{"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72299", "title": "Singapura raih emas pertama Olimpik di Rio", "body": "\n\u2190 Back to list\nSingapura raih emas pertama Olimpik di Rio\nAug 13, 2016\n\nSingapura cipta sejarah meraih pingat EMAS PERTAMA dalam olimpik selepas Joseph Schooling memenangi pingat itu dalam acara 100 meter akhir kuak kupu-kupu.Perenang muda berusia 21 tahun itu mencatatkan rekod baru Olimpik dengan catatan 50.39 saat.Dia juga menewaskan idolanya, Michael Phelps dan dua perenang dari Rusia dan Hungary yang berkongsi pingat perak dengan catatan masa yang sama, 51.14 saat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72420", "title": "Bonus Aidilfitri buat penjawat awam dan pesara kerajaan", "body": "\n\u2190 Back to list\nBonus Aidilfitri buat penjawat awam dan pesara kerajaan\nJun 02, 2017\n\nKerajaan setuju beri bantuan khas kewangan RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.Hampir 775,000 pesara kerajaan pula turut akan menerima bantuan khas sebanyak RM250.Kementerian Kewangan berkata, pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada Jumaat depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72104", "title": "Lim Guan Eng berkata harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel tidak akan berubah sehingga hujung tahun ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLim Guan Eng berkata harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel tidak akan berubah sehingga hujung tahun ini.\nJun 22, 2018\n\nMenteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel tidak akan berubah sehingga hujung tahun ini.Tambah Guan Eng, kerajaan membelanjakan 3 bilion ringgit sebagai subsidi untuk bahan api tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71003", "title": "Kes harian COVID-19 tertinggi dalam sejarah", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes harian COVID-19 tertinggi dalam sejarah\nOct 05, 2020\n\nKes harian COVID-19 tertinggi dalam sejarahFoto - Malaysia DatelineMalaysia merekodkan 432 kes baru COVID-19 hari ini, sekali gus menjadikannya angka paling tinggi pernah dicatat sejak wabak itu melanda Malaysia.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kedah merekodkan tambahan 241 kes baru sementara Sabah 130 kes positif manakala Selangor dengan 34 kes baru.Negeri lain merekodkan kurang dari lima kes iaitu tujuh kes di Kuala Lumpur; Terengganu (5); Labuan (4); Putrajaya, Johor dan Perak (2 kes) dan masing-masing satu kes di Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan.-----Perdana Menteri jalani kuarantin kendiriFoto - BernamaPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selama 14 hari namun menegaskan perkara itu tidak akan mengganggu urusan kerajaan.Ini berikutan beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut dihadiri Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Sabtu lepas.Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu telah disahkan positif jangkitan COVID-19 hari ini dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Seremban.-----Perak beri RM150 kepada\u00a0pelajar negeri terkandas di IPTFoto - Astro Radio NewsPerak akan berikan bantuan sekali bayar RM150 kepada pelajar dari negeri itu yang terkandas di semua IPTA/IPTS seluruh negara berikutan cadangan penangguhan pendaftaran oleh Kementerian Pengajian Tinggi.Kerajaan negeri berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban pelajar termasuk untuk membeli tiket balik ke kampung serta menambah nilai data mudah alih.Cara penyaluran serta tempoh bayaran bagi peringkat awal akan diputuskan selepas mendapat kelulusan daripada mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan negeri, Rabu ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81532", "title": "COVID-19: Perjuangan Belum Selesai", "body": "\n\u2190 Back to list\nCOVID-19: Perjuangan Belum Selesai\nApr 09, 2020\n\nCOVID-19: Perjuangan Belum SelesaiPerjuangan kita menentang COVID-19 masih belum selesai biarpun tiada peningkatan mendadak kes positif wabak tersebut di negara ini.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kita belum menang namun kita juga belum kalah dalam memerangi wabak\u00a0berkenaan.Ujar beliau lagi, kerajaan kini memantau rapat perkembangan kes COVID-19 sebelum membuat keputusan sama ada melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tidak.Perkara itu akan dijangka diumumkan\u00a0esok.\u00a0Sementara itu, sekumpulan pegawai perubatan daripada Akademi Perubatan Malaysia gesa kerajaan melanjutkan tempoh PKP.Jelas\u00a0 mereka, penarikan balik PKP mungkin akan menyebabkan wabak COVID-19 kembali merebak dan kejayaan yang telah dicapai sepanjang tempoh 4 minggu ia dilaksanakan menjadi sia-sia.\u00a0BPN: 2 Juta Pemohon BaruKerajaan terima 2 juta permohonan baru dan 200,000 permohonan rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) setakat ini.Menurut Kementerian Kewangan, angka itu masih dalam bajet fiskal berjumlah RM250 bilion dan kerajaan boleh memberikannya.Jumlah pembayaran juga mencukupi bagi tempoh 3 bulan jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.Bagaimanapun, jika krisis COVID-19 belum dapat ditangani dalam tempoh 3 hingga 6 bulan, kerajaan akan kaji semula jumlah bayaran.Sumber: Harian Metro\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73288", "title": "7 daripada setiap 10 kanak-kanak di Malaysia mengakui mereka amat bimbang dengan perbuatan buli.", "body": "\n\u2190 Back to list\n7 daripada setiap 10 kanak-kanak di Malaysia mengakui mereka amat bimbang dengan perbuatan buli.\nNov 20, 2017\n\nTinjauan global Unicef mendapati, 7 daripada setiap 10 kanak-kanak di Malaysia mengakui mereka amat bimbang dengan perbuatan buli.Angka di Malaysia itu mengatasi kadar di Jepun dan UK iaitu hanya 3 dan 4 daripada setiap 10 kanak-kanak.Unicef juga melahirkan harapan agar kerajaan, perniagaan dan komuniti mengambil kira pendapat dan suara kanak-kanak khasnya dalam perkara yang melibatkan mereka.Hari ini merupakan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2017.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73018", "title": "Penasihat Khas 1MDB, Jho Low arah peguamnya segera hubungi SPRM.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenasihat Khas 1MDB, Jho Low arah peguamnya segera hubungi SPRM.\nJun 08, 2018\n\nPenasihat khas 1MDB, Jho Low telah mengarahkan peguamnya untuk segera berhubung dengan SPRM untuk membantu dalam siasatan tersebut.Ini selepas waran tangkap dikeluarkan terhadap Jho Low dan Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil.Waran tangkap itu sekali gus menjadikan kedua-dua mereka sebagai 'individu dikehendaki'.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=152467", "title": "200 Syarikat Disasar Terlibat Dalam Program Academy in Industry.", "body": "\n\u2190 Back to list\n200 Syarikat Disasar Terlibat Dalam Program Academy in Industry.\nJun 13, 2023\n\n\n200 Syarikat Disasar Terlibat Dalam Program Academy in Industry.\nKerajaan sasar 200 syarikat bakal terlibat dalam program Academy in Industry hingga hujung tahun ini.\nla bagi melatih 20,000 pelajar lepasan sekolah untuk menjadi pekerja berkemahiran.\nMenteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata di bawah program itu pelajar lepasan SPM akan dilatih oleh syarikat berkenaan selama 18 bulan.\nPeserta katanya akan mendapat Sijil Kemahiran Tahap 1 selepas tamat tempoh latihan.\n\u00a0\nPersatuan Perubatan Malaysia Gesa Kerajaan Batalkan Keputusan Mengecualikan Nikotin Daripada Akta Racun.\nKerajaan digesa supaya membatalkan keputusannya mengecualikan nikotin daripada Akta Racun.\nPersatuan Perubatan Malaysia berkata ini kerana industri rokok elektronik atau vape akan kekal tidak terkawal malah semakin membahayakan kesihatan awam.\nPihaknya juga kecewa kerana berpendapat Kementerian Kesihatan tidak menunjukkan ketegasan mengenai pembentangan RUU Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.\nSebelum ini Menteri Kesihatan berkata RUU itu akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam.\nNamun, ketika parlimen bersidang, Dr Zaliha Mustafa umum RUU itu akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Kesihatan untuk proses semak dan imbang selanjutnya.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=107068", "title": "Gaji Perdana Menteri Dan Jemaah Menteri Disumbangkan Untuk Rakyat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nGaji Perdana Menteri Dan Jemaah Menteri Disumbangkan Untuk Rakyat.\nJun 01, 2021\n\n\nPerdana Menteri bersama semua Menteri dan Timbalan Menteri bersetuju untuk tidak mengambil gaji selama 3 bulan bermula bulan ini.\nGaji mereka akan disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana Negara bagi membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.\nTan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan demikian semasa mengumumkan bantuannProgram Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) berjumlah RM40 bilion.\nIa merupakan inisiatif terbaru kerajaan untuk membantu meredakan cabaran dihadapi rakyat terutama dalam tempoh PKP 3.0 yang bermula hari ini.\nDi bawah Pemerkasa PLUS, BPR Tambahan antara RM100 hingga RM500 akan diberikan mengikut kategori pendapatan.\u00a0\nIa akan dimasukkan ke akaun penerima hujung bulan ini sebagai tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR pada September ini.\u00a0\nMoratorium juga akan diberikan kepada golongan B40 dan rakyat yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.\nMereka diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama 6 bulan.\nSementara itu hampir sejuta PKS dan perusahaan mikro akan dapat manfaat melalui Geran Khas Prihatin, GKP sebanyak RM1,500 yang akan dibayar sebanyak 2 kali mulai bulan ini.\nKerajaan menambah kadar GKP daripada RM500 sebelum ini kepada RM1,500 bagi memastikan kelangsungan perniagaan golongan berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73278", "title": "Penjimatan lebih 6 kali ganda dengan pengambilan terus pembantu rumah dari negara sumber.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenjimatan lebih 6 kali ganda dengan pengambilan terus pembantu rumah dari negara sumber.\nOct 30, 2017\n\nLangkah kerajaan membenarkan majikan ambil terus pembantu rumah dari negara sumber memberi penjimatan kepada rakyat negara ini.Menurut Jabatan Imigresen, ini kerana kos itu dapat dikurangkan sebanyak 6 kali ganda berbanding menggunakan khidmat ejen.Malah, proses berkenaan juga boleh dilakukan secara dalam talian untuk kemudahan para majikan, dalam inisiatif yang diumumkan di bawah bajet 2018.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71606", "title": "Kanak-Kanak 2 Beradik Ditemui Mati", "body": "\n\u2190 Back to list\nKanak-Kanak 2 Beradik Ditemui Mati\nDec 01, 2015\n\nKanak-kanak 2 beradik berusia 2 tahun dan 6 tahun ditemui mati di Sungai Petani, Kedah disyaki dibunuh ibu mereka.Menurut polis, mayat mangsa ditemui dalam sebuah bilik di rumah mereka oleh ahli keluarga.Ibu mereka kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71869", "title": "Kerajaan mahu sistem rangkaian bersepadu perkhidmatan MRT dan KTM Komuter dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan mahu sistem rangkaian bersepadu perkhidmatan MRT dan KTM Komuter dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.\nJul 18, 2017\n\nKerajaan mahu sistem rangkaian bersepadu perkhidmatan MRT dan KTM Komuter dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.Kementerian Pengangkutan berkata, ia memang dalam perancangan namun belum dapat dilaksana kerana KTM Komuter dikendalikan syarikat lain.Buat masa ini, pengguna boleh menggunakan perkhidmatan MRT, LRT dan monorel dengan satu sistem bayaran sahaja.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79306", "title": "Tapak projek perumahan di pinggir bandar jadi sasaran kumpulan kongsi gelap.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTapak projek perumahan di pinggir bandar jadi sasaran kumpulan kongsi gelap.\nFeb 06, 2019\n\nTapak projek perumahan di kawasan pinggir bandar kini jadi sasaran kumpulan kongsi gelap untuk kes peras ugut.Bukit Aman berkata antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan Perak.Tahun lalu, lebih 900 kertas siasatan dibuka berhubung kes peras ugut babitkan pemaju perumahan, pengurus kontraktor dan orang perseorangan.Datuk Seri Dr Wan Azizah belum terima berita mengenai rombakan kabinet.Timbalan Perdana Menteri nafi terima sebarang berita mengenai rombakan Kabinet yang dikatakan akan berlaku selepas\u00a0sambutan Tahun Baharu Cina.Tegas Datuk Seri Dr Wan Azizah, sebarang keputusan perubahan kabinet harus diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau berkata demikian bagi mengulas tulisan sebuah blog baru-baru ini yang mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri\u00a0yang baru selepas Tahun Baharu Cina.Kantin di sebuah hospital di Johor Bahru ditutup dua minggu.Kantin di sebuah hospital di Johor Bahru ditutup dua minggu\u00a0kerana gagal mematuhi beberapa piawaian yang ditetapkan.Foto: Berita HarianJabatan Kesihatan Johor berkata pemeriksaan ke atas kantin itu dilakukan ekoran aduan gambar viral yang memaparkan seekor tikus di sebuah kantin.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94568", "title": "Belum Muktamad", "body": "\n\u2190 Back to list\nBelum Muktamad\nJan 27, 2021\n\nBelum MuktamadKerajaan belum memuktamadkan sama ada PKP 2.0 akan dilanjutkan atau tidak.Jelas Menteri Kanan (Keselamatan), sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas dinilai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga mendedahkan 2.8 juta rakyat berisiko hilang kerja jika PKP disambung.2.5 juta orang pula bakal terjejas pendapatan.Suami Isteri Boleh Rentas NegeriMenteri Kanan (Keselamatan) mengumumkan pasangan suami isteri jarak jauh kini boleh merentas negeri.Ujar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pasangan terbabit perlu mendapat kebenaran polis terlebih dahulu, selaras peraturan PKP.Namun pasangan yang bergejala diminta menjalani ujian saringan COVID-19 atau tanggguh dahulu perjalanan.Sudah 4 Hari Sudah 4 hari berturut-turut kes sembuh COVID-19\u00a0 di negara ini mengatasi jumlah kes baru.Kes sembuh semalam ialah 4,076 berbanding kes baru 3,585.Selangor terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,295, diikuti KL 610, Johor 516 dan Sabah 303.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79506", "title": "Budak Perempuan Hilang Di Langkawi, Ditemui Mati ", "body": "\n\u2190 Back to list\nBudak Perempuan Hilang Di Langkawi, Ditemui Mati \nMar 06, 2019\n\nTeka-teki kehilangan budak perempuan 3 tahun dari Kuarters Hospital Langkawi, akhirnya terjawab.Ini selepas mayat kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna di kawasan gaung di Hutan Gunung Raya.Menurut polis, mangsa dipercayai mati kira-kira mati tiga minggu lalu, sebelum suspek bertindak membuang mayatnya.Kedua-dua suspek, pasangan suami isteri yang merupakan penjaga kanak-kanak terbabit, akan direman pagi esok.RM15 Juta Habis Belanja Untuk PRK\u00a0SPR berkata ia belanjakan lebih 15 juta ringgit untuk mengadakan 7 Pilihan Raya Kecil selepas PRU 14.Kos itu termasuklah Puntuk ilihan Raya Kecil DUN Rantau yang bakal berlangsung \u00a013 April ini.Dalam pada itu, SPR sasarkan sebanyak 70 peratus pengundi akan keluar mengundi untuk PRK berkenaan.Keputusan SPM Umum Khamis Depan\u00a0Keputusan SPM akan diumumkan pada Khamis depan.Menurut Kementerian Pendidikan, calon-calon boleh mengambil keputusan masing-masing selepas 10 pagi.Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS 15888.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72019", "title": "NUTP desak Kementerian Pendidikan perkenalkan Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga secepat mungkin.", "body": "\n\u2190 Back to list\nNUTP desak Kementerian Pendidikan perkenalkan Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga secepat mungkin.\nDec 19, 2017\n\nNUTP desak Kementerian Pendidikan perkenalkan Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga secepat mungkin bagi melindungi guru.Menurutnya, kod etika itu akan dijadikan panduan kepada ibu bapa atau penjaga ketika berurusan dengan guru.Tambahnya, kod tersebut tidak akan melindungi guru yang bersalah, sebaliknya sebagai saluran menyuarakan ketidakpuasan hati ibu bapa dan membantu kedua-dua pihak mencari penyelesaian terbaik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72028", "title": "Lebih 30 buah sekolah terpaksa ditutup akibat banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 30 buah sekolah terpaksa ditutup akibat banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini.\nJan 04, 2018\n\nLebih 30 buah sekolah terpaksa ditutup akibat banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini.Pahang paling teruk terjejas dengan penutupan 15 buah sekolah, selain lebih 6,800 penduduk dipindahkan.8 sekolah di Sabah ditutup dengan lebih 480 mangsa turut berpindah, sementara 6 sekolah di Kelantan, dua di Terengganu, 2 di Sarawak dan 1 di Johor turut ditutup kerana dinaiki air.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72507", "title": "MTUC cadangkan kerajaan tubuh Majlis Anti-Membuli Nasional", "body": "\n\u2190 Back to list\nMTUC cadangkan kerajaan tubuh Majlis Anti-Membuli Nasional\nJul 08, 2017\n\nKongres Kesatuan Sekerja Malaysia cadangkan kerajaan tubuhkan Majlis Anti-Membuli Nasional bagi membendung gejala tersebut.MTUC berkata, majlis itu penting untuk kaji isu tersebut secara komprehensif selain mencari cara khusus menangani gejala buli dalam jangka masa panjang.Penubuhan itu juga bagi mewujudkan kesedaran mendalam selain sediakan ruang kepada mangsa buli untuk mendapat pembelaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72791", "title": "20 Pemandu Didenda Guna Lorong Kecemasan", "body": "\n\u2190 Back to list\n20 Pemandu Didenda Guna Lorong Kecemasan\nJul 18, 2016\n\nTindakan mereka itu mengakibatkan 2 beradik yang terlibat nahas maut selepas ambulans yang menuju ke lokasi nahas lewat tiba.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94592", "title": "Jangan Panik! Tunggu Pengumuman Kerajaan Mengenai Situasi Terkini COVID-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan Panik! Tunggu Pengumuman Kerajaan Mengenai Situasi Terkini COVID-19.\nJan 10, 2021\n\nRakyat akan diberikan tempoh yang secukupnya untuk bersedia sebelum sebarang tindakan untuk mengawal jangkitan Covid-19 dilaksanakan di negara ini.Menteri Kanan Keselamatan juga menasihati rakyat agar tidak mudah percaya dengan berita palsu berhubung keputusan yang akan diumumkan nanti.Satu pengumuman akan dibuat Perdana Menteri, esok bagi memaklumkan tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan susulan peningkatan jangkitan harian Covid-19.9 kematian direkodkan ekoran banjir yang melanda beberapa negeri sejak November lalu.Jabatan Bomba berkata ia membabitkan 5 kes di Pahang, tiga kes di Johor dan satu kes di Kelantan.Justeru, pihaknya menasihati orang ramai supaya utamakan keselamatan dengan tidak mengambil risiko meredah banjir termasuk menggunakan kenderaan.Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Indonesia.Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sahkan tiada rakyat Malaysia di dalam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di perairan Kepulauan Seribu di Indonesia.\u00a0Pesawat yang membawa kira-kira 60 penumpang dan anak kapal itu dilapor terputus hubungan\u00a0semasa dalam penerbangan dari Jakarta ke Pontianak, semalam.\u00a0Operasi mencari dan menyelamat mangsa kini giat dijalankan.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72116", "title": "Rafizi Ramli jelaskan kenyataan beliau dan manifesto PH.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRafizi Ramli jelaskan kenyataan beliau dan manifesto PH.\nJul 25, 2018\n\nRafizi Ramli tampil beri penjelasan mengenai salah tanggapan rakyat terhadap kenyataan beliau dan manifesto PH pada PRU14.Naib Presiden PKR itu turut kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang menjadikan kenyataan beliau dan manifesto PH sebagai bahan propaganda.Layari Facebook Astro Radio News untuk menonton temubual penuh kami bersama Rafizi Ramli.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71998", "title": "Lebuh Raya Central Spine sepanjang 411 KM hubungkan Pahang ke Kota Bharu, Kelantan tidak akan dikenakan tol.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebuh Raya Central Spine sepanjang 411 KM hubungkan Pahang ke Kota Bharu, Kelantan tidak akan dikenakan tol.\nNov 08, 2017\n\nLebuh Raya Central Spine sepanjang 411 KM hubungkan Pahang ke Kota Bharu, Kelantan tidak akan dikenakan tol.Menurut Kementerian Kerja Raya, ia turut merangkumi Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai, melibatkan laluan lebih 61 KM.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79577", "title": "143 mangsa masih dirawat di hospital akibat pencemaran Sungai Kim Kim.", "body": "\n\u2190 Back to list\n143 mangsa masih dirawat di hospital akibat pencemaran Sungai Kim Kim.\nMar 17, 2019\n\nExco kesihatan negeri Johor berkata, 143 mangsa pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang masih berada di wad setakat tengah malam tadi.Daripada jumlah itu, tujuh pesakit masih di berada dalam unit rawatan rapi namun dilaporkan stabil.Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan berkata pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim itu tidak akan beri kesan kronik jangka panjang kepada kesihatan.Ini \u00a0kerana tahap toksik pada bahan kimia itu bersifat rendah dan tidak menyebabkan kematian kepada mereka yang terdedah.Pembersihan Sungai Kim Kim pula berjalan lancar meliputi jarak 1.2 kilometer kawasan itu setakat malam tadi.Menteri Besar Johor percaya kerja-kerja pembersihan sungai itu dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh sehari dua lagi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72476", "title": "Suspek terakhir kes rasuah lindungi rumah urut dan pusat judi haram di Melaka dibebas", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuspek terakhir kes rasuah lindungi rumah urut dan pusat judi haram di Melaka dibebas\nMay 30, 2017\n\nPemandu van yang ditahan SPRM 6 hari lalu, dalam siasatan kes rasuah lindungi rumah urut dan pusat judi haram di Melaka, dibebaskan hari ini.Lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai menjadi orang tengah dalam kes itu, bebaskan dengan ikat jamin 100 ribu ringgit.Suspek merupakan individu terakhir dibebaskan dengan jaminan, daripada 13 orang yang ditahan berkaitan kes itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=102497", "title": "Keputusan Mengenai Undi 18 Dijangka Dibuat Minggu Depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKeputusan Mengenai Undi 18 Dijangka Dibuat Minggu Depan.\nApr 01, 2021\n\nKeputusan mengenai Undi 18 dijangka dibuat minggu depan.\nMenteri Belia dan Sukan berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam.\nDato' Sri Reezal Merican menyarankan mungkin Undi 18 boleh dilaksanakan dahulu jika proses pendaftaran pemilih automatik belum selesai dan rumit.\n\nSPR sebelum ini memaklumkan pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan, akibat beberapa kekangan.\nla termasuklah pelaksanaan PKP sejak setahun yang lalu.\n\u00a0\nBekerja dari rumah masih perlu dilaksanakan oleh semua majikan termasuk sektor swasta.\nCUEPACS berpendapat ia membantu mengekang penularan wabak COVID-19 yang masih mencatatkan 4 angka.\nMalah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan masih lagi di peringkat fasa pertama.\n\nJusteru katanya, BDR masih perlu sebelum negara benar-benar pulih atau mencapai imuniti kelompok.\nBaru-baru ini kerajaan mengumumkan majikan boleh mengarahkan kehadiran penuh pekerja bermula hari ini.\nWanita tertua di Malaysia berumur 110 tahun di Pulau Pinang.\nNenek berusia 110 tahun di Pulau Pinang diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai wanita tertua di negara ini.\n\nA Annamah yang menyambut hari jadinya semalam dilapor mengamalkan puasa seminggu sekali dan makan herba sebagai petua panjang umur.\n\r\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71219", "title": "Mula Pulih Petang Ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nMula Pulih Petang Ini\nNov 11, 2020\n\nMula Pulih Petang IniGangguan bekalan air tidak berjadual di 7 wilayah Lembah Klang pulih secara berperingkat mulai 3.00 petang ini.Ia berikutan loji rawatan air Sungai Selangor yang terjejas akibat pencemaran\u00a0sudah beroperasi semula.Dalam perkembangan berkaitan, 4 suspek berkaitan kes pencemaran berkenaan dikenakan reman 7 hari bermula hari ini.Terdahulu, kerajaan tawar ganjaran RM5,000 kepada pemberi maklumat hingga tertangkapnya dalang kes pencemaran itu.Boleh Buka Gerai di Kawasan SesuaiWarga Kuala Lumpur dibenar buka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan sesuai mulai Ahad ini.Peniaga hanya perlu mohon lesen perniagaan sementara selama 6 bulan di laman web DBKL yang ditawarkan secara percuma.Ia sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kemelut kewangan yang dihadapi warga ibu kota akibat pandemik COVID-19.Rara Beri KeteranganADUN Ketari, Young Syefura Othman hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor bagi beri keterangan.Ia susulan tular gambar percutiannya di Sepang yang mengundang kritikan kerana dikatakan langgar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).\u00a0*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=115125", "title": "Sabah benar kemasukan tanpa perlu ujian saringan dan kuarantin", "body": "\n\u2190 Back to list\nSabah benar kemasukan tanpa perlu ujian saringan dan kuarantin\nSep 11, 2021\n\nSabah benar kemasukan tanpa perlu ujian saringan dan kuarantin\n\nFoto - Nomad Is Beautiful\nSabah benarkan kemasukan individu dari negeri lain untuk urusan rasmi tanpa perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dan kuarantin.\nMenurut kerajaan negeri, kemasukan bagaimanapun hanya untuk individu yang telah lengkap divaksin dan berada di negeri itu untuk tempoh tiga hari sahaja.\nMereka juga perlu mendapatkan kebenaran PDRM dan disahkan negatif COVID-19 melalui saringan RT-PCR tiga hari sebelum perjalanan.\n-----\r\n\u00a0\u00a0 \u00a0\n72 peratus populasi dewasa lengkap divaksin\n\nFoto - Harakah Daily\n72 peratus populasi dewasa negara telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19, setakat semalam.\nHampir 100 peratus populasi dewasa di Lembah Klang lengkap divaksinasi, hanya tinggal 0.01 peratus sahaja lagi.\nSabah pula jadi satu-satunya negeri yang masih belum mencapai 50 peratus vaksinasi populasi dewasa.\n-----\nVaksin secara 'walk in' di Melaka\n\nFoto - mStar Online\nPenduduk Melaka yang masih belum menerima tarikh janji temu, boleh dapat vaksin secara 'walk in' di mana-mana pusat pemberian vaksin.\nBagi yang bukan warganegara pula, mereka boleh pergi PPV Mega Stadium Hang Jebat dan PPV Mega Stadium Jasin untuk tujuan itu.\nMenurut kerajaan negeri, inisiatif itu berkuat kuasa hari ini dan hanya dibenarkan bermula dari 8.30 pagi hingga 4 petang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71473", "title": "Orang ramai diminta bertenang ekoran isu daging import", "body": "\n\u2190 Back to list\nOrang ramai diminta bertenang ekoran isu daging import\nDec 25, 2020\n\nKerajaan minta umat Islam bertenang susulan isu daging import yang memasuki pasaran negara.Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata ini kerana ia perlu melalui pemeriksaan ketat sebelum dipasarkan di negara ini.Jelasnya, kerajaan akan memantau dan mengaudit kilang memproses daging bagi memastikan statusnya halal.Sebelum ini, media melaporkan terdapat kartel penyeludupan daging import yang diragui status halal dan kualitinya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71510", "title": "Polis Akan Lancarkan Operasi Besar-besaran Ke Atas Penunggang Motosikal.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Akan Lancarkan Operasi Besar-besaran Ke Atas Penunggang Motosikal.\nDec 31, 2020\n\nOperasi besar-besaran akan dilancarkan ke atas penunggang motosikal yang melakukan kesalahan lalu lintas dalam tempoh terdekat.Ketua Polis Negara berkata operasi itu akan menumpukan motosikal berkuasa tinggi dan bawah 150cc.la juga akan fokus kepada penunggang yang melakukan pengubahsuaian terhadap motosikal hingga mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi ekzos yang terlalu bising.KKR komited atasi masalah jalan berlubang dalam tempoh 24 jam selepas aduan dibuat.Kementerian Kerja Raya beri jaminan kerja-kerja penampalan jalan berlubang akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam selepas aduan kerosakan dibuat.Pihaknya juga sentiasa komited untuk memastikan setiap aduan yang diterima diselesaikan dengan kadar segera tanpa mengira status pengadu.Terdahulu, pihak JKR mohon maaf kepada Menteri Sains Dan Teknologi, Khairy Jamaluddin yang cedera akibat jatuh terlanggar lubang jalan ketika berbasikal.Misi #botakchallenge Syed Saddiq berjaya.Syed Saddiq berjaya kumpul dana RM383,000 untuk beli komputer riba buat keluarga kurang berkemampuan di Muar.\u00a0la sekaligus menyaksikan Ahli Parlimen Muar itu tunaikan janji membotakkan kepalanya kerana berjaya lepasi sasaran asal dana RM200,000.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72849", "title": "Kabel TM Rosak : Pengguna Alami Gangguan Internet Perlahan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKabel TM Rosak : Pengguna Alami Gangguan Internet Perlahan\nMar 02, 2016\n\nSegelintir pengguna kini alami masalah internet perlahan ekoran kabel dasar laut Telekom Malaysia berdekatan Singapura alami kerosakan.\u00a0Jelas TM, kerja-kerja baik pulih dijadualkan pada 25 Mac ini dan dijangka mengambil masa selama seminggu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79985", "title": "Masalah kewangan punca terbesar kes cerai pasangan bukan Islam di Malaysia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMasalah kewangan punca terbesar kes cerai pasangan bukan Islam di Malaysia.\nMay 26, 2019\n\nKewangan punca banyak kes cerai!Foto : Astro AwaniMasalah kewangan merupakan penyebab utama berlakunya kes perceraian pasangan bukan Islam di Malaysia!Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat maklumkan 43 peratus kes perceraian pasangan bukan Islam berpunca daripada masalah kewangan yang turut menyumbang kepada peningkatan kes penderaan kanak-kanak membabitkan golongan ibu.Hannah Yeoh menjelaskan ia ekoran golongan ini biasanya berasa tertekan kerana hilang punca pendapatan dan cenderung untuk mendera anak mereka.---Sekolah digesa tidak buat sebarang aktiviti musim cuti iniKesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan gesa sekolah agar tidak adakan sebarang program sepanjang cuti sekolah kali ini!Setiausaha Agungnya berkata murid-murid telah terbeban dengan kerja sekolah yang banyak sepanjang waktu persekolahan sehingga berada dalam keadaan tertekan.Jelasnya lagi, ianya bagi membolehkan murid dan guru memanfaatkan cuti mereka bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri nanti.---Cadangan bina sistem pemeriksaan sehenti di Bukit Kayu HitamFoto : Astro AwaniKerajaan pusat bercadang untuk bangunkan sistem pemeriksaan sehenti di sempadan negara di Bukit Kayu Hitam, Kedah.Ianya bertujuan permudahkan urusan perdagangan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Thailand.Bagaimanapun, perancangan itu terpaksa ditangguh buat sementara ekoran Thailand masih belum melantik anggota Kabinet baru untuk membincangkan isu berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71722", "title": "SPAD telah minta JPJ batalkan lesen memandu bas milik pemandu lempang penumpang", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPAD telah minta JPJ batalkan lesen memandu bas milik pemandu lempang penumpang\nFeb 07, 2016\n\nPihaknya juga sahkan, pemandu bas berkenaan telah diberhentikan kerja oleh syarikat bas ekspres tempatnya bekerja.Difahamkan, suspek telah menyerang seorang penumpang kerana mangsa tidur di kerusi yang dikhaskan untuk pemandu.Kejadian yang menjadi viral itu berlaku dalam sebuah bas ekspres perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang.Sumber video :\u00a0Bagan Serai Kampung HalamanKu\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81847", "title": "Rakyat faktor penentu PKPB", "body": "\n\u2190 Back to list\nRakyat faktor penentu PKPB\nMay 24, 2020\n\nRakyat faktor penentu PKPBFoto - BernamaKeputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bergantung kepada keupayaan rakyat menjadikan perintah tersebut resam biasa kehidupan mereka.Perdana \u00a0Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap rakyat perlu memainkan peranan untuk turut menegur sesama sendiri jika ada yang tidak patuh kepada perintah berkenaan.Beliau juga mengajak umat Islam mengorbankan sedikit adat atau kelaziman pada Aidilfitri ini demi untuk mengelakkan jangkitan COVID-19.-----KKM rancang ujian antibodi setempatFoto - Kementerian Kesihatan MalaysiaKementerian Kesihatan sedang adakan perbincangan untuk menjalankan ujian antibodi di kawasan setempat bagi mengkaji bilangan individu dalam komuniti yang dijangkiti wabak COVID-19.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ujian itu bukan diagnosis tetapi bagi mengesan berapa ramai individu dalam komuniti yang terdedah dengan wabak itu tanpa sedar.Menurutnya, KKM menyasarkan lapan kumpulan dan lokasi berisiko jangkitan COVID-19 seperti depot tahanan untuk menjalankan ujian berkenaan.-----Finas lantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi baruFoto - FMTPerbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) melantik Zakaria Abdul Hamid sebagai pengerusi baru, menggantikan pelakon dan penerbit filem, Dato' Hans Isaac.Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan juga mengumumkan Norman Abdul Halim dari KRU Studios sebagai timbalan pengerusi baru agensi pembangunan industri filem tempatan itu.Zakaria Abdul Hamid merupakan ahli perniagaan dan aktivis masyarakat, mempunyai Sarjana Perancangan Bandar dari California State University, Amerika Syarikat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72406", "title": "Cadangan penubuhan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\nCadangan penubuhan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia\nOct 09, 2017\n\nDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cadangkan penubuhan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia bagi ukur tahap kesejahteraan mental dan emosi rakyat.Menurut Timbalan Perdana Menteri, ia penting bagi pastikan tenaga kerja di negara ini adalah individu yang sentiasa berfikiran positif dan matang.Dalam pada itu, anda boleh ke laman twitter astro Radio News untuk mengambil bahagian dalam satu kaji selidik sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73241", "title": "Anak pesara kerajaan kini boleh memohon skim PPA1M walaupun bukan penjawat awam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAnak pesara kerajaan kini boleh memohon skim PPA1M walaupun bukan penjawat awam.\nJan 11, 2018\n\nAnak pesara kerajaan kini diberi peluang beli rumah di bawah skim Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, PPA1M, walaupun bukan penjawat awam.Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, ia membolehkan mereka beli rumah berharga lingkungan RM 150,000 hingga\u00a0RM 300,000 di bawah skim itu.Sebelum ini, syarat permohonan PPA1M hanya terbuka kepada penjawat awam termasuk yang telah berpencen dan kontrak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72409", "title": "Homoseksual dan biseksual penyumbang utama penyebaran HIV di ibu negara", "body": "\n\u2190 Back to list\nHomoseksual dan biseksual penyumbang utama penyebaran HIV di ibu negara\nOct 10, 2017\n\nGolongan homoseksual\u00a0dan biseksual kini menjadi\u00a0kumpulan penyumbang utama\u00a0dalam penyebaran virus HIV dan AIDS terutamanya di sekitar ibu negara.Ketua Penolong Pengarah Kanan (HIV/STI) Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr Rohaya Ramli berkata, walaupun trend jangkitan HIV mencatatkan penurunan, namun\u00a0terdapat perubahan terhadap\u00a0pola jangkitan\u00a0virus itu.\u00a0Katanya, dahulu 80 peratus\u00a0jangkitan\u00a0HIV berpunca daripada\u00a0penggunaan dadah, tetapi\u00a0sekarang trend menunjukkan\u00a0sebanyak\u00a096 peratus\u00a0jangkitan adalah melalui\u00a0kaedah\u00a0aktiviti\u00a0seksual berdasarkan statistik\u00a0sehingga Jun tahun ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72094", "title": "Harga barangan keperluan akan tetap dikawal walaupun SST dilaksanakan semula.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHarga barangan keperluan akan tetap dikawal walaupun SST dilaksanakan semula.\nJun 16, 2018\n\nHarga barangan keperluan akan tetap dikawal walaupun SST dilaksanakan semula.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ia akan dilakukan menerusi pengurusan permintaan dan bekalan dengan baik, selain mewujudkan persaingan dalam pasaran.Tambah Salahuddin Ayub, kerajaan juga akan wujudkan satu mekanisma untuk kekalkan harga barang keperluan.Sementara itu, harga barangan keperluan termasuk ayam, daging lembu dan sayuran catat penurunan 30 hingga 50 peratus khususnya menjelang Aidilfitri ini berbanding tahun lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79005", "title": "Tabung Haji kini dikawal selia Bank Negara!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTabung Haji kini dikawal selia Bank Negara!\nDec 11, 2018\n\nBank Negara kawal selia Tabung Haji!Foto - Astro AwaniTabung Haji akan diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara!Ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, langkah itu merupakan sebahagian pelan pemulihan agensi berkenaan.Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyarankan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk siasat kedudukan kewangan Tabung Haji.Kata beliau, laporan audit dalaman yang dikemukakan semalam mengundang kerisauan banyak pihak.---Isytihar harta secepat mungkin - Tun MFoto - Astro AwaniTiada tarikh akhir untuk anggota Parlimen kerajaan isytihar pendapatan dan harta mereka kepada SPRM.Namun PM, Tun Dr Mahathir Mohamed berharap 13 ahli Parlimen yang belum berbuat demikian akan melakukannya secepat mungkin.Dalam perkembangan berkaitan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P.\u00a0Waytha Moorthy menjelaskan, beliau hanya isytihar pendapatan sebab tidak memiliki aset untuk diisytiharkan.Turut memberi alasan serupa adalah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.---Subsidi RON95 bermula suku kedua 2019.Foto - Astro AwaniSistem subsidi bersasar petrol RON95 dijangka dilaksanakan pada suku kedua tahun depan.Namun kerajaan akan pastikan kenaikan harga petrol bagi pengguna yang tidak layak dapat subsidi itu tidak meningkat dengan margin terlalu besar.Kerajaan juga masih belum memutuskan cara penentuan harga minyak, sama ada sama seperti kerajaan terdahulu atau guna format baru.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71932", "title": "Tun Musa Hitam berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan peristiwa Memali, jika ditubuhkan harus selepas PRU14. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun Musa Hitam berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan peristiwa Memali, jika ditubuhkan harus selepas PRU14. \nAug 23, 2017\n\nBekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan peristiwa Memali, jika ditubuhkan harus selepas PRU14.\u00a0Ia bagi mengelakkan daripada berlakunya apa juga niat serong mana-mana pihak untuk memperalatkan dan melakukan eksploitasi politik.Beliau tidak ada masalah dengan penubuhan suruhanjaya itu asalkan dengan niat betul untuk mencari fakta dan kebenaran tanpa sebarang prejudis.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71325", "title": "\u2018Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa", "body": "\n\u2190 Back to list\n\u2018Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa\nNov 29, 2020\n\n\u2018Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa\u2019Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) minta semua patuh larangan dan SOP yang dikenakan berkaitan perhimpunan sosial.Ia berikutan semakin banyak kluster COVID-19 muncul daripada perhimpunan sosial yang tidak mengikut SOP.Antaranya perhimpunan besar-besaran melibatkan keluarga, majlis keraian dan upacara keagamaan.Semalam, 6 kluster baru COVID-19 dikesan di Lembah Klang dan Sabah.Semalam juga 1,315 kes baru direkodkan di seluruh negara.Sabah mencatatkan kes tertinggi iaitu 476, diikuti Selangor 266, KL 191 dan Perak 167.4 pesakit meninggal dunia termasuk warga emas berusia 130 tahun dan kanak-kanak berusia 4 tahun.Terus Waspada Cuaca Buruk & BanjirHujan lebat di beberapa kawasan di Sabah dah Sarawak dijangka berterusan sehingga hari ini.Manakala untuk beberapa kawasan di Pantai Timur, hujan lebat dijangka berterusan sehingga esok.Sementara itu kira-kira 2 ribu mangsa banjir kini berlindung di pusat pemindahan di beberapa negeri.Terengganu dan Sarawak mencatatkan bilangan tertinggi iaitu masing-masing iaitu kira-kira 1,500 dan 370.i-Sinar Akan Diperjelaskan Rabu NantiKekeliruan berkenaan program i-Sinar KWSP bakal diperjelaskan Rabu nanti.Maklumat terperinci mengenai kelayakan terkini dan proses pengeluaran caruman akan diumumkan pada hari tersebut.Dalam satu lagi perkembangan, pekerja boleh pilih untuk mengekalkan kadar caruman 11 peratus dalam KWSP.Ia boleh dilakukan dengan cara majikan mendaftarkan permohonan pekerja bermula 14 Disember melalui i-Akaun (Majikan).\u00a0Pada pembentangan Belanjawan 2021 lalu kerajaan umum caruman pekerja diturunkan kepada 9 peratus untuk tahun depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72023", "title": "Seorang bapa dikatakan telah melarikan anaknya yang berusia 7 hari dari sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang bapa dikatakan telah melarikan anaknya yang berusia 7 hari dari sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.\nJan 01, 2018\n\nSeorang bapa dikatakan telah melarikan anaknya yang berusia 7 hari dari sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.Menurut polis, suspek berkeras ingin membawa anaknya yang dilahirkan pramatang itu pulang ke rumah tanpa kebenaran pihak hospital.Lokasi pasangan suami isteri itu masih dikesan dan punca kejadian sedang disiasat.Pihaknya turut menafikan ia sebagai kes culik seperti yang telah tersebar di media sosial.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72402", "title": "Kematian 2 anggota TLDM kelmarin diklasifkasikan sebagai kes bunuh", "body": "\n\u2190 Back to list\nKematian 2 anggota TLDM kelmarin diklasifkasikan sebagai kes bunuh\nOct 01, 2017\n\nKes kematian 2 anggota TLDM kelmarin kini diklasifkasikan sebagai kes bunuh.Polis Perak memaklumkan, ini kerana hasil bedah siasat mendapati berlaku kes penderaan yang mendatangkan kecederaan.2 anggota tentera tersebut meninggal dunia ketika berada dalam tahanan di TLDM Setiawan.Menurut laporan, kedua-dua anggota tentera itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah.Setakat ini 3 individu ditahan berkaitan kes tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71632", "title": "Sabah diramal terima tempias kesan Taufan Melur yang kini melanda Filipina", "body": "\n\u2190 Back to list\nSabah diramal terima tempias kesan Taufan Melur yang kini melanda Filipina\nDec 14, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72287", "title": "Polis jejaki lokasi yang pernah dikunjungi Huckle", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis jejaki lokasi yang pernah dikunjungi Huckle\nJun 04, 2016\n\nPolis mengenal pasti lokasi di sekitar Kuala Lumpur yang dikunjungi pedofil warga Britain, Richard Huckle.Bukit Aman putuskan untuk jejaki lokasi dikunjungi suspek dalam usaha mengenal pasti kanak-kanak yang didera secara seksual sejak 2006 hingga 2014.Pihak berkuasa juga akan meminta maklumat tambahan termasuk gambar mangsa rakyat negara ini untuk membantu siasatan lanjut berhubung jenayah Huckle itu.Sementara itu, satu pendaftaran pesalah seks perlu digubal secara berasingan daripada undang-undang sedia ada bagi pastikan pesalah diletakkan di bawah pengawasan polis secara berterusan.Menurut the Star, langkah ini akan mudahkan siasatan.Di UK, keputusan perbicaraan terhadap Richard Huckle hanya akan diketahui pada Isnin depan.Menurut mahkamah, keputusan dibuat berikutan hakim ingin pertimbangkan beberapa rayuan yang difailkan oleh peguam pesalah pedofilia tersebut, sebelum menjatuhkan sebarang hukuman.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73232", "title": "Kerajaan akan mencari kaedah baru bagi menangani penipuan pakej umrah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan akan mencari kaedah baru bagi menangani penipuan pakej umrah.\nDec 17, 2017\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sifatkan pembatalan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu -IMAMS bagi permohonan visa umrah adalah tepat.Susulan itu, kerajaan akan mencari kaedah baru bagi menangani penipuan pakej umrah.IMAMS merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, bertujuan menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.Menurutnya, mekanisme baru itu akan meliputi semua aspek termasuk cadangan pengecualian GST selain dikendalikan 100 peratus Islam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72524", "title": "19 Pendaki Malaysia Kandas Banjir Lumpur di Rusia", "body": "\n\u2190 Back to list\n19 Pendaki Malaysia Kandas Banjir Lumpur di Rusia\nSep 03, 2017\n\n19 pendaki rakyat Malaysia kandas dekat Gunung Elbrus, Russia akibat banjir lumpur sejak Jumaat lalu.Menurut Kementerian Luar, banjir berkenaan mengakibatkan semua hubungan laluan darat ke kawasan berkenaan terputus.Bagaimanapun, semua rakyat Malaysia yang terkandas akibat bencana ini dilaporkan selamat.Usaha memindahkan mereka ke kawasan selamat sedang dilakukan.*Foto: Antara pendaki warga Malaysia yang terkandas\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72072", "title": "Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad umumkan perlantikan dua jawatan menteri.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad umumkan perlantikan dua jawatan menteri.\nMay 17, 2018\n\nPerdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad umumkan perlantikan dua jawatan menteri.Beliau sendiri akan memegang jawatan Menteri Pelajaran manakala bakal Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.Semua jemaah menteri yang bakal dilantik akan mengangkat sumpah pada Isnin depan selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong.Tun juga turut umumkan penubuhan Majlis Presiden, yang akan turut dianggotai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.Dalam pada itu, Tun M turut umumkan Datuk Seri Mohd Shukri Abdul dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72010", "title": "Jabatan Imigresen tahan beberapa pegawainya di KLIA yang disyaki menjadi tali barut sindiket penyeludupan warga asing.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Imigresen tahan beberapa pegawainya di KLIA yang disyaki menjadi tali barut sindiket penyeludupan warga asing.\nDec 12, 2017\n\nJabatan Imigresen telah menahan beberapa pegawainya di KLIA yang disyaki menjadi tali barut sindiket penyeludupan warga asing.Namun, jabatan tersebut enggan dedahkan jumlah suspek yang ditahan ekoran kes itu masih dalam siasatan.Bagaimanapun, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka termasuk buang kerja sekiranya didapati bersalah.Khamis lalu, media mendedahkan warga Bangladesh diseludup masuk melalui KLIA setiap hari, yang diuruskan empat sindiket besar beroperasi di Dhaka dan di ibu kota.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81161", "title": "9 Premis Dikompaun Jual Topeng Muka Dengan Harga Yang Mahal.", "body": "\n\u2190 Back to list\n9 Premis Dikompaun Jual Topeng Muka Dengan Harga Yang Mahal.\nFeb 07, 2020\n\nPremis yang menjual topeng muka dengan harga yang mahal bakal berdepan tindakan undang-undang!Menurut pihak berkuasa, setakat ini, 9 premis di negara telah dikompaun hampir RM22,000.Ini selepas premis terbabit menjual topeng berkenaan melebihi harga asal RM0.80 sen hingga RM1.00 sekeping.Malaysia perluas sekatan perjalanan ke atas wilayah lain di China.Sekatan perjalanan ke Malaysia ke atas pelawat dari Wuhan akan diperluaskan meliputi wilayah lain di China.China kini merekodkan lebih 30,000 kes jangkitan yang turut menyaksikan angka kematian meningkat kepada lebih 630.Bilangan jangkitan di Malaysia pula kini seramai 14 orang.KPM akan kaji pelaksanaan PPSMI dalam masa terdekat.Kementerian Pendidikan akan kaji pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, PPSMI dalam masa terdekat.Pihaknya sambut baik saranan Perdana Menteri mengenai perkara itu dan akan dibawa ke Jemaah Menteri sebelum dilaksanakan.Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata pelaksaanaan semula PPSMI masih dalam pertimbangan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72837", "title": "Mr Os Meninggal Dunia", "body": "\n\u2190 Back to list\nMr Os Meninggal Dunia\nApr 08, 2016\n\nPerkara tersebut disahkan oleh anak Allahyarham dan sahabat baiknya, pelawak Abon.\u00a0Mr. Os pernah menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 2011 bergandingan dengan Abon dalam Kumpulan Osbon.\u00a0Foto : Facebook\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72737", "title": "Polis Kesan 3 Lelaki Terlibat Klip Video Namewee", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Kesan 3 Lelaki Terlibat Klip Video Namewee\nAug 23, 2016\n\nBukit Aman akan dapatkan bantuan Interpol bagi kesan 3 lelaki yang turut terlibat dalam klip video lagu Namewee yang didakwa hina Islam.\u00a0Menurut pihak polis, berdasarkan keterangan awal, ketiga-tiga lelaki tersebut adalah rakyat Taiwan dan menetap di sana.\u00a0Namewee kini direman 4 hari bagi bantu siasatan terhadap video klip tersebut. \u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72198", "title": "Lelaki tetak nenek kerana tiada makanan", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki tetak nenek kerana tiada makanan\nJun 20, 2017\n\nSeorang lelaki tetak mati neneknya, gara-gara tiada makanan di rumah mangsa dalam kejadian di perkampungan orang asli di Lipis Pahang.Suspek yang mencederakan bapa mentua turut dilaporkan mencucuh muka isterinya dengan bara api.\u00a0Lelaki itu berjaya ditahan dan akan direman hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=150654", "title": "Murid Dan Guru Boleh Pakai Pakaian Sukan Ke Sekolah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMurid Dan Guru Boleh Pakai Pakaian Sukan Ke Sekolah.\nMay 03, 2023\n\n\nMurid Dan Guru Boleh Pakai Pakaian Sukan Di Sekolah.\nPihak sekolah diminta agar sentiasa pantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa.\nMenurut Kementerian Pendidikan ia supaya tindakan segera dapat diambil bagi menjamin kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana.\nKPM dalam pada itu beri kebenaran khas kepada murid, guru dan kumpulan pelaksana untuk pakai pakaian sukan yang sopan di semua institusi pendidikan kendaliannya.\nPemakaian tali leher juga tidak diwajibkan bagi murid yang pakai pakaian seragam sekolah.\nIa bagi elak sebarang komplikasi kepada kesihatan warga sekolah ekoran cuaca panas dan kering ketika ini.\n\u00a0\nSiti Bainun Bersalah!\nMahkamah Sesyen KL memutuskan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas 2 pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down dikenali sebagai Bella.\nMenurut hakim, pembelaan tertuduh bukan sahaja tidak dapat dipercayai atau diterima, malah ia gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.\nKes Bella viral di media sosial sejak tahun lepas selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80868", "title": "Kanser payudara kekal pembunuh nombor satu kaum wanita!", "body": "\n\u2190 Back to list\nKanser payudara kekal pembunuh nombor satu kaum wanita!\nNov 24, 2019\n\nKanser payudara pembunuh nombor satu kaum wanitaFoto : Astro AwaniKes kanser payudara di negara ini berada pada tahap amat membimbangkan.Menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2007-2011, lebih 31 kes berlaku dalam setiap 100 ribu penduduk di negara ini dan menjadi pembunuh nombor satu kaum wanita negara ini.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata 43 peratus yang mendapatkan ujian saringan mengesan kanser payudara berada pada tahap kritikal iaitu tahap ketiga dan keempat.Foto : Astro AwaniSementara itu, Kementerian Kesihatan maklumkan tindakan mewajibkan imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak mulai tahun depan akan diumumkan dalam masa terdekat.Jelasnya, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk membentangkan dapatan maklumat lanjut sebelum sebarang keputusan dibuat.---Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai dikajiFoto : Astro AwaniKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneliti cadangan untuk benarkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai dalam kenderaan.Menurutnya, ia bagi mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan yang miliki ramai anak kecil.Tambahnya, polisi tersebut bukan bertujuan menyusahkan ibu bapa sebaliknya untuk melindungi anak-anak mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=104498", "title": "Syarat kemasukan pengembara luar diperketatkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSyarat kemasukan pengembara luar diperketatkan\nApr 25, 2021\n\nKerajaan akan perketatkan kemasukan pengembara asing ke Malaysia!\nMenteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tempoh kuarantin untuk mereka yang masuk dari negara seperti UK, Brazil, Afrika Selatan dan Jepun dilanjutkan daripada\n10 kepada 14 hari selain perlu mengikut SOP yang ditetapkan.\nBeliau berkata demikian ekoran 4 lagi kes varian baru COVID-19 daripada Afrika Selatan dikesan di negara ini.\nIa sekaligus menyaksikan jumlah kes varian tersebut di negara ini meningkat kepada 21 kes.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71635", "title": "Kos penerbangan antara faktor mengekang Kementerian Belia dan Sukan, bawa lebih ramai atlet ke SUKMA di Sarawak,", "body": "\n\u2190 Back to list\nKos penerbangan antara faktor mengekang Kementerian Belia dan Sukan, bawa lebih ramai atlet ke SUKMA di Sarawak,\nDec 14, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72087", "title": "Keputusan mewajibkan pegawai kanan kerajaan ambil ujian kecekapan bahasa Inggeris adalah untuk bantu tingkat keyakinan diri.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKeputusan mewajibkan pegawai kanan kerajaan ambil ujian kecekapan bahasa Inggeris adalah untuk bantu tingkat keyakinan diri.\nJun 10, 2018\n\nKeputusan mewajibkan pegawai kanan kerajaan ambil ujian kecekapan bahasa Inggeris adalah untuk bantu tingkat keyakinan diri apabila berkomunikasi dengan pihak luar.Kata Menteri Pendidikan, ia penting kerana Malaysia kini jadi tumpuan dunia yang mahu belajar cara negara kendali proses peralihan kuasa secara aman baru-baru ini.Jadi ujar Dr Maszlee Malik, kegagalan pegawai kanan kerajaan berkomunasi dalam bahasa Inggeris dengan baik akan cemar reputasi negara.Rabu lalu, PM umum pendekatan baru yang mewajibkan golongan terbabit ambil ujian tersebut sebagai menambah baik kecekapan Bahasa Inggeris mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=148163", "title": "Kerajaan Sedang Perinci Cukai Barangan Mewah", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Sedang Perinci Cukai Barangan Mewah\nMar 14, 2023\n\n\nKerajaan Sedang Perinci Cukai Barangan Mewah\nKerajaan dijangka mengumumkan perincian mengenai pelaksanaan cukai barangan mewah Jun depan.\u00a0\nMenurut Kementerian Kewangan, ia termasuk perincian mengenai barangan yang dikenakan cukai dan jumlah cukai yang akan dikenakan.\nPada pembentangan Belanjawan 2023 bulan lalu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan perkenal cukai barangan mewah termasuk membabitkan jam tangan dan pakaian bermula tahun ini.\u00a0\nDalam perkembangan berkaitan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan semak perincian Belanjawan 2023 bagi bantu memastikan tahap penyampaian yang terbaik.\nTegas beliau, ia juga bertujuan memastikan permasalahan rakyat disantuni dengan cekap dan adil.\nBelanjawan 2023 menyediakan peruntukan berjumlah lebih RM388 bilion ringgit iaitu yang terbesar dalam sejarah negara.\n\u00a0\n\nBatu Pahat Mungkin Sambut Ramadan Dalam Banjir\nPenduduk di Batu Pahat, Johor mungkin terpaksa sambut Ramadan dalam keadaan banjir! \u00a0\nPegawai Daerah Batu Pahat memaklumkan BH, daerah itu belum memasuki fasa banjir termenung berikutan masih merekodkan kemasukan serta pergerakan air yang besar.\nJelas beliau kerja-kerja pengepaman air bah lebih mudah dilakukan apabila banjir memasuki fasa termenung.\u00a0\nNamun Jabatan Pengairan dan Saliran Johor sudah kenal pasti lokasi yang airnya sesuai dipam keluar lebih awal bagi mengurangkan paras ketinggian air.\u00a0\nSementara itu lebih 38,000 mangsa masih berlindung di lebih 130 PPS di 3 negeri selepas banjir di Sarawak pulih.\u00a0\nJohor merekodkan kira-kira 38,000 mangsa majoritinya di Batu Pahat, di Pahang hampir 130 masih berada di PPS dan Melaka hampir 30.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80372", "title": "Operasi mencari dan menyelamat gadis Ireland diteruskan untuk hari keenam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nOperasi mencari dan menyelamat gadis Ireland diteruskan untuk hari keenam.\nAug 09, 2019\n\nOperasi mencari Nora Anne Quoirin diteruskan dengan menggunakan helikopter dilengkapi peralatan pengesan visual dan haba.Polis berkata alat itu boleh mengesan mangsa melalui pengimejan haba dari ketinggian 1,500 kaki pada siang dan malam.Hari ini juga masuk hari ke-6 kehilangan remaja OKU warga Ireland itu, namun belum ada petunjuk baru dijumpai.Jom sumbang idea untuk\u00a0 Belanjawan 2020!Orang ramai dipelawa sumbang idea dalam penyediaan Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada 11 Oktober depan.Menteri Kewangan berkata cadangan itu boleh dibuat menerusi laman web khas dan menggunakan #belanjawan2020 di media sosial.Sebarang idea boleh dikemukakan bermula hari ini hingga 11 September depan.Jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini dijangka pulih pertengahan bulan depan.MetMalaysia berkata ketika ini jerebu masih pada tahap sederhana dan ianya bergantung kepada keadaan cuaca\u00a0dan tiupan angin di Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72481", "title": "KPDNKK sahkan, tiada perang harga petrol dan diesel", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPDNKK sahkan, tiada perang harga petrol dan diesel\nApr 01, 2017\n\nKPDNKK sahkan, tiada perang harga petrol dan diesel seperti yang viral di media sosial dan menganggap ia sebagai satu penipuan.Katanya, semua stesen minyak mematuhi harga bahan api itu yang diumumkan pada Rabu dan tiada stesen minyak yang menjual melebihi harga ditetapkan.Siasatan yang dijalankan mendapati perkara itu yang viral melalui\u00a0aplikasi telefon pintar itu adalah penipuan semata-mata.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71887", "title": "Lelaki cedera ditetak di Kota Bharu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki cedera ditetak di Kota Bharu.\nJul 29, 2017\n\nSeorang lelaki cedera ditetak dipercayai terlibat dalam pergaduhan 2 kumpulan di Kota Bharu, Kelantan.Menurut polis, 2 suspek insiden tersebut berjaya dikesan dan telah direman 4 hari.Polis masih memburu beberapa suspek lain bagi membantu siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72804", "title": "Air Asia Nafi Tawar Tiket Percuma Sempena Ulang Tahun", "body": "\n\u2190 Back to list\nAir Asia Nafi Tawar Tiket Percuma Sempena Ulang Tahun\nJul 26, 2016\n\nJusteru, pihaknya sudah buat laporan polis dan akan ambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang melakukan penipuan itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72201", "title": "TPM minta pelajar Manchester tidak bimbang", "body": "\n\u2190 Back to list\nTPM minta pelajar Manchester tidak bimbang\nJun 01, 2017\n\nPelajar Malaysia di UK diminta tidak bimbang dengan siasatan oleh pihak berkuasa tempatan berhubung serangan bunuh diri di sebuah konsert minggu lalu.Timbalan Perdana Menteri jelaskan, kerajaan telah bekerjasama dengan UK dalam soal perangi pengganas dan akan salur maklumat kepada Britain jika ada siasatan ke atas warga Malaysia.Tiga pelajar Malaysia ditahan untuk disoal siasat Isnin lalu sebelum dibebaskan, berhubung insiden serangan bunuh diri di sebuah konsert minggu lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70856", "title": "Kes harian COVID-19 kembali ke tiga digit", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes harian COVID-19 kembali ke tiga digit\nSep 11, 2020\n\nKes harian COVID-19 kembali ke tiga digitFoto - New Straits TimesKes harian COVID-19 kembali melonjak ke tiga angka apabila 182 kes baru direkodkan hari ini di mana 181 merupakan penularan tempatan dan satu kes import.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah penularan tempatan, 90 adalah warganegara manakala 91 bukan warganegara.167 kes adalah berkait kluster Benteng LD di Sabah, 11 kluster Sungai serta satu kluster Telaga di Kedah manakala kes import babitkan seorang warganegara Filipina di Selangor.-----Lebih 300 ditahan, ingkar PKPPFoto - BernamaSeramai 312 individu termasuk 143 gagal amalkan penjarakan fizikal ditahan semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).Selain itu 70 individu dikesan melakukan kesalahan di kelab malam atau pub, 37 individu gagal sediakan peralatan dan catitan keluar masuk dan 31 disyaki menjalankan aktiviti pelacuran.Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 267 individu telah dikompaun manakala 38 individu direman dan tujuh lagi dijamin.-----PDRM hantar lebih 400 pegawai dan anggota ke SabahFoto - Yayasan Dakwah Islamiah MalaysiaLebih 400 pegawai dan anggota tambahan PDRMtermasuk dari Bukit Aman dihantar ke Sabah bagi membantu menjaga aspek keselamatan sepanjang proses Pilihan Raya Negeri yang bermula dengan penamaan calon, esok.Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, antara pegawai dan anggota polis yang ditugaskan sepanjang kempen PRN Sabah adalah dari Jabatan Siasatan Jenayah serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Sept ini sebagai tarikh mengundi untuk PRN Sabah manakala 12 Sept sebagai tarikh penamaan calon.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81878", "title": "Ramai Terkejut Tun M Dipecat", "body": "\n\u2190 Back to list\nRamai Terkejut Tun M Dipecat\nMay 29, 2020\n\nRamai Terkejut Tun M DipecatPemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada BERSATU, parti yang diasaskannya sendiri mengejutkan ramai pihak.Penganalisis politik yang juga pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), Dr Mohd Tawfik Yaakob juga tidak terkecuali.Ujar beliau, ia sekaligus membawa kepada masa depan yang kurang meyakinkan untuk Tun M dan 4 lagi pemimpin.Dr Mohd Tawfik juga menolak memungkinan pemimpin berkenaan akan mewujudkan parti baru.Semalam Tun M bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan 3 yang lain dipecat serta-merta daripada BERSATU kerana melanggar arahan parti.2 lagi nama besar ialah 2 bekas menteri Kabinet, Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul\u00a0 Rahman kerana duduk di sebelah pembangkang pada sidang dewan rakyat 18 Mei lalu.\u00a0Kesan Positif Mula KelihatanKesan positif mula kelihatan susulan langkah kerajaan tukar strategi daripada PKP kepada PKPB walaupun ia lebih longgar.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, kadar kes semasa COVID-19 menepati unjuran dan model yang dirangka khususnya penurunan kes kepada 2 dan 1 digit.Sementara itu, keputusan buka lebih banyak sektor termasuk sekolah dan sosial bergantung kepada kadar kes baru sehingga 9 Jun ini.Semalam\u00a0hanya 10 kes baru direkodkan yang juga paling rendah sejak PKP dilaksanakan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72540", "title": "KPDNKK Sudah Rampas Lebih 2,000 Berus Cat Bulu Babi", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPDNKK Sudah Rampas Lebih 2,000 Berus Cat Bulu Babi\nFeb 08, 2017\n\nKPDNKK sudah merampas lebih 2,000 berus cat bulu babi selepas melakukan hampir 160 pemeriksaan di seluruh negara.Kementerian turut menegaskan, pihaknya mempunyai kuasa membuat rampasan jika peniaga gagal meletakkan label dan mengasingkan berus jenis itu mengikut peraturan.Ujar kementerian lagi, sebagai negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama, peniaga sepatutnya prihatin dengan sensitiviti pengguna Islam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72682", "title": "Izreen Azminda Tidak Sudi Berganding Dengan Amar Baharin", "body": "\n\u2190 Back to list\nIzreen Azminda Tidak Sudi Berganding Dengan Amar Baharin\nSep 27, 2016\n\nIzreen Azminda akan menolak tawaran berlakon jika diminta berganding dengan bekas kekasihnya, Amar Baharin.Tegas aktres itu kepada Astro Gempak, dia tidak boleh bekerja dengan orang yang pernah beri impak yang kuat dalam hidupnya.Jelas Izreen, dia tidak berdendam atau bermusuh, cuma tidak mahu lagi dikaitkan dengan Amar yang sudah bertunang.foto : Instagram @alhaalfa\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80806", "title": "Ibu bapa mungkin dihukum sebab hantar anak ke pusat tahfiz tak berdaftar", "body": "\n\u2190 Back to list\nIbu bapa mungkin dihukum sebab hantar anak ke pusat tahfiz tak berdaftar\nNov 10, 2019\n\nFoto : Astro AwaniIbu bapa boleh dikenakan tindakan undang-undang jika menghantar anak mereka ke pusat tahfiz tidak berdaftar di negara ini!Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusoff berkata ianya bagi mengelakkan ibu bapa bersikap lepas tangan jika berlaku perkara tidak diingini.Tambahnya, peringatan agar menghantar anak ke pusat tahfiz berdaftar telah banyak kali dibuat sebelum ini.Beliau berkata demikian susulan kematian seorang pelajar tahfiz berusia 7 tahun di Pahang yang dipercayai dipukul, minggu lalu.Foto : Astro AwaniSementara itu, Ketua Polis Pahang berkata kes kematian tersebut dipercayai berpunca daripada cemburu.Mangsa, Mohammad Aimin Nurul Amin yang merupakan pelajar termuda sebuah pusat tahfiz di Temerloh itu rapat dan manja dengan pengusaha pusat tersebut sehingga dicemburui pelajar lain.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71978", "title": "Beberapa syarikat tawarkan khidmat teruskan operasi mencari pesawat MH370.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBeberapa syarikat tawarkan khidmat teruskan operasi mencari pesawat MH370.\nOct 05, 2017\n\nBeberapa buah syarikat tawarkan khidmat untuk meneruskan operasi mencari pesawat MH370 yang masih menjadi misteri.Malaysia akan pertimbangkan tawaran itu, namun operasi berkenaan hanya diteruskan selepas mendapat bukti kukuh.Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagaimanapun tidak mendedahkan nama syarikat-syarikat berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80190", "title": "Lebih 200 Orang Asli Di Kuala Koh Gua Musang Disuntik Vaksin ", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 200 Orang Asli Di Kuala Koh Gua Musang Disuntik Vaksin \nJul 02, 2019\n\nSekurang-kurangnya 200 Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang menerima suntikan vaksin yang bermula semalam.Menuru JAKOA, segelintir individu yang masih belum menerima suntikan akan berbuat demikian secara berperingkat.Terdahulu, 15 orang asli di kampung itu meninggal dunia akibat virus demam campak yang menular di kawasan itu.\u00a0Pasangan Bukan Islam Di Johor Bakal Kursus Kahwin\u00a0Kerajaan Johor pertimbang untuk wajibkan pasangan bukan Islam negerti itu, mengikuti kursus awal perkahwinan.Ini susulan kes penceraian bagi pasangan bukan muslim di negeri itu semakin meningkat dari tahun ke tahun.Modul untuk kursus pra perkahwinan itu, dihasilkan dengan kerjasama UTM.Dia Bukan Perisiklah\u00a0Polis nafi lelaki warga Amerika dipercayai terbabit dalam kes sebuah pesawat ringan terhempas di Jelebu Negeri Sembilan, adalah seorang perisik.Lelaki berkenaan disahkan masuk ke negara ini sebagai pelancong yang sah.\u00a0Lelaki berkenaan bersama seorang lagi warga tempat kini dalam keadan kritikal di sebuah hospital di KL.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73387", "title": "Kasut hitam sekolah sepenuhnya mulai 2021", "body": "\n\u2190 Back to list\nKasut hitam sekolah sepenuhnya mulai 2021\nOct 13, 2018\n\nKasut hitam sekolah sepenuhnya mulai 2021Foto - BernamaPelaksanaan pemakaian kasut hitam oleh lebih lima juta murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021.Kementerian Pendidikan berkata, keputusan berkenaan diambil selepas mempertimbangkan pandangan semua pihak berkepentingan.Dalam tempoh peralihan itu katanya, murid masih dibenarkan untuk memakai kasut putih.-----Kedah nafi Muhkriz akan lepas jawatan Menteri BesarFoto - Astro AwaniKerajaan negeri Kedah nafi mesej viral yang mendakwa Menteri Besar Kedah\u00a0 Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir akan menggantikan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang didiagnosis menghidap kanser pankreas.Sehingga kini, kerajaan negeri yang diterajui Mukhriz berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Fisol Jaafar juga berkata mesej yang mula tersebar sejak Khamis lalu itu adalah fitnah, tidak benar dan bersifat nakal.-----Kuota bumiputera bagi pembelian rumah mampu milik akan dikaji semulaFoto - Kosmo!Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata kuota bumiputera bagi pembelian rumah mampu milik akan dikaji semula.Katanya, kajian dan semakan semula dasar itu merangkumi penyeragaman harga rumah standard bagi semua lapisan masyarakat.Namun, kementerian perlu masa untuk kaji semula dan mendapatkan maklum balas daripada pihak industri dan pembeli rumah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72840", "title": "Kes Kebakaran Hutan di Beberapa Kawasan di Negara Ini Menurun", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Kebakaran Hutan di Beberapa Kawasan di Negara Ini Menurun\nApr 13, 2016\n\nJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memaklumkan, kes kebakaran hutan di beberapa kawasan di negara ini sudah menurun berikutan hujan yang mula turun di kawasan terlibat.Namun, pihaknya masih meneruskan pemantauan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi dan Jabatan Alam Sekitar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72596", "title": "Gelombang kedua fenomena air pasang besar dijangka bermula esok", "body": "\n\u2190 Back to list\nGelombang kedua fenomena air pasang besar dijangka bermula esok\nNov 12, 2016\n\nGelombang kedua fenomena air pasang besar dijangka melanda selama 5 hari di perairan Kelantan, Kedah, Terengganu dan Selangor, mulai esok.Namun Agensi Pengurusan Bencana Negara menjangkakan, paras kenaikan air pada gelombang kedua ini tidak setinggi gelombang pertama.Penduduk bagaimanapun tetap diingatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81644", "title": "Jangan Keliru Isu Permohonan Balik", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan Keliru Isu Permohonan Balik\nApr 23, 2020\n\nJangan Keliru Isu Permohonan BalikFoto - BernamaOrang ramai diminta tidak keliru dengan cadangan permohonan untuk pulang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang diumumkan semalam.Menteri Kanan Keselamatan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob jelaskan, permohonan itu hanya untuk mereka yang terperangkap di kampung sebaik PKP dikuatkuaskaan.Malah jelas beliau, pengumuman mengenai kebenaran pulang semula ke Kuala Lumpur dan bandar yang dibuat semalam juga tidak berkuat kuasa secara automatik.-----SOP PKP Ramadan KekalFoto - Jabatan Perdana MenteriPeraturan dan prosedur operasi standard pergerakan rakyat sepanjang bulan Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa III ini masih sama seperti sebelum ini.Namun Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi di pasar awam dilanjutkan sehingga jam 2 petang bagi memudahkan orang ramai membeli barangan keperluan untuk berbuka dan bersahur.Selain itu katanya, operasi kenderaan awam pula diawalkan sejak kepada pukul 4 petang hingga 10 malam, mengambil kira waktu bekerja anjal sewaktu bulan puasa.-----Tiada Khidmat Amil Zakat di PahangFoto - Harian MetroMajlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang putuskan, tiada khidmat amil bagi menguruskan kutipan zakat fitrah pada Ramadan, tahun ini.Sebaliknya, kaedah bayaran adalah secara atas talian melalui laman sesawang ezakat.muip.gov.my dan melalui aplikasi PahangGo dan SnapNPay yang akan dimaklumkan kemudian.Bagi yang tiada kemudahan internet untuk membuat bayaran secara atas talian dibolehkan memilih kaedah bayaran melalui SMS zakat fitrah Pahang di talian 15888.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72133", "title": "KPDNHEP siapkan pelan meneyeluruh pelaksanaan SST.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPDNHEP siapkan pelan meneyeluruh pelaksanaan SST.\nSep 02, 2018\n\nKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP telah menyiapkan pelan tindakan menyeluruh berhubung pelaksanaan sistem SST.Ia akan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara yang akan bermesyuarat kali pertama hujung bulan ini.Maklumat yang diperoleh akan dikaji dan dibentangkan sebelum satu rangka strategi diambil bagi bantu mengurangkan beban rakyat.Dalam perkembangan berkaitan, KPDNHEP memaklumkan, pelaksanaan SST yang bermula semalam secara keseluruhannya berjalan lancar.Sementara itu, di Kuantan, sebuah kedai kasut dan kafe diberi notis kerana letak harga tidak munasabah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72794", "title": "Kesempitan Hidup Punca Kematian 3 Beranak di Sarawak", "body": "\n\u2190 Back to list\nKesempitan Hidup Punca Kematian 3 Beranak di Sarawak\nJul 20, 2016\n\nIbu malang berkenaan yang berusia 37 tahun dipercayai alami tekanan perasaan dan kemurungan selepas ditinggalkan suaminya.Sementara itu, polis Sarawak menyiasat kes berkenaan sebagai kes bunuh.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71671", "title": "Zamani Muncul Dengan Lagu Baru", "body": "\n\u2190 Back to list\nZamani Muncul Dengan Lagu Baru\nJan 18, 2016\n\nKatanya, lagu yang belum mempunyai tajuk itu berkisarkan kisah cinta namun tiada kaitan dengan kisah hidupnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=113751", "title": "'Walk-in' Untuk Warga Asing Di PPV Bukit Jalil Diganti Janji Temu.", "body": "\n\u2190 Back to list\n'Walk-in' Untuk Warga Asing Di PPV Bukit Jalil Diganti Janji Temu.\nAug 22, 2021\n\n\nPasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengumumkan beberapa ketetapan baru susulan kejayaan operasi melonjakkan pemberian vaksin.\nBermula esok vaksin secara \u2018walk-in\u2019 untuk warga Malaysia di Lembah Klang diteruskan di 13 PPV tertentu sahaja.\n\u2018Walk-in\u2019 untuk warga asing yang dikhususkan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil pula digantikan dengan janji temu.\nManakala \u2018walk-in\u2019 bagi penduduk di negeri-negeri lain selain Lembah Klang berjalan seperti biasa mengikut ketetapan negeri masing-masing.\nBagi individu yang terlepas suntikan dos ke-2, anda boleh ke PPV berdekatan kediaman.\nDalam perkembangan berkaitan, lebih 54 peratus individu dewasa di Malaysia sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19.\r\n\u00a0\n\nJangan Salah Guna Keistimewaan & Kelonggaran\nJangan salah guna guna keistimewaan atau kelonggaran sekatan yang diberikan oleh kerajaan!\nItu permintaan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada individu yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19.\nTegas beliau, jika kita leka segala kerja keras dan keuntungan yang dicapai akan sia-sia malah mungkin perlu bertempur sekali lagi dengan virus COVID-19.\nTan Sri Dr Noor Hisham juga mengingatkan, masih ada sebahagian populasi belum divaksin dan mereka mudah terkena jangkitan COVID-19.\nSementara itu, hampir 83 peratus daripada kira-kira 22 ribu kes baru semalam melibatkan individu yang tidak lengkap divaksin.\r\n\u00a0\n\nMuhyiddin Beri Sokongan Penuh\nBekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan sokongan penuh kepada Perdana Menteri baru, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.\nBeliau yang juga Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden UMNO itu.\nDatuk Seri Ismail Sabri mengunjungi Tan Sri Muhyiddin selepas beliau selesai mengangkat sumpah jawatan, petang semalam.\n\n\n2,000 Pokok Hutan Ditanam di Bekas Kebun Durian Haram\u00a0\nLebih 2,000 pokok hutan dan buah pelbagai spesies ditanam di Hutan Simpan Kekal, Batu Talam, Raub yang sebelum ini diceroboh untuk dijadikan kebun durian Musang King.\nMenurut Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, antara pokok itu ialah Meranti, Merawan, Beruas dan Sentul yang ditanam dengan bantuan lebih 130 sukarelawan daripada 23 NGO.\nProgram itu merupakan sebahagian daripada Kempen Penanaman 5 Juta Pokok@Pahang, yang bertujuan menghijaukan semula kawasan terosot di negeri itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71764", "title": "MT UMNO sepakat gantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden", "body": "\n\u2190 Back to list\nMT UMNO sepakat gantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden\nFeb 26, 2016\n\nNaib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini ambil alih tugas-tugas Timbalan Presiden.Penggantungan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO berkuatkuasa sehingga pemilihan parti akan datang.Perkara itu diumumkan Setiuasaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang tadi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71840", "title": "Kontena kandungi radar di Belanda", "body": "\n\u2190 Back to list\nKontena kandungi radar di Belanda\nJun 29, 2017\n\nKastam nafikan laporan kontena yang mengandungi peralatan teknologi tinggi di Pelabuhan Tanjung Pelepas, hilang.Sebaliknya, kontena tersebut telah tiba di Belanda.Siasatan masih lagi dijalankan untuk mengetahui pihak mana yang membenarkan kontena tersebut berlabuh di Tanjung Pelepas, tanpa permit khas daripada MITI dan kastam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71802", "title": "Ketua Polis Negara mahu debat Guan Eng - Dahlan dibatal", "body": "\n\u2190 Back to list\nKetua Polis Negara mahu debat Guan Eng - Dahlan dibatal\nApr 16, 2016\n\nKetua polis negara minta stesen televisyen tempatan batalkan rancangan untuk siarkan secara langsung debat mengenai isu tanah Taman Manggis, kerana kes tersebut sedang disiasat oleh SPRM.TS Khalid Abu Bakar berkata jika debat antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibenarkan, maka ia akan timbulkan prejudis dan jejaskan siasatan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72205", "title": "SPRM siasat pemaju perumahan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM siasat pemaju perumahan\nMay 05, 2017\n\nSPRM sedang menyiasat pemaju-pemaju perumahan yang disyaki terlibat dengan penyelewengan dan rasuah.Suruhanjaya itu dedahkan, ada pihak pemaju yang terlibat rasuah daripada peringkat awal sehingga memberi kesan kepada harga rumah.Tegasnya, tindakan akan diambil ke atas mereka yang terlibat kerana rasuah itu menjadikan kos rumah meningkat setinggi 20 peratus.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72922", "title": "Lagenda Bola Sepak Mahu Jual Lebih 2 Koleksi Peribadi", "body": "\n\u2190 Back to list\nLagenda Bola Sepak Mahu Jual Lebih 2 Koleksi Peribadi\nMar 11, 2016\n\nLegenda bolasepak Brazil, Pele umum mahu jual lebih 2 ribu koleksi peribadi yang dikumpulnya sewaktu jadi pemain termasuk 3 pingat Piala Dunia.Koleksi itu akan dilelong dalam satu majlis di London yang dijadual berlangsung dari 7 hingga 9 Jun depan.Pele berkata, sebahagian daripada kutipan lelong itu akan didermakan kepada sebuah hospital kanak-kanak di Brazil.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72536", "title": "Anggota PGA Mengamuk", "body": "\n\u2190 Back to list\nAnggota PGA Mengamuk\nFeb 13, 2017\n\nSeorang anggota Pasukan Gerakan Am mencetuskan ketakutan orang ramai apabila secara tiba-tiba mengamuk dan melepaskan tembakan di Padang Besar, Perlis.Suspek dilapor melepaskan kira-kira 60 tembakan rambang di 4 lokasi termasuk kolam pancing dan kebun getah namun tidak melibatkan sebarang kecederaan.Siasatan awal mendapati suspek mengalami tekanan dan dia juga positif dadah\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94730", "title": "Syarat i-Sinar Mansuh", "body": "\n\u2190 Back to list\nSyarat i-Sinar Mansuh\nFeb 12, 2021\n\nSyarat i-Sinar MansuhKWSP sedang dalam proses memansuhkan syarat i-Sinar.Ia susulan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan maklum balas awam.Ia diharap dapat membantu ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19.Pemansuhan syarat itu akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1, tertakluk kepada baki yang ada.Bagi ahli yang memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.Sesi Peperiksaan Khas Untuk Calon SPM Positif COVID-19Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengaturkan sesi peperiksaan lain bagi calon SPM 2020 yang disahkan positif COVID-19.Calon terbabit juga perlu kemukakan dokumen pengesahan bagi menduduki peperiksaan yang dijadualkan semula.Dokumen tersebut akan jadi bukti mereka telah menerima rawatan mahupun berjumpa doktor.Semua calon turut diwajibkan buat pengisytiharan kesihatan setiap hari menerusi 2 cara dan antaranya dengan mendapatkan borang di sekolah.SPM 2020 akan bermula 22 Februari ini.Ops Catut: Lebih 340 Peniaga Diberi NotisLebih 340\u00a0peniaga kelengkapan elektronik dan komunikasi diberi notis semasa Ops Catut 8.0 baru-baru ini.Ia untuk siasatan lanjut bagi mengesan jika wujud isu pencatutan barang dan harga khasnya peranti elektronik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72450", "title": "Lebih Ramai Dijangka Terjejas \"Ransomware\"", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih Ramai Dijangka Terjejas \"Ransomware\"\nMay 15, 2017\n\nPihak berkuasa Eropah beri amaran lebih ramai akan mendapati diri mereka terjejas akibat serangan perisian tebusan atau \"ransomware\" mega.Serangan yang bermula Jumaat lalu itu menjejaskan rangkaian komputer di kira-kira 150 negara dengan Rusia dan Britain paling teruk terjejas.Namun, Malaysia dilaporkan tidak terjejas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=107992", "title": "Kluster Tempat Kerja Meningkat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster Tempat Kerja Meningkat.\nJun 15, 2021\n\n\nLebih 1,300 kluster Covid-19 melibatkan tempat kerja dikesan setakat ini.\nKetua Pengarah Kesihatan berkata daripada lebih 620,000 individu yang sudah disaring dalam semua kluster berkenaan, hampir 150,000 kes positif dicatatkan.\nJusteru, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berpendapat SOP di tempat kerja perlu dipertingkatkan ekoran kluster dalam sektor berkenaan yang semakin bertambah.\n\u00a0\nKaunter LHDN bagi rayuan BPR dibuka.\nLHDN mula membuka kaunter untuk rayuan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hari ini.\nKaunter khas itu akan dibuka dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari berdasarkan waktu bekerja bagi setiap negeri dan melalui janji temu sahaja.\nIa juga terhad kepada pelanggan yang berisiko rendah berdasarkan aplikasi MySejahtera.\n\u00a0\nPermohonan UPUOnline dibuka semula untuk lepasan SPM.\nPermohonan UPUOnline dibuka semula hari ini bagi lepasan SPM yang tidak sempat untuk berbuat demikian sebelum ini.\nMenurut KPT, bagi pelajar yang sudah memohon, mereka boleh mengemas kini permohonan hingga 21 Jun ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81337", "title": "Barisan Kabinet Baru Catat Beberapa Sejarah Menarik!", "body": "\n\u2190 Back to list\nBarisan Kabinet Baru Catat Beberapa Sejarah Menarik!\nMar 10, 2020\n\nPengumuman barisan Kabinet baru semalam catat beberapa sejarah menarik!Buat pertama kalinya dalam sejarah, jawatan Timbalan Perdana Menteri ditiadakan.Sebaliknya beliau melantik 4 Menteri Kanan bagi membantunya dalam menjalankan tugas dan melicinkan pentadbiran negara.Sejarah juga tercipta apabila bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri muncul sebagai mufti pertama dilantik sebagai menteri.Beliau menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan Hal Ehwal Agama.Dalam kabinet baru ini juga, PAS kembali ke dalam kerajaan selepas 43 tahun.PAS diwakili 3 wakilnya sebagai menteri penuh manakala 5 lagi sebagai timbalan menteri.Antaranya Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar.Setiausaha Agong PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pula pegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Hal Ehwal Undang-Undang.5 wanita pula dilantik menganggotai Kabinet baru.Muka baru adalah Datuk Dr Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi dan Datuk Halimah Mohamed Sadique sebagai Menteri Perpaduan Negara.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70797", "title": "Kluster Benteng Pula ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster Benteng Pula \nSep 02, 2020\n\nKluster Benteng Pula 7 kes baru COVID-19 dikesan di lokap IPD Lahad Datu, Sabah.Kes itu menjadikan wujudnya kluster baru dinamakan Kluster Benteng yang melibatkan 6 Pendatang Asing Tanp Izin (PATI) dan seorang warga Malaysia.Justeru Kementerian Kesihatan menegaskan pentingnya meningkatkan kawalan sempadan bagi membendung penularan pandemik itu di negara ini melibatkan PATI.\u00a0KKM Bincang Dengan Peguam NegaraKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan kaji semula Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit yang sudah berusia 32 tahun.Ia susulan cadangan kerajaan menaikkan kompaun daripada RM1,000 kepada RM10,000 sebagai usaha mengurangkan kes ketidakpatuhan terhadap SOP mengekang penularan COVID-19.Perbincangan juga akan diadakan dengan Peguam Negara dalam masa terdekat sebelum cadangan dibawa ke Kabinet dan seterusnya Parlimen.\u00a0JAWI Belum BenarkanBuat masa ini warga asing belum dibenar solat berjemaah di masjid dan surau di ibu kota.Jelas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), ini kerana pihaknya ingin mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkuasa terlebih dahulu.Baru-baru ini kerajaan pusat mengumumkan warga asing dibenarkan solat berjemaah di masjid bermula semalam dan perlu patuhi SOP yang ditetapkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71140", "title": "Pilihan Raya Tidak Seharusnya Diadakan Buat Masa Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPilihan Raya Tidak Seharusnya Diadakan Buat Masa Ini.\nOct 28, 2020\n\nKementerian Kesihatan saran sebarang pilihan raya tidak diadakan buat masa ini.Ini kerana negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19 dan mengambil pengajaran daripada yang berlaku di Sabah.Namun jika tidak dapat dielakkan, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, KKM akan bincang dengan SPR untuk teliti kaedah yang sesuai.Belanjawan 2021 tidak akan dipolitikkan.Menteri Kewangan yakin Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat minggu depan tidak akan dipolitikkan.Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz juga percaya ia akan raih sokongan daripada ahli-ahli Parlimen demi kemakmuran bersama.Belanjawan 2021 katanya akan meneruskan momentum pemulihan ekonomi yang telah digerakkan sejak bulan Mei yang lalu dan menerusi kesemua pakej rangsangan ekonomi seperti PRIHATIN, PRIHATIN PKS+, PENJANA dan KITA PRIHATIN.Pasangan suami isteri\u00a0boleh masuk ke negeri yang dikenakan PKPB.Suami isteri yang terpisah akibat tuntutan kerja kini boleh masuk ke negeri yang dikenakan PKPB.Syaratnya mesti buat permohonan kepada polis, dan SOP-nya sama dengan SOP PKPB sebelum ini.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80728", "title": "KDN wartakan larangan komik 'Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama'.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKDN wartakan larangan komik 'Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama'.\nOct 24, 2019\n\nKementerian Dalam Negeri mewartakan perintah larangan terhadap komik propaganda politik yang heboh diperkatakan ketika ini.Ini kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan tidak menjaga sensitiviti rakyat berbilang kaum di negara ini.Komik itu juga katanya boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca khususnya generasi muda tentang sejarah Malaysia.PDRM akan dapatkan khidmat pakar sejarah untuk mendapatkan kesahihan fakta kandungan komik berkenaan.Setakat ini, pihaknya sudah terima 46 laporan berkaitan penerbitan dan pengedaran komik itu secara percuma di sekolah.KPM tidak akan campur tangan dalam isu pelajar UM protes semasa konvokesyen.Kementerian Pendidikan tidak akan campur tangan dalam kes graduan UM mengadakan protes semasa istiadat konvokesyen universiti itu.Ujar menterinya, Dr Maszlee Malik, ini kerana pihaknya menghormati kuasa autonomi universiti awam itu dalam mengendalikan kes tersebut.Ia juga bermakna KPM tidak akan jadi pengantara bagi menyelesaikan isu berkenaan.Hujan lebat, ribut dan banjir ketika ini menandakan musim tengkujuh sudah bermula.Terkini 4 negeri dilanda banjir iaitu Johor, Perak, Pulau Pinang dan Selangor cecah hampir 1,000 mangsa.Manakala di Kuala Lumpur, seorang wanita maut dihempap pokok dalam kejadian ketika hujan lebat di depan pintu utama Universiti Malaya, UM.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73077", "title": "Hari Pekerja mungkin tidak dapat disambut pada 1 Mei ini seperti kebiasaannya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHari Pekerja mungkin tidak dapat disambut pada 1 Mei ini seperti kebiasaannya.\nMar 15, 2018\n\nMenteri Sumber Manusia kuatkan lagi spekulasi PRU 14 bakal diadakan awal Mei ini.Ini selepas Datuk Seri Richard Riot menyatakan kemungkinan sambutan Hari Pekerja tidak dapat disambut pada 1 Mei ini seperti kebiasaannya.Tambah beliau, sambutan tersebut berkemungkinan dilewatkan selepas satu raya besar yang merujuk kepada PRU 14.Semalam, akhbar melaporkan semua persiapan logistik\u00a0 pilihan raya dalam keadaan baik dan sedia digunakan oleh SPR.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80721", "title": "Kerajaan Bakal Umumkan Rakan Strategik Malaysia Airlines ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Bakal Umumkan Rakan Strategik Malaysia Airlines \nOct 22, 2019\n\nKerajaan akan melantik rakan strategik untuk Malaysia Airlines dalam masa terdekat.Menurut Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, 4 pembida telah disenarai pendek, namun nama \u00a0syarikat terbabit tidak didedahkan.Tambahnya, di bawah pelan baru, kerajaan akan tetap jadi pemegang saham terbesar syarikat penerbangan itu.Dalam perkembangan lain, kerajaan belum terima tawaran yang sesuai, berhubung pengambilalihan Lebuhraya PLUS.Menurut Perdana Menteri, setakta ini \u00a0empat tawaran diterima daripada pihak swasta namun semuanya tidak menarik minat kerajaan.JPJ Terengganu Buat Laporan Polis\u00a0JPJ Terengganu buat laporan polis, tindakan sekumpulan individu cetuskan provokasi dan merosakkan kenderaan agensi berkenaan, malam tadi.Rakaman video yang viral menunjukkan \u00a0beberapa individu memarahi tiga anggota JPJ, kerana mendakwa mereka punca berlakunya satu kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi.Namun hasil siasatan JPJ, mendapati kemalangan terbabit tiada kaitan dengan tiga anggotanya yang menjalankan tugas memeriksa lori berhampiran lokasi kejadian.Terdahulu dalam kemalangan tersebut, seorang murid tahun enam hilang kaki kanannya.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72040", "title": "Syarikat pengendali kereta kabel Langkawi maklumkan masalah 'bearing' merupakan punca sistem perkhidmatan itu tergendala semalam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSyarikat pengendali kereta kabel Langkawi maklumkan masalah 'bearing' merupakan punca sistem perkhidmatan itu tergendala semalam.\nFeb 19, 2018\n\nSyarikat pengendali kereta kabel Langkawi maklumkan masalah 'bearing' merupakan punca sistem perkhidmatan itu tergendala semalam.Namun masalah itu berjaya diselesaikan pasukan teknikalnya selepas mendapat khidmat nasihat daripada pereka sistem itu dari Austria.Tambahnya, operasi kereta kabel itu akan dihentikan sehingga 15 hari setahun, bagi kerja penyelenggaraan tahunan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79046", "title": "Umur Kahwin Kekal 17 Tahun Bagi Lelaki, 16 Tahun Untuk Wanita Di Terengganu ", "body": "\n\u2190 Back to list\nUmur Kahwin Kekal 17 Tahun Bagi Lelaki, 16 Tahun Untuk Wanita Di Terengganu \nDec 20, 2018\n\nHad minimum berkahwin bagi orang Islam di Terengganu kekal 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun untuk wanita.Namun kelulusan akan dibenarkan di bawah umur itu sekiranya perempuan itu melahirkan anak, sedang hamil atau pasangan terlanjur.\u00a0Setakat ini, hampir 400 daripada 444 permohonan perkahwinan bawah umur diluluskan di negeri itu.\u00a0Syed Saddiq Bukan Dalang Utama Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan\u00a0Menteri Belia dan Sukan bukan\u00a0dalang utama yang mendesak Menteri di JPM, P Waytha Moorthy meletak jawatan.Sebaliknya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hanya menjadi orang tengah ketika satu kumpulan serahkan memorandum itu di Pejabat Perdana Menteri.Terdahulu, Waytha Moorthy dikritik kerana gagal meredakan ketegangan kaum dalam insiden kekecohan di sebuah kuil di Subang Jaya.RM290 Juta Ringgit Untuk RMT Di Sekolah\u00a0Kerajaan peruntukkan hampir 290 juta ringgit untuk Rancangan Makanan Tambahan bagi murid miskin tegar, tahun depan.Menurut Kementerian Pendidikan, 250 juta akan digunakan untuk membekalkan makanan selama 190 hari, jumlah hari minimum sesi persekolahan.Manakala bakinya, 39 juta ringgit akan digunakan untuk membekalkan susu atau makanan lain.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71947", "title": "Kementerian Pendidikan mempunyai pelan hadapi risiko banjir untuk pastikan kelancaran peperiksaan UPSR.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan mempunyai pelan hadapi risiko banjir untuk pastikan kelancaran peperiksaan UPSR.\nSep 09, 2017\n\nKementerian Pendidikan mempunyai pelan hadapi risiko banjir untuk memastikan kelancaran peperiksaan UPSR yang bakal bermula Isnin ini.Menurutnya, tempat peperiksaan alternatif telah disediakan jika sekolah terbabit dinaiki air.Sekolah yang berpotensi dinaiki air terutamanya berhampiran sungai di Sarawak telah pun dikenal pasti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73020", "title": "Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri akan diadakan pada 2 Julai ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nIstiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri akan diadakan pada 2 Julai ini.\nJun 26, 2018\n\nYang di-Pertuan Agong telah memperkenankan senarai baki anggota Kabinet kerajaan PH.Istana Negara dalam kenyataannya memaklumkan, upacara angkat sumpah jawatan jemaah menteri berkenaan akan diadakan Isnin depan.Semalam Perdana Menteri memaklumkan, baki senarai anggota Kabinet telah dimuktamadkan dan mereka akan angkat sumpah jawatan dalam masa terdekat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81340", "title": "Dari Mufti ke Menteri.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDari Mufti ke Menteri.\nMar 10, 2020\n\nSejarah tercipta apabila Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri muncul sebagai mufti pertama dilantik sebagai menteri.Beliau menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan Hal Ehwal Agama.Datuk Seri Dr Zulkifli merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam, Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan menerima PhD daripada Universiti Sains Malaysia dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa.Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Antarabangsa selama 2 tahun pada 2006.Sekitar tahun 2000 hingga 2010, beliau merupakan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan bergelar Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Terengganu dari 2005 hingga 2014.Jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pula disandang sejak 2014.Pandangan Datuk Seri Dr Zulkifli mengenai isu semasa sering menjadi rujukan pelbagai pihak.\u00a0Antaranya isu kontroversi Sajat tunaikan umrah dengan berpakaian wanita bulan lalu, mendapat perkongsian lebih 11,000 di Facebook.Yang terbaru, adalah pendapat beliau mengenai virus Covid-19 yang turut mendapat lebih 500 perkongsian oleh warganet.Sikap terbuka beliau yang berkongsi minatnya terhadap pasukan Liverpool turut viral di media sosial.Rata-rata netizen menyifatkan Datuk Seri Dr Zulkifli terbuka dengan gurauan namun, masih menjaga batas dan berhikmah.Semoga Datuk Seri selamat menjalankan tugas sekaligus memenuhi harapan tinggi rakyat.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72963", "title": "Mangsa banjir di Pulau Pinang dan Kedah meningkat", "body": "\n\u2190 Back to list\nMangsa banjir di Pulau Pinang dan Kedah meningkat\nNov 06, 2017\n\nLebih 443,000 calon menduduki SPM 2017 yang bermula hari ini hingga 4 Disember.Namun banjir yang melanda beberapa negeri khasnya Pulau Pinang menyebabkan sejumlah calon terjejas.Di Pulau Pinang misalnya,sejumlah calon SPM, SMK Datuk Haji Ahmad Said di Butterworth terpaksa dibawa menaiki lori polis meredah banjir untuk menduduki peperiksaan.Sementara itu, 7 maut akibat banjir di Pulau Pinang yang turut menyebabkan lebih 5,800 penduduk terpaksa berlindung di pusat pemindahan.Di Kedah pula, jumlah mangsa banjir meningkat menjadi lebih 3,700 orang.Manakala di Perak, jumlah mangsa banjir cuma bertambah sedikit kepada 174 orang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72802", "title": "Polis Terima Lebih 400 Laporan Skim Cepat Kaya", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Terima Lebih 400 Laporan Skim Cepat Kaya\nJul 25, 2016\n\nUjar Bukit Aman, jumlah kes semakin meningkat dari tahun ke tahun dengan 591 kes tahun lalu berbanding 289 pada 2014.Ramai masih terpedaya dengan skim cepat kaya kerana dijanjikan dengan pulangan yang tinggi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71646", "title": "Tidak boleh bayar hutang kad kredit guna wang KWSP ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTidak boleh bayar hutang kad kredit guna wang KWSP \nDec 22, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72364", "title": "Kanak-kanak maut didera teman lelaki ibu", "body": "\n\u2190 Back to list\nKanak-kanak maut didera teman lelaki ibu\nJun 23, 2017\n\nKanak-kanak lelaki empat tahun maut setelah koma selama tiga hari di Hospital Kuala Lumpur, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.Ibu mangsa dan teman lelakinya warga Afrika meninggalkan mangsa di sebuah hospital swasta di Cheras dalam keadaan tidak sedarkan diri.Mangsa dilaporkan merupakan anak sulung daripada tiga beradik pasangan terbabit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71026", "title": "Gelombang Ke-3 Bermula", "body": "\n\u2190 Back to list\nGelombang Ke-3 Bermula\nOct 09, 2020\n\nGelombang Ke-3 BermulaMalaysia kini memasuki gelombang ke-3 COVID-19.Justeru ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kerjasama semua amat diperlukan sebagai mana kita berjaya melandaikan lengkuk graf kes seperti sebelum ini.Semalam 375 kes baru dicatatkan dengan semua negeri dan Wilayah Persekutuan mencatatkan kes baru, kecuali Perlis.5 kematian turut dicatatkan dan semuanya di Sabah, menjadikan angka yang maut akibat COVID-19 naik kepada 146.Terdapat juga pertambahan 5 kluster baru iaitu Kluster Tujuh Serangkai dan Kluster Tanamera di Sabah, Kluster Jalan Pantai di Kuala Lumpur, Kluster Bah Arnab di Sarawak serta Kluster Bah Bangat di Labuan.BN Tak Letak CalonBarisan Nasional tidak akan letak calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.Ujar presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, keputusan itu bagi elak penularan pandemik COVID-19 seperti yang berlaku susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) \u00a0Sabah baru-baru ini.Terdahulu, Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan agar BN tidak letak calon untuk PRK berkenaan.Bermula EsokBermula esok, individu yang masuk ke Sarawak perlu jalani kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan.Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, ia berikutan peningkatan kes positif COVID-19 dari luar Sarawak yang melibatkan rakyat negeri itu.*foto sekadar hiasan\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71974", "title": "Polis sahkan, tiada bom ditemui dalam kotak di hadapan pintu masuk sebuah pusat membeli belah terkemuka di Bukit Bintang, malam tadi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis sahkan, tiada bom ditemui dalam kotak di hadapan pintu masuk sebuah pusat membeli belah terkemuka di Bukit Bintang, malam tadi.\nOct 03, 2017\n\nPolis sahkan, tiada bom ditemui dalam kotak yang ditemui di hadapan pintu masuk sebuah pusat membeli belah terkemuka di Bukit Bintang, malam tadi.Ketua Polis Dang Wangi berkata, pemeriksaan mendapati kotak berkenaan tidak mengandungi apa-apa dan dimusnahkan pada pukul 1.50 pagi.Polis kini menjalankan siasatan lanjut untuk kenal pasti identiti individiu yang meletakkan kotak berkenaan di lokasi itu.Sumber gambar : Malay Mail\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72917", "title": "Jerebu Tidak Melanda Malaysia Buat Masa Ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nJerebu Tidak Melanda Malaysia Buat Masa Ini\nMar 09, 2016\n\nJelas Jabatan Meteorologi kepada The Star, tiupan angin kini ke arah timur laut, bermakna asap kebakaran tersebut tidak akan menghala ke Malaysia.Namun, situasi mungkin bertukar pada bulan Mei atau Jun disebabkan pertukaran arah tiupan angin.\u00a0*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80282", "title": "Komunikasi rasmi Tun M bukan melalui e-mel peribadi", "body": "\n\u2190 Back to list\nKomunikasi rasmi Tun M bukan melalui e-mel peribadi\nJul 22, 2019\n\nKomunikasi rasmi Tun M bukan melalui e-mel peribadiFoto - EdgePropTun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah keluarkan surat berbentuk e-mel kepada pihak pengurusan tertinggi syarikat berkaitan kerajaan demi mendapatkan sokongan peribadi.Pejabat Perdana Menteri berkata, sebarang bentuk komunikasi rasmi Tun M hanya dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, bukannya melalui e-mel peribadi beliau.Perdana Menteri juga tidak pernah menyokong mana-mana laman sesawang yang mempromosikan perniagaan Bitcoin dan\u00a0Pejabat Perdana Menteri sedang melaporkan kedua-dua insiden terbabit kepada SKMM.-----SPAN mahu aktiviti ekonomi di sekitar kawasan sungai dihentikanFoto - The Sun DailyKerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu memberhentikan segala aktiviti ekonomi di sekitar kawasan sungai.Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara berkata, langkah itu bagi mengelakkan insiden pencemaran daripada berulang hingga membebankan orang ramai.SPAN turut buat laporan polis untuk siasat kemungkinan wujud elemen sabotaj susulan dua insiden pencemaran Sungai Selangor dalam tempoh 3 hari.-----Video viral bergayut ala Superman pada kereta, lelaki 49 tahun ditahanFoto - AmazingnaraPolis tahan seorang lelaki susulan video viral dua kanak-kanak bergayut dengan aksi ala superman di belakang kereta yang dipandu.Suspek yang berusia 49 tahun ditahan di Pasir Gudang semalam, dipercayai bapa kepada salah seorang kanak-kanak yang bergayut itu.Polis turut menyita kereta yang digunakan dalam video berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72979", "title": "KPDNKK sedang menunggu laporan Jabatan Kimia berhubung kes susu dipercayai tiruan di Johor Bahru", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPDNKK sedang menunggu laporan Jabatan Kimia berhubung kes susu dipercayai tiruan di Johor Bahru\nDec 22, 2017\n\nKPDNKK sedang menunggu laporan Jabatan Kimia berhubung kes susu dipercayai tiruan di Johor Bahru.Jelasnya, keputusan tersebut akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.Kelmarin, KPDNKK ramaps 210 kotak susu rumusan bayi disyaki tiruan bernilai 42 ribu ringgit, susulan aduan mengenai seorang bayi muntah teruk selepas menggunakan produk itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72240", "title": "PDRM buru lagi 7 suspek", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM buru lagi 7 suspek\nFeb 20, 2017\n\nPDRM buru 7 lagi suspek lelaki bagi bantu siasatan kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un.Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 50-an.Ujar Bukit Aman, 4 daripadanya disahkan warga Korea Utara yang telah lari ke luar negara selepas kejadian.Namun, polis tidak mendedahkan lokasi negara yang mereka pergi kerana masih dalam siasatan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81275", "title": "PH Akan Hantar Surat", "body": "\n\u2190 Back to list\nPH Akan Hantar Surat\nMar 02, 2020\n\nPH Akan Hantar SuratPakatan Harapan (PH) akan hantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari ini agar sidang khas Dewan Rakyat diadakan segera.Ia bertujuan mendesak sidang Dewan Rakyat tergempar bagi menentukan pihak mana dapat undi mencukupi untuk bentuk kerajaan.Ini kerana bekas pakatan pemerintah itu masih mendakwa mempunyai sokongan lebih ramai Ahli Parlimen.\u00a0Sementara itu PAS berpendapat, tiada keperluan adakan sidang khas Dewan Rakyat.Ini kerana keputusan Yang di-Pertuan Agong sudah ambil kira pandangan Ahli-Ahli Parlimen dan jumlah parti politik yang sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.Dalam perkembangan berkaitan, sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula 9 Mac ini mungkin ditangguhkan.Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan, pihaknya akan berhubung dengan pejabat Perdana Mentetri bagi dapatkan kepastian dan tarikh baru sidang dewan.4 Lagi Kes COVID-19Kementerian Kesihatan umum 4 lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan naik kepada 29 kes.Salah seorang mangsa terbaru merupakan seorang jururawat pelatih yang sedang jalani latihan di sebuah hospital swasta yang rawat kes ke-24.Dia didapati mengendalikan kes terbabit tanpa pakai sebarang peralatan perlindungan diri.Sementara itu, seorang pemuda jadi mangsa pertama yang maut akibat jangkitan virus COVID-19 di Thailand.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=148730", "title": "KPM Bercadang Wajibkan Sekolah Menengah", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPM Bercadang Wajibkan Sekolah Menengah\nMar 22, 2023\n\n\nKPM Bercadang Wajibkan Sekolah Menengah\nKementerian Pendidikan bercadang mewajibkan pendidikan sekolah menengah dan draf cadangan sudah diserah kepada Peguam Negara.\nIa sebagai komitmen KPM untuk memastikan tiada anak-anak tercicir pendidikan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.\nKetika ini pendidikan diwajibkan setakat Darjah 6 sahaja.\nIa menyaksikan ibu bapa boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya jika gagal mematuhinya.\nDalam satu lagi perkembangan, KPM akan teliti cadangan untuk mengembalikan semula kalendar akademik persekolahan yang bermula pada Januari.\nIa perlu kajian mendalam termasuk mengambil kira faktor ekonomi setempat, banjir pada hujung tahun dan jadual peperiksaan-peperiksaan utama.\n\u00a0\nSistem Bembayaran Tol Secara Terbuka Bermula September\nBeberapa lebuh raya akan melaksanakan sistem pembayaran tol secara terbuka menjelang September.\nKementerian Kerja Raya mengumumkan lebuh raya berkenaan adalah NPE, Besraya, AKLEH, GCE dan Jambatan Pulau Pinang.\nIni bermakna penggunanya turut boleh bayar tol menggunakan kad kredit dan debit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73185", "title": "11 peratus remaja mempunyai niat untuk bunuh diri. ", "body": "\n\u2190 Back to list\n11 peratus remaja mempunyai niat untuk bunuh diri. \nAug 27, 2018\n\n11 peratus remaja dalam kelompok pelajar sekolah seawal 13 tahun mempunyai niat untuk bunuh diri.Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, perlakuan remaja berkenaan berkait rapat dengan faktor biologi, sosioekonomi, budaya dan persekitaran.Berita Harian melaporkan faktor kemiskinan dan kegagalan akademik menjadi pendorong utama.Faktor psikologi seperti kemurungan, penyalahgunaan ubatan dan gangguan personaliti turut menyumbang kepada perlakuan bunuh diri.Orang ramai yang sedang cari pekerjaan disaran untuk pilih majikan yang mencarum PerkesoKementerian Sumber Manusia berkata ia bagi menjamin masa depan mereka jika berlaku perkara yang tidak diingini.Dalam pada itu, majikan yang gagal buat caruman boleh diambil tindakan yang boleh dikompaun hingga RM4,000 dan didakwa di mahkamah.Rancangan penghapusan BR1M disambut baik oleh Menteri Hal Ehwal EkonomiDatuk Seri Azmin Ali sifatkan bantuan kewangan itu sebagai sogokan kepada rakyat daripada kerajaan terdahulu.\u00a0Bagaimanapun Azmin jamin kerajaan akan kaji inisiatif baru bagi menggantikan BR1M.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79890", "title": "NUTP tak setuju guru Bahasa Inggeris duduki MUET.", "body": "\n\u2190 Back to list\nNUTP tak setuju guru Bahasa Inggeris duduki MUET.\nMay 10, 2019\n\nTak setuju\u00a0duduki MUET!Foto : Astro AwaniKesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan tidak setuju guru Bahasa Inggeris menduduki ujian MUET.Ini kerana mereka sudah pun mempunyai kelayakan mengajar subjek itu, serta mengikuti pelbagai latihan di bawah British Council.\u00a0Tambahnya, masalah yang lebih serius ialah kekurangan guru Bahasa Inggeris.Pihaknya merayu campur tangan Menteri Pendidikan untuk memperbetulkan keadaan itu yang membebankan guru Bahasa Inggeris.\u00a0---Keselamatan pusat tahfiz perlu dititkberat.Foto : Astro AwaniEmpat puluh peratus pusat tahfiz berdaftar di seluruh negara didapati tidak menepati syarat keselamatan kebakaran yang ditetapkan Jabatan Bomba.Jelasnya, 500 pusat tahfiz terbabit telah diberikan notis tiga bulan bagi mematuhi kriteria yang ditetapkan.Antara kriteria yang perlu dipatuhi di setiap pusat tahfiz, laluan mudah pelajar selamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran serta tempat memasak mesti berasingan dengan asrama pelajar.\u00a0---Rujuk MQA, elak sukar dapat kerja.Bakal pelajar digesa semak status program di Agensi Kelayakan Malaysia atau, MQA sebelum memohon mana-mana kursus pengajian di IPT tempatan mahupun luar negara.Semakan itu perlu bagi memastikan program ijazah itu diiktiraf dan memudahkan graduan mendapat pekerjaan di masa akan datang.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71779", "title": "Warga Emas Maut Dipercayai dibunuh Penyamun", "body": "\n\u2190 Back to list\nWarga Emas Maut Dipercayai dibunuh Penyamun\nJan 15, 2016\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72112", "title": "Ujian memandu mungkin dibuat secara online!", "body": "\n\u2190 Back to list\nUjian memandu mungkin dibuat secara online!\nJul 20, 2018\n\nKerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan ujian pemanduan secara online.Menteri Pengangkutan berkata penilaian ujian tersebut akan lebih telus berbanding dengan cara manual yang diamalkan sekarang.Anthony Loke menjelaskan ini bagi mengurangkan peluang untuk berlakunya gejala rasuah dalam kalangan institusi pemanduan.Beliau menambah pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu rasuah.Menurutnya tanggungjawab menangani gejala rasuah tidak seharusnya diletakkan pada bahu SPRM semata-mata, sebaliknya perlu ada proses untuk mengekang sekaligus menghapuskan gejala tidak bermoral itu di peringkat akar umbi.Anthony Loke juga bersedia dikritik rakyat ekoran ingin memperkenalkan langkah-langkah baru ini.Beliau berpendapat, sebagai Menteri Pengangkutan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan jumlah kadar kemalangan di negara ini.Untuk video penuh temubual bersama Anthony Loke, layari Facebook Astro Radio News.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72233", "title": "Daftar simkad guna cap jari", "body": "\n\u2190 Back to list\nDaftar simkad guna cap jari\nApr 12, 2017\n\nKementerian Komunikasi dan Multimedia bercadang mensyaratkan pembeli kad sim prabayar daftar guna cap jari.Ia bagi tangani masalah penipuan dalam pendaftaran nombor telefon prabayar yang mendedahkannya kepada salah guna untuk tujuan jenayah.Berita Harian baru-baru ini mendedahkan wujud kegiatan menjual kad sim prabayar tanpa perlu pembeli kemuka myKad atau passport sedangkan ia wajib.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72603", "title": "'Sultan Melaka' Dihadap Ke Mahkamah", "body": "\n\u2190 Back to list\n'Sultan Melaka' Dihadap Ke Mahkamah\nNov 17, 2016\n\nSeorang lelaki dihadap ke Mahkamah Ayer Keroh atas 4 tuduhan berasingan termasuk menipu 4 lelaki dengan menyamar sebagai Sultan Melaka.Noor Jan Shah juga didakwa mengadakan istiadat penyerahan surat pelantikan dirinya sebagai Sultan Melaka sedangkan itu bukan identiti sebenarnya.Lelaki berusia 52 tahun itu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikan jamin sementara menunggu sebutan semula kes.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72714", "title": "Anuar Zain Lancar Album Baru", "body": "\n\u2190 Back to list\nAnuar Zain Lancar Album Baru\nSep 19, 2016\n\nAnuar Zain melancarkan album terbarunya yang mengekalkan tajuk album menggunakan namanya.Album berkenaan juga masih mengekalkan tema cinta dan bakal berada di pasaran bulan depan.Antara komposer yang terlibat adalah Najwa Mahiaddin dan komposer terkenal Indoesia, Numata.Lagu yang dijangka mendapat sambutan adalah Andainya Takdir ciptaan Habsah Hassan dan Halen Yap.*kredit foto Media Hiburan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71465", "title": "KJ sedia taklimat PAC isu pembelian vaksin COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nKJ sedia taklimat PAC isu pembelian vaksin COVID-19\nDec 23, 2020\n\nKJ sedia taklimat PAC isu pembelian vaksin COVID-19Foto - BernamaMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin sedia beri taklimat kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai kos setiap vaksin COVID-19 yang dipersetujui dibeli kerajaan.Bagaimanapun, beliau hanya akan berbuat demikian jika jawatankuasa itu berjanji tidak mendedahkannya kerana rundingan pembelian vaksin itu tertakluk kepada kerahsiaan yang dipersetujui bersama dengan pihak terbabit.Beliau yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, syarat kerahsiaan itu ditetapkan syarikat pengeluar vaksin kepada mana-mana kerajaan termasuk Malaysia yang mengadakan perjanjian.-----Malaysia tidak setara negara maju dalam membeli vaksin COVID-19Foto -\u00a0Utusan MalaysiaMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia tidak mempunyai dana yang setara dengan negara maju untuk membeli vaksin COVID-19.Katanya, ini berbeza dengan negara maju seperti Singapura yang sudah memperoleh bekalan vaksin kerana republik itu telah menjalankan rundingan dengan syarikat farmaseutikal, Pfizer lebih awal daripada Malaysia.Lagipun katanya, Malaysia mendapatkan bekalan vaksin daripada pelbagai syarikat mengambil kira syarikat yang boleh menghantar vaksin paling awal dan harga yang berpatutan.-----PKPD dilaksana di Pusat Pemulihan Akhlak MuarFoto - BernamaKerajaan hari ini umum pelaksansaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di di Pusat Pemulihan Akhlak Muar di Johor bermula 24 Disember sehingga 6 Januari 2021Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu diambil ekoran peningkatan kes positif COVID-19 yang direkodkan dalam kalangan tahanan.Beliau dalam pada itu maklumkan, PKPD di Kondo Sierra East dekat Persiaran Paya Terubong di Relau, Pulau Pinang ditamatkan hari ini, lebih awal berbanding jadual asal.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79263", "title": "SKMM Bakal Perkenal Garis Panduan Baru Penjualan Kotak TV Android", "body": "\n\u2190 Back to list\nSKMM Bakal Perkenal Garis Panduan Baru Penjualan Kotak TV Android\nJan 29, 2019\n\nSKMM rancang perkenalkan garis panduan berhubung penjualan dan penggunaan kotak TV Android, yang beri akses kepada kandungan cetak rompak.Ini termasuk memastikan kesemua kotak terbabit mendapat kebenaran daripada Sirim.Terdahulu kerajaan Singapura mahu tindakan tegas diambil kepada penjualan kotak TV Adroid itu kerana ia menyediakan siaran cetak rompak.\u00a0Batal ECRL Tidak Setinggi Hutang DitanggungPerdana Menteri berkata bayaran pampasan bagi pembatalan kontrak bersama China untuk projek ECRL tidak setinggi hutang ditanggung,Tambah Tun Mahathir, penjelasan lanjut mengenai pembatalan projek tersebut akan diumumkan Kementerian Kewangan.\u00a0Dalam pada itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata dia dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung projek keretapi itu, buat masa ini.Bukit Aman Terus Pantau Abu Bakar BashirBukit Aman akan terus memantau Ulama Radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir jika beliau dibebaskan kerajaan republik berkenaan.Pemantauan itu perlu dibuat untuk pastikan, beliau tidak terlibat dalam usaha hidupkan kembali perjuangan Jemaah Islamiah, yang turut dikesan di negara ini.Terdahulu, Abu Bakar Bashir dihukum penjara 15 tahun namun dibebaskan awal disebabkan dasar kemanusiaan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79338", "title": "Semak Kelayakan IPT Luar Negara Dengan MQA", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemak Kelayakan IPT Luar Negara Dengan MQA\nFeb 11, 2019\n\nKementerian Pendidikan galakkan semua individu yang ingin lanjutkan pengajian di peringkat tertinggi, merujuk kepada Agensi Kelayakan Malaysia.Ini supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan terutama IPT di luar negara.Tambahnya, MQA mempunyai piawaian yang tinggi bagi memastikan pengajian IPT itu tidak palsu.\u00a0Bukan Angkara Dendam!Polis Pahang berkata dendam dan marah dengan keluarga mungkin menjadi punca budak perempuan 11 tahun dibunuh di Pekan.Pihaknya turut merampas senjata kayu yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa.Polis turut menafikan berita viral, kononnya\u00a0organ mangsa yang hilang ada kaitan dengan aktiviti penjualan organ manusia, sebaliknya\u00a0ia mungkin berpunca daripada haiwan liar.Lim Guan Eng Ada Hak Saman Presiden MCAMenteri Kewangan, Lim Guan Eng pertimbang untuk failkan saman fitnah terhadap Datuk Seri Wee Ka Siong.Ini selepas Presiden MCA itu mempersoalkan kredibilitinya, sebagai akauntan profesional bertauliah.Malah tindakan sama juga mungkin diambil terhadap media yang melaporkan berhubung perkara itu.\u00a0Terdahulu, Wee Ka Siong menerusi laman FB minta Guan Eng buat penjelasan, bagaimana beliau boleh jadi akauntan profesional bertauliah sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73221", "title": "Jabatan Kesihatan Kelantan rampas 65 liter air zam zam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Kesihatan Kelantan rampas 65 liter air zam zam.\nDec 20, 2017\n\nJabatan Kesihatan Kelantan rampas 65 liter air zam zam dalam operasi ke atas 45 premis perniagaan di seluruh negeri.Operasi itu dilakukan kerana Arab Saudi melarang penjualannya atas pelbagai faktor termasuk aspek ketulenan dan keselamatan air tersebut.Air zam zam hanya dibenar diberi percuma kepada jemaah haji, umrah dan pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti terhad semasa berlepas dari Arab Saudi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79025", "title": "Kanak-kanak 16 tahun ke bawah tidak dibenarkan bekerja.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKanak-kanak 16 tahun ke bawah tidak dibenarkan bekerja.\nDec 16, 2018\n\nDi bawah Undang-Undang Buruh yang baru, kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah tidak dibenarkan untuk bekerja.Kementerian Sumber Manusia berkata, setelah undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Negara, tindakan tegas akan dikenakan kepada majikan yang gagal patuhi arahan itu.SPR sahkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands akan diadakan dalam tempoh 60 hari.Ini selepas pihaknya terima perakuan mahkamah yang membatalkan kemenangan wakil BN, Datuk C Sivarraajh pada PRU14, 9 Mei lalu atas tuduhan rasuah.Keadaan Muhammad Adib merosot.Keadaan kesihatan anggota bomba, Muhammad Adib yang parah dalam insiden di sebuah kuil di Subang Jaya, bulan lalu, semakin merosot.Foto: KosmoMenurut IJN, fungsi\u00a0paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur\u00a0sejak 24 jam lepas dan fungsi buah pinggangnya juga tidak menunjukkan peningkatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72466", "title": "Sistem semakan permohonan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia diperkenal", "body": "\n\u2190 Back to list\nSistem semakan permohonan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia diperkenal\nMay 27, 2017\n\nSistem semakan permohonan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia yang boleh diakses secara dalam talian akan disediakan mulai 1 Jun ini.Kementerian Pendidikan Tinggi berkata semua urusan agihan kad berkenaan dijangka selesai selewatnya \u00a015 Julai depan.Pelajar boleh mengambil Kad itu daripada cawangan Bank Rakyat seluruh negara berdasarkan maklumat yang diperoleh semasa membuat semakan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73069", "title": "Krisis politik Perlis kini berakhir.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKrisis politik Perlis kini berakhir.\nJun 06, 2018\n\nKrisis politik Perlis kini berakhir apabila kesemua 9 ADUN BN bersetuju dengan pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar.ADUN Titi Tinggi, Teh Chai Ann berkata kesemua mereka akur dengan keputusan Raja Perlis.Kesemua mereka tidak menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Datuk Seri Azlan pada 24 Mei lepas kerana tidak bersetuju dengan pelantikan beliau sebagai MB untuk penggal kedua.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80554", "title": "Kelajuan internet minimum 500 Mbps menjelang 2021", "body": "\n\u2190 Back to list\nKelajuan internet minimum 500 Mbps menjelang 2021\nSep 16, 2019\n\nKelajuan internet minimum 500 Mbps menjelang 2021Foto - Govtech.comKerajaan sasar kelajuan internet mencapai minimum 500 Mpbs di 100 peratus premis di semua ibu negeri dan kawasan berimpak tinggi terpilih menjelang tahun 2021.Selain itu, 98 peratus kawasan berpenduduk pula disasar mempunyai akses itu dengan mencapai kelajuan purata 30Mbps menjelang 2023.Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia amat menyedari keperluan untuk mengukuhkan infrastruktur telekomunikasi bagi memastikan Malaysia mampu menghubungkan rakyat, perniagaan dan industri ke dunia global.-----Sekolah di Putrajaya cuti esok jika IPU kekal lebih 200Foto - SelangorKiniJabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya berkata, sesi persekolahan 25 buah sekolah di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu akan ditangguhkan esok jika bacaan IPU terus melebihi 200 atau status sangat tidak sihat.Katanya, pengumuman akan dikeluarkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan rujukan asas kepada Pelan Jerebu Kebangsaan.Setakat pukul 12 tengah hari tadi, bacaan IPU di Putrajaya masih di paras sangat tidak sihat selain Johan Setia di Klang serta Kuching, Sri Aman dan Samarahan di Sarawak.-----Tun M muncul dalam video muzik HazamaFoto - YouTube Chedet OfficialPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad buat penampilan istimewa dalam video muzik lagu patriotik berjudul \u2018Anak Bangsa Malaysia\u2019 sempena Hari Malaysia, hari ini.Video muzik berdurasi 4 minit 12 saat nyanyian Hazama itu dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Tun Mahathir malam tadi juga di saluran YouTube Chedet Official.\u00a0Ia turut memaparkan pertemuan Tun M dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sempena Forum Ekonomi Timur Ke-5 di Vladivostok, Rusia, baru-baru ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80024", "title": "Lelaki Tampar Bayi Sehingga Mati Dibebaskan? ", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki Tampar Bayi Sehingga Mati Dibebaskan? \nJun 01, 2019\n\nPolis dijangka bebaskan seorang lelaki yang dikatakan menampar bayinya berusia 6 bulan sehingga mati di Perlis.Ini selepas laporan bedah siasat menunjukkan bayi itu tidak alami masalah kecederaan dalaman akibat dipukul.Polis juga tidak menolak kemungkinan bayi itu meninggal dunai akibat sejenis penyakit yang tidak diketahui.Doktor juga sahkan suspek itu tidak alami masalah mental, seperti yang didakwa isterinya.BSH Fasa Dua Akan Diagihkan 14 Jun IniPenerima Bantuan Sara Hidup yang masih belum dapat bayaran untuk fasa kedua 2019, tidak perlu bimbang.Kementerian Kewangan berkata golongan terbabit akan mendapat bayaran itu dapat pada 14 Jun ini.\u00a0Terdahulu ia berkata kira-kira 300,000 masih belum mendapat BSH fasa kedua tahun ini, kerana nombor akaun bank yang didaftarkan tidak tepat.Pandu Lebih Had Laju Paling Banyak Kena Saman\u00a0Memandu lebih had laju mendominasi jumlah keseluruhan saman yang dikeluarkan JPJ dalam tempoh dua hari Op Selamat.Sementara itu, lebih seribu kes kemalangan jalan raya direkodkan dalam tempoh dua hari Op Selamat di Selangor, majoriti kes babitkan penunggang motosikal.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79446", "title": "Anggaran Masa Enam Bulan Ambil Alih Tol Di Lembah Klang", "body": "\n\u2190 Back to list\nAnggaran Masa Enam Bulan Ambil Alih Tol Di Lembah Klang\nFeb 26, 2019\n\nKerajaan dijangka ambil alih pengurusan empat lebuh raya bertol di Lembah Klang, dalam masa 6 bulan.Kementerian Kewangan berkata pengguna akan nikmati penjimatan sehingga 180 juta ringgit setahun susulan pengambilan itu.Ia juga dijangka mampu kurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.MINDEF Buat Laporan Polis!Pejabat Menteri Pertahanan buat laporan polis berhubung dua surat palsu berkaitan perolehan kontrak pembekalan perabot dan perkhidmatan bas.Ia dibuat bagi mengelak sebarang kesan negatif daripada pemalsuan serta salah guna nama menteri dan kementerian.Terdahulu, terdapat satu surat memohon sokongan khas daripada Menteri Pertahanan berkaitan pembekalan perabot mencecah 3 juta ringgit kepada Angkatan Tentera Malaysia.JPA Lancar Waktu Bekerja FleksiBermula 1 Mac ini, \u00a0pegawai kerajaan boleh mulakan tugas pada bila-bila masa antara 7.30 pagi hingga 8.30 pagi menerusi projek rintis Waktu Bekerja Fleksi.\u00a0Mereka boleh pulang ke rumah selepas lengkapkan waktu bekerja sehari iaitu selama sembilan jam termasuk waktu rejhat sejam.Bagaimanapun, projek rintis WBF ini tidak terpakai untuk semua pegawai yang berkhidmat di sekolah atau institusi pendidikan dan fasiliti kesihatan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80049", "title": "Penipuan pembelian dalam talian semakin meningkat sejak 2017.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenipuan pembelian dalam talian semakin meningkat sejak 2017.\nJun 07, 2019\n\nPenipuan pembelian dalam talian semakin meningkat sejak 2017.Menurut Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia kepada Berita Harian, lebih 2,000 kes dicatatkan tahun lepas berbanding 1,800 kes pada tahun 2017.Justeru, pihaknya ingatkan pengguna agar pilih laman web yang boleh dipercayai dan selamat untuk elak jadi mangsa penipuan.Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Usahawan Internet Malaysia berkata kes penipuan pembelian online itu dilakukan oleh pihak yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.Jelasnya, pihak terbabit turut dikesan guna akaun pihak ketiga yang menyebabkan aktiviti mereka gagal dikesan oleh pihak berkuasa.Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di KL dan Selangor disebabkan sampah.Gangguan bekalan air di Hulu Langat, Kuala Lumpur dan Petaling adalah disebabkan sampah yang terkumpul di Loji Rawatan Air Sungai Langat.Air Selangor berkata ketika ini kerja-kerja pembersihan sampah sedang giat dijalankan dan bekalan air akan pulih secara berperingkat.Suspek utama kes pukul warga Pakistan\u00a0di Kota Kinabalu ditahan.Polis tahan dua lelaki susulan kes pergaduhan di hadapan sebuah premis di Kota Kinabalu yang videonya viral baru-baru ini.Foto: Harian MetroSiasatan mendapati mangsa, pasangan suami isteri warga Pakistan itu telah dipukul oleh sekumpulan individu kerana isu pembayaran sewa rumah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73149", "title": "Permohonan undi pos dalam negara dibuka hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPermohonan undi pos dalam negara dibuka hari ini.\nFeb 20, 2018\n\nSPR menjelaskan warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih boleh membuat permohonan undi pos mulai hari ini.Menurutnya, permohonan itu meliputi pemilih yang terdiri daripada anggota beruniform, petugas pilihan raya serta petugas media.Tambahnya, kesemua borang permohonan boleh dimuat turun menerusi laman web SPR.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72211", "title": "SPRM tahan 11 pegawai imigresen di Sarawak", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM tahan 11 pegawai imigresen di Sarawak\nMar 16, 2017\n\nSPRM tahan 11 pegawai imigresen di Sarawak kerana dipercayai terima rasuah.Menurut maklumat risikan, pegawai terbabit dilapor mendapat bayaran antara 200 hingga 5 ribu ringgit untuk melindungi pendatang asing tanpa izin.SPRM turut berjaya merampas wang tunai kira-kira 10 ribu ringgit daripada salah seorang suspek yang ditahan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72187", "title": "Penduduk Kuala Sepetang dan Serian pernah digigit anjing/kucing diminta buat pemeriksaan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenduduk Kuala Sepetang dan Serian pernah digigit anjing/kucing diminta buat pemeriksaan\nJul 18, 2017\n\nPenduduk Kuala Sepetang, Perak dan Serian, Sarawak diminta buat pemeriksaan jika mempunyai sejarah digigit anjing atau kucing sejak 1 April lalu.Menurut Kementerian Kesihatan, ia bagi mengelakkan wabak penyakit anjing gila di 2 kawasan itu merebak ke atas manusia dan haiwan.Setakat ini, 4 mangsa meninggal dunia di Serian akibat jangkitan wabak tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81372", "title": "Masjid tutup sebab COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nMasjid tutup sebab COVID-19\nMar 15, 2020\n\nFoto : Astro AwaniSebuah masjid di Shah Alam ditutup sementara waktu termasuk untuk solat fardhu.Ini selepas salah seorang jemaah masjid berkenaan disahkan terkena jangkitan COVID-19 selepas pulang bercuti dari Vietnam.Menurut pihak masjid tersebut, azan dan solat akan didirikan oleh pegawai masjid bertugas namun para jemaah tidak digalakkan untuk hadir berjemaah.Jumlah kes COVID -19 di negara ini meningkat kepada 238 selepas 41 kes baru direkodkan Kementerian Kesihatan, semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81105", "title": "Lebih RM100 juta telah dibelanjakan pengguna menerusi program e-Tunai Rakyat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih RM100 juta telah dibelanjakan pengguna menerusi program e-Tunai Rakyat.\nJan 23, 2020\n\nBarang dapur jadi pilihan utama penerima program e-Tunai Rakyat.Majoriti penerima yang sudah guna dan tuntut e-dompet berjumlah RM30 itu turut menggunakannya untuk beli makanan dan buat bayaran telekomunikasi.Setakat ini kerajaan telah meluluskan 3.5 juta permohonan untuk program berkenaan.Sistem pembelian tiket bas gunakan e-dompet akan dilaksanakan secara berperingkat.Kerajaan akan laksanakan sistem pembelian tiket gunakan e dompet, di semua terminal bas awam secara berperingkat.Setakat ini, 2 terminal telah melaksanakan sistem tersebut, iaitu Terminal Amanjaya di Ipoh dan Terminal Bersepadu Selatan.Malaysia muncul antara 20 destinasi di dunia untuk dijadikan sebagai posting menarik di Instagram.Menerusi ranking oleh laman web pelancongan antarabangsa itu, Sydney ungguli carta tersebut diikuti Hong Kong dan Dubai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=103162", "title": "Sahkan Kehadiran Vaksinasi COVID-19 Dalam Tempoh 48 Jam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSahkan Kehadiran Vaksinasi COVID-19 Dalam Tempoh 48 Jam.\nApr 09, 2021\n\n\nJabatan Penerangan diarah bantu OKU dan warga emas mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19\nMenteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata ia bagi memastikan peningkatan pendaftaran menjelang fasa ke-2 pemberian vaksin yang melibatkan golongan itu.\nPengguna MySejahtera yang sudah terima notifikasi temujanji pula diminta sahkan kehadiran dalam masa 48 jam.\nIa bagi elak temujanji anda dibatalkan dan dijadualkan semula.\n\u00a0\nPresma mohon kerajaan pertimbang lanjutkan operasi perniagaan kedai makan untuk bersahur.\nPersatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mohon kerajaan pertimbang supaya waktu operasi perniagaan sepanjang Ramadan nanti dilanjutkan melebihi tengah malam.\nIa susulan permintaan pelanggan untuk membolehkan mereka bersahur atau membeli juadah sahur.\nPresma juga berjanji akan memastikan SOP dipatuhi sebaik mungkin kerana negara masih lagi berdepan penularan COVID-19.\n\u00a0\nPolis siasat borang kosong rentas negeri dengan tandatangan pegawainya yang dipalsukan.\nPolis Shah Alam buka kertas siasatan berhubung borang kosong rentas negeri dengan tandatangan Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6 yang kini viral.\nSiasatan awal mendapati berlakunya pemalsuan tandatangan milik Penolong Ketua Balai pada borang tersebut.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73301", "title": "Pekerja yang kehilangan pekerjaan layak terima elaun sebanyak RM600.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPekerja yang kehilangan pekerjaan layak terima elaun sebanyak RM600.\nDec 06, 2017\n\nPekerja yang kehilangan pekerjaan layak terima elaun sebanyak RM600 bagi tempoh maksimum 3 bulan di bawah Sistem Insuran Pekerjaan, SIP.Menurut Perkeso, kerajaan memperuntukkan RM122 juta kepada pihaknya untuk melaksanakan SIP.\u00a0Lebih 57,000 individu dijangka menuntut faedah berkenaan yang akan dilaksanakan pada tahun depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72674", "title": "Ameng Spring dan Siti Sarah Antara Peserta GV3", "body": "\n\u2190 Back to list\nAmeng Spring dan Siti Sarah Antara Peserta GV3\nOct 05, 2016\n\nNabil Ahmad dan Jihan Muse kekal sebagai pengacara Gegar Vaganza musim ke-3 (GV3).GV3 turut mengekalkan juri tetap iaitu Dato' Haji Ramli MS dan Dato' Khadijah Ibrahim, selain seorang juri jemputan setiap minggu.12 artis dipilih sebagai peserta iaitu Elly Mazlein, Intan Sarafina, Nora, Siti Sarah, Zur Eda, Azharina, Ameng Spring, G-Mie Screen, Zarul Umbrella, Razis Ismail, Shidi Data dan Rem.GV3 akan disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Ria HD pada setiap Ahad jam 9 malam bermula 16 Oktober ini\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79157", "title": "Waspada Laman Web Palsu Malaysia Airlines", "body": "\n\u2190 Back to list\nWaspada Laman Web Palsu Malaysia Airlines\nJan 14, 2019\n\nMalaysia Airlines nasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan catatan media sosial dan laman web palsu yang seakan-akan sama dengan lawan web rasmi syarikatnya.Katanya, laman web palsu itu dikatakan cuba mempengaruhi pelanggan dengan menawarkan tiket penerbangan percuma sebagai hadiah.Malah laman web berkenaan turut meminta data peribadi pelanggan sekiranya ingin menerima tawaran itu.Oleh itu, MAS minta orang ramai tidak mudah terpedaya untuk dedahkan data peribadi kepada sumber yang tidak disahkan.\u00a0Sistem Saringan Pengasuh Kanak-Kanak Dijangka Siap Mac\u00a0Sistem saringan dalam dalam talian untuk pengasuh kanak-kanak dijangka siap Mac ini.Menurut Timbalan Perdana Menteri, sistem itu akan memudahkan ibu bapa membuat semakan sebelum mengambil keputusan menghantar anak kepada pengasuh.Datuk Seri Dr Wan Azizah mengulas kejadian dera seorang bayi baru-baru ini oleh pengasuhnya di Sibu, Sarawak sehingga menyebabkan kematian.\u00a0LHDN Pantau Media Sosial Individu Liat Bayar CukaiLHDN akan guna platform media sosial untuk pantau kekayaan luar biasa individu atau syarikat yang gagal isytiharkan cukai pendapatan.Katanya, pasukan khas berkenaan ditubuhkan September lalu bagi memantau golongan itu.Tambahnya, setakat ini hampir 80 ribu pembayar cukai sudah dikenal pasti gagal membayar cukai yang ditetapkan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=108085", "title": "Pelan Pemulihan Negara Untuk Keluar Daripada Pandemik COVID-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelan Pemulihan Negara Untuk Keluar Daripada Pandemik COVID-19.\nJun 16, 2021\n\n\nPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang mempunyai 4 fasa.\nUjar beliau, ia merupakan strategi kerajaan untuk keluar daripada kemelut pandemik COVID-19.\nSemua fasa berkenaan berpaksikan kepada data yang bersandarkan 3 indikator untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.\nIndikator yang pertama, keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian.\nIndikator kedua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di ICU.\nKetiga ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima 2 dos suntikan vaksin.\nMalaysia kini berada pada fasa pertama yang mana kes harian masih tinggi dan sistem kesihatan awam pada tahap kritikal.\nFasa kedua menyaksikan aktiviti sosial dan kawalan pergerakan terus dikawal dengan ketat manakala aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat jika kes baru Covid-19 turun di bawah angka 4,000.\nPerdana Menteri juga memberi jaminan sidang Parlimen akan diadakan antara bulan September dan Oktober dengan SOP ketat.\nUjar beliau, keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira Malaysia pada ketika itu mencapai imuniti kelompok.\nPada waktu itu Malaysia dijangka berada pada fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara.\nPerdana Menteri turut memaklumkan, aktiviti sosial, rentas negeri dan pelancongan domestik akan dibenarkan pada fasa ke-4.\nSemua sektor ekonomi turut dibuka semula pada fasa berkenaan.\nFasa ke-4 merupakan fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara dan rakyat mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72045", "title": "75 siri Program JobsMalaysia di seluruh negara sepanjang tahun ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\n75 siri Program JobsMalaysia di seluruh negara sepanjang tahun ini.\nFeb 23, 2018\n\nKementerian Sumber Manusia akan adakan 75 siri Program JobsMalaysia di seluruh negara sepanjang tahun ini.Ia menjelaskan kira-kira 250 ribu peluang pekerjaan bakal ditawarkan mengikut kemahiran dan tahap kelulusan pemohon.Tahun lalu, lebih 213 ribu pekerjaan ditawarkan membabitkan 91 program.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73141", "title": "SPR akan perkenalkan kaedah \u2018urutan jari\u2019 dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPR akan perkenalkan kaedah \u2018urutan jari\u2019 dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.\nFeb 15, 2018\n\nSPR akan perkenalkan kaedah \u2018urutan jari\u2019 dalam Pilihan Raya Umum Ke-14!Ia bagi mengelak sebarang penipuan semasa proses pembuangan undi nanti.Menerusi prosedur baru itu, kerani yang bertugas di pusat pengundian akan memeriksa kedua-dua belah jari pengundi dengan lebih teliti.Langkah itu bagi memastikan mereka tidak memakai sarung jari atau mempunyai kesan dakwat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72373", "title": "Kuala Krai menjadi jajahan terbaru terjejas banjir di Kelantan selepas Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Machang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKuala Krai menjadi jajahan terbaru terjejas banjir di Kelantan selepas Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Machang.\nNov 27, 2017\n\nKuala Krai menjadi jajahan terbaru terjejas banjir di Kelantan selepas Kota Bharu,\u00a0 Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Machang.Hampir 560 penduduk di 6 jajahan berkenaan kini berlindung di pusat pemindahan akibat bencana alam itu.Manakala di Terengganu, cuma daerah Besut terjejas banjir melibatkan hampir 20 penduduk.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81775", "title": "Buktikan Pada Dunia", "body": "\n\u2190 Back to list\nBuktikan Pada Dunia\nMay 13, 2020\n\nBuktikan Pada Dunia - KP KesihatanBuktikan pada dunia kita mampu putuskan rangkaian penularan COVID-19.Begitulah seruan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada semua pihak di negara ini untuk bekerjasama mengekang gelombang ke-2 virus berkenaan.Menurut KKM, masyarakat perlu turut bertanggungjawab memastikan trend penularan semula seperti yang terjadi di Korea Selatan dan China tidak berlaku selepas kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Semalam, Malaysia mencatatkan 16 kes baru yang juga kes harian paling rendah setakat ini.Kes pulih pula 110 dan tiada kematian direkodkan.Warga Selangor Boleh Makan Di Kedai Mulai Hari IniRestoran dan kedai makan di Selangor dibenarkan tawar perkhidmatan makan di premis mulai hari ini.Waktu operasi ialah dari 7.00 pagi hingga 10.00 malam.Penjaja makanan dalam kategori tidak berpremis seperti trak makanan juga boleh mula beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.Namun ia terhad kepada pandu lalu, bungkus dan penghantaran sahaja.Sementara itu di Pulau Pinang, penduduk dibenarkan makan di hotel, pusat beli-belah dan restoran makanan segera mulai Jumaat ini.Tiada Bazar Ramadan di Kampung PandanDBKL nafi dakwaan mengatakan ada bazar Ramadan diizinkan beroperasi di Kampung Pandan.Ia ekoran tular papar orang ramai beli juadah di beberapa gerai di kawasan itu tanpa kawalan dan penjarakan sosial.Pihaknya juga sudah ambil tindakan susulan terhadap kes tersebut.Layari \u2018sebenarnya.my\u2019 untuk mengesahkan sesuatu berita dan maklumatSeparuh Gagal Permohonan BPN Ada Lesen SSMHampir separuh daripada sejuta permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang ditolak terdiri daripada individu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan Berita Harian, individu yang terlibat boleh hadir ke cawangan agensi itu bagi memudahkan proses rayuan.Mereka antaranya perlu bawa penyata akaun syarikat untuk membolehkan penilaian dibuat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72807", "title": "Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Adakan Mesyuarat Selaras Tindakan Hadapi Cuaca Panas Kering", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Adakan Mesyuarat Selaras Tindakan Hadapi Cuaca Panas Kering\nMar 16, 2016\n\nAntara agensi yang terlibat adalah Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi.Mesyuarat itu mencadangkan satu jawatankuasa khas ditubuh bagi merangka satu pelan tindakan sebagai garis panduan untuk orang ramai.Sementara itu, Jabatan Meteorologi jangka, cauca panas dan kering yang melanda negara akan berakhir bulan depan.Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air maklumkan, Malaysia belum sampai ke tahap perlu mencatu bekalan air.Jelas kementerian tersebut, bekalan air di empangan seluruh negara kini mencukupi, dan tahapnya dipantau secara berterusan setiap hari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=110882", "title": "Semua Populasi Dewasa Dijangka Terima Vaksin Lengkap Oktober Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemua Populasi Dewasa Dijangka Terima Vaksin Lengkap Oktober Ini.\nJul 19, 2021\n\n\nSemua dewasa di Malaysia dijangka akan terima dos lengkap vaksin pada Oktober ini!\nMenurut Perdana Menteri, bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan sasarkan peningkatan kadar suntikan 500,000 dos sehari.\nTambah Tan Sri Muhyiddin Yassin, sasaran itu dipercepatkan susulan penemuan varian baru yang lebih ganas dan peningkatan mendadak kes positif sejak kebelakangan ini.\n\u00a0\nPunca larangan penggunaan surat MITI untuk rentas negeri adalah salah guna sesetengah pihak.\nTindakan kerajaan melarang pergerakan rentas negeri menggunakan surat MITI hingga Rabu ini ada sebabnya.\nJelas Timbalan Perdana Menteri, ia susulan terdapat individu menyalahgunakan surat berkenaan untuk pulang ke kampung.\nIa katanya dikesan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Mei lalu hingga tercetusnya 36 kluster Covid-19 melibatkan perayaan.\nJusteru, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu masyarakat mengambil iktibar daripada peningkatan kes jangkitan wabak itu yang berlaku pada Aidilfitri lalu.\nBeliau turut menasihati orang ramai agar patuh arahan Pelan Pemulihan Negara dan tidak cuba merentas negeri untuk menyambut Aidiladha, esok.\n\u00a0\nSidang khas Parlimen ada ruang perbahasan.\nSidang khas Parlimen yang bakal berlangsung bermula 26 Julai hingga 2 Ogos nanti ada ruang untuk perbahasan.\nJelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Parlimen dan Undang-undang, ia sekaligus tepis dakwaan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang mendakwa sesi sidang khas itu hanya semata-mata taklimat daripada kerajaan.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73082", "title": "Dakwaan penemuan serpihan MH370 dipenuhi lubang dipercayai ditembak tidak berasas.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDakwaan penemuan serpihan MH370 dipenuhi lubang dipercayai ditembak tidak berasas.\nMar 20, 2018\n\nDakwaan penemuan serpihan MH370 dipenuhi lubang dipercayai ditembak adalah tidak berasas!Menteri Pengangkutan berkata, penemuan serpihan pesawat yang kononnya berdasarkan penyelidikan oleh aplikasi Google Earth serta NASA itu tidak mempunyai asas yang kukuh.Justeru orang ramai dinasihatkan supaya ikuti laporan mengenai MH370 menerusi aplikasi dan laman web yang disediakan dan tidak terpedaya dengan berita palsu tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72426", "title": "3 negeri umum bonus raya", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 negeri umum bonus raya\nJun 07, 2017\n\nKelantan, Negeri Sembilan dan Sabah umum bantuan khas kewangan 500 ringgit kepada kakitangan awam negeri.\u00a0Bayaran Khas Kewangan ini bertujuan meringankan beban dan kos sara hidup penjawat awam negeri bagi membuat persediaan Aidilfitri.Keputusan untuk memberi bayaran khas itu sejajar keputusan kerajaan pusat pada 2 Jun lepas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81120", "title": "Kementerian Kesihatan tunggu keputusan 3 kes baru disyaki koronavirus.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Kesihatan tunggu keputusan 3 kes baru disyaki koronavirus.\nJan 28, 2020\n\nFoto : Astro AwaniKerajaan masih menunggu keputusan 3 kes baru disyaki Novel Koronavirus!Kementerian Kesihatan\u00a0berkata ketiga-tiga kes tersebut melibatkan warga China.Kes positif wabak itu di Malaysia kekal 4 dan kesemua mangsa berada dalam keadaan stabil.Setakat ini, bilangan yang dijangkiti koronavirus di China sudah melebihi 4,500 orang, manakala angka korban melebihi 100 nyawa.Foto : Astro AwaniDalam perkembangan berkaitan, kerajaan akan segerakan peruntukan tambahan untuk 12 pengimbas suhu di semua Pintu Masuk Antarabangsa negara.Kementerian Kewangan berkata ia sebagai usaha perkukuh aktiviti saringan kesihatan bagi menangani penularan koronavirus di Malaysia.Dalam pada itu, kerajaan tidak akan meminda sasaran kedatangan pelancong ke Malaysia tahun ini iaitu seramai 30 juta orang.Foto : Astro AwaniKementerian Pelancongan\u00a0juga jelaskan penggantungan visa pelancong China yang berasal dari kawasan terjejas wabak hanya bersifat sementara.Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong titahkan semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat bagi memelihara rakyat daripada sebarang jangkitan penyakit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72627", "title": "Kes ibu Bapa Saman Guru Banyak Berlaku di Bandar Besar", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes ibu Bapa Saman Guru Banyak Berlaku di Bandar Besar\nDec 06, 2016\n\nKesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memaklumkan kebanyakan kes ibu bapa saman guru berlaku di kawasan bandar besar.Bagaimanapun, kes sedemikian sangat terpencil, iaitu hanya 1 peratus daripada 200 ribu guru ahli NUTP terbabit dalam kes saman sedemikian.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73003", "title": "Polis sudah merakam keterangan beberapa individu bagi bantu siasatan kes kebakaran sebuah rumah di Cheras", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis sudah merakam keterangan beberapa individu bagi bantu siasatan kes kebakaran sebuah rumah di Cheras\nMar 02, 2018\n\nPolis sudah merakam keterangan beberapa individu bagi bantu siasatan kes kebakaran sebuah rumah di Cheras 24 Februari lalu yang didakwa berpunca daripada perbuatan khianat.Menurut pihak berkuasa, enam hingga 7 individu yang merupakan jiran mangsa sudah diambil keterangan.Buat masa ini polis masih belum dapat mengenal pasti suspek utama dan siasatan kini dijalankan daripada pelbagai sudut..\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80674", "title": "Pembentangan Belanjawan 2020 esok jadi harapan belia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPembentangan Belanjawan 2020 esok jadi harapan belia.\nOct 10, 2019\n\nBelanjawan 2020 yang akan dibentangkan esok menjadi harapan golongan belia.Menteri Belia dan Sukan memaklumkan Berita Harian, sekurang-kurangnya 3 berita baik dinantikan golongan muda bagi memacu sosioekonomi mereka.KBS telah kemuka beberapa usul untuk pertimbangan antaranya gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 dan elaun pelatih TVET dinaikkan.Bantuan kewangan buat kanak-kanak miskin bawah 2 tahun belum sesuai dilaksana.Cadangan beri bantuan antara RM150 hingga RM200 kepada semua kanak-kanak bawah usia 2 tahun daripada keluarga miskin belum sesuai dilaksana.Jelas Timbalan Perdana Menteri, ini kerana kerajaan sedang membangunkan Pelan Perlindungan Sosial Kebangsaan, jadi biarlah ia selesai terlebih dahulu.Tambahan pula, kerajaan akan perkenal Program Sarapan Percuma yang beri manfaat kepada 2.7 juta murid sekolah rendah seluruh negara tahun depan.\u00a0Akta\u00a0Antiberita Tidak Benar\u00a02018 dimansuhkan.Dewan Rakyat\u00a0semalam memansuhkan\u00a0Akta\u00a0Antiberita Tidak Benar\u00a02018 yang digubal sewaktu\u00a0pemerintahan kerajaan\u00a0terdahulu.Kerajaan Pakatan Harapan\u00a0memaklumkan, mereka komited memansuhkan akta tersebut yang didapati berpotensi disalahguna dan ada pihak mungkin dizalimi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70791", "title": "Salah menunggang motosikal di lorong kecemasan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSalah menunggang motosikal di lorong kecemasan\nSep 01, 2020\n\nSalah menunggang motosikal di lorong kecemasanFoto - mStar OnlineUundang-undang menetapkan, memang menjadi satu kesalahan sekiranya lorong kecemasan digunakan oleh mana-mana kenderaan termasuk motosikal dan boleh dikenakan tindakan.Namun, Ketua Pengarah MIROS, Dr Khairil Anwar Abu Kassim beritahu BHOnline, dalam keadaan tertentu, golongan itu wajar diberi kelonggaran terutama dalam isu berkaitan keselamatan.Justeru katanya, penunggang motosikal digalakkan menunggang di sebelah kiri laluan dan jika ada keperluan, mereka boleh menggunakan lorong kecemasan namun perkara itu masih di peringkat perbincangan.-----Korban COVID-19 dalam negara meningkatFoto - Kementerian Kesihatan MalaysiaJumlah korban keseluruhan akibat COVID-19 dalam negara meningkat kepada 128 apabila satu lagi kematian terbaru direkodkan, hari ini yang juga kematian kedua daripada Kluster Tawar.Kementerian Kesihatan bagaimanapun berkata, bilangan kes aktif berkurangan kepada 151 apabila 21 pesakit disahkan pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.14 kes baru COVID-19 dicatatkan hari ini iaitu sembilan kes tempatan dan lima import dengan satu kluster baru dikesan di Lahad Datu, Sabah dikenali sebagai Kluster Benteng.-----Jason Lo didakwa pecah amanahFoto - The Leaders OnlinePenyanyi, Jason Lo dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat rakaman milik mereka lebih RM200,000 tahun lalu.Bagaimanapun Lo atau nama sebenarnya Jason Jonathan Lo dan Muhammad Yakub Hussaini, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.Kedua-dua mereka didakwa sebagai pengarah syarikat yang telah diamanahkan wang berjumlah RM232,500 telah melakukan pecah amanah iaitu dengan curangnya menggunakan wang syarikat tersebut untuk kegunaan sendiri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72836", "title": "Insiden Letupan Gas di Mid Valley : Langkah Keselamatan Tambahan Perlu diambil", "body": "\n\u2190 Back to list\nInsiden Letupan Gas di Mid Valley : Langkah Keselamatan Tambahan Perlu diambil\nApr 06, 2016\n\nKejadian berlaku semasa pekerja penyelanggaraan pusat beli-belah berkenaan melakukan ujian terhadap sistem gas.Antara yang disarankan IJM adalah memasang alat pengesan gas dan membersihkan sisa gas dalam paip sebelum kerja penyelenggaraan dan ujian dilakukan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81690", "title": "Kes import punca pertambahan kes aktif COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes import punca pertambahan kes aktif COVID-19\nApr 29, 2020\n\nKes import punca pertambahan kes aktif COVID-19Foto - Malay MailJumlah kes aktif COVID-19 dalam negara kembali meningkat kepada 1,758 hari ini selepas beberapa hari mencatatkan penurunan kepada 1,719 semalam.Ini selepas 94 kes baru direkodkan termasuk 72 kes import dalam kluster pesantren daripada kalangan pelajar negara yang pulang dari Indonesia.Sebanyak 55 kes pulih dan discaj, menjadikan jumlah kes pulih keseluruhan meningkat kepada 4,087 manakala jumlah kematian pula kekal 100.-----Boleh keluar berdua semasa PKP Fasa 4Foto - Jabatan Perdana MenteriKetua keluarga yang keluar membeli makanan atau barangan keperluan sepanjang tempoh PKP Fasa 4 bermula hari ini, boleh membawa seorang lagi ahli keluarga.Individu yang keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan pula dibenarkan untuk disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah.Warta terbaru itu bagaimanapun mengekalkan peraturan pergerakan tidak lebih 10 kilometer namun dibenarkan kawasan terhampir jika keperluan itu tiada dalam lingkungan jarak rumah masing-masing.-----JAKIM nafi keluarkan tatacara sambut AidilfitriFoto - JAKIMJAKIM nafi ada mengedarkan sebarang dokumen mengenai Panduan Sambutan Aidilfitri Dalam tempoh PKP.Katanya, sebarang makluman yang tidak dikeluarkan melalui saluran rasmi JAKIM adalah dianggap tidak sah.Terdahulu tular dokumen tatacara merangkumi kaedah solat sunat Aidilfitri, takbir hari raya, rumah terbuka, ziarah raya dan ziarah kubur ketika Syawal.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71860", "title": "NUTP Minta Campur Tangan Kementerian Kewangan, Isu Elaun Pelajar IPG Dihentikan ", "body": "\n\u2190 Back to list\nNUTP Minta Campur Tangan Kementerian Kewangan, Isu Elaun Pelajar IPG Dihentikan \nJul 16, 2017\n\nKesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia minta campur tangan Kementerian Kewangan cari jalan penyelesaian berhubung pemberhentian elaun kepada pelajar program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru.Menurut NUTP, ia perlu diteliti semula kerana bimbang beri bebanan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.Tambahnya, kursus perguruan banyak habiskan masa dengan latihan praktikal dan mereka perlu keluarkan wang perbelanjaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72843", "title": "4 Warga Malaysia Yang Diculik di Semporna Masih Hidup - KPN", "body": "\n\u2190 Back to list\n4 Warga Malaysia Yang Diculik di Semporna Masih Hidup - KPN\nApr 14, 2016\n\nPolis kini meneruskan rundingan bersama pihak berkuasa Filipina dalam usaha membebaskan kesemua mangsa.Namun, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak memberi ulasan lanjut kerana ia mungkin akan menjejaskan keselamatan mangsa.*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79565", "title": "Berhenti sebar maklumat palsu mengenai isu pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBerhenti sebar maklumat palsu mengenai isu pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang.\nMar 14, 2019\n\nOrang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai isu pencemaran sisa kimia yang sedang berlaku ketika ini.Polis Johor berkata tindakan itu akan memburukkan lagi keadaan dan mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.Sementara itu , kerajaan memperuntukkan RM8 juta untuk kerja pembersihan sungai yang tercemar dengan sisa kimia di Pasir Gudang ketika ini.Perkara itu diumumkan menerusi perbahasan usul pengisytiharan darurat di Pasir Gudang di Dewan Rakyat, petang tadi.Dalam perbahasan itu juga, murid terjejas dan dimasukkan ke hospital disebabkan pencemaran itu akan peroleh pampasan menerusi Takaful Malaysia.\u00a0Foto: KosmoDalam perkembangan berkaitan,\u00a0isu kelas gantian bagi sekolah yang terjejas akibat pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang tidak sesuai dibincangkan buat masa ini.Menteri Pendidikan berkata apa yang lebih penting adalah tahap keselamatan dan kesihatan pelajar ketika ini.Pihaknya juga umum bahawa ujian bertulis MUET sesi 1 2019 di Pasir Gudang pada Ahad ini ditunda ke pada 6 April depan.Ia susulan lima buah pusat ujian itu termasuk dalam 111 sekolah yang ditutup akibat pencemaran bahan kimia di daerah itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71878", "title": "sistem tiket bersepadu perkhidmatan rel akan bermula bulan depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nsistem tiket bersepadu perkhidmatan rel akan bermula bulan depan.\nJul 21, 2017\n\nKementerian Pengangkutan berkata, sistem tiket bersepadu bagi perkhidmatan rel libatkan komuter, LRT, MRT dan monorail akan bermula bulan depan.Buat permulaan sistem integrasi itu akan dilaksanakan di 20 buah stesen komuter sebelum diperluaskan menjelang hujung tahun ini.Selain itu, kementerian juga sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan sistem pengangkutan rel di Putrajaya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72319", "title": "Hanya 10 ribu ringgit dikutip", "body": "\n\u2190 Back to list\nHanya 10 ribu ringgit dikutip\nJan 05, 2017\n\nBadan Bertindak Bola Sepak Kelantan berkata, hanya 10 ribu ringgit berjaya dikumpulkan menerusi Tabung Dana Penyelamat Bola Sepak Kelantan setakat ini.Menurut BHOnline, jumlah itu adalah hasil kutipan daripada penyokong dan pencinta bola sepak di Kelantan sejak ia dilancarkan bulan lalu.Tabung berkenaan diwujudkan untuk bantu menyelesaikan krisis kewangan Persatuan Bola Sepak Kelantan yang di ambang penarikan diri daripada Liga M'sia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72876", "title": "Ops Raya : Pemandu Bas Langgar Peraturan Disaman Serta-Merta", "body": "\n\u2190 Back to list\nOps Raya : Pemandu Bas Langgar Peraturan Disaman Serta-Merta\nJun 29, 2016\n\nBagi tujuan itu, JPJ akan meletakkan anggotanya yang menyamar sebagai penumpang dalam bas ekspres dan bas tambahan.JPJ juga akan melakukan pemeriksaan tahap keselamatan bas ekspres dan bas tambahan agar tayar dan brek misalnya berada dalam keadaan baik.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71861", "title": "PM lancar fasa kedua MRT ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM lancar fasa kedua MRT \nJul 17, 2017\n\nPerdana Menteri lancarkan fasa kedua perkidmatan MRT laluan SBK antara Semantan dengan Kajang.Serentak itu DS Najib Tun Razak berkata, laluan itu dibuka percuma kepada orang ramai bermula pukul 4 petang sehingga tengah malam hari ini.Selain itu, beliau umumkan diskaun tambang 50 peratus untuk perkhidmatan MRT, LRT, Monorel dan Bus Rapid Transit bermula esok hingga 31 Ogos.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=113964", "title": "Labuan Beralih Ke Fasa 4 PPN Esok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLabuan Beralih Ke Fasa 4 PPN Esok.\nAug 25, 2021\n\n\nLabuan muncul wilayah pertama di negara ini yang beralih ke fasa 4 PPN mulai esok.\nIni selepas lebih 92 peratus penduduk dewasanya sudah lengkap divaksin dan kes harian Covid-19 menurun kepada satu digit secara konsisten.\nDi bawah Fasa 4, antara kelonggaran yang diberikan adalah semua sektor ekonomi boleh beroperasi dan majlis sosial turut dibenarkan.\nSementara itu, Negeri Sembilan akan beralih ke Fasa 2 PPN susulan pengurangan pesakit Covid-19 di ICU dan bilangan penduduk lengkap divaksin cecah lebih 72 peratus.\nAntara kelonggaran di Fasa 2 adalah mereka yang lengkap divaksin boleh rentas daerah dan melancong dalam negeri yang sama sahaja.\n\u00a0\nLebih 1,500 pelajar jadi anak yatim akibat Covid-19.\nLebih 1,500 pelajar jadi anak yatim kerana kematian salah seorang ibu bapa atau kedua-duanya sekali akibat Covid-19.\nMenurut Kementerian Pendidikan, pasukan khas telah ditubuhkan bagi memastikan bantuan segera disalurkan kepada mereka.\nAntaranya adalah bantuan bekalan makanan, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan menempatkan pelajar berkenaan di asrama kendalian KPM.\n\u00a0\nPahang kini membenarkan pasar pagi, pasar malam dan seumpamanya beroperasi.\nOperasi pasar pagi, pasar malam, jualan but kereta dan pasar \u2018bundle\u2019 di Pahang kini dibenarkan.\nUjar Menteri Besarnya, ia selaras dengan keputusan kerajaan pusat membenarkan operasi aktiviti perniagaan itu pada 16 Ogos lalu.\nNamun tegas Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kebenaran itu tertakluk kepada SOP yang ditetapkan MKN.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80234", "title": "Waspada dengan perniagaan online yang gunakan kaedah PM Tepi!", "body": "\n\u2190 Back to list\nWaspada dengan perniagaan online yang gunakan kaedah PM Tepi!\nJul 11, 2019\n\nBerhati-hati dengan perniagaan online yang gunakan kaedah PM Tepi!Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata ia bagi mengelakkan pengguna daripada tertipu dengan tawaran yang diberikan.Pengguna juga diingatkan supaya selidik dan pastikan perniagaan itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga.Alat pengesan gas yang diberikan kepada 111 buah sekolah di Pasir Gudang sesuai digunakan.Dakwaan kononnya alat pengesan gas yang diberikan kepada 111 buah sekolah di Pasir Gudang tidak sesuai digunakan adalah tidak benar!Jelas Jabatan Alam Sekitar Johor, alat itu sesuai digunakan untuk bantu guru bersedia jika bacaan tinggi sebelum dilaporkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.Alat itu dipinjamkan ke sekolah berkenaan susulan pencemaran udara yang mengakibatkan lebih 100 pelajar alami sesak nafas dan muntah-muntah.Rakyat Malaysia lebih percaya kepada media tradisional.Hasil kaji selidik antarabangsa mendapati, rakyat Malaysia lebih percaya kepada media tradisional seperti akhbar, tv dan radio berbanding sumber berita online.Ipsos Malaysia berkata kepercayaan itu meningkat sejak 5 tahun lalu daripada 24 kepada 28 peratus terutamanya selepas PRU 2018.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72914", "title": "Laporan Interim Kedua MH370", "body": "\n\u2190 Back to list\nLaporan Interim Kedua MH370\nMar 08, 2016\n\nMenurut laporan tersebut, pasukan penyiasat sedang memuktamadkan analisis mengenai kehilangan pesawat itu.\u00a0Ia fokus kepada 8 bidang termasuk sistem pesawat dan komunikasi satelit.*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72780", "title": "Cuaca Panas dan Kering Reda", "body": "\n\u2190 Back to list\nCuaca Panas dan Kering Reda\nMay 24, 2016\n\nKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, ini berikutan fenomena El Nino yang beransur lemah, dan keadaan neutral dijangka kembali mulai Jun ini.\u00a0Berdasarkan rekod suhu semalam, suhu maksimum di kebanyakan kawasan adalah 34 darjah selsius berbanding 39 darjah selsius ketika gelombang haba.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94654", "title": "KPM Pantau SOP Semua Sekolah", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPM Pantau SOP Semua Sekolah\nJan 21, 2021\n\nKPM Pantau SOP Semua SekolahKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus pantau pematuhan SOP mencegah COVID-19 di semua sekolah.Ia susulan kembalinya calon-calon peperiksaan utama ke sekolah yang bermula semalam.Sementara itu, setakat ini 36 calon SPM dan STPM 2020 di Sabah yang menghuni asrama sekolah disahkan positif COVID-19.Namun mereka tetap dibenarkan belajar secara kuarantin dengan dibekalkan kemudahan internet.Di Pahang pula, lebih 140 calon SPM 2020 di MRSM Lipis kini dikuaratin.Ini selepas ada calon disahkan positif COVID-19.*foto: Minda RakyatBoleh Solat di Masjid Semasa PKP di Negeri Sembilan & TerengganuSolat Jumaat dan fardu di masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan sepanjang PKP di negeri itu yang bermula esok.Kehadiran jemaah berdasarkan kapasiti ruang premis.SOP mencegah COVID-19 juga perlu terus dipatuhi.Di Terengganu pula, 40 jemaah dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau sepanjang PKP.Bagi solat fardu pula, 12 jemaah dibenarkan solat di masjid dan surau di negeri berkenaan.Pembelian Minyak Masak 1kg DihadkanSetiap pelanggan kini hanya dibenar beli 3 paket minyak masak 1 kilogram per transaksi.Kerajaan memutuskan demikian supaya lebih ramai pengguna mendapat minyak masak bersubsidi itu.Ia susulan kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi yang menyebabkan ramai beralih kepada minyak masak bersubsidi.Ia seterusnya menyebabkan bekalan minyak masak bersubsidi berkurangan di beberapa kawasan.Kes Aktif COVID-19 Melepasi Angka 40,000Kes aktif COVID-19 di negara ini melepasi angka 40,000.Ia selepas 4,008 kes baru dicatatkan semalam, yang juga kali kedua kes harian melebihi 4,000.Kes paling tinggi direkodkan di Selangor diikuti Kuala Lumpur dan Johor.Sementara itu 11 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah yang maut akibat virus itu naik kepada 630 orang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79303", "title": "Polis Sudah Rakam Keterangan Keluarga & Jiran", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Sudah Rakam Keterangan Keluarga & Jiran\nFeb 05, 2019\n\nKes Kematian Bakal Pengantin: Polis Sudah Rakam Keterangan Keluarga & JiranPolis sudah rakam keterangan jiran dan keluarga berkaitan kes pasangan bakal pengantin dijumpai maut dalam sebuah rumah terbakar di Sepang, Selangor.Namun setakat ini belum ada suspek dikenal pasti dalm kes itu yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh.Hasil bedah siasat mendapati mangsa wanita maut akibat hentakan objek keras manakala mangsa lelaki maut kerana lemas asap kebakaran.Polis Bertindak PantasKini tular video papar penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Singapura menunggang di negara ini dengan menutup nombor plat pendaftaran guna pita pelekat.Namun atas kecekapan PDRM, penunggang terbabit sudahpun dikesan dan dikenakan tindakan.Difahamkan, kumpulan penunggang motosikal dari negara jiran itu berbuat demikian bagi elak dirakam kamera AES kerana mahu menunggang melebihi had laju.foto dan video: AWANI &\u00a0Facebook\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70343", "title": "Hampir 95 peratus pulih COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nHampir 95 peratus pulih COVID-19\nJun 18, 2020\n\nHampir 95 peratus pulih COVID-19Foto - The StarJumlah kes pulih daripada COVID-19 dalam negara kini sudah menghampiri 95 peratus dengan pertambahan 127 kes pulih yang dilaporkan hari ini.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan itu jumlah kumulatif adalah 8,000 kes atau 93.8 peratus dari jumlah keseluruhan kes.Sebanyak 14 kes baru positid COVID-19 dilaporkan hari ini termasuk 4 warga tempatan, namun tiada kematian dilaporkan dengan jumlah korban kekal 121.-----Sharim Md Zain calon BN bagi PRK DUN ChiniFoto - Twitter Datuk Seri Ahmad MaslanPengerusi Majlis Belia FELDA Wilayah Kuantan, Mohd Sharim Md Zain dinamakan sebagai calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini pada 4 Julai ini.Pemilihan Shahrim dibuat selepas mendapatkan pandangan dan tinjauan pengundi di DUN yang majoriti pengundinya peneroka FELDA, penduduk kampung tradisi Melayu dan Orang Asli.Malah pemuda berusia 41 tahun itu juga merupakan anak peneroka generasi kedua FELDA dan sudah tentu mempunyai pengalaman luas dengan masyarakat tempatan.-----Kelantan benar solat Jumaat, berjemaah kapasiti penuhFoto - SehinggitKelantan benarkan pelaksanaan solat Jumaat dan fardu berjemaah serta pelaksanaan aktiviti di surau dan masjid di negeri itu berkuat kuasa esok.Menurut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, bilangan jemaah adalah berdasarkan kapasiti masjid tanpa membelakangkan SOP pencegahan COVID-19.Bagaimanapun, jemaah yang bergejala atau menghidap penyakit kronik dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir ke masjid.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72285", "title": "Banteras untung atas angin", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanteras untung atas angin\nApr 23, 2016\n\n26 unit rumah PPR Kampung Muhibah, Puchong yang disewa kepada warga asing dan dihuni bukan pemilik sebenar dikeluarkan notis penyitaan malam tadi.DBKL berkata, 26 kes itu dikesan dalam operasi bersepadu yang dijalankan untuk mengesan penyewa rumah PPR yang ambil untung atas angin.Penyewa asal itu membayar 124 ringgit sebulan kepada DBKL untuk seunit rumah dua bilik itu, sebelum menyewakannya kepada pihak ketiga dengan harga berganda.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79429", "title": "Kanak-kanak maut di Johor Bahru disyaki akibat difteria", "body": "\n\u2190 Back to list\nKanak-kanak maut di Johor Bahru disyaki akibat difteria\nFeb 23, 2019\n\nFoto - Berita HarianSeorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun satu bulan di Johor Bahru meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria pada 21 Februari lalu.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kanak-kanak terbabit tidak pernah menerima sebarang imunisasi sejak lahir.Foto - Astro AwaniKatanya, kanak-kanak itu mula mengalami demam, batuk dan bengkak tonsil pada 16 Februari lalu sebelum dibawa ke unit kecemasan hospital pada 18 Februari dan dimasukkan ke unit rawatan rapi paediatrik.Namun kanak-kanak berkenaan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia semalam dengan sebab difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan.Foto - Sinar HarianKementerian Kesihatan menasihati ibu bapa, supaya sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, demam campak, batuk kokol dan lain-lain.Mereka diminta memaastikan anak-anak diberikan imunisasi kerana ia adalah cara pencegahan penyakit yang berkesan dan selamat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78827", "title": "Berhenti cari salah kerajaan terdahulu!", "body": "\n\u2190 Back to list\nBerhenti cari salah kerajaan terdahulu!\nOct 31, 2018\n\nBekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gesa kerajaan berhenti mencari kesalahan dirinya dan pentadbiran terdahulu, sebaliknya fokus dalam pembangunan ekonomi negara.Katanya, pertumbuhan ekonomi negara didapati semakin menguncup selain kejatuhan nilai ringgit serta kedatangan pelancong yang semakin berkurangan.Foto: The StarNajib berkata demikian menerusi video yang disiarkan secara langsung di Facebooknya, malam tadi.\u00a0Perak lancar portal cari jodoh.Jabatan Agama Islam Perak lancar modul poligami dan laman web cari jodoh Cinta Sakinah bagi individu yang ingin mencari calon suami atau isteri.\u00a0Foto: KosmoPengenalan modul itu bertujuan memberi kefahaman jelas mengenai poligami sekali gus dapat mengurangkan permasalahan kekeluargaan dalam institusi poligami.Cawangan parti politik akan dibuka apabila AUKU dipinda.Cawangan parti\u00a0politik\u00a0boleh\u00a0ditubuhkan\u00a0di Universiti\u00a0Awam\u00a0apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, AUKU dipinda.Kementerian Pendidikan berkata pindaan\u00a0itu\u00a0juga\u00a0selari\u00a0dengan\u00a0cadangan\u00a0penurunan\u00a0had umur mengundi\u00a0kepada\u00a018 tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72377", "title": "Siasatan kes murid bunuh diri di Pulau Pinang selesai.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSiasatan kes murid bunuh diri di Pulau Pinang selesai.\nFeb 04, 2018\n\nSiasatan dalaman kes murid bunuh diri dipercayai akibat tertekan dituduh curi telefon seorang guru di Pulau Pinang sudah selesai.Jabatan Pendidikan Negeri memaklumkan The Star, hasil siasatan dijangka diumumkan tidak lama lagi.Foto : The Star Online\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72886", "title": "Murid Tingkatan 2 Maut Dihempap Tiang Gol", "body": "\n\u2190 Back to list\nMurid Tingkatan 2 Maut Dihempap Tiang Gol\nJul 12, 2016\n\nHarian Metro melaporkan, ketika kejadian, mangsa murid lelaki tingkatan 2 sedang bermain bersama rakan-rakannya bagi subjek Pendidikan Jasmani.Menurut rakan, Allahyarham terjatuh akibat padang licin sebelum tiang gol tiba-tiba tumbang menghempap kepalanya.Guru dan rakan-rakan cuba memberi pertolongan namun mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71423", "title": "Da\u2019i Syed dibebaskan", "body": "\n\u2190 Back to list\nDa\u2019i Syed dibebaskan\nDec 15, 2020\n\nDa\u2019i Syed dibebaskanFoto - Utusan MalaysiaDa\u2019i Syed dibebaskan hari ini selepas melunaskan bayaran ikat jamin berjumlah RM35,000 di Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Petaling Jaya.Pendakwah selebriti itu sebelum ini didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii, mencabul kehormatan dan merogol seorang wanita.\u00a0Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berkata, buat masa ini dia mahu berehat sementara waktu dan melepaskan rindu bersama keluarga selepas direman selama 18 hari.-----Belanjawan 2021 lulusFoto - Kementerian Kewangan MalaysiaRang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini selepas bacaan kali ketiga diputuskan menerusi undi belah bahagian.Ia menyaksikan 111 wakil rakyat menyokong, 108 menolak dan satu tidak hadir sekaligus menafikan rancangan kumpulan tertentu yang mahu menolak RUU itu bagi meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).Sebaik keputusan dibacakan, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengemukakan permintaan supaya usul RUU Perbekalan 2021 dibacakan kali ketiga dan diluluskan.-----Bayi ditikam bapa dijaga JKMFoto - Jabatan Kebajikan MasyarakatBayi perempuan berusia 18 bulan yang cedera parah ditikam bapanya di Puchong Permai Sabtu lalu diserah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Polis Subang Jaya berkata, bayi berkenaan yang masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.Tambahnya, siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku akibat tekanan dialami suspek kerana berpisah dengan isterinya yang juga ibu bayi pada tahun lalu selain pengaruh dadah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72929", "title": "Malaysia di tangga ke 44 dalam senarai Indeks Bebuluran Dunia 2017", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia di tangga ke 44 dalam senarai Indeks Bebuluran Dunia 2017\nOct 13, 2017\n\nMalaysia duduki tangga ke 44 dalam senarai terbaru indeks kebuluran dunia yang dikeluarkan tahun ini.Senarai ini menunjukkan Malaysia berada di kedudukan lebih baik daripada beberapa negara jiran, termasuk Thailand, Vietnam dan MyanmarIndeks itu mengambil kira antaranya kekurangan zat, kadar pertumbuhan serta kadar kematian kanak-kanak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72385", "title": "7 suspek kes culik remaja perempuan di Terengganu direman 4 hari.", "body": "\n\u2190 Back to list\n7 suspek kes culik remaja perempuan di Terengganu direman 4 hari.\nFeb 28, 2018\n\n7 suspek direman empat hari bagi membantu siasatan kes culik seorang remaja perempuan di Kuala Terengganu.Menurut polis kejadian dipercayai berpunca apabila suspek utama, seorang wanita peniaga online bengang kerana dikecam mangsa di Facebook.Foto : Sinar Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79346", "title": "Penduduk Malaysia Kini Berjumlah 32.6 Juta", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenduduk Malaysia Kini Berjumlah 32.6 Juta\nFeb 12, 2019\n\nJumlah penduduk Malaysia pada suku keempat 2018 dianggarkan seramai 32.6 juta orang.Angka itu meningkat sebanyak 1.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.Jabaran Perangkaan berkata daripada jumlah itu, 16.8 juta adalah lelaki dan 15.8 juta perempuan.Tambahnya, Selangor catat penduduk paling tinggi iaitu 6.5 juta penduduk, manakala PUtrajaya catat jumlah penduduk paling rendah seramai kira-kira 91 ribu orang.Jalan TAR Ditutup Semua Kenderaan KECUALI BasLaluan sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di KL dari Pusat Beli Belah Sogo akan ditutup kepada semua kenderaan kecuali bas bermula 15 Mac ini.Menurut Kementerian Wilayah Persekutuan, ia ditutup bagi beri keselesaan kepada orang ramai berurusan di kawasan perniagaan tersebut.\u00a0Jika keadaan berjalan lancar, pihaknya sedia menempatkan peniaga bazar perayaan di sepanjang laluan yang dikosongkan itu pada bulan Ramadan akan datang.\u00a0Rakaman Audio Memang Milik Nik Abduh Tapi....\u00a0PAS akui rakaman audio yang tersebar di media sosial, adalah milik suara Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh.Namun Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan jelaskan, konteks audio berkenaan itu bukan seperti yang didakwa pihak tertentu.Tambahnya, orang ramai perlu dengar keseluruhan audio itu \u00a0untuk memahami maksud sebenar.Terdahulu, tersebar satu audio yang membuat pengakuan menerima jutaan ringgit daripada UMNO, yang dikatakan milik Nik Abduh.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72069", "title": "Beberapa lagi MB dan KM mengangkat sumpah jawatan semalam", "body": "\n\u2190 Back to list\nBeberapa lagi MB dan KM mengangkat sumpah jawatan semalam\nMay 13, 2018\n\nBeberapa lagi Menteri Besar dan Ketua Menteri mengangkat sumpah jawatan semalam.Antaranya, Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai KM Sabah.Namun, pergolakkan politik negeri itu dijangka berterusan ekoran pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman yang angkat sumpah jawatan Khamis lalu, nafi letak jawatan.Turut mengangkat sumpah jawatan adalah MB Johor, Datuk Osman Sapian dan MB Perak, Ahmad Faizal Azumu, kedua-duanya daripada Pakatan Harapan.SI, Istiadat angkat sumpah MB Pahang yang dijadualkan semalam pula ditangguh sementara bagi beri peluang kepada istana mengenali ADUN-ADUN baru.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72483", "title": "7 Beradik Hilang ", "body": "\n\u2190 Back to list\n7 Beradik Hilang \nApr 02, 2017\n\n7 beradik berusia 8 hingga 17 tahun hilang selepas rumah mereka yang terletak di tepi sungai di Sandakan, Sabah dihanyutkan banjir lumpur.Manakala kedua ibu bapa mereka ditemui selamat oleh orang awam dan dibawa ke klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.*Foto dipaparkan bukan foto sebenar\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73309", "title": "Taktik sekumpulan penjenayah meragut barang kemas guna pengetip kuku terbongkar", "body": "\n\u2190 Back to list\nTaktik sekumpulan penjenayah meragut barang kemas guna pengetip kuku terbongkar\nNov 01, 2017\n\nTaktik sekumpulan penjenayah meragut barang kemas guna pengetip kuku terbongkar selepas polis menahan 4 suspek wanita di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.Menurut polis, suspek berusia antara 18 hingga 47 tahun itu dipercayai giat melakukan kegiatan tersebut sejak 7 tahun lalu.Modus operandi suspek ialah memotong rantai emas yang dipakai kanak-kanak menggunakan pengetip kuku ketika mangsa berjalan dalam pusat beli-belah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=120411", "title": "PRN Melaka : 24 Pusat Pengundian Awal Dibuka Selasa Depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPRN Melaka : 24 Pusat Pengundian Awal Dibuka Selasa Depan.\nNov 12, 2021\n\n\nPRN Melaka : 24 Pusat Pengundian Awal Dibuka Selasa Depan.\n24 Pusat Pengundian Awal bagi PRN Melaka akan dibuka Selasa depan.\nMenurut SPR, proses pengundian awal bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang di balai polis setiap DUN dan di kem tentera.\nPengundi diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi dan menyebarkannya di media sosial.\n\u00a0\nVaksinasi kanak-kanak bawah 12 tahun bermula tahun depan.\nProses vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun akan bermula tahun depan.\nMenurut Kementerian Kesihatan, buat masa ini, hanya vaksin Pfizer yang tersedia bagi kegunaan kanak-kanak.\nKKM sedang menunggu kelulusan regulatori daripada Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.\n\u00a0\nSeorang pelajar universiti positif Covid-19.\nSeorang pelajar universiti di Melaka disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri program kepimpinan minggu lalu.\nJabatan Kesihatan Negeri berkata 8 pelajar lain alami gejala jangkitan pada saluran pernafasan atas seperti batuk dan selsema.\nSusulan itu, beberapa kolej kediaman pelajar kini ditutup sementara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71981", "title": "Siasatan kes rasuah libatkan projek sebuah kementerian di Sabah baru-baru ini adalah telus dan bukan berunsur politik.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSiasatan kes rasuah libatkan projek sebuah kementerian di Sabah baru-baru ini adalah telus dan bukan berunsur politik.\nOct 06, 2017\n\nTPM berkata, siasatan kes rasuah libatkan projek sebuah kementerian di Sabah baru-baru ini adalah telus dan bukan berunsur politik.Kementerian terbabit juga meminta masyarakat agar menunggu siasatan SPRM selesai bagi mengetahui jumlah sebenar dana yang diseleweng.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70970", "title": "Hampir semua negeri catat pertambahan kes baru COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nHampir semua negeri catat pertambahan kes baru COVID-19\nSep 30, 2020\n\nHampir semua negeri catat pertambahan kes baru COVID-19Foto - Neuroscience NewsSebanyak 89 kes baru positif COVID-19 dilaporkan hari ini, 86 daripadanya babitkan penularan tempatan termasuk satu kluster baru yang dikesan di Kedah.Hampir semua negeri merekodkan pertambahan kes baru dengan Sabah kekal mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi 35 kes, diikuti Kedah 13 kes dan Selangor 10 kes.Kementerian Kesihatan maklumkan, dua kematian terbaru turut dicatatkan masing-masing di Sabah dan Kedah, sekaligus menyaksikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 136.-----Selangor catat kadar kebolehjangkitan tinggiFoto - Malaysia DatelineSelangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) 1.95 lebih tinggi daripada Sabah, berikutan peningkatan dalam jumlah kes harian baru COVID-19 daripada dua hingga tiga kes kepada 10 ke 15 kes.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia mengambil kira magnitud perubahan dan menunjukkan peningkatan risiko wabak yang lebih besar di negeri itu.Sehubungan itu, beliau mengingatkan adalah penting untuk semua rakyat Malaysia terus mematuhi SOP serta langkah-langkah yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini.-----COVID-19: Semua urusan di JPN Sabah dilaksana secara janji temuFoto - Jabatan Pendaftaran NegaraJabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sabah memutuskan untuk melaksanakan operasinya secara janji temu dalam usaha mengelak penularan wabak COVID-19.Pengarah JPN Sabah, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, semua urusan secara janji temu ini dilaksanakan pada setiap hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang.\u00a0Urusan janji temu itu bagaimanapun tidak terpakai di daerah-daerah yang terlibat dengan PKPDB Secara Pentadbiran iaitu di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71015", "title": "90 Kontak Rapat Negatif", "body": "\n\u2190 Back to list\n90 Kontak Rapat Negatif\nOct 07, 2020\n\n90 Kontak Rapat NegatifSetakat semalam, 90 kontak rapat Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkeputusan negatif selepas jalani ujian saringan COVID-19.Ia termasuk semua anggota mesyuarat yang dihadari Menteri Hal Ehwal Agama itu di Pejabat Perdana Menteri, Sabtu lalu.Kelmarin, menteri berkenaan umum beliau dijangkiti COVID-19 dan keadaannya kini stabil.Dalam perkembangan berkaitan, Bangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu kini ditutup sementara bagi proses sanitasi.Ia bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan susulan terdapat pegawai yang mempunyai kontak dengan Datuk Seri Dr Zulkifli.Kerajaan Akan Beri Masa\u00a0Kerajaan akan beri notis mencukupi kepada rakyat jika ada keperluan untuk melaksanakan sekatan rentas negeri.Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan bincang dan buat keputusan bagi memastikan tiada siapa terkandas jika ia perlu dilakukan.Namun Perdana Menteri berkata, kerajaan tiada hasrat mengkuatkuasakan PKP fasa awal di seluruh negara buat masa iniSebaliknya PKPD akan dilaksanakan di kawasan tertentu mengikut keperluan.18 Kontak Rapat Trump Positif\u00a0Sekurang-kuragnya 18 kontak rapat kepada Donald Trump disahkan positif COVID-19.Mereka merupakan individu yang mengiringi atau pernah berada pada majlis yang dihadiri Presiden Amerika Syarikat\u00a0itu.1 Oktober lalu, Trump disahkan positif virus COVID-19\u00a0dan dirawat di hospital sebelum dibenarkan keluar semalam.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71502", "title": "Terus Amalkan Normal Baru Dalam Berdepan Pandemik Covid-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTerus Amalkan Normal Baru Dalam Berdepan Pandemik Covid-19.\nDec 30, 2020\n\nOrang ramai perlu terus mengamalkan normal baru dalam berdepan pandemik Covid-19.Jelas Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar ini kerana wabak itu tidak akan lenyap dalam masa terdekat.\"Kita mestilah sentiasa bersedia untuk hidup bersama dengan Covid dengan cara mengatur kerja atau jadual kita harian kita. Contohnya, kita tidak perlu pergi ke tempat awam jika tiada keperluan yang mustahak\"Bagaimanapun, situasi itu katanya akan bertambah baik tahun depan dengan adanya vaksin Covid-19 nanti.Pelan tindakan khusus untuk tangani isu daging seludup di negara ini telah disediakan.Menurut JAKIM, satu perbincangan akan diadakan dengan pihak berkaitan termasuk Jabatan Kastam pada 5 Januari ini bagi menjayakan pelan berkenaan.Pelan itu antaranya akan mempromosikan Badan Pensijilan dan Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf Jakim untuk mengelakkan keraguan pengguna.Jangan terpengaruh dengan maklumat palsu pelaksanaan ibadat haji tahun depan.Tabung Haji ingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan maklumat berkaitan pelaksanaan ibadat haji tahun depan yang viral di media sosial, sejak beberapa hari yang lalu.Ini kerana jelasnya sebarang butiran pelaksanaan ibadah haji bagi umat Islam di negara ini masih belum diputuskan.Pihaknya akan umumkan keputusan hasil perbincangan dan kesepakatan yang akan diambil oleh kerajaan dan Arab Saudi berkaitan dengan isu berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72099", "title": "Tengku Razaleigh Hamzah cabar 2 pesaingnya dalam perebutan jawatan Presiden UMNO untuk, berdebat!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTengku Razaleigh Hamzah cabar 2 pesaingnya dalam perebutan jawatan Presiden UMNO untuk, berdebat!\nJun 20, 2018\n\nTengku Razaleigh Hamzah cabar 2 pesaingnya dalam perebutan jawatan Presiden UMNO untuk, berdebat!Ujar beliau kepada Awani, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin sepatutnya turut berani membuat penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan.Seramai 7 individu akan merebut jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan kali ini yang bakal diadakan pada 30 Jun.Senarai akhir nama calon yang layak akan diumumkan hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72559", "title": "Frank Bernhardt Ada Senjata Rahsia", "body": "\n\u2190 Back to list\nFrank Bernhardt Ada Senjata Rahsia\nAug 30, 2016\n\nJurulatih Harimau Malaysia bawah 22 tahun, Frank Bernhardt memiliki senjata rahsia menjelang perlawanan persahabatan dengan Bahrain, malam ini.Menurut ARENA, Bernhardt menggunakan teknologi dron sejak sesi latihan pusat pertama pada 25 Ogos lalu.Idea itu adalah langkah proaktif dalam memperbaiki susun atur formasi pemain dan membantu merencana taktikal permainan.Saksikan Harimau Malaysia bawah 22 tahuhn lawan Bahrain, secara langsung jam 8.30 malam ini di ASTRO ARENA saluran 801.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=99602", "title": "1 Juta Telah Daftar ", "body": "\n\u2190 Back to list\n1 Juta Telah Daftar \nFeb 26, 2021\n\nSejuta individu telah mendaftar untuk mendapat vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.\r\n\u00a0\r\nPenyelarasnya, Khairy Jamaluddin berkongsi berita itu menerusi ciapan di Twitter beliau.\r\n\u00a0\r\nBeliau turut menyeru orang ramai untuk bersama-sama mengakhiri pandemik ini dengan tampil mendaftarkan diri.\r\n\u00a0\r\n---\r\nSelepas Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan, kini tiba giliran menteri lain menerima vaksin COVID-19.\r\n\u00a0\r\nAntara yang sudah mendapat suntikan vaksin dos pertama pagi tadi ialah Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.\r\n\u00a0\r\nBeliau mendapat suntikan itu di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur bersama sejumlah pegawai dan angkatan tentera.\r\n\u00a0\r\nMenteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pula akan menyusul selepas solat Jumaat nanti.\r\n\u00a0\r\n---\u00a0\r\nWanita hamil bukannya dilarang terus daripada mengambil imunisasi COVID-19.\r\n\u00a0\r\nJelas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebenarnya golongan itu cuma tidak disyorkan mengambil suntikan tersebut ketika ini kerana data tidak mencukupi.\r\n\u00a0\r\nIa disebabkan ujian klinikal yang dilakukan ke atas vaksin yang diterima kerajaan setakat ini tidak melibatkan wanita hamil atau menyusukan anak.\r\n\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71948", "title": "Rombongan 34 penuntut Politeknik Jeli ke air terjun Lata Janggut, di Kelantan bukan aktiviti rasmi IPTA itu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRombongan 34 penuntut Politeknik Jeli ke air terjun Lata Janggut, di Kelantan bukan aktiviti rasmi IPTA itu.\nSep 09, 2017\n\nRombongan 34 penuntut Politeknik Jeli ke air terjun Lata Janggut, di Kelantan bukan aktiviti rasmi IPTA itu.Difahamkan, kesemua pelajar tersebut mengambil sampel air di situ untuk menyiapkan tugasan diberikan pensyarah.Semalam, 3 daripada pelajar berkenaan lemas ditarik pusaran air ketika beriadah selepas mengambil sampel air di situ.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94576", "title": "Tak Wajar Politikkan Darurat", "body": "\n\u2190 Back to list\nTak Wajar Politikkan Darurat\nJan 26, 2021\n\nTak Wajar Politikkan DaruratTidak wajar mempolitikkan pengisytiharan darurat yang bertujuan mengekang pandemik COVID-19 ketika ini.Jelas Menteri Kanan Keselamatan, ia sebenarnya bertujuan memudahcara dan memperkasa tindakan kerajaan dalam mengawal penularan virus tersebut.Ia antaranya membuat ordinan baru tanpa perlu melalui proses penggubalan undang-undang di Parlimen yang mengambil masa.Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebagai contoh, menaikkan denda terhadap syarikat yang melanggar peraturan.MySejahtera Naik TarafAplikasi MySejahtera akan dinaik taraf dengan menampilkan beberapa perincian baru.Ciri tersebut membolehkan peserta program vaksinasi COVID-19 dipantau termasuk kesannya.Menjelang tahun depan, dijangkakan 17 juta rakyat telah menerima vaksin berkenaan.COVID-19: 2 Angka Mei NantiKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jangka kes harian positif COVID-19 kembali kepada 2 angka Mei nanti.KKM turut berharap tempoh 2 minggu pelaksanaan PKP 2.0 ini dapat menstabilkan kes-kes harian.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan, PKP 2.0 dijangka tidak dilanjutkan.Ia sebaliknya dijangka disambung dengan PKPB selepas 4 Februari nanti bertujuan mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara.Sementara itu Malaysia mencatatkan 3,048 kes baru semalam yang juga hari kedua berturut-turut di bawah 4,000 kes.Malah kes sembuh semalam ialah 3,638 sekali gus mengatasi angka kes positif untuk hari ke-3 berturut-turut.150,000 Murid Dijangka Dapat Peranti Untuk PdPR150,000 murid daripada keluarga B40 dijangka menerima komputer riba, tablet dan data bulan depan.Inisiatif itu dilapor diusahakan sebuah yayasan hasil dana daripada 13 syarikat dan agensi berkaitan kerajaan.Didenda Larikan Mayat Bapa3 beradik masing-masing didenda RM1,000 kerana melarikan jenazah bapa dari Hospital Lahad Datu, Sabah.Mereka melakukannya sebab enggan benarkan jenazah melalui SOP pengurusan jenazah semasa krisis COVID-19.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71953", "title": "Kapal korek separuh karam, selepas berlanggar dengan kapal tangki di perairan Singapura.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKapal korek separuh karam, selepas berlanggar dengan kapal tangki di perairan Singapura.\nSep 13, 2017\n\nSebuah kapal korek separuh karam, selepas berlanggar dengan kapal tangki di perairan Singapura.Tujuh daripada anak kapal telah dibawa untuk rawatan di Hospital Umum Singapura sementara 5 lagi termasuk seorang warga Malaysia tidak dapat dikesan.Pihak berkuasa Pelabuhan dan Maritim Singapura berkata, usaha mencari dan menyelamat telah dilancar bagi mencari kesemua mangsa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71892", "title": "tarif insurans kenderaan baharu berkuat kuasa awal bulan ini", "body": "\n\u2190 Back to list\ntarif insurans kenderaan baharu berkuat kuasa awal bulan ini\nJul 24, 2017\n\nMenteri Kewangan II berkata, dasar liberalisasi tarif insurans kenderaan baharu yang berkuat kuasa awal bulan ini, adil untuk semua.Ini kerana ia beri kelebihan kepada pengguna yang mempunyai profil risiko rendah seperti tidak pernah terbabit dalam kemalangan.Tambah Datuk Seri Johari Abdul Ghani, ia juga dapat menggalakkan pengurusan risiko lebih baik dalam kalangan pengeluar kenderaan dan pengguna.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79059", "title": "Orang ramai perlu jadi mata dan telinga kerajaan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nOrang ramai perlu jadi mata dan telinga kerajaan.\nDec 24, 2018\n\nSelasa depan penguatkuasaan larangan merokok di semua premis makanan bermula!Justeru, Kementerian Kesihatan seru orang ramai berkerjasama jadi mata dan telinga pihaknya agar peraturan itu dapat dilaksanakan dengan baik.Foto: Berita HarianAduan berkenaan pelanggaran peraturan itu boleh disalur ke talian hotline Kementerian Kesihatan.Lebih 9,300 pelajar berjaya ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh di seluruh negara bagi sesi 2019.Kementerian Pendidikan berkata 52 peratus daripada calon bekenaan adalah pelajar-pelajar berpotensi\u00a0daripada golongan B40.Foto: The Malaysian TimesJelasnya, pengambilan kali ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada golongan B40 untuk memperoleh kemudahan pendidikan yang lebih baik.2 anggota Seventeen dilapor\u00a0antara yang terkorban dalam tsunami.2 anggota kumpulan popular Indonesia, Seventeen dilapor antara yang terkorban dalam tragedi tsunami di Teluk Sunda.Seorang lagi anggota kumpulan itu masih hilang.Khabar menyayat hati itu dikongsi vokalis Seventeen, Ifan yang turut memaklumkan isterinya juga masih belum dijumpai.Sehingga kini angka korban sudah melebihi 220 orang manakala lebih 840 cedera.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=149971", "title": "Had Pendapatan Untuk Mohon Rumah Mesra Rakyat Dinaikkkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHad Pendapatan Untuk Mohon Rumah Mesra Rakyat Dinaikkkan.\nApr 14, 2023\n\n\nHad Pendapatan Untuk Mohon Rumah Mesra Rakyat Dinaikkkan.\nKerajaan menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah bagi permohonan Rumah Mesra Rakyat daripada RM3,000 kepada RM5,000.\u00a0\nKementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan memaklumkan, ia bagi buka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk buat permohonan.\u00a0\nRumah Mesra Rakyat berharga antara RM55,000 hingga RM75,000 dan subsidinya kekal RM20,000\u00a0bagi setiap unit.\n\u00a0\n\u00a0\nJAKIM Nafi Laporan Hasil Cerapan 1 Syawal Tahun Lalu Tidak Sah\nJAKIM sangkal laporan menyatakan hasil cerapan 1 Syawal untuk Aidilfitri tahun lalu tidak sah dan terbatal.\nTegasnya, hasil cerapan itu telah ikut prosedur yang ditetapkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.\nJelasnya lagi, anak bulan dikesan melalui teleskop di Labuan dan imej yang diperolehi telah disemak jawatankuasa berkenaan.\nJusteru jabatan itu minta semua pihak berhati-hati mengeluarkan kenyataan berkaitan isu penetapan tarikh 1 Syawal kerana ia boleh menjurus kepada kegusaran awam.\nSementara itu, tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun ini adalah pada Khamis minggu depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71833", "title": "SKMM pantau akaun palsu media sosial", "body": "\n\u2190 Back to list\nSKMM pantau akaun palsu media sosial\nJun 22, 2017\n\nSKMM akan pantau kehadiran akaun-akaun palsu di laman sosial dan mengambil tindakan jika ia menjadi ancaman.Ia susulan banyak akaun palsu diwujudkan bertujuan sebar kandungan palsu dan jelik yang boleh beri kesan buruk terhadap sosial, ekonomi dan keselamatan negara.Menurut SKMM, antara tindakan yang diambil adalah meminta pemberi perkhidmatan seperti Facebook padam akaun-akaun palsu berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72096", "title": "7 calon dijangka merebut jawatan Presiden UMNO hujung bulan ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\n7 calon dijangka merebut jawatan Presiden UMNO hujung bulan ini.\nJun 18, 2018\n\nUMNO bakal cipta sejarah apabila 7 calon dijangka merebut jawatan Presiden parti itu hujung bulan ini!Paling mengejutkan - Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin menawarkan diri pada saat-saat akhir.\u00a0Khairy buat pusingan U dengan menarik balik pencalonannya sebelum ini untuk jawatan Naib Presiden.Walaupun 7 orang masuk gelanggang , namun pertembungan 3 generasi antara Khairy, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tengku Razaleigh Hamzah menjanjikan saingan menarik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73233", "title": "Seorang lelaki maut akibat ditikam dan dilanggar dengan sebuah kereta di Johor Bahru.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang lelaki maut akibat ditikam dan dilanggar dengan sebuah kereta di Johor Bahru.\nDec 18, 2017\n\nSeorang lelaki maut akibat ditikam dan dilanggar dengan sebuah kereta dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, yang video kejadiannya kini viral.Mangsa diserang sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kenderaan mewah ketika mengisi angin tayar keretanya bersama seorang wanita dipercayai isterinya.Polis masih dalam proses mengambil keterangan isteri mangsa yang trauma dalam usaha untuk mengetahui motif kejadian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72547", "title": "Banjir : Operasi 50 Pencawang TNB di Pahang, Johor Dihentikan", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir : Operasi 50 Pencawang TNB di Pahang, Johor Dihentikan\nJan 27, 2017\n\nOperasi 44 pencawang TNB di Pahang dan 6 di Johor dihentikan akibat banjir.Menurut TNB, langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian litar pintas, dan bekalan elektrik akan segera disambung semula sebaik ia selamat dilakukan.Penduduk di 2 negeri berkenaan boleh hubungi talian 'TNB CareLine' bagi mendapatkan maklumat lanjut.Pahang kini merekodkan jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu lebih 7,100 orang, melibatkan 9 daerah.Manakala di Johor, jumlah mangsa banjir turun sedikit kepada kira-kira 6,500.Selangor, Perak , Kelantan dan Sabah tidak menunjukkan banyak perubahan dalam jumlah mangsa banjir.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=120247", "title": "Bomba Kesan 18 Lokasi Di Kedah Berisiko Dilanda Kepala Air.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBomba Kesan 18 Lokasi Di Kedah Berisiko Dilanda Kepala Air.\nNov 10, 2021\n\n\nBomba Kesan 18 Lokasi Di Kedah Berisiko Dilanda Kepala Air.\n18 lokasi di Kedah berisiko dilanda kepala air terutamanya ketika musim hujan.\nMenurut Bomba, ia melibatkan beberapa kawasan pusat peranginan dan air terjun antaranya di Kulim, Yan dan Langkawi.\nSusulan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengunjungi kawasan peranginan ekoran cuaca tidak menentu ketika ini.\nSementara itu, kesemua mangsa yang terperangkap di pusat peranginan Bukit Wang dan Surau Batu Sungai Changlun ekoran kejadian kepala air berjaya diselamatkan.\n\u00a0\nRangkaian 5G yang pertama di Malaysia akan dilancarkan hari ini.\nMenurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia, ia sebagai usaha menyediakan kemudahan internet yang lebih pantas kepada rakyat.\nPerkhidmatan 5G itu boleh didapati di KL, Putrajaya dan Cyberjaya untuk tahun pertama sebelum diperluaskan hingga capai 36 peratus liputan di seluruh negara.\n\u00a0\nMajlis sosial dibenarkan di Sabah.\nPenganjuran majlis sosial seperti perkahwinan dan sambutan hari lahir kini dibenarkan di Sabah.\nIa susulan peralihan Sabah ke fasa 4 PPN berkuatkuasa Isnin lalu.\nHad kapasiti jumlah tetamu yang dibenarkan adalah 50 peratus daripada ruang premis\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72908", "title": "E-mel Palsu : PDRM Tidak Terlibat", "body": "\n\u2190 Back to list\nE-mel Palsu : PDRM Tidak Terlibat\nMar 06, 2016\n\nUjar Bukit Aman, e-mel yang didakwa ditandatangani oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman adalah palsu.Orang ramai turut dinasihat berhati-hati dalam menilai setiap e-mel meragukan dan hubungi pihak berwajib untuk pengesahan lanjut.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80031", "title": "Penumpang KLIA 2 Perlu Berada Tiga Jam Lebih Awal Sempena Aidilfitri ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenumpang KLIA 2 Perlu Berada Tiga Jam Lebih Awal Sempena Aidilfitri \nJun 03, 2019\n\nOrang ramai diminta berada di KLIA 2, tiga jam lebih awal daripada waktu pelepasan sempena Aidilfitri ini.\u00a0Ini kerana, lapangan terbang terbabit akan mengendalikan kira-kira 50 ribu penumpang sehari.Penumpang juga dinasihatkan mendaftarkan diri melalui laman web AirAsia atau telefon bimbit, bagi melancarkan urusan perjalanan.\u00a0200 Bas Tambahan Dibuat Tampung Permintaan Pelanggan\u00a0Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia sediakan 200 bas tambahan untuk bolehkan orang ramai dapat pulang ke kampung sempena Hari Raya.Katanya, permintaan tinggi diterima bagi destinasi ke Pantai Timur iaitu lebih 80 bas berbanding ke utara dan selatan.Kesemua pengendali bas tambahan berkenaan mematuhi peraturan ditetapkan termasuk memiliki Lesen Perubahan SementaraPeniaga Bazar Ramadan Dataran Syahbandar Minta Waktu Tamat Operasi Perniagaan Dilanjutkan\u00a0Persatuan Tunas Usahawan Terengganu minta kerajaan negeri pertimbangkan semula arahan agar peniaga di Bazar Ramadan di Dataran Syahbandar menamatkan operasi perniagaan pada 29 Ramadan.\u00a0Ini kerana, kebanyakkan pembeli gemar beli di saat-saat akhir untuk mendapat potongan harga yang lebih murah.Sebelum ini, peniaga di bazar ramadan itu beroperasi sehingga awal pagi Aidilfitri.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72516", "title": "KR1M 2.0", "body": "\n\u2190 Back to list\nKR1M 2.0\nAug 06, 2017\n\nKedai Rakyat 1Malaysia 2.0 iaitu KR1M yang baru bakal dilancarkan.Ia bertujuan memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat berpendapatan kecil dan sederhana mendapatkan barangan runcit pada harga lebih murah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80468", "title": "Pihak yang didapati sabotaj sistem rangkaian KLIA berdepan hukuman berat!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPihak yang didapati sabotaj sistem rangkaian KLIA berdepan hukuman berat!\nAug 28, 2019\n\nIndividu atau pihak yang sabotaj sistem rangkaian KLIA minggu bakal berdepan hukuman amat berat!Amaran itu diberi Ketua Polis Negara selepas memaklumkan insiden tersebut kini disiasat di bawah dakwaan khianat.Insiden berkenaan telah mengakibatkan operasi KLIA terjejas 4 hari termasuk puluhan penerbangan terpaksa dibatalkan.Belia berumur 18 tahun perlu tunggu kira-kira 2 tahun lagi sebelum boleh didaftarkan sebagai pengundi.SPR berkata walaupun Rang Undang-undang menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun telah diluluskan, prosesnya tetap akan mengambil masa.Tambahnya, pendaftaran sebagai pengundi hanya akan dilaksanakan secara serentak dengan pendaftaran automatik\u00a0Pihaknya buat penjelasan itu selepas terima aduan pemohon berusia 18 tahun ditolak daripada senarai pendaftar apabila mendaftar secara online.PAGE bimbang pembaziran makanan berlaku dalam Program Makanan Percuma.Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan, PAGE mahu kerajaan lakukan kajian terperinci sebelum Program Makanan Percuma dilaksanakan tahun depan.Ini kerana pihaknya bimbang berlakunya pembaziran makanan apabila terdapat murid yang memilih makanan dan tidak biasa bersarapan pada awal pagi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71261", "title": "Kes Naik Ada Kaitan Tempat Kerja", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Naik Ada Kaitan Tempat Kerja\nNov 18, 2020\n\nAda Kaitan Tempat KerjaPeningkatan mendadak kes COVID-19 di Lembah Klang kini disebabkan peningkatan kes berkaitan tempat kerja.Daripada 162 kluster aktif, 72 kluster adalah berkaitan tempat kerja termasuk 4 kluster baru yang diumumkan semalam.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ini kerana Selangor, KL dan Putrajaya merupakan pusat tumpuan warga pekerja serta berpenduduk padat.Semalam, 1,210 kes baru jangkitan COVID-19 dikesan.Lembah Klang catat kes tertinggi iaitu 516, diikuti Sabah 499, Negeri Sembilan 67 dan Perak 47.Young Syefura DidendaADUN Ketari, Young Syefura Othman sahkan beliau diarah bayar kompaun RM1,000 gara-gara langgar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor.Ia ekoran tindakannnya sambut ulang tahun kelahiran bersama rakan di sebuah pantai di Selangor, baru-baru ini yang fotonya dimuat naik di Instagram.Young Syefura juga tampil membuat permohonan maaf semasa menghadiri sidang DUN Pahang semalam.Twitter Perkenal Ciri BaruTwitter bakal lancar ciri baru yang membolehkan ciapan pengguna bertahan hanya 24 jam.Sebelum ini, untuk tempoh percubaan ia telah diperkenalkan di beberapa negara antaranya Itali, Brazil dan Korea Selatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80897", "title": "Amaran Hujan Lebat di Pantai Timur Dilanjutkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nAmaran Hujan Lebat di Pantai Timur Dilanjutkan\nDec 01, 2019\n\nMangsa Banjir Meningkat4 daerah di Terengganu iaitu Setiu, Besut, Dungun dan Hulu Terengganu. kini dilanda banjir membabitkan lebih 1,400 mangsa.Manakala di Kelantan pula, Tanah Merah, Machang dan Pasir Mas kini dilanda banjir memaksa hampir 400 mangsa berlindung di pusat pemindahan.Sementara itu amaran\u00a0cuaca buruk dan hujan lebat\u00a0di 2 negeri berkenaan juga Pahang dan Johor berterusan\u00a0sehingga esok.*foto sekadar hiasanDalam perkembangan berkaitan, TNB akan pastikan pusat pemindahan dan bilik gerakan terus dapat bekalan elektrik demi keselesaan mangsa banjir.Pihaknya juga akan mematikan semua suis utama rumah mangsa banjir yang ditinggalkan bagi elak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.KPM Cadang Silat Jadi Aktiviti KokurikulumKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) rancang menjadikan seni silat sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah dan subjek pilihan berkredit di universiti.Silat juga mungkin dijadikan salah satu kursus dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) agar pelajar boleh diberikan sijil untuk mohon pekerjaan dalam bidang keselamatan.KPM turut akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) bagi mengusahakan silat diwartakan sebagai warisan sejarah dunia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71940", "title": "LHDN Laksana Operasi Audit Golongan Profesional ", "body": "\n\u2190 Back to list\nLHDN Laksana Operasi Audit Golongan Profesional \nAug 29, 2017\n\nLHDN akan mengadakan operasi mengaudit golongan profesional termasuk peguam, arkitek dan jurutera dalam masa terdekat.Golongan terbabit yang mempunyai isu berkaitan percukaian dinasihat tampil segera ke mana-mana pejabat LHDN.Berdasarkan analisis risiko, LHDN mendapati ada dalam kalangan golongan itu tidak isytiharkan pendapatan mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72879", "title": "Serangan bom Puchong: dua lagi individu diburu polis", "body": "\n\u2190 Back to list\nSerangan bom Puchong: dua lagi individu diburu polis\nJul 04, 2016\n\nPolis telah tahan 2 suspek dipercayai militan IS yang terlibat insiden letupan bom di Puchong, Selasa lalu.\u00a0Tambah Ketua Polis Negara, 15 individu termasuk 2 anggota polis turut ditahan sejak letupan itu, dipercayai terbabit dalam kegiatan militan IS.\u00a0Menurutnya, sasaran mereka adalah pemimpin kanan negara, polis serta hakim.\u00a0Tambah Tan Sri Khalid Abu Bakar, 2 lagi suspek berkaitan insiden letupan di Puchong sudah dikenal pasti identiti dan kini sedang diburu,\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=113640", "title": "Kemudahan Buat Individu Lengkap Divaksin Di Negeri Fasa 1 PPN Diumumkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKemudahan Buat Individu Lengkap Divaksin Di Negeri Fasa 1 PPN Diumumkan.\nAug 20, 2021\n\n\nBermula hari ini, individu yang lengkap divaksin di negeri Fasa 1 PPN boleh makan di restoran atau \u2018dine in\u2019.\nMereka hanya perlu papar sijil digital vaksinasi COVID-19 yang menunjukkan mereka sudah terima vaksinasi lengkap.\nPasangan yang sudah lengkap divaksin juga boleh bawa anak-anak untuk makan di premis dengan SOP ketat.\nKebenaran juga diberikan untuk aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan.\nAntara aktiviti yang dibenarkan ialah jogging, berbasikal, memancing, dan mendaki di kawasan terbuka atau separa terbuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.\nAktiviti perkelahan dan perkhemahan juga boleh dilakukan dengan SOP ketat.\nPasar Malam dan Pasar Minggu turut dibenarkan beroperasi mengikut SOP.\nMenurut PM Sementara, kemudahan tambahan itu diberikan susulan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di seluruh negara sudah melebihi 50 peratus.\nIa juga termasuk penurunan kes kategori 3 hingga 5 di negeri dan wilayah Fasa 1 PPN.\n\u00a0\n11 sektor ekonomi di Kelantan kembali beroperasi berkuat kuasa serta-merta.\nExco Kesihatan Negeri berkata ia termasuklah kedai cuci kereta, kedai pakaian, kedai gunting rambut, pasar pagi dan pasar tani.\nIa selaras dengan SOP MKN Fasa Kedua PPN yang diumumkan kerajaan pusat sebelum ini.\n\u00a0\nRemy Ishak akan melangsungkan pernikahan bersama wanita pilihannya, esok.\nBerita gembira itu dikongsikan oleh Remy menerusi program Gempak TV di Astro Ria, semalam.\nKata bintang filem Sangkar itu, dia sebenarnya rancang untuk bernikah Mei lalu namun terpaksa ditangguhkan ekoran pelaksanaan PKP.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72334", "title": "Malaysia kaji naikkan caj VEP", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia kaji naikkan caj VEP\nJan 18, 2017\n\nMalaysia akan buat kajian untuk naikkan caj Permit Masuk Kenderaan, VEP kepada nilai sama yang dikenakan Singapura iaitu 109 ringgit.Menurut kementerian Pengangkutan, Singapura turut kenakan caj Jalan Raya Timbal Balas 20 ringgit mulai 15 Februari ini kepada kenderaan asing ke republik itu.\u00a0VEP Malaysia ketika ini hanya perlukan pemilik kenderaan asing bayar yuran pendaftaran 10 ringgit dan boleh diperbaharui selepas lima tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71872", "title": "majoriti pelajar universiti mempunyai tahap kefahaman yang tinggi mengenai perbuatan rasuah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nmajoriti pelajar universiti mempunyai tahap kefahaman yang tinggi mengenai perbuatan rasuah.\nJul 19, 2017\n\nKajian Institut Integriti Malaysia mendapati, majoriti pelajar universiti mempunyai tahap kefahaman yang tinggi mengenai perbuatan rasuah.Namun hampir 36 peratus responden berpendapat, perbuatan menerima hadiah sebagai balasan di atas perkhidmatan yang diberikan, bukan satu kesalahan berbentuk rasuah.\u00a0Malah, 28 peratus daripada mereka menyatakan, tidak salah menggunakan peralatan pejabat seperti toner dan kertas untuk tujuan peribadi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72119", "title": "Malaysia tunggu respons Indonesia untuk bantuan mangsa gempa bumi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia tunggu respons Indonesia untuk bantuan mangsa gempa bumi.\nJul 30, 2018\n\nKerajaan masih menunggu maklum balas daripada kerajaan Indonesia berhubung bantuan mencari dan menyelamat mangsa kejadian gempa bumi di negara itu semalam.TPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata setakat ini tiada permintaan bantuan daripada negara itu namun Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA bersedia tawarkan bantuan.Foto : AwaniDalam kejadian itu, 14 nyawa terkorban termasuk seorang warganegara Malaysia, Siti Nur Ismawida yang bersama 17 rakannya untuk mendaki Gunung Rinjani di Lombok.Sharunnizam Md Noor yang bersama dengan satu lagi kumpulan rakyat Malaysia yang ingin mendaki gunung sama bersyukur diri dan ahli kumpulannya tidak alami sebarang kecederaan.Sementara itu, usaha membawa pulang jenazah Siti Nur Ismawida dengan segera sedang dijalankan.Untuk berita penuh layari AstroAwani.com\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72347", "title": "MARA gantung tugas Tan Sri Annuar Musa ", "body": "\n\u2190 Back to list\nMARA gantung tugas Tan Sri Annuar Musa \nJan 31, 2017\n\nPengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa digantung tugas serta merta, termasuk posisinya dalam Pelaburan Mara Bhd.\u00a0Kesemua tugas beliau akan dipangku Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob.Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar pagi tadi.Tindakan diambil berkaitan tajaan pasukan bola sepak Kelantan dan UniKL oleh dua agensi berkenaan.Tan Sri Anuar sudah dimaklumkan mengenainya dan dilapor akur dengan keputusan tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72986", "title": "Presiden PSM minta semua ahli gabungan berhenti bertelagah", "body": "\n\u2190 Back to list\nPresiden PSM minta semua ahli gabungan berhenti bertelagah\nDec 20, 2017\n\nPresiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia minta semua ahli gabungan berhenti bertelagah susulan isu pengguguran sepak takraw daripada senarai sukan teras Majlis Sukan Negara.Sebaliknya, DS Ahmad Ismail mahu mereka beri sepenuh perhatian terhadap usaha mencari jalan penyelesaian terbaik jika sepak takraw kekal tiada dalam SUKMA 2018.Menurut BHOnline, PSM akan adakan mesyuarat khas, Sabtu ini untuk mencari jalan penyelesaian terbaik mengatasi masalah tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80057", "title": "Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru muktamad.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru muktamad.\nJun 09, 2019\n\nPelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru adalah muktamad!Jelas Perdana Menteri, lantikan itu dibuat seperti mana beliau melantik pegawai lain sebelum ini.Sementara itu, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sokong keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai \u00a0pelantikan itu.Malah, beliau percaya Latheefa mampu melaksanakan tugasnya dengan baik.Selangor catat jumlah kematian jalan raya tertinggi sepanjang Op Selamat dilancarkan.Selangor catat jumlah kematian jalan raya tertinggi sepanjang 10 hari Op Selamat dilancarkan sempena Aidilfitri.Menurut statistik polis, 28 kematian direkodkan di negeri itu diikuti 25 di Johor dan 18 di Perak.Dalam perkembangan lain, PLUS berkata kenderaan berat dilarang memasuki semua lebuh raya bermula semalam dan hari ini bagi mengurangkan kesesakan.Punca kematian 2 Orang Asli di Gua Musang dipercayai akibat jangkitan kuman paru-paru.Jangkitan kuman di paru-paru dipercayai jadi punca kematian 2 Orang Asli suku kaum Batek di Gua Musang, baru baru ini.Foto: KosmoPolis Kelantan berkata ramai lagi penduduk yang menghidap penyakit sama termasuk 31 orang yang sedang menerima rawatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79393", "title": "Kemahiran berbahasa Mandarin bukan prasyarat untuk siswazah dapatkan pekerjaan di negara ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKemahiran berbahasa Mandarin bukan prasyarat untuk siswazah dapatkan pekerjaan di negara ini.\nFeb 19, 2019\n\nKemahiran berbahasa Mandarin bukan syarat untuk siswazah mendapatkan pekerjaan di syarikat-syarikat utama termasuk dalam bidang automatif di negara ini.Justeru ujar Menteri Belia dan Sukan, orang ramai boleh memaklumkan pihaknya jika ada majikan letak syarat itu agar tindakan sewajarnya dapat diambil.Tegas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, syarat sedemikian tidak relevan di Malaysia dan perlu dihapuskan kerana boleh menjurus kepada diskriminasi kaum.Suspek belasah, samun wanita dalam lif\u00a0di MRT Cheras akhirnya diberkas!Suspek belasah dan samun seorang wanita dalam lif Stesen MRT di Cheras, Khamis lalu berjaya diberkas polis malam tadi.Menurut Polis KL, suspek akan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk direman.Terdahulu, video rakaman kejadian wanita disamun dan dipukul itu viral di media sosial.Sebuah pusat asuhan kanak-kanak akan diwujudkan di Parlimen tahun ini.Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata ia bagi memudahkan tugasan anggota Parlimen dan mereka yang bertugas ketika Parlimen bersidang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71919", "title": "Hujan Dijangka Turun Sabtu Ini Sempena Pembukaan Sukan SEA KL2017", "body": "\n\u2190 Back to list\nHujan Dijangka Turun Sabtu Ini Sempena Pembukaan Sukan SEA KL2017\nAug 17, 2017\n\nOrang ramai yang akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil, KL Sabtu ini untuk menyaksikan upacara perasmian Sukan SEA dinasihat bersedia dengan keadaan cuaca.Ini kerana hujan dijangka turun malam upacara perasmian temasya sukan berkenaan.Menurut Jabatan Meteorologi, hujan dijangka turun mulai sekitar jam 4 hingga 5 petang dan turut disusuli ribu petir pada hari tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72106", "title": "Arahan kepada restoran supaya hanya ambil tukang masak tempatan baru di peringkat cadangan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nArahan kepada restoran supaya hanya ambil tukang masak tempatan baru di peringkat cadangan.\nJun 24, 2018\n\nArahan kepada restoran supaya hanya ambil tukang masak tempatan baru di peringkat cadangan.Menteri Sumber Manusia berkata, kementerian akan berbincang dengan pihak berkepentingan terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya.Sementara itu, para peniaga makanan mahu sebuah pusat sehenti diwujudkan untuk memudahkan proses mengambil tukang masak tempatan jika cadangan tersebut diteruskan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72761", "title": "Siri Serangan di Thailand : Bangkok Arah Tingkat Kawalan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSiri Serangan di Thailand : Bangkok Arah Tingkat Kawalan\nAug 12, 2016\n\nAntara kawasan yang menjadi lokasi kejadian adalah kawasan tarikan pelancong iaitu Hua Hin, Phuket, Krabi dan Surat Thani.Pihak berkuasa Thailand pula memaklumkan, masih terlalu awal untuk mengenalpasti suspek dan motif kejadian.Bagaimanapun, Bangkok percaya serangan itu dilakukan kumpulan tempatan yang tiada kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71386", "title": "Dua lagi kluster baru COVID-19 dikesan", "body": "\n\u2190 Back to list\nDua lagi kluster baru COVID-19 dikesan\nDec 08, 2020\n\nDua lagi kluster baru COVID-19 dikesanFoto - Neuroscience NewsKementerian Kesihatan mengesan dua lagi kluster baharu COVID-19 hari ini yang membabitkan beberapa daerah di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster pertama dikesan hari ini ialah Kluster Seruling yang membabitkan daerah Klang, Hulu Selangor dan Petaling.Kluster kedua pula ialah Kluster Tapak Bina Darul yang membabitkan daerah Titiwangsa, Cheras serta Lembah Pantai di Kuala Lumpur yang kini sudah menjangkiti 14 individu.-----Hukuman mati Azilah Hadri kekalFoto - Shah Rahimin Rosle (ARN)Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas Azilah Hadri atas pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 14 tahun lalu.Ini selepas panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed menolak permohonan semakan perbicaraan semula bekas Unit Tindakan Khas itu.Ketika menolak permohonan itu, kesemua hakim berpendapat tiada berlaku ketidakadilan dalam kes yang dihadapi oleh Azilah sebelum ini.-----Lagi laporan polis ke atas pendakwah selebritiFoto - Kosmo!Polis terima satu lagi laporan kes cabul babitkan pendakwah selebriti yang didakwa berlaku hujung tahun lalu sekali gus menjadikan sembilan laporan diterima setakat ini.Mangsa ialah jururawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur yang mendakwa dicabul suspek di sebuah unit studio di Seksyen 7, \u00a0Disember tahun lalu.Semalam, suspek \u00a0direman lima hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan polis berhubung dua laporan polis dibuat terhadapnya di Petaling Jaya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72272", "title": "Harga petrol, diesel turun", "body": "\n\u2190 Back to list\nHarga petrol, diesel turun\nMar 30, 2017\n\nKPDNKK buat pertama kalinya mengumumkan harga runcit mingguan untuk petrol dan diesel.Harga petrol RON95 turun 17 sen menjadi 2 ringgit 13 sen seliter dan RON97 turun 19 sen kepada 2 ringgit 41 sen seliter.Begitu juga harga diesel yang diturunkan sebanyak 9 sen menjadi 2 ringgit 11 sen seliter.Harga berkenaan berkuat kuasa selama seminggu bermula hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81854", "title": "Tiada Lagi Cubaan Rentas Negeri di Lebuh Raya", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Lagi Cubaan Rentas Negeri di Lebuh Raya\nMay 26, 2020\n\nTiada Lagi Cubaan Rentas Negeri di Lebuh RayaTiada lagi cubaan pengguna lebuh raya merentas negeri pada Hari Raya Aidilfitri ke-2.Bukit Aman memaklumkan, kebanyakan kenderaan semalam menggunakan lebuh raya hanya untuk pergerakan dalam negeri.Bagaimanapun pihak berkuasa tetap memperketatkan kawalan bagi elak sebarang cubaan baru.Sementara itu, kakitangan kerajaan yang lolos merentas negeri kerana pulang beraya boleh dikenakan tindakan tatatertib!Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam, penjawat awam terbabit berdepan tindakan itu jika gagal kembali bekerja akibat terperangkap di kampung kerana langgar larangan rentas negeri.Kes Jangkitan Masih TerkawalTidak perlu terlalu risau mengenai peningkatan jumlah kes baru COVID-19 semalam.Jelas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kebanyakan kes baru itu berlaku di depot Imigresen dan ia diasingkan daripada orang ramai.Semalam, kes harian wabak berkenaan di negara ini naik semula ke 3 digit iaitu 172.Daripada jumlah itu, 159 kes melibatkan warga asing dan 112 pesakit melibatkan 2 depot tahanan Imigresen.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73165", "title": "Tinggal 2 minggu lagi untuk serahkan lesen terbang kepada JPJ. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTinggal 2 minggu lagi untuk serahkan lesen terbang kepada JPJ. \nOct 01, 2018\n\nPemegang lesen terbang diingatkan mereka ada masa 2 minggu sahaja lagi untuk serah lesen masing-masing.Semasa memberi peringatan itu, Menteri Pengangkutan menegaskan, individu terbabit tidak dapat lari sebab JPJ ada maklumat terperinci identiti mereka.Foto: Harian MetroMaklumat mengenai lesen terbang terbongkar bulan lalu selepas SPRM tahan 12 pegawai dan anggota JPJ di Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.Buat masa ini cadangan Presiden UMNO untuk tubuh kerajaan perpaduan ditutup.Ujar Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, ia ekoran cadangan beliau itu ditolak sebahagian pemimpin UMNO yang lain.Antara yang menentangnya adalah Ketua Pemuda dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Khairy Jamaluddin.Malaysia sudah hilang kepercayaan ke atas pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi!Kata Perdana Menteri, Malaysia tidak lagi sokong kepemimpinan Suu Kyi ekoran cara beliau tangani krisis kekejaman ke etnik muslim Rohingya di negara itu.Tun Dr Mahathir Mohamad juga mendedahkan, beliau sudah menulis surat kepada pemimpin itu tapi tidak pernah dibalas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=107280", "title": "Fasiliti Kesihatan Lumpuh Jika PKP Penuh Tidak Dikuatkuasakan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nFasiliti Kesihatan Lumpuh Jika PKP Penuh Tidak Dikuatkuasakan.\nJun 04, 2021\n\n\nMalaysia kini berada pada tahap 3 keseriusan pandemik COVID-19!\nMenteri Kesihatan berkata fasiliti kesihatan negara akan lumpuh jika PKP penuh ketika ini tidak dilaksanakan.\nHospital boleh capai kapasiti maksimum jika purata kes baru berada antara 8,000 hingga 13,000 sehari.\nOleh sebab itu kata beliau, kerajaan terpaksa laksanakan PKP Penuh ketika ini bagi mengawal penularan jangkitan.\n\u00a0\nPPV Pandu Lalu kedua akan dibuka dalam masa terdekat.\nPusat pemberian vaksin, PPV pandu lalu kedua akan diwujudkan di Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM dalam masa terdekat.\nMenurut KPT, ia susulan kejayaan projek perintis di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.\nProgram itu katanya bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin sekaligus dapat mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat.\nKPT dalam pada itu sudah kenal pasti 19 PPV IPT yang berkemampuan untuk memberi lebih 14 ribu vaksin sehari.\n\u00a0\nPolis nafi dakwaan viral kononnya orang ramai dilarang keluar selepas 6 petang.\nDakwaan viral kononnya orang ramai dilarang keluar rumah selepas jam 6 petang adalah palsu!\nKetua Polis Daerah Sentul berkata sebaliknya orang ramai dibenarkan keluar rumah untuk beli makanan dan keperluan asas mengikut waktu operasi kedai iaitu hingga 8 malam seperti yang termaktub dalam SOP PKP.\nTerdahulu, viral satu video mendakwa mereka yang keluar rumah selepas 6 petang akan ditangkap kecuali jika mempunyai urusan perubatan atau urusan kecemasan.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80118", "title": "Garis Panduan Pematuhan Standard Filem Penghadang Haba Kenderaan secara sukarela bermula hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nGaris Panduan Pematuhan Standard Filem Penghadang Haba Kenderaan secara sukarela bermula hari ini.\nJun 20, 2019\n\nPematuhan terhadap Garis Panduan Pematuhan Standard Filem Penghadang Haba Kenderaan secara sukarela bermula hari ini.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini adalah masanya untuk industri mendapat pendidikan.Ia juga katanya akan bantu pengguna pilih produk yang lebih baik dan tepat.Apabila mula dikuat kuasakan Julai tahun depan, denda dan penjara akan dikenakan jika filem penapis haba guna label dan kod QR yang tidak diiktiraf pihak berkuasa.Polis tumpaskan sindiket penyeludupan rokok dipercayai terbesar di Malaysia tahun ini!Ia melibatkan rampasan hampir 280,000 karton rokok bernilai lebih RM4.8 juta pada serbuan Rompin, Pahang semalam.3 suspek diberkas termasuk pemandu sebuah lori yang bawa rokok berkenaan yang diseludup menggunakan bot dipercayai daripada Vietnam.Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun maut terkena kipas siling di Ampang, KL.Difahamkan, tragedi berlaku semasa bapa saudaranya melambung mangsa ke udara ketika bermain-main untuk pujuk mangsa yang menangis.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73036", "title": "Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah atas 4 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah atas 4 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.\nJul 04, 2018\n\nDatuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah atas 4 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pagi tadi.3 daripadanya melibatkan kes pecah amanah, manakala satu tuduhan lagi adalah salahguna jawatan berhubung dana SRC International berjumlah 42 juta ringgit.Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai proses pendakwaan mencadangkan kepada mahkamah ikat jamin RM 4 juta buat Najib, selain mahu pasport beliau diambil.Namun, peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu menyifatkan ia angka yang terlalu tinggi.Shafee sebaliknya minta ikat jamin ditetapkan pada 500 hingga 800 ribu ringgit sahaja, dengan dua penjamin bagi semua 4 pertuduhan dan untuk tertuduh menyerahkan pasportnya.Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama dalam sejarah negara yang didakwa di Mahkamah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72535", "title": "Kerajaan Mahu Perkemas Perundangan Jenayah di Alam Maya", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Mahu Perkemas Perundangan Jenayah di Alam Maya\nFeb 14, 2017\n\nKerajaan mahu memperkemaskan lagi perundangan berkaitan jenayah di alam maya.Ujar SKMM, ini termasuk membuat pertimbangan untuk perkenal kerangka perundangan mengenai kesalahan menghina atau pemalsuan maklumat di internet.Cadangan tersebut timbul selepas pihaknya menerima banyak aduan mengenai penyebaran kandungan berita palsu dan paparan menghina yang semakin menjadi-jadi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72165", "title": "Tabung Haji lawat tapak di Mekah", "body": "\n\u2190 Back to list\nTabung Haji lawat tapak di Mekah\nAug 29, 2017\n\nPihak Tabung Haji telah melawat beberapa tapak yang dicadangkan untuk dibina Kompleks Tabung Haji di Mekah.Katanya, tapak itu telah mengambil kira beberapa keperluan dan antaranya hampir kedudukan dengan Masjidilharam.Pembinaan maktab khas untuk memuatkan semua jemaah Malaysia itu dilihat penting bagi memudahkan rakyat Malaysia laksanakan Rukun Islam kelima itu.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79365", "title": "Jangan terpedaya dengan sindiket pekerjaan tawar gaji lumayan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan terpedaya dengan sindiket pekerjaan tawar gaji lumayan.\nFeb 15, 2019\n\nJangan mudah terpedaya dengan taktik sindiket yanng tawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan!Itu kata Anggota Parlimen Julau yang telah mengadakan pertemuan singkat dengan 47 tahanan Malaysia di Kemboja, Rabu lalu.Jelas Larry Sng, rata-rata mangsa yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah itu tertipu dengan tawaran kerja di hotel mewah dengan gaji sekitar 1,500 dollar, menerusi iklan di media sosial.\u00a0Pastikan hari penamaan calon pada PRK Semenyih esok, berjalan lancar.Semua pihak diingatkan supaya patuhi peraturan agar proses\u00a0penamaan calon\u00a0bagi \u00a0PRK DUN Semenyih, esok berjalan lancar.Jelas SPR, orang ramai\u00a0juga dilarang menunggu atau\u00a0berada\u00a0pada\u00a0jarak 50 meter dari sempadan\u00a0pusat penamaan calon.Semalam, Bendahari Parti Bersatu Hulu Langat diumum sebagai calon Pakatan Harapan.Manakala BN pula umumkan , Zakaria Hanafi sebagai calonnya untuk PRK Semenyih.\u00a0Isu sijil akademik palsu dalam kalangan ahli politik perlu diberi perhatian!Isu kesahihan sijil akademik dalam kalangan ahli politik ketika ini perlu diberi perhatian segera oleh Menteri Pendidikan.Presiden Majlis Profesor Negara,\u00a0Prof Datuk Dr Raduan Che Rose\u00a0berkata walaupun kelayakan akademik bukan satu keperluan untuk ceburi bidang politik, isu itu perlu dilihat dalam konteks integriti terutamanya melibatkan ahli politik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73048", "title": "Tiada cuti ganti khas buat guru yang bertugas untuk PRU14 nanti.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada cuti ganti khas buat guru yang bertugas untuk PRU14 nanti.\nMay 03, 2018\n\nTiada cuti ganti khas buat guru yang bertugas untuk PRU14 nanti.Kementerian Pendidikan berkata guru yang terlibat perlu mohon secara individu kepada sekolah masing-masing jika mahu dapatkan cuti pada keesokan harinya.Lebih 6,000 sekolah di seluruh negara akan digunakan sebagai pusat pengundian pada 9 Mei depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71171", "title": "Majlis Keselamatan\u00a0Negara Perlu Nilai Semula SOP Aktiviti Sosial Dan Sukan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMajlis Keselamatan\u00a0Negara Perlu Nilai Semula SOP Aktiviti Sosial Dan Sukan.\nNov 03, 2020\n\nPerdana Menteri arahkan Majlis Keselamatan\u00a0Negara menilai semula SOP bagi aktiviti sosial dan sukan agar ia diperketatkan lagi.Jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia susulan peningkatan kes positif di beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor yang kini menjadi zon kuning atau merah.Tindakan yang diambil sebelum ini kata beliau telah membantu kawal penularan jangkitan COVID-19 namun, situasi sekarang memerlukan pendekatan mitigasi atau intervensi yang lebih cepat dan berkesan.7 kes positif Covid-19 dikesan ke atas individu yang sepatutnya bertugas di Parlimen.Kementerian Kesihatan kesan 7 kes positif Covid-19 daripada saringan yang dijalankan ke atas individu sebelum mereka\u00a0mengikuti persidangan Dewan Rakyat.Semalam, sesi persidangan dipendekkan selepas kakitangan Dewan Negara disahkan positif wabak itu.Jenazah gadis dibunuh di Hulu Terengganu selamat dikebumikan.Jenazah remaja perempuan yang dibunuh di rumahnya di Hulu Terengganu selamat dikebumikan malam tadi.\u00a0Terdahulu, polis tahan seorang pelajar tingkatan 6 yang juga rakan sekolah mangsa bagi membantu siasatan kerana disyaki membunuh.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=118481", "title": "Tiada SOP Baru Untuk Merentas Negeri Kelak.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada SOP Baru Untuk Merentas Negeri Kelak.\nOct 08, 2021\n\n\nTiada SOP Baru Untuk Merentas Negeri Kelak.\nTiada SOP baru untuk merentas negeri apabila ia dibenarkan nanti.\nSebaliknya Menteri Kesihatan berkata hanya SOP sedia ada akan diguna pakai.\nKhairy Jamaluddin akui mustahil untuk buat sekatan jalan raya semata-mata untuk sekat pergerakan golongan antivaksin.\nWalaupun mereka boleh rentas negeri nanti, mereka tetap tidak dapat kebebasan tertentu seperti makan di restoran dengan penguatkuasaan SOP sedia ada.\nKerajaan juga tidak akan mewajibkan pelaksanaan ujian kendiri COVID-19 kepada individu yang mahu merentas negeri termasuklah mereka yang belum divaksin.\nNamun, semua pihak perlu jujur dan bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga jika mahu merentas negeri.\n\u00a0\nKadar vaksinasi di Sabah akan dipergiat.\nSemua negeri mampu capai 80 peratus penduduk dewasa divaksinasi bulan ini kecuali Sabah.\nJusteru, Kementerian Kesihatan akan terus mempergiat kempen gerak vaksinasi di negeri itu.\nSetakat kelmarin, 67 peratus penduduk dewasa di Sabah sudah mendapat dos lengkap vaksin COVID-19.\n\u00a0\nHarga baru kit ujian kendiri Covid-19 dimuktamad bulan depan.\nKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengeluarkan satu paras harga baru kit ujian kendiri COVID-19.\nPerkara itu akan dilaksanakan selepas beberapa faktor diperhalusi dan dimuktamadkan pada bulan depan.\nPakar kesihatan sarankan harganya diturunkan kepada bawah RM10 bagi menggalakkan orang ramai buat ujian kendiri sebelum rentas negeri.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72399", "title": "Kertas siasatan 7 remaja suspek bakar pusat tahfiz diserah kepada Peguam Negara", "body": "\n\u2190 Back to list\nKertas siasatan 7 remaja suspek bakar pusat tahfiz diserah kepada Peguam Negara\nSep 25, 2017\n\nKertas siasatan tujuh remaja didakwa terlibat dalam kes kebakaran pusat Tahfiz di KL 14 September lalu, telah diserahkan kepada peguam negara.Menurut PDRM, pihaknya akan menunggu arahan selanjutnya daripada Peguam Negara sebelum tindakan susulan diambil.Dalam pada itu, ketujuh-tujuh suspek masih ditahan reman sehingga Jumaat ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71440", "title": "50 Petugas HTAR Dijangkiti COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\n50 Petugas HTAR Dijangkiti COVID-19\nDec 18, 2020\n\n50 Petugas HTAR Dijangkiti COVID-19Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengesahkan 50 petugas Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dijangkiti COVID-19.Punca jangkitan masih belum diketahui namun situasi di hospital terbabit terkawal.Sehubungan itu orang awam dinasihatkan tidak hadir ke hospital jika tiada urusan penting tambahan pula Klang merupakan zon merah COVID-19.Sementara itu lebih separuh daripada 1,220 jumlah jangkitan baru COVID-19 dicatatkan di Selangor dan Kuala Lumpur.3 pesakit meninggal dunia semalam menjadikan jumlah korban meningkat kepada 432.3 lagi kluster baru turut dikesan iaitu 2 di Lembah Klang dan 1 di Sabah.*foto : KOSMOSemua SetujuParti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) setuju sebulat suara menubuhkan Majlis Presiden.Ia dianggotai oleh ketua parti masing-masing sebagai platform membincangkan dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti.5 Ditahan Kes Palsu Sijil Cuti SakitPolis Selangor tahan 5 suspek berkaitan kes pemalsuan sijil cuti sakit menggunakan alamat sebuah klinik swasta di Gombak.Ia terbongkar selepas sebuah syarikat menghubungi sebuah klinik swasta bagi mengesahkan keaslian sijil cuti sakit pekerjanya.Platform Telegram Cegah Jual Barang CuriPolis Melaka akan mewujudkan satu platform di aplikasi Telegram yang menghimpunkan peniaga-peniaga barang lusuh.Ia sebagai usaha mencegah penjualan barangan curi di negeri itu khasnya melibatkan kenderaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81434", "title": "Usaha Bendung COVID-19 Tanggungjawab Semua", "body": "\n\u2190 Back to list\nUsaha Bendung COVID-19 Tanggungjawab Semua\nApr 08, 2020\n\nUsaha membendung penularan wabak COVID-19 merupakan tanggungjawab semua pihak.\u00a0Ketua Pengarah Kesihatan berkata aspek kesihatan adalah tanggungjawab bersama kerana setiap sektor adalah sektor kesihatan.\u00a0Sempena Hari Kesihatan Sedunia semalam, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sempat menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang bekerja keras memerangi wabak COVID-19.\u00a0Ujar beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus pantau perkembangan jangkitan melalui segala maklumat yang diperoleh dan akan memaklumkannya kepada rakyat.\u00a0Dalam pada itu kira-kira 69 daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negara ini diklasifikasikan sebagai sporadik atau tidak diketahui punca jangkitan.\u00a0Jelas Datuk Dr Noor Hisham, kes sporadik itu dikesan selepas KKM menjalankan saringan terhadap lebih 8,000 pesakit seperti Influenza dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72414", "title": "Aplikasi kedai dan restoran harga patut bakal dilancar", "body": "\n\u2190 Back to list\nAplikasi kedai dan restoran harga patut bakal dilancar\nOct 12, 2017\n\nKerajaan akan melancarkan satu aplikasi untuk pengguna mendapatkan maklumat mengenai kedai runcit dan restoran menjual barangan dengan harga berpatutan.KPDNKK berkata, aplikasi terbaru itu dijangka dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 November depan.Menerusi aplikasi itu pengguna juga berpeluang berinteraksi secara langsung dan salurkan sebarang maklumat tentang pelanggaran undang-undang berkaitan kepenggunaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73395", "title": "Tiada prosedur baru pengundian pada PRU14 - SPR", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada prosedur baru pengundian pada PRU14 - SPR\nFeb 16, 2018\n\nSPR berkata, tiada prosedur baru dalam kaedah pengundian akan diperkenalkan pada PRU ke-14 akan datang.Malah katanya, kaedah urutan jari yang diumumkan baru-baru ini bukan satu prosedur atau peraturan khusus yang ditetapkan oleh SPR.Ia sebenarnya merupakan salah satu cara bagi petugas pilihan raya untuk memeriksa jari pengundi bagi mengelakkan penipuan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72496", "title": "Lima lemas, dua masih hilang dibawa arus deras sungai", "body": "\n\u2190 Back to list\nLima lemas, dua masih hilang dibawa arus deras sungai\nMar 18, 2017\n\nSeorang terselamat manakala 5 lagi lemas dan 2 masih hilang dibawa arus deras sungai dalam kejadian di Bukit Beruntung, Selangor petang semalam.Mangsa merupakan murid sekolah berusia 10 tahun hingga 12 tahun, termasuk satu pasangan adik-beradik.Bomba kini masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat menggunakan kaedah 'Surface Searching' atau pencarian di kawasan permukaan air.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=121869", "title": "Tahap Keselamatan Di Sabah Terkawal.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTahap Keselamatan Di Sabah Terkawal.\nDec 10, 2021\n\n\nTahap Keselamatan Di Sabah Terkawal.\nPDRM beri jaminan bahawa tahap keselamatan di Sabah terkawal.\nIa susulan dakwaan palsu kononnya terdapat komplot babitkan 600 pejuang dari selatan Filipina untuk menyerang Sabah.\nPihaknya sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk tangani sebarang bentuk ancaman.\n\u00a0\nPrestasi keseluruhan 100 hari Jemaah Menteri capai tahap 90 peratus.\nJemaah menteri berjaya mencapai 90 peratus daripada 140 sasaran yang ditetapkan dalam prestasi keseluruhan 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia.\nMenurut Perdana Menteri, kerajaan akan terus bekerja bersama rakyat dalam mencapai pelan yang ditetapkan.\nKerajaan juga peka terhadap keluh kesah rakyat, terutama berkaitan harga barang yang naik mendadak.\n\u00a0\n#Covid19 kerap digunakan pengguna Malaysia di Twitter.\nRakyat Malaysia memilih Twitter sebagai platform untuk mendapatkan informasi terawal berkenaan PKP, vaksinasi dan SOP.\nIa sekaligus menjadikan #Covid19 kerap digunakan oleh masyarakat sejak Januari hingga November tahun ini ekoran pelaksanaan PKP.\nMenurut Twitter, doktor dan pakar kesihatan juga lebih aktif di platform itu untuk berkongsi maklumat kesihatan dan menjelaskan berita palsu mengenai vaksin COVID-19.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72472", "title": "Pegawai kanan polis dibebaskan dengan jaminan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPegawai kanan polis dibebaskan dengan jaminan\nMay 29, 2017\n\nSeorang pegawai kanan polis dibebaskan dengan jaminan, berhubung kes rasuah melindungi rumah urut dan pusat judi haram di Melaka.Suspek yang bertugas di IPD Melaka Tengah, ditahan SPRM pada 22 Mei lalu.\u00a0Setakat ini, SPRM telah menahan 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota polis, untuk siasatan kes terbabit.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79792", "title": "Peniaga diingatkan jangan naikkan harga tong air!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeniaga diingatkan jangan naikkan harga tong air!\nApr 24, 2019\n\nPeniaga diingatkan supaya jangan naikkan harga tong air semasa gangguan bekalan air di Lembah Klang ketika ini!Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga mengingatkan peniaga untuk letak tanda harga jelas pada barangan itu supaya pengguna tak keliru.Kementerian tegaskan, pihaknya tak akan berkompromi walaupun tong air tidak tertakluk dalam senarai barang harga terkawal.Gangguan air berjadual di Lembah Klang bermula hari ini dan dijangka berakhir Sabtu nanti.Skim insentif Geran Sepadan PTPTN mungkin akan ditambah baik.Menurut perbadaan itu, ia bagi galak lebih ramai ibu bapa miskin menabung dalam skim itu untuk kemudahan anak-anak melanjutkan pengajian apabila dewasa kelak.Di bawah penambahbaikan itu, walaupun ibu bapa hanya menabung sebanyak RM10, PTPTN akan tambah jumlah sama dalam akaun.Pemilihan kartun Doraemon\u00a0sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dikritik ramai!Datuk Lat kecewa Balai Seni Negara mempromosikan pameran kartun Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020!Menurut pencipta kartun Kampung Boy itu, sepatutnya kartun atau animasi tempatan digunakan untuk usaha promosi itu.Selain Datuk Lat, turut melahirkan kekecewaan adalah pengeluar kartun tempatan popular Upin Ipin yang berkongsi rasa terkilan menerusi Facebook.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73144", "title": "Pihak swasta disaran bantu sekolah dalam menyediakan perkhidmatan simpanan barang bagi murid-murid.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPihak swasta disaran bantu sekolah dalam menyediakan perkhidmatan simpanan barang bagi murid-murid.\nFeb 26, 2018\n\nPihak swasta disaran bantu sekolah dalam menyediakan perkhidmatan simpanan barang bagi murid-murid.Itu cadangan Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional untuk kurangkan beban beg sekolah yang berat.Tambahnya, ia boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan masyarakat di luar bandar yang kurang berkemampuan.Ibu bapa disaran agar tidak mudah terpengaruh untuk membeli beg sekolah yang besar dan cantik untuk anak-anak.Perkara itu termasuk antara faktor yang menyumbang ke arah peningkatan beban yang ditanggung murid setiap hari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71652", "title": "BERITA RINGKAS (23 Disember 2015)", "body": "\n\u2190 Back to list\nBERITA RINGKAS (23 Disember 2015)\nDec 23, 2015\n\nPihak berkuasa diarah beri tumpuan serta bersiap sedia terhadap kemungkinan banjir teruk melanda Sarawak.---Penjaga parkir dihukum penjara 4 hari dan denda kerana ugut 5 jurujual kedai telefon di Plaza Kota Raya, KL.---Seorang bayi maut, manakala 4 ahli keluarganya parah dalam nahas di Jalam Kuala Terengganu-Kuantan dekat Marang.---Seorang pegawai kanan polis di Sabah dihukum penjara 100 tahun dan 15 sebatan kerana perkosa gadis bawah umur.---Mayat salah seorang daripada 4 penumpang yang hilang dalam tragedi bot karam di Belaga, Sarawak telah dijumpai.---Kerajaan Terengganu akan bangunkan projek rekreasi serba lengkap dan selamat di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus.---Operasi kesan seorang lagi remaja dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Rhu, Setiu, Terengganu diperluaskan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94591", "title": "Pengumuman SOP baru PKP Isnin ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengumuman SOP baru PKP Isnin ini\nJan 08, 2021\n\nPengumuman SOP baru PKP Isnin iniFoto - BernamaKerajaan sedang meperhalusi dan menilai tindakan-tindakan yang perlu diambil segera bagi mengawal penularan wabak COVID-19.Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini termasuklah mempertimbangkan SOP yang lebih ketat terutama melibatkan sektor sosial.Tambahnya, satu pengumuman akan dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Isnin ini bagi memaklumkan tindakan yang akan diambil.-----Vaksin Pfizer lulus pendaftaran KKMFoto - BernamaVaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat farmaseutikal, Pfizer lulus pendaftaran Bahagian Regulatori Farmasi Negara Kementerian Kesihatan Malaysia.Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengesahkan perkara itu rakaman rancangan temu bual, Consider This di Astro AWANI, hari ini.Namun menurut Khairy, pendaftaran tersebut masih lagi tertakluk kepada beberapa syarat yang perlu dirujuk kepada Pfizer dari segi maklumat.-----Pelepasan air empangan di Perak ikut SOPFoto - Tenaga Nasional BerhadTNB berkata, pelepasan air di tiga empangan di Perak yang merupakan stesen janaelektrik Sungai Perak dibuat mengikut prosedur demi keselamatan orang ramai.Katanya, pelepasan air Empangan Bersia dan Empangan Kenering di Gerik serta Empangan Chenderoh, Kuala Kangsar itu dilakukan berikutan kenaikan air susulan hujan berterusan di kawasan tadahan.Malah, pihaknya bekerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi berkaitan untuk memastikan proses pelepasan air secara terkawal.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72614", "title": "Malaysia Bukan Hab Penjualan Bayi", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Bukan Hab Penjualan Bayi\nNov 27, 2016\n\nKetua Polis Negara tolak tanggapan bahawa Malaysia merupakan hab penjualan bayi seperti yang dilaporkan baru-baru ini.Jelas Tan Sri Khalid Abu Bakar, tidak dinafikan aktiviti penjualan bayi berlaku, namun ia tidak semudah seperti yang dilaporkan itu.Beliau turut menegaskan, PDRM sentiasa beri keutamaan kepada usaha banteras aktiviti perdagangkan serta eksploitasi kanak-kanak dan wanita.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72789", "title": "Pesawat Hawaiian Airlines", "body": "\n\u2190 Back to list\nPesawat Hawaiian Airlines\nJul 18, 2016\n\nKejadian awal pagi itu menyebabkan satu landasan terpaksa ditutup dan beberapa penerbangan dibatalkan.Foto :\u00a0www.sanluisobispo.com\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72113", "title": "Kerajaan akan perketat undang-undang untuk elak kematian bayi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan akan perketat undang-undang untuk elak kematian bayi.\nJul 22, 2018\n\nKerajaan akan segera perketat undang-undang bagi elak kes kematian bayi akibat kecuaian pengasuh.Ujar TPM yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, pihaknya sedang bincang dengan Jabatan Peguam Negara mengenai perkara itu.Foto : AwaniDalam kes terkini, bayi berusia 10 bulan di Muar, Johor maut kerana kecederaan parah pada kepala dipercayai akibat terjatuh di rumah pengasuh.Sementara itu, polis akan mohon sambung perintah reman pengasuh tersebut yang tamat hari ini untuk membantu siasatan.Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda maksimum 20 ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80744", "title": "Jenazah pengarah filem, Pitt Hanif selamat dikebumikan pagi ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJenazah pengarah filem, Pitt Hanif selamat dikebumikan pagi ini.\nOct 28, 2019\n\nJenazah pengarah filem, Pitt Hanif yang ditemui lemas di Sungai Jelai, Kuala Lipis, Pahang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat awal pagi tadi.Jenazah mangsa ditemui terapung oleh pasukan penyelamat selepas operasi mencari dan menyelamat masuk hari kedua semalam.Sabtu lalu, anak kepada pelakon tersohor Fauziah Nawi itu dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik ketika dalam perjalanan memancing bersama rakannya.Kerajaan perluas dana hadapi bencana alam.Kerajaan perluas dana kepada agensi selain Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menghadapi sebarang bencana.Antarnya melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk beri kursus persediaan menghadapi bencana kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.Terkini jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Johor meningkat kepada kira-kira 1700 orang.Selangor catat jumlah mangsa banjir tertinggi dengan lebih 780 mangsa ditempatkan di 4 pusat pemindahan sementara.Produk sama tapi nama baru.Pengeluar kosmetik tempatan dikesan guna semula produk yang pernah dibatalkan oleh Kementerian Kesihatan untuk dijadikan produk baru.Berita Harian melaporkan, berdasarkan maklumat KKM, produk tersebut mengandungi bahan terlarang termasuk racun berjadual seperti merkuri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80813", "title": "Najib Razak diarah bela diri", "body": "\n\u2190 Back to list\nNajib Razak diarah bela diri\nNov 11, 2019\n\nDatuk Seri Najib Tun Razak diarah bela diriFoto - Astro AwaniMahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datuk Seri Najib Tun Razak membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd.Ini selepas hakim mendapati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana itu.Bekas Perdana Menteri keenam dari dari 2009 sehingga 2018 itu memilih untuk membela diri dengan memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi.-----Badan khas kawal selia industri seni muzikFoto - Berita HarianKerajaan akan mengkaji cadangan penubuhan sebuah badan khas bagi mengawal selia industri seni muzik negara seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk industri perfileman.Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia bagi menentukan hak dan kepentingan penggiat seni muzik terbela daripada pelbagai isu seperti pembayaran royalti yang tidak setimpal.Tambah Tun M, bentuk badan itu mestilah ditentukan oleh penggiat seni sendiri supaya kepentingan mereka terdapat dalam bidang kuasa badan yang akan ditubuhkan.-----Tambang promosi Business Class ETS2 dilanjutkanFoto - says.comKeretapi Tanah Melayu Berhad memaklumkan, tambang promosi perkhidmatan koc \u2018Business Class\u2019 bagi perkhidmatan tren elektrik ETS2 dilanjutkan sehingga 29 Feb depan.Katanya, lanjutan itu susulan sambutan luar biasa orang ramai serta bagi membolehkan lebih ramai pengguna merasai perkhidmatan koc eksklusif tersebut.Selain itu, perkhidmatan ETS2 akan turut meliputi laluan Kuala Lumpur Sentral-Butterworth-Kuala Lumpur Sentral mulai bulan depan berbanding hanya ke Padang Besar sebelum ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=110971", "title": "Keberkesanan Vaksin Sinovac Dan Pfizer Sama.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKeberkesanan Vaksin Sinovac Dan Pfizer Sama.\nJul 21, 2021\n\n\nVaksin Sinovac dan Pfizer mempunyai keberkesanan yang sama dalam melawan virus COVID-19.\nKetua Pengarah Kesihatan berkata berdasarkan data, tidak banyak perbezaan antara kedua-dua vaksin tersebut dalam penggunaan secara praktikal.\nTambah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-duanya sangat efektif dalam mengelakkan penyakit teruk akibat COVID-19 sehingga dimasukkan ke hospital.\n\u00a0\nPenerima vaksin picagari kosong akan terima suntikan dos baru.\nMana-mana individu yang terbukti diberikan suntikan vaksin Covid-19 dengan picagari kosong akan terima suntikan dos baru.\nMenteri Kesihatan beritahu Berita Harian, pihaknya akan memanggil individu berkenaan untuk menerima suntikan semula.\nBaru-baru ini, beberapa kejadian suntikan vaksin dengan picagari kosong viral di media sosial.\n\u00a0\n3 talian tambahan disediakan untuk memudahkan permohonan Bakul Prihatin Negara.\nKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ia susulan permohonan sangat tinggi yang diterima oleh JKM sejak ia dibuka, kelmarin.\nPihaknya juga menyediakan medium permohonan alternatif melalui penggunaan Google Form yang boleh didapati menerusi WhatsApp.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=148237", "title": "KBS Anjur Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak", "body": "\n\u2190 Back to list\nKBS Anjur Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak\nMar 15, 2023\n\n\nKBS Anjur Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak\nKementerian Belia dan Sukan (KBS) akan anjur kelas renang kanak-kanak yang bersifat pendidikan sukan di beberapa negeri terpilih.\nProgram itu dijangka dilancarkan bulan ini yang akan beri faedah kepada kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun daripada keluarga B40.\nFokus diberikan kepada negeri-negeri yang catat kematian tinggi akibat kes lemas termasuk semasa musim cuti sekolah.\n\u00a0\nBanjir: Johor Rugi Jutaan Ringgit\nJohor dianggar alami kerugian RM168 juta akibat kerosakan beberapa jalan dan infrastruktur ekoran banjir besar baru-baru ini.\nMenurut kerajaan negeri, anggaran awal itu dinilai oleh JKR setakat minggu lalu selepas mendapat akses ke beberapa kawasan terjejas.\nKerajaan negeri sudah buat permohonan untuk peruntukan membaik pulih kerosakan berkenaan daripada kerajaan pusat.\nSementara itu, lebih 36,000 mangsa banjir di Johor masih berlindung di PPS dengan majoritinya di Batu Pahat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72338", "title": "3 rentung rumah dibakar suspek amuk", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 rentung rumah dibakar suspek amuk\nJan 23, 2017\n\n3 sekeluarga rentung selepas rumah yang didiami 10 sekeluarga dibakar lelaki mengamuk dalam kejadian di Kuching, Sarawak.Salah seorang daripada mangsa yang rentung dipercayai ditetak oleh suspek.Dalam pada itu, seorang lagi anggota keluarga turut cedera ditetak ketika cuba tarik perhatian suspek untuk bolehkan beberapa ahli keluarga yang lain melarikan diri.Polis mengesahkan suspek telah berjaya memberkas untuk membantu siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72776", "title": "Serpihan Dipercayai Milik Pesawat EgyptAir Dijumpai", "body": "\n\u2190 Back to list\nSerpihan Dipercayai Milik Pesawat EgyptAir Dijumpai\nMay 20, 2016\n\nTentera Udara Mesir berkata serpihan itu ditemui 290 kilometer dari pesisir pantai Mesir.Pihak berkuasa kini berusaha mencari kotak hitam pesawat itu.\u00a0Pesawat dalam, penerbangan dari Paris ke Kaherah yang membawa 66 penumpang dan kru itu dilapor hilang dari radar ketika melintasi Laut Mediterranean, semalam.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71995", "title": "Kerajaan pusat sedia pertimbangkan peruntukan lebih besar kepada kerajaan Pulau Pinang bagi tangani masalah banjir.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan pusat sedia pertimbangkan peruntukan lebih besar kepada kerajaan Pulau Pinang bagi tangani masalah banjir.\nNov 07, 2017\n\nKerajaan pusat sedia pertimbangkan peruntukan lebih besar kepada kerajaan Pulau Pinang bagi tangani masalah banjir.Menurut Perdana Menteri, dana sebanyak 150 juta telah diluluskan, dan kerajaan sedia menambah peruntukan tersebut.\u00a0Sebanyak 13 projek tebatan banjir dirancang dilaksanakan Jabatan Pengairan Saliran bagi mengatasi masalah itu membabitkan peruntukan kira-kira 1 bilion ringgit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94707", "title": "Sedang Bincang", "body": "\n\u2190 Back to list\nSedang Bincang\nFeb 07, 2021\n\nSedang BincangPerbincangan sedang dilakukan bagi mendapatkan kebenaran untuk sektor perniagaan lain beroperasi semasa PKP 2.0 ini.Menurut KPDNHEP, ia susulan rayuan beberapa sektor perniagaan.Kementerian juga akan mohon untuk aktiviti makan dalam premis menjual makanan dibenarkan.Baru-baru ini kerajaan membenarkan beberapa sektor perniagaan kembali beroperasi dengan SOP ketat antaranya pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta.Guru Patut DiutamakanGuru wajar diutamakan dalam pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 yang bermula hujung bulan ini.Menurut Majlis Permuafakatan PIBG Nasional dan Persatuan Farmasi Malaysia (PFM), ia mampu meningkatkan imuniti kelompok sekaligus melindungi murid.Ia juga membolehkan sesi persekolahan berlangsung seperti biasa dan lebih selamat susulan PKP.2 pihak berkenaan turut memaklumkan, kluster COVID-19 membabitkan sekolah adalah sangat minimum berbanding kluster tempat kerja dan tapak pembinaan.Sementara itu sesi persekolahan bersemuka bagi semua calon peperiksaan SPM dan SVM 2020 akan tamat 9 Februari.Menurut Kementerian Pendidikan, ia bagi beri ruang kepada calon buat persediaan kendiri sebelum peperiksaan bermula pada 22 Februari ini.Masih Keliru Ramai pegawai dan anggota polis masih keliru dan bercanggah pendapat berkenaan pematuhan SOP PKP.Bukit Aman memaklumkan Utusan Malaysia, susulan itu wujud sedikit masalah berkenaan kompaun.Ia ditambah lagi dengan 13 agensi terlibat dengan 4 daripadanya turut diberi kuasa mengkompaun individu ingkar SOP.Antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73001", "title": "Elaun Skim Latihan 1Malaysia akan dinaikkan bermula hari ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nElaun Skim Latihan 1Malaysia akan dinaikkan bermula hari ini\nMar 01, 2018\n\nElaun Skim Latihan 1Malaysia yang dinaikkan daripada 1,500 ringgit kepada 2 ribu ringgit mula berkuat kuasa hari ini.\u00a0Ketua Sekretariat SL1M berkata kenaikan yang diumumkan PM baru-baru ini ialah untuk meringankan beban pelatih di negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80211", "title": "Punca kematian Orang Asli Kuala Koh tidak dapat disahkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPunca kematian Orang Asli Kuala Koh tidak dapat disahkan\nJul 06, 2019\n\nPunca kematian Orang Asli Kuala Koh tidak dapat disahkanFoto - Free Malaysia TodayHasil bedah siasat yang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian 12 mayat Orang Asli dekat Kampung Kuala Koh di Gua Musang, Kelantan tidak dapat disahkan.Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua mayat ini yang ditemui polis telah menjalani proses bedah siasat yang dilaksanakan pasukan forensik pada 17 dan 18 Jun lalu.\u00a0Bagaimanapun katanya, keputusan terhadap ujian toksikologi, logam berat dan entomologi masih belum diperolehi.-----Harga bas mahal punca pengusaha bas sekolah guna bas uzurFoto - Harian MetroHarga bas baru yang terlalu mahal memaksa kebanyakan pengusaha bas menggunakan bas yang uzur untuk beroperasi.Timbalan Pengerusi Pengusaha Persatuan Bas Sekolah Kelantan, Izani Zakaria berkata, masalah ini mungkin selesai jika kerajaan dapat memberi subsidi kepada pengusaha bas untuk beli bas baru.Kenyataan itu susulan kes murid tahun enam di Machang maut terjatuh daripada bas yang sedang bergerak akibat lantainya reput.-----Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kecewa isu bom ikanFoto - Kementian Pelancongan, Seni dan BudayaKementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan nelayan tempatan yang melakukan aktiviti pengeboman ikan.Ia berikutan kejadian dua pelancong warga China dan seorang jurulatih selaman tempatan maut di perairan Semporna, Sabah dipercayai terkena bahan letupan itu.Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi mahu mereka yang bersalah dikenakan hukuman setimpal dan aktiviti tersebut dihentikan segera sebelum banyak lagi nyawa terkorban.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81060", "title": " JPJ Siasat Video Tular Anggotanya Bantai Penunggang Motosikal ", "body": "\n\u2190 Back to list\n JPJ Siasat Video Tular Anggotanya Bantai Penunggang Motosikal \nJan 11, 2020\n\nJPJ jalankan siasatan dalaman susulan video tular di media sosial, yang menyaksikan anggotanya memukul seorang penunggang motosikal.Katanya tindakan tegas termasuk menamatkan perkhidmatan akan dikenakan jika anggotanya yang didapati bersalah melanggar undang-undang dan peraturan jabatan.Kejadian dalam video yang tular di Whatsapp itu dipercayai berlaku di Jalan Sandakan-Lahad Datu.Imbuhan RM30 e wallet Akan Diagihkan Bermula 15 JanuariPengagihan e tunai yang diumumkan dalam Belanjawan 2020, akan mula dilaksanakan mulai 15 Januari hingga 14 Mac depan.Di bawah imbuhan itu, individu berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang RM100,000, layak mendapat 30 ringgit dalam e-wallet mereka.Antara aplikasi yang terpilih untuk pelaksaan program eWallet itu adalah Touch n Go, Boost dan GrabPay.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71567", "title": "Rokok Elektronik : 2 NGO Buat Laporan Polis", "body": "\n\u2190 Back to list\nRokok Elektronik : 2 NGO Buat Laporan Polis\nNov 11, 2015\n\n2 NGO (Majlis Kawalan Tembakau Malaysia dan Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan) buat laporan polis bagi mendesak Kementerian Kesihatan teruskan penguatkuasaan terhadap rokok elektronik mengandungi nikotin.Menurut mereka, kementerian itu tidak perlu gentar meneruskan usaha merampas cecair rokok elektronik yang mempunyai kandungan nikotin walaupun ia mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk pengusaha vape.Tegas mereka lagi, adalah tidak adil kepada orang ramai yang tidak menghisap rokok elektronik untuk turut sama menerima risiko kesihatan.gambar hiasan : ASTRO AWANI\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81816", "title": "Kawalan Sempadan Akan terus Diperketatkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKawalan Sempadan Akan terus Diperketatkan.\nMay 19, 2020\n\nKerajaan akan terus memeperketatkan kawalan sempadan memandangkan kebanyakan kes jangkitan Covid-19 di negara ini melibatkan kes import.Ketua Pengarah Kesihatan berkata hampir separuh daripada 47 kes barui yang dilaporkan semalam adalah pesakit yang dijangkiti di luar negara.Tambah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,\u00a0\u00a0saringan kesihatan dan kuarantin wajib yang dijalankan ke atas pelajar dan pekerja yang oulang dari luar negara akan diteruskan kerana langkah itu terbukti berkesan mencegah penularan Covid-19 di negara ini.Individu yang merentas negeri tanpa permit mungkin akan diburu polis.Polis mungkin akan buru individu yang melepasi larangan rentas negeri tanpa permit pada Hari Raya nanti.Menurut Ketua Polis Negara, selain daripada melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan dan kampung untuk mengesan mereka yang melanggar arahan PKPB tersebut.Hari raya tahun ini perlu diraikan di luar kelaziman yang dilakukan pada tahun sebelumnya.Ketua Pengarah Kesihatan\u00a0berkata ianya termasuklah mengelakkan aktiviti kunjung-mengunjung dan menziarahi kubur.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71547", "title": "Rekod baru kes harian COVID-19, lebih 3 ribu", "body": "\n\u2190 Back to list\nRekod baru kes harian COVID-19, lebih 3 ribu\nJan 07, 2021\n\nRekod baru kes harian COVID-19, lebih 3 ribuFoto - Neuroscience NewsKes COVID-19 dalam negara dilihat kian meruncing apabila buat pertama kalinya, kes harian mencecah lebih 3 ribu.Terbaru, sebanyak 3,027 kes baru dilaporkan hari ini dengan Johor catat jumlah tertinggi, lebih 1,100 kes diikuti Selangor, 706 dan Sabah, 493.Dengan nilai kadar kebolehjangkitan pada 1.2, Kementerian Kesihatan mengunjurkan kes boleh mencecah sehingga 8 ribu sehari menjelang bulan Mac jika ia tidak dibendung.-----Banjir di Pantai Timur terus meruncingFoto - Astro Radio TrafficBanjir di enam buah negeri kian memburuk apabila jumlah penduduk dipindahkan meningkat kepada lebih 40 ribu orang setakat pukul 6 petang ini.Pahang paling teruk terjejas dengan bilangan penduduk dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) meningkat kepada lebih 23 ribu manakala di Kelantan, hampir lima ribu mangsa dipindahkan.Terengganu turut mencatatkan pertambahan jumlah mangsa banjir kepada lebih 8,600 sementara itu Johor terdapat kira-kira 2,200 mangsa, Perak 359 dan Sabah 35.-----Banci 2020 fasa dua bermula 20 JanuariFoto - mycencusBanci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 fasa kedua akan dilaksanakan secara temu ramah bersemuka mulai 20 Januari sehingga 6 Februari depan.Pesuruhjaya Banci 2020, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata, ia akan dilaksanakan mengikut SOP Operasi Pembancian di Lapangan Banci 2020 yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara.Ia juga akan mengambil kira kawasan yang terjejas berikutan bencana banjir dengan penyesuaian operasi pembancian akan dilaksanakan bagi memastikan semua penduduk Malaysia dibanci.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79613", "title": "Individu yang miliki maklumat berhubung kematian anggota bomba di Subang Jaya, diminta tampil.", "body": "\n\u2190 Back to list\nIndividu yang miliki maklumat berhubung kematian anggota bomba di Subang Jaya, diminta tampil.\nMar 24, 2019\n\nTampil jika ada maklumat!Foto : Astro AwaniSesiapa yang ada maklumat kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim diminta tampil jadi saksi siasatan.Ujar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, segala maklumat perlu disampaikan menerusi saluran yang betul agar tiada pihak salah anggap.Zuraida Kamaruddin berkata demikian ekoran tularnya dakwaan seorang jururawat kononnya kenyataan pakar forensik dalam siasatan kes itu tidak tepat.Allahyarham Muhammad Adib maut dalam kejadian rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya, Selangor, November lalu.---Cuaca kering sehingga Mei.Foto : Astro AwaniMalaysia dijangka alami musim kering sehingga Mei.Negeri paling terjejas ialah Johor, N.Sembilan, Perak, Kedah, Pahang dan Kelantan kerana dijangka merekodkan hujan kurang daripada 25 peratus purata hujan tahunan.Menurut Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, ia akan menyebabkan cuaca panas dan kering serta mengurangkan sumber air sungai dan empangan di negeri terbabit.---80 peratus kanak-kanak tonton pornografi secara sengaja.Foto : Astro AwaniKajian Malaysians Against Pornografi tahun lalu dapati kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja!Justeru bagi banteras isu tersebut, ibu bapa dinasihat meningkatkan kecelekan internet mereka bagi bantu anak-anak daripada gangguan pornografi dalam talian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72411", "title": "Lemas punca kematian kedua tertinggi kanak-kanak di Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\nLemas punca kematian kedua tertinggi kanak-kanak di Malaysia\nOct 11, 2017\n\nLemas merupakan penyebab kematian kedua tertinggi kanak-kanak di negara ini\u00a0 selepas kemalangan jalan raya.Kajian Pusat Penyelidikan Klinikal Perak mendapati, kira-kira 500 golongan berusia satu hingga 18 tahun dilaporkan menjadi mangsa lemas setiap tahun.Untuk tahun ini sahaja sehingga September lalu, 31 kanak-kanak kebanyakannya berumur antara dua dan sembilan tahun jadi mangsa lemas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80980", "title": "Lebih 900 pelancong berjaya diturunkan dari Bukit Bendera.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 900 pelancong berjaya diturunkan dari Bukit Bendera.\nDec 22, 2019\n\nFoto : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau PinangHampir 970 mangsa yang terkandas di Bukit Bendera, Pulau Pinang malam tadi berjaya diturunkan.Menurut bomba, mangsa dibawa turun menaiki pacuan 4 roda sebelum menggunakan bas ke stesen bawah Bukit Bendera.Foto :\u00a0Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau PinangKesemua mereka terkandas selepas kereta api funikular di pusat pelancongan itu tergendala lebih 2 jam.Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong zahirkan rasa dukacita baginda terhadap kejadian itu.Menurut kenyataan Istana Negara, baginda bagaimanapun bersyukur kerana kesemua yang terkandas berjaya dibawa turun dengan selamat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94623", "title": "PM Setuju", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM Setuju\nJan 18, 2021\n\nPM SetujuPerdana Menteri bersetuju untuk membentuk kumpulan penasihat kesihatan dan saintifik COVID-19.Ia akan berperanan memberi nasihat kepada kerajaan dalam isu menangani penularan pandemik itu.Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengalu-alukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat berkenaan.Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri menghargai sokongan padu hospital swasta dalam membantu menangani penularan COVID-19.Ujar beliau, ia dapat membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi hospital kerajaan dan petugas kesihatan.Dalam pada itu, Malaysia merekodkan kes kematian akibat COVID-19 lebih 2 minggu berturut-turut sejak 1 Januari lepas.Semalam 7 lagi pesakit maut menjadikan jumlahnya naik kepada 601 orang.Kes harian baru juga kekal di atas 3 ribu dan semalam 3,339 kes baru dilaporkan.Murid Tahun 1 &Tingkatan 1 Paling TerasaMurid Tahun 1 dan Tingkatan 1 mungkin paling terjejas dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, (PdPR) yang kembali dilaksanakan.Menurut Kesatuan\u00a0Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), murid terbabit tidak dapat merasai keterujaan secara fizikal hari pertama persekolahan.Namun pihaknya akur, ini adalah pilihan terbaik ekoran lonjakan kes COVID-19.Kesatuan turut berharap beberapa isu diselesaikan agar PdPR berkesan.Antaranya kehadiran murid dalam kelas dalam talian dan kemahiran digital guru diperkukuhkan.Katanya lagi, PdPR boleh dilaksanakan selepas waktu pejabat agar ibu bapa boleh memantau sesinya.Sesi persekolahan bersemuka di seluruh negara yang bermula Rabu ini ditangguhkan.Hanya calon peperiksaan utama antaranya SPM, STAM dan STPM dibenarkan hadir ke sekolah.Kerajaan Sedia PertimbangKerajaan mempertimbangkan cadangan melanjutkan waktu operasi premis makanan di kawasan PKP.Ujar Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ia susulan rayuan rayuan pengusaha dan golongan pekerja.Menurut Datuk Seri Mohamed Azmin Ali lagi, rayuan itu juga telah dipanjangkan kepada Menteri Kanan Keselamatan.Ketika ini operasi premis makanan di kawasan PKP adalah 6 pagi sehingga 8 malam dan hanya boleh dibawa pulang atau penghantaran.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=106170", "title": "Masih Ada Salah Guna & Tipu", "body": "\n\u2190 Back to list\nMasih Ada Salah Guna & Tipu\nMay 19, 2021\n\nMasih Ada Yang Salah Guna & Tipu\nPDRM akan lebih teliti dalam mempertimbangkan permohonan rentas daerah dan negeri.\nIa susulan ada segolongan masyarakat dikesan masih menyalahgunakan kebenaran itu malah melanggar SOP.\nPasukan itu juga mengulangi komitmen mereka membantu usaha kerajaan mengekang penularan pandemik COVID-19 yang semakin meningkat.\n\u00a0\nKeluar Hanya Bila Perlu\nMasyarakat digesa melakukan kawalan pergerakan kendiri bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.\nIa susulan tekanan hebat yang dihadapi sistem perkhidmatan kesihatan negara ekoran lonjakan kes.\nTegas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kawalan pergerakan kendiri boleh dilakukan dengan hanya keluar rumah jika ada urusan penting dan mematuhi segala SOP.\nKKM juga meminta majikan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa.\n\u00a0\nSabah Arah Kuarantin Wajib 14 Hari\nSabah menguatkuasakan arahan kuarantin wajib 14 hari ke atas individu yang masuk ke negeri itu.\nIa mula berkuat kuasa esok dalam usaha mengekang penularan COVID-19.\nSabah mencatatkan 95 kes baru manakala kes harian di seluruh negara semalam ialah 4,865.\nSelangor kekal mencatatkan angka tertinggi iaitu 1,743 diikuti Sarawak 512, Kuala Lumpur 47 dan Johor 407.\nMalaysia juga merekodkan angka kematian tertinggi baru akibat COVID-19 iaitu 47 orang.\n\u00a0\nKereta MB Kedah Dibida Tinggi Demi '#Aid4Palestine'\nKereta Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berjaya dijual dengan bidaan 150 ribu ringgit.\nSemua hasil jualan akan disumbangkan ke tabung '#Aid4Palestine' bagi misi bantuan untuk penduduk Palestin.\nSementara itu, ujian saringan COVID-19 tidak lagi dapat dilakukan di Gaza.\nIni selepas satu-satunya makmal bagi mengesan pandemik itu dibedil dalam serangan udara tentera Israel.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78893", "title": "SPR Ambil Masa 14 Hari Berhubung Kekosongan Dun Rantau", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPR Ambil Masa 14 Hari Berhubung Kekosongan Dun Rantau\nNov 16, 2018\n\nSPR akan ambil masa 14 hari, sebelum umumkan secara rasmi kekosongan kerusi DUN Rantau.Ini kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan mempunyai tempoh tersebut, untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah, yang membatalkan kemenangannya pada PRU 14.Sementara itu, Presiden UMNO Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Tok Mat akan pertahankan kerusinya, jika pilihanraya kecil kawasan itu diadakan.Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi Ramli pula nafi berminat untuk bertanding di PRK tersebutWang Jaminan Lim Guan Eng Serah Kepada Tabung BiasiswaWang jaminan 1 juta ringgit membabitkan dua kes rasuah babitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan didermakan kepada program biasiswa di Pulau Pinang.DAP berkata wang tersebut akan digunakan sebagai insentif kepada golongan muda untuk menyambung pelajaran.Tambahnya, setakat ini sekurang-kurangnya 300 pelajar mendapat manfaat dari biasiswa itu.\u00a0Bekas Menteri,\u00a0Tan Sri Zainuddin Maidin Kritikal\u00a0Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dilaporkan kritikal di ICU Hospital Putrajaya.Menurut Utusan, beliau berada kritikal berikutan serangan jantung kali kedua.Tan Sri Zainuddin dimasukkan ke hospital Selalu, selepas terjatuh di rumah kerana paru-parunya lemah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81586", "title": "Peratus kes pulih COVID-19 terus meningkat", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeratus kes pulih COVID-19 terus meningkat\nApr 16, 2020\n\nPeratus kes pulih COVID-19 terus meningkatFoto - Malay MailKementerian Kesihatan maklumkan, jumlah kes pulih daripada COVID-19 sekali lagi lebih tinggi berbanding kes baru yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes pulih dan discaj hari ini adalah sebanyak 119 kes berbanding 110 kes baru.Ini menjadikan jumlah kes pulih keseluruhan meningkat kepada 2,766 manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 berjumlah 2,332.-----Cadangan E-Iftar dibatalkanFoto - Tourism JohorKerajaan batalkan cadangan pelaksanaan konsep gantian bazar Ramadan yang dijadual dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan di bawah kelolaan DBKL dan Perbadanan Putrajaya sebelum ini.Pembatalan itu susulan larangan untuk tidak membenarkan pelaksanaan bazar sedemikian pada Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.Konsep gantian bazar Ramadan yang dicadangkan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan sebelum ini membabitkan pandu lalu serta bungkus dan ambil (pack & pick).-----Nikah di Pejabat Agama SahajaFoto - Astro Radio NewsMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak tarik balik semua arahan menangguhkan majlis akad nikah di negeri itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.Katanya, berpandukan tatacara terbaru, akad nikah sewaktu PKP mestilah dilaksanakan hanya di premis Pejabat Agama Islam Daerah dalam tempoh tidak melebihi 30 minit.Majlis terbabit juga hanya boleh dihadiri oleh seorang jurunikah, dua saksi, pengantin yang ingin disatukan, serta seorang wali pengantin wanita.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78988", "title": "Jangan lakukan provokasi dan ucapan menghasut - PDRM", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan lakukan provokasi dan ucapan menghasut - PDRM\nDec 07, 2018\n\nFoto - UtusanPDRM beri peringatan kepada mereka yang menyertai himpunan ICERD esok agar tidak melakukan provokasi atau menyampaikan ucapan menghasut!Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata langkah keselamatan telah diambil pihaknya bagi memastikan keselamatan awam.Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Gua Musang beri jaminan bahawa ahli mereka tidak akan terlibat dengan sebarang provokasi atau kekecohan.Menurutnya lebih 3 ribu pemimpin serta ahli UMNO dan PAS daerah berkenaan akan sertai perhimpunan ICERD esok.Perhimpunan yang disokong UMNO dan PAS itu menyasarkan 500 ribu penyertaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72434", "title": "Kemelut FGV: Lebih 50 Individu Dijangka Dipanggil Bantu Siasatan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKemelut FGV: Lebih 50 Individu Dijangka Dipanggil Bantu Siasatan\nJun 13, 2017\n\nSPRM sudah kenal pasti lebih 50 individu untuk dipanggil bagi bantu siasatan berhubung kemelut Felda Global Ventures (FGV).Ujar Suruhanjaya itu kepada Berita Harian, antara yang mungkin dipanggil adalah pengerusi dan CEO FGV iaitu Tan Sri Isa Samad dan Datuk Zakaria Arshad.Kesemua individu berkenaan dijangka akan mula dipanggil memberi keterangan minggu ini.Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan bertemu dengan Perdana Menteri esok.Ujar Tan Sri Shahrir, pertemuan itu untuk bincang jalan penyelesaian terhadap kemelut FGV.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72379", "title": "Perhilitan Pahang mahu penduduk waspada dengan kehadiran buaya pada musim tengkujuh atau air pasang besar.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerhilitan Pahang mahu penduduk waspada dengan kehadiran buaya pada musim tengkujuh atau air pasang besar.\nDec 24, 2017\n\nPerhilitan Pahang menasihatkan penduduk berdekatan sungai waspada dengan kehadiran buaya yang mungkin berlaku pada musim tengkujuh ini atau air pasang besar.Pihaknya juga minta orang ramai menghubunginya jika terserempak dengan reptilia itu dan tidak cuba menangkapnya sendiri.Semalam, penduduk di Kampung Serandu, Kuantan gempar apabila seekor buaya tembaga berusia lebih 20 tahun dijumpai dalam semak dekat kawasan pantai.Buaya tersebut berjaya ditangkap dan akan dilepaskan di kawasan yang sesuai atau di Paya Indah Wetlands, Selangor.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71819", "title": "Suspek Rompak Di Luyang Sabah Direman Seminggu ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuspek Rompak Di Luyang Sabah Direman Seminggu \nMay 11, 2017\n\nPerompak warga asing yang jadikan seorang wanita sebagai tebusan di Luyang, Kota Kinabalu, direman tujuh hari.Polis berkata suspek yang tiada pengenalan diri, dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika ditahan.Ketika kejadian, suspek dilapor pecah masuk rumah jiran mangsa, namun panik selepas melihat kehadiran polis lantas menjadikan dia sebagai tebusan.Mangsa dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di hospital.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71597", "title": "Jenazah Allahyarham Yus Jambu selamat dikebumikan", "body": "\n\u2190 Back to list\nJenazah Allahyarham Yus Jambu selamat dikebumikan\nNov 30, 2015\n\nJenazah Allahyarham Yus Jambu selamat dikebumikan di kampung halamannya di Perlis kira-kira jam 2.30 petang tadi.Pelawak terkenal itu meninggal dunia awal pagi tadi kerana serangan jantung.Allahyarham dilapor meninggal dunia setelah alami sesak nafas selepas menjayakan sebuah program di Dataran Merdeka.Antara tagline popular Allahyarham yang mesra dipanggil Pak Yus adalah 'Boleh tuju lagu?', 'Kicap ada kicap?', 'Yaya Toure Manchester City', 'apa pun tak boleh' dan 'Kokdiang'.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=104757", "title": "Bunga api dibenar untuk dijual musim perayaan ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nBunga api dibenar untuk dijual musim perayaan ini\nApr 29, 2021\n\n\n\n\nPolis benarkan penjualan bunga api bagi musim perayaan Aidilfitri ini.\nIni selepas Kementerian Dalam Negeri memberi kelulusan bagi mengimport, menyimpan dan berniaga secara jualan umum sempena musim perayaan.\nNamun, peniaga mesti patuhi SOP antaranya termasuk memaparkan lesen perniagaan dan tempoh jualan hendaklah tidak melebihi 30 hari.\n\nDalam perkembangan lain, polis berpendapat peningkatan kes kemalangan jalan raya berpunca daripada jumlah kenderaan yang banyak ekoran ramai yang telah kembali bekerja di pejabat.\nSecara purata 180 kes dicatatkan pada hari bekerja manakala 80 kes direkodkan pada hujung minggu sejak 1 April, jauh lebih tinggi berbanding hanya 50 hingga 70 kes sehari ketika ramai individu bekerja dari rumah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71329", "title": "Tutup Serta-Merta Jika Langgar PKPB", "body": "\n\u2190 Back to list\nTutup Serta-Merta Jika Langgar PKPB\nNov 30, 2020\n\nTutup Serta-Merta Jika Langgar PKPBSyarikat dan kilang yang didapati melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diarah tutup serta-merta.Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), premis terbabit juga boleh dibatalkan operasi dan berdepan tindakan undang-undang yang lain.Surat mengenai arahan pematuhan SOP sudah dikeluarkan kepada 171 persatuan dan dewan perniagaan 26 November lalu.Dalam perkembangan berkaitan, Kulala Lumpur merekodkan kes COVID-19 tertinggi iaitu hampir 500 daripada 1,309 kes di seluruh negara semalam.Majoriti kes melibatkan tempat kerja dan 4 kluster baru turut dikesan di Lembah Klang, Kelantan dan Sabah.*foto: AWANI (sekadar hiasan)Kompaun MenantiBanjir yang mula melanda Kelantan khasnya semasa PKPB ini bukanlah pesta.Tegas polis Pasir Mas, kompaun RM1,000 menanti jika bermain air secara berkumpulan.Sementara itu 10 penduduk di Pasir Mas kini berlindung di pusat pemindahan banjir.Manakala banjir di Terengganu hampir pulih apabila hanya 13 mangsa berlindung di pusat pemindahan.Sarawak, Perak dan Kedah pula masing-masing mencatatkan 274, 117 dan 105 mangsa banjir.Suspek Kes Bunuh Warga Emas DiberkasPolis berjaya berkas suspek kes rompak dan bunuh pesara kerajaan di Bangsar, Kuala Lumpur semalam.Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.Difahamkan suspek turut merompak sebuah rumah di Titiwangsa kira-kira 2 jam selepas kejadian pertama.Mereka juga melarikan sejumlah wang dan barang berharga selepas mengugut mencederakan dan mengikat mangsa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72953", "title": "Bomba kini boleh membuang undi pos", "body": "\n\u2190 Back to list\nBomba kini boleh membuang undi pos\nNov 17, 2017\n\nPegawai dan anggota bomba yang berkhidmat semasa pilihan raya umum kini dibenarkan membuang undi melalui pos.Kelulusan itu diperoleh daripada SPR pada 23 Oktober lalu selepas pihaknya membuat permohonan rasmi pada pertengahan tahun ini.Kebenaran ini diberikan hanya kepada anggotanya yang bertugas di seluruh negara tanpa mengira waktu siang atau malam ketika PRU.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=108230", "title": "Bantuan Tambahan Untuk Rakyat Bakal Menyusul.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBantuan Tambahan Untuk Rakyat Bakal Menyusul.\nJun 18, 2021\n\n\nBantuan tambahan untuk rakyat dan sektor perniagaan yang terjejas ekoran pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara, PPN akan diumumkan dalam masa terdekat.\nMenurut Kementerian Kewangan, bantuan sewajarnya bakal diberikan kepada golongan itu sehingga fasa ketiga atau keempat PPN.\nPihaknya ketika ini sedang memperhalusi SOP dan merangka penambahbaikan bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat dan perniagaan ekoran pandemik COVID-19.\n\u00a0\nVaksin akan diberikan kepada calon SPM dan STPM tahun ini.\nJawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 bersetuju untuk beri vaksin kepada calon SPM dan STPM tahun ini.\nMenurut Kementerian Pendidikan, cadangan itu telah diusahakannya bagi memastikan pelajar berkenaan diberi keutamaan terlebih dahulu.\nIa juga susulan kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara bagi penggunaan vaksin Pfizer terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.\nDalam pada itu, lebih 90,000 guru telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos suntikan vaksin COVID-19.\n\u00a0\n32 dikompaun gara-gara berkumpul di gelanggang badminton.\n32 individu masing-masing dikompaun RM1,500 kerana bermain badminton secara beramai-ramai di sebuah dewan di Johor Baharu.\nPolis berkata pemilik dewan gelanggang badminton berkenaan dikompaun 2,000 ringgit kerana ingkar SOP PKP.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72687", "title": "Kementerian Pendidikan Belum Mengeluarkan Sebarang Arahan Berkaitan Virus Zika", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan Belum Mengeluarkan Sebarang Arahan Berkaitan Virus Zika\nSep 01, 2016\n\nKementerian Pendidikan belum mengeluarkan sebarang arahan berikutan penularan virus Zika khasnya di Singapura.Kementerian memaklumkan The Star, pihaknya hanya akan mengeluarkan arahan jika terdapat arahan daripada Kementerian Kesihatan.Ia ekoran laporan sebuah sekolah di Subang Jaya, Selangor mengarahkan muridnya jalani pemeriksaan selepas kembali dari lawatan di Singapura.Malaysia kini merekodkan kes jangkitan virus Zika yang pertama, membabitkan seorang wanita berusia 58 tahun di Klang, Selangor.Wanita berkenaan dikesan mendapat virus itu selepas pulang melawat anaknya di Singapura yang juga dijangkiti virus sama.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72948", "title": "Tanah Runtuh Tanjung Bungah - Semua Mangsa Korban Ditemui", "body": "\n\u2190 Back to list\nTanah Runtuh Tanjung Bungah - Semua Mangsa Korban Ditemui\nOct 23, 2017\n\nSemua 11 mayat korban kejadian tanah runtuh di tapak projek pembinaan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang Sabtu lalu telah ditemui.Mangsa yang telah dibawa keluar dari kawasan runtuhan adalah 3 warga Myanmar, 4 Bangladesh, 2 warga Indonesia, seorang Pakistan dan seorang rakyat tempatan.DPI\u00a0 anjing pengesan Bomba akan dibawa sekali lagi ke kawasan kejadian untuk mengesan jika terdapat lagi mangsa yang tertimbus.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73025", "title": "SPRM bekukan 900 akaun bank yang ada kaitan dengan 1MDB termasuk milik UMNO.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM bekukan 900 akaun bank yang ada kaitan dengan 1MDB termasuk milik UMNO.\nJun 29, 2018\n\nUMNO terima berita buruk menjelang pemilihan parti itu esok.SPRM telah membekukan 900 akaun bank yang ada kaitan dengan siasatan kes 1MDB termasuklah beberapa akaun UMNO!Dalam maklum balasnya, calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin berharap ia cuma untuk siasatan bukannya usaha mengharamkan parti itu.Bekas Ketua Pemuda UMNO itu juga berikrar akan membersihkan nama parti jika dipilih menjadi presiden.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79241", "title": "UiTM Siasat Kebocoran Data Pelajar & Alumni", "body": "\n\u2190 Back to list\nUiTM Siasat Kebocoran Data Pelajar & Alumni\nJan 26, 2019\n\nUiTM akan jalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan berlaku kebocoran data maklumat lebih sejuta pelajar dan alumninya.Jelasnya, menerusi imej yang tersebar di media sosial, ia memaparkan format maklumat yang tidak digunapakai atau dijana dari mana-mana sistem dalaman UiTM.\u00a0Ini menunjukkan bahawa maklumat tersebut telah diolah dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Terdahulu, portal lowyat.net mendakwa lebih 1.1 juta rekod data mahasiswa UiTM antara tahun 2000 dan 2018 telah dibocorkan dalam talian.Majikan Swasta Sila Patuh Garis Panduan Solat!Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarbangsa Malaysia gesa majikan patuhi pelaksaan Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam Waktu Kerja yang dilancarkan baru-baru ini.Katanya, panduan itu tidak harus diperlekehkan kerana ia telah tertangguh sejak sekian lama.Minggu lalu, \u00a0kerajaan melancarkan Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam Waktu Kerja khususnya untuk pekerja swasta yang beragama Islam di seluruh negara.Dua Remaja Maut Dalam KeretaDua remaja ditemui mati dalam kereta yang diletakkan di kawasan parkir sebuah pusat membeli belah, di Kota Kinabalu.\u00a0Menurut polis, tiada unsur jenayah dalam kematian mereka, yang dipercayai disebabkan terhidu karbon monoksida.\u00a0Orang ramai dinasihatkan\u00a0tidak mengamalkan tabiat tidur dalam kenderaan dengan enjin tidak dimatikan atau kenderaan tidak bergerak bagi mengelakkan risiko kematian.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73071", "title": "Pinjaman peribadi dan kad kredit punca permohonan pinjaman perumahan ditolak bank. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPinjaman peribadi dan kad kredit punca permohonan pinjaman perumahan ditolak bank. \nMar 12, 2018\n\nPinjaman peribadi dan kad kredit jadi 2 punca utama permohonan pinjaman perumahan ditolak bank.Berita Harian melaporkan, peluang kebanyakan belia semakin tipis kerana rekod pembayaran dan kewangan yang tidak begitu baik.Untuk memudahkan bank meluluskan pembiyaan perumahan, belia perlu memastikan mereka mempunyai aliran tunai yang kukuh.Justeru, belia yang ingin membeli rumah disaran mula memyimpan tunai lebih awal.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72606", "title": "UPSR Mansuh Atau Tidak Akan Dimuktamad Tahun Depan", "body": "\n\u2190 Back to list\nUPSR Mansuh Atau Tidak Akan Dimuktamad Tahun Depan\nNov 22, 2016\n\nKeputusan mengenai cadangan memansuhan UPSR dijangka dimuktamadkan tahun depan.Menurut Kementerian Pendidikan, pihaknya sudah mula menjalankan analisis dan sedang pertimbang masa sesuai untuk memutuskannya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72355", "title": "Derma organ : penerima tidak mengira agama", "body": "\n\u2190 Back to list\nDerma organ : penerima tidak mengira agama\nFeb 13, 2017\n\nPengagihan organ daripada penderma yang telah meninggal dunia di negara ini dilakukan tanpa mengira agama, latar belakang dan status penerima dalam masyarakat.Kementerian Kesihatan menjelaskan, ia dilakukan berdasarkan kriteria klinikal dan keserasian pesakit.Malah, Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1970 memutuskan, hukum pendermaan organ dan darah adalah harus tanpa mengira agama pemberi dan menerima.Penjelasan itu diberi ekoran video viral oleh Nam Wee yang musykil tentang hukum individu bukan beragama Islam yang menderma organ kepada muslim.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71575", "title": "Kerajaan Pahang tambah pusat pemindahan banjir", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Pahang tambah pusat pemindahan banjir\nNov 18, 2015\n\nKerajaan Pahang sediakan 657 pusat pemindahan bagi hadapi musim tengkujuh, pertambahan 30 pusat berbanding tahun lalu.Penambahan itu ekoran ada pusat pemindahan misalnya di Jerantut turut ditenggelami air pada banjir besar tahun lalu.Pusat pemindahan banjir berkenaan mampu menampung lebih 140 ribu mangsa pada satu-satu masa.Musim tengkujuh juga menyebabkan beberapa pulau peranginan di Terengganu kini ditutup kepada pelancong.Operasi pulau-pulau berkenaan hanya akan bersambung selepas musim tengkujuh iaitu pada Mac tahun depan.Sebagai alternatif, pelancong boleh ke kawasan peranginan lain misalnya Tasik Kenyir yang dibuka sepanjang masa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71191", "title": "Akaun 1 KWSP: Kerajaan Akan Buat Keputusan Terbaik", "body": "\n\u2190 Back to list\nAkaun 1 KWSP: Kerajaan Akan Buat Keputusan Terbaik\nNov 06, 2020\n\nAkaun 1 KWSP: Kerajaan Akan Buat Keputusan TerbaikKerajaan akan buat keputusan terbaik berhubung isu pengeluaran Akaun 1 KWSP.Ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, semua faktor diambil kira menjelang pembentangan Belanjawan 2021 petang ini.Jelas beliau lagi, ada perkara senang untuk dipertimbang namun sesetengah perkara perlu diteliti secara terperinci.Ikuti siaran langsung pembentangan Belanjawan 2021 di Astro Awani (501) petang ini.COVID 19: 5 Lagi Kluster Muncul5 kluster baru COVID-19 dikesan iaitu di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.Kes baru juga kekal 4 digit selepas 1,009 kes dilaporkan semalam.Manakala 839 pesakit sembuh dan 6 kematian dicatatkan.Bekas Pengurus Maut Selepas Mengamuk Seorang bekas pengurus mengamuk dan rempuh kilang tempatnya bekerja di Ipoh dengan kereta.Lelaki berkenaan dipercayai berbuat demikian kerana berang dibuang kerja.Dia kemudian dilapor maut akibat dilanggar treler semasa melintas jalan.*Sumber & foto: AWANI, Harian Metro, Berita Harian, Sinar Harian & internet\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81191", "title": "Kerajaan Setuju Pinda Akta Pengangkutan Jalan Babit Pemandu di Bawah Pengaruh Alkohol.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Setuju Pinda Akta Pengangkutan Jalan Babit Pemandu di Bawah Pengaruh Alkohol.\nFeb 14, 2020\n\nHukuman lebih berat menanti individu yang memandu secara berbahaya di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian!Ini selepas kerajaan setuju untuk pinda Akta Pengangkutan Jalan dengan denda lebih tinggi termasuk hukuman penjara sehingga 20 tahun.Menurut Jabatan Perdana Menteri, perkara itu dijangka dibentangkan di Parlimen pada sesi Jun atau Julai ini.Universiti Awam boleh tangguh kelas ekoran wabak Covid-19.Kementerian Pendidikan maklumkan, Universiti Awam mempunyai kuasa autonomi untuk mengangguhkan kelas ekoran wabak Covid-19.Jelasnya, keputusan sama dilakukan UA apabila negara dilanda jerebu sebelum ini, bagi memastikan kesihatan warga universiti terjaga.Terdahulu, Universiti Islam Antarabangsa Gombak arahkan pelajarnya bercuti selama 10 hari bagi mencegah penularan wabak berkenaan.Isu peralihan kuasa Perdana Menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.Isu peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, 21 Februari ini.Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau cenderung agar Tun M terus menerajui negara sehingga selesai Sidang APEC.Namun, perkara ini katanya akan hanya diputuskan Majlis Presiden PH nanti.\u00a0Malaysia menjadi tuan rumah APEC pada November ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81610", "title": "PKP Fasa 3 Bawa Impak Positif", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKP Fasa 3 Bawa Impak Positif\nApr 20, 2020\n\nPKP Fasa 3 Bawa Impak PositifFoto - Malay MailPerintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 terus membantu memerangi penularan wabak COVID-19 apabila hanya 36 kes baru positif wabak itu direkodkan selain tiada kematian dicatat dalam tempoh 24 jam yang lalu.Kementerian Kesihatan maklumkan, jumlah kes pulih meningkat lebih 60 peratus kepada 3,295 apabila 98 lagi pesakit disahkan sembuh dan dibenar keluar dari hospital.Namun, orang ramai diingatkan untuk tidak mengambil mudah serta merasa selesa dengan keberkesanan pengekangan jangkitan COVID-19 yang dicapai setakat ini.-----Nikah Di Selangor Sepanjang PKP BersyaratFoto - Astro Radio NewsJabatan Agama Islam Selangor menangguhkan semua akad nikah di negeri itu dan hanya memberi kelulusan khas kepada pasangan yang memenuhi syarat ditetapkan bermula hari ini.Ini selepas lima Penolong Pendaftar Perkahwinan (Jurunikah) di Selangor terpaksa menjalani kuarantin selepas mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19 ketika bertugas.JAIS menguatkuasakan akad nikah secara kebenaran khas dalam tempoh PKP dengan ketetapan yang perlu dipatuhi pasangan dan maklumat mengenainya dimuat naik di laman Facebook rasmi.-----Farit Ismeth Meninggal DuniaFoto - YouTubeIkon penyampai berita terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir meninggal dunia, hari ini di Shah Alam, Selangor pada usia 65 tahun.Perkara itu disahkan pengurus kepada anak lelaki Allahyarham iaitu komposer lagu hip-hop terkenal, Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.Farit yang turut dikenali dengan panggilan mesra Pak Ngah pernah menjadi penyampai Berita Perdana, Global dan Dunia di saluran RTM dan sering memberi kata-kata hikmat sebagai penutup tugasan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71158", "title": "Harapan PM", "body": "\n\u2190 Back to list\nHarapan PM\nNov 01, 2020\n\nHarapan \u2018Abah\u2019Perdana Menteri berharap semua Ahli Parlimen mengetepikan perbezaan politik untuk memastikan Belanjawan 2021 diluluskan demi kepentingan rakyat dan negara.Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memaklumkan, kerajaan akan umum inisiatif-inisiatif tertentu dalam pembentangan belanjawan berkenaan.Terdahulu Yang di-Pertuan Agong dalam titah baginda menasihatkan ahli-ahli politik bersatu untuk meluluskan belanjawan negara.Belanjawan 2021 akan dibentangkan di Parlimen Jumaat nanti.Tengku Zafrul Akan Jumpa Pemimpin PHMenteri Kewangan dilapor akan bertemu dengan pemimpin PH hari ini berkenaan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Jumaat nanti.Ia merupakan siri perbincangan yang diadakan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak.Antara pemimpin parti politik yang telah mengadakan pertemuan dengan Tengku Zafrul ialah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Pertemuan dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilapor menyusul dalam masa terdekat.SOP Baru Untuk Pilihan RayaSPR akan keluarkan SOP baru pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengekang penularan COVID-19.Ia ambil kira 3 syor Kementerian Kesihatan Malayia (KKM) iaitu iaitu tidak boleh rentas negeri atau daerah, tiada perhimpunan ramai bagi tujuan kempen dan tiada lawatan dari rumah ke rumah.Peraturan sedia ada juga diperketatkan dan bakal dijelaskan nanti misalnya kempen melalui media sosial.*foto: AWANI\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72758", "title": "Uber dan GrabCar Bakal Menjadi Sah Tidak Lama Lagi", "body": "\n\u2190 Back to list\nUber dan GrabCar Bakal Menjadi Sah Tidak Lama Lagi\nAug 11, 2016\n\nThe Sun melaporkan, Kabinet telah meluluskan cadangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) untuk merombak perkhidmatan pengangkutan. \u00a0SPAD turut \u00a0mencadangkan pemberian permit teksi individu kepada pemandu teksi yang mempunyai rekod yang baik dan bersih.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73284", "title": "3 sekeluarga dijumpai mati dibunuh di sebuah rumah di Kota Bharu dipercayai bermotifkan dendam.", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 sekeluarga dijumpai mati dibunuh di sebuah rumah di Kota Bharu dipercayai bermotifkan dendam.\nNov 16, 2017\n\n3 sekeluarga dijumpai mati dibunuh di sebuah rumah di Kota Bharu semalam, dipercayai bermotifkan dendam.Menurut Polis Kelantan, mangsa yang maut adalah sepasang suami isteri dan anak mereka yang berusia 13 tahun.Seorang lagi anak pasangan itu kini dirawat di ICU akibat kecederaan parah, manakala 2 lagi terselamat kerana tidak berada di rumah ketika kejadian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79590", "title": "Tragedi Christchurch: Berhenti sebar khabar angin tentang nasib remaja Malaysia yang hilang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTragedi Christchurch: Berhenti sebar khabar angin tentang nasib remaja Malaysia yang hilang.\nMar 20, 2019\n\nBerhenti sebar khabar angin berhubung nasib remaja Malaysia yang hilang dalam insiden tembakan rambang di Christchurch.Itu nasihat Kementerian Luar kepada orang ramai memandangkan polis New Zealand baru selesai jalankan proses siasatan dan komited untuk cari remaja terbabit.Sementara itu, kerajaan New Zealand minta penjelasan daripada CEO Facebook, Twitter dan Google ekoran penyiaran insiden tembakan rambang di Christchurch.Mereka digesa untuk jelaskan kegagalan pihaknya mengenal pasti dan menghentikan siaran dan penyebaran rakaman insiden itu di platform media sosial masing-masing.Jumaat lalu, tragedi yang mengorbankan 50 nyawa itu telah disiarkan secara langsung menerusi media sosial Facebook milik suspek pengganas.Food Bank Malaysia di universiti awam bukan bersifat one-off.Program Food Bank Malaysia di Universiti Awam bukan bersifat sekali beri atau one-off, sebaliknya akan dilaksanakan secara berterusan.\u00a0Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, ia penting bagi dalam membantu golongan sasar termasuk mahasiswa di universiti awam.Kelmarin, pihaknya umum akan perluaskan segera program Food Bank Malaysia ke universiti awam, susulan isu mahasiswa terpaksa ikat perut kerana kesempitan wang yang dilaporkan Berita Harian\u00a0baru baru ini.Lelaki nekad bakar diri gara-gara bergaduh dengan teman wanita.Gara-gara bergaduh dengan teman wanita, seorang lelaki nekad membakar diri sendiri di tempat meletak kenderaan di sebuah rumah di Sitiawan, Perak.Foto: KosmoMangsa yang melecur 90 peratus itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79384", "title": "Polis tahan blogger kontroversi!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis tahan blogger kontroversi!\nFeb 18, 2019\n\nPapagomo ditahan polis!Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung insiden kekecohan selepas penamaan calon PRK DUN Semenyih kelmarin.Blogger kontroversi\u00a0yang lebih dikenali sebagai Papagomo itu didakwa cuba mencederakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam insiden itu.Bagaimanapun, dia menjelaskan tindakannya itu hanya ingin melindungi Syed Saddiq daripada diserang dan bukan untuk mencederakan.Syed Saddiq telah pun buat laporan polis berhubung insiden itu.---Menteri Luar ketuai rundingan harga air mentah di Singapura.Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah akan mengetuai kumpulan pegawai Malaysia ke rundingan semak semula harga air dengan Singapura!\u00a0Perdana Menteri menjelaskan semakan itu perlu kerana harga 3 sen untuk 1 ribu gelen air mentah yang dijual kepada Singapura sejak 1926, tidak lagi munasabah.\u00a0Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kumpulan itu akan turut dianggotai pegawai-pegawai berkaitan dari Johor.---Kanak-kanak 2 tahun maut tertusuk pisau.Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas tertusuk pisau dalam tragedi di rumahnya di Parit Buntar, Perak.Mangsa yang berusia 2 tahun dikatakan berlari mendapatkan neneknya sebelum terpijak pinggan di lantai dan terjatuh ke atas pisau dalam pinggan tersebut.Mangsa kemudian dibawa ke hospital namun disahkan telah meninggal dunia dan jenazahnya akan dikebumikan hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79743", "title": "Sukarelawan diminta hentikan misi pencarian Acap!", "body": "\n\u2190 Back to list\nSukarelawan diminta hentikan misi pencarian Acap!\nApr 16, 2019\n\nHentikan misi pencarian Acap!Itu permintaan keluarga peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak bulan lalu itu kepada sukarelawan yang ingin mencari mangsa.Foto: MstarPihaknya juga telah buat laporan polis berhubung perkara itu dan minta agar sebarang spekulasi dan berita tidak benar tentang kehilangan Acap dihentikan.Polis Kampar mengesahkan laporan polis yang viral di media sosial itu dan akan buat pengumuman dalam masa terdekat.Projek ECRL mungkin disambung bulan depan.Projek ECRL dijangka akan bersambung semula bulan depan sebaik urusan pemeteraian perjanjian tambahan selesai.Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Terengganu menyifatkan keputusan meneruskan projek ECRL dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi dan beri impak positif kepada sosial penduduk.Ia juga akan meliputi jajaran baru libat Kota Bharu, Mentakab, Jelebu, Kuala Kelawang, Bangi dan Kajang, Putrajaya serta Pelabuhan Klang.JAIS\u00a0akan siasat kontroversi pelancaran buku dan forum \"Wanita Muslim dan Tudung\".Jabatan Agama Islam Selangor akan siasat kontroversi pelancaran buku dan forum \"Wanita Muslim dan Tudung\" yang diadakan di PJ, baru-baru ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa turut menegaskan, isu itu sudah diambil maklum dan dipandang serius.\u00a0Program tersebut cetuskan kontroversi dan kemarahan netizen kerana ia berkisarkan perkongsian pengalaman wanita bertudung sebelum menemui dunia baru tanpa tudung.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72845", "title": "Karnival Beli-Belah Extravaganza Malaysia 2016", "body": "\n\u2190 Back to list\nKarnival Beli-Belah Extravaganza Malaysia 2016\nMar 01, 2016\n\nKarnival Beli-Belah Extravaganza Malaysia 2016 membuka tirainya hari ini dengan majlis pelancaran 3 kempen jualan negara.Kempen berkenaan adalah Jualan Awal Tahun bermula hari ini hingga 31 Mac, Karnival Jualan Mega 1Malaysia \u00a0dari 15 Jun hingga 31 Ogos dan Jualan Akhir Tahun 1Malaysia dari 1 November hingga 31 Disember.\u00a0Sementara itu\u00a0Kuala Lumpur telah memenangi beberapa anugerah beli-belah peringkat antarabangsa termasuk tempat ke-5 destinasi beli-belah dunia 2016 oleh Expedia UK.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73089", "title": "Penuntut IPT bebas sertai kempen politik di luar kampus menjelang PRU 14.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenuntut IPT bebas sertai kempen politik di luar kampus menjelang PRU 14.\nMar 28, 2018\n\nPenuntut IPT bebas sertai kempen politik di luar kampus menjelang PRU 14.Justeru tegas Kementerian Pendidikan Tinggi,\u00a0 jika mereka berkempen di dalam kampus hingga langgar peraturan, pihak universiti berhak untuk memutuskan tindakan.\u00a0 \u00a0Tambahnya, penglibatan penuntut IPT dalam aktiviti politik tertakluk di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 2012.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71697", "title": " Antara Intipati \u202a#\u200ePengubahsuaianBAJET2016\u202c ", "body": "\n\u2190 Back to list\n Antara Intipati \u202a#\u200ePengubahsuaianBAJET2016\u202c \nJan 28, 2016\n\n-Kerajaan setuju kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3 peratus mulai Mac ini hingga Disember 2017.-Pembayar cukai individu berpendapatan RM 8,000 sebulan ke bawah akan terima pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000.-Program MyBeras diperkenal. Keluarga miskin tegar yang berdaftar akan dibekal dengan 20 kilogram beras setiap bulan-Berkuatkuasa serta-merta, semua penjualan rumah berharga hingga 300 ribu ringgit terhad kepada pembeli rumah pertama-Seperti dijanjikan dalam Bajet 2016, kerajaan teruskan pelaksanaan satu Kenaikan Gaji Tahunan kepada penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016-Kerajaan setuju teruskn 4 program tajaan JPA demi masa depan pendidikan golongan muda cemerlang-Peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak RM5 bilion akan terus disalurkan kepada mahasiswa.-Program MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputra dan Skim Latihan Akademik IPTA diteruskan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71097", "title": "PKPB: Sejuta Kerja Dari Rumah Mulai Esok", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKPB: Sejuta Kerja Dari Rumah Mulai Esok\nOct 21, 2020\n\nPKPB: Sejuta Kerja Dari Rumah Mulai EsokBermula esok kira-kira sejuta pekerja di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan, Bersyarat (PKPB) diarah bekerja dari\u00a0rumah.Arahan itu melibatkan pekerja peringkat pengurusan dan pengawasan dalam sektor awam dan swasta.Ia bertujuan mengurangkan pergerakan pekerja kerana sektor ekonomi terus beroperasi dan elak kemunculan lebih banyak kluster baru COVID-19 di tempat kerja.Bagi pekerja yang berada di zon merah yang tetap perlu hadir bekerja, mereka perlu jalani ujian saringan COVID-19.Jika majikan mencarum dengan Perkeso maka ujian berkenaan akan ditanggung pertubuhan itu.Majikan juga perlu mengeluarkan surat pelepasan untuk pekerja yang perlu hadir ke pejabat atau tempat kerja.Penjelasan, senarai sektor dan jenis pekerjaan yang terlibat akan dikeluarkan kementerian bertanggungjawab dalam masa terdekat.KKM Terus Pantau Bekas Pesakit COVID-19Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus memantau perkembangan dan melakukan kajian jangka masa sederhana dan panjang ke atas pesakit COVID-19 yang sudah pulih.Menurut KKM, ia perlu untuk melihat kesan kepada bekas pesakit termasuk ketahanan antibodi mereka.Setakat ini juga kementerian mendapati kesan sampingan agak kurang ke atas bekas pesakit yang tidak bergejala.Sementara itu, 862 kes baru COVID-19 dikesan dengan Sabah kekal catat kes tertinggi iaitu 673 diikuti Selangor 132.\u00a03 lagi pesakit meninggal dunia sekaligus menjadikan jumlah korban naik kepada 193.\u00a0*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72095", "title": "PDRM dan Jabatan Imigresen akan dirombak.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM dan Jabatan Imigresen akan dirombak.\nJun 18, 2018\n\nMenteri Dalam Negeri berkata PDRM dan Jabatan Imigresen akan dirombak dan disusun semula ekoran struktur kedua-dua jabatan itu yang disifatkan sebagai berserabut.Namun menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, rombakan tersebut hanya akan dibuat selepas membincangkan isu tersebut dengan Perdana Menteri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73002", "title": "PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia akan laksanakan rondaan kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Tawau", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM dan Angkatan Tentera Malaysia akan laksanakan rondaan kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Tawau\nMar 02, 2018\n\nPDRM dan Angkatan Tentera Malaysia akan laksanakan serta merta rondaan kawalan keselamatan bersama di kawasan strategik di Lapangan Terbang Tawau.Menurut Bukit Aman, kolaborasi rondaan itu sebagai memberi isyarat bahawa keadaan keselamatan di Sabah khususnya Tawau dalam kawalan pihak berkuasa.Rondaan ini sebagai memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa kerajaan sentiasa menitikberatkan tentang sebarang kemungkinan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81050", "title": "Datuk Seri Najib Razak Terkejut Pendedahan Audio SPRM ", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Najib Razak Terkejut Pendedahan Audio SPRM \nJan 08, 2020\n\nDatuk Seri Najib Razak terkejut dengan pendedahan SPRM berhubung sembilan set percakapan didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.Jelasnya, hal itu sedang dikaji dan dia akan merujuk kandungan pendedahannya dengan peguam.Tambah Datuk Seri Najib, hal seumpama itu tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.\u00a0Terdahulu, SPRM mendedahkan rakaman percakapan oleh individu berprofil tinggi termasuk Datuk Seri Najib, dipercayai berlaku pada 2016.Hasil siasatan setakat ini mendapati ia adalah tulen.Kementerian Pendidikan Puas HatiKementerian Pendidikan sahkan hiasan Tahun Baru Cina di SMK Pusat Bandar Puchong 1 ada kaitan dengan Pertandingan Kaligrafi Cina peringkat Selangor.Sekolah tersebut menjadi tuan rumah pertandingan yang akan berlangsung Sabtu ini.Malah hiasan meraikan perayaan juga merupakan aktiviti tahunan sekolah tersebut untuk memupuk semangat perpaduan antara pelajar berbilang kaum.\u00a0Terdahulu, sekolah itu dituduh membuat hiasan Tahun Baru Cina yang keterlaluan.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80062", "title": "Jangan dekati perkampungan Orang Asli Kuala Koh", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan dekati perkampungan Orang Asli Kuala Koh\nJun 10, 2019\n\nFoto - BernamaOrang awam dinasihatkan tidak masuk ke perkampungan Orang Asli Kuala Koh dekat Gua Musang, Kelantan kerana jangkitan kuman di paru-paru mudah merebak.Menurut Kementerian Kesihatan, siasatan pihaknya kini menjurus kepada penyakit itu, berbanding jangkitan tibi yang pernah diuar-uarkan sebelum ini.Foto - KosmoTambahnya, pemeriksaan dan diagnosis petugas perubatan dari Kementerian Kesihatan mendapati rawatan terhadap hampir kesemua Orang Asli menunjukkan simptom yang sama.Menerusi kenyataan di Twitter Kementerian Kesihatan turut memaklumkan, punca sebenar akan diketahui dalam waktu terdekat.Foto - FMTKementerian itu bersedia mengendalikan bedah siasat terhadap 14 Orang Asli yang didakwa meninggal dunia sekiranya mempunyai permintaan untuk berbuat demikian.Namun katanya, langkah itu mungkin sukar dilakukan kerana kementerian dimaklumkan bahawa polis tidak mengetahui lokasi sebenar mayat Orang Asli daripada suku kaum Batek terbabit dikebumikan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80347", "title": "Kehilangan remaja warga Ireland bukan kes culik", "body": "\n\u2190 Back to list\nKehilangan remaja warga Ireland bukan kes culik\nAug 05, 2019\n\nKehilangan remaja warga Ireland bukan kes culikFoto - Berita HarianPolis Negeri Sembilan berkata, misteri kehilangan remaja perempuan warga Ireland di sebuah resort di Seremban bukan kes culik.Pihaknya beritahu MalayMail, kes kehilangan gadis berusia 15 tahun itu sebaliknya diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.Sehingga kini, 159 orang terbabit misi mencari dan menyelamat itu termasuk satu platun pasukan dari Batalion 4, Pasukan Gerakan Am Cheras.-----Jangan perbesarkan isu pergaduhan dua kumpulan di kuilFoto - Berita HarianOrang ramai diminta untuk tidak memperbesarkan isu pergaduhan di antara dua kumpulan dekat sebuah kuil di Bestari Jaya, malam tadi.Polis Selangor berkata, kejadian itu hanya melibatkan dua kumpulan yang bertindak di luar kawalan sehingga mencetus pergaduhan.Terbaru, seramai 28 individu direman lima hari bagi membantu siasatan rusuhan di Kuala Selangor itu.-----JTKSM tidak pernah tawarkan dana RM8,500Foto - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung MalaysiaPihak Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia tiada kaitan dengan aktiviti penawaran dana sebanyak RM8,500 yang boleh di capai melalui link: \u00a0http://bit.ly/Gov-MY.Malah jelas Kementerian Sumber Manusia, JTKSM tidak pernah mengiklankan perkara tersebut di dalam laman web utama mereka.Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia\u00a0menasihatkan orang awam untuk tidak mudah mempercayai maklumat-maklumat yang tidak disahkan oleh pihak Kementerian atau Jabatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=102254", "title": "Rakyat luar bandar mungkin terima suntikan vaksin 1 dos", "body": "\n\u2190 Back to list\nRakyat luar bandar mungkin terima suntikan vaksin 1 dos\nMar 28, 2021\n\nMungkin hanya 1 dos suntikan vaksin untuk penduduk luar bandar\n\nKerajaan pertimbang untuk beri suntikan vaksin 1 dos kepada penduduk luar bandar.\nTimbalan Menteri Kesihatan berkata demikian selepas mengambil kira faktor logistik yang mungkin akan menyukarkan rakyat luar bandar untuk mendapatkan suntikan kedua.\nKerajaan mungkin akan menggunakan vaksin daripada China untuk tujuan tersebut memandangkan vaksin Pfizer dan Sinovac memerlukan 2 suntikan.\n---\nKeputusan sama ada bekerjasama atau tidak terletak pada UMNO\n\nTerserah kepada UMNO\u2026\nItu respons Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kemungkinan tiada kerjasama dengan UMNO pada PRU 15 nanti.\nHari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2020 hari ini dijangka buat keputusan muktamad mengenai soal kerjasama parti itu dengan BERSATU pada PRU 15.\n---\nSPR perlu beri penjelasan penangguhan pendaftaran pemilih automatik\n\nSPR perlu tampil untuk beri penjelasan berhubung masalah yang dihadapi untuk melaksanakan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi 18 tahun.\nMenteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian selepas SPR ambil keputusan\r\nmenangguhkan perkara tersebut yang sepatutnya bermula Julai i ni ke September tahun depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73095", "title": "Ketua Polis Negara sangkal dakwaan polis ambil masa lama untuk tiba di lokasi bunuh warga Palestin.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKetua Polis Negara sangkal dakwaan polis ambil masa lama untuk tiba di lokasi bunuh warga Palestin.\nApr 23, 2018\n\nKetua Polis Negara sangkal dakwaan polis ambil masa lama untuk tiba di lokasi seorang warga Palestin, Dr. Fadi M. R. Albatsh ditembak mati kelmarin.Tegas Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, polis tiba di lokasi kejadian kurang daripada 10 minit.Seorang lelaki warga Arab yang menularkan video tuduhan itu juga sudah mengaku kesilapannya dan menarik balik video berkenaan daripada laman sosial.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72461", "title": "PDRM Tingkat Kawalan di Sempadan Perairan Filipina", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM Tingkat Kawalan di Sempadan Perairan Filipina\nMay 25, 2017\n\nPDRM meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara khususnya di sempadan perairan Filipina susulan pengisytiharan undang-undang tentera di Mindanao.Bagaimanapun, pasukan keselamatan itu tidak bercadang menambah bilangan anggota yang mengawal sempadan negara.Undang-undang tentera dikuatkuasakan di Mindanao selepas berlaku pertempuran sengit antara tentera dan militan IS di wilayah tersebut.Situasi terkini itu menyebabkan kira-kira 200,000 penduduk bandar Marawi di Mindanao diarah meninggalkan kediaman mereka.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71969", "title": "Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, suspek berumur bawah 18 tahun dalam kes kebakaran pusat tahfiz di Keramat tidak boleh dijatuhkan hukuman mati.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Azalina Othman Said berkata, suspek berumur bawah 18 tahun dalam kes kebakaran pusat tahfiz di Keramat tidak boleh dijatuhkan hukuman mati.\nSep 21, 2017\n\nDatuk Seri Azalina Othman Said berkata, suspek berumur bawah 18 tahun dalam kes kebakaran pusat tahfiz di Keramat tidak boleh dijatuhkan hukuman mati.Namun jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, mahkamah boleh jatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Yang Dipertua Negeri.Akta Kanak-Kanak 2001 turut beri kuasa kepada mahkamah untuk perintahkan supaya ibu bapa dikenakan denda atau membayar pampasan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73267", "title": "Mahkamah Persekutuan telah dengar rayuan kes suami isteri yang ingin membinkan anak luar nikah kepada nama bapa sebenar.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMahkamah Persekutuan telah dengar rayuan kes suami isteri yang ingin membinkan anak luar nikah kepada nama bapa sebenar.\nFeb 08, 2018\n\nPanel 5 hakim Mahkamah Persekutuan telah dengar rayuan berkenaan kes sepasang suami isteri mahu membinkan anak luar nikah mereka kepada nama bapa sebenar.Antara 3 persoalan yang dihujahkan semalam adalah kewajaran membicarakan kes di bawah perundangan Islam dan mahkamah syariah di mahkamah sivil.Ini termasuk sama ada mahkamah sivil boleh atau tidak memutuskan hal kesahtarafan kanak-kanak muslim berhubung penamaan dan penasaban.Keputusan kes tersebut akan diumumkan pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73162", "title": "Tiada kompromi bagi pendidik yang terlibat dengan salah laku seksual!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada kompromi bagi pendidik yang terlibat dengan salah laku seksual!\nOct 29, 2018\n\nTiada kompromi bagi pendidik yang terlibat dengan salah laku seksual!Itu kata dua Timbalan Menteri Pendidikan susulan kes seorang pengetua sekolah di Kepala Batas yang kini direman atas dakwaan meliwat dua pelajar.Foto: NSTPTambah Teo Nie Ching, jika disabitkan kesalahan, kementerian tidak teragak-agak untuk ambil tindakan tegas ke atas guru terlibat selepas kes itu diputuskan mahkamah.Pada masa ini, guru terbabit akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah sehingga siasatan polis selesai.Tok Mat akan siasat dakwaan 40 lagi Ali Parlimen UMNO mahu lompat parti.Datuk Seri Mohamad Hasan akan siasat dakwaan 40 lagi Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti dan kemudiannya menyertai BERSATU.Foto: Berita HarianJelas Timbalan Presiden UMNO itu, buat masa ini, beliau tidak dapat jelaskan kebenaran mengenai dakwaan berkenaan.Rumah Mampu Milik mungkin akan jadi agenda utama kerajaan dalam Belanjawan 2019!Penganalisis menjangkakan Rumah Mampu Milik akan menjadi agenda utama kerajaan dalam Belanjawan 2019!Foto: KosmoMenurut Berita Harian, ini kerana rumah mampu milik merupakan isu utama yang mendapat perhatian rakyat ketika ini.Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, Jumaat ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72588", "title": "Peguam Ditahan Disyaki Cabul 2 Pelajar", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeguam Ditahan Disyaki Cabul 2 Pelajar\nNov 06, 2016\n\nPolis menahan reman seorang peguam kerana disyaki terlibat kes cabul 2 penuntut perempuan di Kajang, Selangor Selasa lalu.Rakaman video berdurasi 16 saat ketika mangsa mengejar suspek selepas insiden juga kini menjadi viral di laman sosial.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71661", "title": "Orang ramai diminta tidak mudah terpengaruh maklumat dan gambar viral mengenai banjir di Terengganu", "body": "\n\u2190 Back to list\nOrang ramai diminta tidak mudah terpengaruh maklumat dan gambar viral mengenai banjir di Terengganu\nDec 29, 2015\n\nSementara itu, terdapat 1,784 mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di Pantai Timur.Terengganu catat hampir 1,690 mangsa banjir, manakala Kelantan dan Pahang masing-masing kira-kira 50 mangsa.*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80152", "title": "12 kawasan dipilih jadi lokasi projek rintis tangani masalah dadah.", "body": "\n\u2190 Back to list\n12 kawasan dipilih jadi lokasi projek rintis tangani masalah dadah.\nJun 26, 2019\n\n12 kawasan di seluruh negara dipilih jadi lokasi projek rintis tangani masalah dadah.Antara kawasannya ialah Petaling di Selangor, Projek Perumahan Rakyat Sungai Bonus di KL, Kuala Dungun di Terengganu dan Felda Keratong 3 di Pahang.AADK berkata projek yang akan dilaksanakan mulai 1 Julai ini selama setahun babitkan 10 kementerian dan 15 agensi kerajaan.Menurut agensi itu lagi, kerjasama semua pihak berkaitan perlu supaya masalah dadah di negara ini dapat diatasi secara bersepadu.Dakwaan kononnya rakyat Sarawak perlu daftar mengundi segera adalah palsu!Dakwaan viral kononnya rakyat Sarawak perlu daftar segera untuk layak mengundi pada pilihan raya negeri pertengahan 2021 adalah PALSU!SPR berkata tarikh akhir untuk mendaftar sebagai pengundi akan hanya diketahui selepas tarikh pilihan raya itu diumumkan nanti.Dalam perkembangan lain, usul menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun akan dibentangkan di Dewan Rakyat, bulan depan.Tiada pesakit baru dilaporkan di Pasir Gudang.Tiada pesakit baru dimasukkan ke wad bagi mendapatkan rawatan susulan kes pencemaran di Pasir Gudang.Exco Kesihatan Johor berkata setakat ini hanya sembilan pesakit terdiri daripada pelajar sekolah ditahan di wad untuk menerima rawatan.Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan pihak berkaitan mengenai keperluan melanjutkan penutupan institusi pendidikan di Pasir Gudang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79629", "title": "Tapak Pelupusan Sampah Di Simpang Renggam Di Tutup ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTapak Pelupusan Sampah Di Simpang Renggam Di Tutup \nMar 26, 2019\n\nKerajaan arahkan operasi pelupusan sisa pepejal di Simpang Renggam dihentikan berkuat kuasa hari ini.Ini selepas limpahan air sampah di lokasi berkenaan, disyaki meresap masuk ke dalam sungai berhampiran.Terdahulu, Jabatan Alam Sekitar mengesahkan dua sungai di Simpang Renggam tercemar disebabkan limpahan air sampah.\u00a0PAC Tunggu Notis Surat Letak Jawatan\u00a0Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara masih menunggu notis surat perletakkan jawatan daripada tiga AJK yang meletak jawatan semalam.Menurut PAC, dua daripadanya dari Ahli Parlimen BN dan seorang lagi dari PAS.Mereka dikatakan berbuat demikian kerana tidak berpuashati dengan jawatan Pengerusi PAC, yang kini disandang oleh wakil Pakatan Harapan.Wang Kertas RM60 Tak Gantikan RM50\u00a0Kementerian Kewangan berkata wang kertas 60 ringgit tidak akan menggantikan wang kertas 50 ringgit.Sebaliknya, ia hanya dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad iaitu sebanyak 60 ribu keping sahaja.Wang tersebut dikeluarkan bersempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, tetapi ia tetap sah untuk digunakan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=116697", "title": "Lebih Banyak Lokasi Pelancongan Akan Dibuka.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih Banyak Lokasi Pelancongan Akan Dibuka.\nSep 22, 2021\n\n\nLebih banyak lagi destinasi pelancongan dijangka akan dibuka dalam masa terdekat.\nMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia susulan perkembangan positif projek rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.\nKementerian juga akan membentangkan tambahan destinasi pelancongan lain yang bukan hanya tertumpu di pulau tetapi di tanah besar.\nSementara itu, kerajaan bercadang untuk memanjangkan waktu operasi stesen minyak, kedai makan dan kedai serbaneka hingga jam 12 malam bagi semua negeri kecuali kawasan PKPD.\nKeputusannya akan diumumkan oleh Perdana Menteri selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini.\n\u00a0\nKebenaran Rentas Negeri Perlu Diteliti.\nKerajaan perlu meneliti secara menyeluruh sebelum membenarkan aktiviti rentas negeri.\nMenteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ia bagi memastikan kebenaran rentas negeri itu dapat dilaksanakan dengan selamat.\nAntara faktor yang perlu dipertimbangkan termasuklah kadar vaksinasi rakyat dan keupayaan fasiliti kesihatan di setiap negeri untuk tangani Covid-19.\n\u00a0\nTahniah Malaysia! Capai 80 Peratus Penduduk Dewasa Lengkap Divaksin.\nPerdana Menteri mengucapkan tahniah kepada semua susulan kejayaan Malaysia mencapai sasaran 80 peratus populasi dewasa lengkap terima vaksin COVID-19.\nIa dicapai selepas hampir 8 bulan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70502", "title": "Hukuman lebih berat menanti pemandu mabuk", "body": "\n\u2190 Back to list\nHukuman lebih berat menanti pemandu mabuk\nJul 15, 2020\n\nHukuman lebih berat menanti pemandu mabukFoto - The Sun DailyPemandu mabuk boleh berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150,000 jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan Dewan Rakyat.Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, mereka yang disabitkan dengan kesalahan juga boleh digantung lesen memandu sehingga 20 tahun.Selain itu, kerajaan juga sedia menurunkan had kandungan alkohol dibenarkan ketika memandu mengikut ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).-----Kes aktif COVID-19 bertambahFoto - The StarLima kes baru positif COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia sebanyak 8,734 kes.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 86 kes.Sehingga jam 12 tengah hari, hanya dua kes pulih dicatatkan manakala tiada pertambahan kes kematian dengan jumlah korban keseluruhan kekal 122.-----Adam Corrie jadi duta MAIWPFoto - Berita HarianAdam Corrie Lee Abdullah dilantik sebagai duta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan ketua ikon program Jom Celik Al-Quran hasil kerjasama MAIWP dengan Institut Pengajian al-Quran (IPaQ).Pelakon itu yang terkejut dengan pelantikan tersebut menyifatkan ia adalah tanggungjawab besar buatnya dan dia akan memegang amanah itu sebaik mungkin.Selain Corrie, beberapa artis turut dipilih sebagai ikon program Jom Celik al-Quran antaranya Heliza Helmi, Hazwani Afiqah, Lisdawati, Zila Bakarin dan Ustaz Rushdi Al-Jauhari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79379", "title": "Kerajaan Kemboja mahu pembebeasan 47 tahanan Malaysia jadi pengajaran.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Kemboja mahu pembebeasan 47 tahanan Malaysia jadi pengajaran.\nFeb 17, 2019\n\nJangan mudah ditipu!Kerajaan Kemboja nasihatkan kesemua 47 tahanan Malaysia di negara itu agar jadikan pembebasan mereka ini sebagai pengajaran agar tidak menjadi mangsa penipuan sindiket pada masa akan datang.Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri Kemboja berkata tawaran gaji lumayan bernilai ribuan dolar amerika merupakan punca utama kesemua mereka ditahan.Tambahnya, jika benar tawaran tersebut wujud, sudah pasti rakyat Kemboja akan diambil bekerja terlebih dahulu.Sementara itu, proses dokumentasi ke atas kesemua tahanan tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu ekoran mereka telah menetap lebih masa dan ada yang kehilangan passport.---Polis siasat insiden Menteri Belia dan Sukan diserang.PDRM buka kertas siasatan selepas terima 2 laporan berhubung insiden serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Semenyih, semalam.Ini selepas Syed Saddiq sendiri membuat laporan tersebut apabila mendakwa diserang sekumpulan penyokong parti pembangkang sebaik keluar daripada pusat penamaan calon PRK DUN Semenyih.Video insiden tersebut telah pun viral di media sosial.---Presiden Warisan dijangka buat kenyataan hari ini!Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka buat kenyataan hari ini berhubung kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, BERSATU ke Sabah.Ini selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi BERSATU mengumumkan keputusan parti itu untuk mengembangkan sayapnya ke negeri berkenaan.Terdahulu, BERSATU bersetuju untuk tidak masuk ke Sabah pada PRU 14 lalu untuk mendapat sokongan rakyat negeri tersebut selain menjadikan WARISAN sebagai rakan Pakatan Harapan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71057", "title": "Sampai Tahun Depan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSampai Tahun Depan\nOct 14, 2020\n\nSampai Tahun DepanBank-bank setuju meneruskan bantuan bayaran balik pinjaman kepada kumpulan terkesan akibat COVID-19 sehingga tahun depan.Ujar Perdana Menteri, bantuan itu khusus untuk individu, PKS, syarikat atau pihak yang berdepan masalah untuk membayar pinjaman mereka disebabkan pandemik tersebut.Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan demikian susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, KL, Putrajaya dan Sabah ketika ini.Beliau turut memberitahu, Belanjawan 2021 akan tertumpu kepada usaha menyelamatkan nyawa dan memperkukuh ekonomi rakyat.Perlu Sekurang-Kurangnya SemingguKerajaan perlu tempoh sekurang-kurangnya seminggu bagi melihat kesan pelaksanaan PKPB dalam melandaikan lekuk kes COVID-19.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihaknya akan memantau rapi situasi semasa penularan jangkitan wabak berkenaan.PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya bermula tengah malam tadi dan akan tamat 27 Oktober, manakala di Sabah ia bermula semalam dan tamat pada 26 Oktober.Sementara itu, 660 kes baru COVID-19 direkodkan di seluruh negara dan 4 pesakit wabak itu meninggal dunia.Menurut KKM, 350 pesakit sembuh semalam yang juga jumlah tertinggi direkodkan sejak permulaan pandemik tersebut di Malaysia.Giliran Ahmad Zahid EsokPresiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong petang esok.Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, selepas mesyuarat Biro Politik parti di ibu negara malam tadi.Terdahulu, mesyuarat itu memutuskan UMNO pertimbang tarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN).UMNO juga akan beri syarat baru kepada gabungan itu bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong\u00a0selepas mendakwa mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen untuk bentuk kerajaan baru.*foto kredit: AWANI & Bank Islam (foto sekadar hiasan)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72659", "title": "Caj RM32,000, KPDNKK Serbu Pusat Rawatan Islam di Melaka", "body": "\n\u2190 Back to list\nCaj RM32,000, KPDNKK Serbu Pusat Rawatan Islam di Melaka\nOct 16, 2016\n\nKPDNKK serbu sebuah pusat rawatan Islam di Melaka yang didakwa mengenakan bayaran RM32,800 atas seorang pesakit.Kementerian juga telah mengeluarkan notis meminta pemiliknya memberi penjelasan mengenai harga tinggi yang dikenakan.Pemilik pusat rawatan itu pula mendakwa kadar itu hanya sebut harga.Menurutnya, pesakit cuma dikenakan bayaran RM5,100 ringgit selepas berunding.Kes berkenaan menjadi viral di laman sosial, selepas anak kepada pesakit memuat naik gambar resit di Facebook.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72371", "title": "KPDNKK akan mewujudkan satu unit khas untuk menyiasat kenaikan harga barang khasnya makanan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPDNKK akan mewujudkan satu unit khas untuk menyiasat kenaikan harga barang khasnya makanan.\nNov 26, 2017\n\nKPDNKK akan mewujudkan satu unit khas untuk menyiasat kenaikan harga barang khasnya makanan.Menurut TPM, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, unit itu akan memberi tumpuan kepada kes-kes orang tengah yang mengaut keuntungan melampau.Isu itu menjadi perhatian Kabinet yang sedang berusaha menangani masalah kenaikan kos sara hidup.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71970", "title": "Lebih seribu orang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Perlis petang semalam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih seribu orang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Perlis petang semalam.\nSep 23, 2017\n\nLebih daripada seribu orang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Perlis petang semalam.Sementara itu di Kedah, lebih 700 orang telah ditempatkan di pusat pemindahan di sekitar Kota Setar, Kuala Muda, dan Kubang Pasu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71870", "title": "Kerajaan belum muktamadkan elaun kos sara hidup guru pelatih tahun depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan belum muktamadkan elaun kos sara hidup guru pelatih tahun depan.\nJul 18, 2017\n\nKementerian Pendidikan masih belum memuktamadkan elaun kos sara hidup guru pelatih bagi pengambilan tahun depan.Ini kerana pihaknya masih dalam peringkat perbincangan dengan PTPTN untuk senaraikan elaun sara hidup itu sebagai pinjaman.Katanya, jika keputusan dicapai hasil daripada perbincangan ini, ia akan umum dalam tempoh satu hingga dua bulan nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=113062", "title": "Peratusan Ibu Hamil Daftar Vaksin Rendah", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeratusan Ibu Hamil Daftar Vaksin Rendah\nAug 12, 2021\n\nPeratusan Ibu Hamil Daftar Vaksin Rendah\n70 ibu hamil meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan COVID-19 di Malaysia sejak Januari lalu.\nKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, peratusan ibu hamil yang telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin juga masih rendah.\nSecara anggarannya baru 40 peratus golongan itu tampil mendaftar menerusi MySejahtera.\nSehubungan dengan itu KKM minta semua ibu hamil mendapatkan vaksin bagi mengurangkan risiko komplikasi jika dijangkiti COVID-19.\nSuami juga diminta memberi sokongan kepada pasangan masing-masing untuk mendapatkan vaksin.\nMenurut KKM lagi, pengambilan vaksin perlu dilengkapkan sebelum memasuki fasa akhir kehamilan iaitu trimester ke-3.\n\u00a0\n\u00a0\nNUTP, i-Guru Sependapat\nKesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) gesa Kementerian Pendidikan tangguh pembukaan sekolah yang dijadualkan 1 September nanti.\nIa berikutan kes harian COVID-19 masih lagi tinggi dan semalam angkanya kembali mencecah 20,000; malah kadar kematian ketika ini juga tinggi.\nSusulan itu NUTP jangka ramai ibu bapa akan memilih untuk tidak hantar anak mereka ke sekolah.\nPersatuan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia, i-Guru sependaat, meminta pembukaan sekolah secara bersemuka yang bermula 1 September dipertimbang semula.\nMenurutnya, kes harian COVID-19 yang tinggi ketika ini meningkatkan kebimbangan ibu bapa.\ni-Guru juga berharap KPM mendapatkan pandangan pemegang taruh pendidikan seperi NUTP dan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia, juga data terkini daripada KKM dan MKN.\n\u00a0\n*sumber & foto : AWANI, Utusan, Kosmo, Sinar Harian & internet\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71958", "title": "Kesemua mangsa kebakaran pusat tahfiz di Keramat, semalam telah berjaya dikenal pasti melalui ujian DNA.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKesemua mangsa kebakaran pusat tahfiz di Keramat, semalam telah berjaya dikenal pasti melalui ujian DNA.\nSep 15, 2017\n\nKesemua mangsa kebakaran pusat tahfiz di Keramat, semalam telah berjaya dikenal pasti melalui ujian DNA.Ketua Pengarah Kesihatan berkata, pihaknya akan bertemu dan memaklumkan kepada ibu bapa mangsa untuk urusan selanjutnya.Pihaknya turut ucapkan terima kasih kepada Institut Perubatan Forensik Negara dan semua pihak yang membantu memudahkan pengurusan tragedi ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80581", "title": "Bacaan IPU Kembali Meningkat", "body": "\n\u2190 Back to list\nBacaan IPU Kembali Meningkat\nSep 22, 2019\n\nIPU Kembali MeningkatBacaan IPU di kebanyakan kawasan di seluruh negara kembali meningkat.Terkini, Sri Aman, Sarawak mencatatkan IPU sangat tidak sihat, manakala 41 kawasan merekodkan bacaan kualiti udara tidak sihat.Sementara itu peperiksaan PT3 yang dijadual bermula 30 September ini akan ditangguh jika IPU melebihi 300.Jelas Kementerian Pendidikan, penangguhan akan membabitkan calon seluruh negara walaupun hanya satu kawasan catat IPU 300 dan ke atas.*foto sekadar hiasanDalam perkembangan berkaitan, 6 daripada 14 penerbangan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh terpaksa dibatalkan pada pagi ini disebabkan jerebu.Kamera Badan Tak Langgar Hak AsasiPemasangan kamera badan ke atas anggota agensi penguatkuasa tidak langgar prinsip hak asasi pemakai.Tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM, ia sebaliknya usaha memperkasakan penguatkuasan dengan lebih telus dan berintegriti, juga\u00a0adil untuk semua pihak.Kerajaan baru-baru ini setuju dengan cadangan berkaitan perkara itu bertujuan melindungi orang awam dan elak petugas penguatkusaan difitnah.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79721", "title": "Grab tampil dengan ciri unik pengecaman wajah penumpang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nGrab tampil dengan ciri unik pengecaman wajah penumpang.\nApr 12, 2019\n\nPemandu e-hailing tidak perlu risau lagi tentang isu penumpang yang bermasalah!Ini kerana Grab dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan kini tampil dengan ciri unik pengecaman wajah untuk mengesan rekod penumpang.Caranya, pengguna perlu muat turun aplikasi itu, selfie dan setiap kali membuat pesanan, nombor telefon penumpang akan dipadankan dengan rekod sedia ada.Bomba Perak tidak tolak\u00a0kemungkinan Acap diculik!Ada satu lagi kemungkinan berhubung kehilangan pelari Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan atau Acap.Menurut bomba Perak, pada pendapatnya, ada kemungkinan Acap diculik tapi dipercayai bukan untuk minta wang tebusan.Ia berdasarkan tempoh masa kehilangan dan tiada sebarang petunjuk jelas kehilangan pemuda itu yang sudah masuk 3 minggu.Manusia kalkulator, Yaashwin Sarawanan muncul naib juara Asia's Got Talent musim ke 3!Yashwin terpaksa akur kepada juara musim ini iaitu ahli silap mata dari Taiwan, Eric Chien selepas meraih undi yang rendah.Foto: KosmoPada peringkat akhir, Yashwin tampil dengan persembahan memukau iaitu 'calendar problem' apabila dapat kenal pasti dengan tepat peristiwa tertentu berlaku\u00a0melalui kiraan tarikh, bulan dan tahun.Sementara itu, satu lagi wakil Malaysia, kumpulan NAMA terkandas dalam kelompok awal 9 finalis.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79936", "title": "Penjawat awam bakal terima bantuan khas Aidilfitri RM450!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenjawat awam bakal terima bantuan khas Aidilfitri RM450!\nMay 17, 2019\n\nAidilfitri buat penjawat awam persekutuan pastinya akan disambut lebih meriah.Ini selepas kerajaan pusat umum pemberian bantuan khas kewangan RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah.Manakala 800,000 pesara kerajaan akan terima bantuan khas RM225 dan bayaran akan dilakukan pada 24 Mei ini.Sementara itu, beruntung sungguh pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin atau UniSZA.Ini kerana julung kalinya universiti itu akan agih sumbangan duit raya berjumlah hampir setengah juta ringgit kepada hampir 10,000 pelajarnya.Semua pelajar akan terima RM50 seorang termasuk pelajar bukan muslim dan ia akan diagih minggu depan.PTPTN\u00a0berhasrat perkenal semula larangan keluar negara kepada peminjam ingkar.Sistem dan amalan bayaran balik terdahulu jadi punca PTPTN kini tanggung hutang RM40 bilion!Justeru, tabung itu berhasrat perkenal semula larangan keluar negara kepada peminjam ingkar.PTPTN juga bercadang sekat peminjam daripada memperbaharui passport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71589", "title": "JDT terima durian runtuh", "body": "\n\u2190 Back to list\nJDT terima durian runtuh\nNov 27, 2015\n\nSkuad bolasepak JDT terima durian runtuh atas pencapaian cemerlang mereka menjulang Piala AFC 2015, baru-baru ini.Kerajaan negeri Johor berbesar hati untuk mengurniakan imbuhan berjumlah 2 juta ringgit kepada pegawai dan pemain-pemain Harimau Selatan.JDT telah memenangi 3 kejuaraan musim ini, Piala Sumbangsih, Liga Super serta Piala AFC dan kini dalam buruan trofi keempat, Piala M'sia.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71343", "title": "Rakyat Malaysia Hidup Lebih Lama", "body": "\n\u2190 Back to list\nRakyat Malaysia Hidup Lebih Lama\nDec 02, 2020\n\nRakyat Malaysia Hidup Lebih LamaKajian Khazanah Research Institute (KRI) mendapati rakyat Malaysia kini hidup lebih lama.Secara purata, bayi lelaki dan perempuan yang lahir tahun ini dijangka hidup hampir 73 dan 78 tahun, 11 tahun lebih lama berbanding bayi yang lahir pada 1970.Namun, hidup lebih lama tidak bermakna hidup juga lebih sihat.Ini kerana masih ramai rakyat Malaysia mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung dan penyakit mental terutama semasa usia emas.*foto: AWANI (sekadar hiasan)SOP COVID-19: Pahang Laksana Rating Untuk Premis PerniagaanPahang akan memperluaskan sistem penarafan bintang bagi premis perniagaan dalam usaha membudayakan norma baru mencegah COVID-19.Sistem yang mula dilaksanakan di Kuantan bulan lalu itu setakat ini telah memberi penarafan 5 bintang kepada 2 premis.Ia susulan kejayaan pemilik premis berkenaan melaksanakan pembudayaan norma baru dengan kadar pematuhan tinggi.Antara aspek yang diberi perhatian ialah pemeriksaan suhu badan, penggunaan 'hand sanitizer' dan rekod kemasukan ke premis.Masih TerkawalSituasi COVID-19 di Selangor masih terkawal walaupun berlaku peningkatan kes kebelakangan ini.Menurut kerajaan negeri, 3 inisiatif dilaksanakan bagi membendung penularan wabak itu.Ia termasuk meningkatkan penyelarasan dengan Pejabat Kesihatan Daerah supaya saringan pekerja asing dilakukan dengan segera.Semalam, Selangor mencatatkan kes COVID-19 paling tinggi iaitu hampir 900 kes.Majoriti kes disumbangkan oleh Kluster Teratai membabitkan pekerja kilang.'Kuasa Cinta' Tok TiVideo muzik lagu baru Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kuasa Cintamu sudah raih lebih 130,000 tontonan di YouTube.Menariknya, anaknya Siti Aafiyah turut membuat kemunculan dalam video muzik berkenaan.Kuasa Cintamu merupakan lagu ciptaan Tok Ti sendiri bersama komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72297", "title": "Ketum lebih banyak kesan negatif", "body": "\n\u2190 Back to list\nKetum lebih banyak kesan negatif\nJul 30, 2016\n\nKementerian Kesihatan tidak setuju dengan cadangan Risda supaya kerajaan benarkan pekebun kecil tanam pokok ketum bagi tambah pendapatan.Katanya, ini kerana ketum mempunyai ciri-ciri seperti ganja dan heroin yang boleh mendatangkan kesan negatif.Kementerian bimbang jika penanaman ketum dibenarkan akan timbul masalah salah guna oleh golongan remaja terutamanya pelajar sekolah yang sukar dibendung.-----\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=150522", "title": "Tak Wajib Pakai Pelitup Muka Di Sekolah", "body": "\n\u2190 Back to list\nTak Wajib Pakai Pelitup Muka Di Sekolah\nApr 28, 2023\n\n\nTak Wajib Pakai Pelitup Muka Di Sekolah.\nPelajar sekolah tidak diwajibkan memakai pelitup muka, apabila sesi persekolahan kembali dibuka minggu depan.\nMenteri Kesihatan berkata sebaliknya mereka hanya menggalakkan pemakaian pelitup muka terutamanya di tempat sempit, sesak atau tertutup susulan peningkatan kes Covid-19.\nNamun Dr Zaliha Mustafa menambah, beliau akan berjumpa dengan Menteri Pendidikan dalam masa terdekat berhubung garis panduan mengenainya.\n\u00a0\nKes kematian kanak-kanak akibat strok haba masih disiasat.\nJabatan Kesihatan Negeri Kelantan masih menyiasat punca kematian 2 kanak-kanak di negeri itu yang dipercayai akibat strok haba.\nTerdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Bachok dan seorang bayi perempuan berusia setahun setengah di Kota Bharu dilapor meninggal dunia akibat strok haba.\nKelantan antara negeri yang status cuaca panasnya berada pada tahap berjaga-jaga iaitu suhu boleh cecah hingga 37 darjah celsius beberapa hari lalu.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80494", "title": "Syed Saddiq bantah cadangan untuk naikkan had umur persaraan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSyed Saddiq bantah cadangan untuk naikkan had umur persaraan.\nSep 03, 2019\n\nCadangan untuk naikkan had umur persaraan daripada 60 kepada 65 tahun dibantah Menteri Belia dan Sukan.Syed Saddiq berkata kerajaan seharusnya fokus untuk menyediakan peluang pekerjaan berkualiti kepada generasi muda, bukannya menyekat potensi mereka.Kadar pengangguran belia di negara ini katanya cecah 11 peratus, lebih tinggi berbanding Jepun dan Singapura iaitu 3.4 dan 5.8 peratus.Peraturan murid lelaki wajib berambut pendek di sekolah harus dikekalkan untuk tujuan disiplin.78 peratus responden berpendapat sebegitu dalam undian kami di Facebook Astro Radio News.Baru-baru ini, seorang remaja memulakan petisyen agar murid lelaki dibenarkan berambut panjang.Tindakan remaja itu terima pelbagai reaksi di media sosial termasuk teguran daripada Menteri Belia dan Sukan.Penggunaan tulisan jawi di Johor diharap diterima oleh semua pihak.Persatuan Penulis Johor harap penggunaan tulisan jawi dalam semua urusan Jabatan Agama Islam Johor dapat diterima oleh semua pihak.Jelasnya, ia sebagai langkah kerajaan negeri dalam memartabatkan tulisan jawi sebagai milik masyarakat tanpa mengira kaum.Penggunaan tulisan jawi yang melibatkan urusan rasmi kesemua anak syarikat di bawah Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Johor itu bakal berkuatkuasa Januari depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73169", "title": "Lelaki pandu lori lawan arus ada 60 saman yang belum selesai!", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki pandu lori lawan arus ada 60 saman yang belum selesai!