada Sa\u2019id Ibn Jumhan, beliau berkata - Aku menemui \u2018Abdullah Ibn Abi Aufa, ketika itu beliau tidak dapat melihat (buta). Kemudian aku mengucapkan salam kepadanya.Beliau bertanya - Siapakah engkau?- Aku menjawab - Aku adalah Sa\u2019id Ibn Jumhan. Beliau bertanya lagi, \u201cApakah yang dilakukan oleh ayahmu?\u201d\n\n\n\n\n\r\n\t\tAku menjawab, \u201cBeliau telah dibunuh oleh (kaum) Al-Azariqah.\u201d Beliau pun berkata, \u201cSemoga Allah melaknat Al-Azariqah. Semoga Allah melaknat kelompok Al-Azariqah. Rasulullah telah menceritakan kepada kami, bahawa mereka adalah anjing-anjing neraka. Aku bertanya, \u201cAdakah hanya kelompok al-Azariqah sahaja, atau merujuk kepada semua kaum Khawarij?\u201d Beliau menjawab, \u201cYa, benar. Semua kaum Khawarij.\u201d Aku berkata, \u201cSesungguhnya para penguasa sedang menzalimi rakyat dan berbuat tidak adil kepada mereka.\u201d Akhirnya Abdullah bin Abi Aufa memegang tanganku dan menggenggamnya dengan sangat erat, lalu beliau berkata, \u201cAduhai Ibn Jumhan! Hendaklah kamu sentiasa bersama As-Sawadul A\u2019dzam, hendaklah kamu sentiasa bersama As-Sawadul A\u2019dzam. Sekiranya engkau mahu penguasa tersebut mendengar nasihat kamu, maka datangilah rumahnya dan beritahulah kepadanya apa-apa yang kamu ketahui sehingga dia menerimanya. Jika tidak, maka tinggalkanlah, kerana kamu tidak lebih tahu daripada dia.\u201d (Hadith Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 32/157, no. 19415)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerkenaan hal ini, \u2018Umar Al-Bakkali pernah meriwayatkan:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cApabila kamu dipimpin oleh pemimpin yang memerintahkan kamu untuk solat dan mengeluarkan zakat, maka halal bagi kamu solat di belakang mereka, dan diharamkan ke atas kamu mencaci-maki mereka.\u201d\n\n\n\n\n\r\n\t\tSyeikh \u2018Abdus-Salam Ibn Barjas menyatakan tentang riwayat ini, \u201cMenurut Al-Hafiz [Ibn Hajar] dalam Al-Isabah, sanadnya sahih.\u201d Maka jika mencaci pemerintah pun dihukumkan haram, bagaimana pula dengan mendoakan kehancuran dan kebinasaan pemimpin? Imam Al-Bukhari meriwayatkan:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cDaripada as-Sahmi katanya, \u201cAku mendatangi Abu Amamah, lalu beliau berkata: Janganlah kamu mencela (mengutuk dan menghina Al-Hajjaj, kerana beliau adalah penguasa bagi kamu dan bukan penguasa bagiku.\u201d (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Al-Tarikh Al-Kabir, 7/18, no. 83)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAbu Umamah tinggal di Syam, manakala As-Sahmi tinggal di Iraq yang mana pemimpin di Iraq ketika itu adalah Al-Hajjaj Ibn Yusuf Al-Thaqafi, gabenor kepada \u2018Abdul Malik B. Marwan. Telah sedia maklum bahawa Al-Hajjaj Bin Yusuf Al-Thaqafi ini adalah seorang pemimpin yang zalim, bengis, dan Fasiq. Syeikh \u2018Abdul Malik Ramadhani Al-Jaza\u2019iri menegaskan:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cApapun, walau hanya sekadar melakukan provokasi (menebar kebencian) terhadap pemerintah umat Islam walaupun pemerintah tersebut fasiq, dia telah layak dilabel Khawarij. Ketika menjelaskan berkaitan beberapa pecahan kelompok Khawarij, Ibn Hajar berkata, \u201cDi antaranya adalah Al-Qa\u2019adiyah, iaitu kelompok yang membuat provokasi (menebar kebencian) untuk keluar dari ketaatan terhadap pemerintah sedangkan mereka sendiri tidak terlibat secara langsung dalam pemberontakan tersebut.\u201d \u2018Abdullah B. Muhammad Al-Dhaif berkata, \u201cKelompok Al-Qa\u2019adiyah ini merupakan pecahan kelompok Khawarij yang paling jijik.\u201d (Madarikun Nadzar Fi Al-Siyasah, m/s. 266)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSebab itulah Al-Syaukani menegaskan bahawa mereka yang menyebarkan kebencian terhadap para pemerintah wajib diambil tindakan supaya dia meninggalkan perbuatannya tersebut. Sekiranya dia berdegil, maka dia boleh dihukum penjara atau yang seumpamanya. Ini adalah sebagaimana kata beliau berikut:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cOrang yang melakukan provokasi dan kekacauan (membakar emosi rakyat) untuk membenci pemerintah, mereka wajib diperadabkan, maka yang diwajibkan adalah menghentikan perbuatannya (agar tidak timbul kekacauan). Jika mereka tidak juga berhenti dari melakukan kekacauan, maka mereka berhak mendapat hukuman yang berat dan dipisahkan daripada orang-orang yang mereka provokasikan, sama ada dengan cara dipenjara atau selainnya. Ini adalah kerana mereka telah melakukan suatu perkara yang sangat-sangat diharamkan dan dalam masa yang sama telah berusaha menebar fitnah yang berpotensi mengakibatkan pertumpahan darah serta mencemarkan kehormatan yang menodai harga diri. Provokasi seperti inilah yang menyebabkan seseorang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah.\u201d (Al-Syaukani, Al-Sailul Jarrar, 1/942 \u2013 Maktabah Syamilah)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIni kerana perbuatan mencela dan dan melaungkan kebencian terhadap pemerintah ini mengandungi larangan yang berat dan akibat yang buruk. Ia termasuk salah satu ciri kebidaahan Khawarij. Bahkan tidak sedikit para pemerintah yang terbunuh akibat dari perbuatan provokasi dan kritikan secara terbuka yang kemudiannya melahirkan bibit pemberontakan. Di antaranya adalah dari kalangan Khulafa\u2019ur Rasyidin sendiri seperti Sayyidina \u2018Uthman. Di mana sebab utama terbunuhnya \u2018Uthman adalah apabila gabenornya mula dicela. Secara automatik, ia memberi kesan kepada beliau sebagai orang yang bertanggungjawab melantik mereka. Fitnah-fitnah kebencian terhadap Sayyidina \u2018Uthman juga turut disebarkan sehingga keadaan menjadi kacau-bilau. Akhirnya Sayyidina \u2018Uthman gugur syahid.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDaripada semua nas syarak dan fakta sejarah ini, seharusnya kita sedar dan tidak mensia-siakan masa yang ada dengan menyibukkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh memudharat dan menghancurkan kedaulatan negara dan ummah. Sebaliknya hendaklah kita melazimi ilmu-ilmu yang benar demi memahami sebuah Manhaj yang murni dan haq yang dibawa oleh Ahlus-Sunnah Wal-Jama\u2019ah ke arah memartabatkan Islam sebagai agama yang membawa Rahmah Lil \u2018Alamin.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "117. \nSoalan : \nPandangan Mengenai Golongan Wahabi\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah pandangan berkenaan dengan golongan Wahabi? Adakah golongan yang berzikir dan berdoa secara sendiri-sendiri selepas solat itu Wahabi?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAliran Wahabi bukanlah satu mazhab akan tetapi satu bentuk gerakan pemikiran agama yang banyak dipegang oleh ulama-ulama Haramayn (Mekah dan Madinah) kontemporari mengikuti pendekatan yang diambil oleh Muhammad bin Abd Wahhab (m.1792). Dari segi mazhab , mereka lebih hampir dengan mazhab Hanbali walaupun dari beberapa segi mereka lebih ketat dan keras.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam sejarah tradisi ilmu Islam, aliran Wahhabi bukanlah mewakili arus perdana mazhab Ahl Sunnah wa al-Jamaah kerana sejak seribu tahun lebih, aliran yang menjadi peneraju kepada pentafsiran Ahl Sunnah wa al-Jamaah dalam bidang akidah ialah Asha\u2019irah dan Maturidiyah, manakala dalam bidang fiqh ialah empat mazhab utama iaitu Shafi\u2019i, Hanafi, Maliki dan Hanbali.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDari segi pendekatan ilmiah, aliran Wahabi membawa pendekatan yang agak sempit dengan metodologi harfiah (literal) yang mereka ambil dalam memahami sumber agama khususnya al-Qur\u2019an. Justeru itu, sebahagian dari pandangan mereka dalam agama bersifat agak keras terutama terhadap orang yang tidak mengambil pendekatan mereka. Pendekatan sebegini akhirnya telah membawa kepada kecenderungan untuk mudah mengeluarkan orang Islam dari lingkungan agama yang tidak sealiran dengan aliran Wahabi.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tContoh perbezaan pandangan golongan Wahabi yang agak jelas ialah pandangan mengenai sunnah dan bid\u2019ah. Berdasarkan makna literal beberapa hadis Nabi, mereka menganggap bahawa setiap amalan ibadat yang tidak mengikuti secara langsung cara yang dibawa oleh Nabi saw, dianggap bid\u2019ah dan terkeluar dari Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru itu banyak amalan dan pegangan yang telah diamalkan oleh masyarakat Islam telah dianggap terkeluar dari agama Islam oleh golongan Wahabi. Pendekatan ini telah menyebabkan perpecahan di kalangan sebahagian masyarakat yang telah lama mempunyai kesatuan dalam ibadat menurut pentafsiran imam-imam muktabar dalam mazhab Shafi\u2019i dan dalam akidah menuruti aliran al-Ash\u2019ari dan al-Maturidi.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBanyak persoalan yang bersifat khilafiah telah diangkat dan dianggap sebagai perkara usul sehingga menjadi permasalahan dalam masyarakat, seperti larangan doa qunut, wirid dan berdoa secara berjamaah selepas solat, tahlil, berzanji, qasidah, burdah, membaca yasin pada malam jumaat, perayaan maulid, kesemuanya ditolak atas nama bid\u2019ah yang sesat. Ini sama sekali tidak selari dengan pemahaman sunnah dan bid\u2019ah yang sebenar dalam Islam dan juga tidak bertepatan dengan semangat ilmiah dalam tradisi Islam yang membenarkan perbezaan pandangan dalam persoalan khilafiah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam konteks tasawuf, mereka amat keras membid\u2019ah amalan-amalan tariqat, amalan wirid dan selawat yang dilakukan oleh golongan sufi. Dalam akidah, mereka membid\u2019ahkan ajaran tauhid berdasarkan sifat yang kesemuanya dipelopori oleh ulama-ulama berwibawa dalam aliran Ahl Sunnah wa al-Jama\u2019ah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tContoh lain perbezaan pemahaman aliran Wahabi ialah pendekatan mereka dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat dalam al-Qur\u2019an seperti ayat berkaitan \u2018tangan dan wajah Allah\u2019, istiwa\u2019 dan lain-lain. Dengan mengisbatkan secara literal ayat-ayat ini dan menolak sama sekali pendekatan ta\u2019wil yang juga salah satu pendekatan yang diambil oleh ulama salaf dan khalaf, ia membawa kepada kecenderungan tajsim (kefahaman Allah berjism) dan tashbih (kefahaman Allah menyamai makhluk) terutama kepada mereka yang berfahaman simplistik berkaitan isu tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tRamai ulama-ulama yang telah mengkritik dan menghujah aliran Wahabi termasuk saudara kandung Sheikh Muhammad Abdul Wahhab sendiri iaitu Sheikh Sulayman Abd Wahhab dalam kitabnya bertajuk al-Sawa\u2019iq al-Ilahiyyah fi al-Radd \u2018ala al-Wahhabiyyah. Antara ulama-ulama lain ialah Sayyid Ahmad Ibn Zaini Dahlan (m.1886) Mufti Mekkah dan Shaykh al-Islam dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd \u2018ala al-Wahhabiyyah dan Dr. Sa\u2019id Ramadhan al-Buti dalam karyanya al-Salafiyyatun Marhalatun Zamaniyyatun Mubarakatun la Mazhabun Islamiyyun.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMemandangkan Malaysia jelas mengambil pendirian sejak beratus tahun lalu bahawa aliran yang harus diikuti ialah mazhab Shafi\u2019i dan dalam akidah aliran Ash\u2019ari dan Maturidi dan ianya telah menghasilkan perpaduan yang utuh di kalangan umat Islam, baik dalam ibadah, muamalah dan lain-lain sehingga memberi ketenangan dan keharmonian dalam masyarakat dan negara, maka aliran Wahabi adalah tidak sesuai dalam konteks kefahaman dan amalan agama di Malaysia.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tManakala mereka yang berzikir secara sendiri-sendiri selepas solat tidak semestinya dari aliran Wahabi. Namun sekiranya mereka membid\u2019ahkan orang yang berzikir secara berjamaah selepas solat berkemungkinan besar ia dari golongan tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "118. \nSoalan : \nStatus Hadis Tentang Merokok\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMohon penjelasan status hadis tentang rokok seperti yang terkandung dan edaran Buku Haram Rokok oleh Adil Akhyar muka surat 12 seperti berikut; Rasulullah s.a.w pernah bersabda (maksudnya) : \"Kelak... akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka\" Abu Hurairah r.a yang mendengar sabda tersebut bertanya: \"Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?\" Sabda Rasulullah s.a.w:\"Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis: Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis: Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah.Allah berfirman:Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.\" Nabi bersabda lagi: \"Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji.\" Pamplet berkaitan dengan hadis ini telah tersebar luas melalui laman sosial dan saya mohon pihak tuan untuk memberikan maklum balas berkaitan dengan status hadis ini.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHadis tersebut adalah palsu yang tidak direkodkan dalam kitab-kitab hadis. Fatwa Lajnah Daemah Arab Saudi diajukan soalan berkenaan status hadis tersebut, menjawab, \"Hadis ini tidak ada asal baginya dalam mana-mana kitab sunnah Muhammadiyyah. Malahan ia adalah palsu ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam\". (22/199, fatwa no. 2312).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalau bagaimanapun dari sudut hukum merokok, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 ketika membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam, telah memutuskan bahawa ia adalah haram. Ia berdasarkan banyak hujah dan keterangan yang meliputi dalil-dalil syarak, kaedah-kaedah fiqhiyyah dan alasan-alasan kesihatan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "119. \nSoalan : \nApakah Hukumnya Al-Quran Dijadikan Sebagai Mas Kahwin?\nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukumnya al-Quran dijadikan sebagai mas kahwin?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHukum suami memberikan mas kahwin kepada isterinya adalah wajib. Ini berdasarkan dalil berikut:\n\n\n\n\n\r\n\t\ta) Ayat al-Quran: firman Allah SWT dalam surah al-Nisa' ayat 4, yang bermaksud, \"Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.\"\n\n\n\n\n\r\n\t\tb) Hadis 'Abdul Rahman bin 'Auf berkata kepada Nabi Muhammad saw, \"Wahai Rasulullah, saya telah berkahwin.\" Lalu Rasulullah saw bertanya, \"Apakah mas kahwin yang kamu berikan kepada isteri kamu itu?\" Jawab 'Abdul Rahman, \"Beberapa gram emas.\" Rasulullah saw berkata, \"Semoga Allah memberkati kamu. Buatlah jamuan, walaupun dengan hanya menjamu lauk kambing.\" (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)\n\n\n\n\n\r\n\t\tc) Para ulama sepakat (ijma') mengatakan hukum memberi mas kahwin adalah wajib. (Ibnu Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, jil. 6, hlm. 679).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMas kahwin boleh terdiri daripada harta yang diiktiraf oleh hukum Syarak. Mushaf al-Quran adalah termasuk dalam harta yang diiktiraf oleh hukum Syarak. Oleh itu, dibenarkan menjadikan mushaf al-Quran sebagai mas kahwin, dengan syarat ia dinyatakan di dalam akad nikah.\n\n\n\n\n\r\n\t\tHukum ini disokong dengan kisah perkahwinan Sahal bin Sa'ad al-Sa'idi. Nabi Muhammad s.a.w berkata kepada Sahal, \"Aku nikahkan kamu dengannya dengan ayat al-Quran yang kamu hafaz (sebagai mas kahwin).\" (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Abu Daud). Nabi Muhammad s.a.w membenarkan Sahal menjadikan ayat al-Quran yang dihafaz sebagai mas kahwin.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "120. \nSoalan : \nApakah Had Aurat Seorang Muslimah Di Hadapan Wanita Bukan Islam?\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah had aurat seorang Muslimah di hadapan wanita bukan Islam? Bolehkah seorang Muslimah mendedahkan rambutnya terhadap wanita bukan Islam seperti memasuki pusat dandanan rambut yang mana pekerjanya terdiri dari kalangan wanita bukan Islam?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAyat 31 daripada surah Al-Nur melarang wanita-wanita beriman daripada mendedahkan \u2018perhiasan' mereka kecuali di hadapan beberapa golongan. Antara yang dikecualikan ayat tersebut ialah wanita-wanita Islam sebagaimana firman Allah: \n\u0623\u064e\u0648\u0652 \u0646\u0650\u0633\u064e\u0627\u0626\u0650\u0647\u0650\u0646\u0651\u064e\n Maksudnya: \u201c...atau perempuan-perempuan Islam\u201d. (Surah Al-Nur, ayat: 31).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDifahami daripada ayat tersebut bahawa wanita-wanita bukan Islam tidak termasuk dalam golongan yang dikecualikan. Justeru Muslimah tidak diharuskan mendedahkan tubuhnya di hadapan wanita bukan Islam, sebagaimana aurat mereka di hadapan lelaki ajnabi. Ini merupakan pandangan majoriti ulama termasuk mazhab Syafie. Pendapat ini juga disokong oleh athar daripada Umar bin al-Khattab:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\u0643\u064e\u062a\u064e\u0628\u064e \u0639\u064f\u0645\u064e\u0631\u064f \u0628\u0652\u0646\u064f \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0637\u0651\u064e\u0627\u0628\u0650 \u0631\u064e\u0636\u0650\u064a\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0623\u064e\u0628\u0650\u064a \u0639\u064f\u0628\u064e\u064a\u0652\u062f\u064e\u0629\u064e \u0631\u064e\u0636\u0650\u064a\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f: \" \u0623\u064e\u0645\u0651\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064f\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0628\u064e\u0644\u064e\u063a\u064e\u0646\u0650\u064a \u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0646\u0650\u0633\u064e\u0627\u0621\u064b \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0646\u0650\u0633\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0633\u0652\u0644\u0650\u0645\u0650\u064a\u0646\u064e \u064a\u064e\u062f\u0652\u062e\u064f\u0644\u0652\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0645\u0651\u064e\u0627\u0645\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0645\u064e\u0639\u064e \u0646\u0650\u0633\u064e\u0627\u0621\u0650 \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u0650 \u0627\u0644\u0634\u0651\u0650\u0631\u0652\u0643\u0650\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0642\u0650\u0628\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064e\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0644\u064e\u0627 \u064a\u064e\u062d\u0650\u0644\u0651\u064f \u0644\u0650\u0627\u0645\u0652\u0631\u064e\u0623\u064e\u0629\u064d \u062a\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064f \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0622\u062e\u0650\u0631\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0646\u0652\u0638\u064f\u0631\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0648\u0652\u0631\u064e\u062a\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0647\u0652\u0644\u064f \u0645\u0650\u0644\u0651\u064e\u062a\u0650\u0647\u064e\u0627 \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya:\n\r\n\t\tUmar bin al-Khattab r.a. menulis surat kepada Abu \u2018Ubaidah r.a., \u201cSesungguhnya sampai khabar kepadaku bahawa ada wanita dari kalangan wanita Islam memasuki bilik-bilik air bersama-sama dengan wanita ahli syirik. Sesungguhnya daripada pihak kamu (hendaklah melarang) daripada perbuatan tersebut. Kerana sesungguhnya tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk dilihat auratnya kecuali oleh mereka yang seagama dengannya\". (Riwayat Al-Baihaqi, 7/153, no: 13543)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun walaupun secara asasnya had aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam adalah sebagaimana aurat Muslimah di hadapan lelaki ajnabi, hukum ini tidaklah terlalu ketat dan terdapat sedikit kelonggaran. Antaranya, dibenarkan bagi wanita Muslimah mendedahkan kepada wanita bukan Islam sebahagian daripada anggota badan yang kebiasaannya terdedah ketika melakukan kerja-kerja harian(sekiranya dalam keadaan tidak dapat dielakkan).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAntara anggota yang diberikan kelonggaran untuk didedahkan kepada wanita bukan Islam ialah kepala, tengkuk, tangan hingga ke siku dan kaki hingga ke lutut. Kelonggaran ini adalah berdasarkan kepada pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie, sebagaimana dijelaskan di dalam kitab Mughni al-Muhtaj 4/213.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan kepada pendapat muktamad ini, maka adalah harus bagi wanita Muslimah mendedahkan rambutnya kepada wanita bukan Islam termasuk mendapatkan perkhidmatan dandanan rambut di salun-salun yang dikelolakan oleh wanita bukan Islam (sekiranya tidak ada pilihan dan tidak ada percampuran antara lelaki dan wanita)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaubagaimanapun memandangkan pada hari ini terdapat banyak salun khusus untuk wanita yang diusahakan oleh wanita Islam,maka adalah lebih aula diberi keutamaan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "121. \nSoalan : \nBagaimanakah Kedudukan Hukum Syarak Dalam Urusan Pernikahan Anak Tak Sah Taraf \nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tBagaimanakah kedudukan hukum syarak dalam urusan pernikahan anak tak sah taraf dan juga dalam urusan-urusan yang berkaitan dengannya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tKeturunan yang diakui oleh Syariat Islam ialah keturunan yang berasaskan pertalian suami isteri daripada ikatan perkahwinan yang sah. Anak tak sah taraf bermaksud anak yang lahir hasil daripada percantuman benih perempuan dan lelaki yang bukan pasangan yang sah menurut Syarak; sama ada melalui persetubuhan haram atau percantuman benih pasangan yang tidak sah menurut Syarak dalam tabung uji. (Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, jil. 8, hlm. 430; al-Mawsu'ah al-fiqhiyah, jil. 3, hlm. 70; Jum'ah Muhammad Barraj, Ahkam al-mirath fi al-syari'ah al-Islamiyah, hlm. 721; al-Jabburi, Hukm al-mirath fi al-syari'ah al-Islamiyah, hlm. 201; Husayn, Ahkam walad al-zina, hlm. 28)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-57 bertarikh 10 Jun 2003 telah memutuskan bahawa anak tak sah taraf ialah:\n\n\n\n\n\r\n\t\ti.Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zinaatau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan;\n\n\n\n\n\r\n\t\tii.Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah ( saat ) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin(setubuh); dan\n\n\n\n\n\r\n\t\tiii.Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tLelaki yang bersetubuh secara haram dengan seseorang wanita, lalu daripada persetubuhan haram tersebut melahirkan seorang anak perempuan, maka lelaki itu tiada kaitan dengan anak yang dilahirkan oleh perempuan tersebut. Lelaki itu bukan bapa yang sah dan tidak dianggap sebagai wali menurut hukum Syarak (Husayn, Ahkam walad al-zina, hlm. 109). A'isyah melaporkan, Nabi s.a.w bersabda, yang bermaksud, \"Nasab anak itu adalah untuk bapa yang sah, manakala penzina dihalang daripada dinasabkan anak kepadanya.\" (Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWali kepada anak tak sah taraf adalah wali hakim (al-Syafi'i, al-Umm, jil. 6, hlm. 36; Zakariyya al-Ansari, Asna al-matolib, jil. 9, hlm. 359). Pergaulan anak tak sah taraf dengan lelaki yang melakukan persetubuhan tanpa akad nikah dengan ibunya, walaupun lelaki itu adalah bapanya secara biologi, hendaklah berasaskan pergaulan antara anak tiri dan bapa tirinya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJika anak tak sah taraf itu seorang anak perempuan, maka wudhu\u2019nya dan wudhu suami ibunya, samada si suami itu adalah bapa biologinya atau pun lelaki lain, wudhu\u2019 akan terbatal apabila mereka bersentuhan kerana pada pandangan syarak suami ibunya itu adalah bapa tirinya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPerhubungan antara anak tak sah taraf dan anak-anak ibunya yang sah taraf dan ahli keluarga sebelah ibunya yang lain adalah hubungan kekeluargaan yang sah, tetapi perhubungan ini tidak boleh diperluaskan kepada keluarga sebelah bapa biologinya yang tidak sah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAnak tak sah taraf tidak terputus hubungan nasab dengan ibunya. Oleh itu kedua-duanya boleh mewarisi pusaka antara satu sama lain. Jika ibunya meninggal dunia, maka dia berhak mewarisi pusaka ibunya bersama-sama ahli waris yang lain. Begitu juga sekiranya anak tak sah taraf itu meninggal dunia terlebih dahulu, ibunya berhak mewarisi pusakanya. Seseorang anak tak sah taraf adalah terputus hubungan daripada segi pusaka dengan bapa biologinya yang tak sah taraf dan dia tidak boleh menjadi ahli waris dan tidak berhak mewarisi pusaka bapa biologinya dan sebaliknya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "122. \nSoalan : \nApakah Pandangan Islam Dalam Berpolitik?\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah pandangan Islam dalam berpolitik?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSekiranya politik ditakrifkan dengan takrifan umum iaitu \u2018memelihara kemaslahatan ummah,\u2019 maka ia adalah satu kewajipan terhadap semua individu atas dasar setiap manusia\n\n\n\n\n\r\n\t\tadalah khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mentadbir dan memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya (Surah al-Baqarah, ayat 30).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIa juga adalah satu tuntutan berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. \u201cSesiapa yang tidak mengambil berat hal berkaitan urusan orang-orang Islam, bukanlah dari golongan mereka\u201d. Walaupun makna \u2018mengambil berat urusan muslimin\u2019 ini adalah umum dan dapat dilakukan juga dalam bidang-bidang lain, namun dalam politik aspek penguatkuasaannya lebih berkesan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSekiranya kita melihat politik dari sudut yang lebih khusus seperti yang ditakrifkan oleh al-Nabhani iaitu \u201cmemelihara urusan umat dalaman dan luaran\u201d ( ri\u2019ayah al-shu\u2019un al-ummah dakhiliyyan aw kharijiyyan), maka ia adalah satu bentuk fardhu kifayah iaitu kewajipan kepada mereka yang diberikan tanggungjawab dan amanah pemerintahan. Mereka bertanggungjawab memastikan keadilan dan kemaslahatan ummah terlaksana dalam urusan pemerintahan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaupun urusan politik tidak termasuk dalam urusan keagamaan secara khusus (umur diniyyah) seperti hal akidah dan ibadah, namun dalam Islam, nilai-nilai agama harus mendasari setiap bidang kehidupan termasuk bidang politik. Justeru itu, di dalam Islam mereka yang diberikan amanah dalam siyasah dan pemerintahan, perlu menuruti nilai dan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAntara karya penting yang boleh dirujuk dalam bidang politik Islam ialah Kitab Al-Tibr al-Masbuq fi Nasihat al-Muluk karangan Imam al-Ghazali dan Kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah oleh al-Mawardi.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "123. \nSoalan : \nHukum Potongan Zakat Pendapatan Pada Setiap Bulan Melalui Slip Gaji.\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya ingin mengetahui hukum potongan zakat pendapatan pada setiap bulan melalui slip gaji. Apakah ini dinamakan zakat kerana belum cukup haul iaitu 1tahun tamam yang mana kita tahu terjadinya wajib zakat itu bila cukup haul dan nisab. Mohon pencerahan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tZakat pendapatan merupakan salah satu jenis zakat yang dikemukakan oleh ijtihad ulama semasa. Antara ulama yang mencetuskan ijtihad zakat pendapatan ialah Syeikh 'Abdul Rahman Hasan, Muhammad Abu Zahrah, dan 'Abdul Wahhab Khallaf (al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, jil. 1, hlm. 489).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tGaji bulanan diistilahkan dalam fiqh zakat sebagai 'mal mustafad' iaitu harta yang baru diperolehi oleh seseorang Muslim melalui apa-apa cara atau kaedah perolehan. Menurut sebahagian ulama seperti 'Abdullah bin 'Abbas, 'Abdullah bin Mas'ud, Mu'awiyah, 'Umar bin 'Abdul 'Aziz, Hasan al-Basri, al-Zuhri, dan al-Awza'i; 'mal mustafad' wajib dikeluarkan zakat jika cukup nisab tanpa disyaratkan cukup haul. Ini disebabkan, hadis yang mensyaratkan cukup haul bagi zakat 'mal mustafad' semuanya berstatus da'if (al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, jil. 1, hlm. 490).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tGaji tetap yang diterima, yang jika dikira jumlahnya selama satu tahun, ia melebihi had nisab, maka zakat gaji itu boleh dibayar melalui potongan gaji bulanan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh itu, amalan potongan zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan adalah tidak bercanggah dengan hukum Syarak. Ia diterima sebagai salah satu kaedah membayar zakat pendapatan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 22 Jun 1997 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional. Muzakarah telah memutuskan bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 May 2003 juga telah membincangkan Hukum Zakat Gaji Beserta Kadarnya. Muzakarah telah memutuskan bahawa asas pengiraan zakat gaji dan pendapatan adalah berdasarkan kepada pendapatan kasar setahun dan kadar zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "124. \nSoalan : \nTidak Menghormati Pemerintah\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya melihat ada umat Islam pada hari ini sewenang-wenangnya mengajak dan mempengaruhi orang lain supaya tidak menghormati pemerintah, lebih-lebih lagi pemerintah tersebut beragama Islam. Mohon berikan penjelasan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAdalah menjadi pegangan dan prinsip Ahlus Sunnah wal-Jama\u2019ah untuk mentaati, memuliakan dan menghormati pemerintah di mana seseorang itu duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan pemerintah tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKetaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada lima perkara:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1)Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma\u2019ruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang ma\u2019ruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan.\n\n\n\n\n\r\n\t\t2)Menghormati dan memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka.\n\n\n\n\n\r\n\t\t3)Melaksanakan kebaikan bersama mereka.\n\n\n\n\n\r\n\t\t4)Membenci maksiat yang mereka lakukan dan mengingkari keburukan yang mereka lakukan dengan cara nasihat dan kaedah-kaedah yang ditetapkan Syarak.\n\n\n\n\n\r\n\t\t5)Tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat penentangan terhadap kepimpinan, dan tidak menghina atau mencela mereka.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAhlus Sunnah Wal-Jama\u2019ah juga mewajibkan supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak pemimpin selagi mana ianya tidak bertentangan dengan dalil-dalil Syarak. Ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadith yang bermaksud: \u201cTidak ada ketaatan dalam perkara yang bertentangan dengan agama (Ma\u2019siah). Ketaatan hanyalah pada perkara yang Ma\u2019ruf. \u201d( Hadith Riwayat Bukhari #6716)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPerkara Ma\u2019ruf di sini merujuk kepada urusan yang bukan maksiat dan bukan kemungkaran. Sama ada ianya perkara yang diwajibkan agama, yang disunnahkan, ataupun yang diharuskan. Sekiranya masyarakat diperintahkan supaya melaksanakan perkara-perkara yang diharuskan iaitu yang tidak dilarang agama, maka hukum mentaatinya adalah wajib.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAl-Karmani berkata: \u201cPara fuqaha\u2019 telah bersepakat (Ijma\u2019) bahawa penguasa yang telah terpilih (sebagai pemimpin) wajib ditaati selagi dia menegakkan solat berjama\u2019ah dan jihad melainkan jika dia melakukan kekufuran yang nyata.( Ibn Hajar Al-\u2018Asqalani, Fathul-Bari 10/169)\n\n\n\r\n\t\tDalam sebuah Hadith daripada Umamah, beliau menyatakan bahawa mentaati pemimpin adalah salah satu sebab mendapat jaminan Syurga.\n\n\n\n\n\r\n\t\tIni adalah sebagaimana kata beliau yang bermaksud: \u201cAku mendengar Rasulullah menyampaikan khutbah pada haji Al-Wida\u2019 dalam keadaan baginda menunggang untanya yang kepenatan. Sabda Baginda: \u201cWahai manusia!\u201d Kemudian, seorang lelaki di belakang berkata: \u201cApakah yang engkau perkatakan atau mahukan?\u201d Sabda Rasulullah: \u201cAdakah kamu tidak mendengar, sesungguhnya tiada lagi nabi selepasku dan tiada lagi ummat selepas kamu. Ketahuilah, hendaklah kamu sentiasa mengabdikan diri kamu kepada Tuhan kamu, solatlah lima waktu dan taatilah pemimpin kamu, pasti kamu akan memasuki Syurga Tuhan.\u201d (Hadith Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 36/487, no. 22161. Tahqiq Syeikh Syu\u2019ab Al-Arnaut: Isnadnya sahih berdasarkan syarat Imam Muslim. Diriwayatkan juga oleh At-Tirmidzi dan katanya hasan sahih)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam pada itu, antara perkara yang disepakati oleh Ahlus-Sunnah Wal-Jama\u2019ah ialah larangan merebut kerusi kepimpinan dari mereka yang sudah dilantik secara sah sebagai pemerintah atau penguasa sesebuah masyarakat selagi pemerintah tersebut memegang tampuk pemerintahan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKesepakatan ini merupakan Ijma\u2019 yang tidak ada padanya sebarang khilaf samada dari golongan Salaf ataupun Khalaf seperti yang disebut oleh Imam Mawardi dalam Al-Ahkam Al-Sultaniyyah:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cDaripada Junadah Abi Umayyah, beliau berkata, \u201cKami masuk menemui \u2018Ubadah As-Samit (ketika beliau terlantar sakit), lalu kami pun berkata, \u201cSemoga Allah memulihkan keadaan kamu, khabarkanlah kepada kami satu Hadith yang dengannya Allah memberi manfaat kepadamu, yang telah engkau dengar daripada Nabi.\u201d Beliau pun berkata, \u201cNabi mengajak kami dan kami pun membai\u2019atnya.\u201d Kemudian beliau berkata, \u201cDi antara perjanjian yang diambil dari kami adalah supaya kami membai\u2019atnya untuk mendengar dan taat di ketika senang dan ketika susah, ketika sukar dan ketika mudah, mengutamakan beliau berbanding ke atas diri kami sendiri, tidak berebut (atau mempersoalkan) urusan kepimpinan daripada para pemiliknya melainkan sekiranya melihat kekufuran yang nyata, di mana ada bukti (yang boleh dipertanggungjawabkan) untuk kamu kemukakan kepada Allah.\u201d( Hadith Riwayat Al-Bukhari, Kitab Al-Fitan, 21/444, no. 6532. Sahih Muslim, Kitab Al-Imarah, 9/374, no. 3427)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAhlus Sunnah Wal-Jama\u2019ah menetapkan bahawa wajib memuliakan dan menghormati pemimpin. Bahkan Islam amat memandang tinggi kedudukan seseorang pemimpin. Perkara ini banyak disebutkan oleh Rasulullah melalui Hadith Baginda yang kesemuanya bertaraf Sahih atau Hasan. Maka tidak ada alasan bagi kita untuk mempertikaikan kredibiliti Hadith-Hadith tersebut yang telah diperakui oleh para \u2018ulama dan mereka pula beramal dengannya. Hal ini menunjukkan perkara ini telah diterima oleh ahli ilmu sebulat suara \u2013 ianya dapat dikatakan penerimaan mereka adalah suatu Ijma\u2019 Sukuti. Imam Al-Qurtubi menukilkan di dalam Tafsirnya:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cManusia sentiasa dalam kebaikan selama mana mereka memuliakan (mengagungkan) sultan (pemimpin) dan para ulama. Maka sekiranya mereka menghormati keduanya ini, Allah akan memberikan kebaikan kepada kehidupan dunia dan akhirat mereka. Dan sekiranya mereka menghina keduanya, maka Allah akan merosakkan kehidupan dunia dan akhirat mereka.\u201d (Al-Qurthubi, Al-Jami\u2019 li Ahkamil Qur\u2019an, 5/260)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "125. \nSoalan : \nHukum Merayakan Maulid Nabi SAW\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum merayakan Maulid Nabi kerana tidak ada riwayat yang menyebutkan Baginda s.a.w. pada setiap ulang tahun kelahirannya melakukan upacara tertentu. Bahkan para Sahabat Baginda pun tidak pernah mengadakan perayaan secara khusus.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSecara khusus, Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah menganjurkan untuk melakukan apa-apa upacara tertentu bagi menyambut ulang tahun kelahiran baginda. Selepas kewafatan baginda juga, para sabahat dan tabi\u2019in tidak juga melakukan apa-apa upacara tertentu dalam menyambut ulang tahun kelahiran baginda.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSambutan Maulid Nabawi mula diadakan oleh sebahagian golongan khalaf pada zaman terkemudian. Catatan paling awal tentang sambutan Maulid Nabi direkodkan oleh sejarawan Islam terkenal Al-Maqrizi, iaitu pada zaman pemerintahan Fatimiyyah. Beliau merekodkan dalam bukunya: \u201cPara khalifah-khalifah kerajaan Fatimiyyah mempunyai beberapa perayaan dan sambutan musim-musim tertentu sepanjang tahun. Sambutan tersebut ialah: musim permulaan tahun, hari Asyura, maulid Nabi S.A.W, maulid Ali bin Abi Talib r.a., maulid Hasan, maulid Husain, maulid Fatimah al-Zahra\u2019 ....\u201d. (Al-Mawa\u2019iz wa al-I\u2019tibar, 1/432).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMantan Mufti Mesir Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi\u2019i di dalam bukunya Ahsan al-Kalam mengatakan bahawa dari Khalifah Al-Mu\u2019izz Lidinillah merupakan khalifah kerajaan Fatimiyyah pertama yang mengadakan sambutan maulid. Pada tahun 362H, beliau telah menganjurkan sambutan enam maulid di Kaherah, iaitu Maulid Nabawi SAW, maulid Ali bin Abi Talib, maulid Fatimah, maulid Hasan, maulid Husain dan maulid Khalifah Al-Hadhir.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAkhirnya, setelah terbukti bahawa kegiatan ini memberi kebaikan dan mampu membawa umat Islam untuk selalu ingat kepada Nabi Muhammad S.A.W., menambah ketakwaan dan keimanan, kegiatan ini pun berkembang ke seluruh wilayah Islam, termasuk Nusantara Melayu.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam Al-Suyuti di dalam Kitab Al-Hawi Li Al-Fatawi menukilkan daripada Syeikhul-Islam Ibnu Hajar Al-Asqalani berkenaan dengan sambutan Maulid Nabawi, lalu beliau menjawab: \u201cAsal sambutan maulid adalah bidaah(perkara yang tidak berlaku pada zaman Nabi SAW) yang tidak pernah dinukilkan oleh seorang pun dari kalangan al-salaf al-soleh pada tiga kurun pertama hijriah. Namun perayaan itu mengandungi perkara-perkara kebaikan dan juga perkara-perkara yang berlawanan dengan kebaikan. Justeru, sesiapa yang hanya melakukan perkara kebaikan serta menjauhi perkara yang berlawanan dengannya, maka ia dikira bidaah hasanah.\u201d\n\n\n\n\n\r\n\t\t(Bidaah hasanah ialah setiap perkara yang tidak berlaku pada zaman Nabi SAW tetapi mempunyai kaitan dengan maslahah(kebaikan umum)dan berlandaskan syarak serta tidak menyalahinya.)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTerdapat hadis yang menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W berpuasa pada hari Isnin kerana itu adalah hari keputeraan baginda. Abu Qatadah Al-Ansari meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. ketika ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin, jawapan yang diberikan ialah: \"Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul\". (Riwayat Muslim, 2/819, no: 1162).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSambutan Maulid Nabi SAW boleh dimasukkan dalam perkara maslahah mursalah, iaitu perkara-perkara yang tidak kedapatan anjuran dan larangan secara khusus daripada syarak, tetapi ia boleh membawa kebaikan kepada masyarakat Islam. Yang dimaksudkan dengan sambutan Maulid Nabi di sini ialah merujuk kepada memperingati kelahiran Rasulullah S.A.W. yang bertujuan untuk meneladani jejak langkah Baginda SAW dalam seluruh aspek kehidupan dengan mengikut sunnah dan ajaran yang telah dibawa oleh Baginda. Justeru sambutan Maulid Nabi SAW hendaklah diisi dengan perkara-perkara yang tidak bercanggahan dengan syariat Islam seperti amalan-amalan kebaikan yang mempunyai anjuran umum di dalam syarak. Rasulullah S.A.W. pernah menyebutkan: \u201cBarang siapa merintis jalan kebaikan maka dia akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang-orang yang menjalankannya, dan barang siapa merintis jalan kesesatan maka dia akan mendapat dosa dan dosa orang yang menjalankannya\u201d (Riwayat Muslim, 2/704, no: 1017).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam pada itu, sambutan Maulid Nabi ini tidak boleh disamakan dengan perayaan Hari Natal atau Krismas kerana umat Kristian menyambut hari tersebut sebagai hari lahirnya anak Tuhan, manakala umat Islam menyambut Maulid Rasul SAW kerana memperingati lahirnya seorang Rasulullah pembawa rahmat seluruh alam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaulid Nabi yang disambut setiap tahun oleh kaum Muslimin seluruh dunia pada alaf ini adalah satu bentuk pengagungan dan tanda kecintaan serta penghormatan seluruh umat terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan pengisian sambutan hendaklah tidak mengandungi perkara-perkara yang bercanggahan dengan syarak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "126. \nSoalan : \nPenjelasan Hukum Pelaburan ASB dan ASN \nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSebagaimana dimaklumi bahawa pelaburan ASB dan ASN telah difatwakan harus oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Namun pada akhir-akhir ini ada pihak-pihak yang menyebarkan surat daripada Suruhanjaya Sekuriti dan juga kenyataan daripada pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa ASB dan ASN adalah haram. Bagaimana percanggahan hukum seperti ini boleh berlaku?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tPerkara pertama yang perlu difahami dalam isu ini ialah perbezaan peranan antara Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJawatankuasa Fatwa Kebangsaan merupakan badan pengeluar dan penyelaras hukum hakam dalam apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang bersifat nasional yang melibatkan kepentingan seluruh umat Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tManakala Suruhanjaya Sekuriti pula adalah badan yang antara peranannya ialah membuat keputusan sama ada sesuatu sekuriti diklasifikasikan sebagai patuh syariah atau tidak patuh syariah (bukan hukum atau fatwa) berdasarkan garispanduan yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMetodologi yang diguna pakai oleh kedua-dua badan tersebut dalam membuat keputusan juga adalah berbeza.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSebagai badan pengeluar hukum, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menggunakan kaedah-kaedah istinbat yang muktabar dalam membuat keputusan dengan bersumberkan kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qiyas, serta dalil-dalil lain yang diiktiraf syarak. Hukum atau fatwa yang dikeluarkan juga mengambil kira aspek-aspek lain yang muktabar seperti kepentingan umum, keperluan dan maqasid syariyyah dan siasah syar\u2019iyyah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerbeza dengan metodologi Suruhanjaya Sekuriti dalam penyenaraian sekuriti patuh syariah yang antara lain mengadaptasi pendekatan kuantitatif yang mengguna pakai tanda aras aktiviti perniagaan dan tanda aras nisbah kewangan. Sebagai contoh, tanda aras lima peratus (5%) diguna pakai bagi perniagaan perjudian dan perbankan konvensional, dan tanda aras 20% diguna pakai bagi perniagaan pembrokeran saham dan operasi hotel serta rumah penginapan. Untuk tanda aras nisbah kewangan, nisbah 33% diambil kira sebagai tanda aras.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh itu sekuriti-sekuriti akan diklasifikasikan sebagai patuh syariah apabila aktiviti perniagaan dan nisbah kewangan mereka berada di bawah tanda aras. Tanda aras tersebut yang diletakkan oleh Suruhanjaya Sekuriti adalah tanda aras umum bagi memudahkan penyenaraian sekuriti patuh syariah dan tidak patuh syariah. Tanda aras tersebut adalah berasaskan kepada ijtihad Suruhanjaya Sekuriti yang bukan bersifat qat\u2019ie dan statik. Ia boleh berubah dengan berubahnya ijtihad. Bahkan, tanda aras tersebut baru sahaja dibuat perubahan pada tahun 2013, di mana sebelum itu tanda aras yang diguna pakai untuk aktiviti perniagaan adalah 5%, 10%, 20% dan 25%, dan tidak mengambil kira nisbah kewangan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSebagai badan berautoriti dalam penyenaraian sekuriti patuh syariah, Suruhanjaya Sekuriti mengambil pendekatan yang objektif dalam mengklasifikasikan sekuriti patuh syariah berasaskan tanda aras yang telah ditetapkan, tanpa dipengaruhi elemen-elemen lain seperti siasah syar\u2019iyyah, keperluan dan maslahat umum.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru, Suruhanjaya Sekuriti tidak membuat sebarang pengecualian terhadap sekuriti yang tidak menepati tanda aras mereka.Oleh yang demikian, apabila skim pelaburan ASB dan ASN didapati tidak mematuhi tanda aras sebagaimana ditetapkan, ia tidak disenaraikan oleh Suruhanjaya Sekuriti sebagai patuh syariah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam keputusannya tidak terikat dengan tanda aras yang diletakkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berdasarkan hujah-hujah syarak dan kaedah-kaedah fiqhiyyah dalam pengeluaran hukum, mempunyai ijtihad secara jama\u2019i dalam menilai sekuriti yang bercampur dengan aktiviti tidak patuh syariah khususnya dalam isu ASB dan ASN ini. Dalam hal ini, pandangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u201c... PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha\u2019 iaitu Hanafi, Maliki, Shafi\u2018i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha\u2019 muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga menimbang faktor maslahat dan mudarat yang dijangka berlaku kesan daripada hukum yang dikeluarkan. Antara lain:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u201c... Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam apa jua isu hukum hakam yang dibincang dan diputuskan yang melibatkan kepentingan nasional, faktor-faktor kemaslahatan, kemudaratan, kepentingan awam, siyasah syar\u2019iyyah dan seumpamanya adalah perkara yang telah lama diamalkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Tidak terkecuali dalam isu ASB dan ASN, faktor-faktor tersebut juga diambil kira. Hifz al-mal merupakan salah satu masalah dharuriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah (Ulil Amri). Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Agama Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPrinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nKESIMPULAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tKedua-dua badan iaitu Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Suruhanjaya Sekuriti adalah badan yang berautoriti dalam bidang kuasa dan peranan masing-masing. Suruhanjaya Sekuriti mempunyai hak untuk tidak menyenaraikan ASB dan ASN sebagai patuh syariah kerana asas penyenaraian adalah tanda aras yang telah ditetapkan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSelaras dengan fungsi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan selaku badan yang bertanggungjawab dalam penentuan hukum hakam di peringkat nasional, maka keputusan hukum yang dikeluarkan adalah berpandukan kepada Ijtihad Jama\u2019i dan konsensus semua ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada mufti, alim ulama' dan pakar dalam pelbagai bidang, berasaskan kepada kajian pakar-pakar ekonomi Islam dan penjelasan terperinci oleh pihak PNB sendiri (yang juga mempunyai Majlis Penasihat Shariah bagi meneliti semua aspek pelaburan yang dilaksanakan) tanpa terikat dengan garis panduan atau metodologi badan lain yang jelas mempunyai fungsi yang berbeza.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPelaksanaan peranan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini adalah sepertimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri, iaitu sekiranya isu yang berlaku menyentuh kepentingan nasional, maka pandangan/keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum sebarang fatwa dikeluarkan oleh negeri kerana matlamatnya ialah bagi mewujudkan penyelarasan dalam hukum hakam yang dikeluarkan di Malaysia.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh itu, dalam isu hukum pelaburan ASB dan ASN ini, keputusan yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun 2008 tidak sewajarnya dipertikai atau dibanding-bandingkan dengan keputusan mana-mana badan lain atau kenyataan pihak-pihak tertentu yang jelas berbeza samada dari segi fungsi dan autoriti, metodologi atau garispanduan yang digunakan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "127. \nSoalan : \nPenjelasan Mengenai Pemikiran Liberal\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya banyak kali terbaca bahan-bahan penulisan yang disebarkan melalui internet mengenai pemikiran liberal dan saya dapati ia sangat mengelirukan. Mohon dapat perjelaskan kedudukan hukum pemikiran tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAliran pemikiran liberalisme ini mengenengahkan isu-isu agama dengan perbahasan yang keluar daripada dasar tradisi hukum yang telah ditetapkan oleh Islam. Pemikiran liberal kini menular di kalangan kelompok Islam dan berkembang sebagai gerakan intelektual dan kebudayaan dengan kepercayaan bahawa masyarakat hendaklah dibebaskan daripada tradisinya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSecara ringkasnya antara unsur-unsur pemikiran yang cuba diserapkan oleh aliran pemikiran liberal ini, ialah;\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\ti. al-Quran yang ada sekarang pada pandangan mereka masih perlu diragukan validitinya, oleh itu kelompok ini berusaha untuk menerbitkan Al-Qur\u2019an edisi kritis. Pemahaman ini akan menghancurkan kaedah dan methodologi keilmuan Islam dimana tafsiran sesuatu perkara asas mengenai ajaran Islam tidak lagi mengikut kaedah Tafsir, Uslub Tafsir, Hadith, Usul Fikh dan sebagainya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tii. Bagi kelompok aliran liberal ini hukum boleh diubah-ubah bersesuaian dengan zaman. Sehubungan itu, mereka berani mempertikaikan hukum yang telah tertera dalam al-Quran dan Hadis yang sahih. Atas alasan memberi \u2018maslahat dan \u2018keadilan\u2019, hukum faraid, hak perceraian dan poligami dipertikaikan. Malah arak menurut mereka tidak sepatutnya diharamkan selagi peminumnya tidak mabuk. Masa ibadah seperti solat, puasa dan zakat adalah menifestasi kecintaan hamba kepada Tuhannya yang sepatutnya dilaksanakan mengikut keselesaan individu. Paling jelas adalah pertikaian mengenai batas aurat wanita. Mereka mendakwa amalan menutup aurat bagi wanita seperti yang difahami oleh kebanyakan masyarakat Islam hanyalah budaya Arab zaman itu yang perlu dilaksanakan berdasarkan dengan kesesuaian masa dan adat setempat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-74 pada 25 Hingga 27 Julai 2006 telah meneliti isu pemikiran liberal ini dan implikasinya terhadap umat Islam di Malaysia dan telah bersetuju membuat keputusan seperti berikut:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\ti.Gerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nAspek Akidah\n\n\n\n\n\r\n\t\ta. Berpegang kepada Konsep Pluralisme\n\n\n\n\n\r\n\t\tKonsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tb. Akal Manusia Adalah Wahyu\n\n\n\n\n\r\n\t\tAliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tc. Meragui Ketulinan Al-Quran\n\n\n\n\n\r\n\t\tAliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah message budaya Arab.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nAspek Syariah\n\n\n\n\n\r\n\t\ta. Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al Qur\u2019an Dan Al-Hadith\n\n\n\n\n\r\n\t\tAliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang digunapakai kini. Dengan slogan \u201cmembuka dan membebaskan tafsiran al-Quran\u201d, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap bebarapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tb. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat\n\n\n\n\n\r\n\t\tAliran pemikiran ini juga berpegang \u2018membuka dan membebaskan\u2019 tafsiran al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tc. Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian\n\n\n\n\n\r\n\t\tAliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Isra\u2019 dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\td. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam\n\n\n\n\n\r\n\t\tIlmu-ilmu Islam seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith, al-Jarah wa al-Ta\u2019dil dan sebagainya yang telah secara Ijma\u2019 diterima sebagai metod dalam displin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia . Penentuan hukum yang telah qat\u2019ie dan hukum yang tidak qat\u2019ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\te. Sikap Terhadap Hukum\n\n\n\n\n\r\n\t\tAliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tii.Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, muzakarah memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "128. \nSoalan : \nHukum Lafaz Cerai Taklik Yang Mempunyai Maksud Sumpah\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah implikasi hukum terhadap lafaz cerai taklik yang mempunyai maksud sumpah untuk melakukan sesuatu perkara yang dilarang/haram.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tCerai taklik bermaksud suami melafazkan lafaz cerai yang dihubungkan dengan sesuatu syarat (Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami, jil. 7, hlm. 444; Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal fi ahkam al-mar'ah, jil. 7, hlm. 471).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tCerai taklik dibahagikan kepada dua jenis; pertama cerai taklik yang dinyatakan syarat tanpa mengandungi maksud sumpah, seperti suami berkata kepada isterinya, \"Jika aku tinggalkan isteriku selama lima bulan berturut-turut tanpa sebarang nafkah, isteriku tercerai.\" Kedua, cerai taklik yang mengandungi maksud sumpah, seperti suami berkata, \"Jika aku tipu engkau, isteriku aku cerai.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJenis cerai yang pertama, syarat yang dinyatakan dalam cerai taklik adalah berkuatkuasa selama mana syarat itu bukan sesuatu yang mustahil berlaku. Jika sesuatu yang disyaratkan itu berlaku, maka jatuhlah talak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun, bagi jenis kedua, taklik itu tidak memberikan kesan, walaupun syarat yang dinyatakan itu berlaku, namun isterinya tidak tercerai (al-Nawawi, al-Majmu', jil. 16, hlm. 152-153, 212). Lafaz taklik yang diucapkan seperti \"sekiranya aku berbaik dengan si pulan, maka aku dan isteriku jatuh cerai!\" adalah termasuk dalam kategori cerai taklik yang mengandungi maksud sumpah. Maksud lafaz tersebut ialah suami itu bersumpah memutuskan sillaturrahim dan hukumnya haram. Oleh itu, jika suami itu berbaik semula dengan si pulan berkenaan, maka isterinya tidak tercerai kerana lafaz cerai taklik tersebut mempunyai maksud sumpah dan taklik itu tidak memberikan kesan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBersumpah untuk melakukan perbuatan haram adalah sumpah yang wajib ditebus. Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah saw bersabda, \"Sesiapa bersumpah tentang sesuatu, kemudian dia mendapati ada perkara lain yang lebih baik untuk dia lakukan, maka hendaklah dia lakukan yang lebih baik itu dan hendaklah dia membayar kafarah sumpahnya.\" Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim (Sahih, jil. 3, hlm. 1272). Contohnya dalam lafaz cerai taklik untuk memutuskan sillaturrahim, maka ia adalah haram, dan orang itu wajib menyambung sillaturrahim dan membayar kafarah sumpahnya. Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah saw bersabda, \"Sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung sillaturrahim.\" Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari (Sahih, jil. 8, hlm. 32).\n\n\n\n\n\r\n\t\tKafarah yang dikenakan adalah berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: \"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamanya) supaya kamu bersyukur.\" (Surah al-Ma'idah, ayat 89)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "129. \nSoalan : \nApakah seorang Muslim Boleh Memberikan Ucapan Sempena Perayaan Keagamaan Kepada Penganut Bukan Islam?\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah seorang Muslim boleh memberikan ucapan sempena perayaan keagamaan kepada penganut bukan Islam? Apakah seorang muslim dibenarkan untuk turut serta dalam perayaan keagamaan agama lain seperti Krismas,Thaipusam dan lain-lain?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tPersoalan ini telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 yang membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa: Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMemberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 juga telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah telah memutuskan bahawa: Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;\n\n\n\n\n\r\n\t\t1.Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.\n\r\n\t\tMaksud \u201cbertentangan dengan akidah Islam\u201d ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tContohnya;\n\r\n\t\ti. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.\n\r\n\t\tii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.\n\r\n\t\tiii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.\n\r\n\t\tiv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.\n\r\n\t\tv. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak. Maksud \u201cbertentangan dengan syarak\u201d ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.\n\n\n\n\n\r\n\t\tContohnya:\n\r\n\t\ti. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;\n\r\n\t\tii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;\n\r\n\t\tiii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;\n\r\n\t\tiv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan \u201cperbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam\u201d di negara ini. Maksud \u201cbercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam\u201d ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\n\n\n\n\r\n\t\tContohnya:\n\r\n\t\ti. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;\n\r\n\t\tii. Berpakaian yang menjolok mata;\n\r\n\t\tiii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan; iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh \u201cmenyentuh sensitiviti masyarakat Islam\u201d. Maksud \u201cmenyentuh sensitiviti masyarakat Islam\u201d ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tContohnya:\n\n\n\r\n\t\ti. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;\n\r\n\t\tii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;\n\r\n\t\tiii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;\n\r\n\t\tiv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "130. \nSoalan : \nKedudukan Jemaah Tabligh Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMohon penjelasan kedudukan jemaah tabligh menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tJamaah Tabligh ditubuhkan oleh Mawlana Ilyas al-Kandahlawi di India pada 1926. Beliau menuruti Tarikat Chistiyyah. Walaupun bermula di India pengaruh gerakan ini tersebar luas ke seluruh dunia khususnya di kawasan Asia Selatan. Gerakan ini dinamakan Jamaah Tabligh atas sebab pendekatan mereka yang selalu keluar bagi menyampaikan dakwah kepada masyarakat di tempat lain. Mawlana Ilyas sendiri walau bagaimanapun menamakan gerakan yang beliau pelopori sebagai gerakan iman (harakah al-iman)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDari segi kaedah, jamaah tabligh membawa pendekatan pembersihan jiwa (tazkiyah ruhiyyah). Mereka mengajak ke arah memperkuatkan iman dan mengamalkan amalan-amalan sunat .\n\n\n\n\n\r\n\t\tDari segi fiqh, jamaah tabligh tidak terikat dengan satu-satu mazhab fiqh Sunni dan memberikan kebebasan kepada pengikut untuk mengikut mana-mana mazhab.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMereka berpegang dengan enam prinsip utama:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1. Yakin terhadap kalimah tayyibah (la ilaha illallah Muhammad Rasulullah)\n\r\n\t\t2. Solat khusyu' dan khudu' (ketundukan)\n\r\n\t\t3. Ilmu dan zikir\n\r\n\t\t4. Ikram muslimin (Memuliakan muslim yang lain dengan khidmat)\n\r\n\t\t5. Tashih al-niyyah (membetulkan dan mengikhlaskan niat)\n\r\n\t\t6. Dakwah dan tabligh (dengan cara keluar berdakwah[khuruj] dalam tempoh-tempoh tertentu seperti tiga atau empat puluh hari atau empat bulan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan keenam-enam prinsip ini, kesemuanya pada asasnya tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang dipegang oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Cuma penekanan yang diberikan oleh jamaah tabligh adalah lebih kepada aspek kerohanian dan kurang memberi penekanan kepada aspek lain. Adapun perbezaan pendekatan yang dibawa oleh jemaah tabligh seperti keluar dalam jumlah hari-hari tertentu termasuk dalam konteks ijtihadi.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "131. \nSoalan : \nHukum Membaca Bible\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHukum Membaca Bible\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHukum membaca Bible bergantung kepada niat dan tujuan seseorang. Sekiranya seseorang membaca Bible atas tujuan untuk mengkaji dan menghujjah perkara-perkara yang ada di dalamnya untuk kebaikan Islam, ia adalah diharuskan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tNamun sekiranya tanpa tujuan tersebut, ia adalah dilarang berdasarkan hujah-hujah berikut:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAllah telah menurunkan al-Qur'an sebagai kitab yang jelas dalam menerangkan kebenaran (kitabun mubin) dan tiada sebarang bentuk keraguan di dalamnya (la rayba fihi). Maka umat Islam tidak memerlukan kitab yang lain untuk mengetahui kebenaran.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaupun Bible adalah berasal dari Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa, ia telah diselewengkan seperti yang banyak dijelaskan dalam al-Qur'an. Ia akan menimbulkan kekeliruan dan keraguan. Rasulullah s.a.w. pernah melihat di tangan Umar suatu lembaran dari Taurat, baginda marah dan bersabda, \"apakah engkau ragu wahai Umar?\" sungguh aku telah datang dengan sesuatu yang jelas, seandainya Musa masih hidup tidak ada jalan keluar baginya kecuali mengikuti syari'at yang aku bawa.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPerkara-perkara yang datang dari sumber Isra'iliyyat tidak dapat dipastikan kebenarannya. Sabda Rasulullah saw: \"Jangan membenarkan Ahli Kitab dan jangan pula membohongi mereka. Sebutlah bahawa kami beriman dengan Allah dan apa yang diturunkan kepada kami\" (Riwayat Bukhari)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "132. \nSoalan : \nHukum Berkaitan Aqiqah.\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMohon penjelasan hukum berkaitan aqiqah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tBerikut dinukilkan penjelasan tentang persoalan aqiqah berpandukan kitab Matla' al-badrayn karangan Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\t1) Hukum melakukan aqiqah adalah sunat muakkad. Tuntutan sunat ini ditujukan kepada orang yang wajib memberi nafkah kepada anak cucunya dengan hartanya, bukan harta kanak-kanak tersebut.\r\n\t\n\r\n\t\t2) Bermula tuntutan aqiqah sebaik-baik sahaja anak-anak itu sempurna dilahirkan. Yang afdal dilakukan pada hari ke tujuh dari tarikh hari kelahirannya.\n\n\n\r\n\t\t3) Bilangan binatang:\n\n\n\n\n\r\n\t\ta) Bagi kanak-kanak lelaki dan khunsa adalah afdal dengan dua kibash (kambing) atau dua pertujuh daripada binatang yang harus dijadikan tujuh bahagian seperti unta (lembu, kerbau).\n\n\n\n\n\r\n\t\tWalaupun begitu, jika hanya berkemampuan dilakukan dengan seekor kibash atau satu pertujuh daripada binatang yang harus dijadikan tujuh bahagian, berhasillah juga tuntutan sunat aqiqah ini.\n\n\n\n\n\r\n\t\tb) Bagi perempuan memadailah dengan seekor kibash atau satu pertujuh daripada binatang yang harus dijadikan kepada tujuh bahagian.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "133. \nSoalan : \nHadis Berkenaan Orang Yang Bermujaharah (Terang-Terangan Dalam Berbuat Dosa) \nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tTerdapat sebuah hadis yang menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: \"Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang bermujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa pada malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa tersebut, kemudian dia berkata: \"Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu.\" Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tapi pada pagi hari dia telah membuka sendiri akan dosa tersebut.\" (H.R. Bukhari dan Muslim). Mohon dapat diberikan pencerahan mengenai hadis ini dan adakah perbuatan merokok boleh tergolong dalam hadis ini.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN\n:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHadis tersebut mengandungi ancaman terhadap orang yang mujaharah (berterang-terangan) melakukan maksiat. Perbuatan berterang-terangan dalam melakukan dosa meliputi orang yang melakukan maksiat secara terang-terangan di khalayak, ataupun orang yang melakukan dosa secara tersembunyi kemudian sengaja menyebarkan maksiatnya di khalayak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAncaman tersebut adalah kerana perbuatan menzahirkan dosa merupakan satu maksiat. Jadi orang yang melakukan dosa secara terang-terangan di hadapan khalayak sekurang-kurangnya telah melakukan dua dosa, iaitu (i) dosa perbuatan maksiat; (ii) dosa menzahirkan maksiat. Ibn \u2018Abidin mengatakan, \"Menzahirkan suatu maksiat adalah maksiat\". (Rad dal-Muhtar, 2/77).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOrang yang melakukan maksiat secara terang-terangan serta sengaja untuk mendedahkan dan menzahirkan maksiatnya di hadapan khalayak adalah lebih dahsyat hukumnya daripada orang yang melakukan maksiat secara tersembunyi dan tidak diketahui orang lain kerana ia boleh mengundang kemurkaan Allah. Ibn Hajar mengatakan, \"Sesiapa yang secara niat mahu menzahirkan maksiat dan berterang-terangan dengan maksiat tersebut, dia telah mengundang kemurkaan Tuhannya\". (Fathul Bari, 10/488).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh sebab merokok adalah perbuatan yang telah difatwakan pengharamannya oleh banyak badan-badan fiqh dan fatwa di semua peringkat sama ada di Malaysia atau di peringkat antarabangsa kerana telah jelas perbuatan tersebut mengandungi kemudaratan, maka perbuatan merokok adalah satu dosa dan maksiat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru perokok (atau sesiapa yang melakukan perbuatan haram) yang mengetahui hukumnya haram, kemudian sengaja menzahirkan perbuatannya di hadapan khalayak boleh termasuk di dalam mereka yang melakukan mujaharah (berterang-terangan) dalam melakukan maksiat, lebih-lebih lagi jika perbuatan tersebut dilakukan secara terang-terangan dan berbangga-bangga serta bermegah-megah dengan perbuatan yang dilakukan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "134. \nSoalan : \nPelaburan ASB Melalui Pinjaman Dari Bank Konvensional\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya ingin mendapatkan penjelasan berhubung membuat pelaburan ASB melalui pinjaman dari bank konvensional. Adakah terdapat unsur riba?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMembuat pinjaman dari bank konvensional yang berasaskan riba adalah haram untuk apa tujuan sekalipun sama ada kegunaan peribadi, pelaburan dan lain-lain. Ini kerana peminjam dari bank konvensional akan terlibat secara langsung dengan transaksi riba sedangkan ia adalah dosa besar yang diancam laknat oleh syarak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDi dalam satu hadis sahih: \n\u0644\u064e\u0639\u064e\u0646\u064e \u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0622\u0643\u0650\u0644\u064e \u0627\u0644\u0631\u0651\u0650\u0628\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0645\u064f\u0624\u0652\u0643\u0650\u0644\u064e\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0643\u064e\u0627\u062a\u0650\u0628\u064e\u0647\u064f\u060c \u0648\u064e\u0634\u064e\u0627\u0647\u0650\u062f\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \nMaksudnya: \u201cRasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat orang yang makan riba, orang yang memberi makan riba, orang yang merekodkan transaksi riba, dan dua orang yang menjadi saksi transaksi riba\u201d. (Riwayat Muslim, 3/1219, no: 1598).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPeminjam dari bank-bank konvensional yang membayar faedah atas pinjaman yang diperoleh adalah termasuk dalam kalangan mereka yang memberi makan riba kepada pihak lain, dan boleh termasuk dalam ancaman hadis di atas.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru dalam situasi tiada darurat, adalah haram bagi orang Islam sengaja mengambil pinjaman dari bank-bank konvensional. Ini kerana dalam konteks negara Malaysia, masyarakat Islam mempunyai pilihan yang banyak untuk mendapatkan pembiayaan dari bank-bank Islam atau bank-bank yang menawarkan perbankan secara Islam. Mereka yang tidak mempunyai modal dan memerlukan pinjaman untuk membuat pelaburan seperti dalam ASB, hendaklah memilih institusi kewangan Islam untuk mendapatkan pembiayaan sebagai alternatif kepada pinjaman berasaskan riba.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSekiranya pelabur telah meminjam dari bank-bank konvensional, dia hendaklah bertaubat daripada dosa tersebut kerana terlibat dengan riba, dan hendaklah berusaha untuk menukar pinjamannya daripada konvensional kepada pembiayaan Islamik.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "135. \nSoalan : \nAdakah Seseorang Itu Dibenarkan Memberi Zakat Kepada Ahli Keluarga Yang Miskin \nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAdakah seseorang itu dibenarkan memberi zakat kepada ahli keluarga yang miskin dan menanggung hutang dengan ahli keluarga sendiri untuk menampung kehidupan seharian.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSeseorang yang berada dalam kategori miskin termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat. Sekiranya beliau dalam keadaan menanggung hutang untuk keperluan hidup seharian, maka beliau berada dalam golongan gharimin (orang yang berhutang). Beliau layak menerima zakat daripada kedua-dua kategori.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAhli keluarga yang berkemampuan sangat digalakkan untuk memberikan zakat kepada keluarga sendiri yang miskin dan menanggung hutang berdasarkan sabda Nabi Muhammad saw, \"Pemberian zakat kepada orang miskin mendapat pahala kewajipan zakat, namun memberikan zakat kepada ahli keluarga yang miskin mendapat dua pahala iaitu kewajipan zakat dan menyambung tali sillaturrahim.\" Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, al-Tirmizi, dan Ibnu Majah. Syeikh al-Albani mengatakan, hadis ini sahih (al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, jil. 2, hlm. 734).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMelupuskan hutang daripada orang yang berhutang dengan niat memberikan zakat kepadanya adalah dibenarkan menurut hukum Syarak. Tidak disyaratkan orang yang memberi hutang menyerahkan sejumlah wang sebagai zakat kepada orang yang berhutang , dan kemudian wang itu dibayar semula kepada pemberi hutang. Ini merupakan pendapat sebahagian ulama bermazhab Syafi'i dan ia juga merupakan pendapat Imam al-Hasan al-Basri dan 'Ata' (al-Nawawi, al-Majmu', jil. 6, hlm. 210-211).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAbu Sa'id al-Khudri melaporkan, \"Pada zaman Rasulullah saw, seorang peniaga kerugian hasil perniagaan buah-buahan, lalu bertambah-tambah hutangnya. Rasulullah saw bersabda, 'Berikan zakat saudara sekalian kepadanya.' Lalu orang ramai pun menyerahkan harta zakat mereka kepada orang berhutang itu. Namun, harta zakat tersebut masih belum mencukupi untuk membayar semua hutang itu, lalu Nabi Muhammad saw bersabda kepada orang yang memberi hutang, 'Ambillah semua harta zakat tersebut. Hanya itu sahaja untuk menyelesaikan hutang-hutang kamu itu.'\" Hadis sahih direkodkan oleh Imam Muslim (al-Nawawi, Syarah sahih Muslim, jil. 10, hlm. 218)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tContohnya dalam kes di mana seseorang itu memberi hutang kepada saudaranya(seperti abang/kakak atau adik ipar) dan saudaranya tersebut tidak mampu untuk membayar hutang disebabkan gagal dalam perniagaan atau sebagainya dan jatuh miskin, maka beliau boleh memberi zakat kepada orang yang berhutang tersebut dengan kaedah/ungkapan berikut : \"disebabkan aku hendak membayar zakat kepada engkau (nyatakan jumlah hutang tersebut), maka hutang engkau kepada aku yang lepas itu tidak perlu dibayar.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam kes seperti ini kaedah 'kontra' adalah sudah memadai. Iaitu pemberi hutang sudah menyempurnakan kewajipan membayar zakat, dan ahli keluarga yang menanggung hutang sudah menyempurnakan kewajipan membayar hutang.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPerbuatan seperti ini adalah termasuk dalam perkara yang dituntut oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 280 yang bermaksud: \"Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "136. \nSoalan : \nHukum Fiqh Keutamaan Tentang Masjid\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1. Mohon pandangan mengenai persoalan hukum fiqh keutamaan-jika sebuah masjid hanya penuh ketika Solat Jumaat sedangkan ketika solat fardhu yang lain hanya 1 atau 2 saf sahaja yang penuh. Namun pihak pengurusan masjid berpandangan masjid harus dibesarkan, dalam masa yang sama pihak pengurusan masjid kurang mengimarahkan aktiviti bermanfaat seperti majlis-majlis ilmu. Mohon pandangan apakah tindakan yang sewajarnya diambil bagi situasi begini ?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t2. Apakah masjid boleh melakukan jual beli perkhidmatan sewa ruang solat ? Pernah berlaku di suatu tempat pihak masjid meminta bayaran kepada guru yang mengajar di masjid tersebut dengan alasan untuk membayar bil elektrik yang digunakan semasa sesi kuliah. Apakah urusan sebegini di benarkan demi menjana pendapatan masjid.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1. Membesarkan ruang masjid bagi tujuan keperluan jamaah seperti untuk menampung bilangan jamaah yang ramai ketika sembahyang Jumaat, ia adalah dibenarkan. Dalam masa yang sama pihak pengurusan masjid bertanggungjawab untuk mengimarahkan masjid dengan aktiviti yang bermanfaat untuk ahli qariah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJika sumber kewangan masjid terbatas, dengan membesarkan ruang masjid mengganggu pelaksanaan mengimarahkan masjid secara kerohanian seperti penganjuran majlis ilmu, sedangkan ruang masjid masih tidak terlalu terdesak untuk diperluaskan, maka adalah lebih utama wang masjid itu digunakan untuk mengimarahkan masjid secara kerohanian.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t2. Masjid merupakan wakaf bagi kegunaan umat Islam. Jika menyewakan sebahagian daripada kawasan masjid bagi melakukan aktiviti yang dibenarkan oleh Syarak dan ia mendatangkan manfaat kepada masjid dan umat Islam, maka sewaan itu dibenarkan. Dengan syarat sewaan itu tidak mengganggu kawasan untuk umat Islam bersembahyang.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenjana pendapatan masjid bagi meluaskan lagi manfaat penggunaan masjid adalah dibenarkan. Ia juga termasuk dalam maksud mengimarahkan masjid. Firman Allah SWT yang bermaksud, \"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.\" (Surah al-Taubah, ayat 18).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "137. \nSoalan : \nHukum Menggugurkan Kandungan\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\r\n\t\tMohon penjelasan mengenai hukum menggugurkan kandungan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tPengguguran (al-ijhadh) bermaksud menggugurkan janin yang masih belum sempurna penciptaannya sebelum tiba tempoh lahirnya. (Mustafa, Ibrahim et.al.,al-Mu'jam al-wasit, cet. ke-2, Istanbul: Dar al-Da'wah, 1989, jil. 1, hlm. 144)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tRasulullah saw menjelaskan peringkat perkembangan janin dalam sebuah hadis yang bermaksud: \"Abu Abdul Rahman; Abdullah bin Mas'ud berkata, \"Nabi Muhammad s.a.w., orang yang paling benar dan paling dipercayai, pernah memberitahu kami, 'Sesungguhnya setiap orang daripada kalian dicipta di dalam rahim ibunya selama 40 hari dalam bentuk titisan air mani (nutfah), kemudian dia menjadi segumpal darah ('alaqah) selama 40 hari juga, lalu menjadi seketul daging (mudghah), juga selama tempoh yang sama. Kemudian Allah menghantar malaikat supaya meniupkan roh kepadanya. Malaikat itu diberikan 4 perintah, iaitu supaya menuliskan rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan sama ada dia akan sengsara ataupun bahagia...\" (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam al-Ghazali (w 505H); ulama bermazhab Syafi'i menjelaskan, \"Menggugurkan janin (al-ijhadh) dan menanam bayi hidup-hidup (al-wa'd) merupakan satu jenayah ke atas makhluk yang wujud. Terdapat beberapa tahap kewujudan, pertamanya ketika benih lelaki memasuki rahim wanita, lalu bercampur antara benih lelaki dan perempuan serta ia bersedia untuk menerima kehidupan, yang dinamakan nutfah (zigot). Menggugurkan nutfah merupakan satu jenayah. Jika nutfah itu berubah menjadi 'alaqah (epigenesis) dan mudghah (somit), maka jenayah menggugurkannya menjadi semakin berat. Seterusnya jika telah sempurna bentuk tubuh badannya dan telah ditiupkan roh, maka jenayah menggugurkannya menjadi lebih berat. Jenayah yang paling berat apabila bayi yang telah lahir hidup dibunuh.\" (al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad, Ihya' 'ulum al-din, Qaherah: al-Matba'ah al-'Uthmaniyah, 1352H, jil. 2, hlm. 47 )\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAs-Syeikh Wahbah al-Zuhaili berkata, \"Pendapat yang lebih tepat (rajih) menurut saya ialah dilarang menggugurkan kandungan seawal usia kandungan kerana ia sudah dianggap bermulanya sebuah kehidupan dan bermulanya perkembangan janin. Melainkan jika terdapat darurat seperti penyakit yang merbahaya, kanser; atau adanya keuzuran seperti terputus susu ibu kesan daripada mengandung, sedangkan ibu itu sedang menyusukan bayinya, serta dalam masa yang sama bapa bayi itu tidak mampu membayar upah ibu susu, dan dikhuatiri situasi tersebut menjejaskan keselamatan bayi. Saya lebih cenderung kepada pendapat al-Ghazali yang menganggap pengguguran itu walaupun pada awal kandungan ia adalah seperti dosa menanam anak hidup-hidup serta ia adalah perbuatan jenayah ke atas makhluk yang hidup.\" (al-Zuhaili, Wahbah, al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, cet. ke-3, Dimashq: Dar al-Fikr, 1989, jil. 3, hlm. 557)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam Qadi Khan memberikan contoh keuzuran yang membolehkan seseorang wanita menggugurkan kandungannya, \"Seorang wanita yang sedang menyusukan anaknya, kemudian dia mengandung, lalu terhenti susunya, serta dalam masa yang sama bapa kanak-kanak itu tidak mampu membayar upah ibu susu, dan dikhuatiri situasi tersebut menjejaskan keselamatan kanak-kanak itu. Para ulama berpendapat, 'Wanita itu dibenarkan untuk menggugurkan kandungannya selagi ia masih berupa nutfah, 'alaqah, atau mudghah yang masih belum memiliki anggota badan.' Mereka menjelaskan tempoh kandungan itu masih belum melebihi seratus dua puluh hari. Mereka membenarkan untuk digugurkan segumpal darah tersebut, kerana ia masih belum dianggap seorang manusia. Ia dibenarkan untuk menjaga nyawa seorang manusia (iaitu kanak-kanak yang sedang menyusu tersebut).\" (Qadi Khan, al-Fatawa al-Khaniyah, dlm. al-Fatawa al-Hindiyah, Misr: al-Matba'ah al-Amiriyah, 1310H, jil. 3, hlm. 410)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tHujah pendapat ini ialah kandungan yang masih belum ditiupkan roh masih belum dianggap sebagai seorang manusia. Oleh itu, menggugurkan kandungan yang masih berada pada peringkat nutfah, 'alaqah, dan mudghah yang belum berusia seratus dua puluh hari iaitu sebelum janin itu bernyawa, tidak dianggap sebagai membunuh seorang manusia.\n\n\n\n\n\r\n\t\tNamun jika dilakukan tanpa sebarang keuzuran yang diiktiraf oleh Syarak, wanita yang menggugurkan kandungannya itu adalah berdosa. Disyaratkan perlu wujud keuzuran kerana walaupun janin itu masih belum bernyawa, tetapi ia sudah berada di dalam rahim ibunya dan sudah bermula proses kehidupan. (al-Zuhaili, Wahbah, al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, cet. ke-3, Dimashq: Dar al-Fikr, 1989, jil. 3, hlm. 557)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenurut majoriti para pakar perundangan Islam, jika dalam keadaan darurat, maka pengguguran janin yang sudah bernyawa adalah dibenarkan. Contoh keadaan darurat ialah bagi menyelamatkan nyawa ibu. Imam al-Syarbini al-Khatib; ulama bermazhab Syafi'i menjelaskan, \"Jika seorang wanita mengandung terpaksa makan ubat sehingga menyebabkan kandungannya gugur, maka Wanita itu tidak bersalah.\" (al-Khatib, Muhammad al-Syarbini, Mughni al-muhtaj, Lubnan: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi, t.th., jil. 4, hlm. 103.)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMahmud Syaltut; mantan Syeikh al-Azhar menjelaskan, \"Jika disahkan melalui kaedah yang berautoriti, keberadaan janin yang sudah bernyawa di dalam rahim boleh membahayakan nyawa ibu, maka Syariat Islam menurut kaedah umumnya menyuruh kita mengambil kemudaratan yang lebih ringan bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar, maka dibenarkan janin itu digugurkan.\" (Zaidan, 'Abd al-Karim, al-Mufassal fi ahkam al-mar'ah wa al-bayt al-Muslim fi al-Syari'ah al-Islamiyah, cet. ke-2, Beirut,hlm. 126-127)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-26 pada 7-8 Mac 1990 telah membincangkan isu Pengguguran Kandungan Atas Nasihat Doktor Disebabkan Kecacatan dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut: \"Adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.\" Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-52 pada 1 Julai 2002 juga telah membincangkan isu Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut: a) \"Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu. b) Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan penyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "138. \nSoalan : \nHukum Meraikan Pesta Tanglung\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya ingin bertanyakan sedikit kemusykilan berkenaan dengan hukum pelajar-pelajar dan guru-guru Islam yang meraikan Pesta Tanglung anjuran PIBG dan Persatuan Bahasa Cina sekolah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tTerdapat pelbagai penjelasan tentang asal usul Pesta Tanglung. Falsafah umum pesta tersebut adalah untuk menunaikan hubungan positif antara orang, keluarga, alam semulajadi dan makhluk lebih tinggi yang masyarakat Cina percayai bertanggungjawab untuk membawa atau mengembalikan cahaya setiap tahun. Contohnya, ada pandangan yang mengatakan ia adalah suatu waktu untuk menyembah Taiyi; Tuhan Syurga dalam zaman kuno. Kepercayaan itu adalah bahawa Tuhan Syurga mengawal takdir dunia manusia. Maharaja akan meminta Taiyi untuk membawa cuaca yang menggemarkan dan kesihatan baik padanya dan rakyatnya.\n\n\n\r\n\t\tSuatu lagi lagenda mengaitkan Pesta Tanglung dengan Taoisme. Tianguan adalah dewa Taoisme yang bertanggung jawab untuk nasib baik. Hari jadinya jatuh pada hari ke-15 pertama bulan berkenaan. Ia dikatakan bahawa Tianguan menyukai semua jenis hiburan, jadi para pengikut menyediakan pelbagai jenis aktiviti sewaktu mana mereka berdoa untuk nasib baik.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh itu jelaslah bahawa \nPesta Tanglung mempunyai elemen khurafat dan syirik. Maka orang Islam diharamkan daripada terlibat dalam menganjur atau meraikan pesta tersebut.\n Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 April 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa: Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.\n\n\n\n\n\r\n\t\tKriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam. Maksud \"bertentangan dengan akidah Islam\" ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tContohnya;\n\n\n\r\n\t\t(i) menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya; (ii) Menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama;\n\n\n\r\n\t\t(iii) Meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh; (iv) Memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam;\n\n\n\r\n\t\t(v) Tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak. Maksud \"bertentangan dengan syarak\" ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tContohnya:\n\n\n\r\n\t\t(i) Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;\n\n\n\r\n\t\t(ii) Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;\n\n\n\r\n\t\t(iii) Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa; (iv) Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya. (Komen: Elemen ini terdapat ketika meraikan Pesta Tanglung).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan \"perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam\" di negara ini. Maksud \"bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam\" ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tContohnya:\n\n\n\r\n\t\t(i) Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;\n\n\n\r\n\t\t(ii) Berpakaian yang menjolok mata;\n\n\n\r\n\t\t(iii) Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;\n\n\n\r\n\t\t(iv) Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh \"menyentuh sensitiviti masyarakat Islam\". Maksud \"menyentuh sensitiviti masyarakat Islam\" ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tContohnya:\n\n\n\r\n\t\t(i) Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;\n\n\n\r\n\t\t(ii) Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;\n\n\n\r\n\t\t(iii) Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam; (iv) Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSecara asasnya Islam menyuruh umatnya berwala' kepada Islam dan barra' dari kekufuran serta merasa bangga dengan pegangan Islam serta menampilkan jati diri muslim sehingga keperibadian dan corak kehidupan dapat dibezakan dari golongan kafir.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIni dapat diambil daripada ayat-ayat al-Quran berikut.\n\n\n\n\n\r\n\t\ti.Ayat Allah yang menyeru kepada berbangga dengan Islam:\n\n\n\n\n\n\n\u0648\u0645\u0646 \u0627\u062d\u0633\u0646 \u0642\u0648\u0644\u0627 \u0645\u0645\u0646 \u062f\u0639\u0627 \u0627\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0648 \u0639\u0645\u0644 \u0635\u0627\u0644\u062d\u0627 \u0648 \u0642\u0627\u0644 \u0627\u0646\u0646\u0649 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0645\u0633\u0644\u0645\u064a\u0646 (\u0641\u0635\u0644\u062a 33\n)\n\n\n\r\n\t\tBermaksud: Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata sesungguhnya aku termasuk dalam golongan muslimin.\n\n\n\n\n\r\n\t\tii.Allah memerintahkan agar orang Islam berdoa agar dijauhkan daripada mengikuti jalan orang kafir dan diberi petunjuk mengikuti jalan yang lurus menerusi ayat:-\n\n\n\n\n\n\n\u0627\u0647\u062f\u0646\u0627 \u0627\u0644\u0635\u0631\u0627\u0637 \u0627\u0644\u0645\u0633\u062a\u0642\u064a\u0645 \u0635\u0631\u0627\u0637 \u0627\u0644\u0630\u064a\u0646 \u0627\u0646\u0639\u0645\u062a \u0639\u0644\u064a\u0647\u0645 \u063a\u064a\u0631 \u0627\u0644\u0645\u063a\u0636\u0648\u0628 \u0639\u0644\u064a\u0647\u0645 \u0648\u0644\u0627 \u0627\u0644\u0636\u0627\u0644\u064a\u0646 (\u0627\u0644\u0641\u0627\u062a\u062d\u0629 6-7\n)\n\n\n\r\n\t\tBermaksud : Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat keatas mereka dan bukannya jalan orang-orang yang engkau murkai dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat.\n\n\n\n\n\r\n\t\tiii.Terdapat beberapa ayat Al-Quran dan As-Sunnah yang menegah daripada tasyabbuh dengan orang-orang kafir kerana ia termasuk dalam kesesatan seperti firman Allah:\n\n\n\n\n\n\n\u062b\u0645 \u062c\u0639\u0644\u0646\u0627\u0643 \u0639\u0644\u0649 \u0634\u0631\u064a\u0639\u0629 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0623\u0645\u0631 \u0641\u0627\u062a\u0628\u0639\u0647\u0627 \u0648 \u0644\u0627 \u062a\u062a\u0628\u0639 \u0623\u0647\u0648\u0627\u0621 \u0627\u0644\u0630\u064a\u0646 \u0644\u0627 \u064a\u0639\u0644\u0645\u0648\u0646 (\u0627\u0644\u062c\u0627\u062b\u064a\u0629 18)\n\r\n\t\tBermaksud: Kemudian kami jadikan kamu berada diatas satu syariat (peraturan)dari urusan (agama), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.\n\n\n\n\n\n\n\u0648\u0644\u0626\u0646 \u0627\u062a\u0628\u0639\u062a \u0627\u0647\u0648\u0627\u0621\u0647\u0645 \u0628\u0639\u062f \u0645\u0627 \u062c\u0627\u0621\u0643 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0639\u0644\u0645 \u0645\u0627 \u0644\u0643 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0645\u0646 \u0648\u0644\u0649 \u0648\u0644\u0627 \u0648\u0627\u0642 (\u0627\u0644\u0631\u0639\u062f 37)\n\r\n\t\tBermaksud : Dan seandainya kamu mengikut hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa ) Allah.\n\n\n\n\n\n\n\u0648 \u0644\u0627\u062a\u0643\u0648\u0646\u0648\u0627 \u0643\u0627\u0644\u0630\u064a\u0646 \u062a\u0641\u0631\u0642\u0648\u0627 \u0648\u0627\u062e\u062a\u0644\u0641\u0648\u0627 \u0645\u0646 \u0628\u0639\u062f \u0645\u0627 \u062c\u0627\u0621\u0647\u0645 \u0627\u0644\u0628\u064a\u0646\u0627\u062a (\u0627\u0644 \u0639\u0645\u0631\u0627\u0646 105)\n\r\n\t\tBermaksud : Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang berpecah belah dan berselisihan setelah datang kepada mereka keterangan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenyerupai dan menyertai orang-orang kafir dengan mengiktiraf perayaannya merupakan perbuatan yang menyalahi arahan Allah agar orang-orang mukmin \u0627\u0644\u0628\u0631\u0623\u0629 daripada kekufuran. Dalam beberapa ayat Al Quran, Allah melarang dari perbuatan melantik orang-orang kafir seperti firman Allah\n\n\n\n\n\n\n\u064a\u0627 \u0627\u064a\u0647\u0627 \u0627\u0644\u0630\u064a\u0646 \u0622\u0645\u0646\u0648\u0627 \u0644\u0627 \u062a\u062a\u062e\u0630\u0648\u0627 \u0627\u0644\u064a\u0647\u0648\u062f \u0648\u0627\u0644\u0646\u0635\u0627\u0631\u0649 \u0623\u0648\u0644\u064a\u0627\u0621 \u0628\u0639\u0636\u0647\u0645 \u0623\u0648\u0644\u064a\u0627\u0621 \u0628\u0639\u0636 \u0648\u0645\u0646 \u064a\u062a\u0648\u0644\u0647\u0645 \u0645\u0646\u0643\u0645 \u0641\u0625\u0646\u0647 \u0645\u0646\u0647\u0645 (\u0627\u0644\u0645\u0627\u0626\u062f\u0629 51)\n\r\n\t\tBermaksud : Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengangkat Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin . Mereka adalah pemimpin di kalangan mereka maka barangsiapa yang melantik mereka di kalangan kamu maka orang itu termasuk golongan mereka.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tHadith Rasulullah S.A.W.\n\n\n\n\n\n\n\u0645\u0646 \u062a\u0634\u0628\u0647 \u0628\u0642\u0648\u0645 \u0641\u0647\u0648 \u0645\u0646\u0647\u0645\n\r\n\t\tMafhumnya: barang siapa yang tasyabbuh dengan sesuatu kaum maka ia tergolong dalam kaum berkenaan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "139. \nSoalan : \nPenggunaan Tape, atau Lebih Specific Kinesiotape Untuk Rawatan Pesakit\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya ingin bertanya berkaitan penggunaan \"tape\", atau lebih specific \"kinesiotape\" untuk rawatan pesakit. Tape adalah antara kaedah rawatan baru untuk pesakit dengan masalah kesihatan otot dan tulang seperti kekoyakan otot, untuk mengurangkan kesakitan. Ciri-ciri tape ini adalah ia mempunyai bahan pelekat, tidak telus air dan boleh digunakan untuk 3-5 hari. Contohnya tape digunakan oleh atlet-atlet sukan pada badan dan tangan. Apakah hukum bewudhuk jika menggunakan tape bagi pesakit yang memerlukan, bolehkah dibasuh di atas tape sahaja?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAntara syarat sah basuhan anggota wudhuk ialah air melalui seluruh anggota yang wajib dibasuh. Jika terdapat sesuatu pada anggota wudhuk yang boleh menghalang laluan air padanya, maka wudhuk tersebut dikira tidak sempurna dan sembahyang dengan wudhuk tersebut juga adalah tidak sah, dan ia hendaklah diulang dengan wudhuk yang sempurna.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIni berdasarkan kepada hadis Umar bin Al-Khattab:\n \u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064b\u0627 \u062a\u064e\u0648\u064e\u0636\u0651\u064e\u0623\u064e \u0641\u064e\u062a\u064e\u0631\u064e\u0643\u064e \u0645\u064e\u0648\u0652\u0636\u0650\u0639\u064e \u0638\u064f\u0641\u064f\u0631\u064d \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0642\u064e\u062f\u064e\u0645\u0650\u0647\u0650 \u0641\u064e\u0623\u064e\u0628\u0652\u0635\u064e\u0631\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0628\u0650\u064a\u0651\u064f \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0641\u064e\u0642\u064e\u0627\u0644\u064e: \u00ab\u0627\u0631\u0652\u062c\u0650\u0639\u0652 \u0641\u064e\u0623\u064e\u062d\u0652\u0633\u0650\u0646\u0652 \u0648\u064f\u0636\u064f\u0648\u0621\u064e\u0643\u064e\u00bb \u0641\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u060c \u062b\u064f\u0645\u0651\u064e \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \nMaksudnya: \u201cSeorang lelaki berwudhuk lalu meninggalkan (basuhan) pada tempat kuku di kakinya. Lalu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melihatnya, lantas bersabda: \u201cKembalilah dan perelokkan wudhuk kamu\u201d. Lalu lelaki itu kembali kemudian dia bersembahyang. (Hadis riwayat Muslim, 1/215, no: 243). Imam Al-Nawawi mengatakan, \u201cDi dalam hadis ini terdapat hujah bahawa sesiapa yang meninggalkan satu bahagian yang kecil daripada bahagian yang wajib disucikan, maka taharahnya tidak sah. Perkara ini adalah suatu yang disepakati\u201d. (Syarh Sahih Muslim, 3/132).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam hadis yang lain: \n\u0623\u064e\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0628\u0650\u064a\u0651\u064e \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0631\u064e\u0623\u064e\u0649 \u0631\u064e\u062c\u064f\u0644\u064b\u0627 \u064a\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650 \u0648\u064e\u0641\u0650\u064a \u0638\u064e\u0647\u0652\u0631\u0650 \u0642\u064e\u062f\u064e\u0645\u0650\u0647\u0650 \u0644\u064f\u0645\u0652\u0639\u064e\u0629\u064c \u0642\u064e\u062f\u0652\u0631\u064f \u0627\u0644\u062f\u0651\u0650\u0631\u0652\u0647\u064e\u0645\u0650\u060c \u0644\u064e\u0645\u0652 \u064a\u064f\u0635\u0650\u0628\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0627\u0621\u064f \u0641\u064e\u0623\u064e\u0645\u064e\u0631\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0628\u0650\u064a\u0651\u064f \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0644\u0651\u064e\u0645\u064e \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064f\u0639\u0650\u064a\u062f\u064e \u0627\u0644\u0652\u0648\u064f\u0636\u064f\u0648\u0621\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0635\u0651\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064e\n Maksudnya: \u201cNabi Sallallahu Alaihi Wasallam melihat seorang lelaki bersembahyang sedangkan pada belakang kakinya terdapat sebahagian bersaiz dirham yang tidak terkena air. Lalu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memerintahnya mengulangi wudhuk dan sembahyang\u201d. (Hadis riwayat Abu Daud, 1/45, no: 175).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh kerana kinesiotape adalah bahan yang tidak telus air dan boleh menghalang sebahagian anggota wudhuk daripada terkena air, maka hukum asalnya adalah tidak sah berwudhuk jika terdapat kinesiotape pada anggota wudhuk yang wajib dibasuh.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru pemakai kinesiotape hendaklah menanggalkan bahan tersebut sebelum berwudhuk. Ini kerana kebiasaannya pemakaian kinesiotape tidak sampai ke tahap darurat, kerana ia adalah rawatan sokongan yang antara fungsinya ialah mengurangkan kesakitan dan kekejangan. Maka hukum asal iaitu kewajipan membasuh anggota wudhuk dengan sempurna adalah hendaklah dikekalkan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "140. \nSoalan : \nHukum Bagi Seorang Perempuan Yang Mengandung Akibat Zina\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMohon penjelasan hukum bagi seorang perempuan yang mengandung akibat zina, bolehkah dia bernikah dalam keadaan tersebut dan adakah nikah itu harus dan sah di sisi Islam?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tFirman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 3, \"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam Abu Daud merekodkan hadis: Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi pernah meminta izin daripada Nabi Muhammad saw untuk bernikah dengan seorang wanita yang dikatakan namanya ''Unaq' dan wanita itu pernah berzina di Mekah. Lalu Nabi membacakan ayat 3 surah al-Nur, 'Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman'.\n\n\n\n\n\r\n\t\tLalu baginda berkata, 'Kamu jangan menikahinya.' Ayat al-Quran dan hadis tersebut menunjukkan hukum menikahi penzina adalah dibenci oleh Syarak (makruh).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenurut pendapat ulama bermazhab Syafii, wanita yang telah berzina dan dia masih belum mengandung hasil perzinaan tersebut, dibenarkan wanita itu dikahwini oleh mana-mana lelaki, iaitu hukumnya harus. Manakala jika dia sudah mengandung hasil daripada perzinaan tersebut, dibenarkan wanita itu dikahwini oleh mana-mana lelaki, tetapi hukumnya adalah makruh. Adalah lebih utama menunggu sehingga perempuan itu melahirkan anak tersebut (al-Nawawi, al-Majmu', jil 15, hlm. 398).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam al-Nawawi menjelaskan, hujah yang membenarkan perempuan yang mengandung hasil zina boleh dikahwini oleh mana-mana lelaki adalah kerana kehamilan tersebut tidak diiktiraf oleh Syarak kerana ia hasil zina, maka ia tidak tertakluk kepada hukum 'iddah wanita mengandung yang diceraikan oleh suaminya; sama ada cerai hidup atau mati (al-Majmu', jil 16, hlm. 241).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun begitu, jika lelaki lain yang bukan berzina dengan perempuan itu ingin mengahwininya, perlu difikirkan agar tidak bercampur dua benih dalam rahim perempuan itu. Kerana Nabi Muhammad saw bersabda, \"Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain (iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)\" Hadis hasan direkodkan oleh Imam Abu Daud dan al-Tirmidzi.\n\n\n\n\n\r\n\t\tIni bagi memastikan anak yang bakal menjadi penyambung keturunan itu nanti tidak diragui kesahan pertalian nasabnya. Oleh sebab itu, Imam Abu Hanifah berpendapat, perkahwinan tersebut adalah sah, tetapi lelaki itu tidak boleh menyetubuhi isterinya yang sedang mengandungkan anak luar nikah benih lelaki lain, sehingga selepas isteri itu melahirkan anak tersebut (al-Fatawa al-Hindiyah, jil. 1, hlm. 280).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tContoh fatwa di Malaysia berkaitan isu ini adalah Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu bertarikh 5 Disember 1995: \"Apakah hukum orang yang berkahwin dengan perempuan yang mengandung, umur kandungannya ialah 6 bulan, apakah sah atau tidak perkahwinan tersebut dalam Islam. Hasil daripada perkahwinan tersebut anaknya lahir lebih kurang 3 bulan sahaja selepas mereka berkahwin. Kepada siapakah anak itu hendak dibinkan. Keputusan: Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini membuat keputusan bahawa: 1) Perkahwinan tersebut adalah sah dari segi syara' sekiranya nikah itu menepati hukum syara' sekalipun perempuan itu sedang mengandung. Walau bagaimanapun perkahwinan seperti itu tidak digalakkan. 2) Anak itu dibinkan kepada ibunya atau kepada Abdullah, bukan ayahnya.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahua'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "141. \nSoalan : \nAdakah Kita Dibenarkan Untuk Menulis Ayat Al-Quran, Hadith Dan Zikir Dalam Tulisan Rumi?\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAdakah kita dibenarkan untuk menulis ayat al-Quran, hadith dan zikir dalam tulisan rumi? Mohon penjelasan .\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tFirman Allah SWT dalam surah Fussilat ayat 3, yang bermaksud, \"Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPara ulama sepakat mengatakan bahawa tidak dibenarkan menulis ayat al-Quran dalam tulisan selain tulisan Arab mushaf Uthmani. Imam Ibnu Hajar al-Haytami menjelaskan dalam kitab Fatwanya, para ulama sepakat melarang menulis ayat al-Quran dalam tulisan selain tulisan Arab walaupun dengan tujuan untuk mengajar. Dakwaan yang mengatakan jika ditulis ayat al-Quran menggunakan tulisan yang difahami oleh sesuatu masyarakat memudahkan mereka untuk belajar al-Quran, dakwaan itu adalah sesuatu pembohongan dan tidak mengikut amalan umat Islam terdahulu.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tal-Zurqani menjelaskan dalam kitabnya 'Manahil al-'irfan', para ulama melarang menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan selaian tulisan Arab kerana ia membuka ruang yang luas kepada penyelewengan dan perubahan makna. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Lujnah Fatwa al-Azhar, berkaitan menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan rumi: Dilarang menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan rumi, walaupun dikatakan ia boleh menyamai dengan konsep tulisan Arab (iaitu menggunakan transliterasi), kerana apabila menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan rumi sudah pasti akan berlaku perubahan cara bacaan dan makna. Wajib menjaga al-Quran daripada sebarang bentuk perubahan atau penyelewengan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tFatwa di Malaysia turut menjelaskan bahawa haram menulis ayat al-Quran menggunakan tulisan rumi. Muzakatah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-24 bersidang pada 5 dan 6 Jun 1989 bersamaan 2 dan 3 Zulkaedah 1409 telah mengambil keputusan bahawa: 'Adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan sistem tulisan al-Quran. Memandangkan keadaan yang ada dalam masyarakat Islam di Malaysia, maka Muzakarah menasihatkan bahawa pelaksanaan fatwa ini hendaklah dijalankan secara berperingkat-peringkat dengan tidak menyusahkan mana-mana pihak.'\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tManakala menulis hadis, doa, atau zikir bahasa Arab dalam tulisan rumi, jika bertujuan untuk pembelajaran, maka ia dibenarkan, selagi mana ia tidak mengubah makna hadis, doa, atau zikir tersebut. Ia hanya untuk pembelajaran awal bagi golongan yang masih belum boleh membaca tulisan bahasa Arab. Namun, setelah boleh membaca dalam tulisan Arab, maka hendaklah membacanya dalam tulisan Arab. Ini bagi memastikan hadis, doa, atau zikir itu dibaca dengan betul.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahua'lam\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "142. \nSoalan : \nSiapakah Golongan al-Ahbash?\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSiapakah golongan al-Ahbash?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAl-Ahbash merupakan kumpulan yang dipelopori oleh Sheikh Abdullah ibn Muhammad bin Yusuf al-Harari yang berasal dari Habshah. Mereka mula bergerak aktif di Lubnan pada pertengahan tahun 80-an melalui pertubuhan kebajikan yang bernama Jam\u2019iyyah al-Mashari\u2019 al-Khayriyyah al-Islamiyyah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKumpulan yang bergerak sebagai badan kebajikan ini berkencenderungan tasauf dan berkembang dengan pesat hingga mempunyai cawangan di banyak negara di dunia. Istilah Ahbash berkait dengan istilah Habshah kerana ia berkait dengan Negara asal pendirinya Sheikh Abdullah iaitu dari Habshah. Beliau lahir sekitar 1910 lahir di Hirara berdekatan Somalia, pernah menjadi Mufti di Oromo. Pada 1947, beliau pergi ke Hijaz setelah dibuang dari Ethiopia, kemudiannya ke Jurusalem dan Damsyik dan akhirnya menetap di Beirut dan menjadi pensyarah di al-Azhar cawangan Lubnan. Kemudiannya beliau mengambil alih pertubuhan Jam\u2019iyyah al-Mashari\u2019 al-Khayriyyah al-Islamiyyah dari Sheikh Muhyiddin al-\u2018Ajuz.