\nOct 08, 2018\n\nSeorang lelaki yang memandu lori secara berbahaya dan melawan arus di plaza tol Sungai Buaya ditahan.Foto: KosmoHasil siastaan polis mendapati pemandu lori itu tidak mempunyai lesen memandu, mempunyai 64 saman, 36 waran tangkap dan 15 kes mahkamah.Video yang memaparkan kejadian berkenaan turut viral di media sosial.\u00a0Kerajaan akan teliti kenaikan satu gaji tahunan bagi penjawat awam yang diumumkan kerajaan terdahulu.\u00a0Ketua Setiausaha Negara berkata kajian yang mungkin ambil masa dua tahun itu perlu dilakukan dengan mengambil kira kedudukan kewangan ketika ini.Kementerian Pendidikan disaran tubuhkan jawatankuasa khas untuk kaji tahap kenakalan pelajar di sekolah.Foto: UtusanYayasan Pencegahan Jenayah Malaysia berkata kajian itu penting untuk banteras aktiviti jenayah, kesihatan mental dan isu sosial dalam kalangan pelajar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72530", "title": "NIOSH dijemput duduki jawatankuasa kerja baharu mengenai aspek keselamatan sekolah", "body": "\n\u2190 Back to list\nNIOSH dijemput duduki jawatankuasa kerja baharu mengenai aspek keselamatan sekolah\nSep 18, 2017\n\nInstitut Kesihatan Pekerjaan Negara dijemput duduki jawatankuasa kerja baharu mengenai aspek keselamatan sekolah termasuk sekolah tahfiz.Menurut Timbalan Perdana Menteri, ini kerana Kementerian Pendidikan perlu dibantu agensi lain dan tidak boleh bersendirian dalam menangani isu keselamatan pelajar.Jawatankuasa itu ditubuhkan susulan insiden, 23 maut termasuk 21 pelajar dalam kebakaran sebuah Pusat Tahfiz di KL ,minggu lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79884", "title": "Majlis Senator Malaysia tidak setuju bawa masuk BTS ke Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\nMajlis Senator Malaysia tidak setuju bawa masuk BTS ke Malaysia\nMay 09, 2019\n\nFoto - BillboardMajlis Senator Malaysia sebulat suara tidak bersetuju dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan untuk membawa kumpulan Kpop, BTS ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.Presidennya, Datuk Seri Khairudin E.S Abd Samad berkata, cadangan itu dilihat kurang bijak dalam mempromosikan kepelbagaian budaya tempatan termasuklah industri muzik kepada pelancong asing.Foto - Malaysia KiniKatanya, jika Malaysia mahu memperkenalkan negara ini, seharusnya kerajaan mempelbagaikan lagi segalanya daripada penggiat-penggiat tempatan, termasuk artis-artis tempatan.Tambahnya, perkara ini akan dikemukakan terus kepada pihak kementerian yang terlibat, terutamanya Kementerian Belia dan Sukan, dalam masa terdekat.Foto - Astro GempakApril lepas, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmad dilaporkan berkata dengan kedatangan BTS, ia mampu menarik lebih ramai pelancong asing ke negara ini.Malah katanya, ia dilihat sebagai satu pelaburan yang menguntungkan buat negara serta mengubah trend agar Malaysia menjadi pilihan destinasi konsert antarabangsa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70988", "title": "Kes harian COVID-19 tertinggi direkodkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes harian COVID-19 tertinggi direkodkan\nOct 02, 2020\n\nKes harian COVID-19 tertinggi direkodkanFoto - Malaysia DatelineSebanyak 287 kes baru COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di Malaysia.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes itu adalah penularan tempatan dengan Kedah merekodkan jumlah jangkitan tertinggi sebanyak 129 kes diikuti Sabah 113 kes dan Selangor 31 kes.Selain itu katanya, dua kluster baru turut dikesan di Selangor iaitu kluster Seri Anggerik (Hulu Selangor) dan Seri Setia (Gombak).-----MB Negeri Sembilan nafi positif COVID-19Foto - Malay MailMenteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan kononnya beliau telah dimasukkan ke hospital kerana disyaki positif COVID-19.Sebaliknya jelas Aminuddin, beliau disahkan bebas COVID-19 oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dan apa yang ditularkan itu adalah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka.Hari ini tular di aplikasi WhatsApp kononnya Aminuddin telah dimasukkan ke sebuah hospital kerana positif COVID-19.-----Harga petrol naik, diesel turunFoto - RNGGT.COMHarga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan naik tiga sen seliter, manakala diesel turun satu sen seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Oktober ini.Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baru seliter bagi RON95 adalah RM1.71, RON97 (RM2.01) dan diesel (RM1.70).Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72222", "title": "Admin WhatsApp boleh dikenakan tindakan", "body": "\n\u2190 Back to list\nAdmin WhatsApp boleh dikenakan tindakan\nApr 27, 2017\n\nPentadbir atau admin kumpulan WhatsApp boleh dikenakan tindakan undang-undang jika gagal bendung penyebaran maklumat palsu.Ia meliputi penyebaran berita palsu, fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan yang dilarang.Ujar Kementerian Komunikasi dan Multimedia kepada Berita Harian, memang ada peruntukan undang-undang untuk kesalahan itu.Justeru kementerian meminta pentadbir atau admin kumpulan WhatsApp lebih bertanggungjawab mengawal ahlinya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71433", "title": "SPR Akur", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPR Akur\nDec 17, 2020\n\nSPR Akur(Suruhanjaya Pilihan Raya) SPR akur dengan pengisytiharan darurat di Gerik, Perak dan Bugaya, Sabah yang menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) di 2 kawasan itu ditangguhkan.Susulan itu pihaknya menghentikan persiapan mengadakan pilihan raya di 2 kawasan berkenaan yang sepatutnya berlangsung bulan depan.Pengisytiharan darurat tersebut di kawasan itu dianggap langkah terbaik bagi elak penularan pandemik COVID-19 selepas mengambil kira pengalaman daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.Pencarum Sila Waspada!Pencarum KWSP harus waspada terhadap aktiviti penipuan dan sentiasa melindungi maklumat peribadi!Kementerian Kewangan memberi peringatan itu ekoran terdapat iklan-iklan yang dilihat bertujuan mengumpan pencarum mengeluarkan wang simpanan Akaun 1 bagi dilaburkan dalam skim berbaur penipuan.Pencarum juga diingatkan hanya menggunakan saluran rasmi bagi sebarang urusan membabitkan dana persaraan itu khasnya melibatkan program i-Sinar.KKM Sudah DimaklumkanKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil serius kes pemalsuan laporan ujian COVID-19.Ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya akan bekerjasama dengan PDRM bagi melakukan siasatan.Baru-baru ini, doktor sebuah klinik swasta di Selangor buat laporan polis selepas mendapati laporan keputusan ujian COVID-19 melibatkan pekerja syarikat subkontraktor dipalsukan.3 Anak Pergi SerentakSeorang wanita cedera parah manakala 3 anaknya maut apabila kereta dipandunya terlibat dalam nahas di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Ipoh.Indentiti mereka sudah dikenal pasti dan bedah siasat dilapor akan diadakan hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72084", "title": "Perdana Menteri minta pihak yang dakwa pembatalan projek HSR merugikan agar kemuka bukti.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerdana Menteri minta pihak yang dakwa pembatalan projek HSR merugikan agar kemuka bukti.\nMay 30, 2018\n\nPerdana Menteri minta pihak yang dakwa kerajaan akan rugi jika membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi, HSR Kuala Lumpur-Singapura untuk kemuka bukti.Tun Dr Mahathir Mohamad juga menegaskan, keputusan itu diambil sebab ia dilihat tidak beri manfaat kepada Malaysia kerana libat kos yang amat tinggi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72162", "title": "3.7 juta rakyat Malaysia masih belum mendaftar sebagai pemilih, majoritinya belia berusia 21 hingga 30 tahun", "body": "\n\u2190 Back to list\n3.7 juta rakyat Malaysia masih belum mendaftar sebagai pemilih, majoritinya belia berusia 21 hingga 30 tahun\nOct 16, 2017\n\nSPR berkata ada 5 alasan utama mengapa jutaan rakyat Malaysia masih belum mendaftar sebagai pengundi, walaupun PRU14 semakin hampir.Antara alasan tersebut ialah tidak tahu cara mendaftar, sistem pengundian tidak selaras dengan tuntutan agama serta bosan dengan isu-isu politik.Golongan itu juga mengaku lebih suka menyuarakan pendapat di laman sosial disamping merasakan mendaftar sebagai pengundi tiada kepentingan buat mereka.Ketika ini 3.7 juta rakyat masih belum mendaftar sebagai pemilih, majoritinya belia berusia 21 hingga 30 tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70742", "title": "KKM Mahu PKPP Dilanjutkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM Mahu PKPP Dilanjutkan\nAug 24, 2020\n\nKKM Mahu PKPP DilanjutkanKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahu Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempertimbangkan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadual tamat Isnin minggu depan.Ia\u00a0berikutan jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa pandemik COVID -19 akan berlarutan dalam tempoh tidak\u00a0kurang 2 tahun.KKM juga meneruskan pengesanan aktif menerusi aplikasi MySejahtera dan buku rekod pelanggan bagi kenal pasti individu terlibat dengan kluster COVID-19.Premis Makanan Ingkar\u00a0SOP\u00a0Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu\u00a0mengeluarkan hampir 140 kompaun terhadap premis makanan yang tidak patuh SOP PKPP.Antara kesalahan yang banyak dilakukan ialah tidak mengambil rekod suhu badan pekerja dan susun atur meja kurang 2 meter.Penduduk Terenggnu juga diminta tidak pergi ke premis makanan yang tidak patuh SOP, tidak merekodkan nama pengunjung dan tiada penjarakan meja.Bantuan 'One-Off' PENJANA: Ibu Tunggal Masih Boleh MohonIbu tunggal yang permohonannya mendapatkan bantuan 'one off' RM300 ringgit di bawah PENJANA ditolak, boleh mohon semula sehingga 31 Oktober.Sejak permohonan dibuka hanya 25 ribu permohonan diluluskan dan selebihnya ditolak sedangkan sasaran yang ingin dibantu adalah 150 ribu ibu tunggal.Ia disebabkan maklumat tidak lengkap seperti tidak mengemukakan surat perceraian dan dokumen\u00a0kematian suami.Tiada Kompromi Jika Tak Hormat Jalur GemilangKerajaan tidak akan berkompromi dan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang sengaja pasang Jalur Gemilang terbalik.Tegas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shabudin Yahaya, ia bukan sahaja sekadar satu perbuatan tetapi disifatkan pengkhianatan terhadap kedaulatan negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=117635", "title": "Kedah Beralih Ke Fasa 2 PPN, Lembah Klang dan Melaka Masuk Fasa 3.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKedah Beralih Ke Fasa 2 PPN, Lembah Klang dan Melaka Masuk Fasa 3.\nSep 30, 2021\n\n\nKedah Beralih Ke Fasa 2 PPN, Lembah Klang dan Melaka Masuk Fasa 3.\nKedah akhirnya beralih ke Fasa 2 PPN, esok.\nIni bermakna tiada lagi negeri berada di Fasa 1.\nSeluruh Lembah Klang dan Melaka pula akan memasuki Fasa 3.\nKerajaan turut membenarkan kehadiran penonton atau penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi, berkuatkuasa esok.\nSyaratnya, mereka yang hadir mestilah lengkap divaksin dan memakai pelitup muka sepanjang perlawanan.\nSementara itu, sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri termasuk kolej vokasional dibenarkan beroperasi di semua fasa PPN.\nIa selaras dengan pembukaan IPT pada 15 Oktober ini.\n\u00a0\nNilai R-naught Covid-19 turun.\nKadar kebolehjangkitan atau nilai R-naught Covid-19 turun kepada 0.88 kelmarin.\nMenurut Perdana Menteri, jika ia kekal di bawah nilai 1.0, beliau yakin unjuran kes harian akan terus menurun dengan kerjasama rakyat dalam mematuhi SOP.\nKemasukan pesakit Covid-19 ke ICU juga katanya menunjukkan trend penurunan.\n\u00a0\nPelajar yang ditawarkan belajar di luar negara tidak perlu mohon MyTravelPass.\nBermula esok, pelajar baru yang mendapat tawaran ke universiti luar negara bersama dua pengiring dikecualikan daripada memohon MyTravelPass.\nMenurut Jabatan Imigresen, pengecualian sama turut diberikan kepada pelajar lama yang ingin menyambung pelajaran dan menduduki peperiksaan.\nTurut dikecualikan daripada memohon ialah untuk urusan kecemasan seperti kematian dan sakit kritikal, menyertai acara sukan dan misi bantuan kemanusiaan.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71296", "title": "Pasangan Tinggalkan Mayat Bayi Bersama Nota", "body": "\n\u2190 Back to list\nPasangan Tinggalkan Mayat Bayi Bersama Nota\nNov 24, 2020\n\nPasangan Tinggalkan Mayat Bayi Bersama NotaPolis Petaling Jaya menahan sepasang kekasih kerana disyaki meninggalkan mayat bayi mereka di depan sebuah masjid.Mereka dibekas\u00a0selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan.Pasangan berkenaan\u00a0turut meninggalkan sekeping nota bertulisan tangan kepada pihak pengurusan masjid yang kini tular.Dalam nota itu terkandung pengakuan mereka tiada wang dan tidak tahu cara menguruskan mayat anak mereka.Banjir LagiTerengganu kembali dilanda banjir.Hampir 200 mangsa di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun kini berlindung di pusat pemindahan.Hujan berterusan sejak semalam juga menyebabkan 4 sungai di Terengganu melepasi paras bahaya.Layari \u2018infobanjir.water.gov.my\u2019 untuk mengetahui paras air sungai terkini di negeri itu dan negeri lain.5 lagi negeri turut dilanda bencana alam itu sejak beberapa hari lalu iaitu Melaka, Perak, Pahang, Selangor dan Kedah.Melaka dan Perak catat angka tertinggi iaitu masing-masing lebih 300 mangsa.Bincang Batal Acara HiburanMajlis Keselamaatan Negara (MKN) bakal membincangkan keperluan membatalkan acara hiburan di negara ini.Perbincangan tersebut akan dilakukan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia.Ia susulan kes positif COVID-19 melibatkan selebriti tanah air baru-baru ini.UMS Benar Siswa Balik KampungUniversiti Malaysia Sabah (UMS) telah memberi kebenaran kepada penuntutnya termasuk daripada semenanjung dan Sarawak balik kampung.Bagi siswa yang tidak dapat pulang, mereka diberi pelbagai bantuan termasuk makanan dan kaunseling.*foto: IPD PJ, AWANI & Sinar Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72591", "title": "Donald Trump Presiden Amerika Syarikat Ke-45", "body": "\n\u2190 Back to list\nDonald Trump Presiden Amerika Syarikat Ke-45\nNov 09, 2016\n\nDonald Trump mengatasi ramalan dan jangkaan dia akan tewas dalam Pilihan Raya Presiden Amerika.Trump tumpaskan Hillary Clinton dengan memperoleh 289 undian, melebihi paras 270 undi untuk membolehkannya menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-45.Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai pemimpin antarabangsa mengucapkan tahniah kepada taikun hartanah dan bekas bintang realiti TV itu.Sementara itu Bank Negara memaklumkan, pihaknya sedang memantau rapat situasi pasaran saham ekoran keputusan mengejut berkenaan.Pasaran saham dan mata wang dunia turun menjunam hari ini ekoran keputusan yang tidak dijangka itu.Ia turut menyaksikan FBM KLCI merudum 16.2 mata untuk ditutup pada paras 1,647.62 hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71783", "title": "Vape haram di Pahang. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nVape haram di Pahang. \nJan 07, 2016\n\nJawatankuasa Fatwa Pahang putuskan, penggunaan rokok elektronik atau vape bagi orang Islam di negeri itu adalah haram.Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang berkata, ia selaras dengan keputusan mesyuarat jawatankuasa itu, Isnin lalu.Pahang kini jadi negeri ke-7 yang mengharamkan vape ke atas umat Islam selepas Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73158", "title": "Pelaksanaan hukuman mati mandatori akan dimansuhkan!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelaksanaan hukuman mati mandatori akan dimansuhkan!\nOct 11, 2018\n\nPelaksanaan hukuman mati mandatori akan dimansuhkan!Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata Kabinet telah membuat keputusan tersebut bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi.Jelasnya, semua hukuman mati akan ditangguhkan buat masa ini sehingga pemansuhan tersebut berkuatkuasa.Pengundi dinasihatkan rancang masa mengundi, Sabtu ini.Pengundi bagi PRK Port Dickson dinasihatkan supaya rancang masa keluar mengundi ekoran cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.SPR berkata, pihaknya akan pantau keadaan cuaca di Port Dickson bagi memastikan proses pengundian pada Sabtu ini berjalan lancar.Tambah pengerusinya,\u00a0Azhar Azizan keputusan rasmi PRK Port Dickson dijangka diumumkan jam 10 malam, Sabtu ini.3 terbunuh dalam gempa bumi di\u00a0Kepulauan Jawa dan Bali awal pagi tadi.3 terbunuh dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.0 di Kepulauan Jawa dan Bali di Indonesia awal pagi tadi.Indonesia yang seharusnya tamatkan operasi mencari mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi hari ini mungkin akan lanjutkan operasi tersebut di kedua-dua kepulauan itu.Dalam pada itu, Astro dan Maxis derma RM5 juta kepada Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi, untuk bantu kawasan terjejas bangunkan semula sekolah dan komuniti.Orang ramai ingin hulurkan sumbangan kepada tabung berkenaan boleh layari www.nadma.gov.my untuk info lanjut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79767", "title": "Jumlah anggota bomba wanita akan ditambah, Projek Bandar Malaysia diteruskan, Tengku Mahkota Kelantan nikah gadis Sweden", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah anggota bomba wanita akan ditambah, Projek Bandar Malaysia diteruskan, Tengku Mahkota Kelantan nikah gadis Sweden\nApr 20, 2019\n\nFoto - Astro AwaniKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, jumlah anggota bomba wanita akan ditambah sehingga 15 peratus menjelang tahun depan.Ini kerana katanya, daripada kira-kira 140 ribu anggota bomba pada masa ini, hanya lima peratus terdiri daripada golongan wanita atau kira-kira 700 orang.Justeru, kementerian meminta pihak yang merekrut anggota wanita supaya mengkaji semula proses dan ujian fizikal supaya pengambilan golongan itu\u00a0dapat dipermudahkan.Foto - Skyscrapper CityKerajaan akan meneruskan semula projek Bandar Malaysia dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM140 bilion selepas ia ditangguhkan pada Mei 2017.Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yakin ia akan membawa kesan besar kepada pembangunan bandar bagi Malaysia selain menarik pelaburan langsung asing.Bandar Malaysia adalah projek pembangunan berkeluasan 197 hektar di bekas lapangan terbang lama Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi.Foto - BernamaTengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra selamat melangsungkan perkahwinan dengan warga Sweden, Sofie Louise Johansson dalam satu istiadat tertutup di Istana Balai Besar, Kota Bharu malam tadi.Pasangan itu dinikahkan oleh Datuk Aria Diraja yang juga Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad pada 8.35 malam.Istiadat pernikahan itu disusuli majlis persandingan dan jamuan diraja yang dihadiri kerabat terdekat Diraja Kelantan serta kenalan terdekat Dr Tengku Muhammad Faiz Petra.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72962", "title": "Dua sekolah perintis tampung mangsa banjir di Kelantan", "body": "\n\u2190 Back to list\nDua sekolah perintis tampung mangsa banjir di Kelantan\nNov 11, 2017\n\nDua buah sekolah di Rantau Panjang, Kelantan bakal menjadi perintis bagi pusat pemindahan khas mangsa banjir di negeri itu.Menurut Kementerian Pendidikan, ia dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk tempat memasak, bilik mandi dan tandas.Pusat pemindahan berkenaan masing-masing mampu menampung antara 1,500 dan 3,000 mangsa banjir.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71793", "title": "Kotak Hitam Pesawat TUDM Terpaksa Mendarat Cemas Dijumpai", "body": "\n\u2190 Back to list\nKotak Hitam Pesawat TUDM Terpaksa Mendarat Cemas Dijumpai\nFeb 29, 2016\n\nKotak tersebut akan dihantar ke Bandung untuk dianalisa kerana syarikat pembuatan pesawatnya beroperasi di Indonesia.Ketika kejadian Jumaat lalu, 8 anggota TUDM berada dalam pesawat dan kesemuanya selamat.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72689", "title": "Zirus Zika : Johor dan Perak Laksana Langkah Pencegahan", "body": "\n\u2190 Back to list\nZirus Zika : Johor dan Perak Laksana Langkah Pencegahan\nSep 02, 2016\n\nKerajaan Johor laksana 2 strategi utama bagi banteras Zika iaitu pengurangan punca pembiakan Aedes dan pendidikan kesihatan. \u00a0Setiap kenderaan yang keluar masuk Singapura juga akan diarah untuk membuat semburan serangga dalam kenderaan.Menurut kerajaan Johor, langkah itu perlu kerana dianggarkan 200,000 hingga 300,000 rakyat Malaysia dan warga Singapura berulang-alik antara 2 negara setiap hari.Manakala Jabatan Kesihatan Negeri Perak mula melakukan imbasan suhu badan ke atas penumpang yang tiba dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.Ia sebagai langkah mencegah penularan virus Zika, kerana demam merupakan antara 4 gejala utamanya.Setakat ini, Malaysia merekodkan 1 kes jangkitan virus Zika, manakala negara jiran, Singapura sudah mempunyai 151 kes jangkitan.*foto Kementerian Kesihatan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73090", "title": "Proses celup jari ke dalam dakwat kekal akan diperkenalkan pada PRU 14 nanti.", "body": "\n\u2190 Back to list\nProses celup jari ke dalam dakwat kekal akan diperkenalkan pada PRU 14 nanti.\nMar 28, 2018\n\nSPR akan perkenalkan proses celup jari ke dalam dakwat kekal pada PRU 14 nanti berbanding hanya calit sebelum ini.Tegasnya langkah ini dibuat bagi memastikan sistem pilihan raya kendaliannya adalah adalah adil dan telus tanpa menyebelahi mana-mana parti politik.Ini selepas pihaknya terima pelbagai tuduhan mengatakan kononnya berlaku manipulasi terhadap sistem pilihanraya negara ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70607", "title": "Pakai pelitup muka di tempat awam - KKM", "body": "\n\u2190 Back to list\nPakai pelitup muka di tempat awam - KKM\nAug 02, 2020\n\nAmalkan pemakaian pelitup mukaKerajaan ingatkan orang ramai agar amalkan pemakaian pelitup muka selain menjaga kebersihan diri dan amalkan penjarakan fizikal.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian bagi mengelakkan gelombang tsunami COVID-19 yang lebih dahsyat berlaku di Malaysia.Beliau turut maklumkan terdapat 2 jenis pelitup muka yang boleh digunakan bagi mencegah jangkitan wabak tersebut iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.Dalam pada itu, Malaysia kembali catat satu angka untuk jumlah kes positif COVID-19 semalam iaitu 9 kes.Daripada jumlah tersebut 7 daripadanya merupakan kes import dan\u00a02\u00a0penularan tempatan.3 lagi kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kes pulih keseluruhan kepada hampir 8,650 sementara tiada kes kematian baru.---1,500 premis dikompaun kerana gagal patuh SOP1,500 kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik premis di Kuantan, Pahang.Kerajaan negeri berkata ia ekoran premis terlibat gagal patuhi SOP yang ditetapkan kerajaan untuk mengawal penularan COVID-19.Antara kesalahan yang dilakukan termasuk tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak mencatat maklumat kemasukan pelanggan.Dalam pada itu, 26 individu dikenakan kompaun seribu ringgit seorang kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah pantai di Kota Tinggi, Johor.Terdahulu, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang berkuatkuasa mulai semalam.---Jumlah kerusi dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri Sabah meningkatSebanyak 73 kerusi bakal dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri Sabah!Menurut SPR, ia menyaksikan peningkatan jumlah kerusi berbanding hanya 60 pada pilihanraya lalu.Sabah akan adakan pilihanraya dalam tempoh 60 hari bermula Khamis lalu apabila Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Shapie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri.Ianya ekoran bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa miliki majoriti mudah untuk bentuk kerajaan negeri yang baru.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72717", "title": "Pemilik Kenderaan Dinasihat Dapatkan Sebut Harga Daripada Bengkel", "body": "\n\u2190 Back to list\nPemilik Kenderaan Dinasihat Dapatkan Sebut Harga Daripada Bengkel\nSep 20, 2016\n\nTribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) menasihatkan pemilik kenderaan dapatkan sebut harga daripada pengusaha bengkel sebelum kenderaan mereka dibaiki.Pemilik juga berhak mendapatkan penjelasan terperinci berkaitan komponen yang telah ditukar sama ada ia tulen, baharu, terpakai atau dikitar semula.Menurut tribunal, tindakan itu bagi menjaga hak pemilik kenderaan sebagai pengguna sekaligus mengelak menjadi mangsa penipuan pemilik bengkel.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71522", "title": "KPDNHEP belum temui syarikat kartel daging", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPDNHEP belum temui syarikat kartel daging\nJan 02, 2021\n\nKPDNHEP belum temui syarikat kartel dagingFoto - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal PenggunaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna belum lagi menemui pembabitan kartel, dalam siasatan pemalsuan cop dagangan atau logo halal membabitkan pengimport daging sejuk beku ke negara ini.Berdasarkan siasatan KPDNHEP, sehingga kini hanya sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku disyaki terbabit dalam pemalsuan logo halal dan bakal didakwa dalam masa terdekat ini.Namun, syarikat itu dipercayai bukanlah rangkaian kartel berikutan berdasarkan rekod pada 2020 hanya dua kali saja transaksi bekalan ditempah masuk atau diimport dari luar yang dilakukan mereka.-----Agong, Permaisuri zahir dukacita kemalangan timpa pelajar Malaysia di LondonFoto - Istana NegaraYang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan rasa sedih atas kemalangan yang menimpa pelajar Malaysia, Nur Izzah Mohd Shokri di Manchester, England, Isnin lepas.Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua mendoakan semoga Nur Izzah dikurniakan kesembuhan dengan segera dan kembali pulih seperti sedia kala.Pelajar tahun pertama jurusan perakaunan dan kewangan di Universiti Manchester itu kini berada dalam keadaan koma dan sedang mendapat rawatan di Salford Royal Hospital selepas jalani pembedahan.-----Jangan berkumpul di tepi pantai!Foto - Cerita MayaPolis Terengganu ingatkan orang ramai supaya tidak berkumpul di pantai untuk melihat fenomena air pasang besar.Ini kerana kerana keadaan ombak yang kuat dan tinggi boleh berlaku secara tidak dijangka dan mengancam keselamatan.Jabatan Meteorologi meramalkan angin kencang dengan ombak besar berlarutan sehingga Rabu depan terutama di Kuala Terengganu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94641", "title": "Jenazah Adik Amir Dituntut Keluarga Kandung", "body": "\n\u2190 Back to list\nJenazah Adik Amir Dituntut Keluarga Kandung\nFeb 01, 2021\n\nJenazah Adik Amir Dituntut Keluarga KandungJenazah adik Amir, 7 tahun yang disyaki maut akibat didera sudah dituntut keluarga kandung.Kosmo melaporkan, Allahyarham dikebumikan di Melaka hari ini.Keluarga angkat yang memohon untuk menuntut jenazah turut dibenarkan menguruskan jenazah.Allahyarham dijaga sejak kecil oleh keluarga angkat sebelum diambil semula keluarga kandung beberapa bulan lalu.Terdahulu polis Melaka mengesahkan terdapat beberapa luka dan kesan kecederaan pada mayat.Ibu kandung dan bapa tiri mangsa kini direman untuk siasatan.Deraf Sudah DiserahDeraf cadangan menaikkan kompaun ingkar SOP mencegah COVID-19 sudah diserah kepada Peguam Negara.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) , langkah itu mengambil kira situasi semasa pandemik tersebut.Semalam 5,298 kes baru dilaporkan menyaksikan kes harian kekal melebihi 5 ribu untuk 3 hari berturut-turut.Jelas KKM, ia disebabkan pelaporan lewat kes-kes positif termasuk dari tahun lalu.Namun semalam juga, Malaysia mencatatkan kes sembuh harian tertinggi iaitu 4,522.Telefon Bimbit MB Digodam?Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan telefon bimbitnya dipercayai digodam sejak awal pagi ini.Beliau akan membuat laporan polis untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78911", "title": "50 maut, 80 yang lain cedera dalam letupan di Kabul.", "body": "\n\u2190 Back to list\n50 maut, 80 yang lain cedera dalam letupan di Kabul.\nNov 21, 2018\n\nLetupan di Kabul akibatkan 50 maut!Foto - Astro Awani50 orang terbunuh manakala 80 lagi cedera dalam satu letupan di ibu negara Afganistan, Kabul.Serangan itu menyasarkan perhimpunan Majlis Ulama di sebuah dewan perkahwinan sempena sambutan Maulidur Rasul.\u00a0Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas insiden berani mati itu.Serangan itu merupakan antara yang paling dahsyat menimpa Kabul sejak beberapa bulan lalu.---Perhimpunan bantah ICERD dibenar selagi patuh undang-undangFoto - Astro AwaniPerhimpunan bantah cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum, ICERD boleh diadakan.Kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan tiada halangan asalkan ia mematuhi undang-undang.Tan Sri Muhyiddin juga menasihatkan tiada sebarang provokasi dilakukan semasa perhimpunan itu yang dijadual berlangsung pada 8 Disember nanti.Perhimpunan raksasa diberitakan akan melibatkan Ahli PAS dan UMNO.---Video viral marah promoter arak, lelaki minta maafLelaki yang berkelakuan biadap ke atas seorang gadis promoter minuman keras di sebuah pasar raya akhirnya tampil mohon maaf.Dia memaklumkan kesal akan perbuatannya dan akan bertemu sendiri dengan mangsa untuk mohon maaf secara peribadi.Rakaman kejadian dimuat naik sendiri oleh lelaki tersebut baru-baru ini yang kemudian menjadi viral dan mendapat kecaman orang ramai.Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pendidikan minta orang ramai berhenti sebar gambar anak suspek sebab ia boleh cetus isu keselamatan termasuk mungkin jadi mangsa buli di sekolah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72764", "title": "Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar Mungkin diadakan Sebelum Ramadan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar Mungkin diadakan Sebelum Ramadan\nMay 09, 2016\n\nIa susulan kematian Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sarawak, minggu lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71837", "title": "Kira-kira 100 kamera AES akan dipasang tahun depan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKira-kira 100 kamera AES akan dipasang tahun depan\nJun 28, 2017\n\nKira-kira 100 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik atau AES akan dipasang di lokasi strategik di seluruh negara, tahun depan.Kementerian Pengangkutan berkata ia selaras dengan matlamat untuk kurangkan 50 peratus kadar kemalangan menjelang 2020Tambahnya, ketika ini, kira-kira 50 AES sudah dipasang di seluruh negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81369", "title": "Tiada anak bekas menteri ditahan - KPN", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada anak bekas menteri ditahan - KPN\nMar 14, 2020\n\nTiada anak bekas menteri ditahanFoto - Berita HarianLaporan berhubung seorang anak lelaki seorang bekas menteri kanan yang ditahan di Singapura kerana membawa masuk wang kira-kira RM2 juta ke negara itu adalah tidak benar.Malah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan BERNAMA, pihaknya tidak mada menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.Sebuah portal memetik laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa kejadian itu membabitkan anak kepada seorang \u2018pemimpin kanan Pakatan Harapan\u2019.-----Jumlah pesakit COVID-19 naik mendadakFoto - Harian MetroJumlah terkumpul kes positif COVID-19 di negara ini meningkat kepada 197 apabila 39 lagi kes baru direkodkan semalam.Menurut Kementerian Kesihatan, 38 daripadanya dikesan dalam kalangan\u00a0Pesakit Dalam Siasatan manakala satu kes dari kalangan kontak rapat.Ini merupakan pertambahan tertinggi direkodkan dalam sehari sejak wabak tersebut mula dikesan di negara ini.-----Tiada klinik kesihatan sekitar Seremban ditutup akibat COVID-19Foto - Google Street ViewTiada klinik kesihatan ditutup di sekitar Seremban disebabkan kes COVID-19 seperti ditularkan di media sosial Facebook dan WhatsApp, sejak Khamis lalu,Pemangku Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohammad Faid Abd Rashid menjelaskan, semua klinik kesihatan di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa.Namun katanya, terdapat klinik kesihatan di sekitar Seremban terlibat dengan aktiviti persampelan bagi penyakit yang disyaki COVID-19.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=101670", "title": "Fasa 1 PICK Hampir Berjaya!", "body": "\n\u2190 Back to list\nFasa 1 PICK Hampir Berjaya!\nMar 22, 2021\n\nFasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai kemajuan lebih 80 peratus.\nLebih 400,000 individu majoritinya petugas barisan hadapan sudah menerima suntikan vaksin itu.\nJusteru sasaran untuk memvaksin sekurang-kurangnya setengah juta petugas barisan hadapan menjelang bulan depan hampir mencapai matlamat.\n\nSetakat ini juga, bilangan yang mendaftar untuk menerima vaksin mencecah 6.1 juta orang.\nBagaimanapun Berita Harian melaporkan, pendaftaran semakin perlahan.\nIa hanya mencatatkan peningkatan hampir 10 peratus atau 550,000 individu dalam tempoh 7 hari terkini.\nIa ketara jauh lebih rendah berbanding peningkatan pendaftaran lebih 69 peratus atau lebih 2.2 juta orang dalam tempoh seminggu sebelumnya.\n\u00a0\nTetap Patuh SOP Walaupun Kes Makin Turun\nHampir 3,200 kes COVID-19 akibat aktiviti rentas negeri dicatatkan sejak Januari lalu.\nJelas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes dan kluster rentas negeri mengakibatkan penularan jangkitan kepada kawasan zon hijau.\n\nMalah aktiviti seperti pulang ke kampung juga meningkatkan risiko jangkitan kepada golongan rentan seperti warga emas dan kanak-kanak.\nJusteru kementerian minta semua untuk terus mematuhi SOP walaupun kes COVID-19 menunjukkan trend penurunan.\nIa termasuklah akur larangan rentas negeri kecuali jika ada urusan penting dan mendapat kebenaran pihak berkuasa.\n\u00a0\nTempoh Pengecualian Pembaharuan Cukai Jalan Jenderaan Mungkin Dilanjutkan\nKementerian Pengangkutan (MOT) bercadang melanjutkan tempoh pengecualian pembaharuan cukai jalan kenderaan persendirian selama 2 bulan lagi.\n\nNamun pemilik perlu pastikan kenderaan memiliki insurans yang sah sebagai persediaan jika kenderaan rosak atau terlibat dalam nahas.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80682", "title": "Belanjawan 2020 dibentangkan hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBelanjawan 2020 dibentangkan hari ini.\nOct 11, 2019\n\nGabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia, FOMCA minta agar Belanjawan 2020 tidak meminggirkan golongan pertengahan, M40.Ini kerana\u00a0ada sebahagiannya yang tergolong dalam kategori miskin bandar tersepit dengan kos sara hidup yang tinggi.Pihaknya juga harap agar isu kos sara hidup rakyat jadi keutamaan dalam Belanjawan kali ini.Belanjawan 2020 akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini.SPR dan JPN tubuh jawatankuasa petugas khas.SPR dan JPN tubuh jawatankuasa petugas khas berhubung pelaksanaan umur pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.Jawatankuasa itu bertindak menyelaraskan maklumat warganegara dan perkara lain yang berkaitan.Mereka juga rancang adakan kempen secara besar-besaran bagi galak warganegara kemas kini alamat tetap terkini di JPN.Awasi pergerakan kanak-kanak supaya jauhi kawasan sekitar sistem kumbahan!Itu gesaan Indah Water Konsortium kepada orang ramai agar kes kanak-kanak maut akibat terjatuh ke dalam lubang kumbahan tidak berulang.Pemilik premis juga disaran agar periksa keadaan tangki seperti struktur penutup logam agar sentiasa berada dalam keadaan baik.Semalam, seorang anak-kanak 5 tahun mati lemas dalam lubang kumbahan di rumah neneknya di Kuantan, Pahang.Insiden sama berlaku Selasa lalu, yang meragut nyawa seorang budak lelaki 3 tahun di sebuah kuarters Balai Polis di Ipoh, Perak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71914", "title": "'Keliling Dunia' Taruhan Baru Altimet ", "body": "\n\u2190 Back to list\n'Keliling Dunia' Taruhan Baru Altimet \nAug 12, 2017\n\nPenyanyi Altimet lancarkan single terbarunya yang berjudul Keliling Dunia ciptaan Navin D\u2019Navigator.Lagu yang berentak rancak dan jazzy dirakam secara langsung bersama alat-alat muzik yang dimainkan oleh ahli kumpulan The Kawan.Keliling Dunia boleh didapati di semua platform digital.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73159", "title": "Datuk Seri Najib Razak minta pembantunya buat laporan terhadap dirinya sendiri.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Najib Razak minta pembantunya buat laporan terhadap dirinya sendiri.\nOct 12, 2018\n\nDatuk Seri Najib Razak minta pembantunya buat laporan terhadap dirinya bagi membolehkan polis siasat dakwaan kes bunuh yang sering dikaitkan dengan beliau!Antara kes yang dikaitkan dengan bekas PM itu adalah kes bunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.Kelantan dan Terengganu diramal hadapi\u00a04 hingga 6 siri hujan lebat.Monsun Timur Laut yang membawa musim tengkujuh dijangka menyebabkan 4 hingga 6 siri hujan lebat.Ia dimulai dengan Kelantan dan Terengganu bulan depan, sebelum ke Pahang dan Johor pada Disember, dan dijangka berakhir di Sabah dan Sarawak.Jabatan Meteorologi juga menggalakkan orang ramai muat turun aplikasi MyCuaca agar sentiasa dapat maklumat terkini cuaca di seluruh negara.Jumlah kes keracunan laksa terus meningkat.Jumlah kes keracunan dipercayai selepas makan laksa yang dibeli dari sebuah gerai di Baling, Kedah meningkat.Menurut Kementerian Kesihatan, angka yang dirawat kini 80 orang selepas 19 kes baru direkodkan membabitkan Kedah, Perak dan Selangor selain 2 kematian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79364", "title": "Lelaki Juga Alami Gangguan Seksual Di Tempat Kerja", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki Juga Alami Gangguan Seksual Di Tempat Kerja\nFeb 14, 2019\n\nKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kaum lelaki turut menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja.Dedahnya, daripada lebih 1,200 kes yang dilaporkan dari 2013 \u00a0hingga 2017, hampir 260 melibatkan mangsa kaum lelaki.Kementerian turut percaya angka sebenar adalah lebih tinggi, kerana kebanyakan kes tidak dilaporkan disebabkan rasa malu.\u00a0MB Johor Akui Belajar Di UPM Tapi Tak HabisMenteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata beliau pernah mengikuti Pengajian di Kolej Pertanian Malaya, sebelum ia dinaik taraf kepada UPM.Namun, beliau tidak menamatkan pengajianOleh itu, Datuk Osman arahkan semua maklumat berkaitan kelulusan itu dipadam serta merta daripada mana-mana laman web rasmi.Ceti Haram Guna Taktik Baru!Along atau ceti haram kini dikatakan gunakan taktik baru untuk ugut peminjam, iaitu dengan menyebarkan gambar lucah yang disunting dengan wajah mereka.Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkata setakat ini, pihaknya telah menerima 10 aduan kes seperti itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81555", "title": "Kompaun Ingkar PKP Kekal", "body": "\n\u2190 Back to list\nKompaun Ingkar PKP Kekal\nApr 13, 2020\n\nKompaun Ingkar PKP Tak NaikNilai kompaun bagi individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kekal RM1,000.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah kompaun itu berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.Jelas beliau, akta tersebut perlu dipinda jika kadar kompaun ingin dinaikkan.Bagaimanapun, polis diberi pilihan sama ada mahu mengenakan denda atau membawa kes ke mahkamah.Sementara itu di Sabak Bernam, Selangor, 6 sekeluarga dikompaun RM1,000 seorang gara-gara melanggar PKP apabila keluar bersama ke pasar raya.Manakala di Pahang, polis nafi pihaknya ada berkunjung ke sebuah pasar raya di Raub dan umum kononnya individu yang tidak pakai penutup hidung dan mulut akan didenda RM1,000.Belum Ada Bukti Saintifik Terowong Sanitasi BerkesanBelum ada bukti saintifik atau klinikal menunjukkan keberkesanan terowong sanitasi.Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengenal pasti Pusat Kajian Klinikal (CRC) dan Kajian Klinikal Malaysia (CRM) untuk mengkaji keberkesanannya.Beberapa negara dilapor telah menggunakan terowong berkenaan antaranya Turki dan China yang dikatakan mampu hapus sehingga 99 peratus virus.Di Malaysia pula beberapa pihak dan premis mula mengambil langkah sama.Sementara itu, Pasar Besar Machang jadi pasar basah pertama di Kelantan mempunyai terowong sanitasi berkenaan untuk kegunaan orang ramai.Menurut kerajaan negeri, ia akan diperluaskan ke kawasan-kawasan tumpuan ramai seperti pasar borong dan pasar rayaPenuntut Universiti &\u00a0IPT Diminta Tetap Berada di Asrama\u00a0Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) minta penuntut universiti dan IPT terus kekal di asrama masing-masing sehingga arahan baru dikeluarkan.Ini kerana ketika ini pihaknya masih memperhalusi cadangan membenarkan penuntut yang masih tinggal di asrama dan kampus untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.Ia termasuk mengambil kira pergerakan penuntut secara beramai-ramai akan membawa risiko penularan semula COVID-19 yang telah mula menunjukkan tanda pengurangan.KPT juga yakin semua penuntut terlibat memahami kerajaan sedang berhadapan dengan saat getir dalam menangani pandemik global berkenaan.Ketika ini, hampir 80,000 penuntut berada di kampus masing-masing susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71718", "title": "SKMM tahan 2 lelaki yang disyaki memuat naik kandungan jelik di media sosial", "body": "\n\u2190 Back to list\nSKMM tahan 2 lelaki yang disyaki memuat naik kandungan jelik di media sosial\nFeb 05, 2016\n\nSeorang suspek ditahan di Kota Bharu, manakala seorang lagi suspek ditahan di Alor Setar.Peralatan komunikasi milik kedua-dua suspek juga telah disita bagi membantu siasatan.SKMM turut mengingatkan, kesalahan tersebut boleh dikenakan denda hingga RM50,000 atau penjara hingga setahun, atau kedua-duanya sekali.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71412", "title": "Bahana COVID-19: 700,000 Kini Menganggur", "body": "\n\u2190 Back to list\nBahana COVID-19: 700,000 Kini Menganggur\nDec 14, 2020\n\nBahana COVID-19: 700,000 Kini Menganggur700,000 orang atau 5.6 peratus penduduk Malaysia kini menganggur, berbanding hanya 3 peratus tahun lalu.Justeru ujar Perdana Menteri, kerajaan kini berusaha mewujudkan setengah juta peluang pekerjaan menerusi Majlis Pekerjaan Negara (MPN) walaupun berhadapan keadaan ekonomi yang sukar.Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memaklumkan, langkah kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah bertujuan merancakkan kembali aktiviti ekonomi.Sehubungan itu juga beliau sudah mengarahkan bekalan vaksin COVID-19 segera ditambah sehingga 70 peratus daripada keseluruhan populasi negara.Tan Sri Muhyiddin berkata, penambahan vaksin berkenaan adalah atas nasihat dan saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Beliau turut mengarahkan bekalan vaksin tersebut yang dijangka tiba Mac nanti dihantar lebih awal.*foto: AWANI (sekadar hiasan)Tempoh Kuarantin DipendekkanBermula hari ini tempoh kuarantin individu yang tiba dari luar negara dan kontak rapat pesakit COVID-19 dikurangkan daripada 14 kepada 10 hari.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian di pusat kuarantin yang diwartakan atau di kediaman.Ia berikutan semakan terkini yang mendapati bahawa risiko jangkitan pasca-kuarantin berkurangan mengikut tempoh masa kuarantin.Antara negara yang telah memendekkkan tempoh kuarantin ialah United Kingdom, Jerman dan Belgium.Sementara itu, kes baru COVID-19 kekal 4 angka iaitu 1,229 kes dan Selangor masih mencatatkan angka tertinggi iaitu 435 kes.4 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah korban virus tersebut meningkat kepada 415.6 kluster baru turut dikesan antaranya Kluster Lestari di Lembah Klang dan Kluster Kuala di Pahang.MUIS Keluar PanduanMajlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah mengeluarkan panduan agama mengenai penggunaan vaksin COVID-19 bagi masyarakat Islam di republik itu.MUIS berpendirian bahawa penggunaan vaksin tersebut dibenarkan dan menasihatkan masyarakat Islam negara itu mendapatkanya sebaik ia disahkan selamat dan berkesan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=110104", "title": "Malaysia Di Landasan Tepat Untuk Capai Imuniti Kelompok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Di Landasan Tepat Untuk Capai Imuniti Kelompok.\nJul 12, 2021\n\n\nRakyat Malaysia dijangka dapat kembali kepada kehidupan normal tidak lama lagi.\nJelas Timbalan Perdana Menteri, ini kerana Malaysia berada di landasan yang tepat untuk capai imuniti kelompok dalam masa terdekat.\nIa susulan kemajuan kadar vaksinasi harian negara kini melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia.\nMalaysia catatkan lebih 250,000 dos suntikan sehari secara konsisten sejak akhir-akhir ini.\n\u00a0\nKes harian Covid-19 meningkat kerana ujian saringan besar-besaran di kawasan PKPD.\nUjian saringan besar-besaran dan bersasar di kebanyakan kawasan PKPD antara penyebab berlakunya peningkatan kes Covid-19.\nJelas Timbalan Perdana Menteri, peningkatan kes sudah dijangka apabila PKPD dilaksanakan di beberapa kawasan di Selangor dan KL.\nKes harian Covid-19 kekal di paras 9,000 buat hari ketiga berturut-turut apabila 9,105 kes direkodkan semalam.\n\u00a0\nSekumpulan remaja dikompaun langgar SOP.\nSekumpulan remaja didenda RM5,000 seorang kerana langgar SOP rentas negeri.\nMereka didapati merentas negeri dari Gemas, Negeri Sembilan ke Melaka hanya untuk menyambut hari jadi rakannya.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=121667", "title": "Peningkatan Semula Kluster Pendidikan Tidak Boleh Dipandang Ringan!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeningkatan Semula Kluster Pendidikan Tidak Boleh Dipandang Ringan!\nDec 07, 2021\n\n\nPeningkatan semula kluster Pendidikan tidak boleh dipandang ringan!\nMenurut Ketua Pengarah Kesihatan, pematuhan SOP oleh setiap individu amat penting bagi elak penularan Covid-19 di sekolah seterusnya dalam kalangan keluarga dan komuniti.\nData KKM menunjukkan terdapat pertambahan 16 kluster baru membabitkan institusi pendidikan, iaitu 12 daripadanya berlaku di sekolah menengah dan IPT.\n\u00a0\nKerajaan sumbangkan vaksin Covid-19 kepada Bangladesh dan Laos.\nMalaysia akan menyumbangkan lebih setengah juta dos vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca kepada Bangladesh dan Laos.\nMenurut Menteri Kesihatan, ia bagi membantu kedua-dua negara itu yang masih mencatatkan kadar vaksinasi rendah.\nKhairy Jamaluddin turut beri jaminan sumbangan itu tidak menjejaskan stok bekalan vaksin sedia ada untuk rakyat di negara ini.\n\u00a0\nKerajaan Pahang bakal memperkenalkan Kad Pelajar Kebanggaan Pahang.\nIa akan diberikan kepada semua ketua isi rumah daripada kumpulan B40 dan M40 yang mempunyai anak yang masih bersekolah.\nPemegang kad itu akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus ke atas setiap perbelanjaan keperluan persekolahan termasuk buku dan pakaian sekolah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72612", "title": "Kanser sumbang sebanyak 13.56 peratus kematian di Malaysia, tahun lepas", "body": "\n\u2190 Back to list\nKanser sumbang sebanyak 13.56 peratus kematian di Malaysia, tahun lepas\nNov 26, 2016\n\nKetua Pengarah Kesihatan berkata, kanser menyumbang sebanyak 13.56 peratus kematian di Malaysia, tahun lepas.Ia merupakan penyebab ketiga kematian di negara ini selepas penyakit pada sistem pernafasan dan sistem peredaran.Dari tahun 2007 hingga 2011, seramai 103,507 kes kanser baharu didiagnosis di Malaysia dengan 54.8 peratus daripadanya adalah golongan wanita.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81107", "title": " JPJ Akan Lancarkan Sistem Ujian Memandu E-Testing ", "body": "\n\u2190 Back to list\n JPJ Akan Lancarkan Sistem Ujian Memandu E-Testing \nJan 23, 2020\n\nJabatan Pengangkutan Jalan akan lancarkan sistem ujian memandu secara berkomputer atau e-testing di seluruh negara selewat-lewatnya Jun ini.Menerusi sistem itu, pegawai JPJ akan berada dalam bilik kawalan khas untuk memantau dan memberi arahan kepada calon yang berseorangan di dalam kereta.Tiga institut memandu di Johor telah dipilih sebagai projek rintis pelaksanaan sistem berkenaan.\u00a0Dalam perkembangan lain, JPJ maklumkan hanya pemandu kenderaan bercermin gelap tidak mengikut spesifikasi sahaja akan disaman.Manakala pemilik akan diberikan notis membawa kenderaan itu untuk diperiksa di JPJ dalam tempoh 10 hari.Hentikan Spekulasi Insiden Di Jalan Kebun Shah Alam\u00a0\u00a0Polis minta orang ramai tidak cetuskan spekulasi berhubung insiden viral, sebuah pacuan empat roda merempuh dua motosikal di Jalan Kebun Shah Alam.Ini selepas ada segelintir pihak mendakwa pemandu terbabit dipercayai mabuk sehingga menyebabkan seorang maut dalam kejadian itu.Dalam pada itu, polis maklumkan pemandu pacuan empat roda itu telah ditahan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=111146", "title": "Belum Mula Lagi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBelum Mula Lagi.\nJul 23, 2021\n\n\nTiada janji temu vaksinasi COVID-19 diberi kepada remaja berusia 17 tahun ke bawah termasuk calon SPM dalam masa terdekat.\nJelas Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) buat masa ini golongan itu tidak diberi vaksin meskipun pendaftaran sudah boleh dibuat melalui MySejahtera.\nNamun vaksinasi bagi pelajar tahun peperiksaan yang telah mencapai atau akan memasuki usia 18 tahun contohnya calon STPM dan STAM diteruskan mengikut jadual janji temu.\nKetika ini, keutamaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah kepada usaha untuk menjayakan Fasa 2 dan 3.\n\u00a0\nSegera Mohon\nAgensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah menyalurkan sejumlah lebih RM6 juta di bawah Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19.\nWang ihsan RM5,000 itu disalurkan kepada lebih 1,200 waris pesakit COVID-19 yang meninggal dunia.\nNadma berharap bantuan itu sedikit sebanyak meringankan beban waris untuk meneruskan kehidupan.\nPihaknya juga gesa waris segera buat permohonan tuntutan wang ihsan berkenaan.\nIni kerana bantuan tersebut tidak dapat disalurkan jika tiada permohonan dibuat.\n\u00a0\nKerajaan Bela Nasib Yatim Piatu Akibat COVID-19 \nTimbalan Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti kes kematian pasangan suami isteri akibat COVID-19.\nUjar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan kebajikan anak-anak mereka terjamin.\nBeliau memaklumkan demikian ketika melawat 8 beradik yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 di Rawang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81224", "title": "DBP: Tahap Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Generasi Muda Membimbangkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDBP: Tahap Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Generasi Muda Membimbangkan.\nFeb 21, 2020\n\nTahap penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda agak membimbangkan.Jelas Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa Dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka, ia ekoran trend penggunaan bahasa rojak yang berpunca daripada pengaruh ICT.\" Contohnya, penggunaan pesanan ringkas menyebabkan kita secara tak langsung mencipta bahasa percakapan yang ringkas menyebabkan berleluasanya penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk\"Dalam pada itu, menurut Dr Hazami Jahari, usaha kerajaan dalam memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di peringkat sekolah dan IPTA setakat ini sudah memadai.Foto: Dr Hazami Bin Jahari\u00a0 (Facebook DBP)Jelasnya, apa yang perlu dititikberatkan adalah aspek cinta terhadap bahasa kebangsaan.\" Soal kecintaan tu kita perlu semai dari awal lagi, dalam pengajaran bahasa dan pengajaran ilmu di sekolah, aspek kecintaan itu patut diutamakan bukan setakat mengajar untuk pandai, tapi mengajar untuk mencintai bahasa\"Hari ini ialah Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa dengan tema Mempromosi Keterangkuman dan Pendidikan Bahasa Ibunda.UNESCO menetapkan 21 Februari setiap tahun sebagai Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa.Ia bagi memperingati sebilangan penuntut universiti Bangladesh yang dibunuh oleh polis Pakistan ketika sertai Gerakan Bahasa pada tahun 1952.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79785", "title": "Jenayah seksual terhadap kanak-kanak terus meningkat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJenayah seksual terhadap kanak-kanak terus meningkat.\nApr 23, 2019\n\nJenayah seksual terhadap kanak-kanak terus meningkat.Menurut Kementerian Kesihatan, hampir 2 pertiga daripada 3,300 kes dera yang dirujuk ke hospital kerajaan tahun lalu melibatkan kes penderaan seksual kanak-kanak.Majoriti mangsa pula adalah kanak-kanak perempuan dan lebih menyedihkan pelaku adalah orang yang dikenali mangsa.Kemudahan internet mungkin akan disenaraikan sebagai perkhidmatan utiliti tidak lama lagi!Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia, ini kerana internet kini sama pentingnya dengan bekalan air dan elektrik.Justeru, pengkelasannya sebagai perkhidmatan utiliti akan meningkatkan kadar penembusan internet di seluruh negara.Hampir separuh pusat tahfiz berdaftar berdepan risiko kebakaran.Hampir 500 daripada kira-kira 1,200 pusat tahfiz berdaftar di seluruh negara dikategorikan berdepan risiko kebakaran.Antara aspek tidak dipatuhi pusat tahfiz itu ialah jumlah pelajar terlalu ramai dan susun atur perabot menghalang laluan keluar dan menyukarkan operasi menyelamat.Justeru Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan beri masa 3 bulan kepada premis terbabit sebelum bomba melakukan pemeriksaan buat kali kedua.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71665", "title": "Kerajaan tubuh Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan tubuh Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA\nDec 31, 2015\n\nTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang akan bertindak sebagai penyelaras kepada agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana termasuk banjir.Ahmad Zahid berkata agensi tersebut yang kali pertama beroperasi musim banjir kali ini bukan untuk mengambil alih peranan agensi berkenaan, namun ia diwujudkan untuk memastikan segala bantuan mangsa banjir dapat disalurkan dengan lebih efektif dan tersusun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=149507", "title": "Tiada penalti jika tampil buat pengakuan cukai - LHDN", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada penalti jika tampil buat pengakuan cukai - LHDN\nApr 06, 2023\n\n\nTiada penalti jika tampil buat pengakuan cukai - LHDN\nTiada sebarang penalti dikenakan kepada individu yang buat pengakuan cukai menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela.\nJelas LHDN, inisiatif itu hanya bertujuan agar individu buat pengakuan percukaian masing-masing.\nMalah agensi itu juga jamin tidak akan buka lagi rekod tahun-tahun terdahulu untuk diaudit.\nLHDN juga anggar kira-kira 50,000 pembayar cukai baru atau sedia ada tampil buat pengakuan secara sukarela melalui program itu yang akan bermula Jun ini hingga hingga Mei tahun depan.\n\u00a0\nCukai barangan mewah bukan ganti GST\nCukai barangan mewah yang akan diperkenalkan nanti bukan alternatif kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST!\nKementerian Kewangan juga sedang memperhalusi cadangan pelaksanaan cukai itu termasuk jenis barang yang dikategorikan sebagai barangan mewah.\n\u00a0\nIbu bapa dan cikgu bimbang anak bebas beli vape \u2013 CAP\nPersatuan Pengguna Pulau Pinang, CAP memaklumkan ibu bapa dan guru luah rasa resah berikutan anak dan pelajar mereka bebas beli produk vape mengandungi nikotin di pasaran.\nMenurut CAP, pihaknya terima lebih 10 aduan selepas kerajaan mengeluarkan nikotin yang digunakan dalam gel dan cecair untuk e-rokok dan vape daripada senarai bahan terlarang.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72177", "title": "Lelaki diburu lekat bom di kereta bekas kekasih", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki diburu lekat bom di kereta bekas kekasih\nJul 10, 2017\n\nPolis Selangor buru seorang lelaki ekoran penemuan bom yang dilekatkan pada kereta bekas kekasihnya di Klang.Bom berkenaan berjaya dimusnahkan unit pemusnah bom PDRM selepas mangsa menyedari ada bunyi asing semasa memandu.Suspek dilapor menghasilkan bom tersebut selepas belajar daripada internet.(gambar sekadar hiasan)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72076", "title": "Majlis Peguam jelaskan rasional tindakan PM memberi cuti kepada Peguam Negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMajlis Peguam jelaskan rasional tindakan PM memberi cuti kepada Peguam Negara.\nMay 18, 2018\n\nMajlis Peguam jelaskan rasional tindakan PM meletakkan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali dalam keadaan bercuti.Presiden Majlis Peguam, George Varughese berkata, Tan Sri Apandi tidak boleh digantung tugas kerana beliau hanya dituduh, bukan berdepan kes mahkamah.Jika ada bukti kukuh salah laku, kerajaan berhak menasihatkan Yang diPertuan Agong agar menamatkan khidmat Peguam Negara.Namun, tindakan tersebut hanya boleh dilakukan selepas kerajaan dibentuk.George juga memaklumkan, buat masa ini semua tugas Peguam Negara dipangku Peguam Cara Negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94686", "title": "Tan Sri Isa Samad bersalah!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTan Sri Isa Samad bersalah!\nFeb 03, 2021\n\nTan Sri Isa Samad bersalah!Foto - The StarTan Sri Mohd Isa Abdul Samad dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta selepas didapati bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah.Bekas Pengerusi Felda itu didapaati bersalah menerim rasuah berjumlah RM3.09 juta berkaitan pembelian hotel di Kuching, Sarawak, tujuh tahun lalu.Mahkamah dalam pada itu membenarkan permohonan Tan Sri Isa untuk tangguh pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.-----Bekas Pengerusi MARA Inc bakal didakwaFoto - Berita HarianBekas pengerusi MARA Incorporated ditahan SPRM diyaski menerima rasuah RM33.45 juta berhubung pembelian kontroversi hartanah di Australia.\u00a0Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan penahanan bekas pengerusi berusia 65 tahun itu di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, tengah hari tadi.Difahamkan, suspek yang menghadapi 22 pertuduhan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Rasuah Kuala Lumpur, Jalan Duta, pada 9 pagi Jumaat ini.-----Kehamilan bawah umur di Sarawak membimbangkanFoto - Okezone MuslimSebanyak 130 kes kehamilan direkodkan di negeri itu sepanjang tahun lepas membabitkan mereka yang berusia antara 10 hingga 15 tahun.Kerajaan negeri Sarawak berkata, jenayah seksual terhadap kanak-kanak adalah antara punca berlaku kehamilan remaja di bawah umur 15 tahun di negeri itu.Malah, berdasarkan statitik polis Sarawak, sebanyak 31 kes mangsa jenayah sumbang mahram yang mengandung direkod di antara 2015 hingga 2021.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71699", "title": "Pengubahsuaian Bajet 2016 : Reaksi CEUPACS dan MTUC", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengubahsuaian Bajet 2016 : Reaksi CEUPACS dan MTUC\nJan 29, 2016\n\nIni kerana kerajaan memutuskan untuk tidak berhentikan mana-mana penjawat awam, termasuk lantikan secara kontrak.Namun, CUEPACS lahirkan kebimbangan berkaitan langkah pengurangan sementara caruman KWSP sebanyak 3 peratus.Ini kerana pengurangan caruman itu sehingga Disember 2017 akan mengurangkan simpanan pekerja untuk hari tua.MTUC juga seirama, tidak setuju dengan langkah kerajaan kurangkan sementara caruman berkenaan.Ujar MTUC, selain jumlahnya yang hanya sedikit, wang simpanan itu juga tidak wajar diusik sebab ia untuk kegunaan di hari tua.Justeru, pihaknya saran adalah lebih baik kerajaan beri elaun sara hidup 300 ringgit sebulan kepada pekerja swasta.\u00a0*sumber Astro Awani dan Astro Radio News\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71654", "title": "BERITA RINGKAS (27/12/2015)", "body": "\n\u2190 Back to list\nBERITA RINGKAS (27/12/2015)\nDec 27, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73105", "title": "Polis Selangor tubuhkan pasukan petugas untuk siasat kes ugut pegawai kanan SPRM.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Selangor tubuhkan pasukan petugas untuk siasat kes ugut pegawai kanan SPRM.\nApr 17, 2018\n\nPolis Selangor tubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat kes seorang pegawai kanan SPRM yang diugut.Ini selepas suruhanjaya itu buat laporan, selepas mangsa menjumpai nota amaran berbaur ugutan beserta peluru hidup dalam peti surat rumah mangsa.Polis percaya ugutan itu dibuat ekoran beberapa kes profil tinggi yang disiasat suruhanjaya itu kebelakangan ini.Pihaknya juga minta orang ramai tampil berikan maklumat dan tidak timbulkan sebarang spekulasi berkenaan isu tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73385", "title": "Presiden UMNO enggan berundur!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPresiden UMNO enggan berundur!\nOct 27, 2018\n\nZahid Hamidi enggan berundur!Foto - Astro AwaniDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tegaskan beliau tidak akan berundur daripada jawatan Presiden UMNO!Bekas TPM itu mahu terus kekal walaupun ada gesaan agar beliau bercuti seketika kerana berdepan 45 tuduhan rasuah dan pecah amanah ketika ini.Katanya, kedudukannya hanya boleh diputuskan menerusi Perhimpunan Agung UMNO, bukannya melalui cadangan atau peraturan yang tidak mengikut perlembagaan parti.-----Tok Pa sertai BERSATUFoto - Astro AwaniAhli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed sertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia selepas keluar UMNO, 18 September lalu.Katanya, beliau mengambil keputusan untuk menyertai BERSATU selepas menjadi Ahli Parlimen Bebas dan meneliti perkembangan politik semasa.Tok Pa menjadi bekas Ahli Parlimen pertama UMNO yang diterima masuk ke dalam sebuah parti Pakatan Harapan selepas PRU14.-----Tengkujuh: Hujan lebat tiga hingga lima hari adalah perkara biasaFoto - Astro AwaniHujan lebat turun berterusan untuk tempoh tiga hingga lima hari, terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung adalah perkara biasa ketika musim tengkujuh.Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, hujan lebat episod pertama diramal bakal melanda Kelantan dan Terengganu pada 30 Oktober sehingga 1 November ini.Katanya lagi, aktiviti pantai adalah tidak digalakkan memandangkan ia amat bahaya kerana ombak boleh mencapai ketinggian melebihi 3.5 meter bersekali dengan angin kencang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73115", "title": "SKMM nafi keluarkan mesej mengenai Pemantauan Secara Digital Kepada Semua Pengguna Telefon Pintar. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSKMM nafi keluarkan mesej mengenai Pemantauan Secara Digital Kepada Semua Pengguna Telefon Pintar. \nApr 05, 2018\n\nOrang ramai dinasihatkan supaya tidak percaya dengan mesej palsu 'Pemantauan Secara Digital Kepada Semua Pengguna Telefon Pintar\u2019 yang kini viral di aplikasi WhatsApp.Dalam satu kenyataan, SKMM NAFI mesej itu dikeluarkan oleh pihaknya.Justeru, mereka yang menerima mesej tersebut disaran berhenti untuk sebarkannya dan segera buat laporan kepada Aduan SKMM.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72924", "title": "Pesawat Malindo Air dari Dhaka ke KL berpatah balik", "body": "\n\u2190 Back to list\nPesawat Malindo Air dari Dhaka ke KL berpatah balik\nJun 28, 2017\n\nSebuah pesawat Malindo Air dari Dhaka ke KL, tengahari semalam terpaksa berpatah balik berikutan cermin depan retak.Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu, semua penumpang dan anak kapal selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal.Malindo Air berkata, juruterbang mengambil tindakan segera dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk kembali ke Dhaka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81787", "title": "Kenduri kahwin tidak dibenarkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKenduri kahwin tidak dibenarkan\nMay 14, 2020\n\nKenduri kahwin tidak dibenarkanFoto - Shah Rahimin (Astro Radio News)Semua majlis keraian yang membabitkan perhimpunan ramai termasuk kenduri kahwin masih tidak boleh diadakan ketika ini.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana majlis perkahwinan turut termasuk dalam senarai larangan mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).Bagaimanapun katanya, akad nikah adalah dibenarkan mengikut syarat yang ditetapkan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.-----Solat berjemaah di Wilayah Persekutuan Maksimum 30 orangFoto - Free Malaysia TodaySemua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di zon hijau di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat tarawih serta solat sunat Aidilfitri, bermula esokMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan ini adalah selaras keputusan Mesyuarat pihaknya dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Perdana Menteri pada 12 Mei lalu.Tambahnya, bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan lain-lain solat berjemaah adalah tidak kurang daripada tiga orang, tidak termasuk imam dan tidak lebih daripada 30 orang.---Penuntut UPSI masih dilarang pulangFoto - Malaysia KiniPenuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) masih dilarang pulang ke rumah masing-masing bagi membolehkan kerajaan melaksanakan saringan COVID-19 terhadap mereka.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata proses saringan itu perlu dilaksanakan susulan dua penuntut yang pulang ke Sabah baru-baru ini didapati positif COVID-19.Sehingga kini, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muallim sudah mengambil 92 sampel terdiri daripada kontak rapat dua kes positif COVID-19 terbabit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=150574", "title": "Tidak Perlu Lanjut Cuti Sekolah Akibat Cuaca Panas - NUTP", "body": "\n\u2190 Back to list\nTidak Perlu Lanjut Cuti Sekolah Akibat Cuaca Panas - NUTP\nApr 30, 2023\n\n\nTiada Keperluan Lanjut Cuti Sekolah Akibat Cuaca Panas - NUTP\nTiada keperluan mendesak untuk memanjangkan tempoh cuti sekolah ekoran cuaca panas yang melanda negara ketika ini.\nJelas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, NUTP kepada Sinar Harian, sekolah boleh beroperasi seprti yang dijadualkan tetapi tertakluk kepada garis panduan KPM.\nIa katanya termasuk menghentikan semua aktiviti luar jika suhu panas cecah 37 darjah Celsius untuk 3 hari berturut-turut.\nSementara itu, berbeza pula pandangan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional yang minta KPM melanjutkan cuti persekolahan di kawasan yang dikenal pasti mempunyai suhu panas kritikal.\nTerdahulu, Jemaah Menteri dilapor akan berbincang mengenai keperluan untuk melanjutkan cuti sekolah sempena Aidilfitri atau sebaliknya.\nla susulan fenomena cuaca panas melampau yang sedang melanda negara ketika ini.\n\u00a0\nIbu bapa pantau aktviti anak-anak ketika musim panas \u2013 MB Kelantan\nRakyat Kelantan terutamanya ibu bapa diminta supaya waspada dan pantau aktiviti anak-anak pada musim panas melampau ketika ini.\nMenteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata ia bagi elak pertambahan kes dan kematian akibat strok haba di negeri itu.\nTerdahulu, KKM sahkan 5 kes penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan.\n3 daripadanya di Sarawak manakala 2 lagi dilaporkan di Kelantan dengan satu kes kelesuan haba dan satu kes strok haba yang menyebabkan kematian.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72896", "title": "Tempoh Akhir Bayaran Wang Tebusan Tamat : Nasib Mangsa Belum diketahui", "body": "\n\u2190 Back to list\nTempoh Akhir Bayaran Wang Tebusan Tamat : Nasib Mangsa Belum diketahui\nMay 01, 2016\n\n\u00a0Menurut laporan akhbar Sin Chew, ahli keluarga mangsa amat susah hati dengan situasi sekarang.Mereka juga dibanjiri dengan panggilan telefon bertanyakan situasi semasa, dan mereka juga masih berusaha mengumpul dana untuk membayar wang tebusan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72676", "title": "SPRM Jumpa RM750,000 Dalam Peti Besi", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM Jumpa RM750,000 Dalam Peti Besi\nOct 06, 2016\n\nSPRM menemui wang tunai RM750,000 selepas buka peti simpanan bank, milik isteri salah seorang suspek kes salah guna kuasa dana RM3.3 bilion.\u00a0Selain wang tunai, sejumlah barangan kemas turut ditemui dalam peti terbabit di dua bank di Kota Kinabalu, namun nilainya belum dapat ditaksirkan.\u00a0Semalam, SPRM rampas wang tunai RM15 juta di pejabat dan kediaman Pengarah dan Timbalan Pengarah sebuah jabatan kerajaan Sabah.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71621", "title": "Kaji Selidik : Graduan Baru Mempunyai Jangkaan Tidak Realistik Terhadap Gaji", "body": "\n\u2190 Back to list\nKaji Selidik : Graduan Baru Mempunyai Jangkaan Tidak Realistik Terhadap Gaji\nDec 07, 2015\n\nHasil kajian itu dapati, kira-kira 60 peratus responden mahu gaji 3,500 ringgit untuk pekerjaan pertama mereka.Malah, 30 peratus responden mahu gaji sehingga 6,500 ringgit untuk pekerjaan pertama mereka.Angka itu amat jauh berbeza dengan gaji yang ditawarkan majikan iaitu hanya sekitar 2,100 hingga 2,500 ringgit.Majikan pula berpendapat, 70 peratus graduan baru berada di tahap biasa, manakala 24 peratus tidak mencapai tahap.Ini bermakna hanya 6 peratus graduan baru mencapai kualiti terbaik dalam pelbagai aspek yang diinginkan majikan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70596", "title": "Politik Sabah Kembali Panas", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolitik Sabah Kembali Panas\nJul 30, 2020\n\nPolitik Sabah Kembali Panas\u00a0Kemelut Politik Sabah tercetus lagi.Ini selepas bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa telah peroleh majoriti mudah untuk bentuk kerajaan negeri yang baru.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula dijangka akan mengadakan sidang media berkenaan isu tersebut hari ini.Shafie turut mengadakan mesyuarat tertutup yang dihadiri ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan di kediamannya malam tadi.Berikutan perkembangan terbaru situasi politik Sabah, polis mula mengadakan sekatan dan kawalan di laluan pintu masuk utama ke Istana Negeri.\u00a0Murid Tahun 2 di Sabah Positif COVID-19\u00a0Seorang murid tahun 2 di Sabah disahkan positif COVID-19.Semua kontak rapat murid itu sudah diarah jalani kuarantin 14 hari termasuk rakan sekelas.Murid terbabit dikesan dijangkiti virus berkenaan selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan.Kerajaan negeri turut memaklumkan, hanya murid dalam kelas terlibat diarah kuarantin manakala sekolah tidak perlu ditutup.Sementara itu semalam, 13 kes baru direkodkan di seluruh negara menjadikan kes aktif naik kepada 220.Manakala 5 lagi pesakit sembuh dan tiada pertambahan kes kematian.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81888", "title": "Nahas Akibat Pemandu Mabuk: PM Arah Rangka Pindaan Akta", "body": "\n\u2190 Back to list\nNahas Akibat Pemandu Mabuk: PM Arah Rangka Pindaan Akta\nMay 31, 2020\n\nNahas Akibat Pemandu Mabuk: PM Arah Rangka Pindaan AktaPerdana Menteri sudah mengarahkan Kementerian Pengangkutan rangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan.Ia bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia sebagai maklum balas terhadap keresahan rakyat mengenai kes kemalangan akibat pemandu mabuk.Berdasarkan statistik PDRM, dalam tempoh 5 bulan ini 21 kes membabitkan pemandu mabuk direkodkan mengakibatkan 8 mangsa maut.PKPB: Rentas Negeri Suami Isteri Berjauhan Mulai EsokPerjalanan rentas negeri untuk pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan dibenarkan mulai esok.Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, alasan pekerjaan dan urusan kecemasan juga diterima.Namun tegas beliau, perjalanan rentas negeri atas alasan lain secara umumnya masih belum dibenarkan.COVID-19: Malaysia Hampir BerjayaMalaysia semakin menghampiri sasaran memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menaruh keyakinan sedemikian berdasarkan jumlah kes positif yang semakin turun dan tiada kematian untuk hari ke-8 berturut-turut.Semalam 30 kes baru direkodkan, 95 lagi pesakit sembuh dan tiada kes kematian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72017", "title": "Polis sahkan nombor plat kenderaandalam kejadian bunuh di stesen minyak di JB adalah palsu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis sahkan nombor plat kenderaandalam kejadian bunuh di stesen minyak di JB adalah palsu.\nDec 18, 2017\n\nPolis Johor sahkan nombor plat kenderaan yang digunakan dalam kejadian bunuh di stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru adalah palsu.Ini selepas, pemilik kenderaan asal dengan kereta dan nombor plat yang sama berada di Ipoh pada waktu kejadian.Polis kini masih mengesan 4 suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72883", "title": "20 individu dipantau kerana dikhuatiri mendatangkan ancaman negara", "body": "\n\u2190 Back to list\n20 individu dipantau kerana dikhuatiri mendatangkan ancaman negara\nJul 09, 2016\n\nPihak berkuasa pantau pergerakan kira-kira 20 individu, disyaki mempunyai kecenderungan untuk lakukan serangan bom di negara ini.Menurut Berita Harian, kesemua mereka dipercayai sering berhubung dengan seorang ketua rakyat M'sia yang menjadi militan IS di Syria\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=104319", "title": "Fasiliti Hospital Dan PKRC di Kelantan Penuh.", "body": "\n\u2190 Back to list\nFasiliti Hospital Dan PKRC di Kelantan Penuh.\nApr 23, 2021\n\n\nFasiliti hospital dan Pusat Kuarantin Risiko Rendah COVID-19, PKRC di Kelantan sudah penuh.\nMenurut kerajaan negeri, ia disebabkan peningkatan ketara kes jangkitan kebelakangan ini.\nSituasi itu turut menyebabkan petugas kesihatan tidak mencukupi.\u00a0\nKadar kebolehjangkitan di Kelantan semalam juga adalah tinggi iaitu 1.44 sekaligus melebihi kadar nasional iaitu 1.15.\u00a0\n\u00a0\nSebuah sekolah asrama di Kota Bharu Jadi PKRC.\nSebuah sekolah berasrama di Kota Bharu akan dijadikan Pusat Kuarantin Risiko Rendah COVID-19 (PKRC).\nPusat itu hanya akan menempatkan murid sekolah di seluruh Kelantan yang disahkan positif COVID-19.\n\u00a0\nPeniaga gagal patuhi\u00a0Skim Harga Maksimum Musim Perayaan akan dikompaun.\nMana-mana peniaga yang gagal patuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan akan dikompaun serta-merta!\nMenurut kerajaan, tindakan itu akan dikenakan kepada peniaga yang masih berdegil meskipun sudah diberikan amaran sebelum ini.\nla sebagai langkah membendung kenaikan harga barangan keperluan semasa bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri di seluruh negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73157", "title": "Norhizam Hassan Baktee Tampil Jelaskan Isu Video Viral Marah Penduduk Kampung.", "body": "\n\u2190 Back to list\nNorhizam Hassan Baktee Tampil Jelaskan Isu Video Viral Marah Penduduk Kampung.\nOct 10, 2018\n\nExco Melaka, Norhizam Hassan Baktee tampil menjelaskan isu video viral menunjukkan beliau memarahi penduduk sebuah kampung berhubung isu penutupan jalan.Foto: MstarJelas ADUN Pengkalan Batu itu, video itu tidak menggambarkan kejadian sebenar kerana fakta sebenar berhubung penutupan jalan berkenaan tidak disebarkan.Dalam video tersebut, Norhizam dilihat meninggikan suara terhadap seorang warga emas yang bertanyakan undang-undang yang dipakai oleh pihak berkuasa untuk menutup jalan.Jangan guna 14 produk kosmetik beracun!Kementerian Kesihatan nasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual seperti merkuri.Foto: Sinar HarianIni selepas pihaknya berjaya mengesan 14 produk yang mengandungi bahan itu daripada pasaran.Layari laman sesawang rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara untuk butiran lanjut.Indonesia akan mudahkan permohonan visa pelajar Malaysia.Indonesia beri jaminan akan mudahkan permohonan visa sementara bagi pelajar Malaysia yang lanjutkan pelajaran di negara itu.Foto: KosmoJaminan itu diberikan Naib Presiden Indonesia ketika TPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah mengadakan lawatan kerja di sana, semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72448", "title": "Britain Belum Tahu Dalang Serangan Siber", "body": "\n\u2190 Back to list\nBritain Belum Tahu Dalang Serangan Siber\nMay 14, 2017\n\nBritain masih belum mengetahui siapa dalang di sebalik serangan perisian tebusan atau \"ransomware\" yang melumpuhkan perkhidmatan kesihatan negara itu, kelmarin.Pihak pusat keselamatan siber negara itu sedang berusaha memulihkan dan menghadkan kesan daripada serangan tersebut.Serangan siber global itu turut menjejaskan rangkaian komputer di hampir 100 negara yang lain.Di Indonesia misalnya, sekurang-kurangnya 2 hospital utama menjadi mangsa serangan siber berkenaan.Difahamkan, pihak berkuasa sedang berusaha menyekat perisian tebusan itu daripada tersebar.Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia jangka hospital di negara ini tidak akan alami serangan berkenaan.Kementerian juga berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa kerajaan sedang meningkatkan sistem kawalan khusus dalam berhadapan dengan ancaman sedemikian.Namun jika berlaku, serangan itu mungkin tidak memberi kesan besar seperti di Britain kerana Malaysia belum ada sistem pangkalan data kesihatan bersepadu nasional.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81361", "title": "Malaysia belum alami kes sporadik Covid-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia belum alami kes sporadik Covid-19.\nMar 13, 2020\n\nMalaysia belum alami kes sporadik Covid-19!Jelas Kementerian Kesihatan, kes yang sebelum ini dikatakan sporadik itu sebenarnya salah seorang peserta perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.Kes sporadic bermakna mangsa tidak pernah melawati negara-negara yang terkesan dengan Covid-19 dan tidak pernah adakan kontak dengan pesakit.Malaysia kini merekodkan 158 kes Covid-19 ekoran pertambahan 9 kes baru.Sementtara itu, solat Jumaat di Perlis hari ini dibatalkan dan diganti dengan sembahyang zohor di rumah.Menurut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Perlis, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa penularan Covid-19.Ia rentetan daripada nasihat Kementerian Kesihatan agar sebarang perhimpunan berskala besar termasuklah aktiviti agama dielakkan buat masa ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71594", "title": "Persediaan Banjir oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPersediaan Banjir oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan\nNov 30, 2015\n\nSemua hospital kerajaan telah dilengkapi pelbagai keperluan yang mampu bertahan lebih 2 minggu sebagai persediaan hadapi banjir.Kementerian Kesihatan berkata, perancangan dibuat berdasarkan pengalaman dilanda banjir tahun lepas.Kementerian Pertahanan pula telah aktifkan Bilik Gerakan Operasi Banjir, atau dipanggil 'war-room'.Pihaknya juga sudah kenal pasti kem-kem PLKN di Pantai Timur bagi dijadikan penempatan sementara mangsa banjir.Lebih 28 ribu anggota tentera turut dikerah bersedia hadapi musim tengkujuh ini.\u00a0*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72384", "title": "3 lelaki bersenjata yang ditembak mati di Sabah kelmarin dipercayai ahli kumpulan pengganas terancang.", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 lelaki bersenjata yang ditembak mati di Sabah kelmarin dipercayai ahli kumpulan pengganas terancang.\nFeb 28, 2018\n\nPihak berkuasa sahkan 3 lelaki bersenjata yang ditembak mati polis di Jalan Kalabakan-Keningau\u00a0 petang semalam dipercayai daripada kumpulan pengganas\u00a0terancang.Polis juga akan siasat sama ada ini adalah kumpulan sama yang cuba menghidupkan sel atau pangkalan IS di SabahPihaknya juga\u00a0 kini dalam proses menghantar gambar dan cap jari mereka kepada pasukan keselamatan di negara jiran dan polis antarabangsa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73246", "title": "KPDNKK Selangor sita 250 kilogram durian bernilai RM 6,300.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPDNKK Selangor sita 250 kilogram durian bernilai RM 6,300.\nJan 10, 2018\n\nKPDNKK Selangor sita 250 kilogram durian bernilai RM 6300 termasuk Musang King dan XO ekoran pemeriksaan ke atas 38 gerai durian di Petaling Jaya baru-baru ini.Menurut laporan Harian Metro, antara kesalahan yang dilakukan adalah peniaga durian terbabit guna alat penimbang tidak disahkan dan gagal pamer tanda harga.Operasi itu dijalankan berikutan viral mengenai kes timbangan durian yang mengelirukan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71990", "title": "Kerajaan akan membayar pampasan bagi pemansuhan empat tol di Semenanjung Malaysia kepada pengendali lebuh raya tahun depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan akan membayar pampasan bagi pemansuhan empat tol di Semenanjung Malaysia kepada pengendali lebuh raya tahun depan.\nNov 02, 2017\n\nKerajaan akan membayar pampasan bagi pemansuhan empat tol di Semenanjung Malaysia kepada pengendali lebuh raya tahun depan.Kementerian Kewangan berkata anggaran pampasan bagi dua tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, ialah sekitar 180 juta ringgit setahun.Manakala, untuk pampasan tol di Bukit Kayu Hitam, kerajaan akan membayar sekitar 8 juta ringgit.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80017", "title": "Bantuan khas Aidilfitri untuk peneroka Felda?", "body": "\n\u2190 Back to list\nBantuan khas Aidilfitri untuk peneroka Felda?\nMay 31, 2019\n\nKerajaan lulus bantuan khas Aidilftri untuk peneroka Felda?Foto - projekmmKerajaan dikhabarkan setuju beri Bantuan Khas Hari Raya Aidifitri kepada setiap peneroka Felda seperti yang selalu diterima mereka.Menurut Utusan, pemberian bantuan khas 300 ringgit bagi setiap peneroka itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, Rabu lalu.Pengumuman pemberian itu dijangka dibuat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau pulang dari Jepun.-----Mengantuk? Berhenti terus daripada memanduFoto - IsmawebPolis Dungun ingatkan pemandu mengantuk untuk berhenti memandu bagi mengelak kemalangan terutama menjelang Aidilfitri.Ini kerana katanya, ada pengguna jalan raya yang disoal siasat mengaku kemalangan membabitkan kenderaan mereka berpunca akibat mengantuk.Sepanjang tahun lalu, daerah Dungun mencatatkan 52 kematian manakala 15 kematian direkodkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.-----Tiada tumpahan minyak di Lebuh Raya Kuala Lumpur KarakFoto - Anih BerhadDakwaan berlaku tumpahan minyak di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak berhampiran Bukit Tinggi yang viral di laman sosial adalah tidak benar!Anih Berhad berkata gambar itu merupakan insiden lama berlaku pada 10 April lalu membabitkan kemalangan sebuah treler.Justeru, pihaknya berharap pengguna lebuh raya berkenaan tidak terpedaya dengan pihak tertentu yang menyebarkan gambar lama tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70691", "title": "Kluster Tawar bertambah, satu lagi kluster baru dikesan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster Tawar bertambah, satu lagi kluster baru dikesan\nAug 14, 2020\n\nKluster Tawar bertambah, satu lagi kluster baru dikesanFoto - Google Street ViewKes harian positif COVID-19 melonjak kepada 20 kes hari ini termasuk 13 kes penularan tempatan dan kesemuanya adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.Menurut Kementerian Kesihata, daripada 20 kes baru itu, 11 kes melibatkan Kluster Tawar di Baling, Kedah dan satu kes melibatkan kluster baru iaitu Kluster Muda di negeri sama.Dengan pertambahan itu, jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 196 kes dengan empat pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).-----Polis nafi turup sempadan Perak-KedahFoto - Google Street ViewPolis Perak nafi dakwaan tular kononnya laluan sempadan negeri di Jalan Gerik-Kupang, Gerik ke Baling ditutup susulan kewujudan kluster COVID-19 di Tawar, Kedah.Menurutnya, polis tidak menutup laluan keluar masuk kedua-dua negeri seperti yang didakwa dan gambar yang ditularkan adalah operasi bersepadu yang dijalankan polis semalam.Operasi itu katanya, hanya diadakan pada waktu tertentu dan dilaksanakan bagi membuat pemeriksaan seperti kesalahan lalu lintas dan sebagainya dan polis kini memburu individu yang menyebarkan berita palsu itu.-----Pengarah MBSA ditahan SPRMFoto - Malakat TribuneSeorang pengarah jabatan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berusia 50 tahun ditahan disyaki terbabit melindungi premis perniagaan haram dan pusat perjudian.Penahanan itu menjadikan seramai sembilan kakitangan MBSA ditahan SPRM sejak operasi khas dijalankan susulan isu premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor menjadi tular.Difahamkan, pegawai itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81171", "title": "Abam Bocey meninggal dunia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAbam Bocey meninggal dunia.\nFeb 10, 2020\n\nPelawak, Abam Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Selangor pagi tadi pada usia 32 tahun.Berita dukacita itu disahkan isteri Allahyarham dan adiknya Ali Puteh.Difahamkan, Allahyarham Abam demam dan mengadu sakit kepala sejak beberapa hari lalu tapi enggan mendapatkan rawatan di hospital.Abam meninggalkan seorang isteri dan seorang cahaya mata lelaki.Jumlah kes jangkitan koronavirus di Malaysia meningkat kepada 18!Kes terbaru melibatkan seorang lelaki tempatan yang pernah melawat Tanah Besar China sebelum balik ke Malaysia, 1 Feb lalu.\u00a0Pesakit kini dirawat di wad isolasi Hosiptal Sungai Buloh.Jabatan Perdana Menteri akan teliti isu Sajat berpakaian wanita semasa tunai umrah baru-baru ini.Jelasnya, sebarang tindakan yang dilakukan akan ambil kira beberapa elemen termasuk kerisauan masyarakat dan mengikut syariat yang betul.Usahawan kosmetik itu cetus kontroversi apabila muat naik gambar di media sosial dia mengerjakan umrah dengan berpakaian wanita termasuk bertelekung.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70709", "title": "Aktiviti kokurikulum sekolah dibenar mulai 1 September", "body": "\n\u2190 Back to list\nAktiviti kokurikulum sekolah dibenar mulai 1 September\nAug 18, 2020\n\nAktiviti kokurikulum sekolah dibenar mulai 1 SeptemberFoto - Shah Rahimin (ARN)Semua aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah dibenarkan bermula 1 September ini dengan garis panduan ketat termasuk mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga murid.Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merangkumi pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka termasuk amali di luar bilik darjah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) serta Sains Sukan dalam keadaan yang terkawal.Garis panduan itu juga menetapkan penjarakan fizikal satu hingga tiga meter bagi aktiviti statik dan tiga hingga lima meter bagi aktiviti dinamik dan peralatan perlu dibersihkan dan disanitasi selain penggunaan bilik mandi atau persalinan dihadkan mengikut kapasiti.-----PdP Amali Teknikal dan Vokasional berkuat kuasa 1 SeptemberFoto - Berita HarianKerajaan hari ini meluluskan Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Amali Teknikal dan Vokasional berkuat kuasa 1 September ini.Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, garis panduan itu perlu dipatuhi lebih 89 Kolej Vokasional serta Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Teknik terpilih.Ini termasuklah menentukan bilangan pelajar berdasarkan kapasiti ruang, tempat dan peralatan amali dibersihkan dan disanitasi serta murid bergejala tidak dibenarkan untuk mengikut amali.-----Polis buka kertas siasatan kes liwat babitkan ahli politikFoto - Polis Diraja MalaysiaPolis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kes liwat membabitkan pemimpin parti politik berikutan tular akuan bersumpah (SD) seorang lelaki mendakwa menerima bayaran RM300 untuk melakukan perbuatan itu.Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan liwat itu di Cheras, pagi kelmarin.Sejurus itu, pihaknya membuka kertas siasatan dan masih giat menyiasat kes itu selain akan memanggil mana-mana individu untuk dirakamkan percakapan mereka nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71805", "title": "SK Tohoi lambat lapor ? Kementerian Pendidikan akan siasat!", "body": "\n\u2190 Back to list\nSK Tohoi lambat lapor ? Kementerian Pendidikan akan siasat!\nOct 15, 2015\n\nKementerian Pendidikan akan siasat dakwaan, SK Pos Tohoi, Gua Musang lambat buat laporan berhubung kehilangan 7 murid Orang Asli.Tegasnya, tindakan akan diambil sekiranya dakwaan ibu bapa murid terlibat, terbukti benar.Sebuah portal berita laporkan, ibu bapa murid berkenaan hanya mengetahui mengenai kehilangan anak mereka daripada seorang pengawal keselamatan sekolah.2 daripada mereka ditemui selamat Jumaat lepas selepas 48 hari hilang, sementara 2 lagi disahkan meninggal dunia.2 rangka turut ditemui tetapi belum dikenal pasti, sementara seorang lagi masih hilang.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80306", "title": "Macam-Macam Cerita Sempena Musim Durian", "body": "\n\u2190 Back to list\nMacam-Macam Cerita Sempena Musim Durian\nJul 28, 2019\n\nMacam-Macam Cerita Sempena Musim DurianSempena musim durian banyak berita menarik mengenai raja buah ini.Di Pahang misalnya, kerajaan negeri rancang menjenamakan semula durian kampung agar lebih komersial dan mendatangkan hasil lumayan.Manakala di Melaka, kerajaan negeri bersama FAMA akan menjadikan durian baka baru 'Lima Jari' sebagai produk pengenalan negeri tersebut.Selepas Harimau\u00a0dan Tapir, Terengganu terus dilanda misteri 'Jumanji'Selepas penemuan Harimau Malaya dan Tapir, Terengganu sekali lagi catat penemuan haiwan liar di tempat awam!Kali ini seekor rusa betina dijumpai berkeliaran di sebatang jalan raya di Kemaman namun nyawanya tidak panjang apabila maut dirempuh sebuah motosikal.Manakala penunggang motosikal yang cedera dihantar ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan.Murid Sekolah di Pasir Gudang Terjejas Pencemaran Udara Terima Sokongan Psikologi\u00a0Setakat ini lebih 3 ribu murid sekolah di Pasir Gudang yang terjejas dengan siri pencemaran udara bulan lalu terima sokongan psikologi dan trauma.Menurut Jabatan Kesihatan Johor, antara kaedah rawatan yang diberikan kepada kesemua pelajar berkenaan adalah aktiviti interaktif dan kaedah mengatasi trauma.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73046", "title": "Kerajaan sasar 1.5 juta peluang pekerjaan baru.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan sasar 1.5 juta peluang pekerjaan baru.\nMay 01, 2018\n\nKerajaan sasar 1.5 juta peluang pekerjaan baru dengan 60 peratus daripadanya memerlukan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional.Ketua Sumber Manusia berkata, kelayakan itu penting bagi meningkatkan tenaga kerja mahir pada masa depan.Hari ini seluruh warga Malaysia menyambut Hari Pekerja dengan tema Pekerja Berkemahiran, Peneraju Kecemerlangan Negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80321", "title": "Jangan cetus perselisihan yang boleh gugat keharmonian negara!", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan cetus perselisihan yang boleh gugat keharmonian negara!\nJul 31, 2019\n\nSemua pihak diingatkan agar tidak sekali-kali mencetuskan api perselisihan dengan membangitkan perkara yang boleh menggugat keharmonian negara!Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah menegaskan perpaduan dan keharmonian rakyat adalah kekuatan negara.Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara semalam.Perjalanan operasi haji kendalian Lembaga Tabung Haji di Tanah Suci ketika ini berjalan lancar.Ketua Rombongan\u00a0Malaysia berkata setakat ini jemaah haji memberikan maklum balas yang positif dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihaknya.Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah Malaysia bakal mengerjakan rukun Islam kelima itu yang dibantu oleh 640 petugas Tabung Haji.Budak\u00a0setahun 8 bulan maut jatuh sungai di Langkawi.Seorang kanak-kanak setahun 8 bulan ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berhampiran Jeti Nelayan di sebuah kampung di Langkawi.Polis berkata ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang bermain bersama 4 lagi adik-beradiknya di kawasan itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=109311", "title": "Malaysia Masih Di Fasa Satu PPN.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Masih Di Fasa Satu PPN.\nJul 01, 2021\n\n\nMalaysia masih berada pada Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara, PPN.\nJelas Menteri Kanan Keselamatan, tiada tarikh ditetapkan untuk peralihan fasa, sebaliknya ia berdasarkan 3 indikator nilai ambang utama.\nIa adalah bilangan kes jangkitan harian, kadar penggunaan katil di ICU dan peratusan yang lengkap terima 2 dos suntikan vaksin.\nJusteru Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap semua pihak terus patuh SOP bagi membolehkan ketiga-tiga indikator itu dicapai dalam masa terdekat.\n\u00a0\nKerajaan pertimbang semula pemberian vaksin Pfizer kepada remaja.\nKeputusan untuk memberikan vaksin COVID-19 Comirnaty keluaran Pfizer kepada remaja akan dipertimbangkan semula.\nJelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, ia susulan wujud risiko keradangan pada jantung dalam kalangan remaja lelaki seperti dilaporkan di Amerika Syarikat, UK dan Singapura.\nBagaimanapun, Khairy Jamaluddin menegaskan isu itu tidak jejaskan keputusan kerajaan terhadap jumlah perolehan vaksin Pfizer.\n\u00a0\nFasa 3 PICK sudah bermula di 7 negeri dan wilayah.\n7 negeri dan wilayah sudah memulakan fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, PICK.\nNegeri dan wilayah berkenaan ialah KL, Selangor, Melaka, Putrajaya, Labuan, Pulau Pinang dan Sarawak.\nIa dilaksanakan di negeri yang telah capai kadar vaksinasi atau janji temu diberi kepada lebih 80 peratus penduduk.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=154000", "title": "Bengkel Perlu Papar Nama Mekanik & Sijil Kemahiran", "body": "\n\u2190 Back to list\nBengkel Perlu Papar Nama Mekanik & Sijil Kemahiran\nJul 17, 2023\n\n\nBengkel Perlu Papar Nama Mekanik & Sijil Kemahiran \nPengusaha bengkel kini perlu pamer senarai nama mekanik dan sijil kemahiran di tempat yang mudah dilihat oleh pengguna.\nMenurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, ia bagi membolehkan pengguna dapat maklumat dalam memilih bengkel yang mempunyai mekanik berkelayakan.\nSyarat itu adalah antara beberapa penambahbaikan yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna yang mula berkuat kuasa di seluruh negara pada 1 Julai lepas.\n\u00a0\nSumbangan Asas Rahmah, SARA diagihkan hari ini.\nBermula hari ini, lebih 200,000 orang akan terima Sumbangan Asas Rahmah, SARA.\nSumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.\nIa melibatkan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, STR yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-Kasih.\n\u00a0\nSiasatan isu 3R hampir selesai.\nSiasatan polis berkaitan isu 3R iaitu agama, kaum dan raja terhadap 3 pemimpin sudah 70 peratus siap.\nKetua Polis Negara memaklumkan, kertas siasatan tersebut akan diserah kepada Peguam Negara minggu ini.\nPemimpin berkenaan adalah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78975", "title": "Datuk Seri Abdul Hadi Awang nafi dakwaan ada krisis dengan MB Terengganu!", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Abdul Hadi Awang nafi dakwaan ada krisis dengan MB Terengganu!\nDec 05, 2018\n\nFoto - BernamaDatuk Seri Abdul Hadi Awang nafi dakwaan yang viral di media sosial kononnya\u00a0wujud krisis antara dirinya dengan Menteri Besar Terengganu!Presiden PAS itu turut sifatkan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas daripada pihak tertentu yang ingin merosakkan hubungan baik dengan bekas setiausaha politiknya itu.Datuk Seri Abdul Hadi berkata demikian selepas terdapat dakwaan wujud 2 kumpulan dalam PAS Terengganu ekoran perselisihan faham antara dirinya dengan Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72499", "title": "Jumlah mangsa banjir kilat di Melaka meningkat kepada 200", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah mangsa banjir kilat di Melaka meningkat kepada 200\nJun 27, 2017\n\nJumlah mangsa banjir kilat di Melaka meningkat kepada 200 orang setakat 8 malam tadi berbanding 149, petang semalam.APM negeri berkata, empat pusat pemindahan sementara dibuka, masing-masing tiga di Alor Gajah dan satu di Jasin.Kerajaan negeri Melaka pula telah mengaktifkan jentera bantuan banjir untuk selaras dan pantau bencana berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73299", "title": "Lebih 50 orang di Raub dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Pahang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 50 orang di Raub dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Pahang.\nDec 03, 2017\n\nLebih 50 orang di Raub dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Pahang setelah kediaman mereka dinaiki air.Kesemua mangsa daripada 17 buah keluarga itu dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara secara berperingkat sejak malam tadi.SI, Jumlah mangsa banjir di Kelantan setakat ini adalah 1500 orang yang melibatkan 4 jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tumpat.Di Terengganu, angka yang terjejas kini adalah lebih 1200 orang yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan.Mangsa banjir di Perak pula susut kepada 55 orang manakala di Perlis mangsa yang terjejas kekal 20 orang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81704", "title": "COVID-19: Perlu Ada Undang-Undang Larang Majikan Buang Pekerja", "body": "\n\u2190 Back to list\nCOVID-19: Perlu Ada Undang-Undang Larang Majikan Buang Pekerja\nMay 01, 2020\n\nCOVID-19: Perlu Ada Undang-Undang Larang Majikan Buang PekerjaKongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan kepada kerajaan melaksanakan peraturan yang melarang syarikat membuang pekerja susulan pandemik COVID-19.Setiausaha Agungnya memberitahu Awani, peraturan tersebut bertujuan melindungi pekerja dibuang kerja oleh majikan yang tidak bertanggungjawab.Ini selepas Persekutuan Majikan Malaysia dan Persekutuan Pengilang Malaysia meramalkan kes pengangguran akan meningkat sehingga ratusan ribu tidak lama lagi.2 Beranak Terima Hukuman Ingkar Perintah Kuarantin Mahkamah Klang memerintahkan seorang pesara kerajaan menjalani khidmat masyarakat selama 2 bulan ekoran ingkar arahan kuarantin 14 hari.Menantunya pula dikenakan denda RM2,000 atas kesalahan sama.Difahamkan, 2 beranak itu tidak berada di rumah ketika pemeriksaan dijalankan sedangkan mereka diperintah jalani kuarantin kerana merupakan kontak rapat pesakit COVID-19.Masjidil Haram & Masjid Nabawi Masih TutupTular mengatakan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan dibuka semula mulai hari ini adalah palsu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan, beliau sudah menghubungi Duta Arab Saudi ke Malaysia bagi mendapatkan pengesahan.Setakat ini pihak kedutaan Arab Saudi memaklumkan ia adalah tidak benar malah Makkah dan Madinah masih lagi dalam keadaan \u2018lockdown\u2019.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=109680", "title": "Fasa 2 PPN di Pulau Pinang Bermula Esok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nFasa 2 PPN di Pulau Pinang Bermula Esok.\nJul 06, 2021\n\n\nBermula esok, Pulau Pinang akan memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negara, PPN.\nMenteri Kanan Keselamatan berkata ini selepas negeri berkenaan mencapai 3 nilai ambang yang ditetapkan.\nAntaranya populasi dewasa yang terima 2 dos lengkap vaksin Covid-19 di negeri itu sudah capai 10 peratus.\nSemalam, Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang jadi negeri terawal beralih ke fasa kedua PPN.\nSementara itu, semua jenis barang dagangan di kedai runcit, kedai serbaneka dan pasar raya boleh dijual kepada pelanggan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara.\nMenteri Kanan Keselamatan berkata ia susulan timbul kekeliruan dalam kalangan pemilik premis yang menutup sebahagian seksyen barangan jualan mereka.\nPremis makanan di kawasan fasa 1 dan 2 PPN pula boleh beroperasi mulai jam 6 pagi hingga 10 malam.\nNamun, bagi kawasan yang dikenakan PKPD, operasi kedai makan adalah mulai jam 8 pagi hingga 8 malam.\nDalam perkembangan berkaitan, penduduk di kawasan PKPD boleh keluar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.\nJelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebenaran turut diberikan kepada mereka yang perlu pulang ke kampung atau rentas daerah dan negeri bagi tujuan itu.\nIndividu terlibat hanya perlu menunjukkan janji temu MySejahtera kepada polis dengan maksimum 3 orang dibenarkan termasuk pemandu dalam sebuah kenderaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72772", "title": "Kurikulum Silang Budaya Perlu di Sekolah Rendah dan Prasekolah", "body": "\n\u2190 Back to list\nKurikulum Silang Budaya Perlu di Sekolah Rendah dan Prasekolah\nMay 16, 2016\n\nUjar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia bagi mewujudkan persefahaman budaya, agama dan kaum yang lebih mendalam, dalam kalangan pelajar berbilang kaum di negara ini.Kajian dapati, interaksi guru dan murid di negara ini berada di tahap erat, namun keupayaan mereka menerima perbezaan kaum, budaya dan agama masih rendah.Sementara itu, Tokoh Guru Negeri Johor 2015, Azizul Rahman Abdul Rahman dianugerahkan Tokoh Guru Kebangsaan 2016 pada sambutan Hari Guru hari ini.Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahmad Sipon pula dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80365", "title": "Malaysia dijangka alami cuaca panas hingga Oktober ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia dijangka alami cuaca panas hingga Oktober ini.\nAug 08, 2019\n\nMalaysia dijangka alami cuaca panas hingga Oktober ini.Kementerian Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata negara jiran Singapura dan Sumatera, Indonesia dijangka turut alami cuaca yang sama.Sementara itu, Johan Setia di Klang, Selangor masih merekodkan bacaan udara tidak sihat.Pengguna dinasihat tambah nilai kad 'Touch n Go' sebelum mulakan perjalanan pulang beraya.PLUS berkata ini kerana pihaknya tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar plaza tol.WAZE turut jangkakan kenaikan 40 peratus jumlah kenderaan di jalan raya pada minggu depan kerana cuti Aidiladha dan cuti sekolah kira-kira seminggu.Jenazah pelajar Malaysia yang maut di Australia dijangka dibawa pulang minggu depan.Jenazah pelajar Malaysia yang maut selepas terjatuh dari sebuah pangsapuri di Australia dijangka dibawa pulang minggu depan.Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata pihak MARA di sana kini berusaha untuk memastikan urusan itu dapat disegerakan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=120176", "title": "Jangkitan Covid-19 Di Malaysia Menunjukkan Trend Penurunan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangkitan Covid-19 Di Malaysia Menunjukkan Trend Penurunan.\nNov 09, 2021\n\n\nJangkitan Covid-19 Di Malaysia Menunjukkan Trend Penurunan.\nKebanyakan indikator utama Covid-19 di negara ini menunjukkan trend penurunan.\nMenurut Kementerian Kesihatan, kadar kematian akibat Covid-19 menurun sebanyak 27 peratus antara 31 Oktober hingga 6 November lalu.\nPurata kes aktif menunjukkan penurunan konsisten sejak 9 minggu lalu iaitu sebanyak 7 peratus.\nKadar penggunaan fasiliti kesihatan seperti katil ICU dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah juga semakin berkurangan selaras dengan peningkatan liputan vaksinasi.\n\u00a0\nBelum ada tindakan dikenakan terhadap penjawat awam yang enggan divaksin.\nSetakat ini belum ada tindakan dikenakan kepada penjawat awam yang belum mengambil vaksin Covid-19.\nMenurut JPA, ketua jabatan telah diarahkan meneliti alasan penjawat awam yang masih belum menerima vaksin untuk tindakan selanjutnya.\nPegawai kerajaan sebelum ini dilapor boleh diarahkan oleh ketua jabatan untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19 dan jika gagal, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib.\nJPA dalam pada itu dedahkan penjawat awam di Kementerian Pendidikan dipercayai paling ramai belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.\n\u00a0\nSekolah di 5 negeri kembali dibuka pada 21 dan 22 November ini.\nSesi persekolahan di Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah akan dibuka semula pada 21 dan 22 November ini.\nMenurut Kementerian Pendidikan ia selaras dengan peralihan ke fasa 4 PPN melibatkan negeri-negeri berkenaan berkuakuasa semalam.\nIa melibatkan kehadiran murid Tahun 1 hingga 6 dan kelas peralihan di sekolah rendah serta Tingkatan 1 hingga 4 di sekolah menengah.\nKetetapan itu turut terpakai bagi institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72661", "title": "Kanak-Kanak Parah Terjatuh Dari Eskalator", "body": "\n\u2190 Back to list\nKanak-Kanak Parah Terjatuh Dari Eskalator\nOct 17, 2016\n\nSeorang kanak-kanak 3 tahun cedera parah akibat terjatuh dari eskalator sebuah pusat beli-belah di Bukit Jambul, Pulau Pinang.Mangsa dilapor sedang didukung bapanya di atas bahu sambil menaiki eskalator sebelum terjatuh ketika bapanya menundukkan kepala.Keadaan kanak-kanak perempuan itu diberitakan masih kritikal dan dirawat Hospital Pulau Pinang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73223", "title": "Kerajaan Negeri Sembilan akan wujudkan kampung tersusun mulai tahun depan. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Negeri Sembilan akan wujudkan kampung tersusun mulai tahun depan. \nDec 21, 2017\n\nKerajaan Negeri Sembilan akan mewujudkan kampung tersusun di kawasan luar bandar bermula tahun depan.Ia bagi membolehkan belia luar bandar terus menetap di kampung khususnya mereka yang mengusahakan industri asas tani atau bidang pertanian.Tanah kerajaan negeri yang terdapat di luar bandar atau pinggir kampung juga akan dibuka untuk membolehkan golongan muda bina rumah mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=151832", "title": "KPDN Tidak Terima Sebarang Aduan Bekalan Gula Sehingga Kini", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPDN Tidak Terima Sebarang Aduan Bekalan Gula Sehingga Kini\nMay 30, 2023\n\n\nKPDN Tidak Terima Sebarang Aduan Bekalan Gula Sehingga Kini\nTiada lagi aduan diterima mengenai kenaikan harga atau kekurangan bekalan gula sehingga kini.\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata ia selepas pihaknya meluluskan permohonan 2 syarikat pengeluar gula tempatan untuk menjual gula putih bertapis jernih.\nDatuk Seri Salahuddin Ayub juga telah mengarahkan Ops Manis dilanjutkan selama sebulan bagi memantau harga dan stok gula itu.\nSementara itu, KPDN sedia pertimbangkan cadangan supaya mewujudkan Menu Rahmah di IPTS.\nPihaknya perlukan masa untuk mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkaitan bagi melaksanakan cadangan tersebut.\n\u00a0\nSPR Sedia Laksanakan PRN\nSPR sedia laksanakan Pilihan Raya Negeri sebaik sahaja Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang membubarkan DUN masing-masing.\nSetiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata ia meliputi penetapan tarikh keluar writ, penamaan calon, tempoh berkempen, undi awal dan hari pengundian.\nTambah beliau, kos perbelanjaan untuk melaksanakan PRN di 6 negeri tersebut cecah sehingga RM420 juta.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72249", "title": "Tatu bukan bukti identiti", "body": "\n\u2190 Back to list\nTatu bukan bukti identiti\nMar 07, 2017\n\nTatu pada badan tidak boleh digunakan sebagai bukti untuk mengesahkan identiti dalam kes bunuh seorang lelaki warga Korea Utara di klia2, bulan lalu.Ketua Polis Negara memaklumkan demikian susulan cadangan sebuah akhbar tempatan mengenainya, namun enggan mengulas lebih lanjut.Mangsa dipercayai Kim Jong-nam, iaitu abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.Namun buat masa ini ia belum dapat disahkan Polis kerana waris mangsa belum beri sampel DNA atau melakukan pengecaman mayat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72009", "title": "Kerajaan perlu meminda akta PTPTN sekiranya ingin meluaskan skim pinjaman tersebut kepada penuntut Malaysia di luar negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan perlu meminda akta PTPTN sekiranya ingin meluaskan skim pinjaman tersebut kepada penuntut Malaysia di luar negara.\nDec 11, 2017\n\nKerajaan perlu meminda akta PTPTN sekiranya ingin meluaskan skim pinjaman tersebut kepada penuntut Malaysia di luar negara.Kementerian Pendidikan Tinggi berkata, ini kerana mengikut Akta PTPTN, pinjaman pendidikan itu diwujudkan untuk pengajian di IPT tempatan.Ia turut sarankan agar kerajaan perlu beri tumpuan kepada kutipan bayaran balik pinjaman terlebih dahulu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94735", "title": "126 ribu individu bakal terima suntikan vaksin COVID-19 sehari", "body": "\n\u2190 Back to list\n126 ribu individu bakal terima suntikan vaksin COVID-19 sehari\nFeb 14, 2021\n\nKira-kira 126 ribu individu dijangka akan terima suntikan vaksin COVID-19 sehari.Menteri Kesihatan berkata ia ekoran pelaksanaan Pelan Imunisasi Kebangsaan yang akan bermula 26 Februari ini.Tambah Datuk Seri Dr Adham Baba sebanyak 600 lokasi vaksinasi disediakan di seluruh negara.Pelan Imunisasi fasa pertama akan melibatkan petugas barisan hadapan dan beberapa sektor tertentu.Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Wilayah Persekutuan berpendapat golongan berisiko dan B40 di kawasan berkepadatan tinggi perlu diberi keutamaan menerima vaksin COVID-19.Tan Sri Annuar Musa berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berhubung cadangan tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72055", "title": "KPDNKK jelaskan kenaikan harga barang bukan berpunca daripada GST tetapi sebaliknya di pengaruhi faktor lain.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPDNKK jelaskan kenaikan harga barang bukan berpunca daripada GST tetapi sebaliknya di pengaruhi faktor lain.\nMar 25, 2018\n\nKPDNKK jelaskan kenaikan harga barang bukan berpunca daripada GST tetapi sebaliknya di pengaruhi faktor lain.Menurutnya, terdapat 500 produk tidak dikenakan GST dan kerajaan sentiasa memantau harga barang agar tidak membebankan rakyat.Tambahnya, kutipan cukai yang diraih kerajaan akan dipulangkan kembali kepada rakyat dalam bentuk BR1M serta bantuan lain.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72740", "title": " Budak Hilang Di Kuantan Jumaat Lalu Telah Ditemui", "body": "\n\u2190 Back to list\n Budak Hilang Di Kuantan Jumaat Lalu Telah Ditemui\nAug 25, 2016\n\nPolis Pahang memaklumkan Harian Metro, kanak-kanak lelaki itu ditemui hasil maklumat awam, dan mangsa dipercayai dikurung seorang wanita tidak siuman.Polis yang menyerbu rumah berkenaan turut menjumpai seorang kanak-kanak lain berusia 11 tahun dan seorang remaja berusia 15 tahun.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81123", "title": "Sorang Suspek Ditahan Sebar Berita Palsu Mengenai Wabak Koronavirus.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSorang Suspek Ditahan Sebar Berita Palsu Mengenai Wabak Koronavirus.\nJan 29, 2020\n\nSeorang suspek ditahan bagi bantu siasatan kes berita palsu berkenaan wabak koronovirus.SKMM memaklumkan, suspek berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya di Bangi, Selangor.Polis turut buka 5 kertas siasatan dibuka berhubung penyebaran berita palsu berkaitan novel koronavirus .Ia turut melibatkan siasatan ke atas 1 kumpulan WhatsApp dan 3 akaun Facebook.3 lagi kes koronavirus dikesan di Malaysia.Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 7 dan semuanya melibatkan warga China.Mereka kini dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Maliha di Langkawi, Hospital Sultanah Aminah di JB dan Hospital Sungai Buloh di Selangor.Seorang lelaki dan anak saudaranya ditahan polis Langkawi gara-gara reka cerita kes culik.Ia ekoran penyebaran satu video kononnya seorang kanak-kanak jadi mangsa culik sekumpulan lelaki menaiki van hitam.Siasatan dapati kanak-kanak dipercayai warga Myanmar, berusia 11 tahun itu berbuat demikian bagi elak dimarahi keluarganya selepas pulang lewat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72263", "title": "Kerajaan timbang cadangan naikkan had laju", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan timbang cadangan naikkan had laju\nMar 23, 2017\n\nKementerian Kerja Raya sedia pertimbang cadangan untuk naikkan had laju memandu di lebuh raya lebih daripada 110 kilometer sejam.Namun, ia perlu kajian terperinci dan rundingan dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya, JKJR dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Miros.Jelas kementerian, ini kerana dari sudut keselamatan, reka bentuk lebuh raya di negara ini had maksimumnya adalah 120 kilometer sejam sahaja.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79132", "title": "Sabah kuatkuasakan larangan merokok di tempat makan mulai 1 Feb ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSabah kuatkuasakan larangan merokok di tempat makan mulai 1 Feb ini.\nJan 10, 2019\n\nLarangan merokok di semua tempat makan di Sabah akan berkuatkuasa mulai 1 Februari ini.Keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah semalam.Dalam pada itu, kerajaan tidak akan berganjak daripada penguatkuasaan arahan itu biarpun ditentang oleh golongan perokok tegar!Malah, tegas Menteri Kesihatan, ianya akan dikuatkuasakan dengan lebih baik demi menjamin kesihatan golongan bukan perokok.Tarif air di Johor tidak akan dinaikkan buat masa ini.Menurut kerajaan negeri, tiada keperluan berbuat demikian sebab ia baru dinaikkan pada 2015.Manakala Pulau Pinang dijangka aikkan kadar tarif air sehingga 20 peratus mengikut kumpulan pengguna.Bagi Negeri Sembilan dan Perak pula, pihaknya mahu adakan perbincangan lanjut dengan SPAN berhubung keperluan dan kewajaran berbuat demikian.Bayi meninggal dunia di rumah pengasuhnya.Bayi 7 bulan meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala dipercayai ketika dalam jagaan pengasuhnya di Setapak, KL.Ibu bapa bayi lelaki berkenaan mendakwa mangsa berada dalam keadaan sihat semasa dihantar ke rumah pengasuh dan polis sedang siasat kes tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72573", "title": "2 Premis Jual Biskut Berasap Didapati Tutup Operasi", "body": "\n\u2190 Back to list\n2 Premis Jual Biskut Berasap Didapati Tutup Operasi\nDec 20, 2016\n\nJabatan Kesihatan Kedah mendapati 2 premis yang menjual biskut berasap di sebuah bazar di Alor Setar telah menutup operasi.Ia dipercayai bagi mengelak dikenakan tindakan selepas jabatan itu turun melakukan pemeriksaan susulan aduan pengguna.Kelmarin, seorang remaja dilapor melecur tapak tangan dan sakit di bahagian mulut serta tekak akibat makan biskut berasap 'Dragon Breath' yang dijual di bazar tersebut.Susulan itu Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan mengenai penyediaan betul makanan yang menggunakan cecair nitrogen.Menurut kementerian, penyedia makanan perlu pastikan cecair nitrogen dalam makanan meruap sepenuhnya sebelum dihidangkan atau dimakan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=119612", "title": "Penjualan Kit Ujian Kendiri COVID-19 Akan Diperluas.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenjualan Kit Ujian Kendiri COVID-19 Akan Diperluas.\nOct 29, 2021\n\n\u00a0\n\nPenjualan Kit Ujian Kendiri COVID-19 Akan Diperluas.\nKit ujian kendiri COVID-19 akan dijual di pasar raya, kedai rangkaian dan stesen minyak dalam masa terdekat.\nMenurut kerajaan, ia bagi memudahkan lagi pengguna mendapatkan kit ujian tersebut dan menggalakkan persaingan sihat dalam pasaran.\nSyarikat pengeluar juga katanya beri jaminan bahawa kit berkenaan akan dijual di bawah harga RM10 berbanding harga asal RM19.90 ketika ini.\n\u00a0\nMusim banjir tak jejaskan pemberian dos penggalak.\nMusim tengkujuh tidak akan menjejaskan operasi pemberian dos penggalak vaksin COVID-19.\nMenurut Kementerian Kesihatan, ini kerana pemberian dos itu dilakukan di fasiliti kesihatan swasta.\nMusim tengkujuh dijangka mula melanda beberapa negeri bulan depan.\n\u00a0\nUndi 18 hanya akan dilaksanakan pada PRN Sarawak jika ia diadakan 31 Disember ini.\nIndividu berusia 18 tahun hanya akan dibenar mengundi pada PRN Sarawak jika ia diadakan selepas 31 Disember ini.\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Parlimen dan Undang-Undang berkata Undi 18 perlu dilaksanakan seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuching.\nMahkamah Tinggi Kuching sebelum ini memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Disember tahun ini.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72617", "title": "Persiapan Banjir Tetap Dibuat Pada Skala Besar", "body": "\n\u2190 Back to list\nPersiapan Banjir Tetap Dibuat Pada Skala Besar\nNov 28, 2016\n\nKerajaan tetap melakukan persiapan menghadapi banjir dalam skala besar meskipun bencana alam itu dijangka berlaku dalam skala kecil pada musim tengkujuh ini.Menurut Jabatan Perdana Menteri, ini kerana pengalaman banjir 2014 mengajar kerajaan dan pihak berkuasa agar lebih bersedia dengan bencana tidak diduga.APM juga telah mengadakan simulasi memberi bantuan dan memindahkan mangsa di negeri-negeri yang dijangka akan dilanda banjir khusunya di Pantai Timur.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73215", "title": "Sampel susu rumusan bayi yang disyaki tiruan tidak mengikut standard kualiti KKM.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSampel susu rumusan bayi yang disyaki tiruan tidak mengikut standard kualiti KKM.\nDec 29, 2017\n\nSampel daripada 210 kotak susu rumusan bayi disyaki tiruan yang dirampas KPDNKK di Johor baru-baru ini didapati tidak mengikut standard kualiti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.Bagaimanapun, Ketua Pengarahnya sahkan produk berkenaan masih lagi selamat.Pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72690", "title": "Kurikulum khusus untuk mudahkan pelajar lanjutkan pengajian ke Asia Barat akan diwujudkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKurikulum khusus untuk mudahkan pelajar lanjutkan pengajian ke Asia Barat akan diwujudkan\nSep 03, 2016\n\nKerajaan akan wujudkan semula kurikulum khusus untuk memudahkan pelajar sekolah pondok, tahfiz dan sekolah agama swasta lanjutkan pengajian ke Asia Barat.Untuk itu, satu jawatankuasa babitkan JAKIM, Kemenerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi akan diwujudkan untuk memastikan usaha itu tercapai.Kerajaan percaya,\u00a0ianya boleh dilakukan untuk pengambilan seterusnya semester tahun depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=149169", "title": "Penjara & Denda Menanti Pesalah Kes Hendap", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenjara & Denda Menanti Pesalah Kes Hendap\nMar 30, 2023\n\n\nPenjara & Denda Menanti Pesalah Kes Hendap\nHasil satu tinjauan mendapati, perlakuan menghendap di negara ini adalah meluas.\nMenurut kerajaan 36 peratus responden mengaku pernah dihendap dan rasa takut, 12 peratus dapat ancaman manakala 17 peratus mangsa mendapat kecederaan.\nJusteru tidak hairanlah semalam Dewan Rakyat meluluskan RUU bagi menjadikan perbuatan menghendap sebagai satu kesalahan!\nPesalah kes hendap secara fizikal mahupun maya bakal berdepan hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda atau kedua-duanya.\n\u00a0\nKetua Menteri Melaka Letak Jawatan\nTimbalan Perdana Menteri sahkan Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka.\nDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga memaklumkan, beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baru.\n\u00a0\n'Love Scam' Jerat Ramai Wanita\nJenayah penipuan cinta atau 'Love Scam' antara kes penipuan tertinggi di negara ini.\nMenurut Bukit Aman, ia mengakibatkan kerugian RM365 juta sejak 2018 dan lebih 82 peratus mangsa adalah wanita.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72393", "title": "PM umum rancangan reformasi dalam RMK-11!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM umum rancangan reformasi dalam RMK-11!\nOct 19, 2018\n\nPelbagai rancangan reformasi dalam RMK-11Foto - Astro AwaniPM mengumumkan pelbagai rancangan reformasi kerajaan dalam RMK-11.Selain tempoh khidmat PM dan MB dihadkan selama 2 penggal sahaja, PM juga tidak boleh pegang portfolio lan dalam pentadbiran kerajaan.Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya juga diasingkan dan diuruskan individu berlainan.Kerajaan negeri juga diberi lebih kuasa berbanding sebelum ini.Sementara itu, Tun Mahathir Mohamed nafi desas-desus mengatakan akan berlaku rombakan kabinet dalam masa terdekat.---Datuk Seri Ahmad Zahid dijangka hadapi lebih 40 pertuduhanDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kompleks Mahkamah KL\u00a0 kira kira 815 pagi tadi.\u00a0Kira-kira 300 penyokong berkumpul di perkarangan mahkamah untuk memberi sokongan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bakal didakwa hari ini.Menurut laporan NST, Ahmad Zahid dijangka hadapi lebih 40 pertuduhan babit kes penyelewengan dana sebuah yayasan.Beliau bermalam di lokap SPRM malam tadi selepas enggan diikat jamin sementara menunggu perbicaraan.---Bayi maut, 3 adik-beradik parah dikelar ibu sendiriSeorang bayi maut, manakala 3 adik-beradiknya yang lain cedera parah akibat dikelar dalam kejadian di Kota Belud, Sabah.Suspek adalah ibu mereka sendiri dan ketika ditemui, suspek juga cedera parah pada leher dipercayai cuba membunuh diri.Difahamkan, wanita berkenaan mengalami kemurungan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73315", "title": "KKM Nafi Jemaah Umrah dirawat di Hospital Putrajaya Akibat MERS-CoV", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM Nafi Jemaah Umrah dirawat di Hospital Putrajaya Akibat MERS-CoV\nDec 25, 2017\n\nTular di media sosial berhubung seorang jemaah umrah dirawat di Hospital Putrajaya akibat disyaki dijangkiti Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah adalah tidak benar.Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memaklumkan, ujian makmal dijalankan ke atas sampel milik pesakit lelaki tersebut didapati negatif jangkitan penyakit itu.KKM juga juga kesal kerana tindakan tidak bertanggungjawab menularkan maklumat tidak sahih itu telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72030", "title": "Sekolah yang ditutup akibat banjir perlu menggantikan kelas tersebut agar murid tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran yang ditetapkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSekolah yang ditutup akibat banjir perlu menggantikan kelas tersebut agar murid tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran yang ditetapkan.\nJan 05, 2018\n\nSekolah yang ditutup akibat banjir perlu menggantikan kelas tersebut agar murid tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran yang ditetapkan.Setakat ini, sebanyak 62 buah sekolah telah ditutup, kebanyakannya di Pahang dengan jumlah mangsa banjir hampir 10 ribu orang.Peningkatan turut berlaku di Terengganu dengan lebih 1,500 mangsa dan di Sabah 560 mangsa banjir dipindahkan di Membakut.Manakala jumlah mangsa banjir di Johor sedikit berkurangan iaitu 250 orang setakat malam tadi, berbanding 300 orang petang semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72279", "title": "Pihak tentera belum pasti tarikh sebenar", "body": "\n\u2190 Back to list\nPihak tentera belum pasti tarikh sebenar\nJan 02, 2016\n\nUsaha membawa pulang jenazah Kapten Hasman Hussin yang lemas selepas dihanyutkan banjir di Missouri, Amerika dijangka dapat dilakukan dalam masa terdekat selepas proses dokumentasi selesai.Sel Raya Perhubungan Markas Tentera Darat memberitahu, tarikh sebenar jenazah akan dibawa pulang ke tanah air belum dapat dipastikan kerana ia bergantung kepada prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa AS.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73237", "title": "67 'hot spot' kemalangan maut di seluruh negara akan dilengkapi papan tanda amaran.", "body": "\n\u2190 Back to list\n67 'hot spot' kemalangan maut di seluruh negara akan dilengkapi papan tanda amaran.\nDec 13, 2017\n\nSemua 67 lokasi panas atau 'hot spot' kemalangan maut di seluruh negara akan dilengkapi papan tanda amaran, sebagai panduan peringatan kepada pengguna jalan raya.Menurut Bukit Aman, 67 lokasi itu dikenal pasti membabitkan 40 daerah yang disahkan mencatat kadar kemalangan maut tertinggi.Papan tanda amaran itu akan dipasang pada jarak kira-kira 3 kilometer sebelum lokasi panas sebagai amaran awal kepada para pemandu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71854", "title": "JAKIM berminat tawar biasiswa untuk mualaf lanjut pelajaran", "body": "\n\u2190 Back to list\nJAKIM berminat tawar biasiswa untuk mualaf lanjut pelajaran\nJul 13, 2017\n\nJAKIM berminat untuk memperluas tawaran biasiswa kepada golongan mualaf bagi melanjutkan pendidikan.Inisiatif itu sebelum ini diperkenal Majlis Agama Islam Perlis dalam membantu saudara baru meningkatkan ilmu pengetahuan.Bagi tujuan itu, JAKIM akan bawa usul berkenaan ke persidangan Majlis Agama Islam Negeri untuk dibincangkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70430", "title": "Latih Anak Sedia Kembali Bersekolah", "body": "\n\u2190 Back to list\nLatih Anak Sedia Kembali Bersekolah\nJul 02, 2020\n\nLatih Anak Sedia Kembali Ke SekolahIbu bapa sudah boleh mula melatih anak-anak bangun awal pagi seperti waktu sekolah.\u00a0Menurut kaunselor berdaftar, Puan Parameswary Periasamy, ibu bapa juga disaran bercerita dengan anak-anak tentang kebiasaan baru yang akan dijalani mereka di sekolah nanti.\u00a0Itu antara tips yang diberikan menjelang kembalinya lebih ramai murid ke sekolah beberapa minggu lagi.\u00a0Murid tahun 5 dan 6 juga tingkatan 1 hingga 4 akan bersekolah semula mulai 15 Julai.\u00a0Murid tahun 1 hingga 4 pula akan kembali ke sekolah pada 22 Julai.\u00a0Bot Pemancing Karam: SAR DiperluasAPMM Kelantan memperluaskan lagi operasi mencari dan menyelamat tragedi bot pemancing karam.Operasa hari ke-4 hari ini melibatkan lebih 80 anggota pelbagai agensi dan bantuan nelayan tempatan dan pihak berkuasa Thailand.Tragedi itu mengakibatkan 5 pemancing maut, 3 masih hilang dan 12 dapat diselamatkan.Petugas TNB Diserang Gara-Gara Tak Puas HatiSeorang petugas TNB Dungun cedera akibat dikasari individu yang dipercayai tertekan akibat bil elektrik yang tinggi.Susulan itu Polis Terengganu minta orang ramai tidak serang pekerja TNB sebab ia perlakuan jenayah.Penguna sebaliknya diminta kawal emosi dan menghubungi TNB bagi dapatkan penjelasan.Polis Buru Individu Enggan Jalani Ujian Kali Kedua COVID-19Lebih 1,400 individu yang dikuarantin di rumah kini diburu polis ekoran belum jalani ujian COVID-19 kali ke-2.Mereka merupakan rakyat Malaysia yang diwajibkan kuarantin selepas tiba dari luar negara.Foto: SK Lebak\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72322", "title": "300 juta tebatan banjir Sungai Golok", "body": "\n\u2190 Back to list\n300 juta tebatan banjir Sungai Golok\nJan 06, 2017\n\nKerajaan luluskan 800 juta ringgit untuk laksanakan dua projek penyelesaian jangka panjang masalah banjir di Kelantan.TPM berkata, 300 juta daripada peruntukan itu akan digunakan untuk projek tebatan banjir fasa pertama di Sungai Golok.\u00a0Baki setengah bilion ringgit lagi pula diberi untuk projek pengorekan muara Sungai Kelantan dan pembinaan tambak di sungai itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79603", "title": "Tragedi Christchurch: Ada Apa Dengan Daun Paku-Pakis Viral", "body": "\n\u2190 Back to list\nTragedi Christchurch: Ada Apa Dengan Daun Paku-Pakis Viral\nMar 22, 2019\n\nTragedi Christchurch: Ada Apa Dengan Daun Paku-Pakis ViralSejak tragedi serangan terhadap 2 masjid di Christchurch, Jumaat lalu ramai berkongsi dan menjadikan imej daun paku-pakis perak sebagai tanda solidariti terhadap mangsa yang terkorban.Penulis pun tidak ketinggalan turut menjadikan daun ini sebagai gambar profil di akaun laman sosial.Paku-pakis perak ini memang sinonim dan jadi antara ikon New Zealand jadi tak hairanlah ia dijadikan pilihan.Memang sekali pandang kelihatan seperti daun biasa tapi selepas dibelek betul-betul ia sebenarnya ada maksud mendalam dan penuh makna yang membuatkan sesiapa yang mengamatinya tersentuh hati.Rupa-rupanya imej daun itu diilhamkan oleh seorang kartunis Australia, Pat Campbell yang turut bersolidariti dengan mangsa tragedi serangan.Kata Campbell, dia pernah datang ke Christchurch beberapa kali dan ada kawan di sana. Dia amat menyenangi kota itu jadi tragedi tersebut turut memberi kesan kepadanya lalu dia memutuskan melukis daun yang penuh simbolik itu sebagai tanda simpati.Menurut Campbell lagi, dia pada mulanya melukis daun itu sebanyak 49 helai dan setiap satunya memaparkan kedudukan dan posisi muslim yang sedang solat dan berdoa.Namun dia kemudian ditambah menjadi 50 helai selepas seorang lagi mangsa yang cedera parah akibat serangan tersebut disahkan maut.Indah dan menarik sungguh apabila dah tahu cerita di sebalik rekaan daun ini.Jika direnung lebih mendalam, ia juga tanda masih wujud semangat kemanusiaan dan kasih sayang yang murni dan tinggi merentas agama, bangsa dan negara.*PS Kalau rajin nanti cubalah Google pula apa maksud dan kaitan daun paku-pakis perak kepada New Zealand khasnya menurut legenda kaum MaoriOleh: KJRujukan dan penghargaan: Twitter Pat Campbell & internet\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81606", "title": "Usaha Kerajaan Tak Sia-Sia", "body": "\n\u2190 Back to list\nUsaha Kerajaan Tak Sia-Sia\nApr 20, 2020\n\nLangkah Kerajaan Tak Sia-SiaTindakan kerajaan melaksanakan saringan dan kuarantin terhadap rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara bagi mencegah penularan COVID-19 adalah tepat.Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, langkah itu dapat mengesan satu lagi kluster baru.Ia melibatkan kira-kira 40 penuntut Malaysia yang pulang dari Temboro iaitu salah satu tempat yang diisytiharkan sebagai zon merah di Magetan, Indonesia.Mereka kini menjalani kuarantin di Kuala Lumpur dan Melaka.Setakat ini juga kira-kira 15,800 individu yang pulang dari luar negara menjalani proses kuarantin di 190 pusat seluruh negara.Nahas Jalan Raya Turun Dalam Tempoh PKPKes kemalangan jalan raya di negara ini turun hampir 70 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.Menurut Bukit Aman, purata nahas jalan raya pada fasa pertama dan kedua PKP ialah 370 sehari berbanding hari-hari biasa biasa iaitu 1,500.Jumlah kes kemalangan maut juga turun menjadi purata 4 hingga 5 kes berbanding 16 hingga 17 kes sehari pada hari biasa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94647", "title": "62 sukarelawan bakal disuntik vaksin COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\n62 sukarelawan bakal disuntik vaksin COVID-19\nJan 31, 2021\n\nCOVID-19: 62 individu bakal disuntik vaksinKira-kira 60 sukarelawan menjadi kumpulan pertama disuntik vaksin COVID-19 di negara ini.Mereka merupakan sebahagian daripada ujian klinikal fasa ke-3 vaksin tersebut di Sungai Petani, Kedah.Kesemua sukarelawan itu akan terima dua suntikan dan akan dipantau secara rapat bagi mengenalpasti jika vaksin berkenaan terdapat sebarang kesan sampingan.---PDRM cadang naikkan harga kompaun\u00a0PDRM cadangkan agar nilai kompaun langgar SOP PKP bernilai seribu ringgit dinaikkan.Ketua Polis Negara berkata ia bagi mengurangkan bilangan orang ramai yang melanggar SOP tersebut terutamanya penjarakan sosial.Ini selepas Malaysia mencatat 5,728 kes positif COVID-19 semalam - jumlah kes tertinggi sejak pandemik itu melanda negara ini.---Ibu bapa dan guru diminta beri pandangan isu pendidikan pelajarIbu bapa dan guru diminta kemukakan pandangan bagi membolehkan semua pelajar menerima pendidikan terbaik ketika pandemik COVID-19 melanda negara.Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen, Datuk Jalaluddin Alias berkata demikian susulan kebimbangan orang ramai terhadap cabaran para pelajar melalui fasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah, PdPR.Jelasnya, antara masalah yang diutarakan ketika ini ialah masalah capaian internet dan kekurangan peranti elektronik untuk mengikuti PdPR.Semua pandangan yang diterima akan dirumuskan sebelum dikemukakan kepada kerajaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72500", "title": "Polis Johor tahan wanita menandu lawan arus", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Johor tahan wanita menandu lawan arus\nJun 27, 2017\n\nPolis tahan wanita berusia 56 tahun di Pekan Nenas, Johor kerana memandu melawan arus di LINKEDUA dekat Gelang Patah.Video aksi tidak bertanggungjawab wanita itu menjadi viral selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Ahad lalu.Wanita terbabit yang juga pemilik kenderaan dalam video itu ditahan bagi membantu siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70384", "title": "'Abah' puas hati SOP pembukaan semula sekolah", "body": "\n\u2190 Back to list\n'Abah' puas hati SOP pembukaan semula sekolah\nJun 24, 2020\n\n'Abah' puas hati SOP pembukaan semula sekolahFoto - Facebook Tan Sri Muhyiddin YassinPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan pematuhuan SOP pada hari pertama pembukaan semula sesi persekolahan bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam, hari ini.Katanya, SOP yang ditetapkan kerajaan itu akan memberi lebih keyakinan kepada ibu bapa bahawa keselamatan anak-anak sentiasa diberi keutamaan sepanjang berada di sekolah.Terdahulu,\u00a0beliau mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datok Lokman, Jalan Kampung Pandan di ibu negara bersama Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin.-----Majlis sosial dibenarkan mulai 1 JulaiFoto - BernamaSemua majlis sosial seperti perkahwinan dan pertunangan, majlis akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun perkahwinan, hari jadi dan majlis perjumpaan semula dibenarkan mulai 1 Julai ini.Namun Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, majlis itu dihadkan masanya untuk tempoh tiga hingga lima jam dengan kapasiti kehadiran tidak lebih 250 orang pada satu-satu masa.Malah katanya lagi, penyediaan makanan secara buffet adalah tidak dibenarkan dan makanan perlulah dihidangkan kepada para tetamu oleh pramusaji.-----KKM kenal pasti tiga kluster baru COVID-19Foto - The StarKementerian Kesihatan mengenal pasti tiga kluster baru, iaitu kluster Bukit Bintang, kluster Tapak Pembinaan Kuching dan kluster Kondominium Hulu Langat.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kluster Bukit Bintang ia sudah menjangkiti 10 individu membabitkan warga asing dan tempatan.Hari ini, hanya enam kes baru positif COVID-19 dilaporkan berbanding 45 kes yang pulih dan dibenarkan keluar dari hospital selain tiada kematian terbaru direkodkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71824", "title": "JDT sahkan Benjamin Mora bukan jurulatih pasukan itu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJDT sahkan Benjamin Mora bukan jurulatih pasukan itu.\nJun 19, 2017\n\nJDT sahkan Benjamin Mora bukan lagi ketua jurulatih pasukan itu.Pengarah sukan JDT, Alistair Edwards membuat pengumuman tersebut menerusi laman facebook rasmi kelab tersebut.Pembantu jurulatih, Ismail Ibrahim dan Raul Longhi akan ambil alih tugas Mora sehingga kelab tersebut umumkan jurulatih baharu mereka.Walau bagaimanapun, Mora akan kembali galas tugas asalnya sebagai ketua jurulatih JDT II.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=112143", "title": "Vaksinasi Lengkap Bukan Pasport Untuk Abaikan SOP.", "body": "\n\u2190 Back to list\nVaksinasi Lengkap Bukan Pasport Untuk Abaikan SOP.\nAug 06, 2021\n\n\nVaksinasi lengkap bukan pasport untuk mengabaikan SOP yang ditetapkan.\nJelas Perdana Menteri, rakyat perlu tetap berwaspada dengan penularan jangkitan Covid-19 kerana negara belum capai imuniti kelompok.\nTan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan hari ini atau esok, kelonggaran pergerakan kepada individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksinasi Covid-19.\n\u00a0\nATM bantu kurangkan beban hospital dan pusat kuarantin.\nATM akan mengatur gerak anggota dan asetnya bagi bantu mengurangkan beban hospital dan pusat kuarantin.\nMenurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia berikutan peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19.\nBeliau yang juga Menteri Pertahanan berkata komitmen ATM dan kerjasama dengan pelbagai agensi lain juga diteruskan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dilindungi.\n\u00a0\n71 peratus rakyat Selangor sudah terima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin.\nLebih 71 peratus rakyat Selangor telah terima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin COVID-19.\nKerajaan negeri juga memaklumkan, program vaksinasi yang digerakkan akan memperlihatkan hasilnya menjelang bulan depan.\nIa termasuk ke arah mewujudkan imuniti kelompok dalam kalangan rakyat di negeri Selangor.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73134", "title": "Polis tahan seorang anggota tentera dan isterinya dipercayai dera anak sendiri.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis tahan seorang anggota tentera dan isterinya dipercayai dera anak sendiri.\nFeb 02, 2018\n\nSeorang anggota tentera dan isterinya kini ditahan reman susulan kematian anaknya yang berusia 9 tahun dipercayai akibat didera di Port Dickson, Negeri Sembilan.Laporan bedah siasat mendapati mangsa alami pelbagai kecederaan teruk termasuk patah kedua-dua rusuk dan usus koyak.Jenazah kanak-kanak perempuan itu telah dikebumikan di Ipoh, Perak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73146", "title": "13,000 unit rumah PPA1M akan dibina di Johor dalam tempoh 2 tahun lagi.", "body": "\n\u2190 Back to list\n13,000 unit rumah PPA1M akan dibina di Johor dalam tempoh 2 tahun lagi.\nFeb 23, 2018\n\nSebanyak 13,000 unit rumah Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia akan dibina di Johor dalam tempoh 2 tahun lagi.Jelas Ketua Unit PPA1M, setakat ini 6,000 sudah diluluskan dan sedang dibina di negeri itu..Antara daerah yang dipilih untuk projek perumahan itu ialah Kluang, Simpang Renggam dan Kota Tinggi.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72219", "title": "Kementerian Pendidikan sanggup bantu banteras gengsterisme", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan sanggup bantu banteras gengsterisme\nApr 22, 2017\n\nKementerian Pendidikan sedia jalin kerjasama dengan pihak berkuasa dalam ambil tindakan terhadap pelajar yang terlibat dengan jenayah.Ini termasuk beri kelonggaran penuh polis masuk ke kawasan sekolah untuk siasatan atau tangkapan, namun ia perlu dimaklumkan terlebih dahulu.Semalam, Bukit Aman tahan 18 individu termasuk 13 pelajar kerana dipercayai sertai kumpulan kongsi gelap Geng 24 di Klang, Selangor.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70925", "title": "Kerajaan prihatin, perkenalkan BPN 2.0", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan prihatin, perkenalkan BPN 2.0\nSep 23, 2020\n\nKerajaan prihatin, perkenalkan BPN 2.0Foto - BernamaPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 antara RM300 hingga RM1,000.Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah RM1,000 kepada isi rumah B40, RM500 kepada kumpulan B40 bujang, RM600 kepada isi rumah M40 dan RM300 kepada kumpulan M40 bujang.\u00a0Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Muhyiddin berkata, kerajaan akan memberi peluang untuk proses rayuan serta permohonan baru.-----Anwar Ibrahim dakwa dapat sokongan majoritiFoto - Astro AwaniDatuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau kini telah mendapat sokongan majoriti kukuh dan meyakinkan untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan membentuk kerajaan.Menurut Presiden PKR itu, beliau telah diperkenanakan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa namun terpaksa ditangguhkan kerana Baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara.Justeru katanya, dengan sokongan majoriti ini, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah 'jatuh' dan maklumat serta langkah selanjutnya akan dimaklumkan kelak.-----Kes baru positif COVID-19 kembali melonjakFoto - The StarJumlah korban keseluruhan akibat COVID-19 dalam negara meningkat kepada 133 apabila 3 lagi kematian terbaru dilaporkan, hari ini.Jumlah kes baru pula melonjak kepada 147 berbanding 82 semalam dengan 143 daripadanya merupakan kes penularan tempatan.Perkembangan terbaru itu sekaligus menyaksikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 10,505 dengan 770 kes aktif.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72310", "title": "Dua maut nahas jentera cerucuk hempap kereta", "body": "\n\u2190 Back to list\nDua maut nahas jentera cerucuk hempap kereta\nNov 05, 2016\n\nPemaju projek pembinaan di Bandar Baru Bukit Raja, Klang diarah hentikan serta-merta kerja mereka susulan insiden jentera cerucuk besi hempap kereta.Insiden tengahari semalam itu menyebabkan sepasang suami isteri terbunuh.Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Malaysia berkata arahan itu dikeluarkan bagi bolehkan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut dijalankan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72994", "title": "Polis telah temui kereta yang digunakan dalam kes pembunuhan kejam di sebuah stesen minyak di JB", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis telah temui kereta yang digunakan dalam kes pembunuhan kejam di sebuah stesen minyak di JB\nDec 27, 2017\n\nPolis telah temui kereta yang digunakan dalam kes pembunuhan kejam di sebuah stesen minyak di JB, 17 Disember lalu.Kereta tersebut dijumpai di sebuah ladang kelapa sawit di Pontian, selepas mendapat maklumat daripada orang ramai.Setakat ini, polis masih giat memburu 3 lagi suspek utama kes berkenaan untuk membantu siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73177", "title": "Misteri Kehilangan Wanita Warga Emas di Balik Pulau Akhirnya Terjawab. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nMisteri Kehilangan Wanita Warga Emas di Balik Pulau Akhirnya Terjawab. \nSep 25, 2018\n\nMisteri kehilangan seorang wanita warga emas di Balik Pulau, Pulau Pinang sejak hampir seminggu lalu terjawab.Foto: Malaysia GazetteNamun ia sangat menyayat hati apabila warga emas tersebut ditemui mati dibunuh dalam lubang kumbahan di belakang rumahnya sendiri.Polis kini memburu anak lelaki mangsa yang juga menghilangkan diri sejak mangsa dilaporkan hilang.Segera laporkan aktiviti ajaran Syiah kepada JAWIPihak yang ada maklumat tentang aktiviti ajaran Syiah diminta segera laporkannya kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.Ia susulan program anjuran \u2018Who Is Hussain\u2019 dipercayai kumpulan pro Syiah yang memberikan \u2018donut\u2019 percuma kepada orang awam pada Sabtu lalu.Foto: Free Malaysia TodaySementara itu, Rapid KL tegaskan, pihaknya tiada kaitan dengan program donut percuma terbabit kerana ia dijalankan di luar stesen Monorail Bukit Bintang.Khairy Jamaluddin melahirkan kebimbangan lebih ramai pemimpin UMNO meninggalkan parti itu.Kata bekas Menteri Belia dan Sukan itu, ia boleh terus terjadi jika UMNO masih gagal kemuka hala tuju jelas parti dalam perhimpunan agungnya hujung minggu ini.Semalam, pemimpin veteran yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee umum keluar parti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72581", "title": "Tragedi Bas Ekspres: Kementerian Arah Siasatan Segera", "body": "\n\u2190 Back to list\nTragedi Bas Ekspres: Kementerian Arah Siasatan Segera\nDec 25, 2016\n\nKementerian Pengangkutan telah mengarahkan 3 agensi di bawahnya melakukan siasatan segera nahas bas ekspres di Muar, Johor semalam yang meragut 14 nyawa.Agensi yang dimaksudkan adalah JPJ, JKJR dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).Kementerian mengambil serius tragedi tersebut dan mahu siasatan dilakukan dari pelbagai sudut bagi mengetahui punca sebenarnya.Hasil siasatan juga akan digunakan untuk menambah baik aspek keselamatan di jalan raya agar kejadian sama tidak berulang.Sementara itu, SPAD menggantung serta-merta lesen pengendali bas ekspres yang terbabit bagi membolehkan siasatan dilakukan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70342", "title": "Sabah Benar Panggung Wayang Beroperasi Semula", "body": "\n\u2190 Back to list\nSabah Benar Panggung Wayang Beroperasi Semula\nJun 18, 2020\n\nSabah Benar Panggung Wayang Beroperasi SemulaPanggung wayang, perkhidmatan kecantikan dan kesihatan di Sabah dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.Menurut kerajaan negeri, Prosedur Operasi Standard (SOP) tertakluk kepada arahan dan panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Ia termasuk penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan sanitasi tangan.Bagi Ruang Kempen di TV & RadioSPR disaran beri ruang kepada calon PRK DUN Chini berkempen melalui TV dan radio.Ujar Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen-Pilihan Raya, Syed Ibrahim Syed Noh, kaedah itu beri kebaikan kepada semua pihak termasuk akses kepada pengundi pedalaman.Baru-baru ini SPR umum SOP khas akan diguna bagi pilihan raya kecil itu ekoran situasi COVID-19 dan PKPP.Penamaan calon PRK DUN China berlangsung Sabtu ini manakala pengundian pada 4 Julai.Polis Siasat FB Hannah YeohPolis kini siasat pemilik akaun Facebook Hannah Yeoh kerana mengeluarkan hantaran yang dilapor \u00a0bersifat menghasut.Bagaimanapun bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat HannahYeoh menegaskan hantaran yang disiasat itu, yang dikaitkan dengannya, adalah PALSU.Foto: AWANI (sekadar hiasan)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=148111", "title": "Zahid Sedia Disiasat", "body": "\n\u2190 Back to list\nZahid Sedia Disiasat\nMar 13, 2023\n\n\nZahid Sedia Disiasat\u00a0\nPresiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersedia disiasat oleh mana-mana pihak atau pada bila-bila masa.\nTimbalan Perdana Menteri itu berkata demikian susulan cabaran oleh Presiden Bersatu yang mahu SPRM siasat beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\u00a0\nBaru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh tegaskan bukan sahaja Bersatu, siasatan juga perlu dilakukan terhadap kedua-dua pemimpin itu serta sumber kewangan PKR dan UMNO.\nJumaat lalu, Muhyiddin didakwa di Mahkamah KL atas 6 \u00a0pertuduhan membabitkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.\nNamun beliau mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu sebutan semula kes.\u00a0\nKemudian SPRM sahkan, Tan Sri Muhyiddin bakal didakwa lagi hari ini atas sejumlah pertuduhan di Mahkamah Shah Alam.\u00a0\n\u00a0\n\nBanjir Johor: Murid Bersekolah di Premis Sementara\nMurid di sejumlah sekolah yang terjejas teruk akibat banjir di Johor dijangka belajar di premis sementara.\u00a0\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi membolehkan mereka memulakan sesi baru persekolahan tidak lama lagi. \u00a0\nTerdahulu Kementerian Pendidikan mengumumkan sesi persekolahan 2023 bagi negeri-negeri yang dilanda banjir tidak akan ditangguhkan.\u00a0\nJusteru KPM beri kelonggaran kepada murid mangsa banjir untuk pakai pakaian yang sesuai jika tiada baju sekolah, asalkan mereka hadir ke sekolah.\u00a0\nSementara itu jumlah mangsa banjir di Johor masih tinggi apabila kira-kira 40,000 masih berlindung di PPS.\u00a0\nDi Pahang jumlah mangsa turun kepada sekitar 150, Sarawak hampir 100 dan Melaka hampir 90.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73172", "title": "Datuk Seri Mustapa Mohamed tinggalkan UMNO.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Mustapa Mohamed tinggalkan UMNO.\nSep 19, 2018\n\nDikenali dengan gelaran lelaki budiman, Datuk Seri Mustapa Mohamed buat keputusan mengejutkan apabila umum meninggalkan UMNO!Ujar Ahli Parlimen Jeli yang juga bekas anggota Kabinet itu, keputusan tersebut diambil ekoran hala tuju parti kini sudah tidak selari dengan perjuangannya.Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz nafi khabar angin mengatakan beliau juga akan tinggalkan UMNO.Jumlah mangsa yang maut akibat keracunan arak naik kepada 19 orang.Jumlah mangsa yang maut akibat keracunan arak naik kepada 19 orang, manakala 23 yang lain sedang dirawat dengan 14 daripadanya kritikal.Menurut siasatan KKM, kesemua mereka jatuh sakit selepas minum minuman keras yang dibeli di premis-premis sekitar KL dan Selangor.Kementerian Pendidikan sedia buka pusat peperiksaan UPSR baru bagi kawasan yang terjejas bencana alam.440,000 calon akan menduduki UPSR 2018 yang bermula esok.Dalam kenyataannya, Kementerian Pendidikan memaklumkan pihaknya sudah melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran peperiksaan itu.Ia termasuk sedia buka pusat peperiksaan baru jika ada pusat peperiksaan terjejas akibat bencana alam sewaktu perubahan monsun ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79075", "title": "Syed Saddiq sedia tinggalkan Bersatu jika ahli barunya ada rekod buruk.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSyed Saddiq sedia tinggalkan Bersatu jika ahli barunya ada rekod buruk.\nDec 28, 2018\n\nKetua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedia untuk keluar parti jika ahli barunya yang diterima masuk daripada parti lain mempunyai rekod yang buruk.\u00a0Ketua Pemuda Bersatu itu menyatakan kebimbangan tersebut susulan tindakan beberapa bekas pemimpin dan ahli UMNO yang memohon masuk Bersatu. \u00a0\u00a0Sementara itu, UMNO kini sedang melaksanakan program pemutihan dan kemas kini data keahliannya seluruh negara untuk mantapkan kembali partinya.Adik mangsa dera yang meninggal dunia semalam dipercayai turut didera oleh ibu tiri.Adik kepada kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang meninggal dunia semalam dipercayai turut didera oleh ibu tirinya.Polis Joor Bahru\u00a0berkata ini selepas pihaknya temui kesan parut luka pada dahi dan badan kanak-kanak berusia tiga tahun itu yang kini ditempatkan di hospital.Ibu tiri\u00a0dan bapa kandung\u00a0mangsa kini direman 7 hari.Bajet 2019: DBKL peruntuk hampir RM3 jutaDBKL peruntukkan hampir RM3 juta di bawah Bajet 2019 untuk projek pembangunan buat warga kota.Ianya termasuklah meluaskan perkhidmatan bas GO-KL secara percuma dan pelbagai bantuan buat golongan gelandangan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73198", "title": "Kementerian Kewangan rancang untuk menjual kapal layar mewah, Equanimity. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Kewangan rancang untuk menjual kapal layar mewah, Equanimity. \nAug 07, 2018\n\nKementerian Kewangan rancang untuk pamerkan Kapal Equanimity yang dijangka tiba di Malaysia hari ini kepada umum!Bagaimanapun Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata hanya sebahagian kapal sahaja yang akan dipamerkan kepada orang awam.Pihaknya juga rancang untuk jual kapal layar mewah tersebut kerana mampu peroleh kira-kira RM 1 bilionSementara itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad minta pihak yang mendakwa kapal layar mewah itu milik mereka agar kemukakan bukti kukuh.Tun M turut ucapkan terima kasih kepada kerajaan Indonesia dan Presidennya, Joko Widodo kerana membantu memulangkan kapal tersebut kepada Malaysia.Kira-kira setengah juta rakyat negara ini menghidapi penyakit Hepatitis C.Kementerian Kesihatan anggarkan kira-kira setengah juta rakyat negara ini menghidapi penyakit Hepatitis C.Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad tidak tolak kemungkinan bahawa jumlah penghidap penyakit itu adalah lebih ramai daripada yang direkodkan ekoran kurangnya kesedaran dalam kalangan rakyat.Kematian CEO\u00a0Cradle Fund,\u00a0Nazrin Hassan adalah kes bunuh.Polis sahkan kes kematian CEO Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan pada 14 Jun lepas, kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.Terdahulu, syarikat tersebut sahkan laporan bedah siasat bahawa kematian Nazrin berpunca daripada komplikasi kecederaan akibat letupan telefon bimbit yang sedang dicas berdekatannya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71644", "title": "Juara bina badan, Sazali Samad digantung 4 tahun", "body": "\n\u2190 Back to list\nJuara bina badan, Sazali Samad digantung 4 tahun\nDec 21, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78847", "title": "Kerajaan Komited Agih Subsidi Minyak Kepada B40 & M40 Bermula Suku Kedua 2019 ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Komited Agih Subsidi Minyak Kepada B40 & M40 Bermula Suku Kedua 2019 \nNov 06, 2018\n\nKementerian Kewangan nafi dakwaan kononnya kerajaan bersifat sambil lewa berhubung subsidi petrol bersasar terhadap kereta berkapasiti 1,500 cc dan motosikal 125 cc.Jelasnya, pihaknya sedang perincikan lagi mekanisme pemberian subsidi petrol itu dan ia akan dibuat pada suku kedua 2019.Tambahnya, kementerian akan memastikan golongan B40 dan M40 akan menerima sepenuhnya subsidi berkenaan.\u00a0Pengerusi PTPTN Letak Jawatan Penasihat Khas Menteri PendidikanPengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan letak jawatan sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.Jelasnya, keputusan untuk meletakkan jawatan adalah bagi menumpukan perhatian kepada tugasnya di PTPTN.Malah, dia menafikan bahawa peletakan jawatan tersebut kerana berlakunya perbezaan pendapat dengan Dr Maszlee.Malaysia Harap Universiti Jepun Buka Cawangan Di Negara Ini\u00a0Perdana Menteri Tun Dr Mahathir\u00a0Mohamad berharap universiti Jepun dapat wujudkan kampus cawangannya di Malaysia.Katanya, ia beri peluang kepada rakyat Malaysia belajar sistem pendidikan negara itu sekaligus mempelajari budayanya.Namun, buat masa ini tiada peruntukkan undang-undang bagi penubuhan univerisiti tersebut dan ia akan dibincangkan kerajaan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72694", "title": "JPN Kelantan Nafi Sediakan Makanan Tidak Berkhasiat Untuk RMT", "body": "\n\u2190 Back to list\nJPN Kelantan Nafi Sediakan Makanan Tidak Berkhasiat Untuk RMT\nSep 06, 2016\n\nJPN Kelantan nafi ada pengusaha kantin sebuah sekolah di negeri itu sediakan makanan tidak berkhasiat untuk murid program RMT seperti diviralkan baru-baru ini.\u00a0Jelas jabatan berkenaan, gambar yang tersebar itu adalah gambar ketika penyediaan, bukannya hidangan yang telah siap.Jabatan Pendidikan Negeri turut menegaskan, pihaknya sentiasa memantau kualiti makanan yang disediakan supaya mengikut menu bernutrisi yang ditetapkan.Foto : cikgushare.com\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81620", "title": "Pelajar Terkandas di Kampus Mungkin Boleh Pulang", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelajar Terkandas di Kampus Mungkin Boleh Pulang\nApr 21, 2020\n\nPelajar Terkandas di Kampus Mungkin Boleh PulangFoto - UTM NewsHubKerajaan tidak menolak kemungkinan, pelajar-pelajar IPT yang terkandas di kampus masing-masing selepas Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan akan dibenarkan pulang.Menteri Kanan Keselamatan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada nasihat Kementerian Kesihatan dan prosedur operasi standard perjalanan pulang yang ketat.Justeru katanya, Kementerian Penganjian Tinggi bersama KKM dan MKN akan berunding mencari kaedah terbaik untuk menghantar pulang pelajar terbabit selepas lebih 28 hari di \"kuarantin\".-----Kerajaan Ambil Pendekatan Diplomasi SainsFoto - Twitter Khairy JamaluddinKerajaan ambil pendekatan diplomasi sains dalam bekerjasama dengan negara-negara yang sedang membangunkan vaksin dalam memerangi wabak COVID-19.Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, ini bagi memastikan Malaysia dapat terlibat dalam peringkat ujian ke atas manusia, penghasilan dan menerima vaksin secepat mungkin apabila ia siap.Pihaknya juga telah mengenalpasti beberapa negara yang akan dimajukan cadangan daripada Malaysia malah MOSTI turut menerima cadangan daripada negara luar berhubung perkara ini.-----Ujian Swab Tidak Batalkan PuasaFoto - Berita HarianMufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ujian swab yang dilakukan bagi menyaring individu terbabit kes COVID-19 tidak membatalkan puasa.Ini kerana katanya, dua kaedah yang diguna Kementerian Kesihatan untuk melakukan ujian itu didapati tidak membawa gambaran sebagai makan dan minum.Malah katanya, terdapat beberapa isu dan mekanisma di dalam bidang perubatan yang diklasifikasikan sebagai tidak membatalkan puasa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80549", "title": "Jangan polemik isu lambakan rumah mewah tidak terjual", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan polemik isu lambakan rumah mewah tidak terjual\nSep 14, 2019\n\nJangan polemik isu lambakan rumah mewah tidak terjualFoto - PropsocialOrang ramai diminta tidak lagi mempolemikkan isu lambakan rumah mewah yang masih tidak terjual di negara ini.Ini kerana Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, ia akan dipromosikan kepada pihak luar mengikut prosedur dan syarat di bawah Program Malaysia Rumah Keduaku.Malah katanya, Program Malaysia Rumah Keduaku bukanlah satu program yang baru diperkenalkan kerana ia telah pun wujud sejak tahun 2002.-----Operasi LTSAS kembali seperti sediakalaFoto - Kosmo!Kesemua operasi penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak hari ini berjalan lancar selepas terjejas semalam akibat jerebu.\u00a0Pengurus LTSAS, Mohd Ali Osman berkata, kesemua penerbangan yang ditunda semalam akibat jerebu telah dijadualkan semula untuk penerbangan pada hari ini.Semalam, seramai 549 penumpang terkandas di LTSAS berikutan tiga penerbangan melibatkan laluan Singapura-Ipoh-Johor Bahru dan Singapura-Ipoh-Singapura tergendala akibat jerebu.-----Tiga kawasan catat kualiti udara sangat tidak sihatFoto - Berita HarianTiga kawasan kekal merekodkan kualiti udara di paras sangat tidak sihat setakat pukul 12 tengah hari tadi iaitu di Tangkak, Johor serta Kuching dan Samarahan di Sarawak.Sejumlah 33 kawasan lagi merekodkan kualiti udara tidak sihat, babitkan Lembah Klang, Selangor, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.Jabatan Pendidikan Johor dalam pada itu akan putuskan petang ini sama ada sekolah di Tangkak akan ditutup sekiranya bacaan IPU masih melebihi 200.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72792", "title": "Dewasa Pertama Dijangkiti Difteria Dilaporkan Stabil", "body": "\n\u2190 Back to list\nDewasa Pertama Dijangkiti Difteria Dilaporkan Stabil\nJul 18, 2016\n\nNamun menurut Kementerian Kesihatan, wanita berusia 41 tahun itu masih dikuarantin sehingga gejala penyakit hilang.\u00a0Pihaknya juga sedang menunggu keputusan sampel semua anggota keluarga pesakit termasuk suami dan 6 anaknya.Pada masa sama kementerian menggalakkan orang ramai ambil semula suntikan vaksin difteria.Ini kerana suntikan vaksin yang diambil semasa bayi biasanya hanya mampu bertahan 6 tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81694", "title": "Zon Hijau Tak Terkecuali PKP", "body": "\n\u2190 Back to list\nZon Hijau Tak Terkecuali PKP\nApr 30, 2020\n\nZon Hijau Tak Terkecuali PKPZon hijau tidak terkecuali daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk Perlis.Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), PKP tetap berkuatkuasa walaupun ada sesetengah tempat di zon tersebut sudah 6 minggu tiada kes baru COVID-19.Buat masa ini kementerian sedang mempertimbangkan pelan penamatan PKP dan kenal pasti zon berkenaan tapi ia akan dilakukan berperingkat.KKM juga sekali lagi menegaskan, 6 kriteria yang digariskan pihaknya sebelum ini perlu dipenuhi dan dipatuhi sebelum PKP di sesuatu kawasan boleh ditamatkan.Antara yang penting ialah kemampuan melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.Kabinet Bermesyuarat Bincang Isu Berbangkit Berkaitan PKPMesyuarat Khas Menteri Menteri akan diadakan hari ini bagi membincangkan beberapa isu berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Antara yang akan dibincangkan ialah isu solat jemaah ketika PKP dilonggarkan.Kaedah pembayaran zakat oleh warga emas yang tiada pengetahuan teknologi maklumat turut akan dibincangkan.Begitu juga kemusykilan berkenaan penganjuran sukan bola sepak sama ada Liga M boleh dimulakan atau tidak.Keputusan dan prosedur operasi standard (SOP) mengenai isu-isu berbangkit tersebut dijangka diumumkan sama ada pada hari ini atau esok.Sabah Belum Buat KeputusanSabah belum buat keputusan untuk membenarkan pergerakan 2 orang dalam satu kenderaan sepanjang tempoh PKP seperti yang diumumkan oleh kerajaan pusat semalam.Ketua Menterinya berkata keputusan itu perlu diperinci dan dibincangkan terlebih dahulu dalam Pusat Arahan COVID-19 negeri sebelum ia dilaksanakan.Kumpulan Bina Penempatan Haram Dalam Hutan Dikenakan Hukuman154 individu yang ditahan ekoran serbuan ke atas satu penempatan haram di hutan Hulu Selangor didenda RM600 seorang atau penjara 15 hari.Ini selepas mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Bagaimanapun, semua tertuduh merayu hukuman ringan dengan alasan mereka berada di kawasan tersebut sebelum PKP dilaksanakan.Meraka mendakwa menjalankan aktiviti pembersihan tanah bagi kegiatan pertanian di hutan tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71742", "title": "Kerajaan gantung serta-merta pengambilan pekerja asing", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan gantung serta-merta pengambilan pekerja asing\nFeb 19, 2016\n\nUjar Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, ia berkuatkuasa serta-merta sehingga program levi pekerja asing selesai dikaji.Jelas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerajaan kini mahu majikan menggaji pekerja tempatan.Dalam perkembangan berkaitan,\u00a0JKR akan guna pakai Sistem Bangunan Berindustri (IBS) terkini dalam pembinaan 8 hospital baru.Menurut jabatan itu, cara tersebut dapat menghentikan pergantungan berlebihan ke atas tenaga buruh asing bagi jangka panjang.Sementara itu,\u00a0Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak berjaya mengeluarkan lebih 88 ribu pekerja mahir industri pembinaan sejak ia ditubuhkan pada 2001.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72538", "title": "Isu Berus Bulu Babi: MITI Kaji Permit Import", "body": "\n\u2190 Back to list\nIsu Berus Bulu Babi: MITI Kaji Permit Import\nFeb 07, 2017\n\nKerajaan akan kaji keperluan bagi mengenakan Permit Import (AP) terhadap barangan yang dikategorikan sebagai sensitif termasuk berus bulu babi.Ujar Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pihaknya akan bekerjasama dengan Jakim untuk menjalankan kajian bagi pelaksanaannya.Ia susulan beberapa rampasan berus cat bulu babi oleh KPDNKK baru-baru ini kerana dijual di pasaran tanpa label khas yang mengelirukan pengguna Islam.*sumber foto dari internet\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72467", "title": "Kementerian Kesihatan batalkan status notifikasi 7 produk kosmetik beracun", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Kesihatan batalkan status notifikasi 7 produk kosmetik beracun\nMay 27, 2017\n\nKementerian Kesihatan batalkan status notifikasi 7 produk kosmetik selepas dikesan mengandungi bahan racun.Katanya, produk tersebut boleh memudaratkan kesihatan termasuk menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.\u00a0Maklumat lanjut boleh diperoleh dalam laman web kementerian kesihatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71842", "title": "4 lagi direman kes bunuh di Pulau Pinang", "body": "\n\u2190 Back to list\n4 lagi direman kes bunuh di Pulau Pinang\nJun 30, 2017\n\n4 lagi lelaki ditahan, jadikan kesemuanya 8 individu diberkas bagi bantu siasatan kes bunuh pekerja hotel di Air Itam, P. Pinang.Polis berkata, keempat-empat mereka diberkas di Kuala Lipis, Pahang malam tadi, dipercayai melarikan diri selepas kejadian.Mayat mangsa ditemui Rabu lalu, dalam keadaan kaki dan tangan diikat di bilik di rumah sewanya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73094", "title": "Para peniaga dilarang kenakan caj tambahan beg plastik biodegradasi pada pengguna.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPara peniaga dilarang kenakan caj tambahan beg plastik biodegradasi pada pengguna.\nApr 22, 2018\n\nPara peniaga yang didapati mengenakan caj tambahan pada pengguna bagi beg plastik biodegradasi akan dikenakan kompaun.\u00a0Kompaun maksimum hingga RM 2,000 akan dikenakan kepada peniaga dan penjaja yang gagal patuhi larangan tersebut.DBKL berkata, ini kerana pihaknya telah mewajibkan semua premis perniagaan untuk hanya guna beg plastik itu sejak 1 Jan tahun lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81734", "title": "KKM Akan Susun Semula Strategi", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM Akan Susun Semula Strategi\nMay 06, 2020\n\nKKM Akan Susun Semula StrategiKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan susun semula strategi baru hadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes COVID-19 selepas ini.Tempoh seminggu dua ini juga digunakan sebaiknya untuk memberi rehat kepada petugas barisan hadapan KKM yang bekerja keras sejak beberapa bulan lalu.Semalam, 30 kes baru COVID-19 dilaporkan yang juga paling rendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 6,383 dengan lebih 71 peratus pesakit sudah sembuh.Lebih 600,000 Buat Permohonan Dalam Aplikasi Gerak MalaysiaPDRM terima 605,723 permohonan perjalanan antara negeri melalui aplikasi mudah alih Gerak Malaysia.Ia untuk pergerakan rentas negeri yang akan bermula esok hingga 10 Mei ini membabitkan mereka yang terkandas di kampung.Orang ramai juga masih ada masa untuk mengemas kini aplikasi dan permohonan mereka bagi membolehkan ia diproses.Sidang media dijangka diadakan hari ini bagi memaklumkan perkembangan terkini berhubung permohonan Gerak Malaysia.Polis Tubuh Pasukan KhasPDRM tubuh pasukan petugas untuk memantau dan memastikan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi di seluruh negara.Pasukan itu turut disertai beberapa agensi kerajaan yang lain antaranya ATM, APM dan RELA.Pendekatan yang diambil ialah memberi nasihat dan amaran kepada orang ramai dan industri.Jika masih gagal dipatuhi, pasukan itu akan ambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81830", "title": "Kes Jangkitan Covid-19 Mungkin Akan Meningkat Jika SOP Gagal Dipatuhi. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Jangkitan Covid-19 Mungkin Akan Meningkat Jika SOP Gagal Dipatuhi. \nMay 21, 2020\n\nKes jangkitan Covid-19 mungkin akan meningkat jika masyarakat mengabaikan SOP yang ditetapkan ketika menyambut hari raya nanti.\u00a0Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan menasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti kunjung-mengunjung walaupun kerajaan membenarkan ziarah pada hari pertama Aidilfitri.\u00a0Mereka yang berada di kawasan zon merah juga diingatkan agar kekal beraya di rumah masing-masing bagi mengelakkan risiko jangkitan kepada orang lain.Seorang pelajar IPT di Kedah disahkan positif Covid-19.\u00a0KKM kini giat mengesan punca jangkitan Covid-19 babitkan seorang pelajar IPT di Kedah.Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, pelajar tersebut telah dikesan positif selepas jalani saringan untuk dihantar pulang ke Sabah dan Sarawak.Ini merupakan kes pertama di Kedah selepas hampir sebulan negeri itu diisytiharkan sebagai Zon Hijau.Senarai barangan di bawah\u00a0Skim Harga Maksimum Musim Perayaan mungkin akan ditambah.Kerajaan mungkin akan menambah jumlah barangan yang disenaraikan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan.\u00a0Jelasnya, walaupun buat masa ini hanya 11 barangan disenarai dalam skim itu berbanding 27 pada tahun lalu, pihaknya akan melakukan pemantauan bagi melihat keperluan untuk menambah barangan lain yang bersesuaian.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73204", "title": "Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR.\nAug 06, 2018\n\nTeka-teki mengenai persaingan kerusi Presiden PKR akhirnya terjawab.Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding selepas hanya satu nama dicalonkan untuk jawatan itu tamat tempoh pencalonan petang semalam.Namun, keputusan tidak rasmi terbabit akan disahkan dalam satu mesyuarat, minggu ini.Sementara itu, jawatan Timbalan Presiden PKR akan menyaksikan pertandingan antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Rafizi Ramli.Manakala, Nurul Izzah Anwar mempertahankan jawatan naib presiden pada pemilihan parti itu, bulan depan.Kes HFMD di seluruh negara catat penurunan sejak Jumaat lalu.Tambah Dr Dzulkefly, langkah pencegahan dan promosi kesihatan juga akan terus dijalankan di seluruh negara termasuk perjumpaan dengan pengusaha dan guru taska.Kedutaan Besar Malaysia kini aktifkan bilik operasi di Indonesia susulan gempa bumi yang melanda Pulau Lombok semalam.Justeru, rakyat Malaysia yang perlukan bantuan konsular diminta hubungi pihak kedutaan dan patuhi arahan pihak berkuasa tempatan.Setakat ini, gegaran bermagnitud 7 skala richter yang turut dirasai di Pulau Bali itu telah meragut 82 nyawa.Bagaimanapun, Air Asia sahkan, gempa bumi tersebut tidak jejaskan penerbangan di kedua-dua pulau terbabit.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72968", "title": "Polis boleh panggil semula Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad jika perlu", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis boleh panggil semula Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad jika perlu\nJan 06, 2018\n\nPolis boleh memanggil semula Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad jika perlu bagi melengkapkan siasatan kes pindah milik hak tanah FELDA di Jalan Semarak, KL.Ketua Polis Negara,\u00a0Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman telah merakamkan kenyataan bekas pengerusi FELDA itu.Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut butiran rakaman percakapan yang telah diambil kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72457", "title": "Tiga pelajar Malaysia di Manchester selamat", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiga pelajar Malaysia di Manchester selamat\nMay 23, 2017\n\n3 pelajar Malaysia yang menyaksikan konsert Ariana Grande, yang dicemari insiden letupan di Arena Manchester, London disahkan selamat.Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London beritahu The Star, ketiga-tiga mereka yang menuntut di University Manchester telahpun melapor diri.Pihaknya juga sedang berhubung dengan rakyat Malaysia di bandar itu dan setakat ini tiada seorang pun warga negara ini terbabit dalam insiden tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72041", "title": "Jabatan Latihan Khidmat Negara nafi dakwaan bahawa PLKN bersifat seperti kem percutian semata-mata.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Latihan Khidmat Negara nafi dakwaan bahawa PLKN bersifat seperti kem percutian semata-mata.\nFeb 21, 2018\n\nJabatan Latihan Khidmat Negara nafi dakwaan bahawa PLKN bersifat seperti kem percutian semata-mata.Jelasnya program itu berjaya terapkan semangat patriotisme kepada 800 ribu alumninya selain bantu mereka dapatkan pekerjaan hasil transformasinya pada 2015.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71729", "title": "1.5 Juta Pekerja Bangladesh Ke Malaysia. ", "body": "\n\u2190 Back to list\n1.5 Juta Pekerja Bangladesh Ke Malaysia. \nFeb 14, 2016\n\nTimbalan Perdana Menteri jelaskan, kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia bukan untuk tutup peluang pekerjaan rakyat di negara ini.\u00a0Sebaliknya ia untuk penuhi kekosongan di sektor pekerjaan yang tidak diminati oleh rakyat tempatan.\u00a0Menurut Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi lagi, kemasukan itu harus dilihat dari aspek pembangunan ekonomi dan permintaan pasaran.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72520", "title": "Kes Murid Pukul Guru: Kementerian Belum Dapat Laporan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Murid Pukul Guru: Kementerian Belum Dapat Laporan\nAug 20, 2017\n\nKementerian Pendidikan belum dapat laporan penuh kejadian seorang guru wanita dipukul dengan kerusi oleh seorang murid, baru-baru ini.Namun kementerian menegaskan, walau apapun alasan, murid tingkatan 2 itu bersalah kerana memukul guru sehingga mengakibatkan kecederaan.Murid tersebut dikatakan tidak puas hati selepas ditegur oleh guru berkenaan kerana menggunakan kata-kata kasar di dalam kelas.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71997", "title": "Timbalan Perdana Menteri tegaskan tiada bukti yang menunjukkan penceramah terkenal, Dr Zakir Naik, mempromosi keganasan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTimbalan Perdana Menteri tegaskan tiada bukti yang menunjukkan penceramah terkenal, Dr Zakir Naik, mempromosi keganasan.\nNov 08, 2017\n\nTimbalan Perdana Menteri tegaskan TIADA bukti yang menunjukkan penceramah terkenal, Dr Zakir Naik, mempromosi keganasan.Kementerian Dalam Negeri telah lakukan siasatan dan mendapati kandungan ceramahnya tidak melanggar undang-undang.Tambah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerajaan juga tidak berhasrat menarik balik status Pemastautin Tetap yang diberikan kepada Dr Zakir.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72480", "title": "Malaysia tidak akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia tidak akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara\nApr 01, 2017\n\nMalaysia tidak akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara berikutan ketegangan politik ekoran kes bunuh Kim Jong-nam.Ini kerana PM, DS Najib Tun Razak berkata penyelesaian kes pembunuhan itu menepati objektif rundingan yang ditetapkan kerajaan.Ia sekaligus membolehkan\u00a0\u00a0tiga diplomat Malaysia bersama\u00a0enam anggota keluarga di Pyongyang selamat tiba di negara ini awal pagi semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72681", "title": "Nassier Wahab Dipilih Sebagai Tokoh Maal Hijrah", "body": "\n\u2190 Back to list\nNassier Wahab Dipilih Sebagai Tokoh Maal Hijrah\nSep 27, 2016\n\nNassier Wahab dipilih salah seorang penerima anugerah tokoh Maal Hijrah 1438/2016 Anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang.Ujar penyanyi itu kepada Media Hiburan, dia terharu dan tidak menyangka akan mendapat pengiktiran tersebut.Sehubungan itu, Nassier berazam terus menjadi contoh kepada anak seni agar sentiasa berada di landasan betul.Foto : Instagram Nassier Wahab\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70693", "title": "Bukan akibat curah minyak", "body": "\n\u2190 Back to list\nBukan akibat curah minyak\nAug 15, 2020\n\nBukan akibat curah minyakFoto - Twitter @izwanshamirPolis nafi dakwaan kononnya kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan susur masuk ke Subang Jaya disebabkan jalan dicurah minyak tetapi\u00a0akibat mengelak lopak air.Katanya,\u00a0siasatan lanjut serta keterangan saksi yang membantu mangsa menyatakan tidak berlaku kes khianat tuang minyak di permukaan jalan raya.Pihak polis bagaimanapun sehingga kini masih belum mengenalpasti perakam video dan sumber yang ditularkan.-----Bersatu setuju sertai Muafakat NasionalFoto - Astro AwaniMajlis Pimpinan Tertinggi Bersatu bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional yang mendukung Perikatan Nasional sebagai gabungan besar.Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.Perkara itu dinyatakannya dalam satu perutusan menerusi sebuah video di laman Facebook rasmi Muhyiddin, hari ini.-----Pertandingan tiga penjuru pada PRK SlimFoto - Sinar HarianPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak pada 29 Ogos ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon bebas.Ini termasuklah wakil parti Pejuang, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang bertanding di atas tiket bebas kerana parti itu belum didaftarkan lagi.PRK DUN Slim diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu ekoran serangan jantung.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70424", "title": "Sifar kes tempatan COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nSifar kes tempatan COVID-19\nJul 01, 2020\n\nSifar kes tempatan COVID-19Foto - Kementerian Kesihatan MalaysiaMalaysia merekodkan sifar kes penularan tempatan COVID-19 selain satu kes import yang dilaporkan hari ini manakala 21 lagi kes pulih dan discaj.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes Covid-19 yang dilaporkan mendapat jangkitan dari dalam negara sama ada di kalangan warganegara atau bukan warganegara.Malahan kes harian Covid-19 di kalangan rakyat Malaysia didapati sejajar dengan unjuran kes harian dalam permodelan dan ramalan pada 21 Mei 2020 oleh Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia.-----Sekolah kembali dibuka 15, 22 JulaiFoto - RTMSemua murid dan pelajar sekolah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 6 akan kembali ke sekolah secara berperingkat antara 15 dan 22 Julai ini.Kementerian Pendidikan berkata, tiga model pengoperasian pembukaan penuh sekolah perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, Pembukaan semula sesi persekolahan ini bagaimanapun hanya membabitkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.-----Solat Dhuha, kelas mengaji di masjid dan surau dibenarFoto - AwaniKerajaan hari ini beri kebenaran pelaksanaan aktiviti keagamaan seperti kuliah dan solat Dhuha serta kelas mengaji dan fardu ain di masjid dan surau bermula minggu ini.Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti keagamaan berkenaan dibenarkan dengan syarat penjarakan sosial dipatuhi.\"Kerajaan bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk membenarkan kuliah dan solat Dhuha diadakan di masjid dan surau.\"Begitu juga kelas mengaji dan fardu ain juga dibenarkan di surau dan masjid dengan syarat penjarakan sosial dipatuhi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72620", "title": "Struktur Bangunan Runtuh di Bangsar", "body": "\n\u2190 Back to list\nStruktur Bangunan Runtuh di Bangsar\nNov 30, 2016\n\nSeorang pekerja dilapor meninggal dunia dalam kejadian struktur bangunan runtuh di Jalan Bangsar.3 dilapor kritikal, manakala beberapa orang lagi masih terperangkap.Strukur pejalan kaki yang dalam pembinaan itu terletak berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar.Runtuhan itu dilapor berlaku kira-kira 3.30 petang tadi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78879", "title": "Satu infografik mengenai panduan memilih pengasuh kanak-kanak akan dikeluarkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSatu infografik mengenai panduan memilih pengasuh kanak-kanak akan dikeluarkan.\nNov 14, 2018\n\nKerajaan akan keluarkan satu infografik mengenai panduan memilih pengasuh bayi dan kanak-kanak.Timbalan Perdana Menteri\u00a0berkata panduan itu turut sediakan amaran awal yang perlu di ambil kira sebelum ibu bapa hantar anak-anak mereka kepada pengasuh.Foto: Berita HarianTambah Datuk Seri Dr Wan Azizah, langkah itu penting supaya tidak berlaku lagi kes kematian kanak-kanak di rumah pengasuh dan pusat asuhan kanak-kanak.Terbaru di Kajang, seorang bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia selepas menjadi mangsa dera suami pengasuhnya sendiri.\u00a0Suspek kes kelar isteri ditahan.Polis Johor tahan seorang lelaki yang bertindak mengelar leher isterinya berhampiran sebuah pasar raya di Pasir Gudang, Sabtu lalu.Foto: KosmoKejadian itu viral di media sosial apabila sebuah akaun Facebook dipercayai milik sepupu mangsa muat naik satu video yang menunjukkan seorang wanita cedera parah akibat dikelar di leher.Pereka grafik diarah bayar RM100,000 kepada Skop Production.Mahkamah Taiping mengarahkan seorang pereka grafik bayar sebanyak 100 ribu ringgit kepada syarikat milik Datuk Yusof Haslam, Skop Production.Foto: NSTIa susulan kesalahannya menyebarkan rakaman filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof tanpa kebenaran di media sosial, September lalu.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72413", "title": "Murid-murid tahun 1 hingga 3 tidak dibenar guna buku kerja kerana buku teks sudah lengkap dengan latihan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMurid-murid tahun 1 hingga 3 tidak dibenar guna buku kerja kerana buku teks sudah lengkap dengan latihan.\nOct 12, 2017\n\nKementerian Pendidikan mengingatkan, murid-murid tahun 1 hingga 3 tidak dibenar guna buku kerja kerana dalam buku teks sudah ada ruang untuk buku latihan aktiviti.Bagi murid tahun 4 hingga 6 pula hanya satu buku kerja sahaja dibenar digunakan atau dibeli untuk tujuan latihan tambahan.Penegasan itu dibuat susulan aduan yang diterima berkaitan penjualan dan penggunaan buku kerja murid sekolah rendah baru-baru ini khasnya di SJKC.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80390", "title": "Bantuan buat mangsa ribut akibat Taufan Lekima akan dibincangkan di Kabinet, esok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBantuan buat mangsa ribut akibat Taufan Lekima akan dibincangkan di Kabinet, esok.\nAug 13, 2019\n\nSebarang bentuk bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat ribut daripada Taufan Lekima, Jumaat lalu akan dibincangkan kabinet, esok.Menteri Kewangan berkata ketika ini pihak berkuasa sedang kumpul data untuk dapatkan maklumat terperinci mengenai negeri yang terlibat.Sementara itu, Kementerian Kerja Raya berkata pihaknya akan utamakan kerja pembaikan sekolah dan institusi pendidikan yang rosak akibat ribut itu.Siasatan kes kehilangan Nora Anne Quoirin disertai polis luar negara.Siasatan kes kehilangan Nora Anne Quoirin sejak 4 Ogos lalu dibantu oleh polis dari Ireland, England dan Perancis.Menurut polis Negeri Sembilan, pasukan terbabit hanya membantu siasatan kes terbabit dan tidak terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat.Sementara itu, keluarga gadis Ireland itu tawar ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang memberikan maklumat hingga mangsa berjaya ditemui.Berhenti sebar berita palsu tentang kemalangan maut di Bangi.Orang ramai diingatkan agar berhenti sebarkan berita palsu mengenai insiden kemalangan di lebuh raya dekat Bandar Baru Bangi, Sabtu lalu.Polis Selangor berkata pihaknya sedang mengesan individu yang sebarkan maklumat palsu itu di media sosial.Dalam insiden itu, seorang lelaki maut manakala 2 suspek iaitu sepasang suami isteri direman untuk siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80106", "title": " Datuk Seri Mohamad Azmin Ali Yakin Orang Dalaman Parti Sebarkan Video Intim ", "body": "\n\u2190 Back to list\n Datuk Seri Mohamad Azmin Ali Yakin Orang Dalaman Parti Sebarkan Video Intim \nJun 18, 2019\n\nDatuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin penularan video seks kontroversi yang dikaitkan dengannya, dilakukan oleh pihak dalaman parti.Namun, beliau tidak mahu mengulas lanjut dalang yang lakukan penyebaran itu kerana ia dalam siasatan polis.Sementara itu, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Aziz yang mengaku terlibat satu video intim, telah serahkan surat tunjuk sebab kepada kementerian itu.Keputusan mengenai posisinya akan diputuskan dalam masa satu atau dua hari lagi.12 Kes Disyaki Demam Campak Di Perkampungan Orang Asli Di Hulu TerengganuKementerian Kesihtaan sahkan menerima laporan 12 kes disyaki demam campak di perkampungan Orang Asli di Kampung Gerdong, Hulu Terengganu.Manakala lapan kes lagi dilaporkan di \u00a0Kampung Ulu Sat, Jerantut, Pahang.Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kesihatan Kelantan akan beri suntikan vaksin menyeluruh \u00a0minggu ini kepada penduduk sekitar Kuala Koh yang terdedah dengan wabak demam campak.Tiada Kes Dera!Pemilik sebuah pusat jagaan warga emas Seremban nafi dakwaan, kakitangannya mendera penghuni seperti yang tular dalam media sosial.Dia mengesyaki perkara tersebut ditularkan oleh dua bekas pekerja pusat itu, yang diberhentikan kerja baru-baru ini.Tambahnya, rakaman video seorang kakitangan seolah-olah mempermainkan warga emas di pusat jagaan itu pula sebenarnya dirakam semasa mereka bergurau.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81677", "title": "COVID-19: Malaysia Memasuki Fasa Pemulihan", "body": "\n\u2190 Back to list\nCOVID-19: Malaysia Memasuki Fasa Pemulihan\nApr 28, 2020\n\nCOVID-19: Malaysia Memasuki Fasa PemulihanPelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuahkan hasil apabila Malaysia kini memasuki fasa pemulihan COVID-19.Ketua Pengarah Kesihatan berkata, ia susulan lengkok pada graf jangkitan wabak itu sudah dapat diratakan.Bagaimanapun menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, biarpun kes positif COVID-19 berada pada 2 angka sejak seminggu lalu ia bukan bermakna jangkitan wabak itu sudah berakhir.Justeru semua pihak perlu meneruskan usaha melalui pelaksanaan PKP, kawalan sempadan, menjaga penjarakan sosial dan amalan kebersihan diri bagi terus mengawal jangkitan.Malaysia merekodkan 95 lagi kes sembuh semalam dan hanya 40 kes baru dilaporkan.Manakala satu lagi kematian direkodkan membabitkan lelaki warga Malaysia berumur 78 tahun.PKP: Pelajar Universiti & IPT Mula Pulang\u00a0Seramai 1,128 pelajar Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta telah bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing mulai semalam.Proses penghantaran pulang melibatkan 9 universiti yang terlibat dan 49 buah bas ke 17 destinasi.Pelajar dikehendaki mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pergerakan pulang yang telah dikeluarkan sebagai langkah-langkah keselamatan menangani wabak COVID19.COVID-19: Itali Mahu Longgar SekatanItali akan melonggarkan sekatan yang dilaksanakan sejak 7 minggu lalu susulan penularan COVID-19.Menurut Perdana Menterinya, Giuseppe Conte, sekatan akan mula dilonggarkan pada 4 Mei.Ia akan menyaksikan rakyat negara itu dibenarkan melawat keluarga tetapi dalam jumlah yang kecil.Taman awam, kilang dan tapak pembinaan juga akan dibuka semula namun sekolah kekal ditutup sehingga September.Pengumuman mengenainya dibuat ketika Itali mencatatkan lebih 300 kematian terbaru akibat pandemik COVID-19.Jumlah kematian di negara itu ekoran wabak tersebut pula melebihi 26,000 orang yang juga tertinggi di Eropah.Difahamkan juga, Switzerland dan Sepanyol turut mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71900", "title": "9 pegawai kerajaan negeri direman, disyaki terima rasuah.", "body": "\n\u2190 Back to list\n9 pegawai kerajaan negeri direman, disyaki terima rasuah.\nAug 03, 2017\n\n9 pegawai Pejabat Tanah dan Galian Pahang direman kerana disyaki terima rasuah untuk lindungi kegiatan perlombongan bauksit haram di Kuantan.SPRM bagaimanapun belum dapat pastikan nilai rasuah diterima suspek kerana masih dalam proses awal siasatan.Penahanan itu Ia menjadikan individu direman bagi membantu siasatan kini berjumlah 10 orang termasuk seorang pegawai kanan Kastam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73411", "title": "PRU14: BN menang satu kerusi DUN tanpa bertanding", "body": "\n\u2190 Back to list\nPRU14: BN menang satu kerusi DUN tanpa bertanding\nApr 28, 2018\n\n1 kerusi DUN menjadi milik Barisan Nasional tanpa perlu bertanding pada PRU 14!Calon BN yang juga MB Negeri Sembilan Datuk Seri Mohd Hassan menang tanpa bertanding di DUN Rantau.Ini selepas calon PKR gagal menghantar borang penamaan calon kerana tidak dibenarkan masuk ke dewan akibat tidak mempunyai pas.Calon PKR parlimen Batu di KL, Tian Chua pula diisytihar hilang kelayakan bertanding akibat kes denda makhamah yang dihadapinya.Manakala, Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin tidak muncul di Parlimen Bagan Datuk, Perak - kerusi ditandingi TPM Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerana dikatakan bankrap.SI, Ketua UMNO bahagian Batu Pahat Datuk Dr Puad Zarkashi dilapor tidak muncul di pusat penamaan calon , walaupun diwar-warkan akan bertanding Bebas sebelum ini.Selebriti kontroversi, Azwan Ali pula sah bertanding di DUN Bukit Antabarangsa , melawan abangya - MB Selangor Datuk Seri Azmin Ali.\u00a0Anak kedua Allahyarham Datuk Nik Aziz, Nik Muhammed Omar buat kejutan muncul sebagai calon Pakatan Harapan untuk bertanding di DUN Chempaka, Kelantan.Sebelum ini dia dilapor tidak akan bertanding mewakili PH kerana tidak mendapat restu ibunya.Dan, antara nama besar yang sah bertanding termasuklah Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen Pekan...,\u00a0Calon Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohammad di parlimen Langkawi.Bekas TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh, Johor.----Pemimpin muda yang akan turut masuk gelanggang adalah Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin di Parlimen Rembau,Naib Presiden PKR, Nurul Izzah di kerusi tradisi keluarganya Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang,\u00a0Dan, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz di Parlimen Jerlun dalam saingan 3 penjuru serta bertanding di DUN Jitra.---Calon-calon yang disahkan bertanding akan berkempen selama 11 hari bermula hari ini untuk merebut 222 kerusi parlimen dan 504 kerusi DUN, selepas 1 dimenangi BN hari ini.\u00a0Undi awal adalah pada 5 Mei ini manakala hari pengundian pada 9 Mei ini libatkan lebih 14 juta pengundi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=151193", "title": "Waktu Operasi LRT, MRT & Monorail Mungkin Dikaji Semula.", "body": "\n\u2190 Back to list\nWaktu Operasi LRT, MRT & Monorail Mungkin Dikaji Semula.\nMay 16, 2023\n\n\nWaktu Perkhidmatan LRT, MRT dan Monorail Dikaji Semula.\nPrasarana mungkin akan kaji semula waktu perkhidmatan LRT, MRT dan Monorail.\nMenteri Pengangkutan berkata ia bagi membolehkan Prasarana melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan bagi mengurangkan risiko perkhidmatan itu alami masalah pada masa akan datang.\nAnthony Loke menjelaskan jika langkah tersebut diambil, perkhidmatan tren akan ditamatkan lebih awal 30 minit hingga sejam setiap hari.\nPengumuman akan dibuat lebih awal jika berlakunya sebarang perubahan terhadap waktu perkhidmatan tren tersebut.\n\u00a0\nFungsi My Sejahtera Diperluaskan.\nAplikasi My Sejahtera diperluaskan lagi fungsinya kepada orang ramai.\nTerbaru, Jabatan Kesihatan berkata orang ramai boleh buat janji temu secara online untuk perkhidmatan kesihatan pergigian, mulai semalam.\nIa memudahkan pengguna untuk menempah slot waktu yang sesuai dengan kelapangan masing-masing.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=107714", "title": "60 Kluster Perayaan Aidilfitri dan Hari Gawai Dikesan.", "body": "\n\u2190 Back to list\n60 Kluster Perayaan Aidilfitri dan Hari Gawai Dikesan.\nJun 11, 2021\n\n\n60 kluster perayaan berpunca daripada sambutan Aidilfitri dan Hari Gawai dikesan setakat ini.\nMenurut Ketua Pengarah Kesihatan, 58 kluster membabitkan sambutan Aidilfitri manakala selebihnya adalah Hari Gawai.\nDaripada lebih 13,000 individu yang disaring, kira-kira 3,500 katanya disahkan positif Covid-19 dan 20 kematian telah dicatatkan.\nSabah mencatatkan kluster perayaan tertinggi dengan 11 kluster, diikuti Sarawak dan Kedah.\nJusteru, Tan Sri Dr Noor Hisham gesa orang ramai agar kekal di rumah jika tiada keperluan mendesak di luar dan daftarkan diri untuk mendapatkan vaksin bagi mencapai imuniti kelompok.\n\u00a0\nJangkitan harian COVID-19 kembali di bawah angka 6,000.\nKes harian Covid-19 kembali turun di bawah angka 6,000 apabila 5,671 kes dilaporkan semalam.\nLebih 7,000 pesakit sembuh, terus mengatasi kes baru.\n73 kematian akibat COVID-19 direkodkan dengan mangsa termuda ialah remaja berusia 13 tahun yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik.\n\u00a0\nDokumen sokongan tidak diperlukan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN.\nTiada sebarang dokumen sokongan diperlukan untuk mohon lanjutan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN.\nJelas PTPTN, peminjam yang terjejas punca pendapatan ekoran pandemik COVID-19 boleh buat permohonan secara dalam talian sehingga 31 Ogos.\nPenangguhan selama 3 bulan diberi bermula daripada bulan permohonan diluluskan dan proses kelulusan cuma mengambil masa 3 hari bekerja.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71983", "title": "Majikan diminta lapor sebarang kes keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMajikan diminta lapor sebarang kes keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.\nSep 07, 2017\n\nMajikan diminta perlu lebih serius lapor sebarang kes keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terutama penyakit dan keracunan pekerjaan.Kementerian Sumber Manusia dapati, tahap kesedaran keselematan pekerjaan oleh majikan dan industri di negara ini masih rendah.Kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa di tempat kerja dapati kes keracunan pekerjaan lebih kerap berlaku berlaku berbanding pendedahan kepada penyakit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71299", "title": "Kluster Teratai sumbang rekod baru kes harian COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster Teratai sumbang rekod baru kes harian COVID-19\nNov 24, 2020\n\nKluster Teratai sumbang rekod baru kes harian COVID-19Foto - Kosmo!Jumlah kes harian COVID-19 dalam negara terus mencatatkan rekod tertinggi hari ini dengan 2,188 kes baru dengan sebahagian besar daripadanya berpunca daripada Kluster Teratai di Selangor.Jangkitan di tempat kerja itu merekodkan 1,511 kes daripada 1,623 yang dicatatkan di seluruh negeri Selangor manakala Sabah (232), Perak (112) dan KL dengan 90 kes.\u00a0Namun pada masa sama Kementerian Kesihatan maklumkan, sebanyak 1,673 kes sembuh namun 4 lagi kematian dilaporkan, menjadikan 341 korban keseluruhan.-----Kerajaan cadang kembalikan PLKNFoto - Berita HarianKementerian Pertahanan bercadang melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 oleh kerajaan terdahulu.Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PLKN sebelum ini memberi kesan yang baik kepada pembentukan patriotisme remaja.Malah katanya di Dewan Rakyat hari ini, ia juga selari dengan perintah menteri yang akan meletakkan Akta PLKN di bawah Kementerian Pertahanan.-----Enam penyerang anggota PGA ditahanFoto - The StarEnam daripada 13 individu yang disyaki mendalangi serangan bersenjata api terhadap dua anggota Pasukan Gerakan Am hingga menyebabkan seorang terkorban awal pagi tadi, sudah ditahan pihak berkuasa.Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, dua daripada suspek terbabit ditahan oleh pasukan keselamatan Malaysia manakala empat lagi ditahan pihak berkuasa Thailand.Katanya, usaha memburu baki tujuh lagi anggota kumpulan penyerang itu sedang dijalankan pihak berkuasa kedua-dua negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72522", "title": "Tiada rakyat Malaysia terbabit banjir di Asia Selatan", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada rakyat Malaysia terbabit banjir di Asia Selatan\nSep 02, 2017\n\nWisma Putra sahkan, tiada rakyat Malaysia dilapor jadi mangsa banjir yang sedang melanda Bangladesh, India dan Nepal.Namun, pihaknya akan terus memantau keadaan bencana alam itu melalui Perwakilan Malaysia di Dhaka, New Delhi dan Kathmandu.Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,200 orang dilaporkan maut dan berjuta-juta hilang tempat tinggal akibat banjir buruk yang melanda tiga negara itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72368", "title": "Laman web 'sayakenahack.com' tersenarai dalam 10 carian tertinggi Google Malaysia sepanjang minggu lepas, sebelum disekat SKMM.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLaman web 'sayakenahack.com' tersenarai dalam 10 carian tertinggi Google Malaysia sepanjang minggu lepas, sebelum disekat SKMM.\nNov 24, 2017\n\nLaman web 'sayakenahack.com' tersenarai dalam 10 carian tertinggi Google Malaysia sepanjang minggu lepas, sebelum disekat SKMM.Orang ramai menggunakan laman web berkenaan untuk menyemak sama ada maklumat peribadi mereka dicuri atau tidak.Turut tersenarai ialah BR1M 2018 apabila orang ramai ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai program itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71740", "title": "PM dan TPM akan bincang kontroversi pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM dan TPM akan bincang kontroversi pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh\nFeb 18, 2016\n\nDatuk Seri Najib Tun Razak turut maklumkan, apa jua tindakan yang diambil adalah bagi mengisi keperluan ekonomi.Namun ujar beliau, kerajaan juga perlu kurangkan kebimbangan rakyat mengenai masalah sosial ekoran kemasukan besar pekerja asing.Dalam perkembangan berkaitan, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, MTUC serah memorandum bantah pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh kepada Kementerian Sumber Manusia.Ujar MTUC kepada kami, sudah terdapat 2.1 juta pekerja asing sah di Malaysia, manakala lebih 4 juta lagi adalah secara tidak sah.Kongres turut beritahu, kemasukan pekerja asing kini turut menimbulkan banyak masalah sosial di negara ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73220", "title": "Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad meninggal dunia pagi tadi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad meninggal dunia pagi tadi.\nDec 26, 2017\n\nSasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad meninggal dunia di Kajang, Selangor kira-kira jam 8 pagi tadi pada usia 84 tahun.Jenazah Allahyarham dilapor akan disolatkan di Bandar Baru Bangi selepas solat Zuhur hari ini sebelum dikebumikan.Antara karya tersohor sarjana USM dan Australian National University itu adalah Rentong dan Ranjau Sepanjang Jalan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72549", "title": "Situasi terkini banjir di Pantai Timur dan Sabah", "body": "\n\u2190 Back to list\nSituasi terkini banjir di Pantai Timur dan Sabah\nJan 21, 2017\n\nBilangan mangsa banjir di Terengganu bertambah kepada lebih 1,300 orang setakat 8 pagi tadi berbanding kurang 200, malam tadi.Di Kelantan pula, mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada lebih 3,200 orang pagi ini berbanding lebih 500, semalam.Di Sabah pula, APM maklumkan, kesemua pusat pemindahan banjir di Kota Marudu dan Pitas telah ditutup.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=106519", "title": "SOP PKP Bersifat Dinamik.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSOP PKP Bersifat Dinamik.\nMay 24, 2021\n\n\nSemua SOP PKP yang ditetapkan oleh MKN bersifat dinamik mengikut situasi semasa pandemik COVID-19.\nJelas Perdana Menteri, SOP tersebut bukanlah dibuat dengan sewenang-wenangnya.\nSebaliknya, ia diputuskan dengan teliti dalam mesyuarat yang antaranya turut dihadiri Peguam Negara bersama Menteri Kanan Keselamatan.\nTan Sri Muhyiddin Yassin dalam pada itu turut menasihati rakyat supaya amalkan sekatan pergerakan kendiri atau 'self-lockdown' bagi menyekat peningkatan mendadak jangkitan COVID-19.\nSementara itu, Perdana Menteri yakin Malaysia dapat mencapai imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini.\nIa susulan bekalan vaksin yang ditempah akan sampai lebih awal daripada yang dijadualkan.\nKerajaan juga kata Tan Sri Muhyiddin sedang berusaha untuk bekalkan vaksin kepada hospital dan pihak swasta bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada rakyat.\nDalam pada itu, kira-kira 8.2 juta dos vaksin Sinovac akan dibekalkan menjelang akhir bulan depan.\nMenurut Menteri Kanan Keselamatan, ia sekali gus menyangkal dakwaan kononnya negara berhadapan dengan kekurangan bekalan vaksin susulan peningkatan kes COVID-19.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79918", "title": "Jangan mudah promosi rawatan alternatif kepada vaksin Campak, Beguk dan Rubella. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan mudah promosi rawatan alternatif kepada vaksin Campak, Beguk dan Rubella. \nMay 15, 2019\n\nJangan semudahnya mempromosikan rawatan alternatif kepada vaksin Campak, Beguk dan Rubella!Timbalan Menteri Kesihatan memberi peringatan itu kepada doktor sambil menegaskan mereka akan berdepan tindakan tegas jika melakukannya.Jelas Dr Lee Boon Chye, meskipun beliau menghormati perbezaan pendapat tapi rawatan alternatif boleh membahayakan pesakit dan orang ramai.Tun Dr Mahathir Mohamad pernah terima hadiah 26 buah kereta sepanjang menjadi PM ke-4.Namun jelas Tun M, kesemuanya sudah dipulangkan dan jika orang ramai mahu melihatnya boleh pergi ke Langkawi.Beliau turut menegaskan, sekarang dirinya juga barisan Kabinet tidak boleh lagit terima hadiah mewah.Hadiah yang boleh diterima pula disyaratkan di bawah harga RM500 selain hanya boleh dalam bentuk buah-buahan dan bunga sahaja.Polis tingkatkan kawalan susulan ancaman keganasan terhadap 2 universiti swasta\u00a0di Subang.Ancaman itu dilapor dibuat menerusi Facebook dan tersebar sejak Jumaat lalu, dan universiti terlibat sudahpun buat laporan polis.Ada pihak percaya ia mungkin 'prank' tapi pihak polis tetap mengambil serius dan meningkatkan rondaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79201", "title": "Amnesty International sambut baik langkah kerajaan pusat saman Kelantan", "body": "\n\u2190 Back to list\nAmnesty International sambut baik langkah kerajaan pusat saman Kelantan\nJan 19, 2019\n\nFoto - Astro AwaniAmnesty International sambut baik keputusan kerajaan pusat untuk menyaman kerajaan negeri\u00a0Kelantan berhubung pencerobohan tanah orang AsliDalam kenyataannya, Amnesty sifatkan pengumuman Peguam Negara, Tommy Thomas semalam sebagai langkah penting ke arash melindungi hak-hak orang asli di negara ini.Foto - JKOA KelantanSaman itu antara lain adalah untuk mendapatkan pengiktirafan hak tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor dekat Gua Musang.\u00a0Peguam Negara berkata tindakan itu merupakan yang pertama seumpamanya dibuat sejak negara mencapai kemerdekaan.Foto - mStarKerajaan negeri Kelantan dalam pada itu berkata, pihaknya akan bincang dengan penasihat undang-undang mengenai langkah susulan berikutan saman itu.Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sepanjang pengetahuan kerajaan negeri, tidak ada tanah adat di Kelantan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73319", "title": "Industri permainan digital akan dipromosi ke peringkat sekolah", "body": "\n\u2190 Back to list\nIndustri permainan digital akan dipromosi ke peringkat sekolah\nJan 20, 2018\n\nKementerian Komunikasi dan Multimedia bakal promosikan industri permainan digital ke peringkat sekolah.Menterinya, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ini kerana ia dilihat mempunyai potensi besar sebagai pekerjaan lumayan pada masa depan.Justeru, pihaknya akan adakan lawatan ke sekolah-sekolah untuk beri pendedahan kepada pelajar mengenai peluang yang boleh direbut di dalam industri itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71891", "title": "Polis beri kaunseling kepada pelajar mangsa cabul dan liwat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis beri kaunseling kepada pelajar mangsa cabul dan liwat.\nAug 01, 2017\n\nPolis akan beri kaunseling kepada pelajar sebuah sekolah di Ipoh yang dipercayai jadi mangsa cabul dan liwat ahli fisioterapi bola sepak sekolah itu.Katanya, kes berkenaan sudah ditutup selepas suspek ditemui mati dalam sebuah bilik hotel minggu lalu, dipercayai membunuh diri.Pihaknya kini akan membantu semua pelajar terbabit dengan memberi kaunseling melalui unit kaunseling polis di Bukit Aman.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=101715", "title": "Pendaftaran vaksin COVID-19 akan diperhebat", "body": "\n\u2190 Back to list\nPendaftaran vaksin COVID-19 akan diperhebat\nMar 22, 2021\n\n\nMajoriti rakyat Malaysia masih mengamalkan konsep tunggu dan lihat sehingga menyebabkan pendaftaran vaksin secara sukarela bergerak perlahan.\r\n\u00a0\r\nMenurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, pihaknya akan memastikan program komunikasi berkaitan vaksin akan terus dipergiat dari masa ke masa.\u00a0\nTambah Khairy, setakat ini lebih 6.1 juta individu telah berdaftar untuk mendapat suntikan COVID-19.\u00a0\nPada masa sama, lebih 428 ribu dos vaksin selesai disuntik kepada petugas barisan hadapan.\n---\r\nDalam pada itu, Perdana Menteri berkata kerajaan berkemungkinan akan mencadangkan tarikh akhir pendaftaran vaksin COVID-19.\u00a0\nJelas Tan Sri Muhyiddin Yassin, pendaftaran secara terbuka tidak wajar dibuat terlalu lama kerana akan melambatkan proses vaksinasi.\u00a0\n---\nDalam perkembangan lain, kerajaan bersetuju untuk menyediakan dana permulaan sebanyak RM10 juta\u00a0di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.\u00a0\nDana tersebut bertujuan berikan bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID 19.\u00a0\nRM50 ribu\u00a0akan dibayar jika berlaku sampingan yang serius serta setengah juta ringgit babitkan kes hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin.\u00a0\n---\r\nPolis buka kertas siasatan berhubung pasangan instafamous yang dipercayai beri alasan palsu memohon kebenaran rentas negeri sehingga tular di media sosial.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70323", "title": "Video Viral: Memang Pegawai KKM", "body": "\n\u2190 Back to list\nVideo Viral: Memang Pegawai KKM\nJun 16, 2020\n\nVideo Viral: Memang Pegawai KKMOrang ramai digesa hentikan penyebaran satu video mendakwa ada individu menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Dalam video viral itu, pegawai tersebut dikatakan datang ke sebuah rumah untuk buat pemeriksaan COVID-19.Jelas pihak berkuasa, ia sebenarnya salah faham dan individu berkenaan memang pegawai yang sah.\u00a0KKM memaklumkan, orang ramai boleh hubungi pejabat kesihatan jika syak ada pihak menyamar sebagai pegawai kesihatan.PRK Chini ada SOP KhasSPR akan kuatkuasakan SOP khas untuk PRK DUN Chini sebab ia bakal diadakan dalam tempoh PKPP COVID-19.4 aspek yang diutamakan pada hari penamaan calon hingga pengundian adalah penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka, sanitasi tangan dan saringan suhu badan.Ia juga bermakna tiada ceramah, ziarah atau perhimpunan untuk pilihan raya kecil berkenaan.PRK Chini diadakan 4 Julai nanti susulan kematian ADUN kawasan itu, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun 6 Mei lalu.COVID-19: Singapura Longgarkan SekatanSingapura benarkan perhimpunan kecil seramai hingga 5 orang dan benarkan restoran beroperasi semula Jumaat ini.Bagaimanapun SOP penjarakan sosial tetap diteruskan.Pengembara yang memasuki negara itu pula perlu jalani ujian COVID-19 sebelum tempoh kuarantin mereka tamat.Kosnya ditanggung sendiri oleh individu berkaitan, bukan lagi kerajaan republik itu.Foto: Buzzkini\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73308", "title": "PDRM siasat kes kebocoran lebih 46 juta maklumat nombor telefon bimbit di negara ini. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM siasat kes kebocoran lebih 46 juta maklumat nombor telefon bimbit di negara ini. \nOct 31, 2017\n\nPDRM sedang siasat kes kebocoran lebih 46 juta maklumat nombor telefon bimbit di negara ini.\u00a0Bukit Aman memberitahu NST, siasatan dilakukan dengan kerjasama SKMM memandangkan kes berkenaan agak rumit.Ia terbongkar selepas 'Lowyat.net' melaporkan ada individu cuba menjual data itu menerusi forum tersebut 2 minggu lalu.Bukan itu sahaja, data Majlis Perubatan Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Pergigian Malaysia juga turut dibocorkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73148", "title": "Orang ramai diingatkan untuk semak kesahihan berita sebelum sebarkannya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nOrang ramai diingatkan untuk semak kesahihan berita sebelum sebarkannya.\nFeb 22, 2018\n\nOrang ramai sekali lagi diminta semak dahulu kesahihan sesebuah berita sebelum menyebarkannya kepada pihak lain.\u00a0Menurut Pejabat Perdana Menteri, penyebaran berita palsu boleh menggugat ketenteraman dan wujudkan rasa curiga.Kerajaan dalam pada itu bercadang untuk menggubal undang-undang, ambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu terutama di media sosial.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79726", "title": "Pahang, Kelantan sambut baik langkah meneruskan projek ECRL", "body": "\n\u2190 Back to list\nPahang, Kelantan sambut baik langkah meneruskan projek ECRL\nApr 13, 2019\n\nFoto - East Coast Rail LinkPahang gembira dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk teruskan projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL.Pihaknya menganggap, kemajuan projek yang mencapai antara 13 hingga 14 peratus sebelum dihentikan tahun lalu sebagai membazir jika ia tidak diteruskan.\u00a0Foto - East Coast Rail LinkKerajaan negeri Kelantan dalam pada itu turut menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan meneruskan pojek ECRL.Pihaknya pada masa sama juga berharap, lima projek mega yang dikemukakan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi bulan lepas tetap diteruskan.Foto - East Coast Rail LinkKerajaan semalam umumkan, projek ECRL diteruskan dengan pengurangan kos sebanyak RM21.5 bilion namun tetap dibina dengan jajaran rel berkembar.Laluannya bagaiamanapun dipendekkan 40 kilometer selain akan turut melalui Jelebu dan Kuala Klawang di Negeri Sembilan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72514", "title": "Jenazah pelajar Malaysia lemas di Jepun akan dibawa pulang", "body": "\n\u2190 Back to list\nJenazah pelajar Malaysia lemas di Jepun akan dibawa pulang\nAug 05, 2017\n\nJenazah pelajar Malaysia berusia 22 tahun yang lemas di Saitama, Jepun kelmarin akan dibawa pulang dalam masa terdekat.Wisma Putra berkata Kedutaan Malaysia di Tokyo dan Yayasan Pelajaran MARA sedang uruskan perkara itu.Kementerian Luar turut menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada pihak keluarga dan kenalan mangsa di atas pemergiannya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71717", "title": "Polis Johor dan Melaka Beri Penjelasan Kes Culik Murid Sekolah", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Johor dan Melaka Beri Penjelasan Kes Culik Murid Sekolah\nFeb 04, 2016\n\nSuspek yang berusia 46 tahun itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah bagi pemeriksaan mental. \u00a0Dalam perkembangan lain,\u00a0polis Melaka nafi wujud cubaan culik murid sekolah di Batu Berendam dan Ayer Keroh seperti yang diviralkan di laman sosial.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72501", "title": "Pegawai Perubatan Gred UD41 lantikan kontrak baharu WAJIB lulus Bahasa Melayu SPM!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPegawai Perubatan Gred UD41 lantikan kontrak baharu WAJIB lulus Bahasa Melayu SPM!\nJul 05, 2017\n\nKabinet putuskan, Pegawai Perubatan Gred UD41 lantikan kontrak baharu WAJIB lulus Bahasa Melayu SPM.Keputusan Kabinet itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, sebentar tadi.Tindakan JPA yang mengumumkan pelonggaran syarat lantikan itu baru-baru ini, membangkitkan pelbagai reaksi daripada golongan nasionalis bahasa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71893", "title": "Jumlah korban anjing gila di Serian, kini 5", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah korban anjing gila di Serian, kini 5\nJul 24, 2017\n\nJumlah korban akibat wabak anjing gila di Serian, Sarawak meningkat kepada lima orang selepas lelaki 52 tahun meninggal dunia, malam tadi.Terdahulu, empat kanak-kanak berusia empat hingga 7 tahun turut meninggal dunia akibat dijangkiti wabak tersebut.Namun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes baru dilaporkan buat masa ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72497", "title": "JAWI, Polis Sedang Mengesan 'Raja Bomoh'", "body": "\n\u2190 Back to list\nJAWI, Polis Sedang Mengesan 'Raja Bomoh'\nMar 19, 2017\n\nJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan polis giat mengesan Ibrahim Mat Zin yang menggelarkan dirinya sebagai 'Raja Bomoh'.Ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ini kerana beberapa upacara ritual kontroversi yang dijalankannya telah merosakkan imej Islam.Antara ritual yang dijalankannya adalah 'memagar' Malaysia daripada ancaman asing khasnya Korea Utara dan membantu mengesan kehilangan pesawat MH370.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72703", "title": "Cadangan Beri Lesen Pinjaman Perumahan Kepada Pemaju Dibawa Ke Kabinet", "body": "\n\u2190 Back to list\nCadangan Beri Lesen Pinjaman Perumahan Kepada Pemaju Dibawa Ke Kabinet\nSep 13, 2016\n\nMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan bentang cadangan beri lesen pinjaman perumahan kepada pemaju kepada Kabinet esok.\u00a0Ujar Tan Sri Noh Omar, ia bertujuan membantu pembeli rumah yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman dan membayar wang muka.Beliau turut memaklumkan, perkara itu bukanlah baru kerana sudah ada pemaju menyediakan kemudahan tersebut.Dalam pada itu, kerajaan Johor lancarkan satu lagi Skim Pembiayaan Rumah Mampu Milik yang dijangka mampu menawarkan pinjaman perumahan kepada 4,000 pemohon.Skim berkenaan membabitkan dana berjumlah RM300 juta.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73279", "title": "Angkatan Tentera Malaysia akan bina hospital medan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAngkatan Tentera Malaysia akan bina hospital medan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh.\nNov 02, 2017\n\nAngkatan Tentera Malaysia akan bina hospital medan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh tidak lama lagi.Hospital berkenaan dijangka memiliki kemudahan lebih canggih daripada 2 hospital yang sedia ada di kem terbabit.Kos pembinaan dianggarkan 3.5 juta ringgit dan hospital itu akan menempatkan 140 kakitangan perubatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81711", "title": "Tak Perlu Buka Semula Operasi Tergesa-Gesa", "body": "\n\u2190 Back to list\nTak Perlu Buka Semula Operasi Tergesa-Gesa\nMay 03, 2020\n\nTak Perlu Buka Semula Operasi Tergesa-GesaPara majikan dan pekerja tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali memulakan operasi sebaik bermula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) esok.Sebaliknya Kementerian Kesihatan (KKM) menyarakan majikan dan pekerja guna minggu pertama PKPB untuk susuk strategi, rancang dan laksana perubahan baru di tempat kerja.Antaranya menysusun semula ruang pejabat untuk memberikan lebih ruang selamat dan kerap melakukan sanitasi di kawasan tumpuan.Sementara itu, masyarakat tidak perlu khuatir mengenai peningkatan kes import atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)\u00a0Jelas KKM, ia kerana mereka sudah diasingkan dan kesihatan disaring lebih awal.\u00a0Bagi kes COVID-19 dalam kalangan masyarakat setempat pula, ia dikenal pasti melalui aktiviti survelan klinikal yang sudah lama dilaksanakan KKM.\u00a0Pada masa sama kementerian menyeru rakyat untuk patuh semua arahan dan nasihat kesihatan daripada kerajaanSarawak & Kedah Tidak Sertai PKPBPerintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula esok tidak akan disertai Sarawak dan Kedah.\u00a0Bagi Sarawak, keputusan di bawah 3 fasa terakhir PKP dikekalkan sehingga kajian kerajaan negeri mengenai implikasi pembukaan semula kegiatan ekonomi selesai.\u00a0Keputusan itu dibuat antaranya kerana mengambil kira kemampuan logistik, kemampuan Jabatan Kesihatan dan keadaan geografi Sarawak.\u00a0Manakala Kedah tangguh pelaksanaan PKPB sehingga Mesyuarat Keselamatan Negeri buat keputusan mengenainya Selasa ini.\u00a0Pendirian tersebut diambil bagi menjamin Kedah kekal sebagai Zon Hijau COVID-19Sekolah Tak Dibuka Semula EsokKementerian Pendidikan (KPM) nafi tular mengatakan sekolah akan dibuka mulai esok untuk pelajar yang akan menduduki SPM, STPM, STAM dan Sijil Vokasional Malaysia.\u00a0KPM memaklumkan, pihaknya akan memaklumkan tarikh sekolah dibuka 2 minggu sebelum ia berlaku.\u00a0Layari \u2018sebenarnya.my\u2019 untuk mendapatkan pengesahan mengenai berita dan maklumat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71968", "title": "Polis bawa seorang daripada 7 suspek yang dipercayai membakar pusat tahfiz ke lokasi kejadian, pagi tadi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis bawa seorang daripada 7 suspek yang dipercayai membakar pusat tahfiz ke lokasi kejadian, pagi tadi.\nSep 21, 2017\n\nPolis bawa seorang daripada 7 suspek yang dipercayai membakar pusat tahfiz di Keramat, ibu negara ke lokasi kejadian, pagi tadi.Ia bagi menunjukkan kepada pihak polis mengenai situasi yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian 14 September lalu.Pada masa sama, unit forensik Bukit Aman buat pengimejan tiga dimensi di pusat tahfiz itu untuk lakukan siasatan lebih lanjut.Sumber gambar : Berita Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=104114", "title": "Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 di Kelantan & KL Atasi Negara", "body": "\n\u2190 Back to list\nKadar Kebolehjangkitan COVID-19 di Kelantan & KL Atasi Negara\nApr 21, 2021\n\nKadar Kebolehjangkitan COVID-19 di Kelantan & KL Atasi Negara\nKadar kebolehjangkitan atau \u2018R-Naught\u2019 COVID-19 di Kelantan dan Kuala Lumpur kini masing kini 1.43 dan 1.28\nIa sekaligus mengatasi kadar kebolehjangkitan negara iaitu 1.19\nNilai \u2018R-Naught\u2019 merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh 1 kes positif.\nSemakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif dan begitulah sebaliknya.\nSementara itu semua data berkaitan COVID-19 yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah tepat dan sahih.\nMalah tegas Ketua Pengarah Kesihatan, sistem pengurusan data yang digunakan juga telus dan berintegriti.\nTan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian ekoran dakwaan sesetengah pihak kononnya data tersebut dimanipulasi.\n\u00a0\n\u00a0\nKompaun Bukan Mahu Aniaya Penuntut\nKompaun yang dikenakan ke atas 6 penuntut matrikulasi di Perak yang tular ketika ini bukan penganiayaan.\nJelas kerajaan negeri, kompaun yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu masih boleh dirayu.\nPenuntut tersebut dilapor dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka dalam kawasan kolej.\nSejumlah warganet merasakan ia tidak wajar sebab penuntut kolej itu langsung tidak dibenarkan keluar sejak semester bermula kira-kira 5 bulan lalu.\n\u00a0\n\nPenuntut IPT di Sarawak Tak Boleh Tinggalkan Kampus\nPenuntut IPT di Sarawak tidak dibenarkan meninggalkan kampus.\nMenurut kerajaan Sarawak, arahan itu juga terpakai untuk murid di sekolah berasrama.\nIa susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negeri itu terutama dalam kalangan masyarakat.\n2,341 kes COVID-19 dicatatkan semalam yang juga melebihi angka 2,000 untuk hari ke-6 berturut-turut.\nSarawak terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 600, diikuti Selangor (539) dan Kelantan (429).\n\u00a0\n\u00a0\nHanya 17 masjid di Kelantan Boleh Mengadakan Solat Tarawih\nHanya 17 masjid bandar dan jajahan di Kelantan dibenarkan mengadakan solat tarawih.\nIa mula berkuat kuasa hari ini, manakala masjid mukim dan surau di seluruh negeri itu ditutup sementara.\nMenurut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), ia susulan peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.\nSemalam, Kelantan merekodkan 429 kes COVID-19, yang ketiga tertinggi di Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71145", "title": "Pelaksanaan PKPB Menunjukkan Hasil Yang Baik.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelaksanaan PKPB Menunjukkan Hasil Yang Baik.\nOct 29, 2020\n\nPelaksanaan PKPB di Lembah Klang dan Sabah menunjukkan hasil yang baik sleepas 2 minggu pelaksanaannya.Ketua Pengarah Kesihatan berkata ini selepas kadar kebolehjangkitan COVID-19 kini turun kepada paras 1.1 berbanding 2.2 pada awal gelombang ketiga, 20 September lalu.Namun, kadar kebolehjangkitan itu katanya masih tidak mencukupi kerana kes masih meningkat secara perlahan-lahan.Justeru, pihaknya menasihatkan masyarakat agar duduk di rumah jika tidak ada keperluan dan terus patuhi SOP yang ditetapkan.Gelombang ketiga Covid-19 memberi kesan buat pertugas barisan hadapan.Ketua Pengarah Kesihatan akui beliau dan pasukannya alami kelesuan mental dan fizikal ekoran tekanan tugas untuk membendung penularan wabak itu.Bagaimanapun, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata seluruh pasukannya akan terus bertahan dan melakukan yang terbaik dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.Penuntut boleh sambung pengajian ke luar negara.Penuntut yang ingin sambung pengajian ke luar negara boleh berbuat demikian dengan syarat perlu kemukakan bukti sahih kepada pihak Imigresen.Menteri Kanan Keselamatan berkata kebenaran itu termasuklah penuntut baru, selain mereka yang pulang bercuti ke tanah air.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72321", "title": "Jiran dengar tangisan dalam rumah berkunci", "body": "\n\u2190 Back to list\nJiran dengar tangisan dalam rumah berkunci\nJan 06, 2017\n\nSeorang wanita ditahan di Tampin susulan penemuan budak lelaki 3 tahun keseorangan dalam rumah yang bergelap dan dikunci jam 1 pagi tadi.Polis berkata, kanak-kanak itu ditemui tanpa pakaian, menangis kelaparan kerana ditinggalkan ibunya yang pulang ke kampung sejak 6 petang semalam.Siasatan awal dapati mangsa tidak dibawa bersama kerana ahli keluarganya tidak tahu kewujudan anak tidak sah taraf itu.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71835", "title": "PM Kutuk Serangan Bom Berani Mati Di Mekah ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM Kutuk Serangan Bom Berani Mati Di Mekah \nJun 25, 2017\n\nPerdana Menteri mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom bunuh diri berhampiran Masjidil Haram di Mekah.Jelas Datuk Seri Najib Tun Razak, kecewa dan sedih dengan insiden itu namun bersyukur tiada rakyat Malaysia cedera.Berdasarkan laporan, kejadian itu telah mencederakan 11 orang termasuk lima pegawai polis Arab Saudi.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81824", "title": "Malaysia Boleh Capai 1 Digit Kes Harian Positif Covid-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Boleh Capai 1 Digit Kes Harian Positif Covid-19.\nMay 20, 2020\n\nSasaran Malaysia untuk mencapai angka satu digit kes harian positif Covid-19 boleh dicapai.\u00a0Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata ia berdasarkan sasaran 2 minggu trend penurunan kes dan kes positif harian direkodkan bermula 4 Mei lalu hingga kini.\u00a0Namun ia juga katanya bergantung kepada kadar pematuhan rakyat terhadap peraturan dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.Aktiviti penggambaran filem, drama boleh disambung semula selepas Aidilfitri.Industri perfileman dibenar meneruskan aktiviti penggambaran selepas Aidilfitri berpandukan SOP yang ditetapkan.Bagaimanapun, menurut kerajaan, kebenaran untuk mengadakan persembahan secara langsung masih dalam perbincangan jawatankuasa MKN.Skim Harga Maksimum Musim Perayaan babitkan 11 jenis barangan.11 jenis barangan disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan bagi sambutan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.\u00a0Antaranya ialah ayam, daging lembu, daging kerbau, telur, dan kelapa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73275", "title": "Sehingga kini 20 jenis dadah baru dikesan di Malaysia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSehingga kini 20 jenis dadah baru dikesan di Malaysia.\nJan 29, 2018\n\nBukit Aman mahu undang-undang dipinda supaya tindakan boleh diambil terhadap dadah jenis baru yang masuk ke negara ini.Sehingga kini 20 jenis dadah berkenaan dikesan di Malaysia, NAMUN cuma 7 jenis sahaja didaftarkan di bawah akta racun.Manakala di Eropah, hampir 800 jenis jenama yang berunsurkan dadah jenis baru telah dikenal pasti dan didaftarkan sebagai beracun.DPB, hampir 680 murid sekolah diberkas di seluruh negara tahun lalu atas kesalahan dadah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=150922", "title": "Selenggara Kipas Di Sekolah Secepat Mungkin.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSelenggara Kipas Di Sekolah Secepat Mungkin.\nMay 09, 2023\n\n\nSelenggara Kipas Di Sekolah Secepat Mungkin.\nUtamakan peruntukan yang disalurkan untuk menyelenggara kipas di sekolah secepat mungkin.\nItu gesaan Ketua Pengarah Pendidikan kepada semua pengarah pendidikan negeri dan daerah ekoran cuaca panas ketika ini.\nJelas beliau, ia bagi memastikan pengudaraan yang baik dalam kelas selain menjamin keselesaan pelajar susulan cuaca panas.\n\u00a0\nElakkan Aktiviti Pembakaran Terbuka Ketika Cuaca Panas Ini. \nMenteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata kegiatan itu boleh memburukkan lagi keadaan cuaca dan menimbulkan masalah jerebu.\nPihaknya menyeru seluruh rakyat negara ini supaya meningkatkan kesedaran dan berikan kerjasama penuh kepada pihak bomba dalam usaha mencegah kebakaran.\nMenurut bomba lebih 400 kawasan di seluruh negara berisiko berlaku kebakaran susulan cuaca panas luar biasa ketika ini.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80269", "title": "Waktu kerja anjal buat penjawat awam persekutuan berkuatkuasa 1 Ogos ini. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nWaktu kerja anjal buat penjawat awam persekutuan berkuatkuasa 1 Ogos ini. \nJul 18, 2019\n\nWaktu kerja anjal untuk penjawat awam persekutuan seluruh negara bakal berkuatkuasa 1 Ogos ini.Ia beri pilihan kepada kakitangan kerajaan untuk tentukan waktu masuk dan pulang asalkan memenuhi syarat tempoh waktu bekerja sehari.\u00a0Berdasarkan pekeliling JPA, waktu masuk kerja bermula jam 7.30 hingga 9 pagi dan waktu pulang adalah antara 4.30 hingga 6 petang.Pendaftaran pemilih secara automatik dijangka boleh disediakan dalam tempoh 2 tahun lagi.SPR yakin sasaran itu mampu dilaksanakan buat pertama kali pada PRU 15 nanti.Dalam pada itu, pihaknya menyeru orang ramai yang sudah layak mengundi agar daftar melalui sistem pendaftaran online yang akan dilancarkan nanti.Prosiding kes Allahyarham Adib akan ditentukan Rabu depan.Mahkamah Shah Alam akan tetapkan Rabu depan sama ada prosiding inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib akan disambung atau ditamatkan.Permohonan peguam keluarga Adib untuk memulakan prosiding komital terhadap Peguam Negara berhubung punca kematian Allahyarham juga ditentukan pada hari sama.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72526", "title": "JPJ yakin dapat selesai pesalah trafik AES dengan tindakan mahkamah", "body": "\n\u2190 Back to list\nJPJ yakin dapat selesai pesalah trafik AES dengan tindakan mahkamah\nSep 04, 2017\n\nJPJ yakin dapat selesaikan masalah kedegilan pesalah trafik untuk jelaskan saman kompaun AES dengan tindakan mahkamah.Ini kerana katanya, terdapat pesalah trafik yang memandang mudah terhadap saman ke atas mereka sejak sistem itu dikuatkuasakan 15 April lepas.Tindakan mahkamah itu katanya sudah mendapat arahan daripada peguam negara yang mana pesalah trafik yang gagal bayar saman AES dalam tempoh 3 bulan akan didakwa dan berdepan denda sehingga RM2,000.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73147", "title": "Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewajibkan bakal jururawat memiliki ijazah sarjana muda.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Kesihatan bercadang untuk mewajibkan bakal jururawat memiliki ijazah sarjana muda.\nFeb 22, 2018\n\nKementerian Kesihatan bercadang untuk mewajibkan bakal jururawat memilki ijazah sarjana muda sebagai syarat minimum pada masa akan datang.Ia bertujuan bagi menaiktaraf profesion itu setaraf dengan kerjaya lain.Sekiranya cadangan itu diluluskan, program sijil dan diploma dalama kejururawatan tidak lagi ditawarkan di kesemua IPT atau kolej swasta.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70447", "title": "Peratusan Kehadiran Pengundi PRK DUN Chini Cecah 74 Peratus!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeratusan Kehadiran Pengundi PRK DUN Chini Cecah 74 Peratus!\nJul 05, 2020\n\nPeratusan individu yang keluar mengundi bagi PRK DUN Chini semalam melepasi sasaran ditetapkan SPR iaitu 74 peratus.Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ianya berjaya dicapai walaupun pengundi terpaksa berdepan SOP ketat ketika proses pengundian berlangsung. \u00a0Ini merupakan PRK pertama selepas PKP mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu.Barisan Nasional mempertahankan kerusi DUN Chini apabila calonnya, Mohd Sharim Md Zain meninggalkan 2 calon Bebas dengan majoriti besar 12,650 undi.PRK DUN Chini diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lalu akibat serangan jantung.Jabatan Peguam Negara muktamadkan beberapa cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987.Kementerian Pengangkutan berkata, Jabatan Peguam Negara sudah memuktamadkan beberapa perkara berhubung cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987.Draf rang undang-undang bagi tangani masalah pemanduan di bawah pengaruh dadah, alkohol dan merbahaya itu katanya akan melalui kelulusan Kabinet sebelum dibentangkan pada persidangan Parlimen bulan ini.Orang ramai juga terus digesa agar memainkan peranan dalam usaha mencegah pemanduan secara melulu dan mabuk.Jerebu rentas sempadan dijangka tidak melanda negara dalam masa terdekat.Jabatan Meteorologi Malaysia berkata jerebu rentas sempadan dijangka tidak melanda negara dalam masa terdekat.Jelasnya, terdapat 15 titik panas dikesan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia namun, kualiti udara di seluruh negara ketika ini dalam keadaan biasa dengan IPU baik dan sederhana.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73187", "title": "Tun M teraju negara, Datuk Seri Anwar jaga Parlimen", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun M teraju negara, Datuk Seri Anwar jaga Parlimen\nAug 23, 2018\n\nTun M teraju negara, Datuk Seri Anwar jaga ParlimenItu kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengharapkan semua pihak memahami perbezaan peranan antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamed, sekembalinya Anwar ke Parlimen kelak.\u00a0Presiden PKR itu juga berharap kenyataannya itu akan tamatkan spekulasi kononnya ada komplot yang menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri ke-8, seperti dpersetujui Pakatan Harapan.Sementara itu, mesej viral mengatakan kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad tersungkur ketika solat sunat Aidil Adha semalam adalah tidak benar!Foto: KosmoMenurut The Star, gambar dalam mesej tersebut sengaja disusun secara terbalik untuk menampakkan Perdana Menteri seolah-olah tersungkur.Sebaliknya, susunan gambar sebenar menunjukkan Tun M sedang bangun selepas selesai menunaikan solat.Rombongan Perubatan Tabung Haji di tanah suci berjaya kurangkan statistik kematian.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata penambahbaikan perkhidmatan kesihatan Tabung Haji boleh dianggap berjaya.Foto: Sinar HarianIni selepas hanya 10 kematian jemaah Malaysia dicatat tahun ini berbanding 25 kematian tahun lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80927", "title": "Banjir semakin pulih.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir semakin pulih.\nDec 08, 2019\n\nFoto : Astro AwaniSituasi banjir di pantai timur hampir pulih sepenuhnya!Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada kira-kira 760 mangsa.Manakala di Terengganu, kesemua pusat pemindahan sementara telah ditutup sepenuhnya dengan semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.Sementara itu di Sarawak, kira-kira 60 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73174", "title": "Datuk Seri Najib tidak dimasukkan ke dalam lokap.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Najib tidak dimasukkan ke dalam lokap.\nSep 21, 2018\n\nDatuk Seri Najib Razak nafi dakwaan kononnya beliau dimasukkan ke dalam lokap!Jelas bekas Perdana Menteri itu, beliau sebenarnya ditempatkan dalam bangunan SPRM kelmarin sebelum dibawa ke mahkamah semalam, bukannya di dalam lokap.Najib turut berterima kasih kepada SPRM dan polis kerana memberi layanan baik kepadanya sepanjang berada di situ.Tambahnya, beliau tiada masalah melalui proses itu asalkan diberi peluang membersihkan namanya.\u00a0Ahli Parlimen Pekan itu akan membayar ikat jaminnya berjumlah 3.5 juta ringgit secara ansuran mulai hari ini.Bajet 2019 disifatkan belanjawan yang sukar bagi Kerajaan Persekutuan.Menteri Kewangan berkata, ini kerana kerajaan perlu pulihkan kewangan fiskal dalam masa sama meningkatkan kesejahteraan rakyat.Bajet yang pertama untuk kerajaan Pakatan Harapan dijadual akan dibentangkan pada 2 November ini.Draf akta perkahwinan kanak-kanak dijangka siap akhir tahun ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ia berasaskan SOP yang diwujudkan hasil perbincangan bersama hakim syarie.\u00a0Tambahnya, SOP itu cukup ketat termasuk mengetahui latar belakang keluarga pengantin dan tahap kesihatannya sebelum diberi kebenaran berkahwin.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79122", "title": "Golongan bujang di KL bakal nikmati sewa bilik serendah RM100 sebulan!", "body": "\n\u2190 Back to list\nGolongan bujang di KL bakal nikmati sewa bilik serendah RM100 sebulan!\nJan 09, 2019\n\nBerita baik buat golongan bujang di Kuala Lumpur kerana bakal menikmati sewa bilik serendah RM100 sebulan!Ia merupakan inisiatif DBKL untuk bantu golongan bujang berpendapatan rendah menerusi skim\u2018micro-housing\u2019 mulai tahun ini.\u00a0Datuk Bandar KL berkata\u00a0lebih 200 bilik berkonsepkan 'hotel kapsul' akan disediakan di sebuah bangunan yang diubah suai di Jalan Tunku Abdul Rahman.Kawasan\u00a0larangan merokok mungkin diperluas ke IPTA dan IPTS.\u00a0Kawasan larangan merokok mungkin akan diperluaskan ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta tahun ini.Itu rancangan yang bakal dipertimbangkan oleh Kementerian Kesihatan bagi melindungi hak golongan yang tidak merokok di negara ini.Ketua Pengarah Kesihatan berkata ia selaras dengan agenda kementerian untuk mewujudkan persekitaran yang sihat buat kalangan bukan perokok.Hina institusi diraja, pekerja TNB digantung tugas!Kakitangan TNB yang dilapor keluarkan kenyataan hina Institusi Diraja di media sosial baru-baru ini telah digantung tugas.Seorang doktor pula dilapor telah letak jawatan daripada klinik tempatnya berkhidmat selepas dikecam netizen\u00a0yang berang kerana membuat komen serupa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=125909", "title": "Imbasan Suhu Tidak Lagi Akan Diwajibkan Kelak.", "body": "\n\u2190 Back to list\nImbasan Suhu Tidak Lagi Akan Diwajibkan Kelak.\nJan 21, 2022\n\n\nImbasan Suhu Tidak Lagi Akan Diwajibkan Kelak.\nSOP imbasan suhu di premis tidak lagi akan diwajibkan kelak!\nMenteri Kesihatan berkata orang ramai hanya perlu mengimbas aplikasi MySejahtera sebelum memasuki mana-mana premis.\nIni kerana imbasan suhu bukan lagi langkah yang boleh mengekang penularan Covid-19.\nSebaliknya, mereka yang bergejala perlu kekal berada di rumah bagi membendung penularan penyakit.\n\u00a0\nTidak perlu tutup sekolah asrama.\nTiada keperluan untuk menutup sekolah berasrama walaupun kes Covid-19 meningkat.\nJelas KKM, ini kerana sebahagian besar kes tidak bergejala atau hanya bergejala ringan.\nPenutupan sekolah juga dilihat sebagai langkah ke belakang memandangkan peratusan vaksinasi remaja telah capai 90 peratus.\n52 kluster pendidikan dilaporkan sejak minggu pertama persekolahan tahun ini dengan sebahagian besarnya melibatkan sekolah menengah berasrama.\n\u00a0\nBoleh tempah temu janji vaksin kanak-kanak hujung bulan ini.\nTempahan janji temu vaksinasi Covid-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun dibuka mulai hujung bulan ini.\nIbu bapa boleh mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan menerusi aplikasi MySejahtera.\nProses vaksinasi kanak-kanak berkenaan akan bermula bulan depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72314", "title": "Banjir makin buruk di Pantai Timur", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir makin buruk di Pantai Timur\nJan 04, 2017\n\nTerkini hampir 14 ribu penduduk terpaksa dipindahkan di Terengganu, berbanding 9,500 pagi tadi.\u00a0Di Kelantan pula, kira-kira 12 ribu orang berlindung di pusat-pusat penempatan sementara.TNB memaklumkan, bekalan eletrik yang terjejas akibat banjir di kedua-dua negeri telah beroperasi semula sepenuhnya hari ini.Sementara itu mayat remaja yang hilang di Sungai Kelantan ketika bermain air semalam telah ditemui.Perkhidmatan tren 'shuttle' libatkan laluan antara Kuala Krai-Tumpat pula dibatalkan ekoran paras air yang semakin meningkat.\u00a0\u00a0KTMB berkata, buat masa ini perkhidmatan tren shuttle hanya akan beroperasi antara Kuala Lipis-Dabong sahaja.\u00a0 \u00a0Di Sabah, 7 buah sekolah ditutup di Pitas juga susulan banjir.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72474", "title": "Tiada Penagih Dadah Jenis Flakka di Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Penagih Dadah Jenis Flakka di Malaysia\nMay 30, 2017\n\nBukit Aman mengesahkan belum ada penagih dadah jenis flakka atau turut dipanggil dadah zombi di negara ini.Malah ujar pihaknya kepada Kosmo, video viral mengenai tindakan ganas penagih dadah tersebut adalah video lama.Flakka atau dadah zombi boleh menyebabkan penagihnya bertindak agresif seolah-olah zombi.PDRM juga menasihatkan orang ramai waspada dengan dadah sintetik jenis baru dan memaklumkan kepada pihaknya jika ada maklumat mengenainya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72180", "title": "Bayi dipercayai masih hidup ketika dicampak dalam perigi", "body": "\n\u2190 Back to list\nBayi dipercayai masih hidup ketika dicampak dalam perigi\nJul 27, 2017\n\nPolis Melaka tidak menolak kemungkinan, bayi yang ditemui mati di dalam perigi Ahad lalu, masih hidup ketika dicampak ke dalamnya.Namun, pihaknya masih tunggu laporan forensik bagi mengetahui punca sebenar kematian, dan ia dijangka diperoleh dalam masa terdekat.6 ahli keluarga mangsa kini direman berkaitan kes tersebut, manakala 15 saksi yang terdiri daripada penduduk dan jiran telah dirakamkan keterangan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70862", "title": "Calon Lelaki Dominasi PRN Sabah!", "body": "\n\u2190 Back to list\nCalon Lelaki Dominasi PRN Sabah!\nSep 13, 2020\n\nPilihan Raya Negeri Sabah didominasi calon lelakiSuruhanjaya Pilihan Raya sahkan seramai 447 calon akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah, 26 September ini.Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata calon lelaki mendominasi PRN Sabah dengan 404 pencalonan manakala hanya 43 calon wanita yang akan bertanding.Calon termuda pada Pilihanraya itu ialah 22 tahun manakala calon tertua berusia 75 tahun.PRN Sabah turut menyaksikan pertandingan 11 penjuru untuk kerusi Bengkoka, 10 penjuru untuk kerusi Inanam dan pertandingan 9 penjuru untuk 3 lagi kerusi.Antara kerusi panas pada pilihanraya itu ialah\u00a0DUN Senallang yang menyaksikan Ketua Menteri Sementara, Datuk Seri Shafie Apdal cuba pertahankan kerusinya dalam pertandingan 5 penjuru.Manakala Ketua UMNO BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar juga terlibat dalam pertandingan 5 penjuru untuk kerusi Lamag.---Tiada arahan kuarantin wajibIndividu yang pulang ke Semananjung dan Sarawak selepas mengundi pada Pilihanraya Negeri Sabah tidak akan dikuarantin.Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian selepas perkara tersebut viral di media sosial.Sebelum ini, Kementerian Kesihatan keluarkan kenyataan akan meneliti untuk laksanakan kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga ekoran peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri itu.---Kes positif COVID-19 turun kepada 2 angkaJumlah kes positif COVID-19 turun kepada 2 angka selepas hanya mencatatkan 58 kes semalam.Kementerian Kesihatan berkata 53 daripada kes berkenaan merupakan penularan tempatan dengan Sabah mencatat 48 kes.Satu lagi kluster baru iaitu Kluster Laut turut dikesan.Kelmarin, sebanyak 182 kes positif wabak itu direkodkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72291", "title": "Sekurang-kurangnya 20 maut", "body": "\n\u2190 Back to list\nSekurang-kurangnya 20 maut\nJan 16, 2016\n\n63 tebusan, termasuk 33 yang cedera, berjaya dikeluarkan dari hotel di Burkina Faso yang dikepung lelaki bersenjata pengganas al-Qaeda, awal pagi tadi.\u00a0Mereka yang diselamatkan termasuk Menteri Buruh, Clement Sawadogo.\u00a0Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum pasti angka sebenar kematian setakat ini.Kredit gambar : Twitter NBC News\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72899", "title": "Penemuan Terbaharu Serpihan Pesawat Dipercayai Milik MH370 ke Australia", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenemuan Terbaharu Serpihan Pesawat Dipercayai Milik MH370 ke Australia\nMar 13, 2016\n\nPasukan pakar dari Malaysia akan berangkat ke Australia, bagi periksa penemuan terbaharu serpihan pesawat dipercayai milik MH370.Kementerian Pengangkutan berkata, serpihan tersebut bakal dihantar ke Australia, negara yang dilantik Malaysia untuk menyiasat mana-mana bahagian pesawat yang ditemui untuk dianalisis.Serpihan tersebut ditemui oleh seorang remaja di Afrika Selatan semasa bercuti di Mozambique Disember lalu.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=107578", "title": "Jangan Alpa Walaupun Kes COVID-19 Menurun.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan Alpa Walaupun Kes COVID-19 Menurun.\nJun 09, 2021\n\n\nMasyarakat tidak boleh alpa walaupun kes harian Covid-19 catatkan penurunan.\nJelas Ketua Pengarah Kesihatan, ini kerana situasi penularan wabak itu masih sangat serius.\nBahaya penularan Covid-19 dan kapasiti hospital terutamanya bagi menampung pesakit Covid-19 di ICU berada di tahap kritikal.\nTan Sri Dr Noor Hisham berkata situasi itu tidak boleh diambil ringan justeru, masyarakat perlu kekal di rumah jika tiada urusan penting dan terus patuhi SOP yang ditetapkan.\n\u00a0\nNilai R-Naught menurun.\nKadar kebolehjangkitan mengikut kes harian Covid-19 di Malaysia kekal di bawah 1.0 untuk hari ketiga berturut-turut.\nMenurut Kementerian Kesihatan, ia terus menurun kepada 0.95 semalam berbanding 0.97, kelmarin.\nWilayah Persekutuan Labuan merekodkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan nilai R-\nnaught 1.26 diikuti Negeri Sembilan dan Sabah.\n\u00a0\nHarga kawalan akan dikenakan jika harga barangan melonjak ke paras tidak munasabah.\nKerajaan akan mengenakan harga kawalan sama seperti Skim Harga Maksimum Musim Perayaan jika harga sesuatu barang melonjak ke paras tidak munasabah.\nIa susulan rungutan orang ramai mengenai peningkatan mendadak harga minyak masak botol di pasaran iaitu antara RM4 hingga RM5.\nUntuk makluman, hanya minyak masak pek 1 kilogram mendapat subsidi kerajaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72964", "title": "Anggota RELA tidak layak jadi pengundi pos", "body": "\n\u2190 Back to list\nAnggota RELA tidak layak jadi pengundi pos\nJan 02, 2018\n\nSPR jelaskan, anggota Rela tidak layak memohon sebagai kategori pengundi pos.Ini kerana ahli Rela tidak sama kategori dengan anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia.Pihaknya juga tolak dakwaan pihak tertentu kononnya terdapat hampir 4 juta pengundi\u00a0 pos akan mengundi pada PRU14 akan datang, yang sebahagian besarnya merupakan anggota RELA.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71041", "title": "Semua Sekolah Di Petaling Tutup", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemua Sekolah Di Petaling Tutup\nOct 12, 2020\n\nSemua Sekolah Di Petaling TutupSemua sekolah di daerah Petaling, Selangor ditutup bermula hari ini sehingga 25 Oktober.Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ia berikutan diisytiharkan sebagai zon merah COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)Penutupan itu melibatkan 298 sekolah rendah, menengah, kolej vokasional serta sekolah swasta dan senarainya boleh didapati di portal KPM.Manakala di Perak, 6 sekolah di Larut, Matang dan Selama ditutup seminggu bermula hari ini berikutan terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan guru dan muridnya.Di Kedah pula, 4 sekolah di Baling dan Pokok Sena ditutup sementara.\u00a0Muncul 5 Kluster Baru561 kes baru COVID-19 direkodkan di seluruh negara dan 2 pesakit meninggal dunia semalam.5 kluster baru turut dikesan iaitu 3 di Sabah, dan masing-masing 1 di Selangor dan Labuan.Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan, pihaknya kini memberi lebih tumpuan kepada kepada Sabah.Ujar Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia termasuk penghantaran sukarelawan kesihatan kerana kira-kira 75 peratus kes baru COVID-19 direkodkan di negeri tersebut.Dalam perkembangan berkaitan, Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia di Tawau, dijangka mula beroperasi minggu ini.Ia diwujudkan atas keperluan menambah fasiliti perubatan ekoran peningkatan kes COVID-19 di Sabah.Ia berfungsi memberi sebagai hospital sokongan untuk merawat kes selain COVID-19 antaranya pembedahan trauma dan kecemasan serta wad bersalin.*foto: BERNAMA\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=111286", "title": "Perdana Menteri Akan Umum Berita Baik Berkenaan Penerima Vaksin.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerdana Menteri Akan Umum Berita Baik Berkenaan Penerima Vaksin.\nJul 25, 2021\n\n\nIndividu yang telah melengkapkan 2 dos suntikan vaksin COVID-19 dijangka menerima berita baik tidak lama lagi.\nPerdana Menteri berkata beliau akan mengumumkan kelonggaran SOP, khusus bagi mereka dalam beberapa hari lagi.\nUjar Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia akan diumumkan sebagai satu pakej penuh termasuk aspek sosial, sukan dan aktiviti makan di restoran.\nIa antaranya berkaitan pergerakan dalam negara terutama melibatkan suami dan isteri yang tinggal berjauhan.\n\u00a0\nLapor Jika Syak\nBukit Aman menasihati penerima vaksin buat laporan polis jika syak diberi suntikan picagari kosong.\nIa bagi membolehkan PDRM membuka kertas siasatan untuk menjalankan siasatan lanjut.\nSetakat ini polis menerima 13 laporan sedemikian di seluruh negara.\n\u00a0\nLagi Viral Tak Sahih\nSetakat ini hanya sijil digital vaksinasi dalam MySejahtera yang diiktiraf kerajaan.\nIni selepas kerajaan menafikan penggunaan kad fizikal bercetak bagi individu yang lengkap suntikan vaksin COVID-19 dijual di pasaran, yang sedang viral.\nKad itu tidak diiktiraf kerajaan atau diterima sebagai bukti telah melengkapkan dos suntikan vaksin buat masa ini.\n\u00a0\nTerengganu Tertinggi\nKadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan peningkatan.\nSemalam ia meningkat kepada 1.11 berbanding 1.09 kelmarin - 11 negeri mencatatkan angka melebihi purata kebangsaan.\nTerengganu merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.36, diikuti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=105051", "title": "Polis siasat dakwaan Neelofa dan suami rentas negeri lagi", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis siasat dakwaan Neelofa dan suami rentas negeri lagi\nMay 03, 2021\n\nPolis siasat dakwaan Neelofa dan suami rentas negeri lagi\n\nFoto - FMT\nPolis siasat dakwaan pasangan selebriti, Neelofa dan suaminya, PU Riz sekali lagi merentas negeri membeli permaidani di Nilai 3.\nMenurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya akan memanggil pasangan selebriti tersebut untuk memberi keterangan.\nTerdahulu, tular di media sosial video dan gambar Neelofa dan suami dipercayi berada di sebuah premis perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan.\n-----\nKluster rentas negeri masih tinggi\n\nFoto - Kosmo!\nKementerian Kesihatan Malaysia mengesan 13 kluster jangkitan COVID-19 berkaitan aktiviti rentas negeri sejak April lalu.\nIni termasuklah satu kluster di Kelantan yang dikesan berkaitan varian dari Afrika Selatan membabitkan 10 individu.\nBerikutan itu, aktiviti rentas negeri tidak akan dibenarkan hingga 17 Mei ini sehingga pengumuman seterusnya.\n-----\nKes harian COVID-19 turun sedikit, Selangor kekal tertinggi\n\nFoto - The Star\nSebanyak 2,500 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan di seluruh negara, hari ini.\nSelangor tertinggi dengan 637 kes diikuti Kelantan (401), Sarawak (356) dan Johor (205).\n18 lagi kematian terbaru dilaporkan menjadikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 1,551.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71579", "title": "Presiden Barack Obama telah tiba di Malaysia bagi hadiri Sidang Kemuncak ASEAN di KL.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPresiden Barack Obama telah tiba di Malaysia bagi hadiri Sidang Kemuncak ASEAN di KL.\nNov 20, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73015", "title": "JKJR ingatkan orang ramai tentang bahaya 'microsleep' semasa memandu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJKJR ingatkan orang ramai tentang bahaya 'microsleep' semasa memandu.\nJun 12, 2018\n\nJKJR memberi peringatan kepada orang ramai tentang bahaya 'microsleep' atau tidur mikro semasa memandu.Tegas pihaknya, keadaan tertidur tanpa sedar selama beberapa saat itu biasanya berlaku apabila memandu di jalan lurus selepas sejam makan.Justeru, pemandu juga penunggang digesa berhenti rehat apabila perlu bagi elak nahas khasnya semasa musim perayaan ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80657", "title": "Dewan Rakyat kembali bersidang hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDewan Rakyat kembali bersidang hari ini.\nOct 07, 2019\n\nDewan Rakyat kembali bersidang hari ini.Antara yang akan menjadi tumpuan pada mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua ialah pembentangan Belanjawan 2020, Jumaat ini.Sesi kali ini juga bakal menyaksikan pembentangan Rang Undang-undang bagi meminda hukuman mati mandatori dan berkaitan program bank makanan.Tanah Kampung Baru di Kuala Lumpur tidak akan dijual kepada pihak luar!Perdana Menteri berkata sebaliknya ia akan dijual kepada agensi kerajaan yang akan bantu pemilik tanah membangunkan kawasan itu tanpa mengabaikan ciri-ciri asalnya.Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian selepas menyampaikan amanat sempena Kongres Maruah Melayu di Shah Alam, semalam.Jumlah rakyat Malaysia yang berikrar sebagai penderma organ masih rendah berbanding negara lain.Jelas Kementerian Kesihatan, ini kerana kira-kira 80 peratus kes yang berpotensi untuk menderma organ telah ditolak ahli keluarga masing masing.Antara sebabnya adalah ahli keluarga tidak tahu hasrat penderma telah berikrar untuk berbuat demikian setelah mereka meninggal dunia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73251", "title": "Ibu bapa perlu ajari anak agar tidak membanding-bandingkan kemewahan yang dimiliki. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nIbu bapa perlu ajari anak agar tidak membanding-bandingkan kemewahan yang dimiliki. \nJan 16, 2018\n\nMembelikan anak-anak dengan barangan mewah atau mahal bukanlah satu masalah jika berkemampuan.Namun ujar Pakar Perunding Psikiatri, Pusat Pakar Perubatan UM, Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin, tindakan mengajar anak membanding-bandingkan adalah tidak wajar.Beliau memberikan nasihat itu ekoran isu viral murid sekolah memiliki barangan mewah dan mahal hingga memberi kesan negatif termasuk kepada murid kurang mampu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81558", "title": "Peluang hentikan rantaian COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeluang hentikan rantaian COVID-19\nApr 13, 2020\n\nPeluang hentikan rantaian COVID-19Foto - Malay MailMalaysia berpeluang menghentikan rantaian dan menamatkan penularan pandemik COVID-19 dalam Fasa Ketiga Perintah Kawalan Pegerakan yang akan berakhir 28 April depan.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berharap, jumlah kes yang direkodkan di negara ini tidak mencecah angka 5 ribu esok sekaligus menafikan ramalan penyelidik.Kajian JP Morgan dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia sebelum ini meramalkan, jumlah kes di Malaysia mencecah lebih 6 ribu kes pada pertengahan bulan ini.-----Kekal di kampus muktamad!Foto - BernamaSemua pelajar IPT yang terkandas sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan diminta terus kekal di kampus masing-masing dengan kebajikan dan makan minum mereka akan terus ditanggung kerajaan.Menteri Kanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan dan PDRM.Tindakan ini juga bagi memastikan usaha untuk memutuskan rantaian dan membendung penularan wabak COVID-19 ini berjaya dan supaya tidak wujud kluster baru nanti.-----Tiada gunting rambut, bazar RamadanFoto - BernamaKerajaan sentiasa mendengar dan telah pun mendengar pandangan rakyat selain mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar tertentu dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).Sehubungan itu kerajaan memutuskan, kedai gunting rambut, salon kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP.Tambah Menteri Kanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, semua bentuk bazar Ramadan juga tidak dibenar beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh PKP ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72643", "title": "LHDN Mahu Senaraikan Pengelak Cukai Tegar Dalam CCRIS", "body": "\n\u2190 Back to list\nLHDN Mahu Senaraikan Pengelak Cukai Tegar Dalam CCRIS\nDec 15, 2016\n\nLHDN bercadang menyenaraikan pengelak cukai yang tegar ke dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS) tahun hadapan.Langkah itu bagi meningkatkan kadar pematuhan cukai semasa dan membendung aktiviti pelarian cukai.Ia juga bermakna pengelak cukai tegar akan hadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman bank dan kad kredit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73017", "title": "Semua peniaga diminta letak notis jika belum tolak 6% GST.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemua peniaga diminta letak notis jika belum tolak 6% GST.\nJun 07, 2018\n\nSemua peniaga diminta meletakkan notis sekiranya barangan yang dijual belum ditolak 6 peratus GST.KPDNKK berkata walaupun diberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk mengemaskini tanda harga, notis tersebut bertujuan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.Menurutnya berdasarkan pemeriksaan, peniaga memerlukan masa mengemaskini harga di rak walaupun harga di sistem telah ditukar.Kerajaan turut mengumumkan 22 barangan yang tertakluk di bawah Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri termasuk ayam, telur ayam dan daging.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=122262", "title": "Mangsa Buli Masih Dirawat Di Hospital.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMangsa Buli Masih Dirawat Di Hospital.\nDec 12, 2021\n\n\nMangsa Buli Masih Dirawat Di Hospital\nRemaja lelaki mangsa buli di sebuah MRSM di Perak kini dirawat di sebuah hospital di Selangor.\nPolis memaklumkan, mangsa mengalami kecederaan tisu lembut namun keadaannya stabil.\nBapa mangsa juga sudah buat laporan polis.\nSetakat ini 10 murid berusia 13 hingga 15 tahun telah dipanggil beri keterangan.\nKesemua dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan.\nDalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar memaklumkan, 6 murid yang terlibat kini digantung sekolah.\nJawatankuasa Disiplin Maktab turut mencadangkan mereka ditamatkan pengajian di institusi berkenaan.\n\n\nHarga Barang Dijangka Mula Turun Bulan Depan\nKerajaan jangka harga barangan termasuk sayur dan ayam kembali stabil antara Januari dan Februari nanti.\nMenurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), ia berikutan harga barangan berkenaan kini mula menunjukkan penurunan.\nAntara sebab penurunan harga ialah pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia dan cuaca di tempat pengeluaran sayur sudah kembali pulih.\n\n\nBawa Keris Ke Tempat Awam Nak Buat TikTok!\nPolis Melaka tahan 2 rakan kerana bawa sejumlah senjata termasuk keris di tempat awam di Pulau Besar.\nSiasatan mendapati, mereka yang memiliki sijil persilatan mahu buat video bersama senjata itu untuk TikTok.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72144", "title": "Bomba tiada SOP operasi mencari dan menyelamat kawasan parit monsoon!", "body": "\n\u2190 Back to list\nBomba tiada SOP operasi mencari dan menyelamat kawasan parit monsoon!\nOct 17, 2018\n\nBomba tiada SOP mencari dan menyelamat di kawasan parit monsoon!Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tiada sebarang SOP membabitkan operasi mencari dan menyelamat membabitkan kawasan parit monsun ketika ini!Foto - Astro AwaniMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akui ia merupakan kelemahan jabatan tersebut sehingga mengakibatkan 6 anggotanya terkorban di Puchong, Selangor awal bulan ini.Zuraida Kamaruddin berkata sedikit masa perlu diberikan kepada anggota penyelamat sekiranya insiden sama berlaku dalam masa terdekat, bagi membolehkan mereka mengetahui apa bentuk kawasan menyelamat.---Denda 100 kali ganda kepada kontraktor gagal perbaiki jalan!Foto - Astro AwaniDalam perkembangan lain, Zuraida berkata kontraktor yang gagal baiki jalan awam dengan sempurna akan berdepan denda 100 kali ganda iaitu sebanyak 100 ribu ringgit!Jelasnya, denda seribu ringgit yang dikuatkuasakan ketika ini dilihat tidak berkesan sebagai langkah pencegahan.---Datuk Seri Najib berkemungkinan berdepan lebih banyak tuduhan.Foto - Astro AwaniDatuk Seri Najib Razak dijangka bakal berdepan lebih banyak pertuduhan berhubung skandal 1MDB!Sumber SPRM mengesahkan perkara itu kepada BH, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.Bekas Perdana Menteri itu telah beberapa kali dipanggil untuk beri keterangan berhubung skandal tersebut sebelum ini, termasuk semalam selama 6 jam.---Projek jambatan bengkok berkemungkinan disambung semula!Foto - Astro AwaniKerajaan negeri Johor bercadang meneruskan semula projek pembinaan jambatan bengkok yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura!MB Johor berkata cadangan tersebut dipersetujui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Jambatan tersebut yang diilhamkan pada 2003 oleh Tun M dibatalkan pembinaannya pada 2006 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80562", "title": "Tiada kenaikan harga topeng hidung dan mulut!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada kenaikan harga topeng hidung dan mulut!\nSep 18, 2019\n\nSemua sekolah di Putrajaya yang dijadualkan dibuka semula pagi ini diarah ditutup akibat jerebu.Ratusan sekolah di Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak turut ditutup sementara hingga keadaan jerebu kembali pulih.Setakat ini, 8 kawasan catat IPU sangat tidak sihat babitkan Balik Pulau, Putrajaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Johan Setia, Nilai dan Sri Aman.Dalam perkembangan berkaitan, tiada kenaikan harga topeng hidung dan mulut sebab ia dalam senarai barang kawalan.Kerajaan berkata harga topeng itu di pasaran ketika ini adalah antara 20 sen dan RM6 seunit.Kes cerai pasangan Islam di Selangor membimbangkan.Kes penceraian melibatkan pasangan Islam di Selangor agak membimbangkan dengan lebih 24,000 kes dicatatkan bagi 2 tahun lepas.Menteri Besarnya berkata lebih 20 peratus daripada jumlah itu merupakan pasangan muda yang baru berkahwin.Antara punca utama bagi masalah itu katanya adalah faktor kewangan dan tiada persefahaman antara pasangan.Elaun RM5 sejam untuk pelatih di jabatan kerajaan dihadkan hanya 90 hari.Elaun RM5 sejam kepada pelajar universiti yang jalani latihan praktikal di jabatan kerajaan dihadkan hanya untuk 90 hari walaupun latihan melebihi tempoh itu.Berita Harian\u00a0melaporkan, ia antara perincian dalam pemberian elaun itu yang kembali diperkenalkan, yang mula berkuat kuasa 1 September lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=147847", "title": "Johor Rayu Moratorium Untuk Mangsa Banjir.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJohor Rayu Moratorium Untuk Mangsa Banjir.\nMar 07, 2023\n\n\nJohor Rayu Moratorium\nJohor merayu supaya mangsa banjir negeri itu diberi moratorium bayaran semula pinjaman bank antara 3 hingga 6 bulan.\nMenurut kerajaan negeri, ia mampu beri sedikit kelegaan kepada mangsa untuk bina semula kehidupan terutama yang ditimpa ujian banjir 2 kali tahun ini.\u00a0\nJohor kini mencatatkan kira-kira 40,000 mangsa banjir susulan paras air dilapor mulai surut.\u00a0\nDi Pahang kira-kira 2,600 penduduk masih berlindung di PPS dan di Melaka pula hampir 600.\nSementara itu seorang wanita jadi korban ke-5 banjir di Johor setelah ditemui lemas dalam keretanya di Mersing malam tadi.\u00a0\n\nMonsun Timur Laut Belum Berakhir\u00a0\nMetMalaysia memaklumkan Astro Awani, Monsun Timur Laut dijangka hanya akan berakhir hujung bulan ini!\u00a0\nIni kerana pihaknya masih mengesan tiupan angin daripada tanah besar China menuju ke lautan pasifik.\u00a0\nMetMalaysia akan terus memantau dan mengumumkan ramalan cuaca terkini dari masa ke masa juga minta masyarakat waspada.\u00a0\n\nKKD Panggil Telegram\nKementerian Komunikasi dan Digital akan panggil penyedia perkhidmatan Telegram dalam masa terdekat.\u00a0\nIa bagi membincangkan pelbagai isu membabitkan aplikasi itu terutama berkaitan keselamatan pengguna.\n\nMentega Terbang: Polis Buka Kertas Siasatan\u00a0\nPolis sudah buka kertas siasatan berhubung filem Mentega Terbang yang mencetuskan kontroversi.\u00a0\nSetakat ini PDRM terima 8 laporan polis ke atas filem itu yang jalan ceritanya didakwa mempersendakan Islam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72637", "title": "Pemandu di Malaysia Masih Amal Pemanduan Berbahaya", "body": "\n\u2190 Back to list\nPemandu di Malaysia Masih Amal Pemanduan Berbahaya\nDec 13, 2016\n\nJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia meluahkan rasa kesal kerana pemandu di Malaysia masih mengamalkan cara pemanduan berbahaya.Menurut jabatan itu, pelbagai usaha sudah dilakukan pihak berkaitan untuk menggalakkan pemanduan berhemah namun ia tidak memberi kesan.Pihaknya mengulas mengenai punca kemalangan maut yang kerap berlaku termasuk di LPT 2 di Kemaman, Terengganu yang meragut nyawa 6 sekeluarga Sabtu lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72356", "title": "Kerajaan arah henti Dego Ride serta merta", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan arah henti Dego Ride serta merta\nFeb 13, 2017\n\nKementerian Pengangkutan mengarahkan perkhidmatan teksi motosikal 'Dego Ride' dihentikan serta-merta atas faktor keselamatan.Sebelum ini JPJ memaklumkan perkhidmatan itu tidak mempunyai permit sah, namun boleh terus beroperasi jika mendapat kebenaran SPAD.Difahamkan, perkhidmatan berkenaan dilancarkan November lalu dan kini mempunyai 5 ribu ahli.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=104682", "title": "Haiqal yakin Poad mampu gilap kembali lariannya", "body": "\n\u2190 Back to list\nHaiqal yakin Poad mampu gilap kembali lariannya\nApr 28, 2021\n\n\nFoto: Stadium Astro\nHaiqal Hanafi yakin Poad Md Kassim ada kepakaran untuk kembali menggilap lariannya!\nJaguh pecut 100 meter negara itu teruja untuk kembali berlatih di bawah kendalian Poad sebaik meninggalkan program MSN di Bukit Jalil.\nPemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu ambil keputusan tersebut kerana tidak serasi dengan latihan yang diterapkan Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia, Dwayne Miller.\n\nFoto: Stadium Astro\nDalam pada itu, Haiqal sifatkan misi untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo sebagai mustahil kerana perlu membuat catatan 10.05 saat.\nSebaliknya, dia letak sasaran untuk buat catatan 10.40 saat pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, Jun depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=118196", "title": "PICK Remaja: Ibu Bapa, Penjaga Boleh Teman", "body": "\n\u2190 Back to list\nPICK Remaja: Ibu Bapa, Penjaga Boleh Teman\nOct 03, 2021\n\n\nPICK Remaja: Ibu Bapa, Penjaga Boleh Teman\nBermula hari ini, ibu, bapa atau penjaga dibenar menemani remaja yang mendapatkan vaksin COVID-19 sehingga ke stesen vaksinasi.\nIa bagi membolehkan mereka melihat sendiri prosesnya namun hanya seorang sahaja dibenarkan menjadi pengiring.\nMereka kemudian diminta tunggu di luar selepas vaksinasi selesai bagi memastikan kerusi yang disediakan di zon pemerhatian mencukupi untuk remaja yang telah divaksinasi duduk dan diawasi.\nSelepas tamat tempoh pemerhatian antara 15 hingga 30 minit, remaja akan dikembalikan kepada jagaan ibu bapa atau penjaga.\nIndividu yang menemani juga dibenarkan untuk merakam video suntikan ke atas remaja ketika proses vaksinasi dijalankan.\n\u00a0\nKKM Runding Perolehan Ubat Antiviral COVID-19\nMalaysia sudah memulakan proses rundingan perolehan ubat antiviral COVID-19 daripada syarikat perubatan Merck.\nMenurut Kementeran Kesihatan Malaysia (KKM), ia adalah sebahagian usahanya untuk terus memperkasa usaha dalam peralihan kehidupan bersama COVID-19.\nUbat berkenaan diberitakan berpotensi mengurangkan risiko kematian COVID-19 dan kadar kemasukan ke hospital sehingga 50 peratus.\n\u00a0\nRentas Negeri: Tak Sampai 3 Peratus Sahaja Lagi\nAktiviti rentas negeri dijangka dibenarkan semula tidak lama lagi.\nIni selepas kadar vaksinasi populasi dewasa negara semakin menghampiri 90 peratus dan terkini ia sudah melebihi 87 peratus.\nNamun menjelang fasa endemik, Menteri Kesihatan minta rakyat supaya terus bertanggungjawab terhadap kawalan kendiri dan patuh kepada SOP.\nUjar Khairy Jamaluddin, ia memandangkan selepas ini akan ada lebih banyak aktiviti pergerakan dan perhimpunan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72941", "title": "Mati Lima Saat bukan permainan", "body": "\n\u2190 Back to list\nMati Lima Saat bukan permainan\nOct 16, 2017\n\nKementerian Pendidikan akan mengambil tindakan ke atas pelajar yang melakukan aksi dikenali sebagai \u2018mati lima saat\u2019 berkuat kuasa serta merta.Pihaknya akan memberikan arahan selanjutnya kepada sekolah-sekolah bagi memastikan cabaran tersebut tidak menjadi budaya di asrama dan sekolah.Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cabaran ini bukan sahaja membahayakan malah boleh membawa padah kepada pelajar-pelajar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72822", "title": "Kanak-Kanak Mangsa Culik di Kuching Telah ditemui", "body": "\n\u2190 Back to list\nKanak-Kanak Mangsa Culik di Kuching Telah ditemui\nMar 29, 2016\n\nTimbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supt. Ismail Mahmood beritahu kami, kanak-kanak itu dihantar pulang oleh seorang lelaki tidak dikenali.Berdasarkan temubual dengan mangsa, mangsa memaklumkan dia dilayan dengan baik serta diberi makan dan minum selama berada dalam tahanan penculik.Polis sedang sedang menyiasat motif kejadian termasuk pihak yang terlibat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72891", "title": "Belum Ada Keperluan Untuk Bekal Antivenom di Sekolah", "body": "\n\u2190 Back to list\nBelum Ada Keperluan Untuk Bekal Antivenom di Sekolah\nApr 26, 2016\n\nJelas Kementerian Kesihatan, ini kerana bekalan antivenom yang digunakan untuk rawatan patukan ular berbisa boleh diperoleh di semua hospital kerajaan.Kementerian juga memberi jaminan, bekalan antivenom di seluruh negara mencukupi.Setakat ini, 3 kes murid dipatuk ular di kawasan sekolah dilaporkan, termasuk mengakibatkan seorang murid tahun satu di Kota Bharu meninggal dunia.Dalam perkembangan lain, kementerian akan membuat keputusan mengenai kelulusan penggunaan vaksin denggi pada Jun atau Julai ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73091", "title": "Semakan daftar pemilih baru untuk PRU 14 dijangka dapat diketahui dalam tempoh seminggu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemakan daftar pemilih baru untuk PRU 14 dijangka dapat diketahui dalam tempoh seminggu.\nMar 29, 2018\n\nSemakan daftar pemilih baru untuk PRU 14 dijangka dapat diketahui dalam tempoh seminggu atau selewat-lewatnya pada hari penamaan calon.Ia susulan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan di Dewan Rakyat semalam.SPR berkata semakan itu penting supaya pemilih tidak tersalah tempat semasa hari mengundi nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=107131", "title": "PKP : Kanak-kanak Dilarang Berada Di Tempat Awam", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKP : Kanak-kanak Dilarang Berada Di Tempat Awam\nJun 02, 2021\n\n\nKanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dilarang berada di tempat awam sepanjang PKP.\nMenurut MKN, pengecualian hanya diberikan untuk mereka mendapatkan rawatan, kecemasan, pendidikan atau\u00a0latihan.\nTerdahulu, Kementerian Kesihatan dedahkan lebih 82,000 kes positif Covid-19 yang direkodkan di negara ini melibatkan golongan kanak-kanak.\n\u00a0\nPKP : Kenderaan di jalan raya berkurangan.\nHari pertama pelaksanaan PKP Penuh semalam menyaksikan pergerakan kenderaan di jalan raya berkurang hingga 70 peratus.\nMenteri Dalam Negeri berkata ia membuktikan ramai rakyat memahami matlamat kerajaan mengurangkan pergerakan dalam negara ketika ini.\nPihaknya dalam pada itu menjelaskan kesesakan yang berlaku di sekatan jalan raya adalah kerana polis perlu memastikan pengguna mengikut kaedah yang diluluskan.\n\u00a0\nKPT kenal pasti 19 PPV IPT.\nKementerian Pengajian Tinggi kenal pasti 19 pusat pemberian vaksin, PPV IPT yang mampu memberikan 14,000 dos vaksin sehari.\nJelasnya, tambahan PPV di universiti awam itu akan bantu mempercepat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.\nIa antaranya melibatkan UPSI, UPM,\u00a0UiTM Shah Alam dan Puncak Alam.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80403", "title": "Proses bedah siasat mayat Nora Anne berlangsung selama hampir 10 jam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nProses bedah siasat mayat Nora Anne berlangsung selama hampir 10 jam.\nAug 15, 2019\n\nProses bedah siasat mayat Nora Anne berlangsung selama hampir 10 jam.Ini selepas pakar patologi HKL dilihat meninggalkan Hospital Tuanku Jaafar kira-kira jam 9.30 malam semalam.Sidang media mengenai hasil bedah siasat dijangka diadakan hari ini.Difahamkan, hasil laporan tersebut juga akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menentukan sama ada terdapat keperluan untuk diadakan inkues.\u00a0Pengenalan tulisan Jawi di SJK mulai tahun depan diteruskan.Kabinet setuju untuk perkenalkan pembelajaran tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di SJK mulai 2020.Pihaknya juga kekal dengan pendirian untuk tulisan Jawi itu dimuatkan sebanyak 3 muka surat di dalam buku teks serta tidak dinilai dalam ujian atau peperiksaan.Namun, Kementerian Pendidikan berkata ia perlu mendapat persetujuan PIBG dan ibu bapa.NADMA akan selaraskan bantuan buat mangsa ribut, Jumaat lalu.Bantuan kepada mangsa-mangsa ribut yang melanda beberapa negeri di utara, Jumaat lalu akan diselaras dan dipercepatkan.Agensi Pengurusan Bencana Negara berkata pihaknya akan lakukan tinjauan agar bantuan langsung boleh disalurkan kepada mangsa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71245", "title": "Lembah Klang Atasi Sabah", "body": "\n\u2190 Back to list\nLembah Klang Atasi Sabah\nNov 16, 2020\n\nLembah Klang Atasi Sabah3 lagi kluster baru COVID-19 dikesan iaitu 2 di Sabah dan 1 di Johor.Manakala kanak-kanak perempuan 8 tahun di Sabah antara 3 pesakit yang meninggal dunia semalam.Semalam juga Malaysia catat 1,208 kes baru dengan Lembah Klang catat kes tertinggi iaitu 661.Ia sekali gus mengatasi kes harian di Sabah semalam iaitu 381.SPR Teliti Cadangan SPR sedang teliti cadangan bagi menambah kategori individu yang layak mengundi secara posIa bagi menyelesaikan isu pergerakan pengundi dari luar daerah dan negeri ketika pandemik COVID-19 ini.Buat masa ini antara yang layak ialah petugas pilihan raya dan media, polis dan tentera serta rakyat Malaysia di luar negara.Untuk makluman, PRK Batu Sapi di Sabah akan berlangsung pada 5 Disember nanti.Ahli Parlimen Bintulu Mohon MaafAhli Parlimen Bintulu mohon maaf ekoran mengeluarkan kenyataan kontroversi terhadap Ketua Pengarah Kesihatan.Datuk Seri Tiong King Sing juga nafi berniat pertikai petugas barisan hadapan negara khasnya para doktor dan jururawat dalam menangani COVID-19.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72235", "title": "Kerajaan tidak cadang laksana sistem 'Punch Card' murid", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan tidak cadang laksana sistem 'Punch Card' murid\nApr 14, 2017\n\nKementerian Pendidikan tidak bercadang laksana penggunaan sistem perakam waktu untuk kehadiran murid di sekolah, di seluruh negara.Namun ujar Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pihak sekolah bebas melaksanakannya jika dapat memberi manfaat kepada murid.Beliau memaklumkan demikian ekoran beberapa sekolah dan terbaru sebuah sekolah di Terengganu perkenal alat perakam waktu untuk atasi masalah murid lambat hadir.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72851", "title": "Tan Sri Muhyiddin Tidak Ikut Jejak Tun M", "body": "\n\u2190 Back to list\nTan Sri Muhyiddin Tidak Ikut Jejak Tun M\nMar 03, 2016\n\nUjar Tan Sri Muhyiddin dalam sidang akhbar hari ini, beliau memilih untuk terus kekal dalam parti itu kerana mahu memperbetulkan parti dari dalam.Datuk Seri Mukhriz dan Datuk Seri Mohd Shafie juga menyatakan prinsip selari dengan pendirian Tan Sri Muhyiddin.Sementara itu,\u00a0Tan Sri Muhyiddin akan membawa kes penggantungannya dari jawatan nombor dua parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).Ini kerana beliau percaya penggantungannya itu tidak mengikut prosedur yang sewajarnya.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79540", "title": "Siti Aisyah dijangka pulang ke Indonesia hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSiti Aisyah dijangka pulang ke Indonesia hari ini.\nMar 11, 2019\n\nWarga Indonesia, Siti Aisyah yang dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam dijangka pulang ke Indonesia hari ini.Ini selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap wanita berkenaan.Dalam perkembangan berkaitan,\u00a0wanita Vietnam yang dikenakan tuduhan sama akan kemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara agar tuduhan itu ditarik balik.Dua buah sekolah yang terjejas akibat sisa toksik di Sungai Kim Kim ditutup semula.Dua buah sekolah yang terjejas akibat pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang ditutup semula hari ini.Bomba Johor berkata ini selepas 50 pelajar alami sesak nafas, pening kepala, loya dan muntah disyaki terbau sisa toksik.Foto: UtusanPihaknya akan lakukan pemeriksaan di kawasan berdekatan sungai itu bagi mengesan sisa-sisa toksik yang masih ada.Dalam pada itu, dua pemilik kilang dan seorang pekerja ditahan, kerana dipercayai terlibat dalam insiden pembuangan sisa toksik di sungai terbabit.Subjek Tahfiz al-Quran bakal diperkenalkan di peringkat STPM bermula September ini.Majlis Peperiksaan Malaysia akan menawarkan subjek Tahfiz Al-Quran bagi Peperiksaan STPM bermula tahun ini.Foto: UtusanSeramai 666 pelajar dapat PNGK 4 dalam keputusan STPM 2018 , meningkat 0.42 peratus berbanding tahun sebelumnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73163", "title": "Beberapa perkara dalam AUKU akan dipinda dan dimansuhkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBeberapa perkara dalam AUKU akan dipinda dan dimansuhkan.\nOct 02, 2018\n\nBeberapa perkara dalam Akta Universiti dan Kolej 1971 ( AUKU ) akan dipinda dan dimansuhkan.Itu cadangan Menteri Pendidikan agar pelajar diberi kebebasan untuk bergiat aktif dalam dunia politik.\u00a0\u00a0Tambah Dr Maszlee Malik, cadangan tersebut akan dibawa dalam sidang parlimen akan datang.Kesedaran penyakit kanser dalam kalangan masyarakat Malaysia masih berada di tahap yang rendah.Timbalan Menteri Kesihatan berkata, antara faktornya adalah masyarakat tidak tahu tentang adanya pemeriksaan awal kanser dan takut kepada rawatan.Menurut statistik KKM, hanya 17.1 peratus kes kanser di Malaysia dikesan awal pada peringkat 1 dan 35.8 peratus pada peringkat 4.Calon PT3 maut terjatuh pangsapuri.Seorang calon PT3 maut selepas terjatuh dari tingkat 11sebuah pangsapuri di Lebuh Sungai Pinang 1, P.Pinang.Polis berkata, hasil siasatan mendapati mangsa jatuh dari tingkap bilik tidurnya dan turut meninggalkan tiga surat untuk ibu dan dua rakannya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73078", "title": "Permohonan MyKad akan siap diproses dalam hanya 45 minit bermula 1 April nanti.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPermohonan MyKad akan siap diproses dalam hanya 45 minit bermula 1 April nanti.\nMar 16, 2018\n\nPermohonan MyKad akan siap diproses dalam hanya 45 minit bermula 1 April nanti.Namun perkhidmatan itu hanya terdapat di kaunter terpilih Jabatan Pendaftaran Negara.Timbalan Perdana Menteri berkata itu antara inisiatif terbaru JPN dalam memberikan khidmat kepada orang ramai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=149737", "title": "Kongsi Kandungan Lucah Adalah Satu Kesalahan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKongsi Kandungan Lucah Adalah Satu Kesalahan\nApr 10, 2023\n\n\nKongsi Kandungan Lucah Adalah Satu Kesalahan\nMuat naik dan sebarkan kandungan berunsur lucah merupakan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.\nSusulan itu Kementerian Komunikasi dan Digital menasihati semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang kandungan tidak wajar bagi elak sebarang tindakan undang-undang.\nDalam perkembangan berkaitan, SKMM akan bekerjasama dengan polis bagi mengenal pasti individu yang memuat naik video pasangan melakukan perbuatan jelik di dalam kereta yang viral baru-baru ini.\nJelasnya jika didapati bersalah, pihak terlibat boleh didenda 50,000 ringgit atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.\n\u00a0\nPasar Tani Sempena Jualan Khas Syawal Madani Bermula Sabtu Ini.\nLebih 100 pasar tani akan dibuka di seluruh negara mulai Sabtu ini sempena Jualan Khas Syawal Madani.\nMenurut FAMA, pasar tani berkenaan memfokuskan jualan barangan keperluan dengan harga berpatutan bagi menyambut Aidilfitri.\nProgram yang akan dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu itu akan berlangsung hingga 20 April ini.\n\u00a0\nCuepacs cadang pembayaran gaji penjawat awam diawalkan.\nCuepacs mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada Jumaat ini.\nla bagi membolehkan mereka membeli barangan untuk persediaan Aidilfitri yang akan disambut minggu depan.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=113576", "title": "Hujan Lebat Berterusan Diramalkan Di 3 Negeri Hingga Esok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHujan Lebat Berterusan Diramalkan Di 3 Negeri Hingga Esok.\nAug 19, 2021\n\n\nHujan lebat dijangka berterusan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak hingga esok.\nMenurut Jabatan Meteorologi, ia berpotensi menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di negeri terbabit.\nDalam pada itu, hujan lebat berterusan dan fenomena kepala air di Gunung Jerai semalam menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir.\nMenteri Besar Kedah berkata setakat ini, 3 maut manakala 3 lagi masih hilang.\nPenduduk yang terjejas akibat banjir di beberapa kawasan di Yan dan Kuala Muda telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.\nMereka dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kumpulan individu yang positif COVID-19, kumpulan yang jalani kuarantin dan penduduk biasa.\n\u00a0\nLebih 50 peratus penduduk dewasa Malaysia sudah lengkap divaksinasi!\nLebih tepat - 11 juta rakyat\u00a0 sudah menerima 2 dos vaksin Covid-19 setakat ini.\nSecara keseluruhannya, hampir 30 juta dos vaksin telah diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.\n\u00a0\nKira-kira 2,900 kluster Covid-19 dikesan sejak 28 Mac lalu.\nMenurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu, 53 peratus melibatkan tempat kerja, manakala 30 peratus lagi merupakan kluster komuniti.\nKelantan merekodkan kluster komuniti tertinggi diikuti Sarawak dan Sabah.\nKluster komuniti itu antaranya berpunca daripada aktiviti ziarah keluarga atau kawasan kediaman dan majlis sambutan perayaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94710", "title": "FOMCA Sambut Baik Cadangan Kawalan Harga Ujian Saringan COVID-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nFOMCA Sambut Baik Cadangan Kawalan Harga Ujian Saringan COVID-19.\nFeb 08, 2021\n\nFOMCA sambut baik cadangan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai kawalan harga bagi ujian saringan Covid-19 di klinik swasta.\u00a0Jelasnya, ia mengambil kira keadaan ekonomi rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 yang terjejas dengan pandemik Covid-19 ketika ini.\u00a0Terdahulu, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan akan cuba mengawal harga ujian saringan itu di klinik swasta agar ia berpatutan untuk pengguna.\u00a0Penambahbaikan dibuat terhadap SOP sambutan Tahun Baru Cina Jumaat ini.\u00a0Antaranya, upacara makan besar keluarga hanya boleh dihadiri tidak lebih 15 ahli keluarga yang tinggal dalam zon lingkungan 10 kilometer radius sahaja.\u00a0Rentas daerah atau negeri tetap tidak dibenarkan.\u00a0Syarikat kurier mohon maaf atas insiden pekerja mogok yang viral baru-baru ini.Sebuah syarikat kurier mohon maaf kepada pelanggannya susulan pekerja mogok dan membaling barang yang video kejadiannya viral di media sosial.\u00a0Jelasnya, insiden itu berlaku disebabkan kakitangan kurang jelas mengenai sistem pengagihan bonus.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72244", "title": "Kang Chol diusir dari Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\nKang Chol diusir dari Malaysia\nMar 05, 2017\n\nKerajaan Malaysia usir Duta Korea Utara, Kang Chol dan diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan negara ini.Dia dianggap sebagai Persona Non Grata, diterjemah secara kasar bermaksud 'Orang Yang Tidak Dihargai', dan seseorang yang telah diisytiharkan sedemikian dilarang masuk atau terus berada di sesebuah negara.Wisma Putra berkata, tindakan itu diambil berikutan caranya kendalikan isu kematian warga negara itu yang mati dibunuh di KLIA2 bulan lalu.Dia juga gagal hadir untuk satu pertemuan bersama para pegawai kementerian Luar semalam\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72195", "title": "Bapa tiri direman 7 hari kes budak 5 tahun maut didera", "body": "\n\u2190 Back to list\nBapa tiri direman 7 hari kes budak 5 tahun maut didera\nJun 30, 2017\n\nBapa tiri budak lelaki 5 tahun yang maut dipercayai didera di Hulu Besut, Terengganu direman tujuh hari.Ini selepas punca kematian mangsa tidak konsisten dengan keterangan suspek, yang mendakwa anak tirinya itu cedera akibat terjatuh dari motosikal.Keputusan bedah siasat menunjukkan kematian mangsa berpunca daripada hentakan kuat yang menyebabkan usus kecilnya koyak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81794", "title": "5 Mahasiswa Positif COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\n5 Mahasiswa Positif COVID-19\nMay 15, 2020\n\n5 Mahasiswa Positif COVID-195 penuntut universiti disahkan positif COVID-19.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 2 merupakan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pulang ke kampung dan ada gejala sebelum ujian calitan mendapati mereka positif wabak tersebut.Justeru penuntut yang masih berada di kampus universiti itu kini dikawal dan pengesanan kontak serta ujian calitan turut dilaksanakan ke atas mereka.3 lagi kes membabitkan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan KKM sudah melaksanakan pengesanan kontak rapat di kampus itu selain ujian calitan tekak bagi yang bergejala.Penuntut terbabit disyaki terdedah kepada pekerja yang keluar masuk ke kampus atau di kafe universiti.PKP Wajar Dikuatkuasakan Semasa AidilfitriPenasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam saran kerajaan menguatkuasakan PKP pada Aidilfitri ini bagi mencegah penularan COVID-19.Tan Sri Dr Jemilah Mahmood mengambil contoh peningkatan kes di Korea Selatan dan Jerman setelah kedua-dua negara melonggarkan peraturan perintah berkurung sebelum ini.Situasi sebegitu katanya dibimbangi akan berlaku di negara ini jika langkah pencegahan COVID-19 gagal dipraktikkan ketika sambutan Aidilfitri.\u00a0Solat Jumaat Berjemaah Hari Ini Hanya di Masjid NegaraPelaksanaan solat berjemaah untuk solat fardhu, Jumaat dan tarawih yang dibenarkan di Wilayah Persekutuan yang bermula hari ini hanya membabitkan Masjid Negara.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan, ia berikutan hanya masjid berkenaan berada dalam zon hijau Ketika ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73155", "title": "Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Dewan Rakyat Ke-14 hari ini dijangka meriah!", "body": "\n\u2190 Back to list\nMesyuarat Kedua, Penggal Pertama Dewan Rakyat Ke-14 hari ini dijangka meriah!\nOct 15, 2018\n\nMesyuarat Kedua, Penggal Pertama Dewan Rakyat Ke-14 yang bermula hari ini dijangka lebih meriah dan panas.Lebih menarik, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan buat kemunculan semula di Parlimen, susulan kemenangannya pada PRK Port Dickson, kelmarin.Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga akan menyertai blok kerajaan di Dewan Rakyat buat pertama kali dalam 20 tahun.Hukuman mati mandatori juga dijangka dibentangkan pada sesi parlimen kali ini.Selain pembentangan bajet 2019 pada November, pemansuhan hukuman mati mandatori juga dijangka dibentangkan pada sesi kali ini.Kerajaan bercadang menggantikan hukuman itu dengan penjara minimum 30 tahun.\u00a0\u00a0Remaja maut ketika lahirkan anaknya dalam bilik air.Seorang remaja dan seorang bayi baru lahir dijumpai mati dalam bilik air sebuah rumah di Kerian, Perak!Foto: KosmoRemaja perempuan berusia 18 tahun itu dipercayai baru melahirkan bayi berkenaan.Mayat kedua-duanya telah dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat dan polis kini melakukan siasatan lanjut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73285", "title": "Larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan sektor perhotelan adalah bertentangan dengan perlembagaan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLarangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan sektor perhotelan adalah bertentangan dengan perlembagaan.\nNov 15, 2017\n\nLarangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan sektor perhotelan adalah bertentangan dengan perlembagaan.Jelas Jabatan Perdana Menteri, pemakaian tudung dalam Islam adalah wajib dan perlu difahami dengan jelas oleh semua pihak.Malah katanya, ia bercanggah dengan konsep dan prinsip kebebasan agama di negara ini yang termaktub juga dalam perlembagaan.\u00a0Baru-baru ini, Persatuan Hotel Malaysia mempertahankan pengusaha hotel yang mengenakan peraturan itu atas alasan ia polisi antarabangsa, bukannya diskriminasi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72907", "title": "Cadangan Memudahkan Murid Sekolah Menengah Miliki Lesen Motosikal Disambut Baik", "body": "\n\u2190 Back to list\nCadangan Memudahkan Murid Sekolah Menengah Miliki Lesen Motosikal Disambut Baik\nMar 06, 2016\n\nKementerian Pendidikan sambut baik cadangan Kementerian Pengangkutan yang mahu mewujudkan mekanisme bagi memudahkan murid sekolah menengah memiliki lesen motosikal.\u00a0Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, motosikal adalah keperluan bagi pelajar sekolah menengah terutama yang sudah berumur 16 dan 17 tahun sebab ia pengangkutan yang fleksibel.* foto kredit Sinar Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80724", "title": "Ada penerima Program Subsidi Petrol Bersasar tarik diri.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAda penerima Program Subsidi Petrol Bersasar tarik diri.\nOct 23, 2019\n\nAda penerima Program Subsidi Petrol, PSP Bersasar tarik diri daripada program itu!Mereka berbuat demikian kerana merasakan diri mereka tidak layak untuk bantuan itu ekoran memiliki pendapatan yang besar.Ia hasil semakan individu terlibat di portal 'psp.kpdnhep.gov.my' dan kes terjadi disebabkan mereka didaftarkan oleh ahi keluarga.2.9 juta penerima BSH daripada golongan B40 yang layak terima PSP Bersasar sudah boleh semak kelayakan mereka melalui portal tersebut sejak Selasa lalu.Mahasiswa yang kesempitan hidup layak terima zakat.Jabatan Perdana Menteri prihatin isu siswa kesempitan hidup akibat kos sara hidup dan sewa rumah tinggi khasnya di kota.Justeru menterinya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengarahkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP bantu golongan itu melalui zakat.\u00a0Ujar beliau, mengikat perut dan kongsi sebuah rumah sewa sehingga 20 orang sudah tentu menjejaskan kualiti pendidikan mahasiswa terbabit.Hentikan sistem merit untuk penempatan mahasiswa di kampus.Youth Build Nation buat gesaan itu agar mahasiswa daripada golongan B40 dapat penginapan dalam kampus sekaligus atasi isu mahasiswa melarat.Baru-baru ini Berita Harian mendedahkan, ada siswa terpaksa mengikat perut, bekerja sambilan dan kongsi sebuah rumah sewa sehingga 20 orang khasnya di kota.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72022", "title": "Menteri Pendidikan sambut baik cadangan NUTP untuk perkenalkan Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMenteri Pendidikan sambut baik cadangan NUTP untuk perkenalkan Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga.\nDec 21, 2017\n\nMenteri Pendidikan sambut baik cadangan NUTP untuk perkenalkan Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga bagi melindungi guru.Tambah Datuk Seri Mahdzir Khalid, pertemuan dengan NUTP dan Persatuan Guru-Guru Malaysia akan diadakan awal tahun depan bagi membincangkan cadangan itu.NUTP gesa kod etika dilaksanakan secepat mungkin, selepas seorang guru dihadapkan ke mahkamah, atas pertuduhan mencederakan seorang murid di Nilai, Negeri Sembilan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=125135", "title": "Agihan Bantuan Wang Ihsan Dijangka Selesai Hujung Minggu Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAgihan Bantuan Wang Ihsan Dijangka Selesai Hujung Minggu Ini.\nJan 05, 2022\n\n\nAgihan Bantuan Wang Ihsan Dijangka Selesai Hujung Minggu Ini.\nAgihan Bantuan Wang Ihsan RM1,000 kepada ketua isi rumah yang terjejas dengan banjir dijangka selesai sepenuhnya hujung minggu ini.\nMenurut Perdana Menteri pengagihan wang bantuan itu kini sudah capai 70 peratus.\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pada itu mengarahkan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir disegerakan.\nIa bagi membolehkan mangsa banjir guna wang itu untuk beli keperluan mereka dengan segera.\nSebelum ini ujar beliau, agihan wang ihsan ambil masa antara 3 hingga 6 bulan.\n\u00a0\nJemaah umrah boleh pilih kuarantin di kemudahan kerajaan atau swasta.\nJemaah umrah diberi pilihan untuk menjalani kuarantin di kemudahan seliaan kerajaan atau swasta.\nJika memilih stesen kuarantin kerajaan, kos ditanggung sepenuhnya termasuk makan, minum dan pengangkutan daripada lapangan terbang.\nIa susulan rungutan jemaah umrah yang risau dengan kos tambahan dan isu keselesaan.\n\u00a0\nKertas siasatan dibuka berhubung 6 kolam takungan banjir di KL.\nSPRM buka kertas siasatan berhubung dakwaan 6 kolam takungan banjir di KL yang diluluskan, ditukar status untuk projek pembangunan.\nSiasatan melibatkan pelbagai aspek termasuklah unsur rasuah dan salah guna kuasa.\nBaru-baru ini, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh gesa SPRM agar ambil tindakan segera berhubung dakwaan terbabit.\nMenurut beliau juga, Laporan Ketua Audit Negara 2019 mendedahkan sepanjang tempoh 2015 hingga 2020, DBKL meluluskan 943 kebenaran perancangan walaupun tidak selaras dengan Pelan Bandar Raya KL 2020.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81729", "title": "50,000 kit ujian pantas antigen diagihkan", "body": "\n\u2190 Back to list\n50,000 kit ujian pantas antigen diagihkan\nMay 05, 2020\n\n50,000 kit ujian pantas antigen diagihkanFoto - Malay MailKementerian Kesihatan maklumkan, sejumlah 50,000 kit ujian pantas antigen atau 'rapid test kit' sudah diagihkan bagi menjalankan ujian untuk mengesan COVID-19 di negara ini.Daripada jumlah itu, 10,000 diagihkan ke Sabah dan Sarawak, 15,000 ke Johor dan bakinya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan (klia2).Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sudah menerima sampel daripada kit ujian terbabit dan hasilnya akan diperoleh dalam esok atau hari berikutnya.-----Tiada had masa keluar di bawah PKPBFoto - BernamaTiada lagi had masa pergerakan kenderaan persendirian sehingga jam 10 malam dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula semalam.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi peraturan baru PKPB, tidak ada had masa ditetapkan untuk pergerakan rakyat.Malah katanya, dari segi pergerakan pula, orang ramai kini bebas untuk bergerak antara daerah ke daerah dan sebagainya kecuali pergerakan merentas negeri.-----Kerajaan tambah dana ERPFoto - TV SarawakKerajaan setuju menambah peruntukan untuk Program Pengekalan Pekerja (ERP) yang dikendalikan PERKESOsebanyak RM120 juta lagi, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM240 juta.Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata program itu bertujuan memberi sokongan sebanyak RM600 sebulan selama enam bulan kepada pekerja yang bercuti tanpa gaji.Sejak diperkenalkan pada 16 Mac sehingga hujung bulan lalu, Program Pengekalan Pekerja sudah menerima dan meluluskan bayaran kepada lebih 52,000 pekerja.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72510", "title": "Lebih 10 ribu mendaftar Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan ", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 10 ribu mendaftar Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan \nJul 22, 2017\n\nLebih 10 ribu pelajar IPT telah mendaftar perniagaan mereka secara percuma di bawah Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan sejak Januari sehingga kini.Menurut SSM, pendaftaran percuma di bawah program itu akan diteruskan sehingga geran diperuntukkan habis.Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 4 Disember tahun lepas dengan geran yang diperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk tempoh 10 tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71211", "title": "Dua Maut\u00a0Tanah Runtuh di Villa", "body": "\n\u2190 Back to list\nDua Maut\u00a0Tanah Runtuh di Villa\nNov 10, 2020\n\nDua Maut\u00a0Tanah Runtuh di Villa2 mangsa maut dalam kejadian tanah runtuh di villa sebuah resort di Tambun, Ipoh.Kedua-dua mayat mangsa, berusia 30-an ditemui pasukan bomba kira-kira jam 10.00 pagi tadi.Ada Harapan PKPB Dipendekkan Jika\u2026Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh dipendekkan kepada 2 minggu jika lengkung jangkitan COVID-19 berjaya diratakan lebih awal.Justeru menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), langkah hadkan pergerakan adalah tindakan terbaik untuk bendung penularan virus tersebut.Semalam 1,345 pesakit pulih, lebih tinggi daripada kes baru iaitu 972.Manakala 8 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah korban meningkat kepada 294.6 kluster baru dicatatkan melibatkan Sabah, Selangor, Melaka, Johor dan Putrajaya.KPM Sedia Manual PDP di RumahKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) yang boleh dicapai menerusi portal kementerian.Ia bagi memudahkan murid juga ibu bapa yang terlibat proses pembelajaran di rumah ketika ini.Bermula semalam, semua sekolah ditutup ditutup bagi mengawal penularan pandemik COVID-19.Perak Benar Solat Jemaah & Jumaat BersyaratSemua masjid dan surau di Perak dibenarkan mengadakan solat Jumaat dan jemaah sepanjang PKPB ini dengan beberapa syarat.Bagi kawasan yang dikategorikan zon hijau, solat Jumaat dan jemaah boleh dilaksanakan dengan had 40 ahli dalam kalangan pegawai masjid, jawatankuasa dan ahli kariah, manakala zon kuning ditetapkan hanya 23 jemaah sahaja.Bagi masjid dan surau yang berada dalam zon merah, solat Jumaat digantikan dengan solat Zohor di kediaman masing-masing.Untuk zon merah juga, setiap solat fardu pula hanya boleh dilaksanakan 6 orang terdiri dalam kalangan pegawai masjid dan ahli jawatankuasa kariah.*foto: JBPM Perak\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72435", "title": "JPJ Diminta Kaji Had Penumpang Kenderaan Persendirian", "body": "\n\u2190 Back to list\nJPJ Diminta Kaji Had Penumpang Kenderaan Persendirian\nJun 13, 2017\n\nKementerian Pengangkutan memaklumkan, had bilangan penumpang untuk kenderaan persendirian belum dikuatkuasakan.Justeru, kementerian minta JPJ kaji perkara itu bagi memastikan bilangan mangsa kemalangan maut dapat dikawal.Ia susulan tragedi kemalangan maut di Jempol, Negeri Sembilan kelmarin yang meragut 8 nyawa dan mengakibatkan seorang remaja dan seorang kanak-kanak yatim piatu.Kementerian juga memaklumkan, kempen keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri akan dilancarkan Khamis ini dalam usaha memberi kesedaran kepada pemandu.Sistem AWAS juga akan dikuatkuasakan sepenuhnya sepanjang kempen keselamatan berkenaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73484", "title": "CAP mahu penalti lebih berat ke atas pesalah undang-undang jalan raya", "body": "\n\u2190 Back to list\nCAP mahu penalti lebih berat ke atas pesalah undang-undang jalan raya\nJun 09, 2018\n\nPersatuan Pengguna Pulau Pinang gesa kerajaan kenakan penalti lebih berat kepada mereka yang melanggar undang-undang jalan raya yang berpotensi sebabkan kematian.Antara cadangan yang dikemukakan CAP adalah kerja-kerja komuniti depan khalayak ramai seperti menyapu jalan dan membersihkan tandas awam.Katanya, senario kematian di jalan raya di Malaysia semakin bertambah serius lebih-lebih lagi pada musim perayaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80278", "title": "Empat LRA Sungai Selangor kembali beroperasi", "body": "\n\u2190 Back to list\nEmpat LRA Sungai Selangor kembali beroperasi\nJul 20, 2019\n\nEmpat LRA Sungai Selangor kembali beroperasiFoto - Selangor KiniPencemaran bau yang memaksa 4 loji rawatan air Sungai Selangor dihentikan operasinya semalam dikesan berpunca dari Sungai Liam di Batang Kali.Namun Air Selangor maklumkan, kesemua loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang sudah kembali beroperasi sepenuhnya.Sehingga pagi tadi proses pemulihan keseluruhan kawasan masih di tahap 19 peratus dan pihak Air Selangor tidak dapat berikan jangkaan pemulihan ketika ini.-----Tanjung Malim dicadang jadi bandar pintar TVETFoto - Malay MailKementerian Sumber Manusia berhasrat wujudkan bandar pintar yang lengkap dengan kemudahan pendidikan teknikal dan latihan vokasional di Tanjung Malim, PerakTimbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, lokasi tanah milik kerajaan seluas kira-kira 24 hektar itu dikenal pasti sesuai untuk dimajukan sebagai bandar pintar TVET.Namun katanya, cadangan itu hanya akan dilaksanakan selepas kejayaan program kerjasama anjuran Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia yang menyediakan laluan pengajian tinggi kepada lepasan institut latihan kemahiran.-----Perhilitan tangkap Harimau Belang Bukit Besi, satu lagi masih diburuFoto - PerhilitanPerhilitan sahkan, Harimau Belang yang berkeliaran di Bukit Besi dekat Dungun berjaya ditangkap pihaknya, semalam.Katanya, spesis Harimau Malaya itu dijangka dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan secepat mungkin.Operasi mencari dan menjejak seekor lagi harimau yang didakwa masih berada di kawasan hutan berdekatan masih diteruskan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72047", "title": "Lelaki rugi 26 ribu ringgit di Raub, Pahang selepas ditipu sindiket Macau Scam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki rugi 26 ribu ringgit di Raub, Pahang selepas ditipu sindiket Macau Scam.\nFeb 26, 2018\n\nSeorang lelaki kerugian lebih 26 ringgit di Raub Pahang selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar pegawai kastam dan polis.Mangsa panik selepas anggota sindiket menghubunginya mendakwa dia terbabit kes dadah serta penggubahan wang haram.Dia diminta membuka akaun di sebuah bank bagi membolehkan wang miliknya diaudit, sebelum wang tersebut dipulangkan semula.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=111845", "title": "KKM Saran Mesyuarat Di Parlimen Ditangguhkan 2 Minggu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM Saran Mesyuarat Di Parlimen Ditangguhkan 2 Minggu.\nAug 02, 2021\n\n\nKementerian Kesihatan menyarankan agar semua sesi mesyuarat di Parlimen ditangguhkan untuk tempoh 2 minggu.\nJelas KKM, ia mengambil kira penilaian risiko semasa penularan Covid-19 susulan pengesanan beberapa kes positif di Parlimen.\nMesyuarat Khas Dewan Rakyat dan Dewan Negara terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan bagi cegah penularan wabak itu.\nKeputusan penangguhan Mesyuarat Khas Parlimen yang sepatutnya bersambung hari ini dibuat berdasarkan sains dan fakta kesihatan.\nJelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia tiada kaitan dengan politik.\n\u00a0\nKerajaan sasar 50 peratus dewasa di Malaysia lengkap divaksin hujung bulan ini.\n50 peratus penduduk berumur 18 tahun ke atas dijangka akan melengkapkan dua dos vaksin menjelang hujung bulan ini.\nMenteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan optimis, sasaran itu mampu dicapai susulan kadar vaksinasi yang tinggi.\nSetakat ini, 29 peratus penduduk dewasa di negara ini sudah lengkap 2 dos vaksin.\n\u00a0\nSemua guru dijangka terima dos pertama vaksin sebelum sekolah dibuka bulan depan.\nSemua guru di seluruh negara dijangka terima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin Covid-19 sebelum sesi persekolahan dibuka, bulan depan.\nMenteri Kesihatan berkata selain guru, anggota perkhidmatan sokongan termasuk pengendali kantin, pemandu bas dan pengawal keselamatan juga akan mendapat suntikan vaksin.\nSetakat ini, lebih 326,000 guru sudah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70886", "title": "Basikal Ada Lesen dan Nombor Plat? Kerajaan Tiada Hasrat", "body": "\n\u2190 Back to list\nBasikal Ada Lesen dan Nombor Plat? Kerajaan Tiada Hasrat\nSep 17, 2020\n\nBasikal Ada Lesen dan Nombor Plat? Kerajaan Tiada HasratKementerian Pengangkutan tiada rancangan melaksanakan pendaftaran dan pelesenan serta meletakkan nombor plat untuk setiap basikal di negara ini.Jelas pihaknya, pemakluman mengenai rancangan itu oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) baru-baru ini tidak pernah dibincangkan di peringkat kementerian.Menurut laporan MIROS berpendapat setiap basikal di negara ini perlu didaftar, dilesen dan mempunyai nombor plat sama seperti kenderaan bermotor.Ia katanya bertujuan menjaga keselamatan penunggang basikal daripada terdedah kepada nahas jalan raya dan aktiviti berbasikal yang kini menjadi trend.Sudah Lebih 10,000Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini sudah melebihi 10,000.Ia susulan pertambahan 62 lagi kes baru majoritinya di Sabah, namun ketika ini kes aktif adalah 668.Sementara itu Pejabat Kesihatan Tawau, Sabah sedang kenal pasti semua kontak rapat dengan mangsa satu kemalangan maut Sabtu lalu.Ini selepas mangsa yang juga seorang wanita warga emas disahkan positif COVID-19.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72854", "title": "4 Mayat Dijumpai Dalam Kereta Rentung", "body": "\n\u2190 Back to list\n4 Mayat Dijumpai Dalam Kereta Rentung\nMar 04, 2016\n\nMenurut polis Ipoh, mayat ditemui ketika kerja mengalih treler yang terbabas dan terbakar dilakukan pagi tadi.Sebelum ini, sebuah keluarga dalam perjalanan dari Kedah ke Terengganu dilaporkan hilang selepas didapati tidak tiba ke destinasi yang dituju.Polis sedang menyiasat sama ada laporan itu ada kaitan dengan kes penemuan mayat 4 individu berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72246", "title": "7 lelaki disyaki pengganas ditahan", "body": "\n\u2190 Back to list\n7 lelaki disyaki pengganas ditahan\nMar 06, 2017\n\n7 lelaki disyaki pengganas ditahan polis di KL dan Selangor, baru-baru ini.Antara yang ditahan sekumpulan warga Yaman, yang dipercayai rancang melakukan sabotaj terhadap lawatan Raja Arab Saudi ke Malaysia, baru-baru ini.2 individu termasuk seorang warga tempatan turut ditahan, disyaki terima arahan untuk melancarkan serangan menggunakan bom kenderaan berskala besar di Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73239", "title": "Pembangunan Nilai dan Sahsiah akan dilaksanakan secara menyeluruh mulai tahun depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPembangunan Nilai dan Sahsiah akan dilaksanakan secara menyeluruh mulai tahun depan.\nDec 12, 2017\n\nKementerian akan melaksanakan Pembangunan Nilai dan Sahsiah secara menyeluruh mulai tahun depan.Langkah itu diambil susulan peningkatan kes buli dalam kalangan pelajar dan juga bertujuan meningkatkan sahsiah murid.\u00a0Jelas kementerian lagi, pihaknya tidak mahu hanya pendidikan akademik menjadi tumpuan, tetapi juga mahu murid menjadi insan yang cemerlang secara menyeluruh.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81198", "title": "22 kes jangkitan COVID-19!", "body": "\n\u2190 Back to list\n22 kes jangkitan COVID-19!\nFeb 16, 2020\n\nFoto : Kementerian Kesihatan MalaysiaMalaysia catat 3 lagi kes baru COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini kepada 22!Kementerian Kesihatan maklumkan ketiiga-tiga kes tersebut membabitkan 2 warga China dan seorang wanita warga Amerika yang berusia 83 tahun.Wanita tersebut merupakan antara penumpang kapal persiaran yang telah berlabuh di Kemboja pada 13 Februari lepas.Di Singapura, 5 lagi kes jangkitan COVID-19 dikesan menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 72.Kementerian Kesihatan Republik itu berkata 3 daripada kes tersebut melibatkan rakyat Singapura manakala 2 lagi melibatkan warga Bangladesh dan China yang tidak miliki sejarah perjalanan ke China baru-baru ini.Sementara itu, Thailand turut catat satu lagi kes jangkitan wabak tersebut melibatkan seorang kakitangan perubatannya selepas mempunyai kontak dengan salah seorang pesakit.Dalam perkembangan berkaitan, jumlah pesakit maut akibat wabak tersebut catat peningkatan di China kepada lebih 1,600 dan lebih 66 ribu kes telah dicatatkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80251", "title": "Kira-kira 2,000 dobi layan diri mungkin terdedah dengan risiko letupan!", "body": "\n\u2190 Back to list\nKira-kira 2,000 dobi layan diri mungkin terdedah dengan risiko letupan!\nJul 15, 2019\n\nPercaya atau tidak, kira-kira 2,000 dobi layan diri di Semenanjung Malaysia dan Sabah mungkin terdedah dengan risiko letupan!Suruhanjaya Tenaga berkata ia ekoran premis terbabit tidak mempunyai kelulusan dan lesen pengoperasian gas daripada pihaknya.Tegasnya, para pengusaha\u00a0dobi perlu ambil iktibar daripada insiden\u00a0letupan gas di premis dobi layan diri tahun lepas agar keselamatan pengguna terjamin.Mangsa pencemaran di Pasir Gudang buat laporan polis.Lebih 100 mangsa pencemaran Pasir Gudang, Johor pada Mac dan Jun lalu buat laporan polis minta agar siasatan menyeluruh dijalankan.Ia bagi menyiasat sama ada\u00a0berlaku unsur rasuah atau ugutan kepada pihak penguatkuasaan hingga\u00a0insiden itu berlaku.Polis buru suspek serangan seksual di sebuah kedai serbaneka di Rawang.Polis giat buru seorang lelaki yang melakukan serangan seksual terhadap budak perempuan 9 tahun di sebuah kedai serbaneka di Rawang, Selangor.Video rakaman CCTV perbuatan terkutuk suspek itu kini viral di media sosial.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79631", "title": "Sistem eDKK akan mula berfungsi Isnin depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSistem eDKK akan mula berfungsi Isnin depan.\nMar 27, 2019\n\nKerajaan lancar Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak Dalam Daftar Kanak-kanak, eDKK.eDKK yang mula berfungsi 1 April ini membolehkan semakan terhadap rekod jenayah seksual terhadap golongan itu.Foto: KosmoSistem yang ditawarkan secara percuma itu boleh digunakan oleh individu atau agensi yang mengambil kakitangan dalam sektor pekerjaan libatkan kanak-kanak.Nurul Izzah pertahan kritikannya terhadap Tun M.Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini yang mengkritik PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.Foto: The Malaysian InsightTegas Izzah juga, dia berhak beri kritikan membina dan beri pendapat berhubung perkembangan Pakatan Harapan\u00a0dalam mengotakan janji pilihan raya, yang dianggapnya perlahan.Mayat seorang remaja perempuan ditemui tersangkut pada kail seorang pemancing di Kodiang, Kedah.Mangsa sebelum itu dilapor bertemu dan bertengkar dengan kekasihnya sebelum sama-sama terjatuh ke dalam sungai.Namun kekasih mangsa tidak buat laporan polis mahupun minta bantuan, dan dia telah ditahan polis untuk siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=114719", "title": "Bantuan Khas COVID-19 Fasa Satu Mula Dibayar Hari Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBantuan Khas COVID-19 Fasa Satu Mula Dibayar Hari Ini.\nSep 06, 2021\n\n\nProses bayaran Bantuan Khas COVID-19, BKC Fasa 1 kepada 10 juta penerima bermula hari ini.\nIa akan memfokuskan kumpulan sasar kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.\nPerdana Menteri berharap bantuan itu mampu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ketika ini.\n\u00a0\nRemaja di Sarawak dijangka terima vaksin Covid-19 mulai Rabu ini.\nRemaja berusia 18 tahun ke bawah di Sarawak dijangka bakal terima vaksin Covid-19 bermula Rabu ini.\nMenurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, pihaknya sedang melaksanakan persiapan akhir bagi proses vaksinasi berkenaan.\nTerdahulu, Menteri Kesihatan dilapor berkata proses vaksinasi remaja berusia 18 tahun ke bawah akan dimulakan di Sarawak.\nIa susulan kelancaran pemberian vaksin di negeri itu yang sudah capai lebih 80 peratus populasi dewasanya divaksin.\n\u00a0\nDasar pengambilan pelajar ke MRSM tanpa mengira aliran sekolah dikekalkan.\nKerajaan akan kekalkan dasar asal pengambilan pelajar ke MRSM iaitu tanpa mengira aliran sekolah.\nMenteri Pembangunan Luar Bandar berkata ia selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.\nMRSM juga katanya akan kekalkan kuota 60 peratus pelajar cemerlang dalam kalangan keluarga B40 bagi mengikuti pengajian di maktab berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72209", "title": "Remaja ditahan pandu lawan arah di Pulau Pinang", "body": "\n\u2190 Back to list\nRemaja ditahan pandu lawan arah di Pulau Pinang\nMar 15, 2017\n\nPolis Pulau Pinang tahan seorang remaja perempuan susulan nahas membabitkan 6 kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan di Seberang Perai.Ketika kejadian, gadis berusia 19 tahun itu dilapor memandu melawan arus dalam keadaan mabuk dan dibawah pengaruh dadah.Kemalangan itu mengakibatkan seorang lelaki maut, manakala 4 yang lain cedera.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73477", "title": "PLUS menjangkakan, aliran trafik di lebuh rayanya hari ini dan esok meningkat ketara", "body": "\n\u2190 Back to list\nPLUS menjangkakan, aliran trafik di lebuh rayanya hari ini dan esok meningkat ketara\nJun 23, 2018\n\nPLUS menjangkakan, aliran trafik di lebuh rayanya hari ini dan esok meningkat ketara ekoran cuti hujung minggu dan penghasbisan cuti sekolah.Justeru pihaknya menasihati pengguna yang ingin pulang ke bandar agar patuhi jadual perjalanan yang telah dikeluarkan oleh PLUS.PLUS turut mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kepada pengguna lebuh raya khususnya kenderaan berat untuk tidak memasuki lebuh raya pada hari ini dan esok.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71696", "title": "BERITA RINGKAS HIBURAN (27.1.2016)", "body": "\n\u2190 Back to list\nBERITA RINGKAS HIBURAN (27.1.2016)\nJan 27, 2016\n\n---Atilia beritahu Mangga Online, dia sasar naikkan berat badannya daripada 43 ke 48 kilogram untuk capai berat badan ideal.---'murai.com.my' melaporkan Fynn Jamal nafi tiru satu produk daripada pihak lain untuk hasilkan sambal keluarannya.---Dayang Nurfaizah beritahu Kosmo, dia gemar menyertai pertandingan nyanyian sebab boleh mencabar kebolehan dirinya.---Farahdhiya akui kepada Media Hiburan, dirinya yang sukar jatuh cinta menyebabkan dia belum bertemu jodoh.---Penganjur Konsert 5 Divo, Dafi beritahu Sinar Harian, 30 peratus tiket konsert itu telah berjaya dijual.---Treler filem 'Angry Birds' telah dikeluarkan, dan filemnya dijangka ditayangkan di pawagam pada 20 Mei.---Video baru pengenalan kepada sekuel filem animasi Finding Nemo, Finding Dory telah dikeluarkan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72157", "title": "Banjir melanda 4 negeri", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir melanda 4 negeri\nDec 01, 2017\n\nLebih 14 ribu penduduk Kelantan masih berada di 66 pusat pemindahan banjir ketika ini.Sementara itu di Terengganu, hanya dua pusat dibuka untuk menempatkan 50 mangsa.Jumlah mangsa banjir di Perak pula meningkat kepada lebih 900 mangsa setakat jam 10 malam tadi.Keadaan banjir di Perlis juga tidak banyak berubah dengan kira-kira 90 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72037", "title": "Pelajar tingkatan 2 sebuah sekolah di Nibong Tebal yang cuba bunuh diri minggu lalu, telah meninggal dunia pagi tadi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelajar tingkatan 2 sebuah sekolah di Nibong Tebal yang cuba bunuh diri minggu lalu, telah meninggal dunia pagi tadi.\nFeb 01, 2018\n\nPelajar tingkatan 2 sebuah sekolah di Nibong Tebal yang cuba bunuh diri minggu lalu, telah meninggal dunia pagi tadi.Mangsa dikatakan cuba bunuh diri kerana tertekan apabila seorang guru menuduhnya mencuri telefon bimbit guru berkenaan.Guru tersebut telah ditukar ke sekolah lain dan polis kini sedang jalankan siasatan berhubung kes itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=151021", "title": "Bekalan Air Di Seluruh Negara Masih Terkawal.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBekalan Air Di Seluruh Negara Masih Terkawal.\nMay 11, 2023\n\n\nBekalan Air Di Seluruh Negara Masih Terkawal.\nBekalan air di seluruh negara masih terkawal setakat ini.\nMenurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ia susulan paras empangan dan sungai melebihi 90 peratus di kebanyakan negeri.\nNamun, beberapa kawasan pada hujung rangkaian sistem bekalan air katanya terkesan akibat cuaca panas berpanjangan iaitu di Kelantan dan negeri utara.\nBekalan air kepada pengguna di kawasan berkenaan bagaimanapun tidak terjejas dan masih disalurkan seperti biasa.\n\u00a0\nPerkhidmatan operasi tren laluan Ampang/Sri Petaling diaktifkan semula.\nPerkhidmatan operasi tren di Stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur akan dibuka semula kepada pengguna mulai pagi esok.\nMenurut RapidRail, ia susulan kerja pembaikan sementara struktur jejambat dan landasan yang rosak berhampiran stesen LRT Bandaraya telah selesai.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72437", "title": "PLUS akan tutup kesemua 134 lorong tambah nilai", "body": "\n\u2190 Back to list\nPLUS akan tutup kesemua 134 lorong tambah nilai\nJun 13, 2017\n\nPLUS akan menutup kesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh rayanya mulai 22 Jun hingga 2 Julai ini sempena Aidilfitri.Menurut PLUS, tindakan itu diambil bagi mengurangkan kesesakan yang berpunca daripada pengguna lebuh raya yang beratur di lorong tambah nilai.Pihaknya menjangkakan, aliran trafik sempena cuti Hari Raya Aidilfitri akan meningkat kepada 21 peratus berbanding hari biasa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70604", "title": "Sarawak mula laksana larangan pergerakan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSarawak mula laksana larangan pergerakan\nAug 01, 2020\n\nSarawak mula laksana larangan pergerakanFoto - BernamaPolis Sarawak telah mula melaksanakan larangan pergerakan antara Zon 1 dan Zon 2 bermula 1 hingga 14 Ogos ini, berkuatkuasa tengah malam tadi.Penguatkuasaan itu adalah mengikut ketetapan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berikutan peningkatan penularan wabak COVID-19 di beberapa daerah di negeri itu terutamanya di Kuching.Namun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, pengecualian diberikan kepada mereka yang menjalankan tugasan rasmi dan pekerja perkhidmatan penting.-----Penjarakan sosial kini penjarakan fizikalFoto - ReutersIstilah penjarakan sosial yang diguna pakai dalam SOP bagi mencegah penularan wabak COVID-19 ditukar kepada penjarakan fizikal.Menurut Kementerian Kesihatan, ia merujuk kepada orang ramai perlu amalkan jarak sekurang-kurangnya satu meter yang perlu dipatuhi dalam kebiasaan baru.Orang ramai dalam pada itu diingatkan, pemakaian pelitup separuh muka di tempat awam dan sesak adalah diwajibkan, mulai hari ini.-----Terengganu benarkan semua aktiviti di masjid, surauFoto - WikipediaTerengganu benarkan semua aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dan surau di negeri itu, berkuat kuasa hari ini.Namun Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terenggan berkata, kebenaran itu masih tertakluk kepada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.Malah katanya, arahan memakai pelitup muka berkuat kuasa hari ini juga perlu dipatuhi terutama apabila berada di kawasan ramai orang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78914", "title": "Pekerja OKU Dalam Sektor Awam Masih Rendah", "body": "\n\u2190 Back to list\nPekerja OKU Dalam Sektor Awam Masih Rendah\nNov 21, 2018\n\nJumlah OKU yang bekerja dalam sektor awam masih belum capai sasaran.Menurut Kementerian Sumber Manusia, terdapat kira-kira 0.3%\u00a0OKU daripada jumlah keseluruhan 1.6 juta penjawat awam.Jumlah itu kecil kerana terdapat masalah di pihak agensi dan jabatan untuk cari padanan dan kesesuaian untuk menempatkan pegawai\u00a0OKU.Rata-rata OKU bekerja dibahagian jawatan\u00a0perkeranian, kewangan atau IT berbanding bahagian penguatkuasaan ekoran pergerakan yang terbatas.\u00a0Pakistan Minat Belajar Cara Pentadbiran MalaysiaPakistan ingin belajar daripada Malaysia untuk pelbagai perkara termasuk dalam membangunkan sektor ekonomi negaranya.Menurut Perdana Menterinya, Imran Khan antara perkara yang ingin dipelajari adalah berhubung urus tadbir hutang negara, pencegahan rasuah serta pelancongan.Perdana Menteri Pakistan itu berada di Malaysia sempena lawatan rasmi dua hari ke negara ini.57,000 Pemaustatin Tetap Jadi Rakyat Malaysia\u00a0Lebih 57 ribu pemaustatin tetap telah menerima kerakyatan Malaysia sejak 2008 hingga September lalu.Setiap permohonan diluluskan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan termasuk memenuhi tempoh pemaustatin pemegang kad MyPR.Menurut Kementerian Dalam Negeri, pemohon yang berjaya perlu mengangkat sumpah di JPN, sebelum diberikan sijil kewarganegaraan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79411", "title": "900 Ribu Mohon Bantuan Sara Hidup ", "body": "\n\u2190 Back to list\n900 Ribu Mohon Bantuan Sara Hidup \nFeb 20, 2019\n\nKementerian Kewangan menerima lebih 900 ribu permohonan Bantuan Sara Hidup 2019 sejak ia dibuka sejak 1 Februari lalu.Kira-kira 200 ribu permohonan adalah kategori permohonan baru dan bakinya adalah permohonan kemas kini.Semalam kerajaan umumkan, individu bujang bakal menerima BSH RM100\u00a0dan dikreditkan ke akaun masing-masing hujung Mac ini.Sirul Tak Dapat\u00a0Suaka Politik Australia\u00a0Mahkamah Sydney menolak rayuan Sirul Azhar Umar untuk mendapatkan suaka politik.Namun, Australia dijangka hanya akan menghantar Sirul pulang selepas Malaysia menghapuskan hukuman mati.Sirul dijatuhi hukuman mati pada 2015, selepas didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.Diskaun 20 Peratus Pengguna KTM Bagi Warga MalaysiaKementerian Pengangkutan umumkan penumpang KTM warga Malaysia akan menikmati diskaun tambang sebanyak 20 peratus mulai 1 April ini.\u00a0Ia bakal memberi manfaat kepada 94,000\u00a0penumpang setiap hari yang mengunakan perkhidmatan tersebut.Perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat kabinet selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara, minggu lalu. \u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72252", "title": "PDRM nafi pusat beli-belah, tempat awam sasaran pengganas.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM nafi pusat beli-belah, tempat awam sasaran pengganas.\nMar 09, 2017\n\nPDRM NAFI penyebaran maklumat di laman sosial kononnya pusat-pusat membeli-belah dan tempat awam kini jadi sasaran kumpulan pengganas.Bukit Aman sahkan bahawa maklumat berkenaan adalah palsu dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.Ia mengulas viral di aplikasi WhatSApp yang juga mendakwa kerajaan keluarkan amaran berjaga-jaga berhubung perkara itu.Pihaknya turut tegaskan akan terus berusaha kekalkan keselamatan awam dan memelihara kedaulatan negara daripada sebarang bentuk ancaman.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71928", "title": "Siasatan kes bunuh anggota polis di Changlun, terarah kepada mencari kaitan antara 3 suspek dengan unsur kongsi gelap.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSiasatan kes bunuh anggota polis di Changlun, terarah kepada mencari kaitan antara 3 suspek dengan unsur kongsi gelap.\nAug 21, 2017\n\nSiasatan kes bunuh anggota polis Bukit Aman di Changlun, hujung minggu lalu kini terarah kepada mencari kaitan antara 3 suspek dengan unsur kongsi gelap.Ketua Polis Negara berkata, pihaknya juga mempunyai alasan kukuh untuk senaraikan 2 daripada 3 individu yang direman itu dalam senarai dikehendaki.Malah tambah Tan Sri Khalid Abu Bakar, salah seorang daripada suspek yang direman itu pernah menjalani tahanan buang daerah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72693", "title": "Penjenayah Bertopeng Letupkan Mesin ATM", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenjenayah Bertopeng Letupkan Mesin ATM\nSep 05, 2016\n\n2 penjenayah bertopeng meletupkan mesin ATM di sebuah bank di Dungun pagi tadi.Menurut polis Terengganu, penjenayah melarikan wang kira-kira RM260,000 daripada mesin berkenaan.Ia berlaku sehari selepas 2 mesin ATM dan peti simpanan pasar raya di Kuala Terengganu dipecahkan, melibatkan kehilangan wang lebih RM1.1 juta.foto : AWANI\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72605", "title": "Mohon Semakan Semula Jika Tak Puas Hati Keputusan UPSR", "body": "\n\u2190 Back to list\nMohon Semakan Semula Jika Tak Puas Hati Keputusan UPSR\nNov 18, 2016\n\nIbu bapa dan murid yang tidak puas hati dengan keputusan USPR 2016 boleh memohon semakan semula kertas peperiksaan.Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, pihaknya sudah terima 20 permohonan dengan bayaran RM50 untuk setiap subjek.Ibu bapa dan murid diberi tempoh 30 hari untuk kemuka permohonan, dan borangnya boleh didapati di sekolah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=106323", "title": "Penggunaan Katil Di ICU Capai Kapasiti 83 Peratus.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenggunaan Katil Di ICU Capai Kapasiti 83 Peratus.\nMay 21, 2021\n\n\nPenggunaan katil di ICU seluruh negara sudah mencapai kapasiti 83 peratus.\nKetua Pengarah Kesihatan berkata sebanyak 32 hospital kerajaan merekodkan penggunaan katil yang tinggi melebihi 70 peratus.\nSituasi itu katanya membuatkan sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar.\nJusteru, Tan Sri Dr Noor Hisham menyeru masyarakat agar lakukan kawalan pergerakan kendiri dengan kekal berada di rumah.\nJika terdapat urusan penting di luar, pastikan SOP sentiasa dipatuhi dengan penuh disiplin.\nDalam pada itu, Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan cadangan pelaksanaan PKP penuh di seluruh negara.\u00a0\u00a0\nIa susulan kes harian Covid-19 di negara ini melepasi angka 6 ribu sejak Rabu lalu.\n\u00a0\nDakwaan kes pemberian vaksin AstraZeneca kurang daripada dos sepatutnya disiasat.\nSiasatan terperinci sedang dilakukan berhubung dakwaan kes pemberian vaksin AstraZeneca kurang daripada dos sepatutnya kepada 2 orang penerima, baru-baru ini.\nBadan Bertindak Imunsasi COVID-19 berkata pihaknya sentiasa mementingkan mutu perkhidmatan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada mereka yang tidak memenuhi mutu yang ditetapkan.\n\u00a0\nHamas dan Israel setuju gencatan senjata.\nPejuang Hamas dan Zionis Israel setuju mengadakan gencatan senjata dalam usaha mengakhiri pertempuran selama 11 hari sejak akhir Ramadan lalu.\nPerkara itu disahkan jurucakap Hamas dan Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.\nSerangan Israel itu telah mengakibatkan lebih 230 penduduk Palestin maut dan lebih 1,900 cedera.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72677", "title": "Fenomena Air Pasang Besar Dijangka Berlaku Di Selangor", "body": "\n\u2190 Back to list\nFenomena Air Pasang Besar Dijangka Berlaku Di Selangor\nOct 07, 2016\n\nFenomena air pasang besar dijangka berlaku di pesisir pantai Selangor mulai 16 hingga 19 Oktober ini.Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Selangor, ketingggian air laut boleh mencecah 5.7 meter semasa fenomena tersebut.Daerah yang yang dijangka terlibat adalah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.Justeru, penduduk di kawasan berkenaan dinasihat berpindah ke pusat pemindahan mulai 15 Oktober.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71568", "title": "Perkembangan Banjir Lumpur di Lebuh Raya KL-Karak", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerkembangan Banjir Lumpur di Lebuh Raya KL-Karak\nNov 15, 2015\n\nLebuh Raya KL-Karak yang ditutup akibat banjir lumpur kini boleh dilalui, namun pembukaan lorong adalah berperingkat.Menurut Menteri Kerja Raya, pembukaan sepenuhnya lorong kedua-dua hala dijangkakan pada 2 petang ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72790", "title": "Orang Ramai Digalak Ambil Semula Vaksin Difteria", "body": "\n\u2190 Back to list\nOrang Ramai Digalak Ambil Semula Vaksin Difteria\nJul 18, 2016\n\nMenurutnya, wujud keperluan pengambilan semula suntikan vaksin dalam kalangan dewasa, terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan.Jelasnya, suntikan vaksin yang diambil semasa bayi biasanya mampu bertahan 6 tahun dan antibodi tersebut akan menurun.Ia susulan kes pertama difteria membabitkan orang dewasa di Negeri Sembilan yang kini menerima rawatan di hospital.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72360", "title": "Pengumuman keputusan SPM 2016 ditunda", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengumuman keputusan SPM 2016 ditunda\nFeb 15, 2017\n\nKementerian Pendidikan mengumumkan, keputusan SPM 2016 akan dikeluarkan pada 16 Mac ini berbanding jadual asal pada 2 Mac.Jelas kementerian, ia disebabkan kerosakan mesin memproses kertas jawapan namun memberi jaminan, keputusan yang dikeluarkan adalah tepat lagi sahih.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71656", "title": "Banjir di Terengganu", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir di Terengganu\nDec 28, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72208", "title": "Sindiket menyamar polis dan pegawai bank dikesan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSindiket menyamar polis dan pegawai bank dikesan\nMar 15, 2017\n\nSatu sindiket menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai bank dikesan cuba perdaya orang ramai menggunakan modus operandi mirip 'Macau Scam' di Pulau Pinang.Ini selepas polis negeri itu terima puluhan panggilan telefon orang ramai untuk buat pengesahan adakah pihaknya menjalankan siasatan ke atas akaun bank mereka.Namun setakat ini tiada mangsa yang mengalami kerugian dan orang ramai yang pernah menerima panggilan telefon seperti itu diminta membuat laporan polis.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=152382", "title": "Program Jualan Rahmah Mobil Sempena Aidiladha Dilancarkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nProgram Jualan Rahmah Mobil Sempena Aidiladha Dilancarkan.\nJun 11, 2023\n\n\nProgram Jualan Rahmah Mobil Sempena Aidiladha Dilancarkan.\nProgram Jualan Rahmah Mobil iaitu jualan secara bergerak sempena Hari Raya Aidiladha hujung bulan ini buat julung kalinya dilancarkan.\nMenurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ia akan dilaksanakan mulai 16 hingga 28 Jun ini melibatkan 640 DUN di seluruh negara.\nInisiatif itu katanya beri peluang kepada pengguna mendapatkan keperluan asas harian sehingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran sekaligus meringankan beban kos sara hidup rakyat.\n\u00a0\nKPM Nafi Keluarkan Ranking Sekolah SPM.\nKementerian Pendidikan nafi keluarkan sebarang ranking sekolah terbaik di negara ini berdasarkan keputusan SPM yang diumumkan Khamis lalu.\nMenterinya, Fadhlina Sidek berkata ranking yang viral di media sosial itu adalah di luar pengetahuan pihak kementerian.\nPihaknya menasihati orang ramai terutamanya ibu bapa supaya tidak terpengaruh dengan ranking berkenaan yang disifatkan boleh berubah pada masa akan datang.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80182", "title": "Rayuan Bantuan Sara Hidup Ditutup Sehingga 15 Ogos 2019", "body": "\n\u2190 Back to list\nRayuan Bantuan Sara Hidup Ditutup Sehingga 15 Ogos 2019\nJul 01, 2019\n\nTempoh permohonan rayuan bagi program Bantuan Sara Hidup akan dibuka mulai hari ini hingga 15 Ogos depan.Menurut Kementerian Kewangan, proses rayuan ini bagi memastikan individu yang tidak layak masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan.\u00a0Permohonan rayuan boleh dibuat secara online atau hadir ke mana-mana cawangan LHDN.\u00a0Terserah Kepada Pemandu e-hailing Buat Keputusan\u00a0Terpulang kepada pemandu e-hailing sama ada mahu menduduki ujian lesen kenderaan pengangkutan awam, PSV, atau sebaliknya.\u00a0Tegas Kementerian Pengangkutan, pemandu e-hailing perlu melalui proses undang undang, agar industri e-hailing dapat dikawal selia.\u00a0Dalam perkembangan berkaitan, lebih 250 calon OKU telah dikenal pasti layak menduduki ujian bertulis PSV dan keputusannya diketahui dalam masa lima hari.Tiada Keperluan Tutup Sekolah Di Pasir GudangTiada keperluan\u00a0bagi sekolah di Pasir Gudang ditutup buat masa ini,\u00a0susulan gangguan kesihatan yang melanda di kawasan itu.Namun jelas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebarang perubahan bergantung kepada JAS yang memantau kualiti udara di kawasan tersebut.Buat masa ini, 72 buah kilang telah diperiksa dan mendapati bacaan gasnya masih terkawal.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72885", "title": "Nahas 11 Kenderaan : Bas Miliki 63 Saman Tertunggak", "body": "\n\u2190 Back to list\nNahas 11 Kenderaan : Bas Miliki 63 Saman Tertunggak\nJul 11, 2016\n\nMenurut polis Perak, pemandu bas berkenaan pula memiliki 9 saman tertunggak atas pelbagai kesalahan termasuk memandu laju sejak 2011.Lelaki berusia 51 tahun itu kini direman 4 hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.Dalam perkembangan berkaitan, SPAD tidak akan bertolak ansur dan akan ambil tindakan tegas terhadap pengendali bas yang terlibat nahas itu termasuk menggantung atau membatalkan lesen.Pihaknya kini sedang bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) menyiasat kejadian tersebut.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81617", "title": "'Perang' COVID-19 Mungkin Sampai Tahun Depan", "body": "\n\u2190 Back to list\n'Perang' COVID-19 Mungkin Sampai Tahun Depan\nApr 21, 2020\n\n'Perang' COVID-19 Mungkin Sampai Tahun DepanMalaysia mungkin terpaksa \u2018berperang\u2019 menentang penularan wabak COVID-19 sehingga tahun depan seperti dijangkakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), walaupun sudah ada penurunan jumlah pesakit positif virus itu sejak 2 minggu ini, pihaknya mahu melihat statistik itu turun menjadi satu angka.Justeru, semua pihak perlu terus bekerjasama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah ia ditamatkan.Orang ramai juga dinasihat terus berada di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting walaupun selepas PKP berakhir nanti yang dijadualkan pada 28 April.Semalam, kes baru COVID-19 merupakan yang terendah pernah dicatatkan di negara ini iaitu sebanyak 36 kes dan tiada kematian direkodkan.Manakala jumlah kes yang pulih daripada jangkitan wabak itu mencecah 61 peratus.Dalam satu lagi perkembangan,\u00a0KKM\u00a0sedang meneliti pelan mitigasi atau pengurangan bagi memastikan rantaian COVID-19 diputuskan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.Pelan itu turut melibatkan perubahan dasar yang menggariskan amalan kebiasaan baru.Menurut KKM, antara dasar yang perlu diubah dan diperkasa termasuk berkaitan perhimpunan awam, terus kekal di rumah jika tiada urusan penting, penjarakan sosial dan amalan mencuci tangan.Kementerian juga menegaskan, selagi tiada vaksin COVID-19 di pasaran, orang ramai ramai perlu mementingkan kaedah kesihatan awam iaitu pencegahan lebih baik daripada rawatan dan mengamalkan kebiasaan baru.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70357", "title": "PM lulus Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM lulus Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan\nJun 20, 2020\n\nPM lulus Bantuan Prihatin Elektrik TambahanFoto - TNBPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin luluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung.Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berkata, seramai 7.66 juta pengguna dapat manfaat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan itu.Malah, seramai 4 juta pengguna domestik dengan penggunaan 300KWJ ke bawah nikmati elektrik secara percuma bagi April, Mei dan Jun 2020.-----Pertarungan 3 penjuru pada PRK ChiniFoto - FMTHanya satu parti politik bertanding pada PRK DUN Chini di Pahang, di mana calon BN Mohd Sharim Md Zain akan berdepan dua calon bebas pada 4 Julai depan.Dua calon bebas yang bertanding ialah ahli perniagaan, Tengku Datuk Zainul Hisyam Tengku Hussin dan aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli.Proses penamaan calon di Chini pagi tadi mencatat sejarah sebagai PRK pertama di negara ini yang dijalankan mengikut Kebiasaan Baru susulan pandemik Covid19.\u00a0-----SOP pembukaan prasekolah, tabika dan tadika dimuktamadFoto - Kiddy123Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan memasuki kelas prasekolah, Tabika atau Tadika kerajaan dan swasta ketika menghantar anak mereka bermula 1 Julai ini.Itu mantara SOP pengurusan pembukaan semula prasekolah, Tabika atau Tadika yang dimuktamadkan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Perpaduan Negara.Selain itu, pengendali juga harus memastikan tiada penggunaan permaidani, tikar dan 'skirting' meja di kelas ketika operasi prasekolah, Tabika dan Tadika.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71728", "title": "KEJARA dan AES Lebih Berkesan Didik Pengguna Jalan Raya", "body": "\n\u2190 Back to list\nKEJARA dan AES Lebih Berkesan Didik Pengguna Jalan Raya\nFeb 12, 2016\n\nUjar kementerian, ini kerana ada pengguna masih tetap mampu bayar kadar denda kesalahan trafik yang tinggi walau sebanyak mana ia dinaikkan.Namun di bawah KEJARA dan AES, lesen pemandu akan digantung selepas melakukan beberapa kesalahan trafik tanpa mengira status.Kementerian maklumkan demikian sebagai maklum balas kepada cadangan Bukit Aman untuk naikkan kadar saman trafik.Ia ekoran kekecewaan Ketua Polis Negara kerana tiada penurunan jumlah nahas jalan raya termasuk ketika Op Selamat Tahun Baru Cina ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81345", "title": "Covid-19 : Lakukan Penjarakkan Sosial", "body": "\n\u2190 Back to list\nCovid-19 : Lakukan Penjarakkan Sosial\nMar 11, 2020\n\nKementerian Kesihatan minta orang ramai melakukan penjarakkan sosial iaitu lebih kurang 1 meter antara setiap individu.Orang ramai turut dinasihatkan elak berada di tempat sesak dan mengadakan perhimpunan buat masa ini bagi elak penularan Covid-19.Malaysia kini merekodkan 129 kes Covid-19 susulan pertambahan 12 kes baru.Sementara itu, Kementerian Kesihatan akan cuba guna kit ujian pantas Covid-19 yang akan memberi keputusan dalam tempoh 3 jam, dengan ketepatan lebih tinggi.Kabinet baru bakal mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini.Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru, Datuk Saifuddin Abdullah berkata mesyuarat itu akan bincang manifesto dan hala tuju negara yang lebih jelas.Beliau juga beri jaminan walaupun majoriti menteri Bumiputera, kerajaan Perikatan Nasional akan tetap menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia.12 pegawai polis Pulau Pinang ditahan SPRM.SPRM tahan 12 pegawai kanan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Polis Pulau Pinang kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah.Mereka dipercayai terima rasuah daripada syarikat pengangkutan supaya tidak ambil tindakan terhadap pemandu lori yang melakukan kesalahan trafik.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73314", "title": "Mangsa banjir diminta waspada dengan sukarelawan palsu", "body": "\n\u2190 Back to list\nMangsa banjir diminta waspada dengan sukarelawan palsu\nNov 12, 2017\n\nPolis Pulau Pinang minta mangsa-mangsa banjir di negeri itu waspada dengan sukarelawan yang membersihkan rumah mereka.Ia ekoran kes seorang penjenayah meragut rantai emas seorang mangsa banjir dengan menyamar sebagai sukarelawan kononnya mahu membersihkan rumah mangsa.Pihak polis memberi peringatan itu khususnya untuk mangsa banjir wanita warga emas dan wanita yang tinggal bersendirian.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72016", "title": "5 lagi individu termasuk dua pegawai Imigresen diberkas berhubung kes penyeludupan warga Bangladesh ke dalam negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\n5 lagi individu termasuk dua pegawai Imigresen diberkas berhubung kes penyeludupan warga Bangladesh ke dalam negara.\nDec 15, 2017\n\n5 lagi individu termasuk dua pegawai Imigresen diberkas berhubung kes penyeludupan warga Bangladesh ke dalam negara, jadikan 7 yang ditahan setakat ini.TPM berkata, tiada toleransi untuk perbuatan seumpama itu kerana kegiatan tersebut melibatkan keselamatan negara.Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menambah, tindakan tegas akan dikenakan terhadap kesemua suspek yang telah ditahan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79618", "title": "Anda mungkin dapat pengurangan cukai, jika berjaya bakar kalori!", "body": "\n\u2190 Back to list\nAnda mungkin dapat pengurangan cukai, jika berjaya bakar kalori!\nMar 25, 2019\n\nPengurangan bayaran cukai mungkin antara insentif yang bakal diterima pada masa akan datang jika anda berjaya bakar kalori!Itu antara perkara yang sedang diteliti oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk wujudkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk diet harian.Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beritahu Awani, pihaknya turut teliti kerjasama dengan pihak swasta untuk mewujudkan skim yang lebih menyeluruh.Tukar kata laluan Facebook dan Instagram anda sebagai langkah keselamatan.Pengguna Facebook dan Instagram dinasihat tukar kata laluan masing-masing sebagai langkah waspada.Nasihat SKMM itu khasnya untuk pemilik akaun yang terima makluman kata laluan mereka terdapat dalam format yang boleh dibaca oleh kakitangan dalaman Facebook.\u00a0Isu itu dikesan Januari lalu namun Facebook dapati tiada bukti menunjukkan kata laluan yang terlibat telah disalahguna oleh kakitangannya.Pemilik kilang warga Singapura kini diburu!Polis Johor sedang giat mengesan seorang pemilik kilang warga Singapura bagi bantu siasatan kes pencemaran sisa toksik Sungai Kim Kim.Foto: FMTDalam perkembangan berkaitan, 3 individu dihadapkan ke Mahkamah JB berkaitan kes pencemaran berkenaan, namun mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71639", "title": "Kelantan larang penjualan vape, Terengganu beku sementara penjualan vape", "body": "\n\u2190 Back to list\nKelantan larang penjualan vape, Terengganu beku sementara penjualan vape\nDec 16, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70883", "title": "Ujian Saringan Mega di 3 Daerah\u00a0", "body": "\n\u2190 Back to list\nUjian Saringan Mega di 3 Daerah\u00a0\nSep 16, 2020\n\nUjian Saringan Mega di 3 Daerah\u00a0Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan ujian\u00a0saringan COVID-19 secara besar-besaran ke atas\u00a0penduduk Lahad Datu, Tawau dan Kunak di Sabah.Ia susulan peningkatan kes\u00a0baru yang amat ketara di negeri itu\u00a0khususnya di kawasan berkenaan.Berikutan itu juga Perdana Menteri mengingatkan penduduk Sabah dan\u00a0semua pihak yang terlibat dengan\u00a0pilihan raya negeri itu hujung bulan ini untuk mengamalkan norma baru dengan lebih berdisiplin.Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memaklumkan, PKP fasa awal akan terpaksa dilaksanakan semula jika kes\u00a0meningkat mendadak di negara ini/Golongan B40 Akan Ada SubkategoriKerajaan akan membahagikan kumpulan isi rumah B40 kepada beberapa kategori mulai tahun depan.Bantuan dan umpuan lebih akan diberikan kepada mereka yang berada di bawah kategori B1 iaitu isi rumah yang berpendapatan bawah 2,500 ringgit sebulan.Ketika ini terdapat kira-kira 2.9 juta keluarga di Malaysia dalam kategori B40 dengan pendapatan 4,850 ringgit ke bawah.Kandang Kerbau 'Kampung Boy' DitutupJabatan Veterinar Terengganu telah tutup kandang kerbau milik adik Syukor dan keluarga atau Kampung Boy bagi elak penularan penyakit hawar berdarah.Bilangan kerbau milik Syukor yang mati akibat wabak itu juga telah meningkat kepada 41 ekor.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71462", "title": "Risiko Jangkitan Tetap Ada", "body": "\n\u2190 Back to list\nRisiko Jangkitan Tetap Ada\nDec 23, 2020\n\nRisiko Jangkitan Tetap AdaOrang ramai masih perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) mencegah COVID-19 walaupun sudah menerima suntikan vaksin nanti.Pakar virologi, Profesor Dr Sazaly Abu Bakar memaklumkan BERNAMA, ini kerana risiko untuk mendapat jangkitan tetap ada meskipun telah disuntik dengan vaksin.Jelas beliau lagi, seseorang yang telah menerima vaksin masih boleh menjadi pembawa kepada virus COVID-19.Menteri Akan Keluar Kenyataan Mengenai Isu Kartel DagingMenteri Hal Ehwal Agama akan mengeluarkan kenyataan mengenai isu kartel daging sedikit masa lagi.Menurut Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pihaknya sedang mendapatkan maklumat berkaitan dengan lebih tepat.Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) nafi kononnya kegiatan kartel daging halal palsu telah wujud di negara ini sejak 40 tahun lalu.Pihaknya juga akan mendedahkan dalang utama kegiatan itu dalam masa terdekat.Rayuan Haji Secara Dalam TalianRayuan ibadat haji bagi tahun depan kini dibuka sehingga 13 Februari.Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi THiJARI.Ia juga bermakna bakal haji tidak perlu lagi membuat rayuan secara tradisi iaitu menulis surat rayuan atau hadir ke cawangan Tabung Haji.Banjir Makin PulihBanjir di Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa turun kepada 185.Hanya 6 pusat pemindahan sementara masih dibuka membabitkan daerah Kemaman dan Dungun.Di Kelantan pula, jumlah mangsa kekal kira-kira 830 orang melibatkan Kuala Krai, Pasir Mas dan Tanah Merah.Sementara itu di Pasir Mas, 4 termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan penduduk kampung selepas kenderaan yang naiki dihanyutkan banjir.Kejadian berlaku semasa mereka dalam perjalanan menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir.Dalam perkembangan berkaitan, Polis Pasir Mas tidak menggalakkan orang awam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir tanpa melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana, PKOB.Walaupun ia usaha murni tapi tindakan itu dibimbangi akan mendedahkan mereka kepada bahaya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72241", "title": "Pemandu wanita tragedi konvoi basikal bebas", "body": "\n\u2190 Back to list\nPemandu wanita tragedi konvoi basikal bebas\nFeb 20, 2017\n\nPemandu wanita yang terlibat tragedi rempuhan sekumpulan remaja berbasikal di JB kelmarin sudah dibebaskan dengan jaminan polis.Polis Johor turut memaklumkan, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan nahas itu sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.Sementara itu Kementerian Dalam Negeri saran kerajaan kuat kuasa larangan ke atas remaja daripada berada di bandar raya dan kawasan tertentu pada lewat malam.Ia bagi tangani pelbagai kejadian tidak diingini seperti kemalangan berbasikal kelmarin yang meragut 8 nyawa dan mencederakan 8 yang lain.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79034", "title": "Perginya seorang wira negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerginya seorang wira negara.\nDec 18, 2018\n\nKematian anggota bomba, Muhammad Adib kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.Polis Selangor berkata ini selepas Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di IJN malam tadi setelah kesihatannya merosot sejak beberapa hari lalu.Muhammad Adib cedera parah akibat dibelasah sekumpulan perusuh dalam kejadian di sebuah kuil di Subang Jaya, bulan lalu.Jenazah anggota bomba itu dibedah siasat di HKL pagi ini sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kedah untuk dikebumikan.Terdahulu, Tun Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah turut hadir di Pengkalan Udara Bomba Subang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Adib.Kabinet putuskan Bank Negara Malaysia akan kekal menyelia\u00a0Lembaga Tabung Haji.Foto: NSTPMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata ia akan melibatkan pindaan akta\u00a0bagi menambah baik pengurusan organisasi itu.Kementerian Pengangkutan lancar aplikasi TaxiGo.Kementerian Pengangkutan lancar aplikasi TaxiGo khusus buat pengusaha teksi dan kereta sewa yang ada Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam sahaja.Foto: Berita HarianMenterinya, Anthony Loke berkata tambangnya\u00a0adalah\u00a0mengikut kadar tambang teksi sedia ada.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72348", "title": "Jumlah sebenar mangsa hilang bot karam adalah 6", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah sebenar mangsa hilang bot karam adalah 6\nJan 31, 2017\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri jelaskan seorang pelancong warga China yang dikatakan selamat dalam tragedi bot karam di Sabah sebelum ini, sebenarnya masih hilang.Ini menjadikan jumlah mangsa bot karam yang masih hilang adalah enam orang, bukan lima seperti yang dilaporkan awal hari ini.Datuk Shahidan Kassim berkata, beliau sendiri lakukan pemeriksaan di lapangan terbang dan mendapati terdapat individu lain yang nama serupa seperti mangsa.Dalam perkembangan lain, \u00a0APMM perluaskan kawasan operasi dan menyelamat \u00a0kepada 3 ribu batu nautika persegi untuk mencari mangsa yang hilang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71615", "title": "CAP mahu Kerajaan Pulau Pinang Haramkan Penjualan Vape", "body": "\n\u2190 Back to list\nCAP mahu Kerajaan Pulau Pinang Haramkan Penjualan Vape\nDec 04, 2015\n\nMenurut CAP, menghisap vape adalah tabiat tidak sihat, malah ada kanak-kanak 8 tahun dikesan sudah menggunakan vape.Sementara itu, Kelantan dan Terengganu sedang pertimbang untuk ikut jejak langkah Johor yang mengharamkan penjualan vape.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71751", "title": "Banjir di Sarawak : 15 Sekolah Ditutup", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir di Sarawak : 15 Sekolah Ditutup\nFeb 22, 2016\n\n15 sekolah di Kuching, Serian dan Samarahan, Sarawak ditutup sementara akibat banjir.Sementara itu, jumlah mangsa banjir di negeri tersebut berkurang susulan air bah yang kian surut.Petang ini, kira-kira 7,300 mangsa berada di pusat pemindahan berbanding hampir 8 ribu pada tengahari tadi.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72428", "title": "Lebih 40,000 pegawai dan anggota polis bertugas sepanjang Aidilfitri", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 40,000 pegawai dan anggota polis bertugas sepanjang Aidilfitri\nJun 08, 2017\n\nLebih 40 ribu pegawai dan anggota polis di seluruh negara akan bertugas di sepanjang perayaan Aidilfitri tahun ini.Bukit Aman berkata, jumlah itu ditingkatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman kumpulan militan IS, pada musim perayaan.Pada masa sama, 8 ribu pegawai dan anggota polis trafik tidak dibenarkan bercuti bagi mengawal lalu lintas pada Aidilfitri nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71787", "title": "Jabatan Kesihatan Pahang pantau kualiti air minum dan trend kehadiran pesakit di sekitar kawasan bauksit.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Kesihatan Pahang pantau kualiti air minum dan trend kehadiran pesakit di sekitar kawasan bauksit.\nJan 08, 2016\n\nJabatan Kesihatan Pahang akan terus pantau kualiti air minum, makanan dan trend kehadiran pesakit di sekitar kawasan perlombongan bauksit.Kekerapan pemantauan parameter logam berat juga akan ditingkatkan kepada setiap 2 minggu manakala pemantauan logam lain akan dibuat setiap minggu.Jelas ketua pengarahnya, sehingga Disember lalu, semua sampel air terawat dari loji Semambu, Bukit Sagu dan Bukit Goh mematuhi Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan.Dalam perkembangan berkaitan, Pahang akan memperkenalkan peraturan baharu dalam kegiatan perlombongan bauksit di negeri berkenaan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73229", "title": "Seorang kanak-kanak maut terkena tembakan senapang patah milik moyangnya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang kanak-kanak maut terkena tembakan senapang patah milik moyangnya.\nDec 14, 2017\n\nSeorang kanak-kanak maut terkena tembakan senapang patah milik moyangnya yang terjatuh lalu meletup dalam insiden di rumahnya di Pokok Sena, Kedah.Ketika kejadian mangsa yang berusia 8 tahun sedang berbaring menonton TV di ruang tamu.Susulan itu, polis menahan 2 ahli keluarga mangsa untuk siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72294", "title": "Operasi SAR diteruskan di Batang Lupar", "body": "\n\u2190 Back to list\nOperasi SAR diteruskan di Batang Lupar\nMay 07, 2016\n\nSatu lagi mayat dipercayai mangsa nahas helikopter Khamis lalu dilaporkan telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat di Batang Lupar.Jabatan Bomba Sarawak yang mengesahkan penemuan itu berkata, mayat berkenaan ditemui jam 8.30 pagi tadi.Operasi cari helikopter hilang serta lima orang lagi diteruskan di Lingga sejak jam 7.30 pagi tadi.Terdahulu, jenazah Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, mangsa nahas pertama yang ditemui selamat disemadikan awal pagi tadi.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70468", "title": "Langkah KPM Wajar - NUTP", "body": "\n\u2190 Back to list\nLangkah KPM Wajar - NUTP\nJul 09, 2020\n\nLangkah KPM Wajar - NUTPLangkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan ibu bapa tidak hantar anak ke sekolah buat masa ini dianggap wajar.Ujar Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), ini kerana ada sesetengah ibu bapa belum yakin ekoran masih bimbang risiko COVID-19.Namun Encik Aminuddin Awang berharap KPM menetapkan tempoh masa khusus untuk perkara itu.Murid tingkatan 5 dan 6 serta Prasekolah dan Tadika sudahpun mula bersekolah kembali.Pelajar yang lain pula akan menyusul pada minggu depan dan minggu selanjutnya.Majikan Mungkin Diwajib Iklankan Kerja di JobsMalaysiaKementerian Sumber Manusia bercadang mewajibkan majikan mengiklankan kerja kosong di portal JobsMalaysia.Ia bertujuan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan sebelum memberi peluang kepada warga asing.Jika ia menjadi kenyataan majikan akan diwajib mengiklankan jawatan kosong di portal itu selama 30 hari sebelum membukanya kepada warga asing.Boleh Balik Kampus Mulai Bulan IniPenuntut universiti dan IPT dibenarkan kembali ke kampus secara berperingkat mulai bulan ini.Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kemasukan sepenuhnya pula adalah pada Oktober.Berkenaan penuntut asing, mereka perlu jalani ujian saringan COVID-19 dan kuarantin diri selama 14 hari di lokasi yang akan ditetapkan IPT.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72610", "title": "Viral Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Meninggal Adalah Palsu", "body": "\n\u2190 Back to list\nViral Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Meninggal Adalah Palsu\nNov 25, 2016\n\nViral kanak-kanak 4 tahun disyaki mangsa dera ibu dan kekasihnya di Sungai Petani, Kedah sudah meninggal dunia adalah tidak benar.Menurut pihak Hospital Sultan Abdul Halim, walaupun mengalami kecederaan parah, keadaan kanak-kanak itu kini stabil.Mayat adik mangsa dijumpai dalam tong ikan semalam, juga disyaki mangsa dera ibu dan kekasih ibu mereka yang merupakan penagih dadah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81436", "title": "Polis Terima 695 Laporan Berhubung Pelanggaran PKP", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Terima 695 Laporan Berhubung Pelanggaran PKP\nMar 26, 2020\n\n695 Laporan Polis Diterima Berhubung Pelanggaran PKP695 laporan polis diterima berhubung pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan, PKP di seluruh negara semenjak dikuatkuasakan 18 Mac lepas.Kementerian Dalam\u00a0 Negeri memaklumkan, daripada jumlah itu, 28 didapati melanggar perintah tersebut manakala selebihnya masih dalam siasatan.Menurut kementerian, angka itu membuktikan ada lagi individu yang masih berdegil dan mungkin kaedah lain terpaksa diguna untuk mengekang penularan wabak COVID-19.COVID-19: Jabatan Kecemasan &\u00a0Wad Pemerhatian Hospital Teluk Intan, Perak Tutup SementaraJabatan Kecemasan dan wad pemerhatian Hospital Teluk Intan, Perak ditutup sementara.Ia untuk proses pembersihan dan nyahkuman selepas 37 petugas kesihatan hospital itu positif COVID-19.Buat sementara, Jabatan Kecemasan hospital tersebut beroperasi di bangunan Unit Pesakit Luar.Sementara itu, seorang pesakit COVID-19 meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan.Ia menjadikan bilangan yang maut akibat wabak itu meningkat kepada 20 orang.AKPK Bantu PelangganAgensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan beri penangguhan bayaran kepada semua pelanggan Program Pengurusan Kredit selama 6 bulan.Ia berkuat kuasa bulan depan sehingga September dan orang ramai tidak perlu buat sebarang permohonan.Ia sejajar dengan pengumuman Bank Negara membenarkan penangguhan pinjaman secara automatik selama 6 bulan untuk individu dan PKS.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72388", "title": "90 penghuni sebuah hotel di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang terpaksa dipindahkan kerana dinding runtuh.", "body": "\n\u2190 Back to list\n90 penghuni sebuah hotel di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang terpaksa dipindahkan kerana dinding runtuh.\nFeb 18, 2018\n\n90 penghuni sebuah hotel di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang terpaksa dipindahkan akibat sebahagian dinding sebuah blok hotel itu runtuh.\u00a0Insiden itu juga menyebabkan seorang warga emas dan seorang kanak-kanak cedera kerana terkena serpihan batu.Blok yang terlibat juga diarah tutup sementara untuk pemeriksaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72292", "title": "Rayuan BR1M dibuka hari ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nRayuan BR1M dibuka hari ini\nMar 15, 2016\n\nKementerian Kewangan berkata rayuan bagi pemohon yang gagal mendapat BR1M 2016 dibuka mulai hari ini hingga 15 April.Rayuan boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri termasuk di Pusat Transformasi Bandar yang terdekat.Semalam kementerian umumkan hampir 7.1 juta permohonan telah diluluskan bagi terima BR1M tahun ini.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80357", "title": "Pengenalan tulisan khat tidak akan bebankan guru dan murid.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengenalan tulisan khat tidak akan bebankan guru dan murid.\nAug 07, 2019\n\nPengenalan tulisan khat untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tahun 4 tidak akan bebankan guru dan murid!Kementerian Pendidikan berkata ini kerana ianya tidak diuji dalam peperiksaan dan tiada pentaksiran.Sementara itu, ujar salah seorang ahli panel kurikulumnya, Prof Dr S Vijayaletchumy,\u00a0ibu bapa murid SJKC dan SJKT tidak perlu risau ia tidak libatkan unsur agama Islam dan seni khat samalah seperti kaligrafi Cina.Hasil viral di Twitter, 4 beradik yang terpisah bertemu semula.Kuasa viral berjaya bantu seorang lelaki di Singapura yang terpisah dengan 3 adik beradik kandungnya sejak kecil bertemu semula.Menurut laporan, misi pencarian itu berjaya tidak sampai 11 jam ciapan pertamanya di Twitter.Pelajar Malaysia di Sydney meninggal dunia.Seorang pelajar Malaysia dilapor meninggal dunia dipercayai terjatuh dari pangsapurinya di Sydney, Australia.Pihak MARA kini dalam proses membawa pulang jenazah pelajar tajaannya itu untuk dikebumikan di rumahnya di Taiping, Perak\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72344", "title": "Pegawai JPJ maut ditetak", "body": "\n\u2190 Back to list\nPegawai JPJ maut ditetak\nJan 28, 2017\n\nSeorang pegawai JPJ Pontian maut ditetak dalam kejadian rompakan di rumahnya semalamMenurut polis Johor, mangsa ditemui berlumuran darah di depan rumah sebelum dihantar ke Hospital Pontian oleh adiknya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=101852", "title": "Boleh Tanya KJ Di IG Tentang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBoleh Tanya KJ Di IG Tentang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.\nMar 24, 2021\n\n\u00a0\n\nMenteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin akan menjawab sendiri kemusykilan orang ramai berkenaan program itu.\nSoalan boleh dikemukakan menerusi Instagram Story Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).\nLebih 452,000 sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 daripada lebih 6.3 juta individu yang mendaftar.\n\u00a0\nAmbil Vaksin Semasa Ramadan Hukumnya Harus\nHarus hukumnya mengambil suntikan vaksin semasa Ramadan.\nJusteru Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan, tiada halangan untuk umat Islam mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 ketika bulan puasa nanti.\nUjar Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ia selaras dengan ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan.\n\u00a0\nMaklumkan Jabatan Kesihatan Jika Terlepas Temu Janji Vaksinasi\nOrang ramai perlu memberitahu Jabatan Kesihatan jika tidak dapat hadir ke temu janji suntikan dos ke-2 vaksin COVID-19.\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anda boleh mohon penjadualan semula vaksinasi dalam tempoh 40 hari selepas dos pertama.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=103950", "title": "Fasa Ke-2 Bermula!", "body": "\n\u2190 Back to list\nFasa Ke-2 Bermula!\nApr 19, 2021\n\nFasa Ke-2 Bermula!\nFasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula hari ini dengan memberi tumpuan kepada warga emas, OKU dan pesakit kronik.\nKira-kira 80,000 warga emas dan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bakal menerima suntikan vaksin pada fasa ini.\nMenurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, peringkat awal fasa itu ia melibatkan 36,000 penerima.\nKementerian juga akan mempergiatkan usaha untuk membantu golongan sasar berkenaan mendaftar dan menerima vaksin COVID-19.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nPilihan Terakhir\nPenutupan bazar Ramadan adalah pilihan terakhir jika kes COVID-19 di Wilayah Persekutuan naik mendadak.\nUjar menterinya, Tan Sri Annuar Musa, pihaknya seboleh-bolehnya mahu beri peluang kepada peniaga berniaga sehingga habis Ramadan.\nJusteru semua peniaga dan pengunjung bazar Ramadan diminta mengamalkan kawalan kendiri bagi mengelak penularan COVID-19.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nCOVID-19: Peratusan Dijangkiti Selepas Dapat Vaksin Sangat Rendah\nBilangan petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 selepas mendapatkan vaksin adalah sangat rendah.\nJelas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), hanya 40 dijangkiti daripada hampir 440,000 petugas kesihatan yang telah selesai menerima 2 dos suntikan vaksin tersebut.\nIa juga bermakna 99 peratus penerima terbabit tidak mendapat jangkitan meskipun setiap hari terdedah kepada COVID-19.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nIklan Raya Promosi Judi: 5 Lagi Ditahan\n5 lagi individu, antaranya pengarah, penyanyi dan komposer yang terbabit dalam 2 iklan raya mempromosi aktiviti perjudian berjaya ditahan.\nPolis Kuala Lumpur memaklumkan, ia termasuk suspek utama yang dipercayai mendapat arahan daripada sindiket perjudian dalam talian untuk menerbitkan video tersebut.\nSusulan penangkapan itu, jumlah individu yang ditahan berkaitan kes tersebut bertambah kepada 18 orang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72599", "title": "Asia Tenggara Masih Bebas Daripada Militan IS Yang Lari Dari Iraq dan Syria", "body": "\n\u2190 Back to list\nAsia Tenggara Masih Bebas Daripada Militan IS Yang Lari Dari Iraq dan Syria\nNov 15, 2016\n\nMenteri Pertahanan sahkan rantau ini masih bebas daripada militan IS yang lari dari serangan tentera bersekutu di Iraq dan Syria.Ujar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, ia\u00a0hasil pertukaran maklumat dengan negara terlibat dengan serangan berkenaan.Namun tegas beluam, kementerian akan sentiasa berwaspada dan ambil langkah keselamatan sewajarnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=153643", "title": "KPM Siasat Unsur Buli Di Sebuah Sekolah Di Melaka.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPM Siasat Unsur Buli Di Sebuah Sekolah Di Melaka.\nJul 07, 2023\n\n\nKPM Siasat Unsur Buli di Sebuah Sekolah Di Melaka.\nKementerian Pendidikan sedang siasat sama ada wujud unsur buli di sebuah sekolah agama di Melaka.\nIa dikaitkan dengan kes remaja didakwa mangsa buli, yang mencekik adiknya hingga maut baru-baru ini.\nDifahamkan juga semalam, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah panggil pengetua sekolah remaja terbabit untuk memberi keterangan.\nSementara itu, polis memberitahu, remaja berkenaan yang dilapor bersih daripada sebarang rekod disiplin kini direman seminggu untuk siasatan.\n\u00a0\nPRN : KPT lihat keperluan cuti khas untuk warga IPT mengundi.\nKementerian Pendidikan Tinggi akan melihat keperluan untuk beri cuti khas kepada warga IPT termasuk siswa.\nIa bagi membolehkan mereka keluar mengundi pada PRN 6 negeri, 12 Ogos nanti.\nSejumlah universiti diberitakan akan terkesan susulan penetapan tarikh pengundian PRN tersebut.\nIa memandangkan tarikh peperiksaan penuntut UUM bertembung dengan pilihan raya itu manakala UIA akan memulakan pembukaan semester baru waktu tersebut.\nUMP pula akan mengadakan pengambilan siswa baru dalam tempoh PRN.\n\u00a0\nGolongan lelaki diminta tampil buat laporan jika jadi mangsa gangguan seksual.\nKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat minta golongan lelaki tampil buat laporan jika jadi mangsa gangguan seksual agar mereka dapat dibantu.\nMenurut kementerian, lelaki banyak pilih mendiamkan diri kerana tidak mahu memperbesarkan isu itu namun ia sebenarnya tidak meredakan emosi mereka.\nBerdasarkan statistik PDRM, jumlah kes gangguan seksual kedua-dua jantina meningkat dari hampir 380 kes pada 2020 kepada kira-kira 500 kes pada 2021.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72713", "title": "Jeff Ooi Akan Beri Keterangan Kepada Polis Esok", "body": "\n\u2190 Back to list\nJeff Ooi Akan Beri Keterangan Kepada Polis Esok\nSep 19, 2016\n\nJeff Ooi akan hadir ke balai polis esok untuk beri keterangan berhubung komen beliau tentang kematian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.Ini susulan komen Ahli Parlimen Jelutong (DAP) itu disifatkan menyinggung perasaan orang Islam.Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara menasihatkan orang ramai khususnya ahli politik supaya waspada dalam mengeluarkan kenyataan di laman sosial.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70745", "title": "Kerajaan pandang serius kes menteri langgar perintah kuarantin", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan pandang serius kes menteri langgar perintah kuarantin\nAug 24, 2020\n\nKerajaan pandang serius kes menteri langgar perintah kuarantinFoto - BernamaKerajaan mengambil maklum dan memandang serius perbuatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali didakwa melanggar perintah kuarantin.Justeru, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang.Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dilaporkan tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah selepas pulang dari Turki, 7 Julai lalu dan menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai.-----Kes harian COVID-19 kembali ke satu angkaFoto - Kementerian Kesihatan MalaysiaSebanyak tujuh kes baru positif COVID-19 melibatkan lima kes penularan dalam negara dan dua kes import dilaporkan hari ini manakala enam kes pulih dan discaj.Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 184 kes.Tambahnya, dua kes membabitkan warga tempatan itu dikesan di Sarawak dengan kedua-duanya tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.-----Perkhidmatan feri di Pulau Pinang tergendalaFoto - The StarPerkhidmatan feri di Pulau Pinang, Rapid Ferry tergendala mulai hari ini hingga 26 Ogos berikutan masalah teknikal pada enjin pada empat buah feri.Penangguhan perkhidmatan feri katanya melibatkan beroperasi dari Pangkalan Raja Tun Uda ke Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth bagi perjalanan pergi dan balik.Berikutan itu, pihaknya menyediakan 10 buah bas percuma dengan kekerapan 10 hingga 20 minit, untuk membawa penumpang dari Penang Sentral, Butterworth ke Terminal Weld Quay, George Town.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73264", "title": "Kedai Rakyat 1 Malaysia dilancarkan dan dikenali sebagai KR1M 2.0", "body": "\n\u2190 Back to list\nKedai Rakyat 1 Malaysia dilancarkan dan dikenali sebagai KR1M 2.0\nFeb 05, 2018\n\nKedai Rakyat 1 Malaysia dilancarkan dan ia kini dikenali sebagai KR1M 2.0Antara pembaharuannya adalah 50 jenis barang keperluan harian berjenama dijual lebih murah berbanding harga pasaran.Barangan KR1M juga kini dijual di kedai yang menjadi rakan kongsi KPDNKK iaitu Tunas Manja Group berbanding di kedai khusus sebelum ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73240", "title": "Perdana Menteri akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerdana Menteri akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC.\nDec 12, 2017\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC yang akan berlangsung di Istanbul, Turki esok.Ia bertujuan mengkaji semula perkembangan dan bincang kesan berikutan tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.Sidang itu diadakan atas permintaan Presiden Turki menerusi kapasitinya selaku Pengerusi Sidang Kemuncak Islam Ke-13.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73100", "title": "Kementerian Pendidikan sedang pertimbang penggunaan telefon pintar dalam pembelajaran di sekolah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan sedang pertimbang penggunaan telefon pintar dalam pembelajaran di sekolah.\nApr 24, 2018\n\nMenteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid beritahu kami, pihaknya sedang pertimbangkan\u00a0 proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.Beliau juga tidak menyangkal betapa pentingnya proses pembelajaran dengan menggunakan teknologi sedia ada hari ini.Penggunaan teknologi seperti Whatsapp dapat membantu guru dan ibu bapa pantau perkembangan pelajar di sekolah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73348", "title": "3.6 juta penduduk Malaysia hidap kencing manis", "body": "\n\u2190 Back to list\n3.6 juta penduduk Malaysia hidap kencing manis\nFeb 20, 2018\n\n3.6 juta penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit kencing manis, dan jumlah itu semakin meningkat.\u00a0Kementerian Kesihatan berkata, semakin ramai juga tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut hingga selepas menjalani ujian saringan.Katanya, walaupun tidak makan benda manis, ramai individu cenderung mengambil minuman manis sama ada tin atau botol, yang tinggi kandungan gula.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71786", "title": "Perlombongan bauksit di Pahang wajar dihentikan jika aktiviti itu sebabkan sungai tercemar.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerlombongan bauksit di Pahang wajar dihentikan jika aktiviti itu sebabkan sungai tercemar.\nJan 07, 2016\n\nKementerian Kesihatan berkata, perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang wajar dihentikan jika aktiviti itu sebabkan sungai di sekitarnya tercemar.Justeru penduduk di sekitar disaran minum air terawat bagi elak sebarang kesan kesihatan jangka panjang.Pihak kementerian juga sedang memantau, bagi pastikan sistem bekalan air bersih di kawasan sekitar bandar itu tidak terjejas.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72228", "title": "Hanya pemandu dikenakan demerit Awas, Kejara", "body": "\n\u2190 Back to list\nHanya pemandu dikenakan demerit Awas, Kejara\nApr 07, 2017\n\nHanya pemandu dikenakan mata demerit jika melakukan kasalahan trafik selepas Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik, AWAS dikuat kuasakan.Justeru jelas JPJ, pemilik kenderaan tidak perlu risau dikenakan tindakan jika bukan mereka yang melakukan kesalahan.AWAS merupakan gabungan Sistem Penguatkuasaan Automatik, AES dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya, KEJARA.AWAS akan mula berkuat kuasa 15 April ini yang menyaksikan pemberian mata demerit ke atas 23 kesalahan jalan raya.2 kesalahan utama ditekankan iaitu melanggar lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94724", "title": "Berita Baik Berkenaan Harga Petrol & i-Sinar", "body": "\n\u2190 Back to list\nBerita Baik Berkenaan Harga Petrol & i-Sinar\nFeb 11, 2021\n\nBerita Baik Berkenaan Harga Petrol dan i-SinarKerajaan setuju menetapkan had harga siling bagi petrol dan diesel.Had siling RON95 ditetapkan pada RM2.05 seliter manakala diesel RM2.15 seliter.Menurut Kementerian Kewangan, ia bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak yang ketara di peringkat global.Kementerian turut mengumumkan, akan menambah baik kriteria dan syarat pengeluaran kemudahan i-Sinar di bawah kategori 2.Wang Ihsan Untuk Mangsa BanjirKerajaan meluluskan peruntukan bagi Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir musim tengkujuh baru-baru ini.Dianggarkan lebih 20,000 keluarga terlibat dan bantuan akan diagihkan menerusi kerajaan negeri.Setiap keluarga dilapor akan menerima RM500, manakala RM5,000 ringgit untuk yang kematian ahli keluarga akibat banjir.Syarikat IT DidakwaSebuah syarikat IT di Shah Alam didakwa atas kesalahan mempromosikan kotak TV Android bagi mendapatkan siaran TV secara haram.Jika disabitkan kesalahan, syarikat itu boleh didenda sehingga RM40,000 dan individu berkaitan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam pada itu turut ingatkan orang ramai supaya jangan terpedaya dengan penjualan kotak TV Android yang mempunyai pakej perkhidmatan penstriman kandungan cetak rompak.Masyarakat juga disaran agar melaporkan sebarang kegiatan cetak rompak kepada pihaknya untuk tindakan sewajarnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94699", "title": "80 Peratus Penduduk Terima Vaksin COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\n80 Peratus Penduduk Terima Vaksin COVID-19\nFeb 05, 2021\n\n80 Peratus Penduduk Terima Vaksin COVID-19 Kira-kira 26 juta atau 80 peratus rakyat di negara ini akan menerima vaksin COVID-19 secara percuma.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, ia bakal dilaksanakan dalam 3 fasa.Fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu akan bermula hujung bulan ini.Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai menteri penyelarasnya.Kes COVID-19 Melandai di Beberapa NegeriKes positif COVID-19 di beberapa negeri menunjukkan trend melandai susulan pelaksanaan PKP 2.0.Menurut Perdana Menteri antaranya Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang.Namun ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin, peningkatan kes masih berlaku di Selangor, KL dan Johor.Negeri berkenaan katanya berkepadatan tinggi dan mempunyai kegiatan ekonomi serta industri yang rancak.Semalam Malaysia mencatatkan 4,571 kes baru COVID-19 dengan 17 kematian.Selangor, Johor dan KL kekal penyumbang kes tertinggi.Bilangan Jemaah DitambahJumlah jemaah yang dibenar menunaikan solat Jumaat dan solat fardu di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan ditambah.Bilangannya kini dinaikkan berdasarkan separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.*sumber & foto: AWANI, Sinar Harian, BERNAMA, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Utusan Malaysia & internet*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72276", "title": "Rakaman panggilan telefon viral di laman sosial", "body": "\n\u2190 Back to list\nRakaman panggilan telefon viral di laman sosial\nJan 01, 2016\n\nNur Amirah Athirah Abdul Majid yang sebelum ini mendakwa diculik dua lelaki di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, Ahad lalu, ditemui selamat di Banting.Ketika ditemui, gadis itu berada di depan sebuah stesen minyak di Banting bersama-sama seorang pemuda, dipercayai teman lelakinya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72546", "title": "Bekas CEO anak syarikat Tabung Haji didakwa pecah amanah", "body": "\n\u2190 Back to list\nBekas CEO anak syarikat Tabung Haji didakwa pecah amanah\nJan 26, 2017\n\nBekas CEO anak syarikat Tabung Haji didakwa di KL atas lima tuduhan pecah amanah lebih 2.5 juta ringgit, empat tahun lalu di pejabatnya di Bangsar.Suspek mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan berkenaan.Hakim benarkan tertuduh diikat jamin 400 ribu ringgit dengan seorang penjamin, dengan syarat pasport diserah kepada mahkamah\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72122", "title": "Kadar permulaan gaji minimum dimuktamad Jumaat ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKadar permulaan gaji minimum dimuktamad Jumaat ini.\nAug 05, 2018\n\nKadar permulaan untuk gaji minimum sektor swasta akan dimuktamadkan Jumaat ini.Menurut Kementerian Sumber Manusia, kadar permulaan itu ditetapkan sebelum gaji minimum dinaikkan secara berperingkat kepada 1,500 ringgit dalam tempoh 5 tahun.Kerajaan juga akan menetapkan satu kadar permulaan gaji seragam untuk seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71918", "title": "SPRM akur dengan pelepasan 3 individu berhubung kes operasi kilang haram di Bukit Mertajam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM akur dengan pelepasan 3 individu berhubung kes operasi kilang haram di Bukit Mertajam.\nAug 16, 2017\n\nTimbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM akur dengan pelepasan 3 individu termasuk seorang exco Pulau Pinang berhubung kes operasi kilang haram di Bukit Mertajam.Menurut Datuk Mohd Azam Baki, pihaknya kekurangan bukti yang jelas dalam kes itu hingga ketiga-tiganya dilepaskan.Katanya, pihak pejabat peguam negara sudah bersetuju untuk failkan rayuan terhadap keputusan itu sama ada esok atau lusa.Untuk perkembangan lanjut, tontoni ASTRO AWANI saluran 501.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73182", "title": "Malaysia masih berpeluang untuk jadi negara maju.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia masih berpeluang untuk jadi negara maju.\nAug 20, 2018\n\nMalaysia masih berpeluang untuk jadi negara maju.Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata 'Wawasan 2020' itu mungkin hanya menjadi kenyataan pada 2025.Jadi ujar Tun M, untuk mencapainya negara perlu golongan elit dan berkemahiran tinggi yang menetap di luar negara pulang untuk bantu memajukan Malaysia.Beliau juga gesa pelajar Malaysia yang menuntut di seberang laut pulang sebaik bergraduasi dan bantu memperhebatkan lagi negara.Kerajaan pertimbang untuk haramkan penggunaan beg plastik tidak boleh lupus di seluruh negara.Namun Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar beritahu Nan Yang Siang Pao, larangannya berbeza dengan yang dilaksana Selangor ketika ini.Kredit foto: Sinar harianUjar Yeo Bee Yin lagi, pengumuman lanjut mengenainya dijangka dibuat pada Oktober.Tiada lagi pelanggaran peraturan dalam PRK DUN Seri Setia dan Balakong nanti.Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata perkara yang dilaporkan BERSIH 2.0 berlaku pada PRK DUN Sungai Kandis baru-baru ini, tidak akan berulang lagi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79520", "title": "Wanita perlu tingkatkan elemen 'selfcare' untuk tempuhi pelbagai cabaran.", "body": "\n\u2190 Back to list\nWanita perlu tingkatkan elemen 'selfcare' untuk tempuhi pelbagai cabaran.\nMar 08, 2019\n\nWanita perlu ada jati diri dan semangat yang kuat dalam menempuh pelbagai cabaran pada zaman ini.Menurut Pakar Psikologi UM, Prof Madya Dr Amer Siddiq, antara elemen yang perlu ditingkatkan dalam diri wanita adalah 'selfcare' atau penjagaan diri.Cabang penjagaan diri yang perlu dititikberatkan dan diseimbangkan adalah kesihatan, emosi, spritual dan kewangan.Hari ini adalah Hari Wanita Sedunia bertemakan '#BalanceforBetter'.Jangan sekadar beri kritikan kosong!Orang ramai dinasihatkan agar tidak hanya memberikan kritikan kosong dan negatif terhadap usaha kerajaan dalam mewujudkan kereta terbang di negara ini.Menteri Pembangunan Usahawan,\u00a0Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata rakyat Malaysia sepatutnya berfikir di luar kotak bagaimana teknologi itu dapat membina masa depan negara.Mangsa\u00a0akibat terhidu bahan kimia\u00a0di Sungai Kimkim cecah 35 orang.Jabatan Pendidikan Johor akan terus pantau keadaan sekolah terjejas ekoran pembuangan bahan kimia di Sungai Kimkim, Pasir Gudang.Setakat ini, jumlah mangsa akibat terhidu bahan kimia di sungai itu cecah 35 orang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72050", "title": "Pasangan suami isteri yang cedera selepas langgar pokok tumbang di Jalan Ampang pagi tadi, baru bernikah semalam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPasangan suami isteri yang cedera selepas langgar pokok tumbang di Jalan Ampang pagi tadi, baru bernikah semalam.\nMar 05, 2018\n\nPasangan suami isteri yang cedera selepas langgar pokok tumbang di Jalan Ampang berhampiran KLCC\u00a0 pagi tadi, baru melangsungkan pernikahan semalam.Kedua-dua mangsa kini berada di hospital untuk rawatan lanjut namun suaminya masih belum sedarkan diri.Sementara itu, laluan yang ditutup dalam kejadian pagi tadi telah dibuka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72243", "title": "Tiada jerebu rentas sempadan tahun ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada jerebu rentas sempadan tahun ini\nMar 03, 2017\n\nMalaysia tidak akan mengalami masalah jerebu rentas sempadan tahun ini.Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, ini berdasarkan petunjuk cuaca, corak angin dan jangkaan tiada fenomena El Nino dan La Nina pada tahun ini.Kerajaan juga akan mengambil tindakan drastik, melarang orang ramai melakukan pembakaran terbuka mulai bulan depan, kerana ia boleh menyebabkan jerebu setempat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72991", "title": "Kelantan bakal uji kemampuan dalam aksi pra musim menentang Terengganu FC II", "body": "\n\u2190 Back to list\nKelantan bakal uji kemampuan dalam aksi pra musim menentang Terengganu FC II\nDec 26, 2017\n\nKelantan bakal uji kemampuan dalam aksi pra musim menentang Terengganu FC II di Kota Bharu, malam esok.Perlawanan itu bagi membolehkan jurulatih, Santhit Bensoh menilai prestasi pemain untuk bertemu kelab Thailand, bulan depan.Menurut KAFA, skuad The Red Warriors bakal membawa semua pemain termasuk pemain import dalam perlawanan itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=148586", "title": "Lagi Kelonggaran Untuk Murid Mangsa Banjir", "body": "\n\u2190 Back to list\nLagi Kelonggaran Untuk Murid Mangsa Banjir\nMar 20, 2023\n\n\nLagi Kelonggaran Untuk Murid Mangsa Banjir\nMurid yang terjejas banjir di Johor diberi kelonggaran untuk tidak mengenakan pakaian seragam sekolah sehingga 2 bulan.\nKerajaan negeri mengumumkan, ia agar ibu bapa tidak terbeban untuk menyediakan pakaian seragam sekolah.\nBaru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan kelonggaran kepada murid mangsa banjir untuk pakai pakaian yang sesuai jika tiada baju sekolah, asalkan hadir ke sekolah.\nManakala murid yang tidak berkemampuan boleh pakai baju sukan bersesuaian ketika aktiviti kokurikulum badan beruniform di sekolah.\nHari ini merupakan hari pertama persekolahan untuk sesi 2023-2024 di kebanyakan negeri manakala ada sebahagian sudah mula bersekolah semalam.\nSementara itu, banjir di Segamat pulih selepas semua mangsa yang berlindung di PPS daerah itu\u00a0 telah dibenarkan pulang.\nIa menjadikan hanya Batu Pahat satu-satunya daerah yang masih mencatatkan mangsa bencana alam itu di Johor.\nNamun bilangan penduduk di daerah itu yang berada di PPS semakin turun dan terkini ia mencatatkan kira-kira 10,000\u00a0 orang.\n\u00a0\nRM20 Untuk Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah\nPengunjung Bazar Ramadan Rahmah bakal terima insentif RM20 seorang menerusi platform e-dompet.\nIa akan diberi kepada 1,000 pengunjung terawal di bazar terpilih melalui penyedia platform e-dompet yang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.\nJelas KPDN, setiap negeri akan melaksanakannya sebanyak 6 kali jadi bermakna sebanyak 6,000 pengunjung akan terima manfaat daripada inisiatif itu di setiap negeri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81419", "title": "Hampir 4 ribu jemaah tabligh belum buat ujian kesihatan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHampir 4 ribu jemaah tabligh belum buat ujian kesihatan.\nMar 24, 2020\n\nKira-kira 3,800 lagi jemaah tabligh masih diburu untuk saringan kesihatan!Foto : Astro AwaniPolis buru kira-kira 3,800 lagi jemaah tabligh di seluruh negara yang masih belum jalani ujian saringan Covid-19.\u00a0Pihaknya sudah mempunyai senarai nama lengkap jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling, KL akhir bulan lepas.\u00a0Mereka bukan sahaja terdiri daripada rakyat Malaysia malah rakyat Rohingya dan pendatang tanpa izin.\u00a0----Pendaftaran i-Lestari boleh dibuat mulai 1 April ini.Foto : Astro AwaniAhli KWSP boleh buat pendaftaran i-Lestari menerusi emel atau pos bermula 1 April ini dan secara online pada 1 Mei.\u00a0Terdahulu PM umum, semua ahli KWSP di bawah umur 55 tahun boleh keluarkan wang simpanan dalam Akaun 2, maksimum 500 ringgit sebulan untuk tempoh setahun bagi meringankan beban rakyat ekoran pandemik Covid-19.\u00a0----KTMB gantung sementara beberapa perkhidmatan trennya berkuatkuasa esok.Foto : Astro AwaniKTMB menggantung sementara beberapa perkhidmatan tren berkuatkuasa esok sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan, 31 Mac ini.Antara perkhidmatan tren yang terjejas adalah Ekpres Rakyat Timuran, Ekspres Selatandan Shuttle Tebrau.Operasi KTM Komuter pula dikurangkan kepada 49 perkhidmatan sehari bagi sektorLembah Klang dan Utara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72934", "title": "Jangan beli kanta sentuh di pasar malam", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan beli kanta sentuh di pasar malam\nOct 24, 2017\n\nOrang ramai dinasihat supaya tidak membeli kanta sentuh di pasar malam atau kedai kecantikan yang tidak berdaftar.Kementerian Kesihatan beri amaran, tindakan mereka mendapatkan kanta di premis tidak diiktiraf boleh menyebabkan mata menjadi buta.Jelasnya, pemeriksaan mata perlu dilakukan daripada optometris atau pegawai perubatan bagi elakkan sebarang kesan sampingan yang teruk.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=116275", "title": "Portal Home Quarantine Application Boleh Mula Diakses Hari Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPortal Home Quarantine Application Boleh Mula Diakses Hari Ini.\nSep 21, 2021\n\n\nPortal Home Quarantine Application boleh mula diakses hari ini.\nPengembara dari luar negara kini boleh buat permohonan kuarantin wajib di rumah menerusi Portal Home Quarantine Application, HQA.\nMenurut Kementerian Kesihatan, permohonan perlu dibuat dalam tempoh 7 hingga 10 hari sebelum tiba di Malaysia.\nPenambahbaikan itu dibuat kerana permohonan menerusi emel sebelum ini telah menyebabkan berlakunya permohonan tertunggak atau 'backlog'.\n\u00a0\n78 peratus pelajar IPT tidak tertekan dengan PdP online.\nKementerian Pengajian Tinggi akan melihat semula struktur yuran di semua universiti awam agar selari dengan hala tuju pendidikan pasca pandemik Covid-19.\nIa susulan dapatan positif terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran, PdP dalam talian yang diterima ketika ini.\nHasil kajian menunjukkan 78 peratus pelajar tidak tertekan dengan PdP dalam talian yang dilaksanakan akibat pandemik itu.\n\u00a0\nTahap keberkesanan PdPR dalam kalangan murid sekolah sederhana.\nKajian mendapati tahap keberkesanan PdPR dalam kalangan murid sekolah adalah sederhana.\nMenurut Kementerian Pendidikan, kajian itu juga menunjukkan penglibatan murid di bandar dalam PdPR adalah 59 peratus berbanding 51 peratus bagi murid di luar bandar.\n51 peratus murid pula akui rasa tertekan semasa pembelajaran di rumah kerana interaksi terhad dengan guru dan rakan-rakan.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80643", "title": "Hujan lebat dan ribut petir ketika ini dijangka menyebabkan banjir kilat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHujan lebat dan ribut petir ketika ini dijangka menyebabkan banjir kilat.\nOct 04, 2019\n\nFasa peralihan monsun ketika ini dijangka menyebabkan\u00a0banjir kilat\u00a0di kawasan yang tiada sistem saliran yang baik.Justeru Jabatan Meteorologi menasihatkan orang ramai lebih waspada dan kurangkan\u00a0aktiviti luar ketika hujan lebat dan ribut petir bagi elak kejadian buruk.Malaysia mengalami fasa peralihan monsun sejak minggu lalu dan dijangka berterusan sehingga minggu ke-2 bulan ini sebelum beralih ke monsun timur laut.Ketika\u00a0monsun timur laut pula, biasanya negeri-negeri di\u00a0pantai timur mengalami hujan lebat berterusan yang boleh mengakibatkan banjir.AR Badul batal permohonan inkues kes kematian anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya.AR Badul batal hasrat mohon diadakan inkues bagi mencari punca sebenar kematian anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya.Jelas pelakon dan pelawak veteran itu kepada HM, ini selepas dia memahami kronologi sebenar kejadian hasil pertemuan dengan wakil Tentera Darat.Allahyarham Mejar Mohd Zahir meninggal dunia terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi ketenteraan di Kem Lok Kawi, Sabah awal bulan lalu.Malaysia di tangga ke-23 lindungi kanak-kanak dari eksploitasi seksual.Malaysia duduki tangga ke-23 daripada 60 negara yang melindungi kanak-kanak daripada jadi mangsa keganasan seksual.Menurut satu laporan antarabangsa, Malaysia dianggap mempunyai persekitaran yang agak stabil dan selamat untuk kanak-kanak.Namun, kesedaran masyarakat dalam melaporkan kes penderaan seksual kepada pihak berkuasa dan pendidikan seks berkualiti untuk kanak-kanak perlu diperkasa.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79637", "title": "Lebih 75,000 Terima Rebat Elektrik Setakat Ini ", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 75,000 Terima Rebat Elektrik Setakat Ini \nMar 27, 2019\n\nLebih 75 ribu ketua isi rumah terima bantuan program rebat elektirk 40 ringgit setakat 11 Mac lalu.Menurut kerajaan, kesemua yang menerima rebat itu tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar yang berdaftar di bawah e-kasih.Namun, ramai juga ketua isi rumah tidak menerima rebat ini kerana tidak mempunyai nombor akaun bil elektrik dengan syarikat pembekal.\u00a0e-Papuh Banteras Agensi Umrah Tipu!Persatuan Agensi Pelacongan Umrah dan Haji lancar aplikasi untuk membanteras penipuan jualan pakej umrah.Aplikasi yang dinamakan e-Papuh itu, boleh membantu orang ramai memilih pakej umrah yang dijamin selamat.\u00a0Malah, e-Papuh turut membantu bandingkan harga pakej berpatutan bergantung kepada kemampuan.SPR Edar Kad Pengundi Dun Rantau\u00a0SPR edar lebih 20 ribu kad pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Rantau yang akan berlangsung 13 April nanti.Katanya, kad pengundi itu mengandungi maklumat berkaitan pusat mengundi, saluran serta masa mengundi.\u00a0Namun jelasnya, pengundi masih perlu bawa kad pengenalan ketika hari pengundian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72192", "title": "Koperal polis individu ke-10 direman bantu kes rasuah di Melaka", "body": "\n\u2190 Back to list\nKoperal polis individu ke-10 direman bantu kes rasuah di Melaka\nMay 18, 2017\n\nSeorang koperal polis telah direman di Melaka dipercayai terima rasuah dari pusat judi dan rumah urut.Suspek berusia 52 tahun itu merupakan individu ke sepuluh yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.SPRM turut menemui 800 ribu ringgit wang tunai di stor rumah suspek.Semalam, 9 suspek termasuk 6 anggota polis direman untuk bantu siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71636", "title": "Zon Larangan Merokok Bakal Diperluas", "body": "\n\u2190 Back to list\nZon Larangan Merokok Bakal Diperluas\nDec 15, 2015\n\nKementerian Kesihatan bercadang mewartakan lebih banyak kawasan sebagai zon larangan merokok.Ia sejajar dengan perjanjian bersama WHO untuk melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73126", "title": "Tempoh pemulihan bekalan air di Lembah Klang terpaksa dilanjutkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTempoh pemulihan bekalan air di Lembah Klang terpaksa dilanjutkan.\nMar 07, 2018\n\nTempoh pemulihan bekalan air di Lembah Klang terpaksa dilanjutkan ke tempoh yang belum diketahui.Ia ekoran sistem mampatan udara di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 tiba-tiba pecah sebaik kerja-kerja pembaikan siap dilakukan.Kejadian itu menyebabkan beberapa pekerja mengalami kecederaan serius.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70418", "title": "Perang Melawan COVID-10 Belum Tamat", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerang Melawan COVID-10 Belum Tamat\nJul 01, 2020\n\nPerang Belum TamatPerang melawan COVID-19 belum tamat\u00a0malah perjalanannya juga masih jauh.Justeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang senada dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan masyarakat agar tidak leka.Tegas KKM, semua tetap perlu patuh Peraturan Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia.WHO terdahulu menegaskan, wabak itu masih berleluasa meskipun ada negara berjaya menanganinya.Sementara itu hanya 2 kes baru COVID-19 dicatatkan di negara ini.Ia juga antara terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.Bilangan kes aktif pula 164 selepas 20 lagi pesakit disahkan sembuh DAN tiada kematian terbaru.Pawagam Kembali \u2018Beraksi\u2019Selepas 4 bulan ditutup, pawagam beroperasi semula hari ini.Justeru CEO FINAS, Ahmad Idham berharap orang ramai menyokong industri perfileman tempatan untuk bangkit semula.FINAS juga telah berbincang dengan wakil pawagam bagi memastikan persediaan pembukaan semula pawagam mematuhi SOP yang ditetapkan.Awas Pelitup Muka TiruanPihak berkuasa rampas 1,750 pelitup muka tiruan dalam operasi di sebuah premis di Puchong, Selangor.Susulan itu seorang lelaki tempatan ditahan dan dia turut disyaki menjual barang itu secara dalam talian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78933", "title": "Waspada dengan klinik gigi yang tawarkan khidmat pemutihan gigi tanpa kebenaran.", "body": "\n\u2190 Back to list\nWaspada dengan klinik gigi yang tawarkan khidmat pemutihan gigi tanpa kebenaran.\nNov 26, 2018\n\nKementerian Kesihatan akan ambil tindakan terhadap dakwaan wujud klinik pergigian yang tawarkan khidmat pemulihan gigi tanpa kebenaran.Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia dikhuatiri mengundang risiko kesihatan kepada orang ramai.Foto: Sinar HarianBagaimanapun, setakat ini pihaknya belum terima aduan yang membahayakan kesihatan.Sekolah baru akan dilengkapi kemudahan mesra OKU.Setiap sekolah baru yang dibina oleh kerajaan selepas ini bakal dilengkapi dengan kemudahan mesra OKU!Foto: NSTPMalah Kementerian Pendidikan juga akan naik taraf sekolah sedia ada agar persekitarannya kondusif buat warga OKU.Setakat ini, kira-kira 82,000 pelajar yang memerlukan keperluan khas yang berdaftar dalam sistem Kementerian Pendidikan.\u00a0Rakyat Terengganu bebas cukai pintu tahun depan.Rakyat Terengganu tidak perlu lagi membayar cukai pintu bagi semua premis kediaman tahun depan!Foto: MalaymailMenteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut maklumkan semua cukai tertunggak juga akan dihapuskan bagi mengurangkan beban rakyat negeri itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72563", "title": "Penalti Mungkin Dikenakan Jika Passport Hilang", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenalti Mungkin Dikenakan Jika Passport Hilang\nJan 10, 2017\n\nBerdasarkan statistik Jabatan Imigresen, tahun lalu sahaja pihaknya menerima lebih 44,500 laporan kehilangan passport.Justeru pihaknya bercadang mengenakan penalti \u00a0ke atas pemilik pasport yang kehilangan dokumen berkenaan.Ia bagi memastikan pemiliknya lebih bertanggungjawab kerana dokumen tersebut mempunyai nilai tinggi serta melibatkan kos yang tinggi kepada Jabatan Imigresen.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81679", "title": "Fasa pemulihan COVID-19 berterusan", "body": "\n\u2190 Back to list\nFasa pemulihan COVID-19 berterusan\nApr 28, 2020\n\nFasa pemulihan COVID-19 berterusanFoto - Kementerian Kesihatan MalaysiaMalaysia meneruskan fasa pemulihan COVID-19 apabila seramai 75 pesakit direkodkan sembuh hari ini, dua kali ganda berbanding bilangan kes jangkitan baru.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan bilangan pesakit sembuh sepenuh serta dibenarkan pulang itu menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 4,032 kes, setakat ini.Terdapat 31 jangkitan baru dilaporkan dengan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,851 kes serta satu kematian, menjadikan 100 korban keseluruhan.-----SOP zon hijau dijangka minggu depanFoto - BernamaMajlis Keselamatan Negara sedang memperhalusi SOP lebih lengkap untuk zon hijau sekiranya kerajaan memutuskan untuk memberi kelonggaran kepada kawasan terbabit.Kerajaan sedar ada beberapa kawasan yang sudah diisytiharkan sebagai zon hijau namun jika diberi kelonggaran, penduduk tetap perlu mematuhi SOP berkenaan.Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sedang mendapatkan input daripada semua kementerian dan SOP itu dijangka dimuktamadkan minggu depan.-----KPT sediakan Sistem Maklumat Pergerakan Pulang PelajarFoto - UiTM Media RasmiKementerian Pengajian Tinggi telah menyediakan perkhidmatan Sistem Maklumat Pergerakan Pulang Pelajar Pendidikan Tinggi.Sistem maklumat ini akan menjadi rujukan utama berkenaan usaha pergerakan pelajar IPT di seluruh negara.Para pelajar yang bercadang untuk pulang, yang telah memohon serta yang telah sampai ke destinasi diminta mengisi maklumat mereka melalui pautan https://iptpulang.malaysia.gov.my.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72628", "title": "Gempa Bumi Di Aceh: Tiada Warga Malaysia Terlibat", "body": "\n\u2190 Back to list\nGempa Bumi Di Aceh: Tiada Warga Malaysia Terlibat\nDec 07, 2016\n\nKementerian Luar sahkan setakat ini tiada warga Malaysia terlibat dalam bencana gempa bumi kuat yang melanda Aceh, Indonesia.Pihaknya juga minta warga Malaysia yang berada di kawasan terjejas dan memerlukan bantuan untuk berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.Setakat ini tragedi berkenaan dilapor meragut hampir 100 nyawa manakala ratusan mangsa mengalami kecederaan.Operasi menyelamat turut dipergiat kerana dipercayai masih ramai terperangkap di bawah runtuhan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81544", "title": "Bekas Timbalan Menteri disiasat", "body": "\n\u2190 Back to list\nBekas Timbalan Menteri disiasat\nApr 10, 2020\n\nBekas Timbalan Menteri disiasatFoto - Malay MailPolis akan membuka kertas siasatan terhadap seorang bekas Timbalan Menteri kerana menyiarkan video dengan keterangan palsu di akaun Facebooknya, malam tadi.Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Ahli Parlimen itu juga akan dipanggil memberi keterangan jika siasatan membuktikan tindakannya itu menimbulkan\u00a0panik dalam kalangan masyarakat dan agensi penguatkuasa.Malah katanya, siasatan kes ini telah diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman memandangkan tindakan memuat naik video dengan keterangan palsu itu amat tidak bertanggungjawab.-----PKP dilanjut 2 minggu lagiFoto - BernamaTempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa II yang sepatutnya berakhir pada 14 April ini disambung dua minggu lagi sehingga 28 April 2020.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelanjutan ini bagi memberi ruang petugas kesihatan memerangi COVID-19 selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat.Malah, pelanjutan ini juga selaras dengan pandangan Pertubuhuan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya PKP tidak ditarik terlalu awal.-----Sektor ekonomi terpilih dibuka semulaFoto - BernamaBeberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, satu jawatankuasa khas Kabinet telah diwujudkan untuk meneliti senarai sektor ekonomi yang terpilih yang akan diumumkan dalam masa terdekatNamun, beliau menjelaskan pembukaan beberapa sektor yang terhad ini bukan bermaksud melonggarkan perintah kawalan pergerakan kerana ia masih perlu dipatuhi semua pihak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=119965", "title": "Fenomena Air Pasang Besar: Beberapa Kawasan Mulai Dinaiki Air.", "body": "\n\u2190 Back to list\nFenomena Air Pasang Besar: Beberapa Kawasan Mulai Dinaiki Air.\nNov 05, 2021\n\n\nFenomena Air Pasang Besar: Beberapa Kawasan Mulai Dinaiki Air\nFenomena air pasang besar mula melanda kawasan Kuala Kedah tengah malam tadi.\nIa menyebabkan beberapa kawasan di negeri itu mula dinaiki air.\nBomba memaklumkan, air laut didapati sudah memasuki kawasan pasar di daerah itu.\nPihaknya dalam keadaan bersiap-sedia menjalankan operasi jika terima panggilan menyelamat.\nFenomena air pasang besar kini melanda 4 negeri iaitu, Kedah, Perak, Selangor dan Johor.\nIa akan jadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak.\nSementara itu, bilangan mangsa banjir di Kedah meningkat kepada lebih 900 orang.\nMangsa mendapatkan perlindungan di 10 pusat pemindahan bencana alam itu di Pendang dan Baling.\r\n\u00a0\n\nLelaki Korban Pertama Banjir di Kedah\nSeorang lelaki jadi korban pertama banjir di Kedah.\nMangsa dilaporkan lemas ketika memukat ikan di bendang yang ditenggelami air.\n\r\n\u00a0\nPRN Sarawak: SPR Akan Bermesyuarat\nSPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi bincang tarikh pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.\nIa susulan penamatan rasmi Proklamasi Darurat negeri itu setelah dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.\nPRN Sarawak bakal diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh proklamasi tersebut dibatalkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=120086", "title": "32 Pasukan Cantas Khas Ditubuhkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\n32 Pasukan Cantas Khas Ditubuhkan.\nNov 08, 2021\n\n32 Pasukan Cantas Khas ditubuhkan.\nPDRM tubuhkan 32 Pasukan Cantas Khas bagi memastikan tiada unsur gengsterism berlaku sepanjang PRN Melaka.\nPasukan terbabit akan menjalankan rondaan setiap masa di kawasan panas seluruh negeri itu.\n\nBuat masa ini, tiada unsur gengsterism dilaporkan namun tegas polis, pihaknya sentiasa bersiap sedia jika terdapat elemen sebegitu dalam PRN kali ini.\nSementara itu, 4 kertas siasatan dibuka berkaitan penyebaran berita palsu, fitnah dan penghinaan menerusi media sosial sejak pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lalu.\nIa termasuklah penularan berita palsu mengenai SOP dan penutupan sempadan negeri sempena PRN Melaka yang viral baru-baru ini.\n\u00a0\nFenomena air pasang besar bukan pesta untuk bersuka ria!\nTegas bomba, sebarang kejadian tidak diingini boleh berlaku walaupun sesuatu aktiviti itu dianggap sekadar hiburan atau riadah.\nJusteru, orang ramai diingatkan supaya terus peka dengan keadaan sekeliling bagi elak sebarang kejadian tidak diingini.\n\u00a0\nKPM selesai agihkan 150,000 peranti.\nKementerian Pendidikan telah selesai mengagihkan kesemua 150,000 peranti kepada pelajar yang memerlukan, pada 29 Oktober lalu.\nJelasnya, pada peringkat awal, berlaku kelewatan dalam agihan peranti itu ekoran sekatan pergerakan akibat pandemik COVID-19.\nPenerima bantuan di bawah inisiatif CERDIK itu katanya kini menggunakan peranti berkenaan dalam pembelajaran mereka.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81321", "title": "10 lagi kes baru Covid-19 dicatatkan di Malaysia.", "body": "\n\u2190 Back to list\n10 lagi kes baru Covid-19 dicatatkan di Malaysia.\nMar 08, 2020\n\n10 lagi kes baru Covid-19 dicatatkan di negara ini menjadikan angka keseluruhan naik kepada 93 kes.Kementerian Kesihatan memaklumkan, semua kes kini dirawat dan dikuarantin.Pihaknya juga sedang kenal pasti kontak-kontak rapat kes sedia ada bagi merawat dan mencegah penularan COVID-19.Zahid Hamidi tidak mahu jawatan dalam kabinet.Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi umum beliau tidak mahu jawatan dalam Kabinet.Namun beliau memaklumkan UMNO dan BN telah mengemukakan cadangan senarai nama sebagai anggota kabinet kepada perdana menteri.Ujar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, senarai itu turut mengandungi muka baru, tokoh muda, pakar atau ahli profesional dan teknokrat.Hari ini genap 6 tahun tragedi kehilangan pesawat MH370.Kementerian Pengangkutan dijangka bertemu Perdana Menteri\u00a0minggu depan bagi bentang kertas Kabinet berkaitan pampasan kepada waris penumpang dan kru MH370.Pampasan tersebut adalah sebagai penyelesaian luar mahkamah bagi kes saman waris mangsa\u00a0terhadap kerajaan Malaysia dan agensi berkaitan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72869", "title": "500 kanak-kanak tidak mendapatkan imunisasi vaksin bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini", "body": "\n\u2190 Back to list\n500 kanak-kanak tidak mendapatkan imunisasi vaksin bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini\nJun 24, 2016\n\nKementerian Kesihatan merekodkan 500 kanak-kanak tidak mendapatkan imunisasi vaksin bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, ia dianggap serius dan angka itu dijangka bertambah sekali ganda berbanding 1,500 kanak-kanak tahun lalu.Justeru, ibu bapa digesa membawa anak mereka ke pusat perubatan bagi mendapatkan suntikan berkenaan, berikutan merebaknya wabak difteria yang semakin membimbangkan.\u00a0Terdahulu, bakteria tersebut telah menyebabkan 2 kanak-kanak di Kedah dan di Melaka maut.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81229", "title": "Tiada Tarikh Tetap Peralihan Kuasa", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Tarikh Tetap Peralihan Kuasa\nFeb 22, 2020\n\nTiada Tarikh Tetap Peralihan KuasaTiada tarikh ditetapkan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad serah jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya.Keputusan sebulat suara itu diumumkan sendiri oleh Tun M selepas selesai mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi.Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menegaskan beliau tetap bersabar untuk tunggu giliran diangkat sebagai PM ke-8.10 Juta Penutup Hidung & Mulut Akan Ada di Pasaran10 juta penutup hidung dan mulut akan mula dibekalkan pengeluar dalam tempoh seminggu di seluruh negara.Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), ia bagi penuhi permintaan pengguna susulan penularan COVID-19.Kementerian juga memaklumkan, 23 kes babit kesalahan penjualan penutup hidung dan mulut direkodkan termasuk menjualnya melebihi harga kawalan.Qari OKU Menang Tilawah Al-Quran KebangsaanPeserta OKU penglihatan dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dinobatkan johan qari Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun ini.Puteri Kalimatul Azzua Hamid dari Perak pula dinobatkan sebagai johan qariah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72032", "title": "Audit ke atas projek KLVC yang dibangunkan atas tanah milik FELDA akan bermula hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAudit ke atas projek KLVC yang dibangunkan atas tanah milik FELDA akan bermula hari ini.\nJan 08, 2018\n\nAudit ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City, KLVC yang dibangunkan atas tanah milik FELDA yang kini menjadi kontroversi, akan bermula hari ini.Tegas FELDA, dengan audit berkenaan pihak yang terbabit dengan salah laku tidak akan terlepas.Audit seumpama itu juga pernah dilaksanakan ketika isu penggantungan sementara Pengurus Besar FELDA pada Disember 2014.Bulan lalu, media melaporkan FELDA berisiko hilang hak ke atas tanahnya di Jalan Semarak, KL yang dianggar bernilai lebih 200 juta ringgit.Ini kerana dipercayai telah bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71372", "title": "PLUS Ingatkan Pengguna Lebuh Raya Agar Terus Patuhi SOP.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPLUS Ingatkan Pengguna Lebuh Raya Agar Terus Patuhi SOP.\nDec 07, 2020\n\nPengguna lebuh raya diingatkan untuk terus patuhi SOP memandangkan perjalanan rentas negeri dibenarkan mulai hari ini.PLUS berkata pengguna boleh semak status destinasi yang dituju daripada perspektif COVID-19 sebelum memulakan perjalanan menerusi MKN atau aplikasi MySejahtera.Orang ramai juga diingatkan agar pastikan baki kad tambah nilai mencukupi untuk transaksi tanpa sentuh dan tanpa tunai bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.Masih ramai yang langgar SOP PKP!Walaupun sudah hampir 8 bulan pelaksanaan PKP di negara ini, masih ramai yang gagal patuhi SOP.\u00a0Menteri Kanan Keselamatan berkata hampir 520 individu ditahan kelmarin dengan kesalahan paling tinggi adalah gagal patuhi penjarakan fizikal.\u00a0la dikuti dengan kesalahan aktiviti pusat hiburan dan tidak memakai pelitup muka.\u00a0Terlelap dipercayai punca kemalangan babitkan\u00a0pemain bola sepak kebangsaan, Syafiq Ahmad.Siasatan polis mendapati terlelap ketika memandu dipercayai jadi punca kereta yang dipandu pemain bola sepak kebangsaan, Syafiq Ahmad terlibat dalam nahas awal pagi semalam.\u00a0Ketika itu Syafiq bersama keluarganya dalam perjalanan dari Johor Baru untuk pulang ke kampung di Kedah.\u00a0Jenazah ibu mertua dan bayi lelakinya selamat dikebumikan di Pendang malam tadi manakala isteri dan anak sulungnya kini jalani rawatan di hospital.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72415", "title": "Lebih 400,000 penduduk Malaysia berusia 50 tahun ke atas alami masalah penglihatan", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 400,000 penduduk Malaysia berusia 50 tahun ke atas alami masalah penglihatan\nOct 12, 2017\n\nBanci Mata Kebangsaan II 2014 mendapati, 413,000 penduduk di negara ini yang berumur 50 tahun ke atas mempunyai masalah penglihatan.Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan berkata, daripada jumlah itu, 113,000 orang menjadi buta dengan 43,000 daripadanya dikenal pasti berpunca daripada katarak.Turut dianggarkann sejumlah 1.3 juta rakyat Malaysia yang berusia 50 tahun ke atas akan mengalami katarak dalam tempoh lima ke 10 tahun akan datang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=124998", "title": "Omicron Berisiko Cetuskan Kesan Kesihatan Berpanjangan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nOmicron Berisiko Cetuskan Kesan Kesihatan Berpanjangan.\nJan 03, 2022\n\n\nOmicron Berisiko Cetuskan Kesan Kesihatan Berpanjangan.\nVarian Omicron boleh cetuskan risiko kesan kesihatan berpanjangan kepada pesakit Covid-19 antara 20 hingga 30 peratus.\nKetua Pengarah Kesihatan beritahu BH, walaupun Omicron dilapor kurang ganas berbanding Delta, ia masih mampu menjangkiti lebih ramai individu dalam tempoh singkat.\nGolongan rentan katanya lebih berisiko untuk masuk ke hospital dan ICU.\nSetakat ini, Malaysia mencatatkan 64 kes varian Omicron.\r\n\u00a0\nHujan lebat berterusan diramal berlaku di beberapa negeri hari ini dan esok.\nMenurut MetMalaysia, ia melibatkan negeri-negeri Pantai Timur, Johor, Melaka, Negeri\nSembilan, KL, Putrajaya, Selangor dan Sabah.\nJumlah mangsa banjir kini meningkat kepada kira-kira 13,000 orang.\nJohor paling terjejas dengan hampir 4,000 orang diikuti Melaka, Sabah dan Negeri Sembilan masing-masing lebih 2,000.\n\u00a0\nPlatform tinggi menara telekomunikasi dicadang dibina bagi elak banjir.\nKerajaan bercadang untuk membina platform setinggi kira-kira 3 meter di 1,000 buah menara telekomunikasi yang terkesan akibat banjir.\nIa bagi memastikan kerosakan di menara tersebut dapat dikurangkan dan perhubungan telekomunikasi tidak terputus terutamanya ketika banjir melanda.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72269", "title": "Lebih separuh suspek rasuah golongan muda.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih separuh suspek rasuah golongan muda.\nMar 28, 2017\n\nLebih separuh daripada hampir 1,270 individu yang ditahan SPRM tahun lalu merupakan golongan belia yang berumur 40 tahun ke bawah.Suruhanjaya itu menyifatkan angka itu membimbangkan dan perlu ditangani dengan serius kerana generasi muda yang akan membentuk masa depan dan hala tuju negara.Pihaknya turut memaklumkan, telah membuka 50 kertas siasatan dan menahan 18 orang bagi bantu siasatan kes rasuah melibatkan IPTA pada tahun lepas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72927", "title": "Budak lelaki 5 tahun sah mati dipercayai akibat didera", "body": "\n\u2190 Back to list\nBudak lelaki 5 tahun sah mati dipercayai akibat didera\nJun 30, 2017\n\nBedah siasat mendapati terdapat unsur penderaan dalam kes kematian seorang budak lelaki 5 tahun di Jerteh, Terengganu, Ahad lalu.Menurut polis, terdapat koyakan pada usus kecil mangsa selain mengalami beberapa kesan lebam lama dan baru pada badan.Bapa tiri mangsa yang telah ditahan polis sebelum ini mendakwa, anak tirinya itu terjatuh dari motosikal.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71747", "title": "Kanak-Kanak 8 Tahun Maut di Tangan Bapa Sendiri", "body": "\n\u2190 Back to list\nKanak-Kanak 8 Tahun Maut di Tangan Bapa Sendiri\nFeb 21, 2016\n\nSeorang wanita parah, manakala anak lelakinya berusia 8 tahun maut ditikam oleh suaminya di Keningau, Sabah.Suspek dilapor berang kerana mangsa meminta wang belanja dapur.Polis berjaya menahan suspek selepas kejadian dan dia didapati positif dadah jenis syabu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73391", "title": "Kerja-kerja perobohan tol Batu Tiga dijangka selesai hujung Mac", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerja-kerja perobohan tol Batu Tiga dijangka selesai hujung Mac\nFeb 20, 2018\n\nKementerian Kerja Raya jangkakan kerja-kerja perobohan struktur binaan Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam, Selangor akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 28 Mac ini.\u00a0Katanya, PLUS kini sedang menjalankan proses pengalihan aset membabitkan peralatan tol, papan tanda dan sebagainya\u00a0 sebelum perobohan struktur fizikal bermula.\u00a0Program pengurusan trafik juga akan dijalankan bagi memastikan aliran lalu lintas tidak terganggu semasa kerja-kerja perobohan sedang dilaksanakan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79458", "title": "Agensi Pengangkutan Awam Darat siasat punca pertengkaran di kaunter perkhidmatannya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAgensi Pengangkutan Awam Darat siasat punca pertengkaran di kaunter perkhidmatannya.\nFeb 28, 2019\n\nAgensi Pengangkutan Awam Darat siasat punca insiden pertengkaran yang berlaku di kaunter perkhidmatannya, yang viral baru-baru ini.APAD dalam satu kenyataan menjelaskan, pelanggan itu sebenarnya tidak menunggu lama sepertimana didakwa dalam video berkenaan.Sebaliknya, dia tidak berpuas hati kerana tidak dapat berurusan di kaunter itu memandangkan had nombor mencapai had maksimum giliran harian.Had harga maksimum petrol RON95 diturunkan.Had harga maksimum petrol RON95 diturunkan kepada RM2.08 berbanding RM2.20 seliter.Menurut Kementerian Kewangan, pengurangan had maksimum bahan api itu selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.Rakyat Malaysia di kawasan sempadan India-Pakistan\u00a0perlu waspada!Rakyat Malaysia yang berada di Azad Jammu dan Kashmir atau kawasan sempadan India-Pakistan diminta segera meninggalkan wilayah tersebut.Wisma Putra mengeluarkan nasihat itu ekoran situasi keselamatan di sempadan 2 negara berkenaan berikutan ketegangan hubungan 2 hala libatkan\u00a0angkatan tentera mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70401", "title": "Bantu Rakyat Bangkit Selepas PKP", "body": "\n\u2190 Back to list\nBantu Rakyat Bangkit Selepas PKP\nJun 28, 2020\n\nBantu Rakyat Bangkit Selepas PKPPerdana Menteri mengarahkan kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memudahkan urusan menjalankan perniagaan.Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia supaya rakyat khasnya peniaga jalanan dan anak muda dapat bangkit semula ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Antara urusan yang disaran dipermudahkan ialah pengeluaran lesen perniagaan.PKP yang dikuat kuasakan sejak 3 bulan lalu disebabkan COVID-19 menyebabkan sejuta pekerja di negara ini hilang pekerjaan terutama anak muda.Sejajar dengan itu Terengganu kini beri kelonggaran sementara kepada penjaja kecil.Antaranya petugas PBT tidak rampas barangan penjaja jalanan asalkan mereka berniaga di kawasan selamat.Keputusan Solat Jumaat 2 Sesi Minggu DepanKeputusan berkaitan keperluan solat Jumaat 2 sesi akan diketahui tidak lama lagi, dijangkakan minggu depan.Menurut Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, perkara itu diutarakan dan dibincangkan bagi membolehkan lebih ramai dapat menunaikan solat tersebut.Menteri Hal Ehwal Agama itu juga berkata, negeri-negeri yang tiada beraja sebaiknya mengikut keputusan yang akan dibuat Wilayah Persekutuan seperti lazimnya.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73271", "title": "Malaysia tidak akan terkesan jika kerajaan boikot produk dari Kesatuan Eropah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia tidak akan terkesan jika kerajaan boikot produk dari Kesatuan Eropah.\nFeb 01, 2018\n\nKementerian Pertanian dan Industri Asas Tani jamin Malaysia tidak akan terima kesan jika kerajaan boikot produk makanan dan hasil pertanian dari Kesatuan Eropah.Ini kerana majoriti produk yang diimport dari negara angota EU merupakan hasil tenusu yang diketahui bukan makanan asas rakyat negara ini.Kementerian beri kenyataan itu ekoran rancangan kesatuan tersebut boikot minyak sawit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73102", "title": "Kementerian Pertahanan saran agar jangan sensasikan kes bunuh seorang warga Palestin di KL, Sabtu lalu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pertahanan saran agar jangan sensasikan kes bunuh seorang warga Palestin di KL, Sabtu lalu.\nApr 25, 2018\n\nOrang ramai disaran agar tidak mensensasikan kes bunuh seorang warga Palestin di KL, Sabtu lalu.Menurut Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia turut membantu PDRM dalam menjalankan risikan bagi mengesan kedua-dua suspek kes itu.Semalam, Ketua Polis Negara mengesahkan motosikal berkuasa tinggi yang disyaki digunakan suspek kes pembunuhan itu dijumpai orang awam di sekitar Danau Kota.Sumber beritahu Berita Harian, kedua-dua suspek kes tersebut dipercayai telah mengkaji rutin harian mangsa termasuk kedudukan CCTV di kawasan tersebut bagi menyukarkan identiti mereka dikesan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79928", "title": "Tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan untuk Aidilfitri tahun ini lebih panjang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan untuk Aidilfitri tahun ini lebih panjang.\nMay 16, 2019\n\nTempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan untuk Aidilfitri tahun ini lebih panjang.Ia akan berkuatkuasa selama 30 hari berbanding 15 hari sebelum ini yang akan bermula 21 Mei dan berakhir pada 19 Jun.Ia juga babitkan penambahan senarai barangan iaitu 27 jenis berbanding 21 sebelum ini, antaranya kacang panjang, kacang tanah dan cili kering.Barangan itu dapat permintaan tertinggi ketika perayaan - jadi kawalan harga dibuat bagi menstabilkan harga dan bekalan di pasaran termasuk untuk tujuan rumah terbuka.Guru di Marang, Terengganu raih\u00a0 Anugerah 'Most Exceptional Educator' tahun ini.Seorang guru di Marang, Terengganu dinobatkan pemenang Anugerah 'Most Exceptional Educator' tahun ini.Anugerah tahunan itu bersempena sambutan Hari Guru hari ini yang bertujuan beri penghargaan untuk pendidik 'luar biasa' di seluruh negara.Foto: Sinar HarianTema sambutan kali ini ialah 'Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi'.Berhenti sebar gambar\u00a0remaja di Sarawak yang terjun bunuh diri, baru-baru ini.SKMM menasihatkan pengguna media sosial lebih prihatin dengan melaporkan segera sebarang catatan di media sosial yang dilihat cenderung ke arah tindakan bunuh diri.Ia bagi elak insiden seorang remaja 16 tahun di Sarawak yang terjun bunuh diri baru-baru ini selepas beri bayangan akan berbuat demikian di Instagramnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73394", "title": "Bayi perempuan berusia 46 hari maut dipercayai didera", "body": "\n\u2190 Back to list\nBayi perempuan berusia 46 hari maut dipercayai didera\nFeb 16, 2018\n\nBayi perempuan berusia 46 hari maut selepas dipercayai didera di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pagi semalam.Ekoran itu, polis menahan bapa mangsa yang berusia 22 tahun untuk membantu siasatan dan dijangka direman, hari ini.bedah siasat ke atas bayi itu akan dibuat hari ini bagi mengetahui punca sebenar mangsa meninggal dunia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72853", "title": "Gempa Bumi Lahad Datu : Penduduk diminta Waspada", "body": "\n\u2190 Back to list\nGempa Bumi Lahad Datu : Penduduk diminta Waspada\nMar 04, 2016\n\nJusteru, Jabatan Meteorologi Malaysia meminta penduduk di kawasan berkenaan agar berwaspada dari semasa ke semasa.Jelas jabatan itu kepada ASTRO AWANI, bermungkinan akan berlaku gempa bumi susulan yang lebih kuat sehingga 6 magnitud pada skala Richter\u00a0\u202a#\u200eerafmsabah\u202c\u00a0\u202a#\u200egempabumi\u202c\u00a0\u202a#\u200eterkini\u202c\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72548", "title": "Empat wanita ditahan, bantu siasatan kes dera di sebuah taska", "body": "\n\u2190 Back to list\nEmpat wanita ditahan, bantu siasatan kes dera di sebuah taska\nJan 21, 2017\n\nEmpat wanita ditahan untuk bantu siasatan kes 3 kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi, Selangor.Ketua Polis Kajang berkata salah seorang daripada yang ditahan merupakan pengurus taska berkenaan berusia 46 tahun.Kanak-kanak terbabit telah menjalani pemeriksaan di\u00a0hospital dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80444", "title": "Tiada Menteri Baru Akan Anggotai Kabinet ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Menteri Baru Akan Anggotai Kabinet \nAug 22, 2019\n\nPerdana Menteri tegaskan, tiada menteri baharu akan menganggotai Kabinet.Sebaliknya jelas Tun Dr Mahathir Mohamad, mungkin berlaku pertukaran kecil portfolio menteri.Tambah beliau, Datuk Seri Mustapa Mohamad tidak akan dibawa masuk sebagai anggota Kabinet, seperti yang didakwa beberapa pihak.Bekalan Jalur Gemilang Terbalik KPM Akan Siasat\u00a0Kementerian Pendikan akan siasat berhubung dakwaan, kononnya\u00a0sebuah sekolah menerima bekalan jalur gemilang secara terbalik.Insiden itu tular di Twitter apabila seorang pemilik akaun memuat naik gambar bendera terbabit.Baru-baru ini, sebuah sekolah di Pahang turut jadi tumpuan selepas Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sekolah berkenaan.Tambak Johor Akan Di Naik Taraf\u00a0Melebar dan memanjangkan Tambak Johor, adalah antara cadangan yang diketengahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas yang berlangsung semalam.Menurut Kementerian Dalam Negeri, antara cadangan lain, membina laluan pejalan kaki berbumbung serta membesarkan kompleks pintu masuk.KDN merupakan pihak bertanggungjawab untuk uruskan hal kesesakan itu selepas Pasukan Petugas Khas ditubuhkan peringkat Johor dibubarkan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73118", "title": "Keputusan STPM 2017 akan dikeluarkan pada 6 Mac ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKeputusan STPM 2017 akan dikeluarkan pada 6 Mac ini.\nFeb 28, 2018\n\nKeputusan STPM 2017 akan dikeluarkan pada 6 Mac ini babitkan lebih 43,000 pelajar yang duduki peperiksaan itu.\u00a0Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia, calon sekolah boleh menyemak keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari.Manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81766", "title": "Elak Bawa Anak Kecil Ke Pusat Membeli-Belah", "body": "\n\u2190 Back to list\nElak Bawa Anak Kecil Ke Pusat Membeli-Belah\nMay 12, 2020\n\nElak Bawa Anak Kecil Ke Pusat Membeli-BelahKerajaan mungkin mewartakan larangan bawa anak-anak kecil ke pusat membeli-belah atau pasar raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.Menurut Menteri Kanan Keselamatan, ia mungkin dilakukan jika masih ada individu tidak prihatin terhadap perkara itu.Tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, individu dewasa sepatutnya tahu risiko jangkitan COVID-19 jika kanak-kanak dibawa berada dalam kumpulan manusia yang ramai.Terus Patuh PKPB Semasa Raya NantiUmat Islam diminta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.Ujar Ketua Pengarah Kesihatan, ia termasuk menghadkan jumlah pelawat yang berkunjung ke rumah pada satu-satu masa.Jelas Datuk Dr Noor Hisham Abdulllah, jumlah 20 orang yang disaran kerajaan terhad kepada ahli keluarga dan perlu mengambil kira faktor keluasan rumah.Penjarakan sosial juga perlu terus diamalkan dan tiada salam serta cium bagi melindungi golongan berisiko khasnya warga emas dan kanak-kanak.Berita Baik Untuk Penjawat AwamKerajaan setuju beri elaun khas kepada penjawat awam sempena Aidilfitri.Elaun RM500 itu akan dinikmati penjawat awam gred 56 dan ke bawah manakala pesara akan terima RM250.Ia akan dibayar pada 20 Mei ini.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72767", "title": "Yazit Search Enggan Mohon Maaf", "body": "\n\u2190 Back to list\nYazit Search Enggan Mohon Maaf\nMay 12, 2016\n\nMalah ujar Yazit dalam sidang media tadi, dia akan membuat laporan polis kedua terhadap rakan-rakannya dalam kumpulan rock lagenda itu.Ujar Yazit, walaupun tidak bermain dalam konsert dia tetap mahukan bahagiannya kerana dia adalah pengasas Search dan ahli lembaga pengarah syarikat pengurusan GoSearch.Menurut Yazit, dia mendapat tahu ada anggota kumpulan itu meminta namanya dikeluarkan daripada senarai MoU bersama penganjur konsert mereka Ogos nanti.Siasatannya juga dapati, Search sudah terima bayaran pendahuluan pertama sebanyak RM75,000, iaitu RM18,750 setiap orang, tetapi dia tidak menerima sesen pun.Yazit juga mempersoalkan mengapa cek bayaran dikeluarkan atas nama individu jika benar wang itu digunakan untuk tujuan promosi seperti didakwa.Foto : Berita Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73196", "title": "Akta Antiberita Tidak Benar 2018 masih sah dan terpakai.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAkta Antiberita Tidak Benar 2018 masih sah dan terpakai.\nSep 13, 2018\n\nAkta Antiberita Tidak Benar 2018 masih sah dan terpakai untuk sebarang kes pendakwaan dan saman di mahkamah.Ini selepas Dewan Negara yang dikuasai BN semalam menolak Rang Undang-Undang untuk memansuhkan akta itu.Undi belah bahagi menyaksikan 28 anggota dewan tidak menyokong berbanding 21 menyokong, manakala 3 lagi memilih untuk tidak mengundi.Jangan terlalu bergantung kepada 'Dr Google'Jangan terlalu bergantung kepada kandungan dalam talian berkaitan nasihat kesihatan dan perubatan termasuk 'Dr Google'.Menurut Kementerian Kesihatan, trend kebergantungan kepada Google untuk maklumat kesihatan kini agak membimbangkan.Antara kesannya individu yang mempunyai simptom tertentu mungkin menjadi terlalu takut mendapatkan rawatan hanya kerana terpengaruh dengan maklumat dalam talian.Pelantikan Dr Maszlee sebagai Presiden UIAM dibuat oleh pihak berkepentinganMenteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menegaskan, pelantikan beliau sebagai Presiden UIAM bukan atas kehendak beliau tapi dibuat pihak berkepentingan universiti itu.Beliau juga menjelaskan, lantikan itu dibuat atas dasar UIAM mahu mengembalikan semula kegemilangan universiti tersohor itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81078", "title": " Kelantan Bebas Virus Influenza A", "body": "\n\u2190 Back to list\n Kelantan Bebas Virus Influenza A\nJan 15, 2020\n\nJabatan Kesihatan Negeri Kelantan sahkan negeri ini bebas daripada wabak influenza A.Setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang kes melibatkan wabak berkenaan.Tambahnya, kerjasama dengan kerajaan Thailand akan dijalankan untuk menangani wabak tersebut terutama mereka yang keluar masuk di pintu sempadan kedua-dua negara.Dalam perkembangan berkaitan, jumlah pelajar dijangkiti Influenza A di Selangor meningkat lebih 140 orang menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti virus itu hampir 390 pelajar.Sabah Nak 100,000 Vaksin Polio\u00a0Kerajaan Sabah memerlukan lebih 100 ribu vaksin polis dalam usaha mengekang penularan wabak virus polio.Setakat ini 10 ribu vaksin sudah diberikan kepada kanak-kanak di negeri itu meliputi daerah Kota Kinabalu dan Tuaran.Dalam perkembangan berkaitan, \u00a0tiga kanak-kanak yang disahkan positif polio masih menerima rawatan di hospital.\u00a0Sekolah Boleh Rai Apa Jua Perayaan Tetapi BersyaratKementerian Pendidikan tidak menghalang apa jua perayaan untuk diraikan di sekolah-sekolah seluruh negara.Ini kerana sekolah merupakan pusat untuk memupuk perpaduan, belajar budaya serta menghormati adat resam antara kaum.\u00a0Tambahnya, setiap perayaan dianjurkan itu harus mengikut garis panduan yang ditetapkan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79443", "title": "Tiada suntikan vaksin, tidak boleh ke sekolah!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada suntikan vaksin, tidak boleh ke sekolah!\nFeb 26, 2019\n\nTiada suntikan, tidak boleh ke sekolah!Itu saranan Persatuan Doktor Islam Malaysia dalam usaha memastikan rakyat negara ini dapat suntikan vaksin imunisasi.Jelasnya, ia juga antara gesaan buat ibu bapa yang enggan benarkan anak mereka terima suntikan itu hingga menyebabkan berlaku kes kematian, baru-baru ini.Dalam perkembangan berkaitan, kira-kira 230 bayi di Terengganu dikesan\u00a0tidak terima suntikan vaksin tahun lalu kerana tidak dibenarkan oleh ibu bapa.Berhati-hati lakukan aktiviti luar ekoran cuaca panas ketika ini.Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati melakukan aktiviti luar ekoran cuaca panas ketika ini.Jabatan Meteorologi Malaysia berkata mereka juga disaran agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan terus peka dengan amaran cuaca terkini.Sementara itu, Jabatan Pendidikan Perak nasihatkan semua sekolah di negeri itu agar kurangkan aktiviti luar kelas bagi elak pelajar terdedah dengan risiko strok haba.Antara kawasan yang catat suhu purata paling tinggi dalam tempoh 3 hari lalu termasuklah Kuala Kangsar - Perak, Sik - Kedah, Muar -Johor, dan Kepong-KL.Tabung Haji masih di bawah\u00a0bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.Dakwaan kononnyaTabung Haji kini diletakkan di bawah Kementeri Kewangan adalah palsu!Jelas Jabatan Perdana Menteri, apa yang berlaku adalah hanya aset-aset TH yang tidak menguntungkan dipindah ke syarikat tujuan khas milik kerajaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71455", "title": "Hanya Bilangan Kecil", "body": "\n\u2190 Back to list\nHanya Bilangan Kecil\nDec 22, 2020\n\nNahas Jalan Raya Libat Penunggang Basikal Riadah KecilKebanyakan kemalangan maut di jalan raya melibatkan penunggang basikal bukan kerana aktiviti riadah.Menurut Bukit Aman, bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu, daripada 56 kematian penunggang basikal, cuma 4 kes melibatkan aktiviti riadah.Jelas PDRM, majoriti kes kematian membabitkan mangsa kemalangan yang menggunakan basikal sebagai kenderaan terutama di pekan dan kampung kecil.Pihaknya turut menasihatkan penunggang basikal mematuhi undang-undang dan tidak menunggang sederet, tidak berlumba dan menukar haluan sesuka hati.*foto sekadar hiasanBeratur Panjang Permohonan i-Sinar kategori 1 yang dibuka bermula semalam menyaksikan orang ramai beratur panjang di cawangan-cawangan KWSP.Walaupun boleh dimohon secara dalam talian, pencarum memaklumkan mereka hadir untuk pendaftaran i-Akaun dan mendapatkan penjelasan lanjut.Berdasarkan tinjauan media, KWSP turut mengambil inisiatif menyediakan kanopi, mengedarkan air minuman, juga menyediakan kaunter khas untuk golongan yang memerlukan.KWSP juga dibantu polis bantuan dan pengawal keselamatan bagi memantau pengunjung agar SOP mencegah penularan COVID-19 terus dipatuhi.Elya Tular!Watak Elya yang dikatakan muncul selepas pendaftaran maklumat peribadi dalam talian i-Akaun KWSP untuk permohonan i-Sinar mencuri perhatian ramai.Difahamkan Elya berfungsi sebagai penasihat yang bantu pencarum buat pilihan untuk mengeluarkan jumlah tertentu sahaja mengikut keperluan.Permohonan i-Sinar bagi kategori 1 dibuka bermula semalam manakala kategori 2 pada 11 Januari.Mungkin Terpaksa MeminjamKerajaan mungkin terpaksa melaksanakan suntikan dana melalui pinjaman jika COVID-19 terus menular sehingga memasuki gelombang ke-4.Ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustafa Mohamed kepada Berita Harian, apa sekalipun tindakan diambil, keutamaan kerajaan ketika ini adalah terhadap soal keselamatan, kesihatan dan ekonomi rakyat serta negara.Namun pada masa ini kerajaan menjangkakan krisis kesihatan ekonomi disebabkan pandemik COVID-19 akan kembali pulih tahun depan berdasarkan ketersediaan vaksin virus itu dan peningkatan ekonomi global.Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menilai vaksin COVID-19 keluaran syarikat farmaseutikal antarabangsa, Pfizer.Proses pernilaian vaksin itu\u00a0mengambil masa 90 hingga 120 hari dengan memberi keutamaan\u00a0kepada keselamatan dan keberkesanan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79511", "title": "Proses bedah siasat kes kematian kanak-kanak di Langkawi akan dijalankan esok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nProses bedah siasat kes kematian kanak-kanak di Langkawi akan dijalankan esok.\nMar 07, 2019\n\nProses bedah siasat ke atas cebisan rambut dan tengkorak milik budak 3 tahun yang maut di Langkawi akan dijalankan esok.Polis Kedah berkata pihaknya kini dalam proses ambil ujian DNA terhadap ibu mangsa untuk buat perbandingan ke atas bukti yang ditemui.Semalam, misteri kehilangan kanak-kanak itu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna di kawasan gaung di Hutan Gunung Raya.Kedua-dua suspek, pasangan suami isteri yang merupakan penjaga kanak-kanak terbabit, akan direman hari ini.FELCRA siasat video viral pegawainya marah pekerja di ladang kelapa sawit.Video viral papar COO Felcra marah pekerja di sebuah ladang kelapa sawit akan dibincangkan pada mesyuarat Lembaga Pengarah Felcra, hari ini.Pengerusinya, Datuk Nageeb Wahab berkata siasatan dalaman sedang dijalankan untuk tahu punca sebenar kejadian itu berlaku.Namun, pihaknya sifatkan kejadian itu sebagai tiada isu dan anggap COO yang baru dilantik ke jawatan itu terlalu bersemangat menjalankan tugasnya.Pengguna jalur lebar di negara ini meningkat 8 kali ganda.1.2 juta pengguna langgan jalur lebar dengan kelajuan lebih daripada 100Mbps tahun lepas, meningkat 8 kali ganda berbanding tahun 2017.Kementerian Komunikasi dan Multimedia percaya ia ekoran gesaannya agar pihak telco tingkatkan kelajuan internet dengan harga yang lebih murah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70445", "title": "Orang ramai digalakkan kunjungi pawagam", "body": "\n\u2190 Back to list\nOrang ramai digalakkan kunjungi pawagam\nJul 04, 2020\n\nOrang ramai digalakkan kunjungi pawagamFoto - mStar OnlineKerajaan menggalakkan orang ramai kunjungi pawagam dan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi merancakkan semula industri perfileman dan hiburan negara.Pengunjung pula tidak perlu risau memandangkan pihak syarikat panggung wayang sedia mematuhi SOP yang ditetapkan bagi menjaga keselamatan penonton.Justeru, kedua-dua pihak iaitu pihak syarikat panggung wayang dinasihatkan menyediakan SOP yang ketat dan penonton pula harus mengawal diri dan mengikut SOP ditetapkan.-----Cukai jalan bantu kos selenggara jalan?Foto - MyNewsHubKementerian Kerja Raya mencadangkan supaya peratusan tertentu daripada cukai jalan dimasukkan ke dalam akaun amanah untuk tujuan penyelenggaraan jalan persekutuan di selurh negara.Ia merupakan antara cadangan yang diketengahkan melalui rundingan bersama Kementerian Pengangkutan bagi menyelesaikan masalah berkenaan yang disebabkan kenderaan lebih muatan.Lagi pun menurut kementerian itu, peruntukan penyelenggaraan jalan sedia ada yang diterima daripada kumpulan wang disatukan adalah tidak mencukupi.-----Sekolah, madrasah tahfiz sasaran saraingan COVID-19Foto - The StarKementerian Kesihatan Malaysia akan menjalankan saringan COVID-19 terhadap semua sekolah dan madrasah tahfiz di negara ini, tidak kira sama ada ia berdaftar atau tidak.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan institusi terbabit sememangnya antara sasaran untuk saringan pengesanan COVID-19 dijalankan.Namun, KKM mengalu-alukan sekolah dan madrasah ini untuk mendaftarkan institusi masing-masing dan pihaknya akan menjalankan saringan secara berperingkat-peringkat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72970", "title": "Lebih banyak sekolah ditutup akibat banjir", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih banyak sekolah ditutup akibat banjir\nJan 03, 2018\n\nLebih 30 buah sekolah terpaksa ditutup akibat banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia ketika ini.Pahang paling teruk terjejas dengan penutupan 15 buah sekolah, selain lebih 4400 penduduk dipindahkan.8 sekolah di Sabah ditutup dengan lebih 100 mangsa turut berpindah sementara 6 sekolah di Kelantan, dua di Terengganu, 2 di Sarawak dan 1 di Johor turut ditutup kerana dinaiki air.Masing-masing lebih 320 penduduk Johor dan Terengganu turut dipindahkan setakat ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79697", "title": "9 daripada 10 kes keracunan di negara ini berlaku di rumah!", "body": "\n\u2190 Back to list\n9 daripada 10 kes keracunan di negara ini berlaku di rumah!\nApr 08, 2019\n\nKira-kira 9 daripada setiap 10 kes keracunan di negara ini berlaku di rumah.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, ini kerana ramai tak sedar betapa banyak bahan toksik digunakan di rumah mereka.Justeru, pihaknya bercadang untuk mempergiat kempen kesedaran\u00a0mengenai keracunan di rumah,\u00a0ke seluruh negara.Pertemuan MB Johor dengan Perdana Menteri tiada kaitan dengan\u00a0pertukaran Menteri Besar!Pertemuan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian bersama Perdana Menteri hari ini tidak\u00a0ada kaitan dengan khabar angin pertukaran menteri besar!Foto: The StarSebaliknya, jelas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor, ia adalah perjumpaan biasa sebelum berlangsungnya Sesi Pemukiman Kesembilan Pemimpin Malaysia-Singapura di Putrajaya.Terdahulu ada khabar angin mengatakan akan ada rombakan dalam kepimpinan kerajaan Johor tidak lama lagi. \u00a0\u00a0Bomba tetap akan cari Acap sampai jumpa!Bomba tetap meneruskan usaha mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan yang sudah 17 hari hilang, sehinggalah mangsa ditemui!Menurut pasukan itu, pencarian masih dilakukan walaupun dalam skala kecil, membabitkan radius 1 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.Berdasarkan pengalaman, pihaknya jangka ada 2 kemungkinan berlaku kepada mangsa, iaitu terjatuh ke kawasan curam dan tersembunyi atau tersesat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72932", "title": "Juruterbang maut, pesawat ringan terhempas", "body": "\n\u2190 Back to list\nJuruterbang maut, pesawat ringan terhempas\nOct 15, 2017\n\nSeorang juruterbang maut, manakala pembantunya cedera apabila pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas di kawasan Sungai Mati, Tangkak, Johor.Siasatan awal mendapati, nahas udara itu berlaku akibat masalah teknikal.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71757", "title": "Polis cadang heret terus pemandu tanpa lesen ke mahkamah", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis cadang heret terus pemandu tanpa lesen ke mahkamah\nFeb 24, 2016\n\nUjar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, cadangan itu mungkin dilaksanakan dalam tempoh terdekat.Polis juga bercadang mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang benarkan kenderaan dipandu individu tidak berlesen.Menurut beliau, ia berikutan kebanyakan yang terlibat dalam kemalangan adalah mereka yang memandu tanpa lesen.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80463", "title": "Beri ruang pihak berkuasa siasat kes murid bunuh diri di Pulau Pinang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBeri ruang pihak berkuasa siasat kes murid bunuh diri di Pulau Pinang.\nAug 27, 2019\n\nKejadian murid bunuh diri akibat tertekan dengan kerja sekolah yang terlalu banyak, tidak wajar berlaku!Ujar Menteri Pendidikan, persekolahan sepatutnya menjadi waktu dan pengalaman yang menggembirakan, bukannya tekanan kepada murid.Dalam perkembangan berkaitan, Dr Maszlee Malik ucap takziah dan simpati susulan kes seorang murid tingkatan 1 di Pulau Pinang yang disyaki membunuh diri baru-baru ini.Pada masa sama, Dr Maszlee Malik minta pihak berkuasa diberi ruang melakukan siasatan terperinci.Pelaksanaan Program Makanan Percuma tahun depan tidak akan jejaskan waktu persekolahan.Menteri Pendidikan berkata sesi persekolah tidak akan dipanjangkan sebaliknya makanan akan diagihkan semasa perhimpunan sekolah sesi pagi dan petang.Program itu juga katanya akan terap elemen sivik dan disiplin kerana murid akan makan bersama guru dan kemas peralatan selepas makan.FAMA rancang untuk perluas\u00a0program Bazar Peduli Rakyat di seluruh negara.FAMA rancang perluas program Bazar Peduli Rakyat secara berperingkat di seluruh negara dengan kerjasama LKIM dan Pertubuhan Peladang.Bazar sebulan sekali itu yang tawar potongan harga lebih murah antara 5 hingga 30 peratus diadakan di kawasan ramai penduduk khasnya di luar bandar.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80037", "title": "Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baru", "body": "\n\u2190 Back to list\nLatheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baru\nJun 04, 2019\n\nPeguam Hak Asasi Manusia, Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru bagi mengantikan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull.Beliau dilantik untuk tempoh dua tahun secara kontrak \u00a0berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu.Perlantikannya turut mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agong selaras dengan Akta SPRM.Malah baginda memperkenankan permohonan Datuk Seri Mohd. Shukri untuk memendekkan perkhidmatan kontraknya lebih awal.BSN Wujudkan 350,000 Akaun Baru BSH 2019\u00a0Bank Simpanan Nasional telah mewujudkan kira-kira 350 ribu akaun baru secara automatik atas nama isteri pemohon Bantuan Sara Hidup.Ini selepas terdapat penerima bantuan itu mendaftar nombor akaun yang salah.\u00a0Terdahulu, Kementerian Kewangan umumkan 3.6 juta isi rumah akan menerima BSH 2019.\u00a0Lebih 1,00 Parkir Disediakan Esok\u00a0Lebih 1,100 lot parkir kenderaan akan disediakan buat pengunjung untuk menghadiri ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitiri di Putrajaya, esok.Tempat parkir berkenaan disediakan di Kelab Tasik Putrajaya, kawasan luar Kompleks Seri Perdana dan Puspanitapuri.Orang ramai yang meletakkan kenderaan di kawasan parkir itu \u00a0boleh menggunakan perkhidmatan bas disediakan bermula jam 9.30 pagi, untuk ke lokasi majlis.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72405", "title": "Beguk di Putrajaya terkawal", "body": "\n\u2190 Back to list\nBeguk di Putrajaya terkawal\nOct 09, 2017\n\nPenularan wabak beguk yang dialami murid di tiga sekolah rendah di Presint 11 Putrajaya ketika ini berada dalam keadaan terkawal.Menurut Jabatan Pendidikan Putrajaya, terdapat 17 kes penyakit itu dikesan setakat ini dan semua pelajar terbabit sudah dikuarantin bagi elakkan terus berjangkit.Pihaknya juga telah mengadakan taklimat kepada semua pentadbir sekolah di Putrajaya berkaitan penyakit berkenaan dan langkah pencegahannya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71365", "title": "Kualiti lulusan STEM akan diperkukuh", "body": "\n\u2190 Back to list\nKualiti lulusan STEM akan diperkukuh\nDec 05, 2020\n\nKualiti lulusan STEM akan diperkukuhFoto - Harian MetroKerajaan akan berusaha memperkukuhkan kualiti lulusan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata minat generasi muda perlu dipupuk untuk menceburi bidang berkaitan teknikal.Ini kerana kerajaan berhasrat melahirkan lebih ramai pembuat dasar dan juga pemimpin dalam kalangan warga profesional teknikal.-----Kelantan merekodkan kluster COVID-19 kelimaFoto - Harian MetroSatu lagi kluster baru COVID-19 direkodkan di Kelantan dikenali sebagai Kluster Huma membabitkan daerah Pasir Puteh dan Kota Bharu.Dengan kluster terbaru itu, Kelantan kini mempunyai lima kluster termasuk Kluster Hilir, Kluster Cengal, Kluster Mengketil dan Kluster Kube.Menurut Kementerian Kesihatan, Kluster Huma itu dikesan selepas mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19 di Selangor.-----Kanak-kanak parah jatuh tingkat empat kuartersFoto - Ihsan PolisSeorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun parah terjatuh dari ketinggian tingkat empat kuarters perumahan penjawat awam di Presint 11, Putrajaya, semalam.Mangsa difahamkan alami patah tulang selangka kini dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Putrajaya selain berkemungkinan patah tulang belakang dan rusuk.Ketika kejadian, bapa mangsa yang juga seorang anggota polis sukarelawan di IPD Putrajaya berada di rumah, manakala ibu mangsa sedang bekerja.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72749", "title": "Anugerah Kedai Harga Patut Boleh Ditarik Balik", "body": "\n\u2190 Back to list\nAnugerah Kedai Harga Patut Boleh Ditarik Balik\nAug 05, 2016\n\nUjar KPDNKK, pihaknya juga akan pantau dari semasa ke semasa bagi pastikan kriteria yang ditetapkan dipatuhi premis terbabit.Tegas kementerian, anugerah itu boleh ditarik balik jika pihaknya merasakan harga yang ditawarkan sudah tidak lagi berpatutan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=108486", "title": "Kes Sporadik Di Lembah Klang Meningkat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Sporadik Di Lembah Klang Meningkat.\nJun 22, 2021\n\n\nKes sporadik terus meningkat di Lembah Klang walaupun sudah masuk minggu ketiga pelaksanaan PKP Penuh.\nKetua Pengarah Kesihatan berkata kes tersebut dikesan melalui saringan di tempat kerja, dalam komuniti dan daripada kes bergejala.\nLebih membimbangkan, kebanyakan kes sporadik katanya tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang tidak mengamalkan SOP dengan betul.\nSelangor merekodkan kes sporadik tertinggi diikuti KL dan Sarawak.\nKes sporadik bermakna kes yang dikesan di dalam komuniti yang tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kes atau kluster sedia ada.\n\u00a0\nKaedah penggunaan vaksin untuk remaja akan diputuskan.\nKeputusan mengenai kaedah penggunaan vaksin COVID-19 untuk golongan remaja akan ditentukan dalam masa terdekat.\nMenurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 yang diadakan minggu ini.\nSebelum ini mesyuarat sama meluluskan vaksin buatan Pfizer-BioNTech untuk kegunaan golongan berkenaan.\n\u00a0\nProses vaksinasi\u00a0 di negeri yang berdepan banjir akan selesai hujung Oktober.\nProses vaksinasi COVID-19 di negeri-negeri yang berdepan musim tengkujuh akan diselesaikan menjelang hujung Oktober.\nMenteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, ia bagi elak timbul masalah jika berlaku banjir khasnya di Pantai Timur.\nNamun jika proses pengagihan vaksin tidak dapat diselesaikan mengikut jadual, strategi lain akan diguna pakai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72274", "title": "PM pertahankan kenaikan tol", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM pertahankan kenaikan tol\nOct 19, 2015\n\nDato Seri Najib Tun Rzak pertahankan kenaikan kadar tol berkuatkuasa 15 Oktober lalu sebagai satu keperluan.Katanya jika langkah itu tidak dilaksana, kerajaan mungkin terpaksa mengurangkan kadar pemberian BR1M kepada rakyat.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71903", "title": "Kabinet bersetuju pinda hukuman mati mandatori ke atas pengedar dadah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKabinet bersetuju pinda hukuman mati mandatori ke atas pengedar dadah.\nAug 07, 2017\n\nKabinet bersetuju meminda Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori ke atas pengedar dadah.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pindaan itu nanti akan membolehkan hakim tentukan hukuman yang dirasakan sesuai ke atas pesalah terbabit.Tambah beliau, memorandum mengenainya akan diserahkan kepada Kabinet bagi meminda akta tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72270", "title": "Dalang kehilangan 26 senjata Rela dikenalpasti", "body": "\n\u2190 Back to list\nDalang kehilangan 26 senjata Rela dikenalpasti\nMar 29, 2017\n\nDalang utama kes kehilangan 26 laras senapang milik pasukan RELA di Selama, Perak telah dikenalpasti.Menurut polis, suspek merupakan pegawai RELA cawangan Selama yang menjual senjata itu dengan harga seribu sehingga 3 ribu ringgitUsaha memburu beberapa lagi suspek dan mengesan 12 lagi senapang yang hilang giat dijalankan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70874", "title": "Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar Rasmi Ditubuhkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nUnit Cegah Jenayah Alam Sekitar Rasmi Ditubuhkan\nSep 15, 2020\n\nUnit Cegah Jenayah Alam Sekitar Rasmi DitubuhkanKementerian Alam Sekitar dan Kementerian Dalam Negeri secara rasmi menubuhkan Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar.Pasukan khas yang dianggotai penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Biokeselamatan dan PDRM itu dijangka beroperasi awal bulan depan.Buat permulaan anggotanya kini seramai 32 orang dan bakal ditambah kepada 200 serta ditempatkan di 6 zon di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.Sementara itu 4 ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus kilang yang terbabit dalam kejadian pencemaran di Sungai Gong, Rawang akan didakwa di mahkamah hari ini.Kes pencemaran itu mengakibatkan jutaan penduduk Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air selama kira-kira seminggu baru-baru ini.Sekolah Di Sabah Perlu Lebih WaspadaMenteri Pendidikan mengingatkan guru, pengetua dan pentadbir sekolah di Sabah agar lebih berhati-hati bagi elak penularan COVID-19 di sekolah.Dr Radzi Jidin berkata, pematuhan SOP perlu dilaksanakan dengan baik susulan peningkatan jumlah kes baru di beberapa kawasan di negeri itu.Sebarang arahan penutupan sekolah jika terdapat kes positif katanya perlu dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan.Semalam\u00a031 kes baru COVID 19 dikesan di seluruh negara, 28 daripadanya penularan tempatan.25 kes direkodkan di Sabah dan 17 daripadanya membabitkan Kluster Benteng.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71788", "title": "Cuaca panas dan kering di seluruh Malaysia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nCuaca panas dan kering di seluruh Malaysia.\nJan 08, 2016\n\nCuaca panas dan kering di kawasan utara dijangka akan turut dirasai di seluruh Malaysia pada penghujung Januari hingga Mac 2016.Jelas MOSTI, ini disebabkan oleh kejadian El Nino kuat yang sedang berlaku dan akan berterusan sehingga suku pertama tahun ini.\u00a0Fenomena ini menyebabkan pengurangan jumlah hujan sehingga 60 peratus dan kenaikkan suhu sehingga 2.0 darjah celcius berbanding biasa.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73287", "title": "SKMM sekat laman web 'sayakenahack.com' ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSKMM sekat laman web 'sayakenahack.com' \nNov 17, 2017\n\nSKMM telah menyekat laman web 'sayakenahack.com' atas permintaan Jabatan Perlindungan Data Peribadi.Ia ekoran kebimbangan, laman web berkenaan boleh membawa kepada lebih banyak kebocoran data penduduk di negara ini.'sayakenahack.com' dilancarkan untuk membolehkan orang ramai periksa jika data peribadi mereka turut jadi mangsa kes kebocoran data 46 juta pengguna telefon bimbit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79209", "title": "SPR terima laporan ada pihak langgar etika berkempen PRK Cameron Highlands.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPR terima laporan ada pihak langgar etika berkempen PRK Cameron Highlands.\nJan 22, 2019\n\nAda pihak langgar etika berkempen PRK Cameron Highlands!SPR terima laporan bahawa terdapat pihak yang bertanding pada PRK Cameron Highlands melanggar etika berkempen!Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata antara laporan yang diterima termasuk penggunaan aset kerajaan dan menjamu pengundi makan serta memberi hadiah dan barangan ketika berkempen.Jelasnya jika disabitkan kesalahan, tindakan tegas boleh dikenakan terhadap pihak terlibat.Sementara itu, Ketua Polis Cameron Highlands, Ashari Abu Samah akui pihaknya terima 17 laporan sepanjang 10 hari tempoh berkempen!Undian awal PRK Cameron Highlands akan berlangsung hari ini manakala proses pembuangan undi biasa pula dijadual Sabtu ini.---Operasi keluarkan SUV dimulakan petang ini!Operasi mengeluarkan kenderaan SUV yang terhumban ke laut selepas terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang akan dilakukan petang ini!Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Maritim Malaysia, operasi akan dimulakan jam 3 petang ekoran keadaan air yang dijangka lebih tenang berdasarkan jadual pasang surut air laut.Sementara itu, Polis Marin akui hadapi kesukaran mengeluarkan kenderaan tersebut dalam operasi semalam.Komander Polis Marin Wilayah 1, Rosman Ismail berkata kesukaran yang dihadapi termasuk arus kuat dan jarak penglihatan dalam air yang terhad.Ini merupakan insiden ke-5 kenderaan terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang sejak tahun 2010.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71915", "title": "Kerajaan peruntuk 2.4 juta ringgit untuk pembangunan pendidikan di Kelantan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan peruntuk 2.4 juta ringgit untuk pembangunan pendidikan di Kelantan.\nAug 13, 2017\n\nKerajaan peruntukkan sebanyak 2.4 juta ringgit untuk pembangunan pendidikan di Kelantan.Menurut Kementerian Pendidikan, peruntukkan tersebut melibatkan hampir 600 sekolah dan 319 ribu pelajar di negeri itu.Tambah kementerian itu, pihaknya terima peruntukan paling tinggi iaitu 43 bilion ringgit sekaligus buktikan kerajaan amat pentingkan pendidikan kepada rakyat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79674", "title": "Dapat kerja tak setaraf kelulusan antara punca gaji permulaan siswazah makin turun.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDapat kerja tak setaraf kelulusan antara punca gaji permulaan siswazah makin turun.\nApr 03, 2019\n\nGaji permulaan siswazah makin turun disebabkan mereka terpaksa terima dan melakukan pekerjaan di bawah kelulusan mereka kerana desakan hidup.Menurut Majlis Profesor Negara, setiap tahun kira-kira 200,000\u00a0graduan dihasilkan tapi hanya 65 peratus dapat kerja setaraf dengan kelulusan.Satu lagi faktornya adalah disebabkan kenaikan kos sara hidup yang sekaligus mengurangkan kuasa beli golongan itu.Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini catat sejarah dalam sistem kehakiman Malaysia.Ini kerana buat pertama kalinya seorang bekas Perdana Menteri\u00a0duduk di kandang tertuduh.Perbicaraan dijangka bermula kira-kira jam 2 petang ini melibatkan 7 tuduhan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International.Lelaki ditembak gara-gara mengamuk gagal keluarkan duit di mesin ATM.Seorang lelaki ditahan kerana mengamuk di hadapan sebuah bank di Klang gara-gara gagal keluarkan duit dari mesin ATM.Foto: Oh Bulan!Suspek turut cedera ditembak kerana cuba menyerang anggota polis.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72268", "title": "Guru dera murid sehingga melecur di punggung", "body": "\n\u2190 Back to list\nGuru dera murid sehingga melecur di punggung\nMar 28, 2017\n\nSeorang murid tahun satu melecur pada punggung dipercayai akibat dirotan dan didera dengan perkakas panas oleh guru tuisyennya di Johor Bahru.Difahamkan, mangsa diperlakukan begitu oleh suspek kerana didakwa nakal dan tidak mahu menyiapkan kerja sekolah.Mangsa dilapor tinggal di rumah guru wanita terbabit sejak 2 minggu lalu atas permintaan suspek dengan alasan untuk fokus kepada pelajaran.Setakat ini seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72126", "title": "SPRM mahu berjumpa Datuk Seri Najib Razak.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM mahu berjumpa Datuk Seri Najib Razak.\nAug 11, 2018\n\nSPRM mahu berjumpa Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan dana 3.5 juta ringgit yang diambil oleh 17 pengawal keselamatan di Jabatan Perdana Menteri selepas PRU-14 adalah milik UMNO.\u00a0Bekas Perdana Menteri itu sebelum ini minta supaya SPRM memulangkan semula wang itu kerana masih ada bil yang perlu dibayar oleh parti tersebut.Semua 17 suspek berkenaan direman Rabu lalu untuk membantu siasatan kes berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72315", "title": "Akibatkan tumpahan minyak di perairan Johor", "body": "\n\u2190 Back to list\nAkibatkan tumpahan minyak di perairan Johor\nJan 04, 2017\n\nDua kapal kontena yang masing-masing didaftarkan di Singapura dan Gibraltar bertembung di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor Bahru lewat malam tadi.Insiden itu dilaporkan menyebabkan 300 tan minyak tumpah di perairan sekitarnya.\u00a0Lembaga Pelabuhan Johor dilapor telah menghantar unit anti-pencemaran ke perairan negeri itu.\u00a0Sementara itu menurut exco negeri, pemantauan Jabatan Alam Sekitar dapati kebanyakan tumpahan telah memasuki kawasan perairan Singapura.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=100505", "title": "Kes aktif COVID-19 terus menurun", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes aktif COVID-19 terus menurun\nMar 08, 2021\n\nKes aktif COVID-19 terus menurun\n\nFoto - HarakahDaily\nJumlah kes aktif COVID-19 dalam negara terus menurun kepada 19,778 apabila kira-kira dua ribu lagi kes sembuh dilaporkan hari ini.\nMenurut Kementerian Kesihatan, kali terakhir Malaysia merekodkan kes aktif di bawah paras 20 ribu adalah pada 25 Disember tahun lalu.\nSebanyak 1,529 kes baru positif COVID-19 dicatatkan hari ini dengan lapan lagi kematian terbaru direkodkan.\n-----\nLelaki tetak kucing dipenjara 29 bulan\n\nFoto - IsmaWeb\nSeorang lelaki berusia 32 tahun dijatuhi hukuman penjara 29 bulan selepas didapati bersalah menetak kucing milik jirannya di Kota Belud, Sabah.\nTertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 3 Julai lalu kira-kira jam 3 petang di hadapan anak-anak pengadu yang juga pemilik kucing berkenaan.\nKejadian menyebabkan dua anak pengadu trauma selepas melihat sendiri tertuduh yang juga jiran mereka membunuh kucing terbabit menggunakan parang.\n-----\nBomba Terengganu kesan 12 titik panas\n\nFoto - mStarOnline\nJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu kenal pasti 12 kawasan titik panas di negeri itu yang berisiko mudah terbakar akibat cuaca panas.\nDaripada jumlah itu, enam dikesan di Dungun, empat di daerah Kemaman serta masing-masing satu di Setiu dan Besut.\nKawasan titik panas yang dikenal pasti pihaknya berisiko mudah terbakar serta mengakibatkan pembakaran akibat cuaca panas ketika ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72458", "title": "Wisma Putra Sahkan Tiada Warga Malaysia Maut Atau Cedera ", "body": "\n\u2190 Back to list\nWisma Putra Sahkan Tiada Warga Malaysia Maut Atau Cedera \nMay 24, 2017\n\nWisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia maut atau cedera dalam tragedi letupan di lokasi konsert Ariana Grande di Manchester, England, semalam.Namun pihaknya meminta rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan terlibat supaya terus berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa.Sekurang-kurangnya 22 orang terkorban dan 59 cedera dalam kejadian berkenaan.Polis England menyifatkan letupan itu sebagai serangan pengganas.Pemuda warga tempatan berketurunan Libya dipercayai individu yang melakukan serangan tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80175", "title": "Semua Sekolah Di Pasir Gudang Dibuka Semula", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemua Sekolah Di Pasir Gudang Dibuka Semula\nJun 30, 2019\n\nSemua Institusi Pendidikan di Pasir Gudang Dibuka SemulaTiada persekolahan ganti bagi semua 111 sekolah yang ditutup di Pasir Gudang sejak Selasa lalu.Jabatan Pendidikan Negeri Johor juga memaklumkan, secara keseluruhannya sekolah beroperasi seperti biasa hari ini dan kehadiran pelajar berada pada tahap baik.Hari ini semua institusi pendidikan di Pasir Gudang kembali dibuka semula selepas 5 hari ditutup akibat isu pencemaran.Serentak dengan itu, pasukan petugas turut digerakkan ke sekolah-sekolah yang pernah terjejas untuk beri taklimat keselamatan dan pencegahan kepada murid.Kes Guru Tampar Murid SelesaiKes tular guru tampar murid tingkatan 4 kerana bercakap tidak sopan di Kuantan yang tular baru-baru ini menemui jalan penyelesaian.Difahamkan, keluarga murid berkenaan sudah tarik balik laporan polis dan kedua-dua pihak sudah berdamai.Menurut laporan, insiden itu tercetus akibat perbalahan mengenai kerja sekolah.*foto: Sinar Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79210", "title": "34 Cedera Gara-Gara Mercun ", "body": "\n\u2190 Back to list\n34 Cedera Gara-Gara Mercun \nJan 22, 2019\n\nBerita Pilihan Pagi Ini34 orang cedera akibat terkena letupan mercun yang dibakar beberapa individu ketika sambutan Thaipusam di Batu Caves, Selangor malam tadi.Kejadian berkenaan juga menyebabkan 3 kenderaan rosak.Susulan itu polis tahan 2 lelaki bersahabat untuk siasatan.-Penggunaan aset kerajaan untuk raih undi dalam kempen pilihan raya adalah salah.Tegas SPR, pihaknya ambil serius perkara itu yang didakwa berlaku dalam kempen PRK Parlimen Cameron Highlands yang berlangsung ketika ini.SPR juga mengingatkan, aktiviti seperti menjamu makan, pemberian hadiah dan barangan, serta memainkan sensitiviti bangsa dan agama adalah dilarang.-Pertemuan Perdana Menteri dengan Canselor Republik Austria, Sebastian Kurz semalam cipta sejarah kerana ia pertemuan antara pemimpin tertua dan termuda di dunia.Tun Dr Mahathir Mohamad berusia 94 tahun, manakala Kurz yang menang pilihan raya negaranya tahun lalu baru berusia 33 tahun!-Mesej tular mengatakan bahawa remaja bawah umur sudah tidak dibenar keluar rumah selepas jam 10 malam adalah palsu.*foto YouTube\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72431", "title": "Rakyat Malaysia dakwa diganggu secara seksual oleh diplomat asing", "body": "\n\u2190 Back to list\nRakyat Malaysia dakwa diganggu secara seksual oleh diplomat asing\nJun 10, 2017\n\nKementerian Luar terima maklumat melalui sumber kedua bahawa beberapa rakyat Malaysia diganggu secara seksual oleh beberapa diplomat asing di negara ini.Namun Wisma Putra berkata setakat ini tiada laporan dikemukakan kepada pihaknya berhubung dakwaan itu.Pihaknya akan menyusul tindakan terhadap dakwaan serius ini bagi memastikan kepentingan semua pihak dipelihara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72436", "title": "Selangor umum bonus raya dua bulan gaji", "body": "\n\u2190 Back to list\nSelangor umum bonus raya dua bulan gaji\nJun 13, 2017\n\nSelangor umum bantuan khas kewangan dua bulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri sempena Aidilfitri yang akan dibayar 21 Jun ini.Bantuan khas kewangan itu merupakan yang tertinggi berbading neger-negeri lain.Lebih 17 ribu penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan kewangan khas itu, membabitkan peruntukan lebih RM63 juta.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81152", "title": "Seorang pesakit koronavirus di Malaysia kini sembuh sepenuhnya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang pesakit koronavirus di Malaysia kini sembuh sepenuhnya.\nFeb 05, 2020\n\nSeorang pesakit koronavirus Wuhan yang dirawat Hospital Sultanah Maliha,\u00a0Langkawi disahkan sudah sembuh.Kementerian Kesihatan memaklumkan, kanak-kanak warga China berusia 4 tahun itu juga sudah dibenarkan pulang bersama keluarganya.Setakat ini 10 kes positif koronavirus Wuhan dicatatkan di negara ini termasuk seorang rakyat Malaysia.Usahawan kosmetik, Sajat disahkan lelaki.Hasil pertemuan Mufti Wilayah Persekutuan dengan JPN sahkan, usahawan kosmetik, Sajat adalah seorang lelaki.\u00a0Sehingga kini juga tiada dokumen rasmi perubatan dikemukakannya bagi membuktikan bahawa dia adalah seorang perempuan.Sehubungan itu, Mufti Wilayah Persekutuan menasihatkan Sajat yang ketika ini menunaikan umrah agar jalani ibadat serta berpakaian sebagai lelaki.Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri juga menegaskan, perbuatan golongan transgender tunai umrah tidak mengikut jantina asal mereka adalah haram.UMK cadang tubuhkan makmal kesan kewujudan makhluk halus pada manusia.Universiti Malaysia Kelantan bercadang untuk tubuhkan makmal bagi mengesan kewujudan makhluk halus dalam badan manusia.Jelas wakilnya kepada Harian Metro, ia bertujuan membuktikan secara saintifik bagaimana fenomena itu berlaku.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72408", "title": "JPJ nafi laksana peraturan baharu cemin gelap tahun depan", "body": "\n\u2190 Back to list\nJPJ nafi laksana peraturan baharu cemin gelap tahun depan\nOct 10, 2017\n\nJPJ nafi akan melaksanakan peraturan baharu mengenai cermin gelap pada tahun depan seperti maklumat yang tular di media sosial ketika ini.Katanya, peraturan sedia ada yang diguna pakai ketika ini adalah di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (pindaan 5 Feb 2016).Buat masa ini, JPJ hanya akan mengeluarkan notis PG 1 iaitu notis larangan penggunaan kenderaan dan mengarahkan pemilik atau pemandu\u00a0 kenderaan yang melanggar undang-undang tersebut untuk menanggalkan pelekat cermin gelap di mana-mana pejabat JPJ negeri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78953", "title": "Kerajaan tegas tolak usaha mempromosi gaya hidup LGBT.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan tegas tolak usaha mempromosi gaya hidup LGBT.\nNov 30, 2018\n\nKerajaan tegas menolak usaha mempromosi gaya hidup LGBT!Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihaknya tidak akan sesekali bersetuju dengan fahaman liberal yang berusaha menghapuskan hukuman sivil dan syariah membabitkan golongan itu.Sebaliknya, pendirian kerajaan terhadap golongan LGBT adalah membimbing mereka jalani kehidupan yang sejahtera dan selari dengan tuntutan agama.Mufti Kelantan gesa himpunan tolak ICERD tidak diteruskan.Mufti Kelantan gesa himpunan tolak ICERD yang dijadual berlangsung 8 Disember ini tidak perlu diteruskan ekoran keadaan yang agak tegang ketika ini.Foto : Sinar Harian\u00a0Shukri Mohamad berkata rasa syukur selepas kerajaan putuskan untuk tidak meratifikasi konvensyen PBB itu boleh dibuat dengan cara lain seperti solat hajat.Filem 2.0\u00a0kutip 1 bilion dollar pada hari pertama tayangannya.\u00a0Dan, filem pecah panggung India, 2.0\u00a0lakonan Superstar Rajnikanth dilapor kutip 1 bilion dollar pada hari pertama tayangannya semalam.Filem cereka sains berkisar robot itu turut dijayakan pelakon serba boleh Bollywood, Akshay Kumar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73142", "title": "Bayaran pertama BR1M akan dibuat esok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBayaran pertama BR1M akan dibuat esok.\nFeb 25, 2018\n\nBayaran pertama skim Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M akan dibuat esok!Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bayaran bagi fasa kedua dan ketiga pula akan dibuat pada Jun dan Ogos nanti.Orang ramai yang ingin semak status BR1M boleh layari laman web ebr1m.hasil.gov.my.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81137", "title": "Jumlah kes wabak koronavirus di Malaysia kekal 8 orang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah kes wabak koronavirus di Malaysia kekal 8 orang.\nFeb 02, 2020\n\nTiada pertambahan kes baru melibatkan wabak novel koronavirus di Malaysia!Menurut Kementerian Kesihatan, setakat ini, jumlah kes wabak itu kekal sebanyak 8 orang.Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan pertimbang tambahan peruntukan rangsangan ekonomi babitkan kesihatan dan keselamatan rakyat ekoran penularan wabak koronavirus.Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di China kini dalam proses untuk bawa pulang kira-kira 120 rakyat Malaysia di Wuhan dan Hubei.Jumlah korban akibat koronavirus di China kini meningkat lebih 300 orang dengan kes jangkitan cecah 14,000.Dalam pada itu, seorang lelaki yang dijangkiti koronavirus meninggal dunia di Filipina sekaligus jadi korban pertama di luar China akibat virus tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79003", "title": "Naik Taraf Lebuhraya Senai-Desaru Dibatalkan ", "body": "\n\u2190 Back to list\nNaik Taraf Lebuhraya Senai-Desaru Dibatalkan \nDec 10, 2018\n\nProjek menaik taraf Lebuhraya Senai-Desaru, SDE daripada dua lorong kepada empat lorong sepanjang 26 kilometer, dibatalkan Kerajaan Pusat,Namun, kerajaan Johor akan terus berbincang dengan kerajan pusat agar projek itu dapat diteruskan.Ini kerana, pelebaran SDE penting kerana aliran trafik semakin meningkat disebabkan projek RAPID Pengerang.Dalam perkembangan lain, Kementerian Kerja Raya, akan melantik perunding bebas bagi bantu sediakan cadangan untuk hapuskan kutipan tol lebuh raya seperti dijanjikan dalam manifesto.\u00a0Datuk Seri Najib Dibebaskan Jaminan SPRM Behubung Kes Pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.\u00a0Datuk Seri Najib Razak ditahan SPRM ketika beri keterangan berhubung kes pindaan laporan akhir pengauditan 1MDB.Dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM tengah hari tadi, dan dijangka akan didakwa di mahkamah Rabu ini.Selain Najib, presiden 1MDB, Arul Kanda juga bakal didakwa pada hari yang sama kerana bersubahat dalam kes berkenaan.50 Taska Akan Dikenal Pasti Dan Dibina Di Premis Kerajaan\u00a0Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kenal pasti 50 taska yang akan dibina di premis kerajaan tahun depan.Katanya, pembinaan itu wajar bagi meringankan beban dan permasalahan wanita yang bekerja syif.Di dalam belanjawan 2019, kerajaan memperuntukkan 10 juta ringgit untuk penambahan 50 taska di bangunan kerajaan.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71972", "title": "Dua anggota TLDM membuat laporan polis selepas mengalami kecederaan di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDua anggota TLDM membuat laporan polis selepas mengalami kecederaan di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan.\nOct 02, 2017\n\nDua anggota TLDM membuat laporan polis selepas mengalami kecederaan di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan.Ketua Polis Perak berkata, dua anggota berkenaan, masing-masing berusia 30 tahun cedera di bahagian abdomen dan kini dirawat di Hospital Manjung.Pihak polis sedang jalankan siasatan sama ada insiden itu berlaku ketika di dalam bilik tahanan, atau ketika dikurung di luar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72014", "title": "KWSP tambahbai polisinya untuk mudahkan ahli keluarkan wang berkuatkuasa Januari depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKWSP tambahbai polisinya untuk mudahkan ahli keluarkan wang berkuatkuasa Januari depan.\nDec 14, 2017\n\nKWSP telah buat penambahbaikan ke atas polisinya untuk memudahkan ahli mengeluarkan wang berkuatkuasa Januari depan.Menurutnya, pembaharuan ini dibuat berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada ahlinya.Antara penambahbaikan polisi baru ini ialah membolehkan ahli mengeluarkan wang serendah 100 ringgit sebulan, berbanding 250 ringgit sebelum ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80933", "title": "Sabah akan lancarkan program imunisasi tambahan secara besar-besaran.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSabah akan lancarkan program imunisasi tambahan secara besar-besaran.\nDec 10, 2019\n\nSabah akan lancarkan program imunisasi tambahan secara besar-besaran ekoran satu jangkitan polio yang dikesan di Tuaran.Menurut Jabatan Kesihatan negeri, ia juga akan diperluaskan ke kawasan yang berisiko bagi memastikan penularan terhenti.Sementara itu, virus polio yang menjangkiti seorang bayi 3 bulan di Tuaran, disyaki dibawa oleh orang luar yang datang ke Sabah.Menteri Kesihatan berkata ini kerana siasatan awal mendapati keluarga bayi terbabit tidak mempunyai sejarah ke luar negara sebelum ini.55 program kejuruteraan di 12 universiti di negara ini digugurkan atas pelbagai faktor.Dedah Majlis Akreditasi Kejuruteraan kepada Berita Harian, ianya termasuklah tiada permintaan daripada pelajar dan kandungan kursus pengajian yang sama di setiap universiti.Faktor lain juga termasuklah kesedaran pihak universiti yang mahu meningkatkan kebolehpasaran graduan kejuruteraan seiring dengan kehendak semasa.Seorang warga Malaysia maut dalam insiden letusan gunung berapi di New Zealand.Sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia maut dalam insiden letusan gunung berapi di White Island, New Zealand.Namun, menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, butiran mangsa masih belum diketahui kerana siasatan masih dijalankan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79114", "title": "Vape Punca Pesawat Terbakar", "body": "\n\u2190 Back to list\nVape Punca Pesawat Terbakar\nJan 08, 2019\n\nPunca kebakaran sebuah pesawat sejurus mendarat di sebuah lapangan terbang di Chicago, Amerika Syarikat baru-baru ini disahkan disebabkan vape atau e-rokok.Menurut jurucakap syarikat penerbangan terlibat, kebakaran kecil itu berlaku akibat peranti itu tiba-tiba panas namun kru pesawat berjaya memadamkannya.Semua 138 penumpang dan 6 anak kapal terselamat dalam insiden terbabit.Amerika Syarikat membenarkan vape dibawa dalam pesawat, namun melarangnya diletakkan\u00a0dalam bagasi yang didaftar masuk.Vape biasanya dikuasakan oleh bateri lithium yang boleh terbakar sendiri jika terdedah suhu panas ada ada kecacatan pembuatan.Oleh: Joen Hamzah*sumber: USA Today\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71593", "title": "Vape Bakal diharamkan di Johor", "body": "\n\u2190 Back to list\nVape Bakal diharamkan di Johor\nNov 29, 2015\n\nJohor akan jadi negeri pertama mengharamkan penggunaan vape serta semua perkara berkaitannya termasuk penjualan.The Star melaporkan, Sultan Johor telah menitahkan semua premis dan perniagaan vape ditutup sebelum 1 Januari.Tegas baginda, ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=101162", "title": "Sekatan Jalan Raya Diperketat Setiap Hujung Minggu!", "body": "\n\u2190 Back to list\nSekatan Jalan Raya Diperketat Setiap Hujung Minggu!\nMar 17, 2021\n\nSemakin ramai guna pelbagai alasan untuk rentas negeri pada hujung minggu.\nJusteru Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador beri amaran, kawalan di sekatan jalan raya akan diperketatkan pada waktu berkenaan.\n\nPDRM bimbang akan wujud kluster COVID-19 akibat rentas negeri meskipun kes semakin turun.\nSehubungan itu rentas negeri hanya dibenarkan untuk alasan kukuh antaranya bekerja, suami isteri berjauhan dan hantar anak pulang asrama.\r\n\u00a0\nRM10,000 nilai kompaun maksimum, bukannya tetap.\nKompaun RM10,000 bagi kesalahan melanggar SOP PKP adalah nilai maksimum dan ia bukanlah jumlah tetap.\nJelas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia adalah nilai maksimum dan pesalah masih boleh merayu untuk ia dikuranngkan.\n\nIa terpulang kepada budi bicara Pejabat Kesihatan Daerah antaranya bergantung kepada jenis kesalahan juga kemampuan dan latar belakang pesalah.\nNamun jumlah kompaun mengikut jenis kesalahan sedang diperincikan dan akan diumumkan tidak lama lagi bertujuan mengelakkan kekeliruan.\n\u00a0\nNADMA bantu penduduk daftar sebagai penerima vaksin COVID-19.\n\u00a0\n\nNADMA akan digerakkan ke Sabah dan negeri Pantai Timur untuk bantu penduduk mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.\u00a0\n\nMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata ini kerana negeri-negeri berkenaan catat pendaftaran vaksinasi yang rendah setakat ini.\u00a0\r\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71749", "title": "Mat-Mat Motor Mungkin Dibenar Berlumba di Ibu Kota", "body": "\n\u2190 Back to list\nMat-Mat Motor Mungkin Dibenar Berlumba di Ibu Kota\nFeb 22, 2016\n\nAntara yang dirancang adalah mewujudkan jalan-jalan khas dan tetapkan masa tertentu untuk golongan mat motor berlumba.Jelas kementerian, ia adalah usahanya untuk mendekati golongan berkenaan dan jadikan aktiviti berlumba motor sebagai aktiviti sihat dan menarik.Pihak kementerian akan berjumpa dengan golongan mat motor untuk berbincang mengenai cadangan tersebut.\u00a0*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72645", "title": "Penganggur Didakwa Songlap Deposit Sewa Rumah", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenganggur Didakwa Songlap Deposit Sewa Rumah\nDec 16, 2016\n\nSeorang penganggur dihadap ke Mahkamah KL atas tuduhan tipu 5 individu berhubung urusan sewa rumah.Mangsa-mangsa alami kerugian berjumlah RM23,000 kerana membayar deposit sewa rumah untuk rumah yang tidak wujud.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79782", "title": "Petrol bersubsidi berpandukan data bersih terkini BSH, Gangguan bekalan air tidak dapat dielak, Pengajar sekolah memandu tidak beretika", "body": "\n\u2190 Back to list\nPetrol bersubsidi berpandukan data bersih terkini BSH, Gangguan bekalan air tidak dapat dielak, Pengajar sekolah memandu tidak beretika\nApr 22, 2019\n\nFoto - GooglePelaksanaan subsidi petrol bersasar akan bergantung\u00a0kepada secepat mana Sekretariat Bantuan Sara Hidup dapat mengemukakan\u00a0data bersih terkini.KPDNHEP berkata, Sekretariat BSH ketika ini sedang dalam proses melakukan pembersihan dan dalam fasa akhir.Katanya, data itu amat diperlukan bagi memastikan hanya penerima yang layak dimasukkan dalam senarai.Foto - GoogleKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli berkata gangguan air di Lembah Klang, Rabu ini tidak dapat dielakkan.Ini kerana langkah penambaikan dan baiki paip sudah lama dirancang Air Selangor dan SPAN.\u00a0Tambahnya ia juga bagi memastikan\u00a0tidak timbul\u00a0masalah air pada bulan puasa dan Aidilfitri.Foto - GoogleJPJ berkata, pihaknya mengesan ada tenaga pengajar sekolah memandu yang tidak beretika ketika menjalankan tugas.Katanya, ada di antara mereka membiarkan pelatih memandu tanpa pengawasan, tidak memakai tali pinggang dan merokok ketika mengajar.Empat buah kereta sebuah institut memandu di Klang dalam pada itu disista JPJ kerana biarkan calon memandu bersendirian di litar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73209", "title": "Rangkuman Berita : Pengasuh perlu daftar dengan JKM dan berpada-pada ikut trend 'Keke Challenge'.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRangkuman Berita : Pengasuh perlu daftar dengan JKM dan berpada-pada ikut trend 'Keke Challenge'.\nJul 24, 2018\n\nPengasuh yang belum berdaftar dengan JKM boleh berbuat demikian supaya mereka dapat menerima latihan dan kursus asas mengasuh kanak-kanak.\u00a0Menurut Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, Norsheila Abdullah, ibu bapa juga boleh membantu JKM dalam usaha tersebut.Langkah itu dibuat bagi elakkan kes kematian bayi atau kanak-kanak akibat kecuaian pengasuh terus berlaku.Semalam, seorang bayi berusia 4 bulan meninggal dunia di sebuah taska di Melaka dipercayai akibat tersedak susu.Jangan bahayakan diri sendiri semata-mata nak ikut trend.Nak ikut trend boleh, tapi jangan sampai membahayakan diri sendiri!Itu nasihat Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman terhadap trend yang viral ketika ini, 'Keke Challenge'.Menurut Datuk Seri Tajudin Md Isa, jika silap langkah, tarian yang dilakukan ketika kenderaan bergerak itu mungkin mengundang kecelakaan jalan raya.TVET\u00a0bakal jadi pilihan utama pelajar 5 tahun akan datang.Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional bakal jadi pilihan utama pelajar, dalam 5 tahun akan datang!Itu matlamat Menteri Pendidikan dalam usaha melahirkan masyarakat berkemahiran tinggi dan mengukuhkan potensi negara.Tambah Dr Maszlee Malik, Malaysia kini mempunyai kira-kira 28 peratus pekerja mahir dan pihaknya sasar untuk tingkatkan bilangan tersebut kepada 35 peratus menjelang 2020.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70622", "title": "Moratorium pinjaman PTPTN dilanjut sehingga Disember", "body": "\n\u2190 Back to list\nMoratorium pinjaman PTPTN dilanjut sehingga Disember\nAug 04, 2020\n\nMoratorium pinjaman PTPTN dilanjut sehingga DisemberFoto - Malay MailKerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam bagi tempoh tiga bulan lagi sehingga 31 Dis 2020.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, penangguhan itu melibatkan anggaran jumlah bayaran balik sebanyak RM375 juta dan dengan ini jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 bilion.Tambahnya, PTPTN juga membantu mengurangkan bebanan atau komitmen bayaran balik pinjaman dengan sentiasa terbuka untuk membuat rundingan bagi menstruktur semula bayaran balik pinjaman sehingga umur 60 tahun dan menangguh balik bayaran pinjaman sehingga maksima 24 bulan.-----Kes COVID-19 harian terendah kali keduaFoto - The StarCOVID-19 kembali mencatat angka terendah apabila hanya satu kes baru dilaporkan hari ini selepas kali terakhir mencatat angka berkenaan pada 1 Julai lalu.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan perkembangan itu jumlah kumulatif kes positif di Malaysia adalah 9,002 kes manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 193 kes.Katanya, kes baru yang dilaporkan hari ini adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.-----Tiada arahan saringan COVID-19 jika pulang dari Kubang PasuFoto - New Straits TimesKementerian Kesihatan tidak pernah keluarkan arahan rasmi kepada ibu bapa dan pelajar yang bercuti di Kubang Pasu, Kedah untuk jalani saringan COVID-19 di klinik kesihatan berdekatan seperti viral di media sosial.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, individu yang perlu menjalani saringan COVID-19 adalah mereka yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19.Ini termasuklah penduduk yang berada dalam kawasan PKPD secara pentadbiran di empat mukim yang dinyatakan Menteri Kanan (Keselematan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81718", "title": "Tiada lagi pergerakan terhad 10 kilometer", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada lagi pergerakan terhad 10 kilometer\nMay 04, 2020\n\nTiada lagi pergerakan terhad 10 kilometerFoto - BernamaTiada lagi larangan pergerakan melebihi radius 10 kilometer di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini namun pergerakan merentas negeri masih belum dibenarkan.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, peraturan itu yang terpakai dalam PKP terdahulu, sudah tidak dilaksana di bawah PKPB.Tambah beliau, PKPB yang mula dilaksanakan hari ini sudah diwartakan sekali gus semua peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini terbatal secara automatik.-----Kes positif COVID-19 kembali ke dua digitFoto - Kementerian Kesihatan MalaysiaJumlah kes baru positif COVID-19 di negara ini kembali mencatatkan angka dua digit kepada 55 kes berbanding lebih 100 kes sejak beberapa hari lalu dan tiada kematian direkodkan hari ini.Daripada 55 kes baru itu, 7 merupakan kes import manakala 48 lagi merupakan penularan tempatan dengan 28 adalah\u00a0daripada kluster kawasan PKPD.Menurut Kementerian Kesihatan, sejumlah 71 lagi pesakit pulih dan dibenarkan keluar dari hospital, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 4,484.-----Lebih 16 ribu pelajar IPT dah balik kampungFoto - UiTM Media RasmiKerajaan berkata, seramai 16,223 pelajar IPT yang terkandas di kampus masing-masing sudah dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing sehingga semalam.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 1,507 pelajar dihantar pulang pada Jumaat, 4,666 orang pada Sabtu dan 4,965 lagi semalam.Tambah beliau, proses penghantaran pulang pelajar berkenaan berterusan dan dikendalikan Kementerian Pengajian Tinggi dan institusi pengajian tinggi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81914", "title": "Perdana Menteri boleh kembali mulakan tugas di pejabat hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerdana Menteri boleh kembali mulakan tugas di pejabat hari ini.\nJun 04, 2020\n\nPerdana Menteri,\u00a0Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 34 yang lain boleh kembali memulakan tugas di pejabat hari ini.Ini selepas ujian saringan hari ke-13 kuarantin mendapati mereka sekali lagi negatif COVID-19.Tan Sri Muhyiddin dan semua ahli mesyuarat pasca Kabinet dikuarantin 2 minggu selepas salah seorang pegawai didapati positif virus tersebut.KKM perlukan lebih ramai pegawai kaunseling untuk kendalikan talian 'hotline'.Kementerian Kesihatan memerlukan lebih ramai pegawai kaunseling untuk mengendalikan talian 'hotline\u2019 kaunselingnya.Ujar Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, KKM terima hampir 10,000 panggilan ke talian itu sejak PKP bermula.Beliau turut puji khidmat 148 pegawai kaunselingnya yang secara purata setiap seorang kendalikan52,000 kes!Seorang mangsa keracunan puding buih meninggal dunia.Di Terengganu, seorang wanita meninggal dunia selepas 10 hari dirawat di ICU akibat kes keracunan puding buih.Allahyarham dan hampir 100 individu lain jatuh sakit akibat makan puding itu yang dibeli secara dalam talian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72820", "title": "Langkah Elak Ejen Atau Institut Memandu Ketuk Harga", "body": "\n\u2190 Back to list\nLangkah Elak Ejen Atau Institut Memandu Ketuk Harga\nMar 28, 2016\n\nJelas Kementerian Pengangkutan, langkah itu bagi mengelakkan manipulasi harga oleh institut memandu atau ejen.Setakat ini, 57 daripada 210 institut memandu berdaftar di seluruh negara sudahpun mengguna pakai sistem secara dalam talian yang diiktiraf.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72787", "title": "Hospital Swasta Akan Diaudit", "body": "\n\u2190 Back to list\nHospital Swasta Akan Diaudit\nJun 02, 2016\n\nMenurut kementerian, langkah itu dijangka dapat mengawal kadar caj yang dikenakan hospital swasta kepada pesakit.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80310", "title": "Kes denggi di seluruh negara melonjak!", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes denggi di seluruh negara melonjak!\nJul 29, 2019\n\nKes denggi di seluruh negara melonjak!Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh kira-kira 7 bulan ini lebih 72,000\u00a0kes demam denggi direkodkan, naik hampir 90 peratus berbanding tahun lalu.Kes kematian juga naik lebih 70 peratus kepada 108 kes.\u00a0Justeru kementerian minta semua pihak memainkan peranan penting bagi menjamin kejayaan pencegahan denggi, sebab virusnya boleh membawa maut.Kerajaan gubal akta baru berkaitan penggunaan tembakau, vape,\u00a0rokok elektronik dan shisha.Kementerian Kesihatan gubal satu akta baru bagi kawal selia penggunaan tembakau, vape,\u00a0rokok elektronik dan shisha.Akta yang dinamakan Akta Tembakau itu dijangka dapat menangani pemasalahan itu secara keseluruhan dan akan dibentangkan dalam masa terdekat.Sementara itu, kajian terhadap isi kandungan sebenar dalam gula-gula Ghost Smoke dijangka diketahui minggu depan.Tun Siti Hasmah bagi nama 3 ekor anak\u00a0harimau yang dilahirkan di Zoo Negara.Sempena Hari Harimau Sedunia hari ini, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah menamakan 3 ekor anak harimau yang dilahirkan di Zoo Negara.\u00a0Tun Siti selaku penaung Kempen Selamatkan Harimau Malaya, menamakan harimau tersebut Wira, Hebat dan Melur.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80164", "title": "Denda bagi perokok yang langgar larangan merokok di restoran tetap bermula Januari depan!", "body": "\n\u2190 Back to list\nDenda bagi perokok yang langgar larangan merokok di restoran tetap bermula Januari depan!\nJun 28, 2019\n\nTiada lagi penangguhan denda terhadap perokok yang langgar larangan merokok di premis makanan!Kementerian Kesihatan berkata denda buat pesalah tetap akan dilaksanakan seperti yang ditetapkan bermula 1 Januari depan.Dalam perkembangan berkaitan, pihaknya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk kaji isu kawalan terhadap penggunaan rokok elektronik dan vape.Kerajaan akan bentang usul wajibkan Ahli Parlimen isytihar harta kepada SPRM.Usul mewajibkan semua Ahli Parlimen isytihar pendapatan dan aset mereka kepada SPRM akan dibentangkan di Parlimen.Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri sebagai langkah bendung salah guna kuasa dan pengaruh demi kepentingan peribadi.Setakat ini, 124 Ahli Parlimen dan 79 anggota pentadbiran kerajaan telah mengisytiharkan harta mereka yang dipaparkan kepada umum di portal SPRM.Jokowi sah menang PILPRES 2019.Jokowi akhirnya sah menang Pilihan Raya Presiden Indonesia untuk kekal pimpin negara demokrasi ke-3 terbesar di dunia bagi tempoh 2019-2024.Ini selepas Mahkamah Perlembagaan Indonesia tolak permohonan pencabarnya,\u00a0Prabowo Subianto yang memfailkan petisyen membantah keputusan pilihan raya itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79068", "title": "Tiada kompromi terhadap mereka yang cuba menggugat\u00a0keamanan negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada kompromi terhadap mereka yang cuba menggugat\u00a0keamanan negara.\nDec 26, 2018\n\nKeharmonian dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di Malaysia ketika ini tidak wajar diganggu gugat oleh mana-mana pihak.Tegas Timbalan Perdana Menteri, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang cuba menggugat\u00a0keamanan dan keharmonian negara.Datuk\u00a0Seri Dr Wan Azizah juga menyeru rakyat agar menunjukkan kepada dunia\u00a0bahawa\u00a0perpaduan dalam\u00a0kepelbagaian adalah\u00a0salah satu\u00a0mercu tanda Malaysia.5,000 orang hadiri perhimpunan tuntut keadilan untuk Allahyarham Adib.Kira-kira 5,000 orang hadir ke perhimpunan anjuran Gerakan Rakyat Malaysia bagi menuntut keadilan terhadap kematian anggota bomba, Muhammad Adib.Perhimpunan yang berlangsung secara aman itu juga menuntut suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan segera agar siasatan yang telus dapat dijalankan.Peserta perhimpunan terlebih dahulu\u00a0menunaikan solat jenazah ghaib buat Allahyarham Adib sebelum berarak\u00a0\u00a0ke Dataran Seni Klang.Tidak puas hati jadi punca pergaduhan.Punca pergaduhan antara pekerja 'R and R Gambang' dengan seorang pemandu bas ekspres yang videonya viral adalah disebabkan rasa tidak puas hati.Foto: UtusanPolis Kuantan berkata pihaknya sudah kenal pasti individu yang terlibat dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79150", "title": "Pelajar MRSM daripada golongan B40 diberi kelonggaran bayar yuran secara ansuran.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelajar MRSM daripada golongan B40 diberi kelonggaran bayar yuran secara ansuran.\nJan 13, 2019\n\nMARA beri kelonggaran kepada pelajar daripada golongan B40 untuk tangguh atau bayar yuran pendaftaran MRSM secara ansuran.Yuran pendaftaran bagi pelajar baru Tingkatan 1 dan 4 untuk kemasukan ke MRSM 2019 sebanyak RM342 dengan sebahagian besarnya adalah untuk tampung aktiviti pelajar sepanjang pembelajaran mereka.Pihaknya turut memperkenalkan Program Bantuan Untuk Pendidikan Mara, BUDI dalam usaha membantu golongan pelajar miskin tegar.Jabatan\u00a0Keselamatan Jalan\u00a0Raya kaji cadangan hadkan lorong kiri untuk pengguna motosikal.Jabatan\u00a0Keselamatan Jalan\u00a0Raya kini kaji cadangan untuk hadkan lorong kiri jalan raya khusus buat pengguna motosikal.Ia susulan statistik tahun lalu yang menunjukkan lebih\u00a060 peratus\u00a0kemalangan maut\u00a0lalu lintas\u00a0melibatkan\u00a0penunggang dan pembonceng motosikal.Seorang lelaki maut dengan 14 tikaman di badan.Seorang lelaki ditemui maut dengan 14 kesan tikaman di badannya di sebuah flat di Bukit Mertajam.Foto: KosmoPolis P.Pinang berkata mangsa merupakan pembekal pekerja asing warga Myanmar kepada beberapa buah kilang di kawasan Bukit Tengah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70663", "title": "Lolos PKPD Untuk ke Pasar Raya!", "body": "\n\u2190 Back to list\nLolos PKPD Untuk ke Pasar Raya!\nAug 11, 2020\n\nLolos PKPD Untuk ke Pasar Raya!Seorang wanita dikompaun RM1000 gara-gara\u00a0ingkar arahan PKPD di Kubang Pasu, Kedah.Dia dilapor menyelinap keluar dari zon itu semata-mata kerana mahu beli barang di pasar raya.Sarawak Dapat KelonggaranBermula 15 Ogos ini pihak berkuasa benarkan pergerakan antara zon di Sarawak tanpa perlu mohon permit daripada polis.Ia susulan penurunan kes positif COVID-19 dan tiada jangkitan tempatan direkodkan di negeri itu\u00a0sejak beberapa hari lalu.KDN Beri AmaranAnggota polis yang melindungi kegiatan rumah judi dan perniagaan haram akan berdepan tindakan tegas.Kementerian Dalam Negeri (KDN) beri amaran itu ekoran tular seorang peniaga dedah bukti dikaitkan dengan kegiatan tersebut.KDN juga telah bertemu dengan peniaga tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang dakwaannya.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72407", "title": "Hampir 30 peratus penduduk dewasa di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental ", "body": "\n\u2190 Back to list\nHampir 30 peratus penduduk dewasa di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental \nOct 10, 2017\n\nHampir 30 peratus penduduk dewasa di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental ketika ini, naik hampir 3 kali ganda berbanding pada tahun 1996.Menurut Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, golongan paling ramai adalah remaja sekolah dan belia yang baru bekerja, berusia 16 hingga 29 tahun.Pihaknya memaklumkan demikian sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia hari ini bertemakan Kesihatan Mental Di Tempat Kerja.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72615", "title": "Isu Rohingya : Wisma Putra Panggil Duta Myanmar", "body": "\n\u2190 Back to list\nIsu Rohingya : Wisma Putra Panggil Duta Myanmar\nNov 27, 2016\n\nMalaysia mengecam tindakan ganas yang semakin berleluasa terhadap etnik Rohingya di Myanmar dan meminta ia segera dihentikan.Kementerian Luar juga akan memanggil Duta Besar Myanmar ke Malaysia untuk menyampaikan pendirian negara ini terhadap isu tersebut.Dalam perkembangan sama Timbalan Perdana Menteri memaklumkan, satu perhimpunan mega dirancang Ahad depan bagi zahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu Rohingya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81096", "title": "4,000 Murid Layak Dapat Rancangan Makanan Tambahan ", "body": "\n\u2190 Back to list\n4,000 Murid Layak Dapat Rancangan Makanan Tambahan \nJan 20, 2020\n\nKira-kira 4 ribu murid terpilih sebagai peserta program Rancangan Makanan Tambahan yang bermula hari ini.Menurut Kementerian Pendidikan, kira-kira 90 peratus peserta program itu terdiri daripada murid dari kawasan projek perumahan rakyat termiskin.\u00a0Pelaksanaan program itu, antara jam 7 sehingga 7.30 pagi bagi persekolahan sesi pagi dan 12.30 tengah hari sehingga 2 petang bagi sesi persekolahan sesi petang.150 Kontena Sisa Pepejal Plastik Di Hantar Negara Asal\u00a0Kerajaan hantar pulang 150 kontena sisa pepejal plastik ke negara asal pengeksport sejak suku ketiga tahun lalu.Kementerian Alam Sekitar berkata penghantaran balik sisa pepejal dianggarkan lebih 3,300 tan metrik itu tidak melibatkan sebarang kos kewangan kerana ditanggung oleh pihak pengimport atau syarikat perkapalanTambahnya, dianggarkan 110 kontena sisa pepejal plastik lagi akan dihantar pulang ke negara pengeksport sebelum pertengahan tahun ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71563", "title": "MARA rancang wujudkan rangkaian 'factory outlet'", "body": "\n\u2190 Back to list\nMARA rancang wujudkan rangkaian 'factory outlet'\nNov 09, 2015\n\nMARA rancang wujudkan rangkaian kedai barangan terus dari kilang, 'factory outlet' mesra pelancong tahun depan.Cadangan lokasi adalah di Langkawi dan Bukit Kayu Hitam di Kedah, Rantau Panjang di Kelantan, Melaka dan KL.'Factory outlet' itu berkonsepkan 'shopping village' yang menyediakan pelbagai persembahan tradisi masyarakat Malaysia.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71201", "title": "Sudah Lebih 50 Juta!", "body": "\n\u2190 Back to list\nSudah Lebih 50 Juta!\nNov 09, 2020\n\nCOVID-19 Sudah Melebihi Angka 50 Juta!Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 50 juta!Menurut data terbaru Universiti Johns Hopkins juga, setakat ini 1.2 juta yang dijangkiti virus itu telah meninggal dunia.Namun angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi ekoran kekurangan kecekapan dalam menjalankan ujian di sebilangan negara.Kluster Ikhtisas & Berendam PulaKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kesan 2 lagi kluster COVID-19.Kluster Ikhtisas dikesan di Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan, manakala Kluster Berendam di Melaka.Sementara itu, kes baru COVID-19 di negara ini turun semula kepada 3 angka iaitu 852 dengan hampir 62 peratus kes di Sabah.Jumlah kes sembuh pula 825 manakala 4 pesakit meninggal dunia semalam.Boleh Solat Fardu & Jumaat di Terengganu Asalkan\u2026Sultan Terengganu berkenan membenarkan solat fardu dan solat Jumaat diteruskan di semua masjid dan surau di negeri itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.Namun, jemaah diingatkan sentiasa mematuhi SOP sedia ada dan kehadiran jemaah mestilah mengikut kapasiti saiz tempat ibadat terlibat.PKPB mula berkuat kuasa di Semenanjung hari ini sehingga 6 Disember kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis.\u00a0Jogho Bawa Nama AsiaLembu gergasi peliharaan seorang guru di Bachok, Kelantan dipilih mewakili Asia dalam pertandingan lembu sado peringkat dunia.Diberi nama Jogho, lembu baka Limousine itu mempunyai berat 1.6 tan dan bernilai RM25,000.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=107444", "title": "Pelajar Terus Jalani PDPR Sehingga Julai", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelajar Terus Jalani PDPR Sehingga Julai\nJun 06, 2021\n\nPelajar terus jalani PDPR sehingga Julai\n\nKementerian Pendidikan mengumumkan proses PDPR akan dilaksanakan selama 25 hari sebaik sesi persekolahan bermula 13 dan 14 Jun ini.\nPara pelajar akan kembali bercuti antara 16 & 17 Julai sehingga 25 & 26 Julai.\nKementerian juga akan maklumkan kepada ibu bapa dan guru sekiranya pelajar mula dibenarkan kembali ke sekolah bergantung kepada situasi semasa COVID-19.\nMenteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin turut umumkan tarikh SPM 2021.\nUjian lisan dan amali sains akan berlangsung pada Februari 2022 manakala ujian bertulis akan bermula pada Mac 2022.\n---\nSuntikan vaksin ke rumah bagi warga emas dan OKU dipertimbang\n\u00a0\n\n\nKerajaan akan berbincang dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19, CITF untuk membolehkan suntikan vaksin dibuat dari rumah ke rumah khusus untuk warga emas dan mereka yang kurang upaya.\nTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata ia sebagai langkah membantu golongan tersebut menerima suntikan vaksin termasuk mereka yang berdepan masalah pengangkutan.\nSementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor akan mulakan Program Outreach Vaksinasi COVID-19 Selasa ini.\nMB Selangor berkata sebanyak 16 pasukan akan digerakkan ke Rumah Jagaan Warga Emas dan golongan OKU bagi memastikan mereka tidak tertinggal untuk menerima vaksin.\nAS, lebih 3.4 juta individu telah terima suntikan vaksin COVID-19 selepas lebih 100 hari Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=150226", "title": "Kes Jangkitan Covid-19 Masih Lagi Terkawal.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Jangkitan Covid-19 Masih Lagi Terkawal.\nApr 19, 2023\n\n\nKes Jangkitan Covid-19 Masih Lagi Terkawal.\nRakyat tidak perlu panik ekoran berlakunya sedikit peningkatan kes Covid-19 dalam negara sejak kebelakangan ini.\nJelas Menteri Kesihatan ini kerana kes jangkitan Covid-19 masih lagi terkawal.\nNamun, Dr Zaliha Mustafa menasihati orang ramai supaya pakai pelitup muka jika bergejala.\nIndividu bergejala juga disaran agar lakukan ujian saringan sebelum bertemu keluarga ketika hari raya nanti bagi elak penyebaran virus itu.\n\u00a0\n7 kesalahan tidak boleh dikompaun mula dikuatkuasakan.\n7 kesalahan jalan raya yang tidak dibenarkan untuk dikompaun sempena sambutan Aidilfitri tahun ini mula dikuatkuasakan.\nJelas JPJ antara kesalahannya adalah memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak patuhi isyarat lampu merah dan memandu melebihi had laju.\nTurut dikuatkuasakan adalah Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan di jalan raya iaitu pada 20, 21, 24 dan 25 April.\n\u00a0\nSabah umum Jumaat ini hari kelepasan am tambahan.\nKerajaan Sabah mengumumkan Jumaat ini sebagai hari kelepasan am tambahan di negeri itu tahun ini sempena Aidilfitri.\nKetua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata ia selaras dengan Ordinan Hari Kelepasan Am Sabah.\nTerdahulu, Perdana Menteri umum satu hari kelepasan AM tambahan bagi memudahkan orang ramai merancang untuk pulang ke destinasi masing-masing.\nJelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya raya pada hari Jumaat ini maka Isnin depan mendapat cuti khas sehari.\nNamun, jika hari raya pada Sabtu, Jumaat ini dikhaskan sebagai cuti tambahan.\nBagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh berkenaan mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72352", "title": "Operasi SAR di perairan Pulau Mengalum akan dibincangkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nOperasi SAR di perairan Pulau Mengalum akan dibincangkan\nFeb 06, 2017\n\nAgensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa bot pelancong China karam di perairan Pulau Mengalum akan mengadakan perbincangan hari ini.Ujar APMM Sabah, ia bagi mencari hala tuju operasi mencari 6 lagi mangsa yang hilang, yang sudah memasuki hari ke-10, hari ini.Setakat ini, 22 mangsa berjaya diselamatkan, manakala 3 maut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72729", "title": "Jerebu Dijangka Tidak Seteruk Tahun Lalu", "body": "\n\u2190 Back to list\nJerebu Dijangka Tidak Seteruk Tahun Lalu\nAug 17, 2016\n\nMenurut Jabatan Alam Sekitar ini kerana cuaca panas melampau akibat fenomena El Nino telah berakhir.Sementara itu,\u00a0bacaan IPU pada 5 petang tadi menunjukkan tiada kawasan mencatatkan tahap udara tidak sihat.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73312", "title": "Tabung Haji nafi dakwaan kononnya ada menghubungi pendepositnya melalui telefon untuk tujuan transaksi wang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTabung Haji nafi dakwaan kononnya ada menghubungi pendepositnya melalui telefon untuk tujuan transaksi wang.\nNov 04, 2017\n\nTabung Haji nafi dakwaan kononnya ada menghubungi pendepositnya melalui telefon untuk tujuan transaksi wang.Jelasnya, pengeluaran atau pindahan wang tidak boleh dilaksanakan melalui panggilan telefon, dan meminta pendepositnya berhati-hati dengan sindiket penipuan tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73256", "title": "Seramai 14.8 juta warga Malaysia sudah mendaftar sebagai pengundi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeramai 14.8 juta warga Malaysia sudah mendaftar sebagai pengundi.\nJan 17, 2018\n\nDaftar Pemilih SPR setakat suku ketiga 2017 menunjukkan seramai 14.8 juta warga Malaysia sudah mendaftar sebagai pengundi.Bagaimanapun, masih ada 3.6 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun dan ke atas masih belum mendaftar.Dalam perkembangan berkaitan, SPR mahu semua universiti memastikan penuntut mereka yang layak mengundi, pulang ke kampung halaman untuk mengundi nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71916", "title": "Exco Pulau Pinang direman 5 hari oleh SPRM.", "body": "\n\u2190 Back to list\nExco Pulau Pinang direman 5 hari oleh SPRM.\nAug 13, 2017\n\nExco Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditahan reman 5 hari oleh SPRM mulai semalam berkaitan dengan sebuah kilang haram di negeri itu.Phee didakwa menyalahguna kuasa berhubung surat yang dikeluarkan pejabatnya melibatkan kilang berkenaan yang telah beroperasi selama 15 tahun.Terdahulu, pengarah dan pengurus kilang berkenaan juga ditahan 5 hari bagi membantu siasatan.Sumber gambar : sarawakiana.net\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72000", "title": "Kerajaan Pulau Pinang umum bantuan khas sebanyak 500 ringgit kepada mangsa banjir, babitkan hampir 100 ribu penerima.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Pulau Pinang umum bantuan khas sebanyak 500 ringgit kepada mangsa banjir, babitkan hampir 100 ribu penerima.\nNov 09, 2017\n\nKerajaan Pulau Pinang umum bantuan khas sebanyak 500 ringgit kepada mangsa banjir, babitkan hampir 100 ribu penerima.Dalam pada itu, Jabatan Imigresen tawarkan gantian passport rosak atau hilang secara percuma kepada mangsa banjir di Pulau Pinang bermula esok, sehingga 31 Disember.Jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, turun kepada 2,400 orang, manakala di Kedah semua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72164", "title": "Rekod imunisasi bayi dalam Mykid", "body": "\n\u2190 Back to list\nRekod imunisasi bayi dalam Mykid\nAug 29, 2017\n\nKementerian Kesihatan akan laksanakan projek perintis masukkan sistem rekod imunisasi bayi dan kanak-kanak melalui MyKid.Kaedah ini bagi menukar sistem lama yang menyimpan rekod kesihatan bayi dalam buku, sekaligus bantu selesaikan isu kehilangan rekod berkenaan.Sistem baru itu akan dimulakan di Putrajaya dalam masa terdekat pada tahun ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72673", "title": "SPRM Rampas Wang Tunai Hasil Rasuah RM52 Juta", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM Rampas Wang Tunai Hasil Rasuah RM52 Juta\nOct 05, 2016\n\nSPRM rampas RM52 juta wang tunai dipercayai hasil aktiviti rasuah babitkan pengarah dan timbalan pengarah jabatan kerajaan di Sabah.Rampasan berkenaan merupakan rampasan terbesar SPRM dalam tempoh 49 tahun.Wang tunai itu juga memerlukan masa selama 15 jam untuk dikira dengan bantuan seramai 30 anggota.Susulan itu juga, 2 pegawai terbabit dan 2 lagi suspek kini direman seminggu.Kes rasuah berkenaan dilapor membabitkan wang RM3.3 bilion.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73321", "title": "Tiada lagi amalan Gred Purata Sekolah untuk sekolah rendah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada lagi amalan Gred Purata Sekolah untuk sekolah rendah.\nFeb 11, 2018\n\nMulai tahun ini,\u00a0kementerian pendidikan malaysiamenetapkan semua sekolah rendah dan Jabatan Pelajaran Negeri tidak lagi amalkan Gred Purata Sekolah bagi tentukan pencapaian akademik murid.Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata ini kerana GPS sahaja tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat kejayaan sekolah serta pembangunan dan kemenjadian murid secara keseluruhan.Bagaimanapun katanya, GPS di sekolah menengah khususnya untuk SPM akan diteruskan bagi melihat pencapaian keseluruhan pelajar.Foto: GPS Bestari\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71827", "title": "Kastam tak minta kebenaran Kementerian", "body": "\n\u2190 Back to list\nKastam tak minta kebenaran Kementerian\nJun 20, 2017\n\nJabatan Kastam tidak meminta kebenaran Kementerian Kewangan sebelum memutuskan untuk mengenakan GST ke atas 60 lagi barangan makanan.Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga menegaskan, cukai ke atas barangan tersebut tidak sesuai dilaksana dalam keadaan ekonomi ketika ini.Datuk Seri Johari juga mengingatkan Kastam untuk mendapatkan kelulusan sebelum mengumumkan sebarang perubahan ke atas GST, selepas ini.Rakyat Malaysia cemas semalam selepas Kastam umum akan mengenakan GST ke atas 60 lagi barangan makanan, namun ia ditarik balik tidak lama kemudian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72809", "title": "Garis Panduan Pelan Tindakan Menangani Gelombang Haba Dikuatkuasa ", "body": "\n\u2190 Back to list\nGaris Panduan Pelan Tindakan Menangani Gelombang Haba Dikuatkuasa \nMar 18, 2016\n\nUjar Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, jawatankuasa berkenaan yang melibatkan pelbagai agensi diletakkan di bawahnya.Kementerian turut mengumumkan, garis panduan tetap mengenai pelan tindakan menangani gelombang haba dikuatkuasakan serta merta.Menurut pihaknya lagi, 'Kecemasan Gelombang Haba' akan diisytihar jika suhu melebihi 40 darjah celcius selama 7 hari.Manakala, Kementerian Pendidikan boleh arahkan mana-mana sekolah ditutup jika suhu kawasannya melebihi 37 darjah celcius selama lebih 72 jam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72191", "title": "TPM mahu tindakan drastik banteras pil kuda di Kelantan", "body": "\n\u2190 Back to list\nTPM mahu tindakan drastik banteras pil kuda di Kelantan\nJul 05, 2017\n\nTPM arah tindakan drastik dilakukan bagi banteras lubuk pil kuda di Kelantan khasnya di sepanjang Sungai Golok.Antaranya memindahkan penduduk yang mendiami tanah rizab di sepanjang sungai itu bagi banteras aktiviti penyeludupan dadah.MKN juga diarah perhalusi mekanisme bina tembok atau pagar kekal, selain pertingkat operasi maritim.Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tegaskan, masalah penyeludupan dadah ini bukan hanya babitkan Kelantan, malah turut merebak ke Terengganu dan Pahang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71000", "title": "Kementerian Kesihatan Sedia Aktifkan Semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Kesihatan Sedia Aktifkan Semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah. \nOct 05, 2020\n\nKementerian Kesihatan sedia untuk mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, jika kes terus meningkat.\u00a0Buat masa ini, terdapat\u00a036 pusat kuarantin antaranya melibatkan hospital kerajaan dan pusat yang diwartakan MKN seperti MAEPS di\u00a0Serdang.Semalam, Malaysia merekodkan 293 kes baru COVID-19 dengan Sabah kekal catat kes tertinggi dengan 126 kes.Dua kluster baru turut dikesan iaitu Kluster Kau Sing di Tawau,\u00a0Sabah dan\u00a0Kluster Embun di Hulu Langat,\u00a0Selangor.\u00a0Majlis Fatwa Kebangsaan akan bermesyuarat hari ini bagi memperhalusi SOP di masjid dan surau.Menteri Hal Ehwal Agama berkata ia susulan peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara.Mesyuarat itu katanya bukan hanya akan membincangkan SOP di kawasan\u00a0merah sahaja, tetapi di semua kawasan.Gangguan bekalan air tidak berjadual sekali lagi melanda lebih 270 kawasan di Lembah Klang.Ini selepas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi\u00a0telah dihenti tugas sepenuhnya akibat pencemaran di Sungai Semenyih.Menurut Air Selangor, jangkaan tempoh masa pemulihan bekalan air masih belum boleh dipastikan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72258", "title": "Warga Indonesia ditahan berhubung kes culik di JB", "body": "\n\u2190 Back to list\nWarga Indonesia ditahan berhubung kes culik di JB\nMar 21, 2017\n\nPolis berkas warga Indonesia yang merupakan suspek ke-19 kes culik isteri seorang ahli perniagaan di Johor Bahru pada 21 Februari lalu.Penculik melarikan mangsa ke Batam, Indonesia dan menuntut wang tebusan jutaan ringgit.Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan pihak berkuasa selepas 27 hari diculik.(gambar hiasan)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80767", "title": "Banjir pada musim tengkujuh kali ini dijangka lebih buruk berbanding tahun lalu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir pada musim tengkujuh kali ini dijangka lebih buruk berbanding tahun lalu.\nNov 01, 2019\n\nMusim tengkujuh kali ini dijangka menyebabkan banjir lebih buruk berbanding tahun lalu!Jabatan Meteorologi memaklumkan, ini kerana Monsun Timur Laut ketika ini dijangka menyebabkan peningkatan hujan 20 hingga 40 peratus daripada biasa.\u00a0Jika tahun lalu hampir tiada banjir di Kelantan, tapi tahun ini dijangka berlaku banjir di negeri berkenaan namun tidaklah sebesar Bah Kuning pada 2014.Monsun Timur Laut dijangka berakhir Mac, menyaksikan Semenanjung dilanda musim hujan sehingga Januari, diikuti Sabah dan Sarawak pula selepas itu.Basikal lajak memang diharamkan!Itu penjelasan Timbalan Perdana Menteri berhubung cadangan mengharamkan secara menyeluruh aktiviti basikal tersebut yang menjadi trend remaja masa kini.Ujar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail lagi, basikal lajak memang tidak layak berada atas jalan raya sebab tiada ciri keselamatan khasnya brek.Beliau juga minta ibu bapa lebih prihatin terhadap aktiviti anak-anak agar tidak terjebak dengan kegiatan yang membahayakan keselamatan diri dan orang lain.Keputusan penguatkuasaan terhadap vape mungkin diketahui tahun depan.Keputusan sama ada haramkan sepenuhnya vape atau ketatkan peraturan penjualannya dijangka diketahui tahun depan.Kementerian Kesihatan berkata langkah itu wajar diambil memandangkan penggunaan vape dilihat semakin tidak terkawal dalam kalangan pelajar sekolah.Ketika ini, pihaknya masih memerlukan lebih banyak data berhubung perkara itu sebelum sebarang keputusan dibuat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81441", "title": "PKP di 2 Kawasan di Kluang Diperketat", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKP di 2 Kawasan di Kluang Diperketat\nMar 27, 2020\n\n2 Kawasan di Kluang Kini Dalam Perintah Kawalan Pergerakan DiperketatkanPerintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)\u00a0dilaksanakan di Kampung Dato\u2019 Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato\u2019 Ibrahim Majid di Kluang, Johor.Ia berkuat kuasa sehingga 9 April bagi mengekang penularan COVID-19 susulan jumlah kes positif yang tinggi di 2 kawasan tersebut.Dalam tempoh ini, semua laluan keluar masuk di kawasan berkenaan ditutup dan makanan asas yang mencukupi akan dibekalkan kepada semua penduduk oleh JKM.Malaysia kini\u00a0kini merekodkan 2,031 positif wabak itu melibatkan 23 kematian.Senarai Terbaru Berita dan Maklumat PalsuKementerian Komunikasi dan Multimedia mengeluarkan senarai terbaru berita dan maklumat palsu di media sosial berkenaan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.Antaranya, PDRM nafi mengeluarkan perintah berkurung dari jam 6 petang hingga 7 pagi.Polis juga nafi maklumat tular kononnya seorang pesakit COVID-19 melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang.Layari laman web \u2018sebenarnya.my\u2019 untuk dapatkan kesahihan berita dan maklumat tular.Aplikasi Pintar Mengekang Penularan COVID-19Malaysia sedang sediakan aplikasi telefon pintar yang boleh kesan pergerakan individu bagi mengekang penularan COVID-19 seperti dilakukan Singapura.Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, ia boleh kesan pergerakan rakyat supaya apabila berlaku kes positif, mereka boleh lihat sejarah pergerakan dan beri amaran kepada orang lain berhampiran pesakit untuk buat ujian saringan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71858", "title": "Lelaki diserah kepada polis kerana cuba rogol wanita dalam tandas stesen minyak", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki diserah kepada polis kerana cuba rogol wanita dalam tandas stesen minyak\nJul 15, 2017\n\nSeorang lelaki diserahkan kepada polis selepas cuba merogol seorang wanita di tandas stesen minyak di Machang, Kelantan.Mangsa menjerit apabila lelaki yang memanjat dari tandas bersebelahan muncul mengganggunya, sebelum orang ramai berjaya menangkap suspek tersebut.Rakaman sebahagian video insiden berkenaan kini viral di media sosial.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71445", "title": "Jumlah mangsa banjir semakin meningkat!", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah mangsa banjir semakin meningkat!\nDec 20, 2020\n\nJumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus meningkat.Lebih 170 lagi mangsa banjir di negeri itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara menjadikan jumlah keseluruhan mangsa meningkat kepada lebih 6,300.Peningkatan jumlah mangsa dikatakan berpunca daripada air pasang besar pada tengah malam tadi.Kemaman kekal sebagai daerah paling teruk terjejas apabila mencatatkan 5,108 mangsa.Sementara itu di Kelantan, lebih seribu mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setakat jam 8 pagi tadi membabitkan 4 daerah iaitu Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas dan Gua Musang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71352", "title": "2 Kategori Permohonan i-Sinar", "body": "\n\u2190 Back to list\n2 Kategori Permohonan i-Sinar\nDec 03, 2020\n\n2 Kategori Permohonan i-Sinar\u00a0Kemudahan pengeluaran i-Sinar KWSP kini dibuka kepada semua ahlinya yang terjejas pendapatan akibat COVID-19.Permohonan dalam talian mula dibuka pada 21 Disember ini melibatkan kategori 1.Ia adalah untuk ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut atau ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan gaji pokok 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.Tiada dokumen sokongan diperlukan untuk kategori ini dan kelulusan adalah secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.Bagi kategori 2 pula ahli boleh membuat permohonan mulai 11 Januari nanti.Ia meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas.Ahli perlu mengemukakan dokumen sokongan sama ada slip gaji, penyata bank atau surat dan notis pengesahan oleh majikan.Maklumat lanjut boleh disemak melalui KWSP.Tak Hilang SebenarnyaKanak-kanak yang dilaporkan hilang di Wangsa Maju sejak kelmarin sebenarnya berada bersama bapa kandungnya.Polis Kuala Lumpur memaklumkan, terdapat salah faham antara bapa kandung dengan bapa angkat kanak-kanak itu sehingga mengakibatkan terjadinya isu berkenaan.Difahamkan kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun itu sudah diserahkan kembali kepada bapa angkat yang memeliharanya.\u00a0Mineral Bernilai RM60 bilion di Kedah!Mineral dianggarkan bernilai RM60 bilion yang digunakan dalam pembuatan komponen peranti dan gajet akan diteroka di Kedah oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.Kerajaan negeri memaklumkan, permit meneroka sudah diluluskan minggu lepas dan mineral tersebut berada dalam kategori tidak beradioaktif.Kawasan mineral itu banyak tertumpu di daerah Sik dan cara mengekstraknya tidak akan melibatkan aktiviti perlombongan.Amaran Hujan LebatHujan lebat berterusan di beberapa daerah di Terengganu dan Pahang dijangka bermula hari ini sehingga hujung minggu ini.Daerah terlibat ialah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu dan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.Sementara itu, kerajaan Terengganu sedang menyiasat punca banjir bersama lumpur tebal yang berlaku di Kemaman baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71775", "title": "PDRM Tunggu Pengesahan Laporan 2 Warga Malaysia Anggota IS Maut di Syria dan Iraq", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM Tunggu Pengesahan Laporan 2 Warga Malaysia Anggota IS Maut di Syria dan Iraq\nJan 12, 2016\n\nKedua-dua mereka dipercayai bunuh lebih 30 orang dalam 2 serangan berasingan minggu lalu.Ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, tanpa bukti dokumentasi, identiti penyerang itu boleh diragui.Sementara itu, PDRM telah tahan 82 individu terlibat IS sepanjang tahun lepas dimana kebanyakan daripadanya rakyat Malaysia.Dalam perkembangan berkaitan, pelajar berusia 16 tahun ditahan di Sungai Petani, Kedah kerana disyaki terlibat IS.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79333", "title": "Inkues punca kematian Muhammad Adib bermula hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nInkues punca kematian Muhammad Adib bermula hari ini.\nFeb 11, 2019\n\nInkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan bermula hari ini.30 saksi termasuk enam doktor yang merawat Adib dijangka dipanggil untuk memberikan keterangan.Adib meninggal dunia selepas parah dalam rusuhan di sebuah kuil USJ 25 November tahun lalu.Kehilangan budak perempuan 11 tahun di Pekan, Pahang berakhir tragedi!Misteri kehilangan kanak-kanak perempuan 11 tahun di Pekan, Pahang sejak 30 Januari lalu berakhir dengan penemuan mayat dalam keadaan tragis!Susulan penemuan itu, seorang lelaki warga asing ditahan dipercayai individu terakhir dilihat bersama mangsa sebelum dilaporkan hilang.Polis bagaimanapun masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian mangsa.Ibu bapa ada anak yang terlibat dengan dadah perlu ikuti sesi kaunseling.Ibu bapa atau penjaga remaja yang bermasalah berkaitan dadah akan diwajibkan untuk ikuti sesi kaunseling.Agensi Antidadah Kebangsaan berkata cadangan itu termasuk dalam undang-undang baru yang akan digubal untuk tangani masalah dadah di peringkat awal.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71005", "title": "122 sekolah di Sabah ditutup mulai hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\n122 sekolah di Sabah ditutup mulai hari ini.\nOct 06, 2020\n\n122 sekolah di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, Sabah ditutup mulai hari ini.Kementerian\u00a0Pendidikan Malaysia berkata ia susulan\u00a0pelaksanaan\u00a0Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di 3 kawasan berkenaan berkuatkuasa esok.Sekolah-sekolah di luar kawasan PKPB itu, bagaimanapun, akan beroperasi seperti biasa.Susulan PKPB juga, sebarang kemasukan ke ke Sabah tidak dibenarkan kecuali bagi mereka yang berasal dari negeri itu dan pemegang pas Jabatan Imigresen bermula tengah malam ini.Mana-mana pihak selain daripada kategori itu diwajibkan mendapatkan kebenaran khas daripada Kerajaan Negeri Sabah.Ketua Polis Negara jalani kuarantin kendiri.Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kini jalani kuarantin kendiri walaupun disahkan negatif Covid-19.Ini selepas beliau menghadiri satu mesyuarat yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang disahkan positif wabak itu.Turut jalani kuarantin termasuklah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Dalam pada itu, UiTM arahkan semua individu yang merupakan kontak rapat\u00a0dengan\u00a0Datuk Seri Dr Zulkifli dalam satu majlis baru-baru ini, segera jalani ujian saringan\u00a0COVID-19.Fasa kedua Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 dijadualkan semula.Fasa kedua Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 secara bersemuka yang akan bermula esok hingga 24 Oktober ini dijadualkan semula kepada 20 Januari hingga 6 Februari tahun depan.Manakala pembancian dalam talian yang telah berakhir pada 30 September lepas akan disambung semula mulai esok hingga 21 Disember ini.Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, penjadualan semula itu dibuat susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71616", "title": "Pemain Badminton Paralimpik Malaysia Menyinar", "body": "\n\u2190 Back to list\nPemain Badminton Paralimpik Malaysia Menyinar\nDec 04, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72570", "title": "Bekalan Air Di Lembah Klang Dijangka Pulih Jumaat ", "body": "\n\u2190 Back to list\nBekalan Air Di Lembah Klang Dijangka Pulih Jumaat \nDec 19, 2016\n\nTNB sudah memulakan kerja penyelenggaraan di Pencawang Masuk Utama Bukit Badong di Kuala Selangor yang menjejaskan hampir 3.9 pengguna air di Lembah Klang.Menurut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini.Pemulihan dilakukan mengikut 2 zon, berasaskan konsep pengagihan '2 hari ada air, 2 hari tiada air' sehingga pulih sepenuhnya.Kementerian juga meminta orang ramai tidak melakukan simpanan panik bekalan air supaya proses pemulihan tidak terjejas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79141", "title": "Siasatan kes kematian Muhammad Adib telah lengkap sepenuhnya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSiasatan kes kematian Muhammad Adib telah lengkap sepenuhnya.\nJan 11, 2019\n\nSiasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib telah lengkap sepenuhnya!Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kertas\u00a0siasatan\u00a0itu telah\u00a0dirujuk kepada\u00a0pejabat\u00a0Timbalan\u00a0Pendakwa\u00a0Raya\u00a0untuk\u00a0tindakan selanjutnya.Sementara itu,\u00a0\u00a0Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam ditahan polis di bawah Akta Hasutan malam tadi.Terdahulu, Lokman diminta hadir beri keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ekoran satu videonya mengenai kes kematian Adib.Kerajaan kini dalam usaha untuk mewujudkan subjek pendidikan seks di sekolah.Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata subjek itu penting terutamanya dalam era media sosial.Berdasarkan statistik, 9 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar di kelas peralihan seluruh negara dikesan aktif dalam hubungan seks.Selamat hari lahir, Datuk Seri Siti Nurhaliza!Penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus dihujani ucapan sempena hari lahir beliau yang ke-40, hari ini.Sepanjang 23 tahun penglibatannya dalam industri muzik, Tokti telah terima lebih\u00a0300 anugerah\u00a0dan mengadakan lebih 50 konsert!\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73230", "title": "Polis Kelantan kesan taktik terbaru sindiket 'Macau Scam'.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Kelantan kesan taktik terbaru sindiket 'Macau Scam'.\nDec 19, 2017\n\nPolis Kelantan mengesan taktik terbaru sindiket 'Macau Scam' yang menggunakan nama Pos Malaysia untuk menipu mangsa.Sindiket berkenaan guna taktik menyamar sebagai pegawai Pos Malaysia, menghubungi mangsa dan menyuruh mangsa mengambil barangan di Pejabat Pos.Sindiket itu juga meminta nombor MyKad dan menyuruh mangsa membuat bayaran ke akaun tertentu, dan mangsa cuma sedar ditipu apabila tiba di Pejabat Pos.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71931", "title": "PDRM ambil tindakan proaktif memerangi kumpulan militan IS.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM ambil tindakan proaktif memerangi kumpulan militan IS.\nAug 22, 2017\n\nPDRM tetap mengambil tindakan proaktif memerangi kumpulan militan IS di negara ini biarpun gerakan itu dilihat semakin lemah.Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman berkata, pihaknya sentiasa memantau mana-mana cubaan menggugat keselamatan negara.Mei lalu, Ketua Polis Negara sahkan kematian ketua militan IS di Asia Tenggara, Muhammad Wanndy Jedi dalam satu serangan di Syria.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71643", "title": "Persatuan Peniaga Vape Melayu Kelantan sudah bertemu kerajaan negeri", "body": "\n\u2190 Back to list\nPersatuan Peniaga Vape Melayu Kelantan sudah bertemu kerajaan negeri\nDec 21, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71292", "title": "Malaysia catat rekod kes COVID-19 harian tertinggi", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia catat rekod kes COVID-19 harian tertinggi\nNov 23, 2020\n\nMalaysia catat rekod kes COVID-19 harian tertinggiFoto - Neuroscience NewsMalaysia merekodkan jumlah kes COVID-19 harian tertinggi yang penah dicatatkan iaitu 1,884 kes dengan 1,203 daripadanya dikesan di negeri Selangor.Peningkatan itu ekoran ujian saringan bersasar yang dilakukan ke atas pekerja sebuah kilang sarung tangan di Meru, Klang di mana ia menyumbang 1,060 kes, hari ini.Empat lagi kluster baru dikesan hari ini membabitkan beberapa kawasan di Lembah Klang, Perak dan Johor dikenali sebagai Kluster Bintang, Indah Mas, Teja Kasih dan Kobena.-----Waktu operasi perniagaan dibenar sehingga 12 tengah malamFoto - BernamaSemua kedai makan, kedai runcit, kedai serbaneka dan stesen minyak di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dibenarkan (PKPB) beroperasi hingga jam 12 tengah malam, bermula esok.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran itu diberikan susulan rungutan diterima daripada peniaga, persatuan peniaga dan orang ramai.Sebelum ini, semua sektor peruncitan, makanan dan beberapa perkhidmatan lain hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam sahaja sewaktu tempoh PKPB.-----Kelantan larang majlis kahwin, tunang sepanjang PKPBFoto - Shah Rahimin ARNKelantan larang penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi di negeri itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).Namun Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan berkata, majlis akad nikah masih dibenarkan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan syarat-syarat ditetapkan.Selain itu, kursus praperkahwinan turut ditangguhkan dan perkhidmatan khidmat nasihat atau rundingcara hanya dijalankan secara dalam talian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72342", "title": "Bekalan keperluan cukup di musim banjir", "body": "\n\u2190 Back to list\nBekalan keperluan cukup di musim banjir\nJan 25, 2017\n\nKerajaan beri jaminan, bekalan barangan keperluan harian di negeri-negeri yang dilanda banjir masih mencukupi.Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, harga barangan juga masih di tahap munasabah.Bagaimanapun, harga ikan segar naik sedikit kerana nelayan sukar turun ke laut pada musim tengkujuh ini.Sementara itu KPDNKK Kelantan tempatkan 200 pegawai di lebih 50 pasaraya bagi pantau harga barang sempena perayaan Tahun Baru Cina.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72775", "title": "Suami Tendang Isteri di Kedai Dobi : Polis Ke Jabatan Agama", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuami Tendang Isteri di Kedai Dobi : Polis Ke Jabatan Agama\nMay 18, 2016\n\nIni disebabkan mangsa enggan membuat laporan meskipun pihak polis sudah menasihatinya.Kes berkenaan jadi perhatian ramai selepas rakaman video insiden kejam itu menjadi viral di laman sosial.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73000", "title": "Pengarah urusan sebuah syarikat direman tiga hari ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengarah urusan sebuah syarikat direman tiga hari \nMar 01, 2018\n\nPengarah urusan sebuah syarikat direman tiga hari di Seremban bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan 30 ribu ringgit.Suspek disyaki tawar suapan kepada seorang juruteknik sebuah syarikat, supaya mempengaruhi keputisan memilih syarikatnya mendapatkan satu tender.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72026", "title": "Kerajaan akan berunding dengan syarikat insurans untuk beri perlindungan insurans kepada mangsa banjir.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan akan berunding dengan syarikat insurans untuk beri perlindungan insurans kepada mangsa banjir.\nJan 03, 2018\n\nKerajaan akan terus berunding dengan syarikat insurans bagi memberi perlindungan insurans kepada mangsa banjir di seluruh negara!Menurut JPM, setakat ini, beberapa syarat yang dikenakan oleh syarikat insurans tidak dapat dipenuhi manakala skim yang ditawarkan pula tidak bersesuaian.Skim insurans\u00a0 bencana diwujudkan bagi membolehkan mangsa banjir menerima pampasan seribu ringgit dalam tempoh 3 hingga 7 hari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71578", "title": "BERITA RINGKAS HARI INI ", "body": "\n\u2190 Back to list\nBERITA RINGKAS HARI INI \nNov 18, 2015\n\n- Kerajaan sedang tunggu maklumat rasmi dari Filipina tentang laporan rakyat Malaysia, Bernard Then dipenggal militan\u00a0- Perdana Menteri mahu pihak berkuasa ambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab bunuh Bernard Then\u00a0- 4,500 anggota tentera ditugaskan jaga keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN yang bermula hari ini di ibu negara\u00a0- Mahkamah Tinggi KL putuskan pertuduhan ke atas Datuk Seri Khairuddin dan Matthias Chang tidak mengikut Akta SOSMA\u00a0- Aktiviti pelancongan di beberapa pulau di Terengganu dihentikan bermula awal bulan ini, berikutan musim tengkujuh\u00a0- Pahang sediakan 660 pusat pemindahan bagi hadapi banjir, pertambahan 30 pusat berbanding tahun lalu\u00a0- Perak catat mangsa banjir paling tinggi iaitu 320 mangsa, di Selangor 290 dan di Johor 34 orang- Di Kota Bharu, seorang bekas tentera dihukum penjara 20 tahun kerana menyebabkan kematian guna bahan letupan\u00a0- Di Selayang, Selangor, guru didenda 4 ribu ringgit oleh mahkamah kerana terbit penerbitan menghasut di Facebook\u00a0- SUHAKAM sokong cadangan hapuskan hukuman mati mandatori ke atas kesalahan berkaitan dadah\u00a0- Kerajaan Pahang perhalusi cadangan buka kedai bebas cukai di Sungai Lembing, Kuantan\u00a0- Kerajaan Sarawak tangguhkan projek pembinaan Empangan Tenaga Hidro Baram\u00a0- JAKIM nasihatkan umat Islam tunai zakat melalui agensi kutipan zakat agar agihan dapat diberi secara adil\u00a0- Pemandu teksi yang hantar pulang kanak-kanak mangsa culik bulan lalu, terima anugerah daripada SPAD\u00a0- Pengarah, Azma Aizal Yusoof didenda 2 ribu ringgit kerana memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran\u00a0- Menurut kaji selidik Nielsen, rakyat Malaysia luang masa lebih 2 jam sehari dengar radio\u00a0- Media Perancis melaporkan beberapa maut dan beberapa ditahan dalam serbuan polis di utara Paris\u00a0- 2 pesawat Air France yang berlepas dari Amerika Syarikat ke Paris dilencongkan selepas terima ancaman bom\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72046", "title": "Keluarga pelajar yang maut bunuh diri kerana dituduh curi telefon bimbit gurunya berharap kes tersebut dapat diadili dengan sebaiknya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKeluarga pelajar yang maut bunuh diri kerana dituduh curi telefon bimbit gurunya berharap kes tersebut dapat diadili dengan sebaiknya.\nFeb 23, 2018\n\nKeluarga pelajar yang maut bunuh diri kerana dituduh curi telefon bimbit gurunya berharap kes tersebut dapat diadili dengan sebaiknya.Ini selepas Peguam Negara membenarkan prosedur inkues kes itu dijalankan.Polis Pulau Pinang masih menunggu menunggu tarikh sesuai untuk menjalankan proses berkenaan dengan 30 saksi akan dipanggil.Foto : The Sun\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72427", "title": "Terengganu umum bonus raya RM500", "body": "\n\u2190 Back to list\nTerengganu umum bonus raya RM500\nJun 08, 2017\n\nTerengganu umum bonus raya RM500 kepada penjawat awam negeri dan kakitangan Agensi Transformasi Rakyat Terengganu.Menteri Besar, DS Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemberian itu ia membabitkan peruntukan berjumlah lebih 3.5 juta ringgit.Bonus itu akan dibayar bersama gaji bulanan sebelum Aidilfitri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73227", "title": "Permohonan MyDeposit bagi tahun depan mula dibuka hari ini sehingga 15 Februari depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPermohonan MyDeposit bagi tahun depan mula dibuka hari ini sehingga 15 Februari depan.\nDec 15, 2017\n\nPermohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit bagi tahun depan mula dibuka hari ini sehingga 15 Februari depan.Orang ramai boleh membuat pendaftaran secara talian di sprn.kpkt.gov.my.Skim MyDeposit bertujuan bantu golongan pertengahan beli rumah pertama menerusi projek perumahan swasta yang tidak mendapat sebarang subsidi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80968", "title": "Kenaikan gaji minimum kepada RM1,200 sebulan berkuatkuasa 1 Januari ini. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKenaikan gaji minimum kepada RM1,200 sebulan berkuatkuasa 1 Januari ini. \nDec 19, 2019\n\nBermula 1 Januari, gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1,200 sebulan melibatkan 57 bandar utama!Menurut Kementerian Sumber Manusia, antara yang bandar yang terlibat ialah Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Shah Alam, KL, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Miri.Manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan bagi selain daripada wilayah bandar utama.KKM aktifkan\u00a0Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara.Kementerian Kesihatan mengaktifkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara untuk pantau keadaan banjir ketika ini.Jelas KKM, ia akan memberikan laporan terkini berhubung jumlah mangsa banjir dan mereka yang berpindah ke pusat penempatan sementara.Langkah itu dapat membantu pihaknya menyediakan bantuan kesihatan dengan segera di kawasan yang terlibat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79145", "title": "Pertanding Empat Penjuru PRK Cameron Highlands", "body": "\n\u2190 Back to list\nPertanding Empat Penjuru PRK Cameron Highlands\nJan 12, 2019\n\nEmpat calon sah bertanding untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen, Cameron Highlands 26 Januari ini.Mereka ialah Calon Pakatan Harapan, \u00a0M. Manogaran, calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Noor serta 2 calon Bebas, Sallehudin Abdul Talib and Wong Seng Yee\u00a0Dalam pada itu, Tan Sri M Kayveas pula nyatakan sokongan terhadap calon Pakatan Harapan.\u00a0Pesawat Latihan TUDM Lakukan Pendaratan Cemas\u00a0Sebuah pesawat latihan TUDM lakukan pendaratan cemas di landasan Kolej Tentera Udara \u00a0Alor Setar, Kedah, malam tadi.Ketika kejadian, pesawat itu diterbangkan seorang pelatih daripada Kolej Penerbangan yang dalam latihan penerbangan solo.Pesawat terbabit berjaya mendarat dan juruterbang pelatih itu disahkan selamat tanpa sebarang kecederaan.Buku Teks Dwi Bahasa Sains Tingkatan 3 Boleh Dimuat Turun\u00a0Buku teks bagi program DwiBahasa Matapelajaran Sains, untuk Tingkatan 3, kini boleh mula dimuat turun.Namun buat masa in, ia hanya untuk beberapa bab terawal.Buku teks yang sebenar bakal diagihkan kepada pelajar Mac depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72070", "title": "Pejabat Perdana Menteri nafi dakwaan Sultan Brunei beri sumbangan 1 bilion dolar kepada Malaysia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPejabat Perdana Menteri nafi dakwaan Sultan Brunei beri sumbangan 1 bilion dolar kepada Malaysia.\nMay 15, 2018\n\nPejabat Perdana Menteri nafi dakwaan kononnya Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah beri sumbangan satu bilion dolar kepada kerajaan.\u00a0Menurutnya kepada Astro Awani, ia berita palsu dan JPM akan dapatkan bantuan Wisma Putra untuk keluarkan kenyataan rasmi bagi menafikan berita viral itu.Semalam, Sultan Hassanal Bolkiah melawat Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya atas dasar hubungan antara kedua-dua negara.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72736", "title": "Namawee Direman 4 Hari", "body": "\n\u2190 Back to list\nNamawee Direman 4 Hari\nAug 22, 2016\n\nIa bagi membantu siasatan kes klip videonya yang dirakam di beberapa rumah ibadat, termasuk sebuah masjid di Pulau Pinang.Namewee ditahan di KLIA sebaik tiba dari luar negara, petang semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70901", "title": "Binaan SUKE Terjatuh, Wanita Nyaris Maut", "body": "\n\u2190 Back to list\nBinaan SUKE Terjatuh, Wanita Nyaris Maut\nSep 20, 2020\n\nBinaan SUKE Terjatuh, Wanita Nyaris MautSeorang wanita nyaris maut selepas kereta dipandunya remuk dihempap konkrit struktur binaan lebuh raya yang terjatuh di MRR2 dekat Sungai Besi, Kuala Lumpur.Difahamkan, pemandu berkenaan hanya mengalami cedera ringan.Susulan itu pemaju menghentikan serta-merta pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di lokasi berkenaan.Dalam satu kejadian seumpamanya di Petaling jaya pula, besi menara kren terjatuh daripada sebuah treler lalu menghempap kereta dipandu seorang wanita.Bagaimanapun mangsa diberita tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta dipandunya rosak teruk.Mangsa Tunggal Semakin StabilKematian 3 sahabat yang ditemui dalam kereta di stesen minyak di Seberang Jaya, Khamis lalu disahkan akibat terhidu gas karbon monoksida.Menurut polis Pulau Pinang, pihaknya dimaklumkan, bedah siasat mendapati keracunan gas berkenaan menyebabkan kegagalan pelbagai fungsi organ.Sementara itu, keadaan mangsa tunggal yang terselamat dilapor semakin stabil namun masih dirawat di ICU.Tingkat 4 HKL TerbakarStor penyimpanan fail di tingkat 4 Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbakar lewat tengah malam tadi.Namun ia tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.Pengarahnya, Datuk Dr Heric Corray turut memaklumkan, perkhidmatan HKL tidak terjejas dan berjalan seperti biasa.Punca kebakaran sedang disiasat pihak bomba.\ud83d\udcf8 AWANI, Sinar Harian, BERNAMA, Berita Harian, ihsan pembaca & internet\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72429", "title": "Johor umum pemberian bantuan khas kewangan Aidilfitri RM1,000", "body": "\n\u2190 Back to list\nJohor umum pemberian bantuan khas kewangan Aidilfitri RM1,000\nJun 09, 2017\n\nJohor umum pemberian bantuan khas kewangan seribu ringgit sempena Aidilfitri kepada kakitangan awam negeri.Pembayaran akan dibuat pada 16 Jun ini.Ia merupakan antara pemberian tertinggi oleh kerajaan negeri berbanding beberapa negeri lain sebelum ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72203", "title": "Remaja lawan arus bebas tuduhan ambil dadah", "body": "\n\u2190 Back to list\nRemaja lawan arus bebas tuduhan ambil dadah\nMay 12, 2017\n\nRemaja perempuan 19 tahun yang ditahan kerana pandu melawan arus di Pulau Pinang Mac lalu, dibebaskan daripada tuduhan ambil dadah.Mahkamah juga perintahkan wang jaminan 5 ribu ringgit dipulangkan, selepas ujian air kencing tertuduh didapati negatif.Hakim tetapkan 5 Julai bagi sebutan semula pertuduhan kedua, iaitu memandu di bawah pengaruh dadah sehingga sebabkan kematian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72207", "title": "Mesyuarat khas PRK Dun Pujut", "body": "\n\u2190 Back to list\nMesyuarat khas PRK Dun Pujut\nMay 16, 2017\n\nSPR akan adakan mesyuarat khas berkaitan PRK DUN Pujut yang dikosongkan kerana penyandang kerusinya dilucut keanggotaan.Ini selepas pihaknya menerima notis kekosongan kerusi DUN tersebut yang dihantar oleh Speaker DUN Sarawak.Tindakan itu diambil ekoran wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon miliki kewarganegaraan Australia serta merupakan mengundi berdaftar di sana.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=116203", "title": "Pemberian Dos Ketiga Vaksin Covid-19 Bermula Bulan Depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPemberian Dos Ketiga Vaksin Covid-19 Bermula Bulan Depan.\nSep 20, 2021\n\n\nPemberian dos ketiga COVID-19 bermula bulan depan.\nDos ketiga vaksin Covid-19 atau dos penggalak akan diberikan kepada orang awam bermula bulan depan.\nJelas Menteri Kesihatan, keutamaan akan diberikan kepada kumpulan rentan atau golongan berisiko tinggi.\nDos ketiga itu katanya bukan bermaksud hasil pemberian dua dos vaksin sebelum ini tidak berkesan sebaliknya ia adalah bagi meningkatkan lagi sistem imun individu.\n\u00a0\nKira-kira 500 daftar masuk ke premis awam babitkan individu positif COVID-19 di Kedah.\nLebih 500 daftar masuk ke premis awam babitkan individu positif COVID-19 yang langgar arahan kuarantin di rumah dikesan di Kedah.\nMenurut Menteri Kesihatan, jumlah daftar masuk itu dikesan sepanjang minggu lalu melalui aplikasi MySejahtera.\nIdentiti mereka sudah dikenal pasti dan tindakan lanjut akan diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah.\n\u00a0\nPakej Penjagaan COVID-19 akan diagihkan kepada golongan B40.\nGolongan B40 bakal menerima Pakej Penjagaan Covid-19, PPC sebagai persediaan menghadapi fasa endemik.\nPPC itu mengandungi pelitup muka, kit ujian kendiri Covid-19, termometer dan alat pengukur paras oksigen dalam darah atau \u2018pulse oximeter\u2019.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80808", "title": "Kerajaan lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Aktiviti Air 2019.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Aktiviti Air 2019.\nNov 11, 2019\n\nKerajaan lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Aktiviti Air 2019.Ia bertindak sebagai platform pendidikan asas keselamatan dan kesedaran mengenai bahaya aktiviti air di lokasi tumpuan ramai.Bomba sudah kenal pasti kawasan berisiko tinggi untuk jadi lokasi tumpuan kempen kesedaran berkenaan.Golongan sasar ialah kanak-kanak, remaja\u00a0dan belia khasnya\u200b\u200b\u200b pada musim hujan ini dan juga menjelangnya cuti sekolah tidak lama lagi.Berhati-hati dalam berbelanja!Pakar Cybersecurity ingatkan pengguna agar berhati-hati membeli-belah secara online sempena jualan mega 11.11 hari ini.Jelasnya, walaupun harga yang ditawarkan amat berbaloi, tapi waspada dengan risiko penipuan atas talian atau 'scam'.Pengguna juga dinasihatkan semak sebarang transaksi bank yang dibuat dan berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi di laman web.KKM siasat dakwaan bekas makanan plastik murah ada bahan kimia.Kementerian Kesihatan siasat laporan mendakwa ada bahan kimia bahaya dalam bekas makanan dan mainan plastik yang dijual murah di negara ini!Ia ekoran laporan baru-baru ini yang mendakwa bahan plastik telah mencemarkan makanan dan minuman.KKM juga akan bincang dengan kementerian lain untuk menilai keperluan mewajibkan pengilang isytihar kandungan kimia dalam produk mereka.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=115535", "title": "Individu Langgar SOP Di Tempat Awam Berdepan Tindakan Tegas!", "body": "\n\u2190 Back to list\nIndividu Langgar SOP Di Tempat Awam Berdepan Tindakan Tegas!\nSep 14, 2021\n\n\nOrang ramai yang didapati tidak patuh SOP ketika beriadah di tempat awam bakal berdepan tindakan tegas!\nMenurut polis, tindakan akan diambil jika keadaan tidak dapat dikawal dan pengunjung terlalu ramai hingga tiada penjarakan fizikal.\nBaru-baru ini beberapa video dan gambar\u00a0orang ramai bermandi-manda di sungai dan mengunjungi taman rekreasi tanpa penjarakan fizikal viral di media sosial.\n\u00a0\nPembukaan sekolah 3 Oktober ini mengikut Fasa PPN bukan serentak.\nMenteri Pendidikan sekali lagi menjelaskan pembelajaran bersemuka mulai 3 Oktober ini, dibuat secara berperingkat mengikut fasa PPN.\nDatuk Dr Radzi Jidin terpaksa mengulangi perkara itu kerana pihaknya terus terima banyak maklum balas dan pertanyaan kononnya sekolah di seluruh negara akan dibuka serentak pada tarikh berkenaan.\nBilangan murid dalam satu kelas juga dihadkan hanya 50 peratus untuk sesi persekolahan secara bersemuka.\n\u00a0\nSemak ketulenan kit ujian kendiri COVID-19.\nSemak ketulenan kit ujian kendiri COVID-19 yang dijual secara dalam talian sebelum membelinya.\nKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata ia bagi elak pengguna tertipu dengan produk palsu yang boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan mereka.\nSetakat 1 September, terdapat 14 syarikat berlesen di Malaysia yang mengedarkan produk kit ujian pantas diluluskan KKM.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73072", "title": "Aifa Azman sasar bawa pulang pingat dalam kemunculan sulungnya pada Sukan Komanwel Gold Coast.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAifa Azman sasar bawa pulang pingat dalam kemunculan sulungnya pada Sukan Komanwel Gold Coast.\nMar 12, 2018\n\nBintang skuasy remaja negara, Aifa Azman sasar bawa pulang pingat dalam kemunculan sulungnya pada Sukan Komanwel Gold Coast bulan depan.Dia mahu buktikan dirinya bukan sekadar penumpang selepas disenaraikan bagi acara beregu campuran pada saat akhir.Aifa gantikan Low Wee Wern selepas pemain itu dinasihatkan berehat oleh Institut Sukan Negara kerana belum capai tahap kecergasan terbaik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72743", "title": "Peringatan : Wajib Buat Laporan Polis Jika Passport Hilang", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeringatan : Wajib Buat Laporan Polis Jika Passport Hilang\nAug 01, 2016\n\nKementerian Dalam Negeri turut menegaskan, pasport yang dijumpai setelah dilaporkan hilang tidak boleh digunakan lagi.\u00a0Maklumat pasport yang dilaporkan hilang juga akan dikongsi dalam pengkalan data INTERPOL.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80053", "title": "Datuk Seri Shukri Abdul kota janji kepada Perdana Menteri", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Shukri Abdul kota janji kepada Perdana Menteri\nJun 08, 2019\n\nDatuk Seri Shukri Abdul kota janji kepada Perdana MenteriFoto - Berita HarianBekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull dedahkan, beliau bukan meletak jawatan tetapi hanya memendekkan tempoh perkhidmatan yang sepatutnya tamat pada 17 Mei 2020.Malah Datuk Seri Shukri berkata, keputusan meninggalkan jawatan itu telah dibuat seawal bulan Mac yang lalu bagi mengotakan janji untuk menerajui SPRM bagi tempoh setahun sahaja.Tambahnya, beliau juga telah mencadangkan dua nama pegawai kanan SPRM sebagai penggantinya namun tidak dipilih PM yang memilih Latheefa Koya sebagai penggantinya.-----Kerajaan cadang wajibkan peniaga dalam talian berdaftar dengan SSMFoto - BERNAMAKerajaan kaji cadangan untuk mewajibkan peniaga dalam talian berdaftar dengan SSM bagi atasi kes penipuan perniagaan secara online.KPDNHEP berkata, buat masa ini tiada undang-undang khusus yang mewajibkan peniaga terbabit berdaftar dengan SSM.Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen beritahu BHOnline, pihaknya memandang serius kes penipuan perniagaan dalam talian yang disifatkan semakin menjadi-jadi.-----Tiket perkhidmatan ETS dan Intercity KTMB masih banyakFoto - KTMBMasih ada lebih 150,000 tiket kereta api untuk mereka yang ingin kembali dari kampung halaman ke KL selepas cuti hari raya sehingga 16 Jun ini.Menurut KTMB, ini termasuklah tiket perkhidmatan tren ETS dan antara bandar Utara ke Selatan serta Pantai Timur dan sebaliknya.Namun orang ramai dinasihat untuk dapatkan tiket dengan segera kerana kadar jualan tiket adalah pantas memandangkan cuti sekolah dan hari raya berakhir hujung minggu ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72346", "title": "3, maut, 22 selamat 6 hilang di Sabah", "body": "\n\u2190 Back to list\n3, maut, 22 selamat 6 hilang di Sabah\nJan 30, 2017\n\nOperasi mencari dan menyelamat enam lagi mangsa bot karam di perairan berhampiran Pulau Mengalum Sabah kelmarin, diteruskan mulai jam 7 pagi tadi.Operasi yang masuk hari ketiga \u00a0ini membabitkan keluasan 1,500 batu nautika persegi, termasuk di perairan Brunei.Pesawat Udara Brunei juga turut membantu dalam operasi SAR di kawasan pencarian di perairan negara jiran itu.Setakat ini, tiga mangsa maut, 22 selamat selepas bot bawa 31 orang termasuk 28 pelancong China itu pecah dan karam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79106", "title": "Caj pemeriksaan kesihatan pelajar masuk ke sekolah milik kerajaan hanya RM1", "body": "\n\u2190 Back to list\nCaj pemeriksaan kesihatan pelajar masuk ke sekolah milik kerajaan hanya RM1\nJan 05, 2019\n\nFoto - skpayadalam.blogspot.comKementerian Kesihatan nafi mengenakan caj sehingga RM100 bagi pemeriksaan kesihatan pelajar untuk kemasukan ke sekolah milik kerajaan.Katanya, semua sekolah\u00a0milik kerajaan termasuk\u00a0Sekolah Berasrama Penuh hanya dikenakan caj sebanyak\u00a0RM1.Foto - moe.gov.mySekolah Asrama\u00a0Penuh\u00a0Kerajaan merangkumi sekolah-sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan termasuk MRSM,\u00a0Maktab\u00a0Tentera\u00a0Diraja dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri.Namun pihaknya\u00a0menjelaskan, caj pemeriksaan kesihatan\u00a0sebanyak\u00a0RM100 hanya\u00a0dikenakan\u00a0untuk\u00a0pelajar sekolah swasta\u00a0yang merangkumi\u00a0pakej asas iaitu pemeriksaan\u00a0fizikal, x-ray dan urine.Foto - abmc.com.myIa mengulas dakwaan seorang pengguna Facebook yang mendakwa dikenakan caj sehingga 111 ringgit untuk pemeriksaan kesihatan anaknya untuk memasukan sebuah sekolah di Perak.Menurut individu terbabit, pengurusan\u00a0hospital yang dilawatinya\u00a0mendakwa caj berkenaan\u00a0adalah polisi\u00a0kerajaan baru.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79204", "title": "Rangkuman Berita Pilihan Hari Ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nRangkuman Berita Pilihan Hari Ini\nJan 20, 2019\n\nSatu rakaman klip video papar beberapa individu penting dalam institusi kehakiman dan perundangan negara menari bersama dalam satu majlis makan malam kini tular.Antara yang kelihatan adalah Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, Peguam Negara, Tommy Thomas dan peguam kontroversi, Siti Kasim.Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong yang turut berada dalam majlis tersebut tampil beri penjelasan.Kata beliau, majlis itu bukan diadakan untuk suka-suka dan mereka menari hanya untuk satu lagu.-Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor serah kepada Majlis Agama Islam untuk menentukan tindakan ke atas seorang anggotanya yang didapati guna tangkal.Menurut persatuan itu, ia isu serius dan pihaknya sedia beri kerjasama membantu siasatan jika diperlukan.Difahamkan, restoran itu guna lebih 30 tangkal dan azimat sebagai 'pelaris' selepas dikatakan rugi susulan penguat kuasaan larangan merokok di semua premis makanan.-Polis tahan 3 lelaki yang dipercayai ugut mahu perkosa dan bunuh jiran mereka dalam kejadian di Kulim, Kedah.Suspek yang mabuk semasa kejadian dilapor bertindak demikian ekoran berang ditegur kerana parkir kenderaan di depan rumah mangsa.-Bali akan perkenal cukai pelancongan AS$10 (RM41.13) kepada setiap pelawat asing bagi tampung perbelanjaan program melindungi alam sekitar dan kebudayaannya.-Lan Solo akui dia memang sudah menyekat kesemua anggota kumpulan Kristal daripada Instagramnya.Jelas bekas vokalis Kristal itu kepada Astro Gempak, dia berbuat demikian bukan untuk cari gaduh tapi nak hindar perkara negatif.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72607", "title": "SKMM Sekat 4,800 Laman Web", "body": "\n\u2190 Back to list\nSKMM Sekat 4,800 Laman Web\nNov 22, 2016\n\nKementerian Komunikasi dan Multimedia sekat 4,800 laman web atas pelbagai kesalahan sejak 2015.Sebahagian daripada laman web terbabut disekat atas permohonan PDRM kerana berunsur luncah dan perjudian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72554", "title": "TPM Minta KPDNKK Teliti Cadangan Berkaitan Isu Minyak Masak", "body": "\n\u2190 Back to list\nTPM Minta KPDNKK Teliti Cadangan Berkaitan Isu Minyak Masak\nNov 03, 2016\n\nTimbalan Perdana Menteri minta KPDNKK teliti cadangan supaya satu mekanisme penentuan harga minyak masak diwujudkan segera.Ujar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, cadangan itu harus diteliti kerana ia lahir daripada NGO dan rakyat yang terkesan dengan kekeliruan harga minyak masak kini.Beliau juga mahu Agensi Kawalan Sempadan dan KPDNKK meningkatkan kawalan dan pemantauan di sempadan bagi banteras aktiviti penyeludupan minyak masak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73079", "title": "Seorang kanak-kanak di Miri, Sarawak disahkan meninggal dunia akibat difteria.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang kanak-kanak di Miri, Sarawak disahkan meninggal dunia akibat difteria.\nMar 16, 2018\n\nBudak berusia 2 tahun disahkan meninggal dunia di Miri, Sarawak akibat difteria.Kementerian Kesihatan berkata mangsa meninggal dunia kerana tidak mendapat suntikan pelalian atas dasar kepercayaan agama keluarganya.Tambahnya sepanjang tahun lalu, lebih 30 kes positif difteria dilaporkan di seluruh negara dengan 7 kematian direkodkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72277", "title": "Reka cerita untuk bebas dari keluarga", "body": "\n\u2190 Back to list\nReka cerita untuk bebas dari keluarga\nJan 02, 2016\n\nDua lelaki berusia 45 tahun dan 19 tahun ditahan susulan penemuan remaja yang dakwa diculik di Klang Utara Ahad lalu.Soal siasat dapati remaja yang mendakwa diculik, sengaja mereka cerita itu untuk hidup bebas daripada keluarga.Ketua Polis Selangor\u00a0Datuk Abdul Samah Mat\u00a0turut sahkan rakaman perbualan telefon kononnya dia minta diselamatkan yang menjadi viral di laman sosial, sebagai palsu.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72325", "title": "Bot terbalik akibat ombak kuat", "body": "\n\u2190 Back to list\nBot terbalik akibat ombak kuat\nAug 27, 2016\n\nSeorang pekerja kuari berusia 60-an dikhuatiri lemas apabila bot bawa dia dan enam pekerja lain karam berhampiran Pantai Utara, di Georgetown malam tadi.Insiden berlaku apabila bot pekerja yang mengukur projek tambakan tanah di situ, terbalik selepas dipukul ombak kuat.Bomba berkata, enam pekerja lain berjaya diselamatkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71626", "title": "Hujan Lebat di Beberapa Negeri Minggu Depan", "body": "\n\u2190 Back to list\nHujan Lebat di Beberapa Negeri Minggu Depan\nDec 10, 2015\n\nJabatan Meteorologi memaklumkan, ia berpunca daripada cuaca sejuk dari China.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=102286", "title": "Beri Masa & Ruang Kepada SPR.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBeri Masa & Ruang Kepada SPR.\nMar 29, 2021\n\nSuruhanjaya Pilihan Raya wajar diberi lebih masa untuk melengkapkan persediaan bagi melaksanakan pendaftaran pemilih automatik dan layak mengundi pada usia 18 tahun.\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata banyak prosedur yang terlibat termasuk urusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).\n\nBaru-baru ini SPR memberitahu, pendaftaran pemilih automatik dan layak mengundi pada usia 18 tahun hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan.\nNamun SPR tetap komited untuk merealisasikannya pada PRU15 iaitu menjelang 2023.\n\nPeringatan Untuk Sekolah\nSekolah diingatkan untuk terus memperketatkan SOP bagi mengekang penularan COVID-19.\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut meminta ibu bapa selalu mengingatkan anak-anak supaya menitik beratkan SOP sepanjang berada di sekolah.\n\nPihaknya juga akan merujuk Pejabat Kesihatan Daerah untuk mendapatkan pandangan dan langkah yang perlu diambil jika wujud sebarang masalah berkaitan COVID-19.\nAhad dan Isnin nanti giliran murid-murid sekolah menengah pula memulakan sesi persekolahan bersemuka di seluruh negara.\n\nTukar Pendekatan Untuk Kes Ekzos Bising\nPihak berkuasa kini memilih pendekatan advokasi untuk kesalahan ekzos kenderaan bising.\nMenurut Kementerian Pengangkutan (MOT), perkara itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan ia juga bermaksud agar pesalah tidak dikenakan tindakan saman buat masa ini.\n\nPesalah yang terlibat akan menerima notis panggilan temu siasat dan perlu tampil memberi keterangan di mana-mana cawangan JPJ.\nHukuman asal untuk kesalahan tersebut ialah saman sehingga RM2,000 dan penjara tidak melebihi 6 bulan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72163", "title": "Lelaki ditahan kes bunuh polis di balai", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki ditahan kes bunuh polis di balai\nSep 07, 2017\n\nPolis Selangor tahan seorang lagi lelaki bagi bantu siasatan kes bunuh seorang anggotanya ketika bertugas di Balai Polis Pinggiran USJ, Khamis lepas.\u00a0Suspek berkenaan berasal dari Kelantan, berusia 35 tahun dan bekerja di sebuah syarikat kurier.Jumaat lalu, seorang lelaki berasal dari Sibu, Sarawak ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72561", "title": "Bah di Kelantan, Terengganu : Sejumlah Sekolah Masih Ditutup", "body": "\n\u2190 Back to list\nBah di Kelantan, Terengganu : Sejumlah Sekolah Masih Ditutup\nJan 08, 2017\n\nBanjir menyebabkan 18 sekolah di Kelantan dan 7 sekolah di Terengganu terpaksa ditutup hari ini, sekaligus menjejaskan lebih 9,200 murid.Manakala jumlah penduduk di Kelantan dan Terengganu yang masih berada di pusat pemindahan masing-masing sekitar 4,700 dan hampir 1,500 orang.Semantara itu, pelbagai pihak terus tampil memberi bantuan meskipun keadaan banjir semakin pulih.Antara agensi dan badan yang tampil menghulur bantuan dalam bentuk material dan sumbangan tenaga sukarela adalah PBSM, Majlis Belia dan GiatMara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70456", "title": "Gangguan Bekalan Air di Lembah Klang", "body": "\n\u2190 Back to list\nGangguan Bekalan Air di Lembah Klang\nJul 07, 2020\n\nGangguan Bekalan Air di Lembah Klang Bermula SelasaPenduduk Lembah Klang akan alami gangguan air berjadual selama 4 hari bermula Selasa minggu depan.Ia melibatkan 290 kawasan di wilayah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat.Menurut Air Selangor, ia berikutan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3.COVID-19: Sudah 22 Hari Tiada Kematian BaruTiada kematian direkodkan akibat COVID-19 di Malaysia selama 22 hari berturut-turut.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia menunjukkan situasi wabak itu di negara ini berterusan pulih.Semalam juga hanya 5 kes baru direkodkan, dengan kes aktif cuma tinggal 71.Pasangan Berhati MuliaSepasang suami isteri di Alor Setar, Kedah sepakat berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.Mereka sedia makanan percuma bagi meringankan beban orang ramai susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19.Hampir setiap hari mereka agih makanan untuk 200 orang di premis diberi nama Rumah Makan Percuma.Polis Mula SiasatPDRM telah mula siasat laporan sebuah agensi berita antarabangsa yang didakwa cuba calar imej Malaysia.Ia susulan satu dokumentari tentang cara negara ini kendali PATI dalam usaha mengekang penularan COVID-19.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=106676", "title": "Kanak-kanak Dan Bayi Kini Berisiko Dijangkiti COVID-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKanak-kanak Dan Bayi Kini Berisiko Dijangkiti COVID-19.\nMay 26, 2021\n\n\nKanak-kanak dan bayi kini jadi antara golongan yang berisiko dijangkiti COVID-19.\nMenteri Kanan Keselamatan berkata setakat ini, lebih 48,000 kanak-kanak dan bayi telah dijangkiti wabak itu dengan lebih 6,200 merupakan bayi berumur 18 bulan ke bawah.\nPerkara tersebut katanya perlu jadi peringatan kepada semua agar terus bertanggungjawab melindungi golongan itu daripada dijangkiti virus tersebut.\n\u00a0\nKes Covid-19 babitkan kluster keagamaan meningkat.\nPeningkatan kes COVID-19 yang dikesan daripada kluster keagamaan adalah berikutan pergerakan orang ramai sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri.\nMenteri Kesihatan berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi pertambahan 40 kluster keagamaan yang dilaporkan kelmarin.\n19 daripadanya dikesan di Johor, 13 di Selangor dan 8 kluster di negeri lain seperti Melaka, Negeri Sembilan serta Kelantan.\n\u00a0\nPemandu tren LRT negatif dadah.\nPolis akan bantu pasukan panel penyiasat khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan untuk siasat kemalangan 2 tren LRT laluan Kelana Jaya, Isnin lalu.\nPihaknya sudah memanggil pemandu salah satu tren untuk ujian saringan air kencing dan disahkan negatif dadah.\nTerdahulu, siasatan awal Agensi Pengangkutan Awam Darat mendapati, punca kemalangan tren LRT tersebut adalah disebabkan kecuaian manusia.\nMenteri Pengangkutan berkata, pemandu tren dilapor memandu dalam arah yang salah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81832", "title": "Tiada lagi kebenaran rentas negeri!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada lagi kebenaran rentas negeri!\nMay 21, 2020\n\nTiada lagi kebenaran rentas negeri!Foto - BernamaKerajaan hari ini memutuskan untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 berkuatkuasa serta-merta.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kenderaan yang cuba merentas negeri bukan hanya akan diarah berpatah balik tetapi juga turut dikenakan kompaun serta-merta di sekatan jalan raya.Tindakan itu diambil kerana orang ramai dilihat masih lagi berdegil apabila jumlah mereka yang cuba merentas negeri masih lagi ramai termasuk 2,412 kenderaan yang diarah berpatah balik, semalam.---Elaun anggota APM dinaikkanFoto - The Malaysian ReserveKerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebanyak RM2 sejam berkuatkuasa Mac lalu dengan peruntukan RM24 juta setahun.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, kenaikan kadar elaun itu sebagai pengiktirafan kerajaan atas pengorbanan dan sumbangan bakti anggota APM kepada negara.Kenaikan kadar elaun itu katanya, diharap menjadi suntikan dan pembakar semangat anggota APM untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan.---Wajib jalani ujian saringan COVID-19 jika balik KelantanFoto - Berita HarianKerajaan negeri Kelantan mewajibkan individu yang pulang negeri tu menjalani ujian saringan COVID-19 berkuatkuasa hari ini ekoran kes wanita hamil di Kuala Krai yang positif wabak itu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, tidak kiralah pulang dengan pesawat atau kereta, mereka akan menjalani ujian berkenaan.Media sebelum ini melaporkan, wanita hamil yang positif COVID-19 di Kelantan, dikesan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72060", "title": "Keselamatan pekerja harus dipantau termasuk dalam perjalanan pergi dan balik kerja.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKeselamatan pekerja harus dipantau termasuk dalam perjalanan pergi dan balik kerja.\nApr 27, 2018\n\nKeselamatan pekerja bukan sahaja perlu dipantau semasa di pejabat, malah juga ketika dalam perjalanan pergi dan balik kerja.Antara cadangan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, MTUC Datuk Abdul Halim adalah dengan menghadkan cc motor bagi pekerja yang menunggang motorsikal ke tempat kerja.Esok adalah Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73351", "title": "Sabah isytihar Tuaran sebagai kawasan wabak selesema burung", "body": "\n\u2190 Back to list\nSabah isytihar Tuaran sebagai kawasan wabak selesema burung\nAug 04, 2018\n\nSabah isytihar Tuaran sebagai kawasan wabak selesema burungKerajaan negeri Sabah mengisytiharkan daerah Tuaran sebagai kawasan wabak selesema burung.Ini selepas pemantauan Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendapati sebuah ladang di daerah itu merekodkan keputusan positif virus berkenaan.Justeru bagi membendung wabak utu, pihak JPV akan melupuskan semua unggas di kawasan sekitar satu kilometer radius dari lokasi penyakit dikesan.Terengganu merekodkan lebih 600 kes HFMDTerengganu merekodkan 605 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sejak ia mula dikesan pada 24 Jun sehingga Selasa lalu.Exco Kesihatan negeri berkata, ia meningkat 210 peratus berbanding 195 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.Daripada jumlah tersebut, daerah Kuala Terengganu mencatatkan kes tertinggi iaitu 151 kes diikuti Marang, Dungun, Setiu, Kuala Nerus, Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman.Perak bakal\u00a0memperkenalkan Kad Kesihatan dan MakananPerak kini di peringkat akhir untuk memperkenalkan Kad Kesihatan dan Makanan bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan.Menteri Besarnya berkata, menerusi langkah itu sejumlah wang akan dikredit ke dalam kad tersebut yang akan menggunakan sistem seperti kad debit.Tambah Ahmad Faizal Azumu,\u00a0penerima boleh mendapatkan rawatan asas di klinik swasta serta membeli barangan keperluan asas seperti gula, beras dan lain-lain.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72361", "title": "PDRM yakin kes bunuh Kim Jong Nam selesai", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM yakin kes bunuh Kim Jong Nam selesai\nFeb 16, 2017\n\nPDRM yakin dapat selesaikan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.Ia susulan penahanan seorang wanita yang memegang passport Vietnam semalam, yang dipercayai ada kaitan dengan kes berkenaan.Menurut Ketua Polis Negara, pihaknya juga sedang memburu seorang lagi suspek yang dipercayai dapat membantu siasatan.Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan media antarabangsa yang menyatakan 2 suspek kes tersebut telah membunuh diri selepas kejadian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71619", "title": "Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim mangkat pada usia 25 tahun akibat barah hati", "body": "\n\u2190 Back to list\nTunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim mangkat pada usia 25 tahun akibat barah hati\nDec 06, 2015\n\nTunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim mangkat pada usia 25 tahun akibat barah hati.\u00a0Jenazah Allahyarham akan dimakamkan di Makam Diraja Mahmodiah, JB selepas Zohor, nanti.Orang ramai boleh beri penghormatan terakhir di Istana Besar Johor bermula jam 9 hingga 11.30 pagi.Kerajaan negeri umum perkabungan 3 hari ekoran kemangkatan Tunku Jalil namun tiada cuti umum di Johor, hari ini.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72861", "title": "'Geng Kejut Sahur' Gembira ", "body": "\n\u2190 Back to list\n'Geng Kejut Sahur' Gembira \nJun 10, 2016\n\nKumpulan dinamakan Geng Kejut Sahur itu akan mengelilingi kampung dengan alunan nyanyian diiringi pukulan gendang setiap dinihari Ramadan sejak 2 tahun lalu.Menurut anggota Geng Kejut Sahur kepada Sinar Harian, mereka gembira kerana kerja sukarela itu mendapat maklum balas positif komuniti.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73263", "title": "Kadar faedah pinjaman perumahan mungkin diturunkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKadar faedah pinjaman perumahan mungkin diturunkan.\nJan 26, 2018\n\nKadar faedah pinjaman perumahan mungkin diturunkan bagi mengurangkan beban pembeli!Menurut Timbalan Perdana Menteri, cadangan itu akan dibawa kepada Kabinet untuk satu keputusan dalam masa terdekat.Jelas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tahun lalu sahaja lebih 13,000 unit rumah berharga di bawah julat RM250,000 hingga RM500,000 tidak terjual.Satu kertas cadangan akan dikemukakan kepada bank komersial berhubung kadar faedah pinjaman yang lebih kompetitif dan arahan seterusnya akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70706", "title": "Kluster COVID-19: Kedah Nafi Lambat Bertindak\u00a0", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster COVID-19: Kedah Nafi Lambat Bertindak\u00a0\nAug 18, 2020\n\nKluster COVID-19: Kedah Nafi Lambat Bertindak\u00a0Menteri Besar Kedah nafi dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri lambat bertindak tangani penularan COVID-19.Jelas Muhammad Sanusi Md Noor, bidang kuasa negeri berkaitan pandemik itu terhad dan keputusan perlu melalui proses termasuk kelulusan daripada kerajaan pusat dan pakar.Ia sebagai maklum balas terhadap dakwaan warganet bahawa kerajaan Kedah lambat bertindak mengekang penularan pandemik tersebut.Sehingga kini, terdapat 4 kluster COVID-19 di Kedah iaitu Sivagangga, Tawar, Muda dan Sala.\u00a0Susulan itu juga Kedah menutup serta merta semua masjid, rumah ibadat, taman awam dan pasar di kawasan yang tercetus kluster COVID-19.Ia bagi membolehkan proses sanitasi dan pengawasan lanjut dilakukan sehingga kes terbabit selesai.SPR\u00a0SediaSPR tetap bersedia meneruskan Pilihan Raya Negeri meskipun terdapat permohonan semakan kehakiman dibuat terhadap keputusan pembubaran DUN Sabah.Setakat ini juga suruhanjaya itu tidak mendapat apa-apa arahan daripada mahkamah berhubung perkara berkenaan.Semalam SPR umum Pilihan Raya Negeri Sabah akan berlangsung pada 26 September.Penamaan calon pula pada 12 September manakala pengundian awal ditetapkan pada 22 September.Segera Bayar Saman JPJ Untuk Dapat DiskaunJPJ raih hampir RM4 juta hasil kutipan saman sejak 1 Ogos lalu susulan pelaksanaan diskaun 70 peratus.Orang ramai digesa rebut peluang mendapatkan diskaun berkenaan yang akan tamat 31 Ogos ini dan tidak tunggu saat-saat akhir bagi elak kesulitan.JPJ turut mengingatkan, saman yang tidak dibayar akan disenaraihitamkan dan antara kesannya ialah menyukarkan urusan pembaharuan lesen menandu dan kenderaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79487", "title": "ATM Nafi Gambar Viral Dengan Perkataan 'Jangan Hina Nabi Kami'", "body": "\n\u2190 Back to list\nATM Nafi Gambar Viral Dengan Perkataan 'Jangan Hina Nabi Kami'\nMar 04, 2019\n\nAngkatan Tentera Malaysia tegaskan gambar viral di laman sosial anggotanya pegang kain rentang dengan perkataan 'Jangan Hina Nabi Kami', adalah gambar palsu.Jelasnya gambar itu sengaja disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai bahan propaganda untuk kepentingan peribadi mahupun kumpulan tertentu.Pihaknya akan jalankan siasatan dan ambil tindakan terhadap pihak terlibat.Penjawat Awam Jangan Sabotaj KerajaanTimbalan Perdana Menteri gesa penjawat awam tidak mensabotaj kerajaan, serta patuh kepada etika penggunaan media sosial.Ini selepas terdapat segelintir penjawat awam menyebar maklumat atau melempar tuduhan melulu terhadap kerajaan.Tambah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mereka boleh berbeza fahaman politik namun perlu berkhidmat secara adil kepada rakyat.Isteri Bekas CEO Cradle Fund Didakwa Membunuh!Isteri kepada bekas CEO Cradle Fund, akan didakwa di Mahkamah PJ, atas tuduhan membunuh suaminya Jun lalu.Turut didakwa kes itu adalah dua anak lelakinya serta seorang lagi yang masih bebas, dipercayai amah kelurga berkenaan.Kesemuanya ditahan di kediaman mereka awal pagi tadi.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72575", "title": "Kanak-Kanak Mangsa Dera Kekasih Ibu Kini Dijaga JKM", "body": "\n\u2190 Back to list\nKanak-Kanak Mangsa Dera Kekasih Ibu Kini Dijaga JKM\nDec 21, 2016\n\nKanak-kanak 4 tahun di Sungai Petani, Kedah mangsa dera teman lelaki ibunya kini diletakkan di bawah jagaan sementara JKM.Ia bagi membolehkan pemantauan dan rawatan lanjut dilakukan, sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya jika mereka layak.Kanak-kanak perempuan berkenaan dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas sebulan dirawat akibat kecederaan parah.Adiknya yang berusia 2 tahun pula ditemui sudah meninggal dunia dan disorokkan dalam tong ikan di rumah yang dihuni mereka bersama ibu dan kekasih ibunya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=108456", "title": "Kelonggaran peraturan buat penerima vaksin dikaji", "body": "\n\u2190 Back to list\nKelonggaran peraturan buat penerima vaksin dikaji\nJun 21, 2021\n\nKelonggaran peraturan buat penerima vaksin dikaji\n\nFoto - The Star\nKerajaan sedang mengkaji beberapa kelonggaran peraturan yang akan diberikan khusus kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19.\nJawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 berkata, antara kelonggaran yang dipertimbangkan termasuk kebenaran merentas negeri kepada penerima dos lengkap vaksin.\nIa membabitkan nilai ambang tertentu yang ditetapkan sebagai syarat peralihan fasa dalam Pelan Pemulihan Negara, khususnya jumlah populasi yang sudah menerima vaksin.\n-----\nKanak-kanak 12 tahun ke atas boleh daftar vaksin\n\nFoto - aimanabdullah.com\nKanak-kanak dan remaja berusia 12 tahun ke atas kini boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.\nIni susulan kelulusan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bagi golongan berkenaan.\nPendaftaran boleh dibuat pada ruangan 'tambah tanggungan' yang tersedia dalam kategori 'vaksinasi' di aplikasi berkenaan.\n-----\nKes harian COVID-19 turun sedikit\n\nFoto - Kementerian Kesihatan Malaysia\nKes baharu positif Covid-19 di seluruh negara mencatatkan penurunan apabila 4,611 kes baharu direkodkan hari ini berbanding lebih lima ribu kes semalam.\nSelangor kekal merekodkan kes tertinggi dengan 1,346 kes diikuti Negeri Sembilan (437), Sarawak (682), Johor (314) dan Kuala Lumpur (310)\nPulau Pinang, Pahang, Terengganu dan Putrajaya mencatatkan kes dua angka manakala Perlis tidak merekodkan sebarang kes baharu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72169", "title": "Perubatan penjawat awam di IJN masih ditanggung kerajaan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerubatan penjawat awam di IJN masih ditanggung kerajaan\nAug 24, 2017\n\nKerajaan masih menanggung kemudahan perubatan untuk penjawat awam, pesara kerajaan dan pesakit kurang mampu di IJN.Suami, isteri dan ibu bapa penjawat awam, serta anak mereka sehingga berusia 18 tahun atau 21 tahun jika masih belajar turut layak menerima kemudahan ini.Kementerian Kesihatan beri penjelasan itu ekoran viral di media sosial kononnya kerajaan tidak lagi menanggung perubatan penjawat awam di IJN.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72081", "title": "Peguam sudah dapat berhubung dengan ahli keluarga Datuk Seri Jamal Md. Yunos.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeguam sudah dapat berhubung dengan ahli keluarga Datuk Seri Jamal Md. Yunos.\nMay 27, 2018\n\nPeguam kepada Datuk Seri Jamal Md. Yunos sudah dapat berhubung dengan ahli keluarga terdekat Pengerusi NGO-NGO Malaysia itu.Ujar Datuk Mohd. Imran Tamrin, beliau akan berusaha meyakinkan Datuk Seri Jamal untuk segera menyelesaikan proses jaminan ke atas tuduhan yang dihadapi.Sementara itu, Datuk Seri Jamal dalam rakaman suara WhatsApp dilapor menjelaskan, beliau keluar dari hospital kerana sangka proses jaminan kes sudah selesai.Kata Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu lagi, beliau masih berehat kerana kesihatannya belum pulih dan berjanji akan beri kerjasama kepada siasatan polis nanti.Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu di mana lokasinya ketika ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73051", "title": "Polis geledah kediaman peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu kota.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis geledah kediaman peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu kota.\nMay 17, 2018\n\nPolis geledah kediaman peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, KL.Operasi turut dijalankan di 2 lot kediaman di Menara Pavilion juga di ibu kota.Beberapa barang rampasan dibawa keluar dari kediaman terbabit, dipercayai bagi mendapatkan bukti untuk bantu siasatan yang sedang dijalankan ke atas bekas PM itu.Namun peguam Datuk Seri Najib memaklumkan, tiada dokumen dirampas dan tiada tangkapan dibuat.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=99761", "title": "Kerajaan Pandang Serius Isu Potong Giliran Penerima Vaksin COVID-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Pandang Serius Isu Potong Giliran Penerima Vaksin COVID-19.\nMar 01, 2021\n\nMenteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pandang serius isu potong giliran senarai penerima vaksin.\r\n\u00a0\r\nKhairy Jamaluddin berkata mana-mana pihak yang ada maklumat tentang individu yang melangkau giliran sebagai penerima vaksin diminta melaporkan terus kepada beliau.\r\n\u00a0\r\nDenda mungkin dikenakan ke atas pesalah dan beliau sendiri telah membincangkan cadangan itu dengan Perdana Menteri.\r\n\u00a0\r\n___\r\n\u00a0\r\nKerajaan akan umum strategi baru tidak lama lagi untuk merancakkan ekonomi negara.\u00a0\n\r\nPerdana Menteri berkata demikian dalam temubual khas sempena genap setahun beliau menerajui kerajaan Perikatan Nasional.\r\n___\n\r\nKementerian Pengajian Tinggi sedang berusaha tambah baik sistem pengajian dan pembelajaran dalam talian di semua IPT kendaliannya.\n\r\nIa katanya membabitkan beberapa aspek tertentu termasuk kaedah sistem itu dijalankan.\n\r\nHari ini bermulalah pembelajaran secara hibrid iaitu secara dalam talian dan fizikal di kampus bagi 6 kategori pelajar berkeperluan.\n\r\nDalam pada itu, hari ini juga merupakan hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka buat murid prasekolah, tahun 1 dan 2.\r\n\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72619", "title": "Terengganu Mula Dilanda Banjir", "body": "\n\u2190 Back to list\nTerengganu Mula Dilanda Banjir\nNov 29, 2016\n\nTerengganu sudah mengaktifkan bilik gerakan bencana susulan banjir yang mula melanda beberapa kawasan di negeri itu.Menurut maklumat terkini, 83 mangsa banjir di Kemaman kini ditempatkan di 2 pusat pemindahan.Pada masa sama, APM Terengganu meminta penduduk di negeri itu agar tidak cemas berikutan viral gambar air yang melimpahi jalan di beberapa lokasi.Sebaliknya, penduduk diminta terus waspada dan mengikut arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80597", "title": "Pelajar Malaysia di Riau akan dipindahkan hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelajar Malaysia di Riau akan dipindahkan hari ini.\nSep 25, 2019\n\nLebih 200 pelajar Malaysia yang menuntut di Riau, Indonesia akan dipindahkan hari ini.Ia ekoran keadaan jerebu yang semakin buruk di wilayah tersebut dengan IPU melebihi 500, yang memaksa darurat bencana diisytiharkan.Sementara itu, jerebu di Malaysia hampir pulih sepenuhnya dan pagi ini hanya Johan Setia di Klang, Selangor merekodkan IPU tidak sihat.Dalam perkembangan lain\u00a0di Indonesia, puluhan ribu pelajar mengadakan tunjuk perasaan mega dan berarak di Jakarta semalam.Mereka membantah rancangan menguatkuasakan beberapa undang-undang kontroversi termasuk mengkelaskan hubungan seks luar nikah sebagai jenayah.Demonstrasi yang pada mulanya aman juga bertukar ganas menyebabkan puluhan pelajar dan anggota penguatkuasa cedera dan dirawat di hospital.Ujian rangkaian perkhidmatan 5G akan diperluaskan ke seluruh negara bermula bulan depan!Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata langkah itu diharap mampu mengurangkan jurang digital sekaligus menaik taraf kehidupan rakyat.Ketika ini ujian itu dilaksanakan di 5 negeri iaitu KL, Selangor, Kedah, Perak dan Terengganu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72860", "title": "Ketua Polis Negara Sahkan Pembebasan 4 Mangsa Culik", "body": "\n\u2190 Back to list\nKetua Polis Negara Sahkan Pembebasan 4 Mangsa Culik\nJun 09, 2016\n\nMereka kini berada di Sandakan bagi mendapatkan rawatan lanjut dan selepas itu akan dibawa ke Kota Kinabalu untuk diambil keterangan.Tambah Tan Sri Khalid Abu Bakar, tiada wang tebusan dibayar pihak polis bagi membebaskan 4 kelasi kapal tersebut.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72210", "title": "4 individu ditahan kes budak 2 tahun maut", "body": "\n\u2190 Back to list\n4 individu ditahan kes budak 2 tahun maut\nMar 16, 2017\n\nPolis Selangor tahan 4 individu berkaitan kematian seorang kanak-kanak 2 tahun di PJ kelmarin, yang dipercayai akibat didera.Antara yang ditahan adalah ibu kandung mangsa, kekasihnya dan suami kepada pengasuh mangsa.Ini selepas laporan bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan parah di beberapa bahagian badan.Pasukan perubatan turut tidak menolak kemungkinan mangsa juga didera secara seksual ekoran kecederaan teruk pada kemaluan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72928", "title": "Siasatan pesawat AirAsia X dijangka selesai dalam tempoh sebulan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSiasatan pesawat AirAsia X dijangka selesai dalam tempoh sebulan\nJun 30, 2017\n\nSiasatan berhubung insiden kegagalan enjin pesawat AirAsia X dari Perth ke KL, Ahad lalu dijangka selesai dalam tempoh sebulan.Kementerian Pengangkutan berkata pihaknya turut bekerjasama dengan Kerajaan Australia untuk kenal pasti punca sebenar insiden itu.Jelas kementerian, pihaknya telus dalam isu itu dan sebaik sahaja keputusan siasatan diperoleh, ia akan diumumkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70698", "title": "Patuh SOP Elak COVID-19 Bermutasi", "body": "\n\u2190 Back to list\nPatuh SOP Elak COVID-19 Bermutasi\nAug 17, 2020\n\nPatuh SOP Elak COVID-19 BermutasiMenteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat untuk terus patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.Ia susulan kewujukan mutasi digelar D614G dalam penularan COVID-19 di negara ini yang mana ia 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain.Sementara itu individu yang dikenakan kompaun kerana tidak pakai pelitup muka boleh rayu pengurangan bayaran.Justeru ujar Datuk Seri Ismail Sabri, tiada keperluan untuk pinda akta bagi mengurangkan jumlah kompaun tersebut.Beliau berkata demikian ekoran ada gesaan agar kompaun berkenaan dikurangkan kerana membebankan golongan susah khasnya B40 dan pelajar.Rentas Sempadan Malaysia-Singapura Fasa Pertama BermulaPergerakan rentas sempadan Malaysia-Singapara bermula hari ini.Ini merupakan fasa pertama selepas sempadan kedua-dua negara ditutup sementara hampir 6 bulan akibat pandemik COVID-19.Untuk fasa ini, ia adalah bagi membolehkan perjalanan rentas sempadan bagi tujuan perniagaan dan rasmi yang penting antara kedua-dua negara.Kerajaan juga akan rujuk kepada pihak berkuasa Singapura berkenaan keperluan menyediakan pengangkutan awam.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=105287", "title": "", "body": "\n\u2190 Back to list\n\nMay 06, 2021\n\nKuala Lumpur dikenakan PKP bermula esok hingga 20 Mei.\nIni selepas 17 kluster baru direkodkan di ibu kota, selain peningkatan jumlah kes harian.\n\nPKP turut dilaksanakan di 14 mukim di Besut kecuali Hulu Besut di Terengganu, Johor Bharu, Kulai dan Kota Tinggi di Johor dan Mukim Taiping dan daerah Selama di Perak untuk tempoh sama.\nSOP PKP di semua kawasan terlibat sama seperti yang diumumkan sebelum ini.\n\u00a0\nSemua sekolah di Selangor, KL dan Putrajaya ditutup mulai hari ini.\nMenurut Kementerian Pendidikan, ia bagi mengurangkan pergerakan dalam komuniti susulan peningkatan kes \u0421OVID-19 di negeri terbabit.\n\nla juga mengambil kira tempoh persekolahan yang hanya berbaki 2 hari sebelum ditutup sempena cuti Aidilfitri.\n\u00a0\nPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Program Jaringan Prihatin.\nProgram itu merupakan usaha kerajaan yang dibantu syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan untuk menangani cabaran jurang digital.\n\nIa dijangka memberi manfaat kepada 8.5 juta rakyat daripada kumpulan B40 untuk memiliki telefon pintar atau menikmati bantuan pelan jalur lebar internet.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=125437", "title": "Ambil Iktibar Peningkatan Kluster Pendidikan Sebelum Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAmbil Iktibar Peningkatan Kluster Pendidikan Sebelum Ini.\nJan 11, 2022\n\n\nAmbil iktibar daripada peningkatan kluster pendidikan yang terjadi sebelum ini.\nItu saranan Ketua Pengarah Kesihatan kepada semua pihak selari dengan pembukaan semula sesi persekolahan sejak Ahad lalu.\nPematuhan SOP dalam kalangan warga sekolah katanya perlu diberi perhatian bagi elak tercetusnya kluster baru pendidikan.\n\u00a0\nPelan Pemulihan Negara 2.0 sedang dirangka.\nPengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia susulan kejayaan PPN sebelum ini apabila semua negeri kini sudah berada pada Fasa 4.\nPPN 2.0 ini bakal melibatkan semua pemegang taruh daripada pelbagai bidang.\n\u00a0\n6 lagi individu ditahan berkaitan sijil vaksinasi Covid-19 palsu.\n6 lagi individu ditahan bagi bantu siasatan berhubung penjualan sijil vaksinasi COVID-19!\nMereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.\nTerdahulu, seorang doktor sebuah klinik swasta di Marang ditahan disyaki dalang kepada sindiket sijil palsu itu.\nKetua Polis Terengganu berkata suspek mengaku sebagai golongan antivaksin, namun mengambil suntikan atas tuntutan kerja.\nPerkhidmatan pemalsuan sijil itu katanya dilakukan sendiri oleh suspek di kliniknya secara dalam talian.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79855", "title": "Tun M disenarai sebagai 50 Tokoh Dunia Paling Berpengaruh oleh Fortune.com.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun M disenarai sebagai 50 Tokoh Dunia Paling Berpengaruh oleh Fortune.com.\nMay 06, 2019\n\nPM berada di tangga ke-47 tokoh dunia paling berpengaruh tahun ini dalam senarai yang dikeluarkan majalah Fortune!Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini berusia 94 tahun dipuji kerana membuat 'comeback' untuk banteras rasuah dalam pentadbiran negara.Berada di tangga teratas senarai Fortune itu adalah pengasas Microsoft, Bill Gates dan isterinya Melinda, manakala Perdana Menteri, New Zealand, Jacinda Ardern di tempat ke-2.Kertas Konsultasi Rakyat tentang dasar terkini PTPTN akan dibentangkan bulan ini.Kertas Konsultasi Rakyat yang mengandungi dasar-dasar dan fakta terkini PTPTN akan dibentangkan kepada umum bulan ini.Dokumen itu mengandungi maklumat berhubung mekanisme baru bayaran balik pinjaman PTPTN yang mengambil kira pandangan rakyat serta idea pakar.Penularan penyakit beguk di Terengganu semakin membimbangkan.Kes penyakit beguk di Terengganu catat peningkatan ketara berbanding tahun lepas.Jabatan Kesihatan Negeri berkata dalam tempoh 4 bulan pertama tahun ini sudah 114 kes dilaporkan, hampir sama dengan jumlah\u00a0kes sepanjang tahun lalu.Justeru, pesakit diingatkan untuk segera dapatkan rawatan di klinik dan jauhi tempat awam untuk elakkan jangkitan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71911", "title": "SPRM serbu pejabat anggota Exco kerajaan negeri Pulau Pinang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM serbu pejabat anggota Exco kerajaan negeri Pulau Pinang.\nAug 11, 2017\n\nPegawai SPRM telah menyerbu pejabat anggota Exco kerajaan negeri Pulau Pinang di bangunan KOMTAR, pagi tadi.Ia dipercayai bagi membantu siasatan kes sebuah kilang haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lepas.Semalam, SPRM ambil beberapa dokumen dari pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi membantu siasatan kes itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78999", "title": "13 Ahli Parlimen belum isytihar harta!", "body": "\n\u2190 Back to list\n13 Ahli Parlimen belum isytihar harta!\nDec 10, 2018\n\nMasih ada Ahli Parlimen belum isytihar harta kepada SPRM.Foto - Astro Awani13 Ahli Parlimen masih belum isytihar pendapatan dan aset kepada SPRM.Antara yang belum berbuat demikian ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan MB Perak, Datuk Seri Ahmad Faisal Azumu.\u00a0Semakan juga dapati beberapa ahli Parlimen hanya isytihar pendapatan.Antaranya Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P.Waytha Moorthy.---Polis siasat dakwaan bawa kanak-kanak ke perhimpunan ICERD!Foto - Astro AwaniPenganjur perhimpunan aman ICERD kelmarin mungkin dikenakan tindakan!Ia susulan laporan polis mendakwa ada peserta bawa kanak-kanak ke perhimpunan tersebut yang ternyata melanggar peraturan.Menurut Polis KL, tindakan tersebut boleh menyebabkan penganjur dikenakan denda sehingga 20 ribu ringgit.---Kerajaan beri keutamaan kepada pelajar miskin ke MRSM!Foto - Astro Awani65 peratus kuota murid MRSM akan diisi pelajar miskin.Jelas Kementerian Pembangunan Luar Bandar, langkah itu bagi beri peluang kepada murid daripada keluarga berpendapatan rendah, B40 dapat pendidikan lebih berkualiti.Kementerian juga sudah kenal pasti antara punca murid daripada kumpulan itu tolak tawaran ke MRSM.Antaranya kekangan kewangan kerana keputusan kemasukan dibuat pada Januari, sedangkan persiapan sekolah sudah dibeli.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73235", "title": "KPDNKK rampas 210 kotak susu rumusan bayi disyaki palsu dalam 5 serbuan di Johor Bahru.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPDNKK rampas 210 kotak susu rumusan bayi disyaki palsu dalam 5 serbuan di Johor Bahru.\nDec 11, 2017\n\nKPDNKK rampas 210 kotak susu rumusan bayi disyaki palsu dalam 5 serbuan di Johor Bahru.Ia susulan kes seorang bayi mengalami muntah-muntah yang teruk setelah minum susu itu yang kemudiannya didapati tiruan oleh pihak pengeluar produk susu tersebut.Siasatan kementerian turut mendapati, susu berkenaan turut dijual dengan harga yang sama dengan susu pek tulen iaitu sekitar RM200 setiap pek.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71450", "title": "Tidak Bercadang Mewajibkan ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTidak Bercadang Mewajibkan \nDec 21, 2020\n\nTidak\u00a0Bercadang\u00a0Kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan semua rakyat mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.Sebaliknya Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, suntikan vaksin itu hanya akan diberikan secara sukarela.Ujar Ahmad Amzad Hashim, keutamaan diberikan kepada golongan berisiko dan mudah menghidapi penyakit serta petugas barisan hadapan.Bekalan pertama vaksin COVID-19 dijangka diterima Mac nanti dan dikhasnya untuk petugas barisan hadapan antaranya doktor, jururawat, anggota pasukan keselamatan serta petugas penjara dan imigresen.Suntikan vaksin berkenaan juga tidak akan diberikan kepada kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dan wanita hamil.Berhubung isu halal atau haram dalam kandungan vaksin pula, Ahmad Amzad enggan mengulas lanjut, tetapi beliau memaklumkan vaksin COVID-19 tidak mengandungi sel haiwan.Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Agama memaklumkan, umat Islam dijangka mengetahui keputusan muktamad fatwa bagi penggunaan vaksin berkenaaan daripada sumber haram dalam masa terdekat.Ia susulan banyak negara Islam dilaporkan enggan menerima vaksin yang diperbuat daripada bahan haram walaupun atas faktor darurat bagi mengekang pandemik COVID-19.Mangsa Banjir Diminta Amal Penjagaan KesihatanMangsa banjir di Pantai Timur dinasihat sentiasa menjaga kesihatan kendiri, mengamalkan penjarakanfizikal dan memakai pelitup muka.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam situasi negara masih dilanda pandemik COVID-19, keadaan sesak seperti di pusat pemindahan banjir boleh meningkatkan risiko penularan penyakit.Mangsa banjir juga perlu memaklumkan kepada anggota kesihatan jika mengalami gejala COVID-19.Dalam perkembangan berkaitan, Polis Terengganu tidak menggalakkan individu atau NGO dari kawasan Zon Merah COVID-19 datang ke negeri itu untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir.Ia berikutan Kuala Lumpur dan Selangor misalnya masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kemasukan ke Terengganu agak berisiko.Sementara itu hampir 9,400 penduduk di Pantai Timur berlindung di pusat pemindahan akibat banjir.Terengganu merekodkan angka tertinggi iaitu lebih 7,800 diikuti Kelantan hampir 1,500 dan Pahang38.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72985", "title": "KWSP akan kembalikan caruman pekerja kepada kadar 11 peratus, januari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKWSP akan kembalikan caruman pekerja kepada kadar 11 peratus, januari ini.\nDec 21, 2017\n\nCaruman pekerja untuk KWSP dikembalikan kepada kadar 11 peratus berkuat kuasa Januari ini.Kadar ini membabitkan pekerja di bawah usia 60 tahun, manakala bagi pekerja melebihi 60 tahun kadar caruman ialah 5.5 peratus.Sebelum ini, kadar caruman ditetapkan pada 8 peratus pada Mac 2016.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=120871", "title": "KKM Akan Memperkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi COVID-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM Akan Memperkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi COVID-19.\nNov 22, 2021\n\n\nKKM Akan Memperkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi COVID-19.\nSistem amaran berisiko tinggi akan diperkenalkan bagi mengesan tanda-tanda awal peningkatan kes Covid-19 di negara ini.\nMenurut Menteri Kesihatan, pihaknya mencadangkan beberapa sektor diperketatkan jika berlaku peningkatan kes, namun bukan sekatan pergerakan penuh.\nIni kerana sekatan pergerakan bukan hanya mengganggu ekonomi tetapi memberi kesan kepada kesejahteraan keluarga dan kesihatan mental.\nKhairy Jamaluddin berkata setakat ini keadaan sistem kesihatan KKM terkawal namun tanda-tanda awal peningkatan kes Covid-19 sudah ada.\nSusulan itu, orang awam diingatkan untuk tidak terlalu selesa dan sentiasa patuh SOP.\n\u00a0\nKerajaan sediakan lebih 5,000 PPS.\nLebih 5,000 Pusat Pemindahan Sementara disediakan bagi menghadapi Monsun Timur Laut yang bermula awal bulan ini hingga Mac depan.\nKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata semua pusat berkenaan membabitkan sekolah, dewan orang ramai, balai raya dan pusat komuniti.\n\u00a0\nInfoBencana JKM 2.0 dinaik taraf.\nSistem InfoBencana JKM 2.0 dinaik taraf bagi meningkatkan akses pengguna kepada maklumat berkaitan pengurusan bencana.\nAntara yang ditambah baik adalah modul pusat perpindahan, profil penduduk, info paras air sungai dan maklumat jalan yang ditutup.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72754", "title": "Tan Sri Muhyiddin Yassin Hantar Borang Permohonan Parti Baru", "body": "\n\u2190 Back to list\nTan Sri Muhyiddin Yassin Hantar Borang Permohonan Parti Baru\nAug 09, 2016\n\nKeahlian BERSATU terbuka kepada bumiputera namun bukan bumiputera boleh mendaftar sebagai ahli bersekutu.Tan Sri Muhyiddin akan berperanan sebagai presiden parti, manakala bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72284", "title": "Remaja temui serpihan pesawat di Mozambique", "body": "\n\u2190 Back to list\nRemaja temui serpihan pesawat di Mozambique\nMar 12, 2016\n\nSeorang remaja Afrika Selatan menjumpai satu serpihan yang mungkin sebahagian daripada pesawat MH370 ketika bercuti di Mozambique.Dia menemui serpihan berkenaan di pantai \u00a0Disember lepas dan membawa serpihan itu pulang ke Afrika Selatan.Afrika Selatan merancang serahkan serpihan itu kepada pasukan penganalisis dari Australia, yang sedang mengkaji satu lagi serpihan dari Mozambique.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72741", "title": "JKKP Siasat Tragedi Wanita Dihempap Blok Penyangkut Kren", "body": "\n\u2190 Back to list\nJKKP Siasat Tragedi Wanita Dihempap Blok Penyangkut Kren\nAug 26, 2016\n\nSyarikat pembinaan yang terlibat tragedi wanita maut dihempap blok penyangkut sebuah kren menara di Bukit Bintang, KL semalam sudah diarah hentikan operasi.Ujar Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, JKKP, pihaknya juga telah memulakan siasatan segera.JKKP turut melahirkan rasa sedih dengan tragedi tersebut dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.Mangsa maut di lokasi kejadian, akibat kereta yang dipandunya dihempap blok penyangkut sebuah kren menara yang terjatuh.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81177", "title": "Bekalan makanan dan barang keperluan asas di Johor mencukupi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBekalan makanan dan barang keperluan asas di Johor mencukupi.\nFeb 11, 2020\n\nBekalan makanan dan barang keperluan asas di Johor mencukupi.Menurut kerajaan negeri, pihaknya telah jalankan pemantauan sejak Sabtu lepas bagi memastikan tiada pembelian panik oleh warga Singapura di negeri itu.Ia susulan viralnya video rakyat Singapura buat pembelian panik ekoran amaran tahap jingga wabak koronavirus di republik berkenaan.PDRM buka 22 kertas siasatan kes penyebaran berita palsu mengenai wabak koronavirus.Daripada jumlah itu, 2 kes telahpun dituduh di mahkamah.Polis juga gesa orang ramai berhenti sebar berita palsu berkenaan wabak tersebut sebab ia boleh cetus panikPelancong dari Singapura yang ke Sarawak perlu jalani kuarantin sendiri selama 14 hari.Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, arahan itu dikuatkuasakan ekoran amaran tahap jingga wabak koronavirus di republik itu.Setakat ini, jumlah kes positif koronavirus di Singapura meningkat kepada 45.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79375", "title": "PRK DUN Semenyih saksikan pertandingan empat penjuru", "body": "\n\u2190 Back to list\nPRK DUN Semenyih saksikan pertandingan empat penjuru\nFeb 16, 2019\n\nFoto - malaysiakiniPilihan Raya Kecil DUN Semenyih pada 2 Mac ini\u00a0menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan, Barisan Nasional,\u00a0Parti Sosialis Malaysia\u00a0dan\u00a0seorang calon bebas.PH diwakili Muhammad Aiman Zainali, BN pertaruhkan Zakaria Hanafi dan PSM mengetengahkan calon muda berusia 25 tahun, Nik Aziz Afiq Abdul.Foto - malaysiakiniTurut mencuba nasib sebagai calon Bebas ialah aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.PRK DUN Semenyih diadakan berikutan kematian penyangdangnya, Bakhtiar Mohd Nor dari parti Bersatu pada 11 Januari lalu.Foto - spr.gov.mySuruhanjaya Pilihan Raya dalam pada itu menjangkakan 70 peratus pemilih keluar tunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu nanti.Pengerusinya, Azhar Harun berkata, 134 pemerhati daripada 12 organisasi akan memantau pilihan raya kecil berkenaan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73043", "title": "Pengundi yang kehilangan MyKad masih boleh mengundi untuk PRU14 pada Rabu depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengundi yang kehilangan MyKad masih boleh mengundi untuk PRU14 pada Rabu depan.\nMay 06, 2018\n\nPengundi yang kehilangan MyKad masih boleh mengundi untuk PRU14 pada Rabu depan.Menurut SPR, mereka harus membawa salinan laporan kehilangan kad pengenalan berkenaan, lesen memandu dan passport sebagai bukti pengenalan diri.SPR turut tegaskan pengundi tidak perlu bimbang akan kebocoran maklumat undi berhubung nombor siri yang tertera pada kertas undi.Jelasnya, cetakan nombor siri hanyalah untuk mudahkan petugas SPR buat semakan dan kiraan kertas undi, bukannya untuk mengenal pasti pengundi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79776", "title": "Pasukan khas ditubuh untuk wujudkan sejuta peluang pekerjaan berkualiti buat belia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPasukan khas ditubuh untuk wujudkan sejuta peluang pekerjaan berkualiti buat belia.\nApr 22, 2019\n\nKerajaan serius dalam usaha atasi masalah pengangguran babitkan golongan belia di negara ini.Justeru, satu pasukan khas ditubuh untuk pastikan sejuta peluang kerja berkualiti disediakan kepada golongan berkenaan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun ini.Foto: Harian MetroMenurut Kementerian Belia dan Sukan, pasukan petugas itu dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Kerajaan tangguh cadangan mansuh hukuman mati bagi semua kesalahan.Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Viu\u00a0Keong, ia ekoran masih ada beberapa isu berbangkit termasuk babit banduan akhir.Sabah dijangka paling terjejas dengan fenomena El Nino yang diramal berlaku bulan depan.Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memaklumkan, purata hujan yang turun juga turut berkurangan berbanding tahun lalu.\u00a0Oleh itu pihaknya gesa masyarakat sama-sama cegah aktiviti pembakaran terbuka untuk mengurangkan pelepasan asap ke udara yang dikhuatiri menjejaskan kualiti udara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=153097", "title": "Op Lancar Sempena Aidiladha Bermula Rabu Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nOp Lancar Sempena Aidiladha Bermula Rabu Ini.\nJun 26, 2023\n\n\nOp Lancar Sempena Aidiladha Bermula Rabu Ini.\nOp Lancar sempena perayaan Hari Raya Aidiladha akan dilaksanakan bagi memastikan aliran trafik lancar di seluruh negara.\nMenurut Bukit Aman, ia akan berlangsung selama 5 hari mulai Rabu ini.\nTumpuan operasi adalah di semua lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Karak, Lebuhraya Pantai Timur dan lebuh raya yang menghubungkan negeri dan daerah.\n\u00a0\nRakan Muda diberi nafas baru. \n10 gaya hidup diperkenalkan dalam usaha memperkukuh jenama Rakan Muda yang diberi nafas baru.\nMenteri Belia dan Sukan berkata 2 daripadanya ialah Rakan Demokrasi dan Rakan Litar.\nJelas Hannah Yeoh pengenalan Rakan Demokrasi adalah bagi memastikan golongan belia ada pengisian dan pendidikan berterusan untuk mengundi.\nRakan Litar pula diperkenalkan selari dengan gaya hidup golongan muda ketika ini yang semakin ramai terlibat dalam sukan permotoran.\n\u00a0\nJangan sebarkan spekulasi kes angggota TUDM maut di Gemas.\nTUDM minta semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi berkaitan kes kematian 2 anggotanya dalam insiden letupan bom lempar ketika sesi latihan di sebuah kem di Gemas.\nProses siasatan pihak polis sedang dijalankan dan TUDM juga akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.\nDalam kejadian itu, seorang pegawai maut di tempat kejadian, seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital manakala seorang lagi mangsa parah namun dilaporkan stabil.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71737", "title": "Kerajaan Selangor akan adakan pendengaran awam mengenai wabak denggi", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Selangor akan adakan pendengaran awam mengenai wabak denggi\nFeb 17, 2016\n\nIa bertujuan siasat punca penyebaran penyakit denggi, kecekapan pengurusan dan perbelanjaan dana dalam usaha menangani wabak denggi di Selangor.Ini kerana Selangor catat angka tertinggi kes denggi di Malaysia dengan hampir 63,200 kes denggi tahun lalu, malah bulan lalu sahaja lebih 7,300 kes dilaporkan.Pendengaran awam tersebut boleh diikuti di\u00a0http://www.selangorku.comatau\u00a0http://tv.selangorku.com/\u00a0bermula jam 10 pagi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80590", "title": "Jerebu nampaknya ada tanda-tanda akan reda.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJerebu nampaknya ada tanda-tanda akan reda.\nSep 24, 2019\n\nJerebu dilihat semakin reda apabila sudah tiada kawasan merekodkan kualiti udara sangat tidak sihat.Setakat ini, hanya 16\u00a0kawasan catat IPU tidak sihat.Semua sekolah di seluruh negara turut kembali beroperasi seperti biasa hari ini.Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri\u00a0\u00a0minta orang ramai supaya hanya rujuk IPU yang dikeluarkan JAS sahaja bagi elak kekeliruan.Ia susulan ada pihak persoal ketepatan bacaan IPU berkenaan apabila jarak penglihatan berkurangan pada Ahad, walaupun IPU turun.Universiti awam perlu buat ujian berkala.Universiti awam perlu buat kajian berkala bagi memastikan program yang ditawarkan masih relevan dengan pasaran kerja semasa.Timbalan Menteri Pendidikan berkata kajian itu penting bagi memastikan universiti di negara ini dapat melahirkan graduan yang bertauliah\u00a0dan bekerjaya.\u00a0\u00a0Terdahulu, Berita Harian\u00a0melaporkan Jabatan Pendidikan Tinggi gugurkan 38 program akademik di 19 universiti awam kerana tidak lagi relevan dengan keperluan industri.Seorang maut, seorang parah dalam kejadian amuk di sebuah kilang di Bayan Lepas.Polis terpaksa menembak mati suspek selepas dia enggan serah diri dan melepaskan parang yang digunakannya.Suspek, 25 tahun merupakan pekerja kilang tersebut dan dilapor mengalami kemurungan sejak beberapa bulan lalu dan sudah serah surat letak jawatan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81549", "title": "Kaedah hantar pulang mahasiswa diteliti", "body": "\n\u2190 Back to list\nKaedah hantar pulang mahasiswa diteliti\nApr 11, 2020\n\nKaedah hantar pulang mahasiswa ditelitiFoto - Malay MailKerajaan akan teliti kaedah terbaik untuk hantar pulang pelajar yang masih berada di kampus ke rumah masing-masing dalam keadaan selamat dan sihat.Ia berikutan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu lagi sehingga 28 April depan.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, perkara berkenaan akan di bawa ke Mesyuarat Khas Menteri mengenai COVID-19, hari ini.-----Gelandangan ibu kota akan diberi kerjaFoto - Berita HarianGelandangan di sekitar ibu negara akan diberi latihan dan kursus suai kenal pendek bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan bermula 1 Mei depan.Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia juga dipersetujui beberapa syarikat yang ingin bekerjasama dengan kementeriannya bagi merealisasikan hasrat berkenaan.Tambah Tan Sri Annuar, pihaknya akan menyediakan peluang pekerjaan antara 500 ke 700 termasuk bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang tertentu di Lembah Klang.-----Data kadar jangkitan COVID-19 KKM lebih tepatFoto - Malay MailData Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung kadar jangkitan dan penularan COVID-19 adalah lebih tepat kerana membabitkan situasi semasa.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data yang dikeluarkan oleh sebuah agensi kajian JP Morgan hanya membabitkan ramalan jangkitan sahaja.JP Morgan sebelum ini meramalkan, Malaysia ketika ini berada dalam fasa peningkatan kes jangkitan dan akan meningkat tinggi pada pertengahan bulan ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72594", "title": "Amar Baharin dan Amyra Rosli Kini Suami Isteri", "body": "\n\u2190 Back to list\nAmar Baharin dan Amyra Rosli Kini Suami Isteri\nNov 11, 2016\n\nAmar Baharin dan Amyra Rosli selamat dinikahkan dalam majlis yang berlangsung di sebuah hotel di KL petang tadi.Majlis tersebut diadakan secara tertutup, dihadiri 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat terdekat serta wakil media.Amar menghadiahkan 7 dulang hantaran kepada Amyra berbalas 9, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.Majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di lokasi sama jam 9 malam esok.Manakala majlis resepsi pihak lelaki diadakan di Ampang pada 19 November.*foto Astro Gempak\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94604", "title": "5 Negeri, 3 Wilayah Mula PKP 2.0", "body": "\n\u2190 Back to list\n5 Negeri, 3 Wilayah Mula PKP 2.0\nJan 13, 2021\n\n5 Negeri, 3 Wilayah Mula PKPPKP 2.0 di 5 negeri dan semua 3 Wilayah Persekutuan bermula hari ini.Ia menyaksikan jutaan penduduk di negeri dan wilayah berkenaan berdepan sejumlah sekatan.Menteri Kanan Keselamatan berkata operasi pasar malam, kedai gunting rambut dan tuisyen adalah antara kegiatan ekonomi yang dilarangManakala premis makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam tapi hanya untuk bawa pulang dan penghantaran.Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, klinik swasta dan hospital pula boleh beroperasi seperti biasa, 24 jam sehari.Bagi misi kemanusiaan terhadap mangsa bencana alam oleh NGO, mereka perlu mendapat kebenaran polis.Bantuan pula disalurkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana.Sementara itu, kira-kira 20,500 mangsa banjir kini berada di pusat-pusat pemindahan di 4 negeri.Pahang masih mencatatkan bilangan tertinggi iaitu lebih 16,000 diikuti Johor sekitar 3,000 orang.Kes Harian Tertinggi!Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi COVID-19 apabila 3,309 kes dilaporkan semalam.Ia menjadikan jumlah kes aktif kini meningkat kepada lebih 30 ribu.Angka tertinggi kes harian sebelum ini dicatatkan pada 7 Januari lalu iaitu 3,027 kes.Rampasan Dadah TerbesarPolis Johor rampas dadah bernilai lebih RM125 juta di Johor Bahru.Ia sekaligus menjadikannya rampasan dadah terbesar di negara ini.Ketua sindiket berusia 30 tahun turut diberkas dan sejumlah barangan dirampas termasuk 13 kereta mewah dan jongkong emas.Akaun Twitter SKMM DigodamSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia\u00a0Malaysia (SKMM) menggantung sementara akaun Twitter rasminya yang dilapor telah diceroboh.Ia susulan viral hantaran mesej mencurigakan dan jelik melalui akaun twitter suruhanjaya itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72863", "title": "Orang Ramai Diminta Tidak Beli Mercun Secara Dalam Talian ", "body": "\n\u2190 Back to list\nOrang Ramai Diminta Tidak Beli Mercun Secara Dalam Talian \nJun 13, 2016\n\nKetua Polis Negara juga meminta Pos Laju dan syarikat penghantaran barang bekerjasama membanteras kegiatan penjualan mercun secara pos.Ujar Tan Sri Khalid Abu Bakar, penyimpanan dan penghantaran mercun boleh mendatangkan bahaya kepada pejabat dan petugas penghantaran barang.Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati sekurang-kurangnya 7 akaun laman web dan laman sosial menjual mercun pelbagai jenis berharga antara 3 hingga 260 ringgit.Antara nama yang digunakan adalah Mercun Raya 2016, Mercun RAYA 2016 Baru, Mercun Online Store dan Kedai Bunga Api.Antara mercun yang ditawarkan ialah mercun bola, mercun naga dan mercun roket yang mengeluarkan bunyi dentuman kuat dan boleh mencederakan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73257", "title": "DBKL sudah pasang jaring di PPR sekitar Kuala Lumpur.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDBKL sudah pasang jaring di PPR sekitar Kuala Lumpur.\nJan 22, 2018\n\nDBKL sudah memulakan pemasangan jaring di Projek Perumahan Rakyat, PPR di sekitar Kuala Lumpur!Ia bagi mengelakkan kejadian tidak diingini akibat pembuangan barang dari tingkat atas berulang lagi.Pemasangan jaring berkenaan membabitkan 72 PPR di KL yang merangkumi 494 blok dengan kira-kira 80,000 unit rumah.Ini selepas seorang remaja maut apabila terkena kerusi yang dibuang daripada tingkat atas sebuah PPR di Pantai Dalam, baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79582", "title": "Jangan lakukan pembakaran terbuka ekoran cuaca panas ketika ini!", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan lakukan pembakaran terbuka ekoran cuaca panas ketika ini!\nMar 18, 2019\n\nJangan lakukan pembakaran terbuka ekoran cuaca panas ketika ini!Ia susulan gelombang haba di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia berada di paras berjaga-jaga.Menurut Jabatan Meterorologi, Pendang, Kedah antara kawasan yang paling panas semalam dengan suhu antara 37 dan\u00a040 darjah Celcius.Sementara itu, ketika ini Indeks Pencemaran Udara di Banting, Selangor dan Rompin Pahang catat bacaan tidak sihat.Pemantauan sekitar kawasan pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang\u00a0akan terus dilakukan.Proses pembersihan Sungai Kim Kim sudah selesai namun pemantauan perlu terus dilakukan agar pencemaran sisa kimia tidak berulang.Exco Kesihatan Johor berkata setakat ini, hanya 120 mangsa pencemaran sisa kimia itu masih menerima rawatan di hospital.Lima daripadanya masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi dan dilaporkan dalam keadaan stabil.Dua rakyat Malaysia disahkan terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok, Indonesia.Kementerian Luar berkata mangsa bersama enam lagi yang masih belum dapat dikesan dilaporkan berada kawasan air terjun ketika gempa bumi melanda.Ketika ini usaha mencari dan menyelamat oleh pihak berkuasa tempatan sedang giat dijalankan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72721", "title": "JPS, Kerajaan Selangor Berkerjasama Atasi Kesan Fenomena Air Pasang Besar", "body": "\n\u2190 Back to list\nJPS, Kerajaan Selangor Berkerjasama Atasi Kesan Fenomena Air Pasang Besar\nSep 21, 2016\n\nJabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan ambil tindakan sewajarnya bersama kerajaan negeri untuk tangani fenomena air pasang besar di Selangor.Ujar Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, antaranya, JPS akan menambah baik benteng di pesisir pantai Selangor berdasarkan peruntukan yang diberi.Menurut kementerian lagi, fenomena berkenaan sudah dijangka namun paras air naik dengan tinggi kali ini disebabkan banyak faktor bergabung.Antaranya pertembungan air pasang besar, ombak kuat serta angin kencang.Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Selangor akibat fenomena berkenaan kekal melebihi 220 orang.Kedah dan Perak pula, masing-masing merekodkan lebih 930 dan 100 mangsa banjir.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=102839", "title": "Murid di Sibu Hadir Sekolah Bergilir ", "body": "\n\u2190 Back to list\nMurid di Sibu Hadir Sekolah Bergilir \nApr 05, 2021\n\nMurid di Sibu Hadir Sekolah Bergilir\nHari ini bermulanya sesi persekolahan bersemuka untuk murid sekolah menengah di kebanyakan negeri.\nNegeri yang lebih awal memulakannya semalam ialah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.\nBagi murid di Sibu, Sarawak, sistem penggiliran hadir ke sekolah mula dilaksanakan hari ini.\nUntuk sekolah rendah, murid Tahap 1 dan 2 di daerah itu digilirkan datang ke sekolah selang sehari.\nBagi murid sekolah menengah, murid Tingkatan 4 hingga 6 akan hadir seperti biasa.\nMurid kelas peralihan dan Tingkatan 3 pua akan ke sekolah pada minggu pertama dan ke-3 manakala murid Tingkatan 1 dan 2 pada minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan.\nPada hari pelajar tidak ke sekolah, mereka akan ikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).\nIa dilakukan setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesesakan murid ketika berada di sekolah di daerah tersebut.\nSementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu saran sistem giliran balik sekolah ditambahbaik.\nIa antaranya bagi mengelak kesesakan di luar pagar sehingga melanggar SOP penjarakan fizikal.\n\u00a0\n\u00a0\nKKM Akan Cari Punca\nKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan cari punca mengapa masih ramai belum mendaftar untuk suntikan vaksin COVID-19.\nIni kerana setakat ini daripada 26.7 juta pengguna aplikasi MySejahtera, baru 7.7 juta tampil mendaftar.\nKKM menyasarkan 70 hingga 80 peratus penduduk mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.\nPeratusan itu penting bagi mencapai imuniti kelompok.\n\u00a0\n\u00a0\nPolis Akan Siasat Neelofa & Haris\nPolis akan panggil Neelofa dan Haris untuk beri keterangan sebaik mereka tiba dari Langkawi.\nIa susulan dakwaan pasangan pengantin baru itu melanggar SOP PKP atas tiket kebenaran rentas negeri.\n\u00a0\n*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72304", "title": "3 ribu pelarian akan dibawa ke Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 ribu pelarian akan dibawa ke Malaysia\nSep 24, 2016\n\nMalaysia minta Lubnan bantu tunaikan janji kerajaan untuk mengambil tiga ribu pelarian Syria ke negara ini.Timbalan Perdana Menteri berkata Lubnan kini menempatkan kira-kira 1.5 juta pelarian Syria.Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi jelaskan, KL dan Beirut akan bekerjasama lakukan pemeriksaan keselamatan terhadap pendatang yang akan dibawa ke Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72692", "title": "Pesakit Zika di Sabah Meninggal Dunia", "body": "\n\u2190 Back to list\nPesakit Zika di Sabah Meninggal Dunia\nSep 04, 2016\n\nKementerian Kesihatan mengesahkan seorang pesakit Zika di Sabah meninggal dunia akibat komplikasi masalah jantung yang dialaminya.Lelaki berusia 61 tahun itu juga mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik, karang ginjal dan gout.Bagaimanapun kementerian memaklumkan, keputusan penuh siasatan mengenai punca kematiannya belum diperoleh.Kementerian juga memaklumkan, setakat ini 13 rakyat Malaysia dijangkiti virus Zika, termasuk 11 yang bekerja dan menetap di Singapura.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78867", "title": "Barangan elektrik murah, punca utama kebakaran.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBarangan elektrik murah, punca utama kebakaran.\nNov 11, 2018\n\nSistem demokrasi akan dipulihkan kembali!Foto - Astro AwaniKerajaan PH janji akan pulihkan kembali sistem demokrasi dan kembalikan keyakinan rakyat.Ujar PM, Tun Dr Mahathir Mohamad, PH pegang prinsip untuk asing kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman, tida lagi seperti yang dilakukan pemimpin kerajaan terdahulu.Beliau juga tegaskan, tiada jawatan tertinggi kerajaan akan ditawar kepada Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang baru menyertai BERSATU.Tun M berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan Bersatu Kelantan semalam.---JPJ keluarkan 63 ribu saman sejak September!Foto - Astro AwaniSejak 1 September lalu, lebih 63 ribu saman dikeluarkan JPJ menerusi 45 kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik, Awas di seluruh negara.Majoriti saman libat kesalahan memandu melebihi had laju diikuti langgar lampu isyarat merah.---Barangan elektrik perlu ada kelulusan SIRIM!Barang elektrik tak lulus SIRIM menjadi antara punca utama kebakaran di seluruh negara tahun lepas.Foto - Astro AwaniMenurut bomba, kebanyakan mangsa yang terlibat dengan kebakaran tersebut didapati pilih peralatan elektrik tidak selamat kerana harganya yang lebih murah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79851", "title": "Kerajaan akan wujudkan pasukan khas untuk kaji cadangan kerja waktu malam. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan akan wujudkan pasukan khas untuk kaji cadangan kerja waktu malam. \nMay 05, 2019\n\nKementerian Sumber Manusia akan wujudkan pasukan khas untuk kaji cadangan bekerja pada waktu malam bagi sektor pekerjaan tertentu.Ia susulan cadangan Perdana Menteri baru-baru ini yang memerlukan\u00a0kajian terperinci selain mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak.Kementerian Kesihatan lancar kempen Bersuaralah: Nyatakan Hak Anda, Lindungi Paru-paru Anda.Ia bertujuan bagi memperkasa 85 peratus golongan bukan perokok di negara ini untuk menyatakan hak mereka dalam mendapatkan persekitaran bebas asap rokok.Polis buru ibu dera anak.Polis buru seorang wanita yang disyaki dera tiga orang anak kandungnya sejak April lalu di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.Selepas laporan polis dibuat, suspek\u00a0dipercayai telah melarikan diri ke Kedah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71750", "title": "PERDASAMA sambut baik tindakan kerajaan gantung sementara kemasukan pekerja asing.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPERDASAMA sambut baik tindakan kerajaan gantung sementara kemasukan pekerja asing.\nFeb 22, 2016\n\nIni kerana ia akan beri peluang kerja kepada belia tempatan untuk merebut peluang kerja dalam bidang berkaitan.Perdasama juga berharap kerajaan anjur program secara besar-besaran bagi menarik penyertaan belia tempatan.Pada masa sama, persatuan menasihatkan para majikan pihak industri agar tidak menyamakan gaji pekerja tempatan dan asing.Ini kerana pekerja tempatan mungkin ada kelebihan daripada aspek bahasa dan kemahiran.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79078", "title": "Rafizi Ramli dilantik Naib Presiden PKR!", "body": "\n\u2190 Back to list\nRafizi Ramli dilantik Naib Presiden PKR!\nDec 29, 2018\n\nPKR umum pelantikan Naib Presiden!Foto - Astro AwaniBekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli dilantik sebagai Naib Presiden PKR.Dua lagi naib presiden PKR yang dilantik ialah Anggota Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang dan Anggota Parlimen Saratok Ali Biju.Pelantikan mereka diumum Presiden PKR \u00a0Datuk Seri Anwar Ibrahim.---SPR larang bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands bertanding selama 5 tahun.Foto - Astro AwaniBN Pahang akan berbincang dengan BN Pusat bagi tentukan tindakan lanjut berhubung sekatan SPR ke atas bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C.SivarraajhIni berikutan keputusan SPR, Naib Presiden MIC itu tidak boleh dipilih dalam mana-mana pilihan raya bagi tempoh 5 tahun bermula 13 Disember lalu.---KTMB lanjutkan operasi kaunter tiket ETS.Foto - Astro AwaniWaktu\u00a0operasi kaunter pembelian tiket awal ETS dan tren\u00a0antarabandar dilanjutkan\u00a0sehingga\u00a0jam 10.30 malam, berbanding 6.30 petang mulai semalam.Menurut kenyataan\u00a0KTMB,\u00a0ia melibatkan\u00a014 kaunter di Lembah\u00a0Klang termasuk Shah Alam, Kepong Sentral, Sungai Buluh, Tanjung\u00a0Malim, Serdang dan Kajang.Perubahan jadual itu turut melibatkan\u00a0tiga kaunter\u00a0di Wilayah\u00a0Utara\u00a0iaitu Padang Besar, Arau dan Parit Buntar.---Irama Dondang Sayang dimainkan oleh beca di Melaka.Foto - Astro AwaniSemua pengayuh beca di Melaka wajib memasang lagu irama Dondang Sayang kepada penumpang atau pelancong bermula tahun depan.Ketua Menteri Melaka \u00a0berkata langkah itu bertujuan mempromosikan irama berkenaan kepada pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2019.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72375", "title": "Banjir di Pahang, Terengganu dan Johor kini menjejaskan lebih 7 ribu murid di 34 buah sekolah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir di Pahang, Terengganu dan Johor kini menjejaskan lebih 7 ribu murid di 34 buah sekolah.\nJan 07, 2018\n\nBanjir di Pahang, Terengganu dan Johor kini menjejaskan lebih 7 ribu murid di 34 buah sekolah.Terkini di Pahang terdapat lebih 1,300 mangsa berlindung di pusat pemindahan di Pekan, Maran, Bera dan Kuantan.Terengganu pula mencatatkan hampir 950 mangsa melibatkan daerah Kemaman.Di Sabah, hampir 660 penduduk Kota Marudu dan Membakut kini berlindung di pusat pemindahan.Manakala banjir di Manjung serta Larut, Matang dan Selama di Perak melibatkan 100 penduduk.Di Segamat, Johor 38 penduduk masih berada di pusat pemindahan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80567", "title": "Lebih 2,500 sekolah terpaksa ditutup akibat jerebu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 2,500 sekolah terpaksa ditutup akibat jerebu.\nSep 19, 2019\n\nLebih 2, 500 sekolah terpaksa ditutup akibat jerebu.Ia menjejaskan kira-kira 2 juta murid namun cuti bencana itu tidak perlu diganti.Bagi sekolah di Selangor, KL, Putrajaya dan Pulau Pinang, sekolah ditutup pada hari ini dan esok.Manakala sejumlah sekolah di Sarawak, Perak, Negeri Sembilan dan di Kedah buat masa ini diarahkan tutup hari ini sahaja.Terkini, 6\u00a0kawasan merekodkan IPU sangat tidak sihat, majoritinya di Sarawak.39 lagi kawasan catat IPU tidak sihat, kebanyakannya negeri-negeri Pantai Barat, Selatan dan Utara Semenanjung.Menteri Dalam Negeri akan bertemu dengan pegawai kanan Jabatan Imigresen dan JPN dalam masa terdekat.Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu bincang langkah perketat SOP \u00a0bagi elak aktiviti\u00a0melanggar undang-undang babitkan pegawai dan kakitangan kementerian itu.Ia ekoran penahanan pegawai kanan JPN Pulau Pinang dan 5 yang lain berkaitan kes jual MyKad dan Sijjil Lahir kepada warga asing khasnya warga China.Berhenti sebarkan gambar 2 beradik yang dikaitkan dengan kebakaran di Tumpat, Kelantan.Orang ramai diminta berhenti sebar gambar kanak-kanak 2 beradik yang dikaitkan dengan siri kebakaran di sebuah kampung di Tumpat.Polis Kelantan memaklumkan Sinar Harian, ini kerana tindakan itu tidak membantu siasatan, dan mereka juga di bawah umur.Kedua-dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun itu masih berada dalam tahanan polis dan tempoh reman mungkin dilanjut bagi bantu siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73247", "title": "Kanak-kanak tanpa kewarganegaraan dibenarkan bersekolah di negara ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKanak-kanak tanpa kewarganegaraan dibenarkan bersekolah di negara ini.\nJan 12, 2018\n\nJabatan Imigresen tidak pernah mengeluarkan sebarang pekeliling yang menghalang kanak-kanak tanpa kewarganegaraan untuk bersekolah.Jelas jabatan itu, semua kanak-kanak berstatus demikian dibenarkan mendaftar ke sekolah apabila semua dokumen yang diperlukan Kementerian Pendidikan lengkap.Penjelasan itu diberi ekoran kes seorang kanak-kanak 7 tahun - anak angkat kepada pasangan warga Malaysia, dilapor dilarang bersekolah di sebuah sekolah di Seremban.Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan diberitakan sudah pun memberi pas khas kepada kanak-kanak itu untuk bersekolah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71839", "title": "Polis sahkan mangsa dera maut akibat usus kecil koyak.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis sahkan mangsa dera maut akibat usus kecil koyak.\nJun 29, 2017\n\nPolis sahkan kematian kanak-kanak 5 tahun yang dipercayai didera bapa tirinya di Kuala Terengganu, berpunca daripada hentakan kuat yang akibatkan usus kecilnya koyak.Mangsa juga dikesan mempunyai kesan lebam lama dan baru di bahagian badan.Terdahulu, bapa tiri mangsa mendakwa, mangsa cedera akibat terjatuh ketika menaiki motosikal bersamanya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81700", "title": "Perak bebas kes aktif COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerak bebas kes aktif COVID-19\nApr 30, 2020\n\nPerak bebas kes aktif COVID-19Foto - Buletin TTKMPerak jadi negeri terbaru bebas daripada kes aktif COVID-19 selepas dua pesakit terakhir yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, sembuh dan dibenarkan keluar semalam.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ini menjadikan kesemua 247 pesakit positif COVID-19 yang direkodkan di negeri ini telah pulih daripada wabak berkenaan.Namun katanya, ia tidak bermakna rakyat Perak boleh terus berasa selesa dengan tidak mematuhi PKP sebaliknya perlu membiasakan diri dengan kebiasaan baru.-----IKS akan kembali beroperasi tanpa sekatanFoto - BernamaPerusahaan kecil dan sederhana (IKS) akan kembali beroperasi tanpa sekatan selepas prosedur operasi standard mengenainya dimuktamadkan tidak lama lagi..Selain itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut meminta Pihak berkuasa tempatan (PBT) akur dengan kebenaran operasi semua sektor ekonomi yang dibenarkan kerajaan pada PKP fasa keempat.Tegas beliau, sepatutnya tidak wujud perbezaan kebenaran apabila Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) meluluskan semua sektor ekonomi beroperasi dengan kapasiti penuh tanpa sekatan.-----Wak Doyok disiasatFoto - mStarOnlinePelakon juga personaliti fesyen, Wak Doyok hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor Bahru berhubung isu membeli dan menggunakan cincin mempunyai lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.Jika sabit kesalaha, Wak Doyok berdepan hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 atau tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.Semalam,Wak Doyok dilapor telah pun buat pemohonan maaf di Instagram kepada keluarga Diraja Johor selepas ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71994", "title": "Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi nafi dakwaan kononnya tidak keluarkan amaran hujan lebat yang bakal melanda kawasan utara Semenanjung dalam tempoh beberapa hari lalu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi nafi dakwaan kononnya tidak keluarkan amaran hujan lebat yang bakal melanda kawasan utara Semenanjung dalam tempoh beberapa hari lalu.\nNov 06, 2017\n\nKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi nafi dakwaan KONONNYA tidak keluarkan amaran hujan lebat yang bakal melanda kawasan utara Semenanjung dalam tempoh beberapa hari lalu.Jelasnya, ia merupakan SOP kementerian yang wajib dibuat dalam memastikan operasi pengurusan bencana berjalan lancar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71681", "title": "Wanita ditahan Kerana Potong Kemaluan Suami", "body": "\n\u2190 Back to list\nWanita ditahan Kerana Potong Kemaluan Suami\nJan 20, 2016\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73298", "title": "Vaksin denggi pertama di dunia, Dengvaxia tidak diedar atau digunakan di Malaysia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nVaksin denggi pertama di dunia, Dengvaxia tidak diedar atau digunakan di Malaysia.\nDec 03, 2017\n\nKementerian Kesihatan sahkan vaksin denggi pertama di dunia, Dengvaxia tidak diedar atau digunakan di mana-mana pusat kesihatan awam atau swasta di negara ini.Menurutnya, produk itu tidak diluluskan sebagai sebahagian daripada program imunisasi kebangsaan kementerian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81751", "title": "Kluster baru COVID-19 di Pedas, Negeri Sembilan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster baru COVID-19 di Pedas, Negeri Sembilan\nMay 08, 2020\n\nKluster baru COVID-19 di Pedas, Negeri SembilanFoto - WikimediaKementerian Kesihatan mengesahkan, pihaknya mengenalpasti satu lagi kluster baru penularan wabak COVID-19 dari sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan.Sehingga kini, 60 individu disahkan positif wabak itu daripada kluster berkenaan, 7 daripadanya merupakan warga tempatan manakala bakinya merupakan warganegara asing.Menurut KKM, setakat ini 786 individu termasuk pekerja kilang, ahli keluarga dan kontak rapat mereka sudah disaring dengan 440 masih menunggu keputusan.-----Pasar raya jangan buat undang-undang sendiri!Foto - BernamaPihak pasar raya atau kedai diingatkan agar tidak membuat undang-undang sendiri dengan menghalang orang ramai yang tidak memakai penutup mulut dan hidung daripada memasuki premis mereka.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemakaian pelitup muka itu bukan sesuatu yang diwajibkan oleh peraturan atau undang-undang ketika krisis COVID-19 sekarang.Beliau bagaimanapun menjelaskan, kerajaan bagaimanapun menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain terutama mereka yang mempunyai gejala.-----Garis panduan solat Jumaat PKPB di bawa je Majlis Raja-RajaFoto - Shah Rahimin (Astro Radio News)Hasil perbincangan berhubung garis panduan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dibawa ke Majlis Raja-Raja.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia sebagai pandangan dan nasihat untuk dipertimbang serta diputuskan pihak berkuasa agama negeri.Ini kerana katanya, urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja, selari dengan Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73268", "title": "Gurauan bawa padah apabila seorang wanita maut ditikam mati kekasihnya sendiri.", "body": "\n\u2190 Back to list\nGurauan bawa padah apabila seorang wanita maut ditikam mati kekasihnya sendiri.\nFeb 08, 2018\n\nGurauan mungkin boleh menyebabkan kita terbunuh dan itulah yang dipercayai menyebabkan seorang wanita maut ditikam mati kekasihnya sendiri di PJ, baru-baru ini.Kosmo melaporkan, suspek menikam mangsa kerana gagal kawal emosi selepas mangsa beritahu kononnya dia akan berkahwin dengan lelaki lain dalam masa terdekat.Suspek kemudian bertindak serah diri di Balai Polis Damansara dengan membawa bersama mayat kekasihnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72148", "title": "Peminjam PTPTN diminta kemaskini maklumat pendapatan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeminjam PTPTN diminta kemaskini maklumat pendapatan\nJul 16, 2018\n\nPeminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dikehendaki mengemaskini maklumat pendapatan mereka seandainya berhasrat untuk menangguh bayaran balik masing-masing.Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, pengemaskinian boleh dibuat bermula hari ini sehingga selewat-lewatnya 25 Julai 2018.Jelasnya kerjasama itu penting supaya janji 100 hari dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 berhubung penangguhan pembayaran balik oleh peminjam berpendapatan bawah RM4,000 sebulan, dapat dilaksanakan.Sebelum ini, PTPTN mengesahkan 429,945 peminjam sudah bebas daripada senarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan boleh ke luar negara sejak awal Jun lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71712", "title": "UniMara Memulakan Sesi Pengajian Pertama Jun Ini. MARA Juga Mahu Miliki Bank Sendiri", "body": "\n\u2190 Back to list\nUniMara Memulakan Sesi Pengajian Pertama Jun Ini. MARA Juga Mahu Miliki Bank Sendiri\nFeb 02, 2016\n\nJusteru, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Bank Negara mengenai cadangan penubuhan bank berkenaan.Dalam perkembangan lain, Universiti Majlis Amanah Rakyat atau UniMara akan memulakan sesi pengajian pertama pada Jun ini.Ia akan memberi akses pendidikan tinggi kepada remaja luar bandar.Fokus pengajian di universiti itu adalah dalam sektor perniagaan, korporat, awam, politik dan teknologi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79675", "title": "Tiket Tren ETS dan KTM Intercity Sempena Hari Raya Mula Dijual 10 April ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiket Tren ETS dan KTM Intercity Sempena Hari Raya Mula Dijual 10 April \nApr 03, 2019\n\nTiket perjalanan bagi perkhidmatan ETS dan KTM Intercity sempena Aidilfitri akan mula dijual Rabu depan.KTMB berkata penjualan tiket bagi perjalanan antara 1 Mei hingga 16 Jun adalah berdasarkan jadual waktu sedia ada.Tiket boleh dibeli melalui laman web KTMB, aplikasi telefon pintar serta di kaunter-kaunter tiket KTMB.Golongan benci vaksin masih rendah!Kementerian Kesihatan berkata, kurang satu peratus penduduk negara ini, merupakan golongan yang menolak pengambilan suntikan vaksin imunisasi.Tambahnya, setakat ini tiada sebarang organisasi yang dibentuk bagi mewakili golongan terbabit seperti di luar negara.Dalam pada itu, Kementerian akan bekerjasama dengan SKMM, untuk memantau golonngan terbabit supaya mereka tidak menyebarkan berita palsu mengenai suntikan vaksin.UiTM Dengkil Kena SiasatUiTM akan jalankan siasatan berhubung dakwaan yang kecoh di media sosial, kononnya\u00a0ada pensyarah di cawangan Dengkil lakukan hubungan seks dengan pelajar.Menurut Naib Canselor, Profesor Dr Mohd Azraai Kassim, pihaknya telah buat laporan polis berhubung dakwaan itu.Sekiranya dakwaan itu didapati benar, tindakan tegas dan tatatertib akan diambil.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72565", "title": "Waris Tak Perlu Langsai Hutang Jika Peminjam PTPTN Meninggal Dunia", "body": "\n\u2190 Back to list\nWaris Tak Perlu Langsai Hutang Jika Peminjam PTPTN Meninggal Dunia\nJan 11, 2017\n\nWaris kepada peminjam PTPTN yang telah meninggal dunia atau alami kecacatan kekal tidak perlu melangsaikan baki pinjaman.Jelas PTPTN, waris cuma perlu memaklumkan kepada pihaknya jika perkara itu berlaku kerana para peminjam dilindungi skim takaful berkelompok.Malah, waris akan menerima wang 1,500 ringgit sebagai khairat kematian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72766", "title": "Search Jawab Dakwaan Yazit", "body": "\n\u2190 Back to list\nSearch Jawab Dakwaan Yazit\nMay 11, 2016\n\nSearch nafi tuduhan salah seorang ahli kumpulan itu, iaitu Yazit, bahawa mereka melakukan pecah amanah berkaitan bayaran wang persembahan.Justeru, vokalisnya, Amy Search beri masa 48 jam kepada Yazit untuk memohon maaf kepada individu yang dikaitkan dalam dakwaan itu.Ujar Amy kepada Malaysian Digest, Search tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak memfitnah mereka.\u00a0Foto: Malaysian Digest\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72394", "title": "Tun M umum usul hadkan tempoh khidmat PM dan MB kepada 2 penggal.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun M umum usul hadkan tempoh khidmat PM dan MB kepada 2 penggal.\nOct 19, 2018\n\nPM yakin kerajaan boleh raih majoriti 2 pertiga di Parlimen dalam usul menghadkan tempoh khidmat PM dan MB selama 2 penggal.Ujar Tun Dr Mahathir Mohamed, ini kerana undang-undang baru itu akan beri manfaat kepada semua pihak termasuk pembangkang.Ia merupakan salah satu daripada program reformasi yang dicadangkan kerajaan PH dalam pembentangan kajian separuh penggal RMK-11 di Dewan Rakyat, semalam.Turut dicadangkan had usia layak mengundi diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun dan SPRM ditransformasi sebagai badan bebas sepenuhnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81281", "title": "Saya Bukan Pengkhianat!", "body": "\n\u2190 Back to list\nSaya Bukan Pengkhianat!\nMar 03, 2020\n\nTan Sri Muhyiddin Yassin memberikan ucapan sulungnya sebagai PM ke-8 malam tadi.Dalam ucapan awalnya, PM mengambil kesempatan untuk tangkis dakwaan mengatakan beliau seorang pengkhianat!\"Sepeti yang dijangka ada pihak yang menggelar saya pengkhianat, dengarlah baik-baik, saya bukanlah pengkhianat,\u00a0naluri saya jelas bahawa keberadaan saya disini adalah untuk menyelamatkan negara daripada berterusan dilanda kemelut ini\"Beliau juga minta diberi peluang untuk mentadbir negara.\"Berikanlah saya sedikit masa untuk menetapkan garis-garis utama halatuju kerajaan dan negara di bawah pentadbiran baru ini yang akan saya jelaskan pada rakyat pada masa yang terdekat\"Beliau turut berjanji melantik barisan Kabinet yang bersih.\"Saya berjanji akan melantik anggota jemaah menteri daripada kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber\"\u00a0Tan Sri Muyiddin juga sempat berterima kasih kepada rakyat kerana bersabar menunggu penyelesaiaan kemelut politik negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72390", "title": "Datuk Seri Najib Razak tinggalkan ibu pejabat SPRM selepas beri keterangan selama 3 jam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Najib Razak tinggalkan ibu pejabat SPRM selepas beri keterangan selama 3 jam.\nOct 24, 2018\n\nDatuk Seri Najib Razak dijangka didakwa esok!Foto - Astro AwaniDatuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan ibu pejabat SPRM selepas selesai beri keterangan untuk 3 jam, berkaitan 1MDB.\u00a0Bekas Perdana Menteri itu dijadual akan didakwa di mahkamah sesyen KL esok, berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan.\u00a0Foto - Astro AwaniSelain Najib, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar Abdullah turut berdepan dakwaan yang sama.\u00a0Foto - Astro AwaniSementara itu menurut Sinar Harian, Datin Seri Rosmah Mansor akan hadir beri keterangan kepada Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram esok.Jun lalu, Bukit Aman maklumkan nilai keseluruhan rampasan 75 beg daripada 6 lokasi serbuan yang dikaitkan dengan isu 1MDB berjumlah antara 900 juta hingga 1.1 bilion ringgit.---Kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN catat penurunanFoto - Astro AwaniJumlah kutipan bayaran balik pembiayaan pinjaman PTPTN yang diterima adalah lebih 817 juta ringgit bagi tempoh Jun hingga September lalu.Kementerian Pendidikan memaklumkan Dewan Rakyat, angka itu menyusut berbanding 1.32 bilion ringgit yang diterima bagi tempoh yang sama tahun lepas.Jumlah ini diperoleh selepas proses mengeluarkan hampir 430 ribu peminjam daripada senarai hitam yang dilakukan secara berperingkat sejak Mei sehingga Jun lalu.Bagi memastikan bayaran balik yang berterusan diterima, kerajaan masih kenakan tindakan penyenaraian rekod CCRIS.---Gerai laksa kebok di Baling, kembali beroperasi!Foto - Astro AwaniGerai laksa kebok di Baling yang diarah tutup sementara oleh Kementerian Kesihatan sejak 8 Oktober lalu akan dibenarkan beroperasi semula.Menurut Jabatan Kesihatan Kedah, kebenaran itu akan diberikan jika pengusaha gerai patuhi semua arahan dan syarat yang dikeluarkan oleh pihaknya.Kira-kira dua minggu lalu 83 kes termasuk dua kematian dilaporkan susulan keracunan makanan yang didakwa berpunca daripada laksa yang dibeli di sebuah premis.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=125491", "title": "PKP Tidak Akan Dilaksanakan Semula.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKP Tidak Akan Dilaksanakan Semula.\nJan 12, 2022\n\n\nPKP secara besar-besaran tidak akan dilaksanakan semula.\nSebaliknya, jelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kawalan di sempadan negara mungkin akan diperketatkan bagi mencegah penularan varian Omicron.\n99 kes Covid-19 melibatkan varian membimbangkan dikesan sejak 3 Januari lalu.\nMenurut KKM, 91 daripadanya ialah varian Delta dan 8 lagi varian Omicron.\n\u00a0\nPolis sedang mengesan pihak yang menjalankan aktiviti menjual sijil vaksin Covid-19.\nMenurut Bukit Aman setakat ini hanya satu kes penjualan sijil vaksinasi palsu dikesan melibatkan seorang doktor di Terengganu.\nOrang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan seumpama itu boleh melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.\n\u00a0\nKKM kesan kes keracunan makanan di sebuah PPS di Johor.\nIa melibatkan 4 mangsa banjir dan 5 petugas pusat pemindahan berkenaan.\nPencemaran katanya bukan disebabkan oleh penyediaan makanan di PPS, sebaliknya berpunca daripada pesakit yang membiarkan makanan terdedah lama.\nKesemua mereka telah menerima rawatan yang sewajarnya.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71945", "title": "Lelaki dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan selepas mengaku bersalah atas 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuannya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan selepas mengaku bersalah atas 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuannya.\nSep 08, 2017\n\nLelaki dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan selepas mengaku bersalah atas 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuannya, berusia 15 tahun.Mengikut fakta kes, tertuduh yang juga seorang ejen unit amanah pertama kali meliwat anaknya itu 2 tahun lepas.Turut hadir di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak tadi ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, DS Rohani Abdul Karim.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79716", "title": "Tan Sri Muhyiddin Yassin Tak Sesuai Jadi MB Johor", "body": "\n\u2190 Back to list\nTan Sri Muhyiddin Yassin Tak Sesuai Jadi MB Johor\nApr 11, 2019\n\nPengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sesuai sebagai Menteri Besar Johor.Ini kerana Menteri Dalam Negeri itu, sibuk dengan tugas-tugas lain.Tun M berkata demikan susulan UMNO Johor beri cadangan agar Tan Sri Muhyiddin dipilih mengalas tanggungjawab itu.\u00a0Dalam pada itu, beliau turut ingatkan UMNO Johor agar tidak masuk campur urusan pelantikan MB yang baru, kerana hanya Pakatan Harapan berhak untuk berbuat demikian.\u00a0Cadangan UMNO Tidak Wajar Bubar Dun JohorCadangan UMNO untuk bubar Dewan Undangan Negeri Johor, bagi membolehkan pilihanraya negari diadakan adalah tidak wajar.Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin jelaskan, hanya Pakatan Harapan selaku kerajaan negeri mempunyai kuasa bertindak demikian.Beliau juga turut sahkan tiga nama calon MB Johor baru telah disenarai pendek, namun tidak mendedahkan nama-nama tersebut.Pendaftaran SPM Calon Persendirian Dibuka Semula\u00a0\u00a0Lembaga Peperiksaan buka semula pendaftaran calon persendirian SPM 2019 mulai 15 hingga 30 April ini.Ia dibuka semula kerana menerima banyak permohonan selepas ditutup pada 31 Mac lalu.Urusan pengesahan pendaftaran dan pembayaran hendaklah dibuat melalui Jabatan Pendidikan Negeri.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=105640", "title": "Lakukan PKP Kendiri Untuk Cegah COVID-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLakukan PKP Kendiri Untuk Cegah COVID-19.\nMay 10, 2021\n\nOrang ramai disaran agar lakukan PKP kendiri untuk putuskan rantaian jangkitan COVID-19.\nJelas Ketua Pengarah Kesihatan, ia boleh dilakukan dengan hanya duduk di rumah dan patuhi segala SOP yang ditetapkan.\n\nUsaha memerangi COVID-19 katanya adalah tanggungjawab semua, bukan hanya petugas Kementerian Kesihatan dan barisan hadapan yang lain.\n\u00a0\nTemu janji doktor tidak perlu surat polis.\nIndividu yang mempunyai temu janji doktor dan rawatan berjadual kini hanya perlu kemukakan kad temu janji di sekatan jalan raya.\u00a0\n\nMenteri Kanan Keselamatan berkata mereka tidak perlu mohon surat kebenaran daripada pihak polis untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik.\u00a0\nBermula hari ini, semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran polis tidak dibenarkan di seluruh negara hingga 6 Jun.\u00a0\n\u00a0\nGagal merekod butiran diri ketika masuk premis kesalahan SOP tertinggi.\nKesalahan paling tinggi direkodkan dalam operasi pematuhan SOP PKP adalah gagal merekod butiran diri ketika masuk ke sesebuah premis.\n\nMenteri Kanan Keselamatan kesal masih ada pihak yang tidak peka dengan SOP walaupun sudah lebih setahun rakyat dan negara berperang dengan COVID-19.\nKegagalan merekod butiran diri katanya sukarkan pihak berkuasa mengesan siapa kontak rapat dan sebagainya.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73479", "title": "Pertarungan 3 penjuru pada PRK DUN Sungai Kandis dan Isu Kasut Sekolah Hitam", "body": "\n\u2190 Back to list\nPertarungan 3 penjuru pada PRK DUN Sungai Kandis dan Isu Kasut Sekolah Hitam\nJul 21, 2018\n\nPertarungan 3 penjuru pada PRK DUN Sungai KandisFoto - AWANIPilihan Raya Kecil DUN Sungai Kandis bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PKR, BN dan Bebas.SPR mengesahkan, Datuk Lokman Adam bertanding sebagai calon BN, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mewakili calon PKR manakala calon Bebas ditandingi Murthy a/l Krishansamy.PRK DUN Sungai Kandis akan berlangsung pada 4 Ogos depan susulan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lalu.Dr Maszlee Malik nafi hasil jualan kasut sekolah hitam disalur ke Tabung HarapanFoto - Malay MailMenteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik nafi kononnya hasil jualan kasut hitam pelajar sekolah akan disalurkan kepada Tabung Harapan Negara.Tegas Dr Maszlee, beliau tidak pernah keluarkan kenyataan sedimikian seperti dalam poster yang tersebar di laman sosial.Kelmarin, Dr Maszlee berkata, kementerian akan membenarkan semua pelajar sekolah dan menengah memakai kasut berwarna hitam mulai sesi persekolahan tahun depan.Kakitangan JASA boleh manarik nafas legaSemua kakitangan JASA akan diserap ke dalam agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam pelbagai jawatan.Bagaimanapun KKM berkata proses itu masih di peringkat perbincangan dan akan dilaksanakan selepas penyelarasan dibuat.Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Mei lalu mengumumkan pembubaran Jasa sebagai langkah penjimatan kerajaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81306", "title": "Situasi Covid-19 di Malaysia Masih Terkawal. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSituasi Covid-19 di Malaysia Masih Terkawal. \nMar 06, 2020\n\nSebarang persidangan atau perhimpunan di negara ini masih boleh diteruskan walaupun terdapat kebimbangan mengenai wabak Covid-19.Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan, setakat ini tiada halangan untuk sebarang acara kerana situasi jangkitan wabak tersebut masih dalam kawalan.Malaysia kini merekodkan 55 kes Covid-19 ekoran pertambahan 5 lagi kes baru.Arab Saudi kini melarang semua termasuk rakyatnya menunaikan umrah buat sementara waktu.Perkara itu dimaklumkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Arab Saudi dan ia bertujuan mencegah penularan wabak COVID-19.Sekatan juga dikenakan untuk ziarah ke Masjid Nabawi namun ziarah di lokasi tumpuan lain dibenarkan.Umat Islam juga masih dibenar berada Masjidil Haram untuk menunaikan solat dan beriktikaf.SPRM mulakan siasatan terhadap pendedahan aset Ku Nan.SPRM telah memulakan siasatan terhadap pendedahan aset bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Ini selepas beliau sahkan kepada mahkamah bahawa jumlah hartanya pada 2001 lalu mencecah RM900 juta semasa perbicaraan kes rasuahnya kelmarin.Menurut SPRM, isu yang disiasat pihaknya bukan soal pendedahan tetapi bagaimana Datuk Seri Tengku Adnan mendapat aset berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73295", "title": "Sebuah ladang di Serian diwartakan sebagai kawasan jangkitan penyakit rabies.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSebuah ladang di Serian diwartakan sebagai kawasan jangkitan penyakit rabies.\nNov 30, 2017\n\nSebuah ladang di Serian diwartakan sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila atau rabies yang ke-27 di Sarawak.Ia selepas seekor anjing peliharaan yang telah menggigit seorang wanita di ladang tersebut pada bulan lepas disahkan positif wabak rabies.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80060", "title": "Kerajaan pandang serius isu kematian 14 Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang,\u00a0Kelantan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan pandang serius isu kematian 14 Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang,\u00a0Kelantan.\nJun 10, 2019\n\nKerajaan pandang serius isu kematian 14 Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang,\u00a0Kelantan.Timbalan Perdana Menteri\u00a0berkata dakwaan bahawa kematian yang disebabkan oleh pencemaran kolam sumber air akan disiasat dengan teliti.Pihak berkuasa akan pantau kegiatan perlombongan dan pembalakan di kawasan itu dan tindakan tegas akan diambil jika ia menjadi punca kematian itu berlaku.Video viral netizen berjaya bantu PDRM selesaikan kes jenayah.PDRM lahirkan penghargaan kepada netizen kerana viralkan kesalahan jenayah hingga suspek berjaya ditangkap.Hasil daripada tindakan pantas netizen itu, sebanyak 29 kes viral di media sosial sejak Januari hingga Mei lalu berjaya diselesaikan oleh pihaknya.Seorang lelaki ditahan kerana cuba terjun dari Bangunan Sultan Iskandar.Seorang lelaki ditahan selepas menceroboh dan cuba bunuh diri di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.Menurut polis, lelaki itu dipercayai nekad cuba terjun dari tingkat empat bangunan tersebut akibat putus cinta dan masalah kewangan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71670", "title": "Perundangan Lemah, Punca Pencemaran Semakin Berleluasa", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerundangan Lemah, Punca Pencemaran Semakin Berleluasa\nJan 18, 2016\n\nKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bercadang pinda perundangan berkaitan alam sekitar.Ia bagi memberi lebih kuasa kepada pihak bertanggungjawab mengambil tindakan, khasnya Jabatan Alam Sekitar.Kementerian turut akui perundangan yang lemah antara punca isu pencemaran di negara ini semakin berleluasa.Sementara itu, setakat ini 4 pegawai Pejabat Tanah dan Galian Pahang telah didakwa atas tuduhan rasuah perlombongan bauksit.Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda 5 kali nilai suapan dan penjara sehingga 20 tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73168", "title": "Kajian pemansuhan hukuman mandatori di negara ini kini di peringkat akhir.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKajian pemansuhan hukuman mandatori di negara ini kini di peringkat akhir.\nOct 07, 2018\n\nKajian untuk mansuhkan hukuman mandatori di negara ini berada pada peringkat akhir sebelum dibentangkan kepada Jemaah menteri.Foto: NSTMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata pelbagai aspek akan diambil kira dalam memastikan hukuman setimpal diberikan kepada pesalah.Pelaksanaan hukuman mati mandatori di negara ini membabitkan kesalahan dadah, membunuh dan berkaitan pengganas.Penjelasan tentang isu penguatkuasaan jenayah khalwat akan diadakan esok.\u00a0Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa nafi keluarkan kenyataan untuk hentikan operasi cegah khalwat dan maksiat lain pada waktu malam.\u00a0Jelas menteri di\u00a0Jabatan Perdana Menteri\u00a0itu, kenyataannya sebelum ini telah ditokok tambah pihak tertentu seolah beliau membenarkan maksiat dan perbuatan khalwat.Beliau akan membuat kenyataan bagi menjelaskan isu berhubung penguatkuasaan jenayah khalwat esok.KKM minta penjualan produk salad dihentikan serta merta.\u00a0Kementerian Kesihatan minta sebuah syarikat yang keluarkan produk salad untuk pasaran tempatan dan Singapura agar hentikan penjualan dengan serta merta.Ini selepas Singapura melarang import produk sayuran tersebut kerana dicemari dengan bahan kimia pada tahap tinggi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72236", "title": "SonaOne Kembali!", "body": "\n\u2190 Back to list\nSonaOne Kembali!\nApr 14, 2017\n\nSonaOne kembali sebuah single terbaru yang diberi judul 'Again'Lagu tersebut telah dihasil dan digubah sepenuhnya oleh artis yang berbakat ini.Single ini juga dapat sentuhan jurutera muzik antarabangsa, Chris Athens yang telah bekerjasama dengan artis seperti Drake, Rick Ross dan Charlie Puth.'Again' boleh dimuat turun dan didengari di semua outlet digital pada hari ini (14 April 2017)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72992", "title": "Bayi alami kerosakan buah pinggang kerana didera oleh teman lelaki ibunya", "body": "\n\u2190 Back to list\nBayi alami kerosakan buah pinggang kerana didera oleh teman lelaki ibunya\nDec 26, 2017\n\nSeorang lelaki mengaku bersalah kepada polis, kerana dera bayi teman wanitanya sehingga alami kerosakan buah pinggang.Menurut Harian Metro, suspek berbuat demikian kerana tidak tahan dengan tangisan bayi 10 bulan itu.Sabtu lalu, suspek dan teman wanitanya ditahan secara berasingan di Kajang dan Ampang selepas dipercayai mendera bayi berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71539", "title": "Lebih 20 Ribu Mangsa Banjir di Pahang", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 20 Ribu Mangsa Banjir di Pahang\nJan 06, 2021\n\nLebih 20 Ribu Mangsa Banjir di PahangBilangan mangsa banjir di Pahang terus meningkat.Terkini lebih 20 ribu penduduk terpaksa mendapatkan pelindungan di lebih 300 pusat pemindahan.Wartawan kami di Temerloh, Pahang memaklumkan, paras air naik mendadak sejak awal pagi tadi.Hujan juga kembali turun di kebanyakan kawasan dan masih belum berhenti.Banyak jalan dan laluan juga kini terputus hubungan akibat dinaiki air.Manakala di Johor, keadaan tidak banyak berubah.Jumlah mangsa banjir di 6 daerah di negeri itu kekal kira-kira 4,200 orang, majoritinya di Kota Tinggi dan Kluang.*foto: Pahang\u00a0MediaZahid bertemu HadiPresiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan secara tertutup petang semalam.Berita Harian melaporkan, pertemuan itu membincangkan perkembangan terkini politik semasa terutama membabitkan kedudukan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kerjasama Muafakat Nasional (MN).Sementara itu Zahid Hamidi menyifatkan laporan bahawa beliau meminta Ahli Parlimen UMNO meninggalkan kerajaan PN sebelum 1 Februari sebagai fitnah.Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan Merdeka Center mendapati 54 peratus responden yang mengaku penyokong BN tidak setuju UMNO tarik diri daripada kerajaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70913", "title": "Semua pihak berhak dapat vaksin Covid-19 selepas ia berjaya ditemui nanti.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemua pihak berhak dapat vaksin Covid-19 selepas ia berjaya ditemui nanti.\nSep 22, 2020\n\nMalaysia mahu PBB pastikan semua pihak mendapat akses untuk vaksin Covid-19, selepas ia berjaya ditemui nanti!Tegas Perdana Menteri, tidak harus ada sebarang diskrimnasi dalam soal itu, lebih-lebih lagi ketika dunia berdepan cabaran kesihatan.\u00a0Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat gesaan itu pada ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri pada Perhimpunan Agung PBB, UNGA.\u00a01 lagi kluster baru Covid-19 dikesan di Sabah.Situasi Covid-19 di Sabah semakin membimbangkan apabila 1 lagi kluster baru dikesan iaitu kluster Kuarters di Tongod.Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat 5 kes positif\u00a0dikesan dalam kluster itu\u00a0dan salah seorangnya petugas kesihatan.Dalam pada itu, hampir 17,000 pengundi awal terdiri daripada anggota badan uniform akan mengundi awal hari ini di 55 pusat mengundi bagi PRN Sabah.KPM kaji kaedah untuk bekalkan alat peranti PdP buat murid golongan B40.Kementerian Pendidikan sedang kaji kaedah untuk bekalkan alat peranti Pengajaran dan Pembelajaran khusus buat murid golongan B40.Ini selepas penggunaan aplikasi digital dilihat semakin meningkat dalam kalangan guru dan murid ketika PKP dilaksanakan.Buat masa ini, PdP dilaksanakan melalui serahan bahan pembelajaran murid yang diposkan kepada mereka yang tidak mempunyai peranti elektronik\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73056", "title": "Tidak lebih 30 menteri akan menganggotai kabinet baru.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTidak lebih 30 menteri akan menganggotai kabinet baru.\nMay 14, 2018\n\nTidak lebih 30 menteri akan menganggotai kabinet baru PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.Jumlah itu lebih kecil daripada kerajaan terdahulu, dan senarai penuh anggotanya dijangka diumumkan minggu ini.Ahli kabinet juga ditentukan daripada jumlah kerusi yang dimenangi sesebuah parti dalam gabungan Pakatan Harapan pada PRU14 baru-baru ini.PM dilapor akan bertemu semua Ketua Setiausaha kementerian hari ini bagi menjelaskan fungsi dan peranan kerajaan baru.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72058", "title": "Jabatan Imigresen galakkan orang ramai perbaharui passport mereka secara online.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Imigresen galakkan orang ramai perbaharui passport mereka secara online.\nApr 15, 2018\n\nJabatan Imigresen menggalakkan orang ramai memperbaharui passport mereka dalam talian yang mula diperkenalkan sejak 2016.Ini selepas, pihaknya menerima secara purata sekurang-kurang 2.4 juta permohonan setiap tahun dan ia dijangka akan meningkat.\u00a0Untuk mengurangkan kesesakan dikaunter, melalui sistem online memudahkan pemegang passport memperbaharui passport mereka.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71966", "title": "UNICEF sambut baik syor TPM untuk pinda Akta Pendidikan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nUNICEF sambut baik syor TPM untuk pinda Akta Pendidikan.\nSep 20, 2017\n\nUNICEF sambut baik syor jawatan kuasa khas yang diketuai Timbalan Perdana Menteri untuk meminda Akta Pendidikan bagi memasukkan institusi pendidikan Islam swasta.Katanya, ia merupakan cadangan yang baik bagi membolehkan kerajaan pusat memantau pentanbirannya serta menyalurkan bantuan kewangan.Selain itu, UNICEF menggesa pihak yang menyebarkan gambar suspek kebakaran pusat tahfiz di Keramat di KL, baru-baru ini agar menghentikannya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72518", "title": "Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak akan diperluaskan ke seluruh negara", "body": "\n\u2190 Back to list\nMahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak akan diperluaskan ke seluruh negara\nAug 19, 2017\n\nMahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak akan diperluaskan secara berperingkat ke seluruh negara tahun ini.Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata setakat ini dua negeri dikenal pasti untuk diwujudkan mahkamah itu.Mahkamah khas berkenaan sebelum ini hanya membicarakan kes di Wilayah Persekutuan dan Selangor.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70803", "title": "Pulau Pinang & Johor Kini Zon Hijau", "body": "\n\u2190 Back to list\nPulau Pinang & Johor Kini Zon Hijau\nSep 03, 2020\n\nPulau Pinang & Johor Kini Zon HijauKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan Pulau Pinang dan Johor kini bebas daripada jangkitan COVID-19.Ia bermakna 2 negeri itu tidak lagi merekodkan sebarang kes mahupun kluster, menyertai Terengganu, Kelantan, Perak dan Negeri Sembulan sebagai zon hijau.Namun KKM menggesa orang ramai terus waspada dan mengamalkan SOP dalam usaha menjadikan Malaysia bebas daripada pandemik COVID-19.Semalam 6 kes baru direkodkan menjadikan kes aktif di seluruh negara naik kepada 153.Sementara itu hampir 13,000 penduduk Amanjaya, Kedah yang kini dalam PKPD telah menjalani saringan COVID-19.Daripada jumlah itu hanya seorang dikesan positif, 182 sedang menunggu keputusan dan selebihnya negatif, manakala ada kira-kira 9,000 belum menjalani saringan.Makin Ramai Beralih ArahRakyat Malaysia nampaknya semakin selesa menggunakan kaedah pembayaran digital sejak COVID-19.Menurut satu kajian, penggunaan tunai oleh rakyat negara ini telah berkurang\u00a0sebanyak 64 peratus\u00a0sejak bermulanya pandemik\u00a0tersebut.Malah Malaysia mendahului dari segi penggunaan dompet mudah alih atau e-dompet di Asia Tenggara, mengatasi Filipina, Thailand bahkan\u00a0Singapura.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73108", "title": "KPT yakin sasaran 80 peratus kebolehpasaran graduan IPT dapat dicapai lebih awal.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPT yakin sasaran 80 peratus kebolehpasaran graduan IPT dapat dicapai lebih awal.\nApr 18, 2018\n\nKementerian Pengajian Tinggi yakin sasaran 80 peratus kebolehpasaran graduan IPT dapat dicapai lebih awal berbanding sasaran asal pada 2025.Ia susulan kadar kebolehpasaran pada tahun lalu menunjukkan peningkatan 4 peratus dalam tempoh lima tahun sejak 2013.Tambahnya, permintaan paling tinggi pada masa ini adalah untuk graduan dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72874", "title": "Wanita Melecur Disambar Api Ketika Guna Telefon Bimbit di Stesen Minyak", "body": "\n\u2190 Back to list\nWanita Melecur Disambar Api Ketika Guna Telefon Bimbit di Stesen Minyak\nJun 28, 2016\n\nMenurut Bomba KL, kejadian berlaku ketika mangsa sedang mengisi minyak kereta di sebuah stesen minyak di Setapak Indah.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94599", "title": "Agong Perkenan Isytihar Darurat", "body": "\n\u2190 Back to list\nAgong Perkenan Isytihar Darurat\nJan 12, 2021\n\nAgong Perkenan Isytihar DaruratYang di-Pertuan Agong memperkenankan perisytiharan darurat.Ia dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung wabak COVID-19.Ia berlangsung sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif harian dapat dikawal.Sementera itu Perdana Menteri dalam pengumuman khas tadi memaklumkan, darurat yang diisytiharkan bukan satu bentuk rampasaan kuasa atau darurat perang.Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memberi jaminan bahawa aktiviti ekonomi akan berjalan seperti biasa.Badan kehakiman juga akan terus beroperasi.Bagaimanapun, dalam tempoh ini Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan bersidang.Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) juga tidak akan diadakan.Tan Sri Muhyiddin menjelaskan, pilihan raya boleh diadakan sebaik sahaja jawatankuasa khas bebas memutuskan ia sesuai dilaksanakan.Jawatan kuasa berkenaan telah diperkenankan penubuhannya oleh Yang di-Pertuan Agong.Ia antaranya turut berfungsi mengesyorkan kepada Al Sultan Abdullah sekiranya pelaksanaan darurat dapat ditamatkan lebih awal.Ia akan dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan.19 Juta \u2018Ber-PKP\u2019Kira-kira 19 juta rakyat Selangor, Pulau Pinang, KL, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah terlibat dengan PKP 2.0Ia akan dilaksanakan selama 2 minggu bermula tengah malam nanti sehingga 26 Januari.Dalam perkembangan berkaitan, pakar epidemiologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berpendapat tempoh 2 minggu tidak mencukupi.Prof Datuk Dr Awang Bulgiba memberitahu BH, ia berikutan jumlah kes sporadik atau jangkitan dalam komuniti lebih banyak berbanding PKP pertama pada Mac tahun lalu.Beliau berpandangan tempoh PKP yang berkesan untuk mengurangkan kes ke tahap selamat ialah 6 hingga 12 minggu.Pulih PerlahanSituasi banjir di Pahang, Johor dan Sabah tidak banyak berubah apabila jumlah mangsa kekal lebih 24,000 orang.Majoriti mangsa direkodkan di Pahang iaitu hampir 21,000, manakala banjir di Kelantan semakin pulih.Terkini tidak sampai 300 mangsa berlindung di pusat pemindahan di Kelantan.*foto: Sinar Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71886", "title": "JPN kekalkan Abdullah untuk anak tak sah taraf", "body": "\n\u2190 Back to list\nJPN kekalkan Abdullah untuk anak tak sah taraf\nJul 29, 2017\n\nJabatan Pendaftaran Negara kekalkan nama Abdullah sebagai bin atau binti untuk anak tak sah taraf.Menurut Ketua Pengarahnya, sebarang pindaan hanya akan dibuat selepas keputusan Mahakamah Persekutuan diperoleh.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72572", "title": "Bekalan Air di Lembah Klang Mula Pulih", "body": "\n\u2190 Back to list\nBekalan Air di Lembah Klang Mula Pulih\nDec 20, 2016\n\nLoji rawatan air yang terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaran TNB di pencawang Bukit Badong, Kuala Selangor sudah kembali beroperasi sepenuhnya.Menurut SYABAS, loji berkenaan kembali membekalkan air ke Lembah Klang secara berperingkat mulai 4 petang tadi mengikut jadual yang ditetapkan.Namun, pihaknya menasihatkan 3.9 juta pengguna yang terjejas agar berhemah menggunakan air sehingga bekalan kembali normal.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71492", "title": "SOP Cegah COVID-19: Polis Pertingkat Pemeriksaan di Lokasi Awam", "body": "\n\u2190 Back to list\nSOP Cegah COVID-19: Polis Pertingkat Pemeriksaan di Lokasi Awam\nDec 29, 2020\n\nPolis Pertingkat Pemeriksaan di Lokasi AwamPolis akan meningkatkan jumlah pemeriksaan dan pemantauan di lokasi-lokasi awam.Ia bagi memastikan Prosedur Operasi Standarad (SOP) mencegah COVID-19 di tempat awam dipatuhi berikutan peningkatan kes wabak itu.Menurut Ketua Polis Negara, ketika ini ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung dan mengadakan majlis sempena cuti akhir tahun.Ujar Tan Sri Abdul Hamid Bador, aktiviti sedemikian sekali gus akan mewujudkan situasi berkumpul dalam jumlah yang ramai.Dalam perkembangan berkaitan, kelonggaran yang diberikan ketika ini mungkin ditarik balik jika ramai ingkar dengan SOP yang ditetapkan.Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bergantung kepada penilaian Kementerian Kesihatan.Menurut beliau lagi, penilaian rentas negeri dan daerah misalnya dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setiap 2 minggu.Baru-baru ini viral video dan gambar memaparkan pelanggaran SOP di kawasan tumpuan antaranya di Langkawi dan Zoo Melaka.*foto: Sinar HarianDakwaan Tak BenarKerajaan menafikan kos vaksin COVID-19 untuk seorang rakyat Malaysia lebih mahal daripada yang ditampung Belgium.Jelas Kementerian Kewangan Malaysia, harga vaksin itu bagi seorang rakyat Malaysia ialah RM77.35 manakala Belgium RM82.40.Ia susulan dakwaan mengatakan kononnya Malaysia membayar harga vaksin COVID-19 sebanyak 20 kali ganda lebih tinggi berbanding yang dibayar kerajaan Belgium.Mungkin Boleh Kuarantin di RumahKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pesakit COVID-19 tahap 1 dan 2 melakukan kuarantin sendiri di rumah.Bagaimanapun beberapa kriteria perlu dinilai antaranya kesesuaian rumah, bilik, bilik air, alat penilaian kesihatan dan pemantauan.Terdahulu KKM menasihatkan pesakit COVID-19 yang tidak bergejala untuk menjalani kuarantin sendiri di rumah terlebih dahulu.Ini kerana mereka tidak dapat dibawa segera ke hospital ekoran peningkatan kes dan masalah logistik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71552", "title": "Banjir Makin Buruk", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir Makin Buruk\nJan 08, 2021\n\nBanjir Makin BurukHampir 48,000 penduduk di 6 negeri khasnya di Pantai Timur kini menjadi mangsa banjir.Sebahagian\u00a0besar angka direkodkan di Pahang, Terengganu dan Kelantan.Penduduk di Pantai Timur dan Johor juga diminta terus waspada dengan cuaca buruk.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan di negeri terbabit sehingga Selasa depan.Sementara itu, Menteri Besar Kelantan menjelaskan banjir di negeri itu bukan disebabkan aktiviti pembalakan.Ujar Datuk Ahmad Yakob, bencana itu berlaku akibat taburan hujan lebat berikutan monsun timur laut.Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) memaklumkan setakat ini tiada isu berkaitan kekurangan peralatan bantuan banjir.Menurut Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, agensi-agensi yang terlibat juga setiasa bersedia dengan segala kemungkinan.PAGE Mahu SPM Tetap DijalankanPersatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE) mahu peperiksaan utama 2020 yang ditangguhkan ke tahun ini, diteruskan mengikut jadual.Setiausaha Kehormatnya, Tunku Munawirah Putra memaklumkan, peperiksaan berkenaan tidak wajar dibatalkan.Pihaknya sebaliknya cadangkan subjek untuk peperiksaan penting dikurangkan mengikut keperluan untuk menyambung pelajaran ke IPT.Baru-baru ini ada pihak menyarankan SPM 2020 yang dijadualkan bulan depan dibatalkan susulan pandemik COVID-19 yang berlarutan.Biden Akhirnya ke Rumah PutihKongres Amerika Syarikat telah mengesahkan Joe Biden dan Kamala Harris sebagai Presiden dan Naib Presiden negara itu yang seterusnya.Dalam pada itu, Presiden Donald Trumph telah mengeluarkan kenyataan peralihan kuasa akan berjalan lancar pada 20 Januari nanti.Sementara itu, Facebook dan Instagram mengikuti langkah Twitter menyekat akaun Trump kerana kerana retorik melampau selepas penyokongnya menyerbu bangunan Capitol sehingga mengakibatkan 4 maut dan puluhan yang lain ditahan.Foto: BERNAMA, AWANI, Sinar Harian, Kosmo, Utusan, Berita Harian & Internet\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73153", "title": "Orang awam perlu peka dengan taktik sindiket scam yang kembali viral ketika ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nOrang awam perlu peka dengan taktik sindiket scam yang kembali viral ketika ini.\nOct 21, 2018\n\nOrang awam dinasihatkan agar peka dengan taktik sindiket scam yang kembali viral ketika ini.Polis berkata, taktiknya ialah pemilik akaun diminta untuk kemaskini maklumat bank yang dihantar melalui pesanan ringkas atau emel.Sebaik mangsa menekan pautan laman web kemaskini akaun dan masukkan kata laluan serta maklumat pengenalan, data itu akan diambil suspek untuk melakukan transaksi dalam talian.Undang -undang penggunaan vape, shisha akan digubal.Kementerian Kesihatan akan gubal undang-undang baru untuk kawal selia penggunaan tembakau, vape dan shisha di negara ini.Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, ia berikutan tiada undang-undang bagi mengawal produk vape yang tiada kandungan nikoti ketika ini.Mungkin ada runtuhan susulan di\u00a0Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong.Jabatan Mineral dan Geosains tidak tolak kemungkinan berlaku runtuhan susulan di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong.Foto: UtusanKatanya, ia ekoran terdapat aliran anak sungai di kawasan terbabit yang mengakibatkan operasi mencari dan menyelamat agak sukar dilakukan.Setakat ini, tragedi itu telah mengorbankan empat nyawa, tiga cedera dan operasi menyelamat lima lagi mangsa yang hilang kini diteruskan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71623", "title": "Perhimpunan Agung UMNO 2015", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerhimpunan Agung UMNO 2015\nDec 09, 2015\n\nBeliau maklumkan demikian ketika melawat perhimpunan agung ketiga-tiga sayap UMNO hari ini.Dalam perkembangan berkaitan, mesyuarat itu tidak akan bincang kedudukan Tan Sri Muhyidin sebagai Timbalan Presiden UMNO.Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79033", "title": "Kerusi Parlimen Cameron Highlands Sah Kosong", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerusi Parlimen Cameron Highlands Sah Kosong\nDec 17, 2018\n\nKerusi Parlimen Cameron Highlands kini disahkan kosong.Ini selepas penyandangnya, Datuk C. Sivarraajh telah gagal kemuka rayuan terhadap keputusan mahkamah isytihar kemenangannya batal susulan rasuah kepada pengundi.Dewan Rakyat juga sudah terima surat pemakluman daripada SPR.Ia juga bermakna akan ada satu lagi PRK dan ia bakal berlaku dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.---Bermula bulan depan, semua premis makanan perlu pamer amaran larangan merokok dan berhenti sedia bekas habuk rokok kepada pelanggan.Menurut Kementerian Kesihatan, perintah itu termaktub dalam undang-undang larangan merokok di semua premis makanan yang mula berkuat kuasa 1 Januari.Mengikut undang-undang itu juga, pelanggan yang mahu merokok perlu berada pada jarak 10 kaki atau 3 meter daripada restoran dan kedai makan.---Nurul Izzah Anwar umum letak jawatan Naib Presiden PKR serta mengosongkan jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang.Namun, beliau masih kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.Setakat ini belum ada pengesahan mengenai punca sebenar perletakan jawatan Nurul Izzah daripada 2 jawatan tersebut.---Kerajaan jamin harga telur ayam yang alami kenaikan ketara sejak kebelakangan ini akan kembali stabil seawal hari ini.Ia selepas pengeluar setuju turunkan harga sebanyak 2 sen di peringkat peringkat ladang selepas mengadakan rundingan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73039", "title": "13 mangsa terperangkap dalam gua Tham Luang di Thailand berjaya diselamatkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\n13 mangsa terperangkap dalam gua Tham Luang di Thailand berjaya diselamatkan.\nJul 11, 2018\n\nKesemua mangsa terperangkap dalam gua di Thailand selamat dikeluarkan.Misi menyelamatkan semua 13 mangsa yang terperangkap dalam Gua Tham Luang di Thailand berjaya.Operasi mengeluarkan mangsa selama 3 hari itu berakhir setelah 4 pemain bola sepak remaja berkenaan dan jurulatih mereka dikeluarkan semalam.Kredit foto: Berita HarianKelima-lima mangsa kini dirawat di hospital bersama 8 lagi mangsa yang telah diselamatkan terlebih dahulu.\u00a0Pemimpin dunia mengucapkan tahniah atas kejayaan misi menyelamatkan mangsa yang terperangkap antara 15 hingga 17 hari itu.Misi berkenaan mendapat kerjasama daripada pakar dan pasukan penyelamat banyak negara termasuk AS, Britain dan Jepun.Dr Zakir Naik dibenarkan terus menetap di negara ini.Dr Zakir Naik berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana membenarkan beliau terus menetap di negara ini.Ujar pendakwah terkemuka itu, ia menandakan kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad menilai tuduhan yang dikenakan ke atas beliau tanpa prejudis.Kredit foto: Free Malaysia TodayDr Zakir yang bertaraf penduduk tetap Malaysia dikehendaki pihak berkuasa negaranya, India kerana dituduh terlibat dengan kegiatan pengganas dan penggubahan wang haram.Terdahulu Free Malaysia Today melaporkan, Dr Zakir telah mengadakan pertemuan dengan Tun M baru-baru ini namun intipati perbincangan tidak dimaklumkan.LRT3 hanya akan dilaksanakan jika ada pengurangan kosMenteri Kewangan selar Prasarana susulan peningkatan kos projek LRT3.Ujar Lim Guan Eng, ia berpunca daripada kelemahan pengurusan syarikat yang menyebabkan ia melonjak daripada 10 bilion ringgit pada 2015 kepada 30 bilion ringgit kini.Justeru kata beliau, LRT3 hanya akan dilaksanakan jika ada penguruangan kos yang ketara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71556", "title": "Negeri Sembilan Lantik Peruncit Bekal Barangan Keperluan Ketika Banjir", "body": "\n\u2190 Back to list\nNegeri Sembilan Lantik Peruncit Bekal Barangan Keperluan Ketika Banjir\nNov 04, 2015\n\nNegeri Sembilan lantik peruncit bekal barang keperluan ketika banjir terutama di Kuala Pilah, Tampin, Gemas dan Jempol.\u00a0Peruncit terlibat akan simpan stok supaya penduduk mangsa banjir boleh ambil barang keperluan daripada mereka.Kerajaan negeri kemudian akan membuat bayaran terus kepada peruncit berkenaan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72719", "title": "Individu Dalam Video Kemasukan PATI Di Tawau Dikenal Pasti - Polis ", "body": "\n\u2190 Back to list\nIndividu Dalam Video Kemasukan PATI Di Tawau Dikenal Pasti - Polis \nSep 21, 2016\n\nAnggota penguat kuasa antara individu yang dikenal pasti polis berada dalam video yang memaparkan cara kemasukan PATI Indonesia melalui Tawau.Namun polis Sabah meragui kesahihan video tersebut kerana pihak berkuasa negara ini tiada pos pemeriksaan kastam dan imigresen di lokasi yang dipaparkan.Video berkenaan kini menjadi viral di laman sosial selepas disiarkan media Indonesia sekitar Jun atau Julai lalu.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72439", "title": "Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Tragedi Kebakaran di London", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Rakyat Malaysia Terlibat Tragedi Kebakaran di London\nJun 15, 2017\n\nTiada rakyat Malaysia terlibat dalam tragedi kebakaran sebuah apartment di London, UK semalam.Namun, Wisma Putra meminta rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kebakaran itu hubungi kedutaan kita di sana jika memerlukan bantuan.Sementara itu media UK melaporkan, penghuni beragama Islam yang bangun bersahur telah membantu mengelak lebih ramai maut dalam tragedi tersebut.Difahamkan, kebakaran disedari seorang pemuda muslim yang sedang bersahur dan dia dan keluarga kemudian segera memaklumkan jiran-jirannya agar menyelamatkan diri.Setakat ini 12 disahkan maut dalam kebakaran apartment setinggi 27 tingkat itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81086", "title": "erajaan Tiada Kuasa Kawal Harga Vaksin ", "body": "\n\u2190 Back to list\nerajaan Tiada Kuasa Kawal Harga Vaksin \nJan 17, 2020\n\nKerajaan tiada kuasa untuk kawal harga vaksin di klinik dan hospital swasta yang dilapor melonjak tinggi berikutan penularan wabak influenza A.Kementerian Kesihatan menjelaskan ini kerana harga tersebut ditetapkan syarikat pembekal dan doktor yang membeli vaksin berkenaan.Terdahulu media melaporkan harga vaksin yang pada asalnya dijual pada kadar RM50 dan RM70, melambung sehingga RM150.Ini kerana kebanyakan klinik dan hospital swasta di seluruh negara kehabisan vaksin influenza A berikutan ramai ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga.Harga Tol PLUS Tak Akan Naik Selama 38 Tahun Lagi\u00a0Pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi pengguna di semua lebuh raya PLUS akan dilaksanakan seawal 1 Februari ini.Menurut Perdana Menteri, kerajaan dianggar dapat menjimatkan RM42 bilion sepanjang tempoh konsesi PLUS selama 38 tahun lagi.Jelas Tun Dr Mahathir Mohamad, sepanjang tempoh itu, tiada\u00a0\u00a0kenaikan kadar tol akan berlaku.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79752", "title": "Lima Mati Akibat Pil Gugur Bayi", "body": "\n\u2190 Back to list\nLima Mati Akibat Pil Gugur Bayi\nApr 17, 2019\n\nLima kes kematian direkodkan, akibat penggunaan pil gugur bayi yang dijual secara haram menerusi laman sosial.Kementerian Kesihatan beritahu Sinar Harian, empat kematian berlaku pada 2015 manakala satu kes direkodkan pada 2017.Katanya kebanyakan ubat berkenaan diimport oleh penyeludup haram dari luar negara terutamanya India dan China.Tambah kementerian lagi, tahun lalu sahaja, sebanyak 20 laman sosial yang dikesan menjual pil gugur telah disekat.Sabah Cadang Penempatan Pulau Untuk Pelarian PerangKerajaan Sabah bercadang untuk wujudkan satu pulau penempatan untuk pelarian perang dari Filipina.Mereka akan ditempatkan di pulau yang berdekatan dengan sempadan Filipina, namun masih di bawah kawalan \u00a0Sabah.\u00a0Konsep pulau tersebut sama dengan Pulau Bidong di Terengganu.Tan Hong Pin Digugurkan Exco JohorExco Sains dan Teknologi Johor, Tan Hong Pin sahkan bahawa dirinya akan digugurkan daripada barisan baru anggota exco kerajaan negeri.Jelasnya, meskipun tidak dilantik sebagai ecxo, Tan akan meneruskan kerjanya sebagai seorang adun dan berkhidmat kepada rakyat.Terdahulu, Menteri Besar Johor berkata barisan exco baru akan diumumkan selewat-lewatnya menjelang akhir minggu ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81749", "title": "Ziarah Aidilfiti Belum Dibenarkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nZiarah Aidilfiti Belum Dibenarkan\nMay 08, 2020\n\nZiarah Aidilfiti Belum DibenarkanSetakat ini ziarah Aidilfitri walaupun antara daerah tidak dibenarkan.\u00a0Menteri Kanan Keselamatan memaklumkan, ia masih disenaraikan di bawah perkara yang dilarang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana kesukaran untuk orang ramai mematuhi SOP.Jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selanjutnya, tidak semua pergerakan dibenarkan pada masa ini begitu juga aktiviti sosial dan sukan.\u00a0Beliau turut menasihatkan orang ramai meneruskan kawalan kendiri walaupun PKPB memberi banyak kelonggaran.PDRM Buat Pemeriksaan di Lebuh Raya Semasa Pergerakan Rentas Negeri 7 pos kawalan polis diwujudkan di beberapa lebuh raya ketika pergerakan rentas negeri sehingga Ahad ini.\u00a0PDRM memaklumkan, ia untuk tujuan pemeriksaan rawak bagi pastikan pengguna lebuh raya mematuhi peraturan.\u00a0Setakat ini juga lebih 140,000 permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia telah diluluskan.\u00a0Ia melibatkan individu yang terkandas di kampung yang mahu pulang ke rumah termasuk untuk bekerja.Dalam perkembangan berkaitan, pergerakan menggunakan pengangkutan awam darat dan motosikal kini turut dibenarkan.Namun tegas Bukit Aman, pengangkutan awam terbabit perlu mempunyai permit sah.Orang ramai yang menaiki pengangkutan awam dan motosikal juga wajib mendapatkan kelulusan melalui aplikasi Gerak Malaysia atau secara manual dari balai polis.Sukan Ringan di Pulau Pinang Dibenarkan Mulai 13 MeiPenduduk di Pulau Pinang dibenar melakukan aktiviti sukan ringan bermula Rabu depan.Menurut kerajaan negeri, aktiviti itu perlu ikut SOP yang diputuskan dalam 'Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang' 4 Mei lalu.Antara yang dibenarkan ialah badminton dan tenis di kawasan terbuka dan joging secara individu dengan penjarakan sosial 2 meter.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71979", "title": "5 ribu kaunselor asas dilatih bagi persediaan untuk ditempatkan di lebih 5 ribu pusat pemindahan banjir di seluruh negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\n5 ribu kaunselor asas dilatih bagi persediaan untuk ditempatkan di lebih 5 ribu pusat pemindahan banjir di seluruh negara.\nOct 05, 2017\n\nSeramai 5 ribu kaunselor asas dilatih bagi persediaan untuk ditempatkan di lebih 5 ribu pusat pemindahan banjir di seluruh negara.Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendapati, masih terdapat kekurangan ketika menguruskan mangsa banjir sebelum ini.Setakat ini kementerian telah melatih lebih 600 kaunselor asas di Kelantan dan dijangka bertambah kerana ramai menunjukkan minat untuk membantu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71951", "title": "Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad ke-5 berkenan berangkat memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nYang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad ke-5 berkenan berangkat memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah.\nSep 12, 2017\n\nYang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad ke-5 berkenan berangkat memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah.Turut berkenan berangkat beri penghormatan terakhir ialah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah dan Permaisuri Tuanku Zara Salim.Turut hadir memberi penghormatan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.Almarhum Sultan Abdul Halim mangkat di Istana Anak Bukit pada usia 89 tahun setelah memerintah Kedah selama 59 tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94626", "title": "Selepas PRIHATIN dan PENJANA, Perdana Menteri umum PERMAI", "body": "\n\u2190 Back to list\nSelepas PRIHATIN dan PENJANA, Perdana Menteri umum PERMAI\nJan 18, 2021\n\nSelepas PRIHATIN dan PENJANA, Perdana Menteri umum PERMAIFoto - BernamaKerajaan hari ini perkenalkan satu pakej bantuan bernilai RM15 bilion dikenali sebagai Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau PERMAI.Pakej bantuan PERMAI ini menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan juga mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.Ia melibatkan 22 inisiatif dengan 3 matlamat utama iaitu Memerangi Wabak, Memelihara Kebajikan Rakyat dan Menyokong Kelangsungan Perniagaan.-----PKP dilaksanakan di Seremban dan Port DicksonFoto - BernamaPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan di Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan berkuat kuasa esok sehingga 1 Februari.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 di dua daerah terbabit.Pada masa sama, Perintah Kawalan Pegerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Timbang Dayang dekat Kota Belud, Sabah pula ditamatkan hari ini.-----Polis tiada kuasa batalkan kompaun PKPFoto - Harian MetroPolis tidak ada kuasa untuk batalkan kompaun yang dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sekiranya individu tersebut tidak berpuas hati, mereka boleh buat rayuan kepada pegawai kesihatan daerah.Beliau mengulas dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini kononnya terdapat pegawai polis membatalkan kompaun di bawah Akta 342 dikeluarkan ke atas seorang individu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71391", "title": "Saarani Mohamad Menteri Besar Perak yang baru", "body": "\n\u2190 Back to list\nSaarani Mohamad Menteri Besar Perak yang baru\nDec 09, 2020\n\nSaarani Mohamad Menteri Besar Perak yang baruFoto - MalaysiaKiniSultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah perkenan ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baru.Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata, istiadat mengangkat sumpah jawatan ditetapkan pada pukul 11 pagi esok di Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar.Kemelut politik Perak berlaku ekoran usul undi percaya ke atas mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada sidang Dewan Undangan Negeri, minggu lalu.-----Hilang di KL, jumpa di RembauFoto - Syok!Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Desa Petaling, Kuala Lumpur semalam, ditemui di Rembau, Negeri Sembilan dalam keadaaan lemah.Kisah kehilangan lelaki berusia 77 tular di laman sosial selepas berita mengenai kehilangannya dikongsikan anak mangsa di laman sosial Facebook.Polis Petaling Jaya berkata, mangsa yang juga menghidap penyakit alzheimer kini sedang menerima rawatan di Hospital Rembau.-----Bonus sebulan gaji buat kakitangan DBKLFoto - Berita HarianKementerian Wilayah Persekutuan umum pembayaran bonus sebulan gaji atau minimum RM1,500 kepada semua kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata seramai 9,329 kakitangan DBKL di pelbagai peringkat, bakal menerima bayaran itu.Insentif itu katanya sebagai menghargai usaha dan komitmen warga kerja DBKL dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang, sepanjang tahun 2020.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80617", "title": "Kertas ujian PT3 esok ditunda", "body": "\n\u2190 Back to list\nKertas ujian PT3 esok ditunda\nSep 29, 2019\n\nKertas Bahasa Melayu 1 dan 2 antara yang ditangguhFoto : Astro AwaniUjian kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 bagi Peperiksaan PT3 esok, akan ditunda ke 9 Oktober!Manakala kertas ujian BM Komunikasi serta English fo Communication pada hari sama bagi Pendidikan Asas Vokasional pula ditunda ke Khamis ini.Turut ditunda ialah peperiksaan KAFA bagi subjek bertulis Ulum Syariah yang ditunda kepada 7 Oktober ini.Kementerian Pendidikan ambil keputusan itu memandangkan hari ini dan esok diisytihar sebagai cuti peristiwa di negeri Kelantan.Ianya bagi menghormati perkabungan kemangkatan Sultan Ismail Petra.---Loji Rawatan Air Sungai Semenyih kembali beroperasiFoto : Astro AwaniAir Selangor maklumkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang alami pencemaran bau telah beroperasi sepenuhnya sejak 6.30 pagi tadi!Menurut kenyataannya, loji itu hanya dihentitugas selama 13 jam 30 minit sejak semalam.Tambahnya, kerja-kerja penyaluran ke sistem agihan dan kolam-kolam perkhidmatan di kawasan terjejas sedang dilakukan sebelum bekalan air pulih seperti sediakala.Lori-lori tangki air juga telah digerakkan dan 10 Pusat Khidmat Setempat telah diaktifkan bermula jam 8.00 pagi tadi bagi salurkan bantuan sehingga bekalan pulih sepenuhnya.---Perkasakan golongan wanitafoto : Astro AwaniBelanjawan 2020 akan tumpukan kepada peningkatan pekerja wanita.Menteri Kewangan berkata ini kerana pembabitan wanita dalam semua sektor hanya 56 peratus berbanding golongan lelaki dengan 80 peratus.Lim guan Eng menambah peranan wanita perlu diperkasa seiring dengan perkembangan semasa agar mereka boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70959", "title": "Proses Saringan Terkawal\u00a0", "body": "\n\u2190 Back to list\nProses Saringan Terkawal\u00a0\nSep 29, 2020\n\nProses Saringan Terkawal\u00a0Proses saringan COVID-19 di KLIA terkawal selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambah kakitangan bertugas.Menurut laporan, ia kini mengambil masa kurang 3 jam berbanding sehingga 6 jam seperti yang viral kelmarin.Sabtu lalu KKM mewajibkan individu yang baru tiba dari Sabah menjalani saringan COVID-19 sehingga 10 Oktober.Susulan itu berlaku kesesakan dan masa menunggu lebih lama di lapangan terbang terlibat.Ia turut melibatkan sejumlah anak Sabah yang pulang menjalankan tanggungjawab mengundi bagi pilihan raya negeri itu.Agong BimbangYang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes positif COVID-19 di negara ini.Baginda turut menasihati orang ramai menjaga diri dalam usaha mengekang penularan virus tersebut.Kes baru COVID-19 di negara ini kekal 3 angka iaitu sebanyak 115 dan paling tinggi di Sabah iaitu 98 kes.4 daerah di Sabah juga kini dikenakan PKPD iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna sehingga 12 Oktober.Murid Sekolah 2 Beradik Positif COVID-19 di Selangor2 pelajar sebuah sekolah di Selangor disahkan positif COVID-19.Menurut Jabatan Kesihatan Selangor, adik-beradik berkenaan disyaki mendapat jangkitan daripada abang mereka yang ada sejarah perjalanan ke Sabah baru-baru ini.Satu kluster baru turut muncul di Selangor digelar Kluster Jalan Apas.Ia membabitkan pasangan suami isteri yang juga ada sejarah perjalanan ke Sabah.\u00a0\u00a0Sinar Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81128", "title": "WHO umum novel koronavirus sebagai kecemasan global!", "body": "\n\u2190 Back to list\nWHO umum novel koronavirus sebagai kecemasan global!\nJan 31, 2020\n\nWHO mengumumkan novel koronavirus sebagai kecemasan global yang telah merebak ke hampir 20 negara.Angka kes jangkitan di China kini mencecah 9,700 melibatkan 213 kematian.Sebab utama pertubuhan itu buat pengisytiharan berkenaan bukan kerana apa yang berlaku di China tetapi kerana apa yang berlaku di negara lain.Menurut WHO, kebimbangan utama mereka ialah potensi virus itu untuk merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah.Sementara itu, China tidak benarkan pesawat tentera bawa pulang rakyat Malaysia yang kini berada di Wuhan.Wisma Putra kini sedang berunding bagi membolehkan usaha berkenaan dapat direalisasikan dalam waktu terdekat.Setakat ini 96 rakyat Malaysia serta 20 pasangan mereka yang bukan warganegara dikesan berada di bandar berkenaan yang dalam perintah berkurung.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73261", "title": "Program 1MPAK bakal cipta 250,000 peluang pekerjaan buat graduan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nProgram 1MPAK bakal cipta 250,000 peluang pekerjaan buat graduan.\nJan 25, 2018\n\nBerita baik buat belia luar bandar kerana 250,000 peluang pekerjaan bakal dicipta untuk anda!Lebih menarik setiap pekerjaan yang ditawarkan melalui program 1MPAK yang diterajui MARA itu disyaratkan tawar gaji minimum 1,500 ringgit sebulan.Menerusi program 1MPAK yang dilancarkan semalam, ianya membuka peluang pekerjaan kepada graduan diploma, ijazah dan penuntut yang mempunyai sijil kemahiran.Jelajah pertama program itu akan bermula di Bera, Pahang pada Sabtu ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71799", "title": "Kes Muhyiddin : ROS akan adil!", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Muhyiddin : ROS akan adil!\nMar 05, 2016\n\nTPM beri jaminan Pendaftar Pertubuhan akan bersikap profesional adil sekiranya Timbalan Presiden UMNO yang digantung Tan Sri Muhyiddin Yassin rujuk kesnya kepada ROS.\u00a0Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ROS akan siasat tanpa prejudis kes itu.Terdahulu Tan Sri Muhiyiddin mendakwa pengantungan jawatan No 2 beliau dalam UMNO tidak ikut prosedur dan mahu bawa perkara itu kepada ROS.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72362", "title": "Mufti KL minta henti valet doa", "body": "\n\u2190 Back to list\nMufti KL minta henti valet doa\nFeb 16, 2017\n\nMufti Wilayah Persekutuan minta pengendali 'Valet Doa' hentikan perkhidmatan berkenaan.Ujar Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri kepada Berita Harian, ini kerana perkhidmatan itu tidak mengikut syariat Islam yang sebenar dan mengundang fitnah.Sementara itu pengasas 'Valet Doa' yang turut tawar tempoh jaminan untuk doa dimakbulkan itu memaklumkan, pihaknya sedia beri keterangan kepada Majlis Agama Islam Negeri.Menurutnya, pihaknya hanya tawar perkhidmatan kepada yang berkemampuan tapi tidak berkesempatan ke Tanah Suci.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72490", "title": "SKMM akan siasat jika ada aduan terhadap kandungan dalam kumpulan Whatsapp", "body": "\n\u2190 Back to list\nSKMM akan siasat jika ada aduan terhadap kandungan dalam kumpulan Whatsapp\nApr 29, 2017\n\nSKMM akan siasat jika ada aduan terhadap kandungan yang disebar dalam kumpulan Whatsapp, Wechat, Viber dan Telegram.Malah suruhanjaya itu berkata, siasatan tidak akan membezakan antara pentadbir dan anggota kumpulan.Pentadbir kumpulan yang didapati menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73024", "title": "Ketua Polis Negara pertahankan angka anggaran nilai rampasan barangan dan wang tunai berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKetua Polis Negara pertahankan angka anggaran nilai rampasan barangan dan wang tunai berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak.\nJun 28, 2018\n\nKetua Polis Negara pertahankan angka anggaran nilai rampasan barangan dan wang tunai yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.Tegas Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, penilaian itu dibuat oleh para pakar bukannya secara konvensional.Semalam, Datuk Seri Najib pertikai nilai yang dikemukakan PDRM iaitu antara 900 juta hingga 1.1 bilion ringgit, dan anggap ia tidak realistik dan subjektif.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71584", "title": "Kementerian Kesihatan lancar Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Online.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Kesihatan lancar Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Online.\nNov 24, 2015\n\nKementerian Kesihatan lancarkan Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Online.Ia susulan lambakan produk ubat-ubatan yang dijual secara online yang diragui keberkesanan dan keselamatannya.Antara produk ubatan yang popular di alam maya adalah ubat kurus, ubat kuat, ubat pemutih dan ubat penyakit kronik.Sebagai panduan, orang ramai diminta amalkan 5 langkah semakan terhadap produk ubatan yang mahu dibeli.Antaranya, pastikan ubat tersebut berdaftar dengan kementerian dan pembekal mempunyai premis fizikal yang sah.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72387", "title": "Urusan semakan dan status permohonan ke IPTA menerusi UPU kini dipermudahkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nUrusan semakan dan status permohonan ke IPTA menerusi UPU kini dipermudahkan.\nMar 04, 2018\n\nUrusan semakan dan status permohonan ke IPTA menerusi UPU kini dipermudahkan.Ia susulan pelancaraan aplikasi 'UPUPoket' yang memudahkan ibu bapa dan pelajar menjejak status permohonan dan semakan secara dalam talian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71791", "title": "Suami Isteri ditahan Kerana Godam Kad Touch 'n Go", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuami Isteri ditahan Kerana Godam Kad Touch 'n Go\nFeb 29, 2016\n\nPasangan itu didapati menambah nilai kad itu sehingga had maksimum RM1,500 dan gunakannya untuk bayar tol dan beli barangan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81291", "title": "Sidang Dewan Rakyat bermula 18 Mei depan!", "body": "\n\u2190 Back to list\nSidang Dewan Rakyat bermula 18 Mei depan!\nMar 04, 2020\n\nSidang Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula 9 Mac, ditunda ke 18 Mei depan.\u00a0Menurut Yang Dipertuanya, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, surat makluman berhubung tarikh baru berkenaan diterima malam tadi dan kenyataan akhbar akan dikeluarkan oleh Parlimen nanti.Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO jangka sidang baru Dewan Rakyat mungkin ditangguhkan sehingga bulan puasa atau lepas raya.Ujar Tan Sri Annuar Musa, kerajaan baru perlu sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum Parlimen boleh mula bersidang.Kesemua 7 kes baru Covid-19 di negara ini merupakan kontak rapat kes ke-26.Menurut Kementerian Kesihatan, kes ke-26 itu ialah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UDA Holding.Turut disahkan positif ialah anggota paramedik yang beri rawatan awal kepada pesakit berkenaan.Namun, kesemua kes baru yang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan HKL itu dilaporkan stabil.Lelaki ditahan kerana cabul dan liwat anak perempuannya berusia 3 tahun!Polis Kedah tahan seorang lelaki kerana disyaki cabul dan liwat anak perempuannya sendiri yang baru berusia 3 tahun.Perbuatan keji itu terbongkar selepas salah seorang anaknya beri telefon bimbitnya yang dipenuhi gambar mangsa kepada isterinya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72823", "title": "Pesawat EgyptAir Dirampas ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPesawat EgyptAir Dirampas \nMar 29, 2016\n\nPesawat berkenaan kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Larnaca di Cyprus, dan setakat ini 70 penumpang dibebaskan.Manakala, beberapa kru dan 5 penumpang warga asing masih berada dalam tahanan perampas yang dilapor memiliki bahan letupan.Perampas yang merupakan seorang pensyarah Universiti Iskandariah menuntut agar bekas isterinya datang ke lapangan terbang berkenaan.Difahamkan, bekas isterinya kini berada lapangan tersebut untuk membantu rundingan khasnya untuk membebaskan baki tebusan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72412", "title": "Lorong tambah nilai lebuh raya PLUS tutup sempena Deepavali", "body": "\n\u2190 Back to list\nLorong tambah nilai lebuh raya PLUS tutup sempena Deepavali\nOct 11, 2017\n\nKesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya PLUS akan ditutup sementara dari 17 hingga 19 Oktober ini sempena Deepavali.Ia bertujuan melancarkan perjalanan trafik dan mengurangkan kesesakan yang dijangka berlaku akibat pengguna lebuh raya beratur di lorong tambah nilai.Bagaimanapun menurut PLUS, lorong tambah nilai di plaza tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar tidak akan ditutup.