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSejak itu pertubuhan ini berkembang dan dilebih dikenali sebagai al-Ahbash. Golongan Ahbash amat berpengaruh di Lubnan dan berperanan besar dalam politik Lubnan. Pendekatan politik mereka ialah menekankan keberadaan bersama dengan penganut agama lain terutama golongan Kristian di Lubnan. Mereka juga mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Syria yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik Lubnan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tNamun pendekatan mereka kadangkala bertentangan dengan kelompok Islamis terutama yang diketuai oleh tokoh gerakan Islam seperti Fathi Yakan yang bagi mereka membawa pemikiran agresif dalam politik hasil pemikiran tokoh-tokoh seperti al-Mawdudi, Sayyid Qutb. Ahbash juga aktif dalam menubuhkan institusi pendidikan bermula dari pendidikan pra sekolah, sekolah rendah, menengah sehingga ke peringkat kolej yang mempunyai kaitan dengan kerjasama dengan Universiti al-Azhar. Mereka juga menerbitkan majalah bulanan Manar al-Huda sejak 1992 dan menubuhkan stesen radio yang bernama Nida\u2019 al-Ma\u2019rifah sejak 1998. Laman web mereka juga aktif terutama berkaitan perdebatan dan polemik mereka dengan golongan Wahabiyah. Dari segi akidah, mereka berpegang kepada akidah Asha\u2019irah dan Maturidiyyah sementara dalam fikah bermazhab Shafi\u2019e. Namun kadang kala pendekatan mereka agak keras terhadap kelompok lawan mereka terutama kelompok Wahabiyah. Antara tokoh yang dikritik keras oleh mereka ialah Ibn Taymiyyah dan Muhammad Ibn Abd Wahhab. Dalam akidah, mereka amat menekankan pemahaman bahawa \u201cAllah tidak bertempat\u201d bagi melawan aliran Wahabiyah yang bagi mereka telah terjatuh dalam tajsim dan tashbih melalui kefahaman literal ayat-ayat mutashabihat dalam al-Qur\u2019an seperti \u201ctangan Allah\u201d \u201cwajah Allah\u201d dan lain-lain. Di samping itu mereka juga mempunyai kecenderungan tasauf yang kuat dan mengaitkan diri dengan tiga kumpulan tariqah iaitu Rifa\u2019iyyah, Naqshabandiyyah dan Qadiriyyah. Bertentangan dengan golongan Wahabiyah yang banyak menentang golongan tariqah dan tasauf dan menghukumkannya sebagai bid\u2019ah, golongan Ahbash mengganggap tasauf dan tariqah sebagai bid\u2019ah hasanah yang selari dengan al-Qur\u2019an dan Sunnah. Bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan aliran golongan Ahbash boleh merujuk kepada Harsi Muhammad Haylula, Mukhtasar al-Aqidah al-Sunniyyah li al-Allamah \u2018Abdallah al-Harari; Mustafa Kabha dan Haggai Erlich, \u201cAl-Ahbash and Wahhabiyya: Interpretations of Islam\u201d, dalam International Journal of Middle East Studies, vol.38,. No.4 (Nov.,2006), hlm.519-538); A Nizar Hamzeh dan R. Hrair Dekmejian, \u201cA Sufi Response to Political Islamism: al-Ahbash of Lebanon\u201d dalam International Journal of Middle East Studies, vol.28, no.2 (May,1996),hlm.217-229.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "143. \nSoalan : \nHukumnya Bekerja Di Pasaraya Yang Kerja Utamanya Menyusun Arak?\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApa hukumnya jika kita bekerja di pasaraya yang kerja utamanya perlu menyusun arak?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHukum bekerja di pasaraya secara umumnya adalah dibenarkan walaupun pasaraya itu ada menjual arak dan benda haram lain.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun, apabila bekerja secara langsung dengan arak seperti menyusun botol arak atau menjaga kaunter dan menguruskan jual beli arak, hukumnya adalah haram.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIni berpandukan hadis Nabi Muhammad saw: Anas bin Malik melaporkan, \"Rasulullah saw melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Orang yang memerah arak.\n\r\n\t\t2) Orang yang diminta arak diperahkan untuknya.\n\r\n\t\t3) Orang yang meminumnya.\n\r\n\t\t4) Orang yang membawanya.\n\r\n\t\t5) Orang yang meminta dibawa arak kepadanya.\n\r\n\t\t6) Orang yang memberi minum arak kepada orang lain.\n\r\n\t\t7) Orang yang menjual arak.\n\r\n\t\t8) Orang yang mendapat hasil daripada arak.\n\r\n\t\t9) Orang yang membeli arak.\n\r\n\t\t10) Orang yang meminta dibelikan arak untuknya.\"\n\n\n\n\n\r\n\t\tHadis direkodkan oleh Imam Ibnu Majah dan al-Tirmizi.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "144. \nSoalan : \nHukum Membeli Perisian Komputer (Software) Cetak Rompak\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum membeli perisian komputer (software) cetak rompak untuk kegunaan peribadi?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tPerisian komputer (software) adalah sejenis harta intelek (intelectual property) yang merupakan aset tidak nyata tetapi diiktiraf dari sudut undang-undang dan juga syarak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAkademi Fiqah Islam (Majma' al-Fiqh al-Islami) dalam persidangan kali ke-5 yang diadakan di Kuwait pada 1409H telah membincangkan berkenaan harta tidak nyata (huquq ma\u2019nawiyyah) dan meluluskan resolusi berikut:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u201cHak cipta penulisan, ciptaan, dan rekaan adalah dipelihara dari sudut syarak. Pemilik-pemiliknya berhak untuk mengendalikannya (menjualnya, menyewanya dll). Dan hak-hak tersebut tidak harus dicerobohi\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh kerana perisian komputer termasuk dalam harta intelek yang diiktiraf syarak, maka ia tidak harus dicerobohi melalui aktiviti cetak rompak dan seumpamanya.\n\n\n\n\n\r\n\t\tFirman Allah Taala: \n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0623\u0652\u0643\u064f\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0623\u064e\u0645\u0652\u0648\u064e\u0627\u0644\u064e\u0643\u064f\u0645 \u0628\u064e\u064a\u0652\u0646\u064e\u0643\u064f\u0645 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u0627\u0637\u0650\u0644\u0650\n\n\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya:\n\r\n\t\t\u201cDan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah\u201d. (Al-Baqarah: 188).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerasaskan kepada pengiktirafan syarak terhadap harta intelek, maka hukum asal bagi pembelian, penjualan dan penyebaran perisian komputer cetak rompak sama ada untuk tujuan komersial atau untuk kegunaan peribadi tanpa keizinan pemilik hak ciptanya adalah tidak diharuskan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "145. \nSoalan : \nApakah Orang Islam Dibolehkan Menyambut Hari Valentine Pada 14 Februari?\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah orang Islam dibolehkan menyambut Hari Valentine pada 14 Februari ini kerana perayaan ini bertemakan kasih sayang antara pasangan kekasih?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSejarah Valentine\u2019s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tDi dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.\r\n\t\n\r\n\t\tIslam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine\u2019s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tHukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\u0645\u0646 \u062a\u0634\u0628\u0647 \u0628\u0642\u0648\u0645 \u0641\u0647\u0648 \u0645\u0646\u0647\u0645\n\r\n\t\t\u201cSesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.\u201d\n\r\n\t\t( Riwayat Abu Daud)\n\n\n\n\n\r\n\t\tRasulullah s.a.w. juga bersabda:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\u0645\u0646 \u0639\u0645\u0644 \u0639\u0645\u0644\u0627 \u0644\u064a\u0633 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0623\u0645\u0631\u0646\u0627 \u0641\u0647\u0648 \u0645\u0631\u062f\u0648\u062f\n\r\n\t\t\u201cSesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.\u201d\n\r\n\t\t(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine\u2019s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSelaras dengan ketetapan syarak tersebut, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day dan bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine\u2019s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "146. \nSoalan : \nZakat Unit Saham ASB\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya membuat pembelian unit saham ASB melalui pinjaman. Duit pinjaman tidak dikreditkan ke dalam akaun saya. Adakah saya perlu membayar zakat?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAmanah Saham Bumiputra (ASB) adalah saham yang bersifat simpanan. Ini kerana nilai unitnya adalah kekal RM1 seunit. Oleh itu, pengiraan zakat ASB adalah mengikut zakat wang simpanan, iaitu sebanyak 2.5% daripada nilainya.\n\n\n\n\n\r\n\t\tContoh: RM40,000 (Jumlah simpanan di ASB) x 2.5% = RM1000\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTetapi sekiranya pelaburan ASB adalah melalui pinjaman di mana pelabur tidak dapat mengeluarkannya sehingga pinjaman dibayar penuh, maka zakat tidak dikenakan. Ia dikira sebagai harta yang tidak mempunyai pemilikan yang sempurna kerana tidak bebas bertasarruf untuk membuat pengeluaran. Sehinggalah pinjamannya atau pembiayaannya diselesaikan dan peminjam memperoleh wang tersebut, maka dia perlu menzakatkanya setelah melalui haul. Walau bagaimanapun digalakkan untuk dikeluarkan zakat sejurus selepas menerima wang tanpa menunggu cukupnya haul.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "147. \nSoalan : \nMenyambut Valentines Day: Halal @ Haram?\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenurut Encyclopaedia Britannica, hari Valentine yang juga dikenali sebagai Hari Saint Valentine, disambut pada 14 Februari. Pada hari ini, pencinta meluahkan kasih sayang mereka dengan ucapan dan hadiah.\n\n\n\n\n\r\n\t\tMenurut sejarah, terdapat beberapa sempena hari Valentine ini. Ada yang mengatakan sambutan ini bersempena dengan terbunuhnya seorang Paderi Kristian yang komited terhadap agamanya bernama Valentine. Dia dibunuh oleh Maharaja Claudius II Gothicus pada tahun 270M. Dalam lagenda, dikatakan St. Valentine telah jatuh cinta dengan anak Maharaja tersebut dan sebelum dihukum bunuh, dia telah menulis sepucuk surat yang termaktub padanya, \" from your Valentine\". Dilaporkan juga, hari Valentine berasal daripada satu perayaan kuno yang disambut di Rom iaitu Perayaan Lupercalia. Perayaan ini dirayakan kerana menyambut kedatangan musim bunga dan antara upacara utamanya ialah menguji tahap kesuburan wanita, di mana lelaki akan dicabut undi dan sesiapa yang terpilih akan melakukan hubungan seks dengan wanita yang ditetapkan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPada akhir abad ke-5M, Pope Gelasius I menggantikan Perayaan Lupercalia dengan Hari St. Valentine. Ia kemudiannya disambut sebagai hari percintaan bermula pada abad ke-14M. Kini hari Valentine bukan sahaja disambut di negara Barat atau penganut agama Kristian sahaja, bahkan seluruh dunia turut meraikannya. Pasangan kekasih menunggu-nunggu tarikh keramat 14 Febuari bagi merayakan hari kekasih ini. Ia dianggap hari istimewa bagi menunjukkan cinta kepada pasangan masing-masing.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSambutan hari Valentine bukan hanya sekadar hari kekasih untuk hiburan teruna dan dara, namun hari Valentine juga merupakan hari perayaan rasmi ritual agama Kristian seperti disambut di 'Anglican Communion' iaitu persatuan antarabangsa gereja-gereja Anglican yang terdiri daripada Gereja England dan gereja-gereja negara serantau (Holy Days, Church of England (Anglican Communion, 2012), juga di sambut di Gereja Lutheran (Pfatteicher, P.H., New Book of Festivals and Commemorations: A Proposed Common Calendar of Saints, 2008).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPersoalan yang timbul, apakah hukum seorang Muslim merayakan hari Valentine? Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, 2012, hlm. 16).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKita perlu membezakan antara menghargai kasih sayang dan menyambut hari berkasih sayang seperti hari Valentine. Islam sangat menghargai kasih sayang, sehingga Nabi Muhammad saw bersabda, \"Sesiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.\" (Hadis sahih direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim). Jarir bin Abdullah melaporkan, katanya, \"Rasulullah pernah berkata, \u2018Sesiapa yang tidak mengasihi manusia, Allah juga tidak kasih kepadanya.\" (Hadis sahih direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim). Nukman bin Basyir melaporkan, katanya, \"Rasulullah bersabda, \u2018Orang-orang yang beriman bagaikan satu tubuh badan dalam hal berkasih sayang dan berlemah lembut sesama mereka. Bila salah satu anggota sakit, seluruh tubuh juga akan sakit kerana tidak dapat tidur dan demam.\" (Hadis sahih direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang. Aisyah melaporkan, katanya, \"Satu kumpulan orang Arab Dusun datang berjumpa dengan Rasulullah. Mereka bertanya, \u2018Adakah saudara-saudara semua mencium anak-anak saudara?' Para sahabat Nabi Muhammad menjawab, \u2018Ya.' Orang-orang Arab Dusun itu berkata, \u2018Tetapi kami tidak biasa mencium anak-anak kami.' Rasulullah pun berkata, \u2018Apakan daya saya. Allah telah mencabut perasaan kasih sayang daripada jiwa saudara-saudara.' (Hadis sahih direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIslam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine's Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Allah SWT memerintah umat Islam memohon kepadaNya untuk mencontohi perjalanan dan cara hidup golongan yang diberi nikmat oleh Allah daripada kalangan para Nabi, orang yang benar imannya, orang yang mati syahid mempertahankan agama Allah, dan orang yang melakukan amal soleh. Kita juga diajar oleh Allah agar membebaskan diri sepenuhnya daripada pengaruh Yahudi dan Kristian termasuklah perjalanan dan cara hidup mereka. Ini semua dijelaskan dalam surah al-Fatihah ayat 6 hingga 7, \"Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksud golongan yang Allah kurniakan nikmat kepada mereka dijelaskan dalam surah al-Nisa' ayat 68 hingga 69, \"Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka. Iaitu Nabi-nabi, orang-orang Siddiqiin, orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tManakala maksud golongan yang dimurkai oleh Allah, ditafsirkan oleh Nabi Muhammad saw: 'Adi bin Abi Hatim melaporkan, \"Saya bertanya kepada Nabi Muhammad saw maksud firman Allah dalam surah al-Fatihah: 'orang-orang yang Engkau telah murkai', jawab Nabi, 'Mereka adalah orang Yahudi.'\". Manakala maksud golongan yang sesat pula ialah Kristian, sebagaimana laporan 'Adi bin Abi Hatim, \"Nabi Muhammad saw menjelaskan maksud firman Allah dalam surah al-Fatihah: 'orang-orang yang sesat', mereka adalah orang Kristian.\" Meniru dan mengamalkan cara hidup orang bukan Islam seperti orang Yahudi, Kristian dan lain-lain adalah termasuk dalam maksud mengiktiraf agama tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah saw, \"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.\" (Hadis direkodkan oleh Imam Abu Daud).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAllah SWT memberikan peringatan kepada Nabi Muhammad saw dan umat Islam dalam surah al-Baqarah ayat 120, \"Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menuruti agama mereka (yang telah terpesong itu).\" Oleh sebab itu, Nabi Muhammad saw turut memberikan peringatan kepada kita: Abu Sa'id al-Khudri melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, \"Kamu akan mengikut jejak langkah cara hidup golongan sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak Dhob pun, kamu akan mengikuti mereka.\" Kami bertanya, \"Wahai Rasulullah. Adakah mereka itu Yahudi dan Kristian.\" Jawab Nabi, \"Siapa lagi kalau bukan mereka?\" (Hadis sahih direkodkan oleh Imam al-Bukhari).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tLarangan Nabi Muhammad saw perbuatan mencontohi dan mengikuti cara hidup golongan Yahudi, Kristian dan penganut agama lain adalah meliputi segala tingkah laku,sama ada ia melibatkan ritual keagamaan atau tatacara kehidupan seharian. Contohnya, al-Syarid bin Suwaid melaporkan, katanya, \"Pada suatu masa Nabi Muhammad berjalan melintas di depan saya. Waktu itu saya sedang duduk dengan meletakkan tangan kiri di belakang bahu saya dan saya bersandar menggunakan tangan saya itu. Kata beliau, \u2018Adakah kamu duduk dengan gaya orang Yahudi?'\" (Hadis direkodkan oleh Imam Abu Daud).\r\n\t\n\r\n\t\tBerdasarkan hadis ini, cara duduk pun Nabi larang umatnya daripada mengikuti cara orang Yahudi. Apatah lagi ketika menyambut hari Valentine, pasangan kekasih yang masih belum bernikah secara sah melahirkan perasaan cinta mereka mengikut cara yang haram. Ber'dating', berdua-duaan bagi memadu asmara, berpegangan tangan tanda keintiman; kesemuanya merupakan tingkahlaku haram yang menjadi mukaddimah kepada berleluasanya maksiat dan zina. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra' ayat 32: \"Janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIslam bukan hanya sekadar mengharamkan zina, namun segala perkara yang boleh mendekatkan seseorang dengan perzinaan adalah hukumnya haram. Oleh sebab itu, umat Islam wajib kembali mengamalkan tatacara hidup yang dibenarkan oleh Islam dan meninggalkan tatacara hidup yang bercanggah dengan syariat Islam seperti sambutan hari Valentine. Cinta sejati hanyalah cinta yang berpaksikan cinta kepada Allah dan Nabi Muhammad saw. Manakala cinta berahi yang berpaksikan nafsu syahwat yang menjuruskan pencinta itu melakukan dosa dan maksiat kepada Allah, adalah cinta yang mengundang bencana di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT dalam surah al-Zukhruf ayat 67, \"Pada hari itu (hari kiamat) sahabat-sahabat karib; sebahagiannya akan menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t(Artikel ini ditulis oleh: al-Faqir Dr. Arieff Salleh bin Rosman: Felo Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), merangkap Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST), Universiti Teknologi Malaysia)\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "148. \nSoalan : \nKenyataan Media: Isu Tuntutan Comango Dan Pelaburan ASN Dan ASB\nJawapan : \n\n\n\n\nKENYATAAN MEDIA\n\r\n\t\tMUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA MENGENAI ISU TUNTUTAN COMANGO DAN PELABURAN ASN DAN ASB\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memandang serius dan menentang tuntutan yang dibuat oleh Comango kerana tuntutan-tuntutan yang dibuat adalah jelas bercanggah dengan Syariat Islam dan akan merosakkan akidah umat Islam.\n\n\n\n\n\r\n\t\tTuntutan-tuntutan yang dibuat juga adalah bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan Negara serta norma-norma antarabangsa dan akan mencetuskan huru hara kepada masyarakat dan Negara, serta mampu meruntuhkan pegangan dan cara hidup umat Islam di Malaysia.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh itu, Jawatankuasa Fatwa menggesa Kerajaan supaya mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak seperti ini kerana ia merupakan satu ancaman dan gerakan untuk menghancurkan kedaulatan Islam dan Negara.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan umat Islam yang terlibat supaya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan menjauhkan diri daripada terus terjerumus dengan perbuatan yang boleh merosakkan akidah sepertimana tuntutan Comango ini.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMarilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMengenai isu pelaburan ASB dan ASN yang sejak akhir-akhir ini menimbulkan keresahan kepada masyarakat awam berpunca daripada tindakan pihak-pihak tertentu menyebarkan bahawa Suruhanjaya Sekuriti mengatakan ASB dan ASN adalah tidak patuh syariah. Perkara pertama yang perlu difahami dalam isu ini ialah perbezaan peranan antara Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan pihak manakah yang diberi autoriti dalam mengeluarkan hukum di Malaysia.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja merupakan badan pengeluar dan penyelaras hukum hakam dalam apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang bersifat nasional yang melibatkan kepentingan seluruh umat Islam. Manakala Suruhanjaya Sekuriti pula adalah badan yang antara peranannya ialah membuat keputusan sama ada sesuatu sekuriti diklasifikasikan sebagai patuh syariah atau tidak berdasarkan garispanduan yang mereka tetapkan, bukan hukum atau fatwa.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSepertimana semua sedia maklum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa sejak dari tahun 2008 telah pun membincangkan isu pelaburan dalam ASN dan ASB dan telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus. Keputusan yang dibuat ini adalah dengan melihat ruang lingkup yang luas bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar terhadap sosio ekonomi Umat Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSebagai badan pengeluar hukum yang diberikan autoriti oleh Ulil Amri, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menggunakan kaedah-kaedah serta dalil-dalil yang diiktiraf syarak. Hukum atau fatwa yang dikeluarkan juga mengambil kira aspek-aspek lain yang muktabar seperti kepentingan umum, keperluan dan maqasid syariyyah dan siasah syar'iyyah. Berbeza dengan metodologi Suruhanjaya Sekuriti dalam penyenaraian sekuriti patuh syariah yang antara lain mengadaptasi pendekatan kuantitatif yang mengguna pakai tanda aras aktiviti perniagaan dan tanda aras nisbah kewangan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSebagai badan yang diberikan peranan menentukan hukum hakam dalam isu-isu bersifat nasional seperti isu pelaburan ASN dan ASB ini, Jawatankuasa Fatwa melihat kekukuhan ekonomi umat merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah selaku Ulil Amri, lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi masakini, yang menampakkan umat Islam tertinggal jauh di belakang. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSetiap hukum yang diputuskan bukan hanya melihat dari satu aspek tertentu sahaja dan tidak melibatkan sebarang tanda aras berbentuk angka untuk memutuskannya sebagai halal, harus atau haram. Tetapi hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah, menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam menentukan hujah keharusan dalam pelaburan ASN dan ASB ini, ada pihak-pihak yang berceramah di sana sini mengatakan hukum yang dikeluarkan oleh Muzakarah tidak mengikut syarak kerana berhujah menggunakan maslahah. Adalah sangat tidak tepat jika ada pihak-pihak tertentu yang mendakwa bahawa hujah bersandarkan maslahah ummah mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum. Semua pihak perlu memahami bahawa prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama, umat Islam dan negara.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJawatankuasa Fatwa amat kesal sejak kebelakangan ini terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba menimbulkan keraguan kepada masyarakat awam dengan memuatnaik surat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) (rekod surat-bertarikh 2009) yang mengatakan bahawa pelaburan ASN dan ASB sebagai tidak patuh syariah. Juga beberapa orang penceramah sentiasa membangkitkan isu haram melabur dalam ASN dan ASB ini dengan pelbagai hujah, dan dikatakan keputusan Muzakarah itu adalah menyimpang kerana ahlinya tidak mempunyai ilmu atau kepakaran dalam bidang ekonomi Islam. Semua pihak perlu maklum bahawa sebahagian daripada ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga turut/pernah menjadi ahli pakar di Suruhanjaya Sekuriti.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDi media sosial, blog-blog dan facebook, golongan yang mengakui sebagai ahli pakar ini cuba menimbulkan keresahan kepada masyarakat awam terhadap status ASN dan ASB dengan merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh SC tersebut. Isu pelaburan ASN dan ASB ini merupakan perkara ijtihadi, yang sememangnya akan mengundang polemik dan perdebatan jika semua pihak yang mendakwa sebagai ahli pakar mahu menegakkan pandangan masing-masing tanpa menghiraukan peranan pihak yang diberi autoriti dalam menentukan hukum.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSewajarnya mereka yang melabelkan diri sebagai intelektual Islam ini memahami isu ini secara menyeluruh dan hak-hak Ulil Amri kerana akibat daripada sikap mereka yang gemar dan sengaja mempertikaikan hukum yang telah dibuat telah menimbulkan keresahan yang meruncing di kalangan umat Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSituasi ini memperlihatkan bagaimana gusar dan resahnya umat Islam apabila sesuatu isu yang diperkatakan itu berkait dengan harta yang menjadi tonggak kelangsungan hidup setiap individu. Kegemparan yang ditimbulkan ini, hanya akan merugikan umat Islam sendiri. Adalah lebih bijak sesuatu perbezaan itu dibincang terlebih dahulu dengan pihak berkuasa daripada menimbulkan keresahan kepada masyarakat kerana Jawatankuasa Fatwa sentiasa bersikap terbuka dalam menerima pandangan yang positif dan konstruktif.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKeputusan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa adalah berpandukan kepada Ijtihad Jama'i dan konsensus semua ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada para Mufti dan ahli-ahli pakar dalam bidang akidah, fiqh, hadith dan tafsir, muamalat dan sains, dan keputusan dibuat berdasarkan kajian pakar-pakar ekonomi Islam dan penjelasan terperinci oleh pihak pengurusan tertinggi PNB dan juga Majlis Penasihat Shariah PNB sendiri yang terdiri daripada pakar-pakar dan ulama berwibawa tanpa terikat dengan garis panduan atau metodologi badan lain yang jelas mempunyai fungsi yang berbeza.\n\n\n\n\n\r\n\t\tOleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menasihatkan pihak-pihak berkenaan khususnya penceramah-penceramah berkenaan supaya menghentikan tindakan memprovokasi isu-isu yang melibatkan hukum hakam kerana walaubagaimana tinggi sekali pun ilmu dan kepakaran seseorang itu, adalah lebih bijak jika ianya disalurkan dengan cara yang beradab dan memahami terlebih dahulu peranan dan tugas pihak berkuasa serta kaedah dalam berfatwa atau mengeluarkan hukum supaya tidak mengundang kekacauan kepada ramai pihak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSekian, terima kasih.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPROF. EMERITUS TAN SRI DATO' DR. ABD. SHUKOR BIN HJ. HUSIN \n\n\n\r\n\t\tPengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t14 Februari 2014\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "149. \nSoalan : \nApakah Hukum Membunuh Tikus Dengan Cara Menjemurnya Di Dalam Perangkap Di Tengah Panas Terik\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum membunuh tikus dengan cara menjemurnya di dalam perangkap di tengah panas terik matahari sekitar 2-3 jam sehingga ia mati kepanasan?\n\n\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMembunuh tikus adalah diharuskan dalam Islam kerana ia termasuk dalam haiwan yang disifatkan sebagai \u2018fawasiq\u2019(haiwan yang terkeluar daripada hukum haiwan lain kerana menyakitkan dan merosakkan).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDi dalam hadis sahih, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\u062e\u064e\u0645\u0652\u0633\u064c \u0641\u064e\u0648\u064e\u0627\u0633\u0650\u0642\u064f\u060c \u064a\u064f\u0642\u0652\u062a\u064e\u0644\u0652\u0646\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u062d\u0650\u0644\u0651\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0631\u064e\u0645\u0650: \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u064a\u0651\u064e\u0629\u064f\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u063a\u064f\u0631\u064e\u0627\u0628\u064f \u0627\u0644\u0652\u0623\u064e\u0628\u0652\u0642\u064e\u0639\u064f\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0641\u064e\u0623\u0652\u0631\u064e\u0629\u064f\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0643\u064e\u0644\u0652\u0628\u064f \u0627\u0644\u0652\u0639\u064e\u0642\u064f\u0648\u0631\u064f\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u062d\u064f\u062f\u064e\u064a\u0651\u064e\u0627\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cLima haiwan fawasiq (yang terkeluar daripada hukum haiwan lain kerana menyakitkan dan merosakkan) yang boleh dibunuh di tanah halal dan di tanah haram; ular, gagak, tikus, anjing yang buas/serigala, dan helang\u201d. (Riwayat Muslim, 2/856, no: 1198).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalau bagaimanapun, kaedah membunuh haiwan-haiwan tersebut hendaklah dengan cara yang tidak menyeksa. Kerana Islam memerintahkan supaya berlaku ihsan dalam setiap pembunuhan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tSabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0644\u0647\u064e \u0643\u064e\u062a\u064e\u0628\u064e \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u062d\u0652\u0633\u064e\u0627\u0646\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0643\u064f\u0644\u0651\u0650 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064d\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0642\u064e\u062a\u064e\u0644\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0641\u064e\u0623\u064e\u062d\u0652\u0633\u0650\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0642\u0650\u062a\u0652\u0644\u064e\u0629\u064e\u060c \u0648\u064e\u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0630\u064e\u0628\u064e\u062d\u0652\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0641\u064e\u0623\u064e\u062d\u0652\u0633\u0650\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0630\u0651\u064e\u0628\u0652\u062d\u064e\n\r\n\t\tMaksudnya:\n\r\n\t\t\u201cSesungguhnya Allah telah memerintahkan berlaku ihsan dalam setiap sesuatu. Maka apabila kamu membunuh, maka elokkanlah cara pembunuhan. Dan jika kamu menyembelih maka elokkanlah cara penyembelihan\u201d. (Riwayat Muslim, 3/1548, no: 1955).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaka tidak diharuskan membunuh tikus-tikus dengan cara menyeksanya seperti menjemurnya di tengah panas terik matahari dalam tempoh yang lama sedangkan terdapat banyak kaedah lain yang lebih baik seperti memukul hingga mati, menggunakan renjatan elektrik dan seumpamanya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "150. \nSoalan : \nStatus Hadis Tentang Teman-Teman Iblis\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMohon kepastian status hadis yang dikatakan riwayat Bukhari yang tersiar di laman sesawang Harakahdaily pada Jun 11, 2013, iaitu: Riwayat Imam Bukhari pernah menceritakan, ketika Rasullullah sedang duduk, baginda didatangi seseorang. Rasullullah bertanya kepadanya: \u201cSiapa anda?\u201d Lalu dia pun menjawab: \u201cSaya iblis.\u201d Rasullullah bertanya lagi, apa maksud kedatangannya. Iblis menceritakan kedatangannya kerana izin Allah untuk menjawab semua pertanyaan dari Rasulullah SAW. Lalu Rasullullah menggunakan kesempatan itu untuk bertanya beberapa perkara. Salah satunya adalah mengenai teman-teman iblis dari umat Muhammad SAW yang akan menjadi peneman iblis di neraka. Iblis menjawab, temannya di neraka terdapat 10 golongan. Yang pertama, kata iblis, haakimun zaa`ir \u2013 hakim yang curang. Seseorang hakim yang berlaku tidak adil dalam menetapkan hukum. Bukan hanya hakim mahkamah tetapi hakim-hakim umum seperti ketua kampung, ketua keluarga dalam menghakimi sesuatu. Kedua, ghaniyyun mutakabbir \u2013 orang kaya yang sombong. Mereka begitu bangga dengan kekayaan dan enggan menafkahkan ke jalan Allah dan menganggap semua yang diperolehnya merupakan usahanya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Ketiga, taajirun kha\u2019in \u2013 peniaga yang khianat. Mereka melakukan penipuan sama ada tentang kualiti barang atau mengurangkan timbangan. Juga berkaitan segala penipuan dalam urusan perniagaan. Keempat, syaaribu al-khamr \u2013 orang yang meminum arak. Minuman apa-apa sahaja minuman yang memabukkan. Riwayat lain ada menyebutkan peminum khamar dikatakan tidak beriman, jika semasa dia mati masih terdapat arak dalam tubuhnya. Kelima, al-fattaan \u2013 tukang fitnah. Ini kerana fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan. Ini termasuklah mengungkap aib seseorang yang kebenarannya tidak boleh dipertanggungjawabkan, gosip, ghibah dan lainnya. Keenam, shaahibu ar-riya` \u2013 orang yang suka menunjuk. Mereka selalu ingin menunjukkan kehebatan dirinya, menunjukkan amalnya, kekayaannya dan lainnya kerana ingin mendapatkan pujian. Ketujuh, aakilu maal al-yatiim \u2013 orang yang memakan harta anak yatim. Mereka memanfaatkan harta anak yatim atau sumbangan untuk anak yatim demi kepentingan peribadi atau kelompoknya sendiri. Kelapan, al-mutahaawinu bi al-shalah \u2013 orang yang meringankan solat. Mereka memahami tentang kewajipan solat, namun dengan berbagai alasan mereka melalaikan dan meninggalkan solat. Kesembilan, maani\u2019u az-zakaah \u2013 orang yang enggan membayar zakat. Mereka merasa berat untuk mengeluarkan zakat walaupun tujuan zakat untuk membersihkan diri dan hartanya. Kesepuluh, man yuthiilu al-amal \u2013 banyak angan-angan. Mereka enggan berusaha namun selalu menginginkan sesuatu. http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/19941-kenali-10-sahabat-iblis\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tRiwayat tersebut tidak terdapat di dalam Kitab Sahih Imam Bukhari sebagaimana didakwa penulis artikel tersebut. Ia dicatatkan oleh Al-Samarqandi (wafat: 373H) di dalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin. (1421, Beirut: Dar Ibn Kathir, hlmn. 61).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIa dinisbahkan kepada riwayat Wahb bin Munabbih, tanpa dikemukakan rantaian sanad yang merupakan asas dalam menentukan kesahihan sesuatu hadis atau sebaliknya. Al-Samarqandi juga menyebut kisah ini dengan ungkapan \u2018wazukira\u2019 yang bermaksud \u201cdisebutkan\u201d, di mana di sisi ulama hadis, ungkapan sedemikian kebiasaannya merujuk kepada riwayat yang tidak sahih. Ia juga tidak didapati dalam kitab-kitab hadis utama, seperti kitab-kitab hadis sahih, kitab-kitab sunan, kitab-kitab musnad dan lain-lain. Maka tindakan penulis artikel yang menyebarkan kisah tersebut dengan menisbahkannya kepada riwayat Bukhari adalah suatu yang amat tidak wajar.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "151. \nSoalan : \nHukum Mengembirikan Kucing Betina\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya ingin bertanyakan tentang hukum mengembirikan kucing betina dengan tujuan ia tidak membiak kerana tidak mampu menjaga anak anak kucing jika kucing itu melahirkan anak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSaya tahu jika mengembirikan haiwan ternakan yang boleh dimakan adalah harus, tetapi bagaimana pula jika kucing dengan tujuan seperti yang di sebut tadi. Adakah ia haram dari segi agama? Saya berharap agar mendapat jawapan dengan kekeliruan ini, dan berharap soalan saya di jawab agar dapat mengelakkan dari menzalimi haiwan dan melanggar hukum agama.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMenurut Keputusan Panel Kajian Syariah JAKIM pada 3&4 April 2000, mengembiri binatang kesayangan yang tidak boleh dimakan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaslahah ammah bermaksud jika binatang itu membawa penyakit atau menjaga keselamatan manusia serta kesejahteraan persekitaran dan sebagainya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIbnu Utsaimin; seorang Mufti di Arab Saudi mengatakan, \"Jika populasi kucing terlalu banyak dan mengganggu, sementara tindakan mengembiri tidak sampai menyakitinya, tidak menjadi kesalahan untuk mengembiri kucing. Ini lebih baik daripada membunuh setelah kucing itu hidup. Namun, jika kucing itu tidak mengganggu, maka biarkanlah kucing itu hidup mengikut fitrahnya.\" (Fatawa Islamiyah, 4:448).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "152. \nSoalan : \nBolehkah Kita Orang Islam Mengadakan Hantaran Sirih Junjung?\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSetahu saya daripada research perkahwinan hindu, sirih junjung adalah benda yang mesti ada / wajib dalam perkahwinan hindu. Ia boleh dikatakan sebagai ritual dalam perkahwinan hindu bagi agama hindu. Di dalam ikatan orang Islam, ada yang membuat hantaran sirih junjung. Zaman dahulu mungkin orang tua kita yang makan. Tetapi sekarang cuma hendak diadakan sebagai hantaran. Sebabnye? Bolehkah kita orang Islam mengadakan hantaran sirih junjung? Apakah hukumnya?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAmalan menghantar sirih junjung termasuk dalam adat istiadat masyarakat Melayu. Ia dianggap sebagai kepala hadiah yang dibawa untuk meminang.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenurut ilmu usul fiqh, adat itu terdiri daripada dua asas; asas material dan asas maknawi. Asas material iaitu sesuatu yang diterima sebagai adat mestilah telah biasa dilakukan dan diketahui oleh anggota masyarakat dalam tempoh masa yang tertentu berkaitan urusan kehidupan. Adat tersebut lahir sebagai memenuhi keperluan masyarakat. Syarat adat tersebut diterima dalam Islam, ia mestilah bersifat umum iaitu ia kebiasaan sebahagian besar masyarakat, bukan sekelompok kecil sahaja. Adat itu juga mestilah telah lama dilakukan secara berterusan dan ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tManakala asas maknawi sesuatu adat ialah sebahagian besar anggota masyarakat mengganggap adat tersebut perlu dilakukan dan orang yang tidak melakukannya dianggap tidak beradab. Imam al-Ghazali menjelaskan: \"Adat setempat mengkhususkan makna sesuatu kata nama berdasarkan kebanyakan amalan yang berkaitan dengannya.\" (al-Mustasfa, jil. 1, hlm. 131)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAmalan menghantar sirih junjung semasa majlis pertunangan dalam masyarakat Melayu mempunyai falsafah yang tersendiri. Ia merujuk kepada tiga asas iaitu \u201cJunjung Adat, Julang Hasrat, Julung Semat\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t1) Sirih junjung itu sebagai simbol menjunjung adat iaitu rombongan meminang mengharapkan tuan rumah mendengar dahulu hajat tetamu yang datang. Lelaki yang ingin meminang anak tuan rumah menghantar rombongan sebagai tanda beradab.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t2) Rombongan yang datang merendah diri, sanggup menyerah nasib kepada tuan rumah, walaupun ada kalangan yang datang itu berkedudukan tinggi dalam masyarakat; mereka sanggup kerana men\u201dJulang Hasrat\u201d tuan punya tubuh; ingatkan tuan rumah supaya berbudi bahasa dan berbelas kasihan dalam perbuatan dan pertuturan; nak ingatkan tuan rumah yang sebelum ini sudah ada terjadi bila darah tumpah ke lantai bila rombongan dihina dan dia jadi mabuk lupa \u201cJulang Hasrat\u201d tuan punya badan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t3) Sirih Junjung itu sangat halus buatannya, diselit rapi dan kemas tak dapat dipastikan mana hujung mana pangkalnya daun, \u201cJulung Semat\u201d mesti dipakai walau apa pun jua hasil perbincangan, jika pinangan diterima ayuh kita jalankan urusan serapi selitan, sampai selesai (ijab kabul); jika tak sudi tak mengapa, simpanlah sebab tolakan sekemas selitan, jangan dijaja sehingga memalukan lelaki yang meminang, itu bukan perbuatan orang bermaruah dan terhormat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDaripada tiga konsep tersebut, tiada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa sirih junjung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu menyamai amalan penganut agama Hindu.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSelama mana tidak dikaitkan sirih junjung itu dengan pemikiran Syirik atau khurafat, maka ia termasuk dalam adat istiadat yang tidak bercanggah dengan Islam. Bahkan falsafah yang terkandung dalam hadiah sirih junjung itu penuh dengan adab yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPenjelasan tentang hukum berkaitan sirih junjung ini boleh dihubungkan dengan isu pemakaian inai. Walaupun penganut agama Hindu menggunakan inai dalam adat istiadat perkahwinan mereka, tetapi bukan bermaksud haram langsung memakai inai semasa perkahwinan. Contohnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.\n\n\n\n\n\r\n\t\t2) Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang. 3) Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "153. \nSoalan : \nHukum Tarian Haka\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tTarian Haka telah menjadi budaya di sesetengah IPT. Ada yang mengatakan bahawa lirik dan tarian Haka mempunyai unsur syirik, bahasa yang tidak difahami dan ada bentuk pemujaan. Saya ingin bertanya asal tarian Haka dan hukum tarian Haka ?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tTarian Haka ialah tarian tradisional yang asalnya dilakukan oleh golongan Maori di New Zealand. Ia merupakan tarian turun temurun yang dikaitkan dengan tarian ketika perang (Dance of War). Ia mengandungi pergerakan yang agresif seperti menghentakkan kaki ke tanah, mnepuk badan dan menjelirkan lidah, kesemuanya sebagai perlambangan kepada kekuatan, keberanian dan kesatuan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTarian Haka menjadi lebih terkenal kerana dipersembahkan juga oleh kumpulan ragbi negara New Zealand, All Blacks sebelum pertandingan mereka dan telah menjadi salah satu dari acara kebudayaan dalam bidang pelancongan negara New Zealand.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaupun pada peringkat awalnya dikaitkan dengan tarian sebelum perang, Haka juga kemudiannya dipersembahkan dengan pelbagai tujuan seperti menggambarkan keseronokan, meraikan tetamu, majlis-majlis keraian dan pengkebumian. Walaupun dalam senikata asalnya ada mengandungi perkataan yang berbentuk mitos seperti tentang kematian dan kehidupan namun dalam pelaksanaanya dalam majlis-majlis keraian dan sukan, unsur-unsur tersebut tidak lagi dominan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tDari sudut pandangan Islam, sekiranya tarian Haka dilakukan sekadar pergerakan badan dengan tujuan hiburan atau sebahagian acara sukan dan senaman, maka ia tidak akan memberi kesan kepada kepercayaan dan kefahaman agama seseorang. Namun sekiranya ia secara sengaja dijadikan sebagai acara keagamaan atau pemujaan, atau melibatkan senikata yang bercampur dengan mitos dan kepercayaan, sudah pasti ia akan memberi kesan terhadap akidah dan kepercayaan seseorang dan pada ketika itu hukumnya adalah haram.\r\n\t\n\r\n\t\tWalaubagaimanapun umat Islam secara dasarnya tidak digalakkan untuk meniru amalan dan perbuatan dari kebudayaan lain dan sebaiknya mengutamakan perkara yang telah jelas dianjurkan oleh Islam. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. riwayat Abu Daud: \u0645\u0646 \u062a\u0634\u0628\u0647 \u0628\u0642\u0648\u0645 \u0641\u0647\u0648 \u0645\u0646\u0647\u0645 \u201cSesiapa yang menyerupai satu kaum, ia termasuk dari golongan mereka.\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "154. \nSoalan : \nPengharaman Ganja Dalam Al-Quran\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya ada beberapa kemusykilan dan ingin mendapatkan kepastian, pernah seorang berkata pada saya ...'tunjukkan aku ayat Al Qur'an yang mengatakan ganja tu haram' dan apakah hukum mempertikaikan ayat Al Qur'an dgn berkata '..Al Quran tak tulis pasal ganja'. Adakah sekiranya kita mempertikai ayat,isi kandungan Al Qur'an,kita boleh jadi murtad?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPengharaman ganja adalah berasaskan kepada kiasan kepada haramnya arak. Arak diharamkan oleh Allah atas sifatnya yang memabukkan dan merosakkan diri jasmani dan akal manusia. Ia juga dianggap kotor dan keji seperti dalam al-Qur\u2019an seperti disebutkan \u201csesunguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.\" (Surah Al-Ma\u2019idah : ayat 90).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud \u201cSetiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram\u201d (hadis riwayat Muslim dari Ibn Umar). Malah dalam konteks merosakkan, ganja yang merupakan salah satu dari kategori dadah (jenis halusinogen yang dapat menimbulkan efek halusinasi yang bersifat mengubah perasaan, pikiran dan seringkali menciptakan daya khayal) adalah lebih merosakkan kerana ia boleh membawa kepada ketagihan, khayal, gangguan tingkah laku, penyakit kronik dan paling teruk boleh membawa kepada kematian. Justeru itu dari segi hukum ia adalah lebih utama diharamkan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAl-Qur\u2019an jelas melarang manusia merosakkan dan memudaratkan diri seperti dalam ayat \u201cjanganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (al-Baqarah 2:195) Dari segi maqasid shari\u2019ah, ganja merosakkan dua perkara utama (daruriyyat) yang dipelihara oleh shari\u2019ah iaitu diri(nyawa) dan akal insan. Maka berdasarkan kaedah usul fiqh, semua bentuk kemudaratan mestilah dihapuskan (al-dharar yuzal), ganja dan segala jenis dadah mestilah dijauhi.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMempertikaikan kebenaran ayat-ayat al-Qur\u2019an yang jelas maknanya boleh membawa kepada kekufuran sekiranya ia dilakukan atas kesedaran dan sengaja menolak kebenaran. Namun dalam konteks soalan di atas, ia bergantung kepada niat si penyoal sama ada dia menolak atas dasar sengaja atau disebabkan kejahilan tentang kefahaman al-Qur\u2019an. Sekiranya berdasarkan kejahilan maka dia perlu difahamkan dan diberi pengajaran.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "155. \nSoalan : \nApakah Hukum Membayar Fidyah Sembahyang Yang Ditinggalkan Oleh Orang Yang Sudah Meninggal Dunia?\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum membayar fidyah sembahyang yang ditinggalkan oleh orang yang sudah meninggal dunia?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tIsu membayar fidyah sembahyang yang pernah ditinggalkan oleh individu yang meninggal dunia merupakan isu yang diperselisihkan oleh para ulama terdahulu. Terdapat tiga pendapat berkaitan isu ini:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t1) Individu yang meninggal dunia dan dia pernah meninggalkan sembahyang, maka ahli waris tidak perlu melakukan solat qadha' untuk si mati dan juga tidak perlu membayar apa-apa fidyah. Ini adalah pendapat majoriti ulama iaitu ulama bermazhab Maliki, pendapat yang muktamad menurut mazhab Syafi'i dan juga pendapat ulama bermazhab Hanbali. Hujah mereka, sembahyang adalah ibadah yang dilakukan dengan anggota badan semata-mata dan tiada hadis sahih yang mengatakan perlu membayar fidyah sembahyang yang ditinggalkan, berbeza dengan puasa. Sembahyang yang ditinggalkan juga tidak perlu diqadha' oleh ahli waris kerana terdapat hadis sahih yang dilaporkan oleh Abdullah bin 'Abbas, Nabi Muhammad saw bersabda, \"Janganlah seseorang itu melakukan sembahyang untuk orang lain dan janganlah seseorang itu berpuasa untuk orang lain.\" (al-Malibari, Fath al-mu'in, hlm. 272; al-Dimyati, Hasyiah I'anah al-Tolibin, jil. 1, hlm. 33; al-Buhuti, Kashshaf al-qina', jil. 2, hlm. 336; Ibn Qasim, Hasyiah al-raudh al-murabba', jil. 3, hlm. 440).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t2) Menurut sebahagian ulama bermazhab Syafi'i, jika si mati ada meninggalkan sembahyang fardhu semasa hidupnya, maka ahli warisnya perlu menqadha'kan sembahyang itu, serta boleh diambil daripada harta peninggalan si mati untuk membayar kafarah kerana meninggalkan sembahyang tetapi ia bukan fidyah. Dilaporkan bahawa Imam al-Subki pernah menqadha'kan sembahyang untuk ahli keluarganya yang sudah meninggal dunia (al-Malibari, Fath al-mu'in, hlm. 272; al-Dimyati, Hasyiah I'anah al-Tolibin, jil. 1, hlm. 33). Hujah pendapat ini, diqiyaskan qadha' sembahyang si mati dengan qadha' puasa si mati. Manakala menurut sebahagian ulama bermazhab Hanbali, jika si mati pernah bernazar untuk melakukan sembahyang tetapi dia tidak sempat melaksanakan sembahyang nazar itu, maka wajib ahli warisnya untuk melakukan sembahyang tersebut (al-Buhuti, Kashshaf al-qina', jil. 2, hlm. 336)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t3) Menurut ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama bermazhab Syafi'i, jika si mati ada meninggalkan sembahyang semasa hidupnya, maka wajib membayar fidyah bagi setiap waktu sembahyang yang ditinggalkan dengan kadar 15 tahil beras. Tetapi tidak perlu mengqadha'kan sembahyang tersebut. Menurut Imam Abu Hanifah, fidyah tersebut hanya wajib dibayar jika si mati mewasiatkan agar dibayarkan fidyah itu selepas kematiannya. Namun menurut sebahagian ulama bermazhab Hanafi, wajib membayar fidyah itu walaupun tidak diwasiatkan oleh si mati. Hujah pendapat ini, berdasarkan hadis yang dilaporkan oleh Abdullah bin 'Abbas, Nabi Muhammad saw bersabda, \"Janganlah seseorang itu melakukan sembahyang untuk orang lain dan janganlah seseorang itu berpuasa untuk orang lain. Tetapi bagi setiap hari yang ditinggalkan itu diberi makanan sebanyak satu mud bijirin.\" Hadis direkodkan oleh Imam al-Nasa'i. Hadis ini secara jelas menyatakan bahawa orang yang meninggalkan sembahyang dan puasa hendaklah dibayar fidyah sebanyak satu mud bijirin (al-Sarakhsi, al-Mabsut, jil. 3, hlm. 90; al-Malibari, Fath al-mu'in, hlm. 272; al-Dimyati, Hasyiah I'anah al-Tolibin, jil. 1, hlm. 33). Namun menurut majoriti ulama yang berpendapat bahawa tiada fidyah sembahyang, hadis ini dha'if serta ia lebih tepat merujuk kepada fidyah puasa sahaja.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh itu, pendapat yang paling tepat ialah jika si mati pernah meninggalkan sembahyang, maka ahli warisnya tidak perlu membayar fidyah dan tidak perlu mengqadha'kan sembahyang tersebut. Beberapa fatwa menjelaskan hukum ini:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t1) Menurut keputusan Fatwa Negeri Pulau Pinang: \"Tiada diqadhakan dan juga tidak dikeluarkan fidyah bagi sembahyang si mati. Manakala hukum fidyah puasa, sekiranya orang yang mati sedang menanggung puasa fardhu dan berkesempatan untuk menqadhakanya tetapi ia tidak berbuat demikian maka dikenakan fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan sebanyak 15 tahil beras. Jika puasa itu tidak diqadhakan lewat bertahun maka fidyah akan berganda mengikut bilangan tahun.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t2) Menurut keputusan Fatwa Negeri Perlis: \"Di dalam sembahyang tidak ada fidyah kerana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Tinggal sembahyang dengan sengaja itu tidak ada jalan untuk menebusnya melainkan bertaubat Nasuha'.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t3) Menurut Fatwa Negeri Melaka: \"Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil 3/2007 yang bersidang pada 2 Zulhijjah 1428H bersamaan 12 Disember 2007 sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa: Tiada qadha' dan tiada fidyah bagi sembahyang yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik bin Anas dalam kitab al-Muwatta' daripada Ibn Umar radhiyallahu anhuma: \n\u0644\u0627\u064e \u064a\u064e\u0635\u064f\u0648\u0652\u0645\u064f \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064c \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064d \u0648\u064e\u0644\u0627\u064e \u064a\u064f\u0635\u064e\u0644\u0651\u0650\u0649\u0652 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064c \u0639\u064e\u0646\u0652 \u0623\u064e\u062d\u064e\u062f\u064d .\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a'lam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "156. \nSoalan : \nApakah Yang Dimaksudkan Dengan Hadis Mutawatir?