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71999", "title": "Jabatan Imigresen tawarkan gantian passport rosak atau hilang secara percuma kepada mangsa banjir di Pulau Pinang bermula esok, sehingga 31 Disember.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Imigresen tawarkan gantian passport rosak atau hilang secara percuma kepada mangsa banjir di Pulau Pinang bermula esok, sehingga 31 Disember.\nNov 09, 2017\n\nJabatan Imigresen tawarkan gantian passport rosak atau hilang secara percuma kepada mangsa banjir di Pulau Pinang bermula esok, sehingga 31 Disember.Antara syarat yang dikenakan ialah passport itu masih belum tamat tempoh dan laporan polis perlu dibuat sebagai bukti.Tambahnya, permohonan boleh dibuat di pejabat Imigresen George Town atau Seberang Jaya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71357", "title": "Setiap Permohonan Kemudahan i-Sinar Akan Dipertimbangkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSetiap Permohonan Kemudahan i-Sinar Akan Dipertimbangkan.\nDec 04, 2020\n\nSetiap permohonan kemudahan i-Sinar akan dipertimbangkan mengambil kira situasi unik yang dihadapi oleh semua ahli KWSP.Menurut Ketua Pegawainya, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias dalam temu bual eksklusif bersama Astro Awani, kriteria yang diletakkan dalam i-Sinar bukan bertujuan 'menutup pintu' kepada pencarum untuk memohon kemudahan itu.Ini kerana mana-mana ahli yang tidak memenuhi kriteria Kategori 1 masih berpeluang untuk membuat permohonan di Kategori 2.Di bawah Kategori 2, bagi mereka yang tidak memiliki dokumen sokongan pula, pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan dan meneliti situasi pemohon berkenaan.Pemuda UMNO cadangkan 3 penambahbaikan dalam kemudahan i-Sinar KWSP.la termasuklah memansuhkan segala syarat yang menyulitkan pencarum yang ingin mengeluarkan wang simpanan mereka daripada Akaun 1.\u00a0Selain itu, ia juga mahu tempoh untuk pemohon menerima bayaran pertama dikurangkan daripada tiga bulan kepada maksimum satu bulan.\u00a0KKMM tubuhkan\u00a0Unit Komunikasi OKUUnit Komunikasi OKU akan ditubuhkan bagi meningkatkan fasilitasi komunikasi 2 hala antara kerajaan dan golongan berkenaan.\u00a0Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata ia ditubuhkan bersempena sambutan Hari OKU Antarabangsa semalam.\u00a0Pihaknya juga akan berusaha untuk melaksanakan kaedah komunikasi yang lebih mesra OKU, antaranya penggunaan bahasa isyarat, sari kata dan suara latar dalam penyampaian maklumat dan penyediaan kandungan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=106586", "title": "Pasukan Petugas Khas Ditubuhkan Siasat Nahas LRT.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPasukan Petugas Khas Ditubuhkan Siasat Nahas LRT.\nMay 25, 2021\n\n\nPasukan petugas khas ditubuhkan untuk menyiasat punca nahas dua\u00a0tren LRT laluan Kelana Jaya malam tadi.\nMenteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, laporan awal dijangka diterima hari ini manakala laporan penuh dalam tempoh 2 minggu.\nKemalangan berkenaan adalah yang pertama seumpamanya dalam tempoh 23 tahun perkhidmatan pengangkutan awam terbabit.\nSementara itu, Perdana Menteri mengarahkan siasatan penuh ke atas insiden berkenaan.\nTan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau memandang serius insiden itu dan mahu tindakan segera diambil.\nKemalangan itu mengakibatkan 47 penumpang mengalami kecederaan serius manakala 166 cedera ringan.\nDalam pada itu, perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya masih beroperasi seperti biasa hari ini.\nMenurut Prasarana, ia beroperasi dengan menggunakan satu landasan dan disokong oleh perkhidmatan bas perantara percuma.\nPenumpang bagaimanapun dijangka perlu tunggu lebih lama sedikit daripada biasa ekoran kekerapan tren setiap 10 minit pada waktu puncak.\nPerkhidmatan LRT tersebut dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 3 hari setelah semua kerja-kerja pembersihan dan pemulihan selesai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71741", "title": "Impak Ola Bola Kepada Bront Palarae", "body": "\n\u2190 Back to list\nImpak Ola Bola Kepada Bront Palarae\nFeb 18, 2016\n\nMalah Bront beritahu kami, dia berminat menceburi kerjaya sebagai pengulas sukan namun bukan dalam waktu terdekat.Ini kerana Bront mahu menumpukan kerjayanya dalam dunia lakonan yang dicintainya.Baru-baru ini ramai menyarankan aktor itu mencuba kerjaya pengulas sukan ekoran lakonan hebatnya dalam filem box office Ola Bola.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73188", "title": "Kementerian Pendidikan gesa pihak sekolah agar peka dengan tarikh penting di negara ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan gesa pihak sekolah agar peka dengan tarikh penting di negara ini.\nAug 24, 2018\n\nPihak sekolah perlu peka dengan tarikh sambutan perayaan-perayaan penting di negara ini.Ini selepas tarikh peperiksaan akhir tahun sebuah sekolah di Kedah yang jatuh pada 7 November iaitu sehari selepas sambutan Deepavali, viral di laman sosial semalam.\u00a0Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan telah mengarahkan peperiksaan itu dipinda ke tarikh baru.\u00a0\u00a0Orang ramai diminta lebih berwaspada selepas Sarawak mencatat kes kematian ke-12 akibat penyakit rabbies.Presiden Persatuan Veterinar Sarawak, Dr Chuo Hock Tieng beritahu kami, 15 minit pertama selepas gigitan adalah sangat genting.Sejurus selepas digigit, anda dinasihatkan mencuci tempat gigitan dengan sabun dan air serta dapatkan khidmat doktor seberapa segera yang boleh.\u00a0\u00a0Tambah beliau, penyakit rabies ini turut boleh dijangkiti mereka yang tidak digigit anjing liar.Virus tersebut boleh menjangkiti seseorang menerusi luka yang terdedah.9 jemaah haji alami cedera ringan dalam kemalangan di Mekah.Tiada kecederaan serius dialami jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 2 buah bas di Mekah.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa maklumkan kesemua mangsa telah mendapatkan rawatan pasukan perubatan Tabung Haji.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79290", "title": "Pergerakan Wanita PKR gesa kerajaan wujudkan undang-undang khusus keganasan wanita!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPergerakan Wanita PKR gesa kerajaan wujudkan undang-undang khusus keganasan wanita!\nFeb 03, 2019\n\nUndang-undang khusus keganasan terhadap wanita perlu diwujudkan!Kerajaan digesa wujudkan undang-undang khusus berhubung keganasan terhadap wanita termasuk berkaitan gangguan seksual!Ketua Pergerakan Wanita PKR berkata apa yang ada kini hanyalah garis panduan menangani gangguan seksual di tempat kerja dan ianya tidak memadai.Tambahnya ekoran tiada undang-undang khusus tersebut, kebanyakan mangsa ambil pendekatan berdiam diri kerana bimbang dikenakan tindakan atau dibuang kerja.---Buat rayuan jika tidak layak terima bantuan RMTIbu bapa yang anak mereka tidak layak terima Rancangan Makanan Tambahan tetapi merasakan tidak mampu, dinasihat buat rayuan ke pihak sekolah!Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya berkata Jawatankuasa RMT akan beri pertimbangan khas terhadap rayuan yang dikemukakan.Dalam perkembangan lain, kementerian telah peruntukkan 100 juta ringgit bagi pembangunan semula lebih 30 buah sekolah di Sarawak, pada tahun ini.---Pembatalan larangan merokok di premis makanan tidak benar!Dakwaan di media sosial kononnya\u00a0larangan merokok di premis makanan dibatalkan adalah tidak benar!Kementerian Kesihatan berkata tiada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh mahkamah setakat ini.Sebaliknya, penguatkuasaan sepenuhnya larangan tersebut akan berkuatkuasa Julai nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72537", "title": "Tiada Larangan Terima Organ & Darah Daripada Bukan Islam", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Larangan Terima Organ & Darah Daripada Bukan Islam\nFeb 13, 2017\n\nPengagihan organ daripada penderma yang telah meninggal dunia di negara ini dilakukan tanpa mengira agama, latar belakang dan status penerima dalam masyarakat.Kementerian Kesihatan menjelaskan, ia dilakukan berdasarkan kriteria klinikal dan keserasian pesakit.Malah, Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1970 memutuskan, hukum pendermaan organ dan darah adalah harus tanpa mengira agama pemberi dan menerima.Penjelasan itu diberi ekoran video viral oleh Nam Wee yang musykil tentang hukum individu bukan beragama Islam yang menderma organ kepada muslim.Foto : You Tube Nam Wee\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79870", "title": "SKMM nafi dakwaan telefon milik individu tertentu diintip pihak berkuasa.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSKMM nafi dakwaan telefon milik individu tertentu diintip pihak berkuasa.\nMay 08, 2019\n\nSKMM nafi dakwaan kononnya telefon milik individu tertentu diintip pihak berkuasa di negara ini.Jelasnya, dakwaan itu palsu kerana pihaknya tidak pantau aktiviti pengguna aplikasi WhatsApp.Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan maklumat palsu yang boleh mengelirukan.PDRM ada 2 pendapat tentang peraturan baru cermin gelap pada kenderaan.PDRM mendakwa peraturan baru mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan tiada perbincangan bersama pihaknya.Katanya, ia boleh menyukarkan pasukannya untuk mengesan kesalahan kecil seperti penggunaan telefon pintar ketika memandu atau tidak memakai tali pinggang keledar.\u00a0Bagaimanapun, polis trafik KL lebih optimis tentang peraturan baru itu yang dilihat mampu elak kes pecah masuk kereta, kerana penjenayah tidak dapat melihat barang berharga dalam kenderaan.\u00a0TPM mahu jadi surirumah selepas\u00a0Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.Timbalan Perdana Menteri beri bayangan tidak terbabit secara aktif dalam politik selepas suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri akan datang.Jelas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beliau akan beri tanggungjawab sepenuhnya sebagai Ahli Parlimen Pandan serta sebagai suri rumah.\u00a0Beliau berkata demikian dalam temu bual khas sempena setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72419", "title": "Pegawai Kadet Laut UPNM mati dibunuh", "body": "\n\u2190 Back to list\nPegawai Kadet Laut UPNM mati dibunuh\nJun 02, 2017\n\nSeorang Pegawai Kadet Laut dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ditemui mati dipercayai didera di sebuah apartment di Sepang.Sehubungan itu, 34 penuntut UPNM dan empat penuntut UNITEN berusia antara 20 hingga 21 tahun telah ditahan.Polis Selangor berkata, kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut..\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71780", "title": "Pasukan Liga Super, Kelantan kini dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors", "body": "\n\u2190 Back to list\nPasukan Liga Super, Kelantan kini dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors\nJan 15, 2016\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80881", "title": "Operasi Baik Pulih Paip Pecah Di Kuala Lumpur Selesai", "body": "\n\u2190 Back to list\nOperasi Baik Pulih Paip Pecah Di Kuala Lumpur Selesai\nNov 27, 2019\n\nAir Selangor memaklumkan operasi baik pulih di tiga lokasi paip pecah di Kuala Lumpur baru-baru ini telah selesai.\u00a0Jelasnya antara punca kejadian itu berlaku disebabkan pergerakan tanah akibat hentakan serta berlakunya tekanan air yang tinggi di luar kawalan.Tambahnya, rancangan jangka panjang Air Selangor adalah untuk menggantikan paip air yang berusia di KL, di samping terus memantau tekanan air.\u00a0RON 95 Naik Satu Sen Setiap Minggu\u00a0Harga petrol RON\u00a095 akan diapungkan secara berperingkat selepas Program Subsidi Petrol dilaksanakan Januari depan.Menurut kerajaan, harga bahan api itu akan meningkat satu sen setiap minggu sehingga ia mencapai harga pasaran.Keputusan itu adalah untuk memastikan harga barangan keperluan harian tidak naik secara mendadak.\u00a0Ahli Parlimen Boleh Didenda Jika Gagal Isytihar HartaAhli Parlimen\u00a0yang masih enggan\u00a0mengisytiharkan\u00a0harta mereka\u00a0pada\u00a05 Dis ini boleh dianggap menghina\u00a0Dewan Rakyat.Tegas Menteri di JPM Datuk Liew Vui Keong, mereka juga boleh dikenakan denda seribu ringgit atau digantung daripada dewan.Ini kerana notis telah diberikan tetapi terdapat segelintir Ahli Parlimen enggan beri kerjasama.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72528", "title": "Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden letupan kereta api bawah tanah di London", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada rakyat Malaysia terlibat insiden letupan kereta api bawah tanah di London\nSep 16, 2017\n\nSetakat ini tiada rakyat Malaysia dilapor terlibat dalam kejadian letupan kereta api bawah tanah di London yang mencederakan 22 orang, semalam.Wisma Putra berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kejadian itu yang disifatkan sebagai serangan pengecut.Kementerian Luar sedang memantau rapi situasi itu dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72311", "title": "Gangguan bekalan air mulai Isnin-Sabtu", "body": "\n\u2190 Back to list\nGangguan bekalan air mulai Isnin-Sabtu\nDec 17, 2016\n\nSyabas akan pastikan bekalan air di kawasan yang terlibat dengan gangguan mulai Isnin hingga Sabtu ini, diagihkan secara efisien.Kawasan terlibat adalah di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.Gangguan disebabkan kerja penyenggaraan TNB di Pencawang Bukit Badong, Hulu Selangor.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73132", "title": "Operasi kereta kabel di Langkawi ditutup sementara hari ini. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nOperasi kereta kabel di Langkawi ditutup sementara hari ini. \nFeb 19, 2018\n\nLebih 1,100 penumpang dan kakitangan perkhidmatan kereta kabel di Langkawi selamat dibawa turun selepas berlakunya masalah teknikal dan kerosakan.\u00a0Ini termasuk 88 penumpang yang terkandas dalam gondola selama hampir 5 jam.\u00a0Kesemua mangsa berjaya diselamatkan kira-kira jam 11 malam tadi dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat.\u00a0Operasi kereta kabel itu ditutup sementara hari ini untuk lakukan siasatan berhubung insiden itu.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71649", "title": "Tragedi rakit karam : 4 sekeluarga maut", "body": "\n\u2190 Back to list\nTragedi rakit karam : 4 sekeluarga maut\nDec 27, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=114794", "title": "Kadar Kematian COVID-19 Di Lembah Klang Dijangka Turun 3 Minggu Lagi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKadar Kematian COVID-19 Di Lembah Klang Dijangka Turun 3 Minggu Lagi.\nSep 07, 2021\n\n\nKadar Kematian COVID-19 Di Lembah Klang Dijangka Turun 3 Minggu Lagi.\nKes kematian akibat Covid-19 yang dilaporkan di Lembah Klang ketika ini tidak merujuk kepada kematian dalam tempoh 24 jam.\nJelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kebanyakan angka kematian tersebut adalah yang tertunggak atau backlog.\nBeliau turut jangkakan kadar kematian di Lembah Klang turun dalam tempoh 3 minggu lagi.\n\u00a0\nBKC perlu segera diagihkan kepada penerima di kawasan luar bandar.\nPerdana Menteri mahu Bantuan Khas COVID-19, BKC segera diagihkan kepada penerima di kawasan luar bandar.\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kewangan telah diarah membantu penerima yang tidak mempunyai sebarang akaun bank dan akses perbankan.\nMenurut data Kementerian Kewangan, terdapat lebih 700 ribu penerima BKC tidak mempunyai akaun bank.\nBKC fasa 1 mula diagihkan di seluruh negara secara berperingkat semalam.\n\u00a0\nVaksinasi remaja dilaksanakan apabila 80 peratus penduduk dewasa terima 2 dos lengkap.\nGolongan remaja akan divaksin apabila 80 peratus penduduk dewasa terima dua dos vaksin COVID-19.\nJelas Menteri Kesihatan, ia akan dilaksanakan dengan syarat jumlah bekalan vaksin mencukupi.\nSarawak katanya mula memberi vaksin kepada golongan remaja bermula minggu ini kerana mereka mencapai 80 peratus populasi orang dewasa divaksin.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71091", "title": "Isu Air: Selangor Tawar Ganjaran ", "body": "\n\u2190 Back to list\nIsu Air: Selangor Tawar Ganjaran \nOct 20, 2020\n\nIsu Air: Selangor Tawar Ganjaran Kerajaan Selangor tawar ganjaran sehingga RM20,000 kepada pihak yang beri maklumat berkaitan pencemaran Sungai Selangor sehingga tertangkapnya dalang kejadian.Selain ganjaran, hukuman yang lebih berat termasuk denda sehingga sejuta ringgit dikenakan terhadap pelaku yang akan diusulkan dalam Sidang DUN bulan depan.Terdahulu, Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan keluhan dan nasib rakyat yang kini bergelut dengan masalah bekalan air di tengah-tengah pandemik COVID-19.Baginda sudah banyak kali menulis surat kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri berhubung isu bekalan air sejak 2009.Baginda turut menitahkan supaya masalah air tidak dipolitikkan dan diatasi segera kerana ia keperluan asas rakyat.Dalam perkembangan berkaitan, 4 loji rawatan air yang dihentikan operasi sejak awal pagi semalam kerana pencemaran, telah beroperasi semula.Menurut Air Selangor, penduduk di kawasan terjejas kini menerima semula bekalan air secara berperingkat bermula pagi tadi.Lebih 1.1 juta akaun pengguna merangkumi hampir 1,300 kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual kali ini.Henti Sementara Aktiviti Sosial di Kawasan PKPBKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) minta aktiviti sosial termasuk sukan dihentikan sementara di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.Jelas KKM, ini kerana kerana virus COVID-19 kini berada dalam komuniti terlibat.Semalam 865 kes dilaporkan dan majoritinya di Sabah iaitu 643 diikuti Selangor 107.3 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan bilangan yang maut kini 190 orang.Bank Negara Beri JaminanBank Negara Malaysia (BNM) memberi jaminan bantuan pembayaran balik kekal tersedia untuk peminjam yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.Ia bergantung kepada keperluan peminjam sama ada perlu minta pengurangan ansuran pembayaran balik pinjaman atau lanjutan moratorium.*foto: AWANI (sekadar hiasan)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79324", "title": "Wisma Putra Usaha Bawa Balik Rakyat Malaysia Kandas Di Kemboja", "body": "\n\u2190 Back to list\nWisma Putra Usaha Bawa Balik Rakyat Malaysia Kandas Di Kemboja\nFeb 08, 2019\n\nWisma Putra sedang berusaha untuk membawa pulang kesemua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja sejak 11 Disember lalu.Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, buat masa ini kerjasama daripada kerajaan Kemboja amat baik dan kesemuanya juga berada dalam keadaan selamat.44 daripada 47 rakyat yang ditahan itu merupakan anak muda dari Sarawak.\u00a0Filipina Siasat Isu Jalur Gemilang Di Bakar!Kedutaan Filipina berkata kerajaan negara itu sedang menyiasat kejadian Jalur Gemilang dibakar oleh seorang individu di sana.\u00a0Jelasnya, individu itu pernah melakukan beberapa tindakan kontroversi sebelum ini, dan insiden yang terbaru itu tidak mencerminkan kedudukan Filipina.\u00a0Kedutaan Filipina turut melahirkan rasa kesal terhadap insiden itu yang mencetus kemarahan warga Msia, selepas video kejadian itu viral di media sosial.\u00a0Majoriti Peniaga Patuh Peraturan Kawalan HargaKementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna berkata rata-rata peniaga mematuhi kawalan harga sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina.Jelasnya, lebih 26 ribu premis diperiksa namun hanya sekitar 240 premis didapati melanggar peraturan itu.Antara kesalahan paling banyak direkodkan adalah kegagalan peniaga meletakkan tanda harga khas bewarna merah jambu.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=109588", "title": "5 negeri termasuk Kelantan beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara esok.", "body": "\n\u2190 Back to list\n5 negeri termasuk Kelantan beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara esok.\nJul 04, 2021\n\n5 negeri masuk fasa kedua Pelan Pemulihan Negara esok\n\n5 negeri di semenanjung Malaysia akan beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara mulai esok.\nMenteri Kanan Keselamatan berkata ini selepas kesemua negeri tersebut memenuhi semua nilai ambang termasuk mencatat liputan vaksin lengkap melebihi 10 peratus.\nIni bermakna lebih banyak sektor ekonomi akan dibuka di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis.\nAntaranya termasuk kedai buku dan peralatan tulis, kedai komputer serta kedai gunting rambut.\nNamun, aktiviti rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan.\n---\nKawat duri di tangga pangsapuri dibuka\n\nFoto: BH\nKawat berduri yang dipasang di tangga rumah pangsa di kawasan yang dikenakan PKPD diarah buka serta-merta.\nMenteri Wilayah Persekutuan berkata arahan tersebut dikeluarkan kerana ia melanggar peraturan bangunan.\nTan Sri Annuar Musa mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi akaun Twitternya.\nTerdahulu, pemasangan kawat berduri di tangga sebuah pangsapuri di kawasan PKPD mendapat persetujuan semua pihak bagi mengelakkan penduduk keluar atau masuk dari blok tersebut.\n---\nKerajaan dijangka keluarkan garis panduan untuk penerima lengkap vaksin COVID-19\n\nKerajaan dijangka akan keluarkan garis panduan untuk penerima lengkap vaksin COVID-19 bulan depan.\nMenteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata ia bertujuan untuk memberi lebih kelonggaran kepada golongan tersebut.\nKhairy Jamaluddin menjelaskan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin sedang menyediakan garis panduan tersebut sebelum dibawa kepada MKN.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71944", "title": "Seorang Lans Koperal ditemui mati di Balai Polis Pinggiran USJ, dipercayai ditembak dari jarak dekat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang Lans Koperal ditemui mati di Balai Polis Pinggiran USJ, dipercayai ditembak dari jarak dekat.\nAug 31, 2017\n\nSeorang Lans Koperal ditemui mati di Balai Polis Pinggiran USJ, dipercayai ditembak dari jarak dekat.Mangsa turut mempunyai kesan tetakan di belakang kepalanya.Ketua Polis Selangor berkata pistol mangsa didapati hilang dan dipercayai dilarikan penjenayah.Polis kini sedang memburu penjenayah yang terlibat dan sedang mencari rakaman CCTV dari premis berdekatan untuk lihat rakaman yang boleh membantu siasatan.Kira-kira 2 minggu lalu, seorang anggota polis maut ditembak di Changlun, Kedah.Sumber gambar : Berita Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=108389", "title": "Pengambilan lebih 18 ribu guru akan dibuat bulan depan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengambilan lebih 18 ribu guru akan dibuat bulan depan\nJun 20, 2021\n\nPengambilan lebih 18 ribu orang guru mulai bulan depan\n\n\u00a0\n\n\u00a0\n\nKementerian Pendidikan akan buat pengambilan guru baru seramai lebih 18 ribu orang secara one off.\nMenterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata ia membabitkan pengambilan bagi jawatan bergred DG41.\nJelasnya, pengambilan tersebut sebagai langkah untuk menampung kekurangan guru di seluruh negara terutamanya Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.\nIklan pengambilan jawatan tersebut akan disiarkan pada 7 Julai dan penempatan secara berperingkat akan bermula pada Oktober.\n---\nKerajaan kaji pendekkan masa suntikan vaksin dos kedua\n\nKerajaan akan kaji kemungkinan untuk memendekkan tempoh masa pemberian dos kedua vaksin AstraZeneca.\nMenteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata perkara tersebut bergantung kepada laporan pakar jika tempoh 12 minggu boleh dipendekkan kepada 6 minggu.\nTambahnya, kajian juga perlu dibuat sama ada penerima memerlukan kesan perlindungan maksimum daripada dos kedua dengan lebih cepat atau sebaliknya.\nKerajaan juga akan menjalankan kaedah \u2018suntik dahulu, daftar kemudian\u2019 kepada mereka yang sukar mendapat akses pendaftaran vaksinasi.\nKaedah tersebut disasarkan terutamanya kepada golongan yang berada di pedalaman dengan mengaktifkan pasukan bergerak membabitkan kerjasama pelbagai kementerian.\nIa bagi mempercepat fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang melibatkan warga emas, OKU dan mereka yang berpenyakit kronik.\n---\nImuniti kelompok boleh dicapai November atau Disember\n\nImunisasi kelompok boleh dicapai menjelang November atau Disember.\nItu kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu webinar malam tadi.\nNamun katanya, imunisasi kelompok tersebut bergantung kepada peningkatan vaksinasi dalam negara.\nJelasnya, vaksinasi ini dijadikan sandaran kerana sudah lebih setahun rakyat Malaysia berperang dengan COVID-19 yang mengakibatkan kelesuan mental dan fizikal rakyat.\nSemalam, jumlah kes positif seluruh negara turun sedikit kepada bawah 6 ribu kes dengan Selangor kekal merekodkan kes tertinggi.\nAngka kematian pula meningkat kepada 4,348 kes dengan 72 kematian dicatatkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73097", "title": "Malaysia Airports Berhad tawar pengecualian caj tukar penerbangan sempena PRU 14.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Airports Berhad tawar pengecualian caj tukar penerbangan sempena PRU 14.\nApr 11, 2018\n\nBerita baik buat mereka yang mahu pulang mengundi kerana pengecualian caj penukaran penerbangan ditawarkan sewaktu PRU14 nanti!Menurut Malaysia Airports Berhad, pengecualian itu dikenakan untuk semua jenis tiket untuk tarikh penerbangan masuk atau keluar antara 8 hingga 10 Mei.Hanya satu perubahan penerbangan yang dibenarkan dan mesti dilakukan dalam tempoh 10 hari bermula semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80331", "title": "Hentikan 'victim shaming' dalam kes jenayah seksual!", "body": "\n\u2190 Back to list\nHentikan 'victim shaming' dalam kes jenayah seksual!\nAug 02, 2019\n\nTimbalan Menteri Pembangunan Wanita minta perbuatan menyalahkan mangsa atau 'victim shaming' dalam kes jenayah seksual dihentikan!Tegas Hannah Yeoh, mangsa sepatutnya dibantu agar ada keberanian untuk tampil buat aduan kepada pihak berkuasa dan tindakan dapat dikenakan kepada penjenayah.Malah kata beliau, perbuatan menyalahkan mangsa mendorong mangsa kes perkosa membuang bayi sebab bimbang dikecam keluarga dan masyarakat.Baru-baru ini seorang senator saran kerajaan perkenal undang-undang gangguan seksual untuk melindungi lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah perkosa.Namun beliau kemudian menarik balik dan mohon maaf kerana mengakui ia cadangan tidak munasabah dan satu penghinaan terhadap kaum wanita.\u00a0Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Ahad, 11 Ogos ini.Sementara itu,\u00a0\u00a0Kementerian Pertanian beri jaminan bekalan ternakan hidup seperti lembu, kerbau dan kambing untuk ibadah korban mencukupi.Polis buru individu sebar ancaman bom di Twitter.Polis buru pemilik akaun Twitter yang sebar dakwaan ancaman bom di KL Sentral dan Kedutaan Russia di Jalan Ampang.Pihaknya sahkan ancaman itu palsu selepas tiada objek mencurigakan ditemui dalam pemeriksaan yang dilakukan malam tadi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79341", "title": "Talian Nur Alert seharusnya digunakan untuk semua kanak-kanak.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTalian Nur Alert seharusnya digunakan untuk semua kanak-kanak.\nFeb 12, 2019\n\nPenggunaan Nur Alert seharusnya digunakan untuk semua kanak-kanak tanpa mengira taraf kerakyatan!Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita berkata orang ramai seakan terlupa bahawa kewujudan Nur Alert adalah untuk mengesan kanak-kanak yang hilang.Beliau berkata demikian bagi mengulas kes pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Pekan, Pahang baru-baru ini.Kerajaan tubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi.4 tokoh korporat wanita antara yang diilantik sebagai ahli Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Foto: Berita HarianMereka termasuklah bekas menteri kabinet Tan Sri Rafizah Aziz dan bekas gobenor bank negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. \u00a0Majlis itu akan meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.Inkues kes kematian Muhammad Adib dijalankan di lokasi rusuhan hari ini.Hari kedua prosiding inkues kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib diteruskan hari ini di lokasi kejadian\u00a0rusuhan.Foto: KosmoHakim berkata ia bagi memberi gambaran sebenar termasuk kedudukan jentera bomba ketika kejadian itu berlaku.Adib meninggal dunia selepas parah dalam rusuhan di sebuah kuil USJ 25 November tahun lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73228", "title": "Majikan boleh didakwa jika tidak membenarkan pekerja wanita mengambil cuti bersalin selama 90 hari.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMajikan boleh didakwa jika tidak membenarkan pekerja wanita mengambil cuti bersalin selama 90 hari.\nDec 14, 2017\n\nKementerian Sumber Manusia menegaskan, majikan boleh didakwa jika tidak membenarkan pekerja wanita mereka mengambil cuti bersalin selama 90 hari.Ini kerana tindakan sedemikian mencabul hak asasi manusia di bawah Perlembagaan Persekutuan.Dalam pembentangan Bajet 2018, Oktober lalu, PM mengumumkan, cuti bersalin sektor swasta dinaikkan daripada 60 kepada 90 hari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72068", "title": "Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan 3 menteri kanan dalam Kabinet.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun Dr Mahathir Mohamad menamakan 3 menteri kanan dalam Kabinet.\nMay 13, 2018\n\nTun Dr Mahathir Mohamad menamakan 3 menteri kanan dalam Kabinet beliau termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.Baki lagi 7 kementerian akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan selepas selesai perbincangan dengan parti gabungan.Tun M turut umum 5 anggota Majlis Penasihat Kerajaan antaranya bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73393", "title": "Kertas siasatan kes amah mati dipercayai didera majikan hampir siap", "body": "\n\u2190 Back to list\nKertas siasatan kes amah mati dipercayai didera majikan hampir siap\nFeb 15, 2018\n\nKertas siasatan kes kematian pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai didera majikannya Ahad lepas, hampir siap.Polis Pulau Pinang berkata pihaknya hanya menunggu laporan penuh bedah siasat dan perubatan amah itu bagi lengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.SI mayat mangsa telah diserahkan kepada Pejabat Konsulat Indonesia Pulau Pinang untuk dibawa pulang ke kampungnya pagi tadi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72151", "title": "Malaysia batal projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia batal projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi.\nMay 29, 2018\n\nSingapura masih belum terima sebarang makluman rasmi daripada Malaysia berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi.Menurut republik itu, pihaknya bersetuju meneruskan projek ini berdasarkan manfaat bersama dan kewajipan yang ditetapkan dalam perjanjian dua hala yang ditetapkan.Semalam PM Tun Dr Mahathir Mohamad sahkan Malaysia akan membatalkan projek mega berkenaan kerana melibatkan beban kewangan yang besar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71336", "title": "Pengumuman Dijangka Jumaat ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengumuman Dijangka Jumaat \nDec 01, 2020\n\nDijangkakan Jumaat Persoalan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, KL dan Putrajaya dilanjutkan atau tidak dijangka diketahui sebelum hujung minggu ini.Ujar Menteri Kanan Keselamatan, keputusan akan dibuat berdasarkan nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Ia susulan permintaan orang ramai agar pengumuman mengenainya dibuat lebih awal.Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia bagi memudahkan warga Selangor, KL dan Putrajaya membuat perancangan.Sampai 10 Malam SahajaOperasi kedai makan dan restoran di Kota Bharu kini dihadkan sampai 10.00 malam.Majlis Perbandaran Kota Bharu memaklumkan, arahan itu susulan peningkatan kes COVID-19 di kawasan berkenaan.Kota Bharu dan seluruh Kelantan kini berada di bawah PKPB sehingga 6 Disember iaitu Ahad ini.Namun semalam Kelantan hanya mencatatkan 1 kes baru COVID-19.Dalang Utama Kes Macau Scam Ditahan di Bawah POCA2 dalang utama satu sindiket perjudian dalam talian bersama 2 anggota polis kini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA)Bukit Aman beritahu Harian Metro, mereka ditahan selama 2 tahun dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.Mereka diberkas awal Oktober lalu ekoran pembongkaran aktiviti penipuan Macau Scam dan judi dalam talian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70647", "title": "12 kes baru COVID-19 kluster Sivagangga dikesan.", "body": "\n\u2190 Back to list\n12 kes baru COVID-19 kluster Sivagangga dikesan.\nAug 08, 2020\n\nKluster Sivagangga terus merebakFoto : AwaniKluster Sivagangga terus catat pertambahan 12 kes baru positif COVID-19.Perlis jadi negeri paling tinggi dengan 10 kes baru manakala Kedah dan Pulau Pinang masing-masing catat 1 kes.Dalam pada itu, Pulau Pinang kehilangan status zon hijau selepas 91 hari ekoran kes tersebut.Kes baru COVID-19 kembali ke dua angka, selepas 25 kes dilaporkan semalam.Sementara itu, Kementerian Kesihatan sahkan satu lagi kes positif wabak tersebut dikesan di Setapak, KL membabitkan seorang wanita warga asing.---Malaysia kaji bantuan untuk mangsa tragedi letupan LubnanFoto : Astro AwaniMalaysia akan beri bantuan kepada Lubnan susulan tragedi letupan di Beirut, baru-baru ini.Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Perdana Menteri telah menyerahkan kepada Wisma Putra untuk memikirkan sumbangan terbaik untuk mereka yang terjejas.Terdahulu, tragedi letupan itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 135 nyawa dan mencederakan 5,000 orang manakala puluhan lagi masih hilang.---16 maut dalam kemalangan kapal terbang di IndiaFoto : ReutersSebuah pesawat yang membawa 190 penumpang dan anak kapal tergelincir ketika mendarat akibat cuaca buruk di India.Kejadian itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 16 terkorban termasuk juruterbangnya.Ianya merupakan kejadian terburuk kemalangan kapal terbang di negara itu sejak 2010 apabila hampir 160 orang terkorban dalam insiden yang hampir serupa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80299", "title": "Tiada cadangan halang penjualan bubble tea", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada cadangan halang penjualan bubble tea\nJul 25, 2019\n\nTiada cadangan halang penjualan bubble teaFoto - BernamaKerajaan belum bercadang mewujudkan mekanisme untuk menghentikan kegilaan rakyat Malaysia terhadap minuman bubble tea.Namun, Kementerian Kesihatan berharap rakyat Malaysia akan buat keputusan yang lebih bijak apabila berkaitan pengambilan minuman yang tinggi gula.Tambahnya, tiada cara yang lebih efektif dalam mengawal fenomena bubble tea melainkan kesedaran sendiri berhubung kesan negatifnya.-----Cemar bekalan air boleh dihukum mati!Foto - Malaysian DatelineSesiapa yang didapati bersalah mencemar sistem bekalan air dengan sengaja berdepan hukuman amat berat termasuk hukuman mati.Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, hukuman itu termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.Beliau turut serahkan sepenuhnya siasatan pencemaran Sungai Selangor itu kepada pihak polis dan berharap mereka yang terbabit dibawa ke mahkamah.-----Najis burung merpati bukan faktor masalah kesihatanFoto - BernamaKementerian Kesihatan nafi najis burung merpati mungkin faktor sampingan punca insiden sesak nafas dan muntah di SK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang.Katanya, mana-mana pihak mahu beri pandangan berhubung kejadian itu perlu kembali kepada hasil penemuan KKM yang diumumkan sebelum ini.Exco Kesihatan Johor Selasa lalu berkata, pencemaran najis burung merpati mungkin antara faktor masalah kesihatan di sekolah terbabit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73180", "title": "Kenyataan viral tentang Skim Perlindungan Kesihatan B40 adalah tidak benar.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKenyataan viral tentang Skim Perlindungan Kesihatan B40 adalah tidak benar.\nAug 29, 2018\n\nKenyataan viral mengenai Skim Perlindungan Kesihatan B40 adalah tidak benar.Jelas Kementerian Kesihatan, skim perlindungan kesihatan untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah itu sebenarnya masih di peringkat perbincangan.Dakwaan bahawa 5 peratus pendapatan bulanan pekerja akan ditolak untuk biaya skim tersebut juga palsu.Peniaga mula bersedia dengan pelaksanaan SST.Berbaki 2 hari lagi sebelum pelaksanaan semula SST, kebanyakan peniaga dan pengusaha di ibu kota kelihatannya bersedia.Menerusi tinjuan Bernama, peniaga didapati sudah memasukkan harga selepas SST dalam sistem komputer bagi memudahkan urusan apabila dikuatkuasakan Sabtu ini.Namun ada juga peniaga memaklumkan belum terima notis Kastam berhubung pelaksanaan SST tapi sudah bersedia dan telah ambil langkah sewajarnya.Sambutan Hari Kebangsaan pada Jumaat ini bakal libatkan 4 segmen.Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya, Jumaat ini akan libat 4 segmen iaitu kenegaraan, ketenteraman awam, keselamatan negara dan perpaduan rakyat.Sebanyak 15,000 peserta mengambil bahagian dalam Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang bertemakan 'Sayangi Malaysiaku'.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71705", "title": "Budak tadika maut dilanggar ibu sendiri", "body": "\n\u2190 Back to list\nBudak tadika maut dilanggar ibu sendiri\nFeb 01, 2016\n\nBudak perempuan, 4 tahun, maut dilanggar kereta dipandu ibunya yang tertekan pedal minyak di sebuah tadika di Sabah. \u00a0Turut cedera dalam kejadian pagi tadi itu, 2 murid tadika berkenaan serta seorang guru wanita.\u00a0Kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke hospital bagi dapatkan rawatan.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72132", "title": "Isu SST pada kad prabayar tambah nilai telefon bimbit dapat perhatian KKMM.", "body": "\n\u2190 Back to list\nIsu SST pada kad prabayar tambah nilai telefon bimbit dapat perhatian KKMM.\nSep 02, 2018\n\nIsu SST dikenakan ke atas kad prabayar tambah nilai telefon bimbit kini dalam perhatian KKM.Ujar menterinya, Gobind Singh Deo, satu kenyataan rasmi berkaitan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.Ramai pengguna luah rasa tidak puas hati apabila nilai akhir kad tambah prabayar telefon bimbit yang dibeli dipotong SST 6 peratus.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72739", "title": "DBKL Tubuh Jawatankuasa Semak Pengisytiharan Harta Pegawainya", "body": "\n\u2190 Back to list\nDBKL Tubuh Jawatankuasa Semak Pengisytiharan Harta Pegawainya\nAug 24, 2016\n\nDBKL tubuh jawatankuasa khas bagi menyemak pengisytiharan harta pengurusan tertinggi pentadbirannya.Jelas Datuk Bandar KL, inisiatif berkenaan bertujuan memperbaiki integriti semua pegawai dan kakitangan DBKL.Ia susulan penahanan seorang pegawai kanan DBKL bergelar Datuk Seri bagi bantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa.Tertuduh juga dipercayai miliki 31 unit kondominium mewah bernilai lebih RM15 juta.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72475", "title": "JPJ Gempur Bas Tiada Pemandu Kedua", "body": "\n\u2190 Back to list\nJPJ Gempur Bas Tiada Pemandu Kedua\nMay 30, 2017\n\nJPJ akan mengenakan tindakan keras terhadap mana-mana pengusaha bas ekspres yang tidak sediakan pemandu kedua sepanjang Ops Selamat sempena Aidilfitri nanti.Tegas jabatan itu, arahan itu perlu dipatuhi untuk menjamin keselamatan penumpang agar selamat sampai ke destinasi masing-masing.Justeru, JPJ akan memperketatkan penguatkuasaan dengan melakukan sekatan jalan raya secara mengejut ke atas bas-bas ekspres.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71622", "title": "Tiket Final Piala Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiket Final Piala Malaysia\nDec 07, 2015\n\nPersatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 30,000 tiket masing-masing kepada Kedah dan Selangor untuk final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.FAM menetapkan harga tiket pada kadar RM40 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.Baki 10,000 tiket akan dijual dalam talian menerusi laman sesawangwww.tickethotline.com.my\u00a0mulai Rabu ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72200", "title": "Isa Samad letak jawatan dalam FGV", "body": "\n\u2190 Back to list\nIsa Samad letak jawatan dalam FGV\nJun 19, 2017\n\nFelda Global Ventures umum peletakan jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi berkuatkuasa hari ini.Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, FGV berkata perletakan jawatan itu dibuat untuk memberi tumpuan kepada urusan peribadi.Sementara itu, Perdana Menteri umumkan Tan Sri Isa dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD berkuatkuasa serta merta.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=101745", "title": "6 Petunjuk Dinilai Sebelum Rentas Negeri Dibenarkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\n6 Petunjuk Dinilai Sebelum Rentas Negeri Dibenarkan.\nMar 23, 2021\n\n\nKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentangkan 6 petunjuk bagi menentukan masa sesuai untuk kebenaran rentas negeri.\nPetunjuk tersebut adalah situasi kes harian, kes sembuh dan discaj, trend kes dan kadar kebolehjangkitan, kadar kematian, keupayaan katil dan unit rawatan rapi (ICU) serta situasi semasa petugas kesihatan.\nBuat masa ini belum ada keputusan muktamad mengenai masa sesuai untuk membenarkan semula rentas negeri.\n\u00a0\nKerajaan Akan Hubungi Individu Belum Daftar\nKerajaan akan hubungi pemilik akaun aplikasi MySejahtera yang belum daftar sebagai penerima vaksin COVID-19.\nMereka juga akan dibantu jika berdepan sebarang kesulitan untuk membuat pendaftaran.\nLangkah itu antara inisiatif bagi meningkatkan kadar pendaftaran dalam kalangan rakyat.\nSetakat ini 25 peratus populasi penduduk Malaysia sudah mendaftar dan hampir 430,000 sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.\n\u00a0\nAmaran Hujan Lebat Untuk Penduduk Johor & Sarawak\nBeberapa kawasan di Johor dan Sarawak diramal mengalami hujan lebat bermula hari ini hingga Khamis.\nIa dijangka berpotensi menyebabkan banjir untuk lokasi berkedudukan rendah di kawasan terbabit.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73064", "title": "Pakatan Harapan tangguh 5 daripada 10 janji dalam tempoh 100 hari pemerintahan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPakatan Harapan tangguh 5 daripada 10 janji dalam tempoh 100 hari pemerintahan.\nJun 01, 2018\n\n5 daripada 10 janji untuk ditunaikan Kerajaan Pakatan Harapan dalam tempoh 100 hari pertama pemerintahan, ditangguhkan.Jelas Kementerian Kewangan, janji berkenaan akan ditunaikan selepas situasi kewangan negara bertambah baik.Antara yang terlibat adalah penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN bagi peminjam bergaji bawah RM 4,000 dan KWSP untuk suri rumah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78883", "title": "Program Susu Sekolah buat murid sekolah rendah akan diteruskan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nProgram Susu Sekolah buat murid sekolah rendah akan diteruskan.\nNov 15, 2018\n\nPelaksanaan program pembekalan susu untuk murid sekolah rendah di seluruh negara akan diteruskan.Malah, Kementerian Pendidikan berkata beberapa penambahbaikan akan dilakukan bagi memastikan semua murid berpeluang menikmati manfaatnya.Foto: MynewshubProgram Susu Sekolah telah diperkenalkan sejak tahun 1983 untuk galakkan amalan minum susu dalam kalangan murid sekolah rendah.\u00a0Perkampungan pemulihan dadah akan diwujudkan\u00a0di Terengganu.Sebuah perkampungan pemulihan dadah secara holistik akan diwujudkan\u00a0di Terengganu pada tahun 2020.Foto: Sinar HarianProgram itu akan dibangunkan dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin dan AADK merangkumi teknik perubatan moden, psikologi dan spiritual.\u00a0Leka berWhatsapp antara punca tertinggi permohonan cerai di Johor.Leka dengan media sosial seperti Whatsapp dan Facebook antara punca tertinggi permohonan cerai di Johor.Jabatan Islam negeri berkata sepanjang tahun lalu lebih 3,800 aduan berkaitan pasangan suami isteri diterima dan sebanyak 800 kes dibawa ke Mahkamah Syariah. \u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72834", "title": "Orang Ramai Kini Boleh Menderma Darah Secara Lebih Selesa di Donation Suite, Mid Valley", "body": "\n\u2190 Back to list\nOrang Ramai Kini Boleh Menderma Darah Secara Lebih Selesa di Donation Suite, Mid Valley\nApr 05, 2016\n\nIa bagi memberi kemudahan kepada orang ramai yang datang membeli-belah di Mid Valley untuk turut sama menderma darah dalam keadaan selesa.Donation Suite itu terletak di tingkat 3, Mezzanine Pusat Beli Belah Mid Valley.Foto : Kementerian Kesihatan\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80838", "title": "BN Tawan Semula Tanjung Piai", "body": "\n\u2190 Back to list\nBN Tawan Semula Tanjung Piai\nNov 17, 2019\n\nTanjung Piai Kembali Kepada BNCalon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng menang besar dalam PRK Parlimen Tanjung Piai.Dalam saingan 6 penjuru berkenaan, calon BN itu raih lebih 25,000\u00a0undi, yang juga kemenangan dengan majoriti lebih besar berbanding sebelum ini iaitu 15,000 undi.Sementara itu 75 peratus pengundi berdaftar di Tanjung Piai keluar tunai tanggungjawab semalam, mengatasi\u00a0sasaran 70 peratus yang ditetapkan SPR.Dalam pada itu, polis Johor terima laporan 4 pengundi PRK itu mendakwa tidak dapat mengundi selepas identiti mereka diguna orang lain yang terlebih dahulu mengundi.Cuti Paterniti: MEF Diminta Pertimbang Keputusan*foto sekadar hiasanKerajaan minta Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) pertimbang semula keputusan beri cuti paterniti hanya 3 hari berbanding 7 hari kepada bapa.Menurut Timbalan Perdana Menteri,\u00a0Dato' Seri Dr\u00a0Wan Azizah\u00a0binti Wan Ismail, penyelesaian menang-menang sedang dicari menjelang pembentangan mengenai usul itu pada sesi Parlimen akan datang.MEF sebelum ini memaklumkan, pihaknya hanya setuju cuti paterniti diberikan jika gaji semasa tempoh cuti berkenaan dibayar kerajaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72110", "title": "SKMM tubuh pasukan petugas khas untuk pantau aktiviti 'wangiri'.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSKMM tubuh pasukan petugas khas untuk pantau aktiviti 'wangiri'.\nJul 08, 2018\n\nSKMM tubuh pasukan petugas khas untuk pantau aktiviti penipuan menerusi SMS dan panggilan telefon digelar 'wangiri'.Sindiket terbabit guna taktik buat panggilan telefon dan apabila mangsa menjawabnya, panggilan seolah diputuskan sedangkan caj panggilan dikenakan ke atas mangsa.Ujar SKMM kepada BH, ada juga sindiket guna cara menghantar SMS, dan mangsa dikenakan caj apabila membalasnya.Susulan itu, orang ramai dinasihat elak terima panggilan daripada nombor asing khasnya daripada luar negara, juga jangan balas SMS daripada nombor meragukan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=100454", "title": "Kerajaan Sedia Berunding Untuk Sambung Semula Pencarian MH370.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Sedia Berunding Untuk Sambung Semula Pencarian MH370.\nMar 08, 2021\n\nKerajaan sedia mengadakan rundingan untuk sambung semula pencarian pesawat MH370.\nMenteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pihaknya terbuka untuk sebarang perbincangan dengan kerjasama negara China dan Australia dan memastikan ahli keluarga dan waris mangsa akan terus dimaklumkan sebarang perkembangan mengenai pesawat ini di masa hadapan.\nPesawat yang membawa lebih 230 penumpang dan kru tersebut hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac 2014.\n\u00a0\nMasih ada sekatan jalan raya di Putrajaya.\nPolis masih teruskan sekatan jalan raya di Putrajaya walaupun kawasan itu sudah berstatus PKP Pemulihan.\nJelasnya, ia bagi memastikan orang ramai dari luar tidak memasuki Putrajaya tanpa surat kebenaran, demi mencegah risiko jangkitan COVID-19 di kawasan berkenaan.\n\u00a0\nPelajar pakai baju bertulisan kata-kata kesat untuk cikgu disaman.\nPolis Kelantan saman pelajar pakai baju bertulisan kata-kata kesat kepada guru yang fotonya viral baru-baru ini.\nAntara saman yang dikeluarkan adalah tidak mempunyai lesen memandu dan kesalahan nombor pendaftaran.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71427", "title": "Boleh Terus Pulang Tapi Ada Syaratnya", "body": "\n\u2190 Back to list\nBoleh Terus Pulang Tapi Ada Syaratnya\nDec 16, 2020\n\nBoleh Terus Pulang Tapi Ada SyaratnyaWarga Malaysia di luar negara kini boleh terus pulang tanpa menjalani ujian calitan COVID-19 jika tidak mampu atau ujian itu tidak disediakan di negara terlibat.Bagaimanapun menurut Menteri Kanan Keselamatan, mereka perlu menjalani proses kuarantin selama 10 hari sebaik tiba di tanah air.Bagi yang melakukan ujian calitan COVID-19 tiga hari sebelum penerbangan pula, mereka perlu menjalani kuarantin 7 hari di tanah air jika ujian terbabit negatif.Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga sekali lagi pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan di tempat awam yang sesak.\u00a0Jelas beliau selanjutnya, jika bersendirian dan ada penjarakan fizikal, orang ramai dibenarkan tidak memakai pelitup muka.Baru-baru ini media sosial kecoh selepas seorang individu dilapor dikenakan Tindakan kerana tidak memakai pelitup muka walaupun berada di tempat awam sendirian.\u00a0Ops Lampu Isyarat MerahPolis melancarkan Ops Lampu Isyarat Merah.Operasi itu bertujuan mengesan mereka yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah, terutamanya penunggang motosikal termasuk penghantar makanan atau barangan.Tindakan saman serta merta akan dikenakan dan polis memandang serius sikap dan trend pemanduan tersebut yang boleh menyebabkan kemalangan.Polis Kelantan Pantau AnggotaPolis Kelantan menerusi pasukan petugas khas sedang memantau anggota dan pegawainya yang mempamerkan gaya hidup mewah di luar kemampuan mereka.Pihaknya menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawai yang terbabit rasuah.Menurut Polis Kelantan lagi, masyarakat mampu dan tahu menilai sesuatu keadaan yang mereka lihat dan setakat mana kemampuan kewangan anggota polis.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79897", "title": "900 Kes Buang Bayi Dilaporkan Sejak 2013 Hingga Sekarang ", "body": "\n\u2190 Back to list\n900 Kes Buang Bayi Dilaporkan Sejak 2013 Hingga Sekarang \nMay 11, 2019\n\nKira-kira 100 ribu kes remaja perempuan hamil bawah umur 19 tahun dilaporkan sejak 2013 hingga kini.Menurut Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, 900 kes pembuangan bayi dilaporkan bagi tempoh yang sama.Bagaimanapun, hanya 30 peratus daripada jumlah itu bayi itu ditemui masih bernyawa.\u00a0MB Johor Enggan Beri KomenMenteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal ambil pendirian berdiam diri berhubung isi kandungan memorandum yang dihantar 23 Bahagian Bersatu Johor kepada Perdana Menteri.\u00a0Bagaimanapun, ramai pihak beranggapan, memorandum itu dipercayai ada kaitan dengan isu pelantikan bekas exco kerajaan negeri, Mazlan Bujang sebagai pengerusi Bersatu Johor.Dalam perkembangan lain, Exco Johor berkata penduduk di sekitar Johor Bahru, tidak perlu bimbang susulan kerajaan Singapura sahkan terdapat warga asing di republik itu dijangkiti cacar monyet.Kerajaan Sasar 20 Ribu Pelajar Terima Manfaat Food Bank Siswa\u00a0Lebih 3000 pelajar daripada sembilan universiti awam di seluruh negara menerima manfaat daripada program Food Bank Siswa.Kerajaan menyasarkan 20 ribu pelajar daripada keluarga B40 akan menerima manfaat program itu sehingga hujung tahun ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72282", "title": "Tan Sri Muhyiddin digantung sehingga 2018", "body": "\n\u2190 Back to list\nTan Sri Muhyiddin digantung sehingga 2018\nFeb 27, 2016\n\nPenggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Presiden Umno, akan berterusan sehingga tempoh pemilihan parti pada tahun 2018.\u00a0Tindakan Majlis Tertinggi UMNO itu diambil berdasarkan perlembagaan Umno berikutan siri serangan beliau terhadap pucuk pimpinan parti.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini ambil alih tugas-tugas Timbalan Presiden.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=105382", "title": "Hanya 10 Peratus Rakyat Tolak Vaksin COVID-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHanya 10 Peratus Rakyat Tolak Vaksin COVID-19.\nMay 07, 2021\n\nCuma 10 peratus rakyat menolak vaksin COVID-19 manakala 2 peratus menunggu bukti keberkesanannya.\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 88 peratus lagi setuju dan ia bermakna majoriti rakyat sedia divaksinkan.\n\nPeratusan itu hasil daripada kaji selidik terkini KKM ke atas sejumlah responden.\n\u00a0\nMalaysia akan menerima lebih 3.5 juta lagi dos vaksin COVID-19 bulan ini.\nVaksin berkenaan adalah daripada Pfizer-BioNtech, Sinovac dan AstraZeneca.\n\nIa dapat digunakan untuk memvaksin 1.7 juta lagi penduduk.\n\u00a0\nPelajar IPT Mula Pulang Beraya Hari Ini.\nKira-kira 70,000 siswa mula pulang ke rumah dan kampung halaman hari ini sempena cuti Aidilfitri.\nBagaimanapun penuntut, ibu bapa atau penjaga tidak perlu ke balai polis untuk mohon surat kebenaran rentas daerah dan negeri.\n\nJelas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), ini kerana surat berkenaan dikeluarkan oleh IPT.\nPergerakan pulang pula hanya dibenarkan menggunakan beberapa kaedah antaranya kenderaan sendiri, kenderaan ibu bapa atau penjaga, atau kenderaan yang diaturkan pihak IPT.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72149", "title": "Satu Menteri, 4 Timbalan dilantik isi kekosongan kabinet", "body": "\n\u2190 Back to list\nSatu Menteri, 4 Timbalan dilantik isi kekosongan kabinet\nJul 17, 2018\n\nKabinet baru terima seorang menteri dan empat timbalan menteri, yang mengangkat sumpah sebagai senator hari ini.Mereka adalah Pengerusi Amanah Terengganu Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.\u00a0Ketua Bersatu P.Pinang Senator Marzuki Yahya sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri, Ketua Bersatu Ketereh Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Pengerusi DAP Johor Senator Liew Ching Tong sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy pula angkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).Kredit foto : Bernama\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73270", "title": "Jangan beri makanan tambahan kepada bayi tanpa nasihat doktor.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan beri makanan tambahan kepada bayi tanpa nasihat doktor.\nFeb 09, 2018\n\nSusu ibu adalah nutrisi terbaik untuk bayi!Kementerian Kesihatan beri penegasan itu ekoran ada pihak termasuk selebriti mempromosikan makanan tambahan termasuk untuk bayi secara tidak beretika.KKM juga gesa masyarakat khususnya ibu bapa supaya tidak sewenangnya beri makanan tambahan kepada bayi tanpa mendapatkan nasihat doktor.Pandangan pakar penting untuk elak sebarang risiko kesihatan ke atas bayi untuk tempoh singkat mahupun jangka masa panjang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72498", "title": "Kepala Air Punca Tragedi", "body": "\n\u2190 Back to list\nKepala Air Punca Tragedi\nMar 19, 2017\n\nTragedi sekumpulan kanak-kanak mati lemas di Sungai SKC, Hulu Selangor petang kelmarin berpunca daripada fenomena kepala air.Menurut polis Selangor, kejadian limpahan air mengejut itu mengakibatkan mangsa dihanyutkan arus deras.Selain 5 maut, 2 lagi mangsa belum dijumpai, manakala seorang mangsa dapat menyelamatkan diri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71920", "title": "Ketua Polis Negara berkata, lebih ramai akan ditahan berhubung kekecohan pada satu forum politik.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKetua Polis Negara berkata, lebih ramai akan ditahan berhubung kekecohan pada satu forum politik.\nAug 17, 2017\n\nKetua Polis Negara berkata, lebih ramai individu akan ditahan berhubung kekecohan pada satu forum politik, Ahad lalu.Menurut Tan Sri Khalid Abu Bakar, setakat ini 13 individu telah ditahan berhubung kekecohan di Shah Alam itu.Tambah beliau, kertas siasatan telah dibuka dan jika cukup bukti untuk mendakwa suspek, kes akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71565", "title": "2 Beradik Direman Susulan Kematian Ibu", "body": "\n\u2190 Back to list\n2 Beradik Direman Susulan Kematian Ibu\nNov 11, 2015\n\n2 beradik direman 7 hari bagi bantu siasatan berhubung kematian ibu mereka di sebuah pangsapuri Cheras, KL semalam.Ujar Polis Cheras, pihaknya akan siasat setiap aspek berhubung kes berkenaan.Mayat mangsa ditemui dengan beberapa kesan kecederaan di ruang tamu rumah berkenaan yang didiami 2 beradik itu.Polis terpaksa memecah masuk rumah tersebut sebelum menemui mayat mangsa dan 2 anaknya dalam rumah tersebut.Mangsa yang menetap di Kelantan dilapor pergi rumah itu untuk bawa pulang salah seorang anaknya yang disyaki alami sakit misteri.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81147", "title": "Rakyat Malaysia di Wuhan, China selamat tiba di tanah air.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRakyat Malaysia di Wuhan, China selamat tiba di tanah air.\nFeb 04, 2020\n\nPesawat khas yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan China, selamat tiba di tanah air kira-kira jam 6 pagi tadi.Menurut Kementerian Kesihatan, pesawat itu membawa lebih 100 penumpang termasuk anak kapal dan petugas.Kesemua mereka dibawa ke Unit Kecemasan Udara, KLIA untuk saringan kesihatan dan akan dikuarantin selama 2 minggu.Rujuk portal 'Sebenarnya.com' untuk kesahihan berita.Orang ramai disaran agar manfaatkan portal Sebenarnya.my dalam mendapatkan kesahihan sesuatu berita.Menurut Kementerian Komunikasi, hampir 30 berita palsu tentang wabak novel koronavirus telah dikesan menerusi portal kendalian SKMM itu.Tambahnya, orang ramai perlu dapatkan maklumat yang benar agar langkah mengawal penyebaran virus itu dapat dilaksanakan dengan baik.Datuk Seri Dr Mujahid Yusof jumpa SKMM ekoran\u00a0isu babit perilaku seorang selebriti ketika umrah.Datuk Seri Dr Mujahid Yusof telah bertemu dengan SKMM ekoran isu seorang selebriti lelaki berpakaian wanita ketika umrah.Ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, ia bagi ambil tindakan segera ekoran viral video dan gambar usahawan tersebut hingga timbulkan ketidakselesaan umat Islam.Datuk Seri Dr Mujahid juga telah mengadakan pertemuan dengan agensi yang menguruskan perjalanan umrah selebriti itu bagi mengetahui situasi sebenar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70948", "title": "Sabah bakal ada kerajaan negeri yang baru!", "body": "\n\u2190 Back to list\nSabah bakal ada kerajaan negeri yang baru!\nSep 27, 2020\n\nGerakan Rakyat Sabah akan membentuk kerajaan negeri baru!Ini selepas gabungan antara Perikatan Nasional, BN dan Parti Bersatu Sabah itu memenangi 38 daripada 73 kerusi yang ripertandingkan pada PRN Sabah untuk memperoleh majoriti.Ianya sekaligus menyaksikan WARISAN gagal pertahankan kerajaannya biarpun Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menang besar di DUN Senallang dengan majoriti lebih 4,600 undi.Dalam pada itu, GRS akan mengumumkan calon ketua menterinya hari ini sebelum upacara mengangkat sumpah jawatan.Sementara itu, Pengerusi BN serahkan kepada ADUN BN Sabah untuk menentukan calon Ketua Menterinya yang baru.Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berharap parti yang memenangi paling banyak kerusi pada PRN Sabah akan diberi mandat untuk memimpin kerajaan negeri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81971", "title": "Malaysia hanya bebas Covid-19 jika tiada kes baru dalam 28 hari.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia hanya bebas Covid-19 jika tiada kes baru dalam 28 hari.\nJun 12, 2020\n\nMalaysia hanya akan diisytiharkan bebas daripada Covid-19 jika tiada kes baru direkodkan dalam tempoh 28 hari.Ketua Pengarah Kesihatan berkata ia adalah penanda aras yang diguna pakai sebelum negara benar-benar bebas daripada wabak itu.Tambah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sebagai contoh, jika satu kluster itu hendak ditamatkan, ia memakan masa 28 hari pemantauan dan pengawasan iaitu dua kitaran inkubasi.Berita palsu Covid-19\u00a0lebih cepat tersebar daripada virus itu sendiri.\u00a0Penyebaran berita palsu mengenai Covid-19 dilihat lebih cepat tersebar berbanding penularan wabak itu sendiri.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengakui seluruh dunia kini bekerja keras mengatasi infodemik berhubung wabak tersebut.Setakat Rabu, sebanyak 266 kertas siasatan dibuka oleh PDRM dan SKMM berhubung berita palsu berkaitan Covid-19 dan 30 daripadanya telah didakwa di mahkamah.Bayaran haji akan dipulangkan semula dalam masa terdekat.Tabung Haji akan memulangkan semula semua bayaran haji yang sudah dimasukkan ke dalam akaun mengikut kadar penuh dalam masa terdekat.Penangguhan ibadah haji akibat Covid-19 yang diumumkan oleh kerajaan semalam melibatkan kira-kira 31,600 jemaah Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79246", "title": "Tahap pendidikan minimum yang diwajibkan di negara ini mungkin akan dinaikkan kepada tingkatan 5.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTahap pendidikan minimum yang diwajibkan di negara ini mungkin akan dinaikkan kepada tingkatan 5.\nJan 28, 2019\n\nKerajaan akan kaji semula Akta Pendidikan untuk wajibkan murid lengkapkan persekolahan dari darjah satu hingga tamat SPM.Menurut Kementerian Pendidikan, jika akta mengenainya diluluskan, ibu bapa dan penjaga yang gagal pastikan anak-anak bersekolah boleh dikenakan denda dan penjara.Ketika ini, Akta Pendidikan hanya mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari darjah 1 sehingga darjah 6 sahaja.Kabinet akan buat pengumuman rasmi mengenai status projek ECRL minggu ini.Sehingga waktu itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berharap tiada berita tidak berasas dan spekulasi ditimbulkan.Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali baru-baru ini umum pembatalan projek terbabit, lebih awal daripada pengumuman rasmi yang dirancang dibuat kerajaan.Program Ziarah Cakna dilancarkan hari ini.Majlis pelancaran program Ziarah Cakna peringkat nasional oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik akan berlangsung hari ini di Kluang, Johor.Program itu adalah inisiatif kementerian dalam memperluaskan konsep sekolah penyayang di seluruh negara melalui aktiviti ziarah ke rumah pelajar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73200", "title": "Ibu bapa yang ada anak dijangkiti HFMD perlu diberikan cuti seminggu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nIbu bapa yang ada anak dijangkiti HFMD perlu diberikan cuti seminggu.\nAug 13, 2018\n\nIbu bapa yang ada anak dijangkiti HFMD perlu diberikan cuti seminggu.Ibu bapa bekerja yang mempunyai anak yang dijangkiti HFMD perlu diberi pelepasan cuti sekurang-kurangnya seminggu.Itu cadangan presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, Norsheila Abdullah bagi mengelakkan wabak itu terus menjangkiti kanak-kanak lain di premis asuhan.Dalam pada itu, Negeri Sembilan catat lebih 2,100 kes penyakit HFMD sehingga Sabtu lalu, peningkatan lebih 250 peratus kes berbanding tempoh sama tahun lepas.Kerajaan dalam usaha bawa pulang jet peribadi Jho LowKerajaan kini dalam usaha bawa pulang jet peribadi milik ahi perniagaan, Jho Low yang dikatakan dirampas pihak berkuasa Singapura tahun lalu.Foto: Berita HarianJet peribadi itu dilapor adalah sebahagian daripada aset bernilai 1 bilion dollar yang didakwa dibeli guna dana 1MDB yang diseleweng.Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sekali lagi tegaskan kapal Equanimity tidak akan dibuka kepada orang ramai sebagai pameran agar nilai dan keadaan kapal mewah itu terjaga.\u00a0Jelas beliau beberapa agensi termasuk PDRM turut terlibat dalam mengawal kapal mewah berharga 1 bilion ringgit itu.PAS Kelantan akan pastikan Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah, RUU 355 akan dibentangkan di Parlimen\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=119238", "title": "Dos Penggalak Penerima Vaksin Sinovac Bermula.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDos Penggalak Penerima Vaksin Sinovac Bermula.\nOct 22, 2021\n\n\nDos Penggalak Penerima Vaksin Sinovac Bermula\nPemberian dos penggalak untuk penerima vaksin COVID-19 jenis Sinovac bermula hari ini.\nMenurut Menteri Kesihatan, individu yang layak akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera.\nJelas Khairy Jamaluddin, buat permulaan ia diberi kepada individu berusia 60 tahun ke atas berdasarkan saranan WHO.\n\nTerus Memujuk\nPendekatan memujuk akan terus dilakukan ke atas kumpulan yang enggan terima vaksin COVID-19.\nNamun menurut Menteri Kesihatan, golongan itu dikategorikan sebagai kecil kerana hampir 95 peratus penduduk dewasa di Malaysia telah lengkap divaksin.\nKhairy Jamaluddin juga berkata Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini ambil pendekatan melarang kebebasan tertentu yang dinikmati individu yang lengkap divaksin kepada kumpulan antivaksin.\nKKM turut menggalakkan sekatan di peringkat sektor sebelum pendekatan lebih menyeluruh diambil termasuk daripada aspek undang-undang.\n\nKelantan Guna Dron\nKerajaan Kelantan kini guna dron bagi pantau dan banteras kegiatan pembalakan haram lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh.\nKerajaan negeri juga memaklumkan, kebiasaanya bermula Oktober, aktiviti pembalakan berlesen dihentikan sementara.\nMengulas persediaan banjir pula, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kelantan belum bersidang sepenuhnya.\nNamun laporan mesyuarat setakat ini memaklumkan semua sedang membuat persiapan rapi bagi hadapi musim tengkujuh.\nSementara itu, lebih 1,000 mangsa banjir kini berlindung di pusat pemindahan di Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80304", "title": "Pertabalan YDPA, majikan swasta wajib beri cuti", "body": "\n\u2190 Back to list\nPertabalan YDPA, majikan swasta wajib beri cuti\nJul 26, 2019\n\nPertabalan YDPA, majikan swasta wajib beri cutiFoto - Malay MailMajikan sektor swasta diingatkan supaya beri cuti umum kepada pekerja mereka sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Selasa ini.Namun majikan boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai cuti umum bergaji kepada para pekerja.Malah jelas Kementerian Sumber Manusia, pekerja juga boleh pilih tarikh tersebut atau gantikan cuti itu pada tarikh lain.-----Bayi lemas dalam baldi, pemilik taska direman 3 hariFoto - Kosmo!Pemilik taska di Seksyen 32, Shah Alam direman tiga hari susulan kematian bayi sembilan bulan dipercayai lemas di dalam baldi.Polis berkata, siasatan awal juga mendapati premis itu beroperasi tanpa lesen sejak Disember tahun lalu.Kerajaan negeri turut menyiasat sama ada taska berkenaan ada memohon lesen daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau sebaliknya.-----Nombor plet khas syarikat swasta dan korporatFoto - Astro AwaniJPJ bersetuju memberi kelonggaran kepada syarikat swasta dan korporat untuk memiliki nombor pendaftaran khas kenderaan.Bagi tujuan itu, pihaknya akan memberi nombor bermula 1 hingga 1,000 dengan bayaran 5 juta ringgit.Sebagai contoh katanya, sekiranya PETRONAS berminat, nombor pendaftaran akan bermula dengan PETRONAS diikuti nombor.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80983", "title": "Gangguan bekalan air di Lembah Klang masih belum pulih. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nGangguan bekalan air di Lembah Klang masih belum pulih. \nDec 23, 2019\n\nGangguan bekalan air di Lembah Klang masih belum pulih.Ini kerana Loji Rawatan Air Sungai Semenyih masih ditutup, ekoran pencemaran bau masih belum dapat dipulihkan.Buat masa ini, \u00a0Air Selangor akan salurkan bantuan bekalan kecemasan berterusan termasuklah 14 Pili Awam yang akan beroperasi 24 jam sehari di kawasan terlibat.Tempoh pendidikan larangan merokok di tempat makan beri impak positif.Tempoh pendidikan selama setahun bagi larangan merokok di tempat makan nampaknya membuahkan hasil yang baik.Ini kerana menurut Kementerian Kesihatan, hanya segelintir perokok sahaja yang masih ingkar dengan arahan tersebut.Bermula tahun depan, individu yang didapati bersalah merokok di tempat makan akan didenda hingga RM10,000 atau penjara 2 tahun.Manakala kedai makan atau restoran yang membenarkan perokok merokok di premis mereka akan didenda hingga RM2,500.KWSP mohon maaf atas insiden viral di JB.KWSP mohon maaf kepada keluarga seorang pencarumnya berhubung pengalaman perkhidmatan kurang menyenangkan di JB, baru-baru ini.Pihaknya ambil berat aduan orang ramai mengenai perkara itu dan akan memperbaiki tahap perkhidmatannya.Dalam insiden viral itu, seorang pencarumnya yang sakit\u00a0terpaksa dibawa menaiki\u00a0ambulans ke pejabat berkenaan bagi pengesahan cap jari untuk mohon pengeluaran wang simpanan bagi tujuan rawatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72545", "title": "Sistem AWAS bakal dilaksana April ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nSistem AWAS bakal dilaksana April ini\nJan 26, 2017\n\nKerajaan bakal laksanakan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik atau dikenali sebagai Awas, April ini.\u00a0Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya, atau Kejara, turut dilaksanakan, sebagai langkah untuk kurangkan kes kemalangan jalan raya.Sebanyak 21 kamera Awas akan diletakkan di kawasan berisiko tinggi kemalangan, yang mampu mengesan pesalah jalan raya dalam masa yang singkat.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72432", "title": "Penternak terjejas H5N1 bakal terima saguhati", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenternak terjejas H5N1 bakal terima saguhati\nJun 10, 2017\n\nKira-kira seribu penternak yang terjejas wabak selesema burung H5N1 di Kelantan akan menerima saguhati RM413,000 sebelum Aidilfitri ini.Bayaran itu melibatkan pemusnahan hampir 55,500 ekor unggas dan lebih 17,500 biji telur.Jabatan Perkhidmatan Veterinar berkata, bayaran akan dibuat secara pemindahan ke akaun bank atau tunai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=125596", "title": "4 PPV Mega Dibuka Mulai Esok.", "body": "\n\u2190 Back to list\n4 PPV Mega Dibuka Mulai Esok.\nJan 14, 2022\n\n\n4 PPV Mega Dibuka Mulai Esok.\n4 PPV Mega akan dibuka mulai esok bagi pemberian dos penggalak vaksin Covid-19.\nIa termasuklah WTCKL yang akan memberikan kira-kira 9,000 dos vaksin Astrazeneca setiap hari.\nJanji temu vaksinasi akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera atau SMS.\nBuat masa ini, \u2018walk in\u2019 tidak dibenarkan.\n\u00a0\nPerbuatan memalsukan sijil vaksinasi Covid-19 tidak boleh dimaafkan.\nTegas Menteri Pertahanan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan tersebut.\nIni kerana ia akan memudaratkan dan mendedahkan orang ramai kepada jangkitan COVID-19.\nSusulan itu, pihak berkuasa diminta terus jalankan siasatan terperinci bagi membanteras sindiket penipuan sijil vaksin.\n\u00a0\nPolis tahan sepasang suami isteri beli sijil vaksin palsu.\nSepasang suami isteri yang juga penjawat awam di Melaka ditahan kerana miliki sijil vaksinasi palsu dalam aplikasi MySejahtera.\nMenurut polis, mereka gunakan sijil palsu itu untuk mendapatkan bonus tahunan.\nTurut ditahan seorang lelaki yang bekerja di jabatan sama dipercayai orang tengah kepada kegiatan itu.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73258", "title": "Murid tingkatan 2 sebuah sekolah berasrama penuh di Kepala Batas, Pulau Pinang dilapor dipukul oleh murid senior.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMurid tingkatan 2 sebuah sekolah berasrama penuh di Kepala Batas, Pulau Pinang dilapor dipukul oleh murid senior.\nJan 23, 2018\n\n3 murid tingkatan 2 sebuah sekolah berasrama penuh di Kepala Batas, Pulau Pinang diberitakan cedera akibat dipukul 15 murid senior, Sabtu lalu.Kejadian dilapor berpunca daripada salah faham sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan ejek mengejek.Setakat ini hanya seorang mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kes tersebut selepas mendapatkan rawatan di klinik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71682", "title": "Fasha dan Jejai Bercerai Talak Satu", "body": "\n\u2190 Back to list\nFasha dan Jejai Bercerai Talak Satu\nJan 20, 2016\n\nJejai melafazkan talak tersebut di hadapan Hakim Syarie di Mahkamah Tinggi Syariah, KL tadi.Menurut Fasha, dia sudah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinannya dan redha dengan perceraian itu.Pasangan itu bernikah pada April 2012 dan dikurniakan 2 cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72621", "title": "Reman Pasangan Kekasih Kes Dera 2 Anak Dilanjut", "body": "\n\u2190 Back to list\nReman Pasangan Kekasih Kes Dera 2 Anak Dilanjut\nNov 30, 2016\n\nTahanan reman seorang wanita dan teman lelakinya yang merupakan suspek utama kes dera 2 anaknya di Sungai Petani, Kedah dilanjutkan seminggu lagi.Seorang anaknya yang berusia 2 tahun ditemui mati dalam tong ikan, manakala seorang lagi anaknya yang berusia 4 tahun dirawat di hospital akibat kecederaan parah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72167", "title": "Wisma Putra mohon maaf kepada Indonesia", "body": "\n\u2190 Back to list\nWisma Putra mohon maaf kepada Indonesia\nAug 21, 2017\n\nWisma Putra mohon maaf kepada Indonesia bagi pihak Kerajaan Malaysia berhubung isu cetakan terbalik bendera negara itu.Kesilapan yang tidak disengajakan itu dikesan berlaku dalam buku cenderahati perasmian Sukan SEA KL.Dalam pada itu TPM Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tegaskan insiden tersebut juga adalah tidak disengajakan, dan tidak berniat buruk.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71730", "title": "Hanya Lori Jenis Paka Dibenarkan Angkut Bauksit. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nHanya Lori Jenis Paka Dibenarkan Angkut Bauksit. \nFeb 14, 2016\n\nKementerian Pengangkutan tetapkan hanya lori jenis paka dibenarkan angkut bauksit.\u00a0Ia akan dilaksanakan selepas tempoh moratorium perlombongan bahan mineral itu berakhir April nanti.\u00a0Jelas menterinya lagi, lori berkenaan hanya dibenarkan melalui laluan tertentu ke stor penyimpanan.Langkah ini adalah bagi memastikan pelabuhan serta jalan di sekitarnya tidak tercemar dengan bauksit seperti yang berlaku sebelum ini.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80274", "title": "Akuan bersumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah palsu!", "body": "\n\u2190 Back to list\nAkuan bersumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah palsu!\nJul 19, 2019\n\nAkuan bersumpah oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi viral baru-baru ini, adalah palsu!Pengarah Komunikasi PKR berkata suruhanjaya sumpah yang didakwa tandatangani akuan itu juga sahkan dokumen itu palsu.Fahmi Fadzil beritahu The Star, dia percaya ia dilakukan oleh pihak yang mahu ambil kesempatan terhadap situasi politik parti itu ketika ini.Dalam dokumen yang tersebar itu, Datuk Seri Anwar kononnya bersumpah miliki sokongan dua pertiga ahli Parlimen untuk jadi Perdana Menteri.Sementara itu, 6 pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR tandatangani petisyen, nyatakan sokongan terhadap Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pengerusi MPN Kedah berkata mereka menyokong usaha Anwar dalam menyelesaikan masalah parti.Beberapa kawasan di KL dan Selangor dijangka alami gangguan bekalan air hari ini.Air Selangor berkata ia ekoran henti tugas di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 akibat pencemaran bau di Sungai Selangor.Polis tahan 4 remaja dalam video viral pijak al-Quran di Kelantan.4 remaja perempuan di Kelantan ditahan, selepas video salah seorang daripada mereka pijak kitab menyerupai al-Quran, menjadi viral.Polis masih menyiasat sama ada remaja dalam video itu dipaksa untuk berbuat demikian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81756", "title": "Pembayaran sekaligus BPN 15 Mei ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nPembayaran sekaligus BPN 15 Mei ini\nMay 09, 2020\n\nPembayaran sekaligus BPN 15 Mei iniFoto - PrihatinLebih 2.3 juta permohonan baharu dan juga rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diluluskan berjumlah RM1.7 bilion.Menurut Menteri Kewangan, jumlah itu adalah permohonan baru dan rayuan BPN yang dibuka dari 1 hingga 30 April lalu bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan.Bagi mereka yang layak, pembayaran BPN akan dibuat secara sekali gus mulai 15 Mei 2020 dengan status permohonan baru dan rayuan BPN boleh disemak mulai 9 Mei 2020.-----KWSP luluskan i-Lestari RM1.66 jutaFoto - KWSPKWSP telah meluluskan pengeluaran Akaun 2 kepada 3.5 juta pencarum berjumlah RM1.66 bilion sejak pengeluaran i-Lestari dilancarkan April lalu.Kementerian Kewangan berkata, amaun yang dipohon bagi pengeluaran i-Lestari dikreditkan ke akaun masing-masing secara pindahan dana elektronik bermula dari 4 hingga 18 Mei.Menerusi i-Lestari KWSP, pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan akan datang daripada Akaun 2 masing-masing.-----Hanya urusan melalui temujanji di JPNFoto - Jabatan Pendaftaran NegaraJabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya menjalankan operasi di semua pejabatnya di seluruh negara secara temujanji bagi membolehkan pelanggan menyelesaikan urusan dokumen diri yang tertangguh.JPN dalam kenyataan berkata, semua urusan yang dilakukan secara temujanji itu bermula 4 Mei lalu, iaitu setiap hari bekerja mulai 8.30 pagi hingga 4.00 petang.Operasi sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) itu bagaimanapun dikecualikan di cawangan Pusat Transformasi (UTC) dan pejabat JPN di kawasan PKPD yang ditutup.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73224", "title": "Para guru diingatkan untuk patuhi pekelililng ketika mengenakan tindakan disiplin terhadap murid.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPara guru diingatkan untuk patuhi pekelililng ketika mengenakan tindakan disiplin terhadap murid.\nDec 22, 2017\n\nKementerian Pendidikan (KPM) mengingatkan para guru untuk mematuhi pekelililng ketika mengenakan tindakan disiplin terhadap murid.Antara hukuman yang dibenarkan adalah kelas tahanan dan larangan menjalani aktiviti digemari pelajar terlibat seperti bersukan.Hukuman rotan pula adalah tindakan paling keras yang boleh diambil oleh guru ketika menghukum pelajar lelaki manakala pelajar perempuan pula hanya diberi teguran.Dalam perkembangan berkaitan, KPM akan mengadakan pertemuan dengan keluarga seorang murid yang ditampar oleh seorang guru di Nilai, Negeri Sembilan.Pertemuan itu bagi mencari jalan penyelesaian cara damai atas perselisihan faham di antara keluarga murid dan guru tersebut.Guru berkenaan dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini namun kemudian dilepas tanpa dibebaskan selepas Peguam Negara mengarahkan pertuduhan ditarik balik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80296", "title": "Elaun pelajar praktikal sektor kerajaan akan diperkenalkan semula.", "body": "\n\u2190 Back to list\nElaun pelajar praktikal sektor kerajaan akan diperkenalkan semula.\nJul 25, 2019\n\nKabinet setuju perkenal semula elaun untuk pelatih atau pelajar praktikal sektor kerajaan.Menurut Menteri Belia dan Sukan, skim pembayarannya akan dinilai mengikut beberapa kriteria yang bakal ditetapkan nanti.Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini memaklumkan, elaun tersebut wajar diperkenalkan semula sebab bukan semua mahasiswa atau pelajar berkemampuan.Malaysia jadi negara pertama perkenal Pengiktirafan Premis Penginapan Pelancongan Mesra Muslim!Ia sebagai langkah kerajaan untuk menarik pelancong Islam serata dunia yang dijangka mencecah 230 juta orang menjelang 2026.Antara syarat pengiktirafan ialah hotel perlu sediakan makanan dan minuman halal, arah kiblat dan jadual khas untuk wanita muslim guna kolam dan gimnasium.Gula-gula Ghost Smoke tetap diharamkan walaupun ia tiada kandungan bahaya!Jelas Kementerian Kesihatan, ini kerana ia meniru aksi merokok dan boleh menggalakkan kanak-kanak untuk melakukan tabiat negatif itu.Malah katanya produk itu turut dirampas kerana melanggar peraturan label.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73088", "title": "Kira-kira 300,000 kes muflis dilaporkan sepanjang tahun lalu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKira-kira 300,000 kes muflis dilaporkan sepanjang tahun lalu.\nMar 26, 2018\n\nKira-kira 300,000 kes muflis dilaporkan sepanjang tahun lalu, naik 11 ribu kes berbanding tahun sebelumnya.Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, 3 punca utama individu diisytihar muflis ialah kegagalan membayar pinjaman kereta, peribadi dan perumahan.Sementara itu, anggapan tiada jalan keluar selepas diisytihar muflis adalah tidak benar.Ini kerana katanya, jika pembayaran dibuat mengikut pelan pembayaran, individu tersebut akan keluar daripada zon merah dalam tempoh 3 tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79798", "title": "Sebahagian penduduk Lembah Klang dijangka dapat bekalan air semula seawal hari ini!", "body": "\n\u2190 Back to list\nSebahagian penduduk Lembah Klang dijangka dapat bekalan air semula seawal hari ini!\nApr 25, 2019\n\nKerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawaran Air Sungai Selangor Fasa 2 selesai!Loji itu sudah diaktifkan dan sebahagian pengguna yang terjejas gangguan bekalan air di Lembah Klang ketika ini dijangka dapat semula bekalan dalam tempoh 24 jam.Dalam pada itu, notis awal berkenaaan gangguan bekalan air berkenaan sangat membantu.Menurut tinjauan, ramai pengguna sempat melakukan persiapan awal iaitu menyimpan bekalan air.Namun majoriti penduduk berharap bekalan air dapat dipulihkan lebih awal berbanding yang dijadualkan.Kuota pelajar Matrikulasi kekal.Kabinet memutuskan kuota pelajar Matrikulasi kekal iaitu 90 peratus untuk Bumiputera dan 10 peratus untuk bukan Bumiputera.Namun bilangan kemasukan pelajar tahun ini dinaikkan kepada 40,000 orang berbanding 25,000 orang pada tahun lepas.Ia bagi memastikan lebih ramai pelajar cemerlang dapat melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.Seorang lagi ditahan berkaitan kes pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang, Johor.Lelaki warga Singapura itu dilapor pengarah sebuah syarikat yang dipercayai telah buang sisa kimia di Sungai Kim Kim hingga mengakibatkan pencemaran teruk.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72798", "title": "Bakal jemaah haji diminta elak cuaca panas untuk elak strok haba", "body": "\n\u2190 Back to list\nBakal jemaah haji diminta elak cuaca panas untuk elak strok haba\nJul 23, 2016\n\nBakal jemaah haji diingatkan agar tidak terlalu terdedah kepada cuaca panas semasa tunai ibadah itu nanti, untuk elak strok haba.Menurut TH, suhu semasa musim haji di Tanah Suci tahun ini boleh mencecah sehingga 50 darjah Celcius.Selain itu, jemaah turut diminta agar tidak terikut-ikut atau terlibat dengan demonstrasi dan sentiasa fokus kepada ibadah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80630", "title": "Soalan Bahasa Inggeris PT3 tidak bocor!", "body": "\n\u2190 Back to list\nSoalan Bahasa Inggeris PT3 tidak bocor!\nOct 02, 2019\n\nSoalan Bahasa Inggeris PT3 tidak bocor!Justeru tegas Kementerian Pendidikan, viral mengatakan peperiksaan untuk kertas itu akan diulang Khamis minggu depan juga adalah tidak benar.Lebih 400,000 murid di seluruh negara kini duduki peperiksaan PT3 yang bermula semalam, yang dimulakan dengan dengan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2.Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menyamar sebagai pelajar perubatan di Hospital Kemaman.Menurut polis, suspek yang juga\u00a0penganggur disyaki memalsukan surat dan tandatangan yang dimuat turun daripada laman sesawang\u00a0sebuah universiti.Malah suspek juga telah membuat penyamaran sebanyak 2 kali termasuk Februari lepas di hospital yang sama.Rakyat Malaysia di Jakarta diminta berwaspada.Rakyat Malaysia di Jakarta diminta elak berada di kawasan-kawasan yang terlibat dalam demonstrasi mega termasuk Parlimen.Wisma Putra beri nasihat itu ekoran tunjuk perasaan mahasiswa terhadap sejumlah undang-undang baru, antaranya berkaitan zina dan perkahwinan sejenis.Sementara itu, Parlimen Indonesia catat sejarah apabila buat pertama kalinya ia lantik wanita sebagai Speaker.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81405", "title": "Lagi kakitangan kesihatan positif COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nLagi kakitangan kesihatan positif COVID-19\nMar 23, 2020\n\nFoto : Astro AwaniKementerian Kesihatan sahkan beberapa kakitangan Hospital Teluk Intan, Perak positif COVID-19.Namun, langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil segera serta pemantauan rapi dilaksanakan berterusan.Orang ramai pula diminta tidak menularkan berita tidak sahih kerana ia boleh cetus kebimbangan.Foto : Astro AwaniDalam pada itu, KKM mengkategorikan kawasan atau daerah yang mempunyai lebih 40 kes COVID-19 sebagai zon merah.Setakat ini 6 kawasan dikategorikan sebagai zon merah iaitu Petaling Jaya, Lembah Pantai, Hulu Langat, Johor Bahru, Seremban dan Titiwangsa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73423", "title": "Majlis Peperiksaan Malaysia perkenalkan ujian online 'Prospek Kerjaya'", "body": "\n\u2190 Back to list\nMajlis Peperiksaan Malaysia perkenalkan ujian online 'Prospek Kerjaya'\nMar 17, 2018\n\nMajlis Peperiksaan Malaysia perkenalkan ujian online yang dikenali sebagai 'Prospect Kerjaya'.Ia bagi membantu lepasan sekolah memilih bidang pengajian dan kerjaya yang betul.Ia akan melihat kecenderungan individu dan dipadankan dengan bidang pengajian dan pilihan kerjaya yang sesuai.Katanya, ujian secara atas talian itu boleh dibuat pada bila-bila masa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=103260", "title": "Jangan sumbang makanan terus kepada gelandangan", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan sumbang makanan terus kepada gelandangan\nApr 10, 2021\n\nJangan sumbang makanan terus kepada gelandangan\n\nFoto - Eh!\nNGO atau mana-mana individu dilarang mengagihkan sumbangan makanan kepada gelandangan secara terus di sekitar pusat bandar raya sepanjang Ramadan.\nDBKL memaklumkan, kawal selia itu dilaksanakan bertujuan mengelak berlaku pembaziran dan kekotoran, selain mengekang penularan wabak COVID-19.\nPengagihan makanan bagaimanapun masih boleh diteruskan melalui dua pusat gelandangan di Jalan Pahang dan Medan Tunku serta satu pusat komuniti di Chow Kit.\n-----\nAwas anggota polis!\n\nFoto - PDRM\nBukit Aman beri amaran kepada anggota polis yang menyalahgunakan kuasa dalam meluluskan pergerakan merentas negeri kepada mana-mana pihak.\nPihaknya akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit jika didapati melakukan kesalahan termasuk memalsukan tandatangan ketua balai.\nRabu lalu, tular di laman sosial apabila seorang wanita memuat naik borang rentas negeri kosong yang telah ditandatangani dan dicop oleh Ketua Balai Polis Chukai.\n-----\nPenganjur sukan permotoran dikompaun RM20,000\n\nFoto - BH\nPenganjur sukan permotoran dikompaun RM20,000 selepas dipercayai melanggar SOP penjarakan fizikal pengunjung program diadakannya di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.\nKetua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abdul Rahman, berkata program berkenaan dijalankan di litar berkenaan dengan permit yang dibenarkan sehingga jam 12 tengah malam.\nPenganjur program itu awal hari ini mengesahkan foto kompaun yang juga tular melalui media sosial, susulan kegagalan mereka melaksanakan berkenaan dalam ketetapan norma baharu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80825", "title": "Tarif air dijangka naik tahun depan. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTarif air dijangka naik tahun depan. \nNov 14, 2019\n\nTarif air dijangka naik apabila Mekanisme Penetapan Tarif Air, TSM yang baru dilaksanakan tahun depan.Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berkata kenaikan itu bergantung kepada penggunaan air bagi setiap isi rumah.Pelarasan tarif yang dicadangkan katanya adalah minimum iaitu melibatkan kenaikan antara 7 hingga 70 sen bagi setiap 1,000\u00a0liter.Seorang penuntut ditahan susulan isu tajuk kontroversi pertandingan\u00a0debat.Seorang penuntut universiti awam ditahan susulan tajuk kontroversi pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak 2019, bulan lalu.Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan berkata penuntut yang berperanan sebagai ketua hakim pertandingan itu ditahan untuk siasatan lanjut.Tajuk debat itu menimbulkan kontroversi kerana menyentuh sensitiviti agama Islam.Kira kira 12,000 remaja di Selangor tidak dapat meneruskan pelajaran di peringkat sekolah.Menteri Besar berkata lebih 11,000 daripadanya melibatkan pelajar sekolah menengah dan selebihnya murid sekolah rendah.\u00a0Antara sebabnya termasuklah tidak minat belajar, terpaksa bekerja untuk sara hidup, masalah keluarga dan sudah berkahwin.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72160", "title": "Hanya penduduk menetap di Arab Saudi dibenar menikah di Tanah Suci", "body": "\n\u2190 Back to list\nHanya penduduk menetap di Arab Saudi dibenar menikah di Tanah Suci\nSep 08, 2017\n\nPerkahwinan rakyat Malaysia di Arab Saudi adalah dilarang kerana ia melanggar undang-undang negara tersebut.Jelas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, ini kerana hanya rakyat asing yang menetap di Arab Saudi dibenarkan bernikah di negara itu.Kementerian memberi teguran berkenaan ekoran perkahwinan di Arab Saudi yang kini menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80089", "title": "Serbu Rumah Keluarga Haziq Abdullah Di Sarawak Mengikut SOP ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSerbu Rumah Keluarga Haziq Abdullah Di Sarawak Mengikut SOP \nJun 15, 2019\n\nPolis nafi dakwaan anggotanya ceroboh kediaman keluarga Haziq Abdullah Abdul Aziz di Kuching, semalam.Tegasnya, pemeriksaan yang dijalankan di rumah berkenaan mengikut SOP ditetapkan. \u00a0Sementara itu, Haziq ditahan di KLIA petang semalam sebelum berlepas ke Manila.Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Industri Utama itu disiasat di bawah empat tuduhan, selepas mengaku terbabit dalam video intim yang tersebar di media sosial. \u00a0Kerajaan Siasat Produk Minuman Keluaran Malaysia\u00a0Kerajaan sedang jalankan siasatan lanjut berhubung produk air minuman keluaran syarikat Malaysia ditarik dari pasaran Singapura.Singapura berbuat demikian kerana kandungan air minuman itu dipercayai mengandungi bakteria yang boleh mengugat kesihatan.\u00a0Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan produk terbabit hanya dipasarkan ke Singapura dan tidak dijual di pasaran tempatan.7 Orang Asli Kuala Koh Dimasukkan Ke Hospital\u00a07 Orang Asli yang berasal dari Kuala Koh, Gua Musang, dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu kerana mengalami gejala batuk dan sesak nafas.Sejak Mei lalu, 14 Orang Asli daripada kawasan sama meninggal dunia akibat jangkitan wabak misteri yang melanda perkampungan mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=100703", "title": "Skim Perlindungan Pampasan Penerima Vaksin Covid-19 Diputuskan Esok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSkim Perlindungan Pampasan Penerima Vaksin Covid-19 Diputuskan Esok.\nMar 11, 2021\n\nPelaksanaan Skim Perlindungan Pampasan kepada penerima vaksin COVID-19 yang alami kesan sampingan serius akan diputuskan esok.\nNamun menurut Kementerian Kesihatan, setakat ini tiada laporan mengenai kesan sampingan teruk diterima yang menyebabkan penerima vaksin perlu mendapatkan rawatan.\n\nSementara itu, lebih 220,000 penduduk di Malaysia sudah terima vaksin Covid-19.\nSarawak mencatatkan penerima terbanyak dengan lebih 28,000 orang diikuti Selangor dan KL\n\u00a0\nRancang pengeluaran i-Sinar sebaiknya.\nAhli KWSP tidak perlu tergesa-gesa membuat permohonan pengeluaran di bawah kemudahan i-Sinar.\n\nIni kerana tempoh diberi ialah sehingga 30 Jun 2021 jadi rancanglah dengan teliti pengeluaran anda.\n\u00a0\nBeberapa kawasan di Kedah dan Perak catat gelombang haba tahap berjaga-jaga.\n6 kawasan di Perak dan Kedah merekodkan gelombang haba pada tahap berjaga-jaga.\nJabatan Meteorologi berkata suhu harian diramal cecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya untuk 3 hari berturut-turut.\n\nKawasan terbabit ialah Baling dan Kuala Muda di Kedah dan Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak di Perak.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72903", "title": "Malaysia Saran Rondaan Bersama Banteras Lanun dan Culik", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Saran Rondaan Bersama Banteras Lanun dan Culik\nApr 17, 2016\n\nIa susulan 3 kes culik dipercayai dilakukan militan Abu Sayyaf terhadap anak kapal sejak 1 April lalu, yang terbaru adalah pada Jumaat lalu.Dalam kejadian itu, 4 kru kapal warga Indonesia diculik, manakala seorang cedera ditembak militan Abu Sayyaf di perairan antarabangsa antara Indonesia-Filipina.Sementara itu, perintah berkurung di perairan 7 daerah di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) dilanjutkan sehingga 3 Mei.\u00a0*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70994", "title": "Kerajaan Faham", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Faham\nOct 04, 2020\n\nKerajaan Memahami KerisauanPerdana Menteri memberi jaminan kerajaan akan terus komited mengawal dan mengurus penularan pandemik COVID-19.Tan Sri Muhyiddin Yassin juga meminta rakyat bertenang dalam menghadapi situasi penularan virus itu ketika ini.Beliau turut memaklumkan, kebanyakan kes melibatkan tahanan dalam penjara, kawasan PKPD dan daripada kluster-kluster yang telah pun dikenal pasti dan terkawal.Sementara itu Menteri Kanan Keselamatan memberitahu, PKP fasa awal tidak akan dilaksanakan semula, begitu juga larangan rentas negeri.Jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ini kerana kes baru COVID-19 yang direkodkan ketika ini masih terkawal.Belum Ada RancanganBelum ada perancangan tutup sekolah di seluruh negara, walaupun kes baru COVID-19 meningkat kebelakangan ini.Jelas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penutupan sekolah setakat ini hanya melibatkan sekolah yang mencatatkan kes positif.Sehubungan itu, persekolahan boleh diteruskan tetapi mesti berlangsung dengan penuh hati-hati dan mematuhi SOP yang ditetapkan.317 kes COVID-19 dicatatkan di seluruh negara semalam yang juga kes harian tertinggi direkodkan sejak wabak itu mula dikesan di negara ini pada awal Februari lalu.Satu kematian akibat virus itu turut dilaporkan di Tawau, Sabah, manakala kes aktif ketika ini pula kira-kira 1,700 dengan 29 daripadanya dirawat di ICU.3 kluster baru juga dikesan iaitu 2 di Kedah dan 1 di Selangor.KPT Mohon MaafMenteri Pengajian Tinggi mohon maaf atas segala kesulitan yang timbul ekoran pembatalan kemasukan fizikal penuntut di universiti dan IPT baru-baru ini.Jelas Datuk Dr. Noraini Ahmad, keputusan dibuat IPT ekoran peningkatan kes COVID-19 di luar jangkaan dan setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).Beliau turut memberitahu, mahasiswa yang sudah tiba di kampus untuk menunggu arahan selanjutnya, manakala yang belum tiba diminta tangguhkan dulu pergerakan.\u00a0*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72806", "title": "Tukang Masak Ditahan Dipercayai Dera Anak Hingga Maut", "body": "\n\u2190 Back to list\nTukang Masak Ditahan Dipercayai Dera Anak Hingga Maut\nMar 15, 2016\n\nIa terbongkar selepas mangsa yang berusia 7 tahun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.Hasil pemeriksaan petugas hospital dapati terdapat kesan lebam dan cucuhan rokok pada badan mangsa.Suspek sebelum itu mendakwa anaknya itu terjatuh di tandas sebelum pengsan dan alami sawan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70956", "title": "Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah esok", "body": "\n\u2190 Back to list\nHajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah esok\nSep 28, 2020\n\nHajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah esokFoto - Jabatan PeneranganPengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor mendakwa beliau sudah menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu daripada pihak Istana Negeri.Hajiji berkata, pencalonannya sebagai Ketua Menteri disokong semua wakil rakyat PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bekerjasama di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).GRS menewaskan Warisan Plus pada Pilihan Raya Negeri, Sabtu lalu dengan memperoleh 38 kerusi DUN daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.-----Rawatan intervensi YDPA berlangsung dengan jayanyaFoto - Harian MetroYang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah yang mengalami keracunan makanan dan intervensi dinasihat jalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).Istana Negara dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, rawatan intervensi Al-Sultan Abdullah berlangsung dengan jayanya dan Seri Paduka kini dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkanMenurut kenyataan itu lagi, Al-Sultan Abdullah dijadual berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat.-----KKM lanjut enam bulan lagi kontrak lebih 2 ribu pegawaiFoto - Yahoo NewsKontrak seramai 2,070 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) disambung selama enam bulan lagi.\u00a0Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, penyambungan kontrak itu yang bernilai RM81 juta akan ditampung menerusi Kumpulan Wang COVID-19 (Tabung COVID-19)Tambahnya, penyambungan kontrak itu adalah manifestasi keprihatinan kerajaan bagi membolehkan pegawai meneruskan penyampaian perkhidmatan di fasiliti kesihatan di bawah KKM.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72691", "title": "Tiga sekeluarga dekat Durian Tunggal, Melaka dikuarantin", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiga sekeluarga dekat Durian Tunggal, Melaka dikuarantin\nSep 03, 2016\n\nTiga sekeluarga dekat Durian Tunggal, Melaka dikuarantin di rumah mereka kerana disyaki dijangkiri virus Zika.Menurut NST, kesemua mereka baru pulang dari Singapura, Selasa lalu namun tidak menunjukkan tanda-tanda dijangkiti Zika.Ujian darah juga menunjukkan keputusan negatif dan pihak berkuasa kesihatan sedang menanti keputusan ujian air kencing untuk pengesahan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72323", "title": "3 juta pendahuluan untuk The Red Warriors", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 juta pendahuluan untuk The Red Warriors\nJan 06, 2017\n\nBekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa setuju jadi penaja utama skuad The Red Warriors.Dalam satu sidang media pagi tadi, Tan Sri Annuar juga setuju beri pendahuluan 3 juta ringgit kepada KAFA untuk meneruskan aksi dalam Liga Super.Pengumuman itu sekaligus mengakhiri segala spekulasi mengenai masa depan skuad Kelantan dalam Liga Malaysia, musim ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73135", "title": "Tiada kes baru babitkan sejenis kopi segera di Pulau Pinang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada kes baru babitkan sejenis kopi segera di Pulau Pinang.\nFeb 02, 2018\n\nTiada kes baru babitkan sejenis kopi segera yang disyaki menyebabkan 5 individu jatuh sakit di Pulau Pinang, baru-baru ini.Jabatan kesihatan negeri juga memaklumkan, 2 individu yang dirawat di hospital berkaitan kes tersebut sudah dibenarkan pulang.Pihaknya turut minta orang ramai berhenti sebar berita palsu mengenai kes tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81081", "title": " Kerajaan Tak Jadi Jual Lebuhraya PLUS ", "body": "\n\u2190 Back to list\n Kerajaan Tak Jadi Jual Lebuhraya PLUS \nJan 16, 2020\n\nKerajaan ambil keputusan untuk tidak menjual Projek Lebuhraya Utara Selatan.Menurut Perdana Menteri, tempoh konsesi tol itu akan disambung selama 20 tahun dengan kadar diskaun tol ditetapkan sebanyak 18 peratus bermula tahun ini.Khazanah dan KWSP dikekalkan\u00a0sebagai pemegang kepentingan terbesar PLUS.Bukit Aman Datang SPRM Putrajaya\u00a0Sepuluh pegawai polis dari Bukit Aman hadir ke SPRM Putrajaya untuk rakam keterangan Ketua Pesuruhjaya, Latheefa Koya.Ini selepas, SPRM dedahkan rakaman audio sekurang-kurangnya 19 individu berprofil tinggi dipercayai terlibat dengan kes jenayah peringkat tertinggi.Semua rakaman percakapan yang didedahkan itu dipercayai berlaku pada 2016.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71557", "title": "Arul Kanda tidak akan berdebat dengan Rafizi Ramli ", "body": "\n\u2190 Back to list\nArul Kanda tidak akan berdebat dengan Rafizi Ramli \nNov 05, 2015\n\nPresiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda tidak akan berdebat dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli .Beliau jelaskan, ia bagi menghormati integriti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Parlimen.Namun, beliau akan menjawab 10 soalan yang dikemukakan wakil asal Pakatan Harapan, Tony Pua mengenai isu 1MDB.Terdahulu, Pakatan Harapan umumkan Rafizi akan gantikan Tony Pua dalam debat tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79811", "title": "Wartawan Bakal Ditawarkan Biasiswa Pendidikan", "body": "\n\u2190 Back to list\nWartawan Bakal Ditawarkan Biasiswa Pendidikan\nApr 27, 2019\n\nKementerian Pendidikan bercadang menyediakan biasiswa khas kepada wartawan negara ini melanjutkan pengajian peringkat tertinggi di IPT awam.Jelasnya, \u00a0pemberian biasiswa ini sebagai menghargai sumbangan dan peranan wartawan dalam membentuk Malaysia baru.Perincian\u00a0mengenai biasiswa itu akan diumumkan dalam masa terdekat.\u00a0Syarat Pinjaman Perumahan Akan DilonggarkanKerajaan bersama Bank Negara Malaysia sedang berusaha melonggarkan syarat pinjaman perumahan tanpa menjejaskan kestabilan sistem kewangan.Katanya, tindakan bakal diambil sekiranya pinjaman perumahan pembeli ditolak\u00a0tanpa alasan kukuh.Pengguna LPT2 Elak Dikesan Kamera AWASJPJ Terengganu kesan taktik segelintir pemandu menutup atau membuang angka pada plat pendaftaran kenderaan agar tidak dikesan menerusi kamera AWAS.Jelasnya, mereka bertindak demikian bertujuan mengelirukan pihak penguatkuasa.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73460", "title": "Peratusan sebenar keluar mengundi pada PRU14 Rabu lalu adalah 82.32 peratus", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeratusan sebenar keluar mengundi pada PRU14 Rabu lalu adalah 82.32 peratus\nMay 12, 2018\n\nSPR dedahkan, jumlah sebenar peratusan keluar mengundi pada PRU14 Rabu lalu adalah 82.32 peratus.Jumlah itu melibatkan hampir 12.3 juta daripada lebih 14 juta jumlah pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRU kali ini.Angka itu sekaligus menyaksikan Malaysia mencatatkan jumlah pengundi tertinggi dalam sejarah sejak PRU diadakan pada 1955.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80246", "title": "10 sekolah di Johor dikesan perlukan pemantauan rapi ekoran kes pencemaran.", "body": "\n\u2190 Back to list\n10 sekolah di Johor dikesan perlukan pemantauan rapi ekoran kes pencemaran.\nJul 14, 2019\n\nKerajaan Johor sudah kenal pasti 10 sekolah berisiko yang perlukan pemantauan lebih rapi serta pemasanagan alat pengesan gas secara tetap.Semua sekolah itu dikesan sebagai berisiko kerana bacaan udara yang diambil berubah-ubah dan tidak kekal pada paras sifar.Polis tahan individu disyaki terlibat dalam penyebaran video intim songsang.Polis tahan beberapa individu disyaki terlibat dalam pembikinan dan penyebaran video intim songsang yang dikaitkan dengan seorang menteri baru-baru ini.Ketua Polis Negara berkata hasil siasatan mendapati wujud satu bentuk konspirasi untuk menyebarkan video berkenaan di laman sosial.Pihaknya tegaskan, tindakan akan tetap diambil tidak kira dalangnya adalah ahli parti politik, NGO atau individu berkepentingan.Seorang bapa ditahan kerana perkosa anak kandungnya di Kuala Terengganu.Polis tahan seorang lelaki kerana memperkosa anak kandungnya berusia 16 tahun hingga hamil 7 minggu di Kuala Terengganu.Suspek dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu sejak mangsa berusia 12 tahun iaitu selepas setahun isterinya meninggal dunia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81658", "title": "Tiga Hari Diberi Untuk Rentas Negeri", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiga Hari Diberi Untuk Rentas Negeri\nApr 25, 2020\n\nTiga Hari Diberi Untuk Rentas NegeriFoto - MyNewsHubOrang ramai diberi masa tiga hari antara 1 hingga 3 Mei ini untuk melakukan pergerakan antara negeri bagi tujuan yang dibenarkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.Menurut Bukit Aman, mereka yang layak boleh mengemukakan permohonan untuk membuat pergerakan antara negeri mulai 26 April melalui aplikasi Gerak Malaysia.Kerajaan terdahulu umumkan, rakyat yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis.-----Malaysia Kekal Sifar Malaria Sejak 2018Foto - The Sun DailyMalaysia berjaya kekalkan status sifar malaria manusia jangkitan tempatan sejak 2018 dan ia perlu diteruskan untuk tiga tahun berturut-turut bagi mendapatkan Pensijilan Eliminasi Malaria manusia jangkitan tempatan daripada WHO.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, status berkenaan berjaya dikekalkan sepanjang 2019 dan terkini setakat tempoh Januari hingga 18 April 2020.Namun katanya, Malaysia masih berhadapan kes malaria zoonotik yang berpunca daripada monyet dan kes malaria import dari negara luar masih dilaporkan di negara ini.-----Tiga Produk Kosmetik Mengandungi Racun BerjadualFoto - ShopeeKementerian Kesihatan Malaysia membatalkan notifikasi tiga produk kosmetik kerana didapati mengandungi racun berjadual.Tiga produk itu adalah Sifu Kunyit Day Cream yang mengandungi Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate; Sifu Kunyit Night Cream (Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate) serta JJ Skincare Glowhite Night Cream (Hydroquinone).Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara menggesa orang awam mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik terbabit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=121072", "title": "Bantuan Khas COVID-19 Fasa 2 Mula Diagihkan Hari Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBantuan Khas COVID-19 Fasa 2 Mula Diagihkan Hari Ini.\nNov 25, 2021\n\n\nBantuan Khas COVID-19 Fasa 2 Mula Diagihkan Hari Ini.\nBantuan Khas COVID-19, BKC fasa 2 akan mula diagihkan kepada penerima hari ini.\nIa melibatkan kira-kira 700,000 isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.\nSementara itu, permohonan Geran Khas Prihatin yang tidak diluluskan, akan dipertimbang untuk Bantuan Keluarga Malaysia.\nIa bagi memastikan tiada individu yang layak dan memerlukan, tercicir daripada menerima bantuan.\n\u00a0\nDos penggalak kini disyorkan untuk individu berusia 18 tahun ke atas.\nVaksin Covid-19 jenis Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac kini disyorkan sebagai dos penggalak untuk semua individu berusia 18 tahun ke atas.\nMenteri Kesihatan berkata keutamaan janji temu akan diberikan mengikut turutan umur, petugas barisan hadapan dan individu dengan penyakit kronik.\nBagi penerima vaksin Sinovac, dos penggalak akan diberikan selepas 3 bulan daripada dos kedua diterima.\nPenerima vaksin AstraZeneca dan Pfizer pula akan diberikan dos penggalak selepas 6 bulan dos kedua diterima.\n\u00a0\nIndividu berusia 18 tahun boleh jadi calon pilihan raya.\nSemua Menteri Besar dan Ketua Menteri bersetuju meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri berkenaan perkara tersebut.\nIa diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72824", "title": "Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai Pendapatan Individu Secara e-Filing dilanjutkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nTarikh Akhir Hantar Borang Cukai Pendapatan Individu Secara e-Filing dilanjutkan\nMar 30, 2016\n\nIa bertujuan menggalakkan pembayar cukai menggunakan sistem e-Filing.Namun, individu yang ingin mengemukakan borang BE secara manual perlu berbuat demikian selewat-lewatnya pada 30 April ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94743", "title": "BPR: Tarikh Pendaftaran & Kemas Kini Dilanjutkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nBPR: Tarikh Pendaftaran & Kemas Kini Dilanjutkan\nFeb 15, 2021\n\nBPR: Tarikh Pendaftaran & Kemas Kini DilanjutkanTarikh pendaftaran baru dan kemas kini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dilanjutkan sehingga 25 Februari.Ia bagi memastikan BPR diterima oleh mereka yang layak dan mengambil kira PKP 2.0 yang dilaksanakan ketika ini.Jelas Kementerian Kewangan, hanya pemohon yang tidak pernah menerima BSH atau BPN B40 dan isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu buat permohonan baru.Ia termasuk golongan mudah terjejas baru yang layak memohon kerana perubahan status pendapatan akibat pandemik COVID-19.Tak Boleh PilihPenerima vaksin COVID-19 tidak boleh pilih jenama vaksin yang mahu mereka terima.Namun kerajaan memberi jaminan semua vaksin yang diberikan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi juga memaklumkan, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula hujung bulan ini perlu dijayakan bersama.Ujar Khairy Jamaluddin yang juga penyelaras program imunisasi berkenaan, negara yang telah melancarkan program imunisasi sedemikian mula menunjukkan pemulihan positif dalam ekonomi mereka.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79982", "title": "Bomba kenal pasti 9 lokasi \u2018hotspot\u2019 berisiko tinggi berlaku kejadian lemas", "body": "\n\u2190 Back to list\nBomba kenal pasti 9 lokasi \u2018hotspot\u2019 berisiko tinggi berlaku kejadian lemas\nMay 25, 2019\n\nFoto - Kosmo!Bomba kenal pasti 19 lokasi \u2018hotspot\u2019 yang dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi berlaku kejadian lemas terutama pada musim cuti sekolah dan sambutan Aidilfitri bulan depan.Antara lokasi yang dikenal pasti berisiko tinggi berlaku kejadian lemas adalah Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan dan Pantai Puteri di Melaka, Air Terjun Sekayu di Terengganu dan Sungai Pertak di SelangorFoto - Berita HarianLokasi itu berdasarkan data kejadian insiden mati lemas antaranya di sungai, air terjun, pantai dan tasik yang melebihi lima mangsa antara 2016 dan 2018.Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga pihaknya akan menempatkan sekurang-kurangnya satu pasukan di lokasi-lokasi terbabit untuk melakukan rondaan berkala.Foto - BERNAMASelain itu, orang ramai \u00a0akan diberi nasihat selain papan tanda amaran kepada pengunjung terutama di kawasan perkelahan dan dianggap \u2018pro\u2019 untuk berlaku kelemasan.Pihak bomba juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk meletakkan papan tanda amaran berbahaya di peta-peta lokasi di kawasan perkelahan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72337", "title": "Ribuan penduduk Kelantan dan Terengganu terjejas", "body": "\n\u2190 Back to list\nRibuan penduduk Kelantan dan Terengganu terjejas\nJan 23, 2017\n\nKira-kira 7,200 penduduk di 5 jajahan di Kelantan masih berlindung di pusat pemindahan akibat banjir.Manakala di Terengganu, bencana alam itu mengakibatkan lebih 900 penduduk di 5 daerah mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan.Di Sabah pula terdapat hampir 620 mangsa banjir melibatkan 3 daerah.Banjir turut mengakibatkan 21 sekolah di Kelantan, 13 sekolah di Terengganu dan 14 sekolah di Sabah terpaksa ditutup hari ini.Sementara itu Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia akan menggerakkan lebih 5,000 pelajar untuk berkhidmat dalam misi bantuan banjir gelombang kedua di Pantai Timur.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=102893", "title": "MFL pinda jadual Liga-M", "body": "\n\u2190 Back to list\nMFL pinda jadual Liga-M\nApr 06, 2021\n\nMFL pinda jadual Liga-M\n\nFoto: Stadium Astro\nMFL akan meminda jadual perlawanan Liga Malaysia bermula 23 April ini!\nPindaan tersebut menyaksikan pasukan Liga Super akan beraksi sebanyak 5 perlawanan pada bulan Ramadhan berbanding hanya 2 perlawanan sebelum ini.\nManakala pasukan Liga Premier akan beraksi sebanyak 4 perlawanan berbanding hanya 3 seperti yang dijadualkan.\nKetua Pegawai Eksekutifnya berkata pindaan tersebut bertujuan memberi laluan kepada skuad Harimau Malaya untuk lakukan persiapan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022, Jun depan.\nSelain itu, pindaan tersebut turut mengambil kira perubahan jadual aksi Liga Juara-Juara Asia yang melibatkan JDT dan saingan Piala AFC yang melibatkan Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC.\nDalam pada itu, MFL turut umumkan penonton akan kembali dibenarkan ke stadium mulai hari ini dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.\n---\nBAM ambil pendekatan tunggu dan lihat.\n\nFoto: Stadium Astro\nBAM ambil pendekatan tunggu dan lihat pendirian negara lain berhubung cadangan menukar format pemarkahan sukan badminton.\nSetiausaha Agungnya, Datuk Kenny Goh berkata pihaknya perlu dapatkan maklum balas daripada pemain dan jurulatih sebelum membuat keputusan berhubung cadangan tersebut.\nTerdahulu, Persekutuan Badminton Dunia, BWF kemukakan cadangan untuk menukar format pemarkahan 21 mata dalam 3 set kepada 11 mata dalam 5 set berkuatkuasa selepas Sukan Olimpik Tokyo tahun ini.\nBWF dikatakan akan adakan undian secara maya berhubung cadangan itu pada bulan depan dan memerlukan undi majoriti dua per tiga daripada anggotanya untuk melaksanakan perubahan tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73297", "title": "Banjir tidak jejas SPM di Kelantan", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir tidak jejas SPM di Kelantan\nNov 29, 2017\n\nKetua Sektor Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Encik Mohd bin Abdul Wahab memaklumkan, banjir tidak menjejaskan peperiksaan SPM di negeri itu.Ini kerana calon yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir tiada masalah untuk menduduki peperiksaan itu kerana ia berdekatan pusat peperiksaan masing-masing.Encik Mohd turut memberitahu, langkah sewajarnya sudah diambil bagi tangani situasi buruk.Peperiksaan SPM sedang berlangsung di seluruh negara dan akan berakhir pada Isnin depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80939", "title": "Bermula Jun depan, syarikat terbabit rasuah boleh disiasat. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nBermula Jun depan, syarikat terbabit rasuah boleh disiasat. \nDec 12, 2019\n\nBermula Jun tahun depan, syarikat yang terbabit rasuah juga boleh disiasat dan diheret ke mahkamah!Menurut SPRM, ia susulan penguat kuasaan seksyen baru Akta SPRM yang sebelum ini hanya beri tumpu kepada pendakwaaan bersifat individu.Ia bagi memastikan syarikat atau entiti komsersial turut boleh dipertanggungjawabkan jika pekerja mereka melakukan rasuah.Rakyat Malaysia nampaknya giat guna Google cari maklumat berkaitan kualiti udara.Ia terbukti ekoran IPU catat carian paling trending untuk kategori berita di Google Malaysia tahun ini.Berada di tangga kedua pula ialah Tanjung Piai, susulan PRK kawasan itu bulan lalu.Turut menjadi berita paling dicari tahun ini ialah Belanjawan 2020, Acap Hilang dan Pasir Gudang.Tiada rakyat Malaysia yang dilapor hilang dalam insiden gunung berapi di New Zealand.Tiada warga Malaysia tersenarai dalam kalangan 9 individu yang hilang susulan letusan gunung berapi di White Island, New Zealand.Wisma Putra sebelum ini sahkan, seorang rakyat kita cedera akibat tragedi itu dan kini dalam keadaan kritikal di Hospital Christchurch.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=151922", "title": "Masjid Dan Surau Diminta Buat Solat Hajat", "body": "\n\u2190 Back to list\nMasjid Dan Surau Diminta Buat Solat Hajat\nJun 01, 2023\n\n\nMasjid dan surau diminta buat solat hajat\nMasjid dan surau di bawah kendalian JAKIM diminta laksanakan solat hajat, hari ini.\nJabatan Perdana Menteri berkata solat itu bertujuan untuk memohon kesejahteraan buat negara ekoran cuaca panas.\nMalah, pihaknya juga minta masjid dan surau di bawah JAWI turut melaksanakan solat tersebut.\nTerdahulu, Met Malaysia memberitahu Malaysia dijangka mengalami cuaca panas dan kering berpanjangan sehingga Ogos, susulan peralihan monsun.\n\u00a0\nKerajaan ambil maklum kes Jho Low\nKerajaan ambil maklum mengenai perkembangan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, seperti dilaporkan media.\nBagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, enggan mengesahkan laporan yang mendakwa keberadaan Jho Low.\nTambahnya, KDN akan mengikut langkah sewajarnya dan buat masa ini tiada sebarang jawapan yang boleh diberikan.\nSemalam, laporan Al Jazeera memetik SPR sebagai berkata, Jho Low dipercayai bersembunyi di Macau.\n\u00a0\nPihak jenama jam LGBT belum beri maklum balas\nKerajaan belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak jenama jam terkenal selepas jam miliknya dirampas di sebuah butik pusat beli belah di KL awal bulan lalu.\nKDN berkata jam tersebut dirampas dipercayai ada kaitan dengan Komuniti LGBT.\nSelain itu, promosi jam ini banyak dibuat hujung tahun lalu dan ia turut memaparkan model dikeluarkan itu berkait rapat dengan komuniti tersebut serta ditulis dalam laman web mereka.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72469", "title": "Polis Tahan 6 Suspek Militan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Tahan 6 Suspek Militan\nMay 28, 2017\n\n6 suspek militan ditahan di Kelantan, Selangor, Perak dan Kedah.Ini termasuk 2 saudara kepada seorang lelaki warga Malaysia yang dipercayai anggota tertinggi militan IS di Syria.Sementara itu, 28 warga Malaysia dilapor kini berada di Bandar Marawi, Mindanao, menyertai militan IS bertempur dengan askar kerajaan Filipina.Dalam perkembangan berkaitan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan kawalan dan menggerakkan aset ke sempadan negara khususnya di Sabah.Ia susulan insiden serangan dan letupan bom di 3 negara jiran iaitu Indonesia, Filipina dan Thailand yang dikaitkan dengan puak pelampau dan militan.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70889", "title": "Kes harian COVID-19 kekal dua digit", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes harian COVID-19 kekal dua digit\nSep 17, 2020\n\nKes harian COVID-19 kekal dua digitFoto - The StarSebanyak 21 kes baru positif COVID-19 dicatatkan dalam negara hari ini di mana 16 daripada membabitkan kes penularan dalam negara dan 5 lagi kes import.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu lagi kluster baru turut dikesan di Semporna, Sabah dikenali sebagai kluster Selamat.Sabah terus menjadi penyumbang terbesar peningkatan kes apabila 8 kes baru dicatatkan termasuk 2 daripada kluster Benteng manakala di Kedah terdapat 7 kes baru di mana 6 daripada kluster Sungai.-----Suami Youtuber dilepas tanpa dibebaskanFoto - The StarMahkamah Sesyen Ipoh hari ini melepas tanpa membebaskan bekas pekerja ladang, M. Sugu daripada tuduhan mencederakan isterinya yang juga Youtuber masakan, S. Pavithra.Keputusan itu dibuat mahkamah selepas membenarkan Pavithra mengangkat sumpah menarik balik pertuduhan dengan rela tanpa paksaan dan ugutan semasa prosiding itu, hari ini.M. Sugu terdahulu didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kenderaan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh antara 4 hingga 6 petang, 21 Julai lalu.-----Tidak perlu bimbang fenomena air pasang besarFoto - Portal Rasmi Kerajaan Negeri SelangorOrang ramai tidak perlu bimbang dengan fenomena air pasang besar yang diramalkan berlaku di persisir pantai negeri Selangor, hujung minggu ini.Ini kerana pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dan lain-lain agensi telah mengambil langkah-langkah awal termasuk pemantauan dan pemakluman kepada masyarakat dan hebahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.Kerajaan negeri Selangor terdahulu menasihatkan orang ramai untuk elak melakukan aktiviti pantai pada Sabtu dan Ahad ini ekoran fenomena air pasang besar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70505", "title": "Penghuni PPS Perlu Amalkan SOP Sepanjang Masa.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenghuni PPS Perlu Amalkan SOP Sepanjang Masa.\nJul 16, 2020\n\nPenghuni dan petugas di pusat pemindahan sementara akibat banjir diingatkan supaya amalkan penjarakan sosial dan tahap kebersihan yang tinggi sepanjang masa.Menurut Kementerian Kesihatan, ini kerana keadaan pusat pemindahan yang sesak boleh bawa risiko penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan mangsa dan petugas.Setakat ini, lebih 600 mangsa masih berlindung di 9 pusat pemindahan di Johor, Melaka dan Pahang.Menteri Hal Ehwal Agama akan teliti\u00a0memorandum gesa penubuhan RCI babitkan Tabung Haji.Memorandum Mendesak Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Lembaga Tabung Haji akan diteliti dengan adil dan amanah.Itu jaminan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri selepas menerima memorandum itu daripada Ketua Pemuda UMNO, semalam.Kelmarin, Dewan Rakyat kecoh dengan isu itu sehingga beberapa Ahli Parlimen kerajaan mencadangkan penubuhan RCI bagi siasat dakwaan salah laku oleh pengurusan Lembaga Tabung Haji yang lepas.Gangguan bekalan air di Lembah Klang semakin pulih.Setakat ini gangguan bekalan air di 74 kawasan di Lembah Klang kini sudah pulih sepenuhnya.Hampir 300 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, KL and Kuala Langat terjejas bekalan air ekoran kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71976", "title": "Keputusan mengenai larangan penjualan semua matawang kripto akan dibuat akhir tahun ini - BNM", "body": "\n\u2190 Back to list\nKeputusan mengenai larangan penjualan semua matawang kripto akan dibuat akhir tahun ini - BNM\nOct 04, 2017\n\nBank Negara Malaysia berkata, keputusan mengenai larangan penjualan semua matawang kripto akan dibuat akhir tahun ini.Ketika ini China dan Korea Selatan antara negara yang mengenakan larangan penawaran syiling matawang digital itu.Menurut BNM, garis panduan yang ditetapkan nanti dijangka dikaitkan dengan penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71668", "title": "Bangsar, Hartamas Antara 'hotspot' Terbaru Ancaman Pengganas", "body": "\n\u2190 Back to list\nBangsar, Hartamas Antara 'hotspot' Terbaru Ancaman Pengganas\nJan 17, 2016\n\nPihaknya yang bekerjasama erat dengan pasukan keselamatan negara turut mengenal pasti individu mahupun kumpulan yang merancang untuk mengkucar-kacirkan negara.Kawalan keselamatan di kawasan-kawasan terbabit akan ditingkatkan termasuk pusat tumpuan pelancong dan orang ramai.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71985", "title": "Datuk Seri Shafie Apdal direman 4 hari bagi bantu siasatan berhubung kes seleweng dana luar bandar Sabah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Shafie Apdal direman 4 hari bagi bantu siasatan berhubung kes seleweng dana luar bandar Sabah.\nOct 21, 2017\n\nDatuk Seri Shafie Apdal direman 4 hari bagi bantu siasatan berhubung kes seleweng dana luar bandar Sabah.Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu ditahan SPRM kelmarin, ketika memberi keterangan berhubung siasatan bernilai 1.5 bilion ringgit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72057", "title": "DUN Pulau Pinang dijangka dibubar hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDUN Pulau Pinang dijangka dibubar hari ini.\nApr 09, 2018\n\nKetua Menteri, Lim Guan Eng bertemu Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pagi tadi untuk dapatkan persetujuan pembubaran DUN.Guan Eng dijangka akan adakan sidang akhbar berhubung pembubaran DUN negeri itu kira-kira jam 1.45 petang nanti.Terdahulu, PM menasihatkan semua ketua kerajaan negeri kecuali Sarawak, menghadap ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan pembubaran DUN supaya pilihan raya umum dapat diselaras serentak di seluruh negara.DUN Sarawak tidak perlu dibubar kerana baru sahaja mengadakan pilihanraya negeri pada 2016.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73291", "title": "Lebih 150 pemandu perkhidmatan Uber dan GrabCar dikesan menipu kadar tambang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 150 pemandu perkhidmatan Uber dan GrabCar dikesan menipu kadar tambang.\nNov 13, 2017\n\nSPAD mengesan lebih 150 pemandu perkhidmatan Uber dan GrabCar yang menipu kadar tambang.Menurut suruhanjaya itu, mereka didapati mematikan aplikasi tersebut bagi mengenakan caj mahal sejak Oktober lalu.Ada juga pemandu perkhidmatan itu dikesan sengaja bawa penumpang melalui jalan lebih jauh supaya dapat mengenakan caj lebih tinggi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71771", "title": "Liga Malaysia : Pengendali PDRM Ambil Sikap Positif", "body": "\n\u2190 Back to list\nLiga Malaysia : Pengendali PDRM Ambil Sikap Positif\nJan 11, 2016\n\nFauzi beritahu ARENA, masih ada masa untuk perbaiki kelemahan untuk memastikan mereka mampu jadi pencabar Liga Malaysia 2016.Musim lalu, PDRM tamatkan saingan Liga Super di tangga ke-6, pusingan kedua Piala FA dan peringkat kumpulan Piala Malaysia.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72781", "title": "Kualiti Air Di Malaysia Membimbangkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKualiti Air Di Malaysia Membimbangkan\nMay 25, 2016\n\nMenurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ia akibat kesan pembuangan sisa-sisa industri.Justeru, semua pihak diseru mengambil berat terhadap soal kebersihan sungai bagi menjamin kelangsungan sumber air negara.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73214", "title": "Individu yang dijangkiti demam campak dinasihatkan elak berkunjung ke tempat awam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nIndividu yang dijangkiti demam campak dinasihatkan elak berkunjung ke tempat awam.\nDec 27, 2017\n\nKementerian Kesihatan Malaysia menasihati individu yang dijangkiti demam campak elak berkunjung ke tempat awam sehingga sembuh bagi mencegah penyakit itu merebak.Ia susulan kes demam campak di Manjoi, Perak melibatkan 2 kanak-kanak kecil baru-baru ini, namun tiada kes lain dikesan di kawasan itu.Siasatan lanjut juga mendapati, kanak-kanak berkenaan tidak mendapat suntikan vaksin campak, beguk dan rubella.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73213", "title": "Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan udara di Yaman.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan udara di Yaman.\nDec 28, 2017\n\nWisma Putra sahkan rakyat Malaysia di Yaman dalam keadaan selamat.Ia juga nasihatkan mereka untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di sana.Ini selepas tentera pakatan Arab Saudi lancarkan serangan udara selama 48 jam yang menyebabkan sekurang-kurangnya 71 orang awam terbunuh.SI, Kementerian Luar nasihatkan orang ramai tangguhkan perjalanan tidak penting ke Yaman.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=105713", "title": "PKP Dikuatkuasakan Di Seluruh Negara Mulai Esok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKP Dikuatkuasakan Di Seluruh Negara Mulai Esok.\nMay 11, 2021\n\nPKP akan dikuatkuasakan di seluruh negara bermula esok hingga 7 Jun.\nMenurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat berdasarkan trend kes harian COVID-19 yang semakin meningkat.\nAntara perkara yang dilarang adalah:\nAktiviti rentas daerah dan negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.\n\nSemua bentuk perhimpunan sosial termasuk kenduri, majlis perkahwinan dan sebarang bentuk seminar dan mesyuarat secara bersemuka.\nSemua aktiviti sukan dan rekreasi kecuali sukan individu di kawasan terbuka seperti jogging dan berbasikal.\nMakan atau dine-in di restoran dan kedai makan.\nSementara itu, SOP sambutan Aidilfitri juga berubah apabila ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur tidak dibenarkan.\n\nSolat sunat Aidilfitri dibenarkan dengan kehadiran jemaah maksimum 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah.\nManakala maksimum 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah.\nBilangan individu di dalam kenderaan persendirian dihadkan kepada 3 orang sahaja termasuk pemandu.\nDalam pada itu, semua institusi pendidikan ditutup sepanjang tempoh PKP.\nPengecualian bagaimanapun diberikan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa.\nPusat asuhan kanak-kanak, TABIKA, TADIKA dan TASKA dibenarkan beroperasi mengikut SOP bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga.\nBagaimanapun, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi dengan SOP ketat.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72598", "title": "Lelaki Kurang Siuman Tetak Polis", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki Kurang Siuman Tetak Polis\nNov 13, 2016\n\nSeorang lelaki kurang siuman tetak pegawai polis yang datang ke rumahnya di Kota Tinggi, Johor, mengakibatkan mangsa parah.Mangsa dan 2 kakitangan perubatan dilapor datang ke rumah suspek untuk memujuknya selepas menerima aduan orang ramai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79845", "title": "Dasar bekerja pada waktu malam mungkin akan dilaksana di negara ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDasar bekerja pada waktu malam mungkin akan dilaksana di negara ini.\nMay 03, 2019\n\nDasar bekerja pada waktu malam mungkin akan dilaksana di negara ini.Ia khusus untuk sektor pekerjaan yang kurang mendapat sambutan rakyat tempatan iaitu sektor 3D atau Kotor, Bahaya dan Sukar yang kini dimonopoli rakyat asing.Ujar Perdana Menteri, Tun Dr Tun Dr Mahathir Mohamad, ia sekali gus dapat mengurangkan pengeluaran hasil ke luar negara berbilion ringgit setiap tahun.Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dialntik sebagai\u00a0Ketua Hakim Negara.Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat catat sejarah sebagai wanita pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara!Pelantikan tersebut menamatkan keta-teki siapa bakal isi jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman Malaysia.Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat angkat sumpah jawatan akan dilakukan selepas dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.Polis buru lelaki pukul wanita di Jalan Datuk Keramat dalam video viral.Polis buru seorang lelaki yang mengamuk sehingga menumbuk dan menampar seorang pemandu wanita gara-gara tidak memberikan isyarat ketika masuk simpang di Jalan Datuk Keramat.Suspek dipercayai mempunyai 5 rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan kes khianat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80301", "title": "2 lelaki ditahan bagi bantu siasatan kes pencemaran diesel di Sungai Selangor.", "body": "\n\u2190 Back to list\n2 lelaki ditahan bagi bantu siasatan kes pencemaran diesel di Sungai Selangor.\nJul 26, 2019\n\nPolis tahan 2 lelaki bagi bantu siasatan kes pencemaran minyak diesel di Sungai Selangor.Insiden itu telah mengakibatkan gangguan bekalan air kepada pengguna di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.Di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, pesalah yang mencemar sistem bekalan air dengan sengaja berdepan hukuman berat termasuk hukuman mati.Isu vape: Sekolah perlu buat 'spot check' terhadap pelajarBuat pemeriksaan mengejut atau 'sport check' terhadap murid untuk atasi isu vape dalam kalangan pelajar.Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional berkata ia perlu dilakukan bersama agensi berkaitan secara berjadual dan mengejut.Prof Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan juga mencadangkan pihak sekolah mengadakan ceramah dari semasa ke semasa untuk mengingatkan pelajar tentang bahaya vape.\u00a0Penjual gula-gula\u00a0Ghost Smoke berdepan hukuman berat!Hukuman berat menanti individu yang menjual gula-gula Ghost Smoke terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.Tegas Kementerian Hal Ehwal Pengguna, penjual boleh dikenakan denda hingga ratusan ribu ringgit termasuk penjara jika didapati bersalah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71734", "title": "Banjir Kilat di Sarawak ", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir Kilat di Sarawak \nFeb 16, 2016\n\nBeberapa kawasan di Kuching dilanda banjir kilat, susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi.\u00a0Kawasan terbabit termasuk Petra Jaya, Batu Kawa, Matang dan Lundu.Menurut bomba, taburan hujan luar biasa itu menyebabkan peningkatan mendadak paras air Sungai Sarawak.Justeru, penduduk di kawasan berisiko banjir dinasihatkan supaya berwaspada selain mematuhi arahan sekiranya diminta berpindah.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80880", "title": "Diabetes antara penyebab utama kematian di Malaysia tahun lepas!", "body": "\n\u2190 Back to list\nDiabetes antara penyebab utama kematian di Malaysia tahun lepas!\nNov 27, 2019\n\nDiabetes antara 1 daripada 10\u00a0penyebab utama kematian di Malaysia pada tahun lepas!Menurut Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 2019, penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi\u00a0pula catat kenaikan peratusan tertinggi iaitu 73 peratus.\u00a0Namun, kematian akibat kemalangan jalan raya\u00a0catat penurunan iaitu 2.4 peratus berbanding pada 2017.Jika ada masalah, klik sahaja pada direktori Perkhidmatan Keluarga.Menurut kerajaan, ia berfungsi sebagai pusat sehenti yang memberi khidmat sokongan kepada ahli keluarga yang memerlukan.Ianya termasuklah konsultasi perkahwinan dan perceraian, konsep keibubapaan, kaunseling dan terapi serta kesihatan reproduktif.Lebih 200 agensi kerajaan dan NGO yang terlibat sebagai penyedia perkhidmatan tersebut dan kebanyakan perkhidmatan ditawarkan secara percuma.Isu tidak cukup korum pada persidangan Dewan Rakyat masih berlaku.Isu tidak cukup korum pada persidangan Dewan Rakyat masih berlaku walaupun telah beberapa kali ditegur Perdana Menteri.Semalam, keadaan jadi kecoh seketika apabila blok kerajaan dan pembangkang mempersoalkannya ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020.Sementara itu, Dewan Rakyat setuju untuk lanjutkan tempoh pengisytiharan harta bagi Ahli Parlimen hingga 5 Disember ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78994", "title": "Perhimpunan ICERD: Ibu bapa masih degil!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerhimpunan ICERD: Ibu bapa masih degil!\nDec 08, 2018\n\nPerhimpunan ICERD: Ibu bapa masih degil!Foto - Astro AwaniBiarpun sudah diberi peringkatan, masih terdapat ibu bapa yang membawa bayi dan kanak-kanak ke perhimpunan ICERD di ibu negara, hari ini.Tinjauan Astro Awani mendapati, golongan cilik itu dilihat dibawa ibu bapa atau penjaga mereka, baik didukung, dipimpin mahupun yang ditolak dalam kereta sorong.Perbuatan itu jelas melanggar syarat di dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana membawa bayi dan kanak-kanak ketika berhimpun dalam acara seumpamanya.-----Malaysia destinasi paling diminati pelancong ChinaFoto - mStarOnlineMalaysia muncul destinasi paling diminati pelancong China dan merekodkan kehadiran paling tinggi ke negara ini.Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya berkata, kedatangan pelancong China menunjukkan peningkatan 20 hingga 30 peratus.Ini sekaligus menerpis dakwaan pihak tertentu kononnya kehadiran pelancong China semakin berkurangan dan mengelak untuk datang ke Malaysia.-----Identiti Nasional dalam subjek TITAS di Universiti?Foto - CarousellSeorang pensyarah undang-undang UIAM cadangkan agar identiti nasional diperkenalkan melalui pendidikan dalam subjek Hubungan Etnik serta Tamadun Islam dan Tamadun Asia di peringkat universiti.Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, langkah itu katanya sebagai salah satu cara untuk meningkat semangat nasionalisme kenegaraan.Katanya lagi, warganegara perlu memahami perlembagaan untuk mereka mengenali identiti sendiri dan bukan belajar perlembagaan sebagai satu subjek undang-undang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73112", "title": "Anak-anak autisme boleh bekerja dan berdikari walaupun mungkin perlu lebih masa untuk menguasainya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAnak-anak autisme boleh bekerja dan berdikari walaupun mungkin perlu lebih masa untuk menguasainya.\nApr 02, 2018\n\nAnak-anak autisme boleh bekerja dan berdikari, walaupun mungkin perlu lebih masa untuk mendapatkan kemahiran.Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia hari ini,\u00a0 apa yang diperlukan adalah sabar serta arahan yang jelas dan berulang.Sebagai buktinya, ada beberapa persatuan dan pusat berjaya melatih remaja autisme dengan kemahiran kerja dan pengurusan diri sehingga mereka mampu berdikari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81211", "title": "Semakin ramai pesakit COVID-19 di negara ini berjaya sembuh sepenuhnya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemakin ramai pesakit COVID-19 di negara ini berjaya sembuh sepenuhnya.\nFeb 19, 2020\n\nSemakin ramai pesakit COVID-19 di negara ini berjaya sembuh sepenuhnya.Terbaru, pasangan warga China yang dirawat dan dikuarantin di Johor Bahru\u00a0dibenarkan pulang selepas disahkan bebas daripada virus tersebut.Ia menjadikan jumlah pesakit yang sembuh daripada wabak berkenaan di Malaysia naik kepada 13 daripada keseluruhan 22 pesakit.Mengambil gambar dan video di fasiliti kesihatan kerajaan adalah dilarang!Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan juga memaklumkan, jika mahu aduan mengenai petugas dan khidmat kesihatan juga kemukakanlah guna saluran rasmi.Foto: MalaysiakiniIa susulan kes video viral papar seorang doktor bertengkar dengan seorang pesakit di Klinik Kesihatan Seremban tapi sudah diselesaikan secara baik.4 beranak cedera parah akibat dirempuh kereta di Alor Setar.4 beranak termasuk bayi cedera parah akibat dirempuh kereta yang dipandu seorang lelaki dalam kejadian di Alor Setar malam tadi.Siasatan awal dapati pemandu berkenaan yang turut mengalami kecederaan, memandu di bawah pengaruh alkohol.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72306", "title": "Musuh tau gerak Esscom", "body": "\n\u2190 Back to list\nMusuh tau gerak Esscom\nOct 01, 2016\n\nPerdana Menteri sahkan ada orang dalam yang dedah maklumat operasi pegawai dan anggota ESSCOM di perairan Sabah.Datuk Seri Najib Razak berkata ini merupakan tamparan kepada pihak berkuasa kerana perbuatan khianat itu sukarkan usaha bendung penculikan di Sabah.Sehubungan itu kerajaan akan memberi cadangan dan tindakan baru dalam usaha menangani kes penculikan di perairan berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79470", "title": "Kerajaan Cadang Tiada Vaksin Tak Boleh Daftar Sekolah", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Cadang Tiada Vaksin Tak Boleh Daftar Sekolah\nMar 01, 2019\n\nTimbalan Perdana Menteri berkata, vaksin perlu diberikan kepada 95 peratus populasi, untuk imunisasinya berkesan.Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata buat masa ini peratusan itu masih lagi rendah.Tambahnya, status vaksin imunisasi tidak harus diragui kerana JAKIM telah mengesahkan status halalnya.Dalam Perkembangan lain,\u00a0kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk wajibkan kanak-kanak yang disuntik vaksin sahaja dibenar masuk ke sekolah.Ini selepas berlakunya kes seorang budak berusia dua tahun meninggal dunia di Johor, akibat difteria kerana tidak disuntik vaksin.\u00a0Tiada Kesalahan Dengan Tagline \"Malu Apa Bosku\"SPR berkata tiada sekatan untuk pengundi memakai pakaian bertulis 'Malu Apa Bosku' sepanjang hari mengundi di PRK Semenyih, \u00a0esok.Ini kerana, perkataan yang viral itu tidak melambangkan logo mahupun imej parti politik bertanding.\u00a0Dalam perkembangan lain, SPR sasarkan 70% pengundi akan keluar mengundi.\u00a0Sementara itu, enam lokasi dijangka mengalami kesesakan berikutan hari pengundian di PRK Semenyih.Menurut polis, lokasi terbabit ialah di tiga lampu isyarat di Bandar Sunway, Paling Jaya serta Sungai Lalang,Turut diramlkan sesak ialah jalan ke Pekan Semenyih, Batu 26 Beranang dan Bandar Rinching.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72261", "title": "Pejabat PM nafi keluar surat raih bantuan PRU14", "body": "\n\u2190 Back to list\nPejabat PM nafi keluar surat raih bantuan PRU14\nMar 22, 2017\n\nPejabat Perdana Menteri NAFI keluarkan surat untuk raih bantuan dan beri kesetiaan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam PRU-14 akan datang.Surat palsu yang dikatakan guna kertas rasmi kerajaan dan tandatangan PM itu, dihantar kepada CEO dan pengerusi syarikat swasta dan GLC.Pejabat PM membuat laporan polis berhubung penyebaran surat palsu tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72363", "title": "3 ditahan berhubung kes bunuh Kim Jong Nam", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 ditahan berhubung kes bunuh Kim Jong Nam\nFeb 17, 2017\n\nSetakat ini, 3 sudah direman berkaitan kes bunuh Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara King Jong-un.Mereka yang direman adalah seorang wanita pemegang passport Vietnam, seorang wanita pemegang passport Indonesia dan seorang lelaki tempatan.Kementerian Luar Vietnam pula berikrar akan bekerjasama dengan Malaysia berhubung penahanan seorang warganya berkaitan kes bunuh berprofil tinggi itu.Hanoi turut mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan jenayah berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=150259", "title": "JAKIM Galak Jemaah Pakai Pelitup Muka Ketika Solat Aidilfitri.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJAKIM Galak Jemaah Pakai Pelitup Muka Ketika Solat Aidilfitri.\nApr 20, 2023\n\n\nJAKIM Galak Jemaah Pakai Pelitup Muka Ketika Solat Aidilfitri.\nJAKIM menggalakkan umat Islam untuk pakai pelitup muka semasa menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau pada 1 Syawal nanti.\nJelasnya, ia selaras dengan situasi negara yang masih berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik ketika ini yang amat menggalakkan pemakaian pelitup muka di kawasan ramai orang dan sesak.\nTerdahulu, Pemangku Raja Perlis dilapor bertitah agar jemaah yang akan menunaikan solat Aidilfitri di seluruh negeri itu digalakkan pakai pelitup muka dan bawa sejadah sendiri.\nIa ekoran terdapat peningkatan penularan kes COVID akhir-akhir ini.\n\u00a0\n256 Bas Tambahan Sempena Aidilfitri.\n256 bas tambahan diluluskan bagi menampung permintaan tinggi tiket balik kampung sempena Aidilfitri tahun ini.\nKementerian Pengangkutan dalam pada itu memperkenalkan inisiatif tiket guna kod QR bagi pembelian secara online untuk atasi masalah kesesakan di Terminal Bersepadu Selatan, TBS.\nSementara itu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, MAVCOM jalankan pemeriksaan mengejut di KLIA 1 dan 2 serta Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.\nIa bagi memastikan kelancaran dan keselesaan pengguna untuk pulang berhari raya.\nHampir 700,000 penumpang dijangka menaiki penerbangan sepanjang tempoh Aidilfitri ini berdasarkan jumlah penerbangan yang diluluskan oleh MAVCOM.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=105607", "title": "Dilarang rentas negeri dan daerah mulai 10 Mei hingga 6 Jun", "body": "\n\u2190 Back to list\nDilarang rentas negeri dan daerah mulai 10 Mei hingga 6 Jun\nMay 09, 2021\n\nMulai 10 Mei rentas negeri dan daerah adalah dilarang\n\nKerajaan melarang aktiviti rentas negeri dan daerah bermula esok sehingga 6 Jun depan.\nPerkara tersebut diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.\nKeputusan itu dibuat ekoran peningkatan mendadak kes COVID-19 di negara ini termasuk kehadiran kes varian baru.\nTambah Datuk Seri Ismail Sabri, beberapa negeri turut melaksanakan PKP secara bersasar iaitu Kedah, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Pahang ekoran beberapa kawasan negeri terbabit bertukar menjadi zon merah.\n\nSementara itu, KKM cadangkan agar cuti sektor pendidikan dilanjutkan sehingga hujung bulan ini.\nKetua Pengarah Kesihatan berkata ia bagi mengelakkan berlakunya sebarang perhimpunan besar-besaran yang boleh mengakibatkan penularan COVID-19.\nTan Sri Noor Hisham Abdullah berkata jika perkara sebegini tidak dibendung, jumlah kes harian boleh mencecah 5000 kes mulai hujung bulan ini.\n---\nMalaysia kecam tindakan Israel\n\nFoto: Reuters\nMalaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Masjid Al Aqsa.\nKementerian Luar berkata tindakan zalim itu tidak wajar dilakukan lebih-lebih lagi ketika umat Islam Palestin sedang sedang solat secara berjemaah di masjid tersebut.\nMalaysia menyeru masyarakat antarabangsa bertindak segera dan tegas menentang kezaliman tentera\r\nIsrael.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70825", "title": "Air Selangor Nafi Tular", "body": "\n\u2190 Back to list\nAir Selangor Nafi Tular\nSep 07, 2020\n\nAir Selangor Nafi TularAir Selangor nafi beberapa mesej tular dan dakwaan berkenaan isu bekalan air di Lembah Klang ketika ini.Jelasnya, mesej tular mengatakan bekalan air akan ditutup semula dan catuan akan dilakukan adalah palsu.Pihaknya juga beri jaminan kualiti bekalan air yang diagihkan kepada pengguna adalah selamat sekali gus sangkal dakwaan sebaliknya.Setakat pagi ini 73 peratus daripada hampir 1,300 kawasan terlibat dalam gangguan bekalan air tidak berjadual di 7 wilayah di Lembah Klang sudah pulih sepenuhnya.Pengguna turut diminta tidak simpan dan guna air berlebihan bagi pastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual.Bekalan air dijangka dapat dinikmati seperti sedia kala sehari lagi.Isteri MB Selangor Minta MaafIsteri Menteri Besar Selangor mohon maaf kerana muat naik beberapa foto di laman sosial yang didakwa mengguris hati rakyat ketika berdepan isu gangguan bekalan air.Datin Seri Masdiana Muhamad turut nafi dakwaan kononnya lori tangki Air Selangor yang ada di kediamannya adalah untuk memenuhkan kolam renang.Jelas Datin Seri Masdiana lagi, beliau bukan mahu bermegah-megah tapi cuma ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada petugas barisan hadapan Air Selangor.Iklan Mesti Berbahasa MelayuSemua papan iklan di ibu kota mesti guna Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.Tegas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, bahasa lain turut boleh digunakan tetapi sebagai sub-teks dan saiznya mesti lebih kecil.Beliau berkata demikian selepas sebuah papan iklan yang menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa utama diturunkan baru-baru ini.Ia diturunkan sendiri oleh syarikat pengiklanan terlibat dan difahamkan semasa dihantar untuk kelulusan DBKL iklan itu berbahasa Melayu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72333", "title": "Hujan lebat dijangka melanda Pantai Timur ", "body": "\n\u2190 Back to list\nHujan lebat dijangka melanda Pantai Timur \nJan 18, 2017\n\nHujan lebat dijangka melanda Pantai Timur mulai hari ini sehingga Jumaat.Menurut Jabatan Meteorologi, ia susulan jangkaan berlaku pertembungan luruan sejuk dan angin timuran yang boleh menyebabkan berlaku episod hujan lebat monsun.Susulan itu, pihaknya mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning untuk Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi tempoh berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72882", "title": "Kegiatan Militan : MARA Beri Amaran Kepada Pelajarnya", "body": "\n\u2190 Back to list\nKegiatan Militan : MARA Beri Amaran Kepada Pelajarnya\nJul 08, 2016\n\nTegas MARA, pelajarnya yang terbukti terlibat dengan anasir tersebut akan ditamatkan kontrak termasuk tajaan, dengan serta merta.Ia susulan pendedahan Timbalan Perdana Menteri, IPT dikenal pasti sebagai tempat yang dikhuatiri mempunyai pengaruh paling kuat kumpulan pengganas.Dalam perkembangan berkaitan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia memberi nasihat kepada warganya agar sentiasa berwaspada.Ia ekoran serangan pertama militan IS di Malaysia yang berlaku di Puchong, Selangor minggu lalu yang mengakibatkan 8 cedera.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71546", "title": "KKM Kaji Strategi Baru", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM Kaji Strategi Baru\nJan 07, 2021\n\nKKM Kaji Strategi BaruKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji strategi baru untuk dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengawal\u00a0penularan kes COVID-19 yang meningkat secara konsisten.Antara strategi yang sedang diperhalusi ialah melaksanakan tindakan bersasar berbeza antara negeri-negeri\u00a0zon merah dengan hijau dan memperketat kawalan sempadan antara negeri.Dalam perkembangan berkaitan, selain mungkin dibolehkan dikuarantin di rumah, pesakit COVID-19 yang tidak bergejala atau bergejala ringan mungkin dibenarkan menjalani kuarantin di hotel, jika berkemampuan.Cadangan itu sedang dipertimbangkan KKM susulan kapasiti di pusat kuarantin dan hospital yang mencecah tahap maksimum.Kes Harian COVID-19 Tertinggi Baru!Malaysia merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi baru iaitu 2,593 kes semalam.13 kluster baru dicatatkan yang juga kluster harian tertinggi setakat ini.Majoriti melibatkan tempat kerja di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Sabah.Semalam juga, 4 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah korban keseluruhan naik kepada 513.Mangsa Banjir Terus MeningkatBanjir di Pantai Timur semakin buruk menyaksikan lebih 36,000 penduduk terpaksa dipindahkan.Di Pahang, lebih 24,000 penduduk kini berlindung di kira-kira 280 pusat pemindahan.Temerloh dan Maran paling terjejas apabila masing-masing merekodkan lebih 5,000 mangsa.Di Kelantan dan Terengganu pula, 2 negeri itu masing-masing mencatatkan lebih 4,000 mangsa banjir.Sementara itu banjir di Johor semakin pulih dan terkini kira-kira 2,300 penduduk berada di pusat pemindahan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72987", "title": "Persatuan Pengguna Pulau Pinang sarankan Lembaga Tabung Haji uruskan lesen haji dan umrah", "body": "\n\u2190 Back to list\nPersatuan Pengguna Pulau Pinang sarankan Lembaga Tabung Haji uruskan lesen haji dan umrah\nDec 20, 2017\n\nPersatuan Pengguna Pulau Pinang hari ini sarankan Lembaga Tabung Haji untuk menguruskan lesen bagi ibadah haji dan umrah.Menurutnya, ini merupakan cara terbaik untuk menghapuskan isu penipuan pakej umrah.Tabung Haji juga hanya memerlukan pendekatan terakhir untuk menggabungkan ibadah umrah ke dalam mekanisme sedia ada.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73218", "title": "Seorang lelaki disahkan dijangkiti penyakit MERS-CoV selepas pulang menunaikan umrah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang lelaki disahkan dijangkiti penyakit MERS-CoV selepas pulang menunaikan umrah.\nJan 02, 2018\n\nKementerian Kesihatan Malaysia sahkan seorang lelaki dijangkiti penyakit MERS-CoV selepas pulang menunaikan umrah baru-baru ini.Menurutnya, mangsa kini berada di hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.Pihak kementerian menasihatkan orang awam yang bakal melawat negara di rantau Timur Tengah supaya mengamalkan tahap kebersihan diri untuk elakkan jangkitan penyakit itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72239", "title": "SPRM tahan 12 pegawai penguat kuasa", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM tahan 12 pegawai penguat kuasa\nMar 14, 2017\n\nSPRM tahan 12 penguat kuasa daripada pelbagai agensi penguatkuasaan kerana disyaki terlibat dengan rasuah di \u00a0Selangor dan KL.Mereka yang ditahan adalah dua Inspektor yang juga ketua balai polis, lima anggota polis, empat anggota Bomba serta seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang.Risikan SPRM dapati mereka menerima rasuah secara bulanan daripada pengusaha premis urut yang beroperasi secara haram.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71778", "title": "TERKINI SERANGAN DI JAKARTA : APA YANG KITA TAHU SETAKAT INI", "body": "\n\u2190 Back to list\nTERKINI SERANGAN DI JAKARTA : APA YANG KITA TAHU SETAKAT INI\nJan 14, 2016\n\n-Suspek dipercayai anggota militan tapi polis belum memberi pengesahan rasmi.-IS mendakwa melakukan serangan tersebut, mensasarkan warga asing dan pasukan keselamatan.-Presiden Jokowi mengutuk sekeras-kerasnya kejadian itu dan merakamkan simpati kepada mangsa dan keluarga.-PM,\u00a0Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia sedia bantu Indonesia berikutan serangan di Jakarta pagi tadi.\u00a0- Wisma Putra maklumkan, setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu.-Kedutaan Malaysia di Jakarta juga minta semua pihak di negara ini bertenang sehingga maklumat penuh diperoleh.\u00a0\u00a0*Foto sumber Twitter\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71604", "title": "Punca Nahas Pesawat AirAsia QZ8501", "body": "\n\u2190 Back to list\nPunca Nahas Pesawat AirAsia QZ8501\nDec 01, 2015\n\nKerosakan kronik komponen pesawat adalah antara punca nahas pesawat AirAsia QZ8501 hujung tahun lalu.Menurut pasukan penyiasat Indonesia, kegagalan kru menangani kerosakan itu juga menyumbang kepada nahas.Semua 162 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu maut dalam tragedi pada 28 Disember tahun lalu.CEO Kumpulan AirAsia,Tan Sri Tony Fernandes turut memberi maklum balas beliau terhadap hasil siasatan itu melalui akaun Twitter beliau\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71993", "title": "Jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang naik kepada hampir 6,400.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah mangsa banjir di Pulau Pinang naik kepada hampir 6,400.\nNov 06, 2017\n\nJumlah mangsa banjir di Pulau Pinang naik kepada hampir 6,400, melibatkan kawasan barat daya dan timur laut Pulau Pinang, dan juga Seberang Perai Tengah dan Utara.\u00a0Menurut Bilik Gerakan IPK Pulau Pinang, daerah yang paling teruk terjejas adalah Seberang Perai Tengah.\u00a0SI, di Kedah lebih 3,400 mangsa banjir berada di pusat pemindahan manakala di Perak terdapat lebih 100 mangsa dipindahkan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81007", "title": "Seorang rakyat Malaysia dilapor maut ketika main papan luncur di Australia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang rakyat Malaysia dilapor maut ketika main papan luncur di Australia.\nDec 29, 2019\n\nSeorang rakyat Malaysia dilapor meninggal dunia ketika bermain papan luncur di Australia, namun identitinya belum didedahkan.Polis Queensland memaklumkan remaja lelaki berusia 16 tahun itu terlanggar tiang ketika menuruni bukit semasa meluncur.Tambahnya, mangsa yang sedang bercuti bersama keluarganya di Australia memakai topi keledar ketika insiden tersebut.Bermula tahun depan, jualan murah boleh diadakan bila-bila masa!Bermula 2 Januari ini, jualan murah boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak lagi terhad kepada 4 kali setahun.Menurut kerajaan, menerusi pindaan peraturan yang diwartakan bulan lalu, peniaga juga tidak perlu mohon permit bagi mengadakan jualan murah.Dalam perkembangan lain, kerajaan beri jaminan bekalan bawang di negara ini mencukupi sehingga sambutan Tahun Baharu Cina.2 ambulans yang dinaiki pengantin di Pahang\u00a0milik swasta.2 ambulans yang digunakan untuk bawa pengantin pada majlis perkahwinan di Kuantan, Pahang, yang videonya viral di laman sosial adalah milik swasta.Foto: BH OnlineJelas Kementerian Kesihatan, kenderaan itu disewa pasangan mempelai berkenaan sebagai gimik majlis persandingan mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80067", "title": "\"Latheefa Koya lurus dan serius dalam melaksanakan tugasnya\"", "body": "\n\u2190 Back to list\n\"Latheefa Koya lurus dan serius dalam melaksanakan tugasnya\"\nJun 11, 2019\n\nLurus dan serius dalam melaksanakan tugasnya.Itu kriteria yang dimiliki oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru,\u00a0Latheefa Koya menurut penilaian Perdana Menteri.Jelas Tun Dr Mahathir Mohamed, beliau yakin Latheefa adalah pilihan tepat memandangkan hanya orang yang benar-benar layak sahaja dapat menjawat jawatan penting.Dalam perkembangan lain, Kementerian Pendidikan sambut baik cadangan Latheefa untuk membentuk budaya bebas rasuah dalam bidang pendidikan.Menterinya, Maszlee Malik berkata ini kerana pendidikan adalah teras penting dalam mendidik masyarakat mengenai keburukan jenayah rasuah.Perdana Menteri merasmikan Pusat Industri Pintar pertama di Malaysia.Perdana Menteri merasmikan Pusat Industri Pintar pertama di Malaysia yang berkonsepkan perkongsian peralatan dan data operasi perkilangan berteknologi tinggi.Pusat yang dibangunkan di Melaka itu dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun depan.Operasi mencari mayat Orang Asli Kampung Kuala Koh yang ditanam akan\u00a0bermula hari ini.Operasi mencari 12 mayat Orang Asli yang dikebumikan secara adat di dalam hutan di Kampung Kuala Koh akan bermula hari ini.Polis berkata operasi mencari mayat itu penting supaya bedah siasat boleh dijalankan bagi mencari punca kematian mereka.\u00a0Sehingga kini 14 masyarakat Orang Asli di kawasan itu meninggal dunia dengan dua daripadanya disahkan berpunca daripada radang paru-paru.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=109260", "title": "Jangan Longgarkan SOP ", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan Longgarkan SOP \nJun 30, 2021\n\nJangan Longgarkan SOP\nKerajaan negeri tidak boleh melonggarkan SOP PKP penuh di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).\nTegas Menteri Kanan (Keselamatan), MKN telah memutuskan satu SOP sama diguna pakai di seluruh negara dan negeri tidak sepatutnya membuat SOP sendiri.\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian ketika mengulas keputusan kerajaan Sabah membenarkan makan di restoran bermula semalam, berbeza dengan SOP yang dikeluarkan MKN.\nSusulan itu beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada wakil kerajaan Sabah pada Mesyuarat Sidang Khas MKN.\n\u00a0\n\u00a0\nKuanter LHDN Buka Untuk Janji Temu\nSemua kaunter perkhidmatan percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan beroperasi secara janji temu mulai esok.\nWaktu operasi ialah mulai pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari berdasarkan hari bekerja negeri-negeri.\nPelanggan boleh membuat janji temu secara dalam talian menerusi portal LHDN.\nSemalam LHDN mengumumkan tarikh akhir mengemukakan Borang Nyata Cukai untuk beberapa kategori dilanjutkan susulan pelaksanaan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).\nIa bagi memberikan lebih masa kepada pembayar cukai menyediakan dokumen dan maklumat yang perlu diisytiharkan kepada pihaknya.\n\u00a0\n\u00a0\nCakna Murung\nSemua pihak perlu lebih cakna dan prihatin terhadap ahli keluarga dan orang sekeliling.\nUjar Ketua Pengarah Kesihatan, ia bagi mengenal pasti simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri.\nMenurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, orang ramai boleh membantu dengan cara mengambil serius dengan tidak memperlekehkan dan mendengar luahan individu yang mengalami kemurungan.\nMereka yang mengalami tekanan pula boleh menghubungi Befrienders untuk mendapatkan bantuan.\nTahun lalu 631 kes bunuh diri dilaporkan di negara ini, naik berbanding 609 pada 2019.\n\u00a0\n*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81186", "title": "Penularan wabak Covid-19 di Malaysia masih terkawal.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenularan wabak Covid-19 di Malaysia masih terkawal.\nFeb 13, 2020\n\nPenularan wabak Covid-19 di Malaysia masih terkawal dan berada pada tahap Pembendungan Awal.Jelas Kementerian Kesihatan, pihaknya juga bersiap sedia untuk hadapi kemungkinan Tahap Pembendungan Akhir dan Tahap Mitigasi.\u00a0Setakat ini tiada kes baru dicatatkan di Malaysia dengan jumlahnya kekal 18 kes.Kes kematian akibat jangkitan Covid-19 di Hubei, China catat peningkatan mendadak.Sebanyak 242 kematian direkodkan semalam, catatan tertinggi dalam tempoh sehari sejak wabak itu bermula.Ini menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat Covid-19 di China meningkat kepada 1,350 dengan kes jangkitan hampir mencecah 60,000.Terdahulu, WHO beri peringatan bahawa masih terlalu awal untuk buat jangkaan mengenai pengakhiran wabak berkenaan yang masih boleh merebak.Isu identiti Sajat dirujuk ke JAIS.JAKIM maklumkan, isu identiti usahawan kosmetik, Sajat akan dirujuk ke Jabatan Agama Islam Selangor.Jelasnya, JAIS mempunyai langkah sesuai dalam mengendalikan isu berkenaan.Sajat cetus kontroversi apabila berpakaian wanita ketika mengerjakan umrah, baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=113871", "title": "Pakai Pelitup Muka Berganda Bersama \u2018Face Shield\u2019.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPakai Pelitup Muka Berganda Bersama \u2018Face Shield\u2019.\nAug 24, 2021\n\n\nPemakaian pelitup muka berganda bersama pelindung muka boleh melindungi seseorang daripada jangkitan Covid-19 varian Delta hingga 96 peratus!\nMenurut Ketua Pengarah Kesihatan, ia perlu dimasukkan sebagai strategi keselamatan untuk mengurangkan penularan Covid-19 dalam kalangan masyarakat.\nTan Sri Dr Noor Hisham sebelum ini berkata kajian baru mengenai varian Delta mendapati virus itu boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah divaksin.\nBagaimanapun, individu yang divaksin masih dapat dilindungi daripada gejala yang teruk dan kematian berbanding mereka yang belum divaksin.\n\u00a0\n114,000 permohonan rentas negeri ditolak.\nKira-kira 114,000 permohonan rentas negeri ditolak sejak 1 Jun lalu kerana tidak penuhi syarat yang ditetapkan.\nMenurut Bukit Aman, antara sebab permohonan ditolak adalah gagal menunjukkan dokumen berkaitan dan bukan pasangan jarak jauh.\nLebih 4,600 kompaun juga dikeluarkan atas kesalahan tidak patuh arahan PKP dalam tempoh itu.\n\u00a0\nTiada rancangan wujudkan kerajaan perpaduan.\nPerdana Menteri tidak bercadang untuk mewujudkan kerajaan perpaduan melibatkan parti pembangkang.\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaliknya berkata wakil pembangkang akan diberikan peranan dalam jawatankuasa Majlis Pemulihan Negara, MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 seperti diumumkan sebelum ini.\nBeliau juga memaklumkan, barisan Kabinet beliau akan diumumkan minggu ini.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80538", "title": "Lokasi sambutan Hari Malaysia Isnin nanti dipindahkan ekoran jerebu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLokasi sambutan Hari Malaysia Isnin nanti dipindahkan ekoran jerebu.\nSep 12, 2019\n\nLokasi sambutan Hari Malaysia, Isnin nanti dipindahkan ekoran jerebu.Ia diubah dari Padang Merdeka ke lokasi tertutup iaitu Stadium Perpaduan di Kuching kerana bimbang kesihatan orang ramai.Pagi ini, Johan Setia di Klang, Selangor merekodkan bacaan udara sangat tidak sihat.Manakala Sri Aman, Sarawak dan 15 kawasan lain di Semenanjung mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.Sementara itu, Perdana Menteri\u00a0enggan ulas panjang dakwaan Menteri Alam Sekitar Indonesia bahawa jerebu di negara ini disebabkan pembakaran di Sarawak.Kata Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau tidak ambil serius kenyataan itu dan anggap ia komen peribadi menteri tersebut.13 universiti di Malaysia tersenarai sebagai Universiti Terbaik Dunia berbanding 11, sebelum ini.Antara yang baru tersenarai adalah Universiti Malaysia Perlis.Universiti Malaya kekal sebagai Universiti Terbaik negara apabila tersenarai di tangga 300 hingga 350.Bekas Presiden ke-3 Indonesia, BJ Habibie meninggal dunia.Tun M mewakili kerajaan Malaysia ucap takziah kepada seluruh rakyat Indonesia dan keluarga bekas Presiden ke-3 republik itu, BJ Habibie.Allahyarham menghembuskan nafas terakhir semalam ketika dirawat di hospital akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung dan paru-paru.BJ Habibie yang merupakan presiden pertama pasca era Suharto, terkenal sebagai negarawan dan tokoh akademik yang mencintai ilmu dan mesra rakyat.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72624", "title": "Ingin Bercuti Ke Luar Negara? Semak Dahulu Status Dengan Imigresen", "body": "\n\u2190 Back to list\nIngin Bercuti Ke Luar Negara? Semak Dahulu Status Dengan Imigresen\nDec 02, 2016\n\nLHDN\u00a0mengambil maklum ramai pembayar cukai telah buat rancangan bercuti ke luar negara pada musim cuti sekolah ini.Justeru bagi elak kesulitan di kaunter imigresen, pembayar cukai dinasihat semak status sekatan dan jelaskan tunggakan cukai.Pembayar cukai yang disekat ke luar negara pula perlu mohon pelepasan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum berangkat.Semakan status boleh dibuat melalui portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72416", "title": "Buletin Ringkas 24.6.2017", "body": "\n\u2190 Back to list\nBuletin Ringkas 24.6.2017\nJun 24, 2017\n\nHampir 100,000 saman dikeluarkan sejak Ops Selamat sempena Aidilfitri dilancarkan pada 18 Jun lalu, separuh dikeluarkan atas kesalahan memandu melebihi had laju.---JPJ sudah terima 29 aduan menerusi aplikasi WhatsApp yang dilancarkan serentak dengan Op Hari Raya Aidilfitri, majoritinya kerana guna lorong kecemasan di lebuh raya.---4 anggota komando parah selepas kenderaan yang dinaiki hilang kawalan dalam kejadian di Jasin, Melaka.---Menurut Bukit Aman, laporan bahawa militan yang juga bekas pensyarah UM, Dr Mahmud Ahmad terbunuh dalam pertempuran di Marawi, Filipina didapati tidak benar.---Kegembiraan sekumpulan murid sekolah dan guru berkelah di Sungai Gumagayo, Kota Marudu, Sabah bertukar tragedi selepas salah seorang perserta mati lemas.---Dan, Gabungan Wawasan Generasi Felda minta Lembaga Pengarah FGV dirombak semula dengan memasukkan 3 wakil daripada Felda.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79904", "title": "Aduan boleh dibuat kepada Suruhanjaya Tenaga jika bil elektrik naik selepas guna meter pintar.\u00a0\u00a0\u00a0", "body": "\n\u2190 Back to list\nAduan boleh dibuat kepada Suruhanjaya Tenaga jika bil elektrik naik selepas guna meter pintar.\u00a0\u00a0\u00a0\nMay 13, 2019\n\nOrang ramai boleh buat aduan kepada Suruhanjaya Tenaga jika bil elektrik melambung tinggi selepas pengunaan meter pintar.\u00a0\u00a0\u00a0Menurut Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, pihaknya juga akan buat semakan dengan TNB mengenai dakwaan itu.Pengumuman lanjut mengenai isu terbabit dijangka akan dibuat dalam masa seminggu dua lagi.CUEPACS tetap berharap kerajaan akan beri bonus Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.Malah kongres berkenaan sudah hantar surat kepada Perdana Menteri\u00a0dan Menteri Kewangan berkenaan permintaan itu.CUEPACS mengharapkan bonus RM1,000 untuk penjawat awam dan RM500 untuk pesara kerajaan.Seorang lelaki tikam imam yang sedang baca al-Quran di masjid.Gara-gara marah tidur terganggu, seorang penganggur menikam imam yang sedang membaca al-Quran di masjid.Suspek bertindak demikian kerana mangsa baca al-Quran guna pembesar suara di masjid yang lebih kurang 100 meter dari rumahnya di Besut, Terengganu.Lelaki berusia 23 tahun itu kini direman dan siasatan dapati dia positif dadah, juga ada rekod jenayah lampau babitkan kes mencederakan orang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72981", "title": "Jazeman Jaafar teruja dapat rakan sepasukan baru untuk pusingan ketiga Siri Le Mans Asia ", "body": "\n\u2190 Back to list\nJazeman Jaafar teruja dapat rakan sepasukan baru untuk pusingan ketiga Siri Le Mans Asia \nDec 22, 2017\n\nPelumba negara, Jazeman Jaafar teruja dapat rakan sepasukan baru untuk pusingan ketiga Siri Le Mans Asia di Thailand dan Sepang bermula bulan depan.Tambahnya, ini merupakan peluang terbaik untuk mengangkat sukan permotoran selain F1 dan Moto GP di Malaysia.\u00a0Jazeman akan berlumba bersama Weiron Tan dan Afiq Ikhwan Yazid untuk pasukan Jackie Chan DC Racing.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72980", "title": "Beberapa bahagian di Sabah akan alami hujan lebat ekoran ribut tropika Tembin", "body": "\n\u2190 Back to list\nBeberapa bahagian di Sabah akan alami hujan lebat ekoran ribut tropika Tembin\nDec 22, 2017\n\nPegawai Jabatan Meteorologi, Nur Farha Abdul Halim beritahu kami, beberapa bahagian di Sabah akan alami hujan lebat ekoran ribut tropika Tembin yang masih bergerak ke arah utara negeri itu.Menurutnya, amaran waspada telah dikeluarkan bermula hari ini sehingga Ahad.\u00a0Tambahnya, amaran Ribut Tropika Kai-Tak bukan lagi ancaman kepada Malaysia kerana ia hampir lenyap.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72137", "title": "PAS sedia letak calon untuk PRK Port Dickson.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPAS sedia letak calon untuk PRK Port Dickson.\nSep 16, 2018\n\nPAS sedia letak calon untuk PRK Port Dickson bagi menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika parti-parti pembangkang lain termasuk UMNO tidak letak calon.Ujar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ia bertujuan untuk tidak beri laluan mudah kepada Presiden PKR itu meraih kemenangan percuma.Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya baru-baru ini bagi beri laluan kepada Datuk Seri Anwar bertanding untuk kembali ke Parlimen.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71689", "title": "Vape : Umat Islam Perlu Akur Ia difatwakan Haram", "body": "\n\u2190 Back to list\nVape : Umat Islam Perlu Akur Ia difatwakan Haram\nJan 24, 2016\n\nTimbalan Mufti Kelantan beritahu Sinar Harian, umat Islam perlu berhenti melakukan perkara haram sebab ia berdosa.Beliau memberi penjelasan itu demikian susulan ada individu masih mengisap vape walaupun ia telah difatwakan haram.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72289", "title": "Senjata dan dokumen IS dirampas", "body": "\n\u2190 Back to list\nSenjata dan dokumen IS dirampas\nJan 16, 2016\n\nBukit Aman tahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan IS di ibu negara, malam tadi.Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, lelaki berkenaan ditahan bersama senjata dan dokumen berkaitan IS di stesen LRT Jelatek, Ampang.Terdahulu polis KL ambil langkah ketatkan kawalan keselamatan di lokasi tumpuan pelancong susulan serangan di Jakarta.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71642", "title": "Peniaga Vape Buat Lelongan Untuk Habiskan Stok ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeniaga Vape Buat Lelongan Untuk Habiskan Stok \nDec 19, 2015\n\nLebih 50 peniaga vape berkumpul buat lelongan untuk habiskan stok jualan di Kota Bahru, Kelantan.Ia sebelum tempoh pengharaman penjualan rokok elektronik itu berkuat kuasa 1 Januari depan di negeri tersebut.\u00a0Menurut Berita Harian, proses lelongan itu dihadiri lebih 500 pengguna vape.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=153861", "title": "Keputusan STPM 2022 Diumumkan Hari Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKeputusan STPM 2022 Diumumkan Hari Ini.\nJul 13, 2023\n\n\nKeputusan STPM 2022 Diumumkan Hari Ini.\nKeputusan peperiksaan STPM 2022 dikeluarkan hari ini.\nCalon-calon boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing bermula jam 11.30 pagi ini.\nMenurut Majlis Peperiksaan Malaysia, keputusan juga boleh disemak secara dalam talian mulai 11 pagi nanti sehingga tengah hari pada Ahad ini.\n\u00a0\nCCTV AI bukan perkara baru.\nPelaksanaan sistem kamera litar tertutup dengan kecerdasan buatan, AI di persimpangan lampu isyarat oleh JPJ bukanlah perkara baru.\nKementerian Pengangkutan memaklumkan, sistem itu diperkenal sebagai langkah bukti konsep bagi kesan kesalahan lalu lintas secara lebih jelas.\nIa susulan viral mengatakan JPJ yang sedang pasang sistem itu di persimpangan lampu isyarat di seluruh negara selepas projek perintisnya di Miri, Sarawak.\n\u00a0\nAkta baru untuk hukum pihak mempermainkan isu 3R sedang dikaji.\nKerajaan sedang kaji untuk mewujudkan satu akta baru bagi hukum pihak yang mempermainkan isu 3R - agama, raja dan kaum daripada aspek sivil.\nAkta itu mungkin dinamakan Akta Negara dan Bangsa serta berfungsi seperti Akta Keharmonian Kaum di Singapura tetapi dalam konteks Malaysia.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71725", "title": "Datuk Seri Ahmad Bashah dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Ahmad Bashah dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri\nFeb 11, 2016\n\nPelantikan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan pagi ini.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.*gambar sekadar hiasan\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80099", "title": "Wabak Deman Campak Punca Kematian Orang Asli Kuala Koh ", "body": "\n\u2190 Back to list\nWabak Deman Campak Punca Kematian Orang Asli Kuala Koh \nJun 17, 2019\n\nWabak demam campak disahkan punca kematian Orang Asli Kuala Koh, di Gua Musang.Kementerian Kesihatan berkata berdasarkan ujian makmal, 37 orang asli di kawasan terbabit positif menghidap wabak berkenaan.Manakala ujian makmal lain seperti untuk Tibi dan Kencing Tikus adalah negatif.Setakat ini 15 orang asli meninggal dunia akibat penyakit itu, dengan yang terbaru seorang kanak-kanak berusia 3 tahun.Bukit Aman Tubuh Pasukan Khas Siasat Video Intim HaziqPasukan khas ditubuh bagi menjalankan siasatan berhubung video intim yang dikaitkan dengan Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Industri Utama.\u00a0Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata pasukan itu dianggotai oleh JSJ Bukit Aman, Jabatan Forensik Polis dan SKMM.Setakat ini, 17 laporan polis dan 21 keterangan dirakam berkaitan video intim berkenaan.Lebih 250 Petugas Kesihatan Diterbangkan Ke Mekah\u00a0Lebih 250 pegawai dan kakitangan termasuk doktor pakar akan ditugaskan di Tanah Suci sempena musim haji tahun ini.Menurut Kementerian Kesihatan, pemilihan petugas dibuat berdasarkan kelayakan, kepakaran dan pengalaman yang dimiliki.Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas pada 4 Julai depan.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70681", "title": "Satu lagi kluster baru COVID-19 di Kedah", "body": "\n\u2190 Back to list\nSatu lagi kluster baru COVID-19 di Kedah\nAug 13, 2020\n\nSatu lagi kluster baru COVID-19 di KedahFoto - Malay MailSatu lagi kluster baru COVID-19 dikesan di Kedah yang telah menjangkiti sembilan individu daripada satu keluarga.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, ia dikenali sebagai Kluster Tawar kerana bertumpu di Mukim Tawar dekat Baling.Kes pertama kluster ini adalah lelaki warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga dianggarkan dihadiri 30 orang.-----Keputusan mutasi virus seminggu lagiFoto - The StarHasil kajian bagi menentukan sama ada virus daripada Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga adalah mutasi D614G akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian 'genomic sequence' memakan masa dua minggu berikutan virus perlu diasingkan dan dikotorkan.Setakat ini walaupun pihaknya mengesyaki Kluster PUI Sivagangga adalah mutasi D614G berikutan merebak secara cepat dan pantas, tetapi ia belum disahkan sepenuhnya.-----Hina polis, individu terbabit wawancara Asri Janggut dipanggilFoto - BernamaPDRM akan memanggil semua individu terbabit dalam wawancara peniaga burger, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.Menurut Bukit Aman, individu terbabit sudah dikenal pasti membabitkan mereka yang diwawancara, penganjur dan penghasil kedua-dua video.Sehingga kini, polis telah membuka dua kertas siasatan ke atas Asri Janggut yang dipercayai menghina PDRM dan ATM dalam wawancara tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71486", "title": "Masih Disekat", "body": "\n\u2190 Back to list\nMasih Disekat\nDec 28, 2020\n\nSekatan Perjalanan Masih Berkuat KuasaKetua Pengarah Kesihatan memaklumkan, kerajaan masih mengekalkan sekatan perjalanan dari 23 negara.Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia termasuk UK susulan kemunculan varian baru COVID-19 yang lebih cepat menular.Sementara itu 1,196 kes baru COVID-19 dan satu lagi kematian dicatatkan semalam.Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 392 kes baru, diikuti Kuala Lumpur 202 dan Johor 194 kes.Shasha Elite Terima Suntikan Vaksin COVID-19Shasha Elite dilapor menjadi antara rakyat Malaysia pertama yang menerima suntikan vaksin COVID-19.Menurut penyanyi itu yang kini menetap di Dubai, UAE bersama suaminya, setakat ini mereka tidak mengalami sebarang kesan sampingan seperti demam, mual dan alahan.Shasha juga memaklumkan, mereka akan menerima suntikan dos kedua yang juga terakhir dalam masa 21 hari selepas suntikan dos pertama.Dedah Segera Pihak TerlibatPemuda UMNO minta pihak berkuasa segera mendedahkan nama syarikat yang terbabit dalam kartel penyeludupan dan pengedaran daging import haram.Menurut Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pendedahan itu penting bagi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan umat Islam terhadap kesahihan status halal daging import dalam pasaran.Pemuda UMNO juga mendesak penubuhan segera pasukan khas yang melibatkan pelbagai agensi kawal selia dan penguatkuasaan industri halal termasuk SPRM dan PDRM.Gesaan sama turut dibuat Pemuda Amanah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73136", "title": "Pergaduhan anak-anak membawa kepada pergaduhan ibu bapa.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPergaduhan anak-anak membawa kepada pergaduhan ibu bapa.\nFeb 12, 2018\n\nPergaduhan anak-anak membawa kepada pergaduhan ibu bapa.Itulah yang berlaku di Dungun, Terengganu baru-baru ini dan lebih mendukacitakan ia terjadi antara 2 keluarga berjiran.Polis sudah mengambil keterangan 2 keluarga berkenaan termasuk wanita yang mengacukan pedang samurai, dan video kejadian kini turut viral di laman sosial.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71906", "title": "Seorang penuntut IPT lemas, 14 lagi terselamat selepas bot dinaiki mereka terbalik berhampiran muara Kuala Besut.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang penuntut IPT lemas, 14 lagi terselamat selepas bot dinaiki mereka terbalik berhampiran muara Kuala Besut.\nAug 08, 2017\n\nSeorang penuntut IPT lemas, 14 lagi terselamat selepas bot dinaiki mereka terbalik berhampiran muara Kuala Besut, tengah hari tadi.Kejadian berlaku ketika bot pelancong membawa 15 penuntut terbabit dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian ke jeti Kuala Besut.Lima mangsa dirawat di Klinik Kesihatan Kuala Besut manakala sembilan dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan dan pemeriksaan.\u00a0Sumber gambar : Terengganutimes.com\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=148487", "title": "Malaysia Antara 10 Negara Teratas Sasaran Email Hasad.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Antara 10 Negara Teratas Sasaran Email Hasad.\nMar 17, 2023\n\n\nMalaysia Antara 10 Negara Teratas Sasaran Email Hasad\nMalaysia berada di kedudukan ke -10 teratas sasaran email hasad atau berniat jahat global pada tahun lalu.\nIa berdasarkan satu kajian oleh syarikat keselamatan siber dan privasi digital global, Kaspersky.\nKebanyakan email hasad yang diterima rakyat Malaysia berbentuk penyamaran kononnya untuk urusan perniagaan dan perbankan bagi menarik perhatian penerima untuk membukanya.\nDalam kebanyakan kes, dokumen yang dibuka itu akan turut memuat turun virus Trojan.\n\u00a0\nAmbulans Udara Bakal Diperkenal \nPerkhidmatan ambulans udara dijangka diperkenalkan menjelang hujung tahun ini.\nIa hasil kerjasama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dengan Kementerian Kesihatan menggunakan helikopter milik bomba.\nMenurut KPKT, ia\u00a0 melibatkan usaha menyelamat mangsa di kawasan pedalaman dan kes kemalangan jalan raya.\n\u00a0\nLaluan Khas Kemasukan ke IPTA melalui UPUOnline Kekal \nKerajaan bersetuju untuk meneruskan Laluan Khas Kemasukan Pelajar ke IPTA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUOnline.\nMenurut Kementerian Pendidikan Tinggi, ia melibatkan 4 kumpulan sasaran iaitu golongan B40, OKU, Orang Asli dan atlet.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72111", "title": "Murid akan pakai kasut hitam ke sekolah, mulai tahun depan!", "body": "\n\u2190 Back to list\nMurid akan pakai kasut hitam ke sekolah, mulai tahun depan!\nJul 20, 2018\n\nAkan ada pembaharuan yang akan dilalui pelajar sekolah mulai tahun depan!Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata ini setelah mendengar pandangan dan keluhan ibu bapa.Foto : KosmoTambahnya, meringankan beg sekolah pelajar, dan tidak membebankan guru dengan kerja selain mengajar termasuk antara pembaharuan lain yang akan dilakukan.Selain itu katanya, semua sekolah di Malaysia harus menitikberatkan nilai murni kepada pelajarnya.Dr Maszlee Malik menjelaskan ini bagi membentuk pelajar agar mempunyai sahsiah dan nilai murni yang tinggi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=113785", "title": "PM Tawar Kerjasama Dengan Pembangkang Untuk Tangani COVID-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM Tawar Kerjasama Dengan Pembangkang Untuk Tangani COVID-19.\nAug 23, 2021\n\n\nPerdana Menteri baru tawarkan kerjasama dengan pemimpin pembangkang untuk sertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengajak semua pihak meleraikan segala perebutan kuasa politik dan berjuang sebagai sebuah keluarga bagi memulihkan semula negara.\nDalam pada itu, Perdana Menteri memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dalam usaha membawa keluar negara daripada pendemik Covid-19.\nJelasnya, pendekatan Keluarga Malaysia dipilih kerana ia bersifat inklusif tanpa mengira agama dan bangsa.\nSementara itu, kerajaan menambah 6 juta lagi dos vaksin Covid-19 dalam usaha mempertingkatkan liputan vaksinasi di negara ini.\nMenurut Perdana Menteri, ia akan diterima menjelang awal bulan depan.\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di bangunan Perdana Putra, Putrajaya kira-kira jam 8 pagi tadi bagi memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri.\n\u00a0\nBomba bersiap siaga menjelang musim tengkujuh.\nLebih 12,000 anggota dan pegawai bomba di seluruh negara bersiap siaga untuk dikerahkan.\nIa bagi tujuan memantau dan menyelamat di kawasan berisiko menjelang musim tengkujuh.\nMenurut Ketua Pengarah JBPM, ia juga merangkumi kesiapsiagaan mengatur gerak di kawasan dilanda banjir kilat, banjir lumpur mahupun tanah runtuh.\n\u00a0\nIbu Syamel meninggal dunia.\nPenyanyi, Syamel berkongsi berita dukacita, ibunya meninggal dunia kira-kira jam 10.00 malam tadi.\nAllahyarhamah meninggal dunia semasa ditidurkan dan dirawat sejak sebulan lalu di hospital akibat kekurangan oksigen.\nSyamel yang juga suami kepada penyanyi dan guru vokal, Ernie Zakri memaklumkan, jenazah ibunya dijangka dikebumikan tengah hari ini.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80974", "title": "Tiada Hasrat Wajibkan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Pada Kenderaan Lain.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Hasrat Wajibkan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Pada Kenderaan Lain.\nDec 20, 2019\n\nKerajaan tidak berhasrat untuk mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak pada kenderaan lain seperti bas dan ambulans.Menurut Kementerian Pengangkutan, buat masa ini kementerian\u00a0hanya memberi fokus pada kereta persendirian sahaja.Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan akan berkuatkuasa 1 Januari ini.Tun M sambut baik saranan Iran agar wujudkan\u00a0matawang kripto.Perdana Menteri sambut baik saranan Iran agar wujudkan matawang kripto dengan kerjasama bank pusat negara masing-masing.Jelas Tun Dr Mahathir Mohamad, ianya perlu dilaksanakan bagi mengukuhkan perdagangan negara Islam sekaligus elak kebergantungan kepada mata wang asing.Cadangan itu dikemukakann oleh Presiden Iran, Dr Hassan Rouhani pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur semalam.Datuk Seri Anifah Aman tidak akan pertahankan kerusi Parlimen Kimanis pada PRK bulan depan.Sebaliknya, bekas Menteri Luar itu akan bertanding untuk kerusi yang pernah dipegangnya selama 3 penggal itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15.SPR\u00a0menetapkan pilihan raya kecil Parlimen Kimanis akan diadakan pada 18 Januari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72631", "title": "Gempa Bumi Aceh: Pidie Jaya Diletakkan Dalam Perintah Darurat", "body": "\n\u2190 Back to list\nGempa Bumi Aceh: Pidie Jaya Diletakkan Dalam Perintah Darurat\nDec 08, 2016\n\nJumlah korban gempa bumi kuat di Aceh, Indonesia semalam kini meningkat melebihi 100 orang.Perintah darurat 14 hari juga dikuat kuasakan di kawasan paling teruk terjejas iaitu Pidie Jaya.Ia bagi memudahkan dan mempercepatkan bantuan kepada mangsa tragedi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72354", "title": "Anggota tentera cedera ditikam", "body": "\n\u2190 Back to list\nAnggota tentera cedera ditikam\nFeb 11, 2017\n\nSeorang anggota pengawal Kem Seberang Takir Terengganu cedera akibat ditikam di leher oleh suspek yang juga bekas tentera.Suspek dipercayai bertindak demikian untuk merampas senjata anggota berkenaan, selaras submesingan automatik.Polis mengesahkan lelaki terbabit telah ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71559", "title": "Kementerian Kesihatan kaji keperluan kenakan cukai eksais terhadap rokok elektronik", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Kesihatan kaji keperluan kenakan cukai eksais terhadap rokok elektronik\nNov 05, 2015\n\nKementerian Kesihatan sedang kaji keperluan untuk kenakan cukai eksais terhadap rokok elektronik termasuk vape.Jelas kementerian, ia bagi menghalangnya dari jadi budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71823", "title": "Jutaan Baht aset \"Mr T\" disita Thailand", "body": "\n\u2190 Back to list\nJutaan Baht aset \"Mr T\" disita Thailand\nJun 19, 2017\n\nPihak berkuasa Thailand sita pelbagai aset bernilai jutaan Baht milik rakyat Malaysia digelar \"Mr T\" yang menjadi dalang utama bagi sindiket dadah antarabangsa.Pihak berkuasa negara itu turut dilapor menyita aset-aset yang diletakkan di bawah nama isterinya, seorang warga Thai dan juga anak lelakinya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78853", "title": "Pihak berkuasa siasat dakwaan edaran kitab bible di depan sekolah di Bukit Mertajam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPihak berkuasa siasat dakwaan edaran kitab bible di depan sekolah di Bukit Mertajam.\nNov 08, 2018\n\nPihak berkuasa sedang siasat dakwaan mengenai pengedaran kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam.Foto: UtusanTegas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang usaha untuk menimbulkan kekacauan dalam masyarakat memandangkan agama Islam adalah agama rasmi negara.Kerajaan perlu gubal undang-undang baru untuk tangani masalah dadah di kalangan remaja.Agensi Anti Dadah Kebangsaan cadang agar kerajaan gubal undang-undang baru untuk tangani gejala sosial terutama masalah dadah di kalangan remaja.\u00a0Melalui undang-undang itu, pihak berkuasa boleh memanggil ibu bapa atau penjaga remaja bermasalah untuk mengikuti sesi kaunseling.Mat Redho jadi calon Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018.Atlet sukan ekstrem, Mat Redho akan dicalonkan sebagai penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018.Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman buat pengumuman itu, selepas Mat Redho menjuarai Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018 di Australia.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72152", "title": "Dua suspek bunuh pensyarah Palestin lari ke Thailand", "body": "\n\u2190 Back to list\nDua suspek bunuh pensyarah Palestin lari ke Thailand\nMay 05, 2018\n\nDua suspek yang dikaitkan dengan kes bunuh pensyarah warga\u00a0 Palestin bulan lepas, dipercayai guna pasport palsu Serbia and Montenegro untuk masuk ke Malaysia.Kedua-dua lelaki terbabit dipercayai kemudian melarikan diri ke Thailand menggunakan laluan haram di sempadan negara.Menurut PDRM, pihaknya telah mendapatkan kerjasama daripada Polis Diraja Thailand untuk mengesan dan menangkap mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80663", "title": "Tiada\u00a0sebab untuk kembalikan GST yang ditolak rakyat sebelum ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada\u00a0sebab untuk kembalikan GST yang ditolak rakyat sebelum ini.\nOct 08, 2019\n\nPerdana Menteri berkata tiada\u00a0sebab untuk kembali kepada sistem cukai yang ditolak rakyat sebelum ini, GST.Sebaliknya jelas Tun Dr Mahathir Mohamad, Cukai Jualan dan Perkhidmatan, SST yang sedia ada akan ditambah baik.\u00a0Dalam perkembangan lain, kerajaan setuju tubuhkan Tabung Bantuan Bencana untuk galakkan orang ramai bersama membantu pengurusan bencana.FOMCA\u00a0harap kerajaan dapat pertimbang semula kadar subsidi petrol yang ditetapkan.Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia, FOMCA harap kerajaan dapat pertimbang semula kadar subsidi petrol yang ditetapkan.Pihaknya berpendapat subsidi yang ditetapkan dalam Program Subsisi Petrol agak rendah jika ambil kira kos sara hidup yang tinggi ketika ini.Semalam, kerajaan umum penerima Bantuan Sara Hidup yang miliki kenderaan sendiri dan cukai jalan sah akan dapat manfaat menerusi program itu.Dasar Inklusif OKU akan turut diperluaskan ke semua politknik dan kolej komuniti.Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti juga kaji keperluan menyediakan kemudahan menyeluruh kepada pelajar OKU di institusi terbabit.Ketika ini hanya 5 politeknik dan 13 buah kolej komuniti melaksanakan program pengajian melibatkan golongan itu di peringkat Sijil Kemahiran.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72831", "title": "Kekecohan di Suku Akhir Piala FA Antara KL, Perak : Polis Kenal Pasti 5 Suspek", "body": "\n\u2190 Back to list\nKekecohan di Suku Akhir Piala FA Antara KL, Perak : Polis Kenal Pasti 5 Suspek\nApr 03, 2016\n\n5 orang cedera dalam kejadian itu, apabila segelintir penyokong membaling batu ke dalam stadium.Dalam pada itu, perlawanan Liga Super antara Selangor dan Kedah yang sepatutnya berlangsung di Shah Alam, Selasa ini telah dipindah ke Selayang.Foto : Berita Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71809", "title": "YaPEIM nafi beli simulator guna sumbangan awam", "body": "\n\u2190 Back to list\nYaPEIM nafi beli simulator guna sumbangan awam\nDec 26, 2015\n\nYayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia - Yapeim NAFI dakwaan ia telah beli simulator golf gunakan sumbangan amal daripada orang ramai.Ketua Pengarahnya, Datuk Abibullah Samsudin berkata simulator itu sebenarnya dibeli dengan pendapatan yang diperolehi daripada perniagaan yayasan itu.Beliau menambah, pembelian simulator itu adalah bertujuan menggalakkan aktiviti sukan termasuk golf dalam masyarakat.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70521", "title": "PDRM sedia terima tindakan sivil", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM sedia terima tindakan sivil\nJul 18, 2020\n\nPDRM sedia terima tindakan sivilFoto - TV SarawakPolis Di Raja Malaysia (PDRM) sedia menerima tindakan sivil daripada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan pihaknya.Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya tidak boleh menghalang mana-mana pihak daripada berbuat demikian.Terdahulu, keluarga Allahyarham Muhammad Adib cadang menyaman PDRM bagi menuntut ganti rugi berhubung insiden yang menyebabkan kematian anggota bomba itu.-----Hukuman berat ke atas pemandu mabuk memadaiFoto - Berita HarianCadangan kerajaan untuk menaikkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum 150 ribu ringgit ke atas pemandu mabuk adalah memadai.Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya pernah mengusulkan cadangan itu bagi mengurangkan kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk.Malah, beliau amat mengalu-alukan jika Parlimen meluluskan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu yang membabitkan peningkatan jumlah denda dan tempoh hukuman penjara.-----Perak lancar panggung wayang pandu masukFoto - TTKMPerak jadi negeri pertama di negara ini yang melancarkan panggung wayang pandu masuk dikenali sebagai Casuarina Sini-Drive di Ipoh, bermula semalam.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, panggung di Downtown Meru itu mempunyai kapasiti memuatkan sebanyak 70 kenderaan pada satu-satu masa.Pengenalan pawagam ini katanya dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Perak yang terkesan teruk ekoran pandemik COVID-19.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71991", "title": "Kementerian Pendidikan tegaskan tiada kuota kaum diwujudkan bagi kemasukan ke Kolej Vokasional di seluruh negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan tegaskan tiada kuota kaum diwujudkan bagi kemasukan ke Kolej Vokasional di seluruh negara.\nNov 01, 2017\n\nKementerian Pendidikan tegaskan tiada kuota kaum diwujudkan bagi kemasukan ke Kolej Vokasional di seluruh negara.Jelasnya penyediaan tempat-tempat baharu untuk latihan vokasional terbuka kepada semua pelajar yang ingin mengikuti kemahiran tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73021", "title": "Ahad minggu pertama setiap Julai diisytiharkan sebagai sambutan Hari Ibu dan Bapa.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAhad minggu pertama setiap Julai diisytiharkan sebagai sambutan Hari Ibu dan Bapa.\nJun 27, 2018\n\nHari Ahad minggu pertama setiap Julai diisytiharkan sebagai sambutan Hari Ibu dan Bapa.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa yang sebelum ini diasingkan kini digabungkan bermula tahun ini.Dalam pasa itu,\u00a0 beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata keputusan sama ada meneruskan atau sebaliknya Program ADAM50 akan dibuat oleh Kementerian Kewangan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79385", "title": "Kerusi DUN Rantau sah kosong!", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerusi DUN Rantau sah kosong!\nFeb 18, 2019\n\nFoto - mStarOnlineMahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Mohamad Hassan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya pada 16 November lalu yang mengisytiharkan kemenangannya di DUN Rantau pada PRU14 adalah terbatal dan tidak sah.Ini berikutan petisyen difailkan calon PKR, Dr. S. Streram pada 23 Mei 2018 untuk mencabar pengisytiharan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hassan yang dibuat SPR.Foto - malaysiakiniDatuk Seri Mohamad menang tanpa bertanding kerusi DUN itu di PRU 14, selepas Dr. S. Streram tidak dibenar menyerahkan\u00a0borang pencalonannya pada hari penamaan calon.Serentak itu, mahmakah mengarahkan satu pilihan raya kecil perlu diadakan di DUN Rantau dalam tempoh 30 hari.Foto - Astro Awani\"Saya menghormati keputusan dibuat dan sudah lama bersedia untuk PRK diadakan.\"Jadi, saya terima keputusan rayuan ini dengan hati terbuka. Kita menghormati undang-undang,\" katanya sejurus keputusan kes berkenaan.Foto - Astro AwaniIni merupakan Pilihan Raya Kecil ketujuh yang akan diadakan dalam tempoh tidak sampai setahun Pakatan Harapan menerajui kerajaan.\u00a0Daripada jumlah itu, empat PRK dimenangi calon Pakatan Harapan di Sungai Kandis (PKR), Seri Setia (PKR), Balakong (DAP) dan Port Dickson (PKR), BN menang di Cameron Highlands manakala PRK Semenyih akan berlangsung pada 2 Mac ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72872", "title": "Isteri TMJ selamat melahirkan puteri sulung", "body": "\n\u2190 Back to list\nIsteri TMJ selamat melahirkan puteri sulung\nJun 25, 2016\n\nIsteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che' Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan puteri sulung, pagi tadi.Menurut kenyataan Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Che Puan Khaleeda dan paduka puteri berada dalam keadaan sihat walafiat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73114", "title": "Tahap keselamatan bagi bangunan sekolah berusia lebih 100 tahun akan sentiasa dipantau.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTahap keselamatan bagi bangunan sekolah berusia lebih 100 tahun akan sentiasa dipantau.\nApr 04, 2018\n\nTahap keselamatan bagi\u00a0 bangunan sekolah berusia lebih 100 tahun akan sentiasa dipantau.Kementerian Pendidikan berkata antara pemantauan yang dilakukan adalah membabitkan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan serta pendawaian .Setakat ini, lebih 20 daripada 10,000 buah sekolah di negara ini sudah wujud sebelum zaman merdeka lagi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73183", "title": "Pelaksanaan SST dijangka berjalan lancar.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelaksanaan SST dijangka berjalan lancar.\nAug 21, 2018\n\nPelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan, SST pada 1 September ini dijangka akan berjalan lancar.Ini selepas kesemua Rang Undang-Undang berkaitannya diluluskan Dewan Negara semalam, yang dikuasai BN.\u00a0Terdahulu ada kebimbangan di pihak Pakatan Harapan BN mungkin akan sabotaj RUU itu.Namun, ia diluluskan sebulat suara tanpa pindaan.\u00a0Jabatan Meteorologi sahkan tiada kejadian gempa bumi berlaku di Sabah malam tadiIni selepas terdengar dentuman kuat dan gegaran selama beberapa saat yang melanda Kota Belud, Tuaran dan Tamparuli.Foto: UtusanBagaimanapun gegaran itu dipercayai berpunca daripada meteor yang jatuh di kawasan sekitar itu berdasarkan beberapa dakwaan individu yang menyaksikan satu cahaya di langit sebelum berlakunya dentuman dan gegaran itu.\u00a0Orang awam dinasihatkan agar tidak mendapatkan rawatan di pusat kecantikan tidak berdaftar.Kementerian Kesihatan tidak akan bertanggungjawab sekiranya sebarang kejadian tidak diingini berlaku ketika mendapatkan rawatan di pusat kecantikan seumpama itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=114528", "title": "SOP Lebih Menyeluruh Dan Mudah Difahami Akan Diumumkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSOP Lebih Menyeluruh Dan Mudah Difahami Akan Diumumkan.\nSep 03, 2021\n\n\nSOP yang bersifat lebih menyeluruh, melibatkan jangka masa panjang dan mudah difahami akan diumumkan tidak lama lagi.\nMenteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata ia selaras dengan fasa endemik Covid-19 yang dijangka bermula hujung bulan depan.\nOrang ramai juga katanya boleh memberikan maklum balas menerusi platform yang disediakan agar kerajaan dapat mendengar setiap cadangan rakyat.\n\u00a0\nMelaka beralih ke Fasa 2 PPN, Negeri Sembilan memasuki Fasa 3.\nBermula esok, Melaka beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara, PPN, manakala Negeri Sembilan masuk ke Fasa 3.\nKerajaan juga bersetuju buka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program 'travel bubble' berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.\nPulau Langkawi dipilih sebagai perintis dan ia akan dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.\n\u00a0\nBeberapa ciri baru akan ditambah pada aplikasi MySejahtera!\nAplikasi MySejahtera sedang ditambah baik dengan kemudahan paparan status vaksinasi dan risiko seseorang.\nMenurut Menteri Kesihatan, paparan baru itu akan menunjukkan status vaksinasi seseorang setiap kali dia mengimbas kod QR daftar masuk.\nSatu butang daftar keluar turut ditambah ke dalam aplikasi MySejahtera bagi menambah baik usaha menjejaki kontak rapat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73260", "title": "Satu lagi kes kebocoran data peribadi dilaporkan oleh Lowyat.net. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSatu lagi kes kebocoran data peribadi dilaporkan oleh Lowyat.net. \nJan 24, 2018\n\nLowyat.net melaporkan satu lagi kes kebocoran data peribadi!Terbaru, data 220 ribu penderma organ di Malaysia termasuk waris mereka telah dibocorkan dalam talian sejak September 2016.Kebocoran data peribadi itu termasuk butiran MyKad, alamat rumah, nombor telefon dan organ yang bakal didermakan.Terdahulu, Lowyat.net turut melaporkan kebocoran jutaan data peribadi pelanggan syarikat telekomunikasi yang dijual secara dalam talian.Pusat Sumber Transplan Nasional dalam respon segeranya sahkan ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat dengan lebih lanjut perkara itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=105078", "title": "Dakwaan Vaksinasi COVID-19 Rendah Dan Perlahan Adalah Tidak Benar.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDakwaan Vaksinasi COVID-19 Rendah Dan Perlahan Adalah Tidak Benar.\nMay 04, 2021\n\nDakwaan kononnya kadar vaksinasi COVID-19 di negara ini rendah dan perlahan adalah tidak benar.\nUjar Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, ia dibuat mengikut jadual penghantaran bekalan.\n\nJelas Khairy Jamaluddin lagi, kerajaan telah menerima lebih 1.9 juta bekalan vaksin dan hampir 1.5 juta sudah digunakan.\nIa menunjukkan kadar penggunaan vaksin yang diterima di negara ini adalah tinggi iaitu 75 peratus.\n\u00a0\nVaksin Pfizer dan AstraZeneca mungkin diberikan kepada jemaah haji.\nJemaah Malaysia yang dipilih mengerjakan ibadat haji tahun ini mungkin diberi vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca.\nUjar Menteri Hal Ehwal Agama, 2 vaksin tersebut merupakan vaksin yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi.\n\nMenurut Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri lagi, pihaknya telah berbincang dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berkaitan perkara itu.\n\u00a0\nPembayaran i-Sinar pada bulan ini dibuat mulai semalam sehingga 11 Mei.\n\nKWSP memaklumkan, pembayaran dibuat secara berperingkat bergantung kepada prosedur bank.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72926", "title": "Lelaki serah diri kepada polis selepas ugut mahu bunuh dua anaknya", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki serah diri kepada polis selepas ugut mahu bunuh dua anaknya\nJun 29, 2017\n\nSeorang lelaki serah diri kepada polis selepas mengugut mahu membunuh dua anak perempuannya di Menggatal, Sabah.Suspek berusia 30 tahun itu dikatakan berbuat demikian gara-gara kecewa bekas isterinya enggan pulang beraya.Menurut polis, ketika kejadian, lelaki berkenaan berada di bawah pengaruh dadah dan dipercayai alami kemurungan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70552", "title": "Boleh Rentas Negeri\u00a0Raya Nanti", "body": "\n\u2190 Back to list\nBoleh Rentas Negeri\u00a0Raya Nanti\nJul 23, 2020\n\nBoleh Rentas Negeri Aidiladha\u00a0NantiKerajaan belum buat sebarang keputusan untuk laksana semula larangan rentas negeri.Justeru tiada halangan untuk orang ramai melakukan perjalanan rentas negeri semasa Aidiladha nanti.Jelas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), walaupun kes kembali meningkat namun angka dan kadarnya masih rendah.Semalam, 16 kes baru direkodkan di seluruh negara dengan separuh daripadanya kes import.Semua Masjid & Surau Di Negeri Sembilan Boleh Adakan Solat AidiladhaNegeri Sembilan membenarkan semua masjid dan surau di negeri itu mengadakan solat sunat Aidiladha.Namun khemah tidak boleh didirikan di perkarangan premis terlibat pada hari itu bagi elak orang ramai berkumpul.Hari Raya Korban akan disambut pada Jumaat minggu depan bersamaan 31 Julai.Kes Conteng Mural Dijangka Selesai Tak Lama LagiPolis Selangor menemui beberapa petunjuk berkaitan kes conteng mural pemimpin negara di Shah Alam.Susulan itu pihaknya yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.Sebelum ini pihaknya memaklumkan, kelibat 2 wanita dikesan dalam rakaman CCTV kejadian tersebut.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72443", "title": "Sengketa Harta: Lelaki Didakwa Bunuh Abang", "body": "\n\u2190 Back to list\nSengketa Harta: Lelaki Didakwa Bunuh Abang\nMay 18, 2017\n\nSeorang lelaki dihadap ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang atas pertuduhan menyebabkan kematian abang kandungnya pada Ahad lalu.Tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenar ikat jamin sebanyak RM10,000 sementara menunggu perbicaraan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73203", "title": "Menteri Kewangan gesa siasatan terbuka dibuat ke atas dakwaan kehilangan wang bayaran balik GST.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMenteri Kewangan gesa siasatan terbuka dibuat ke atas dakwaan kehilangan wang bayaran balik GST.\nAug 10, 2018\n\nMenteri Kewangan gesa siasatan terbuka dilakukan ke atas dakwaan kehilangan wang bayaran balik GST, RM18 bilion.Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, siasatan tersebut bakal dipimpin oleh individu luar yang bebas dan berpengalaman, sementara satu siasatan dalaman turut dibuat.Sementara itu, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan nafi dakwaan Menteri Kewangan bahawa wang tuntutan semula GST itu dirompak kerjaan terdahulu.Tan Sri Irwan Siregar Abdullah jelaskan wang tersebut berada dalam Kumpulan Wang Disatukan untuk jalani proses pengauditan oleh Jabatan Kastam bagi memastikan ianya bukan tuntutan palsu.Semua sekolah yang ditutup gara wabak HFMD kini dibuka semula.Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata laporan terkini mengenai situasi penyakit itu di negara ini boleh didapati menerusi Facebook kementerian tersebut.Dalam pada itu, beliau minta para guru agar memantau kesihatan murid sebagai langkah awal untuk membendung wabak tersebut.Seorang doktor dilepas dan dibebaskan\u00a0atas tuduhan menyebabkan kematian menantu bekas TPM, Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi.Seorang doktor dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah KL atas tuduhan menyebabkan kematian menantu bekas TPM, Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika mendapatkan rawatan gigi, 3 tahun lalu.\u00a0Hakim buat keputusan itu selepas mendapati ada percanggahan keterangan antara pakar bius dengan pakar autopsi berhubung kematian Allahyarham Datuk Syed Aiman Zain Syed Alwi.Pakar bius mengatakan kematian disebabkan wujud serangan jantung berikutan penggunaan bius berlebihan tapi pakar autopsi pula berpendapat ia disebabkan alahan dengan ubat bius.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79420", "title": "Harga jalur lebar tidak akan dikurangkan lagi tahun ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHarga jalur lebar tidak akan dikurangkan lagi tahun ini.\nFeb 22, 2019\n\nHarga jalur lebar tidak akan dikurangkan lagi pada tahun ini.Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata ini kerana pihaknya telah tingkatkan kelajuannya dan kurangkan harga sebelum ini.Foto: The StarTambah Gobind Singh Deo, kebanyakan syarikat telekomunikasi telah turunkan harga jalur lebar mereka sebanyak 30 peratus hingga 65 peratus.\u00a0Kementerian Belia dan Sukan lancar inisiatif Pendigitalan Industri 4.0Ia merupakan usaha kementerian untuk memperkasa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional, TVET\u00a0bagi melahirkan lebih ramai belia berkemahiran tinggi.Foto: NSTPMelalui inisiatif tersebut, IKTBN akan dilengkapi peralatan dan mesin baru juga berteknologi terkini.Seorang polis jadi mangsa ragut\u00a0di KL.Seorang anggota polis wanita jadi mangsa ragut ketika berjalan di depan bangunan koperasi polis di Kampung Attap, KL.Foto: KosmoDifahamkan ketika kejadian mangsa sedang guna telefon bimbit dan polis kini meneliti rakaman CCTV di lokasi kejadian untuk kenal pasti suspek.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=132844", "title": "HFMD : Jumpa Doktor Untuk Dapatkan Rawatan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHFMD : Jumpa Doktor Untuk Dapatkan Rawatan.\nMay 23, 2022\n\nKaedah rawatan alternatif seperti guna serbuk kunyit atau daun semambu bagi merawat penyakit HFMD adalah tidak digalakkan.\nSebaliknya, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali minta orang ramai berjumpa doktor jika mempunyai simptom jangkitan penyakit tersebut.\n\nPihaknya bimbang akan gejala dehidrasi jika pesakit HFMD tidak minum air secukupnya menyebabkan mereka perlu dapatkan rawatan di hospital.\n\u00a0\nKerajaan akan keluarkan garis panduan penggunaan kenderaan mikro mobiliti\nGaris panduan berhubung penggunaan kenderaan mikro mobiliti di negara ini akan dilkeluarkan dalam masa terdekat.\nMenteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pihaknya juga sedang memperhalusi beberapa dasar bagi memastikan kenderaan itu dikawal penggunaannya.\n\nBulan lalu, Kementerian Pengangkutan larang penggunaan beberapa jenis kenderaan termasuk Moped dan skuter elektrik di atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta.\n\u00a0\nSyarikat e-hailing akan dipanggil jika harga perkhidmatan itu naik.\nKementerian Pengangkutan akan panggil syarikat e-hailing jika berlaku kenaikan harga hingga membebankan orang ramai.\nMenterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata ia perlu dilakukan bagi memastikan tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan.\n\nSementara itu, Persatuan Kebajikan Pekerja Industri e- Hailing Malaysia berpendapat, kenaikan harga perkhidmatan itu antaranya disebabkan permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna.\nJelasnya kepada NST, ia mengambil kira musim perayaan Aidilfitri dan fasa peralihan ke endemik ketika ini.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71018", "title": "Kes COVID-19 di Malaysia mencecah hampir 14 ribu", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes COVID-19 di Malaysia mencecah hampir 14 ribu\nOct 07, 2020\n\nKes COVID-19 di Malaysia mencecah hampir 14 ribuFoto - Neuroscience NewsMalaysia merekodkan hampir 14 ribu kes COVID-19 apabila 489 jangkitan baru dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes aktif meningkat kepada 3,351.Kementerian Kesihatan maklumkan, Sabah catat jumlah kes tertinggi hari ini iaitu 282 kes diikuti Kedah sebanyak 153 kes manakala Selangor dengan 20 kes.Bagaimanapun, tiada kematian terbaru dilaporkan dengan jumlah korban keseluruhan kekal 141 manakala jumlah pesakit pulih hari ini adalah seramai 74.-----PKPB dilaksanakan di Klang dan tiga daerah di SabahFoto -\u00a0 Jabatan Perdana MenteriKerajaan umum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang, Selangor bermula 9 Oktober 2020.Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertujuan bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah terbabit serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.Sementara itu, PKPD Secara Bersasar di Rumah Pangsa Tongkang Yard di Kedah ditamatkan tengah malam ini ekoran tiada pertambahan kes baru dalam tempoh 7 hari.-----Tiada banjir besar diramal landar KelantanFoto - Jabatan Meteorologi MalaysiaJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan tiada kejadian banjir besar sebagaimana tragedi 'bah kuning 2014', yang akan melanda Kelantan atau negeri lain.Malah, keadaan cuaca hujan lebat serta ribut petir yang dialami beberapa kawasan sehingga berlaku banjir seperti di Sabah baru-baru ini, disebabkan fenomena La Nina yang lemah yang berlaku semasa fasa peralihan monsun, ketika ini.Katanya, semasa La Nina yang lemah, kesannya tidak signifikan kepada negara dan berdasarkan rekod yang ada, pihaknya tidak menjangkakan kejadian ekstrem atau banjir besar berlaku pada peralihan monsun atau Monsun Timur Laut kali ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70644", "title": "Bacaan Suhu Di Dahi Paling Tepat - KP Kesihatan", "body": "\n\u2190 Back to list\nBacaan Suhu Di Dahi Paling Tepat - KP Kesihatan\nAug 07, 2020\n\nBacaan Suhu Di Dahi Paling Tepat - KP KesihatanKetua Pengarah Kesihatan menegaskan, alat pengukur suhu badan atau termometer harus digunakan di dahi.Jelas Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ini kerana bacaan suhu badan paling tepat di kawasan itu berbanding tubuh badan yang lain.Setakat ini juga belum ada laporan kesan sampingan walaupun wujud kebimbangan segelintir masyarakat berhubung penggunaan termometer dahi.Sementara itu 15 kes baru COVID-19 direkodkan di seluruh negara.6 pesakit baru adalah daripada Kluster Sivagangga dan 5 daripadanya melibatkan sebuah keluarga.Datuk Dr Noor Hisham juga memaklumkan, Sivagangga mungkin merupakan kluster 'super-spreader' kerana ia merebak cepat berbanding kluster yang lain.Bagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya mengawal peningkatan mendadak kes melibatkan kluster terbabit.Solat Jumaat di Selatan Perlis DitangguhSolat Jumaat dan aktiviti pengimarahan masjid di zon selatan Perlis ditangguhkan bermula hari ini.Ia juga bermakna Solat Jumaat di kawasan berkenaan hari ini digantikan dengan solat Zohor di rumah.Ia berikutan pandemik COVID-19 yang melanda daerah Kubang Pasu di Kedah yang berdekatan dengan selatan Perlis.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80265", "title": "NUTP tidak setuju cadangan kerajaan kaji semula dasar PPSMI.", "body": "\n\u2190 Back to list\nNUTP tidak setuju cadangan kerajaan kaji semula dasar PPSMI.\nJul 17, 2019\n\nPresiden NUTP tidak setuju dengan cadangan kerajaan untuk kaji semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris, PPSMI.Bagaimanapun, Encik Aminuddin Awang setuju tahap penguasaan BI dalam kalangan murid dipertingkatkan menggunakan kaedah lebih komprehensif.\u00a0Kementerian Pendidikan kini sedang kaji dasar berkenaan yang dijangka turut melibatkan kemudahan dan penggunaan IT.Belia berumur 21 tahun yang belum daftar undi akan didaftarkan secara automatik.Pendaftaran automatik pengundi sebaik mencecah usia 18 tahun akan turut meliputi belia berumur 21 tahun yang masih belum mendaftar.Menurut Perdana Menteri, perkara itu akan jadi keutamaan SPR susulan penguatkuasaan pendaftaran pemilih secara automatik nanti.Dewan Rakyat semalam meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan menurunkan had umur pengundi kepada 18 tahun.\u00a0\u00a0Polis siasat video buli di Miri, Sarawak.Polis Miri sedang jalankan siasatan terperinci ekoran satu rakaman video buli seorang pelajar dipukul 5 pelajar lain yang viral di media sosial.Jelasnya, kejadian itu dipercayai berlaku pada 8 Julai lalu dan laporan polis dibuat oleh bapa kepada salah seorang suspek.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71077", "title": "COVID-19 ragut enam lagi nyawa", "body": "\n\u2190 Back to list\nCOVID-19 ragut enam lagi nyawa\nOct 16, 2020\n\nCOVID-19 ragut enam lagi nyawaFoto - Neuroscience NewsEnam lagi kematian terbaru akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 176.Kementerian Kesihatan dalam pada itu memaklumkan, 629 kes baru jangkitan COVID-19 direkodkan termasuk dua kes import.Sabah masih kekal catat kes paling tinggi iaitu 489, Selangor 50, Pulau Pinang 33, Labuan 19, Kuala Lumpur 10, Perak 9 dan lain-lain negeri.-----PKPD Kampung Padang Che Mas di BalingFoto - Jabatan Perdana MenteriKampung Padang Che Mas di Baling, Kedah akan diletakkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula Ahad ini sehingga 31 Oktober 2020.Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, arahan itu dibuat susulan terdapat 25 kes positif Covid 19 di kampung berkenaan.\u00a0PKPB di kampung berkenaan akan melibatkan lebih 1,100 penduduk.\u00a0-----Tiga lagi kluster baru COVID-19 dikesanFoto - New Straits TimesTiga kluster baru COVID-19 dikesan masing-masing di Perak, Kedah dan Selangor.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Lekir dikesan di Manjung, Perak dan sehingga kini sudah menjangkiti enam individu.Kluster kedua dikenali sebagai Kluster Buntar membabitkan daerah Kuala Muda di Kedah manakala kluster ketiga dikenali sebagai Kluster Merbok yang dikesan di daerah Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Petaling.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71956", "title": "Menteri Kesihatan berkata proses kenalpasti identiti 23 mangsa tragedi kebakaran tahfiz ambil masa sekitar 2 hari.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMenteri Kesihatan berkata proses kenalpasti identiti 23 mangsa tragedi kebakaran tahfiz ambil masa sekitar 2 hari.\nSep 14, 2017\n\nMenteri Kesihatan berkata proses kenalpasti identiti 23 mangsa yang maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz di Keramat, dijangka mengambil masa sekitar dua hari.Menurut Datuk Seri Dr S Subramaniam, ia dilakukan melalui ujian padanan sampel darah antara mangsa dengan ibu bapa serta waris keluarga.Sementara itu, setakat ini enam pelajar serta seorang orang awam masih dirawat di HKL, dan empat daripadanya cedera parah.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72580", "title": "14 maut nahas bas ekspress di Lebuhraya PLUS", "body": "\n\u2190 Back to list\n14 maut nahas bas ekspress di Lebuhraya PLUS\nDec 24, 2016\n\n14 terbunuh sementara 16 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Lebuhraya PLUS dekat Pagoh, Johor.Menurut bomba, antara yang maut dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi itu termasuk pemandu bas dan seorang kanak-kanak.Mangsa yang cedera pula terdiri daripada 7 warga tempatan, 6 warga Singapura, 2 Myanmar dan 1 masih belum dikenal pastiSiasatan awal dapati tiada hujan atau jalan licin ketika kejadian.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=106451", "title": "Pesakit COVID-19 di ICU kian meningkat", "body": "\n\u2190 Back to list\nPesakit COVID-19 di ICU kian meningkat\nMay 22, 2021\n\nPesakit COVID-19 di ICU kian meningkat\n\nFoto - Berita Harian\nBilangan pesakit COVID-19 yang dirawat di ICU terus meningkat daripada 580 kepada 643 semalam termasuk 363 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.\u00a0\nMenurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh dua hari, negara mencatatkan 109 kematian akibat COVID-19 termasuk 50 yang dilaporkan semalam.\nKadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara pula adalah 1.17.\n-----\nPendaftaran pusingan kedua vaksin AstraZeneca dibuka esok\n\nFoto - Berita Harian\nJawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Aksesn Vaksin pendaftaran sekali lagi ingatkan pusingan kedua pemberian vaksin AstraZeneca akan dibuka bermula 12 tengah hari esok.\nPendaftaran bagaimanapun hanya dikhususkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas di Lembah Klang, Johor, Kuching dan Miri.\nJKJAV pada masa turut maklumkan, Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia akan dibuka sebagai PPV golongan OKU Penglihatan di Lembah Klang.\u00a0\n-----\nPerincian SOP ketat PKP 3.0 diumum hari ini\n\nFoto - Astro Awani\nKerajaan akan memperketatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.\nPerdana Menteri berkata, keputusan itu dicapai menerusi sidang Khas Majlis Keselamatan Negara semalam yang turut melibatkan kerajaan negeri.\nPerincian penuh mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) dalam satu sidang media, hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73216", "title": "Seorang lelaki menyamar sebagai polis larikan remaja 16 tahun di Raub.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang lelaki menyamar sebagai polis larikan remaja 16 tahun di Raub.\nDec 29, 2017\n\nSeorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dipercayai melarikan remaja perempuan 16 tahun di Raub, Pahang.Suspek mendakwa perlukan bantuan mangsa untuk membawa motosikal yang baru dibeli ke sebuah premis berdekatan, selepas meminta izin dengan ibu mangsa.Beberapa jam kemudian, mangsa memaklumkan kepada ibunya bahawa telah dibawa ke Gua Musang.Polis kini sedang giat mengesan suspek.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72769", "title": "Lepasan SPM Boleh Mula Semak Permohonan Ke UA Esok", "body": "\n\u2190 Back to list\nLepasan SPM Boleh Mula Semak Permohonan Ke UA Esok\nMay 15, 2016\n\nPemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran melalui laman web rasmi universiti atau Jabatan Pendidikan Politeknik, JPP.Kegagalan calon yang berjaya untuk mengesahkan penerimaan atau penolakan tawaran dianggap menolak tawaran tersebut.SI, UPU Online Rayuan akan dibuka dalam tempoh 5 hari sahaja mulai 26 Mei hingga 31 Mei 2016 di 'upu.mohe.gov.my'.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72577", "title": "JPJ Laksana 'Ops Jalan'", "body": "\n\u2190 Back to list\nJPJ Laksana 'Ops Jalan'\nDec 22, 2016\n\nJPJ laksana operasi khas sempena Krismas pada 24 hingga 26 Disember dan Tahun Baharu pada 30 Disember hingga 2 Januari bagi mengurangkan kemalangan maut.Sepanjang tempoh itu yang dinamakan 'Ops Jalan', pengguna jalan raya yang disaman atau kompaun tidak boleh merayu atau mengurangkan jumlah bayaran.Seramai 1,500 anggota JPJ akan menyertai operasi berkenaan, yang turut membabitkan agensi berkaitan seperti PDRM, JKJR dan SPAD.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71692", "title": "Serpihan dijumpai di Thailand bukan milik MH370", "body": "\n\u2190 Back to list\nSerpihan dijumpai di Thailand bukan milik MH370\nJan 26, 2016\n\nIni kerana serpihan itu tidak sepadan dengan pesawat Boeing 777 dan nombor pada serpihan tidak tersenarai dalam manual katolog pesawat itu.\u00a0MH370 hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal ketika penerbangan dari KL ke Beijing pada Mac 2014.\u00a0*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73208", "title": "Rakaman audio viral kritik Tun M dan Datuk Seri Mohd Azmin Ali bukan suara Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRakaman audio viral kritik Tun M dan Datuk Seri Mohd Azmin Ali bukan suara Datuk Seri Anwar Ibrahim.\nAug 03, 2018\n\nItu bukan suara saya!Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan penularan rakaman audio yang dikatakan mirip suara beliau mengkritik pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai anggota lembaga pengarah Khazanah.Foto: The StarJelas Anwar, beliau tidak pernah memberi sebarang kenyataan berhubung Khazanah kecuali berkenaan PRK DUN Sungai Kandis.Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut NAFI suara dalam audio tersebut milik suaminya, Datuk Seri Anwar.Semua projek di bawah Kementerian Belia dan Sukan selepas ini akan ditawarkan melalui proses tender terbuka.Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.\u00a0Terdahulu, timbalan menterinya dedahkan KBS berada di tangga kelapan daripada 25 kementerian terlibat dengan rasuah hasil laporan SPRM pada 2016.Seorang rakyat Malaysia antara 3 yang terbunuh di Kabul, Afghanistan.Wisma Putra maklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Afghanistan bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung insiden tersebut.Difahamkan, ketiga-tiga mangsa telah diculik awal minggu ini oleh kumpulan bersenjata sebelum mayat mereka ditemui di selatan Kabul.Setakat ini tiada kumpulan mendakwa bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72630", "title": "Polis Bongkar Makmal Proses Dadah di Bukit Jalil", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Bongkar Makmal Proses Dadah di Bukit Jalil\nDec 08, 2016\n\nPolis bongkar satu makmal memproses dadah di sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, KL.Susulan itu, 3 lelaki ditahan dan 210 kg dadah bernilai RM15.5 juta dirampas.Menurut Bukit Aman, ia adalah rampasan terbesar dadah jenis ketamin tahun ini.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71274", "title": "Tahap Kebimbangan Rakyat Malaysia Terhadap Pandemik COVID-19 Tinggi!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTahap Kebimbangan Rakyat Malaysia Terhadap Pandemik COVID-19 Tinggi!\nNov 20, 2020\n\nTahap kebimbangan rakyat Malaysia terhadap pandemik COVID-19 tinggi berbanding negara lain!Menurut kajian sebuah syarikat penyelidikan pasaran, IPSOS, tahap kebimbangan rakyat negara ini adalah 77peratus!Peratusan itu mengatasi negara di Eropah dan Amerika yang teruk dilanda pandemik tersebut.Berada di tangga kedua ialah Britain dengan 61 peratus, diikuti Sepanyol 60 peratus dan Korea Selatan 58peratus.Isu pengangguran menjadi perhatian utama sepanjang tempoh pandemik COVID-19 di Malaysia.Lebih 9,000 kes positif Covid-19 berjaya dikesan oleh aplikasi My Sejahtera.Kementerian Kesihatan berkata majoriti kes positif dikesan melalui kaedah pengesanan kontak rapat dan sebahagian kecilnya melalui penilaian kesihatan kendiri oleh pengguna.Baru-baru ini, lebih 200 jangkitan yang bermula dari sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya berjaya dikesan melalui aplikasi My Sejahtera.Kempen Tiada Beg Plastik akan dilaksanakan di semua premis seluruh negara melalui dua fasa.Kementerian Alam Sekitar dan Air berkata fasa pertama akan dilaksanakan di premis kekal seperti pasar raya besar, pasar raya serbaneka dan sebagainya mulai bulan depan hingga 2021.Manakala bagi Fasa 2, kempen itu akan diperluaskan kepada premis perniagaan lain seperti kedai runcit, pasar basah dan sebagainya dari 2022 hingga 2025.Caj minimum 20 sen katanya akan dikenakan setiap beg plastik yang diberikan kepada pelanggan di kaunter pembayaran.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71822", "title": "Sistem pengajian UPNM dirombak!", "body": "\n\u2190 Back to list\nSistem pengajian UPNM dirombak!\nJun 19, 2017\n\nKementerian Pertahanan sedia menimbang untuk merombak sistem pengajian UPNM.Ia bagi mengatasi masalah buli, susulan kejadian dera sampai mati seorang penuntut universiti itu, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, 1 Jun lalu.Susulan itu, 5 penuntut UPNM didakwa atas tuduhan membunuh, dan seorang lagi atas tuduhan bersubahat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78908", "title": "Melaka dilanda banjir!", "body": "\n\u2190 Back to list\nMelaka dilanda banjir!\nNov 20, 2018\n\nMangsa banjir di Melaka terus meningkat!Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada lebih seribu orang setakat pagi tadi berbanding kira-kira 870 orang malam semalam.APM Melaka maklumkan sebuah lagi pusat pemindahan dibuka menjadikan jumlah keseluruhan pusat pemindahan banjir yang aktif di negeri itu kepada 8.Tambahnya kawasan paling ramai terjejas banjir ialah di Alor Gajah dengan lebih 950 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.---Kementerian Pertahanan akan dapat peruntukan tambahan bergantung kepada kewangan kerajaanFoto - Astro AwaniMenteri Pertahanan berkata Kementerian Kewangan akan pertimbang untuk tambah Belanjawan 2019 untuk kementeriannya!Mohamad Sabu menjelaskan pertambahan itu tertakluk kepada keupayaan kewangan kerajaan bagi memastikan tahap keselamatan negara berada pada tahap optimum.Beliau turut memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah menambah 1.4 bilion ringgit lagi peruntukan untuk kos penyelenggaraan aset utama ATM.---Kanak-kanak maut jatuh daripada tingkat 3Foto - Astro AwaniSeorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun meninggal dunia selepas terjatuh daripada tingkat 3 dari sebuah blok kediaman ATM di\u00a0Setapak.Mangsa dipercayai memanjat dinding di tingkat 3 untuk mengambil mainannya yang tersangkut sebelum terjatuh.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72381", "title": "Kementerian Kesihatan mengambil maklum mengenai larangan menjual air zam-zam di negara ini oleh Kerajaan Arab Saudi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Kesihatan mengambil maklum mengenai larangan menjual air zam-zam di negara ini oleh Kerajaan Arab Saudi.\nDec 10, 2017\n\nKementerian Kesihatan mengambil maklum mengenai larangan menjual air zam-zam di negara ini oleh Kerajaan Arab Saudi.Justeru, kementerian akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan bagi menghalang penjualan air berkenaan.Pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi 10 ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 2 tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71685", "title": "Kerajaan Terengganu Potong Peruntukkan Wakil Rakyat", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Terengganu Potong Peruntukkan Wakil Rakyat\nJan 22, 2016\n\nUjar Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, peruntukan pembangunan baru di kawasan DUN juga akan dipotong.Ia ekoran keadaan ekonomi yang semakin mencabar dan hasil negeri yang berkurang susulan kejatuhan harga minyak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72784", "title": "La Nina : JPAM Sudah Sedia", "body": "\n\u2190 Back to list\nLa Nina : JPAM Sudah Sedia\nMay 29, 2016\n\n300,000 anggota JPAM di seluruh negara telah bersedia hadapi sebarang bencana berikutan fenomena La Nina yang dijangka melanda negara mulai bulan depan.Menurut JPAM, selain aspek keanggotaan, peralatan dan jentera yang akan digunakan dalam keadaan kecemasan seperti banjir dan tanah runtuh juga telah disediakan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80155", "title": "Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah", "body": "\n\u2190 Back to list\nZahid Hamidi mengaku tidak bersalah\nJun 26, 2019\n\nZahid Hamidi mengaku tidak bersalahFoto - Harian MetroDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas tujuh tuduhan rasuah berjumlah lebih RM12 juta.Beliau didakwa terima suapan itu sebagai dorongan bagi melanjutkan kontrak sebuah syarikat berhubung Sistem Visa Luar Negara.Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berdepan dengan 33 lagi pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen Shah Alam, esok.-----Tiada aliran masuk wang ke dalam akaun Azmin AliFoto - Berita HarianTiada sebarang transaksi mencurigakan yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dengan perbuatan rasuah.Siasatan SPRM turut mendapati, dakwaan satu akaun pada 2012 yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu juga tidak wujud.SPRM juga sudah dapatkan pengesahan daripada sebuah syarikat dan bank mengenai dakwaan yang mengaitkan dua entiti itu.-----1MDB: Beberapa entiti lain akan difail permohonan melucut hakFoto - Berita HarianSPRM sahkan beberapa entiti lain akan difailkan permohonan melucut hak untuk dapatkan semula wang 1MDB yang disalah guna.Setakat ini SPRM sudah memfailkan permohonan melucut hak terhadap 41 individu dan entiti bagi tujuan mendapatkan semula wang terbabit.Malah katanya, terdapat responden yang dinamakan pihaknya sudah menghubungi peguam bagi tujuan pemulangan semula wang itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=103043", "title": "Individu 20-an Paling Ramai Dijangkiti Covid-19 Sejak Januari Lalu", "body": "\n\u2190 Back to list\nIndividu 20-an Paling Ramai Dijangkiti Covid-19 Sejak Januari Lalu\nApr 08, 2021\n\nIndividu berumur 20 hingga 29 tahun catat kes positif Covid-19 tertinggi sejak 1 Januari lalu.\nMenurut Kementerian Kesihatan, lebih 68,000 individu kumpulan umur berkenaan dijangkiti COVID-19 sejak awal tahun ini dengan KL dan Selangor catat kes tertinggi.\n\nla menunjukkan perubahan ketara berbanding laporan terakhir pada April tahun lalu yang menyenaraikan individu berumur 56 hingga 59 tahun paling ramai dijangkiti virus tersebut.\n\u00a0\nPolis Perak\u00a0serah kes beberapa anggotanya merokok di premis makanan kepada KKM.\nPolis Perak serah siasatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan kes beberapa anggotanya merokok dalam sebuah premis makanan yang kini viral.\n\nPihaknya turut menjalankan siasatan dalaman dan anggota terbabit berdepan tindakan disiplin jika terbukti bersalah.\nIa berikutan viral gambar memaparkan sekumpulan anggota polis lengkap beruniform duduk di meja makan sambil menghisap rokok yang mengundang kemarahan netizen.\n\u00a0\nMySejahtera mampu jadi Super App.\nAplikasi MySejahtera berpotensi diperluaskan sebagai pusat sehenti atau 'Super App' yang menawarkan pelbagai platform antaranya e-dagang, pendidikan dan kurier.\n\nMenurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia, ia susulan penggunaan meluas aplikasi tersebut yang menyaksikan kira-kira 25 juta penduduk menggunakannya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70846", "title": "Jangan Pendam Sendirian", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan Pendam Sendirian\nSep 10, 2020\n\nJangan Pendam SendirianIsu bunuh diri dalam kalangan masyarakat Msia memang amat jarang dibincangkan secara umum.Namun Kaunselor Berdaftar, Quek Ser Pin memaklumkan kami, individu yang berpotensi bunuh diri perlu berkongsi masalah dengan seseorang yang dipercayai.Tambahnya, rakan-rakan dan ahli keluarga boleh membantu dengan menjadi pendengar yang baik dan menunjukkan kasih sayang.Bagaimanapun elakkanlah pendekatan mengkritik atau berleter.Hari ini merupakan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia.Belum Bincangpun LagiKerajaan belum bincang cadangan mengenakan caj untuk pembelian dalam talian.Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengeluarkan kenyataan pendek itu merujuk kepada kenyataan yang dibuat Timbalan Menterinya baru-baru ini.Datuk Zahidi Zainul Abidin dilapor memaklumkan caj perkhidmatan berkenaan dicadang dikenakan untuk pembelian di platform e-dagang.Ia mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada persatuan pengguna dan menteri lain yang anggap ia tidak sesuai dilaksanakan ketika ini.Ini Isu Sebenar, Kata KJMasalah sebenar dalam isu pelajar UMS yang terpaksa panjat pokok untuk duduki peperiksaan dalam talian adalah capaian internet dan kemudahan asas di pedalaman.Justeru ujar Menteri Teknologi Sains Dan Inovasi, Kabinet pada mesyuarat mingguan semalam nyatakan komitmen untuk berusaha memperbaiki masalah itu.Menurut Khairy Jamaluddin lagi, Kabinet turut bidas kenyataan 2 timbalan menteri baru-baru ini berhubung isu berkenaan yang disifatkan tindak balas yang tidak wajar.*foto: AWANI\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71984", "title": "Penyakit pekak akibat kebisingan di tempat kerja paling banyak dilaporkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenyakit pekak akibat kebisingan di tempat kerja paling banyak dilaporkan.\nSep 07, 2017\n\nPenyakit pekak akibat kebisingan di tempat kerja paling banyak dilaporkan ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, tahun lalu.Menurut DOSH, sektor pembuatan paling banyak dilaporkan menjadi punca masalah penyakit pekak dalam kalangan pekerja.Selain itu, sektor perkhidmatan seperti bank menyumbang kepada penyakit tulang dan otot selain penyakit paru-paru ekoran persekitaran kerja yang tidak kondusif.Sumber gambar :\u00a0womenshealthency\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=115198", "title": "Sesi Persekolahan Tahun Ini Dilanjutkan Hingga Februari Depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSesi Persekolahan Tahun Ini Dilanjutkan Hingga Februari Depan.\nSep 13, 2021\n\n\nKementerian Pendidikan menetapkan, sesi persekolahan tahun ini akan dilanjutkan hingga Februari tahun depan.\nMenterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata ia bagi memastikan semua pelajar bersedia untuk masuk ke kelas berikutnya.\nSesi persekolahan secara bersemuka akan dilaksanakan mulai 3 Oktober ini mengikut fasa PPN.\nBagi negeri fasa 1, semua sekolah masih ditutup dan murid di negeri berkenaan perlu meneruskan sesi PdPR.\nSesi persekolahan secara bersemuka di negeri fasa 2 pula hanya melibatkan murid kelas peperiksaan antarabangsa dan berkeperluan khas manakala pelajar lain akan meneruskan sesi PdPR.\nBagi negeri fasa 3 dan 4, lebih banyak sekolah dibuka dengan majoritinya mengikut sistem penggiliran.\nDengan penggiliran itu, murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu hadir ke sekolah secara bersemuka dan jalani sesi PdPR.\nHad kapasiti kelas adalah 50 peratus.\nMurid boleh hadir ke sekolah tanpa pakaian seragam apabila sesi persekolahan secara bersemuka bermula nanti.\nMereka boleh pakai baju yang sesuai, kemas dan sopan jika pakaian seragam sedia ada sudah tidak lagi muat.\nBagaimanapun, pemakaian pelitup muka diwajibkan dan KPM akan membekalkannya khusus untuk golongan murid yang kurang berkemampuan.\nIbu bapa dan penjaga diberi pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah dan ia tidak dianggap sebagai satu kesalahan disiplin.\nBagaimanapun, ibu bapa perlu menulis surat penjelasan mengenai ketidakhadiran itu dan akan digunapakai hingga penghujung sesi persekolahan tahun ini.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81216", "title": "Jumlah Pekerja Diberhentikan Akibat Wabak Covid-19 Masih Normal.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah Pekerja Diberhentikan Akibat Wabak Covid-19 Masih Normal.\nFeb 20, 2020\n\nJumlah pekerja yang diberhentikan akibat penularan wabak Covid-19 di Malaysia masih normal.Menurut kerajaan, setakat ini, lebih 8,500 individu hilang pekerjaan dan Perkeso telah membelanjakan RM 21 juta untuk membantu mereka.Justeru, dakwaan bahawa 100,000 rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika Covid-19 berterusan hingga hujung tahun ini hanya andaian semata-mata.Portal Khidmat Nasihat Dalam Talian diwujudkan bagi tangani kerisauan awam mengenai\u00a0Covid-19.Menurut Kementerian Kesihatan, portal hasil kerjasama dengan\u00a0DoctorOnCall itu hanya\u00a0untuk memberi nasihat kesihatan, bukannya merawat pesakit.Sementara itu,\u00a02 lagi pesakit Covid-19 kini pulih sepenuhnya menjadikan jumlah pesakit sembuh di Malaysia meningkat kepada 15.Suspek kes bakar seorang bilal di kawasan masjid di Alor Setar sudah ditahan.Polis Kedah berkata lelaki tersebut berada di bawah pengaruh dadah dan mengalami masalah mental.Mangsa yang melecur pada\u00a0bahagian badan kini masih dirawat di hospital.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72871", "title": "Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada UMNO", "body": "\n\u2190 Back to list\nTan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada UMNO\nJun 25, 2016\n\nMajlis Tertinggi UMNO sebulat suara bersetuju memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada parti, atas kesalahan disiplin.\u00a0Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata tindakan kedua-duanya yang berkempen di pihak pembangkang sehingga menjejaskan parti, begitu dikesali dan satu perbuatan tidak bertanggungjawab.\u00a0Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keahliannya sehingga jawatankuasa disiplin menjelaskan hasil laporan mereka\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=123363", "title": "185 Kes Penyakit Berjangkit Dikesan Di Kalangan Mangsa Banjir.", "body": "\n\u2190 Back to list\n185 Kes Penyakit Berjangkit Dikesan Di Kalangan Mangsa Banjir.\nDec 26, 2021\n\n\n185 Kes Penyakit Berjangkit Di Kalangan Mangsa Banjir\nKementerian Kesihatan kesan 185 kes penyakit berjangkit dalam kalangan mangsa banjir di Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.\nIa antaranya melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut dan penyakit kulit.\nDalam pada itu, kira-kira 400 kes positif Covid-19 dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir namun tiada kes positif di pusat pemindahan.\nIndividu yang terjejas banjir tidak perlu khuatir untuk ke balai polis untuk buat laporan tentang kehilangan barang mereka.\nMenteri Dalam Negeri beri jaminan polis sendiri yang akan ke pusat pemindahan untuk mendapatkan perincian daripada mangsa.\nBalai polis bergerak di kawasan terjejas katanya sudah digerakkan ke lokasi penempatan itu bagi membantu mangsa banjir.\n\u00a0\nKemaskini MySejajhtera untuk fungsi My Sejahtera Trace.\nOrang ramai boleh kemas kini aplikasi MySejahtera bagi mengaktifkan fungsi My Sejahtera Trace.\nIa adalah fungsi tambahan bagi memudahkan pengesanan kontak rapat kes positif Covid-19 dengan menggunakan teknologi Bluetooth.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=148777", "title": "KKM Laksana Ops Ramadan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM Laksana Ops Ramadan\nMar 23, 2023\n\n\nKKM Laksana Ops Ramadan \nKementerian Kesihatan melaksanakan Operasi Ramadan 2023 serentak di seluruh negara.\nIa dilakukan ke atas premis-premis makanan termasuk bazar Ramadan dengan kerjasama PBT bagi memastikan makanan yang disedia atau dijual adalah selamat.\nJusteru KKM menasihatkan peniaga basuh terlebih dahulu bahan mentah termasuk telur sebelum digunakan.\nPeniaga juga diminta tidak menyediakan makanan yang berisiko tinggi basi secara terlalu awal.\n\u00a0\nOperasi Waktu Puncak LRT, MRT & Diawalkan Sempena Ramadan\nPerkhidmatan LRT, MRT dan Monorel bagi operasi waktu puncak diawalkan dan dipanjangkan masanya sempena Ramadan.\nWaktu puncak perkhidmatan pengangkutan awam tersebut ketika bulan puasa ini ialah 6.30 hingga 9.30 pagi dan 4.00 petang hingga 8.00 malam.\u00a0\n\u00a0\nPolis Arah Batal Program Ada Kaitan LGBT \nProgram yang dilapor akan dihadiri oleh kumpulan \u2018Thai Hot Guy\u2019 di sebuah kelab malam di KL pada 30 Mac nanti dibatalkan.\nPolis KL mengeluarkan arahan itu kerana program tersebut dikaitkan dengan aktiviti lucah dan songsang sekaligus menimbulkan kecaman masyarakat.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79828", "title": "Peraturan baru cermin gelap pada kenderaan akan diumumkan awal bulan depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeraturan baru cermin gelap pada kenderaan akan diumumkan awal bulan depan.\nApr 30, 2019\n\nPeraturan baru cermin gelap kenderaan akan diumum awal bulan depan yang menekankan isu ketelusan dari segi proses permohonan, juga meningkatkan hasil kerajaan.Sejak Mei tahun lalu, kerajaan PH telah membekukan kelulusan permohonan baru penggunaan cermin gelap ekoran terdapat ketirisan dan kelemahan pada dasar sedia ada.Di bawah peraturan sedia ada, kadar ketelusan cahaya pada cermin depan kenderaan adalah 70 peratus, cermin sisi pemandu 50 peratus dan cermin belakang 30 peratus.Kerajaan lancar kempen Ramadan Tanpa Pembaziran.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ia sebagai inisiatif meningkatkan kesedaran rakyat tentang pembaziran menjelang Ramadan yang bakal tiba minggu depan.Menurut laporan MARDI, rata-rata rakyat di negara ini buang 15,000\u00a0tan metrik makanan sehari dan jumlah itu meningkat 15 hingga 20 peratus pada Ramadan.Subjek Sains Pertanian bakal diperkenalkan semula.Subjek Sains Pertanian yang pernah diajar pada era 70-an dan 80-an akan kembali diajar di sekolah-sekolah.Foto: UtusanIa bertujuan melahirkan usahawan tani yang berpengetahuan seterusnya jana pendapatan dan bekalan makanan negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81602", "title": "COVID-19: Jangan Cepat Puas Hati", "body": "\n\u2190 Back to list\nCOVID-19: Jangan Cepat Puas Hati\nApr 19, 2020\n\nKes Jangkitan COVID-19 Terus Menurun\u00a0Jangkitan baru COVID-19 di negara ini menurun lagi.Terkini, 54 kes baru direkodkan menjadikan angka keseluruhan kes setakat ini ialah 5,305.Setakat ini juga, kira-kira 3,100 atau hampir 59 peratus pesakit telah sembuh.Bilangan kematian pula naik kepada 88 setelah 2 lagi pesakit disahkan meninggal dunia.Dalam perkembangan berkaitan, semua pihak diminta tidak cepat rasa puas hati walaupun kes baru COVID-19 mencatatkan penurunan.Tegas Kementerian Kesihatan (KKM), kita semua perlu terus mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menjaga kebersihan dan mengamalkan penjarakan sosial.Malaysia mencatatkan 54 kes baru semalam dan ia adalah kali ke-3 dalam julat 2 digit, dalam tempoh seminggu.Sementara itu, 7 rakyat Malaysia antara 942 kes baru jangkitan COVID-19 yang dilaporkan di Singapura semalam, menjadikan jumlah kes di republik ini mencecah 6,000.Berikutan 7 kes baru itu, kini terdapat sebanyak 92 rakyat Malaysia dijangkiti virus tersebut di negara jiran berkenaan.Polis Tak Pilih BuluPolis Perak akan ambil keterangan seorang EXCO kerajaan negeri bersama beberapa individu.Ia susulan gambar mereka tular di media sosial menghadiri jamuan bersama seorang timbalan menteri di sebuah maahad tahfiz di Lenggong.Polis Perak turut mendapatkan bantuan Bukit Aman untuk merakam percakapan timbalan menteri berkenaan kerana beliau berada di ibu negara.Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara menegaskan pihaknya tidak beri keistimewaan kepada mana-mana pihak termasuk kenamaan bagi membolehkan mereka langgar PKP.Tan Sri Abdul Hamid Bador juga nafi pernah dihubungi individu tertentu untuk mendapatkan keistimewaan bagi melakukan perjalanan tak wajar sepanjang tempoh PKP ini.Untuk berita sahih berkaitan COVID-19, layari portal \u2018sebenarnya.my\u2019\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72888", "title": "4 Sekeluarga Maut Ditembak", "body": "\n\u2190 Back to list\n4 Sekeluarga Maut Ditembak\nJul 13, 2016\n\nMenurut polis, kejadian dipercayai bermotifkan wang dan dilakukan oleh ahli keluarga terdekat mangsa yang kini melarikan diri.Kesemua mangsa ditembak menggunakan pistol semi automatik yang dipercayai diperoleh secara haram.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70366", "title": "Kebenaran majlis kenduri kahwin PKPP diketahui Rabu", "body": "\n\u2190 Back to list\nKebenaran majlis kenduri kahwin PKPP diketahui Rabu\nJun 22, 2020\n\nKebenaran majlis kenduri kahwin PKPP diketahui RabuFoto - BernamaKeputusan sama ada kerajaan membenarkan majlis kenduri kahwin diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dijangka diketahui Rabu ini.Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut akan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat khas bersama MKN.Katanya, perbincangan bukan sahaja dari segi kebenaran tetapi dari segi SOP termasuk jumlah kehadiran, sama ada setakat 250 orang atau mungkin lebih lagi.-----15 kes baru COVID-19Foto - Malay MailSejumlah 15 kes baru positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan COVID-19 dalam negara sebanyak 289 kes.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan kes baharu itu ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,587 kes.Katanya, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan dua adalah kes import manakala 13 lagi penularan tempatan tidak melibatkan warganegara Malaysia.-----Perniagaan di Pahang dibenar beroperasi sehingga 12 tengah malamFoto - BlogspotPahang benarkan semua jenis perniagaan di negeri itu dibenarkan beroperasi sehingga 12 tengah malam, berkuat kuasa serta-merta, tertakluk kepada SOP pencegahan Covid-19.Kerajaan negeri juga bersetuju mana-mana syarat yang tidak dinyatakan secara khusus dalam SOP negeri, tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan MKN dan Kerajaan Persekutuan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.Justeru, semua pihak diingatkan agar mematuhi SOP yang ditetapkan manakala pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dilaksana polis serta agensi penguat kuasa lain.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81141", "title": "KKM : Pemakaian topeng muka di tempat awam belum wajib.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM : Pemakaian topeng muka di tempat awam belum wajib.\nFeb 03, 2020\n\nKerajaan belum bercadang untuk wajibkan pemakaian topeng muka di tempat awam susulan penularan wabak novel koronavirus.Ini kerana virus itu masih belum berada di dalam komuniti di negara ini.Setakat ini, tiada kes baru melibatkan wabak itu direkodkan di Malaysia dan jumlahnya kekal sebanyak 8 orang.Sementara itu, kira-kira 130 rakyat Malaysia di Wuhan, China akan dibawa pulang ke tanah air menerusi penerbangan khas hari ini.Namun Timbalan Perdana Menteri jelaskan, hanya yang disahkan tidak dijangkiti novel koronavirus, akan dibawa pulang.Pelaksanaan PPSMI belum muktamad.Pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, PPSMI masih belum dimuktamadkan.Menurut Timbalan Perdana Menteri, ini kerana perbincangan berhubung perlaksanaannya masih di peringkat awal.Jumaat lalu, Perdana Menteri yang juga pemangku Menteri Pendidikan umum PPSMI akan dikembalikan dalam sistem pendidikan negara.Seorang pelajar ditahan kerana yang menyamar sebagai polis.Seorang pelajar kolej swasta ditahan ketika menyamar sebagai\u00a0polis\u00a0dalam satu operasi trafik di Batu Pahat, Johor.Turut ditemui jaket kalis peluru, kunci gari, lampu suluh dan pisau yang menurut suspek semuanya dibeli secara dalam talian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71913", "title": "Empat Sekeluarga Ditahan, Rogol Seorang Remaja Perempuan", "body": "\n\u2190 Back to list\nEmpat Sekeluarga Ditahan, Rogol Seorang Remaja Perempuan\nAug 12, 2017\n\nPolis Sarawak tahan empat sekeluarga dipercayai rogol seorang remaja perempuan sejak enam tahun lalu di Serian.Suspek merupakan seorang bapa kandung, datuk serta dua bapa saudara merogol mangsa yang kini disahkan hamil oleh doktor.\u00a0Remaja itu juga mendakwa, adik perempuannya berusia 14 tahun turut menjadi mangsa semua suspek terbabit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78981", "title": "Bekas Ketua Audit Negara luang lebih 7 jam di ibu pejabat SPRM semalam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBekas Ketua Audit Negara luang lebih 7 jam di ibu pejabat SPRM semalam.\nDec 06, 2018\n\nFoto - Astro AwaniTan Sri Ambrin Buang dilihat tinggalkan ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 9.30 malam tadi.Bekas Ketua Audit Negara itu beri keterangan lebih 7 jam berhubung siasatan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.Foto - Astro AwaniSelain Tan Sri Ambrin, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad turut dipanggil semalam untuk dirakam keterangannya berhubung perkara sama.Hari ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka hadir ke ibu pejabat SPRM jam 11 pagi untuk membantu siasatan kes sama.Foto - Astro AwaniDalam pada itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad pertahankan kenyataannya bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang dibentang di Parlimen pada 2016 telah diubah.Tambahnya, laporan asal yang belum diubah telah pun diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=120341", "title": "40 Peratus Tidak Hadir Temu Janji Dos Penggalak Covid-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\n40 Peratus Tidak Hadir Temu Janji Dos Penggalak Covid-19.\nNov 11, 2021\n\n\n40 Peratus Tidak Hadir Temu Janji Dos Penggalak Covid-19.\nMenteri kesihatan dedahkan, kira-kira 40 peratus individu yang sudah terima janji temu vaksinasi dos penggalak tidak hadir untuk mendapatkannya.\nJelas Khairy Jamaluddin, jumlah kemasukan ke hospital akan meningkat jika bilangan mereka yang menerima dos penggalak kekal rendah.\nMereka yang sudah terima janji temu digesa agar mendapatkannya bagi menguatkan imuniti dan perlindungan mereka terhadap Covid-19.\n\u00a0\nDos penggalak akan diberikan kepada individu berusia 40 tahun ke atas.\nPemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kini diperluaskan kepada individu berusia 40 tahun ke atas.\nMenteri Kesihatan berkata mereka akan menerima janji temu melalui MySejahtera.\nKhairy Jamaluddin turut gesa orang ramai yang sudah menerima janji temu untuk hadir pada tarikh dan masa ditetapkan.\n\u00a0\nKoridor perjalanan Malaysia dan Indonesia dijangka dilaksanakan tahun depan.\nKoridor perjalanan antara Malaysia dan Indonesia melalui Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi, VTL dijangka dapat dilaksanakan awal tahun depan.\nMenurut Perdana Menteri sebagai permulaan, ia akan menghubungkan KL dan Jakarta melalui jalan udara sebelum diperluaskan ke destinasi lain yang berisiko rendah.\nKeutamaan diberikan kepada mereka yang divaksinasi penuh untuk tujuan rasmi, perniagaan, perubatan dan kemanusiaan.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81393", "title": "PM mahu rakyat kekal di rumah!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM mahu rakyat kekal di rumah!\nMar 19, 2020\n\nFoto : Astro AwaniDuduk di rumah dan patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan!Itu rayuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada rakyat ketika kerajaan terus serius dalam usaha membendung wabak Covid-19.Beliau jelaskan tempoh 2 minggu pematuhan arahan itu amat penting bagi membolehkan pihak berkuasa memutuskan rangkaian penularan wabak dan bukannya untuk membolehkan orang ramai bercuti.Foto : Astro AwaniTerdahulu, rayuan sama turut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.Menurutnya, kerajaan miliki peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 jika orang ramai ingkar Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan.Tambah Datuk Dr Noor Hisham, tempoh perintah tersebut mungkin akan dilanjutkan jika wabak itu gagal dibendung.Ia susulan tindakan orang ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.Malaysia kini merekodkan 117 kes baru Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 790.15 mangsa sedang dirawat di ICU, manakala jumlah kematian kekal 2 orang.Jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya pula meningkat kepada 60 orang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73245", "title": "NUTP cadang 23 perkara untuk kod etika ibu bapa dan penjaga.", "body": "\n\u2190 Back to list\nNUTP cadang 23 perkara untuk kod etika ibu bapa dan penjaga.\nJan 10, 2018\n\nKesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan mencadangkan 23 perkara untuk dimasukkan dalam kod etika ibu bapa atau penjaga ketika berurusan dengan sekolah.Pihaknya harap ia dapat bantu perbaiki komunikasi kedua-dua pihak termasuk jika ada isu antara guru dengan murid.Antara saranan untuk kod etika itu adalah ibu bapa dilarang bawa atau pakai topi keledar di sekolah kerana ada kes ibu bapa menjadikannya senjata menyerang guru.Ibu bapa juga dilarang mendera guru secara emosi termasuk menghantar mesej berbentuk ugutan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73401", "title": "Tiada wabak salmonella di Lembah Klang", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada wabak salmonella di Lembah Klang\nMar 03, 2018\n\nKementerian Kesihatan nafi laporan penyebaran wabak salmonella di Lembah Klang seperti yang tersebar dalam Whatsapp.Pihaknya maklumkan The Star, tiada jangkitan wabak menerusi air seperti yang dinyatakan dalam mesej viral itu.Malah, Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Klang juga turut menafikan wujud kes sedemikian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72813", "title": "Hampir 1.2 Juta Permohonan BR1M 2016 ditolak ", "body": "\n\u2190 Back to list\nHampir 1.2 Juta Permohonan BR1M 2016 ditolak \nMar 22, 2016\n\nJelas Kementerian Kewangan, 43 peratus permohonan ditolak disebabkan mempunyai pendapatan yang melebihi daripada yang disyaratkan.Ada juga disebabkan pemohon adalah penerima Baucer Buku 2016 dan maklumat berbeza dengan Jabatan Pendaftaran Negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79183", "title": "Selebriti Media Sosial Bakal Diburu LHDN ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSelebriti Media Sosial Bakal Diburu LHDN \nJan 17, 2019\n\nSelebriti, duta produk serta pengulas berbayar menerusi media sosial akan dikenakan cukai.Menurut LHDN, \u00a0ia akan dikenakan jika pendapatan yang diperolehi merekaa menerusi khidmat itu melebihi 5 ribu ringgit.\u00a0Tambahnya, dalam kes yang melibatkan individu bawah umur, ibu bapa atau penjaga harus isytihar pendapatan bagi pihak mereka.SKMM Pantau Kandungan Media Sosial Berkaitan Institusi di RajaSKMM akan terus pantau kandungan dan maklumat di media sosial terhadap institusi raja di negara ini khasnya menjelang pemilihan Yang di-pertuan Agong ke 16.Jelasnya sekiranya terdapat laporan, kertas siasatan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.Sehubungan itu, orang ramai diminta berhati-hati untuk muat naik status di media sosial.\u00a0Garis Panduan Waktu Solat Dilancarkan\u00a0Kerajaan lancar garis panduan menunaikan solat dalam waktu kerjea khususnya pekerja swasta beragama Islam di seluruh negara.Kementerian Sumber Manusia berkata pihaknya jalinkan kerjasama dengan JAKIM bagi menerbitkan garis panduan itu untuk rujukan majikan.Antaranya syor yang ditekankan memberikan pelepasan waktu untuk pekerja menunaikan solat lima waktu sekurang-kurangnya 20 minit.\u00a0Manakala satu jam setengah untuk menunaikan solat Jumaat bagi pekerja lelaki.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72197", "title": "Tan Sri Isa Samad selesai beri keterangan kepada SPRM", "body": "\n\u2190 Back to list\nTan Sri Isa Samad selesai beri keterangan kepada SPRM\nJun 21, 2017\n\nTan Sri Isa Samad dan isteri selesai beri keterangan lebih empat jam kepada SPRM di Putrajaya berhubung kemelut FGV.\u00a0Bekas Pengerusi syarikat komoditi itu serah kepada SPRM untuk siasat dan tentukan sama ada dia bersalah atau tidak.Tan Sri Isa juga enggan mengulas isu permasalahan FGV kerana sudah meletak jawatan dan tiada lagi kaitan dengan syarikat berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81374", "title": "Istilah 'lockdown' tidak sesuai untuk situasi Covid-19 di Malaysia ketika ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nIstilah 'lockdown' tidak sesuai untuk situasi Covid-19 di Malaysia ketika ini.\nMar 16, 2020\n\nKerajaan berkata istilah 'lockdown' tidak sesuai untuk menerangkan situasi Covid-19 ketika ini.Jelasnya, istilah tersebut boleh cetuskan panik dalam kalangan masyarakat.Ini selepas viralnya infografik mengajak orang ramai sertai 'lockdown' secara sukarela malam ini sebagai kempen mencegah penularan wabak Covid-19.Dalam pada itu, infografik tersebut bukan datang dari Kementerian Kesihatan.Menterinya, Datuk Seri Adham Baba menerusi Facebooknya berkata tiada sebarang perintah 'lockdown' buat masa ini.Walaubagaimanapun, beliau gesa orang ramai agar patuhi nasihat penjagaan kesihatan dan penjarakan sosial 1 meter seperti yang disarankan oleh KKM.\u00a0Semalam, 190 kes baru Covid 19 dicatatkan di Malaysia - rekod tertinggi kes dalam tempoh sehari!Ia menjadikan jumlah terkumpul kes virus tersebut di Malaysia melonjak kepada 428, yang juga kes tertinggi di Asia Tenggara.Kementerian Kesihatan berkata kebanyakan kes\u00a0baru itu berkait dengan perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini.Justeru, individu yang menyertai perhimpunan itu sekali lagi digesa untuk tampil buat pemeriksaan kesihatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70781", "title": "Naikkan kompaun ambil masa panjang", "body": "\n\u2190 Back to list\nNaikkan kompaun ambil masa panjang\nAug 31, 2020\n\nKerajaan perlu ambil masa panjang untuk pinda akta sedia ada jika ingin menaikkan kadar kompaun terhadap kesalahan ingkar arahan dan SOP COVID-19.Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu perlu dibentangkan di Parlimen dan dibahaskan sebelum dapat dipinda serta dilaksanakan.Terdahulu, Kementerian Kesihatan dilapor bersedia untuk menaikkan kompaun tersebut daripada seribu ringgit ke 10 ribu ringgit.Foto : Kementerian KesihatanSementara itu, KKM sahkan 17 lagi kes baru COVID-19 dicatatkan semalam membabitkan 15 kes import.Ketua Pengarah Kesihatan turut maklumkan 2 lagi kluster baru dikesan masing-masing satu di Kedah dan Selangor.Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam pada itu berkata 10 kes lagi telah sembuh dan 1 kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 126 kes.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81912", "title": "Penularan COVID-19 warga tempatan kian susut", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenularan COVID-19 warga tempatan kian susut\nJun 03, 2020\n\nPenularan COVID-19 warga tempatan kian susutFoto - Malay MailSebanyak 93 jangkitan baharu COVID-19 penularan tempatan dicatatkan setakat jam 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kes positif kini mencecah hampir 8 ribu kes.Namun menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu, hanya dua kes babitkan warganegara Malaysia manakala 91 kes bukan warganegara.Sebanyak 55 kes adalah dari Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil manakala 36 lagi daripada Kluster Pedas di Negeri Sembilan.-----Hampir 110 ribu lepas SPM layak ke IPTAFoto - IAMKHampir 110 ribu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 layak melanjutkan pengajian bagi sesi akademik 2020/2021 di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dengan surat tawaran rasmi akan dikeluarkan mulai esok.Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan, tawaran kemasukan adalah ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.Katanya, calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh lima hari, iaitu selewat-lewatnya pada 8 Jun ini.-----Jangan pinggirkan penyanyi dan pemuzikFoto - mStar OnlineDato' Hattan mahu kerajaan beri perhatian sama kepada golongan penyanyi dan pemuzik selepas penggiat seni drama, filem serta iklan dibenar memulakan kerja-kerja penggambaran mulai 10 Jun ini.Penyanyi lagu Memburu Rindu berpendapat, golongan penyanyi dan pemuzik juga tidak patut dipinggirkan, memandangkan mereka turut terjejas teruk berikutan tiada punca pendapatan sejak PKP dilaksanakan.Malah katanya, luahan hatinya mewakili suara teman seperjuangan berharap pertimbangan sama dapat diberikan kepada golongan penyanyi dan pemuzik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72488", "title": "Arahan Henti Seketika Operasi Pasar Malam Untuk Solat Maghib : Kerajaan Kelantan Bertegas ", "body": "\n\u2190 Back to list\nArahan Henti Seketika Operasi Pasar Malam Untuk Solat Maghib : Kerajaan Kelantan Bertegas \nApr 16, 2017\n\nPeniaga pasar malam di Kelantan yang ingkar arahan memberhentikan seketika peniagaan apabila masuk waktu solat Maghrib akan dikenakan tindakan tegas.Tegas kerajaan negeri kepada Berita Harian, ia perlu dipatuhi kerana ia merupakan polisi dan semua PBT sudah diberi arahan jelas untuk menguat kuasakannya.Berdasarkan arahan itu, operasi pasar malam perlu dihentikan selama 15 minit sebaik masuk waktu Maghrib bagi memberi peluang semua muslim mendirikan solat.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72259", "title": "Kerajaan akan tetapkan harga siling ubat", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan akan tetapkan harga siling ubat\nMar 21, 2017\n\nKementerian Kesihatan akan bincang dengan KPDNKK untuk menetapkan harga siling ubat-ubatan.\u00a0Perbincangan itu bertujuan mewujudkan satu dasar kawalan harga ubat-ubatan supaya golongan kurang berkemampuan juga dapat membelinya.Ubat-ubatan yang berharga tinggi adalah ubat untuk penyakit kronik misalnya diabetis dan jantung.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72655", "title": "Imigresen Nafi Tawar Wang Bantu Tangkap PATI", "body": "\n\u2190 Back to list\nImigresen Nafi Tawar Wang Bantu Tangkap PATI\nOct 14, 2016\n\nJabatan Imigresen nafi keluar kenyataan beri ganjaran dalam bentuk kewangan kepada orang awam bagi tangkap PATI.\u00a0Menurut ketua pengarahnya, cadangan atau syor sedemikian boleh menjejaskan keselamatan orang awam.Beliau turut menafikan kenyataan berkaitan cadangan benarkan majikan yang perlukan pekerja asing, untuk terus datang memilih di tempat tahanan. \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81084", "title": "Seorang lelaki ditahan disyaki perkosa remaja belasan tahun di Bangi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang lelaki ditahan disyaki perkosa remaja belasan tahun di Bangi.\nJan 17, 2020\n\nBerhati-hati dengan individu tidak dikenali di laman sosial!Di Bangi, seorang lelaki ditahan selepas disyaki perkosa 2 remaja belasan tahun di sebuah rumah kedai.Menurut polis, suspek yang menyamar sebagai Datuk perdaya mangsa, dengan menawarkan pekerjaan sebagai pembantu peribadi melalui aplikasi sembang maya.Influenza di Malaysia tiada kaitan dengan wabak\u00a0coronavirus di Wuhan.Wabak influenza di Malaysia ketika ini tiada kaitan dengan kejadian wabak\u00a0coronavirus baru di Wuhan, China.Menurut Kementerian Kesihatan, buat masa ini juga tiada kes disyaki daripada virus tersebut dikesan atau dilaporkan di negara ini.Sementara itu, jumlah kes\u00a0influenza\u00a0di\u00a0Pulau Pinang, Perak dan Selangor terus catat peningkatan dan majoriti kes melibatkan murid sekolah.Kerajaan Kedah wujudkan\u00a0Rumah Transit Negeri.Kedah wujudkan Rumah Transit Negeri sebagai penginapan sementara kepada golongan yang memerlukan perlindungan.Antaranya melibatkan gelandangan, pengemis, kanak-kanak jalanan dan mangsa keganasan rumah tangga.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81528", "title": "Tiada bazar Ramadan di KL, Labuan dan Putrajaya", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada bazar Ramadan di KL, Labuan dan Putrajaya\nApr 08, 2020\n\nTiada bazar Ramadan di KL, Labuan dan PutrajayaFoto - Berita HarianTiada penganjuran bazar Ramadan sekitar Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada tahun ini susulan pandemik COVID-19.Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan sebaliknya akan memperkenalkan tiga konsep baru iaitu pandu lalu, tempah dan ambil (packed and picked) dan penghantaran makanan menggunakan kaedah e-hailing.Kementerian juga memutuskan untuk mengembalikan yuran milik 2,673 peniaga yang sudah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam bazar Ramadan tahun ini.-----COVID-19: Sub kluster Seri Petaling merebak ke RembauFoto - Google Street ViewTerdapat sub kluster perhimpunan Masjid Jamek Seri Petaling di daerah Rembau, Negeri Sembilan melibatkan beberapa lokaliti seperti Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar.Kementerian Kesihatan mengesahkan, sehingga kini 27 disahkan positif COVID-19 daripada kluster itu termasuk dua dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan jangkitan merebak ke generasi ketiga.Kes dikatakan bermula pada satu mesyuarat di sebuah sekolah apabila salah seorang ahli mesyuarat merupakan peserta perhimpunan di Seri Petaling.-----Kompaun RM1,000 ingkar\u00a0PKPFoto - Berita HarianIndividu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan tindakan kompaun RM1,000 bermula hari ini.Bukit Aman berkata, pengeluaran kompaun kepada pesalah PKP itu akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.Katanya, bayaran kompaun perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh ia dikeluarkan dan jika pesalah enggan membayar kompaun, mereka boleh meminta untuk dibicarakan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72915", "title": "LHDN Tidak Dedah Maklumat Akaun Bank Pembayar", "body": "\n\u2190 Back to list\nLHDN Tidak Dedah Maklumat Akaun Bank Pembayar\nMar 08, 2016\n\nLHDN beri jaminan, maklumat akaun bank yang dibekalkan pembayar cukai, tidak akan didedahkan atau disalahgunakan.Jelasnya, maklumat akaun itu hanya digunakan untuk proses pembayaran balik lebihan cukai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81805", "title": "Tindakan Rentas Negeri Boleh Tingkatkan Kluster Covid-19!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTindakan Rentas Negeri Boleh Tingkatkan Kluster Covid-19!\nMay 18, 2020\n\nTindakan sesetengah masyarakat yang masih berdegil untuk merentas negeri boleh membawa kepada peningkatan kluster Covid-19 di negara ini.Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah minta orang ramai agar terus patuhi PKPB terutamanya menjelang musim perayaan.Terdahulu, Menteri Pertahanan berkata jumlah kenderaan yang cuba curi-curi balik kampung merentas negeri meningkat lebih sekali ganda kepada lebih 1,200 kenderaan pada Sabtu.Harga ayam naik mendadak ekoran permintaan tinggi.Kenaikan harga ayam secara mendadak sejak minggu lalu berpunca daripada permintaan tinggi selepas perniagaan dibuka semula ketika PKPB.Justeru, kerajaan minta pengguna agar mengehadkan pembelian bagi mengurangkan tekanan permintaan sehingga Skim Harga Maksimum Musim Perayaan diumumkan esok.Mesyuarat Pertama Oenggal Ketiga Parlimen Ke-14 berlangsung hari ini.\u00a0Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong jam 10 pagi nanti akan menyaksikan beberapa perkara menarik.Selain hanya diadakan sehari dan tidak melibatkan sebarang urusan lain selain titah Diraja akibat pandemik Covid-19, persidangan kali ini juga merupakan yang pertama selepas perubahan kerajaan pusat daripada Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional.Tan Sri Muhyiddin Yassin pula buat pertama kali akan memasuki Parlimen sebagai Perdana Menteri sejak menjawat jawatan nombor satu itu pada awal Mac.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=150126", "title": "Balik Raya: Penumpang Diminta Tiba Awal Di Lapangan Terbang", "body": "\n\u2190 Back to list\nBalik Raya: Penumpang Diminta Tiba Awal Di Lapangan Terbang\nApr 18, 2023\n\n\nBalik Raya: Penumpang Diminta Tiba Awal Di Lapangan Terbang\nTiba lebih awal di lapangan terbang sekurang-kurangnya 4 jam jika menaiki pesawat pada cuti perayaan Aidilfitri.\nMalaysia Airlines memaklumkan, ia bagi membolehkan masa yang mencukupi untuk proses daftar masuk dan pemeriksaan dokumen khasnya di KLIA.\nIa terutamanya melibatkan penerbangan yang bermula semalam hingga 1 Mei nanti.\u00a0\nSementara itu pengguna dinasihatkan semak harga dan beli tiket menerusi aplikasi rasmi yang disediakan syarikat penerbangan.\nKementerian Pengangkutan memaklumkan, ia bagi elak pembelian tiket pada harga tinggi terutama ketika musim perayaan.\nDalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri setuju secara prinsipnya dengan cadangan Kerajaan Sarawak untuk tubuh sebuah syarikat penerbangan butik.\nUjar Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia boleh meredakan isu tambang mahal khasnya di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.\n\u00a0\nSejumlah Kawasan Alami Gelombang Haba\n10 kawasan di sejumlah negeri alami cuaca panas Tahap 2 (gelombang haba) apabila mencatatkan suhu antara 37 hingga 40 darjah Celcius.\nSebahagian besarnya di utara Semenanjung antaranya Taiping dan Kuala Kangsar di Perak; Baling di Kedah juga Jeli di Kelantan.\nTurut terlibat ialah Betong, Sibu dan Marudi di Sarawak.\nDalam perkembangan berkaitan, MetMalaysia memaklumkan cuaca panas yang kini melanda beberapa negeri dijangka tidak berlarutan.\nJabatan itu ramal hujan akan berlaku di kebanyakan tempat minggu ini.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73242", "title": "Amaran cuaca buruk dan hujan lebat dilanjutkan hingga Sabtu ini. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nAmaran cuaca buruk dan hujan lebat dilanjutkan hingga Sabtu ini. \nJan 11, 2018\n\nAmaran cuaca buruk dengan hujan lebat di majoriti daerah di Pahang dan Johor juga beberapa daerah di Terengganu dan Sarawak dilanjutkan sehingga Sabtu ini.Menurut Jabatan Meteorologi, hujan lebat juga dijangka berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka dalam tempoh sama.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72844", "title": "Gambar 4 Lelaki Yang Dimuat Naik di Facebook Sah Warga Malaysia Yang Diculik", "body": "\n\u2190 Back to list\nGambar 4 Lelaki Yang Dimuat Naik di Facebook Sah Warga Malaysia Yang Diculik\nApr 15, 2016\n\nUjar Ketua Polis Negara, pihaknya juga sedang mengesan jika akaun Facebook itu telah dibuat di dalam atau luar negara.Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini telah mengesahkan semua 4 mangsa berkenaan masih hidup dan usaha membebaskan mereka sedang giat dijalankan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79018", "title": "Malaysia bakal jadi Negara Membaca menjelang 2030.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia bakal jadi Negara Membaca menjelang 2030.\nDec 14, 2018\n\nKementerian Pendidikan mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030!Jelas menterinya, Dr Mazslee Malik, ia bagi membentuk masyarakat ilmu bertaraf dunia melalui budaya membaca.\u00a0Malah, beliau turut saran agar penerima zakat atau asnaf turut diberi bantuan berbentuk buku disamping duit dan makanan untuk galak tabiat membaca.Stesen\u00a0mengecas kenderaan elektrik tenaga solar pertama di lancarkan.PLUS Malaysia Berhad lancar stesen pertama mengecas kenderaan elektrik menggunakan tenaga solar di Restoran Jejantas Ayer Keroh arah selatan.Foto: UtusanStesen itu menggunakan tenaga solar sepenuhnya dan boleh digunakan secara percuma untuk pengguna kenderaan elektrik yang menghala ke arah selatanBayi ditemui lemas dalam baldi.Seorang bayi berusia 14 bulan ditemui lemas dalam sebuah baldi di tandas rumahnya di Melaka.Foto: KosmoKetika kejadian, ibu dan ayah kanak-kanak itu sedang makan tengah hari di belakang rumah manakala tiga abangnya di bilik tidur.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72042", "title": "Kementerian Pendidikan nafi khabar angin mengatakan 17 ribu calon SPM 2017, gagal mata pelajaran Sejarah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan nafi khabar angin mengatakan 17 ribu calon SPM 2017, gagal mata pelajaran Sejarah.\nFeb 21, 2018\n\nKementerian Pendidikan nafi khabar angin mengatakan 17 ribu calon SPM 2017, gagal mata pelajaran Sejarah seperti yang viral di media sosial baru-baru ini.Menurutnya, Lembaga Peperiksaan masih belum mengumumkan sebarang keputusan berkaitan SPM tahun lalu.Orang ramai digesa agar tidak mempercayai khabar angin tersebut memandangkan pengumuman keputusan peperiksaan itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72933", "title": "Nahas bas kilang di Juru, dua pemandu ditahan", "body": "\n\u2190 Back to list\nNahas bas kilang di Juru, dua pemandu ditahan\nOct 24, 2017\n\nDua pemandu bas kilang warga tempatan yang terbabit dalam kemalangan maut di Lebuhraya PLUS dekat Plaza Tol Juru, ditahan.Polis berkata selain untuk siasatan, penahanan dibuat bagi bolehkan ujian saringan urin dibuat dan sampel darah diambil untuk tindakan lanjut.Dalam nahas awal pagi tadi, lapan penumpang termasuk seorang warga tempatan maut manakala 33 lagi cedera.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79712", "title": "Kerajaan Suntik Dana Lebih RM6 Billion Kepada Felda", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Suntik Dana Lebih RM6 Billion Kepada Felda\nApr 10, 2019\n\nKerajaan setuju beri bantuan kewangan lebih 6 billion ringgit kepada Felda.Ini selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi dedahkan, Felda hadapi masalah kewangan yang teruk selepas ia menyenaraikan FGV di bursa saham pada 2012.Jelas Datuk Seri Azmin Ali, FGV belanjakan RM3.3 billion yang diterimanya daripada penyenaraian bagi tujuan pelaburan serta pembangunan yang tidak menguntungkan.\u00a0Malah lebih RM2.7 billion wang Felda telah disalahguna untuk mendapatkan sokongan politik bagi pilihanraya tahun lepas.Ia antara intipati Kertas putih Felda yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen hari ini.Pemangku Menteri Besar Johor Akan Diumum Dalam Waktu TerdekatKerajaan sedang meneliti beberapa nama untuk dilantik sebagai pemangku Menteri Besar Johor, selepas Datuk Osman Sapian letak jawatan kelmarin.Jelas Perdana Menteri, pelantikan pemangku itu akan dibuat secepat mungkin.Tambah Tun Dr Mahathir, beberapa calon telah disenarai pendek namun kerajaan masih perlukan sedikit masa untuk menentukan calon yang layak.Tindakan Saman Perokok Tegar Ogos IniKementerian Kesihatan ingatkan tindakan saman terhadap perokok di kedai makan atau restoran, akan bermula mulai Ogos ini.Pesalah bakal berdepan hukuman denda 10 ribu ringgit atau penjara dua tahun.Manakala pengusaha yang gagal mematuhi peraturan pula boleh didenda melebihi 3 ribu ringgit atau penjara tidak lebih enam bulan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72658", "title": "Lebih 360 ribu rakyat Malaysia berikar sebagai penderma organ", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 360 ribu rakyat Malaysia berikar sebagai penderma organ\nOct 15, 2016\n\nJawatankuasa Bertindak Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan berkata, seramai 362,667 rakyat Malaysia berikrar sebagai penderma organ sejak 1997 hingga Oktober tahun ini.Daripada jumlah itu, seramai 13,448 penduduk Sabah berikrar\u00a0sebagai penderma organ bagi tempoh sama dan menjadikan negeri itu berada di kedudukan kelapan dalam statistik pengikrar di seluruh negara.Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk pengikrar baharu yang berdaftar semasa Kempen Jalanan sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ 2016 yang berlangsung secara serentak di seluruh negara pada 8 Oktober lepas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72256", "title": "Tiada had masa untuk menuntut mayat Kim Jong-nam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada had masa untuk menuntut mayat Kim Jong-nam.\nMar 11, 2017\n\nKementerian Kesihatan berkata, kerajaan tidak menetapkan sebarang had masa untuk menuntut mayat Kim Jong-nam.Ini berikutan pendedahan Ketua Polis Negara semalam, sahkan warga Korea Utara yang dibunuh di klia2 bulan lalu, adalah abang pemimpin negara itu.Polis dijangka akan menyerahkan mayat mangsa kepada kementerian terbabit dalam tempoh terdekat.Namun Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan dedah butiran bagaimana identiti warga Korea dapat dipastikan, atas sebab keselamatan saksi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79878", "title": " Peniaga di Kelantan boleh terus meniaga waktu solat tarawih", "body": "\n\u2190 Back to list\n Peniaga di Kelantan boleh terus meniaga waktu solat tarawih\nMay 08, 2019\n\nFoto - KosmoPeniaga premis makanan di Kelantan masih boleh meneruskan operasi antara pukul 8.30 malam hingga pukul 10 malam di bulan Ramadan seperti biasa.Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, surat arahan penutupan yang viral baru-baru ini sebenarnya masih lagi di peringkat pentabiran PBT.Foto - Sinar HarianJusteru katanya, tidak timbul soal menarik balik arahan tersebut kerana belum ada sebarang notis lagi dikeluarkan kepada peniaga.Tambah Mohd Amar, PBT setiap kawasan akan menentukan perkara itu dengan melihat kaedah yang sesuai selain mengambil kira undang-undang negeri sebelum dilaksanakan.Foto - KosmoKerajaan negeri dalam pada itu katanya menghormati semua pandangan dan maklum balas yang diterima daripada semua pihak sejak surat arahan itu tular tiga hari lepas.Beliau berharap semua pihak dapat melihat arahan tersebut dari sudut positif seperti mana arahan larangan merokok di kedai makan yang kuatkuasakan kerajaan Persekutuan sebelum ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73057", "title": "Syarikat 1MDB telah muflis dan tidak mampu bayar hutang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSyarikat 1MDB telah muflis dan tidak mampu bayar hutang.\nMay 24, 2018\n\nKementerian Kewangan umumkan syarikat 1MDB telah muflis dan tidak mampu membayar hutang.Malah menterinya, Lim Guan Eng mendedahkan selama ini kerajaan lah yang membayar hampir RM 7 bilion untuk membayar hutang 1MDB.Pendedahan mengejut itu dibuat Menteri Kewangan Lim Guan Eng selepas perjumpaan dengan 2 ahli lembaga pengarah 1MDB petang semalam.Tambah beliau, kerajaan perlu membayar lebih RM950 juta lagi pada tahun ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72709", "title": "22 serpihan berkait pesawat MH370 ditemui setakat ini", "body": "\n\u2190 Back to list\n22 serpihan berkait pesawat MH370 ditemui setakat ini\nSep 17, 2016\n\nKementerian Pengangkutan berkata 22 serpihan pesawat ditemui setakat ini di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania.Daripada jumlah itu, dua sudah disahkan milik MH370 manakala 4 lagi hampir pasti milik pesawat malang berkenaan.Baki\u00a0selebihnya adalah sukar dikenal pasti kerana tiada nombor\u00a0siri atau butiran lain di atasnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94675", "title": "Situasi COVID-19 di Terengganu masih terkawal", "body": "\n\u2190 Back to list\nSituasi COVID-19 di Terengganu masih terkawal\nFeb 01, 2021\n\nSituasi COVID-19 di Terengganu masih terkawalFoto - Jabatan Kesihatan Negeri TerengganuSituasi wabak COVID-19 di Terengganu masih lagi terkawal meskipun negeri itu mencatatkan kadar kebolehjangkitan harian tertinggi, minggu lalu.Kementerian Kesihatan Malaysia kini sedang mempertingkatkan aktiviti kesihatan awam di Terengganu bagi membendung penularan pandemik itu.Berdasarkan rekod, sehingga semalam Terengganu mencatatkan 2,142 kes positif COVID-19 termasuk 83 kes baru.-----Jumlah kes sembuh atasi bilangan kes baruFoto -\u00a0Neuroscience NewsSejumlah 4,280 kes sembuh daripada COVID-19 dilaporkan hari ini berbanding bilangan kes baru, 4,214.Selangor dan Johor masih merekodkan jumlah jangkitan tertinggi masing-masing dengan 1,362 dan 1,068 kes.10 lagi kematian terbaru dicatatkan menjadikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 770.-----PKPD di Penjara Sungai Udang dan kuarters kakitanganFoto - KafeBuzzKerajaan umum pelaksanaan PKPD di Penjara Sungai Udang dan kuarters kakitangannya di Melaka selama 14 hari bermula Rabu ini.Ini selepas Kementerian Kesihatan mendapati berlaku peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di penjara itu.Daripada 339 ujian saringan yang dijalankan sebanyak 113 kes positif COVID-19 direkodkan membabitkan 79 tahanan, 22 kakitangan dan 12 ahli keluarga.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72770", "title": "Polis Tembak Mati 2 Suspek Perompak", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Tembak Mati 2 Suspek Perompak\nMay 15, 2016\n\nIa berlaku ketika suspek cuba melarikan diri dan melepaskan tembakan setelah terserempak dengan sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan.Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek membawa kepada penemuan 2 pistol, batang besi, plat nombor pendaftaran kenderaan, parang dan penutup muka.Foto : Berita Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72182", "title": "Wabak Rabies di Perak mungkin daripada anjing nelayan asing.", "body": "\n\u2190 Back to list\nWabak Rabies di Perak mungkin daripada anjing nelayan asing.\nJul 21, 2017\n\nWabak rabies di Kuala Sepetang, Perak mungkin dibawa oleh anjing dari luar negara yang dibawa masuk nelayan asing yang berlabuh di kawasan berkenaan.Justeru menurut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang mengesan dan melakukan pemeriksaan lanjut untuk mencegahnya.Namun, kementerian akui tugas itu agak mencabar, begitu juga di Serian, Sarawak disebabkan pelbagai faktor termasuk keluasan kawasanKerajaan Sarawak pula akan berunding dengan Konsulat Indonesia untuk tangani secara bersama penularan wabak rabies yang kini berlaku di Serian.Berdasarkan rekod, kebanyakan kes jangkitan penyakit anjing gila dikesan di sepanjang kawasan sempadan antara Sarawak dengan Kalimantan, Indonesia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73422", "title": "Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan nafi penularan tibi di Seremban", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Kesihatan Negeri Sembilan nafi penularan tibi di Seremban\nMar 17, 2018\n\nJabatan Kesihatan Negeri Sembilan nafi penularan penyakit tibi di sekitar Seremban seperti yang diviralkan di media sosial.Malah, semakan dan verifikasi pemantauan pihaknya mendapati berita mengenai penyakit terbabit adalah tidak benar.Justeru, pihaknya menyeru orang ramai supaya berhenti menyebarkan berita yang belum disahkan kesahihannya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80864", "title": "'Scammer Besar' Tumpas!", "body": "\n\u2190 Back to list\n'Scammer Besar' Tumpas!\nNov 22, 2019\n\n'Scammer Besar'\u00a0Tumpas!Jabatan Imigresen berjaya tumpaskan sindiket penipuan dalam talian terbesar di negara ini!Ia susulan penahanan 680 warga China dalam serbuan ke atas sebuah bangunan di Cyberjaya, manakala lebih 100 orang yang lolos kini giat diburu.Sindiket itu dipercayai sasar perdaya warga China dan premis yang diserbu dipercayai berfungsi sebagai pusat panggilan antarabangsa.---Lembaga Peperiksaan Mohon Maaf Kepada Semua Calon SPMLembaga Peperiksaan (LP) mohon maaf kepada semua calon SPM yang menduduki peperiksaan Kimia Kertas 3 - Amali Bertulis semalam.Ia berikutan masalah kekurangan kertas soalan yang dihadapi di pusat peperiksaan yang menyebabkan ia lewat dimulakan.LP juga akan mengambil perhatian serius insiden tersebut bagi memastikan ia tidak berulang.---Hampir 10 Juta Berdepan Masalah MentalHampir 10 juta rakyat Malaysia kini berdepan masalah mental.Ia semakin meruncing ekoran stigma negatif dalam kalangan masyarakat yang tidak peka, juga ambil remeh hati dan perasaan orang lain.Sedar atau tidak, kenyataan \"dah makan ubat ke belum\" yang dianggap gurauan turut beri tekanan yang boleh memakan diri seseorang secara senyap.Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ia seterusnya menyebabkan usaha tangani penyakit mental semakin sukar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80169", "title": "Pembangunan Pasir Gudang tidak lestari", "body": "\n\u2190 Back to list\nPembangunan Pasir Gudang tidak lestari\nJun 28, 2019\n\nPembangunan Pasir Gudang tidak lestariFoto - BernamaPembangunan yang tidak lestari di Pasir Gudang beri kesan jangka panjang yang negatif terhadap alam sekitar.Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim\u00a0Yeo Bee Yin berkata, ketiadaan zon penampan antara industri bahan kimia dengan kawasan sekolah dan perumahan mendedahkan penduduk kepada pelbagai risiko.Katanya, pembangunan tidak lestari ini menyebabkan alam sekitar menjadi tepu dengan pelbagai gas atau wap yang terampai di udara.-----Kes buang bayi semakin seriusFoto - thecoverage.myKes pembuangan bayi di negara ini semakin serius apabila 577 kes pembuangan bayi dicatatkan bagi tahun 2014 sehingga 2018.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, antara punca pembuangan bayi adalah kehamilan luar nikah dan kehamilan remaja.Dalam pada itu, semua pintu tandas di RNR seluruh negara akan ditampal poster peringatan untuk mencegah berlaku kes pembuangan bayi.-----Tiada lagi lorong tambah nilai di AKLEH dan GCEFoto - BernamaOperasi lorong tambah nilai di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur dan Lebuhraya Koridor Guthrie dihentikan berkuat kuasa 1 Julai ini.Prolintas berkata, langkah itu bagi melancarkan pergerakan trafik dan mengurangkan kesesakan pengguna yang beratur di lorong tersebut.Justeru, pengguna dinasihat melakukan transaksi tambah nilai Touch \u2018n Go di kiosk layan diri yang disediakan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72817", "title": "Premis jual rokok seludup akan dibatalkan lesen", "body": "\n\u2190 Back to list\nPremis jual rokok seludup akan dibatalkan lesen\nMar 25, 2016\n\nUjar Jabatan Kastam, pendekatan terbaru dengan kerjasama PBT itu dilakukan untuk membanteras kegiatan penyeludupan rokok.Kerajaan kerugian kira-kira RM4 bilion hasil negara akibat kegiatan pengeludupan rokok pada tahun lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81296", "title": "Ujian Pengesanan Covid-19 Dijangka Lebih Mudah!", "body": "\n\u2190 Back to list\nUjian Pengesanan Covid-19 Dijangka Lebih Mudah!\nMar 05, 2020\n\nUjian pengesanan Covid-19 terhadap orang awam selepas ini dijangka lebih mudah!Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan syarikat swasta untuk perkenalkan perkhidmatan berbayar pengambilan sampel Covid-19 dari rumah.Pengumuman rasmi perkhidmatan baru ini akan dibuat dalam masa terdekat.Penundaan sidang Dewan Rakyat dianggap tempoh bertenang.Penundaan tarikh sidang Dewan Rakyat kepada 18 Mei boleh dianggap tempoh bertenang atau gencatan senjata bagi mengendurkan ketegangan politik.Pensyarah Kanan Sains Politik UiTM, Mujibu Abd Muis beritahu Berita Harian, ia boleh dianggap keperluan supaya kerajaan baru mempunyai masa membentuk Kabinet.Ia turut bantu kerajaan Perikatan Nasional menentukan hala tuju negara.Namun Mujibu juga berpendapat, ada kemungkinan ia boleh beri kesan kepada sesi meluluskan sesuatu dasar dan undang-undang baru.Polis ambil keterangan usahawan kosmetik bagi kes pukul anak angkatnya.Polis sudah ambil keterangan seorang usahawan kosmetik terkenal bagi bantu siasatan kes pukul anak angkatnya berusia 2 tahun, bulan lepas.Pihaknya juga merakam keterangan 4 saksi lain termasuk mereka yang berada di rumah usahawan terbabit di Petaling Jaya.Menurut laporan Berita Harian, suspek memukul anak angkatnya sewaktu ingin merakam gelagatnya yang sedang menangis untuk tujuan publisiti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79027", "title": "SPRM terima laporan dakwaan rasuah ke atas Presiden UMNO.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM terima laporan dakwaan rasuah ke atas Presiden UMNO.\nDec 17, 2018\n\nSPRM sahkan ada terima laporan dakwaan rasuah terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pemilihan UMNO, Jun lalu.Timbalan Ketua Pesuruhjayanya berkata pihaknya akan melihat laporan tersebut dan sekiranya terdapat unsur rasuah, siasatan akan dijalankan.Laporan tersebut mendakwa kononnya Presiden UMNO itu menyogok anggota parti untuk membantunya memenangi jawatan itu pada pemilihan parti.50 peratus pekerja yang diberhentikan di Semanjung tahun ini adalah pekerja di Lembah Klang!Menurut Kementerian Sumber Manusia, rata-rata yang diberhentikan memiliki jawatan bergaji tinggi seperti pengurus, profesional dan juruteknik.Oleh itu, pihaknya bekerjasama dengan Perkeso membantu mereka yang kehilangan kerja agar kembali bekerja di industri berkaitan.\u00a0Tiada halangan buat artis Korea lakukan persembahan di negara ini.Menteri Komunikasi dan Multimedia nafi kenyataan kononnya kerajaan mengharamkan artis Korea untuk melakukan persembahan di negara ini pada 2020.Gobind Singh Deo berkata kenyataan itu tidak benar dan tiada halangan dikenakan terhadap selebriti dari negara itu. \u00a0Dalam pada itu, kumpulan k-pop, BTS bakal melangsungkan konsert sulung mereka di Malaysia dalam masa terdekat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80134", "title": "Kerajaan Ambil Alih Empat Lebuhraya Utama Selewat-Lewatnya 31 Disember Ini ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Ambil Alih Empat Lebuhraya Utama Selewat-Lewatnya 31 Disember Ini \nJun 23, 2019\n\nKerajaan akan ambil empat lebuh raya utama selewat-lewatnya 31 Disember ini sekiranya proses pengambil alihan berjalan lancar.Menurut Kementerian Kewangan, kejayaan tawaran itu bergantung kepada ketekunan wajar, sokongan pemegang saham, pemiutang syarikat konsesi serta kelulusan jemaah menteri.Terdahulu, syarikat konsesi empat lebuhraya itu memberitahu kerajaan kemukakan tawaran RM6.2 billion untuk ambil alih lebuhraya Litrak, Smart, Kesas dan Sprint.Menteri Besar Kedah Tak Tahu Apa-ApaMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak tahu dana 1MDB disalurkan kepada UMNO Kedah ketika beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.Jelasnya, urusan berkaitan dana parti diserahkan kepada Bendahari, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut menguruskan perbelanjaan dan agihan kepada setiap UMNO bahagian.Terdahulu, SPRM umumkan UMNO Kedah antara 41 responden dipercayai menerima dana 1MDB berjumlah RM270 juta.\u00a019 Keracunan Metanol Dah Diketengahkan\u00a019 kes keracunan metanol telah dilaporkan ke Pusat Kesiapsagaan dan Tindakan Krisis bagi tempoh 11 Jun hingga semalam.Jabatan Kesihatan berkata kesemua kes keracunan itu babitkan tiga negeri iaitu di Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan.Keracunan metanol dipercayai minum minuman beralkohol yang dipalsukan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79277", "title": "PDRM akan bincang dengan syarikat penerbangan untuk atasi kes seludup dadah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM akan bincang dengan syarikat penerbangan untuk atasi kes seludup dadah.\nJan 31, 2019\n\nPDRM akan berbincang dengan syarikat penerbangan untuk tangani kes penyeludupan dadah.Ini kerana kes penyeludupan dadah membabitkan rakyat Malaysia ke luar negara, kebanyakannya orang muda dan kakitangan syarikat penerbangan.Foto: Berita HarianTerbaru, lapan warga Malaysia ditahan dan didakwa cuba seludup syabu bernilai lebih RM160 juta ke Korea Selatan.Permohonan pihak kuil untuk jadi pihak berkepentingan\u00a0dalam prosiding inkues\u00a0Muhammad Adib gagal.Mahkamah tolak permohonan 50 penganut Hindu dan jawatankuasa menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman untuk jadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues kematian Muhammad Adib.Keputusan itu dibuat kerana kedua-dua pihak tidak mempunyai kepentingan yang nyata dan munasabah.Pelajar maut disebabkan denggi, bukannya dipukul pelajar lain.Polis sahkan, pelajar lelaki berusia 13 tahun yang meninggal dunia di Masjid Tanah Ahad lalu, disebabkan demam denggi berdarah.Kesimpulan itu dibuat selepas bedah siasat mendapati pelajar itu mempunyai tanda diserang penyakit terbabit.\u00a0Terdahulu, kes itu viral di media sosial selepas bapa mangsa buat laporan polis, mendakwa pelajar itu meninggal dunia akibat dipukul pelajar lain.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72473", "title": "Bayi dalam tong sampai diberi nama Mohd. Ramadan", "body": "\n\u2190 Back to list\nBayi dalam tong sampai diberi nama Mohd. Ramadan\nMay 29, 2017\n\nBayi lelaki yang dijumpai dalam tong sampah dekat sebuah taman perumahan di Temerloh semalam berada dalam keadaan sihat.Bayi berkenaan kini mendapat rawatan dan pemantauan berterusan daripada pakar perubatan di hospital Temerloh dan diberi nama Mohd. Ramadan.Berdasarkan makluman doktor pakar yang merawatnya, bayi terbabit berada dalam keadaan baik dan luka di kepala telah dijahit\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71912", "title": "Perbicaraan kes penggubahan wang haram babitkan bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah ditangguh ke tahun depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerbicaraan kes penggubahan wang haram babitkan bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah ditangguh ke tahun depan.\nAug 11, 2017\n\nPerbicaraan kes penggubahan wang haram, babitkan bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah dan 2 lagi ditangguhkan ke tahun depan.Ia bagi membolehkan pihak pembelaan memperkemas semua urusan sebagai persediaan bagi perbicaraan itu.Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu tetapkan perbicaraan antara 5 Februari hingga 22 Mac tahun depan.Sumber gambar : sayangsabah.com\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73027", "title": "Senarai anggota Kabinet Pakatan Harapan kini lengkap.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSenarai anggota Kabinet Pakatan Harapan kini lengkap.\nJul 02, 2018\n\nSyed Saddique\u00a0Syed Abdul Rahman\u00a0catat rekod sebagai menteri termuda negara apabila dilantik Menteri Belia dan Sukan.Orang kuat PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail, Datuk Saifuddin Abdullah dan Dr Xavier Jayakumar serta Ketua PKR Sarawak, Baru Bian turut tersenarai.Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dilantik sebagai Menteri Industri Utama dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebagai Menteri Wilayah.Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa pula dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam.Menteri penuh lain termasuklah Yeo Bee Yin dan Datuk Liew Vui Keong.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70910", "title": "Jalur Gemilang terbalik dalam balai polis tidak disengajakan", "body": "\n\u2190 Back to list\nJalur Gemilang terbalik dalam balai polis tidak disengajakan\nSep 21, 2020\n\nJalur Gemilang terbalik dalam balai polis tidak disengajakanFoto - Sinar HarianInsiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di Balai Polis Simpang Lima di Parit Buntar semalam yang tular di media sosial, adalah tidak disengajakan.\u00a0Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mazuki Mat berkata, bendera itu dipasang oleh seorang anggota lelaki pada kira-kira pukul 6 pagi sebelum tamat tugas dan disedari oleh orang awam kira-kira sejam kemudian.Tambahnya, Ketua Polis Balai Simpang Lima telah membuat laporan berhubung kejadian petang semalam itu dan meminta orang ramai supaya tidak lagi menularkan gambar tersebut.------Isu viral tidak pengaruhi pengundi PRN SabahFoto - Berita HarianIsu-isu tular seperti kisah gadis terpaksa memanjat pokok untuk dapatkan internet, tidak boleh dijadikan isu besar untuk pengaruhi keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah.Ini kerana penganalisis politik, Profesor Madya Dato' Dr Ismail Sualman berpendapat, pengundi hari ini lebih matang dalam membuat keputusan.Malah katanya, isu-isu tempatan dilihat lebih mempengaruhi pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini, berbanding isu-isu di peringkat nasional.-----JAIK serah kepada polis siasat kubur berdarahFoto - Oh BulanJabatan Agama Islam Kedah serah kepada polis bagi menyiasat kejadian kubur di kawasan Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan, Derga yang didakwa berdarah, Sabtu lalu.Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata, pihak polis sudah mengambil sampel tanah di kubur itu bagi melakukan siasatan lanjut.PIhaknya berharap orang ramai berhenti menyebar rakaman video berkaitan kubur berkenaan kerana ia boleh mendatangkan aib kepada keluarga jenazah\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72172", "title": "Rumah Tan Sri Isa Samad diperiksa", "body": "\n\u2190 Back to list\nRumah Tan Sri Isa Samad diperiksa\nAug 16, 2017\n\nSPRM menjalankan pemeriksaan di rumah bekas Pengerusi Felda Global Ventures, FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad malam tadi.Pemeriksaan itu susulan penahanan Tan Sri Isa berhubung isu pembelian 2 buah hotel oleh syarikat itu di London dan Kuching.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72756", "title": "Kementerian Kesihatan Mahu Bawa Media Lihat Doktor Bekerja", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Kesihatan Mahu Bawa Media Lihat Doktor Bekerja\nAug 10, 2016\n\nIa supaya orang ramai dapat memahami tugas petugas hospital yang mengendalikan pesakit setiap hari, menerusi media.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72553", "title": "Perunding Swasta Dilantik Periksa Keselamatan HSA", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerunding Swasta Dilantik Periksa Keselamatan HSA\nNov 03, 2016\n\nPerunding swasta dilantik memeriksa keselamatan blok bangunan Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru yang terlibat insiden kebakaran.Menurut Kementerian Kesihatan, pemeriksaan itu merangkumi keselamatan elektrik, gas biologikal, perkakasan elektrik dan keselamatan struktur bangunan.Pasukan perunding akan menentukan sama ada blok terlibat boleh digunakan lagi atau tidak, dan pemeriksaan dijangka mengambil masa 2 hingga 3 minggu.Tragedi kebakaran di hospital tersebut pada 26 Oktober lalu mengakibatkan 6 pesakit di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) maut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71963", "title": "Suspek kes langgar lari di Batu Pahat, Johor serah diri.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuspek kes langgar lari di Batu Pahat, Johor serah diri.\nSep 06, 2017\n\nSuspek yang terlibat dalam kes langgar lari sehingga menyebabkan kematian 2 warga emas di Batu Pahat, Johor kelmarin, serah diri kepada polis.Pemeriksaan terhadap suspek berusia 29 tahun itu turut menemui satu paket plastik lutsinar disyaki berisi dadah.Ujian saringan air kencing yang dijalankan selepas itu turut mendapati suspek positif dadah jenis syabu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73087", "title": "Sistem Haji Pintar bakal diperkenalkan tidak lama lagi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSistem Haji Pintar bakal diperkenalkan tidak lama lagi.\nMar 26, 2018\n\nSistem Haji Pintar bakal diperkenalkan tidak lama lagi!Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji berkata sistem itu merupakan inisiatif kerajaan Arab Saudi untuk memudahkan jemaah menjalani ibadah.Sistem Haji Pintar ini turut memendekkan masa menunggu di lapangan terbang daripada 2 jam kepada 10 minit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80961", "title": "Kerajaan tidak bercadang hapus hutang PTPTN 50 peratus untuk semua peminjam!", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan tidak bercadang hapus hutang PTPTN 50 peratus untuk semua peminjam!\nDec 17, 2019\n\nKerajaan tidak bercadang hapus hutang PTPTN 50 peratus untuk semua peminjam!Kementerian Pendidikan memaklumkan, kosnya amat tinggi bersamaan 29 bilion ringgit dan jumlah itu boleh digunakan untuk 1.2 juta peminjam baru.Tumpuan KPM kini adalah untuk menambahbaik pengurusan pinjaman secara keseluruhan agar PTPTN dapat beroperasi dengan lebih baik.Cuaca yang agak sejuk di kebanyakan kawasan kini dijangka berterusan sehingga akhir Februari.Ia susulan musim Monsun Timur Laut yang membawa hujan, yang turut dikenali sebagai monsun musim sejuk.Jelas Jabatan Meteorologi, ia sebenarnya fenomena biasa apabila angin monsun yang terbentuk di rantau Siberia-Mongolia merentasi negara ini.Suhu minimum di Lembah Klang bulan ini turun sehingga 22 darjah Celcius manakala Cameron Highlands 15 darjah Celcius.Hisap vape boleh meninggikan risiko penyakit paru-paru kronik.\u00a0Kajian di Amerika Syarikat mendapati menghisap vape boleh meninggikan risiko penyakit paru-paru kronik terutama pesakit asma sehingga satu pertiga!Kesannya akan lebih teruk jika seseorang individu itu menghisap kedua-duanya, iaitu rokok dan vape.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80044", "title": "Atas Keputusan PM Lantik Ketua Pesuruhjaya SPRM Baru ", "body": "\n\u2190 Back to list\nAtas Keputusan PM Lantik Ketua Pesuruhjaya SPRM Baru \nJun 06, 2019\n\nPerdana Menteri berkata pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Persuruhjaya SPRM yang baru atas keputusannya sendiri.Tegas Tun Dr Mahathir Mohammad, pelantikan berkenaan tidak dibincangkan dengan anggota kabinet.Namun, beliau mendengar pandangan pelbagai pihak dan membuat penilaian sebelum membuat keputusan itu.\u00a0Budak Sekolah Sertai Kongsi Gelap Sebab Nak Nampak Gerun?\u00a0Penglibatan pelajar sekolah dalam kegiatan kongsi gelap banyak didorong oleh perasaan mahu dipandang tinggi serta digeruni oleh rakan sebaya.Menurut Bukit Aman, kegiatan kongsi gelap dalam kalangan pelajar sekolah sering melibatkan mereka yang kerap ponteng serta terlibat dalam gejala buli.Malah mereka yang terlibat mempunyai tahap pendidikan yang rendah, kurang didikan agama serta mempunyai masalah keluarga.\u00a0Kamera AWAS Berfungsi Baik Tapi.......\u00a0JPJ nafi laporan sebuah portal berita yang mendakwa kononnya\u00a0hanya empat kamera AWAS berfungsi dengan baik.Katanya, beberapa kamera AWAS ditangguhkan sementara buat masa ini kerana terbabit kemalangan.Oleh itu, kerja pendawaian dan pemasangan semula sedang dijalankan.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=100977", "title": "14032021 kompaun, covid-19, telur", "body": "\n\u2190 Back to list\n14032021 kompaun, covid-19, telur\nMar 14, 2021\n\nKompaun 10 ribu ringgit terpakai untuk semua kawasan PKP!\n\nKompaun 10 ribu ringgit yang dikuatkuasakan kerajaan terpakai untuk semua kawasan PKP termasuk Bersyarat dan Pemulihan.\nMenteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP ditetapkan sekaligus menjamin keselamatan mereka.\nTambahnya, nilai maksimum kompaun tersebut disasarkan kepada mereka yang berulangkali melanggar SOP.\nBagi pesalah pertama yang turut diberikan kompaun maksimum tersebut, mereka boleh membuat rayuan kepada pejabat kesihatan negeri untuk pengurangan harga.\n---\nKes positif COVID-19 kekal bawah angka 2 ribu\n\nKes positif harian COVID-19 terus kekal di bawah angka 2 ribu apabila 1,470 kes direkodkan semalam.\n1,830 lagi kes telah sembuh manakala 3 kematian dicatatkan menjadikan angka maut meningkat kepada 1,206.\nSelangor merupakan negeri dengan kes tertinggi iaitu 551 kes, diikuti Sarawak dan Pulau Pinang.\n---\nKPDNHEP pantau bekalan dan keselamatan telur pasaran negara\n\nKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan pastikan bekalan telur di negara ini mencukupi dan selamat.\nIa ekoran keputusan Singapura menarik balik telur di pasarannya yang diimport dari Malaysia yang didakwa berhubungkait dengan jangkitan bakteria dan penyakit.\nKerajaan masih menunggu laporan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan KKM berhubung dakwaan itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72801", "title": "Lebih 2 ribu Pasangan Rakyat Malaysia Berkahwin di Selatan Thai", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 2 ribu Pasangan Rakyat Malaysia Berkahwin di Selatan Thai\nJul 25, 2016\n\nMenurut Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, pada tahun lepas sahaja lebih 4 ribu pasangan rakyat Malaysia berkahwin di negara jiran itu.Angka itu hanya bagi pasangan yang mendaftarkan perkahwinan di pejabat Konsul supaya boleh mendaftar semula dan mengesahkan perkahwinan di tanah air.Manakala, pasangan yang tidak mendaftarkan perkahwinan di pejabat Konsul akan hadapi kesukaran untuk mengesahkan perkahwinan di Malaysia kelak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72508", "title": "Majlis Profesor Negara syor 3 perkara tangani lambakan siswazah perubatan", "body": "\n\u2190 Back to list\nMajlis Profesor Negara syor 3 perkara tangani lambakan siswazah perubatan\nJul 08, 2017\n\nMajlis Profesor Negara syorkan 3 perkara dalam usaha menangani masalah lambakan siswazah perubatan.Menurut Berita Harian, ini termasuklah kurangkan tempoh latihan siswazah kepada setahun dan tempatkan mereka di hospital luar bandar dan swasta.Antara cadangan lain ialah membenarkan graduan menjalani latihan di luar negara yang dapat menerima lulusan perubatan Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72150", "title": "Tun M dakwa ada unsur penipuan dalam PRU14", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun M dakwa ada unsur penipuan dalam PRU14\nMay 29, 2018\n\nPerdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dakwa terdapat unsur penipuan sewaktu pengiraan undi PRU14 sehinggakan ada calon-calon Pakatan Harapan tewas mengejut.Katanya, ini menyebabkan gabungan parti-parti dalam pakatan itu tidak mendapat keputusan yang baik walaupun berjaya memenangi PRU14, 9 Mei lepas.Pihak parti-parti berkaitan katanya, akan membangkitkan kes-kes ini bergantung kepada penemuan serta mengambil apa jua tindakan yang perlu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72747", "title": "Pesawat Emirates Terbakar ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPesawat Emirates Terbakar \nAug 03, 2016\n\nSusulan itu, semua penerbangan berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Dubai ditangguhkan buat sementara.\u00a0Foto :\u00a0www.dailymail.co.uk\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71996", "title": "Jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang menurun hampir 4,600 mangsa babitkan kawasan di Seberang Perai Utara dan Tengah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah mangsa banjir di Pulau Pinang menurun hampir 4,600 mangsa babitkan kawasan di Seberang Perai Utara dan Tengah.\nNov 07, 2017\n\nMenurut Portal Bencana, jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang menurun hampir 4,600 mangsa babitkan kawasan di Seberang Perai Utara dan Tengah.Manakalah, di Kedah lebih 480 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan.Sementara itu, Tabung Bencana Taufan dan Banjir Pulau Pinang telah meraih kutipan derma sebanyak lebih 2 juta ringgit selepas sehari dilancarkan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72635", "title": "Amaran KPDNKK kepada peniaga santan", "body": "\n\u2190 Back to list\nAmaran KPDNKK kepada peniaga santan\nDec 10, 2016\n\nKPDNKK beri amaran kepada pengusaha dan peniaga agar tidak naikkan harga santan secara melampau atau berdepan dengan tindakan tegas.Terdahulu, pihaknya mengeluarkan empat notis kepada peniaga yang menaikkan harga santan di sekitar daerah Rembau, Negeri Sembilan.KPDNKK mendapati, ada peniaga yang menaikkan harga santan sehingga RM9.50 hingga RM11 sekilogram berbanding harga pasaran RM7 ke RM8.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72053", "title": "SPRM buka kertas siasatan terhadap Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM buka kertas siasatan terhadap Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.\nMar 06, 2018\n\nSPRM buka kertas siasatan terhadap Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.Siasatan dibuat selepas pihaknya terima laporan dan bukti berhubung wang lebih 970 ribu ringgit yang didepositkan ke akaun bank miliknya di Australia.Minggu lalu, akhbar melaporkan wang itu datang daripada sumber yang sah berdasarkan siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79682", "title": "Hanya kerajaan yang boleh iktiraf Sijil Peperiksaan Bersama, UEC!", "body": "\n\u2190 Back to list\nHanya kerajaan yang boleh iktiraf Sijil Peperiksaan Bersama, UEC!\nApr 04, 2019\n\nHanya kerajaan yang boleh iktiraf Sijil Peperiksaan Bersama, UEC!Justeru tegas Perdana Menteri, tindakan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia mengiktiraf sijil itu baru-baru ini hanyalah pendapat mereka sahaja.Ia sebagai reaksi terhadap pengumuman lembaga itu bahawa sijil UEC diterima bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman mulai 2021.Hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku beberapa sehingga pertengahan bulan depan.Selepas beberapa bulan negara berada dalam musim panas dan kering, kini tiba pula hujan dan ribut.Menurut jangkaan Jabatan Meteorologi, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku beberapa sehingga pertengahan bulan depan ekoran peralihan monsun.Jadi untuk yang melakukan aktiviti luar, anda dinasihatakan agar waspada termasuk elak parkir kenderaan di kawasan mudah berlaku banjir kilat dan di bawah pokok.Skala pencarian peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak dua minggu lalu dikecilkan.Bomba berkata usaha mencari mangsa ditumpukan di 2 lokasi baru iaitu di Gua Tempurung dan Hutan Simpan Bukit Kinta.Dalam pada itu,\u00a0polis Perak ingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ganjaran palsu yang ditawarkan jika temui mangsa oleh pihak tidak bertanggungjawab.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80085", "title": "Kerajaan Belum Cadang Haramkan Penjualan Vape", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Belum Cadang Haramkan Penjualan Vape\nJun 14, 2019\n\nKerajaan belum bercadang untuk haramkan penjualan rokok elektronik atau vape di negara ini.Namun Kementerian Kesihatan akan tingkatkan kawalan dan pemantauan bagi memastikan tiada risiko kesihatan mengunakan alat itu.Pihaknya juga akan rangka rang undang-undang kawalan terhadap alat itu yang akan dibentangkan di parlimen tahun depan.\u00a0E-bidding Plat Kenderaan KL Bermula 21 Jun Hingga 25 Jun IniPerlaksaan e-bidding plat kenderaan dalam talian akan bermula buat pertama kali pada 21 Jun hingga 25 Jun.Kementerian Pengangkutan berkata, bidaan melibatkan nombor kenderaan KL bermula dari siri VDN.Sementara itu, e-bidding yang menawarkan ketelusan permohonan nombor plat kenderaan bagi negeri-negeri lain pula akan dilaksanakan secara berperingkatMaklumat My Salam Tak Sampai Ke Golongan Sasar\u00a0Maklumat yang tidak sampai ke golongan sasar menjadi penyebab individu layak tidak memohon Skim Perlindungan Nasional B40 (mysalam).Menurut Kementerian Kewangan, masih ramai tidak menyedari kewujudan skim itu meskipun hebahan telah dibuat.Oleh itu, pihaknya minta pihak lain seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung lebih agresif menyebarkan maklumat tentang mysalam.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94734", "title": "Proses pendaftaran penerima vaksin COVID-19 bulan depan", "body": "\n\u2190 Back to list\nProses pendaftaran penerima vaksin COVID-19 bulan depan\nFeb 13, 2021\n\nProses pendaftaran penerima vaksin COVID-19 bulan depanFoto - Berita HarianProses pendaftaran sebagai penerima vaksin COVID-19 bagi orang ramai dijangka dibuka bermula bulan depan dengan konsep sukarela.Kemneterian Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, ia boleh dilakukan menerusi lima kaedah termasuk menggunakan aplikasi MySejahtera.Jika tiada MySejahtera, orang ramai boleh mengakses laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID19 yang akan dilancarkan Perdana Menteri, minggu depan.-----Pengambilan vaksin COVID-19 pada bulan Ramadan akan dibincangFoto - Sinar HarianJawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama akan membincangkan mengenai garis panduan pengambilan vaksin COVID-19 bagi umat Islam ketika bulan Ramadan nanti.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, panduan itu akan diumumkan selepas mesyuarat yang akan diadakan pada Selasa atau Rabu depan.Pengambilan suntikan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya adalah harus kerana ia merupakan keperluan ketika ini.-----Lelaki ditahan dipercayai dera anak diri sehingga mautFoto - mStarOnlinePolis tahan seorang lelaki di Tampin, Negeri Sembilan kerana disyaki mendera anak tirinya berusia empat tahun sehingga meninggal dunia.Suspek didakwa membawa anak tirinya yang tidak sedarkan diri ke klinik kerana mengalami kekejangan pada 1 Februari lalu.Menurut polis, suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71899", "title": "Ketua Pegawai Operasi Rapid mengaku tidak bersalah terima rasuah 70 ribu ringgit.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKetua Pegawai Operasi Rapid mengaku tidak bersalah terima rasuah 70 ribu ringgit.\nAug 03, 2017\n\nKetua Pegawai Operasi Rapid Penang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Georgetown atas pertuduhan terima rasuah 70 ribu ringgit.Tertuduh didakwa terima suapan itu bagi mengeluarkan surat pelantikan kepada sebuah syarikat untuk projek bernilai lebih 8 juta ringgit.Mahkamah benarkan tertuduh diikat jamin 50 ribu ringgit dan menetapkan 16 Ogos ini untuk sebutan semula kes.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=111585", "title": "Vaksinasi COVID-19 Kekal Sebagai Program Sukarela.", "body": "\n\u2190 Back to list\nVaksinasi COVID-19 Kekal Sebagai Program Sukarela.\nJul 29, 2021\n\n\nKerajaan tetap tidak bercadang untuk mewajibkan vaksin Covid-19 kepada rakyat.\nJelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, ia selaras dengan kebebasan program vaksinasi yang lain dalam dasar kesihatan awam.\nKhairy Jamaluddin bagaimanapun berharap kemudahan yang akan diberikan kepada individu yang sudah lengkap 2 dos vaksin akan menarik golongan yang enggan terima vaksin untuk segera mendaftarkan diri.\nKemudahan yang akan diberikan kepada mereka yang sudah lengkap divaksinasi katanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri.\n\u00a0\nKerajaan tangguhkan rancangan pemberian vaksin kepada remaja.\nRancangan pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun ditangguhkan dahulu.\nMenurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, ia susulan terdapat kes remaja yang terima vaksin Pfizer di Amerika Syarikat alami kesan sampingan seperti keradangan jantung.\n\u00a0\nGuru bakal terima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin sebelum sekolah dibuka.\nWarga pendidik akan terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 sebelum sesi persekolahan dibuka pada 1 September ini.\nMenteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata pihaknya sedang kenal pasti bilangan guru dan kumpulan sokongan untuk penjadualan janji temu.\nSetakat ini, lebih 300,000 guru sudah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72021", "title": "2 negeri sahaja yang terlibat dengan kes penjualan lampin tiruan baru-baru ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\n2 negeri sahaja yang terlibat dengan kes penjualan lampin tiruan baru-baru ini.\nDec 20, 2017\n\nHanya 2 negeri sahaja yang terlibat dengan kes penjualan lampin tiruan baru-baru ini.Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Kedah, Azrulnizam Bin Din berkata setakat ini, tiada laporan dari negeri lain.KPDNKK telah rampas hampir 170 ribu keping lampin pakai buang jenama tiruan, susulan laporan oleh sebuah syarikat lampin pakai buang,\u00a0 yang mendapati produknya ditiru.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72184", "title": "5 remaja ditahan kes belasah pelajar", "body": "\n\u2190 Back to list\n5 remaja ditahan kes belasah pelajar\nJul 19, 2017\n\nPolis Johor berkas 5 remaja lelaki yang dipercayai belasah seorang pelajar sekolah menengah di Skudai, Ahad lalu.3 daripada 5 suspek tersebut yang berusia 15 hingga 19 tahun direman sehingga esok, manakala 2 lagi bakal dikenakan perintah reman.Mangsa mengalami beberapa kecederaan dan terpaksa menerima jahitan akibat dibelasah suspek kerana enggan sertai kumpulan kongsi gelap 'Geng 550'.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71576", "title": "Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Ditembak, Bapa Cedera Parah", "body": "\n\u2190 Back to list\nKanak-Kanak 2 Tahun Maut Ditembak, Bapa Cedera Parah\nNov 20, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71389", "title": "Hati-hati Dengan Iklan Dan Tawaran Pakej Umrah Yang Meragukan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHati-hati Dengan Iklan Dan Tawaran Pakej Umrah Yang Meragukan.\nDec 09, 2020\n\nUmat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dengan iklan dan tawaran pakej umrah yang meragukan.Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berkata pihaknya sedang siasat iklan tersebut kerana rakyat Malaysia belum dibenarkan melaksanakan ibadah itu ekoran pandemik Covid-19.Kementerian masih berpegang kepada dasar sedia ada dalam pelaksanaan PKPP yang tidak membenarkan perjalanan keluar negeri bagi tujuan tidak penting khususnya aktiviti pelancongan.E-rokok dan vape dikenakan duti eksais 10 peratus mulai bulan depan.Duti eksais sebanyak 10 peratus akan dikenakan untuk e-rokok dan vape bermula 1 Januari depan.Menurut Kastam, bagi cecair vape tidak bernikotin pula duti eksais ditetapkan 40 sen bagi setiap mililiter.Polis Pahang kekalkan sekatan jalan raya di negeri itu.Sekatan jalan raya sedia ada di semua daerah di Pahang bagi tujuan Ops Benteng dan Ops Cegah Jenayah dikekalkan.Polis Pahang berkata ia bagi membolehkan pihaknya beri maklumat terus kepada orang ramai mengenai kes Covid-19 di negeri itu termasuk lokasi yang catat peningkatan kes.Pihaknya turut menempatkan hampir 120 pasukan pemantau di kawasan pelancongan bagi memperkasakan penguatkuasaan SOP Covid-19.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73085", "title": "2 jawatankuasa kaji undang-undang khas berkaitan kenderaan terbiar akan ditubuhkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\n2 jawatankuasa kaji undang-undang khas berkaitan kenderaan terbiar akan ditubuhkan.\nMar 23, 2018\n\nKerajaan akan tubuh 2 jawatankuasa kaji undang-undang khas berkaitan kenderaan terbiar termasuk kaedah pelupusan ekoran masalahnya yang semakin membimbangkan.Antara yang dikaji, isu pampasan atau imbuhan kepada pemilik yang alami masalah seperti tidak mampu baik pulih kenderaan hingga menyebabkan ia tersadai.Turut diteliti adalah aspek alam sekitar kerana setiap kenderaan mempunyai bahan toksik yang mencemarkan alam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72462", "title": "2 Militan Malaysia Antara Yang Maut di Filipina", "body": "\n\u2190 Back to list\n2 Militan Malaysia Antara Yang Maut di Filipina\nMay 26, 2017\n\n2 rakyat Malaysia yang menganggotai militan IS dipercayai antara militan yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina di Mindanao.Seorang lagi anggota militan warga Malaysia dilapor turut berada di wilayah bergolak itu namun nasibnya belum diketahui.Mindanao khasnya Bandar Marawi kini diletakkan dalam perintah tentera sebagai usaha kerajaan Filipina menghapuskan militan Abu Sayyaf dan IS.Sudah berpuluh-puluh maut akibat pertempuran di situ yang sudah berlanjutan selama beberapa hari.Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri yang mewakili Malaysia mengutuk serangan ke atas Bandar Marawi.Namun ujar Datuk Seri Najib Tun Razak percaya, Filipina dapat mengendalikan krisis itu dengan baik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71184", "title": "MKN Perlu Nilai Semula Keperluan Perketatkan SOP Sedia Ada.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMKN Perlu Nilai Semula Keperluan Perketatkan SOP Sedia Ada.\nNov 05, 2020\n\nPerdana Menteri minta Majlis Keselamatan Negara nilai semula keperluan memperketatkan lagi aktiviti sosial dan SOP pergerakan rentas daerah dan negeri.Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia susulan penularan COVID-19 yang masih membimbangkan dan tidak boleh dibiarkan terus berlarutan.SPR dan Jabatan Peguam Negara pula diminta kaji aspek perundangan yang membolehkan PRK Parlimen Batu Sapi bulan depan ditangguh sehingga COVID-19 berakhir.Menurut PM, PRK itu dilihat sukar dilaksanakan berikutan pandemik berkenaan masih memuncak di Sabah.Belanjawan 2021 bukan bajet pilihan raya!Perdana Menteri berkata Belanjawan 2021 beri keutamaan kepada melindungi rakyat ketika negara berdepan ketidaktentuan ekonomi dan penularan COVID-19.Justeru menurut Tan Sri Muhyiddin, belanjawan berkenaan yang akan dibentangkan esok bukanlah bajet pilihan raya seperti didakwa sesetengah pihak.Beliau turut memaklumkan telah berbincang dengan Menteri Kewangan berkenaan permintaan pencarum KWSP untuk mengeluarkan wang daripada akaun 1.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73053", "title": "Pakatan Harapan akan bincang keputusan Tun M yang bakal jadi Menteri Pelajaran.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPakatan Harapan akan bincang keputusan Tun M yang bakal jadi Menteri Pelajaran.\nMay 18, 2018\n\nKepemimpinan Pakatan Harapan akan bincang keputusan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menamakan diri beliau sebagai Menteri Pelajaran.Ini kerana manifesto PH dalam PRU14 menyatakan PM tidak akan pegang mana-mana jawatan lain, khasnya Menteri Kewangan.Namun, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beritahu The Star, jawatan PM dan TPM tidak berada dalam kabinet, jadi ia tidak bercanggah dengan manifesto.Semalam Tun M turut mengumunkan bakal TPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72786", "title": "Pedofilia Warga Britain Mengaku Dera 200 Kanak-Kanak Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\nPedofilia Warga Britain Mengaku Dera 200 Kanak-Kanak Malaysia\nJun 02, 2016\n\nRichard Huckle melakukan perbuatan keji itu ke atas 200 kanak-kanak sejak tiba di negara ini 10 tahun lalu dengan menyamar sebagai guru sukarela.Tertuduh ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Gatwick, London 2 tahun lalu ketika pulang untuk menyambut Krismas.\u00a0Turut ditemui lebih 20 ribu imej tidak senonoh dalam komputernya, yang memaparkan Huckle mendera kanak-kanak.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=124677", "title": "Bantuan Wang Ihsan Mula Diagihkan Kepada Negeri Terjejas Banjir.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBantuan Wang Ihsan Mula Diagihkan Kepada Negeri Terjejas Banjir.\nDec 28, 2021\n\n\nBantuan Wang Ihsan Mula Diagihkan Kepada Negeri Terjejas Banjir.\nKerajaan sudah mula mengagihkan Bantuan Wang Ihsan kepada negeri-negeri yang terjejas dengan banjir.\nKetua Setiausaha Negara berkata ia akan disampaikan kepada mangsa banjir melalui 3 kaedah.\nIa menerusi serahan tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana, serahan tunai dari rumah ke rumah atau pemindahan secara dalam talian.\nBantuan RM1,000 diberikan kepada Ketua Isi Rumah yang terjejas manakala RM10,000 buat waris mangsa bencana yang meninggal dunia.\n\u00a0\nKKM kesan kluster Covid-19 pertama di PPS.\nKluster komuniti pertama dikesan dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan di Bentong, Pahang.\nMenurut KKM, kes indeks bagi Kluster Karak Setia itu merupakan seorang perempuan yang dikesan positif Covid-19 minggu lalu.\nSetakat ini, 10 kes positif direkodkan daripada lebih 100 orang yang disaring.\n\u00a0\nSelangor batalkan sambutan ambang tahun baru.\nSambutan ambang tahun baru di Selangor hujung bulan ini dibatalkan.\nMenurut kerajaan negeri, ia akan digantikan dengan majlis tahlil, bacaan doa selamat dan zikir munajat yang akan dilaksanakan di masjid seluruh Selangor.\nIa sebagai tanda menghormati dan bersimpati dengan musibah banjir yang melanda negeri tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72452", "title": "TLDM lancar operasi carilamat bot hilang di perairan Johor", "body": "\n\u2190 Back to list\nTLDM lancar operasi carilamat bot hilang di perairan Johor\nMay 22, 2017\n\nTLDM telah lancar operasi mencari dan menyelamat, sebuah botnya yang hilang di perairan Sedili, Johor.Bot yang membawa seorang pegawai dan 8 laskar kanan itu hilang, ketika operasi mengusir bot nelayan asing, Sabtu lepas.Pihaknya percaya, bot berkenaan berlindung di dataran terhampir, atau bersama bot nelayan yang berada di sekitar perairan Sedili\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78840", "title": "Beli kereta baru- antara alasan tangguh bayaran pinjaman PTPTN.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBeli kereta baru- antara alasan tangguh bayaran pinjaman PTPTN.\nNov 05, 2018\n\nMembeli kereta baru antara alasan peminjam PTPTN, yang telah tamat pengajian memohon rayuan penangguhan bayaran balik pinjaman mereka.Pengerusi PTPTN berkata alasan itu tidak munasabah kerana ansuran bayaran bulanan kereta lebih tinggi berbanding bayaran balik pinjaman serendah RM90 sebulan.Namun katanya, sekiranya peminjam mempunyai alasan lain seperti belum mendapat pekerjaan, maka ia boleh ditangguhkan.\u00a0Polis cari saksi kes remaja terkena tayar basikal yang dibaling dari tingkat atas pangsapuri.Polis KL sedang giat mengesan saksi bagi bantu siasatan berhubung seorang remaja lelaki cedera parah akibat terkena tayar basikal yang dibaling dari tingkat atas PPR Gombak Setia.Foto: Berita HarianMangsa dirawat di hospital dan mendapat 15 jahitan akibat parah di bahagian kepala.\u00a0Januari lalu, seorang remaja lelaki maut ditimpa kerusi akibat dicampak dari tingkat atas di PPR, Seri Pantai, Pantai Dalam.\u00a0Tiada arahan tarik balik\u00a0kebenaran\u00a0cuti tambahan sempena Deepavali.Kementerian\u00a0Pendidikan\u00a0menegaskan\u00a0tidak pernah\u00a0mengeluarkan sebarang surat pekeliling menarik balik kebenaran\u00a0cuti tambahan sempena Deepavali.Foto: UtusanKatanya, \u00a0kuasa memberi kelulusan\u00a0cuti peristiwa atau cuti ganti adalah di bawah\u00a0bidang Jabatan Pendidikan Negeri yang boleh meluluskan permohonan cuti\u00a0tambahan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72815", "title": "Cuaca Panas Melampau : Sekolah di Perlis, Kedah Kembali dibuka", "body": "\n\u2190 Back to list\nCuaca Panas Melampau : Sekolah di Perlis, Kedah Kembali dibuka\nMar 23, 2016\n\nJusteru, semua sekolah beroperasi seperti biasa esok, termasuk sekolah di Perlis dan Kedah yang ditutup semalam dan hari ini ekoran cuaca panas melampau.Namun ujar Kementerian Pendidikan, semua aktiviti di luar bilik darjah masih ditangguhkan sehingga dimaklumkan kemudian.Pihak sekolah juga diminta memastikan bekalan air minuman di sekolah masing-masing mencukupi.Sementara itu Kementerian Kesihatan maklumkan, setakat ini pihaknya telah terima 35 kes masalah kesihatan berkaitan gelombang haba.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79180", "title": "Teruja sertai cabaran '#10YearChallenge'? Mungkin boleh ikut nasihat PU Amin ni...", "body": "\n\u2190 Back to list\nTeruja sertai cabaran '#10YearChallenge'? Mungkin boleh ikut nasihat PU Amin ni...\nJan 17, 2019\n\nTeruja menyertai cabaran '#10YearChallenge' yang kini tular, tapi\u00a0sebelum itu mungkin boleh ambil nasihat PU Amin.Katanya, nak imbas kembali tidak\u00a0salah tapi elakkanlah berkongsi\u00a0atau papar kisah dan gambar silam yang mengaibkan kerana ia boleh jatuh haram.Jelas PU Amin yang turut menyertai cabaran itu di Instagram, Allah telah tutup aib kita jadi janganlah kita membongkarkan dan memalukan diri sendiri.Oleh: Joen Hamzah\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79842", "title": "KTM Komuter sediakan perkhidmatan tren tambahan sempena Ramadan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKTM Komuter sediakan perkhidmatan tren tambahan sempena Ramadan\nMay 02, 2019\n\nFoto - KTMBKTM Komuter akan menyediakan tren tambahan sepanjang bulan Ramadan bagi laluan Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim serta sebaliknya bermula 6 Mei hingga 4 Jun ini.\u00a0Penambahan itu bagi memenuhi permintaan tinggi daripada penumpang serta perubahan waktu bekerja sempena bulan puasa khususnya melibatkan kakitangan sektor awam dan swasta.Foto - KTMBKTMB dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, dua tambahan perjalanan pada waktu puncak akan dibuat bagi laluan dari KL Sentral ke Tanjung Malim, masing-masing satu perjalanan pada 4.26 dan 4.41 petang.Ia sekaligus menjadikan keseluruhan lima perkhidmatan komuter berbanding tiga waktu perjalanan sedia ada pada 5.42, 6.24 dan 7.31 petang bagi sektor itu.Foto - KTMBJadual waktu terperinci perkhidmatan KTM Komuter bagi Ramadan 2019 boleh dimuat turun daripada laman web rasmi KTMB di www.ktmb.com.my serta di Facebook, Twitter dan Instagram KTMB.Ia juga boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB yang beroperasi 24 jam setiap hari di talian 03-22671200.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71957", "title": "Enam kumpulan daripada tiga agensi akan menguruskan pengebumian 23 mangsa kebakaran pusat tahfiz.", "body": "\n\u2190 Back to list\nEnam kumpulan daripada tiga agensi akan menguruskan pengebumian 23 mangsa kebakaran pusat tahfiz.\nSep 15, 2017\n\nEnam kumpulan daripada tiga agensi akan menguruskan pengebumian 23 mangsa kebakaran pusat tahfiz di Keramat sebaik proses padanan DNA selesai, hari ini.Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tiga agensi terbabit ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI dan JAKIM.Jelas Jabatan Perdana Menteri itu, perkara tersebut dipersetujui hasil perbincangan bersama wakil agensi berkenaan, pagi tadi.Sumber gambar : Berita Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=108355", "title": "Kluster tempat kerja terus menular", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster tempat kerja terus menular\nJun 19, 2021\n\nKluster tempat kerja terus menular\n\nFoto - Bernama\nSebanyak 23 kluster baharu COVID-19 dilaporkan semalam dengan lapan daripada kesan di negeri Selangor.\nDaripada jumlah itu, 17 kluster adalah berkaitan tempat kerja, empat kluster komuniti dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi serta pusat tahanan.\nSemalam, lebih 6,400 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dengan 74 kematian.\n-----\nJangan terpedaya jualan vaksin!\n\nFoto - Harian Metro\nOrang ramai diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan penjualan vaksin COVID-19 di pasaran atau dalam talian.\nTegas Kementerian Kesihatan, vaksin yang dijual di pasaran berkemungkinan tiruan, palsu atau datang daripada sumber tidak sah yang diragui keselamatannya.\nPihaknya pada masa sama berharap orang ramai bersabar menunggu giliran bagi mendapatkan suntikan vaksin dan mendaftar giliran di aplikasi MySejahtera.\n-----\nOrang ramai dijamin dapat janji temu vaksinasi\n\nFoto - aimanabdullah.com\nSemua individu yang berdaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera akan diberi tarikh janji temu untuk vaksinasi.\nKementerian Kesihatan minta orang ramai tidak bimbang atau gusar kerana kerajaan telah membeli vaksin yang mencukupi untuk semua.\nLagipun katanya, negara akan menerima bekalan vaksin dalam kuantiti besar yang dijadualkan tiba bulan depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72074", "title": "Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan tanpa sebarang syarat!", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan tanpa sebarang syarat!\nMay 16, 2018\n\nDatuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan tanpa sebarang syarat!Ini selepas Yang di-Pertuan Agong perkenan rayuan pengampunan penuh tanpa syarat kepada Ketua Umum PKR itu tengah hari tadi.Datuk Seri Anwar turut ucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong serta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memainkan peranan penting dalam pembebasannya pada satu sidang media di kediamannya di Segambut petang tadi.DPI, beliau mengesahkan akan menghadiri Perhimpunan Merdeka Rakyat di PJ malam ini, untuk bertemu rakyat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72636", "title": "Jangan spekulasi nahas MPV di LPT2", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan spekulasi nahas MPV di LPT2\nDec 12, 2016\n\nOrang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kemalangan yang meragut nyawa enam sekeluarga di LPT2 dekat Chukai, petang semalam.Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman beritahu BHOnline, kemalangan itu bukan berpunca daripada masalah struktur jalan atau jalan rosak.Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut berhubung nahas tersebut.Enam maut manakala 4 cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah MPV itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=109874", "title": "UMNO Tarik Balik Sokongan Terhadap PM.", "body": "\n\u2190 Back to list\nUMNO Tarik Balik Sokongan Terhadap PM.\nJul 08, 2021\n\n\nTumpuan kini terarah kepada anggota kabinet daripada UMNO, susulan keputusan parti itu menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri.\nPengumuman mengenainya hadir hanya beberapa jam selepas 2 pemimpin besar UMNO diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan dalam kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.\nSetakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein selepas pengumuman penarikan balik sokongan itu, lewat malam tadi.\nSemalam Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishamuddin sebagai Menteri Kanan Luar.\nKedua-dua pemimpin berkenaan menerima dengan baik pelantikan tersebut.\nMereka menyifatkannya sebagai amanah dan tanggungjawab besar dalam keadaan negara mendepani cabaran pandemik COVID-19\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=121726", "title": "SOP Khusus Buat Pengembara Yang Tiba Di Malaysia Bermula Hari Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSOP Khusus Buat Pengembara Yang Tiba Di Malaysia Bermula Hari Ini.\nDec 08, 2021\n\nSOP Khusus Buat Pengembara Yang Tiba Di Malaysia Bermula Hari ini.\nTindakan pencegahan COVID-19 khusus ke atas pengembara yang tiba di Malaysia akan dilaksanakan mulai hari ini.\nMenurut Menteri Kesihatan, ia bertujuan mencegah kemasukan dan penularan varian baru, Omicron di dalam negara.\nPengembara antaranya perlu melakukan ujian RT-PCR, 2 hari sebelum berlepas ke Malaysia dan perlu jalani ujian Covid-19 selama 6 hari selepas tiba di Malaysia.\n\u00a0\nSabitan dan hukuman berhubung pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak kekal.\nMahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukuman berhubung 7 pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International.\nPanel 3 hakim juga menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tidak salah mengarahkan bekas Perdana Menteri itu membela diri dalam kes berkenaan, sebelum ini.\nHakim turut menyatakan bahawa tindakan Datuk Seri Najib berkaitan pinjaman RM4 billion kepada SRC bukan untuk kepentingan negara tetapi bersifat peribadi.\nProsiding hari ini diadakan secara hibrid ekoran ada kes positif COVID-19 melibatkan pasukan pembelaan.\nIa menyaksikan hakim dan pasukan pendakwaan berada di Mahkamah Rayuan manakala Datuk Seri Najib dan pasukan peguamnya berada di lokasi lain.\n\u00a0\nDiskaun 80 peratus saman JPJ bermula esok hingga 12 Disember.\nJPJ tawar diskaun pembayaran saman sebanyak 80 peratus bermula esok hingga 12 Disember!\nIa sempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang bermula esok.\nBagaimanapun diskaun tidak terpakai bagi kes-kes yang dibawa ke mahkamah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94716", "title": "Boleh Makan Semula di Restoran", "body": "\n\u2190 Back to list\nBoleh Makan Semula di Restoran\nFeb 09, 2021\n\nBoleh Makan Semula di RestoranBermula esok kerajaan membenarkan semula pelanggan menikmati hidangan di premis menjual makanan atau restoran.Namun ujar Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelonggaran itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk satu meja terhad 2 orang dengan penjarakan fizikal 1 meter.Kehadiran pekerja dan pelanggan juga perlu direkodkan.Pemilik premis makanan juga bertanggungjawab menghadkan jumlah pelanggan berada di premis pada satu-satu masa.Kerajaan juga membenarkan baki sektor yang belum dibenarkan beroperasi untuk kembali beroperasi antaranya kedai kasut, kedai pakaian dan kedai kosmetik.Kes Harian Baru Kurang 3,0002,764 kes COVID-19 baru dilaporkan hari ini.Ini adalah pertama kalinya dalam hampir sebulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kurang daripada 3 ribu jangkitan baru.Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 862 diikuti Johor 521 dan Kuala Lumpur 422.Angka kematian pula naik kepada 909 orang setelah 13 pesakit meninggal dunia.Anggota Jawatankuasa Bebas Khas Darurat Diumum19 tokoh, ahli politik kerajaan dan pembangkang serta pakar pelbagai bidang dilantik menganggotai Jawatankuasa Bebas Khas Darurat 2021.Ia dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.Turut dilantik bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, bekas menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan mufti Perlis, Prof. Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72134", "title": "Kad tambah nilai prabayar telefon bimbit dikecualikan daripada SST!", "body": "\n\u2190 Back to list\nKad tambah nilai prabayar telefon bimbit dikecualikan daripada SST!\nSep 03, 2018\n\nKad tambah nilai prabayar telefon bimbit antara barangan yang dikecualikan daripada SST!Menteri Kewangan beri amaran kepada syarikat telekomunikasi agar tidak memotong nilai kad prabayar pengguna.Lim Guan Eng dijangka akan bertemu dengan syarikat telokomunikasi hari ini bagi membincangkan isu tersebut.Baru-baru ini terdapat aduan mengatakan bahawa caj SST dikenakan terhadap kad tambah nilai prabayar telefon bimbit.Dalam pada itu, Guan Eng turut maklumkan cukai 5 peratus yang dikenakan terhadap ikan jeruk dan ikan kering adalah tidak benar!Jelasnya, produk udang dan ikan kering juga mendapat pengecualian daripada SST.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72421", "title": "Tindakan tegas ke atas hospital tidak patuh SOP serah mayat", "body": "\n\u2190 Back to list\nTindakan tegas ke atas hospital tidak patuh SOP serah mayat\nJun 05, 2017\n\nTindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan hospital yang tidak patuhi garis panduan serta SOP serah mayat.Kementerian Kesihatan memandang serius insiden terbabit, dan berpendirian ia tidak sewajarnya berlaku di mana-mana hospital.Sabtu lalu, mayat seorang mualaf Cina diserah kepada pengurusan mayat bukan Islam sehingga ia dibakar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72788", "title": "SKMM Siasat Maklumat Wujud Kumpulan Pedofil Tempatan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSKMM Siasat Maklumat Wujud Kumpulan Pedofil Tempatan\nJun 03, 2016\n\nSiasatan itu dilakukan bersama Jabatan Peguam Negara dan PDRM walaupun belum aduan rasmi dibuat mengenainya.Kewujudan kumpulan itu didedahkan oleh aktivis hak asasi manusia, Syed Azmi Alhabshi dalam laman Facebook miliknya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=102355", "title": "Cadangan Penetapan Tarikh Akhir Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Masih Dipertimbangkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nCadangan Penetapan Tarikh Akhir Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Masih Dipertimbangkan.\nMar 30, 2021\n\nKerajaan masih mempertimbangkan kemungkinan penetapan tarikh akhir pendaftaran untuk mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).\nUjar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, jika ia boleh memberi kesan positif kepada jumlah pendaftaran, kerajaan akan buat pengumuman kelak.\n\nSebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata kerajaan sedang menimbangkan penetapan tarikh akhir pendaftarannya bagi mencapai sasaran 80 peratus daripada 32 juta populasi di negara ini mendapat imuniti kelompok.\n\u00a0\nKes baru Covid-19 bawah seribu!\nMalaysia merekodkan 941 kes baru Covid-19 semalam - buat pertama kali di bawah angka seribu sejak 9 Disember lalu.\n\nSelangor penyumbang tertinggi dengan 219 kes diikuti Sarawak dan Johor.\nManakala Perlis kekal tidak mencatatkan sebarang kes baru.\n\u00a0\nGangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang bermula hari ini.\nHampir 90 kawasan di Gombak, KL, Petaling, Klang dan Shah Alam akan alami gangguan air berjadual bermula hari ini.\n\nIa dijangka berlaku selama 2 hari susulan kerja penyelenggaraan aset utama Air Selangor.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72446", "title": "Penjawat awam kontrak 15 tahun ke atas layak diserap ke jawatan tetap", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenjawat awam kontrak 15 tahun ke atas layak diserap ke jawatan tetap\nMay 13, 2017\n\nPenjawat awam bertaraf kontrak yang telah berkhidmat selama 15 tahun ke atas layak diserap ke jawatan tetap selepas 31 Disember ini.Ketua Setiausaha Negara berkata, kelayakan untuk diserap sebagai anggota tetap adalah sejajar dengan skim perkhidmatan awam.Tambah Tan Sri Dr Ali Hamsa, jumlah penjawat awam bertaraf kontrak masih kecil serta terkawal dan tiada peningkatan dari segi jumlahnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80315", "title": "Pencemaran Sungai Selangor bukan sabotaj", "body": "\n\u2190 Back to list\nPencemaran Sungai Selangor bukan sabotaj\nJul 29, 2019\n\nPencemaran Sungai Selangor bukan sabotajFoto - Free Malaysia TodayPolis menolak punca pencemaran diesel di Sungai Selangor disebabkan sabotaj, tetapi mungkin akibat kecuaian.Ketua Polis Negara berkata, syarikat yang dilantik kerajaan negeri untuk bersihkan sungai itu mungkin cuai, apabila pekerjanya tertumpah diesel.Pihaknya juga akan siasat laporan palsu yang dibuat sebelum ini, kemungkinan untuk melindungi kepentingan syarikat tertentu.-----Jalan Kuala Berang-Aring memang laluan gajahFoto - Utusan BorneoPerhilitan Terengganu akan terus memantau Jalan Kuala Berang-Aring, Kuala Berang yang menjadi laluan utama gajah di kawasan terbabit.Menurutnya, kawasan terbabit sememangnya wujud konflik antara manusia dan binatang terutama gajah yang menggunakan laluan yang sama.Kenyataan itu berikutan viral video seekor gajah liar mati dilanggar sebuah treler di jalan berkenaan, malam tadi.-----Tiada lagi pengimportan cili merah dari VietnamFoto - Berita HarianKerajaan berkata, tiada lagi pengimportan cili merah dari Vietnam dibenarkan sepanjang tahun ini.Ia berikutan pemantauan persampelan cili merah dari negara berkenaan menunjukkan kandungan \u2018maximum residue limit\u2019 melebihi paras dibenarkan.Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga telah menghantar notifikasi kepada pihak berkuasa Vietnam bagi mengambil tindakan sewajarnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73451", "title": "Kementerian Pengangkutan minta pandangan orang ramai, kaji had umur ambil lesen kenderaan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pengangkutan minta pandangan orang ramai, kaji had umur ambil lesen kenderaan\nMay 26, 2018\n\nKementerian Pengangkutan minta orang ramai kemukakan pandangan berhubung keperluan untuk mengkaji semula had umur mengambil lesen kenderaan.Ini kerana golongan berusia 25 tahun ke bawah dilihat antara penyumbang tertinggi kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.Pada masa ini, usia yang ditetapkan bagi mengambil lesen ialah 16 tahun untuk motosikal dan 17 tahun bagi kereta.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71959", "title": "Polis yakin dapat selesaikan siasatan kes pegawai Bukit Aman yang maut ditembak di Changlun, Kedah, dalam masa terdekat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis yakin dapat selesaikan siasatan kes pegawai Bukit Aman yang maut ditembak di Changlun, Kedah, dalam masa terdekat.\nAug 28, 2017\n\nPolis yakin dapat selesaikan siasatan kes seorang pegawai Bukit Aman yang maut ditembak di Changlun, Kedah, dalam masa terdekat.Pihaknya telah menjumpai beberapa penemuan baru yang boleh membantu kenal pasti individu yang terlibat dalam kes itu.Sehingga kini, 9 lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes itu dan kemungkinan terdapat tangkapan lagi selepas ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79865", "title": "Peraturan cermin gelap kenderaan persendirian diumum", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeraturan cermin gelap kenderaan persendirian diumum\nMay 07, 2019\n\nFoto - New Straits TimesPenggunaan cermin gelap sepenuhnya pada bahagian cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta belakang kenderaan persendirian adalah dibenarkan, berkuat kuasa esok.Namun Kementerian Pengangkutan berkata, kadar peratusan cermin gelap pada bahagian cermin depan kenderaan serta cermin sisi kanan dan kiri pemandu kekal seperti sedia ada.Foto - Jabatan Pengangkutan JalanIa merupakan pindaan ke atas peraturan cermin gelap di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 yang turut meliputi perkhidmatan e-hailing seperti Grab.\u201cSehubungan itu, mereka yang ingin menggunakan cermin lebih gelap untuk kanan dan kiri pemandu serta depan kenderaan perlu memohon kepada Jabatan Pengangkutan JalanFoto - The StarKerajaan dalam pada itu memutuskan agar bayaran fil RM5,000 dikenakan kepada setiap kelulusan yang ingin menggunakan cermin lebih gelap dengan yuran permohonan sebanyak RM50.Katanya, setiap kelulusan yang diberikan adalah untuk tempoh dua tahun dengan pemandu hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72302", "title": "Zika : Saringan di Enam pintu masuk Johor", "body": "\n\u2190 Back to list\nZika : Saringan di Enam pintu masuk Johor\nAug 31, 2016\n\nJohor mempertingkatkan kawalan di enam pintu masuk di bandar raya ini sebagai langkah berjaga-jaga menangani penularan virus zika.Enam pintu masuk itu termasuk dua Kompleks KIK Tanjung Kupang, Pelabuhan Johor di Pasir Gudang, Terminal Feri Puteri Harbour dan Terminal Feri Stulang Laut.Saringan kesihatan guna alat pengimbas haba ke atas pelawat atau rakyat Malaysia yang datang dari Singapura, juga akan dilakukan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80213", "title": "Kerajaan perkenal langkah untuk kekang peningkatan kes denggi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan perkenal langkah untuk kekang peningkatan kes denggi.\nJul 07, 2019\n\nKementerian Kesihatan laksanakan inisiatif baru bagi mengekang wabak denggi yang semakin meningkat setiap tahun!Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya akan melepaskan nyamuk aedes yang dijangkiti wabak Wolbachia secara berperingkat di seluruh negara.Foto - Astro AwaniJelasnya, nyamuk yang dijangkiti itu akan bebas daripada virus denggi dan akan menggantikan populasi nyamuk sedia ada sekaligus menghalang penyebaran wabak denggi.11 lokaliti terpilih di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor terlibat dalam fasa pertama program pelepasan telur nyamuk berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73222", "title": "Kabinet akan bincang keperluan untuk buka kedutaan Malaysia di Palestin.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKabinet akan bincang keperluan untuk buka kedutaan Malaysia di Palestin.\nDec 21, 2017\n\nMenteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Kabinet akan bincang keperluan buka kedutaan Malaysia di Palestin pada mesyuarat akan datang.Ujar beliau yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas, pandangan pelbagai pihak diperlukan terutama dari aspek keselamatan dan ekonomi sebelum sebarang keputusan dibuat.Baru-baru ini Turki mengesahkan hasrat mahu buka kedutaan di Baitulmaqdis bagi mengiktiraf kota suci itu sebagai ibu negara Palestin.Dalam perkembangan berkaitan, 250 NGO termasuk NGO bukan Islam serta parti-parti politik akan menyertai Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Masjid Putra, Putrajaya esok.Himpunan itu diadakan bagi bantah tindakan Presiden Amerika Syarikat iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.Donald Trump juga mengarahkan Kedutaan AS berpindah dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73127", "title": "Portal 'sebenarnya.my' kini boleh diakses menerusi aplikasi telefon pintar dan media sosial.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPortal 'sebenarnya.my' kini boleh diakses menerusi aplikasi telefon pintar dan media sosial.\nMar 07, 2018\n\nPortal 'sebenarnya.my' kini boleh diakses menerusi aplikasi telefon pintar serta saluran media sosial seperti Facebook dan YouTube.Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia, ia akan meningkatkan lagi usaha membendung penyebaran berita palsu dalam talian.Portal yang dilancarkan setahun lalu secara puratanya dilawati sebanyak 2 juta kali setiap bulan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72166", "title": "Lelaki video viral budak syabu ditahan", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki video viral budak syabu ditahan\nJun 17, 2017\n\nTeman lelaki ibu budak tiga tahun yang dirakam memegang alat menghisap dadah di Kedah, telah ditahan polis.Menurut pihak berkuasa, dia direman 4 hari untuk membantu siasatan.Suspek diberkas ketika datang ke hospital bertemu wanita terbabit, yang menemani anaknya di wad untuk pemeriksaan kesihatan.(sumber gambar dari internet)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79404", "title": "Cadangan untuk turunkan had umur mengundi akan dibawa ke sesi Parlimen, Mac ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nCadangan untuk turunkan had umur mengundi akan dibawa ke sesi Parlimen, Mac ini.\nFeb 20, 2019\n\nMenteri Belia dan Sukan bercadang bawa usul turunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun pada sesi parlimen Mac ini.Menurut Syed Saddiq Syed Abd Rahman, pihaknya masih teruskan perbincangan dengan SPR berhubung pindaan itu.\u00a0Dalam pada itu, beliau juga akan mengusulkan penurunan umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.Jangan hina agama dan raja di media sosial!Orang ramai terus diingatkan untuk elak daripada menghina mana mana agama dan raja di media sosial.Jelas Menteri Dalam Negeri, ia bukan perkara kecil dan amaran mengenainya telah lama dikeluarkan oleh kerajaan.Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian selepas polis tahan seorang lelaki warga emas di Temerloh yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W di Facebooknya.Peka dengan keadaan sekeliling demi keselamatan anda.Orang ramai seharusnya tidak menggunakan telefon pintar ketika berada di dalam lif demi keselamatan mereka.Aktivis Keselamatan, Kapten K. Balasupramaniam beritahu kami, ini membolehkan mereka lebih peka terhadap keadaan sekeliling jika ada pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas mereka.Beliau berkata demikian selepas seorang wanita diserang dalam lif sebuah stesen MRT yang rakaman videonya viral baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73286", "title": "Kerajaan menjangkakan harga rumah bakal turun ekoran unit kediaman siap dibina tidak terjual meningkat sebanyak 40 peratus.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan menjangkakan harga rumah bakal turun ekoran unit kediaman siap dibina tidak terjual meningkat sebanyak 40 peratus.\nNov 14, 2017\n\nKerajaan menjangkakan harga rumah bakal turun ekoran berlakunya trend unit kediaman siap dibina tidak terjual meningkat sebanyak 40 peratus.Menurut Kementerian Kewangan, hampir 21,000 unit kediaman bernilai lebih 12 billion masih belum terjual dan kondominium melebihi harga setengah juta ringgit turut alami masalah sama.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70500", "title": "Semua Murid Kecuali Tahun 1 Hingga 4 Kembali Bersekolah Hari Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemua Murid Kecuali Tahun 1 Hingga 4 Kembali Bersekolah Hari Ini.\nJul 15, 2020\n\nSesi persekolahan bagi semua murid kecuali tahun 1 hingga 4 kembali dibuka hari ini.Ini merupakan pertama kali mereka menjejakkan kaki ke sekolah setelah 4 bulan ditutup akibat Covid-19.Foto : BernamaSementara itu, hampir 140 sekolah di 3 daerah di Sarawak terpaksa menangguhkan sesi persekolahan sehingga 3 Ogos depan.Keputusan itu dibuat ekoran peningkatan semula penularan Covid-19 di daerah Kuching.Kementerian Kesihatan tidak bercadang mewajibkan pemakaian pelitup muka!Namun, pihaknya sangat menggalakkan masyarakat pakai pelitup muka ketika berada di tempat awam dan bagi individu yang bergejala.Ketika ini, lebih 50 negara telah mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi mencegah penularan Covid-19.Kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 siap sepenuhnya.Gangguan bekalan air babitkan 290 kawasan di Lembah Klang akan pulih secara berperingkat mulai hari ini.Menurut Air Selangor, kerja-kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 kini siap sepenuhnya mengikut jadual.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94720", "title": "NUTP Saran Tangguh PdPR 2.0", "body": "\n\u2190 Back to list\nNUTP Saran Tangguh PdPR 2.0\nFeb 10, 2021\n\nNUTP Saran Tangguh PdPR 2.0NUTP saran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tangguh pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) versi 2.0.Ini kerana kaji selidiknya mendapati ia menambah bebanan kepada murid, guru dan ibu bapa.Berdasarkan kaji selidik itu, masih ramai murid belum mempunyai peranti untuk PdPR.Murid juga katanya sukar membiasakan diri belajar dari 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari di depan komputer, tablet atau telefon bimbit.Ibu bapa khasnya yang tidak berpelajaran tinggi pula sukar memantau pembelajaran anak dan guru tidak dapat meneliti tahap kebolehan murid.Sementara itu 22 premis menjual peranti dan peralatan elektronik diberi notis menerusi Ops Catut 8.0 di ibu kota.Notis itu diberi bagi tujuan siasatan harga jualan barangan elektronik terutama komputer riba.Tinjauan Sinar Harian baru-baru ini mendapati harga peranti elektronik melambung ekoran permintaan tinggi susulan pelaksanaan PdPR.*foto: Utusan Malaysia (sekadar hiasan)Wajib Guna MySejahteraPenduduk di kawasan yang mempunyai capaian internet diwajibkan guna aplikasi MySejahtera untuk rekodkan kehadiran di lokasi atau premis tertentu, berkuatkuasa serta merta.Kerajaan buat keputusan itu dibuat susulan ramai pelanggan tidak mencatatkan nama dan nombor telefon yang betul apabila melakukannya secara manual.Perkara menyukarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk lakukan pengesanan kontak kes positif COVID-19.Ibu kandung & Bapa Tiri Allahyarham Amir Didakwa MembunuhIbu kandung dan bapa tiri Allahyarham adik Amir dihadapkan ke Mahkamah Ayer Keroh, Melaka hari ini.Kedua-duanya dilapor didakwa atas 2 tuduhan iaitu mendera dan menyebabkan kematian kanak-kanak 7 tahun itu.Jika sabit kesalahan membunuh pasangan itu boleh dijatuhi hukuman mati.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71896", "title": "Hampir 5.8 bilion ringgit wang tidak dituntut masih dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara ", "body": "\n\u2190 Back to list\nHampir 5.8 bilion ringgit wang tidak dituntut masih dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara \nJul 26, 2017\n\nHampir 5.8 bilion ringgit wang tidak dituntut masih di dalam simpanan Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara sehingga 30 Jun lalu.Jelas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, jumlah itu membabitkan akaun seperti simpanan, semasa atau perniagaan sejak 1977.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72460", "title": "5 Maut Serangan Bom di Jakarta", "body": "\n\u2190 Back to list\n5 Maut Serangan Bom di Jakarta\nMay 25, 2017\n\nSetakat ini 5 disahkan maut, 2 adalah penyerang dan 3 anggota polis dalam 2 kejadian letupan bom di Jakarta Timur, Indonesia.Kejadian itu turut mengakibatkan 10 yang lain cedera, 5 daripadanya anggota polis dan selebihnya orang awam.Wisma Putra memaklumkan, pihaknya sedang memantau perkembangan tragedi itu dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa Indonesia.Manakala menurut Kedutaan Malaysia di Indonesia, setakat ini tiada warga Malaysia dikesan menjadi mangsa insiden terbabit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=122723", "title": "Kluster Covid-19 Babitkan Syarikat Catat Kes Berulang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster Covid-19 Babitkan Syarikat Catat Kes Berulang.\nDec 15, 2021\n\n\nKluster Covid-19 Babitkan Syarikat Catat Kes Berulang.\nKluster Covid-19 membabitkan syarikat mencatatkan kes berulang.\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menunjukkan terdapat syarikat yang tidak patuh SOP.\nSusulan itu, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit perlu dipinda khususnya bagi meningkatkan jumlah kompaun.\nKKM cadangkan pindaan antaranya meningkatkan nilai kompaun daripada RM1,000 kepada satu nilai yang berbeza antara individu dengan pertubuhan perbadanan.\n\u00a0\nTunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.\nSPR menyeru orang ramai supaya keluar mengundi pada PRN Sarawak walaupun ada penduduk yang bimbang akan penularan Covid-19.\nSetakat ini, SPR tidak menerima sebarang laporan salah laku calon semasa berkempen dan mendapati proses itu berjalan dengan aman.\nPihaknya menyasarkan peratusan keluar mengundi pada Sabtu ini 70 peratus.\n\u00a0\nKPM disaran agar tambah baik kurikulum pendidikan agama dan moral.\nMufti Pulau Pinang sarankan Kementerian Pendidikan agar menambah baik kurikulum pendidikan agama dan moral di sekolah bagi membendung kes buli.\nIa termasuk dari sudut amalan atau praktikal agar lebih berkesan dalam pembentukan sahsiah pelajar.\nSemalam, MARA tamatkan pengajian 10 pelajar MRSM yang terlibat dalam kes buli yang viral baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72326", "title": "Mangsa dan adik beradik dapat vaksin lengkap", "body": "\n\u2190 Back to list\nMangsa dan adik beradik dapat vaksin lengkap\nAug 27, 2016\n\nPerak catat kes difteria pertama babitkan budak perempuan empat tahun yang alami gejala demam, batuk dan sakit tekak sejak 12 Ogos lalu.\u00a0Kementerian Kesihatan berkata, kanak-kanak ini hanya mengalami gejala ringan tanpa komplikasi kerana sudah mendapat imunisasi difteria yang lengkap.Mangsa tinggal bersama 7 anggota keluarga, di mana status imunisasi 4 daripada mereka termasuk ibu dan bapanya masih disiasat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72750", "title": "Interchange Ditayangkan Mulai 1 Disember", "body": "\n\u2190 Back to list\nInterchange Ditayangkan Mulai 1 Disember\nAug 05, 2016\n\nFilem arahan Dain Said itu juga akan ditayangkan di Singapura dan Indonesia namun belum ada tarikh dikeluarkan.'Interchange' menggabungkan aktor hebat beberapa negara antaranya, Iedil Putra, Shaheizy Sam, Nicholas Saputra dan Prisia Nasution.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72183", "title": "Mayat kanak-kanak dibuang dalam longkang", "body": "\n\u2190 Back to list\nMayat kanak-kanak dibuang dalam longkang\nJul 21, 2017\n\nMayat kanak-kanak berusia antara 3 hingga 4 tahun dijumpai dalam longkang dekat sebuah bengkel kereta di Kepong, KL.Mangsa berkenaan ditemui dibungkus dalam plastik hitam dan terdapat kesan retak pada kepalanya.Ketika dijumpai, mayat kanak-kanak lelaki itu juga masih berpakaian lengkap dan memakai lampin pakai buang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72799", "title": "Majikan Dinasihat Rujuk MQA Semak Status Sijil Bakal Pekerja", "body": "\n\u2190 Back to list\nMajikan Dinasihat Rujuk MQA Semak Status Sijil Bakal Pekerja\nJul 24, 2016\n\nUjar Kementerian Pengajian Tinggi, ia bagi mengelak penipuan diploma dan ijazah palsu yang semakin berleluasa di negara ini.\u00a0Media melaporkan, diploma dan ijazah palsu semakin mudah dibeli dan digunakan oleh individu yang terdesak bagi mendapatkan pekerjaan atau gaji lumayan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78956", "title": "Tabung Haji buat dua laporan polis", "body": "\n\u2190 Back to list\nTabung Haji buat dua laporan polis\nDec 01, 2018\n\nLembaga Tabung Haji buat dua laporan polis berkenaan penyelewengan dana 22 juta ringgit dan penjualan 95 peratus pegangan milik anak syarikat libatkan jumlah 3.8 bilion ringgit.Antara pihak yang dinamakan ialah bekas Pengerusi, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim; bekas CEO Tan Sri Ismee Ismail dan CEO, Datuk Seri Johan Abdullah.Ia berkata\u00a0laporan\u00a0ini adalah\u00a0siasatan\u00a0dalaman yang pertama\u00a0oleh pengurusan baru, berhubung\u00a0transaksi masa\u00a0lalu.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73320", "title": "Polis buru warga asing dipercayai guna kad Persatuan Bekas Polis Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis buru warga asing dipercayai guna kad Persatuan Bekas Polis Malaysia\nJan 20, 2018\n\nPolis sedang mengesan segelintir warga asing yang dipercayai menggunakan kad peserta program kebajikan dan perkhidmatan, Persatuan Bekas Polis Malaysia.PDRM berkata pihaknya tidak pernah memberi perakuan untuk kad peserta program kebajikan dan perkhidmatan PBPM untuk digunakan oleh warga asing.Pihaknya kini menjalankan siasatan bagi mengenalpasti sama ada kad itu telah digunakan bagi apa juga tujuan yang menyalahi undang-undang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72678", "title": "Dr Fauziah Dijangka Tiba di Tanah Air Malam Ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nDr Fauziah Dijangka Tiba di Tanah Air Malam Ini\nOct 07, 2016\n\nDr Fauziah Mohd Hassan dalam perjalanan pulang ke tanah air, selepas dibebaskan dari tahanan askar Israel.Menurut laporan, pakar perubatan dan aktivis NGO itu dijangka tiba di KLIA kira-kira jam 7.50 malam ini.Dr Fauziah dan 10 peserta misi berkenaan ditahan askar Israel kelmarin ketika memasuk perairan Palestin untuk misi kemanusiaan dan keamanan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72430", "title": "Bantuan khas kewangan 0.75 bulan gaji kepada penjawa awam negeri Pulau Pinang", "body": "\n\u2190 Back to list\nBantuan khas kewangan 0.75 bulan gaji kepada penjawa awam negeri Pulau Pinang\nJun 09, 2017\n\nPenjawat awam Pulau Pinang akan menerima bantuan khas kewangan 0.75 bulan gaji atau minimum seribu ringgit sempena Aidilfitri.Bantuan 300 ringgit turut diberi kepada kakitangan sekolah agama dan 200 ringgit kepada maahad tahfiz, sekolah pondok dan tadika Islam.Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian bantuan khas kewangan itu akan dibuat pada 20 Jun ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72660", "title": "SPAD Jalankan Kajian Perkhidmatan Trem di KL", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPAD Jalankan Kajian Perkhidmatan Trem di KL\nOct 17, 2016\n\nSPAD akan jalankan kajian kebolehlaksanaan perkhidmatan trem di KL sebagai satu lagi mod pengangkutan awam.Kajian dibuat bagi meningkatkan ciri daya huni di ibu kota disebabkan sifat trem yang lebih cekap dan mesra alam.Kajian dijangka siap menjelang akhir tahun depan.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72336", "title": "Polis siasat taska ikat bayi", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis siasat taska ikat bayi\nJan 20, 2017\n\nSekeping gambar papar 3 bayi diikat mulut dan badan, didakwa mangsa dera di sebuah taska di Bangi, Selangor kini viral di laman sosial.Perbuatan itu dilapor dilakukan pekerja dengan arahan dan pengetahuan pemilik taska, kononnya atas alasan mereka menggunakan teknik bedung.Susulan itu, satu laporan sudah dibuat kepada polis dan pihaknya kini sedang menyiasat kesahihan gambar dan kejadian berkenaan.(gambar hiasan)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72609", "title": "Mayat Kanak-Kanak Dijumpai Dalam Tong Ikan", "body": "\n\u2190 Back to list\nMayat Kanak-Kanak Dijumpai Dalam Tong Ikan\nNov 24, 2016\n\nMayat kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun dijumpai dalam tong ikan di sebuah rumah pangsa di Sungai Petani, Kedah.Manakala kakak kepada mangsa yang berusia 4 tahun kini dirawat di hospital kerana cedera parah, dipercayai akibat didera teman lelaki ibu mereka.Semua itu terbongkar selepas polis mendapat aduan berlaku pergaduhan antara ibu mangsa dengan suspek, awal pagi tadi.Kedua-dua mereka yang juga positif dadah kini direman seminggu oleh polis Kedah untuk siasatan lanjut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73417", "title": "Ibu bapa mengehadkan penggunaan peranti elektronik dalam kalangan kanak-kanak", "body": "\n\u2190 Back to list\nIbu bapa mengehadkan penggunaan peranti elektronik dalam kalangan kanak-kanak\nMar 31, 2018\n\nInstitut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara mahu Ibu bapa mengehadkan penggunaan peranti elektronik dalam kalangan kanak-kanakSelain bagi elakkan penglihatan mereka rosak, pihaknya bimbang ia akan menyumbang kepada masalah ketagihan atau 'gila gajet'.Kenyataan itu susulan kajian global baru-baru ini mendapati, penggunaan peranti elektronik seperti telefon pintar dan televisyen melebihi dua jam seminggu beri implikasi negatif terhadap daya penglihatan terutama kanak-kanak berusia bawah 3 tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72217", "title": "Makin ramai lunas PTPTN guna KWSP", "body": "\n\u2190 Back to list\nMakin ramai lunas PTPTN guna KWSP\nApr 21, 2017\n\nSemakin ramai peminjam PTPTN melangsaikan hutang mereka dengan menggunakan simpanan KWSP.Menurut KWSP, tahun lalu, pencarumnya guna 1.4 bilion ringgit wang caruman membayar hutang pendidikan tersebut, berbanding 580 juta ringgit pada 2015.Ia susulan tindakan keras PTPTN ke atas peminjam tegar yang enggan melunaskan pinjaman berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79081", "title": "Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih sebagai Muslim Man of the Year.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun Dr Mahathir Mohamad dipilih sebagai Muslim Man of the Year.\nDec 30, 2018\n\nPerdana Menteri,\u00a0Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih sebagai Muslim Man of the Year oleh penerbitan The Muslim 500 bagi tahun 2019.Tun M berada di tangga teratas, mengetuai senarai 500 individu Islam terhebat dunia.Turut berada dalam senarai itu ialah Raja Abdullah II dari Jordan, Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.\u00a0Bekas pemimpin UMNO yang mahu\u00a0masuk Bersatu tidak boleh pegang jawatan hingga PRU15.\u00a0Bekas pemimpin UMNO yang ingin sertai Bersatu tidak boleh pegang jawatan sehingga PRU15 sebagai ujian keikhlasan mereka.Foto: Berita HarianPengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir\u00a0Mohamad berkata rekod mereka juga akan diteliti selain terdapat syarat lain yang perlu dipatuhi.Tiada arahan jual papan tanda larangan merokok.Kementerian Kesihatan tidak mengarahkan mana-mana wakil untuk jual papan tanda larangan merokok susulan penguatkuasaannya di semua premis makanan, bulan depan.Pihaknya berkata pemilik restoran atau premis makanan boleh beli atau buat papan tanda sendiri mengikut spesifikasi yang ditetapkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70370", "title": "Persiapan Rapi Untuk Terima Semula Murid Tingkatan 5 dan 6 Esok Selesai.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPersiapan Rapi Untuk Terima Semula Murid Tingkatan 5 dan 6 Esok Selesai.\nJun 23, 2020\n\nPersiapan rapi untuk menerima semula pelajar tingkatan 5 dan 6 bersekolah esok sudah selesai.Menurut Presiden NUTP, Encik Aminuddin Awang, semua aspek diberi perhatian termasuk penjarakan sosial murid yang tinggal di asrama.Namun, untuk murid Prasakolah dan Tadika yang akan kembali bersekolah Rabu minggu depan, NUTP harap ia ditangguhkan.Ini kerana katanya majoriti sekolah terbabit didapati belum sedia beroperasi semula ekoran kekangan infrastruktur dalam penuhi SOP yang ditetapkan.Kementerian Kesihatan masih memperketatkan sesi melawat pesakit di hospital seluruh negara.Orang ramai diminta tidak membawa kumpulan berisiko terutamanya kanak-kanak melawat pesakit di hospital.Mereka yang datang tetap juga akan disaring sebelum dibenarkan masuk.Hampir 24,000 aduan kebajikan dan pembuangan pekerja diterima sepanjang PKP.Kementerian Sumber Manusia terima hampir 24,000 aduan berhubung isu kebajikan dan pembuangan pekerja sepanjang PKP.Pihaknya memaklumkan, Jabatan Tenaga Kerja akan ambil langkah segera bagi menyelesaikan aduan terbabit tetapi mengakui ia akan ambil masa.Antaranya isu tuntutan pampasan Sistem Insurans Pekerjaan dan majikan enggan bayar upah melalui Pakej Rangsangan Ekonomi, PRIHATIN.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71407", "title": "Tak Boleh Selamanya", "body": "\n\u2190 Back to list\nTak Boleh Selamanya\nDec 13, 2020\n\nCOVID-19: Tak Boleh Sekat Selama-LamanyaKerajaan tidak boleh menyekat kebebasan pergerakan orang ramai untuk selama-lamanya ekoran pandemik COVID-19.Justeru Menteri Kanan Keselamatan menyeru rakyat mematuhi setiap SOP yang ditetapkan pihak berkuasa.Jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang penting ialah rakyat perlu mengawal diri dan berusaha mengelakkan jangkitan.\u00a0Bapa Tikam BayiSeorang bayi perempuan cedera parah akibat ditikam bapa dalam kejadian di Puchong, Selangor.Suspek dipercayai kurang siuman dilapor tiba-tiba mengamuk sebelum menikam anaknya.Suspek juga sudah ditahan dan ujian saringan air kencing akan dilakukan bagi memeriksa sama ada dia positif dadah atau sebaliknya.Mangsa kini dirawat di Hospital Serdang dan berada dalam keadaan stabil.Ketukan Misteri: Sila Buat LaporanPolis Terengganu belum menerima sebarang laporan berkaitan misteri ketukan pintu yang didakwa berlaku di Kuala Terengganu yang tular sejak kelmarin.Justeru individu yang menjadi mangsa atau menyaksikan kejadian itu diminta tampil membuat laporan.Misteri ketukan pintu sebelum ini dilaporkan dan didakwa berlaku di beberapa negeri antaranya Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.Tiada Skuter Elektrik Atas Jalan Raya Mulai 1 JanuariMulai 1 Januari nanti skuter elektrik dilarang berada di atas jalan raya di ibu kota.Jelas polis Kuala Lumpur, ini kerana ia menganggu pengguna jalan raya yang lain dan boleh mendatangkan bahaya serta terlibat kemalangan.Penggunaannya hanya dibenarkan di tempat yang diwartakan seperti taman permainan, kawasan penjalan kaki dan kawasan sekitar pusat beli-belah di ibu negara.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72189", "title": "3 kes anjing gila di Sarawak", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 kes anjing gila di Sarawak\nJul 01, 2017\n\nTiga kanak-kanak termasuk dua beradik di daerah Serian, Sarawak dijangkiti penyakit anjing gila.Kementerian Kesihatan berkata, mereka dimasukkan ke wad rawatan intensif kanak-kanak, dua daripadanya terpaksa diberikan alat bantuan pernafasan.Tambahnya, dua daripada mangsa juga mempunyai sejarah gigitan anjing, manakala seorang lagi mangsa tidak dapat dipastikan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79847", "title": "Semak status halal hotel tawar bufet Ramadan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemak status halal hotel tawar bufet Ramadan\nMay 03, 2019\n\nFoto - Mypt3.comHotel-hotel di Pulau Pinang yang tidak mendapat pengiktirafan sijil halal digesa untuk tidak mengelirukan umat Islam dengan menawarkan pakej berbuka puasa.Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, menjelang bulan Ramadan yang dijangka bermula 6 Mei ini, banyak hotel-hotel yang menawarkan pakej berbuka puasa atas nama 'Bufet Ramadan'.Foto - New Straits TimesJusteru beliau menasihatkan umat Islam supaya menyemak terlebih dahulu status halal hotel yang menawarkan pakej berbuka puasa bagi mengelakkan kekeliruan.Pihaknya berharap, pengumuman ini akan dapat memberi gambaran yang lebih jelas agar umat Islam dapat menunaikan ibadah puasa dengan tenang dan menikmati hidangan berbuka puasa yang halal dan toyyibah.Foto - Mypt3.comMenurutnya, senarai hotel yang mendapat pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang boleh disemak di laman sesawang http://www.halal.gov.my.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71605", "title": "Pengadil perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia, PKNS FC-Kedah digantung sementara", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengadil perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia, PKNS FC-Kedah digantung sementara\nDec 01, 2015\n\nPersatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gantung sementara pengadil perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia, PKNS FC-Kedah, Sabtu lalu, Samsudin Ibrahim.Turut digantung sementara, penolong pengadil 1, Busrah Eri serta pegawai ke-4, Khairul Rizal Ismail manakala penolong pengadil kedua, Asmadi Noor Hasni digantung 2 minggu.Menurut FAM, mereka telah melakukan kesilapan dengan membenarkan pemain PKNS melakukan sepak mula sedangkan ada pemain Kedah berada di kawasan lawan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79133", "title": "Mat Sabu Tak Risau", "body": "\n\u2190 Back to list\nMat Sabu Tak Risau\nJan 10, 2019\n\nSudah menjadi lumrah, ahli politik apatah lagi menteri popularitinya ibarat sama hangat dengan golongan selebriti.Antaranya, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang anak lelakinya dikaitkan dengan kes dadah baru-baru ini.Namun tanpa menunggu lama, beliau yang mesra digelar Mat Sabu segera tampil beri kenyataan mengesahkannya.Beliau juga menegaskan anaknya tidak akan terlepas tindakan undang-undang jika didapati bersalah.Tindakan dan kenyataan itu nyata menarik perhatian netizen yang memuji sikap terus terang beliau.Sementara itu, Ketua Polis KL, Datuk Seri Mazlan Lazim menegaskan tiada pilih kasih dalam kes berkenaan hanya kerana suspek anak menteri.Malah, mereka juga cuba mempercepatkan proses dan keputusan ujian sampel air kencing suspek.Terkini Mat Sabu yang juga Pengerusi Amanah melahirkan keyakinan kes anaknya itu tidak jadi liabiliti kepada Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Kecil(PRK) Cameron Highlands hujung bulan ini.Lanjutan mengenai pilihan raya berkenaan pula, bekas penolong pesuruhjaya polis, Ramli Mohd Nor dipilih sebagai calon Barisan Nasional(BN).Beliau berasal daripada suku kaum Semai di daerah itu yang membentuk sebahagian besar daripada 22 peratus pengundi Orang Asli di kerusi parlimen tersebut.Kerajaan PH\u00a0pula telah lebih awal menamakan calon mereka iaitu M. Manogaran daripada DAP.Penamaan calon PRK Cameron Highland akan diadakan lusa, manakala pengundian awal pada 22 haribulan dan pengundian biasa pada 26 haribulan ini.Oleh: Joen Hamzah\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79202", "title": "Menteri Saran Wujud Pusat Lepak", "body": "\n\u2190 Back to list\nMenteri Saran Wujud Pusat Lepak\nJan 20, 2019\n\nKajian terperinci perlu dilakukan berhubung cadangan perintah berkurung untuk remaja pada waktu malam bagi banteras kegiatan negatif.Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, bagi menjayakannya, suasana rumah perlulah ceria dan sesuai untuk keluarga.Justeru beliau merasakan mungkin wajar pusat lepak diwujudkan untuk remaja yang tinggal di rumah yang tidak selesa dan sempit.Ujar Datuk Seri Dr Mujahid, pusat lepak berkenaan boleh anjur pelbagai aktiviti bermanfaat yang diminati remaja.*Foto sekadar hiasanOleh: Joen Hamzah\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72002", "title": "Kementerian Kesihatan berkata tiada jangkitan penyakit, wabak dan kes berisiko dilaporkan di kawasan banjir di Pulau Pinang dan Kedah. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Kesihatan berkata tiada jangkitan penyakit, wabak dan kes berisiko dilaporkan di kawasan banjir di Pulau Pinang dan Kedah. \nNov 10, 2017\n\nKementerian Kesihatan berkata tiada jangkitan penyakit, wabak dan kes berisiko dilaporkan di kawasan banjir di Pulau Pinang dan Kedah.\u00a0SI, jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang berkurangan kepada 1,400 orang di 14 pusat pemindahan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70758", "title": "Denda Untuk Yang Degil Mungkin Naik", "body": "\n\u2190 Back to list\nDenda Untuk Yang Degil Mungkin Naik\nAug 26, 2020\n\nDenda Untuk Yang Degil Mungkin NaikKompaun untuk individu ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) mungkin dinaikkan.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihaknya bercadang menaikkan kompaun tersebut daripada seribu kepada 10 ribu ringgit.Ia juga sudah dikemukakan kepada Parlimen untuk dibahaskan.KKM Kaji Kluster TawarKementerian Kesihatan masih menjalankan kajian berkenaan jenis virus COVID-19 yang menjangkiti kluster Tawar.KKM juga tidak menolak kemungkinan virus itu telah bermutasi dan kebanyakan kes tertumpu di Mukim Tawar, Kedah.Kluster tersebut telah mencatatkan 70 kes positif dan 6 daripadanya sedang dirawat di ICU.Penjaja Tepi Jalan DibelaHampir sejuta penjaja tepi jalan yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya ketika penularan pandemik COVID-19 akan dibantu kerajaan.Kebanyakannya berniaga tanpa lesen dan dalam kelompok B40, justeru mereka akan dibantu mendaftarkan perniagaan dengan pihak berkuasa.Penjaja berkenaan yang \u00a0juga 80 peratus Bumiputera mungkin akan ditempatkan di lokasi tertentu untuk kemudahan.Berita Harian melaporkan, mereka turut dijangka diberi kemudahan kredit antara RM5,000 hingga RM6,000.*foto & sumber: AWANI, Sinar Harian, Berita Harian & internet\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70940", "title": "Lebih Sejuta Layak Mengundi Pada PRN Sabah", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih Sejuta Layak Mengundi Pada PRN Sabah\nSep 25, 2020\n\nLebih Sejuta Layak Mengundi Pada PRN SabahLebih sejuta layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah esok.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan pengundi untuk membawa bersama MyKad.Pengundi juga dinasihat bawa bersama kad pengundi yang antaranya mengandungi maklumat waktu keluar mengundi yang disarankan.Bagaimanapun jika tidak dapat hadir pada masa berkenaan, mereka tetap boleh keluar mengundi mulai 7.30 pagi hingga 5.00 petang.Dalam perkembangan berkaitan, 20 unit helicopter akan digunakan bagi membawa peti undi ke kawasan pedalaman.Sejumlah 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan kali ini termasuk 13 kerusi baru.\u00a0\u00a0KPT Tak TangguhKementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak berhasrat membatalkan atau menangguhkan kemasukan dan sesi pengajian di universiiti dan IPT walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19.Ini kerana KPT sudah menyediakan SOP dan garis panduan untuk setiap universiti dan kolej.Menurut kementerian lagi, di Sabah misalnya walaupun kes COVID-19 meningkat tapi bukan semua kawasan di negeri itu berada dalam zon merah.\u00a0Maklumat COVID-19 di Google MapsGoogle dilapor sedang mengemaskini Google Maps dengan kod warna untuk lokasi yang terjejas dengan kes COVID-19.Ia juga akan memaparkan maklumat penting berkenaan virus itu di kawasan terlibat.Ia bertujuan memberi pilihan kepada pengguna untuk memutuskan sama ada akan pergi atau tidak ke lokasi terbabit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70547", "title": "Kes aktif naik, dua kluster baru dikesan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes aktif naik, dua kluster baru dikesan\nJul 22, 2020\n\nKes aktif naik, dua kluster baru dikesanFoto - MSNKes aktif COVID-19 dalam negara terus meningkat kepada 142 hari ini, apabila 16 lagi kes baru dilaporkan termasuk lapan penularan tempatan.Dua kluster baru turut dikesan iaitu Kluster Hyde Park membabitkan sebuah kapal di Pelabuhan Klang dan Kluster PUI Melbourne.Menurut Kementerian Kesihatan, empat kes pulih dan discaj manakala jumlah korban kekal 123 setakat ini.-----Pewartaan pemakaian pelitup separuh muka di peringkat akhirFoto - Berita HarianKerajaan kini dalam proses akhir sebelum mewartakan arahan pemakaian pelitup separuh muka di tempat-tempat awam.Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pihak berkuasa sedang berbincang bagi menetapkan tarikh pewartaan itu yang dijangka tidak lama lagi. \u00a0Tambahnya, perincian mengenai perkara itu akan diumumkan apabila peraturan berkaitan dimuktamadkan kerajaan.-----Jarak sosial jemaah Solat Jumaat kekalFoto - SehinggitJabatan Perdana Menteri berkata, penjarakan sosial antara jemaah dalam solat Jumaat akan dikekalkan buat masa ini.Perkara itu dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan Majlis Keselamatan Negara\u00a0dan Kementerian Kesihatan berikutan penularan wabak COVID-19.Pihaknya dalam pada itu\u00a0telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP)\u00a0berkaitan ibadah korban menjelang sambutan Aidiladha, Jumaat depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72130", "title": "Akta Antiberita Tidak Benar dimansuh!", "body": "\n\u2190 Back to list\nAkta Antiberita Tidak Benar dimansuh!\nAug 17, 2018\n\nTiada lagi Akta Antiberita Tidak Benar!Akta kontroversi itu dimansuhkan selepas dibaca kali ketiga dan mendapat undi majoriti di Dewan Rakyat semalam.Kerajaan dalam penggulungan RUU pemansuhan akta itu memaklumkan, undang-undang sedia ada sudah mencukupi dan ia boleh dipinda jika tidak mampu tangani isu berita palsu.Sementara itu, hari ini genap 100 hari pemerintahan PH dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkongsi harapannya berkenaan pentadbiran negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72952", "title": "Keputusan UPSR diumum minggu depan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKeputusan UPSR diumum minggu depan\nNov 16, 2017\n\nKementerian Pendidikan berkata keputusan UPSR akan diumumkan Khamis minggu depan.Calon boleh mendapatkan keputusan peperikasaan berkenaan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR menerusi MySMS 15888.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80027", "title": "Jho Low Sudah Ditahan?", "body": "\n\u2190 Back to list\nJho Low Sudah Ditahan?\nJun 02, 2019\n\nJho Low Belum DiberkasLaporan mengatakan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low sudah ditahan pihak berkuasa China adalah tidak benar.Ketua Polis Negara memaklumkan, buat masa ini pihaknya masih berusaha bawa pulang ahli perniagaan kontroversi itu yang dikehendaki berkaitan skandal 1MDB.Ia susulan tersebarnya mesej mengatakan Jho Low sudah ditahan dan akan dihantar pulang ke Malaysia menggunakan pesawat TUDM.Lepasan SPM akan bakal ada panduan untuk pilih kursus pengajian dan kemahiran.Hanya Ada 2 Kes Jual Barang\u00a0Kawalan Aidilfitri Melebihi Harga SilingSecara keseluruhan para peniaga mematuhi peraturan kawalan harga sempena Aidilfitri yang sedang berkuat kuasa.Menurut pihak berkuasa, setakat ini tidak sampai 130 kesalahan direkodkan di bawah skim kawalan harga berkenaan.Majoritinya disebabkan gagal letak tanda harga khas merah jambu dan hanya ada 2 kes peniaga jual barang kawalan melebihi harga maksimum.Sementara itu hampir 400 pasar tani di seluruh negara kini beroperasi selama 5 hari sehingga Selasa ini di bawah program 'Jualan Jimat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani'.Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tanu, ia bertujuan bantu pengguna dapatkan barangan segar seperti daging, ayam dan sayuran pada harga berpatutan.Portal Khas Bantu Lepasan SPM Pilih Kursus SesuaiKementerian Pendidikan memaklumkan Berita Harian, pihaknya dijangka lancar portal yang bantu mereka pilih kursus sesuai dengan minat, pencapaian, juga peluang kerja.Pelajar hanya perlu memasukkan nombor MyKad untuk mendapatkan rekod semua keputusan peperiksaan sejak Tahun 1 juga rekod kegiatan kokurikulum.Ia bertujuan elak salah padanan pengajian yang akhirnya menyebabkan lepasan universiti dan institusi susah dapat kerja.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72145", "title": "Pindaan AUKU akan dibentang di Parlimen Disember ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPindaan AUKU akan dibentang di Parlimen Disember ini.\nOct 17, 2018\n\nPindaan Akta Pendidikan dan Kolej Universiti akan dibentangkan di Parlimen Disember ini!Foto - Astro AwaniMenteri Pendidikan berkata pindaan itu membabitkan kebebasan pelajar untuk berpolitik dan pengawalan pihak universiti terhadap kegiatan pelajar.Dr Maszlee Malik menjelaskan pembentangan itu merupakan langkah awal sebelum memansuhkan akta tersebut yang dijangka mengambil masa yang panjang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79530", "title": "Kerajaan akan saran supaya permohonan perkahwinan bawah umur diperketatkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan akan saran supaya permohonan perkahwinan bawah umur diperketatkan.\nMar 10, 2019\n\nKerajaan akan saran supaya permohonan perkahwinan bawah umur diperketatkan.Ujar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, antaranya permohonan didengar hakim Mahkamah Tinggi berbanding hakim Mahkamah Rendah Syariah.Jelas Fuziah, hakim Mahkamah Tinggi lebih berpengalaman dan terlatih, selain bagi pastikan prosedur lebih ketat benar-benar dilaksanakan.Sekolah terjejas pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, masih ditutup.2 sekolah di Pasir Gudang, Johor yang terjejas dengan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim ditutup sehingga hari ini.Jumlah mangsa yang terjejas mencecah 80 orang termasuk murid sekolah.Syukur The Kampung Boy masuk hospital.Remaja yang akrab dengan haiwan, Muhammad Syukur Khamis dimasukkan ke hospital di Kuala Terengganu selepas muntah-muntah akibat terjatuh dari kerbaunya.Foto: KosmoNamun ada berita baik kerana Syukur yang turut digelar 'Mowgli Malaysia' dijangka dibenarkan pulang ke rumah hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72832", "title": "40 Murid dan Guru SM Sains Tapah Keracunan Makanan", "body": "\n\u2190 Back to list\n40 Murid dan Guru SM Sains Tapah Keracunan Makanan\nApr 04, 2016\n\nMereka disyaki keracunan ekoran makan roti jala serta kuah kari ayam yang dipercayai tercemar di dewan makan sekolah itu pada malam kelmarin.\u00a0Setakat ini 33 pelajar masih ditahan di hospital manakala yang lain telah dibenarkan pulang ke asrama.\u00a0Sementara itu, pengusaha makanan tersebut telah diarah tutup dapur selama 14 hari sementara menunggu keputusan sampel makanan itu diuji.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72916", "title": "Cadangan Bina Rumah Untuk Lelaki Mangsa Keganasan Rumah Tangga", "body": "\n\u2190 Back to list\nCadangan Bina Rumah Untuk Lelaki Mangsa Keganasan Rumah Tangga\nMar 09, 2016\n\nKerajaan akan pertimbang cadangan bina rumah perlindungan khas bagi lelaki yang jadi mangsa keganasan rumah tangga jika diperlukan.Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, ada golongan lelaki turut jadi mangsa keganasan rumah tangga namun ia kes terpencil.*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71706", "title": "Suhu tidak turun ke 20 darjah selsius. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuhu tidak turun ke 20 darjah selsius. \nFeb 01, 2016\n\nJabatan Meteorologi tidak jangkakan suhu akan turun ke 20 darjah selsius pada bulan ini seperti yang dilaporkan dalam akhbar.Sebaliknya, suhu minimum bagi bulan Januari didapati lebih panas dari biasa, sehingga 2 darjah selsius, berikutan kesan El Nino.\u00a0Keadaan yang sama dijangka akan berlarutan sehingga bulan Jun tahun ini.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72686", "title": "Bursa Malaysia Terima Ancaman Bom Palsu", "body": "\n\u2190 Back to list\nBursa Malaysia Terima Ancaman Bom Palsu\nSep 30, 2016\n\nBangunan Bursa Malaysia disahkan selamat, selepas panggilan ancaman bom diterima pada 12.00 tengah hari tadi.\u00a0Ketua Polis Dang Wangi sahkan panggilan berkenaan palsu, selepas membuat pemeriksaan bangunan tersebut.\u00a0Para pekerja yang diarahkan untuk mengosongkan bangunan itu, dibenarkan masuk ke dalam semula.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72936", "title": "Pasport Malaysia ke-6 paling berkuasa di dunia", "body": "\n\u2190 Back to list\nPasport Malaysia ke-6 paling berkuasa di dunia\nOct 25, 2017\n\nMalaysia duduki tangga ke 6 senarai pasport paling berkuasa di dunia, berkongsi tempat dengan Amerika, Ireland dan Kanada.Kedudukan dikira berdasarkan jumlah negara yang boleh dikunjung oleh pasport sesebuah negara, tanpa memerlukan visa.Singapura ungguli tempat pertama, diikuti Jerman, Sweden dan Korea Selatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73101", "title": "SPR keluarkan garis panduan tambahan untuk penggunaan bahan kempen PRU14. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPR keluarkan garis panduan tambahan untuk penggunaan bahan kempen PRU14. \nApr 25, 2018\n\nSPR keluarkan garis panduan tambahan berhubung penggunaan bahan kempen PRU14.Antaranya, penggunaan gambar ketika tempoh kempen dihadkan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dan setaraf dengannya sahaja.Pihaknya turut mengingatkan pemimpin, penyokong parti politik dan calon yang bertanding untuk patuhi peraturan oleh SPR, PDRM atau pihak berkuasa lain.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79088", "title": "2018 Menutup Tirai Dalam Keadaan Paling Menyayat Hati Buat Sepasang Suami Isteri", "body": "\n\u2190 Back to list\n2018 Menutup Tirai Dalam Keadaan Paling Menyayat Hati Buat Sepasang Suami Isteri\nDec 31, 2018\n\nOrang ramai tidak perlu risau dengan harga minyak juga bekalannya buat beberapa hari ini.Ini kerana Kementerian Kewangan mengumumkan harga bahan api itu untuk semua kategori kekal buat masa ini.Sementara itu pemeriksaan mendapati stok petrol dan diesel di stesen minyak di kawasan lebuh raya mencukupi.Kerisauan timbul apabila Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia memaklumkan mungkin berlaku masalah kekurangan bekalan pada tahun baru nanti.Situasi itu disebabkan pengusaha stesen enggan tambah bekalan ketika harga mahal kerana tidak mahu menjualnya pada harga rendah semasa harga bahan api itu turun.Kerajaan rancang meneruskan kaedah penentuan harga minyak secara mingguan tapi kini ia tergantung kerana isu berbangkit berkenaan.Perkara tersebut\u00a0dijangka dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, Rabu nanti.-Tirai 2018 berlabuh dalam keadaan paling menyayat hati buat sepasang suami isteri.Ketiga-tiga anak mereka berusia 5 hingga 10 tahun pergi dengan sekelip mata akibat lemas dihanyutkan ombak besar dalam kejadian di Pantai Teluk Gedung, Dungun, TerengganuMayat pertama dijumpai kira-kira jam 7.00 pagi tadi dan yang terakhir kira-kira jam 11.00 pagi.\u00a0-MARA sediakan Skim Budi untuk murid daripada keluarga miskin (B40) yang belajar di MRSM dan penerimanya akan dapat elaun bulanan dan bantuan kit persekolahan.\u00a0-6 lelaki didenda RM2,000\u00a0seorang selepas mengaku salah belasah seorang pemandu bas di R&R\u00a0Gambang, Kuantan yang videonya kejadian tular\u00a0baru-baru ini*foto kredit KOSMO\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71907", "title": "Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan cadang masukkan SPRM dalam Majlis Kawal Selia Umrah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pelancongan dan Kebudayaan cadang masukkan SPRM dalam Majlis Kawal Selia Umrah.\nAug 09, 2017\n\nKementerian Pelancongan dan Kebudayaan bercadang untuk memasukkan SPRM dalam Majlis Kawal Selia Umrah.Ia bagi membantu usaha kementerian mengurangkan aktiviti penipuan pakej umrah yang dijalankan syarikat dan agensi tidak bertanggungjawab.Katanya, sehingga Mei lalu, hampir 240 ribu jemaah membeli pakej umrah berbanding 90 ribu jemaah pada 2009.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72181", "title": "6 pegawai kastam KLIA ditahan", "body": "\n\u2190 Back to list\n6 pegawai kastam KLIA ditahan\nAug 02, 2017\n\n6 pegawai kastam yang bertugas di KLIA ditahan dipercayai bantu kumpulan kongsi gelap 'Geng 360 Devan' edar dadah.Menurut Bukit Aman, pegawai terbabit dilapor dapat imbuhan apabila melepaskan dadah dan bahan memproses dadah yang melalui KLIA.Difahamkan, mereka terbabit dengan kegiatan tersebut sejak setahun lepas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73277", "title": "Cuma ada kira-kira 1,800 akauntan bertauliah bumiputera di negara ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nCuma ada kira-kira 1,800 akauntan bertauliah bumiputera di negara ini.\nJan 30, 2018\n\nCuma ada kira-kira 1,800 akauntan bertauliah bumiputera atau 8 peratus daripada jumlah keseluruhannya di negara ini.Justeru, Kementerian Pendidikan Tinggi akan bekerjasama dengan Pusat Perakaunan Profesional Malaysia untuk menaikkan kepada sehingga 30 peratus menjelang 2030.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73138", "title": "305 premis di seluruh negara telah diiktiraf sebagai bebas asap rokok.", "body": "\n\u2190 Back to list\n305 premis di seluruh negara telah diiktiraf sebagai bebas asap rokok.\nFeb 13, 2018\n\n305 premis di seluruh negara telah diiktiraf sebagai bebas asap rokok di bawah inisiatif kempen 'Blue Ribbon'.Ujar Kementerian Kesihatan, kempen itu bertepatan dengan hasrat negara melindungi generasi muda daripada penggunaan hasil tembakau dan juga bebas asap rokok.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79039", "title": "JBPM akan teliti semula SOP ketika berdepan situasi rusuhan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJBPM akan teliti semula SOP ketika berdepan situasi rusuhan.\nDec 19, 2018\n\nJabatan Bomba akan teliti semula prosedur operasi standardnya ketika berdepan situasi rusuhan.Timbalan Ketua Pengarah, Datuk Amer Yusof berkata ia bagi mengenal pasti risiko agar kejadian yang menimpa Allahyarham Muhammad Adib tidak berulang.Semetara itu, jenazah Muhammad Adib selamat dikebumikan di tanah perkuburan di kampung halamannya, di Kuala Kedah semalam.Lebih 1,000 penduduk kampung dan pegawai bomba hadir bagi memberikan penghomatan terakhir buat wira negara itu.Jabatan Bomba dalam pada itu tubuhkan Tabung Wira Merah bagi membolehkan orang awam menghulurkan sumbangan buat keluarganya.Kanak-kanak di Malaysia capai hanya 62 peratus daripada potensi diri apabila mencecah usia dewasa.Menurut laporan Bank Dunia, kadar itu lebih tinggi daripada indeks purata Asia Pasifik namun lebih rendah berbanding negara berpendapatan tinggi.\u00a0Antara kriteria yang diambil kira dalam kajian itu adalah kadar kebantutan dan tahap kualiti pendidikan di negara ini yang dianggap kurang efektif.Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal kembali gegarkan Royal Albert Hall London.Setelah 14 tahun, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal kembali gegarkan Royal Albert Hall London pada 22 April depan.Ianya bersempena Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour yang turut menjelajah empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan United Kingdom.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94670", "title": "PKRC MAEPS Masih Mampu", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKRC MAEPS Masih Mampu\nJan 25, 2021\n\nPKRC MAEPS Masih MampuPusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS masih mampu tampung pesakit COVID-19 bergejala rendah di Selangor.Menurut Jabatan Kesihatan Negeri, secara purata penggunaan katil di PKRC itu kini kira-kira 3,000 dan masih ada 5,000 belum digunakan.Dalam pada itu, polis Selangor siasat seorang pesakit COVID-19 yang mendakwa dirinya tetap keluar ke tempat awam!Dia juga mendakwa tidak dihubungi pejabat kesihatan bagi ditempatkan di pusat kuarantin meskipun sudah 3 hari disahkan positif.*foto: KKMSelangor Agih Kad SimKerajaan Selangor akan agih 40,00 kad sim untuk kegunaan pembelajaran dan perniagaan menjelang Mac.Ia salah satu inisiatif kerajaan negeri bantu pelajar kurang mampu dan luar bandar mendapat akses internet bagi ikuti kelas secara dalam talian.Hanya Tinggal Kemaman7 daerah di Terengganu diisytiharkan sebagai zon merah COVID-19 susulan peningkatan mendadak kes.Malah tiada lagi zon hijau di negeri itu dan Kemaman satu-satunya daerah dikategorikan zon kuning.Ubat Gout Berkesan Rawat COVID-19?Ujian klinikal di Kanada menunjukkan sejenis ubat yang biasa digunakan bagi rawatan gout boleh mengurangkan risiko komplikasi dan kematian akibat COVID-19.Hasil kajian itu memberi harapan penting kepada pesakit yang dijangkiti virus tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73306", "title": "Kementerian Kesihatan sekat laman sesawang yang menjual ubat-ubat tidak berdaftar.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Kesihatan sekat laman sesawang yang menjual ubat-ubat tidak berdaftar.\nOct 26, 2017\n\nKementerian Kesihatan dengan kerjasama Interpol telah sekat hampir 320 laman sesawang yang menjadi lubuk menjual ubat-ubat tidak berdaftar.Pelbagai ubat-ubatan haram bernilai 3.6 juta ringgit yang membahayakan nyawa pengguna turut dirampas menerusi operasi tersebut yang berlangsung bulan lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71542", "title": "Annuar Musa dedah plot gulingkan kerajaan PN", "body": "\n\u2190 Back to list\nAnnuar Musa dedah plot gulingkan kerajaan PN\nJan 06, 2021\n\nAnnuar Musa dedah plot gulingkan kerajaan PNFoto - Berita HarianAhli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa wujud sokongan secara hitam putih membabitkan pemimpin tertinggi UMNO, kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional itu mendakwa dokumen sokongan yang diperolehnya disahkan tulen malah membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Katanya, surat sokongan bertarikh 11 Oktober lalu terbabit didedahkan kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian menyokong Presiden PKR itu.-----PKPB di submukim Ipoh, PerakFoto - BernamaKerajaan umum melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di submukim Ipoh, Perak, selama 14 hari bermula esok ekoran peningkatan kes COVID-19 di lokasi terbabit.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan \u00a0mengesahkan sebanyak 106 kes positif dilaporkan secara bertaburan di submukim Ipoh.Tambahnya, KKM turut mengesahkan terdapat kluster yang masih aktif membabitkan kawasan kilang bertumpu di beberapa kawasan perindustrian di submukim itu.-----Lagi rekod baru kes harian tertinggi COVID-19Foto - Neuroscience NewsMalaysia merekodkan kes harian baru COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 2,593 kes.Selangor catat jangkitan tertinggi dengan 965 kes diikuti Johor sebanyak 571 kes dan Sabah, 405 kes.Terdapat 13 kluster baru dikenal pasti hari ini dengan empat daripadanya di Johor selain Lembah Klang, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Sabah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80429", "title": "Golongan muda khasnya Mat Motor bakal ada peluang kerja baru!", "body": "\n\u2190 Back to list\nGolongan muda khasnya Mat Motor bakal ada peluang kerja baru!\nAug 20, 2019\n\nGolongan muda khasnya Mat Motor bakal ada peluang kerja baru!Ini kerana Kementerian Belia dan Sukan rancang perkenal perkhidmatan teksi motosikal atau Gojek yang popular di Indonesia di negara ini.Terdahulu, beliau bertemu dengan Pengasas Gojek, Nadiem Makarim yang berjaya buka 2 juta peluang pekerjaan di Indonesia melalui perkhidmatan itu.Pihak berkuasa berjaya lakukan rampasan dadah terbesar di Malaysia!Ia susulan serbuan Kastam ke atas sebuah premis di Puncak Alam, Selangor dengan nilai rampasan lebih setengah bilion ringgit.Dr Zakir Naik selesai beri keterangan kali kedua selama 10 jam.Dr Zakir Naik selesai beri keterangan kali ke-2 selama 10 jam di Ibu Pejabat Bukit Aman yang hanya tamat lewat malam tadi.Pendakwah antarabangsa itu sedang disiasat atas dakwaan menghina dan menggugat ketenteraman awam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72961", "title": "Musim tengkujuh bakal tiba", "body": "\n\u2190 Back to list\nMusim tengkujuh bakal tiba\nNov 11, 2017\n\nMonsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula Isnin ini hingga Mac tahun depan.Menurut Jabatan Meteorologi, hujan lebat diramal berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada November dan Disember.Manakala pada Januari depan, hujan lebat dijangka lebih tertumpu di barat Sarawak serta utara dan timur Sabah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71588", "title": "Perkembangan Banjir di Seluruh Negara", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerkembangan Banjir di Seluruh Negara\nNov 26, 2015\n\n33 calon SPM di SM St Paul dipindahkan ke SMK Beaufort Sabah, ekoran sekolah mereka dinaiki air banjir.34 kampung di daerah itu dilanda banjir ketika ini namun belum ada pusat pemindahan dibuka.Menurut portal bencana MKN, Sabah kini merekodkan 140 mangsa banjir, kesemuanya di daerah Tenom.Manakala di Selangor, angka mangsa banjir kini 576, di Perak 403, Sarawak 300, dan Kedah 95.Dalam perkembangan berkaitan, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia minta penduduk di kawasan banjir berkomunikasi guna SMS.Mereka juga dinasihat pendekkan masa panggilan telefon bagi kurangkan gangguan liputan.Gangguan liputan biasa berlaku di kawasan banjir kerana kesesakan talian ekoran peningkatan panggilan.\u00a0*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72551", "title": "Murid Biadap Rakam Video Dalam Kain Guru", "body": "\n\u2190 Back to list\nMurid Biadap Rakam Video Dalam Kain Guru\nJan 22, 2017\n\nSeorang guru buat laporan kepada polis KL ekoran tindakan sekumpulan murid tingkatan 3 merakam video dalam kain baju kurungnya.Perbuatan itu terbongkar selepas seorang guru disiplin merampas telefon bimbit salah seorang daripada mereka.Difahamkan, selepas membuat rakaman, kumpulan murid biadab itu me\u00adngenakan bayaran kepada rakan-rakan lain yang ingin menontonnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72558", "title": "Malaysia Minta Indonesia Pinda Undang-Undang dan Sistem Pengurusan Kebakaran", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Minta Indonesia Pinda Undang-Undang dan Sistem Pengurusan Kebakaran\nAug 30, 2016\n\nMenteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia meminta Indonesia pinda undang-undang dan sistem pengurusan kebakarannya.Ujar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ia bagi membolehkan masalah jerebu rentas sempadan diselesaikan secara tuntas.Ini kerana negara berkenaan masih membenarkan pembakaran di atas tanah yang keluasannya kurang daripada 0.8 hektar.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72707", "title": "PM Mahu Semua Kementerian Teliti Cadangan Rakyat Untuk #Bajet2017", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM Mahu Semua Kementerian Teliti Cadangan Rakyat Untuk #Bajet2017\nSep 15, 2016\n\nPerdana Menteri mahu semua kementerian dan agensi kerajaan teliti cadangan yang diutarakan rakyat di laman khas 'bajet2017.najibrazak.com'Ujar Datuk Seri Najib Tun Razak, ia perlu kerana banyak cadangan rakyat menerusi laman berkenaan berkait dengan urusan kementerian.Orang ramai juga masih boleh memberikan cadangan dan pendapat bernas mengenai Bajet 2017 sehingga 19 September.Bajet 2017 akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72947", "title": "Bekas Menteri Direman", "body": "\n\u2190 Back to list\nBekas Menteri Direman\nOct 20, 2017\n\nDatuk Seri Shafie Apdal direman 4 hari bagi bantu siasatan berhubung kes seleweng dana pembangunan luar bandar Sabah bernilai 1.5 bilion ringgit.Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah itu yang dimasukkan ke hospital malam tadi, akan direman sehingga 23 Oktober ini.Presiden Parti Warisan Sabah itu ditahan oleh SPRM ketika hadir memberi keterangan di pejabat suruhanjaya itu di Sabah.Seorang jurutera awam yang juga perunding sebuah syarikat pula direman selama enam hari, berkaitan siasatan kes yang sama.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78868", "title": "Foto viral pengunjung tidak senonoh bukan di pantai Port Dickson.", "body": "\n\u2190 Back to list\nFoto viral pengunjung tidak senonoh bukan di pantai Port Dickson.\nNov 12, 2018\n\nKejadian sekumpulan pengunjung berkelakuan tidak senonoh yang kini viral di laman sosial bukan\u00a0berlaku di Port Dickson.Foto: KosmoJelas Polis Negeri Sembilan, ia sebenarnya gambar lama dan berlaku di Pulau Pinang beberapa tahun lalu.Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atasi Rafizi Ramli.Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nampaknya berjaya mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan PKR.Foto: KosmoIa berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dimaklumkan Setiausaha Politik beliau kepada astro AWANI.ICONSIAM kini dibuka.Kompleks beli belah terbesar di\u00a0Thailand, ICONSIAM berkeluasan\u00a0kira-kira\u00a09 juta meter persegi kini dibuka kepada pengunjung.Selain pusat beli belah, ICONSIAM yang dibina di tebing\u00a0Sungai\u00a0Chao Phraya itu juga mengandungi dua menara kediaman mewah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73107", "title": "Timbalan Perdana Menteri nasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan berita palsu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTimbalan Perdana Menteri nasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan berita palsu.\nApr 18, 2018\n\nTimbalan Perdana Menteri nasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan berita palsu yang tersebar di media sosial.Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana penyebaran berita palsu boleh membawa ancaman besar kepada negara.Timbalan Perdana Menteri\u00a0juga jangkakan penyebaran berita seumpama itu akan meningkat dalam masa terdekat menjelang PRU14 9 Mei nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79259", "title": "Elemen keusahawanan akan ditambah dalam program Protege.", "body": "\n\u2190 Back to list\nElemen keusahawanan akan ditambah dalam program Protege.\nJan 29, 2019\n\nElemen keusahawanan akan ditambah dalam program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs, Protege.Foto: KosmoMenteri Pembangunan Usahawan berkata elemen itu harus diberi perhatian dalam kalangan pelajar untuk jana pendapatan dengan kaedah yang lebih kreatif.Seramai 15,000 pelatih disasarkan untuk sertai program itu yang dulunya dikenali sebagai Skim Latihan 1Malaysia.Kerajaan buat pertama kali akan menggubal satu akta dikenali Akta Sewaan Kediaman.Menurut kajian, kira-kira 21 peratus rakyat Malaysia pernah didiskriminasi berhubung pembelian dan penyewaan rumah.Justeru, kerajaan buat pertama kali akan menggubal satu akta dikenali Akta Sewaan Kediaman.Ia bagi melindungi kepentingan pemilik rumah dan penyewa, selain mengatasi isu diskriminasi kaum berhubung pembelian dan penyewaan rumah.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata ia antara fokus dan strategik Dasar Perumahan Negara 2018-2025 yang dilancarkan semalam.Rakyat Pahang akan menyaksikan 2 pemasyhuran Diraja serentak, hari ini.Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang pagi ini.Manakala anakanda sulung baginda, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah akan dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72159", "title": "Peter Bellew tinggalkan MAS", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeter Bellew tinggalkan MAS\nOct 18, 2017\n\nSetahun selepas menerajui Malaysia Airlines sebagai CEO, Peter Bellew akan meninggalkan syarikat penerbangan negara itu.Bellew dilaporkan akan kembali semula ke syarikat penerbangan Ryanair sebagai Ketua Pegawai Operasi pada 1 Disember ini.\u00a0SI, Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan lembaga pengarahnya akan bertemu dan membuat pengumuman sewajarnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73210", "title": "Akta khas untuk kesalahan hasut dan cetus kebencian kaum dan agama akan diwujudkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAkta khas untuk kesalahan hasut dan cetus kebencian kaum dan agama akan diwujudkan.\nJul 27, 2018\n\nAnda boleh dihukum penjara maksimum 7 tahun dan denda RM100,000 jika didapati menghasut dan cetus kebencian kaum dan agama di bawah 3 akta baru nanti.Akta yang dimaksudkan adalah Akta Anti Diskriminasi, Akta Anti Kebencian Agama dan Kaum dan Akta Suruhanjaya Harmoni serta Rekonsiliasi.Ia dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen Oktober ini atau Februari tahun depan.Dalam perkembangan lain, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menjelaskan, kerajaan perlu mengutamakan kepentingan umum, bukan hanya sesetengah pihak!Beliau memberi reaksi itu berhubung pendapat seorang Naib Presiden PAS bahawa tidak wajar perkahwinan bawah umur dihalang.Tegas Datuk Dr Mujahid, ini kerana kerajaan mendapati banyak perkahwinan bawah umur cenderung ke arah eksploitasi dan impak negatif.Rafizi Ramli sahkan akan bertanding\u00a0jawatan Timbalan Presiden PKRPerebutan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti bulan depan dijangka sengit selepas Rafizi Ramli akhirnya sahkan akan bertanding jawatan itu.Foto: Malay MailIni kerana Naib Presiden PKR itu dijangka berentap dengan penyandang jawatan nombor 2 parti berkenaan, Datuk Seri Mohd Azmin Ali.Datuk Seri Mohd Azmin pula dilapor hanya akan buat keputusan muktamad menjelang hari-hari terakhir sebelum pencalonan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72695", "title": "PDRM Waspada Ancaman Militan IS di Negara Jiran", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM Waspada Ancaman Militan IS di Negara Jiran\nSep 06, 2016\n\nPDRM waspada dengan ancaman militan IS Indonesia, yang dikesan aktif memberi arahan untuk lancarkan serangan di rantau ini, termasuk Malaysia.\u00a0Menurut Bukit Aman, ketua militan IS Indonesia, Bahrum Shah mempunyai dana besar yang membolehkan serangan berskala besar dilakukan.\u00a0Setakat ini, pihak berkuasa berjaya mematahkan 13 rancangan serangan militan berkenaan di negara ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79193", "title": "SPR: Calon Pilihan Raya Tak Perlu Jalani Ujian Kesihatan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPR: Calon Pilihan Raya Tak Perlu Jalani Ujian Kesihatan\nJan 18, 2019\n\nSuruhanjaya Pilihan Raya\u00a0tidak berhasrat untuk letakkan syarat kepada calon bertanding pilhan raya untuk jalani pemeriksaan kesihatan.Jelasnya, cadangan itu memerlukan pindaan yang dilakukan terhadap Perlembagaan Persekutuaan.Malah pihaknya berpendapat langkah itu juga tidak perlu kerana kematian tidak boleh dijangka.\u00a0PRK Dun Semenyih 2 Mac IniSPR mengumumkan Pilihan Raya Kecil Semenyih akan diadakan pada 2 Mac ini.Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 16 Februari, manakala tarikh mengundi awal adalah pada 26 Februari nanti.Kawasan Dun berkenaan melibatkan lebih dari 54 ribu pengundi berdaftar.\u00a0PRK DUN Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Januari lepas akibat serangan jantung.Tiada Pungutan Suara Rakyat Untuk Hapuskan Hukuman Mati\u00a0Kerajaan tidak akan adakan pungutan suara dalam membuat keputusan untuk menghapuskan hukuman mati.Menurut Jabatan Perdana Menteri, pihaknya masih belum muktamadkan apa-apa berhubung penghapusan hukuman tersebut kerana masih dalam proses kajian.Buat masa ini kerajaan juga turut menunggu maklum balas daripada kementerian dan agensi lain sebelum cadangan itu dibentangkan di Parlimen.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70576", "title": "Denda RM,1000 jika anak terbabit basikal lajak", "body": "\n\u2190 Back to list\nDenda RM,1000 jika anak terbabit basikal lajak\nJul 27, 2020\n\nDenda RM,1000 jika anak terbabit basikal lajakFoto - Harian MetroIbu bapa atau penjaga berdepan hukuman denda RM1,000 atau penjara maksimum setahun jika anak mereka disabit kesalahan menunggang basikal lajak sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.Menurut Kementerian Pengangkutan, hukuman itu bertujuan memastikan mereka menjaga tingkah laku anak masing-masing, bukannya membiarkan terbabit kegiatan berisiko.Katanya, perkara itu termasuk dalam Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang dibaca kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.-----Sarawak tertinggi pertambahan kes COVID-19Foto - The StarSarawak muncul negeri yang mencatatkan jumlah tertinggi penambahan kes baru COVID-19 dalam tempoh antara 19 hingga 25 Julai lalu iaitu sebanyak 48 kes.\u00a0Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain Sarawak dua lagi negeri turut mencatat pertambahan kes baru yang tinggi ialah Johor (29 kes) dan Selangor (24 kes).Sehubungan itu katanya, pihak KKM sudah menghantar pasukan khas ke Sarawak bagi meninjau dan memberi pandangan mengenai situasi penularan serta pengurusan jangkitan COVID-19.-----Kes harian COVID-19 kembali ke satu angkaFoto - New Straits TimesJumlah kes positif COVID-19 kembali mencatatkan satu angka hari ini, iaitu tujuh kes selepas kali terakhir mencatatkan satu angka pada 23 Julai.Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak 8,904 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 179 kes.Daripada tujuh kes baru itu, empat merupakan kes import yang melibatkan tiga warganegara dan satu bukan warganegara manakala tiga kes penularan tempatan babitkan warganegara di Sabah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81467", "title": "Fasa Kedua PKP Bermula Esok", "body": "\n\u2190 Back to list\nFasa Kedua PKP Bermula Esok\nMar 31, 2020\n\nFasa Kedua PKP Bermula EsokEsok akan bermula fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan, rakyat perlu bekerjasama dan amal disiplin sosial dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.Ini kerana jika tidak, kita mungkin melihat lonjakan kes pada pertengahan April seperti yang diramalkan.KKM juga memaklumkan, pihaknya sedar ada segelintir rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara mengingkari peraturan kuarantin di rumah.Kepada yang ingkar, hukuman penjara sehingga 2 tahun dan denda menanti mereka.Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) nafi dakwaan kononnya bermula esok, orang ramai tidak dibenarkan keluar daripada kediaman selama 2 minggu.\u00a0Pihak Universiti Malaya pula nafi tular kononnya merokok berpotensi merawat COVID-19.Menurut dakwaa palsu itu, bau nikotin boleh membunuh virus pada bahagian tangan dan saluran pernafasan.\u00a0Orang ramai diingatkan supaya berhenti sebar berita palsu dan semak kesahihan sesuatu berita melalui portal \u2018sebenarnya.my\u2019.Menara City One\u00a0Jadi Kawasan Terbaru Dikenakan PKPDSebuah Menara di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur jadi kawasan terbaru dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).Ini selepas terdapat 17 kes positif jangkitan COVID-19 di menara kediaman dan premis perniagaan itu.PKPD itu\u00a0melibatkan 3,200 penghuni di kawasan berkenaan berkuatkuasa hari ini hingga 13 April.\u00a0Terengganu Wujud Aplikasi Dalam Talian Untuk Bazar RamadanKerajaan Terengganu wujudkan aplikasi secara dalam talian susulan pembatalan penganjuran bazar Ramadan di negeri itu untuk tangani wabak COVID-19.\u00a0Kerajaan negeri memaklumkan, \u00a0aplikasi khas itu bertujuan membantu peniaga bazar Ramadan dan\u00a0akan dilancarkan bulan puasa\u00a0nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71753", "title": "Lelaki Ditemui Parah Dipercayai Mangsa Samun", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki Ditemui Parah Dipercayai Mangsa Samun\nFeb 23, 2016\n\nMenurut siasatan awal polis, mangsa disamun lelaki bermotosikal yang ditumpanginya untuk pulang ke rumah.Mangsa yang cedera di kepala dan muka kini dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.*foto Facebook\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72818", "title": "Hujan dan Ribut Petir Ketika Musim Panas : MOSTI Beri Penjelasan", "body": "\n\u2190 Back to list\nHujan dan Ribut Petir Ketika Musim Panas : MOSTI Beri Penjelasan\nMar 25, 2016\n\nJelas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, keadaan itu menyebabkan cuaca menjadi tidak stabil.Sementara itu Bomba sentiasa bersedia hadapi kemungkinan berlaku kejadian tidak diingini dalam keadaan cuaca tidak menentu kini.Pihaknya juga menasihatkan orang ramai lebih waspada dengan kejadian kebakaran, juga insiden pokok tumbang dan panahan petir.Semalam, seorang murid tahun 6 di Kampar, Perak maut akibat dipanah petir ketika bermain bola sepak dalam keadaan hujan dan ribut petir.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72640", "title": "Suspek Utama Pembunuhan Bill Kayong Didakwa", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuspek Utama Pembunuhan Bill Kayong Didakwa\nDec 14, 2016\n\nSeorang ahli perniagaan didakwa di mahkamah hari ini berhubung pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong pada 21 Jun lepas.Namun, suspek iaitu Datuk Stephen Lee tidak membuat sebarang pengakuan dalam kes berkenaan yang menyediakan hukuman mati jika sabit kesalahan.Datuk Stephen Lee dibawa pulang ke Malaysia setelah diberkas pihak berkuasa di China, selepas melarikan diri selama kira-kira 5 bulan.*Foto: Allahyarham Bill Kayong @ Mohd Hasbie Abdullah\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72073", "title": "BR1M akan diteruskan kerajaan Pakatan Harapan!", "body": "\n\u2190 Back to list\nBR1M akan diteruskan kerajaan Pakatan Harapan!\nMay 17, 2018\n\nBR1M akan diteruskan kerajaan Pakatan Harapan!Namun, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kajian menyeluruh akan dibuat agar bantuan tersebut hanya diberikan kepada individu yang layak.DPI, Perdana Menteri juga umumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Pelajaran, manakala bakal TPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula akan memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.Dalam sidang media sama, Tun M umumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi sebahagian daripada Majlis Presiden.Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Shukri Abdul pula dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya suruhanjaya itu menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletak jawatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=108617", "title": "Teksi Dan Perkhidmatan E-hailing Boleh Beroperasi Sepanjang PKP.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTeksi Dan Perkhidmatan E-hailing Boleh Beroperasi Sepanjang PKP.\nJun 24, 2021\n\n\nPerkhidmatan teksi dan kenderaan e-panggilan di Semenanjung diizin beroperasi antara daerah dan negeri semasa PKP penuh ini.\nJelas Kementerian Pengangkutan, ini kerana ia diklasifikasikan sebagai perkhidmatan perlu.\nNamun ia hanya bagi tujuan membawa penumpang yang mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan.\n\u00a0\nIbu bapa, adik beradik dan guru perlu divaksin sebelum sesi persekolahan dibuka nanti.\nPenasihat Khas Kesihatan Awam Perdana Menteri berkata keselamatan situasi sekeliling perlu diberi keutamaan kerana pelajar masih belum boleh menerima vaksin.\nJusteru, jelas Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, amat penting untuk capai imuniti kelompok lebih awal di samping meneruskan langkah kesihatan awam bagi melindungi pelajar daripada Covid-19.\n\u00a0\nHampir 1,900 kertas siasatan dibuka babitkan media sosial sejak 2019.\nMenurut PDRM, ia antaranya melibatkan kes yang menyentuh sensitiviti institusi diraja dan kaum serta penghinaan agama.\nLebih 250 kes penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19 pula dicatatkan sejak 18 Mac tahun lalu.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80532", "title": "Selangor kini berada pada peringkat amaran awal berkaitan jerebu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSelangor kini berada pada peringkat amaran awal berkaitan jerebu.\nSep 11, 2019\n\nSelangor kini berada pada peringkat amaran awal berkaitan jerebu.Ia bermakna semua jenis pembakaran terbuka dilarang sama sekali di negeri itu!Orang ramai juga dinasihatkan mengurangkan aktiviti di luar rumah, dan sekolah perlu menghentikan atau menangguhkan kegiatan di luar kelas.Pagi ini 20 kawasan merekodkan IPU tidak sihat membabitkan Selangor juga KL, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.Manakala tahap udara di Rompin, Pahang semakin buruk apabila mencatatkan IPU sangat tidak sihat.Polis belum terima sebarang aduan bahawa cecair vape mengandungi dadah dijual di negara ini.Namun Bukit Aman akan terus giat melakukan tapisan dan ujian bersama Kastam dan Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.Ketika ini viral di WhatsApp mengatakan satu perisa cecair vape membuatkan penggunanya positif morfin selepas menjalani ujian saringan air kencing.Facebook sekat\u00a0imej grafik cederakan diri sendiri.Facebook tidak lagi membenarkan imej grafik mencederakan diri sendiri di rangkaian laman sosialnya termasuk Instagram.Langkah itu bersempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia, semalam.Menurut WHO, kira-kira 8 juta orang membunuh diri setiap tahun, atau seorang setiap 40 saat di seluruh dunia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80093", "title": "Berita Baik Sempena Hari Bapa", "body": "\n\u2190 Back to list\nBerita Baik Sempena Hari Bapa\nJun 16, 2019\n\nBerita Baik Sempena Hari BapaPara ayah di Malaysia, ada berita baik untuk ada sempena Hari Bapa hari ini.Kementerian Sumber Manusia umumkan, golongan bapa yang bekerja di sektor swasta mungkin akan turut nikmati cuti sempena isteri bersalin selama 3 hari.Cadangan tersebut ternyata menggembirakan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WOA)Malah pihaknya saran ia dijadikan 7 hari sama seperti sektor awam agar suami dapat bantu uruskan rumah tangga memandangkan isteri masih lemah selepas bersalin.*foto sekadar hiasan (kredit: camara arts photography)Persekutuan Persekutuan Majikan Malaysia\u00a0(MEF) turut sambut baik rancangan tersebut asalkan kosnya dibiayai kerajaan.Ini kerana jika, tidak para majikan perlu tanggung kos lebih RM 150 juta setiap tahun untuk cuti berkenaan.Perlu Ada Elemen Keibubapaan Dalam Kurikulum Sekolah MemanduKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat saran JPJ terap elemen keibubapaan dalam kurikulum sekolah memandu.Ia bertujuan meningkatkan pengetahuan para pemandu mengenai keselamatan penumpang kanak-kanak.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72997", "title": "Poad Md Kassim masih dalam keadaan kritikal namum stabil", "body": "\n\u2190 Back to list\nPoad Md Kassim masih dalam keadaan kritikal namum stabil\nDec 27, 2017\n\nIsteri kepada jurulatih pecut negara, Poad Md Kassim berkata, suaminya itu masih dalam keadaan kritikal namun stabil.Khalidah Ahmad beritahu Harian Metro, Poad kini dibantu dengan mesin pernafasan seperti biasa.Malah doktor jelaskan kepadanya, hanya kekuatan semangat Poad sendiri akan menyedarkannya daripada koma.Jurulatih kepada jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan itu dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat janngkitan kuman pada paru-paru.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80796", "title": "Sektor awam paling terdedah kepada gejala rasuah di negara ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSektor awam paling terdedah kepada gejala rasuah di negara ini.\nNov 07, 2019\n\nSektor awam paling terdedah kepada gejala rasuah di negara ini.Berdasarkan satu kajian SPRM, 63 peratus aduan diterima adalah berkaitan sektor awam, diikuti sektor perolehan dan sektor penguatkuasaan.Sepanjang tahun ini juga lebih 2,500 maklumat salah laku rasuah penjawat awam diterima SPRM, dengan hampir 150 pertuduhan mahkamah telah dibuat.Kerajaan bercadang untuk kurangkan tempoh reman SOSMA.Tempoh reman yang diperuntukkan dalam Akta Kesalahan Keselamatan, Langkah-Langkah Khas, SOSMA \u00a0mungkin akan dipendekkan.Menteri Dalam Negeri berkata ini selepas ada yang berpandangan tempoh reman 28 hari sekarang\u00a0terlalu panjang dan perlu disingkatkan.Namun, menurutnya,\u00a0bagi pihak penguatkuasaan, mereka mungkin perlukan lebih masa untuk siasatan, contohnya\u00a0bagi suspek kes keganasan.Terdahulu, kerajaan umum akan pinda undang-undang yang dikatakan sesetengah pihak bersifat zalim, termasuk SOSMA secepat mungkin.Buku\u00a0Awas Media Sosial dan Permainan Dalam Talian, AWASpada akan diedarkan bulan depan.Buku panduan Awas Media Sosial dan Permainan Dalam Talian, AWASpada dijangka diedarkan ke semua sekolah bulan depan.Menurut Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, ia bagi memberi kesedaran kepada pengguna agar gunakan media sosial secara berhemah.Ini termasuklah mengelakkan pelajar daripada melakukan atau jadi mangsa jenayah siber.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80385", "title": "Misi mencari Nora Anne Quoirin hari ini disertai hampir 350 orang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMisi mencari Nora Anne Quoirin hari ini disertai hampir 350 orang.\nAug 12, 2019\n\nOperasi mencari dan menyelamat gadis Ireland, Nora Anne Quoirin disertai hampir 350 orang masuk hari kesembilan hari ini.Terdahulu, polis buka talian hotline khas\u00a0bagi membolehkan orang ramai salurkan maklumat mengenai mangsa.Setakat ini, kira-kira 30 rumah di sekitar resort mangsa didakwa hilang 4 Ogos lepas telah diperiksa sebagai\u00a0sebahagian daripada operasi.\u00a0Kenderaan berat mungkin dilarang guna jalan raya ketika cuti raya dan sekolah serentak.Kerajaan akan pertimbang untuk melarang kenderaan berat menggunakan jalan raya pada musim perayaan yang bertindih dengan cuti sekolah.Kementerian Pengangkutan berkata \u00a0ia bagi mengelakkan kesesakan dan kemalangan yang mungkin berlaku ketika musim itu.Ketika ini, larangan bagi kenderaan itu hanya dikuatkuasakan ketika musim Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.Saksi kes kemalangan di lebuh raya dekat Bangi tampil beri keterangan.Beberapa saksi insiden kemalangan dan pergaduhan di lebuh raya dekat Bandar Baru Bangi kelmarin tampil beri keterangan kepada pihak polis.Polis Selangor berkata ada antara saksi berkenaan tampil sukarela dan ada juga yang diminta tampil membantu siasatan.Dalam insiden itu, seorang lelaki maut manakala 2 suspek iaitu sepasang suami isteri kini direman seminggu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73289", "title": "11 pusat pemindahan banjir di Kelantan mula dibuka", "body": "\n\u2190 Back to list\n11 pusat pemindahan banjir di Kelantan mula dibuka\nNov 27, 2017\n\n11 pusat pemindahan banjir di Kelantan mula dibuka dan kini menempatkan hampir 380 mangsa bencana alam itu.5 jajahan di negeri tersebut kini dilanda banjir susulan hujan lebat sejak kelmarin.Di Terengganu pula, daerah yang terjejas banjir adalah Besut menyebabkan hampir 20 penduduk terpaksa berlindung di pusat pemindahan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73006", "title": "Khidmat Tan Sri Noor Rashid Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Polis Negara akan disambung setahun lagi", "body": "\n\u2190 Back to list\nKhidmat Tan Sri Noor Rashid Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Polis Negara akan disambung setahun lagi\nMar 08, 2018\n\nKhidmat Tan Sri Noor Rashid Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Polis Negara akan disambung setahun lagi biarpun bakal mencecah umur persaraan 60 tahun, minggu depan.TPM berkata pihaknya kini sedang menanti surat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara itu.Sementara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, tidak perlu ambil cuti atau digantung tugas kerana telah beri penjelasan sepenuhnya berhubung kes akaun bank di Australia\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78836", "title": "Pakatan Harapan bentangkan Belanjawan negara buat kali pertama!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPakatan Harapan bentangkan Belanjawan negara buat kali pertama!\nNov 02, 2018\n\nBantuan Sara Hidup diteruskan dan ditambahbaik!Foto - Astro AwaniBelanjawan 2019 dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dengan tema Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat SejahteraKerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup kepada B40.Bagi isi rumah B40 berpendapatan RM2000 sebulan akan terima bantuan RM1000 mulai Januari 2019, pendapatan RM2001-RM3000 akan terima RM750.Pendapatan RM3001-RM4000 akan dapat bantuan RM500.Kadar bantuan RM120 bagi setiap anak berusia 18 tahun ke bawah dan anak OKU tiada had umur.\u00a0---Berita gembira buat penjawat awam!Foto - Astro AwaniKerajaan umum bayaran khas 500 ringgit kepada semua pegawai gred 54 dan ke bawah.Sementara itu, bayaran khas 250 ringgit pula akan diberikan kepada pesara.Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng , bayaran tersebut yang akan disalur sebelum hujung tahun ini.---Kenaikan tol lebuhraya dalam bandar dibekukan!Foto - Astro AwaniKerajaan turut mengumumkan pembekuan kenaikan bayaran tol di semua lebuh raya dalam bandar pada tahun depanTol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor juga dimansuhkan mulai 1 Januari 2019.Dan, bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, Kerajaan perkenal pas bulanan 100 ringgit tanpa had perjalanan, meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai 1 Januari 2019.---Subsidi RON95 bersasar!Foto - Astro AwaniSelain itu, kerajaan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta dan 40 liter bagi motosikal.Subsidi minyak secara bersasar ini akan diberi kepada individu sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79065", "title": "Jumlah Mangsa Maut Meningkat 373 Orang Di Selatan Sumatera ", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah Mangsa Maut Meningkat 373 Orang Di Selatan Sumatera \nDec 25, 2018\n\nAngka kematian akibat tragedi tsunami ekoran letusan Gunung Berapi Anak Krakatau, Indonesia meningkat kepada 373 orang manakala lebih 1,400 cedera.Menurut pihak berkuasa tempatan, 128 orang dilaporkan masih hilang setakat ini.Tambahnya, angka korban dalam insiden itu dijangka terus meningkat.\u00a0Dalam perkembangan berkaitan, isteri kepada vokalis kepada Kumpulan Seventeen yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu ditemui mati.\u00a0Kes Bogel Dan Amuk, Tahanan Reman Seorang Wanita Disambung Dua Hari\u00a0Tahanan reman seorang wanita disambung dua hari lagi berhubung kes berbogel dan mengamuk dengan sebilah pisau di hadapan sebuah hotel di Wakaf Che Yeh, 16 Disember lalu.\u00a0Menurut Polis Kelantan, wanita itu mendakwa dia tidak sedarkan diri seperti dirasuk sesuatu sehingga bertindak demikian.\u00a0Sementara itu, ujian air kencing mendapati dia tidak berada di bawah pengaruh dadah serta tidak mempunyai sebarang rekod sebagai pesakit mental.Kerajaan Lantik Peguam Pemerhati Untuk Kes Kematian Allahyarham Muhammad Adib\u00a0Kerajaan melantik peguam pemerhati bagi kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib yang dipercayai dipukul ketika kekecohan di sebuah kuil di Subang Jaya, bulan lalu.Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan\u00a0berkata peguam berkenaan akan memberikan khidmat nasihat guaman kepada keluarga Adib dan Jabatan Bomba.Malah, peguam itu juga membantu polis dan pihak pendakwaan dalam persediaan prosiding kes itu.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72671", "title": "23 Cedera Helikopter Mendarat Cemas di Sekolah", "body": "\n\u2190 Back to list\n23 Cedera Helikopter Mendarat Cemas di Sekolah\nOct 04, 2016\n\nSebuah helikopter TUDM melakukan pendaratan cemas di SMK Balung, Tawau pagi tadi.Ia menyebabkan 14 anggota TUDM, 8 murid sekolah dan seorang pekerja pembersihan cedera.Insiden itu turut mengakibatkan struktur bumbung sebuah bangunan SMK Balung rosak teruk.Susulan itu, sekolah berkenaan ditutup 2 hari bagi tujuan siasatan dan keselamatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=147884", "title": "Banjir: Bank Setuju Beri Moratorium", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir: Bank Setuju Beri Moratorium\nMar 08, 2023\n\n\nBanjir: Bank Setuju Beri Moratorium\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 3 bank telah bersetuju beri moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Johor.\nBaru-baru ini, kerajaan Johor merayu moratorium antara 3 hingga 6 bulan diberi kepada mangsa banjir di negeri itu bagi meringankan beban mereka.\nSementara itu Ahli Persatuan Insurans Am Malaysia bersedia membantu dan mempercepatkan proses tuntutan oleh pemegang polisi yang terkesan dengan bencana banjir.\nDalam pada itu MetMalaysia ramal hujan lebat dan ribut petir melanda pedalaman dan barat Semenanjung pada sebelah petang dan malam sehingga hujung minggu ini.\nKetika ini kira-kira 42,000 mangsa banjir di Johor, Pahang dan Melaka berlindung di PPS.\n\u00a0\nKerajaan Cari Jalan Elak Rakyat Hijrah\nKementerian Sumber Manusia sedang merangka langkah untuk hadapi fenomena penghijrahan keluar rakyat Malaysia yang berpelajaran tinggi untuk cari peluang kerja lebih baik.\nKerajaan turut memaklumkan lebih 1.8 juta rakyat Malaysia kini menetap di luar negara dengan lebih sejuta daripada jumlah itu menetap di Singapura.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79009", "title": "Tabung Haji masih terima sokongan pendeposit.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTabung Haji masih terima sokongan pendeposit.\nDec 12, 2018\n\nTabung Haji masih terima sokongan daripada pendeposit biarpun bakal diletakkan di bawah\u00a0seliaan Bank Negara\u00a0Malaysia bermula tahun\u00a0depan.Jelasnya, tiada peningkatan mendadak dalam pengeluaran wang daripada\u00a0Tabung Haji susulan pelaksanaan\u00a0pelan\u00a0pemulihan dan penstrukturan semula\u00a0organisasi tersebut.Pihaknya juga sedang menimbang kaedah untuk mengurangkan kos operasi haji bagi mengekalkan kos mengerjakan ibadah itu.Permintaan gaji tidak munasabah punca pengangguran graduan baru.Permintaan gaji yang tidak munasabah jadi antara punca utama kepada pengangguran dalam kalangan graduan baru.Menurut NST, hasil Kajian Institut Penyelidikan Khazanah merumuskan majikan mengadu bahawa graduan baru meminta gaji yang terlalu tinggi.Menurut mereka, gaji purata bagi pekerja muda adalah pada kadar RM1,846.Kajian itu mendapati semakin ramai orang muda dalam lingkungan usia 18 dan 20 tahun kini bekerja separuh masa atau freelance, kerana kebebasan yang ditawarkan pekerjaan itu. \u00a0Tiga kru nelayan diculik penjenayah rentas sempadan.Polis Sabah sahkan tiga kru nelayan yang hilang di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan, minggu lalu dipercayai diculik penjenayah rentas sempadan.Jelasnya, pengesahan terkini dibuat isteri salah seorang mangsa yang memberitahu bahawa dia dihubungi suaminya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=117457", "title": "Rentas Negeri Mungkin Dibenarkan Pertengahan Bulan Depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRentas Negeri Mungkin Dibenarkan Pertengahan Bulan Depan.\nSep 28, 2021\n\n\nRentas Negeri Mungkin Dibenarkan Pertengahan Bulan Depan.\nMajlis Pemulihan Negara mencadangkan kebenaran merentas negeri pada pertengahan bulan depan.\nUjar Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kebenaran rentas sempadan negara juga sedang diperhalusi oleh kementerian-kementerian yang terlibat.\nKesemua cadangan itu akan dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan mengumumkan keputusan dalam masa terdekat.\nTan Sri Muhyiddin dalam pada itu melahirkan rasa puas hati dengan penurunan kes COVID-19.\nBeliau berkata ia menandakan pemberian vaksin khasnya kepada populasi dewasa berhasil.\n\u00a0\nPolis siasat insiden kereta potong garisan berkembar di Kelantan.\nPolis Kelantan siasat video viral yang menunjukkan kenderaan didakwa milik seorang timbalan menteri melanggar peraturan jalan raya.\nMenerusi video tersebut, kenderaan itu telah memotong kenderaan lain di hadapannya di garisan berkembar secara merbahaya.\n\u00a0\nBayi baru lahir maut di lubang tandas.\nSeorang bayi maut selepas terjatuh ke dalam lubang tandas sejurus dilahirkan di Sekinchan, Selangor.\nBayi itu itu dilapor dilahirkan secara tidak sengaja oleh ibunya yang mahu membuang air besar di tandas rumah.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72706", "title": "PM Mahu Semua Kementerian Teliti Cadangan Rakyat Untuk #Bajet2017", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM Mahu Semua Kementerian Teliti Cadangan Rakyat Untuk #Bajet2017\nSep 15, 2016\n\nPerdana Menteri mahu semua kementerian dan agensi kerajaan teliti cadangan yang diutarakan rakyat di laman khas 'bajet2017.najibrazak.com'Ujar Datuk Seri Najib Tun Razak, ia perlu kerana banyak cadangan rakyat menerusi laman berkenaan berkait dengan urusan kementerian.Orang ramai juga masih boleh memberikan cadangan dan pendapat bernas mengenai Bajet 2017 sehingga 19 September.Bajet 2017 akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73099", "title": "Akta Antiberita Tidak Benar 2018 sudah berkuatkuasa, namun ada pihak yang masih sebar berita palsu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAkta Antiberita Tidak Benar 2018 sudah berkuatkuasa, namun ada pihak yang masih sebar berita palsu.\nApr 13, 2018\n\nAkta Antiberita Tidak Benar 2018 sudah pun berkuatkuasa, namun masih ada pihak yang belum sedar akan akibat yang bakal ditanggung jika sebar berita palsu!Terbaru, ada poster bantuan cermin mata diubahsuai pihak tertentu menjadi bantuan pakaian dalam wanita sehingga ia viral dan difahamkan laporan polis sudah dibuat mengenainya.\u00a0Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang menetapkan hukuman penjara maksimum 6 tahun dan denda RM 500,000 mula berkuat kuasa kelmarin.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72035", "title": "Khairy Jamaluddin gesa golongan belia keluar mengundi pada PRU 14 nanti.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKhairy Jamaluddin gesa golongan belia keluar mengundi pada PRU 14 nanti.\nJan 27, 2018\n\nMenteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin gesa golongan belia keluar mengundi pada PRU 14 nanti.Jelasnya setiap individu memainkan peranan penting dalam memilih calon untuk memimpin negara.Beliau berkata demikian selepas ada gerakan memboikot sesi pilihanraya yang akan datang dengan menggunakan #undirosak baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80448", "title": "Tun M Tetap Tak Akan Hantar Pulang Dr Zakir Naik", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun M Tetap Tak Akan Hantar Pulang Dr Zakir Naik\nAug 23, 2019\n\nDr Zakir Naik Tak Akan ke Mana-ManaDr Zakir Naik tetap akan berada di negara ini.Itu jawapan tegas Perdana Menteri berkenaan desakan berterusan beberapa pihak yang mahu pendakwah antarabangsa berkenaan dihantar pulang ke India.Ujar Tun Dr Mahathir Mohamad, buat masa ini polis masih siasat dakwaan mengatakan pendakwah itu memainkan sentimen perkauman.Menurut Tun M lagi, sudah pasti status Penduduk Tetap (PR) Dr Zakir Naik akan ditarik balik jika hasil siasatan dapati beliau melakukan perkara tersebut.DBP Kesal Dengan KBSTindakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tukar nama Hari Sukan Negara kepada Malaysia Sports Challenge 2019 atau MySC\u201919 dikesali.Tegasnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan mesti digunakan di peringkat persekutuan.Katanya lagi, tindakan tersebut tidak selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam program rasmi kerajaan.Terdahulu KBS pertahankan pertukaran nama itu atas alasan ia bertujuan memperluaskan capaian program berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79314", "title": "Kerajaan Fokus Promosi Produk Keluaran Agensi & Kementerian ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Fokus Promosi Produk Keluaran Agensi & Kementerian \nFeb 07, 2019\n\nTimbalan Perdana Menteri berkata kerajaan hanya bantu promosi produk keluaran agensi kerajaan dan kementerian ke luar negara.Tegas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerajaan tidak terbabit dengan promosi produk keluaran syarikat swasta tempatan.Beliau mengulas mengenai isu seorang usahawan produk minuman yang berang dengan Menteri Belia dan Sukan.Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa tidak bantu mempromosikan produk usahawan itu, walaupun syarikatnya telah menaja sebuah acara kementerian.Bagaimanapun kementerian terbabit telah membayar balik kos penajaan itu untuk elak sebarang pertikaian.\u00a0Siasat Secara Terperinci Kes Tumbuk ATM\u00a0Kementerian Pertahanan akan siasat secara menyeluruh berhubung kes pegawai kanan ATM tumbuk anggota ATM lain, yang viral di laman sosial.Menterinya Mohamad Sabu berkata laporan terperinci akan dikeluarkan sebaik selesai siasatan tersebut.Oleh itu, orang ramai diminta bersabar dan hentikan sebarang spekulasi negatif berhubung insiden itu.Mahkamah Bebaskan Datuk Seri Najib Kes Ubah Wang Haram RM47 JutaMahkamah Kuala Lumpur, melepaskan tanpa membebaskan Datuk Seri Najib Razak daripada tiga tuduhan pengubahan wang haram berjumlah 47 juta ringgit yang dikemukakan minggu lalu.Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan Peguam Negara, tarik balik pendakwaan yang dikemukakan terhadap Najib.Hakim berkata pihak pendakwaan mempunyai bidang kuasa untuk tidak meneruskan atau menolak pendakwaan pada mana-mana peringkat perbicaraan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72544", "title": "Pertandingan 3 Penjuru PRK DUN Tanjong Datu", "body": "\n\u2190 Back to list\nPertandingan 3 Penjuru PRK DUN Tanjong Datu\nFeb 04, 2017\n\nPRK DUN Tanjong Datu di Sarawak menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Reformasi Negeri (STAR) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB).Calon BN Puan Sri Jamilah Anu akan ditentang calon PBDSB, Rapelson Richard Hamit dan calon STAR, Johnny Bob Aput.Seorang calon bebas, Asbor Abdullah turut mengemukakan borang pencalonan, namun ditolak SPR.PRK Tanjung Datu diadakan selepas penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pada 11 Januari lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72267", "title": "3 rakyat Malaysia mangsa culik Abu Sayyaf diselamatkan", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 rakyat Malaysia mangsa culik Abu Sayyaf diselamatkan\nMar 27, 2017\n\n3 lagi daripada 5 rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di perairan Lahad Datu, Sabah Julai tahun lalu, diselamatkan pihak berkuasa Filipina.Menurut Komander Esscom, mangsa diselamatkan dalam satu operasi di perairan Sulu, tengah malam tadi.2 lagi mangsa sudah dilepaskan lebih awal dan kini berada di tanah air.PM memaklumkan, 2 mangsa berkenaan akan dirawat di Hospital Selayang, Selangor.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=111509", "title": "KKM Tidak Keluarkan Kad Vaksinasi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM Tidak Keluarkan Kad Vaksinasi.\nJul 28, 2021\n\n\nDakwaan kononnya Kementerian Kesihatan mengeluarkan kad vaksinasi adalah palsu!\nJelas KKM, kad vaksinasi dan kod QR yang digunakan dalam sidang media pada Mac lalu hanyalah sampel untuk ditunjukkan kepada petugas media.\nKKM juga tidak buat sebarang perolehan kepada mana-mana pihak atau syarikat berhubung pengeluaran kad vaksinasi itu.\nBuat masa ini sijil digital vaksinasi untuk individu yang telah lengkap 2 dos vaksin hanya boleh diakses menerusi aplikasi MySejahtera.\n\u00a0\nTiada tindakan disiplin diambil\u00a0terhadap doktor sertai protes aman.\nMenteri Kesihatan beri jaminan, tiada sebarang tindakan disiplin akan diambil terhadap doktor yang terlibat dalam protes aman, Isnin lalu.\nKeputusan itu disokong beberapa Ahli Parlimen termasuk pembangkang di Dewan Rakyat semalam.\nMereka juga minta isu dan permintaan doktor kontrak diselesaikan segera.\nSementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan mencadangkan agar jawatankuasa khas dibentuk bagi menyelesaikan isu berkaitan doktor kontrak.\nTan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia termasuklah usaha membantu doktor kontrak dalam KKM diberikan jawatan tetap.\n\u00a0\nAktiviti rentas negeri cetuskan 3 kluster baru Covid-19.\nKluster Kampung Hutan Puteh di Kelantan, Kluster Kampung Anak Ikan di Terengganu dan Kluster Paya Keladan di Pahang kini telah merekodkan 68 kes positif.\nSemalam, 42 kluster baru dikesan di seluruh negara - angka paling tinggi pernah direkodkan dalam sehari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72075", "title": "Tun Dr Mahathir Mohamad yakin mampu dapatkan kembali wang 1MDB di luar negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun Dr Mahathir Mohamad yakin mampu dapatkan kembali wang 1MDB di luar negara.\nMay 16, 2018\n\nTun Dr Mahathir Mohamad yakin mampu dapatkan kembali wang 1MDB di luar negara.Menurutnya ia sebagai salah satu langkah untuk menyelesaikan isu hutang negara.Tambah beliau beberapa negara yang dipercayai memiliki wang milik 1MDB akan dihubungi untuk mendapatkan semula wang tersebut termasuk hampir 18 bilion ringgit di Amerika.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81669", "title": "Mahasiswa terkandas mula balik kampung", "body": "\n\u2190 Back to list\nMahasiswa terkandas mula balik kampung\nApr 27, 2020\n\nMahasiswa terkandas mula balik kampungFoto - Jabatan Perdana MenteriSeramai 1,128 kumpulan pertama pelajar IPT dan IPTS di bawah KPT yang terkandas di kampus akan mula bergerak ke kampung halaman masing-masing, malam ini.Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan melibatkan pelajar dari sembilan buah univerisiti dari zon tengah ke utara dan dari zon utara ke zon tengah.Penghantaran pulang pelajar-pelajar ke Sabah dan Sarawak pula akan bermula 1 Mei menerusi Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu (Zon Timur) KLIA (Zon Tengah), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Zon Utara) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (Zon Selatan.-----FAQ pergerakan sekali jalan akan dikeluarkan PDRMFoto - mStar OnlinePDRM akan mengeluarkan soalan lazim (FAQ) berhubung pergerakan pulang individu yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing dalam tempoh terdekat.Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, FAQ itu akan dikeluarkan selepas kerajaan membincangkan dan memutuskan prosedur operasi standard (SOP) yang akan diguna pakai.Individu yang ingin berbuat demikian terdahulu perlu buat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula semalam, namun kebenarannya masih di peringkat kajian dengan nasihat Kementerian Kesihatan.-----Jangan terbangkan dron sewaktu PKPFoto - ULSemua pihak termasuk pengamal media diingatkan untuk tidak menerbangkan dron di mana-mana lokasi seluruh negara dalam tempoh PKP.Menurut PDRM, mereka yang bersalah boleh dikenakan denda minimum RM50,000 atau tiga tahun penjara bagi individu atau denda maksimum RM100,000 untuk badan korporat.Sepanjang pelaksanaan PKP, pihaknya mengesan empat kes pengendalian dron tanpa kebenaran PDRM serta permit CAAM di seluruh negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73164", "title": "PRK Port Dickson perlu jadi pilihanraya yang adil dan bersih.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPRK Port Dickson perlu jadi pilihanraya yang adil dan bersih.\nOct 03, 2018\n\nPilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson perlu jadi contoh sebagai pilihan raya adil dan bersih.Itu hasrat SPR terhadap pilihanraya yang bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru pada 13 Oktober ini.Foto: Berita HarianJusteru, pengerusinya, Azhar Azizan Harun mengingatkan calon dan penyokong mereka agar aktiviti berkempen dijalankan mengikut undang-undang.Dalam pada itu, SPR tubuhkan Jawatankuasa Dasar Penambahbaikan Daftar Pemilih bagi meningkatkan ketepatan daftar pemilih serta pendaftaran pengundi baru.Datin Seri Rosmah Mansor diminta hadir ke ibu pejabat SPRM hari ini, kali ketiga sejak Jun.Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu dijangka tiba jam 11 pagi nanti untuk dirakam percakapannya bagi membantu siasatan kes 1MDB.Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM tidak tolak kemungkinan Datin Seri Rosmah akan didakwa dalam masa terdekat.Ibu bapa yang mahu menamakan anak mereka dengan nama pelik dan ditegah perlu buat permohonan khas kepada JPN.Jabatan itu memaklumkan, kedua-dua ibu bapa yang terlibat perlu menyatakan persetujuan untuk menggunakan nama berkenaan.Foto: MstarAntara kategori nama pelik dan ditegah oleh JPN adalah nama yang tidak elok maksudnya, buah-buahan, binatang, peralatan dan lucah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72212", "title": "Kerajaan jamin keselamatan rakyat di Korea Utara", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan jamin keselamatan rakyat di Korea Utara\nMar 17, 2017\n\nWisma Putra sahkan dapat berhubung hampir setiap hari dengan 9 warga Malaysia yang dilarang keluar dari Korea Utara.Pihaknya juga memberi jaminan bahawa mereka berada dalam keadaan baik di negara itu.Korea Utara larang 9 warga Malaysia berkenaan keluar dari negara tersebut ekoran pertikaian diplomatik susulan kes bunuh seorang warganya di klia2, bulan lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70364", "title": "Sudah 3 Minggu Tiada Kertas Siasatan Baru Berita Palsu COVID-19 ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSudah 3 Minggu Tiada Kertas Siasatan Baru Berita Palsu COVID-19 \nJun 22, 2020\n\nSudah 3 Minggu Tiada Kertas Siasatan BaruTiada kertas siasatan baru dibuka PDRM dan SKMM berkaitan berita tidak sahih COVID-19 dalam tempoh 3 minggu ini.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia menunjukkan kesedaran masyarakat telah meningkat tentang pentingnya tidak berkongsi berita palsu.Dalam perkembangan berkaitan, portal kerajaan tangkis maklumat dan berita palsu \u2018sebenarnya.my\u2019 kini mencecah 137 juta pengguna.Dalam pada itu KKM mengingatkan, jangkitan COVID-19 masih wujud dalam komuniti!\u00a0Justeru semua pihak diminta tidak terlalu selesa, sebaliknya terus mengamalkan langkah pencegahan.\u00a0Antara yang perlu diberi perhatian adalah ketika aktiviti kunjung-mengunjung melibatkan warga emas dan kanak-kanak.\u00a0Premis Gunting Rambut PatuhTahap pematuhan SOP PKPP di premis gunting rambut dan dandanan sangat baik.Berdasarkan pemantauan kerajaan, 90 peratus patuh dengan SOP dan tidak mengenakan harga melampau.\u00a0Malah belum ada lagi premis yang diarahkan tutup kerana ingkar.\u00a0Sementara itu semalam 16 kes baru COVID-19 dicatatkan, menjadikan jumlah kes keseluruhan naik kepada 8,572.\u00a0Kes aktif pula kini hanya 295, manakala 95 peratus pesakit sudah sembuh sepenuhnya.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80818", "title": "Golongan wanita jadi sasaran utama sindiket 'scam'.", "body": "\n\u2190 Back to list\nGolongan wanita jadi sasaran utama sindiket 'scam'.\nNov 13, 2019\n\nJangan terlalu mudah kongsikan maklumat peribadi atau butiran akaun bank kepada individu tidak dikenali.Itu nasihat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terutamanya buat golongan wanita yang jadi sasaran utama sindiket 'scam'.Bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, lebih 1,900 kes Macau scam telah direkodkan dan sebahagian besarnya\u00a0melibatkan mangsa wanita.Jelasnya, ini kerana kaum hawa mudah terpedaya dengan dakwaan palsu sindiket itu kononnya mereka terlibat dengan jenayah dan hutang.Kempen pilihan raya rumah ke rumah dan tinjauan mesra atau 'walkabout' \u00a0perlu ada permit polis!Tegas SPR, ini kerana ia juga satu bentuk kempen dan perlu mempunyai tempoh masa dan lokasi yang jelas bagi tujuan pemantauan.Suruhanjaya itu juga telah mengadakan perjumpaan dengan calon PRK Parlimen Tanjung Piai bagi menjelaskan dan selaras isu berkaitan permit kempen.Pilihan raya kecil kawasan itu akan berlangsung Sabtu ini menyaksikan pertandingan 6 penjuru antara calon PH, BN, Gerakan, Berjasa dan 2 Bebas.Vape tidak didaftarkan dengan KKM sebagai alat berhenti merokok.Setakat ini tiada sebarang vape didaftar dengan Kementerian Kesihatan sebagai alat atau ubat untuk berhenti merokok.KKM juga memaklumkan, cecair vape yang mengandungi nikotin dikawal di bawah Akta Racun.Ia juga hanya boleh dibeli daripada ahli farmasi berlesan dan pengamal perubatan berdaftar untuk tujuan rawatan perubatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79849", "title": "Rancang perbelanjaan di musim perayaan - PPIM", "body": "\n\u2190 Back to list\nRancang perbelanjaan di musim perayaan - PPIM\nMay 04, 2019\n\nFoto - joycekoonshondaPengguna dinasihat agar merancang perbelanjaan masing-masing bagi mengelak berlakunya ketirisan kewangan semasa tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri.Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, selain bergantung sepenuhnya dengan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan, pengguna sendiri sepatutnya cuba ubah tabiat berbelanja.Foto - mStarOnlineTambahnya, pengguna juga perlu ubah tabiat membeli-belah dan mengelak berbelanja pada saat-saat akhir kerana ia boleh menyumbang kepada kenaikan harga.Beliau juga menggesa KDPNHEP memberi tumpuan bagi membimbing pengguna cara bagaimana untuk mengelakkan berbelanja berlebihan semasa musim perayaan.Foto - SaysBaru-baru ini, kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penguatkuasaan SKHMP sempena dengan Aidilftri selepas berbincang perkara itu dengan pemegang saham.KPDNHEP juga merancang untuk memasukkan lebih banyak barang di bawah skim itu agar pengguna mempunyai banyak pilihan dan mereka boleh membeli pada harga yang lebih murah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72231", "title": "Budak 12 tahun lemas di kolam renang hotel.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBudak 12 tahun lemas di kolam renang hotel.\nApr 10, 2017\n\nSeorang kanak-kanak berusia 12 tahun maut akibat lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di Sungai Petani, Kedah.Ketika kejadian, mangsa dilapor berada di kolam di bawah pengawasan bapanya, selepas selesai mengikuti satu program anjuran sekolahnya di hotel terbabit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72940", "title": "9 maut nahas di Tapah, Perak", "body": "\n\u2190 Back to list\n9 maut nahas di Tapah, Perak\nOct 28, 2017\n\nSembilan maut, seorang dilaporkan parah dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan lori ais di Tapah, Perak, pagi tadi.Mereka yang maut adalah pekerja ladang iaitu lapan wanita dan seorang lelaki berusia antara 40 hingga 60 tahun.Mangsa yang cedera ialah pemandu lori ais namun identiti mangsa belum diperoleh.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=117407", "title": "Peka Dengan Gejala COVID-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeka Dengan Gejala COVID-19.\nSep 27, 2021\n\n\nPeka Dengan Gejala Awal COVID-19.\nMenteri Kesihatan nasihatkan orang ramai supaya lebih peka dengan tanda-tanda awal jangkitan Covid-19.\nJelas Khairy Jamaluddin, ia penting supaya tiada yang menganggap gejala ringan wabak tersebut tidak memudaratkan.\nOrang ramai katanya perlu bersedia jalani ujian calitan kendiri atau merujuk ke klinik jika bergejala bagi mengenalpasti seseorang itu positif Covid-19 atau tidak dengan segera.\nSementara itu, Sarawak jadi negeri pertama yang bakal terima dos penggalak vaksin Covid-19 mulai bulan depan.\nJelas Khairy, pada peringkat awal, ia akan diberikan kepada golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan serius atau komorbiditi.\n\u00a0\nGuru tolak vaksin mungkin ditukar tempat mengajar.\nMana-mana guru yang menolak vaksin COVID-19 mungkin akan ditukarkan tempat mengajar.\nMenurut Menteri Pendidikan, ia antara jalan penyelesaian untuk memastikan pelajar dapat kembali ke sekolah dengan selamat.\nSementara itu, semua pelajar Semester Dua Tingkatan 6 di Kedah boleh kembali ke sekolah mulai 10 Oktober ini.\nJelas Datuk Dr Radzi Jidin, ia bagi membolehkan mereka buat persiapan bersama guru menjelang peperiksaan STPM akhir bulan depan.\n\u00a0\nBPR akan mula dikreditkan ke akaun pengguna esok.\nBantuan Prihatin Rakyat, BPR Fasa 3 termasuk rayuan yang berjaya akan mula dikreditkan ke dalam akaun penerima esok!\nMenurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pembayaran secara berperingkat itu dijangka selesai pada 30 September.\nBeberapa lagi bantuan tunai seperti BKC dan Bantuan Kehilangan Pendapatan, BKP yang selanjutnya dijadual disalurkan pada Oktober hingga Disember nanti.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73124", "title": "Masyarakat harus dididik untuk fahami bahawa isu wanita sebenarnya isu lelaki.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMasyarakat harus dididik untuk fahami bahawa isu wanita sebenarnya isu lelaki.\nMar 08, 2018\n\nMasyarakat harus dididik untuk memahami bahawa isu wanita sebenarnya isu lelaki.Ujar Pakar Kajian Gender UM, Dr Ruhana Padzil, ini kerana layanan buruk ke atas wanita akan beri kesan buruk kepada fungsi sesebuah keluarga dan masyarakat.Justeru beliau menyeru semua pihak khasnya ibu bapa agar mendidik anak-anak lelaki menghormati dan menghargai kaum wanita dengan cara sewajarnya.Ini termasuk bersikap 'gentleman' atau lelaki budiman, juga tidak mendiskriminasi wanita dalam kerjaya dan mengeksloitasi mereka termasuk secara seksual.Hari ini merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia bertemakan '#pressforprogress'.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73028", "title": "Datuk Seri Jamal Md Yunos akhirnya ditahan Polis Indonesia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Jamal Md Yunos akhirnya ditahan Polis Indonesia.\nJul 03, 2018\n\nSetelah hampir 2 bulan diburu polis, Datuk Seri Jamal Md Yunos akhirnya ditahan Polis Indonesia!Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PDRM telah dihubungi untuk menyelaras urusan bawa pulang Jamal ke negara ini.\u00a0Dalam pada itu, peguam kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berharap tiada sebarang tindakan diambil di Indonesia terhadap anak guamnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80989", "title": "Bekalan air dari Loji Rawatan Air Sungai Semenyih kini bebas daripada pencemaran bau.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBekalan air dari Loji Rawatan Air Sungai Semenyih kini bebas daripada pencemaran bau.\nDec 24, 2019\n\nBekalan air dari Loji Rawatan Air Sungai Semenyih kini bebas daripada pencemaran bau.Bagaimanapun, loji Bukit Tampoi belum beroperasi semula kerana pencemaran bau masih dikesan di kawasan tersebut.Menurut Air Selangor, bekalan air telah diagihkan semula kepada pengguna mulai malam tadi dan ia dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 72 jam.Semua lorong tambah nilai di plaza tol PLUS ditutup sempena Krismas dan Tahun Baru.Semua lorong tambah nilai di plaza tol PLUS akan ditutup bermula hari ini hingga Khamis minggu depan sempena cuti Krismas dan Tahun Baru.Pihaknya juga menjangkakan peningkatan jumlah trafik kepada 2 juta kenderaan sepanjang musim perayaan ini berbanding 1.7 juta pada hari biasa.Sementara itu sempena Krismas juga, pengguna bakal nikmati diskaun tol antara 10 hingga 33 peratus di 13 lebuh raya antaranya LDP, MEX, KESAS dan LPT1.Jangan sebarkan berita tidak benar yang boleh datangkan panik dalam kalangan masyarakat!Itu nasihat Ketua Polis KL mengenai bangunan didakwa condong di Jalan Conlay yang fotonya kini viral di media sosial.Hasil pemeriksaan mendapati bangunan itu masih dalam pembinaan dan ia condong disebabkan reka bentuknya, bukan kerana ia akan runtuh.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70779", "title": "Tempoh perbaharui lesen dilanjutkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nTempoh perbaharui lesen dilanjutkan\nAug 30, 2020\n\nMasih ada masa untuk perbaharui lesenKerajaan akan lanjutkan tempoh pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan sehingga 30 September ini.Menteri Pengangkutan berkata pelanjutan tempoh itu adalah untuk beri tempoh yang cukup kepada orang ramai untuk perbaharui lesen mereka.Terdahulu, kerajaan umum pengecualian memperbaharui lesen berkenaan sejak Mac lalu untuk elakkan kesesakan di kaunter agensi-agensi berkaitan dalam usaha mengekang penularan COVID-19.Dalam pada itu, Malaysia catatkan 11 kes baru COVID-19 semalam manakala 8 lagi kes telah pulih.---Permintaan pelitup muka mampu dipenuhiKerajaan yakin mampu penuhi perintaan pelitup muka di negara ini.Ini selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh PKPP yang sepatutnya berakhir esok akan dilanjutkan sehingga 31 Disember.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata buat masa ini terdapat 13 pengilang tempatan beroperasi membuat pelitup muka berbanding hanya 4 kilang sahaja sebelum penularan COVID-19.Dalam pada itu, pihak kementerian sedang mengkaji semua aspek sebelum menurunkan harga siling pelitup muka kepada bawah seringgit.---Kerusi DUN Slim kekal milik BNMohd Zaidi Aziz memenangi pertandingan 3 penjuru pada PRK DUN Slim semalam.Calon Barisan Nasional itu terima lebih 13 ribu undi untuk menang dengan hampir 11 ribu majoriti.Mohd Zaidi sifatkan kemenangannya itu sebagai bukti permuafakatan antara parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional.SPR maklumkan peratus pengundi yang keluar mengundi pada PRK DUN Slim hanya kira-kira 68 peratus, jauh lebih rendah berbanding sasaran awal iaitu 85 peratus.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80179", "title": "Kes guru tampar murid di Kuantan sudah temui jalan penyelesaian.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes guru tampar murid di Kuantan sudah temui jalan penyelesaian.\nJun 30, 2019\n\nKes tular guru tampar murid tingkatan 4 kerana bercakap tidak sopan di Kuantan yang tular baru-baru ini menemui jalan penyelesaian.Difahamkan, keluarga murid berkenaan sudah tarik balik laporan polis dan kedua-dua pihak sudah berdamai.Menurut laporan, insiden itu tercetus akibat perbalahan mengenai kerja sekolah.Tiada persekolahan ganti bagi semua 111 sekolah yang ditutup di Pasir Gudang sejak Selasa lalu.Jabatan Pendidikan Negeri Johor juga memaklumkan, secara keseluruhannya sekolah beroperasi seperti biasa hari ini dan kehadiran pelajar berada pada tahap baik.Hari ini semua institusi pendidikan di Pasir Gudang kembali dibuka semula selepas 5 hari akibat isu pencemaran.Bakal jemaah haji perlu bersiap sedia dengan cuaca panas di Tanah Suci.Bakal jemaah haji Malaysia dinasihat buat persiapan sewajarnya bagi hadapi cuaca panas di Tanah Suci yang boleh mencecah sehingga 50 darjah celsius!Antara aspek yang ditekankan ialah pemakaian yang selesa dan minum air secukupnya di sana nanti bagi elak risiko terkena strok haba.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72491", "title": "Kerajaan Akan Percepat Pendaftaran Sekolah Agama Persendirian", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Akan Percepat Pendaftaran Sekolah Agama Persendirian\nApr 30, 2017\n\nKementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri bagi percepat pendaftaran sekolah agama persendirian termasuk madrasah dan tahfiz.\u00a0Ujar menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid perbincangan akan diadakan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam masa terdekat.Langkah itu sejajar program Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu.Ia bagi membolehkan sekolah-sekolah dipantau dan mematuhi prosedur yang digariskan kementerian.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72728", "title": "Murid 11 Tahun di Miri Bukan Diculik", "body": "\n\u2190 Back to list\nMurid 11 Tahun di Miri Bukan Diculik\nAug 17, 2016\n\nMenurut polis, dia sebenarnya dibawa pulang oleh ahli keluarga sendiri iaitu abang iparnya.\u00a0Terdahulu, kehilangan pelajar itu dilaporkan oleh abangnya kerana dia tidak pulang ke rumah selepas waktu persekolahan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71926", "title": "Tiada telur dan produk hasilan telur yang tercemar fipronil berada dalam pasaran negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada telur dan produk hasilan telur yang tercemar fipronil berada dalam pasaran negara.\nAug 15, 2017\n\nKementerian Kesihatan sahkan tiada telur dan produk hasilan telur dari Eropah termasuk yang tercemar fipronil di Belanda, berada dalam pasaran negara ini.Jelasnya, ini kerana Malaysia \u00a0tidak mengimport telur ayam dari benua berkenaan.Terdahulu, beberapa negara di Eropah menarik balik berjuta-juta telur ayam daripada pasaran selepas fipronil dikesan pada produk berkenaan. \u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70909", "title": "Tak Sama...", "body": "\n\u2190 Back to list\nTak Sama...\nSep 21, 2020\n\nTak Sama...Insiden sebuah kereta remuk teruk di Cheras malam tadi bukan disebabkan runtuhan konkrit seperti yang sedang tular.Jelas polis Kuala Lumpur, ia sebaliknya disebabkan rempuhan kenderaan dari belakang yang membawa kren.Bagaimanapun namun pemandu terbabit tidak mengalami kecederaan.Sementara itu, insiden panel konkrit tembok lebuh raya dalam pembinaan jatuh menghempap sebuah kereta di ibu kota baru-baru ini tidak patut terjadi.Justeru Kementerian Kerja Raya mengarahkan tindakan tegas ke atas pihak bertanggungjawab kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa.Kejadian ngeri itu berlaku kelmarin namun mangsa, seorang pemandu wanita terselamat dan hanya alami kecederaan ringan.Internet Percuma Untuk Penuntut IPTKementerian Komunikasi dan Multimedia akan mempertimbangkan cadangan menyediakan internet percuma di IPT seluruh negara.Ia bertujuan meringankan beban penuntut yang tidak mampu melanggan perkhidmatan internet yang kini boleh dianggap keperluan.Jika menjadi kenyataan, UiTM dijangka jadi perintis sebelum diperluaskan ke IPT lain.Kabinet Bincang Situasi COVID-19 Menjelang PRN SabahJawatankuasa Khas Kabinet akan bincang peningkatan kes COVID-19 di Sabah esok.Ia bagi meneliti aspek keselamatan dan kesihatan penduduk menjelang pilihan raya negeri itu hujung minggu ini.Kerajaan turut mengingatkan orang ramai termasuk ahli politik yang ke Sabah untuk\u00a0berkempen semasa pilihan raya\u00a0ini\u00a0supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Semalam negara mencatatkan 52 kes baru COVID-19 dengan lebih separuh daripadanya direkodkan di Sabah.Sementara itu, satu kluster baru dikesan di Pulau Pinang iaitu Kluster Ara.Foto: BERNAMA & ihsan pembaca\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80696", "title": "Tindakan mungkin diambil terhadap ketua juri dan panel usul debat Piala Tun Razak.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTindakan mungkin diambil terhadap ketua juri dan panel usul debat Piala Tun Razak.\nOct 16, 2019\n\nTindakan mungkin akan diambil terhadap ketua juri dan panel pemilih usul debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak, baru-baru ini.Menurut Kementerian Pendidikan, perkara itu akan diteliti susulan dakwaan viral isu tajuk debat berkenaan dikatakan\u00a0menyentuh sensitiviti agama Islam.Dalam pada itu, UiTM memaklumkan penyertaan 2 pelajarnya sebagai ketua juri dan panel pemilih usul dalam pertandingan debat itu dibuat tanpa pengetahuan pihaknya.Pihaknya akan menjalankan siasatan dalaman secara adil dan menyeluruh agar tindakan sewajarnya dapat dikenakan terhadap pihak terlibat.Penerima BSH daripada golongan B40 kini boleh semak kelayakan PSP secara online.Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.Jika ada nama penerima bantuan yang tercicir,\u00a0mereka boleh melengkapkan maklumat rayuan\u00a0dalam portal tersebut.60% lepasan ijazah dan ke atas masih menganggur selepas setahun tamat pengajian.Kajian Kementerian Pendidikan tahun lalu mendapati hampir 60 peratus lepasan ijazah dan ke atas masih menganggur selepas setahun tamat pengajian.Disebabkan itu KPM kini melaksanakan saringan ketat terhadap program yang hendak ditawarkan universiti awam, UA agar sesuai kehendak pasaran kerja.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80206", "title": "Protes Jalanan Nanti Bukan Lagi Kesalahan", "body": "\n\u2190 Back to list\nProtes Jalanan Nanti Bukan Lagi Kesalahan\nJul 05, 2019\n\nProtes Jalanan Nanti Bukan Lagi KesalahanDewan Rakyat meluluskan Pindaan ke atas Akta Perhimpunan Aman 2012.Ia antaranya bertujuan menjadikan protes jalanan bukan lagi sebagai satu kesalahan!Turut terkandung dalam pindaan itu ialah pengemukaan notis pemberitahuan kepada pihak berkuasa bagi perhimpunan dipendekkan daripada 10 kepada 5 hari.Pasangan Warga Emas Terkejut kereta Tertusuk Anak PanahSepasang suami isteri warga emas terkejut kereta mereka dipanah semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat di Kuantan, Pahang.Anak panah dilapor tersasar daripada padang latihan sebuah sekolah, namun kes dianggap selesai selepas sekolah mohon maaf dan bayar ganti rugi.Pihak sekolah juga setuju memberhentikan sementara aktiviti dan latihan sukan itu sehingga mereka pasang jaring keselamatan.\u00a0Pencemaran di Pasir Gudang: KKM Pemeriksa\u00a0Lanjut MangsaKementerian Kesihatan akan buat pemeriksaan lanjut ke atas seorang kanak-kanak yang dilapor menghidap Myokymia di Pasir Gudang.Pihaknya mahu dapat kepastian sama ada penyakit itu yang menyebabkan anggota badan menggeletar ada kaitan dengan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim atau tidak.Foto: Sinar Harian dan AWANI\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72533", "title": "PDRM nafi sengaja lengahkan proses penghantaran pulang mayat Kim Jong Nam", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM nafi sengaja lengahkan proses penghantaran pulang mayat Kim Jong Nam\nFeb 18, 2017\n\nKetua Polis Negara tepis dakwaan Korea Utara kononnya Malaysia sengaja melengahkan proses penghantaran pulang mayat abang pemimpin negara itu, Kim Jong Nam.Tegas Tan Sri Khalid Abu Bakar, selagi ujian DNA daripada waris tidak diperolehi untuk melengkapkan siasatan, pihak Korea Utara harus patuh kepada undang-undang negara ini.Malah katanya, pihak Korea Utara boleh mendapatkan nasihat daripada peguam mereka jika tidak bersetuju dengan tindakan polis.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72583", "title": "Persatuan Pengusaha Bas Mahu 'Situasi Menang-Menang'", "body": "\n\u2190 Back to list\nPersatuan Pengusaha Bas Mahu 'Situasi Menang-Menang'\nDec 27, 2016\n\nKerajaan perlu mewujudkan 'situasi menang-menang' jika mahukan cadangan menaikkan gaji pemandu bas dilaksanakan di negara ini.Menurut Persatuan Pengusaha-pengusaha Bas Se-Malaysia, cadangan itu boleh dipertimbang jika penggiat industri dibenar kenakan tambang bas yang lebih fleksibel.Semalam, SPAD saran pengusaha bas beri gaji asas lebih tinggi kepada pemandu serta semak semula mekanisme pemberian komisen mengikut jumlah perjalanan.Langkah itu bagi elak pemandu bas terlalu mengejar komisen sehingga terdedah kepada risiko nahas jalan raya akibat faktor keletihan dan pemanduan melebihi had laju.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=100542", "title": "Imunisasi COVID-19 : Malaysia Berada Di Landasan Tepat!", "body": "\n\u2190 Back to list\nImunisasi COVID-19 : Malaysia Berada Di Landasan Tepat!\nMar 09, 2021\n\nMalaysia kini berada di landasan yang tepat untuk capai sasaran 80 peratus rakyat divaksin dalam usaha membentuk imuniti kelompok bagi memerangi Covid-19.\n\nMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi berharap lebih ramai lagi individu mendaftar sebagai penerima vaksin dan pihaknya sasar untuk capai lebih 5 juta orang dalam tempoh 2 minggu.\nSetakat ini, 3.8 juta rakyat sudah mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin tersebut.\nKJ penerima vakin Sinovac pertama di Malaysia\nMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin bakal jadi penerima pertama vaksin Sinovac di negara ini!\nIni selepas vaksin dari China itu diberikan kebenaran bersyarat oleh Kementerian Kesihatan.\n\nTerdahulu, KJ berkata beliau tidak akan mengambil suntikan vaksin Pfizer, sebaliknya akan mengambil vaksin seterusnya yang akan diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara.\nLangkah itu katanya bagi menepis dakwaan kononnya golongan pemimpin hanya akan mengambil vaksin Pfizer sahaja.\nProses permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2021/2022 percuma \nTiada bayaran proses UPUOnline bagi permohonan ke IPTA dan ILKA bagi sesi akademik 2021/2022.\n\nKementerian Pengajian Tinggi membuat keputusan itu bagi meringankan beban calon penuntut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71760", "title": "Penjenayah Larikan ATM Guna Jengkaut", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenjenayah Larikan ATM Guna Jengkaut\nFeb 25, 2016\n\nMereka kemudian meninggalkan jengkaut di tempat kejadian dan melarikan mesin ATM menaiki kenderaan pacuan 4 roda.Polis sedang menyiasat jumlah wang yang dilarikan dan pemilik jengkaut.*foto PDRM\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72608", "title": "Kerajaan Kaji Permintaan Naik Harga Gula", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Kaji Permintaan Naik Harga Gula\nNov 24, 2016\n\nKerajaan sedang kaji permintaan pengeluar gula bagi menaikkan harga bahan itu berikutan kos mentah yang semakin meningkat.Menurut KPDNKK, perbincangan mengenai perkara berkenaan telah bermula sejak sebulan lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79452", "title": "JPJ Nafi Berlaku Insiden Pertengkaran Di Kaunter Miliknya ", "body": "\n\u2190 Back to list\nJPJ Nafi Berlaku Insiden Pertengkaran Di Kaunter Miliknya \nFeb 27, 2019\n\nJPJ tegaskan insiden pertengkaran yang berlaku di kaunter perkhidmatan kerajaan, yang menjadi viral baru-baru ini, tiada kaitan dengan agensinya.\u00a0Hasil siasatannya mendapati kejadian\u00a0itu tidak berlaku di premis atau pejabat JPJ, sebagaimana diuar-uarkan dalam media sosial.Video berkenaan menunjukkan lelaki mengamuk, kerana selepas empat jam menunggu, dia diarahkan datang semula kerana telah sampai waktu rehat. \u00a0Pengusaha Feri Penumpang Jom Kita Jumpa!Jabatan Bomba Kedah berkata tiada pengusaha feri pernah cuba dapatkan khidmat nasihat pihaknya, mengenai prosedur menyelamat dan memadam kebakaran.Malah bomba juga difahamkan, agensi terbabit tidak mempunyai kelengkapan untuk berbuat demikian.Oleh itu, pihaknya gesa pengusaha feri supaya segera berbuat demikian, untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.Isnin lalu, lebih 50 penumpang berjaya diselamatkan selepas sebuah feri terbakar ketika dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis.\u00a0PAS Bagi Laluan Kepada Calon BN\u00a0PAS Negeri Sembilan umum tidak akan bertanding di Pilihan Raya Kecil Dun Rantau.Sebaliknya, parti itu akan beri sokongan dan laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk PRK itu.Terdahulu, Mahkamah Persekutuan istiharkan kekosongan kerusi Dun Rantau dan membatalkan kemenangan Datuk Seri Mohamad.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73282", "title": "Semua IPTA diarah guna kod respons pantas atau kod QR pada sijil akademik masing-masing mulai pertengahan tahun hadapan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemua IPTA diarah guna kod respons pantas atau kod QR pada sijil akademik masing-masing mulai pertengahan tahun hadapan\nNov 10, 2017\n\nKementerian Pendidikan Tinggi arah semua IPTA guna kod respons pantas atau kod QR pada sijil akademik masing-masing mulai pertengahan tahun hadapan.Ia akan membolehkan orang ramai terutama majikan semak maklumat graduan dengan lebih pantas melalui telefon pintar.Langkah itu sebagai usaha membendung isu pengeluaran sijil pengajian palsu yang berlaku ketika ini.Setakat ini beberapa universiti awam telah memiliki kod QR antara UUM dan UTeM\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73026", "title": "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan hadir ke pejabat SPRM jam 10 pagi ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan hadir ke pejabat SPRM jam 10 pagi ini.\nJul 02, 2018\n\nPresiden baru UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan hadir ke pejabat SPRM jam 10 pagi hari ini.Beliau dipanggil bagi membantu siasatan berhubung 2 kes berasingan termasuk dana dalam yayasan milik keluarga beliau.Sebelum ini, UMNO menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan bahawa yayasan tersebut ada menerima dana daripada syarikat 1MDB.Sementara itu, Jabatan Imigresen sahkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak dikenakan sekatan untuk ke luar negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72718", "title": "Ada Bank Tawar Skim Pinjaman Tanpa Slip Gaji Kepada Penjawat Awam", "body": "\n\u2190 Back to list\nAda Bank Tawar Skim Pinjaman Tanpa Slip Gaji Kepada Penjawat Awam\nSep 21, 2016\n\nCUEPACS mendedahkan terdapat bank di negara ini yang menawarkan skim pinjaman tanpa slip gaji kepada penjawat awam.Menurutnya, tindakan berkenaan akan menjerumus penjawat awam kepada muflis dan kemiskinan tegar.Sehubungan itu, CUEPACS gesa kerajaan dan Bank Negara campur tangan dalam perkara tersebut.Pihaknya juga gesa para penjawat awam tidak mudah terpedaya dengan nilai pembiayaan yang ditawarkan bagi elak kesusahan pada masa depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78948", "title": "Muhammad Adib tidak dilanggar oleh jentera bomba ketika kekecohan di kuil.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMuhammad Adib tidak dilanggar oleh jentera bomba ketika kekecohan di kuil.\nNov 29, 2018\n\nJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia nafi dakwaan kononnya anggotanya yang parah dalam insiden kekecohan di sebuah kuil di USJ 25, Subang Jaya adalah akibat dilanggar jentera pasukan itu!Foto: UtusanKetua Pengarahnya, Hamdan Wahid berkata demikian selepas rakaman video menunjukkan seorang anggota bomba dilanggar jentera itu viral di media sosial.Sementara itu, anggota bomba yang tercedera dalam kejadian itu, Muhammad Adib kini dilapor semakin pulih selepas menerima rawatan di IJN.Syed Saddiq belia paling berpengaruh di dunia.\u00a0Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tersenarai sebagai 100 Belia Paling Berpengaruh di dunia bagi tahun 2018!Lebih menarik, Ahli Parlimen Muar itu menduduki tangga ke-20 dalam senarai itu yang mengiktiraf beliau berumur 35 tahun dan ke bawah yang mula membina pengaruh dalam karier awal politik mereka. \u00a0Pada usia 26 tahun, Syed Saddiq merupakan menteri paling muda dalam sejarah negara selain Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.Majlis Tahfiz Negara bakal ditubuhkan tahun depan.Foto: Sinar HarianTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata ia sebagai usaha menyelaras dan mengawal selia sekolah tahfiz swasta yang berdaftar dengan kerajaan negeri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=109753", "title": "Op Bantu Dilancarkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nOp Bantu Dilancarkan.\nJul 07, 2021\n\n\nOp Bantu dilancarkan untuk bantu individu terputus bekalan makanan di seluruh negara.\nMenurut Kementerian Dalam Negeri, ia babitkan agihan hampir 50 ribu bakul makanan di semua IPD yang dijadikan pusat pengagihan dan penyimpanan bantuan.\nMana-mana individu terputus bekalan makanan katanya diminta hadir atau hubungi IPD berhampiran bagi mendapatkan bantuan segera.\n\u00a0\nAgihan bekalan vaksin fokus negeri tinggi kes Covid-19.\nPengagihan bekalan vaksin kini tertumpu ke arah negeri yang mempunyai kadar jangkitan Covid-19 yang tinggi.\nMenteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata negeri dan wilayah yang jadi sasaran pengagihan vaksin bulan ini ialah Selangor, KL, Labuan, Negeri Sembilan dan Kelantan.\n\u00a0\nPermohonan moratorium bermula hari ini.\nIndividu, perusahaan mikro dan PKS yang terjejas akibat pandemik COVID-19 boleh mohon moratorium selama 6 bulan mulai hari ini.\nPemohon tidak perlu bimbang kerana kelulusan akan diberikan secara automatik tanpa perlu dokumen sokongan.\nIa selaras dengan pakej PEMULIH yang diumumkan Perdana Menteri, baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71483", "title": "Tambah Baik Piawaian Halal", "body": "\n\u2190 Back to list\nTambah Baik Piawaian Halal\nDec 27, 2020\n\nTambah Baik Piawaian Halal\u00a0Kerajaan akan menambah baik piawaian halal terutama membabitkan daging dan produk daging import.Ia termasuk melihat semula bagaimana negara dan syarikat pengeksport memperoleh pensijilan halal.Baru-baru ini pihak berkuasa bongkar taktik kartel yang menyeludup daging dan menggunakan logo halal tidak sah.Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berpendapat isu terbabit lebih sesuai dibentangkan di Parlimen dalam kertas putih berbanding Suruhanjaya Siasatan Diraja.Jelas PPMM kepada Sinar Harian, ini kerana kertas putih mempunyai latar belakang untuk isu tersebut dan menyenaraikan cadangan sesuai bagi menanganinya.*foto sekadar hiasanEropah Sudah MulaBeberapa negara Kesatuan Eropah, EU mula memberikan vaksin COVID-19 kepada kumpulan paling berisiko.Antara negara EU yang paling terjejas teruk dan mula menerima vaksin adalah Itali, Sepanyol dan Perancis.Kelulusan dan pengagihan vaksin itu juga memberi harapan bahawa 2021 yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi akan menyaksikan COVID-19 dapat dibendung dengan jayanya.Aplikasi Untuk Golongan PekerjaKementerian Sumber Manusia akan memperkenalkan aplikasi baru bagi membolehkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan pekerja.Aplikasi itu juga membolehkan pekerja tempatan dan luar buat laporan mengenai majikan yang mengabaikan kebajikan kakitangan.Mayat Bakal Pengantin Lemas Sudah DitemuiMayat bakal pengantin yang lemas ketika mandi di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu kelmarin dijumpai pagi tadi.Pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur itu sepatutnya bernikah semalam dengan pilihan hatinya di Marang.Kenduri juga tetap diteruskan susulan ramai tetamu dari jauh dan dekat sudah hadir untuk meraikan pengantin.Tetamu yang dimaklumkan berita sedih itu turut menzahirkan rasa sedih dan simpati kepada keluarga Allahyarham.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79291", "title": "Penggunaan telefon bimbit ketika memandu jejaskan fokus pemanduan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenggunaan telefon bimbit ketika memandu jejaskan fokus pemanduan.\nFeb 04, 2019\n\nGuna telefon bimbit ketika memandu boleh ganggu fokus pemandu 5 hingga 10 saat!Pakar Kejuruteraan Lebuh\u00a0Raya\u00a0Universiti Tun Hussein Onn berkata ini termasuk\u00a0penggunaan aplikasi\u00a0GPS dan mengemas kini status dalam media sosial.Justeru, pemandu diingatkan untuk kekal fokus ketika memandu terutamanya ketika kesesakan trafik pada musim perayaan agar kemalangan dapat dielakkan. \u00a0Undang-undang\u00a0melindungi ibu bapa yang diabaikan anak-anak mungkin akan diwujudkan.Kerajaan sedia mengkaji cadangan mewujudkan undang-undang bagi melindungi ibu bapa yang diabaikan anak-anak!Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berkata undang-undang ini bertujuan memastikan anak tidak melepaskan tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa mereka.Jabatan Kimia sahaja boleh buktikan DNA babi dalam produk makanan.Hanya keputusan oleh makmal Jabatan Kimia sahaja yang boleh dijadikan bukti bagi mengesan DNA babi dalam produk makanan!JAKIM mengeluarkan kenyataan tersebut ekoran terdapat pihak yang menjual sejenis produk yang dikatakan boleh mengesan DNA babi kepada orang ramai.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73281", "title": "Orang ramai khasnya penduduk di utara tanah air diminta waspada dengan kemungkinan gelombang banjir ke-2 atau ke-3.", "body": "\n\u2190 Back to list\nOrang ramai khasnya penduduk di utara tanah air diminta waspada dengan kemungkinan gelombang banjir ke-2 atau ke-3.\nNov 07, 2017\n\nOrang ramai khasnya penduduk di utara tanah air diminta waspada dengan kemungkinan gelombang banjir ke-2 atau ke-3.Ini kerana musim hujan dan cuaca lembab dijangka berterusan selama 4 bulan lagi iaitu sehingga Tahun Baru Cina pada Februari nanti.DPI, TPM Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, semua data berhubung ramalan cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia akan digunakan sepenuhnya.Ia bagi membolehkan penduduk dapat dipindahkan lebih awal iaitu seminggu sebelum hujan lebat dan banjir atau bencana alam yang lain berlaku.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71895", "title": "Rakyat Malaysia dikecualikan bayar cukai pelancongan", "body": "\n\u2190 Back to list\nRakyat Malaysia dikecualikan bayar cukai pelancongan\nJul 26, 2017\n\nKementerian Pelancongan umumkan, rakyat Malaysia dikecualikan daripada membayar cukai pelancongan bagi semua jenis hotel.Sebaliknya cukai berkenaan akan hanya dikenakan kepada pelancong asing pada kadar rata 10 ringgit sebilik semalam.Tambah beliau, pengecualian itu dibuat hasil dari perjumpaan dengan banyak pihak dan selepas berbincang dan mendengar pandangan mereka\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79298", "title": "Kanser Kini Penyebab ke-2 tertinggi Kematian di Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\nKanser Kini Penyebab ke-2 tertinggi Kematian di Malaysia\nFeb 04, 2019\n\n60 Peratus Penyakit Kanser Dikesan Pada Tahap Lewat\u00a0Kanser kini penyebab ke-2 tertinggi kematian di Malaysia.Kematian akibat kanser juga disebabkan ia lambat dikesan dengan 60 peratus daripadanya lewat dikesan, iaitu tahap 3 dan 4.Ujar Kementerian Kesihatan, ia disebabkan kurang kesedaran mengenai kepentingan menjalankan ujian saringan dan pengesanan awal.Hari ini merupakan Hari Kanser Sedunia dengan tema 'Saya Akan dan Saya Boleh'.Tanaman Kontan Boleh Tampung Pendapatan Peladang Semasa Kejatuhan Harga Sawit dan GetahKrisis kejatuhan harga sawit dan getah yang beri tekanan terhadap peladang dapat diatasi dengan penanaman tanaman kontan di ladang berkenaan.Kata Perdana Menteri, tanaman yang beri pulangan harian itu membolehkan peladang terus raih pendapatan, sekali gus tidak terjejas teruk dengan kejatuhan harga sawit dan getah.Antara tanaman kontan yang disarankan Tun Dr. Mahathir Mohamed adalah cili, timun dan tomato yang boleh jana pendapatan harian.Oleh: KJFoto: AWANI & KKM\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73272", "title": "PDRM lumpuhkan satu sindiket dadah dikenali sebagai kumpulan 'CK'.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM lumpuhkan satu sindiket dadah dikenali sebagai kumpulan 'CK'.\nJan 19, 2018\n\nPDRM melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang dikenali sebagai kumpulan 'CK' berikutan penahanan 3 individu, baru-baru ini.Polis turut berjaya merampas dadah bernilai lebih 4 juta ringgit susulan serbuan dan penahanan tersebut.Mereka dipercayai mula beroperasi sejak setahun lalu dan polis masih mencari saki baki kumpulan itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72024", "title": "Sebuah kedai emas di sebuah pusat beli belah di Cheras kerugian 1.5 juta ringgit dalam masa 3 minit apabila dirompak 10 lelaki malam tadi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSebuah kedai emas di sebuah pusat beli belah di Cheras kerugian 1.5 juta ringgit dalam masa 3 minit apabila dirompak 10 lelaki malam tadi.\nJan 01, 2018\n\nSebuah kedai emas di sebuah pusat beli belah di Cheras kerugian 1.5 juta ringgit dalam masa 3 minit apabila dirompak 10 lelaki malam tadi.Menurut polis, 5 daripada perompak itu menyerbu kedai emas terbabit manakala 5 lagi menunggu di motosikal.Tambahnya, kesemua suspek dianggarkan dalam lingkungan 20-an dan gerakan memburu suspek sedang dijalankan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72779", "title": "Timor Leste Sedia Bekal Amah", "body": "\n\u2190 Back to list\nTimor Leste Sedia Bekal Amah\nMay 24, 2016\n\nTimor Leste sedia bekal tenaga kerja amah jika negara pembekal utama seperti Indonesia menghentikan penghantaran rakyatnya untuk bekerja di Malaysia.Menurut Duta Besar Timor Leste ke Malaysia, negara itu mampu membekalkan sehingga 50,000 pembantu rumah ke Malaysia sekiranya diperlukan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=106798", "title": "Pesakit COVID-19 Tahap 4 Dan 5 Meningkat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPesakit COVID-19 Tahap 4 Dan 5 Meningkat.\nMay 28, 2021\n\n\nPesakit COVID-19 tahap 4 dan 5 meningkat 15 peratus berbanding 5 peratus sebelum ini.\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pesakit yang berada pada tahap 4 biasanya memerlukan rawatan oksigen manakala pesakit pada tahap 5 akan diventilasi.\nKKM juga mendapati gelombang ketiga pandemik menjangkiti lebih ramai kumpulan usia 20 hingga 40 tahun dan 40 hingga 60 tahun.\nJusteru pihaknya menasihatkan mereka yang dijangkiti COVID-19 agar sentiasa berwaspada dan segera hubungi fasiliti kesihatan jika mengalami gejala teruk semasa menjalani kuarantin di rumah.\n\u00a0\nMalaysia dijangka terima lebih 25 juta dos vaksin COVID-19 jenis Pfizer pada suku tahun ke-3 tahun ini.\nIa susulan perjanjian tambahan sebanyak 12.8 juta dos yang telah ditandatangani kerajaan dengan syarikat pengeluar vaksin tersebut.\nIa menjadikan jumlah dos vaksin Pfizer yang ditempah kerajaan meningkat kepada hampir 45 juta atau cukup untuk 70 peratus daripada jumlah populasi.\n\u00a0\nKerajaan akan memastikan punca nahas tren LRT laluan Kelana Jaya, Isnin lalu disiasat dengan teliti.\nPerdana Menteri berkata kerajaan juga bertanggungjawab memastikan insiden sebegitu tidak akan berulang pada masa akan datang.\nTan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian selepas melawat mangsa kemalangan tersebut dan keluarga mereka di Hospital Kuala Lumpur.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80892", "title": "Mahkamah Tinggi benarkan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMahkamah Tinggi benarkan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil.\nNov 29, 2019\n\nMahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil.Hakim tolak permohonan parti Gerakan September lepas supaya tulisan Jawi tidak diajar di sekolah berkenaan.Jelas hakim, Jawi adalah sebahagian daripada Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan.Malah, pelaksanaan kelas\u00a0Jawi juga tidak bertentangan\u00a0dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan dan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.Program Sarapan Percuma tahun depan akan dilaksanakan secara berfasa.Pelaksanaan Program Sarapan Percuma untuk murid sekolah rendah tahun depan akan dilaksanakan secara berfasa.Menurut Kementerian Pendidikan, ia akan memberi tumpuan kepada sekolah yang merekodkan jumlah murid daripada keluarga B40 yang tertinggi.Ini kerana KPM mendapati beberapa pihak terutamanya pembekal dan PIBG belum bersedia jika program itu dilaksanakan serentak di seluruh negara.Mana-mana Ahli Parlimen yang didapati keluarkan kata-kata kesat akan dikenakan tindakan tegas!Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata ia termasuklah dihalau keluar daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat\u00a0untuk satu tempoh tertentu.Tegas Tan Sri\u00a0Mohamad Ariff Md Yusof tindakan tersebut diambil bagi mewujudkan suasana yang tenteram ketika Ahli Parlimen sedang berbahas.Semalam, 2 Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang dilapor keluarkan kata-kata kesat ketika perbahasan Belanjawan 2020.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78834", "title": "Tiada keperluan untuk parti politik buka cawangan di universiti awam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada keperluan untuk parti politik buka cawangan di universiti awam.\nNov 02, 2018\n\nTiada keperluan untuk parti politik buka cawangan di universiti awam.Kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, ini kerana penuntut universiti kini sudahpun mempunyai kebebasan bersuara.Tun M berkata demikian ekoran kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bahawa cawangan parti politik akan dibenar ditubuhkan di universiti awam\u00a0selepas AUKU dipinda nanti.Pembincangan tentang ICERD bersama NGO Islam akan diadakan 7 November ini.Kerajaan akan mengadakan perbincangan meja bulat bersama NGO Islam bagi membincangkan cadangan meratifikasikan ICERD.Perbincangan pada 7 November itu nanti akan turut disertai ahli akademik Islam untuk kumpul pendapat masing-masing.Foto: NSTPTerdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa kerajaan tidak akan mengesahkan ICERD tanpa sebarang perbincangan lanjut.Kelmarin, lebih 100 peserta berjalan dari kawasan Tugu Negara ke bangunan Parlimen bagi membantah ICERD.ICERD merujuk kepada Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum.DOJ akhirnya failkan pelbagai dakwaan jenayah berkaitan 1MDB.Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, DOJ akhirnya failkan pelbagai dakwaan jenayah berkaitan 1MDB!Wall Street Journal melaporkan dakwaan itu adalah ke atas 2 bekas pegawai bank Goldman Sachs dan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.Salah seorang daripada 2 bekas pegawai bank itu, Tim Leissener mengaku bersalah kerana konspirasi untuk mengubah wang haram selain melanggar Akta Amalan Rasuah Asing.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79914", "title": "Penjawat Awam Sarawak & Johor Dapat Duit Raya!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenjawat Awam Sarawak & Johor Dapat Duit Raya!\nMay 14, 2019\n\nPenjawat Awam Sarawak akan menerima bantuan khas kewangan 500 ringgit untuk musim Hari Gawai dan Aidilfitri.Pembayaran itu akan dibuat selewat-lewatnya, 23 Mei ini.Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Johor turut umum Bantuan Khas kewangan kepada penjawat awam sempena Hari Raya.Namun, jumlah dan tarikh agihan hanya akan diumumkan nanti.\u00a0Isytihar Harta! Ia adalah KPI Barisan KabinetPengisytiharan harta dicadangkan sebagai salah satu KPI untuk semua menteri Kabinet.Malah Perdana Menteri berkata, langkah itu juga mungkin panjangkan kepada semua anggota parlimen, termasuk dikalangan pembangkang.Selain tu, semua menteri juga perlu mewujudkan dasar penerimaan hadiah di kementerian masing-masing.Ahli Pas Dilarang Bahas Berkaitan Parti Dalam Semua Bentuk MediaAhli-ahli PAS tidak boleh membawa, membincang dan membahaskan hal berkaitan parti dalam semua bentuk media.PAS mewartakan larangan itu, bagi memastikan setiap ahli suarakan pendapat menerusi saluran parti di pelbagai peringkat.Ia dipercayai diambil susulan pendedahan seorang bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS, yang mendakwa 5 pemimpin parti itu terbabit dengan penerimaan wang jutaan ringgitn daripada parti lain.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71523", "title": "Kementerian Kesihatan Jangkakan Trend Peningkatan Kes Covid-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Kesihatan Jangkakan Trend Peningkatan Kes Covid-19.\nJan 03, 2021\n\nKementerian Kesihatan jangkakan trend peningkatan kes Covid-19 di negara ini.Ia susulan tindakan kerajaan mewajibkan semua pekerja asing di tapak pembinaan dan industri jalani ujian saringan mulai kelmarin.Kementerian juga akan tambah sehingga 10,000\u00a0katil di pusat kuarantin di MAEPS, Serdang sebagai persediaan menghadapi peningkatan kes wabak itu.\u00a0Vaksin COVID-19 dijangka akan diagihkan bulan depan.Kira-kira sejuta rakyat Malaysia bakal terima vaksin Covid-19 fasa pertama bermula bulan depan.Menteri Kesihatan berkata, ia akan diberikan kepada barisan hadapan negara terlebih dahulu diikuti golongan pesakit kronik.Kerajaan juga akan beri vaksin percuma kepada 80 peratus penduduk negara ini.Hujan lebat berterusan hari ini melibatkan beberapa kawasan di Pahang dan Johor.Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan hari ini melibatkan beberapa kawasan di Pahang dan Johor.Banjir di Johor semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan, setakat pagi ini.Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri berkata ia melibatkan 7 daerah antaranya Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru.Sementara itu, Pahang merekodkan 44 mangsa banjir yang kini berlindung di pusat pemindahan di Maran.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80128", "title": "Tiada Pelupusan Haram Buangan Berlaku Di Pasir Gudang ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Pelupusan Haram Buangan Berlaku Di Pasir Gudang \nJun 21, 2019\n\nJabatan Alam Sekitar Johor sahkan tiada pelupusan haram buangan terjadual berlaku di Pasir Gudang.Ini susulan pencemaran udara yang berlaku di kawasan itu sehingga menyebabkan pelajar daripada 2 buah sekolah dikejarkan ke hospital.Sementara \u00a0itu, Exco Johor bekata \u00a0bilik gerakan operasi di buka di Stadium Tertutup Pasir Gudang bagi memantau kualiti udara di kawasan itu.SKMM Sambut Pakej Jimat Telco Kepada OKU\u00a0SKMM sambut baik pengumuman pakej khas untuk golongan OKU, oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.Namun, pihaknya akan terus memantau pelaksanaanya, agar ia benar-benar dinikmati golongan tersebut.Terdahulu, 7 syarikat telekomunikasi utama negara tawarkan diskaun 10 hingga 15 ringgit kepada golongan OKU, untuk perkhidmatan mudah alih.Remaja Lelaki Mohon Maaf Rosakkan Makanan Di Kedai Serbaneka\u00a0Remaja lelaki yang merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka di Nilai, Negeri Sembilan\u00a0dalam video yang tular, tampil mohon maaf di atas perbuatannya.Dia juga bersedia membayar ganti rugi kepada kedai terbabit.Bagaimanapun polis tetap akan jalankan sisatan selepas terima laporan daripada pemilik premis terbabit.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80633", "title": " Silibus Jenayah Seks Siber & Pemerdagangan Manusia Di Ajar Di Sekolah Menengah ", "body": "\n\u2190 Back to list\n Silibus Jenayah Seks Siber & Pemerdagangan Manusia Di Ajar Di Sekolah Menengah \nOct 02, 2019\n\nKementerian Pendidikan sahkan elemen pencegahan jenayah seks siber dan pemerdagangan manusia terdapat dalam silibus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah menengah.Jelasnya, langkah itu adalah sebahagian daripada cara untuk mendidik pelajar melindungi diri mereka daripada perkara yang tidak diingini.Dalam perkembangan lain, pihaknya juga galakkan Ibu bapa agar anak mereka sertai seni pertahankan diri.Ini selepas terdapat kejadian seorang budak perempuan 11 tahun nyaris dirogol dan berjaya lepaskan diri dengan mencucuk mata suspek dengan batang aiskrim di Kudat Sabah.\u00a0Pembunuh Gajah Berjaya Diberkas\u00a0Enam suspek termasuk seorang warga asing ditahan dipercayai terlibat dalam kes penemuan bangkai gajah pygmy di Tawau baru-baru ini.Turut dirampas tiga senjata api dan 56 peluru hidup disyaki alatan yang digunakan untuk menembak gajah itu.Terdahulu, hasil siasatan mendapat gajah itu mati ditembak selepas menjumpai 70 peluru di dalam badannya.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=153526", "title": "Siasatan Perlu Dilakukan Ke Atas Jabatan Imigresen Dan JPN.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSiasatan Perlu Dilakukan Ke Atas Jabatan Imigresen Dan JPN.\nJul 05, 2023\n\n\nSiasatan Perlu Dilakukan Ke Atas Jabatan Imigresen dan JPN.\nSiasatan yang sedang dilakukan pihak berkuasa terhadap Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara adalah perlu!\nTegas Timbalan Perdana Menteri, ia bagi mengenal pasti kakitangan dalam 2 agensi itu yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa.\nNamun ujar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, adalah tidak adil untuk buat tuduhan secara rambang atau mengaitkan seluruh jabatan dengan amalan rasuah.\nTerdahulu beliau melahirkan keyakinan insiden membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dengan Jabatan Imigresen di KLIA baru- baru ini dapat diselesaikan dengan baik.\n\u00a0\n\u00a0\nJenazah 7 beranak mangsa kepala air selamat dikebumikan.\nJenazah 7 beranak mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, telah dikebumikan di Kuantan tengah malam tadi.\nSetakat ini juga 8 mayat tragedi itu sudah dijumpai dan usaha mencari 2 lagi mangsa bersambung pagi ini.\nDalam perkembangan berkaitan, Bomba Terengganu memaklumkan taburan hujan lebat luar biasa dipercayai jadi punca utama berlakunya kepala air besar di jeram tersebut.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72358", "title": "8 komando cedera bot meletup", "body": "\n\u2190 Back to list\n8 komando cedera bot meletup\nFeb 14, 2017\n\n9 disahkan cedera dalam insiden enjin bot latihan komando polis meletup di Jeti Marin Kampung Acheh di Lumut, Perak semalam.8 daripadanya adalah anggota komando, manakala seorang lagi adalah mekanik pasukan berkenaan.Kesemua mangsa dirawat Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Hospital Seri Manjung.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79041", "title": "PRK Cameron Highlands 26 Januari Depan ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPRK Cameron Highlands 26 Januari Depan \nDec 19, 2018\n\nPilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands akan diadakan pada 26 Jan ini.Manakala hari penamaan calon diadakan pada 12 Januari dan hari mengundi awal pada 22 Januari nanti.SPR mensasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi pada hari tersebut.\u00a0Nurul Izzah Nafi Miliki Suami Baru!Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah nafi beliau telah berkahwin baru-baru ini.Jelasnya video yang menjadi viral itu, merupakan majlis pernikahan adiknya, Nurul Ilham yang berlangsung 15 Disember lalu.Terdahulu, khabar angin turut mendakwa Izzah letak jawatan sebagai Naib Presiden PKR kerana ingin dirikan rumah tangga.Datuk Seri Najib Enggan Terima Jawatan Presiden UMNO\u00a0Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak tidak berhasrat untuk menjadi semula Ketua Umum parti itu.Katanya, dia fokus untuk membersihkan namanya daripada pelbagai pertuduhan kes mahkamah yang sedang dihadapinya.Malah, beliau juga yakin dengan Datuk Seri \u00a0Mohamad Hasan menyandang tugas Presiden parti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72684", "title": "Tian Chua Dihukum Penjara", "body": "\n\u2190 Back to list\nTian Chua Dihukum Penjara\nSep 28, 2016\n\nNaib Presiden PKR, Tian Chua dihukum penjara 3 bulan dan didenda RM1,800 oleh Mahkamah Kuala Lumpur.\u00a0Beliau didapati bersalah atas tuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah, 3 tahun lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=122683", "title": "Konsep 'Sekolahku Sejahtera' Akan Diperkenalkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKonsep 'Sekolahku Sejahtera' Akan Diperkenalkan.\nDec 14, 2021\n\n\nKonsep 'Sekolahku Sejahtera' Akan Diperkenalkan.\nKonsep 'Sekolahku Sejahtera' akan diperkenalkan dalam kalangan pelajar sekolah.\nMenteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata ia antaranya bagi membendung gejala buli.\nKPM kini dalam peringkat akhir sesi libat urus berkaitan pengenalan konsep tersebut.\nSementara itu, polis sudah kenal pasti kesemua pelajar yang terbabit dalam kes buli di 3 sekolah di Pahang dan siasatan lanjut sedang dijalankan.\n\u00a0\nPengundian awal PRN Sarawak lancar.\nProses pengundian awal Pilihan Raya Negeri Sarawak bermula jam 7.30 pagi tadi.\nPengundi awal terdiri daripada pegawai polis dan pasangan serta pegawai ATM di 69 DUN.\nPengundian biasa akan berlangsung Sabtu ini.\n\u00a0\nTasik Cermin ditutup sementara.\nTasik Cermin ditutup gara-gara video viral menunjukkan seorang lelaki terjun ke dalamnya.\nDatuk Bandar Ipoh berkata ia ditutup sehingga siasatan selesai dijalankan dan pembukaan semula tasik tersebut akan diumumkan kepada orang ramai.\nKawasan Tasik Cermin berada di bawah pengurusan Geopark Kinta dan orang ramai tidak dibenarkan mandi-manda di kawasan tasik berkenaan.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70840", "title": "Janganlah Leka - PM", "body": "\n\u2190 Back to list\nJanganlah Leka - PM\nSep 09, 2020\n\nJanganlah LekaPerdana Menteri\u00a0mengingatkan rakyat untuk kekal berjaga-jaga susulan kes baru COVID-19 yang kembali kepada 3 angka.Tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagaimana dimaklumkan WHO, risiko dan bahaya penularan wabak COVID-19 masih ada selagi vaksin belum ditemui.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noorhisham Abdullah juga senada dengan Perdana Menteri.Beliau menegur sikap orang ramai termasuk petugas kesihatan yang mula leka terhadap SOP bagi mencegah pandemik tersebut.Semalam 100 kes baru COVID-19 direkodkan di negara ini majoritinya melibatkan Kluster Benteng di Sabah dan Kluster Sungai di Kedah dan Perlis.Tan Sri Dr Noorhisham juga memaklumkan, penularan kes dalam Kluster Benteng di Sabah masih terkawal.Ini kerana kluster itu terasing dan hanya melibatkan pendatang asing tanpa izin serta kakitangan lokap IPD Lahad Datu dan penjara Tawau.Julai lalu kerajaan ada membayangkan kemungkinan menguatkuasakan semula PKP fasa awal jika kes positif kembali cecah 3 angka.Tetamu Sebuah Majlis\u00a0Nikah Diminta TampilJabatan Kesihatan Pulau Pinang minta tetamu satu majlis akad nikah di Bukit Indera Muda, Bukit Mertajam pada 29 Ogos lepas menghubungi pihaknya.Ia susulan seorang tetamu pada majlis itu disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah.Musa Aman Belum Mahu MengalahBekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman belum mahu mengaku kalah.Beliau kini mahu Mahkamah Persekutuan mempercepatkan pendengaran rayuannya untuk diisytiharkan sebagai Ketua Menteri yang sah, sebelum hari penamaan calon Pilihanraya Negeri, Sabtu ini.Tan Sri Musa Aman mendakwa, ini kerana kes itu mempunyai kesan langsung terhadap kes sedia ada berhubung pembubaran DUN Sabah.Semalam Mahkamah Rayuan tolak permohonan beliau dan 32 ADUN lain yang cabar keputusan Yang di-Pertua Negeri membubarkan DUN susulan kemelut politik.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72485", "title": "MAHB Jamin klia2 Selamat", "body": "\n\u2190 Back to list\nMAHB Jamin klia2 Selamat\nFeb 25, 2017\n\nMAHB beri jaminan, klia2 selamat susulan arahan PDRM ke atas Lembaga Pelesenan Tenaga Atom untuk periksa seluruh lapangan terbang itu.Ini selepas pihak berkuasa sahkan senjata kimia, Agen Saraf VX digunakan dalam pembunuhan seorang lelaki warga Korea Utara di lapangan terbang itu, baru-baru ini.Ujar MAHB, mereka kini bekerjasama dengan pihak yang berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan bagi memastikan pengguna klia2 selamat.Jelasnya lagi, orang ramai tidak perlu risau kerana sesiapa yang terdedah dengan senjata kimia itu akan menunjukan simptom dalam tempoh 18 jam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71820", "title": "Suami Isteri Didakwa Eksploitasi Empat Remaja ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuami Isteri Didakwa Eksploitasi Empat Remaja \nMay 11, 2017\n\nSepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, atas 4 pertuduhan melakukan eksploitasi terhadap 4 remaja tahun lepas.Seorang mangsa dilaporkan dipaksa bekerja di sebuah restoran, dan manakala 3 lagi dipaksa bekerja di sebuah stesen minyak.Suspek yang didakwa atas kesalahan serupa di Ipoh Isnin lalu, dijangka didakwa atas kesalahan yang sama di Raub esok dan di Kota Bahru Ahad nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73205", "title": "Tun Dr Mahathir Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang baru", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun Dr Mahathir Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang baru\nJul 31, 2018\n\nPerdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang baru.Foto: The Sun DailyKerajaan turut melantik 4 ahli lembaga pengarah lain termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Mohd Hassan Marican.Pelantikan tersebut berkuatkuasa serta-merta dan pelantikan Pengarah Urusan Khazanah akan diumumkan kemudian.Keluarga mangsa MH370 kecewa dengan Laporan Siasatan yang dikeluarkan semalam.Laporan Siasatan pesawat MH370 yang dikeluarkan semalam mengundang rasa kecewa kepada keluarga mangsa nahas pesawat itu.Ini kerana laporan tersebut tidak memberikan jawapan konklusif kepada siasatan itu.Namun, Ketua Pasukan Penyiasatan ICAO Malaysia, Datuk Kok Soo Chon tegaskan ianya merupakan masa yang sesuai untuk mengeluarkan laporan tersebut.Kes pertama HFMD di MalaysiaKematian bayi lelaki berusia 17 bulan di Pulau Pinang pada 6 Jun lalu, disebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut, HFMD!Menurut Kementerian Kesihatan, ia merupakan kes kematian pertama melibatkan wabak itu di negara ini.Sehingga kini, lebih 39,000 kes HFMD direkodkan di seluruh negara sejak Januari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72186", "title": "1,780 pemandu didakwa dalam Ops Hari Raya", "body": "\n\u2190 Back to list\n1,780 pemandu didakwa dalam Ops Hari Raya\nJul 18, 2017\n\n1,780 pemandu dihadapkan ke mahkamah kerana melakukan 7 kesalahan utama sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri yang berakhir 2 Julai lalu.Menurut JPJ, 3 jenis kesalahan tertinggi adalah tidak memakai tali pinggang keledar, gagal patuhi lampu isyarat dan guna telefon bimbit semasa memandu.Operasi selama 15 hari itu juga menyaksikan lebih 600 notis saman dikeluarkan kepada pemandu dan pengusaha bas hasil penyamaran anggota JPJ.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72012", "title": "Mangsa kebakaran di Tanjung Sepat, Sepang dipercayai telah dibunuh sebelum rumah mereka dibakar.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMangsa kebakaran di Tanjung Sepat, Sepang dipercayai telah dibunuh sebelum rumah mereka dibakar.\nDec 13, 2017\n\nMangsa kebakaran di Tanjung Sepat, Sepang dipercayai telah dibunuh sebelum rumah mereka dibakar.Polis berkata, terdapat kesan luka dipercayai tetakan pada badan 3 mangsa, namun punca sebenar kematian akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan.Pagi tadi, 2 warga emas dan 2 kanak-kanak berusia 3 dan 9 tahun dipercayai cucu mangsa, maut dalam kebakaran kediaman mereka.Seorang lagi mangsa berusia 12 tahun, berjaya menyelamatkan diri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70615", "title": "Sesi persekolahan 2021 bermula 20 Januari", "body": "\n\u2190 Back to list\nSesi persekolahan 2021 bermula 20 Januari\nAug 03, 2020\n\nSesi persekolahan 2021 bermula 20 JanuariFoto - Berita HarianPembukaan penggal pertama persekolahan 2021 bagi sekolah di seluruh negara ditetapkan pada Rabu, 20 Januari 2021.Kementerian Pendidikan berkata, pihaknya menetapkan pembukaan persekolahan lebih lewat berdasarkan Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021.Ini sekaligus bermakna cuti persekolahan bagi tahun 2020 pada Disember nanti akan diteruskan sehingga 20 Januari 2021.-----Pelitup muka hanya wajib di tempat awam yang sesakFoto - BernamaPemakaian pelitup muka hanya diwajibkan di tempat awam yang sesak dan tidak diwajibkan di kawasan luas dan ada penjarakan fizikal.Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara tempat awam yang sesak ialah pasar awam, pasar tani, pasar malam dan pasar raya, selain tempat tumpuan pelancong serta panggung wayang.Namun katanya, pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di dalam kenderaan sendiri dan ketika melakukan aktiviti fizikal.-----Penjunjung Teluk Cempedak dihadkanFoto - FMTPengunjung pantai peranginan Teluk Cempedak di Kuantan, Pahang dihadkan kepada 1,000 orang sahaja dalam satu-satu masa mulai Jumaat ini.Majlis Perbandaran Kuantan berkata, keputusan itu diambil dalam usaha mengawal penularan semula wabak COVID-19.Katanya, kawalan jumlah pengunjung akan dipantau melalui kad nombor giliran yang akan diberi di pos kawalan pintu masuk dan diserahkan semula di pintu keluar yang ditetapkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73397", "title": "Malaysia Airlines nafi penerbangan KL-Jeddah alami malasah teknikal", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Airlines nafi penerbangan KL-Jeddah alami malasah teknikal\nFeb 17, 2018\n\nMalaysia Airlines nafi khabar angin di media sosial kononnya penerbangan dari KL ke Jeddah alami masalah teknikal.Syarikat itu memaklumkan pesawat jenis A380-800 yang digunakan untuk laluan itu berada dalam keadaan baik.Malah katanya, kenyataan yang dimuat naik oleh sebuah 'page' di Facebook berhubung perkara itu adalah tidak benar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71669", "title": "Pihak Berkuasa Tingkatkan Kawalan Keselamatan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPihak Berkuasa Tingkatkan Kawalan Keselamatan.\nJan 17, 2016\n\nOrang ramai diminta beri maklumat jika nampak individu atau perkara mencurigakan di kawasan mereka.\u00a0Ini untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku ekoran insiden serangan pengganas di Jakarta, Khamis lepas.\u00a0Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama pasukan keselamatan dalam pada itu akan tingkatkan kawalan keselamatan di KL, Putrajaya dan Labuan.Antara lokasi diberi tumpuan ialah pusat beli-belah, kawasan tarikan pelancong dan acara keramaian, terutama di ibu negara.\u00a0Pihaknya juga akan mendapatkan bantuan Angkatan Tentera jika perlu bagi memastikan keselamatan orang awam pada tahap optimum.Sementara itu, polis Johor dan Selangor turut pertingkat kawalan keselamatan di tempat masing-masing terutamanya kawasan tumpuan orang ramai.Dalam perkembangan berkaitan, angka terkini mangsa korban pengeboman di Jakarta meningkat kepada 8 orang.Pihak berkuasa Indonesia juga berjaya tahan 12 suspek yang dipercayai terlibat dengan serangan tersebut.\u00a0Turut dijumpai bukti untuk serangan seterusnya di bandar - bandar lain termasuk di Bandung.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73044", "title": "Video viral petugas pilihan raya disyaki bawa keluar kertas undi dari bilik pengundian adalah video lama.", "body": "\n\u2190 Back to list\nVideo viral petugas pilihan raya disyaki bawa keluar kertas undi dari bilik pengundian adalah video lama.\nMay 07, 2018\n\nVideo viral papar seorang petugas pilihan raya disyaki bawa keluar kertas undi dari bilik pengundian bukan berlaku pada hari pengundian awal kelmarin.Jelas SPR, ia sebenarnya video lama dan kejadian berlaku semasa PRU13.Suruhanjaya itu juga memaklumkan, hanya ada 200 ribu pengundi pos untuk PRU14, bukannya 4 juta seperti yang didakwa sesetengah pihak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71836", "title": "Kementerian Pendidikan Siasat Video Buli Remaja Dipercayai Mabuk ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan Siasat Video Buli Remaja Dipercayai Mabuk \nJun 26, 2017\n\nKementerian Pendidikan sedang siasat video kononnya memaparkan sekumpulan remaja berpakaian uniform sekolah ganggu rakan mereka yang dipercayai mabuk.Jelasnya, kejadian itu dipercayai berlaku di luar kawasan sekolah.Video lebih dua minit itu babitkan lapan orang pelajar dan dipercayai di muat naik ke FB, Khamis lepas.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=108417", "title": "Fasa Ketiga PICK di Lembah Klang Bermula Hari Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nFasa Ketiga PICK di Lembah Klang Bermula Hari Ini.\nJun 21, 2021\n\n\nFasa ke-3 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Lembah Klang dipercepatkan dan ia bermula hari ini.\nUjar Menteri Penyelaras PICK, ia berikutan majoriti warga emas dan OKU di Kuala Lumpur dan Selangor sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama atau mendapat janji temu.\nJelas Khairy Jamaluddin, pelaksanaan fasa ke-3 ini memberi keutamaan kepada individu yang sudah mendaftar sejak Februari lalu berasaskan konsep 'first come, first serve'.\nMana-mana negeri yang sudah melengkapkan hampir 90 peratus fasa ke-2 juga dibenarkan memasuki fasa ke-3.\nKhairy turut memaklumkan, kerajaan sedang teliti kelonggaran dan kebebasan yang akan diberi kepada individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19.\nAntara perkara yang diperhalusi ialah pergerakan rentas negeri dan kebenaran membuka pelitup muka semasa pertemuan antara individu yang sudah mendapat vaksin yang lengkap.\n\u00a0\nKPM dalam fasa akhir tubuhkan jawatankuasa bebas tangani aduan.\nKementerian Pendidikan kini dalam fasa terakhir menubuhkan jawatankuasa bebas bagi tangani isu pemeriksaan haid di sekolah.\nJawatankuasa itu bukan sahaja meneliti kes berkaitan malah aduan seumpamanya pada masa akan datang.\nIa susulan sejumlah murid mendakwa berlaku amalan pemeriksaan secara fizikal untuk membuktikan mereka datang bulan dan dikatakan wujud sejak sekian lama!\n\u00a0\nSabah, Sarawak, Selangor dan Johor antara negeri yang akan dapat guru-guru baru.\nJelas Menteri Pendidikan, ini selepas kerajaan memutuskan untuk melaksanakan pengambilan lebih 18,000 guru secara one-off.\nBerdasarkan kajian KPM, negeri-negeri berkenaan katanya antara yang menghadapi kekurangan guru yang agak kritikal.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71965", "title": "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Akta Pendidikan perlu dipinda.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Akta Pendidikan perlu dipinda.\nSep 19, 2017\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Akta Pendidikan perlu dipinda.Ia bagi membolehkan pendaftaran institusi pendidikan Islam termasuk sekolah tahfiz swasta tertakluk di bawah akta itu dengan persetujuan kerajaan-kerajaan negeri.Syor itu dikemukakan pada Mesyuarat jawatankuasa peringkat tinggi mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-sekolah Tahfiz, pagi tadi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81584", "title": "Mungkin Ada 3 Strain COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nMungkin Ada 3 Strain COVID-19\nApr 16, 2020\n\nMungkin Ada 3 Strain COVID-19Mungkin ada 3 strain virus COVID-19 di Malaysia.Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), ia berikutan ada kes melibatkan rakyat negara ini yang pulang dari beberapa negara lain dan bukan hanya dari China.Bagaimanapun ia hanya akan diketahui apabila kajian mendalam dilakukan terhadap virus itu.KKM juga memaklumkan, COVID-19 adalah virus baru jadi pihaknya tiada data dan laporan membabitkan virus tersebut yang boleh dirujuk.Sehubungan itu, peranan yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang melakukan kajian ketika ini amat penting.Semua Kes Positif COVID-19 Di Malaysia Dimasukkan Ke HospitalMalaysia memastikan semua individu yang disahkan positif COVID-19 dirawat dan dipantau rapi di hospital walaupun hanya ada gejala ringan atau tidak menunjukkan gejala.Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, ia berbeza dengan beberapa negara lain yang mengarahkan pesakit dengan gejala ringan atau tanpa gejala dikuarantin di rumah.Justeru langkah yang dilakukan KKM memberikan hasil pemulihan dan pengurangan kes dengan lebih baik.Terkini, Malaysia mencatatkan perkembangan baik kes COVID-19 apabila bilangan pesakit pulih melebihi kes jangkitan baru selama 3 hari berturut-turut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73249", "title": "Jabatan Meteorologi nafi penurunun suhu sehingga 17 darjah celcius.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Meteorologi nafi penurunun suhu sehingga 17 darjah celcius.\nJan 14, 2018\n\nJabatan Meteorologi nafi dakwaan yang viral di laman sosial KONONNYA berlaku penurunun suhu sehingga 17 darjah celcius.Jelasnya, suhu minimum yang direkodkan setakat ini ialah 21 darjah celcius iaitu di Mersing, Johor dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Tambahnya, keadaan ini disebabkan pengerakan angin sejuk monsun timur laut yang dijangka berterusan sehingga hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73013", "title": "Jho Low akhirnya sedia disoal-siasat berkenaan kes 1MDB.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJho Low akhirnya sedia disoal-siasat berkenaan kes 1MDB.\nJun 14, 2018\n\nJho Low akhirnya sedia disoal-siasat berkenaan kes 1MDB!Ada laporan mengatakan perbincangan mengenainya sudah pun bermula namun butiran lanjut tidak didedahkan.Sebelum ini pihak berkuasa melahirkan keyakinan, Jho Low yang dipercayai dalang utama penyelewengan dana 1MDB dapat bantu dapatkan semula dana itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79166", "title": "Belum ada keputusan berhubung bekas ahli UMNO yang ingin buat pusingan U.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBelum ada keputusan berhubung bekas ahli UMNO yang ingin buat pusingan U.\nJan 16, 2019\n\nUMNO masih belum buat keputusan berhubung 6 ahli parlimen yang ingin kembali sertai parti itu!Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun berkata parti tersebut ada berbincang mengenai perkara tersebut.Terdahulu, keenam-enam individu berkenaan umum keluar parti pada 14 Disember lalu, namun dikatakan buat pusingan U kerana tindakan undang-undang yang diambil UMNO terhadap mereka bulan lalu.Dalam pada itu, UMNO juga telah serahkan 2 writ saman kepada 2 bekas Ahli Parlimennya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang keluar parti.Mat Sabu nafi guna kereta rasmi untuk berkempen di Cameron Highlands.Dakwaan kononnya Menteri Pertahanan guna kenderaan rasmi kerajaan untuk berkempen pada PRK Cameron Highlands adalah palsu!Pihak kementerian berkata kedua-dua gambar viral yang menunjukkan Mohamad Sabu berada di Cameron Highlands sebenarnya berlaku pada tarikh yang berlainan.Justeru kementerian meminta pihak tertentu memeriksa terlebih dahulu kesahihan maklumat sebelum menyebarkan perkara yang tidak benar.Tiada kes rogol babitkan murid tahun 1 di Johor Bharu.Kes rogol seorang murid perempuan tahun 1 oleh tiga rakan sekelasnya di Johor Bharu kelmarin sebenarnya tidak berlaku!Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor selepas siasatan dilakukan termasuk pengesahan pihak hospital.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72451", "title": "SOP lebih ketat bagi aktivit rekreasi hutan untuk semua IPT", "body": "\n\u2190 Back to list\nSOP lebih ketat bagi aktivit rekreasi hutan untuk semua IPT\nMay 22, 2017\n\nKementerian Pendidikan Tinggi akan perkenalkan SOP lebih ketat bagi aktiviti rekreasi hutan melibatkan semua IPT.Menterinya berkata, pihaknya ketika ini sedang mengolah satu cara pelaksanaan SOP tersebut di peringkat kementerian.Langkah itu diambil susulan insiden dua penuntut UiTM maut dihempap pokok ketika aktiviti perkhemahan di Bentong, baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72957", "title": "NADMA akan agihkan wang ihsan mangsa banjir di Pulau Pinang", "body": "\n\u2190 Back to list\nNADMA akan agihkan wang ihsan mangsa banjir di Pulau Pinang\nNov 14, 2017\n\nAgensi Pengurusan Bencana Negara akan agihkan bantuan wang ihsan kepada mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang.Namun, JPM berkata, agihan cuma akan diberi selepas NADMA menerima senarai nama mereka daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.Selain wang ihsan, bantuan lain seperti kit makanan permulaan, kit kebersihan, tilam dan bantal juga telah diberikan kepada mangsa banjir.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72632", "title": "SPRM Sasar Sektor Awam, Swasta dan GLC Bebas Rasuah 3 Tahun Lagi", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM Sasar Sektor Awam, Swasta dan GLC Bebas Rasuah 3 Tahun Lagi\nDec 09, 2016\n\nSPRM mendapati amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor awam, swasta dan GLC agak kritikal.Justeru pihaknya berazam memastikan sektor 3 sektor tersebut bersih dan bebas daripada rasuah menjelang 2020.Bagi mencapai sasaran, SPRM ambil pendekatan rampas kesemua harta dan hasil rasuah dan dikembalikan sebagai hasil negara sekaligus melumpuhkan kegiatan itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72675", "title": "Lapor Jika Tahu Ada Penjawat Awam Hidup Terlalu Mewah", "body": "\n\u2190 Back to list\nLapor Jika Tahu Ada Penjawat Awam Hidup Terlalu Mewah\nOct 06, 2016\n\nKetua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa gesa semua pihak melaporkan kepada SPRM jika mengetahui ada penjawat awam hidup terlalu mewah.Ia penting bagi memastikan penjawat awam bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa yang boleh merosakkan reputasi perkhidmatan awam.Tan Sri Dr Ali Hamsa turut mencadangkan projek kerajaan bernilai setengah juta ringgit ke atas perlu mempunyai penglibatan Ketua Audit Negara dan SPRM.Beliau membuat gesaan dan saranan itu ekoran kes 2 pegawai kanan agensi kerajaan di Sabah diberkas berkaitan kes salah guna kuasa dana RM3.3 bilion.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79438", "title": "10 Kawasan Di Malaysia Alami Fenomena Gelombang Haba", "body": "\n\u2190 Back to list\n10 Kawasan Di Malaysia Alami Fenomena Gelombang Haba\nFeb 25, 2019\n\nJabatan Meteorologi senaraikan 10 kawasan pada tahap satu dan berjaga-jaga, susulan gelombang haba yang melanda negara ketika ini.Kawasan-kawasan tersebut ialah Chuping di Perlis, Kubang Pasu, Kota Setar dan Sik di Kedah, serta Muar, Johor.Turut tersenarai \u00a0Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta di Perak, Maran di Pahang serta Kepong di KL.Kawasan terbabit dijangka catat suhu maksimum harian 35 hingga 36.9 darjah celcius, sekurang-kurangnya selama tiga hari.Golongan Doula Diajak Bertemu Empat Mata\u00a0Kementerian Kesihatan minta golongan doula tampil mengadakan sesi temu janji dengan pihaknya bagi mendapatkan maklum balas mengenai amalan itu.Ia perlu dibuat untuk memastikan keselamatan ibu dan kandungan terjamin semasa proses kelahiran.Dalam perkembangan lain, pihaknya tidak akan putus asa untuk mewajibkan suntikan imunisasi vaksin walapun ia sukar dilaksanakan secara menyeluruh.Syukur Semua Penumpang SelamatKira-kira 50 orang penumpang terselamat, selepas feri yang dinaiki terbakar, ketika dalam perjalanan dari Langkawi menuju ke Kuala Perlis petang tadi.Kesemua mangsa diselamatkan oleh beberapa bot persendirian yang berada di sekitar kawasan kejadian.Kebakaran dipercayai bermula di bahagian belakang enjin bot feri terbabit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73023", "title": "UMNO disaran tuntut wang di kediaman Datuk Seri Najib sekiranya ia milik parti itu. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nUMNO disaran tuntut wang di kediaman Datuk Seri Najib sekiranya ia milik parti itu. \nJun 28, 2018\n\nUMNO disaran tuntut wang bernilai hampir RM 117 juta di kediaman Datuk Seri Najib sekiranya ia milik parti itu.Jelas Pengarah JSJK Bukit Aman, buat masa ini pihaknya masih belum mengenalpasti pemilik kesemua barangan rampasan tersebut.Dalam satu sidang media semalam, Datuk Seri Amar Singh memaklumkan anggaran nilai barang yang dirampas dari 6 kediaman yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu ialah antara RM 900 juta hingga RM1.1 bilion.PDRM akan memanggil Datuk Seri Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk beri keterangan berhubung barangan itu dalam masa terdekat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72260", "title": "Datuk Seri Nazri kemuka tarikh dan lokasi baru debat", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Nazri kemuka tarikh dan lokasi baru debat\nMar 22, 2017\n\nDatuk Seri Mohamed Nazri Aziz kemuka tarikh dan lokasi baru untuk berdebat dengan bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.Ini selepas polis Perak tidak membenarkan debat itu diadakan di Kuala Kangsar, Sabtu ini atas faktor keselamatan, ketenteraman awam dan kebebasan orang ramai.\u00a0Lokasi dan tarikh baru yang disarankan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu adalah di Shah Alam pada 7 April depan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81058", "title": "Suspek peras ugut pelajar sekolah di Machang sudah ditahan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuspek peras ugut pelajar sekolah di Machang sudah ditahan.\nJan 10, 2020\n\n4 remaja yang peras ugut seorang murid sekolah dalam video viral baru-baru ini, sudah ditahan polis.Mereka yang ditahan berusia antara 13 hingga 15 tahun, manakala mangsa berumur 14 tahun.Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di belakang sebuah sekolah, November lalu.Kes jangkitan Influenza A kini dikesan di Cyberjaya dan Klang.Jabatan Kesihatan Selangor berkata jangkitan penyakit itu terkawal dan tiada sekolah yang ditutup setakat ini.Di Pulau Pinang pula, lebih 50 murid di 24 buah sekolah rendah dan menengah dijangkiti virus itu, namun tiada sekolah ditutup.Tindakan SPRM dedah perbualan berkaitan 1MDB dan SRC International tidak wajar.\u00a0Majlis Peguam Malaysia terkejut dengan tindakan SPRM dedah rakaman perbualan individu berprofil tinggi berkaitan kes 1MDB dan SRC International.Menurut pihaknya, ia tidak wajar kerana orang ramai dan media akan buat penghakiman, sebelum siasatan bermula.Jelasnya lagi, SPRM sepatutnya hanya memaklumkan kewujudan rakaman itu dan beri ruang kepada pihak berkuasa menyiasatnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73081", "title": "Dakwaan kononnya kadar sewa PPR di KL akan dinaikkan tidak benar.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDakwaan kononnya kadar sewa PPR di KL akan dinaikkan tidak benar.\nMar 19, 2018\n\nKementerian Wilayah Persekutuan nafi dakwaan kononnya kadar sewa PPR di KL akan dinaikkan.Menurutnya kadar sewa akan dikekalkan dan pihaknya tiada perancangan untuk menaikkannya.Ia turut nasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.Dalam pada itu, pihaknya berkata projek tempat letak kereta bertingkat akan dibangunkan di PPR Beringin dan Baiduri untuk menyelesaikan masalah letak kereta di kawasan terbabit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72973", "title": "PMO perjelas isu lawatan kerja Datuk Seri Najib Tun Razak", "body": "\n\u2190 Back to list\nPMO perjelas isu lawatan kerja Datuk Seri Najib Tun Razak\nJan 10, 2018\n\nJabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan maklumkan, ahli keluarga serta kenalan Datuk Seri Najib Tun Razak membiayai sendiri perbelanjaan ibadah umrah mereka.Nama-nama ahli keluarga dan kenalan itu dimasukkan sekali dalam senarai rombongan kerja PM ke Arab Saudi bagi mudahkan urusan pentadbiran\u00a0 ibadah umrah.Menurut JPM, Datuk Seri Najib dan ahli rombongan juga diberi taraf Tetamu Negara oleh Kerajaan Arab Saudi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72226", "title": "RUU Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak diluluskan", "body": "\n\u2190 Back to list\nRUU Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak diluluskan\nApr 05, 2017\n\nRang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak diluluskan Dewan Rakyat selepas dibacakan buat kali ke-3, semalam.Di bawah RUU baru itu, pihak ke-3 turut diberi tanggungjawab membuat laporan berkaitan kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak.Ketika ini hanya keluarga terdekat, doktor dan penjaga kanak-kanak diberi tanggungjawab tersebut.Mahkamah khas akan diwujudkan bagi mempercepatkan perbicaraan kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak.Individu yang rahsiakan maklumat kes jenayah dan penderaan seksual kanak-kanak juga boleh didenda sehingga 5 ribu ringgit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78997", "title": "Perhimpunan ICERD semalam, lancar dan aman.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerhimpunan ICERD semalam, lancar dan aman.\nDec 09, 2018\n\nFoto - Astro AwaniPerhimpunan aman ICERD di ibu kota semalam terbukti berjalan lancar dan aman.Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ucap tahniah kepada pasukan keselamatan dan agensi kerajaan yang mengawal keselamatan.Foto - Astro AwaniBeliau turut ucap terima kasih kepada penganjur dan para peserta perhimpunan yang beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.Polis anggar perhimpunan itu disertai 55 ribu orang, akhbar pula anggar sekitar 100 ribu, manakala penganjur mendakwa kira-kira 300 ribu orang.---Foto - Astro AwaniHasil siasatan dalaman isu penyelewengan Tabung Haji akan didedahkan esok!Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, antaranya laporan kewangan tahun lalu yang bercanggah termasuk isu keuntungan.Beliau turut menyifatkan dapatan daripada hasil siasatan itu amat menyedihkan.---Foto - Astro AwaniPerdana Menteri maklumkan, kerajaan akan lihat semula kedudukan sejumlah kakitangan awam yang hilang pekerjaan ekoran penutupan agensi-agensi kerajaan.Antara agensi kerajaan yang dibubarkan adalah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Majlis Profesor Negara (MPN).\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73093", "title": "PRU 14 sah akan menggunakan kawasan persempadanan yang baru.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPRU 14 sah akan menggunakan kawasan persempadanan yang baru.\nMar 30, 2018\n\nPRU 14 sah akan menggunakan kawasan persempadanan yang baru.Ini selepas Laporan Kajian Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya diperkenan Yang Di Pertuan Agong semalam dan berkuatkuasa serta-merta.Laporan itu bagaimanapun tidak mengemukakan cadangan penambahan kerusi bagi kawasan Parlimen dan DUN sekaligus mengekalkan jumlah kerusi sedia ada.SPR turut mencadangkan persempadanan semula kawasan ini perlu diadakan sekurang-kurangnya 8 tahun sekali.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80491", "title": "UMNO siasat Hishammudin!", "body": "\n\u2190 Back to list\nUMNO siasat Hishammudin!\nSep 02, 2019\n\nUMNO jalankan siasatan ke atas Hishammudin.Foto : Astro AwaniBekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein disiasat Jawatankuasa Disiplin parti itu!Perkara tersebut disahkan Pengerusi jawatankuasa terbabit, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.Bagaimanapun sebab Ahli Parlimen Sembrong itu disiasat tidak didedahkan kerana ianya merupakan perkara sulit.Terdahulu, terdapat cakap-cakap kononnya\u00a0Datuk Seri Hishammudin dikaitkan sebagai orang tengah yang berusaha menarik wakil rakyat UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.---Hentikan aliran keluar tenaga mahir tempatan!Foto : Astro AwaniMalaysia perlu tarik lebih banyak pelaburan teknologi tinggi ke dalam negara.Perdana Menteri berkata ianya bagi membolehkan individu berkemahiran dalam sektor berkaitan miliki pekerjaan setaraf.Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah ini sekaligus dapat menangani masalah aliran keluar tenaga mahir tempatan.---Bomba serah siasatan kepada polis.Foto : Astro AwaniOperasi mencari mayat lelaki warga emas yang disyaki maut dalam kebakaran di Sungai Lembing, Kuantan dihentikan sementara waktu.Bomba berkata ini kerana tiada petunjuk baru diperoleh pihaknya setakat petang semalam.Sepasang suami isteri warga emas dipercayai terkorban dalam insiden kebakaran besar itu namun setakat ini hanya satu mayat dijumpai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71630", "title": "Jumlah CCTV di Pulau Pinang dijangka ditambah", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah CCTV di Pulau Pinang dijangka ditambah\nDec 14, 2015\n\nKetika ini terdapat 275 buah CCTV di seluruh negeri iaitu 189 lokasi di bahagian pulau dan selebihnya di tanah besar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80969", "title": "Amaran hujan lebat dikeluarkan di beberapa daerah di Pantai Timur hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAmaran hujan lebat dikeluarkan di beberapa daerah di Pantai Timur hari ini.\nDec 18, 2019\n\nJabatan Meteorologi Malaysia keluarkan amaran hujan lebat di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu dan Pahang hari ini!Manakala amaran ribut petir dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.Dalam perkembangan berkaitan, Kelantan kini dilanda banjir gelombang kedua ekoran hujan lebat sejak semalam.Setakat ini, lebih 900 mangsa banjir berlindung di 11 pusat pemindahan di Jeli, Tanah Merah dan Machang.Di Pahang pula jumlah mangsa banjir naik sedikit pagi ini iaitu 1,024 orang berbanding 1,000 semalam.Situasi banjir di Johor tidak banyak berubah dengan kira-kira 5,300 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan.Tiada pertukaran beberapa ketua setiausaha kementerian akan dilakukan dalam masa terdekat.Tegas Ketua Setiausaha Negara, laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal baru-baru ini adalah tidak benar dan ia hanya persepsi sesetengah pihak.Menurut laporan itu, 5 ketua setiausaha kementerian dijangka ditukarkan hujung tahun ini bagi melancarkan lagi operasi kementerian terlibat.Tahap kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan vaksin imunisasi di Sabah meningkat.Menurut Jabatan Kesihatan negeri, sejak kes polio dikesan di Tuaran 8 Disember lalu, semakin ramai penduduk tampil untuk dapatkan vaksin buat anak-anak mereka.Ketika ini, bayi lelaki yang dilapor dijangkiti virus itu masih dirawat dan berada dalam keadaan stabil.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73283", "title": "Harga petrol untuk minggu ini adalah yang tertinggi dalam tempoh 7 bulan", "body": "\n\u2190 Back to list\nHarga petrol untuk minggu ini adalah yang tertinggi dalam tempoh 7 bulan\nNov 09, 2017\n\nHarga petrol untuk minggu ini adalah yang tertinggi dalam tempoh 7 bulan.Ia menyaksikan RON 95 naik tujuh sen kepada RM 2.31 seliter dan RON 97 naik enam sen kepada RM 2.60 seliter.Harga diesel juga naik tiga sen menjadi RM 2.20 seliter.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=102982", "title": "Kerajaan Batalkan Rancangan Ambil Alih 4 Lebuh Raya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Batalkan Rancangan Ambil Alih 4 Lebuh Raya.\nApr 07, 2021\n\n\nKerajaan membatalkan rancangan mengambil alih 4 lebuh raya di Lembah Klang yang ditawarkan pada 2019 bernilai RM6.2 bilion.\nKeputusan itu dibuat selepas mengambil kira bebanan yang perlu ditanggung kerajaan.\nBagaimanapun kerajaan sedang teliti cadangan baru sebagai penyelesaian jangka panjang kepada isu tol.\r\n\u00a0\nTiada syarat baru dikenakan untuk mohon permit bagi perjalanan rentas negeri.\u00a0\nJelas polis Cheras, notis mengenai syarat kebenaran rentas negeri yang kini viral adalah peringatan buat anggotanya bukan untuk orang awam.\u00a0\nPihaknya mahu anggota polis bertugas lebih berhati-hati ketika memproses permohonan rentas negeri orang ramai.\u00a0\n\u00a0\n4 kampung di Terengganu dan Sabah dikenakan PKPD.\n3 kampung di Terengganu dan 1 di Sabah dikenakan PKPD mulai hari ini hingga 20 April.\u00a0\nla susulan berlaku penularan Covid-19 dalam kalangan penduduk di kampung terbabit dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71317", "title": "KWSP Umum Perincian Program i-Sinar Pengeluaran Akaun 1 Minggu Depan. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKWSP Umum Perincian Program i-Sinar Pengeluaran Akaun 1 Minggu Depan. \nNov 27, 2020\n\nKWSP akan umumkan perincian mengenai permohonan Program i-Sinar bagi pengeluaran Akaun 1, minggu depan.la katanya merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan mahupun alami pengurangan gaji.KWSP turut jangkakan ahli yang penuhi kriteria kelayakan boleh mohon bermula pertengahan bulan depan dengan pembayaran pertama dibuat sebulan selepas permohonan diluluskan.Malaysia catat kes pulih Covid-19 melebihi kes baru 2 hari berturut-turut!\u00a0Lebih 2,500 pesakit sembuh direkodkan berbanding 935 kes baru semalam.\u00a0la menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini cecah 49,000 bersamaan 80.7 peratus.\u00a0\u00a0Pelajar terjatuh jambatan gantung ketika cari akses internet di Ranau, Sabah.3 pelajar terjatuh dari jambatan gantung yang runtuh di Kampung Gusi, Ranau ketika mencari akses internet untuk mengikuti kelas dalam talian, Isnin lalu.Timbalan Ketua Menteri Sabah mengesahkan kejadian berkenaan dan seorang pelajar dimasukkan ke hospital di Kota Kinabalu kerana patah kaki.Capaian internet di kampung itu katanya lebih baik pada waktu malam di kawasan jambatan gantung tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72597", "title": "Perlis wajibkan pengambilan vaksin", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerlis wajibkan pengambilan vaksin\nNov 12, 2016\n\nJawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan, pengambilan vaksin adalah wajib kerana ia merupakan kaedah paling berkesan mencegah penyakit.Katanya, suntikan imunisasi terbukti mampu melindungi kesihatan kanak-kanak daripada dijangkiti wabak merbahaya.\u00a0Malah ibu bapa yang menolak vaksin hingga menyebabkan penularan wabak merbahaya dalam kalangan masyarakat, dianggap berdosa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72698", "title": "Tiada Soalan UPSR 2016 Berbaur Perkauman", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Soalan UPSR 2016 Berbaur Perkauman\nSep 08, 2016\n\nKementerian Pendidikan nafi dakwaan ada soalan peperiksaan UPSR 2016 berbaur perkauman seperti yang tersebar di laman sosial ketika ini.Jelas kementerian, ini kerana soalan yang disediakan Lembaga Peperiksaan telah melalui proses penilaian ketat bagi memastikan ia mencapai objektif pendidikan.Justeru, pihaknya meminta orang ramai agar menyemak kesahihan sesuatu perkara sebelum menyebarkannya di media sosial.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71111", "title": "Belum Ada Lagi Ubat COVID-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBelum Ada Lagi Ubat COVID-19.\nOct 23, 2020\n\nBelum Ada Lagi Ubat COVID-19Jangan terpedaya dengan iklan-iklan ubat yang mendakwa kononnya boleh sembuhkan COVID-19.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), satu dunia masih berusaha mencari dan menghasilkannya.Jika sudah ada, pastinya pelopor atau yang berjaya menemui atau menghasilkannya sudah kaya-raya.KKM memaklumkan demikian ekoran penjualan ubat sedemikian di aplikasi jual beli dalam talian khasnya dari China.Kementerian juga menasihatkan wanita yang berpurdah atau berniqab supaya tetap pakai pelitup muka.bagi mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19.\u00a0Sementara itu, 847 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia semalam dengan lebih separuh daripadanya direkodkan di Sabah.\u00a05 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan bilangan yang maut akibat virus itu naik kepada 204 orang.Akta Khas Bantu Kurangkan Impak Pandemik COVID-19Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan COVID-19 2020 dijadual diwartakan hari ini.\u00a0Ia akan berkuat kuasa selama 2 tahun dan dijangka beri manfaat kepada individu dan syarikat yang terkesan dari aspek ekonomi akibat pandemik tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=148574", "title": "Cuaca Lebih Kering Ramadan Nanti", "body": "\n\u2190 Back to list\nCuaca Lebih Kering Ramadan Nanti\nMar 19, 2023\n\n\nCuaca Lebih Kering Ramadan Nanti\u00a0\nMalaysia dijangka mengalami cuaca lebih kering Ramadan nanti!\u00a0\nPenyelidik Meteorologi daripada UMT memaklumkan Sinar Harian, pihaknya juga ramal hujan kerap berlaku pada sebelah petang ketika bulan puasa nanti.\u00a0\nJusteru orang ramai yang ingin mengunjungi bazar Ramadan bagi beli juadah berbuka puasa dinasihatkan supaya pantau keadaan cuaca dan menyediakan payung.\n\nJohor Usaha Atasi Banjir Termenung\nKerajaan Johor meningkatkan usaha bagi memastikan masalah banjir termenung khususnya di Batu Pahat dapat diselesaikan sebelum ketibaan Ramadan beberapa hari lagi.\nSehubungan dengan itu, kerajaan negeri telah mengarahkan beberapa pam air bergerak dihantar ke daerah berkenaan bagi mengepam keluar air.\u00a0\nMasih terdapat lebih 17,000 mangsa banjir di Johor manakala di Sarawak hampir 250 penduduk berlindung di PPS.\u00a0\n\nBaucer Barangan Elektrik Untuk Mangsa Banjir B40\nKerajaan mengumumkan agihan baucar barangan elektrik RM300 untuk mangsa banjir di Johor dan Pahang.\nIa melibatkan lebih 1,000 mangsa bencana itu daripada kumpulan B40 dan dilaksanakan di bawah \u00a0inisiatif Payung Rahmah. \u00a0\n\r\n\u00a0\nSila Kemas Kini Permohonan STR\nLHDN minta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah, STR mengemas kini permohonan bagi memastikan data kekal relevan pada tahun ini.\u00a0\nPenerima yang tidak mengemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan Bantuan Sara Hidup 2020, Bantuan Prihatin Rakyat 2021 dan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 perlu berbuat demikian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79167", "title": "KPM Jawab Isu Gambar Buku Teks", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPM Jawab Isu Gambar Buku Teks\nJan 16, 2019\n\nKementerian Pendidikan Malaysia akan segera membetulkan infografik pada buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 3.Ia susulan halaman 67 dalam buku teks itu boleh disalah tafsir sebagai menyalahkan mangsa gangguan seksual berhubung 'penjagaan kehormatan anggota seksual.'Ralat akan dibuat dalam bentuk 'QR Code' esok untuk makluman guru, murid dan ibu bapa.\u00a0Manakala ralat dalam bentuk pelekat akan dicetak dan diedarkan ke semua sekolah mulai 29 Januari ini.Ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).Foto: Facebook Timbalan Menteri PendidikanOleh: Joen Hamzah\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78831", "title": "Belanjawan 2019 dijangka bersifat inklusif. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nBelanjawan 2019 dijangka bersifat inklusif. \nNov 01, 2018\n\nBelanjawan 2019 dijangka bersifat inklusif dan memberi manfaat kepada majoriti rakyat Malaysia.Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata ianya akan menyumbang ke arah usaha mewujudkan ekosistem yang membantu mempertingkat ekonomi negara.Belanjawan pertama kerajaan Pakatan Harapan akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, esok.Barisan Nasional akan dijenama semula atau bertukar nama.Barisan Nasional akan dijenamakan semula atau bertukar nama kerana nama itu tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.Foto: The StarMenurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak mustahil gabungan berkenaan diberi nama lain bagi mengukuhkan kedudukan parti komponennya.Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas akan bertemu Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti.MARA akan teruskan\u00a0Skim Pinjaman Pelajaran.Majlis\u00a0Amanah\u00a0Rakyat\u00a0akan teruskan Skim Pinjaman Pelajaran kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.Buat masa ini, MARA menerima bajet RM2 billion bagi biayai 65,000 pelajar di dalam dan luar negara bagi tahun ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72025", "title": "Pahang terus catat jumlah mangsa banjir tertinggi dengan hampir 1,900 orang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPahang terus catat jumlah mangsa banjir tertinggi dengan hampir 1,900 orang.\nJan 03, 2018\n\nPahang terus catat jumlah mangsa banjir tertinggi dengan hampir 1,900 orang!Mereka ditempatkan di 2 pusat pemindahan di Kuantan dan Rompin.Mangsa banjir di Johor sedikit menurun iaitu 340 orang berbanding 350 orang malam tadi.Di Terengganu pula seramai 330 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan manakala Kelantan catat jumlah mangsa banjir seramai 78 orang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71923", "title": "Kementerian Pendidikan kenalpasti 4 faktor utama penyebab masalah disiplin pelajar.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan kenalpasti 4 faktor utama penyebab masalah disiplin pelajar.\nAug 18, 2017\n\nKementerian Pendidikan kenalpasti 4 faktor utama penyebab masalah disiplin pelajar termasuk pemakanan dan persekitaran.Malah katanya, teknologi dan kemasyarakatan juga jadi sebab kepada tindakan luar kawalan pelajar hingga tercetus kes buli dan memukul guru.Terbaru, seorang guru wanita retak jari tangan selepas dipukul dengan kerusi oleh seorang pelajar tingkatan dua di Melaka, minggu lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73119", "title": "1MDB akan ditutup sebaik saja semua hutang berjaya diselesaikan.", "body": "\n\u2190 Back to list\n1MDB akan ditutup sebaik saja semua hutang berjaya diselesaikan.\nFeb 28, 2018\n\n1MDB akan ditutup sebaik saja semua hutang syarikat itu berjaya diselesaikan.Pengerusinya yakin 1MDB mampu bayar segala hutang melalui pelan rasionalisasi yang sedang dilaksanakan.Hutang terbabit katanya akan dibayar daripada hasil pendapatan projek mega kerajaan termasuk TRX dan MRT 2.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70315", "title": "COVID-19: Tiada Isu Keselamatan Makanan di Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\nCOVID-19: Tiada Isu Keselamatan Makanan di Malaysia\nJun 15, 2020\n\nCOVID-19: Tiada Isu Keselamatan Makanan di MalaysiaSetakat ini tiada sebarang isu berkaitan aspek keselamatan makanan di Malaysia.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes jangkitan COVID-19 menerusi makanan juga tidak berlaku.Justeru orang ramai tidak perlu bimbang sebab jika virus itu terdapat pada makanan, ia akan mati apabilamakanan dimasak.Penjelasan tersebut diberi ekoran kebimbangan terhadap makanan segar basah yang dibawa dari Chinaantaranya ikan.Ia susulan penularan wabak itu di sebuah pasar borong di China yang mana virus COVID-19 dikesan padapapan pemotong ikan.Lebih 630 Notis Untuk Kedai GuntingLebih 630 notis dikeluarkan kepada pemilik kedai gunting dan dandanan rambut menerusi Ops Catut di seluruh negara.Ia bagi mendapatkan penjelasan berkenaan perbezaan caj gunting rambut dan harga tidak munasabah.Bagaimanapun pemeriksaan mendapati majoriti pemilik premis mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini.Sementara itu 2 peniaga kedai runcit dan daging segar di Kuching, Sarawak dikompaun kerana ingkar PKPP.Ia ekoran kegagalan mereka mematuhi SOP antaranya tidak catat suhu badan pelanggan dan abai penjarakan sosial.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72063", "title": "Calon-calon PRU14 kini ada masa 10 hari lagi untuk berkempen.", "body": "\n\u2190 Back to list\nCalon-calon PRU14 kini ada masa 10 hari lagi untuk berkempen.\nApr 29, 2018\n\nCalon-calon PRU14 kini ada masa 10 hari lagi untuk berkempen menambat hati pengundi sejurus selesai proses penamaan calon semalam.Seramai 2,333 calon akan merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN, mengatasi jumlah calon pada PRU13 dengan beza 432 orang.SI, sekurang-kurangnya 26 calon akan bertanding di 2 kerusi Parlimen dan DUN.Ini termasuk 3 MB iaitu MB Perak, Johor dan Selangor serta Ketua Menteri Pulau Pinang.Calon paling tua yang akan bertanding pada pilihan raya nanti berusia 92 tahun, manakala paling muda berusia 22 tahun.SPR juga menjangkakan, peratusan keluar mengundi pada pilihan raya kali ini adalah kira-kira 85 peratus.Keputusan penuh pula dijangka diperoleh pada jam 9 malam pada hari pengundian, 9 Mei nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78890", "title": "Mata wang kripto mungkin akan diperkenalkan di Malaysia pada masa akan datang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMata wang kripto mungkin akan diperkenalkan di Malaysia pada masa akan datang.\nNov 16, 2018\n\nMata wang kripto mungkin akan diperkenalkan di Malaysia pada masa akan datang!Jelas Perdana Menteri, kerajaan akan pertimbangkan cadangan itu memandangkan bank pusat di seluruh dunia juga mungkin akan laksanakan pengeluaran mata wang digital tersebut.Namun, tambah Tun M, perbincangan dengan Bank Negara mengenai perkara itu masih belum dibuat memandangkan ianya tidak sah digunakan di Malaysia.Jangan tertipu dengan iklan palsu yang guna nama dan logo Perkeso.Orang ramai diminta agar berwaspada dengan iklan palsu di media sosial yang menawarkan pinjaman mikro menggunakan nama serta logo Perkeso.Tegas Perkeso, pihaknya tidak pernah tawarkan pinjaman itu kepada pengguna dan\u00a0telah mengesan satu akaun Facebook yang melakukan penipuan tersebut.\u00a0Anak tetak bapa kerana dilarang guna motosikal.Gara-gara tidak dibenarkan untuk menggunakan motosikal, seorang anak tergamak menetak bapa kandungnya berusia 90 tahun dengan parang.Hasil siasatan polis mendapati, suspek\u00a0positif dadah jenis Methamphetamine.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72557", "title": "Budak 2 Tahun Maut Disyaki Didera", "body": "\n\u2190 Back to list\nBudak 2 Tahun Maut Disyaki Didera\nAug 30, 2016\n\nSeorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dipercayai akibat didera kakak dan abang iparnya di Dungun, Terengganu.Polis memaklumkan, kanak-kanak berusia 2 tahun itu meninggal dunia beberapa jam sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka.Pemeriksaan pegawai perubatan mendapati terdapat kesan lebam di badan dan kaki mangsa.Difahamkan, mangsa dijaga kakak dan abang iparnya kerana ibu bapa mereka bekerja di Kuala Lumpur.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94541", "title": "Banjir semakin pulih", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir semakin pulih\nJan 17, 2021\n\nBilangan mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan seluruh negara menurun kepada kira-kira 5,800 mangsa.Pahang masih miliki bilangan mangsa tertinggi dengan 3,800 mangsa di lebih 50 pusat pemindahan.Ia diikuti Sarawak dengan 1810, Sabah 122 manakala 93 mangsa masih berada di 2 pusat pemindahan sementara di Johor.Namun, Jabatan Meteorologi keluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga Isnin.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80286", "title": "Hentikan segera penjualan gula-gula 'Ghost Smoke'!", "body": "\n\u2190 Back to list\nHentikan segera penjualan gula-gula 'Ghost Smoke'!\nJul 23, 2019\n\nTimbalan Perdana Menteri mahu penjualan gula-gula 'Ghost Smoke' yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut, dihentikan segera!Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat minta ibu bapa tingkatkan pemantauan ke atas anak-anak.Beliau turut tidak menolak kemungkinan gula-gula itu boleh jadi permulaan kepada tabiat merokok dan penagihan dadah.Polis sedang mengesan 3 pemancing susulan insiden pencemaran Sungai Selangor!Mereka disyaki melakukan perbuatan khianat curah diesel ke sungai kerana berang tidak dibenar memancing di kawasan itu oleh syarikat pengorek pasir.Insiden pencemaran tersebut menyebabkan bekalan air di Lembah Klang terjejas ketika ini babitkan ratusan ribu pengguna.Perdana menteri lancar logo baru\u00a0 Kempen Melawat Malaysia 2020.Hasil ciptaan pereka grafik berusia 23 tahun dari Melaka dipilih sebagai logo Kempen Melawat Malaysia 2020.Ia menampilkan pelbagai ikon Malaysia seperti burung kenyalang, bunga raya, pakis liar dan warna-warna jalur gemilang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73384", "title": "PRK Port Dickson babitkan pertandingan 7 penjuru", "body": "\n\u2190 Back to list\nPRK Port Dickson babitkan pertandingan 7 penjuru\nSep 29, 2018\n\nPRK Port Dickson libatkan pertandingan 7 penjuruFoto - Malaysia GazettePilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson bakal menyaksikan pertandingan 7 penjuru, babitkan dua wakil parti politik dan lima calon bebas.Dua calon parti politik adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan dan Leftenan Kolonel (B) Haji Nazari Mokhtar dari PAS.Antara calon bebas yang bertanding ialah bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar, Saiful Bukhari Azlan.PRK Port Dickson akan berlangsung pada 13 Oktober depan dengan hari pengundian awal ditetapkan pada 9 Oktober.-----Ingin berkelah di air terjun? semak cuaca terlebih dahuluFoto - GoogleOrang ramai diingatkan untuk dapatkan maklumat cuaca terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti perkelahan di air terjun dan jeram di Selangor.Bomba Selangor berkata, langkah itu untuk pastikan mereka tidak terlibat dalam sebarang kejadian tidak diingini ekoran cuaca tidak menentu ketika ini.Dari awal tahun sehingga kini, 53 kes kematian akibat lemas dan hilang dalam hutan dicatatkan di destinasi tumpuan aktiviti perkelahan di Selangor.-----Jeruk kulit limau tercemar plumbum tidak diimport ke MalaysiaFoto - GoogleKementerian Kesihatan sahkan, jeruk kulit limau dari China yang dikesan mengandungi plumbum, tidak diimport ke Malaysia.Namun, sebagai langkah berjaga-jaga kementerian melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah meningkatkan pemantauan ke atas semua jenis jeruk buah kering yang diimport dari China.Pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau melayari Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71801", "title": "Gempa bumi di Jepun: Pelajar Malaysia selamat", "body": "\n\u2190 Back to list\nGempa bumi di Jepun: Pelajar Malaysia selamat\nApr 16, 2016\n\nKesemua 18 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di 3 universiti di daerah Kumamoto, Jepun, yang dilanda gempa bumi dilaporkan selamat.Menurut Wisma Putra kesemua pelajar dilaporkan berada di zon pemindahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Jepun di bandar itu.Kedutaan Besar Malaysia di sana kini sedang mengesan status rakyat Malaysia yang lain yang berada di kawasan berkenaan.Kelmarin, satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda selatan Jepun meragut sembilan nyawa dan lebih 700 cedera.SI, satu lagi gempa bumi dengan kekuatan 7 magnitude berlaku di sana awal pagi tadi.Menurut laporan, setakat ini sekurang-kurangnya 3 dilaporkan terbunuh.Amaran tsunami pada mulanya dikeluarkan, namun telah ditarik balik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72495", "title": "Polis tunggu ujian darah gadis memandu melawan arus di Pulau Pinang", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis tunggu ujian darah gadis memandu melawan arus di Pulau Pinang\nMar 18, 2017\n\nPolis masih menunggu keputusan ujian darah gadis yang memandu secara melawan arus di Pulau Pinang, Selasa lalu.Ia bagi membolehkan pihaknya akan membuat pendakwaan terhadap gadis berkenaan bagi kesalahan trafik pula.Semalam, gadis 19 tahun terbabit mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengambil dadah jenis syabu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=121380", "title": "Peralihan Ke Fasa Endemik COVID-19 Ditangguhkan Seketika.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeralihan Ke Fasa Endemik COVID-19 Ditangguhkan Seketika.\nDec 01, 2021\n\n\nPeralihan Ke Fasa Endemik Covid-19 Ditangguhkan Seketika.\nPeralihan negara ke fasa endemik Covid-19 ditangguhkan seketika.\nJelas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ia bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung varian baru COVID-19, Omicron.\nWalaupun tiada kes varian Omicron dilaporkan di Malaysia, tindakan berhati-hati katanya perlu diambil kerana varian itu dilapor sangat pantas dan mudah berjangkit.\nAntaranya, kawalan sempadan antarabangsa akan diperketat ke atas negara yang melaporkan penyebaran varian Omicron.\n\u00a0\nKluster baru Covid-19 menunjukkan trend peningkatan.\nKetua Pengarah Kesihatan berkata situasi itu amat membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan aktiviti sosial dan pematuhan SOP mula dipandang ringan.\n50 kluster baru direkodkan sepanjang minggu lepas dengan yang paling tinggi melibatkan tempat kerja iaitu 22 kluster.\n\u00a0\nKerajaan pertimbang cadangan bina penghadang lebih tinggi bagi rumah bertingkat.\nKerajaan pertimbang cadangan agar pemaju projek perumahan bertingkat bina penghadang lebih tinggi.\nIa bagi elak berlakunya kes kanak-kanak terjatuh dari bangunan.\nBulan lepas, 2 kanak-kanak maut selepas terjatuh daripada kondominium masing-masing di KL dan Selangor.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72943", "title": "Bukit Aman siasat dakwaan pegawai kanan SPRM jalin hubungan dengan ister orang", "body": "\n\u2190 Back to list\nBukit Aman siasat dakwaan pegawai kanan SPRM jalin hubungan dengan ister orang\nOct 17, 2017\n\nBukit Aman sahkan siasatan sedang dijalankan berhubung video viral yang didakwa babitkan hubungan seorang pegawai kanan SPRM dan isteri orang.Ketua Polis Negara berkata, buat masa ini pihaknya sedang mengenal pasti individu yang terbabit dalam penyebaran video tersebut.Namun, jelas Tan Sri Mohamad Fuzi Harun,\u00a0\u00a0setakat ini tidak ada laporan polis daripada pihak SPRM berhubung dakwaan melibatkan pegawai kanan agensi itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72468", "title": "Kementerian Kesihatan Tingkat Pemantauan Kurma", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Kesihatan Tingkat Pemantauan Kurma\nMay 28, 2017\n\nKementerian Kesihatan akan meningkatkan pemantauan ke atas produk kurma di pasaran tempatan.Ia susulan tular di media sosial buah berkenaan tercemar dengan lipas dan kumbang.Kementerian juga minta pengguna baca label dan amal langkah \"lihat, hidu dan rasa\" sebelum menikmati makanan bagi elak makan makanan rosak atau tercemar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72006", "title": "Semua pinjaman pengajian tinggi Johor tidak akan dikenakan sebarang caj dan faedah mulai tahun depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemua pinjaman pengajian tinggi Johor tidak akan dikenakan sebarang caj dan faedah mulai tahun depan.\nNov 23, 2017\n\nSemua pinjaman pengajian tinggi Johor, termasuk Yayasan Pelajaran Johor tidak akan dikenakan sebarang caj dan faedah mulai tahun depan.Kerajaan negeri bersetuju mansuhkan kos perkhidmatan 4 peratus bagi peminjam baru dan peminjam yang dijadual mula membayar pinjaman tahun depan.Sementara itu, YPJ akan memperuntukkan lebih 20 juta ringgit bagi pinjaman pelajaran ke IPT untuk pelajar tahun depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80359", "title": "Bapa Nafi Anaknya Mati Di Australia Kerana Stres Belajar ", "body": "\n\u2190 Back to list\nBapa Nafi Anaknya Mati Di Australia Kerana Stres Belajar \nAug 07, 2019\n\nBapa seorang pelajar Malaysia yang maut selepas terjatuh dari sebuah apartment di Australia, NAFI anaknya alami tekanan.Dia juga minta semua pihak jangan terburu-buru buat spekulasi mengenai kematian anak sulungnya itu.Terdahulu, ada laporan mendakwa kononnya pelajar itu tertekan selepas gagal dalam beberapa subjek.Jenazah mangsa sedang diuruskan pihak MARA dan akan dikebumikan di Malaysia.\u00a0Presiden Indonesia Segan Dengan Malaysia Dan SingapuraPresiden Indonesia akui malu kepada Malaysia dan Singapura, kerana kebakaran hutan di negaranya, punca jerebu melanda kedua-dua negara jiran.Tegas Joko Widodo, beliau telah arahkan semua pihak berkaitan agar lebih serius menangani masalah itu.Terdahulu, Widodo dilaporkan beri amaran akan pecat mana-mana anggota bomba JIKA kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan gagal dipadamkan.Laporan Perubatan Kes Rogol Babitkan Exco Perak SIAP!Laporan kimia dan perubatan bagi kes rogol pembantu rumah membabitkan EXCO Perak baru-baru ini, sudah siap.Menurut polis, laporan tersebut akan dihantar kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya. \u00a0Baru-baru ini terdapat satu status di Facebook mendakwa kononnya laporan forensik kes berkenaa hilang, namun polis menafikan dakwaan berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72216", "title": "Jenazah Pegawai Kanan Polis Baling selamat disemadi", "body": "\n\u2190 Back to list\nJenazah Pegawai Kanan Polis Baling selamat disemadi\nApr 19, 2017\n\nPasangan suami isteri yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Baling, Kedah semalam telah dikebumikan di kampung halaman mereka di Tanah Merah, Kelantan.Tragedi itu menyebabkan 5 anak pasangan terbabit menjadi yatim piatu, dengan 4 daripadanya cedera akibat turut terlibat dalam kemalangan tersebut.Dua daripada kanak-kanak 4 beradik yang cedera itu dijadual menjalani pembedahan hari ini ekoran pelbagai kecederaan termasuk patah pergelangan tangan dan paha.Pemandu wanita yang ditahan berkaitan kemalangan tersebut dilapor akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk pihak polis mendapatkan perintah reman ke atasnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72179", "title": "Dua pekerja bersaudara maut ditetak", "body": "\n\u2190 Back to list\nDua pekerja bersaudara maut ditetak\nAug 04, 2017\n\n2 pekerja sebuah kilang penyembelihan ayam di Klang, Selangor dijumpai mati ditetak di sebuah bilik pekerja dalam kilang tersebut.Mangsa yang mempunyai hubungan persaudaraan dipercayai telah meninggal dunia sejak 3 hari lalu, serentak dengan tarikh mereka dilaporkan hilang.Polis giat memburu seorang lagi pekerja kilang itu yang tinggal bersama-sama mangsa, yang menghilangkan diri sejak kejadian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72593", "title": "Kementerian Pendidikan Minta Lembaga Peperiksaan Lapor Polis", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan Minta Lembaga Peperiksaan Lapor Polis\nNov 10, 2016\n\nKementerian Pendidikan arah Lembaga Peperiksaan buat laporan polis berhubung kenyataan palsu kononnya berlaku kebocoran kertas peperiksaan SPM, subjek Sejarah.Ini kerana kementerian kecewa dengan perbuatan pihak tidak bertanggunjawab yang menyebarkan maklumat palsu itu dan menggunakan namanya.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70334", "title": "Jumlah kes aktif COVID-19 kian berkurangan", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah kes aktif COVID-19 kian berkurangan\nJun 17, 2020\n\nJumlah kes aktif COVID-19 kian berkuranganFoto - New Straits TimesJumlah kes aktif COVID-19 dalam negara terus berkurangan kepada 521 apabila 140 lagi kes disahkan pulih dan dibenarkan keluar dari hospital, hari ini.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 10 kes baru dicatatkan membabitkan penularan tempatan termasuk 7 warganegara dan 3 warga asing.Tiada kematian terbaru direkodkan dengan jumlah korban keseluruhan kekal 121.-----Tiada larangan untuk kanak-kanak beriadahFoto - Rojak DailyKerajaan tidak melarang kanak-kanak untuk beriadah di taman permainan dan meluangkan masa di pusat beli-belah bersama keluarga, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata taman permainan dan pelbagai tempat guna awam mula dibuka sejak kerajaan melaksanakan PKPP pada 10 Jun lalu.Namun katanya, ibu bapa harus sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan kanak-kanak yang sehingga kini dikategorikan sebagai golongan berisiko mendapat jangkitan COVID-19.-----Kebenaran pulang penuntut asing diputuskan esokFoto - Jabatan Perdana MenteriKeputusan untuk membenarkan penuntut warga asing kembali ke pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini akan dimuktamadkan, esok.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara berkenaan akan diperhalusi dalam mesyuarat khas menteri pagi esok.Pihaknya memahami, ramai warga asing yang memohon untuk kembali ke Malaysia untuk teruskan pelajaran bukan setakat di IPT swasta, tetapi universiti awam dan sekolah antarabangsa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72634", "title": "Pelajar tingkatan dua lahirkan bayi perempuan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelajar tingkatan dua lahirkan bayi perempuan\nDec 10, 2016\n\nSeorang pelajar tingkatan 2 lahirkan bayi perempuan di rumah keluarganya dekat Kuala Klawang, Negeri Sembilan, Selasa lepas.Menurut Kosmo, siasatan awal polis mendapati, gadis itu mengandung kerana menjalin hubungan seks dengan seorang lelaki, Mac lalu.Polis telah menahan reman 7 hari teman lelaki pelajar perempuan itu bagi membantu siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72646", "title": "Situasi Terkini di Aleppo", "body": "\n\u2190 Back to list\nSituasi Terkini di Aleppo\nDec 16, 2016\n\nTurki memaklumkan, hampir 8,000 penduduk awam telah dipindahkan keluar dari timur Aleppo, Syria.Manakala BBC melaporkan, kira-kira 50,000 penduduk masih terperangkap di kawasan tersebut, yang masih ditawan pemberontak.Terdahulu, kerajaan Malaysia gesa PBB ambil langkah drastik bagi pastikan mangsa perang di Aleppo diberi keutamaan.\u00a0Tegas Malaysia, situasi genting yang berlaku di Aleppo adalah diluar perikemanusiaan biarpun ada pihak mendakwa ia dilakukan bagi menghapuskan pemberontak.Dalam perkembangan berkaitan, lebih 1,500 peserta berhimpun di depan Kedutaan Russia di KL hari ini bagi mengutuk serangan rejim Bashar Al-Assad dan Rusia di Aleppo.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72479", "title": "Tempoh menunggu tunaikan haji bakal dipendekkan kepada 50 tahun", "body": "\n\u2190 Back to list\nTempoh menunggu tunaikan haji bakal dipendekkan kepada 50 tahun\nMay 31, 2017\n\nTabung Haji akan pendekkan tempoh menunggu menunaikan haji bagi lebih 2.5 juta pendeposit di negara ini dari 89 tahun kepada 50 tahun.Pengurangan tempoh menunggu itu berikutan kemungkinan penambahan kouta jemaah haji kepada 35 ribu berbanding 30,200 ketika ini.TH berkata, perkara itu akan ditetapkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama lembaga itu dalam masa terdekat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=126400", "title": "Hujan Dan Ribut Petir Diramal Berlaku Hingga 6 Februari.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHujan Dan Ribut Petir Diramal Berlaku Hingga 6 Februari.\nJan 31, 2022\n\n\nHujan Dan Ribut Petir Diramal Berlaku Hingga 6 Februari.\nAngin kencang di timur Sabah dan Pantai Timur Semenanjung dijangka berterusan hingga Ahad depan.\nManakala ribut petir dijangka melanda kawasan Barat Sabah dan Sarawak, Kedah, Perak, Selangor, KL, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta pedalaman Pahang.\nMenurut Met Malaysia, hujan diramal berlaku pada petang hingga awal malam melibatkan kesemua kawasan berkenaan.\n\u00a0\nBeberapa rumah rosak dan pokok tumbang akibat ribut di Ipoh.\nTaman Tasek Damai dan Kampung Tawas, Ipoh dilanda ribut dan puting beliung petang semalam.\nMenurut Bomba Perak, insiden itu mengakibatkan beberapa rumah rosak dan pokok tumbang.\nNamun, tiada kecederaan dilaporkan.\n\u00a0\n2.57 juta pengundi layak mengundi pada PRN Johor nanti.\nMenurut SPR, peningkatan kira-kira 28 peratus itu adalah berikutan penambahan hampir 750 ribu pengundi berusia 18 tahun ke atas, susulan pelaksanaan Undi18.\nPengundi boleh buat semakan awal antaranya melalui portal SPR atau aplikasi MySPR Semak.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=118963", "title": "Kerajaan Bertegas Dengan Golongan Antivaksin.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Bertegas Dengan Golongan Antivaksin.\nOct 17, 2021\n\n\nKerajaan Bertegas\nKerajaan akan terus bertegas dengan golongan antivaksin.\nUjar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ia susulan keengganan mereka terima vaksin tanpa alasan kukuh.\nMenurut Khairy, kerajaan mungkin tidak akan mewajibkan pengambilan vaksin di peringkat persekutuan namun mengalakkan undang-undang itu di peringkat sektoral.\nIa seperti yang telah diwajibkan bagi sektor awam bermula bulan depan.\nSektor swasta juga digalakkan melaksanakan undang-undang mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan pekerja.\n\u00a0\nAntivaksin Sebar Berita Palsu: Polis Buka 2 Kertas Siasatan\nPolis buka 2 kertas siasatan terhadap 2 individu dipercayai antivaksin.\nMereka dilapor sebar berita palsu berkenaan kematian kononnya berkaitan pemberian vaksin COVID-19.\nPDRM juga akan teliti setiap laporan yang diterima sebelum tindakan undang-undang diambil.\nIa berikutan gesaan Menteri Kesihatan, agar pihak berkuasa menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin.\nKKM baru-baru ini mengambil langkah buat beberapa laporan polis terhadap golongan antivaksin.\nUjar Khairy Jamaluddin, ia disebabkan kumpulan masih berterusan sebar berita palsu berkaitan vaksin COVID-19.\n\u00a0\nTiada Kompromi - Polis Terengganu\nPolis Terengganu tidak berkompromi dengan individu yang masuk ke negeri itu tanpa melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.\nTegasnya, ia bagi elak penularan COVID-19 dan fokusnya ialah kawasan tumpuan ramai.\nPemantauan secara berterusan juga diadakan di lokasi tumpuan pelancong termasuk Tasik Kenyir.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73125", "title": "1.6 juta akaun nombor telefon prabayar akan ditamatkan menjelang awal tahun depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\n1.6 juta akaun nombor telefon prabayar akan ditamatkan menjelang awal tahun depan.\nMar 08, 2018\n\nSKMM akan menamatkan 1.6 juta akaun nombor telefon prabayar menjelang awal tahun depan.Langkah ini bagi membendung kegiatan penipuan termasuk secara dalam talian.Menurut laporan The Star, ini kerana ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan guna nombor telefon yang sudah tidak digunakan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71831", "title": "Bekas Pengerusi FGV dan isteri tiba di Putrajaya", "body": "\n\u2190 Back to list\nBekas Pengerusi FGV dan isteri tiba di Putrajaya\nJun 21, 2017\n\nBekas Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad dan isteri tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.Pasangan berkenaan dilapor hadir untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya tersebut berkaitan kemelut pengurusan tertinggi syarikat peladangan tersebut.Setakat ini juga, SPRM sudah merakamkan percakapan 60 orang saksi dalam siasatan kes berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70374", "title": "Takwim Penggal Persekolahan 2020 dipinda", "body": "\n\u2190 Back to list\nTakwim Penggal Persekolahan 2020 dipinda\nJun 23, 2020\n\nTakwim Penggal Persekolahan 2020 dipindaFoto - Kementerian Pendidikan MalaysiaTakwim Penggal Persekolahan 2020 dipinda bagi membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid.Menurut Kementerian Pendidikan, pindaan membabitkan cuti pertengahan penggal dua yang dikurangkan daripada sembilan hari kepada lima hari.Cuti akhir tahun sekolah dalam kumpulan A dikurangkan kepada 14 hari manakala sekolah dalam kumpulan B dikurangkan kepada 13 hari.-----Sekolah boleh ubah suai SOP cegah COVID-19Foto - Utusan BorneoSekolah yang akan mula dibuka esok diberi kelonggaran untuk ubah suai beberapa aspek selagi tidak melanggar SOP asas pencegahan Covid-19.Kementerian Pendidikan berkata, kelonggaran pengubahsuaian itu bergantung kepada kesesuaian persekitaran sekolah yang berbeza di seluruh negara.Bermula esok juga, pihak kementerian sudah menetapkan pegawai yang akan membuat pemantauan di semua sekolah menengah yang dibuka itu.-----Remaja 16 hingga 18 tahun lebih senang sembuh COVID-19Foto - Harian MetroKes positif jangkitan COVID-19 dalam kelompok umur 16 hingga 18 tahun didapati mempunyai kadar penyembuhan lebih baik.Malah menurut Kementerian Kesihatan, tiada kes kematian atau kes di unit rawatan rapi (ICU) yang dilaporkan membabitkan kumpulan umur ini.Kesimpulan itu berdasarkan hasil penelitian terhadap 1,712 kes COVID-19 dalam kalangan individu berusia 18 tahun dan ke bawah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79100", "title": "Yuran PIBG Juga Perlu Ada Harga Siling", "body": "\n\u2190 Back to list\nYuran PIBG Juga Perlu Ada Harga Siling\nJan 04, 2019\n\nPerlu ada harga siling untuk yuran PIBG.Menurut Majlis Permuafakatan PIBG Nasional, ia bertujuan elak ibu bapa terbeban dengan jumlah yuran yang terlalu tinggi terutamanya di kawasan bandar.\u00a0Antara yang boleh dijadikan garis panduan dalam menetapkan kadar yuran PIBG adalah kedudukan dan jenis sekolah, juga keupayaan kewangan setiap ibu bapa.*foto sekadar hiasanOleh: Joen Hamzah\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79072", "title": "Yuran TASKA dijangka meningkat 10 hingga 30 peratus mulai tahun depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nYuran TASKA dijangka meningkat 10 hingga 30 peratus mulai tahun depan.\nDec 27, 2018\n\nYuran TASKA dijangka meningkat 10 hingga 30 peratus mulai tahun depan!Menurut Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia kepada Berita Harian, ia ekoran penetapan gaji minimum pada\u00a0RM1,100 babitkan caruman KWSP dan PERKESO yang perlu ditanggung majikan.\u00a0Foto: UtusanJelas Norsheila Abdullah, kenaikan itu juga dijangka banyak melibatkan Taska di kawasan bandar yang melibatkan sewa premis dan makanan.Seorang kanak-kanak maut dipercayai didera.Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh ayah kandung dan ibu tirinya.Polis Johor Bahru\u00a0berkata mangsa berusia 5 tahun itu dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terdapat kesan lebam dan bengkak pada badannya.Kedua-dua suspek telah ditahan dan akan direman hari ini.Proses mengenalpasti mangsa korban tsunami di Selat Sunda sukar.Pihak berkuasa Indonesia berdepan tugas getir untuk mengenalpasti mangsa tsunami yang terkorban di Selat Sunda dalam kejadian Sabtu lalu.Ia ekoran kebanyakan ahli keluarga mangsa membuat laporan kehilangan yang sama kepada pihak berkuasa.Sementara itu, Badan Bencana Nasional Indonesia keluarkan amaran tahap waspada selepas gunung berapi anak Krakatau terus menerus keluarkan abu lahar dan batu cair panas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70934", "title": "Kluster Bangau-Bangau catat kes harian tertinggi", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster Bangau-Bangau catat kes harian tertinggi\nSep 24, 2020\n\nKluster Bangau-Bangau catat kes harian tertinggiFoto - New Straits TimesKluster Bangau-Bangau di Semporna, Sabah mencatat kes tertinggi COVID-19 hari ini dengan 47 kes daripada 63 kes baru yang dikesan di negeri berkenaan.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster lain yang turut menyumbang peningkatan kes positif baru di Sabah termasuk Kluster Laut dan Kluster Benteng LD.Tambah Dr Noor Hisham lagi, Kluster Sungai di Kedah turut mencatatkan empat kes baharu menjadikan kes keseluruhan meningkat kepada 91 kes.-----Makmal Molekul akan dibangunkan di TawauFoto - Yahoo! NewsKementerian Kesihatan akan membangunkan Makmal Molekul di Tawau bagi mempercepatkan proses ujian COVID-19 berikutan peningkatan mendadak wabak itu di empat daerah di Sabah.Menterinya, Datuk Seri Dr Adam Baba berkata, kewujudan makmal itu sangat penting sebagai kesiapsiagaan untuk melakukan ujian swab dengan kadar segera.Katanya, setakat ini Kementerian Kesihatan sedang mengambil ujian swab tapi dihantar ke Makmal DGi di Kota Kinabalu yang mampu memproses 1,000 kes setiap hari selain makmal kesihatan awam di Hospital Queen Elizabeth, dan makmal Universiti Malaysia Sabah.-----CUEPACS minta kerajaan lantik semula 55,000 kakitangan kontrakFoto - Kosmo!CUEPACS minta kerajaan melantik semula 55,000 kakitangan kontrak yang ditamatkan perkhidmatan dalam sektor awam ekoran pertukaran kerajaan memerintah dua tahun lepas.\u00a0Presidennya, Adnan Mat berkata, jumlah berkenaan meliputi kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Seranta Felda.\u00a0Katanya, perkara ini perlu diberi keutamaan selain beri ruang mereka kembali bekerja selepas terjejas dan sengsara hampir dua tahun berikutan penamatan itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73151", "title": "Polis siasat kes 2 pelajar dakwa diliwat oleh pengetua sekolah menengah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis siasat kes 2 pelajar dakwa diliwat oleh pengetua sekolah menengah.\nOct 24, 2018\n\nPolis Pulau Pinang kini sedang siasat kes dua pelajar yang mendakwa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah di Kepala Batas.Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika mereka menyertai satu program pendidikan di sekolah berkenaan hujung minggu lalu.Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti.Kementerian Kesihatan mengumumkan Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti.Foto: Berita Harian20 daripada kira-kira 290 klinik berkenaan pula akan dinaik taraf menjadi Klinik Kesihatan, manakala 34 yang lain bakal ditutup secara berperingkat.Sistem khas awal tsunami melalui SMS akan diperkenalkan.Kerajaan akan wujudkan sistem khas untuk salur maklumat awal tsunami kepada orang awam menerusi khidmat pesanan ringkas.Melalui sistem itu, pengguna tempatan termasuk pelancong asing dapat mengetahui tentang lokasi berisiko dilanda bencana tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72877", "title": "6 Suspek Kes Bunuh Bill Kayong Diberkas", "body": "\n\u2190 Back to list\n6 Suspek Kes Bunuh Bill Kayong Diberkas\nJul 01, 2016\n\nSuspek berkenaan yang ditahan reman selama 7 hari itu melibatkan 5 lelaki dan seorang wanita.Tambah Jabatan Siasatan Jenayah, tiada sebarang maklumat boleh didedahkan supaya tidak mengganggu kerja-kerja penyiasatan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71528", "title": "Jangan Redah Jalan Dilanda Banjir", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan Redah Jalan Dilanda Banjir\nJan 04, 2021\n\nJangan Redah Jalan Dilanda Banjir!Jangan ambil risiko meredah jalan yang dilanda banjir untuk meneruskan perjalanan.Tegas Bukit Aman, ia bagi elak sebarang kejadian buruk susulan arus deras yang boleh mengundang padah.Terdahulu viral beberapa video memaparkan penunggang terjatuh dan motosikalnya dihanyutkan air deras ketika cuba meredah jalan yang dilimpahi banjir.\u00a0*foto: FB Info Roadblock\u00a0JPJ/Polis ,\u00a0theklasik.com, internet & pengguna media sosialBanjir di Pahang Ragut Mangsa PertamaSeorang kakitangan Pejabat Hutan Jerantut menjadi korban pertama banjir di Pahang.Mangsa bersama 3 anaknya dilapor berjalan mengharungi air banjir untuk pulang selepas menghantar kenderaan ke tempat tinggi.Namun mangsa dan salah seorang anaknya dihanyutkan arus air manakala 2 lagi anaknya selamat.Usaha sedang dijalankan bagi mencari anak mangsa yang juga penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP).Hampir Seluruh Bandar Maran Dinaiki AirHampir keseluruhan bandar Maran di Pahang dinaiki air susulan hujan lebat berterusan.Usaha memindahkan mangsa juga dilapor mencabar ekoran beberapa jalan dinaiki air.Secara keseluruhan pula bilangan mangsa banjir di Pahang kini melebihi 10,500 orang.Mangsa paling ramai dicatatkan di Kuantan diikuti Maran, Raub dan Jerantut.Di Johor pula bilangan mangsa banjir kembali meningkat.Lebih 6,500 penduduk dipindahkan dan daerah paling terjejas ialah Kota Tinggi, Kluang, Johor Bahru dan Mersing.Beberapa daerah di Terengganu dan Kelantan juga kembali dilanda banjir.Terkini lebih 1,000 penduduk ditempatkan di pusat pemindahan di 2 negeri berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72797", "title": "Kementerian Kesihatan Pertimbang Beri Suntikan Vaksin Difteria Untuk Dewasa", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Kesihatan Pertimbang Beri Suntikan Vaksin Difteria Untuk Dewasa\nJul 22, 2016\n\nNamun pemberian vaksin tidak memberi jaminan 100 peratus bebas daripada jangkitan difteria kerana ia hanya bertindak sebagai 'agen' mengurangkan risiko.Sementara itu minggu ini, 9 kes baru difteria telah dilaporkan, iaitu 6 kes di Negeri Sembilan, 2 di Pulau Pinang dan 1 di Kedah.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73236", "title": "2,300 kes jenayah komersial direkodkan di ibu negara sepanjang 11 bulan tahun ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\n2,300 kes jenayah komersial direkodkan di ibu negara sepanjang 11 bulan tahun ini.\nDec 11, 2017\n\nKira-kira 2,300 kes jenayah komersial direkodkan di ibu negara sepanjang 11 bulan tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.Namun menurut Polis KL, walaupun terdapat penurunan, jumlah kerugian yang direkodkan masih tinggi iaitu lebih RM242 juta.Jenayah komersial yang banyak berlaku di KL adalah 'Macau Scam', 'Love Scam', penipuan pembelian barang menerusi internet dan penipuan pinjaman tidak wujud.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72004", "title": "Jabatan Meteorologi minta orang ramai tidak risau dengan monsun timur laut yang melanda negara mulai hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Meteorologi minta orang ramai tidak risau dengan monsun timur laut yang melanda negara mulai hari ini.\nNov 13, 2017\n\nJabatan Meteorologi minta orang ramai tidak risau dengan monsun timur laut yang melanda negara mulai hari ini.Ini kerana Ketua Pengarah Met M'sia, Alui Bahari berkata, ia tidak bermakna hujan turun secara mendadak di kawasan-kawasan terbabit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94679", "title": "Tindakan Lebih Tegas Menanti Individu Ingkar SOP PKP!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTindakan Lebih Tegas Menanti Individu Ingkar SOP PKP!\nFeb 02, 2021\n\nSelepas 4 Februari, tindakan lebih tegas tanpa kompromi menanti individu yang ingkar PKP!Ujar Menteri Kanan Keselamatania susulan peningkatan mendadak kes COVID-19.Sementara itu, Datuk Seri Ismail Sabri turut memberitahu, MKN akan mengadakan mesyuarat khas hari ini.Ia bertujuan membincangkan status PKP 2.0 yang dijadual tamat pada Khamis ini.Dakwaan seorang sukarelawan jadi individu pertama terima suntikan vaksin Covid-19\u00a0tidak benar.Dakwaan viral yang mengatakan seorang sukarelawan muncul individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 di Malaysia adalah tidak benar.Jelas Kementerian Kesihatan, individu berkenaan sebenarnya menerima vaksin kajian, bukannya vaksin COVID-19.Laman web kerajaan dan sistem pertahanan negara selamat.Menteri Kanan Keselamatan sahkan laman-laman web kerajaan dan sistem pertahanan negara selamat daripada sebarang ancaman siber setakat ini.\u00a0la susulan ancaman kumpulan \u2018Anonymous Malaysia' untuk menggodam laman web kerajaan, baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72509", "title": "Wabak Anjing Gila di Serian: Jumlah Dirawat Meningkat", "body": "\n\u2190 Back to list\nWabak Anjing Gila di Serian: Jumlah Dirawat Meningkat\nJul 09, 2017\n\nJumlah individu yang dirawat berkaitan wabak penyakit anjing gila di Serian, Sarawak meningkat kepada 4 orang.Ia susulan seorang lagi kanak-kanak dimasukkan ke hospital kerana disyaki djangkiti wabak tersebut.2 kanak-kanak sudah meninggal dunia akibat virus berkenaan, manakala seorang lagi masih dalam keadaan kritikal.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81253", "title": "Tumpuan Negara Kini Terarah Kepada Pengumuman Penting Istana Negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTumpuan Negara Kini Terarah Kepada Pengumuman Penting Istana Negara.\nFeb 27, 2020\n\nTumpuan negara kini terarah kepada pengumuman penting yang bakal dibuat oleh Istana Negara dalam masa terdekat.Ini selepas Yang di Pertuan Agong selesai menerima menghadap hampir kesemua 221 Ahli Parlimen semalam.Hanya Ahli Parlimen Padang Rengas, Dato' Sri Mohamed Nazri Aziz dilapor tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.Penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian beritahu kami, Al-Sultan Abdullah akan membuat keputusan yang sewajarnya.\"Saya\u00a0percaya, baginda akan\u00a0mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, memulihkan semula keyakinan dan keadaan yang lebih menguntungkan untuk kerajaan, negara dan warganya\"Sesi menghadap baginda bermula pada Selasa selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri sehari sebelumnya.Baginda kemudian berkenan melantik Tun M sebagai Perdana Menteri Interim, sementara menunggu pelantikan PM baru.Sementara itu, Prof Dr Sivamurugan juga berpendapat, penubuhan kerajaan campuran bukan mudah dan terdapat cabaran yang perlu dilalui jika ia dilaksanakan.\"Bagaimana dengan struktur parti yang pernah disokong secara majoriti semasa PRU lepas, apakah mereka akan diminta untuk turut menyumbang kepada kerajaan pimpinan Tun Mahathir atau\u00a0usaha berterusan mendesak pembubaran parlimen\"Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad petang semalam tampil menyampaikan Perutusan Khas susulan kekalutan politik yang melanda negara.Dalam ucapannya itu Tun M memohon untuk diizinkan agar dapat mengadakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72288", "title": "Remaja 13-15 tahun paling ramai lari rumah", "body": "\n\u2190 Back to list\nRemaja 13-15 tahun paling ramai lari rumah\nJun 04, 2016\n\nBukit Aman merekodkan lebih 560 kes kanak-kanak bawah usia 18 tahun hilang sepanjang 5 bulan pertama tahun ini.Statistik menunjukkan, remaja berumur 13 hingga 15 tahun merupakan golongan tertinggi lari dari rumah.Setakat ini, kira-kira 200 mangsa masih belum ditemui.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=100258", "title": "Jangan terpedaya dengan iklan penjualan vaksin COVID-19!", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan terpedaya dengan iklan penjualan vaksin COVID-19!\nMar 05, 2021\n\nJangan terpedaya dengan iklan penjualan vaksin COVID-19!\nKetua Pengarah Kesihatan berkata ini kerana buat masa ini hanya kerajaan yang menguruskannya.\n\nTan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga\u00a0memaklumkan, kerajaan turut bekerjasama Interpol memantau sindiket penjualan vaksin tiruan yang dijual secara dalam talian.\n\u00a0\nGaris panduan dan hukum pengambilan vaksin COVID-19 ketika Ramadhan akan dikeluarkan.\nKerajaan dijangka keluarkan garis panduan dan hukum pengambilan vaksin Covid-19 ketika Ramadhan tidak lama lagi.\u00a0\n\nla bagi memberi pemahaman kepada umat Islam mengenai hukum pengambilan vaksin ketika berpuasa.\u00a0\nOrang awam dijangka terima suntikan vaksin Covid-19 April ini iaitu ketika permulaan Ramadhan.\u00a0\n\u00a0\nPelajar IPT tempatan tidak perlu bayar swab test COVID-19.\nPenuntut IPT warga tempatan dikecualikan daripada membayar ujian pengesanan Covid-19.\u00a0\n\nMenteri Kesihatan berkata pengecualian itu akan diberikan kepada mereka yang lakukan ujian Covid-19 di fasiliti Kementerian Kesihatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72011", "title": "Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata, kebocoran data peribadi lebih 46 juta pelanggan yang dilaporkan Oktober lalu, adalah data pada tahun 2014.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Komunikasi dan Multimedia berkata, kebocoran data peribadi lebih 46 juta pelanggan yang dilaporkan Oktober lalu, adalah data pada tahun 2014.\nDec 12, 2017\n\nKementerian Komunikasi dan Multimedia berkata, kebocoran data peribadi lebih 46 juta pelanggan yang dilaporkan Oktober lalu, adalah data pada tahun 2014.Jelasnya, ini berdasarkan siasatan yang dijalankan PDRM, SKMM dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi.Tambahnya, syarikat telco juga diarahkan supaya memeriksa sistem mereka bagi memastikan penggodaman atau kebocoran maklumat tidak lagi berlaku.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72918", "title": "Kerajaan tidak bercadang kaji semula kadar GST", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan tidak bercadang kaji semula kadar GST\nMar 10, 2016\n\nJelas Kementerian Kewangan, kajian terperinci telah dibuat bagi memastikan kadarnya paling sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.Ia juga mengambil kira pelbagai faktor lain antaranya beban cukai ke atas pengguna, struktur cukai pendapatan dan pakej bantuan kepada pengguna.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71119", "title": "PKPB Di Sabah Dilanjutkan Sehingga 9 November", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKPB Di Sabah Dilanjutkan Sehingga 9 November\nOct 25, 2020\n\nPKPB di Sabah akan dilanjutkan untuk 2 minggu lagi sehingga 9 November depan.Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mengadakan mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara.PKPB di Sabah yang sepatutnya berakhir esok terpaksa dilanjutkan ekoran kes COVID-19 yang terus meningkat di negeri itu.Semalam, Sabah merekodkan 889 daripada 1,228 kes yang dicatat di seluruh negara.Dalam pada itu, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ada kemungkinan PKPB di Selangor, Putrajaya danKuala Lumpur akan turut dilanjutkan.Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata keputusan tersebut akan diambil sekiranya kes harianCOVID-19 di kawasan berkenaan terus meningkat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73409", "title": "Proses penamaan calon PRU14 di seluruh negara berjalan lancar", "body": "\n\u2190 Back to list\nProses penamaan calon PRU14 di seluruh negara berjalan lancar\nApr 28, 2018\n\nMajoriti kerusi pada PRU 14 dijangka menyaksikan pertandingan 3 atau 4 penjuru!Ini selepas ramai calon menghantar borang pencalonan merebut parlimen dan DUN ketika sesi penamaan calon yang berakhir 10 pagi tadi.Antara calon yang terawal hadir ke pusat penamaan calon ialah, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak bagi parlimen Pekan.Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula hantar borang pencalonan di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk untuk pertahan Parlimen Bagan Datuk.\u00a0Di pihak Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohammad hantar borang pencalonan untuk bersaing di kerusi Parlimen Langkawi.Bekas TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berbuat demikian di Kompleks Sukan Pagoh untuk bertanding Parlimen Pagoh.\u00a0Parlimen Pandan, Selangor dijangka bakal menyaksikan saingan 5 penjuru antara calon PKR, PAS, BN dan 2 Bebas.\u00a0Selebriti kontroversi, Azwan Ali menghantar kertas pencalonan untuk bertanding di DUN Bukit Antabarangsa , melawan abangya - MB Selangor Datuk Seri Azmin Ali.\u00a0DPI, calon BN Parlimen Bandar Tun Razak, Adnan Seman berdepan saat cemas apabila watikah pelantikannya tidak disertakan bersama dokumen penyerahan borang pencalonan.Namun, beliau dilapor berjaya perolehnya dalam tempoh berbaki 20 minit sebelum tamat masa penyerahan borang pencalonan pada jam 10 pagi.Calon BN, Khairy Jamaluddin hantar borang pencalonan di Dewan Seri Rembau untuk bertanding Parlimen Rembau.Naib Presiden PKR, Nurul Izzah pula hantar kertas pencalonan untuk pertama kali bertanding merebut kerusi tradisi keluarganya Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang. .\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72773", "title": "Cadangan Menembak Penagih dan Pengedar Dadah Tidak Sesuai dilaksanakan", "body": "\n\u2190 Back to list\nCadangan Menembak Penagih dan Pengedar Dadah Tidak Sesuai dilaksanakan\nMay 17, 2016\n\nJelas Tan Sri Khalid Abu Bakar, ini kerana ia tidak mengikut undang-undang.Beliau memaklumkan demikian bagi mengulas saranan itu oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin di Dewan Rakyat, semalam.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71770", "title": "Gambar Viral : Majlis Perbandaran Kemaman Saman Pengusaha Tapak Pesta Ria", "body": "\n\u2190 Back to list\nGambar Viral : Majlis Perbandaran Kemaman Saman Pengusaha Tapak Pesta Ria\nJan 11, 2016\n\nIa ekoran tindakannya mengurung anjing belaan dalam buaian ketika kerja-kerja pemasangan permainan roda ferris.Ini selepas gambar perbuatan pengusaha terbabit viral di laman sosial sejak semalam.\u00a0*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=118855", "title": "Pusat Penilaian COVID-19, CAC Sedang Dinaik Taraf.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPusat Penilaian COVID-19, CAC Sedang Dinaik Taraf.\nOct 15, 2021\n\n\nPusat Penilaian COVID-19, CAC Sedang Dinaik Taraf.\nPusat Penilaian COVID-19, CAC sedang dinaik taraf sebagai persediaan memasuki fasa endemik.\nMenurut Ketua Pengarah Kesihatan, ia bagi memperluas kebolehcapaian CAC kepada lebih ramai pesakit COVID-19 dan individu yang disyaki dijangkiti virus itu.\nAntara inisiatif yang dilaksanakan adalah penambahbaikan penilaian kes COVID-19 di fasiliti Kesihatan Primer dan perluasan CAC Maya ke seluruh negara.\n\u00a0\nAda berita baik mengenai kenaikan gaji minimum dalam waktu terdekat.\nMenurut Menteri Sumber Manusia, pihaknya memahami kesukaran yang dihadapi pekerja untuk mendapatkan gaji yang tinggi.\nDatuk Seri M Saravanan beri jaminan kebajikan pekerja akan sentiasa dilindungi.\n\u00a0\nKerajaan lancar Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.\nPakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia telah dilancarkan.\nIa bagi membantu golongan kurang berkemampuan memiliki peranti dan akses internet.\n6 syarikat telekomunikasi akan menawarkan pakej itu untuk tempoh 6 bulan bermula hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72541", "title": "KPDNKK Beri Masa Sebulan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPDNKK Beri Masa Sebulan\nFeb 10, 2017\n\nKPDNKK telah menghentikan operasi merampas berus cat yang diperbuat dengan bulu babi.Ia bagi memberi masa kepada peniaga melabel produk bulu binatang yang dijual kepada orang ramai, yang tempohnya ditetapkan selama sebulan.Kementerian turut menjelaskan, adalah memadai peniaga menampal notis memaklumkan mana berus yang diperbuat bulu babi dan mana yang bukan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79813", "title": "11 Lagi Kamera AES Dipasang di Lebuh Raya PLUS", "body": "\n\u2190 Back to list\n11 Lagi Kamera AES Dipasang di Lebuh Raya PLUS\nApr 28, 2019\n\n11 Lagi Kamera AES Dipasang di Lebuh Raya PLUS11 lagi kamera AES akan dipasang di Lebuh Raya Utara Selatan, menjadikan jumlahnya nanti 30.PLUS memaklumkan, kos ditanggung pihaknya dan ia bertujuan tambah baik tahap keselamatan lebuh rayanya yang mampu mengekang pemanduan melebihi had laju.Namun lokasi kamera berkenaan belum dimuktamadkan dan perbincangan sedang dilakukan dengan JPJ.APM Tubuh Pasukan Penyelamat PantaiAngkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tubuh 49 Pasukan Penyelamat Pantai atau 'Lifeguard' di seluruh negara bagi menjaga keselamatan orang awam ketika melakukan aktiviti air.Langkawi dan Port Dickson antara lokasi yang miliki paling ramai anggota kerana ia tumpuan pelancong sepanjang masa.'One Two Jaga' Terus Dapat PengiktirafanSelepas raih kemenangan besar dalam Festival Filem Malaysia, FFM30, 'Crossroad: One Two Jaga' catat kejayaan di peringkat ASEAN pula.Filem arahan Nam Ron itu menang anugerah Pengarah Terbaik Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) malam tadi.Satu lagi anugerah digondol oleh Amerul Affendi menerusi kategori Pelakon Pembantu Terbaik.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73054", "title": "Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja keluar daripada Hospital Rehabilitasi Cheras, KL tengah hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja keluar daripada Hospital Rehabilitasi Cheras, KL tengah hari ini.\nMay 16, 2018\n\nDatuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja keluar daripada Hospital Rehabilitasi Cheras, KL tengah hari ini.Namun, sidang media ringkas yang dilapor akan dilakukan Ketua Umum PKR itu tidak menjadi kenyataan.Beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan MB Selangor, Datuk Seri Azmin Ali terus ke Istana Negara.Mereka bertiga akan menghadap Yang Di Pertuan Agong untuk proses pengampunan Datuk Seri Anwar.Selepas dibebaskan dan menunaikan solat terawih bersama keluarga di rumah, beliau dijangka buat kemunculan pada Perhimpunan Merdeka Rakyat di PJ malam ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=116910", "title": "KKM Fokus Untuk Vaksinasi Sebanyak Mungkin Penduduk.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM Fokus Untuk Vaksinasi Sebanyak Mungkin Penduduk.\nSep 24, 2021\n\n\nKKM Fokus Untuk Vaksinasi Sebanyak Mungkin Penduduk.\nFormula\u00a0imuniti kelompok tidak lagi digunakan dalam usaha membendung penularan Covid-19.\nJelas Menteri Kesihatan ni kerana penularan varian Delta telah menjejaskan sasaran imuniti kelompok sebelum ini iaitu 80 peratus.\nFokus KKM ketika ini adalah memvaksinasi sebanyak mungkin populasi penduduk di negara ini.\n\u00a0\nIbu bapa tidak perlu bergegas ke PPV.\nKementerian Kesihatan sekali lagi ingatkan ibu bapa supaya tidak perlu bergegas ke PPV bersama anak untuk proses vaksinasi bagi elak kesesakan.\nIni kerana jadual janji temu vaksinasi remaja dibuat lebih awal dengan kerjasama Pejabat Kesihatan dan Pendidikan Daerah.\nPemberian vaksinasi secara walk-in hanya dibenarkan untuk remaja yang tidak bersekolah, penuntut IPT dan remaja yang mengikuti \u2018home-schooling\u2019.\n\u00a0\nKAFA kekal secara PdPR hingga takwim persekolahan 2021 berakhir.\nKelas Al-Quran dan Fardu Ain, KAFA bagi murid tahun 1 hingga 6 akan diteruskan secara PdPR sehingga takwim persekolahan tahun ini berakhir.\nMenteri Hal Ehwal Agama berkata ia mengambil kira situasi semasa penularan Covid-19 dan aspek keselamatan murid dan tenaga pengajar KAFA.\nJusteru, Ujian Penilaian Kelas KAFA, UPKK subjek bertulis bagi calon tahun 2020 dan 2021 pada November akan diganti dengan pelaksanaan berbentuk penilaian sepenuhnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79369", "title": "Pemasyuran Yang di-Pertuan Agong Ke-16 catat pelbagai detik bersejarah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPemasyuran Yang di-Pertuan Agong Ke-16 catat pelbagai detik bersejarah.\nFeb 15, 2019\n\nPemasyuran Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 mencatatkan pelbagai detik bersejarah.Mana tidaknya, baginda baru diangkat menjadi Sultan Pahang Ke-6, 15 Januari yang lalu.Dengan itu,\u00a0Tuanku Al-Sultan Abdullah mencipta sejarah sebagai raja Melayu paling cepat dilantik sebagai Agong, iaitu dalam hanya kira-kira 3 minggu naik takhta negeri.\u00a0Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Sultan Pahang Ke-6 pada 15 Januari 2019Tuanku Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 31 Januari 2019.PEMINAT ARSENALUmum tahu baginda peminat bolasepak, namun ramai tidak tahu yang baginda merupakan peminat setia kelab bolasepak Inggeris, Arsenal.Baginda menerima jersey Arsenal ketika skuad itu melakukan jelajah asianya pada 2011Foto: Christopher RajMeskipun minat Arsenal yang warna rasminya merah, tapi Al-Sultan Abdullah dilapor gemar warna biru.Al-Sultan Abdullah mengenakan pakaian berwarna biru ketika menghadiri majlis angkat sumpah YDP Agong Ke-16.ULANGI SEJARAH AYAHANDATuanku Al-Sultan Abdullah ulangi sejarah ayahanda baginda iaitu menjadi Yang di-Pertuan Agong ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.Sultan Ahmad Shah merupakan YDPA Ke-7 ketika \u00a0Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali pertama pada tahun 1981.Dan kini Al-Sultan Abdullah menjadi YDPA Ke-16 dan Tun M menjadi Perdana Menteri Ke-7.AGONG Ke-2 DARI PAHANGRakyat Pahang dapat sekali lagi menyaksikan Sultan mereka bersemayam di Istana Negara.Kali terakhir peristiwa bersejarah itu berlaku 40 tahun lalu semasa ayahanda Al-Sultan Abdullah, Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-7 pada tahun 1979.ROMANTISAl-Sultan Abdullah menzahirkan cinta terhadap isteri baginda Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan membina sebuah istana digelar Istana Abdulaziz.Abdulaziz adalah kombinasi pangkal nama Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang juga membawa maksud hamba Allah yang mulia.Istana terletak di Kuantan itu dibina dengan penuh ciri sederhana mencerminkan sifat rendah diri paduka baginda berdua.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73004", "title": "Permohonan 4 individu yang mahu keluar dari islam di tolak oleh Mahkamah Persekutuan Sarawak.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPermohonan 4 individu yang mahu keluar dari islam di tolak oleh Mahkamah Persekutuan Sarawak.\nFeb 27, 2018\n\nMahkamah Persekutuan Sarawak tolak permohonan 4 individu di negeri itu untuk mengisytiharkan diri mereka keluar Islam.Keputusan ini dibuat secara sebulat suara panel 5 hakim yang bersidang pagi tadi.\u00a0Menurut panel berkenaan walaupun Mahkamah Syariah Sarawak tiada kuasa dalam kes itu, isu berkenaan masih tertakluk kepada bidang Jabatan Agama Islam Sarawak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79559", "title": "Kes Udara Tercemar Pasir Gudang Masih Terkawal ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Udara Tercemar Pasir Gudang Masih Terkawal \nMar 14, 2019\n\nMenteri Besar Johor berkata tidak perlu mengisytiharkan darurat susulan pencemaran toksik di Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang kerana keadaan masih terkawal.Menurut Datuk Osman Sapian, Jawatankuasa\u00a0Petugas Khas ditubuhkan bagi jalankan siasatan terperinci berhubung kes itu.\u00a0Sementara itu, lebih 500 mangsa dirawat dengan sembilan daripadanya dimasukkan ke ICU Hospital Sultan Ismail.\u00a0DPB, kesemua 111 sekolah di Pasir Gudang diarah tutup serta merta hari ini ekoran pencemaran sisa toksik di daerah berkenaan.Kementerian Pendidikan berkata pelajar, guru dan kakitangan serta pekerja sekolah tidak perlu hadir sehingga situasi kembali pulih.Tabika dan Taska Kemas juga turut ditutup bagi memastikan tiada murid terkesan dengan insiden pencemaran terbabit.\u00a0Dalam pada itu, calon SPM 2018 di Pasir Gudang boleh mendapatkan keputusan SPM masing-masing di Pejabat Pendidikan Daerah.\u00a0Keputusan boleh diambil bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.\u00a0Junjung Kasih Tuanku....\u00a0Sultan Johor,\u00a0Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar\u00a0berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah 1 juta ringgit bagi kerja-kerja menyelamat dan merawat serta mencegah pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang.Terdahulu, Baginda bertitah agar pihak berkuasa lakukan siasatan menyeluruh dan tindakan tegas terhadap pelaku perbuatan itu.\u00a0Sementara itu, tiga individu ditahan dan seorang daripadanya dijangka didakwa di mahkamah hari ini dipercayai terbabit dalam kes pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim.Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah lengkapkan kertas siasatan.Tertuduh bakal berdepan hukuman penjara lima tahun dan denda setengah juta ringgit jika disabit kesalahan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78921", "title": "Datuk Mohamaddin Ketapi sedia disiasat SPRM.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Mohamaddin Ketapi sedia disiasat SPRM.\nNov 23, 2018\n\nMenteri Pelancongan Seni, Budaya dan Pelancongan, Datuk Mohamaddin Ketapi sedia disiasat SPRM!Ini selepas kementeriannya didakwa memberi kontrak secara terus dengan adanya campur tangan daripada anak beliau.Bagaimanapun, Datuk Mohamaddin menjelaskan dakwaan tersebut sengaja diada-adakan dan menteri di bawah kerajaan PH bertindak telus dalam isu melibatkan tender kerajaan.Jumlah aset Datuk Ngeh Koo Ham paling tinggi dalam Pakatan Harapan.Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham isytiharkan asetnya bernilai hampir RM76 juta, paling tinggi dalam kalangan wakil rakyat PH!Foto: MalaymailDi kedudukan kedua ialah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri dengan nilai lebih RM32 juta.Kes kanak-kanak maut minum susu campur ubat batuk palsu.Kes 4 kanak-kanak maut akibat diberi minum susu bercampur ubat batuk yang viral di media sosial adalah palsu!Foto: KosmoPolis Pahang berkata sebaliknya video itu adalah berkaitan kes tangkapan seorang wanita di Bera membabitkan kes curi.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71962", "title": "Kejadian siling runtuh yang viral di media sosial bukan berlaku di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKejadian siling runtuh yang viral di media sosial bukan berlaku di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.\nSep 06, 2017\n\nGambar kejadian siling runtuh yang viral di media sosial sejak pagi tadi bukan berlaku di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.Sebaliknya ia berlaku di sebuah klinik kesihatan di Johor Bahru.Exco negeri, Datuk Ayub Rahmat beritahu BHOnline, kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan \u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71633", "title": " PLUS sedang menunggu keputusan muktamad kerajaan berkaitan kenaikan kadar tol di lebuh rayanya", "body": "\n\u2190 Back to list\n PLUS sedang menunggu keputusan muktamad kerajaan berkaitan kenaikan kadar tol di lebuh rayanya\nDec 14, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71229", "title": "Majlis Anugerah dibenarkan dalam SOP PKPB", "body": "\n\u2190 Back to list\nMajlis Anugerah dibenarkan dalam SOP PKPB\nNov 12, 2020\n\nMajlis Anugerah dibenarkan dalam SOP PKPBFoto - The StarPenganjuran aktiviti hiburan seperti majlis anugerah termasuk di dalam senarai aktiviti dibenarkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).Sehubungan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tidak timbul isu acara itu perlu dibatalkan kerana acara berkenaan tiada penonton.Malah katanya, ia juga tidak membabitkan tenaga kerja asing selain mereka yang terbabit perlu memakai pelitup muka dan jumlah kru digunakan pula adalah minimum.-----Lagi 919 kes baru COVID-19 dikesanFoto -\u00a0Sbanyak 919 kes baru positif COVID-19 dikesan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini meningkat kepada 43,791 kes.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa sama sebanyak 996 kes pula pulih daripada jangkitan wabak itu, hari ini.Sabah mencatatkan sebanyak 319 kes daripada keseluruhan kes positif pada hari ini diikuti negeri-negeri di Lembah Klang, 224 kes manakala Negeri Sembilan pula mencatat 240 kes.-----Polis buru individu lari daripada PKPDFoto - The StarPDRM akan mengesan dan menangkap individu yang menghilangkan diri daripada dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88 dekat Salak Tinggi, Sepang.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan sudah dikeluarkan dan difahamkan ia mudah dikesan berikutan terdapat majikan yang bersubahat membantu membawa keluar dengan menaiki bas.Justeru katanya, tindakan bukan saja dikenakan kepada mereka yang melarikan diri, tetapi majikan juga kerana ia membahayakan nyawa orang lain.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73010", "title": "Pakatan Harapan Menang PRU14", "body": "\n\u2190 Back to list\nPakatan Harapan Menang PRU14\nMay 10, 2018\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79715", "title": "BERSATU akan persembahkan nama calon MB Johor kepada Sultan Johor dalam masa terdekat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBERSATU akan persembahkan nama calon MB Johor kepada Sultan Johor dalam masa terdekat.\nApr 11, 2019\n\nParti Pribumi Bersatu Malaysia, BERSATU akan persembahkan nama calon Menteri Besar kepada Sultan Johor dalam masa terdekat!Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia akan dilakukan sebaik peletakkan jawatan Datuk Osman Sapian diperkenankan Sultan.Semalam, nama Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri tiba-tiba mendapat perhatian selepas UMNO Johor mencadangkannya sebagai pengganti kepada Datuk Osman Sapian.Bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor ketika era UMNO pada tahun 1986 hingga 1995.Teka-teki mengapa Datuk Osman Sapian melepaskan jawatannya sebagai Menteri besar Johor akan diketahui Sabtu ini.Jelas Datuk Osman, penjelasan mengenai perkara itu akan dibuat selepas beliau menghadap Sultan Johor.Parlimen akan ambil tindakan terhadap Datuk Seri Najib Razak!Ia sususulan tindakan beliau muat naik kandungan Kertas Putih FELDA berstatus 'embargo' di facebooknya, kelmarin!Perdana Menteri berkata kerajaan pandang serius tindakan Ahli Parlimen Pekan itu kerana ia melanggar peraturan mesyuarat selain tidak menghormati Dewan Rakyat.Laporan berstatus embargo bermaksud Ahli Parlimen dilarang membawa keluar, membocor dan menyiarkannya sebelum ia dibentangkan di parlimen.Tulang manusia ditemui di UNITEN.Tulang manusia dipercayai milik seorang wanita telah ditemui oleh seorang jururukur di sekitar kawasan Universiti Tenaga Nasional, Sepang.Foto: Harian MetroPolis berkata tiada sebarang pengenalan diri ditemui dan pihaknya tidak tolak kemungkinan tulang itu sudah berada di situ sejak setahun lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72178", "title": "Kes racun rakan tingkatan 1 hampir selesai", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes racun rakan tingkatan 1 hampir selesai\nAug 04, 2017\n\nSiasatan polis Sarawak ke atas kes seorang murid beri kawannya makan mi yang dibubuh racun lipas hampir selesai.Dalam kejadian pada 21 Julai lalu itu, mangsa seorang pelajar tingkatan 1 dikejarkan ke hospital selepas muntah-muntah akibat makan mi tersebut.Suspek pada mulanya mengaku dia berbuat demikian kerana mahu bergurau, namun menurut satu maklumat lain, dia berbuat demikian kerana tidak tahan dibuli mangsa.Mangsa dilapor sering memeras wang dan makanan dari suspek.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=121623", "title": "Sesi Persekolahan Bersemuka Diteruskan Hingga Cuti Penggal Hujung Minggu Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSesi Persekolahan Bersemuka Diteruskan Hingga Cuti Penggal Hujung Minggu Ini.\nDec 06, 2021\n\n\nSesi Persekolahan Bersemuka Diteruskan Hingga Cuti Penggal Hujung Minggu Ini.\nSesi persekolahan secara bersemuka di negeri-negeri fasa 4 PPN diteruskan hingga cuti penggal bermula hujung minggu ini.\nMenteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata kes aktif positif COVID-19 murid ketika ini tidak sampai 250 orang berbanding jumlah keseluruhan pelajar yang hadir ke sekolah iaitu sekitar 4.5 juta orang.\nPenutupan sementara beberapa sekolah ketika ini katanya dibuat berdasarkan penilaian risiko jangkitan kes Covid-19 di sekolah terbabit.\nSesi persekolahan secara bersemuka juga katanya amat penting buat pelajar.\nIa bagi mengatasi masalah keciciran murid ekoran pandemik Covid-19.\n\u00a0\nCeramah fizikal kempen PRN Sarawak hanya dibenarkan di kawasan internet rendah.\nCeramah atau syarahan secara fizikal bagi kempen PRN Sarawak hanya dibenarkan di 64 kawasan DUN dengan capaian internet yang rendah.\nMenurut SPR, kehadiran peserta hendaklah 50 peratus daripada kapasiti premis dan dihadkan kepada penduduk kampung atau rumah panjang sahaja.\nPenganjur juga perlu mendapatkan permit daripada polis sebelum ceramah atau syarahan diadakan.\nAktiviti rentas negeri bagi tujuan berkempen sepanjang PRN Sarawak pula tidak dibenarkan.\nTegas SPR, aktiviti berkempen hanya terhad di dalam kawasan DUN masing-masing dan tidak dibenarkan merentas DUN yang lain.\nNamun, pengecualian diberikan kepada 5 pemimpin tertinggi bagi setiap parti politik yang bertanding.\n\u00a0\nSeorang wanita dengan pasangan kekasihnya direman berkiatan kes dera.\nPolis Johor tahan reman seorang wanita dan kekasihnya berkaitan kes dera hingga mati anaknya.\nSiasatan mendapati, kedua-dua suspek ada rekod jenayah lampau berkaitan kes dera dan dadah.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80747", "title": "Gunakan aplikasi 'MyCuaca' bagi hadapi cuaca tidak menentu ketika ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nGunakan aplikasi 'MyCuaca' bagi hadapi cuaca tidak menentu ketika ini.\nOct 29, 2019\n\nOrang ramai disaran guna aplikasi 'MyCuaca' sebagai persediaan menghadapi cuaca tidak menentu.Antara ciri istimewa aplikasi itu ialah ia memaklumkan ramalan kejadian ribut petir setiap setengah jam hingga 3 jam awal daripada jangkaan ia berlaku.Jabatan Meteorologi turut memaklumkan, amaran ribut petir tidak boleh dikeluarkan lama sebab hayatnya pendek iaitu dalam tempoh 3 jam sahaja.Seorang wanita dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu.Seorang wanita dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu dalam nahas babitkan penunggang basikal lajak.Kejadian yang berlaku di JB itu telah meragut nyawa 8 remaja pada 18 Februari 2017.Majistret menjelaskan, keputusan itu bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh.Ia menyebabkan pemandu tidak boleh jangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada jam 3 pagi.Tertuduh juga didapati tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit dan memakai tali pinggang keledar ketika memandu.Pihaknya turut ingatkan ibu bapa agar awasi aktiviti anak-anak bagi mengelak kejadian itu berulang.Budak terperangkap dalam perigi di India meninggal dunia.Di India, budak lelaki 2 tahun yang terperangkap dalam lubang sempit perigi sejak Jumaat lalu telah meninggal dunia.Mangsa dilapor terjatuh ke dalam perigi sedalam 26 meter itu ketika bermain berhampiran rumahnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71049", "title": "PKPB: Bank Sedia Bantu", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKPB: Bank Sedia Bantu\nOct 13, 2020\n\nBank Sedia BantuInstitusi perbankan sedia bantu peminjam dan pelanggan yang berada di beberapa kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).Peminjam dan pelanggan di kawasan tersebut yang hadapi kesukaran membuat pembayaran pinjaman atau pembiayaan diminta segera hubungi bank untuk bantuan.Khabar melegakan itu dimaklumkan oleh Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM).Pihaknya juga memberitahu, bank-bank yang terletak di kawasan PKPB akan beroperasi dengan mematuhi SOP COVID-19 yang ditetapkan.PKPB akan bermula di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tengah malam ini sehingga 27 Oktober.Manakala di Sabah, ia sudah bermula tengah malam tadi dan tamat pada 26 Oktober.Rentas Daerah Tak Boleh Semasa PKPBPergerakan merentas daerah tidak dibenarkan semasa PKPB di Selangor, KL, Putrajaya dan Sabah.Namun menurut Majlis Keselamatan Negara, pekerja yang perlu merentas daerah, mesti menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.Dalam tempoh PKPB, semua institusi pendidikan dan kemahiran, tadika, taska, taman-taman awam, pusat rekreasi, masjid dan rumah ibadat bukan Islam ditutup.Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya, serta majlis perkahwinan dan pertunangan juga tidak dibenarkan.Hanya 2 orang sahaja daripada satu rumah dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan.PKPB akan bermula di Selangor, KL dan Putrajaya tengah malam ini 27 Oktober, manakala di Sabah, ia sudah bermula tengah malam tadi dan tamat 26 Oktober.\ud83d\udcf8kredit: freemalaysiatoday.com\u00a0(sekadar hiasan)\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71789", "title": "Penjualan motosikal baharu disertakan dengan 2 unit topi keledar. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenjualan motosikal baharu disertakan dengan 2 unit topi keledar. \nFeb 28, 2016\n\nKerajaan dicadangkan supaya wajibkan setiap penjualan motosikal baharu disertakan dengan 2 unit topi keledar.\u00a0Jelas JKJR, ini kerana kesedaran menggunakan topi keledar di negara ini masih rendah.Dalam perkembangan lain, JPJ saran golongan Mat Rempit tingkatkan taraf mereka sebagai Mat Motor yang lebih berhemah menunggang motosikal.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=114050", "title": "Tingkatkan Liputan Vaksinasi Seluruh Negara Sebelum Pertimbang Dos Ketiga.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTingkatkan Liputan Vaksinasi Seluruh Negara Sebelum Pertimbang Dos Ketiga.\nAug 26, 2021\n\n\nLiputan vaksinasi di seluruh negara perlu dipertingkatkan terlebih dahulu, sebelum mempertimbangkan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19.\nMenurut Ketua Pengarah Kesihatan, ini kerana pemberian dos penggalak kepada mereka yang telah lengkap divaksin tidak membantu mengawal penularan varian Delta.\nPenularan varian Delta katanya hanya dapat dikawal melalui pemberian vaksin kepada mereka yang belum menerimanya.\n\u00a0\nLebih separuh penduudk Malaysia lengkap divaksin menjelang 31 Ogos.\nLebih separuh daripada populasi di Malaysia bakal terima vaksin lengkap menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.\nMenurut Kementerian Kesihatan, usaha untuk mempertingkatkan lagi kadar vaksinasi sedang giat dijalankan bagi memutuskan rantaian jangkitan dan mengurangkan kemasukan ke hospital.\nSetakat ini, 41.6 peratus rakyat Malaysia sudah menerima 2 dos vaksin Covid-19.\n\u00a0\nPembangkang sedia bekerjasama dengan kerajaan tangani Covid-19.\nPertemuan antara Perdana Menteri dengan pemimpin-pemimpin pembangkang semalam tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam menghadapi krisis pandemik Covid-19.\nMenurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia diadakan bagi menjunjung nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk meredakan suhu politik negara.\nSementara itu, Pakatan Harapan menyatakan kesediaan untuk menyokong kerajaan jika agenda membantu rakyat berdepan pandemik Covid-19 jadi keutamaan.\nJelas Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihaknya sedia untuk ketepikan dahulu soal politik demi menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71851", "title": "PPIM beri kerjasama bantu siasatan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPPIM beri kerjasama bantu siasatan\nJul 12, 2017\n\nPersatuan Pengguna Islam Malaysia sedia beri kerjasama penuh kepada polis untuk bantu siasatan ke atas syarikat pajakan kenderaan.Unit Tindakan Khas PPIM berkata, pihaknya sedang mengumpul semua aduan berkaitan untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.Kelmarin, PPIM bersama 23 mangsa serbu syarikat kereta terbabit bagi menuntut wang yang didakwa ditipu sehingga viral di media sosial.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71497", "title": "Pengecualian cukai jualan kereta penumpang CKD dan CBU dilanjutkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengecualian cukai jualan kereta penumpang CKD dan CBU dilanjutkan\nDec 29, 2020\n\nPengecualian cukai jualan kereta penumpang CKD dan CBU dilanjutkanFoto - Vernon ChanPengecualian cukai jualan untuk kereta penumpang membabitkan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan model diimport sepenuhnya (CBU) dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021.Menurut Kementerian Kewangan, langkah itu bertujuan bagi terus memacu momentum perkembangan sektor automotif.Pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi kereta penumpang CKD dan 50 peratus untuk model CBU diumumkan kerajaan dalam inisiatif PENJANA, Jun lalu.-----Rampasan daging di Senai bebas unsur kuda, kanggaru atau babiFoto - MalaysiaKiniTiada daging kuda, kanggaru atau babi ditemui susulan rampasan di sebuah gudang di Senai, Johor pada awal bulan ini.KPDNHEP memaklumkan, pengesahan itu diperoleh menerusi hasil laporan pensampelan yang dilakukan oleh Jabatan Kimia.Pihaknya dalam pada itu berkata, syarikat yang terlibat dengan pemalsuan logo halal daging haram akan didakwa di mahkamah esok.-----Kes baru positif COVID-19 kembali melonjakFoto - Berita HarianBilangan kes baru positif COVID-19 kembali meningkat kepada hampir dua ribu apabila 1,925 kes dilaporkan hari ini.Selangor catat jumlah jangkitan tertinggi dengan 747 kes diikuti Kuala Lumpur, 360 dan Pahang 288 kes.Jumlah korban keseluruhan turut meningkat kepada 457 apabila dua lagi kematian terbaru direkodkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=104621", "title": "Masih Rendah", "body": "\n\u2190 Back to list\nMasih Rendah\nApr 27, 2021\n\nMasih Rendah\nPendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan masih rendah dan belum mencapai sasaran.\nMenurut Menteri Penyelarasnya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, setakat ini hanya 38 peratus daripada populasi tampil mendaftar.\nBagaimanapun, pihaknya jangka jumlah itu akan meningkat kepada 50 peratus dalam tempoh 2 bulan ini.\nUjar Khairy lagi, masih banyak usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk negara mencapai sasaran ditetapkan iaitu melebihi 80 peratus.\n\u00a0\n\u00a0\nKerajaan Sedia Pertimbang\nKerajaan sedia mempertimbangkan pemberian vaksin COVID-19 kepada penerima berusia bawah 18 tahun.\nKumpulan umur yang dimaksudkan ialah berusia 12 hingga 17 tahun.\nIa bergantung kepada data ujian klinikal yang akan diterima daripada syarikat farmaseutikal antarabangsa, Pfizer.\n\u00a0\n\u00a0\nMurid Tak Dihukum\nMurid yang tidak hadir ke sekolah kerana ibu bapa bimbang situasi COVID-19 tidak akan dihukum!\nNamun menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ibu bapa perlu memberitahu pihak sekolah lebih awal.\nKementerian juga menasihatkan ibu bapa supaya tidak menghantar anak yang bergejala ke sekolah.\nKPM turut mengumumkan semua murid akan menjalani pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) selepas cuti Aidilfitri.\nIa bertujuan mengelak risiko jangkitan COVID-19 di sekolah selepas cuti perayaan berkenaan.\nPDPR akan berlangsung selama 2 minggu dan selepas itu murid bercuti penggal pula kira-kira 16 hari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72567", "title": "Datuk Amar Abang Johari KM Sarawak Ke-6", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Amar Abang Johari KM Sarawak Ke-6\nJan 13, 2017\n\nDatuk Amar Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang ke-6 jam 4 .00 petang tadi.Beliau menggantikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia kelmarin kerana komplikasi jantung.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72389", "title": "alaysia berharap Indonesia tidak memberhentikan penghantaran pembantu rumah ke negara ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nalaysia berharap Indonesia tidak memberhentikan penghantaran pembantu rumah ke negara ini.\nFeb 18, 2018\n\nMalaysia berharap Indonesia tidak memberhentikan penghantaran pembantu rumah ke negara ini.Ia susulan laporan media negara itu susulan rasa terkilan dengan kes penderaan seorang amah di Pulau Pinang baru-baru ini sehingga membawa maut.Jelas Timbalan Perdana Menteri, kes itu kes terpencil dan pelakunya tidak akan terlepas hukuman dan undang-undang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81784", "title": "Raya Semasa PKPB: Lindungi Golongan Berisiko", "body": "\n\u2190 Back to list\nRaya Semasa PKPB: Lindungi Golongan Berisiko\nMay 14, 2020\n\nRaya Semasa PKPB: Lindungi Golongan BerisikoOrang ramai perlu terus melindungi kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 sepanjang musim perayaan ini.\u00a0Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, masyarakat perlu mengelakkan sebarang perhimpunan yang tidak patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).Misalnya, mereka yang keluar beraya mungkin bawa pulang penyakit daripada zon merah dan menjangkiti pula ibu bapa yang sudah berusia.Semalam, kerajaan menetapkan aktiviti ziarah-menziarahi sempena Aidilfitri tahun ini hanya dibenarkan pada raya pertama sahaja.\u00a0Ia juga terhad kepada keluarga terdekat dan jiran rapat sahaja, dan bilangannya pula tidak melebihi 20 orang bergantung kepada saiz rumah.Tan Sri Muhyiddin Lakar SejarahDewan Undangan Negeri (DUN) Johor melakar sejarah tersendiri hari ini.Buat julung kalinya Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir sebagai Perdana Menteri pada pembukaan Penggal Persidangan DUN tersebut di Kota Iskandar.Tan Sri Muhyiddin melakar sejarah sebagai Perdana Menteri Pertama yang menjadi ADUN dan Ahli Parlimen secara serentak.Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 pada Februari lalu oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.Ia susulan kemelut politik negara yang tercetus ekoran perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sekali gus meruntuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).KPM Utamakan Pelajar Ambil Peperiksaan AwamKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan beri keutamaan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam jika sesi persekolahan dibuka semula.Menurut KPM, prioriti diberi kepada pelajar tingkatan 5 dan 6, dan jika ia berlaku pengumuman mengenainya akan dibuat 2 minggu sebelum bermula.Kementerian turut memaklumkan, pihaknya sedang mengadakan simulasi di Selangor untuk melihat pelaksanaan garis panduan pembukaan sekolah.Buat masa ini juga, KPM belum ada perancangan untuk membuka sesi persekolahan kepada pelajar lain terutama di peringkat sekolah rendah.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73482", "title": "Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi setuju untuk berdebat", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi setuju untuk berdebat\nJun 23, 2018\n\nDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi setuju untuk berdebat dengan dua lagi calon presiden UMNO pada 29 Jun nanti namun dengan satu syarat.Syaratnya ialah, beliau hanya akan berdepat dari Bagan Datuk bersama perwakilannya bagi tujuan pemilihan pada keesokan harinya.Sebelum ini, dua lagi calon merebut jawatan presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin juga telah menyatakan persetujuan untuk berdebat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72623", "title": "Wira Paralimpik Kelahiran Perlis Terima Insentif", "body": "\n\u2190 Back to list\nWira Paralimpik Kelahiran Perlis Terima Insentif\nDec 01, 2016\n\nWira paralimpik negara, Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly masing-masing menerima insentif RM100,000 daripada kerajaan Perlis.Ia sebagai penghargaan kepada 2 anak jati Perlis itu yang mengharumkan nama negara pada temasya Paralimpik Rio, Ogos lepas.Kerajaan negeri juga sedang berbincang dengan kedua-dua atlet itu untuk beri rumah yang berharga tidak kurang daripada RM300,000 setiap seorang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=100784", "title": "Ordinan Darurat Perangi Berita Palsu Berkuatkuasa Hari Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nOrdinan Darurat Perangi Berita Palsu Berkuatkuasa Hari Ini.\nMar 12, 2021\n\nOrdinan Darurat untuk memerangi berita palsu berkaitan COVID-19 dan proklamasi darurat diwartakan berkuatkuasa hari ini!\nMana-mana pihak yang hasilkan atau sebar berita palsu berkaitan perkara itu berdepan denda hingga RM100,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun.\n\nManakala individu yang salurkan bantuan kewangan bagi proses penghasilan berita palsu berdepan hukuman lebih berat.\nMereka boleh didenda tidak lebih RM500,000 atau penjara hingga 6 tahun, atau kedua-duanya sekali.\n\u00a0\n250,000 individu sudah terima vaksin Covid-19.\nHampir 250,000 orang sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 di seluruh negara.\nSelangor, Sarawak dan KL mendahului negeri lain dari segi jumlahnya.\n\nManakala lebih 5.1 juta telah tampil mendaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.\n\u00a0\nNegeri-negeri utara Semenanjung terdedah kepada gelombang haba.\nJabatan Meteorologi jangkakan gelombang haba yang melanda beberapa negeri ketika ini berakhir bulan depan.\n\nJelasnya, negeri-negeri utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak terdedah dengan cuaca panas tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=119571", "title": "Bajet 2022 : Bantuan Tunai Akan Diteruskan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBajet 2022 : Bantuan Tunai Akan Diteruskan.\nOct 28, 2021\n\n\nMenjelang pembentangan Bajet 2022 esok, Perdana Menteri mengumumkan bantuan tunai akan diteruskan!\nIa susulan masih ramai yang menderita dan terkesan akibat pandemik COVID-19.\nUjar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, boleh disimpulankan belanjawan kali ini adalah 'daripada rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat'.\nIni kerana ia mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk rakyat dan pembangkang.\nSelain itu, usaha memperkasa pendigitalan termasuk pelaksanaan 5G antara yang akan diberi tumpuan.\nPerdana Menteri berkata ia sangat penting susulan ramai rakyat beralih kepada perkhidmatan dalam talian sepanjang pandemik melanda.\n\u00a0\nBN dan Muda dikompaun.\nBarisan Nasional dikompuan RM10,000 kerana langgar SOP Fasa 4 PPN bagi penganjuran majlis sosial.\nIa berkaitan majlis pelancaran jentera BN bagi PRN Melaka di ibu kota malam tadi.\nPenganjur perhimpunan sidang media parti Muda di Banda Hilir pula dikompaun RM4,000.\nMenurut polis, sidang media berkenaan PRN Melaka itu menyebabkan sehingga 40 individu berkumpul.\nKKM larang sebarang aktiviti perhimpunan dan majlis sosial berkaitan pilihan raya sehingga 27 November bagi elak penularan COVID-19.\n\u00a0\nKes penipuan dalam talian tahun ini hampir cecah 16,000.\nHampir 16,000 kes penipuan dalam talian direkodkan dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.\nMenurut PDRM, ia libatkan kerugian RM380 juta dan angka itu menunjukkan masih ramai mudah jadi mangsa.\nIa antaranya membabitkan African dan Macau Scam, pinjaman tidak wujud, pelaburan dan e-dagang.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94634", "title": "Ops Catut Pantau Jualan Peranti", "body": "\n\u2190 Back to list\nOps Catut Pantau Jualan Peranti\nJan 29, 2021\n\nOps Catut Pantau Jualan PerantiKerajaan melancarkan Ops Catut 8.0 bagi memantau harga jualan peranti elektronik.Keperluannya meningkat antaranya susulan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah, (PdPR)Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga menstruktur semula jaringan digital negara.Ia bagi memenuhi permintaan pengguna internet dan data mudah alih dalam tempoh PKP 2.0 ini.foto: BERNAMASetuju TangguhMajlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) setuju jika kemasukan kembali ke kampus ditangguhkan buat masa ini.Menurut Timbalan Presiden MPPK, Afiq Fahmi, ia berikutan kes COVID-19 yang masih tinggi.Namun ujar beliau, ada beberapa kategori wajar diberi pengecualian misalnya mahasiswa berkeperluan khas.Penuntut tahun akhir dan perlu menggunakan makmal, studio atau bengkel pada pendapatnya antara yang wajar berada di kampusSemua DilanjutkanWaktu operasi semua sektor perniagaan yang dibenarkan sepanjang PKP 2.0 kini dilanjutkan sehingga 10 malam.Ia termasuklah kedai runcit, farmasi, kedai dobi dan kedai cermin mata.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71863", "title": "Penyakit anjing gila di Sarawak ragut nyawa keempat", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenyakit anjing gila di Sarawak ragut nyawa keempat\nJul 17, 2017\n\nJangkitan rabies atau penyakit anjing gila di Sarawak telah meragut nyawa keempat.Ini selepas seorang lagi kanak-kanak yang disahkan positif dijangkiti virus berbahaya itu meninggal dunia hari ini.Exco negeri berkata, kanak-kanak perempuan 7 tahun itu disahkan meninggal dunia di ICU Hospital Umum Sarawak pukul dua 5 minit petang tadi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=110228", "title": "Kes harian COVID-19 catat rekod baru", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes harian COVID-19 catat rekod baru\nJul 13, 2021\n\nKes harian COVID-19 catat rekod baru\n\nFoto - BBC\nMalaysia merekodkan 11,079 kes baharu positif COVID-19 hari ini, tertinggi pernah dicatatkan sejak pandemik itu melanda negara, tahun lalu.\nSelangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 5,263 kes diikuti Kuala Lumpur (1,521), Negeri Sembilan (1,033), Kedah (497) dan Sarawak.\nPada masa sama, 125 kes kematian direkodkan hari ini melibatkan 108 warganegara dan 17 bukan warganegara menjadikan kumulatif kes kematian kini mencecah 6,385.\n-----\nSOP masjid dan surau akan diperketat, elak 'kluster pusat ibadah'\n\nFoto - Harian Metro\nPara mufti bersepakat prosedur operasi standard (SOP) surau dan masjid akan terus diperketat dan dipantau dalam usaha membendung penularan COVID-19 susulan diberi kebenaran dibuka semula kepada orang ramai.\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, SOP lebih ketat itu penting bagi mengelakkan berlakunya \u2018kluster pusat ibadah\u2019 sekali gus kelonggaran itu ditarik balik.\nPihak berkuasa agama beberapa buah negeri ini sebelum ini kembali membenarkan masjid melaksanakan solat Jumaat dan fardu di bawah Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara.\n-----\nLangkah strategik atasi peningkatan mendadak kes COVID-19 di Lembah Klang\n\nFoto - The Star\nKementerian Kesihatan akan melaksanakan beberapa langkah strategik bagi menangani peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di Lembah Klang kini termasuk penambahan RM100 juta untuk aktiviti penyumberluaran.\nMenterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kapasiti katil di semua hospital di Lembah Klang juga akan ditambahkan iaitu daripada 3,412 katil kepada 3,777 katil di Selangor dan 795 katil kepada 1,129 katil di Kuala Lumpur dan Putrajaya.\nSelain itu katanya, kerjasama turut diadakan dengan tiga hospital pengajar universiti iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM dan Hospital Pengajar UPM.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80412", "title": "Lagi Pilihan Raya Kecil?", "body": "\n\u2190 Back to list\nLagi Pilihan Raya Kecil?\nAug 16, 2019\n\nLagi Pilihan Raya Kecil?Foto - New Straits TimesMahkamah Khas Pilihan Raya Sabah memutuskan bahawa kemenangan Datuk Seri Anifah Aman di kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum ke-14 adalah tidak sah dan terbatal.Keputusan tersebut dibuat selepas pemeriksaan semula ke atas peti-peti undi mendapati terdapat unsur-unsur manipulasi termasuk penambahan kertas undi secara tidak sah.Petisyen itu difailkan Datuk Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah bagi mencabar kemenangan Anifah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional.\u00a0-----Tragedi Nora Anne: Lelaki ditahan kerana muat naik ciapan fitnahFoto - TwitterPolis tahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai muat naik ciapan di Twitter mendakwa gadis warga Ireland, Nora Anne Quoirin diperkosa Orang Asli.Ketua Polis Negeri Sembilan berkata, lelaki itu ditangkap di IPD Seremban ketika hadir untuk beri keterangan kepada polis, semalam.Gadis yang hilang selama 10 hari sebelum mayatnya ditemui Selasa lalu disahkan meninggal dunia akibat kebocoran usus.-----Tragedi Nora Anne: TPM ucap terima kasih kepada pasukan pencarianFoto - New Straits TimesTimbalan Perdana Menteri dalam pada itu menyatakan penghargaan kepada pasukan pencarian yang bertungkus lumus mencari Nora Ann Quoirin.\u00a0Datuk Seri Dr Wan Azizah turut berkata, Kedutaan Ireland sedia membantu dari segi dokumentasi bagi tuntutan mayat Nora Anne.Ia bertujuan memudahkan keluarganya membawa pulang mayat remaja berusia 15 tahun berkenaan ke negara asal mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79325", "title": "KPDNHEP Melaka Puas Hati Harga Cendol Tular Di Bandar Hilir", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPDNHEP Melaka Puas Hati Harga Cendol Tular Di Bandar Hilir\nFeb 09, 2019\n\nKementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Melaka telah buat pemeriksaan dan \u00a0berpuas hati dengan harga cendol yang dijual di sebuah premis di Bandar Hilir dengan harga RM38 semangkuk.Jelasnya, premis berkenaan tidak melanggar peraturan termasuk tanda harga serta produk jualan.Malah ia merupakan harga standard yang dijual mengikut jenis durian dan mengikut gred ditetapkan.\u00a0Terdahulu, viral di laman sosial selepas seorang pelanggan muat naik gambar harga tiga mangkuk cendol berharga RM114 di premis berkenaan.BERSATU Tak Tahu Isu Sebenar Sijil Palsu!Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, parti itu belum mengetahui isu sebenar babitkan sijil akademik setiausaha agungnya, Datuk Marzuki Yahaya yang didakwa palsu.Bagaimanapun, Marzuki dilihat kemukakan bukti menerusi Facebook\u00a0yang beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari sebuah universiti di Amerika.Ini selepas terdapat segelintir pihak mempertikaikan kelayakan akademiknya yang kononnya\u00a0cuba menipu orang ramai.Kasihan, Kena Tipu!Hampir 120 individu terkandas di KLIA dipercayai ditipu syarikat sebuah agensi pelancongan untuk menikmati percutian ke benua Eropah.\u00a0Kesemua mangsa yang tiba dari utara dan selatan itu alami kerugian lebih 810 ribu ringgit selepas nama mereka tiada dalam senarai penumpang.Mereka sepatutnya dijadual menaiki pesawat untuk terbang ke Turki, Paris serta Santorini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73294", "title": "PPSR yang akan diumumkan esok akan mengandungi 4 komponen termasuk keputusan UPSR 2017.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPPSR yang akan diumumkan esok akan mengandungi 4 komponen termasuk keputusan UPSR 2017.\nNov 22, 2017\n\nPelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang akan diumumkan esok akan mengandungi 4 komponen termasuk keputusan UPSR 2017.Kementerian Pendidikan memaklumkan, ia berbeza dengan tahun sebelum ini yang mana hanya keputusan UPSR menjadi tumpuan.Ia bermakna selain mengambil keputusan UPSR, ibu bapa juga akan mendapat keputusan 3 komponen penting dalam PPSR.Ia akan membantu ibu bapa melihat kecenderungan dan prestasi anak-anak mereka secara keseluruhan, bukan hanya akademik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78943", "title": "Masyarakat digesa agar tidak keluarkan kenyataan mengenai insiden di kuil di Subang Jaya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMasyarakat digesa agar tidak keluarkan kenyataan mengenai insiden di kuil di Subang Jaya.\nNov 28, 2018\n\nOrang ramai digesa agar tidak keluarkan kenyataan berhubung insiden di sebuah kuil di USJ 25, Subang Jaya.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata\u00a0perbuatan tersebut hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.Sementara itu, insiden kekecohan di sebuah kuil USJ 25, Subang Jaya menyatukan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang!\u00a0Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Bebas menyatakan solidariti degan mengemukakan usul tergempar untuk Dewan Rakyat membincangkan insiden itu.Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata usul itu mungkin akan dibahaskan di Parlimen esok.Dalam perkembangan lain, anggota bomba yang kritikal dalam kekecohan tersebut telah dipindahkan ke Institut Jantung Negara dan dilaporkan stabil.KKM kuatkuasakan TUL kepada 'Romaine lettuce'.Kementerian Kesihatan kenakan tindakan penguatkuasaan \"Tahan, Uji dan Lepas\" sejak Jumaat lalu bagi sayur Romaine lettuce yang diimport dari Amerika.Ini selepas sayur tersebut didapati dicemari baketeria E-Coli yang menyebabkan cirit-birit, demam dan kesakitan pada abdomen.Altimet bersara.Altimet bakal mengadakan konsert terakhirnya pada Februari tahun depan selepas mengumumkan persaraannya secara rasmi semalam.Kata penyanyi rap itu, bermula semalam, tiada persembahan daripadanya sehingga konsert itu berlangsung.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73031", "title": "Rangkuman berita: PTPTN minta KWSP benarkan pencarum yang tidak tamat pengajian untuk keluarkan wang, PKR dijangka umum calon PRK Sungai Kandis hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRangkuman berita: PTPTN minta KWSP benarkan pencarum yang tidak tamat pengajian untuk keluarkan wang, PKR dijangka umum calon PRK Sungai Kandis hari ini.\nJul 19, 2018\n\nPTPTN mohon KWSP benarkan pencarum yang tidak tamat pengajian keluarkan wang.PTPTN mohon KWSP untuk benarkan pencarum yang tidak tamat pengajian keluarkan wang untuk bayar pinjaman mereka.Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata langkah itu bagi membantu peminjam melangsaikan hutang mereka.Kredit foto: Berita HarianPihaknya juga akan bawa pandangan tersebut kepada Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berpendapat janji Pakatan Harapan untuk laksanakan penangguhan pembayaran PTPTN bagi individu berpendapatan RM4,000 ke bawah mungkin tidak dapat dilaksanakan.Justeru, Ahli Parlimen Rembau itu\u00a0\u00a0berharap agar Menteri Pendidikan mampu jelaskan perkara ini sebelum tamat tempoh 100 hari pemerintahan kerjaan Pakatan Harapan.PKR dijangka umum calon PRK\u00a0Sungai Kandis hari ini.PKR dijangka umum calonnya untuk pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis hari ini.Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata pengumuman calon akan dibuat oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Kredit foto: NSTSementara itu, beliau akui belum buat keputusan sama ada akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti itu bulan depan.Kajian lengkap tentang isu Perkahwinan Kanak-Kanak Mengikut Perspektif Syariah kepada Timbalan Perdana Menteri.Mufti Wilayah persekutuan telah serah kajian lengkap tentang isu Perkahwinan Kanak-Kanak Mengikut Perspektif Syariah kepada TPM.Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berharap perbincangan seterusnya dapat dibuat\u00a0 bagi cari penyelesaian isu perkahwinan bawah umur, dalam masa terdekat.Terdahulu, viral kes pernikahan bawah umur babitkan kanak-kanak 11 tahun warga Thailand dengan lelaki 41 di Gua Musang, Kelantan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=101620", "title": "Belum Boleh Rentas Negeri Walaupun Antara Kawasan Hijau.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBelum Boleh Rentas Negeri Walaupun Antara Kawasan Hijau.\nMar 21, 2021\n\nKebenaran rentas negeri belum diberikan walaupun antara kawasan hijau.\nJelas Menteri Kanan (Keselamatan), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih bimbang kerana aktiviti itu pada Disember lalu pernah merekodkan 32 kluster baru COVID-19.\nUjar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, setakat ini kebenaran cuma diberi secara bersyarat antaranya perjalanan bagi tujuan pelancongan melalui agensi pelancongan.\nDalam perkembangan berkaitan, tahap pematuhan orang awam terhadap SOP PKP semakin meningkat\nKelmarin, hanya 6 orang ditahan, jauh lebih rendah berbanding angka 2 hari sebelumnya iaitu 52 dan 58 orang.\n\u00a0\n8 Kumpulan Boleh Didaftarkan Sebagai Tanggungan Dalam MySejahtera\nAda 8 kumpulan yang boleh didaftarkan sebagai tanggungan untuk terima vaksin COVID-19 dalam aplikasi MySejahtera.\nMenurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) ia adalah pasangan, adik beradik, ibu bapa, mentua, datuk nenek, anak, pekerja dan penjaga yang berada di bawah tanggungjawab pengguna akaun MySejahtera.\nPekerja rumah warga asing juga boleh diambil kira sebagai tanggungan pengguna MySejahtera jika mereka tidak mempunyai aplikasi itu.\nSetakat ini lebih 6 juta sudah mendaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.\nBilangan yang sudah menerima suntikan vaksin pula mencecah 400,000 orang.\n\u00a0\nIsu Kompaun Ingkar SOP COVID-19 Dianggap Selesai\nKerajaan anggap isu kompaun melibatkan pelanggar SOP bagi cegah penularan COVID-19 selesai.\nIni kerana penguat kuasa sudah diingatkan bahawa kompaun adalah langkah terakhir dalam tindakan mereka.\nUjar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), garis panduan baru juga sudah dikeluarkan.\nMenurut Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ia melibatkan 3 kategori kesalahan dengan nilai kompaun yang berbeza.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72568", "title": "Perkhidmatan tren Intercity laluan Pantai Timur dijangka pulih Jumaat depan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerkhidmatan tren Intercity laluan Pantai Timur dijangka pulih Jumaat depan\nJan 14, 2017\n\nPerkhidmatan tren Intercity laluan Pantai Timur yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh dekat Kuala Krai dijangka pulih Jumaat depan.KTMB berkata, buat masa ini perkhidmatan di laluan itu masih belum beroperasi kerana kerja-kerja baikpulih landasan masin dijalankan.Namun, perkhidmatan tren tempatan bagi laluan Kuala Lipis-Gua Musang-Dabong masih beroperasi seperti biasa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72378", "title": "3 beradik yang maut dalam kemalangan MPV di Kuantan, akan dikebumikan di Kemaman, Terengganu hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 beradik yang maut dalam kemalangan MPV di Kuantan, akan dikebumikan di Kemaman, Terengganu hari ini.\nDec 24, 2017\n\n3 beradik yang maut akibat MPV yang dinaiki terbabas di Kuantan, Pahang semalam akan dikebumikan di kampung halaman mereka di Kemaman, Terengganu hari ini.Ibu bapa dan seorang lagi adik beradik mangsa dijangka akan tiba di tanah air pagi ini daripada tanah suci, selepas mendapat berita tragedi itu ketika tawaf.Nahas berlaku selepas mangsa menghantar kedua ibu bapa dan seorang adik beradik mereka menunaikan umrah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81151", "title": "Satu Warga Malaysia Positif Koronavirus", "body": "\n\u2190 Back to list\nSatu Warga Malaysia Positif Koronavirus\nFeb 04, 2020\n\nMalaysia catat dua lagi kes positif wabak koronavirus hari ini termasuk seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 41 tahun dari Selangor.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sahkan, pesakit memiliki sejarah perjalanan ke negara jiran, bulan lalu.Satu lagi kes melibatkan lelaki warganegara China berusia 63 tahun, sekaligus menjadikan jumlah terkumpul kes positif wabak itu di negara ini meningkat kepada 10.Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata 107 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, 2 orang tidak melepasi tapisan kesihatan tersebut dan telah dihantar ke HKL.\u00a0Manakala selebihnya dihantar ke Pusat Pemantauan di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.Saringan kesihatan akan dibuat dua kali sehari bagi memastikan mereka ini benar-benar sihat dan boleh dibenarkan keluar setelah tamat proses pemantauan tersebut.\u00a0Dalam pada itu, kerajaan tidak bercadang mengenakan sekatan terhadap semua pelawat warganegara\u00a0China kecuali\u00a0dari\u00a0Hubei dan Wuhan.\u00a0Jelas Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen sentiasa berpandukan kepada keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung status virus itu.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72881", "title": "Wanita Maut, Anak Parah Ditembak", "body": "\n\u2190 Back to list\nWanita Maut, Anak Parah Ditembak\nJul 07, 2016\n\nSeorang ejen hartanah wanita maut manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan yang mereka naiki ditembak di Taman OUG, KL.Menurut saksi, 2 lelaki dilihat menunggu di tepi restoran tempat mangsa dan anak-anaknya makan sebelum melepaskan tembakan ketika mereka menaiki kenderaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80995", "title": "Pemansuhan elaun kritikal mulai 1 Januari ini hanya untuk lantikan baru.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPemansuhan elaun kritikal mulai 1 Januari ini hanya untuk lantikan baru.\nDec 26, 2019\n\nPemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, BIPK mulai 1 Januari ini, hanya\u00a0babitkan pelantikan baru!\u00a0Justeru jelas Jabatan Perkhidmatan Awam, penjawat awam sedia ada akan terus menikmati bayaran tersebut hingga tamat perkhidmatan.Antara jawatan yang terlibat ialah doktor, pembantu perubatan, pegawai farmasai, jururawat, arkitek, jurutera, pegawai undang-undang dan juruukur bahan.UPSI akan mengimarahkan tulisan jawi di semua kampusnya bermula tahun depan.Naib Canselornya berkata ia selaras dengan sejarah penubuhan universiti itu yang memperjuangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu sejak 1920-an.Antara langkah yang akan diambil adalah dengan menggalakkan semua kain rentang program pelajar dan papan tanda dimasukkan tulisan jawi.Semua penjawat awam lelaki di Kelantan wajib pakai songkok setiap Khamis!Kerajaan negeri memaklumkan, perintah itu berkuat kuasa serta-merta bermula hari ini.Langkah itu bersesuaian dengan slogan kerajaan Kelantan iaitu 'Membangun Bersama Islam'.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80848", "title": "KPM sudah edar surat pemansuhan aliran sains dan sastera.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPM sudah edar surat pemansuhan aliran sains dan sastera.\nNov 19, 2019\n\nKementerian Pendidikan sudah edar surat ke semua sekolah berkenaan pemansuhan aliran sains dan sastera babitkan murid Tingkatan 4.Menurut KPM, pihak sekolah boleh beri penjelasan lanjut kepada murid mengikut panduan yang terkandung dalam surat berkenaan.Jelas kementerian lagi, pemansuhan aliran sains dan sastera perlu dilaksanakan mengikut keupayaan dan situasi setiap sekolah.Tarikh peperiksaan ulangan SPM mungkin akan ditambah tahun depan.Menurut Kementerian Pendidikan, calon dibenarkan untuk ambil peperiksaan ulangan 3 ke 4 kali setahun bergantung kepada permintaan.Bilangan subjek untuk peperiksaan itu juga mungkin akan ditambah daripada 3 kepada 9 termasuk Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia.Sesi pandu uji kereta terbang pertama negara bakal dilakukan Khamis ini.Sesi pandu uji kereta terbang pertama negara bakal dilakukan buat pertama kali di Subang, Khamis ini.Menteri Pembangunan Usahawan berkata beliau akan melakukan sendiri pandu uji kenderaan berkenaan yang boleh memuatkan 2 orang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72478", "title": "BR1M fasa kedua dibayar mulai Isnin depan", "body": "\n\u2190 Back to list\nBR1M fasa kedua dibayar mulai Isnin depan\nMay 31, 2017\n\nKementerian Kewangan berkata, BR1M fasa kedua akan dibayar secara berperingkat mulai Isnin depan.Ia melibatkan penerima BR1M 2017 fasa pertama sebelum ini, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun.Kerajaan berharap pemberian BR1M ini dapat bantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan Aidilfitri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71744", "title": "Kementerian Pengangkutan rancang laksana pendekatan ganjaran dan hukuman terhadap para pemandu", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pengangkutan rancang laksana pendekatan ganjaran dan hukuman terhadap para pemandu\nFeb 19, 2016\n\nSebagai contoh, pemandu yang patuh mungkin akan terima ganjaran premium insurans lebih baik berdasarkan gred lesen memandu.Bagi pemandu yang melakukan kesalahan trafik pula, mereka akan dihukum dibawah Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (KEJARA)Dalam perkembangan berkaitan, pemilik kenderaan yang enggan patuhi peraturan cermin gelap kenderaan bakal berdepan denda dan hukuman lebih berat.Ia akan menyaksikan kesalahan pertama didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81778", "title": "Ziarah musim perayaan terhad", "body": "\n\u2190 Back to list\nZiarah musim perayaan terhad\nMay 13, 2020\n\nZiarah musim perayaan terhadFoto - Jabatan Perdana MenteriKerajaan memutuskan supaya semua aktiviti ziarah menziarah sempena Aidilfitri, Pesta Keaamatan dan Hari Gawai dihadkan kepada hari pertama perayaan sahaja.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dicapai melalui mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam\u00a0dalam usaha mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) mengenai ziarah itu turut mengehadkan aktiviti saling berkunjung itu hanya membabitkan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang, bergantung kepada saiz kediaman.-----Beri maklumat asas sahajaFoto - LF StudentsOrang ramai diminta tidak memberikan maklumat terlalu peribadi ketika mengunjungi mana-mana premis sebaik membuat imbasan Kod QR sebelum memasuki sesuati premis dalam tempoh PKPB ini.EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita & Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud sebaliknya berkata, orang ramai berhak menolak daripada memberikan maklumat itu dan hanya perlu menyatakan nombor telefon dan nama.Pihaknya mendapat maklumat, ada premis dan pusat beli-belah mempunyai aplikasi sendiri yang meminta maklumat lebih dari yang diperlukan mungkin untuk tujuan pemasaran dan pangkalan data mereka sendiri.-----Saya masih Menteri Besar - MukhrizFoto - Perak TodayDatuk Seri Mukhriz Mahathir sahkan, beliau masih Menteri Besar Kedah dan kerajaan negeri pimpinannya masih beroperasi seperti biasa.Tegasnya, pihak pembangkang tidak boleh mengumumkan pertukaran kerajaan negeri dengan hanya membuat sidang media.Sebaliknya menurut Mukhriz,pembangkang sepatutnya usulkan undi tidak percaya ke atasnya melalui sidang DUN, bukan dengan mengumpul Akuan Bersumpah dalam kalangan ADUN.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72814", "title": "Letupan di Lapangan Terbang Brussels : 13 Maut, 35 Cedera ", "body": "\n\u2190 Back to list\nLetupan di Lapangan Terbang Brussels : 13 Maut, 35 Cedera \nMar 22, 2016\n\nPihak berkuasa telah tingkatkan amaran keganasan ke tahap maksimum, dengan semua perkhidmatan awam dihentikan operasi buat sementara waktu.Sementara itu, media Belgium melaporkan pengeboman tersebut merupakan serangan bunuh diri.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=115735", "title": "PM Umum Kelonggaran Tambahan Mengikut Fasa PPN.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM Umum Kelonggaran Tambahan Mengikut Fasa PPN.\nSep 16, 2021\n\n\nPerdana Menteri mengumumkan lebih banyak kelonggaran buat individu lengkap divaksin bermula esok.\nBagi negeri fasa 1 PPN, lebih banyak jenis perniagaan dibenarkan beroperasi antaranya kedai barang fotografi, kedai barangan terpakai, kedai bunga atau nurseri, kedai kraftangan dan cenderahati.\nTabika, taska, tadika dan pusat jagaan harian dibenarkan beroperasi di negeri Fasa 1 dan 2 PPN dengan syarat operator dan pekerja lengkap divaksinasi.\nHad kapasiti pekerja di semua pejabat swasta di negeri Fasa 2 bertambah mengikut bilangan pekerja yang lengkap divaksin.\nAktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal babitkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi outdoor dan indoor dibenarkan di fasa 2 dan 3.\nIa termasuklah aktiviti berpasukan seperti bola sepak, bola tampar dan sepak takraw dengan kapasiti penuh bagi individu lengkap vaksin.\nAktiviti ziarah kubur untuk umat Islam dan bukan Islam juga dibenarkan di semua fasa PPN mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara.\nSementara itu, Terengganu akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara bermula esok.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70747", "title": "Ingkar PKPP, Ada Lagi Yang Degil", "body": "\n\u2190 Back to list\nIngkar PKPP, Ada Lagi Yang Degil\nAug 25, 2020\n\nIngkar PKPP, Ada Lagi Yang DegilPolis tahan 515 individu di seluruh negara kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan majoritinya sudah dikenakan kompaun.Antara kesalahan tertinggi ialah gagal patuh SOP penjarakan fizikal, tidak sediakan peralatan atau catatan keluar masuk di premis dan tidak pakai pelitup muka.Manakala seorang telah dikenakan tindakan kerana ingkar arahan kuarantin di rumah.Sementara itu Perdana Menteri menegaskan, kerajaan ambil serius kes ingkar perintah kuarantin melibatkan seorang menteri.Justeru ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat dan ambil tindakan sejajar dengan undang-undang.KKM BimbangMasalah obesiti kanak-kanak di negara ini semakin membimbangkan.Menurut Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, negara ini kini duduki tangga ketiga di Asia yang mencatatkan peratusan tertinggi bagi obesiti golongan tersebut.Justeru ibu bapa dan keluarga diseru ambil peranan penting memberikan makanan berkhasiat buat anak-anak dan mengamalkan gaya hidup sihat.Polis KL Cari SaksiPolis KL minta saksi tampil bantu siasatan dalam kes penganiayaan haiwan ekoran viral gambar monyet dan biawak dipanah.Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail.*foto: Sinar Harian (sekadar hiasan)\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70411", "title": "Teruja Tapi Jangan Lupa SOP", "body": "\n\u2190 Back to list\nTeruja Tapi Jangan Lupa SOP\nJun 30, 2020\n\nTeruja Tapi Jangan Lupa SOP54 taman tema termasuk taman tema air di seluruh negara dibenarkan beroperasi semula esok.Namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang ramai supaya jangan leka sebaliknya terus patuh SOP ketika beriadah di taman tema.Turut dibenarkan beroperasi kembali bermula esok ialah panggung wayang.Majlis kenduri dan keraian juga boleh diadakan semula dengan kapasiti tetamu dihadkan kepada 250 orang pada satu-satu masa.Isu Jata Negara: Polis Terima 21 Laporan21 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak berhubung sebuah buku yang dilapor menghina Jata Negara.Menurut PDRM, akan memanggil beberapa individu antaranya pengarang dan penerbit untuk siasatan.Ketika ini tular sebuah buku pamer logo mirip Jata Negara yang diubah suai dan dijadikan penghias muka depan.Tragedi Rombongan MemancingSebuah bot bawa 20 pemancing terbalik dipukul ombak dan ribut kuat di perairan Bachok, Kelantan.Tragedi itu mengakibatkan 4 pemancing maut manakala 4 lagi masih hilang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73104", "title": "Sekolah yang jadi pusat mengundi boleh ambil cuti berganti sehari sebelum hari pengundian.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSekolah yang jadi pusat mengundi boleh ambil cuti berganti sehari sebelum hari pengundian.\nApr 16, 2018\n\nSekolah yang digunakan sebagai pusat mengundi pada PRU 14 boleh ambil cuti berganti sehari sebelum hari pengundian.Jelas Menteri Pendidikan, cuti itu bertujuan beri masa secukupnya untuk sekolah yang terbabit membuat persediaan.Lebih 6,000 buah sekolah di seluruh negara akan digunakan sebagai pusat pengundian pada 9 Mei nanti.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=107506", "title": "Tidak Kemaskini MySejahtera Bukan Satu Kesalahan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTidak Kemaskini MySejahtera Bukan Satu Kesalahan.\nJun 08, 2021\n\n\nKegagalan untuk mengemaskini status kesihatan di aplikasi MySejahtera bukanlah satu kesalahan.\nJusteru, jelas Menteri Kanan Keselamatan, mana-mana kompaun yang sudah dikeluarkan atas tindakan tidak mengemaskini aplikasi itu perlulah dibatalkan.\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun galakkan rakyat untuk kemas kini aplikasi tersebut untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19.\nTerdahulu, kira-kira 30 pekerja dilapor dikompaun kerana tidak kemas kini status kesihatan di aplikasi MySejahtera ketika memasuki tempat kerja.\n\u00a0\nSemua produk di kedai runcit dan serbaneka boleh dijual sepanjang PKP.\nMKN memberitahu Sin Chew Daily, penjelasan lanjut mengenainya akan dibuat nanti.\nPihaknya juga memaklumkan, kedai yang didenda kerana gagal mengasingkan kawasan menjual barangan bukan keperluan akan disemak mengikut kes.\nPengguna media sosial baru-baru ini mempertikaikan mengapa kedai terbabit tidak dibenarkan menjual barangan selain makanan dan minuman, misalnya pencuci dan alat tulis.\n\u00a0\nKes baru Covid-19 di Selangor turun di bawah angka 2,000.\n82 lagi pesakit meninggal dunia akibat COVID-19 di seluruh negara menjadikan jumlah yang terkorban mencecah 3,460.\nBagaimanapun buat pertama kalinya semalam Malaysia mencatatkan kes harian kurang daripada 6,000 dalam tempoh seminggu ini iaitu 5,271.\nIa dibantu oleh penurunan ketara kes baru di Selangor iaitu 1,374 berbanding angka kes kelmarin yang melebihi 2,000 di negeri itu.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79020", "title": "Enam Ahli Parlimen UMNO Ucap Selamat Tinggal Pada Partinya", "body": "\n\u2190 Back to list\nEnam Ahli Parlimen UMNO Ucap Selamat Tinggal Pada Partinya\nDec 14, 2018\n\nEnam lagi Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini.Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.Surat peletakan jawatan itu sudah pun diserahkan kepada Setiausaha Agong UMNO.PTPTN Perlukan Setahun Kaji Bayaran Balik BaruPTPTN perlukan masa sekurang-kurangnya setahun untuk kaji semula pelaksanaan kaedah baru bayaran balik pinjaman pendidikan.Ia akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan seperti majikan, peminjam dan belia muda untuk mencari kaedah terbaik.Minggu lalu, kabinet menangguhkan pelaksanaan\u00a0kaedah bayaran\u00a0balik\u00a0secara Potongan Gaji\u00a0Berjadual selepas mendapat kritikan banyak pihak.Presiden UMNO Didakwa Rasuah LagiPresiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaku TIDAK bersalah atas satu kes pecah amanah jenayah babitkan wang 10 juta ringgit milik Yayasan Akalbudi, tiga tahun lalu.Tuduhan terbaru itu adalah tambahan kepada 45 yang dihadapi Zahid sebelum ini babitkan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.Mahkamah menetapkan 20 Februari depan untuk sebutan semula kes.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70330", "title": "Jumlah tertinggi kes pulih COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah tertinggi kes pulih COVID-19\nJun 16, 2020\n\nJumlah tertinggi kes pulih COVID-19Foto - Kementerian Kesihatan MalaysiaSejumlah 333 kes pulih daripada jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, tertinggi yang pernah dicatatkan sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, dengan pertambahan itu jumlah kumulatif kes pulih adalah sebanyak 7,733 kes atau 90.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.Ia sekaligus menyaksikan bilangan kes aktif susut kepada 651 manakala jumlah korban pula kekal 121 apabila tiada kematian terbaru direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.-----PKP Pentadbiran di Kuala Langat berakhirFoto - Sinar HarianPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran yang dilaksanakan di Taman Langat Utama dan Taman Langat Murni dekat Bukit Changgang, Banting sejak 2 Jun lalu, ditamatkan hari ini.Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah selesai melakukan ujian saringan ke atas semua 4,697 penduduk di kawasan terbabit.Jumlah yang disahkan positif adalah seramai 9 orang dan masih menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh babitkan 6 rakyat tempatan termasuk tiga warga asing.-----UPSI batalkan semua peperiksaan akhirFoto - Malaysia KiniUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil ketetapan tidak melaksanakan peperiksaan akhir bagi semua kursus pada pengajian semester ini.Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata penularan COVID-19 di negara ini menyukarkan kehidupan pelajar universiti, termasuk dalam menguruskan sistem pendidikan.Katanya, ia bukan sahaja membabitkan kanak-kanak di peringkat prasekolah atau taman didikan kanak-kanak (TADIKA) dan sekolah, tetapi meluas sehingga universiti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71564", "title": "Musim Tengkujuh : Tentera Darat Mula Gerakkan Aset", "body": "\n\u2190 Back to list\nMusim Tengkujuh : Tentera Darat Mula Gerakkan Aset\nNov 09, 2015\n\nTentera Darat mula mengerakkan asetnya ke beberapa kawasan berisiko banjir di musim tengkujuh ini.Antara kawasan berisiko yang terbabit adalah Kemaman dan Dungun.Gambar hiasan : ASTRO AWANI\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72870", "title": "Kerajaan pertimbang cuti Hari Raya ketiga untuk penjawat awam", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan pertimbang cuti Hari Raya ketiga untuk penjawat awam\nJun 25, 2016\n\nKerajaan akan pertimbang permohonan penjawam awam agar tarikh 8 Julai iaitu hari ke-3 sambutan Aidilfitri dijadikan sebagai cuti peristiwa khas.\u00a0Namun, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata,\u00a0perkara itu perlu dibawa untuk rundingan pihakberkenaan terlebih dahulu.Jika dilaksanakan, cuti khas itu bagaimanapun hanya terpakai untuk negeri-negeri yang bekerja pada hari Jumaat minggu perayaan terbabit.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80686", "title": "16 melecur belon helium meletup.", "body": "\n\u2190 Back to list\n16 melecur belon helium meletup.\nOct 13, 2019\n\nKes belon meletup tiada unsur jenayahFoto : FMT16 individu termasuk 9 kanak-kanak melecur apabila belon-belon helium untuk program kecergasan Kementerian Pendidikan meletup di Putrajaya.Menurut polis, belon-belon itu dipercayai meletup selepas ada individu yang ingin memotong tali pengikat belon dengan pemetik api.Tambahnya, tiada unsur jenayah dan tiada tangkapan dibuat setakat ini.6 daripada mangsa dimasukkan ke wad di Hospital Putrajaya manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar.Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan maklumkan rawatan untuk mangsa insiden itu merupakan keutamaan selain akan dapatkan laporan penuh berhubung kejadian itu.-----Cadangan caruman suri rumah diwajibkanFoto : Astro AwaniTPM kemuka cadangan untuk wajibkan Skim Caruman Insentif Suri dalam tempoh 3 tahun lagi.Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata buat masa ini cadangan pindaan itu berada di pejabat Peguam Negara dan jika dipersetujui akan dibawa ke Parlimen untuk dibincangkan.Menurut pengumuman Belanjawan 2020 baru-baru ini kerajaan mengumumkan program i-Suri ditambah baik dengan beri peluang suami sumbang dua daripada 11 peratus carumannya ke dalam akaun KWSP isteri.-----Tiada bayaran untuk daftar premis pemprosesan daging halalFoto : Astro AwaniJAKIM nafi dakwaan pegawainya minta bayaran 50 ribu ringgit untuk daftar premis pemprosesan daging halal di ibu negara.Jelasnya, mereka miliki mekanisme kawalan serta amalkan integriti tinggi dan telus untuk elakkan amalan rasuah dalam kalanagan kakitangannya.Pihaknya turut gesa pihak yang membuat dakwaan pegawainya terbabit rasuah untuk tampil kemukakan bukti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72944", "title": "PDRM belum sahkan kematian Dr. Mahmud Ahmad", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM belum sahkan kematian Dr. Mahmud Ahmad\nOct 19, 2017\n\nPDRM sedang dapatkan maklumat lengkap daripada Filipina susulan laporan kematian militan kelahiran Malaysia, Dr. Mahmud Ahmad di Marawi.Ketua Polis Negara berkata, pihaknya tidak dapat sahkan laporan tersebut sebelum terima maklumat terperinci identiti individu yang maut itu.Agensi berita antarabangsa melaporkan Mahmud berkemungkinan besar terbunuh dalam pertempuran yang turut mengorbankan 13 pemberontak lain.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72585", "title": "Agensi Khas Periksa Latar Belakang Calon Pemandu Bas", "body": "\n\u2190 Back to list\nAgensi Khas Periksa Latar Belakang Calon Pemandu Bas\nDec 28, 2016\n\nJPJ disaran wujudkan badan khas untuk periksa latar belakang calon pemandu bas selain pemeriksaan kesihatan dan mengawal waktu kerja mereka.Kementerian Pengangkutan berkata, fungsi badan itu hampir menyerupai peranan Jabatan Penerbangan awam yang mengawal perlesenan juruterbang.Ia bertujuan meningkatkan kualiti pemandu bas dan mengurangkan kemalangan bas khasnya yang mengakibatkan kehilangan nyawa.Sabtu lalu, 14 orang maut manakala 16 cedera dalam nahas membabitkan sebuah bas ekspres di Muar, Johor dan punca kejadian masih disiasat.Dalam perkembangan berkaitan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memberitahu, pihak berkuasa tidak ambil serius 51 cadangannya untuk elak nahas bas ekspres.MIROS memaklumkan China Press, penambahbaikan itu dibuat susulan nahas bas ekspres di Jalan Genting Highlands pada 2013 yang meragut 37 nyawa.Institut itu tidak menolak kemungkinan akan mengadakan lagi rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dalam usaha memastikan cadangan itu dilaksanakan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=120472", "title": "Terus Patuh SOP - PM", "body": "\n\u2190 Back to list\nTerus Patuh SOP - PM\nNov 14, 2021\n\n\nTerus patuh SOP dan jangan pandang mudah dengan ancaman COVID-19.\nJelas Perdana Menteri, pandemik COVID-19 akan terus membelenggu dan menyekat kebebasan jika orang ramai lalai dalam pematuhan SOP.\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengajak semua pihak menyemai semangat Keluarga Malaysia supaya perpaduan dalam kalangan masyarakat terus kukuh.\nBeliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia sempena Deepavali, semalam.\n\u00a0\nIsu kenaikan harga ayam akan selesai 2 minggu lagi.\nKerajaan beri jaminan isu kenaikan harga dan kekurangan bekalan ayam di pasaran akan diselesaikan dalam tempoh 2 minggu akan datang.\nSatu mesyuarat telah diadakan dan antara penyelesaian yang dibincangkan adalah mengimport bekalan ayam dari luar negara bagi atasi kekurangan bekalan di pasaran.\n\u00a0\nSebuah tapak pesta ria di Kajang diarah tutup serta-merta.\nJabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor arahkan tapak pesta ria di Kajang ditutup serta-merta.\nIa bagi menjalankan siasatan susulan kematian seorang lelaki dipercayai terjatuh dari buaian berpusing, baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72527", "title": "Mangsa kebakaran pusat tahfiz di Keramat selamat dikebumikan", "body": "\n\u2190 Back to list\nMangsa kebakaran pusat tahfiz di Keramat selamat dikebumikan\nSep 16, 2017\n\nKesemua 23 jenazah mangsa kebakaran pusat tahfiz di Keramat, kelmarin selamat dikebumikan.Ini termasuklah 11 jenazah yang dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, KL.Jenazah terakhir disemadikan adalah warden pusat tahfiz berkenaan di Pengkalan Kubor, Tumpat, awal pagi tadi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72771", "title": "Zika : Kerajaan Belum Keluarkan Larangan ke Singapura", "body": "\n\u2190 Back to list\nZika : Kerajaan Belum Keluarkan Larangan ke Singapura\nMay 16, 2016\n\nJelas Kementerian Kesihatan, kes virus Zika tersebut masih terpencil dan bukan kategori wabak seperti di Amerika Latin.Pihaknya turut mengingatkan mereka yang hendak ke negara memiliki rekod kes virus Zika, supaya berhati-hati dan ambil segala langkah pencegahan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72662", "title": "Reaksi Cadangan Pesalah Kes Buli Digantung Sekolah Setahun", "body": "\n\u2190 Back to list\nReaksi Cadangan Pesalah Kes Buli Digantung Sekolah Setahun\nOct 17, 2016\n\nMajlis Permuafakatan PIBG Nasional menganggap kes buli adalah kesalahan serius dan perlu ada hukuman berbentuk pencegahan.Sehubungan itu, pihaknya menyokong cadangan Kementerian Pendidikan agar murid yang bersalah digantung persekolahan selama setahun.Bagi aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye pula, pelbagai implikasi akan timbul akibat tempoh penggantungan selama setahun yang dianggap terlalu lama.Menurut pendapat beliau, tempoh penggantungan selama kira-kira 3 bulan adalah memadai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70451", "title": "COVID-19: Hanya 77 Kes Aktif", "body": "\n\u2190 Back to list\nCOVID-19: Hanya 77 Kes Aktif\nJul 06, 2020\n\nCOVID-19: Hanya 77 Kes AktifMalaysia mencatatkan hanya 5 kes baru COVID-19 semalam.Ia menjadikan jumlah keseluruhan naik kepada lebih 8,660 kes.Manakala kes aktif cuma tinggal 77\u00a0selepas 4 lagi pesakit sembuh.Ia juga menjadikan peratusan kes pulih COVID-19, kini hampir 98 peratus.Berpesta Liar Langgar PKPPLebih 70 individu dicekup polis Johor gara-gara berpesta liar di sebuah rumah inap di Kluang.Bukan sahaja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mereka juga disiasat susulan penemuan dadah di premis berkenaan.Bapa Saudara Jadi PenyelamatWanita dan teman lelakinya ditahan polis Pulau Pinang kerana disyaki dera 2 anaknya.Mangsa berusia 5 dan 7 tahun diselamatkan bapa saudara yang curiga melihat ada kesan kecederaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81244", "title": "Hala Tuju Politik Negara Masih Samar.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHala Tuju Politik Negara Masih Samar.\nFeb 25, 2020\n\nHala tuju politik negara masih belum jelas selepas sehari kerajaan Pakatan Harapan tumbang!\u00a0\u00a0Samada kerajaan campuran baru akan dibentuk atau pilihan raya umum mengejut akan diadakan, semuanya masih menjadi tanda tanya.Parti politik kedua-dua belah pihak terus mengadakan siri mesyuarat, namun belum jelas sama ada mereka cukup kouta atau tidak untuk membentuk kerajaan.\u00a0Tun Dr Mahathir Mohamad kini berfungsi sebagai Perdana Menteri sementara sehingga PM ke-8 dilantik.Semalam, Yang-di Pertuan Agong berkenan terima peletakan jawatan Tun M sebagai\u00a0Perdana Menteri.Lanjutan daripada itu juga, tugas-tugas anggota pentadbiran merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik terhenti.Difahamkan juga, Tun M telah tiba di Pejabat Perdana Menteri untuk memulakan tugas beliau sebagai Perdana Menteri\u00a0interim.Dalam pada itu, sejumlah Ahli Parlimen dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.Kunjungan itu dipercayai bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.Kunjungan menghadap dilapor akan dimulakan kumpulan pertama yang terdiri daripada beberapa wakil rakyat Amanah dan Ahli Parlimen dari Semenanjung.Ia kemudian akan disusuli kunjungan kumpulan kedua membabitkan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak, dijangkakan pada sebelah petang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72308", "title": "11 individu telah beri keterangan", "body": "\n\u2190 Back to list\n11 individu telah beri keterangan\nOct 08, 2016\n\nSPRM siasat kemungkinan pembabitan orang kenamaan dalam kes rasuah pengarah dan timbalan jabatan kerajaan di Kota Kinabalu bagi projek 3.3 bilion ringgit.Setakat ini, semua 11 yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah pegawai Jabatan Air Negeri Sabah dan kontraktor.SPRM juga masih dalam proses menilai anggaran semua 127 geran tanah yang dirampas.Terdahulu pihaknya umumkan, nilai rampasan 8 buah kenderaan mewah daripada suspek adalah bernilai 2.7 juta ringgit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73238", "title": "Pertubuhan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Semenanjung Malaysia tidak akan naikkan tambang bas.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPertubuhan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Semenanjung Malaysia tidak akan naikkan tambang bas.\nDec 13, 2017\n\nPertubuhan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Semenanjung Malaysia sepakat TIDAK akan menaikkan tambang seperti digembar-gemburkan sebelum ini.Jelas pihaknya kepada Berita Harian, ini kerana mereka sedar dan memahami masalah dan bebanan kewangan yang ditanggung ibu bapa.Namun pihaknya merayu kerajaan beri beberapa bantuan misalnya menaikkan subsidi diesel dan beri rebat ke atas pembelian bas baru bagi mengurangkan beban mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73156", "title": "Putrajaya tidak membangun seperti dirancang!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPutrajaya tidak membangun seperti dirancang!\nOct 16, 2018\n\nPutrajaya tidak membangun seperti dirancang!Perdana Menteri menyatakan rasa kecewa itu kerana menyifatkan pusat pentadbiran kerajaan pusat tersebut tidak membangun seperti yang dirancangkan beliau sebagai pencetusnya.Ujar Tun Dr Mahathir Mohamed, Putrajaya kini terlalu banyak bangunan tinggi dan penduduknya lebih suka memandu berbanding berjalan sedangkan jalannya luas.Tun M sebenarnya mengimpikan Putrajaya jadi seperti sebuah boulevard popular di Paris yang banyak kedai dan orang ramai bebas berjalan dan bersantai nikmati kopi.Tragedi buang bayi di lokasi yang tidak terjangkau dek akal menyentuh hati ramai orang.Jumlah pasangan yang mohon mengambil anak angkat daripada Yayasan Orphan Care juga meningkat dan kini lebih 3,300 pasangan buat permohonan.Foto: MalaymailKata yayasan itu kepada Berita Harian, sehingga kini hampir 210 bayi yang diselamatkan mereka telah diberikan kepada keluarga angkat yang layak.Antara kes terbaru, seorang bayi baru lahir dijumpai di tandas wanita di 'R and R' Lanchang, Pahang.Pemansuhan hukuman mati mandatori meliputi semua kesalahan termasuk kes bunuh.Pemansuhan hukuman mati mandatori akan meliputi semua kesalahan walaupun terdapat bantahan daripada keluarga mangsa pembunuhan.Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, mereka yang disabitkan kesalahan tetap akan dihukum, bukannya dibebaskan begitu sahaja.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72343", "title": "Banjir melanda kebanyakan negeri", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir melanda kebanyakan negeri\nJan 25, 2017\n\nLebih 11,700 penduduk di 9 negeri kini berlindung di pusat pemindahan akibat banjir, dengan Johor merekodkan paling ramai mangsa iaitu lebih 7 ribu orang.Jumlah mangsa banjir di Pahang juga naik mendadak, dan pagi ini 1,130 mangsa telah dipindahkan.Perak merekodkan hampir 640 mangsaSabah mencecah 570Selangor lebih 400Kelantan 100 pendudukTerengganu 76Melaka 36Negeri Sembilan 29 mangsa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72224", "title": "2 daripada kesalahan Awas, Kejara dikuatkuasa", "body": "\n\u2190 Back to list\n2 daripada kesalahan Awas, Kejara dikuatkuasa\nApr 03, 2017\n\nBuat masa ini hanya 2 daripada 21 kesalahan akan dikenakan tindakan mengikut Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik, AWAS dan KEJARA yang bermula kelmarin.JPJ memaklumkan, 2 kesalahan itu adalah memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.\u00a0Pihaknya akan berusaha untuk memastikan gabungan AWAS dan KEJARA dilaksanakan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79805", "title": "Kemampuan beli rumah di setiap negeri merosot dalam tempoh sedekad ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKemampuan beli rumah di setiap negeri merosot dalam tempoh sedekad ini.\nApr 26, 2019\n\nKemampuan beli rumah di setiap negeri merosot dalam tempoh sedekad ini!Menurut laporan Khazanah, ia ekoran sikap pemaju yang enggan menyediakan kediaman berdasarkan kemampuan pembeli.Khazanah juga saran orang muda agar menyewa terlebih dahulu dan hanya beli rumah apabila merasakan kewangan sudah stabil.Lebih 5,420 kes jenayah keganasan rumah tangga direkodkan tahun lalu.Lebih 5,420 kes jenayah keganasan rumah tangga direkodkan di seluruh negara tahun lalu, turun sikit, iaitu kira-kira 90 kes berbanding 2017.Namun menurut Bukit Aman, kes dera kanak-kanak naik sedikit, hampir 30 kepada 456.Polis juga gesa orang ramai guna Talian Kasih 15999 bagi bantu mangsa sebarang kes keganasan rumah tangga.Gangguan bekalan air di Lembah Klang semakin pulih.50 peratus pengguna yang terjejas dengan gangguan bekalan air di Lembah Klang ketika ini sudahpun mendapat bekalan air seperti biasa.Bagaimanapun, pengguna yang perlukan bekalan air kecemasan boleh hubungi Syabas untuk bantuan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73073", "title": "12 lokasi di seluruh negara yang berisiko tinggi bagi aktiviti air telah dikenal pasti.", "body": "\n\u2190 Back to list\n12 lokasi di seluruh negara yang berisiko tinggi bagi aktiviti air telah dikenal pasti.\nMar 09, 2018\n\nKementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah\u00a0 kenal pasti 12 lokasi di seluruh negara yang berisiko tinggi bagi aktiviti air.Ia berdasarkan insiden dan tragedi mati lemas yang melibatkan lebih daripada 5 mangsa.Antaranya Sungai Kampung Batu Payung di Tawau, Sabah yang meragut 15 nyawa dan Air Terjun Sungai Sendat, Selangor yang meragut 12 nyawa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73199", "title": "15 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri yang direman bagi kes seleweng dana PRU14 dibebaskan.", "body": "\n\u2190 Back to list\n15 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri yang direman bagi kes seleweng dana PRU14 dibebaskan.\nAug 12, 2018\n\n15 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri dibebaskan.15 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri yang direman berhubung kes penyelewengan dana PRU14 kini dibebaskan.Foto: UtusanMahkamah Majistret berkata mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM dengan seorang penjamin, manakala dua lagi suspek telah dibebaskan pada Jumaat lalu.Sebelum ini, semua suspek ditahan semasa hadir beri keterangan di ibu pejabat suruhanjaya tersebut dan disiasat di bawah Akta SPRM.Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yakin bahawa kapal Equanimity milik Malaysia.Foto: Kosmo OnlineJelas Perdana Menteri, ini kerana siasatan jabatan tersebut dedahkan kapal itu dibeli oleh Jho Low menggunakan dana yang disalurkan dari 1MDB.Tambah Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan bercadang untuk menjual kapal itu secepat mungkin memandangkan kos penyelenggaraannya cecah hampir 2 juta ringgit sebulan.Sementara itu, Tun M berkata kapal Equanimity tidak akan dibuka kepada orang ramai untuk dilawati bagi mengekalkan nilai dan memelihara keadaannnya.Mayat murid lelaki yang dilaporkan lemas di Setiu, Terengganu telah ditemui.Mayat murid lelaki tahun enam yang dilaporkan hilang ketika mandi-manda di Setiu, Terengganu telah ditemui pagi tadi.Menurut bomba, mayat mangsa ditemui terapung 650 meter dari lokasi kejadian oleh bapa saudaranya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71992", "title": "Imigresen tahan lebih 19 ribu pendatang asing tanpa izin termasuk 427 majikan dari 30 Jun sehingga semalam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nImigresen tahan lebih 19 ribu pendatang asing tanpa izin termasuk 427 majikan dari 30 Jun sehingga semalam.\nNov 01, 2017\n\nImigresen tahan lebih 19 ribu pendatang asing tanpa izin termasuk 427 majikan dari 30 Jun sehingga semalam.Dalam pada itu, Imigresen juga mengumumkan majikan yang ingin dapatkan pembantu rumah boleh memohon menerusi online, awal tahun depan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72359", "title": "Polis buru pembunuh abang tiri pemimpin Korea Utara", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis buru pembunuh abang tiri pemimpin Korea Utara\nFeb 15, 2017\n\nPDRM giat memburu 2 wanita dipercayai ejen kerajaan Korea Utara.Mereka dipercayai bertanggungjawab dalam kes kematian abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong-Un di KLIA2, kelmarin.Mangsa dilapor diserkup dengan kain yang mengandungi sejenis cecair beracun oleh seorang wanita dari arah belakang semasa menunggu penerbangan ke Macau, China.Penyerang kemudian melarikan diri dengan menaiki teksi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70789", "title": "Kluster Bunga Muncul", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster Bunga Muncul\nSep 01, 2020\n\nKluster Bunga MunculSatu lagi kluster baru COVID-19 dikesan iaitu Kluster Bunga.Ia melibatkan 4 pekerja sebuah kapal di Pelabuhan Port Dickson, Negeri Sembilan.Kapal itu mempunyai sejarah perjalanan dari Pelabuhan Singapura.Namun ia tidak membawa risiko penularan jangkitan dalam komuniti kerana merupakan kluster import yang terpencil.KKM SediaKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersiap sedia menghadapi kemungkinan pertambahan kes COVID-19 dari luar negara.Ia menjelangnya musim sejuk yang melanda negara-negara berkaitan beberapa bulan lagi.KKM juga memantau kes COVID-19 di India, Korea Selatan, Jepun, Sepanyol dan Perancis yang meningkat seiring penurunan suhu di negara tersebut.Virus berkenaan juga didapati telah bermutasi dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.Pemandu Kereta Putih Serah DiriSuspek kes langgar lari di lorong kecemasan Lebuh Raya KL-Karak sudah serah diri kepada polis.Dua mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal pula dilapor menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Bentong.Video kejadiannya kini tular dan memaparkan kereta suspek dan motosikal mangsa bertembung ketika memotong di lorong kecemasan semasa kesesakan trafik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73175", "title": "14 ditahan dipercayai terlibat dalam pergaduhan ketika pemilihan PKR di Kedah.", "body": "\n\u2190 Back to list\n14 ditahan dipercayai terlibat dalam pergaduhan ketika pemilihan PKR di Kedah.\nSep 23, 2018\n\nPolis tahan 14 lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan ketika proses pemilihan PKR Cabang Merbok, Kedah semalam.Foto: Utusan13 daripadanya akan direman sementara seorang lelaki berusia 50-an dibebaskan dengan jaminan polis kerana mengalami masalah kesihatan.Sementara itu, pemilihan PKR bagi Perlis, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Kedah ditangguhkan.Menurut Jawatankuasa Pemilihan Pusat, tarikh baru bagi pemilihan itu akan ditentukan selepas hari penamaan calon PRK Port Dickson.Jangan was-was untuk laporkan kes liwat dan cabul kepada pihak polis.Itu gesaan polis KL kepada orang ramai susulan kes liwat dan cabul yang melibatkan 9 pelajar sebuah pusat tahfiz di Kepong baru-baru ini.Suspek yang merupakan pengetua pusat tahfiz tersebut telah didakwa dengan 11 pertuduhan di mahkamah.Jumlah kematian akibat keracunan alkohol kini meningkat kepada 30 orang.Ini selepas mangsa yang dirawat di sebuah hospital di Perak disahkan meninggal dunia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72763", "title": "Nahas Helikopter di Sebuyau : Pencarian Bangkai Utama Helikopter diteruskan", "body": "\n\u2190 Back to list\nNahas Helikopter di Sebuyau : Pencarian Bangkai Utama Helikopter diteruskan\nMay 09, 2016\n\nMenurut Jabatan Penerbangan Awan, misi itu melibatkan lebih 560 anggota pasukan keselamatan termasuk 51 penyelam PDRM, JPAM dan ATM.Sebanyak 2 helikopter, 18 bot dan kapal serta 8 kenderaan darat turut digunakan dalam misi berkenaan.\u202a#\u200eterkini\u202c\u00a0\u202a#\u200enahashelikopter\u202c\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78858", "title": "Belanjawan tambahan akan dibentangkan selepas Belanjawan 2019 dilaksanakan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBelanjawan tambahan akan dibentangkan selepas Belanjawan 2019 dilaksanakan.\nNov 09, 2018\n\nPerdana Menteri berkata kerajaan akan membentangkan belanjawan tambahan selepas Belanjawan 2019 dilaksanakan.Jelas Tun Dr Mahathir Mohamad, terdapat beberapa dana tambahan akan diberikan bagi memastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir.\u00a0Dalam perkembangan lain, kerajaan Pulau Pinang dijangka membentangkan Belanjawan 2019 pada persidangan Dewan Undangan Negeri pagi ini.Polis ambil keterangan suspek kes edaran kitab Bible di depan sekolah menengah.Polis Pulau Pinang ambil keterangan enam suspek berhubung kes pengedaran Bible di hadapan sebuah sekolah menengah.Polis juga turut mendapatkan semula Bible yang diterima oleh pelajar-pelajar yang akan diserahkan kepada pihak sekolah.Setakat ini, terdapat lapan laporan polis dibuat berhubung isu berkenaan.Hampir\u00a015\u00a0peratus penduduk Pahang menghidap\u00a0diabetes.Jabatan Kesihatan Pahang berkata hampir\u00a015\u00a0peratus penduduk negeri itu adalah penghidap diabetes.Malah lebih membimbangkan, lebih separuh daripada mereka tidak mengetahui tentang perkara tersebut sehingga saringan kesihatan dijalankan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71766", "title": "Keputusan kajian penggunaan vape akan dibentang kepada kabinet akhir bulan ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nKeputusan kajian penggunaan vape akan dibentang kepada kabinet akhir bulan ini\nJan 10, 2016\n\nKajian itu juga menentukan spesifikasi yang perlu dipatuhi pengeluar dan peniaga.\u00a0Jelas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, ia perlu jika mahu penggunaan vape kekal di negara ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72335", "title": "Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan siasat kes kematian tahanan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan siasat kes kematian tahanan.\nJan 20, 2017\n\nSuruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan akan siasat kes kematian seorang tahanan di lokap IPD Bera, Pahang kelmarin.Tahanan berusia 49 tahun itu dikatakan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kemudiannya.Polis Pahang memaklumkan, berdasarkan bedah siasat, tahanan berkenaan meninggal dunia akibat radang usus.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79091", "title": "Sedarlah wahai perokok!", "body": "\n\u2190 Back to list\nSedarlah wahai perokok!\nJan 02, 2019\n\nPerokok diberikan tempoh 6 bulan untuk patuhi arahan larangan merokok di premis makanan sebelum denda mula dikuatkuasakan!Dalam tempoh itu, Kementerian Kesihatan akan gunakan pendekatan\u00a0pendidikan dan penerangan\u00a0holistik agar mereka fahami arahan tersebut.Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad\u00a0berkata langkah itu merupakan SOP biasa bagi membolehkan orang awam lebih memahami sesuatu hukuman sebelum dilaksanakan.Tambahnya, keutamaan sekarang ialah menyedarkan perokok agar tidak merokok di kawasan yang dilarang memastikan orang ramai bebas pencemaran asap rokok.Malah, penguatkuasaan larangan merokok bakal diperluaskan di dobi dan hotel dalam masa terdekat.Ia ekoran hasil maklum balas pelbagai pihak mengenai keperluan mewujudkan arahan itu.Pada hari pertama penguatkuasaan larangan itu semalam, Jabatan Kesihatan Johor keluarkan 22 notis amaran terhadap individu yang ingkar.Manakala di Sarawak, larangan merokok di semua premis makanan ditangguh sementara menunggu keputusan Kabinet negeri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71852", "title": "JKM dapati, mangsa tidak didera", "body": "\n\u2190 Back to list\nJKM dapati, mangsa tidak didera\nJul 12, 2017\n\nSiasatan JKM terhadap kes kematian kanak-kanak 21 bulan di Batu Pahat, Johor sebelum ini mendapati mangsa tidak didera.Atas faktor itulah JKM menerima rayuan keluarga angkatnya agar kanak-kanak itu yang meninggal dunia semalam diserah kembali di bawah jagaan mereka.Kali terakhir JKM jalankan siasatan terhadap keluarga angkat kanak-kanak itu ialah pada April lalu ketika mangsa menerima rawatan akibat kesukaran bernafas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73139", "title": "Satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk siasat kes seorang murid maut terkena bilah mesin rumput.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSatu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk siasat kes seorang murid maut terkena bilah mesin rumput.\nFeb 14, 2018\n\nKementerian Pendidikan tubuh jawatankuasa khas siasat kes seorang murid tingkatan 2 maut terkena bilah mesin rumput jenis traktor.Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan itu akan siasat secara terperinci dan menyeluruh kes tersebut.Tragedi dilapor berlaku di padang sekolah semasa pelajar buat persediaan untuk hari sukan, dan ia turut menyebabkan 2 murid lain cedera.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81565", "title": "Hampir separuh kes positif COVID-19 pulih", "body": "\n\u2190 Back to list\nHampir separuh kes positif COVID-19 pulih\nApr 14, 2020\n\nHampir separuh kes positif COVID-19 pulihFoto - Kementerian Kesihatan MalaysiaKementerian Kesihatan maklumkan, hampir separuh iaitu 49.7 peratus kes positif COVID-19 di negara ini telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.Hari ini sahaja, jumlah kes yang pulih dan discaj adalah sebanyak 202, lebih tinggi berbanding 170 jumlah kes baru positif COVID-19 yang direkodkan.Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 4,987 dengan 82 kematian manakala jumlah keseluruhan kes pulih ialah 2, 478.-----Polis enggan lagi kompromi isu berita palsuFoto - BernamaPolis tidak lagi akan berkompromi dalam isu penyebaran berita palsu mengenai COVID-19 yang semakin menjadi-jadi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.Menteri Kanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan ke atas individu terlibat akan diteruskan walaupun 'posting' berita palsu yang dimuatnaik itu telah dipadamkan.Sehingga semalam, 217 kertas siasatan dibuka berhubung berita palsu COVID-19 dengan 162 masih dalam siasatan, 23 sudah dituduh di mahkamah manakala 4 telah mengaku salah.-----Tiada Bazar Ramadan di Johor tahun iniFoto - Johor KakiJohor putuskan untuk tidak meneruskan penganjuran Bazar Ramadan tahun ini sebagai langkah mencegah penularan wabak COVID-19 di negeri berkenaan.Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, langkah itu selaras dengan saranan kerajaan Persekutuan agar tidak menganjurkan Bazar Ramadan, tahun ini.Kerajaan negeri bagaimanapun menggalakkan peniaga untuk menjalankan perniagaan masing-masing secara dalam talian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72062", "title": "PRU14 boleh disifatkan sebagai pilihan raya paling meriah dalam sejarah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPRU14 boleh disifatkan sebagai pilihan raya paling meriah dalam sejarah.\nApr 29, 2018\n\nPRU14 boleh disifatkan sebagai pilihan raya paling meriah dalam sejarah.Seramai 2,333 calon akan merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN, mengatasi jumlah calon pada PRU13 dengan beza 432 orang.Sementara itu, sekurang-kurangnya 26 calon akan bertanding di 2 kerusi Parlimen dan DUN.Ini termasuk 3 Menteri Besar iaitu MB Perak, Johor dan Selangor serta Ketua Menteri Pulau Pinang.SPR juga mengumumkan, calon paling tua yang akan bertanding pada pilihan raya nanti berusia 92 tahun, manakala paling muda berusia 22 tahun.Selesai tempoh penamaan calon semalam, para calon ada 11 hari untuk berkempen sebelum hari pengundian pada 9 Mei nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72129", "title": "Perdana Menteri terus dapat sokongan menjelang 100 hari pemerintahan Pakatan Harapan!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerdana Menteri terus dapat sokongan menjelang 100 hari pemerintahan Pakatan Harapan!\nAug 16, 2018\n\nMenjelang 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan esok, Perdana Menteri terus mendapat sokongan kuat daripada rakyat!Kajian Merdeka Centre mendapati Tun Dr Mahathir Mohamad popular dalam kalangan rakyat pelbagai kaum apabila 71 peratus daripada mereka berpuas hati dengan pentadbirannya.Populariti Tun M\u00a0 memuncak dalam kalangan masyarakat India apabila 93 peratus responden menyokong beliau, dikuti 83 peratus daripada etnik Cina dan 62 peratus Melayu.Penjawat awam juga memberikan rating tinggi kepada PM apabila 81 peratus daripada mereka menyokong kepemimpinan Tun M.SI, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menjadi Menteri Paling Popular dalam kajian itu.\u00a0Dr Wan Azizah yang mencatat sejarah sebagai TPM wanita pertama Malaysia diyakini 75 peratus responden.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72841", "title": "Dr Zakir Naik Ucap Terima Kasih", "body": "\n\u2190 Back to list\nDr Zakir Naik Ucap Terima Kasih\nApr 13, 2016\n\nPendakwah antarabangsa itu juga menganggap cabaran yang diterimanya untuk berdakwah di negara ini sebagai cabaran biasa sebagai pendakwah.Dr Zakir dibenar berceramah di Melaka, Ahad ini selepas tajuknya ditukar daripada 'Persamaan Antara Hinduisme dan Islam' kepada 'Women's Rights In Islam'.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72115", "title": "Hala tuju RMK-11 dibentang di Parlimen Oktober ini!", "body": "\n\u2190 Back to list\nHala tuju RMK-11 dibentang di Parlimen Oktober ini!\nJul 25, 2018\n\nKerajaan akan bentangkan hala tuju Rancangan Malaysia ke-11 di Parlimen, Oktober ini!Foto : AwaniMenteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berkata hala tuju tersebut mengandungi pelaksanaan dasar baru dan dasar sedia ada yang ditambah baik mengikut keperluan ekonomi semasa.Bagaimanapun, kerajaan tegaskan hak Bumiputera tetap dijamin!Jelas beliau walaupun Dasar ekonomi Baru, DEB dan Model ekonomi Baru, MEB bakal diteliti semula hak Bumiputera tetap dijamin!Menurut Datuk Seri Azmin, pada masa sama kerajaan akan tetap berlaku adil\u00a0 terhadap keperluan semua kaum lain termasuk di Sabah dan Sarawak.RMK11 merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020.Foto : AwaniSementara itu, bekas PM, Datuk Seri Najib Razak berkata pindaan tersebut diharap bukan bersifat pindaan semata-mata sebaliknya perlu ada penambahbaikan daripada apa yang dilakuan kerajaan terdahulu.\u00a0 \u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=109405", "title": "PKPD : 34 Mukim Di Selangor Dan 14 Lokaliti Di KL Mulai Esok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKPD : 34 Mukim Di Selangor Dan 14 Lokaliti Di KL Mulai Esok.\nJul 02, 2021\n\n\n34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur dikenakan PKPD selama 2 minggu mulai esok.\nSusulan itu semua laluan kawasan tersebut akan ditutup dan dikawal oleh polis.\nHanya seorang wakil isi rumah dibenarkan keluar untuk beli keperluan asas dalam radius 10 kilometer dari kediaman.\nPergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas pukul 8 malam adalah dilarang kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran polis.\nBagaimanapun, pergerakan merentas daerah atau negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin dibenarkan.