\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tBetulkah kenyataan yang mengatakan hanya wujud SATU hadis mutawatir? Apakah huraian ulama Islam berkenaan perkara ini? Apakah yang dimaksudkan dengan hadis mutawatir?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHadis mutawatir bermaksud hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang bilangan mereka itu ramai dan terjamin mereka itu tidak mampu melakukan pembohongan, mulai dari awal hingga akhir sanad (Nuruddin 'Itr, Manhaj al-naqd fi 'ulum al-hadis, hlm. 404)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tHadis mutawatir dibahagi kepada dua bahagian, iaitu Mutawatir Lafzi dan Mutawatir Ma\u2019nawi.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\ta) Mutawatir Lafzi bermaksud hadis yang dilaporkan oleh kesemua perawi dengan lafaz yang sama. Contohnya, hadis yang bermaksud, \"Sesiapa yang berbohong terhadapku dengan sengaja, maka bersiap sedialah dengan tempatnya di dalam api neraka\". Hadis ini diriwayatkan oleh lebih 70 orang sahabat Nabi (Nuruddin 'Itr, Manhaj al-naqd fi 'ulum al-hadis, hlm. 405).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tb) Mutawatir Ma\u2019nawi bermaksud hadis tersebut diriwayatkan oleh ramai perawi, namun dengan lafaz yang berbeza-beza, tetapi maknanya sama. Contohnya, hadis tentang mengangkat tangan ketika berdoa. Hadis ini telah diriwayatkan daripada Nabi Muhammad saw sekitar 100 macam hadis tentang mengangkat tangan ketika berdoa, ketika peristiwa yang pelbagai (Nuruddin 'Itr, Manhaj al-naqd fi 'ulum al-hadis, hlm. 406). 3)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDakwaan yang mengatakan bahawa hanya ada satu hadis mutawatir sahaja adalah dakwaan yang tidak berasas dan salah, kerana terdapat banyak hadis mutawatir. Contoh buku yang boleh dirujuk berkaitan hadis mutawatir ialah buku yang dikarang oleh Imam Jalaluddin al-Suyuti bertajuk, \"al-Azhar al-mutanathirah fi al-akhbar al-mutawatirah.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "157. \nSoalan : \nBetulkah Tidak Perlu Membaca Bismillah Ketika Fatihah. \nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSeorang penceramah di TV mengatakan tidak perlu membaca Bismillah ketika Fatihah. Apakah ini betul?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIsu ini merujuk kepada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama, adakah basmalah merupakan ayat pertama dalam surah al-Fatihah. Menurut Imam al-Syafi'i, basmalah merupakan ayat pertama dalam surah al-Fatihah, maka sesiapa yang tidak membaca basmalah, maka tidak sempurna membaca surah al-Fatihah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tManakala Imam yang lain berpendapat, basmalah hanya muqaddimah surah al-Fatihah seperti surah yang lain, maka sesiapa yang tidak membaca basmalah ketika membaca al-Fatihah tidak menjejaskan kesempurnaan membaca al-Fatihah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaupun isu ini melibatkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama, namun bagi menjaga kesatuan umat Islam di Malaysia yang berpegang kepada mazhab Syafi'i, maka wajib membaca basmalah ketika membaca surah al-Fatihah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "158. \nSoalan : \nPenjelasan Kerana Kurang Percaya Tentang Hadis\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tBolehkah Fatwa Malaysia menerangkan tentang Hadis kerana terdapat penulisan yang membuatkan saya kurang percaya akan Hadis. Saya juga telah membaca artikel yang ditulis oleh Kassim Ahmad.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHadis atau Sunnah Nabi Muhammad saw bermaksud apa-apa yang dilaporkan daripada Nabi Muhammad saw; sama ada perkataan, perbuatan atau keizinan (Mustafa al-Siba'i, al-Sunnah wa makanatuha fi al-tasyri' al-Islami, hlm. 47). Hadis merupakan sumber kedua dalam perundangan Islam. Ini merujuk kepada dalil berikut:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t1) Ayat al-Qur'an.\n\n\n\n\n\r\n\t\tTerdapat banyak ayat al-Qur'an yang menjelaskan bahawa Nabi Muhammad saw berperanan menjelaskan maksud al-Qur'an. Ini bermakna, jika tiada hadis atau sunnah, maka manusia tidak dapat memahami maksud ayat al-Qur'an. Contohnya firman Allah SWT dalam surah Ali 'Imran ayat 164 yang bermaksud, \"Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.\" Imam al-Syafi'i menjelaskan, maksud hikmah dalam ayat tersebut ialah sunnah Nabi Muhammad saw (al-Risalah, hlm. 78).\n\n\n\r\n\t\tFirman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat 7, \"...dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (saw) kepada kamu, maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya, maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t2) Hadis Nabi Muhammad saw.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTerdapat banyak hadis yang menjelaskan bahawa wajib mengikut arahan Nabi Muhammad saw. Arahan Nabi Muhammad tidak akan diketahui melainkan melalui hadis atau sunnah. Antaranya, sabda Nabi Muhammad saw, \"Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.\" Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari. Tanpa merujuk kepada hadis atau sunnah, umat Islam tidak dapat mengetahui cara sembahyang yang diterima oleh Allah SWT.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t3) Para sahabat dan ulama' sepakat (ijma') mengatakan bahawa hadis merupakan sumber perundangan Islam. Yakin kepada hadis dan melaksanakannya adalah termasuk dalam maksud beriman kepada Nabi Muhammad saw.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIni bermakna sesiapa yang menolak hadis atau tidak percaya bahawa hadis merupakan sumber perundangan Islam, maka orang itu tidak percaya kepada Nabi Muhammad saw dan sesiapa yang tidak beriman dengan Nabi Muhammad, maka orang itu bukanlah orang Islam (Mustafa al-Siba'i, al-Sunnah wa makanatuha fi al-tasyri' al-Islami).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a'lam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "159. \nSoalan : \nKekeliruan Tentang Hukuman Rejam Bagi Penzina Yang Telah Berkahwin \nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHukuman rejam bagi penzina yang telah berkahwin tidak terdapat dalam kitab suci Al-Quran. Yang disebutkan adalah sebatan 100 kali dan hamba mendapat separuh dari orang yang merdeka sedangkan rejam tidak dapat \"diseparuhkan\". Saya keliru tentang perkara ini.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHukuman rejam ke atas pesalah zina adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad saw. Antaranya: Imran bin Husin melaporkan, \"Seorang wanita dari puak Juhainah yang sedang hamil kerana berzina datang berjumpa dengan Nabi Muhammad saw. Wanita itu berkata, 'Wahai Rasulullah. Saya sudah berzina dan wajib kena hukum hudud. Jalankanlah hukuman itu kepada saya.' Nabi Muhammad memanggil penjaga wanita itu dan berpesan kepadanya, 'Layanlah beliau dengan baik. Bila beliau sudah melahirkan anak, bawalah beliau ke sini.' Penjaga wanita itupun melaksanakan perintah nabi. Sesudah wanita itu melahirkan anak, dibawanya berjumpa Rasulullah. Rasulullah memerintahkan supaya diikat baju pada tubuh wanita itu supaya tidak terbuka aurat semasa direjam. Kemudian beliau pun direjam. Sesudah beliau meninggal dunia, Rasulullah menyembahyangkan jenazahnya.\" Hadis sahih direkodkan oleh Imam Muslim.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPara ulama menjelaskan, hanya penzina muhson yang dikenakan hukuman rejam. Penzina muhson bermaksud penzina itu telah baligh, berakal, merdeka, pernah melakukan hubungan seksual dengan pasangan yang sah daripada akad nikah yang sah (al-Syarbini al-Khatib, Mughni al-muhtaj, jil. 4, hlm. 147; al-Syirazi, al-Muhazzab, jil. 2, hlm. 267).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh itu, hamba yang berzina tidak termasuk dalam maksud muhson. Maka hamba yang berzina dikenakan hukuman sebatan 50 kali sebatan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "160. \nSoalan : \nIbrah MH370\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nIBRAH MH 370\n\r\n\t\tOleh:\n\r\n\t\tDr. Arieff Salleh bin Rosman, Felo Fatwa\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tInsafi Diri Dan Elak Jadi Penyebar Berita Palsu\n\n\n\n\n\r\n\t\tAllah SWT; Tuhan Yang Maha Berkuasa, menurunkan al-Quran sebagai petunjuk kehidupan manusia. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dan baginda berperanan menjelaskan petunjuk yang terkandung dalam al-Quran. Manusia yang hidup berpandukan al-Quran dan as-Sunnah Nabi Muhammad saw adalah manusia yang berjaya mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT dalam al-Quran; surah al-Isra' ayat 97 yang bermaksud, \"Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan. Dan sesiapa yang disesatkannya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang\".\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSeluruh rakyat Malaysia sedang diuji oleh Allah SWT berkenaan isu kehilangan kapal terbang MH 370. Pelbagai usaha dilakukan dan pelbagai berita disampaikan. Walau apapun tindakan yang dilakukan, al-Quran dan as-Sunnah wajib menjadi panduan. Qabisah bin al-Mukhariq melaporkan, Rasulullah saw bersabda, \"Al-Quran itu memberi syafaat di hari akhirat kelak dan sumber kesuburan hati yang diakui. Sesiapa yang menjadikannya di hadapannya (mengikuti petunjuknya), maka al-Quran itu akan memandunya ke syurga. Sesiapa yang menjadikannya di belakangnya (mengingkari petunjuknya), maka al-Quran itu akan menghumbannya ke neraka\". (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam kerancakan masyarakat membicarakan isu MH370, terdapat panduan al-Quran yang diabaikan oleh kita sebagai umat Islam, iaitu dalam menerima, menilai dan mengesahkan sesuatu maklumat sebelum disebarkan. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud, \"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan\u201d. Allah SWT mengarahkan kepada orang yang beriman, apabila mendapat sesuatu berita, maka hendaklah disiasat terlebih dahulu kebenarannya sebelum sebarang tindakan diambil. Ini bagi mengelakkan tindakan tersebut dibuat atas asas yang tidak betul, sehingga melahirkan akibat yang buruk. Umat Islam tidak selayaknya menjadi golongan penyebar berita palsu, atau berita yang masih diragui kesahihannya, kerana ia hanya akan mengundang bencana dalam masyarakat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTerdapat pelbagai spekulasi diberikan tentang kehilangan MH370. Ada yang menjangkakan ia telah meletup, ada yang mengatakan ia terjunam jatuh ke dalam laut, ada yang beranggapan ia dirampas dan disembunyikan, dan pelbagai spekulasi diberikan. Kehadiran pelbagai media menjadikan isu ini menjadi semakin kompleks. Setiap media memaparkan pelbagai spekulasi, sehingga menjadikan masyarakat semakin bingung. Persoalan yang timbul, kenapa masyarakat kita dihidangkan dengan pelbagai berita yang masih belum disahkan kesahihannya. Banyak masa dihabiskan membicarakan pelbagai spekulasi. Apa manfaat spekulasi ini kepada ahli keluarga mangsa dan masyarakat umumnya?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNabi Muhammad saw telah memberikan panduan, umat Islam seharusnya hanya melakukan perkara yang mendatangkan manfaat dan menjauhi perkara yang sia-sia. Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah saw bersabda, \"Seorang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding seorang mukmin yang lemah. Pada setiap kebaikan maka lakukanlah apa-apa yang mendatangkan manfaat untuk kamu. Mintalah bantuan daripada Allah dan jangan sekali-kali kamu merasa lemah dan berputus asa. Jika kamu ditimpa dengan satu musibah, maka janganlah kamu berkata, 'Jika aku lakukan begini, maka sudah tentu kesannya begitu dan begini'. Tetapi katakanlah, 'Segala-galanya telah ditentukan oleh Allah. Dia hanya lakukan apa yang Dia kehendaki.' Sesungguhnya ungkapan 'kalau' hanya akan membuka pintu gangguan syaitan.\" (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAllah SWT memberi amaran agar jangan bercakap sebarangan membuat ulasan, mungkin kita menyangka isu yang diulas adalah perkara biasa atau remeh tapi dosanya sangat besar di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT dalam al-Quran; surah al-Nur ayat 15 yang bermaksud, \"Iaitu (ingatlah) semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tUlasan terhadap isu MH370 yang tidak bersandarkan data dan maklumat yang sahih hanya akan mengundang perbalahan antara anggota masyarakat. Satu pihak menuding jari kepada pihak lain, kononnya menyembunyikan fakta sebenar, pihak yang lain pula melaga-lagakan sesama umat Islam dengan mengemukakan spekulasi berdasarkan logik akal semata-mata, ada pula yang menganalisa isu ini dengan kaca mata kepentingan politik. Yang lebih teruk, apabila ada orang Islam yang cuba melakukan spekulasi terhadap perbuatan Allah SWT, dengan mengemukakan analisa liar yang menghubungkan isu MH370 sebagai hukuman Allah kepada seseorang atau sesuatu isu yang sedang berlaku di Malaysia, seolah-olahnya penganalisis itu menjadi juru bicara Allah menyampaikan apa yang termaktub dalam Luh Mahfuz.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tUmat Islam hendaklah menjaga lidah daripada menjadi penyebar fitnah atau pembawa berita palsu, kerana semua perbuatan dan perkataan kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Azza Wajalla pada hari Kiamat. Firman Allah SWT dalam al-Quran, surah al-Isra' ayat 36 yang bermaksud, \"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKembalilah Kepada Allah SWT\n\n\n\n\n\r\n\t\tPencarian kapal terbang MH370 dan para penumpangnya masih belum mendapat kata pemutus. Bagaimanakah keadaan mereka, adakah masih selamat? Persoalan demi persoalan timbul, pelbagai usaha telah dilakukan. Namun, jawapannya masih kabur. Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan dalam bukunya, Jami' al-'ulum wa al-hikam: \"Antara rahsia yang terkandung dalam setiap penderitaan itu ada kebahagiaan, setiap kesulitan ada kemudahan iaitu jika penderitaan yang ditanggung semakin menyakitkan, seseorang hamba Allah mula berputus asa daripada bergantung kepada mahkluk, lantas hatinya hanya mengharap kepada Allah semata-mata, maka itulah hakikat tawakkal kepada Allah. Tawakkal itulah yang dituntut bagi setiap penyelesaian masalah. Firman Allah SWT dalam surah al-Talaq ayat 3, '...dan ingatlah, sesiapa bertawakkal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.\u201d (jil. 1, hlm. 493)\n\n\n\n\n\r\n\t\tIbnu Rajab berkata, \u201cTawakkal adalah penyandaran hati pada Allah untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan dunia mahupun akhirat. Menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata-mata.\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun begitu, tawakkal bukan bermaksud seseorang hamba hanya pasrah kepada ketentuan Allah tanpa sebarang usaha. Tanggungjawab seorang hamba adalah berusaha mengikut cara yang dibenarkan oleh Allah SWT. Menurut Ibnu Rajab, \"Bertawakkal tidaklah bermaksud seseorang meninggalkan sunnatullah yang telah ditetapkan dan ditakdirkan. Kerana Allah memerintahkan kita untuk melakukan usaha, sekaligus juga memerintahkan kita untuk bertawakkal. Oleh kerana itu, usaha dengan anggota badan adalah termasuk ketaatan kepada Allah, sedangkan tawakkal dengan hati merupakan keimanan kepadaNya\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSegelintir umat Islam tersalah faham tentang konsep tawakkal. Ada yang menyerah diri sahaja kepada takdir tanpa berusaha, hanya berdoa memohon agar Allah menyelesaikan masalahnya. Ada pula sebaliknya, hanya yakin dengan usaha yang dilakukan tanpa meyakini bahawa yang mampu memberikan hasil daripada usaha yang dilakukan hanyalah Allah. Terkadang manusia terpedaya dengan kecanggihan teknologi yang ada. Mereka yakin dengan peralatan canggih, segala masalah boleh diselesaikan. Lihat sahaja isu MH370. Kecanggihan sistem kapal terbang yang direka, ketepatan sistem radar dalam mencari maklumat, alat komunikasi penghubung antara benua, dan pelbagai teknologi canggih, masih belum mampu merungkai isu MH370. Ketika seseorang telah sampai pada jalan buntu dalam upaya mencapai tujuan dan tidak mempunyai kemampuan lagi untuk menyelesaikan dan memecahkan persoalannya, dia akan menyandarkan diri kepada Allah tanpa menghentikan usahanya. Walaupun manusia mampu mencipta peralatan canggih, namun faktor utama yang boleh menyelesaikan masalahnya adalah Allah SWT sahaja.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tTetapi berlaku juga kepada orang yang berusaha, berdoa dan bertawakal dalam usahanya itu, tetapi tetap tidak berjaya dan Allah tidak memberikan kejayaan kepadanya. Kita wajib bermuhasabah diri dalam mencari penyelesaian isu MH370 ini. Adakah usaha yang dilakukan itu menepati Syariat Allah SWT? Adakah usaha itu sudah mencukupi dan dilakukan bersungguh-sungguh? Adakah orang yang berdoa dan sembahyang hajat mengabaikan ibadah-ibadah wajib, sering melakukan dosa atau sebagainya? Sebab itulah tawakkal kita perlu bersama dengan redha dan sabar dengan apa yang akan diberikan oleh Allah. Orang yang bersabar itu adalah orang yang mempunyai iman dan keyakinan akan kekuasaan Allah. Abdullah bin Mas'ud melaporkan, Rasulullah saw bersabda \u201cBersabar itu separuh daripada iman\u201d. (Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Haythami)\r\n\t\n\r\n\t\tJauhi Perkara Yang Haram\n\n\n\n\n\r\n\t\tDalam masa berusaha mencari penyelesaian berkaitan isu MH370, manusia perlu sedar tentang satu hakikat, Allah SWT telah menetapkan dalam SyariatNya, usaha yang halal dan usaha yang haram. Ketika berusaha menyelesaikan masalah, manusia wajib menghindari daripada usaha yang diharamkan oleh Allah SWT.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKerancakan usaha mencari petanda MH370, masyarakat Malaysia dan dunia digemparkan dengan sekumpulan 'tok bomoh' yang dikatakan berusaha untuk membantu mencari MH370. Aksi ala 'Laksama Do Re Mi' di KLIA mendatangkan reaksi pelbagai daripada masyarakat; sama ada tempatan atau antarabangsa. Menggunakan buluh sebagai teropong, bubu dan kelapa seumpama radar pengesan, serta tikar terbang, diselangi dengan doa, zikir, dan jampi serapah; menjadikan masyarakat bingung. Adakah ini termasuk dalam usaha yang dibenarkan Syarak untuk merungkai persoalan MH370? Sehingga ada media antarabangsa melabelkan 'Sihir adalah jalan terakhir Kerajaan Malaysia menyelesaikan isu MH370'.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAksi perbomohan seumpama itu termasuk dalam amalan sihir dan khurafat yang dilarang dalam Islam. Doa dan zikir yang diungkapkan tidak meng'halal'kan perbuatan khurafat yang dilakukan. Menurut Islam, terdapat tiga hukum yang bertautan antara satu sama lain iaitu hukum Syarak, hukum akal dan hukum adat. Sesuatu tindakan yang berlawanan dengan hukum akal dan adat hanya diterima oleh hukum Syarak sekiranya ia termasuk dalam maksud mukjizat atau karamah. Mukjizat merupakan perkara luar biasa yang berlawanan dengan dengan hukum adat dan akal yang dikurniakan Allah kepada para Nabi dan Rasul. Manakala perkara luar biasa yang berlawanan dengan dengan hukum adat dan akal yang dikurniakan Allah kepada manusia selain Nabi dan Rasul dinamakan karamah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMeneropong bagi mengesan objek yang jauh menggunakan buluh merupakan perkara yang berlawanan dengan hukum adat dan akal. Manakala bubu pula menurut hukum akal dan adat, ia direka untuk menangkap ikan, bukan dijadikan sebagai radar pengesan. Tikar pula bukanlah digunakan untuk tujuan terbang di udara. Persoalan yang timbul, adakah penggunaan buluh, bubu, kelapa, dan tikar yang berlawanan dengan hukum adat dan akal itu termasuk dalam karamah yang dikurniakan oleh Allah SWT? Adakah ilmu 'tok bomoh' itu termasuk dalam karamah?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMemang terdapat hamba Allah yang mempunyai keistimewaan di sisi Allah, mereka dikurniakan Allah dengan karamah seperti Maryam, ibu Nabi Isa boleh menerima hidangan makanan dari langit hanya dengan berdoa kepada Allah, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali 'Imran ayat 37, \"...tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, dia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya, 'Wahai Maryam, dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?' Maryam menjawab, 'Ia daripada Allah'. Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira\". Namun, apakah yang membezakan hidangan yang dikurniakan oleh Allah kepada Maryam dengan hidangan hasil tiupan bangsi hikmat 'Laksamana Do Re Mi'?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJawapannya, Allah mengurniakan kepada hambaNya perkara luar biasa yang menyalahi hukum adat dan akal dalam dua keadaan; pertama: karamah dan kedua: istidraj. Karamah dikurniakan Allah kepada hambaNya yang ikhlas beramal soleh kepadaNya. Manakala istidraj pula perkara luar biasa yang dilakukan oleh seseorang manusia dengan dibantu oleh iblis dan syaitan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPerbezaan antara karamah dan istidraj boleh dilihat pada watak seseorang individu. Individu yang patuh kepada segala perintah Allah dan menjaga adabnya dengan Allah dan sesama makhluk Allah, berkemungkinan besar, perkara luar biasa yang dilakukannya itu adalah karamah pemberian Allah. Namun, jika sebaliknya, seseorang individu yang boleh melakukan perkara luar biasa, tidak mencerminkan akhlak seorang Mukmin, maka jelaslah ialah adalah istidraj. Orang yang sombong, menunjukkan kebolehan diri di khalayak ramai dan kemudian dengan angkuh menghentam orang yang mengkiritiknya sehingga mencabar untuk menampar orang itu dan menyumpahnya menjadi buaya, orang seperti ini secara jelas dan terang tidak layak mendapat karamah daripada Allah. Mana ada dalam sejarah umat manusia, ada Nabi atau wali Allah yang dikurniakan kelebihan oleh Allah, berlaku sombong dan angkuh seperti itu.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAmalan sihir adalah termasuk dalam maksud istidraj. Walaupun ahli sihir boleh melakukan perkara luar biasa yang berlawanan dengan hukum adat dan akal, namun, perkara itu dilakukan dengan bantuan iblis dan syaitan. Oleh itu, perkara luar biasa yang berlawanan dengan hukum adat dan akal yang berasaskan sihir dan istidraj ditentang oleh hukum Syarak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIslam mengharamkan amalan sihir dan ia termasuk dalam perbuatan Syirik. Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah saw bersabda, \"Jauhkan diri kamu daripada tujuh dosa besar yang menghancurkan!\" Para sahabat bertanya, \"Wahai Rasulullah, apakah tujuh dosa itu?\" Jawab baginda, \"Mensyirikkan Allah, sihir...\" (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari) Abdullah bin Mas'ud melaporkan, Rasulullah saw bersabda, \"Sesiapa yang datang bertemu dengan penenung nasib, ahli sihir, atau kahin (tok bomoh), lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu, lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka orang itu telah kufur kepada apa yang telah diturunkan kepada Muhammad\". (Hadis sahih direkod oleh al-Haythami) Imam al-Khattabi menjelaskan, \"Golongan 'kahin' (tok bomoh) ialah golongan yang mendakwa tahu ilmu ghaib dan memberitahu manusia tentang rahsia yang berlaku di alam. Dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliyah, golongan ini mendakwa tahu banyak ilmu ghaib yang tidak diketahui oleh orang ramai\". (Ma'alim al-sunan, jil. 4, hlm. 228)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOrang Islam yang mengamalkan sihir; sama ada menjadi ahli sihir atau meminta pertolongan kepada ahli sihir, maka hukumnya adalah Syirik. Orang Islam itu telah menjadi murtad kerana amalan sihir tersebut. Menurut undang-undang jenayah Islam, individu yang terlibat dengan sihir telah melakukan jenayah riddah. Oleh itu, dalam kerancakan kita mencari penyelesaian kepada isu MH370, elemen syirik dan sihir seumpama ini wajib dijauhi. Ia bukan membantu menyelesaikan isu ini, bahkan ia menjadi penghalang kepada rahmat Allah. Maka seluruh umat Islam di Malaysia, wajib menunjukkan penentangan kepada amalan syirik tersebut dan pihak berkuasa Agama di Malaysia, wajib mengambil tindakan kepada individu terbabit.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "161. \nSoalan : \nApakah Dibolehkan Bagi Orang Islam Bersetuju Untuk Menderma Organ Apabila Ia Meninggal Dunia Kelak?\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah dibolehkan bagi orang Islam bersetuju untuk menderma organ apabila ia meninggal dunia kelak? Ini melibatkan mayat orang Islam yang perlu dibelah untuk mengambil organ tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenderma organ setelah meninggal dunia adalah dibenarkan di dalam Islam tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Keharusan menderma organ untuk dilakukan selepas kematian adalah berdasarkan kepada maslahat dan keperluan yang diraikan dalam Islam. Sebagaimana dimaklumi bahawa kemaslahatan orang yang hidup adalah lebih aula untuk dipelihara berbanding kemaslahatan orang yang telah mati berdasarkan kaedah:\n\n\n\n\n\n\n\u062d\u0631\u0645\u0629 \u0627\u0644\u062d\u064a \u0622\u0643\u062f \u0645\u0646 \u062d\u0631\u0645\u0629 \u0627\u0644\u0645\u064a\u062a\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cKehormatan orang yang hidup lebih kuat daripada kehormatan orang yang telah mati\u201d. (Al-Syirazi, Al-Muhazzab, 1/456).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDi Malaysia, keharusan menderma dan pemindahan organ telah pun diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal EhwalUgama Islam Malaysia Kali Pertama yang bersidang pada 23 - 24 Jun 1970 yang membincangkan pemindahan jantung dan mata. Jawatankuasa telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:\n\n\n\n\n\r\n\t\t(1) Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t(2) Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.\n\n\n\n\n\r\n\t\t(3) Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya.\n\n\n\n\n\r\n\t\t(4) Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarganya di dalam kematian akibat kemalangan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKeputusan tersebut adalah berdasarkan kepada hujah berikut:\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\ti. Untuk menghapuskan kemudharatan, sepertimana yang dituntut oleh Hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi \" \n\u0644\u0627\u0636\u0631\u0631\u0648\u0644\u0627\u0636\u0631\u0627\u0631 \"\n yang bermaksud \u201cTidak boleh memudharatkan diri sendiri dan tidak boleh memudharatkan orang lain\u201d.\n\n\n\n\n\r\n\t\tii. Memberi kemudahan, sepertimana yang terkandung dalam firman Allah 185 Surah al-Baqarah yang bermaksud \u201cAllah berkehendakkan kemudahan untuk kamu dan tidak berkehendak kepayahan\u201d.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tiii. Melakukan kemudharatan yang paling ringan di antara dua kemudharatan, sepertimana yang terkandung dalam kaedah Fiqh yang berbunyi\n \"\u0627\u0631\u062a\u0643\u0627\u0628 \u0623\u062e\u0641 \u0627\u0644\u0636\u0631\u0631\u064a\u0646\n\" yang bermaksud \"melakukan kemudharatan yang lebih ringan \".\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tFatwa lain yang berkaitan dengan pendermaan organ ialah fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak pada 1 Julai 1997 mengenai pemindahan buah pinggang. Mengikut fatwa tersebut, pendermaan ginjal atau buah pinggang adalah harus, tertakluk kepada syarat seperti berikut:-\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nDerma dari yang hidup:\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSyarat-syaratnya seperti berikut:-\n\n\n\n\n\r\n\t\ti.\u00a0 Penderma rela dengan ikhlas hati menderma organ ginjal atau buah pinggangnya;\n\r\n\t\tii. Disahkan oleh pakar perubatan bahawa pendermaan itu tidak akan membahayakan kesihatan si penderma;\n\r\n\t\tiii.Tidak dilakukan dengan cara jual beli\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nDerma dari yang mati:\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSyarat-syaratnya seperti berikut:-\n\n\n\n\n\r\n\t\ti. Sebelum meninggalkan dunia penderma telah menyatakan kerelaan untuk mendermakan organ ginjal atau buah pinggangnya itu kepada orang lain setelah dia meninggal dunia atau diizinkan oleh wali atau warisnya untuk berbuat demikian dan tidak pula dilakukan dengan paksaan;\n\n\n\n\n\r\n\t\tii. Disahkan oleh pakar perubatan bahawa ginjal atau buah pinggang yang didermakan itu masih boleh dimanfaatkan oleh pesakit buah pinggang yang memerlukan;\n\n\n\n\n\r\n\t\tiii. Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan organ ginjal atau buah pinggang itu semata-mata untuk berubat, dan;\n\n\n\n\n\r\n\t\tiv. Tidak dilakukan dengan cara jual beli.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam dunia Islam yang lebih luas, terdapat banyak fatwa yang mengharuskan pendermaan organ ini. Antaranya ialah:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\ti.1952: Mufti Besar Mesir, Syekh Hasanin Makhluf yang mengharuskan pemindahan kornea mata\n\n\n\n\n\r\n\t\tii.1959: Mufti Besar Mesir, Syekh Hasan Ma`mun yang juga mengharuskan pemindahan kornea mata\n\n\n\n\n\r\n\t\tiii.1966: Mufti Besar Mesir, Syekh Huraidi yang mengharuskan pemindahan kornea mata\n\n\n\n\n\r\n\t\tiv.1972: Majlis Agama Islam Algeria yang mengharuskan pemindahan organ\n\n\n\n\n\r\n\t\tv.1977: Majlis Tertinggi Fatwa Jordan,yang mengharuskan pemindahan organ\n\n\n\n\n\r\n\t\tvi.1979: Mufti Mesir, Syekh Gad al-Haq, yang memberi fatwa harus mengambil organ samada daripada penderma hidup atau penderma kadaverik\n\n\n\n\n\r\n\t\tvii.1979: Majlis Fatwa Kuwait, yang memfatwakan harus pemindahan organ, termasuk daripada cadaver\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tviii.1985: Liga Dunia Islam, yang mengharuskan pemindahan kornea\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tix.1988:Persidangan Keempat OIC yang mengharuskan pemindahan organ.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tHukum harus menderma dan memindahkan organ tertakluk kepada berbagai-bagai syarat yang pada prinsipnya menjaga berbagai kepentingan selaras dengan kehendak agama Islam yang maha suci. Syarat-syarat tersebut boleh disenaraikan seperti berikut:-\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t1. Ia tidak akan menyebabkan penderma menanggung kemudharatan atas dirinya seperti mati atau cacat seperti hilang pendengaran, penglihatan, kemampuan untuk berjalan dan sebagainya;\n\n\n\n\n\r\n\t\t2. Pemindahan berkenaan berlaku dengan izin penderma berkenaan;\n\n\n\n\n\r\n\t\t3. Keizinan berkenaan berlaku dalam keadaan penderma memiliki kelayakan penuh untuk melakukannya. Kerana itu ia tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak, orang gila, atau orang yang dipengaruhi oleh tekanan atau paksaan atau kekeliruan;\n\n\n\n\n\r\n\t\t4. Ia tidak berlaku dengan cara yang mencabuli kehormatan manusia, seperti melibatkan urusan jual beli. Sebaliknya ia perlu berlaku berasaskan keizinan dan pendermaan semata-mata;\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t5. Para doktor yang melakukan urusan pemindahan berkenaan mempunyai asas kelimuan yang cukup untuk membuat pertimbangan baik buruk keatas penderma dan penerima berasaskan prinsip maslahah dan mafsadah sepertimana yang terdapat dalam Syariat Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "162. \nSoalan : \nPeringatan Rasulullah S.A.W: Hiburan Hedonistik Menjadikan Manusia Umpama Kera Dan Babi \nJawapan : \n\n\n\n\nPeringatan Rasulullah S.A.W: Hiburan Hedonistik Menjadikan Manusia Umpama Kera Dan Babi\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh:\n\r\n\t\tDr. Arieff Salleh Bin Rosman,\n\n\n\r\n\t\tFelo Fatwa\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tEmosi manusia dipengaruhi oleh apa yang berada di dalam hatinya. Emosi manusia terkadang ceria, sedih, marah, bosan, dan sebagainya. Apa yang didengar dan dilihat oleh manusia akan mempengaruhi emosinya. Hati perlukan ketenangan untuk menjadi ceria dan gembira. Manusia memerlukan hiburan bagi menceriakan dan menggembirakan hati.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIslam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah SWT, sesuai dan menepati fitrah manusia. Manusia memerlukan hiburan, maka Islam membenarkan manusia berhibur. Namun Islam memberikan garis panduan agar hiburan yang dilihat dan didengar oleh manusia itu, betul-betul mendatangkan manfaat kepada kehidupan manusia.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tProf Dr Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan, \"Islam tidak mewajibkan manusia agar semua perkataan yang diucapkan sehari-hari sebagai zikir, semua renungannya sebagai berfikir, semua pendengarannya hanyalah al-Quran dan semua masa lapangnya mesti berada di dalam masjid. Bahkan Islam mengiktiraf kewujudan manusia itu dengan fitrah dan tabiatnya yang tersendiri sebagaimana yang diciptakan Allah SWT buat mereka. Allah menciptakan manusia supaya mereka senang, ketawa dan bermain-main sebagaimana diciptakan bagi manusia itu keinginan untuk makan dan minum.\" (Halal dan haram dalam Islam, hlm. 479)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSeorang sahabat Nabi Muhammad saw bernama Hanzalah al-Usaidi melaporkan, \"Pada suatu hari, ketika saya sedang berjalan-jalan, saya bertemu dengan Abu Bakar. Beliau bertanya, 'Apa khabar kamu, wahai Hanzalah?' Saya pun menjawab, 'Hanzalah ini sudah menjadi seperti orang munafik!' Abu Bakar terperanjat, lalu bertanya lagi, 'Maha suci Allah! Kenapa kamu berkata sedemikian wahai Hanzalah?' Saya menjawab, 'Bagaimana saya tidak jadi seperti orang munafik! Apabila kita berada di sisi Nabi Muhammad saw, baginda mengingatkan kita tentang neraka dan syurga sehingga seolah-olahnya kita dapat melihatnya di hadapan mata kita. Tetapi, apabila kita beredar meninggalkan baginda, kita telah dilalaikan dengan anak pinak dan harta benda kita, sehingga kita melupakan peringatan yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad itu.' Abu Bakar menjawab, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu wahai Hanzalah. Saya pun merasakan seperti itu.' Selepas itu, kami berdua pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad. Kami duduk di hadapan Nabi Muhammad, lalu saya berkata, 'Wahai Utusan Allah. Hanzalah sudah jadi seperti orang munafik!' Baginda bertanya, 'Apa yang telah kamu lakukan wahai Hanzalah!' Saya pun menjelaskan, 'Wahai Utusan Allah. Apabila kami berada di sisi tuan, tuan mengingatkan kami tentang neraka dan syurga sehingga seolah-olahnya kami dapat melihatnya di hadapan mata kami. Tetapi, apabila kami beredar meninggalkan tuan, kami telah dilalaikan dengan anak pinak dan harta benda kami, sehingga kami melupakan peringatan yang telah disampaikan oleh tuan itu.' Lantas Nabi Muhammad saw bersabda, 'Demi jiwaku yang berada dalam genggamanNya. Sesungguhnya jika kamu menepati keadaan seperti yang kamu biasanya berada di sisiku dan ketika dalam berzikir, nescaya kamu akan disamakan dengan malaikat di tempat-tempat duduk kamu dan di jalan-jalan kamu. Tetapi wahai Hanzalah, sesaat begini dan sesaat begitu. Sesaat begini dan sesaat begitu. Sesaat begini dan sesaat begitu.'\" (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim.)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam al-Nawawi menjelaskan bahawa hadis tersebut menunjukkan bahawa sebagai seorang Muslim kita dituntut untuk memperbanyakkan berzikir kepada Allah dan mengingati serta berhati-hati dengan persoalan akhirat. Namun begitu, pada sela waktu tertentu kita dibenarkan untuk meninggalkan perkara tersebut untuk menikmati nikmat-nikmat yang Allah sediakan di dunia ini (Syarah sahih Muslim, jil. 17, hlm. 65).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaupun manusia dibenarkan oleh Allah untuk mencari hiburan agar hati menjadi tenang dan mendatangkan keceriaan serta kegembiraan dalam hidup, namun manusia tidak dibiarkan menentukan apa sahaja atas nama hiburan. Apa yang dilihat dan didengar manusia memerlukan panduan daripada Allah; Tuhan pencipta sekalian alam, yang maha mengetahui apa yang mendatangkan manfaat atau mudarat kepada manusia dan kehidupan. Jika dibiarkan manusia bebas memilih bentuk hiburan yang disukai oleh nafsunya, maka kehidupan akan menjadi rosak dan porak peranda.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tHiburan di zaman moden kini yang berteraskan falsafah hedonisme, telah jauh terpesong daripada garis panduan Islam berkaitan hiburan. Hedonisme merupakan satu aliran falsafah yang menjelaskan bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup. Ia merupakan ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia (http://en.wikipedia.org/wiki/Hedonism).\n\n\n\n\n\r\n\t\tAliran falsafah hedonisme mula berkembang di Eropah Barat sekitar kurun 14M dan kemudian menjalar ke seluruh dunia (Wade, I.O, The clandestine organisation and diffusion of philosophic ideas in France from 1700 to 1750, 1967). Pemikiran kafir ini telah lahirkan manusia yang hidup dalam kelalaian, mengamalkan gaya hidup bebas sehingga mengorbankan nilai akhlak mulia yang berteraskan agama.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tHasil pemikiran kafir ini juga melahirkan manusia yang menjadikan keseronokan dan kemewahan yang berlebihan sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian. Konsep hiburan yang lahir daripada hedonisme bukan sahaja gagal memberi ketenangan jiwa dan kedamaian dalam sanubari manusia, bahkan mencetuskan masalah dan kecelaruan dalam kehidupan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPenganut hedonisme menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan yang disembah. Oleh sebab itu, hiburan hedonistik bukan sahaja gagal mendidik jiwa, malahan mendorong kepada kelalaian, maksiat dan pergaulan bebas yang akhirnya mengundang kepada gejala sosial yang merosakkan kesejahteraan hidup umat Islam. Arak, dadah, dan wanita seksi yang menjadi teras hiburan hedonistik telah menjadikan kehidupan manusia masa kini punah ranah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tFirman Allah SWT dalam al-Quran; Surah al-Jathiyah ayat 23 yang bermaksud, \"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar). Dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNabi Muhammad saw telah memberikan peringatan, akan ada dalam kalangan orang Islam di akhir zaman yang berhibur melampaui batas agama. Mereka ini dilabel oleh Nabi Muhammad sebagai 'manusia berperangai kera dan babi'. Abu Malik al- Asy\u2019ari melaporkan, \"Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Sesungguhnya sebahagian daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka serta dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.'\u201d (Hadis diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh itu, umat Islam wajib mengembalikan seluruh aspek kehidupan termasuk hiburan, kepada panduan Islam. Hiburan yang dibenarkan Islam adalah hiburan yang mendatangkan manfaat kepada hidup manusia. Sebaliknya, hiburan yang bertentangan dengan Islam, seperti hiburan hedonistik, adalah hiburan yang mendatangkan mudarat kepada hidup manusia.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tInfo:\n\n\n\n\n\r\n\t\tProgram hiburan yang dibenarkan menurut Perundangan Islam perlu memenuhi ciri berikut:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.\n\r\n\t\t2) Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.\n\r\n\t\t3) Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.\n\r\n\t\t4) Tidak disertai oleh perbuatan haram atau maksiat\n\r\n\t\t5) Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan\n\r\n\t\t6) Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tCiri persembahan muzik yang dibenarkan:\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t1) Tidak menimbulkan gerak geri liar\n\r\n\t\t2) Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat\n\r\n\t\t3) Tidak melalaikan\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tCiri persembahan artis yang dibenarkan:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.\n\r\n\t\t2) Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam\n\r\n\t\t3) Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.\n\r\n\t\t4) Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tCiri persembahan tarian yang dibenarkan:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.\n\r\n\t\t2) Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.\n\r\n\t\t3) Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah. 4) Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan\n\r\n\t\t5) Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan. (JAKIM, Garis Panduan Hiburan Dalam Islam, 2005)\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "163. \nSoalan : \nRakaman Rancangan FIKRAH-Penjelasan Isu Hukum Pelaburan ASB ASN \nJawapan : \n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\tRakaman siaran langsung FIKRAH - Penjelasan Isu Hukum Pelaburan ASB ASN yang telah disiarkan di RTM1 pada 21 Februari 2014 :\n\n\nhttp://m.youtube.com/watch?v=q55lWQ3aIWQ\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "164. \nSoalan : \nPenjelasan Mengenai Ucapan Takziah Berkaitan Tragedi MH370\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\tRentetan daripada pengumuman Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2014 dalam satu sidang media khas bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac 2014 disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi, disusuli dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 25 Mac 2014 yang memutuskan bahawa semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut dikategorikan sebagai Mafqud yang secara zahir dan kebarangkalian kuatnya telah dianggap terkorban, maka timbul persoalan tentang pandangan Islam berkenaan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.\n\n\n\n\n\r\n\t\tPersoalan ini timbul kerana walaupun mangsa-mangsa yang berstatus mafqud yang kebarangkalian kuatnya telah tiada berdasarkan kepada pengamatan pakar-pakar yang terlibat dalam misi pencarian, tetapi status kematian mereka perlu disabit dan disahkan oleh mahkamah, sebagaimana keputusan Muzakarah.\n\n\n\n\n\r\n\t\tJadi, apakah hukum mengucapkan takziah kepada ahli keluarga para penumpang dan anak kapal MH 370?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMerujuk kepada pengertian takziah yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab, ia member maksud memujuk supaya sabar dan menggembirakan. Dari sudut fiqah, takziah ialah ucapan-ucapan yang ditujukan kepada orang yang ditimpa musibah bagi memujuk mereka supaya bersabar. Ia boleh diucapkan dalam bentuk doa seperti, \u201cMudah-mudahan Allah menggandakan pahala kamu dengan ujian ini\u201d, atau \u201cMudah-mudahan Allah mengurniakan kesabaran kepada kamu dalam menghadapi musibah ini\u201d, dan lain-lain.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaupun perkataan takziah begitu sinonim dengan kematian, dan di dalam kitab-kitab fiqah juga banyak dibicarakan dalam bab hukum-hakam jenazah, tetapi sebenarnya ucapan takziah tidak khusus kepada musibah kematian. Malah ia digalakkan untuk diucapkan kepada mereka yang ditimpa apa sahaja musibah selain daripada kematian.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIni berdasarkan kepada sabda Nabi Sallallahu Alahi Wasallam yang bermaksud: \u201cTidaklah seseorang mukmin mengucapkan takziah kepada saudaranya dengan suatu musibah, kecuali Allah akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari akhirat\u201d. (Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, 1:511, no: 1602).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAl-Munawi menjelaskan maksud hadis dengan mengatakan, \u201cPada hadis tersebut, member takziah adalah sunat muakkadah (sunat yang sangat dituntut), dan ia tidak khusus pada kematiansahaja, kerana hadis tersebut menyebut musibah secara mutlaq\u201d.(Al-Munawi, Faydh al-Qadir, 5:495).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSeorang ulama mazhab Syafie, Al-Ramli menyebut, \u201cKeumuman perkataan mereka tentang sunat takziah kerana musibah, meliputi takziah kerana kehilangan harta\u201d.(Al-Ramli, Nihayah al-Muhtaj, 3:13).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDengan melihat kepada lafaz hadis yang umum tentang takziah terhadap orang yang ditimpa musibah beserta tafsiran ulama mengenainya, dan melihat kepada maksud dan objektif daripada pensyariatan ucapan takziah iaitu untuk memujuk mereka supaya sabar dan tabah menghadapi musibah, maka disimpulkan bahawa ucapan takziah untuk selain musibah kematian juga adalah digalakkan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru,adalah digalakkan dan dengan cara berhikmah untuk mengucapkan takziah kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 di atas musibah yang menimpa. Mudah-mudahan dengan berkongsi kesedihan dengan mereka dan menunjukkan rasa cakna dan prihatin kita terhadap mereka, akan terubat rasa sedih daripada tragedi tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "165. \nSoalan : \nHukum Mencukur Sebahagian Rambut Untuk Style Rambut Pompadour\nJawapan : \n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya ingin menggayakan style rambut pompadour. namun demikian, saya harus mencukur sebahagian rambut saya untuk tujuan itu. Jadi, apa hukumnya?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN\n:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAbdullah bin Umar melaporkan, \"Rasulullah saw melarang daripada melakukan qaza'.\" (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam al-Nawawi menjelaskan, qaza' bermaksud mencukur sebahagian rambut di kepala dan dibiarkan sebahagian yang lain. (al-Nawawi, al-Majmu', jil. 1, hlm. 295). Para ulama bermazhab Syafi'i menjelaskan, hukum melakukan qaza' adalah makruh (al-Syirazi, al-Tanbih fi al-fiqh al-Syafi'i, jil. 1, hlm. 14; al-Syirazi, al-Muhazzab, jil. 1, hlm. 439; al-Khatib al-Syarbini, Mughni al-muhtaj, jil. 2, hlm. 269; al-Nawawi, al-Majmu', jil. 1, hlm. 295; al-Nawawi, Raudot tolibin wa umdat muftin, jil. 3, hlm. 234; Ibn Ruslan, al-Zabad fi al-fiqh al-Syafi'i, jil. 1, hlm. 40; Zakariyya al-Ansari, Asna al-matalib fi syarh raudot tolib, jil. 1, hlm. 491; al-'Abbadi, Hasyiah al-'Abbadi 'ala al-ghurar al-bahiyyah, jil. 2, hlm. 304; Ibn Hajar al-Haytami, al-Minhaj al-qawim, jil. 1, hlm. 22; Ibn Hajar al-Haytami, Tuhfat al-muhtaj, jil. 4, hlm. 119; al-Syarwani, Hasyiah al-Syarwani 'ala tuhfat al-muhtaj, jil. 4, hlm. 119; Shihabuddin al-Ramli, Nihayat al-muhtaj, jil. 8, hlm. 148; Qalyubi & 'Umayrah, Hasyiata Qalyubi wa 'Umayrah, jil. 1, hlm. 333; al-Jamal, Hasyiah al-Jamal, jil. 2, hlm. 466; al-Bujairami, Hasyiah al-Bujayrami 'ala al-Khatib, jil. 4, hlm. 346)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaupun hukum mencukur sebahagian rambut di kepala (qaza') hukumnya makruh, namun menggayakan rambut mengikut style golongan yang kafir adalah termasuk dalam larangan Nabi Muhammad saw. Abdullah bin 'Amr melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, \"Bukanlah dalam kalangan kami sesiapa yang menyerupai golongan selain kami. Janganlah kamu semua menyerupai golongan Yahudi dan Kristian.\" (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh itu, sebagai umat Islam yang sayang kepada Nabi Muhammad saw dan memerlukan syafaat (bantuan) baginda di padang Mahsyar kelak, maka sewajibnya tidak meniru mana-mana gaya yang diperkenalkan oleh orang Yahudi dan Kristian.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAllah SWT memberikan peringatan bahawa Yahudi dan Kristian tidak akan sekali-kali redha dengan Nabi Muhammad saw dan umatnya, sehingga umat Islam meniru gaya hidup mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud, \"Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "166. \nSoalan : \nPelaburan Trading Kelapa Sawit\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya ingin bertanya tentang pelaburan yang hendak saya buat dengan kawan saya yang bekerja \"Trading\" kelapa sawit. Dia akan menjual dan membeli mengikut harga pasaran sama seperti saham. Bila harga naik dia akan jual, bila harga turun dia akan simpan. Dia menawarkan kepada saya pulangan 20% daripada wang yang saya laburkan. Jikalau RM10,000 , saya akan mendapat RM2000 sebulan. Tetapi saya tidak perlu berbuat apa-apa, hanya tunggu duit bulanan. Disini saya ingin mengenal pasti sama ada saya sebagai orang Islam boleh menceburi bidang ini dan adakah sumber duit saya itu halal?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tIslam membenarkan aktiviti pelaburan yang berasaskan kepada kontrak-kontrak seperti Mudarabah dan Wakalah bil Istithmar.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSecara asas dan prinsipnya, seseorang yang mempunyai wang atau modal boleh melaburkan wangnya secara pasif iaitu dengan memberikan kepada mereka yang terlibat dalam perniagaan halal, kemudian keuntungan yang terhasil daripada perniagaan tersebut dibahagikan antara pemodal dengan pengusaha menurut nisbah yang dipersetujui ketika kontrak. Ini dinamakan sebagai kontrak Mudarabah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam Al-Nawaw\u012b memberikan takrif Mudarabah sebagai \u201cIaitu dia (pemodal) memberikan wang kepadanya (pengusaha) untuk diniagakan padanya, dan keuntungan dibahagikan bersama. (Al-Nawaw\u012b, Minhaj Al-T\u0101lib\u012bn, 154). Ibn Qud\u0101mah pula mendefinisikan Mud\u0101rabah sebagai, \u201cSeseorang memberikan wang kepada seseorang lain untuk diniagakan untuknya, dengan hasil keuntungan yang diperolehi dibahagikan antara mereka berdua mengikut persetujuan bersama. (Ibn Qud\u0101mah, Al-Mughn\u012b, 5:19).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPerlu diperhatikan bahawa asas dalam kontrak Mudarabah ialah keuntungan untuk pemodal/pelabur adalah berdasarkan kepada nisbah pembahagian keuntungan yang telah dipersetujui. Contohnya, A menyerahkan RM10,000 kepada B untuk menjalankan suatu perniagaan, dan keuntungan yang terhasil dari perniagaan tersebut dibahagikan antara A dan B mengikut nisbah 70:30. Inilah yang dinamakan sebagai Mudarabah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSekiranya A menyerahkan RM10,000 kepada B untuk menjalankan suatu perniagaan, dan A memberi jaminan akan memberikan pulangan tetap sebanyak RM2000 sebulan, maka ia tidak menepati hukum-hakam Mudarabah dan pelaburan dalam Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMalahan, perkara ini telah disepakati sebagaimana dinukilkan ijmak oleh Ibn al-Mundhir. Ibn Qud\u0101mah menyatakan: \u201cIbn Al-Mundhir berkata: Telah ijmak seluruh mereka yang kami hafal dari kalangan ulama bahawa batalnya qir\u0101d (mud\u0101rabah) jika salah seorang mereka (pemodal atau pengusaha) atau kedua-duanya mensyaratkan untuknya matawang dirham yang dimaklumi kadarnya\u201d. (Ibn Qud\u0101mah, Al-Mughn\u012b, 5:28).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru, pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap samada secara mingguan, bulanan, tahunan atau lain-lain adalah tidak menepati syariah. Oleh itu, pelabur Muslim hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam pelaburan-pelaburan demikian.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "167. \nSoalan : \nBolehkah Melakukan Aqiqah Di Kemboja\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya ingin melakukan Aqiqah di kemboja. Adakah dibolehkan kerana ada pendapat yang menyatakan Aqiqah tidak boleh dilakukan selagi masih ada fakir miskin di Malaysia.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHukum menyembelih binatang untuk aqiqah adalah sunat sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw: \"Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya. Ia hendaklah disembelih pada hari ketujuh, kemudian dicukur rambut anak itu, dan diberikan nama kepadanya.\" (Hadis sahih direkod oleh Imam Abu Daud)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTiada syarat dikenakan berkaitan tempat untuk dilakukan aqiqah. Oleh itu adalah sah melakukan aqiqah di Kemboja. Juga tidak disyaratkan daging aqiqah diagih kepada fakir miskin sahaja.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh itu tidak timbul soal masih ada fakir miskin di Malaysia atau tidak. Walaupun yang lebih utama adalah diberikan jamuan daging aqiqah kepada golongan fakir miskin yang terdekat, sebagaimana firman Allah swt dalam surah an-Nisa ayat 36 yang bermaksud: \"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia Dengan sesuatu apa jua. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "168. \nSoalan : \nHukum Sambutan Hari Ibu\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMohon pencerahan mengenai sambutan hari ibu bagi umat Islam. Apakah hukumnya?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tPrinsip yang dipegang dalam menilai sesuatu sambutan ialah selagi tiada perkara yang secara jelas bertentangan dengan prinsip agama sama ada dari segi kepercayaannya atau amalan dan aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam sambutan tersebut, maka ia adalah harus.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam konteks Hari Ibu, ianya adalah sambutan yang bertujuan untuk mengingati sumbangan dan pengorbanan golongan ibu dan ia lazimnya diisi dengan ucapan dan pemberian hadiah kepada para ibu.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAdapun pandangan yang mengatakan bahawa Hari Ibu berasal dari perayaan agama Kristian yang diambil dari tradisi penyembahan ibu kepada dewa-dewa di zaman Yunani Kuno, ciri-ciri tersebut tidak lagi wujud dalam sambutan Hari Ibu yang ada sekarang.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaubagaimanapun, dalam Islam, semangat memuliakan dan menghormati ibu seharusnya ditanamkan pada setiap masa dan ketika dalam diri semua masyarakat. Ini kerana nilai penghormatan terhadap ibu adalah nilai teras yang ditekankan oleh al-Qur\u2019an bersama-sama dengan tauhid sepertimana yang terkandung dalam ayat \u201cSembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua Ibu Bapa\u201d (al-Nisa\u2019 4:36 dan juga Isra\u2019 23-24)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNilai ini juga dikaitkan dengan sikap syukur kepada Allah seperti mana yang terdapat dalam ayat, \u201cDan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang Ibu Bapanya, Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang Ibubapamu, hanya kepada-Ku-lah kembalimu.\u201d (Surah Luqman: 14) Sementara hadis nabi menyebut \u201cKeridhaan Allah ada pada keridhaan orang tua dan kemurkaan Rabb (Allah) ada pada kemurkaan orang tua\u201d(Hadis riwayat Tirmizi).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "169. \nSoalan : \nHukum Mengadakan Majlis Tahlil\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\tGambar Hiasan\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMohon penjelasan hukum mengadakan majlis tahlil untuk arwah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tTahlil bermaksud bersama-sama berkumpul bagi membacakan ayat-ayat al-Qur\u2019an terpilih serta berzikir dan berdoa untuk orang yang sudah meninggal dunia. Antara kandungan ayat-ayat al-Qur\u2019an yang dibaca ketika tahlil ialah Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Ayat Kursi dan beberapa bahagian ayat-ayat dari surah al-Baqarah. Sementara zikir-zikir yang dibaca ialah kalimah la ilaha illallah serta kalimah-kalimah tayyibah yang lain seperti tahmid, takbir, tasbih dan salawat. Hukumnya adalah harus kerana ia melibatkan perkara-perkara yang baik dan tidak di larang oleh syarak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKalimah serta ayat-ayat yang dibacakan dalam tahlil adalah kalimah-kalimah yang baik dan bakal diberi ganjaran kepada pembacanya. Sementara berdoa kepada mereka yang telah meninggal dunia adalah sesuatu yang disarankan Islam sepertimana yang disebut oleh al-Qur\u2019an: (Surah Muhammad :Ayat 19): \u201cOleh itu tetapkanlah pengatahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)\u201d Dalam Surah al-Hasyr, ayat 10 \u201cDan orang-orang yang datang kemudian daripada mereka berkata, \u201cWahai Tuhan kami, Ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan Kami sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu\u201d Dan dalam Surah Ibrahim disebut: \u201cWahai Tuhan kami! berilah keampunan kepadaku dan kedua-ibubapaku serta orang-orang yang beriman, pada berlakunya hitungan amal dan pembalasan.\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSementara menjemput orang ramai dan menjamu dan memberi makan adalah sesuatu yang digalakkan sepertimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w: \u201cSeorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, \u201cYang manakah pekerjaan Islam yang lebih baik? Jawab Nabi, \u201cMemberi makan kepada manusia dan sebarkan salam kepada orang yang kamu kenali ataupun tidak\u201d (hadis riwayat Bukhari)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun antara perkara-perkara yang harus diambil perhatian ketika membuat tahlil ialah:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\ti.Tidak mengadakan khenduri dengan perbelanjaan dari harta pusaka si mati yang warisnya masih belum baligh.\n\n\n\n\n\r\n\t\tii. Tidak menetapkan hari-hari tertentu seperti 3 hari, 7 hari, 40 hari atau 100 hari.\n\n\n\n\n\r\n\t\tiii.Tujuan dan tumpuan utama tahlil adalah terhadap doa dan zikir dan bukannya terhadap jamuan yang diadakan. Sekiranya baru kematian, sebaiknya makanan disediakan oleh jiran dan rakan dan bukannya dari kalangan ahli waris.\n\n\n\n\n\r\n\t\tiv.Tidak melibatkan pembaziran\n\n\n\n\n\r\n\t\tv. Tidak meratapi kematian arwah\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a\u2019lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "170. \nSoalan : \nAdakah Neraka Kekal?\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tARTIKEL:\n\n\n\n\n\n\nADAKAH NERAKA KEKAL?\n\r\n\t\tOleh: Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran, Felo Fatwa\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPerbahasan berkaitan neraka sama ada ia kekal atau tidak merupakan salah satu maudhuk yang berkait dengan akidah Islam. Persoalan yang dibangkitkan berkaitan dengan isu ini ialah sama ada neraka kekal selama-lamanya dan adakah orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka kekal diazab oleh Allah? Sekiranya neraka kekal, maka tidakkah ini akan menunjukkan bahawa ada yang kekal selain Allah dan akan membawa kepada faham kepelbagaian perkara-perkara kekal (ta\u2019addud al-qudama\u2019) yang tidak selari dengan Akidah Islam yang berasaskan tauhid. Serta adakah ini tidak bertentangan dengan sifat Allah yang Maha Penyayang?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam meneliti perkara ini, beberapa perkara penting harus diteliti. Pertamanya al-Qur\u2019an merupakan sumber tertinggi dalam menghuraikan permasalahan akidah yang bersifat sam\u2019iyy\u0101t (yang tidak mampu digarap oleh pancaindera dan akal manusia). Yang jelas, banyak ayat-ayat al-Qur\u2019an banyak yang menerangkan bahawa orang-orang kafir akan kekal dalam neraka. Misalnya:\n\n\n\n\n\r\n\t\ti.\"( Bukan demikian ), yang benar, barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, mereka itu penghuni surga; mereka kekal di dalamnya.\u201d (Surah al-Baqarah: ayat 81-82)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tii.\u201cTidaklah mereka (orang-orang munafik itu) mengetahui bahwasanya barangsiapa menentang Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya neraka jahannamlah baginya, kekal mereka di dalamnya. Itu adalah kehinaan yang besar.\u201d (Surah al-Taubah :Ayat 63)\n\n\n\n\n\r\n\t\tiii. \u201cAllah mengancam orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka, dan Allah melaknat mereka, dan bagi mereka azab yang kekal.\u201d (Surah Al-Taubah Ayat 68)\n\n\n\n\n\r\n\t\tiv.\u201cSesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam Neraka Jahanam, kekallah mereka di dalamnya.\u201d (Surah al-Bayyinah : Ayat 6-8)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSementara dalam Hadis Nabi disebut: \"Maka aku mengeluarkan mereka (orang-orang beriman yang masuk neraka) dari neraka, sehingga tidak tersisa di dalam neraka, kecuali orang yang ditahan oleh al- Qur\u2019an, yaitu orang yang pasti kekal (di dalam neraka)\". [HR Bukhari, Muslim, dan lainnya, dari Anas bin Malik]\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan ayat-ayat ini jumhur ulama Ahl Sunnah Waljamaah berpandangan bahawa neraka dan azab yang menimpa orang-orang yang dimasukkan kedalamnya adalah kekal. Menurut Imam Abu Hasan al-Ash\u2019ari, semua tokoh Islam, kecuali Jahm bin Safwan berpendapat bahawa kenikmatan ahli syurga bersifat abadi dan tidak pernah putus. Demikian juga siksaan ahli neraka. Jahm bin Safwan, menurut Imam al-Ash'ar\u012b, sebaliknya berpendapat syurga dan neraka beserta penghuninya akan musnah sehingga yang ada hanya Allah, sebagaimana pada mulanya. (Abu Hassan al-Ash'ari, Maqal\u0101t al-Isl\u0101miyyin, vol.2, bawah tajuk Keabadian Nikmat Syurga dan Neraka).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMenurut para mutakallimun sifat abadinya neraka juga bermaksud ia tidak bersifat fana seperti kewujudan duniawi berdasarkan firman Allah mereka kekal di dalamnya (khalid\u012bna f\u012bh\u0101 abada), namun kewujudannya tetap tertakluk kepada kekuasaan Allah (al-Taftazani, Sharh al-Aq\u0101\u2019id al-Nasaf\u012b, Bab \u2018Syurga dan Neraka Keduanya Benar\u2019) Adakah ini bertentangan dengan ayat al-Qur\u2019an (al-Qasas ayat 88) yang mengatakan bahawa: \u201cSetiap perkara akan musnah kecuali wajahNya\u201d. Ia bukanlah satu pertentangan kerana walaupun syurga dan neraka bersifat abadi, namun ia tetap makhluk dan dicipta oleh Allah. Dengan kata lain ia mempunyai permulaan apabila dijadikan oleh Allah. Dalam akidah Islam, ia termasuk dalam kategori alam atau apa yang selain Allah (m\u0101 siwa Allah). Dan walaupun kedua-duanya disebut oleh al-Qur\u2019an sebagai kekal, kedua-duanya masih tertakluk kepada kehendak dan kuasa Allah (iradah dan qudrah Allah). Sekiranya Allah berkehendak memusnahkannya maka ia akan musnah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun oleh kerana Allah telah berfirman bahawa mereka yang di dalam neraka itu kekal, maka ia akan tetap kekal. Dengan kata lain kekalnya neraka itu adalah atas kehendak dan perintah Allah dan bukan kekal dengan sendirinya sebagaimana Zat Allah. Kekalnya neraka juga tidak bersifat wajib kerana neraka seperti tiap-tiap makhluk Allah yang lain bersifat mumkin atau hadith yang bererti kewujudannya tidak wajib.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPandangan Ibn Qayyim Antara ulama yang berbeza pandangan dengan pandangan umum ini ialah Ibn Qayyim al-Jawzi yang mengatakan dalam kitabnya Syifa\u2019 al-Al\u012bl bahawa neraka mempunyai batas waktu dan ia akan musnah apabila sampai batas waktu tersebut. Beliau berhujjah dengan ayat al-Qur\u2019an Surah al-Naba\u2019:23, al-An'am:128 dan Hud:108. Surah al-An'am:128 misalnya mengatakan, \u201cMereka kekal di dalam neraka kecuali Allah berkehendak lain\u201d (QS. Al An\u2019am: 128) Ibn al-Qayyim berhujjah bahawa al khul\u016bd artinya tetapnya sesuatu pada waktu yang tertentu. Seandainya neraka itu kekal selamanya tentu Allah akan berfirman kh\u0101lid\u012bna f\u012bh\u0101 abada.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun pandangan Ibn al-Qayyim ini dapat diimbangi dengan melihat dalam ayat-ayat yang lain jelas mengatakan bahawa mereka yang engkar akan kekal dalam neraka selama-lamanya (menggunakan perkataan kh\u0101lid\u012bna f\u012bh\u0101 abada) seperti dalam surah al- Jinn :23, Allah berfirman: \u201cOrang yang mengingkari Allah dan Rasul-Nya, baginya neraka Jahannam. Mereka kekal di dalamnya selamanya.\u201d (Qs. Al Jin: 23) Juga firman Allah Ta\u2019ala tentang orang kafir di neraka: \u201cMereka menginginkan untuk keluar dari neraka namun tidak mampu. Bagi mereka azab yang kekal.\u201d (Qs. Al Ma\u2019idah: 37) Juga firman Allah Ta\u2019ala dalam Surah al-Baqarah:167: \u201cDemikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka.\u201d Orang-Orang yang mempunyai iman walaupun sedikit tidak kekal dalam neraka.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun para ulama akidah juga berpandangan bahawa seorang Muslim walaubagaimana besarpun dosanya , asalkan masih mempunyai iman walaupun sebesar zarrah, tidak akan kekal dalam neraka. Ini berasaskan ayat al-Qur\u2019an Surah al-Anbiya\u2019:47 \u201cDan ingatlah Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk menimbang amal makhluk-makhluk pada hari kiamat, maka tidak ada diri sesiapa yang akan teraniaya sedikitpun dan jika amalnya seberat biji sawi sekalipun, nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai penghitung\u201d Dan dalam satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim dan al-Nasa\u2019i, Nabi menyebut: \u201cAhli syurga akan masuk syurga, dan ahli neraka akan masuk neraka. Kemudian Allah Taala berfirman: Keluarkanlah dari neraka sesiapa sahaja yang ada di dalam hatinya keimanan sekalipun seberat biji sawi.\u201d Maka dikeluarkanlan mereka dari neraka tadi dan tubuhnya sudah hitam hangus, lalu dimasukkan ke dalam \u201cbahrul hayat\u201d (sungai kehidupan) untuk memberikan semangat hidup kembali, lalu tumbuhlah mereka sebagaimana tumbuh benih di tanah yang terkena air bah. Tidakkah engkau tahu benih itu akan keluar berwarna kuning dan berseri-seri.\u201d Hadis lain menyebut: \u201cAllah Ta\u2019ala akan mengeluarkan orang-orang yang masih memiliki iman seberat biji sawi dari neraka.\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tDengan demikian, orang yang bertauhid yang mati dalam keadaan beragama Islam, namun ia masuk ke neraka disebabkan maksiat, mereka tidak kekal di neraka. Bahkan Allah akan mengeluarkan mereka dari neraka ke syurga. Ini adalah pendapat yang benar yang merupakan pendapat Ahlus Sunnah Wal Jama\u2019ah yang berbeda dengan pendapat Khawarij, Mu\u2019tazilah dan orang-orang yang sepemahaman dengan mereka. Mereka mengatakan bahawa maksiat dapat menyebabkan pelakunya kekal di neraka. Hakikat bahawa orang-orang yang beriman tidak akan kekal dalam neraka tidaklah membuktikan bahawa neraka itu tidak kekal. Ini kerana orang yang tidak beriman akan tetap tinggal dalam neraka seperti orang-orang kafir, syirik dan munafiq.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "171. \nSoalan : \nAdakah Roh Orang Yang Mati Boleh Kembali Ke Dunia?\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAdakah roh orang yang mati boleh kembali ke dunia?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tPersoalan roh merupakan persoalan yang rumit kerana ia adalah dimensi yang berada di luar tanggapan pancaindera manusia. Fitrah kejadian ruh bukanlah dari alam nyata (syahadah) akan tetapi dari alam ruhaniah yang ghaib.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tRasulullah s.a.w. sendiri apabila ditanya oleh orang Yahudi tentang hakikat ruh menghadapi kesukaran untuk menjawabnya sehingga turun ayat al-Qur\u2019an dalam Surah Isra\u2019, ayat 85, yang mengatakan: \u201cdan mereka bertanyakan tentang roh. Katakan, \u2019roh itu dari urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberi ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh yang demikian, segala hal berkaitan dengan ruh mesti merujuk kepada sumber sam\u2019iyyat sama ada dari al-Qur\u2019an atau hadis-hadis Nabi. Menurut al-Qur\u2019an, Allah swt menjadikan manusia dengan mempunyai dua unsur utama, jasad dan ruh. Jasad dicipta dari unsur tanah sementara ruh merupakan sesuatu yang dtiupkan dari Allah ke dalam jasad seperti yang disebut dalam al-Qur\u2019an, Surah al-al-Hijr, ayat 28-29: \u201cdan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila aku menyempurnakan kejadiannya Aku meniupkan kedalamnya ruh (ciptaan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud\".\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tRuh dan jasad berhubung antara satu dengan yang lain. Menurut Imam al-Ghazali, hubungan antara keduanya adalah dalam ertikata ruh merupakan raja kepada jasad. (al-Ghazali Kitab \u2018Aja\u2019ib al-Qalb dalam Ihya Ulum al-Din). Kesatuan antara ruh dan jasad adalah satu hubungan yang ajaib kerana kedua-duanya mempunyai fitrah yang berbeza, ruhani dan jasmani. Ini adalah antara bukti kekuasaan Allah. Ketika kematian, ruh akan meninggalkan jasad dan berpindah ke alam barzakh yang bermaksud \u2018benteng pemisah\u2019, kediaman perantaraan antara dunia dan akhirat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAl-Qur\u2019an menyebut tentang alam barzakh: Sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)\u201d (Surah al-Mukminun: 100) Ruh ditempatkan di sini sebelum dibangkitkan di hari kiamat untuk dicantumkan semula dengan jasad dan akan dihisab dan diberi pembalasan sama ada di syurga atau neraka.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPersoalannya adakah ruh yang telah meninggal dunia mampu balik ke alam dunia? Ruh yang telah meninggal dunia tidak boleh kembali ke dunia. Ini kerana urusan seseorang manusia ketika ia telah meninggal dunia telah selesai dan peringkat yang seterusnya ialah peringkat kehidupan dikubur dan penantian hari kiamat untuk dihisab oleh Allah swt. Al-Qur\u2019an juga menggambarkan bahawa ruh tidak boleh kembali ke dunia seperti yang digambarkan dalam Surah al-Mukminun, ayat 99 dan 100 yang bermaksud: \u201cHingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka (orang kafir) dia berkata: \u201cYa Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tIbn al-Qayyim dalam Kitab al-Ruh, mengatakan pandangan Abu Umar bin Abd Barr yang mengatakan bahawa sebelum Hari Kiamat sebahagian ruh seperti para syuhada berada dalam syurga sementara ruh orang mukmin umumnya berada di dalam kubur mereka. Ini antara lain berdasarkan ayat al-Qur\u2019an yang mengatakan bahawa orang-orang yang syahid itu tidak mati akan tetapi hidup di sisi Allah. (Ali Imran :169)\n\n\n\r\n\t\tNamun ada ulama berpandangan bahawa ruh yang telah meninggal dunia dapat bertemu dengan ruh orang yang masih hidup iaitu di dalam mimpi. Ini berdasarkan ayat al-Qur\u2019an yang mengatakan bahawa: Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa orang yang belum mati diwaktu tidurnya. Maka Dia tahan jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan (al-Zumar:ayat 42) Ayat ini menunjukkan bahawa ruh orang yang mati dan yang tidur kedua-duanya dipegang oleh Allah. Cuma ruh orang yang tidur dikembalikan sementara orang yang meninggal dunia ditahan terus. Atas dasar ini kedua-dua ruh ini boleh bertemu. Ibn al-Qayyim menukilkan banyak kisah-kisah di kalangan orang yang baik yang bermimpi bertemu dengan orang-orang yang telah meninggal dunia. Menurut beliau walaupun ada sebahagian mimpi yang tidak benar yang datang dari gangguan syaitan, namun sebahagian mimpi adalah merupakan ilham dari Allah terutama yang berlaku kepada mereka yang baik. (Ibn al-Qayyim, Kitab al-Ruh)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa pada asasnya ruh orang yang meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Maka pandangan yang mengatakan misalnya roh orang yang mati masih berada atau melihat ahli keluarga selama tiga hari tiada asasnya. Pengecualian yang diberikan oleh sebahagian ulama ialah kemungkinan untuk mereka yang masih hidup bertemu dengan ruh yang telah mati dalam mimpi dengan izin Allah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "172. \nSoalan : \nMenyebut Semua Agama Adalah Sama Secara Tidak Sengaja\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya telah berbual dengan seorang lelaki China yang juga seorang pemandu teksi. Dalam perbualan tersebut, saya dengan tidak sengaja telah menyebut \"semua agama adalah sama\" dengan tidak berniat untuk menyamakan Islam dengan agama lain. Dan dengan hanya berniat mereka juga berdoa dan berharap kepada Tuhan Persoalan saya, apakah kenyataan tersebut telah menyebabkan saya jatuh kafir atau tidak? Untuk pengetahuan, saya telah beristighfar dengan cara mengucap dua kalimah syahadah\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAl-Qur\u2019an dengan jelas mengatakan bahawa Islam adalah satu-satunya yang benar di sisi Allah. Al-Qur\u2019an menyebut, \u201cSesungguhnya agama di sisi Allah ialah al-Islam.\u201d (A li-Imran:19) Dalam ayat yang lain al-Qur\u2019an mengatakan \u201csesiapa yang mencari selain dari Islam sebagai agama, ia tidak akan diterima.\u201d (A li -Imran:85)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKita tidak menafikan bahawa ada unsur kebaikan dalam agama-agama lain terutama dari segi akhlak. Dari segi itu sememangnya ada aspek-aspek persamaan antara agama. Namun kebenaran sesebuah agama bergantung kepada asas akidahnya. Dalam Islam, Tauhid iaitu pengisbatan terhadap keesaan Allah yang sebenar-benarnya adalah neraca utama dalam menentukan kebenaran sesuatu agama.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru itu untuk menyamakan Islam dengan agama lain dari segi kebenaran adalah sesuatu yang bertentangan dengan al-Qur\u2019an. Ia juga menafikan peranan Rasulullah SAW yang datang membawa syari\u2019ah yang menyeluruh dan memansuhkan syari\u2019ah yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu. Namun ia tidak bermaksud Islam tidak menghormati hak penganut agama lain untuk mempercayai dan menganuti apa yang mereka percayai.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun dalam isu ini sekiranya kenyataan bahawa \u2018semua agama itu sama\u2019 tersebut dibuat secara tidak sengaja, ia bukanlah satu kesalahan dan ia tidaklah membawa seseorang kepada kekufuran. Lebih-lebih lagi ia bukan disebut dengan tujuan menyamakan semua agama dari segi kebenaran seperti yang dijelaskan. Ini kerana Islam menekankan tentang kepentingan niat dalam setiap perkara yang dilakukan. Rasulullah SAW menyebut dalam hadis yang terkenal daripada Umar R.A. bahawa \u201csetiap amalan adalah dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang akan dikira berdasarkan apa yang diniatkan...\u201d (hadis riwayat Bukhari).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu a\u2019lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "173. \nSoalan : \nHukum Cabutan Khas Memilih Pemenang Oleh Bank\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tBaru-baru ini berita dikeluarkan oleh akhbar tempatan mengenai hadiah sebanyak RM1 juta telah di berikan kepada tiga pemenang oleh salah sebuah institusi perbankan Islam di Malaysia. Hadiah-hadiah ini telah diberikan kepada penyimpan-penyimpan wang di bank tersebut. Kalau tidak salah pemenang-pemenang ini telah dipilih dengan cara satu cabutan khas oleh Bank tersebut. Adakah cara memilih pemenang-pemenang ini dihalalkan oleh Islam? Juga, adakah hadiah-hadiah yang diberikan itu halal dalam pandangan Islam?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tPemberian hadiah oleh institusi-institusi kewangan Islam kepada pelanggan-pelanggannya yang tertentu adalah harus pada dasarnya selagi ia menepati hukum-hakam hadiah yang dibicarakan oleh ulama dalam bab \u2018hibah\u2019.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPemilihan pemenang (penerima hadiah) berasaskan kepada cabutan khas adalah tidak menyalahi hukum-hakam syarak, kerana pemberi hadiah adalah bebas untuk memberikan hadiah kepada sesiapa yang diingininya. Justeru kaedah memilih penerima hadiah adalah hak pemberi hadiah. Namun sekiranya diiklankan bahawa pemilihan adalah berasaskan kepada cabutan, maka seharusnya ia dilakukan secara adil, bebas, dan tidak dimasuki sebarang unsur manipulasi.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPemberian hadiah tidak boleh mengandungi unsur-unsur perjudian, di mana seandainya para pelanggan perlu membayar amaun tertentu sebagai bayaran untuk memungkinkannya mendapat hadiah, maka ia dikira sebagai bentuk perjudian. Selain itu, hadiah yang diberikan mestilah suatu yang patuh syariah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tUntuk makluman juga, dalam sistem perbankan Islam yang ada pada masa ini, semua produk, bentuk kempen, dan program yang dijalankan oleh bank-bank Islam seperti pemberian hadiah mestilah diluluskan terlebih dahulu oleh jawatankuasa Syariah yang dilantik oleh bank sebelum ia dilaksanakan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "174. \nSoalan : \nTalak Dengan Isyarat\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tTalak Dengan Isyarat. Bagaimanakah jika seorang suami itu memberi isyarat seolah dia menceraikan isterinya. Bagaimanakah status perkahwinan pasangan yang berhadapan dengan situasi tersebut berdasarkan hukum dalam Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSuami isteri yang berhadapan dengan situasi seperti ini masih pasangan yang sah, kerana talak melalui isyarat bagi orang yang tidak bisu adalah talak yang tidak sah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSyeikh Zakariyya al-Ansari; salah seorang ulama bermazhab Syafii, menjelaskan dalam bukunya 'Asna al-matolib': \"Jika seseorang yang boleh bercakap menunjukkan isyarat yang boleh difahami ia hendak menceraikan isterinya walaupun dia berniat, maka isyarat itu tidak mendatangkan apa-apa iaitu talak tidak sah. Contohnya, isteri berkata kepada suami, 'Ceraikan aku!' Kemudian suami menunjukkan isyarat tangannya supaya isteri keluar rumah. Walaupun semua orang faham isyarat itu menunjukkan persetujuan suami untuk talak, namun kerana suami tidak melafazkan lafaz talak, bahkan hanya sekadar menggunakan isyarat, maka ia menunjukkan suami tidak berniat untuk talak.\"\n\n\n\n\n\r\n\t\tWallahu A'lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "175. \nSoalan : \nJual Beli Emas Dengan Menerima Resit\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya ingin bertanyakan mengenai perniagaan emas yang ingin saya ceburi. Caranya begini; -Rakan saya menjual emas 999.9 dengan harga RM170/g. -Saya boleh menempah berapa banyak yang saya mahukan. Contohnya 10g. -Selepas saya membayar harga bagi 10g emas 999.9 tersebut sebanyak RM1700, dia akan berikan saya resit. -Selepas barang yang ditempah siap, dalam masa sebulan, saya boleh mengambil emas tersebut dalam bentuk gold bar. -Sekiranya saya tidak mahu mengambil emas tersebut, saya boleh minta dia\n\n\n\r\n\t\tuntuk tolong jualkan semula emas tersebut dengan harga yang dia tetapkan, saya boleh jual dengan harga RM184/g. Adakah jual beli ini halal di sisi Islam?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tPenelitian terhadap kaedah perniagaan emas sebagaimana tersebut mendapati ia tidak bertepatan dengan syarak kerana ada unsur penangguhan barangan yang dibeli iaitu emas.\n\n\n\n\n\r\n\t\tIni kerana emas tidak diserahkan kepada pembeli ketika akad jual beli dilaksanakan, sedangkan syarat asasi dalam jual beli emas ialah pembayaran harga emas dan penyerahan barangan belian (emas) hendaklah berlaku di dalam satu majlis. Syarat ini dikenali dalam istilah fiqah sebagai taq\u0101bud. Pelan perniagaan ini menyalahi Parameter Pelaburan Emas yang diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011. (Rujuk Parameter tersebut di: \nhttp://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas\n).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tParameter No. 15 menyebut: \u201cTransaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan parameter tersebut, maka kaedah perniagaan emas sepertimana dinyatakan dalam soalan adalah tidak menepati syarak. Kami menasihati masyarakat Islam supaya tidak terjebak ke dalam bentuk perniagaan dan pelaburan emas yang tidak menepati syariat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "176. \nSoalan : \nHukum Meninggalkan Sembahyang Jumaat Pegawai-Pegawai Bertugas Di Airport Mengendalikan Pesawat\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum meninggalkan sembahyang Jumaat oleh pegawai-pegawai yang ditugaskan di airport mengendalikan pesawat, bekerja pada waktu sembahyang Jumaat dan kerja tersebut tidak boleh ditinggalkan, kerana tidak ada orang lain yang akan mengendalikannya\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSembahyang Jumaat adalah fardhu 'ain ke atas setiap lelaki yang cukup syarat. Pegawai yang cukup syarat wajib melakukan sembahyang Jumaat, tetapi tidak dapat menunaikannya kerana tidak boleh meninggalkan tugas yang penting tersebut, maka ia termasuk dalam salah satu keuzuran yang membenarkan pegawai itu menggantikannya dengan Sembahyang Zohor.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun, Ketua Jabatan perlu menyusun jadual agar seseorang pegawai lelaki itu tidak secara berturut-turut meninggalkan sembahyang Jumaat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDisertakan fatwa yang dikeluarkan oleh Kerajaan Brunei berkaitan isu ini untuk perhatian dan rujukan.\n\n\n\n\n\r\n\t\t\"Meninggalkan Sembahyang Fardhu Jumaat \nSoalan:\n Dengan sukacita dipohonkan fatwa berhubung dengan perkara meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat. Apa hukumnya meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat kerana tidak dibenarkan ketua dengan alasan tidak boleh meninggalkan kerja? Apakah senarai uzur atau halangan yang membolehkan seseorang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat? Apa tindakan yang patut dilakukan oleh seseorang yang dilarang meninggalkan kerja bershif pada saat tibanya waktu menunaikan sembahyang fardhu Jumaat, dengan catitan bahawa kerja bersyif itu boleh diambil alih oleh orang yang tidak wajib bersembahyang Jumaat, seperti perempuan dan orang yang bukan Islam? Dan bagaimana pula tindakannya jika tidak ada orang yang mahu mengambil alih kerja itu? Apa hukumnya seseorang ketua tidak membenarkan pegawainya yang sedang bekerja untuk pergi menunaikan sembahyang fardhu Jumaat, sedangkan ketua itu boleh mengambil kebijaksanaan dengan menugaskan atau mencari (mengambil pekerja baru) orang yang tidak wajib bersembahyang Jumaat untuk melakukan kerja berkenaan? Untuk makluman, kerja berkenaan berlaku ketika keadaan aman dan jika tidak dikerjakan tidak akan menjejaskan keselamatan Negara, misalnya: Kerja berjual beli, kerja di kilang, kerja menjaga peralatan penyiaran televisyen dan yang berhubungkait dengannya dan sebagainya. Sekian dipohonkan dan kaola berharap akan mendapat fatwa berkenaan dengan seberapa segeranya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nJawapan\n: \n\u0627\u0644\u062d\u0645\u062f\u0644\u0644\u0647 \u0631\u0628 \u0627\u0644\u0639\u0627\u0644\u0645\u064a\u0646, \u0648\u0627\u0644\u0635\u0644\u0627\u0629 \u0648\u0627\u0644\u0633\u0644\u0627\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u0623\u0634\u0631\u0641 \u0627\u0644\u0645\u0631\u0633\u0627\u0644\u064a\u0646 \u0648\u0639\u0644\u0649 \u0622\u0644\u0647 \u0648\u0635\u062d\u0628\u0647 \u0623\u062c\u0645\u0639\u064a\u0646, \u0627\u0644\u0644\u0647\u0645 \u0647\u062f\u0627\u064a\u0629 \u0644\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628, \u0648\u0628\u0639\u062f.\n. Hukum sembahyang fardhu Jumaat ialah fardhu \u2018ain apabila berhimpun syarat-syarat sah sembahyang Jumaat itu. Dalil yang menjelaskan kefardhuan sembahyang Jumaat itu sebagaimana firman Allah Ta\u2019ala: \n\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0646\u064f\u0648\u062f\u0650\u064a \u0644\u0650\u0644\u0635\u0651\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u0650 \u0645\u0650\u0646 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064f\u0645\u064f\u0639\u064e\u0629\u0650 \u0641\u064e\u0627\u0633\u0652\u0639\u064e\u0648\u0652\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0630\u0650\u0643\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0630\u064e\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u064a\u0652\u0639\u064e \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u0651\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0646 \u0643\u064f\u0646\u062a\u064f\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0646\u064e (\u0633\u0648\u0631\u0629 \u0627\u0644\u062c\u0645\u0639\u0629:9) \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTafsirnya: \u201cWahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).\u201d (Surah al-Jumu\u2019ah:9)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tRasulullah Shallallahu \u2018alaihi wasallam juga menjelaskan akan kewajipan sembahyang Jumaat itu sebagaimana sabdanya:\n ((\u0631\u0648\u0627\u062d \u0627\u0644\u062c\u0645\u0639\u0629 \u0648\u0627\u062c\u0628 \u0639\u0644\u0649 \u0643\u0644 \u0645\u062d\u062a\u0644\u0645)) \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0627\u0644\u0646\u0633\u0627\u0626\u064a\n Maksudnya: \u201cMenyegerakan Jumaat itu wajib ke atas setiap orang yang bermimpi (baligh).\u201d (Hadis riwayat an-Nasa\u2019i)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTersebut di dalam Kitab Mughni al-Muhtaj: Bahawa syara\u2019 telah menentukan syarat-syarat wajib sembahyang Jumaat itu ke atas setiap orang yang Mukallaf iaitu baligh, berakal, merdeka, lelaki, orang yang muqim, yang tidak sakit dan lain-lain lagi seperti takut, tidak mempunyai pakaian, lapar dan dahaga. Dan tidak wajib Jumaat itu bagi kanak-kanak dan orang gila sebagaimana pada sembahyang yang lain. Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitab ar-Raudhah: \u201cTidak wajib Jumaat bagi orang yang pitam kerana pitam itu seperti orang gila, dan tidak wajib bagi hamba, perempuan dan orang musafir yang diharuskan, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu \u2018alaihi wasallam:\n ((\u0627\u0644\u062c\u0645\u0639\u0629 \u062d\u0642 \u0648\u0627\u062c\u0628 \u0639\u0644\u0649 \u0643\u0644 \u0645\u0633\u0644\u0645 \u0627\u0644\u0627 \u0623\u0631\u0628\u0639\u0629: \u0639\u0628\u062f \u0645\u0645\u0644\u0648\u0643 \u0623\u0648 \u0627\u0645\u0631\u0623\u0629 \u0623\u0648 \u0635\u0628\u0649 \u0623\u0648 \u0645\u0631\u064a\u0636)) \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0627\u0628\u0648 \u062f\u0627\u0648\u062f \u0648\u063a\u064a\u0631\u0647\n Maksudnya: \u201cSembahyang Jumaat itu hak yang wajib ke atas setiap orang Islam kecuali empat: Hamba yang dimiliki atau perempuan atau kanak-kanak atau orang sakit.\u201d (Hadis riwayat Abu Daud dan lain-lain) Sabda Baginda lagi:\n ((\u0644\u0627 \u062c\u0645\u0639\u0629 \u0639\u0644\u0649 \u0645\u0633\u0627\u0641\u0631 \u0648\u0644\u0627 \u0639\u0644\u0649 \u0645\u0631\u064a\u0636)) \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0627\u0644\u0628\u064a\u0647\u0642\u064a\n Maksudnya: \u201cTidaklah (wajib) sembahyang Jumaat itu bagi orang yang musafir dan orang yang sakit.\u201d (Hadis riwayat al-Baihaqi) Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitab yang sama: \u201cDan tidak wajib sembahyang Jumaat itu ke atas mereka yang berkeuzuran yang diberikan kelonggaran (rukhshah) pada meninggalkan sembahyang berjemaah.\u201d (Kitab Mughni al-Muhtaj:1/376)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDan berkata Ibnu \u2018Abbas bahawa: \u201cSembahyang Jumaat itu adalah seperti sembahyang berjemaah..\u201d Di antara keuzuran-keuzuran yang boleh seseorang itu meninggalkan sembahyang Jumaat ialah sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika dilambatkan akan menyebabkan mayat menjadi busuk, dan orang yang menghidap penyakit cirit-birit dan takut akan mencemarkan kebersihan masjid. Imam ar-Rafi\u2019e juga menyebut di dalam kitab at-Tatimmah mengenai sembahyang berjemaah bahawa orang yang dipenjara (dikurung) itu juga adalah dianggap sebagai keuzuran. (Kitab Mughni al-Muhtaj:1/376)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerkata asy-Syirazi di dalam kitab al-Muhadzdzab: \u201cBahawa tidak wajib sembahyang Jumaat itu bagi orang yang takut akan berlaku suatu yang tidak baik pada dirinya atau hartanya sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu \u2018Abbas Radhiallahu \u2018anhuma bahawa Nabi Shallallahu \u2018alaihi wasallam bersabda: \n((\u0645\u0646 \u0633\u0645\u0639 \u0627\u0644\u0646\u062f\u0627\u0621 \u0641\u0644\u0645 \u064a\u062c\u0628\u0647 \u0641\u0644\u0627 \u0635\u0644\u0627\u0629 \u0644\u0647 \u0627\u0644\u0627 \u0645\u0646 \u0639\u0630\u0631: \u0642\u0627\u0644\u0648\u0627: \u064a\u0627 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0648\u0645\u0627 \u0627\u0644\u0639\u0630\u0631\u061f \u0642\u0627\u0644: \u062e\u0648\u0641 \u0623\u0648 \u0645\u0631\u0636)) \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0623\u0628\u0648 \u062f\u0627\u0648\u062f\n Maksudnya: \u201cBarang siapa yang mendengar seruan azan dan dia tidak pergi kepadanya untuk bersembahyang, maka tiada sembahyang baginya kecuali orang-orang yang mempunyai keuzuran\u201d. Mereka bertanya: \u201cYa Rasulullah, apakah keuzuran itu?\u201d Baginda menjawab (bersabda): \u201cTakut dan sakit.\u201d (Hadis riwayat Abu Daud) Tidak wajib sembahyang Jumaat itu bagi orang yang terkena hujan di dalam perjalanan menuju ke masjid menyebabkan pakaiannya basah dan terhalang tujuannya untuk bersembahyang, dan tidak wajib ke atas orang yang menunggu orang sakit yang tidak boleh ditinggalkan dan tidak wajib pula ke atas orang yang mempunyai keluarga (kerabat) atau menantu/ipar lelaki atau orang yang dikasihi yang hampir mati (nazak). (Al-Muhadzdzab:1/152)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBeliau (asy-Syirazi) juga menyebutkan, di antara keuzuran-keuzuran yang boleh seseorang itu meninggalkan sembahyang berjemaah ialah kerana hujan lebat, berlumpur dan angin yang kuat di waktu malam yang sangat gelap, makanan yang terhidang sedang dia merasa lapar atau menahan daripada kentut, berak dan kencing. Daripada keuzuran berjemaah yang lain ialah orang yang takut akan berlaku sesuatu yang tidak baik (mudharat) pada dirinya atau hartanya atau dia sakit.(Al-Muhadzdzab:1/131)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam an-Nawawi menyebutkan, di antara yang dikatakan keuzuran itu ialah apabila dia takut daripada orang yang akan membuat zalim ke atas dirinya daripada sultan atau orang lain yang akan menzaliminya atau dia takut daripada pemiutang yang akan memenjarakannya atau dia mesti membayarnya sedangkan dia tidak berdaya. Dan termasuk takut tentang sesuatu yang mengenai harta itu ialah jika sekiranya roti sudah dibakar di dapur dan periuknya sudah di atas api sedang tidak ada orang yang menjaga di tempat itu. (Kitab al-Majmu\u2019: 4/100)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaka daripada penjelasan terhadap kelonggaran (rukhshah) yang diharuskan bagi meninggalkan sembahyang Jumaat itu, pegawai-pegawai yang ditugaskan bekerja pada waktu sembahyang Jumaat dan kerja tersebut tidak boleh ditinggalkan, kerana tidak ada orang lain yang akan mengendalikannya, adalah keadaan tersebut termasuk dalam keuzuran yang diharuskan syara\u2019, sebagaimana juga orang yang menunggu orang sakit yang tidak boleh ditinggalkan, atau kerja tersebut tidak boleh ditinggalkan kerana mentaati ketua. Di dalam Islam mentaati ketua itu adalah wajib pada perkara yang bukan maksiat dan bukan menderhaka kepada Allah dan RasulNya. Hal ini telah dijelaskan dalam firman Allah Ta\u2019ala:\n \u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0623\u064e\u0637\u0650\u064a\u0639\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0647\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0637\u0650\u064a\u0639\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0627\u0644\u0631\u0651\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0648\u064e\u0623\u064f\u0648\u0652\u0644\u0650\u064a \u0627\u0644\u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0643\u064f\u0645\u0652...(\u0633\u0648\u0631\u0629 \u0627\u0644\u0646\u0633\u0623:59)\n Tafsirnya: \u201cWahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada uli al-amri (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu.\u201d (Surah an-Nisa\u2019:59) Baginda Rasulullah Shallallahu \u2018alaihi wasallam juga menjelaskan di dalam hadis daripada Ibnu \u2018Umar, Nabi Shallallahu \u2018alaihi wasallam bersabda: \n((\u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0645\u0631\u0621 \u0627\u0644\u0645\u0633\u0644\u0645 \u0627\u0644\u0633\u0645\u0639 \u0648\u0627\u0644\u0637\u0627\u0639\u0629, \u0641\u064a\u0645\u0627 \u0623\u062d\u0628 \u0648\u0643\u0631\u0647, \u0627\u0644\u0627 \u0623\u0646 \u064a\u0624\u0645\u0631 \u0628\u0645\u0639\u0635\u064a\u0629, \u0641\u0627\u0646 \u0623\u0645\u0631 \u0628\u0645\u0639\u0635\u064a\u0629 \u0641\u0644\u0627 \u0633\u0645\u0639 \u0648\u0644\u0627 \u0637\u0627\u0639\u0629)) \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0645\u0633\u0644\u0645 \nMaksudnya: \u201cBagi seorang Muslim itu adalah wajib mendengar dan taat kepada orang yang berkuasa, sama ada dia menyukai atau sebaliknya, kecuali dia diperintahkan melakukan perkara maksiat. Jika dia disuruh melakukan perkara maksiat, maka tidak wajib mendengar dan mentaati (perkara itu).\u201d (Hadis riwayat Muslim)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tHendaklah diingat, bahawa pegawai yang ditugaskan itu janganlah dia bercita-cita atau mengharapkan supaya bertugas pada waktu sembahyang Jumaat agar dia terlepas daripada pergi menunaikan sembahyang Jumaat.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDemikian juga menjadi kewajipan ketua untuk memerhatikan dan mencari jalan dengan bijaksana bagi mengaturkan jadual pekerjaan untuk pegawai-pegawai dan kakitangannya yang bertugas pada hari Jumaat sehingga tidaklah terhalang orang-orang yang wajib Jumaat untuk menunaikannya. Umpamanya dengan cara yang bijaksana, jika mungkin, kita mengaturkan orang-orang yang tidak wajib jumaat seperti pegawai-pegawai dan kakitangan yang bukan beragama Islam untuk menjalankan tugas-tugas itu pada hari jumaat, ataupun memadai pegawai-pegawai dan kakitangan yang beragama Islam itu hadir ke masjid dan selepas itu mereka akan mengambil alih semula tugas-tugas daripada pegawai-pegawai perempuan atau mereka yang bukan beragama Islam tadi.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSekiranya tidak terdapat orang-orang yang bertugas itu mereka yang tidak wajib Jumaat, yakni semuanya wajib Jumaat belaka, maka hendaklah dipastikan serta dielakkan supaya pegawai-pegawai yang berkenaan itu, jangan sampai ada yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat secara berterusan atau berturut-turut, dalam makna, mereka hendaklah digilir-gilir, umpamanya: Jumaat ini si A yang bertugas sementara si B menunaikan Jumaat. Untuk Jumaat yang lain, si A pula menunaikan sembahyang Jumaat sementara si B bertugas. Begitulah seterusnya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPerlu diingat, bahawa amaran kerana meninggalkan fardhu Jumaat secara berturut-turut tanpa uzur itu adalah sangat keras dan berat. Banyak hadis Rasulullah Shallallahu \u2018alaihi wasallam yang memberi amaran sekeras-kerasnya kepada orang yang meninggalkan sembahyang Jumaat tanpa keuzuran kerana perbuatan tersebut adalah tanda bagi orang-orang munafiq dan menjadi sebab turunnya kebinasaan di dunia dan di akhirat. Nabi Shallallahu \u2018alaihi wasallam bersabda: \n((\u0645\u0646 \u062a\u0631\u0643 \u0627\u0644\u062c\u0645\u0639\u0629 \u062b\u0644\u0627\u062b\u0627 \u0645\u0646 \u063a\u064a\u0631 \u0639\u0630\u0631 \u0641\u0642\u062f \u062a\u0628\u062f \u0627\u0644\u0627\u0633\u0644\u0627\u0645 \u0648\u0631\u0627\u0621 \u0638\u0647\u0631\u0647)) \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0627\u0644\u0628\u064a\u0647\u0642\u064a\n Maksudnya: \u201cBarangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali dengan tiada keuzuran maka dia telah meletakkan Islam itu di belakangnya (meninggalkannya).\u201d (Hadis riwayat al-Baihaqi) Di dalam hadis yang lain pula Baginda bersabda: ((\n\u0645\u0646 \u062a\u0631\u0643 \u0627\u0644\u062c\u0645\u0639\u0629 \u0645\u0646 \u062a\u0631\u0643 \u0627\u0644\u062c\u0645\u0639\u0629 \u062b\u0644\u0627\u062b\u0627 \u0645\u0646 \u063a\u064a\u0631 \u0639\u0630\u0631 \u0641\u0647\u0648 \u0645\u0646\u0627\u0641\u0642)) \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0627\u0628\u0646 \u062d\u0628\u0627\u0646\n Maksudnya: \u201cBarangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali dengan tiada keuzuran maka dia adalah seorang munafiq.\u201d (Hadis riwayat Ibnu Hibban) Nabi shallallahu \u2018alaihi wasallam bersabda kepada satu kaum, yang tidak bersembahyang Jumaat:\n \u0623\u0646 \u0627\u0644\u0646\u0628\u0649 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0642\u0627\u0644 \u0644\u0642\u0648\u0645 \u064a\u062a\u062e\u0644\u0641\u0648\u0646 \u0639\u0646 \u0627\u0644\u062c\u0645\u0639\u0629: ((\u0644\u0642\u062f \u0647\u0645\u0645\u062a \u0623\u0646 \u0622\u0645\u0631 \u0631\u062c\u0644\u0627 \u064a\u0635\u0644\u0649 \u0628\u0627\u0644\u0646\u0627\u0633, \u062b\u0645 \u0623\u062d\u0631\u0642 \u0639\u0644\u0649 \u0631\u062c\u0627\u0644 \u064a\u062a\u062e\u0644\u0641\u0648\u0646 \u0639\u0646 \u0627\u0644\u062c\u0645\u0639\u0629 \u0628\u064a\u0648\u062a\u0647\u0645)) \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0645\u0633\u0644\u0645\n Maksudnya: \u201cSesungguhnya Nabi Shallallahu \u2018alaihi wasallam bersabda kepada satu kaum yang meninggalkan sembahyang Jumaat: \u201cAku menitikberatkan (memerintahkan) supaya lelaki itu bersembahyang dengan beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam membakar rumah-rumah mereka (lelaki) yang meninggalkan sembahyang Jumaat.\u201d (Hadis riwayat Muslim)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBadan yang mengisu fatwa: Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam Penulis/Ulama : Pehin Datu Seri Maharaja Dato\u2019 Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Tarikh Diisu : 1996\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "177. \nSoalan : \nApakah Barangan Diklasifikasikan Sebagai Emas Perhiasan?\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\nISU\n:\n\n\n\n\n\n\nMerujuk kepada hadis, \"Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.\" [Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad]\n\n\n\r\n\tApakah barangan yang klasifikasikan s\nebagai emas perhiasan? Adakah terhad kepada barang kemas sahaja atau termasuk sekali gold bar/jongkong/dinar (contoh: Pamp Suisse 100g) yang dibentuk oleh pengilang berdasarkan permintaan? Sekiranya klasifikasi termasuk dalam emas perhiasan maka adakah benar hukum jual beli secara tertangguh adalah dibolehkan dengan merujuk kepada hadis tersebut?\n\n\n\n\nPENJELASAN\n:\n\n\n\n\n\n\nEmas perhiasan yang dibincangkan dalam hukum-hakam riba adalah merujuk kepada barang kemas atau perhiasan yang dipakai pada badan seperti cincin, gelang, rantai, dan seumpamanya. Dalam Bahasa Arab, ia dipanggil \nhuliyy\n (plural bagi haly).\n\n\n\r\n\tManakala emas jongkong /bar ataupun emas dinar yang juga dibentuk dengan acuan tertentu, ia tidak dikategorikan sebagai emas perhiasan. Maka hukum-hakamnya berkaitan dengan riba hendaklah dikekalkan sebagaimana hukum asal.\n\n\n\r\n\tJusteru, transaksi jual beli yang melibatkan emas-emas tersebut adalah tertakluk kepada hukum-hakam khas jual beli emas yang antara lain hendaklah dilakukan secara taq\u0101bud (penyerahan harga dan barangan belian dalam satu majlis).\n\n\n\r\n\tWallahu A'lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "178. \nSoalan : \nAdakah Mata Wang Fiat Sepeti RM Termasuk Dalam Barang Ribawi?\nJawapan : \n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAdakah mata wang fiat sepeti RM termasuk dalam barang ribawi seperti emas, perak?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSebagaimana dimaklumi bahawa pada hari ini mata wang kertas (wang fiat) merupakan medium pertukaran dalam urusan jual beli di seluruh dunia, dengan setiap negara mempunyai mata wang tersendiri.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPada zaman awal Islam, medium pertukaran dalam urusan jual beli adalah emas dan perak. Hadis-hadis yang menyebut tentang bay al-\u1e63arf secara teksnya adalah merujuk kepada emas dan perak, ataupun dinar dan dirham.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalau bagaimanapun, para ulama hari ini samada melalui fatwa secara individu, fatwa secara kolektif ataupun melalui resolusi persidangan badan-badan fatwa atau kajian Syariah yang terkenal, telah bersepakat bahawa mata wang kertas yang ada pada hari ini adalah sama hukumnya dengan emas dan perak dari sudut hukum riba, zakat dan salam serta lain-lain hukum yang berkaitan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAkademi Feqah Islam Antarabangsa OIC (Majma al-Fiqh al-Isl\u0101m\u012b al-Dawl\u012b) di dalam persidangan ke-3 yang diadakan di Amman, Jordan pada 8-13 Safar 1407H bersamaan 11-16 Oktober 1986 telah memutuskan resolusi yang berbunyi:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\"\u0628\u0650\u062e\u064f\u0635\u064f\u0648\u0652\u0635\u0650 \u0623\u064e\u062d\u0652\u0643\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0639\u064f\u0645\u064f\u0644\u064e\u0627\u062a\u0650 \u0627\u0644\u0648\u064e\u0631\u064e\u0642\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u0650: \u0623\u064e\u0646\u0651\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0646\u064f\u0642\u064f\u0648\u0652\u062f\u064c \u0627\u0639\u0652\u062a\u0650\u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u064c \u0641\u0650\u064a\u0652\u0647\u064e\u0627 \u0635\u0650\u0641\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u062b\u0651\u064e\u0645\u064e\u0646\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u0650 \u0643\u064e\u0627\u0645\u0650\u0644\u064e\u0629\u064c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0623\u064e\u062d\u0652\u0643\u064e\u0627\u0645\u064f \u0627\u0644\u0634\u0651\u064e\u0631\u0652\u0639\u0650\u064a\u0651\u064e\u0629\u064f \u0627\u0644\u0645\u064f\u0642\u064e\u0631\u0651\u064e\u0631\u064e\u0629\u064f \u0644\u0650\u0644\u0630\u0651\u064e\u0647\u064e\u0628\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0641\u0650\u0636\u0651\u064e\u0629\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0652 \u062d\u064e\u064a\u0652\u062b \u0623\u064e\u062d\u0652\u0643\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0631\u0651\u0650\u0628\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0632\u0651\u064e\u0643\u064e\u0627\u0629\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0644\u064e\u0645\u0650 \u0648\u064e\u0633\u064e\u0627\u0626\u0650\u0631\u0650 \u0623\u064e\u062d\u0652\u0643\u064e\u0627\u0645\u0650\u0647\u0650\u0645\u064e\u0627\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMaksudnya:\n\r\n\t\t\u201cBerkaitan hukum-hakam mata wang kertas, bahawa ia adalah mata wang (nuq\u016bd) secara i'tib\u0101r\u012b, yang mempunyai sifat harga/nilai (al-thamaniyyah) yang sempurna, dan ia mengambil hukum-hakam syarak yang telah ditetapkan pada emas dan perak, dari sudut hukum riba, zakat, salam, dan segala hukum-hakamnya\u201d. (Majalah Majma' al-Fiqh al-Isl\u0101m\u012b, bil: 3, j. 3 h. 1650).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tKesimpulannya, mata wang kertas yang digunakan pada hari ini adalah termasuk dalam item ribawi seperti emas dan perak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "179. \nSoalan : \nHukum Mengenai Urusan Jual Beli (Trading) Emas Atau Perak Secara Online (Broker)\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya ingin mendapatkan kepastian mengenai hukum mengenai urusan jual beli (trading) emas atau perak secara online (broker). Saya difahamkan urusan jual beli matawang (forex) secara online adalah haram. Bagaimana dengan jual beli emas atau perak?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSebagaimana dimaklumi bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik sepertimana yang diamalkan pada hari ini melalui broker-broker forex adalah tidak menepati hukum-hakam al-\u1e63arf.