\nRestoran dan kedai makan dibenarkan beroperasi untuk perkhidmatan bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran antara 8 pagi hingga 8 malam.\nKedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian,\u00a0kedai farmasi dan klinik haiwan\u00a0dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.\nPasar awam dan pasar tani kekal dibenarkan beroperasi bermula 6 pagi hingga 2 petang.\nSebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan.\nPekerja selain perkhidmatan perlu juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh keluar bekerja sepanjang tempoh itu.\nPekerja daripada perkhidmatan perlu, kilang dan premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat daripada pihak MITI yang sudah dikeluarkan sebelum ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79473", "title": "Kerajaan Johor Mungkin Tak Ambil Air Terawat Dari Singapura", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Johor Mungkin Tak Ambil Air Terawat Dari Singapura\nMar 02, 2019\n\nKerajaan Johor mempunyai perancangan untuk tidak lagi bergantung kepada Singapura bagi membekalkan air terawat di negeri itu.Bagaimanapun, Menteri Besar Datuk Osman Sapian\u00a0bekata perkara itu belum dimuktamadkan dan segala perbincangan masih dijalankan.\u00a0Beliau berkata demikian ketika berucap pada penutup Sesi Pemukiman Kerajaan Negeri Johor Bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga barisan Menteri Kabinet di Putrajaya.Rumah Mampu Milik Mesti Bawah RM300,000Harga rumah mampu milik di negara ini adalah di bawah RM300,000.Kerajaan berkata paras itu dianggap sesuai dengan mengambil kira taraf ekonomi penduduk yang semakin meningkat.Tambahya, kediaman berharga antara RM300,000 hingga RM500,000 ribu adalah untuk golongan M40.Pakar Rawatan Kanser Amat Diperlukan\u00a0Kerajaan memerlukan lebih ramai lagi pakar onkologi rawatan kanser kerana masalah kesihatan itu semakin serius dalam kalangan rakyat Malaysia.Buat masa ini, negara hanya mempunyai 115 pakar onkologi dan jumlah itu didapati tidak mencukupi.\u00a0Kementerian Kesihatan komited dalam merumuskan strategi kawalan dan pencegahan kanser untuk mengurangkan kadar kematian.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79949", "title": "Kerajaan bercadang pinda akta alam sekitar berkaitan pencemaran termasuk sungai dan laut. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan bercadang pinda akta alam sekitar berkaitan pencemaran termasuk sungai dan laut. \nMay 19, 2019\n\nKerajaan bercadang pinda akta alam sekitar berkaitan pencemaran termasuk sungai dan laut.Menurut laporan The Star, antara yang dicadangkan ialah hukuman atas 2 jenis kesalahan itu dinaikkan kepada maksimum RM5 juta juga penjara.Manakala untuk kes pembakaran terbuka, denda disaran dinaikkan kepada maksimum RM100,000.Fikir panjang jika anda sengaja tak mahu bayar pinjaman PTPTN!Ini kerana ahli keluarga anda mungkin terima kesan iaitu tidak diberi pinjaman oleh tabung itu pada masa depan.Berita Harian\u00a0melaporkan, cadangan itu terkandung dalam Konsultasi Rakyat yang terdapat dalam portal PTPTN bagi atasi masalah peminjam ingkar.Chef selebriti,\u00a0Adamdidam meninggal dunia.Chef selebriti, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam meninggal dunia pada usia 29 tahun awal pagi tadi dipercayai akibat jangkitan paru-paru.Berita sedih itu turut dikongsikan oleh Neelofa yang merupakan anak saudara Allahyarham.Jenazah bapa saudara kepada si cilik selebriti Instagram, Fatimah itu akan dikebumikan di Pasir Mas, Kelantan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80006", "title": "Nak Memandu Jangan Memandu Antara Jam 2PM-4PM & 3AM-5AM", "body": "\n\u2190 Back to list\nNak Memandu Jangan Memandu Antara Jam 2PM-4PM & 3AM-5AM\nMay 29, 2019\n\nPersatuan Sleep Apnea Malaysia keluarkan nasihat perjalanan sempena Hari Raya.Ia nasihatkan orang ramai, agar tidak memandu pulang ke kampung antara pukul 2 hingga 4 petang serta dari pukul 3 hingga 5 pagi.Katanya kepada Utusan, tempoh tersebut merupakan waktu puncak yang menyebabkan sesorang itu mengantuk, sekaligus boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya.Plus Mahu Bina Kapsul Tidur Buat Pengguna Lebuhraya\u00a0PLUS bercadang untuk membina kapsul tidur bagi penguna Lebuhraya Utara Selatan.Katanya kapsul tersebut \u00a0akan memberi peluang kepada pemandu terutamanya pemandu kenderaan berat untuk berehat sebelum meneruskan pemanduan.Cadangan itu berada dalam peringkat kajian dan projek percubaan dijangka dilaksanakan tahun depan.\u00a0TNB Nafi Naikkan Tarif Elektrik 30%TNB nafi\u00a0dakwaan pihaknya terima arahan kerajaan untuk naikkan tarif elektrik sebanyak 30 peratus.Tegas TNB, mesej yang tersebar di media sosial mengenai perkara itu adalah palsu.Pihak turut minta orang ramai agar tidak menyebarkan mesej tersebut.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80280", "title": "Kerajaan akan atasi isu vape dalam kalangan murid sekolah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan akan atasi isu vape dalam kalangan murid sekolah.\nJul 22, 2019\n\nKerajaan akan atasi isu vape dalam kalangan murid sekolah.Ia ekoran viral penggunaan dan penjualan rokok elektronik dalam kalangan remaja dan kanak-kanak termasuk berdekatam sekolah ketika ini!Usaha tersebut akan digembleng Kementerian Pendidikan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.4 loji rawatan air Selangor yang terpaksa dihentikan tugas malam tadi telah beroperasi semula.Air Selangor berkata gangguan bekalan air di kawasan terlibat dijangka pulih secara berperingkat.Kesemua loji itu terpaksa dihentikan operasinya ekoran pencemaran minyak diesel akibat aktiviti pengorekan pasir di hulu sungai.Harimau viral mungkin ada penyakit\u00a0'canine distemper'.Harimau viral yang ditangkap ekoran berkeliaran di Dungun Jumaat lalu berkelakuan jinak mungkin disebabkan penyakit 'canine distemper'.Menurut Perhilitan Terengganu, penyakit itu banyak menyerang haiwan sejenisnya yang menyebabkan ia bingung dan tidak mencederakan manusia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79036", "title": "Allahyarham Muhammad Adib Dinaikkan Pangkat", "body": "\n\u2190 Back to list\nAllahyarham Muhammad Adib Dinaikkan Pangkat\nDec 18, 2018\n\nAllahyarham Muhammad Adib, anggota bomba yang terbunuh dalam kekecohan di sebuah kuil di Subang Jaya, diberikan kenaikan pangkat berkuat kuasa serta merta.Menurut kerajaan kenaikan daripada gred KB19 ke KB22, \u00a0dapat meringankan beban keluarga adib dari segi imbuhan pencen.Tengah hari tadi, jenazah Adib selamat dikebumikan di tanah perkuburan di kampung halamannya, di Kuala Kedah.\u00a0Bendera Bomba Dikibarkan Setengah Tiang\u00a0Bendera di semua premis Jabatan Bomba akan dikibarkan separuh tiang bagi menghormati pemergian Muhammad Adib.Menurut Ketua Pengarahnya, ia akan dilaksanakan selama tiga hari, sehingga Khamis ini.RON92 Tidak Akan Dijual!Kerajaan tidak akan menjual kembali petrol RON92 kerana kandungan ulfur yang tinggi di dalamnya berbahaya kepada alam sekitar.Tambahnya, walaupun terdapat cadangan untuk menjualnya kembali, ia tidak boleh dilaksanakan kerana terikat dengan protokol antarabangsa.Oleh itu, dasar kerajaan kekal menjual RON 95 dan RON 97 di pasaran tempatan.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79013", "title": "Barisan Nasional akan cadangkan calon baru sebagai Pengerusi PAC.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBarisan Nasional akan cadangkan calon baru sebagai Pengerusi PAC.\nDec 13, 2018\n\nBarisan Nasional akan cadangkan calon baru sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, PAC!Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia bagi menggantikan Datuk\u00a0Seri Ronald\u00a0Kiandee yang umum keluar parti semalam.Foto: MalaymailUMNO Sabah semalam lumpuh selepas 5 Ahli parlimen, 9 ADUN , 2 Senator dan 21 daripada 25 Ketua Bahagian umum keluar parti.Mereka kini menjadi Ahli BEBAS yang menyokong kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.73 peratus pekerja di Malaysia alami masalah berat badan berlebihan!Ia berdasarkan hasil pemeriksaan kesihatan di bawah program PERKESO ke atas lebih 530,000 pekerja dari 2013 hingga tahun ini.Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan menggalakkan majikan supaya menganjurkan program kesihatan buat golongan pekerja demi meningkatkan kualiti hidup dan produktiviti negara.\u00a0Jenazah 5 sahabat disemadikan dalam satu liang lahad.Jenazah lima remaja yang maut dalam kebakaran tragis di kawasan perindustrian di Meru telah disemadikan dalam satu liang lahad, malam tadi.Polis Perak berkata kebakaran yang mengorbankan kesemua mangsa itu dipercayai berpunca daripada letupan bunga api.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=99816", "title": "Jangan Hasut Orang Lain Untuk Tolak Vaksin!", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan Hasut Orang Lain Untuk Tolak Vaksin!\nMar 02, 2021\n\nGolongan antivaksin yang didapati cuba menghasut orang lain untuk menolak vaksin berdepan tindakan tegas.\u00a0\nKetua Polis Negara bagaimanapun berkata setakat ini belum ada tindakan diambil terhadap golongan itu.\u00a0\n\nBeliau dalam pada itu juga menyokong laporan polis dibuat jika mana-mana pihak ada maklumat mengenai kejadian potong barisan dalam proses pemberian vaksin Covid-19.\u00a0\nKesalahan itu katanya boleh dianggap sebagai satu penyelewengan dan tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap pihak yang terlibat.\u00a0\n__\nPendaftaran penerima vaksin Covid-19 masih rendah.\nHanya kira-kira 6 peratus penduduk negara ini tampil mendaftar bagi menerima vaksin tersebut.\n\nMenurut Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, peratusan itu masih rendah mengambil kira sasaran 80 peratus rakyat divaksin menjelang tahun depan.\n__\nBeberapa kawasan di Semenanjung catat gelombang haba pada tahap berjaga-jaga.\n10 kawasan di Semenanjung mencatatkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga.\n\nMenurut MetMalaysia, 4 daripadanya terletak di Perak, 3 di Kelantan, 2 di Johor dan 1 di Negeri Sembilan.\nTahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius selama lebih 3 hari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=150659", "title": "Siti Bainun Dipenjara 12 Tahun", "body": "\n\u2190 Back to list\nSiti Bainun Dipenjara 12 Tahun\nMay 03, 2023\n\nFoto - Bernama\nPengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dijatuhi hukuman penjara 12 tahun atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella.\nMahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengarahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini selepas Siti Bainun dikenakan penjara 10 dan 12 tahun masing-masing atas dua pertuduhan tersebut.\nBainun juga diperintah menandatangani bon berkelakuan baik dalam tempoh lima tahun dengan seorang penjamin warganegara tempatan, berserta cagaran RM5,000.\nPertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=120691", "title": "KKM Sentiasa Pantau SOP PRN Melaka.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM Sentiasa Pantau SOP PRN Melaka.\nNov 18, 2021\n\n\nKKM Sentiasa Pantau SOP PRN Melaka.\nKementerian Kesihatan sentiasa pantau pematuhan SOP PRN Melaka.\nTegas Menterinya, Khairy Jamaluddin, ia termasuklah kempen oleh bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.\nPerkara yang dibangkitkan di Dewan Rakyat itu katanya akan dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.\nPRN Melaka diadakan dalam norma baru iaitu penganjuran ceramah, syarahan, kempen secara fizikal adalah tidak dibenarkan.\nPembuangan undi akan berlangsung Sabtu ini.\n\u00a0\nAstrazeneca dan Sinovac diberi kelulusan bersyarat sebagai dos penggalak.\nVaksin Covid-19 jenis AstraZeneca dan Sinovac diberikan kelulusan bersyarat untuk digunakan sebagai dos penggalak.\nKetua Pengarah Kesihatan berkata ia akan diberikan kepada kumpulan sasar tertentu berumur 18 tahun ke atas yang menerima vaksin jenis sama.\nDos penggalak bagi vaksin AstraZeneca akan diberikan selepas 6 bulan daripada penerimaan dos kedua.\nManakala bagi Sinovac, ia akan diberikan selepas 3 hingga 6 bulan daripada tarikh dos kedua diterima.\n\u00a0\nJenazah juruterbang TUDM selamat dikebumikan.\nKerajaan akan memastikan kebajikan keluarga kedua-dua pegawai yang terlibat dalam nahas pesawat pejuang di Butterworth kelmarin diberi perhatian sewajarnya.\nMenurut Menteri Kanan Pertahanan, ia termasuk bantuan melalui Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara.\nSementara itu, jenazah juruterbang yang terkorban akibat nahas itu selamat dikebumikan di kampung halamannya di Rompin, Pahang malam tadi.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73369", "title": "Mangsa perkosa maut membakar diri", "body": "\n\u2190 Back to list\nMangsa perkosa maut membakar diri\nSep 01, 2018\n\nMangsa perkosa maut membakar diriFoto - Al JazeeraSeorang wanita yang menjadi mangsa perkosa di India meninggal dunia selepas membakar diri sebagai tanda bantahan terhadap kegagalan polis mengambil tindakan.Menurut polis, terdapat kesilapan daripada pihak polis dan siasatan sedang dijalankan untuk melihat sama ada keluarga wanita berkenaan ditekan supaya tidak membuat laporan.Tertuduh kes itu telah ditahan dan pegawai polis yang terbabit dalam kes ini turut ditahan sehingga arahan selanjutnya.-----Ibu bunuh anak kerana buang air dalam seluarFoto - ASTRO AwaniSeorang ibu di Las Vegas, Amerika mengaku membunuh anak perempuannya yang berusia tiga tahun hanya kerana mangsa buang air dalam seluar.Tertuduh pada awalnya menghubungi pihak polis bagi melaporkan kononnya anak hilang, Khamis lalu.Menurut polis mangsa disyaki maut akibat dipukul objek tumpul dan mayatnya ditemui dalam beg pakaian yang disorok di dalam sebuah almari.-----Lelaki Britain dihukum penjara seumur hidupFoto - The IndependentSeorang lelaki Britain dijatuhi hukum penjara seumur hidup berhubung rancangan membunuh Perdana Menteri, Theresa May.Remaja 21 tahun itu didakw merancang meletupkan peranti di pagar Downing Street yang dikawal ketat dan memasuki pejabat May untuk membunuhnya.Dia ditahan November lalu sejurus selepas bertemu pegawai menyamar dan mengumpulkan apa yang dipercayainya bom buatan sendiri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71248", "title": "Pahang perluas bantuan dalam Belanjawan negeri 2021", "body": "\n\u2190 Back to list\nPahang perluas bantuan dalam Belanjawan negeri 2021\nNov 16, 2020\n\nPahang perluas bantuan dalam Belanjawan negeri 2021Foto - Facebook\u00a0Datuk Seri Wan Rosdy Wan IsmailKerajaan negeri Pahang umum bantuan khas kewangan RM1,000 kepada 8,000 penjawat awam negeri itu tanpa pengecualian gred yang akan dibayar sebelum 16 Januari ini.Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan am kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada 3,014 penerima juga akan dinaikkan dari RM300 sebulan kepada RM350.Turut diumumkan bantuan sekali bayar kepada guru KAFA golongan warga emas, orang kurang upaya, bantuan persekolahan, imam kariah, tok batin juga bantuan e-kasih antara RM100 hingga RM750.-----PKDP di asrama pekerja Top GloveFoto - The Malaysian ReservePerintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di asrama pekerja syarikat sarung tangan Top Glove di Klang, Selangor bermula tengah malam ini sehingga 30 November.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu terpaksa dibuat selepas Kementerian Kesihatan mengesan 215 kes positif COVID-19.Ia membabitkan kawasan asrama lelaki di Jalan Abadi 1A/KU8, asrama wanita di Jalan Abadi 1A/KU8 dan Jalan Abadi 10A/KU8 melibatkan hampir 13,200 pekerja dan kira-kira 1,200 penduduk di kawasan berhampiran.-----Kes COVID-19 di Lembah Klang kian meningkatFoto - New Straits TimesBilangan kes baru positif COVID-19 di negeri Sabah dilihat semakin terkawal apabila hanya 288 kes baru dicatatkan daripada keseluruhan 1,103 kes yang dilaporkan, hari ini.Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah jangkitan Lembah Klang pula terus mencatatkan peningkatan apabila 392 kes dikesan di Kuala Lumpur manakala 151 lagi di Selangor.Seramai 821 pesakit sembuh sementara empat kematian terbaru direkodkan menjadikan jumlah korban keseluruhan setakat ini meningkat kepada 313.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80719", "title": "Operasi kedai makan di Kelantan akan dihadkan hingga 12 tengah malam bermula tahun depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nOperasi kedai makan di Kelantan akan dihadkan hingga 12 tengah malam bermula tahun depan.\nOct 22, 2019\n\nBermula tahun depan, operasi kedai makan, warung dan restoran di Kelantan akan dihadkan sehingga jam tengah 12 malam.Kerajaan negeri memaklumkan, langkah itu bertujuan mengekang gejala sosial khasnya golongan muda.Menurut kerajaan negeri, berdasarkan satu kajian, operasi restoran melebihi jam 12 malam jadi antara punca belia sering keluar rumah pada larut malam.Program Bank Makanan Siswa di universiti awam akan diperluaskan.Program Bank Makanan Siswa di universiti awam akan diperluaskan ke institusi pengajian lain seperti Politeknik, IPG dan IPTS.Ia ekoran kejayaan program tersebut yang mendapat permintaan tinggi penuntut daripada keluarga berpendapatan rendah.Pendidikan percuma universiti mungkin dilaksana 2 hingga 3 tahun lagi!Rakyat Malaysia mungkin dapat nikmati pendidikan percuma di peringkat universiti dalam tempoh 2 hingga 3 tahun lagi.Menteri Pendidikan memaklumkan, pihaknya kini dalam peringkat akhir memuktamadkan mekanismenya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70483", "title": "Kerajaan Sangat Hati-Hati", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Sangat Hati-Hati\nJul 12, 2020\n\nKerajaan Sangat Hati-HatiKerajaan sangat hati-hati dengan cadangan pembukaan sempadan negara semasa wabak COVID-19 ini.Malah menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ia akan jadi perkara terakhir dipertimbang dan dilakukan.Jelas kementerian, ini kerana majoriti kes baru yang direkodkan di negara ini merupakan kes import.Sementara itu, kes kematian akibat COVID-19 di negara ini naik kepada 122 selepas seorang pesakit meninggal\u00a0dunia.Hagia Sophia Kembali Jadi MasjidSalah satu bangunan ikonik dunia di Turki, Hagia Sophia atau Ayasofia kini ditukar kembali kepada masjid.Ini selepas mahkamah tertinggi negara itu putuskan tindakan kerajaan terdahulu ubah status Hagia Sophia menjadi muzium sebagai tidak sah.Amitabh Bachchan Positif COVID-19Megastar Bollywood, Amitabh Bachchan dan anaknya aktor Abhishek disahkan positif COVID-19.Beliau memaklumkan berita itu menerusi ciapan Twitternya dan turut minta orang yang rapat dengannya buat ujian.Dua beranak itu kini dirawat di kampung halaman mereka di Mumbai, India.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71796", "title": "Kadar faedah 4% pinjaman perumahan penjawat awam kekal", "body": "\n\u2190 Back to list\nKadar faedah 4% pinjaman perumahan penjawat awam kekal\nJan 09, 2016\n\nKadar faedah empat peratus ke atas pinjaman perumahan penjawat awam tidak berubah.Menurut PM, ia kekal meskipun Bahagian Pinjaman Perumahan diperbadankan menjadi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam bermula 1 Januari lalu.DS Najib Tun Razak menambah, jumlah kelayakan pinjaman juga dikekalkan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80955", "title": "Hujan lebat di Pahang dan Johor dijangka berlanjutan sehingga esok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHujan lebat di Pahang dan Johor dijangka berlanjutan sehingga esok.\nDec 16, 2019\n\nHujan lebat di Pahang dan Johor dijangka berlanjutan sehingga esok melibatkan lebih banyak daerah.Kawasan yang terlibat di Pahang ialah\u00a0Rompin, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan, \u00a0manakala di Johor hampir semua daerah terlibat.Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan dan seluruh Melaka.Masalah vandalisme nampaknya masih membelengu Malaysia.Manakan tidak, kini viral foto papar keadaan Taman Tasik Titiwangsa jadi mangsa vandalisme.Ia berlaku tidak sampai sehari taman tersebut dibuka semula kepada awam selepas diubah-suai selama lebih setahun.Antara paling viral ialah gambar-gambar bungkusan makanan dibuang merata-rata, papan tanda ditoreh dan berbasikal di laluan jogging.Malaysia sebenarnya masih kekurangan 150,000 jurutera!\u00a0Malaysia sebenarnya masih kekurangan\u00a0150,000 jurutera walaupun graduan bidang itu sukar dapat pekerjaan termasuk ditawar gaji tidak setimpal.Lembaga Jurutera Malaysia memaklumkan Berita Harian, antara puncanya kursus yang ditawarkan di universiti tidak memenuhi keperluan pasaran khasnya teknologi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72810", "title": "Cuaca Panas Kering Tidak Jelas PLKN 2.0", "body": "\n\u2190 Back to list\nCuaca Panas Kering Tidak Jelas PLKN 2.0\nMar 18, 2016\n\nUjar Ketua Pengarah JLKN, modul latihan termasuk aktiviti luar tetap dijalankan, tapi akan disesuaikan dengan keadaan cuaca semasa.Sebagai contoh, latihan kawad pada jam 2 petang mungkin akan ditukar kepada waktu pagi.Sementara itu, Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan akan dijadikan model untuk pelan tindakan bagi hadapi cuaca panas atau gelombang haba di negara ini.Ujar Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ia termasuk langkah dan panduan penutupan sekolah jika cuaca panas ketika ini mencapai tahap tertentu.Setakat ini, 6 kawasan terletak di Pahang, Perak, Perlis dan Kedah telah mencapai atau melebihi paras ambang gelombang haba.\u00a0\u202a#\u200eelnino\u202c\u00a0\u202a#\u200eterkini\u202c\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71908", "title": "Perdana Menteri sempurnakan majlis pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerdana Menteri sempurnakan majlis pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur.\nAug 09, 2017\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempurnakan majlis pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur di Kotasas, Kuantan.Projek berimpak tinggi itu melibatkan pembinaan landasan sepanjang 688 kilometer dengan kos kira-kira 55 bilion ringgit.Ia bakal memendekkan masa perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu dalam masa kurang 4 jam berbanding purata 7 jam melalui jalan raya.Sumber gambar : Malay Mail\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=112303", "title": "Lengkap Vaksinasi Boleh Solat Jemaah di Masjid & Surau.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLengkap Vaksinasi Boleh Solat Jemaah di Masjid & Surau.\nAug 09, 2021\n\n\nKelonggaran rentas daerah dan negeri bagi pasangan jarak jauh yang telah lengkap vaksinasi COVID-19 beri banyak manfaat kepada institusi kekeluargaan.\nBegitu juga kelonggaran untuk ibu bapa berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun.\nUjar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, ini kerana anak-anak yang sedang membesar tidak seharusnya terpisah terlalu lama daripada ibu bapa.\nBeliau turut memberi jaminan bahawa cadangan dan rintihan semua pihak termasuk yang diluahkan di ruangan komen akaun media sosial beliau akan dibawa ke mesyuarat seterusnya.\nSemalam Perdana Menteri mengumumkan sejumlah kelonggaran dan kemudahan untuk untuk individu yang telah lengkap divaksin.\nAntaranya solat berjemaah di masjid dan surau dibenarkan di seluruh negara tanpa mengira tahap fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).\nBagi penduduk di negeri yang berada dalam fasa 2 PPN dan seterusnya, melancong dalam negeri turut dibenarkan.\nBegitu juga kemudahan makan di premis atau \u2018dine-in\u2019.\nNegeri dan wilayah yang berada dalam fasa 2 PPN dan ke atas ketika ini ialah semua negeri di Pantai Timur, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak, Perlis dan Labuan.\nSemua kemudahan tersebut mula berkuat kuasa esok.\n\u00a0\nRayuan Kelantan Menjelang Tengkujuh\nKelantan merayu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meluluskan segera permohonan sejuta dos vaksin COVID-19.\nJelas kerajan negeri, ia penting bagi mencapai imuniti kelompok untuk menyelamatkan nyawa rakyat di negeri itu sebelum berdepan musim tengkujuh yang akan bermula Oktober nanti.\nKelantan juga sasar 40 peratus penduduknya dapat divaksin menjelang akhir bulan ini jika bekalan vaksin dapat diperoleh mengikut jadual.\n\u00a0\nSarah Pergi Jua\nPenyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat COVID-19 meninggal dunia.\nIsteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5.00 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.\nAllahyarhamah Siti Sarah meninggalkan 4 anak yang masih kecil termasuk bayi yang terpaksa dilahirkan awal secara pembedahan baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80689", "title": "Sekolah di Putrajaya diminta tidak gunakan belon berisi gas dalam sebarang aktiviti.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSekolah di Putrajaya diminta tidak gunakan belon berisi gas dalam sebarang aktiviti.\nOct 14, 2019\n\nSekolah di Putrajaya diminta supaya tidak gunakan belon berisi gas dalam sebarang aktiviti.Arahan itu dibuat oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya agar insiden belon meletup dalam satu program kelmarin tidak berulang.Dalam pada itu menurut Timbalan Perdana Menteri, insiden terbabit mungkin berpunca daripada gas helium yang dicampur bagi menjimatkan kos.16 cedera akibat kejadian yang berpunca apabila ada individu cuba memotong tali pengikat belon menggunakan pemetik api.Nama baru universiti gabungan UMT dan UNISZA akan ditemtukan selepas perkenan Sultan Terengganu.Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi, ia akan dibincangkan oleh jawatankuasa khas yang menyediakan cadangan kerangka universiti hasil penggabungan itu.Jawatankuasa khas itu diminta\u00a0mencipta beberapa nama yang bersesuaian\u00a0agar tidak menenggelamkan nama kedua-dua universiti berkenaan.Seorang kanak-kanak OKU diselamatkan selepas terkurung dalam rumah bersama mayat ibunya.Itupun selepas kakak mangsa yang tinggal berasingan mengunjungi kediaman 2 beranak itu di JB dan meminta bantuan bomba.Ketika ditemui, kanak-kanak 12 tahun itu berada dalam bilik air dan kelaparan, manakala ibunya dipercayai sudah meninggal dunia 4 atau 5 hari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80139", "title": "Jabatan Alam Sekitar pantau secara agresif tapak pelupusan sampah haram di Pasir Gudang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Alam Sekitar pantau secara agresif tapak pelupusan sampah haram di Pasir Gudang.\nJun 24, 2019\n\nJabatan Alam Sekitar mula memantau secara agresif di tapak-tapak pelupusan sampah haram di Pasir Gudang, Johor hari ini.Ia bagi kenal pasti punca sebenar insiden sesak nafas yang berlaku di beberapa sekolah yang menyebabkan 17 sekolah ditutup sementara setakat ini.Kejadian berkenaan turut menyebabkan lebih 70 orang majoritinya murid sekolah jatuh sakit namun keadaan mereka semuanya stabil.Polis belum terima laporan kes buli di sebuah sekolah menengah\u00a0Setiu.Belum ada laporan polis dibuat berkenaan kes buli babitkan murid sekolah menengah di Setiu, Terengganu yang videonya viral ketika ini.Video berdurasi 14 saat itu papar seorang pelajar lelaki tumbuk dan tendang seorang pelajar dalam sebuah kelas dan hanya diperhatikan murid lain.Difahamkan juga pihak sekolah dan ibu bapa murid terbabit sedang cari penyelesaian tanpa melibatkan polis.Gelongsor air terpanjang dunia di Pulau Pinang akan dibuka tidak lama lagi.Gelongsor air terpanjang di dunia di taman tema Escape Pulau Pinang akan dibuka kepada orang ramai Ogos ini.Gelongsor sepanjang 1.14 km dengan ketinggian 70 meter itu bakal atasi rekod dunia milik sebuah taman tema di Amerika Syarikat pada 2015.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71882", "title": "hanya kanak-kanak divaksin penuh boleh mendaftar ke tadika", "body": "\n\u2190 Back to list\nhanya kanak-kanak divaksin penuh boleh mendaftar ke tadika\nJul 27, 2017\n\nKerajaan sedang kaji untuk benarkan hanya kanak-kanak yang divaksin penuh sahaja mendaftar ke tadika seperti di Australia.Menteri Kesihatan berkata, keputusan mengenainya akan dibuat selepas menerima maklum balas daripada pihak terlibat.Tambahnya, langkah itu bukan bertujuan mendiskriminasi kanak-kanak yang tidak divaksin, tetapi sebagai perlindungan kepada yang lain.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72720", "title": "2 Beranak Dijumpai Mati, Disyaki Dibunuh", "body": "\n\u2190 Back to list\n2 Beranak Dijumpai Mati, Disyaki Dibunuh\nSep 21, 2016\n\nSeorang wanita dan anak perempuannya dijumpai mati di rumah mereka di Ulu Tiram, Johor disyaki dibunuh.Mayat mangsa yang berusia 56 dan 16 tahun itu dijumpai oleh seorang ahli keluarga yang tinggal berdekatan.Difahamkan, cucu mangsa berusia 3 tahun turut berada dalam rumah ketika kejadian namun tidak diapa-apakan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72531", "title": "PDRM tubuh pasukan khas siasat kebocoran maklumat kes kebakaran pusat tahfiz", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM tubuh pasukan khas siasat kebocoran maklumat kes kebakaran pusat tahfiz\nSep 18, 2017\n\nKetua Polis Negara berkata, satu pasukan khas ditubuh bagi siasat kebocoran maklumat siasatan kes kebakaran Pusat Tahfiz di Keramat KL.\u00a0Menurutnya, kebocoran maklumat tersebut bukan datang daripada sumber polis, sebaliknya daripada agensi lain yang viralkan perkara berkenaan.Terdahulu, PDRM telah menahan 7 orang suspek remaja bagi membantu siasatan insiden berkenaan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79486", "title": "DNA23 bukan agenda kaum!", "body": "\n\u2190 Back to list\nDNA23 bukan agenda kaum!\nMar 04, 2019\n\nFoto - Astro AwaniBukan agenda kaum!Itu jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung inisiatif Digital Native Agenda atau DNA23 yang dilancarkan hari ini sebagai platform mengetengahkan pandangan orang ramai mengenai landskap ekonomi digital.Malah tegas Anwar, DNA23 merupakan agenda rakyat dan perlu dilaksanakan tanpa meminggirkan golongan miskin, tidak mengira\u00a0kaum.Foto - Astro AwaniBeliau menjawab soalan wartawan berhubung kenyataan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali yang mahu Pakatan Harapan melaksanakan janji melibatkan agenda Melayu dan Bumiputera selepas kekalahan Pakatan Harapan\u00a0pada Pilihan Raya Kecil Semenyih.Tambah Presiden PKR itu, kenyataan tersebut merupakan pendapat peribadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu sendiri dan tidak mewakili parti.Foto - Astro AwaniAzmin terdahulu berkata, kekalahan PH pada PRK Semenyih merupakan mesej jelas rakyat di semua peringkat\u00a0agar kerajaan segera bertindak menyelesaikan masalah dan kebajikan rakyat tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70574", "title": "KKM & KPM Kaji Kesihatan Mental Murid", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM & KPM Kaji Kesihatan Mental Murid\nJul 27, 2020\n\nKKM & KPM Kaji Kesihatan Mental Murid SekolahKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjalankan kaji selidik mengenai kesihatan mental murid sekolah.Menurut KKM, ia termasuk data murid yang mengalami masalah kemurungan dan tekanan yang membawa kepada hasrat bunuh diri.Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 menunjukkan 1 daripada setiap 5 remaja di negara ini mengalami kemurungan.Manakala 1 daripada setiap 10 remaja mengalami tekanan atau stres.Tiada Lagi KompromiTiada lagi kompromi untuk individu yang enggan jalani saringan COVID-19 kali ke-2.Tegas kerajaan, bermua hari ini individu yang terlibat akan ditahan dan didakwa di mahkamah.Ketika ini hampir 2,900 individu yang menjalani kuarantin di rumah belum tampil membuat ujian kali ke-2.Susulan kedegilan itu juga, bermulaa Jumaat lalu individu yang tiba dari luar negara kembali diwajibkan jalani kuarantin di pusat yang dikhasnya, bukan lagi di rumah.Prasarana SediaPrasarana sedia memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam pengangkutan awam jika diarahkan kerajaan.Ia termasuk mengurangkan kapasiti penumpang seperti yang dilakukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa awal.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=150872", "title": "Tangguhkan Aktiviti Luar Kelas Ekoran Cuaca Panas", "body": "\n\u2190 Back to list\nTangguhkan Aktiviti Luar Kelas Ekoran Cuaca Panas\nMay 08, 2023\n\n\nTangguhkan Aktiviti Luar Kelas Ekoran Cuaca Panas\nSemua sekolah di seluruh negara sekali lagi diingatkan supaya tangguhkan aktiviti di luar bilik darjah ekoran cuaca panas ketika ini.\nJelas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ia bagi elak risiko serangan strok haba terhadap murid dan guru.\nPenangguhan aktiviti itu katanya hanya bersifat sementara hingga keadaan cuaca benar-benar selamat untuk murid dan pelajar menjalankan program di luar kelas.\n\u00a0\n\u00a0\nSkim Insurans Rahmah Akan Diperkenalkan.\nKerajaan akan meneruskan Inisiatif Payung Rahmah dengan mengumumkan Skim Insurans Rahmah untuk kenderaan dan kediaman dalam masa terdekat.\nJelas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pihaknya sedang meneliti beberapa perkara termasuk premium yang akan ditawarkan kepada pengguna.\nDatuk Seri Salahuddin Ayub berkata pada peringkat awal skim insurans itu akan melibatkan perlindungan kepada kenderaan terpakai yang mempunyai kerosakan enjin atau gearbox serta perlindungan bagi kediaman yang sering dilanda banjir.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79547", "title": "Kes pencemaran sisa kimia : Dua lagi sekolah ditutup.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes pencemaran sisa kimia : Dua lagi sekolah ditutup.\nMar 12, 2019\n\nJumlah pelajar SK dan SMK Tanjung Puteri Resort termasuk orang awam yang terjejas akibat pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim hari ini, telah cecah 260 orang.Foto: KosmoKesemua mangsa kini dirawat di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar Johor telah selesai ambil keterangan 3 suspek yang dipercayai buang sisa kimia ke dalam sungai terbabit.Polis buka kertas siasatan ekoran kenyataan\u00a0Lim Guan Eng didakwa berbaur hasutan.Polis buka kertas siasatan berhubung dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng keluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum.Ini selepas hampir 60 laporan diterima ekoran kenyataan Menteri Kewangan itu mengenai kerjasama UMNO dan PAS yang didakwa berunsur hasutan.Teknologi AI bakal diperkenalkan\u00a0dalam sektor penjagaan kesihatan di Malaysia.Kementerian Kesihatan rancang untuk perkenalkan teknologi kecerdasan buatan, AI di sektor penjagaan kesihatan pada masa akan datang.Foto: KosmoTeknologi itu akan digunakan dalam pelbagai program kesihatan antaranya memerangi denggi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72283", "title": "Insiden mendarat cemas di Kuala Selangor", "body": "\n\u2190 Back to list\nInsiden mendarat cemas di Kuala Selangor\nFeb 27, 2016\n\nTUDM tubuhkan Pasukan Lembaga Penyiasatan berhubung insiden pesawat mendarat cemas di Pantai Kuala Selangor, semalam.Walaupun dikaitkan dengan kegagalan enjin, TUDM berkata masih terlalu awal untuk menentukan punca nahas itu.Menteri Pengangkutan Dato Seri Liow Tiong Lai juga telah mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam membantu siasatan berkenaan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=111420", "title": "Brooker yakin gandingan Pandelela dan Mun Yee mampu hadirkan pingat", "body": "\n\u2190 Back to list\nBrooker yakin gandingan Pandelela dan Mun Yee mampu hadirkan pingat\nJul 27, 2021\n\n\nPingat pertama Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo\u00a0mungkin\u00a0hadir hari ini menerusi acara terjun.\n\r\nPandelela Rinong dan Leong Mun Yee akan beraksi petang ini dalam acara 10 meter platform seirama wanita.\nJurulatih skuad terjun negara yakin Pandelela dan Mun Yee mampu menyerap tekanan untuk menghadiahkan pingat untuk kontinjen negara.\n\r\nChristian Brooker beritahu Nadi Arena, kedua-dua penerjun negara itu berada dalam keadaan fokus dan semuanya berada dalam keadaan baik.\n\r\nUntuk rekod, Malaysia memenangi perak dalam acara 10 meter platform seirama wanita pada edisi di Rio sebelum ini menerusi gandingan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=113827", "title": "Barisan Kabinet diumum minggu ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nBarisan Kabinet diumum minggu ini\nAug 23, 2021\n\nBarisan Kabinet diumum minggu ini\n\nFoto - Bernama\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, senarai anggota Kabinet akan diumumkan minggu ini selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.\nKatanya, perbincangan mengenai pembentukan Jemaah Menteri sedang dilakukan sebelum dipersembahkan kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\nPada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan berita palsu senarai nama anggota Kabinet baharu yang tular di media sosial.\n-----\nKes harian COVID-19 dalam trend menurun\n\nFoto - Berita Harian\nBilangan kes harian COVID-19 dalam negara terus menunjukkan penurunan apabila 17,672 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas berbanding 19,807 semalam.\nKetua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan kes hari ini, jumlah kumulatif COVID-19 di negara ini kini adalah 1,572,765.\nTambah beliau, walaupun Selangor kekal mencatat jumlah kes paling tinggi, bilangan kes di negeri itu menunjukkan penurunan dengan 4,316 kes baharu.\n-----\nTMJ jumpa guru enggan divaksin Jumaat ini\n\nFoto - Johor.gov.my\nTunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengarah Pendidikan Johor dan 779 guru enggan divaksin, Jumaat ini.\nMenrut entri di laman Facebook rasmi baginda TMJ bertitah, pertemuan itu akan diadakan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Bahru.\nSemalam EXCO Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang dedahkan, kira-kira 779 guru di Johor menolak untuk menerima vaksin COVID-19.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71732", "title": "Datuk Seri Azalina perjelas isu bawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Azalina perjelas isu bawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh\nFeb 15, 2016\n\nJelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, ini kerana rakyat tempatan tidak berminat melakukan kerja tersebut.Bagi pihak yang tidak setuju, Datuk Seri Azalina minta mereka kemukakan cadangan untuk penuhi permintaan sektor pekerjaan di negara ini.\u00a0*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79551", "title": "JAKIM Terima 10 Ribuan Aduan Provokasi Agama Islam Di Unit Pemantau ", "body": "\n\u2190 Back to list\nJAKIM Terima 10 Ribuan Aduan Provokasi Agama Islam Di Unit Pemantau \nMar 13, 2019\n\nJAKIM terima kira-kira 10 ribu aduan berkaitan penulisan menghina dan provokasi Agama Islam selepas Unit Pemantau ditubuhakan minggu lalu.Katanya, setiap aduan yang diterima akan diteliti dan ditapis untuk memastikan kesahihannya.Bagaimanapun, pihaknya akui risau kerana jumlah aduan yang diterima tinggi dan ia satu perkara yang tidak sihat.\u00a0Kerajaan Masih Fikirkan Cara Terbaik Pulihkan MASKerajaan ada tiga\u00a0pilihan untuk Malaysia Airlines berkenaan masa depan syarikat penerbangan negara itu.Kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed ketika ini kerajaan sedang buat pertimbangan sama ada mahu menutup, menjual atau menyuntik dana.Ia susulan kerugian yang dialami Malaysia Airlines sejak beberapa tahun lalu yang menyumbang kepada sebahagian besar susut nilai Khazanah.Tiada Yang Mati!Jabatan Kesihatan Johor sahkan tiada kematian berlaku susulan insiden pencemaran sisa kimia di Sungai Kim-Kim.Malah pihaknya turut menafikan tiada Amaran Merah dikeluarkan di Hospital Sultan Ismail, JB berkaitan dengan kejadian itu.Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan berita palsu itu yang boleh timbulkan kerisauan.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72120", "title": "Raja-Raja Melayu berkenan tubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRaja-Raja Melayu berkenan tubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam.\nJul 30, 2018\n\nRaja-Raja Melayu berkenan tubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam dalam usaha menambah baik institusi Islam di negara ini.Fungsi jawatankuasa tersebut termasuk mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, bidang kuasa dan\u00a0 keberkesanan agensi-agensi agama yang sedia ada.Keputusan penubuhan jawatankuasa ini dicapai oleh Raja-Raja Melayu pada persidangan 10 Julai lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70590", "title": "Kerajaan lanjut tempoh moratorium bersasar", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan lanjut tempoh moratorium bersasar\nJul 29, 2020\n\nKerajaan lanjut tempoh moratorium, bersasarFoto - Jabatan Perdana MenteriKerajaan bersetuju melanjutkan moratorium dan bantuan bank bersasar yang lebih berfokus khusus kepada golongan benar-benar memerlukan yang boleh dimohon mulai 7 Ogos ini.Ini termasuklah untuk individu yang kehilangan pekerjaan tahun ini dan masih belum mendapat kerja baru serta individu yang dikurangkan bayaran gaji bulanan oleh majikan.\u00a0\u00a0Bagi peniaga dan golongan IKS pula, bayaran balik pinjaman boleh dikurangkan atau memanjangkan tempoh pinjaman mengikut jenis pinjaman serta situasi.\u00a0-----Lanjutan moratorium, peminjam bebas CCRISFoto - The StarKelonggaran pembayaran yang diberikan kepada peminjam sepanjang tempoh lanjutan moratorium ini tidak akan dinyatakan dalam laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) peminjam.Bank Negara Malaysia berkata, peminjam dikehendaki memohon secara terus dengan bank masing-masing bagi mendapatkan fleksibiliti pembayaran daripada lanjutan moratorium itu mulai 7 Ogos ini.Peminjam dengan \u00a0lebih daripada satu bank pula tidak perlu bimbang kerana mereka boleh dibantu melalui khidmat pusat \"sehenti\" yang relevan untuk mendapatkan pakej bantuan pembayaran balik yang bersesuaian.-----Sekolah masih selamat daripada COVID-19Foto - Kementerian Kesihatan MalaysiaInstitusi pendidikan seperti sekolah masih dilihat sebagai kawasan selamat daripada penularan wabak COVID-19 ketika ini walaupun dianggap berisiko.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sejak dibuka secara berperingkat bermula 10 Jun lalu, tiada kes jangkitan COVID-19 dikesan di sekolahPihaknya juga sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan bagi menangani kesesakan di luar sekolah terutama selepas tamat sesi pembelajaran.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=153711", "title": "Pengeluaran KWSP Untuk Pencarum 55 tahun Hanya Secara Bulanan, Palsu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengeluaran KWSP Untuk Pencarum 55 tahun Hanya Secara Bulanan, Palsu.\nJul 10, 2023\n\n\nPengeluaran KWSP Untuk Pencarum 55 tahun Hanya Secara Bulanan, Palsu.\nMenteri Komunikasi dan Digital beliau sudah minta KWSP beri penjelasan sepenuhnya.\nPoster viral mendakwa kerajaan bersetuju pengeluaran wang KWSP bagi pencarum yang capai umur 55 tahun hanya dibuat secara bulanan adalah palsu.\nJusteru Menteri Komunikasi dan Digital beliau sudah minta KWSP beri penjelasan sepenuhnya berhubung perkara tersebut.\nDalam satu lagi perkembangan, Fahmi Fadzil pertikai beberapa laporan menyatakan harga barangan pengguna dijangka meningkat bermula bulan depan.\nUjar Fahmi, kadar inflasi negara menunjukkan trend penurunan selain beberapa petunjuk ekonomi pada 2023 adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.\n\u00a0\nLebih 90 peratus graduan Kolej Vokasional berjaya dapat pekerjaan.\nLebih 90 peratus graduan Kolej Vokasional berjaya dapat pekerjaan selepas tamat pengajian.\nKementerian Pendidikan memaklumkan, graduan kolej berkenaan mempunyai kemahiran yang berkualiti menerusi lebih 600 program diploma.\u00a0\nKPM juga akan melaksanakan 2 program baru membabitkan Kolej Vokasional tidak lama lagi termasuk Tahfiz TVET'.\u00a0\nDalam satu lagi perkembangan, KPM jamin tiada kaum dipinggirkan daripada peluang pendidikan di negara ini dan sentiasa tambah baik sistem sedia ada.\u00a0\nMenurut kementerian, walaupun kerajaan mengekalkan sistem kuota Melayu dan bumiputera, peluang dalam pendidikan juga diberi kepada pelajar kaum lain.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=102631", "title": "Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Bermula 17 April.", "body": "\n\u2190 Back to list\nFasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Bermula 17 April.\nApr 02, 2021\n\nFasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan diawalkan.\nIa bakal bermula 17 April ini, awal 2 hari dari tarikh asal dan tumpuan adalah golongan warga emas, OKU dan pesakit kronik.\n\nKempen pendaftaran akan dipergiatkan kerana baru 30 peratus golongan sasaran fasa kedua tampil mendaftar menerusi MySejahtera.\nProgram Imunisasi COVID-19 Kebangsaan juga diteruskan seperti biasa semasa Ramadan nanti.\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), vaksin boleh diberikan pada waktu malam selepas buka puasa.\nPerkhidmatan berkenaan disediakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tertentu sehingga menjelang Aidilfitri.\n\u00a0\nPenerima dos lengkap vaksn Covid-19 mungkin boleh rentas negeri.\nIndividu yang sudah menerima 2 dos suntikan vaksin COVID-19 mungkin dibenar rentas negeri dan negara.\nPerdana Menteri berkata ia satu bentuk kemudahan kepada individu yang sudah mendapat vaksin itu.\n\nUjar Tan Sri Muhyiddin Yassin lagi, ia juga sebagai galakan untuk rakyat menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.\nSetakat ini 7.5 juta individu telah tampil mendaftar secara sukarela di bawah program tersebut.\nHampir 700,000 sudah terima suntikan vaksin dan 215,000 telah lengkap mendapat suntikan ke-2.\n\u00a0\nMyBayarSaman trending di Google Malaysia.\nMyBayar Saman muncul antara carian paling trending di Google Malaysia bulan lalu.\n\nIa susulan kempen bayar saman trafik secara online dengan diskaun 50 peratus yang dilancarkan PDRM.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72670", "title": "Zahid Tidak Kecil Hati Dikritik Berhubung Ucapan di UNGA", "body": "\n\u2190 Back to list\nZahid Tidak Kecil Hati Dikritik Berhubung Ucapan di UNGA\nOct 03, 2016\n\nTimbalan Perdana Menteri tidak berkecil hati berhubung kritikan terhadap beliau yang berucap dalam Bahasa Inggeris pada Perhimpunan Agung PBB, di New York baru-baru ini.Sebaliknya ujar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, adalah lebih memalukan jika rakyat Malaysia yang lahir dan membesar di tanah air tetapi tidak mampu bercakap dalam Bahasa Melayu.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72618", "title": "Ugutan Bom: 3 Premis Kerajaan di KB Henti Sementara Operasi", "body": "\n\u2190 Back to list\nUgutan Bom: 3 Premis Kerajaan di KB Henti Sementara Operasi\nNov 29, 2016\n\nOperasi 3 pejabat kerajaan di Kota Bharu terpaksa dihentikan sementara kerana menerima panggilan ugutan bom 8.47 pagi tadi.Polis Kelantan memaklumkan, seorang lelaki telah menghubungi Balai Polis Kota Bharu, mendakwa ada pihak mahu meletupkan bangunan terbabit.Bangunan yang dikosongkan untuk pemeriksaan adalah Kompleks Mahkamah, Mahkamah Syariah dan Pejabat Tanah di Kota Bharu.Foto : Kosmo\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73008", "title": "60 ribu anggota Bukit Aman akan bertugas untuk PRU 14", "body": "\n\u2190 Back to list\n60 ribu anggota Bukit Aman akan bertugas untuk PRU 14\nMar 09, 2018\n\nBukit Aman telah kerahkan 60 ribu anggotanya di seluruh negara untuk bertugas untuk PRU 14 nanti.Malay Mail melaporkan kesemua anggota terlibat sedang jalani latihan sejak 2 tahun lalu sebagai persediaan menghadapi pilihanraya itu nanti.Setakat ini, tarikh sebenar pilihanraya umum ke-14 masih lagi belum diumumkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=118345", "title": "82 Peratus Pelajar IPT Sudah Lengkap Divaksin.", "body": "\n\u2190 Back to list\n82 Peratus Pelajar IPT Sudah Lengkap Divaksin.\nOct 06, 2021\n\n\n82 Peratus Pelajar IPT Sudah Lengkap Divaksin.\n82 peratus penuntut IPT telah menerima dua dos vaksin COVID-19.\nTimbalan Menteri Pengajian Tinggi yakin IPT kini selamat dan menyarankan penuntut yang belum mengambil vaksin untuk segera berbuat demikian.\nKemasukan semula pelajar yang lengkap divaksin ke kampus akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Oktober ini.\n\u00a0\nIngkar SOP antara punca kes baru Covid-19 di Kelantan masih tinggi.\nExco Kesihatan negeri berkata situasi kes harian yang melebihi seribu menyebabkan Kelantan masih belum beralih ke fasa 3 PPN.\nSemalam, 3 negeri merekodkan lebih seribu kes baru iaitu Kelantan, Sarawak dan Selangor.\r\n\u00a0\n\u00a0\nSKMM buru pihak yang keluarkan poster palsu.\nSatu poster viral tentang amaran siber pandemik yang dikatakan ada kaitan dengan gangguan teknikal Facebook, Instagram dan WhatsApp semalam adalah palsu!\nMenurut SKMM, seperti kenyataan pihak Facebook, gangguan teknikal yang berlaku adalah ekoran perubahan konfigurasi di peringkat penyelarasan trafik rangkaian mereka.\nSKMM kini giat mengesan pihak yang mengeluarkan poster palsu itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71834", "title": "Hotel 3 bintang ke bawah mungkin tiada cukai pelancongan", "body": "\n\u2190 Back to list\nHotel 3 bintang ke bawah mungkin tiada cukai pelancongan\nJun 22, 2017\n\nRakyat tempatan yang menginap di hotel 3 bintang dan ke bawah MUNGKIN tidak dikenakan Cukai Pelancongan.Kerajaan sedang kaji perkara tersebut dan dijangka buat pengumuman dalam masa terdekat.Cukai kontroversi itu akan mula berkuat kuasa pada 1 Julai, dan pelanggan hotel akan dicaj antara 2 ringgit 50 sen hingga 20 ringgit untuk sehari penginapan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72214", "title": "Tahap kesihatan golongan pekerja di negara ini membimbangkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTahap kesihatan golongan pekerja di negara ini membimbangkan.\nApr 17, 2017\n\nKementerian Sumber Manusia menyifatkan tahap kesihatan golongan pekerja di negara ini membimbangkan.Ia terbukti menerusi saringan kesihatan oleh Perkeso yang mendapati, 73 peratus pencarumnya mengalami masalah berat badan.Saringan itu juga mendapati, 62 peratus pencarum alami masalah tekanan darah tinggi dan 9 peratus mengidap penyakit kencing manis.Perkeso mempunyai 6.8 juta ahli di seluruh negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72984", "title": "Enggan menggantikan Kedah untuk Piala AFC tahun depan, skuad bola sepak Pahang terima padah", "body": "\n\u2190 Back to list\nEnggan menggantikan Kedah untuk Piala AFC tahun depan, skuad bola sepak Pahang terima padah\nDec 21, 2017\n\nGara-gara enggan menggantikan Kedah untuk mewakili negara ke Piala AFC, tahun depan, skuad bola sepak Pahang menerima padah.FAM memutuskan, Pahang dilarang daripada memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun bagi menyertai 'AFC Club Competition' tahun 2019 dan 2020.Malah PBNP juga diberi amaran keras dan hukuman lebih berat menanti jika mengulangi kesalahan sama.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73131", "title": "Malaysia telah keluarkan lebih 734,000 e-visa sejak Mei tahun lalu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia telah keluarkan lebih 734,000 e-visa sejak Mei tahun lalu.\nMar 06, 2018\n\nMalaysia telah mengeluarkan lebih 734 ribu visa elektronik atau e-visa sejak diperkenalkan di 10 negara sejak Mei tahun lalu.Ia membolehkan warga asing membuat permohonan dalam talian dan mencetak sendiri visa Malaysia tanpa perlu hadir ke pejabat perwakilan Malaysia.Bagaimanapun, aspek keselamatan tetap dititik beratkan kerana penggunaan visa itu dipantau dengan kerjasama Interpol dan Aseanapol.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79236", "title": "Skim Kawalan Harga Barang sempena Tahun Baru Cina selama 10 hari mulai 31 Januari.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSkim Kawalan Harga Barang sempena Tahun Baru Cina selama 10 hari mulai 31 Januari.\nJan 25, 2019\n\nAyam dan telur ayam antara 13 barangan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Tahun Baru Cina!13 barang disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga sempena sambutan Tahun Baru Cina termasuk ayam, telur ayam, dan udang putih besar!Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata ianya bagi menstabilkan harga dan bekalannya di pasaran ekoran mendapat permintaan tinggi sempena sambutan Tahun Baru Cina.Skim itu akan berkuatkuasa selama 10 hari mulai 31 Januari sehingga 8 Februari ini.Dalam pada itu, Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya telah mulakan kajian menyeluruh untuk kenal pasti punca peningkatan kos sara hidup di negara ini.Tambahnya, laporan tersebut dijangka siap dalam tempoh 2 bulan lagi.---Tribunal siasat 6 bekas anggota SPR mulai Isnin ini.6 bekas anggota SPR akan disiasat satu tribunal mulai Isnin ini berhubung dakwaan salah laku ketika persiapan dan pengendalian PRU 14 tahun lalu!Peguam Negara berkata prosiding siasatan akan bermula jam 10 pagi di Mahkamah Klang.Tommy Thomas menambah biarpun kesemua mereka telah meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 Januari lalu, terdapat tuduhan serius ke atas SPR dalam peranan mereka mengendalikan PRU 14.Dalam perkembangan berkaitan, PDRM akui tiada masalah sekiranya Majlis Tindakan Pilihan Raya diwujudkan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksana segera semasa PRU atau PRK diadakan.Ketua Polis Negara berkata buat masa ini pihaknya sememangnya menjalin kerjasama rapat dengan SPR dan SPRM sekiranya sesuatu pilihan raya diadakan.---Najib nafi ingin jadi PM sekali lagi!Datuk Seri Najib tepis dakwaan KONONNYA ingin menjadi Perdana Menteri sekali lagi!Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan beliau hanya turun padang pada PRK Cameron Highlands bagi menyokong calon BN, Ramli Mohd Nor dan atas permintaan penduduk setempat.Najib keluarkan kenyataan tersebut selepas penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa beliau turun padang pada PRK Cameron Highlands bertujuan untuk bangkit semula dalam dunia politik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71680", "title": "Rafael Nadal ditunjuk jalan pulang di Terbuka Australia", "body": "\n\u2190 Back to list\nRafael Nadal ditunjuk jalan pulang di Terbuka Australia\nJan 19, 2016\n\nKejutan terbesar pada hari kedua tenis Terbuka Australia menyaksikan Rafael Nadal tersingkir awal, tewas kepada rakan senegaranya, Fernando Verdasco.Nadal tewas\u00a07-6(6), 4-6, 3-6, 7-6(4) dan 6-2.Ini merupakan kali kedua Nadal tersingkir daripada kejohanan Grand Slam.Kali terakhir pemain di ranking ke-5 dunia itu tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Australia adalah pada tahun 2009.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=125532", "title": "Pengembara Lengkap Divaksin Dan Pnernah Dijangkiti Covid-19 Tak Perlu Kuarantin.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengembara Lengkap Divaksin Dan Pnernah Dijangkiti Covid-19 Tak Perlu Kuarantin.\nJan 13, 2022\n\n\nPengembara Lengkap Divaksin Dan Pernah Dijangkiti Covid-19 Tak Perlu Kuarantin.\nKKM keluarkan prosedur baru bagi kemasukan pengembara yang pernah dijangkiti COVID-19, ke Malaysia berkuatkuasa hari ini.\nPengembara yang lengkap divaksinasi dan pernah dijangkiti virus itu tidak perlu jalani kuarantin wajib apabila tiba di negara ini.\nBagaimanapun, mereka perlu melakukan ujian saringan COVID-19 di pintu masuk antarabangsa.\nMereka juga perlu kemukakan dokumen bukti penerimaan vaksin lengkap dan bukti mereka pernah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 11 hingga 60 hari sebelum berlepas.\nBagi pengembara yang lengkap divaksinasi tetapi tidak mempunyai sejarah jangkitan Covid-19, mereka perlu jalani kuarantin.\n\u00a0\nSatu jambatan gantung usang di Sandakan ditutup sementara.\nIni selepas pihak berkuasa memutuskan jambatan berusia lebih 30 tahun itu tidak selamat digunakan sebagai laluan pejalan kaki.\nBaru-baru ini, gambar pelajar terpaksa melalui jambatan tersebut untuk ke sekolah viral di media sosial.\n\u00a0\nRemaja hilang ditemui.\nDi Gua Musang, Kelantan, remaja lelaki yang dilapor hilang ketika keluar ke rumah rakannya telah ditemui.\nPolis berkata mangsa dalam keadaan penat dan kebingungan ketika ditemui oleh penduduk kira-kira 2 km dari lokasi dia dipercayai hilang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72967", "title": "Gantian Cuti Rehat lebih 150 hari boleh diguna sebagai cuti rehat", "body": "\n\u2190 Back to list\nGantian Cuti Rehat lebih 150 hari boleh diguna sebagai cuti rehat\nJan 05, 2018\n\nKerajaan memutuskan Gantian Cuti Rehat yang dikumpul melebihi 150 hari boleh dimohon untuk digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.Jabatan Perkhidmatan Awam berkata, GCR yang boleh dikumpulkan oleh penjawat awam adalah kekal sebagai 150 hari dan dibayar dengan wang tunai.Permohonan untuk menggunakan lebihan 150 hari GCR sebagai cuti rehat boleh dibuat 12 bulan\u00a0 dari\u00a0 tarikh persaraan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72731", "title": "Mayat Kanak-Kanak Dipercayai Mangsa Culik Dijumpai", "body": "\n\u2190 Back to list\nMayat Kanak-Kanak Dipercayai Mangsa Culik Dijumpai\nAug 18, 2016\n\nMenurut laporan, mayat berkenaan ditemui di Kampung Kemensah, Ulu Kelang kira-kira jam 2 petang tadi.Penemuan mayat tersebut dilapor hasil tangkapan seorang suspek yang merupakan abang ipar tiri mangsa.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72225", "title": "SPRM pantau pemain bolasepak", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM pantau pemain bolasepak\nApr 05, 2017\n\nSPRM dedahkan, pihaknya kini memantau pergerakan beberapa pemain bola sepak seluruh negara.Suruhanjaya itu turut mengingatkan mereka, tindakan akan diambil jika bukti menunjukkan pemain bola sepak berkenaan terlibat rasuah.Berdasarkan risikan SPRM, desakan daripada bookie antara salah satu sebab gejala rasuah berlaku dalam arena bola sepak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72783", "title": "Purata Gaji Bulanan Rakyat Malaysia Naik", "body": "\n\u2190 Back to list\nPurata Gaji Bulanan Rakyat Malaysia Naik\nMay 27, 2016\n\nHasil kaji selidik itu juga mendapati, purata gaji bulanan lelaki adalah RM2,345, lebih tinggi berbanding pekerja perempuan iaitu RM2,254.\u00a0Menurut jabatan itu lagi, pekerja bergaji yang direkodkan pada tahun lalu ialah seramai 10.2 juta orang.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78979", "title": "Kerajaan Selangor Tanggung Rugi Skim Air Percuma Diteruskan ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Selangor Tanggung Rugi Skim Air Percuma Diteruskan \nDec 05, 2018\n\nKerajaan Selangor akan menanggung kos yang tinggi jika skim pemberian air percuma diteruskan kepada semua golongan.Menurut Menteri Besar, Amirudin Shari kerajaan negeri memperuntukkan RM1.6 billion sejak ia diperkenalkan 2008 sehingga Oktober tahun ini.Tambahnya, peruntukan itu meningkat setiap tahun disebabkan peningkatan penduduk di Selangor.\u00a0Kad Subsidi Bahan Api Akan Diluaskan Untuk\u00a0Barangan Subsidi Lain\u00a0Kerajaan sedang mengkaji untuk meluaskan peranan kad subsidi yang diberikan untuk bahan api.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, ia bagi merangkumi subsidi lain seperti minyak masak, tepung dan gas memasak.Namun jelasnya, sebelum berbuat demikan, ia perlu pastikan kelancaran pelaksanaan kad tersebut.\u00a0Bekas Ketua Audit Negara Di Panggil SPRMBekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hadir ke SPRM Putajaya bagi beri keterangan.Beliau dipercayai beri keterangan berhubung siasatan pindaan Laporan Akkhir Pengauditan 1MDB.Terdahulu, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad turut hadir beri keterangan di SPRM berhubung kes yang sama.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73154", "title": "RUU Kanak Kanak dan Orang Muda Pekerjaan 2018 diluluskan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRUU Kanak Kanak dan Orang Muda Pekerjaan 2018 diluluskan.\nOct 18, 2018\n\nDewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kanak Kanak dan Orang Muda Pekerjaan 2018.Kementerian Sumber Manusia memaklumkan, ia bertujuan meningkatkan perlindungan ke atas golongan itu berkaitan pekerjaan.Foto: UtusanDi bawah akta itu nanti, denda maksimum bagi majikan yang menggaji pekerja di bawah usia 15 tahun dinaikkan 10 kali kepada RM50,000.Bomba ikut SOP ketika selamatkan remaja lemas di Puchong.Bomba bertindak mengikut SOP dalam tragedi 6 anggota bomba lemas ketika menyelamatkan seorang remaja lemas di Puchong, Selangor awal bulan ini.\u00a0Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan beri kenyataan susulan ekoran itu laporan sebelum ini mengatakan bomba belum ada SOP jelas dan tepat bagi operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian tersebut.Kata Zuraida Kamaruddin kepada BH, tragedi itu adalah sesuatu yang tidak diduga dan pihaknya dapati ada keperluan mendesak untuk SOP sedia ada dikaji semula.Seorang kanak-kanak maut dipercayai akibat difteria.Seorang kanak-kanak berusia setahun di Johor Bahru meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria.Menurut Kementerian Kesihatan, kanak-kanak itu tidak pernah terima imunisasi difteria kerana keluarganya enggan menerima imunisasi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72858", "title": "Pakar Forensik Siber Bantu Siasat Ke Richard Huckle", "body": "\n\u2190 Back to list\nPakar Forensik Siber Bantu Siasat Ke Richard Huckle\nJun 08, 2016\n\nKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengarahkan pakar forensik siber membantu siasatan kes pedofil warga Britain, Richard Huckle.Menurut kementerian, pakar daripada CyberSecurity Malaysia itu turut bersedia membantu pihak berkuasa luar negara untuk menyiasat kes berkenaan.Huckle telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah di Britain atas jenayah seksual terhadap 23 kanak-kanak di Malaysia dan Kemboja.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=109955", "title": "Kes Harian COVID-19 Dijangka Terus Meningkat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Harian COVID-19 Dijangka Terus Meningkat.\nJul 09, 2021\n\n\nKes harian COVID-19 dijangka terus meningkat.\nIa susulan aktiviti kesihatan awam secara tertumpu yang dijalankan Kementerian Kesihatan.\nUjar Ketua Pengarah Kesihatan, KKM mempergiatkan aktiviti pengesanan kontak rapat dan saringan khususnya ke atas individu bergejala.\nMenurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, KKM juga melaksanakan ujian saringan ke atas 10 peratus penduduk di kawasan 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di KL yang kini berada di bawah PKPD.\nTan Sri Dr Noor Hisham turut memaklumkan, MKN telah meluluskan agar KKM meneruskan aktiviti penyumberluaran ke hospital dan makmal swasta.\nIa bagi membantu meningkatkan kapasiti Kementerian Kesihatan menangani pandemik COVID-19.\n\u00a0\nLebih 2,000 kes penderaan kanak-kanak dikesan hanya dalam tempoh 4 bulan pertama tahun ini.\nKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana kesalahan babitkan hak dan kebajikan kanak-kanak.\nPihaknya faham situasi pandemik Covid-19 ketika ini memberi tekanan kepada sesetengah pihak.\nNamun, sebagai seorang dewasa, tidak seharusnya tekanan itu dilepaskan kepada golongan kanak-kanak.\n\u00a0\nSabah akan memasuki Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara, esok.\nTimbalan Perdana Menteri berkata ia berdasarkan pencapaian 3 nilai ambang yang ditetapkan.\nSabah bakal sertai Pulau Pinang, Perlis, Perak, Terengganu, Pahang dan Kelantan yang sudah pun memasuki fasa 2 PPN.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=104499", "title": "N. Sembilan FC dan Sarawak FC berkongsi mata di Paroi", "body": "\n\u2190 Back to list\nN. Sembilan FC dan Sarawak FC berkongsi mata di Paroi\nApr 25, 2021\n\n\nE. Elavarasan berpuas hati dengan persembahan barisan pertahanannya biarpun hanya catat keputusan seri 1-1\u00a0dengan tuan rumah\u00a0Negeri Sembilan FC.\nPengendali\u00a0Sarawak United FC\u00a0itu berkata demikian selepas anak buahnya melepaskan gol dalam 4 perlawanan berturut-turut.\nJelas Elavarasan daripada 5 gol yang dilepaskan, 4 daripadanya berpunca daripada set piece dan pasukannya hanya melepaskan 1 gol padang.\nSarawak United memulakan saingan Liga Premier dengan rekod pertahanan cemerlang apabila tidak dibolosi dalam 5 perlawanan pertama mereka.\n\nKeputusan malam tadi juga menyaksikan skuad Jang kekal di persada liga, 1 mata mengatasi Sarawak United FC yang beraksi kurang 1 perlawanan.\nAksi lain berkesudahan,\nKelantan United FC menang tipis 1-0 ke atas\u00a0Kuching City FC dan\u00a0Terengganu FC II seri 2-2 dengan\u00a0Selangor FC II.\n\nSementara itu,\u00a0Terengganu FC leburkan rekod tanpa kalah JDT pada aksi Liga Super dengan kemenangan 1-0.\nIa\u00a0merupakan kekalahan pertama skuad Harimau Selatan itu dalam 21 perlawanan liga dan kekalahan pertama mereka di\u00a0Stadium Sultan Ibrahim.\nKeputusan itu menyaksikan skuad Penyu naik ke tangga ke-2 liga, 2 mata di belakang juara 7 kali berturut-turut itu.\nAksi lain berkesudahan,\nPenang FC benam\u00a0Sri Pahang FC 3-0 manakala\u00a0PJ City FC tundukkan\u00a0UiTM FC 1-0.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80436", "title": "Pihak yang cuba bangkitkan isu sensitiviti kaum dan agama berdepan tindakan tegas!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPihak yang cuba bangkitkan isu sensitiviti kaum dan agama berdepan tindakan tegas!\nAug 21, 2019\n\nTiada lagi amaran dikeluarkan kepada pihak yang cuba bangkitkan sensitiviti kaum dan agama!Ketua Polis Negara berkata sebaliknya mereka yang terlibat termasuklah ahli politik akan disiasat dan ditangkap serta merta.Orang ramai juga diseru agar tidak mudah percaya dengan perkara tidak bertanggungjawab itu yang akhirnya terjebak dalam viralkan berita palsu.Dalam perkembangan\u00a0lain, larangan ke atas Dr Zakir Naik daripada memberikan ceramah di negara ini meliputi semua media.Ini\u00a0bermakna pendakwah antarabangsa itu turut tidak dibenar melakukannya di media sosial.Cadangan perkenal perkhidmatan Gojek di Malaysia dibincangkan oleh kabinet hari ini.Mesyuarat mingguan Kabinet hari ini antaranya akan bincangkan cadangan perkenal perkhidmatan e-hailing motosikal atau Gojek di negara ini.Menteri Pengangkutan memaklumkan, usul itu perlu diteliti mendalam sebab ia libatkan banyak aspek khasnya keselamatan, undang-undang, ekonomi dan monopoli.Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan berkata perkhidmatan itu mungkin diperkenalkan di Malaysia sekaligus buka peluang pekerjaan buat golongan muda.Sementara itu, menerusi undian yang dijalankan di Facebook kami, 65 peratus responden kurang setuju dengan pengenalan perkhidmatan Go-Jek di negara ini.Satu laporan polis dibuat ke atas seorang peguam Ireland berkenaan kes Nora Anne.Laporan polis dibuat susulan seorang peguam warga Ireland mendakwa keluarga mendiang Nora Anne Quoirin terbabit dalam kes kehilangan dan kematian remaja itu.Menurut Polis Negeri Sembilan, ini kerana ia merupakan satu fitnah terhadap pasukannya memandangkan mereka masih menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71657", "title": "Isu Vape : IKHLAS fail saman", "body": "\n\u2190 Back to list\nIsu Vape : IKHLAS fail saman\nDec 28, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80143", "title": "Pencemaran Udara Di Pasir Gudang SAH Punca Sisa Bahan Kimia Sungai Kim Kim ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPencemaran Udara Di Pasir Gudang SAH Punca Sisa Bahan Kimia Sungai Kim Kim \nJun 24, 2019\n\nPencemaran udara terbaru di Pasir Gudang di sahkan berpunca daripada sisa bahan kimia Sungai Kim Kim Mac lalu.Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jelaskan, bahan tersebut telah diberikan kepada kontraktor, untuk dibersihkan dan dihapuskan.Namun, disebabkan bahan itu masih belum dihapuskan 100%, dan terbiar dengan angin dan hujan, ia kembali merebak.Dalam pada itu, 20 pelajar di Pasir Gudang dirujuk ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut, selepas alami simptom sesak nafas dan muntah hari ini.Kerajaan Lancar Video Pendidikan Seks Untuk Kanak-KanakKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat lancarkan video pendidikan seks kanak-kanak di Youtube.Ia dihasilkan sebagai usaha menangani isu jenayah seksual terhadap golongan itu.Lima video berdurasi satu minit setiap satu itu ditayangkan dalam bentuk iklan, sebelum video kegemaran kanak-kanak di Youtube.\u00a0Tun M Pegang Jawatan Selama 3 Tahun\u00a0Perdana Menteri beri jaminan beliau akan letak jawatan dalam masa tiga tahun, sebelum menyerahkan tugas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata masa tiga tahun untuk menyelesaikan hutang negara.Namun Tun M beritahu CNBC, dia tidak rancang untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan itu sekiranya hutang negara tidak dapat selesaikan sepenuhnya dalam tempoh tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71252", "title": "PKPB di Lembah Klang Tak Gagal", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKPB di Lembah Klang Tak Gagal\nNov 17, 2020\n\nPKPB di Lembah Klang Tidak GagalPeningkatan kes COVID-19 khususnya di Lembah Klang tidak bermakna Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan gagal.Jelas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peningkatan dan majoriti kes yang direkodkan melibatkan kluster tapak binaan, bukan dalam komuniti.Manakala PKP fasa awal tidak dapat dilaksanakan sebab kerajaan perlu mengimbangi antara kesihatan dan ekonomi kerana 40 peratus sektor ekonomi tertumpu di Lembah Klang.1,103 kes baru COVID-19 direkodkan di negara ini dan hampir separuh dicatatkan di Lembah Klang.Mungkin Dapat Balik KampungSelepas hampir setahun, guru berasal dari Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak mungkin berpeluang balik kampung.Ujar Menteri Kanan Keselamatan, mereka mungkin dibenar rentas negeri untuk pulang ke kampung halaman semasa cuti sekolah tidak lama lagi.Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu akan dibincangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan PDRM.Macau Scam: Lebih 20 Polis DitukarkanLebih 20 anggota dan pegawai polis ditukar tepat kerja kerana disyaki terlibat sindiket judi dalam talian dan Macau Scam.Ujar Ketua Polis Negara, ia adalah tindakan pertama pihaknya terhadap mereka yang bersekongkol dengan penjenayah.Tindakan selanjutnya akan dikenakan jika mereka terbukti bersalah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80454", "title": "Larangan Merokok di Premis Makanan: Tempoh Berlembut Tak Dilanjut", "body": "\n\u2190 Back to list\nLarangan Merokok di Premis Makanan: Tempoh Berlembut Tak Dilanjut\nAug 25, 2019\n\nLarangan Merokok di Premis Makanan: Tempoh Berlembut Tak\u00a0DilanjutTidak akan ada lagi lanjutan tempoh penguatkuasaan pendidikan di kawasan larangan merokok di premis makanan.Ini bermakna denda dan hukuman menanti pesalah yang merokok di kawasan terbabit akan mula dikenakan Januari nanti.Dalam pada itu Kementerian Kesihatan memaklumkan, lebih 3 juta rakyat Malaysia tidak tahu mereka mengalami tekanan darah tinggi.Data terkini juga menunjukkan 1.8 juta rakyat negara ini tidak tahu mereka sebenarnya mengidap kencing manis.Gangguan Sistem di KLIA Bukan Serangan SiberGangguan sistem di KLIA dan KLIA2 baru-baru ini tiada kaitan dengan serangan siber.Agensi Keselamatan Siber Negara (NASCA) memaklumkan, dapatan awal menunjukkan\u00a0ia disebabkan kegagalan kelengkapan\u00a0rangkaian.Gangguan berkenaan menyebabkan puluhan penerbangan terpaksa dibatalkan.Pangkalan Data Pesalah Jenayah Kanak-Kanak Ada KelemahanKerajaan akui ada sedikit kelemahan dalam pangkalan data pesalah jenayah kanak-kanak di negara ini.Ia ekoran data itu hanya bermula pada 2017 dan tidak memasukan nama pemuda pesalah pedofilia yang pernah dihukum penjara atas kesalahan itu di UK pada 2015.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79388", "title": "Datuk Seri Mohamad Hasan Bukan Lagi Wakil Rakyat DUN Rantau", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Mohamad Hasan Bukan Lagi Wakil Rakyat DUN Rantau\nFeb 18, 2019\n\nDatuk Seri Mohamad Hasan terima keputusan Mahkamah Persekutuan, yang memutuskan kemenangannya di DUN Rantau pada PRU 14, terbatal dan tidak sah.Dia menghormati keputusan itu, malah bersedia menghadapi PRK yang bakal diadakan.Datuk Seri Mohamad menang tanpa bertanding kerusi DUN itu pada PRU 14, selepas calon PKR \u00a0tidak dibenarkan serah borang pencalonan.Ini merupakan PRK ketujuh dilaksanakan dalam tempoh kurang setahun Pakatan Harapan teraju kerajaan.\u00a0Warisan Reda Bersatu Masuk SabahPresiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal berkata partinya tidak mampu menghalang Bersatu atau parti lain lebarkan sayap masing-masing ke Sabah.Namun Warisan akan kekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan dalam usaha memenuhi janji untuk rakyat.Malah, Datuk Seri Shafie nasihtakan penyokong partinya tidak mengikut emosi berhubung kemasukan mana-mana parti ke negeri itu.\u00a0Pengerusi FINAS Lawat AR Badul Di IJNPengerusi FINAS Datuk Samsuni Mohd Nor, berkesempatan untuk menziarahi AR Badul di Institut Jantung Negara sebentar tadi.Katanya, FINAS menunjukkan sokongan dan penghargaan kepada AR Badul atas usaha dan jasa beliau di dalam industri perfileman dan hiburan.Pihaknya turut hulurkan sedikit sumbangan untuk meringankan beban beliau.AR Badul telah diserang sakit jantung pada Ahad lalu dan kini masih menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72995", "title": "Pelumba tempatan yang gagal ujian doping ketika sertai Tour de Selangor bukan atlet kebangsaan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelumba tempatan yang gagal ujian doping ketika sertai Tour de Selangor bukan atlet kebangsaan\nDec 27, 2017\n\nPersekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia berkata seorang pelumba tempatan yang gagal ujian doping ketika sertai Tour de Selangor Oktober lalu bukan atlet kebangsaan.Namun, naib presiden PKBM, Dato' Amarjit Singh Gill tegaskan, pihaknya tetap ambil serius isu ini.Menurutnya, setiap pelumba mempunyai tanggungjawab masing masing dan PKBM tidak akan berkompromi dalam mana mana pun isu doping.Tambah beliau lagi, pelumba berkenaan yang enggan mencabar sampel B itu, dijangka akan dipanggil ke sesi pendengaran bulan depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71776", "title": "TERKINI : Siri Letupan dan Tembakan di Jakarta", "body": "\n\u2190 Back to list\nTERKINI : Siri Letupan dan Tembakan di Jakarta\nJan 14, 2016\n\nMenurut laporan media Indonesia iaitu akhbar Tempo, setakat ini 4 terkorban termasuk seorang anggota polis.Belum ada komen rasmi daripada pihak berkuasa Indonesia berkenaan kejadian tersebut.Bagaimanapun, menurut laman rasmi Twitter polis negara itu, letupan berlaku di luar sebuah pusat beli-belah.\u00a0*Foto sumber Twitter\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81825", "title": "KKM waspada kluster Hari Raya", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM waspada kluster Hari Raya\nMay 20, 2020\n\nKKM waspada kluster Hari RayaFoto - Yahoo NewsKementerian Kesihatan kini bersiap siaga menghadapi Kluster Hari Raya, apabila orang ramai mula berkunjung ke rumah sempena Aidilfitri ini, hujung minggu ini.Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, berdasarkan trend, apabila ada perjumpaan besar-besaran, atau pergerakan besar dari satu tempat ke tempat lain, pihaknya jangkakan jangkitan akan berlaku.Namun, apa yang paling penting katanya adalah rakyat Malaysia perlu patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sudah diberikan kementerian.-----Stok darah negara berkuranganFoto - Kementerian Kesihatan MalaysiaKementerian Kesihatan berkata, stok bekalan darah di Pusat Darah Negara dan Tabung Darah di seluruh negara semasa tempoh PKP mengalami penurunan 40 peratus berbanding tahun sebelum ini.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kutipan darah sejak Mac lalu adalah 60 peratus dan jumlah berkenaan dilihat semakin berkurangan ketika PKPB bermula 4 Mei lalu, iaitu sekitar 57 peratus.Sehubungan itu, KKM meminta orang ramai datang menderma darah di Pusat Darah Negara dan Tabung Darah seluruh negara agar bekalan darah berterusan dan mencukupi.-----Bayar caj kuarantin jika balik ke MalaysiaFoto - Jabatan Perdana MenteriIndividu yang memasuki pintu masuk negara bermula 1 Jun ini akan dikenakan caj kuarantin hotel, 50 peratus bagi warganegara dan kadar penuh bagi bukan warganegara.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka juga diwajibkan menandatangani surat setuju pembayaran terbabit melalui pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara.Selepas itu, barulah pejabat Kedutaan Malaysia kemudiannya akan mengeluarkan surat kelulusan untuk membenarkan individu terbabit pulang ke negara ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73070", "title": "Rayuan dan semakan pemohonan BR1M yang ditolak atau gagal, boleh dibuat mulai 1 April.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRayuan dan semakan pemohonan BR1M yang ditolak atau gagal, boleh dibuat mulai 1 April.\nMar 11, 2018\n\nRayuan dan semakan pemohonan BR1M yang ditolak atau gagal, boleh dibuat mulai 1 April hingga penghujung Mei ini.\u00a0Kementerian Kewangan berkata, jika rayuan pemohon diterima, maka kerajaan akan membayar secara sekali gus pada Ogos depan.Dalam pada itu, 80 peratus penerima BR1M sudah mula dapat bayaran fasa pertama menerusi akaun bank secara berperingkat sejak 26 Februari lalu.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72712", "title": "Sindiket MLM Sasar Penuntut Universiti", "body": "\n\u2190 Back to list\nSindiket MLM Sasar Penuntut Universiti\nSep 18, 2016\n\nRamai mahasiswa khasnya penuntut baru menjadi mangsa sindiket MLM.Berita Harian melaporkan, rata-rata penuntut univerisiti termasuk jerat kerana ingin kemewahan sehingga menghabiskan pinjaman PTPTN dan menanggung hutang.Majoriti sindiket MLM biasanya menggunakan taktik menawarkan seminar dan program usahawan kepada penuntut yang dahagakan ilmu perniagaan.*foto sekadar hiasan (kredit gambar Linkedin)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81455", "title": "2 Lagi Kawasan Dikenakan PKPD", "body": "\n\u2190 Back to list\n2 Lagi Kawasan Dikenakan PKPD\nMar 30, 2020\n\n2 Kawasan Di Hulu Selangor Dikenakan PKPDKawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Selangor kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata arahan itu dikeluarkan selepas terdapat 71 kes positif Covid-19 daripada kira-kira 270 penghuni sebuah maahad tahfiz di kawasan berkenaan.\u00a0Jelas beliau, tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung penularan wabak dan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang 14 hari.\u00a0Datuk Seri Ismail Sabri juga mengingatkan orang ramai agar tidak mempercayai berita palsu yang dikaitkan dengan kenyataan sebelum ini.Ini adalah PKPD ke-2 selepas arahan sama dikeluarkan untuk 2 kawasan di Simpang Renggam, Johor, Jumaat lalu.Penjualan Secara Bawa Pulang Dihentikan di 3 Daerah di PahangSemua premis makanan di Jerantut, Pekan dan Raub tidak dibenarkan melakukan operasi penjualan secara bawa pulang mulai esok.Ia ekoran Jerantut dan Pekan catat kes COVID-19 paling tinggi di Pahang, dan situasi penularan wabak itu yang membimbangkan di Raub.Kerajaan negeri memaklumkan, arahan itu berkuat kuasa sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Bagaimanapun, perkhidmatan penghantaran makanan masih dibenarkan di 3 daerah tersebut.Selangor Sedia Bilik Hotel Percuma Untuk Petugas Barisan HadapanKerajaan Selangor sediakan penginapan percuma kepada petugas barisan hadapan yang berusaha membendung wabak COVID-19.Menurut kerajaan negeri, hampir 290 bilik disediakan untuk mereka di 2 buah hotel di Ampang dan Shah Alam.Sebagai permulaan, kemudahan itu disediakan untuk PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81396", "title": "Kekal di rumah!", "body": "\n\u2190 Back to list\nKekal di rumah!\nMar 20, 2020\n\nFoto : Astro AwaniPolis KL minta orang ramai terus berada di rumah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.Ini selepas terdapat orang ramai masih tidak mematuhi arahan itu untuk hari kedua.Justeru pihaknya akan terus lakukan sekatan jalan raya dan buat pemeriksaan sepanjang perintah itu.Foto : Astro AwaniSementara itu, restoran sekitar ibu negara boleh kembali beroperasi 24 jam, selepas DBKL membatalkan arahan terdahulunya.Bagaimanapun, premis itu hanya boleh menjalankan perkhidmatan pesanan pandu lalu, penghantaran dan bawa pulang.Sebelum ini, DBKL menetapkan restoran 24 jam hanya boleh beroperasi 16 jam, selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=154137", "title": "Pasport Malaysia Yang Ke-11 Paling Berkuasa Di Dunia", "body": "\n\u2190 Back to list\nPasport Malaysia Yang Ke-11 Paling Berkuasa Di Dunia\nJul 20, 2023\n\n\nPasport Malaysia Yang Ke-11 Paling Berkuasa Di Dunia\nPasport Malaysia kini di tangga ke-11 paling berkuasa di dunia, naik 2 tangga dari 2021 dan 2022!\nMenurut data terkini, pemilik passport Malaysia mempunyai akses bebas visa ke 180 daripada 227 destinasi perjalanan di seluruh dunia.\nNegara jiran, Singapura pula kini miliki passport paling berkuasa...sekaligus singkirkan Jepun buat pertama kali dalam tempoh 5 tahun.\nJepun kini berada di tangga ke-3 di belakang Jerman, Itali dan Sepanyol yang berkongsi tempat ke-2.\n\u00a0\n3 bekas pelajar menang saman cikgu ponteng.\n3 bekas pelajar terima pampasan berjumlah 150,000 ringgit selepas berjaya saman guru bahasa Inggeris mereka yang 'ponteng' kelas selama 7 bulan pada 2017.\nIni selepas mahkamah mendapati semua defendan tidak ambil sebarang langkah yang munasabah untuk melindungi hak murid berkenaan mendapatkan pelajaran.\nMalah tiada bukti menunjukkan guru terbabit sedang bercuti atau terbabit aktiviti lain berkaitan sekolah sepanjang tempoh dia tidak hadir.\n\u00a0\nKerajaan rancang tubuh unit khas teliti isu 3R.\nKerajaan bercadang tubuh unit khas bagi teliti kes berkaitan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum sepanjang PRN 6 negeri.\nNamun jelas Kementerian Komunikasi dan Digital, penubuhannya bukan bertujuan sekat kebebasan mana-mana pihak.\nIa sebaliknya usaha kerajaan untuk elak isu 3R yang kini banyak disentuh pemimpin politik dijadikan perkara yang boleh cetus perpecahan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71693", "title": "Pantai Timur Kena Tempias Angin Sejuk Siberia", "body": "\n\u2190 Back to list\nPantai Timur Kena Tempias Angin Sejuk Siberia\nJan 26, 2016\n\nTimbalan Pengarah Institut Lautan dan Sains Bumi, UM, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, ia berpunca daripada deruan angin sejuk dari Siberia.Ujar beliau lagi kepada Harian Metro, Malaysia dijangka turut menerima kesan deruan angin sejuk khasnya Pantai Timur.*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80407", "title": "Nora Anne mati akibat kebocoran usus", "body": "\n\u2190 Back to list\nNora Anne mati akibat kebocoran usus\nAug 15, 2019\n\nNora Anne mati akibat kebocoran ususFoto - Astro AwaniHasil bedah siasat mendapati, kematian Nora Anne Quoirin disahkan akibat kebocoran usus yang kemungkinan berpunca daripada tidak makan untuk tempoh yang lama.\u00a0Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, gadis Ireland itu dipercayai mati kira-kira dua hingga tiga hari sebelum mayatnya ditemui.Tambahnya lagi, tiada kesan rogol pada mayat Nora Anne selain tiada elemen penculikan dikesan dalam siasatan kes setakat ini.-----Ciapan fitnah kes Nora Anne: Polis akan ambil tindakanFoto - mStarOnlinePolis dalam pada itu akan mengambil tindakan terhadap seorang pengguna Twitter kerana muat naik ciapan mendakwa mendiang Nora Anne Quoirin diperkosa.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata dakwaan berkenaan adalah satu fitnah.Terdahulu, viral di laman sosial dakwaan kononnya gadis malang yang dilapor hilang selama 10 hari itu dirogol oleh Orang Asli.-----Murid Tahun 5 perkosa kakak sepupuFoto - Astro AwaniSeorang murid Tahun 5 di Penampang, Sabah direman seminggu kerana didakwa perkosa kakak sepupunya, Ahad lalu.Menurut polis, hasil siasatan mendapati, suspek mengaku sudah 4 kali melakukan hubungan seks bersama mangsa yang berusia 12 tahun.Malah katanya, suspek mengaku terpengaruh dengan video lucah yang ditonton menerusi telefon pintar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80149", "title": "Kementerian Pendidikan Tak Halang Ibu Bapa Ambil Tindakan Kes Pencemaran Di Pasir Gudang ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan Tak Halang Ibu Bapa Ambil Tindakan Kes Pencemaran Di Pasir Gudang \nJun 25, 2019\n\nKementerian Pendidikan tidak halang ibu bapa untuk ambil tindakan kepada pihak bertanggungjawab berhubung pencemaran udara di Pasir Gudang.Ini kerana pihaknya hanya bertanggungjawab di kawasan sekolah, termasuk berkaitan pendidikan serta keselamatan pelajar.\u00a0Susulan daripada kes pencemaran terbaru itu, 17 sekolah, 69 tadika serta sebuah IPT ditutup sehingga Khamis ini sebagai langkah berjaga-jaga.\u00a0Biar Polis Yang Siasat!Jabatan Pendidikan Johor serahkan kepada polis, kes seorang guru rotan pelajar perempuan di Skudai.Ini setelah ibu pelajar terbabit buat laporan polis susulan tindakan guru itu.Terdahulu, satu rakaman video yang viral, menunjukkan seorang wanita meminta penjelasan daripada seorang guru, kenapa anak perempuannya dirotan sehingga cedera.Jemaah Menteri Dah Tahu Cadangan Ambil Alih Lebuh Raya\u00a0Kajian berhubung cadangan pengambilalihan lebuh raya sudah dibentang dalam mesyuarat Jemaah Menteri.Kementerian Kerja Raya berkata pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat dalam beberapa minggu lagi.Terdahulu, Kementerian Kewangan memberitahu kerajaan rancang ambil empat lebuh raya babitkan kos 6.2 billion ringgit untuk kurangkan beban pengguna.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94594", "title": "Saran Buka Berperingkat", "body": "\n\u2190 Back to list\nSaran Buka Berperingkat\nJan 11, 2021\n\nSaran Buka BerperingkatMajlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional mencadangkan sekolah dibuka secara berperingkat ekoran peningkatan kes COVID-19 dan banjir yang melanda ketika ini.Pihaknya memaklumkan Astro Awani, keutamaan boleh diberi kepada murid yang akan duduki peperiksaan iaitu Tingkatan 5 dan 6.Bagi Kesatuan\u00a0Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia\u00a0(NUTP) pula, pihaknya menyokong apa jua keputusan Kementerian Pendidikan.Pihaknya yakin dalam proses pembukaan sesi persekolah, keputusan dibuat berasaskan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan analisis risiko semasa.Berkenaan peperiksaan SPM 2020 yang dijadualkan bulan depan pula, NUTP berharap ia diteruskan.Menurutnya, peperiksaan itu penting untuk lepasan SPM melanjutkan pelajaran atau memasuki fasa kerjaya.ATM KomitedAngkatan Tentera Malaysia (ATM) komited meneruskan Op Murni bagi bantu mangsa banjir sehingga tamat musim tengkujuh yang dijangka pada Mac ini.Ujar Menteri Pertahanan, fasa pertama ialah memindahkan mangsa banjir, mengangkut barangan dan menghantar bekalan ke kawasan yang terputus hubungan.Fasa seterusnya akan membabitkan tugas pasca banjir seperti membantu mangsa kembali ke rumah dan pembersihan tempat awam.Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memuji anggota ATM Kem Batu 3 Temerloh yang komited bertugas dan berkorban meskipun kem berkenaan turut dinaiki air.Dalam pada itu, beliau menasihatkan NGO dan orang ramai yang mahu membantu mangsa banjir agar menjalani ujian saringan COVID-19.Ada Turun, Ada NaikBilangan mangsa banjir di Pantai Timur menunjukkan trend penurunan.Terkini, Pahang merekodkan hampir 24,000 mangsa, Terengganu 4,000 ribu dan Kelantan kira-kira 1,700 orang.Bagaimanapun mangsa banjir di Johor kembali meningkat ekoran hujan berterusan.Negeri itu kini merekodkan kira-kira 1,300 mangsa bencana tersebut.Penduduk di 4 negeri berkenaan juga diminta terus waspada dengan cuaca buruk dan banjir.Ini kerana Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, hujan lebat berterusan di negeri terlibat sehingga esok.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71897", "title": "PRU ke-14 akan diadakan pada Oktober TIDAK BENAR : SPR", "body": "\n\u2190 Back to list\nPRU ke-14 akan diadakan pada Oktober TIDAK BENAR : SPR\nAug 02, 2017\n\nSPR tegaskan, dakwaan kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 akan diadakan pada Oktober ini adalah TIDAK BENAR.Jelasnya, video yang viral dan memaparkan kenyataan bahawa PRU14 akan berlangsung pada Oktober ini, hanyalah latihan simulasi kakitangan SPR.Oleh itu, pihak SPR sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dan mengelirukan rakyat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73061", "title": "Sultan Selangor beri perkenan Datuk Seri Azmin Ali pegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSultan Selangor beri perkenan Datuk Seri Azmin Ali pegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.\nMay 21, 2018\n\nSultan Selangor beri perkenan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam kabinet baru persekutuan.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Selangor, Datuk Seri Azmin turut diberi perkenan memegang jawatan MB buat sementara waktu sehingga peralihan kuasa kepada MB baru dilakukan .Azmin perlu kemukakan senarai nama menteri besar yang baru kepada Sultan Selangor untuk diteliti dan mendapat perkenan baginda.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72286", "title": "Kesan El Nino dan Monsun Barat Daya", "body": "\n\u2190 Back to list\nKesan El Nino dan Monsun Barat Daya\nApr 23, 2016\n\nKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sahkan cuaca panas di Malaysia ketika ini mungkin berlanjutan sehingga bulan September.Selepas empat bulan dilanda panas melampau, musim kering yang dibawa Monsun Barat Daya bakal sebabkan negara alami masalah bekalan air.Antara penduduk yang dijangka terjejas akibat penurunan ketara empangan di negeri masing-masing ialah Perlis, Kedah, Perak dan Johor.(Kredit gambar dari internet)\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72998", "title": "BR1M berkemungkinan akan dinaikkan bagi golongan miskin bandar", "body": "\n\u2190 Back to list\nBR1M berkemungkinan akan dinaikkan bagi golongan miskin bandar\nMar 07, 2018\n\nJumlah bayaran BR1M berkemungkinan dinaikkan untuk golongan miskin bandar.Kerajaan setuju meneliti perkara itu, memandangkan kos sara hidup di bandar adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan luar bandar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80199", "title": "Had umur belia kini diturunkan daripada 40 kepada 30 tahun.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHad umur belia kini diturunkan daripada 40 kepada 30 tahun.\nJul 04, 2019\n\nGolongan belia kini berumur 15 hingga 30 tahun.Ini selepas Dewan Rakyat meluluskan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia \u00a0dengan menurunkan had umur mereka daripada 40 kepada 30 tahun.Di bawah RUU itu, had umur bagi belia untuk pegang jawatan sesuatu pertubuhan berdaftar adalah 18 hingga 30 tahun.Dalam pada itu,\u00a0\u00a0usul\u00a0bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun akan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.Pemantauan kualiti udara akan dilakukan di semua sekolah di Pasir Gudang, Johor hari ini.Semua 111 buah sekolah yang terjejas dengan insiden pencemaran juga akan dipasangkan alat pengesan gas.Kerajaan berkata ia sebagai langkah persediaan bagi pihak sekolah jika perkara tidak diingini berlaku.Haziq Aziz dipecat daripada PKR.PKR pecat Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta, kerana langgar kod tata etika.Terdahulu Haziq mengaku jalinkan hubungan terlarang bersama seorang lelaki mirip menteri, selepas tersebarnya rantaian video intim berprofil tinggi baru-baru ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72971", "title": "8 tan stok ikan Q'Fish telah terjual di Terengganu sejak musim tengkujuh melanda ", "body": "\n\u2190 Back to list\n8 tan stok ikan Q'Fish telah terjual di Terengganu sejak musim tengkujuh melanda \nJan 03, 2018\n\n8 tan stok ikan Q'Fish telah terjual di Terengganu sejak musim tengkujuh melanda negeri itu bermula November lalu.LKIM Terengganu berkata, jumlah itu meningkat 50 peratus berbanding jualan sebanyak dua tan setiap bulan di luar musim tengkujuh.Ikan Q'Fish bertujuan memudahkan rakyat mendapat stok ikan segar dengan harga sangat murah berbanding harga di pasaran ketika musim tengkujuh ketika ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72657", "title": "Garis panduan berhubung penyalahgunaan gelaran Doktor Falsafah, PhD bakal diperkenal", "body": "\n\u2190 Back to list\nGaris panduan berhubung penyalahgunaan gelaran Doktor Falsafah, PhD bakal diperkenal\nOct 15, 2016\n\nKementerian Pendidikan Tinggi sedang bekerjasama dengan Universiti Awam untuk sediakan garis panduan berhubung penyalahgunaan gelaran Doktor Falsafah, PhD.Menurut kementerian, garis panduan itu termasuk kemungkinan mentakrifkan perbuatan penyalahgunaan gelaran itu sebagai satu jenayah.Penipuan PhD merupakan satu kes umum yang boleh berlaku\u00a0melibatkan mana-mana universiti dan disebabkan itu kementerian memerlukan\u00a0sekurang-kurangnya tiga bulan bagi mendapat pandangan menyeluruh sebelum garis\u00a0panduan berkenaan dapat dikeluarkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72920", "title": "Kekalahan Mengejut Lee Chong Wei : Pemain Muda India Dipuji", "body": "\n\u2190 Back to list\nKekalahan Mengejut Lee Chong Wei : Pemain Muda India Dipuji\nMar 10, 2016\n\nFrost yang terkejut dengan kekalahan Chong Wei beritahu ARENA, kemenangan tersebut akan merangsang kerjaya pemain muda India itu.Tambah Frost, karier Praneeth akan melonjak selepas kemenangan besar itu biarpun dia sering dipandang remeh sebelum ini.Sementara itu, jurulatih perseorangan, Hendrawan berkata, lawan Chong Wei yang sukar diramal adalah faktor utama kekalahan mengejutnya itu.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70309", "title": "Pengembara yang pulang ke Malaysia akan dipakaikan gelang tangan khas.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengembara yang pulang ke Malaysia akan dipakaikan gelang tangan khas.\nJun 14, 2020\n\nSemua pengembara yang pulang ke Malaysia akan dipakaikan gelang tangan khas atau \u2018wristband\u2019.Menurut KKM, mereka perlu memakainya sepanjang tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.Gelang tersebut hanya boleh ditanggalkan pegawai yang diberi kuasa dan individu yang ingkar akan dikenakan tindakan.Bermula esok tiada lagi sidang media harian berkenaan situasi COVID-19 di negara ini.Menurut KKM, ia masih diadakan cuma ia akan dijarakkan mengikut keperluan.Maklumat terkini juga tetap disalurkan dari masa ke masa.Larangan merokok di premis makanan tidak pernah dihentikan!Namun KKM mengakui penguatkuasaan kurang kerana ketika ini kerana memberi tumpuan terhadap COVID-19 dan PKP.Penjelasan itu diberi kerana orang ramai tidak puas hati ekoran terdapat individu sengaja merokok sejak pelanggan dibenarkan menjamu selera di kedai makan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72477", "title": "Suspek kes cabul yang dipukul meninggal dunia", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuspek kes cabul yang dipukul meninggal dunia\nMay 30, 2017\n\nLelaki yang koma dibelasah selepas didakwa cuba cabul seorang gadis di Alor Setar, Ahad lalu meninggal dunia tengah hari tadi.Setakat ini, 5 termasuk seorang wanita berusia belasan tahun hingga 20 an telah ditahan bagi membantu siasatan.Polis kini mengklasifikasikan kes tersebut daripada mendatangkan kecederaan dengan sengaja, kepada kes bunuh.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71950", "title": "Jabatan Hutan Sarawak akan memusnahkan balak haram yang dirampas.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Hutan Sarawak akan memusnahkan balak haram yang dirampas.\nSep 11, 2017\n\nJabatan Hutan Sarawak akan memusnahkan balak haram yang dirampas, bukan lagi melelongnya seperti yang dilaksanakan sebelum ini.\u00a0Tindakan tegas itu diambil bagi membendung kegiatan pembalakan haram yang didapati masih berterusan, walaupun kian berkurangan.\u00a0Ia merupakan pendekatan baru jabatan itu sebagai mesej kepada pembalak haram bahawa pihaknya serius menghentikan aktiviti tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72328", "title": "Wanita dan teman lelaki ditahan dera budak", "body": "\n\u2190 Back to list\nWanita dan teman lelaki ditahan dera budak\nJan 16, 2017\n\nSeorang wanita dan teman lelakinya kini direman susulan kematian seorang kanak-kanak lelaki 3 tahun, dipercayai akibat didera di Kajang, Selangor.Ia susulan pemeriksaan terhadap mangsa yang dikejarkan suspek wanita yang juga ibunya ke hospital baru-baru ini, akibat pelbagai kecederaan di seluruh badan.Saudara kembar mangsa juga dipercayai \u00a0turut didera berdasarkan banyak kesan lebam dan kecederaan pada badan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72705", "title": "Wanita Pertengahan Umur Paling Ramai Jadi Mangsa Love Scam", "body": "\n\u2190 Back to list\nWanita Pertengahan Umur Paling Ramai Jadi Mangsa Love Scam\nSep 14, 2016\n\nWanita dalam lingkungan usia 31 hingga 40 tahun direkodkan antara paling ramai jadi mangsa sindiket Love Scam di negara ini.Bukit Aman mendedahkan, mangsa juga biasanya terdiri daripada wanita yang mengalami krisis rumah tangga atau ibu tunggal.Selain itu, individu bujang yang tidak mempunyai masa untuk bersosial dan mencari teman hidup juga berpotensi menjadi mangsa.Sejak 2013, hampir 5,500 kes penipuan Love Scam melibatkan kerugian lebih 215 juta ringgit direkodkan di Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79237", "title": "95,000 Saman Dikeluarkan Menerusi AWAS", "body": "\n\u2190 Back to list\n95,000 Saman Dikeluarkan Menerusi AWAS\nJan 25, 2019\n\nMenurut JPJ, setakat ini lebih 95,000 notis saman dikeluarkan menerusi 45 kamera Sistem Keselamatan Automatik, atau AWAS di seluruh negara.\u00a0Namun daripada jumlah itu, hanya kira-kira 10,800 saman diselesaikan .Tambahnya, setakat Disember lalu, kira-kira 39, 000\u00a0saman dibawa untuk pendakwaan di mahkamah, namun hanya 45 pesalah trafik saja yang hadir.Jangan Tertipu Diskaun Saman!Orang ramai dinasihatkan agar tidak tertipu dengan promosi diskaun saman trafik yang ditawar individu atau sindiket tertentu!Bukit Aman berkata hasil siasatan awal mendapati tawaran tersebut merupakan helah mengaut keuntungan, tetapi bayaran tersebut tidak diserahkan kepada PDRM.Jelasnya, anggota yang didapati terlibat dengan sindiket tersebut akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi.Calon BERSATU Di PRK Dun Semenyih Mac IniPakatan Harapan akan letakkan calon daripada Parti Bersatu pada PRK Dun Semenyih, Mac ini.Menurut Bersatu Selangor, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Pakatan Harapan negeri yang diadakan semalam.Nama calon yang bakal bertanding di Dun itu akan diumumkan dalam waktu terdekat.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81934", "title": "KKM jangka tiada peningkatan mendadak kes positif COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM jangka tiada peningkatan mendadak kes positif COVID-19\nJun 07, 2020\n\nKementerian Kesihatan tidak jangkakan kes positif COVID-19 di Depoh Tahanan Imigresen akan naik mendadak sehingga 3 angka seperti sebelum ini.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hsham Abdullah berkata ini kerana semua warga asing di depoh tahanan imigresen telah jalani ujian saringan.Hampir 5 ribu pendatang tanpa izin telah disaring dengan lebih 750 daripada mereka dikesan positif COVID-19.Sementara itu, kedai gunting rambut dan salun kecantikan dibenarkan beroperasi semula mulai Rabu depan.Perkara tersebut diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang medianya semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79639", "title": "4.4 juta pekerja di Malaysia berpendapatan bulanan kurang RM2,160.", "body": "\n\u2190 Back to list\n4.4 juta pekerja di Malaysia berpendapatan bulanan kurang RM2,160.\nMar 28, 2019\n\nLaporan Tahunan Bank Negara 2018 menunjukkan 4.4 juta pekerja di negara ini berpendapatan bulanan kurang daripada RM2,160!Menurut bank pusat berkenaan, susulan itu kos sara hidup akan terus jadi faktor yang mempengaruhi kesejahteraan dan sentimen isi rumah di negara ini.Malah bagi isi rumah berpendapatan rendah, simpanan yang terhad akan meyebabkan mereka mudah terjejas dengan kenaikan kos sara hidup.Pemandu dan bakal pemandu perkhidmatan e-hailing kini perlu ada Lesen Vokasional.Pemandu dan bakal pemandu e-hailing kini perlu ada Lesen Vokasional, dan mereka boleh mendaftar di sekolah memandu untuk ikuti kelas bermula Isnin ini.Jelas JPJ, pendaftaran dan pemilikan lesen itu diwajibkan sebab pemandu e-hailing termasuk dalam kategori pemandu kenderaan awam yang setara dengan teksi.Datuk Lokman Noor Adam akan didakwa di mahkamah hari ini.Foto: MalaysiakiniIa susulan insiden pertembungan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan penuntut Universiti Malaya\u00a0baru-baru ini yang dikatakan menyebabkan beberapa pelajar cedera.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72965", "title": "Enam jajahan di Kelantan dijangka dilanda banjir awal pagi nanti", "body": "\n\u2190 Back to list\nEnam jajahan di Kelantan dijangka dilanda banjir awal pagi nanti\nJan 02, 2018\n\nJabatan Pengairan dan Saliran Kelantan menjangkakan enam jajahan sekitar lembangan sungai negeri itu, iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat akan dinaiki air mulai pukul 1 pagi esok.Ia berikutan jumlah hujan melebihi 240 milimeter berlaku sejak dua hari lepas di Gunung Gagau, Gua Musang yang dijangka meningkatkan paras air Sungai Kelantan.Sehubungan itu katanya, semua penduduk di kawasan berkenaan diminta mengambil langkah berwaspada dan sentiasa berhubung dengan pusat kawalan operasi banjir berhampiran.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71825", "title": "Portugal seri 2-2 dengan Mexico", "body": "\n\u2190 Back to list\nPortugal seri 2-2 dengan Mexico\nJun 19, 2017\n\nPortugal memulakan kempen Piala Konfederasi di Russia dengan keputusan seri 2 sama dengan Mexico.Portugal mendahuli 2-1 sebelum disamakan kedudukan oleh tonggak Mexico, Hector Moreno pada minit-minit terakhir perlawanan.Kapten Portugal Cristiano Ronaldo tidak hadir ke sidang media selepas perlawanan tersebut, dipercayai untuk mengelak sebarang soalan mengenai masa depannya.\u00a0Ronaldo dikatakan serius untuk meninggalkan Real, susulan tuduhan penipuan cukai ke atasnya oleh pihak berkuasa Sepanyol.\u00a0Perkembangan menarik ini menyaksikan Bayern Munich dan Chelsea nyatakan minat untuk dapatkan Ronaldo.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72327", "title": "Bantu kes kecemasan yang perlu rawatan segera", "body": "\n\u2190 Back to list\nBantu kes kecemasan yang perlu rawatan segera\nOct 30, 2016\n\nHospital medan milik Angkatan Tentera Malaysia di perkarangan bangunan induk Hospital Sultanah Aminah Johor dijangka dibuka esok.\u00a0 \u00a0\u00a0Apabila dibuka ia akan beroperasi 24 jam untuk tempoh dua minggu dengan memberi tumpuan kepada kes kecemasan yang perlu rawatan segera.Ia dijangka mampu memberi perkhidmatan rawatan kepada kira-kira 60 hingga 70 pesakit serta melakukan lima hingga enam pembedahan setiap hari.Unit ICU HSA terbakar Selasa lalu, menyebabkan enam mangsa meninggal dunia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72218", "title": "Raja Bomoh, Ibrahim Mat kena tangkap", "body": "\n\u2190 Back to list\nRaja Bomoh, Ibrahim Mat kena tangkap\nApr 22, 2017\n\nRaja Bomoh, Ibrahim Mat telah ditahan polis di sebuah hotel di Segamat, Johor.Polis dikatakan menjejaki bomoh terbabit kerana tindakannya disifatkan merosakkan imej Islam.13 Mac lalu, dia melakukan ritual di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, HKL kononnya 'memagar' Malaysia dari diserang negara asing khususnya Korea Utara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=105780", "title": "Tiada Yang Terlepas Tindakan Akibat Langgar SOP.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Yang Terlepas Tindakan Akibat Langgar SOP.\nMay 12, 2021\n\nTiada individu sama ada yang berstatus kenamaan, selebriti mahu pun rakyat terlepas daripada tindakan undang-undang bagi kesalahan pelanggaran SOP.\n\nMenteri Kanan Keselamatan berkata pihak polis perlu keluarkan kompaun serta-merta terhadap mana-mana individu yang langgar SOP PKP.\nLangkah itu katanya bagi elak salah faham dalam kalangan rakyat yang kerajaan seolah-olah memberi layanan istimewa kepada golongan berkenaan.\n\u00a0\nPemberian vaksin secara walk ini tidak dibenarkan.\nTiada pemberian vaksin secara 'walk-in' di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin, PPV di seluruh negara.\n\nBadan Bertindak Imunisasi Covid-19 nasihati orang ramai supaya tidak menunggu di mana-mana PPV untuk mendapatkan vaksin yang tidak digunakan akibat ketidakhadiran penerima vaksin berjadual pada hari ditetapkan.\nTerdahulu, viral orang ramai bersesak di hadapan pintu pagar PPV Kuala Krai, Kelantan yang menunggu giliran bagi mendapatkan suntikan vaksin secara 'walk in'.\n\u00a0\nPolis guna dron pantau pematuhan SOP perayaan Aidilfitri.\nPemantauan pematuhan SOP PKP di kawasan-kawasan perumahan sempena Aidilfitri akan dibantu dengan penggunaan dron.\n\nMenurut Bukit Aman, selain rondaan polis di setiap kawasan perumahan, teknologi itu digunakan bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran SOP dikesan.\nUmat Islam di negara ini bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71763", "title": "Skuad Khas JPJ Bantera Tonto dan Kereta Klon", "body": "\n\u2190 Back to list\nSkuad Khas JPJ Bantera Tonto dan Kereta Klon\nFeb 26, 2016\n\nBagi fasa pertama, 25 anggota penguatkuasa jabatan itu dipilih jalani latihan.Pasukan elit ini akan jalani pelbagai latihan dari aspek fizikal dan mental, termasuk kemahiran mengendalikan senjata api.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71756", "title": "Faktor Bonus Jadi Pertimbangan Pekerja di Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\nFaktor Bonus Jadi Pertimbangan Pekerja di Malaysia\nFeb 23, 2016\n\nDapatan itu diperoleh hasil kaji selidik yang dijalankan 'jobstreet.com' yang dilakukan terhadap lebih 3,800 responden.\u00a0Foto Jobstreet\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80609", "title": "AR Badul mahu inkues kematian anaknya, Mejar Zahir Armaya diadakan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAR Badul mahu inkues kematian anaknya, Mejar Zahir Armaya diadakan.\nSep 27, 2019\n\nPelakon dan pelawak veteran, AR Badul mahu inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya.Ini kerana dia dan keluarga tidak berpuas hati dengan\u00a0kronologi kematian Allahyarham yang tertembak semasa demonstrasi kententeraan awal bulan ini.Terdahulu, Lembaga Siasatan Tentera Darat Malaysia mengklasifikasikan kematian pegawai komando itu sebagai kemalangan dalam latihan.Calon 18 tahun mungkin dibenar\u00a0bertanding dalam PRK Parlimen Tanjong Piai!SPR akan berbincang mengenai kemungkinan itu dengan wakil parti politik dalam masa terdekat.Sekiranya ia menjadi kenyataan, ia akan catat sejarah sebagai pilihanraya pertama di negara ini yang menyaksikan calon 18 tahun dibenar bertanding.\u00a0PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik minggu lalu.Keputusan prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib akan diketahui hari ini.Sepanjang 41 hari\u00a0inkues itu berlangsung, 30 saksi\u00a0termasuk beberapa pakar dipanggil\u00a0dan 137 bahan bukti\u00a0telah dikemukakan.Allahyarham maut selepas 21 hari\u00a0bertarung nyawa akibat parah semasa bertugas ketika rusuhan di sebuah kuil di Petaling Jaya, November tahun lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72977", "title": "LITRAK tawarkan diskaun sempena perayaan Krismas", "body": "\n\u2190 Back to list\nLITRAK tawarkan diskaun sempena perayaan Krismas\nDec 14, 2017\n\nLITRAK tawarkan diskaun tol di 4 lebuhraya kendaliannya sempena perayaan Krismas.Diskaun daripada 20 sen hingga 60 sen itu melibatkan Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Sprint, Lebuhraya Smart dan juga LDP.Pengurangan tersebut akan bermula 12 pagi sehingga 12 tengah malam, 25 Disember ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71987", "title": "Jabatan Bomba dilapor akan menambah lagi bilangan Pegawai Bomba Bantuan sebanyak lebih 200 orang bagi tempoh dua tahun akan datang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Bomba dilapor akan menambah lagi bilangan Pegawai Bomba Bantuan sebanyak lebih 200 orang bagi tempoh dua tahun akan datang.\nOct 31, 2017\n\nJabatan Bomba dilapor akan menambah lagi bilangan Pegawai Bomba Bantuan sebanyak lebih 200 orang bagi tempoh dua tahun akan datang.Menurutnya, penambahan itu dibuat susulan pembukaan tiga buah balai bomba baru di Kelantan yang akan beroperasi dalam waktu terdekat.Dalam perkembangan lain, bomba bekukan cuti anggotanya sebagai persediaan menghadapi banjir di musim tengkujuh.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70718", "title": "KKMM akan teliti video tular murid dakwa bapa pandai masak air ketum", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKMM akan teliti video tular murid dakwa bapa pandai masak air ketum\nAug 19, 2020\n\nKKMM akan teliti video tular murid dakwa bapa pandai masak air ketumFoto - KeluargaKementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan meneliti penularan video murid sekolah yang viral di media sosial sama ada mempunyai unsur buli siber atau sebaliknya.Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, penyebaran video seumpama itu boleh memberikan tekanan dan kecaman kepada pihak berkaitan biarpun secara dasarnya mereka hanya berkongsi sesuatu yang lazim.Terdahulu tular rakaman video berdurasi 14 saat memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menjawab pertanyaan gurunya dalam kelas tentang bapanya pandai memasak air ketum.-----Kes harian COVID-19 kembali ke dua angkaFoto - The StarJumlah jangkitan baru COVID-19 dalam negara kembali kepada dua angka apabil 16 kes direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 9,235 kes.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 16 kes baru itu, 12 membabitkan penularan tempatan manakala empat lagi merupakan kes import.Lapan kes merupakan daripada Kluster Tawar, masing-masing empat di Kedah dan empat di Pulau Pinang manakala tiga lagi kes daripada Kluster Sala.-----Kira-kira 9 juta rakyt terima inisiatif ePenjanaFoto -\u00a0Malaysia KiniKira-kira sembilan juta rakyat Malaysia menerima ePenjana bernilai RM50 dalam e-dompet membabitkan peruntukan berjumlah RM451.5 juta setakat 14 Ogos lalu.Kementerian Kewangan berkata, orang ramai boleh menghubungi tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, GrabPay dan Touch 'n Go e-Wallet jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai kredit ePenjana.Kerajaan umumkan inisiatif ePenjana Jun lalu membabitkan peruntukan sebanyak RM750 juta bagi membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73226", "title": "Hampir 200,000 Penduduk dipindahkan Susulan Kebakaran Hutan di California, Amerika Syarikat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHampir 200,000 Penduduk dipindahkan Susulan Kebakaran Hutan di California, Amerika Syarikat.\nDec 08, 2017\n\nWisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hutan di California yang bermula sejak Isnin lepas.Hampir 200,000 penduduk dipindahkan susulan kebakaran hutan di California, Amerika Syarikat.Menurut BBC, kira-kira 5000 anggota bomba dikerah untuk memadam kebakaran yang telah memusnahkan ratusan bangunan di wilayah itu.Jumlah penduduk yang dipindahkan semakin meningkat, ekoran kebakaran yang terus merebak ke utara San Diego.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73166", "title": "Pihak bomba perlu dapatkan laporan struktur sungai atau parit sebelum jalankan operasi menyelamat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPihak bomba perlu dapatkan laporan struktur sungai atau parit sebelum jalankan operasi menyelamat.\nOct 04, 2018\n\nMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mahu pihak bomba mendapat laporan struktur sungai atau parit sebelum menjalankan operasi mencari dan menyelamat.Zuraida Kamaruddin berkata perkara itu akan dijadikan sebagai SOP jabatan berkenaan bagi memastikan keselamatan anggota mereka yang terlibat.Foto: Angkatan Pertahanan Awam MalaysiaIni selepas 6 anggota bomba terkorban ketika proses mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh dalam sebuah lombong di Puchong, semalam.Jenazah mereka akan dihantar pulang ke kampung halaman hari ini untuk proses pengebumian.Datin Seri Rosmah Mansor tiba ke perkarangan Kompleks Mahkamah KL.Datin Seri Rosmah Mansor tiba ke perkarangan Kompleks Mahkamah KL kira-kira jam 8.30 pagi\u00a0tadi bagi menghadapi pertuduhan mahkamah.Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu dijangka berdepan antara 15 hingga 17 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB.Seorang lelaki ditahan kerana masukkan anak saudaranya dalam mesin basuh di kedai dobi.Suspek kes kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri di Selangor telah ditahan.Foto: FMT NewsPolis berkata lelaki yang juga bapa saudara kepada kanak-kanak tersebut akan disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70751", "title": "12 tahun ke bawah tak perlu pakai pelitup muka di sekolah", "body": "\n\u2190 Back to list\n12 tahun ke bawah tak perlu pakai pelitup muka di sekolah\nAug 25, 2020\n\n12 tahun ke bawah tak perlu pakai pelitup muka di sekolahFoto - BernamaKanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dibenarkan hanya memakai pelindung muka ketika ke sekolah namun tetap digalakkan memakai pelitup muka pakai buang.Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran itu diberikan kerana kos pembelian pelitup muka pakai buang membebankan keluarga pelajar miskin terutama memiliki anak ramai.Namun katanya, Kementerian Kesihatan perlu mengeluarkan garis panduan mengenai langkah untuk membersih dan mencuci pelindung muka bagi memastikan ia selamat digunakan untuk jangka masa lama.-----TEMCO di Perlis, Kedah ditamatkan esokFoto - Jabatan Perdana MenteriPerintah Kawalan Pergerakan Diperketat Bersasar Secara Pentadbiran di Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul, Perlis serta empat mukim di Kubang Pasu dan Padang Terap, Kedah ditamatkan esok.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil selepas tiada kes positif baru dan semua penduduk di kawasan berkenaan sudah menjalani saringan COVID-19.Kawalan pergerakan bersasar bagaimanapun tetap dibuat ekoran terdapat beberapa kes positif dilaporkan seperti di Baling dan Sik yang membabitkan Kluster Tawar.-----Tidak lagi wajib bawa sejadah ke masjidFoto - Astro AwaniMesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini bersetuju untuk tidak mewajibkan pengunaan sejadah di masjid untuk menunaikan solat.Namun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengunaan sejadah adalah digalakkan dan pemakaian pelitup muka adalah masih lagi diwajibkan.Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan warganegara asing untuk menjalankan ibadah solat berjemaah di masijd bermula 1 September ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80508", "title": "Masih Dalam Cadangan Mansuhkan Skim Pencen Perkhidmatan Awam ", "body": "\n\u2190 Back to list\nMasih Dalam Cadangan Mansuhkan Skim Pencen Perkhidmatan Awam \nSep 05, 2019\n\nCadangan untuk menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bagi lantikan baru bermula tahun hadapan, masih di peringkat kajian.Menurut Timbalan Perdana Menteri, cadangan itu akan dibawa ke kabinet untuk mendapat persetujuan.Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkata, mulai tahun hadapan, lantikan baharu perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat di bawah skim tetap dan berpencen, sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambahbaik.PDRM Buat Siasatan Penuh\u00a0PDRM sedang jalankan siasatan penuh berhubung kematian Mejar Mohd Zahir Armaya ketika satu demontrasi ketenteraan di Kem Lok Kawi, Sabah semalam.Pihaknya juga sentiasa memantau media sosial dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu yang keluarkan sebarang kenyataan mengenai kes itu tanpa fakta.Jenazah Allahyarham, yang merupakan anak kepada pengarah \u00a0AR Badul selamat dikebumikan di Perak pagi tadi.ESSCOM Cadang Bot Pam Di Daftar\u00a0ESSCOM cadangkan semua bot pam didaftarkan sepenuhnya serta diwarnakan mengikut daerah.Jelasnya, tindakan itu perlu bagi memastikan bot tersebut tidak disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab.DPL, polis menerima maklumat hampir setiap minggu, berkaitan pergerakan kumpulan penculik dan penjenayah rentas sempadan di Sabah. \u00a0Maklumat terbabit dedahkan, pergerakan kumpulan berkenaan lebih berada di bahagian perairan Filipina.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72398", "title": "Lee Zii Jia jadi pemain perseorangan lelaki pertama layak ke pusingan kedua kejohanan badminton Malaysia Masters", "body": "\n\u2190 Back to list\nLee Zii Jia jadi pemain perseorangan lelaki pertama layak ke pusingan kedua kejohanan badminton Malaysia Masters\nJan 17, 2018\n\nLee Zii Jia jadi pemain perseorangan lelaki pertama layak ke pusingan kedua kejohanan badminton Malaysia Masters di Bukit Jalil.Pemain berusia 20 tahun itu catat kemenangan 21-12, 21-18 ke atas pemain berpengalaman, Emil Holst dari Denmark.Beregu wanita, Soong Fie Cho/Tee Jing Yi juga mara ke pusingan kedua namun beregu lelaki Chooi Kah Ming/Low Juan Shen kandas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79048", "title": "Dewan Negara luluskan pindaan AUKU!", "body": "\n\u2190 Back to list\nDewan Negara luluskan pindaan AUKU!\nDec 21, 2018\n\nPelajar universiti dibenar terlibat aktiviti politik di kampus!Foto - Astro AwaniPindaan AKTA Universiti dan Kolej Universiti, AUKU telah diluluskan Dewan Negara!Ini sekaligus membenarkan pelajar universiti untuk terlibat dalam aktiviti politik di kampus.Kementerian Pendidikan juga telah menubuhkan jawatankuasa kerja yang berperanan menyediakan draf bagi menggantikan AUKU dengan satu akta baru pada 2020.---Jangan timbulkan sentimen perkauman!Foto - Astro AwaniRaja Muda Kedah minta semua pihak bertenang dan tidak menimbulkan sentimen perkauman susulan kematian anggota bomba, Muhammad Adib.Pada masa sama Baginda berharap keadilan dapat diberikan kepada keluarga Allahyarham Adib mengikut undang-undang menerusi siasatan yang dijalankan pihak polis.Semalam, baginda bersama Raja Puan Muda Kedah berkenan meluangkan masa untuk menziarah keluarga Muhammad Adib yang meninggal dunia Isnin lalu.---Hannah Yeoh dan Steven Sim jumpa Mufti Wilayah Persekutuan.Foto - FB Mufti Wilayah PersekutuanTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim bertemu Mufti Wilayah Persekutuan.Pertemuan itu bagi mendapatkan pandangan Dato' Seri Dr. Zulkifli Al-Bakri dalam usaha kerajaan tangani masalah sosial yang semakin meruncing.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80172", "title": "3 lagi dibenar pulang, seorang masih dirawat susulan pencemaran udara di Pasir Gudang.", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 lagi dibenar pulang, seorang masih dirawat susulan pencemaran udara di Pasir Gudang.\nJun 29, 2019\n\nSeorang sahaja lagi masih dirawatFoto : BernamaHanya seorang lagi pesakit yang masih dirawat di hospital akibat masalah sesak nafas gara-gara pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor.Exco negeri berkata mangsa yang berusia 17 tahun itu kini dalam keadaan stabil.Semalam, Kementerian Kesihatan mengesan kehadiran 3 jenis gas di kawasan berkenaan yang dipercayai mengakibatkan masalah kesihatan tersebut.Foto : AwaniSementara itu di Kuala Terengganu, seorang lagi pesakit Orang Asli dimasukkan ke hospital.Pengarah Kesihatan Negeri berkata wanita berusia 50 tahun itu mempunyai sejarah kontak dengan 2 lagi pesakit Orang Asli yang disahkan positif campak sebelum ini.-----Sistem subsidi petrol bersasar mungkin dilaksana tahun iniFoto : AwaniKerajaan optimis sistem subsidi petrol secara bersasar mampu dilaksanakan tahun ini!Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata pihaknya bersama Kementerian Kewangan sedang menyiapkan memo berhubung kajian pelaksanaan tersebut untuk dibentangkan dalam mesyuarat jemaah menteri.Tambahnya, tarikh pelaksanaan sistem tersebut akan diumumkan selepas menerima pandangan dan persetujuan jemaah menteri.\u00a0-----Azmin tiada akaun luar negara - SPRMFoto - AwaniSPRM sahkan tiada akaun luar negara yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali seperti didakwa sesetengah pihak.Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasinya juga berkata tiada sebarang transaksi meragukan ke akaun peribadi milik menteri terbabit.Sebelum ini, Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam buat laporan kepada SPRM berhubung kedua-dua dakwaan tersebut yang dikaitkan dengan Datuk Seri Azmin.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71905", "title": "18 kes difteria dilaporkan tahun ini, melibatkan 3 kematian.", "body": "\n\u2190 Back to list\n18 kes difteria dilaporkan tahun ini, melibatkan 3 kematian.\nAug 08, 2017\n\nKementerian Kesihatan sahkan, 18 kes difteria dilaporkan tahun ini, melibatkan 3 kematian.Ini termasuk budak lelaki 9 tahun warganegara asing di Sabah yang didapati tidak memiliki imunisasi penuh.Jumlah itu bagaimanapun lebih rendah berbanding dengan tempoh sama tahun lalu, iaitu 23 kes dengan 5 kematian.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72733", "title": "Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan tiga universiti luar negara", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Kesihatan bekerjasama dengan tiga universiti luar negara\nAug 20, 2016\n\nKementerian Kesihatan bekerjasama dengan tiga universiti luar negara bagi menangani kekurangan pakar perubatan di negara ini.Setakat ini, 27 doktor sudah dihantar menjalani latihan di 3 universiti berkenaan iaitu dua di Scotland dan satu di London.Ketika ini katanya, universiti tempatan hanya mampu menampung sejumlah 1,000\u00a0pelajar perubatan setiap tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72556", "title": "Polis Tahan 2 Lelaki Rancang Sertai Militan IS", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Tahan 2 Lelaki Rancang Sertai Militan IS\nNov 04, 2016\n\nPolis tahan 2 lelaki kerana dipercayai merancang menyertai militan IS di Syria, baru-baru ini.Ujar Ketua Polis Negara, mereka ditahan sebaik tiba di KLIA selepas diusir pihak berkuasa Turki semasa dalam perjalanan untuk menyusup masuk ke Syria.Kedua-dua pemuda berkenaan disyaki direkrut rakyat Malaysia, Muhammad Wanndy Mohamad Jedi yang juga anggota militan IS di Syria.Muhammad Wanndy juga pernah merancang membunuh pemimpin negara dan pegawai tertinggi PDRM.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72923", "title": "Kes tetak pemuda di Besut, 7 suspek ditahan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes tetak pemuda di Besut, 7 suspek ditahan\nJun 28, 2017\n\nPolis Terengganu tahan 7 suspek kes tetak seorang pemuda sehingga meninggal dunia di Besut, Rabu lepas.Lapan lagi suspek dijangka akan ditangkap tidak lama lagi kerana identiti dan alamat mereka dikenalpasti.Sehingga kini, polis masih belum temui senjata tajam yang digunakan dalam kejadian itu kecuali pakaian suspek dan telefon bimbit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72880", "title": "IPT dikenal pasti sebagai tempat dikhuatiri mempunyai pengaruh paling kuat kumpulan pengganas", "body": "\n\u2190 Back to list\nIPT dikenal pasti sebagai tempat dikhuatiri mempunyai pengaruh paling kuat kumpulan pengganas\nJul 07, 2016\n\nJusteru ujar Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, kerajaan akan mendapatkan kerjasama bekas militan tempatan yang telah kembali ke pangkal jalan.Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mereka akan membantu meningkatkan kesedaran umum mengenai ancaman keganasan termasuk di IPT.Sementara itu, semua penumpang yang menggunakan KL Sentral sebagai pintu masuk ke KLIA dan KLIA2 akan diperiksa secara rapi.Ujar Kementerian Pengangkutan, ia sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi ancaman serangan pengganas.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72648", "title": "Pasukan Khas Polis Akan Tangani Tonto di Sempadan Kelantan-Thai", "body": "\n\u2190 Back to list\nPasukan Khas Polis Akan Tangani Tonto di Sempadan Kelantan-Thai\nOct 10, 2016\n\nPolis Kelantan akan tubuh pasukan khas bagi tangani isu tonto di sempadan Kelantan-Thailand.Ujar Timbalan Ketua Polis Negara, ia susulan kematian seorang pegawai kanan Kastam akibat keretanya dirempuh kenderaan tonto di Pasir Mas, Jumaat lalu.Setakat ini polis sudah kenal pasti seorang lelaki tempatan berusia 30-an, dipercayai tonto bagi membantu siasatan kes tersebut.Dalam perkembangan berkaitan, Cuepacs minta kerajaan pertimbang mengurniakan gred yang lebih tinggi kepada pegawai Kastam berkenaan yang meninggal dunia semasa menjalankan tugas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72174", "title": "Polis Kuantan siasat laporan budak 6 tahun didera", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Kuantan siasat laporan budak 6 tahun didera\nAug 14, 2017\n\nPolis siasat insiden budak perempuan 6 tahun di Kuantan, dilapor alami pelbagai kecederaan dan kesan kecederaan disyaki akibat didera.Ibu kandung mangsa memaklumkan Harian Metro, dia percaya mangsa didera keluarga angkatnya yang juga saudara dekat mereka.Mangsa hanya menceritakan penderitaan selama 8 bulan bersama mereka, selepas diambil semula oleh ibunya minggu lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80700", "title": "5 urusan utama di JPN boleh dibuat secara online mulai tahun depan. ", "body": "\n\u2190 Back to list\n5 urusan utama di JPN boleh dibuat secara online mulai tahun depan. \nOct 17, 2019\n\nBermula tahun depan orang ramai tidak perlu lagi ke kaunter JPN untuk 5 urusan utama.Ini kerana urusan berkenaan boleh dibuat secara dalam talian antaranya pendaftaran kelahiran dan permohonan MyKad.Pemohon hanya perlu hadir untuk kemuka bukti dokumen-dokumen asal sebelum membuat kutipan.Banjir dijangka melanda Kelantan, Terengganu dan utara Semenanjung bulan depan.Pada Disember, selain Kelantan dan Terengganu, Pahang dan timur Johor juga diramal turut mengalami bencana alam itu.Namun pada Januari nanti, Kelantan dan Terengganu tidak lagi berada dalam senarai - yang terlibat adalah Pahang, Johor dan barat Sarawak.Tahap banjir pula dijangka hampir sama dengan keadaan yang berlaku semasa tahun 2016 dan 2017.Isu tajuk kontroversi Pertandingan Debat Piala Tun Razak serius.Kerajaan pandang serius isu Pertandingan Debat Piala Tun Razak yang melibatkan topik kontroversi yang menyentuh sensitiviti Islam baru-baru ini.Menurut Jabatan Perdana Menteri, walaupun permohonan maaf sudah dibuat tapi kenyataan dan alasan yang diberikan tidak boleh diterima sama sekali.\u00a0Pihaknya juga minta semua pihak yang anjur pertandingan debat supaya lebih peka dan beri tumpuan kepada tajuk yang membina negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81485", "title": "PKP fasa pertama beri petunjuk positif.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKP fasa pertama beri petunjuk positif.\nApr 02, 2020\n\nFoto : Astro AwaniPelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama menunjukkan petanda baik.Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, ini selepas tiada peningkatan kes COVID-19 secara mendadak dilaporkan sepanjang 2 minggu pelaksanaannya.Namun Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, masyarakat perlu patuhi pelaksanaan PKP untuk 2 minggu seterusnya lagi bagi memastikan rantaian jangkitan dapat diputuskan.Pihaknya juga berharap dapat mempertingkatkan strategi membendung penularan COVID-19 terutama di kawasan hotspot yang sudah dikenalpasti menerusi fasa kedua PKP.Foto : KKMSementara itu, KKM lancar Program Pengurangan Risiko Penularan COVID-19 Di Daerah, bagi mengekang penularan wabak tersebut di peringkat komuniti.Tujuan utamanya adalah memperkasakan komuniti dalam mencegah dan mengawal COVID-19 supaya tiada kes dilaporkan di daerah yang bebas jangkitan tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94685", "title": "2 Jenis Sekatan Jalan Raya Semasa PKP", "body": "\n\u2190 Back to list\n2 Jenis Sekatan Jalan Raya Semasa PKP\nFeb 03, 2021\n\n2 Jenis Sekatan Jalan Raya Semasa PKPAda 2 jenis sekatan jalan raya ketika PKP 2.0 ini.Menteri Kanan (Keselamatan) memaklumkan, jenis yang pertama ialah sekatan jalan raya rentas negeri yang memerlukan surat kebenaran.Yang kedua pula menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ialah sekatan jalan raya di kawasan bandar untuk memastikan SOP mencegah COVID-19 dipatuhi.Polis Sabah Tak HalangPolis Sabah tidak halang sebarang aktiviti kebajikan anjuran sukarelawan di negeri itu.Ia termasuklah misi bantuan yang dilakukan aktivis dan pendakwah bebas, Ebit Lew yang menimbulkan kekeliruan.Namun jelas pihaknya, sukarelawan diminta merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu atas faktor keselamatan.Rasuah: Isa Samad BersalahBekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas 9 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM3 juta.Ia berkaitan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak, 7 tahun lalu.Hakim mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.Boleh Kongsi CadanganKerajaan mempelawa orang ramai kongsi pandangan dan maklum balas mengenai proklamasi darurat.Pendapat boleh dikongsikan menerusi akaun Telegram Kementerian Komunikasi dan Multimedia.Ia akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Darurat bagi tujuan menambah baik pelaksanaan darurat memerangi COVID-19.sumber & foto: AWANI, Sinar Harian, Harian Metro, Berita Harian, Kosmo & Internet\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72523", "title": "Budak lelaki 5 tahun mangsa kemalangan di Alor Setar kian pulih", "body": "\n\u2190 Back to list\nBudak lelaki 5 tahun mangsa kemalangan di Alor Setar kian pulih\nSep 02, 2017\n\nBudak lelaki 5 tahun yang parah terbabit kemalangan di Alor Setar berikutan tindakan bapa mangsa himpit kereta dipandu bekas isterinya semakin balik dan melepasi tahap kritikal.Menurut doktor, kanak-kanak itu kini dalam keadaan stabil namun masih berada di bawah sedar disebabkan ubat yang diberikan bagi tujuan rawatan.Difahamkan sebelum kejadian itu, bekas pasangan suami isteri itu dipercayai bergaduh berhubung hak penjagaan anak mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79747", "title": "Projek ECRL bakal jana banyak pekerjaan untuk rakyat Malaysia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nProjek ECRL bakal jana banyak pekerjaan untuk rakyat Malaysia.\nApr 17, 2019\n\nPeningkatan pembabitan Malaysia dalam kerja-kerja awam projek ECRL beri banyak faedah kepada negara.Menurut Kementerian Sumber Manusia, peningkatan kepada 40 peratus berbanding 30 peratus dalam urusan itu buka lebih banyak kepada pekerja dan kontraktor Malaysia.Pertambahan tersebut juga menunjukkan kerajaan serius memastikan kepentingan Malaysia diutamakan.Misi pencarian Acap akan dihentikan buat sementara waktu.Misi mencari dan menyelamat peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak 25 hari lalu akan dihentikan buat sementara.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata ia susulan permintaan penduduk kampung yang mahu menjalankan misi pencarian mereka sendiri.Namun, bomba dan polis sentiasa bersiap sedia memberi sokongan dalam menghadapi sebarang kecemasan semasa operasi pencarian dijalankan.Anggota polis yang benarkan kereta peronda diperiksa orang awam bakal berdepan tindakan tegas!Tindakan tatatertib menanti anggota polis yang membenarkan kereta peronda polis diperiksa oleh orang awam ketika PRK DUN Rantau, Sabtu lalu.Jelas Ketua Polis Negara, keputusan tegas itu diambil kerana sikap tolak ansur berkaitan undang-undang tidak sepatutnya berlaku sekali pun dalam keadaan terdesak.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73034", "title": "Kutipan Tabung Harapan dapat sambutan yang amat baik dalam kalangan rakyat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKutipan Tabung Harapan dapat sambutan yang amat baik dalam kalangan rakyat.\nJul 23, 2018\n\nKutipan Tabung Harapan semakin lebat.Kutipan Tabung Harapan dapat sambutan yang amat baik sejak dilancarkan 2 bulan lalu!Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akui kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia untuk bantu kerajaan.Setakat Jumaat lalu, jumlah kutipan Tabung Harapan sudah mencecah RM 156 juta.Dalam pada itu, Tun M\u00a0umum kerajaan akan mansuh Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau SOSMA.Jelasnya, kerajaan akan berpegang kepada kedaulatan undang-undang yang akan melindungi rakyat.Isu pornografi semakin membimbangkan.Isu pornografi dalam kalangan remaja dilihat semakin membimbangkan!Menurut Timbalan Perdana Menteri, sebuah kajian mendapati lebih 35 peratus daripada golongan tersebut mudah terdedah kepada bahan lucah menerusi media sosial.Kredit foto: The Sun DailyTambah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, langkah saringan perlu dilakukan di laman web atau gajet telekomunikasi bagi memastikan bahan pornografi tidak dapat diakses sama sekali.Lebih 1,600 bayi luar nikah dilahirkan oleh ibu bawah umur setakat Jun tahun ini, disebabkan pendedahan kepada bahan lucah, selain keluarga retak dan faktor lain.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79222", "title": "Pamandu Disyaki Terlibat Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang Serah Diri ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPamandu Disyaki Terlibat Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang Serah Diri \nJan 23, 2019\n\nPemandu kereta yang disyaki terlibat dalam kemalangan sehingga sebuah SUV terhumban ke dalam laut Jambatan Pulau Pinang telah ditahan.Menurut polis, pemandu berusia 21 tahun itu menyerah diri awal pagi tadi.Dia ditahan bagi bantu siasatan dan dijangka dilepaskan selepas diambil keterangan. \u00a0Dalam perkembangan lain,\u00a0ahli keluarga mangsa nahas SUV itu, mohon\u00a0netizen hentikan sebar gambar mendiang bagi menghormati perasaan keluarga.\u00a0Tindakan Tegas Tetap DiambilTimbalan Perdana Menteri akui Pakatan Harapan ada menggunakan aset kerajaan bagi kempen Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands.Namun Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail\u00a0berkata kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang didapati bersalah guna aset kerajaan untuk tujuan lain.Isnin lalu, viral di media sosial kenderaan milik Pejabat Hutan Raub digunakan Timbalan Menteri sebuah Kementerian dengan tujuan berkempen.Anak Kena Tegur, Cikgu Kena LempangDi Melaka, seorang bapa mengaku tidak bersalah atas tuduhan tampar seorang guru jasmani di Krubong, April lalu.Tertuduh didakwa bertindak demikian kerana tidak berpuas hati, anaknya ditegur kerana membeli makanan tidak berkhasiat sebelum perlawanan sukan sekolah.\u00a0Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dua ribu ringgit serta menetapkan 6 Mac depan untuk tarikh sebutan semula kes\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72039", "title": "Melaka terima peruntukan 300 juta ringgit untuk projek pembinaan sistem takungan air.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMelaka terima peruntukan 300 juta ringgit untuk projek pembinaan sistem takungan air.\nFeb 19, 2018\n\nMelaka terima peruntukan 300 juta ringgit untuk projek pembinaan sistem takungan air bagi menangani keperluan bekalan air bersih jangka panjang.Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron berkata projek itu mampu menampung keperluan bekalan air penduduk negeri itu sehingga tahun 2020.Tambah beliau, projek ini dipercayai turut mampu berfungsi sebagai tebatan semasa banjir atau takungan ketika musim kemarau.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80551", "title": "Malaysia sedia bantu Indonesia atasi masalah jerebu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia sedia bantu Indonesia atasi masalah jerebu.\nSep 15, 2019\n\nFoto : Astro AwaniKerajaan sedia beri bantuan kepada Indonesia untuk atasi masalah jerebu.Menteri Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata Malaysia telah pun menyatakan kesediaan untuk hulurkan bantuan namun masih tiada permintaan dibuat oleh republik itu.Dalam pada itu,\u00a0Kementerian Kesihatan\u00a0sarankan kepada orang ramai agar tangguhkan sebarang aktiviti luar jika bacaan IPU melebihi 100 untuk elakkan sebarang risiko kesihatan.Foto : Astro AwaniDalam perkembangan lain, lebih 300 buah sekolah dan semua IPT di Tangkak, Muar dan Pontian, Johor ditutup hari ini ekoran keadaan jerebu yang semakin teruk.Setakat petang semalam, IPU kesemua kawasan itu menunjukkan bacaan sangat tidak sihat iaitu melebihi 200.Sementara itu, satu pusat gerakan dibuka di Tangkak untuk memantau keadaan jerebu di kawasan itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70730", "title": "Kluster baru COVID-19 dikesan di ibu negara", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster baru COVID-19 dikesan di ibu negara\nAug 21, 2020\n\nKluster baru COVID-19 dikesan di ibu negaraFoto - Malay MailSatu lagi kluster baru COVID-19 dikenali sebagai Kluster Maju dikesan berpunca daripada dua pekerja sebuah restoran di Titiwangsa, Kuala Lumpur.Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua mereka yang merupakan kes pertama kluster itu dikesan hasil saringan rawak ke atas pekerja restoran dan kedai makan yang dijalankan di sekitar ibu negara.Sehingga kini, seorang pelanggan restoran itu telah dikesan di mana dia didapati mengalami gejala sakit tekak dan sakit kepala sejak 17 Ogos dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.-----Harga runcit petrol naik, diesel turunFoto - Pandu LajuHarga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen manakala diesel turun dua sen berkuatkuasa tengah malam ini sehingga 28 Ogos depan.Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.71, RON97 (RM2.01) dan diesel (RM1.80).Katanya, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.-----Lelaki Bangladesh kontroversi dihantar pulang malam iniFoto - mStar OnlineLelaki Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang mencetuskan kontroversi dalam satu dokumentari terbitan Al Jazeera, akan dihantar pulang malam ini.Sumber maklumkan Berita Harian, penghantaran balik Md Rayhan ke negara asal dilakukan menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Dalam dokumentari berjudul 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' itu, Md Rayhan mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes COVID-19 membabitkan warga asing.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72121", "title": "PKR pertahan kerusi DUN Sungai Kandis!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKR pertahan kerusi DUN Sungai Kandis!\nAug 05, 2018\n\nPKR berjaya pertahan kerusi DUN Sungai Kandis!Calonnya, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menang pilihan raya 3 penjuru itu dengan majoriti hampir 6 ribu undi.Dalam pada itu, MB Selangor anggap PRK DUN Sungai Kandis boleh dijadikan penanda aras kepada Pakatan Harapan bagi hadapi 2 lagi pilihan raya kecil di Balakong dan Seri Setia.BN pula sifatkan keputusan PRK DUN Sungai Kandis sebagai petanda baik kepada parti itu.Ini kerana ia dapat mengekang calon PKR daripada peroleh majoriti 10 ribu undi seperti yang diwar-warkan sebelum ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71186", "title": "PM Minta Nilai Semula", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM Minta Nilai Semula\nNov 05, 2020\n\nPM Minta Nilai SemulaPerdana Menteri minta Majlis Keselamatan Negara (MKN) menilai semula keperluan memperketatkan lagi aktiviti sosial dan SOP pergerakan rentas daerah dan negeri.Ujar \u00a0Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia susulan penularan COVID-19 yang masih membimbangkan dan tidak boleh dibiarkan berlarutan.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan \u00a0Jabatan Peguam Negara pula diminta kaji aspek perundangan yang membolehkan PRK Parlimen Batu Sapi ditangguh sehingga COVID-19 reda.Menurut Perdana Menteri, pilihan raya itu dilihat sukar dilaksanakan berikutan pandemik berkenaan masih memuncak di Sabah.Semalam 8 lagi pesakit COVID-19 meninggal dunia menjadikan jumlah korban naik kepada 271.Kes baru pula masih 4 digit selepas 1,032 lagi kes dilaporkan.Belanjawan Melindungi RakyatBelanjawan 2021 beri keutamaan kepada melindungi rakyat ketika negara berdepan ketidaktentuan ekonomi dan penularan COVID-19.Justeru menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, belanjawan berkenaan yang akan dibentangkan esok bukanlah bajet pilihan raya seperti didakwa sesetengah pihak.Beliau turut memaklumkan telah berbincang dengan Menteri Kewangan berkenaan permintaan pencarum KWSP untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71664", "title": "Spekulasi pemain import ke-4 JDT terjawab", "body": "\n\u2190 Back to list\nSpekulasi pemain import ke-4 JDT terjawab\nDec 29, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73113", "title": "Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar telah diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar telah diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.\nApr 03, 2018\n\nDewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar, bertujuan mengekang penyebaran berita palsu dan mewujudkan langkah-langkah pencegahan.Ia mendapat sokongan 123 Ahli Parlimen, manakala 64 yang lain menentang.Di bawah RUU itu, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 6 tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70543", "title": "Wujud Jurang Digital Semasa PKP- KPM", "body": "\n\u2190 Back to list\nWujud Jurang Digital Semasa PKP- KPM\nJul 22, 2020\n\nWujud Jurang Digital Semasa PKP- KPMMemang wujud jurang digital dalam kalangan murid luar bandar untuk ikuti pembelajaran dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hampir 37 peratus murid luar bandar tidak miliki peranti untuk tujuan itu.Justeru guru menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan murid di luar bandar tidak ketinggalan.Antaranya serahan bahan pembelajaran kepada murid melalui pos atau pandu lalu di sekolaH.Dalam perkembangan lain, Kementerian Perpaduan Negara rancang letak semula pendidikan rukun negara dalam sistem pendidikan.Ujar menterinya, Datuk Wira Halimah Mohamed Sadique, ia bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan.Tambahnya, cadangan itu juga bersempena sambutan 50 tahun Rukun Negara tahun ini.Petugas Kesihatan Antara Kluster Terbaru COVID-19 Satu lagi kluster COVID-19 dikesan melibatkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak.Ini selepas seorang petugas kesihatan di hospital berkenaan disahkan positif wabak itu.Susulan itu seramai 61 individu disaring menyaksikan 5 daripadanya turut positif COVID-19.Semalam juga 15 kes baru direkodkan keseluruhan menyaksikan bilangan kes aktif naik kepada 130.Sementara itu, wanita pakai gelang pink kuarantin yang viral kerana makan di sebuah restoran di Ipoh kini dirawat di hospital.Menurut Sinar Harian, dia dan anaknya disahkan positif COVID-19 selepas jalani ujian ke-2.Foto: Sinar Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73189", "title": "Seorang pegawai khas akan disediakan di setiap negeri untuk jelaskan tentang SST.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang pegawai khas akan disediakan di setiap negeri untuk jelaskan tentang SST.\nSep 04, 2018\n\nSeorang pegawai khas akan disediakan di setiap negeri untuk beri penjelasan tentang SST kepada orang ramai.Menteri Kewangan berkata pegawai yang merupakan pakar dalam sistem percukaian itu perlu menjawab semua aduan berkaitan SST secara lisan.Sementara itu, makanan laut termasuklah abalon, udang kara dan udang Norway dikecualikan daripada SST sebanyak 10 peratus berkuat kuasa serta-merta.1 daripada 2 rakyat Malaysia alami obesiti, malah lebih 17 peratus orang ramai menghidap diabetes.Kementerian Kesihatan berkata ia berpunca daripada pelbagai faktor termasuk pemakanan dan penggunaan tenaga seharian.Selain itu kira-kira 30 peratus rakyat menghidap hipertensi, dan hampir 48 peratus menghidap kolestrol tinggi.Perdana Menteri akui terkejut dengan pembebasan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada 2 tuduhan rasuah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72051", "title": "Bomba berkata orang ramai lebih gemar rakam gambar daripada hubungi pihaknya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBomba berkata orang ramai lebih gemar rakam gambar daripada hubungi pihaknya.\nMar 05, 2018\n\nJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata orang ramai lebih gemar rakam gambar sesuatu kejadian sebelum menghubungi pihaknya.Ini selepas semakan semula dibuat terhadap masa panggilan yang diterima apabila berlaku sesuatu kejadian.Justeru pihaknya nasihatkan orang ramai untuk menghubungi Jabatan Bomba terlebih dahulu sebelum merakam gambar sesuatu kejadian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=104184", "title": "Kawalan di Plaza Tol dan Sempadan Negeri Diperketatkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKawalan di Plaza Tol dan Sempadan Negeri Diperketatkan.\nApr 22, 2021\n\nPolis memperketatkan lagi kawalan di plaza tol dan setiap jalan masuk sempadan negeri.\nIa bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 yang melebihi 2,000 kes sejak seminggu lalu.\n\nPolis juga mengulangi peringatan bahawa rentas negeri bagi tujuan pekerjaan, perubatan dan pendidikan hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis.\nBagi tujuan kecemasan dan kematian pula, kebenaran diberi jika ia melibatkan ahli keluarga terdekat.\n\u00a0\n3 lagi jajahan di Kelantan dikenakan PKP iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.\nIa bermula hari ini dan tamat serentak dengan 7 jajahan yang lebih awal dikenakan PKP iaitu pada 29 April.\n\nSemalam Kelantan mencatatkan 370 kes baru COVID-19.\n\u00a0\nSekolah-sekolah di Pahang yang mencetuskan kluster COVID-19 akan dikompaun.\nMenurut Ketua Polis Pahang, kompaun akan dikeluarkan jika ia terbukti berpunca daripada pengabaian SOP.\n\nNamun jelas beliau, ia adalah tindakan terakhir selepas pelbagai langkah dilakukan tidak dipatuhi sekolah terbabit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80419", "title": "Kementerian Belia dan Sukan bakal lancar aplikasi untuk gaya hidup sihat!", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Belia dan Sukan bakal lancar aplikasi untuk gaya hidup sihat!\nAug 18, 2019\n\nKementerian Belia dan Sukan bakal lancar satu aplikasi untuk tarik lebih ramai masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat!Timbalan Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata jika seseorang itu bersenam, mereka akan dapat mata ganjaran untuk ditukarkan kepada rebat bil elektrik atau diskaun barangan.Aplikasi itu dijangka dilancarkan selewat-lewatnya awal tahun depan.Penjual vape kepada remaja bawah umur berdepan tindakan tegas!Tindakan tegas menanti mana-mana individu yang didapati jual rokok elektronik atau vape kepada remaja bawah umur 18 tahun.Kementerian Kesihatan berkata pihaknya pandang serius isu itu kerana dikhuatiri akan timbulkan gejala sosial yang besar pada masa akan datang.Terdahulu, KKM dilapor bakal memperkenalkan undang-undang baru iaitu Akta Tembakau bagi kawal selia penggunaan tembakau, vape, rokok elektronik dan \u00a0sisha.Gambar viral, 'Mowgli Malaysia' akan dipamerkan di sebuah galeri di Rome, Itali.Gambar remaja, Mohd Syukor Khamis bersama kerbau peliharaannya yang viral sebelum ini sekali lagi cipta pencapaian yang membanggakan.Ini selepas fotonya yang digelar Mowgli Malaysia itu terpilih untuk dipamerkan di galeri di Rome, Itali serta beberapa negara Eropah tidak lama lagi.Perkara itu dikongsi oleh jurugambar foto itu di Facebooknya semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72067", "title": "Pendahulu Liga Premier, Felda United terima kekalahan pertama musim ini selepas tunduk 0-3 kepada MISC MIFA.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPendahulu Liga Premier, Felda United terima kekalahan pertama musim ini selepas tunduk 0-3 kepada MISC MIFA.\nMay 13, 2018\n\nPendahulu Liga Premier, Felda United terima kekalahan pertama musim ini selepas tunduk 0-3 kepada MISC MIFA di laman sendiri.Skuad kendalian B. Sathianathan itu melepaskan 3 gol dalam masa 56 minit, sebelum terpaksa menamatkan aksi dengan 10 pemain selepas Wan Amirul Afiq Wan Abd Rahman dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain lawan.Dalam satu lagi aksi, UKM FC dan UiTM FC berkongsi satu mata selepas seri tanpa jaringan di Selayang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79820", "title": "Status agama pada MyKad dikekalkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nStatus agama pada MyKad dikekalkan.\nApr 29, 2019\n\nTiada perubahan pada butiran MyKad setakat iniStatus latar belakang individu seperti agama yang terkandung dalam MyKad ketika ini terus dikekalkan.Menurut Kementerian Dalam Negeri, ini kerana kerajaan belum buat sebarang kajian mengenai perkara itu terutama kesan perubahan dokumen itu jika ia dilakukan.Ia susulan cadangan seorang senator DAP supaya paparan status agama digugurkan daripada MyKad kerana ia antara punca perpaduan terhalang.Namun cadangan itu diselar pihak lain yang anggap ia tak tidak bertanggungjawab dan tidak peka terhadap hak dan Perlembagaan yang sudah termaktub sekian lama.---Bina rumah menghadap sungai sebagai langkah elak pencemaran sungaiKerajaan digesa mewajibkan pembinaan bangunan dan perumahan baru menghadap sungai!Jelas Jabatan Alam Sekitar kepada Berita Harian, ini kerana langkah itu dapat memastikan sungai yang juga sumber air bersih tanpa pencemaran.Menurut jabatan itu lagi, Pihak Berkuasa Tempatan khasnya wajar guna cara itu yang sudah lama dipraktikkan negara-negara maju untuk menjaga sungai mereka.Ini kerana apabila bangunan menghadap sungai, ia akan beri kesan psikologi kepada penghuninya untuk miliki sikap menghargai sungai.---UiTM belum cadang buka pintu kepada bukan BumiputeraUiTM tidak\u00a0bercadang buka pintu kepada bukan Bumiputera.Lembaga Pengarah UiTM memaklumkan demikian ekoran ada pihak saran Universiti Awam itu turut dibuka kepada bukan Bumiputera agar penuntutnya lebih berdaya saing.Sebaliknya, UiTM sedang berusaha meningkatkan keupayaan persaingan selaras dengan kepesatan industri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72996", "title": "Golongan wanita lebih cenderung untuk hidapi masalah kesihatan mental berbanding lelaki", "body": "\n\u2190 Back to list\nGolongan wanita lebih cenderung untuk hidapi masalah kesihatan mental berbanding lelaki\nDec 27, 2017\n\nJabatan Kesihatan Negeri Kelantan maklumkan golongan wanita lebih cenderung untuk hidapi masalah kesihatan mental berbanding lelaki.Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, kebanyakan wanita suka memendam perasaan dan mempunyai kehidupan sosial yang lebih terbatas kerana sibuk dengan urusan rumah.Tambahnya, berkongsi masalah dengan orang yang terdekat mampu mengurangkan tekanan sekaligus mengurangkan risiko masalah kesihatan mental.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72444", "title": "Warga Asing Terlibat Sindiket Klon Kereta Mewah", "body": "\n\u2190 Back to list\nWarga Asing Terlibat Sindiket Klon Kereta Mewah\nMay 16, 2017\n\nJPJ mengesan pembabitan warga asing dalam sindiket klon kenderaan mewah di negara ini.Menurutnya, kebanyakan yang terlibat adalah warga Timur Tengah yang turut menyasarkan pembeli daripada negara-begara terbabit yang menetap di negara ini.Kenderaan klon mewah dijual pada harga jauh lebih murah daripada harga pasaran, dan ada antaranya serendah RM20,000.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80011", "title": "DBKL Setuju Peniaga Trak Makanan Berniaga Di Dataran Merdeka ", "body": "\n\u2190 Back to list\nDBKL Setuju Peniaga Trak Makanan Berniaga Di Dataran Merdeka \nMay 30, 2019\n\nDBKL bersetuju benarkan peniaga trak makanan, menjalankan perniagan di Jalan Raja bermula esok sehingga Selasa depan.Ini selepas pihaknya adakan perbincangan dan peniaga bersetuju bayaran deposit sebanyak RM3,000.Peniaga juga perlu patuh dengan syarat yang ditetapkan seperti menjaga kebersihan dan tidak membuang minyak masak secara suka hati.\u00a0Pulau Pinang Catat Pesakit Kanser Payudara Paling Tinggi\u00a0Pulau Pinang catat kadar kes kanser payudara tertinggi dalam kalangan wanita di Malaysia.Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kira-kira 50 kes direkodkan bagi setiap 100 ribu wanita di Pulau Pinang.KL dan Putrajaya di tempat kedua dengan 42 kes bagi 100 ribu wanita.\u00a0MPAG Akui Silap Isu Kad Raya & Sampul Raya\u00a0Majlis Perbandaran Alor Gajah akui terdapat kesilapan dalam cetakan sampul dan kad raya miliknya.Namun selepas menyedari kesilapan terbabit, pihaknya telahpun menolak cetakan tersebut dan tidak mengedarkannya.Ia berkata demikian selepas cetakan sampul raya MPAG yang mempunyai imej khinzir, tular di laman sosial.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=106240", "title": "Situasi COVID-19 Di Lembah Klang Membimbangkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSituasi COVID-19 Di Lembah Klang Membimbangkan.\nMay 20, 2021\n\nSituasi Covid-19 di Lembah Klang berada pada yang tahap membimbangkan.\nKetua Pengarah Kesihatan berkata jumlah kemasukan pesakit ke ICU di Putrajaya, KL dan Selangor meningkat kepada 94 peratus berbanding 2 minggu lepas.\n\nJusteru, beliau gesa orang ramai sentiasa patuh SOP dan kekal berada di rumah jika tiada urusan penting di luar.\nDalam pada itu, Kementerian Kesihatan melalui laman sosialnya berkongsi tips sekatan pergerakan kendiri atau 'self lockdown' dalam mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.\nAntaranya keluar membeli barangan keperluan seminggu sekali, solat berjemaah 5 waktu bersama ahli keluarga dan tidak menerima sebarang kunjungan tetamu.\nSelangor terbuka untuk laksanakan PKP penuh.\nKerajaan Selangor tiada halangan jika kerajaan Persekutuan mahu melaksanakan PKP penuh di negeri itu.\nJelas Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, hanya MKN yang mempunyai kuasa berkenaan keputusan pelaksanaannya.\n\nBagaimanapun ujar beliau, ia perlu dilakukan secara holistik dengan mengambil kira aspek seperti kesihatan mental dan kehilangan pendapatan.\n\u00a0\nKertas siasatan berkaitan pelanggaran SOP Aidilfitri oleh Neelofa dan ahli keluarganya sudah lengkap.\nKetua Polis Kuala Lumpur berkata ia akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.\n\nDalam pada itu, Neelofa dan suaminya, Haris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban\u00a0atas tuduhan gagal patuhi SOP PKPB\u00a0berkaitan kes viral kunjungan mereka ke kedai karpet di Nilai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71807", "title": "Kenaikan tambang bus sekolah belum tetap", "body": "\n\u2190 Back to list\nKenaikan tambang bus sekolah belum tetap\nDec 30, 2015\n\nPersekutuan Pengusaha Persatuan Bas Sekolah Malaysia berkata kenaikan tambang bas sekolah masih BELUM diputuskan.Katanya sebarang perbincangan perubahan kadar tambang akan dibuat antara pengusaha dan ibu bapa.Ia mengulas laporan sebuah akhbar berhubung kemungkinan kenaikan kadar akan berlaku tahun depan.Persekutuan itu mengakui, kos operasi pengusaha meningkat berikutan peningkatan harga alat ganti, sejak GST dilaksanakan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80613", "title": "Pembayaran rayuan BSHR 2019 Isnin ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nPembayaran rayuan BSHR 2019 Isnin ini\nSep 28, 2019\n\nPembayaran rayuan BSHR 2019 Isnin iniFoto - bhs.hasil.gov.myPembayaran rayuan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 akan dilaksanakan mulai Isnin ini babittkan hampir 220,000 penerima dengan anggaran peruntukan RM120 juta.Menurut Kementerian Kewangan, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BSHR 2019Sehingga kini sejumlah RM4.2 bilion telah disalurkan bagi keseluruhan fasa bayaran BSHR 2019, termasuk rayuan kepada hampir 3.9 juta isi rumah yang diluluskan.-----Tun M bidas Israel di pentas PBBFoto - UtusanMalaysia terima negara Israel sebagai ketentuan yang harus diterima tetapi tidak kepada tindakan terang-terangan Zionis yang merampas bumi Palestine.Berucap pada Perhimpunan Agung PBB di New York, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, disebabkan\u00a0tindakan Israel itu, kini terdapat sikap\u00a0prasangka terhadap\u00a0agama Islam dan umat Islam.Oleh itu, Tun M mahu kuasa veto diubah suai bagi elak disalah guna, selain menggesa PBB kembali kepada tujuan asal penubuhannya.-----Penggabungan UMT-Unisza tidak akibatkan kehilangan pekerjaanFoto - Free Malaysia TodayKementerian Pendidikan berkata tiada sesiapan akan diberhentikan termasuk kakitangan kontrak jika penggabungan UMT dan UniSZA, dilaksanakan.Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, perkara itu telahpun ditegaskan kerajaan dan kebajikan petugas dan pelajar sentiasa jadi keutamaan dalam setiap keputusan yang dibuat.Tambahnya, proses penggabungan dua IPT itu akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun dapat bantahan kecuali terdapat keputusan lain.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78931", "title": "Pelajar U antara paling ramai jadi alat sindiket penipuan komersil di Selangor", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelajar U antara paling ramai jadi alat sindiket penipuan komersil di Selangor\nNov 25, 2018\n\nPolis Selangor dedah pelajar universiti antara paling ramai jadi alat sindiket penipuan komersil di negeri itu.Ia ekoran tindakan mereka membenarkan nama digunakan untuk buka akaun bank bagi tujuan penipuan seperti 'Macau Scam' gara-gara mahu wang cara mudah dan cepat.Kebiasannya penuntut universiti yang terlibat diberi RM2,500 apabila membenarkan nama mereka digunakan untuk tujuan itu.-Polis akan panggil penganjur Himpunan Tuntut Janji PTPTN yang diadakan di ibu kota semalam untuk beri keterangan.Ujar polis, ia disebabkan himpunan yang disertai mahasiswa itu telah melakukan kesalahan mengikut Akta Perhimpunan Aman.Terdahulu, PTPTN mohon maaf kerana tidak mampu tunai janji Pakatan Harapan\u00a0berkenaan penangguhan bayaran balik bagi peminjam bergaji bawah RM4,000.-Seorang pramugara warga Malaysia dihukum penjara setahun selepas didapati bersalah jadi keldai wang hasil aktiviti haram.Dia dilapor seludup wang tunai lebih RM800,000\u00a0hasil aktiviti haram dalam penerbangan di UK.-Seorang pengasuh sebuah taska di Kajang, Selangor ditahan berkaitan kes dera.Ia bagi bantu siasatan kes 2 bayi cedera dipercayai didera ketika dalam jagaan taska berkenaan yang kejadiannya dilapor turut dirakam CCTV premis tersebut.-Izzue Islam akhirnya berdamai dengan Forteen selepas mereka dipertemukan dalam satu majlis semalam.Namun Izzue memaklumkan, dia tetap dengan pendiriannya untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.\u00a0Dia dan 3 rakannya dalam Forteen turut minta peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72400", "title": "SOP khas kendali kes kesalahan seksual kanak-kanak dimuktamad bulan depan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSOP khas kendali kes kesalahan seksual kanak-kanak dimuktamad bulan depan\nSep 30, 2017\n\nEmpat garis panduan khas untuk mengendalikan kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dijangka dimuktamadkan, 30 Oktober depan.JPM berkata SOP itu akan menepati kehendak dan keperluan saksi kanak-kanak serta selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.JPM juga berpandangan Akta Keterangan Kanak-Kanak 2007 perlu dikaji semula dan dipinda memandangkan banyak kecanggihan teknologi telah wujud pada hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73398", "title": "Pelajar Tingkatan 5 dicadang wajib daftar mengundi", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelajar Tingkatan 5 dicadang wajib daftar mengundi\nFeb 03, 2018\n\nMajlis Profesor Negara cadangkan peraturan mewajibkan pelajar Tingkatan 5 mendaftar sebagai pengundi.Katanya kepada Berita Harian, ia bagi mengatasi isu kegagalan golongan belia berusia 21 hingga 39 tahun mendaftar sebagai pemilih.Prapendaftaran sebagai pemilih itu dijangka membolehkan lebih 90 peratus belia mendaftar sebagai pengundi baharu dengan SPR.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72168", "title": "Disiplin Pelajar : Jabatan Penjara sedia bantu", "body": "\n\u2190 Back to list\nDisiplin Pelajar : Jabatan Penjara sedia bantu\nAug 28, 2017\n\nJabatan Penjara sedia bantu Kementerian Pendidikan berhubung isu pelajar bermasalah disiplin.Pihaknya boleh sediakan modul kaunseling yang diambil dari UK untuk dedahkan pelajar bermasalah mengenai kesan terbabit dalam jenayah dan dadah.Katanya ini sekali gus dapat beri kesedaran kepada pelajar mengelak dan mencegah mereka daripada terbabit dalam kesalahan berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79359", "title": "Fenomena langit terang benderang tanpa awan dijangka berulang", "body": "\n\u2190 Back to list\nFenomena langit terang benderang tanpa awan dijangka berulang\nFeb 14, 2019\n\nFoto - Pengguna Twitter @ArepetMYFenomena langit terang benderang tanpa awan di Lembah Klang baru-baru ini dijangka berulang lagi kerana negara kini sedang mengalami fasa akhir monsun Timur Laut.Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorogi Malaysia, Dr Hisham Anip berkata, ia bukanlah fenomena luar biasa kerana sering berlaku di negeri-negeri utara Semenanjung.Foto - UtusanKatanya, apabila memasuki fasa akhir Monsun Timur Laut ini, keadaan cuaca lebih kepada kurang hujan disebabkan oleh pergerakan udara yang kering memasuki ke negara ini.Situasi ini bagaimanapun katanya tidak menjurus ke arah kemarau kerana ianya hanya berlaku dalam tempoh tidak sampai sebulan sebelum peralihan monsun berlaku.Foto - Pengguna Twitter @CaptXeeJabatan Meteorologi Malaysia turut menjangkakan kenaikan suhu sehingga 36 darjah Celsius sewaktu penghujung musim Timur Laut ketika ini disebabkan kurangnya awan dan hujan seperti beberapa hari lalu.Menurutnya, kebiasaannya kemuncak suhu tinggi ini berlaku sekitar Arpil iaitu berlanjutan dari Februari namun akan mula kembali normal apabila memasuki bulan Mei nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71929", "title": "Polis siasat dari semua sudut berhubung kes bendera Indonesia dicetak terbalik.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis siasat dari semua sudut berhubung kes bendera Indonesia dicetak terbalik.\nAug 21, 2017\n\nPolis siasat dari semua sudut termasuk unsur sabotaj berhubung kes bendera Indonesia dicetak terbalik dalam buku cenderahati upacara pembukaan Sukan SEA KL.Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan, pihaknya telah menerima beberapa laporan berhubung kes tersebut.Semalam, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah pun menyampaikan permohonan maaf bagi pihak Malaysia kepada Indonesia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73030", "title": "Hari ini merupakan hari ketiga Dewan Rakyat bersidang dan sesi soal jawab telah bermula.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHari ini merupakan hari ketiga Dewan Rakyat bersidang dan sesi soal jawab telah bermula.\nJul 18, 2018\n\nHari ketiga persidangan Dewan Rakyat sudah kecoh dengan pelbagai usul, persoalan dan pandangan yang diutarakan.Antara yang mencuri tumpuan ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah memberitahu dewan bahawa skim caruman KWSP untuk isteri tetap akan dilaksana dalam tempoh 100 hari.\u00a0Selain itu, Syed Saddiq berkata pembangunan pengangkutan awam di luar bandar terutamanya di pantai Timur akan diberi perhatian lebih oleh kerajaan.\u00a0Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa turut beri kata-kata semangat kepada Menteri Belia dan Sukan itu sempena kali pertama bersidang dalam Dewan Rakyat.Dalam pada itu, Presiden UMNO serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut meminta seminit bertafakur untuk memperingati mangsa MH17, sempena ulang tahun ke-4 tragedi itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73047", "title": "SPR optimis peratusan keluar mengundi pada PRU14 nanti mampu cecah 85 peratus.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPR optimis peratusan keluar mengundi pada PRU14 nanti mampu cecah 85 peratus.\nMay 02, 2018\n\nSPR lancar kempen MyUndi atas beberapa sebab, bukan hanya untuk menarik orang ramai keluar mengundi.Suruhanjaya itu memaklumkan Berita Harian, kempen itu juga bertujuan menangkis kempen nakal yang mengajak orang ramai agar tidak mengundi dan merosakkan undi!Pihaknya turut optimis, peratusan keluar mengundi pada PRU14 nanti mampu mencecah 85 peratus.Justeru, SPR sekali lagi menyeru rakyat menunaikan tanggungjawab keluar mengundi pada 9 Mei ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78968", "title": "Operasi SAR di sebuah pusat beli-belah di Kuching, Sarawak dihentikan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nOperasi SAR di sebuah pusat beli-belah di Kuching, Sarawak dihentikan.\nDec 05, 2018\n\nFoto - Astro AwaniOperasi mencari dan menyelamat mangsa letupan gas di sebuah pusat beli belah di Kuching, Sarawak ditamatkan malam tadi.Dalam kejadian petang semalam, 3 maut, manakala kira-kira 30 yang lain cedera apabila gas salah sebuah premis pusat beli belah itu meletup.Polis telah kenalpasti identiti ketiga-tiga mangsa yang maut dengan 2 berasal dari Sarawak, manakala seorang lagi dari Pulau Pinang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79691", "title": "Tengku Mahkota Kelantan Nikah 19 April Ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nTengku Mahkota Kelantan Nikah 19 April Ini\nApr 06, 2019\n\nTengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra akan melangsungkan perkahwinan dengan warga Sweden, Cik Sofie Louise Johansson 19 April ini.Menurut Ketua Istiadat Pejabat Istana Kelantan, istiadat perkahwinan akan diadakan secara tertutup dan sederhana dengan dihadiri ahli keluarga, kaum kerabat dan sahabat.Majlis akad nikah akan diadakan pada hari sama selepas solat Isyak sebelum disusuli dengan istiadat perkahwinan.\u00a0Kertas Siasatan Akan Dibuka Semula?Kerajaan akan buka semula kertas siasatan berhubung kehilangan Pastor Raymond dan aktivis sosial, Amri Che Mat.Bagaimanapun Perdana Menteri berkata siasatan itu hanya akan dijalankan selepas pertukaran Ketua Polis Negara, nanti.Ini selepas, SUHAKAM mendedahkan kehilangan kedua-dua individu itu bukan kes hilang secara sukarela tetapi secara paksaan.\u00a0Tiada Keputusan Muktamad Iktiraf UECKerajaan masih belum ada keputusan sama ada mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu UEC atau sebaliknya!Perdana Menteri berkata mesyuarat jemaah menteri semalam tidak membincangkan mengenai status sijil itu.Terdahulu, Peguam Negara Tommy Thomas memaklumkan Sijil Amalan Guaman akan menerima pakai kelayakan UEC, namun mendapat tentangan pelbagai pihak.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72665", "title": "6 Maut, Hospital Sultanah Aminah di JB Terbakar", "body": "\n\u2190 Back to list\n6 Maut, Hospital Sultanah Aminah di JB Terbakar\nOct 25, 2016\n\n6 dilaporkan maut, seorang lagi yang terperangkap selamat dalam kebakaran di tingkat dua, ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.\u00a0Ia berdasarkan kemaskini twitter Jabatan Bomba dan Penyelamat mengenai insiden kira-kira jam 9 pagi itu.Ketua Pengarah Kesihatan berkata punca kebakaran belum dipastikan setakat ini.*Sumber foto : Netizen\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73096", "title": "Rancang jadual dan masa untuk turun mengundi pada PRU 14, 9 Mei nanti.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRancang jadual dan masa untuk turun mengundi pada PRU 14, 9 Mei nanti.\nApr 11, 2018\n\nRancang jadual dan masa untuk turun mengundi pada PRU 14, 9 Mei nanti!Itu saranan Perdana Menteri kepada orang ramai kerana mengundi adalah hak dan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap rakyat Malaysia.Jelas SPR, hari Rabu dipilih kerana tidak mahu ganggu aktiviti keagamaan pada hujung minggu bagi segelintir penganut.Pelbagai hashtag mula trending sejak petang semalam antaranya Pulang Mengundi and #Carpool GE14 untuk menggalakkan lebih ramai pengundi pulang mengundi nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72954", "title": "4 pelajar sekolah berasrama penuh di Perak dibuang sekolah", "body": "\n\u2190 Back to list\n4 pelajar sekolah berasrama penuh di Perak dibuang sekolah\nNov 17, 2017\n\nEmpat pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Sri Iskandar, Perak dibuang sekolah kerana terbabit kes buli.Menurut AWANI, 7 lagi pelajar yang dipercayai turut terlibat dalam kes itu akan digantung antara seminggu dan dua minggu.Dalam kejadian awal bulan ini, mangsa, seorang pelajar tingkatan 3 dipukul sehingga sukar membuang air kecil.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79058", "title": "Syed Saddiq Sedia Diambil Tindakan ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSyed Saddiq Sedia Diambil Tindakan \nDec 23, 2018\n\nSaya sedia dikenakan tindakan.Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beri kenyataan tegas itu ekoran pendirian beliau desak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy letak jawatan.Ahli Jawatakuasa Eksekutif Pusat DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri 2, Pulau Pinang, Dr P Ramasamy dakwa pendirian itu pertikai kebijaksanaan PM.Namun Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Armada BERSATU itu tegaskan, beliau masuk politik bukan untuk jadi pak turut dan mendiamkan isu dibangkitkan rakyat.Kerajaan Kelantan Tarik Balik Saman Royalti Minyak\u00a0Kerajaan Kelantan telah arah peguamnya tarik balik saman isu royalti minyak terhadap kerajaan pusat dan Petronas kira-kira 2 bulan lalu.Namun pihaknya tidak pasti adakah peguam mereka sudah memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada kerajaan.Sebelum ini kerajaan PH memaklumkan, isu bayaran royalti minyak kepada negeri itu belum dimuktamad kerana masih tunggu pengesahan penarikan balik saman tersebut.Budak-Budak Sekolah Dapat Bantuan RM100\u00a0Kerajaan beri bantuan 100 ringgit kepada setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 daripada keluarga berpendapatan bawah 3 ribu ringgit sebulan.Menurut Kementerian Kewangan, bantuan itu bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang tanggung ibu bapa atau penjaga.Wang berkenaan akan mula diagih menerusi pihak sekolah bulan depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=100636", "title": "Arab Saudi Setuju Tambah Kuota Jemaah Haji Malaysia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nArab Saudi Setuju Tambah Kuota Jemaah Haji Malaysia.\nMar 10, 2021\n\nMalaysia bakal terima tambahan 10,000 kuota rasmi haji apabila situasi haji kembali normal selepas pandemik COVID-19 reda nanti.\n\nBerita baik itu disampaikan oleh Perdana Menteri selepas perjumpaan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi.\nJelas Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika ini kuota rasmi haji bagi jemaah Malaysia adalah 31,600.\nPertemuan itu merupakan kemuncak lawatan rasmi 4 hari Tan Sri Muhyiddin ke Arab Saudi yang berlangsung mengikut SOP kesihatan dan keselamatan yang ketat.\n\u00a0\nAda kesilapan dalam senarai penerima vaksin fasa satu.\nPenyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengakui ada kesilapan dalam senarai penerima vaksin fasa satu.\nJelas Khairy Jamaluddin, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara tidak sengaja menyenaraikan nama individu bukan petugas barisan hadapan sebagai penerima vaksin COVID-19.\n\nSehubungan itu, PPV sedang mengenal pasti individu berkenaan bagi mengeluarkan mereka daripada senarai penerima vaksin fasa satu.\nSetakat ini lebih 4.7 juta orang sudah mendaftar untuk menerima vaksin tersebut dan hampir 200,000 sudah mendapat suntikan.\n\u00a0\nJangan merayau setelah hantar anak pulang ke asrama.\nTindakan boleh dikenakan terhadap ibu bapa yang didapati merayau selepas menghantar anak ke sekolah asrama di daerah atau negeri lain.\nMenteri Kanan Keselamatan berkata polis akan kenal pasti kesalahan itu daripada tarikh surat kemasukan anak mereka ke asrama.\n\nKerajaan membenarkan ibu bapa hantar anak mereka pulang ke asrama dengan hanya kemukakan surat daripada pihak sekolah ketika melalui sekatan jalan raya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70734", "title": "MMA Minta PKPP Dilanjutkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nMMA Minta PKPP Dilanjutkan\nAug 23, 2020\n\nMMA Minta PKPP DilanjutkanPersatuan Perubatan Malaysia (MMA) gesa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bakal tamat 31 Ogos ini dilanjutkan.Jelas MMA, ia perlu dikuat kuasakan untuk tempoh lebih lama kerana belum ada petanda jelas negara akan bebas daripada pandemik itu dalam masa terdekat.Ia juga susulan kemunculan kluster-kluster baru dan kes-kes ketidakpatuhan SOP.Malah katanya kepada The Star, perlu ada penguat kuasaan lebih ketat sebab semakin ramai tidak ambil serius SOP yang ditetapkan.Harga Siling Pelitup Muka Ikut JenisKerajaan sedang kaji untuk menetapkan harga siling berbeza bagi pelitup muka mengikut jenis.Ia bagi membolehkan rakyat menikmati harga lebih murah bagi pelitup muka jenis biasa berbanding pelitup muka perubatan yang kini dikawal harganya.Orang ramai juga mungkin dapat beli pelitup muka 3 lapisan dengan harga lebih murah.Perkara itu kini dalam peringkat akhir perbincangan dan harga siling baru mungkin bermula bulan depan.WHO Keluar Garis Panduan BaruPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan garis panduan baru pemakaian pelitup muka bagi bendung penularan COVID-19.Badan dunia itu mencadangkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas perlu pakai pelitup muka dalam konteks yang sama dengan orang dewasa.Manakala bagi kanak-kanak bawah usia 5 tahun disaran tidak memakainya atas faktor keselamatan dan kebaikan mereka secara keseluruhan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72185", "title": "Prasarana setuju pasang wifi percuma", "body": "\n\u2190 Back to list\nPrasarana setuju pasang wifi percuma\nJul 19, 2017\n\nPrasarana setuju pasang WiFi percuma dalam tren dan semua 31 stesen MRT laluan Sungai Buloh-Kajang.Pihaknya juga setuju menambah kekerapan tren laluan berkenaan hasil maklum balas pengguna pengangkutan awam itu.Sementara itu, kira-kira 100 ribu orang menggunakan perkhidmatan MRT fasa 2 laluan Sungai Buloh-Kajang pada hari pertama ia beroperasi kelmarin.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=116172", "title": "Gelembung Pelancongan Langkawi: Hanya 1 Kes Positif COVID-19 Semalam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nGelembung Pelancongan Langkawi: Hanya 1 Kes Positif COVID-19 Semalam.\nSep 19, 2021\n\n\nGelembung Pelancongan Langkawi: Hanya 1 Kes Positif COVID-19 Semalam\nHampir 8,500 pelancong direkodkan masuk ke Langkawi sejak projek rintis Gelembung Pelancongan domestik di pulau itu bermula.\nBagaimanapun 15 orang dilarang memasuki pulau itu apabila 10 daripadanya dikesan positif COVID-19 manakala 5 lagi merupakan kontak rapat.\nSemalam sahaja, lebih 2,500 pelancong menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum memasuki Langkawi dan hanya seorang disahkan positif virus itu.\u00a0\n\nMurid Tak Divaksin Mungkin Tak Dapat Hadir Persekolahan Bersemuka\nMurid sekolah yang tidak dapat kebenaran ibu bapa untuk menerima vaksin COVID-19 mungkin tidak dapat menjalani sesi persekolahan 2022 secara bersemuka.\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan Berita Harian, itu antara perkara yang sedang diteliti pihaknya dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).\nVaksinasi COVID-19 untuk golongan remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun di seluruh negara akan bermula esok selepas projek rintisnya di Sarawak bermula awal bulan ini.\n\nProgram Suntikan Vaksin COVID-19 Untuk Orang Asli Dijangka Selesai Sebelum November\nKerajaan jangka program suntikan vaksin COVID-19 untuk masyarakat orang Asli di seluruh negara diselesaikan sebelum November.\nBagaimanapun, ia boleh dipercepatkan ke bulan depan jika Kementerian Pembangunan Luar Bandar dapat bekalan vaksin jenis tunggal, CanSino sebagaimana dimohon.\nSementara itu, lebih 78 peratus individu dewasa di negara ini sudah lengkap divaksin.\r\nMenurut portal CovidNow, ia dijangka mencapai 80 peratus pada 21 September iaitu Selasa nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71902", "title": "Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak tidak akan tarik balik pewartaan kawalan penyakit rabies di Kuala Sepetang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Perkhidmatan Veterinar Perak tidak akan tarik balik pewartaan kawalan penyakit rabies di Kuala Sepetang.\nAug 04, 2017\n\nJabatan Perkhidmatan Veterinar Perak tidak akan tarik balik pewartaan kawalan penyakit rabies di Kuala Sepetang dalam masa terdekat.Ini kerana proses penarikan balik warta mengenai kawalan hanya akan dilaksanakan jika didapati tiada sebarang kes tempatan dikesan.Julai lalu, Kuala Sepetang dikenalpasti sebagai ancaman Rabies selepas seekor anjing peliharaan mati, 8 hari selepas menggigit seorang kanak-kanak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72213", "title": "Ekuinoks : Kerajaan nafi gelombang haba", "body": "\n\u2190 Back to list\nEkuinoks : Kerajaan nafi gelombang haba\nMar 17, 2017\n\nMesej viral mendakwa Fenomena Ekuinoks pada 20 Mac nanti akan menyebabkan gelombang haba adalah tidak benar.Jelas Jabatan Meteorologi, kenaikan suhu memang dijangka berlaku pada waktu itu namun tidaklah sampai kepada tahap gelombang haba.Fenomena Ekuinoks berlaku 2 kali setahun iaitu pada Mac dan September apabila matahari melintasi garisan khatulistiwa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72482", "title": "3 Anggota Polis Cedera Diserang", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 Anggota Polis Cedera Diserang\nApr 02, 2017\n\n3 anggota polis cedera diserang geng kongsi gelap dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Bangsar, Kuala Lumpur.Ketika kejadian anggota polis berkenaan sedang menjalankan tugas risikan di kawasan tersebut.Mangsa yang turut mengalami kecederaan di kepala dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80291", "title": "Logo baru kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 tidak akan ditukar!", "body": "\n\u2190 Back to list\nLogo baru kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 tidak akan ditukar!\nJul 24, 2019\n\nLogo baru kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 tidak akan ditukar!Itu kata Menteri Pelancongan, Datuk Mohammadin Ketapi walaupun reka bentuknya mendapat kritikan.Jelas beliau, logo yang dipilih itu dihasilkan pemegang ijazah rekaan grafik kelas pertama, jadi tidak timbul isu ia diciplak.Terdahulu, netizen mengkritik rekaan logo tersebut selain penggunaan bahasa Inggeris yang salah, namun ia dinafikan menteri.UMNO dan PAS bersetuju\u00a0untuk tidak melawan satu sama lain dalam PRU15 nanti!Kedua-dua parti pembangkang itu telah capai persetujuan tersebut baru-baru ini yang akan membuka jalan kepada pertandingan satu lawan satu dengan Pakatan Harapan.Setiausaha Agung UMNO memaklumkan The Star, piagam kerjasama itu dijangka dilancar dan ditandatangani September ini.Buat permulaan piagam itu akan hanya melibatkan UMNO dan PAS, sebelum ia diperluaskan kepada sekutu lain nanti.Tindakan tegas menanti penjual dan pengedar gula-gula Ghost Smoke mengandungi nikotin!Menurut Kementerian Kesihatan, penjualan nikotin tanpa lesen di pasaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.Kementerian juga sudah memulakan kajian untuk kenal pasti kesan Ghost Smoke kepada kesihatan kanak-kanak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72656", "title": "Sultan Kelantan Dipilih YDPA Ke-15 ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSultan Kelantan Dipilih YDPA Ke-15 \nOct 14, 2016\n\nSultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 mulai 13 Disember ini untuk tempoh 5 tahun.Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pula dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73304", "title": "Jabatan Meteorologi nafi khabar angin cuaca panas ketika ini akan melebihi suhu 40 darjah celsius", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Meteorologi nafi khabar angin cuaca panas ketika ini akan melebihi suhu 40 darjah celsius\nOct 24, 2017\n\nJabatan Meteorologi menafikan khabar angin di media sosial mendakwa cuaca panas ketika ini akan melebihi suhu 40 darjah celsius.Berdasarkan pemantauannya, suhu tertinggi yang dicatatkan ialah 36 darjah celsius dan tidak mencapai tahap suhu gelombang haba iaitu melebihi 37 darjah celcius.Ribut petir juga sudah mula berlaku di Semenanjung yang menandakan peralihan monsun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72793", "title": "Rakyat Malaysia Hilang Di Perairan Lahad Datu Mungkin Diculik", "body": "\n\u2190 Back to list\nRakyat Malaysia Hilang Di Perairan Lahad Datu Mungkin Diculik\nJul 19, 2016\n\nNamun ujar Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun,\u00a0belum ada pihak menghubungi keluarga mangsa untuk membuat tuntutan atau ugutan.Beliau turut memaklumkan, laporan bahawa pemilik bot telah menerima panggilan penculik yang meminta wang tebusan RM20 juta adalah tidak benar.Datuk Abdul Rashid Harun juga menegaskan, pihak berkuasa masih menyiasat perkara tersebut dan meminta orang ramai agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72386", "title": "Tiada perubahan akan dilakukan ke atas mekanisme penentuan harga minyak petrol dan diesel.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada perubahan akan dilakukan ke atas mekanisme penentuan harga minyak petrol dan diesel.\nMar 04, 2018\n\nTiada perubahan akan dilakukan ke atas mekanisme penentuan harga minyak petrol dan diesel.Ujar KPDNKK, ini kerana mekanisme mingguan yang diguna pakai ketika ini sudah pun diterima rakyat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72441", "title": "Dakwaan Mesin ATM Ditutup Kerana \"Ransomware\" Tidak Benar ", "body": "\n\u2190 Back to list\nDakwaan Mesin ATM Ditutup Kerana \"Ransomware\" Tidak Benar \nMay 17, 2017\n\nKementerian Komunikasi dan Multimedia nafi dakwaan kononnya mesin-mesin juruwang automatik (ATM) akan ditutup selama 2 hingga 3 hari akibat serangan siber 'ransomware' di India.\u00a0Menurut kementerian, dakwaan berkenaan yang mula tersebar melalui laman sosial terbukti palsu selepas pihaknya menjalankan siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=104597", "title": "F1 luluskan 3 aksi kelayakan pecut untuk musim 2021", "body": "\n\u2190 Back to list\nF1 luluskan 3 aksi kelayakan pecut untuk musim 2021\nApr 27, 2021\n\n\nFoto: SkySports\nF1 luluskan aksi kelayakan perlumbaan pecut pada 3 perlumbaan untuk musim 2021.\r\n\u00a0\r\nPerlumbaan tersebut bakal menggantikan format kelayakan yang digunakan ketika ini untuk menentukan kedudukan permulaan pelumba pada GP terlibat.\r\n\u00a0\r\nPerubahan tersebut dibuat F1 dalam usaha menarik lebih ramai peminat ke arah sukan tersebut.\r\n\u00a0\r\nAksi kelayakan perlumbaan pecut itu dikatakan bakal diadakan GP Britain, GP Itali dan GP Brazil sekiranya situasi COVID-19 di Brazil semakin reda.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72808", "title": "IPU di ILP Miri Catat Bacaan Tidak Sihat", "body": "\n\u2190 Back to list\nIPU di ILP Miri Catat Bacaan Tidak Sihat\nMar 17, 2016\n\nBomba Miri maklumkan kami, kebakaran hutan gambut dan belukar di kawasan Kuala Baram berdekatan ILP Miri mengakibatkan IPU melonjak.Anggota Bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tersebut.Kawasan sama pernah terbakar membabitkan kawasan seluas 500 hektar dan mengambil masa kira-kira 2 minggu untuk dipadamkan.\u00a0*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71658", "title": "Paulo Rangel kembang karier bersama skuad Harimau Selatan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPaulo Rangel kembang karier bersama skuad Harimau Selatan\nDec 29, 2015\n\nSpekulasi pemain import ke-4 JDT terjawab apabila Paulo Rangel menandatangani kontrak dua tahun bersama skuad Harimau Selatan.Rangel sifatkan tawaran sertai juara Piala AFC itu seperti impian menjadi kenyataan, dan menganggap JDT sebagai pasukan terbaik di Malaysia.Rangel dibawa ke Malaysia secara pinjaman oleh Perak pada 2013 sebelum sertai Selangor pada 2014 dan Terengganu, musim lalu\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73262", "title": "PERKESO akan buka kaunter tambahan tidak lama lagi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPERKESO akan buka kaunter tambahan tidak lama lagi.\nJan 25, 2018\n\nMasalah kesesakan di kaunter pelanggan Perkeso dijangka selesai tidak lama lagi!Perkeso sedang berusaha mengatasinya dengan menyediakan kaunter tambahan sebagai langkah segera bagi kemudahan orang ramai.\u00a0Pelaksanaan perkhidmatan dalam talian sepenuhnya bermula 1 Januari lalu menyebabkan ramai majikan hadir untuk mendaftar sebagai pengguna portal dan bayar caruman di kaunter perkhidmatan.Keadaan itu menyebabkan suasana sesak hingga menimbulkan keadaan kurang selesa di setiap kaunter pelanggan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71647", "title": "Bekas jurulatih minta hukuman terhadap jaguh bina badan diringankan", "body": "\n\u2190 Back to list\nBekas jurulatih minta hukuman terhadap jaguh bina badan diringankan\nDec 22, 2015\n\nAbdul Halim berkata, ia wajar dipertimbangkan kerana Sazali telah banyak beri sumbangan terhadap negara.Malah katanya kepada BHOnline, Sazali sendiri tidak mengetahui ubatan yang diambilnya itu mengandungi bahan terlarang.Dalam pada itu, Agensi Antidoping Malaysia, ADAMAS nafi pilih kasih dalam menjalankan ujian doping secara rambang dalam kalangan atlet negara.Sebaliknya jelas ADAMAS, ujian dijalankan ke atas atlet berprofil tinggi yang dikatakan berpotensi ambil bahang terlarang.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71865", "title": "JPN cadang kenakan denda jika lambat tuntut MyKad", "body": "\n\u2190 Back to list\nJPN cadang kenakan denda jika lambat tuntut MyKad\nJul 06, 2017\n\nJPN cadang kenakan denda kepada orang ramai yang gagal menuntut MyKad yang siap diproses dalam tempoh yang ditetapkan.Cadangan yang masih diperingkat kajian itu berikutan terdapat ramai yang tidak mengambil berat tentang perkara tersebut.Selain itu, pihaknya turut bercadang memendekkan tempoh guna sah dokumen MyKad sementara kepada kurang 30 hari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72842", "title": "Pilihan Raya Negeri Sarawak Pada 7 Mei", "body": "\n\u2190 Back to list\nPilihan Raya Negeri Sarawak Pada 7 Mei\nApr 14, 2016\n\nMenurut SPR, penamaan calon untuk pilihan raya berkenaan pula akan diadakan pada 25 April ini.Seramai lebih 20 ribu petugas akan mengendalikan pilihan raya berkenaan yang dijangka menelan kos lebih 135 juta ringgit.SPR turut memaklumkan, majikan akan dikenakan tindakan denda 5 ribu ringgit dan penjara setahun jika tidak benarkan pekerja keluar mengundi.Majikan juga tidak dibenarkan membuat potongan gaji atau saraan lain sebagai penalti jika pekerja tidak hadir kerana pergi mengundi.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81907", "title": "Kluster Baru Covid-19 di Cheras Mungkin Ada Kaitan Ziarah Aidilfitri.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster Baru Covid-19 di Cheras Mungkin Ada Kaitan Ziarah Aidilfitri.\nJun 03, 2020\n\nKes kluster baru COVID-19 di sebuah pangsapuri di Cheras, KL mungkin ada kaitan dengan ziarah Aidilfitri.Menurut KP Kesihatan, punca jangkitan masih disiasat namun besar kemungkinan ia ada kaitan dengan aktiviti kunjungan raya.Setakat ini 6 disahkan positif dan semuanya terdiri daripada sebuah keluarga dan kenalan rapat.Justeru Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan rakyat walaupun kebiasannya kita meraikan Syawal selama sebulan tapi ia tidak dibenarkan semasa PKPB ini.Kira-kira 7,000 taska berdaftar di seluruh negara kini dibenarkan beroperasi semula.Ia bagi menyelesaikan isu penjagaan anak-anak susulan ibu bapa yang telah mula kembali bekerja.Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek bakal dilancarkan.Perdana Menteri bakal lancar Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek untuk tempoh Jun hingga Disember ini.Fokusnya masih kepada 3 matlamat utama iaitu memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaandan merangsang ekonomi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=153454", "title": "PRN : Elak Sentuh Isu Sensitif Ketika Berkempen", "body": "\n\u2190 Back to list\nPRN : Elak Sentuh Isu Sensitif Ketika Berkempen\nJul 04, 2023\n\n\nPRN : Elak Sentuh Isu Sensitif Ketika Berkempen\nKetua Polis Negara minta semua parti politik yang bertanding dalam PRN 6 negeri supaya tidak sentuh isu bangsa, agama dan raja sepanjang tempoh berkempen nanti.\nTan Sri Razarudin Husain juga menasihatkan permohonan permit ceramah dan kempen dibuat lebih awal agar tidak berlaku pertembungan antara parti politik semasa tempoh kempen nanti.\nSementara itu, penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharudin Sani Ahmad Sabri jangka PRN 6 negeri mungkin diadakan pada pertengahan bulan depan.\nSPR pula akan mengadakan mesyuarat esok bagi menetapkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRN di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.\n\u00a0\nPeka dengan cuaca dan perubahan air sungai.\nOrang ramai yang mahu melakukan aktiviti di jeram dan air terjun agar sentiasa peka dengan cuaca dan sebarang perubahan keadaan air sungai di kawasan berkenaan.\nMenurut APM, ia termasuk paras ketinggian, warna, kederasan dan puing-puing asing yang timbul di permukaan.\nJelasnya, ia merupakan antara indikator untuk kesan kemungkinan bahaya yang boleh berlaku termasuk kejadian kepala air seperti di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu baru-baru ini.\nSementara itu, operasi mencari dan menyelamat 4 lagi mangsa tragedi kepala air berkenaan bersambung pagi ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79414", "title": "6 stesen MRT dikesan sebagai kawasan 'hotspot' berlakunya jenayah.", "body": "\n\u2190 Back to list\n6 stesen MRT dikesan sebagai kawasan 'hotspot' berlakunya jenayah.\nFeb 21, 2019\n\nEnam stesen MRT telah dikesan sebagai kawasan yang sering berlakunya jenayah.Justeru, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan di lokasi tersebut untuk menjamin keselamatan pengguna.Antara lokasi yang berisiko tinggi adalah stesen Taman Mutiara Cheras, Batu 11, Bukit Bintang, Maluri, Kajang dan Pertama Cheras.Ia susulan kes samun dan pukul seorang wanita di dalam lif stesen MRT Taman Mutiara, Cheras, minggu lalu.Pengundi boleh pakai baju yang tertera slogan di pusat pengundian.Pengundi yang memasuki pusat mengundi bagi mana-mana pilihanraya dibenarkan untuk pakai baju atau bawa masuk bahan yang tertera slogan.Foto: KosmoNamun, tegas SPR, ia tidak boleh berbaur hasutan, provokasi atau sentuh sensitiviti kaum yang menggugat keharmonian dan ganggu kelancaran proses pengundian.Budak 3 tahun maut dirempuh kereta yang berundur.Seorang kanak-kanak, 3 tahun maut apabila dirempuh oleh sebuah kereta yang tiba-tiba berundur laju di kediamannya di Tanjung Tokong.Polis Pulau Pinang berkata pemandu kereta terbabit dikatakan tidak sengaja terpijak pedal minyak ketika mahu berundur.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80831", "title": "Rafizi Ramli Bebas", "body": "\n\u2190 Back to list\nRafizi Ramli Bebas\nNov 15, 2019\n\nRafizi Ramli Bebas\u00a0Mahkamah Tinggi Shah Alam mengetepikan sabitan terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).\u00a0*foto daripada fail\u00a0Rafizi juga dibebaskan dan digugurkan daripada hukuman penjara 30 bulan yang dikenakan sebelum ini.\u00a0Ia berhubung pendedahan data perbankan dari akaun National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya pada\u00a0 2012.\u00a0FELDA Saman 2 bekas Pengerusi\u00a0*foto Utusan Malaysia\u00a0FELDA memfailkan saman terhadap 2 bekas pengerusi lembaganya, iaitu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Tan Sri Shahrir Abdul Samad.\u00a0Ia berkaitan isu pindah milik tanah milik Felda di Semarak, KL termasuklah tuntutan ganti rugi lebih RM1 bilion.\u00a0Turut disaman ialah sebuah syarikat pemaju hartanah dan 18 yang lain.Projek Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir Mungkin Batal\u00a0Kerajaan Terengganu membayangkan kemungkinan tidak meneruskan projek zon bebas cukai di Tasik Kenyir.\u00a0Ia ekoran beberapa faktor termasuk kegagalan kontraktor menyiapkan projek berkenaan yang sudah tergendala selama 2 tahun.\u00a0Kerajaan Terengganu juga mengalu-alukan pihak yang berminat menyiapkan projek itu sudah 77 peratus siap dan menelan kos RM200 juta setakat ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80041", "title": "Hargai Keamanan dan Kemakmuran Negara -\u00a0Agong", "body": "\n\u2190 Back to list\nHargai Keamanan dan Kemakmuran Negara -\u00a0Agong\nJun 05, 2019\n\nHargai Keamanan dan Kemakmuran Negara -\u00a0Agong*Foto ihsan RTMYang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia.Dalam titah perutusan baginda, Seri Paduka juga mengingatkan rakyat agar menghargai keamanan, keselamatan dan kemakmuran yang dinikmati hari ini.Rakyat turut disaran meneruskan amalan saling mengunjungi yang menjadi jambatan perpaduan.Aidilfitri Suram di beberapa tempat di Sarawak dan SabahSementara itu Aidilfitri kali ini agak suram di beberapa lokasi di Sarawak dan Sabah yang terjejas banjir.Di Belaga misalnya, lebih seribu penduduk terjejas akibat hujan lebat berterusam sejak kelmarin.Manakala di Kota Kinabalu, banjir kilat yang melanda bandaraya tersebut mengakibatkan puluhan kenderaan ditenggalami air.Pakai Baju Raya Kitar Semula Pun OK - BahranAriff Bahran amal sikap sederhana dalam meraikan Lebaran.Kata bintang muda itu kepada Astro Gempak, dia tidak kisah untuk pakai semula baju raya tahun sebelumnya asalkan ia masih dalam keadaan baik.Bahran juga berkongsi rasa teruja kerana buat pertama kali berkemampuan memberi duit raya kepada keluarga dan sanak saudara, khasnya adik-adik dan sepupunya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71975", "title": "Polis rakam percakapan tujuh lagi anggota dan pegawai berhubung kematian dua anggota TLDM di bilik tahanan dekat Sitiawan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis rakam percakapan tujuh lagi anggota dan pegawai berhubung kematian dua anggota TLDM di bilik tahanan dekat Sitiawan.\nOct 03, 2017\n\nPolis merakam percakapan tujuh lagi anggota dan pegawai berhubung kematian dua anggota TLDM di bilik tahanan dekat Sitiawan, Jumaat lalu.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata kes berkenaan masih dalam siasatan dan belum dapat dimuktamadkan.Tambah beliau, ia bergantung kepada laporan forensik dan beberapa laporan yang lain.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79924", "title": "Datuk Farid Kamil Dihukum Penjara Sembilan Bulan ", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Farid Kamil Dihukum Penjara Sembilan Bulan \nMay 15, 2019\n\nPelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan atas kesalahan mengguna dadah tahun lalu.Hukuman dijatuhkan selepas Farid Kamil, memilih untuk berdiam diri, sedangkan hari ini dia sepatutnya tampil untuk membela diri.Hakim turut memerintahkan tertuduh berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan selama dua tahun.Ketua Polis Negara Akan Jumpa Md Ali Amir BatchaKetua Polis Negara, akan panggil bekas pegawai polis, Md. Ali Amir Batcha yang didakwa merompak ketika bertugas 20 tahun lalu.Menurut Datuk Seri Abdul Hamid Bador, beliau ingin mendengar penjelasannya mengenai perkara tersebut\u00a0Ini selepas Md Ali minta kerajaan tubuhkan tribunal khas, kerana mendakwa tuduhan palsu rompakan membabitkan dirinya pada tahun 90-an, adalah satu konspirasi.Jumlah Penduduk Malaysia Lebih 32 Juta OrangJumlah penduduk Malaysia bagi suku pertama tahun ini dianggarkan berjumlah 32.66 juta orang.Penduduk lelaki dicatatkan lebih ramai berbanding wanita iaitu kira-kira 16.86 juta orang.\u00a0Selangor catat komposisi penduduk tertinggi seramai 6.54 juta orang manakala Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk terendah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72123", "title": "Datuk Seri Najib mahu siasatan dibuat ke atas Pakatan Harapan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Najib mahu siasatan dibuat ke atas Pakatan Harapan.\nAug 08, 2018\n\nDatuk Seri Najib Razak menggesa siasatan dibuat atas dakwaan Pakatan Harapan telah bekerjasama dengan Institut Republik Antarabangsa Amerika Syarikat, untuk menjatuhkan BN pada PRU14 lalu.Bekas Perdana Menteri itu berkata perkara tersebut adalah lebih serius berbanding surat yang dihantar Ketua Pengarah Agensi Perisikan Malaysia, Datuk Hasnah Abdul Hamid kepada CIA.Sementara itu, Najib akan didakwa di Mahkamah KL hari ini berhubung 3 dakwaan membabitkan SRC International Sdn Bhd. Semalam, SPRM ambil masa kira-kira 45 minit untuk ambil keterangan bekas Perdana Menteri itu berhubung kesemua dakwaan tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81201", "title": "Klinik Di Kuala Lipis Di Serbu Jual Topeng Muka Mahal", "body": "\n\u2190 Back to list\nKlinik Di Kuala Lipis Di Serbu Jual Topeng Muka Mahal\nFeb 17, 2020\n\nSebanyak 300 keping topeng muka di sita dari sebuah klinik swasta di Kuala Lipis Pahang, kerana dijual melebihi harga kawalan.Menurut pihak berkuasa, premis itu didapati menjualnya pada harga seringgit seunit yang sepatutnya dijual pada harga 80 sen.Ini merupakan kes pertama dikesan di negeri itu dan pemilik premis berkenaan dikenakan kompaun 10 ribu ringgit.\u00a0Bank Negara China Asing Wang Kertas Untuk Pembersihan\u00a0Di China, Bank Negaranya mengasingkan wang kertas yang sudah digunakan, sebagai salah satu usaha untuk hentikan penyebaran Covid 19 di negara itu.Pihaknya gunakan cahaya ultraungu atau suhu tinggi untuk membasmi kuman sebelum menyimpannya untuk tempoh 2 minggu.Dalam perkembangan berkaitan, China akan bertemu dengan negara-negara ASEAN minggu ini, untuk berbincang cara menangani jangkitan virus tersebut.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70868", "title": "Kes harian COVID-19 kekal dua digit", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes harian COVID-19 kekal dua digit\nSep 14, 2020\n\nKes harian COVID-19 kekal dua digitFoto - New Straits TimesBilangan kes baru positif COVID-19 dalam negara kekal pada dua digit untuk hari ketiga berturut-turut apabila 31 kes baru direkodkan hari ini.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, tiga merupakan kes import manakala 28 lagi merupakan penularan tempatan.Sabah kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 25 kes termasuk 17 daripada kluster Benteng LD manakala Kluster Bunga di Negeri Sembilan mencatatkan empat kes baru melibatkan kru kapal.-----Polis Johor siasat kes pelajar terbabit dadahFoto - The StarPolis Johor akan siasat pendedahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bahawa terdapat seramai 177 pelajar tingkatan empat dan lima di negeri itu terbabit dengan penagihan dadah.Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan pihaknya itu lebih menjurus kepada usaha menjejaki pembekal dadah yang diperoleh pelajar berkenaan.Sabtu lepas, AADK mendedahkan terdapat seramai 177 pelajar sekolah menengah di negeri Johor positif dadah sejak awal tahun.\u00a0-----RM10 juta bina infrastruktur luar jelapang padi di KelantanFoto - WallviewKerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta khusus untuk melaksanakan projek infrastruktur di luar kawasan jelapang padi di Kelantan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, projek berkenaan membabitkan pembinaan rumah pam dan saliran air yang mencukupi bagi keperluan sawah padi.Sebahagian besar projek itu membabitkan Jajahan Machang dan Pasir Puteh yang akan dilaksanakan sebelum berakhir tahun ini bagi meningkatkan hasil padi daripada empat atau lima kepada enam hingga tujuh tan metrik sehektar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80521", "title": "Gajet Bukan Pengasuh Ke-2 Anak", "body": "\n\u2190 Back to list\nGajet Bukan Pengasuh Ke-2 Anak\nSep 08, 2019\n\nTPM Bimbang Sikap Obses Terhadap GajetTimbalan Perdana Menteri luah kebimbangan terhadap\u00a0tabiat masyarakat yang kini begitu terikat dengan gajet dan peranti digital.Ujar Datuk Seri Dr Wan Azizah, ia menyebabkan mereka tidak peduli keadaan sekeliling malah kanak-kanak seawal usia 2 tahun sudah menggunakannya.Tegas beliau, ibu bapa harus\u00a0sedar bahawa gajet bukanlah 'pengasuh' kedua sebab anak-anak memerlukan komunikasi bersemuka.Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah tegur sikap sesetengah individu yang sanggup jadi penulis upahan untuk membuat berita palsu di media sosial.Ujar Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, hal itu tidak sepatutnya berlaku sebab masyarakat boleh kucar-kacir akibat penularan berita tidak benar.Jerebu Semakin BurukKuching, Sri Aman dan Samarahan di Sarawak merekodkan bacaan udara sangat tidak sihat pagi ini.Manakala 6 kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat termasuk Miri, Mukah dan Sarikei, begitu juga Johan Setia di Klang, Selangor.Menurut Jabatan Meteorologi, keadaan jerebu semakin teruk ekoran peningkatan bilangan titik panas di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.Susulan itu orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai penutup muka bagi mengurangkan kesannya terhadap kesihatan.Jerebu juga dijangka berlarutan sehingga hujung bulan ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73016", "title": "Dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya beliau tidak pernah diambil keterangan siasatan 1MDB pada 2015 palsu. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nDakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya beliau tidak pernah diambil keterangan siasatan 1MDB pada 2015 palsu. \nJun 13, 2018\n\nSPRM sangkal dakwaan bekas Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya beliau tidak pernah diambil keterangan berhubung siasatan 1MDB pada tahun 2015.Sebaliknya, jelas SPRM, pihaknya ada bertemu Najib sekitar Disember 2015 di pejabat beliau dan mengambil keterangan selama 3 jam.\u00a0Menurut Berita Harian, SPRM juga telah merekod keterangan Ahli Parlimen Pekan itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72651", "title": "Suspek Kes Perkosa Dan Beri Dadah Direman Seminggu ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuspek Kes Perkosa Dan Beri Dadah Direman Seminggu \nOct 12, 2016\n\nSuspek kes perkosa dan beri dadah kepada seorang kanak-kanak 12 tahun di Kedah direman seminggu bermula hari ini.Difahamkan, suspek yang berusia 24 tahun berkenalan dengan mangsa melalui aplikasi sembang WeChat, pada awal tahun ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71690", "title": "BERITA RINGKAS 26.1.2016", "body": "\n\u2190 Back to list\nBERITA RINGKAS 26.1.2016\nJan 26, 2016\n\n\u00a0---Rafizi Ramli didenda RM1,800 oleh Mahkamah PJ kerana keluar kenyataan mengaibkan dan bangkit kemarahan ahli UMNO.---Di Jempol, Negeri Sembilan, tempoh reman wanita yang dituduh potong kemaluan suaminya dilanjutkan sehingga esok.---Terengganu peruntukkan sejuta ringgit bagi bantu mangsa fenomena air pasang besar yang melanda sejak malam tadi.---Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi(MOSTI) sasar komersialkan 360 produk menjelang 2020.---Seorang lelaki cedera ditembak penjenayah ketika keluarkan wang dari sebuah mesin ATM di Temerloh, Pahang.---Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, MTUC, Khalid Atan meninggal dunia pagi tadi.---Bank Pusat China suntik dana lebih 260 bilion ringgit ke dalam sistem kewangannya, jumlah terbesar sejak 2013.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=118436", "title": "Terus Patuh SOP Dan Tingkatkan Kawalan Kendiri - KP Kesihatan", "body": "\n\u2190 Back to list\nTerus Patuh SOP Dan Tingkatkan Kawalan Kendiri - KP Kesihatan\nOct 07, 2021\n\n\nTerus Patuh SOP Dan Tingkatkan Kawalan Kendiri \u2013 KP Kesihatan\nKetua Pengarah Kesihatan ingatkan orang ramai agar tingkatkan kawalan kendiri menjelang pembukaan sempadan negeri yang dijangka dalam masa terdekat ini.\nTan Sri Dr Noor Hisham juga menasihatkan orang ramai supaya jalani ujian kendiri COVID-19 sebelum melakukan perjalanan apabila ia dibenarkan nanti.\nHanya tinggal 1.2 peratus sahaja lagi untuk capai sasaran 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksin bagi kebenaran rentas negeri.\n\u00a0\nPahang akan memasuki fasa 4 PPN bermula esok!\nPeralihan itu menyaksikan negeri itu menyertai Negeri Sembilan dan Labuan yang kini berada dalam fasa berkenaan.\nJohor pula akan beralih ke fasa 3 menyertai antaranya Selangor, KL, Putrajaya, Melaka, Perlis, Terengganu dan Sarawak.\nBuat masa ini negeri yang kekal dalam fasa 2 ialah Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Sabah.\n\u00a0\nMalaysia dijangka mampu jadi negara pengeluar vaksin manusia dalam 10 tahun.\nMenurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ia melalui Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.\nSebagai permulaan, sebuah pusat vaksin negara akan ditubuhkan iaitu Institut Genom dan Vaksin Malaysia.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71666", "title": "Selangor lantik Zainal Abidin Hassan selaku ketua jurulatih baru", "body": "\n\u2190 Back to list\nSelangor lantik Zainal Abidin Hassan selaku ketua jurulatih baru\nDec 31, 2015\n\nSpekulasi mengenai jurulatih Selangor untuk musim depan berakhir apabila Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengumumkan mereka telah memuktamadkan kontrak dengan Zainal Abidin Hassan minggu ini.\u00a0FAS dalam kenyataan kepada media memaklumkan kontrak dengan bekas penyerang pasukan kebangsaan itu akan memulakan tugasnya esok dan mengendalikan latihan pasukan The Red Giants bermula Selasa depan.\u00a0Bekas jurulatih Pahang itu menggantikan Mehmet Durakovic, yang ditamatkan kontrak lebih awal\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72978", "title": "PDRM muncul pemenang tempat ke-3 Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM muncul pemenang tempat ke-3 Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan\nDec 22, 2017\n\nPDRM muncul pemenang tempat ke-3 Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan selepas mengalahkan Terengganu 45-42.Penentuan juara pula sedang berlangsung ketika ini di Stadium Juara, Bukit Kirara antara Kuala Lumpur dan Johor.Saksikan final Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan secara langsung sekarang di ASTRO ARENA saluran 801 dan 802 HD.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73290", "title": "Lebih 50,000 murid tahun 6 akan duduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh, UKSBP.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 50,000 murid tahun 6 akan duduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh, UKSBP.\nNov 24, 2017\n\nLebih 50 ribu murid tahun 6 akan menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh, UKSBP yang pertama kali dilaksanakan pada 11 hingga 15 Disember ini.Menurut Kementerian Pendidikan, daripada jumlah itu hanya 10 ribu akan dipilih untuk menyambung pelajaran di 69 SBP seluruh negara.Pemilihan juga akan berdasarkan merit dengan mengambil kira keempat-empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah, PPSR yang diumumkan semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78964", "title": "SPRM siasat\u00a0bekas ahli Parlimen Cameron Highlands, C Sivarraajh.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM siasat\u00a0bekas ahli Parlimen Cameron Highlands, C Sivarraajh.\nDec 02, 2018\n\nSPRM siasat bekas ahli Parlimen Cameron Highlands, C Sivarraajh di atas kesalahan merasuah pengundi untuk sokong Barisan Nasional\u00a0pada PRU14, 9 Mei lalu.Jumaat lalu, mahkamah pilihan raya membatalkan kemenangan Sivarraajh pada PRU14 dan mengarahkan supaya pilihan raya kecil diadakan.SPR harap dapat umum keputusan pilihanraya lebih pantas pada masa akan datang.Suruhanjaya\u00a0Pilihan\u00a0Raya\u00a0berharap pada masa akan datang, keputusan pilihan\u00a0raya dapat diumumkan dengan lebih pantas\u00a0berbanding\u00a0sebelum ini.Pengerusinya\u00a0Azhar Azizan\u00a0Harun berkata ini selepas suruhanjaya itu melalui proses reformasi\u00a0dan pengenalan pelbagai inisiatif baru.Malah, pihaknya turut beri jaminan\u00a0penambahbaikan terhadap\u00a0sistem sedia\u00a0ada\u00a0dapat dilaksanakan sebelum pilihan raya yang seterusnya\u00a0diadakan.Kempen \"Lapangan\u00a0Terbang\u00a0Senyap\" dapat reaksi positif.Kempen \"Lapangan\u00a0Terbang\u00a0Senyap\" yang dilaksanakan\u00a0di KLIA dan klia2 sejak sebulan lalu terima maklum balas positif daripada pengguna.Melalui kempen itu, pengumuman di lapangan terbang telah dikurangkan dan digantikan dengan lagu-lagu instrumental budaya Malaysia. \u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72862", "title": "21 Barang Diletak Di Bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Sempena Aidilfitri", "body": "\n\u2190 Back to list\n21 Barang Diletak Di Bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Sempena Aidilfitri\nJun 12, 2016\n\nSenarai harga barangan terbabit berbeza mengikut zon dan semakan boleh dibuat di laman web kementerian.Berikut senarai 21 barangan tersebut:1. Ayam hidup2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati danhempedal atau mana-mana bahagiannya)3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati danhempedal)4. Telur ayam gred A5. Telur ayam gred B6. Telur ayam gred C7. Daging lembu tempatan (tidak dikawal di Sarawak dan Wilayah PersekutuanLabuan)8. Daging lembu import (dikawal di Sarawak sahaja)9. Daging kerbau import (India) (tidak dikawal di Sarawak)10. Cili merah\u00a011. Tomato12. Kubis bulat import (Indonesia dan China kecuali kubis Beijing)13. Kelapa biji (dikawal peringkat borong sahaja)14. Kelapa parut (dikawal peringkat runcit sahaja)15. Bawang merah kecil (India)16. Bawang putih (China)17. Bawang besar import18. Ubi kentang import (China)19. Ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor\u00a0setiap kilogram)20. Ikan selayang (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)21. Ikan aya/tongkol (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)\u00a0(dikawal di Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja)*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72562", "title": "Sabah Turut Bergegar", "body": "\n\u2190 Back to list\nSabah Turut Bergegar\nJan 10, 2017\n\nGempa bumi kuat 7.3 pada skala Richter di selatan Filipina kira kira jam 2.15 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Sabah merasai gegaran.Susulan itu beberapa bangunan di Sabah dikosongkan sebagai langkah keselamatan.Namun Jabatan Meteorologi Malaysia memakumkan, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79727", "title": "PKR DUN Rantau berjalan lancar", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKR DUN Rantau berjalan lancar\nApr 13, 2019\n\nFoto - Astro AwaniProses pembuangan undi pada Pilihan Raya Kecil DUN Rantau setakat ini berjalan lancar tanpa ada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, peratusan keluar mengundi setakat pukul 11 pagi tadi adalah sebanyak 38 peratus.Foto - Astro AwaniPolis dalam pada itu menasihatkan pengundi agar keluar awal bagi mengelakkan kesesakan trafik pada sebelah petang.Pihaknya menjangkakan kesesakan kerana Pusat Daerah Mengundi terletak berdekatan pekan Rantau yang merupakan jalan utama.Foto - Astro AwaniPRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan penyandang Datuk Seri Mohamad Hassan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban yang mengisytiharkan kemenangannya pada PRU-14 lalu terbatal dan tidak sah.Pada PRU-14, Mohamad menang tanpa bertanding kerusi berkenaan selepas lawannya Dr S. Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak memiliki pas dikeluarkan SPR.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72275", "title": "Kesan daripada penurunan harga minyak dunia", "body": "\n\u2190 Back to list\nKesan daripada penurunan harga minyak dunia\nJan 01, 2016\n\nHarga runcit petrol RON95 turun 10 sen, manakala RON97 turun 20 sen bagi Januari 2016Harga baru RON95 ialah seringgit 85 sen, RON97 pula dua ringgit 25 sen seliter.Diesel pula turun 30 sen kepada seringgit 60 sen seliter.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72641", "title": "Pengawal Peribadi Tembak Mati 3 Mangsa Didakwa", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengawal Peribadi Tembak Mati 3 Mangsa Didakwa\nDec 14, 2016\n\nPengawal peribadi yang didakwa tembak mati 3 individu termasuk majikannya dan mencederakan 5 yang lain di George Town, awal bulan ini, didakwa di mahkamah hari ini.Namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang menghadapi 3 tuduhan bunuh, 5 tuduhan cubaan bunuh dan 1 tuduhan mengakibatkan kecederaan.Mahkamah turut memerintahkan lelaki berusia 37 tahun itu menjalani pemeriksaan psikiatri dan menetapkan 16 Januari depan untuk sebutan semula kes.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73076", "title": "Taman Rekreasi 99 Wonderland Park kini dibuka untuk orang ramai. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTaman Rekreasi 99 Wonderland Park kini dibuka untuk orang ramai. \nMar 15, 2018\n\nTaman Rekreasi 99 Wonderland Park di Tasik Sri Murni, Kuala Lumpur kini dibuka untuk orang ramai.Mercu tanda rekreasi terbaru di ibu kota itu telah dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak\u00a0 dalam majlis yang penuh meriah malam tadi.Lebih istimewa, taman rekreasi itu dibuka secara percuma\u00a0selama sebulan bermula semalam\u00a0khas buat warganegara Malaysia yang memegang Mykad.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=106720", "title": "CITF Hargai Sambutan Baik Orang Ramai Terhadap Vaksin Astrazeneca.", "body": "\n\u2190 Back to list\nCITF Hargai Sambutan Baik Orang Ramai Terhadap Vaksin Astrazeneca.\nMay 27, 2021\n\nBadan Bertindak Imunisasi COVID-19, CITF hargai sambutan baik orang ramai terhadap pendaftaran sukarela vaksin AstraZeneca pusingan kedua, semalam.\n\nPihaknya bagaimanapun mohon maaf atas gangguan teknikal yang menyebabkan pengguna sukar mengakses beberapa ciri di laman sesawang CITF.\nSlot janji temu vaksin tersebut terima sambutan hangat orang ramai apabila habis ditempah selepas hanya sejam dibuka.\n\u00a0\nPolis akan mengambil keterangan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini.\nIa berkaitan pelanggaran SOP iaitu tidak memakai pelitup muka ketika sidang media insiden tren LRT laluan Kelana Jaya.\nSementara itu, Kementerian Kewangan diberita telah menamatkan khidmat Datuk Seri Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana.\nNamun Malay Mail melaporkan, Tajuddin belum menerima surat penamatan perkhidmatan beliau.\n\nIsu penamatan perkhidmatan itu terkandung dalam sepucuk surat yang ditandatangani Menteri Kewangan dan viral di media sosial sejak malam tadi.\nTerdahulu Datuk Seri Tajuddin dilanda kontroversi berhubung cara pengendalian sidang media mengenai nahas terbabit.\n\u00a0\nTiada SOP melarang orang ramai keluar rumah bermula jam 8 malam hingga 8 pagi.\nKetua Polis Daerah Shah Alam berkata ia susulan video viral babitkan seorang pemandu ditahan anggota trafik dalam sekatan jalan raya di Seksyen 31.\n\nJelasnya, anggota trafik tersebut hanya bertanyakan mengenai surat pergerakan dan tujuan pemandu itu keluar malah tiada sebarang kompaun dikeluarkan.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=151524", "title": "Pihak Salah Guna Telegram Dijangka Berdepan Tindakan Tegas.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPihak Salah Guna Telegram Dijangka Berdepan Tindakan Tegas.\nMay 23, 2023\n\n\nPihak Salah Guna Telegram Dijangka Berdepan Tindakan Tegas.\nTaktik mempromosikan aktiviti yang menyalahi undang-undang di aplikasi Telegram ketika ini amat \u00a0membimbangkan.\nJelas Menteri Komunikasi Dan Digital pihaknya terima banyak aduan tentang salah guna aplikasi itu untuk tujuan pornografi, jualan dadah dan ubat yang tidak disahkan oleh KKM.\nSusulan itu\u00a0MCMC sedang meneliti tindakan tegas terhadap pihak yang memuat naik kandungan tersebut di aplikasi Telegram.\nSementara itu, Jakim telah kemukakan aduan rasmi kepada SKMM berhubung kewujudan akaun Telegram yang membincangkan topik lucah kendalian seorang wanita di Terengganu.\nMenteri Hal Ehwal Agama berkata Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sudah buat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan.\n\u00a0\nBekalan air diagihkan secara berperingkat.\nBekalan air sudah mula dibekalkan secara berperingkat kepada kawasan yang terjejas di Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor.\nMenurut Air Selangor, kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor telah siap dilaksanakan awal pagi tadi.\nBekalan air dijangka pulih sepenuhnya, esok.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81626", "title": "6 Kriteria Perlu Dipenuhi Jika PKP Mahu Ditamatkan", "body": "\n\u2190 Back to list\n6 Kriteria Perlu Dipenuhi Jika PKP Mahu Ditamatkan\nApr 22, 2020\n\n6 Kriteria Perlu Dipenuhi Jika PKP Mahu DitamatkanAda 6 kriteria perlu dipertimbangkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh ditamatkan.Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, kriteria pertama ialah kemampuan mengawal sempadan negara untuk menghalang kes import COVID-19.Kedua, kemampuan melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.Ketiga, kemampuan mengawal dan merawat pesakit daripada menjangkiti orang lain.Keempat, kemampuan dari aspek sistem penjagaan kesihatan antaranya wad dan makmal.Kriteria kelima pula ialah kemampuan melindungi golongan berisiko tinggi.Kriteria terakhir yang juga penting ialah kerjasama rakyat beradaptasi dengan norma-norma baru misalnya tiada perhimpunan awam, menjaga penjarakan sosial dan kerap basuh tangan.KKM memaklumkan, kerajaan masih sedang membuat penilaian dan perancangan teliti mengenai PKP yang dijadualkan berakhir pada 28 April ini termasuk sama ada ditamatkan atau disambung.Terdahulu kementerian memberitahu pihaknya sedang meneliti pelan mitigasi atau pengurangan bagi memastikan rantaian COVID-19 diputuskan selepas PKP ditamatkan.Pelan mitigasi itu turut melibatkan perubahan dasar yang menggariskan amalan kebiasaan baru.KKM &\u00a0MKN Sedang Rangka Pelan TerbaikKementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang merangka pelan terbaik berkenaan cadangan membenarkan penuntut universiti dan IPT yang berada di kampus untuk pulang ke kampung masing-masing.\u00a0KKM memaklumkan, ia bagi memastikan pergerakan pulang penuntut terbabit terkawal dan tidak serentak.\u00a0Semalam, kerajaan umum sedia pertimbang membenarkan kira-kira 100,000 penuntut universiti dan IPT awam dan swasta yang diarah kekal berada di kampus untuk dibenarkan pulang ke rumah dan kampung halaman.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80556", "title": "Lebih 500 sekolah ditutup hari ini akibat jerebu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 500 sekolah ditutup hari ini akibat jerebu.\nSep 17, 2019\n\nJerebu mengakibatkan hampir 300 sekolah di Sarawak, 145 di Selangor, 63 di Port Dickson dan semua sekolah di Putrajaya terpaksa ditutup hari ini!Kualiti udara paling buruk pagi ini direkodkan Sri Aman, Sarawak iaitu 367, berada pada tahap bahaya.Port Dickson dan Nilai, Negeri Sembilan pula catat IPU sangat tidak sihat, manakala 24\u00a0kawasan lagi merekodkan bacaan IPU tidak sihat.TNB dijangka laksana tarif baru elektrik berkonsepkan mekanisme harga berubah-ubah.Berita Harian melaporkan, ia antaranya akan menyaksikan pengguna domestik atau kediaman akan dicaj lebih pada waktu puncak dan ia dijangka bermula pada 2021.2 beradik ditahan berkaitan kes kebakaran di Tumpat, Kelantan.Polis Kelantan tahan kanak-kanak 2 beradik berkaitan siri kebakaran Kampung Padang Pohon Tanjong, Wakaf Bharu, Tumpat sejak beberapa bulan lalu.Kelmarin, viral di laman sosial mengenai kanak-kanak yang didakwa sanggup bakar rumah sendiri sebab teruja lihat orang ramai dan kehadiran jentera bomba.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73062", "title": "Majlis Raja-Raja nafi dakwaan tidak bertindak terhadap isu 1MDB. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nMajlis Raja-Raja nafi dakwaan tidak bertindak terhadap isu 1MDB. \nMay 23, 2018\n\nMajlis Raja-Raja nafi dakwaan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, pihaknya tidak bertindak terhadap isu 1MDB.Jelas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, majlis sebenarnya telah mengeluarkan kenyataan pada 2015, mendesak siasatan kes itu diselesaikan segera.Dalam sidang media khas semalam, Datuk Seri Mohd Shukri turut mendedahkan, nyawa beliau pernah diancam ketika mengendalikan kes 1MDB.Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, mendiang Datuk Anthony Kevin Morais tiada kaitan dengan kes 1MDB mahupun SRC International.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72392", "title": "Datuk Seri Najib dan Tan Sri Irwan Serigar mengaku tidak bersalah!", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Najib dan Tan Sri Irwan Serigar mengaku tidak bersalah!\nOct 25, 2018\n\nPecah amanah 6.6 bilion ringgit, Datuk Seri Najib dan Tan Sri Irwan mengaku tidak bersalahFoto - Astro AwaniDatuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah wang kerajaan hari ini.Bekas PM itu dan bekas Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar berdepan 6 pendakwaan pecah amanah berjumlah 6.6 bilion ringgit.Kedua-dua mereka masing-masing dibenarkan ikat jamin sebanyak 1 juta ringgit.Foto - Astro AwaniDalam pada itu, Datin Seri Rosmah Mansor dan anaknya, Norashman serta Riza Aziz akan hadir beri keterangan kepada Pasukan Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram pada jam 10 pagi esok.---Kerajaan teliti kad subsidi petrol RON95.Foto - Astro AwaniKerajaan sedang teliti pemberian kad subsidi petrol RON95 kepada golongan yang betul-betul layak sebagai kaedah pelaksanaan subsidi petrol secara bersasar.Dengan cara ini, penerima yang layak perlu menunjukan kad tersebut sebelum mengisi minyak bagi membolehkan mereka menikmati subsidi petrol.Had penggunaan yang dibenarkan dan jenis sistem untuk membaca kad itu juga akan diteliti untuk pastikan kaedah pelaksanaan berjalan secara lancar.---Tiada lagi ahli politik terajui GLCFoto - Astro AwaniGaji dan elaun pengurusan tertinggi dan anggota\u00a0 lembaga pengarah di syarikat berkaitan kerajaan\u00a0 telah ditetapkan pada kadar yang munasabah.\u00a0Kementerian Hal Ehwal Ekonomi berkata perkara tersebut telah dipersetujui dengan prinsip utama tiada lagi pembayaran gaji melampau dalam institusi kerajaan.\u00a0Kerajaan juga bersetuju bahawa tiada lagi mereka dalam kalangan ahli politik menerajui GLC\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=110162", "title": "Sarawak Masuk Fasa Dua PPN Esok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSarawak Masuk Fasa Dua PPN Esok.\nJul 13, 2021\n\n\nSarawak akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara, PPN bermula esok.\nTimbalan Perdana Menteri berkata ia berdasarkan pencapaian nilai ambang 3 indikator utama yang ditetapkan.\nSarawak bakal sertai Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah yang sudah memasuki fasa 2 PPN.\n\u00a0\nDakwaan ada suntikan vaksin Covid-19 lepasi tarikh luput tidak benar.\nDakwaan kononnya terdapat suntikan vaksin Covid-19 yang diberikan sudah melepasi tarikh luput adalah tidak benar.\nJelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, siasatan awal mendapati, tarikh luput vaksin dos kedua yang tertera di aplikasi MySejahtera individu terbabit sebenarnya tarikh luput vaksin dos pertama yang telah diterima.\nTambah Khairy Jamaluddin, kesilapan merekodkan data menyebabkan perkara itu berlaku dan tarikh luput vaksin sebenar akan dikemas kini ke dalam MySejahtera individu terbabit.\n\u00a0\nPPV IDCC Shah Alam ditutup hari ini\nPusat Pemberian Vaksin IDCC Shah Alam ditutup hari ini susulan terdapat kes positif COVID-19 babitkan petugas di pusat berkenaan.\nBadan Bertindak Imunisasi COVID-19, berkata ia bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73400", "title": "Program Biasiswa MyBrain15 kini dibuka", "body": "\n\u2190 Back to list\nProgram Biasiswa MyBrain15 kini dibuka\nMar 03, 2018\n\nKementerian Pendidikan Tinggi berkata Program Biasiswa MyBrain15 kini dibuka sehingga 31 Mac ini.Warga Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan PhD di universiti awam dan swasta terpilih dipelawa membuat permohonan.Maklumat lanjut di\u00a0https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/\u00a0atau menghubungi talian 03-8888 1616 (waktu bekerja).\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73035", "title": "4 daripada 13 mangsa yang terperangkap dalam gua di utara Thailand telah diselamatkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\n4 daripada 13 mangsa yang terperangkap dalam gua di utara Thailand telah diselamatkan.\nJul 09, 2018\n\n4 daripada 13 mangsa yang terperangkap lebih 16 hari dalam Gua Tham Luang di utara Thailand telah diselamatkan dan kini dirawat di hospital.Operasi menyelamat 9 lagi mangsa yang terperangkap dalam sebuah gua di utara Thailand bakal disambung semula hari ini.Antara cabaran yang bakal dihadapi mangsa ketika menyelam keluar adalah tahap penglihatan yang rendah di dalam air.Seramai 90 penyelam akan terbabit dalam operasi hari ini berbanding hanya 18 semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73307", "title": "4 tengkorak dan beberapa tulang manusia dalam 4 tempayan dijumpai di Tronoh, Perak.", "body": "\n\u2190 Back to list\n4 tengkorak dan beberapa tulang manusia dalam 4 tempayan dijumpai di Tronoh, Perak.\nOct 25, 2017\n\nKontraktor TNB jumpa 4 tengkorak dan beberapa tulang manusia dalam 4 tempayan ketika melakukan kerja di satu kawasan bukit di Tronoh, Perak.Polis akan merujuk kepada pakar patologi untuk mengenal pasti pelbagai aspek termasuk usia tulang dan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79772", "title": "Tempoh penguatkuasaan skim kawalan harga sempena Aidilfitri dipanjangkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTempoh penguatkuasaan skim kawalan harga sempena Aidilfitri dipanjangkan.\nApr 21, 2019\n\nKPDNHEP akan panjangkan tempoh penguatkuasaan skim kawalan harga sempena Aidilfitri bermula Ramadan ini.Kebiasaannya tempoh yang ditetapkan ialah 15 hari sebelum dan selepas 1 Syawal.Bagaimanapun, tempoh itu akan dipanjangkan mulai tahun ini bagi memastikan tidak berlaku manipulasi atau kenaikan harga barang kawalan.Kanak-kanak dan remaja 3 beradik yang dilaporkan hilang di Cheras, KL semalam selamat!Salah seorang ahli keluarga memaklumkan NST, mereka ditemui oleh orang awam petang semalam di JB!Setakat ini belum diketahui bagaimana 3 beradik yang berusia 7, 10 dan 15 tahun itu dijumpai beratus-ratus kilometer dari rumah mereka.5\u00a0penguat kuasa JPJ Pulau Pinang direman ekoran kes rasuah lindungi kesalahan pemandu lori.SPRM tahan 22 lagi penguat kuasa JPJ Pulau Pinang berkaitan kes rasuah melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya dengan 5 sudah direman hari ini.Tangkapan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan adalah 46 orang setakat ini.Suruhanjaya itu juga memaklumkan, pengarah dan pengurusan tertinggi JPJ Pulau Pinang akan dipanggil bantu siasatan, jika perlu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81385", "title": "Tiada sekatan pergerakan antara negeri!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada sekatan pergerakan antara negeri!\nMar 18, 2020\n\nFoto : Astro AwaniOrang ramai terus boleh\u00a0melakukan perjalanan dengan selamat dan secara berhemah!Ketua Polis Negara berkata tiada\u00a0sebarang sekatan akan dikenakan ke atas mereka sehingga\u00a0satu keputusan baru diumumkan nanti.Ini kerana perintah larangan keluar dari satu negeri ke negeri lain ditarik balik, lewat malam tadi.Arahan itu katanya dibuat selepas mendapati orang ramai memenuhi balai polis di seluruh negara bagi mengisi dokumen keluar.Foto : Astro AwaniSementara itu, Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 mula berkuatkusa tengah malam tadi!Tegas Kementerian Kesihatan, individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dipenjara 2 tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=148028", "title": "Muhyiddin Akan Jawab di Mahkamah", "body": "\n\u2190 Back to list\nMuhyiddin Akan Jawab di Mahkamah\nMar 10, 2023\n\n\nMuhyiddin Akan Jawab di Mahkamah\nTan Sri Muhyiddin Yassin dibebaskan malam tadi selepas lebih 8 jam beri keterangan kepada SPRM berkaitan projek Jana Wibawa.\nMenurut laporan Berita Harian, bekas Perdana Menteri itu diberi kebenaran keluar atas faktor kesihatan.\nTan Sri Muhyiddin kemudian mengadakan sidang media sejurus dibebaskan.\nPerdana Menteri ke-8 itu juga memaklumkan kedudukannya sebagai Presiden BERSATU dan Pengerusi Perikatan Nasional akan diputuskan selepas didakwa di mahkamah nanti.\u00a0\nAhli Parlimen Pagoh itu turut menegaskan bahawa beliau tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan dan akan mempertahankan diri di mahkamah.\nSementara itu, SPRM sahkan sudah dapat izin daripada Peguam Negara bagi mendakwa Tan Sri Muhyiddin di Mahkamah KL hari ini.\nDalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri menegaskan dakwaan salah guna dana Jana Wibawa bukan pendakwaan terpilih, menganiaya atau menzalimi sesiapa.\nDatuk Seri Anwar Ibrahim juga memaklumkan program itu akan diteruskan untuk bantu golongan Bumiputera.\n\u00a0\nPM Cadang KWSP Benarkan Pencarum Pinjam Bank Bercagar\nPerdana Menteri cadang KWSP membenarkan pencarum yang ada baki akaun mencukupi untuk pinjam wang dari bank dengan jaminan cagaran wang caruman mereka.\nUjar Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah itu memudahkan pencarum yang terdesak untuk mendapat bantuan kewangan.\nSebelum ini, beberapa Ahli Parlimen termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mohon agar kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP secara bersasar.\nJelas Ahli Parlimen Bera itu, meskipun menyambut baik inisiatif tambahan caruman RM500 kepada pencarum B40 dalam Belanjawan 2023, kerajaan tidak wajar 'menutup pintu' dalam mempertimbangkan harapan rakyat.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73310", "title": "Jabatan Perlindungan Data Peribadi lebih agresif memantau salah laku pemprosesan data peribadi pengguna dalam transaksi komersial.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Perlindungan Data Peribadi lebih agresif memantau salah laku pemprosesan data peribadi pengguna dalam transaksi komersial.\nNov 03, 2017\n\nJabatan Perlindungan Data Peribadi, JPDP akan lebih agresif memantau salah laku pemprosesan data peribadi pengguna dalam transaksi komersial.Ia bagi mengelak orang ramai daripada menjadi mangsa jenayah siber.JPDP juga sedang melakukan audit pematuhan ke atas syarikat yang tergolong dengan 13 sektor perniagaan yang terlibat dengan pemprosesan data peribadi.Antara sektor itu adalah komunikasi, perbankan dan institusi kewangan, insurans, kesihatan, pendidikan, jualan langsung, perkhidmatan, hartanah dan pajak gadai.perlindungan data\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81067", "title": "9 kes influenza direkodkan di Terengganu setakat ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\n9 kes influenza direkodkan di Terengganu setakat ini.\nJan 13, 2020\n\n9 kes influenza direkodkan di Terengganu setakat ini.Semua kes direkodkan di daerah Setiu dengan 8 daripadanya disahkan influenza A dan B.Sementara itu, bilangan murid sekolah yang dijangkiti Influenza di Johor kini hampir 90 orang, manakala di Pahang 5.Kanak-kanak 5 tahun cedera parah ditikam jiran dalam kejadian di Sungai Petani, Kedah.Suspek dilapor memasuki rumah mangsa melalui pintu dapur yang tidak berkunci sebelum menikam mangsa yang berbaring di ruang tamu.Dia diberkas tidak lama selepas kejadian dan ujian dapati dia positif dadah dan ada rekod jenayah lampau berhubung kes pecah rumah.Gunung Berapi Taal di Filipina dilapor telah mula meletuskan lava.Pakar jangkakan letusan penuh berpotensi berlaku pada bila-bila masa.Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia Airlines dan Air Asia henti sementara penerbangan ke Manila ekoran faktor keselamatan.Foto: Berita HarianTerdahulu, Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas ekoran insiden berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71118", "title": "Yang di-Pertuan Agong\u200b minta rakyat bertenang", "body": "\n\u2190 Back to list\nYang di-Pertuan Agong\u200b minta rakyat bertenang\nOct 24, 2020\n\nYang di-Pertuan Agong\u200b minta rakyat bertenangFoto - New Straits TimesIstana Negara sahkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah telah menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Abdul Aziz, Kuantan, petang semalam.Yang di-Pertuan Agong berkenan berunding dengan Raja-Raja Melayu bagi memperhalusi cadangan-cadangan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.Baginda menasihati seluruh rakyat Malaysia supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini sementara menunggu keputusan cadangan tersebut.-----TMJ cadang wujudkan Youth Centre di setiap daerahFoto - The StarTunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bercadang mewujudkan Youth Centre atau pusat belia di setiap daerah di Johor.Ia sebagai visi baginda membangunkan belia Johor menjadi modal i nsan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkebolehan.Youth Centre itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pusat latihan untuk bengkel kemahiran, kursus dan seminar, selain aktiviti sukan dan luar, kesenian serta kebudayaan.-----Ujian saringan COVID-19 ke atas pemandu bas dan lori di KelantanFoto - RedBusJabatan Kesihatan Negeri Kelantan akan jalankan ujian saringan COVID-19 terhadap pemandu bas dan lori yang mempunyai sejarah perjalanan ke zon merah.Tindakan itu katanya merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19 di negeri berkenaan.Pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat pengangkutan bas dan lori di Kelantan dan langkah itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81427", "title": "Lewat Terima Rawatan Antara Penyebab Kematian Covid-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLewat Terima Rawatan Antara Penyebab Kematian Covid-19.\nMar 25, 2020\n\nLewat terima rawatan.\u00a0Itu antara penyebab kepada kebanyakan kematian akibat Covid-19 di negara ini.\u00a0Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 5 peringkat jangkitan Covid-19 tetapi kebanyakan pesakit hanya datang ke hospital ketika mereka sudah berada di peringkat ketiga.\u00a0Beliau juga menjelaskan kesihatan kebanyakan pesakit cepat merosot pada peringkat keempat dan seterusnya di peringkat kelima, mereka tidak boleh bernafas dengan baik hingga memerlukan alat bantuan pernafasan.\u00a0Satu lagi kes kematian direkodkan malam tadi, menjadikan jumlah yang terkorban meningkat kepada 16.\u00a0Malaysia merekodkan lebih 1,600 kes Covid-19 dengan pertambahan 106 lagi kes baru semalam.\u00a0Sementara itu, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai agar tidak mempersalahkan jemaah himpunan tabligh dan mendiskriminasikan mereka yang dikaitkan dengan penularan Covid-19.\u00a0Jelasnya, apa yang penting adalah kerjasama semua pihak dalam mengekang penularan wabak berkenaan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71125", "title": "Fokus utama kerajaan ketika ini adalah melindungi rakyat daripada wabak Covid-19. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nFokus utama kerajaan ketika ini adalah melindungi rakyat daripada wabak Covid-19. \nOct 26, 2020\n\nKerajaan akan berbincang lebih lanjut mengenai titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah bahawa tiada keperluan untuk melaksanakan darurat ketika ini.\u00a0Perdana Menteri dalam satu kenyataannya berkata jemaah menteri ambil maklum mengenai perkara itu dan keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk melindungi rakyat daripada wabak COVID-19.\u00a0Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjunjung kasih di atas kepercayaan Seri Paduka Baginda kepada kerajaan pimpinan beliau dan menyambut baik nasihat supaya kestabilan kerajaan tidak diganggu-gugat.\u00a0Baginda turut mengingatkan ahli politik agar hentikan segera segala politiking yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.\u00a0Sebaliknya, Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen bulan depan perlu jadi agenda utama mengambil kira situasi rakyat dan ekonomi negara yang terkesan ekoran pandemik Covid-19.\u00a0Sementara itu, titah Yang di-Pertuan Agong agar ahli politik menumpukan usaha membantu rakyat dan ekonomi negara ekoran pandemik Covid-19 dijunjung oleh parti-parti politik.Presiden UMNO berkata ia juga selaras dengan keputusan parti itu sebelum ini untuk melakukan gencatan politik buat sementara waktu.Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berpendapat ia sewajarnya dimulakan dengan satu inisiatif perdamaian nasional yang merangkumi agenda politik, ekonomi dan sosial.Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mahu saranan Yang di-Pertuan Agong agar pemimpin politik tidak berpolitik berlebihan diberi perhatian sepenuhnya.Jelas beliau, tokoh politik termasuk ahli Parlimen harus prihatin dan menggalas tanggungjawab sesuai dengan semangat Perlembagaan dalam membela nasib rakyat, institusi Parlimen dan negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80415", "title": "Keluarga tuntut mayat Nora Anne", "body": "\n\u2190 Back to list\nKeluarga tuntut mayat Nora Anne\nAug 17, 2019\n\nMayat Nora Anne akan dibawa pulang ke IrelandFoto - Astro AwaniPDRM sahkan mayat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin telah dituntut keluarganya.Ketua Polis N. Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata beliau difahamkan mayat dibawa ke KLIA untuk dibawa pulang ke negara asal.DPI, keluarga Nora Anne ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu mencari mayat remaja tersebut.Mereka berharap lebih banyak jawapan akan diperoleh pada masa akan datang berhubung kematian Nora Anne yang disifatkan sangat kompleks.---SPR sedia jalankan PRK KimanisFoto - Astro AwaniTunggu keputusan Mahkamah Pilihan Raya sebelum ambil tindakan selanjutnya.Itu kata-kata Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berhubung pengisytiharan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman untuk kerusi Parlimen Kimanis, Sabah pada PRU14 lalu sebagai tidak sah.SPR katanya telah bersedia untuk adakan pilihan raya kecil jika perlu namun perlu menunggu tempoh rayuan selama 14 hari.Terdahulu, Mahkamah Pilihan Raya batalkan kemenangan Datuk Seri Anifah selepas mendapati terdapat penambahan kertas undi secara tidak sah.\u00a0---Kecilkan kawasan pencarianFoto - Astro AwaniAPMM akan kecilkan kawasan pencarian warga Singapura yang hilang ketika berkayak di perairan Mersing, 8 Ogos lalu.Ia ekoran penemuan mayat di perairan Dungun oleh nelayan tempatan.Terdahulu, seorang lagi mangsa yang dilaporkan hilang telah ditemui di perairan Kemaman selepas kayak yang dinaiki mereka terpisah dengan 13 kayak lain ekoran laut bergelora dan angin kencang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72803", "title": "Adi Putra Undur Daripada Industri Hiburan", "body": "\n\u2190 Back to list\nAdi Putra Undur Daripada Industri Hiburan\nJul 26, 2016\n\nNamun ujar aktor kelahiran Singapura itu kepada Malaysian Digest, dia akan kekal dalam aktif dalam industri perfileman kerana ada perancangan sendiri mengenainya.Adi Putra turut memaklumkan, dia mempunyai rancangan mengadakan majlis resepsi bersama isteri kedua namun ia bukanlah keutamaan buat masa sekarang.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72696", "title": "Malaysia Merekodkan Kes Zika Pertama Babitkan Wanita Hamil", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Merekodkan Kes Zika Pertama Babitkan Wanita Hamil\nSep 07, 2016\n\nKementerian Kesihatan mengesahkan, seorang wanita hamil di Johor menjadi mangsa terbaru kes jangkitan zika.Wanita berusia 27 tahun itu juga merupakan wanita hamil pertama dijangkiti zika di negara ini.Suami mangsa yang bekerja di Singapura turut menunjukkan simptom dijangkiti virus berkenaan dan kementerian sedang melakukan pemeriksaan ke atasnya.*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79228", "title": "'Dr Frankenstein' Dipecat Sebab Ubah Genetik Bayi Jadi Imun HIV", "body": "\n\u2190 Back to list\n'Dr Frankenstein' Dipecat Sebab Ubah Genetik Bayi Jadi Imun HIV\nJan 24, 2019\n\nSeorang saintis di China dipecat daripada universitinya kerana ubah genetik bayi yang dipercayai pertama seumpamanya di dunia!Ini selepas pihak berkuasa China mengesahkan ada wanita ke-2 sedang hamil bayi yang telah diubah genetiknya.Pihak berkuasa republik itu juga diberita\u00a0sedang menyiasat saintis berkenaan.Reuters melaporkan, tindakan itu diambil selepas mendapati dia melanggar etika dan mengetepikan pandangan pakar.November lalu, saintis Dr He Jiankui yang juga digelar 'Dr Frankenstein' mendedahkan dia berjaya hasilkan bayi kembar perempuan yang imun HIV selepas melakukan suntingan pada genetik.Ia dilakukan dengan cara menghapuskan 'Gen CCR5' menggunakan teknik dikenali sebagai 'CRISPR/Cas9'.'CRISPR/Cas9' membolehkan DNA manusia diubahsuai dan ia masih menjadi perdebatan hangat bukan sahaja dalam kalangan saintis tapi juga agamawan.Ada merasakan 'CRISPR-Cas9' boleh digunakan menghasilkan manusia 'sempurna' yang tidak lagi mempunyai masalah penyakit genetik seperti sindrom down dan barah.Namun, perubahan genetik juga dipercayai boleh menyebabkan mutasi.Misalnya menurut laporan, dengan tiadanya 'Gen CCR5' manusia boleh terdedah kepada deman dan kematian akibat jangkitan selesema.Dilaporkan juga, sebelum ini sudah ada 86 individu di China telah disunting gen mereka.Kesan jangka panjang masih tidak diketahui tetapi dikhuatiri akan mengubah evolusi manusia.Oleh: Joen HamzahFoto: Reuters\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79694", "title": "Negeri Sembilan turut akan terima manfaat jika projek ECRL diteruskan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nNegeri Sembilan turut akan terima manfaat jika projek ECRL diteruskan.\nApr 07, 2019\n\nProjek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL mungkin akan ada perubahan jajaran jika ia diteruskan.Menurut Kementerian Pengangkutan, jika ia jadi kenyataan, Negeri Sembilan juga akan turut terima manfaat daripada projek berkenaan.Rundingan untuk meneruskan dan mengurangkan kos projek itu dengan pihak China masih berlangsung dan dijangka dimuktamadkan beberapa minggu lagi.120 individu buat laporan polis berhubung pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim bulan lalu.Menurut peguam yang mewakili mangsa, asas saman mereka adalah atas kecuaian pihak berkuasa dan pemilik kilang yang jadi dalang pencemaran tersebut.Bencana pencemaran itu mengakibatkan ribuan penduduk terjejas dan semua institusi pendidikan di Pasir Gudang, Johor terpaksa ditutup sementara.Bermula tahun ini, Tabung Haji hanya benarkan haji ditunaikan sekali sahaja!Pihaknya memaklumkan Berita Harian, sejajar dengan peraturan baru tersebut individu yang sudah tunai haji tak boleh lagi mendaftar semula untuk pergi kali kedua.Ia bertujuan beri peluang kepada 3.2 juta pendeposit yang berada dalam senarai menunggu giliran menunaikan ibadat itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72827", "title": "Wan Shades Saman Rotikaya RM1 Juta", "body": "\n\u2190 Back to list\nWan Shades Saman Rotikaya RM1 Juta\nMar 31, 2016\n\nPenyanyi utama kumpulan Shades, Wan failkan saman RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan, Rotikaya.Ia berhubung artikel dalam blog itu yang mendakwa penyanyi itu merupakan suspek satu kes perkosa anak tiri pada 4 tahun lepas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71875", "title": "Setengah juta rakyat Malaysia dianggar menghidap Hepatitis C", "body": "\n\u2190 Back to list\nSetengah juta rakyat Malaysia dianggar menghidap Hepatitis C\nJul 20, 2017\n\nHampir setengah juta rakyat Malaysia dianggarkan menghidap Hepatitis C, namun kebanyakkan mereka tidak menyedarinya kerana tidak menjalani ujian.Tambah Kementerian Kesihatan, jumlah itu menunjukkan kes Hepatitis C meningkat sekali ganda antara 2009 sehingga tahun lalu.Ini juga bermakna, lebih ramai individu akan mengalami komplikasi hati seperti sirosis dan kanser lanjutan daripada penyakit tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71745", "title": "Kerajaan tidak bercadang kaji harga minyak secara mingguan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan tidak bercadang kaji harga minyak secara mingguan\nFeb 21, 2016\n\nKerajaan tidak bercadang kaji harga minyak secara mingguan seperti yang disaran persatuan pengusaha stesen minyak.Jelas Kementerian Kewangan, ini kerana kerajaan tidak boleh melaksanakan perkara yang tidak dipersetujui rakyat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73041", "title": "PKR mungkin letak calon wanita dalam PRK Sungai Kandis.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKR mungkin letak calon wanita dalam PRK Sungai Kandis.\nJul 13, 2018\n\nPKR mungkin letak calon wanita dalam PRK Sungai Kandis.PKR mungkin akan letak calon wanita untuk pilihanraya kecil Sungai Kandis, bulan depan.Namun ujar Menteri Besar Selangor, keputusan akhir akan dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti itu.Kredit foto: SelangorkiniSementara itu, BN dan PAS akan berbincang bagi pilih hanya seorang calon pembangkang pada PRK tersebut.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini bagi membolehkan hanya calon yang berpotensi untuk menang sahaja akan bertanding.UMNO masih enggan dengar suara rakyat.Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sifatkan UMNO masih lagi enggan dengar suara rakyat!Bekas Menteri Belia dan Sukan itu buat kenyataan menerusi akaun Twitternya, sejak kekalahan besar pada PRU14, parti itu masih memainkan isu perkauman untuk memomokkan orang Melayu.Kredit foto: Mstar OnlineJelas Khairy, sekiranya perkara itu tidak berubah, UMNO boleh melupakan terus hasrat untuk menawan semula Putrajaya pada PRU15 dan parti itu akan menjadi tidak relevan dalam masa 10 hingga 15 tahun lagi.Walau bagaimanapun beliau tegaskan tidak akan melompat parti dan akan kekal bersama UMNO untuk mengubah haluan parti itu agar kekal relevan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80786", "title": "Tindakan tegas menanti ibu bapa cuai biarkan anak terlibat aktiviti basikal lajak.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTindakan tegas menanti ibu bapa cuai biarkan anak terlibat aktiviti basikal lajak.\nNov 05, 2019\n\nTindakan lebih tegas menanti ibu bapa yang cuai, membiarkan anak-anak terlibat dalam aktiviti menunggang basikal lajak di jalan raya.Bukit Aman memaklumkan, selain basikal dirampas, ibu bapa juga boleh didenda maksimum RM20,000 dan dipenjara 5 tahun jika terbukti cuai.Polis juga sudah kenal pasti 26 lokasi tumpuan utama aktiviti basikal lajak di seluruh negara.Susulan itu pihaknya akan gandakan operasi bagi mengekang kegiatan terbabit terutama menjelang musim cuti sekolah tidak lama lagi.Rekod dan kumpul bukti jika anda terlibat dalam kes keganasan rumah tangga.Mangsa keganasan rumah tangga digesa rekod dan kumpul bukti kejadian itu serta melaporkannya kepada polis.Ujar Timbalan Perdana Menteri,\u00a0\u00a0tidak wajar mangsa sembunyi perbuatan berbentuk jenayah yang mereka hadapi, semata-mata kerana mahu mengekalkan rumah tangga.Baru-baru ini polis dedah kira-kira 4,200 kes keganasan rumah tangga direkodkan sepanjang 9 bulan pertama tahun ini, majoriti mangsa wanita bekerjaya.Kerajaan tak akan mengalah untuk bawa Jho Low pulang!Kerajaan tidak akan mengalah dalam usaha membawa Jho Low pulang ke Malaysia untuk dihadapkan ke muka pengadilan. \u00a0Kementerian Dalam Negeri juga memaklumkan, pihaknya berusaha mendapatkan kerjasama negara yang jadi lokasi persembunyian ahli perniagaan dalam buruan itu.Sementara itu, Ketua Polis Negara sahkan Jho Low kini bersembunyi di Cyprus dan dikatakan sudah jalani pembedahan plastik pada wajah!\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72542", "title": "Jabatan Kesihatan Siasat Virus Misteri", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Kesihatan Siasat Virus Misteri\nFeb 10, 2017\n\nJabatan Kesihatan Kelantan sedang menyiasat kematian seorang lelaki di Tanah Merah, Ahad lepas yang disyaki akibat diserang virus misteri.11 ahli keluarga si mati turut mengalami simptom sama dengan seorang daripadanya kini dirawat di hospital dan berada dalam keadaan kritikal.Difahamkan, mangsa dan ahli keluarga mengadakan kunjungan ke Kajang, Selangor sebelum jatuh sakit dan meninggal dunia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72848", "title": "Murid Termakan Serpihan Kaca Dalam Mi : Syarikat Pembekal Digantung", "body": "\n\u2190 Back to list\nMurid Termakan Serpihan Kaca Dalam Mi : Syarikat Pembekal Digantung\nMar 02, 2016\n\nMenurut Kementerian Pendidikan, arahan tersebut telah dikeluarkan sebaik pihaknya menerima maklumat mengenai perkara itu.Pihaknya juga sedang tunggu laporan daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Nigel Gardner di Hulu Selangor sebelum tindakan lanjut diambil.Jumaat lalu, 7 murid sekolah berkenaan dimasukkan ke hospital akibat termakan serpihan kaca yang berada dalam mi yang disediakan di bawah program RMT.\u00a0*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72109", "title": "Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan PDRM berhubung kes dakwaan guru cabul murid.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan PDRM berhubung kes dakwaan guru cabul murid.\nJul 08, 2018\n\nKementerian Pendidikan akan beri kerjasama penuh kepada polis berhubung siasatan kes guru cabul murid sekolah yang didedahkan seorang aktivis sosial, semalam.Menterinya, Dr Maszlee Malik juga luah rasa sedih dan marah berhubung kes tersebut.Beliau turut menzahirkan komitmen untuk memastikan hak dan keselamatan kanak-kanak sentiasa dijaga dan dipatuhi terutama semasa berada di sekolah.Beberapa hari lalu, guru tersebut telah ditahan reman beberapa hari lepas selepas didakwa mencabul 2 muridnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=111434", "title": "CAC Secara Maya Diaktifkan Di Lembah Klang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nCAC Secara Maya Diaktifkan Di Lembah Klang.\nJul 27, 2021\n\n\nPenduduk Selangor, KL dan Putrajaya tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian Covid-19, CAC jika tidak bergejala atau bergejala ringan!\nMenurut Kementerian Kesihatan, individu berkenaan perlu mengasingkan diri serta merta dan menjalani tempoh kuarantin di rumah.\nNamun mereka perlu memaklumkan keputusan ujian saringan melalui aplikasi MySejahtera untuk dinilai secara maya.\n\u00a0\n50 peratus daripada lebih 14,000 kes baru Covid-19 adalah pesakit tidak bergejala. \nHampir 50 peratus daripada lebih 14,000 kes COVID-19 semalam adalah pesakit tahap 1 atau tidak bergejala.\nMenurut KKM, 92 peratus daripada kes baru juga tidak mempunyai sejarah vaksinasi.\nJusteru orang ramai diseru mendapatkan vaksinasi bagi melindungi diri dan keluarga.\n\u00a0\nKluster tempat kerja mencatatkan jumlah kes COVID-19 tertinggi di Malaysia.\nMenteri Penyelaras PPN memaklumkan bahawa kluster tempat kerja mencatatkan jumlah kes COVID-19 tertinggi di Malaysia.\nMenurut Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, lebih 735 kluster membabitkan hampir 60,000\u00a0kes direkodkan bagi tempoh 1 Jun hingga 23 Julai lepas.\nDaripada jumlah itu, lebih 50 peratus melibatkan sektor perkilangan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80619", "title": "Skop tugas warden di semua sekolah berasrama wajar dikaji semula.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSkop tugas warden di semua sekolah berasrama wajar dikaji semula.\nSep 30, 2019\n\nSkop tugas warden di semua sekolah berasrama wajar dikaji semula.Tegas NUTP, kerana kerana warden juga merupakan guru yang sudahpun dibebani dengan tugas hakiki mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum.Gesaan itu ekoran kes buli babit seorang murid di sebuah sekolah berasrama penuh di Terengganu 4 tahun lalu yang keputusannya dikeluarkan semalam.Ia menyaksikan 9 pihak termasuk 5 pembuli, bekas guru penolong kanan dan bekas pengetua sekolah berkenaan diarah bayar ganti rugi lebih RM600,000!Kesemua mereka didapati bersalah menyebabkan mangsa alami pelbagai kecederaan dan alami tekanan perasaan akibat kejadian tersebut.Gangguan bekalan air di Selangor pulih sepenuhnya.Gangguan bekalan berlaku sejak kelmarin ekoran insiden pencemaran bau yang menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dihentikan sementara.Penuntut Malaysia yang dipindahkan ke Jakarta akibat jerebu dijangka pulang semula ke Riau hari ini.Ia ekoran bacaaan IPU yang semakin turun, dan darurat bencana di wilayah itu dapat dijangka ditamatkan dalam masa terdekat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80092", "title": "Kurikulum sekolah memandu perlu ada elemen keibubapaan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKurikulum sekolah memandu perlu ada elemen keibubapaan.\nJun 16, 2019\n\nPerlu ada elemen keibubapaan dalam kurikulum sekolah memandu.Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ini kerana ia dapat meningkatkan pengetahuan mengenai keselamatan kanak-kanak di dalam kereta.Kementerian juga sudah hantar surat cadangan berkenaan perkara tersebut kepada JPJ.Tun M cipta sejarah\u00a0sebagai pemimpin Asia Tenggara pertama berucap di Oxford.Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad diberi penghormatan menyertai barisan pemimpin utama dunia berucap di majlis perhimpunan Kesatuan Oxford, UK pagi tadi.Tun M juga cipta sejarah sebagai pemimpin Asia Tenggara pertama dijemput bercakap di kesatuan yang berprestij itu.Bilangan pesakit\u00a0Orang Asli Kampung Kuala Koh akibat penyakit misteri bertambah.Bilangan penduduk Orang Asli Kampung Kuala Koh yang dijangkiti penyakit yang belum diketahui punca bertambah 9 menjadi 112 orang.Daripada jumlah itu, 4 dirawat di ICU dan 48 di wad biasa di Hospital Kuala Krai dan Gua Musang, Kelantan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81035", "title": "Saringan kesihatan untuk penumpang daripada Wuhan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSaringan kesihatan untuk penumpang daripada Wuhan.\nJan 05, 2020\n\nSaringan kesihatan untuk penumpang dari Wuhan.Foto : Astro AwaniKementerian Kesihatan akan jalankan pemeriksaan saringan ke atas semua penumpang kapal terbang dari Wuhan, China yang mendarat di Malaysia.Ia sebagai langkah berjaga-jaga ekoran penularan penyakit pernafasan di negara itu.Ini selepas, Singapura mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan warga China diamsukkan ke dalam wad kerana masalah pernafasan selepas melawat Wuhan.Foto : Astro AwaniSementara itu, pihaknya tetap akan saman individu yang merokok di meja tambahan tanpa lesen di luar restoran.Biarpun tiada takrifan khusus dinyatakan dalam warta lokasi larangan merokok,\u00a0namun tetap menganggap struktur tambahan itu sebahagian daripada premis.------Ada hikmah saya letak jawatan - Dr MaszleeFoto : Astro AwaniDr Maszlee Malik sifatkan keputusannya memulangkan jawatan Menteri Pendidikan baru-baru ini ada hikmah tersendiri.Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata kini dia miliki lebih masa dan ruang untuk berkhidmat kepada rakyat kawasan itu.Sementara itu, TPM menyerahkan keputusan untuk melantik pengganti Dr Maszlee kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.------Pertembungan 1 lawan 1 untuk PRK Kimanis.Foto : Astro AwaniPRK Kimanis adalah \"friendly election\"Itu kata-kata calon BN, Datuk Mohamad Alamin berhubung pilihanraya itu selepas disahkan akan berdepan calon WARISAN, Datuk Karim Bujang, 18 Januari ini.Menurutnya, Datuk Karim diibaratkan sebagai mentornya kerana berpengalaman luas dalam bidang politik selain telah mengenalinya untuk tempoh masa yang lama.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72463", "title": "Love Scam Mengakibatkan Kerugian Besar", "body": "\n\u2190 Back to list\nLove Scam Mengakibatkan Kerugian Besar\nMay 26, 2017\n\nKes penipuan Love Scam melalui media sosial yang sebahagian besar didalangi warga Afrika merupakan jenayah siber kedua tertinggi dilaporkan di Malaysia tahun lalu.Menurut statistik tahun lalu, hampir 2,500 kes penipuan tersebut dilaporkan, melibatkan kerugian hampir RM100 juta.Sementara itu, 50 individu diberkas dalam serbuan ke atas 6 banglo mewah di Johor Bahru kerana dipercayai terbabit aktiviti penipuan Macau Scam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80349", "title": "mySalam Tidak Beri Untung Kepada Syarikat Insurans", "body": "\n\u2190 Back to list\nmySalam Tidak Beri Untung Kepada Syarikat Insurans\nAug 06, 2019\n\nSkim mySalam tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana syarikat insurans swasta.Menurut Kementerian Kewangan, sekiranya premium yang dibayar kerajaan tidak digunakan sebagai tuntutan, ia akan dikredit semula ke Tabung Amanah mySalam.Oleh itu, syarikat insurans yang dillantik menguruskan skim ini tidak mendapat insentif istimewa daripada kerajaan.\u00a0Tiga Lagi Suspek Ditahan Kes Gaduh Sebuah Kuil Di Kuala Selangor\u00a0Tiga lagi suspek ditahan susulan kes pergaduhan bersenjata dua kumpulan di sebuah kuil di Selangor.Penahanan suspek terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan dalam kes itu seramai 31 suspek.Dalam insiden Ahad lalu, seorang anggota polis turut cedera dalam insiden berkenaan, ketika cuba leraikan pergaduhan.26 Rakyat Malaysia Kandas Di JeddahSekumpulan 26 rakyat Malaysia kandas di Jeddah selepas didapati nama mereka tiada dalam senarai visa haji.Menurut Jabatan Perdana Menteri, siasatan awal mendapati urusan visa mereka dilakukan syarikat lain bukan diuruskan Tabung Haji.Kesemuanya akan diterbangkan semula ke Malaysia hari ini setelah semua proses diperlukan Arab Saudi, selesai.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72155", "title": "Banjir Pahang kembali meningkat", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir Pahang kembali meningkat\nJan 13, 2018\n\nJumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada hampir 1400 mangsa awal pagi ini, naik sekali ganda berbanding 700 petang semalam.Setakat ini 13 pusat pemindahan dibuka di negeri itu, membabitkan kawasan Rompin dan Pekan.Sementara itu, lebih 600 penduduk Johor turut dipindahkan manakala kira-kira 20 mangsa di Selanor masih belum dibenarkan pulang.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72238", "title": "Ibu tunggal dibunuh di Ipoh", "body": "\n\u2190 Back to list\nIbu tunggal dibunuh di Ipoh\nMar 14, 2017\n\nSeorang lelaki ditahan berhubung penemuan mayat ibu tunggal dengan beberapa kesan tikaman di bilik tidur rumahnya di Ipoh Perak.Mayat wanita berkenaan ditemui anak bongsunya berlumuran darah, ketika mahu mengejutkan mangsa dari tidur.Ibu kepada empat orang anak itu difahamkan baru sahaja mengikat pertunangan dengan seorang anggota polis minggu lalu.Mereka dijangka bakal melangsungkan perkahwinannya pada 14 Mei ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80507", "title": "Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya selamat dikebumikan di Ipoh.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya selamat dikebumikan di Ipoh.\nSep 05, 2019\n\nAllahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya telah dikebumikan di Ipoh, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir adalah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.Pegawai komando itu meninggal dunia dipercayai akibat terkena tembakan tersasar semasa demonstrasi ketenteraan di Sabah semalam.Kementerian Pertahanan memaklumkan, satu lembaga siasatan akan ditubuhkan untuk kenal pasti punca kejadian tersebut.Polis juga sudah memulakan siasatan dan telah merampas senjata yang digunakan.Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya merupakan anak kepada seniman veteran AR Badul.Cuti umum\u00a0sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Isnin ini wajib!Cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah, Isnin ini wajib\u00a0diberikan kepada pekerja.Kementerian Sumber Manusia berkata ini kerana ianya termasuk dalam 5 cuti umum yang wajib diberikan kepada pekerja termasuk sektor swasta.Ia susulan masih ada orang yang keliru mengenai cuti am sempena Hari Pertabalan YDPA, 30 Julai lepas dan Hari Keputeraan Baginda pada 9 Sept ini.\u00a0Hari Jumaat diisytiharkan sebagai hari penggunaan tulisan jawi di peringkat Jabatan Perdana Menteri.Menterinya, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa berharap, usaha itu akan menyemarakkan lagi penggunaan tulisan itu dan diikuti oleh kementerian lain.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73248", "title": "Kebanyakan kes jenayah didorong oleh sikap panas baran.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKebanyakan kes jenayah didorong oleh sikap panas baran.\nJan 12, 2018\n\nKetika ini semakin banyak isu malah kes jenayah terjadi disebabkan baran atau gagal mengawal kemarahan.Menurut Pakar Perunding Psikologi Pusat Pakar Perubatan UM, Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin, antara puncanya adalah kita selalu dalam keadaan tergesa-gesa.Justeru beliau beri beberapa tips untuk elak dan meredakan insiden akibat amarah antaranya mengawal pernafasan kerana ia akan meredakan tekanan darah dan nadi.Tips yang seterusnya beredarlah dari lokasi kejadian sementara waktu kerana ia dapat meredakan amarah dan melakukan tindakan yang mengundang penyesalan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79138", "title": "Sultan Johor Pandu Proton Saga Hantar Tun M", "body": "\n\u2190 Back to list\nSultan Johor Pandu Proton Saga Hantar Tun M\nJan 11, 2019\n\nPertemuan Sultan Johor dan Perdana Menteri semalam ternyata membuatkan netizen dan rakyat teruja!Manakan tidak, ia kali pertama Tun Dr Mahathir Mohamad diterima menghadap Sultan Johor selepas beliau kembali menjadi Perdana Menteri pada Mei lepas.Malah ia juga dikatakan pertemuan pertama mereka dalam tempoh 20 tahun.Ujar Perdana Menteri, pada pertemuan selama lebih sejam itu mereka membincangkan pelbagai perkara termasuk permasalahan rakyat.Namun ujar Tun M, isi perbincangan biarlah diketahui mereka sahaja sambil memaklumkan perjumpaan itu bukan mengenai pelantikan Yang di-Pertuan Agong.Turut menarik perhatian, Sultan Ibrahim juga berkenan hantar Tun M ke lapangan terbang dengan memandu sendiri kereta Proton Saga pertama yang berusia 34 tahun.Foto berkenaan dikongsi di laman Facebook dan Instagram rasmi baginda yang kini tular\u00a0dan disambut baik rakyat.Foto : Facebook dan Instagram rasmi Sultan JohorOleh: Joen Hamzah\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72762", "title": "Semua Sekolah Diarah Tangguh Aktiviti Kokurikulum Babitkan Air", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemua Sekolah Diarah Tangguh Aktiviti Kokurikulum Babitkan Air\nAug 12, 2016\n\nMenurut Kementerian Pendidikan, arahan itu ekoran kes kematian seorang guru akibat jangkitan kencing tikus di Kedah, semalam.\u00a0Jawatankuasa khas kementerian berkaitan kes tersebut akan memutuskan waktu yang sesuai untuk membenarkan semula aktiviti kokurikulum babitkan air.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72102", "title": "Bakal Presiden UMNO tidak semestinya diangkat menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBakal Presiden UMNO tidak semestinya diangkat menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.\nJun 21, 2018\n\nBakal Presiden UMNO tidak semestinya diangkat menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen!Itu antara manifesto Khairy Jamaluddin yang merebut jawatan itu pada pemilihan UMNO hujung minggu depan.Sementara itu, Khairy sahut cabaran pesaingnya untuk jawatan Presiden, Tengku Razaleigh Hamzah untuk berdebat!\u00a0Debat pertama seumpama itu melibatkan jawatan tertinggi UMNO itu akan disiarkan menerusi Astro Awani jam 9.30 malam 29 Jun ini, sehari sebelum pemilihan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71467", "title": "Hukumnya harus\u2026", "body": "\n\u2190 Back to list\nHukumnya harus\u2026\nDec 24, 2020\n\nHukumnya harus\u2026Hukum pengambilan vaksin COVID-19 adalah harus.Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam juga mengambil ketetapan bahawa vaksin tersebut wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan, ketetapan itu juga telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.KKM Pantau Mutasi Baru COVID-19Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau mutasi baru COVID-19 yang dikesan di Sabah.Antara aspek yang dipantau ialah kadar kebolehjangkitan dan impaknya terhadap masyarakat.Mutasi baru virus itu dikesan hasil ujian terhadap 60 sampel dalam Kluster Benteng Lahad Datu.Sementara itu 1,348 kes harian baru COVID-19 dan 5 kematian dicatatkan semalam.Selangor terus merekodkan jumlah kes harian tertinggi untuk 8 hari berturut-turut.Tarif Elektrik KekalKerajaan setuju mengekalkan tarif elektrik bagi tahun depan.Kerajaan juga setuju memberi rebat 2 sen bagi setiap kilowatt-jam elektrik kepada semua pengguna.Rebat yang pertama kali dinikmati sejak Julai tahun 2018 ini akan dinikmati oleh semua pengguna elektrik TNB, domestik dan bukan domestik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72642", "title": "PM Lancar Fasa Pertama MRT ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM Lancar Fasa Pertama MRT \nDec 15, 2016\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan fasa pertama MRT sepanjang 21 kilometer.Datuk Seri Najib turut mengumumkan tambang percuma untuk MRT dan bas perantara selama sebulan sehingga 16 Januari nanti.Laluan MRT fasa pertama itu akan mula beroperasi 6.00 pagi esok melibatkan 12 stesen dari Sungai Buloh ke Semantan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79231", "title": "Sultan Pahang Dilantik Yang Dipertuan Agong Ke 16", "body": "\n\u2190 Back to list\nSultan Pahang Dilantik Yang Dipertuan Agong Ke 16\nJan 24, 2019\n\nSultan Pahang, Al-Sultan Abdullah telah dipilih sebagai yang di Pertuan Agong Ke 16 bagi tempoh lima tahun, berkuatkuasa 31 Januari.Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara hari ini.Sementara itu, Sultan Perak dipilih sebagai Timbalan Yang di Pertuan Agong untuk tempoh yang sama.Perdana Menteri Tak tahu Projek ECRL Batal?Perdana Menteri tidak tahu sama ada kontrak kepada syarikat China bagi projek ECRL sudah ditamatkan atau tidak.Tun Dr Mahathir Mohamad jelaskan, perkara itu belum dibincangkan kerana beliau baru pulang daripada lawatan kerja di luar negara.Terdahulu, satu laporan daripada Singapura mendakwa Malaysia ketika ini dalam fasa mencari kontraktor baharu bagi menerajui projek ECRLViral Ustazah Hilang, Bakal Mengajar Di KedahSeorang ustazah sebuah sekolah di Pulau Pinang yang hilangkan diri beberapa hari minggu lalu, akan dibenarkan berpindah ke Kedah.Jabatan Pendidikan Kedah berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan untuk tempatkan dia di sekolah berhampiran rumahnya nanti.Minggu lalu, ustazah itu hilangkan diri dipercayai akibat kemurungan, kerana terpaksa berulang alik setiap hari dari Alor Setar ke Balik Pulau, untuk mengajar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72357", "title": "Akta Khas tangani berita palsu di internet", "body": "\n\u2190 Back to list\nAkta Khas tangani berita palsu di internet\nFeb 14, 2017\n\nKerajaan pertimbang cadangan perkenal kerangka perundangan bagi tangani masalah berita palsu.Menurut SKMM, ini selepas pihaknya terima banyak aduan mengenai penyebaran kandungan berita palsu dan paparan menghina yang semakin menjadi-jadi.Jelasnya, walaupun tindakan boleh diambil di bawah peruntukan akta sedia ada, kajian sedang dibuat mengenai keperluan memperluaskannya ke portal berita dalam talian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73269", "title": "Felda setuju tubuh Jawatankuasa Lembaga Siasatan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nFelda setuju tubuh Jawatankuasa Lembaga Siasatan.\nFeb 09, 2018\n\nFelda setuju tubuh Jawatankuasa Lembaga Siasatan susulan laporan audit forensik berkaitan kontroversi pemilikan tanahnya di Jalan Semarak, KL.Pihaknya juga akan mengambil tindakan tatatertib dan undang-undang terhadap mereka yang cuai dalam menjaga kepentingan aset agensi kerajaan itu.Antara tindakan yang akan dikenakan adalah melucutkan jawatan, mengurangkan gaji ataupun tindakan sivil lain.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73110", "title": "Pengguna jalan raya perlu utamakan keselamatan dalam menyokong parti masing-masing sempena PRU14. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengguna jalan raya perlu utamakan keselamatan dalam menyokong parti masing-masing sempena PRU14. \nApr 20, 2018\n\nJPJ nasihatkan pengguna jalan raya agar mengutamakan keselamatan dalam menyokong parti masing-masing sempena PRU14 yang bakal menjelang.Menurutnya, pengguna jalan raya yang memasang bendera parti politik pada kenderaan masing-masing disaran agar tidak menggunakan bendera yang boleh mengganggu penglihatan atau mencederakan pengguna jalan raya yang lain.Pihaknya juga akan buat pemantauan terhadap kenderaan yang memasang bendera bagi memastikan pengguna yang lain tidak terganggu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73109", "title": "SKMM sedang siasat kes berita palsu yang dijawab menerusi portal 'sebenarnya.my'.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSKMM sedang siasat kes berita palsu yang dijawab menerusi portal 'sebenarnya.my'.\nApr 19, 2018\n\nSKMM sedang siasat lebih 50 peratus daripada 1,500 kes berita palsu yang dijawab menerusi portal 'sebenarnya.my'.Menurutnya, 40 individu daripada jumlah itu telah didakwa dengan majoritinya adalah rakyat Malaysia yang menetap di dalam negara.Pihaknya hadapi kesukaran dalam mengesan pihak pertama yang sebarkan berita palsu terbabit apabila kira-kira 30 peratus daripadanya guna akaun media sosial palsu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79432", "title": "MUET tidak akan dimasukkan dalam modul peperiksaan sekolah menengah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMUET tidak akan dimasukkan dalam modul peperiksaan sekolah menengah.\nFeb 24, 2019\n\nMenteri Pendidikan tolak cadangan memasukkan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia, MUET ke dalam modul peperiksaan sekolah menengah.Jelas Dr. Maszlee Malik, ia akan membebankan murid lagipun ia 2 perkara berbeza sebab SPM sudah ada ujian Bahasa Inggeris dan MUET adalah untuk pelajar universiti.Kerajaan akan bentang cadangan agar\u00a0suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.Kementerian Kesihatan akan bentang cadangan dan dasar agar suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.Ia susulan desakan kuat pelbagai pihak agar kerajaan mempertimbangkannya susulan keengganan segelintir ibu bapa membenarkan anak-anak diberi vaksin.Malah ada kes kanak-kanak dilaporkan maut akibat penyakit yang disebabkan tidak mengambil vaksin.Polis buru\u00a0sekumpulan perompak bersenjatakan parang dalam kejadian di Serdang, baru-baru ini.Polis masih sedang kenal pasti sekumpulan perompak, yang cuba rompak seorang lelaki warga emas di rumah mangsa di Serdang, Selangor baru-baru ini.Dalam video kejadian yang kini tular, suspek bersenjata parang meluru ke arah mangsa yang baru buka pintu pagar tapi mangsa sempat masuk ke rumah dan kunci pintu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=149691", "title": "Jangan Terpengaruh Dengan Jangkaan Tarikh Aidilfitri di Media Sosial", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan Terpengaruh Dengan Jangkaan Tarikh Aidilfitri di Media Sosial\nApr 09, 2023\n\n\nRujuk sumber sahih untuk tarikh Aidifitri tahun ini.\nJangan mudah terpengaruh dengan sebaran maklumat berkaitan tarikh Hari Raya Aidilfitri di media sosial.\nMenteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil saran orang ramai supaya hanya merujuk pada sumber rasmi bagi elak kekeliruan dan seterusnya mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.\nTegasnya, hanya satu tarikh sahaja yang akan diikuti iaitu yang akan diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja nanti.\n\u00a0\nLebih 500 penerbangan tambahan diluluskan sempena Aidilfitri tahun ini.\nMenurut Kementerian Pengangkutan ia bagi menampung permintaan yang tinggi ketika musim perayaan melibatkan penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.\n\u00a0\n2.8 juta passport dikeluarkan pasca Covid-19.\nJabatan Imigresen telah mengeluarkan sebanyak 2.8 juta pasport pasca-COVID-19.\nJelas Menteri Dalam Negeri, ia meningkat 4 kali ganda yang mendorong kepada kesesakan teruk terutamanya kepada pejabat pengeluar pasport di Lembah Klang.\nBagi atasi masalah itu, pihaknya melanjutkan operasi perkhidmatan termasuk membuka pejabat pada hari Sabtu dan Ahad dan galakkan permohonan secara online.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70386", "title": "Hari Ini Genap 100 Hari PKP.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHari Ini Genap 100 Hari PKP.\nJun 25, 2020\n\nHari ini genap 100 hari PKP!\u00a0Setelah beberapa fasa yang kita lalui, Prof Madya Dr Amer Saddiq Amer Nordin berpendapat, di sebalik cabaran besar, ia sebenarnya telah mendatangkan banyak perkara positif antaranya mewujudkan kasih sayang dan saling membantu sesama masyarakat.Menurut pakar perunding psikiatri dan psikologi itu juga, PKP turut beri kita peluang berehat secara fizikal dan mental yang mana sukar untuk kita peroleh sebelum ini.Jangan ambil mudah SOP ketika menganjurkan majlis sosial!Sesuatu lokaliti akan ditutup jika ada kes positif COVID-19 berkaitan majlis sosial yang dianjurkan termasuk hotel dan restoran.Justeru, Kementerian Kesihatan mengingatkan semua pihak tidak ambil mudah SOP termasuk penjarakan sosial semasa majlis diadakan.Bermula Rabu depan kerajaan benarkan majlis sosial antaranya kenduri kahwin dan pertunangan, tahlil, sambutan hari jadi dan 'reunion' diadakan dengan SOP ketat.Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0 akan dilancarkan minggu depan.Menurut Tekun Nasional, antara syaratnya ialah penerima mestilah penunggang e-hailing berdaftar.Program itu meliputi pembiayaan maksimum sehingga RM10,000 untuk beli motosikal baru dan modal pusingan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81772", "title": "Perkhidmatan gunting rambut masih dilarang", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerkhidmatan gunting rambut masih dilarang\nMay 12, 2020\n\nPerkhidmatan gunting rambut masih dilarangKerajaan masih belum benarkan perkhidmatan gunting rambut kerana ia tersenarai dalam perkara yang dilarang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan itu termasuk perkhidmatan gunting di rumah atau pejabat pelanggan.Beliau berkata demikian selepas ditanya wartawan kononnya terdapat dakwaan kononnya ada orang kenamaan (VIP) memanggil tukang gunting rambut ke rumah.-----SOP solat Jumaat, berjemaah Khamis iniProsedur Operasi Standard (SOP) bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijangka diketahui Khamis ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, garis panduan itu akan dibincangkan dan diperhalusi dalam satu mesyuarat bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini.Mengenai solat Aidilfitri pula, pihaknya juga akan berbincang mengenai perkara itu secara khusus dalam masa terdekat.-----Tarikh kemasukan Tingkatan Enam akan dimaklumkan kelakSemakan tawaran kemasukan dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2020 akan dimaklumkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.Kementerian Pendidikan berkata, tarikh itu akan ditetapkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan.Langkah itu katanya dilaksanakan bagi menjamin keselamatan murid, guru serta warga sekolah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72949", "title": "Jajaran Sri Damansara Link DUKE Fasa Dua dibuka mulai 12 tengah malam ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nJajaran Sri Damansara Link DUKE Fasa Dua dibuka mulai 12 tengah malam ini\nOct 23, 2017\n\nJajaran Sri Damansara Link Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Fasa Dua akan dibuka mulai 12 tengah malam ini .Menurut Kementerian Kerja Raya, ia dijangka menyelesaikan masalah kesesakan trafik terutama di Jalan Segambut, Jalan Kuching, Rawang dan Kepong.Jajaran lebuh raya sepanjang 7.4 kilometer itu menghubungkan MRR2 dengan Lebuhraya Duke sedia ada di Jalan Segambut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72759", "title": " Budak 5 Tahun Dijumpai Merayau Seorang Diri", "body": "\n\u2190 Back to list\n Budak 5 Tahun Dijumpai Merayau Seorang Diri\nAug 11, 2016\n\nKanak-kanak berusia 5 tahun yang dikenali sebagai Alya itu, ditemui ketika berjalan seorang diri di kawasan berkenaan.Menurut polis, orang awam atau penjaga yang mengenali kanak-kanak itu diminta untuk hadir ke Balai Polis USJ8.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79830", "title": "Pawagam Di Sarawak Bakal Dilengkapi Kamera Anti Rakaman", "body": "\n\u2190 Back to list\nPawagam Di Sarawak Bakal Dilengkapi Kamera Anti Rakaman\nApr 30, 2019\n\nSembilan pengusaha panggung wayang di Sarawak akan memasang kamera anti rakaman di pawagam masing-masing.Menurut kerajaan negeri, ia dibuat bagi memudahkan pemeriksaan terhadap penonton yang cuba memuat naik rakaman secara langsung menerusi laman sosial.Pihaknya turut mengadakan pemeriksaan mengejut di semua pawagam di Sarawak bagi membanteras kesalahan itu.\u00a0Bekas Pegawai Khas Menteri Direman SPRM\u00a0Seorang bekas pegawai khas menteri di bawah kerajaan BN direman tiga hari dipercayai terlibat dalam kes penyelewangan bernilai 1.8 juta ringgit.Dia ditahan selepas beri keterangan di SPRM tengah hari semalam.Siasatan awal mendapati, suspek menerima suapan berkaitan pembekalan peralatan pesawat daripada beberapa syarikat kontraktor.\u00a0Polis Kelantan Buat Pemantauan Di Semua Rumah Ibadat\u00a0Polis Kelantan buat pemantauan di semua rumah ibadat di negeri berkenaan.Ia berikutan arahan Bukit Aman untuk mengambil langkah proaktif, susulan serangan keganasan di Sri Lanka dan New Zealand \u00a0Namun, setakat ini keadaan terkawal.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71063", "title": "Patuhlah Larangan Merokok Sama Macam SOP Cegah COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nPatuhlah Larangan Merokok Sama Macam SOP Cegah COVID-19\nOct 15, 2020\n\nPatuhlah Larangan Merokok Sama Macam SOP Cegah COVID-19Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) minta semua mematuhi larangan merokok seiring dengan pematuhan SOP COVID-19.Peringatan itu diberi ekoran peningkatan aduan berkaitan aktiviti merokok di restoran dan kedai makan.\u00a0Tegas KKM, ia juga selaras dengan amaran yang dikeluarkan oleh WHO bahawa perokok yang dijangkiti COVID-19 berisiko tinggi mendapat komplikasi serius.Sementara itu, kajian KKM mendapati bekas pesakit COVID-19 yang antibodinya merosot selepas 3 bulan sembuh ada kebarangkalian dijangkiti semula.Ketua Pengarah Kesihatan berkata, ia berdasarkan kajian awal yang dijalankan ke atas satu kluster di Sungai Lui, Selangor.Terdahulu, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pelawa bekas pesakit COVID-19 sertai penyelidikan berkaitan antibodi mereka.Boleh Pergi PasarSelangor membenarkan pasar pagi beroperasi sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri berkenaan ketika ini.Namun operasinya tertakluk kepada pematuhan SOP yang sama dengan pasar malam yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).\u00a0Dari Udara Pun Kena Kompaun2 juruterbang dan 2 penumpang dikompaun sejurus pesawat ringan yang mereka naiki dari Subang, Selangor mendarat di Pulau Tioman, Rompin, Pahang.Ia gara-gara mereka tiada surat kebenaran rentas negeri daripada polis mahupun surat majikan atau bertugas di sektor penting susulan pelaksanaan PKPB di Selangor.\u00a0*foto: AWANI (sekadar hiasan)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72639", "title": "Sultan Muhammad V Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15", "body": "\n\u2190 Back to list\nSultan Muhammad V Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15\nDec 13, 2016\n\nSultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-5 secara rasmi menyandang tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 selepas melafaz sumpah jawatan tengah hari tadi.Manakala Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah kini menyandang tugas sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72925", "title": "Budak lelaki 5 tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera bapa tiri", "body": "\n\u2190 Back to list\nBudak lelaki 5 tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera bapa tiri\nJun 29, 2017\n\nSeorang kanak-kanak lelaki 5 tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera bapa tirinya di Jerteh, Terengganu pagi semalam.Suspek terdahulu menghantar mangsa ke hospital dengan mendakwa anak tirinya itu cedera akibat terjatuh dari motosikal.Namun, pihak hospital yang meragui dakwaan suspek membuat laporan polis yang kemudian menahan lelaki berusia 38 tahun itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72937", "title": "Lebih 1,800 laman sesawang, portal dan blog disekat", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 1,800 laman sesawang, portal dan blog disekat\nOct 26, 2017\n\nLebih 1,800 laman sesawang, portal dan blog yang sebar kandungan maklumat palsu telah disekat sejak Januari hingga September tahun ini.Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata, sekatan jua dibuat kerana ia menyebarkan berita yang boleh jejaskan ketenteraman awam. yebarkan\u00a0Selain itu sejak Januari 2016 hingga September tahun ini, 67 kes penyebaran berita palsu libatkan media sosial disiasat dengan 5 kes dibawa ke mahkamah.\u00a0 \u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70435", "title": "PM Ucap Tahniah", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM Ucap Tahniah\nJul 03, 2020\n\nPM Ucap TahniahPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada petugas barisan hadapan!Ini selepas Malaysia catat hanya 1 kes kelmarin dan semalam pula cuma 3 kes baru.Beliau turut memuji seluruh rakyat Malaysia atas kerjasama yang sangat baik dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).Tan Sri Muhyiddin juga mengingatkan kita semua adalah barisan hadapan semasa tampoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.Justeru semua perlu terus waspada, ambil langkah pencegahan dan patuh SOP yang ditetapkan.Aduan Jenayah Siber Melonjak!Aduan jenayah siber naik lebih 90 peratus semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Ini selepas hampir 4,000 aduan dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 sejak 18 Mac lalu.Antara kes yang dilaporkan ialah gangguan siber, penipuan, pencerobohan dan spam.Bagi isu penipuan siber ia turut libat penggunaan data peribadi dalam media dan penipuan pinjaman.Diskaun Bil Elekrik DilanjutBerita baik untuk orang ramai , diskaun bil elektrik dilanjutkan sehingga Disember.Kadar diskaunnya ialah 2 hingga 50 peratus melibatkan lebih 8 juta pengguna domestik.Ia bertujuan mengurangkan beban orang ramai berikutan kenaikan bil elektrik ekoran PKP.Foto : Pejabat Perdana Menteri\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72604", "title": "Syarat Minimun Kemasukan Ke SPB 2017", "body": "\n\u2190 Back to list\nSyarat Minimun Kemasukan Ke SPB 2017\nNov 18, 2016\n\nKeputusan minimun UPSR untuk permohonan ke sekolah berasrama penuh tingkatan 1 tahun depan diturunkan kepada 3A, 3B.Ia susulan penurunan ketara jumlah murid peroleh semua A disebabkan pelaksanaan format baru peperiksaan itu.Namun tegas Kementerian Pendidikan, kedudukan ranking dan pemilihan murid tidak bergantung semata-mata kepada pencapaian akademik.*Foto: Kenyataan media Kementerian Pendidikan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73179", "title": "Pusat tahfiz di KL wajib daftar dengan JAWI dan DBKL sebelum 31 Disember.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPusat tahfiz di KL wajib daftar dengan JAWI dan DBKL sebelum 31 Disember.\nSep 27, 2018\n\nSemua pusat tahfiz yang beroperasi di ibu negara wajib daftar sebelum 31 Disember ini.Ujar Menteri Wilayah Persekutuan, langkah itu adalah untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan pembelajaran pelajar tahfiz berada dalam keadaan baik.Foto: KosmoMereka perlu mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan DBKL.Ia susulan beberapa kes serius babitkan\u00a0 pelajar dan petugas pusat tahfiz antaranya kes liwat dan dera.Datin Seri Rosmah Mansor beri keterangan kepada SPRM hampir 13 jam semalam.Isteri bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak itu tiba kira-kira jam 9.30 pagi dan hanya meninggalkan ibu pejabat SPRM lewat malam tadi.Ini adalah kali kedua Datin Seri Rosmah beri keterangan kepada SPRM berkenaan skandal 1MDB.PAS akan bertanding di PRK Port Dickson.PAS mengotakan janjinya iaitu akan letak calon untuk PRK Parlimen Port Dickson menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim 13 Oktober ini.Keputusan itu dicapai berdasarkan rundingan dalam mesyuarat PAS pusat malam tadi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71618", "title": "Bayaran khas untuk penjawat awam dan pesara kerajaan akan dibuat pada minggu pertama bulan depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBayaran khas untuk penjawat awam dan pesara kerajaan akan dibuat pada minggu pertama bulan depan.\nDec 04, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71214", "title": "Gangguan bekalan air lagi!", "body": "\n\u2190 Back to list\nGangguan bekalan air lagi!\nNov 10, 2020\n\nGangguan bekalan air lagi!Foto - Siakap KeliBelum sampai 24 jam pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) diluluskan di Dewan Undang Negeri (DUN) Selangor semalam, masalah pencemaran air berlaku lagi.Terbaru, LUAS memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 telah dihenti tugas tengah hari ini selepas pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor.Air Selangor dalam pada itu memaklumkan, insiden itu mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah bermula jam 6 petang ini menjejaskan lebih 1.1 juta akaun pengguna.-----Jumlah korban COVID-19 di Malaysia cecah 300Foto - Neuroscience NewsJumlah korban keseluruhan akibat wabak COVID-19 dalam negara kini mencecah 300 apabila enam lagi kematian terbaru dilaporkan hari ini.Menurut Kementerian Kesihatan, bilangan kes baru positif COVID-19 pula kekal pada tiga angka dengan 869 kes dicatatkan hari termasuk satu kes import.Empat kluster baru dikesan iaitu Kluster Liawan, Kluster Tatahan dan Kluster GK Tawau di Sabah serta Kluster Kube di Kota Bharu, Kelantan.-----Isi minyak di pam tidak perlu daftar mySejahteraFoto - RnggtIndividu yang melakukan sebarang transaksi di dalam premis stesen minyak atau menggunakan tandas dan surai diwajibkan mendaftar menerusi aplikasi mySejahtera.Namun Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengisian minyak di pam menggunakan kad atau aplikasi dalam talian atau pembayaran di tingkap cermin stesen minyak tidak perlu berbuat demikian.Selain itu, individu yang ke stesen minyak untuk mengepam tayar kenderaan atau melakukan cucian kereta secara automatik juga tidak perlu mendaftar dengan aplikasi mySejahtera.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72622", "title": "Jangan Sebar Berita, Gambar Banjir Tak Sahih", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan Sebar Berita, Gambar Banjir Tak Sahih\nDec 01, 2016\n\nOrang ramai diminta tidak salah guna laman sosial dengan sebar gambar dan berita yang tidak disahkan benar mengenai banjir.Ujar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, ini kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh mencetuskan suasana panik dan cemas.Ia juga boleh menimbulkan kesulitan kepada pihak berkuasa yang telah bersiap sedia di musim tengkujuh ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71082", "title": "Tak Boleh Terburu-Buru", "body": "\n\u2190 Back to list\nTak Boleh Terburu-Buru\nOct 18, 2020\n\nTak Boleh Terburu-BuruKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak boleh terburu-buru ambil keputusan berhubung cadangan banyak pihak supaya sekolah di seluruh negara ditutup ekoran pandemik COVID-19.Jelas Menterinya, Dr Radzi Jidin, ini kerana sebarang keputusan dibuat bukan hanya beri kesan kepada kementerian itu tetapi juga seluruh negara.Ujar beliau lagi, KPM tetap komited dalam usaha memastikan tiada murid keciciran dalam pembelajaran.Kementerian berkenaan kini menaungi lebih 5 juta murid dan pelajar serta lebih setengah juta guru dan warga kementerian.Paling TinggiJumlah kes baru COVID-19 di Malaysia melonjak kepada 869 kes.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysi (KKM), ia merupakan yang tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik itu melanda negara.Dukacita juga 4 pesakit meninggal dunia semalam, kesemuanya di Sabah menjadikan angka korban meningkat kepada 180.Berikutan itu, KKM telah meningkatkan kapasiti dan mobilisasi aset serta sumber manusia ke Sabah bagi bendung penularan COVID-19 di negeri itu.Ia termasuk meningkatkan kapasiti ujian makmal sebanyak 2 kali ganda.\u00a0Siasatan Sudah BermulaPolis sudah memulakan siasatan berhubung kes penyebaran satu video berunsur hasutan yang pertikai sistem pemerintahan beraja di negara ini.Identiti individu yang disyaki menghasilkan rakaman video berdurasi satu minit 30 saat itu juga sudah dikenal pasti.Menurut PDRM, alamat terakhir suspek adalah di Seremban dan dia dipercayai berada di luar negara sejak 2017.*foto: Sinar Harian (sekadar hiasan)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73300", "title": "Pencuri data peribadi pelanggan telefon mudah alih negara ini guna 3 alamat Protokol Internet.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPencuri data peribadi pelanggan telefon mudah alih negara ini guna 3 alamat Protokol Internet.\nDec 04, 2017\n\nPencuri data peribadi lebih 46 juta pelanggan telefon mudah alih negara ini dipercayai menggunakan 3 alamat Protokol Internet dari Belanda, Oman, dan Hong Kong.Ketua Polis Negara berkata ini menyukarkan mereka untuk kenal pasti asal-usul dan pemilik e-mail yang menawarkan penjualan data peribadi berkenaan.Namun jelas Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Malaysia masih tidak memerlukan bantuan daripada negara-negara berkenaan kerana mempunyai kaedah siasatan sendiri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72281", "title": "Suspek termasuk 4 warga asing", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuspek termasuk 4 warga asing\nDec 05, 2015\n\nLima lelaki dipercayai terbabit kegiatan keganasan ditahan dalam satu operasi khas di sekitar Selangor, KL, Kelantan dan Johor.Mereka terdiri daripada warga Eropah, Afrika, Indonesia dan Bangladesh dan seorang lagi adalah rakyat tempatan.Suspek pertama ditahan di KL adalah seorang warga Eropah, guru sambilan bahasa Inggeris di Pulau Pinang.Tiga lagi suspek lagi adalah anggota kumpulan sel yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan IS.Suspek terakhir juruteknik warga Bangladesh pula merancang menyertai perjuangan IS di Syria.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72611", "title": "Pasangan Mengasari Penguat Kuasa MBSA Dihukum Penjara", "body": "\n\u2190 Back to list\nPasangan Mengasari Penguat Kuasa MBSA Dihukum Penjara\nNov 25, 2016\n\nPasangan yang mengasari seorang anggota penguat kuasa wanita MBSA ketika menjalankan tugas telah dihadap ke Mahkamah Shah Alam.Pasangan suami isteri berusia 30-an itu mengaku bersalah dan dihukum penjara 14 hari dan didenda RM3,000 seorang.Video kejadian kini viral di laman sosial dan perbuatan pasangan itu mendapat kecaman orang ramai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73292", "title": "FOMCA saran Petrol RON92 diperkenalkan semula.", "body": "\n\u2190 Back to list\nFOMCA saran Petrol RON92 diperkenalkan semula.\nNov 23, 2017\n\nFOMCA saran Petrol RON92 diperkenalkan semula sebagai alternatif kepada kumpulan pendapatan sederhana dan rendah.Petrol RON 92 telah dihentikan penjualan pada 2009, bagi memberi laluan kepada RON 95.Ujar FOMCA kepada The Sun, RON 92 boleh disubsidi dan digunakan untuk kenderaan dengan kapasiti enjin yang lebih rendah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79880", "title": "Jalan TAR dibuka semula mulai 11 Mei!", "body": "\n\u2190 Back to list\nJalan TAR dibuka semula mulai 11 Mei!\nMay 09, 2019\n\nFoto : Astro AwaniJalan Tuanku Abdul Rahman akan dibuka semula bermula 11 Mei bagi memudahkan orang ramai membuat persiapan Hari Raya.Menurut Kementerian Wilayah Persekutuan, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama penjaja di lokasi berkenaan.\u00a0Terdahulu, Jalan TAR ditutup kepada semua kenderaan persendirian pada hujung minggu, untuk menjadikannnya kawasan pejalan kaki.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72900", "title": "Cuaca Panas Melampau Bukan disebabkan Ekuinoks", "body": "\n\u2190 Back to list\nCuaca Panas Melampau Bukan disebabkan Ekuinoks\nMar 14, 2016\n\nKatanya, ekuinoks tidak akan membawa perubahan cuaca melampau dan hanya berlaku sehari sahaja iaitu pada Ahad ini.Ekuinoks merupakan fenomena di mana seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam sama panjang, masing-masing 12 jam - BHOnline.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72367", "title": "3 anggota Rela yang dakwa dipukul individu bergelar 'Datuk Seri', akan terima sijil kepujian kerana bersikap profesional ketika bertugas.", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 anggota Rela yang dakwa dipukul individu bergelar 'Datuk Seri', akan terima sijil kepujian kerana bersikap profesional ketika bertugas.\nOct 30, 2017\n\n3 anggota Rela yang dakwa dipukul individu bergelar 'Datuk Seri' di Ampang Jumaat lepas, akan terima sijil kepujian kerana bersikap profesional ketika bertugas.Ketua Pengarah Rela\u00a0 berkata, sikap sabar anggota berkenaan yang tidak cetuskan tindak balas walaupun diugut serta dikasari wajar dipuji dan dijadikan teladan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73052", "title": "Polis serbu sebuah kediaman mewah di ibu kota semalam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis serbu sebuah kediaman mewah di ibu kota semalam.\nMay 18, 2018\n\nPolis serbu sebuah kediaman mewah di ibu kota semalam.Susulan itu, 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama mewah dan 72 beg mengandungi wang tunai, barang kemas serta barangan berharga dirampas!Namun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh berkata jumlah sebenar wang tunai yang dirampas itu tidak dapat dipastikan buat masa ini.Beliau turut mengesahkan kediaman itu dimiliki individu bergelar Tan Sri dan ada kaitan dengan 1MDB, tapi enggan mendedahkan identitinya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80083", "title": "Cubaan bunuh diri mungkin dikeluarkan daripada Kanun Keseksaan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nCubaan bunuh diri mungkin dikeluarkan daripada Kanun Keseksaan.\nJun 14, 2019\n\nCubaan bunuh diri mungkin dikeluarkan daripada Kanun Keseksaan.Ujar Timbalan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara sedang memperhalusi perkara itu ekoran isu kesejahteraan mental yang semakin membimbangkan.Kajian dapati masalah kesihatan mental orang muda termasuk murid sekolah di negara ini meningkat tahun ke tahun termasuklah keinginan membunuh diri.Ainul Mardhiah bakal jalani satu lagi pembedahan.Selepas berjaya jalani pembedahan buang tumor pada mulut, bayi viral Ainul Mardhiah akan jalani satu lagi pembedahan.Menurut bapanya, Encik Ahmad Safiuddin, Ainul anaknya akan jalani pembedahan sumbing lelangit tapi perlu menunggu dapat berat badan yang sesuai.Ahmad Safiuddin turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu hingga berjayanya misi pembedahan anaknya di UK baru-baru ini.SKMM sedia beri kerjasama kepada polis berhubung penyebaran video intim.SKMM sedia beri kerjasama penuh terhadap siasatan pihak polis berhubung penyebaran video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri.Sementara itu, lelaki yang mengaku terlibat dalam aksi intim berkenaan buat laporan polis, mendakwa dia diancam dan diugut.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72532", "title": "BR1M secara baucar dibayar mulai hari ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nBR1M secara baucar dibayar mulai hari ini\nFeb 18, 2017\n\nPembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)\u00a0bagi 2017 secara baucar akan dibuat mulai hari ini.Menurut Kementerian Kewangan, pembayaran secara terus ke akaun bank pula akan\u00a0dibuat pada Rabu ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lebih 3 juta\u00a0permohonan lagi masih diproses\u00a0dan keputusan dijangka diumumkan bulan depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72141", "title": "Kerajaan Perpaduan tidak akan tercapai - Anwar Ibrahim", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Perpaduan tidak akan tercapai - Anwar Ibrahim\nSep 28, 2018\n\nHasrat UMNO mahu bentuk kerajaan perpaduan dengan mana-mana parti dalam PH disambut dingin.Dalam kenyataan terbarunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka tidak pernah bincang rancangan tersebut yang dianggap tidak releven.Begitu juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu UMNO terima hakikat kekalahan dan berpendapat usul kerjasama itu tidak relevan.Sementara itu, teori kononnya SPRM menekan UMNO sejak parti itu hilang kuasa sejak PRU 14 adalah tidak benar!Tegas Ketua Pesuruhanjayanya, pihaknya tidak pernah melakukan perkara itu, juga memaklumkan siasatan mereka tiada agenda politik.Malah Datuk Seri Mohd Shukri Abdull kepada memaklumkan Berita Harian, tiada pihak yang boleh mengarah atau campur tangan dalam siasat SPRM, termasuklah PM.Juga menurut beliau, ada maklumat yang diterima dalam kes rasuah dan salah guna kuasa babitkan UMNO sebenarnya dilaporkan oleh ahli parti itu sendiri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73128", "title": "Penduduk KL dan Selangor dinasihat simpan air secukupnya untuk keperluan 3 hari.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenduduk KL dan Selangor dinasihat simpan air secukupnya untuk keperluan 3 hari.\nMar 05, 2018\n\nPenduduk KL dan Selangor dinasihat simpan air secukupnya untuk keperluan 3 hari.Ini kerana beberapa kawasan akan alami gangguan bekalan air selama 3 hari mulai esok ekoran kerja rawatan air dan pembaikan loji rawatan air.SI, viral di media sosial mendakwa kerja-kerja tersebut dilakukan ekoran penyebaran bakteria Salmonella dalam bekalan air adalah TIDAK BENAR.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71281", "title": "Banjir di Perak semakin buruk", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir di Perak semakin buruk\nNov 22, 2020\n\nSituasi banjir di Perak semakin buruk.Ini selepas lebih 700 penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara pagi ini berbanding kira-kira 300 mangsa malam tadi.Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata kawasan yang terjejas teruk ialah Larut, Matang dan Selama dengan hampir 570 mangsa telah dipindahkan.Di Melaka, hampir 125 mangsa ditempatkan di 4 buah pusat pemindahan banjir melibatkan beberapa kawasan termasuk 3 kampung DUN Ayer Molek.Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah nasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran sungai agar berjaga-jaga dan bersedia untuk dipindahkan selepas 11 kampung di Sik dan Bandar Baharu mula dinaiki air sejak semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=151056", "title": "Insiden Kebocoran Data Peribadi Pemohon UiTM Disiasat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nInsiden Kebocoran Data Peribadi Pemohon UiTM Disiasat.\nMay 12, 2023\n\n\nInsiden Kebocoran Data Peribadi Pemohon UiTM Disiasat.\nJabatan Perlindungan Data Peribadi berkata pihaknya telah menghubungi UiTM bagi mendapatkan maklum balas dan status pemilikan data yang terlibat.\nPihaknya turut bekerjasama dengan CyberSecurity untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang pelanggaran di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi.\nUiTM sebelum ini mohon maaf atas kesilapan yang dilakukan hingga berlaku kebocoran data lebih 11,000 pemohon universiti berkenaan.\n\u00a0\nTun M Tidak Lagi Bersama GTA.\nTun Dr Mahathir Mohamad umum beliau tidak lagi bersama dengan Gerakan Tanah Air sekaligus tidak memegang apa-apa jawatan dalam gerakan itu.\nBeliau berkata keputusan tersebut dibuat selepas menyedari bahawa GTA tidak dapat berfungsi dengan baik dan gagal menarik sokongan pengundi terutama ketika PRU-15, November lepas.\nJelas Tun M, beliau kini bergerak melalui medium Proklamasi Orang Melayu dan tidak terlibat dengan mana-mana parti politik negara ini.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70525", "title": "Ambil tindakan walau sudah mohon maaf", "body": "\n\u2190 Back to list\nAmbil tindakan walau sudah mohon maaf\nJul 19, 2020\n\nPerlu ambil tindakan hina Jata NegaraFoto : Astro AwaniTindakan tetap perlu diambil!Itu respon Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah ekoran sebuah syarikat kasut yang didakwa mencetak logo jata negara di bahagian dalam kasut keluarannya.Jelas beliau, walaupun telah membuat permohonan maaf secara terbuka namun perlu terima hukuman setimpal jika didapati bersalah.Ini merupakan kes kedua perkara seumpama ini berlaku selepas kejadian menghina Jata Negara dalam penerbitan sebuah buku sebelum ini.Sementara itu, kerajaan akan perkenalkan program baru bagi menggantikan PLKN dalam usaha memupuk semangat patriotik kepada rakyat.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata program tersebut sedang dimuktamadkan dan akan dibentangkan kepada jemaah menteri tidak lama lagi.---2 kluster tamat, 1 kluster baru dikesanFoto : Astro AwaniKementerian Kesihatan tamatkan pemantauan 2 kluster COVID-19 iaitu kluster warga emas Kuala Selangor dan kluster Labu Lanjut di Sepang.Ini selepas tiada kes baru direkodkan selepas tempoh 28 hari.Ketua Pengarah Kesihatan berkata tiada kes kematian dicatatakan bagi kedua-dua kluster tersebut.Namun, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah maklumkan pihaknya mengesan satu kluster baru di Kuching, Sarawak.Ini selepas 2 penjaja di Pasar Stutong disahkan positif COVID-19.Dalam pada itu, kes sembuh di negara ini meningkat kepada 97.5 peratus dengan 5 lagi pesakit dibenarkan keluar hospital semalam.Jumlah kes positif juga kembali turun kepada 1 angka dengan 9 kes dicatatkan berbanding 18 kes pada hari sebelumnya.---Banjir Johor semakin pulih, Lembah Klang pula alami banjir kilatFoto : Harian MetroLebih 300 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara di seluruh negara.Selangor catatkan jumlah mangsa tertinggi buat masa ini dengan 244 mangsa yang ditempatkan di 7 pusat pemindahan setakat pagi ini.Di Perak, hanya 1 pusat pemindahan sementara dibuka di Teluk Intan untuk menempatkan 44 mangsa.Melaka dan Johor turut mempunyai 1 pusat pemindahan sementara yang masih aktif masing-masing menempatkan 29 dan 5 mangsa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80584", "title": "Jerebu berpanjangan, penyakit berkaitan pun meningkat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJerebu berpanjangan, penyakit berkaitan pun meningkat.\nSep 23, 2019\n\nJerebu berpanjangan, penyakit berkaitan pun meningkat.Menurut data Kementerian Kesihatan, penyakit asma, ruam kulit dan mata naik 40 peratus.Justeru, orang ramai dinasihatkan agar duduk di rumah dan kurangkan aktiviti di luar, tapi jika perlu keluar pakailah topeng hidung dan mulut yang sesuai.Terkini, \u00a0Johan Setia di Klang masih merekodkan bacaan udara sangat tidak sihat, dan 40 kawasan lain catat IPU tidak sihat.IPU di Johon Setia yang melebihi 200 turut menyebabkan 57 buah sekolah di kawasan sekitarnya terpaksa ditutup hari ini.Manakala sekolah lain di Selangor, juga di KL dan Putrajaya dibuka semula hari ini.Bakat guru yang berkongsi ilmu dan mengajar secara kreatif di Youtube bakal diketengahkan!Ini kerana Kementerian Pendidikan kini mengumpul data guru yang melakukan inisiatif menghasilkan video itu untuk dimasukkan ke dalam sebuah portal khas.Portal itu akan dijadikan sebagai platform yang lengkap dan menyeluruh untuk rujukan semua pihak.Data DNA bakal dimasukkan dalam sijil lahir.Jabatan Pendaftaran Negara mahu ia dimasukkan sebagai usaha pihaknya mengekang ketirisan data peribadi dan maklumat sulit warga Malaysia yang sah.Ia susulan pendedahan sindiket jual sijil lahir dan MyKad kepada warga asing, menyaksikan kira-kira 20 orang ditahan termasuk pegawai JPN Pulau Pinang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70630", "title": "Jumlah kes harian COVID-19 kembali melonjak ke dua angka", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah kes harian COVID-19 kembali melonjak ke dua angka\nAug 05, 2020\n\nJumlah kes harian COVID-19 kembali melonjak ke dua angkaFoto - The StarJumlah kes harian Covid-19 kembali melonjak kepada dua angka apabila 21 kes dilaporkan hari ini berbanding satu kes, semalam.Daripada jumlah itu, enam merupakan penularan tempatan dengan tiga daripadanya berkait kluster PUI Sivagangga di Kedah.Jumlah kes aktif pula menurun kepada 196 apabila 18 kes sembuh dan discaj selain tiada kematian terbaru direkodkan dengan jumlah korban kekal 125.-----Kedah jamin bekalan makanan 4 mukim TEMCO mencukupiFoto - Malaysia KiniKedah beri jaminan, penduduk terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran menerima bekalan makanan secukupnya.Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri melalui JKM negeri dalam proses mengenal pasti jumlah keluarga di empat mukim yang terbabit dengan TEMCO terutama dalam kelompok B40.Katanya, bagi memastikan stok makanan tidak terputus, pihaknya juga meminta syarikat makanan meningkatkan bekalan ke kawasan terbabit sehingga 30 Ogos ini.-----PIBGN setuju jika pelitup muka diwajibkan di sekolahFoto - Malaysia KiniMajlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional berpendapat, adalah baik jika pemakaian pelitup muka diwajibkan di sekolah-sekolah.Presidennya, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan maklumkan, ia mungkin merimaskan pelajar namun perlu dipraktikkan demi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.Apa yang penting katanya, pelitup muka yang digunakan nanti mestilah mempunyai fungsi yang betul-betul dapat menapis virus.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72727", "title": "3 Pegawai Kerajaan Diberkas SPRM", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 Pegawai Kerajaan Diberkas SPRM\nAug 15, 2016\n\nKetiga-tiga mereka ditahan dalam satu operasi serentak SPRM yang dijalankan di KL, Melaka dan Kelantan hari ini.\u00a0Susulan itu, akaun bank dan saham amanah mereka berjumlah lebih RM13 juta dibekukan.*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72065", "title": "Trafik mulai sesak kerana orang ramai yang mahu pulang mengundi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTrafik mulai sesak kerana orang ramai yang mahu pulang mengundi.\nMay 08, 2018\n\nTrafik mulai sesak dengan kenderaan terutama kenderaan penghuni kota yang mahu pulang mengundi.Di Pantai Timur, antara jalan yang mula sesak adalah di Bentong menghala Raub, Benta ke Lipis, Merapoh menuju ke R&R Lama Gua Musang dan Manek Urai ke Machang.Di Lembah Klang pula, trafik sibuk tapi masih terkawal di DUKE, Subang ke Bukit Lanjan di NKVE, MRR2 ke Tol Gombak dan MEX.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72653", "title": "SENARAI PENUH CALON AKHIR ANUGERAH INDUSTRI MUZIK KE-22 (AIM 22)", "body": "\n\u2190 Back to list\nSENARAI PENUH CALON AKHIR ANUGERAH INDUSTRI MUZIK KE-22 (AIM 22)\nOct 13, 2016\n\nBerikut merupakan calon akhir AIM 22:Artis Baru TerbaikBella NazariDe FamProjector BandLyia MetaSyamelPersembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)Akim (Akim & The Majistret) - PotretFaizal Tahir - SejatiHazama - Sampai MatiHazami - Cintai DiaLah Ahmad - SyukurPersembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)Jaclyn Victor - Seindah MimpiNajwa Mahiadin - Guilty RoomNona - Takkan BiarkanDatuk Siti Nurhaliza - Menatap Dalam MimpiDayang Nurfaizah - Lelaki TeragungPersembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)Back2Basixx - SenyumanDe Fam - SupergirlsNowseeheart - Selawat Untuk-MuThe Mikraj - Qod KafaniUNIC - Syamail MuhammadiahPersembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam LaguElizabeth Tan feat Faizal Tahir - SetiaHunny Madu & Kayda - Go Heart or GostanMisha Omar & Hafiz Suip - Terimaku SeadanyaNajwa Mahiadin feat Juny - After The RainSonaOne feat Joe Flizzow & Akeem - Go Do ThatKulit Album TerbaikSekumpulan Orang Gila - BahteraFynn Jamal - Puisi Tepi JalanYuna - MaterialPitahati - Selamat Datang ke Panggung SuaraReena Nicky - MagikaRakaman Album TerbaikYuna - MaterialFroya - Panic BirdGabriel Lynch - All Of UsQ Sound - Duel CitizenshipDatuk Siti Nurhaliza - Datuk Siti Nurhaliza UnpluggedVideo Muzik TerbaikStacy - Not For SaleKaka Azraff feat Sleeq - Bukan Hal AkuHazama - Sampai MatiPaperplane Pursuit - Who's Gonna Stop MeFynn Jamal - Suatu PernahLagu Pop Etnik TerbaikAmir Jahari - InggaReena Nicky - Joget Sulam SaktiMan Khan & Aris Kapilla - Kelik La WeiiKopratasa - Mathnawi 1 MawarFynn Jamal - SepertinyaLagu Nasyid TerbaikSuhaimi Saad - Cinta SidnaCaliph Busker - Hanya Nama-MuLah Ahmad - MaulayaDatuk Siti Nurhaliza - Mikraj CintaDaqmie - Tangis Sebatang TamarLagu Rock TerbaikProjek Pistol - Berani MatiAzlan & The Typewriter - Mata HatiAzlan & The Typewriter - Lebih Baik SendiriAkim & The Majistret - PotretAmy Search feat Edrie Hashim - Redha KemenanganLagu Pop TerbaikFaizal Tahir - AssalamualaikumSyamel - Hidup Dalam MatiDatuk Siti Nurhaliza - Menatap Dalam MimpiHazama - Sedetik LaraFaizal Tahir - SejatiLagu Hip Hop TerbaikSonaOne - Confirm AhSonaOne - HakelehAltimet & Takahara Suiko - JanjiLah Ahmad feat Altimet - MengelamunSalammusik - Terima KasihLagu Inggeris Tempatan TerbaikElvira Arul - Christmas in The SunSonaOne - FireflyJuwita Suwito - Just Like ThatDaiyan Trisha - StargazingVince Chong - WonderSusunan Muzik Terbaik Di Dalam LaguElvira Arul - Christmas in The SunDatuk Siti Nurhaliza - Jaga Dia UntukkuDatuk Siti Nurhaliza - Menatap Dalam MimpiCaliph Busker - Hanya Nama-MuFaizal Tahir - AssalamualaikumAlbum TerbaikAkim & The Majistret - PatriotDatuk Siti Nurhaliza - Datuk Siti Nurhaliza UnpluggedBlack - BlackMojo - NadaEstranged - Sepenuhnya Vol 1*sumber Astro Gempak\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71949", "title": "Pulau Pinang bakal menjadi hab pendaratan tuna utama negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPulau Pinang bakal menjadi hab pendaratan tuna utama negara.\nSep 11, 2017\n\nPulau Pinang bakal menjadi hab pendaratan tuna utama negara, dengan pembinaan pelbagai kemudahan membabitkan industri ikan itu, tahun ini.Kerajaan berkata, selain persediaan pendaratan ikan tuna di Pelabuhan Pulau Pinang, pusat memproses ikan tuna turut akan dibina di Bukit Minyak dekat Bukit Mertajam.Selain itu, kerajaan juga bercadang untuk wujudkan peluang latihan menangkap ikan tuna bersama-sama nelayan tempatan.Sumber gambar : Berita Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73412", "title": "TNB nasihat parti bertanding PRU14", "body": "\n\u2190 Back to list\nTNB nasihat parti bertanding PRU14\nApr 14, 2018\n\nTNB sekali lagi ingatkan semua parti bertanding pada PRU14 agar tidak pasang bahan kempen di mana-mana premis dan pepasangan elektrik miliknya.Katanya, perbuatan itu amat berbahaya dan berisiko akibatkan renjatan elektrik dan percikan arka yang boleh merosakkan harta benda dan mengancam nyawa.Pelaku boleh didakwa dan didenda di bawah Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) jika didapati bersalah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=99697", "title": "Jumlah kes positif COVID-19 boleh turun ke 2 angka menjelang Mei", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah kes positif COVID-19 boleh turun ke 2 angka menjelang Mei\nFeb 28, 2021\n\nKes COVID-19 turun mungkin turun ke 2 angka\n\r\nKetua Pengarah Kesihatan jangkakan jumlah kes positif harian COVID-19 di negara ini bakal\r\nturun ke dua angka menjelang Mei nanti.\n\r\nTan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia akan berlaku jika bacaan R0 (r-naught) terus catatkan tren penurunan.\n\r\nBeliau turut ingatkan orang ramai agar sentiasa patuhi SOP walaupun fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah dilancarkan.\n\r\nIa bagi mengelakkan berlakunya gelombang baru jangkitan berkenaan di negara ini.\n\r\n---\nProgram suntikan vaksin di luar bandar Sarawak bermula April\n\n\r\nProgram suntikan vaksin COVID-19 di kawasan luar bandar Sarawak akan dibuat besar-besaran bermula April depan.\n\r\nTimbalan Ketua Menterinya berkata buat masa ini, pendaftaran pengambilan vaksin di negeri itu sedang giat dijalankan.\n\r\nProgram suntikan vaksin di negeri itu yang bermula Jumaat lalu dijangka selesai sepenuhnya Ogos nanti.\n\r\n---\nPRU 15 hanya akan dibuat apabila COVID-19 berjaya dikawal\n\n\r\nPRU ke-15 hanya akan diadakan apabila situasi COVID-19 di negara ini berjaya dikawal.\n\r\nSetiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kerajaan akan menunggu sehingga sebahagian besar rakyat Malaysia telah menerima suntikan vaksin.\n\r\nJelasnya, langkah tersebut diambil bagi mengelakkan gelombang baru wabak itu melanda negara ini.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72029", "title": "Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada hampir 10 ribu orang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada hampir 10 ribu orang.\nJan 05, 2018\n\nJumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada hampir 10 ribu orang dan di Terengganu lebih 1,500 mangsa dipindahkan setakat pagi tadi.Peningkatan turut berlaku di Sabah dengan 560 mangsa banjir telah dipindahkan di Membakut.Manakala jumlah mangsa banjir di Johor sedikit berkurangan iaitu 250 orang setakat malam tadi, berbanding 300 orang petang semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72701", "title": "Pengguguran janin dijangkiti Zika bukan fatwa", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengguguran janin dijangkiti Zika bukan fatwa\nSep 10, 2016\n\nKenyataan beberapa mufti kononnya pengguguran janin dibolehkan jika dijangkiti Zika adalah pandangan peribadi dan bukan sebagai fatwa.Timbalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia sebaliknya perlu dibincang dan diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri.Katanya, selagi tidak difatwakan, ia tidak akan memberi kesan kepada perundangan kepada mereka yang terbabit\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79657", "title": "Sekolah di Pasir Gudang mula dibuka hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSekolah di Pasir Gudang mula dibuka hari ini.\nMar 31, 2019\n\nSekolah di Pasir Gudang kembali dibuka!Foto : Astro AwaniKesemua 111 buah sekolah di Pasir Gudang yang ditutup akibat pencemaran Sungai Kim Kim lebih 2 minggu lalu telah dibuka semula hari ini!Tinjauan Astro Awani menunjukkan kehadiran pelajar ke kesemua sekolah terlibat mencapai tahap memuaskan iaitu pasda 90 peratus.Bagaimanapun, kesemua pelajar dan guru yang hadir ke sekolah masih menggunakan topeng mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga.---Kaji semula gaji permulaan siswazah.Menteri Pendidikan mahu pemain industri kaji semula isu gaji permulaan siswazah yang dilapor semakin menurun.Dr Maszlee Malik berkata ini kerana pihak kementerian tidak mempunyai kuasa dalam menentukan gaji golongan tersebut.Jelasnya, apa yang boleh dilakukan pihaknya adalah menyediakan siswa berkemahiran tinggi, terlatih dan kompetitif untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.---Semua tempat awam akan diwarta sebagai kawasan larangan merokok.Foto : Astro AwaniSemua tempat awam berkemungkinan akan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok, dalam masa terdekat!Menteri Kesihatan berkata kerajaan amat komited untuk merealisasikan perkara tersebut dalam usaha memastikan golongan wanita dan kanak-kanak tidak terdedah kepada asap rokok.Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yakin perubahan tersebut boleh dilakukan biarpun ianya bukan sesuatu yang mudah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=102059", "title": "Pendaftaran Automatik Dan Undi 18 Dijangka Selepas September Tahun Depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPendaftaran Automatik Dan Undi 18 Dijangka Selepas September Tahun Depan.\nMar 26, 2021\n\nSPR jangkakan pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 tahun hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September tahun depan.\n\nJelasnya, ia mengambil kira kekangan yang dihadapi untuk melaksanakannya ketika negara masih dalam PKP bagi mengekang penularan COVID-19.\nBagaimanapun, persiapan ke arah pelaksanaannya tetap berjalan untuk direalisasikan pada PRU-15, 2 tahun lagi seperti yang diluluskan oleh Parlimen sebelum ini.\n\u00a0\n41 kluster COVID-19 berkaitan institusi pendidikan direkodkan sejak 1 Januari lepas. \nKementerian Kesihatan maklumkan, 15 kluster melibatkan IPT, 11 kluster sekolah menengah, 10 kluster prasekolah dan sekolah rendah serta 5 lagi babitkan pusat tahfiz dan madrasah.\n\nla termasuklah 3 kluster baru yang dimumumkan semalam iaitu Kluster Paloh Rambai, Kluster Merinding, dan Kluster Persiaran Maktab.\nJusteru, pihaknya ingatkan semua pihak agar terus patuh SOP dan norma baru sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.\n\u00a0\nLebih 1 juta ringgit saman dikutip sebaik aplikasi MyBayarSaman diaktifkan.\nLebih 1 juta ringgit bayaran saman berjaya dikutip sebaik portal dan aplikasi MyBayarSaman diaktifkan awal pagi semalam.\nPDRM berkata angka sehingga jam 2 petang itu sekali gus menunjukkan orang ramai mengharapkan satu sistem pembayaran saman yang memudahkan urusan mereka.\n\nPDRM buat tawaran diskaun sebanyak 50 peratus bagi saman terpilih kepada mereka yang membuat pembayaran melalui portal dan aplikasi MyBayarSaman itu.\nTawaran itu berlangsung selama 18 hari bermula semalam dan berakhir 11 April depan.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=107925", "title": "Kerajaan Rangka Pelan Pemulihan Negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Rangka Pelan Pemulihan Negara.\nJun 14, 2021\n\n\nPelan Pemulihan Negara sedang dirangka sebagai persiapan untuk keluar daripada pandemik COVID-19.\nPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia dibuat berdasarkan kepada data, sains dan segala persiapan yang telah dilakukan termasuk dari segi pengurusan COVID-19, ekonomi, program vaksinasi dan sebagainya.\nPelan itu akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara dalam tempoh seminggu akan datang.\n\u00a0\nKerajaan nilai semula SOP PKP jika kes baru Covid-19 turun bawah 4,000.\nSOP PKP Penuh akan dinilai semula jika kes harian COVID-19 berada di bawah angka 4,000.\nMenteri Kanan Keselamatan berkata perkara itu akan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan bagi memastikan risiko jangkitan harian seluruh negara dapat diturunkan.\nImpak PKP yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu itu katanya hanya boleh dilihat dalam tempoh 14 hari pelaksanaannya.\n\u00a0\nRayuan permohonan BPR dibuka esok.\nPermohonan rayuan bagi Bantuan Prihatin Rakyat, BPR yang tidak diluluskan akan dibuka mulai esok hingga 30 Jun.\nMenurut Kementerian Kewangan, pemohon boleh kemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDN.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71570", "title": "Siri Serangan Berdarah di Paris", "body": "\n\u2190 Back to list\nSiri Serangan Berdarah di Paris\nNov 15, 2015\n\nSIRI SERANGAN DI PARISKedutaan Malaysia di Perancis minta rakyat Malaysia khasnya di Paris lebih waspada dan patuhi arahan pihak berkuasa.Ia susulan siri serangan di kota itu yang meragut sekurang-kurangnya 129 nyawa setakat ini, manakala kira-kira 350 cedera.Bagaimanapun, pihak kedutaan sahkan tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam siri serangan berkenaan6 lokasi menjadi sasaran dalam serangan berkenaan.8 penyerang maut dengan seorang daripadanya dikenal pasti warga Perancis.Pasport Mesir dan Syria turut ditemui pada pengebom bunuh diri yang melancarkan serangan itu di sebuah stadium.Militan IS telah mengaku bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan.Militan IS mendakwa ia adalah tindak balas terhadap serangan udara Perancis ke atas wilayah IS.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79960", "title": "Brenton Tarrant didakwa atas tuduhan melakukan keganasan", "body": "\n\u2190 Back to list\nBrenton Tarrant didakwa atas tuduhan melakukan keganasan\nMay 21, 2019\n\nFoto - ABCBrenton Tarrant, penembak dalam insiden serangan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand didakwa atas tuduhan melakukan keganasan.Bekas jurulatih kecergasan berusia 28 tahun itu juga hadapi 51 tuduhan membunuh dan 40 tuduhan cubaan membunuh.\u00a0Foto - Stuff.co.nzLebih 50 mangsa terbunuh dalam tragedi berdarah itu, 15 Mac lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72139", "title": "PAS sedia kaji penubuhan kerajaan perpaduan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPAS sedia kaji penubuhan kerajaan perpaduan.\nSep 30, 2018\n\nPAS sedia kaji kemungkinan penubuhan kerajaan perpaduan bersama mana-mana pihak.Kata Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, konsep itu pernah dicadang Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai kuasa baru dalam pendekatan politik.Ujar beliau lagi, ada perkara jadi persamaan yang boleh diperjuangkan secara bersama.Datuk Tuan Ibrahim berkata demikian selepas mendengar ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 semalam.Sementara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO akan kekal jadi parti orang Melayu dan Bumiputera.Menurut beliau, UMNO tidak perlu buka keahlian kepada kaum lain hanya kerana mahu kekal relevan.Ujar beliau lagi, keberadaan UMNO dalam BN juga membuktikan mereka menghargai peranan parti-parti yang berlandaskan kepelbagaian kaum.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81905", "title": "Boleh rentas negeri kalau nak kahwin", "body": "\n\u2190 Back to list\nBoleh rentas negeri kalau nak kahwin\nJun 02, 2020\n\nBoleh rentas negeri kalau nak kahwinFoto - Shah Rahimin (ARN)Kerajaan membenarkan urusan rentas negeri bagi tujuan akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka hanya perlu memohon kebenaran perjalanan daripada pihak polis.Namun SOP masih sama iaitu tidak boleh melebihi 20 orang hadir dalam majlis akad nikah, tanpa bersalaman dan jaga jarak sosial.-----Temuduga ganti kursus kahwin di PerakFoto - Join KursusBakal pengantin di Perak yang ingin melangsungkan pernikahan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat tidak lagi perlu hadiri kursus praperkahwinan bermula esok sehingga tamat tempoh PKPB.EXCO Agama Islam dan Penerangan Negeri Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, syarat untuk kursus bagi pernikahan akan digantikan dengan Tatacara Temuduga Khas yang diadakan di Pejabat Agama Daerah masing-masing.Katanya, menerusi TTK, sebanyak 10 soalan akan ditanya merangkumi lima skop utama iaitu aqidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab suami isteri serta prosedur kekeluargaan.-----Kedah cadang naikkan harga tiket feri ke LangkawiFoto - Tempahan HotelKerajaan Kedah menunggu persetujuan Kabinet berhubung kadar harga baharu tiket feri ke Langkawi bagi membolehkan konsortium feri di negeri itu terus bertahan ketika pandemik COVID-19.EXCO Pengangkutan negeri, Azman Nasrudin, berkata kerajaan negeri sudah berbincang dengan Kementerian Pengangkutan mengenai perkara itu dan sedang menunggu persetujuan Kabinet.Katanya, peratus kenaikan tambang itu sudah dibincangkan dengan kadar yang wajar dan tidak membebankan penumpang.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79993", "title": "Hati-Hati Beli Ayam Kampung ", "body": "\n\u2190 Back to list\nHati-Hati Beli Ayam Kampung \nMay 27, 2019\n\nOrang ramai diminta berhati-hati membeli ayam kampung di pasaran sempena cuti perayaan ini.Persatuan Pembiak Baka Ayam Kampung Warisan Malaysia beritahu Malay Mail terdapat ayam kampung tipu atau palsu di jual di pasaran.Malah ada penjual didapati mencampurkan ayam daging bersama ayam kampung untuk menipu pembeli.Tun M Utus Surat Kepada Arab Saudi\u00a0Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat permohnan tambahan kuota Haji tahun ini, kepada kerajaan Arab Saudi.Namun menurut TH, setakat ini masih belum menerima sebarang jawapan rasmi berhubung perkara itu.Kuota rasmi jemaah haji yang diperuntukkan Arab Saudi kepada Malaysia bagi tahun ini adalah seramai 30,200 orang.Lelaki Nigeria DidakwaSeorang lelaki warga Nigeria didakwa atas tuduhan membunuh ketua jururawat Hospital Serdang 15 Mei lalu.Tiada pengakuan direkodkan daripada suspek ketika \u00a0pertuduhan dibacakan .Mahkamah menetapkan 31 Julai depan sebagai tarikh sebutan kes.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71795", "title": "Datuk Seri Vida sah taja KAFA", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Vida sah taja KAFA\nJan 09, 2016\n\nPersatuan Bola Sepak Kelantan setuju terima penajaan daripada Vida Beauty.Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata kedua-dua pihak akan meterai kontrak rasmi penajaan tersebut pada 15 Jan ini.Selain dua syarat awal yang diumumkan sebelum ini, persatuan itu setuju menerima 33 lagi syarat tambahan yang dikemukakan.KAFA turut setuju lantik pengasas produk kecantikan itu, Datuk Seri Vida sebagai Penasihat Kehormat persatuan\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72688", "title": "PM Seru Rakan Serantau Berkerjasama Banteras Zika", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM Seru Rakan Serantau Berkerjasama Banteras Zika\nSep 02, 2016\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gesa para pembuat polisi di rantau ini berkerjasama rapat membanteras virus Zika.Ujar Datuk Seri Najib, ini kerana tiada negara mampu menangani wabak berkenaan bersendirian.Malaysia kini merekodkan 1 kes jangkitan, manakala Singapura sudah merekodkan 151 kes virus Zika.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79634", "title": "Penjenayah Seksual, Anda Diperhatikan!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenjenayah Seksual, Anda Diperhatikan!\nMar 27, 2019\n\nBermula Isnin ni mak ayah dah boleh periksa latar belakang pengasuh anak-anak.Macam mana caranya? Mudah je, hanya perlu datang ke pejabat JKM negeri atau daerah dan serah nombor kad pengenalan atau nombor passport individu yang anda nak periksa.Sebenarnya semalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat lancar satu sistem ni dinamakan 'eDKK'.\u00a0Nama asal sistem ni memang panjang, ha nindia 'Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak'.Sistem ni boleh diguna bukan sahaja oleh mak ayah, mama papa dan ummi abi tapi sesiapa yang berkaitan dan ia PERCUMA.Bakal majikan pun boleh kalau anda pemilik taska. Yelah, nak tahu juga kan bakal pekerja kita ni bersih ke tak 'track recordnya'.Tapi, ya ada tapinya...semakan ni hanya beri 2 jawapan iaitu ada rekod atau tiada rekod.Butiran lanjut kesalahan yang dibuat takkan didedahkan sebab ia dah kira maklumat sulit dan persendirian.Betullah tu. Yang penting kita tahu yang nak jaga anak kita nanti orangnya bersih daripada jenayah seksual.Setakat ni sistem ni menyenaraikan lebih 3,000 nama pesalah jenayah seksual yang disabitkan kesalahan sejak 2017.Ha ni satu lagi peringatan. Bila dah sah pengasuh anak kita tiada rekod buruk, janganlah pula kita lepas tangan terus. Simpan sikit curiga.\u00a0Sebab apa? Sebab penjenayah seksual ni mesti ada kali pertama dia buat salah kan...Kat hujung-hujung ni penulis nak pesan satu je lagi, kerajaan dah beri kemudahan jadi kita gunakanlah.\u00a0Harap-harap 'eDKK' dapat bantu kurangkan kes-kes jenayah seksual terhadap anak-anak kita.Oleh: KJFoto: AWANI dan Internet\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71035", "title": "Sekolah perlu tutup 7 hari jika terdapat kes COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nSekolah perlu tutup 7 hari jika terdapat kes COVID-19\nOct 10, 2020\n\nSekolah perlu tutup 7 hari jika terdapat kes COVID-19Foto - Kementerian Pendidikan MalaysiaMana-mana sekolah\u00a0yang dikesan mempunyai kes positif COVID-19 perlu ditutup selama\u00a0tujuh hari tanpa menunggu analisis risiko oleh\u00a0Kementerian Kesihatan.Kementerian\u00a0Pendidikan berkata,\u00a0keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 semalam, susulan\u00a0trend peningkatan kes COVID-19 ketika ini.Tambahnya lagi, penutupan tersebut bertujuan membolehkan kerja-kerja pembersihan, disinfeksi dan pengesanan kontak rapat dijalankan oleh KKM.-----Kuarantin wajib di Sarawak bermula hari iniFoto - Borneo TodaySemua warganegara Malaysia yang masuk ke Sarawak perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari bermula hari ini seperti yang diputuskan Jawatankuasa Pengurusan Bencsana Negeri, kelmarin.Ujian saringan COVID-19 akan diambil pada hari kedua dan kesepuluh dengan kos kuarantin dan ujian ditanggung sendiri oleh individu terbabit.Namun Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kos kuarantin dan ujian saringan bagi rakyat Sarawak akan ditanggung oleh kerajaan negeri.-----Ketua Menteri Sabah positif COVID-19Foto - BernamaKetua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif COVID-19 dan kini menjalani kuarantin di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh berkata, Hajij sebelum ini secara sukarela menjalani kuarantin kendiri beberapa hari lalu selepas salah seorang kakitangannya positif COVID-19.Biarpun sedang menjalani rawatan, beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab di tempat rawatan menerusi panggilan telefon dan sidang video malah kerajaan negeri tetap berfungsi seperti biasa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72345", "title": "3 maut, enam hilang 22 selamat", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 maut, enam hilang 22 selamat\nJan 30, 2017\n\nPolis Sabah sahkan tiga mangsa maut dalam kejadian bot karam ke Pulau Mengalum, kelmarin.Ia menjadikan setakat ini, 22 mangsa ditemui selamat, tiga maut dan enam lagi masih hilang.Jabatan Perdana Menteri berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa hilang sedang digiatkan.Insiden itu dilaporkan berlaku ketika bot bawa 31 orang termasuk 28 pelancong China itu pecah dan karam semasa menuju ke pulau berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73040", "title": "Kes penyakit tangan, kaki dan mulut meningkat sebanyak 28 peratus di seluruh negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes penyakit tangan, kaki dan mulut meningkat sebanyak 28 peratus di seluruh negara.\nJul 12, 2018\n\nKes penyakit tangan, kaki dan mulut meningkatJangan hantar anak-anak ke sekolah jika ada tanda jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut HFMD.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor berkata langkah itu penting bagi mengelakkan murid-murid lain daripada dijangkiti.Dalam pada itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, sebanyak 27,000 kes dilaporkan di seluruh negara dengan peningkatan 28 peratus berbanding tahun lalu.Tambah beliau bilangan kes di 12 negeri telah melepasi tahap amaran kecuali Johor, Sabah dan Sarawak.Sehingga kini, sebanyak 341 buah taska, tadika, tabika dan prasekolah di seluruh negara telah melaporkan kluster HFMD di premis mereka.Pelajar sekolah diikat pada sebatang tiang guna akar kayu adalah gurauan.Berhati-hati dalam gurauan kerana ia boleh membawa padah!Itu nasihat Ketua Polis Kelantan susulan video viral seorang pelajar sekolah dilihat diikat pada sebatang tiang menggunakan akar kayu.Kredit foto: Berita HarianJelasnya, mereka tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana jika tersilap langkah mungkin boleh memberi kesan termasuk kecederaan.Siasatan awal mendapati kes itu tiada sebarang unsur jenayah, sebaliknya perbuatan itu hanyalah satu gurauan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71971", "title": "Sekurang-kurangnya 20 rumah papan musnah dalam kebakaran di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, awal pagi tadi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSekurang-kurangnya 20 rumah papan musnah dalam kebakaran di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, awal pagi tadi.\nSep 23, 2017\n\nSekurang-kurangnya 20 rumah papan musnah dalam kebakaran di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, awal pagi tadi.Bomba berjaya mengawal api dalam 45 minit, dan masih menyiasat jumlah kerugian serta punca berlakunya kebakaran tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=111036", "title": "Kajian Kelonggaran Tiada Had Masa.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKajian Kelonggaran Tiada Had Masa.\nJul 22, 2021\n\n\nKajian untuk memberi kelonggaran kepada individu yang dapat suntikan imunisasi lengkap dibuat bersandarkan beberapa faktor.\nUjar Timbalan Perdana Menteri, ia merangkumi model pelaksanaan yang digunakan negara jiran dan fakta sains, selain kebimbangan yang diutarakan pakar-pakar kesihatan.\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, sebagai contoh pasangan jarak jauh yang sudah lengkap imunisasi COVID-19 mungkin dibenarkan rentas daerah dan negeri untuk berjumpa.\nBeliau turut memaklumkan, tiada garis masa bila ia akan dimuktamadkan kerana perlu diperhalusi secara berhati-hati.\n\u00a0\n14 Juta Vaksin Akan Dijual\n14 juta dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac akan dijual Pharmaniaga kepada syarikat swasta dan negeri yang berminat.\nUjar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia mula dijual bulan ini sehingga September.\nBeliau memaklumkan, langkah itu akan membantu Malaysia mencapai imuniti kelompok lebih awal.\n\u00a0\nPenduduk Sarawak Boleh Mula \u2018Walk-In\u2019 \nBermula esok sehingga 5 Ogos semua pusat pemberian vaksin (PPV) di Sarawak dibenar melaksanakan pemberian vaksin secara 'walk-in\u2019.\nMenurut kerajaan negeri, ia melibatkan individu yang belum dapat janji temu vaksinasi dos pertama.\nNamun penduduk Sarawak disaran mendapatkan tarikh janji temu terlebih dahulu dengan menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian masing-masing.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72685", "title": "Balu Mangsa Tragedi Go-Kart Tuntut Keadilan", "body": "\n\u2190 Back to list\nBalu Mangsa Tragedi Go-Kart Tuntut Keadilan\nSep 30, 2016\n\nBalu mangsa tragedi go-kart di Kuantan, Ahad lalu menuntut keadilan untuk mereka.\u00a0Menurut Siti Suhaiza Seman, penganjur wajar disaman kerana mengabaikan aspek keselamatan orang awam.Tragedi tersebut mengakibatkan suaminya dan anak bongsunya maut, manakala dia dan anak sulungnya cedera.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72136", "title": "TPM mahu rakyat kekalkan nilai murni dalam masyarakat majmuk.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTPM mahu rakyat kekalkan nilai murni dalam masyarakat majmuk.\nSep 16, 2018\n\nSempena Hari Malaysia hari ini, TPM menyeru rakyat mengekalkan nilai-nilai murni yang ada dalam masyarakat majmuk kita.Ujar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, nilai murni seperti toleransi dan saling menghormati adalah harta yang harus kita hargai dan dukungi.Sambutan Hari Malaysia ke-55 hari ini diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dan temanya sama seperti Hari Kebangsaan iaitu Sayangi Malaysiaku.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72722", "title": "Penuntut Lelaki Kantoi Pecah Masuk Asrama Wanita", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenuntut Lelaki Kantoi Pecah Masuk Asrama Wanita\nSep 23, 2016\n\nPolis KL tahan seorang penuntut lelaki sebuah kolej di Wangsa Maju kerana pecah masuk asrama penuntut wanita dan merakamkan video.Susulan itu, puluhan video lucah dan 2 video rakaman mangsa yang merupakan rakan sekolejnya dijumpai di dalam telefon pintar suspek.Penuntut lelaki itu dipercayai menjadikan video berkenaan sebagai koleksi peribadinya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72128", "title": "Kakitangan awam perlu setia, tapi berbatas! - PM", "body": "\n\u2190 Back to list\nKakitangan awam perlu setia, tapi berbatas! - PM\nAug 16, 2018\n\nPerdana Menteri ingatkan semua kakitangan awam agar setia kepada kerajaan, namun haruslah tidak melampaui batas!Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kakitangan awam harus bersatu menolak arahan yang tidak wajar seperti berkempen untuk parti politik.Sementara itu, menjelang genap 100 hari pemerintahan kerajaan PH, kajian Merdeka Centre mendapati 71 peratus rakyat puas hati dengan kepimpinanan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=111799", "title": "10 PPV Terpilih Lembah Klang terlibat program vaksin 'walk in'", "body": "\n\u2190 Back to list\n10 PPV Terpilih Lembah Klang terlibat program vaksin 'walk in'\nAug 01, 2021\n\nPPV terpilih sekitar Lembah Klang terlibat program vaksin secara 'walk in'\n\n10 PPV sekitar Lembah Klang akan terlibat dengan program jangkauan vaksin secara \u2018walk in\u2019.\n\r\nPerkara tersebut diumumkan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19, CITF dalam kenyataannya semalam.\n\r\nWarganegara berusia 40 tahun ke atas dan golongan komorbid boleh berbuat demikian mulai esok sehingga Rabu untuk menerima suntikan vaksin.\n\r\nManakala bagi warganegara berusia 18 tahun ke atas pula akan bermula 5 hingga 22 Ogos.\n\r\nTempoh operasi khidmat suntikan vaksin secara \u2018walk in\u2019 ini juga hanya akan bermula mulai 2 petang pada setiap hari.\r\n---\nKerajaan akan teliti cadangan\u00a0 buka tanah perkuburan Islam khas jenazah pesakit COVID\n\nKerajaan akan meneliti keperluan membuka tanah perkuburan Islam khusus buat jenazah pesakit COVID-19.\n\r\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama berkata perkara tersebut akan dibincangkan bersama Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti terlebih dahulu.\nTambah Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamed Al-Bakri, sekurang-kurangnya ia mampu memberi satu cara terbaik dalam menguruskan mereka yang meninggal dunia akibat wabak tersebut.\n---\nMesyuarat khas Dewan Rakyat esok ditangguh\n\nMesyuarat Khas Dewan Rakyat esok terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan nanti.\n\r\nKeputusan itu dibuat selepas menerima cadangan Ketua Pengarah Kesihatan ekoran 11 kes positif COVID-19 dikesan di Parlimen ketika berlangsungnya sidang berkenaan.\n\r\nMesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 itu dijadual berlangsung selama 5 hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat.\nManakala bagi Dewan Negara pula ditetapkan selama 3 hari mulai 3 Ogos.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73193", "title": "Pilihan Raya Kecil DUN Balakong catat peratusan keluar mengundi terendah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPilihan Raya Kecil DUN Balakong catat peratusan keluar mengundi terendah.\nSep 09, 2018\n\nPilihan Raya Kecil DUN Balakong semalam catat peratusan keluar mengundi terendah dalam sejarah PRK negara iaitu 43 peratus.SPR berkata, antara sebab peratusan itu rendah adalah tanggapan pengundi yang merasakan undi mereka tidak akan mengubah senario politik negara.Keputusan PRK DUN Balakong menyaksikan calon PH, Wong Siew Ki berjaya tewaskan calon MCA, Tan Chee Teong dengan 22,508 undi.\u00a0Manakala di Seri Setia, kemenangan turut berpihak kepada calon Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar dengan 13,725 undi.\u00a0Teka teki mengenai kerusi Parlimen yang akan diisi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan terjawab sebelum Khamis ini.Setiausaha Agung PKR beritahu Malay Mail, kenyataaan media bahawa Anwar bakal mengisi kerusi Permatang Pauh atau Nibong Tebal adalah tidak benar.\u00a0Foto: NSTDatuk Saifuddin Nasution Ismail juga nafi dakwaan konnonnya beliau akan kosongkan kerusi Parlimen Nibong Tebal\u00a0 bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR itu.Anak kelahiran Sarawak, Larissa Ping dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2018.Gadis berusia 19 tahun itu akan wakili Malaysia pertandingan Miss World 2018 di Sanya, China pada 8 Dis ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70811", "title": "Berita Baik Untuk Pemilik Kenderaan", "body": "\n\u2190 Back to list\nBerita Baik Untuk Pemilik Kenderaan\nSep 04, 2020\n\nBerita Baik Untuk Pemilik KenderaanLesen kenderaan persendirian yang sudah tamat tempoh tidak lebih 3 tahun kini boleh diperbaharui tanpa perlu menjalani pemeriksaan Puspakom.Ia susulan pemintaan orang ramai yang menghadapi kekangan kewangan ekoran PKP dan pandemik COVID-19.Ketika ini terdapat lebih 4 juta kenderaan telah tamat cukai jalan dalam tempoh 1 hingga 3 tahun.\u00a0Gangguan Bekalan Air di Lembah Klang Belum Pulih4 loji rawatan air di Selangor yang terjejas akibat pencemaran belum boleh beroperasi semula.Ia bermakna gangguan bekalan air tidak berjadual di 7 wilayah di Lembah Klang masih berlaku dan dijangka mengambil masa untuk pulih.Air Selangor memaklumkan, bantuan bekalan air akan terus diagihkan menggunakan lori-lori tangki.Pengguna juga disaran mendapatkan bekalan air di pili-pili awam dan pusat khidmat setempat sehingga bekalan pulih kembali.\u00a0\u00a0Surat Sokongan Bukan Surat ArahanSurat sokongan termasuk daripada ahli politik tidak boleh dijadikan asas ketika membuat sebarang keputusan sebagai penjawat awam.Malah tegas SPRM, kakitangan awam sudah ada garis panduan jelas mengenai perkara itu dan surat sokongan juga bukanlah satu arahan.Suruhanjaya itu memberi penjelasan tersebut bagi mengulas sama ada budaya penggunaan surat sokongan untuk mendapatkan sesuatu kembali dalam pentadbiran atau tidak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71739", "title": "Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz enggan dedah maklumat pengganti", "body": "\n\u2190 Back to list\nTan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz enggan dedah maklumat pengganti\nFeb 17, 2016\n\nBeliau sebaliknya memaklumkan, rakyat tidak perlu gusar mengenai penggantinya kerana Bank Negara tetap kukuh sebagai institusi kewangan negara.Menurut beliau lagi, persaraannya juga tidak akan beri impak kepada kedudukan tukaran ringgit dalam pasaran kewangan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72227", "title": "Harga baru mingguan diesel dan petrol", "body": "\n\u2190 Back to list\nHarga baru mingguan diesel dan petrol\nApr 06, 2017\n\nHarga petrol RON95 naik 3 sen tengah malam tadi kepada RM2.16 berbanding RM2.13 seliter.RON97 pula naik 2 sen kepada dua ringgit dua ringgit 43 sen seliter.Bagi diesel pula harganya turun 3 sen untuk seminggu ini kepada 2 ringgit 8 sen seliter.Ini merupakan minggu kedua pelaksaan pengumuman kadar petrol setiap minggu.Harga ini akan digunakan sehingga 12 April.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71941", "title": "Majoriti besar orang ramai bangga menjadi rakyat Malaysia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMajoriti besar orang ramai bangga menjadi rakyat Malaysia.\nAug 30, 2017\n\nSatu kaji selidik terhadap orang ramai menjelang Hari Kebangsaan 2017 mendapati majoriti besar bangga menjadi rakyat Malaysia.Menurut KAJIDATA, lebih 80 peratus daripada kira-kira 1,000 responden juga miliki semangat patriotik yang kuat untuk raikan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun.Malah, hampir 80 peratus responden lagi menyatakan tidak akan berhijrah ke negara lain biarpun apa juga keadaan semasa di negara ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78902", "title": "PAS dan UMNO bekerjasama pertahan agenda Melayu dan Islam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPAS dan UMNO bekerjasama pertahan agenda Melayu dan Islam.\nNov 19, 2018\n\nUMNO dan PAS tubuhkan jawatankuasa khas!Foto - Astro AwaniPAS tidak akan bergabung dengan UMNO dalam politik!Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini kerana masih ada banyak perkara yang perlu diselesaikan mereka selain UMNO juga kini berdepan dengan masalah mereka sendiri.Foto - Astro AwaniBagaimanapun, beliau bersetuju dengan cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mempertahankan agenda Melayu dan Islam di negara ini.Ini selepas isu berhubung Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum, ICERD hangat diperkatakan.Foto - Astro AwaniDalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akui ICERD hampir mustahil dilaksanakan di Malaysia!Tun M menjelaskan ianya akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan selain memerlukan majoriti dua pertiga anggota Parlimen untuk melaksanakannya.---Calon Pakatan Harapan untuk PRK DUN Rantau akan ditentukan.Foto - Astro AwaniCalon Pakatan Harapan bagi PRK DUN Rantau akan ditentukan oleh Majlis Presidennya!Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata apa yang penting, calon tersebut mampu untuk mewakili keempat-empat parti gabungan PH.Terdahulu, Mahkamah Khas Pilihanraya memutuskan kemenangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di DUN Rantau adalah tidak sah dan PRK perlu diadakan serta-merta.Foto - Astro AwaniSementara itu, Datuk Seri Mohamad ucap terima kasih kepada PAS kerana memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding pada PRK DUN Rantau.Tok Mat turut sambut baik tindakan PAS yang akan menurunkan jentera pilihan raya mereka bagi memeastikan kemenangannya pada PRK tersebut.---Pembantu guru akan diwujudkan - Kementerian PendidikanFoto - Astro AwaniKementerian Pendidikan akan teruskan cadangan mewujudkan pembantu guru bagi melaksanakan kerja pentadbiran.Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata langkah itu bagi mengelakkan guru daripada terganggu untuk melaksanakan tugas hakiki mereka iaitu mengajar di sekolah.Foto - Astro AwaniDalam perkembangan lain,\u00a0kementerian juga telah melancarkan Institut Peyelidikan dan Latihan Vokasional Malaysia, MyRIVET untuk bantu tingkatkan kualiti pendidikan TVET di negara ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=115647", "title": "Terus Patuh SOP Walaupun Sudah Lengkap Divaksin!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTerus Patuh SOP Walaupun Sudah Lengkap Divaksin!\nSep 15, 2021\n\n\nTerus Patuh SOP Walaupun Sudah Lengkap Divaksin.\nMenteri Kesihatan berkata vaksinasi lengkap bukan alasan untuk masyarakat leka.\nSebaliknya semua harus terus melakukan tindakan kesihatan awam kendiri seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mencuci tangan dengan kerap.\nJelas Khairy Jamaluddin, jika ia gagal diamalkan, beliau bimbang Malaysia tidak mampu beralih ke fasa endemik sekaligus membantutkan usaha pemulihan negara.\nIa susulan ramai penduduk Lembah Klang mengambil kesempatan mengunjungi tempat awam pada hujung minggu, sempena peralihan ke fasa 2 PPN hingga dilapor berlakunya kesesakan di beberapa kawasan.\n\u00a0\nUniversiti sedia terima kemasukan pelajar mulai 15 Oktober ini.\nPihak universiti sedia menerima kemasukan pelajar yang lengkap divaksin ke kampus mulai 15 Oktober ini.\nUniversiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI dalam satu kenyataan berkata pihaknya sudah pun buat persiapan dari segi SOP bagi memastikan kemasukan pelajar berjalan lancar.\nUiTM pula akan keluarkan Pekeliling Universiti mengenai kemasukan pelajar ke kampus dalam masa terdekat merujuk kepada kalendar akademik universiti.\n\u00a0\nDatuk Seri Siti Nurhaliza bakal muncul dengan buah tangan terbaru.\nDatuk Seri Siti Nurhaliza bakal tampil dengan single terbaru tidak lama lagi.