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik, dan memutuskan antara lain:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u201c\u2026.bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tHukum ini juga adalah terpakai kepada perdagangan komodoti yang bersifat ribawi iaitu emas dan perak melalui platfom forex. Ini kerana isu-isu syariah yang timbul berkenaan dengan perdagangan emas dan perak melalui platform elektronik adalah sama dengan isu-isu syariah dalam perdagangan forex secara online.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSecara ringkas, isu-isu syariah yang terdapat dalam operasi pelaburan emas maya adalah:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPertama:\n Isu leverage Sebagaimana dalam forex secara online, operasi perdagangan emas dan perak melalui platform forex juga dijalankan dengan adanya kemudahan leverage. Leverage telah ditaky\u012bfkan sebagai pinjaman kewangan (qard), dan dimaklumi bahawa setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat kepada pemberi pinjam adalah riba yang diharamkan. Unsur leverage juga menimbulkan isu pensyaratan akad jual beli di dalam akad qard.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nKedua:\n Isu Qabd Dalam operasi perdagangan emas dan perak menggunakan platform elektronik, isu qabd berlaku apabila emas yang dibeli oleh pelabur ketika membuka posisi tidak akan dikreditkan ke dalam akaunnya, sehingga dia menutup balik posisi dengan menjualnya kepada broker. Ini bermakna, tidak berlaku qabd samada hakiki atau hukmi ketika transaksi pembelian emas dijalankan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nKetiga: \nPenjualan sesuatu yang tiada dalam pegangan Dalam konteks perdagangan emas dan perak melalui platform forex, penjualan emas sebelum qabd berlaku dalam dua keadaan:\n\n\n\n\n\n\nPertama:\n Ketika pelabur membuat penutupan posisi (close position), dia akan menjual balik emas yang dibelinya dari broker, sedangkan dia belum lagi melakukan qabd terhadap emas tersebut.\n\n\n\n\n\n\nKedua:\n Ketika pelabur memulakan transaksi dengan membuka posisi short (menjual emas), dia telah membuat transaksi penjualan emas yang tidak dimilikinya dan tidak ada dalam pegangannya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJusteru, perniagaan emas dan perak menggunakan platform elektronik adalah tidak menepati hukum syarak. Ia juga menyalahi beberapa Parameter Pelaburan Emas yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, iaitu Parameter No. 5, 11, 13, 20 dan 23. (rujuk Parameter Pelaburan Emas: \nhttp://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas\n).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "180. \nSoalan : \nHukum Penglibatan Dalam Bidang Animasi\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya bekerja dalam bidang animasi. Di Malaysia kita ada banyak syarikat-syarikat animasi termasuk yang buat islamic content dan juga bukan. Soalan saya, ada fatwa di negara lain mengatakan yang animasi (3D/2D/Stop Motion) ini adalah haram. Adakah animasi ini satu medium yang haram sebagai sumber hiburan, medium informasi dan lain lain kegunaannya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tDalam hukum Islam, perbahasan mengenai isu ini pada masa dahulu lebih bersifat asas kerana perkembangan teknologi pergambaran tidak begitu canggih berbanding pada zaman sekarang yang telah sampai ke tahap animasi 3D dan lain-lain.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tPerbahasan asasnya dalam Islam ialah membuat dan mengambil gambar dan yang juga berkaitan dengannya iaitu membentuk sesuatu imej dalam bentuk patung.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tUlama berbeza pandangan dalam hal ini. Ulama-ulama yang mengharamkan mengambil gambar berhujah dengan dalil sebuah hadis yang mengatakan bahawa malaikat rahmah tidak akan memasuki rumah yang mempunyai gambar. Hadis tersebut yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari berbunyi, \u201cSungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSebahagian ulama mengatakan bahawa haram menggambarkan sesuatu yang bernyawa. Ini berdasarkan satu riwayat, seorang lelaki datang kepada Ibn Abbas dan berkata Wahai Ibn Abbas aku seorang pembuat gambar(mungkin bermaksud patung) dan aku tiada mendapat pendapatan lain melainkan dengan pekerjaan ini. Kata Ibn Abbas, \u201csekiranya kamu ingin membuat gambar, maka buat lah gambar pokok yang tiada ruh padanya.\u201d (Kitab Silsilah al-Tafsir, Mustafa Adwi, juz. 94,ms18)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun hadis dan riwayat di atas perlu diperhalusi terutama dari segi \u2018illah (sebab) mengapa ia diharamkan. Antara illahnya ialah bahawa menggambarkan sesuatu itu adalah menyerupai perbuatan Allah (mushabahah li khalqillah). Dan juga ia menyerupai pembuatan membuat berhala yang secara umumnya menjadi perlambangan kepada perkara-perkara yang syirik pada zaman awal Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tNamun pada masa sekarang ini penggambaran sesuatu banyak bermatlamatkan pendokumentasian, informasi, hiburan dan pendidikan. Oleh yang demikian hukumnya juga amat bergantung kepada apakah gambar yang diambil, apakah tujuan gambar diambil. Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya, Seni Dalam Islam berpandangan hukum membuat gambar bergantung kepada tujuan gambar itu dibuat, tempat letaknya bagaimana ia digunakan dan niat pembuat gambar tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAntara yang diharamkan ialah apabila gambar dibuat untuk disembah atau diagung-agungkan terutama gambar sesuatu yang mempunyai roh seperti manusia. Yang diharamkan juga ialah apabila gambar tersebut melibatkan perkara-perkara yang haram seperti mendedahkan aurat atau dengan tujuan hiburan yang melekakan. Sekiranya gambar tersebut tidak melibatkan perkara tersebut, maka ia adalah diharuskan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\r\n\tWallahu a\u2019lam.\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "181. \nSoalan : \nTalak Taklik\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSeorang suami menyatakan taklik kepada isterinya: \"mulai pada hari ini, jika aku mengulanginya lagi (mengambil dadah) maka jatuhlah talak satu ke atas dikau.\" Perkara ini dilafazkan oleh si suami setelah si isteri mengugut untuk tidak akan berbaik lagi dengannya sekiranya si suami tidak meninggalkan tabiat buruk beliau. Namun si suami kadang-kadang masih lagi dengan tabiat buruknya. Adakah te\nrjatuhnya talak ke atas isterinya itu.\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nTalak merupakan perbuatan yang dibenci oleh Allah SWT. Sabda Nabi Muhammad saw, \"Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah talak.\" Talak tidak mendatangkan dosa jika ia dilakukan mengikut garis panduan yang dinyatakan dalam Islam.\n\n\n\r\n\tIsu yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan talak taklik, iaitu talak yang dihubungkan dengan sesuatu syarat. Jika berlaku syarat yang dinyatakan dalam lafaz talak, maka talak itu sah dan berkuatkuasa.\n\n\n\r\n\tSecara umumnya, lafaz taklik yang telah dilafazkan tidak boleh ditarik balik. Cerai taklik bermaksud suami melafazkan lafaz cerai yang dihubungkan dengan sesuatu syarat (Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami, jil. 7, hlm. 444; Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal fi ahkam al-mar'ah, jil. 7, hlm. 471).\n\n\n\r\n\tCerai taklik dibahagikan kepada dua jenis:\n\r\n\tPertama cerai taklik yang dinyatakan syarat tanpa mengandungi maksud sumpah, seperti suami berkata kepada isterinya, \"Jika aku tinggalkan isteriku selama lima bulan berturut-turut tanpa sebarang nafkah, isteriku tercerai.\"\n\n\n\r\n\tKedua, cerai taklik yang mengandungi maksud sumpah, seperti suami berkata, \"Jika aku tipu engkau, isteriku aku cerai.\"\n\n\n\r\n\tJenis cerai yang pertama, syarat yang dinyatakan dalam cerai taklik adalah berkuatkuasa selama mana syarat itu bukan sesuatu yang mustahil berlaku. Jika sesuatu yang disyaratkan itu berlaku, maka jatuhlah talak. Namun, bagi jenis kedua, taklik itu tidak memberikan kesan, walaupun syarat yang dinyatakan itu berlaku, namun isterinya tidak tercerai (al-Nawawi, al-Majmu', jil. 16, hlm. 152-153, 212). Jika suami telah melafazkan lafaz taklik iaitu \"mulai pada hari ini, jika aku mengulanginya lagi (mengambil dadah) maka jatuhlah talak satu ke atas dikau\", maka apabila suami mengambil dadah selepas itu, maka telah berkuatkuasa syarat yang dinyatakan dalam lafaz taklik tersebut. Maka jatuh talak raj'i (talak satu) berkuatkuasa pada masa suami mengambil dadah.\n\n\n\r\n\tNamun perkara ini perlu dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah terdekat untuk mendapatkan pengesahan daripada Mahkamah Syariah.\n\n\n\r\n\tWallahu a'lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "182. \nSoalan : \nHukum Tahlil Arwah\nJawapan : \n\n\nHUKUM TAHLIL ARWAH\n\n\n\r\n\tTahlil bermaksud bersama-sama berkumpul bagi membacakan ayat-ayat al-Qur\u2019an terpilih serta berzikir dan berdoa untuk orang yang sudah meninggal dunia. Antara kandungan ayat-ayat al-Qur\u2019an yang dibaca ketika tahlil ialah Surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Ayat Kursi dan beberapa bahagian ayat-ayat dari surah al-Baqarah. Sementara zikir-zikir yang dibaca ialah kalimah La ilaha i\nllallah serta kalimah-kalimah tayyibah yang lain seperti tahmid, takbir, tasbih dan salawat.\n\n\n\r\n\tHukumnya adalah harus kerana ia melibatkan perkara-perkara yang baik dan tidak di larang oleh syarak. Kalimah serta ayat-ayat yang dibacakan dalam tahlil adalah kalimah-kalimah yang baik dan bakal diberi ganjaran kepada pembacanya.\n\n\n\r\n\tSementara berdoa kepada mereka yang telah meninggal dunia adalah sesuatu yang disarankan agama sepertimana yang disebut oleh al-Qur\u2019an: (Surah Muhammad :Ayat 19): \u201cOleh itu tetapkanlah pengatahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadanya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan permpuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (diakhirat)\u201d\n\n\n\r\n\tDalam Surah al-Hasyr, ayat 10 \u201cDan orang-orang yang datang kemudian daripada mereka berkata, \u201cWahai Tuhan kami, Ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu\u201d Dan dalam Surah Ibrahim disebut: \u201cWahai Tuhan kami! berilah keampunan kepadaku dan kedua-ibubapaku serta orang-orang yang beriman, pada berlakunya hitungan amal dan pembalasan.\u201d\n\n\n\r\n\tSementara menjemput orang ramai dan menjamu serta memberi makan adalah sesuatu yang digalakkan sepertimana yang disebut oleh Rasulullah: \u201cSeorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, \u201cYang manakah pekerjaan Islam yang lebih baik? Jawab Nabi, \u201cMemberi makan kepada manusia dan sebarkan salam kepada orang yang kamu kenali ataupun tidak\u201d ( riwayat Bukhari)\n\n\n\r\n\tNamun antara perkara-perkara yang harus diambil perhatian ketika membuat tahlil ialah:\n\n\n\r\n\ti.Tidak mengadakan khenduri dengan perbelanjaan dari harta pusaka si mati yang warisnya masih belum baligh.\n\n\n\r\n\tii.Tidak menetapkan hari-hari tertentu seperti 3 hari, 7 hari, 40 hari atau 100 hari.\n\n\n\r\n\tiii.Tujuan dan tumpuan utama tahlil adalah terhadap doa dan zikir dan bukannya terhadap jamuan yang diadakan.\n\n\n\r\n\tiv.Sekiranya baru kematian, sebaiknya makanan disediakan oleh jiran atau rakan, bukannya dari kalangan ahli waris.\n\n\n\r\n\tv.Tidak melibatkan pembaziran\n\n\n\r\n\tvi. Tidak meratapi kematian arwah.\n\n\n\r\n\tWallahu a\u2019lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "183. \nSoalan : \nHukum Terima Insurans Konvensional Percuma\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSebagaimana dimaklumi insurans konvensional adalah haram.Tetapi saya ingin bertanya sekiranya ia diberi percuma adakah ia tetap haram atau harus?\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nSebagaimana sedia maklum bahawa insurans konvensional adalah haram dan hukum ini telah diputuskan oleh banyak badan-badan fatwa dan juga kesatuan-kesatuan fiqah di peringkat antarabangsa.\n\n\n\r\n\tElemen utama yang menjadikan insurans konve\nnsional haram ialah kerana ia mengandungi:\n\n\n\n\n\n\ni- unsur riba\n\r\n\tii- unsur gharar\n\r\n\tiii- unsur perjudian.\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\nJusteru adalah haram bagi orang Islam untuk mengambil insurans konvensional.\n\n\n\r\n\tManakala bagi orang yang mendapat insurans secara percuma, sebagai contoh pekerja di sebuah syarikat yang mana syarikat tersebut membayar insurans untuk staf-stafnya, maka dia boleh mendapat benefit sekadar jumlah yang telah dibayar oleh syarikatnya. Ini kerana jumlah yang sudah dibayar kepada syarikat insurans dianggap sebagai prinsipal yang sepatutnya boleh dimiliki oleh staf tersebut.\n\n\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "184. \nSoalan : \nHukum Tugasan Memeriksa Alat Sukat Arak\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya ingin bertanya berkenaan apakah hukumnya kepada saya yang menerima arahan supaya memeriksa alat sukat arak di kelab-kelab malam dan bar yang menjual arak. Pemeriksaan ini adalah bertujuan untuk memastikan pengguna atau peminum arak mendapat kuantiti arak yang dibeli dengan sukatan yang betul. Saya mohon penjelasan ini supaya dapat mencerahkan apa yang terpendam di dalam hati ini.\n\n\n\n\nPE\nNJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nSebagaimana dimaklumi dalam Islam bahawa arak adalah diharamkan oleh nas-nas al-Quran, Sunnah dan Ijmak. Begitu juga seorang Muslim tidak dibenarkan untuk bekerja dalam sektor yang melibatkan dirinya dalam hal-hal berkaitan dengan arak, seperti penjualan arak, pemprosesan arak, pengangkutan arak, penyimpanan arak dan seumpamanya.\n\n\n\r\n\tLarangan ini dinyatakan oleh Nabi S.A.W. dalam sebuah hadis:\n\n\n\n\n\u0644\u064e\u0639\u064e\u0646\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062e\u064e\u0645\u0652\u0631\u064e\u060c \u0648\u064e\u0634\u064e\u0627\u0631\u0650\u0628\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0633\u064e\u0627\u0642\u0650\u064a\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0628\u064e\u0627\u0626\u0650\u0639\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0645\u064f\u0628\u0652\u062a\u064e\u0627\u0639\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0627\u0635\u0650\u0631\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0645\u064f\u0639\u0652\u062a\u064e\u0635\u0650\u0631\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u062d\u064e\u0627\u0645\u0650\u0644\u064e\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u062d\u0652\u0645\u064f\u0648\u0644\u064e\u0629\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\n\n\n\r\n\tMaksudnya: \"Allah melaknat arak, peminumnya, pemberi minumnya, penjualnya, pembelinya, tukang perahnya, orang yang meminta diperahnya, pembawanya, dan orang yang meminta dibawakan kepadanya\". (Abu Daud, 3/326, no: 3674).\n\n\n\r\n\tIni kerana semua kerja-kerja tersebut adalah dikira sebagai sumbangan dalam mengerjakan maksiat, sedangkan dalam Islam diharamkan memberi sumbangan dan bantuan dalam perkara-perkara maksiat. Ini sebagaimana dinaskan dalam Al-Quran:\n\n\n\n\n\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0648\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u062b\u0652\u0645\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0639\u064f\u062f\u0652\u0648\u064e\u0627\u0646\u0650\n\r\n\tMaksudnya: \u201cDan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan\u201d. (Surah al-M\u0101\u2019idah: ayat 2).\n\n\n\r\n\tManakala tugasan memeriksa alat sukat arak supaya dipastikan kuantiti yang betul diberikan kepada peminum arak di bar-bar atau kelab malam, maka ia boleh termasuk dalam pekerjaan yang memberi sumbangan dalam maksiat minum arak. Ini kerana pemeriksaan alat sukatan arak adalah dikira sebagai suatu yang memberi kebaikan kepada peminum arak atau kepada penjual arak.\n\n\n\r\n\tMaka dinasihatkan agar orang Islam tidak terlibat dalam tugasan-tugasan sedemikian kerana ia dikira membantu industri arak.\n\n\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "185. \nSoalan : \nHukum Ilmu Diperolehi Dari Bisikan Hati Dan Mimpi.\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya ingin mengetahui hukum berkenaan ilmu yang diperolehi dari bisikan hati dan mimpi.\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nUlama berselisih pandangan mengenai ilmu yang diperolehi melalui mimpi atau ilham. Menurut huraian ulama akidah seperti al-Taftazani dalam sharahnya terhadap Aqa\u2019id al-Nasafi, sumber ilmu yang disepakati oleh ulama ialah pancaindera, akal dan khabar yang benar (Qur\u2019an dan hadis yang merupakan\n bahagian dari khabar dari Rasul).(Sa\u2019d a-Din al-Taftazani, Sharh Aqaid Nasafi)\n\n\n\r\n\t\t\t\t\tSementara ilmu yang didapati dari ilham atau mimpi sebahagian ulama menolaknya kerana mimpi dan bisikan hati boleh datang dari syaitan dan nafsu yang bertentangan dengan nilai-nilai agama. Namun ulama yang menerimanya berhujah atas beberapa sebab:\n\n\n\n\n\n\nPertama,\n mimpi orang yang bertaqwa adalah sebahagian dari ilham yang diberikan oleh Allah. Sebab itulah dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Rasulullah bersabda. \u201cMimpi seorang mukmin adalah empat puluh enam bagian dari kenabian. [HR Bukhari].\n\n\n\n\n\n\nYang dimaksud dengan al-nubuwah di sini adalah al wahyu secara umum. Ini bermakna sebagaimana Allah memberikan ilmu kepada nabi dalam bentuk wahyu, Allah juga memberikan ilmu-ilmu tertentu kepada orang-orang yang beriman dan bertaqwa dalam bentuk mimpi dan ilham. Sudah pasti seseorang tidak akan menjadi nabi hanya sekadar bermimpi baik tersebut. Ubadah bin Shamith berkata,\u201dMimpi seorang mukmin sebuah kalam (pembicaraan) yang Allah berbicara dengan hambaNya ketika tidur.\u201d [Madarij Al Salikin, 1/51].\n\n\n\r\n\t\t\t\t\tTerdapat ayat-ayat al-Qur\u2019an yang menggunakan perkataan wahyu merujuk kepada yang bukan Nabi. Contohnya : \u201cDan Kami (wahyukan) ilhamkan kepada ibu Musa,\"Susuilah dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya, maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah kamu khawatir dan jangan (pula) bersedih hati, karena sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para Rasul.\u201d [Al Qashash:7].\n\n\n\r\n\t\t\t\t\tJuga firman Allah Subhanahu wa Ta'ala Dan (ingatlah), ketika Aku (wahyukan) ilhamkan kepada pengikut Isa yang setia,\"Berimanlah kamu kepadaKu dan kepada RasulKu.\" Mereka menjawab,\"Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai Rasul), bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang patuh (kepada seruanmu).\" [Al Maidah:111]. Juga Alla Subhanahu wa Ta'ala l berfirman, Dan Rabbmu mewahyukan kepada lebah,\"Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia.\" [An Nahl:68]\n\n\n\r\n\t\t\t\t\tWalaupun wahyu di sini digunakan secara umum dan tidak merujuk kepada wahyu khusus yang diberikan kepada Nabi, ia dapat ditafsirkan sebagai ilham yang tuhan berikan kepada makhluk yang dipilih oleh Allah.\n\n\n\r\n\t\t\t\t\tAsas yang \nkedua\n ialah ayat-ayat al-Qur\u2019an yang menunjukkan bahawa Allah akan membimbing manusia yang benar-benar bertaqwa dengan cara memberi ilham untuk melakukan perkara yang benar. Contohnya firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.\u201dHai orang-orang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. [Al Anfal:29].\n\n\n\r\n\t\t\t\t\tFurqan di sini menurut ulama seperti Syaikh Muhammad Amin Al Syanqiti adalah ilmu (pengetahuan) yang bisa membezakan antara yang hak dan batil, sebagaimana firman Allah, \u201cHai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya, niscaya Allah memberikan rahmatNya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS Al Hadid:28), dan firman Allah: dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan. Dan dengan itulah bisa membedakan antara yang hak dan batil. [Adwa\u2019 al Bayan fi Idah al-Qur\u2019an, 4/349].\n\n\n\n\n\n\nAsas yang \nketiga\n ialah kisah Nabi yang membenarkan mimpi para sahabat. misalnya sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam kepada para sahabat yang membenarkan mimpi mereka tentang lailatul qadar. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, bahwa ada seorang sahabat yang melihat lailatul qadar ketika tidur pada malam duapuluh tujuh terakhir. Maka Rasulullah bersabda: \u201cSaya melihat seperti mimpimu telah ada pada tujuh terakhir. Barangsiapa yang ingin mencarinya, maka hendaknya dicari pada malam ketujuh terakhir.\u201d [HR Bukhari] Seperti ini juga yang terjadi pada kisah permulaan azan. Iaitu Abdullah bin Zaid yang diajar tata-cara azan melalui mimpinya. Ketika beliau memberitahunya kepada Rasulullah, baginda mengatakan: \u201cSesungguhnya itu benar-benar mimpi yang baik Insya Allah Subhanahu wa Ta'ala. Pergilah kepada Bilal dan ajarkanlah apa yang anda lihat, dan azanlah dengannya, karena dia lebih keras suaranya darimu. Umar mendengar yang demikian itu di rumahnya, kemudian keluar dengan mengulur selendangnya dan berkata,\u201dDemi Yang mengutusmu dengan kebenaran, wahai Rasulullah. Saya pernah bermimpi seperti mimpinya.\u201d Rasulullah bersabda,\u201dSegala puji bagi Allah.\u201c [HR Abu Daud,].\n\n\n\r\n\t\t\t\t\tHadis-hadis ini menggambarkan bahawa ada mimpi-mimpi yang benar yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambanya. Kesimpulannya, mimpi dan bisikan hati boleh diterima sebagai saluran ilmu sekiranya ia diterima oleh orang-orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah dan ia tidak bertentangan dengan prinsip dan nilai yang telah ditentukan oleh Al-Qur\u2019an dan Sunnah.\n\n\n\r\n\t\t\t\t\tNeraca al-Qur\u2019an dan Sunnah ini penting untuk membezakan antara bisikan hati dan mimpi yang benar dengan bisikan yang datang dari syaitan atau hawa nafsu manusia itu sendiri.\n\n\n\r\n\t\t\t\t\tWallahu a\u2019lam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\t\t\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "186. \nSoalan : \nHukum Berkaitan Dengan Zihar\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\r\n\tApakah hukum suami mengatakan \" \ncomelnyer baby ayah....bontot leper mcm ibu\n\" adakah jatuh zihar?\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\tZihar bermaksud, \"Suami menyamakan isterinya yang bukan dalam talak ba'in dengan wanita lain yang haram dikahwininya.\" (al-Syarbini, Mughni al-muhtaj, jil. 3, hlm. 229). Rukun dan syarat zihar ialah (Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal fi ahkam mar'ah, jil. 8, hlm. 286-303):\n\n\n\r\n\t1) Rukun \nzihar pertama ialah suami: Suami melafazkan kalimah yang mengandungi maksud zihar kepada isteri dengan menyamakan anggota isteri dengan anggota wanita lain yang haram dikahwini oleh suami tersebut.\n\n\n\r\n\t2) Rukun zihar kedua ialah isteri. Ditujukan lafaz zihar itu kepada isteri dengan menyamakan anggota isteri dengan anggota wanita lain yang haram dikahwini oleh suami tersebut. Sama ada isteri itu masih isteri yang sah daripada perkahwinan yang sah, atau masih berada dalam iddah talak raj'i (talak satu).\n\n\n\r\n\t3) Rukun zihar ketiga ialah wanita yang disamakan dengannya: Wanita yang disamakan anggota badannya dengan anggota badan isteri adalah wanita yang haram dikahwini oleh suami yang melafazkan, sama ada ibu, anak perempuan, makcik (adik beradik perempuan kepada ibu atau bapa), dan wanita lain yang diharamkan berkahwin dengannya sampai bila-bila.\n\n\n\r\n\t4) Rukun zihar keempat ialah lafaz zihar: Suami menggunakan lafaz yang menunjukkan maksud zihar.\n\n\n\r\n\tMerujuk kepada isu yang dibangkitkan, suami mengatakan \" comelnyer baby ayah....bontot leper mcm ibu\". Ayat tersebut difahami, suami menujukan lafaz itu kepada anak perempuannya, bukan kepada isterinya. Maka ia tidak memenuhi syarat kedua, kerana zihar ialah suami menujukan lafaz kepada isteri. Oleh itu, dalam kes ini, tiada kaitan dengan zihar.\n\n\n\r\n\tFatwa yang hampir sama dengan soalan yang dikemukakan ialah:\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Jamadilawal 1423 bersamaan 30 Julai 2002 telah membincangkan mengenai Hukum Zihar Di Kalangan Umat Islam Melayu Di Malaysia. Alhamdulillah fatwanya: \"Sekiranya suami menyamakan anggota badan isteri dengan mahramnya (orang yang haram dinikahinya) tanpa niat zihar dan untuk tujuan bergurau atau penghormatan maka ia tidak jatuh zihar, tetapi jika ada niat zihar, maka jatuhlah hukum zihar. Walaubagaimana pun budaya atau amalan seperti ini hendaklah dijauhi. \"\n\n\n\r\n\tWallahua'lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "187. \nSoalan : \nHukum Menggunakan Alat Memasak Yang Pernah Digunakan Untuk Memasak Babi\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya ada sedikit persoalan berkaitan hukum menggunakan alat memasak yang pernah digunakan untuk memasak babi.Mengikut bacaan saya ada hadith Nabi yang mengatakan hukumnya makruh tetapi jika tiada alat lain yang boleh digunakan, boleh digunakan dan cukup sekadar dengan mencuci seperti biasa tanpa perlu disamak. Mohon penerangan lebih lanjut.\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nHukum asal sesuatu bekas adalah bersih \ndan suci; sama ada digunakan oleh seorang Muslim atau orang bukan Islam, kecuali jika diyakini bekas itu telah terkena najis. Oleh sebab itu majoriti ulama berpendapat, dibenarkan seorang Muslim menggunakan bekas yang digunakan oleh orang bukan Islam.\n\n\n\r\n\tNamun begitu, jika diyakini bekas atau alat memasak digunakan untuk menyimpan atau memasak benda haram seperti daging babi, maka hukum menggunakannya setelah dibersihkan adalah makruh. Ini berdasarkan hadis yang dilaporkan oleh Abu Sa'labah, beliau berkata kepada Rasulullah saw, \"Kami berjiran dengan ahli kitab. Mereka memasak daging babi dalam periuk mereka dan mereka minum arak dalam cawan mereka. Maka apa hukum menggunakan periuk dan cawan itu?\" Jawab Rasulullah saw, \"Jika kamu mempunyai periuk dan bekas lain, maka makan dan minumlah dengan bekas lain itu. Tetapi jika kamu tiada bekas lain, maka basuhlah bekas yang digunakan untuk najis itu dengan air, kemudian kamu makan dan minumlah menggunakannya.\" (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Abu Daud).\n\n\n\r\n\tSabda Nabi Muhammad saw dalam hadis tersebut: \" Jika kamu mempunyai periuk dan bekas lain, maka makan dan minumlah dengan bekas lain itu...\" menunjukkan makruh menggunakan bekas atau alat memasak yang digunakan untuk menyimpan atau memasak benda haram dan najis setelah ia dibasuh. Imam al-Nawawi menjelaskan, \"Larangan makan menggunakan pinggan mangkuk yang telah digunakan untuk najis walaupun selepas dibasuh kerana pinggan mangkuk itu kotor dan biasa digunakan untuk najis.\" (al-Nawawi, Syarh sahih Muslim, jil. 13, hlm. 80)\n\n\n\r\n\tNamun cara membersihkan atau membasuh bekas atau alat memasak tersebut perlu merujuk kepada jenis najis. Jika najis itu, najis mutawassitah seperti cawan yang digunakan untuk minum arak, maka cawan itu perlu dibasuh sehingga hilang kesan arak itu. Tetapi jika najis itu adalah najis mughallazah, maka cara membasuhnya adalah berbeza.\n\n\n\r\n\tMenurut Imam al-Syafi'i dan ulama bermazhab Syafi'i, najis mughallazah adalah babi dan anjing. Oleh itu, jika bekas atau alat memasak digunakan untuk menyimpan atau memasak daging babi, maka bekas itu wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan salah satunya menggunakan air bercampur tanah. Hukum ini diqiyas kepada cara membersihkan bekas yang dijilat oleh anjing sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw, \"Jika anjing menjilat bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah bekas itu tujuh kali dan salah satunya bercampur tanah.\" (Hadis direkodkan oleh Imam al-Syafi'i). Menurut Imam al-Syafi'i, babi adalah lebih kotor berbanding anjing, oleh itu cara membasuh bekas yang terkena babi juga perlu dibasuh dengan cara yang sama (al-Khin et.al., al-Fiqh al-manhaji, jil. 1, hlm. 54).\n\n\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "188. \nSoalan : \nHukum Penikahan Wanita Hamil\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya ingin membuat pertanyaan seperti berikut : (1)adakah sah bagi wanita yang telah hamil bernikah dengan lelaki yang telah melakukan zina bersamanya dimana mereka bernikah setelah mengetahui wanita tersebut telah hamil 4 atau 5 bulan. (2)ada yang menyatakan pernikahan mereka tidak sah dan perlu dinikahkan semula setelah wanita tersebut melahirkan anak. adakah benar?(3)benarkah wanita yang \ntelah hamil luar nikah perlu di halau keluar dari kampung / kediaman keluarganya padahal keluarga reda dengan ketentuan tersebut. Isu ini timbul dari segolongan penduduk sahaja. Sekian.\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nFirman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 3, \"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.\"\n\n\n\r\n\tImam Abu Daud merekodkan hadis: Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi pernah meminta izin daripada Nabi Muhammad saw untuk bernikah dengan seorang wanita yang dikatakan namanya ''Unaq' dan wanita itu pernah berzina di Mekah. Lalu Nabi membacakan ayat 3 surah al-Nur, 'Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman'. Lalu baginda berkata, 'Kamu jangan menikahinya.'\n\n\n\r\n\tAyat al-Quran dan hadis tersebut menunjukkan hukum menikahi penzina adalah dibenci oleh Syarak (makruh). Menurut pendapat ulama bermazhab Syafii, wanita yang telah berzina dan dia masih belum mengandung hasil perzinaan tersebut, dibenarkan wanita itu dikahwini oleh mana-mana lelaki, iaitu hukumnya harus. Manakala jika dia sudah mengandung hasil daripada perzinaan tersebut, dibenarkan wanita itu dikahwini oleh mana-mana lelaki, tetapi hukumnya adalah makruh. Adalah lebih utama menunggu sehingga perempuan itu melahirkan anak tersebut (al-Nawawi, al-Majmu', jil 15, hlm. 398).\n\n\n\r\n\tSemasa Umar bin al-Khattab menjadi khalifah, beliau pernah membicarakan kes pasangan yang berzina. Apabila kedua-duanya mengaku bersalah, mereka berdua dirotan dengan seratus kali sebatan. Umar mencadangkan agar mereka berdua dinikahkan, tetapi lelaki itu enggan. Imam Ibnu Hazm menjelaskan, keputusan Umar untuk menikahkan pasangan yang telah berzina itu dilakukan di hadapan para sahabat yang lain dan tiada siapa yang menentang cadangan tersebut. Ini menjadi bukti bahawa perempuan yang telah berzina boleh dinikahkan dan tidak disyaratkan dia perlu menunggu sehingga anak yang dikandungkannya itu lahir (al-Muhalla, jil. 10. hlm. 28).\n\n\n\r\n\tImam al-Nawawi menjelaskan, hujah yang membenarkan perempuan yang mengandung hasil zina boleh dikahwini oleh mana-mana lelaki adalah kerana kehamilan tersebut tidak diiktiraf oleh Syarak kerana ia hasil zina, maka ia tidak tertakluk kepada hukum 'iddah wanita mengandung yang diceraikan oleh suaminya; sama ada cerai hidup atau mati (al-Majmu', jil 16, hlm. 241).\n\n\n\r\n\tNamun begitu, jika lelaki lain yang bukan berzina dengan perempuan itu ingin mengahwininya, perlu difikirkan agar tidak bercampur dua benih dalam rahim perempuan itu. Kerana Nabi Muhammad saw bersabda, \"Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain (iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)\" Hadis hasan direkodkan oleh Imam Abu Daud dan al-Tirmidzi. Ini bagi memastikan anak yang bakal menjadi penyambung keturunan itu nanti tidak diragui kesahan pertalian nasabnya. Oleh sebab itu, Imam Abu Hanifah berpendapat, perkahwinan tersebut adalah sah, tetapi lelaki itu tidak boleh menyetubuhi isterinya yang sedang mengandungkan anak luar nikah benih lelaki lain, sehingga selepas isteri itu melahirkan anak tersebut (al-Fatawa al-Hindiyah, jil. 1, hlm. 280).\n\n\n\r\n\tContoh fatwa di Malaysia berkaitan isu ini adalah Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu bertarikh 5 Disember 1995: \"Apakah hukum orang yang berkahwin dengan perempuan yang mengandung, umur kandungannya ialah 6 bulan, apakah sah atau tidak perkahwinan tersebut dalam Islam.Hasil daripada perkahwinan tersebut anaknya lahir lebih kurang 3 bulan sahaja selepas mereka berkahwin. Kepada siapakah anak itu hendak dibinkan. Keputusan:\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini membuat keputusan bahawa: 1) Perkahwinan tersebut adalah sah dari segi syara' sekiranya nikah itu menepati hukum syara' sekalipun perempuan itu sedang mengandung. Walau bagaimanapun perkahwinan seperti itu tidak digalakkan. 2) Anak itu dibinkan kepada ibunya atau kepada Abdullah, bukan ayahnya.\" Manakala berkaitan hukum menghalau penzina keluar daripada kampung halaman, 'Ubadah bin Somit melaporkan, Rasulullah saw bersabda, \"Ambil hukuman ini daripadaku, ambil hukuman ini daripadaku, Allah telah menetapkan hukuman kepada para penzina. Penzina yang masih belum bernikah hendaklah dirotan seratus kali sebatan dan dibuang negeri selama setahun. Manakala penzina yang telah pernah bernikah hendaklah dirotan seratus kali sebatan dan kemudian direjam sampai mati.\" (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Muslim)\n\n\n\r\n\tMenurut Imam Malik, hukuman buang negeri hanya dikenakan ke atas penzina lelaki sahaja. Manakala penzina perempuan tidak dibuang negeri kerana boleh mendatangkan mudarat yang lebih besar (al-Dusuqi, Hasyiyah al-Dusuqi, jil. 4, hlm. 322; al-Dardir, al-Syarh al-Kabir, jil. 4, hlm. 322) Hukuman ini mestilah dilaksanakan oleh Pemerintah bagi mengelakkan kacau bilau dalam masyarakat.\n\n\n\r\n\tWallahu a'lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "189. \nSoalan : \nHukum Solat Fardu Berimamkan Solat Sunat\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya ingin bertanya apakah hukum bagi orang yang solat fardhu berimamkan solat sunat. Contohnya,salah seorang rakan saya telah lambat untuk solat berjemaah dan kebetulan hanya saya seorang yang sedang solat di situ. Tetapi saya sedang solat sunat qabliyah, lalu dia menepuk bahu saya dan berimamkan saya. 1. Adakah solat dia sah? 2. Apakah yang perlu saya buat ketika dia menepuk bahu saya unt\nuk berimamkan saya?\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nMenurut Imam al-Syafi'i, sah seseorang makmum yang mendirikan solat fardhu berimamkan imam yang solat sunat. Berdasarkan hadith yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, \"Pernah suatu hari Muaz bersembahyang Isyak bersama-sama dengan Nabi Muhammad saw. Kemudian selepas selesai, Muaz kembali ke rumahnya dan dia menjadi imam kepada ahli keluarganya.\" Imam al-Syafi'i menjelaskan, solat yang didirikan oleh Muaz pada kali kedua itu adalah solat sunat, manakala solat ahli keluarganya yang menjadi makmum itu adalah solat fardhu Isyak. Ini menjadi dalil bahawa dibenarkan orang yang bersolat fardhu berimamkan imam solat sunat.\n\n\n\r\n\tNamun, adalah lebih baik dielakkan bagi menghindar daripada perbezaan pendapat kerana ulama yang lain berpendapat tidak sah makmum solat fardhu berimamkan imam solat sunat (al-Syarbini al-Khatib, Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 503).\n\n\n\r\n\tJika seseorang yang solat sunat, kemudian ada orang menepuk bahunya untuk menjadikan dia imam, dia hanya perlu teruskan solatnya dan tidak disyaratkan dia berniat menjadi imam (al-Syarbini al-Khatib, Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 503).\n\n\n\r\n\tWallahu a'lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "190. \nSoalan : \nHukum Tafakkur Dan Berkabung\nJawapan : \n\n\nISU\n:\n\n\n\n\n\n\nSaya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam kes MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nFaham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil \u2018moment of \nsilence\u2019 (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna \u201ckegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta\u2019rifat, ms.77)\n\n\n\r\n\tNamun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.\n\n\n\r\n\tNamun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.\n\n\n\r\n\tAsas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).\n\n\n\r\n\tWalaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur\u2019an.\n\n\n\r\n\tSementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.\n\n\n\r\n\tDalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.\n\n\n\r\n\tMenurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus.\n\n\n\r\n\tMalah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662\n\n\n\r\n\tWallahu a'lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "191. \nSoalan : \nCara Pengiraan Haid\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya ada menonton rancangan di tv oleh seorang ustaz mengenai cara pengiraan haid. Apa yg disampaikan betul-betul perkara baru bagi saya. Jadi saya makin keliru tentang pengiraan haid yang sebenar. Beliau ada beritahu wanita kena kira kitaran haid mengikut kalendar Islam bukan masihi. Beliau ada bagi contoh. misalnya kebiasaan wanita datang haid pada 5 syaaban, sepatutnya wanita tersebut akan\n datang haid pada 5 Ramadhan juga tetapi tidak datang pada 5 tetapi pada 7 misalnya, jadi 7 Ramdhan itu kena kira sebagai hari ke-3 datang haid bukan hari pertama. Tapi 2 hari yang suci itu boleh solat macam biasa. Boleh bantu saya memahami perkara ini.\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan analisa kepada penjelasan ulama berkaitan kaedah pengiraan haid, para ulama hanya merujuk kepada bilangan hari dan mengikut kebiasaan seseorang wanita. Contohnya Imam al-Ramli menjelaskan, menurut ulama bermazhab Syafi'i tempoh minima haid seorang wanita ialah sehari semalam dan maksima 15 hari. Darah yang keluar melebihi 15 hari dikira darah istihadah. (al-Ramli, Nihayat al-muhtaj, jil. 1, hlm. 325)\n\n\n\r\n\tManakala secara praktisnya, had haid adalah merujuk kepada kebiasaan seseorang wanita, contohnya Imam al-Syafii berkata, \"Aku dapati seorang wanita mengatakan bahawa dia selalu datang haid sehari dan tidak lebih daripada itu.\" (al-Buhuti, Kasysyaf al-qina', jil. 1, hlm. 202)\n\r\n\tTiada ulama yang menghadkan kiraan tempoh haid hanya merujuk kepada kalendar Islam.\n\n\n\r\n\tApa yang dijelaskan oleh ulama ialah bilangan hari bukan khusus kepada kalendar tertentu. Oleh itu pendapat yang dikemukakan dalam soalan tersebut adalah tidak benar.\n\n\n\r\n\tPersoalan kedua tentang bila bermula tempoh haid. Contoh yang diberikan iaitu \"kebiaasan wanita dtg haid pada 5 syaaban, sepatutnya wanita tersebut akan dtg haid pada 5 ramadhan juga tetpi tidak dtg pada 5 tpi pada 7 misalnya, jadi 7 ramdhan itu kene kira sbgai hari ke3 dtg haid bukn hari pertama\". Contoh ini tidak tepat:\n\n\n\n\n\n\n1) Kiraan sebenar adalah bermula dari hari keluarnya haid. 2) Kebiasaan wanita datang haid ialah tempoh dia berada dalam haid sama ada 5 hari, 6, 7, atau 15 hari.\n\r\n\tKebiasaan bukan dikira sama ada keluar darah pada sesuatu hari dalam sebulan. Tidak semestinya wanita yang didatangi haid pada 1 Januari/Muharram, kebiasannya dikira 1 Febuari pula. (al-Syarbini, Mughni al-muhtaj, jil. 1, hlm. 15; Dr. Anisah Ab. Ghani, Darah wanita, hlm. 35)\n\n\n\n\n\u00a0\n\r\n\tWallahu a'lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "192. \nSoalan : \nHukum Pengguguran\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya ada membaca fatwa mengenai pengguguran disebabkan rogol. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol. Muzakarah telah memutuskan bahawa: 1) Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu diang\ngap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu. 2) Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu. Saya faham untuk keterangan 1. Namun saya ingin bertanya bagi keterangan 2., bagi pengguguran bawah 40 hari, adakah ia makruh? dan 40 - 120 hari pula makruh yang amat dilarang jika kandungan itu tidak cacat dan tidak berpenyakit teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu. Maksud saya disini, adakah hukum bagi pengguguran bawah 40 hari atau 40 - 120 hari sama dengan hukum bagi pasangan yang sudah berkahwin?\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan analisa kepada 3 fatwa yang telah dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, panduan bagi menjelaskan hukum menggugurkan janin adalah merujuk kepada penjelasan berikut, tanpa membezakan antara satu kes dengan kes yang lain:\n\n\n\n\n\n\nJanin di dalam kandungan terbentuk dalam beberapa peringkat, iaitu peringkat awal yang dipanggil nutfah iaitu dari 1 hari hingga 40 hari. Peringkat kedua ialah peringkat sesudah terbentuk yang dipanggil mudhgah yang berumur di antara 40 hari hingga 120 hari. Peringkat ketiga pula ialah peringkat selepas berumur 120 hari iaitu sesudah ditiup roh insaniah ke dalamnya.\n\n\n\r\n\tMenurut para doktor, peringkat sebelum berbentuk ialah peringkat dari hari pertama hingga 40 hari seseorang itu mengandung. Majoriti para fuqaha\u2019 berpendapat pengguguran yang dilakukan di peringkat ini adalah makruh dan disyaratkan dengan tiga syarat iaitu persetujuan daripada kedua suami isteri, tidak mendatangkan bahaya dan kenyataan daripada dua orang doktor pakar yang adil.\n\n\n\r\n\tPeringkat mudhghah pula bermula pada hari 40 hingga 4 bulan (120 hari) seseorang itu mengandung dan pada peringkat ini sudah nyata bentuk awal anggota janin tersebut. Pengguguran yang dilakukan pada peringkat ini hukumnya makruh yang amat dilarang. Walaubagaimanapun sekiranya disahkan oleh doktor bahawa pengguguran perlu dilakukan bagi mengelakkan bahaya yang akan mengancam keselamatan dan nyawa si ibu, maka dalam keadaan ini hukumnya adalah harus.\n\n\n\r\n\tMelakukan pengguguran selepas kandungan berumur 120 hari adalah haram kerana pengguguran pada peringkat ini telah dianggap sebagai satu jenayah terhadap bayi atau janin yang telah sempurna hidup. Walaubagaimanapun harus menggugurkannya bagi menyelamatkan nyawa ibu dan di atas nasihat doktor yang pakar dan adil bahawa tidak ada jalan lain kecuali menggugurkan kandungan. Ini berdasarkan kaedah fiqh iaitu \u201cMemilih mana yang lebih ringan kemudharatan bagi mengelak mudharat yang lebih berat\u201d.\n\n\n\r\n\tWallahu a'lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "193. \nSoalan : \nHukum Mengembirikan Kucing\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\n\n\n\nSaya ingin bertanyakan tentang hukum mengembirikan kucing betina dengan tujuan ia tidak membiak kerana tidak mampu menjaga anak anak kucing jika kucing itu melahirkan anak. Saya sudah cuba mencari jawapan nya di internet, tetapi kebanyakan jawapan tersebut berbeza beza dan saya agak keliru.\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\nMengembiri binatang kesayangan yang tidak boleh dimakan seperti kucing atau anjing adala\nh diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah. Maslahah ammah bermaksud jika binatang itu membawa penyakit atau menjaga keselamatan manusia serta kesejahteraan persekitaran dan sebagainya.\n\n\n\r\n\tIbnu Utsaimin; seorang Mufti di Arab Saudi mengatakan, \"Jika populasi kucing terlalu banyak dan mengganggu, sementara tindakan mengembiri tidak sampai menyakitinya, tidak menjadi kesalahan untuk mengembiri kucing. Ini lebih baik daripada membunuh setelah kucing itu hidup. Namun, jika kucing itu tidak mengganggu, maka biarkanlah kucing itu hidup mengikut fitrahnya.\" (Fatawa Islamiyah, 4:448).\n\n\n\r\n\tWallahu a'lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "194. \nSoalan : \nMerayakan Halloween\nJawapan : \n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\tAdakah orang Islam dibenarkan untuk merayakan Halloween?\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\tHalloween merupakan perayaan keagamaan Kristian yang dirayakan pada 31 Oktober. Ia dirayakan bagi memperingati orang mati termasuk golongan orang suci (saints), wira-wira agama (martyrs) dan mereka yang beragama dalam kalangan orang Kristian. Ia berasal dari istilah All Hallow\u2019s Eve (malam sebelum all hallow) yang meruj\nuk kepada malam memperingati golongan suci yang telah mati. Ia juga dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu dan watak-watak mitos yang menakutkan.\n\n\n\r\n\tPerayaan Halloween asalnya dipengaruhi oleh tradisi pagan kuno berkaitan pesta semaian hasil tanaman (harvest festival) yang dilakukan oleh golongan Samhain dalam kalangan kaum Celtic di Ireland dan Britain. Mereka percaya bahawa pada malam itu roh-roh orang-orang yang mati akan pulang menziarahi keluarga-keluarga mereka yang masih hidup.\n\n\n\r\n\tSekarang ini Halloween biasanya dirayakan dengan aktiviti seperti parti pakaian, kanak-kanak berpakaian aneh melawat rumah sambil meminta gula-gula, menyalakan unggun api, melawat tempat-tempat berhantu, mengusik orang lain dengan pelbagai permainan (pranks), dan menyampaikan cerita-cerita seram. Halloween dirayakan dengan menggunakan tema humor bercampur seram dengan tujuan untuk menghibur hati dan juga menentang semangat kematian yang mempengaruhi manusia.\n\n\n\r\n\tPerayaan Halloween jelas bertentangan dengan nilai-nilai syariah. Ia tidak boleh dirayakan oleh orang-orang Islam. Bagi memperingati orang-orang yang telah meninggal dunia, Islam menganjurkan amalan berdoa dan membaca al-Qur\u2019an.\n\n\n\r\n\tWallahu a\u2019lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "195. \nSoalan : \nMandi Wajib Guna Shower\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBagaimana hendak mandi wajib yang betul dengan guna shower.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBagi memastikan mandi wajib itu sah, maka perlu dipenuhi dua rukun iaitu berniat mandi hadas dan meratakan air ke seluruh badan. Jika seseorang mandi dengan menyempurnakan dua rukun tersebut, sahlah mandi wajibnya. Pertama, dia berniat di dalam hati ketika mandi itu bahawa mandi yang dilakukannya itu adalah bertujuan untuk menghilangkan hadas (bukan mandi biasa). Kedua, dia meratakan air ke seluruh badannya termasuk celah-celah rambut dan kawasan-kawasan yang berlipat di badan. Cara bagaimana dia mandi (sama ada dengan menyelam atau menjirus atau berdiri di bawah shower atau air terjun) tidaklah menjadi syarat asalkan air merata ke seluruh badan (dari hujung rambut hingga ke hujung kaki).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBagi memastikan air merata pada bahagian kemaluan hadapan dan belakang, maka antara caranya ialah mencangkung sambil menyampaikan air ke bahagian yang sukar air sampai. Begitu juga, tidak disyaratkan bilangan jirusan tertentu. Jika dengan sekali jirusan sudah dapat meratakan air ke seluruh badan, memadai dengannya. Jika tidak, perlulah diulangi jirusan hingga diyakini air telah sampai ke serata badan. Namun, makruh mandi dengan terlalu banyak air hingga menimbulkan pembaziran.\n\n\n\n\n\r\n\t\tNamun, bagi menyempurnakan pahala mandi wajib, maka digalakkan melakukan juga perbuatan-perbuatan yang disunatkan semasa mandi. Menurut mazhab Syafi\u2019i, antara perbuatan yang disunatkan ketika mandi wajib ialah:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1. Membaca Bismillah.\n\r\n\t\t2. Dimulai dengan membasuh kedua tangan.\n\r\n\t\t3. Menggunakan tangan kiri ketika membasuh kemaluan dan ketika menghilangkan najis di badan jika ada.\n\r\n\t\t4. Mengambil wuduk sebelum mula mandi.\n\r\n\t\t5. Mandi dari atas ke bawah; yakni dari kepala turun ke kaki.\n\r\n\t\t6. Menggosok celah-celah rambut dengan air, kemudian menjirus air ke kepala dengan tiga kali cebukan air.\n\r\n\t\t7. Mandi dari sebelah kanan, kemudian baru kiri, yakni menjirus badan sebelah kanan dahulu, baru sebelah kiri.\n\r\n\t\t8. Mengulangi mandi sebanyak tiga-tiga kali bagi setiap anggota.\n\r\n\t\t9. Menggosok-gosok badan dengan tangan ketika mandi.\n\r\n\t\t10. Menyelati celah-celah jari tangan dan kaki (jika dikhuatiri air tidak sampai tanpa diselati, wajiblah melakukannya).\n\r\n\t\t11. Membaca doa apabila selesai mandi sebagaimana doa selepas mengambil wuduk.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahua'lam\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "196. \nSoalan : \nCerai Taklik Lafaz Tidak Jelas\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSalam.\"saya dan isteri bergaduh kemudian dalam pergaduhan itu saya ada menyatakan\"okey kita duduk berjauhan dulu atau tidak serumah dan kalau masih sama jugak kita bergaduh saya lepaskan la awak asalkan awak bahagia\". Soalan saya adakah talak jatuh pada isteri saya...pasal saya baru menyedari bahawa perkataan 'melepaskan sama makna istilahnya dengan cerai atau talak'..dan isteri saya juga keliru kerana dia tanya saya adakah jatuh talak padanya.\n\n\n\n\n\n\nPENEJLASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tTalak merupakan perbuatan yang dibenci oleh Allah SWT. Sabda Nabi Muhammad SAW, \"Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah talak.\" Talak tidak mendatangkan dosa jika ia dilakukan mengikut garis panduan yang dinyatakan dalam Islam. Isu yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan talak taklik, iaitu talak yang dihubungkan dengan sesuatu syarat. Jika berlaku syarat yang dinyatakan dalam lafaz talak, maka talak itu sah dan berkuatkuasa. Secara umumnya, lafaz taklik yang telah dilafazkan tidak boleh ditarik balik.\n\n\n\n\n\r\n\t\tSuami telah melafazkan lafaz taklik iaitu \" okey kita duduk berjauhan dulu atau tidak serumah dan kalau masih sama jugak kita bergaduh saya lepaskan la awak asalkan awak bahagia\". Sekiranya ketika melafazkan itu suami berniat maksud \u2018lepaskan\u2019 itu adalah cerai, maka jika suami isteri itu bergaduh selepas lafaz tersebut diucapkan, maka telah berkuatkuasa syarat yang dinyatakan dalam lafaz taklik tersebut. Maka jatuh talak raj'i (talak satu) berkuatkuasa pada masa mereka bergaduh. Namun, sekiranya, ketika melafazkan \u2018lepaskan\u2019 itu suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya, maka jika mereka bergaduh, tidak jatuh talak.\n\n\n\n\n\r\n\t\tNamun isu ini perlu dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah terdekat untuk mendapatkan pengesahan daripada Mahkamah Syariah.\n\n\n\n\n\r\n\t\tWallahua'lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "197. \nSoalan : \nMenikahi Wanita Mengandung Kerana Zina\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSaya tertarik dengan tajuk tersebut diatas,cuma mohon pencerahan yang lebih terperinci berkenaan hukum berkahwin dengan wanita yang mengandung anak luar nikah..walaupun lelaki yang berkahwin itu adalah lelaki yang sama..melihat kepada jawapan seorang imam sepertimana artikel yang saya baca bahawa perkahwinan tersebut dianggap berzina kerana pasangan tersebut berkahwin ketika si perempuan belum melahirkan anak..bermakna perempuan tersebut dalam tempoh mengandung..mohon pencerahan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tLelaki yang berzina dengan seseorang perempuan, kemudian perempuan itu mengandung, maka lelaki itu boleh menikahi perempuan tersebut, walaupun sedang mengandung. Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 3, \"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.\"\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam Abu Daud merekodkan hadis: Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi pernah meminta izin daripada Nabi Muhammad saw untuk bernikah dengan seorang wanita yang dikatakan namanya ''Unaq' dan wanita itu pernah berzina di Mekah. Lalu Nabi membacakan ayat 3 surah al-Nur, 'Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman'. Lalu baginda berkata, 'Kamu jangan menikahinya.' Ayat al-Quran dan hadis tersebut menunjukkan hukum menikahi penzina adalah dibenci oleh Syarak (makruh).\n\n\n\n\n\r\n\t\tMenurut pendapat ulama bermazhab Syafii, wanita yang telah berzina dan dia masih belum mengandung hasil perzinaan tersebut, dibenarkan wanita itu dikahwini oleh mana-mana lelaki, iaitu hukumnya harus. Manakala jika dia sudah mengandung hasil daripada perzinaan tersebut, dibenarkan wanita itu dikahwini oleh mana-mana lelaki, tetapi hukumnya adalah makruh. Adalah lebih utama menunggu sehingga perempuan itu melahirkan anak tersebut (al-Nawawi, al-Majmu', jil 15, hlm. 398).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSemasa Umar bin al-Khattab menjadi khalifah, beliau pernah membicarakan kes pasangan yang berzina. Apabila kedua-duanya mengaku bersalah, mereka berdua dirotan dengan seratus kali sebatan. Umar mencadangkan agar mereka berdua dinikahkan, tetapi lelaki itu enggan. Imam Ibnu Hazm menjelaskan, keputusan Umar untuk menikahkan pasangan yang telah berzina itu dilakukan di hadapan para sahabat yang lain dan tiada siapa yang menentang cadangan tersebut. Ini menjadi bukti bahawa perempuan yang telah berzina boleh dinikahkan dan tidak disyaratkan dia perlu menunggu sehingga anak yang dikandungkannya itu lahir (al-Muhalla, jil. 10. hlm. 28).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tImam al-Nawawi menjelaskan, hujah yang membenarkan perempuan yang mengandung hasil zina boleh dikahwini oleh mana-mana lelaki adalah kerana kehamilan tersebut tidak diiktiraf oleh Syarak kerana ia hasil zina, maka ia tidak tertakluk kepada hukum 'iddah wanita mengandung yang diceraikan oleh suaminya; sama ada cerai hidup atau mati (al-Majmu', jil 16, hlm. 241).\n\n\n\n\n\r\n\t\tNamun begitu, jika lelaki lain yang bukan berzina dengan perempuan itu ingin mengahwininya, perlu difikirkan agar tidak bercampur dua benih dalam rahim perempuan itu. Kerana Nabi Muhammad saw bersabda, \"Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain (iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)\" Hadis hasan direkodkan oleh Imam Abu Daud dan al-Tirmidzi. Ini bagi memastikan anak yang bakal menjadi penyambung keturunan itu nanti tidak diragui kesahan pertalian nasabnya. Oleh sebab itu, Imam Abu Hanifah berpendapat, perkahwinan tersebut adalah sah, tetapi lelaki itu tidak boleh menyetubuhi isterinya yang sedang mengandungkan anak luar nikah benih lelaki lain, sehingga selepas isteri itu melahirkan anak tersebut (al-Fatawa al-Hindiyah, jil. 1, hlm. 280).\n\n\n\n\n\r\n\t\tContoh fatwa di Malaysia berkaitan isu ini adalah Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu bertarikh 5 Disember 1995: \"Apakah hukum orang yang berkahwin dengan perempuan yang mengandung, umur kandungannya ialah 6 bulan, apakah sah atau tidak perkahwinan tersebut dalam Islam.Hasil daripada perkahwinan tersebut anaknya lahir lebih kurang 3 bulan sahaja selepas mereka berkahwin. Kepada siapakah anak itu hendak dibinkan. Keputusan: Jawatankuasa Fatwa membuat keputusan bahawa: 1) Perkahwinan tersebut adalah sah dari segi syara' sekiranya nikah itu menepati hukum syara' sekalipun perempuan itu sedang mengandung. Walau bagaimanapun perkahwinan seperti itu tidak digalakkan. 2) Anak itu dibinkan kepada ibunya atau kepada Abdullah, bukan ayahnya.\"\n\n\n\n\n\r\n\t\tManakala penasaban anak tak sah taraf kepada lelaki yang berzina dengan ibu anak itu adalah dilarang. A'isyah melaporkan, Nabi saw bersabda: \"Nasab anak itu adalah untuk bapa yang sah, manakala penzina dihalang daripada dinasabkan anak kepadanya.\" Hadis direkod oleh Imam al-Bukhari. Hadis dengan jelas menyatakan bahawa nasab anak hanyalah untuk bapa; iaitu lelaki yang bernikah secara sah dengan ibu anak tersebut dan anak itu adalah hasil percantuman benih antara pasangan tersebut. Manakala Nabi menyatakan, penzina dihalang daripada dinasabkan anak kepadanya (Lihat: Ibn Muflih, Abu 'Abd Allah Muhammad, al-Furu', Beirut: 'Alam al-Kutub, 1985, jil. 5, hlm. 526; al-Jassas, Abu Bakr Ahmad bin 'Ali al-Razi, Ahkam al-Qur'an, sunt. 'Abd al-Salam Syahin, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah, 1994, jil. 3, hlm. 396; Husayn, Ahkam walad al-zina, hlm. 65-66).\n\n\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\n\n\r\n\t\ta. Anak Tak Sah Taraf ialah:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\t\tAnak yang dilahirkan di luar nikah; sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.\n\r\n\t\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\tAnak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).\n\n\n\n\n\n\n\r\n\t\tb. Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.\n\n\n\n\n\r\n\t\tNamun begitu, jika anak tak sah taraf itu adalah perempuan, lalu ibunya berkahwin dengan lelaki yang ibu itu berzina dengannya, kemudian ibu itu telah disetubuhi oleh suaminya yang sah tersebut, maka status anak itu adalah menjadi mahram kepada suami ibunya. Hubungan anak itu dengan lelaki tersebut adalah hubungan bapa tiri.\n\n\n\n\n\r\n\t\tFirman Allah SWT dalam al-Quran; surah al-Nisa\u2019 ayat 22 hingga 24, \u201cDan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan yang telah diperisterikan oleh bapa kamu, kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji dan dibenci oleh Allah, serta menjadi seburuk-buruk jalan. Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan berikut; ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, adik beradik kamu, adik beradik bapa kamu, adik beradik ibu kamu, anak-anak perempuan kepada adik beradik lelaki kamu, anak-anak perempuan kepada adik beradik perempuan kamu, ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu, adik beradik perempuan sesusuan, ibu isteri kamu, anak-anak tiri yang di bawah jagaan kamu iaitu anak kepada isteri kamu yang kamu sudah setubuhinya. Tetapi jika kamu masih belum menyetubuhi isteri kamu itu dan kemudian kamu menceraikannya, maka kamu boleh berkahwin dengan anak perempuan isteri kamu itu. Dan haram juga kamu berkahwin dengan bekas isteri anak lelaki kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali untuk menjadi isteri-isteri kamu, kecuali kamu sudah menceraikan isteri kamu. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani. Dan diharamkan juga kamu berkahwin dengan isteri orang lain, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. Semua yang tersebut itu adalah satu ketetapan hukum Allah yang diwajibkan atas kamu. Dan sebaliknya dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari isteri dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina.\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahua'lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "198. \nSoalan : \nKetam Nipah dan Ketam Batu\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSeperti yang kita tahu ketam adalah haiwan dua alam. Soalan saya, antara kedua dua ketam tersebut apakah perbezaan fizikal yang lain. Contohnya kedua-dua ketam itu bernafas melalui insang dan salah satu tidak ada kaki yang nipis dan ketam yang biasa kita makan ada kaki nipis. Mohon penjelasan. Terima kasih\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tTerdapat perbezaan antara spesis ketam; ada ketam yang dihidup dalam air dan hanya berada di daratan seketika (satu alam) dan ada ketam yang hidup dua alam. Ketam nipah adalah spesis ketam hidup satu alam dan ia halal dimakan. Manakala ketam batu adalah spesis ketam dua alam dan ia haram dimakan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang Kali Ke-26 pada 7-8 Mac 1990 telah membincangkan isu Hukum Menternak Binatang Dua Alam dan telah bersetuju memutuskan bahawa perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam\u2026.\n\n\n\n\n\r\n\t\tMengikut istilah sains, haiwan dua alam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru. Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya.\n\n\n\n\n\r\n\t\tKetam nipah pula bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Oleh itu, dari segi hukum ketam nipah ialah binatang yang boleh dimakan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tKehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati.\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahua'lam\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "199. \nSoalan : \nBerkahwin Dengan Wanita Ahli Kitab\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAdik saya (lelaki) bekerja di armenia (sudah 3 tahun di sana), dan dia berkenaan dgn seorang wanita (christian) di sana. Dia hendak mengkahwini wanita tersebut dan dia memegang pada fatwa pihak jakim :\n\r\n\t\thttp://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-perkahwinan-dengan-wanita-ahli-kitab\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya telah mensyorkan adik saya supaya mengajak si wanita tersebut memeluk islam tetapi wanita tersebut amat berat hati utk memeluk agama islam atas banyak sebab antara yang utamanya; kena terus memakai hijab, solat, puasa, tak boleh minum arak and consume pork etc...Justeru saya mempunyai beberapa kemusykilan jika si wanita tersebut tidak perlu memeluk agama islam dan perkahwinan ini dibolehkan oleh syarak..;\n\r\n\t\t1. apakah batasan aurat si wanita?\n\r\n\t\t2..confirm dia tidak akan sembahyang, puasa, - apakah ni ok?\n\r\n\t\t3. bagaimana dengan makanan? kalau dia consume arak or benda diharamkan oleh islam;\n\r\n\t\t4. kalau dia hendak ke church?\n\r\n\t\t5, perkahwinan ini mesti di lakukan di malaysia? pejabat agama?\n\r\n\tjazakAllah khairr.\r\n\t\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Perlu dipastikan wanita kristian itu berketurunan Nabi Yaakub atau keturunannya telah beragama Kristian semenjak sebelum Nabi Muhammad diutuskan. Sekiranya syarat ini tidak dipenuhi, maka tidak sah berkahwin dengan wanita kristian itu.\n\n\n\n\n\r\n\t\t2) Sekiranya syarat pertama tersebut telah dipenuhi, maka sah berkahwin dengan wanita itu dengan syarat dia rela hidup bersama dengan suaminya yang beragama Islam mengikut cara hidup Islam, walaupun wanita itu masih beragama Kristian. Dalam isu yang ditimbulkan, wanita itu awal-awal lagi sudah meletakkan syarat bahawa dia mahu hidup bebas untuk minum arak dan makan makanan haram. Maka wanita itu haram dikahwini kerana ia akan mempengaruhi cara hidup suaminya.\n\n\n\n\n\r\n\t\t3) Sekiranya syarat pertama dan kedua dipenuhi, maka perkahwinan tersebut mestilah mengikut prosedur yang boleh dirujuk kepada pegawai JAKIM di Kedutaan Malaysia Negara tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tIslam memperuntukkan, wanita yang hendak dikahwini oleh seseorang lelaki perlu memenuhi syarat tertentu. Begitu juga lelaki yang bakal menjadi suami kepada seseorang wanita Muslimah perlu memenuhi syarat tertentu. Antara syarat tersebut ialah, wanita yang hendak dikahwini oleh seseorang lelaki Muslim hendaklah beragama Islam atau ahli kitab (Kitabiyah) dan lelaki yang hendak dikahwini oleh seseorang wanita Muslimah hendaklah beragama Islam.\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tAkta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, dalam Seksyen 10 memperuntukkan: \"(1) Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam kecuali seorang Kitabiyah. (2) Tiada seseorang perempuan boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam.\"\n\n\n\n\n\r\n\t\tSyarat yang diperuntukkan bagi lelaki adalah jelas iaitu beliau mestilah seorang Muslim. Jika beliau bukan Islam; sama ada beragama Yahudi, Kristian atau lain-lain, maka beliau tidak boleh berkahwin dengan wanita Muslimah, kecuali selepas lelaki itu menganut agama Islam. Hukum ini ditegaskan oleh Allah dalam Al-Quran; surah al-Baqarah ayat 221, \"\u2026Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam). Sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Yang demikian adalah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izinNya\u2026\"\n\n\n\n\n\r\n\t\tSyarat yang diperuntukkan bagi wanita yang hendak dikahwini pula, beliau mestilah sama ada seorang Muslimah atau ahli kitab. Manakala wanita-wanita yang selain Islam dan ahli kitab, maka mereka dilarang daripada dikahwini oleh seseorang lelaki Muslim. Hukum ini ditegaskan oleh Allah dalam Al-Quran; surah al-Baqarah ayat 221, \"Dan janganlah kami berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam). Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik; sekalipun keadaannya menarik hati kamu\u2026\"\n\n\n\n\n\r\n\t\tIslam membenarkan seorang lelaki Muslim berkahwin dengan seorang wanita ahli kitab; Yahudi atau Kristian, tanpa wanita itu perlu menganut agama Islam. Hukum ini merujuk kepada firman Allah dalam Al-Quran; surah al-Ma'idah ayat 5, yang bermaksud, \"Pada masa ini, dihalalkan bagi kamu makan makanan yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan sembelihan orang-orang yang diberikan Kitab (Yahudi dan Kristian) itu adalah halal bagi kamu dan makanan sembelihan kamu adalah halal bagi mereka iaitu tidak salah kamu memberi makan kepada mereka. Dan dihalalkan kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya daripada kalangan perempuan-perempuan yang beriman dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya daripada kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu (Yahudi dan Kristian) apabila kamu beri mereka maskahwinnya. Dengan cara yang demikian, kamu bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjai perempuan-perempuan simpanan\u2026\"\n\n\n\n\n\r\n\t\tAyat tersebut secara jelas membenarkan seorang lelaki Muslim berkahwin dengan wanita ahli kitab, tanpa perlu wanita itu menganut agama Islam. Majoriti pakar perundangan Islam sepakat tentang hukum tersebut, kecuali beberapa orang pakar daripada kalangan sahabat Nabi Muhammad seperti Abdullah bin Umar dan beberapa orang pakar lain. Namun mereka berbeza pendapat bagi mentafsirkan maksud ahli kitab.\n\n\n\n\n\r\n\t\tManakala menurut para pakar bermazhab Syafii dan Hanbali, ahli kitab hanya merujuk kepada orang-orang Yahudi dan Kristian sahaja. Oleh itu, mana-mana wanita bukan Islam selain wanita Yahudi dan Kristian (Kitabiyah) tidak boleh dikahwini oleh lelaki Muslim kecuali wanita itu menganut agama Islam.\n\n\n\n\n\r\n\t\tPersidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 29 Apr 1975 telah membincangkan Pernikahan Dengan Perempuan Kitabiah. Persidangan telah memutuskan bahawa apabila seseorang perempuan bukan Islam memeluk agama Kristian berkahwin dengan lelaki Islam maka nikahnya tidak sah kecuali kafir Kitabi.\n\n\n\n\n\r\n\t\tPersidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-14 yang bersidang pada 14 Jul 1977 telah membincangkan Pernikahan dengan Perempuan Kitabiah. Persidangan telah memutuskan bahawa takrif Kafir Kitabi ialah orang Yahudi atau Nasrani:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Yang berketurunan Nabi Yaakub a.s., jika tidak diketahui datuk neneknya memeluk agama itu selepas dinasakhkan (dibatalkan) oleh agama yang berikutnya seperti agama Yahudi dinasakhkan oleh agama Nasrani dan agama Nasrani dinasakhkan oleh agama Islam; atau\n\n\n\n\n\r\n\t\t2) Yang bukan berketurunan Nabi Yaakub a.s., jika diketahui datuk neneknya memeluk agama itu sebelum dinasakhkan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tHukumnya halal nikah dengan perempuan Kafir Kitabi seperti di atas. Adapun perempuan Yahudi atau Nasrani yang bukan Kitabi seperti yang disebutkan di atas adalah haram.\n\n\n\n\n\r\n\t\tPersidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-18 yang bersidang pada 14 May 1980 telah membincangkan Pernikahan Dengan Perempuan Kitabiah. Persidangan telah memutuskan bahawa:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Pernikahan orang Islam dengan perempuan Kitabiah (bukan asli) adalah tidak sah mengikut mazhab Shafie.\n\n\n\n\n\r\n\t\t2) Pernikahan seperti itu (pernikahan orang Islam dengan perempuan Kitabiah bukan asli) yang telah dilakukan pada masa yang lalu harus mengikut pendapat setengah ulama' dengan syarat jika pernikahan itu diakadkan mengikut Islam dan keluarga itu hendaklah hidup secara Islam termasuk pendidikan anak-anak. Jika tidak dilakukan demikian maka perkahwinan itu hendaklah dibatalkan.\n\n\n\n\n\r\n\t\t3) Pernikahan suami/isteri Kristian kemudian si suami masuk Islam maka pernikahannya dikira sah dengan syarat kehidupannya mengikut cara Islam.\n\n\n\n\n\r\n\t\tMenurut Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984, Seksyen 2 mentafsirkan, \"Kitabiyah ialah (a) seorang perempuan dari keturunan Bani Ya'qub; atau (b) seorang perempuan Nasrani dari keturunan orang Nasrani sebelum Nabi Muhammad menjadi Rasul; atau (c) seorang perempuan Yahudi dari keturunan orang Yahudi sebelum Nabi Isa menjadi Rasul.\"\n\n\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan tafsiran-tafsiran tersebut, tidak semua wanita Yahudi dan Kristian boleh dikahwini oleh lelaki Muslim. Walaupun Islam membenarkan lelaki Muslim berkahwin dengan segolongan wanita ahli kitab, namun pada dasarnya lelaki Muslim mestilah mengutamakan untuk mengahwini wanita Muslimah. Tambahan pula di zaman kita sekarang, masih ramai lagi wanita Muslimah yang masih belum berkahwin.\n\n\n\n\n\r\n\t\tKetika Saidina Umar menjadi pemimpin Negara Islam, beliau pernah mengeluarkan arahan agar lelaki Muslim dilarang daripada berkahwin dengan wanita ahli kitab. Arahan beliau itu bertujuan untuk menjaga kepentingan wanita Muslimah. Namun, beliau mengizinkan lelaki Muslim berkahwin dengan wanita ahli kitab (Kitabiyah) sekiranya dengan perkahwinan itu, kepentingan yang lebih besar dapat dijamin. (lihat: Abu Zahrah, al-Ahwal asy-Syakhsiyah, Mesir: Darul Fikr 'Arabi, hlm. 100)\n\n\n\n\n\r\n\t\tSyeikh Abu Zahrah menegaskan, walaupun seorang lelaki Muslim dibenarkan berkahwin dengan wanita Kitabiyah, namun apabila suami itu meninggal dunia dan isterinya itu masih belum menganut agama Islam, maka isteri tidak layak mewarisi harta suami. Ini disebabkan antara syarat kelayakan menerima harta pusaka ialah ahli waris mestilah seorang yang beragama Islam. Di samping itu, anak-anak mereka secara automatik ketika lahirnya menjadi seorang yang beragama Islam dan tidak dibenarkan untuk mengikut agama ibunya; sama ada Yahudi atau Kristian (Abu Zahrah, al-Ahwal asy-Syakhsiyah, hlm. 100).\n\n\n\r\n\t\tWallahua'lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "200. \nSoalan : \nMeninggalkan Solat Jumaat Kerana Bertugas\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSaya tidak dapat keluar solat jumaat kerana menjaga sistem operasi kilang Untuk pengetahuan tuan saya berkerja sebagai penjaga jentera dan memastikan tiada ganguan bekalan elektrik pada sistem operasi kilang di sini saya amat memerlukan penjelasan dari sudut hukum. Moga dengan penjelasan ini memberi manafaat kepada saya untuk beribadah kepada Allah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSembahyang Jumaat adalah fardhu 'ain ke atas setiap lelaki yang cukup syarat. Pegawai yang cukup syarat wajib melakukan sembahyang Jumaat, tetapi tidak dapat menunaikannya kerana tidak boleh meninggalkan tugas yang penting tersebut, maka ia termasuk dalam salah satu keuzuran yang membenarkan pegawai itu menggantikannya dengan sembahyang zohor. Namun, Ketua Jabatan perlu menyusun jadual agar seseorang pegawai lelaki itu tidak secara berturut-turut meninggalkan sembahyang Jumaat. Dilampirkan beberapa fatwa yang berkaitan dengan isu ini:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oct 1985 telah membincangkan Sembahyang Jumaat Polis dan Tentera yang Bertugas. Muzakarah telah memutuskan bahawa adalah harus bagi Polis dan Tentera meninggalkan Sembahyang Jumaat kerana menjalankan tugas-tugas keselamatan yang dikira uzur syarie kerana mereka terpaksa bertugas dengan syarat tidak meninggalkan sembahyang Jumaat 3 kali berturut-turut.\n\n\n\n\n\r\n\t\t2) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-17 yang bersidang pada 6 Oktober 1986 telah membincangkan Hukum Sembahyang Jumaat Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkhidmatan dalam jabatan kerajaan yang tidak berkaitan dengan tugas keselamatan tidaklah termasuk dalam takrif uzur syarie, maka pihak yang berkuasa jabatan mana-mana yang berkenaan tidak harus membuat peraturan-peraturan bagi menghalang kakitangan lelaki yang beragama Islam untuk menunaikan sembahyang jumaat.\n\n\n\n\n\r\n\t\t3) \nFatwa yang dikeluarkan oleh Kerajaan Brunei berkaitan isu ini.\n\n\n\n\n\r\n\t\tMeninggalkan Sembahyang Fardhu Jumaat\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nSoalan:\n\r\n\t\tDengan sukacita dipohonkan fatwa berhubung dengan perkara meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat.\n\r\n\t\tApa hukumnya meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat kerana tidak dibenarkan ketua dengan alasan tidak boleh meninggalkan kerja?\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah senarai uzur atau halangan yang membolehkan seseorang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat?\n\n\n\n\n\r\n\t\tApa tindakan yang patut dilakukan oleh seseorang yang dilarang meninggalkan kerja bershif pada saat tibanya waktu menunaikan sembahyang fardhu Jumaat, dengan catitan bahawa kerja bersyif itu boleh diambil alih oleh orang yang tidak wajib bersembahyang Jumaat, seperti perempuan dan orang yang bukan Islam? Dan bagaimana pula tindakannya jika tidak ada orang yang mahu mengambil alih kerja itu?\n\n\n\n\n\r\n\t\tApa hukumnya seseorang ketua tidak membenarkan pegawainya yang sedang bekerja untuk pergi menunaikan sembahyang fardhu Jumaat, sedangkan ketua itu boleh mengambil kebijaksanaan dengan menugaskan atau mencari (mengambil pekerja baru) orang yang tidak wajib bersembahyang Jumaat untuk melakukan kerja berkenaan?\n\n\n\n\n\r\n\t\tUntuk makluman, kerja berkenaan berlaku ketika keadaan aman dan jika tidak dikerjakan tidak akan menjejaskan keselamatan Negara, misalnya: Kerja berjual beli, kerja di kilang, kerja menjaga peralatan penyiaran televisyen dan yang berhubungkait dengannya dan sebagainya.\n\n\n\n\n\r\n\t\tSekian dipohonkan dan kaola berharap akan mendapat fatwa berkenaan dengan seberapa segeranya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nJawapan:\n\n\n\n\n\n\n\u0627\u0644\u062d\u0645\u062f\u0644\u0644\u0647 \u0631\u0628 \u0627\u0644\u0639\u0627\u0644\u0645\u064a\u0646, \u0648\u0627\u0644\u0635\u0644\u0627\u0629 \u0648\u0627\u0644\u0633\u0644\u0627\u0645 \u0639\u0644\u0649 \u0623\u0634\u0631\u0641 \u0627\u0644\u0645\u0631\u0633\u0627\u0644\u064a\u0646 \u0648\u0639\u0644\u0649 \u0622\u0644\u0647 \u0648\u0635\u062d\u0628\u0647 \u0623\u062c\u0645\u0639\u064a\u0646, \u0627\u0644\u0644\u0647\u0645 \u0647\u062f\u0627\u064a\u0629 \u0644\u0644\u0635\u0648\u0627\u0628, \u0648\u0628\u0639\u062f\n..\n\r\n\t\tHukum sembahyang fardhu Jumaat ialah fardhu \u2018ain apabila berhimpun syarat-syarat sah sembahyang Jumaat itu. Dalil yang menjelaskan kefardhuan sembahyang Jumaat itu sebagaimana firman Allah Ta\u2019ala:\n\n\n\n\n\n\n\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0625\u0650\u0630\u064e\u0627 \u0646\u064f\u0648\u062f\u0650\u064a \u0644\u0650\u0644\u0635\u0651\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u0650 \u0645\u0650\u0646 \u064a\u064e\u0648\u0652\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062c\u064f\u0645\u064f\u0639\u064e\u0629\u0650 \u0641\u064e\u0627\u0633\u0652\u0639\u064e\u0648\u0652\u0627 \u0625\u0650\u0644\u064e\u0649 \u0630\u0650\u0643\u0652\u0631\u0650 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0630\u064e\u0631\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0628\u064e\u064a\u0652\u0639\u064e \u0630\u064e\u0644\u0650\u0643\u064f\u0645\u0652 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064c \u0644\u0651\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0625\u0650\u0646 \u0643\u064f\u0646\u062a\u064f\u0645\u0652 \u062a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0646\u064e (\u0633\u0648\u0631\u0629 \u0627\u0644\u062c\u0645\u0639\u0629:9)\n\r\n\t\tTafsirnya: \u201cWahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).\u201d (Surah al-Jumu\u2019ah:9)\n\n\n\n\n\r\n\t\tRasulullah Shallallahu \u2018alaihi wasallam juga menjelaskan akan kewajipan sembahyang Jumaat itu sebagaimana sabdanya:\n\n\n\n\n\n\n((\u0631\u0648\u0627\u062d \u0627\u0644\u062c\u0645\u0639\u0629 \u0648\u0627\u062c\u0628 \u0639\u0644\u0649 \u0643\u0644 \u0645\u062d\u062a\u0644\u0645)) \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0627\u0644\u0646\u0633\u0627\u0626\u064a\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cMenyegerakan Jumaat itu wajib ke atas setiap orang yang bermimpi (baligh).\u201d\n\r\n\t\t(Hadis riwayat an-Nasa\u2019i)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tTersebut di dalam Kitab Mughni al-Muhtaj: Bahawa syara\u2019 telah menentukan syarat-syarat wajib sembahyang Jumaat itu ke atas setiap orang yang Mukallaf iaitu baligh, berakal, merdeka, lelaki, orang yang muqim, yang tidak sakit dan lain-lain lagi seperti takut, tidak mempunyai pakaian, lapar dan dahaga. Dan tidak wajib Jumaat itu bagi kanak-kanak dan orang gila sebagaimana pada sembahyang yang lain. Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitab ar-Raudhah: \u201cTidak wajib Jumaat bagi orang yang pitam kerana pitam itu seperti orang gila, dan tidak wajib bagi hamba, perempuan dan orang musafir yang diharuskan, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu \u2018alaihi wasallam:\n\n\n\n\n\n\n((\u0627\u0644\u062c\u0645\u0639\u0629 \u062d\u0642 \u0648\u0627\u062c\u0628 \u0639\u0644\u0649 \u0643\u0644 \u0645\u0633\u0644\u0645 \u0627\u0644\u0627 \u0623\u0631\u0628\u0639\u0629: \u0639\u0628\u062f \u0645\u0645\u0644\u0648\u0643 \u0623\u0648 \u0627\u0645\u0631\u0623\u0629 \u0623\u0648 \u0635\u0628\u0649 \u0623\u0648 \u0645\u0631\u064a\u0636)) \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0627\u0628\u0648 \u062f\u0627\u0648\u062f \u0648\u063a\u064a\u0631\u0647\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cSembahyang Jumaat itu hak yang wajib ke atas setiap orang Islam kecuali empat: Hamba yang dimiliki atau perempuan atau kanak-kanak atau orang sakit.\u201d (Hadis riwayat Abu Daud dan lain-lain)\n\n\n\n\n\r\n\t\tSabda Baginda lagi:\n\n\n((\u0644\u0627 \u062c\u0645\u0639\u0629 \u0639\u0644\u0649 \u0645\u0633\u0627\u0641\u0631 \u0648\u0644\u0627 \u0639\u0644\u0649 \u0645\u0631\u064a\u0636)) \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0627\u0644\u0628\u064a\u0647\u0642\u064a\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cTidaklah (wajib) sembahyang Jumaat itu bagi orang yang musafir dan orang yang sakit.\u201d (Hadis riwayat al-Baihaqi)\n\n\n\n\n\r\n\t\tBerkata Imam an-Nawawi di dalam kitab yang sama: \u201cDan tidak wajib sembahyang Jumaat itu ke atas mereka yang berkeuzuran yang diberikan kelonggaran (rukhshah) pada meninggalkan sembahyang berjemaah.\u201d (Kitab Mughni al-Muhtaj:1/376)\n\n\n\n\n\r\n\t\tDan berkata Ibnu \u2018Abbas bahawa: \u201cSembahyang Jumaat itu adalah seperti sembahyang berjemaah..\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDi antara keuzuran-keuzuran yang boleh seseorang itu meninggalkan sembahyang Jumaat ialah sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika dilambatkan akan menyebabkan mayat menjadi busuk, dan orang yang menghidap penyakit cirit-birit dan takut akan mencemarkan kebersihan masjid. Imam ar-Rafi\u2019e juga menyebut di dalam kitab at-Tatimmah mengenai sembahyang berjemaah bahawa orang yang dipenjara (dikurung) itu juga adalah dianggap sebagai keuzuran. (Kitab Mughni al-Muhtaj:1/376)\n\n\n\n\n\r\n\t\tBerkata asy-Syirazi di dalam kitab al-Muhadzdzab: \u201cBahawa tidak wajib sembahyang Jumaat itu bagi orang yang takut akan berlaku suatu yang tidak baik pada dirinya atau hartanya sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu \u2018Abbas Radhiallahu \u2018anhuma bahawa Nabi Shallallahu \u2018alaihi wasallam bersabda:\n\n\n\n\n\n\n((\u0645\u0646 \u0633\u0645\u0639 \u0627\u0644\u0646\u062f\u0627\u0621 \u0641\u0644\u0645 \u064a\u062c\u0628\u0647 \u0641\u0644\u0627 \u0635\u0644\u0627\u0629 \u0644\u0647 \u0627\u0644\u0627 \u0645\u0646 \u0639\u0630\u0631: \u0642\u0627\u0644\u0648\u0627: \u064a\u0627 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0648\u0645\u0627 \u0627\u0644\u0639\u0630\u0631\u061f \u0642\u0627\u0644: \u062e\u0648\u0641 \u0623\u0648 \u0645\u0631\u0636)) \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0623\u0628\u0648 \u062f\u0627\u0648\u062f\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cBarang siapa yang mendengar seruan azan dan dia tidak pergi kepadanya untuk bersembahyang, maka tiada sembahyang baginya kecuali orang-orang yang mempunyai keuzuran\u201d. Mereka bertanya: \u201cYa Rasulullah, apakah keuzuran itu?\u201d Baginda menjawab (bersabda): \u201cTakut dan sakit.\u201d (Hadis riwayat Abu Daud)\n\n\n\n\n\r\n\t\tTidak wajib sembahyang Jumaat itu bagi orang yang terkena hujan di dalam perjalanan menuju ke masjid menyebabkan pakaiannya basah dan terhalang tujuannya untuk bersembahyang, dan tidak wajib ke atas orang yang menunggu orang sakit yang tidak boleh ditinggalkan dan tidak wajib pula ke atas orang yang mempunyai keluarga (kerabat) atau menantu/ipar lelaki atau orang yang dikasihi yang hampir mati (nazak). (Al-Muhadzdzab:1/152)\n\n\n\n\n\r\n\t\tBeliau (asy-Syirazi) juga menyebutkan, di antara keuzuran-keuzuran yang boleh seseorang itu meninggalkan sembahyang berjemaah ialah kerana hujan lebat, berlumpur dan angin yang kuat di waktu malam yang sangat gelap, makanan yang terhidang sedang dia merasa lapar atau menahan daripada kentut, berak dan kencing.\n\n\n\n\n\r\n\t\tDaripada keuzuran berjemaah yang lain ialah orang yang takut akan berlaku sesuatu yang tidak baik (mudharat) pada dirinya atau hartanya atau dia sakit.(Al-Muhadzdzab:1/131)\n\n\n\n\n\r\n\t\tImam an-Nawawi menyebutkan, di antara yang dikatakan keuzuran itu ialah apabila dia takut daripada orang yang akan membuat zalim ke atas dirinya daripada sultan atau orang lain yang akan menzaliminya atau dia takut daripada pemiutang yang akan memenjarakannya atau dia mesti membayarnya sedangkan dia tidak berdaya. Dan termasuk takut tentang sesuatu yang mengenai harta itu ialah jika sekiranya roti sudah dibakar di dapur dan periuknya sudah di atas api sedang tidak ada orang yang menjaga di tempat itu. (Kitab al-Majmu\u2019: 4/100)\n\n\n\n\n\r\n\t\tMaka daripada penjelasan terhadap kelonggaran (rukhshah) yang diharuskan bagi meninggalkan sembahyang Jumaat itu, pegawai-pegawai yang ditugaskan bekerja pada waktu sembahyang Jumaat dan kerja tersebut tidak boleh ditinggalkan, kerana tidak ada orang lain yang akan mengendalikannya, adalah keadaan tersebut termasuk dalam keuzuran yang diharuskan syara\u2019, sebagaimana juga orang yang menunggu orang sakit yang tidak boleh ditinggalkan, atau kerja tersebut tidak boleh ditinggalkan kerana mentaati ketua. Di dalam Islam mentaati ketua itu adalah wajib pada perkara yang bukan maksiat dan bukan menderhaka kepada Allah dan RasulNya. Hal ini telah dijelaskan dalam firman Allah Ta\u2019ala:\n\n\n\n\n\n\n\u064a\u064e\u0627 \u0623\u064e\u064a\u0651\u064f\u0647\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0622\u0645\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0623\u064e\u0637\u0650\u064a\u0639\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0627\u0644\u0644\u0651\u0647\u064e \u0648\u064e\u0623\u064e\u0637\u0650\u064a\u0639\u064f\u0648\u0627\u0652 \u0627\u0644\u0631\u0651\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064e \u0648\u064e\u0623\u064f\u0648\u0652\u0644\u0650\u064a \u0627\u0644\u0623\u064e\u0645\u0652\u0631\u0650 \u0645\u0650\u0646\u0643\u064f\u0645\u0652...(\u0633\u0648\u0631\u0629 \u0627\u0644\u0646\u0633\u0623:59)\n\r\n\t\tTafsirnya: \u201cWahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada uli al-amri (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu.\u201d (Surah an-Nisa\u2019:59)\n\n\n\n\n\r\n\t\tBaginda Rasulullah Shallallahu \u2018alaihi wasallam juga menjelaskan di dalam hadis daripada Ibnu \u2018Umar, Nabi Shallallahu \u2018alaihi wasallam bersabda:\n\n\n((\u0639\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0645\u0631\u0621 \u0627\u0644\u0645\u0633\u0644\u0645 \u0627\u0644\u0633\u0645\u0639 \u0648\u0627\u0644\u0637\u0627\u0639\u0629, \u0641\u064a\u0645\u0627 \u0623\u062d\u0628 \u0648\u0643\u0631\u0647, \u0627\u0644\u0627 \u0623\u0646 \u064a\u0624\u0645\u0631 \u0628\u0645\u0639\u0635\u064a\u0629, \u0641\u0627\u0646 \u0623\u0645\u0631 \u0628\u0645\u0639\u0635\u064a\u0629 \u0641\u0644\u0627 \u0633\u0645\u0639 \u0648\u0644\u0627 \u0637\u0627\u0639\u0629)) \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0645\u0633\u0644\u0645\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cBagi seorang Muslim itu adalah wajib mendengar dan taat kepada orang yang berkuasa, sama ada dia menyukai atau sebaliknya, kecuali dia diperintahkan melakukan perkara maksiat. Jika dia disuruh melakukan perkara maksiat, maka tidak wajib mendengar dan mentaati (perkara itu).\u201d (Hadis riwayat Muslim)\n\n\n\n\n\r\n\t\tHendaklah diingat, bahawa pegawai yang ditugaskan itu janganlah dia bercita-cita atau mengharapkan supaya bertugas pada waktu sembahyang Jumaat agar dia terlepas daripada pergi menunaikan sembahyang Jumaat. Demikian juga menjadi kewajipan ketua untuk memerhatikan dan mencari jalan dengan bijaksana bagi mengaturkan jadual pekerjaan untuk pegawai-pegawai dan kakitangannya yang bertugas pada hari Jumaat sehingga tidaklah terhalang orang-orang yang wajib Jumaat untuk menunaikannya. Umpamanya dengan cara yang bijaksana, jika mungkin, kita mengaturkan orang-orang yang tidak wajib jumaat seperti pegawai-pegawai dan kakitangan yang bukan beragama Islam untuk menjalankan tugas-tugas itu pada hari jumaat, ataupun memadai pegawai-pegawai dan kakitangan yang beragama Islam itu hadir ke masjid dan selepas itu mereka akan mengambil alih semula tugas-tugas daripada pegawai-pegawai perempuan atau mereka yang bukan beragama Islam tadi.\n\n\n\n\n\r\n\t\tSekiranya tidak terdapat orang-orang yang bertugas itu mereka yang tidak wajib Jumaat, yakni semuanya wajib Jumaat belaka, maka hendaklah dipastikan serta dielakkan supaya pegawai-pegawai yang berkenaan itu, jangan sampai ada yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat secara berterusan atau berturut-turut, dalam makna, mereka hendaklah digilir-gilir, umpamanya: Jumaat ini si A yang bertugas sementara si B menunaikan Jumaat. Untuk Jumaat yang lain, si A pula menunaikan sembahyang Jumaat sementara si B bertugas. Begitulah seterusnya.\n\n\n\n\n\r\n\t\tPerlu diingat, bahawa amaran kerana meninggalkan fardhu Jumaat secara berturut-turut tanpa uzur itu adalah sangat keras dan berat.\n\n\n\n\n\r\n\t\tBanyak hadis Rasulullah Shallallahu \u2018alaihi wasallam yang memberi amaran sekeras-kerasnya kepada orang yang meninggalkan sembahyang Jumaat tanpa keuzuran kerana perbuatan tersebut adalah tanda bagi orang-orang munafiq dan menjadi sebab turunnya kebinasaan di dunia dan di akhirat.\n\n\n\n\n\r\n\t\tNabi Shallallahu \u2018alaihi wasallam bersabda:\n\n\n((\u0645\u0646 \u062a\u0631\u0643 \u0627\u0644\u062c\u0645\u0639\u0629 \u062b\u0644\u0627\u062b\u0627 \u0645\u0646 \u063a\u064a\u0631 \u0639\u0630\u0631 \u0641\u0642\u062f \u062a\u0628\u062f \u0627\u0644\u0627\u0633\u0644\u0627\u0645 \u0648\u0631\u0627\u0621 \u0638\u0647\u0631\u0647)) \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0627\u0644\u0628\u064a\u0647\u0642\u064a\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cBarangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali dengan tiada keuzuran maka dia telah meletakkan Islam itu di belakangnya (meninggalkannya).\u201d (Hadis riwayat al-Baihaqi)\n\n\n\n\n\r\n\t\tDi dalam hadis yang lain pula Baginda bersabda:\n\n\n((\u0645\u0646 \u062a\u0631\u0643 \u0627\u0644\u062c\u0645\u0639\u0629 \u0645\u0646 \u062a\u0631\u0643 \u0627\u0644\u062c\u0645\u0639\u0629 \u062b\u0644\u0627\u062b\u0627 \u0645\u0646 \u063a\u064a\u0631 \u0639\u0630\u0631 \u0641\u0647\u0648 \u0645\u0646\u0627\u0641\u0642)) \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0627\u0628\u0646 \u062d\u0628\u0627\u0646\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cBarangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali dengan tiada keuzuran maka dia adalah seorang munafiq.\u201d (Hadis riwayat Ibnu Hibban)\n\n\n\n\n\r\n\t\tNabi shallallahu \u2018alaihi wasallam bersabda kepada satu kaum, yang tidak bersembahyang Jumaat:\n\n\n\u0623\u0646 \u0627\u0644\u0646\u0628\u0649 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0642\u0627\u0644 \u0644\u0642\u0648\u0645 \u064a\u062a\u062e\u0644\u0641\u0648\u0646 \u0639\u0646 \u0627\u0644\u062c\u0645\u0639\u0629: ((\u0644\u0642\u062f \u0647\u0645\u0645\u062a \u0623\u0646 \u0622\u0645\u0631 \u0631\u062c\u0644\u0627 \u064a\u0635\u0644\u0649 \u0628\u0627\u0644\u0646\u0627\u0633, \u062b\u0645 \u0623\u062d\u0631\u0642 \u0639\u0644\u0649 \u0631\u062c\u0627\u0644 \u064a\u062a\u062e\u0644\u0641\u0648\u0646 \u0639\u0646 \u0627\u0644\u062c\u0645\u0639\u0629 \u0628\u064a\u0648\u062a\u0647\u0645)) \u0631\u0648\u0627\u0647 \u0645\u0633\u0644\u0645\n\r\n\t\tMaksudnya: \u201cSesungguhnya Nabi Shallallahu \u2018alaihi wasallam bersabda kepada satu kaum yang meninggalkan sembahyang Jumaat: \u201cAku menitikberatkan (memerintahkan) supaya lelaki itu bersembahyang dengan beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam membakar rumah-rumah mereka (lelaki) yang meninggalkan sembahyang Jumaat.\u201d (Hadis riwayat Muslim)\n\n\n\n\n\r\n\t\tBadan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam\n\r\n\t\tPenulis/Ulama : Pehin Datu Seri Maharaja Dato\u2019 Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.\n\r\n\t\tTarikh Diisu : 1996\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "201. \nSoalan : \nPenamaan Anak Tak Sah Taraf dan Hubungan Mahram\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t1) Apa yang perlu anak luar nikah lakukan jika dia di bin/binti kan dengan nama bapa yang menyebabkan kehamilan ibu nya.\n\r\n\t\t2) Jika anak luar nikah tersebut perempuan dan ingin berkawin bagaimana nya?. Jika di dalam kad pengenalan di binti kan dengan nama bapa menyebabkan kehamilan, perlu ke anak tersebut membuat pertukaran nama?.\n\r\n\t\t3) Hubungan anak tersebut dengan bapa penzina dan adik beradik yang lain bagaimana?.\n\r\n\t\tharap kerjasama dari pihak tuan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t1) Seseorang yang mengetahui bahawa dia telah di \u2018bin\u2019 atau \u2018binti\u2019kan kepada lelaki yang berzina dengan ibunya, maka dia perlu menukar nama dengan di \u2018bin\u2019 atau \u2018binti\u2019kan kepada Abdullah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPenjelasan:\n\n\n\n\n\r\n\t\tFirman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 5, \"Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber\"bin\"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri. Cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai \"maula-maula\" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah maha pengampun, lagi maha mengasihani.\" Ayat ini secara jelas menyatakan tentang kepentingan nasab dalam Islam.\n\n\n\n\n\r\n\t\tNasab merupakan salah satu nikmat yang Allah kurniakan hasil daripada hubungan perkahwinan yang disyariatkan. Nikmat nasab adalah berdasarkan ketaatan, bukan atas dasar maksiat. Oleh itu, nasab tidak layak diberikan kerana zina (al-Syafi'i, Muhammad bin Idris, Ahkam al-Qur'an, sunt. 'Abd al-Ghani 'Abd al-Khaliq, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah, 1980, jil. 2, hlm. 189).\n\n\n\n\n\r\n\t\tPara ulama sepakat (ijma') mengatakan bahawa penasaban anak tak sah taraf kepada ibunya adalah penasaban yang diakui Syarak (Lihat: Ibn Nujaym, al-Bahr al-ra'iq, jil. 4, hlm. 251; Ibn 'Abd al-Bar, Yusuf bin 'Abd Allah bin Muhammad al-Qurtubi, al-Istizkar, Dimashq: Dar Qutaibah, 1993, jil. 17, hlm. 231; al-Baji, Sulayman bin Khalaf bin Sa'ad bin Ayyub, al-Muntaqa syarh al-muwatta', sunt. Muhammad 'Abd al-Qadir 'Ata, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah, 1999, jil. 5, hlm. 342; al-Nawawi, al-Majmu', jil. 19, hlm. 199; al-Sayyid al-Bakri, Abu Bakr, I'anah al-tolibin, Beirut: Dar al-Turath al-'Arabi, t.th., jil. 2, hlm. 128; Ibn Hazm, Abu Muhammad 'Ali bin Ahmad bin Sa'id al-Zohiri, al-Muhalla syarh al-mujalla, sunt. Ahmad Muhammad Syakir, Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi, 2001, jil. 10, hlm. 323; Husayn, Ahkam walad al-zina, hlm. 59)\n\n\n\n\n\r\n\t\tManakala penasaban anak tak sah taraf kepada lelaki yang berzina dengan ibu anak itu adalah dilarang. A'isyah melaporkan, Nabi saw bersabda: \"Nasab anak itu adalah untuk bapa yang sah, manakala penzina dihalang daripada dinasabkan anak kepadanya.\" Hadis direkod oleh Imam al-Bukhari. Hadis dengan jelas menyatakan bahawa nasab anak hanyalah untuk bapa; iaitu lelaki yang bernikah secara sah dengan ibu anak tersebut dan anak itu adalah hasil percantuman benih antara pasangan tersebut. Manakala Nabi menyatakan, penzina dihalang daripada dinasabkan anak kepadanya (Lihat: Ibn Muflih, Abu 'Abd Allah Muhammad, al-Furu', Beirut: 'Alam al-Kutub, 1985, jil. 5, hlm. 526; al-Jassas, Abu Bakr Ahmad bin 'Ali al-Razi, Ahkam al-Qur'an, sunt. 'Abd al-Salam Syahin, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah, 1994, jil. 3, hlm. 396; Husayn, Ahkam walad al-zina, hlm. 65-66).\n\n\n\n\n\r\n\t\tOleh itu, Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia menetapkan bahawa anak tak sah taraf perlu di'bin' atau 'binti'kan kepada Abdullah. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang bersidang pada 28 - 29 Jan 1981 telah membincangkan Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah). Muzakarah telah memutuskan bahawa anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak, hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.\n\n\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u201ca. Anak Tak Sah Taraf ialah:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAnak yang dilahirkan di luar nikah; sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tAnak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).\n\n\n\n\n\r\n\t\tb. Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSekiranya seseorang individu telah di \u2018bin\u2019 atau \u2018binti\u2019kan kepada lelaki yang berzina dengan ibunya, maka dia perlu mengubah nama bapa itu kerana Nabi Muhammad saw melarang daripada menasabkan seseorang anak bukan kepada bapanya yang sebenar. Sabda Nabi Muhammad saw, \u201cSesiapa yang di \u2018bin\u2019 atau \u2018binti\u2019kan kepada bapanya yang sebenar, sedangkan dia tahu perlara itu, maka diharamkan baginya memasuki syurga.\u201d Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari. Selanjutnya sabda Nabi Muhammad saw, \u201cSesungguhnya pembohongan yang paling besar ialah mem\u2019bin\u2019 atau \u2018binti\u2019kan seseorang kepada bukan bapanya yang sebenar.\u201d Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t2- Jika anak luar nikah tersebut perempuan dan ingin berkawin bagaimana nya?. jika di dalam kad pengenalan di binti kan dengan nama bapa menyebabkan kehamilan, perlu ke anak tersebut membuat pertukaran nama?.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nJawapan:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSeseorang perempuan yang merupakan anak luar nikah, sekiranya dia ingin berkahwin, maka walinya ialah wali hakim. Jika dia telah di\u2019binti\u2019 kan kepada lelaki yang berzina dengan ibunya, maka dia perlu menukar nama itu sebagaimana jawapan no (1).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPenjelasan:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:\n\n\n\n\n\r\n\t\t\u201ca. Anak Tak Sah Taraf ialah:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAnak yang dilahirkan di luar nikah; sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tAnak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).\n\n\n\n\n\r\n\t\tb. Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t3- Hubungan anak tersebut dengan bapa penzina dan adik beradik yang lain bagaimana?.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nJawapan:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSekiranya lelaki dan perempuan yang berzina telah berkahwin, maka hubungan anak luar nikah itu dengan lelaki tersebut ialah bapa tiri. Bapa tiri dan anak tiri adalah mahram. Manakala hubungan anak luar nikah itu dengan adik beradik yang lain adalah adik beradik seibu, maka mereka adalah mahram.\n\n\n\r\n\t\tWallahua'lam\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "202. \nSoalan : \nKhatan Wanita\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMerujuk kepada hukum pemotongan genitalia wanita (2009), saya ingin bertanya, adakah wajib bagi setiap perempuan muslim di Malaysia untuk melaksanakan pemotongan genitalia? Hal ini memandangkan ramai ibu bapa atau keluarga Muslim di Malaysia tidak lagi mengamalkan amalan ini. Adakah ianya memberi sebarang kebaikan dari segi perubatan dan juga perspektif agama? Mohon penjelasan yang lebih lanjut berkenaan hal ini.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, hukum wanita bersunat adalah wajib. Fatwanya: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 - 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation). Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Walau bagaimanapun, Islam juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan pada diri. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama\u2019, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tHujah yang menjelaskan bahawa lelaki dan perempuan wajib berkhatan ialah:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Dalam Islam, para ulama\u2019 sepakat mendefinisikan berkhatan untuk perempuan adalah merujuk kepada pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj bagi perempuan. Berbeza dengan lelaki, berkhatan bagi perempuan tidak perlu membuang kulit yang berkenaan keseluruhannya. Tetapi cukup sekadar sebahagian kecil kawasan tersebut.\n\n\n\n\n\r\n\t\t2) Ibn Hajar Al-Asqalani menyifatkan khatan untuk wanita adalah dengan memotong kulit yang menutupi klitoris tanpa membuang keseluruhannya. Muhammad Ali Qutub juga menyebut kawasan yang sama yang dibuang semasa dikhatankan di mana kulit itu disebut sebagai fresulum.\n\n\n\n\n\r\n\t\t3) Bagi anak-anak perempuan yang dilahirkan dalam keadaan yang telah dikhatankan iaitu kulit yang meliputi klitoris telah tiada, disunatkan oleh ulama Syafi`iyyah untuk melalukan sahaja alat berkhatan pada tempat yang sepatutnya dikhatankan sebagai tanda mentaati perintah Allah. Ini kerana, seperti yang disebutkan oleh Sheikh Abu Abdullah Al-Haj, terdapat perbezaan anatomi faraj wanita antara wanita di timur dan di barat di mana wanita di timur dikatakan tidak mempunyai kulit yang disebutkan ini.\n\n\n\n\n\r\n\t\t4) Majoriti ulama dalam mazhab Syafi\u2019i, Imam Ahmad dan ulama bermazhaba Hanbali dan pendapat Sahnun daripada Mazhab Maliki mengatakan khatan adalah wajib bagi perempuan.\n\n\n\n\n\r\n\t\t5) Dr. Nasir Farid Wasil, Mufti Mesir merangkap ahli Majlis Penyelidikan Islam, Al-Azhar menjelaskan khatan disyariatkan untuk wanita melalui umumnya dalil yang berkaitan. Namun, ia perlu ditinggalkan jika terdapat kemudaratan. Pendapat ini disokong oleh Dr. Abd. Fatah Idris, Dekan Jabatan Perbandingan Fiqh, Majlis Fiqh Al-Islam Mekah yang menjelaskan, sama ada ia berasaskan adat atau tidak, namun yang pasti terdapat hadith yang mengesahkannya. Dalam konteks yang sama, Sheikh Mahmud `Asyur menyatakan sesuatu perkara itu tidak boleh diharamkan melainkan dengan nas syar`ie.\n\n\n\n\n\r\n\t\t6) Allah s.w.t. telah memerintahkan hamba-hambaNya untuk mengikut apa yang diperintahkan kepada Nabi Ibrahim a.s. bersandarkan kepada ayat berikut: \u201cKemudian Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad): hendaklah Engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, Yang berdiri teguh di atas jalan Yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik\u201d. (An-Nahl: ayat 123) Suruhan ini termasuklah amalan berkhatan kerana ia merupakan salah satu daripada suruhan yang ditetapkan ke atas Nabi Ibrahim a.s.\n\n\n\n\n\r\n\t\t7) Ibn Hajar menjelaskan memandangkan amalan ini merupakan amalan Nabi Ibrahim a.s., dan ayat ini jelas menuntut agar kita mengikut agama Nabi Ibrahim a.s., maka ia menjadi wajib bagi umat Islam untuk berkhatan bagi lelaki dan perempuan.\n\n\n\r\n\t\tWallahua'lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "203. \nSoalan : \nStatus Air Musoffa dan Seumpamanya\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSaya ada satu pertanyaan, adakah \u2018Air Anugerah\u2019 sama seperti Air Musoffa? Kerana kami difahamkan Air Musoffa tidak boleh diiklankan. Harap pihak tuan dapat memberi penjelasan.\n\r\n\t\tTerima kasih.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tPenghasilan produk makanan atau minuman yang mempunyai elemen menggunakan ayat al-Quran atau hadis untuk melariskan produk adalah dilarang. Kerana ia boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, kepercayaan khurafat dan penipuan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan\u00a0 Kedudukan Air Musoffa. Muzakarah telah memutuskan bahawa penjualan air musoffa secara komersial adalah dilarang kerana ia boleh membuka ruang kepada penyelewengan akidah, kepercayaan khurafat dan penipuan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tOleh itu, mana-mana produk yang mempunyai persamaan ciri dengan Air Musoffa juga adalah dilarang.\n\n\n\r\n\t\tWallahua'lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "204. \nSoalan : \nGelaran Haji atau Hajjah\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSaya tertarik dengan peggunaan istilah \"Haji atau Hajah\" di dalam panggilan kepada orang Islam di Malaysia yang masih belum menunaikan ibadah Umrah atau Haji. Adakah tidak dibenarkan seperti yang dilaporkan di dalam laman sesawang milik negara jiran iaitu di Indonesia? Pohon diberikan pencerahan berhubung perkara ini.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tGelaran \u2018haji\u2019 atau \u2018hajah\u2019 merupakan adat kebiasaan masyarakat Malaysia yang diberikan kepada individu yang telah menunaikan ibadat haji. Adat ini dibenarkan kerana ia tidak bercanggah dengan mana-mana dalil Syarak. Imam al-Nawawi menjelaskan dalam bukunya \u2018al-Majmu\u2019\u2019, \u201cPara ulama sepakat berpendapat bahawa dilarang memberikan gelaran kepada seseorang dengan gelaran yang dibencinya, sama ada gelaran itu merujuk kepada sifat peribadinya atau gelaran itu untuk bapa atau ibunya. Mereka juga sepakat berpendapat bahawa dibenarkan menyebutkan sifat tersebut sekiranya seseorang itu hanya dikenali dengan sifat tersebut. Mereka juga sepakat berpendapat, disunatkan memberikan gelaran yang disukai oleh individu tersebut. Contohnya, Abu Bakar al-Siddiq, namanya \u2018Abdullah bin \u2018Uthman, dan gelarannya \u2018al-\u2018atiq\u2019. Begitu juga gelaran kepada Ali bin Abi Talib; \u2018Abu Turab\u2019.\u201d\n\n\n\n\n\r\n\t\tNamun begitu, jika gelaran \u2018haji\u2019 atau \u2018hajah\u2019 itu diberikan kepada individu yang masih belum menunaikan ibadah haji, maka ia adalah dilarang. Ini disebabkan gelaran tersebut hanya khusus digunakan menurut adat setempat kepada individu yang telah menunaikan ibadah haji. Ia juga boleh dihubungkan dengan hukum melakukan pembohongan pada gelaran nama.\n\n\n\n\n\r\n\t\tWallahua\u2019lam.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "205. \nSoalan : \nBersuci Daripada Najis Mughallazah\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSaya nak tanya tentang bersuci. Satu hari saya nampak anjing lalu di kawasan lantai garaj kereta rumah (lantai simen) saya dan meninggalkan kesan tapak kakinya yg basah (kesan air), saya tidak mencucinya sebaliknya membiarkan kesan tersebut hilang sendiri (sehingga hilang kesan tapak kaki), kemudian hujan turun dan tempias dari hujan tersebut telah membasahkan keseluruhan lantai garaj tersebut. Soalan saya adakah keseluruhan lantai tersebut terjatuh dalam hukum najis berat dan adakah saya perlu mensucikan tapak kaki saya yang memijak lantai tersebut dalam keadaan basah seminggu selepas kejadian tersebut. Saya berasa was-was terutama apabila ingin ke kereta. Diharap pihak felo fatwa dapat membantu saya menjawab persoalan ini.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaudara perlu menyertu iaitu membasuh lantai garaj kereta dan kaki saudara dengan air bercampur tanah. Kemudian bersihkan lagi dengan air biasa sebanyak enam (6) kali. Manakala kawasan lain yang saudara ragui telah terpijak dalam tempoh seminggu itu tidak perlu disertu.\n\n\n\n\n\r\n\t\tAbu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, \u201cBersihkanlah bekas air kamu sekiranya anjing menjilatnya dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, pada kali pertama basuh dengan air bercampur tanah.