\nKata Tokti, lagu hasil kerjasama dengan maestro muzik Indonesia itu buah tangan untuk peminat sempena 25 tahun penglibatan beliau dalam industri muzik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72889", "title": "SPAD Gantung Lesen Bas Qistina Express ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPAD Gantung Lesen Bas Qistina Express \nJul 13, 2016\n\nIa ekoran kejadian sebuah basnya rempuh 10 kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Terowang Menora, Perak, Ahad lalu.Bas tersebut dipercayai mengalami masalah brek dan insiden itu menyebabkan 2 orang cedera.Pemandunya pula direman bagi membantu siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80911", "title": "Individu berusia 18 tahun mungkin dibenarkan mengundi bermula Julai 2021!", "body": "\n\u2190 Back to list\nIndividu berusia 18 tahun mungkin dibenarkan mengundi bermula Julai 2021!\nDec 04, 2019\n\nIndividu berusia 18 tahun mungkin dibenarkan mengundi bermula Julai 2021!Menurut SPR, pihaknya sedang meminda undang-undang berkaitan bagi melaksanakan penurunan had umur mengundi.Pindaan itu juga akan menyaksikan pengundi didaftar secara automatik apabila berumur 18 tahun.Aktiviti membaca bukan lagi hobi digemari oleh murid.Perkara itu didedahkan menerusi Laporan Pentaksiran dan Kajian Perbandingan Antarabangsa, PISA 2018.Dapatan itu juga menunjukkan murid hanya membaca apabila terpaksa ataupun untuk tujuan tertentu sahaja.Laporan sama juga mendapati, prestasi murid dalam bacaan, matematik dan saintifik di Malaysia lebih baik berbanding negara ASEAN lain, kecuali Singapura.Hampir 15,700 mangsa banjir kini berlindung di pusat pemidahan di 2 negeri di Pantai Timur.Di Kelantan, jumlah mangsa bencana alam itu masih kekal lebih 13,700 melibatkan 7 jajahan.Bagaimanapun di Terengganu, bilangan mangsa banjir di 7 daerah berkurang kepada kira-kira 1,800 orang pagi ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81181", "title": "Wabak Covid-19 dijangka berakhir April ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nWabak Covid-19 dijangka berakhir April ini.\nFeb 12, 2020\n\nWabak Covid-19 dijangka berakhir April ini.Namun, menurut kajian pasukan perubatan China, kemuncak penularan wabak itu mungkin akan berlaku akhir bulan ini sebelum beransur reda.Ia susulan pengurangan jumlah kes baru dicatatkan di sesetengah kawasan.Setakat ini, jumlah kematian akibat Covid-19 di China meningkat kepada 1,100 dengan lebih 44,000 kes jangkitan dilaporkan.Malaysia dan Singapura bekerjasama tangani Covid-19.Satu Jawatankuasa Kerja Bersama ditubuhkan antara Malaysia dan Singapura ekoran penularan wabak Covid-19.Jelas KKM, nasihat perjalanan keluar-masuk antara dua negara antara isu yang akan dibincangkan dalam jawatankuasa berkenaan.Terkini, jumlah kes positif Covid-19 di Singapura meningkat kepada 47 kes manakala Malaysia kekal dengan 18 kes.KPM rancang perkenalkan\u00a0Modul Kesedaran Keselamatan Siber Negara.Kementerian Pendidikan rancang untuk perkenalkan Modul Kesedaran Keselamatan Siber di 300 buah sekolah seluruh negara.Antara topik yang diketengahkan adalah topik adab dalam talian, buli siber, media sosial dan kewarganegaraan digital.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79498", "title": "Anak Cedera Parah Kena Hentak Dengan Tukul Pemecah Dinding", "body": "\n\u2190 Back to list\nAnak Cedera Parah Kena Hentak Dengan Tukul Pemecah Dinding\nMar 05, 2019\n\nSeorang wanita parah di kepala dipukul bapanya mengunakan tukul pemecah dinding di , Kuala Kurau, Perak.Ketika kejadian mangsa dikatakan sedang membaca Al Quran.Suspek bertindak demikian, kerana berang anaknya belum mendapat pekerjaan walaupun telah menamatkan pengajian di IPT. \u00a0Lelaki itu turut mencederakan dirinya sendiri, dan dia berjaya ditahan ketika cuba dapatkan rawatan di hospital Parit BuntarTindakan Bakal Diambil Doktor Cuba Menipu!Kementerian Kesihatan akan siasat dakwaan berhubung tindakan sesetengah doktor palsukan rekod perbuatan jemaah haji dan umrah khususnya suntikan vaksin.Katanya perkara itu melanggar etika kedoktoran dan tindakan tegaa akan diambil jika dakwaan itu adalah benar.Terdahulu, ada laproan mendakwa, terdapat rakyat Malaysia yang menunaikan umrah dan haji memalsukan rekod perubatan untuk melepasi peraturan vaksin Arab Saudi.Alahai, Kena Dakwa Lagi.....\u00a0Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman didakwa atas 16 lagi pertuduhan aktiviti pengubahan wang haram di Mahkamah KL.Hakim membenarkan guna pakai wang jaminan sebelum ini RM2 juta.\u00a0November lalu, Tan Sri Musa turut didakwa atas 35 tuduhan menerima rasuah bernilai RM264 juta.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71554", "title": "1MDB: Tiada tuntutan tindakan salah laku jenayah dalam laporan DOJ - PM", "body": "\n\u2190 Back to list\n1MDB: Tiada tuntutan tindakan salah laku jenayah dalam laporan DOJ - PM\nJul 22, 2016\n\nKes tuntutan yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat merupakan tindakan sivil dan bukan satu tindakan jenayah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Tegasnya, ia juga terhad kepada nama-nama yang disebutkan di dalam laporan DOJ itu sendiri.\"Saya pandang berat apa kenyataan yang dibuat oleh DoJ Amerika Syarikat yang disiarkan malam tadi. Perlulah dijelaskan bahawa ini merupakan tindakan sivil dan bukan tindakan jenayah dan ia terhad kepada nama-nama yang disebutkan dalam laporan DOJ.\"Oleh itu, dari segi Kerajaan, kita akan beri kerjasama sepenuhnya bagi semua pihak badan siasatan peringkat antarabangsa.\"Pendirian kita selama ini, kita tidak mahu melihat apa-apa perbuatan yang boleh melanggari apa-apa undang-undang,\" katanya semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Kumpulan Felda, di sini, hari ini.Najib berkata demikian semasa mengulas kenyataan Peguam Negara AS, Loretta Lynch yang memaklumkan bahawa beberapa individu didapati menyalahgunakan dana syarikat 1MDB dengan memasukkan sejumlah dana ke akaun bank peribadi mereka.Lynch turut berharap dana yang disalahgunakan ini akan dibawa kembali ke Malaysia.Dalam pada itu, kata Najib, semua proses perlulah dihormati selain peluang untuk membela diri.\"Maknanya seseorang itu ada peluang untuk bela diri sendiri atau gunakan proses penghakiman di mahkamah, dan kita tidak sewajarnya, jangan buat kesimpulan selagi proses belum selesai.\"Tetapi maknanya kita pandang serius perkara ini dan kita tidak ingin ada mana-mana pihak salah anggap bahawa kerajaan tidak mahu prinsip\u00a0good governance, urus tadbir baik ini menjadi satu yang sentiasa diperjuangkan oleh Malaysia,\" jelasnya.Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan\u00a0tiada bukti dari mana-mana agensi penguatkuasaan yang menunjukkan wang digelapkan\u00a0dari syarikat 1MDB.Katanya lagi, tiada sebarang tuduhan jenayah dilakukan terhadap mana-mana individu yang berkaitan dengan penyelewangan dana dari 1MDB.Sumber: Astro Awani\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80993", "title": "Gangguan Bekalan Air Hampir Pulih Sepenuhnya", "body": "\n\u2190 Back to list\nGangguan Bekalan Air Hampir Pulih Sepenuhnya\nDec 25, 2019\n\nGangguan Bekalan Air Hampir Pulih SepenuhnyaBekalan air yang terjejas di Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Putrajaya kini hampir pulih sepenuhnya.Namun menurut Air Selangor, bantuan kecemasan seperti lori tangki dan pili awam masih digerakkan sehingga seluruh kawasan pulih 100 peratus.Penduduk di 4 wilayah itu terjejas bekalan air ekoran pencemaran bau di Sungai Semenyih angkara pembuangan sisa bahan kimia.Sementara itu, berulangnya gangguan bekalan air di Selangor bukannya disebabkan masalah pengendalian operasi Indah Water Konsortium (IWK).\u00a0Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli memaklumkan Berita Harian, antara sebabnya adalah kerana kelemahan penguatkuasaan kerajaan negeri.Justeru operasi loji kumbahan IWK tidak akan diserahkan kepada Air Selangor \u00a0seperti yang diminta kerajaan negeri.Ruang Khas Merokok: Zuraida Pertahan KenyataanMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pertahan kenyataan untuk minta pandangan awam berkenaan penyediaan ruang khas untuk merokok.Menurut Zuraida Kamaruddin, penyediaan ruang itu dapat elak puntung rokok dibuang merata-rata seperti yang dilaksanakan \u00a0di Korea Selatan.Sementara itu Berita Harian\u00a0melaporkan, warganet berikan pelbagai reaksi antaranya mahu ruang tersebut bukan sahaja jauh dari tempat makan tapi juga kawasan pejalan kaki.Juga untuk peringatan sekali lagi, bermula 1 Januari ini larangan merokok dikuat kuasakan di semua premis makanan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71777", "title": "Serangan di Jakarta: Kawalan di Lapangan Terbang Bali dipertingkat", "body": "\n\u2190 Back to list\nSerangan di Jakarta: Kawalan di Lapangan Terbang Bali dipertingkat\nJan 15, 2016\n\nPihak berkuasa di pulau pelancongan itu turut menambah anggotanya untuk melakukan kawalan.Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Indonesia telah menahan 3 suspek berkaitan serangan berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81173", "title": " Filem Korea Parasite Julang Trofi Filem Terbaik Oscar 92", "body": "\n\u2190 Back to list\n Filem Korea Parasite Julang Trofi Filem Terbaik Oscar 92\nFeb 10, 2020\n\nFilem terbitan Korea Selatan, Parasite memenangi filem terbaik Anugerah Academy ke-92.Ia sekaligus tewaskan filem hebat lain seperti 1917, The Irishman, Jojo Rabbit, serta Joker.Parasite turut mencipta sejarah sebagai filem bahasa asing pertama, yang dinobat sebagai Filem Terbaik.\u00a0Selain anugerah itu, Parasite juga menang dalam kategori Pengarah Terbaik, Filem Antarabangsa Terbaik dan Lakon Layar Asal Terbaik.Filem itu merupakan arahan Bong Joon-ho, mengisahkan kisah sebuah keluarga miskin yang bekerja untuk sebuah keluarga yang kaya.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79732", "title": "ADUN Bukit Kepong, sah dilantik sebagai MB Johor!", "body": "\n\u2190 Back to list\nADUN Bukit Kepong, sah dilantik sebagai MB Johor!\nApr 14, 2019\n\nJohor terima MB baru!ADUN Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal sah dilantik sebagai MB Johor yang ke-17!Ini selepas beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor di Istana Bukit Serene pagi tadi.Dr Sahruddin menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatannya 8 April lalu.DPI, Sultan Johor ucapkan tahniah kepada Dr Sahrudiin atas pelantikannya sebagai MB Johor yang baru.Baginda turut berharap Dr Sahruddin dapat memikul tanggungjawab tersebut dengan baik serta mengutamakan kepentingan negeri berbanding kepentingan diri dan politik demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri Johor.---BN raih kemenangan PRK ketiga berturut-turut!Barisan Nasional berjaya pertahankan kerusi DUN Rantau!Ini selepas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan peroleh majoriti lebih 4,500 undi untuk ketepikan 3 pencabar lain.Menurut Pengerusi SPR, PRK DUN Rantau turut menyaksikan peratusan pengundi tertinggi berbanding 6 PRK sebelum ini iaitu sebanyak 79.31 peratus.Azhar Azizan Harun turut maklumkan proses pengundian semalam berjalan dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79700", "title": "Tiada Pengeluaran Luar Biasa Di Semua Cawangan Tabung Haji", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Pengeluaran Luar Biasa Di Semua Cawangan Tabung Haji\nApr 08, 2019\n\nTabung Haji tegaskan tiada pengeluaran luar biasa berlaku di semua cawangan miliknya di seluruh negara, hari ini.\u00a0Ia susulan khabar angin kononnya berlaku pengeluaran besar-besaran selepas Tabung Haji mengumumkan hibah 1.25 peratus, Jumaat lalu.\u00a0TH menambah ia akan membuat laporan polis jika ada pihak terus menyebarkan khabar angin untuk menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pendepositnya.Dalam perkembangan lain, Jabatan Perdana Menteri\u00a0berkata kerajaan akan kaji mekanisma kurangkan waktu menunggu giliran Haji.Lebih Seribu Tuntutan Bantuan My SalamKementerian Kewangan berkata lebih seribu tuntutan bantuan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional, mysalam diterima setakat 4 April lalu.Susulan itu, hampir RM41,000\u00a0telah dibayar kepada 97 penerima skim perlindungan berkenaan.Kos itu juga melibarkan kemasukan ke hospital dan tuntutan penyakit kritikal.\u00a0Didakwa Terlibat Wang Haram Lebih RM11 JutaSeorang ahli perniagaan didakwa di mahkamah atas 68 tuduhan, terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai lebih RM11 juta.\u00a0Minggu lalu, tertuduh turut didakwa lakukan penipuan RM19 juta, babitkan pembinaan terowong bawah laut di Pulau Pinang.Terdahulu, gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepadanya oleh Istana Pahang turut ditarik balik, susulan kes berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70653", "title": "COVID-19: 2 Sekolah Tutup Sementara", "body": "\n\u2190 Back to list\nCOVID-19: 2 Sekolah Tutup Sementara\nAug 09, 2020\n\nCOVID-19: Sekolah Di Sanglang Tutup Sementara2 sekolah di Sanglang, Perlis ditutup seminggu akibat penularan kes baru COVID-19.Bagaimanapun, sesi pembelajaran akan dilakukan secara dalam talian agar murid tidak ketinggalan.Penularan wabak itu juga menyebabkan kerajaan negeri menguatkuasakan PKPD di \u00a0buah kampung di Kuala Sanglang sehingga 4 September.Sementara itu hanya 3 negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang merekodkan kes positif COVID-19 daripada Kluster Sivagangga.Menurut KKM, beberapa kes lain di Selangor dan Perak pula masih dalam siasatan.Dalam pada itu 7 kes baru dilaporkan di seluruh negara namun tiada satu kes pun melibatkan kluster sedia ada.Permohonan Rentas Sempadan Malaysia-Singapura DibukaPermohonan rentas sempadan antara Malaysia dengan Singapura akan dibuka mulai esok.Panduan lengkap tatacara permohonan dan keperluan dokumen boleh diperoleh menerusi laman web rasmi Jabatan Imigresen kedua-dua negara.Antara syaratnya semua pelawat asing perlu memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengaktifkan aplikasi itu\u00a0dalam telefon bimbit masing-masing.Kos Tunai Umrah Naik\u00a0Harga pakej umrah dijangka naik 20 hingga 25 peratus.Persatuan Agensi Pelancongan, Umrah dan Haji beritahu Berita Harian, antara faktornya ialah kenaikan harga tiket penerbangan serta kos ujian saringan COVID-19.Arab Saudi dijangka mula benarkan kemasukan semula warga asing tunai umrah bulan dapan atau Oktober tapi tertakluk kepada situasi semasa pandemik.*foto: Kosmo\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72867", "title": "Ringkasan Berita 20 Jun 2016", "body": "\n\u2190 Back to list\nRingkasan Berita 20 Jun 2016\nJun 20, 2016\n\nMenurut siasatan, sindiket tersebut menguruskan perkahwinan di Thailand dengan bayaran RM7,000 sepasang, khasnya untuk lelaki yang mahu berpoligami.---SKMM terima lebih 400 aduan daripada masyarakat berhubung kes yang melibatkan kesalahan jelik dan ugutan dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini.Daripada jumlah itu, 140 aduan berkait dengan ugutan penyebaran gambar dan video peribadi mangsa, dan telah dipanjangkan untuk siasatan lanjut oleh PDRM.---Dalam perkembangan lain, SKMM belum menerima arahan daripada PDRM untuk mengenal pasti individu yang menjual mercun secara dalam talian.Namun, pihaknya sudah bersedia untuk mengenal pasti individu yang terlibat agar mereka dapat dikenakan tindakan.---180 pengendali makanan di Bazar Ramadan di Kuala Berang dikesan tidak mendapatkan suntikan dan kursus pengendalian khas untuk mereka.---Remaja 19 tahun direman seminggu ekoran didakwa mengerat kaki seorang warga emas dalam kejadian samun di Kampung Tanjung Rendang, Pasir Mas semalam.---PDRM sedang tunggu lampu hijau daripada Britain untuk ambil keterangan penjenayah pedofil Richard Huckle bagi dapat maklumat tentang rakan sejenayahnya.---Kanak-kanak 6 tahun cedera di betis akibat digigit seekor beruk peliharaan dekat rumahnya di Pendang, Kedah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=114462", "title": "Malaysia Bakal Memasuki Fasa Endemik COVID-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Bakal Memasuki Fasa Endemik COVID-19.\nSep 02, 2021\n\n\nMalaysia akan memasuki fasa endemik COVID-19 bermula hujung bulan depan.\nJelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ia dijangka berlaku selepas 80 peratus penduduk dewasa di negara ini lengkap divaksin.\nSusulan itu, kerajaan akan umumkan beberapa langkah untuk memudahkan SOP sedia ada supaya tidak terlalu banyak dan rumit.\nNamun jelas Khairy Jamaluddin, pihaknya tidak merancang untuk melonggarkan keperluan pemakaian pelitup muka.\n\u00a0\nMalaysia tidak merekodkan sebarang kematian akibat vaksinasi Covid-19.\nTiada kes kematian direkodkan akibat vaksinasi Covid-19 di negara ini.\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata menerusi kesan sampingan susulan imunisasi, AEFI, mereka yang alami kesan sampingan teruk pula hanya memerlukan tempoh rawatan yang singkat di hospital.\nSetakat ini, lebih 64 peratus penduduk dewasa di Malaysia telah menerima suntikan penuh vaksinasi.\n\u00a0\n2 beradik dikompaun kerana ingkar arahan kuarantin di rumah.\nDi Perlis, 2 beradik dikompaun kerana ingkar arahan kuarantin diri di rumah.\nMenurut polis, lelaki yang disahkan positif Covid-19 itu didenda RM6,500 kerana bertindak memotong gelang kuarantin untuk keluar rumah bertemu rakan.\nManakala kakaknya yang merupakan kontak rapat dikompaun RM1,500 kerana sengaja keluar dari premis kuarantin dan tidak mematuhi SOP.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72595", "title": "Air Pasang Besar di Selangor Mulai 14 November", "body": "\n\u2190 Back to list\nAir Pasang Besar di Selangor Mulai 14 November\nNov 11, 2016\n\nAir laut pasang besar diramal berlaku selama 5 hari bermula 14 November ini di pesisir pantai Selangor.Menurut Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, paras air dijangka mencecah 5.6 meter dalam tempoh tersebut.Penduduk di kawasan berisiko disaran sedia pindah ke pusat pemindahan yang mula dibuka 2 petang, Ahad ini.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80079", "title": "Polis Siasat Video Lucah Babitkan Setiausaha Sebuah Kementerian", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Siasat Video Lucah Babitkan Setiausaha Sebuah Kementerian\nJun 13, 2019\n\nPolis sahkan kertas siasatan telah dibuka berhubung penyebaran video lucah babitkan seorang setiausaha sulit sebuah kementerian.Jelasnya, individu terlibat dalam video itu akan dipanggil bagi bantu siasatan.Dalam perkembangan lain, Setiausaha sulit Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Aziz digantung tugas, dan diberikan tiga hari untuk diberikan surat tunjuk sebab.Ini selepas dia mengaku terlibat dalam video terbabit yang tersebar di media sosial minggu ini.\u00a0Pesakit Kanak-Kanak Orang Asli Kuala Koh Tenat Namun Stabil\u00a0Pesakit kanak-kanak Orang Asli Kuala Koh, Gua Musang yang dijangkiti radang paru-paru, kini berada dalam keadaan tenat namun stabil.Menurut Jabatan Perdana Menteri,\u00a0mangsa ditempatkan di ICU selepas dipindahkan dari Hospital Kuala Krai, Ahad lalu.Dalam perkembangan berkaitan, pasukan mencari berjaya mengesan 3 mayat orang Asli di kampung berkenaan, dipercayai meninggal dunia akibat penyakit misteri.Bazar Karat JB Tidak Akan DitutupMBJB nafi dakwaan kononnya\u00a0Bazar Karat di pusat bandar raya itu akan ditutup.Jelasnya, bazar karat berkenaan sedang dalam perancangan untuk susun semula peniaga agar lebih kemas dan teratur.Tambahnya, antara perancangan itu termasuklah menyusun peniaga mengikut jenis perniagaan yang dijalankan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80754", "title": "KKM sambut baik keputusan Mahkamah tolak permohonan sekumpulan perokok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM sambut baik keputusan Mahkamah tolak permohonan sekumpulan perokok.\nOct 30, 2019\n\nKementerian Kesihatan sambut baik keputusan Mahkamah tolak permohonan sekumpulan perokok.Keputusan itu menunjukkan tindakan KKM mewartakan semua tempat makan awam terbuka sebagai kawasan larangan merokok adalah tepat!Semalam, Mahkamah KL tolak permohonan semakan 7 individu\u00a0terbabit untuk cabar larangan merokok di semua premis makan yang dikuatkuasakan KKM.Jawatankuasa teliti model baru menggantikan PTPTN\u00a0akan ditubuhkan.Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi meneliti model baru menggantikan PTPTN yang bermasalah ketika ini.Menteri Pendidikan berkata ia berdasarkan dapatan diperoleh PTPTN menerusi Kertas Konsultasi Rakyat sejak awal tahun ini.Hasil kajian mendapati 68 peratus peminjam masih lagi dalam kategori B40 dan kerajaan komited untuk bantu mereka dalam urusan bayaran balik pinjaman.4 remaja lelaki ditahan tunggang basikal lajak diubah suai tanpa kelengkapan brek di Ampang.Mereka kemudiannya dibebaskan selepas ibu bapa dan penjaga dipanggil untuk sesi kaunseling dan amaran keras.Sementara itu, Menteri Pengangkutan mahu ibu bapa sentiasa pantau pergerakan dan aktiviti anak masing-masing agar tidak terjebak dengan aktiviti merbahaya itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=149902", "title": "Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Bermula Sabtu", "body": "\n\u2190 Back to list\nSkim Harga Maksimum Musim Perayaan Bermula Sabtu\nApr 13, 2023\n\n\nSkim Harga Maksimum Musim Perayaan Bermula Sabtu\n30 jenis barang berada di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri kali ini bermula Sabtu ini hingga 30 April.\nMenurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), ia antaranya telur, ayam, cili merah dan kelapa parut.\nKPDN juga jalin kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan agar bekalan barangan yang dikawal cukup sepanjang tempoh pelaksanaan skim itu.\nJusteru kementerian minta rakyat tidak buat pembelian panik, juga tidak tergesa-gesa mendapatkan barangan keperluan.\nPeniaga turut diingatkan akan berdepan tindakan tegas jika gagal mematuhi peraturan di bawah skim berkenaan.\nPegawai-pegawai penguatkuasa KPDN juga akan ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam dan pusat beli-belah bagi membolehkan tindakan segera diambil terhadap aduan pengguna.\n\u00a0\nHarga Istimewa Tiket Penerbangan Untuk Siswa IPTA\nKerajaan akan mengumumkan harga istimewa tiket penerbangan kepada siswa IPTA dalam masa terdekat.\nIa melibatkan siswa IPTA dari semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak atau sebaliknya.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72589", "title": " KPDNKK Akan Senaraikan Jenama Minyak Masak Bersubsdi Elak Kekeliruan", "body": "\n\u2190 Back to list\n KPDNKK Akan Senaraikan Jenama Minyak Masak Bersubsdi Elak Kekeliruan\nNov 08, 2016\n\nKPDNKK akan menyenaraikan dan mengumumkan 285 jenama minyak masak bersubsidi dalam tempoh terdekat.Langkah itu bagi mengelakkan kekeliruan antara minyak masak berkenaan dengan minyak masak kitar semula.Semalam, Kementerian Kesihatan memaklumkan pihaknya akan memeriksa minyak masak paket bersubsidi ekoran dakwaan ia menggunakan minyak kitar semula.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72312", "title": "Sikap ibu bapa dan pelajar sendiri punca utama", "body": "\n\u2190 Back to list\nSikap ibu bapa dan pelajar sendiri punca utama\nDec 17, 2016\n\nDianggarkan kira-kira 12 ribu pelajar sekolah di negara ini menunggang motosikal ke sekolah tanpa miliki lesen memandu.Jabatan Keselamatan Jalan Raya berkata, ini ekoran tahap kesedaran rendah ibu bapa dan pelajar mengenai kepentingan miliki lesen memandu.Katanya dalam kajian di beberapa buah sekolah di Pulau Pinang, kira-kira 45 peratus pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah didapati tiada lesen.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72454", "title": "Konsert Ariana Grande Jadi 'Konsert Berdarah'", "body": "\n\u2190 Back to list\nKonsert Ariana Grande Jadi 'Konsert Berdarah'\nMay 23, 2017\n\nKonsert Ariana Grande di Manchester, Britain bertukar menjadi 'konsert berdarah' ekoran letupan di lokasi konsert dipercayai dilakukan penyerang nekad.Kejadian itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 penonton terbunuh dan kira-kira 50 yang lain cedera.Sementara itu, Grande dalam kenyataan pertamanya memaklumkan, dia amat terkesan dan bersedih dengan tragedi tersebut.Manakala Perdana Menteri Britain, Theresa May mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga.Menurut beliau, pihak berkuasa sedang berusaha gigih menyiasat kejadian itu yang dikategorikan sebagai serangan pengganas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=153745", "title": "Tahap Penagihan Dadah Di Negara Ini Membimbangkan!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTahap Penagihan Dadah Di Negara Ini Membimbangkan!\nJul 11, 2023\n\n\nTahap penagihan dadah di negara ini membimbangkan!\nTimbalan Perdana Menteri berkata, angka terkini menunjukkan lebih sejuta penduduk terjerumus ke dalam najis itu!\nMenurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, lebih menyedihkan apabila hampir 330,000 penagih dadah adalah mereka yang berumur 15 hingga 29 tahun.\nMalah kajian UKM mendapati, 6 daripada setiap 100 belia mengaku pernah ambil dadah dengan 4 daripadanya mengaku masih aktif menagih.\nJusteru Kementerian Dalam Negeri dan AADK diberi masa 3 bulan untuk berusaha dan susun koordinasi atau program yang berkesan bagi membendungnya.\n\u00a0\nSistem tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong dijangka dilaksanakan pada 2025.\nSistem pembayaran tol 'Aliran Pantas Pelbagai Lorong' dijangka dapat dilaksanakan pada 2025 atau lebih awal.\nMenurut Kementerian Kerja Raya, sistem itu masih lagi dalam proses perundingan bersama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya.\nBuat permulaan Lebuh Raya Sungai Besi, Besraya dijangka jadi perintis sistem tersebut pada Oktober nanti.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80929", "title": "Virus polio kini kembali ke Malaysia setelah 27 tahun!", "body": "\n\u2190 Back to list\nVirus polio kini kembali ke Malaysia setelah 27 tahun!\nDec 09, 2019\n\nVirus polio kini kembali ke Malaysia setelah 27 tahun!Kementerian Kesihatan sahkan seorang bayi di Tuaran, Sabah disahkan dijangkiti virus tersebut yang genetiknya sama dengan jangkitan di Filipina.Bayi berusia 3 bulan itu masih dirawat di wad pengasingan dan berada dalam keadaan stabil, tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan.\u00a0Lagu Negaraku tidak boleh dinyanyikan dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan!Tegas Perdana Menteri, semua rakyat sepatutnya tahu dan mahir menyanyikan lagu itu dalam bahasa Melayu sebab ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Beliau berkata demikian susulan kes video viral papar murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin dalam bilik darjah.Malaysia menang kostum terbaik dalam pertandingan\u00a0Miss Universe 2019.\u00a0Kostum bertemakan budaya Peranakan yang digayakan Miss Malaysia, Shweta Sekhon dinobat pemenang Kostum Kebangsaan, Miss Universe 2019.Manakala wakil Afrika Selatan dipilih sebagai Miss Universe tahun ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71879", "title": "Persatuan Bank-Bank Malaysia : ahli-ahli akan terus beri pinjaman perumahan kepada pemohon yang layak.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPersatuan Bank-Bank Malaysia : ahli-ahli akan terus beri pinjaman perumahan kepada pemohon yang layak.\nJul 21, 2017\n\nPersatuan Bank-Bank Malaysia sekali lagi ulangi, ahli-ahlinya akan terus memberi pinjaman perumahan kepada pemohon yang layak.Katanya, dalam tempoh Januari hingga Mei lalu, bank komersil di negara ini telah luluskan lebih 25 bilion ringgit pinjaman perumahan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71702", "title": "Tiada Kes Virus Zika di Msia ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Kes Virus Zika di Msia \nJan 30, 2016\n\nKementerian Kesihatan sahkan tiada kes virus Zika yang menular di Amerika Tengah dan Selatan, dikesan di Malaysia setakat ini.Namun katanya langkah pencegahan perlu diambil bagi mengurangkan risiko penularan virus berkenaan.Ini kerana Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.Sementara itu, Thailand berkata terdapat satu kes jangkitan virus zika dilaporkan di negara itu tahun ini dan yakin mampu membendung wabak berkenaan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72397", "title": "74 negara tolak LGBT termasuk Malaysia!", "body": "\n\u2190 Back to list\n74 negara tolak LGBT termasuk Malaysia!\nOct 23, 2018\n\nMalaysia antara negara yang tolak LGBT!Foto - Astro AwaniMalaysia merupakan antara 74 negara yang tegas menolak LGBT!Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, ia jelas menunjukkan pendirian kerajaan terhadap golongan tersebut.Namun, kerajaan pilih pendekatan memujuk dan membimbing bagi bawa mereka kembali ke pangkal jalan misalnya melalui program khas, bukannya menghukum.Selain itu, kerajaan turut menerbitkan e-buku Panduan Hijrah Diri bagi\u00a0 golongan LGBT kembali ke pangkal jalan.---Kerajaan diharap kekalkan bantuan kewangan kepada OKU dalam Bajet 2019Foto - Astro AwaniKerajaan diharap akan kekalkan bantuan kewangan kepada orang kurang upaya dalam Bajet 2019 walaupun negara berdepan isu hutang yang tinggi.Perkara ini dibangkitkan oleh presiden Persatuan Damai OKU Malaysia, V. Murugeswaran.Dia juga meminta Kementerian Pendidikan mematuhi standard rekabentuk antarabangsa jika mengubaisuai atau membina bangunan baru sekolah.---Suspek kes langgar lari seorang wanita di Cyberjaya direman 5 hari lagiFoto - Astro AwaniMahkamah benarkan warga Libya suspek utama kes langgar lari akibatkan kematian seorang wanita Cyberjaya Rabu lepas direman lima hari bermula hari ini.\u00a0Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh.\u00a0Turut direman bagi tempoh sama ialah dua rakannya kerana dipercayai melindungi suspek utama.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71533", "title": "Mangsa Banjir Melebihi 26,000", "body": "\n\u2190 Back to list\nMangsa Banjir Melebihi 26,000\nJan 05, 2021\n\nMangsa Banjir Melebihi 26,000Lebih 26,200 mangsa banjir kini ditempatkan di 330 pusat pemindahan di 6 negeri.Lebih 18,600 atau kira-kira 70 peratus mangsa dicatatkan di Pahang yang juga negeri paling terjejas bencana alam itu ketika ini.Daerah Maran dan Kuantan paling ramai mangsa iaitu masing-masing lebih 4 ribu orang.Manakala di Johor terdapat lebih 5,200 mangsa, majoritinya di Kota Tinggi dan Kluang.Sementara itu mangsa banjir di Pahang dan Johor akan menerima bantuan makanan menerusi program Food Bank Malaysia.Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah di 2 negeri itu akan menyelaraskan agihan supaya bantuan sampai kepada kumpulan sasar.Mungkin Boleh Kuarantin di RumahPenempatan pesakit COVID-19 di hospital dan pusat kuarantin menghampiri kapasiti maksimum.Susulan itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menilai persediaan bagi membenarkan pesakit yang tidak bergejala atau bergejala ringan untuk kuarantin di rumah.Sementara itu angka kematian akibat COVID-19 di negara ini sudah melepasi 500 selepas 7 lagi kematian dilaporkan semalam.Semalam juga 1,741 kes baru dikesan dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi diikuti Sabah dan Johor.*foto: AWANI, Sinar Harian, BERNAMA, Berita Harian, Kosmo & Internet\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72946", "title": "Dua cedera ditembak ketika sedang minum di kedai", "body": "\n\u2190 Back to list\nDua cedera ditembak ketika sedang minum di kedai\nOct 20, 2017\n\nDua lelaki cedera ditembak sekumpulan suspek bermotosikal ketika sedang minum di pekan Bukit Gambir, Tangkak, awal pagi tadi.Polis Johor berkata, kedua-dua mangsa yang dirawat di hospital Muar dan Melaka dilaporkan stabil.Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta supaya menyalurkannya kepada polis.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94635", "title": "Semua negeri di Semenanjung\u00a0di bawah PKP", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemua negeri di Semenanjung\u00a0di bawah PKP\nJan 19, 2021\n\nSemua negeri di Semenanjung\u00a0di bawah PKPFoto - BernamaSemua negeri di Semenanjung kini di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Terbaru Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu dikenakan PKP bermula 22 Januari hingga 4 Februari depan.Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu ekoran peningkatan jangkitan COVID-19 dalam komuniti.-----Ahli Parlimen Padang Rengas, Kota Tinggi positif COVID-19Foto - MalayMailAhli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan positif COVID-19 dan kini menjalani kuarantin di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.\u00a0Beliau dipercayai menjadi kontak rapat kepada seorang individu yang dijangkiti COVID-19 ketika mengadakan sidang media di ibu negara minggu lepas.Selain Nazri, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique serrta Imam Besar Masjid Shah Alam, Abdul Karim Omar turut disahkan positif COVID-19.\u00a0-----Kes kemalanangan di Tanjung Tokong bukan akibat ditendang polisFoto - BERNAMAPenunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Tanjung Tokong dua hari lalu bukan ditendang anggota polis yang mengejarnya.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, perkara itu disahkan menerusi keterangan lelaki terbabit.Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan susulan berhubung kejadian itu yang tular di media sosial.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81541", "title": "Keputusan Lanjut PKP Dijangka Diketahui Hari Ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nKeputusan Lanjut PKP Dijangka Diketahui Hari Ini\nApr 10, 2020\n\nKeputusan Lanjut\u00a0PKP Dijangka Diketahui Hari IniKeputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan atau tidak dijangka diketahui hari ini.\u00a0Bagaimanapun, tegas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, walaupun jika PKP ditamatkan, rakyat masih tidak boleh bebas seperti biasa..\u00a0Setakat kelmarin, kadar pematuhan PKP adalah 97 peratus dan polis telah mengeluarkan 95 notis kompaun RM1,000 seorang terhadap individu yang ingkar PKP.\u00a0Tiada Keperluan Pindahkan Selangor Mansion dan Malayan MansionTiada keperluan memindahkan penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India, KL yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).Ketua Pengarah Kesihatan berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menjalankan pengesanan kes secara aktif di bangunan berkepadatan tinggi itu.Ujar Datuk Dr Noor Hisham Abdullah lagi, hanya mereka yang positif COVID-19 dipindahkan ke hospital untuk dirawat.KKM juga sedang giat mengesan kontak rapat yang melibatkan 15 kes positif jangkitan wabak tersebut di kedua-dua bangunan berkenaan.COVID19: Bangkok Larang Penjualan AlkoholIbu negara Thailand, Bangkok kini melarang penjualan alkohol dalam arahan terbaru kota itu bagi bendung wabak COVID-19.Wilayah lain yang sudah lebih awal mengeluarkan arahan sama antaranya Chiang Mai, Rayong, Buriram dan Nakhon Pathom.Ia bagi elak perhimpunan semasa tahun baru tradisional Thailand, Songkran minggu depan walaupun kerajaan telah mengeluarkan penangguhan sambutan ke tarikh baru yang akan diumumkan nanti.Thailand mengisytiharkan darurat dari 26 Mac hingga 30 April.Negara itu juga mengenakan perintah berkurung pada waktu malam selama 6 jam bermula 10.00 malam hingga 4.00 pagi.Setakat ini Thailand melaporkan 54 kes baru COVID-19 dengan 2 kematian, menjadikan keseluruhan 2,423 kes dan 32 kematian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94660", "title": "Masih Kekal", "body": "\n\u2190 Back to list\nMasih Kekal\nJan 22, 2021\n\nMasih KekalKerajaan masih kekal dengan keputusan hanya murid bergejala perlu jalani ujian saringan COVID-19.Ini kerana kerajaan tidak mahu membebankan ibu bapa untuk menanggung kos ujian berkenaan.Baru-baru ini sejumlah calon SPM dan STPM di Sabah dan Pahang dikesan positif COVID-19.Calon berkenaan menginap di asrama dan dikuarantin namun tetap dapat belajar untuk peperiksaan.Perketat Kawalan di Jalan TikusPolis Terengganu memperketatkan kawalan di jalan-jalan tikus.12 jalan tikus di negeri itu dikesan berpotensi jadi laluan alternatif untuk merentas daerah dan negeri sepanjang tempoh PKP 2.0 di negeri itu yang bermula hari ini.Turut dikenakan PKP sehingga 4 Februari ialah Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Perlis.Manakala PKP di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Kelantan, Sabah dan semua wilayah persekutuan dilanjutkan sehingga tarikh sama iaitu 4 Februari.Pengusaha Bas Rayu moratorium Tanpa SyaratPersatuan Pengusaha Bas Kelantan rayu kerajaan pertimbang pemberian moratorium kepada semua pengusaha bas tanpa syarat seperti pelaksanaan fasa pertamanya awal tahun lepas.Pihaknya juga berharap pemandu bas ekspres turut diberi bantuan 'one-off' RM500 seperti diterima pemandu pelancong, pemandu teksi dan bas sekolah.Jelas pihaknya kepada Sinar Harian, ini kerana golongan itu juga terjejas susulan pandemik COVID-19.Penerangan Rumah ke RumahKementerian Kesihatan Singapura akan menerangkan dari rumah ke rumah berkenaan vaksin COVID-19.Petugas kesihatan republik itu juga akan bantu rakyatnya menempah secara dalam talian suntikan vaksin.Ia susulan masih ramai rakyatnya ragu-ragu terhadap vaksin COVID-19.*sumber & foto: AWANI, Sinar Harian, Harian Metro, Berita Harian, Kosmo, Utusan Malaysia & internet\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72438", "title": "Kes Kakak-Kanak Dipaksa Hisap Dadah: JKM Kedah Mahu Hak Penjagaan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Kakak-Kanak Dipaksa Hisap Dadah: JKM Kedah Mahu Hak Penjagaan\nJun 15, 2017\n\nJKM Kedah mahu mengambil alih hak penjagaan ke atas seorang kanak-kanak 3 tahun di Kedah yang didakwa diberi dadah oleh ibu dan bapa tirinya.Ia ekoran video viral papar kanak-kanak itu sedang menghisap syabu, baru-baru ini.Ibu mangsa pula nafi anaknya menghisap syabu seperti yang didakwa, dan mengakui rakaman itu bertujuan menyakitkan hati bekas suaminya.JKM Kedah menegaskan, pihaknya tidak menerima penjelasan tersebut dan akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap kes tersebut.Kanak-kanak berkenaan kini berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71781", "title": "Melaka larang penggunaan vape di kawasan larangan merokok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMelaka larang penggunaan vape di kawasan larangan merokok.\nJan 06, 2016\n\nMelaka larang penggunaan vape di kawasan larangan merokok serta hentikan pengeluaran lesen dan tidak benarkan penjualannya di negeri tersebut.\u00a0Ketua Menterinya berkata, kerajaan negeri juga tidak akan perbaharui lesen kepada pengusaha vape yang sudah tamat tempoh.Tambah Datuk Seri Idris Haron keputusan dibuat selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengisytiharkan vape sebagai haram.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70414", "title": "Penularan COVID-19 dalam komuniti terkawal", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenularan COVID-19 dalam komuniti terkawal\nJun 30, 2020\n\nPenularan COVID-19 dalam komuniti terkawalFoto - Kementerian Kesihatan MalaysiaPenularan kes COVID-19 dalam komuniti adalah terkawal ketika kebanyakan sektor ekonomi mula dibuka semula dan beroperasi sepenuhnya.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini membuktikan pemulihan negara iaitu untuk mengimbangi nyawa dan mata pencarian rakyat sudah bermula.Namun, orang ramai diminita tidak alpa dengan trend penurunan kes COVID-19, sebaliknya perlu lebih berwaspada serta mematuhi SOP dan mengamalkan langkah pencegahan pada setiap masa.-----Kompleks ICQS Padang Besar, Durian Burung dibuka terhadFoto - The SentralKompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan di Padang Besar, Perlis dan Durian Burung, Kedah, dibuka hanya untuk laluan kenderaan perdagangan komersial serta kargo.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, agensi yang terbabit sudah dimaklumkan mengenai keputusan ini untuk tindakan seterusnya.Selain itu, rakyat Malaysia yang berada di Singapura dan berhasrat untuk pulang ke Malaysia tidak perlu lagi memohon permit MyPass dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia.-----Datuk Yusof Haslam ahli badan bebas SPRMFoto - BernamaPengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam antara 24 ahli badan bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menerima surat cara dan pelantikan hari ini.Mereka terdiri daripada golongan profesional serta pakar pelbagai bidang mewakili pelbagai lapisan masyarakat, dilantik menganggotai Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) serta Panel Penilaian Operasi (PPO).Pelantikan tersebut adalah atas nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 (Akta 694).\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72819", "title": "Kementerian Pendidikan serah kepada polis kes murid dipaksa potong lidah sendiri", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan serah kepada polis kes murid dipaksa potong lidah sendiri\nMar 27, 2016\n\nKementerian Pendidikan serah kepada polis untuk ambil tindakan berhubung kes murid tahun dua dipaksa potong lidah sendiri oleh sekumpulan murid lain di Klang, Selangor.Kementerian juga mahu pihak sekolah beri kerjasama penuh selain buat laporan penuh mengenai kejadian itu.Pihak polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut oleh ibu mangsa.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73266", "title": "Peniaga food truck di Kuala Terengganu ditipu pelanggan dengan wang fotostat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeniaga food truck di Kuala Terengganu ditipu pelanggan dengan wang fotostat.\nFeb 07, 2018\n\nSeorang peniaga food truck di Kuala Terengganu mendakwa rugi gara-gara seorang pelanggan buat bayaran guna duit RM100 fotostat.Sinar Harian melaporkan, kejadian sama turut menimpa seorang peniaga di Pasar Payang dan pelakunya dipercayai seorang perempuan!Disebabkan kes penipuan itu, ada peniaga di daerah tersebut letak notis enggan lagi terima bayaran guna wang RM100.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72555", "title": "PDRM Bekerjasama Dengan Facebook Menerusi NUR Alert", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM Bekerjasama Dengan Facebook Menerusi NUR Alert\nNov 04, 2016\n\nUsaha mengesan kanak-kanak yang dilaporkan hilang menerusi NUR Alert akan menjadi lebih berkesan hasil kerjasama PDRM dan Faceebok.Kerjasama itu membolehkan pengendali Facebook menghantar amaran insiden kehilangan kanak-kanak kepada 19 juta pemilik akaun laman sosial itu di Malaysia.Sementara itu, Noor Ayrill Aqasha yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu di Cheras, KL dilaporkan tidak bersekolah sejak mula tinggal bersama bapanya 3 bulan lepas.Menurut polis Cheras kepada Berita Harian, kanak-kanak lelaki 10 tahun itu sebelum ini dijaga ibunya selepas kedua orang tua bercerai 2 tahun lalu.Maklumat ini hasil rakaman percakapan dengan ibu bapa kanak-kanak tersebut, dan polis kini giat mengesannya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73058", "title": "Datuk Seri Dr Wan Azizah berjumpa pihak Permata hari ini. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Dr Wan Azizah berjumpa pihak Permata hari ini. \nMay 24, 2018\n\nTimbalan Perdana Menteri akan berjumpa pihak Permata hari ini berhubung penerusan program itu nanti.Selain itu Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata pasukan petugas khas akan ditubuhkan untuk mengatasi masalah kanak-kanak terbantut di negara ini.Beliau juga akan membawa cadangan menjadikan pekerja sosial sebagai satu profesion ke Parlimen.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72711", "title": "Pemetik Api Disangka Bom : Polis Lebih Kerap Periksa Premis Jual Cenderahati", "body": "\n\u2190 Back to list\nPemetik Api Disangka Bom : Polis Lebih Kerap Periksa Premis Jual Cenderahati\nSep 18, 2016\n\nPolis Negeri Sembilan akan lebih kerap periksa premis menjual cenderahati bagi elak peniaga jual cenderahati menyerupai senjata api dan bom.Ia susulan kes sebuah keluarga pelancong warga Syria yang ditahan gara-gara dilihat bawa objek menyerupai bom ketika menginap di sebuah hotel di Port Dickson.Siasatan polis selepas itu mendapati objek berkenaan sebenarnya pemetik api berbentuk bom tangan.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73121", "title": "Pengguna ETS kini boleh buat tempahan awal makanan secara online.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengguna ETS kini boleh buat tempahan awal makanan secara online.\nFeb 27, 2018\n\nBerita baik buat pengguna\u00a0Perkhidmatan Tren Elektrik, ETS kerana pembelian makanan kini boleh dibuat melalui tempahan awal secara online.Kementerian Pengangkutan berkata meskipun makanannya berasaskan sejuk beku, tetapi ia tetap enak disamping harga yang berpatutan.\u00a0Kementerian percaya kemudahan itu akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan ETS setaraf dengan piawaian antarabangsa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81017", "title": "UniMAP siasat isu kertas peperiksaannya yang cetuskan kontroversi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nUniMAP siasat isu kertas peperiksaannya yang cetuskan kontroversi.\nDec 31, 2019\n\nUniversiti Malaysia Perlis akan siasat isu kertas peperiksaannya, yang mencetuskan kontroversi.Pihaknya akan kaji semula tatacara semakan soalan peperiksaan berkenaan agar pensyarah peka terhadap sensitiviti kaum dan agama.Orang ramai juga diminta hentikan sebarang provokasi dan beri ruang agar siasatan dijalankan secara menyeluruh.Terdahulu, gambar kertas peperiksaan di UniMAP menjadi viral, kerana menyentuh isu sensitif antaranya LGBT, Dr Zakir Naik dan pengenalan tulisan khat.Orang ramai dilarang terbangkan dron di lokasi sambutan Ambang 2020 di Lembah Klang malam ini.Polis berkata ia bagi mengelakkan perlanggaran antara dron penganjur ketika sambutan tahun baru berlangsung.Antara lokasi yang terlibat ialah Kompleks Perbadanan Putrajaya, KLCC, Pavillion, Sunway Velocity dan Axiata Arena Bukit Jalil.Hentikan penjualan\u00a0'headphone' kononnya boleh kawal kadar gula dalam darah.Kementerian Kesihatan arah syarikat yang edar peranti\u00a0'headphone' yang didakwa boleh kurangkan dan kawal kadar gula dalam darah hentikan jualan serta merta.Ini selepas semakan dapati ia tidak berdaftar di bawah Akta Peranti Perubatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71988", "title": "Lebih 1.7 juta warga tempatan dan asing jadi mangsa penipuan pelaburan di Malaysia, khususnya secara dalam talian sejak 2013 tahun lalu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 1.7 juta warga tempatan dan asing jadi mangsa penipuan pelaburan di Malaysia, khususnya secara dalam talian sejak 2013 tahun lalu.\nOct 31, 2017\n\nLebih 1.7 juta warga tempatan dan asing jadi mangsa penipuan pelaburan di Malaysia, khususnya secara dalam talian sejak 2013 tahun lalu.Menurut Kementerian Dalam Negeri, jumlah itu babitkan 24 syarikat berbeza dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak 5 billion ringgit.Tambahnya, antara aduan yang paling kerap diterima babitkan Love Scam dan Macau Scam.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71890", "title": "Pengasuh bayi perempuan 15 bulan yang meninggal dunia kelmarin direman tiga hari.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengasuh bayi perempuan 15 bulan yang meninggal dunia kelmarin direman tiga hari.\nAug 01, 2017\n\nPengasuh kepada bayi perempuan 15 bulan yang meninggal dunia di Kulim, Kedah kelmarin direman tiga hari.Menurut polis, punca kematian masih belum diketahui dan menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan selanjutnya.Mangsa meninggal dunia selepas 3 hari dirawat di hospital selepas tidak sedarkan diri, dipercayai terjatuh di rumah pengasuh terbabit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=100751", "title": "Kompaun RM10,000 berkuatkuasa hari ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nKompaun RM10,000 berkuatkuasa hari ini\nMar 11, 2021\n\nKompaun RM10,000 berkuatkuasa hari ini\n\nFoto - Johor Kini\nKompaun RM10,000 kepada individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berulang, berkuatkuasa hari ini.\nNamun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, jumlah sebenar kompaun dikenakan itu tertakluk kepada budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan.\nTambahnya, keputusan menaikkan nilai kompaun itu bagaimanapun bukan untuk menghukum orang ramai tetapi lebih kepada meningkatkan kesedaran.\n-----\nTemu duga guru minggu ketiga April\n\nFoto -\u00a0Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan\u00a0\nTemu duga graduan pendidikan lepasan universiti awam (UA) kelahiran Sabah dan Sarawak, bagi pengambilan tahun 2020 akan diadakan selewat-lewatnya pada minggu ketiga April ini.\nSuruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) berkata, hanya graduan yang mendapat kelulusan Senat Universiti atau bergraduasi sebelum atau pada 18 Ogos 2020 akan dipanggil untuk temu duga.\nPihaknya menyarankan calon bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP, bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga itu.\n-----\nPengisytiharan darurat tidak boleh dicabar\n\nFoto - IsmaWeb\nMahkamah Tinggi Kuala Lumpur putuskan, pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150(1) dan 150(2B) Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dicabar menerusi semakan kehakiman.\nKeputusan itu selepas Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid mendapati bahawa Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan adalah sah dan berperlembagaan.\nSehubungan itu, mahkamah menolak permohonan tiga wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) bagi memulakan semakan kehakiman terhadap peranan Perdana Menteri berhubung pengisytiharan berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72805", "title": "'Abang Long Fadil 2' Dijangka Ditayangkan Disember", "body": "\n\u2190 Back to list\n'Abang Long Fadil 2' Dijangka Ditayangkan Disember\nMar 15, 2016\n\nBeliau juga berharap filem tersebut mampu capai kutipan pecah panggung seperti edisi pertama filem itu dan juga filem 'Munafik' yang kini hangat di pawagam.'Abang Long Fadil 2' merupakan hasil kerjasama Skop Production milik Dato' Yusof dan Astro Shaw, dan menelan kos kira-kira 3.5 juta ringgit.Filem arahan Syafik Yusof itu akan menampilan Zizan Razak, Datuk AC Mizal, A Galak dan Syamsul Yusof.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72906", "title": "Negara Dijangka Alami Masalah Bekalan Air Hingga September", "body": "\n\u2190 Back to list\nNegara Dijangka Alami Masalah Bekalan Air Hingga September\nApr 22, 2016\n\nMenurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, ini kerana cuaca panas yang dialami sekarang diramal berterusan sehingga tempoh itu.Untuk itu, operasi pembenihan awan giat dijalankan bagi menghasilkan hujan di kawasan empangan di Perlis, Kedah, Perak, Johor dan Sabah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79162", "title": "Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja ketika ini amat membimbangkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes hamil luar nikah dalam kalangan remaja ketika ini amat membimbangkan.\nJan 15, 2019\n\nKes hamil luar nikah dalam kalangan remaja ketika ini dilihat amat membimbangkan.Lebih mengejutkan, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes itu adalah ketagihan seks dalam kalangan remaja.\u00a0Pengurus Operasi Pusat Bimbingan dan Perlindungan Remaja, Raudhatus Sakinah, Muha Anun Mohd Noor ada berkongsi dengan kami pengalamannya mengendalikan kes itu.Tambah Muha, di Raudhatus Sakinah, pihaknya menekankan aspek pengurusan hati dan emosi agar mereka tidak terjebak semula dengan masalah itu.Dalam pada itu, masalah hamil luar nikah boleh memberikan tekanan emosi yang melampau buat remaja yang menghadapinya.Pakar psikologi klinikal, Azlina Mohd Ghaffar berkata, pengalaman buruk yang dialami mangsa telah mendorong mereka untuk membuang bayi tersebut.Malah, terdapat juga kes di mana mangsa alami kemurungan kerana rasa bersalah menyerahkan bayi mereka kepada orang lain.Tambah Azlina, antara jalan penyelesaian terbaik untuk tangani masalah itu adalah dengan berkongsi perihal kehamilan itu dengan pihak yang dipercayai.Langkah itu penting agar mangsa dapat mengawal diri daripada membuat keputusan salah yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. \u00a0Tonton video penuh mengenai kes pembuangan bayi dalam siri Speak Up di facebook Astro Radio News!\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71582", "title": "Semua IPT Sering Terlibat Masalah Banjir diminta Ambil Langkah Awal", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemua IPT Sering Terlibat Masalah Banjir diminta Ambil Langkah Awal\nNov 23, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72317", "title": "Dua anak turut direman 7 hari", "body": "\n\u2190 Back to list\nDua anak turut direman 7 hari\nJan 05, 2017\n\nDi Putrajaya, Ketua Setiausaha sebuah kementerian bergelar Datuk dan 2 anak lelakinya direman 7 hari oleh SPRM.Penahanan reman itu untuk membantu siasatan kes dakwaan salah guna kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.SPRM turut merampas serta menyita wang tunai dan jongkong emas yang dianggar bernilai kira-kira 3 juta ringgit dalam siasatan kes itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=118700", "title": "Penularan Covid-19 Di Malaysia Semakin Pulih.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenularan Covid-19 Di Malaysia Semakin Pulih.\nOct 12, 2021\n\n\nPenularan jangkitan Covid-19 di Malaysia semakin pulih.\nMenurut Ketua Pengarah Kesihatan, ia boleh dilihat menerusi penurunan kes harian, kes aktif, kematian, kes di ICU dan yang memerlukan alat bantuan pernafasan.\nPerkembangan positif itu menunjukkan kesediaan negara untuk memasuki fasa endemik.\nTan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun ingatkan orang ramai agar terus patuh SOP dan tingkatkan kawalan kendiri.\nWalaupun kes harian semakin menurun, semua pihak perlu ambil pengajaran daripada kenaikan mendadak kes Covid-19 sebelum ini.\n\u00a0\nIndividu tak lengkap vaksin diarah patah balik.\nSeorang pemandu bersama keluarganya diarah berpatah balik di sekatan jalan raya Bukit Yong pada hari pertama sempadan negeri dibuka semalam.\nPolis Kelantan berkata mereka didapati cuba merentas negeri walaupun belum melengkapkan vaksinasi Covid-19.\nBukit Aman sebelum ini beri peringatan bahawa individu belum lengkap divaksin yang cuba rentas negeri berdepan tindakan tegas!\nJelasnya, tiada lagi amaran, sebaliknya mereka yang gagal patuhi arahan tersebut akan terus dikompaun.\nPolis juga akan menjalankan pemantauan di lokasi tumpuan orang ramai seperti kawasan RnR dan pusat beli-belah.\n\u00a0\nHampir 1,000 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air esok.\nHampir 1,000 kawasan sekitar Lembah Klang akan alami gangguan bekalan air bermula esok.\nMenurut Air Selangor ia susulan kerja penyelenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.\nBekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna setelah kerja penyelenggaraan selesai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71808", "title": "Hanya Mahkamah Syariah boleh buat keputusan penukaran agama", "body": "\n\u2190 Back to list\nHanya Mahkamah Syariah boleh buat keputusan penukaran agama\nDec 30, 2015\n\nMahkamah Rayuan putuskan penukaran agama tiga anak oleh seorang bapa mualaf, hanya boleh ditentukan oleh Mahkamah Syariah.Terdahulu, Jabatan Agama Islam Perak, bapa terbabit dan 4 yang lain merayu bagi ketepikan perintah Mahkamah Tinggi yang putuskan penukaran agama 3 kanak-kanak oleh lelaki itu adalah tidak sah.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72856", "title": "Pedofil Richard Huckle dihukum Penjara Seumur Hidup", "body": "\n\u2190 Back to list\nPedofil Richard Huckle dihukum Penjara Seumur Hidup\nJun 06, 2016\n\nPenjenayah pedofil warga Britain yang melakukan penderaan seksual terhadap 23 kanak-kanak di Malaysia dan Kemboja dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.\u00a0Ini selepas Richard Huckle mengaku salah di Mahkamah London atas 71 tuduhan penderaan seksual terhadap kanak-kanak termasuk ketika menjadi guru sukarela di KL.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73080", "title": "Permohonan Program Penajaan 9A+ kini dibuka hingga 26 Mac ini. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPermohonan Program Penajaan 9A+ kini dibuka hingga 26 Mac ini. \nMar 19, 2018\n\nBerita baik buat pelajar lepasan SPM kerana permohonan Program Penajaan 9A+ telah dibuka.Dengan keputusan sekurang-kurangnya 9A+, pelajar yang dipilih akan mendapat tajaan melanjutkan pengajian ke universiti awam dan swasta dalam negara.Permohonan bagi program tersebut boleh dibuat selewat-lewatnya hingga 26 Mac ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72910", "title": "Wanita Bagi Jawatan Pengurusan Kanan", "body": "\n\u2190 Back to list\nWanita Bagi Jawatan Pengurusan Kanan\nMar 07, 2016\n\nSatu kajian terbaru mendapati syarikat di Malaysia adalah paling teruk antara negara-negara ASEAN, dalam melantik wanita untuk jawatan pengurusan kanan.\u00a0Menurut Malay Mail yang memetik kajian Grant Thornton, setiap 1 dari 3 syarikat di negara ini tiada wanita dalam jawatan pengurusan kanan.\u00a0Ini walaupun kerajaan telah menyeru babitkan lebih ramai wanita dalam pengurusan tertinggi.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80952", "title": "Pendatang Mungkin Diberi Suntikan Vaksin", "body": "\n\u2190 Back to list\nPendatang Mungkin Diberi Suntikan Vaksin\nDec 15, 2019\n\nMalaysia Dijangka Beri Suntikan Vaksin Kepada PendatangMalaysia dijangka beri suntikan vaksin kepada pendatang asing sebagai usaha elak penularan wabak penyakit berjangkit.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mendapatkan kerjasama daripada UNICEF bagi memperoleh bekalan vaksin untuk diberi kepada pendatang asing.KKM juga akan cuba mendapatkan\u00a0kerjasama daripada kerajaan Filipina untuk membeli vaksin memandangkan negara itu memperoleh bekalan vaksin yang lebih murah.Baru-baru ini, seorang bayi di Tuaran, Sabah disahkan dijangkiti virus polio, iaitu kes pertama selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit itu.Banjir: Lebih 4,600 Mangsa Berlindung di Pusat Pemindahan*foto sekadar hiasanHujan lebat berterusan di Johor dan Pahang semalam menyaksikan banjir di beberapa daerah di 2 negeri berkenaan.Di Johor, lebih 3, 800 kini berlindung di 54\u00a0pusat pemindahan di Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Mersing, Kota Tinggi dan Segamat.Di Pahang pula, 9 pusat pemindahan dibuka di Rompin menempatkan hampir 700 mangsa banjir.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80853", "title": "Senarai pekerjaan berisiko akan diedarkan ke sekolah bulan depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSenarai pekerjaan berisiko akan diedarkan ke sekolah bulan depan.\nNov 20, 2019\n\nSenarai pekerjaan yang dikategorikan berisiko akan diedarkan ke sekolah, bulan depan.Menurut Kementerian Sumber Manusia, ia sebagai rujukan buat pelajar untuk pilih jurusan di institusi pendidikan tinggi, kelak.Langkah itu juga katanya bagi elak risiko pengangguran selepas tamat pengajian kerana pilih bidang pengajian yang tidak relevan dengan pasaran kerja.Polis hanya boleh minta telefon bimbit suspek jenayah untuk diperiksa.Polis hanya boleh minta atau rampas telefon bimbit milik orang yang disyaki atau dalam siasatan, bukannya orang awam secara rambang.Kementerian Dalam Negeri menjelaskan kenyataannya di Parlimen kelmarin mengenai hak polis untuk semak telefon bimbit orang awam.Modul baru pendidikan seks khusus untuk remaja lelaki akan diperkenalkan tidak lama lagi.Ia meliputi ilmu pengetahuan apabila mereka capai usia baligh, undang-undang berkenaan jenayah perkosa dan cara menghormati wanita.Menurut kerajaan, program yang dilaksanakan secara online itu sasar remaja lelaki berumur\u00a016 hingga 24 tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70556", "title": "Wajib pakai pelitup separuh muka mulai 1 Ogos", "body": "\n\u2190 Back to list\nWajib pakai pelitup separuh muka mulai 1 Ogos\nJul 23, 2020\n\nWajib pakai pelitup separuh muka mulai 1 OgosFoto - BernamaBermula 1 Ogos 2020, orang ramai diwajib memakai pelitup separuh muka dalam pengangkutan awam seperti bas, LRT dan MRT serta di kawasan-kawasan sesak seperti pasar dan pasar tani.Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini termasuklah pelitup muka buatan sendiri namun perlu ikut spesifikasi ditetapkan kementerian kesihatanOrang ramai\u00a0yang boleh didenda\u00a0RM1,000 di bawah\u00a0Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988)\u00a0sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaru itu.-----Harga siling, borong pelitup separuh muka diturunkanFoto - Sinar HarianHarga siling pelitup\u00a0separuh muka akan diturunkan kepada RM1.20 seunit\u00a0daripada RM1.50 bermula 15 Ogos, kata\u00a0Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga akan diturunkan kepada RM1.15 bermula\u00a0pada tarikh sama.Penurunan harga itu katanya, selaras\u00a0dengan langkah kerajaan untuk menimbangkan keperluan mewajibkan pemakaian pelitup\u00a0separuh muka di tempat awam.-----29 Ogos tarikh PRK DUN SlimFoto - Google Street ViewSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N58 Slim, Perak diadakan pada 29 Ogos.Timbalan Pengerusi SPR\u00a0Dr Azmi Sharom turut mengumumkan hari penamaan calon pada 15 Ogos,\u00a0\u00a0manakala tarikh mengundi awal pada 25 Ogos.Kerusi DUN Slim kosong selepas penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang pada 15 Julai lepas akibat serangan jantung.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72735", "title": "Had Pendapatan Bagi Pemilikan Rumah PPR Dinaikkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nHad Pendapatan Bagi Pemilikan Rumah PPR Dinaikkan\nAug 22, 2016\n\nPerkara itu diumumkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=151572", "title": "RUU Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 Diluluskan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRUU Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 Diluluskan.\nMay 24, 2023\n\n\nRUU Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 Diluluskan.\nDewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 yang antara lain membolehkan pegawai intervensi krisis menangkap mana-mana orang yang cuba membunuh diri.\nTimbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh berkata, buat masa ini pegawai intervensi krisis hanya melibatkan antaranya pegawai polis, bomba, APM dan pegawai kebajikan masyarakat.\nRasional pewujudan pegawai ini adalah bagi memastikan tindakan kepada kes percubaan bunuh diri dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan, selain melindungi nyawa seseorang yang cuba membunuh diri dan menjamin keselamatan masyarakat umum.\nTambah beliau, kuasa yang diberikan kepada pegawai intervensi ini juga ialah masuk secara paksa ke dalam premis dan mana-mana bahagian premis yang berlaku cubaan bunuh diri.\n\u00a0\n2 Lagi Kategori Baru Individu Bankrap Layak Dilepaskan \nDua lagi kategori baharu individu bankrap layak dilepaskan tanpa perlu melalui bantahan pemiutang menerusi Pindaan Akta Insolvensi 1967.\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata, dua kategori itu adalah pesakit mental dan individu 70 tahun ke atas.\nGolongan ini tidak lagi mempunyai keupayaan untuk memberikan kerjasama dan sumbangan kepada pentadbiran kebankrapan.\nFaktor kepentingan awam juga perlu diambil kira memandangkan pentadbiran kebankrapan melibatkan dana awam yang perlu digunakan dengan optimum.\nBerdasarkan statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, hampir 20,000 orang bankrap yang berusia 70 tahun dan ke atas layak dipertimbang untuk pelepasan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70675", "title": "KKM Pantau Tular Dakwa Murid Positif COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM Pantau Tular Dakwa Murid Positif COVID-19\nAug 13, 2020\n\nKKM Pantau Tular Dakwa Murid Positif COVID-19Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang pantau kes tular mengatakan seorang murid sekolah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dijangkiti COVID-19.Setakat ini remaja itu disahkan menghidap demam denggi dan KKM sedang tunggu keputusan ujian COVID-19 pula.Sementara menunggu, KKM sudah mengesan 42 kontak rapat murid berkenaan dan semua sudah diarah jalani ujian dan kuarantin.Kenyataan Anti-Islam: Kerajaan Teliti Perketat Peraturan Kerajaan sedia memperhalusi cadangan memperketatkan perkongsian di media sosial yang menjurus kepada anti-Islam.Menurut Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ia antaranya melibatkan golongan liberal dan murtad.Pihaknya juga sedia berdialog dan berbincang secara harmoni dengan golongan itu agar lebih memahami dan menghormati antara satu sama lain.Suami Isteri Bolos Kawasan PKPDPolis Perlis tahan sepasang suami isteri yang bolos keluar dari kawasan PKPD di Kuala Sanglang.Mereka juga mengaku telah menanggalkan gelang merah jambu yang wajib dipakai individu dikuarantin.Pasangan itu beri alasan mereka mengalami alahan kulit.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79355", "title": "Kementerian Kesihatan Cadang Perkenal Pek Rokok Tanpa Logo", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Kesihatan Cadang Perkenal Pek Rokok Tanpa Logo\nFeb 13, 2019\n\nKementerian Kesihatan bercadang untuk perkenalkan paket rokok tanpa sebarang penjenamaan, seperti yang diamalkan Australia.Di bawah peraturan itu, semua rokok akan dipaketkan dalam kotak yang sama, dimana hanya jenamanya akan dipaparkan pada kotak berkenaan.Katanya kepada Free Malaysia Today, ia bagi mengurangkan minat perokok membelinya, terutama dalam kalangan generasi muda.\u00a0Jaga-Jaga Dengan Kamera DashboardTrend memasang kamera dashboard atau dascham dalam kenderaan terutama oleh golongan muda merupakan satu perkembangan positif.Menurut MIROS, teknologi itu mampu rekodkan pelbagai kejadian di jalan raya sebagai maklumat tambahan sekiranya berlaku sesuatu kemalangan.Malah pemasangan alat itu juga mampu menggalakkan masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.\u00a0PAS Minta SPRM Siasat Parti Politik Lain!PAS telah beri kerjasama penuh kepada SPRM berhubung siasatan KONONNYA 90 juta ringgit di masukkan ke dalam akaun pemimpin parti itu.Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata individu yang terlibat telah dipanggil memberi keterangan secara telus dan profesional.Beliau turut meminta SPRM jalankan siasatan ke atas dana parti politik lain, dan tidak hanya fokus kepada PAS sahaja.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79740", "title": "ECRL Tiada Kena Mengena Dengan Pemburuan Jho Low", "body": "\n\u2190 Back to list\nECRL Tiada Kena Mengena Dengan Pemburuan Jho Low\nApr 15, 2019\n\nRundingan semula projek ECRL antara Malaysia dan China tiada\u00a0kaitan dengan kes pemburuan Jho Low, yang dikatakan berada di negara ituSebaliknya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rundingan terbabit antaranya jadi platform untuk tingkatkan dagangan minyak kelapa sawit dengan China.\u00a0Dalam pada itu, Tun M berkata syarikat China bersetuju untuk pulangkan semula RM3.1 billion,\u00a0bayaran pendahuluan untuk projek ECRL Fasa dua.Jumlah satu billion ringgit akan dipulangkan dalam masa sebulan, manakala bakinya akan diselesaikan dalam tempoh 3 bulan.Orang Ramai Tolong Bagi MaklumatPolis minta orang ramai tampil beri maklumat, mengenai perbuatan seorang pelancong yang disyaki buang air besar di pantai Port Dickson.Ia sedar mengenai cerita viral itu, namun tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak setakat ini.Kelmarin, seorang pengguna Facebook memuat naik gambar insiden itu, yang didakwa terjadi di pantai Batu 5.Lan Pet Pet Kena Denda RM2,000Pelawak Lan Pet Pet didenda RM 2,000 selepas mengaku bersalah pukul seorang pengawal keselamatan di Nilai, 6 April lalu.Dalam pada itu, pengawal keselamatan terbabit, yang berusia 70 tahun, dalam proses kemukakan saman malu ke atas Lan Pet Pet.Ini kerana dia anggap pelawak terbabit hanya dikenakan denda yang rendah berbanding maruahnya yang tercemar akibat kejadian itu.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70659", "title": "NGO dilarang masuk ke kawasan TEMCO di Perlis", "body": "\n\u2190 Back to list\nNGO dilarang masuk ke kawasan TEMCO di Perlis\nAug 10, 2020\n\nNGO dilarang masuk ke kawasan TEMCO di PerlisFoto - Astro AwaniPertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dibenarkan memasuki kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (TEMCO) di Perlis untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terjejas.Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, langkah itu bagi mengelak sebarang penularan COVID-19 dan tindakan boleh dikenakan kepada mana-mana pihak yang ingkar.Katanya, NGO yang berhasrat menyalurkan bantuan kepada penduduk di kawasan TEMCO boleh berbuat demikian menerusi pejabat daerah berkaitan yang telah dipertanggungjawabkan mengurus semua bentuk bantuan.-----Kunjung mengunjung punca kluster COVID-19 merebakFoto - Kementerian Kesihatan MalaysiaAktiviti kunjung-mengunjung ketika musim perayaan tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikenal pasti antara punca utama penularan kluster Sivagangga dan kluster Kurau COVID-19.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan kes positif bagi kedua-dua kluster itu terdiri daripada ahli keluarga, termasuk dalam kalangan warga emas dan kanak-kanak.Katanya, sehingga hari ini kluster PUI Sivagangga di Kedah sudah menjangkiti 45 individu manakala Kluster Kurau di Perak pula mencatatkan lima kes.-----Kerajaan pertimbang tubuh RCI Tabung HajiFoto - The Malaysian ReserveKerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan dan kewajaran menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pelbagai isu yang dikaitkan dengan Tabung Haji.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ketika menjelaskan perkara itu mengakui suatu badan bebas dan berkuasa harus diwujudkan untuk meneliti serta menilai transaksi TH.Sehubungan itu, katanya, siri cadangan yang diutarakan pihak berkaitan demi merungkai polemik mengenai TH akan diputuskan menerusi mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72117", "title": "Tetap boleh undi biarpun ada kesan dakwat kekal.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTetap boleh undi biarpun ada kesan dakwat kekal.\nJul 26, 2018\n\nPengundi PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos nanti masih boleh mengundi biarpun kesan dakwat kekal PRU14 lalu, masih ada pada jari mereka!Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata pihaknya akan mengadakan taklimat dengan semua petugas pilihan raya berhubung perkara itu.Tambahnya, selagi nama pengundi belum ditanda dalam daftar senarai pemilih, mereka akan dibenarkan mengundi.DUN Sungai Kandis mempunyai lebih 51 ribu pemilih berdaftar termasuk 13 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.SPR berharap pengundi DUN Sungai Kandis dapat menjalankan tanggungjawab mengundi pada hari mengundi nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72369", "title": "SPRM tahan seorang lagi lelaki di Melaka, berhubung kes penyelewengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan yang bernilai lebih 2.5 juta ringgit.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM tahan seorang lagi lelaki di Melaka, berhubung kes penyelewengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan yang bernilai lebih 2.5 juta ringgit.\nNov 24, 2017\n\nSPRM tahan seorang lagi lelaki di Melaka, berhubung kes penyelewengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan yang bernilai lebih 2.5 juta ringgit.Suspek merupakan individu ke-4 yang ditahan berhubung kes tersebut.Terdahulu, SPRM telah tahan 3 individu termasuk seorang pengurus projek yang dipercayai menjual semula baja tersebut untuk kepentingan peribadi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72683", "title": "30 Peratus Rakyat Malaysia Alami Masalah Mental", "body": "\n\u2190 Back to list\n30 Peratus Rakyat Malaysia Alami Masalah Mental\nSep 28, 2016\n\n30 peratus atau 4.2 juta rakyat Malaysia berusia 16 tahun dan ke atas alami masalah kesihatan mental.Ujar Kementerian Kesihatan, ia\u00a0menunjukkan seorang daripada setiap 3 penduduk negara ini mempunyai masalah mental.Golongan berusia 16 hingga 19 tahun serta golongan berpendapatan rendah merupakan paling ramai mengalaminya.Antara faktornya adalah\u00a0masalah kewangan, pengangguran, tekanan kerja dan masalah keluarga.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72194", "title": "Bunuh pekerja hotel : 4 lagi individu ditahan", "body": "\n\u2190 Back to list\nBunuh pekerja hotel : 4 lagi individu ditahan\nJun 30, 2017\n\n4 lagi individu ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pekerja hotel di sebuah flat di Air Itam Pulau Pinang, Rabu lalu.Semua suspek diberkas di Kuala Lipis Pahang, dipercayai melarikan diri selepas kematian mangsa.Sebelum ini 4 suspek termasuk \u00a0seorang wanita dan seorang remaja 15 tahun, direman sehingga 4 Julai untuk membantu siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72988", "title": "Kapit tayar kereta polis adalah prosedur biasa - PPj", "body": "\n\u2190 Back to list\nKapit tayar kereta polis adalah prosedur biasa - PPj\nDec 28, 2017\n\nPerbadanan Putrajaya jelaskan, tindakan mengapit tayar sebuah kereta peronda polis di sini adalah bagi memastikan tiada unsur pilih kasih dalam penguatkuasaannya.Katanya, tindakan itu merupakan prosedur tindakan penguatkuasaan PPj mengikut Seksyen 48, Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan halangan lalu lintas.Gambar sebuah kereta peronda polis yang diletakkan di bahu jalan berhampiran Menara Usahawan tular di laman sosial sejak semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81536", "title": "Gadis 23 tahun korban termuda COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nGadis 23 tahun korban termuda COVID-19\nApr 09, 2020\n\nGadis 23 tahun korban termuda COVID-19Foto - MSNSeorang gadis berusia 23 tahun di Sarawak yang mempunyai latar belakang penyakit tiroid jadi korban termuda wabak COVID-19 di Malaysia setakat ini.Menurut Kementerian Kesihatan, mangsa mempunyai sejarah kontak rapat dengan dua kes positif COVID-19 dan merupakan generasi ke-5 kluster persidangan gereja di Kuching, Sarawak.Mangsa yang meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pagi tadi juga difahamkan lambat mendapatkan rawatan ketika tahap kesihatannya berada di tahap keempat iaitu memerlukan bantuan pernafasan.-----Esok diketahui PKP sambung atau tidakFoto - Malay MailKementerian Kesihatan Malaysia akan bermesyuarat bersama Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) untuk mengesyorkan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilanjutkan atau sebaliknya.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, beliau seterusnya akan bertemu dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin esok untuk memberikan taklimat berhubung perkara itu.Katanya, selepas membentangkan hasil perbincangan, Perdana Menteri dijangka mengumumkan keputusan kepada rakyat mengenai status PKP.-----Pemberian BPN ikut rekod dan kriteria LHDNFoto - Tri Pacific EngineeringLembaga Hasil Dalam Negeri berkata, beberapa Ahli Parlimen dan kenamaan tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana kelulusan dibuat secara automatik.Menurut LHDN, penentuan penerima BPN dibuat mengikut kriteria pendapatan dengan data percukaian terkini, berdasarkan rekod percukaian Tahun Taksiran 2018 dan pangkalan data kerajaan.Malah katanya, hanya individu yang mempunyai tahap pendapatan bercukai berada dalam julat pendapatan ditetapkan, layak menerima BPN.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79954", "title": "PTPTN Minta Orang Ramai Guna Platform Betul Untuk Kongsi Kritikan ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPTPTN Minta Orang Ramai Guna Platform Betul Untuk Kongsi Kritikan \nMay 20, 2019\n\nOrang ramai diminta berikan pandangan dan maklum balas mengenai PTPTN mengikut saluran yang betul menerusi laman web badan pinjaman itu.Tegas PTPTN, memberi pandangan menerusi media sosial tidak beri sebarang kesan positif malah merugikan.Menerusi Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) di laman web itu, segala pandangan dan idea akan diguna pakai.\u00a0Dalam perkembangan lain, cadangan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam PTPTN yang gagal bayar adalah tidak wajar.Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,\u00a0kerajaan juga belum buat keputusan untuk melaksanakan semula dasar berkenaan.\u00a0Kes Bunuh Jururawat Hospital Serdang Masih Berjalan\u00a0Keputusan pendakwaan terhadap suspek yang terlibat dalam kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang akan dibuat selepas siasatan selesai.Menurut Polis Selangor, setakat ini siasatan terhadap kes itu masih berlangsung dan dijalankan secara menyeluruh.Terdahulu, mayat mangsa ditemukan mati di sebuah bilik di sebuah kondominium di Cyberjaya.Tiga suspek ditahan berhubung kes bunuh itu.\u00a0Guru Ditahan Dipercayai Terlibat Kes Liwat\u00a0Seorang guru di Lawas Sabah, ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes liwat lima murid lelaki di sebuah sekolah rendah pada tahun 2016.Menurut polis, perbuatan terkutuk suspek terbongkar selepas salah seorang mangsa memberitahu guru lain.Permohonan reman telah dibuat semalam.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70719", "title": "KKM siasat menteri ingkar perintah kuarantin", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM siasat menteri ingkar perintah kuarantin\nAug 20, 2020\n\nKKM siasat menteri ingkar perintah kuarantinFoto - Berita HarianKementerian Kesihatan siasat dakwaan seorang menteri ingkar perintah kuarantin selepas pulang dari luar negara.Namun, pihaknya mengesahkan, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali jalani ujian saringan Covid-19 sebaik tiba di KLIA, bulan lalu.Tindakan Khairuddin dipersoalkan kerana beliau hadir ke sesi Parlimen, enam hari selepas pulang ke tanah air.-----Kedah tangguh aktiviti keagamaan di 7 daerahFoto - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam KedahSemua aktiviti keagamaan di masjid dan surau di kawasan berisiko Covid-19 di negeri Kedah ditangguhkan berkuatkuasa, semalam.Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah berkata, ia melibatkan 7 daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Baling, Yan, Kubang Pasu dan Padang Terap.Namun katanya, solat fardu berjemaah di masjid-masjid terlibat adalah dibenarkan dengan bilangan jemaah maksimum seramai tiga orang.-----Johor tawar Skim Bantuan Pendaftaran pendidikanFoto - Yayasan Pelajaran JohorJohor tawarkan skim bantuan antara 500 dan 1000 ringgit kepada anak negeri yang melanjutkan pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.Kerajaan negeri memahami pelbagai masalah dihadapi akibat pandemik COVID-19 sehingga ramai ibu bapa kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan.Maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Pendaftaran pendidikan itu boleh diperoleh menerusi laman web www.ypj.gov.my.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80602", "title": "Rakyat Malaysia lebih prihatin dengan keadaan jerebu berbanding negara jiran.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRakyat Malaysia lebih prihatin dengan keadaan jerebu berbanding negara jiran.\nSep 26, 2019\n\nRakyat Malaysia nampaknya lebih prihatin dengan keadaan jerebu berbanding negara jiran!Satu tinjauan global mendapati 9 daripada 10 perbualan di media sosial berkaitan jerebu babitkan rakyat negara ini.Lebih mengejutkan, masyarakat Indonesia paling kurang bercakap mengenai masalah itu, manakala Singapura di tempat kedua.Sementara itu di Malaysia, kualiti udara bertambah baik hari ini selepas tiada lagi kawasan catat IPU tidak sihat.Malaysia bebas polio sejak tahun 2000.Namun Kementerian Kesihatan tetap ambil maklum dan beri perhatian terhadap kes polio di Filipina yang disahkan WHO baru-baru ini.Menurut Kementerian Kesihatan, liputan imunisasi polio di negara ini juga melebihi 95 peratus hasil program imunisasi sejak 1972.Beruang matahari yang dikurung di sebuah rumah di Kuching telah diselamatkan.Beruang matahari yang gambarnya dalam keadaan menyayat hati dan viral baru-baru ini diselamatkan pihak berkuasa Sarawak.Ia susulan pemiliknya didapati mengurung haiwan itu secara zalim sekaligus langgar syarat lesen.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72564", "title": " Tan Sri Adenan Satem Meninggal Dunia ", "body": "\n\u2190 Back to list\n Tan Sri Adenan Satem Meninggal Dunia \nJan 11, 2017\n\nKetua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pada usia 72 tahun.Allahyarham dilapor menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.Pemimpin kerajaan dan pembangkang antara yang mengucapkan takziah menerusi laman sosial susulan pemergian mengejut Allahyarham.Allahyarham Tan Sri Adenan meninggal dunia 16 hari sebelum ulang tahun beliau yang ke-73.Sarawak kini berkabung selama 7 hari dengan bendera kerajaan dikibarkan separuh tiang, dan esok diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.Kerajaan negeri memaklumkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, Kuching, esok.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72264", "title": "Kerajaan setuju laksana skim insurans untuk pekerja swasta diberhentikan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan setuju laksana skim insurans untuk pekerja swasta diberhentikan\nMar 24, 2017\n\nKerajaan setuju laksana skim insurans untuk bantu pekerja swasta diberhentikan, yang dijangka mula dikuatkuasakan 1 Januari tahun depan.Ia dinamakan Sistem Insurans Pekerjaan, SIP melibatkan kira-kira 6.5 juta pekerja tempatan dalam sektor swasta.Skim itu dibiayai melalui caruman pekerja dan majikan, dan ia akan ditadbir urus oleh Perkeso.SIP adalah satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan bantu pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73335", "title": "Kementerian Pengangkutan akan kaji pemasangan teknologi baru pada setiap kamera AES.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pengangkutan akan kaji pemasangan teknologi baru pada setiap kamera AES.\nNov 19, 2017\n\nKementerian Pengangkutan akan kaji pemasangan teknologi baru pada setiap kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik - AES.Ia sebagai langkah penguatkuasaan untuk mengesan kesalahan pemandu yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu.Menurut kementerian, perkara itu dilihat penting dalam usaha membendung kesalahan tersebut yang kini jadi antara penyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya.PIhaknya akan bekerjasama dengan JPJ untuk kaji perkara tersebut termasuk cadangan-cadangan lain seperti menaikkan kadar hukuman.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71946", "title": "Polis tahan seorang wanita dipercayai sembunyikan kelahiran sebelum tanam mayat bayinya yang tidak cukup bulan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis tahan seorang wanita dipercayai sembunyikan kelahiran sebelum tanam mayat bayinya yang tidak cukup bulan.\nSep 08, 2017\n\nPolis KL tahan seorang wanita kerana dipercayai sembunyikan kelahiran sebelum menanam mayat bayinya yang tidak cukup bulan.Kes terbongkar selepas doktor mendapati terdapat tanda-tanda baru melahirkan bayi ketika wanita itu hadir mendapatkan rawatan di HKL, semalam.Hasil soal siasat kemudian mendapati, wanita itu mengaku melahirkan bayi ketika usia kandungan 7 bulan, Julai lalu di rumah sewanya di Sungai Besi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79461", "title": "Kelas Teori Memandu Perlu Diserap Dalam Kurikulum Sekolah ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKelas Teori Memandu Perlu Diserap Dalam Kurikulum Sekolah \nFeb 28, 2019\n\nKementerian Pengangkutan cadangkan agar kelas teori kursus memandu diserap dalam subjek kurikulum sekolah.Ia dilihat lebih praktikal, berbanding duduk selama enam jam di pusat latihan memandu, untuk memahami semua undang-undang.Bagaimanapun jika ia dilaksanakan, ujian untuk kelas teori berkenaan, masih perlu diduduki di pusat memandu.Pemimpin PAS Dipanggil SPRM\u00a0Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan beri keterangan kepada SPRM berhubung dakwaaan beberapa orang pemimpin PAS terima wang 1MDB.Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM namun beliau enggan mengulas lanjut.Isnin lalu, SPRM sahkan tidak menemui sebarang kemasukan wang 90 juuta ringgit ke dalam akaun parti itu.Feri Terbakar Di Perairan Langkawi Punca Dari Bilik Enjin\u00a0Jabatan Bomba sahkan, insiden kebakaran feri di perairan Langkawi Isnin lalu, bermula dari bilik enjin kenderaan terbabit.Hasil siasatan lengkap mengenainya akan diserahkan kepada Jabatan Laut Malaysia dalam waktu terdekat.\u00a0Lebih 50 penumpang terselamat dalam kejadian tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=151433", "title": "Jenazah Pendaki Gunung Everest Dijangka Dibawa Turun Hari Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJenazah Pendaki Gunung Everest Dijangka Dibawa Turun Hari Ini.\nMay 22, 2023\n\nJenazah Pendaki Gunun Everest Dijangka Dibawa Turun Hari Ini.\nJenazah pendaki Malaysia yang meninggal dunia di Gunung Everest dijangka akan dibawa turun menggunakan khidmat bantuan malim gunung.\nTimbalan Menteri Luar Negeri berkata ini kerana helikopter tidak dapat digunakan ekoran cuaca tidak mengizinkan ketika ini.\n\nSeramai 8 malim gunung akan sertai operasi ini dan jenazah Allahyarham katanya mungkin dapat diturunkan hari ini.\nAllahyarham yang merupakan Pengarah APM Kedah meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Gunung Everest.\n\u00a0\nBangunan Lama KWSP Terbakar.\nBangunan lama KWSP cawangan Jalan Gasing, di Petaling Jaya dilapor terbakar pagi tadi.\nVideo dan gambar api sedang marak di bahagian depan bangunan tersebut viral di media sosial.\nPada tahun 2018, bangunan itu pernah terbakar dan kini ia dibiarkan kosong.\nBangunan tersebut dijangka bakal dibuka semula tahun depan untuk kemudahan tempat tinggal warga emas.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72034", "title": "Kementerian Pendidikan sarankan guru-guru jalani pemeriksaan kesihatan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan sarankan guru-guru jalani pemeriksaan kesihatan.\nJan 27, 2018\n\nKementerian Pendidikan sarankan guru-guru jalani pemeriksaan kesihatan dalam tempoh 3 atau 4 tahun sekali.Ia bagi memastikan kesihatan fizikal dan mental golongan itu berada pada tahap yang baik.Baru-baru ini, rakaman seorang guru sekolah di Kulim, Kedah mengamuk ketika mesyuarat telah viral di laman sosial.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73068", "title": "Tommy Thomas kini sah menjadi Peguam Negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTommy Thomas kini sah menjadi Peguam Negara.\nJun 05, 2018\n\nTommy Thomas kini sah menjadi Peguam Negara.Ini selepas Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan pelantikan tersebut atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Baginda turut menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan ini tidak menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama.Dengan ini khidmat Tan Sri Mohd Apandi Ali yang kini bercuti daripada tugas peguam negara juga sah ditamatkan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72027", "title": "Bilangan mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada hampir 6,800 orang setakat pagi tadi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBilangan mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada hampir 6,800 orang setakat pagi tadi.\nJan 04, 2018\n\nBilangan mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada hampir 6,800 orang setakat pagi tadi.Di Terengganu pula lebih 400 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan, manakala 315 penduduk Johor turut dipindahkan.Di Sabah mangsa banjir yang sedang berlindung di pusat pemindahan Membakut adalah lebih 480 orang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72857", "title": "Lulusan Matrikulasi Kementerian Pendidikan dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM", "body": "\n\u2190 Back to list\nLulusan Matrikulasi Kementerian Pendidikan dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM\nJun 07, 2016\n\nIa sekaligus membolehkan lulusan matrikulasi menggunakan sijil mereka untuk lantikan ke dalam perkhidmatan awam dan swasta.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71673", "title": "Teka teki siapa bakal dilantik sebagai pengendali tetap skuad bolasepak kebangsaan akhirnya terjawab", "body": "\n\u2190 Back to list\nTeka teki siapa bakal dilantik sebagai pengendali tetap skuad bolasepak kebangsaan akhirnya terjawab\nJan 18, 2016\n\nPersatuan Bolasepak Malaysia secara rasmi melantik Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali baru skuad Harimau Malaya.Kim Swee yang sebelum ini merupakan pengendali sementara pasukan kebangsaan ditawarkan kontrak selama 2 tahun.Pemilihan dibuat selepas sesi temuduga 2 lagi calon lain, bekas jurulatih JDT, Bojan Hodak dan bekas pengendali Sarawak, Robert Alberts\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73130", "title": "SYABAS aktifkan 9 Pusat Khidmat Setempat berikutan gangguan bekalan air bermula hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSYABAS aktifkan 9 Pusat Khidmat Setempat berikutan gangguan bekalan air bermula hari ini.\nMar 06, 2018\n\nSyabas mengaktifkan 9 Pusat Khidmat Setempat berikutan gangguan bekalan air berjadual di Lembah Klang selama 3 hari yang bermula hari ini.Pihaknya juga telah bersedia dengan aset-aset bantuan antaranya 89 lori tangki air bagi agih bekalan air kepada pengguna yang terjejas.Kawasan yang terlibat adalah KL, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70379", "title": "Sesi Persekolahan Pelajar Tingkatan 5 & 6 Dibuka Semula Hari Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSesi Persekolahan Pelajar Tingkatan 5 & 6 Dibuka Semula Hari Ini.\nJun 24, 2020\n\nJangan hantar anak ke sekolah jika mereka tidak sihat.Itu antara pesanan Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Jidin sempena bermulanya semula sesi persekolahan untuk pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas \u00a0hari ini.Beliau juga minta sekolah dan ibu bapa bekerjasama erat pastikan murid sentiasa patuh SOP termasuk pengamalan kebersihan kendiri dan penjarakan sosial.Dalam perkemabangan berkaitan, takwim penggal persekolahan tahun ini dipinda.Ia antaranya menyaksikan cuti akhir tahun sekolah-sekolah dikurangkan daripada 41 dan 42 hari kepada 13 dan 14 hari mengikut negeri.Perubahan takwin itu bagi bantu pihak sekolah buat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid.Kerajaan tetap\u00a0tidak hantar jemaah haji tahun ini termasuk pemegang visa jemputan Arab Saudi.Kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak menghantar jemaah haji tahun ini termasuk pemegang visa jemputan Arab Saudi.\u00a0Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kenyataan lanjut akan dikeluarkan tidak lama lagi.Baru-baru ini Arab Saudi umum membenarkan ibadat haji ditunaikan dengan jumlah jemaah dihadkan.Hanya sebilangan kecil penduduk daripada pelbagai kerakyatan yang tinggal di negara itu akan dibenarkan menunaikan ibadat tersebut tahun ini.Bayaran permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional yang diluluskan akan dibuat mulai hari ini.Bayaran kepada 181,000 permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional yang diluluskan dibuat mulai hari ini.Manakala bayaran RM3,000 Geran Khas Prihatin kepada PKS akan disalurkan bermula Isnin depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79624", "title": "Program Star@U:MyFuture YouthPlus bantu belia yang terpinggir dalam pendidikan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nProgram Star@U:MyFuture YouthPlus bantu belia yang terpinggir dalam pendidikan.\nMar 26, 2019\n\nGolongan belia yang terpinggir dari segi pendidikan masih mempunyai masa depan yang cerah!Ini kerana Kementerian Belia dan Sukan sedia membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup melalui program Star@U:MyFuture YouthPlus.Menterinya, Syed Saddiq berkata melalui program itu, sebanyak 700 kekosongan dibuka buat mereka untuk dapatkan latihan kemahiran melalui kursus jangka pendek yang disediakan.PDRM perkenal SOP baru untuk kendalikan kes pesalah autisme.PDRM perkenalkan SOP baru untuk kendalikan kes tahanan membabitkan pesalah autisme.Inisiatif itu diambil selepas pihaknya terima pelbagai reaksi ketika mengendalikan kes seorang remaja autisme di Subang Jaya, Selangor, September tahun lalu.Kerajaan Melaka sedang siasat iklan penganjuran satu program yang didakwa berkaitan LGBT.Foto: Harian MetroIa ekoran viral iklan program itu yang dikatakan akan diadakan di sebuah hotel di negeri berkenaan hujung bulan depan yang mendapat kecaman netizen.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79349", "title": "Datuk Marzuki Yahya kekal sebagai Setiausaha Agung BERSATU.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Marzuki Yahya kekal sebagai Setiausaha Agung BERSATU.\nFeb 13, 2019\n\nTimbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya kekal sebagai Setiausaha Agung BERSATU!Ini selepas Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya tidak akan ambil tindakan terhadap Marzuki ekoran isu kelayakan ijazahnya.Bagaimanapun, jelas Tan Sri Muhyiddin, kedudukan Marzuki sebagai Timbalan Menteri Luar akan hanya ditentukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.PAS kemukakan semua penyata akaun bank parti itu kepada SPRM.PAS kemukakan semua penyata akaun bank parti itu kepada SPRM untuk siasatan kes beberapa pemimpinnya didakwa terima RM 90 juta daripada 1MDB.Setiausaha Agungnya berkata ia adalah selaras dengan pendirian PAS dan permintaan SPRM untuk mencari bukti jika terdapat unsur sogokan.Pada masa sama, Datuk Takiyuddin Hassan yakin ia akan beri ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional.Perhimpunan di sekolah selepas ini bakal jadi satu aktiviti yang menarik dan ceria!Ini kerana Kementerian Pendidikan akan laksanakan Modul 10 Minit Perhimpunan di semua sekolah seluruh negara secara berperingkat.Jelas menterinya Dr Mazslee Malik, melalui modul itu, tiada lagi ucapan yang panjang sebaliknya memfokuskan budaya kreatif, inovatif dan dinamik dalam kalangan pelajar.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72513", "title": "Lagi Nahas Akibat Memandu Melawan Arus", "body": "\n\u2190 Back to list\nLagi Nahas Akibat Memandu Melawan Arus\nJul 23, 2017\n\n5 kenderaan terlibat nahas akibat tindakan seorang lelaki memandu keretanya melawan arus di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bertam, Pulau Pinang.Kemalangan itu mengakibatkan beberapa pemandu kenderaan mengalami kecederaan.Lebih menyedihkan, seorang penunggang motosikal maut akibat terjatuh ke dalam longkang dipercayai ketika cuba menyeberangi lebuh raya untuk membantu mangsa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73123", "title": "Kadar kebolehpasaran graduan IPT meningkat 4 peratus sejak 2014.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKadar kebolehpasaran graduan IPT meningkat 4 peratus sejak 2014.\nFeb 21, 2018\n\nKadar kebolehpasaran graduan IPT meningkat 4 peratus dalam tempoh 4 tahun sejak 2014!Ini susulan pengenalan Program Dua Universiti+Dua Industri, bantu pelajar tingkatkan kemahiran mereka dalam bidang masing-masing.Kementerian Pendidikan Tinggi berkata ia sekaligus membuktikan universiti awam tempatan mampu melahirkan tenaga kerja berkualiti selepas pelajar tamatkan pengajian.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73106", "title": "Orang ramai kini boleh baca penghakiman mahkamah melalui Portal Penghakiman Malaysia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nOrang ramai kini boleh baca penghakiman mahkamah melalui Portal Penghakiman Malaysia.\nApr 17, 2018\n\nOrang ramai kini boleh membaca penghakiman mahkamah melalui Portal Penghakiman Malaysia.Ketua Hakim Negara berkata penghakiman yang boleh diakses menerusi internet itu diwujudkan agar masyarakat lebih faham tentang undang-undang.Setakat ini, sebanyak 130 penghakiman kes telah dimuat naik ke dalam portal tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70686", "title": "Suspek Kes Jual Organ Manusia Serah Diri", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuspek Kes Jual Organ Manusia Serah Diri\nAug 14, 2020\n\nSuspek Kes Jual Organ Manusia Serah DiriSeorang lelaki serah diri kepada IPD Kuching, Sarawak selepas diburu polis ekoran pendedahannya sendiri dia terlibat kegiatan penjualan organ manusia.Suspek berusia lewat 40-an sebelum ini dilapor buat pendedahan mengejutkan itu kepada seorang wartawan yang menyamar di UK.Dia dipercayai mendalangi 45 kes penjualan buah pinggang secara haram dan mengunakan Facebook untuk menarik perhatian mangsa yang miskin di serata dunia.Budak 4 Tahun Maut Tertinggal Dalam KeretaKanak-kanak berusia 4 tahun maut dipercayai akibat lemas setelah tertinggal dalam kereta bapanya dalam kejadian di Sungai Petani, Kedah.Mangsa yang tertidur sepatutnya dihantar ke rumah nenek selepas bapa menghantar kakaknya ke sekolah pagi semalam.Namun bapanya terlupa lalu terus ke tempat kerja dan hanya menjumpai mangsa yang sudah tidak bernyawa di dalam kereta semasa pulang kerja pada petangnya.Harga Siling Pelitup Muka Turun Bermula EsokBermula esok harga siling runcit pelitup muka dijangka dijual RM1 sekeping.Namun jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kepada Berita Harian, ia bergantung kepada kemampuan pengeluaran tempatan.Kementerian juga terus komited untuk menyemak harga pelitup muka dari masa ke masa dan menurunkannya jika keadaan mengizinkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72708", "title": "Polis Belum Dapat Sahkan Lelaki Syria Miliki Bom", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Belum Dapat Sahkan Lelaki Syria Miliki Bom\nSep 15, 2016\n\nBelum pasti lelaki Syria dan keluarganya yang disyaki bawa bom ketika menginap di sebuah hotel di Port Dickson memiliki bahan letupan itu.Jelas Polis Negeri Sembilan, perkara itu belum dapat disahkan sehinggalah lelaki berkenaan berjaya dijejaki.Ia susulan laporan ada pekerja hotel terlihat objek menyerupai bom tangan di bilik penginapan lelaki berkenaan dan keluarganya semalam.Polis turut memaklumkan, pihaknya percaya lelaki tersebut dan keluarganya masih berada di negara ini.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79647", "title": "Program 'Cashless School' mungkin akan diperluaskan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nProgram 'Cashless School' mungkin akan diperluaskan.\nMar 29, 2019\n\nKementerian Pendidikan rancang untuk perluaskan program sekolah tanpa tunai.Melalui program 'cashless school' itu, pelajar bebas daripada risiko kehilangan atau kecurian wang.Pihak kementerian akan bekerjasama dengan sebuah bank tempatan dalam melaksanakan projek perintis itu di beberapa sekolah terpilih.Gaji permulaan siswazah dijangka\u00a0akan terus turun!Laporan gaji permulaan siswazah baru di Malaysia catat penurunan sejak 2010 mengejutkan banyak pihak.Namun nampaknya kejutan berterusan kerana Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, MEF, Datuk Shamsuddin Bardan jangka ia akan terus turun!Untuk lepasan ijazah pertama misalnya, gaji permulaan turun daripada RM1,993 kepada RM1,983 untuk perbandingan dengan jarak masa 8 tahun.Prihatin dengan isu itu, Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi untuk buat kajian lebih mendalam agar ia dapat diselesaikan segera.KPM juga ambil maklum saranan Bank Negara berkaitan kebolehpasaran graduan dan ketidak padanan antara permintaan dengan bekalan tenaga kerja.Seorang wanita ditahan didakwa\u00a0dera kanak-kanak 7 tahun.Polis Selangor tahan seorang wanita ekoran viral video dia menjerit dan menendang anak angkatnya berusia 7 tahun, baru-baru ini.Foto: KosmoMenurut laporan, suspek jadikan mangsa sasaran dia melepaskan kemarahan terhadap bekas suami yang juga ayah saudara mangsa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70391", "title": "SOP operasi pusat tahfiz diperhalusi", "body": "\n\u2190 Back to list\nSOP operasi pusat tahfiz diperhalusi\nJun 25, 2020\n\nSOP operasi pusat tahfiz diperhalusiFoto - Malay MailKebenaran operasi bagi institusi dan maahad tahfiz persendirian yang berdaftar dengan pihak berwajib kini dalam proses akhir sebelum dimuktamadkan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)\u00a0Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia akan dibuat selepas perbincangan bersama JAKIM dalam masa terdekat.Katanya, pelbagai aspek perlu diteliti sebelum institusi dan maahad tahfiz persendirian dibenarkan beroperasi, bagi mengelakkan wujud kluster tahfiz seperti sebelum ini.-----Talian Kasih jadi tumpuan permohonan bantuan kebajikanFoto - Selangor JournalTalian Kasih terima panggilan paling tinggi pada April tahun ini, dengan yang tertinggi direkodkan pada 16 April iaitu lebih 3,300 panggilan.\u00a0Sebahagian besar panggilan itu bertanyakan mengenai bakul makanan, berkaitan rasa panik kerana COVID-19 dan kebuntuan tidak dapat menembusi kementerian lain yang ingin dihubungi.Sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac hingga 23 Jun, Talian Kasih menerima 64,125 panggilan, dengan 90.1 peratus atau 57,770 panggilan berkaitan permohonan bantuan kebajikan.-----MySejahtera bantu kesan lebih 200 pembawa Covid-19Foto - Berita HarianLebih 200 individu yang dijangkiti COVID-19 berjaya dikesan melalui aplikasi MySejahtera sejak ia dilancarkan April lalu.Agensi Keselamatan Siber Negara berkata, jumlah itu berkurangan selepas virus itu semakin kurang menular di dalam negara kebelakangan ini.Sehingga kini terdapat 4.9 juta pengguna dan 180,000 premis telah menggunakan aplikasi berkenaan untuk modul \u2018check-in\u2019 bagi memudahkan kontak rapat dikenal pasti sekiranya positif COVID-19.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71909", "title": "Inspektor polis yang ditahan hanya berseluar dalam di tandas wanita di Alor Setar disahkan alami masalah mental.", "body": "\n\u2190 Back to list\nInspektor polis yang ditahan hanya berseluar dalam di tandas wanita di Alor Setar disahkan alami masalah mental.\nAug 10, 2017\n\nInspektor polis yang ditahan hanya berseluar dalam di tandas wanita di Alor Setar, disahkan oleh doktor mengalami masalah mental.Ketua Polis Kedah berkata, pegawai terbabit juga dalam proses dibuang kerja, kerana mempunyai rekod buruk babitkan 6 kesalahan lampau.Malah ketika ditahan tempoh hari, inspektor itu berada dalam keadaan halusinasi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80441", "title": "Individu yang hina Jalur Gemilang bakal berdepan tindakan tegas!", "body": "\n\u2190 Back to list\nIndividu yang hina Jalur Gemilang bakal berdepan tindakan tegas!\nAug 22, 2019\n\nIndividu yang didapati menghina \u00a0Jalur Gemilang termasuk menggantungnya secara terbalik bakal berdepan tindakan undang-undang!Ketua Polis Johor berkata pihaknya pandang serius isu terbabit kerana ia mengaibkan bendera sebagai lambang kedaulatan negara.Sementara itu, Kementerian Pendidikan akan siasat segera dakwaan sebuah sekolah terima bekalan Jalur Gemilang secara terbalik oleh pembekal, baru-baru ini.Bank Negara tambah baik kriteria kelayakan dan ciri-ciri Dana Rumah Mampu Milik.Antaranya bermula 1 September ini, kelayakan pendapatan maksimum bulanan isi rumah dinaikkan kepada RM4,360 berbanding RM2,300 sebelum ini.Had harga maksimum rumah layak dibiayai juga dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM150,000.Makin ramai wanita digunakan sebagai penyerang bunuh diri oleh militan di Asia Tenggara!Kebimbangan itu disuarakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.Di Malaysia, sejak Januari lalu 2 wanita ditahan berkaitan kegiatan pengganas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=121448", "title": "Pendaftaran Pemilih Secara Automatik Berkuatkuasa 15 Disember.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPendaftaran Pemilih Secara Automatik Berkuatkuasa 15 Disember.\nDec 02, 2021\n\n\nPendaftaran Pemilih Automatik Berkuatkuasa 15 Disember.\nPendaftaran automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas telah diwartakan dan akan berkuatkuasa 15 Disember ini.\nNamun, belum dapat dipastikan samada ada ia akan diguna pakai untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak, 18 Disember ini.\n\u00a0\n73 warga Sekolah Seri Puteri Cyberjaya positif COVID-19.\n71 pelajar dan 2 orang guru di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya disahkan positif COVID-19.\nMenteri Kesihatan berkata ia dikesan menerusi ujian saringan yang dijalankan terhadap 451 individu di sekolah berkenaan.\n65 pelajar dipindahkan ke di PKRC MAEPS, Serdang dan dilaporkan stabil.\nManakala 242 kontak rapat sedang dikuarantin di asrama sekolah.\n\u00a0\nPM isytiharkan 3 Disember setiap tahun sebagai Hari Batik Malaysia.\n3 Disember setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Batik Malaysia.\nPerdana Menteri berharap ia dapat menggalakkan seluruh rakyat berbilang kaum untuk memakai pakaian batik Malaysia.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72131", "title": "PAS beri kerajaan PH harapan gred D sempena 100 hari memerintah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPAS beri kerajaan PH harapan gred D sempena 100 hari memerintah.\nAug 17, 2018\n\nPAS beri kerajaan PH harapan gred D kerana gagal tunai 70 peratus daripada 10 janji dalam masa 100 hari pemerintahan!Kata Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ia menandakan PH gagal buat kajian teliti sebelum berjanji dengan rakyat.Sementara itu, TPM berpendapat, kerajaan tidak perlu mohon maaf kepada rakyat walaupun gagal tunai sebahagian daripada janji berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.Ujar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, walaupun ia bukan seperti yang diharapkan, kerajaan sudah cuba yang terdaya mengikut kemampuan.Antara janji yang berjaya ditunaikan ialah caruman KWSP untuk suri rumah, balu dan ibu tunggal.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71804", "title": "Thai mahu perbincangan mengenai jerebu", "body": "\n\u2190 Back to list\nThai mahu perbincangan mengenai jerebu\nOct 07, 2015\n\nThailand mahukan perbincangan dua hala dan serantau mengenai jerebu diadakan selepas masalah akibat pembakaran terbuka di Indonesia kini menjejaskan selatan negara itu termasuk kawasan pelancongan Phuket dan Hatyai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81021", "title": "KKM kuatkuasakan larangan merokok!", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM kuatkuasakan larangan merokok!\nJan 01, 2020\n\nPenguatkuasaan larangan merokok bermula hari ini!Foto : Astro AwaniKementerian Kesihatan menggerakkan 5 ribu pegawainya bagi memantau perokok di premis makanan mulai tengah malam tadi.Menurutnya, peningkatan penguatkuasaan itu akan dilakukan terutamanya pada waktu malam dan di kawasan luar bandar.Langkah tersebut adalah untuk menguatkuasakan larangan merokok di kawasan yang tidak dibenarkan termasuk di premis makanan.------Cuepacs mahu BIPK dikekalkan.Foto : Astro AwaniCuepacs mahu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, BIPK penjawat awam dalam 33 skim perkhidmatan dikekalkan.Menurutnya, biarpun perkara tersebut hanya melibatkan penjawat awam baru, namun ia dilihat mampu timbulkan konflik pada masa akan datang dari segi kesaksamaan.Pihaknya juga telah hantar surat kepada\u00a0Jabatan Perkhidmatan Awam untuk adakan perbincangan lanjut bagi memuktamadkan perkara itu.---Kadar tol Jambatan\u00a0Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah\u200b dikurangkan.Foto : Astro AwaniKadar baru tol di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah dikurangkan kepada 7 ringgit berkuatkuasa hari ini, seragam dengan kadar tol Jambatan Pulau Pinang.Pengurangan kadar tol tersebut adalah untuk membantu mengurangkan kos hidup rakyat.Kadar baru itu juga antara lain bertujuan mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81208", "title": " Seorang Individu Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19 ", "body": "\n\u2190 Back to list\n Seorang Individu Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19 \nFeb 18, 2020\n\nSeorang lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat kenyataan palsu berhubung penularan jangkitan COVID-19 di Facebook.Lelaki itu mendakwa berlakunya jangkitan COVID-19 di dalam bas persiaran yang digunakan oleh pelancong dari China, di negara ini,\u00a0Dia turut mendakwa jangkitan itu akan aktif apabila berlaku musim panas melampau.Muat turun aplikasi Astro Awani untuk semak fakta dan laporan kredibel serta terkini COVID-19\u2019.Dalam perkembangan berkaitan, Lebih 500 pemandu bas persiaran di Malaysia terjejas akibat penularan wabak COVID-19 sejak Januari lalu.Menurut Kementerian Sumber Manusia, pemandu terbabit tidak dibayar gaji oleh majikan mereka, susulan kemerosotan kedatangan pelancong.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72629", "title": "Bapa Korban Kasih", "body": "\n\u2190 Back to list\nBapa Korban Kasih\nDec 07, 2016\n\nSeorang bapa merayu agar Mahkamah Ipoh menarik kebenaran ikat jamin terhadap anaknya yang merupakan suspek kes rompakan yang kemudiannya dipersetujui hakim.Lelaki berusia 55 tahun itu memaklumkan, dia enggan lagi menjamin anaknya kerana anaknya tidak pernah insaf dan terus melakukan jenayah.Jelasnya, dia sudah meminjam dan berhabis wang lebih RM20,000 bagi membayar denda atas kesalahan yang dilakukan anaknya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72280", "title": "Kerajaan akan kurangkan lambakan guru", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan akan kurangkan lambakan guru\nDec 05, 2015\n\nJumlah guru yang sedang berkhidmat di sekolah sudah berada paras tepu dan mencapai tahap maksimum.Kementerian Pendidikan berkata, kini pihaknya, Kementerian Pengajian Tinggi dan universiti sedang mencari jalan untuk mengurangkan lambakan graduan pendidikan di MalaysiaKini terdapat 420 ribu guru untuk semua peringkat sekolah di seluruh negara\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72734", "title": "Allahyarham Noor Amila Edrus Mungkin Maut Pada Hari Sama Dia Hilang ", "body": "\n\u2190 Back to list\nAllahyarham Noor Amila Edrus Mungkin Maut Pada Hari Sama Dia Hilang \nAug 21, 2016\n\nMenurut siasatan juga, mangsa mungkin meninggal dunia akibat asma kerana mulutnya disumbat dengan kain, selain kaki dan tangan diikat.Difahamkan juga, suspek yang juga abang iparnya membiarkan mangsa kelaparan selama 9 jam di sebuah bengkel di Jinjang, KL sebelum mangsa maut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72826", "title": "Tun M Letak Jawatan Pengerusi PROTON", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun M Letak Jawatan Pengerusi PROTON\nMar 31, 2016\n\nBekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad letak jawatan sebagai pengerusi PROTON dan Lotus, berkuatkuasa serta-merta.Beliau turut melepaskan jawatan sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), serta penasihat Lembaga Pembangunan Pulau Langkawi dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79242", "title": "7.3 juta atau lebih separuh pekerja di negara ini tidak dilindungi Perkeso.", "body": "\n\u2190 Back to list\n7.3 juta atau lebih separuh pekerja di negara ini tidak dilindungi Perkeso.\nJan 27, 2019\n\n7.3 juta atau lebih separuh pekerja di negara ini tidak dilindungi Perkeso!Ujar Perkeso kepada Berita Harian, ia sekaligus menyebabkan pekerja berkenaan tiada jaminan kebajikan jika berlaku kemalangan semasa bekerja.Justeru pihaknya akan adakan penguatkuasaan besar-besaran terhadap majikan yang tidak menjalankan tanggungjawab itu.KKM komited dengan usul hadkan waktu operasi kedai makan sehingga jam 12 tengah malam.Penduduk Malaysia yang dapat menikmati pelbagai juadah tanpa mengira waktu telah\u00a0menyebabkan kadar obesiti di negara ini antara yang tertinggi di Asia.Menurut Kementerian Kesihatan kepada Berita Harian, pengambilan sajian tanpa kawalan menyebabkan tubuh tidak menggunakan kalori berlebihan lalu ia disimpan sebagai lemak dalam badan.Justeru, kementerian komited dengan usul menghadkan waktu operasi kedai makan sehingga jam 12 tengah malam dan setakat ini ia secara prinsipnya dipersejui Kabinet.Kerajaan\u00a0tidak mampu tampung kadar faedah tahunan tinggi projek ECRL.Keputusan kerajaan tamatkan kontrak dengan syarikat dari China dalam projek pembinaan ECRL disebabkan tidak mampu tampung kadar faedah tahunan tinggi projek itu.Menurut Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, kadar faedah tahunan projek itu menjangkau RM500 juta.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72079", "title": "Kabinet baru yang dibentuk akan bergerak dalam satu pasukan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKabinet baru yang dibentuk akan bergerak dalam satu pasukan.\nMay 22, 2018\n\nKabinet baru yang dibentuk akan bergerak dalam satu pasukan untuk memastikan agenda membangunkan negara berjalan lancar dan teratur.Ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beliau juga beri sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersama membangunkan Malaysia baru.Beliau juga anggap pemilihan beliau selaku wanita pertama sandang jawatan TPM di negara ini sebagai satu penghormatan yang besar buat semua wanita Malaysia.Berkenaan portfolio selaku Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Dr Wan Azizah rancang membangunkan dan menambah baik prestasi kementerian itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72114", "title": "Perkahwinan bawah umur belum selesai!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerkahwinan bawah umur belum selesai!\nJul 22, 2018\n\nIsu perkahwinan bawah umur terus hangat!Terkini, seorang kadi di selatan Thailand mendedahkan, beliau telah menikahkan beberapa pasangan bawah umur warga Malaysia.Katanya kepada BH, baru minggu lalu dia menikahkan gadis 13 tahun dengan pemuda 19 tahun.Kadi berkenaan juga mendakwa pernah menikahkan pasangan pengantin warga Malaysia yang jauh lebih mudah iaitu berusia 12 dan 16 tahun sebelum ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72811", "title": "Cuaca Panas Melampau : Reaksi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi", "body": "\n\u2190 Back to list\nCuaca Panas Melampau : Reaksi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi\nMar 20, 2016\n\nSebaliknya, semua sekolah dibuka seperti biasa mulai hari ini dan esok, selepas berakhirnya cuti penggal pertama 2016.Bagaimanapun, semua aktiviti di luar bilik darjah dihentikan sementara.Kementerian juga mengarahkan pihak pentadbiran sekolah memantau rapi kesihatan murid dan pastikan mereka tidak mengalami dehidrasi.Kementerian Pendidikan Tinggi pula maklumkan, Naib Canselor miliki kuasa autonomi untuk menutup universiti ekoran cuaca panas melampau.Kementerian juga minta pihak universiti membuat pertimbangan sewajarnya jika mahu melakukan sebarang aktiviti luar.\u00a0\u202a#\u200eterkini\u202c\u00a0\u202a#\u200eelnino\u202c\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72774", "title": "Pesawat TUDM Terhempas", "body": "\n\u2190 Back to list\nPesawat TUDM Terhempas\nMay 17, 2016\n\nTUDM dalam kenyataannya memaklumkan, pesawat itu mengalami masalah teknikal ketika menjalani penerbangan latihan.Kedua-dua juruterbang selamat dan hanya seorang mengalami kecederaan, berkemungkinan patah kaki dan kini dirawat di hospital.Sementara itu, Bomba dan Penyelamat Nenasi memaklumkan kami, pesawat tersebut tidak terbakar namun anggotanya masih berada di lokasi untuk tujuan awasan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71586", "title": "Nurul Izzah saman Ketua Polis Negara serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah", "body": "\n\u2190 Back to list\nNurul Izzah saman Ketua Polis Negara serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah\nNov 26, 2015\n\nNurul Izzah Anwar failkan saman terhadap Ketua Polis Negara dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Ia susulan kenyataan mereka yang dikatakan menuduh Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai penderhaka negara.Terdahulu, Nurul Izzah maklumkan, beliau sedia berdepan dengan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.Ia bagi membolehkan beliau beri penjelasan mengenai pertemuan dengan anak perempuan bekas ketua pengganas Sulu.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72331", "title": "Rakyat Malaysia bazir ubat", "body": "\n\u2190 Back to list\nRakyat Malaysia bazir ubat\nJan 17, 2017\n\nRakyat Malaysia dikesan membazirkan ubat-ubatan bernilai puluhan juta ringgit yang dibelanjakan kerajaan untuk mereka setiap tahun.Berita Harian melaporkan, antara puncanya adalah sengaja tukar jenis ubat, tidak patuh arahan pengambilan ubat dan mengambil ubat daripada berbilang klinik dah hospital.Malah, sebahagian besar pesakit kronik dikesan mempunyai tahap kepatuhan rendah kerana percaya pengambilan ubat untuk tempoh panjang akan akibatkan komplikasi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94745", "title": "Dasar Perpaduan Negara Dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 dilancar", "body": "\n\u2190 Back to list\nDasar Perpaduan Negara Dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 dilancar\nFeb 15, 2021\n\nDasar Perpaduan Negara Dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 dilancarPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Dasar Perpaduan Negara Dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 secara maya, pagi tadi.Tiga objektif utama yang ditetapkan dalam dasar ini adalah mengukuhkan perpaduan dan intergrasi nasional, membentuk identiti nasional dan melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.Beliau menekankan bahawa Dasar Perpaduan Negara ini adalah dasar kita bersama di mana kita semua adalah ejen perpaduan negara yang akan membawa aspirasi ini ke hadapan.Dalam ucapannya, Tan Sri Muhyiddin berkata, kesepaduan sosial yang telah wujud sekian lama telah mengekalkan perpaduan rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.Semangat perpaduan ini katanya dapat dilihat dengan jelas apabila dijelmakan dalam keadaan sebenar ketika negara dilanda cabaran dan musibah \u00a0COVID-19.Selain itu katanya, ramai rakyat Malaysia sama ada individu atau berkumpulan khususnya petugas barisan hadapan menunjukkan sikap empati tanpa mengira kaum dan agama.Justeru katanya, kita semua perlu terus menyuburkan sifat empati ini dalam hendak memahami isu-isu kaum dari perspektif yang lebih seimbang dan memyeluruh.Pada masa sama, Tan Sri Muhyiddin meminta rakyat berwaspada dan mengelak manipulasi sentimen kaum oleh ahli-ahli politik yang cuba menaikkan saham politik masing-masing melalui eksploitasi perasaan kaum.Beliau sedar rakyat negara ini tidak akan sekali-kali mengorbankan kesepaduan sosial dan perpaduan negara yang telah dikecapi ini demi matlamat peribadi.Malah katanya, kerajaan juga tidak akan sekali-kali berkompromi dalam perkara yang boleh mengganggu gugat perpaduan negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72613", "title": "Penahanan aktivis, Maria Chin Abdullah di bawah SOSMA adalah teratur dari segi undang-undang", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenahanan aktivis, Maria Chin Abdullah di bawah SOSMA adalah teratur dari segi undang-undang\nNov 26, 2016\n\nPeguam negara berkata penahanan aktivis, Maria Chin Abdullah di bawah SOSMA adalah teratur dari segi undang-undang.Ia bagi membantu siasatan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.Jabatan Peguam Negara akan memberi pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan yang akan dikemukakan oleh polis kelak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=101966", "title": "KKM Beri Jaminan Vaksin AstraZeneca Selamat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM Beri Jaminan Vaksin AstraZeneca Selamat.\nMar 25, 2021\n\n\nKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jamin vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca selamat digunakan.\nIni kerana data dari ujian klinikal tidak menunjukkan kesan sampingan yang serius.\nPenjelasan itu diberi ekoran timbul isu keselamatan vaksin keluaran syarikat tersebut yang tular di luar negara.\n\u00a0\nHampir 6 Juta Mohon i-Sinar\nKWSP telah meluluskan pengeluaran sebanyak RM52 bilion menerusi Program i-Sinar.\nIa membabitkan hampir 6 juta pemohon dan RM32 bilion telah dikreditkan ke akaun penerima.\nBagi Skim i-Lestari pula, jumlah pengeluaran keseluruhan setakat ini mencecah RM20 bilion membabitkan lebih 5 juta penerima\r\n\u00a0\n\nDiskaun Saman Trafik\nKempen bayar saman trafik bermula hari ini sehingga 11 April sempena Peringatan Hari Polis ke-214.\nDiskaun hingga 50 peratus ditawarkan dan bayaran hanya boleh dibuat menerusi aplikasi My Bayar Saman.\nKempen ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai bayar saman secara \u2018e-payment\u2019 juga mematuhi PKP.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71955", "title": "Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ujian DNA akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti mangsa kebakaran yang maut di Pusat Tahfiz di Keramat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ujian DNA akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti mangsa kebakaran yang maut di Pusat Tahfiz di Keramat.\nSep 14, 2017\n\nMenteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ujian DNA akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti mangsa kebakaran yang maut di Pusat Tahfiz di Keramat.Dalam pada itu, kesemua jenazah telah tiba di HKL dan mangsa yang cedera kini dirawat di wad.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81075", "title": "BN pertahankan Parlimen Kimanis.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBN pertahankan Parlimen Kimanis.\nJan 19, 2020\n\nFoto : Astro AwaniBarisan Nasional\u00a0pertahankan kerusi Parlimen Kimanis!Ini selepas calonnya, Datuk Mohamad Alamin menang pilihanraya dengan majoriti 2,029 undi.Dalam pada itu,\u00a0SPR\u00a0maklumkan PRK Kimanis turut catat jumlah peratusan keluar mengundi tertinggi sejak PRU 14 iaitu 79.92 peratus, melebihi sasaran yang ditetapkan sebelum ini iaitu 70 peratus.Foto : Astro AwaniSementara itu, Perdana Menteri sifatkan pengundi belum merasai kebaikan pemerintahan kerajaan baru apabila\u00a0Pakatan Harapan\u00a0tewas pada PRK Kimanis.Tun\u00a0Dr. Mahathir\u00a0Mohamad\u00a0berkata parti tersebut akan melakukan post mortem bagi mengetahui punca kekalahan tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72704", "title": "Fatwa Virus Zika : Kementerian Kesihatan Akan Jumpa Majlis Fatwa", "body": "\n\u2190 Back to list\nFatwa Virus Zika : Kementerian Kesihatan Akan Jumpa Majlis Fatwa\nSep 14, 2016\n\nKementerian Kesihatan akan berjumpa Majlis Fatwa Kebangsaan pada minggu depan berkaitan nasihat kesihatan untuk wanita hamil yang dijangkiti zika.Ujar kementerian, ia khusus untuk membincangkan mengenai keperluan dan hukum agama berhubung pengguguran kandungan wanita yang dijangkiti virus berkenaan.Kementerian turut mengesahkan terdapat 2 jenis virus zika yang menular di negara ini yang mengakibatkan 6 orang dijangkiti setakat ini.Ia dikenali sebagai 'French Polynesia' atau jenis import, dan 'Micronesia' atau jenis tempatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=110257", "title": "Varian Delta Antara Penyumbang Lonjakan Kes Covid-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nVarian Delta Antara Penyumbang Lonjakan Kes Covid-19.\nJul 14, 2021\n\n\nKes harian COVID-19 dijangka akan terus meningkat untuk tempoh 1 hingga 2 minggu lagi sebelum kembali stabil.\nKetua Pengarah Kesihatan berkata ia susulan peningkatan kes varian Delta dan saringan yang dilaksanakan di kawasan PKPD.\nTan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga terus menyeru rakyat supaya tampil mendapatkan vaksin bagi membolehkan imuniti kelompok dicapai sekaligus elak fasiliti kesihatan terjejas.\n\u00a0\nKebenaran \u2018dine in\u2019 di restoran di Sarawak ditarik balik.\nKerajaan Sarawak tarik balik kebenaran \u2018dine in\u2019 di premis makanan dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara, PPN.\nIa susulan pengesanan kes positif Covid-19 babitkan varian Delta di negeri itu.\nSarawak memasuki Fasa 2 PPN hari ini.\n\u00a0\nKertas siasatan kes dera Bella dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.\nKertas siasatan kes dera remaja OKU, Bella telah dirujuk polis kepada Timbalan Pendakwa Raya!\nBukit Aman juga memaklumkan Harian Metro, sekurang-kurangnya 3 individu dijangka didakwa berkaitan kes itu.\nKes dera remaja OKU itu mendapat perhatian ramai sehingga wujudnya \u2018#justiceforBella\u2019 yang kini viral.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72464", "title": "JAKIM lancar aplikasi 'Verify Halal'", "body": "\n\u2190 Back to list\nJAKIM lancar aplikasi 'Verify Halal'\nMay 26, 2017\n\nJAKIM lancar aplikasi 'Verify Halal' untuk orang ramai periksa status halal produk makanan di pasaraya.Selain pangkalan data JAKIM, aplikasi itu turut disambungkan ke pelbagai badan pensijilan yang diiktiraf jabatan itu.JAKIM berkata, aplikasi itu secara tidak langsung membantu meningkatkan keyakinan pengguna mengenai status halal produk makanan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72403", "title": "Timbalan Perdana Menteri arah nilai bangunan tahfiz dan sekolah agama di negara ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nTimbalan Perdana Menteri arah nilai bangunan tahfiz dan sekolah agama di negara ini\nOct 09, 2017\n\nPersatuan Juruukur Bangunan Berdaftar Malaysia dan Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia, diarah menilai setiap bangunan tahfiz dan sekolah agama di negara ini.TPM Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemantauan perlu dilakukan secara berterusan untuk elak kejadian yang tidak diingini.\u00a0Ini ekoran kejadian kebakaran di bangunan Asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung bulan lalu, yang mengorbankan lebih 20 nyawa.\u00a0Kredit foto : Free Malaysia Today\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=125380", "title": "Bantuan Mangsa Banjir Mula Diagihkan Hari Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBantuan Mangsa Banjir Mula Diagihkan Hari Ini.\nJan 10, 2022\n\n\nBantuan Mangsa Banjir Mula Diagihkan Hari Ini.\nInisiatif bantuan mangsa banjir akan dibayar kepada penerima bermula hari ini.\nMenurut Perdana Menteri ia melibatkan 3 kaedah iaitu pemberian secara terus ke rumah, berkumpul di pusat orang ramai seperti dewan dan sebagainya atau dikreditkan terus ke akaun penerima.\nIa antaranya meliputi sumbangan pembelian barangan keperluan, diskaun baik pulih kenderaan dan rebat pembelian barangan elektrik.\n\u00a0\nTarif elektrik baru tidak bebankan rakyat. \nTarif baru elektrik bagi tahun ini hingga 2024 tidak akan membebankan rakyat.\nItu jaminan yang diberikan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli mengambil kira situasi negara ekoran pandemik Covid-19.\nKerajaan sudah membuat keputusan berhubung penetapan tarif elektrik itu dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.\n\u00a0\nPenjarakan saf solat mengambil kira pandangan pelbagai pihak.\nSOP penjarakan saf solat dibuat oleh pihak berkuasa negeri mengambil kira pandangan pelbagai pihak.\nJelas Menteri Hal Ehwal Agama, ia termasuklah pandangan Kementerian Kesihatan, ulama dan agamawan.\nKerajaan katanya sememangnya berhasrat untuk merapatkan kembali saf solat berjemaah, namun akur dan menghormati keputusan bidang kuasa negeri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72582", "title": "JPJ Sambut Baik Cadangan Mengekang Kemalangan Maut Babitkan Bas", "body": "\n\u2190 Back to list\nJPJ Sambut Baik Cadangan Mengekang Kemalangan Maut Babitkan Bas\nDec 26, 2016\n\nJPJ sambut baik cadangan pelbagai pihak untuk mengekang kemalangan maut membabitkan kenderaan awam khasnya bas.Antara cadangannya adalah memasang tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang bas dan melarang bas ekspres melakukan perjalanan semasa 'waktu mengantuk'.Bagaimanapun pihaknya mahu usul berkenaan dikaji secara terperinci agar pelaksanaannya mencapai impak positif yang maksimum.Kelmarin, 14 terkorban manakala 16 cedera dalam nahas membabitkan sebuah bas ekspres di Muar, Johor.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79107", "title": "Mohamad Sabu Sahkan Anak Ditahan Polis", "body": "\n\u2190 Back to list\nMohamad Sabu Sahkan Anak Ditahan Polis\nJan 06, 2019\n\nMenteri Pertahanan sahkan anak lelakinya ditahan Polis KL dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan selepas didapati positif dadah.Mohamad Sabu juga menegaskan, beliau serah sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menentukan tindakan ke atas anaknya mengikut proses undang-undang.-Kerajaan Melaka rancang edar poster bergambar papar bahagian anggota badan yang terjejas akibat tabiat merokok di semua premis makanan.Pihaknya berharap poster sedemikian dapat beri mesej jelas akan bahaya asap rokok kepada perokok juga orang di sekeliling.-Polis Pulau Pinang kini buru 3 remaja lelaki yang disyaki curi sebuah TV milik sebuah masjid di Permatang Pauh.Harian Metro melaporkan, berdasarkan rakaman CCTV, suspek melarikan TV tersebut selepas tidak puas hati hanya dapat samun RM5 daripada tabung masjid.-Kerajaan Sabah akan cari jalan bagi selesai masalah sekolah-sekolah di negeri itu termasuk isu murid terlalu ramai dalam sesebuah sekolah.-Wisma Putra memaklumkan, belum ada keperluan bawa pulang kira-kira 150 rakyat Malaysia di Sudan kerana pergolakan di negara itu masih terkawal.--Pasangan suami isteri yang hilang selepas terjatuh daripada bot ke laut semalam ditemui lemas di perairan Kuala Perlis.-Yuna akui dia dan suami bersedia jika direzekikan menimang cahaya mata dalam masa terdekat.Malah kata bintang antarabangsa itu kepada Kosmo, dia sedia ambil cuti rehat setahun bagi menikmati detik-detik indah proses kehamilan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=103505", "title": "MKN Keluarkan SOP Majlis Berbuka Puasa.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMKN Keluarkan SOP Majlis Berbuka Puasa.\nApr 14, 2021\n\nMajlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan SOP bagi majlis berbuka, buffet berbuka puasa dan sahur.\nBagi kawasan di PKPB, kehadiran dihadkan kepada 50 peratus daripada kapasiti ruang dewan atau hotel dan 100 peratus mengikut ruang bagi restoran dan kedai makan dengan perlu mematuhi penjarakan fizikal.\n\nKehadiran tetamu atau pelanggan di kawasan PKPP pula tertakluk kepada saiz keluasan ruang dan penjarakan fizikal.\nDi samping itu tetamu dalam kalangan bayi dan kanak-kanak serta pesakit kronik tidak digalakkan.\nRujuk laman web dan media sosial MKN untuk maklumat lanjut.\r\n\u00a0\nPesakit hematologi atau berkaitan darah tergolong dalam golongan berisiko tinggi!\nGolongan itu diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 fasa kedua.\nMereka juga disaran mendapatkan nasihat pakar perubatan bagi mengenal pasti kesesuaian vaksin.\n\nFasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan bermula 19 April ini.\nIa memberi tumpuan kepada golongan warga emas, OKU dan pesakit kronik.\r\n\u00a0\nJAWI pantau golongan ponteng puasa!\nPemantauan dan penguatkuasaan terhadap umat Islam yang tidak menghormati bulan Ramadan di Wilayah Persekutuan berjalan seperti biasa sepanjang PKP.\u00a0\nMenurut JAWI, tindakan akan dikenakan kepada mereka yang makan di tempat awam termasuk pemilik kedai makan yang jual makanan kepada golongan itu.\u00a0\n\nPesalah katanya berdepan hukuman denda hingga RM1,000 atau penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya.\u00a0\r\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80528", "title": "6 buah sekolah di Sarawak terpaksa ditutup sementara akibat jerebu.", "body": "\n\u2190 Back to list\n6 buah sekolah di Sarawak terpaksa ditutup sementara akibat jerebu.\nSep 10, 2019\n\nKeadaan jerebu semakin buruk dengan 6 buah sekolah di Sarawak terpaksa ditutup.Terkini, beberapa kawasan di seluruh negara catat bacaan udara tidak sihat. \u00a0 \u00a0Sementara itu, kerajaan Sarawak akan lakukan proses pembenihan awan dalam masa terdekat bagi mengatasi fenomena jerebu yang melanda negeri itu ketika ini.JAKIM pula saran semua masjid di seluruh negara untuk laksanakan solat sunat Istisqa bagi mengurangkan masalah jerebu.Siasatan kes kematian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya menjurus kepada faktor kecuaian.Polis Sabah berkata setakat ini, 11 individu termasuk anggota tentera yang terlibat dalam insiden itu sudah dipanggil untuk beri keterangan.Pegawai tentera tentera itu meninggal dunia minggu lalu dipercayai terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi ketenteraan di Kem Lok Kawi.\u00a0Pengguna\u00a0talian\u00a0Befrienders melonjak 26 peratus!Talian untuk mendapatkan bantuan psikiatri, Befrienders melonjak 26 peratus sejak ianya disediakan secara percuma, bulan lepas.Hari ini merupakan Hari Pencegahan Bunuh Diri Dunia dan individu yang perlukan bantuan diminta hubungi talian yang disediakan 24 jam itu.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72455", "title": "Kementerian Luar Negeri memantau rapi insiden letupan di Manchester", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Luar Negeri memantau rapi insiden letupan di Manchester\nMay 23, 2017\n\nKementerian Luar Negeri memantau rapi insiden letupan yang berlaku selepas satu konsert di Manchester Arena, England pagi tadi.Warga Malaysia di sana dinasihat agar berjaga-jaga dan melaporkan diri kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.Kementerian Pendidikan Tinggi pula mengesahkan, tiada penuntut Malaysia terlibat dalam insiden tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79595", "title": "Mohd Haziq sudah tiada.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMohd Haziq sudah tiada.\nMar 21, 2019\n\nMisteri kehilangan remaja Malaysia semasa insiden tembakan rambang di Christchurch, minggu lalu akhirnya terjawab.Foto: Berita HarianMangsa, Mohd. Haziq Mohd. Tarmizi disahkan antara 50 yang terkorban susulan tragedi itu.Menurut Wisma Putra, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof akan wakili Malaysia untuk urusan solat jenazah dan khutbah Jumaat di Christchurch.Timbalan Perdana Menteri ucap takziah atas pemergian Mohd Haziq dan mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.Sementara itu, SKMM tidak bercadang untuk tutup rangkaian Facebook di negara ini susulan viralnya video insiden serangan itu minggu lalu.Keputusan itu dibuat sebagai menghormati hak pengguna media sosial di negara ini selain termaktub pada undang-undang tertentu.Walaubagaimanapun, pihaknya dan PDRM akan pantau sebarang penyebaran video atau maklumat yang boleh mengundang panik dalam kalangan rakyat di negara ini.Dalam pekembangan berkaitan, perhimpunan solidariti kedamaian\u00a0di Dataran Merdeka, Sabtu ini susulan insiden berdarah itu terbuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata melalui perhimpunan itu, satu deklarasi akan dibuat bagi menentang kebencian dan keganasan serta meraikan kedamaian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73084", "title": "Kira- kira 2.1 billion manusia di dunia tidak mempunyai air yang selamat untuk diminum di rumah. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKira- kira 2.1 billion manusia di dunia tidak mempunyai air yang selamat untuk diminum di rumah. \nMar 22, 2018\n\nKira -kira 2.1 billion manusia di dunia tidak mempunyai air yang selamat untuk diminum di rumah.\u00a0\u00a0Justeru menurut UN, pelbagai usaha perlu terus digiatkan selain memberi kesedaran betapa pentingya air bersih kepada kesinambungan kehidupan.Hari ini merupakan Hari Air Sedunia dengan tema Lestarikan Alam untuk Air!\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72456", "title": "Kerosakan alat komunikasi dan kehabisan bekalan minyak, antara punca bot TLDM terputus hubungan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerosakan alat komunikasi dan kehabisan bekalan minyak, antara punca bot TLDM terputus hubungan\nMay 23, 2017\n\nKerosakan alat komunikasi dan kehabisan bekalan minyak, antara punca bot TLDM terputus hubungan di perairan Johor, Sabtu lepas.Namun Panglima ATM berkata, pihaknya akan tubuhkan lembaga siasatan untuk kenal pasti punca sebenar insiden itu.Sembilan krew bot berkenaan termasuk seorang pegawai yang ditemui semalam, selamat tiba di jeti pengkalan TLDM dekat Kuantan, pagi tadi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73037", "title": "4 pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak hanyalah siasatan SPRM.", "body": "\n\u2190 Back to list\n4 pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak hanyalah siasatan SPRM.\nJul 05, 2018\n\nKetua Polis Negara berkata 4 pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak semalam hanyalah siasatan yang dijalankan SPRM.Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menjelaskan pihaknya akan beri kerjasama penuh dalam membantu siasatan skandal tersebut.Semalam, Najib mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibuat ke atasnya dan dibebaskan dengan ikat jamin 1 juta ringgit.Dalam perkembangan lain, SPRM menjawab persoalan yang diutarakan Majlis Peguam sama ada Pasukan Petugas Khas 1MDB mempunyai hak untuk menahan bekas Perdana Menteri itu.Suruhanjaya itu beritahu NST, isu tersebut adalah perkara kecil kerana kenyataan pasukan petugas cuma tertinggal perkataan 'SPRM' .\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81404", "title": "Hampir 50 rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHampir 50 rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA.\nMar 22, 2020\n\nFoto : Astro AwaniPesawat khas bawa rakyat Malaysia dari Iran, satu daripada negara yang paling teruk dilanda wabak COVID-19, selamat tiba di KLIA awal pagi ini.Laporan terdahulu menyatakan 46 individu termasuk 10 kanak-kanak, yang telah berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Tehran akan dibawa pulang dalam penerbangan khas yang berlepas dari Tehran malam tadi.Mereka yang dibawa pulang itu akan melalui proses tapisan kesihatan di Unit Kecemasan Udara (ADU) di KLIA, sama seperti dua misi dari Wuhan, China sebelum ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72778", "title": "Cukai Pendapatan Perniagaan Online Sama Seperti Perniagaan Offline - LHDN ", "body": "\n\u2190 Back to list\nCukai Pendapatan Perniagaan Online Sama Seperti Perniagaan Offline - LHDN \nMay 23, 2016\n\nJusteru, LHDN menasihatkan para peniaga online agar mendaftar perniagaan serta buka fail cukai pendapatan dengan pihaknya.Terdahulu, Kementerian Kewangan memaklumkan, pihaknya sedang kaji kemungkinan untuk kenakan cukai ke atas perniagaan dalam talian mulai tahun depan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70585", "title": "2 Lagi Kluster Baru", "body": "\n\u2190 Back to list\n2 Lagi Kluster Baru\nJul 29, 2020\n\n2 Lagi Kluster BaruKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kesan 2 lagi kluster baru COVID-19 iaitu di Kedah dan di Sarawak.\u00a0Kluster Sivagangga di Kedah libat pemastautin tetap yang dikenakan kuarantin di rumah selepas pulang dari India tapi didapati ingkar.\u00a0Bagi Kluster Satok pula, kes itu\u00a0dikesan di sebuah pasar di Satok, Kuching.\u00a0Dalam perkembangan berkaitan, kes baru COVID-19 di negara ini kembali melonjak ke 2 angka iaitu 39 kes.\u00a0Ia menjadikan kes aktif naik kepada 212 manakala 6 pesakit telah sembuh.\u00a0\u00a0Kerajaan Hormat Keputusan Mahkamah\u00a0Kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah dalam kes SRC International.\u00a0Pada masa sama Perdana Menteri gesa semua pihak letak kepercayaan kepada sistem perundangan dan kehakiman negara sebagai institusi yang bebas dan berkecuali.\u00a0Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin lagi, kerajaan juga menghormati hak bekas Perdana Menteri itu untuk membuat rayuan.\u00a0Sementara itu Datuk Seri Najib memaklumkan, beliau akan merayu keputusan yang dijatuhkan ke atasnya.\u00a0Beliau dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda 210 juta ringgit selepas didapati bersalah atas semua 7 tuduhan yang dikemukakan.\u00a0Datuk Seri Najib juga dibenar diikat jamin RM2 juta dan perlu lapor diri ke balai polis pilihannya 2 kali sebulan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71224", "title": "Tiada Syarat Ditetapkan Untuk Tempat Duduk Penumpang Dalam Kenderaan Sepanjang PKPB Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Syarat Ditetapkan Untuk Tempat Duduk Penumpang Dalam Kenderaan Sepanjang PKPB Ini.\nNov 12, 2020\n\nTiada syarat yang menetapkan penumpang perlu berada di tempat duduk belakang atau depan kenderaan sepanjang tempoh PKPB ini.Jelas Menteri Kanan Keselamatan, mereka dibenarkan untuk duduk di mana-mana sahaja asalkan tidak melebihi 2 orang dalam satu kenderaan dan dari rumah yang sama.Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian ekoran dakwaan viral seorang individu, kononnya disaman polis kerana membenarkan penumpang duduk di bahagian hadapan kenderaan.Sebaliknya, pemandu itu disaman kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu.Jangkitan Covid-19 sukar dikawal di Semenanjung berbanding Sabah.Penularan jangkitan Covid-19 di Semenanjung lebih sukar dikawal berbanding Sabah ekoran kepadatan dan pergerakan penduduk yang tinggi.Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan berkata keputusan drastik perlu diambil antaranya dengan melaksanakan PKPB di negeri tertentu sebelum ia bertukar menjadi zon merah.Semalam, Malaysia merekodkan 822 kes baharu jangkitan Covid-19 semalam, dengan lebih separuh daripadanya dikesan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79850", "title": "Rapid Rail mohon maaf, antara rangkuman berita utama", "body": "\n\u2190 Back to list\nRapid Rail mohon maaf, antara rangkuman berita utama\nMay 04, 2019\n\nFoto - SelangorKiniRadiasi selular atau frekuensi 5G adalah selamat kepada kesihatan seseorang termasuk kanak-kanak.Jelas SKMM, cerita kononnya 5G boleh sebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuk barah, adalah mengarut.Foto - YADIMLHDN akan tutup operasi harian semua pejabatnya 30 minit lebih awal sepanjang bulan Ramadan ini.Perubahan waktu operasi itu bagaimanapun katanya tidak meliputi kaunter perkhidmatan LHDN di UTC.Foto - KPDNHEPProgram Food Bank Malaysia akan diperluaskan dengan menjadikan bazar Ramadan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran makanan untuk diserahkan ke kampus, surau atau masjid.Projek rintis itu akan dilaksanakan di sekitar Lembah Klang bagi mengelak pembaziran makanan yang seringkali berlaku pada bulan berkenaan.Foto - New Straits TimesRapid Rail Sdn Bhd memohon maaf\u00a0kepada\u00a0semua\u00a0pengguna\u00a0perkhidmatan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang atas kelewatan jadual perjalanan, semalam.Katanya, masalah tekanan pada sistem brek sebuah tren di Stesen Bandar Tun Hussein Onn jadi punca gangguan.Foto - Daily ExpressCuaca panas dijangka berlanjutan sehingga pertengahan September depan ekoran monsun barat daya.Menurut Jabatan Meteorologi, sepanjang tempoh itu \u00a0taburan hujan di kebanyakan negeri dijangka berada pada paras purata kecuali Melaka, Johor dan Sabah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71555", "title": "Siaran Langsung Debat 1MDB Batal", "body": "\n\u2190 Back to list\nSiaran Langsung Debat 1MDB Batal\nNov 04, 2015\n\nSiaran langsung perdebatan antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Presiden 1MDB, Arul Kanda dibatalkan.\u00a0Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, tawaran berkenaan hanya untuk kedua mereka secara khas, bukan orang lain.\u00a0Ia susulan tindakan Tony Pua tarik diri bagi selamatkan keahlian sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, PAC.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71562", "title": "Pilihan Raya Umum di Myanmar Bakal Cipta Sejarah", "body": "\n\u2190 Back to list\nPilihan Raya Umum di Myanmar Bakal Cipta Sejarah\nNov 09, 2015\n\nKeputusan kiraan undi setakat ini dapati, parti pembangkang pimpinan Aung San Suu Kyi kuasai 70 peratus kerusi parlimen Myanmar.Jumlah itu sudah mencukupi untuk membolehkan parti pembangkang berkenaan membentuk kerajaan.PRU Myanmar semalam adalah PRU bebas pertama di negara itu dalam tempoh 25 tahun.Terdahulu, pemangku pengerusi parti pemerintah Myanmar akur dan mengaku kekalahannya kepada parti pimpinan Suu Kyi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71964", "title": "Seorang pelajar pusat tahfiz di Keramat, yang berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran, Khamis lalu, selamat jalani pembedahan membuang kulit melecur.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang pelajar pusat tahfiz di Keramat, yang berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran, Khamis lalu, selamat jalani pembedahan membuang kulit melecur.\nSep 19, 2017\n\nSeorang pelajar pusat tahfiz di Keramat, yang berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran, Khamis lalu, selamat jalani pembedahan membuang kulit melecur.Mangsa ketika ini masih diberi bantuan pernafasan oksigen namun sudah stabil, boleh makan, bercakap dan bergerak.Pelajar 15 tahun itu terselamat selepas melompat dari atas bumbung, namun gagal mengejutkan adiknya yang terkorban dalam tragedi itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72852", "title": "Keputusan SPM 2015", "body": "\n\u2190 Back to list\nKeputusan SPM 2015\nMar 03, 2016\n\nMenurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, jumlah itu menurun 0.25 peratus berbanding hampir 11,300 calon pada 2014Gred Purata Nasional (GPN) bagi SPM 2015 juga menurun kepada 5.15, berbanding 5.08 pada 2014.Namun, jurang pencapaian calon di bandar dan di luar bandar mengecil sebanyak 0.05 iaitu 0.5 pada tahun 2015 berbanding 0.55 pada 2014.38 daripada 73 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 34 mata pelajaran menurun, manakala satu mata pelajaran mengekalkan prestasi.Seramai 440,682 calon menduduki SPM 2015 di lebih 34,500 pusat peperiksaan seluruh negara dari 2 November hingga 8 Disember lalu.\u00a0\u202a#\u200eSPM2015\u202c\u00a0\u202a#\u200eterkini\u202c\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71573", "title": "4 cedera parah apabila sebuah bas rombongan sekolah terbabit nahas di LPT2 ", "body": "\n\u2190 Back to list\n4 cedera parah apabila sebuah bas rombongan sekolah terbabit nahas di LPT2 \nNov 15, 2015\n\n4 cedera parah apabila sebuah bas rombongan sekolah terbabit nahas di LPT2 dekat Kemaman, Terengganu.Mereka yang cedera parah adalah 3 murid dan seorang pemandu bas.Menurut siasatan awal, bas berkenaan dilapor merempuh belakang sebuah treler membawa muatan kayu dan papan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78876", "title": "Kes Cerai Di Malaysia Beri Alasan Tidak Munasabah", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Cerai Di Malaysia Beri Alasan Tidak Munasabah\nNov 13, 2018\n\nKementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berkata rata-rata kes penceraian yang berlaku di negara ini, berpunca daripada faktor yang tidak munasabah.Antaranya termasuklah, isteri suka ikut rombongan, makan dalam kereta dan berbeza fahaman politik.\u00a0Ia turut dedahkan lebih satu pertiga pasangan bercerai, di bawah usia lima tahun perkahwinan.Hukuman Mati Bagi 33 Kesalahan Di Mansuhkan\u00a0Jemaah\u00a0Menteri memutuskan\u00a0hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta akan dimansuhkanIni termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan.\u00a0Selain itu turut dimansuhkan, hukuman mati di bawah Akta Senjata Api, Akta Penculikan dan Akta Dadah Berbahaya.Peperiksaan Subjek Elektif SPM Akan Dipercepatkan\u00a0Peperiksaan SPM bagi subjek elektif tahun depan\u00a0akan dipercepatkan seawal September, sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh atau banjir.Menurut Kementerian Pendidikan, antara subjek yang terlibat termasuk Bahasa Arab, Punjabi, Kadazan, Iban dan subjek vokasional.Dalam pada itu, kira-kira 420 ribu pelajar SPM menduduki peperiksaan yang bermula hari ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79536", "title": "SPRM Selesai Siasatan 23 Transaksi Jual Tanah Milik DBKL", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM Selesai Siasatan 23 Transaksi Jual Tanah Milik DBKL\nMar 11, 2019\n\nSPRM sudah jalankan siasatan terhadap 23 transaksi penjualan tanah milik DBKL yang dilakukan di bawah harga pasaran semasa kerajaan terdahulu.Ujar suruhanjaya itu kepada BH, kertas siasatan berkenaan juga sudah diserah kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.Semalam akhbar itu melaporkan DBKL berjaya raih hasil tambahan bernilai RM205 juta susulan rundingan semula terhadap 23 transaksi tersebut.JAKIM Tak Berkompromi LGBTJAKIM tidak akan berkompromi dengan pihak yang mahu iktiraf LGBT di Malaysia!Pendirian tegas itu selaras dengan kehendak PM, Malaysia tidak boleh terima sistem nilai yang diamal di negara barat.Jabatan itu juga kesal dengan tindakan segelintir pihak yang menyertai perarakan Hari Wanita Antarabangsa di Kuala Lumpur,\u00a0Sabtu lalu yang turut sokong amalan songsang tersebut.Jaga-Jaga Rakyat Malaysia Di Thailand\u00a0Rakyat Malaysia yang berada di Thailand dinasihatkan agar waspada susulan siri letupan terbaru di selatan negara itu.Namun Wisma Putra memaklumkan, setakat ini tiada kematian dilaporkan dan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tersebut.Rakyat Malaysia juga digalak mendaftarkan diri dengan Kedutaan Malaysia di Bangkok atau Konsulat Jeneral di Songkla menerusi email dan faks.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81507", "title": "Vaksin Covid-19 dijangka berada di pasaran dalam masa setahun.", "body": "\n\u2190 Back to list\nVaksin Covid-19 dijangka berada di pasaran dalam masa setahun.\nApr 05, 2020\n\nVaksin untuk COVID-19 dijangka berada di pasaran dalam masa setahun.Menurut Kementerian Kesihatan, ini kerana kajian ke atasnya masih lagi di fasa awal.Dalam perkembangan berkaitan, 150 kes baru dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dinegara ini mencecah 3,500.Setakat ini juga, 57 kematian direkodkan dengan 4 kematian terbaru, manakala 915 pesakitsudah sembuh.Laporan artikel mengenai kenaikan kes keganasan rumah tangga ketika PKP palsu!Artikel mengatakan kes keganasan rumah tangga di negara ini naik 57 peratus ketika tempoh PKP adalah tidak benar!Jelas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ia sebenarnya merangkumi semua kategori termasuk berkaitan COVID-19, kes bantuan JKM dan kaunseling.Untuk mengetahui kesahihan sesuatu berita dan maklumat anda boleh layari portal \u2018sebenarnya.my\u2019Bayaran\u00a0fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional dibuat mulai esok.Pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional, BPN akan dibuat secara berperingkat mulai esok.Ia membabitkan 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang yang sudah diluluskan dengan jumlah keseluruhan 5.6 bilion ringgit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94579", "title": "Kes Kematian Tertinggi", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Kematian Tertinggi\nFeb 09, 2021\n\nKes Kematian Tertinggi24 pesakit COVID-19 meninggal dunia hari ini sekali gus angka korban harian tertinggi setakat ini.Ia juga menjadikan jumlah keseluruhan yang maut akibat virus itu di negara ini meningkat kepada 896.Bilangan kes baru pula ialah 3,100 manakala 2,340 pesakit sembuh.Kes baru paling tinggi masih dipegang Selangor iaitu 1,196 diikuti Johor 490 dan Melaka 344.Perlu SetahunMalaysia dijangka perlu masa setahun untuk capai imuniti kelompok menerusi Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19.Jelas saintis daripada Institut Genom Malaysia, Dr Ummirul Mukmimin Kahar, untuk mencapainya 80 peratus rakyat perlu divaksinkan.Malaysia dijangka terima bekalan pertama vaksin COVID-19 hujung bulan ini dengan petugas barisan hadapan menjadi penerima awal.Kadar Pengangguran NaikKadar pengangguran di negara ini tahun lalu naik kepada 4.5 peratus, tertinggi sejak 1993 ekoran pandemik COVID-19.Jabatan Perangkaan juga jangka pasaran kerja kekal rendah buat permulaan tahun ini.Namun kerajaan optimis optimis impaknya akan berkurang hasil pelbagai insentif yang diwujudkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72127", "title": "Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 berkemungkinan diubah!", "body": "\n\u2190 Back to list\nLogo Tahun Melawat Malaysia 2020 berkemungkinan diubah!\nAug 15, 2018\n\nImej orang utan bercermin mata berkemungkinan dihilangkan daripada logo Tahun Melawat Malaysia 2020!Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata pembaharuan perlu dilakukan selepas logo berkenaan mendapat kecaman banyak pihak ketika dilancarkan awal tahun ini.Tambahnya, peserta hanya perlu mengubahsuai satu atau 2 bahagian pada logo itu dan tidak mengubah keseluruhannya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70764", "title": "Kedah Mahu Larang Rentas Daerah", "body": "\n\u2190 Back to list\nKedah Mahu Larang Rentas Daerah\nAug 27, 2020\n\nKedah Mahu Larang\u00a0Rentas DaerahKerajaan Kedah mahu kerajaan Persekutuan melaksanakan larangan rentas daerah di negeri itu.Menurut Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, pihaknya sangat berharap cadangan itu dipertimbangkan susulan penularan Kluster Tawar.6 kes baru COVID-19 direkodkan di seluruh negara semalam dengan 5 daripadanya di Kedah.3 merupakan pesakit daripada Kluster Tawar menjadikan jumlah kes positif kluster itu kini naik kepada 73.Setakat ini juga lebih 4,000 individu disaring di 3 negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak berkaitan kluster tersebut.Kementerian Kewangan Dedah 101 Projek Rundingan TerusKementerian Kewangan akhirnya mendedahkan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang ditawarkan secara rundingan terus ketika pentadbiran Pakatan Harapan.Kementerian yang mendahului senarai termasuklah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.Namun kementerian menjelaskan, rundingan terus dibenarkan atas sebab tertentu misalnya membabitkan keperluan mendesak dan perlu dilaksanakan segera.Tiada Individu Mengatasi Undang-Undang NegaraMenteri Pengangkutan memaklumkan, tiada individu mengatasi undang-undang negara ini termasuk berkaitan peraturan jalan raya.Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan, ia perlu dipatuhi semua pihak tidak kira pemimpin atau wakil rakyat, termasuk ketika membantu kempen pilihan raya.Ia ekoran gesaan bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk saman pemimpin yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73259", "title": "Warga Malaysia yang menetap di luar negara boleh mohon undi pos mulai hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nWarga Malaysia yang menetap di luar negara boleh mohon undi pos mulai hari ini.\nJan 23, 2018\n\nWarga Malaysia yang menetap di luar negara boleh mohon untuk mengundi melalui pos bagi PRU14 mulai hari ini jika memenuhi syarat yang ditetapkan.Individu yang terlibat boleh mendapatkan borang dan meneliti syarat-syarat di laman sesawang SPR, dan permohonan ditutup pada hari pembubaran Parlimen\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72958", "title": "Tiada bayaran untuk ganti sijil SPM yang hilang akibat banjir", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada bayaran untuk ganti sijil SPM yang hilang akibat banjir\nNov 14, 2017\n\nKementerian Pendidikan berkata tiada bayaran dikenakan, bagi permohanan penggantian sijil SPM yang hilang akibat banjir di seluruh negara.Mangsa yang terlibat boleh buat permohonan terus kepada Lembaga Peperiksaan untuk dapatkan semula sijil berkenaan.Borang permohonan boleh didapati melalui kaunter atau muat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72515", "title": "SKMM tahan 6 individu berkaitan penyebaran maklumat palsu di Facebook", "body": "\n\u2190 Back to list\nSKMM tahan 6 individu berkaitan penyebaran maklumat palsu di Facebook\nAug 05, 2017\n\nSKMM menahan 6 individu dan memburu 8 lagi dalam operasi berkaitan penyebaran maklumat palsu di Facebook.Ia berhubung 74 kontena yang sudah terlepas daripada pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia, ditahan dalam serbuan berasingan di tiga negeri.Kesemua yang ditahan melibatkan empat wanita dan dua lelaki berusia antara 20 hingga 45 tahun di Kedah, Negeri Sembilan dan Lembah Klang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72318", "title": "45 sekolah ditutup di Kelantan hari ini", "body": "\n\u2190 Back to list\n45 sekolah ditutup di Kelantan hari ini\nJan 05, 2017\n\nKementerian Pelajaran berkata, sekolah yang terjejas akibat banjir tidak perlu menggantikan sesi persekolahan.Ia juga mahu JPN sediakan laporan segera kerosakan sekolah yang terjejas akibat banjir, untuk penyediaan peruntukan baik pulih.Di Kelantan, 45 sekolah ditutup hari ini berikutan banjir yang semakin buruk dengan 14 ribu penduduk berada di pusat pemindahan.Keadaan banjir di Terengganu pula kian pulih dengan hanya 2900 penduduk belum dibenarkan pulang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71713", "title": "Virus Zika : Garis Panduan Langkah-Langkah Pencegahan dikeluarkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nVirus Zika : Garis Panduan Langkah-Langkah Pencegahan dikeluarkan\nFeb 03, 2016\n\nAntara langkah pencegahan yang disarankan adalah memakai pakaian menutup anggota badan untuk elak digigit nyamuk.Orang ramai juga disaran guna kelambu ketika tidur dan pasang jejaring pada tingkap untul elak nyamuk masuk ke rumah.Kementerian juga minta orang ramai tangguh perjalanan ke 24 negara di Amerika Selatan yang terjejas dengan virus Zika.\u00a0*Foto : Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71889", "title": "3.8 juta warganegara berumur 21 tahun ke atas belum mendaftar sebagai pemilih.", "body": "\n\u2190 Back to list\n3.8 juta warganegara berumur 21 tahun ke atas belum mendaftar sebagai pemilih.\nJul 31, 2017\n\nHampir 3.8 juta warganegara berumur 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga 31 Mac lalu.Pada masa sama JPM berkata, lebih 1,400 bantahan diterima SPR terhadap pengundi baharu di seluruh negara.Katanya lagi, pemegang kad pengenalan sementara tidak layak mendaftar sebagai pemilih dan mengundi dalam PRU atau PRK.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=108562", "title": "PKP Penuh Disambung Atau Beralih Fasa Diumum Sebelum Isnin Depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKP Penuh Disambung Atau Beralih Fasa Diumum Sebelum Isnin Depan.\nJun 23, 2021\n\n\nKeputusan sama ada PKP penuh disambung atau beralih ke fasa seterusnya akan diumumkan sebelum Isnin depan.\nJelas Perdana Menteri, ia tidak akan dibuat dalam masa terdekat ini kerana perlu menunggu penilaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).\nDalam pada itu, elaun sukarelawan kesihatan yang terbabit dalam proses vaksinasi dan pengurusan COVID-19 dinaikkan kepada RM100 ringgit sehari.\nTan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan ia bermula bulan ini dan melibatkan sukarelawan yang bertugas lebih 12 jam sehari.\n\u00a0\nKPM cadangkan pelajar kelas peperiksaan kembali ke sekolah lebih awal.\nKementerian Pendidikan mencadangkan MKN supaya pelajar kelas peperiksaan dibenarkan kembali ke sekolah lebih awal daripada Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara.\nPihaknya juga mohon Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 supaya mempercepatkan pemberian vaksin kepada guru dan pelajar kategori itu.\nSetakat ini, hampir 150,000 guru sudah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.\n\u00a0\nLelaki ditahan beri minum bayinya minuman keras.\nDi Pulau Pinang, polis tahan lelaki berusia 19 tahun yang memberi minuman keras kepada bayi berusia 5 bulan dalam satu video viral.\nMenurut polis, suspek yang juga bapa kepada bayi itu mempunyai 14 rekod jenayah lampau.\nBayi berkenaan juga telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79436", "title": "Universiti di seluruh negara perlu lebih tegas kuatkuasakan larangan merokok!", "body": "\n\u2190 Back to list\nUniversiti di seluruh negara perlu lebih tegas kuatkuasakan larangan merokok!\nFeb 25, 2019\n\nSemua universiti di negara ini digesa agar lebih tegas dalam penguatkuasaan larangan merokok!Timbalan Menteri Kesihatan berkata ini kerana peraturan larangan merokok\u00a0dalam kawasan universiti dilihat masih longgar walaupun telah berkuat kuasa\u00a0sejak beberapa tahun lepas.Terdahulu, pihak kementerian\u00a0dilaporkan bercadang untuk kuatkuasakan larangan itu bagi melindungi hak golongan tidak merokok.Dalam perkembangan berkaitan, Sarawak akan laksanakan larangan merokok di semua premis makanan, berkuatkuasa 1 Mac ini.5 lagi kanak-kanak disahkan dijangkiti difteria di Johor.Lima kanak-kanak dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru selepas didapati positif difteria.Foto: NSTIa termasuklah kakak kepada kanak-kanak lelaki yang maut disyaki akibat difteria\u00a0beberapa hari lalu.Menurut Jabatan Kesihatan Johor, dua beradik itu tidak pernah mendapatkan sebarang suntikan imunisasi.Antara gejala difteria adalah sakit tekak, demam panas, sukar menelan dan bengkak kelenjar leher.Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi akan diagihkan hujung bulan depan.1.2 juta penuntut IPT warga Malaysia akan terima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi, BPPT RM100 seorang untuk agihan tahun ini.Kementerian Kewangan berkata BPPT akan disalur pada hujung bulan depan guna mekanisme sedia ada iaitu kad debit bank.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72374", "title": "Lebih 7 ribu murid di 34 buah sekolah di Pahang, Terengganu dan Johor kini terjejas banjir.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 7 ribu murid di 34 buah sekolah di Pahang, Terengganu dan Johor kini terjejas banjir.\nJan 07, 2018\n\nLebih 7 ribu murid di 34 buah sekolah di Pahang, Terengganu dan Johor kini terjejas banjir.Namun, angkanya mungkin turun ekoran keadaan bencana alam itu yang semakin pulih.Terkini di Pahang terdapat lebih 1,200 mangsa berlindung di pusat pemindahan.Terengganu pula mencatatkan hampir 950 mangsa, Sabah hampir 660, Perak 100 dan Johor 38.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73280", "title": "Hampir 800 calon SPM di Pulau Pinang terpaksa mengambil peperiksaan tersebut di sekolah lain.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHampir 800 calon SPM di Pulau Pinang terpaksa mengambil peperiksaan tersebut di sekolah lain.\nNov 08, 2017\n\nBanjir di Pulau Pinang menyebabkan kira-kira 800 calon SPM di negeri itu terpaksa mengambil peperiksaan tersebut di sekolah lain.Malah Harian Metro melaporkan, sejumlah calon SMK Permai Indah di Bukit Mertajam terpaksa menginap sementara di surau sekolah berkenaan akibat bencana alam itu.Bagaimanapun, jumlahnya dijangka berkurangan susulan banjir yang semakin pulih di negeri itu dan juga Kedah.Terkini, Pulau Pinang merekodkan kira-kira 3,480 mangsa banjir, manakala di Kedah, hampir 350 mangsa masih berada di pusat pemindahan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71600", "title": "Kedah Minta Pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Mengenai Penjualan Vape", "body": "\n\u2190 Back to list\nKedah Minta Pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Mengenai Penjualan Vape\nNov 30, 2015\n\nKerajaan Kedah akan bermesyuarat dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri sama ada mahu haramkan penjualan vape atau tidak.Kerajaan negeri itu tidak mahu tergesa-gesa mengharamkan penjualan vape walaupun penggunannya telah diharamkan.Sebagai langkah awal, kerajaan negeri mungkin memberi amaran dan penerangan kepada peniaga vape.Ia susulan saranan Mufti Kedah agar penjualan vape diharamkan sejajar pengharaman menghisap vape dan shisha.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=111652", "title": "Kerajaan Masih Dapat Sokongan Lebih 110 Ahli Parlimen.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Masih Dapat Sokongan Lebih 110 Ahli Parlimen.\nJul 30, 2021\n\n\nTimbalan Perdana Menteri menegaskan kerajaan masih mendapat sokongan lebih 110 Ahli Parlimen.\nJusteru Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap semua pihak kekal tenang dan berdoa agar kemelut politik berakhir dengan segera.\nSituasi politik negara yang tidak stabil ketika ini katanya boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik COVID-19.\nTerdahulu, Yang di-Pertuan Agong, menzahirkan rasa dukacita dengan pengumuman kerajaan mengenai pembatalan semua Ordinan Darurat Isnin lalu, kerana ia belum diperkenankan baginda.\nBaginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang dipersetujui iaitu agar cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen, tidak dilaksanakan.\nSusulan itu, Pejabat Perdana Menteri tampil mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan yang diambil kerajaan mengenai pembatalan Ordinan Darurat adalah teratur dan selaras dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.\nIni kerana Jemaah Menteri telah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk batalkan ordinan darurat sebelum Mesyuarat Khas Parlimen bermula.\n\u00a0\nTerus patuh SOP!\nItu nasihat Ketua Polis Negara kepada seluruh masyarakat dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.\nIa termasuklah pergerakan rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran dan larangan penganjuran aktiviti sosial.\nPihaknya kekal komited meneruskan pemantauan pematuhan SOP, justeru mana-mana pihak yang ingkar, tindakan sewajarnya akan diambil.\n\u00a0\n5 kluster baru Covid-19 dikesan berpunca daripada aktiviti ziarah raya dan rentas negeri.\nKluster ziarah raya melibatkan 3 negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Johor yang kini merekodkan hampir 50 kes positif.\nManakala 2 kluster rentas negeri dilaporkan di Kelantan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72892", "title": "Aidil Zafuan Diperintah Bayar Nafkah Tertunggak Kepada Rita Rudaini", "body": "\n\u2190 Back to list\nAidil Zafuan Diperintah Bayar Nafkah Tertunggak Kepada Rita Rudaini\nApr 26, 2016\n\nAidil Zafuan turut diperintah bayar kos guaman yang ditanggung Rita sepanjang prosiding kes .Pemain JDT itu diberi tempoh 45 hari, bermula hari ini untuk menjelaskan kedua-dua bayaran tersebut.*foto kredit Rotikaya\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80338", "title": "Kerja pembaikan paip pecah di Lebuhraya Persekutuan dijangka siap 8 malam ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerja pembaikan paip pecah di Lebuhraya Persekutuan dijangka siap 8 malam ini\nAug 03, 2019\n\nKerja pembaikan paip pecah di Lebuhraya Persekutuan dijangka siap 8 malam iniFoto - Air SelangorKerja-kerja pembaikan paip pecah di Lebuhraya Persekutuan kini sedang giat dijalankan dan dijangka dapat disiapkan menjelang pukul 8 malam ini.\u00a0Air Selangor berkata, pihaknya mengambil segala usaha bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan semula bekalan ke kawasan terjejas.Tambahnya, proses pembaikan yang rumit itu perlu dijalankan dengan berhati-hati bagi mengelak risiko yang boleh melewatkan kerja-kerja pembaikan.-----Tulisan khat dalam \u00a0Bahasa Melayu Tahun Empat dilaksana tahun depanFoto - Sarawak VoiceKementerian Pendidikan akan melaksanakan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun hadapan seperti yang dijadualkan.Jelas kementerian itu, pihaknya mengambil maklum pelbagai respons terhadap isu itu namun perancangan pengenalannya telah dilaksanakan melalui semakan semula kurikulum sejak 2014.Usaha itu juga katanya telah melalui pelbagai sesi libat urus dengan pakar-pakar bahasa dan pendidikan serta kajian rintis di sekolah-sekolah terpilih.-----Tiga pekerja sebuah resort Pulau Tenggol ditemui selamatFoto - Astro AwaniTiga pekerja sebuah resort yang hilang di perairan Dungun Rabu lepas ditemui selamat oleh nelayan Thailand, malam tadi.Menurut polis, bot yang dinaiki tiga pekerja tersebut telah mengalami kerosakan menyebabkan mereka hanyut mengikut arus.Ketika ditemui, ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik dan memaklumkan kepada nelayan Thailand bahawa mereka adalah pekerja resort di Pulau Tenggol.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73063", "title": "Bantuan Sara Hidup akan disalurkan kepada penerimanya pada 6 Jun ini. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nBantuan Sara Hidup akan disalurkan kepada penerimanya pada 6 Jun ini. \nMay 31, 2018\n\nBantuan Sara Hidup yang menggantikan BR1M akan disalurkan kepada penerimanya pada 6 Jun ini.Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan, bantuan tersebut turut mengekalkan kadar lama.Tun M juga memaklumkan, Bantuan Sara Hidup ada beza dengan BR1M tapi belum beri ulasan lanjut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71695", "title": "Keluarga diraja Arab Saudi Sahkan Pemberian Dana RM2.6 Bilion Kepada PM", "body": "\n\u2190 Back to list\nKeluarga diraja Arab Saudi Sahkan Pemberian Dana RM2.6 Bilion Kepada PM\nJan 27, 2016\n\nDana itu bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Razak memenangi Pilihan Raya Umum 2013.Perkara itu disahkan sumber terdekat keluarga diraja Arab Saudi kepada BBC.Menurut sumber itu lagi, pemberian dana sedemikian merupakan perkara biasa dan turut diberi kepada negara-negara lain.Dalam perkembangan berkaitan, SPRM mungkin rayu keputusan Peguam Negara berhubung siasatan kes dana itu dan juga SRC International.Semalam, Peguam Negara umumkan Perdana Menteri tidak lakukan kesalahan jenayah berhubung kes berkenaan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72290", "title": "Rangkul 9 trofi anugerah Britannia Filmfare Awards", "body": "\n\u2190 Back to list\nRangkul 9 trofi anugerah Britannia Filmfare Awards\nJan 16, 2016\n\nFilem Bajirao Mastani rangkul 9 trofi termasuk filem terbaik di majlis anugerah Britannia Filmfare Awards di Mumbai.Pengarah Terbaik\u00a0Sanjay Leela Bhansali - Bajirao MastaniPelakon Lelaki TerbaikRanveer Singh - Bajirao MastaniPelakon Pembantu Wanita Terbaik\u00a0Priyanka Chopra - Bajirao MastaniPenyanyi Latar Wanita Terbaik\u00a0Shreya Ghoshal - Bajirao Mastani (Deewani Mastani)Kostum TerbaikAnuj Modi, Maxima Basu - Bajirao MastaniProduction Design TerbaikSujit Sawant, Saloni Dhatrak, Sriram Iyenger - Bajirao MastaniAksi TerbaikSham Kaushal - Bajirao MastaniKareografi TerbaikPandit Birju Maharaj (Mohe Rang Do Laal) - Bajirao MastaniRemo D'Souza (Pinga)- Bajirao Mastani\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73116", "title": "SKMM akan perkenalkan pelaksanaan pengenalan diri digital mulai tahun depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSKMM akan perkenalkan pelaksanaan pengenalan diri digital mulai tahun depan.\nApr 06, 2018\n\nSKMM akan perkenalkan pelaksanaan pengenalan diri digital yang selamat untuk orang ramai dan sektor swasta mulai tahun depan.Menurutnya langkah itu diperkenal seiring dengan pembangunan perniagaan e-dagang di negara ini.Tambah suruhanjaya itu, pihaknya sedang merangak modul ID Digital berkenaan yang menekankan aspek sekuriti maklumat yang dikongsikan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73173", "title": "11 Ahli Parlimen UMNO nafi akan keluar parti.", "body": "\n\u2190 Back to list\n11 Ahli Parlimen UMNO nafi akan keluar parti.\nSep 20, 2018\n\n11 Ahli Parlimen UMNO tampil menafikan akan keluar parti!Ini selepas nama mereka turut tertera dalam senarai 17 pemimpin UMNO yang didakwa bakal keluar parti seperti yang tersebar dalam media sosial semalam.Nama besar yang menafikan desas-desus itu termasuklah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Datuk Seri Shahidan Kassim, dan Datuk Seri Bung Mokthar Radin.SOP berhubung tindakan ke atas OKU akan diteliti.Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mahu SOP berhubung tindakan ke atas OKU diteliti dan diperketatkan.Antara aspek yang perlu diteliti adalah tahap mentaliti, tingkah laku dan umur OKU termasuk autistik.Foto: The StarIni selepas seorang lelaki autistik berusia 22 tahun dipercayai mencabul seorang gadis di sebuah restoran di Subang Jaya baru-baru ini.Jumlah kematian akibat keracunan arak dijangka terus meningkat.Kementerian Kesihatan berkata setakat ini 23 kematian dicatatkan di bawah fasilitinya manakala jumlah kematian yang berlaku di luar masih belum dapat disahkan.Dalam pada itu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli minta pihak berwajib jalankan operasi besar-besaran menghapuskan arak berkualiti rendah yang dijual di pasaran.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79356", "title": "SPR hantar kad pengundi kepada pengundi di PRK Semenyih.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPR hantar kad pengundi kepada pengundi di PRK Semenyih.\nFeb 14, 2019\n\nSPR telah menghantar kad pengundi kepada lebih 54 ribu pengundi PRK DUN Semenyih!Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata ia sebagai usaha untuk menggalakkan dan memudahkan pengundi untuk keluar mengundi pada 2 Mac ini.Kad pengundi itu mengandungi maklumat pengundian seperti Pusat Mengundi, Saluran, Bilangan dan Masa Mengundi.Sementara itu, seorang usahawan muda, Nik Aziz Afiq Abdul, 25 tahun diumum sebagai calon Parti Sosialis Malaysia, PSM bagi\u00a0PRK Semenyih.Majlis Presiden Pakatan Harapan akan bermesyuarat tentang kemasukan ahli baru BERSATU.Majlis Presiden Pakatan Harapan akan adakan mesyuarat bagi membincangkan kemasukan 6 bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam BERSATU, kelmarin!Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagaimanapun tidak memberitahu bila mesyuarat terbabit akan diadakan.Gambar \"Syukur\u00a0The Kampung Boy\" terpilih\u00a0ke pertandingan akhir sebuah anugerah di India.Gambar \"Syukur The Kampung Boy\" bersama kerbau peliharaan keluarganya di Terengganu terpilih ke pertandingan akhir Anugerah Fotografi Akademi Camarena India 2019.Sebelum ini, gambar yang viral di media sosial itu turut muncul juara peringkat Asia, selain tersenarai antara 20 gambar terbaik dunia.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73243", "title": "Fenomena air pasang besar dan angin kencang diramal kembali melanda mulai Khamis hingga Ahad ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nFenomena air pasang besar dan angin kencang diramal kembali melanda mulai Khamis hingga Ahad ini.\nJan 09, 2018\n\nFenomena air pasang besar dan angin kencang diramal kembali melanda Terengganu, juga di Kelantan, Pahang dan timur Johor mulai Khamis hingga Ahad ini.Ia akan menyebabkan kenaikan paras air laut di negeri berkenaan.Selain itu, penduduk Pahang dan Johor diminta terus waspada dengan kemungkinan banjir berulang.Ia ekoran ramalan bahawa hujan lebat akan berlaku di beberapa kawasan di negeri terbabit dan juga Sarawak mulai esok hingga Jumaat ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73007", "title": "Video seorang wanita ditetak dengan parang oleh suami dan rakan di Klang, telah menjadi viral!", "body": "\n\u2190 Back to list\nVideo seorang wanita ditetak dengan parang oleh suami dan rakan di Klang, telah menjadi viral!\nMar 08, 2018\n\nRakaman video seorang wanita ditetak dengan parang oleh suami dan rakan suaminya di Klang, pagi tadi telah menjadi viral!Dalam kejadian yang berlaku pagi tadi, suspek dan rakannya turut menculik mangsa.Polis sedang mengesan mereka, dan tidak tolak kemungkinan suspek kini berada di luar Lembah Klang.Tambahnya hasil maklumat awal, kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=107551", "title": "Kenaikan harga minyak masak munasabah", "body": "\n\u2190 Back to list\nKenaikan harga minyak masak munasabah\nJun 08, 2021\n\nKenaikan harga minyak masak munasabah\n\nFoto - The Star\nKenaikan harga minyak masak di pasaran kira-kira RM30 ringgit bagi botol lima kilogram adalah munasabah.\nMenteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali jelaskan ia susulan kenaikan harga minyak sawit bertapis yang tinggi pada masa ini.\u00a0\nTambah beliau, untuk 12 juta rakyat berpendapatan rendah, kerajaan telah menyediakan harga subsidi RM2.50 bagi pek satu kilogram walaupun harga modal di kilang melebihi RM5.\n-----\nSultan Selangor terkejut!\n\nFoto - Istana Selangor\nSultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terkejut apabila bilangan vaksin yang diterima Selangor tidak mencapai sasaran yang disarankan pihak berkuasa.\u00a0\nBaginda merasakan ia tidak adil kerana nisbah pemberian vaksin ketika ini tidak seimbang, dengan jumlah penduduk di Selangor seramai 6.5 juta orang.\u00a0\nMenurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), setakat ini kira-kira 615 ribu dos vaksin diterima negeri Selangor, bukan 2.9 juga seperti yang didakwa.\n-----\nPemberian vaksin mampu cecah 300 ribu sehari pada Ogos\n\nFoto - The Star\nKerajaan yakin, kadar pemberian vaksin mampu mencecah 300 ribu sehari pada bulan Ogos ini.\nMenteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin berkata,sasaran itu mampu dicapai jika vaksin yang dijanjikan tiba mengikut jadual.\nKhairy turut yakin, sasaran pemberian vaksin kepada 80 peratus rakyat negara ini mampu dilaksanakan pada bulan Oktober.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72898", "title": "Tiada Lagi Pengambilan Pekerja Asing ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Lagi Pengambilan Pekerja Asing \nMar 13, 2016\n\nKabinet buat keputusan muktamad bahawa tiada lagi pengambilan pekerja asing baharu untuk negara ini.\u00a0Jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, \u00a0pihak yang perlukan tenaga kerja dari luar, perlu ambil pekerja asing sedia ada.\u00a0Namun pengambilan pembantu rumah warga asing dikecualikan daripada larangan itu dan ia berada di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72020", "title": "Guru yang didakwa mencederakan seorang anak muridnya di Nilai, dilepas tanpa dibebaskan mahkamah hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nGuru yang didakwa mencederakan seorang anak muridnya di Nilai, dilepas tanpa dibebaskan mahkamah hari ini.\nDec 19, 2017\n\nGuru yang didakwa mencederakan seorang anak muridnya di Nilai, N.Sembilan dilepas tanpa dibebaskan mahkamah hari ini.Pertuduhan ke atas guru yang dikenali sebagai Cikgu Azizan itu ditarik semula atas arahan Jabatan Peguam Negara.Terdahulu, Cikgu Azizan didakwa mencederakan muridnya dengan sengaja selepas mendapati murid berkenaan menghidu gam, membuli murid lain dan ponteng sekolah.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71748", "title": "JPJ nafi hukuman kesalahan kes cermin gelap kenderaan akan dinaikkan berganda", "body": "\n\u2190 Back to list\nJPJ nafi hukuman kesalahan kes cermin gelap kenderaan akan dinaikkan berganda\nFeb 21, 2016\n\nJPJ nafi laporan bahawa hukuman untuk kesalahan kes cermin gelap kenderaan akan dinaikkan berkali ganda.Sebaliknya ujar JPJ, kadar kompaun maksimum untuk kesalahan tersebut kekal RM300Jelasnya lagi, denda sehingga RM2,000 atau 6 bulan penjara seperti yang dilaporkan tempoh hari adalah adalah untuk kesalahan trafik kali pertama.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72278", "title": "Wanita ditahan untuk bantu siasatan", "body": "\n\u2190 Back to list\nWanita ditahan untuk bantu siasatan\nJan 02, 2016\n\nBayi lelaki berusia hampir dua tahun meninggal dunia dipercayai terjatuh ketika dalam jagaan pengasuh di Sungai Buloh.Pemeriksaan terhadap anggota badan dapati terdapat kesan lebam di bahagian badan, benjol di kepala, serta perutnya kembung.Pengasuh wanita berusia 26 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72440", "title": "Lelaki Bakar Rumah dan Pukul Mentua", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki Bakar Rumah dan Pukul Mentua\nMay 17, 2017\n\nSeorang lelaki bakar rumah ibu mentuanya di Kemaman, Terengganu yang ditumpangi sejak beberapa tahun lalu, selepas bertengkar dengan isteri.Suspek yang tidak bekerja juga memukul ibu mentua dan jiran yang cuba melindungi isterinya.Dia kemudian bertindak melarikan diri bersama 4 anak berusia 4 hingga 10 tahun, dan polis kini giat memburunya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71581", "title": "Empat Suspek Kes Buli di Sarawak Ditahan Polis", "body": "\n\u2190 Back to list\nEmpat Suspek Kes Buli di Sarawak Ditahan Polis\nNov 22, 2015\n\nVideo kes buli itu tersebar di laman sosial.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73045", "title": "SPR tidak akan keluarkan sebarang kenyataan terhadap beberapa insiden pada hari penamaan calon kelmarin. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPR tidak akan keluarkan sebarang kenyataan terhadap beberapa insiden pada hari penamaan calon kelmarin. \nApr 30, 2018\n\nSPR tidak akan keluarkan sebarang kenyataan sehingga laporan lengkap diperoleh dan siasatan polis dijalankan terhadap beberapa insiden pada hari penamaan calon PRU14, kelmarin.Ia susulan ada pihak buat laporan polis selepas terdapat calon tidak dapat kemukakan kertas penamaan calon kerana gagal bawa pas SPR pada Sabtu lalu.Justeru, orang ramai diminta untuk tidak buat sebarang spekulasi berhubung dakwaan tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73176", "title": "Draf kaedah pembayaran balik pinjaman PTPTN akan dibentang kepada kabinet.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDraf kaedah pembayaran balik pinjaman PTPTN akan dibentang kepada kabinet.\nSep 24, 2018\n\nDraf kaedah pembayaran balik pinjaman PTPTN akan dibentang kepada kabinet.Pengerusi PTPTN berkata biarpun jumlah hutang yang tidak dibayar sangat tinggi, pihaknya akan bantu peminjam agar dapat lunaskan pinjaman tesebut.\u00a0Foto: NSTTerdahulu, Perdana Menteri dedahkan kerajaan tanggung hutang terkumpul sebanyak RM36 bilion ekoran kegagalan peminjam membayar balik pinjaman.Pusat tahfiz di Kepong yang jadi lokasi 9 pelajarnya dipercayai diliwat pengetua mereka berkemungkinan ditutup.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata tindakan tegas itu akan diambil sekiranya suspek dibuktikan bersalah.Sementara itu, Menteri Pendidikan mahu kajian semula dibuat ke atas garis panduan penyeliaan dan pengendalian pusat tahfiz bagi tangani kes salah laku seksual.Johor bakal wujudkan bilik penyusuan bayi khas di setiap pejabat kerajaan negeri bermula November depan.Pihaknya berkata penyediaan bilik seumpama itu perlu dititikberatkan kerana ramai wanita berasa kurang selesa apabila menyusukan anak di tempat awam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70983", "title": "Cuma Mengingatkan...", "body": "\n\u2190 Back to list\nCuma Mengingatkan...\nOct 02, 2020\n\nBukan Beri Bayangan Cuma MengingatkanKetua Pengarah Kesihatan tampil menjelaskan hantaran Twitternya pagi semalam.Jelas Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia bukannya memberi bayangan PKP fasa awal akan dilaksanakan semula, cuma mahu mengingatkan rakyat untuk terus waspada.Semalam 260 kes baru direkodkan dengan 31 daripadanya mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.\u00a0Ia juga merupakan kes harian ke-2 paling tinggi selepas kes tertinggi dicatatkan 4 Jun lalu iaitu 277.Pelajar Baru USM Disaran Tangguh Perjalanan Ke KampusUSM saran semua penuntutnya termasuk pelajar baru yang sepatutnya mendaftar di kampus hari ini tangguhkan perjalanan.Universiti itu sebaliknya meminta mereka membuat pendaftaran dalam talian dan keputusan dibuat selepas mengambil kira perkembangan terkini wabak COVID-19.Tarikh baru kemasukan ke kampus USM akan diumumkan kelak.Lesen Motosikal Boleh Mohon 'Online'Orang ramai boleh memperbaharui lesen motosikal secara dalam talian melalui sistem myEG mulai 9 Oktober ini.Menurut JPJ, bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) pula, pembaharuan secara dalam talian akan dilaksanakan mulai 16 Oktober.Sebelum ini perkhidmatan secara dalam talian melalui sistem myEG ialah bagi urusan pembaharuan lesen kereta persendirian sahaja.\u00a0Foto:\u00a0Sinar Harian & Twitter KP Kesihatan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70853", "title": " KKM Minta Asing Tahanan", "body": "\n\u2190 Back to list\n KKM Minta Asing Tahanan\nSep 11, 2020\n\nKKM Minta Asing TahananKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) saran pihak berkuasa mengasingkan tahanan lama dan baru di lokap dan penjara susulan Kluster Benteng di Lahad Datu, Sabah.Jelas KKM, ia penting bagi elak penularan COVID-19 pada skala lebih besar dalam kalangan tahanan berkenaan.Kluster Benteng bermula apabila 2 pendatang asing tanpa izin yang ditahan lokap IPD Lahad Datu didapati positif COVID-19.Setakat ini 170 kes positif dikesan dalam kluster tersebut.Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia mencatatkan 45 kes baru wabak berkenaan dengan 40 daripadanya melibatkan Kluster Benteng.Sultan Kedah Titah Rakyat BertenangSultan Kedah menitahkan penduduk kekal tenang menghadapi gelombang ke-2 COVID-19 di negeri itu.Baginda juga bertitah, yang penting rakyat perlu berhati-hati, patuh kepada arahan dan SOP termasuk sentiasa berada di rumah dan hanya keluar apabila perlu sahaja.Kerajaan umum PKPD dilaksanakan di Kota Setar bermula tengah malam tadi sehingga 25 September depan.Susulan itu juga, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau di daerah terbabit ditangguhkan serta-merta.KJ Jumpa VeveonahMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengadakan pertemuan dengan penuntut UMS yang viral kerana terpaksa panjat pokok demi dapatkan capaian internet.Dalam pertemuan itu Khairy Jamaluddin memaklumkan, beliau mewakili kerajaan mohon maaf kepada pelajar tersebut atas kesulitan yang dialaminya.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia turut mohon maaf di Dewan Negara kerana menimbulkan kekeliruan berkaitan isu tersebut.Ujar Datuk Zahidi Zainul Abidin, kementerian akan berusaha menambah baik capaian internet di pedalaman khasnya Sabah dan Sarawak.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71684", "title": "Jumlah Individu Daftar Derma Organ Meningkat", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah Individu Daftar Derma Organ Meningkat\nJan 21, 2016\n\nUjar Pusat Sumber Transplan Nasional, hasilnya 6 anggota Kabinet termasuk PM telah berikrar sebagai penderma organ.Setakat ini juga sudah lebih 326 ribu orang atau 1 peratus penduduk Malaysia berikrar sebagai penderma organ. \u00a0Ia merupakan peningkatan yang sangat positif namun usaha akan terus digiatkan untuk menambahkan jumlahnya.Ia bagi mencapai sasaran 30 peratus penduduk berikrar sebagai penderma organ seperti di negara-negara maju.Dalam pada itu, takut dan salah tanggap antara alasan yang kerap diberikan orang ramai berkenaan pendermaan organ.Ujar Pusat Sumber Transplan Nasional, stigma negatif itu boleh dihilangkan jika orang ramai mendapat penjelasan tepat.Justeru, orang ramai diminta layari' www.dermaorgan.gov.my' untuk maklumat lanjut dan mendaftar sebagai penderma.Layari juga Facebook Astro Radio News untuk berita terkini dan menonton video pengalaman seorang penderma organ.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73137", "title": "UPSR akan datang lebih utamakan soalan subjektif berbanding objektif.", "body": "\n\u2190 Back to list\nUPSR akan datang lebih utamakan soalan subjektif berbanding objektif.\nFeb 13, 2018\n\nKementerian Pendidikan akan mengurangkan soalan objektif dan menambah soalan subjektif dalam UPSR.Langkah itu bertujuan meningkatkan kemahiran berfikir dan juga komunikasi dalam kalangan murid.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72972", "title": "36 majikan akan menerima pembantu rumah asing menerusi Maid Online", "body": "\n\u2190 Back to list\n36 majikan akan menerima pembantu rumah asing menerusi Maid Online\nJan 09, 2018\n\nSeramai 36 majikan akan menerima pembantu rumah asing mulai minggu ini, menerusi pendaftaran Sistem Maid Online yang dikuat kuasa 1 Januari lalu.\u00a0Jabatan Imigresen berkata kesemua majikan terbabit sedang menunggu keputusan pemeriksaan perubatan yang dijangka selesai dalam tempoh tiga hari.Tambahnya, selepas selesai ujian kesihatan majikan akan membawa pembantu itu ke Imigresen untuk pengambilan data biometrik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78938", "title": "Elakkan makan sayur \u2018romaine lettuce\u2019 yang diimport dari Amerika Syarikat kerana dicemari bakteria.", "body": "\n\u2190 Back to list\nElakkan makan sayur \u2018romaine lettuce\u2019 yang diimport dari Amerika Syarikat kerana dicemari bakteria.\nNov 27, 2018\n\nOrang ramai dinasihatkan supaya tidak makan sayur \u2018romaine lettuce\u2019 yang diimport dari Amerika Syarikat kerana dicemari bakteria.Kementerian Kesihatan berkata jika ada gejala keracunan makanan, pengguna perlu segera dapatkan rawatan di klinik berdekatan.Setakat ini, seramai 32 orang di Ameria Syarikat jatuh sakit akibat memakan sayur yang tercemar itu.Berhati-hati kongsi maklumat mengenai\u00a0insiden di kuil di USJ 25, Putra Heights.Waspada dengan setiap maklumat yang anda kongsikan di media sosial mengenai insiden di kuil di USJ 25, Putra Heights.Ini kerana tegas Menteri Dalam Negeri, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian dan keamanan negara.Jelas Muhyiddin lagi, polis telah pun diminta siasat kejadian itu secara terperinci dan mereka yang melanggar undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan.Setakat ini, 17 individu telah ditahan berhubung insiden tersebut bagi membantu siasatan.Pemandu e-hailing perlu daftar lesen PSV mulai tahun depan.Bermula Januari depan, semua pemandu e-hailing diwajibkan untuk daftar lesen Kenderaan Pengangkutan Awam, PSV seperti pemandu teksi lain.Kementerian Pengangkutan berkata pemandu diberi tempoh sehingga 12 Julai depan untuk selesaikan pendaftaran lesen termasuk mengikuti kursus PSV.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72223", "title": "Geng basikal JB : 22 lagi ditahan", "body": "\n\u2190 Back to list\nGeng basikal JB : 22 lagi ditahan\nApr 03, 2017\n\n22 remaja geng berbasikal ditahan polis Johor Bahru kerana berkumpul dan berlumba pada lewat malam kelmarin.Ketua Polis JB Selatan berkata, lebih mendukacitakan, remaja berkenaan ditahan di lokasi sama tragedi nahas yang meragut nyawa 8 remaja berbasikal 18 Februari lalu.Malah, sebahagian yang ditahan adalah saksi kepada tragedi berkenaan, dan ini bermakna mereka tidak mengambil iktibar atas kejadian tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73074", "title": "Aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu digantung ekoran gempa bumi di Ranau, Sabah malam tadi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAktiviti pendakian di Gunung Kinabalu digantung ekoran gempa bumi di Ranau, Sabah malam tadi.\nMar 09, 2018\n\nAktiviti pendakian di Gunung Kinabalu digantung ekoran gempa bumi 5.2 magnitud yang berlaku di Ranau, Sabah malam tadi.Sementara itu, 130 pendaki yang berada di gunung tersebut semasa kejadian disahkan selamat dan dibawa turun dengan bantuan malim gunung.Gempa bumi berkenaan dirasai di kebanyakkan kawasan di\u00a0 pantai barat Sabah hingga menimbulkan panik seketika dalam kalangan penduduk.Ini merupakan gempa bumi paling kuat yang melanda negeri itu dalam tempoh 3 tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79144", "title": "UiTM Kekal Untuk Anak Melayu & Bumiputera", "body": "\n\u2190 Back to list\nUiTM Kekal Untuk Anak Melayu & Bumiputera\nJan 11, 2019\n\nUiTM kekal khas kepada pelajar Melayu dan Bumiputera sahaja, dan TIDAK akan dibuka kepada bukan bumiputera.\u00a0Naib Canselor Professor Datuk Dr Hassan Said jelaskan, UiTM jadi pilihan utama pelajar melayu dan bumiputera terutama dari kawasan luar bandar dan pendalaman.Dr Hassan mengulas kenyataan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Asrhad Ayub yang berpendapat UiTM wajar dibuka kepada pelajar bukan bumiputera dalam pengajian Sarjana.\u00a0Jabatan Perumahan Negara Nafi Keluarkan Notis Kontrak Secara PilihanJabatan Perumahan Negara berkata pihaknya tidak\u00a0pernah mengeluarkan Notis Kontrak Secara Pilihan.Ia turut menafikan kononnya\u00a0terdapat notis kontrak pembangunan dan pembinaan secara terpilih termasuk rumah mampu milik yang dikeluarkannyaOleh itu orang ramai diminta melaporkan kepada polis sekiranya terdapat notis atau surat tawaran berunsurkan penipuan seumpama itu.\u00a0Sistem eNTRI Dilanjutkan Sehingga Hujung Tahun Ini\u00a0Sistem eNtri atau Electronic Travel Registration and Information untuk pelawat China dan India dilanjutkan selama setahun sehingga 31 Disember ini.Kementerian Dalam Negeri berkata sistem itu sedang dalam proses penambahbaikan dan dijangka beroperasi sepenuhnya Selasa depan.Sistem ini merupakan kemudahan tanpa visa bagi pelawat China dan India untuk memasuki Malaysia atas tujuan melancong dalam tempoh 15 hari. \u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73415", "title": "e-buku Kurikulum Pendidikan Pemandu sepenuhnya pada 2020", "body": "\n\u2190 Back to list\ne-buku Kurikulum Pendidikan Pemandu sepenuhnya pada 2020\nMar 31, 2018\n\nPenggunaan e-buku Kurikulum Pendidikan Pemandu akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun 2020.Kementerian Pengangkutan berkata, dalam tempoh peralihan, pelajar boleh pilih sama ada mahu belajar secara manual atau dalam talian.Katanya, e-buku akan dapat dilaksanakan sepenuhnya apabila kontrak Percetakan Nasional Malaysia Bhd mencetak buku manual KPP tamat pada 2020.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=107206", "title": "Lindungi Kanak-kanak Daripada COVID-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLindungi Kanak-kanak Daripada COVID-19.\nJun 03, 2021\n\n\nIbu bapa dan penjaga perlu bertindak proaktif dalam melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti Covid-19.\nKetua Pengarah Kesihatan berkata mereka perlu pantau pergerakan anak-anak supaya kekal berada di rumah dan tidak keluar berjumpa kawan atau ke tempat awam.\nTan Sri Dr Noor Hisham juga menasihati ibu bapa agar sentiasa ingatkan anak-anak pakai pelitup muka dan amalkan kebersihan kendiri yang betul.\nIa susulan peningkatan kes Covid-19 melibatkan kanak-kanak di bawah 5 tahun yang amat membimbangkan.\n\u00a0\nMalaysia merekodkan kes kematian harian tertinggi.\n126 pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 \u2013 kes kematian harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara.\nIa menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada hampir 3,000.\nMalaysia turut merekodkan 7,703 kes harian Covid-19 semalam.\n\u00a0\nPeniaga kecil dikecualikan daripada kelulusan operasi MITI.\nPeniaga kecil berlesen dikecualikan daripada mendapatkan kelulusan operasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MITI sepanjang PKP penuh ini.\nMenurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KPKT, peniaga terlibat hanya perlu menunjukkan permit penjaja yang dikeluarkan oleh PBT.\nNamun mereka perlu mendapatkan kebenaran polis dengan mengemukakan bukti permit penjaja jika lokasi perniagaan melibatkan pergerakan rentas daerah.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72571", "title": "1,728 Murid Terlibat Kegiatan Mencuba Dadah", "body": "\n\u2190 Back to list\n1,728 Murid Terlibat Kegiatan Mencuba Dadah\nDec 19, 2016\n\nLebih 1,700 murid di seluruh negara, dengan hampir keseluruhannya lelaki, dikesan terlibat dalam kegiatan mencuba dadah tahun ini.Menurut Kementerian Pendidikan, statistik ini diperoleh melalui hasil ujian urin yang dilaksanakan AADK dan tangkapan yang dibuat PDRM.Murid sekolah terbabit juga telah melalui sesi kaunseling dan program intervensi dengan kerjasama pihak AADK.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70582", "title": "Najib bersalah!", "body": "\n\u2190 Back to list\nNajib bersalah!\nJul 28, 2020\n\nNajib bersalah!Foto - CenLANowDatuk Seri Najib Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.Ia membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram serta satu pertuduhan salahguna kuasa.Najib\u00a0yang juga Perdana Menteri keenam dari tahun 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia diheret ke mahkamah.-----Kes aktif COVID-19 cecah lebih 200Foto - The StarHanya sehari selepas jumlah kes baru positif COVID-19 mencatat satu angka, jumlah hari ini kembali melonjak kepada dua angka melibatkan 39 kes.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 212.Daripada 39 kes baru dilaporkan, 11 adalah kes import manakala 28 lagi merupakan penularan tempatan di mana 22 kes melibatkan warganegara Malaysia.-----Kerajaan tanggung lebih separuh kos kuarantin wajibFoto - BernamaIndividu yang pulang dari luar negara dan diarah jalani kuarantin wajib selamat 14 hari di stesen kuarantin perlu membayar kos sebanyak RM4,700.Namun Menteri Kanan ( Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat Malaysia hanya perlu bayar maksimum RM2,100 untuk caj bilik hotel dan makan sebanyak tiga kali sehari.Kerajaan pada 24 Julai memutuskan, semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini perlu jalani perintah kuarantin wajib 14 hari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=120974", "title": "KPM Nafi Keluarkan Jadual Tindakan Disiplin Yang Dilarang Kepada Murid.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPM Nafi Keluarkan Jadual Tindakan Disiplin Yang Dilarang Kepada Murid.\nNov 24, 2021\n\n\nKPM Nafi Keluarkan Jadual Tindakan Disiplin Yang Dilarang Kepada Murid.\nKementerian Pendidikan tidak pernah keluarkan jadual berkaitan hukuman tindakan disiplin yang dilarang dilakukan kepada murid.\nTegasnya, jadual yang viral di media sosial itu adalah palsu.\nTindakan disiplin hanya boleh dikenakan mengikut tatacara pengurusan disiplin yang dikeluarkan oleh KPM.\n\u00a0\nMalaysia kekal dengan SOP pemakaian pelitup muka.\nPemakaian pelitup muka kekal sebagai SOP penting bagi mencegah penularan Covid-19 di negara ini.\nJelas Menteri Kesihatan kepada Berita Harian,\u00a0ini kerana SOP pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal merupakan perisai yang sangat penting berlandaskan sains dan data.\nSusulan itu, Malaysia katanya tidak akan mencontohi beberapa negara Eropah yang dilihat tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka.\n\u00a0\n48 peratus ahli KWSP bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kritikal.\n48 peratus ahli KWSP di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan KWSP pada tahap kritikal.\nIa merupakan peningkatan 28 peratus ahli KWSP yang mempunyai simpanan yang amat kritikal berbanding sebelum pandemik\nMenurut KWSP, ia bukan hanya akan memudaratkan kehidupan individu tetapi juga landskap sosioekonomi negara.\nPihaknya bimbang akan risiko majoriti ahlinya mungkin terpaksa jalani hari tua dalam kemiskinan kerana pengeluaran yang dibuat akibat COVID-19.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79666", "title": "Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak esok tidak akan disiarkan secara langsung!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak esok tidak akan disiarkan secara langsung!\nApr 02, 2019\n\nTidak akan ada siaran langsung untuk prosiding perbicaraan kes bekas PM, Datuk Seri Najib Razak!Jelas Mahkamah Persekutuan, ini kerana kes perbicaraan di mahkamah tidak boleh disiar secara langsung atau dirakam mana-mana media.Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mohon untuk tangguhkan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC itu.Bagaimanapun belum ada tarikh ditetapkan untuk pengurusan kes terbabit.3 saksi dijadual beri keterangan pada hari pertama perbicaaran esok.Bukan semua yang dilakukan negara lain boleh diikuti Malaysia!PDRM membuat penegasan itu berkaitan cadangan pelbagai pihak agar ganja ditanam secara besar-besaran di negara ini untuk kegunaan perubatan.Menurut Bukit Aman, walau atas apapun alasan, tanaman ganja tidak sesuai diusahakan secara mega sebab ia boleh jadi ancaman besar kepada kesejahteraan rakyat.JAKIM meluluskan lebih 10,000 permohonan sijil halal Malaysia hingga Mac lalu.Perkara itu dilihat sebagai satu perkembangan positif sekaligus ubah persepsi pelbagai pihak kononnya proses permohonan sijil halal JAKIM agak rumit.Orang ramai dinasihatkan buat permohonan secara terus kepada JAKIM tanpa menggunakan pihak ketiga untuk caj permohonan yang lebih rendah.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80368", "title": "Pengenalan Tulisan Khat Di SJKC & SJKT Diteruskan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengenalan Tulisan Khat Di SJKC & SJKT Diteruskan\nAug 08, 2019\n\nPengenalan tulisan khat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, akan diteruskan\u00a0seperti perancangan.Kementerian Pendidikan berkata pengenalan tulisan khat itu, hanya akan dimuatkan sebanyak tiga muka surat di dalam buku teks.Tambahnya, terpulang kepada kreativiti guru, untuk sampaikan pengajaran tersebut di bilik darjah masing-masing.Universiti Jepun Bakal Dibina\u00a0di MalaysiaMalaysia bakal menjadi negara pertama mempunyai universiti dari Jepun.Perdana Menteri, \u00a0Tun Dr Mahahir Mohamad berkata tapak berpotensi penubuhan universiti terbabit telahpun dikenalpasti di Kedah dan Selangor.Penubuhan universiti Jepun di Malaysia, dijangka dapat mengurangkan sekurang-kurangnya satu pertiga kos penghantaran pelajar ke negara itu.Guna Rakaman Suara Untuk Cari Nora AnnePasukan mencari dan menyelamat akan gunakan rakaman suara ahli keluarga, dalam usaha mencari remaja Ireland yang hilang di Nilai, Ahad lalu.Mereka berharap, rakaman suara \u00a0ibu atau adiknya, dapat membantu menarik perhatian mangsa.Dalam pada itu, polis mengalu-alukan sebarang maklumat atau cadangan termasuk alternatif mengikut kepercayaan agama masing-masing.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72821", "title": "99 kes akibat gelombang haba direkodkan sejak 1 Mac", "body": "\n\u2190 Back to list\n99 kes akibat gelombang haba direkodkan sejak 1 Mac\nMar 28, 2016\n\nMenurut kementerian, 22 kes adalah 'heat cramp', 63 kes kelesuan haba manakala 14 kes lagi disebabkan strok haba termasuk mengakibatkan 1 kematian di Johor.Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum ini memaklumkan, cuaca panas ekoran fenomena El Nino dijangka makin berkurang pada Jun ini.\u00a0Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah tidak menerima laporan mengenai masalah kesihatan murid sekolah akibat cuaca panas melampau.Malah ujar pihaknya kepada kami, lebih 90 peratus murid di negeri itu tetap hadir ke sekolah.Pada jam 5 petang tadi Alor Setar dan Chuping, Perlis merekodkan bacaan suhu paling tinggi di seluruh negara iaitu 37 darjah selsius.Sementara itu, harga ladang bagi mempelam harum manis di Perlis untuk musim tahun ini dijangka meningkat ekoran kemerosotan pengeluaran akibat fenomena El Nino.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72316", "title": "Tumpahan minyak ekoran perlanggaran dua kapal kelmarin", "body": "\n\u2190 Back to list\nTumpahan minyak ekoran perlanggaran dua kapal kelmarin\nJan 05, 2017\n\nProses pembersihan tumpahan minyak akibat pelanggaran dua kapal kontena di perairan Selat Johor kelmarin dijangka mengambil masa seminggu.Lembaga Pelabuhan Johor berkata tempoh pembersihan itu bergantung kepada cuaca dan keadaan arus.Namun ia memberi jaminan tumpahan minyak yang berlaku tidak menjejaskan penduduk khasnya nelayan di situ.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80157", "title": "Kes guru rotan pelajar di JB hampir selesai.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes guru rotan pelajar di JB hampir selesai.\nJun 27, 2019\n\nKes guru rotan seorang murid mulut celupar di JB yang viral baru-baru ini hampir selesai.Guru, ibu bapa pelajar terbabit serta pihak PIBG dilapor setuju bertemu hari ini untuk membincangkan insiden tersebut.Terdahulu, polis sahkan ibu murid tersebut sudah menarik balik laporan yang dibuatnya.Punca sebenar insiden pencemaran di Pasir Gudang, Johor masih belum dipastikan.Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata hasil keputusan ujian makmal terhadap 8 pesakit didapati negatif bahan kimia.Dalam perkembangan berkaitan, sebuah stesen pemantauan bahan-bahan cemar udara secara tetap akan diwujudkan di Pasir Gudang.Jelas Yeo Bee Yin, ia bagi memastikan isu pencemaran sebegitu tidak berulang dan keselamatan penduduk terjamin.\u00a0SPRM akan failkan lebih banyak saman perlucutan hak babit dana 1MDB.Lebih banyak lagi saman bagi perlucutan hak akan difailkan terhadap individu dan entiti membabitkan dana 1MDB.Namun SPRM enggan dedah siapa responden terbaru berkenaan.Minggu lalu suruhanjaya itu memfailkan saman terhadap 41 individu dan entiti bagi mendapatkan kembali RM270 juta dana 1MDB.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70828", "title": "Kes harian COVID-19 naik mendadak", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes harian COVID-19 naik mendadak\nSep 07, 2020\n\nKes harian COVID-19 naik mendadakFoto - The StarKes baru positif COVID-19 dalam negara melonjak mendadak apabila 62 kes dicatatkan hari ini dengan 56 kes membabitkan penularan tempatan.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 56 kes penularan tempatan itu melibatkan 30 warganegara dan 26 bukan warganegara.Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini bertambah kepada 9,459 kes dengan 207 merupakan kes aktif.-----Lagi kluster baru dikesan di KedahFoto - New Straits TimesSatu kluster baru dikenali sebagai Kluster Sungai dikesan di Kedah melibatkan kes indeks seorang anggota kesihatan di pusat perubatan di negeri berkenaan.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks itu bergejala sejak 30 Ogos lepas namun tidak mendapatkan rawatan sehingga disahkan positif Sabtu lalu.Kes kedua kluster itu pula merupakan anggota kesihatan di sebuah pusat perubatan di Kedah dan merupakan kontak rapat kepada kes indeks.\u00a0-----Kedah siasat pelajar terbabit fahaman ekstrimFoto -\u00a0Yayasan Dakwah Islamiah MalaysiaKerajaan negeri Kedah siasat beberapa pelajar sekolah menengah terutama beraliran agama di negeri itu yang dipercayai terlibat dengan pemikiran ekstrem.Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri. Datuk Najmi Ahmad berkata. pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang meneliti perkembangannya.Katanya, kerajaan negeri bersama pihak berkuasa agama akan bekerjasama dengan polis untuk membanteras ideologi melampau itu termasuk mempergiat risikan mengenal pasti cara fahaman itu disebarkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72855", "title": "PDRM Akan Terus Mengesan Mangsa Richard Huckle", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM Akan Terus Mengesan Mangsa Richard Huckle\nJun 07, 2016\n\nPDRM bersama pihak berkaitan akan terus berusaha kesan kanak-kanak yang jadi mangsa penjenayah pedofil warga Britain, Richard Huckle.\u00a0Ia antaranya bagi memberi khidmat sokongan psikologi yang diperlukan oleh mangsa dan keluarga.Bukit Aman turut menyifatkan penjara seumur hidup yang dikenakan ke atas Huckle adalah setimpal dengan jenayah yang dilakukannya.Sementara itu, Persatuan Psikiatri Malaysia beritahu kami, adalah penting untuk mengesan mangsa Huckle.Ia bagi memastikan kanak-kanak berkenaan dapat pemulihan yang sewajarnya supaya dapat kembali kepada kehidupan yang normal.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79529", "title": "Modul Belajar Giat Mara Di Kaji Semula ", "body": "\n\u2190 Back to list\nModul Belajar Giat Mara Di Kaji Semula \nMar 09, 2019\n\nModul pengajaran dan pembelajaran yang ditawarkan di pusat latihan Giat Mata sedang dikaji dan disemak semula.Menurut kerajaan, tindakan itu perlu bagi memastikan ia seiring dengan perkembangan teknologi Revolusi Industri 4.0Kajian itu dijangka siap selewat-lewatnya menjelang akhir tahun ini.\u00a0Subjek Sains & Matematik Masih Boleh Pakai Bahasa Inggeris\u00a0Kerajaan membenarkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah.Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pengajaran kedua-dua subjek itu dalam Bahasa Kebangsaan tetap diteruskan.\u00a0Jangan Mudah Terpedaya\u00a0Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah nasihatkan ibu bapa agar tidak mudah percaya berita negatif mengenai vaksin imunisasi.Jelasnya, vaksin imunasisi penting bagi mengelak kejadian bakteria serta penyakit polio terutama kanak-kanak.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72902", "title": "Kamera AES Akan Ditambah", "body": "\n\u2190 Back to list\nKamera AES Akan Ditambah\nApr 17, 2016\n\nUjar Ketua Polis Negara, ia bagi menangani masalah pemandu yang gemar melanggar peraturan jalan raya khasnya memandu laju.1,200 buah lagi kamera akan dipasang sebagai tambahan kepada 40 kamera AES yang sedia ada.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78919", "title": "Datuk Seri Najib Akui Jho Low Tidak Amanah ", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Najib Akui Jho Low Tidak Amanah \nNov 22, 2018\n\nDatuk Seri Najib Tun Razak akui, Jho Low terlibat dalam urusan perniagaan 1MDB dan melakukan pernipuan sehingga syarikat berkenaan terpalit dengan kontroversi.\u00a0Tegas bekas Perdana Menteri itu, Jho Low perlu dikenakan tindakan undang-undang jika terbukti dia terbabit dalam aktiviti pecah amanah.Pada 20 September lalu, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram.\u00a0Papan Tanda Akan Dikaji Semula\u00a0Kerajaan akan mengkaji semula polisi lama dan mengeluarkan peraturan yang lebih tegas berhubung penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda jalan.Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, langkah itu perlu dilakukan kerana penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda iklan telah lama ditetapkan.Terdahulu, Sultan Selangor bertitah agar semua papan tanda jalan di Shah Alam yang mempunyai dua bahasa ditukar kepada hanya kepada tulisan Bahasa Malayu.Bukan Kali Pertama Keputusan UPSR Lambat Diumumkan\u00a0Keputusan UPSR dikeluarkan semasa cuti persekolahan bukan kali pertama dilakukan Lembaga Peperiksaan.Kementerian Pendidikan memaklumkan, kelewatan ini disebabkan peperiksaan UPSR tahun ini lewat dua minggu berbanding tahun lalu.Oleh itu, calon UPSR boleh mendapatkan keputusan mereka Khamis depan, jam 10 pagi.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81635", "title": "Terus Patuhi PKP Ketika Ramadan", "body": "\n\u2190 Back to list\nTerus Patuhi PKP Ketika Ramadan\nApr 23, 2020\n\nTerus Patuhi PKP Ketika RamadanKementerian Kesihatan (KKM) minta semua tidak melakukan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara dan kawan semasa Ramadan nanti.Ia termasuklah perjalanan rentas negeri, daerah dan mukim atau menghadiri perhimpunan besar-besaran termasuk majlis keagamaan dan keraian.KKM bimbang aktiviti yang menjadi kebiasaan rakyat Malaysia itu akan mengakibatkan penularan COVID-19 dalam kalangan keluarga khasnya warga emas dan kanak-kanak.Rakyat diseru guna peluang jalani Ramadan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan memberi fokus kepada ibadat dan menyediakan juadah berbuka di rumah masing-masing.Dalam pada itu, KKM\u00a0akan terus melindungi zon hijau COVID-19 khususnya di utara Semenanjung bagi mengelakkan kes baru.Kementerian bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang meneliti usaha itu dan akan memaklumkan langkah yang akan diambil dalam tempoh seminggu dua lagi.Setakat ini, terdapat 64 kawasan yang dikategorikan sebagai zon hijau dan terbaru adalah Perlis selepas tiada kes aktif dicatatkan di negeri berkenaan.Premis LHDN Kembali DibukaSemua premis LHDN (kecuali Pusat Khidmat Hasil dan Pusat Transformasi Bandar) kembali beroperasi hari ini.Bagaimanapun, pihaknya hanya menyediakan perkhidmatan terhad sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.LHDN juga masih tetap menggalakkan orang ramai berurusan secara dalam talian dan hanya hadir ke premisnya jika ada keperluan mendesak.Malah pihaknya memaklumkan, kaunter perkhidmatan e-Filing dan kaunter Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak dibuka.Justeru sebarang pengisian e-Filing dan permohonan baru serta rayuan BPN boleh dilakukan sendiri secara dalam talian melalui sistem yang disediakan. \n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70892", "title": "Mangsa Ke-3 Meninggal Dunia", "body": "\n\u2190 Back to list\nMangsa Ke-3 Meninggal Dunia\nSep 18, 2020\n\nMangsa Ke-3 Meninggal DuniaMangsa ke-3 kes keracunan gas karbon monoksida ketika tidur dalam kereta di sebuah stesen minyak di lebuh raya PLUS di Seberang Prai meninggal dunia.Seorang lagi mangsa iaitu kembarnya kini berada dalam keadaan kritikal di ICU.Lebih memilukan, kereta dan mangsa ditemui sendiri oleh bapa salah seorang 4 sahabat itu yang keluar mencari selepas bimbang mereka belum tiba di rumah.Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing selepas bercuti di Pulau Pinang dan baru tamat pengajian di sebuah kolej.Kluster Selamat Pula MunculKementerian Kesihatan kesan 1 lagi kluster COVID-19 di Sabah digelar Kluster Selamat.Kes indeks kluster baru itu merupakan seorang wanita tempatan yang didapati positif ketika saringan kemasukan ke Hospital Tawau bagi kelahiran pramatang.\u00a0Sementara itu, 21 kes baru direkodkan di seluruh negara semalam.JPN Galak Guna 'Online'Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menggalakkan orang ramai yang mahu buat urusan dokumen pengenalan diri, kelahiran dan perkahwinan melakukannya secara dalam talian.Menurut jabatan itu, ia susulan situasi pandemik COVID-19 ketika ini di samping lebih mudah dan menjimatkan masa.Pemohon hanya perlu hadir ke JPN untuk mengambil dokumen yang telah siap.Foto: BERNAMA\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72486", "title": "Wanita warga emas maut dipukul dengan kuali", "body": "\n\u2190 Back to list\nWanita warga emas maut dipukul dengan kuali\nApr 15, 2017\n\nSeorang nenek berusia 84 tahun maut dipukul dengan kuali dalam kejadian samun di Kuala Terengganu, petang semalam.Suspek yang juga jiran mangsa berjaya ditahan dengan bantuan orang ramai yang menyedari kejadian itu.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata, insiden itu\u00a0disedari anak perempuan mangsa yang baru pulang dari kerja.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80760", "title": "Golongan VIP antara yang terlibat aktiviti pemburuan haram!", "body": "\n\u2190 Back to list\nGolongan VIP antara yang terlibat aktiviti pemburuan haram!\nOct 31, 2019\n\nGolongan VIP dikesan terlibat dalam aktiviti pemburuan haram yang dijadikan sebagai hobi.Ketua Polis Negara berkata mereka bukan saja memburu hidupan liar, malah spesies yang terancam sekaligus musnahkan khazanah negara.Bagi mengelakkan perbuatan kejam itu terus berlaku, pihaknya bercadang untuk tambah hukuman sebat ke atas pemburu haram jika didapati bersalah.Setakat ini, berbelas-belas sindiket terdiri daripada warga asing dan tempatan telah dikenal pasti terbabit dalam kegiatan pemburuan haram.Isu pelajar universiti yang terpaksa menyewa rumah mahal di luar kampus dapat perhatian kerajaan.Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang untuk perkenalkan skim baucar subsidi sewa kediaman buat golongan muda.Pihaknya juga pertimbang untuk memperkenalkan dasar pembinaan hostel untuk kemudahan pelajar universiti.Seorang lelaki didakwa lebih 100 pertuduhan meliwat isterinya sendiri!Seorang penjawat awam di Perak didakwa dengan lebih 100 pertuduhan meliwat isterinya sendiri juga 7 pertuduhan amang seksual terhadap 3 anaknya.Foto: Berita HarianJika disabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=153791", "title": "Jangan Mempermainkan Isu 3R", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan Mempermainkan Isu 3R\nJul 12, 2023\n\n\nJangan Mempermainkan Isu 3R\nPerdana Menteri beri amaran kepada mana-mana pihak termasuk pemimpin politik yang memainkan isu 3R iaitu agama, bangsa dan Institusi Diraja.\nDatuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tindakan menyemai bibit perpecahan dan mencabar Perlembagaan tidak boleh dibiarkan.\nPolis kini sedang siasat pengerusi DAP dan Presiden PAS berhubung kenyataan mereka yang didakwa menyentuh isu 3R.\nDalam perkembangan berkaitan, penganalisis politik berkata isu 3R tidak wajar dijadikan sebagai bahan untuk kepentingan politik.\nUjar Dr Mohammad Tawfik Yaakob, ia termasuk sebagai bahan kempen menjelang PRN 6 Negeri bulan depan.\nTambah Dr Tawfik, jika isu itu terus digunakan, tidak mustahil ia akan mempengaruhi pemikiran masyarakat termasuk golongan muda terhadap politik negara.\n\u00a0\nKPM agih peruntukan untuk selenggara tandas.\nSemua sekolah diberi masa 3 bulan untuk menyelesaikan kerja-kerja penyelenggaraan tandas demi keselesaan murid.\nKPM kini dalam proses mengagihkan peruntukan RM70,000 kepada setiap sekolah untuk tujuan berkenaan.\n\u00a0\nKWSP cadang perkenalkan Akaun 3.\nKWSP sahkan tiada sebarang pindaan dirancang membabitkan pengeluaran penuh bagi pencarum berumur 55 dan 60 tahun.\nPihaknya sebaliknya bercadang memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72330", "title": "Siasat kes video viral pelajar ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSiasat kes video viral pelajar \nJan 17, 2017\n\nPolis Kelantan akan siasat video viral yang papar aksi beberapa murid sekolah menengah sedang melakukan perbuatan tidak senonoh di kawasan semak.Ujarnya kepada Harian Metro, video berdurasi satu minit 27 saat itu memaparkan 4 individu berpakaian seragam sekolah melakukan aksi tidak senonoh.Menurut polis Kelantan lagi, belum ada pihak tampil membuat laporan namun siasatan tetap akan dijalankan kerana ia dipercayai berlaku di negeri itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81233", "title": "Belum Ada Bukti Kukuh Lelaki Lebih Mudah Dijangkiti Covid-19 Berbanding Wanita.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBelum Ada Bukti Kukuh Lelaki Lebih Mudah Dijangkiti Covid-19 Berbanding Wanita.\nFeb 23, 2020\n\nKementerian Kesihatan maklumkan, belum ada bukti kukuh lelaki lebih mudah dijangkiti wabak Covid-19 berbanding wanita.Pihaknya tidak akan membuat sebarang kesimpulan,\u00a0sebelum kajian secara terperinci\u00a0dilakukan terlebih dahulu.Terdahulu, sebuah akhbar luar negara melaporkan kajian para saintis mendapati kadar kematian akibat COVID-19 bagi lelaki\u00a0adalah 2.8 peratus berbanmding wanita, 1.7 peratus.\u00a0\u00a0Pesakit Covid-19 wanita warga Amerika Syarikat yang dirawat di negara ini semakin sembuh.Menurut KKM, setakat ini tiada kes baru wabak itu di Malaysia dengan jumlah kes kekal 22.Obor-obor beracun dikesan di 4 pantai di Terengganu.Orang ramai disaran agar tidak mandi manda di 4 pantai di Terengganu buat masa ini ekoran penemuan obor-obor beracun.Jabatan Perikanan Negeri berkata pantai berkenaan ialah Pantai Kekabu, Pantai Batu Buruk, Pantai Rhu 10 \u00a0dan Pantai Bukit Keluang.Sementara itu, hidupan laut beracun itu juga dikesan di 3 pantai yang jadi tumpuan pelancong di Pahang iaitu Pantai Pelindung, Pantai Cempaka dan Pantai Balok.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72517", "title": "Batuk Kokol Kes Terpencil", "body": "\n\u2190 Back to list\nBatuk Kokol Kes Terpencil\nAug 06, 2017\n\nKementerian Kesihatan menjelaskan 2 kes batuk kokol yang dilaporkan di Keningau, Sabah baru-baru ini, adalah kes terpencil dan membabitkan kanak-kanak warga asing.Susulan itu, kementerian meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan termasuk memberi vaksin penyakit itu kepada kanak-kanak yang tercicir mendapatkannya.Batuk kokol yang teruk boleh menyebabkan pesakit menjadi kebiruan kerana tidak sempat bernafas dan sawan akibat bekalan oksigen ke otak berkurangan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80780", "title": "Pelaku kes keganasan rumah tangga turut babitkan doktor dan peguam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelaku kes keganasan rumah tangga turut babitkan doktor dan peguam.\nNov 04, 2019\n\nDoktor dan peguam kini turut tersenarai sebagai pelaku kes keganasan rumah tangga di negara ini.Pertubuhan Pertolongan Wanita, WAO memaklumkan Berita Harian, ia juga menandakan pelaku kes tersebut kini bukan hanya lelaki bermasalah atau penagih dadah.Faktor utama mereka berbuat demikian pula bukanlah kerana masalah kewangan tetapi lebih kepada ego dan mahu menunjukkan kuasa.Menurut statistik PDRM, lebih 4,200 kes keganasan rumah tangga dicatat sepanjang 9 bulan pertama tahun ini, mangsa paling ramai adalah wanita bekerjaya.Mesej viral kes jenayah penjual minyak wangi di Terengganu palsu!Di Terengganu, mesej viral di facebook bahawa ada 3 penjenayah menyamar sebagai penjual minyak wangi untuk perdaya mangsa adalah palsu.Polis Terengganu memaklumkan Harian Metro, setakat ini pihaknya tidak terima sebarang laporan berkenaan dakwaan tersebut.Penjenayah itu kononnya dikatakan guna taktik menyuruh pelanggan menghidu pewangi sebelum merompak, merogol atau membunuh mangsa.1 lagi bangkai gajah pygmy ditemui di Sabah.1 lagi bangkai gajah pygmy ditemui di Sungai Kinabatangan, yang ke-3 selepas penemuan pertama di Tawau dan Beluran pada bulan 9 dan 10 baru-baru ini.Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang menjalankan siasatan bagi menentukan punca kematian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73120", "title": "Hampir 8,000 sekolah bakal dilengkapi kemudahan yang lebih selesa tidak lama lagi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHampir 8,000 sekolah bakal dilengkapi kemudahan yang lebih selesa tidak lama lagi.\nFeb 27, 2018\n\nKementerian Pendidikan memperuntukkan RM350 juta bagi projek penyelanggaraan sekolah seperti yang diluluskan dalam bajet 2018.Menurutnya, hampir 8,000 sekolah dikenal pasti untuk kerja baik pulih itu meliputi pelbagai aspek pembaikan.Tambah Kementerian, pemilihan kontraktor dibuat secara undian agar ia telus dan adil.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=118981", "title": "Tiada Niat Untuk Susahkan Mana-mana Pihak.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Niat Untuk Susahkan Mana-mana Pihak.\nOct 18, 2021\n\n\nTiada Niat Untuk Susahkan Mana-mana Pihak.\nKerajaan tidak berniat menyusahkan mana-mana pihak dengan mengenakan pelbagai peraturan ketika menangani pandemik COVID-19.\u00a0\nSebaliknya jelas Perdana Menteri, golongan antivaksin sendiri yang menyusahkan diri mereka.\u00a0\nKeengganan mereka itulah yang membuatkan mereka tidak dapat menikmati kelonggaran yang diberikan kerajaan kepada mereka yang lengkap divaksin.\u00a0\nKeutamaan kerajaan adalah katanya menjaga kesejahteraan majoriti rakyat berbanding golongan antivaksin yang sangat kecil.\u00a0\n\u00a0\nPRN Melaka tidak jejaskan pengoperasian sekolah.\nPembukaan semula sesi persekolahan tidak akan terjejas jika pilihan raya negeri Melaka diadakan nanti.\u00a0\nMenteri Pendidikan berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan SPR untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan.\u00a0\nMelaka, Selangor, KL dan Putrajaya yang kini berada di Fasa 4 PPN akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada 1 November depan.\u00a0\n\u00a0\nHarga lantai ibadah umrah naik.\nHarga lantai bagi ibadah umrah kini ditetapkan pada RM6,900 berbanding RM4,900 sebelum ini.\u00a0\nMenurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, penetapan kos umrah itu dicapai hasil perbincangan dengan persatuan khidmat pelancongan dan umrah.\u00a0\nla mengambil kira peningkatan kos susulan pelaksanaan SOP di pihak Arab Saudi dan Malaysia.\u00a0\r\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81454", "title": "MAEPS Serdang Jadi Lokasi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMAEPS Serdang Jadi Lokasi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19.\nMar 29, 2020\n\nKementerian Kesihatan kini dalam persiapan bagi membendung gelombang ketiga penularan Covid-19.\u00a0Menerusi perkongsian di Twitter KKM, MAEPS, Serdang kini dalam dalam persiapan akhir sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah yang menempatkan kira-kira 600 katil.\u00a0Terdahulu, kementerian menjangkakan akan ada pertambahan secara mendadak kes positif wabak itu menjelang pertengahan April ini.\u00a0Kira-kira 600 individu ditahan kerana gagal patuhi PKP.Polis tahan kira-kira 600 individu kerana gagal patuhi Perintah Kawalan Pergerakan sejak ia dilaksanakan minggu lalu.\u00a0Menurutnya, Kementerian Pertahanan, antaranya masih ada individu yang berjogging di kawasan komuniti berpagar dan kelmarin, solat Jumaat masih diadakan di sebuah masjid.\u00a0Namun, menurut Kementerian Pertahanan, tahap pematuhan perintah itu menunjukkan peningkatan dengan 97 peratus berbanding 60 peratus sebelum ini.\u00a0PDRM dan ATM pantau PKP waktu malam guna dron.Operasi pemantauan orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kini diperluaskan dengan penggunaan dron pada waktu malam.Op Penawar yang dijalankan oleh PDRM dan ATM bermula malam tadi melibatkan pusat bandar, sekitar Lembah Klang dan kawasan zon merah wabak Covid-19.Terdahulu, Kementerian Pertahanan berkata kira-kira 600 individu ditahan kerana gagal patuhi Perintah Kawalan Pergerakan sejak ia dilancarkan, 18 Mac lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=111334", "title": "Penetapan Tarikh Vaksinasi Bergantung Kepada Beberapa Faktor.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenetapan Tarikh Vaksinasi Bergantung Kepada Beberapa Faktor.\nJul 26, 2021\n\n\nPenetapan tarikh vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera bergantung kepada beberapa faktor.\nJelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, antaranya tarikh pendaftaran, fasa vaksinasi di sesuatu kawasan dan senarai menunggu di hospital dan klinik.\nPenjelasan itu diberi susulan rungutan orang ramai yang masih belum dapat janji temu walaupun sudah mendaftar awal sejak Februari lalu.\nSementara itu, kes COVID-19 dan kemasukan ke hospital dijangka mula turun bulan depan.\nMenurut Khairy Jamaluddin, ini kerana menjelang Ogos, 40 peratus populasi penduduk dewasa dijangka mendapat vaksin.\n\u00a0\nIsu suntikan vaksin kosong tiada kaitan dengan sindiket penjualan.\nIsu suntikan vaksin COVID-19 guna picagari kosong tiada kaitan dengan sindiket penjualan atau penyelewengan!\nJelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, polis telah mengesahkan perkara itu disebabkan kecuaian manusia dan tiada bukti kukuh yang menunjukkan kejadian itu didalangi sindiket.\nIsu kecuaian sebegitu juga katanya bukan hanya berlaku di Malaysia, malah turut berlaku di negara yang lain.\n\u00a0\nPolis pantau mogok doktor kontrak.\nPDRM akan pantau mogok doktor kontrak yang dijangka diadakan di semua fasiliti kesihatan kerajaan hari ini.\nKetua Pengarah Kesihatan pula merayu doktor kontrak batal hasrat untuk mengadakan mogok kerana bimbang ia menjejaskan pesakit dan kerjaya mereka.\nMereka diberitakan mahu mengadakan mogok itu berhubung isu jawatan, gaji dan kebajikan mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=98705", "title": "Bantu Kerajaan Sebar Maklumat & Fakta Sahih", "body": "\n\u2190 Back to list\nBantu Kerajaan Sebar Maklumat & Fakta Sahih\nFeb 22, 2021\n\nBantu Kerajaan Sebar Maklumat & Fakta Sahih\r\n\u00a0\r\nBantu kerajaan sebar maklumat sahih berserta fakta sains tentang kepentingan vaksin COVID-19.\r\n\u00a0\r\nUjar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, ia bertujuan membendung gerakan antivaksin yang kelihatan lantang di media sosial ketika ini.\r\n\u00a0\r\nBeliau yang juga Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata, skim perlindungan untuk memberi pampasan kepada penerima vaksin Covid-19 yang mendapat kesan sampingan serius, akan diwujudkan.\r\n\u00a0\r\nSkim ini akan memberi pampasan \u2018ex-gratia\u2019 kepada mana-mana penerima suntikan vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan serius, yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin itu.\r\n\u00a0\r\nSementara itu Perdana Menteri berharap rakyat yang layak mendapat suntikan vaksin COVID-19 akan tampil mendaftar sebagai penerima apabila pendaftaran dibuka nanti.\r\n\u00a0\r\nJelas Tan Sri Muhyiddin Yassin, penting untuk sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa di negara ini terima vaksin itu bagi membentuk imuniti kelompok.\u00a0\r\n\u00a0\r\nIa juga secara langsung dapat membendung penularan jangkitan COVID-19 daripada menjadi lebih teruk.\r\n\u00a0\nAPM Guna TracVirus\r\n\u00a0\r\nAngkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menggunakan aplikasi digelar TracVirus untuk mendapatkan data bagi memantau individu yang memasuki negara ini.\r\n\u00a0\r\nIa antaranya akan mempercepatkan proses kemasukan pelawat yang sebelum ini perlu mengisi borang secara manual termasuk maklumat kesihatan seperti keputusan saringan COVID-19.\r\n\u00a0\r\nAplikasi itu akan menjalani percubaan selama 2 minggu di KLIA sebelum diperluaskan ke pintu-pintu masuk lain di negara ini sekaligus menggalakkan gelembung perjalanan.\r\n\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73244", "title": "Kira-kira 35,000 orang hilang pekerjaan pada tahun lalu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKira-kira 35,000 orang hilang pekerjaan pada tahun lalu.\nJan 09, 2018\n\nKira-kira 35 ribu orang hilang pekerjaan tahun lalu, NAMUN 180 ribu orang pula berjaya mendapat pekerjaan.Menurut Kementerian Sumber Manusia, hampir 70 peratus yang mendapat pekerjaan adalah bukan siswazah selepas melalui pelbagai program kerjaya yang dianjurkan.Sementara itu, kebanyakkan yang hilang pekerjaan adalah pekerja di sektor pembuatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80009", "title": "Kerajaan cadang TNB guna meter elektrik dikalibrasi untuk pastikan ketepatan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan cadang TNB guna meter elektrik dikalibrasi untuk pastikan ketepatan.\nMay 30, 2019\n\nKerajaan mencadangkan agar TNB guna meter elektrik yang diukur oleh badan bertauliah untuk memastikan ketepatan.Ia penting untuk memperbaiki kelemahan dan memastikan kejadian bil elektrik tidak naik mendadak pada masa depan.Dalam pada itu, TNB akan pastikan setiap aduan tentang bil tinggi disiasat termasuk pulangkan semula lebihan bayaran ke dalam bil pengguna jika masalah itu terbukti berlaku.Pelajar lepasan SPM digalak mohon\u00a0Institut Pendidikan Guru.Pelajar lepasan SPM yang cemerlang digalakkan untuk mohon Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru.Kementerian Pendidikan berkata sebanyak 6,000 tempat ditawarkan untuk program itu, namun ramai pelajar lebih tertumpu kepada kursus profesional.Jelasnya, pelajar perlu tahu bahawa negara juga memerlukan guru yang cemerlang dan peluang itu perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya.Menjelang Aidilfitiri minggu depan, kira-kira 2 juta kenderaan dijangka keluar dari Lembah Klang.Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata \u00a0jumlah itu dikira berdasarkan pergerakan keluar kenderaan sepanjang sebelum dan selepas cuti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71614", "title": "KBS bidas penganjur batal Kejohanan Skuash Wanita Dunia di KL ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKBS bidas penganjur batal Kejohanan Skuash Wanita Dunia di KL \nDec 03, 2015\n\nMenteri Belia dan Sukan bidas kenyataan penganjur kononnya Kejohanan Skuash Wanita Dunia di KL ditangguh ekoran isu keselamatan.Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan penjelasan berkenaan dakwaan itu yang disifatkan dibuat secara melulu.\u00a0Tambah Khairy, kementerian dan Persatuan Skuasy Malaysia sebenarnya tidak diberitahu mengenai dakwaan berkenaan dan masih cuba berhubung dengan penganjur.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80218", "title": "Pasangan Kekasih Juvana Mengaku Bunuh Abang", "body": "\n\u2190 Back to list\nPasangan Kekasih Juvana Mengaku Bunuh Abang\nJul 08, 2019\n\nPasangan Kekasih Juvana Mengaku Bunuh AbangMisteri kehilangan murid tingkatan 4 di Taiping, Perak baru-baru ini akhirnya terjawab.Remaja lelaki berkenaan disyaki dibunuh adik perempuannya sendiri dan kekasih adiknya berusia 14 dan 15 tahun hanya kerana perbalahan mengenai telefon bimbit.Polis menemui mayat mangsa (16 tahun) yang dibalut plastik di belakang sebuah rumah kosong bersebelahan rumahnya.Muhyiddin, Zahid\u00a0Nafi Tandangan Surat Akuan Bersumpah Sokong Anwar\u00a0Tan Sri Muhyiddin Yassin nafi menandatangani surat akuan bersumpah sokong peralihan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, surat akuan bersumpah itu adalah palsu dan disifatkan bertujuan mencemarkan namanya.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut dikaitkan dengan surat tular berkenaan juga tampil buat penafian.UMNO Tak SudiUMNO tolak pelawaan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyertai BERSATU!Tegas Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, UMNO tidak sesekali mahu menjadikan partinya terdesak dan gilakan kuasa.Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri yang mempelawa semua parti politik Melayu untuk menyertai BERSATU bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80112", "title": "Masyarakat perlu berhenti melabel pesakit mental dengan istilah kurang enak.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMasyarakat perlu berhenti melabel pesakit mental dengan istilah kurang enak.\nJun 19, 2019\n\nMasyarakat perlu berhenti melabel mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental dengan istilah yang kurang enak!Kementerian Kesihatan berkata ini kerana gelaran sebegitu hanya akan mendorong mereka menjauhi daripada mendapatkan bantuan dan rawatan.Hasil penyelidikan menunjukkan antara sebab mereka cenderung untuk tidak mendapatkan rawatan adalah takut disisih oleh masyarakat.JKM telah buka Pusat Penempatan Sementara untuk Orang Asli Kampung Kuala Koh.Pusat itu ketika ini menempatkan 9 pesakit juga 20 ahli keluarga mereka agar aspek kesihatan dan kebersihan dapat dipantau lebih rapi.Setakat ini, 15 dilaporkan maut dan lebih 100 dirawat di hospital akibat wabak demam campak di Kuala Koh.Cyber Security Malaysia diminta analisis video intim yang viral, baru-baru ini.Polis sudah minta Cyber Security Malaysia analisis video viral yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.\u00a0Menurut CyberSecurity, pihaknya sedang kenal pasti ketulenan video berkenaan tapi tidak mengulas lanjut kerana kes dalam siasatan polis.Tempoh analisis juga tidak dapat dipastikan kerana ia bergantung kepada komplesiti sesebuah video.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=128255", "title": "Lindungi Anak-Anak Daripada Gejala Serius Covid-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLindungi Anak-Anak Daripada Gejala Serius Covid-19.\nFeb 23, 2022\n\n\nLindungi Anak-Anak Daripada Gejala Serius Covid-19.\nMenteri Kesihatan ulangi saranan kepada ibu bapa agar segera bawa anak-anak mendapatkan vaksin Covid-19.\nJelas Khairy Jamaluddin, ia bagi elak anak-anak alami gelaja serius Covid-19 iaitu sindrom keradangan pelbagai sistem, MIS-C.\nSementara itu, Pakar Perunding Pediatrik, Dr Selva Kumar Sivapunniam berkata antara tanda awal MIS-C adalah demam, mata kemerah-merahan, ruam, muntah dan sakit perut.\nIbu bapa perlu bawa anak-anak dapatkan rawatan segera jika mereka menunjukkan simptom tersebut.\n\u00a0\nKluster Pendidikan meningkat.\nKetua Pengarah Kesihatan berkata sejak 1 Januari hingga 19 Februari lalu, lebih 360 kluster Pendidikan dikesan dengan sebahagian besarnya masih aktif.\nMajoriti kes yang dilaporkan adalah kategori bergejala ringan atau tiada gejala.\nAntara punca utama berlakunya penularan jangkitan itu adalah ketidakpatuhan pada SOP dan pergerakan bebas pelajar semasa di asrama.\n\u00a0\nMalaysia mencatatkan kadar ketagihan internet yang tinggi.\nMenteri Komunikasi dan Multimedia berkata dapatan kajian itu juga jadi antara punca peningkatan risiko keselamatan siber terhadap generasi muda.\nTan Sri Annuar Musa menasihati ibu bapa agar pantau aktiviti anak-anak bagi memastikan mereka tidak mengakses kandungan berunsur negatif.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71936", "title": "Operasi SAR 9 lagi anak kapal pemusnah Amerika yang hilang akan disambung semula apabila mendapat petunjuk baru.", "body": "\n\u2190 Back to list\nOperasi SAR 9 lagi anak kapal pemusnah Amerika yang hilang akan disambung semula apabila mendapat petunjuk baru.\nAug 25, 2017\n\nOperasi SAR 9 lagi anak kapal pemusnah Amerika yang hilang akan disambung semula apabila mendapat petunjuk baru daripada Tentera Laut Amerika.APMM berkata, semua aset Malaysia yang digunakan dalam operasi SAR itu sentiasa dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan apabila operasi diaktifkan semula.Tentera Laut Amerika menggantung operasi SAR di laut sementara waktu, untuk beri fokus kepada pencarian dalam kapal yang rosak itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73449", "title": "Datuk Seri Jamal Md Yunos hilang?", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Jamal Md Yunos hilang?\nMay 26, 2018\n\nKetua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dipercayai menghilangkan diri selepas didakwa di sebuah hospital, semalam.Beliau terdahulu mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan mudarat awam dalam satu protes di Shah Alam, tahun lepas.Prosiding kes itu dijalankan di sebuah hospital kerana Datuk Seri Jamal sedang mendapatkan rawatan bagi masalah sakit belakangnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73014", "title": "Tun Dr Mahathir Mohamad kini berada di Jepun untuk lawatan kerja.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun Dr Mahathir Mohamad kini berada di Jepun untuk lawatan kerja.\nJun 11, 2018\n\nPerdana Menteri yakin Malaysia akan berjaya seperti Jepun jika rakyat miliki etika kerja, pemikiran dan sistem nilai seperti masyarakat negara itu.Tun Dr Mahathir Mohamad juga menegaskan tentang perlunya perasaaan malu jika gagal laksana tanggungjawab dan melakukan yang terbaik dalam tugas.Tun M kini berada di Jepun untuk lawatan kerja termasuk menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-24 mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72796", "title": "5 Rakyat Malaysia Hilang Di Perairan Sabah Sah Diculik Abu Sayyaf", "body": "\n\u2190 Back to list\n5 Rakyat Malaysia Hilang Di Perairan Sabah Sah Diculik Abu Sayyaf\nJul 21, 2016\n\nJelas Tan Sri Khalid Abu Bakar, pihaknya mendapat pengesahan mengenai perkara itu daripada pihak berkuasa Filipina.Tambahnya, setakat ini tiada sebarang tuntutan wang tebusan yang diterima daripada mana-mana pihak.Terdahulu Kementerian Dalam Negeri berkata kumpulan penculik telah menghubungi keluarga mangsa.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80886", "title": "Polis siasat isu bendera Malaysia dengan bintang pecah 5 daripada pelbagai aspek.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis siasat isu bendera Malaysia dengan bintang pecah 5 daripada pelbagai aspek.\nNov 28, 2019\n\nPolis siasat isu bendera Malaysia dengan bintang pecah 5 daripada pelbagai aspek.Tegas Menteri Dalam Negeri, siasatan perlu dilakukan berdasarkan undang-undang sedia ada sebelum tindakan sewajarnya boleh diambil.Sejak Isnin, video perasmian kejohanan anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia papar Jalur Gemilang dengan bintang 5 bucu viral di media sosial.Tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak walaupun pihak penganjur telah memohon maaf.KDN siasat dakwaan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.Kementerian Dalam Negeri kini siasat dakwaan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia, baru-baru ini.Tegas menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selain isu sentimen awam, tindakan membawa masuk abu itu sendiri tidak dilakukan mengikut prosedur.Jelas Muhyiddin lagi, kerajaan tidak pernah membenarkan abu mayat Chin Peng, dibawa pulang ke Malaysia.\u00a0Pelakuan samseng sekumpulan pelajar lepasan SPM di Melaka viral di media sosial.Pelakuan samseng sekumpulan pelajar kononnya meraikan hari terakhir peperiksaan SPM mereka di Melaka, viral di media sosial.Mereka turut mengganggu ketenteraman awam dengan melakukan aktiviti tidak sihat seperti menunjukkan pelbagai aksi merbahaya di jalan raya.Antara kawasan terlibat termasuk di sekitar laluan utama pesisir Pantai Klebang, Pantai Puteri dan Bandar Hilir.Polis telah keluarkan 17 saman kepada sekumpulan pelajar sekolah tersebut antaranya menunggang motosikal secara melulu dan tiada lesen memandu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73195", "title": "5 jenama kereta catat penurunan harga selepas pelaksanaan semula SST.", "body": "\n\u2190 Back to list\n5 jenama kereta catat penurunan harga selepas pelaksanaan semula SST.\nSep 12, 2018\n\n5 jenama kereta catat penurunan harga selepas pelaksanaan semula SST.Kata Menteri Kewangan, ia turut melibatkan jenama kereta luar negara dan penurunannya mencecah sehingga sebanyak RM3,000 seunit.Foto: UtusanJelas Lim Guan Eng, ini kerana cukai yang dikenakan tidak sebanyak semasa GST dikuatkuasakan.Hari ini kita akan tahu kawasan mana bakal ditandingi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pengumuman akan dibuat lewat pagi ini.Ahli Parlimen yang akan mengosongkan kerusi bagi beri laluan kepada Presiden PKR itu juga akan hadir pada sidang akhbar pengumuman berkenaan.Tokoh Maal Hijrah 2018Ahli akademik Islam, Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil diumumkan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini.Gadis OKU yang juga pengusaha kuih bulan, Haziqah Nurulhuda Harun pula dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah kategori OKU peringkat negeri Terengganu.Manakala di Perak, kartunis terkenal, Datuk Lat dipilih sebagai penerima anugerah khas Tokoh Ar-Ridzuan pada sambutan Maal Hijrah 1440 negeri itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79735", "title": "Skim PeKa B40 bermula hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSkim PeKa B40 bermula hari ini.\nApr 15, 2019\n\nSkim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau PeKa B40 bermula hari ini.Skim berkenaan beri fokus kepada jalinan kerjasama awam dan swasta bantu individu berpendapatan rendah mendapatkan saringan dan rawatan kesihatan berkualiti.Foto: NSTPenerima yang layak boleh jalani saringan kesihatan di klinik perubatan swasta umum yang memaparkan pelekat khusus PeKa B40.3 suspek kes periksa kereta peronda polis semasa PRK DUN Rantau ditahan.Kementerian Dalam Negeri serah kepada polis untuk siasat kejadian sekumpulan lelaki dipercayai periksa sebuah kereta peronda pasukan keselamatan itu!Setakat ini, tiga suspek telah ditahan dan dijangka akan direman hari ini.Terdahulu, video kejadian itu viral di media sosial apabila suspek mengesyaki anggota polis tersebut membawa kertas undi PRK DUN Rantau Sabtu lalu.Rombakan Exco Johor\u00a0dan pengenalan portfolio baru akan dibuat\u00a0dalam masa terdekat.Menteri Besar\u00a0Johor yang baru, Dr Sahruddin Jamal memaklumkan, beliau akan buat rombakan Exco dan mewujudkan portfolio baru dalam masa terdekat.Ujar Dr Sahruddin, perkara itu akan dipercepatkan kerana mahu memastikan kelancaran pentabiran kerajaan negeri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=103585", "title": "PBT Boleh Kompaun Individu Langgar SOP di Bazar Ramadan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPBT Boleh Kompaun Individu Langgar SOP di Bazar Ramadan.\nApr 15, 2021\n\nPBT boleh mengkompaun individu yang melanggar SOP bazar Ramadan.\nMenurut Menteri Kanan Keselamatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menurunkan kuasa tersebut kepada PBT bagi mencegah penularan COVID-19.\n\nUjar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia berikutan aduan berkenaan ketidakpatuhan terhadap SOP di bazar Ramadan di beberapa lokasi di negara ini.\n\u00a0\nPatuh SOP di Bazar Ramadan - Perdana Menteri\u00a0\nPerdana Menteri mengingatkan semua pengunjung supaya mematuhi SOP di bazar Ramadan.\nMenurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, penularan COVID-19 masih belum pulih dan rakyat perlu memastikan keselamatan diri serta orang lain.\n\nBeliau berkata demikian semasa melawat dan membeli juadah berbuka di bazar Ramadan di Presint 3, Putrajaya petang semalam.\n\u00a0\n7 jajahan di Kelantan dikenakan PKP bermula esok sehingga 29 April.\nIa mendapat persetujuan kerajaan negeri ekoran peningkatan mendadak kes COVID-19 di lokasi tersebut.\n\nJajahan yang terlibat ialah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81561", "title": "PKP Fasa 3 Amat Penting", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKP Fasa 3 Amat Penting\nApr 14, 2020\n\nPKP Fasa 3 Amat PentingPelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 dan Fasa 2 susulan wabak COVID-19 telah membuahkan hasil positif.Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), ia sekaligus menafikan unjuran bahawa Malaysia bakal berdepan lebih 6,000 kes wabak itu pada pertengahan bulan ini.Justeru KKM berharap angkanya dapat diturunkan lagi kerana PKP Fasa 3 sangat penting.Jika Malaysia berjaya melakukannya, ada kemungkinan kita dapat melandaikan lengkungan graf malah dapat menamatkan penularan wabak COVID-19 di negara ini.Setakat ini negara mencatatkan kira-kira 4,800 kes positif dengan 77 kematian, manakala hampir 2,300 pesakit sudah sembuh.Sementara itu, KKM\u00a0telah mengenal pasti kluster COVID-19 yang baru iaitu di Kuantan.Ia melibatkan 2 sub-kluster saling berkaitan yang ada sejarah perjalanan ke Bali, Indonesia.Ia dikesan hasil aktiviti tertumpu yang dijalankan KKM melalui pengesanan, penyaringan dan ujian ke atas kumpulan sasar berisiko tinggi.20 orang sudah dikenal pasti dalam kluster tersebut termasuk 3 petugas kesihatan.14 daripadanya sedang dirawat di hospital, 2 sudah sembuh, 3 dirawat di ICU dan seorang meninggal dunia (kes ke-1,575).Polis Buru Samseng Jalan Raya\u00a0Polis Kelantan buru seorang pemandu lelaki yang melanggar dan menghimpit sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Pasir Mas.Berdasarkan video yang kini viral, suspek turut memukul mangsa dengan besi sehingga mengakibatkan kecederaan selepas kenderaan mangsa terbabas.Suspek dikatakan berang kerana mangsa memotong kenderaannya yang dikatakan dipandu perlahan.Hasil siasatan juga mendapati suspek, berusia 45 tahun, mempunyai 3 rekod jenayah lampau.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72080", "title": "BR1M akan dibayar bulan depan sebelum Hari Raya Aidilfitri.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBR1M akan dibayar bulan depan sebelum Hari Raya Aidilfitri.\nMay 27, 2018\n\nBR1M akan dibayar kepada penerimanya pada bulan depan, sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.Menteri Kewangan ketika memaklumkan perkara itu menerusi Twitternya juga memberitahu, bantuan berkenaan akan turut diberi nama baru.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81956", "title": "Sekolah dibuka semula 24 Jun", "body": "\n\u2190 Back to list\nSekolah dibuka semula 24 Jun\nJun 10, 2020\n\nSekolah dibuka semula 24 JunFoto - RTMTarikh pembukaan semula sekolah ditetapkan pada hari Rabu, 24 Jun 2020 namun terhad kepada pelajar kelas peperiksaan awam (SPM, SVM, STPM, STAM dan peperiksaan antarabangsa setara).Jelas Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidn, bagi pelajar sekolah berasrama penuh pula, hanya pelajar yang terbabit dengan peperiksaan awam akan kembali ke asrama masing-masing.Manakala bagi murid dan pelajar lain, sesi pembelajaran akan diteruskan dari rumah seperti sekarang sebelum sekolah dibuka secara berperingkat.-----Tiada jangkitan COVID-19 warganegara, dua hari berturut-turutFoto - The StarMalaysia merekodkan jumlah jangkitan harian COVID-19 terendah sejak PKP dikuatkuasakan Mac lalu apabila hanya dua kes baru dicatatkan dan tidak melibatkan warganegara ini buat hari kedua berturut-turut.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada dua kes yang direkodkan itu, satu merupakan kes import manakala satu lagi kes babitkan warga asing di Sarawak.Bagaimanapun satu lagi kematian terbaru akibat wabak itu dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 118.-----Rakyat dinasihat kekal waspada - MHCFoto - Malaysian Health CoalitionGabungan Kesihatan Malaysia menasihati rakyat Malaysia agar kekal berwaspada sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga vaksin untuk COVID-19 ditemui.MHC berkata, prosedur operasi standard yang komprehensif, termasuk garis panduan pelaksanaan yang jelas adalah amat penting tatkala kerajaan mula membuka kembali pusat asuhan kanak-kanak dan sekolah secara berperingkat.Pihaknya juga menggesa rakyat Malaysia agar kekal berhati-hati memandangkan larangan perjalanan rentas negeri serta pelancongan domestik telah ditarik balik serta tidak mengambil mudah fasa pemulihan ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73184", "title": "Kementerian Pertahanan akan siasat dakwaan 3 anggota Angkatan Tentera Malaysia terima dua gaji.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pertahanan akan siasat dakwaan 3 anggota Angkatan Tentera Malaysia terima dua gaji.\nAug 26, 2018\n\nKementerian Pertahanan akan siasat dakwaan 3 anggota Angkatan Tentera Malaysia yang masih jadi pengiring kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein.Terdahulu sebuah portal dedahkan bahawa ketiga-tiganya kini mendapat dua gaji, iaitu daripada ATM dan Hishammuddin.Foto: Sinar HarianBekas Menteri Pertahanan itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan akui mereka cukup rapat kerana sudah berkhidmat sekian lama.Jelas Hishamuddin, beliau juga tawarkan pekerjaan buat mereka dan jika diterima, mereka harus berhenti dari Angkatan Tentera Malaysia dengan serta-merta.Bantuan Rakyat 1 Malaysia akan dikurangkan secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.Perdana Menteri berkata matlamat kerajaan adalah untuk sediakan peluang pekerjaan sebanyak mungkin supaya rakyat tidak hanya bergantung kepada bantuan tersebut.Tambah Tun M, tindakan pentadbiran terdahulu memperkenalkan BR1M dikatakan terlalu memanjakan rakyat sehingga terpaksa bergantung kepada kerajaanPengasuh bayi di Seremban direman 7 hari.Seorang pengasuh bayi di Seremban direman 7 hari untuk bantu siasatan kes bayi empat bulan yang tidak sedarkan diri ketika dalam jagaannya.Bayi tersebut disahkan mengalami pendarahan dalam otak dan mata dan masih dirawat di hospital.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73065", "title": "Murid mungkin tidak perlu lagi bawa buku teks ke sekolah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMurid mungkin tidak perlu lagi bawa buku teks ke sekolah.\nJun 03, 2018\n\nMurid mungkin tidak perlu lagi bawa buku teks ke sekolah.Kementerian Pendidikan berkata, perkara itu sedang dikaji dan mungkin jadi antara penyelesaian masalah bebanan beg berat yang dibawa murid.Pihaknya dijangka akan buat sidang media khas Khamis ini bagi memberi perincian penuh mengenai jalan penyelesaian yang boleh diguna pakai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79987", "title": "Pengguna yang sengaja guna lorong kecemasan di lebuh raya, anda diperhatikan!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengguna yang sengaja guna lorong kecemasan di lebuh raya, anda diperhatikan!\nMay 27, 2019\n\nPengguna jalan raya, ini peringatan untuk anda, ada diperhatikan bukan sahaja oleh pihak berkuasa tetapi juga pengguna jalan raya yang lain!Ini kerana sama seperti sebelum ini, orang ramai boleh rakam gambar kenderaan yang sengaja dipandu di lorong kecemasan sepanjang Ops Bersepadu Aidilfitri ini.Ia kemudian boleh disalur kepada JPJ berserta maklumat lengkap termasuk nombor plat dan lokasi untuk memudahkan tindakan susulan ke atas pesalah.Program berunsur politik tidak dibenarkan di masjid dan surau di Perak.Pengerusi jawatankuasa masjid dan surau di Perak yang benarkan premis mereka diguna untuk program politik akan digantung tugas!Sultan Perak beri perkenan itu susulan banyak aduan mengenai program yang dianjurkan atas nama politik diadakan di tempat ibadat berkenaan tanpa kebenaran.Seorang wanita tikam mati suaminya kerana mangsa selalu dera dan curang.Polis Sabah tahan seorang wanita di Lahad Datu kerana menikam mati suaminya sendiri ketika mangsa sedang tidur.Harian Metro melaporkan, suspek bertindak demikian kerana sudah tidak tahan lagi dengan sikap mangsa yang mendera dan curang kepadanya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79910", "title": "Tiada dendam di hati dan sudah memaafkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada dendam di hati dan sudah memaafkan.\nMay 14, 2019\n\nBaru seminggu umat Islam berpuasa, bermacam ragam berlaku untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan.\u00a0Di\u00a0 Kuala Langat Selangor, sekumpulan remaja yang buli seorang lelaki warga emas yang juga OKU baru-baru ini telah mohon maaf.Menurut mangsa, dia telah memaafkan mereka kerana niatnya menegur adalah supaya remaja tersebut menjaga solat terutama pada bulan Ramadan.Terdahulu, video kejadian itu viral di media sosial hingga ramai yang menuntut keluarga remaja terbabit dicari untuk mohon maaf kepada mangsa.Sementara itu, tindakan seorang warden kejutkan pelajar asrama bangun sahur dengan memulas minyak motor sekuat-kuatnya di koridor bilik mereka viral di media sosial.Rata-rata netizen puji tindakan itu yang dianggap efektif dan akan menjadi kenangan buat pelajar terbabit.Dan, polis tahan 4 lelaki di sekitar Terengganu dan Lembah Klang yang rancang serangan pada Ramadan ini.Mereka juga mengaku rancang melakukan pembunuhan terhadap individu-individu berprofil tinggi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=115766", "title": "Pasukan Pemantau Ditempatkan Di Lokasi Riadah Tumpuan Awam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPasukan Pemantau Ditempatkan Di Lokasi Riadah Tumpuan Awam.\nSep 17, 2021\n\n\nIndividu yang tidak lengkap 2 dos vaksin Covid-19 akan diarah beredar daripada kawasan riadah.\nMenurut polis, pihaknya sudah menggerakkan pasukan pemantau di semua lokasi riadah tumpuan ramai bagi memastikan pengunjung patuh SOP.\nSementara itu, 7 individu dikompaun kerana langgar SOP antaranya tiada penjarakan fizikal di kawasan air terjun Sungai Pisang, Gombak.\n\u00a0\n5 pelancong yang ingin ke Langkawi positif Covid-19.\n5 individu disahkan positif Covid-19 menerusi hasil saringan di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi.\nMenurut Ketua Pengarah Kesihatan, kesemua mereka tidak bergejala dan diberikan perintah jalani kuarantin di rumah bagi tempoh 10 hari.\nLangkawi dibuka buat pelancong mulai semalam sebagai perintis gelembung pelancongan bagi individu yang lengkap divaksin.\n\u00a0\nPelan Jalinan Digital Negara, JENDELA akan diperluaskan.\nMenurut Perdana Menteri, ia bagi meningkatkan capaian internet berkelajuan tinggi khususnya di Sabah dan Sarawak.\nKerajaan juga komited untuk beri perhatian terhadap isu kepentingan Sabah dan Sarawak khususnya melalui aspek rakan kongsi setaraf dalam Perjanjian Malaysia 1963.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71574", "title": "Malaysia tunggu maklumat rasmi daripada Filipina tentang laporan rakyat Malaysia dipenggal militan", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia tunggu maklumat rasmi daripada Filipina tentang laporan rakyat Malaysia dipenggal militan\nNov 18, 2015\n\nKerajaan sedang tunggu maklumat rasmi dari Filipina tentang laporan rakyat Malaysia, Bernard Then dipenggal militan.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata, PDRM akan dapatkan maklumat terperinci berdasarkan risikan tentera negara berkenaan.\u00a0Sementara itu, PM, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pihak berkuasa ambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab bunuh tebusan berkenaan.Militan culik mangsa di sebuah restoran di Sandakan Mei lalu bersama seorang wanita, yang dibebaskan awal bulan ini.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71610", "title": "Undang-Undang Vape di Johor", "body": "\n\u2190 Back to list\nUndang-Undang Vape di Johor\nDec 03, 2015\n\nPengusaha vape di Johor akan terima pekeliling rasmi daripada PBT berhubung pengharaman jualannya dalam tempoh 7 hari.Ia susulan titah Sultan Johor yang mengharamkan penjualan dan penggunaan vape di negeri itu mulai 1 Januari 2016.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72043", "title": "PTPTN berkata kesedaran dalam masyarakat berhubung tabungan pendidikan semakin tinggi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPTPTN berkata kesedaran dalam masyarakat berhubung tabungan pendidikan semakin tinggi.\nFeb 22, 2018\n\nPTPTN berkata kesedaran dalam masyarakat berhubung tabungan pendidikan semakin tinggi.Ia ekoran kira-kira 3.5 bilion ringgit telah didepositkan menerusi lebih 3 juta akaun SSPN1M.Jelas PTPTN, jumlah itu kian meningkat saban tahun semenjak skim itu diperkenalkan pada 2004.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81493", "title": "Remaja perlu patuh PKP!", "body": "\n\u2190 Back to list\nRemaja perlu patuh PKP!\nApr 03, 2020\n\nFoto : Astro AwaniSemua pihak perlu mainkan peranan penting dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan terutamanya golongan remaja.Jelas jurucakap khas polis Selangor, ACP Ismail Bin Muslim, ini kerana mereka yang ingkar, bakal berdepan hukuman penjara.\u00a0Jelanya, jika dipenjara ianya akan menjejaskan masa depan golongan ini kerana ianya direkodkan.Sejak PKP dilaksanakan 18 Mac lalu, lebih 700 tangkapan dibuat di Selangor atas kesalahan melanggar peraturan PKP.Sementara itu, Polis Sabah akan siasat tindakan pegawainya yang merotan 5 remaja yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan di Kunak.Menerusi video viral itu, pegawai polis tersebut berang selepas mereka tidak mengendahkan arahannya untuk beredar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71977", "title": "Lebih 1,250 kes dadah yang direkodkan dalam tempoh 2 tahun hingga April lalu dilakukan pesalah juvana.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 1,250 kes dadah yang direkodkan dalam tempoh 2 tahun hingga April lalu dilakukan pesalah juvana.\nOct 04, 2017\n\nLebih 1,250 kes dadah yang direkodkan dalam tempoh 2 tahun hingga April lalu dilakukan pesalah juvana.Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam berkata, daripada jumlah itu, 47 peratus membabitkan penyalahgunaan syabu.Selain dadah, golongan itu turut terbabit dalam seribu kes jenayah kekerasan dan 48 lagi kes membabitkan kongsi gelap.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80668", "title": "Awasi pergerakan anak-anak anda!", "body": "\n\u2190 Back to list\nAwasi pergerakan anak-anak anda!\nOct 09, 2019\n\nAwasi pergerakan anak-anak anda!Itu nasihat Timbalan Perdana Menteri terhadap ibu bapa supaya kes kanak-kanak maut terjatuh ke dalam lubang kumbahan di Ipoh, semalam tidak berulang.Datuk Seri Dr\u00a0Wan Azizah menerusi Twitternya turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa agar tabah menghadapi dugaan.Kanak-kanak 3 tahun itu ditemui mati dipercayai terjatuh ke dalam sebuah lubang kumbahan najis di kuarters Polis Pasir Puteh, Ipoh.Bapa terlibat sumbang mahram dihukum penjara 40 yahun dan 24 kali sebatan!Perbuatan keji seorang lelaki yang melakukan sumbang mahram dan rakam video pornografi terhadap anaknya terbalas!Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun dan 24 kali sebatan.Lebih mendukacitakan mangsa yang berusia 11 tahun merupakan OKU lemah\u00a0pembelajaran dan perbuatan keji itu berlaku sejak mangsa berusia 6 tahun.Isu kesihatan mental pelajar antara cabaran sistem kesihatan dan pendidikan termasuk di Malaysia.Menurut Kementerian Kesihatan, KKM, antara kes yang membimbangkan ialah tabiat merokok, penyalahgunaan dadah dan masalah kesihatan mental.Justeru, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan kini giat banteras isu rokok dan vape dalam kalangan murid termasuk menambah bilangan guru kaunseling.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73378", "title": "Kerjasama politik PAS dan UMNO bukan keperluan mendesak", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerjasama politik PAS dan UMNO bukan keperluan mendesak\nSep 17, 2018\n\nKerjasama politik PAS dan UMNO bukan keperluan mendesakFoto - Astro AwaniPAS sifatkan kerjasama yang terbentuk di antara parti itu dan UMNO merupakan satu keperluan tetapi bukanlah mendesak.Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama politik itu hanya melibatkan perkara-perkara positif.Malah katanya, parti itu juga tidak gopoh dan akan menilai situasi kerjasama tersebut dari masa ke semasa.-----Reman suspek kes bunuh kucing dalam mesin pengering dobi disambungFoto - Astro AwaniTempoh reman dua suspek kes bunuh kucing dalam mesin pengering sebuah dobi dekat Gombak, Selasa lepas disambung tiga hari lagi mulai esok.Dua suspek berusia 26 dan 40 tahun itu ditahan Jumaat lalu manakala seorang lagi masih bebas dan diburu pihak polis.Kejadian itu mendapat kecaman orang ramai apabila rakaman CCTV perbuatan kejam itu tersebar di media sosial.-----JAIPk bantu orang ramai cari jodohFoto - Astro AwaniJabatan Agama Islam Perak akan perkenalkan laman sesawang e-jodoh untuk membantu individu yang sukar bertemu jodoh mendapatkan pasangan.Pihaknya juga akan lancarkan modul poligami bertujuan beri pendedahan tentang tanggungjawab mereka yang ingin berpoligami.Kedua-dua inisiatif itu katanya akan dilancarkan serentak bulan depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=108149", "title": "Tidak Perlu Pemerintahan Darurat Selepas 1 Ogos.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTidak Perlu Pemerintahan Darurat Selepas 1 Ogos.\nJun 17, 2021\n\n\nTiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan.\nIa antara 7 perkara yang dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu di Istana Negara, semalam.\nDalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.\nIa bagi membolehkan Pelan Pemulihan Negara dan pelaksanaan Ordinan Darurat dibahaskan ahli parlimen.\nTambah Istana Negara, nyawa dan kehidupan rakyat wajib diutamakan dan program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan agar mencapai matlamat imuniti kelompok 80 peratus secepat mungkin.\n\u00a0\nVaksinasi COVID-19 secara \u2018walk-in\u2019 bakal dilaksanakan.\nNamun jelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan keutamaan diberikan kepada individu yang telah berdaftar tetapi belum diberi janji temu.\nKhairy Jamaluddin turut beri jaminan, masalah kelewatan aturan janji temu vaksinasi akan selesai apabila lebih banyak bekalan vaksin tiba bulan depan dan Ogos nanti.\nPihaknya dalam pada itu akan merangka strategi untuk memberi suntikan vaksin pelajar tingkatan 5 dan 6 serta guru yang akan terlibat dengan peperiksaan SPM dan STPM tahun ini.\nJelas KJ, pihaknya pertimbang untuk memberikan sekurang-kurangnya 1 dos vaksin sebelum mereka kembali ke sekolah.\n\u00a0\nJangan sebar berita palsu!\nMesej viral bertajuk \u2018Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 syor Darurat Kesihatan disambung' adalah palsu!\nTegas MKN, orang ramai diminta untuk tidak mengedarkan atau menyebarkan berita tidak benar yang diterima melalui media sosial.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81759", "title": "KKM terus pantau kluster baru COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM terus pantau kluster baru COVID-19\nMay 10, 2020\n\nKerajaan terus pantau kluster COVID-19.Foto : Astro AwaniKementerian Kesihatan akan terus memantau kluster baru COVID-19 di seluruh negaradalam usaha memastikan wabak COVID-19 dapat dikawal.Timbalan Menterinya berkata demikian selepas hampir 90 kes positif dikesan membabitkanwarga asing di Pedas, N. Sembilan.Dalam pada itu, satu lagi kluster baru turut dikesan di Setia Alam juga membabitkan pekerja asing.Ketua Pengarah Kesihatan berkata sebanyak 12\u00a0kes positif direkodkan selepas sebuahtapak pembinaan di situ dijangka kembali beroperasi.---Kawasan PKPD ke-8 diumumkan.Foto : Astro AwaniSementara itu, kawasan Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya jadi kawasan ke-8 yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan mulai hari ini hingga 23 Mei.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara berkenaan menerusilaman Facebooknya selepas mendapat nasihat KKM.Jelasnya, KKM sahkan terdapat 26 kes positif COVID-19 dikesan di kawasan berkenaan.---Barangan menjelang Aidilfitri mencukupi.Foto : Astro AwaniKerajaan beri jaminan bahawa barang keperluan sempena perayaan Aidilfitri adalahmencukupi!Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata pihaknya akanmemastikan orang ramai tidak melakukan pembelian panik sempena musim perayaan kaliini.Pihaknya turut ingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya barangankeperluan tidak mencukupi yang akan mencetuskan pembelian panik dan sekaliguskenaikan harga barang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=118752", "title": "Jangan Bersikap Sambil Lewa Terhadap Pematuhan SOP.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan Bersikap Sambil Lewa Terhadap Pematuhan SOP.\nOct 13, 2021\n\n\nJangan bersikap sambil lewa terhadap pematuhan SOP susulan kebenaran rentas negeri yang diberikan.\nMenurut Menteri Kanan Pertahanan, pihak berkuasa tidak akan bersikap lepas tangan sebaliknya pemantauan dan penguatkuasaan SOP akan terus dilaksanakan.\nPemeriksaan secara rawak akan dilaksanakan antaranya menerusi sekatan jalan raya bergerak dan di R&R.\n\u00a0\nTidak wajib jalani ujian saringan Covid-19 untuk ke Langkawi.\nIndividu yang ingin melancong ke Langkawi tidak perlu jalani ujian saringan Covid-19 berkuat kuasa serta-merta.\nMenteri Kesihatan berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira peratus pelancong yang dikesan positif semasa saringan adalah sangat rendah.\nBagaimanapun, pelancong digalakkan untuk jalani ujian kendiri sebagai langkah mengukuhkan tindakan kesihatan awam.\nSetakat ini, hanya 0.4 peratus daripada kira-kira 54,000 pelancong yang berkunjung ke Langkawi disahkan positif Covid-19.\n\u00a0\nHujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri bermula bulan depan hingga Januari.\nMenurut Jabatan Meteorologi, hujan lebat diramal berlaku di negeri Pantai Timur antara November hingga Disember.\nManakala mulai Disember hingga Januari depan, hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Johor, Sabah dan Sarawak.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71607", "title": "Kerajaan Johor Umumkan Larangan Rasmi Terhadap Vape", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Johor Umumkan Larangan Rasmi Terhadap Vape\nDec 02, 2015\n\nMenurut The Star, semua Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Johor akan diberi arahan berhubung larangan berkenaan.Kerajaan negeri juga minta semua peniaga vape menutup perniagaan sebelum 2 Januari atau bakal diambil tindakan.Manakala mulai hari ini, semua pegawai dan kakitangan Istana Johor dilarang menghisap vape di pejabat dan Istana Besar.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72795", "title": "Malaysia-Thailand Rumus Mekanisme Nikah Cerai Pasangan Malaysia di Selatan Thai", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia-Thailand Rumus Mekanisme Nikah Cerai Pasangan Malaysia di Selatan Thai\nJul 21, 2016\n\nUjar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, ia susulan peningkatan jumlah rakyat negara ini yang berkahwin di wilayah berkenaan.Jelas beliau, ini kerana perkahwinan yang tidak disahkan undang-undang akan mengundang banyak masalah dan kerumitan terutama kepada isteri dan anak-anak.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79622", "title": "Kerajaan Tiada Cadangan Untuk Beri Pampasan Kepada Mangsa Pencemaran Sungai Kim Kim ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Tiada Cadangan Untuk Beri Pampasan Kepada Mangsa Pencemaran Sungai Kim Kim \nMar 25, 2019\n\nKerajaan belum buat putuskan cara serta jumlah pampasan yang akan diberikan kepada mangsa pencemaran di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.Menurut Timbalan Perdana Menteri,\u00a0buat masa ini kerajaan beri tumpuan terhadap kesihatan dan rawatan kepada mangsa.Tambah, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerajaan juga sedang mencari langkah pencegahan agar insiden tersebut tidak berulang.\u00a0Kena Pindah Sebab Aduan Pemilik PremisBazar rakyat di Lorong TAR di KL, dipindahkan selepas mendapat aduan daripada pemilik premis kedai di kawasan berkenaan.Antaranya, laluan masuk premis kedai terhalang dan terganggu, kesesakan lalu lintas serta longgokan sampah sarap.Menurut Kementerian Wilayah Persekutuan, lokasi baru di Jalan Raja itu lebih selesa dan teratur yang diuruskan DBKL.Maaf... Sila Ikat PerutPerdana Menteri minta penjawat awam 'ikat perut' buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat mengatasi masalah kewangan negaraTun Dr Mahathir Mohamad berkata buat masa ini kerajaan perlu beri tumpuan untuk bayar hutang yang tinggi.Beliau juga menyeru CUEPACS bersabar kerana kerajaan letakkan sasaran untuk pulihkan masalah kewangan itu sekurang-kurangnya tiga tahun sekiranya tiada gangguan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71022", "title": "Boleh Pilih Kekal di Asrama Atau Balik", "body": "\n\u2190 Back to list\nBoleh Pilih Kekal di Asrama Atau Balik\nOct 08, 2020\n\nBoleh Pilih Kekal di Asrama Atau BalikSemua 384 sekolah di Klang, Selangor dan Sandakan, Papar serta Tuaran di Sabah ditutup sementara bermula hari ini sehingga 23 Oktober.Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi murid yang tinggal di asrama, ibu bapa atau penjaga pelajar berkenaan dinasihat agar menjemput anak mereka.Namun pelajar boleh juga memilih untuk terus kekal berada di asrama sepanjang tempoh penutupan sekolah dan akan berada di bawah penjagaan warden.Keperluan makan dan minum murid sepanjang menunggu untuk diambil atau yang memilih untuk kekal di asrama akan disediakan oleh pihak sekolah.KPM turut memaklumkan, penjaga dan ibu bapa boleh melayari portalnya untuk mengetahui senarai 142 sekolah di Klang yang ditutup sementara berikutan terletak di zon merah COVID-19.Senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan di platform media sosial rasmi KPM.Buat SOP BaruKerajaan minta Jabatan Penjara Malaysia membentangkan SOP baru bagi bendung penularan kes COVID-19 dalam kalangan tahanan.Ia berikutan penjara dan pusat tahanan menyumbang sebahagian besar kes positif wabak tersebut kebelakangan ini.Semalam, 489 kes baru COVID-19 direkodkan di Malaysia dengan angka tertinggi dicatatkan di Sabah dan Kedah.Di Kedah, kes paling tinggi dicatatkan oleh Kluster Tembok melibatkan tahanan di Penjara Alor Setar dan Pokok Sena.Pemuda Saran Tak Letak CalonPemuda UMNO akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan parti itu agar tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi.Ia susulan situasi semasa penularan COVID-19 di Sabah yang dikhuatiri boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada rakyat negeri itu.Macau Scam: 8 Pegawai Polis Antara Yang DitahanSPRM dilapor tahan 8 pegawai kanan dan 2 anggota polis di Bukit Aman dan IPK Selangor.Menurut BH, ia berkaitan kes pengubahan wang haram hasil penipuan sindiket Macau Scam dan judi haram dalam talian.\u00a0Kredit: Free Malaysia Today (sekadar hiasan)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80474", "title": "Kongsi pendapat anda tentang pelaksanaan perkhidmatan Gojek di Malaysia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKongsi pendapat anda tentang pelaksanaan perkhidmatan Gojek di Malaysia.\nAug 29, 2019\n\nOrang ramai dijemput menyertai Kajian Persepsi Pengguna Jalan Raya Terhadap Kebolehlaksanaan Perkhidmatan Teksi Motosikal atau Gojek.Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, MIROS, kajian secara dalam talian di laman webnya itu bermula hari ini sehingga 7 September.Hasil kajian akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan bagi merangka mekanisme pelaksanaan perkhidmatan itu di Malaysia.Kes pencemaran bau di sebuah seklah di Pasir Gudang disyaki berpunca daripada loji berhampiran.Kes 30 murid sebuah sekolah di Pasir Gudang alami muntah-muntah semalam, disyaki berpunca daripada loji rawatan kumbahan berdekatan.\u00a0Exco Alam Sekitar Johor berkata bagaimanapun bacaan kualiti udara di kawasan sekolah itu berada pada tahap normal.Pihak berwajib sudah pun diarahkan untuk menyelenggara loji terbabit dengan segera.Bas mini kini kembali!Selepas lebih 2 dekad dihentikan, perkhidmatan bas mini akan buat kemunculan semula di ibu negara mulai bulan depan!Rapid KL akan mengadakan perkhidmatan bas mini secara percubaan selama 3 bulan dari hab Bukit Indah ke Ampang Point.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81269", "title": "Kehebatan Muhyiddin Yassin, dipecat sebagai TPM, kembali sebagai PM!", "body": "\n\u2190 Back to list\nKehebatan Muhyiddin Yassin, dipecat sebagai TPM, kembali sebagai PM!\nFeb 29, 2020\n\nTeka-teki siapa yang bakal jadi Perdana Menteri Malaysia ke-8 akhirnya terjawab!Ini selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan itu.Foto : Astro AwaniKeputusan itu dibuat baginda, Al-Sultan Abdullah yang merasakan Presiden Bersatu itu mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.Muhyiddin dalam reaksi pertamanya meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas pelantikan tersebut dan meminta\u00a0seluruh rakyat malaysia menerima baik keputusan yang telah dibuat Istana Negara.Foto : Astro AwaniMuhyiddin, 72 tahun berjaya cipta antara kebangkitan politik paling dramatik.Beliau pernah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika bersama Barisan Nasional, sebelum buat kemunculan semula dengan kerajaan Pakatan Harapan sebagai Menteri Dalam Negeri dan kini...menduduki kerusi nombor 1 negara bersama Perikatan Nasional.Foto : Astro AwaniPresiden BERSATU itu dijadual mengangkat sumpah jawatannya pagi esok di Istana Negara.Saksikan upacara angkat sumpah Perdana Menteri ke-8 secara langsung jam 10.30 pagi esok di Astro Awani saluran 501.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79575", "title": "Bencana Kim Kim: Hampir 400 masih dirawat di hospital", "body": "\n\u2190 Back to list\nBencana Kim Kim: Hampir 400 masih dirawat di hospital\nMar 16, 2019\n\nFoto - Astro AwaniExco kesihatan negeri Johor berkata, 371 mangsa pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang masih berada di wad setakat tengah malam tadi.Daripada jumlah itu, lapan pesakit masih di berada dalam unit rawatan rapi namun dilaporkan stabil.Foto - Astro AwaniKerajaan negeri Johor dalam pada itu menafikan terdapat kes kematian babitkan mangsa pencemaran sisa toksik, seperti yang viral di media sosial.Orang ramai dinasihat agar tidak panik dan mudah percaya kepada berita-berita yang tidak dapat dipastikan sumber dan kesahihanya.Foto - Astro AwaniKementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pula tubuhkan Jawatankuasa Saintifik bagi mengenal pasti pasti\u00a0punca\u00a0dan penyelesaian\u00a0kepada pencemaran\u00a0sisa\u00a0kimia itu.Ia turut dianggotai\u00a0Jabatan Alam Sekitar, Agensi Angkasa Negara, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Jabatan Kimia Negeri Johor, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, UTM dan\u00a0Petronas.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72506", "title": "Guru yang menjadi mangsa buli perlu membuat laporan segera", "body": "\n\u2190 Back to list\nGuru yang menjadi mangsa buli perlu membuat laporan segera\nJul 03, 2017\n\nGuru yang menjadi mangsa buli perlu membuat laporan segera bagi memastikan keselamatan mereka dan keluarga terjamin.\u00a0Tegas Menteri Pendidikan, langkah itu perlu agar pelajar yang melampaui batas diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada.\u00a0DS Mahdzir Khalid akui, wujudnya kejadian guru dibuli terutama apabila membabitkan pelajar yang terbabit dengan kongsi gelap.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73201", "title": "Kanak-kanak 5 tahun maut ditetak bapa.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKanak-kanak 5 tahun maut ditetak bapa.\nAug 14, 2018\n\nKanak-kanak 5 tahun maut ditetak bapa.Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun maut ditetak bapanya di sebuah flat Puchong Permai, Selangor semalam.Foto: Berita HarianSuspek dipercayai melakukan perbuatan itu ketika mangsa sedang tidur sebelum mengheret badan mangsa ke luar rumah.Menurut polis, suspek yang didapati positif dadah jenis syabu dan peminum tegar air ketum mendakwa dia mendengar suara yang menyuruhnya melakukan perbuatan kejam itu.Cuaca dijangka panas hingga pertengahan September.Cuaca panas dan kering di Semenanjung ketika ini dijangka berterusan sehingga pertengahan bulan depan.Antara kawasan dan negeri yang terlibat adalah KL, Selangor, Putrajaya, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, fenomena itu berlaku akibat fasa monsun Barat Daya.Golongan LGBT tidak hidapi penyakit mental.Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata golongan LGBT tidak hidapi penyakit mental sebaliknya alami perubahan hormon di dalam otak.\u00a0Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Perdana Menteri saran golongan transgender supaya guna tandas OKU sebagai langkah penyelesaian jangka pendek sementara kerajaan berusaha tangani isu berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73060", "title": "Tun Dr Mahathir Mohamad mula bertugas di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya hari ini. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun Dr Mahathir Mohamad mula bertugas di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya hari ini. \nMay 21, 2018\n\nPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mula bertugas di bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.Tugas Tun M bermula dengan penyampaikan amanat kepada warga Jabatan Perdana Menteri pada perjumpaan bulanan bagi Mei.\u00a0\u00a0Sejak dilantik memegang jawatan Perdana Menteri ke-7, Tun M mengadakan semua mesyuarat dan pertemuan di Yayasan Kepimpinan Perdana.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79481", "title": "Malaysia bakal jadi antara pengeluar vaksin utama dunia!", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia bakal jadi antara pengeluar vaksin utama dunia!\nMar 04, 2019\n\nMalaysia bakal jadi antara pengeluar vaksin utama dunia!Ini selepas kerajaan rancang untuk bina kilang vaksin halal pertama negara di Negeri Sembilan, tidak lama lagi.Menurut Kementerian Kesihatan, ia langkah terbaik kerajaan untuk tingkatkan keyakinan ibu bapa terhadap vaksin yang diberikan kepada anak-anak mereka.Dalam perkembangan lain, tiga lagi kes difteria dikesan di Johor namun mereka dilaporkan stabil.Undang-undang baru kawal selia penggunaan tembakau, vape dan shisha masih dirangka.Kementerian Kesihatan masih rangka draf bagi gubal undang-undang baru untuk kawal selia penggunaan tembakau, vape dan shisha.Ini kerana undang-undang sedia ada tidak melibatkan produk yang mengandungi nikotin.Dalam perkembangan berkaitan, pihaknya dapati bilangan individu yang langgar larangan merokok di premis makanan menunjukkan trend penurunan sejak ia dikuat kuasakan Januari lalu.Peminjam PTPTN diminta langsaikan pinjaman!Pengerusi PTPTN gesa peminjam untuk jelaskan pinjaman mereka agar wang itu boleh digunakan oleh peminjam baru.Sejak tabung itu ditubuhkan 21 tahun lalu, lebih 360,000 daripada 1.9 juta peminjam gagal buat bayaran balik pinjaman mereka berjumlah RM2.7 bilion.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70723", "title": "Polis Jelaskan Tular Gambar Lelaki Pakai Gelang 'Pink'", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Jelaskan Tular Gambar Lelaki Pakai Gelang 'Pink'\nAug 21, 2020\n\nPolis Jelaskan Tular Gambar Lelaki Pakai Gelang 'Pink'Saringan pertama ke atas lelaki warga Perancis yang dikesan pakai gelang merah jambu kuarantin di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi didapati negatif COVID-19.Menurut polis Langkawi, lelaki berkenaan sudah jalani ujian saringan tersebut sebaik tiba dari Doha, Qatar.Berikutan keputusan ujian negatif, dia dibenarkan menjalani kuarantin di rumahnya di pulau berkenaan.Ia susulan gambar tular memaparkan lelaki itu memakai gelang merah jambu kuarantin di lapangan terbang tersebut hingga cetus kebimbangan orang ramai.Kemasukan Penuntut ke IPTA di 2 Negeri Mungkin TangguhKepulangan penuntut dan kemasukan pelajar baru ke IPTA di Kedah dan Sarawak Oktober nanti mungkin ditangguhkan jika kes COVID-19 di 2 negeri itu meningkat.Namun keputusan muktamad akan dibuat selepas Kementerian Pengajian Tinggi mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan negeri terlibat.\ud83d\udcf8Sinar Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73009", "title": "Seorang penjenayah ditembak mati oleh polis ketika cuba pecah masuk sebuah rumah di Rawang", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang penjenayah ditembak mati oleh polis ketika cuba pecah masuk sebuah rumah di Rawang\nMar 09, 2018\n\nPolis tembak mati seorang penjenayah ketika cuba pecah masuk sebuah rumah di Rawang manakala dua lagi rakannya berjaya lolos.Dalam kejadian pagi tadi, suspek ditembak kerana melibaskan parangnya ke arah polis ketika cuba ditahan.Gerakan mengesan 2 suspek yang melarikan diri itu giat dijalankan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=118810", "title": "Individu Layak Terima Dos Penggalak Dimaklumkan Melalui MySejahtera.", "body": "\n\u2190 Back to list\nIndividu Layak Terima Dos Penggalak Dimaklumkan Melalui MySejahtera.\nOct 14, 2021\n\n\nIndividu Layak Terima Dos Penggalak Dimaklumkan Melalui MySejahtera.\nPemberian dos penggalak vaksin COVID-19 adalah percuma dan sukarela.\nJelas Menteri Kesihatan, ia membabitkan warga emas berusia 60 tahun ke atas dan anggota barisan hadapan yang menerima dos lengkap sekurang-kurangnya 6 bulan lalu.\nIndividu yang layak akan dimaklumkan melalui MySejahtera, SMS atau panggilan telefon oleh Pusat Pemberian Vaksin.\n\u00a0\nKumpulan pertama jemaah umrah Malaysia berlepas ke Tanah Suci.\n11 individu jadi kumpulan pertama dari Malaysia tunai umrah susulan pembukaan semula sempadan negara.\nJemaah tersebut berlepas kira-kira jam 7.50 malam tadi dari KLIA.\nMalaysia baru sahaja buka semula sempadan negara selepas mencapai kadar vaksinasi 90 peratus untuk populasi dewasa negara.\n\u00a0\nMelaka buka pintu buat pelancong luar mulai esok.\nMenurut EXCO Pelancongan negeri, sambutan besar-besaran akan diadakan di semua pintu masuk ke negeri itu sempena pembukaan semula sektor pelancongan.\nPelancong yang berkunjung ke Melaka esok akan diberikan kit cegah COVID-19 dan barangan promosi pelancongan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79424", "title": "KDN Senarai Pendek Nama Ketua Polis Negara Dan Timbalan ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKDN Senarai Pendek Nama Ketua Polis Negara Dan Timbalan \nFeb 22, 2019\n\nKementerian Dalam Negeri telah senarai pendek beberapa nama bagi mengisi jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalannya.Senarai nama berkenaan dijangka diserahkan kepada Perdana Menteri dalam waktu terdekat.Perdana Menteri kemudiannya akan mohon perkenan daipada Yang di Pertuan Agong.Kementerian Pendidikan Tiada KaitanUKM berkata Kementerian Pendidikan tidak terbabit dalam pembatalan perjumpaan bekas PM, Datuk Seri Najib bersama pelajar UKM dalam satu forum khas hari ini.Sebaliknya UKM jelaskan \u00a0pembatalan itu dibuat atas sebab-sebab keselamatan.Terdahulu, Datuk Seri Najib mendakwa forum itu dibatalkan kerana terdapat campur tangan daripada Kementerian Pendidikan.\u00a0Tujuh Lelaki Diburu\u00a0Tujuh lelaki diburu kerana dipercayai menyamun sebuah keluarga di Bukit Kuchai, Bandar Kinrara semalam.Perbuatan jenayah suspek terbabit berjaya dirakam CCTV dan menjadi viral di media sosial.\u00a0Pihak polis sedang lakukan semakan bagi mengenalpasti dan mengesan suspek terbabit.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80651", "title": "Kerajaan Mungkin Perkenal Beberapa Cukai Baru ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Mungkin Perkenal Beberapa Cukai Baru \nOct 06, 2019\n\nKerajaan Mungkin Perkenal\u00a0Cukai BaruKerajaan mungkin perkenal beberapa cukai baru yang tidak terlalu membebankan rakyat.Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga akan memperkemaskan sistem percukaian sedia ada agar tiada lagi pihak sengaja ambil kesempatan melepaskan diri.Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan demikian selepas melancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.Inisiatif itu letak 10 sasaran utama antaranya pendapatan isi rumah B40 melebihi RM5,800 sebulan dan perniagaan Bumiputera sumbang 20 peratus nilai KDNK.Kebajikan Pekerja Wanita Dalam Sektor Swasta Akan Lebih TerbelaKerajaan bercadang naikkan tempoh cuti bersalin pekerja sektor swasta daripada 60 hari kepada 98 hari.Kementerian Sumber Manusia memaklumkan The Star, kerajaan juga bercadang perkenal garis panduan baru untuk kebajikan pekerja wanita.Antaranya pekerja mengandung tidak boleh dipecat melainkan majikan dapat buktikan alasan pemecatannya tiada kaitan dengan kehamilannya.\u00a0Isu Bekalan Air Berbau Makin Pulih22\u00a0daripada 33 kawasan di Selangor dan KL yang terjejas dengan masalah air berbau telah pulih.Namun menurut Air Selangor, pemantauan, pemeriksaan,\u00a0aktiviti pencucian kolam dan sistem agihan masih lagi diteruskan sehingga ia pulih sepenuhnya.Khazanah Tak Minat Jual PLUSKhazanah Nasional yang merupakan Pemegang saham utama PLUS tidak berminat jual aset strategik itu kepada mana-mana pihak.Pihaknya memaklumkan pendirian tegas itu\u00a0susulan tawaran ambil alih konsesi lebuh raya tersebut oleh sebuah konsortium berpangkalan di Singapura dan Hong Kong baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79215", "title": "Operasi SAR lewat ekoran mengambil kira faktor keselamatan penyelam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nOperasi SAR lewat ekoran mengambil kira faktor keselamatan penyelam.\nJan 23, 2019\n\nOperasi berjalan lewat ekoran terpaksa mengambil kira faktor keselamatan penyelam!Operasi menaikkan kenderaan SUV yang terhumban ke laut selepas terbabit dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang ambil masa yang lama kerana mengambil kira faktor keselamatan penyelam!APMM berkata arus laut deras, jarak penglihatan terhad dan serpihan tajam kenderaan tersebut antara cabaran yang perlu dihadapi para penyelam.Semalam, kenderaan tersebut berjaya dinaikkan dan mayat mangsa dijumpai di tempat duduk pemandu.Sementara itu, keluarga mangsa mahukan keadilan untuk mangsa.Abang mangsa berkata dia dan keluarga menerima kejadian itu dan berharap agar tiada spekulasi dibuat berhubung insiden terbabit agar tidak mengganggu siasatan polis.Dalam kejadian Ahad lalu, sebuah kereta hilang kawalan di Jambatan Pulau Pinang sebelum merempuh kereta adiknya sehingga terhumban ke dalam laut.---Pihak sekolah diharap peka dan akur dengan Pekeliling baru kementerian.Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, NUTP berharap agar pihak sekolah lebih peka dan akur dengan pekeliling baru yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan.Ini selepas pihaknya terima laporan terdapat sekolah yang tidak patuhi 5 inisiatif yang diumum kementerian untuk mengurangkan beban tugas guru.Setiausaha Agungnya berkata ahlinya boleh membuat aduan berhubung perkara berkenaan namun perlu disertakan dengan bukti dan dihantar menerusi emel.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79686", "title": "Operasi mencari Acap secara besar-besaran boleh undang bahaya!", "body": "\n\u2190 Back to list\nOperasi mencari Acap secara besar-besaran boleh undang bahaya!\nApr 05, 2019\n\nBomba Perak nafi terlibat dalam misi mencari besar-besaran peserta Gopeng Ultra Trail, Acap, esok yang kini viral di media sosial.Pihaknya turut nasihatkan orang awam agar tidak terlibat dengan aktiviti itu memandangkan terdapat binatang berbisa di kawasan berkenaan.Malah, kehadiran terlalu ramai orang boleh jejaskan fokus pencarian agensi penyelamat dan ganggu ketenteraman penduduk.Hari ini masuk hari ke-14 Acap atau nama sebenarnya Mohammad Ashraf Hassan hilang.Sungai Kim Kim\u00a0bakal dibangunkan sebagai pusat perniagaan atas air!Siapa sangka, Sungai Kim Kim bakal dibangunkan sebagai pusat perniagaan atas air pertama di negara ini!Namun, ADUN Permas Jaya berkata kerja pembersihan sungai itu perlu dilakukan selama 3 bulan sebelum pembinaan dilakukan.Cadangan itu katanya sudah dipersetujui oleh Menteri Besar Johor dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.NAMA dan\u00a0Yaashwin Sarawanan nak sertai Got Talent di negara lain pula.Kumpulan penyanyi suara harmoni berhijab NAMA dan manusia kalkulator, Yaashwin Sarawanan pertimbang sertai pertandingan Got Talent di negara lain pula selepas ini.Kedua-dua wakil Malaysia itu sudah selesai beraksi pada final 'Asia's Got Talent 3' malam tadi dan kini hanya tunggu keputusan rasmi diumumkan Khamis depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80397", "title": "Siasatan lanjut kes kematian Nora Anne Quorin akan diteruskan selepas bedah siasat selesai. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSiasatan lanjut kes kematian Nora Anne Quorin akan diteruskan selepas bedah siasat selesai. \nAug 14, 2019\n\nSiasatan lanjut kes kematian Nora Anne Quorin akan diteruskan selepas keputusan bedah siasat diterima.Ketua Polis Negeri Sembilan berkata operasi pasukan mencari dan menyelamat di lokasi gadis itu hilang juga tidak akan dihentikan sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.Mayat Nora ditemui pasukan penyelamat kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarganya petang semalam.Proses bedah siasat ke atas mayat gadis Ireland itu akan dijalankan pagi ini.Pelaksanaan Pendidikan Sivik di sekolah akan tumpukan 4 nilai teras.Kementerian Pendidikan berkata ianya melibatkan kasih sayang, kegembiraan, hormat-menghormati dan tanggungjawab.Setiap nilai dipecahkan kepada topik tertentu yang memfokuskan isu semasa seperti masalah sosial, pendidikan seksual dan keselamatan jalan raya.Pendidikan sivik telah dilaksanakan selama satu jam pada minggu keempat setiap bulan bermula Jun lalu.Jemaah haji Malaysia di Mina selamat.Mesej viral kononnya seorang jemaah Malaysia meninggal dunia kerana sesak nafas akibat terowong sesak ketika hujan lebat di Mina adalah palsu!Tabung Haji sahkan semua jemaah dan petugas Malaysia di sana berada dalam keadaan selamat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71128", "title": "PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanjutkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanjutkan\nOct 26, 2020\n\nPKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanjutkanFoto - Utusan BorneoTempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijadualkan berakhir esok akan dilanjutkan sehingga 9 November 2020.Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada masa sama berkata, PKPB juga akan dilaksanakan di Nilai, Negeri Sembilan mulai 28 Oktober sehingga 10 November 2020.Selain itu, tempoh PKPD di Taman Khazanah Indah, PPR Mutiara Kasih dan Felda Umas di Lahad Datu turut dilanjutkan selama 14 hari lagi manakala PKPD akan dikuatkuasakan di Taman Mesra dan Taman Mawar, Sandakan 28 Oktober sehingga 10 November.-----KKM berhati-hati pilih nama kluster COVID-19Foto - Malaysia DatelineKementerian Kesihatan berkata, pemilihan nama kluster COVID-19 adalah berdasarkan latar belakang kes indeks kluster tersebut.Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pihaknya sangat berhati-hati dalam pemilihan nama kluster bagi mengelakkan sebarang keresahan, kebimbangan dan stigma kepada pesakit, penduduk setempat mahupun organisasi yang terlibat.Hari ini, tiga kluster baru dikesan dikenali sebagai kluster Kapur di Kudat, Sabah, kluster Hampar di Rembau, Negeri Sembilan dan kluster Penjara Tapah di Batang Padang, Perak.-----Jemaah Menteri kunci mulutFoto - BernamaPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat khas lebih dua jam bersama Jemaah Menteri di Putrajaya, hari ini.Ia susulan titah Yang di-Pertuan Agong semalam yang menyatakan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini.Kesemua jemaah menteri bagaimanapun mengambil pendekatan mengunci mulut dan enggan mendedahkan hasil mesyuarat berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80181", "title": "Cukai gula bermula hari ini!", "body": "\n\u2190 Back to list\nCukai gula bermula hari ini!\nJul 01, 2019\n\nCukai gula bermula hari ini!Ia menyaksikan minuman yang mengandungi gula dikenakan cukai 40 sen untuk setiap seliter isipadunya.Namun untuk masa 2 bulan ini kelonggaran masih diberikan kepada peniaga bagi membiasakan diri dengan peraturan baru itu.Bagi Selangor, turut mula berkuat kuasa hari ini adalah larangan pemakaian penyedut minuman plastik.Bagaimanapun, ia bukan bermakna penyedut minuman plastik sudah tiada lagi, cuma akan hanya diberi atas permintaan pelanggan dan tidak lagi diletak di kaunter.Menurut laporan NST, ada peniaga rancang kenakan caj kepada pelanggan yang mahu penyedut plastik dan kutipan akan didermakan untuk tujuan amal.Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembali galas tugas sebagai Presiden UMNO.Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akhirnya menamatkan cuti daripada menjalankan tugas Presiden UMNO.Umum bekas Timbalan Perdana Menteri\u00a0\u00a0itu, bermula semalam beliau kembali bertugas, sempena genapnya setahun beliau dilantik mengetuai parti berkenaan.Disember lalu, Ahmad Zahid serah sementara tugas presiden kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan atas alasan demi kepentingan pimpinan dan parti.\u00a0Sesi persekolahan di Pasir Gudang berjalan seperti biasa.Kira-kira 130 murid dan kakitangan di beberapa buah sekolah sesak nafas dan pengsan dalam kejadian terbaru isu pencemaran di Pasir Gudang, Johor.Namun, sesi persekolahan di bandar itu yang baru bermula semula semalam tetap diteruskan seperti biasa dengan pihak berkuasa dilapor telah ambil langkah sewajarnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72266", "title": "Dua mangsa culik akan segera dibawa pulang", "body": "\n\u2190 Back to list\nDua mangsa culik akan segera dibawa pulang\nMar 25, 2017\n\nWisma Putra berkata, dua rakyat Malaysia mangsa culik Abu Sayyaf yang diselamatkan di Filipina akan dibawa pulang ke tanah air dengan segera.Kerajaan telah berhubung dengan pihak berkuasa negara jiran itu, namun tarikh sebenar kepulangan mereka masih belum ditetapkan.Mereka yang kini dirawat di sebuah hospital tentera di selatan Filipina, telah diserahkan kepada pasukan keselamatan Malaysia.Tiga lagi rakyat Malaysia yang gagal lolos ketika operasi pasukan tentera negara itu, masih lagi berada bersama militan Abu Sayyaf.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73250", "title": "Cuaca sejuk dingin diramal kembali normal dalam tempoh seminggu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nCuaca sejuk dingin diramal kembali normal dalam tempoh seminggu.\nJan 15, 2018\n\nCuaca sejuk dingin ketika ini khasnya di semenanjung diramal kembali normal dalam tempoh seminggu.Jabatan Meteorologi memaklumkan Akhbar Sin Chew, dalam tempoh ini hujan akan semakin sedikit dan suhu akan naik sehingga ke paras 26 darjah selsius.Pihaknya juga menafikan viral mengatakan Cameron Highlands, Genting Highlands dan Gunung Kinabalu kini diliputi salji.Cuaca sejuk di Malaysia ketika ini adalah disebabkan tiupan angin luluran sejuk dari Siberia dan Mongolia yang berlaku semasa monsun timur laut.Pada jam 8 pagi tadi beberapa kawasan mencatatkan suhu 21 darjah selsius dan ke bawah antaranya Kota Bharu, Temerloh, Kuala Pilah dan Alor Setar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78872", "title": "Jangan tangguh untuk berkahwin jika sudah layak dan berkemampuan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan tangguh untuk berkahwin jika sudah layak dan berkemampuan.\nNov 13, 2018\n\nPerdana Menteri\u00a0minta belia sudah berkemampuan agar tidak\u00a0tangguh-tangguh lagi untuk berkahwin seterusnya memiliki zuriat.Tun Dr Mahathir Mohamad membuat gesaan itu ekoran kebimbangan kerajaan akan populasi penduduk yang semakin berusia!Dijangkakan, seorang daripada setiap 5 penduduk negara ini berusia lebih 60 tahun menjelang 2050.Sekolah Bantuan\u00a0Kerajaan disaran\u00a0tukar status kepada sekolah kerajaan jika hadapi masalah kewangan.Sekolah Bantuan\u00a0Kerajaan\u00a0yang hadapi masalah\u00a0untuk tampung\u00a0kos operasi\u00a0sekolah\u00a0disaran untuk tukar status kepada sekolah kerajaan.Jelas Menteri Pendidikan, ia supaya segala perbelanjaan bagi pembangunan\u00a0insfrastruktur dapat\u00a0ditanggung sepenuhnya oleh\u00a0kerajaan.Dalam perkembangan lain, Dr Maszlee Malik akan lepaskan jawatannya sebagai Presiden Universiti\u00a0Islam Antarabangsa\u00a0selepas pelantikan penggantinya\u00a0selesai, akhir bulan ini.Kerajaan komited bantu golongan B40 dalam penjagaan kesihatan.Penyakit Tidak Berjangkit dijangka\u00a0mewakili 73 peratus kematian\u00a0dalam\u00a0kalangan rakyat\u00a0Malaysia menjelang 2040.Justeru, kerajaan komited\u00a0untuk\u00a0sediakan\u00a0penjagaan kesihatan\u00a0bagi\u00a0golongan B40 khususnya terhadap penyakit seperti diabetes, obesiti dan kanser.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70831", "title": "Agong Dukacita", "body": "\n\u2190 Back to list\nAgong Dukacita\nSep 08, 2020\n\nAgong Dukacita Isu Pencemaran AirYang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa dukacita terhadap kes pencemaran di Sungai Gong, Rawang.Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan ia perbuatan tidak bertanggungjawab yang mendatangkan mudarat kepada jutaan penduduk Lembah Klang yang terjejas \u00a0bekalan air.Justeru baginda menitahkan pihak yang menyebabkan pencemaran dikenakan tindakan tegas dan hukuman lebih berat.Dalam perkembangan berkaitan, bekalan air telah pulih di lebih 80 peratus daripada hampir 1,300 kawasan di 7 wilayah yang terjejas.Gangguan bekalan air yang bermula Khamis lalu itu dijangka pulih sepenuhnya pagi esok.Ada Menyamar Pegawai KKM Ambil Buku Catatan Saringan COVID-19Pemilik premis perlu lebih waspada menjaga maklumat pengunjung dan pelanggan premis khasnya yang mendaftar menggunakan buku catatan.Ini ekoran ada pihak dikesan menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ambil buku catatan saringan COVID-19 di beberapa premis perniagaan di Melaka.Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sudah buat laporan polis kerana bimbang data peribadi pelanggan dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.Anggota Polis Tegas Dapat Surat PenghargaanBukit Aman beri surat penghargaan kepada 2 anggota polis yang tegas dalam laksanakan tugas apabila tahan seorang pegawai kanan polis di sebuah pusat hiburan kelmarin.Suspek dilapor menghina dan cuba mengugut anggota polis berkenaan yang bertugas memeriksa premis terbabit di Petaling Jaya.Dalam pada itu, 580 individu ditahan di seluruh negara kerana berhibur di kelab malam dan pub, sekali gus langgar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71980", "title": "NUTP mahu Kementerian Pendidikan laksanakan satu kod etika lindungi guru.", "body": "\n\u2190 Back to list\nNUTP mahu Kementerian Pendidikan laksanakan satu kod etika lindungi guru.\nOct 06, 2017\n\nNUTP mahu Kementerian Pendidikan segera melaksanakan satu kod etika ibu bapa bagi lindungi golongan guru.Kod etika itu juga akan memastikan maruah dan emosi guru tidak terjejas akibat tekanan berbunca daripada serangan ibu bapa.Kesatuan itu berkata, cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan setahun lepas namun sehingga sekarang tiada perkembangan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72366", "title": "Pusat IT Mara Digital Mall catat jualan lebih 28 juta ringgit sejak ditubuhkan pada Disember 2015.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPusat IT Mara Digital Mall catat jualan lebih 28 juta ringgit sejak ditubuhkan pada Disember 2015.\nOct 30, 2017\n\nPusat IT Mara Digital Mall catat jualan lebih 28 juta ringgit sejak ditubuhkan pada Disember 2015.Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah berkata daripada jumlah itu, 26 juta diperolehi di Mara Digital Menara MARA, KLSehingga kini, terdapat empat premis berkenaan di Kuala Lumpur, Shah Alam,\u00a0 Ipoh dan Kuantan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71832", "title": "Kerajaan sasar kurangkan perokok", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan sasar kurangkan perokok\nJun 21, 2017\n\nMenteri Kesihatan memaklumkan, kerajaan telah laksana pelbagai inisiatif untuk menurunkan jumlah perokok di negara ini.Ujar Datuk Seri Dr S. Subramaniam, ia sejajar sasaran mengurangkan jumlah perokok kepada 15 peratus menjelang 2025 seterusnya jadi negara bebas asap rokok.Tinjauan kerajaan pada 2015 mendapati hampir 23 peratus atau 5 juta rakyat Malaysia adalah perokok.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73171", "title": "Saya sedia berundur apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSaya sedia berundur apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.\nSep 18, 2018\n\nDatuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan berundur daripada kabinet apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri nanti.Tambah Timbalan Perdana Menteri itu, perkara tersebut sudah sedia maklum dalam kalangan ahli PKR.Sementara itu, Khairy Jamaluddin berpendapat UMNO dan BN perlu meletakkan calon pada PRK Parlimen Port Dickson untuk berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Nurul Izzah Anwar akan tulis surat rayuan kepada Peguam Negara.Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar akan tulis surat rayuan kepada Peguam Negara, mohon pengampunan kepada seorang pesalah kes dadah.Ini selepas lelaki berkenaan dijatuhi hukuman mati kerana memiliki, memproses dan mengedar ganja untuk tujuan perubatan, khasnya pesakit kanser.Setakat ini, sudah lebih 43,000 orang menandatangani petisyen agar pemuda berkenaan dibebaskan.Jho Low mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak bersalah dalam skandal 1MDB.Ahli perniagaan kontroversi itu memaklumkan demikian menerusi laman web yang baru dilancarkannya semalam.Rakyat Malaysia di Selatan China selamat.Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera akibat taufan Mangkhut yang melanda Hong Kong, Macau dan beberapa kawasan di selatan China.Foto: NSTBuat masa ini, Kementerian Luar turut menasihati orang ramai agar tangguh perjalanan yang tidak penting ke kawasan terjejas.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72339", "title": "PDRM lumpuhkan militan IS", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM lumpuhkan militan IS\nJan 24, 2017\n\nPDRM lumpuhkan kumpulan militan IS yang cuba menjadikan Sabah transit, susulan penahanan 4 individu dalam operasi khas baru-baru ini.3 individu yang ditahan merupakan warga Filipina dan Bangladesh, manakala seorang lagi rakyat tempatan.Kumpulan itu mahu menjadikan Sabah sebagai pusat transitnya di Asia Tenggara dan Asia Selatan sebelum ke Filipina untuk bergabung dengan anggota pengganas lain.(gambar hiasan)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71240", "title": "Amaran Cuaca Buruk", "body": "\n\u2190 Back to list\nAmaran Cuaca Buruk\nNov 15, 2020\n\nAmaran Hujan Lebat Untuk Pantai Timur & JohorWarga Pantai Timur dan Johor diminta waspada dengan cuaca buruk yang dijangka bermula hari ini.Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran cuaca peringkat kuning yang dijangka menyebabkan hujan lebat dan angin kencang.Kawasan terlibat ialah seluruh Terengganu; Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang; Tumpat, PasirMas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor.Perincian Rabu NantiKWSP akan mengumumkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 para pencarum Rabu nanti (18 November 2020).Buat masa ini, perincian mengenai kemudahan itu yang digelar i-Sinar sedang dimuktamadkan bersama pihak berkepentingan.Permohonan boleh dibuat bermula bulan depan dan amaunnya akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari.Naik Semula ke 4 AngkaKes baru COVID-19 naik semula ke 4 angka iaitu 1,114.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sabah masih mencatat angka tertinggi diikuti Negeri Sembilan.2 kematian turut dilaporkan menjadikan jumlah korban kini 306 orang, manakala 803 lagi pesakit pulih.4 kluster baru COVID-19 turut dikenal pasti melibatkan Sabah, Kedah dan Pulau Pinang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73399", "title": "Levi kenderaan komersil di Linkedua ditetapkan RM50", "body": "\n\u2190 Back to list\nLevi kenderaan komersil di Linkedua ditetapkan RM50\nFeb 03, 2018\n\nKadar levi kenderaan komersial yang menggunakan Linkedua di Johor ditetapkan pada RM50, berkuatkuasa serta merta.Kementerian Pengangkutan berkata, pengurangan kadar adalah bertujuan mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.Sebelum ini kadar levi kenderaan komersial adalah RM200 namun diputuskan dikurangkan kepada RM50 oleh Kabinet, minggu lepas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72202", "title": "MH128 bukan dirampas", "body": "\n\u2190 Back to list\nMH128 bukan dirampas\nJun 01, 2017\n\nKementerian Pengangkutan nafi laporan kononnya pesawat MH 128 dari Melbourne ke KL dirampas.Sebaliknya, pesawat berkenaan terpaksa berpatah balik kerana seorang penumpang yang mabuk cuba memasuki kokpit.Lelaki itu juga mendakwa ada bom bersamanya yang kemudiannya didapati ia hanyalah powerbank.MH128 selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne pada 11.41 malam waktu tempatan dan menunggu ketibaan pasukan keselamatan.(sumber gambar dari internet)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73355", "title": "Waspada dengan tanda-tanda awal strok haba", "body": "\n\u2190 Back to list\nWaspada dengan tanda-tanda awal strok haba\nAug 18, 2018\n\nWaspada dengan tanda-tanda awal strok habaOrang ramai dinasihat berwaspada dengan tanda-tanda awal strok haba ekoran cuaca panas dan kering yang melanda ketika ini.Ketua Pengarah Kesihatan berkata antara tanda awal serangan strok haba ialah kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.Tanda-tanda lain katanya ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.-----Gangguan bekalan air di Kuantan dijangka berlarutan jika kemarau berpanjanganGangguan bekalan air di Kuantan dijangka berlarutan antara satu hingga dua bulan jika musim kemarau berpanjangan.Justeru, Air Pahang ingatkan penduduk berjimat gunakan air selain simpan bekalan secukupnya di rumah sebagai persediaan jika bekalan terputus.Setakat ini PAIP telah menggerakkan lori tangki dan meletakkan tangki statik di beberapa lokasi untuk pengguna mendapatkan bekalan air.-----Kementerian Pertahanan bantu kerja-kerja pembenihan awanKementerian Pertahanan telah menggerakkan aset udara miliknya bagi kerja-kerja pembenihan awan ekoran cuaca panas dan jerebu ketika ini.Menterinya, Mohamad Sabu berkata, jerebu ketika ini berpunca dari Sumatera, Indonesia dan bukan disebabkan oleh kebakaran hutan di negara ini.Setakat pukul 11 pagi ini, stesen bacaan IPU di ILP Miri, Sarawak rekodkan kualiti udara sangat tidak sihat dengan bacaan lebih 200\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72107", "title": "Mahakamah belum tetapkan tarikh perbicaraan Datuk Seri Najib Razak.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMahakamah belum tetapkan tarikh perbicaraan Datuk Seri Najib Razak.\nJul 06, 2018\n\nMahkamah Tinggi masih belum menetapkan sebarang tarikh perbicaraan bagi kes Datuk Seri Najib Razak!Jabatan Peguam Negara berkata sebelum ini mahkamah hanya beri bayangan tarikh perbicaraan itu berdasarkan kekosongan kalendar hakim.Jelasnya tarikh perbicaraan hanya akan ditetapkan selepas sebutan kes pada 8 Ogos depan.Dalam pada itu Jabatan Peguam Negara turut maklumkan 'perintah tutup mulut' atau Gag Order hanya bersifat sementara.SPRM nafi dakwaan kononnya membekukan akaun cucu Datuk Seri Najib ekoran siasatan terhadap 1MDB.Ini selepas anak bekas Perdana Menteri itu, Nooryana Najwa mendakwa akaun peribadinya beserta anaknya yang berusia 10 bulan telah dibekukan SPRM.Dalam perkembangan berkaitan, anak tiri Datuk Seri Najib, Riza Aziz dijangka beri keterangan buat kali ke-4 di ibu pejabat SPRM hari ini!Untuk 3 hari sebelum ini, Riza telah luangkan masa kira-kira 23 jam untuk beri keterangan kepada suruhanjaya itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80904", "title": "PRK Parlimen Kimanis Perlu Diadakan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPRK Parlimen Kimanis Perlu Diadakan\nDec 02, 2019\n\nMahkamah Persekutuan kekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak kemenangan DS Anifah Aman di kerusi Parlimen Kimanis, Sabah pada PRU-14.Ia sekaligus membuka laluan untuk satu lagi Pilihan Raya Kecil.\u00a0Kemenangan Datuk Seri Anifah dibatalkan selepas pemeriksaan semula ke atas peti undi mendapati terdapat unsur manipulasi, termasuk penambahan kertas undi secara tidak sah.Banyak Akaun Media Sosial DipadamHampir 80 peratus daripada 3,900 akaun media sosial dipadam SKMM setakat September lalu.Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia, faktor utama akaun terbabit dipadam kerana ia didapati palsu untuk tujuan penyamaran.Pihaknya turut memadam lebih 1,500 pautan atau kandungan yang dipercayai berunsurkan buli.\u00a0Polis Kena Cepat Siasat!Polis digesa segera selesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan bekas ahli Parti Komunis Malaya di Kajang, semalam.Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, hal sebegitu tidak boleh dipandang remeh kerana dikhuatiri mengancam keamanan.Pihaknya telah arahkan polis dan Cawangan Khas membuat siasatan bagaimana perhimpunan itu diadakan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=123391", "title": "Kerajaan Tidak Bercadang Luluskan Pengeluaran KWSP Untuk Mangsa Banjir.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Tidak Bercadang Luluskan Pengeluaran KWSP Untuk Mangsa Banjir.\nDec 27, 2021\n\n\nKerajaan Tidak Bercadang Luluskan Pengeluaran KWSP Untuk Mangsa Banjir.\nKerajaan tidak bercadang untuk meluluskan pengeluaran wang KWSP buat mangsa banjir.\nJelas Perdana Menteri, kerajaan telah pun memperuntukkan dana dan bantuan yang mencukupi untuk mangsa banjir di seluruh negara.\nBaki simpanan pencarum KWSP sudah pun menyusut susulan 2 kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra.\nDengan itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bimbang akan risiko mereka menjadi miskin tegar selepas bersara.\n\u00a0\nMangsa banjir terima rebat 100% bil elektrik bulan ini.\nTNB akan beri rebat 100% secara sekali bayar untuk bil elektrik bulan ini kepada mangsa banjir.\nIa bakal memanfaatkan 72,000 pengguna.\nSementara itu, bekalan elektrik hampir di 800 kawasan yang terjejas akibat banjir di Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan KL sudah pulih.\n\u00a0\nLuruan monsun diramal berlaku mulai hari ini hingga 2 Januari depan.\nMetMalaysia berkata ia berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah, barat Sarawak, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan dalam tempoh itu.\nSusulan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana bagi negeri-negeri terlibat diarah mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana serta-merta.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73049", "title": "Tun Dr Mahathir Mohamad disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun Dr Mahathir Mohamad disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018.\nMay 03, 2018\n\nPolis jalankan siasatan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018.Ini selepas bekas Perdana Menteri itu mendakwa pesawat yang sepatutnya dinaiki beliau ke Langkawi minggu lepas telah disabotaj pihak tertentu.Jabatan Penerbangan Awam Malaysia sebelum ini menolak dakwaan sabotaj Tun M itu.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72999", "title": "Rakaman CCTV seorang lelaki menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita dalam lif telah menjadi viral!", "body": "\n\u2190 Back to list\nRakaman CCTV seorang lelaki menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita dalam lif telah menjadi viral!\nMar 07, 2018\n\nRakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita dalam lif sebuah apartment di Ampang telah menjadi viral!Polis berkata wanita tersebut yang berusia 53 tahun gagal mengenalpasti suspek dan siasatan sedang dijalankan.Pihaknya turut nasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu agar tampil ke balai polis berdekatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72519", "title": "Semua perkhidmatan komuter akan alami gangguan waktu perjalanan antara 20 hingga 30 minit", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemua perkhidmatan komuter akan alami gangguan waktu perjalanan antara 20 hingga 30 minit\nAug 19, 2017\n\nSemua perkhidmatan komuter akan alami gangguan waktu perjalanan antara 20 hingga 30 minit daripada jadual asal.KTMB berkata gangguan itu berikutan kegelinciran tren kargo antara laluan Stesen Kuala Lumpur dan Bank Negara, awal pagi tadi.Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan, perkhidmatantren dijangka kembali beroperasi seperti biasa pada 4 petang ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78973", "title": "Jawatankuasa Khas Ditubuhkan Bagi Perhalusi Cadangan Umur Pengundi Kepada 18 Tahun", "body": "\n\u2190 Back to list\nJawatankuasa Khas Ditubuhkan Bagi Perhalusi Cadangan Umur Pengundi Kepada 18 Tahun\nDec 04, 2018\n\nKerajaan tubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memperhalusi cadangan umur pengundi diturunkan kepada 18 tahun.Menurut Kementerian Belia dan Sukan, mesyuarat pertama diadakan November lalu diantara pemimpin sayap, pemuda dan parti politik termasuk pembangkang.Tambahnya, sokongan daripada parti politik amat diperlukan agar hak mengundi itu dapat dilaksanakan dengan baik.\u00a0Sekitar 41,000 Daftar I-Suri\u00a0Hampir 41 ribu orang berdaftar di bawah Skim Caruman Insentif Suri, I-Suri sejak ia mula diperkenalkan Ogos lalu.Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Fasa 1 dan Fasa 2 dijalankan secara caruman sukarela di bawah seliaan JPM.Manakala pendaftaran untuk fasa 3 akan dibuat secara wajib namun ia bergantung kepada syarat yang ditetapkan.Straw Tidak Diedarkan Automatik\u00a0Kepada Pengguna Selangor\u00a0Penyedut minuman plastik atau straw tidak akan diberikan secara automatik di Selangor bermula tahun depan.Menurut Exconya, ia hanya akan diberikan atas permintaan pelanggan.Pengusaha restoran juga digalakkan untuk tidak menyediakan penyedut minuman plastik terutama di kaunter mereka.\u00a0Tiga Maut Dalam Letupan Di City One Megamall, Kuching\u00a0Tiga maut manakala 18 lagi dilaporkan cedera dalam insiden letupan gas di City One Megamall, Kuching, Sarawak petang tadi.Menurut Bomba, letupan itu dipercayai berpunca daripada letupan gas di sebuah premis yang sedang diubah suai.Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72730", "title": "MB Perlis Saran Golongan Miskin Tegar Diberi Kupon Makanan", "body": "\n\u2190 Back to list\nMB Perlis Saran Golongan Miskin Tegar Diberi Kupon Makanan\nAug 18, 2016\n\nUjar Datuk Seri Azlan Man, kupon untuk membeli makanan itu dapat memastikan golongan sasar sentiasa terima bantuan.Beliau juga cadang kupon itu direka dengan ciri-ciri khas keselamatan bagi elak disalahguna.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73145", "title": "JPJ akan kuatkuasa 23 kesalahan lalu lintas menerusi Sistem Penalti Mata Demerit Kesalahan Jalanraya. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nJPJ akan kuatkuasa 23 kesalahan lalu lintas menerusi Sistem Penalti Mata Demerit Kesalahan Jalanraya. \nFeb 23, 2018\n\nJPJ akan kuatkuasa 23 kesalahan lalu lintas secara berperingkat mulai Jun ini, menerusi Sistem Penalti Mata Demerit Kesalahan Jalanraya , KEJARA.Untuk permulaan, kesalahan babitkan had laju dan langgar isyarat lampu merah sahaja dikenakan mata demerit.\u00a0Tambah JPJ, antara kesalahan lain yang turut dikenakan mata demerit nanti adalah tidak memakai helmet dan gunakan telefon bimbit ketika memandu.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72738", "title": "Kes Keracunan Makanan di Perak Meningkat : Kementerian Kesihatan Ambil Serius", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Keracunan Makanan di Perak Meningkat : Kementerian Kesihatan Ambil Serius\nAug 24, 2016\n\nKementerian Kesihatan memandang serius kekerapan kes keracunan makanan di Perak kebelakangan ini.\u00a0Menurutnya, tindakan tegas seperti penutupan premis dan mengenakan kompaun akan diambil sekiranya pengusaha tidak mematuhi peraturan ditetapkan.Sepanjang bulan ini sahaja, 11 kes keracunan makanan melibatkan sekolah berlaku di Perak.Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan dan Pendidikan bekerjasama rapat bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di kantin dan dapur asrama sekolah.Ia termasuk memperkukuh syarat perjanjian Kontrak Pembekalan Makanan Bermasak serta semakan menu makanan.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71754", "title": "Jumlah pesakit jantung dijangka meningkat 3 peratus", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah pesakit jantung dijangka meningkat 3 peratus\nFeb 23, 2016\n\nUjar Ketua Unit Kardiologi PPUM, Prof Datuk Dr Wan Azman Wan Ahmad, ia berikutan peningkatan penyakit yang menjurus kepada serangan sakit jantung.Jelas beliau, antara punca sakit jantung adalah hipertensi, diabetes, kolestrol tinggi, obesiti dan merokok.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81473", "title": "Jangan sembunyikan maklumat! - KDN", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan sembunyikan maklumat! - KDN\nApr 01, 2020\n\nFoto : Astro AwaniIndividu yang menyembunyikan maklumat berkaitan kluster COVID-19 bakal berdepan tindakan tegas.Kementerian Dalam Negeri berkata arahan itu bukan untuk menahan mereka tetapi sekadar beri peringatan agar beri kerjasama untuk jalani saringan kesihatan.Foto : Astro AwaniPihaknya juga mohon agar mana-mana pihak yang ada kontak dengan kluster supaya buat ujian saringan agar rantaian jangkitan dapat diputuskan.Orang ramai juga diingatkan agar tidak menyebarkan berita palsu bagi mengelakkan perpecahan rakyat.Foto : Astro AwaniMalaysia merekodkan 140 kes baru positif COVID-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada lebih 2,700.Terbaru, 58 lagi kes pulih dan dibenarkan pulang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72349", "title": "Rakyat Malaysia ke US tidak terjejas", "body": "\n\u2190 Back to list\nRakyat Malaysia ke US tidak terjejas\nFeb 02, 2017\n\nRakyat negara ini tidak terjejas dengan larangan perjalanan oleh Presiden Donald Trump ke atas 7 negara.Pengesahan itu diberi Kedutaan Amerika di KL, ekoran ada media melaporkan kononnya, Malaysia antara 20 negara baru yang termasuk dalam larangan tersebut.Sehubungan itu, tiada halangan untuk warga Malaysia pergi ke negara itu asalkan menggunakan visa yang sah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71286", "title": "Kekasih Remaja Penipu Siber", "body": "\n\u2190 Back to list\nKekasih Remaja Penipu Siber\nNov 23, 2020\n\nKekasih Remaja Penipu SiberPolis Pahang tahan sepasang kekasih di Dungun, Terengganu kerana disyaki melakukan penipuan urusan pembelian emas dalam talian.Suspek dipercayai guna taktik mengedit slip transaksi bank\u00a0sebelum menghantarnya melalui WhatsApp kononnya sebagai bukti sudah membuat bayaran.Menurut laporan, ia\u00a0mengakibatkan koperasi yang manjadi mangsa mengalami kerugian mencecah RM100,000.Suspek yang berusia 18 dan 19 tahun itu juga dipercayai melakukan penipuan serupa membabitkan kedai emas di Bangi, Selangor dan Jitra, Kedah.PKPB: Kelantan Larang Kanak-Kanak Memasuki Premis PerniagaanKanak-kanak 12 tahun ke bawah dilarang memasuki pasar raya dan premis perniagaan sepanjang PKPB di Kelantan.Menurut kerajaan negeri, larangan itu turut melibatkan individu berisiko.Penambahbaikan dan pengubahsuaian SOP PKPB itu dibuat berdasarkan keperluan rakyat Kelantan.Banjir Punca Bawang Kurang & Naik HargaKekurangan bekalan bawang dari India kini disebabkan banjir di negara itu.Namun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengingatkan peniaga agar tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga!Buat masa ini pengguna diminta dan beralih menggunakan bawang daripada negara lain antaranya Thailand, Pakistan, China dan Belanda.COVID-19: Kes Sembuh Atasi Jangkitan BaruHampir separuh daripada 1,096 kes COVID-19 semalam dicatatkan di Selangor.Namun bilangan pesakit sembuh pula ialah 1,104 sekali gus mengatasi kes baru.Sementara itu, 3 lagi kluster baru dikesan melibatkan Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Kedah.Manakala 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Sarawak tidak mencatatkan kes baru semalam.COVID-19: Alif Satar dirawat di MelakaAlif Satar kini dirawat di sebuah hospital di Melaka selepas disahkan dijangkiti COVID-19.Susulan itu ahli keluarga dan sejumlah rakan artis yang merupakan kontak rapatnya turut menjalani saringan dan kuarantin.Difahamkan, salah seorang individu yang ditemui Alif atas urusan kerja di KL sebelum itu disahkan positif COVID-19 membuatkan dia turut bergegas menjalani ujian saringan dan kemudian disahkan turut dijangkiti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72905", "title": "Murid Tahun 1 Maut dipatuk Ular ", "body": "\n\u2190 Back to list\nMurid Tahun 1 Maut dipatuk Ular \nApr 19, 2016\n\nKanak-kanak berusia 7 tahun itu hanya diketahui dipatuk haiwan reptilia berkenaan setelah dibawa ke klinik selepas pengsan ketika waktu rehat.Mangsa dipercayai dipatuk ular yang menyelinap masuk ke kawasan yang sedang dibangunkan untuk dijadikan taman di dalam sekolahnya.\u00a0Foto: Berita Harian ihsan keluarga mangsa\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73302", "title": "Sebanyak 4000 Beg Survival Kit telah Disediakan untuk Mangsa Banjir.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSebanyak 4000 Beg Survival Kit telah Disediakan untuk Mangsa Banjir.\nDec 07, 2017\n\nSebanyak 4000 beg survival kit telah disediakan untuk mangsa banjir ekoran ramalan gelombang banjir kedua berlaku di pantai timur, hujung minggu ini.Beg tersebut akan diagihkan di pusat-pusat pemindahan dan jumlahnya akan ditambah dari semasa ke semasa.Sementara itu, polis Kelantan sedang meneliti jumlah kerugian yang dialami 4 balai polis negeri itu akibat banjir baru-baru ini.Jelasnya, kesemua balai polis terbabit ditenggelami air sedalam 3 hingga 4 meter.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71768", "title": "JAKIM Cadang Penubuhan Majlis Halal Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\nJAKIM Cadang Penubuhan Majlis Halal Malaysia\nJan 11, 2016\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72601", "title": "Sektor Swasta Tidak Amal Cuti Tanpa Rekod ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSektor Swasta Tidak Amal Cuti Tanpa Rekod \nNov 16, 2016\n\nPersekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) memaklumkan, sektor swasta tidak mengamalkan cuti tanpa rekod sebagaimana sektor awam.Jelas MEF kepada kami, biasanya cuti disebabkan bencana alam dibuat secara perbincangan antara pekerja dengan majikan dan ia berjumlah 2 hingga 3 hari sahaja.Pihaknya beri penjelasan itu ekoran cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar perkerja swasta terjejas fenomena air pasang besar diberi cuti tanpa rekod.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72320", "title": "Kurang motivasi, persembahan hambar", "body": "\n\u2190 Back to list\nKurang motivasi, persembahan hambar\nJan 05, 2017\n\nPemain skuash nombor 2 negara, Delia Arnold berkata, kurang motivasi serta persembahan hambar antara faktor dia buat keputusan bersara, semalam.Jelas Delia, dia telah memikirkan mengenai perkara itu sejak beberapa bulan lalu kerana mahu beri laluan kepada pemain muda.Delia akui pemain remaja seperti, S. Sivasangari semakin meningkat dan mampu ambil alih tugas daripada pemain senior.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=104513", "title": "Teliti Kelonggaran Sempena Aidilfitri ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTeliti Kelonggaran Sempena Aidilfitri \nApr 26, 2021\n\nTeliti Kelonggaran Sempena Aidilfitri\nKerajaan sedang meneliti kemungkinan memberi kelonggaran kepada pekerja Malaysia di Singapura untuk pulang menyambut Aidilfitri.\nKerajaan Johor memaklumkan, ia melibatkan rakyat Malaysia yang sudah menerima vaksin COVID-19.\nPerbincangan mengenai perkara itu antara kedua-dua negara dijangka dilakukan dalam masa terdekat.\n\u00a0\n\u00a0\nVaksin COVID-19: Pendaftaran Diperluas\nLebih 9.2 juta penduduk sudah mendaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.\nDaripada jumlah itu hampir 1.3 juta telah mendapat suntikan vaksin.\nDalam perkembangan berkaitan, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memperluaskan kempen daftar vaksin kepada komuniti Kawasan Rukun Tetangga, Ramadan ini.\nIa bagi membantu pendaftaran penerimaan vaksin COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia.\n\u00a0\n\u00a0\nCERDIK: 150,000 Murid Akan Terima Peranti Pintar\n50,000 murid sekolah bakal terima peranti pintar akhir bulan depan di bawah inisiatif Cerdik.\nSejumlah 100,000 lagi peranti pintar dijangka akan diagihkan pada September nanti.\nIa merupakan projek perintis pembelajaran digital tanggungjawab sosial korporat yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.\n\u00a0\n\u00a0\nfoto: AWANI (sekadar hiasan)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72534", "title": "Polis Malaysia dan Singapura Tumpaskan African Scam", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Malaysia dan Singapura Tumpaskan African Scam\nFeb 14, 2017\n\nPolis Malaysia dan Singapura berjaya tumpaskan satu sindiket penipuan African Scam yang mengakibatkan kerugian RM21.6 ringgit, ekoran penahanan 34 suspek.Suspek dipercayai bergiat aktif sejak setahun lalu dan telah memperdaya lebih 100 wanita tempatan, Singapura, Brunei dan Indonesia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71662", "title": "Marsha sahkan sudah peluk Islam dan akan berkahwin lusa", "body": "\n\u2190 Back to list\nMarsha sahkan sudah peluk Islam dan akan berkahwin lusa\nDec 29, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72989", "title": "Curi motosikal jenayah tertinggi di Kelantan", "body": "\n\u2190 Back to list\nCuri motosikal jenayah tertinggi di Kelantan\nDec 28, 2017\n\nKecurian motosikal catat\u00a0kes tertinggi daripada 4,473 keseluruhan kes jenayah yang berlaku di Kelantan\u00a0sejak\u00a0Januari\u00a0hingga semalamKetua Polis Kelantan berkata, 1,959 kes kecurian motosikal dilaporkan\u00a0bagi tempoh berkenaan berbanding\u00a01,913 kes yang dilaporkan sepanjang\u00a0tahun\u00a0lepas.Kebanyakan\u00a0kecurian motosikal berlaku disebabkan kecuaian pemilik kenderaan itu seperti\u00a0 meninggalkan\u00a0kunci pada kenderaan\u00a0dan\u00a0meninggalkan\u00a0motosikal dalam keadaan\u00a0enjin\u00a0masih hidup.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71648", "title": "Kabinet mahu keselamatan di kawasan rekreasi terutama yang mempunyai air terjun diberi perhatian serius.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKabinet mahu keselamatan di kawasan rekreasi terutama yang mempunyai air terjun diberi perhatian serius.\nDec 22, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81031", "title": "Satu petisyen dalam talian dilancarkan minta Dr Mazslee kekal sebagai Menteri Pendidikan. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSatu petisyen dalam talian dilancarkan minta Dr Mazslee kekal sebagai Menteri Pendidikan. \nJan 03, 2020\n\nSatu petisyen dalam talian dilancarkan petang semalam minta Dr Mazslee Malik dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan.Setakat ini, lebih 300,000 tandatangan dikumpul menerusi petisyen berkenaan.Menurut petisyen itu, Dr Maszlee sudah berusaha meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif antaranya sifar sekolah daif dan program sarapan percuma.Semalam, Dr Maszlee umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan di Putrajaya.Poster tentang Menteri Pendidikan baru adalah palsu!Poster ucapan tahniah bagi pelantikan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching sebagai Menteri Pendidikan baru adalah palsu.Tegas PTPTN, pihaknya sama sekali tidak terlibat dengan poster berkenaan yang telah diubah suai daripada Facebook rasmi pihaknya.Orang awam juga diminta berhenti sebarkan berita palsu bagi elak salah faham berlaku.10 peratus perokok masih ingkar dengan larangan merokok di tempat makan.Masih ramai perokok ingkar dengan larangan merokok di tempat makan walaupun penguatkuasaan pendidikan selama setahun telah dijalankan.Kementerian Kesihatan berkata dalam operasi\u00a0pertama yang dilakukan di seluruh negara kelmarin, kira-kira 10 peratus perokok masih berdegil dengan arahan tersebut.Setakat ini, kira-kira 600 notis dengan nilai kompaun lebih RM144,000 dikeluarkan sejak larangan merokok berkuatkuasa sepenuhnya, Rabu lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72710", "title": "Budak lelaki maut terkena hentakan beg udara", "body": "\n\u2190 Back to list\nBudak lelaki maut terkena hentakan beg udara\nSep 17, 2016\n\nKanak-kanak lelaki berusia 4 tahun maut patah leher terkena hentakan beg udara dalam kemalangan dekat Jerteh, Terengganu.Ketika kejadian mangsa dikatakan memakai tali pinggang keledar namun berdiri di tempat duduk hadapan sambil bermain.Mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Besut namun disahkan meninggal dunia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71773", "title": "Isu Ponteng Murid Miskin di Bandar : Kementerian Pendidikan Kumpul Maklumat", "body": "\n\u2190 Back to list\nIsu Ponteng Murid Miskin di Bandar : Kementerian Pendidikan Kumpul Maklumat\nJan 11, 2016\n\nPihaknya akan susun strategi yang sesuai bagi atasi masalah berkenaan selepas mengetahui punca sebenar.Ini susulan laporan kementerian dapati, kadar kehadiran murid miskin di bandar lebih rendah berbanding di luar bandar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71904", "title": "Proses peralihan status Institut Pendidikan Guru kepada politeknik dan Kolej Vokasional akan selesai menjelang 2020.", "body": "\n\u2190 Back to list\nProses peralihan status Institut Pendidikan Guru kepada politeknik dan Kolej Vokasional akan selesai menjelang 2020.\nAug 07, 2017\n\nKementerian Pendidikan jangkakan proses peralihan status Institut Pendidikan Guru kepada politeknik dan Kolej Vokasional akan selesai menjelang 2020.Setakat ini kementerian sudah merangka penyusunan bagi tujuan latihan kepada pensyarah IPG selaras dengan perkembangan serta keperluan TVET.Peralihan status yang dibuat dalam pembentangan Bajet 2017 yang menyaksikan sembilan IPG di seluruh negara ditukar status.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72921", "title": "Penggunaan Elektrik Melonjak di Musim Panas Ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenggunaan Elektrik Melonjak di Musim Panas Ini\nMar 11, 2016\n\nMenurut TNB, buat masa ini pihaknya masih boleh menampungnya, namun menasihatkan orang ramai menggunakan elektrik secara berhemah.Ini terutamanya ketika waktu puncak iaitu antara jam 2 hingga 5 petang.Orang ramai juga dinasihat memasak air di luar waktu puncak itu, manakala membasuh dan menggosok pakaian pada sebelah malam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=111567", "title": "JDT kukuhkan kedudukan di persada Liga Super", "body": "\n\u2190 Back to list\nJDT kukuhkan kedudukan di persada Liga Super\nJul 29, 2021\n\n\nJDT mendahului saingan Liga Super dengan kelebihan 6 mata selepas kalahkan Selangor \u00a03-1.\nGol-gol skuad Harimau Selatan dijaringkan Bergson da Silva, Matthew Davies dan Mohamadou Sumareh.\nPencabar terdekatnya, Terengganu\u00a0pula tewas 0-2 kepada tuan rumah, Melaka United.\nAksi lain berkesudahan,\u00a0Penang menang tipis 1-0 ke atas UiTM dan\u00a0Sri Pahang seri 2 sama dengan tuan rumah, Sabah.\nAksi Liga Premier pula menyaksikan, Kelantan\u00a0tewas 1-2 kepada PDRM manakala Kelantan United\u00a0benam Perak II 4-0.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72742", "title": "Suspek Kes Cubaan Cabul Di Sekolah Direman", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuspek Kes Cubaan Cabul Di Sekolah Direman\nAug 26, 2016\n\nRemaja 19 tahun, suspek kes cubaan mencabul seorang murid tahun 2 di sebuah sekolah di Dungun, direman 4 hari.Menurut polis Terengganu, perintah tersebut dikeluarkan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengenai kes itu.Saringan ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72383", "title": "Kementerian Pendidikan menemui elemen kecuaian dalam insiden murid maut terkena bilah pisau mesin rumput di padang sekolah di Jempol, Negeri Sembilan bulan lalu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan menemui elemen kecuaian dalam insiden murid maut terkena bilah pisau mesin rumput di padang sekolah di Jempol, Negeri Sembilan bulan lalu.\nMar 18, 2018\n\nKementerian Pendidikan menemui elemen kecuaian dalam insiden murid maut terkena bilah pisau mesin rumput di padang sekolah di Jempol, Negeri Sembilan bulan lalu.Polis kini menyiasat kes tersebut lebih lanjut, manakala kementerian meneruskan siasatan dalaman dan mungkin ambil tindakan ke atas pengurusan sekolah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73211", "title": "Seorang kanak-kanak di Mukah, Sarawak meninggal dunia dipercayai akibat HFMD.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang kanak-kanak di Mukah, Sarawak meninggal dunia dipercayai akibat HFMD.\nJul 29, 2018\n\nSeorang kanak-kanak di Mukah, Sarawak meninggal dunia dipercayai akibat dijangkiti penyakit Tangan, Kaki dan Mulut, HFMD.Ketua Pengarah Kesihatan berkata mangsa alami demam dan tanda-tanda jangkitan HFMD pada Selasa lalu termasuk jangkitan paru-paru yang teruk.Sebanyak 37, 986 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara setakat Khamis, dengan kebanyakan negeri kecuali Sarawak merekodkan peningkatan berbanding tahun lepas.Justeru, Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai agar ambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti penyakit \u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\u200bberkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72044", "title": "Malaysia di kedudukan 62 daripada 180 negara menurut Indeks Persepsi Rasuah 2017.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia di kedudukan 62 daripada 180 negara menurut Indeks Persepsi Rasuah 2017.\nFeb 22, 2018\n\nMalaysia di kedudukan 62 daripada 180 negara menurut Indeks Persepsi Rasuah 2017, turun 7 kedudukan berbanding tahun 2016.Di rantau ASEAN, Malaysia berada di kedudukan ketiga di belakang Singapura dan Brunei.Sementara itu, SPRM akui terkejut dengan kedudukan Malaysia dalam senarai Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017.Suruhanjaya itu akan adakan perbincangan untuk mewujudkan Indeks Rasuah Khas bagi mengenal pasti situasi rasuah di negara ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=118249", "title": "Pengumuman Kebenaran Rentas Negeri Semakin Hampir!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengumuman Kebenaran Rentas Negeri Semakin Hampir!\nOct 04, 2021\n\n\nPengumuman Kebenaran Rentas Negeri Semakin Hampir!\nPengumuman mengenai kebenaran rentas negeri semakin hampir!\nItu jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaki sahaja kadar vaksinasi lengkap penduduk dewasa negara capai sasaran 90 peratus.\nSasaran 90 peratus diletakkan untuk kebenaran rentas negeri adalah supaya negeri yang peratus vaksinasinya masih kecil dapat ditingkatkan terlebih dahulu.\n\u00a0\nTidak perlu terus membuka PPV Mega.\nTiada keperluan untuk terus membuka PPV Mega susulan kebanyakan rakyat sudah menerima vaksin.\nJelas Menteri Kesihatan, kerjasama rakyat dalam program vaksinasi semakin membuahkan hasil apabila kes harian Covid-19 mencatatkan penurunan ketika ini.\nKhairy Jamaluddin berkata demikian selepas menutup PPV WTCKL yang telah memberikan lebih 1.2 juta dos vaksin sepanjang 150 hari beroperasi.\n\u00a0\nTakwim persekolahan sesi 2022 kekal.\nKetetapan memulakan takwim persekolahan sesi 2022 pada Mac depan dibuat berdasarkan perbincangan dan penelitian yang mendalam, justeru ia akan dikekalkan.\nKementerian Pendidikan yakin pendekatan itu beri ruang yang cukup kepada anak-anak untuk mencapai tahap penguasaan minimum yang diperlukan sebelum naik ke kelas berikutnya.\nKPM memberi penjelasan itu susulan ada segelintir pihak membantah sesi persekolahan tahun ini dilanjutkan sehingga Februari dan permulaan sesi 2022 dianjakkan ke Mac ekoran pandemik\u00a0COVID-19.\nSementara itu, KPM memaklumkan, sesi persekolahan bersemuka di negeri-negeri kumpulan A termasuk Kelantan dan Terengganu yang bermula semalam berjalan lancar.\nSekolah-sekolah dalam kumpulan B pula memulakan persekolahan hari ini dan kehadiran murid ke sekolah adalah mengikut fasa PPN di negeri masing-masing.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=104132", "title": "Kluster sektor pendidikan membimbangkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster sektor pendidikan membimbangkan\nApr 21, 2021\n\nKluster sektor pendidikan membimbangkan\n\nFoto - Utusan\nKementerian Kesihatan mengesan 83 kluster jangkitan COVID-19 dalam sektor pendidikan sejak 1 Januari lalu hingga semalam.\nKesemua kluster itu membabitkan sejumlah 4,868 kes seperti dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan.\nDaripada keseluruhan 83 kluster, sebanyak 49 kluster masih aktif dengan 2,617 kes manakala 34 kluster dengan 2,251 kes diisytiharkan tamat.\n-----\nSidang akhbar KP Kesihatan minggu depan\n\nFoto - Astro AWANI\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dijangka kembali mengadakan sidang akhbar Covid-19 pada minggu hadapan.\nPerkara itu disahkan Tan Sri Dr Noor Hisham kepada Sinar Harian dalam pesanan menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu.\nKali terakhir beliau muncul pada sidang akhbar adalah pada 4 Mac lepas sehingga menimbulkan tanda tanya rakyat termasuk para media.\n-----\nIklan judi raya, 25 sudah ditahan\n\nFoto - FMT\nPolis setakat ini sudah menahan 25 individu dipercayai terbabit dalam pembikinan empat video iklan perjudian bertemakan sambutan Aidilfitri.\nPolis Dang Wangi berkata, daripada jumlah itu, 12 orang masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan.\nBeberapa klip video iklan hari raya yang dipercayai diterbitkan syarikat perjudian dalam talian tular di laman sesawang, baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81869", "title": "Lesu Antara Gejala Baru COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nLesu Antara Gejala Baru COVID-19\nMay 28, 2020\n\nLesu Antara Gejala Baru COVID-19Selain deman, batuk, selesema, cirit-birit dan sesak nafas, pesakit COVID-19 nampaknya adabeberapa gejala baru.Ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah antaranya ialah kelesuan jugahilang deria bau dan rasa.Beliau juga menasihatkan individu yang ada gejala demam ringan untuk kekal berada di rumah dantiada hadir bekerja sehingga pulih.COVID-19: Kedegilan Boleh Gagalkan Usaha KerajaanKedegilan segelintir masyarakat mematuhi PKPB mengecewakan kerana ia boleh menggagalkan usaha kerajaan membendung COVID-19 secara menyeluruh dan berkesan.Pakar Psikologi, Prof Madya Dr Amer Sidiq Amer Nordin memaklumkan kami, ada beberapa sebab mengapa ia terjadi antaranya anggap ia sebagai satu kebebasan bukannya kelonggaran gara-gara lama berkurung di dalam rumah.Ujar Prof Madya Dr Amer Sidiq lagi, semua saluran advokasi dan maklumat juga perlu digunakan dan usaha dipergiatkan supaya dapat mencapai semua lapisan masyarakat.Baru-baru ini, seorang penjawat awam dikesan memalsukan surat kebenaran rentas negeri demi untuk beraya di kampung.Terdahulu, ada pihak dilapor mengadakan majlis perkahwinan di kuil meskipun tahu kerajaan melarangnya buat masa ini.Pengajian Maya Untuk Penuntut Universiti & IPT Sehingga DisemberSesi pengajaran dan pembelajaran universiti dan IPT dilakukan secara dalam talian sehingga Disember.Namun, 5 kategori penuntut dikecualikan antaranya mahasiswa baru yang akan memulakan pengajian secara berperingkat bermula 1 Julai.Turut dibenarkan berada di kampus ialah mahasiswa tahun akhir yang tiada akses diperlukan dan persekitaran tidak kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73190", "title": "Kerajaan akan pantau pembekal, pengilang, peniaga dan pengguna.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan akan pantau pembekal, pengilang, peniaga dan pengguna.\nSep 05, 2018\n\nPemantauan secara terperinci terhadap semua pihak akan dibuat untuk elak manipulasi harga dalam pelaksanaan SST.Tegas kerajaan, pihaknya sendiri akan bertemu dengan pembekal, pengilang, peniaga dan seterusnya pengguna.\u00a0Peniaga yang didapati ambil keuntungan secara berlebihan boleh dikenakan denda sehingga 100 ribu ringgit atau tiga tahun penjara.Isu pelaksanaan hukuman sebat membabitkan 2 wanita yang melakukan hubungan sejenis di Terengganu terus mengundang pelbagai reaksi.Menteri Besar Terengganu bagaimanapun percaya kritikan yang diterima kerajaan negeri itu hanya bersifat sementara.Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata hukuman tersebut berlandaskan hukum syariah dan bertujuan untuk mendidik pesalah yang terlibat dalam LGBT.Dalam pada itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata sebatan dalam Islam berbentuk pengajaran kepada masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan sama.90 peratus daripada jumlah kes jangkitan HIV/AIDS di negara ini dalam tempoh 2009 hingga tahun lepas adalah akibat kegiatan seks tidak selamat.Menurut data Kementerian Kesihatan, 70 peratus daripada golongan yang dijangkiti penyakit itu adalah mereka yang berusia 29 hingga 39 tahun.Justeru, golongan berisiko tinggi perlu cegah jangkitan berkenaan melalui saringan dan kikis rasa malu terhadap persepsi masyarakat terhadap penghidap HIV/AIDS.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81053", "title": "Pemangku Menteri Pendidikan akan diketahui tidak lama lagi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPemangku Menteri Pendidikan akan diketahui tidak lama lagi.\nJan 09, 2020\n\nPemangku Menteri Pendidikan akan diketahui tidak lama lagi.Kabinet sudahpun memilih individu yang layak dan ia akan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat.Dr Maszlee Malik umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa Jumaat lepas.Pasang tanglung sempena sambutan Tahun Baru Cina bukan satu kesalahan.Sebuah sekolah di Puchong Selangor, dibenar memasang semula tanglung bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.Polis berkata ia bukan satu kesalahan kerana ia merupakan budaya yang dilakukan sejak dulu lagi oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini.Pihaknya juga akan siasat individu yang menurunkan tanglung berkenaan, kerana cuba ganggu ketenteraman awam dengan membangkitkan isu perkauman.Kerajaan sedia untuk pindahkan lebih 200 rakyat Malaysia yang berada di Iran dan Iraq.Kementerian Luar berkata ia susulan ketegangan\u00a0yang tercetus di Asia Barat ketika ini.Dalam perkembangan lain, pihaknya sahkan, tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden pesawat terhempas di Tehran yang membawa hampir 180 penumpang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=119066", "title": "Pandemik COVID-19 Di Malaysia Semakin Reda.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPandemik COVID-19 Di Malaysia Semakin Reda.\nOct 20, 2021\n\n\nPandemik COVID-19 Di Malaysia Semakin Reda.\nNegara terus pulih daripada pendemik COVID-19!\nBuktinya, jangkitan harian, jumlah kematian, kapasiti penggunaan katil COVID-19 di hospital dan ICU menunjukkan trend penurunan.\nMenurut Kementerian Kesihatan, ia selari dengan peningkatan liputan vaksinasi di negara ini.\nPerkembangan positif itu juga menjadikan pembukaan semula pelbagai sektor lebih meyakinkan.\nOrang ramai bagaimanapun diingatkan supaya terus amalkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan penuh disiplin bagi melindungi diri dan masyarakat sekeliling.\r\n\u00a0\nLebih sejuta remaja telah lengkap divaksin.\n33 peratus atau lebih 1 juta populasi remaja di negara ini sudah lengkap divaksin.\nManakala kira-kira 2.4 juta golongan berkenaan sudah menerima satu dos vaksin Covid-19.\nKadar vaksinasi lengkap penduduk dewasa di negara ini pula cecah 94 peratus.\nHanya Sabah dan Kelantan masih merekodkan kadar vaksinasi penduduk dewasa di bawah 80 peratus.\n\u00a0\nSistem persaraan Malaysia ke-3 terbaik di Asia.\nSistem persaraan Malaysia diiktiraf ke-3 terbaik di Asia dan ke-23 di peringkat global!\nIa diukur menerusi indeks persaraan global tahunan yang menilai 3 aspek utama iaitu kecukupan, kelestarian dan integriti.\nMenariknya, skor yang dicatatkan Malaysia lebih tinggi berbanding purata negara Asia dalam setiap aspek - malah mengatasi Jepun dan Korea Selatan!\nNamun, penarafan Malaysia turun sedikit - menggambarkan sistem persaraan negara mempunyai fungsi yang bagus namun ada beberapa kelemahan perlu diatasi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72503", "title": "Malaysia dan Thailand jalin kerjasama perangi kegiatan penyeludupan dadah", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia dan Thailand jalin kerjasama perangi kegiatan penyeludupan dadah\nJul 04, 2017\n\nMalaysia dan Thailand jalin kerjasama dalam memerangi kegiatan penyeludupan dadah, terutama pil kuda yang semakin berleluasa di Kelantan.\u00a0Timbalan Perdana Menteri berkata, antara langkah diambil termasuklah cadangan membina tembok kekal memisahkan sempadan kedua-dua wilayah.\u00a0Malah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut arahkan MKN mengenalpasti mekanisme bersesuaian berhubung projek pembinaan tembok kekal berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70703", "title": "26 September tarikh PRN Sabah", "body": "\n\u2190 Back to list\n26 September tarikh PRN Sabah\nAug 17, 2020\n\n26 September tarikh PRN SabahFoto - Suruhanjaya Pilihan Raya MalaysiaSuruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 26 September depan sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 12 September manakala hari mengundi awal pada 22 September.Prosedur operasi standars (SOP) pilihan raya dirangka bersama SPR, Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.-----Kes kebakaran usat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, remaja dihukum penjaraFoto - Astro AwaniSeorang remaja lelaki dijatuhi hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Tinggi KL selepas didapati bersalah membunuh 23 mangsa dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara hampir tiga tahun lalu.Mahkamah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang kini berusia 19 tahun selepas mendapati pembelaannya gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pembelaan.Hakim, Datuk Azman Abdullah berkata, oleh kerana remaja itu masih di bawah umur ketika kejadian, beliau mengguna pakai Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 dalam menjatuhkan hukuman itu.-----Dua lagi kes COVID-19 daripada kluster SalaFoto - Malay MailSebanyak 12 kes positif COVID-19 baharu dilaporkan di negara ini, setakat tengah hari ini dengan dua daripadanya adalah kes import.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 17 kes pulih dan discaj menjadikan jumlahkes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 211 kes.Kluster Sala di Kedah mencatatkan dua lagi kes baru hari ini menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangkiti COVID-19 enam pesakit setakat ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71676", "title": "Kes Viral Murid Putus Kedua-dua Kaki : 2 Pemandu Terlibat Tampil Kepada Polis ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Viral Murid Putus Kedua-dua Kaki : 2 Pemandu Terlibat Tampil Kepada Polis \nJan 19, 2016\n\nNamun, menurut polis Selangor, kedua-dua mereka tidak ditahan reman.Mangsa yang merupakan murid tingkatan satu putus kedua-dua kakinya akibat kemalangan tersebut.Mangsa dilanggar lori selepas terjatuh dari motosikal yang dibonceng akibat bergesel dengan sebuah kereta.Kes berkenaan mengundang simpati banyak pihak selepas gambar mangsa ketika kejadian menjadi viral.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80341", "title": "Jangan buang bayi luar nikah!", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan buang bayi luar nikah!\nAug 04, 2019\n\nJangan buang bayi luar nikah!Foto - Portal Berita RTMBayi luar nikah tidak seharusnya dibuang sebaliknya boleh diselamatkan dan diberi perlindungan kepada keluarga angkat yang memerlukan.