\u201d Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim.\n\n\n\n\n\r\n\t\tWallahua'lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "206. \nSoalan : \nMemakai Pendakap Gigi\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSaya sudah pakai pendakap gigi bagi struktur gigi saya yang tidak tersusun. Oleh itu saya ingin tahu hukum memakai pendakap gigi? ramai kawan-kawan saya katakan ianya adalah haram dan dilaknat oleh Allah. Apakah hukum memakai pendakap gigi?\n\n\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tMemakai pendakap gigi berkaitan dengan perubahan kepada bentuk susunan gigi manusia.\n\n\n\n\n\r\n\t\tNabi Muhammad SAW melarang kikir (asah) dan menjarakkan gigi jika ia dibuat tanpa sebab. Ini kerana ia membawa maksud menukar ciptaan Allah SWT. Antara hadis berkenaan ialah;\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tNabi pernah bersabda yang bermaksud: \u201cAllah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu di wajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak di antara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan\u201d (Sahih Muslim).\n\n\n\n\n\r\n\t\t\"Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.\" (Riwayat Thabarani)\n\n\n\n\n\r\n\t\t\"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.\" (Riwayat Bukhari dan Muslim)\n\n\n\n\n\r\n\t\tImam Nawawi menjelaskan meluaskan jarak gigi untuk tujuan kecantikan semata-mata adalah tidak harus.\u00a0 Kikir gigi pula membawa maksud merapi dan memendekkan gigi.\u00a0 Ia biasa dilakukan oleh golongan wanita dan tidak harus.\u00a0 Nabi SAW melaknat orang yang kikir giginya dan tukang kikir. Jika wanita dilarang maka lelaki turut menjadi tidak harus.\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tDalam penggunaan pendakap gigi, jika ia digunakan untuk menyusun kedudukan gigi yang tidak teratur; untuk rawatan maka ia tidak termasuk dalam mengubah kejadian Allah SWT. Ia bertujuan membaiki susunan gigi berkenaan. Ini termasuk untuk merawat gigi selepas kemalangan atau sakit.\n\n\n\n\n\r\n\t\tAntara fungsi pendakap gigi ialah memudahkan fungsi gigi itu sendiri yang mungkin bengkang-bengkok sehingga susah untuk membersihkannya sehingga boleh mengumpulkan bakteria, atau makanan mudah terlekat, dapat mengelakkan gigi bawah tergigit langit-langit yang boleh menyebabkan sakit mulut dan seumpamanya. Kesukaran untuk menghadam makanan dan gigi yang berlapis-lapis sehingga susah untuk membersihkannya lalu mendatangkan sakit gusi juga bau mulut, dan gigi jongang sehingga menimbulkan kerendahan maruah dalam diri manusia.\n\n\n\n\n\r\n\t\tSyeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut: \"Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang dianggap menjijikkan pandangan, atau kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan gangguan emosi, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran\" (Kitab Al-Halal wal Haram Fil Islam )\n\n\n\n\n\r\n\t\tKesimpulannya memakai pendakap gigi adalah harus jika ia bertujuan membetulkan susunan gigi yang tidak elok yang termasuk untuk rawatan dan dapat memberi kelancaran kepada pertuturan serta dapat menjaga maruah diri.\u00a0 Jadi pengguna pendakap gigi perlu pasti tujuan mereka menggunakan pendakap gigi berkenaan adalah untuk keperluan bukan untuk menipu, mencantik-cantikkan lagi ciptaan yang sedia ada.\n\n\n\n\n\r\n\t\tWallahu a\u2019lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "207. \nSoalan : \nWarna Pakaian Mengikut Unsur Iluminati/Freemason\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\tWarna-warna yang terlibat dalam gerakan freemason (berkaitan Yahudi dan penyembahan syaitan) adalah hitam dan putih.\u00a0 Saya terbaca di blog mengatakan pakaian artis tempatan berwarna hitam dan putih menyerupai gerakan freemason.\u00a0 Bolehkah pihak tuan jelaskan hukum memakai pakaian berwarna hitam dan putih (contoh baju putih dan seluar hitam), kerana pada pemikiran saya yang rendah ilmu ini, ia mungkin dibolehkan kerana tidak semestinya kita menyerupai warna gerakan mereka, ia sudah digunakan secara meluas.\n\n\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\tPada dasarnya, umat Islam tidak dilarang untuk memakai pakaian dengan warna tertentu, termasuklah hitam dan putih meskipun warna-warna tersebut dikaitkan dengan pergerakan tertentu seperti yang dinyatakan.\u00a0 Sebagaimana warna-warna yang lain, hitam dan putih merupakan warna-warna universal yang boleh dipilih sebagai warna pakaian oleh sesiapa atau mana-mana kumpulan.\u00a0 Apa yang dilarang atau diharamkan ialah tindakan mengenakan pakaian dengan warna-warna tersebut dengan \nniat meniru atau menyerupai\n anggota pergerakan tersebut.\u00a0 Sebagaimana jelas dinyatakan dalam sebuah Hadith yang masyhur daripada `Umar r.a., setiap amalan atau perbuatan bergantung sepenuhnya pada niat orang yang melakukannya.\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\tDengan kata-kata lain, niat merupakan teras bagi segala amalan dan sesuatu amalan dinilai serta dibalas berdasarkan niat pelakunya.\u00a0 Larangan terhadap niat dan kecenderungan yang disusuli perbuatan meniru atau menyerupai sesuatu kumpulan, dilarang kerana ia akan menjadikan seseorang bukan sahaja cenderung tetapi lebih-lebih lagi, sebahagian daripada mereka.\u00a0 Hal ini dijelaskan dalam Hadith daripada Ibn Majah, \u201cSesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia sebahagian daripada mereka.\u201d\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\tWallahu A'lam\n\n\n Baca Selanjutnya" "208. \nSoalan : \nGerakan Tangan Mudra\nJawapan : \n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSaya ingin mendapatkan kepastian apakah hukumnya bagi seseorang Muslim yang mengamalkan hand gestures \"Mudras\" dalam agama Hindu?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSaya telah bertanyakan kepada beberapa guru agama dan mendapat maklumbalas bahawa ianya adalah haram diamalkan oleh seseorang Muslim kerana ianya tergolong dalam \"Tasyabbuh\"..\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaubagaimanapun, beberapa hari lepas terdapat percanggahan pendapat ini dengan golongan lain yang mengatakan ianya boleh diamalkan oleh Muslim.. Saya berharap dengan penjelasan dan bukti e-mail dari pihak anda dapat menyelesaikan kekeliruan ini..\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSekian saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih..\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMudra ialah gerakan berbentuk bahasa isyarat atau kedudukan, gerakan tubuh yang bersifat simbolik. Ia merupakan gerakan ibadat dalam agama Hindu dan Buddha.\u00a0\u00a0 Ada beberapa mudra yang melibatkan seluruh anggota tubuh, tetapi kebanyakan hanya dilakukan dengan tangan dan jari. Mudra adalah gerak isyarat kerohanian dan pencetus kepada tenaga dan keaslian amalan rohani dalam tradisi agama Hindu.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMudra juga adalah sebahagian dari \u00a0amalan yoga. Dalam yoga, mudra dilakukan bersamaan dengan \npranayama\n (latihan pernafasan yoga), umumnya dilakukan sambil bersila dalam gaya Wajrasana, dilakukan untuk merangsangkan pelbagai bahagian tubuh yang berkaitan dengan latihan pernafasan dan mempengaruhi aliran \u2018life force\u2019 dalam tubuh.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMudra telah digunakan di Timur sejak beribu tahun dahulu terutamanya dalam agama Buddha.\u00a0 Patung Buddha biasanya menunjukkan beberapa kedudukan jari mudra.\u00a0 Mudra digunakan dalam upacara keagamaan mereka dan ia masih lagi menjadi amalan sehingga kini sebagai salah satu cara untuk mencapai \u2018ketenangan\u2019 hidup.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMudra juga digunakan dengan tujuan kesihatan seperti untuk menghilangkan lenguh-lenguh kesakitan di tubuh badan. Biasanya ia dilakukan melalui murda dalam Yoga.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDengan kefahaman di atas maka perlakuan seorang Muslim dengan amalan mudra adalah \ntidak harus\n kerana ia merupakan amalan keagamaan agama Hindu dan Buddha.\u00a0 Orang Islam dilarang untuk menyamai amalan pengikut agama lain.\u00a0 Maksud menyerupai amalan orang kafir iaitu menyerupai dalam hal-hal yang menjadi kekhususan mereka. Ini termasuk mudra.\u00a0 Apabila suatu perkara bukan menjadi suatu ciri khusus mereka, maka orang Islam disyariatkan untuk menyelisihi sifatnya saja\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tLarangan menyerupai orang kafir termaktub dalam hadis-hadis sahih antaranya ialah:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t1. \u201cBukan termasuk golongan kami siapa yang menyerupai kaum selain kami. Janganlah kalian menyerupai Yahudi, juga Nasrani, kerana sungguh mereka kaum Yahudi memberi salam dengan isyarat jari jemari, dan kaum Nasrani memberi salam dengan isyarat telapak tangannya\u201d (HR Tirmizi, hasan)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t2. Dari Ibn Umar beliau berkata, \u201cRasulullah SAW bersabda: \u201cBarang siapa menyerupai suatu kaum maka ia termasuk sebahagian dari mereka\u201d (Hadis riwayat Abu Daud, hasan)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAntara hikmah lain larangan persamaan ini ialah jika ia dilakukan berulang-kali sehingga akhirnya ia akan membawa kepada menjadi perkara kebiasaan dan akan terikut-ikut dengan mereka.\u00a0 Jadi adalah perlu dielakkan untuk mengikuti mereka walaupun dalam perkara yang sekecil-kecilnya kerana ia merupakan pintu untuk tunduk kepada mereka.\u00a0 Dalam kaedah syariat, menutup pintu keburukan, \nsaddud dzara\u2019i\n merupakan satu kaedah yang perlu diaplikasi dalam hal ini.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAdapun gerakan jari dan tangan yang dilakukan untuk tujuan senaman, atau untuk apa-apa pergerakan lain, yang tidak ada kaitan dengan agama mereka, maka ia adalah diharuskan selagi tidak menyerupai dengan amalan keagamaam mereka.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam perselisihan pandangan cendiakawan Islam dalam isu ini, maka pandangan yang tidak mengharuskan mudra adalah terlebih sahih dengan hujah-hujah di atas.\u00a0 Salah satunya walaupun mudra dilakukan atas tujuan senaman dan kesihatan tetapi perbuatan itu mempunyai persamaan secara fizikal dengan murda yang menjadi amalan keagamaan agama Hindu dan Buddha.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A'lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "209. \nSoalan : \nPermainan Clash of Clans\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tApakah hukum jika kita terus bermain game clash of clans? Hal ini kerana ada pernyataan yg mengatakan bahawa bermain permainan ini menghina islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\tPermainan Clash of Clans merupakan satu jenis video game yang berasal daripada Helsinki, Finland.\u00a0 Ia boleh diakses secara atas talian melalui telefon pintar dan sebagainya.\u00a0 Game ini dilihat sebagai menguji minda pemain untuk membina komuniti, melatih askar dan menyerang pemain yang lain untuk mendapatkan mata ganjaran.\u00a0 Mata yang dimenangi akan digunakan sebagai modal untuk membina pertahanan daripada serangan pemain yang lain, selain melatih dan memperkukuhkan tentera.\n\n\n\n\n\r\n\t\tAda pihak yang menyatakan apabila pemain bermain di tahap 5-7 akan menjumpai gambar raja Mesir atau Firaun dan juga imej babi.\u00a0 Ini dikatakan boleh melalaikan umat Islam, memecah belahkan masyarakat, membawa penceraian suami isteri, solat lewat, tidak bermasyarakat, tidak dapat menumpukan kepada kerja, tidak mempedulikan keluarga dan pelbagai lagi.\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tSebagai panduan asas, sebarang bentuk game yang mempunyai penghinaan yang jelas terhadap agama Islam, Nabi Muhammad dan berkaitan agama maka ia adalah haram.\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tBegitu juga sebarang bentuk game yang melalaikan sehingga meninggalkan ibadat seperti sembahyang pada waktunya juga tidak harus.\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\tSebagai umat Islam kita perlu mengambil panduan ajaran Islam dalam sebarang bentuk kerja yang kita lakukan.\u00a0 Permainan game merupakan satu bentuk hiburan yang pada asalnya adalah harus.\u00a0 Walaubagaimanapun jika permainan itu melibatkan perkara-perkara yang mengharamkan seperti menghina agama dan membuatkan pemainnya lalai maka ia adalah haram dan tidak harus.\n\n\n\n\n\r\n\t\tKesimpulannya game Clash of Clans adalah harus dengan syarat tiada penghinaan terhadap agama Islam dan membuatkan orang Islam meninggalkan kewajipan seperti solat.\u00a0 Ini kerana ia merupakan satu bentuk hiburan.\u00a0 Jika semata-mata ada imej Firaun dan gambar babi, maka ia tidak menjadi sabit kepada hukum haram.\n\n\n\n\n\r\n\t\tWallahu a\u2019lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "210. \nSoalan : \nBayaran Balik Pinjaman Dua Kali Ganda\nJawapan : \n\n\nISU: \n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\tSeorang kawan telah memohon pinjaman daripada saya dan menawarkan akan membayar balik dua kali ganda jumlah itu dalam masa sebulan. Saya tidak menetapkan berapa banyak yang patut dia bayar balik tetapi beliau mahu memberi saya sedikit \u2018hadiah\u2019.\n\n\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\tPinjaman yang membawa faedah kepada pemberi pinjam adalah riba yang diharamkan. Terdapat satu kaedah yang berbunyi:\n\n\n\n\n\n\n\u0643\u064f\u0644\u0651\u064f \u0642\u064e\u0631\u0652\u0636\u064d \u062c\u064e\u0631\u0651\u064e \u0645\u064e\u0646\u0652\u0641\u064e\u0639\u064e\u0629\u064b \u0641\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0631\u0650\u0628\u064b\u0627\n\r\n\tMaksud: \u201cSetiap pinjaman yang memberi manfaat (kepada pemberi pinjam), maka ia adalah riba\u201d.\n\n\n\n\n\r\n\tAl-Sh\u012br\u0101z\u012b mengatakan bahawa kaedah tersebut disepakati oleh seluruh orang Islam (Al-Muhadhdhab, 5/452).\n\r\n\tIni kerana di dalam Syariah, pinjaman (akad Qard) termasuk di dalam kategori \u2018Akad-akad Ihsan\u2019 iaitu kontrak berbentuk\u00a0 kebajikan dan bantuan semata-mata, justeru tidak dibenarkan mengambil faedah daripada pemberian pinjaman.\n\n\n\n\n\r\n\tPengharaman mengenakan faedah ke atas pinjaman adalah merangkumi sama ada faedah tersebut disyaratkan ketika pinjaman dibuat ataupun dijanjikan ketika pinjaman dibuat. Bayaran lebih tersebut adalah riba yang diharamkan dalam Islam, sekalipun ia dinamakan sebagai \u2018hadiah\u2019.\n\n\n\n\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "211. \nSoalan : \nTelefon Bimbit Bersadur Emas\nJawapan : \n\n\nISU: \n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\tApakah hukum lelaki memakai telefon bimbit yang bersadur emas 24 karat?\n\n\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\tIslam mengharamkan ke atas umatnya sama ada lelaki ataupun wanita menggunakan peralatan yang diperbuat daripada emas ataupun perak. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi Sallallahu Alahi Wasallam:\n\n\n\n\n\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0634\u0652\u0631\u064e\u0628\u064f\u0648\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0622\u0646\u0650\u064a\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0630\u0651\u064e\u0647\u064e\u0628\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0641\u0650\u0636\u0651\u064e\u0629\u0650\u060c \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0623\u0652\u0643\u064f\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0641\u0650\u064a \u0635\u0650\u062d\u064e\u0627\u0641\u0650\u0647\u064e\u0627\n\r\n\tMaksudnya: \u201cJangan kamu minum dalam bekas emas dan perak, dan jangan kamu makan dalam pinggan daripadanya\u201d. (Riwayat al-Bukhari, 7/77 dan Muslim, 3/1638).\n\n\n\n\n\r\n\tHukum pengharaman ini disepakati oleh seluruh ulama sebagaimana nukilan Imam Nawawi, \u201cUmat Islam telah ijmak tentang pengharaman makan, minum dan penggunaan-penggunaan lain terhadap bekas emas dan perak\u201d (Al-Majmuk, 1/250).\n\n\n\n\n\r\n\tWalau bagaimanapun, dalam kes bekas atau peralatan yang tidak diperbuat daripada emas tetapi hanya disadur dengan emas, terdapat beberapa pandangan ulama mengenainya.\n\n\n\n\n\r\n\tMajoriti ulama termasuk mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie berpendapat bahawa peralatan yang diperbuat bukan daripada emas atau perak tetapi hanya disadur dengan emas atau perak adalah \nharus digunakan, dengan syarat kadar saduran tersebut sedikit\n. Tahap sedikit yang dibenarkan adalah berbeza antara mazhab.\n\n\n\n\n\r\n\tDalam mazhab Syafie, kadar sedikit yang dibenarkan ialah sekiranya peralatan tersebut dibakar di atas api, saduran emas atau perak tersebut tidak terkumpul. Jika sekiranya saduran emas atau perak boleh terkumpul jika dibakar di atas api, maka peralatan tersebut tidak dibenarkan (Al-Nawawi, 1/260).\n\n\n\n\n\r\n\tBerbalik kepada soalan, telefon bimbit diberikan hukum yang sama dengan peralatan, kerana ia adalah sejenis gajet yang digunakan. Ia tidak boleh disamakan dengan barang perhiasan. Justeru, berdasarkan kepada perincian hukum peralatan yang disadur dengan emas atau perak, maka hukum menggunakan telefon bimbit yang disadur dengan emas sama ada bagi lelaki atau wanita hendaklah dilihat kepada kadar saduran padanya. Sekiranya saduran emas itu banyak sehingga boleh terkumpul jika dibakar di atas api, maka hukumnya adalah haram. Tetapi jika sekiranya saduran emas itu sedikit, maka pendapat yang sahih adalah harus.\n\n\n\n\n\r\n\tWallahu A\u2019lam.\n\n\n Baca Selanjutnya" "212. \nSoalan : \nHubungan Anak Luar Nikah Dengan Bapa Biologi\nJawapan : \n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t1) Dalam link \nwww.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/anak-tak-sah-taraf-1\n. Apa yang dimaksudkn dengan anak yang lahir kurang daripada 6 bulan melalui nikah yang sah, nasabnya tidak bersambung kepada suami kepada ibu yang melahirkan?.....adakah anak tersebut dikira sebagai bukan anak lelaki tersebut?...jadi jika lelaki tersebut tidak kahwin dengan perempuan yang melahirkan itu, adakah halal jika lelaki tersebut berkahwin dengan anak luar nikahnya itu walaupun telah terbukti anak luar nikah itu adalah anak kandungnya melalui ujian DNA?\n\n\n\n\n\r\n\t\t2) Apabila seorang lelaki dan perempuan berzina sehingga perempuan tersebut melahirkan anak dari lelaki tersebut. Adakah lelaki tersebut tidak berdosa apabila tidak memberi nafkah kepada anak luar nikahnya? Sedangkan anak tersebut telah terbukti anak kandungnya melalui ujian DNA.\n\n\n\n\n\r\n\t\t3) Jika sebuah keluarga kafir dan mempunyai anak dan beberapa tahun kemudian mereka memeluk agama Islam sekeluarga, adakah anak yang mereka miliki itu tidak dikira sebagai anak kepada bapa kandungnya? Kerana mungkin perkahwinan ibubapanya semasa mereka masih kafir adalah tidak sah disisi agama Islam.\n\n\n\n\n\r\n\t\t4) Tidakkah fatwa di www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/anak-tak-sah-taraf-1 telah menghalalkan yang haram kerana menyatakan anak luar nikah tersebut bukanlah nasab lelaki tersebut, dengan itu mestilah halal bagi lelaki tersebut berkahwin dengan anak kandungnya yang telah terbukti melalui ujian DNA hanya kerana anak tersebut adalah anak luar nikah.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\n\n\n\nIsu 1:\n\n\n\n\n\r\n\t\tBapa biologi bermaksud, seorang lelaki yang berzina dengan seorang perempuan dan kemudian perempuan itu mengandung hasil perbuatan zina tersebut, Walaupun terbukti secara DNA anak itu mempunyai baka dengan lelaki tersebut, namun \ndia bukan bapa yang sah menurut hukum Syarak\n. Oleh itu, \nanak tersebut tidak boleh di\u2019bin\u2019 atau \u2018binti\u2019kan kepada lelaki (bapa biologi)\n itu. Bapa biologi bukan bapa yang sah, maka jika lelaki itu berkahwin dengan ibu kepada anak luar nikahnya itu, maka hubungan lelaki itu dengan anak tersebut adalah \nbapa tiri\n. Tetapi jika selepas berzina, lelaki dan perempuan itu tidak berkahwin, maka tiada hubungan mahram antara lelaki tersebut dengan anak luar nikahnya. Maka tiada halangan daripada Syarak untuk mereka berkahwin.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPenjelasan:\n\n\n\n\n\r\n\t\tFirman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 5, \"Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber\"bin\"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri. Cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai \"maula-maula\" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah maha pengampun, lagi maha mengasihani.\" Ayat ini secara jelas menyatakan tentang kepentingan nasab dalam Islam.\n\n\n\n\n\r\n\t\tNasab merupakan salah satu nikmat yang Allah kurniakan hasil daripada hubungan perkahwinan yang disyariatkan. Nikmat nasab adalah berdasarkan ketaatan, bukan atas dasar maksiat. Oleh itu, nasab tidak layak diberikan kerana zina (al-Syafi'i, Muhammad bin Idris, Ahkam al-Qur'an, sunt. 'Abd al-Ghani 'Abd al-Khaliq, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah, 1980, jil. 2, hlm. 189).\n\n\n\n\n\r\n\t\tPara ulama sepakat (ijma') mengatakan bahawa penasaban anak tak sah taraf kepada ibunya adalah penasaban yang diakui Syarak (Lihat: Ibn Nujaym, al-Bahr al-ra'iq, jil. 4, hlm. 251; Ibn 'Abd al-Bar, Yusuf bin 'Abd Allah bin Muhammad al-Qurtubi, al-Istizkar, Dimashq: Dar Qutaibah, 1993, jil. 17, hlm. 231; al-Baji, Sulayman bin Khalaf bin Sa'ad bin Ayyub, al-Muntaqa syarh al-muwatta', sunt. Muhammad 'Abd al-Qadir 'Ata, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah, 1999, jil. 5, hlm. 342; al-Nawawi, al-Majmu', jil. 19, hlm. 199; al-Sayyid al-Bakri, Abu Bakr, I'anah al-tolibin, Beirut: Dar al-Turath al-'Arabi, t.th., jil. 2, hlm. 128; Ibn Hazm, Abu Muhammad 'Ali bin Ahmad bin Sa'id al-Zohiri, al-Muhalla syarh al-mujalla, sunt. Ahmad Muhammad Syakir, Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi, 2001, jil. 10, hlm. 323; Husayn, Ahkam walad al-zina, hlm. 59)\n\n\n\n\n\r\n\t\tManakala penasaban anak tak sah taraf kepada lelaki yang berzina dengan ibu anak itu adalah dilarang. A'isyah melaporkan, Nabi saw bersabda: \"Nasab anak itu adalah untuk bapa yang sah, manakala penzina dihalang daripada dinasabkan anak kepadanya.\" Hadis direkod oleh Imam al-Bukhari. Hadis dengan jelas menyatakan bahawa nasab anak hanyalah untuk bapa; iaitu lelaki yang bernikah secara sah dengan ibu anak tersebut dan anak itu adalah hasil percantuman benih antara pasangan tersebut. Manakala Nabi menyatakan, penzina dihalang daripada dinasabkan anak kepadanya (Lihat: Ibn Muflih, Abu 'Abd Allah Muhammad, al-Furu', Beirut: 'Alam al-Kutub, 1985, jil. 5, hlm. 526; al-Jassas, Abu Bakr Ahmad bin 'Ali al-Razi, Ahkam al-Qur'an, sunt. 'Abd al-Salam Syahin, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah, 1994, jil. 3, hlm. 396; Husayn, Ahkam walad al-zina, hlm. 65-66).\n\n\n\n\n\r\n\t\tImam al-Syafi\u2019i menjelaskan dalam kitab \u2018al-Umm\u2019, \u201cJika seseorang lelaki berzina dengan seorang perempuan, lalu perempuan itu melahirkan anak perempuan, maka lelaki itu boleh berkahwin; sama ada dengan perempuan itu atau anak perempuannya. Kerana Allah menjadikan hubungan mahram itu berasaskan perkahwinan yang halal.\u201d\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nIsu 2:\n\n\n\n\n\r\n\t\tBapa biologi \ntidak wajib memberikan nafkah\n kepada anak luar nikahnya, kerana dia bukan bapa yang sah. Oleh kerana, anak luar nikah dinasabkan kepada ibunya, maka ibu yang bertanggungjawab memberik nafkah kepada anak tersebut.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nIsu 3:\n\n\n\n\n\r\n\t\tPasangan bukan Islam yang telah berkahwin serta mereka mempunyai anak, kemudian mereka sekeluarga memeluk Islam, maka perkahwinan yang dilakukan dalam agama asal mereka itu \ndiiktiraf oleh Islam dan anak mereka adalah anak yang sah.\n Ini dibuktikan dengan tindakan Nabi Muhammad saw, bahawa baginda tidak pernah mengarahkan pasangan bukan Islam yang baru menganut Islam untuk bernikah semula dalam agama Islam. Seperti keislaman Saidina Abu Bakar dan Umar, di mana Nabi Muhammad saw tidak mengarahkan mereka untuk bernikah semula dan anak yang mereka perolehi sebelum mereka Islam adakah diakui anak yang sah. Ini sekiranya perkahwinan yang dilakukan dalam agama asal itu menepati syarat perkahwinan dalam agama tersebut.\n\n\n\n\n\r\n\t\tNamun, sekiranya dibuktikan bahawa anak yang diperolehi oleh pasangan bukan Islam yang kemudiannya masuk Islam, adalah anak hasil zina, maka Nabi Muhammad saw tidak mengiktiraf nasab anak tersebut kepada bapa biologinya. Ini merujuk kepada hadis:\n\n\n\n\n\r\n\t\tAbdullah bin 'Amr bin al-'As melaporkan, \"Semasa berlaku pembukaan kota Mekah pada zaman Rasulullah saw, datang seorang lelaki seraya berkata, 'Sesungguhnya si fulan itu anak aku kerana semasa jahiliyah dahulu aku telah berzina dengan ibunya.' Lalu Rasulullah saw bersabda, 'Tiada hujah dalam Islam apa yang telah berlaku pada zaman jahiliyah. Nasab anak adalah untuk bapanya yang sah, manakala bagi penzina, dihalang daripada dinasabkan anak kepadanya.'\" Hadis hasan sahih direkod oleh Imam Abu Daud\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nIsu 4:\n\n\n\n\n\r\n\t\tHukum dan fatwa berkaitan hubungan bapa biologi dengan anak luar nikahnya sebagai bukan mahram dan boleh berkahwin, \ntidak termasuk dalam hukum menghalalkan yang haram\n. Abdullah bin 'Amr bin al-'As melaporkan, \"Semasa berlaku pembukaan kota Mekah pada zaman Rasulullah saw, datang seorang lelaki seraya berkata, 'Sesungguhnya si fulan itu anak aku kerana semasa jahiliyah dahulu aku telah berzina dengan ibunya.' Lalu Rasulullah saw bersabda, 'Tiada hujah dalam Islam apa yang telah berlaku pada zaman jahiliyah. Nasab anak adalah untuk bapanya yang sah, manakala bagi penzina, dihalang daripada dinasabkan anak kepadanya.'\" Hadis hasan sahih direkod oleh Imam Abu Daud.\n\n\n\n\n\r\n\t\tBerpandukan kepada hadis ini, \nNabi Muhammad saw tidak mengiktiraf anak luar nikah itu sebagai anak lelaki yang mendakwa tersebut\n. Walaupun lelaki itu mengaku dia yang menyebabkan kelahiran anak tersebut. Apabila Nabi Muhammad saw tidak mengiktiraf lelaki itu sebagai bapa yang sah, sekiranya anak luar nikah itu adalah anak perempuan, maka hubungan lelaki itu dengan anak perempuan itu adalah bukan mahram.\n\n\n\n\n\r\n\t\tKesimpulannya, hubungan mahram (haram berkahwin) kerana keturunan tidak wujud sekiranya kelahiran anak atas dasar perzinaan.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahua'lam.\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "213. \nSoalan : \nMemasak Bukan Tanggungjawab Isteri\nJawapan : \n\n\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya mempunyai beberapa kemusykilan berkenaan tanggungjawab suami dan isteri setelah pernikahan.\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\r\n\t\t1) Menurut apa yang saya faham, tanggungjawab menyediakan nafkah seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal adalah tanggungjawab suami.\u00a0 Kebanyakan suami yang mengikut adat di timur menyediakan bahan mentah yang tidak sedia dimakan kemudian menyuruh atau mengharapkan isteri memasak. Lebih menyukarkan isteri apabila suami hanya memberi wang dan membiarkan isteri membeli dan memasak makanan. Semua urusan tersebut memerlukan tenaga dan masa yang banyak. Pada pendapat saya, bahan mentah yang belum dimasak masih belum boleh dianggap makanan. Bukankah itu sama seperti suami tidak menjalankan tanggungjawab menyediakan nafkah makanan?\n\n\n\n\n\r\n\t\t2) Saya berpandangan bahawa suami sepatutnya membeli makanan yang siap dimasak atau membeli bahan mentah yang kemudiannya dimasak oleh suami untuk keluarga. Tambahan pula sekiranya isteri berasa terbeban dengan tugas memasak tersebut. Adakah memasak merupakan tanggungjawab mutlak seorang isteri di mana sekiranya isteri menolak untuk memasak dikira derhaka dan berhak ditalakkan?\n\n\n\n\n\r\n\t\t3) Hal ini adalah kerana, saya memandang tanggungjawab isteri adalah untuk taat kepada suami. Adakah perlu isteri taat apabila suami menyuruh isteri memasak ( sekiranya benar memasak bukan tanggungjawab isteri sebaliknya tanggungjawab suami)? Saya pernah membaca bahawa memasak, mengemas rumah adalah pilihan yang dilakukan isteri atas budi bicaranya dan bukan tanggungjawab mutlak. Mohon pencerahan.\n\n\n\n\n\r\n\t\t4) Sekiranya benar bahawa menyediakan makanan siap dimakan adalah tanggungjawab suami dan memasak bukan tanggungjawab mutlak isteri, apakah hukum suami memaksa isteri memasak dan marah apabila isteri tidak memasak? (mohon abaikan soalan ini sekiranya kenyataan pertama dalam soalan ini adalah salah bermakna isteri wajib memasak untuk suami)\n\n\n\n\n\r\n\t\t5) Apakah hukum sekiranya isteri tidak melakukan kerja rumah (memasak, mengemas rumah, dan sebagainya) kerana letih bekerja? Kebanyakan isteri tidak dapat melakukan kerja rumah di samping melayan kehendak biologi suami dan mendidik anak dalam satu tempoh yang sama dan panjang. Wanita juga sebagai muslim wajib menuntut ilmu yang memerlukan tenaga dan masa. Ditambah pula sekiranya suami tidak mampu menyampaikan ilmu kepada isteri, wanita berhak keluar mencari ilmu. Mungkin ada wanita yang mampu melakukan semua itu dalam masa yang sama tetapi jumlah mereka sangat sedikit. Hal ini demikian kerana setiap individu mempunyai tahap kekuatan fizikal, mental, emosi dan rohani yang berbeza. Saya sangat jelas bahawa keluar mencari nafkah bukanlah tanggungjawab isteri. Namun, dalam keadaan ekonomi yang sempit, di mana sekiranya isteri tidak menambah pendapatan suami, maka anak-anak akan hidup kesempitan sehingga tidak mendapat hak mereka seperti pendidikan dan kesihatan, isteri terpaksa membantu suami. Selain itu, sesetengah pekerjaan yang sememangnya memerlukan tenaga pekerja wanita sebagai contoh doktor sakit puan menyebabkan wanita berasa bertanggungjawab terhadap umat. Sekiranya mereka berhenti bekerja, kebanyakan isteri bersalin akan dirawat oleh doktor lelaki. Hal ini jelas menjadi isu dalam negara kita. Di samping itu, kebanyakan wanita tetap bekerja atas sebab tidak mahu mengecewakan ibu bapa yang telah menghabiskan banyak tenaga, masa dan wang demi membiayai pengajian mereka untuk menjadikan siapa mereka hari ini. Wanita tersebut boleh jadi seorang doktor, jurutera, akauntan dan sebagainya. Memang benar bahawa keutamaan tanggungjawab isteri adalah kepada suami dan anak-anak, tetapi hal berkaitan kekeliruan yang saya ketengahkan menyebabkan wanita berfikir berkali-kali sebelum bersetuju untuk berkahwin. Hasilnya, ramai 'anak dara tua' yang takut dengan perkahwinan. Sedangkan pernikahan sangat dianjurkan supaya dapat meramaikan umat Rasulullah agar mereka mampu menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Malah umat sangat memerlukan golongan professional dan bijak pandai dalam bidang akademik dan agama untuk mendidik generasi Muslim kini.\n\n\n\n\n\r\n\t\tSetakat itu sahaja soalan saya buat masa ini. Mohon pencerahan buat diri saya yang sememangnya masih kurang ilmu. Maaf sekiranya pihak tuan berpendapat bahawa saya bertanyakan soalan ini kerana malas atau takut dengan tanggungjawab seorang isteri. Namun sebenarnya saya hanya mahukan kepastian atas kemusykilan saya.\n\n\n\n\n\r\n\t\tSaya yakin bahawa Islam adalah agama syumul dan universal. Islam tidak menyusahkan namun kita tidak boleh ambil mudah dengan hukum hakam Islam. Saya melihat ibu dan saudara mara wanita yang berasa penat dan terseksa melayan kehendak suami yang mahu dilayan setelah penat bekerja. Hal ini atas alasan atau kenyataan bahawa mereka penat mencari rezeki. Sedangkan mereka seolah-olah lupa bahawa isteri mereka juga penat bekerja menambah pendapatan selain perlu melayan keperluan biologi suami dan mendidik anak-anak yang sememangnya memerlukan kekuatan mental, fizikal, emosi dan rohani.\n\n\n\n\n\r\n\t\tMereka mengatakan bahawa isteri perlu mengikut jejak isteri-isteri Rasulullah melayan suami. Saya sangat bersetuju dalam hal ini. Namun, saya berpendapat bahawa suami telah terlepas pandang bahawa pernah Rasulullah pulang dan tiada makanan di rumah. Baginda tidak marahkan isteri sebaliknya mengatakan kepada isteri bahawa Baginda berpuasa pada hari tersebut. Kisah ini menunjukkan bahawa memarahi isteri kerana tidak menyediakan makanan tidak pernah dilakukan Rasulullah.\n\n\n\n\n\r\n\t\tSuami hari ini juga membandingkan isteri mereka dengan isteri Rasulullah tetapi seolah-olah lupa membandingkan diri mereka dengan Baginda. Rasulullah dilayan mesra oleh isteri setelah penat berdakwah dan berperang menegakkan Islam sedangkan jumlah suami hari ini yang melakukan apa yang Baginda telah lakukan amat sedikit. Ya, suami keluar bekerja, wanita juga bekerja. Justeru, suami juga seharusnya meringankan beban isteri sebagaimana isteri meringankan beban suami melengkapkan keperluan hidup.\n\n\n\n\n\r\n\t\tMaaf sekali lagi sekiranya soalan saya turut disertakan dengan penjelasan yang mungkin kurang bernas bagi pihak tuan. Saya cuma hairan mengapa tiada seorang pun yang menyatakan hal ini sedangkan inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita. Apabila isteri terlalu letih melakukan sesuatu yang bukan tanggungjawab dan di luar batas kemampuan mereka, pelbagai masalah umat timbul. Kerana wanita juga adalah Muslim yang mempunyai tanggungjawab menjadi khalifah atas muka bumi dan tidak kurang penting dalam berkhidmat menegakkan syiar Islam.\n\n\n\n\n\r\n\t\tIsteri tidak mampu memenuhi keperluan biologi suami akibat terlalu letih menguruskan rumah tangga mengakibatkan zina dan perceraian. Seterusnya anak-anak terpaksa menanggung tekanan emosi malah ada yang didera oleh ibu atau bapa yang tertekan dengan masalah rumah tangga mereka.Rosaklah pembangunan anak tersebut dan lahir pula anak yang tidak sah taraf.\n\n\n\n\n\r\n\t\tIsteri yang kepenatan juga tidak mampu memberi perhatian kepada anak-anak. Hasilnya, anak-anak yang sepatutnya menjadi tonggak umat berpeleseran di kedai mamak, disko selain merempit di jalan raya. Rosaknya anak-anak muda kita menjurus kepada kerosakan umat Islam yang lebih besar. Jauh sekali untuk membicarakan soal menyelamatkan Aqsa, membela Rohingya dan sebagainya.\n\n\n\n\n\r\n\t\tTerlalu banyak masalah umat kita yang bukan sahaja perlu difikirkan malah perlu diselesaikan. Saya percaya bahawa setiap penyelesaian perlu bermula dengan penambahbaikan diri sendiri diikuti institusi kekeluargaan, masyarakat seterusnya negara atau kerajaan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tSegala usaha pihak tuan saya dahului dengan sekalung penghargaan. Sekian, terima kasih\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\n\n\r\n\t\t1) Tanggungjawab suami memberikan nafkah kepada isteri iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Makanan yang dimaksudkan ialah makanan yang boleh terus dimakan oleh isteri. Bukan menjadi tanggungjawab isteri untuk memasak. Namun, \nsekiranya suami meminta isteri memasak dan ia tidak bercanggah dengan mana-mana hukum Islam\n, maka isteri perlu mentaati permintaan suami.\n\n\n\n\n\r\n\t\t2) Isteri yang enggan memasak \ntidak dianggap derhaka (nusyuz)\n dan tidak boleh menjadi sebab untuk diceraikan oleh suami.\n\n\n\n\n\r\n\t\t3) Walaupun memasak atau mengemas rumah bukan tanggungjawab isteri, namun sekiranya suami meminta isteri melakukannya dan ia \ntidak bercanggah\n dengan mana-mana hukum Islam, maka isteri perlu mentaati permintaan suami.\n\n\n\n\n\r\n\t\t4) Suami \ntidak boleh memaksa isteri memasak dan tidak boleh memarahinya\n sekiranya isteri tidak mahu memasak.\n\n\n\n\n\r\n\t\t5) Isteri yang tidak mampu melakukan kerja rumah (memasak, mengemas rumah, dan sebagainya) kerana letih bekerja, \nperlu berbincang secara harmoni dengan suami\n. Menjadi tanggungjawab suami, untuk menyediakan pembantu rumah bagi melakukan kerja rumah, sekiranya isteri memintanya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPenjelasan:\n\n\n\n\n\r\n\t\tIsteri biasanya dibebankan dengan kerja-kerja rumah seperti mengemas rumah, memasak, membasuh baju, dan sebagainya. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Sehingga apabila ada isteri yang tidak mahu melakukan kerja-kerja tersebut dianggap sebagai \u2018nusyuz\u2019 oleh suami. Namun persoalan yang timbul, adakah isteri diwajibkan oleh Syarak untuk melakukan kerja-kerja tersebut? Bolehkah suami menuntut di mahkamah untuk menghukum isteri yang tidak mahu melakukannya?\n\n\n\n\n\r\n\t\tMenurut ulamak bermazhab Syafii, \nisteri tidak wajib\n melakukan perkara-perkara tersebut. Imam Abu Ishak asy-Syirazi; seorang ulamak bermazhab Syafii menjelaskan dalam bukunya \u2018al-Muhazzab\u2019, \u201cIsteri tidak wajib melakukan perkara berikut untuk suaminya, seperti membuat roti, mengisar tepung, memasak, membasuh pakaian dan sebagainya. Ini disebabkan perkara yang diwajibkan dalam akad nikah ialah isteri melayan suaminya, dan tidak diwajibkan melakukan perkara yang lain.\u201d\n\n\n\n\n\r\n\t\tSyeikh al-Muti\u2019i; seorang ulamak kontemporari bermazhab Syafii, menjelaskan dalam buku \u2018Takmilah al-majmu\u2019 syarah al-muhazzab\u2019, \u201cIsteri tidak wajib berkhidmat untuk suami atau rumah, kerana perkara yang diwajibkan dalam akad nikah ialah isteri melayan suami. Namun begitu, \nkerja-kerja rumah yang dilakukan oleh isteri ada sandaran daripada Syarak\n, sebagaimana hadis yang dilaporkan oleh Jabir dan direkodkan oleh Imam Ahmad, al-Bukhari dan Muslim. Jabir melaporkan, \u2018Rasulullah bertanya kepada saya, \u2018Adakah saudara sudah berkahwin?\u2019 Saya menjawab, \u2018Ya.\u2019 Baginda bertanya lagi, \u2018Saudara berkahwin dengan gadis atau janda?\u2019 Saya menjawab, \u2018Dengan janda.\u2019 Baginda berkata lagi, \u2018Kenapa saudara tidak berkahwin dengan gadis agar saudara boleh berseronok dengannya dan dia boleh berseronok dengan saudara?\u2019 Saya menerangkan, \u2018Wahai Utusan Allah. Ayah saya terbunuh dalam Perang Uhud. Dia meninggalkan sembilan orang anak perempuan. Saya tidak suka jika isteri saya gadis muda seusia adik beradik saya itu. Tetapi saya perlukan seorang isteri yang dapat menguruskan kehidupan mereka.\u2019 Baginda berkata, \u2018Saudara melakukan perkara yang betul.\u2019 Hadis ini menjelaskan, jika seseorang itu berkahwin agar isterinya itu dapat membantu menguruskan hal ehwal bapa si suami, adik beradik atau ahli keluarga suami yang lain, maka ia tidak menjadi kesalahan, walaupun ia tidak diwajibkan atas isteri tersebut. \nIa dibenarkan jika adat setempat biasa dengan perbuatan tersebut\n. Oleh sebab itu, Nabi Muhammad tidak menghalang perbuatan Jabir itu.\u201d\n\n\n\n\n\r\n\t\tOleh itu, menurut ulamak bermazhab Syafii, urusan rumahtangga selain melayan suami, tidak diwajibkan atas seseorang isteri.\u00a0 \nIa hanyalah satu galakan untuk dilakukan oleh seseorang isteri\n. Ini bermakna, suami tidak boleh memaksa isteri untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas dan sebagainya. Isteri pula tidak boleh dianggap nusyuz jika tidak mentaati arahan suami untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Begitu juga, pihak mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menuntut isteri melakukan perkara tersebut, jika kes itu diadukan oleh suami kepada Hakim.\n\n\n\n\n\r\n\t\tBahkan \nIslam membenarkan isteri menuntut kepada suami agar menyediakan pembantu rumah untuk melakukan kerja-kerja rumah\n. Hal ini merujuk kepada kebiasaan isteri semasa belum berkahwin. Jika isteri berasal daripada keluarga berada yang biasa mempunyai pembantu rumah dan si isteri tidak biasa melakukan kerja-kerja rumah, maka suami bertanggungjawab menyediakan pembantu rumah untuk isterinya. Para ulamak menyatakan, \nmenyediakan pembantu rumah adalah termasuk dalam nafkah yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri.\n\n\n\n\n\r\n\t\tWalaupun Islam tidak mewajibkan isteri melakukan kerja-kerja rumah dan berhak menuntut seorang pembantu rumah daripada suami, namun \nIslam amat menggalakkan agar isteri dengan rela dan ikhlas melakukan kerja-kerja tersebut\n. Pada suatu hari, Saidatina Fatimah berjumpa dengan ayahnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Fatimah mengadu kepada ayahnya kerana terlalu penat melakukan kerja-kerja rumah. Beliau menunjukkan tangannya yang pecah-pecah kerana mengisar tepung. Beliau meminta daripada ayahnya agar diberikan kepadanya seorang wanita yang ditawan ketika perang untuk dijadikan pembantu rumah. Nabi Muhammad berkata kepada anaknya, \u201cMahukah kamu, ayah tunjukkan satu amalan yang lebih baik daripada mendapat seorang pembantu rumah? Ketika kamu hendak tidur, maka bacalah tasbih (subhanallah) tiga puluh tiga kali. Bacalah tahmid kepada Allah (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali. Bacalah takbir kepada Allah (Allahuakbar) tiga puluh tiga kali.\u201d Hadis sahih direkodkan oleh Imam al-Bukhari.\n\n\n\n\n\r\n\t\tHadis ini secara jelasnya menunjukkan, \nalangkah baiknya jika para isteri dengan rela hati melakukan kerja-kerja rumah untuk suami mereka. Walaupun penat melakukan kerja-kerja tersebut, namun pahala yang disediakan oleh Allah untuk para isteri amat besar.\n Dalam hadis tersebut Nabi Muhammad s.a.w. memberikan tips kepada isteri yang seharian penat melakukan kerja-kerja rumah untuk berzikir sebelum tidur. Dengan mengamalkan zikir-zikir tersebut dengan penuh khusyuk kepada Allah, akan menghilangkan segala kepenatan.\n\n\n\n\n\r\n\t\tImam at-Tobari menjelaskan maksud kisah Fatimah itu dalam buku tafsirnya, \u201cHadis tersebut menerangkan, seseorang isteri yang mampu melakukan kerja-kerja rumah seperti membuat roti, menguli tepung atau sebagainya, maka tidak wajib untuk suami menyediakan pembantu rumah.\u201d\n\n\n\n\n\r\n\t\tAsma\u2019 binti Abu Bakar; kakak ipar Nabi Muhammad melaporkan, \u201cZubair berkahwin dengan saya dalam keadaan beliau tidak mempunyai apa-apa harta atas muka bumi ini. Juga tidak memiliki walau seorang pembantu. Yang beliau miliki hanyalah beberapa ekor kuda. Kerja saya ialah memberI makan kuda-kudanya, mengambil air di perigi, dan membersihkan najis-najis kuda. Saya tidak pandai memasak roti. Jiran-jiran saya daripada kalangan wanita Ansar yang membantu saya membuat roti. Mereka adalah wanita yang baik-baik. Saya juga biasa mengangkut bakul berisi biji buah-buahan di atas kepala saya untuk makanan kuda.Biji buah-buahan itu saya ambil daripada kebun yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Zubair. Pada suatu hari, saya terserempak dengan Rasulullah s.a.w. Ketika itu saya sedang menjunjung bakul yang berisi biji buah-buahan. Bersama-sama Rasulullah pada ketika itu ada beberapa orang lelaki Ansar. Rasulullah s.a.w. menyapa saya, \u2018Alahai kasihannya.\u2019 Lalu baginda mengajak saya menaiki binatang tunggangan bersama baginda. Saya berasa malu untuk berjalan bersama-sama dengan lelaki. Saya teringat kepada Zubair dan sifat cemburunya. Beliau memang seorang yang sangat kuat cemburunya. Rasulullah tahu bahawa saya merasa malu untuk turut sama dengan baginda. Baginda pun meneruskan perjalanan. Setiba di rumah, saya menceritakan kepada suami saya; Zubair, \u2018Tadi saya bertemu dengan Rasulullah. Di atas kepala saya, saya sedang menjunjung bakul yang berisi biji buah-buahan. Bersama-sama dengan baginda ada beberapa orang lelaki Ansar. Baginda mempelawa saya untuk menunggang bersama-sama dengannya. Saya merasa malu dan saya pun teringat sifat cemburu abang itu.\u2019 Zubair menjawab, \u2018Demi Allah. Sebenarnya abang lebih kasihankan dinda menjunjung bakul berisi biji buah-buahan itu berbanding cemburu abang jika dinda menumpang tunggangan Nabi Muhammad itu.\u2019 Asma\u2019 menjelaskan lagi, \u2018Begitulah rutin hidup saya, sehinggalah ayah saya; Abu Bakar, menghadiahkan kepada saya seorang pembantu untuk menguruskan kuda-kuda milik suami saya itu. Pemberian ayah saya itu ibarat telah memerdekakan saya daripada kerja-kerja tersebut.\u2019\u201d Laporan sahih direkodkan oleh Imam Bukhari.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahua'lam\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "214. \nSoalan : \nBaju Bercetak Unsur Keagamaan\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSaya baru 2 tahun menceburi bidang pencetakkan baju ni. Saya nak tanya apa hukum sekiranya kita mencetak baju yang ada unsur keagamaan terutama selain agama Islam itu sendiri.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tMencetak baju yang mempunyai unsur agama Islam untuk tujuan dijual adalah harus pada asalnya.\u00a0 Ia harus jika boleh membawa kepada menegakkan syiar agama Islam dalam diri manusia dan masyarakat.\u00a0 Walaupun begitu jika mencetak unsur agama Islam yang boleh membawa maksud sebaliknya iaitu merendahkan martabat dan kesucian Islam, maka ia tidak diharuskan seperti mencetak ayat al-Quran pada baju kerana dikhuatiri akan membawa kepada mencemar kesucian ayat al-Quran apabila si pemakai baju berkenaan masuk ke tempat bernajis seperti tandas dan seumpamanya.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDi dalam al-Quran, Allah melarang kita bermuamalah dan membantu dalam perkara dosa.\u00a0 Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2, maksudnya: \n\"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan\u201d.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBegitu juga mencetak baju yang mempunyai unsur agama lain adalah tidak harus kerana ia boleh meningkatkan syiar agama tersebut.\u00a0 Ia seolah-olah memberi pengiktirafan kepada agama berkenaan di dalam masyarakat.\u00a0 Jika mencetak lambang agama berkenaan membawa kepada promosi dan dakwah kepada agama berkenaan, maka ia tidak harus bahkan haram sama-sekali.\u00a0 Ia juga seolah-olah merendahkan status agama Islam yang sudah tentu lebih tinggi daripada agama lain.\u00a0 Ini berdasarkan kepada satu hadis nabi SAW yang menyatakan, maksudnya: \u201cIslam itu tinggi dan tidak ada yang mengalahkan ketinggiannya.\u201d (Hadis riwayat Ad-Daruquthni).\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tApabila memakai baju cetakan lambang agama lain, walaupun apa alasannya, menunjukkan seolah-olah mengagungkan dan memuliakan lambang agama lain itu. Ia boleh menjurus kepada perlakuan syirik. Jelasnya, baju atau pakaian yang mempamerkan lambang agama lain dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u201cSetiap jual beli yang menolong kemaksiatan, hukumnya haram\u201d (Lihat Imam Syaukani, Nailul Authar, [Beirut : Dar Ibn Hazm], 2000, hal. 1035-1036)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBerdasarkan kaedah itu, mencetak baju dengan lambang agama Islam yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam, dan juga mencetak baju dengan lambang selain Islam pada masa kini adalah tidak harus kerana apabila ia dipakai oleh orang awam apalagi orang Islam maka ia mendatang fitnah kepada masyarakat dan seolah-olah memberi pengiktirafan kepada agama berkenaan serta menyebarkan syiar agama berkenaan kepada orang ramai.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A'lam\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "215. \nSoalan : \nAl-Quran Al-Mumayyaz\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBolehkan al Quran al-Mumayyaz dari Indonesia digunakan di Malaysia?\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAl-Quran merupakan kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk membawa rahmat sekelian alam.\u00a0 Membacanya merupakan satu ibadat dan penyampaiannya sehingga kini adalah secara mutawatir.\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAllah SWT telah menjamin bahawa al-Quran akan dipelihara dari sebarang perubahan dan penyelewengan.\u00a0 Dengan itu masyarakat tidak perlu bimbang dengan kesahihan al-Quran. Allah SWT berfirman: \nSesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya (Al-Hijr : 9)\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAl-Quran Mumaiyyaz merupakan sebuah bentuk al-Quran. Ia mengandungi informasi tambahan yang bertujuan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat membaca dan mempelajari al-Quran dari pelbagai aspek seperti memahami makna dan mempelajari bacaan.\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAntara ciri al-Quran Mumaiyaz ialah ia lengkap 30 juzuk dengan terjemahan, ada transliterasi rumi (sesuai untuk bantuan belajar), indeks doa dalam surah-surah, adab membaca al-Quran dan cerita ringkas di sebalik surah-surah dalam al-Quran dan lain-lain lagi.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tCiri-ciri ini dapat membantu masyarakat untuk membaca al-Quran, memahami maksud ayat al-Quran, dan sesuai untuk mereka yang berjinak-jinak mengenali al-Quran seperti muallaf dan kanak-kanak.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBagi mereka yang mahir membaca al-Quran, maka sudah tentu mereka tidak lagi membaca transliterasi al-Quran untuk mengelak sebutan \nmakhraj\n yang kurang tepat.\u00a0 Mereka ini boleh mendapat manfaat daripada terjemahan dan informasi lain yang terdapat dalam al-Quran al-Mumaiyyaz ini.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tBagi mereka yang baru mengenali al-Quran, maka transliterasi dapat membantu mengenali cara bacaan teks al-Quran dalam bahasa Arab.\u00a0 Ini mungkin dapat membantu memudahkan pembelajaran.\u00a0 Walaupun begitu sebarang proses belajar al-Quran perlu bertalaqqi dengan guru supaya sebarang kesalahan dapat ditegur secara langsung oleh guru al-Quran.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tJadi al-Quran al-Mumaiiyaz harus dijadikan rujukan selagi ia tidak ditemui apa-apa yang bercanggah dengan ajaran Islam.\u00a0 Sehinggakan kini pihak berkuasa di Malaysia seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan pihak berkuasa agama negeri tidak melarang edarannya \u00a0dan penggunaannya di Malaysia.\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWallahu A'lam\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n Baca Selanjutnya" "216. \nSoalan : \nAjaran Ilmu Makrifat Shaari Mohd Yusof\nJawapan : \n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nISU:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tSaudara saya ada menuntut ilmu makrifat ini. Dia menyatakan fatwa ini telah diperjelaskan dan tidak sesat setelah Tuan Haji Shaari memperjelaskan perkara ini kepada Jakim setelah dipanggil oleh pihak Jakim. Minta bantuan perjelaskan kerana dia sedang menyebarkan hal ini kepada keluarga kami...\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\n\nPENJELASAN:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tAjaran Makrifat yang dibawa oleh Shaari Mohd Yusof, anak kepada Yusof Che Wook yang berasal dari \u00a0Tanah Merah Kelantan antaranya melalui buku Ilmu Makrifat dan juga Khasyaf al-Haq Mengenal Allah, mempunyai beberapa keraguan.\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tWalaupun asal ajarannya mungkin berasal dari ajaran ulama-ulama berwibawa seperti Tok Kenali, namun cara penjelasannya mengelirukan. En Shaari sendiri pernah dipanggil oleh Panel Pakar Akidah JAKIM dan dalam dialog yang dijalankan didapati beliau sendiri tidak mempunyai latarbelakang agama dan tidak mempunyai penguasaan al-Qur'an dan Bahasa Arab.\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tDalam kajian yang dibuat oleh Jawatankuasa Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam, JAKIM, antara kekeliruan yang dapati dalam huraian pengajarannya melalui buku-buku tersebut ialah:\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\t1. Penyebaran Faham Pluralisme Agama\n\n\n\r\n\t\t2. Kejadian manusia dari zat Allah\n\n\n\r\n\t\t3. Mentafsir al-Qur'an dan hadi mengikut logik akal\n\n\n\r\n\t\t4. Huraian faham wahdatul Wujud dan Nur Muhammad dengan cara yang mengelirukan\n\n\n\r\n\t\t5. Menafikan sifat Allah\n\n\n\r\n\t\t6. Penggunaan hadis-hadis yang tidak jelas asalnya\u00a0\n\n\n\r\n\t\t\u00a0\n\n\n\r\n\t\tOleh yang demikian buku tersebut seharusnya dielakkan membacanya.\n\n\n\n\n\r\n\t\u00a0\n\n\n\r\n\tWallahu A'lam\n\n\n Baca Selanjutnya"