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, fokus utama kerajaan sekarang ialah untuk selamatkan nyawa bayi yang dilahirkan, kerana mereka tidak bersalah.Beliau turut menggesa golongan remaja perempuan dan wanita yang hamil luar nikah supaya menyerahkan bayi yang dilahirkan itu kepada pihak berkuasa atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.-----Tiada kandungan berbahaya dalam gula-gula Ghost SmokeFoto - Kosmo!Hasil kajian awal mendapati tiada bahan berbahaya dalam kandungan gula-gula Ghost Smoke yang dijual di pasaran.Namun Kementerian Kesihatan berkata, pengambilan produk itu dalam kalangan kanak-kanak tidak digalakkan kerana boleh mempengaruhi mereka menjadi perokok.Malah, pihaknya juga masih mengkaji mekanisme di beberapa universiti bagaimana gula-gula 'Ghost Smoke' boleh mengeluarkan asap namun setakat ini masih belum ada keputusan.-----Tiga pekerja resort hilang selamat pulangFoto - Berita HarianTiga pekerja resort yang dilaporkan hilang di Perairan Dungun Rabu lalu tiba di jeti Maritim Malaysia Terengganu, pagi tadi.Kesemua mangsa dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang bertemu ahli keluarga masing-masing.Terdahulu, ketiga-tiganya ditemui selamat oleh nelayan Thailand malam kelmarin selepas bot mereka hanyut kerana kehabisan bahan api.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70393", "title": "Malaysia Tersenarai Dalam 46 Negara Yang Sedang Menang Perangi COVID-19!", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Tersenarai Dalam 46 Negara Yang Sedang Menang Perangi COVID-19!\nJun 26, 2020\n\nMalaysia termasuk dalam senarai 46 negara yang sedang menang perang melawan COVID-19.3 negara jiran iaitu Thailand, Kemboja dan Vietnam turut tersenarai.Indonesia, Singapura dan Filipina masih bergelut untuk menurunkan kes jangkitan.PTPTN dan PERKESO kini tawarkan lebih 4,600 peluang pekerjaan kepada peminjam PTPTN.Ia merangkumi sektor pembuatan, perkhidmatan, peruncitan, perbankan dan pendidikan dengan gaji sehingga RM5,000.Peminjam PTPTN yang disenarai hitam juga boleh cari kerja menerusi program 'Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers' itu.Ia berlangsung secara dalam talian selama 4 hari mulai Selasa hingga Jumaat minggu depan.Thailand\u00a0rancang melanjutkan tempoh darurat sebulan lagi.Thailand umum rancangan melanjutkan tempoh darurat sebulan lagi walaupun semakin hampir capai kejayaan menyeluruh.\u00a0Walaupun sudah 31 hari Thailand tiada kes jangkitan baru COVID-19, situasi di seluruh dunia masihmembimbangkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94644", "title": "Ketepikan Perbezaan -Agong", "body": "\n\u2190 Back to list\nKetepikan Perbezaan -Agong\nJan 20, 2021\n\nKetepikan Perbezaan- AgongYang di-Pertuan Agong menitah kan semua untuk mengenepikan perbezaan politik, bangsa dan agama bagi memerangi COVID-19.Al-Sultan Abdullah bertitah demikian susulan lonjakan kes pandemik tersebut yang menggusarkan.Baginda juga yakin hasil sokongan dan kerjasama semua pihak, negara mampu untuk sekali lagi melandaikan lekuk kes jangkitan COVID-19.Ia sekaligus dapat meringankan beban dipikul petugas barisan hadapan.Sementara itu, seorang doktor meninggal dunia dipercayai akibat terlalu penat dengan beban tugas sejak hampir setahun negara berperang dengan COVID-19.Tajuddin Positif COVID-19Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato' Sri Tajuddin Abdul Rahman antara pemimpin politik terbaru disahkan positif COVID-19.Pengerusi Prasarana itu merupakan kontak rapat kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang turut disahkan positif COVID-19.Kedua-duanya menghadiri majlis sidang media oleh Nazri pada 11 Januari lalu di PWTC.Antara Menteri yang sedang jalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19 ketika ini ialah Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun serta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.Semalam pula bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan, beliau dan isteri sedang dirawat di hospital setelah disahkan positif COVID-19.Kecuali SarawakSeluruh negara kecuali Sarawak dikenakan PKP.Ini selepas kerajaan mengumumkan Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu turut dikenakan perintah itu mulai Jumaat ini sehingga 4 Februari.Terdahulu, PKP dikuatkuasakan di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan semua Wilayah Persekutuan mulai 13 hingga 26 Januari.Di Kelantan pula, PKP bermula pada 16 januari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71580", "title": "Obama Datang Lagi", "body": "\n\u2190 Back to list\nObama Datang Lagi\nNov 20, 2015\n\nKehadiran Obama ke KL adalah bagi hadiri Sidang Kemuncak ASEAN di ibu negara.Ini merupakan lawatan kali kedua Obama ke Malaysia dalam tempoh kurang 2 tahun.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=110867", "title": "Menteri Belia dan Sukan ucap tahniah kepada Azizulhasni", "body": "\n\u2190 Back to list\nMenteri Belia dan Sukan ucap tahniah kepada Azizulhasni\nJul 19, 2021\n\nMenteri Belia dan Sukan ucap tahniah kepada Azizulhasni Awang selepas dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu.\nDatuk Seri Reezal Merican berharap penganugerahan tersebut dapat meningkatkan lagi semangat jaguh berbasikal trek negara itu pada Sukan Olimpik Tokyo yang akan bermula Jumaat ini.\nAnugerah itu membawa gelaran \u2018Datuk\u2019 kepada atlet kelahiran Dungun itu.\nTerdahulu, Azizulhasni berkata dia terharu dan tidak menyangka akan menerima gelaran tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81966", "title": "Malaysia tangguh hantar jemaah haji", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia tangguh hantar jemaah haji\nJun 11, 2020\n\nMalaysia tangguh hantar jemaah hajiFoto - LiburKerajaan Malaysia dengan berat hati umum menangguhkan penghantaran jemaah haji ke Tanah Suci Makkah tahun ini, berikutan penularan wabak COVID-19.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, penangguhan itu mengambil kira keutamaan kesan kesihatan kepada penduduk negara ini.Menurutnya, Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan dan soalan lazim berkaitan penangguhan haji itu kepada semua pihak yang terlibat.-----Jangan potong gelang tangan kuarantin!Foto - Malakat TribuneIndividu yang sedang menjalani proses kuarantin wajib di rumah diingatkan supaya tidak memotong gelang tangan pengesanan COVID-19 dalam tempoh 14 hari menjalani prosedur berkenaan.Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan memotong gelang tangan itu sewenang-wenangnya adalah satu kesalahan mengingkari kuarantin wajib.Menurutnya, individu terbabit hanya dibenar keluar dan memotong gelang tangan itu hanya jika ujian saringan selepas hari ke-13 kuaratin didapati negatif.-----Kapasiti penuh untuk pengangkutan awamFoto - M-UpdatePengangkutan awam termasuk bas awam, feri, kereta api, transit aliran ringan (LRT) dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh mulai hari ini.Bagaimanapun, bagi pengangkutan awam yang membenarkan penumpang untuk berdiri, mereka perlu patuh kepada prosedur operasi standard khususnya penjarakan sosial.Selain itu, penumpang dan pemandu setiap masa mesti pakai pelitup muka dan memuat turun aplikasi MySejahtera selain menggunakan cecair pembasmi kuman sepanjang perjalanan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73217", "title": "Julau di Sarikei, Sarawak kawasan terbaru wabak rabies.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJulau di Sarikei, Sarawak kawasan terbaru wabak rabies.\nDec 31, 2017\n\nKawasan Julau, di Sarikei diisytiharkan sebagai satu lagi kawasan wabak rabies di Sarawak menjadikan jumlah terkini sebanyak 27 kawasan.Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak akan adakan Mesyuarat Khas Rabies pada 2 Januari ini untuk membincangkan strategi bagi mengekang penularan wabak itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72351", "title": "Ibu direman seminggu", "body": "\n\u2190 Back to list\nIbu direman seminggu\nFeb 06, 2017\n\nIbu yang dipercayai membunuh bayinya dalam kejadian di rumah mereka di Kota Bharu, kelmarin kini direman seminggu.Menurut polis Kelantan, wanita berkenaan direman di Wad Psikiatri Hospital Raja Perempuan ZainabKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memberikan perkhidmatan kaunseling kepada keluarga suspek dan mangsa.Difahamkan, suspek mengalami gangguan emosi yang dikenali sebagai meroyan yang lazimnya berlaku kepada ibu selepas bersalin.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72370", "title": "Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam tragedi serangan di sebuah masjid di Mesir.", "body": "\n\u2190 Back to list\nWisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam tragedi serangan di sebuah masjid di Mesir.\nNov 26, 2017\n\nWisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam tragedi serangan di sebuah masjid di Mesir yang meragut lebih 300 nyawa termasuk hampir 30 kanak-kanak.Kerajaan Malaysia turut mengucapkan takziah ke atas mangsa dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72300", "title": "Antaranya suspek letupkan pusat hiburan Puchong", "body": "\n\u2190 Back to list\nAntaranya suspek letupkan pusat hiburan Puchong\nAug 13, 2016\n\nPolis telah menahan 9 suspek pengganas IS termasuk dua dipercayai terlibat dalam pengeboman pusat hiburan di Puchong pada Jun lalu.\u00a0Tiga daripada suspek berusia 17 hingga 56 tahun itu merupakan warga asing.Polis turut merampas bahan letupan, dipercayai akan digunakan dalam rancangan serangan ke atas sebuah pusat hiburan di Johor Bahru.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70640", "title": "Enam lagi kes COVID-19 daripada kluster Sivagangga", "body": "\n\u2190 Back to list\nEnam lagi kes COVID-19 daripada kluster Sivagangga\nAug 06, 2020\n\nEnam lagi kes COVID-19 daripada kluster SivaganggaFoto - The StarEnam daripada 15 kes baru COVID-19 yang dilaporkan dalam negara hari ini, dikesan daripada kluster PUI Sivagangga di Kedah.Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemuanya merupakan kes generasi kedua kluster itu dengan lima daripadanya merupakan satu keluarga.Satu lagi kes daripada kluster berkenaan pula mempunyai kontak rapat kepada ahli keluarganya, yang pernah mengunjungi kedai makan yang terbabit dalam kluster tersebut.-----Harga pelitup muka kanak-kanak dijamin berpatutanFoto - Borneo Post OnlineKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memastikan pelitup muka kanak-kanak dijual pada harga berpatutan.Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama pemain industri untuk memastikan harga pelitup muka kanak-kanak tidak membebankan ibu bapa.Terdahulu, KPDNHEP akan menurunkan harga siling pelitup muka lebih rendah daripada RM1.20 susulan maklum balas umum mengenai penetapan harga pelitup muka itu.\u00a0-----MAHA 2020 boleh diteruskan November iniFoto - BernamaPameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2020 yang dijadualkan pada 26 hingga 29 Nov depan akan diadakan secara hibrid iaitu fizikal dan maya dalam usaha mengekang penularan pendemik COVID-19.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang akan menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi bagi tujuan penganjuran pameran itu.Jelasnya, prosedur operasi standard (SOP) bagi perancangan dan pelaksanaan pameran itu akan diperhalusi dan dibincangkan lanjut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71784", "title": "SPRM tahan 4 pegawai Pejabat Tanah dan Galian Pahang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM tahan 4 pegawai Pejabat Tanah dan Galian Pahang.\nJan 07, 2016\n\nSPRM tahan 4 pegawai Pejabat Tanah dan Galian Pahang, bagi bantu siasatan kes rasuah bauksit dengan nilai suapan lebih 100 ribu ringgit. \u00a0Kesemua mereka kini direman seminggu bermula hari ini.\u00a0Pihaknya turut kesan penjualan dokumen secara haram kepada pelombong tidak berlesen dengan harga sehingga 200 ringgit, sedangkan borang itu hanya bernilai seringgit sahaja.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81112", "title": "Tiga Positif Coronavirus Dikesan Di Malaysia ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiga Positif Coronavirus Dikesan Di Malaysia \nJan 25, 2020\n\nKes coronavirus yang melanda Wuhan, China, telah mula dikesan di Malaysia!Ini selepas Menteri\u00a0Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sahkan, tiga daripada 8 warga China yang dikuarantin selepas memasuki Johor Bahru, positif\u00a0 virus tersebut.Ketiga-tiga mangsa kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Sungai Buloh dan akan dipantau selama 14 hari.Kesemua mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan seorang mangsa coronavirus itu, yang dikesan di Singapura.\u00a0Dalam perkembangan lain, Kerajaan China kuarantin 13 bandar utamanya bagi mengawal penularan wabak koronavirus daripada terus merebak.Malah perkhidmatan pengangkutan awam termasuk bas dan stesen kereta api turut digantung.Dalam pada itu, Air Asia membenarkan pelanggan yang menempah tiket penerbangan ke mana-mana destinasi negara China, menukar tarikh perjalanan tanpa sebarang kos.Ini berlaku susulan pembatalan sementara penerbangannya dari Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket ke Wuhan, China hingga 28 Januari ini akibat wabak koronavirus.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72576", "title": "Amah Dijumpai Parah: Datin Direman Seminggu", "body": "\n\u2190 Back to list\nAmah Dijumpai Parah: Datin Direman Seminggu\nDec 22, 2016\n\nSeorang wanita bergelar Datin direman seminggu bagi bantu siasatan kes dera seorang pembantu rumah warga Indonesia di Mutiara Damansara, Selangor.Mangsa diselamatkan selepas ditemui terbaring dengan kecederaan parah di tepi longkang petang semalam dan gambarnya kini menjadi viral di laman sosial.Manakala di Seremban, seorang wanita OKU dan 2 anaknya didakwa di mahkamah atas tuduhan memperdagangkan dan mencederakan pembantu rumah mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72410", "title": "Denda lewat daftar kelahiran bayi dinaikkan kepada seribu ringgit berkuat kuasa serta-merta ", "body": "\n\u2190 Back to list\nDenda lewat daftar kelahiran bayi dinaikkan kepada seribu ringgit berkuat kuasa serta-merta \nOct 11, 2017\n\nDenda lewat daftar kelahiran bayi dinaikkan berkuat kuasa serta-merta kepada seribu ringgit berbanding 50 ringgit sebelum ini.Kementerian Dalam Negeri berkata, langkah itu untuk memastikan ibu bapa lebih peka tentang hal pengenalan diri anak-anak demi masa depan mereka.Berkaitan MyKad pula, kerajaan beri tempoh 30 hari kepada individu yang masih belum menuntutnya di JPN, untuk menuntutnya sebelum ia dilupuskan.Berdasarkan rekod JPN, sebanyak 106 ribu MyKad masih belum dituntut oleh pemiliknya sejak 3 tahun lepas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72422", "title": "Beberapa individu lagi mungkin ditahan berhubung kes bunuh mahasiswa UPNM", "body": "\n\u2190 Back to list\nBeberapa individu lagi mungkin ditahan berhubung kes bunuh mahasiswa UPNM\nJun 05, 2017\n\nPolis mungkin tahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes kematian mahasiswa UPNM yang dipercaya didera, minggu lepas.Ketua Polis Selangor bagaimanapun berkata, perkara itu bergantung kepada perkembangan siasatan kes berkenaan.Sehingga kini, 36 penuntut UPNM dan UNITEN masih direman berhubung kes tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81037", "title": "Negeri yang tidak setuju naikkan tarif air perlu kemukakan mekanisme masing-masing.", "body": "\n\u2190 Back to list\nNegeri yang tidak setuju naikkan tarif air perlu kemukakan mekanisme masing-masing.\nJan 06, 2020\n\nKementerian Air, Tanah dan Sumber Asli\u00a0minta negeri yang tidak setuju untuk naikkan kadar tarif air untuk kemukakan mekanisme masing-masing.Jelasnya, ini\u00a0kerana kos menguruskan air terawat adalah tinggi dan langkah penyelesaian perlu diambil bagi tangani isu gangguan air.Pihaknya mengulas pendirian kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini yang tidak akan menaikkan kadar tarif air.Saya bukan calon Menteri Pendidikan yang baru.Datuk Seri Anwar Ibrahim nafi dakwaan kononnya beliau tersenarai antara calon Menteri Pendidikan yang baru.Presiden PKR itu berkata keputusan pelantikan itu tertakluk di bawah bidang kuasa Perdana Menteri dan perbincangan bersama Pakatan Harapan hanya akan dibuat jika ada keperluan.Minggu lalu, Dr Maszlee Malik umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan selepas memegang jawatan itu selama 20 bulan.Pemilik premis makanan dilarang sediakan ruang khas merokok kepada pelanggan mereka.Jelas Kementerian Kesihatan, ini kerana pelaksanaannya tetap melanggar arahan jarak 3 meter dari kedai makanan sebagai kawasan larangan merokok.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71821", "title": "Lebih 93 Ribu PATI Daftar Program E-Kad ", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 93 Ribu PATI Daftar Program E-Kad \nMay 21, 2017\n\nJabatan Imigresen berkata lebih 93 ribu pendatang asing tanpa izin telah didaftakan di bawah program E-Kad yang dilaksanakan sejak 15 Feb lalu.Daripada jumlah tersebut kira-kira 85 ribu E-Kad dikeluarkan kepada PATI.Menurutnya, masih ramai majikan tidak mendaftarkan PATI dan dipercayai menunggu saat-saat akhir untuk berbuat demikian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=152073", "title": "Peniaga Jangan Sorok Bekalan Gula - KPDN", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeniaga Jangan Sorok Bekalan Gula - KPDN\nJun 04, 2023\n\n\nPeniaga Jangan Sorok Bekalan Gula.\nKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ingatkan peniaga supaya jangan sorok bekalan gula dan meletakkan syarat kepada pembeli.\nJelasnya tindakan tegas menanti peniaga yang didapati melakukan kegiatan itu.\nSetakat ini KPDN terima aduan mengenai kedua-dua kegiatan itu di Kedah dan Perak.\nSementara itu, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan ke atas lebih 2,000 premis berkaitan isu gula di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah.\nSetakat ini Kedah mencatatkan jumlah tertinggi dengan 37 aduan diikuti Kelantan dan Terengganu masing-masing 4 aduan.\n\u00a0\nSaranan PM Agar Libatkan Murid Dalam Pendidikan Kebersihan Di Sekolah Akan Diteliti.\nKementerian Pendidikan sambut baik saranan PM agar melibatkan murid dalam siri Pendidikan kebersihan di sekolah.\nMenterinya, Fadhlina Sidek berkata pihaknya akan memperincikan ruang pelaksanaannya yang dilihat akan beri impak dan nilai tambah kepada murid secara keseluruhan.\nTerdahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim buat teguran bahawa kebanyakan tandas di sekolah di negara ini tidak terjaga dan dibaik pulih sebaiknya.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=152540", "title": "KPM Rangka Dasar Baru Wajibkan Sekolah Hingga Tingkatan 5.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPM Rangka Dasar Baru Wajibkan Sekolah Hingga Tingkatan 5.\nJun 15, 2023\n\n\nKPM Rangka Dasar Baru Wajibkan Sekolah Hingga Tingkatan 5.\nKementerian Pendidikan sedang merangka dasar baru yang mewajibkan semua rakyat Malaysia menerima pendidikan sehingga Tingkatan 5.\nTimbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying memaklumkan, dasar itu bagi memastikan generasi muda mendapat pendidikan yang cukup.\nUntuk melaksanakan hasrat ini, KPM perlu meminda Akta Pendidikan 1996 yang menyatakan tempoh pendidikan wajib adalah selama enam tahun.\n\u00a0\nTiada Petunjuk Baru Kes Kehilangan MH370\nTiada sebarang maklumat atau petunjuk baharu yang sahih dan kukuh bagi membolehkan operasi pencarian pesawat MAS MH370 disambung semula.\nNamun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan, aspirasi untuk mencari pesawat itu yang hilang pada 8 Mac 2014 tidak akan diabaikan.\nTambahnya, sebarang perbincangan lanjut berhubung penyambungan semula operasi pencarian akan diadakan dengan Kerajaan China dan Australia berdasarkan bukti yang boleh dipercayai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81653", "title": "Pelajar IPT Terkandas Balik Kampung Isnin Ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelajar IPT Terkandas Balik Kampung Isnin Ini\nApr 24, 2020\n\nPelajar IPT Terkandas Balik Kampung Isnin IniFoto - BHKerajaan hari ini bersetuju membenarkan pergerakan pulang kira-kira 53,000 pelajar IPT yang terkandas di kampus bermula 27 April ini, secara berperingkat-peringkat.Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, penghantaran pulang itu bagaimanapun terhad kepada zon hijau sahaja.Waktu perjalanan pulang bas pelajar-pelajar terbabit pula dihadkan antara 9 malam hingga 9 pagi saja bagi mengelak kesesakan pada waktu siang.-----KKM Sambut Baik Lanjutan PKPFoto - Malay MailKementerian Kesihatan sambut baik pengumuman kerajaan melanjutkan tempoh PKP selama dua minggu lagi sehingga 12 Mei depan.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekaligus memberi ruang kepada KKM untuk memerangi penularan COVID-19.Sehingga kini, lebih 3,600 pesakit COVID-19 pulih manakala jumlah kes aktif pula kira-kira 1,900 dan menurun setiap hari.-----Program Imunisasi Seperti Biasa Sewaktu PKPFoto - Majalah SainsProgram imunisasi di semua fasiliti kesihatan masih berjalan seperti biasa walaupun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.Justeru, Kementerian Kesihatan menyarankan ibu bapa supaya menepati jadual imunisasi dan tarikh temujanji yang ditetapkan oleh anggota kesihatan.Kelewatan penerimaan imunisasi boleh meningkatkan risiko peningkatan penyakit cegahan vaksin seperti campak dan polio kepada bayi dan kanak-kanak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70599", "title": "DUN Sabah dibubar", "body": "\n\u2190 Back to list\nDUN Sabah dibubar\nJul 30, 2020\n\nDUN Sabah dibubarFoto - Sabah PostKetua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.Pengumuman itu dibuat pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pada itu masih menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali berhubung pembubaran DUN negeri itu.-----Musa Aman tolak pembubaran DUNFoto - FMTBekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menolak keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membuka laluan kepada pilihan raya negeri.\u00a0Menurut Tan Sri Musa Aman, adalah tidak wajar untuk membazirkan wang serta mendedahkan rakyat kepada risiko penularan wabak COVID-19 yang masih menular ketika ini.Beliau dalam pada itu sekali menegaskan sudah mempunyai 33 akuan bersumpah (SD) ADUN yang menyokong beliau, sekaligus mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru.-----Najib Razak kemuka rayuanFoto - CenLANowDatuk Seri Najib Razak kemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.Bekas Perdana Menteri itu melalui peguamnya memfailkan notis rayuan berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di ibu negara, hari ini.Perkara itu disahkan peguam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang juga merupakan salah seorang peguam dalam pasukan pembelaan kes berprofil tinggi itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72015", "title": "Polis tahan seorang lelaki OKU di KL, dipercayai terlibat kes bunuh dan bakar kediaman 4 sekeluarga di Tanjung Sepat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis tahan seorang lelaki OKU di KL, dipercayai terlibat kes bunuh dan bakar kediaman 4 sekeluarga di Tanjung Sepat.\nDec 15, 2017\n\nPolis tahan seorang lelaki OKU di KL, dipercayai terlibat kes bunuh dan bakar kediaman 4 sekeluarga di Tanjung Sepat, kelmarin.Menurut polis, suspek merupakan teman lelaki kepada anak perempuan bongsu warga emas yang maut itu.Motif kejadian dipercayai disebabkan mangsa enggan berikan wang kepada suspek, menyebabkan dia bertindak membunuh dan membakar rumah mangsa.Rabu lalu, sepasang suami isteri bersama 2 cucu mereka berusia 3 dan 9 tahun maut disahkan dibunuh sebelum rumah mereka dibakar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81091", "title": "Tempoh permohonan e-Tunai Rakyat tidak akan dilanjutkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTempoh permohonan e-Tunai Rakyat tidak akan dilanjutkan.\nJan 20, 2020\n\nTempoh permohonan program e-Tunai Rakyat yang akan berakhir pada 9 Mac depan tidak akan dilanjutkan.Menteri Kewangan berkata sebanyak 2.6 juta permohonan telah diterima sejak program itu diumumkan Selasa lepas.Sebanyak RM59 juta, atau kira-kira 10 peratus wang diperuntukkan untuk program berkenaan, telahpun dibelanjakan.Kenyataan rasmi mengenai virus influenza hanya boleh dikeluarkan oleh\u00a0Kementerian Kesihatan!Menterinya Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia bagi elak kekeliruan dan panik dalam kalangan masyarakat yang terima laporan daripada sumber lain.Sementara itu,\u00a0\u00a0KKM akan keluarkan kenyataan berhubung langkah menjaga kesihatan buat orang ramai sempena cuti sambutan Tahun Baharu Cina, hujung minggu ini.Orang ramai diminta berwaspada dengan keadaan pantai ketika ini, terutamanya di Terengganu.Menurut UMT, ini kerana ombak yang tenang di permukaan laut BUKAN petanda ia selamat untuk aktiviti mandi manda.Jelasnya kepada Berita Harian, arus karau atau 'rip current' di dasar laut sangat berbahaya dan boleh jadi perangkap kepada pengunjung.Sementara itu, mayat 4 pelajar sebuah politeknik di Terengganu yang lemas selepas ditarik ombak ketika mandi manda di Pantai Teluk Bidara telah ditemui.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80986", "title": "Bekalan Air Di Lembah Klang Dijangka Pulih Tengah Malam Ini ", "body": "\n\u2190 Back to list\nBekalan Air Di Lembah Klang Dijangka Pulih Tengah Malam Ini \nDec 23, 2019\n\nPengguna yang terjejas dengan gangguan bekalan air di Lembah Kelang dijangka menerima semula bekalan air menjelang tengah malam ini.Menurut Menteri Besar\u00a0Selangor, sebanyak 24 juta liter air sehari akan dipam menggunakan mesin bagi memastikan tahap pencemaran bau boleh dicairkan ke tahap sifar.Tambah, Datuk Seri Amirudin Shari, pengguna yang mula mendapat bekalan air supaya jangan panik dengan menyimpan air kerana tindakan ini akan mengganggu paras air di empangan.\u00a0Peniaga Berniaga Ketika Banjir Boleh Kena Saman!\u00a0Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengusaha premis makanan yang masih beroperasi meskipun dinaiki air.Ini kerana katanya, air banjir adalah kotor serta mengandungi pelbagai jenis bakteria yang berisiko mencemari makanan.\u00a0Media terdahulu melaporkan, beberapa premis makanan di Pekan Rantau Panjang, Kelantan\u00a0tetap beroperasi walaupun banjir dan dipenuhi pengunjung.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72930", "title": "Johor cadang murid tahun satu wajib buka akaun SSPN", "body": "\n\u2190 Back to list\nJohor cadang murid tahun satu wajib buka akaun SSPN\nOct 14, 2017\n\nJohor bercadang mewajibkan semua murid tahun satu di negeri itu membuka akaun SSPN bermula tahun depan.Kerajaan negeri berkata, usaha itu seiring dengan langkah membudayakan amalan menabung sejak kecil.Ini katanya akan mengurangkan kebergantungan pelajar dengan wang pinjaman dan bebanan hutang apabila keluar dari universiti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70795", "title": "Wajib kuarantin 14 hari di Sarawak", "body": "\n\u2190 Back to list\nWajib kuarantin 14 hari di Sarawak\nSep 02, 2020\n\nWajib kuarantin 14 hari di SarawakFoto - BernamaSemua ketibaan dari luar negara di pintu masuk Sarawak diwajibkan melalui tempoh kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin ditetapkan oleh kerajaan negeri berkenaan, berkuatkuasa semalam.Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang terlibat juga perlu menjalani ujian saringan pada hari kedua dan hari kesepuluh.\u00a0Tambahnya, kos kuarantin bagi rakyat Sarawak akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri manakala bagi bukan rakyat Sarawak, kos kuarantin adalah atas tanggungan sendiri.-----SPRM nafi halang Lim Guang Eng memasuki SabahFoto - The Edge MarketsKetua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki menegaskan, agensi berkenaan tidak pernah menyekat bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada melakukan perjalanan ke mana-mana negeri di Malaysia.Beliau berkata, mungkin berlaku kekhilafan ketika Lim tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, semalam sehingga menyebabkanSetiausaha Agung DAP itu ditahan kira-kira setengah jam. \u00a0\u00a0Lim sebelum ini mendakwa beliau tidak dibenarkan memasuki Sabah oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah atas alasan SPRM telah meletakkan halangan untuk beliau berbuat demikian.----Kelantan lulus jajaran alternatif projek jambatan Palekbang-Kota BharuFoto - The Kelantan TimesKerajaan negeri Kelantan luluskan jajaran alternatif bagi projek jambatan Palekbang-Kota Bharu dengan pembinaannya dijangka bermula Julai 2021 dan siap pada Disember 2023.Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata, jajaran asal iaitu Palekbang-Kampung Cina diubah kepada jajaran baharu Palekbang-Penambang adalah atas faktor untuk mengurangkan kos pembinaan.Tambah, Tengku Faziharudean, jarak jambatan antara Palekbang, Tumpat ke Penambang, Kota Bharu yang merentasi Sungai Kelantan itu adalah satu kilometer dan juga merupakan komponen sebagai penghubung ke beberapa lokasi utama seperti lapangan terbang dan pusat bandar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79053", "title": "Wajib dapatkan Perakuan, Kebenaran Khas Berceramah di Pahang", "body": "\n\u2190 Back to list\nWajib dapatkan Perakuan, Kebenaran Khas Berceramah di Pahang\nDec 22, 2018\n\nSemua penceramah bertauliah dan bebas wajib dapatkan Perakuan, Kebenaran Khas Berceramah di Pahang, bermula tahun depan.Permohonan boleh dibuat melalui sistem dalam talian yang disediakan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.Proses kelulusan bagi mendapatkan perakuan kebenaran mengajar itu katanya mengambil masa kira-kira sebulan atau dalam tempoih 24 jam bagi kebenaran khas.Tambah MUIP, perakuan itu sah digunakan bagi tempoh dua tahun, namun pihaknya boleh menarik balik kelulusan terbabit jika pemohon melanggar peraturan ditetapkan.Bagi kebenaran khas mengajar pula katanya, permohonan boleh diluluskan segera dan ia tertakluk kepada budi bicara kadi daerah.Pihaknya mengalu-alukan kedatangan ramai penceramah bertauliah dan penceramah bebas ke Pahang bagi menyuburkan lagi perkembangan dakwah dan budaya ilmu di negeri itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72875", "title": "Serangan Pengganas di Istanbul : Rakyat Malaysia Diminta Waspada", "body": "\n\u2190 Back to list\nSerangan Pengganas di Istanbul : Rakyat Malaysia Diminta Waspada\nJun 29, 2016\n\nPihaknya juga mengesahkan, setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia tercedera dalam serangan berkenaan yang berlaku di lapangan terbang Ataturk.Ia dipercayai dilakukan 3 pengebom bunuh diri militan IS dan telah mengakibatkan 36 maut dan hampir 150 cedera.Sementara itu MAHB memaklumkan, setakat tiada penerbangan dari KL ke Istanbul dibatalkan susulan kejadian berkenaan.Turkish Airlines pula mengumumkan, akan pulangkan semula wang pembelian tiket penerbangan yang terpaksa dibatalkan ekoran kejadian tersebut.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73055", "title": "SPR nafi dakwaan kononnya terdapat manipulasi dalam sistem pilihan raya negara ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPR nafi dakwaan kononnya terdapat manipulasi dalam sistem pilihan raya negara ini.\nMar 14, 2018\n\nSPR nafi dakwaan sesetengah pihak kononnya terdapat manipulasi dalam sistem pilihan raya negara ini.Ia menegaskan bahawa semua sistem yang dijalankannya adalah telus dan adil termasuk sistem persempadanan semula.Ia mengulas artikel The Economist yang mendakwa terdapat manipulasi sistem pilihanraya dan persempadanaan semula bahagian pilihanraya bertujuan membantu kemenangan BN pada PRU 14.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=106120", "title": "\u0bae\u0bc1\u0bb4\u0bc1 MCO? \u0b95\u0bb2\u0ba8\u0bcd\u0ba4\u0bbe\u0bb2\u0bcb\u0b9a\u0bbf\u0b95\u0bcd\u0b95\u0baa\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bcd\u0b9f\u0bc7 \u0bae\u0bc1\u0b9f\u0bbf\u0bb5\u0bc6\u0b9f\u0bc1\u0b95\u0bcd\u0b95\u0baa\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bc1\u0bae\u0bcd!", "body": "\n\u2190 Back to list\n\u0bae\u0bc1\u0bb4\u0bc1 MCO? \u0b95\u0bb2\u0ba8\u0bcd\u0ba4\u0bbe\u0bb2\u0bcb\u0b9a\u0bbf\u0b95\u0bcd\u0b95\u0baa\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bcd\u0b9f\u0bc7 \u0bae\u0bc1\u0b9f\u0bbf\u0bb5\u0bc6\u0b9f\u0bc1\u0b95\u0bcd\u0b95\u0baa\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bc1\u0bae\u0bcd!\nMay 18, 2021\n\n\u0bae\u0bc1\u0bb4\u0bc1\u0bae\u0bc8\u0baf\u0bbe\u0ba9 \u0ba8\u0b9f\u0bae\u0bbe\u0b9f\u0bcd\u0b9f\u0b95\u0bcd \u0b95\u0b9f\u0bcd\u0b9f\u0bc1\u0baa\u0bcd\u0baa\u0bbe\u0b9f\u0bcd\u0b9f\u0bc1 \u0b86\u0ba3\u0bc8 MCO\u0bb5\u0bc8 \u0b85\u0bae\u0bc1\u0bb2\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bc1\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0b9a\u0bbe\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bbf\u0baf\u0bae\u0bcd \u0b95\u0bc1\u0bb1\u0bbf\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bc1, \u0b85\u0ba9\u0bc8\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bc1 \u0ba4\u0bb0\u0baa\u0bcd\u0baa\u0bc1\u0b95\u0bb3\u0bc1\u0b9f\u0bbe\u0ba9 \u0baa\u0bc7\u0b9a\u0bcd\u0b9a\u0bc1 \u0bb5\u0bbe\u0bb0\u0bcd\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bc8\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bc1 \u0baa\u0bbf\u0ba9\u0bcd\u0ba9\u0bb0\u0bc7 \u0bae\u0bc1\u0b9f\u0bbf\u0bb5\u0bc6\u0b9f\u0bc1\u0b95\u0bcd\u0b95\u0baa\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bc1\u0bae\u0bcd!\n\n\u0b95\u0bc1\u0bb1\u0bbf\u0baa\u0bcd\u0baa\u0bbe\u0b95, \u0b9a\u0bc1\u0b95\u0bbe\u0ba4\u0bbe\u0bb0 \u0b85\u0bae\u0bc8\u0b9a\u0bcd\u0b9a\u0bbf\u0ba9\u0bcd \u0b86\u0bb2\u0bcb\u0b9a\u0ba9\u0bc8\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bc1 \u0b8f\u0bb1\u0bcd\u0bb1 \u0bb5\u0b95\u0bc8\u0baf\u0bbf\u0bb2\u0bcd \u0ba4\u0bbe\u0ba9\u0bcd MCO \u0b85\u0bae\u0bc1\u0bb2\u0bbe\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bae\u0bcd \u0b85\u0bae\u0bc8\u0baf\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0b8e\u0ba9, \u0baa\u0bbe\u0ba4\u0bc1\u0b95\u0bbe\u0baa\u0bcd\u0baa\u0bc1 \u0bb5\u0bbf\u0bb5\u0b95\u0bbe\u0bb0\u0b99\u0bcd\u0b95\u0bb3\u0bc1\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bbe\u0ba9 \u0bae\u0bc2\u0ba4\u0bcd\u0ba4 \u0b85\u0bae\u0bc8\u0b9a\u0bcd\u0b9a\u0bb0\u0bcd Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob \u0ba4\u0bc6\u0bb0\u0bbf\u0bb5\u0bbf\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bc1\u0bb3\u0bcd\u0bb3\u0bbe\u0bb0\u0bcd.\u00a0\nCOVID-19 \u0ba4\u0bca\u0bb1\u0bcd\u0bb1\u0bc1 \u0ba8\u0bbf\u0bb2\u0bb5\u0bb0\u0bae\u0bcd \u0b95\u0bc1\u0bb1\u0bbf\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bc1 \u0ba4\u0bc7\u0b9a\u0bbf\u0baf \u0baa\u0bbe\u0ba4\u0bc1\u0b95\u0bbe\u0baa\u0bcd\u0baa\u0bc1 \u0bae\u0ba9\u0bcd\u0bb1\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bbf\u0ba9\u0bcd \u0b9a\u0bbf\u0bb1\u0baa\u0bcd\u0baa\u0bc1 \u0b95\u0bc2\u0b9f\u0bcd\u0b9f\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bbf\u0bb2\u0bcd \u0bb5\u0bbf\u0bb5\u0bbe\u0ba4\u0bbf\u0b95\u0bcd\u0b95\u0baa\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0b8e\u0ba9\u0bcd\u0bb1\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0b85\u0bae\u0bc8\u0b9a\u0bcd\u0b9a\u0bb0\u0bcd \u0b9a\u0bca\u0ba9\u0bcd\u0ba9\u0bbe\u0bb0\u0bcd.\n\u0b92\u0bb0\u0bc1\u0bb5\u0bc7\u0bb3\u0bc8, \u0b95\u0b9f\u0ba8\u0bcd\u0ba4\u0bbe\u0ba3\u0bcd\u0b9f\u0bc1 \u0bae\u0bbe\u0bb0\u0bcd\u0b9a\u0bcd \u0bae\u0bbe\u0ba4\u0bae\u0bcd \u0b85\u0bb1\u0bbf\u0bb5\u0bbf\u0b95\u0bcd\u0b95\u0baa\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bcd\u0b9f\u0ba4\u0bc1 \u0baa\u0bcb\u0bb2, \u0bae\u0bc1\u0bb4\u0bc1 \u0b85\u0bb3\u0bb5\u0bbf\u0bb2\u0bbe\u0ba9 MCO\u0bb5\u0bc8 \u0b95\u0bca\u0ba3\u0bcd\u0b9f\u0bc1 \u0bb5\u0bb0\u0bc1\u0bb5\u0ba4\u0bb1\u0bcd\u0b95\u0bbe\u0ba9 \u0ba4\u0bc7\u0bb5\u0bc8 \u0b87\u0bb0\u0bc1\u0baa\u0bcd\u0baa\u0ba4\u0bbe\u0b95 \u0b9a\u0bc1\u0b95\u0bbe\u0ba4\u0bbe\u0bb0 \u0b85\u0bae\u0bc8\u0b9a\u0bcd\u0b9a\u0bc1 \u0b95\u0bb0\u0bc1\u0ba4\u0bbf\u0ba9\u0bbe\u0bb2\u0bcd, \u0b85\u0bb5\u0bcd\u0bb5\u0bbf\u0bb5\u0bbe\u0b95\u0bb0\u0bae\u0bcd \u0b95\u0bc1\u0bb1\u0bbf\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bc1 \u0b85\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bc2\u0b9f\u0bcd\u0b9f\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bbf\u0bb2\u0bcd \u0baa\u0bc7\u0b9a\u0baa\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0b8e\u0ba9\u0bcd\u0bb1\u0bbe\u0bb0\u0bb5\u0bb0\u0bcd.\n\u00a0\n\u0b95\u0bca\u0bb0\u0bcb\u0ba9\u0bbe \u0ba8\u0bbf\u0bb2\u0bb5\u0bb0\u0bae\u0bcd \u0b95\u0bb5\u0bb2\u0bc8\u0baf\u0bb3\u0bbf\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bbf\u0bb1\u0ba4\u0bc1!\n\u0b9a\u0bbf\u0bb2\u0bbe\u0b99\u0bcd\u0b95\u0bc2\u0bb0\u0bbf\u0bb2\u0bc1\u0bb3\u0bcd\u0bb3 \u0bae\u0bc1\u0ba4\u0bb2\u0bbe\u0bb3\u0bbf\u0b95\u0bb3\u0bcd \u0bae\u0bbe\u0ba8\u0bbf\u0bb2 \u0b85\u0bb0\u0b9a\u0bc1 \u0bb5\u0bbe\u0baf\u0bbf\u0bb2\u0bbe\u0b95 \u0ba4\u0b99\u0bcd\u0b95\u0bb3\u0ba4\u0bc1 \u0ba4\u0bca\u0bb4\u0bbf\u0bb2\u0bbe\u0bb3\u0bb0\u0bcd\u0b95\u0bb3\u0bc1\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bbe\u0ba9 COVID-19 \u0ba4\u0b9f\u0bc1\u0baa\u0bcd\u0baa\u0bc2\u0b9a\u0bbf\u0b95\u0bb3\u0bc8 \u0bb5\u0bbe\u0b99\u0bcd\u0b95\u0bbf\u0b95\u0bcd \u0b95\u0bca\u0bb3\u0bcd\u0bb3\u0bb2\u0bbe\u0bae\u0bcd!\n\u0bae\u0bbe\u0ba8\u0bbf\u0bb2 \u0b85\u0bb0\u0b9a\u0bbe\u0b99\u0bcd\u0b95\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bbf\u0ba9\u0bcd SELangkah \u0bb5\u0bbf\u0ba3\u0bcd\u0ba3\u0baa\u0bcd\u0baa\u0bae\u0bcd \u0bb5\u0bbe\u0baf\u0bbf\u0bb2\u0bbe\u0b95 \u0bae\u0bc1\u0ba4\u0bb2\u0bbe\u0bb3\u0bbf\u0b95\u0bb3\u0bcd \u0b85\u0ba4\u0bb1\u0bcd\u0b95\u0bc1 \u0baa\u0ba4\u0bbf\u0bb5\u0bc1 \u0b9a\u0bc6\u0baf\u0bcd\u0ba4\u0bc1 \u0b95\u0bca\u0bb3\u0bcd\u0bb3\u0bb2\u0bbe\u0bae\u0bcd \u0b8e\u0ba9, \u0b9a\u0bbf\u0bb2\u0bbe\u0b99\u0bcd\u0b95\u0bc2\u0bb0\u0bcd \u0bae\u0bbe\u0ba8\u0bbf\u0bb2 \u0baa\u0bca\u0ba4\u0bc1 \u0b9a\u0bc1\u0b95\u0bbe\u0ba4\u0bbe\u0bb0\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bbf\u0bb1\u0bcd\u0b95\u0bbe\u0ba9 \u0b86\u0b9f\u0bcd\u0b9a\u0bbf\u0b95\u0bcd \u0b95\u0bc1\u0bb4\u0bc1 \u0b89\u0bb1\u0bc1\u0baa\u0bcd\u0baa\u0bbf\u0ba9\u0bb0\u0bcd \u0b95\u0bc2\u0bb1\u0bbf\u0baf\u0bc1\u0bb3\u0bcd\u0bb3\u0bbe\u0bb0\u0bcd.\n\u0b87\u0bb5\u0bcd\u0bb5\u0bc7\u0bb3\u0bc8\u0baf\u0bbf\u0bb2\u0bcd, \u0ba4\u0b9f\u0bc1\u0baa\u0bcd\u0baa\u0bc2\u0b9a\u0bbf \u0ba4\u0bbf\u0b9f\u0bcd\u0b9f\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bc8 \u0bb5\u0bbf\u0bb0\u0bc8\u0bb5\u0bc1\u0baa\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bc1\u0ba4\u0bcd\u0ba4 \u0bae\u0bbe\u0ba8\u0bbf\u0bb2 \u0b85\u0bb0\u0b9a\u0bbe\u0b99\u0bcd\u0b95\u0bae\u0bcd 100 \u0bae\u0bbf\u0bb2\u0bcd\u0bb2\u0bbf\u0baf\u0ba9\u0bcd \u0bb0\u0bbf\u0b99\u0bcd\u0b95\u0bbf\u0b9f\u0bcd \u0ba8\u0bbf\u0ba4\u0bbf \u0b92\u0ba4\u0bc1\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bbf\u0baf\u0bc1\u0bb3\u0bcd\u0bb3\u0ba4\u0bc1.\n\n\u0b9a\u0bbf\u0bb2\u0bbe\u0b99\u0bcd\u0b95\u0bc2\u0bb0\u0bbf\u0bb2\u0bcd COVID-19 \u0ba4\u0bca\u0bb1\u0bcd\u0bb1\u0bc1\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bc1 \u0b86\u0bb3\u0bbe\u0bb5\u0bcb\u0bb0\u0bc1\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bc1 \u0b9a\u0bbf\u0b95\u0bbf\u0b9a\u0bcd\u0b9a\u0bc8 \u0b85\u0bb3\u0bbf\u0b95\u0bcd\u0b95 \u0bae\u0bc7\u0bb2\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0b85\u0ba4\u0bbf\u0b95\u0bae\u0bbe\u0ba9 \u0baa\u0b9f\u0bc1\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bc8 \u0bb5\u0b9a\u0ba4\u0bbf\u0b95\u0bb3\u0bc1\u0bae\u0bcd, \u0b85\u0bb5\u0b9a\u0bb0 \u0b9a\u0bbf\u0b95\u0bbf\u0b9a\u0bcd\u0b9a\u0bc8\u0baa\u0bcd \u0baa\u0bbf\u0bb0\u0bbf\u0bb5\u0bc1 ICU\u0bb5\u0bc1\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bbe\u0ba9 \u0b89\u0baa\u0b95\u0bb0\u0ba3\u0b99\u0bcd\u0b95\u0bb3\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0bb5\u0bb4\u0b99\u0bcd\u0b95\u0baa\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0b8e\u0ba9 \u0bae\u0bbe\u0ba8\u0bbf\u0bb2 Menteri Besar \u0b85\u0bb1\u0bbf\u0bb5\u0bbf\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bc1\u0bb3\u0bcd\u0bb3\u0bbe\u0bb0\u0bcd.\n\u0b9a\u0bbf\u0bb2\u0bbe\u0b99\u0bcd\u0b95\u0bc2\u0bb0\u0bbf\u0bb2\u0bcd \u0b95\u0bca\u0bb0\u0bcb\u0ba9\u0bbe \u0b9a\u0bae\u0bcd\u0baa\u0bb5\u0b99\u0bcd\u0b95\u0bb3\u0bbf\u0ba9\u0bcd \u0b8e\u0ba3\u0bcd\u0ba3\u0bbf\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bc8 \u0b85\u0ba4\u0bbf\u0b95\u0bb0\u0bbf\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bc1, \u0b95\u0bb5\u0bb2\u0bc8\u0baf\u0bc8 \u0b8f\u0bb1\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bc1\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bbf\u0baf\u0bbf\u0bb0\u0bc1\u0baa\u0bcd\u0baa\u0ba4\u0bc8 \u0b85\u0b9f\u0bc1\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bc1 MB \u0b87\u0ba4\u0ba9\u0bc8 \u0ba4\u0bc6\u0bb0\u0bbf\u0bb5\u0bbf\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bc1\u0bb3\u0bcd\u0bb3\u0bbe\u0bb0\u0bcd.\n\u00a0\n\u0bae\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bb3\u0bcd \u0b9a\u0bcb\u0bb0\u0bcd\u0bb5\u0b9f\u0bc8\u0ba8\u0bcd\u0ba4\u0bc1\u0bb3\u0bcd\u0bb3\u0ba9\u0bb0\u0bcd!\nCOVID-19 \u0b9a\u0bae\u0bcd\u0baa\u0bb5\u0b99\u0bcd\u0b95\u0bb3\u0bbf\u0ba9\u0bcd \u0b8e\u0ba3\u0bcd\u0ba3\u0bbf\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bc8\u0baf\u0bc8 \u0b95\u0b9f\u0bcd\u0b9f\u0bc1\u0baa\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bc1\u0ba4\u0bcd\u0ba4 \u0ba8\u0bbe\u0b9f\u0bc1 \u0baa\u0bcb\u0bb0\u0bbe\u0b9f\u0bbf \u0bb5\u0bb0\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0ba8\u0bbf\u0bb2\u0bc8\u0baf\u0bbf\u0bb2\u0bcd, \u0b9a\u0bbf\u0bb2\u0bb0\u0bcd SOP\u0b95\u0bb3\u0bc8 \u0bae\u0bc0\u0bb1\u0bbf \u0b9a\u0bc6\u0baf\u0bb2\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bcd\u0b9f\u0bc1 \u0bb5\u0bb0\u0bc1\u0b95\u0bbf\u0ba9\u0bcd\u0bb1\u0ba9\u0bb0\u0bcd!\n\u0b85\u0ba4\u0ba9\u0bc8 \u0ba4\u0bc6\u0bb3\u0bbf\u0bb5\u0bbe\u0b95 \u0b95\u0bbe\u0b9f\u0bcd\u0b9f\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0baa\u0bc1\u0b95\u0bc8\u0baa\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0b99\u0bcd\u0b95\u0bb3\u0bcd \u0bae\u0bb1\u0bcd\u0bb1\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0b95\u0bbe\u0ba3\u0bca\u0bb3\u0bbf\u0b95\u0bb3\u0bcd \u0baa\u0ba4\u0bbf\u0bb5\u0bc7\u0bb1\u0bcd\u0bb1\u0bae\u0bcd \u0baa\u0bca\u0ba4\u0bc1 \u0bae\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bb3\u0bcd \u0bae\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bbf\u0baf\u0bbf\u0bb2\u0bcd \u0b86\u0ba4\u0b99\u0bcd\u0b95\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bc8 \u0ba4\u0bbe\u0ba9\u0bcd \u0b8f\u0bb1\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bc1\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bc1\u0b95\u0bbf\u0ba9\u0bcd\u0bb1\u0ba4\u0bc1.\n\u0b87\u0bb0\u0bc1\u0baa\u0bcd\u0baa\u0bbf\u0ba9\u0bc1\u0bae\u0bcd, \u0b87\u0ba9\u0bcd\u0ba9\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0baa\u0bb2\u0bb0\u0bcd \u0b85\u0bb0\u0b9a\u0bbe\u0b99\u0bcd\u0b95\u0bae\u0bcd \u0ba8\u0bbf\u0bb0\u0bcd\u0ba3\u0baf\u0bbf\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bc1\u0bb3\u0bcd\u0bb3 SOP\u0b95\u0bb3\u0bc8 \u0bae\u0bc1\u0bb1\u0bc8\u0baf\u0bbe\u0b95 \u0baa\u0bbf\u0ba9\u0bcd\u0baa\u0bb1\u0bcd\u0bb1\u0bbf, \u0b85\u0ba8\u0bcd\u0ba4 \u0baa\u0bc1\u0ba4\u0bbf\u0baf \u0bb5\u0bb4\u0bae\u0bc8\u0b95\u0bb3\u0bc8 \u0b85\u0ba9\u0bcd\u0bb1\u0bbe\u0b9f \u0bb5\u0bbe\u0bb4\u0bcd\u0bb5\u0bbf\u0bb2\u0bcd\u00a0 \u0b92\u0bb0\u0bc1 \u0baa\u0b95\u0bc1\u0ba4\u0bbf\u0baf\u0bbe\u0b95\u0bb5\u0bc7 \u0bae\u0bbe\u0bb1\u0bcd\u0bb1\u0bbf\u0b95\u0bcd \u0b95\u0bca\u0ba3\u0bcd\u0b9f\u0bc1\u0bb3\u0bcd\u0bb3\u0ba9\u0bb0\u0bcd.\n\u0b89\u0ba4\u0bbe\u0bb0\u0ba3\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bbf\u0bb1\u0bcd\u0b95\u0bc1, \u0b85\u0ba3\u0bcd\u0bae\u0bc8\u0baf \u0ba8\u0bcb\u0ba9\u0bcd\u0baa\u0bc1\u0baa\u0bcd \u0baa\u0bc6\u0bb0\u0bc1\u0ba8\u0bbe\u0bb3\u0bcd \u0b95\u0bca\u0ba3\u0bcd\u0b9f\u0bbe\u0b9f\u0bcd\u0b9f\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bc8 \u0b95\u0bc2\u0bb1\u0bb2\u0bbe\u0bae\u0bcd \u0b8e\u0ba9\u0bcd\u0b95\u0bbf\u0bb1\u0bbe\u0bb0\u0bcd, UPSI \u0baa\u0bb2\u0bcd\u0b95\u0bb2\u0bc8\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bb4\u0b95\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bbf\u0ba9\u0bcd \u0b89\u0bb3\u0bb5\u0bbf\u0baf\u0bb2\u0bbe\u0bb3\u0bb0\u0bcd.\n\nHari Raya\u0bb5\u0bbf\u0ba9\u0bcd \u0baa\u0bcb\u0ba4\u0bc1, \u0baa\u0bc6\u0bb0\u0bc1\u0bae\u0bcd\u0baa\u0b95\u0bc1\u0ba4\u0bbf \u0bae\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bb3\u0bcd, \u0ba4\u0b99\u0bcd\u0b95\u0bb3\u0ba4\u0bc1 \u0bb5\u0bc0\u0b9f\u0bc1\u0b95\u0bb3\u0bbf\u0bb2\u0bcd, \u0baa\u0bc7\u0bb0\u0bb3\u0bb5\u0bbf\u0bb2\u0bbe\u0ba9 \u0b92\u0ba9\u0bcd\u0bb1\u0bc1\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bc2\u0b9f\u0bc1\u0ba4\u0bb2\u0bcd\u0b95\u0bb3\u0bcd \u0bae\u0bb1\u0bcd\u0bb1\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0bb5\u0bbf\u0bb0\u0bc1\u0ba8\u0bcd\u0ba4\u0bc1\u0baa\u0b9a\u0bb0\u0bbf\u0baa\u0bcd\u0baa\u0bc1\u0b95\u0bb3\u0bc8 \u0ba8\u0b9f\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bbe\u0bae\u0bb2\u0bcd, SOP\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bc1 \u0b95\u0b9f\u0bcd\u0b9f\u0bc1\u0baa\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bcd\u0b9f\u0bc1 \u0bae\u0bbf\u0ba4\u0bae\u0bbe\u0ba9 \u0b85\u0bb3\u0bb5\u0bbf\u0bb2\u0bcd \u0baa\u0bc6\u0bb0\u0bc1\u0ba8\u0bbe\u0bb3\u0bcd \u0b95\u0bca\u0ba3\u0bcd\u0b9f\u0bbe\u0b9f\u0bbf\u0baf\u0ba4\u0bc8 \u0b95\u0bbe\u0ba3 \u0bae\u0bc1\u0b9f\u0bbf\u0ba8\u0bcd\u0ba4\u0ba4\u0bbe\u0b95 \u0b85\u0bb5\u0bb0\u0bcd \u0b9a\u0bca\u0ba9\u0bcd\u0ba9\u0bbe\u0bb0\u0bcd.\n\u0bae\u0bb1\u0bcd\u0bb1\u0bca\u0bb0\u0bc1 \u0ba8\u0bbf\u0bb2\u0bb5\u0bb0\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bbf\u0bb2\u0bcd, \u0bae\u0bc1\u0b9f\u0bbf\u0bb5\u0bbf\u0bb2\u0bcd\u0bb2\u0bbe\u0bae\u0bb2\u0bcd \u0baa\u0bcb\u0baf\u0bcd\u0b95\u0bcd \u0b95\u0bca\u0ba3\u0bcd\u0b9f\u0bbf\u0bb0\u0bc1\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0b95\u0bca\u0bb0\u0bcb\u0ba9\u0bbe \u0baa\u0bc6\u0bb0\u0bc1\u0ba8\u0bcd\u0ba4\u0bca\u0bb1\u0bcd\u0bb1\u0bbf\u0ba9\u0bbe\u0bb2\u0bcd \u0baa\u0bb2\u0bb0\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0bb5\u0bbf\u0bb0\u0b95\u0bcd\u0ba4\u0bbf\u0baf\u0b9f\u0bc8\u0ba8\u0bcd\u0ba4\u0bc1\u0bb3\u0bcd\u0bb3\u0ba9\u0bb0\u0bcd \u0b8e\u0ba9\u0bcd\u0baa\u0ba4\u0bc7 \u0b89\u0ba3\u0bcd\u0bae\u0bc8 \u0b8e\u0ba9 \u0ba8\u0bbf\u0baa\u0bc1\u0ba3\u0bb0\u0bcd\u0b95\u0bb3\u0bcd \u0b95\u0bc2\u0bb1\u0bc1\u0b95\u0bbf\u0ba9\u0bcd\u0bb1\u0ba9\u0bb0\u0bcd.\n\u0b85\u0ba4\u0ba9\u0bbe\u0bb2\u0bcd \u0b8f\u0bb1\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0b95\u0bb3\u0bc8\u0baa\u0bcd\u0baa\u0bc1 \u0bae\u0bb1\u0bcd\u0bb1\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0bae\u0ba9\u0b9a\u0bcd\u0b9a\u0bcb\u0bb0\u0bcd\u0bb5\u0bbf\u0ba9\u0bbe\u0bb2\u0bcd, \u0bae\u0b95\u0bcd\u0b95\u0bb3\u0bcd SOP\u0b95\u0bb3\u0bc8 \u0b95\u0ba3\u0bcd\u0b9f\u0bc1\u0b95\u0bcd \u0b95\u0bca\u0bb3\u0bcd\u0bb5\u0ba4\u0bbf\u0bb2\u0bcd\u0bb2\u0bc8;\u00a0\n\u0b95\u0bca\u0bb0\u0bcb\u0ba9\u0bbe \u0b86\u0baa\u0ba4\u0bcd\u0ba4\u0bc1 \u0baa\u0bb1\u0bcd\u0bb1\u0bbf\u0baf\u0bc1\u0bae\u0bcd \u0b85\u0bb5\u0bb0\u0bcd\u0b95\u0bb3\u0bcd \u0b95\u0bb5\u0bb2\u0bc8\u0baa\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bbe\u0ba4 \u0ba8\u0bbf\u0bb2\u0bc8 \u0b8f\u0bb1\u0bcd\u0baa\u0b9f\u0bcd\u0b9f\u0bbf\u0bb0\u0bc1\u0baa\u0bcd\u0baa\u0ba4\u0bbe\u0b95 \u0ba8\u0bbf\u0baa\u0bc1\u0ba3\u0bb0\u0bcd\u0b95\u0bb3\u0bcd \u0b95\u0bc2\u0bb1\u0bc1\u0b95\u0bbf\u0ba9\u0bcd\u0bb1\u0ba9\u0bb0\u0bcd.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73033", "title": "Tan Sri Mohamed Apandi Ali tolak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTan Sri Mohamed Apandi Ali tolak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.\nJul 15, 2018\n\nTan Sri Mohamed Apandi Ali tolak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.Jelas bekas Peguam Negara itu, keputusan tersebut diambil kerana beliau mahu hindari persepsi buruk terhadapnya.Kredit foto: The Star OnlineSementara itu, Tan Sri Anuar Musa dilantik sebagai Setiausaha Agung menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang diberi jawatan baru sebagai Bendahari.Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding jawatan Presiden PKRDatuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding jawatan Presiden PKR pada sesi pemilihan parti itu yang dijangka akan diadakan penghujung Ogos ini.Jelasnya menerusi Twitter, keputusan tersebut dibuat setelah berbincang dengan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden dan barisan kepimpinan yang lain.Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.Teka-teki mengenai penyandang jawatan Speaker Dewan Rakyat akhirnya terjawab!Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dijangka dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat dalam masa terdekat.Perkara tersebut disahkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72061", "title": "Majikan perlu tingkatkan usaha dan pengetahuan selain menjaga kebajikan pekerja.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMajikan perlu tingkatkan usaha dan pengetahuan selain menjaga kebajikan pekerja.\nApr 27, 2018\n\nMasih banyak yang perlu dilakukan majikan untuk perkukuh dan pertingkat tahap pengetahuan selain menjaga kebajikan pekerja muda.Itu saranan Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Negara, Tan Sri Lee Lam Thye, menjelang sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia, esok.Tahun ini sambutannya memfokuskan peningkatan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja muda atau belia yang memasuki alam pekerjaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70618", "title": "MySejahtera Wajib", "body": "\n\u2190 Back to list\nMySejahtera Wajib\nAug 04, 2020\n\nMySejahtera WajibKerajaan akan mewajibkan semua pemilik premis yang menerima pelanggan dan pengunjung untuk menggunakan aplikasi MySejahtera.Jelas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ini kerana pihaknya berdepan masalah mengesan kontak rapat di premis yang tiada maklumat pelanggan jika ada kes COVID-19.Ia juga mengambil iktibar kesukaran KKM mengesan kontak rapat dalam kes Kluster Sivagangga melibatkan sebuah kedai makan di Napoh, Kedah.Penggal Sekolah 2021 Bermula 20 JanuariPenggal pertama persekolahan tahun depan di seluruh negara akan bermula pada 20 Januari 2021.Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ia bermakna cuti akhir tahun 2020 dipanjangkan semula menjadi sebulan walaupun dianjakkan dari 19 Disember hingga 19 Januari.Menurut jadual asal, cuti hujung tahun sepatutnya bermula dari 21 November hingga 31 Disember tapi dipendekkan menjadi 2 minggu ekoran PKP susulan pandemik COVID-19.Diberkas Selepas Video Tular Tunjuk SamsengPolis Kuala Lumpur berjaya tahan lelaki warga Nepal yang dipercayai belasah seorang pengawal keselamatan yang videonya tular baru-baru ini.Dalam video berdurasi 44 saat itu, mangsa juga dipercayai warga Nepal tidak melawan ketika dipukul suspek berkenaan yang dipercayai majikannya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78978", "title": "PTPTN akan laksanakan Potongan Gaji Berjadual kepada peminjamnya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPTPTN akan laksanakan Potongan Gaji Berjadual kepada peminjamnya.\nDec 06, 2018\n\nFoto - Astro AwaniPTPTN\u00a0akan bekerjasama dengan 6 agensi untuk melaksanakan Potongan Gaji Berjadual ke atas peminjamnya.Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jai berkata potongan tersebut adalah untuk peminjam yang gajinya mencecah 2 ribu ringgit sebulan dan majikan bertanggungjawab membuat pemotongan tersebut.Sementara itu, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia\u00a0bantah tindakan PTPTN yang mengenakan pemotongan gaji pekerja menerusi majikan.CEO nya, Datuk Shamsuddin Bardan menegaskan keputusan itu dibuat tanpa persetujuan majikan selain membebankan mereka.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73050", "title": "Portal sebenarnya.my merekodkan 27 juta hits sejak dilancarkan pada Mac tahun lalu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPortal sebenarnya.my merekodkan 27 juta hits sejak dilancarkan pada Mac tahun lalu.\nMay 04, 2018\n\nPortal sebenarnya.my merekodkan sebanyak 27 juta hits sejak dilancarkan pada Mac tahun lalu.SKMM berkata angka itu menunjukkan tahap kesedaran masyarakat dalam menganalisis kesahihan berita yang diterima semakin meningkat.Selain aplikasi mudah alih, sebenarnya.my juga bakal diperluaskan di media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk luaskan jangkauannya ke seluruh negara.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71590", "title": "Perkembangan Banjir dan Amaran Hujan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerkembangan Banjir dan Amaran Hujan\nNov 27, 2015\n\nPeringkat hujan lebat di Pantai Timur dan Johor dinaikkan daripada kuning kepada peringkat jingga dan merah.Menurut ramalan Jabatan Meteorologi, hujan lebat berkenaan akan berterusan sehingga esok.Sementara itu, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS) beberapa sungai di Pahang dan Selangor sudah melepasi paras bahaya.Ia adalah Sungai Endau di Rompin ,serta Sungai Klang di Kampung Jawa dan Sungai Langat di Kuala Langat.Kawasan sekitar sungai tersebut dikhuatiri dinaiki air, justeru penduduk di kawasan berkenaan diminta berjaga-jaga.Dalam perkembangan berkaitan, jumlah mangsa banjir di Perak kini 577, Selangor 354, Sarawak 300 dan Kedah 228.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71310", "title": "Proses Pengundian Belanjawan 2021 Berlangsung Di Dewan Rakyat Hari Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nProses Pengundian Belanjawan 2021 Berlangsung Di Dewan Rakyat Hari Ini.\nNov 26, 2020\n\nDewan Rakyat akan kembali menjadi tumpuan hari ini kerana Belanjawan 2021 akan melalui proses pengundian!Belanjawan kali ini telah dibahas oleh 82 Ahli Parlimen selama hampir 3 minggu, yang menyaksikan pelbagai cadangan dan pindaan diutarakan. \u00a0Tidak seperti kebiasaan, kali ini juga menyaksikan ada penyokong kerajaan memberikan sokongan bersyarat.Walau bagaimanapun, Pensyarah Kanan UM, Dr Mohd Tawfik Yaakob percaya pada akhirnya semua ahli parlimen akan mengutamakan kebajikan rakyat yang kini terjejas akibat pandemik Covid-19 dalam pengundian itu nanti.Tambah beliau, jika ia tidak diluluskan, langkah terbaik adalah dengan mengelakkan PRU melalui penangguhan Dewan Rakyat.Hubungi\u00a0Talian Khas Kaunseling COVID-19 untuk dapatkan bantuan.\u00a0Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat nasihatkan orang ramai agar hubungi Talian Khas Kaunseling COVID-19 15999 jika terdapat ahli keluarga atau rakan alami kemurungan.\u00a0Jelasnya, ahli keluarga dan rakan-rakan mainkan peranan penting dalam mencegah cubaan bunuh diri yang dilaporkan semakin meningkat sejak penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan PKP.\u00a0Sejak diwujudkan pada Mac lalu, talian khas itu katanya terima kira-kira 3,000 panggilan yang dihubungkan terus kepada Lembaga Kaunselor MalaysiaJangkitan COVID-19 babitkan Kluster Teratai masih terkawal dan tidak menular dalam komuniti.\u00a0Menurut Kementerian Kesihatan, setakat ini jangkitan hanya melibatkan kontak rapat dalam kalangan pekerja warga tempatan yang menjangkiti ahli keluarga masing-masing.\u00a0Kementerian juga sudah berhubung dengan majikan dalam sektor pembinaan dan yang menggajikan ramai pekerja asing untuk jalankan ujian saringan secara berkala terutamanya di zon merah.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73273", "title": "Pendedahan identiti di media sosial mampu menyumbang kepada berlakunya kes jenayah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPendedahan identiti di media sosial mampu menyumbang kepada berlakunya kes jenayah.\nJan 28, 2018\n\nPendedahan identiti di media sosial ternyata mampu menjadi penyumbang kepada berlakunya jenayah siber dan rompakan.Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia, tidak semua perkara boleh dikongsi secara terbuka.Pihaknya mengulas berkenaan kes samun di Kota Bharu melibatkan seorang peniaga yang pamer wang tunai dan barang kemas ketika 'live' di Facebook.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80792", "title": "Iklan 'bombastik' jerat pengguna beli ubat tidak berdaftar di media sosial.", "body": "\n\u2190 Back to list\nIklan 'bombastik' jerat pengguna beli ubat tidak berdaftar di media sosial.\nNov 06, 2019\n\nIklan dengan testimonial 'bombastik' membuatkan pengguna terjerat beli ubat tidak berdafar di media sosial!Kementerian Kesihatan memaklumkan, antara frasa yang biasa diguna ialah '1 tablet ubat boleh sembuhkan semua penyakit' dan 'jaminan wang dikembalikan'.Tegas KKM, pengguna sepatutnya lebih cakna risiko ubat tidak berdaftar malah jika buat tuntutan ia sukar sebab kebanyakan maklumat penjual tidak jelas.Kerajaan akan pinda undang-undang yang dikatakan bersifat zalim, secepat mungkin.Ujar Perdana Menteri, pindaan undang-undang yang terlibat akan dibentang di Parlimen sama ada pada sesi kali ini atau akan datang.Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad lagi, ia dijangka turut melibatkan pindaan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan, Langkah-Langkah Khas, SOSMA.Lelaki kejam bunuh kucing dalam mesin pengering baju dikenakan hukuman setimpal!Lelaki yang videonya pernah viral kerana bunuh kucing bunting secara kecam terima hukuman setimpal!Dia dihukum penjara 34 bulan dan denda RM40,000 oleh Mahkamah KL.Dalam kejadian pada September tahun lalu, dia dillapor memasukkan haiwan malang itu ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79584", "title": "Waspada dengan kualiti udara tidak sihat di beberapa kawasan ketika ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nWaspada dengan kualiti udara tidak sihat di beberapa kawasan ketika ini.\nMar 19, 2019\n\nOrang ramai termasuk pelancong dinasihatkan pakai topeng muka dan kurangkan aktiviti luar.Ia susulan kualiti udara tidak sihat di beberapa kawasan di negara ketika ini.Foto: KosmoKementerian Pelancongan, Seni dan Budaya juga kini pantau keadaan cuaca semasa terutama membabitkan kawasan tarikan pelancongan.Setakat ini, antara kawasan yang catat kualiti udara tidak sihat adalah Rompin dan Balok Baru, Pahang serta Bukit Rambai dan Alor Gajah, Melaka.Kerajaan luluskan peruntukan 3 juta ringgit kepada Food Bank Malaysia.Ini selepas pendedahan Berita Harian mengenai mahasiswa daripada keluarga B40 di UM ikat perut, demi meneruskan pengajian masing-masing.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bertanggungjawab kendalikan program mengedar bekalan makanan kepada mahasiswa terbabit.Jasad dua rakyat Malaysia yang terkorban susulan gempa bumi di Lombok akan dibawa pulang hari ini.17 mangsa\u00a0yang terselamat juga dijadual pulang bersama.Namun, empat yang cedera dalam kejadian itu masih jalani rawatan di hospital.Sementara itu,\u00a0\u00a0seorang mangsa yang parah dalam bencana itu dilaporkan telah\u00a0melepasi\u00a0tahap\u00a0kritikal\u00a0selepas jalani\u00a0pembedahan\u00a0di Hospital Lombok, semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72911", "title": "Laporan Interim MH370 Jam 3 Petang Esok. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nLaporan Interim MH370 Jam 3 Petang Esok. \nMar 07, 2016\n\n76 waris penumpang pesawat MH370 failkan saman di KL hari ini terhadap Malaysian Airlines.Berdasarkan Konvensyen Montreal, tempoh untuk waris penumpang kemukakan tindakan undang-undang berhubung tragedi itu akan berakhir esok.\u00a0Saman terbaru ini menjadikan lebih 100 tuntutan saman telah difailkan waris keluarga mangsa setakat ini. \u00a0Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan berkata serpihan kedua yang ditemui di Pulau Reunion mungkin dari pesawat tersebut.\u00a0Ini kerana ia selaras dengan kiraan hanyut serpihan terbabit.\u00a0Dalam perkembangan berkaitan, laporan interim MH370 akan di muat naik ke laman web www.mh370.gov.my jam 3 petang esok.\u00a0Tambah Kementerian Pengangkutan, Dewan Rakyat akan bertafakur selama seminit esok bagi menandakan kehilangan pesawat itu selama 2 tahun.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70531", "title": "Lagi kluster baru COVID-19 dikesan", "body": "\n\u2190 Back to list\nLagi kluster baru COVID-19 dikesan\nJul 20, 2020\n\nLagi kluster baru COVID-19 dikesanFoto - Malaysia DatelineKementerian Kesiharan sahkan, satu lagi kluster baru COVID-19 dikesan, kali ini membabitkan sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama bagi kluster berkenaan adalah kes kematian ke-123 yang dilaporkan semalam.Sehingga tengah hari tadi, 14 disahkan positif COVID-19 daripada 39 individu yang disaring, dalam kluster berkenaan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif dijalankan.-----Tolong patuh kuarantin di rumah - Perdana MenteriFoto - BernamaPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara supaya menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari dengan penuh berdisiplin.Sekiranya anda gagal mematuhi arahan pengasingan ini, penalti boleh dikenakan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 jika sabit kesalahan.Beliau berkata, jika perlu, kerajaan akan menempatkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, di pusat kuarantin untuk mengawal kes import dengan lebih berkesan.-----Sultan Selangor murka isu vandalisme muralFoto - Sinar HarianSultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan sangat dukacita dengan perbuatan vandalisme terhadap mural pemimpin negara yang berlaku di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.Titah baginda, contengan kata-kata kesat di lukisan mural gambar Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan serta beberapa pemimpin lain itu sebagai perbuatan sangat biadap.Baginda juga berpandangan kejadian tersebut bukan dilakukan oleh orang kurang siuman atau budak-budak nakal tetapi lebih bermotifkan politik kebencian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72442", "title": "Lelaki Dapat Balasan Tendang Muka Isteri", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki Dapat Balasan Tendang Muka Isteri\nMay 18, 2017\n\nTindakan seorang lelaki yang menendang muka isterinya kerana mangsa enggan ikut pulang ke rumah ibunya dalam kejadian di Kota Bharu mendapat balasan.Hakim menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun ke atasnya, walaupun isterinya sudah memaafkannya kerana mahu memberi pengajaran.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72543", "title": "SPRM tahan peguam cuba rasuah Timbalan Pendakwa Raya", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM tahan peguam cuba rasuah Timbalan Pendakwa Raya\nFeb 04, 2017\n\nSPRM tahan seorang peguam kerana dipercayai cuba merasuah seorang Timbalan Pendakwa Raya di bilik air mahkamah Shah Alam.Supsek wanita berusia 54 tahun itu dipercayai memberi wang berjumlah seribu ringgit bagi menyelesaikan kes anak guamnya berhubung kesalahan rompakan.Suspek ditahan di kediamannya di Shah Alam, petang semalam dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72453", "title": "Polis Tembak Isteri Disahkan Positif Dadah", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Tembak Isteri Disahkan Positif Dadah\nMay 23, 2017\n\nUjian air kencing mendapati, anggota polis yang menembak mati isterinya dalam kejadian di Serian, Sarawak kelmarin positif dadah.Polis Sarawak memaklumkan, semakan mendapati anggota polis itu masih berstatus duda dan dipercayai masih belum mendaftarkan perkahwinannya.Cemburu dilapor punca anggota polis itu bertindak demikian dan dia kini direman 7 hari untuk sisatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=149049", "title": "KPDN Terima 99 Aduan Harga Makanan Di Bazar Ramadhan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPDN Terima 99 Aduan Harga Makanan Di Bazar Ramadhan.\nMar 28, 2023\n\n\nKPDN Terima 99 Aduan Harga Makanan Di Bazar Ramadhan.\n99 aduan diterima berkaitan harga makanan yang dijual di bazar Ramadan seluruh negara setakat semalam.\nKementerian Perdagangan Dalam Negeri berkata pegawai dan penguatkuasanya akan sentiasa pantau harga dan mengambil pendekatan menasihatkan peniaga agar tidak meletakkan harga terlalu tinggi.\nDalam pada itu 38 lokasi setakat ini katanya sedang melaksanakan Bazar Ramadan Rahmah yang menyediakan pilihan hidangan untuk berbuka puasa pada harga murah dan berpatutan.\n\u00a0\n12 Lagi Mangsa Sindiket Pekerjaan Pulang Ke Malaysia.\n12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan jadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja telah dibebaskan.\nMenurut Perdana Menteri pihak Kedutaan Malaysia di Kemboja akan menguruskan pembebasan kesemua 12 individu berkenaan.\nDatuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan lawatan rasmi sulungnya ke Kemboja berkata setakat ini lebih 280 rakyat Malaysia yang jadi mangsa sindiket berkenaan berjaya dibawa pulang ke tanah air.\n\u00a0\nKorupsi Babitkan Penguatkuasa Kronik.\nTimbalan Ketua Pesuruhajaya Operasi SPRM berkata tahap korupsi babitkan anggota penguatkuasa semakin kronik dan membimbangkan.\nJelasnya golongan ini menjadikan pendatang asing tanpa izin, pekerja dan pelajar asing serta warga asing yang tidak berdokumen sebagai sasaran untuk mendapatkan rasuah.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72512", "title": "IPD Kuala Muda Dibaling Bom Petrol ", "body": "\n\u2190 Back to list\nIPD Kuala Muda Dibaling Bom Petrol \nJul 23, 2017\n\nIbu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, Kedah dibaling bom petrol semalam namun tiada kecederaan dan kerosakan berlaku.Menurut laporan, pelakunya adalah 2 lelaki yang menunggang motosikal dan disyaki anggota kongsi gelap Geng 04.Suspek dipercayai bertindak demikian kerana tidak puas hati ketua dan beberapa ahli utama kumpulan itu diberkas dalam Ops Cantas baru-baru ini.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72245", "title": "Kerajaan umum harga petrol setiap minggu", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan umum harga petrol setiap minggu\nMar 05, 2017\n\nKerajaan akan mengumumkan harga siling bahan api setiap minggu mulai April ini.KPDNKK berkata, pendekatan baru ini diambil supaya pengguna lebih jelas mengenai turun naik harga bahan api semasa.Jelasnya ketetapan harga siling minyak mungkin akan diumum pada Isnin atau Sabtu setiap minggu, berbanding dilakukan sebulan sekali ketika ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72054", "title": "TNB nafi dakwaan yang viral di laman sosial kononnya Malaysia sedang dilanda fenomena suhu panas melampau.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTNB nafi dakwaan yang viral di laman sosial kononnya Malaysia sedang dilanda fenomena suhu panas melampau.\nMar 25, 2018\n\nTNB nafi dakwaan yang viral di laman sosial kononnya Malaysia sedang dilanda fenomena suhu panas melampau sehingga catat bacaan suhu sehingga 39.7 darjah celcius.Tegasnya, pihak TNB tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian dan menyifatkan perkara tersebut adalah palsu.Oleh itu, orang ramai dinasihatkan mengabaikan mesej tersebut yang sedang tular di media sosial.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71303", "title": "Kluster Tempat Kerja Puncanya", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster Tempat Kerja Puncanya\nNov 25, 2020\n\nKluster Tempat Kerja PuncanyaKluster tempat kerja khususnya di Selangor mempunyai kaitan rapat dengan peningkatan kes COVID-19 akhir-akhir ini.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, setakat ini 119 kluster dilaporkan berkaitan tempat kerja dengan 83 masih aktif.Semalam, 2,188 kes positif dicatatkan di seluruh negara yang juga kes harian tertinggi.Sebahagian besar disumbangkan Kluster Teratai, iaitu kluster membabitkan sebuah kilang di Selangor.Menteri, Timbalan Menteri BN Sokong Penuh Kepimpinan PMMenteri dan timbalan menteri daripada Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan penuh\u00a0terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Dalam kenyataan bersama 20 Ahli Parlimen BN, mereka sependapat negara perlu kerajaan yang stabil bagi memastikan proses pemulihan dapat dilaksana\u00a0secara teratur dan tersusun ekoran pandemik COVID-19.Ia termasuklah memastikan Belanjawan 2021 disokong dan diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat.Bagaimanapun mereka\u00a0berpendapat\u00a0Pilihan Raya Umum (PRU)\u00a0perlu\u00a0diadakan segera sebaik sahaja keadaan kesihatan awam mengizinkan untuk memperoleh\u00a0mandat rakyat yang jelas\u00a0bagi\u00a0memastikan kestabilan kerajaan.\u00a0Mangsa Banjir MeningkatMangsa banjir di Terengganu terus meningkat dan terkini lebih 630 penduduk dipindahkan.Bencana alam itu setakat ini menjejaskan beberapa daerah di negeri berkenaan antaranya Dungun, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.Sementara itu tindakan pantas bomba Kuala Nerus berjaya menyelamatkan seorang bayi 16 bulan daripada lemas.Bayi tersebut dilapor terjatuh dari kerusi dalam rumahnya yang dinaiki air ketika keluarga sibuk berkemas untuk ke pusat pemindahan banjir.*Foto: Sinar Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72829", "title": "Guru dan Sekolah Dilarang Sebar Gambar Berkaitan Kes Sensitif", "body": "\n\u2190 Back to list\nGuru dan Sekolah Dilarang Sebar Gambar Berkaitan Kes Sensitif\nApr 01, 2016\n\nJelas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, ia bagi elak salah faham orang ramai yang seterusnya boleh menimbulkan kontroversi.Tegasnya, guru dan kakitangan sekolah yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan.Beliau memaklumkan demikian ketika mengulas kes murid tahun 2 di Klang yang cedera akibat tergunting sendiri lidahnya.Siasatan polis Selangor selepas itu mengesahkan kejadian berkenaan tiada kaitan dengan kes buli tapi disebabkan kecuaian sendiri murid berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72100", "title": "Datuk Seri Najib Tun Razak bakal didakwa atas pertuduhan penyelewengan dan rasuah menggunakan wang kerajaan!", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Najib Tun Razak bakal didakwa atas pertuduhan penyelewengan dan rasuah menggunakan wang kerajaan!\nJun 20, 2018\n\nDatuk Seri Najib Tun Razak bakal didakwa atas pertuduhan penyelewengan dan rasuah menggunakan wang kerajaan!Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pasukan penyiasat ada kes yang hampir sempurna terhadap Najib dalam skandal 1MDB.Tambah Tun M lagi kepada Rueters, tangkapan pertama dalam kes 1MDB akan dibuat dal;am beberapa bulan lagi.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72142", "title": "Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal angkat sumpah jawatan esok!", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Anwar Ibrahim bakal angkat sumpah jawatan esok!\nOct 14, 2018\n\nDatuk Seri Anwar Ibrahim menang PRK Port Dickson!Foto - Astro AwaniDatuk Seri Anwar Ibrahim bakal angkat sumpah jawatan sebagai Ahli Parlimen esok!Ia susulan kemenangan beliau dalam PRK Parlimen Port Dickson semalam.Ketua Umum PKR mendapat lebih 31 ribu undi, manakala bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima undi paling rendah, cuma 82 undi.Peratus keluar mengundi pula hanya 58 peratus, tapi sedikit tinggi daripada PRK Sungai Kandis dan Balakong yang berlangsung sebelum ini.---Kerajaan Terengganu mohon wujudkan tahanan khas bagi pesalah syariahFoto - Astro AwaniKerajaan Terengganu sambut baik saranan seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk mewujudkan pusat tahanan khas bagi pesalah syariah.Justeru, kerajaan negeri akan pertimbang syor berkenaan daripada aspek pro dan kotranya.Ia bertujuan membolehkan pesalah syariah jalani hukuman berasingan, dia samping melindungi mereka daripada pesalah jenayah berat seperti perkosa dan samun.---Vokalis Iklim, Saleem meninggal dunia pagi tadiFoto - Astro AwaniSaleem Iklim meninggal dunia kira-kira jam 6.15 pagi tadi pada usia 57 tahun.Berita pemergian penyanyi legenda itu disahkan dan dikongsikan ahli keluarga termasuk anaknya, penyanyi Syafiq Farhain menerusi laman sosial.Allahyarham dimasukkan ke HUKM sejak 21 September lalu ekoran kemalangan jalan raya yang mengakibatkan tulang rusuknya patah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79451", "title": "Jabatan Kebajikan Masyarakat bakal jadi pusat sehenti untuk remaja dan bayi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Kebajikan Masyarakat bakal jadi pusat sehenti untuk remaja dan bayi.\nFeb 27, 2019\n\nJabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara akan jadi pusat sehenti untuk lindungi remaja dan bayi sebelum dihantar ke pusat yang sewajarnya.Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ia sebagai usaha untuk tangani kes pembuangan bayi sejak akhir-akhir ini.Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan, hingga Ogos 2018, 10 kes kehamilan direkodkan setiap hari dalam kalangan remaja dan ia amat membimbangkan.Individu hina mana-mana agama bakal berdepan hukuman berat!Kerajaan bercadang untuk pinda Kanun Keseksaan bagi memberi hukuman lebih berat kepada penghina agama.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf berkata pindaan tersebut dijangka akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.Tambahnya, pindaan tersebut bukan hanya spesifik untuk agama Islam tetapi untuk semua agama di Malaysia.Pendaftaran\u00a0MySalam boleh dibuat mulai Jumaat ini.Orang ramai boleh mendaftar\u00a0di bawah Skim Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan B40, mySalam mulai Jumaat ini.Foto: Sinar HarianMenteri Kewangan berkata pendaftaran tersebut boleh dibuat secara online bagi memudahkan mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81895", "title": "Jumlah jangkitan COVID-19 sejajar unjuran NIH", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah jangkitan COVID-19 sejajar unjuran NIH\nJun 01, 2020\n\nJumlah jangkitan COVID-19 sejajar unjuran NIHFoto - The StarJumlah kes-kes jangkitan harian COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia yang mendapat jangkitan dalam negara sejajar dengan unjuran graf pemodelan Insitut Kesihatan Negara.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini sememangnya menggambarkan impak positif tindakan yang diambil kerajaan serta pematuhan rakyat Malaysia terhadap SOP ditetapkan.Namun katanya, masyarakat harus kekal berwaspada dan terus patuh kepada sop serta saranan yang ditetapkan bagi memastikan tiada penularan dan peningkatan kes COVID-19 dalam masyarakat setempat.-----Gunting rambut masih belum dibenarkanFoto - Media PermataKerajaan masih belum membenarkan kedai gunting rambut untuk beroperasi meskipun kes jangkitan COVID-19 melibatkan rakyat tempatan semakin berkurang.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan sedang menyiapkan SOP berhubung keluhan orang ramai dan pengusaha kedai gunting rambut.Justeru katanya, gunting rambut setakat ini masih dalam senarai terlarang di mana saja, termasuk di rumah.-----UiTM pulangkan yuran kolej kediamanFoto - FMTUiTM akan memulangkan yuran kolej kediaman dikenakan terhadap pelajar sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac lalu.Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim berkata, pemulangan yuran kolej kediaman itu akan dibuat menerusi kaedah pemindahan baki ke semester seterusnya.Bagaimanapun, katanya, yuran pelajaran tidak akan dipulangkan berikutan proses pengajaran dan pembelajaran masih diteruskan secara dalam talian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71792", "title": "Tiada Upacara Rasmi Memperingati MH370", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Upacara Rasmi Memperingati MH370\nFeb 29, 2016\n\nSebaliknya, kerajaan akan adakan satu sesi khas sewaktu pembukaan sidang Parlimen bulan depan.MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang 2 tahun lalu ketika dalam penerbangan dari KL ke Beijing.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81858", "title": "COVID-19: Boleh Keluar Hospital Selepas 2 Minggu", "body": "\n\u2190 Back to list\nCOVID-19: Boleh Keluar Hospital Selepas 2 Minggu\nMay 27, 2020\n\nCOVID-19: Boleh Keluar Hospital Selepas 2 Minggu Pesakit COVID-19 yang masih positif virus itu selepas 2 minggu dirawat di hospital akan tetap dibenarkan pulang berdasarkan prosedur baru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan, prosedur tersebut selari dengan WHO kerana kebolehjangkitan virus itu kepada orang lain adalah sifar.Sebelum ini, pesakit yang diuji negatif pada hari ke-13 akan dibenarkan balik, manakala yang masih positif kekal dirawat di hospital.Sementara itu, kes baru COVID-19 di negara ini kembali mencatatkan angka 3 digit untuk hari kedua.187 pesakit baru direkodkan semalam dengan 173 daripadanya merupakan warga asing, majoritinya tahanan Imigresen.\u00a0Kantoi Cuba Tipu PolisSeorang penjawat awam dikesan cuba memalsukan surat kebenaran rentas negeri.Akibatnya dia dan keluarga tidak dibenarkan pulang ke Putrajaya sehingga siasatan kes selesai.Dia dilapor sengaja tinggal lebih lama di kampung untuk menyambut Aidilfitri dengan cara meminda tarikh surat kebenaran rentas negeri.Difahamkan, lelaki itu bersama isteri dan 2 anak mereka pulang ke Kedah dengan alasan hantar ubat kepada bapanya.\u00a0Bukan Kes COVID-19Polis KL tampil beri penjelasan mengenai video viral papar seorang lelaki rebah yang dikaitkan dengan COVID-19 di Kuchai.Lelaki tersebut sebenarnya mengalami serangan jantung dan kini dirawat di hospital.Layari portal \u2018sebenarnya.my\u2019 untuk mendapatkan kesahihan sesuatu maklumat dan viral.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80069", "title": "Kerajaan akan pertimbang permintaan Ketua Polis Negara", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan akan pertimbang permintaan Ketua Polis Negara\nJun 11, 2019\n\nFoto - New Straits TimesKerajaan akan mempertimbang permintaan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador agar gaji anggota polis berpangkat rendah dinaikkan.Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi berkata, beliau akan memikirkan mengenai perkara itu.Foto - Malay MailDatuk Seri Abdul Hamid Bador semalam berkata, gaji, logistik dan keperluan anggota terbabit perlu diutamakan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan itu.Katanya, gaji yang diperoleh anggota berpangkat Sarjan ke bawah adalah rendah dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama di bandar-bandar\u00a0besar.Foto - BernamaDalam perkembangan lain Tun M berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai penyebaran beberapa keping gambar dan video \u2018intim\u2019 mirip seorang menteri.Gambar-gambar dan video berkenaan melalui satu kumpulan WhatsApp yang diberi nama \u2018Jemputan Hari Raya\u2019 awal pagi tadi.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72748", "title": "Guru Berusia 50 Tahun Disyaki Cabul Murid", "body": "\n\u2190 Back to list\nGuru Berusia 50 Tahun Disyaki Cabul Murid\nAug 04, 2016\n\nMenurut polis, 3 murid berusia 9 hingga 10 tahun mendakwa guru terbabit melakukan perbuatan keji itu di makmal sekolah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81932", "title": "Diskaun RFID di Jambatan Pulau Pinang", "body": "\n\u2190 Back to list\nDiskaun RFID di Jambatan Pulau Pinang\nJun 06, 2020\n\nDiskaun RFID di Jambatan Pulau PinangFoto - LiburPengguna Jambatan Pulau Pinang yang memandu kereta persendirian dan menggunakan kaedah bayaran tol RFID berpeluang menikmati diskaun 20 peratus mulai pertengahan bulan depan.PLUS Malaysia Berhad berkata diskaun tersebut diberikan kepada rakyat Pulau Pinang dan warga kerja di negeri itu, merangkumi 80 peratus kenderaan yang melalui Jambatan Pulau Pinang.Permohonan boleh dibuat mulai bulan depan dan butiran lanjut mengenai permohonan diskaun itu akan diumumkan PLUS dan pihak Touch 'n Go tidak lama lagi.-----Vaksin COVID-19 mungkin diwajibkan jika jumpa penawarFoto - KompasKerajaan tidak menolak kemungkinan menggubal dasar untuk mewajibkan pemvaksinan COVID-19 jika vaksin untuk wabak berkenaan ditemui kelak.Namun Kementerian Kesihatan akui perlu melihat kesan sampingan penggunaan dan keberkesanannya terlebih dahulu sebelum dasar mengenainya boleh digubal.Ketika ini katanya, banyak negara sedang menjalankan penyelidikan terhadap vaksin COVID-19 dan laporan lengkap yang dijangka akan dikeluarkan pada November ini.-----SRPM buat laporan polisFoto - Astro AwaniSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat laporan polis susulan dakwaan seorang wanita diugut, diherdik dan dipaksa memberi keterangan.Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau takut dengan sebarang ugutan daripada mana-mana pihak.Selain itu, katanya, SPRM mempunyai bukti bahawa tohmahan terbabit adalah palsu dan bersedia memberikan kerjasama kepada pihak polis berhubung siasatan perkara berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72835", "title": "Letupan Gas di Mid Valley : 8 Cedera", "body": "\n\u2190 Back to list\nLetupan Gas di Mid Valley : 8 Cedera\nApr 05, 2016\n\nBomba KL maklumkan kami, semua yang cedera adalah pekerja penyelenggaran pusat beli-belah itu dan kakitangan restoran.Insiden berlaku semasa pekerja penyelenggaraan sedang melakukan ujian terhadap sistem gas memasak di 2 restoran terbabit.Sementara itu, pihak pengurusan Mid Valley memohon maaf susulan insiden berkenaan.Pihaknya juga memberi jaminan, keselamatan pengunjung tetap menjadi keutamaan mereka.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71726", "title": "PAC meneruskan prosiding terhadap 1MDB", "body": "\n\u2190 Back to list\nPAC meneruskan prosiding terhadap 1MDB\nFeb 11, 2016\n\nEsok pula adalah hari terakhir prosiding dan laporan penuh pengauditan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.\u00a0Laporan dijangka dibentangkan di Parlimen pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang yang bermula bulan depan.Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan membuat liputan prosiding berkenaan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80905", "title": "Banjir di Kelantan sudah meragut 2 nyawa.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir di Kelantan sudah meragut 2 nyawa.\nDec 03, 2019\n\nBanjir di Kelantan sudah meragut 2 nyawa.Korban terbaru adalah seorang lelaki yang mati lemas akibat tergelincir semasa mengangkat pukatnya di Kampung Jubakar, Tumpat.Sementara itu,\u00a0\u00a0jumlah mangsa banjir di 3 negeri kini cecah lebih 15,000 orang dengan angka tertinggi dicatatkan di Kelantan, hampir 10,000.Program Latihan Khidmat Negara mungkin akan dilaksanakan semula.Menteri Pertahanan berkata ia susulan cadangan oleh beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang agar program itu dikembalikan semula.Jelas Mohamad Sabu, cadangan itu akan dikaji semula sama ada PLKN masih relevan dengan keperluan semasa dan sesuai dengan bajet kerajaan.Berhenti sebarkan berita palsu yang boleh timbulkan panik dalam kalangan masyarakat!Menurut TNB, dakwaan viral kononnya berlaku limpahan air di beberapa empangan kendaliannya adalah tidak benar.Sehingga kini, air yang dikeluarkan untuk tujuan penjanaan kuasa di empangannya adalah terkawal.Semalam, 2 video berhubung limpahan air empangan yang kononnya berlaku di Kenyir, Cameron Highlands dan Empangan Projas viral di media sosial.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79064", "title": "Pengumuman Harga Minyak Runcit Secara Mingguan Akan Diperkenalkan Semula ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengumuman Harga Minyak Runcit Secara Mingguan Akan Diperkenalkan Semula \nDec 24, 2018\n\nKerajaan akan kembali menetapkan harga minyak runcit secara mingguan bermula 1 Januari 2019.Kementerian Kewangan berkata, ia dibuat susulan penurunan harga minyak mentah global secara berterusan sejak kebelakangan ini.Bagainanapun, sekiranya harga minyak mentah global meningkat semula, kerajaan akan kembali kepada mekanisme harga tetap 2 ringgit 20 sen \u00a0bagi RON95 dan \u00a02 ringgit 18 sen bagi diesel.Polis Johor Letakkan Pegawai Di Rumah Ibadat Di Sekitar Negeri ItuPolis Johor akan letakkan pegawai perhubungan di semua rumah ibadat di negeri itu termausk kuil, gereja dan tokong.Ia bagi membendung sebarang insiden tidak diingini serta kegiatan jenayah.Buat masa ini, hampir pihaknya meletakkan anggota sebagai pegawai perhubungan di hapir 670 buah masjid.Dalam perkembangan berkaitan, enam individu didakwa atas tuduhan mengunakan senjata berbahaya pada kekecohan di sebuah kuil di Subang Jaya, bulan laluKertas Siasatan Akan Disiapkan Cepat!\u00a0Kertas siasatan kes polis maut dipercayai terjatuh dari sebuah hotel di Pulau Tikus, Pulang Pinang minggu lalu dijangka dilengkapkan minggu depan.Setakat ini 15 orang awam di panggil untuk diberi keterangan bagi menyiasat kes berkenaan.\u00a0Manakala 5 anggota polis yang ditahan berkaitan kes itu yang didapati positif dadah pula ditukarkan bertugas serta-merta ke lokap berpusat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81898", "title": "Covid-19 Dalam Kalangan Pekerja Asing Cabaran Baru Negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\nCovid-19 Dalam Kalangan Pekerja Asing Cabaran Baru Negara.\nJun 02, 2020\n\nMalaysia kini berdepan cabaran baru iaitu membendung penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan pekerja asing susulan peningkatan kes baru dalam kalangan mereka.Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, antaranya menyelesaikan isu kepadatan penghuni di asrama mereka.Rakyat juga diminta hentikan stigma terhadap pekerja asing sebaliknya bekerjasama putuskan rangkaian penularan COVID-19.Perlis\u00a0benarkan tambahan jemaah bagi solat Jumaat dan solat fardu.Bermula Jumaat ini Perlis membenarkan tambahan jemaah bagi solat Jumaat dan solat 5 waktu.Jemaah solat Jumaat ditambah kepada 30 orang manakala solat fardu 12 orang.Isu yuran mahasiswa ketika PKP dipertimbang.UPSI bersedia dengan sebarang keputusan yang akan dibuat Kementerian Pengajian Tinggi berkaitan isu yuran mahasiswa semasa PKP.Sementara itu, UiTM akan pulangkan yuran kolej kediaman dalam tempoh PKP dengan cara pemindahan baki ke semester depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71395", "title": "Tiada Lagi Had Bagi Jumlah Pelanggan Untuk Duduk Semeja Di Restoran.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Lagi Had Bagi Jumlah Pelanggan Untuk Duduk Semeja Di Restoran.\nDec 10, 2020\n\nTiada lagi had bagi jumlah pelanggan untuk duduk semeja di kedai makan.Namun, Menteri Kanan Keselamatan berkata kebenaran itu tertakluk kepada saiz meja dan penjarakan fizikal.Keputusan itu dibuat selepas SOP penumpang dalam kenderaan dilonggarkan ketika PKPB yang mana ada yang ingin keluar bersama keluarga untuk makan di restoran.KKM pantau perkembangan kes Covid-19 susulan pelbagai kelonggaran diberikan.Kementerian Kesihatan akan pantau perkembangan kes dalam tempoh 2 minggu akan datang susulan kelonggaran yang diberikan termasuk perjalanan rentas negeri.Pihaknya akan melaksanakan strategi lain jika kadar kebolehjangkitan COVID-19 meningkat dalam tempoh tersebut.Kementerian turut jangkakan bilangan kes yang dicatatkan dalam tempoh 2 minggu ini adalah antara 845 hingga 1,700.Sabah membenarkan individu dari Brunei memasuki negeri itu dalam tempoh pelaksanaan PKPB.Keputusan itu dibuat memandangkan Brunei tidak termasuk dalam senarai 23 buah negara yang rakyatnya disekat kemasukan ke Malaysia, sekaligus dapat merancakkan semula ekonomi di Sabah.Individu dari negara berkenaan juga akan tertakluk kepada syarat untuk jalani ujian saringan Covid-19, 3 hari sebelum perjalanan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=154075", "title": "Datuk Seri Muhammad Sanusi Mengaku Tidak Bersalah", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Muhammad Sanusi Mengaku Tidak Bersalah\nJul 18, 2023\n\n\nDatuk Seri Sanusi Mengaku Tak Bersalah\nDatuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor mengaku tidak bersalah atas 2 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.\nMenteri Besar Kedah itu dituduh mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dan isu pelantikan Menteri Besar Selangor dalam satu ceramah politik, baru-baru ini.\nDatuk Seri Muhammad Sanusi didakwa menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.\nHakim menetapkan ikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan melarang MB Kedah itu membuat sebarang komen sehingga kes selesai.\n\u00a0\nKerajaan bincang isu 3R, Jumaat ini.\nSatu perbincangan akan diadakan Jumaat ini bagi menilai undang-undang sedia ada dan memperhalusi keperluan mewujudkan akta baru berkaitan isu 3R, agama, raja dan kaum.\nJelas Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, ia bagi tangani pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau mengenai isu berkenaan.\nPerbincangan itu katanya melibatkan pelbagai pihak antaranya Majlis Peguam, badan professional dan agensi penguatkuasaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72644", "title": "Lagi Kes 'Haruan Makan Anak'", "body": "\n\u2190 Back to list\nLagi Kes 'Haruan Makan Anak'\nDec 16, 2016\n\nPolis Sabah menahan reman seorang penjawat awam di Keningau, kerana disyaki perkosa anak kandungnya sendiri.Mangsa dilapor dapat melarikan diri semasa mengikut bapanya keluar ke pekan dan meminta bantuan rakan untuk jalani pemeriksaan di hospital.Menurut mangsa yang berusia 13 tahun, dia menjadi mangsa perkosa bapanya sejak beberapa tahun lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=128171", "title": "KPM Harap Kelas Peperiksaan SPM Tidak Digunakan Untuk PRN Johor.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPM Harap Kelas Peperiksaan SPM Tidak Digunakan Untuk PRN Johor.\nFeb 22, 2022\n\nKPM Harap Kelas Peperiksaan SPM Tidak Digunakan Untuk PRN Johor.\nKementerian Pendidikan berharap kelas peperiksaan SPM tidak digunakan sebagai pusat mengundi pada PRN Johor bulan depan.\nJelas Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin, ia bagi memastikan susun atur meja tidak diganggu yang dibimbangi akan menjejaskan kedudukan pelajar.\nPihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama SPR mengenai perkara itu.\nSebelum ini, KPM mengesahkan sebanyak 151 buah sekolah menengah di Johor bakal digunakan sebagai pusat mengundi bagi PRN Johor.\n\u00a0\nPerlu sertakan gambar keputusan ujian Covid-19 di MySejahtera.\nOrang ramai kini perlu sertakan gambar keputusan ujian Covid-19 bagi melaporkannya di aplikasi MySejahtera.\nPengguna juga perlu memaklumkan tarikh dan tempat ujian itu dilakukan.\nSebelum ini, mereka yang ingin melaporkan keputusan ujian itu hanya perlu mengisi borang sama ada negatif atau positif Covid-19.\n\u00a0\nKadar vaksinasi kanak-kanak di Kelantan masih rendah.\nSikap tunggu dan lihat serta risau terhadap kesan sampingan vaksinasi Covid-19.\nItu antara punca ramai ibu bapa di Kelantan belum menghantar anak mereka berusia 5 hingga 11 tahun untuk divaksin.\nJelas Jabatan Kesihatan Negeri, kesannya, jumlah kanak-kanak yang sudah divaksin di Kelantan masih rendah iaitu hanya kira-kira 11,000 orang berbanding lebih 160,000 yang layak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70669", "title": "Tiga penguatkuasa ditahan SPRM, MBSA enggan kompromi", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiga penguatkuasa ditahan SPRM, MBSA enggan kompromi\nAug 11, 2020\n\nTiga penguatkuasa ditahan SPRM, MBSA enggan kompromiFoto - Malakat TribuneMajlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedia bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susulan penahanan tiga anggota penguatkuasanya hari ini.MBSA dalam satu kenyataan menegaskan, pihak berkuasa tempatan itu tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana kakitangannya yang didapati menyalahgunakan kuasa dan tidak berintegriti.Pihaknya juga menasihatkan kepada orang ramai supaya menyalurkan aduan, sekiranya ada maklumat berkaitan dengan salah laku kakitangan majlis bandaraya itu.-----Kes harian COVID-19 kembali ke satu angkaFoto - The StarKes positif COVID-19 di Malaysia kembali mencatat satu angka dengan sembilan kes dilaporkan hari ini yang membabitkan lima kes import dan empat penularan dalam negara.Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif wabak itu ialah sebanyak 9,103 kes dengan kes aktif adalah 169.Katanya, daripada sembilan kes baru itu, lima adalah kes import manakala empat lagi merupakan penularan tempatan, masing-masing tiga dari Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan satu di Sabah.-----KTMB perkenal sistem tiket baruFoto - KTMBKeretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan sistem tiket baru secara dalam talian bagi meningkatkan mutu penjualan tiket bermula 17 Ogos ini.Katanya, sistem dikenali sebagai KTMB Integrated Ticketing System (KITS) itu diharap dapat meningkatkan jumlah pembelian tiket secara dalam talian dengan lebih lancar dan terjamin.Pihaknya berharap, sistem baru itu dapat mengurangkan masalah kesesakan penjualan tiket di kaunter selain memudahkan pengguna membeli tiket secara dalam talian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72254", "title": "Korea Utara beri jaminan semua rakyat Malaysia di Pyongyang selamat", "body": "\n\u2190 Back to list\nKorea Utara beri jaminan semua rakyat Malaysia di Pyongyang selamat\nMar 10, 2017\n\nKorea Utara beri jaminan semua rakyat Malaysia di Pyongyang selamat dan bebas menjalani kehidupan seperti biasa.Namun PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan, rakyat Malaysia masih belum dibenarkan meninggalkan negara itu.Menurut beliau lagi, KL akan berurusan dengan Pyongyang untuk cari penyelesaian dalam konflik yang sedang berlaku bagi elak ketegangan lebih buruk.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72329", "title": "Pelajar Malaysia di Sumatera selamat", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelajar Malaysia di Sumatera selamat\nJan 17, 2017\n\nGempa bumi sederhana, 5.5 magnitud melanda Sumatera, Indonesia pada jam 8.42 malam tadi.Gegaran gempa berkenaan turut dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.Konsul Jeneral Malaysia di Medan mengesahkan, semua pelajar Malaysia di Sumatera selamat daripada gempa berkenaan.Pihak berkuasa Indonesia pula mengesahkan, tiada sebarang kejadian buruk berlaku akibat gempa tersebut walaupun berlaku gegaran kuat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73253", "title": "Pemasangan sistem 'eCall' dijangka diwajibkan kepada pengeluar kenderaan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPemasangan sistem 'eCall' dijangka diwajibkan kepada pengeluar kenderaan.\nJan 18, 2018\n\nKerajaan sedang meningkatkan tahap keselamatan pengguna, kenderaan dan jalan raya menerusi pengenalan sistem 'eCall' yang dipasang pada kenderaan.'eCall' akan diaktifkan secara automatik untuk mendapatkan bantuan kecemasan apabila kenderaan terlibat dalam kemalangan serius.Sistem itu juga boleh diaktifkan secara manual menerusi butang panik dan juga boleh berfungsi mengesan kenderaan yang dicuri.Pemasangan eCall tidak melibatkan kos tambahan kepada pengguna kerana ia dijangka diwajibkan kepada pengeluar kenderaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71960", "title": "PM umum pelantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd yang baru.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM umum pelantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd yang baru.\nSep 05, 2017\n\nPM umum pelantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd yang baru.Beliau turut dilantik sebagai Duta Khas, meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan, fahaman pelampau dan pemerdagangan manusia.Semalam, Tan Sri Khalid Abu Bakar bersara wajib sebagai Ketua Polis Negara selepas lebih 40 tahun dalam pasukan keselamatan itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=101333", "title": "Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Untuk Tanggungan Boleh Dibuat Di MySejahtera.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPendaftaran Vaksinasi COVID-19 Untuk Tanggungan Boleh Dibuat Di MySejahtera.\nMar 19, 2021\n\nPendaftaran Vaksinasi COVID-19 Untuk Tanggungan Boleh Dibuat Di MySejahtera.\nPendaftaran Tanggungan bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menerusi aplikasi MySejahtera dilancarkan hari ini.\n\nla membolehkan orang ramai bantu warga emas seperti datuk dan nenek masing-masing untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.\nMenurut Menteri Penyelaras Program berkenaan, bilangan pendaftaran penerima vaksin Fasa Dua yang melibatkan warga emas setakat ini masih rendah.\n\u00a0\nMesej viral berkaitan denda ingkar SOP palsu!\nDakwaan mengenai jumlah denda bagi situasi ketidakpatuhan SOP yang viral di aplikasi Whatsapp adalah palsu.\n\nJelas Kementerian Kesihatan, terdapat beberapa fakta yang tidak tepat dalam kandungan WhatsApp itu.\nPihaknya minta orang ramai agar berhenti sebarkan maklumat palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.\n\u00a0\nKematian jururawat baru-baru ini disebabkan serangan jantung.\nKematian seorang jururawat di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini tiada kaitan dengan vaksin Covid-19 yang diterimanya seminggu lalu.\n\nSebaliknya jelas Ketua Pengarah Kesihatan, wanita itu meninggal dunia akibat serangan jantung.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72650", "title": "Suspek Kes Perkosa, Beri Dadah Kepada Budak 12 Tahun Diberkas", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuspek Kes Perkosa, Beri Dadah Kepada Budak 12 Tahun Diberkas\nOct 11, 2016\n\nSuspek kes perkosa dan memberi dadah kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Kedah, berjaya ditahan.Menurut polis, suspek berusia 24 tahun dan tidak bekerja itu diberkas di rumahnya di Alor Setar.Menurut laporan, mangsa diberikan dadah sebelum diperkosa beberapa kali oleh kenalan yang dikenali menerusi aplikasi WeChat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=153570", "title": "MCA & MIC Tak Bertanding PRN.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMCA & MIC Tak Bertanding PRN.\nJul 06, 2023\n\n\nMCA & MIC Tak Bertanding PRN.\nMCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRN 6 negeri bulan depan!\nJelas MCA, mereka mahu beri tumpuan kepada persediaan menghadapi PRU-16 selain melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan semula parti itu.\nMIC juga buat keputusan sama setelah meneliti keadaan politik semasa dan mendengar pandangan setiap ahli Jawatankuasa Pusat parti.\nSemalam, SPR menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian bagi PRN di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.\nTarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos.\n\u00a0\nNama pegawai JPN diserahkan kepada SPRM untuk siasatan.\nMenteri Dalam Negeri serah nama pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, JPN kepada SPRM untuk disiasat.\nUjar Datuk Seri Saifuddin Nasution, pegawai berkenaan dipercayai terlibat minta suapan untuk kelulusan permohonan menjadi warganegara.\nSementara itu baru-baru ini, SPRM memaklumkan pihaknya sudah ambil keterangan 3 saksi termasuk menteri dan 2 saksi utama warga China.\nIa bagi bantu siasatan dakwaan rasuah yang dikatakan berlaku dalam insiden kekecohan melibatkan warga China di KLIA, baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81763", "title": "Perjalanan rentas negeri dilarang!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerjalanan rentas negeri dilarang!\nMay 11, 2020\n\nPerjalanan rentas negeri dilarangFoto : Astro AwaniJangan buat perjalanan rentas negeri!Itu nasihat yang dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador kepada orang ramaiselepas tempoh kebenaran berbuat demikian selama 4 hari tamat semalam.Jelasnya, mereka yang tetap ingin membuat perjalanan rentas negeri mulai hari ini perlu mendapatkebenaran polis.Namun katanya, alasan bagi berbuat demikian perlulah munasabah antaranya menziarah kematianahli keluarga terdekat.---KKM perlu 10 hari untuk saring penduduk.Foto : Astro AwaniKementerian Kesihatan jangkakan perlu tempoh 10 hari untuk buat saringan COVID-19 kepadapenduduk sekitar Pasar Jalan Othman, PJ.Ketua Pengarah Kesihatan berkata ini kerana terdapat hampir 3 ribu penduduk di kawasanberkenaan.Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut nasihatkan penduduk kawasan tersebut untuk terus kekal dirumah masing-masing bagi melindungi warga emas di situ.Pasar Jalan Othman diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan sehingga 23Mei ini selepas 26 kes positif COVID-19 dikesan di kawasan berkenaan.---SPR kaji tatacara PRK dalam tempoh PKPB.Foto : Astro AwaniSPR akan pertimbangkan banyak perkara untuk PRK DUN Chini jika ianya dilangsungkan dalamtempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB.Pengerusinya berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan KementerianKesihatan, MKN, NADMA dan PDRM Jumaat lalu berhubung tatacara PRK tersebut.Datuk Azhar Azizan Harun menambah antara langkah keselamatan yang akan dipraktik termasuklahpemakaian penutup hidung dan mulut serta penjarakkan sosial ketika mengundi.DUN Chini kini kosong ekoran wakil rakyatnya, Datuk Abu Bakar Harun meninggal dunia akibatserangan jantung, 7 Mei lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80162", "title": "Zahid Hamidi didakwa lagi", "body": "\n\u2190 Back to list\nZahid Hamidi didakwa lagi\nJun 27, 2019\n\nZahid Hamidi didakwa lagiFoto - Berita HarianSelepas didakwa di Mahkamah KL semalam, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dihadapkan pula ke Mahkamah Shah Alam pagi tadi.Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas 33 tuduhan rasuah bernilai lebih RM42 juta berhubung Sistem Visa Luar Negara.Bekas Timbalan Perdana Menteri itu kini berdepan 87 tuduhan di mahkamah, paling banyak dalam kalangan pemimpin UMNO.-----Senarai terbaru perlucutan hak sivil berkaitan 1MDB, dua minggu iniFoto - IsmaWebSenarai terbaru individu dan entiti dalam permohonan perlucutan hak sivil berkaitan dana 1MDB akan dikeluarkan kira-kira dua minggu lalu.SPRM perlukan masa untuk buat penelitian lanjut mengenai\u00a0saksi,\u00a0lokasi\u00a0aset dan pelbagai aspek lain\u00a0memandangkan senarai responden itu terlalu panjang.SPRM bagaimanapun enggan dedahkan anggaran jumlah individu dan entiti yang bakal menerima saman itu.-----Pelan pembelajaran alternatif murid sekolah di Pasir GudangFoto - Kosmo!Jabatan Pendidikan Negeri\u00a0Johor wujudkan pelan pembelajaran alternatif murid dan pelajar sekolah yang terkesan akibat pencemaran bau di Pasir Gudang.Pelan itu bertujuan untuk memastikan pembelajaran murid dapat dijalankan secara berterusan.Antara inisiatif yang diambil termasuk guru-guru menyediakan pelbagai bahan pembelajaran melalui saluran media seperti Whatsapp, Telegram, Email, VLE dan Eduweb TV.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=110781", "title": "Sekolah akan dibuka secara berperingkat mulai 1 September", "body": "\n\u2190 Back to list\nSekolah akan dibuka secara berperingkat mulai 1 September\nJul 18, 2021\n\nSekolah mula dibuka 1 September\n\nSekolah akan mula dibuka secara berperingkat mulai 1 September.\nKementerian Pendidikan berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.\nKetetapan tersebut terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah swasta dan sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.\nDalam satu kenyataannya, Kementerian Pendidikan berkata sesi PdPR akan diteruskan sehingga 31 Ogos.\n---\nSelangor dan KL kekal Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara\n\nSelangor dan Kuala Lumpur kekal dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.\nTimbalan Perdana Menteri mengumumkan perkara tersebut biarpun PKPD ditamatkan di 34 mukim dan 14 lokaliti membabitkan kedua-dua negeri tersebut.\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan ini kerana nilai ambang 3 indikator utama di Selangor dan Kuala Lumpur masih belum dicapai untuk beralih ke Fasa 2 PPN.\n---\nPDRM perketat penguatkuasaan sekatan jalan raya sempena Hari Raya Aidiladha\n\nPolis akan pertingkatkan penguatkuasaan semua sekatan jalan raya mulai hari ini sehingga Rabu!\nKetua Polis Negara berkata sebarang aktiviti merentas daerah atau negeri menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak akan diterima.\nJelasnya, tindakan tersebut bertujuan mengelakkan mana-mana individu menyalahgunakan surat berkenaan untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, Selasa ini.\nNamun katanya, larangan tersebut tidak terpakai untuk urusan kecemasan dengan kebenaran polis dan urusan kesihatan termasuk vaksinasi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80224", "title": "Tiada Lagi Baju Lokap Oren Untuk Tahanan SPRM!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Lagi Baju Lokap Oren Untuk Tahanan SPRM!\nJul 09, 2019\n\nTiada Lagi Baju Lokap Oren Untuk Tahanan SPRM!SPRM memutuskan tahanannya tidak perlu lagi pakai baju lokap warna oren.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya memaklumkan, ia kerana pemakaian baju berkenaan dilihat bertentangan dengan prinsip undang-undang.Ia bermakna tahanan SPRM akan dibenar pakai pakaian sendiri untuk ke mahkamah nanti.Manakala, gari hanya dipakaikan untuk pesalah agresif dan berisiko.Remaja 18 Tahun Akan Dibenar Mengundi\"Anak muda yang berumur 18 tahun berhak mengundi dan mereka akan didaftar secara automatik\".Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat pengumuman itu selesai menyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam.Usul pendaftaran secara automatik akan disekalikan dalam pembentangan pindaan Perlembagaan bagi menurunkan had umur layak mengundi di Parlimen nanti.Orang Korea Pun Minat BoBoiBoyTrailer penuh filem terbaru BoBoiBoy Movie 2 yang dilancarkan hujung bulan lalu sudah menerima 3 juta tontonan di YouTube.Menariknya, ia bukan hanya ditonton penonton Malaysia, malah juga dapat perhatian di luar negara termasuk Korea Selatan.\u00a0BoBoiBoy Movie 2 mula ditayang 8 Ogos ini dan jadi animasi tempatan pertama ditayang serentak di 5 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71898", "title": "Malaysia sedia hantar bantuan memadam kebakaran hutan di Indonesia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia sedia hantar bantuan memadam kebakaran hutan di Indonesia.\nAug 02, 2017\n\nMalaysia sedia hantar bantuan memadam kebakaran hutan di Indonesia bagi pastikan penganjuran Sukan SEA KL berjalan lancar.Malah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, beliau sendiri akan bertemu Menteri Indonesia bagi menyatakan kesediaan Malaysia membantu negara itu.Katanya, walaupun terdapat laporan harian mengenai titik panas di Indonesia, negara tidak perlu bimbang dengan pencemaran udara setakat ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=101254", "title": "Khairy Jamaluddin Individu Pertama Terima Suntikan Vaksin Sinovac Hari Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKhairy Jamaluddin Individu Pertama Terima Suntikan Vaksin Sinovac Hari Ini.\nMar 18, 2021\n\nMenteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin bakal jadi individu pertama yang terima suntikan vaksin jenis Sinovac hari ini\u00a0di Hospital Rembau.\n\n\u00a0\nKhairy pilih untuk tidak mengambil vaksin Pfizer bagi meyakinkan orang ramai untuk terima sebarang jenis vaksin yang diberikan oleh kerajaan.\n\u00a0\nLencana akan diberikan kepada mereka yang lengkapkan suntikan vaksin COVID-19.\nIndividu yang telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 akan diberikan lencana.\n\nMenurut Menteri Kesihatan, lencana yang dilengkapi dengan kod keselamatan itu adalah bukti seseorang individu sudah menerima vaksin, selain sijil digital di aplikasi MySejahtera.\n\u00a0\nSubsidi pembelian peranti elektronik buat pelajar ditambah baik.\nKerajaan akan tambah baik subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baru menjadi RM300 buat isi rumah penerima BPR, yang mempunyai anak yang bersekolah.\n\nMenurut Perdana Menteri, inisiatif di bawah program Pemerkasa itu akan dilancarkan awal Mei ini.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71774", "title": "Pindaan Bajet 2016 : Menteri Pendidikan Beri Jaminan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPindaan Bajet 2016 : Menteri Pendidikan Beri Jaminan\nJan 12, 2016\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71989", "title": "Lebih 255 ribu unit rumah mampu milik telah siap dibina bagi tempoh 1 Jan 2013 hingga 15 Oktober lalu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 255 ribu unit rumah mampu milik telah siap dibina bagi tempoh 1 Jan 2013 hingga 15 Oktober lalu.\nNov 02, 2017\n\nLebih 255 ribu unit rumah mampu milik telah siap dibina bagi tempoh 1 Jan 2013 hingga 15 Oktober lalu.Menurut Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, hampir 65 peratus daripada 1 juta unit yang disasarkan, pula sedang dalam pembinaan.Dalam pada itu, kerajaan telah menambah jumlah sasaran itu kepada 1.1 juta unit atas permintaan ramai.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73029", "title": "Dakwaan SST lebih bebankan rakyat berbanding GST adalah tidak masuk akal.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDakwaan SST lebih bebankan rakyat berbanding GST adalah tidak masuk akal.\nJul 18, 2018\n\nDakwaan bahawa SST lebih membebankan rakyat berbanding GST adalah tidak masuk akal.Menteri Kewangan berkata kerajaan hanya akan mengutip kira-kira 21 bilion ringgit setahun dengan SST berbanding 44 bilion ringgit yang dikutip GST.Kredit foto: The StarLim Guan Eng juga berharap rakyat tidak keliru dengan menganggap bahawa SST akan mengenakan cukai sebanyak 16 peratus.Jelas beliau kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya menambah peratusan cukai jualan dan cukai perkhidmatan.Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin mahu kerajaan kekalkan GST yang berkadar sifar sejak 1 Jun lalu.Ahli Parlimen Rembau itu\u00a0 yakin GST lebih telus dan efisien berbanding cukai jualan dan perkhidmatan, SST.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71368", "title": "Mangsa banjir perlu disanitasi sebelum pulang ke rumah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMangsa banjir perlu disanitasi sebelum pulang ke rumah.\nDec 06, 2020\n\nFoto : Astro AwaniMangsa banjir Kelantan yang berada di kawasan kluster COVID-19 tidak dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.Kerajaan negeri berkata kesemua mereka perlu disanitasi terlebih dahulu bagi mengelakkan penularan wabak tersebut.Kluster Huma telah dikesan di Pasir Puteh dan Kota Bharu yang mengakibatkan 20 individu positif.Foto : Astro AwaniSementara itu, situasi banjir di negeri tersebut semakin pulih apabila hanya 101 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara.Terengganu turut catat penurunan bilangan mangsa banjir namun masih mencatat bilangan tertinggi iaitu hampir 300 mangsa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72939", "title": "Tikam Ahli Majlis Tertinggi UMNO - Lelaki 27 tahun ditahan", "body": "\n\u2190 Back to list\nTikam Ahli Majlis Tertinggi UMNO - Lelaki 27 tahun ditahan\nOct 28, 2017\n\nSeorang lelaki berusia 27 tahun ditahan kerana didakwa menikam Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berhampiran rumahnya di Sungai Buloh.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan S. Somu berkata, penganggur berkenaan dipercayai alami masalah mental.Datuk Sohaimi cedera di bahagian kepala, belakang telinga kanan dan bahu kanan dirawat di sebuah hospital swasta di Damansara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72746", "title": "Polis Sedia Beri Kerjasama Kepada BERSIH 5", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Sedia Beri Kerjasama Kepada BERSIH 5\nAug 03, 2016\n\nKetua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedia membantu daripada segi kawalan keselamatan sekiranya peraturan berkeaan dipatuhi.Terdahulu, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mengumumkan akan adakan BERSIH 5, namun lokasi dan tempat belum diputuskan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72850", "title": "Pengusaha Kantin Sekolah Mungkin Dilarang Sediakan Makanan di Rumah", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengusaha Kantin Sekolah Mungkin Dilarang Sediakan Makanan di Rumah\nMar 02, 2016\n\nUjar Kementerian Kesihatan, amalan itu menyukarkan pemantauan tahap kebersihan dapur oleh pihaknya dan guru.Ini susulan kejadian 7 murid termakan mi goreng yang terdapat dengan serpihan kaca di sebuah sekolah di Hulu Selangor, minggu lalu.Difahamkan, mi tersebut dimasak pengusaha kantin di rumahnya, bukan di dapur di kantin sekolah.Dalam pada itu, hanya 2 murid masih dirawat di hospital dan keadaan mereka tidak membimbangkan.*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72101", "title": "Datuk Seri Najib Razak mendakwa kononnya beliau tidak mendapat layanan sebagai bekas Perdana Menteri.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Najib Razak mendakwa kononnya beliau tidak mendapat layanan sebagai bekas Perdana Menteri.\nJun 21, 2018\n\nDatuk Seri Najib Razak mendakwa kononnya beliau tidak mendapat layanan sebagai bekas Perdana Menteri ekoran serbuan yang dilakukan pihak berkuasa di kediamannya.Beliau terus pertahan kenyataanya sebelum ini bahawa barang yang dirampas dalam serbuan berkenaan merupakan hadiah dan pemberian.Datuk Seri Najib juga beritahu Reuters tidak mengetahui apa-apa mengenai wang berbilion dolar dimasukkan ke dalam akaun peribadinya yang didakwa daripada dana 1MDB.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73067", "title": "Jawatankuasa khas untuk kaji undang-undang berkaitan keselamatan negara telah ditubuhkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJawatankuasa khas untuk kaji undang-undang berkaitan keselamatan negara telah ditubuhkan.\nJun 04, 2018\n\nKementerian Dalam Negeri tubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji undang-undang sedia ada berkaitan keselamatan negara.\u00a0Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini selepas terdapat dakwaan bahawa segelintir undang-undang tersebut bertentangan dengan hak asasi manusia.Tambah beliau ianya dibuat supaya rakyat tidak merasakan undang-undang itu adalah untuk tujuan politik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72664", "title": "Polis Siasat Kes Guna Ular Dalam Program Jati Diri", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Siasat Kes Guna Ular Dalam Program Jati Diri\nOct 19, 2016\n\nPolis Perak sudah memulakan siasatan kes penggunaan ular ketika kem jati diri murid sekolah di Kuala Kangsar yang menjadi viral di laman sosial.Pihaknya memaklumkan, setakat ini satu laporan polis diterima dan percaya akan ada beberapa lagi laporan menyusul.Susulan itu juga, Kementerian Pendidikan mewajibkan penganjur program pembinaan jati diri menerangkan modul yang akan dijalankan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.\u00a0Ia bagi memastikan modul yang disediakan sesuai dan tidak mendatangkan trauma kepada murid seperti insiden yang berlaku di Perak itu.Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memaklumkan, pihaknya bersedia beri bantuan kaunseling kepada murid dan ibu bapa yang terlibat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81809", "title": "Yang di-Pertuan Agong sudah pujuk Tun M", "body": "\n\u2190 Back to list\nYang di-Pertuan Agong sudah pujuk Tun M\nMay 18, 2020\n\nYang di-Pertuan Agong sudah pujuk Tun MFoto - Harian MetroYang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tegaskan, baginda sudah meminta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak meletak jawatan Perdana Menteri, Febuari lalu.Bertitah ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, baginda menjelaskan sudah cuba memujuk Tun M agar mengubah keputusan berkenaan, tetapi gagal.Justeru, baginda bertanggungjawab untuk melantik seorang Perdana Menteri yang baharu seperti mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.-----70 peratus permohonan rentas negeri mahu balik kampungFoto - Berita HarianPolis Johor menerima antara 1,000 hingga 1,500 permohonan rentas negeri setiap hari yang dilakukan di balai polis seluruh negeri sejak beberapa hari lalu.Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Kira-kira 70 peratus permohonan yang diterima adalah untuk pulang berhari raya di kampung masing-masing.Bagaimanapun semua permohonan rentas negeri untuk pulang berhari raya ditolak dan pihaknya hanya membenarkan rentas negeri bagi kes kecemasan sahaja.\u00a0-----Kedah benar solat Jumaat, solat sunat AidilfitriFoto - WikimapiaKedah jadi negeri terbaru membenarkan masjid mengadakan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang berkata, perkara itu diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bermula Jumaat ini.Jumlah jemaah bagaimanapun dihadkan kepada kepada 12 orang sahaja termasuk imam, pegawai masjid dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid sahaja selain perlu menjaga jarak satu meter.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80239", "title": "Mansuh bayaran balik pinjaman PTPTN? Mungkin tidak..", "body": "\n\u2190 Back to list\nMansuh bayaran balik pinjaman PTPTN? Mungkin tidak..\nJul 12, 2019\n\nPemansuhan bayaran balik pinjaman PTPTN kemungkinan besar tidak akan berlaku!Jelas pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan, ini kerana peruntukan\u00a09.7 bilion ringgit setiap tahun tidak dapat menampung pinjaman kepada pelajar baru.\u00a0Jadi, bayaran balik daripada peminjam akan digunakan untuk beri pinjaman kepada kira-kira 200,000 pelajar baru setiap tahun.Dalam pada itu, hasrat PTPTN membantu peminjam yang disenarai hitam kerana gagal bayar balik pinjaman untuk beli rumah pertama mampu dilaksanakan.Bank Negara Malaysia berkata ini kerana laporan CCRIS tidak menyebabkan nama mereka disenaraihitamkan oleh bank.Namun katanya kelulusan pinjaman untuk membeli rumah bergantung kepada budi bicara bank.Cadangan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun dibentang di Dewan Rakyat.\u00a0Rang Undang-Undang untuk pinda Perlembagaan bagi turunkan had umur mengundi dibentang semula di Parlimen semalam, sehari selepas ia ditarik balik.RUU baru itu mempunyai peruntukan yang memasukkan pendaftaran pengundi secara automatik dan juga menurunkan usia minimum menjadi Ahli Parlimen.Ia turut disokong pembangkang sekaligus bakal memudahkan usul itu raih sokongan 2 pertiga Ahli Parlimen bagi membolehkan Perlembagaan dipinda.SPRM ada terima laporan kes rasuah di Kampung Kuala Koh.SPRM ada terima maklumat kemungkinan wujud aktiviti rasuah di Kampung Kuala Koh, Gua Musang susulan tragedi 15 penduduk maut akibat wabak demam campak.Namun pihaknya belum buka kertas siasatan, juga tidak memaklumkan adakah ia ada kaitan dengan aktiviti perlombongan atau pembalakan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71845", "title": "Kematian pelajar tahfiz berpunca daripada kencing tikus", "body": "\n\u2190 Back to list\nKematian pelajar tahfiz berpunca daripada kencing tikus\nJul 10, 2017\n\nKematian seorang pelajar tahfiz di Kota Tinggi, Johor April lalu didapati berpunca daripada penyakit kencing tikus, dan bukannya trauma atau kecederaan akibat di dera.Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, ia turut dirumitkan dengan beberapa komplikasi lain, seterusnya akibatkan kegagalan organ untuk berfungsi.Tambah Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, laporan bedah siasat telah dikemukakan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72324", "title": "SPRM rampas dokumen KSU KKLW", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM rampas dokumen KSU KKLW\nJan 07, 2017\n\nSPRM rampas sejumlah dokumen mengandungi maklumat berhubung kegiatan KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang ditahan Rabu lalu.\u00a0\u00a0Katanya, kontraktor dan vendor yang dipercayai telah dianugerahkan kontrak akan dipanggil selepas pihaknya meneliti dokumen yangdirampas itu.Dokumen berkenaan diperoleh selepas melakukan serbuan di pejabat suspek di Putrajaya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73392", "title": "Kes bakar kenderaan JPJ, polis rakam percakapan 6 individu", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes bakar kenderaan JPJ, polis rakam percakapan 6 individu\nFeb 15, 2018\n\nDi Perak, polis rakam percakapan 6 individu berhubung kebakaran lima kenderaan di Stesen Penguatkuasaan JPJ Kuala Kangsar minggu lalu.Pihaknya juga masih menunggu laporan penuh kejadian daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak.Dalam kejadian itu, tiga kenderaan JPJ dan dua kenderaan orang awam terbakar, dipercayai akibat perbuatan khianat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72700", "title": "Pendidikan seks remaja lelaki di sekolah bulan depan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPendidikan seks remaja lelaki di sekolah bulan depan\nSep 10, 2016\n\nModul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Seksual Remaja Lelaki akan diperkenalkan di sekolah bermula bulan depan.Menurut Berita Harian, projek perintis itu akan dimulakan di 5 negeri, Selangor, Negeri Sembilan, KL, Pulau Pinang dan Sabah.Antara modul ditekankan termasuklah isu seks sebelum berkahwin, kehamilan remaja, penderaan seksual dan HIV/AIDS.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72669", "title": "Pesakit Mental Mengamuk, Bunuh Adik dan Ibu Saudara", "body": "\n\u2190 Back to list\nPesakit Mental Mengamuk, Bunuh Adik dan Ibu Saudara\nOct 03, 2016\n\nSeorang lelaki yang juga pesakit mental ditahan polis dalam kejadian amuk di Baling, Kedah semalam.Suspek diberita membelasah adiknya, seorang pemuda OKU dan seorang ibu saudara hingga mengakibatkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72350", "title": "Annuar Musa serah diri", "body": "\n\u2190 Back to list\nAnnuar Musa serah diri\nFeb 03, 2017\n\nTan Sri Annuar Musa akan serah diri secara sukarela kepada SPRM hari ini untuk disiasat berkaitan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dana MARA.Pengerusi MARA yang kini digantung tugas itu berkata demikian kepada media di KLIA sebaik tiba dari New Zealand, malam tadi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79539", "title": "Nak Beg Plastik Kena Bayar 20 Sen", "body": "\n\u2190 Back to list\nNak Beg Plastik Kena Bayar 20 Sen\nMar 11, 2019\n\nNak Beg Plastik Kena Bayar 20 SenMenuju negara maju dan lestari, mestilah Malaysia berusaha sungguh-sungguh jaga alam sekitar kan?Jadi baru-baru ini Kementerian Wilayah Persekutuan umum penggunaan beg plastik biodegradasi juga akan dikenakan caj pencemaran 20 sen (sehelai)\u00a0mulai Jumaat ini (15 Mac)Ia bertujuan beri kesedaran kepada rakyat mengenai perbelanjaan kerajaan membersihkan pencemaran sisa plastik.Barulah selaras dengan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 dan juga inisiatif hijau.Lagipun berdasarkan maklum balas, usaha mengurangkan penggunaan beg plastik tidak akan berjaya selagi ia masih disediakan kepada pengguna secara percuma.Oktober lalu Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim umum semua kerajaan negeri diberi tempoh 3 tahun untuk menguatkuasakan caj pencemaran.Oh! Juga jangan lupa, larangan penggunaan straw plastik sudah bermula manakala penguatkuasaan ke atas yang ingkar akan bermula Januari depan.Oleh: KJSumber: AWANI &\u00a0internet\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78913", "title": "Jangan salah faham maksud 'bergabung' antara UMNO dan PAS.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan salah faham maksud 'bergabung' antara UMNO dan PAS.\nNov 22, 2018\n\nUMNO dan PAS bukan bergabung parti!Foto - Astro AwaniPelawaan kepada PAS untuk bergabung dengan UMNO bukanlah bermaksud bergabung parti!Jelas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, bergabung yang dimaksudkan oleh Presiden UMNO baru-baru ini adalah bergabung tenaga dan kerjasama.Ia bagi menjawab kenyataan Presiden MCA, Wee Ka Siong yang selar Datuk Seri Dr Ahmad Zahir Hamidi yang dianggap tidak memikirkan perasaan parti komponen BN yang lain.Sementara itu, antara gabungan kerjasama yang dimaksudkan UMNO adalah perhimpunan mega bantah ratifikasi ICERD di ibu negara pada 8 Disember ini.PAS dalam kenyataannya pula memaklumkan, perhimpunan itu diteruskan sebab tiada pendirian tegas daripada pihak kerajaan untuk menolak konvensyen itu.---Patuhi undang-undang ketika perhimpunan bantah ICERD!Foto - Astro AwaniOrang ramai dinasihat tidak melampaui batas dalam menyuarakan bantahan terhadap isu ICERD.Kata Ketua Polis Negara, walaupun rakyat berhak dan bebas menyatakan pendirian tapi ia perlu selaras dengan undang-undang.Tan Sri Mohamad Fuzi Harun juga minta pihak yang mahu mengadakan perhimpunan bantah ICERD agar mematuhi Akta Perhimpunan Aman.Foto - Astro AwaniSementara itu, perhimpunan mega bantah ratifikasi ICERD di ibu negara pada 8 Disember ini akan diteruskan!Ujar Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, ia kerana tiada pendirian tegas daripada pihak kerajaan untuk menolak konvensyen itu.Dalam perkembangan berkaitan, DUN Pahang semalam sebulat suara meluluskan usul tergempar tolak ratifikasi ICERD.---Vape dan shisha bernikotin termasuk akta larangan merokok!Foto - Astro AwaniVape dan shisha yang mengandungi nikotin akan dimasukkan dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasakan tahun depan.Jelas Kementerian Kesihatan, sebabnya peraturan jelas menyatakan rokok dan hasil tembakau yang mengandungi nikotin termaktub dalam larangan.Bermula 1 Januari nanti, peraturan larangan merokok akan dikuatkuasakan di semua premis makanan termasuk restoran dan warung berkonsep terbuka.Mereka yang ingkar akan berdepan denda sehingga 10 ribu ringgit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70953", "title": "Individu Dari Sabah Wajib Jalani Saringan COVID-19 ", "body": "\n\u2190 Back to list\nIndividu Dari Sabah Wajib Jalani Saringan COVID-19 \nSep 28, 2020\n\nIndividu Dari Sabah Wajib Jalani Saringan COVID-19\u00a0Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tambah kakitangannya di KLIA dan KLIA2.Ia susulan Kementerian Kesihatan mewajibkan individu yang tiba dari Sabah menjalani ujian saringan COVID-19 sehingga 10 Oktober.Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, individu yang negatif dalam ujian berkenaan tidak perlu jalani kuarantin 14 hari.Semalam, viral di media sosial papar ratusan individu terpaksa beratur panjang di lapangan terbang itu untuk jalani ujian saringan berkenaan.Semalam juga Sabah sekali lagi mencatatkan jumlah kes COVID-19 paling tinggi iaitu 124 daripada 150 kes keseluruhan di negara ini.Penuntut Dari Zon Merah Disaran Daftar Secara Dalam TalianSemua IPT disaran menangguhkan pendaftaran kemasukan penuntut dari zon merah COVID-19 secara bersemuka yang dijadual bermula tidak lama lagi.Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), proses pendaftaran dan pembelajaran bagi kumpulan mahasiswa terbabit boleh dilakukan secara dalam talian.Bagi yang tidak berada dalam zon merah, kemasukan penuntut kekal mengikut kalendar akademik IPT masing-masing dan diminta patuh SOP bagi cegah COVID-19.YDP Sabah Perlu\u00a0MasaYang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin minta tempoh bagi menentukan Ketua Menteri Sabah yang baru.Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang hadir dalam pertemuan di Istana Negeri petang semalam.Gabungan Rakyat Sabah (GRS) raih 38 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan bagi miliki majoriti mudah sekaligus berpeluang membentuk kerajaan negeri Sabah yang baru.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71758", "title": "Cadangan halalkan penggunaan ganja selain untuk perubatan tidak relevan", "body": "\n\u2190 Back to list\nCadangan halalkan penggunaan ganja selain untuk perubatan tidak relevan\nFeb 24, 2016\n\nKetua Polis Negara,\u00a0Tan Sri Khalid Abu Bakar sifatkan cadangan menghalalkan penggunaan ganja selain untuk perubatan adalah tidak relevan.Jelas beliau, ini kerana ia menjurus kepada penyalahgunaan yang memudaratkan.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81796", "title": "Bantuan khas Aidilfitri buat peneroka FELDA, FELCRA dan pekebun kecil RISDA", "body": "\n\u2190 Back to list\nBantuan khas Aidilfitri buat peneroka FELDA, FELCRA dan pekebun kecil RISDA\nMay 15, 2020\n\nBantuan khas Aidilfitri buat peneroka FELDA, FELCRA dan pekebun kecil RISDAFoto - Culture TripKerajaan setuju beri Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 berjumlah RM300 seorang kepada peneroka FELDA, FELCRA dalam kategori B40 dan pekebun kecil RISDA mulai Isnin ini.Menurut Pejabat Perdana Menteri, kerajaan mengambil maklum kemerosotan harga pasaran global komoditi seperti kelapa sawit dan getah disebabkan penularan wabak COVID-19.Justeru, kerajaan berharap bantuan khas itu akan dapat meringankan beban warga agensi terbabit, terutama dalam membuat persiapan Aidilfitri.-----Jumlah kes pulih COVID-19 cecah hampir 80 peratusFoto - The StarJumlah individu pulih daripada wabak COVID-19 meningkat kepada 5,439 apabila 88 kes lagi pulih dah discaj hari ini atau 79.3 peratus daripada keseluruhan kesSehingga 12 tengah hari, 15 Mei 2020 terdapat 36 kes baru positif COVID-19 dilaporkan namun tiada kematian dicatatkan dan jumlah korban kekal 112.Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negara ini berjumlah 6,855 namun kes aktif berkurangan kepada 1,304.-----Selangor beri bonus RM1,000Foto - Selangor KiniSelangor bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan RM1,000 secara one-off kepada 18,500 kakitangan awam kerajaan negeri itu Gred 56 ke bawah.Selain itu, setiausaha dan ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di 371 kampung tradisi juga akan turut menerima manfaat dengan pemberian berjumlah RM300 secara one-off.Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, implikasi kewangan bagi pemberian bantuan khas ini adalah berjumlah RM19.835 juta secara keseluruhan dan pembayaran akan dibuat bermula 9 Jun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72447", "title": "Kerajaan tubuh Pasukan Petugas Khas Anti Keganasan Sukan Sea KL 2017", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan tubuh Pasukan Petugas Khas Anti Keganasan Sukan Sea KL 2017\nMay 13, 2017\n\nKerajaan tubuhkan Pasukan Petugas Khas Anti Keganasan Sukan Sea KL 2017 bagi memastikan kawalan keselamatan berada pada tahap tertinggi, Ogos depan.Pasukan khas itu diketuai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM dengan Ketua Staf Markas ATM selaku timbalan.Ia akan memfokuskan kepada 3 komponen utama iaitu pencegahan atau peningkatan kawalan keselamatan, pengurusan krisis dan pemulihan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72654", "title": "Lagi Kes 'Haruan Makan' Anak", "body": "\n\u2190 Back to list\nLagi Kes 'Haruan Makan' Anak\nOct 13, 2016\n\nPolis Melaka tahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang didakwa perkosa anak saudaranya berusia 13 tahun sejak bulan lalu.Turut ditahan datuk kepada mangsa yang dilapor melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak itu.Perbuatan keji itu terdedah selepas guru sekolah mangsa mengesyaki sesuatu yang tidak kena selepas tingkah laku mangsa tiba-tiba berubah.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70320", "title": "Tiada kluster gunting rambut", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada kluster gunting rambut\nJun 15, 2020\n\nTiada kluster gunting rambutFoto - Malay MailTiada kluster gunting rambut direkodkan setakat ini selepas seorang tukang gunting rambut menjalankan perkhidmatan itu dari rumah ke rumah sewaktu tempoh PKP, baru-baru ini.Sebaliknya Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya satu kes COVID-19 disahkan hingga kini membabitkan tukang gunting rambut warga Pakistan itu.Ujian ke atas 29 kontak rapat pula adalah negatif manakala dua lagi masih menunggu keputusan dan jumlah individu disaring ialah 31, bukannya 40 seperti dilaporkan sebelum ini.-----Bayi sembilan bulan antara kes jangkitan terbaru COVID-19Foto - The StarBayi berusia sembilan bulan antara 41 jangkitan baru COVID-19 dilaporkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencecah 8,494.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi terbabit ialah salah satu daripada tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.38 kes lagi adalah penularan dalam negara membabitkan 32 individu bukan warganegara dan enam lagi warga Malaysia di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah.-----Prasekolah dan Tadika dibenar beroperasi 1 JulaiFoto - BernamaKerajaan hari ini membenarkan prasekolah dan tadika dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini termasuklah SOP sewaktu pelajar datang dan pulang, mengenai cara mereka bermain, waktu makan dan lain-lain.Pembukaan itu membabitkan 6,216 prasekolah di bawah kendalian Kementerian Pendidikan serta 7,887 swasta, 1,781 Tadika Perpaduan dan 8,530 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71910", "title": "11 lagi pelajar kolej vokasional Kuala Nerus direman 3 hari.", "body": "\n\u2190 Back to list\n11 lagi pelajar kolej vokasional Kuala Nerus direman 3 hari.\nAug 10, 2017\n\n11 lagi pelajar kolej vokasional di Kuala Nerus direman 3 hari bagi membantu siasatan kes buli babitkan seorang lagi pelajar kolej itu.Malah polis Terengganu berkata, dua daripada mereka turut dipercayai terbabit dalam kejadian buli dua mangsa lain sebelum ini.Semalam, 15 pelajar kolej itu direman 4 hari sehingga Sabtu ini selepas dipercayai terbabit dalam kes buli dua pelajar junior.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70406", "title": "Peperiksaan SPM akan diadakan pada 6 Januari hingga 9 Februari 2021.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeperiksaan SPM akan diadakan pada 6 Januari hingga 9 Februari 2021.\nJun 29, 2020\n\nPeperiksaan bertulis SPM akan diadakan pada tarikh baru iaitu 6 Januari hingga 9 Februari 2021.\u00a0Ujian semester 2 STPM pula akan diadakan pada 12 hingga 18 Ogos tahun ini.\u00a0Manakala ujian bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia, STAM berlangsung mulai 17 hingga 25 Februari tahun depan.\u00a0Jelas Kementerian Pelajaran, perkara-perkara berkaitan akan diatur semula memandangkan SPM akan berlangsung pada minggu pertama tahun depan.\u00a0Ia termasuk memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan 2021 yang bakal diumumkan kelak.Kerajaan sedang bincang dengan pihak bank berhubung cadangan melanjutkan moratorium.\u00a0Menurut Kementerian Kewangan, jika ia dilanjutkan mungkin golongan sasar yang terjejas menerimanya, bukan lagi automatik untuk semua.\u00a0Pada Mac lalu, kerajaan umum penangguhan semua bayaran pinjaman individu dan PKS selama 6 bulan.Speaker Dewan Rakyat sudah terima usul mencadangkan khidmat beliau ditamatkan.Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sahkan telah terima usul mencadangkan khidmat beliau sebagai speaker Dewan Rakyat ditamatkan.\u00a0Turut diterima adalah usul mencadangkan khidmat Nga Kor Ming sebagai timbalan speaker ditamatkan.Perubahan dan pertukaran speakar dan timbalan speaker adalah amalan biasa ketika kerajaan bertukar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72725", "title": "Malaysia mungkin akan perkenalkan perkhidmatan insurans sebelum berkahwin", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia mungkin akan perkenalkan perkhidmatan insurans sebelum berkahwin\nAug 14, 2016\n\nMalaysia mungkin akan perkenalkan perkhidmatan insurans sebelum berkahwin atau Ta'mim bagi menjamin nafkah isteri dan anak-anak apabila berlaku penceraian.JPM berkata, inisiatif itu dilihat mampu menjadi alternatif membantu mengatasi masalah kecuaian pembayaran nafkah yang kini menjadi isu global.Ia juga\u00a0mampu menambahbaik urusan memantau, mengendalikan kes dan menghulurkan bantuan kepada ibubapa dan anak-anak yang diabaikan bayaran nafkah mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72539", "title": "Timbalan Ketua Menteri Sarawak Mahu Perogol Bersiri Dilarang Masuk", "body": "\n\u2190 Back to list\nTimbalan Ketua Menteri Sarawak Mahu Perogol Bersiri Dilarang Masuk\nFeb 08, 2017\n\nTimbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu perogol bersiri, Selva Kumar Subbiah dilarang memasuki negeri itu.Ujar beliau, sebelum ini sudah ramai individu dihalang memasuki negeri itu walaupun jenayah yang dilakukan mereka lebih kecil berbanding Selva.Tan Sri Dr James akan mencadangkan perkara itu kepada Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Tun Openg dalam masa terdekat.Selva tiba di Malaysia semalam selepas jalani hukuman penjara selama 24 tahun di Kanada atas jenayah seksual terhadap ratusan wanita dan kanak-kanak.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70350", "title": "Pesakit COVID-19 Lari Berjaya Ditemui\u00a0", "body": "\n\u2190 Back to list\nPesakit COVID-19 Lari Berjaya Ditemui\u00a0\nJun 19, 2020\n\nPesakit COVID-19 Lari Berjaya Ditemui\u00a02 warga Indonesia melarikan diri selepas disahkan positif COVID-19 di Kuching, Sarawak.Mereka dikesan positif wabak itu selepas menjalani saringan bagi permohonan permit kerja.Namun pasangan suami isteri itu sudah ditahan dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.Terdahulu pihak berkuasa menyarankan majikan melakukan saringan COVID-19 ke atas pekerja asing bagi elak kluster baru.Hampir Semua Sudah Sembuh\u00a0Jumlah kes pulih COVID-19 di Malaysia kini menghampiri 95 peratus.127 lagi pesakit pulih menjadikan jumlah besarnya kini 8,000 berbanding jumlah kes jangkitan 8,529.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bilangan kes aktif pula hanya 408 susulan pertambahan 14 kes baru semalam.Jangan Mudah Terikut-IkutMufti Wilayah Persekutuan minta umat Islam tidak terikut-ikut menyertai Lathi Challenge di laman sosial.Jelas Dr Luqman Abdullah kepada Harian Metro, ini kerana ia mempunyai unsur-unsur pemujaan.Foto: BERNAMA\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72124", "title": "Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah di mahkamah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah di mahkamah.\nAug 08, 2018\n\nDatuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah di atas 3 pertuduhan terima wang haram berjumlah 42 juta ringgit milik SRC International ke dalam akaun peribadinya.Bekas Perdana Menteri itu mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di Mahkamah KL pagi tadi.Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaraya untuk membicarakan 3 pertuduhan tersebut bersama dengan 4 pertuduhan terdahulu.4 pertuduhan terdahulu itu termasuk 3 kes pecah amanah dan satu kes salah guna kuasa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71810", "title": "Isu potongan maksimum: PTPTN akan jawab Cuepacs", "body": "\n\u2190 Back to list\nIsu potongan maksimum: PTPTN akan jawab Cuepacs\nDec 26, 2015\n\nPTPTN mungkin akan jelaskan berkenaan pemotongan gaji penjawat awam sehingga kadar maksimum bagi bayaran balik hutang pembiayaan, dalam satu sidang media Isnin ini.Jelas PTPTN, penjelasan tersebut akan dibuat setelah meneliti semua dasar.Tambahnya, jika sidang media tidak dapat diadakan, satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan oleh pihaknya.Selasa lepas, Cuepacs tegaskan mahu tarik balik kebenaran terhadap agensi itu untuk buat pemotongan gaji penjawat awam, sekiranya mereka masih laksanakan pemotongan maksimum.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=104999", "title": "Jangan Sebar Mesej Palsu Berkaitan PKP!", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan Sebar Mesej Palsu Berkaitan PKP!\nMay 03, 2021\n\nMesej viral kononnya PKP dilaksanakan di seluruh Selangor sama ada 4 atau 5 Mei ini adalah palsu!\nMKN turut nafikan kesahihan poster mengenai SOP PKP kononnya akan dilaksanakan minggu depan yang kini viral di media sosial.\n\nTegas MKN, poster itu palsu kerana pihaknya belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.\nOrang ramai diminta agar berhenti sebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan awam.\n\u00a0\nSlot vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca habis ditempah.\nMenurut Menteri penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, ia habis hanya dalam tempoh kira-kira 3 jam selepas pendaftaran dibuka semalam.\n\nKhairy Jamaluddin Abu Bakar juga berharap perkembangan itu menggalakkan lebih ramai mendapatkan vaksin COVID-19.\nBuat masa ini vaksin itu ditawarkan untuk penduduk Kuala Lumpur dan Selangor dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain selepas ini.\n\u00a0\nKapasiti fasiliti kesihatan di Lembah Klang capai tahap membimbangkan.\nKapasiti penggunaan fasiliti kesihatan di Selangor, KL dan Putrajaya sudah mencapai tahap membimbangkan.\nMenurut Kementerian Kesihatan, ia susulan peningkatan pesakit kritikal sebanyak 62 peratus dalam masa hanya 2 minggu.\n\nKadar penggunaan katil ICU di 6 hospital di Lembah Klang kini melebihi 70 peratus.\nSemalam, Malaysia merekodkan 3,418 kes baru Covid-19 dengan lebih 30,000 kes aktif.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71848", "title": "Pelajar tahfiz maut kerana kencing tikus", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelajar tahfiz maut kerana kencing tikus\nJul 11, 2017\n\nPolis akan merujuk Timbalan Pendakwaraya untuk klasifikasikan semula siasatan kematian pelajar tahfiz di Kota Tinggi, Johor.Ini susulan laporan bedah siasat terbaru semalam mendapati punca kematian mangsa disebabkan kencing tikus, bukan didera.Pihaknya akan cadangkan supaya kes itu disiasat kerana mendatangkan kecederaan dan bukan membunuh.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72894", "title": "LHDN Minta Pembayar Cukai Tidak Beri Respon Emel Palsu", "body": "\n\u2190 Back to list\nLHDN Minta Pembayar Cukai Tidak Beri Respon Emel Palsu\nApr 28, 2016\n\nIa susulan kewujudan emel palsu itu yang mengkehendaki pembayar cukai isi maklumat perbankan sebagai prosedur mendapatkan bayaran balik cukai pendapatan.Jelas LHDN, bayaran balik cukai pendapatan hanya diproses berdasarkan maklumat pembayar cukai di dalam pangkalan datanya sahaja.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71884", "title": "Beberapa kawasan di Hulu Langat akan alami gangguan bekalan air sementara pada pagi 8 Ogos hingga tengah hari esoknya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBeberapa kawasan di Hulu Langat akan alami gangguan bekalan air sementara pada pagi 8 Ogos hingga tengah hari esoknya.\nJul 28, 2017\n\nBeberapa kawasan di Hulu Langat akan alami gangguan bekalan air sementara pada pagi 8 Ogos hingga tengah hari esoknya.Air Selangor berkata, ia berikutan pelaksanaan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di Bukit Mahkota, Bangi.Sehubungan itu, pengguna dinasihati supaya menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pembaikan bermula.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72445", "title": "Hari Guru Kebangsaan: Subjek Pendidikan Moral Perlu Guru Terlatih dan Mencukupi", "body": "\n\u2190 Back to list\nHari Guru Kebangsaan: Subjek Pendidikan Moral Perlu Guru Terlatih dan Mencukupi\nMay 16, 2017\n\nTokoh dan aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye meminta Kementerian Pendidikan memastikan guru subjek Pendidikan Moral terlatih dan mencukupi.Ujar beliau, ia penting agar pengajaran subjek itu dilaksanakan dengan berkesan sekaligus membentuk murid yang berintegriti, mempunyai nilai murni dan berakhlak mulia.Hari ini merupakan Hari Guru Kebangsaan bertemakan \"Guru Pembina Negara Bangsa\".\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72732", "title": "Polis fokus 3 aspek dalam siasatan kes pembunuhan adik Noor Amila Edrus Norsham", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis fokus 3 aspek dalam siasatan kes pembunuhan adik Noor Amila Edrus Norsham\nAug 20, 2016\n\nCulik untuk wang tebusan, dendam dan serangan seksual antara fokus polis dalam siasatan kes bunuh adik Noor Amila Edrus Norsham.\u00a0Setakat ini siasatan kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh, melibatkan seorang individu.Reman suspek utama,\u00a0seorang lelaki berumur 26 tahun yang berakhir semalam, disambung\u00a0sehingga Rabu depan untuk membantu siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73011", "title": "PM Ajak Rakyat Bersyukur ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM Ajak Rakyat Bersyukur \nJun 15, 2018\n\nPerdana Menteri mengajak rakyat Malaysia sentiasa bersyukur dengan nikmat keamanan dan demokrasi.Ujar Tun Dr Mahathir Mohamad, nikmat itu membolehkan Aidilfitri disambut dengan selesa dan gembira hari ini.Tun M juga sekali lagi mengingatkan orang ramai agar memandu dengan berhati-hati di musim perayaan ini.Beliau juga menasihatkan orang ramai khasnya remaja dan kanak-kanak agar tidak bermain mercun bagi elak insiden buruk termasuk kecederaan parah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72616", "title": "Sindiket Penipuan Kad Touch 'n Go Tumpas", "body": "\n\u2190 Back to list\nSindiket Penipuan Kad Touch 'n Go Tumpas\nNov 28, 2016\n\nPolis berjaya tumpaskan satu sindiket penipuan kad prabayar Touch 'n Go ekoran penangkapan 14 individu dalam beberapa serbuan di seluruh negara.Menurut Bukit Aman, mereka ditahan di Selangor, Johor, Melaka dan Pulau Pinang, dan semuanya warga tempatan berusia 20 hingga 56 tahun.Susulan itu, beberapa barangan dirampas termasuk kenderaan dan wang tunai, serta 18 akaun bank mengandungi wang RM800,000 dibekukan.Operasi dilakukan ekoran aduan daripada pihak Touch n' Go yang mengalami kerugian meragukan kira-kira RM2.2 juta sejak Februari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80257", "title": "Tiada kenaikan tarif elektrik sehingga hujung tahun ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada kenaikan tarif elektrik sehingga hujung tahun ini.\nJul 16, 2019\n\nTiada kenaikan tarif elektrik sehingga hujung tahun ini!Kerajaan juga kini giat ambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kos bahan api, juga penggunaan tenaga cekap dan menjimatkan bil elektrik.Menurut Kementerian Tenaga, antara yang sedang dilakukan ialah merangka Akta Kecekapan dan Konservasi.Semua taman perumahan baru bakal diwajib guna nama bahasa Melayu!Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, garis panduannya akan dibincangkan dengan semua PBT tidak lama lagi.Kementerian juga gesa PBT tegas terhadap pemaju perumahan yang sengaja menamakan taman perumahan mereka dalam bahasa Inggeris ikut cita rasa mereka.Umat Islam di Malaysia boleh buat semakan arah kiblat hari ini.Ini kerana kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.Planetarium Negara memaklumkan, ia boleh dilakukan dengan memerhati bayang-bayang matahari yang dihasilkan objek tegak tepat pada jam 5.27 petang ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70535", "title": "Lagi Kluster Baru COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nLagi Kluster Baru COVID-19\nJul 21, 2020\n\nLagi Kluster Baru COVID-19Satu lagi kluster COVID-19 dikesan melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes pertama kluster itu babitkan kematian COVID-19 yang dilaporkan kelmarin.Setakat semalam, 39 individu telah jalani ujian saringan dengan 14 daripadanya disahkan positif virus itu.Langkah pembendungan dan kawalan jangkitan telah dijalankan seperti proses nyahkuman dan nyahcemar di pusat penjagaan terbabit.\u00a0\u00a0Sementara itu, kes jangkitan COVID-19 di negara ini terus mencatatkan angka 2 digit selepas 21 lagi kes positif direkodkan.Belum Ada KeperluanBelum ada keperluan untuk laksana semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa awal yang lebih ketat.Pada pendapat Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, buat masa ini yang wajar adalah penguatkuasaan di kawasan tertentu.Terdahulu Perdana Menteri memaklumkan, PKP lebih ketat mungkin dilaksana jika kes COVID-19 terus meningkat dan semakin ramai abai PKPP.BSH Fasa 3 Jumaat IniBayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 fasa 3 akan dibuat mulai Jumaat ini dan dikreditkan terus ke akaun bank yang berdaftar dengan LHDN.Bagi yang tiada akaun bank, wang boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73117", "title": "Jangan bimbang dengan istilah 'hotspot' atau kawasan panas sempena PRU-14.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan bimbang dengan istilah 'hotspot' atau kawasan panas sempena PRU-14.\nApr 08, 2018\n\nPDRM berkata, jangan bimbang dengan istilah 'hotspot'\u00a0 atau kawasan panas sempena PRU-14.PDRM berkata, ia sama sekali tidak bermakna bahawa kawasan berkenaan adalah tidak selamat dan mendatangkan bahaya kepada orang ramai.Pihaknya beri jaminan keselamatan orang awam jadi keutamaan dan mereka boleh jalankan kegiatan seharian seperti biasa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=114939", "title": "Selangor, KL & Putrajaya Masuk Fasa 2 PPN Esok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSelangor, KL & Putrajaya Masuk Fasa 2 PPN Esok.\nSep 09, 2021\n\n\nPenduduk KL, Selangor dan Putrajaya akhirnya boleh menarik nafas lega kerana akan beralih ke fasa 2 PPN, esok.\nPergerakan antara negeri dan wilayah tersebut dibenarkan tanpa sekatan jalan raya.\nIni kerana KL, Selangor dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama.\nPenduduk di Lembah Klang juga dapat menikmati kelonggaran yang sama seperti negeri Fasa 2 sebelum ini.\nIa termasuklah pasangan jarak jauh yang lengkap divaksin dibenarkan untuk merentas negeri.\nKebenaran rentas negeri juga diberikan kepada ibu bapa yang lengkap divaksin untuk berjumpa dengan anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.\nPenduduk yang lengkap divaksin boleh makan di restoran - kelonggaran ini telah pun diberikan kepada negeri-negeri fasa 1 bulan lalu.\nAktiviti pelancongan hanya dalam negeri yang sama juga dibenarkan buat mereka yang lengkap divaksin.\nBagi negeri Fasa 2 dan 3, kelonggaran tambahan diberikan untuk aktiviti kedai gunting rambut, hairdresser dan salon kecantikan.\nFasiliti sukan dan rekreasi indoor atau outdoor kecuali gimnasium dibuka secara janji temu hanya untuk mereka yang lengkap divaksin termasuk di negeri Fasa 1.\nKedai bunga, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan turut dibuka bagi negeri-negeri fasa 1.\nDengan pengumuman terbaru ini, hanya Kedah dan Johor sahaja negeri yang masih berada dalam Fasa 1.\nDalam pada itu, Labuan yang kini berada di Fasa 4 PPN akan dibuka semula untuk program\r\ngelembung pelancongan seperti Langkawi bermula Khamis depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73005", "title": "SPRM dalam proses dapatkan khidmat perunding bebas untuk buat penilaian kos kajian kebolehlaksanaan projek.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM dalam proses dapatkan khidmat perunding bebas untuk buat penilaian kos kajian kebolehlaksanaan projek.\nFeb 27, 2018\n\nSPRM dalam proses dapatkan khidmat perunding bebas untuk buat penilaian kos kajian kebolehlaksanaan projek tiga jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang.Menurut Suruhanjaya itu berdasarkan pengalaman pihaknya, siasatan kes yang melibatkan hal-hal teknikal seumpama ini akan mengambil lebih masa lagi.Setakat ini 127 saksi telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes projek berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81284", "title": "Tan Sri Muhyiddin Puas Hati Dengan Agensi Kerajaan ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTan Sri Muhyiddin Puas Hati Dengan Agensi Kerajaan \nMar 03, 2020\n\nPerdana Menteri berpuas hati dengan agensi kerajaan yang mengendalikan penularan Covid 19 bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin.Tan Sri Muhyiddin Yassin turut nasihatkan orang ramai agar tidak panik serta buat pembelian panik susulan penularan wabak itu.Hari ini, Tan Sri Muhyiddin telah diberi penerangan mengenai status coronavirus, serta kedudukan ekonomi negara.\u00a0Dalam perkembangan berkaitan, tujuh kes baru postif Covid 19 telah disahkan di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 36 kes setakat ini.14 kes masih dirawat di Hospital Sungai Buloh serta Hospital Kuala Lumpur, manakala 22 pesakit telah dibenarkan keluar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94656", "title": "\u200bKedai makan, restoran boleh beroperasi hingga 10 malam", "body": "\n\u2190 Back to list\n\u200bKedai makan, restoran boleh beroperasi hingga 10 malam\nJan 21, 2021\n\nKedai makan, restoran boleh beroperasi hingga 10 malamFoto \u00a0- BernamaSelepas membuat penilaian risiko, kerajaan hari ini turut bersetuju melanjutkan tempoh operasi kedai makan dan restoran sehingga pukul 10 malam sepanjang tempoh PKP mulai esok.Namun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya masih kekal dengan keputusan pelanggan tidak dibenarkan makan dalam premis, sebaliknya hanya boleh membungkus makanan.Serentak dengan pelanjutan waktu operasi kedai makan dan restoran itu, perkhidmatan penghantar makanan juga boleh terus beroperasi hingga 10 malam.-----PKP enam negeri, tiga WP dilanjutkanFoto - BernamaPKP di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor, Kelantan dan Sabah yang sepatutnya berakhir 26 Januari ini dilanjutkan sehingga 4 Februari 2021.Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelanjutan itu bagi menyelaraskan tarikh PKP dengan enam negeri lain yang diumum kemudian, baru-bari ini.Dalam pada itu, PKPD Asrama Westlite Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru ditamatkan esok seperti dijadualkan namun masih tertakluk di bawah PKP seluruh negeri Johor.-----Kes baru positif COVID-19 masih tinggiFoto - Neuroscience NewsKementerian Kesihatan mengesahkan sebanyak 3,170 kes baru positif COVID-19 dilaporkan hari ini dengan 12 kematian terbaru direkodkan.Kuala Lumpur mencatat jumlah jangkitan tertinggi dengan 576 kes diikuti Selangor (545), Johor (423) dan Sabah (401).Sarawak pula mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau Ro/Rt tertinggi pada 1.50, Perlis 1.43 manakala Melaka dan Terengganu 1.34.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72633", "title": "Jom Undi Harith Iskander", "body": "\n\u2190 Back to list\nJom Undi Harith Iskander\nDec 09, 2016\n\nUndian dalam talian untuk menentukan pemenang pertandingan akhir komedi bertaraf antarabangsa 'Funniest Person In The World' kini dibuka.5 finalis berentap dalam pertandingan tersebut termasuk ikon lawak solo Malaysia, Harith Iskander.Undian dijangka tamat tengah hari esok dan anda boleh layari laman facebook Astro Radio News untuk mengetahui caranya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72873", "title": "Ops Selamat Dilancar", "body": "\n\u2190 Back to list\nOps Selamat Dilancar\nJun 28, 2016\n\nMenurut PDRM, seperti tahun sebelumnya, operasi itu bertujuan memastikan keselamatan orang ramai, kediaman dan harta benda semasa musim perayaan ini.Ops Selamat akan bermula esok sehingga 13 Julai dan kekal dengan tema 'Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi'.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73186", "title": "Yuran konsultasi doktor di klinik swasta dijangka meningkat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nYuran konsultasi doktor di klinik swasta dijangka meningkat.\nAug 28, 2018\n\nYuran konsultasi doktor di klinik swasta dijangka meningkat tidak lama lagi.Ini kerana caj pengamal am kini iaitu antara RM10 dan RM35 akan dinaikkan kepada antara RM35 dan RM125.Kementerian Kesihatan telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai kumpulan berhubung perkara itu dan ia dijangka akan dilaksanakan awal tahun depan.\u00a0Kira-kira 70 kes aduan mental diterima oleh\u00a0Befrienders KL dalam sehari!NGO yang kendalikan khidmat kauseling bagi golongan yang putus asa dan mahu bunuh diri, Befrienders KL terima kira-kira 70 kes aduan mental dalam sehari.Presidennya beritahu Berita Harian, daripada semua aduan melalui panggilan telefon dan emel itu, isu berkaitan masalah mental antara paling tinggi diterima sukarelawan.Lebih mengejutkan, hampir 20 peratus merupakan belia berusia 21 hingga 29 tahun, manakala 14 peratus lagi remaja berusia 15 hingga 20 tahun.Malaysia sukar untuk capai belanjawan berimbang dalam tempoh beberapa tahun akan datangItu kenyataan yang dibuat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada persidangan Dewan Negara semalam.Bagaimanapun, Guan Eng berharap kerajaan mampu memperuntukkan jumlah yang lebih pada masa akan datang demi pembangunan negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79111", "title": "Pertama Kali Dalam Sejarah Negara Agong Letak Jawatan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPertama Kali Dalam Sejarah Negara Agong Letak Jawatan\nJan 07, 2019\n\nBuat pertama kali dalam sejarah negara, Yang di-Pertuan Agong meletak jawatan.Ia berikutan keputusan Sultan Muhammad V melepaskan jawatan baginda itu semalam.9 pemerintah Raja-Raja Melayu ada masa 4 minggu untuk bermesyuarat dan mengundi bagi melantik Yang di-Pertuan Agong yang baru.Setakat ini, hanya 3 negeri yang belum melengkapi giliran Yang di-Pertuan Agong bagi pusingan kedua iaitu Pahang, Johor dan Perak.Sementara jawatan berkenaan kosong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menggalas tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong.Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan dan rakyat Kelantan akur dan menerima keputusan sultan mereka.Bagaimanapun kerajaan negeri memaklumkan, pihaknya belum terima makluman secara rasmi daripada Istana Negara berkenaan perkara itu.Untuk rekod, Sultan Muhammad V merupakan YDPA pertama yang menyaksikan kerajaan persekutuan berubah daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan.Baginda juga popular dengan ungkapan \"sila duduk dan jangan lari\" yang diucap dalam titah baginda pada pembukaan sidang Parlimen pasca PRU14 lalu.Oleh: Joen Hamzah\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72234", "title": "PTPTN kaji semula polisi kecuali bayaran balik pelajar Kelas Pertama", "body": "\n\u2190 Back to list\nPTPTN kaji semula polisi kecuali bayaran balik pelajar Kelas Pertama\nApr 14, 2017\n\nPTPTN dengan kerjasama Majlis Profesor Negara akan kaji polisi pengecualian bayaran balik kepada peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.Ia termasuk mengkaji aspek ketidakseragaman standard ijazah kelas pertama antara universiti.Pihaknya juga berpendapat, kecemerlangan penuntut universiti perlu dinilai dalam aspek penglibatan dalam aktiviti luar bilik kuliah bukan hanya kecemerlangan akademik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73202", "title": "Dewan Rakyat meluluskan pemansuhan GST.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDewan Rakyat meluluskan pemansuhan GST.\nAug 09, 2018\n\nDewan Rakyat meluluskan pemansuhan GSTPerkara ini dibuat selepas bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang itu di Parlimen.Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pengenalan semula SST pada September depan akan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.Sementara itu, kerajaan Pakatan Harapan akan berusaha buat bayaran balik tunggakan tuntutan GST mulai tahun depan.Guan Eng dedahkan kerajaan terdahulu masih belum memulangkan tuntutan GST bernilai lebih 19 bilion ringgit.PKR bakal gunakan sistem e-undi dalam proses pemilihan parti itu nanti.Jelas jawatankuasa pemilihan parti, sistem tersebut adalah transformasi kepada kertas undi digital untuk jimatkan masa, kos serta tenaga manusia.Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi diumumkan sebagai presiden baru PKR dan akan mengangkat sumpah November ini.Remaja bunuh diri dipercayai akibat ditegur oleh ibunya kerana pulang lewat.Di Ipoh Perak, seorang remaja dipercayai nekad menggantungkan dirinya akibat ditegur oleh ibunya kerana sering pulang lewat dari sekolah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72086", "title": "PM dan Menteri Pengangkutan menasihati para pemandu berhenti berehat dan tidur sekejap jika mengantuk.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM dan Menteri Pengangkutan menasihati para pemandu berhenti berehat dan tidur sekejap jika mengantuk.\nJun 10, 2018\n\nSempena Aidilfitri beberapa hari lagi, PM dan Menteri Pengangkutan ada pesanan khas kepada orang ramai yang akan pulang beraya.Dalam sebuah video pendek terbitan JKJR, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati para pemandu berhenti berehat dan tidur sekejap jika mengantuk.Dr Mahathir yang gemar memandu juga menasihatkan pemandu yang berusia seperti beliau agar tidak memandu kerana khuatir kekurangan tenaga.Anthony Loke Siew Fook pula berkata, pihak berkuasa bukan sengaja menyaman pengguna jalan raya tapi ia sebagai peringatan agar peka keselamatan diri dan orang lain.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73207", "title": "Soal imej dan pakaian bagi pramugari tertakluk kepada dasar syarikat penerbangan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSoal imej dan pakaian bagi pramugari tertakluk kepada dasar syarikat penerbangan.\nAug 02, 2018\n\nSoal imej dan pakaian bagi pramugari tertakluk kepada dasar syarikat penerbangan selagi ianya patuhi standard keselamatan termasuk dalam situasi kecemasan.Kementerian Pengangkutan tiada perancangan untuk ubah peraturan pakaian pramugara dan pramugari syarikat penerbangan negara ini.Beliau menjawab persoalan itu di Parlimen semalam selepas seorang Ahli Parlimen PAS membuat perbandingan pakaian syarikat penerbangan negara ini terlalu mencolok mata berbanding negara lain.Pakatan Harapan ada sebab kukuh untuk\u00a0perbetulkan Khazanah Nasional Berhad.\u00a0Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai sebab yang kukuh untuk memperbetulkan keadaan di Khazanah Nasional Berhad.Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berkata langkah tersebut juga bagi memastikan aset strategik Khazanah berada dalam keadaan selamat dan diuruskan dengan tanggungjawab.Azmin berkata demikian ketika menjawab soalan bekas PM, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat semalam yang minta penjelasan bagaimana Khazanah dikatakan sebagai tersasar daripada landasan oleh PH.Garis Panduan Pelaksanaan Solat Dalam Waktu Bekerja akan diperkenalkan tidak lama lagi.Kementerian Sumber Manusia berkata ia bertujuan sebagai panduan kepada majikan tentang waktu solat yang wajib dilaksanakan semasa bekerja khususnya solat Jumaat.Tambahnya, jika ada majikan yang ingkar, laporan boleh dibuat kepada pihak kementerian dan tindakan tegas akan diambil.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73219", "title": "Umat islam boleh semak status agensi umrah di portal i-Umrah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nUmat islam boleh semak status agensi umrah di portal i-Umrah.\nDec 26, 2017\n\nUmat Islam yang mahu tunai umrah boleh semak status agensi pengelola ibadat itu melalui portal i-Umrah di bawah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jawhar.Portal itu diwujudkan bagi bendung masalah penipuan pakej umrah yang semakin berleluasa dan melibatkan ramai mangsa terutamanya golongan kurang mampu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79567", "title": "Akta Kualiti Alam Sekeliling Mungkin Dikaji Semula ", "body": "\n\u2190 Back to list\nAkta Kualiti Alam Sekeliling Mungkin Dikaji Semula \nMar 15, 2019\n\nPerdana Menteri tidak menolak kemungkinan untuk mengkaji semula Akta Kualiti Alam Sekelling ekoran pencemaran serius di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.Jelas Tun Dr Mahathir Mohamad, ini selepas mendapat desakan rakyat yang melihat hukuman yang dikenakan terhadap pesalah tidak berat.Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri juga berkata tiada keperluan untuk isytiharkan darurat di Pasir Gudang kerana keadaan masih terkawal buat masa ini.Malah kerajaan juga tidak bercadang untuk pindahkan penduduk ke penempatan sementara.\u00a0Sementara itu, \u00a0pusat saringan mangsa pencemaran di Dewan Komuniti Pasir Putih ditutup dan dipindahkan ke Stadium Tertutup Pasir Gudang.Arahan penutupan itu diberikan Jabatan Bomba atas faktor-faktor keselamatan.\u00a0Gunalah Aplikasi i-tegurOrang ramai boleh buat laporan pencemaran alam sekitar menggunakan aplikasi mobile 'i-Tegur' termasuk jika berlaku aktiviti pembuangan sisa kimia.Malah menerusi aplikasi itu juga anda boleh buat aduan berkaitan kerosakan jalan mahupun bangunan.\u00a0Sementara itu,\u00a0semalam pihak berkuasa Selangor terima laporan penemuan pembuangan sisa-sisa disyaki bahan kimia di Sungai Klang.Pihak berkuasa sudah ke lokasi untuk ambil tindakan awal termasuk langkah pencegahan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72935", "title": "Remaja 17 tahun didakwa bunuh suami di Muar", "body": "\n\u2190 Back to list\nRemaja 17 tahun didakwa bunuh suami di Muar\nOct 25, 2017\n\nRemaja perempuan 17 tahun didakwa di Muar Johor hari ini atas tuduhan membunuh suaminya, 14 Oktober lalu.Tertuduh berbuat demikian selepas mangsa yang bekerja sebagai pemotong ayam dilaporkan tidak pulang ke rumah selama dua hari.Mahkamah menetapkan 23 November sebagai tarikh semula sebutan kes bagi menunggu laporan psikatirik tertuduh.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80077", "title": "Jangan sewenangnya kongsi kandungan berunsur lucah di internet!", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan sewenangnya kongsi kandungan berunsur lucah di internet!\nJun 13, 2019\n\nJangan sewenang-wenangnya memuat naik, sebar atau berkongsi kandungan berunsur lucah di internet!Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum setahun dan denda sehinggga RM50,000.SKMM juga menegaskan akan terus menyiasat kes-kes penyebaran kandungan sedemikian dan sekat laman-laman sesawang yang didapati menyebarkannya.Dr Nur Amalina kini trending di media sosial!Ia susulan budi baiknya tawar bantuan hingga berjayanya misi pembedahan buang tumor pada mulut bayi pesakit kanser, Ainul Mardhiah.Turut menjayakan misi tersebut adalah pasukan doktor pakar di UK dan Malaysia, syarikat korporat, juga orang awam yang menghulurkan sumbangan dana.Datuk A. Rahman Hassan telah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.Penyanyi popular era 1960-an itu disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang kibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.Menurut wakil keluarga Allahyarham, jenazah akan dikebumikan selepas Solat Zohor nanti.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73160", "title": "Ramai lagi akan didakwa ekoran salah laku ketika pentadbiran kerajaan BN.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRamai lagi akan didakwa ekoran salah laku ketika pentadbiran kerajaan BN.\nOct 26, 2018\n\nRamai lagi akan didakwa di mahkamah ekoran salah laku ketika pentadbiran kerajaan BN sebelum ini.Ujar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau tidak berdendam dengan sesiapa tapi proses undang-undang tetap perlu berjalan tanpa pengecualian.Tun M berkata demikian bagi mengulas siri pendakwaan ke atas bekas anggota kepimpinan kerajaan terdahulu.Penyakit mental akan jadi penyakit kedua tertinggi di Malaysia menjelang 2020.Penyakit mental yang diibarat 'derita senyap' dijangka jadi masalah kesihatan ke-2 tertinggi di Malaysia menjelang 2020.Menurut Kementerian Pendidikan, berdasarkan statistik, seorang daripada 10 rakyat berusia 16 tahun ke atas di negara ini mengalami masalah mental.Justeru, pihaknya menyeru semua kaunselor pendidikan supaya melihat semula program pembangunan organisasi mereka agar masalah itu dapat diatasi.\u00a074 peratus responden setuju\u00a0pemansuhan BR1M mampu langsaikan hutang negara.Responden kaji selidik di FB kami nampaknya setuju bahawa pemansuhan BR1M adalah satu langkah yang baik untuk langsaikan hutang negara.Berdasarkan undian, 74 peratus responden cenderung agar bantuan itu dihapuskan berbanding kerajaan perkenal cukai baru, menjelang pembentangan Bajet 2019 Jumaat depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73225", "title": "Trafik dijangka sesak antara jam 1 tengahari hingga 3 petang ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTrafik dijangka sesak antara jam 1 tengahari hingga 3 petang ini.\nDec 22, 2017\n\nWaze jangka trafik seluruh negara sesak antara jam 1 tengahari hingga 3 petang ini kerana orang ramai mula bercuti panjang sempena Krismas.Aplikasi itu juga menjangkakan trafik di Bandaraya Melaka paling sesak sepanjang musim cuti ini.Layari Twitter dan Facebook Astro Radio Traffic untuk perkembangan terkini trafik di jalan raya dan lebuh raya di seluruh negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72365", "title": "Kes denggi Kelantan naik 40%", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes denggi Kelantan naik 40%\nJun 23, 2017\n\nDemam denggi di Kelantan meningkat lebih 40 peratus peratus kepada 1,599 kes sejak Januari hingga Mei tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.Kota Bharu mencatatkan kes terbesar dengan lebih 860 kes, diikuti Tumpat \u00a0hampir 200 kes.DPI, Terengganu catta hampir 90 peratus penurunan kes denggi dengan hanya 158 kes setakat 17 Jun, berbanding 1500 kes dalam tempoh sama tahun lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71888", "title": "Lebih 170 sekolah seluruh negara terpaksa ditutup atau digabungkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 170 sekolah seluruh negara terpaksa ditutup atau digabungkan\nJul 31, 2017\n\nLebih 170 buah sekolah di seluruh negara mungkin terpaksa ditutup atau digabungkan kerana miliki pelajar kurang 20 orang.Menurut Kementerian Pendidikan, sehingga kini terdapat hampir 3 ribu buah sekolah dengan jumlah pelajar kurang 150 orang.Namun jelas kementerian, tindakan itu cuma akan diambil jika dapat persetujuan daripada ibu bapa pelajar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73396", "title": "Bayi 47 hari maut akibat pendarahan teruk dalam kepala", "body": "\n\u2190 Back to list\nBayi 47 hari maut akibat pendarahan teruk dalam kepala\nFeb 17, 2018\n\nKematian bayi berusia 47 hari dipercayai akibat didera di Bukit Mertajam berpunca daripada pendarahan teruk dalam kepala.Laporan akhir bedah siasat mendapati, mangsa mengalami kecederaan pada seluruh anggota badan termasuk luaran dan dalaman.Pasangan suami isteri yang juga ibubapa kepada mangsa kini direman seminggu bagi membantu siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81071", "title": "ADUN Dengkil antara yang ditahan dalam serbuan ke atas sebuah parti persendirian kelmarin.", "body": "\n\u2190 Back to list\nADUN Dengkil antara yang ditahan dalam serbuan ke atas sebuah parti persendirian kelmarin.\nJan 14, 2020\n\nADUN Dengkil disahkan antara 16 individu yang ditahan dalam serbuan ke atas sebuah 'private party' di Damansara, yang dipercayai turut melibatkan penggunaan dadah.Perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan.Polis terima rakaman audio dipercayai libatkan Datuk Seri Najib yang didedahkan SPRM.Polis sudah terima set rakaman audio perbualan dipercayai libatkan bekas PM, Datuk Seri Najib Razak yang didedahkan SPRM baru-baru ini.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya akan dipanggil beri keterangan berkenaan audio tersebut.Dalam \u00a0perkembangan berkaitan, Latheefa mendakwa beliau kini berdepan 'komplot' pihak tertentu untuk menjejaskan reputasinya.Susulan itu satu laporan polis akan dibuat untuk menyiasat dakwaan tersebut.Kerajaan Johor memaklumkan, penularan influenza di negeri itu masih terkawal.Pihaknya turut mengulas dakwaan mengenai seorang murid tahun satu yang meninggal dunia disyaki akibat dijangkiti virus tersebut.Jelasnya, berdasarkan laporan pakar, kanak-kanak terbabit turut alami pelbagai komplikasi lain, bukan hanya Influenza.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73103", "title": "Jangan mudah terpengaruh dengan mesej viral di media sosial menjelang PRU14 ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan mudah terpengaruh dengan mesej viral di media sosial menjelang PRU14 ini.\nApr 26, 2018\n\nSPR minta pengundi tidak mudah terpengaruh atau percaya dengan perkara dan mesej viral di media sosial yang mungkin bertujuan perdaya dan tipu menjelang PRU14 ini.Antaranya, visual kaedah penandaan kertas undi yang dijalankan institusi tidak berkaitan dengan SPR yang viral ketika ini.SPR juga menegaskan, pihaknya tidak lagi guna pensil dalam urusan pengundian, sebaliknya guna pen mata bola sejak PRU13 lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=107643", "title": "Laporan Kononnya PKP Penuh Mungkin Disambung 2 Minggu Lagi Palsu!", "body": "\n\u2190 Back to list\nLaporan Kononnya PKP Penuh Mungkin Disambung 2 Minggu Lagi Palsu!\nJun 10, 2021\n\n\nKementerian Kesihatan nafi laporan mengatakan kononnya PKP Penuh mungkin akan disambung 2 minggu lagi.\nJelasnya, Datuk Seri Dr Adham Baba tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu.\nSebaliknya keputusan mengenai perkara itu belum lagi dibuat.\n\u00a0\nPusat panggilan akan dibuka di Lembah Klang.\nPusat panggilan buat pesakit Covid-19 akan diwujudkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.\nIa bagi membantu mengurangkan beban Pusat Penilaian COVID-19, CAC untuk terima panggilan telefon daripada pesakit yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.\nIa diharap mampu mempercepatkan proses mengenal pasti sama ada pesakit sesuai jalani kuarantin di rumah atau perlu dimasukkan ke PRKC mahupun hospital.\n\u00a0\nPermohonan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN dibuka hari ini.\nPermohonan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN bagi peminjam yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dibuka mulai hari ini.\nMenurut KPT, tempoh penangguhan selama 3 bulan itu akan bermula daripada bulan permohonan diluluskan.\nPermohonan boleh dikemukakan melalui portal rasmi PTPTN hingga 31 Ogos ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71761", "title": "21 lagi plaza tol akan laksana kutipan tol secara elektronik sepenuhnya", "body": "\n\u2190 Back to list\n21 lagi plaza tol akan laksana kutipan tol secara elektronik sepenuhnya\nFeb 25, 2016\n\nPlaza tol berkenaan terletak di Lebuh Raya SPRINT, KESAS, Guthrie, LEKAS dan LATAR.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dan senarai plaza tol terlibat dengan menelefon talian hotline 5 lebuh raya berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=119189", "title": "Ciri Baru MySejahtera Untuk Mohon Dos Penggalak.", "body": "\n\u2190 Back to list\nCiri Baru MySejahtera Untuk Mohon Dos Penggalak.\nOct 21, 2021\n\n\nCiri Baru MySejahtera Untuk Mohon Dos Penggalak\nMySejahtera akan menyediakan 1 ciri baru bagi membolehkan individu mohon dos penggalak vaksin COVID-19.\nIa bagi tujuan memenuhi syarat negara lain termasuk urusan menunaikan umrah atau haji.\nIndividu yang mahu tunai umrah juga boleh mohon kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dapatkan dos\npenggalak bermula bulan depan.\nIa adalah untuk penerima vaksin yang ditetapkan oleh Arab Saudi memerlukan dos penggalak.\nKKM juga sedang berunding dengan Arab Saudi berkenaan perkara tersebut agar tiada diskriminasi.\nDalam perkembangan lain, KKM nafi pangkalan data MySejahtera telah digodam.\nSebaliknya KKM mengakui terdapat penyalahgunaan akses kepada nombor telefon secara rawak namun ia sudah diatasi.\nPenjelasan itu diberi ekoran sejumlah pengguna terima email \u2018spam\u2019 berkaitan aplikasi MySejahtera.\n\u00a0\nBajet 2022 Cerminan Tekad Kerajaan\nBajet 2022 akan jadi cerminan tekad kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.\nUjar Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia sekaligus akan mengembalikan keyakinan pelabur untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama.\nBeliau turut beri jaminan, kerajaan akan meneruskan kesemua pakej bantuan yang telah diumumkan bagi tujuan pemulihan jangka panjang ekonomi negara.\nBajet 2022 akan dibentangkan di Parlimen pada 29 Oktober ini.\n\u00a0\nPlat Kenderaan OKU Akan Diwarta\nKementerian Pengangkutan kini dalam proses akhir mewartakan pelaksanaan plat kenderaan OKU.\nIa bagi menggantikan penggunaan pelekat kenderaan untuk golongan itu.\nIa juga diharap mampu banteras penyalahgunaan fasiliti tempat letak kenderaan OKU oleh masyarakat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80229", "title": "Hormati privasi keluarga Ainul Mardhiah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHormati privasi keluarga Ainul Mardhiah.\nJul 10, 2019\n\nKenyataan rasmi mengenai keadaan bayi viral Ainul Mardhiah yang jalani pembedahan di UK sebulan lalu hanya akan dibuat selepas selamat tiba di Malaysia.Dr Amalina Che Bakri menerusi instagramnya turut minta orang ramai beri kerjasama dengan menghormati privasi keluarga bayi tersebut.Amalina turut menafikan kenyataan akhbar kononnya keluarga Ainul Mardhiah tangguh perjalanan pulang ke Malaysia selepas dia dilaporkan tidak sihat dan perlu menghabiskan antibiotik.Kerajaan Pahang umum 30 dan 31 Julai ini sebagai hari kelepasan am.Ia sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah pada 30 Julai yang turut akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada hari yang sama.\u00a0Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional.Bekas Perdana Menteri,\u00a0Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional.Setiausaha Agung BN berharap Najib akan menjalankan tugas membantu BN dalam usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada bekas parti pemerintah itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73194", "title": "Kementerian Pendidikan disaran kaji semula cadangan guna gajet di sekolah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan disaran kaji semula cadangan guna gajet di sekolah.\nSep 10, 2018\n\nKementerian Pendidikan disaran untuk kaji semula cadangan penggunaan gajet di sekolah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.Foto: Berita HarianKesatuan Guru Melayu Malaysia Barat berkata kementerian perlu sediakan garis panduan agar gajet itu tidak disalahguna oleh pelajar.Tambahnya, kerajaan Perancis telah mansuhkan penggunaan gajet di sekolah kerana banyak kesan buruk seperti kurang tumpuan dalam kelas dan gejala buli.PDRM terima laporan individu rakam bawah kain wanita di kedai cermin mata.PDRM sahkan pihaknya terima laporan berhubung kes pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri yang merakam bawah kain seorang wanita di kedai cermin mata.Justeru orang ramai dinasihatkan untuk tidak viralkan video rakaman CCTV tersebut kerana ianya masih dalam siasatan.Bajet 2019 sangat berhemah.Perdana Menteri beri bayangan bajet 2019 yang bakal dibentangkan pada 2 November ini sangat berhemah.Jelas Tun Dr Mahathir Mohamad, ia ekoran keadaan ekonomi negara yang kurang memberangsangkan pada ketika ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72206", "title": "4 suspek kes rasuah permit kerja dibebaskan", "body": "\n\u2190 Back to list\n4 suspek kes rasuah permit kerja dibebaskan\nMay 15, 2017\n\n4 suspek termasuk seorang bergelar 'Datuk' yang direman berhubung kes rasuah permit kerja profesional warga asing di Kedah, dibebaskan hari ini.Semua mereka ditahan minggu lalu untuk membantu siasatan berkaitan kes rasuah bernilai lebih 20 juta ringgit itu.Namun reman ke atas seorang lagi suspek, pegawai kanan Imigresen di Padang Besar, Perlis, disambung enam hari lagi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73192", "title": "Kerajaan tiada masalah dengan pelantikan Menteri Pendidikan sebagai presiden UIA.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan tiada masalah dengan pelantikan Menteri Pendidikan sebagai presiden UIA.\nSep 07, 2018\n\nKerajaan tiada masalah dengan pelantikan Menteri Pendidikan sebagai presiden UIA.Jelas Perdana Menteri, tugas yang digalas oleh Dr Maszlee Malik itu boleh dipantau oleh menteri lain bagi menyediakan mekanisme yang seimbang.Malah, jika ada permohonan dana daripada institusi tersebut kepada Menteri Pendidikan, ia akhirnya akan diputuskan oleh Kementerian Kewangan.Sementara itu, bekas Tan Sri Dr Rais Yatim sarankan pelantikan Presiden UIA perlu disyorkan kerajaan.Bekas presiden itu berkata ia bagi mengelakkan timbulnya percanggahan yang termaktub dalam perlembagaan UIA.Pengguna telekomunikasi pascabayar akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus.Foto: MstarMenteri Kewangan berkata pengecualian SST hanya termaktub kepada warganegara yang menggunakan kad prabayar sahaja.Datuk Seri Jamal Yunos buat permohonan kepada Peguam Negara untuk gugurkan semua pertuduhan ke atasnya.Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu turut menyerahkan surat rayuan kepada Tommy Thomas semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72846", "title": "Keputusan STPM 2015 Memberangsangkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKeputusan STPM 2015 Memberangsangkan\nMar 02, 2016\n\nPurata Nilai Gred Keseluruhan, PNGK negara meningkat sebanyak 2.65 berbanding 2.62 pada tahun 2014.Bagaimanapun calon yang memperoleh PNGK 4.0 catat sedikit penurunan iaitu 335 orang berbanding 390 orang sebelum itu.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71727", "title": "Lebih 83,700 ibu tunggal telah berdaftar dengan JPW", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 83,700 ibu tunggal telah berdaftar dengan JPW\nFeb 11, 2016\n\nIa mungkin disebabkan masih ramai ibu tunggal tidak tahu fungsi jabatan itu ekoran kurang pendedahan dan sibuk mencari wang menyara keluarga.Pihaknya turut memaklumkan sekali lagi, definisi ibu tunggal telah diperluaskan.Turut berada dalam kategori ibu tunggal kini adalah wanita yang jadi ketua keluarga dalam perkahwinan dan wanita yang tidak berkahwin tapi miliki anak.JPW turut memaklumkan, ibu tunggal yang mahu mendaftar dengan jabatan itu boleh berbuat demikian di 'www.mywanita.gov.my'.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80120", "title": "Datuk Seri Azmin Ali Tidak Perlu Bercuti ", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Azmin Ali Tidak Perlu Bercuti \nJun 20, 2019\n\nMenteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu bercuti daripada tugasnya, susulan video intim yang dikaitakn dengannya.Jelas Perdana Menteri, siasatan berkenaan video itu tidak menjadi halangan untuk Datuk Seri Azmin jalankan tugas.\u00a0Tambah Tun M, siasatan berkaitan salah laku atau jenayah boleh dicutikan, namun perkara yang berlaku terhadap Datuk Seri Azmin bermotifkan politik.\u00a0Dalam perkembangan berkiatan Haziq Aziz telah dipecat daripada jawatannya sebagai Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Industri Utama.Kementerian berpendapat pengakuannya terlibat dalam video intim baru-baru ini tidak beretika dan mencemar imej kementerian.\u00a0Peperiksaan SPM Ulangan Bermula Selasa Depan\u00a0Peperiksaan Bertulis bagi SPM Ulangan 2019 akan bermula pada 25 hingga 27 Jun ini.Menurut Lembaga Peperiksaan, hampir 10 ribu calon mendaftar untuk menduduki SPMU di 203 pusat peperiksaan.Tiga mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan itu iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.\u00a0Malaysia Sambut Baik Siasatan Terbaru MH17Malaysia sambut baik penemuan pasukan penyiasat bersama berhubung kes pesawat MH17 yang ditembak jatuh lima tahun lalu.Wisma Putra berkata pihaknya komited untuk memastikan segala proses siasatan secara telus dan efektif.Dalam perkembangan berkaitan, empat suspek dikenal pasti sebagai perancang utama kes pesawat MH17 yang tiga daripadanya dipercayai warga Rusia.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79136", "title": "Majlis Tahfiz Negara Akan Ditubuhkan Suku Pertama Tahun Ini ", "body": "\n\u2190 Back to list\nMajlis Tahfiz Negara Akan Ditubuhkan Suku Pertama Tahun Ini \nJan 10, 2019\n\nMajlis Tahfiz Negara akan dilancarkan suku pertama tahun ini bagi menambah baik institusi tersebut.Jabatan Perdana Menteri berkata pihaknya akan mengumpul semua pengelola tahfiz berdaftar untuk sesi dialog sebelum majlis tersebut dilaksanakan.Terdahulu, Tunku Mahkota Johor dalam catatan di laman sosial minta kerajaan tubuhkan Majlis Tahfiz Negara kerana bilangan pusat itu semakin bertambah.\u00a0Suspek Kes Bunuh Di Yan Kedah Positif DadahSuspek kes bunuh yang mengelar dua beradik sampai mati di Yan, Kedah kelmarin di disahkan positif ganja dalam ujian saringan air kencing.Menurut polis, pihaknya telah mendapat keputusan tersebut dan akan dimasukkan ke dalam kertas siasatan bagi melengkapkan kes.Semalam, jenazah dua beradik berkenaan selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Sungai Yan.\u00a0Calon Presiden Baru UIAM Telah Dihantar\u00a0Kementerian Pendidikan telah kemukakan beberapa nama bagi mengisi jawatan Presiden UIAM yang baru kepada Perdana Menteri.Menurut UIAM, Tun Dr Mahathir telah serahkan nama-nama tersebut kepada Sultan Pahang, bagi mendapat perkenan baginda.6 Januari lalu, Menteri Pendidikan mengesahkan beliau tidak lagi memegang jawatan Presiden UIAM.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80324", "title": "Kematian Zulfarhan Osman: 18 penuntut UPNM diarah bela diri", "body": "\n\u2190 Back to list\nKematian Zulfarhan Osman: 18 penuntut UPNM diarah bela diri\nJul 31, 2019\n\nKematian Zulfarhan Osman: 18 penuntut UPNM diarah bela diriFoto - Astro AwaniKronologi kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Zulfarhan Osman Zulkarnain bakal memasuki episod baru.Ini selepas Mahkamah Tinggi KL memerintahkan 18 penuntut UPNM yang terbabit kes itu membela diri antara 2 Oktober hingga 4 Disember depan.Namun, seorang tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan mangsa.\u00a0-----Tiada cadangan gabungkan ITBM dan DBPFoto - Malaysia GazetteKerajaan tidak bercadang menggabungkan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.Sebaliknya, kedudukan ITBM akan diperkasakan bersama-sama agensi lain yang berada di bawah penyeliaan Kementerian Pendidikan.Malah, ITBM akan terus memberikan khidmat berkaitan terjemahan buku dan dokumen selain melatih dan meningkatkan kemahiran penterjemah dan jurubahasa untuk memenuhi keperluan negara.-----Kelantan tidak setuju dekreminalisasi penagih dadahFoto - mStarOnlineKerajaan negeri Kelantan tidak setuju dengan tindakan Kerajaan Pusat yang mahu melaksanakan dekreminalisasi terhadap penagih dadah.Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan itu dilihat menyebabkan penagihan dadah akan meningkat.Sebaliknya beliau mahu undang-undang sedia ada dikekalkan, selain kerajaan perlu tampil dengan program-program pencegahan yang baru.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73265", "title": "KKM akan periksa secara rawak satu jenama kopi pracampuran di pasaraya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM akan periksa secara rawak satu jenama kopi pracampuran di pasaraya.\nFeb 06, 2018\n\nKKM akan periksa secara rawak di rak-rak kedai dan pasar raya satu jenama kopi pracampuran yang dipercayai membuatkan 7 individu jatuh sakit di Pulau Pinang.Ini selepas pemeriksaannya di kilang syarikat kopi itu tidak menemukan bukti ada bahan terlarang di dalam kopi berkenaan.Kementerian turut memaklumkan, kes itu perlu ditangani dengan cara berbeza oleh pihak berkuasa jika ia mempunyai unsur jenayah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72230", "title": "Lapangan Terbang Sibu dibuka semula", "body": "\n\u2190 Back to list\nLapangan Terbang Sibu dibuka semula\nApr 10, 2017\n\nLapangan Terbang Sibu, Sarawak sudah dibuka semula, selepas ditutup sejak kelmarin ekoran kejadian pesawat tergelincir.The Star melaporkan, ia susulan selesainya kerja-kerja pengalihan pesawat dan pembaikkan lapangan terbang akibat insiden tersebut.Insiden berlaku akibat hujan lebat, namun semua 67 penumpang dan kru pesawat selamat.Lebih 3,700 penumpang kandas ekoran pemberhentian sementara operasi lapangan terbang tersebut.Rata-rata mereka mendakwa hanya mengetahu mengenai penutupan itu sebaik tiba di lapangan terbang tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72470", "title": "Malaysia Pertingkat Kawalan Keselamatan di Semua Pintu Masuk", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Pertingkat Kawalan Keselamatan di Semua Pintu Masuk\nMay 29, 2017\n\nKawalan keselamatan di semua pintu masuk di seluruh negara termasuk laluan tikus akan dipertingkatkan.Ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia bagi memastikan anggota pengganas yang kini diburu pihak berkuasa di negara jiran tidak menyusup masuk ke Malaysia.Ia susulan berlakunya beberapa siri serangan keganasan melibatkan anggota militan di beberapa negara jiran.Sementara itu, angka korban pertempuran askar kerajaan Filipina dengan militan di Bandar Marawi, Mindanao meningkat melebihi 90 orang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72190", "title": "Kabinet tak tahu longgar syarat BM SPM", "body": "\n\u2190 Back to list\nKabinet tak tahu longgar syarat BM SPM\nJul 04, 2017\n\nKabinet tidak pernah dibawa berbincang mengenai keputusan longgarkan syarat lulus Bahasa Melayu SPM bagi lantikan kontrak pegawai perubatan kerajaan.Justeru, TPM mengarahkan pihak yang terlibat dengan keputusan itu memberi penjelasan kepada Kabinet, esok.Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Kabinet perlu diberi penjelasan mengenainya, kerana isu itu telah mencetuskan polemik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79175", "title": "Datuk Seri Abdul Azeez Berdepan 12 Tuduhan Rasuah Serta Ubah Wang Haram ", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Abdul Azeez Berdepan 12 Tuduhan Rasuah Serta Ubah Wang Haram \nJan 16, 2019\n\nDatuk Seri Abdul Azeez Rahim mengaku tidak bersalah atas 3 tuduhan terima rasuah lebih 5 juta ringgit sebagai upah dapatkan projek jalan raya di Perak dan Kedah bagi sebuah syarikat.Ahli Parlimen Baling itu juga mengaku tidak bersalah atas 9 pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram hampir 140 juta ringgit.Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di sekitar Lembah Klang antara Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin 800 ribu ringgit \u00a0bagi kesemua pertuduhan itu.SPRM Panggil 7 Individu Berhubung Isu Agihan Wang PRK Cameron HighlandsSPRM telah mengambil keterangan 7 saksi berhubung isu pengagihan wang kepada masyarakat orang asli ketika hari penamaan calon PRK Cameron Highlands.Ini termasuklah wanita yang gambarnya viral di laman sosial agihkan wang kepada sukarelawan orang asli telah memberi keterangan.Bagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada wujud kesalahan berkaitan Akta Pilihan Raya.Kru Kabin Malindo Air Ditahan Polis AustraliaMalindo Air sahkan seorang daripada kru kabinnya ditahan Polis Australia pada 7 Januari lalu kerana dipercayai terlibat dengan kes dadah.Pihaknya sedia berkerjasama dengan pihak berkuasa Australia berhubung kes itu dan kru berkenaan telah digantung tugas serta mertaDalam kes itu, seramai lapan suspek termasuk dua wanita ditahan kerana dipercayai sindiket seludup dadah gunakan kru kabin.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71735", "title": "Proton panggil semula hampir 95 ribu kenderaannya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nProton panggil semula hampir 95 ribu kenderaannya.\nFeb 16, 2016\n\nProton panggil semula hampir 95 ribu kenderaannya, bagi menukar hos penyejuk minyak yang mungkin rosak selepas 40 ribu kilometer perbatuan.Pemanggilan semula itu membabitkan model Exora, Preve dan Suprima dan dijangka selesai dalam tempoh 6 bulan.Jelas Ketua Pegawai Eksekutifnya, pemanggilan semula itu adalah sebagai langkah keselamatan.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=121140", "title": "SOP PRN Sarawak Akan Dimuktamadkan Selasa Depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSOP PRN Sarawak Akan Dimuktamadkan Selasa Depan.\nNov 26, 2021\n\n\nSOP PRN Sarawak Akan Dimuktamadkan Selasa Depan.\nSOP pencegahan Covid-19 bagi PRN Sarawak akan dimuktamadkan Selasa depan.\nMenteri Kesihatan berkata perbincangan telah diadakan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak berhubung pelaksanaan SOP tersebut.\nPRN Sarawak akan diadakan pada 18 Disember depan.\nPenamaan calon pula berlangsung pada 6 Disember dan pengundian awal 14 Disember.\n\u00a0\nDakwaan harga sayur naik 200 peratus tidak benar.\nDakwaan sesetengah pihak kononnya harga sayur naik hingga 200 peratus adalah tidak benar.\nJelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, memang berlaku kenaikan harga sayur, namun tidak setinggi seperti yang didakwa.\nOrang ramai diminta untuk melaporkan di portal e-Aduan kementerian jika berlakunya sebarang kenaikan harga barang mendadak agar pemantauan dapat dilakukan.\nPihaknya dalam pada itu sedang siasat isu harga roti satu jenama yang dikatakan akan naik mulai 1 Disember ini.\n\u00a0\nTiada sekolah tahfiz dan sekolah pondok diarah ditutup susulan pandemik COVID-19.\nPihak berkuasa agama Kerajaan Negeri tidak mengarahkan sekolah tahfiz dan sekolah pondok berdaftar ditutup susulan pandemik COVID-19.\nNamun menurut Menteri Hal Ehwal Agama, terdapat institusi tahfiz swasta yang ditutup sementara untuk putuskan rantaian jangkitan wabak itu.\nDalam perkembangan lain, kerajaan sediakan peruntukan 100 juta ringgit bagi kerja-kerja menyelenggara dan naik taraf pusat tahfiz terlibat.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72340", "title": "Polis bebas peserta dan fasilitator kem motivasi di Pahang", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis bebas peserta dan fasilitator kem motivasi di Pahang\nJan 24, 2017\n\nPeserta dan fasilitator kem motivasi yang terlibat insiden bogel di sebuah resot di Bentong, Pahang semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis.Polis Bentong turut memaklumkan, kertas siasatan kes berkenaan dijangka siap minggu ini.Sementara itu, penduduk sekitar mendakwa, insiden sedemikian bukanlah yang pertama berlaku di resort berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81803", "title": "Polis & RELA Ditempatkan di Masjid", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis & RELA Ditempatkan di Masjid\nMay 17, 2020\n\nPolis & RELA Ditempatkan di MasjidPolis dan RELA kini ditempatkan di masjid dan surau yang dibenarkan mengadakan solat jemaah.Langkah itu bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard, SOP yang ditetapkan.Kelmarin, 25 masjid dan 30 surau terpilih telah mula melaksanakan solat Jumaat.Pemantauan juga mendapati hampir semua mematuhi SOP yang digariskan pihak berkuasa.Ada Cuba Curi-Curi Balik KampungAda dikesan cuba curi-curi rentas negeri untuk balik kampung menyambut Aidilfitri semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.Menurut Polis Selangor, setakat ini lebih 60 buah kenderaan diarah berpatah balik ketika cuba melalui Sekatan Jalan Raya sebelum plaza tol Gombak.Berita Harian melaporkan, sebahagian besar mereka dipercayai sudah ambil cuti panjang untuk tujuan beraya di kampung.Justeru polis akan meningkatkan kawalan dan juga sudah bersedia menghadapi lebih banyak cubaan serupa.Semua Ahli Parlimen Negatif COVID-19Semua Ahli Parlimen dan petugas Parlimen telah jalani saringan COVID-19 dan keputusannya negatif.Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), ia bagi bendung penularan wabak tersebut dan sebagai sebahagian amalan normal baharu.Dewan Rakyat akan bersidang selama sehari esok selepas mengambil kita keadaan semasa, terutama dalam membendung pandemik COVID-19.Sidang juga hanya membabitkan perasmian pembukaan dan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72001", "title": "Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan masih berada di tahap berjaga-jaga berikutan cuaca tidak menentu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nParas air Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan masih berada di tahap berjaga-jaga berikutan cuaca tidak menentu.\nNov 10, 2017\n\nParas air Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan masih berada di tahap berjaga-jaga berikutan cuaca tidak menentu.Sehubungan itu, kerajaan negeri nasihatkan orang ramai bersedia untuk menghadapi kemungkinan banjir pada bila-bila masa.Namun pihaknya beri jaminan, sudah bersedia sepenuhnya untuk tangani bencana itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79999", "title": "Sejarawan Negara Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim Meninggal Dunia ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSejarawan Negara Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim Meninggal Dunia \nMay 28, 2019\n\nMendiang Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang meninggal dunia pagi tadi akibat jangkitan paru-paru akan disemadikan Sabtu ini.\u00a0Majlis penghormatan terakhir pula akan diadakan esok.Mendiang merupakan seorang penerima Anugerah Merdeka 2018 serta salah seorang individu yang bantu menggubal Rukun Negara.\u00a0Kes Aduan Penipuan Dalam Talian Kedua Tertinggi\u00a0Aduan kes penipuan dalam talian semakin meningkat.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata 25 peratus aduan daripada pengguna setiap bulan merupakan kes penipuan dalam talian.Aduan mengenai harga barang kekal paling tinggi, iaitu sebanyak 35 peratus daripada aduan yang diterima setiap bulan.TNB Perlu Disiasat\u00a0Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim arahkan Suruhanjaya Tenaga menyiasat aduan pengguna mengenai bil elektrik yang tinggi yang dikenakan TNB.Pihaknya terima lebih 300 aduan dari seluruh negara berhubung isu bil elektrik tinggi itu.Tegasnya, tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya TNB lakukan kesilapan atau kesalahan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=118624", "title": "Aktiviti Rentas Negeri Kini Dibenarkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAktiviti Rentas Negeri Kini Dibenarkan.\nOct 11, 2021\n\n\nOrang ramai yang ingin merentas negeri digalakkan untuk jalani ujian saringan Covid-19.\nMenurut Perdana Menteri, ia sebahagian daripada tanggungjawab dalam mengawal jangkitan.\nBermula hari ini, aktiviti rentas negeri dibenarkan di seluruh negara.\nJelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kebenaran itu tidak akan ditarik balik walaupun kes Covid-19 kembali meningkat selepas ini.\nSebaliknya, kerajaan hanya akan melakukan penutupan secara bersasar di kawasan yang dikesan berlaku penularan jangkitan sahaja.\n\u00a0\nSJR sempadan negeri tamat.\nSekatan jalan raya, SJR di sempadan negeri ditutup tengah malam tadi.\nIa susulan kebenaran rentas negeri yang berkuatkuasa hari ini.\nBagaimanapun menurut PDRM, SJR di kawasan PKPD, Op Benteng, cegah jenayah dan keselamatan dikekalkan.\nPolis juga akan tetap menggerakkan Pasukan Pematuhan SOP dan pemeriksaan secara rawak di lokasi tumpuan umum.\n\u00a0\nTidak perlu mohon MyTravel Pass.\nOrang ramai boleh melancong ke luar negara tanpa perlu mohon MyTravel Pass bermula hari ini.\nSyaratnya, individu berkenaan mesti lengkap divaksin dan perlu jalani kuarantin wajib 14 hari sebaik pulang ke tanah air.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71849", "title": "Pembinaan Hospital Rembau", "body": "\n\u2190 Back to list\nPembinaan Hospital Rembau\nJul 11, 2017\n\nPembinaan Hospital Rembau dengan kos 108 juta ringgit kini berada pada tahap 68 peratus dan dijangka siap sepenuhnya, Disember depan.Dengan terbinanya Hospital Rembau, ia menjadikan Negeri Sembilan satu-satunya negeri yang mempunyai hospital di setiap daerah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80071", "title": "Ainul Mardhiah sudah selamat jalani pembedahan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAinul Mardhiah sudah selamat jalani pembedahan.\nJun 12, 2019\n\nBayi viral, Ainul Mardhiah sudah selamat jalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulutnya!Malah bayi berkenaan juga dilapor sudah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil di sebuah hospital di London.Perkongsian bapanya mengenai berita baik itu juga sudah mendapat lebih 13,000 reaksi dan 5,000 pengkongsian pengguna di Facebook.Polis minta kerjasama orang ramai untuk salur maklumat berhubung satu video kes dera bayi.Menerusi paparan video berdurasi seminit 35 saat itu, kelihatan seorang wanita dipercayai penjaga bertindak kasar termasuk memukul dan menghempas bayi berkenaan.Mana-mana pihak atau individu yang ada maklumat boleh hubungi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman atau mana-mana balai polis berdekatan.Nampaknya kita mungkin perlu bersedia hadapi kenaikan yuran perundingan klinik swasta.Ia ekoran Kementerian Kesihatan memaklumkan, pihaknya akan bentang sekali lagi kepada Kabinet hasrat pengamal perubatan am swasta untuk menaikkan yuran itu.Kadarnya ketika ini ialah antara RM10 hingga RM35 dan mahu dinaikkan kepada antara RM35 hingga RM125 selepas kali terakhir disemak pada 2006.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73098", "title": "Semakan maklumat pusat mengundi boleh dibuat mulai Isnin depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemakan maklumat pusat mengundi boleh dibuat mulai Isnin depan.\nApr 12, 2018\n\nSemakan maklumat pusat mengundi boleh dibuat mulai Isnin depan.SPR memaklumkan buat masa ini hanya semakan pendaftaran pemilih boleh dilakukan bagi mengetahui status sama ada layak mengundi atau sebaliknya.Semakan tersebut boleh dilakukan secara online menerusi laman web SPR atau aplikasi telefon pintar MySPR Semak.Dalam pada itu, pihaknya turut maklumkan sehingga suku ke-4 2017 hampir 51 peratus pengundi berdaftar untuk PRU14 kali ini terdiri daripada wanita.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72974", "title": "Rakyat Malaysia gemar habiskan masa ditempat kerja", "body": "\n\u2190 Back to list\nRakyat Malaysia gemar habiskan masa ditempat kerja\nJan 10, 2018\n\nKajian menunjukkan rakyat Malaysia gemar habiskan masa ditempat kerja berbanding dirumah, dan masih bergembira.Menurut Jobstreet.com. majoriti kajian dapati kegembiraan ditempat kerja berpunca kerana hubungan baik dengan rakan sekerja dan lokasi kerja yang selesa.Pekerja Malaysia berada di tempat keempat daripada tujuh negara di Asia Tenggara yang gembira di tempat kerja.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79515", "title": "Kerajaan Bakal Wajibkan 2 Vaksin Untuk Kanak-Kanak ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Bakal Wajibkan 2 Vaksin Untuk Kanak-Kanak \nMar 07, 2019\n\nKementerian Kesihatan bercadang wajibkan sekurang-kurangnya 2 vaksin untuk kanak-kanak.Dua vaksin itu bagi merawat penyakit demam campak, beguk, rubela serta difteria untuk cegah penyakit kaki, tangan dan mulut.Perkara itu masih dalam peringkat cadangan dan akan diputuskan dalam masa terdekat.Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan tidak mempunyai peraturan untuk mewajibkan ibu bapa beri vaksin kepada anak mereka.Menurut TPM, hal itu merupakan pilihan ibu bapa namun kerajaan tetapkan akan berikan maklumat lengkap mengenai kebaikan vaksin.\u00a0Lima Pelajar Kritikal Terhidu Gas KimiaLima pelajar sekolah kritikal dipercayai akibat terhidu sisa dan gas kimia yang dibuang di Sungai Kimkim, Pasir GudangKetika ini, kelima-lima pelajar terbabit masih dirawat di wad kecemasan Zon Merah di HSI, JB.Turut jadi mangsa dalam kejadian pagi tadi ialah 19 pelajar lain, serta empat pekerja kantin sekolah.Lapan Saksi DipanggilLapan saksi dipanggil bagi bantu siasatan berhubung kes kematian budak perempuan yang ditemukan di Gunung Raya, Langkawi semalam.Antara saksi itu kakitangan Hospital Langkawi serta jiran di kuarters hospital berkenaan.Turut dirakam percakapan anak pasangan suspek yang ditahan reman, di IPD KL.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81724", "title": "Jom Contohi Korea Selatan & Taiwan", "body": "\n\u2190 Back to list\nJom Contohi Korea Selatan & Taiwan\nMay 05, 2020\n\nJom Contohi Korea Selatan & TaiwanRakyat Malaysia wajar mencontohi kesedaran sosial tinggi yang diamalkan penduduk Taiwan dan Korea Selatan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan nanti.\u00a0Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), 2 negara itu berjaya kawal tahap jangkitan COVID-19 tanpa mengenakan sekatan pergerakan.\u00a0KKM juga menggalakkan orang ramai pakai penutup hidung dan mulut di tempat awam yang sesak bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak tersebut.\u00a0Dalam perkembangan berkaitan, rakyat disaran muat turun aplikasi MySejahtera dan MyTrace.Ia bagi membolehkan pengguna buat penilaian kesihatan kendiri dan pengesanan kontak COVID-19.Ia juga dapat bantu Kementerian Kesihatan mendapatkan maklumat awal tahap kesihatan individu bagi membolehkan tindakan susulan yang pantas dan berkesan.PKP4 Telah TerbatalPeraturan Kawalan Pergerakan Fasa 4 (PKP4) telah terbatal.Jelas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia susulan bermulanya PKP Bersyarat (PKPB) semalam yang juga digelar PKP5.\u00a0Justeru itu, katanya semua pihak perlu mematuhi peraturan di bawah PKP5.\u00a0Pelaksanaan PKPB atau PKP5 menyaksikan hampir semua sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.\u00a0PKPB juga membolehkan 4 individu yang tinggal serumah berada dalam 1 kenderaan untuk keluar bagi tujuan keperluan penting berbanding hanya 2 orang dalam PKP4.Kerajaan Beri AmaranNegeri yang enggan buka semula sektor ekonomi mungkin berdepan tindakan saman termasuk oleh pihak industri.\u00a0Jelas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ini kerana keputusan Kerajaan Persekutuan berkaitan perkara itu sah dari segi undang-undang.\u00a0Ia terkandung di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit atau Akta 342 yang dikuatkuasakan sejak 1989 dan dipersetujui semua negeri.\u00a0Beberapa tidak buka semula sektor ekonomi buat masa ini atas pelbagai sebab dan kekangan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70969", "title": "Konvokesyen Janji Temu Untuk Graduan UiTM", "body": "\n\u2190 Back to list\nKonvokesyen Janji Temu Untuk Graduan UiTM\nSep 30, 2020\n\nKonvokesyen Janji Temu Untuk Graduan UiTMUiTM perkenal konvokesyen secara janji temu susulan situasi semasa COVID-19 yang mana graduan boleh pilih tarikh dan lokasi kampus untuk terima ijazah atau diploma.Graduan bagaimanapun tetap berpeluang pakai jubah, rakam foto kenangan dan terima skrol seperti istiadat konvokesyen konvensional tetapi perlu patuh SOP ditetapkan.Sementara itu UMK tangguh kemasukan mahasiswa baru dan lama secara bersemuka dari negeri Sabah dan kawasan zon merah COVID-19.Manakala USM saran penuntutnya yang datang dari Sabah dan zon merah di negeri lain tangguh perjalanan balik ke kampus susulan penempatan kuarantin sangat terhad.Kluster Jalan Bomba & Bakawali Pula Muncul4 kluster baru COVID-19 dikesan dengan 2 daripadanya di Sabah iaitu Kluster Jalan Bomba dan Jalan Utara.Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, 2 lagi ialah Kluster Benteng PK di Selangor dan Kluster Bakawali di Johor.Semalam, 101 kes baru wabak berkenaan dilaporkan majoritinya di Sabah dan diikuti Selangor.Dalam perkembangan berkaitan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, penularan COVID-19 di Malaysia masih lagi terkawal.Kadar kebolehjangkitan (RO) atau disebut \u2018R-Naught\u2019 ketika ini ialah 1.39, kurang daripada kadar kritikal iaitu 1.6 dan kadar di Sabah kini 1.42.Tan Sri Dr Noor Hisham juga menjelaskan bukan semua individu yang pulang dari Sabah perlu jalani kuarantin.Jelas beliau, individu yang tidak bergejala dan tidak mempunyai kontak rapat dengan individu disahkan positif COVID-19 tidak diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari.Bagaimanapun, mereka yang berkenaan dinasihatkan menjalani kawalan kendiri termasuk berada di rumah sehingga tamat tempoh 2 minggu.'Mall' Tak TutupTiada cadangan tutup pusat beli-belah di Lembah Klang.Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan demikian ekoran terdapat beberapa kes positif COVID-19 dikesan melibatkan sejumlah pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.Ujar Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kementerian akan menjalankan penilaian risiko di lokasi berkenaan dan menasihatkan mereka menyahkuman kawasan yang terbabit.Namun jika ia merupakan tempat yang sesak seperti restoran, KKM akan mengarahkan penutupan sementara.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71637", "title": "Ahmad Shaharuddin Rosdi dilantik Ketua Jurulatih baru Pahang untuk musim 2016", "body": "\n\u2190 Back to list\nAhmad Shaharuddin Rosdi dilantik Ketua Jurulatih baru Pahang untuk musim 2016\nDec 15, 2015\n\nBekas pemain tengah Pahang era 90-an, Ahmad Shaharuddin Rosdi dilantik Ketua Jurulatih baru Pahang untuk musim 2016, gantikan Zainal Abidin Hassan.Shaharuddin yang kini berusia 40 tahun sebelum ini menggalas tanggungjawab Penolong Jurulatih Pahang sejak 2010.Untuk rekod, Ahmad Shaharuddin merupakan bekas pemain kebangsaan yang pernah beraksi untuk kelayakan Sukan Olimpik Altanta 1995.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=120055", "title": "Terus Patuh SOP - KJ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTerus Patuh SOP - KJ\nNov 07, 2021\n\nTerus patuh SOP- KJ\nKementerian Kesihatan akan tekankan beberapa aspek dalam usaha mengurangkan jumlah kes COVID-19 di Kelantan.\nMenterinya, Khairy Jamaluddin berkata ia termasuk meningkatkan saringan kontak rapat dan suntikan vaksin.\n\nJelasnya punca Kelantan merekodkan kes positif yang tinggi adalah kerana kurangnya pematuhan SOP selain tidak melaporkan keputusan ujian kendiri.\nDalam pada itu, Malaysia mencecah lebih 2.5 juta kes positif COVID-19 selepas merekodkan kira-kira 4,700 kes semalam.\n\nKira-kira 850 mangsa banjir masih ditempatkan di 12 pusat pemindahan di Kedah.\nDewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah di Pendang menempatkan jumlah paling ramai\r\nmangsa dengan 200 orang.\n\nManakala di Perak, seramai 73 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di\r\nManjung.\n\u00a0\nPN letakkan calon pada kesemua kerusi PRN Melaka.\nPRN Melaka mungkin bakal menyaksikan pertarungan sekurang-kurangnya 3 penjuru untuk kesemua 28 kerusi yang dipertandingkan.\nIa ekoran Perikatan Nasional mengesahkan akan meletakkan calon pada kesemua kerusi.\n\nTerdahulu, Barisan Nasional turut mengumumkan perkara sama dan meletakkan calon pada kesemua kerusi DUN Melaka.\nEsok merupakan hari penamaan calon bagi PRN Melaka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79756", "title": "Tun M tersenarai antara 100 individu paling berpengaruh di dunia tahun ini oleh majalah TIME!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun M tersenarai antara 100 individu paling berpengaruh di dunia tahun ini oleh majalah TIME!\nApr 18, 2019\n\nPerdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad muncul antara 100 individu paling berpengaruh di dunia tahun ini menurut majalah TIME!Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang mendapat pujian antarabangsa dalam mengendalikan serangan pengganas di 2 buah masjid di Christchurh bulan lalu, turut tersenarai.\u00a0Bagi kategori ikon muzik pula antara yang tersenarai termasuklah Lady Gaga, Ariana Grande, Taylor Swift dan kumpulan K-Pop, BTS.Pelancaran ujian 5G bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini!Orang ramai juga berpeluang untuk menikmati jaringan internet berkelajuan tinggi itu menerusi pameran yang diadakan antaranya teknologi panggilan berbentuk hologram.Kanak-kanak 4 tahun dilapor hilang sebenarnya tertidur dalam bas.Kanak-kanak 4 tahun yang dilaporkan hilang semasa di bawah jagaan tadikanya di Putrajaya, rupa-rupanya tertidur dalam sebuah bas sekolah!Menurut polis, kanak-kanak berkenaan dan rakan-rakannya sebelum itu dibawa tadika ke sebuah padang di Bangi untuk menyertai raptai hari sukan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79098", "title": "Kerajaan cadang bina tempat khas untuk perokok!", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan cadang bina tempat khas untuk perokok!\nJan 04, 2019\n\nPerokok mungkin akan ada tempat khas merokok!Foto - KosmoKerajaan akan pertimbangkan cadangan membina tempat khas untuk perokok sepertimana yang diamalkan di Korea Selatan dan Jepun!Foto - Berita HarianMenteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu akan diteliti semula 6 bulan selepas penguatkuasaan undang-undang larangan merokok di premis makanan seluruh negara.Dalam pada itu, beliau turut tegaskan bahawa penguatkuasaan larangan merokok bukan kempen bermusim, dan mahu ia menjadi budaya rakyat Malaysia.Sementara itu, kesedaran peniaga memaparkan papan tanda larangan merokok di premis mereka masih rendah!Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berkata kurang daripada 50 peratus pengusaha yang meletakkan papan tanda tersebut.---Ambil kira pandangan rakyat Pantai Timur berhubung projek ECRL.Foto - Astro AwaniKerajaan Pahang sambut baik cadangan Perdana Menteri untuk meneruskan semula Projek Laluan Rel Pantai Timur yang digantung sebelum ini.Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Negeri Pahang berharap pelaksanaan semula projek tersebut akan mengambil kira pandangan dari semua negeri terlibat iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.Foto - Berita HarianSemalam Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Projek ECRL yang sebelum ini ditangguhkan oleh kerajaan pusat kerana menelan belanja 81 billion ringgit mungkin\u00a0akan diteruskan, namun dalam skala yang lebih kecil.Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan berkata laporan akhir ECRL perlu disemak dengan teliti sebelum sebarang keputusan diambil oleh kerajaan.---Jauhi kawasan pantai sehingga Ahad!Foto - UtusanMaritim Malaysia ingatkan orang ramai agar jauhi kawasan pantai dan perairan pantai timur sehingga Ahad, susulan amaran ribut Pabuk!Ini selepas Jabatan Meteorologi keluarkan amaran bahawa ribut itu boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang dan ombak setinggi 4.5 meter di perairan pantai timur, termasuk Perlis, Kedah dan Perak.Dalam pada itu, penduduk berhampiran Pantai Chaya Bulan di Kota Bharu kini bersiap sedia untuk berpindah jika diarahkan.Bomba Kelantan berkata pemantauan berterusan dibuat terhadap keadaan penduduk di kawasan itu dan pihaknya juga dalam keadaan bersiap siaga sekiranya pemindahan penduduk perlu dibuat.Dalam masa sama, Bomba Pulau Pinang bekukan cuti hampir seribu pegawai dan anggotanya bagi bersiap sedia menghadapi sebarang kejadian bencana akibat ribut Pabuk.Foto - Berita HarianSementara itu, kerajaan negeri Terengganu akan berikan bantuan khas kepada penduduk yang terjejas rumahnya ekoran fenomena angin kencang yang dibawa ribut Pabuk.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80734", "title": "Bilangan pesalah seksual remaja semakin meningkat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBilangan pesalah seksual remaja semakin meningkat.\nOct 25, 2019\n\nBilangan pesalah seksual remaja semakin meningkat dan punca utamanya adalah capaian mudah terhadap bahan pornografi!Bukit Aman memaklumkan The Star, kebanyakan kanak-kanak dan remaja mendapat bahan porno itu daripada media sosial dan aplikasi mesej.Mereka juga buta undang-undang misalnya hukuman yang menanti jika melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur walaupun dengan persetujuan!Sejak Januari lalu, hampir 290 kes perkosa dilaporkan membabitkan pesalah juvana.Haramkan vape segera demi kepentingan kesihatan masyarakat.Itu gesaan Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, MCTC bersama 45 NGO melalui MoU yang ditandatangani semalam.Jelasnya, ini kerana pasaran dan penggunaan vape secara meluas dalam kalangan pelajar sekolah amat membimbangkan.Terdahulu, KKM mendedahkan 300,000 pelajar berusia antara 10 hingga 19 tahun merupakan pengguna vape semasa di negara ini.Atlet renang Sarawak, Ayrton Lim ditemui meninggal dunia di rumahnya.Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes kematian atlet renang Sarawak, Ayrton Lim di rumahnya, Tabuan Laru semalam.Menurut polis, kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.Sementara itu,\u00a0\u00a0ibu mangsa berkata anaknya itu mengalami kemurungan sejak 3 hari lalu.10 jam sebelum ditemui meninggal dunia, Ayrton Lim juga telah memuat naik satu IG Story yang dia bersyukur atas kehidupan selama 19 tahun ini.Lim pernah mewakili Sarawak dalam acara renang SUKMA 2018 dan baru pulang daripada menjalani latihan di Singapura.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80133", "title": "Tidak perlu cuti paterniti 3 hari untuk sektor swasta", "body": "\n\u2190 Back to list\nTidak perlu cuti paterniti 3 hari untuk sektor swasta\nJun 22, 2019\n\nTidak perlu cuti paterniti 3 hari untuk sektor swastaFoto - Berita HarianPersekutuan Majikan-Majikan Malaysia tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk beri cuti paterniti 3 hari kepada pekerja sektor swasta.Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pemberian cuti wajib itu kerana isteri bersalin memberi kesan kepada kos operasi syarikat.Katanya lagi, suami boleh sentiasa berdampingan dengan isteri dan anak baru lahir setiap hari selepas waktu bekerja, cuti hari minggu atau cuti umum yang tidak membabitkan kos.-----Kerajaan tawar ambil alih 4 konsesi lebuhrayaFoto - PaultanKerajaan kemukakan tawaran pengambilalihan empat pengendali lebuh raya utama di Lembah Klang membabitkan nilai RM6.2 bilion.Ini termasuklah SPRINT, KESAS, Terowong SMART dan LITRAK yang mengendalikan Lebuhraya LDP.Difahamkan, tawaran kepada setiap pengendali konsesi lebuh raya terbabit sah sehingga 12 Julai ini.-----Sah pencemarah toksik!Foto - TwitterKejadian pelajar sekolah di Pasir Gudang, Johor yang alami gejala sesak nafas kelmarin disahkan akibat pencemaran toksik,Kementerian Kesihatan berkata, pemeriksaan ke atas semua pelajar mendapati tiada tanda boleh mengaitkan kes itu dengan keracunan makanan.Sehingga kini 31 orang terkesan akibat pencemaran itu termasuk 2 kes baru membabitkan pelajar lelaki dari Sekolah Agama Taman Mawar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71627", "title": "Semua Hospital Kerajaan Akan Jadi Hospital Kluster Tahun Depan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemua Hospital Kerajaan Akan Jadi Hospital Kluster Tahun Depan\nDec 10, 2015\n\nDi bawah konsep itu, hospital terbabit akan berkongsi sumber perubatan, perkhidmatan dan kepakaran.Perkongsian sumber berkenaan antaranya akan dapat membantu mengurangkan kesesakan pesakit di hospital awam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=148677", "title": "Sistem Kutipan Tol Tanpa Henti Menjelang 2025", "body": "\n\u2190 Back to list\nSistem Kutipan Tol Tanpa Henti Menjelang 2025\nMar 21, 2023\n\nSistem Kutipan Tol Tanpa Henti Menjelang 2025 \nKerajaan akan kaji penggunaan sistem kutipan tol tanpa henti yang dikenali sebagai Aliran Bebas Pelbagai Lorong pada tahun depan.\nKementerian Kerja Raya (KKR) jangka pelaksanaannya di seluruh negara pula dapat dilakukan menjelang 2025 sebagai alternatif kepada masalah kesesakan lalu lintas di negara ini.\nKKR juga memaklumkan, jumlah trafik atau kenderaan yang melalui plaza tol di jaringan lebuh raya bertol di Malaysia mencecah 5 juta sehari.\n\nSementara itu sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan awam khususnya di bawah Prasarana bakal dilaksanakan dalam masa beberapa bulan lagi.\nMenurut Kementerian Pengangkutan, ia akan membolehkan pengguna menggunakan kad kredit atau debit sebagai pembayaran untuk menaiki pengangkutan awam.\nPerdana Menteri baru-baru ini berjanji akan beri perhatian terhadap isu mengenai monopoli berkaitan syarikat sistem kutipan tol dan pembayaran tambang pengangkutan awam.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72170", "title": "33 laman web Malaysia digodam", "body": "\n\u2190 Back to list\n33 laman web Malaysia digodam\nAug 22, 2017\n\n33 laman web Malaysia jadi mangsa penggodam.CyberSecurity Malaysia percaya penggodamnya adalah dari Indonesia, ekoran insiden bendera negara itu dicetak terbalik pada buku cenderahati Sukan SEA KL.Penggodam terbabit meninggalkan mesej 'Bendera Negaraku Bukanlah Mainan' di laman-laman web yang digodam.Polis Indonesia menawarkan bantuan siasatan, namun belum pasti adakah dalangnya dari negara jiran itu atau bukan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70512", "title": "Kluster baru COVID-19 dikesan di Sarawak", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster baru COVID-19 dikesan di Sarawak\nJul 16, 2020\n\nKluster baru COVID-19 dikesan di SarawakFoto - Malay MailKementerian Kesihatan mengesan satu kluster baru COVID-19 dinamakan Kluster Mambong membabitkan sebuah syarikat di Sarawak yang telah menjangkiti dua individu, setakat ini.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikesan selepas saringan kesihatan dijalankan terhadap kes kedua, iaitu pekerja di syarikat terbabit.Sehingga kini, sramai 70 individu sudah dikenal pasti dan disaring dan daripada jumlah itu, 68 individu masih menunggu keputusan.-----Premis makanan wajib patuh SOPFoto - BernamaPemilik premis makanan yang menghidangkan makanan secara bufet diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan ada premis yang gagal berbuat demikian.Antara SOP yang perlu dipatuhi ialah makanan dihidangkan kepada pelanggan oleh pramusaji atau penyediaan sarung tangan pakai buang kepada pelanggan untuk mengambil makanan.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, makanan secara bufet mesti disajikan pramusaji kerana kita tidak mahu senduk makanan itu dipegang bergilir-gilir oleh pelanggan.-----LIMA 2021 dibatalkanFoto - LIMA ExhibitionPameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2021 (LIMA'21) yang sepatutnya berlangsung pada 16 hingga 20 Mac 2021 dibatalkan susulan pandemik Covid-19.Kementerian Pertahanan berkata, pandemik itu memberikan impak besar bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga seluruh dunia dan wabak ini dilihat masih belum dapat ditangani sepenuhnya.Kerajaan Malaysia selaku penganjur utama LIMA'21 juga sedar akan impak global Covid-19 yang bukan sahaja daripada sudut kesihatan malah memberi kesan besar terhadap sosial dan ekonomi dunia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81195", "title": " Tiada Kes Positif COVID 19 Di Hospital Klang ", "body": "\n\u2190 Back to list\n Tiada Kes Positif COVID 19 Di Hospital Klang \nFeb 15, 2020\n\nKementerian Kesihatan Malaysia\u00a0menafikan\u00a0terdapat lima kes positif\u00a0COVID-19 di Hospital Klang, Selangor, berikutan satu\u00a0video yang tular di media sosial hari ini.KKM melalui laman Facebook rasminya memaklumkan video berkenaan merupakan prosedur operasi standard (SOP), dalam\u00a0menjalankan operasi mengesan\u00a0kontak rapat.\"Tular video dengan dakwaan ada lima kes positif di Hospital Klang adalah tidak benar.Jangan berkongsi atau menyebarkan berita palsu ini,\" menurut catatan itu.Hari ini tular video berdurasi lima saat\u00a0di media sosial yang mendakwa terdapat lima kes positif\u00a0\u00a0COVID-19 di Hospital Klang.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80938", "title": "Seorang rakyat Malaysia parah dalam insiden letusan gunung berapi New Zealand.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang rakyat Malaysia parah dalam insiden letusan gunung berapi New Zealand.\nDec 11, 2019\n\nSeorang rakyat Malaysia disahkan cedera dalam insiden letusan gunung berapi di White Island, New Zealand.Menurut Wisma Putra, mangsa yang dalam keadaan kritikal, sedang dirawat di Hospital Christchurch.Suruhanjaya Tinggi Malaysia bagaimanapun masih belum terima maklumat lanjut berhubung seorang rakyat Malaysia yang dilapor terkorban sebelum ini.Penilaian agama dan moral jadi syarat lulus buat bakal anggota polis, tahun depan.Bermula tahun depan bakal anggota polis perlu lulus ujian penilaian agama dan moral sebelum diterima bekerja!Menurut PDRM, ia bagi memastikan setiap anggota yang diambil mempunyai tahap integriti serta moral dan agama yang tinggi.Calon anggota polis akan dinilai menerusi ujian secara dalam talian dan temu duga.Remaja di Melaka bakal terima diskaun untuk mohon lesen memandu.PDRM akan laksanakan program subsidi lesen memandu kepada remaja di Melaka khususnya golongan B40, tahun depan.Remaja yang layak terima subsidi tersebut antaranya ialah mereka yang ditahan dalam operasi yang dilakukan sebelum ini dan anak yatim.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94651", "title": "Sajat mengaku tak bersalah berpakaian seperti wanita", "body": "\n\u2190 Back to list\nSajat mengaku tak bersalah berpakaian seperti wanita\nJan 20, 2021\n\nSajat mengaku tak bersalah berpakaian seperti wanitaFoto - mStarOnlineUsahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas pertuduhan berpakaian seperti wanita, tiga tahun lepas.Dia yang lebih dikenali sebagai Nur Sajat didakwa melakukan perbuatan itu dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam.Sajat bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya.-----Kes harian COVID-19 kembali mencecah 4 ribuFoto - Neuroscience NewsJumlah kes harian COVID-19 kembali meningkat apabola sebanyak 4,008 kes baru dilaporkan hari ini.Ia sekaligus menyaksikan jumlah kes aktif dengan kadar kebolehjangkitan COVID-19 melepasi angka 40 ribu.Selangor masih mencatat jumlah tertinggi dengan 1,391 kes diikuti Kuala Lumpur (513), Johor (470) dan Sabah (406).-----Pekerja kilang mengaku salah cabul menantuFoto - Johor KiniSeorang pekerja kilang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan mencabul kehormatan menantunya, dua tahun lalu.Tertuduh yang berumur 30 tahun itu didakwa memeluk isteri kepada anak tirinya di sebuah rumah di Taman Cheras Prima pada 2 pagi, 6 Oktober 2019.Mahkamah menetapkan 23 Mac ini untuk fakta kes dan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang boleh dihuku penjara maksimum 10 denda dan sebat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72777", "title": "Nasib Rayani Air Akan Diketahui Dalam Masa Terdekat", "body": "\n\u2190 Back to list\nNasib Rayani Air Akan Diketahui Dalam Masa Terdekat\nMay 23, 2016\n\nTambah menterinya, beliau sudah terima laporan akhir dan hanya menunggu tarikh untuk buat keputusan berhubung hasil pendengaran yang diadakan.Syarikat penerbangan itu digantung 3 bulan sejak 11 April berikutan beberapa kontroversi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=122300", "title": "Harga Barang Dijangka Stabil Awal Tahun Depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHarga Barang Dijangka Stabil Awal Tahun Depan.\nDec 13, 2021\n\n\nHarga Barang Dijangka Stabil Awal Tahun Depan.\nKerajaan jangkakan harga barangan akan stabil sepenuhnya awal tahun depan.\nPerdana Menteri berkata ia selepas negara luar mula membuka sektor ekonomi masing-masing.\nPihaknya telah menganjurkan program jualan murah selain memberikan insentif bagi membantu golongan yang terkesan dengan kenaikan harga barang.\n\u00a0\nKPM kaji cadangan wujudkan warden sepenuh masa di sekolah berasrama.\nCadangan untuk mewujudkan jawatan warden sepenuh masa bagi sekolah berasrama akan dikaji.\nTimbalan Menteri Pendidikan berkata ia bagi menangani pelbagai isu termasuk kes buli.\nKPM sedang menunggu laporan beberapa kes buli termasuk insiden di sebuah MRSM di Perak dan yang terbaru melibatkan sebuah sekolah berasrama di Pahang.\n\u00a0\nTempoh diskaun saman trafik dilanjutkan hingga 31 Disember ini.\nTempoh pemberian diskaun saman trafik dilanjutkan hingga 31 Disember ini.\nKetua Polis Negara berkata ia bagi memberi ruang kepada lebih ramai pesalah trafik membayar saman mereka.\nPelanjutan tawaran diskaun itu juga bagi memastikan orang ramai tidak bersesak di kaunter-kaunter trafik seluruh negara.\nDiskaun hingga 80 peratus itu diberikan sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlangsung di KLCC sejak Khamis dan berakhir semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81034", "title": "Satu lawan satu pada PRK Kimanis", "body": "\n\u2190 Back to list\nSatu lawan satu pada PRK Kimanis\nJan 04, 2020\n\nSatu lawan satu pada PRK KimanisFoto - Borneo TodayPilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis yang dijaduakan berlangsung pada 18 Januari ini bakal menyaksikan pertarungan satu lawan satu.Dua calon bertanding ialah Datuk Mohamad Alamin daripada Barisan Nasional dan Datuk Karim Bujang yang mewakili Parti Warisan Sabah.Suruhanjaya Pilihan Raya mensasarkan 70 peratus pemilih mengundi pada PRK berkenaan dengan keputusan dijangka diketahui sebelum 10 malam.-----Pulau Pinang mahu adatasi penuh e-dompet pada MacFoto - CaretaKerajaan negeri Pulau Pinang sasar mengadaptasi sepenuhnya transaksi e-dompet di seluruh negeri itu pada Mac ini.Inisiatif itu katanya, selaras dengan program e-Tunai Rakyat yang akan dilaksanakan kerajaan dari 15 Januari hingga 14 Mac depan.Kira-kira 120,000 vendor telah mengadaptasi\u00a0e-dompet TNG di seluruh negara setakat ini dan menyasarkan\u00a0untuk menggandakan jumlah itu\u00a0menjelang akhir\u00a0tahun.-----Menteri Pendidikan tak semestinya ahli politikFoto - SaysMenteri Pendidikan tidak semestinya dipilih\u00a0dalam kalangan ahli politik\u00a0tetapi individu\u00a0yang\u00a0prihatin dengan isu pendidikan.Pengerusi Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE)\u00a0Datin Noor Azimah Abdul Rahim\u00a0berkata, langkah itu bagi membolehkan individu terbabit beri tumpuan sepenuhnya terhadap pemerkasaan bidang pendidikan negara.Dr Maszlee Malik lepaskan jawatan Menteri Pendidikan berkuatkuasa semalam, selepas 20 bulan menerajui kementerian itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73483", "title": "Bantuan khas Aidilfitri peneroka Felda dibayar Selasa ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nBantuan khas Aidilfitri peneroka Felda dibayar Selasa ini\nJun 09, 2018\n\nPeneroka Felda di seluruh negara akan menerima bantuan khas Aidilfitri 450 ringgit pada Selasa ini.Kementerian Kewangan berkata pemberian itu melibatkan implikasi kewangan berjumlah lebih RM50 juta.Katanya, bayaran ini bukanlah sebahagian daripada Bantuan Sara Hidup Rakyat yang akan dibayar secara berasingan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72295", "title": "Urusan selesai jam 2 pagi", "body": "\n\u2190 Back to list\nUrusan selesai jam 2 pagi\nMay 07, 2016\n\nJenazah Datuk Noriah Kasnon yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak selamat dikebumikan di Tanjong Karang, kira-kira jam 2 pagi tadi.Allahyarham Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu meninggalkan empat orang anak serta seorang anak angkat.Datuk Noriah merupakan mangsa pertama yang ditemukan selepas pesawat yang dinaiki bersama lima lagi dari Betong ke Kuching, hilang Khamis lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79972", "title": "Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta\u2019in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar selamat dimakamkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nAlmarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta\u2019in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar selamat dimakamkan\nMay 23, 2019\n\nFoto - BERNAMAAlmarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta\u2019in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar selamat disemadikan di Makam Diraja Pekan pada pukul 4.35 petang tadi.Jenazah baginda dimakamkan bersebelahan pusara isteri, Almarhum Tengku Ampuan Hajjah Afzan Rahimahallah Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad.Foto - Royal Johor PressTerdahulu, raja-raja Melayu termasuk Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah turut berangkat tiba memberi penghormatan terakhir, pagi tadi.Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah selain bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga hadir di Istana Abu Bakar, Pekan.Foto - BERNAMAIstiadat pemakaman dihadiri Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom dan semua paduka anakanda Almarhum Sultan Ahmad Shah, termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pukul 8.50 pagi semalam pagi semalam pada usia 88 tahun.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72153", "title": "586 pusat pengundian awal dibuka", "body": "\n\u2190 Back to list\n586 pusat pengundian awal dibuka\nMay 05, 2018\n\n586 pusat pengundian awal di seluruh negara dibuka jam 8 pagi tadi bagi bolehkan hampir 280 ribu anggota keselamatan termasuk pasangan tunai tanggungjawab pada PRU14.Pasukan keselamatan terlibat ialah anggota PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Gerakan Am serta pasangan mereka.Pusat mengundi akan ditutup secara secara berperingkat antara 1 petang sehingga 7 malam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71704", "title": "Virus Zika", "body": "\n\u2190 Back to list\nVirus Zika\nFeb 01, 2016\n\nKementerian Kesihatan akan pantau semua pintu masuk ke negara ini, terutama pelancong dari negara yang terjejas virus Zika.Jelas menterinya walaupun tiada tanda-tanda virus tersebut di Malaysia, kemungkinan ia tersebar hendaklah diberi perhatian serius.Virus Zika, yang dibawa oleh nyamuk, telah tersebar di negara- negara Amerika Latin.Dalam perkembangan berkaitan, satu kes positif Zika ditemui di pulau Sumatera, Indonesia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71624", "title": "Kes Jenayah Siber Terus Meningkat", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Jenayah Siber Terus Meningkat\nDec 09, 2015\n\nKes jenayah siber di Malaysia tahun ini catat kerugian RM 195 juta, naik 3 kali ganda berbanding tahun lalu.Ini termasuk kes jenayah 'Love Scam' yang mencatatkan 1,380 kes, naik lebih 350 kes daripada tahun lepas.Menurut Bukit Aman, kerugian itu menyebabkan pengaliran keluar wang Malaysia ke negara lain khasnya Nigeria.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=108962", "title": "MTUC Tak Setuju Cadangan Pengeluaran i-Sinar 2.0.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMTUC Tak Setuju Cadangan Pengeluaran i-Sinar 2.0.\nJun 27, 2021\n\n\nKongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak setuju dengan cadangan membenarkan pengeluaran i-Sinar 2.0.\nPihaknya sebaliknya berpendapat, alternatif lain perlu dicari sebab ia akan beri impak besar kepada simpanan pesara pada masa akan datang.\nAntara yang dicadangkan MTUC ialah bantuan RM1,200 sebulan kepada golongan B40 dan M40.\nKerajaan dijangka umum bantuan meliputi pemberian moratorium dan pengeluaran i-Sinar tidak lama lagi.\r\n\u00a0\r\nKementerian Kewangan memaklumkan, perbincangan sudah diadakan dengan Perdana Menteri dan agensi berkaitan.\n\nKeputusannya Hari Ini\nKeputusan sama ada PKP penuh yang bakal tamat esok dilanjutkan atau sebaliknya bakal diketahui hari ini.\r\n\u00a0\r\nMenurut Astro Awani, ia dipercayai akan diketahui melalui pengumuman oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.\r\n\u00a0\r\nBerdasarkan Pelan Pemulihan Negara, PPN, PKP penuh akan beralih ke fasa ke-2 jika purata kes COVID-19 berada di bawah 4 ribu kes sehari selama 7 hari berturut-turut.\n\nWaspada Isi Borang\nOrang ramai dinasihatkan supaya waspada dengan penyebaran berita palsu mengenai borang pendaftaran vaksinasi COVID-19.\nJawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) minta orang ramai agar tidak menghiraukan perkongsian mengenai borang pendaftaran vaksinasi di WhatsApp atau mana-mana platform tidak rasmi.\nJKJAV sebaliknya meminta sebarang maklumat berkaitan vaksin COVID-19 dirujuk di media rasminya sahaja.\n\nKPT Sedia Tambah\nKementerian Pengajian Tinggi (KPT) rancang tambah 19 lagi Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi, PPV IPT, menjadi 45 kesemuanya.\nIa sebagai usaha KPT membantu negara mencapai imuniti kelompok dengan lebih pantas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70567", "title": "Malaysia perlu capai kadar kebolehjangkitan sifar.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia perlu capai kadar kebolehjangkitan sifar.\nJul 26, 2020\n\nMalaysia perlu mencapai kadar kebolehjangkitan sifar bagi membolehkan jangkitan kes Covid-19 tidak terus menular.Menteri Kesihatan berkata ketika ini, kadar kebolehjangkitan di negara meningkat kepada 1.36 ekoran peningkatan kes harian.Justeru, jelas Dr Adham Baba, pihaknya sasar kadar kebolehjangkitan kes sifar dengan melaksanakan SOP lebih ketat.Antaranya termasuklah peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak dan kenderaan awam bermula 1 Ogos ini.Sarawak mungkin kenakan sekatan perjalanan jika kes Covid-19 terus naik.Kerajaan Sarawak mungkin akan mengenakan sekatan perjalanan di negeri itu jika kes Covid-19 terus meningkat.Jelas Menteri Pelancongannya, walaupun ia akan jejaskan industri pelancongan negeri, langkah itu perlu untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan.Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri akan mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk membincangkan perkembangan terkini wabak Covid-19 di Kuching.Kuching kini dikategorikan sebagai zon merah selepas mencatatkan 41 kes setakat semalam.Menurut KKM, Hospital Sentosa di daerah itu turut ditutup dan semua kakitangannya dikuarantin di dalam hospital berkenaan.Acara perbarisan Hari Kebangsaan diganti dengan program berbentuk simbolik.Program berbentuk simbolik akan menggantikan acara perbarisan Hari Kebangsaan yang akan dsambut pada 31 Ogos ini.\u00a0Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata ia mengambil kira penularan Covid-19 yang masih wujud di negara ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=149106", "title": "Pembukaan Sesi Persekolahan Akan Kembali ke Asal", "body": "\n\u2190 Back to list\nPembukaan Sesi Persekolahan Akan Kembali ke Asal\nMar 29, 2023\n\n\nPembukaan Sesi Persekolahan Akan Kembali ke Asal\nKementerian Pendidikan secara prinsipnya bersetuju mengembalikan semula pembukaan sesi persekolahan kepada Januari.\nNamun jelas Menterinya, Fadhlina Sidek, ia tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat kerana perlu ambil kira beberapa faktor termasuk pematuhan kepada Akta Pendidikan.\nDalam satu lagi perkembangan, beliau memaklumkan KPM tiada rancangan untuk mewajibkan pendidikan Tingkatan 6.\nIni kerana ia akan beri kesan kepada kemasukan pelajar ke program matrikulasi dan IPT.\n\u00a0\n31,000 Telah Dapat Kad Sim RM5\nLebih 31,000 rakyat Malaysia telah beli kad sim berharga RM5 sebulan yang ditawarkan melalui Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih.\nKementerian Komunikasi dan Digital memaklumkan pakej yang dilancarkan bulan lepas itu bertujuan memudahkan golongan rentan dapat akses internet sekaligus merapatkan jurang digital antara rakyat Malaysia.\nIa melibatkan kumpulan B40, veteran, OKU\u00a0 dan warga emas.\n\u00a0\nSelesai Segera Bantuan Kepada Mangsa Banjir Yang Nama Tercicir\nKerajaan mengarahkan NADMA selesai segera bantuan kepada mangsa banjir yang nama mereka dilapor tercicir sebagai penerima Bantuan Wang Ihsan.\u00a0\nTerdahulu sejumlah mangsa banjir di Kuala Nerus, Terengganu dilapor kecewa apabila nama mereka tiada dalam senarai penerima bantuan itu.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80289", "title": "Tiada subjek baru tahun hadapan", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada subjek baru tahun hadapan\nJul 23, 2019\n\nTiada subjek baru tahun hadapanFoto - Teo Nie Ching WikipediaTiada subjek baru mengenai demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan akan diperkenalkan pada sesi persekolahan tahun hadapan.Sebaliknya menurut kementerian Pendidikan, kurikulum dan silibus sedia ada akan ditambah baik.Ini termasuklah menambah isi kandungan mengenai pilihan raya dalam buku teks Sejarah Tingkatan Empat daripada lima muka surat kini kepada 19 muka surat.-----Harimau Belang Bukit Besi disahkan matiFoto - PERHILITANPerhilitan sahkan, harimau belang yang ditangkap di Bukit Besi, baru-baru ini telah mati awal pagi tadi akibat jangkitan virus.Tambahnya, jangkitan virus itu menyebbakan hariwan tersebut tidak takut kepada manusia, dan kebarangkaliannya untuk sembuh adalah tipis.Sementara itu, selepas kehadiran ikan paus dan harimau, tiga ekor beruang matahari pula muncul di\u00a0Felda Belara, Kuala Terengganu.-----Guru mengamuk, berang anak dimarahi polisFoto - A Mukif ArchitectSeorang guru ditahan selama dua jam sebelum dibebaskan kerana membuat kecoh di IPD Pasir Mas, semalam termasuk menendang perut seorang koperal berusia 33 tahun, yang baru lima bulan bersalin.Guru wanita itu dikatakan hadir ke IPD berkenaan, kerana berang anaknya yang terbabit kemalangan dimarahi anggota polis.Dalam pada itu, dua beradik yang disyaki menyerang seorang guru dalam kawasan sekolah di Bachok, direman selama empat hari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72765", "title": "SPR: Mesyuarat Khas Bincang PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan Jumaat Ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPR: Mesyuarat Khas Bincang PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan Jumaat Ini\nMay 10, 2016\n\nKedua-dua kerusi berkenaan kosong berikutan penyandangya terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak minggu lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81168", "title": "KPM Jalankan Siasatan Dalaman Kes Murid Tertusuk Anak Panah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPM Jalankan Siasatan Dalaman Kes Murid Tertusuk Anak Panah.\nFeb 09, 2020\n\nKementerian Pendidikan telah memulakan siasatan dalaman kes murid cedera tertusuk anak panah di padang sekolahnya di Gurun, Kedah.Ia bagi melihat SOP semasa latihan memanah berkenaan dipatuhi atau tidak.Murid tingkatan 4 itu bernasib baik kerana anak panah tidak mengenai bola matanya dan dia kini berada dalam keadaan stabil di hospital.Malaysia akan berbincang dengan Singapura mengenai penularan wabak koronavirus.Malaysia akan bincang dengan Singapura berhubung amaran tahap jingga berkenaan penularan wabak koronavirus Wuhan di republik itu.Antara yang akan dibincangkan ialah langkah yang boleh diambil bagi melindungi pekerja kedua-dua negara.Namun buat masa ini Malaysia belum berhasrat mengenakan sekatan perjalanan ke atas rakyat Malaysia untuk ke negara jiran berkenaan.Suspek kes tembakan rambang di Korat, Thailand ditembak mati oleh pihak berkuasa.Askar Thailand yang mengamuk dan melepaskan tembakan rambang di Korat sejak semalam akhirnya ditembak mati pihak berkuasa.Angka kematian akibat serangan itu setakat ini disahkan 20 orang manakala 42 yang lain cedera.Suspek dilapor membunuh ketuanya sebelum bertindak curi senjata api di kem askar dan sambung serangan di sebuah pusat beli-belah.Suspek juga sempat siar secara langsung serangannya pada peringkat awal di Facebook malah kongsi swafoto dia memegang senapang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72847", "title": "Pusat Pemindahan Banjir Yang Terakhir di Sarawak Ditutup", "body": "\n\u2190 Back to list\nPusat Pemindahan Banjir Yang Terakhir di Sarawak Ditutup\nMar 02, 2016\n\nNamun menurut JPAM, langkah berjaga-jaga masih diambil berikutan paras air Sungai Sarawak yang meningkat susulan hujan berterusan sejak tengah malam tadi.Dalam pada itu, sebuah pusat pemindahan bagi menempatkan 10 mangsa tanah runtuh masih dibuka di Serian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72751", "title": "Wilayah Persekutuan haramkan Pokemon Go", "body": "\n\u2190 Back to list\nWilayah Persekutuan haramkan Pokemon Go\nAug 06, 2016\n\nPermainan siber, Pokemon Go dan Pokemon diisytiharkan haram di Wilayah Persekutuan.Mufti Wilayah Persekutuan berkata keputusan itu dibuat bersandarkan nas dan faktor maslahah serta kemudaratan yang boleh berlaku.Katanya, berdasarkan kes yang sudah berlaku, ia membawa kepada bahaya dari segi pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, kemalangan serta kelalaian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81099", "title": "Dua Pemimpin UMNO Mengaku Tidak Bersalah ", "body": "\n\u2190 Back to list\nDua Pemimpin UMNO Mengaku Tidak Bersalah \nJan 21, 2020\n\nDua pemimpin UMNO mengaku tidak\u00a0bersalah terhadap tuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah hari ini.Datuk Seri Ahmad Maslan dan Tan Sri Shahrir Abdul Samad didakwa gagal mengisytiharkan dana yang diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM3 juta.Ahmad Maslan hadapi tuduhan tambahan iaitu memberikan maklumat palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaKedua-dua mereka mengaku tidak\u00a0bersalah.Pemilik Suara Rakaman Audio Akan Didedahkan Dalam Waktu Terdekat\u00a0Pemilik suara rakaman audio yang didedahkan SPRM 8 Januari lalu dijangka diketahui selewat-lewatnya minggu depan.PDRM berkata siasatan sedang giat dijalankan bagi mengesahkan pemilik suara dalam rakaman audio berkenaan.9 klip audio itu didakwa kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada Datuk Seri Najib Razak, ketika beliau menjadi perdana menteri.Perbualan itu dipercayai babitkan Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan beberapa individu lain berkaitan siasatan terhadap 1MDB dan SRC International.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79933", "title": "Penjawat Awam Bakal Terima Bonus Aidilfitri ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenjawat Awam Bakal Terima Bonus Aidilfitri \nMay 16, 2019\n\nBerita baik untuk semua penjawat awam.Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad\u00a0beri jaminan akan beri bonus Aidilfitri kepada penjawat awam, dan jumlahnya akan diumumkan dalam waktu terdekat.Dalam pada itu, \u00a0penjawat awam Kedah pula bakal menerima bantuan khas Aidilfitri seribu ringgit yang akan diberikan hujung bulan ini.Datuk Seri Anwar Tidak Tahu Tarikh Sebenar Jadi PM ke 8.\u00a0Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan mengenai peralihan kuasa jawatan perdana menteri sedang berjalan dengan baik.\u00a0Presiden PKR itu bagaimanapun tidak menyatakan bila peralihan kuasa itu akan berlaku.Pada perutusan sempena genap setahun kerajaan PH baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad ulangi komitmennya bahawa Datuk Seri Anwar akan jadi PM ke-8.Tun M turut menyatakan beliau tidak akan campur tangan dalam pentadbiran negara selepas peralihan kuasa itu berlaku kelak.Penganggur Kena Penjara Tiga Tahun Lima Bulan\u00a0Di Besut, seorang penganggur dihukum penjara tiga tahun lima bulan kerana meniikam seorang imam di dalam masjid, Ahad lalu.Dia dipercayai berbuat demikian kerana berang tidurnya terganggu dengan bacaaan Al Quran oleh mangsa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72592", "title": "Syarikat Pembungkusan Minyak Masak Akan Dikenakan Tindakan Jika Gagal Sedia Bekalan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSyarikat Pembungkusan Minyak Masak Akan Dikenakan Tindakan Jika Gagal Sedia Bekalan\nNov 10, 2016\n\nSyarikat pembungkusan minyak masak berdepan tindakan lesen dibatalkan jika gagal sediakan bekalan minyak masak meskipun sudah menerima subsidi kerajaan.\u00a0Ujar KPDNKK, ini kerana bekalan minyak masak didapati mencukupi di kilang pemprosesan, namun pihak pembungkus gagal ambil bekalan mengikut jadual ditetapkan.Dalam perkembangan berkaitan, KPDNKK mengadakan operasi besar-besaran di seluruh negara hari ini, bagi pantau bekalan minyak masak dan ambil tindakan terhadap pihak yang menyoroknya.Di Pahang misalnya, seorang lelaki ditahan kerana dipercayai sembunyikan minyak masak bersubsidi di sebuah rumah kosong di bandar Jerantut.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71504", "title": "Terpulang mahu makan daging import atau tidak", "body": "\n\u2190 Back to list\nTerpulang mahu makan daging import atau tidak\nDec 30, 2020\n\nTerpulang mahu makan daging import atau tidakFoto - Malay MailTerpulang kepada umat Islam untuk membuat pilihan sama ada terus memakan daging import atau sebaliknya dan bergantung keyakinan masing-masing.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihak berwajib seperti JAKIM, KPDHEP dan mufti sudah memberikan kenyataan dan pandangan masing-masing.Namun katanya, sekiranya masih was-was, mereka perlu menghindarkan apa yang menjadi keraguan kepada apa yang tidak menjadi keraguan.-----Dua pengarah syarikat pembekal daging didakwaFoto - MalaysiaKiniDua pengarah syarikat pembekal daging didakwa di Mahkamah Sesyen Johohr Bahru atas dua pertuduhan menggunakan logo halal tanpa perakuan.Pasangan suami isteri itu yang juga pemilik Raihanah Cold Storage Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas kedua-dua kesalahan berkenaan.Mereka didakwa melakukan kedua kesalahan itu di premis syarikat di Taman Perniagaan Setia, Johor Bahru pada 1 Disember lalu.-----Individu ke Perlis perlu lapor diri ke Bilik Gerakan COVID-19Foto - InilahCaonIndividu dari zon merah yang pulang ke Perlis diminta agar segera menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 di Pejabat Kesihatan Kangar untuk pemakluman, deklarasi kesihatan serta penilaian risiko.Jabatan Kesihatan Negeri Perlis berkata, individu yang bergejala pula perlu segera ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapat rawatan, ujian COVID-19 dan diberikan arahan kuarantin.Selain itu, mereka yang tidak bergejala dinasihat menjalankan tanggungjawab sosial dengan menjalani kuarantin kendiri serta pematuhan SOP COVID-19.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73059", "title": "SPRM dijadual ambil keterangan Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM dijadual ambil keterangan Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa ini.\nMay 20, 2018\n\nSPRM dijadual ambil keterangan Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa ini.Ia sekaligus nafikan kenyataan peguam bekas Perdana Menteri itu, SPRM akan hadir ke rumah DS Najib untuk merakam percakapannya.Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, bekas pengerusi BN itu dikehendaki hadir bagi bantu siasatan pihaknya melibatkan kes SRC International Sdn Bhd.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81579", "title": "COVID-19 paksa jadual peperiksaan awam diubah", "body": "\n\u2190 Back to list\nCOVID-19 paksa jadual peperiksaan awam diubah\nApr 15, 2020\n\nCOVID-19 paksa jadual peperiksaan awam diubahFoto - Free Malaysia TodayKerajaan umumkan, peperiksaan UPSR dan PT3 dibatalkan manakala SPM dan SVM ditunda ke suku pertama 2021 selepas sesi persekolahan tahun ini terjejas ekoran pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.Tarikh peperiksaan STPM semester kedua pula ditunda ke bulan Ogos 2020, semester ketiga pada suku pertama 2021 manakala pepeperiksaan STAM juga akan diadakan pada suku pertama 2021.Takwim persekolahan pada tahun ini bagaimanapun kekal dan sebarang makluman mengenai perubahan takwim persekolahan akan diumumkan dari semasa ke semasa.-----PKP tunjuk kemajuan memberangsangkanFoto - mStarOnlinePelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menunjukkan kemajuan memberangsangkan apabila jumlah kes harian COVID-19 pulih dan dibenarkan keluar dari wad meningkat setiap hari.Menurut Kementerian Kesihatan, hari ini sahaja, jumlah kes pulih adalah sebanyak 169 berbanding 85 kes baru yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.Justeru katanya, semua pihak diseru memainkan peranan masing-masing dalam menangani penularan COVID-19 bagi memastikan rantaian jangkitannya dapat diputuskan.-----Melaka lanjut penangguhan aktiviti di masjid dan surauFoto - Tourism MelakaSelaras dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, semua aktiviti di masjid dan surau seluruh Melaka dilanjutkan hingga 28 April.Sehubungan itu Mufti Melaka berkata, tiada solat Jumaat pada 17 April manakala solat sunat tarawih juga tidak ditunaikan secara berjemaah di masjid dan surau.Sebarang keputusan berkaitan penangguhan itu selepas ini akan mengikut ketetapan diputuskan Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71855", "title": "Hukuman sebat dijalankan selepas pindaan undang-undang", "body": "\n\u2190 Back to list\nHukuman sebat dijalankan selepas pindaan undang-undang\nJul 13, 2017\n\nHukuman sebat di tempat umum di Kelantan hanya akan dilaksanakan selepas pindaan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 diwartakan.Malah, kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat khusus bagi membincangkan tempat-tempat strategik bagi menjalankan hukuman itu.Kerajaan Negeri Kelantan juga kekal dengan keputusan untuk laksanakan hukuman itu ke atas orang Islam sahaja.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71954", "title": "Beberapa pesawat TUDM sedia laksanakan misi kemanusiaan bantu pelarian Rohingya di Bangladesh.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBeberapa pesawat TUDM sedia laksanakan misi kemanusiaan bantu pelarian Rohingya di Bangladesh.\nSep 13, 2017\n\nTUDM sudah siap sedia dengan beberapa pesawat untuk laksanakan arahan misi kemanusian bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.Panglima TUDM berkata, pada masa ini sebuah pesawatnya diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk tugasan itu jika diminta kerajaan.Misi kemanusiaan pertama telah pun dilaksanakan Sabtu lalu, sejurus dilancarkan oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71767", "title": "3 lagi ditahan berkaitan kes rasuah aktiviti perlombongan bauksit secara haram", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 lagi ditahan berkaitan kes rasuah aktiviti perlombongan bauksit secara haram\nJan 10, 2016\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72173", "title": "Sabah, Sarawak dilanda banjir", "body": "\n\u2190 Back to list\nSabah, Sarawak dilanda banjir\nAug 15, 2017\n\n9 sekolah di Sebauh, Baram, Kanowit dan Limbang Sarawak terjejas dalam banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.Ada antara sekolah berkenaan dinaiki air setinggi 1.2 meter, manakala sebahagiannya terpaksa ditutup ekoran jalan dan jambatan menghubungkannya ditenggelami banjir.Di Sabah pula, 9 buah sekolah di Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang juga terjej\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72071", "title": "Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, MAVCOM buat laporan polis berhubung tuduhan CEO AirAsia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuruhanjaya Penerbangan Malaysia, MAVCOM buat laporan polis berhubung tuduhan CEO AirAsia.\nMay 15, 2018\n\nSuruhanjaya Penerbangan Malaysia, MAVCOM buat laporan polis berhubung tuduhan CEO AirAsia.Tan Sri Tony Fernandes mendakwa diarah untuk membatalkan 120 penerbangan tambahan AirAsia semasa tempoh PRU14.\u00a0Namun Mavcom berkata mereka tidak mengeluarkan arahan kepada mana-mana syarikat penerbangan untuk membatalkan sebarang penerbangan.\u00a0Tambah MAVCOM, pihaknya telah meluluskan kesemua 66 penerbangan tambahan yang dipohon oleh AirAsia pada 23 April lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79042", "title": "Tunggu laporan bedah siasat dahulu!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTunggu laporan bedah siasat dahulu!\nDec 20, 2018\n\nTunggu laporan bedah siasat!Foto - Astro AwaniPunca kematian Muhammad Adib akan diumumkan nanti.Timbalan Menteri Kesihatan berkata pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat anggota bomba yang cedera dalam insiden kekecohan di Subang Jaya bulan lalu.Dr Lee Boon Chye berkata demikian selepas seorang peguam dilapor mempersoal punca kematian Adib di laman sosial.Foto - Astro AwaniDalam perkembangan berkaitan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan\u00a0melantik pegawai psikologi untuk memberikan sokongan moral kepada keluarga Muhammad Adib terutamanya ibu Allahyarham.Menurutnya, ia bagi memastikan emosi mereka stabil sekaligus dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini.---Tun M belum buat keputusan berhubung P Waytha Moorthy.Foto - Astro AwaniPerdana Menteri masih belum putuskan sama ada P Waytha Moorthy perlu meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti yang digesa sesetengah pihak!Pihak-pihak terbabit mendakwa\u00a0Waytha Moorthy gagal mengendurkan isu ketegangan kaum berhubung rusuhan di sebuah kuil bulan lalu.Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan sama ada ingin mengekalkan Waytha Moorthy atau tidak adalah hak beliau sebagai Perdana Menteri.Pada masa sama Tun M akui berpuas hati dengan prestasi Menteri Perpaduan itu setakat ini.---Murid tahap satu tiada peperiksaan mulai 2019!Foto - Astro AwaniTiada lagi peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun untuk murid tahap satu!Ia bermakna bermula bulan depan, murid tahun 1 hingga 3 akan nikmati keadah pembelajaran secara didik hibur yang bertujuan galak dan asah potensi diri.Ia juga membolehkan ibu bapa mengetahui kekuatan dan kelemahan anak-anak seterusnya menentukan bentuk sokongan yang boleh diberikan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72816", "title": "MH370 : Kenyataan Oleh Kementerian Pengangkutan", "body": "\n\u2190 Back to list\nMH370 : Kenyataan Oleh Kementerian Pengangkutan\nMar 24, 2016\n\nJelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ini kerana kedua-dua bahagian itu konsisten dengan panel pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines.Menurut beliau lagi, pemeriksaan dan analisis dijalankan oleh pakar-pakar antarabangsa, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dan Boeing.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=117719", "title": "Suami Boleh Teman Isteri Bersalin Mulai Isnin Depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuami Boleh Teman Isteri Bersalin Mulai Isnin Depan.\nOct 01, 2021\n\n\nSuami Boleh Teman Isteri Bersalin Mulai Isnin Depan.\nBermula Isnin depan, suami atau ahli keluarga terdekat boleh menemani ibu yang mahu bersalin di hospital.\nMenurut Kementerian Kesihatan, antara syaratnya, suami atau ahli keluarga sudah lengkap divaksin dan perlu jalani ujian pengesanan COVID-19.\nPematuhan SOP perlu dititikberatkan sepanjang proses menemani ibu bersalin kerana mereka adalah golongan berisiko tinggi yang perlu sentiasa dilindungi.\n\u00a0\nSekolah di Lembah Klang dan Melaka kekal dibuka 4 Oktober.\nSyarat pengoperasian sekolah bagi negeri yang beralih fasa PPN hanya akan dilaksanakan 2 minggu selepas peralihan fasa berlaku.\nMenurut Kementerian Pendidikan, ini bermakna walaupun Lembah Klang dan Melaka beralih ke fasa 3 PPN hari ini, sesi persekolahan bersemuka bermula Isnin depan akan tetap mengikut syarat pengoperasian Fasa 2.\nDi bawah Fasa 2, antara yang terlibat adalah murid berkeperluan khas, pelajar semester dua Tingkatan 6 dan murid kelas peperiksaan antarabangsa.\nSyarat pengoperasian sekolah fasa 3 di Lembah Klang dan Melaka hanya akan diguna pakai bermula 18 Oktober ini.\n\u00a0\nTidur lewat dan tidak sarapan antara punca pelajar pitam di PPV.\nKejadian seorang remaja lelaki hampir pitam di sebuah PPV di Melaka yang videonya viral ketika ini, bukan disebabkan kesan sampingan vaksin Covid-19.\nSebaliknya, jelas Exco Kesihatan negeri, pelajar itu alami pening kerana tidur lewat dan tidak bersarapan sebelum mengambil suntikan vaksin.\nRemaja itu katanya kembali stabil setelah diberikan makanan.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81080", "title": "Hasil Kajian Ganti Hukuman Mati Akan Dibentang ", "body": "\n\u2190 Back to list\nHasil Kajian Ganti Hukuman Mati Akan Dibentang \nJan 16, 2020\n\nHasil Kajian Ganti Hukuman Mati Dibentang Tak Lama LagiHasil kajian jawatankuasa khas yang kaji hukuman gantian untuk hukuman mati mandatori akan dibentangkan kepada Kabinat pada suku pertama tahun ini.Menurut jawatankuasa itu, pandangan semua pihak termasuk agamawan Islam dan bukan Islam, banduan akhir serta keluarga mangsa diambil kira.Pihaknya turut menjelaskan, pemansuhan hukuman mati mandatori tidak bermaksud hukuman mati dimansuhkan sepenuhnya di Malaysia.Sebaliknya, ia\u00a0masih wujud dan boleh dijatuhkan jika mahkamah berpandangan hukuman tersebut wajar berdasarkan fakta dalam sesebuah kes.Jawi Warisan Negara Sama Seperti Kaligrafi Cina & Tulisan TamilPertubuhan pendidikan Cina setuju pembelajaran tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu di SJK bukan bertujuan mengislamkan murid bukan Islam.\u00a0Mereka juga terima Jawi sebagai sebahagian warisan budaya negara yang perlu dihormati semua pihak sama seperti kaligrafi Cina, tulisan Tamil dan etnik lain.Jabatan Perdana Menteri berkata, perkara itu disepakati hasil pertemuan dengan 12 pertubuhan berkaitan.KPM Kaji Pelaksanaan Dasar Kasut HitamKementerian Pendidikan\u00a0buat kajian semula pelaksanaan peraturan pemakaian kasut dan stoking hitam.Namun KPM jelaskan, ia sekadar kajian pelaksanaan, bukannya bertujuan membatalkan dasar itu.Peraturan berkenaan diperkenalkan tahun lalu dan dikuatkuasakan secara beransur-ansur sebelum penguatkuasaan penuh tahun depan.Kes Influenza Babit Murid Sekolah Naik3 negeri catat peningkatan kes influenza melibatkan murid sekolah.Negeri terlibat ialah Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan babit jumlah keseluruhan lebih 220 murid.Susulan itu, sebuah sekolah di Perak dan 2 kelas di sebuah sekolah di Pulau Pinang ditutup sementara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72199", "title": "TUDM temui serpihan nahas di Chukai Terengganu", "body": "\n\u2190 Back to list\nTUDM temui serpihan nahas di Chukai Terengganu\nJun 19, 2017\n\n2 kerusi anjal dan beberapa serpihan pesawat TUDM antara penemuan terbaru dalam operasi berhampiran Kampung Yak Yah, Chukai, Terengganu.Markas Tentera Udara \u00a0berkata, operasi mencari serpihan pesawat Hawk 108 itu diteruskan dalam usaha melengkapkan siasatan punca ia terhempas Khamis lepas.\u00a0TUDM juga nafi pesawat terbabit bermasalah kerana ia sudah jalani proses penerbangan pemeriksaan selepas disenggara dua hari sebelum nahas.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=102814", "title": "Jumlah Pendaftaran Masih Rendah", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah Pendaftaran Masih Rendah\nApr 04, 2021\n\nPM Bimbang\nPerdana Menteri bimbang dengan jumlah pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.\nTan Sri Muhyiddin Yassin merasakan angkanya masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah rakyat yang wajar mendapat suntikan vaksin COVID-19.\nSelepas hampir 2 bulan ia dilaksanakan, daripada 26.7 juta pengguna MySejahtera baru 7.7 juta mendaftar sebagai penerima vaksin berkenaan.\nTegas Tan Sri Muhyiddin, imunisasi itu sangat penting kerana hampir semua sektor ekonomi sudah dibuka semula.\n\u00a0\nJangan Leka - KKM\nKadar kebolehjangkitan COVID-19 berdasarkan kes seharian semalam terus meningkat iaitu 1.02.\nPerak mencatatkan kadar tertinggi iaitu 1.61 dan negeri itu juga merekodkan kes harian paling tinggi.\n494 kes dicatatkan di negeri tersebut semalam diikuti Selangor (352) dan Sarawak (290).\n3 negeri itu mencatatkan 2 pertiga daripada kes keseluruhan harian semalam yang berjumlah 1,638.\nJusteru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa semua pihak kekal mematuhi SOP untuk elak kes terus meningkat.\n\u00a0\nNahas Bas Ekspres\nSebuah bas ekspres terbabas lalu terbalik di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Terowong Menora, Perak.\n14 orang cedera termasuk pemandu bas dan mereka berusia antara 14 hingga 59 tahun.\nBerdasarkan siasatan awal, nahas itu disebabkan pemandu bas berkenaan terlelap atau \u2018microsleep\u2019.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72372", "title": "TPM memberi bayangan, PRU14 mungkin akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 16 Februari depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTPM memberi bayangan, PRU14 mungkin akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 16 Februari depan.\nNov 27, 2017\n\nTPM memberi bayangan, PRU14 mungkin akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 16 Februari depan.Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan demikian, susulan ramalan oleh penganalisis politik sebelum ini yang mengatakan PRU mungkin diadakan pada Mac atau April depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72382", "title": "Pemilik restoran dan seorang pekerjanya cedera ditembak lelaki berjubah gelap di depan premisnya di Kota Bharu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPemilik restoran dan seorang pekerjanya cedera ditembak lelaki berjubah gelap di depan premisnya di Kota Bharu.\nMar 18, 2018\n\nPemilik restoran dan seorang pekerjanya cedera ditembak lelaki berjubah gelap di depan premisnya di Kota Bharu.Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital oleh pelanggan restoran berkenaan, dan keadaan mereka kini dilaporkan stabil.Belum ada tangkapan dibuat dan Polis Kelantan masih menyiasat motif serangan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73083", "title": "Masyarakat perlu sedar bahawa Sindrom Down bukanlah suatu penyakit.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMasyarakat perlu sedar bahawa Sindrom Down bukanlah suatu penyakit.\nMar 21, 2018\n\nMasyarakat perlu sedar bahawa Sindrom Down bukanlah suatu penyakit.Ianya adalah\u00a0keadaan pada seorang kanak-kanak\u00a0berpunca daripada masalah pada unit genetik asas yang mengandungi maklumat asas pembentukan manusia.Pengarah Eksekutif Yayasan Kiwanis Sindrom Down, Angie Heng berkata, kesedaran itu perlu dipupuk agar ianya tidak disalah tafsir.Hari ini adalah Hari Sindrom Down Sedunia\u00a0dengan tema #WhatIBringToMyCommunity.Tonton video penuh di facebook rasmi Astro Radio News.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72785", "title": "Penjenayah Cedera Lolos : Polis Minta Bantuan Klinik dan Hospital", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenjenayah Cedera Lolos : Polis Minta Bantuan Klinik dan Hospital\nMay 29, 2016\n\nKlinik dan hospital terutama di Selangor diminta hubungi pihak polis jika didatangi lelaki warga asing yang mahu dapatkan rawatan akibat cedera ditembak.Ujar polis Selangor, lelaki tersebut mungkin suspek kes samun yang diburu polis selepas 4 rakannya mati ditembak dalam kejadian Kajang, Khamis lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71269", "title": "Darurat di Batu Sapi Keputusan Terbaik", "body": "\n\u2190 Back to list\nDarurat di Batu Sapi Keputusan Terbaik\nNov 19, 2020\n\nDarurat di Batu Sapi Keputusan TerbaikKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sambut baik pengisytiharan darurat di Batu Sapi, Sabah.Malah ujar Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sejak awal lagi pihaknya mengesyorkan untuk elak sebarang pilihan raya ketika ini.Semalam, Yang di-Pertuan Agong,\u00a0Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Batu Sapi.la bertujuan menghalang Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu diadakan sebagai langkah proaktif membendung penularan COVID-19.Baginda memperkenankan darurat di Batu Sapi setelah mengambil iktibar dan pengalaman daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang mencetuskan gelombang ke-3 COVID-19 di negara ini.\u00a0Waspada Banjir KilatKejadian ribut petir dan hujan lebat yang lebih menyeluruh pada waktu petang dan awal pagi di beberapa kawasan diramal berterusan sehingga hujung bulan depan.Menurut Jabatan Meterologi, antara kawasan terjejas ialah negeri-negeri di pantai barat semenanjung juga Sabah dan Sarawak.Fenomena itu merupakan sebahagian daripada fasa pertama Monsun Timur Laut dan boleh menyebabkan banjir kilat.Batu Nisan Dinasti Qing Dijumpai di Perkarangan Rumah Bekas MB9 batu nisan bertulisan Cina kuno dipercayai daripada Dinasti Qing dijumpai di perkarangan rumah bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Muhamad Jusoh di Pekan.Menurut muzium negeri, penemuan itu dipercayai membuktikan Pahang pernah jadi laluan perdagangan utama pada masa dulu.*foto: Lobak Merah\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72865", "title": "Ameng Spring Bebas Dari Penjara ", "body": "\n\u2190 Back to list\nAmeng Spring Bebas Dari Penjara \nJun 14, 2016\n\nAmeng dikenakan hukuman penjara 8 tahun pada 2011 atas kesalahan dadah, namun tempohnya dipendekkan kepada 5 tahun kerana berkelakuan baik.Vokalis Spring itu turut luah rasa sebak dengan kasih sayang dan kesetiaan isteri dan anaknya yang sentiasa memberi peluang dan tidak meninggalkannya.Dia turut memaklumkan, akan menjalani ibadah puasa dan berhari raya bersama keluarganya di Melaka.*foto Berita Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73066", "title": "Siasatan dalaman telah digerakkan berhubung salah guna kuasa memproses permohonan pertukaran guru.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSiasatan dalaman telah digerakkan berhubung salah guna kuasa memproses permohonan pertukaran guru.\nJun 04, 2018\n\nPegawai yang salah guna kuasa dalam memproses permohonan pertukaran guru bakal berdepan tindakan tegas.Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata satu siasatan dalaman telah digerakkan bagi meneliti isu tersebut.Terdahulu, satu laporan polis dibuat oleh pegawai kanan kementerian terhadap pemilik akaun Facebook yang dikatakan viralkan kes tersebut.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72391", "title": "Majlis Belia Malaysia harap kerajaan serius tangani maslaah kos sara hidup.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMajlis Belia Malaysia harap kerajaan serius tangani maslaah kos sara hidup.\nOct 26, 2018\n\nKos sara hidup golongan muda perlu ditangani kerajaan.Foto - Astro AwaniMajlis Belia Malaysia berharap kerajaan serius menangani masalah kos sara hidup membabitkan golongan muda menjelang pembentangan Bajet 2019 minggu depan.Presiden MBM Jufitri Joha berkata, yang kedua pihaknya mahu kerajaan menyemak semula kadar ujrah pinjaman PTPTN yang dianggap membebankan.Pembentangan Bajet 2019 akan diadakan pada 2 November ini.---2 darjah kebesaran bekas Perdana Menteri dan isteri ditarik balik Istana N. Sembilan!Foto - Astro AwaniIstana Negeri Sembilan tarik balik dua darjah kebesaran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, berkuat kuasa serta-merta.Ia melibatkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan yang dianugerah kepada Najib pada tahun 2005 dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja\u2019afar Yang Amat Terpuji kepada Rosmah pada tahun 2006.Mesyuarat Khas hari ini memutuskan demikian, bagi menjaga kebesaran dan kehormatan institusi Diraja di Negeri Sembilan.---Pakar jantung akan ditambahFoto - Astro AwaniKementerian Kesihatan akan tambah bilangan pakar dalam penjagaan kesihatan jantung untuk pastikan perkhidmatan terbaik.Menurutnya, pertambahan ini juga perlu dibuat ekoran jumlah pesakit jantung yang semakin meningkat.KKM memerlukan sehingga 150 pakar, berbanding hanya terdapat 40 pakar kardiologi di hospital kerajaan seluruh negara setakat ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78898", "title": "Tiada Kertas Soalan SPM Bocor!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Kertas Soalan SPM Bocor!\nNov 17, 2018\n\nKementerian Pendidikan sahkan tiada kebocoran soalan dan jawapan Matematik Kertas 1, SPM berlaku seperti tersebar di media sosial.Pihaknya telah berhubung dengan seorang guru dari sebuah sekolah di Sabah mengenai perkara itu.Menurut guru terbabit, jawapan yang dimuat naik di Instagram adalah jawapan yang dibuat selepas peperiksaan untuk dikongsikan bersama pelajarnya.\u00a0Syarikat Telco Digesa Bantu Kempen MembacaKerajaan akan memastikan semua syarikat telekomunikasi tempatan dapat menaja kempen membaca kebangsaan.Menurut Kementerian Pendidikan, syarikat telco menikmati keuntungan cukup tinggi dan seharusnya memberi sokongan terhadap kempen itu.Tambahnya, kempen itu perlu dilaksanakan agar masyarakat tidak terlalu bergantung dengan membaca di laman sosial.\u00a0Kes 1MDB Dijangka Selesai Dalam Masa Dua Bulan Lagi!PDRM berkata siasatan berhubung skandal 1MDB dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua bulan lagi.Pihaknya sedang siapkan kertas siasatan dengan mengumpul semua keterangan dalam satu fail siasatan dan akan serahkan kepada Pejabat Peguam Negara.\u00a0Tambahnya, beberapa lagi individu\u00a0terlibat akan dipanggil untuk direkodkan keterangan yang dipercayai ada kaitan dengan kes 1MDB.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=100423", "title": "Hampir 3 Juta Tampil Sukarela", "body": "\n\u2190 Back to list\nHampir 3 Juta Tampil Sukarela\nMar 07, 2021\n\nHampir 3 Juta Tampil Sukarela\n\r\nHampir 3 juta sudah mendaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.\nSelain melalui aplikasi MySejahtara, cara mendaftar juga sudah diperluaskan.\nAntaranya boleh mendaftar menerusi laman web yang atau panggilan telefon ke talian khas.\nSetakat ini juga hampir 130,000 orang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 di seluruh negara.\nSarawak masih mendahului dari segi jumlah penerimanya diikuti Pahang, Selangor, Kelantan dan KL.\nSementara itu kerajaan belum ada rancangan membenarkan sektor swasta membeli vaksin COVID-19.\nJelas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, ini kerana bekalanya di seluruh dunia masih terhad.\nKerajaan juga perlu mengawal pembelian agar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjaya.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nPolis Siasat Kes Gaduh di Gelanggang Futsal\nPolis sedang mengesan beberapa individu berkaitan insiden pergaduhan di gelanggang futsal di Subang.\nMenurut Polis Selangor, ia melibatkan 2 kumpulan dan dikatakan akibat terjahan kasar semasa satu perlawanan persahabatan.\nVideo pergaduhan itu juga kini viral di laman sosial dan dilapor turut melibatkan selebriti YouTube.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\nLagi Pakej Bantuan\nKerajaan bakal mengumumkan pakej bantuan baru bagi membantu individu dan syarikat yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19.\nUjar Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bantuan itu memberikan tumpuan lebih kepada kumpulan paling terjejas seperti sektor pelancongan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72125", "title": "Belum masa gaji penjawat awam dinaikkan - PM", "body": "\n\u2190 Back to list\nBelum masa gaji penjawat awam dinaikkan - PM\nAug 11, 2018\n\nTun Dr Mahathir Mohamad berkata masih belum tiba masanya untuk kerajaan menaikkan gaji penjawat awam di negara ini.Menurut Perdana Menteri, faktor kewangan antara kekangan utama berikutan kakitangan awam kini berjumlah 1.6 juta orang.Sementara itu katanya, pelaksanaan gaji minimum juga perlu dibuat secara berperingkat.Ini berikutan kerajaan mahu produktiviti turut meningkat selain tidak mahu kenaikan gaji yang dibuat menyebabkan kos sara hidup turut menjadi tinggi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73042", "title": "Tun Dr Mahathir Mohamed berjanji akan siasat dakwaan berlakunya politik wang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun Dr Mahathir Mohamed berjanji akan siasat dakwaan berlakunya politik wang.\nMay 11, 2018\n\nTun Dr Mahathir Mohamed berjanji akan siasat secara terperinci dakwaan berlakunya politik wang sebelum, semasa dan selepas pilihanraya.Dalam pada itu, Perdana Menteri turut umumkan 10 kementerian terawal di bawah kabinet baru, namun nama menteri terbabit\u00a0 dijangka diumumkan esok.Tun M telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 di Istana Negara malam tadi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72059", "title": "Kerajaan sasar 95 peratus liputan jalur lebar di seluruh negara dicapai menjelang tahun 2020.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan sasar 95 peratus liputan jalur lebar di seluruh negara dicapai menjelang tahun 2020.\nApr 15, 2018\n\nKerajaan sasar 95 peratus liputan jalur lebar di seluruh negara dicapai menjelang tahun 2020 termasuk di kawasan luar bandar.Jelasnya, setakat ini lebih 400 ibu sawat jalur lebar telah di naik taraf bagi menyediakaan perkhidmatan internet dengan kelajuan 20 mega bit sesaat.Sementara itu, hampir 1,700 menara telekomunikasi baru telah siap di bina bagi tingkatkan capaian internet 3G dan 4G.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72247", "title": "Usir Duta Korea Utara bukan langkah terburu-buru", "body": "\n\u2190 Back to list\nUsir Duta Korea Utara bukan langkah terburu-buru\nMar 06, 2017\n\nWisma Putra jelaskan, keputusan usir Duta Korea Utara tidak dilakukan secara terburu-buru, sebaliknya secara profesional berlandaskan undang-undang.Langkah itu susulan kenyataan-kenyataan duta berkenaan berhubung kes bunuh berkenaan yang menjejaskan hubungan diplomatik KL-Pyongyang.Keputusan itu juga dibuat berdasarkan profesionalisme mengikut Konvensyen Vienna mengenai soal hubungan diplomasi antara negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94612", "title": "46 Negara Sudah Beri Vaksin COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\n46 Negara Sudah Beri Vaksin COVID-19\nJan 14, 2021\n\n46 Negara Sudah Beri Vaksin COVID-1946 negara sudah memberikan vaksin COVID-19 kepada penduduknya.Menurut WHO, majoritinya adalah negara kaya iaitu 38 buah.Ia juga melibatkan 5 vaksin berbeza dan jumlahnya ialah 28 juta.Sejak dikesan di China Disember 2019, COVID-19 sudah menjangkiti hampir 100 juta orang di seluruh dunia.Virus itu juga mengakibatkan hampir 2 juta maut.*foto: AWANI (sekadar hiasan)Lengkung Dijangka Landai MeiLengkungan kes COVID-19 di negara ini dijangka dapat dilandaikan Mei nanti.Ketua Pengarah Kesihatan juga memaklumkan, tempoh 4 minggu diperlukan dari sekarang untuk mengurangkan kes.Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah lagi, kejayaan melandaikan lengkungan kes COVID-19 bergantung kepada tahap kepatuhan terhadap SOP sepanjang PKP ini.Beliau turut memaklumkan semalam Malaysia merekodkan 2,985 kes baru COVID-19.Angkanya turun sedikit berbanding lebih 3,000 kes kelmarin.Negeri-negeri yang dikenakan PKP mencatatkan kes tertinggi iaitu Selangor 837 kes, Johor 535 dan Sabah 450.KPM Sedia Aplikasi Buku Teks PercumaMurid dan ibu bapa kini boleh mengakses aplikasi buku teks percuma digelar 'KPM eTextbook Reader'.Ia sekali gus memudahkan murid yang akan memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi dalam tempoh PKP ini.Capaian internet tidak diperlukan setelah aplikasi dimuat turun dan ia juga menjadi penyelesai isu beg sekolah berat.Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan minta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempertimbangkan semula tarikh permulaan sesi persekolahan 20 Januari ini bagi kawasan yang dikenakan PKPB.Ujar Datuk Seri Aminuddin Harun, pihaknya berpendapat sesi persekolahan wajar bermula selepas selesai PKPB iaitu pada 26 Januari atau awal Februari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72955", "title": "Lebih 62,000 etnik Rohingya di Malaysia setakat ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 62,000 etnik Rohingya di Malaysia setakat ini\nNov 13, 2017\n\nJPM berkata, terdapat lebih 62 ribu etnik Rohingya yang berdaftar dengan UNHCR di negara ini setakat 30 September lalu.Daripada jumlah itu, hampir 54 ribu adalah pelarian manakala kira-kira 8 ribu lagi adalah pemohon suaka.Malah katanya, tiada sebarang rekod keganasan atau pelampau dikesan membabitkan etnik Rohingya di negara ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72990", "title": "Polis tahan penjaga pusat rawatan kesihatan selepas dipercayai dera remaja perempuan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis tahan penjaga pusat rawatan kesihatan selepas dipercayai dera remaja perempuan\nDec 26, 2017\n\nPolis tahan seorang penjaga pusat rawatan kesihatan di Kajang selepas dipercayai dera remaja perempuan berusia 13 tahun.Mangsa yang juga pekerja di pusat rawatan tersebut, alami kesan lecur di dada, mulut dan tangan akibat dipukul dengan senduk panas.Polis turut jalankan siasatan selepas mangsa mendakwa dirogol oleh pelanggan di Sri Petaling.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73274", "title": "Kerajaan mahu perkenal undang-undang yang mampu banteras berita palsu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan mahu perkenal undang-undang yang mampu banteras berita palsu.\nJan 29, 2018\n\nMalaysia mahu ikut jejak langkah Perancis perkenal undang-undang yang mampu banteras berita palsu.Ujar PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, penyebaran berita palsu menjadi perhatian lebih-lebih lagi menjelang PRU14 tahun ini.Tegas Datuk Seri Najib Tun Razak, kebebasan di internet perlu ada batasnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=104806", "title": "Pelajar Asrama dan Kolej Vokasional di Kawasan PKPD Tak Boleh Balik Kampung.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelajar Asrama dan Kolej Vokasional di Kawasan PKPD Tak Boleh Balik Kampung.\nApr 30, 2021\n\nPelajar asrama sekolah dan Kolej Vokasional (KV) yang berada di kawasan PKPD tidak dibenarkan pulang ke rumah sempena cuti Aidilfitri.\nMenurut Majlis Keselamatan\u00a0 Negara (MKN), Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi sektor pendidikan untuk PKPD menetapkan tiada individu dari sekolah dan KV dibenarkan keluar atau masuk ke kawasan terbabit.\n\nTetamu dan pelawat luar juga tidak dibenarkan masuk dalam tempoh PKPD di kawasan tersebut.\nBagaimanapun bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, pergerakan diizinkan dengan kebenaran pihak berkuasa.\n\u00a0\nPenuntut IPT yang pulang ke Kelantan perlu kuarantin 6 hari.\nPenuntut IPT yang akan pulang beraya ke kawasan PKP di Kelantan perlu menjalani pengasingan kendiri di kediaman masing-masing selama 6 hari.\nMenurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), siswa juga perlu menjalani proses pengasingan di kampus sekembalinya dari kawasan yang dikenakan penguatkuasaan PKP.\nSiswa yang memasuki Sabah pula diwajibkan menjalani ujian calitan COVID-19 dalam tempoh 3 hari sebelum memulakan pergerakan ke negeri itu.\n\u00a0\nUndi18 akan dilaksanakan dalam masa terdekat.\nKerajaan komited untuk laksanakan Undi18 dalam masa terdekat menjelang PRU15.\nMenteri di Jabatan perdana Menteri bagi Parlimen dan Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata perkara itu telah dibincang dan disahkan dalam Mesyuarat Kabinet.\nSPR katanya akan ambil langkah segera untuk selesaikan perkara berkaitan peruntukan undang-undang tertentu dan teknikal.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73293", "title": "Kementerian Kewangan akan ambil tindakan jika harga petrol dan diesel melebihi RM 2.50 seliter selama 3 bulan berturut-turut.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Kewangan akan ambil tindakan jika harga petrol dan diesel melebihi RM 2.50 seliter selama 3 bulan berturut-turut.\nNov 21, 2017\n\nKementerian Kewangan akan ambil tindakan jika harga petrol dan diesel melebihi 2 ringgit 50 sen seliter selama 3 bulan berturut-turut.Ia bagi membantu mengurangkan beban rakyat yang terkena tempias kenaikan harga minyak.Terkini harga mingguan Petrol RON 95 berada pada paras 2 ringgit 38 seliter, RON 97 2 ringgit 66 sen, manakala diesel 2 ringgit 25 sen seliter.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72396", "title": "Biarpun telah korbankan sekurang-kurangnya 8 nyawa, projek jalan berkembar diteruskan!", "body": "\n\u2190 Back to list\nBiarpun telah korbankan sekurang-kurangnya 8 nyawa, projek jalan berkembar diteruskan!\nOct 22, 2018\n\nProjek jalan raya berkembar di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang diteruskan!Foto - Astro AwaniProjek pembinaan jalan raya berkembar di Jalan Paya Terubong Pulau Pinang tetap akan diteruskan meskipun meragut sekurang-kurangnya 8 nyawa setakat ini.Majlis Bandaraya Pulau Pinang berkata, keputusan itu berikutan pembinaan jajaran tersebut bukan projek baru, sebaliknya telah lama ditetapkan.MBPP bagaimanapun kesal kerana kontraktor dan perunding projek yang tidak mengalihkan aliran air sungai di kawasan itu, malah bertindak menutupnya.Penutupan aliran satu anak sungai di kawasan cerun dipercayai punca utama kejadian tanah runtuh berkenaan.Sementara itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan tubuhkan jawatankuasa siasatan khas untuk menyiasat punca sebenar kejadian.---Kerajaan Johor dijangka bina rumah mampu milik kategori baruFoto - Astro AwaniJohor akan perkenal kategori baru rumah mampu milik berharga 250 ribu ringgit bagi golongan pertengahan, yang dijangka dibina menjelang penghujung tahun ini.Mereka yang dikenalpasti itu dianggar memiliki pendapatan antara 8 hingga 12 ribu ringgit.Kediaman itu dijangka melibatkan 7 peratus daripada keseluruhan 100 ribu unit baru yang akan dibina oleh kerajaan\u00a0 negeri menjelang tahun 2023.---Kerajaan boleh tebus 10 bilion jika projek Laluan Rel Pantai Timur dibatalkan!Foto - Astro AwaniKerajaan boleh tebus balik bayaran pendahuluan 10 bilion ringgit yang dibayar kepada kontraktor China jika projek infrastruktur Laluan Rel Pantai Timur dibatalkan.Kementerian Kewangan berkata setakat 15 Februari lalu, Malaysia Rail Link\u00a0 selaku pemilik projek telah membayar hampir 20 bilion ringgit kepada kontraktor utama projek itu.\u00a0Jumlah tersebut merangkumi bayaran pendahuluan 10 bilion dan pembayaran kemajuan 9.67 bilion ringgit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72828", "title": "Kes Seleweng Dana KBS : Kontraktor dibebas Dengan Ikat Jamin", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Seleweng Dana KBS : Kontraktor dibebas Dengan Ikat Jamin\nApr 01, 2016\n\nMenurut SPRM, lelaki berusia 34 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM10 ribu dan seorang penjamin selepas siasatan terhadapnya lengkap.Lelaki tersebut merupakan individu terakhir yang dibebaskan daripada 10 individu yang direman berhubung kes berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=123218", "title": "Bantuan Tambahan Buat Mangsa Banjir.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBantuan Tambahan Buat Mangsa Banjir.\nDec 23, 2021\n\n\nBantuan Tambahan Buat Mangsa Banjir.\nPerdana Menteri umum bantuan tambahan bagi meringankan beban mangsa banjir di seluruh negara.\nAntaranya mereka yang terjejas ditawarkan moratorium pinjaman sehingga 6 bulan.\nMereka juga layak mohon pembiayaan Kewangan Peribadi tanpa faedah sehingga RM5,000 oleh BSN.\nIa merupakan tambahan kepada Bantuan Wang Ihsan RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah yang diumumkan sebelum ini.\n\u00a0\nBekalan elektrik akan disambung segera setelah banjir surut.\nPerdana Menteri memberi jaminan bekalan elektrik di kawasan banjir akan disambung secepat mungkin apabila air mulai surut.\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi Twitternya berkata TNB terpaksa memutuskan bekalan elektrik buat sementara waktu, bagi elak kejadian tidak diingini seperti litar pintas.\nBeliau juga telah mengarahkan semua agensi terlibat dalam bencana banjir supaya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.\n\u00a0\nMangsa banjir yang enggan pindah mungkin dikeluarkan jika cuaca kembali buruk.\nPolis Shah Alam akan membawa keluar kesemua mangsa banjir yang enggan berpindah jika cuaca kembali buruk.\nBuat masa ini, mereka masih dibenarkan untuk terus berada di kediaman mereka dalam keadaan berjaga-jaga.\nSetakat ini, lebih 4,000 mangsa banjir telah dihantar ke pusat pemindahan sementara dan ada yang memilih untuk terus kekal di rumah.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72232", "title": "Keluarga dua rakyat Malaysia yang ditahan akan ke Jakarta", "body": "\n\u2190 Back to list\nKeluarga dua rakyat Malaysia yang ditahan akan ke Jakarta\nApr 11, 2017\n\nKeluarga 2 rakyat Malaysia yang ditahan di Indonesia akan berlepas ke negara tersebut hari ini bagi dapatkan kepastian berhubung penahanan mereka.2 lelaki itu sebelum ini dilaporkan hilang sejak tiba di Jakarta 30 Mac lalu.Selepas hampir dua minggu gagal dikesan, pihak berkuasa Jakarta sahkan mereka ditahan di lokap kerana didakwa memiliki dadah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70634", "title": "Kerajaan Kedah Salur Bekalan Makanan Untuk Kawasan PKPD", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Kedah Salur Bekalan Makanan Untuk Kawasan PKPD\nAug 06, 2020\n\nKerajaan Kedah Salur Bekalan Makanan Untuk Kawasan PKPDKerajaan Kedah akan salur bekalan makanan kepada penduduk di kawasan yang dikenakan PKPD ekoran Kluster Sivagangga.Ketika ini JKM sedang mendapatkan butiran dan maklumat kira-kira 2,000 keluarga yang terlibat, agar bantuan dapat disalurkan secepat mungkin.4 mukim yang dikenakan PKPD di Kedah sehingga 30 Ogos ini terletak di Padang Terap dan Kubang Pasu.Dalam perkembangan berkaitan, Bomba Kedah sudah melakukan sanitasi ke atas restoran yang dikaitkan dengan Kluster Sivagangga di Napoh.Sanitasi juga dilakukan di semua premis yang terletak berhampiran restoran itu termasuk kedai runcit, kedai aksesori telefon bimbit dan motel.Individu Tak Pakai Pelitup Muka Dalam Kenderaan Persendirian Tak DisamanTiada saman dikenakan kepada individu yang tidak pakai pelitup muka dalam kenderaan persendirian sejak 1 Ogos lalu.Namun PDRM beritahu Malay Mail, individu yang dapati mereka telah disaman akibat kesalahan itu diminta hadir ke balai polis berdekatan bagi pengesahan.Minggu lalu kerajaan umum orang ramai yang disaman kerana tak pakai pelitup muka dalam kenderaan persendirian boleh tuntut semula bayaran.Sementara itu, harga siling pelitup\u00a0muka\u00a0yang diturunkan kepada RM1.20 daripada RM1.50 mulai 15 Ogos ini, mungkin boleh diturunkan lagi.Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, ia boleh terjadi jika bekalan berterusan dan stabil.Kos Umrah Mungkin NaikMenteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak menolak kemungkinan kos tunai umrah akan meningkat ekoran COVID-19.Jelas beliau, ia boleh berlaku kerana banyak faktor antaranya pengurusan jemaah, perubahan peraturan dan kos pembersihan.Namun ujar Datuk Seri Dr Zulkifli, keputusan membenarkan jemaah Malaysia tunai ibadat itu tetap bergantung kepada situasi semasa pandemik.Sebelum ini Arab Saudi menjangkakan dapat membenarkan jemaah luar melaksanakan ibadat itu mulai September atau Oktober nanti.Angka Korban Tragedi Letupan Beirut Terus MeningkatBilangan korban tragedi letupan di pelabuhan di Beirut, Lubnan kini menghampiri 140 orang.Manakala kira-kira 5,000 mangsa cedera dan sehingga 250,000 penduduk kini hilang tempat tinggal akibat kediaman musnah.Beirut juga kini diletakkan dalam perintah darurat selama 2 minggu.\u00a0*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71721", "title": "Jumlah Mangsa Banjir di Selatan Tanah Air Meningkat", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah Mangsa Banjir di Selatan Tanah Air Meningkat\nFeb 07, 2016\n\nLebih 2,000 penduduk di selatan tanah air berlindung di pusat pemindahan pagi ini akibat banjir, susulan hujan berterusan.Penduduk yang terjejas adalah Ledang di Johor , Alor Gajah dan Jasin di Melaka serta Tampin Negeri di Sembilan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72007", "title": "Lelaki yang didakwa menumbuk seorang pemuda gara-gara sepasang kasut di pusat beli belah terkemuka ibu negara, mengaku tidak bersalah di mahkamah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki yang didakwa menumbuk seorang pemuda gara-gara sepasang kasut di pusat beli belah terkemuka ibu negara, mengaku tidak bersalah di mahkamah.\nNov 23, 2017\n\nLelaki yang didakwa menumbuk seorang pemuda gara-gara sepasang kasut di pusat beli belah terkemuka ibu negara, mengaku tidak bersalah di mahkamah.Mahkamah benarkan tertuduh diikat jamin 4 ribu ringgit dan menetapkan 26 Disember depan untuk sebutan semula kes.Video yang menunjukkan suspek menumbuk seorang pemuda kerana memotong barisan untuk membeli kasut berjenama minggu lalu, viral di laman media sosial.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80051", "title": "Pelantikan Latheefa Koya ikut prosedur", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelantikan Latheefa Koya ikut prosedur\nJun 07, 2019\n\nFoto - Free Malaysia TodayPelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru tidak wajar dipersoalkan mana-mana pihak kerana ia\u00a0mengikut prosedur yang betul.Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, prosedur terbabit termasuklah dari segi perlembagaan dan kuasa eksekutif.Foto - Free Malaysia TodayNamun, beliau pada masa sama berharap akan ada perbincangan terlebih dahulu pada masa hadapan agar ia selari dengan manifesto Pakatan Harapan.Pelantikan Latheefa diumum pada tiga hari lepas selepas mendapat perkenan\u00a0Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa mulai 1 Jun selama dua tahun.\u00a0Foto - KosmoLatheefa dalam pada itu yang memulakan tugas rasminya hari ini berkata, beliau mahu mewujudkan budaya tidak bertoleransi kepada rasuah.Katanya, beliau akan melihat kepada tindakan jangka panjang termasuk dari aspek pendidikan bagi mencapai sasaran tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81011", "title": "Program Sarapan Percuma bakal manfaatkan lebih 8,000 murid di Sabah. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nProgram Sarapan Percuma bakal manfaatkan lebih 8,000 murid di Sabah. \nDec 30, 2019\n\nProgram Sarapan Percuma yang akan bermula 20 Januari ini bakal memanfaatkan lebih 8,000 murid sekolah rendah di Sabah.Jabatan Pendidikan Negeri berkata sebanyak 15 buah sekolah layak menerima PSP kerana\u00a0mempunyai peratus\u00a0murid\u00a0golongan B40 yang tinggi.Makanan diagih secara konsep 'Grab n Go' yang mana menunya adalah minuman berkhasiat dan makanan ringkas tapi bernutrisi misalnya roti dan buah.Kerajaan akan pantau penjualan\u00a0kerusi keselamatan kanak-kanak secara online.Kerajaan akan pantau dengan teliti penjualan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan, CRS secara meluas dalam talian ketika ini.Ia bagi memastikan kerusi itu benar-benar mematuhi ciri-ciri piawaian yang ditetapkan ekoran ada yang dijual pada harga terlalu murah serendah RM18.Penggunaan CRS diwajibkan bermula Rabu ini tapi tiada saman atau tindakan keras akan dikenakan untuk 6 bulan pertama.Tourism Malaysia perkenalkan perkhidmatan Big Bike In The City.Tourism Malaysia perkenalkan perkhidmatan Big Bike In The City sebagai satu produk pelancongan baru sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.Melalui program itu, pelancong boleh menunggang motosikal berkuasa tinggi di sekitar destinasi menarik di seluruh negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=104688", "title": "Jangan Percaya SOP Aidilfitri Palsu!", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan Percaya SOP Aidilfitri Palsu!\nApr 28, 2021\n\nMenteri Kanan Keselamatan memaklumkan senarai SOP sambutan Aidilfitri yang sedang viral di media sosial adalah palsu!\nJelas Menteri Kanan Keselamatan, SOP berkaitan masih belum diumumkan!\n\nUjar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia sebaliknya sedang diperhalusi Jakim, MKN dan Kementerian Kesihatan.\n\u00a0\nKKM nilai semula kes peniaga burger di Kelantan.\nKementerian Kesihatan Malaysia akan menilai semula kes peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50,000 kerana berniaga melebihi waktu ditetapkan.\nIa bagi mempertimbangkan sama ada pengurangan atau pengecualian boleh diberikan jika ada asas yang munasabah.\n\nSementara itu, peniaga terlibat memaklumkan, sejumlah individu termasuk selebriti menawarkan bantuan untuk membayar kompaun tersebut.\nNamun pasangan peniaga itu sedang menunggu keputusan ke atas rayuan yang dikemukakan kepada KKM.\n\u00a0\n6 pelajar Matrikulasi di Perak dikecualikan daripada bayaran kompaun.\n6 pelajar kolej Matrikulasi di Perak yang dikompaun 1,500 ringgit seorang kerana langgar SOP dikecualikan daripada sebarang bayaran.\n\nExco Negeri berkata ia susulan rayuan yang dibuat pelajar terbabit dan perjumpaan pihaknya dengan Pejabat Kesihatan Negeri.\nKeputusan itu juga dibuat berdasarkan situasi pelajar-pelajar berkenaan yang datang daripada keluarga asnaf.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71170", "title": "12 Maut Akibat COVID-19 ", "body": "\n\u2190 Back to list\n12 Maut Akibat COVID-19 \nNov 04, 2020\n\n12 Maut Akibat COVID-19 Malaysia melaporkan 12 kematian akibat COVID-19 semalam, jumlah tertinggi dalam sehari sejak wabak itu bermula.Sebelum ini negara catat kes kematian 2 angka akibat pandemik tersebut pada 23 Oktober lalu iaitu 10 orang.Semalam juga 1,054 kes jangkitan dilaporkan menjadikan kes aktif di seluruh negara kini kembali melebihi angka 10,000.Belum Lagi\u2026Rakyat Malaysia belum dibenarkan tunai umrah buat masa ini.Kerajaan buat keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan Kementerian Kesihatan dan Menteri Hal Ehwal Agama.Arab Saudi baru-baru ini umum jemaah luar negara kini boleh tunai ibadat tersebut di bawah syarat dan SOP ketat bagi cegah penularan COVID-19.Layak Mengundi Automatik Tahun DepanPendaftaran dan kelayakan mengundi secara automatik pada usia 18 tahun dijangka dilaksanakan selewat-lewatya Julai tahun depan.Ketika ini SPR giat menyelesaikan proses dan SOP dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78990", "title": "PTPTN sedia dengar rayuan peminjam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPTPTN sedia dengar rayuan peminjam.\nDec 07, 2018\n\nFoto - Astro AwaniPTPTN sedia dengar rayuan peminjam yang perlukan pertimbangan khas berhubung kaedah bayaran balik pinjaman menerusi skim Potongan Gaji Berjadual, PGB!Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata pihaknya ambil maklum pandangan dan cadangan yang disuarakan peminjam berhubung skim tersebut yang disifatkan bertentangan dengan Perjanjian Pinjaman yang telah ditandatangani.Terdahulu, PTPTN ambil langkah perkenalkan skim PGB bagi memastikan pihaknya dapat membantu generasi akan datang melanjutkan pengajian ke IPT.Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beri jaminan akan membawa isu PTPTN pada mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.---Foto - Astro AwaniPelajar Tingkatan 1 hingga 3 akan dibenarkan bawa tablet ke sekolah mulai tahun depan jika diizinkan ibu bapa!Tablet itu akan digunakan untuk mengakses buku teks digital yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan bagi\u00a0kurikulum tahun 2019.Timbalan Menteri Pendidikan berkata setakat ini kerajaan belum ada perancangan untuk bekalkan perlatan elektronik kepada pelajar untuk mengakses buku teks digital itu.---Foto - Astro AwaniSeorang lelaki ditahan polis kerana disyaki dera anak sampai mati.Mangsa berusia 10 tahun meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Serdang, Selangor dengan kesan cedera dan lebam pada seluruh badan.Bedah siasat kemudian mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan berganda dipercayai kerana dipukul objek tumpul.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72887", "title": "Tiang Gol Yang Hempap Murid Hingga Maut Disahkan Uzur", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiang Gol Yang Hempap Murid Hingga Maut Disahkan Uzur\nJul 12, 2016\n\nMenurut Jabatan Pendidikan Kelantan, keadaan itu menyebabkan tiang berkenaan tidak stabil dan mudah tumbang.Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala, selepas terjatuh dan dihempap tiang gol ketika bermain bola bersama rakan-rakan.Berikutan kejadian itu, semua 592 sekolah di Kelantan diarah mengeluarkan peralatan sukan dan perkakasan lain yang sudah uzur dan tidak selamat mulai hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72699", "title": "Tambang Percuma LRT Laluan Kelana Jaya Selama 3 Hari", "body": "\n\u2190 Back to list\nTambang Percuma LRT Laluan Kelana Jaya Selama 3 Hari\nSep 09, 2016\n\nPengguna LRT laluan Kelana Jaya akan menikmati tambang percuma selama 3 hari mulai Selasa minggu depan.Menurut Prasarana, ia bagi menghargai kesabaran pengguna yang berdepan kesulitan disebabkan gangguan perkhidmatan itu sebanyak 2 kali minggu ini.Pagi tadi, perkhidmatan tersebut tergendala kali ke-2 menyebabkan penumpang terperangkap dalam tren selama 20 minit sebelum pintu dibuka oleh petugas.Sementara itu, Kementerian Pengangkutan meminta syarikat berkenaan memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.Pihaknya menganggap 2 insiden membabitkan perkhidmatan LRT dalam tempoh seminggu sebagai membimbangkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81206", "title": "Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAshraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung.\nFeb 18, 2020\n\nPelakon, Ashraf Sinclair, suami kepada aktres Bunga Citra Lestari meninggal dunia akibat serangan jantung.Menurut laporan media Indonesia, Ashraf, 41 tahun menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 4 pagi tadi di Jakarta.Jenazah Allahyarham Ashraf dilapor akan dikebumikan di Jakarta hari ini.Warga Malaysia pertama positif Covid-19 sembuh sepenuhnya.Lelaki tempatan yang menjadi kes pertama positif COVID-19 di negara ini sudah sembuh dan dibenarkan pulang.Ini menjadikan jumlah pesakit wabak itu yang pulih sepenuhnya di negara ini meningkat kepada 9 orang.13 lagi pesakit masih dirawat.2 warga Malaysia di Jepun positif Covid-19.2 warga Malaysia di atas kapal persiaran yang dikuarantin di Yokohama, Jepun disahkan positif Covid-19 dan sedang dirawat di sana.Kementerian Kesihatan berkata terdapat 2 lagi rakyat Malaysia yang masih menunggu keputusan ujian wabak berkenaan.Semalam, Jepun sahkan lebih 400 penumpang kapal itu disahkan positif Covid-19.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79602", "title": "Solat Jumaat di Christchurch dikawal ketat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSolat Jumaat di Christchurch dikawal ketat.\nMar 22, 2019\n\nKesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan akan mengadakan solat jenazah ghaib, selepas solat Jumaat hari ini.Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berkata solat itu dibuat untuk mangsa yang terkorban dalam insiden tembakan di Christchurch minggu lalu.Foto: KosmoSolat hajat akan turut diadakan untuk memohon keamanan dan kedamaian negara.Sementara itu, solat Jumaat di sekitar Masjid Al Noor, Christchurch hari ini dikawal ketat oleh pihak keselamatan New Zealand.Malah tembok manusia yang disertai oleh kira-kira 2,600 penduduk Christchurch telah diadakan di sebuah kawasan lapang yang dijadikan sebagai tapak sementara masjid.Peruntukan RM3 juta Food Bank Malaysia tidak akan diagih terus kepada mahasiswa.Kerajaan tidak bercadang untuk agihkan peruntukan RM3\u00a0juta di bawah program Food Bank Malaysia secara terus kepada mahasisiwa universiti awam.Ini kerana peruntukan itu akan digunakan untuk logistik dan pasaraya yang berfungsi memberi sumbangan bahan makanan.Pihaknya berkata tugas mahasiswa adalah menjadi sukarelawan bagi melaksanakan program itu di universiti masing-masing.Kakitangan Jabatan Alam Sekitar Johor pengsan selepas terhidu bahan kimia di makmal.Seorang kakitangan Jabatan Alam Sekitar Johor pengsan selepas terhidu bahan kimia dari tong yang bocor di makmal jabatan itu di Skudai.Bomba berkata buat masa ini, makmal itu ditutup sementara untuk kenalpasti jenis bahan kimia terbabit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71701", "title": "Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah belum diputuskan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah belum diputuskan\nJan 29, 2016\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu selepas selesai Mesyuarat MT UMNO petang tadi.Beliau juga menafikan laporan kononnya Jemaah Pemangku Sultan Kedah tolak cadangan nama calon baru Menteri Besar Kedah.Sementara itu, Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baru menggantikan Datuk Ahmad Maslan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=154273", "title": "Datuk Seri Salahuddin Ayub Meninggal Dunia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Salahuddin Ayub Meninggal Dunia.\nJul 24, 2023\n\n\nDatuk Seri Salahuddin Ayub Meninggal Dunia.\nNegara dikejutkan dengan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.\nAllahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.20 malam tadi ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.\nSebelum itu beliau dimasukkan ke ICU hospital tersebut kerana pendarahan otak dan menjalani pembedahan.\nJenazah Ahli Parlimen Pulai itu dilapor akan dikebumikan di kampung halamannya di Pontian, Johor tengah hari ini.\nSemasa hayatnya, Datuk Seri Salahuddin mencetuskan Inisiatif Payung Rahmah.\nIa antaranya Menu Rahmah dan Jualan Rahmah yang membantu mengurangkan beban rakyat.\n\u00a0\nPelarasan imbuhan tetap untuk penjawat awam dijangka diumumkan.\nPerdana Menteri dijangka umum berita baik berhubung pelarasan imbuhan tetap untuk penjawat awam dalam tempoh terdekat.\nSusulan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat pelarasan yang pertama pada minggu ini.\n\u00a0\nPengetua Pusat Tingkatan 6 boleh pilih pelajar. \nPengetua Pusat Tingkatan 6 kini diberi kuasa autonomi untuk menjalankan proses pengambilan pelajar!\nIa membolehkan pengetua buat tawaran terus kepada pelajar berpotensi dan perlu peluang, tanpa perlu tunggu tawaran daripada KPM.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=119775", "title": "Tengkujuh: 4 Hingga 6 Episod Hujan Lebat", "body": "\n\u2190 Back to list\nTengkujuh: 4 Hingga 6 Episod Hujan Lebat\nNov 02, 2021\n\n\nTengkujuh: 4 Hingga 6 Episod Hujan Lebat\n4 hingga 6 episod hujan lebat dijangka melanda sepanjang musim tengkujuh ini.\nMenurut MetMalaysia, ia dijangka berlaku di Pantai Timur dan Johor mulai bulan ini hingga Januari.\nManakala bagi Sabah dan Sarawak, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu pada Januari dan Februari.\nHujan lebat berterusan beberapa hari boleh akibatkan banjir di kawasan rendah dan kerap banjir.\nIa boleh menjadi lebih buruk jika hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan ribut.\nSelain itu, mulai hujung Januari hingga Mac 2022 dijangka cuaca agak kering di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.\nTerdahulu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama 4 hari mulai Khamis!\nIa akan jadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak.\nIa berisiko mengakibatkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.\n\r\n\u00a0\nPDRM Tumpaskan Sindiket Tipu Tawaran Kerja\nPolis berjaya tumpaskan sindiket tipu tawaran kerja melibatkan kerugian lebih RM4 juta.\nIa hasil operasi khas sejak Januari lalu di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Sabah.\nSindiket itu guna platform media sosial tawar pendapatan lumayan ke atas mangsa yang terdesak khasnya yang hilang kerja akibat pandemik COVID-19.\nPada awalnya mangsa dibayar komisen namun kemudian dikenakan penalti jika gagal selesaikan tugas ikut masa yang diberi.\n\u00a0\nCOVID-19: Trend Penurunan Kes Berterusan\nKes jangkitan COVID-19 di Malaysia meneruskan trend penurunan.\nMenurut Kementerian Kesihatan (KKM), 4,626 kes dilaporkan semalam, majoritinya tidak bergejala atau bergejala ringan.\nMalaysia perlu purata kurang 1,200 kes sehari dan 10 kematian untuk capai tahap endemik COVID-19.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80421", "title": "Dr Zakir Naik bebas berdakwah, tapi bukan tentang politik.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDr Zakir Naik bebas berdakwah, tapi bukan tentang politik.\nAug 19, 2019\n\nDr Zakir Naik bebas mengajar dan berdakwah mengenai Islam di negara ini asalkan tidak sentuh isu politik dan kaum.Ujar Perdana Menteri , kerajaan tidak mahu sekat penceramah itu berdakwah tapi perlu ambil kira sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia. \u00a0Sementara itu, polis memaklumkan, proses rakaman percakapan pendakwah berkenaan mengenai dakwaan keluarkan komen berbaur perkauman, akan disambung hari ini.Perbicaraan kes 1MDB bermula hari ini.Perbicaraan kes salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung 1MDB akan bermula hari ini!Kes berprofil tinggi yang tarik perhatian dunia dan libatkan keterangan saksi luar negara itu, akhirnya berlangsung selepas 3 kali ditangguhkan.Jumlah pesakit buah pinggang dijangka meningkat hingga 100,000 orang pada 2040.Kementerian Kesihatan jangka jumlah pesakit buah pinggang di negara ini akan meningkat kepada 100,000\u00a0orang pada 2040.Kaedah rawatan terbaik adalah pemindahan organ tapi sukar ekoran tahap kesedaran rakyat masih rendah.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71085", "title": "'Kisah Air' Terjadi Lagi", "body": "\n\u2190 Back to list\n'Kisah Air' Terjadi Lagi\nOct 19, 2020\n\nRatusan Ribu Pengguna Air di Selangor & KL Terjejas \u00a0Satu lagi insiden pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor.Susulan itu, arahan henti tugas telah dikeluarkan untuk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.Ia menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan lebih 1.1 juta akaun merangkumi hampir 1,300 kawasan.Kawasan yang terjejas ialah Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.Justeru, pemulihan bekalan air akibat insiden paip pecah di beberapa kawasan sebelum ini yang sudah mencapai tahap 80 peratus juga tidak dapat dilaksanakan.Memahami keadaan penduduk yang memerlukan bekalan air bersih semasa pandemik COVID-19 ini, Air Selangor menyediakan bantuan bekalan air dengan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan terjejas.Keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan ini boleh didapati di https://bit.ly/3o3FTkHBoleh Riadah Di Taman AwamTaman-taman awam di Wilayah Persekutuan yang sebelum ini ditutup susulan (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) PKPB dibenarkan beroperasi semula.Ia bertujuan beri peluang kepada orang awam melakukan aktiviti riadah yang dibenarkan sahaja dan perlu patuhi SOP yang ditetapkan.Mesej Tular \u2018Kak Na\u2019 PalsuMesej tular mendakwa seorang wanita yang balik dari Sabah kini kritikal di ICU akibat jangkitan COVID-19 walaupun telah 2 kali negatif ujian calitan adalah palsu.Jelas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dakwaan kononnya virus dari Sabah lebih bahaya kerana hanya dapat dikesan setelah menyerang sistem pernafasan juga tidak benar.Layari portal \u2018sebenarnya.my\u2019 untuk semak kesahihan sesuatu maklumat.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71733", "title": "KPN gesa KEJARA dikuatkuasa serta-merta", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPN gesa KEJARA dikuatkuasa serta-merta\nFeb 15, 2016\n\nTan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau juga yakin sistem tersebut mampu mengurangkan kemalangan jalan raya.Di bawah KEJARA, mereka yang kumpul 20 mata demerit atau lebih buat kali kedua akan digantung lesen memandu.Lesen akan dibatalkan setelah 3 kali lesen memandu digantung dalam tempoh 5 tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81048", "title": "Kes Jangkitan Influenza di Johor Terkawal.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Jangkitan Influenza di Johor Terkawal.\nJan 08, 2020\n\nKes jangkitan influenza di Johor masih\u00a0terkawal dan tidak menunjukkan petanda ia menjadi wabak.Namun Jabatan Kesihatan Negeri tetap meneruskan pemantauan khasnya di pintu-pintu masuk negara bagi memastikan keadaan terus terkawal.Terdahulu Kementerian Kesihatan sangkal khabar angin menyatakan stok ubat bagi merawat jangkitan influenza di fasiliti kementerian sudah habis.Datuk Seri Mukhriz Mahathir nafi khabar angin beliau antara calon Menteri Pendidikan baru.Selaku Menteri Besar Kedah, masih banyak perkara yang perlu beliau lakukan di negeri itu.Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut nafi dakwaan beliau bakal gantikan Dr Maszlee Malik yang letak jawatan minggu lalu.Pasport Malaysia yang ke-13 paling berkuasa di dunia.Pasport Malaysia kini adalah yang ke-13 paling berkuasa di dunia, dengan akses tanpa visa ke atas 178 negara.Namun menurut Indeks Pasport Henley dan Laporan Mobiliti Global 2020, kedudukan Malaysia jatuh 1 tangga berbanding tahun lepas.Jepun ungguli senarai itu diikuti Singapura, manakala Korea Selatan dan Jerman berkongsi tempat ke-3.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72919", "title": "Pembaziran Makanan : Kerajaan Cari Rakan Kerjasama Cari Formula Terbaik", "body": "\n\u2190 Back to list\nPembaziran Makanan : Kerajaan Cari Rakan Kerjasama Cari Formula Terbaik\nMar 10, 2016\n\nUjar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, satu kempen mengenainya dikenali sebagai MySaveFood juga dilancarkan hari ini.Malaysia bersama negara Asia dan Pasifik lain menyertai inisiatif berkenaan bersama Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79318", "title": "47 rakyat Malaysia kini ditahan di Kemboja.", "body": "\n\u2190 Back to list\n47 rakyat Malaysia kini ditahan di Kemboja.\nFeb 08, 2019\n\n47 rakyat Malaysia kini ditahan di Kemboja sejak Disember tahun lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian secara haram.Pihak Kedutaan Malaysia telah melawat tahanan itu dan menghantar nota diplomatik kepada Kemboja untuk bebaskan mereka.Hasil lawatan itu mendapati kebanyakan tahanan terpedaya selepas ditawarkan pekerjaan dengan gaji menarik.Majoriti mangsa dilapor adalah pemuda Sarawak berusia 20-an dan datang daripada keluarga miskin.Polis buru suspek kes curi di sebuah masjid di Setapak.Polis buru seorang lelaki yang terlibat dalam kes curi telefon bimbit dan wang tunai jemaah di dalam sebuah masjid di Setapak, KL.Foto: KosmoTerdahulu, viral sebuah video papar seorang lelaki ambil beg tangan seorang jemaah wanita yang sedang solat Subuh di sebuah masjid.Instagram akan buang gambar yang papar aksi membahayakan diri.Instagram akan buang semua gambar yang papar aksi membahayakan diri dari laman sosial itu.Ini selepas seorang bapa mendakwa Instagram telah menjadi penyebab kematian anak perempuannya, dua tahun lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71803", "title": "Gempa bumi gegar Taiwan ", "body": "\n\u2190 Back to list\nGempa bumi gegar Taiwan \nFeb 06, 2016\n\nKementerian Luar sahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian gempa bumi yang gegarkan bandar Tainan, di selatan Taiwan, awal pagi tadi.\u00a0Wisma Putra akan teruskan pemantauan dan salurkan maklumat mengenai perkembangan terbaru.Gegaran sekuat 6.4 skala Richter itu menyebabkan sebuah pangsapuri 17 tingkat runtuh dan lebih 100 orang dkhuatiri terperangkap.Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga mangsa, termasuk seorang bayi dilaporkan terkorban.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72204", "title": "1.6 bilion ringgit biayai kos rawatan buah pinggang pada 2016", "body": "\n\u2190 Back to list\n1.6 bilion ringgit biayai kos rawatan buah pinggang pada 2016\nMay 04, 2017\n\nKerajaan membelanjakan 1.6 bilion ringgit bagi membiayai kos rawatan 40 ribu pesakit buah pinggang di negara ini tahun lepas.Kementerian Kesihatan berkata, kos rawatan dijangka terus meningkat ekoran pertambahan jumlah pesakit antara 6 hingga 7 ribu orang setiap tahun.Justeru, kementerian akan meningkatkan fokus kepada langkah pencegahan dalam menangani penyakit buah pinggang serta pelbagai penyakit berbahaya lain.Orang ramai pula digalak amal gaya hidup sihat serta menjaga pemakanan seharian bagi mengelak daripada menghidapi penyakit berbahaya itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72138", "title": "Malaysia sedia hulur bantuan kepada mangsa gempa bumi Sulawesi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia sedia hulur bantuan kepada mangsa gempa bumi Sulawesi.\nSep 30, 2018\n\nMalaysia sedia hulur bantuan untuk misi mencari dan menyelamat mangsa bencana gempa bumi di Sulawesi, Indonesia.Kerajaan juga telah hantar 2 wakil menyertai pasukan penyelamat ASEAN dan antara tugas mereka adalah untuk menilai bentuk bantuan yang sesuai.Setakat ini, kira-kira 420 orang disahkan maut akibat gempa bumi tersebut yang bermagnitud 7.7.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72465", "title": "PDRM sedang dapatkan pengesahan daripada Filipina berhubung 2 militan warga Malaysia di Mindanao", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM sedang dapatkan pengesahan daripada Filipina berhubung 2 militan warga Malaysia di Mindanao\nMay 26, 2017\n\nPDRM sedang dapatkan pengesahan daripada Filipina berhubung 2 militan warga Malaysia yang dikatakan terbunuh dalam pertempuran di Mindanao.Dua individu berkenaan dikenali sebagai Abdulrahman Asmawi dari Kelantan serta Dr Kamsa Yahya dari Kedah.Bukit Aman tidak dapat beri pengesahan sama ada mereka terbunuh memandangkan ada rakyat Malaysia lain dikenal pasti berada di sana.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80114", "title": "Polis Masih Siasat Ketulenan Video Intim Seorang Menteri Kabinet ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis Masih Siasat Ketulenan Video Intim Seorang Menteri Kabinet \nJun 19, 2019\n\nPolis masih siasat ketulenan video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet, yang tular baru-baru ini.Pihak polis juga tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk siasatan berkenaan.Tambahnya lagi, tiada tangkapan baru dibuat berhubung kes video itu.Orang Asli Kuala Koh Tidak Dipindahkan\u00a0Kerajaan nafi dakwaan perkampungan orang asli Kuala Koh, Gua Musang yang dilanda wabak demam campak, akan dipindahkan ke lokasi yang lain.Perkara itu juga tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli.Sementara itu, JAKOA akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan penduduk di kampung itu terutama kanak-kanak menerima suntikan vaksin.\u00a0Datuk Farid Kamil Dibenarkan Pulang\u00a0Datuk Farid Kamil dibenarkan pulang ke rumah hari ini, selepas lebih sebulan berada di dalam penjara.Ini setelah mahkamah benarkan permohonannya untuk tangguhkan hukuman penjara sembilan bulan yang dikenakan terhadapnya \u00a0Mei lalu.Farid dipenjara selepas mengaku bersalah atas tuduhan penyalahgunaan dadah.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70529", "title": "COVID-19: Jangan Leka Terus Waspada", "body": "\n\u2190 Back to list\nCOVID-19: Jangan Leka Terus Waspada\nJul 20, 2020\n\nCOVID-19: Jangan Leka Terus WaspadaKetua Pengarah Kesihatan memaklumkan, 15 kes baru turut direkodkan manakala kes aktif kini 103.3 lagi kluster juga baru dikesan, masing-masing di Selangor, KL dan Sarawak.Susulan itu, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sekali lagi memberikan nasihat kepada masyarakat untuk terus mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan agar wabak berkenaan dapat dibendung.Datuk Dr Noor Hisham turut memberi nasihat berkenaan pemakaian pelitup muka yang betul.Antaranya elak alih dan pakai pelitup muka di bahagian dagu kerana tindakan itu boleh menyebabkannya tercemar.Pelitup muka juga perlu dibuka sepenuhnya ketika makan, minum dan melakukan aktiviti yang berkaitan di bahagian muka.Kerajaan Akan Teliti Setiap CadanganKerajaan akan teliti setiap cadangan rakyat dan golongan berkepentingan bagi rangka Belanjawan 2021 yang dibentangkan Oktober nanti.Kementerian Kewangan memaklumkan, antara keutamaan kini adalah mengurangkan pengangguran kesan pandemik COVID-19.Menurutnya, tanda-tanda pemulihan ekonomi di Malaysia jelas kelihatan tapi kesan sebenar mungkin berlaku September nanti.Ia susulan tamatnya moratorium dan beberapa bantuan serta kemudahan kepada warga dan penduduk negara ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81630", "title": "Daftar Jika Mahu Pulang", "body": "\n\u2190 Back to list\nDaftar Jika Mahu Pulang\nApr 22, 2020\n\nDaftar Jika Mahu PulangFoto - Twitter Jabatan Perdana MenteriRakyat yang berada di kampung sebelum PKP dikuatkuasakan dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula 25 April ini.Menteri Kanan Keselamatan, Dato' Sri\u00a0Ismail Sabri Yaakob berkata, permohonan itu boleh dibuat melalui dalam talian melalui aplikasi Gerak Malaysia atau di balai polis berhampiran.Namun kataya, kebenaran itu masih di peringkat kajian dengan nasihat oleh Kementerian Kesihatan dan jika dibenarkan, pergerakan dijangka bermula 1 Mei ini.-----Zon Hijau COVID-19 Akan DilindungiFoto - Kementerian Kesihatan MalaysiaKementerian Kesihatan membuat perancangan untuk melindungi zon hijau COVID-19, khususnya di kawasan utara Semenanjung yang kebanyakannya kini mencatat sifat kes aktif.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya akan memaklumkan langkah yang akan diambil itu dalam tempoh seminggu dua lagi.Antara perancangan kawalan ialah melindungi zon berkenaan daripada kes jangkitan baharu yang membabitkan bukan saja negeri tetapi hingga ke peringkat daerah dan mukim.-----Maxis Kekal Terpantas di MalaysiaFoto - MaxisMaxis kekal syarikat telekomunikasi terpantas di Malaysia menurut laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia oleh Opensignal dengan purata kelajuan 20.4 megabit sesaat (Mbps) untuk muat turun dan 7.7 Mbps bagi muat naik.Celcom, DiGi dan Umobile pula masing-masing mencatatkan kepantasan 12.7 Mbps, 11.6 Mbps dan 7.4 Mbps untuk muat turun serta 7.3 Mbps, 4.6 Mbps dan 6.1 Mbps bagi muat naik.Dari segi liputan 4G paling meluas, ia kekal diterajui oleh Celcom apabila pengguna rangkaian itu mampu mencari hubungan 4G sebanyak 89.7 peratus pada setiap masa diikuti Maxis (86.6 peratus) dan Unifi 83.7 peratus.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=125051", "title": "Institusi Pendidikan Terjejas Banjir Hanya Dibuka Semula Apabila Bersedia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nInstitusi Pendidikan Terjejas Banjir Hanya Dibuka Semula Apabila Bersedia.\nJan 04, 2022\n\nInstitusi Pendidikan Terjejas Banjir Hanya Dibuka Semula Apabila Bersedia.\r\nLebih 100 institusi pendidikan belum bersedia untuk beroperasi semula.\nKementerian Pendidikan berkata ini kerana ada yang masih terjejas dengan banjir atau dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara.\nKesemua institusi pendidikan itu katanya akan dibuka semula apabila selesai dibersihkan dan sedia untuk beroperasi.\nKPM juga akan terus memantau dan senarai terkini boleh disemak di laman webnya.\nSesi persekolahan penggal 3 sebelum ini sudah ditangguhkan seminggu ekoran banjir di beberapa negeri.\n\u00a0\nFenomena air pasang besar dijangka bermula awal bulan ini.\n3 fenomena air pasang besar diramal berlaku bermula awal bulan ini hingga awal bulan depan.\nIa boleh menyebabkan banjir dan berisiko menjadi lebih buruk jika bertembung dengan air sungai yang tinggi disebabkan hujan lebat.\nJabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan, kejadian yang paling hampir ialah jangkaan air pasang besar yang diramalkan sehingga esok.\nIa melibatkan Johor, Perak, Kedah dan Selangor.\n\u00a0\nKluster tempat kerja dan kluster import catat peningkatan ketara.\nJelas Ketua Pengarah Kesihatan, ia menunjukkan pematuhan SOP di tempat kerja masih lagi di tahap yang rendah.\nBeliau mengingatkan masyarakat agar terus patuh SOP walaupun populasi Malaysia yang sudah lengkap divaksin sudah capai 78 peratus.\nIa bagi memastikan penularan COVID-19 dapat dikurangkan seiring dengan pembukaan semua sektor ekonomi dan peningkatan aktiviti sosial.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=109205", "title": "Moratorium tanpa faedah terkompaun atau penalti lewat bayar", "body": "\n\u2190 Back to list\nMoratorium tanpa faedah terkompaun atau penalti lewat bayar\nJun 29, 2021\n\nMoratorium tanpa faedah terkompaun atau penalti lewat bayar\n\nFoto - The Edge Markets\nBank tidak akan mengenakan faedah terkompaun atau penalti lewat bayar kepada peminjam yang memohon moratorium automatik yang ditawarkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).\nMenteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkara itu dipersetujui oleh bank dalam satu perbincangan baru-baru ini selepas kerajaan membangkitkan perkara terbabit.\nTambah beliau, konsep pelaksanaan moratorium automatik yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam adalah sama seperti mana dilaksanakan tahun lalu.\n-----\nPelajar ke luar negara boleh mohon vaksin awal\n\nFoto - mStarOnline\nPelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di luar negara boleh membuat permohonan bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19 lebih awal.\nJawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, permohonan vaksinasi awal boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera.\nMenurut JKJAV lagi, bagi pelajar yang sudah memohon melalui laman vaksincovid.gov.my sebelum ini, permohonan terbabit juga sah dan akan disemak.\n-----\nPPV 7 hari seminggu belum perlu\n\nFoto - The Star\nPusat pemberian vaksin (PPV) hanya akan beroperasi tujuh hari seminggu jika terdapat keperluan yang mendesak.\nMenteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini semua PPV sedia ada mampu untuk menampung pemberian vaksin kepada masyarakat.\nSemalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua PPV beroperasi tujuh hari seminggu di bawah PEMULIH bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79178", "title": "Tun M diberi penghormatan kongsi pengalaman bangunkan Malaysia di persidangan Afrika.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun M diberi penghormatan kongsi pengalaman bangunkan Malaysia di persidangan Afrika.\nJan 17, 2019\n\nPerdana Menteri selamat tiba di Senegal untuk lawatan kerja 2 hari bagi menyertai Persidangan Antarabangsa Kemunculan Afrika Ke-3!Foto: Berita HarianTun Dr Mahathir Mohamad merupakan satu-satunya ketua kerajaan dari luar Afrika yang diberi penghormatan untuk berkongsi pengalaman dan kejayaan membangunkan Malaysia pada Persidangan tersebut.Dalam pada itu, Tun M juga bakal cipta sejarah apabila jadi pemimpin Asia Tenggara pertama diberi penghormatan berucap pada majlis perhimpunan Kesatuan Oxford di England, esok.Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti tidak akan buat pusingan U!Sekurang-kurangnya 3 Ahli Parlimen yang umum keluar UMNO bulan lalu nafi dakwaan kononnya akan sertai semula parti itu.Berita Harian melaporkan, mereka menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak benar dan kesemua mereka masih kekal sebagai Ahli Bebas\u00a0buat masa ini.Semalam, terdapat laporan mengatakan bahawa 6 Ahli Parlimen yang umum keluar UMNO Disember lepas akan buat pusingan U untuk sertai semula parti itu ekoran saman yang difailkan terhadap mereka.Akaun Facebook\u00a0 'Amin Senin' bukan milik\u00a0Ketua Pengarah Pelajaran.Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Amin Senin nafi akaun Facebook dengan nama 'Amin Senin' adalah miliknya.Ia susulan mesej viral di media sosial mendakwa beliau dengan nama akuan Facebook tersebut tawar beri geran bantuan kepada golongan memerlukan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80637", "title": "Kabinet tubuhkan jawatankuasa kaji isu mogok penghantar makanan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKabinet tubuhkan jawatankuasa kaji isu mogok penghantar makanan.\nOct 03, 2019\n\nIsu mogok melibatkan penghantar makanan sebuah syarikat penghantaran dalam talian, baru baru ini dapat perhatian kabinet.Kabinet setuju menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh 3 kementerian bagi mengkaji perkara itu.Ia melibatkan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.Isu tersebut tercetus apabila syarikat berkenaan perkenalkan skim gaji baru buat pekerjanya.Jabatan Pendidikan Negeri perlu jalankan siasatan dakwaan kononnya kertas PT3 bocor.Menurut Kementerian Pendidikan, pihak yang terlibat boleh diambil tindakan memandangkan kertas itu adalah dokumen terperingkat terhad.Terdahulu, KPM nafi dakwaan viral kononnya \u00a0peperiksaan Bahasa Inggeris PT3 akan diulang semula Khamis depan akibat soalan bocor.Gajah pygmy ditembak oleh\u00a0pengawal keselamatan ladang.Kematian gajah pygmy akibat ditembak di Tawau minggu lepas bukan perbuatan pemburu haram tapi pengawal keselamatan ladang.Polis Sabah berkata siasatan dapati mereka tembak haiwan itu yang menceroboh ladang sawit lalu ambil kesempatan mencuri gadingnya.Setakat ini, 6 suspek termasuk seorang warga asing telah ditahan untuk siasatan lanjut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71199", "title": "Sekolah ditutup mulai esok, peperiksaan awam ditunda.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSekolah ditutup mulai esok, peperiksaan awam ditunda.\nNov 08, 2020\n\nFoto : BHKementerian Pendidikan\u00a0umumkan semua sekolah di Malaysia akan ditutup mulai esok sehingga tarikh akhir persekolahan iaitu 17 & 18 Disember.Ia selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB yang dilaksanakan kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan.Namun, proses pengajaran dan pembelajaran akan dilakukan dari rumah mengikut kesesuaian guru dan murid.Pelajar di asrama juga dibenarkan pulang dan perlu menunggu ibu bapa atau penjaga mengambil mereka.Pelajar dibenarkan tinggal di asrama sementara menunggu ketibaan ibu bapa atau penjaga dan keperluan makanan serta minuman akan disediakan pihak sekolah.Kementerian juga mengumumkan tarikh permulaan sekolah adalah pada 20 Januari depan dan murid sekolah rendah akan mulakan pembelajaran secara bersemuka pada hari tersebut.Tarikh peperiksaan seperti SPM, SVM, dan STAM dipinda dan akan bermula 22 Februari tahun depan manakala peperiksaan STPM akan bermula pada 8 Mac.Kementerian maklumkan perincian untuk semua peperiksaan tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73252", "title": "Remaja maut akibat ditimpa kerusi dari tingkat atas PPR Pantai Dalam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRemaja maut akibat ditimpa kerusi dari tingkat atas PPR Pantai Dalam.\nJan 16, 2018\n\nKes remaja maut akibat ditimpa kerusi yang dicampak dari tingkat atas sebuah PPR di Pantai Dalam, KL diklasifikasikan sebagai mendatangkan kematian secara cuai.Ketika kejadian, mangsa dilapor sedang berjalan bersama ibunya selepas pulang dari kedai runcit.Menurut Polis KL, mangsa maut akibat kecederaan parah pada kepala kerana kerusi itu terkena tepat pada bahagian badan itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79968", "title": "Pahang berkabung 40 hari susulan kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPahang berkabung 40 hari susulan kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah.\nMay 23, 2019\n\nPahang kini berkabung 40 hari susulan kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah.Sepanjang tempoh ini bendera negeri dikibarkan separuh tiang dan hari juga diisytiharkan hari kelepasan am untuk Pahang.Manakala di peringkat negara, Jalur Gemilang dikibar separuh tiang hari ini bagi menghormati kemangkatan Almarhum.Sementara itu, bermula semalam hingga Sabtu sebarang bentuk acara hiburan tidak dibenarkan di Pahang dan semua masjid dan surau di negeri itu diarah mengadakan tahlil.Sultan Haji Ahmad Shah mangkat di IJN, KL pagi semalam pada usia 88 tahun.Jenazah Almarhum akan dimakamkan selepas Zohor nanti di Makam Diraja di Pekan.Hentikan pertikaian berterusan mengenai kuota matrikulasi!Ketua Pengarah Pelajaran minta semua pihak hentikan pertikaian berterusan mengenai kuota matrikulasi.Tegas Datuk Dr Amin Senin, ini kerana ia boleh jejas tumpuan warga pendidik sebagai penjawat awam untuk laksana tugas mereka dengan berkesan.Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan berkata isu berhubung kuota matrikulasi\u00a0itu sudah diputuskan Kabinet\u00a0dan perkara berkaitannya hanya boleh dibincangkan dalam Kabinet.Jelas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, apa yang penting setiap keputusan yang dibuat\u00a0adalah untuk memastikan nasib belia\u00a0dalam golongan B40 terbela.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71769", "title": "El Nino : Nasihat Kementerian Kesihatan", "body": "\n\u2190 Back to list\nEl Nino : Nasihat Kementerian Kesihatan\nJan 11, 2016\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=126246", "title": "Kluster Pendidikan Terus Meningkat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster Pendidikan Terus Meningkat.\nJan 27, 2022\n\nKluster pendidikan terus meningkat.\nMenurut KKM, lebih 100 kluster Pendidikan direkodkan sejak awal bulan ini.\nIa terus meningkat sejak sesi persekolahan dibuka semula awal tahun ini dengan lebih 4,600 kes positif dilaporkan.\nMajoriti kes bergejala ringan dengan hanya 12 kes membabitkan kategori 3 dan 4 yang kini berada dalam keadaan stabil.\nSiasatan KKM mendapati ketidakpatuhan SOP ketika di sekolah dan di luar waktu persekolahan formal terutamanya di asrama antara punca jangkitan meningkat.\n\u00a0\nMalaysia sedang menghadapi gelombang Omicron.\nMenteri Kesihatan berkata ia dijangka menyebabkan jumlah kes Covid-19 terus meningkat.\nNamun, gelombang jangkitan itu katanya terkawal kerana kadar vaksinasi yang tinggi.\nKhairy Jamaluddin minta masyarakat terus patuh SOP bagi mengatasi gelombang penularan terbabit.\n\u00a0\n\u2018Walk in\u2019 dos penggalak di Lembah Klang bermula hari ini.\nBermula hari ini, penduduk Lembah Klang boleh mendapatkan dos penggalak Covid-19 secara walk ini.\nMereka boleh mendapatkannya di 4 PPV Integrasi di Lembah Klang.\nVaksin yang akan diberikan adalah jenis Astrazeneca namun, Pfizer juga akan dibekalkan buat individu tertentu seperti ibu hamil.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71720", "title": "MyBeras beri manfaat terbesar kepada penerima di 3 negeri", "body": "\n\u2190 Back to list\nMyBeras beri manfaat terbesar kepada penerima di 3 negeri\nFeb 05, 2016\n\nUjar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, ini kerana penerima 3 negeri itu merangkumi 60 peratus penerima keseluruhan.Program berkenaan melibatkan 200 ribu keluarga miskin tegar yang akan terima 20 kilogram beras sebulan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72975", "title": "Mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar di tadika hingga universiti", "body": "\n\u2190 Back to list\nMata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar di tadika hingga universiti\nDec 09, 2017\n\nKerajaan rancang jadikan Pendidikan Alam Sekitar sebagai mata pelajaran di peringkat tadika hingga universiti menjelang 2019.Ia sejajar dengan rancangan kementerian berkaitan untuk menanam sifat menghargai dan memeliharan alam sekitar sejak kanak-kanak.Perkara itu disuarakan Menteri\u00a0Sumber\u00a0 Asli dan Alam Sekitar,\u00a0Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar\u00a0pada Persidangan Eko Sekolah Antarabaangsa 2017 di Melaka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80103", "title": "Tiada sindiket culik kanak-kanak untuk penjualan organ di negara ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada sindiket culik kanak-kanak untuk penjualan organ di negara ini.\nJun 18, 2019\n\nPDRM sekali lagi nafi dakwaan kononnya terdapat sindiket culik kanak-kanak untuk penjualan organ di negara ini.Pihaknya gesa masyarakat agar berhenti menyebarkan berita palsu itu kerana boleh menjejaskan ketenteraman awam.Orang ramai juga katanya perlu tahu bahawa pemindahan organ hanya boleh dibuat secara sah oleh pakar perubatan dan bukannya sembarangan orang.Malaysia tetap dengan pendirian untuk tolak unsur LGBT dalam kalangan masyarakat negara ini.Itu ketegasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjawab persoalan mengenai pendirian kerajaan mengenai LGBT, di Cambridge Union, Ahad lalu.Jelas Tun M, Malaysia berpegang teguh kepasa nilai moral berlandaskan agama, adat dan budaya yang sudah lama diterapkaan dalam kalangan masyarakat.Dalam perkembangan lain, Tun M sempat melawat bayi viral, Ainul Mardhiah yang telah selamat jalani pembedahan buang tumor pada mulutnya, di London minggu lalu.Beliau gembira dengan sikap prihatin rakyat Malaysia hingga membolehkan bayi itu terima rawatan di sana.Calon SPM tikam guru kaunselingnya dipercayai berang dibuang sekolah.Di Kuala Langat, seorang guru kaunseling cedera ditikam pada bahu oleh pelajarnya dipercayai berang kerana bakal dibuang sekolah.Polis Selangor berkata mangsa kini dirawat di hospital dan dilaporkan stabil manakala suspek akan direman hari ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72679", "title": "3 Beranak Ditemui Mati, Disyaki Dibunuh", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 Beranak Ditemui Mati, Disyaki Dibunuh\nSep 26, 2016\n\nSeorang lelaki ditemui mati bersama 2 anak kecilnya di sebuah pangsapuri di Segambut, KL.Polis tidak menolak kemungkinan 3 beranak itu dibunuh.Mangsa berusia 36 tahun, 3 tahun dan 7 bulan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71924", "title": "Polis akan siasat dan ambil tindakan terhadap pihak yang cetus kekecohan dalam satu forum politik.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis akan siasat dan ambil tindakan terhadap pihak yang cetus kekecohan dalam satu forum politik.\nAug 14, 2017\n\nPolis akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang cetuskan kekecohan dalam satu forum politik di Shah Alam, semalam.TPM berkata, polis akan mengenal pasti punca kekecohan sama ada berpunca dari dalam parti atau unsur luar.Jelas DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi lagi, beliau sedih dengan insiden itu kerana ia tidak seharusnya berlaku dalam negara demokrasi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81737", "title": "Amaran buat premis pajak gadai!", "body": "\n\u2190 Back to list\nAmaran buat premis pajak gadai!\nMay 06, 2020\n\nAmaran buat premis pajak gadai!Foto - Twitter @_joni_joni_joniPremis pajak gadai yang menjadi tumpuan ramai sejak awal minggu ini dilarang mengenakan kadar faedah melebihi dua peratus bagi setiap barang kemas yang digadai pelanggan.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata premis pajak gadai perlu mematuhi kadar faedah yang ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan kelmarin, premis pajak gadai menjadi tumpuan orang ramai sama ada menggadai barang kemas bagi mendapat wang atau memeriksa tunggakan faedah barang kemas.-----Sarawak umum SOP PKPB Jumaat iniFoto - The StarKerajaan negeri Sarawak akan mengumumkan Prosedur operasi standard (SOP) serta protokol bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) negeri itu pada Jumaat ini.Ketua Menterinya, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, ketika ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri sedang melengkapkan SOP serta protokol untuk sektor perniagaan beroperasi semula.Malah katanya, SOP dan protokol itu perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan pihak industri, sektor perniagaan dan rakyat memahaminya dengan jelas.-----Boleh jemput anak di kampus IPTFoto - UiTM Media RasmiIbu bapa pelajar IPT termasuk politeknik dan kolej komuniti dibenar menjemput anak mereka pulang dari kampus ke kediaman masing-masing bermula hari ini.Bagaimanapun, Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataan hari ini berkata, kebenaran itu terhad kepada pergerakan di dalam negeri sahaja.Pihaknya turut menasihatkan, urusan hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan pergerakan yang ditetapkan MKN dan PDRM serta mematuhi SOP Kementerian Kesihatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79329", "title": "Isu sijil palsu babitkan beberapa pemimpin terus dapat perhatian warganet!", "body": "\n\u2190 Back to list\nIsu sijil palsu babitkan beberapa pemimpin terus dapat perhatian warganet!\nFeb 10, 2019\n\nIsu sijil akademik palsu yang didakwa babit beberapa pemimpin terus dapat perhatian warganet.Jika sebelum ini kelayakan akademik Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahaya dan MB Johor, Datuk Osman Sapian diragui, kini beberapa lagi pemimpin dikaitkan isu itu.Foto: NSTAntara yang terbaru ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.Namun Zuraida tampil menjelaskan, beliau tidak pernah mendakwa dirinya graduan National University of Singapore seperti yang diperkatakan pelbagai pihak.Kata menteri itu lagi, beliau juga tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa maklumat tidak benar di internet yang mendakwa beliau lulusan universiti berprestij tersebut.Mayat\u00a0Abdul Bari Asyraf Mohd telah dijumpai.Mayat pemancing yang lemas ketika bantu menyelamatkan 5 sekeluarga dalam insiden kenderaan terjunam ke muara Sungai Terengganu, kelmarin, ditemui pagi tadi.Mayat Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd dijumpai kira-kira jam 7.30 pagi tadi dalam jarak 2.5 kilometer daripada lokasi kejadian.Abdul Bari Asyraf Mohd dilapor orang awam pertama terjun ke sungai menyelamatkan mangsa dan mungkin lemas disebabkan kekejangan kerana terlalu lama dalam air.Neelofa\u00a0anjur majlis kerohanian sempena ulang tahun ke-30nya hari ini.Sempena ulang tahun ke-30nya hari ini, Neelofa anjur majlis berbentuk kerohanian semalam dan turut diberi tema Light And Love Saturdate.Majlis yang dikelolakan oleh Imam Muda Asraf itu memberi fokus kepada cara mengerjakan solat lebih sempurna.Neelofa turut melahirkan kegembiraan kerana hampir 500 yang hadir berbanding sasaran awal cuma 150 orang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=101084", "title": "Pendaftaran Sukarelawan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Dibuka.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPendaftaran Sukarelawan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Dibuka.\nMar 16, 2021\n\nPendaftaran sebagai sukarelawan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kini dibuka.\nOrang ramai boleh mohon melalui laman web www.myvac.com.my bagi membantu petugas barisan hadapan dalam urusan penyampaian vaksin kepada penerima.\n\nRakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang sihat tubuh badan boleh mendaftar sama ada sebagai sukarelawan am atau perubatan.\n\u00a0\nPendaftaran vaksinasi Covid-19 di negeri Pantai Timur terendah.\nPantai Timur catat peratusan terendah bagi pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Semenanjung.\n\nJusteru Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi minta agensi kerajaan, PBT dan JPKK lebih aktif membantu penduduk mendaftar.\n\u00a0\nIsu kompaun maksimum RM10,000 akan diperincikan.\nKekeliruan mengenai isu kompaun maksimum RM10,000 bagi individu yang ingkar SOP PKP akan diselesaikan dalam masa terdekat.\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata ia akan dibincangkan melalui mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Darurat Covid-19 hari ini.\nAntara yang akan dibincangkan adalah senarai jenis kesalahan dan jumlah kompaun maksimum yang boleh dikenakan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71640", "title": "Rebat perkhidmatan telekomunikasi boleh dituntut mulai 1 Januari", "body": "\n\u2190 Back to list\nRebat perkhidmatan telekomunikasi boleh dituntut mulai 1 Januari\nDec 18, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81924", "title": "Kes baru Covid-19 melonjak ke 3 angka, majoritinya warga luar.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes baru Covid-19 melonjak ke 3 angka, majoritinya warga luar.\nJun 05, 2020\n\nKes baru COVID-19 di negara ini kembali melonjak kepada 3 angka menjadi 277.Bagaimanapun, majoriti kes membabitkan warga luar dan hanya 6 rakyat tempatan.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan mengapa kes melibatkan tahanan terus meningkat.\u00a0\"270\u00a0kes dalam kalangan bukan warganegara adalah dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, dan ia merupakan sampel ulangan bagi Orang Kena Tahan (OKT) yang dikuarantin di depot tahanan ini. \"Mereka terdedah kepada kes positif sebelum ini. Sementara satu kes bukan warganegara adalah saringan di tapak pembinaan di Pudu,\"\u00a0Jelas beliau lagi, keadaan bersesak-sesak dalam pusat tahanan turut jadi faktor penyebabnya.\u00a0Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU mengadakan mesyuarat tertutup malam tadi di luar ibu pejabat parti.Mesyuarat itu juga tidak dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad.Menurut Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, hasilnya akan diumumkan hari ini.Mesyuarat itu pertama kali diadakan selepas pengerusi parti yang dipertikaikan jawatannya, Tun M dan 4 yang lain digugurkan keahlian minggu lalu.Kerajaan Sarawak akan benarkan kedai gunting dan salon rambut kembali beroperasi 8 Jun ini.\u00a0Bagaimanapun perkhidmatan lain misalnya urut dan perawatan wajah belum dibenarkan.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81931", "title": "Program Subsidi Upah dilanjut 3 bulan lagi", "body": "\n\u2190 Back to list\nProgram Subsidi Upah dilanjut 3 bulan lagi\nJun 05, 2020\n\nProgram Subsidi Upah dilanjut 3 bulan lagiFoto - The RohaniKerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan melanjutkan subsidi upah selama tiga bulan lagi bagi menangani kadar pengangguran yang meningkat.Sejak diperkenalkan dalam Pakej PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan, program selama 3 bulan ini telah berjaya menyelamatkan lebih 2.2 juta pekerjaan.Selain itu, kerajaan juga akan memperkenalkan Program Insentif Pegambilan Pekerja di mana syarikat akan diberi insentif kewangan untuk mengambil pekerja dari kalangan penganggur dan belia.-----RM50 wang e-dompet bulan depanFoto - Malaysia KiniKerajaan memperuntukkan RM750 juta melalui Program ePenjana dalam usaha menggalakkan penggunaan perkhidmatan pembayaran tanpa sentuh di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).Untuk itu, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna selain akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun daripada syarikat khidmat e-dompet.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif e-dompet ini akan bermula bulan depan dan dijangka memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia-----COVID-19 bantu turunkan kadar penyakit berjangkitFoto - Majalah SainsJumlah penyakit berjangkit dalam negara menurun dengan ketara dalam tempoh 22 minggu pertama tahun ini, berbanding tahun lalu susulan penularan wabak COVID-19.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, demam campak turun 58.3 peratus, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) susut 44.6 peratus manakala cacar air, 44.5 peratus.Penurunan kes-kes ini katanya adalah merupakan satu implikasi positif hasil pelaksanaan PKP dan PKPB yang turut dibantu oleh amalan kebersihan kendiri yang tinggi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80500", "title": "3 buah sekolah di Merlimau, Melaka diarah tutup sementara.", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 buah sekolah di Merlimau, Melaka diarah tutup sementara.\nSep 04, 2019\n\nCalon UPSR 3 buah sekolah di Merlimau, Melaka terpaksa mengambil peperiksaan di lokasi baru.Sekolah mereka terpaksa ditutup sementara ekoran insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang pemprosesan ayam berdekatan.Sementara\u00a0itu, Jabatan Kesihatan Johor menempatkan pegawai perubatan tambahan di Pasir Gudang.Ia sebagai persiapan hadapi situasi kecemasan jika berlaku lagi insiden pencemaran toksik yang boleh jejas murid-murid khasnya calon UPSR.UPSR 2019 bermula hari ini dan tamat Khamis minggu depan.Proses pelaksanaan penuh Undi 18 dijangka diketahui selewatnya akhir 2021.Status proses pelaksanaan sepenuhnya 'Undi 18 Tahun' dijangka diketahui selewatnya pada akhir 2021.Menurut SPR, ini kerana pihaknya sedang menyediakan garis masa dan kajian kos yang lengkap mengenai pelaksanaan dasar dan sistem baru tersebut.Berhenti sebar video kes culik murid sekolah di Kota Bharu.Polis Kelantan minta orang ramai berhenti sebar rakaman video kes culik seorang murid sekolah rendah di Kota Bharu yang viral sejak kelmarin.Foto: Harian MetroIni selepas kejadian itu dilapor hanya adegan dalam satu filem pendek yang dihasilkan sebuah NGO untuk pertandingan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70515", "title": "Pihak Sekolah Perlu Sediakan Cecair Pensanitasi Tangan Buat Guru dan Murid.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPihak Sekolah Perlu Sediakan Cecair Pensanitasi Tangan Buat Guru dan Murid.\nJul 17, 2020\n\nPihak sekolah bertanggungjawab untuk menyediakan cecair pensanitasi tangan untuk kegunaan pelajar dan guru!Menteri Kanan Keselamatan berkata ini kerana Kementerian Pendidikan telah menyalurkan dana buat setiap sekolah untuk pembelian kelengkapan tersebut.Terdahulu, laporan sebuah akhbar mendedahkan ada guru yang terpaksa guna duit sendiri untuk beli peralatan perlindungan diri tersebut buat pelajar.Tan Sri Muhyiddin Yassin kekalkan jawatan Presiden BERSATU.Tan Sri Muhyiddin Yassin secara tidak rasmi menang tanpa bertanding bagi mengekalkan jawatan Presiden BERSATU!Ini selepas Perdana Menteri jadi calon tunggal bagi jawatan tersebut pada pemilihan parti itu bulan depan.Pengumuman rasmi senarai calon yang menang akan hanya dibuat selepas selesai kesemua mesyuarat peringkat bahagian parti nanti.Individu yang mengaku dirinya 'gangster' akan dikenakan tindakan di bawah SOSMA!Tegas Ketua Polis Negara, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak untuk memerangi budaya gangsterisme di negara ini termasuk di peringkat sekolah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=121302", "title": "SOP Pengurusan Banjir Telah Dikeluarkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSOP Pengurusan Banjir Telah Dikeluarkan.\nNov 30, 2021\n\n\nSOP Pengurusan Banjir Telah Dikeluarkan.\nSOP pengurusan banjir ketika pandemik COVID-19 telah dikeluarkan.\nAntaranya, mangsa banjir akan disaring terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke pusat pemindahan dan mereka yang bergejala, berisiko, atau positif COVID-19 akan diasingkan.\nMaklumat lanjut mengenai SOP dan langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan implikasi kesihatan akibat banjir boleh dirujuk menerusi laman web KKM dan NADMA.\n\u00a0\nBelum bercadang tetapkan harga siling kit ujian kendiri COVID-19 - KPDNHEP\nKerajaan belum bercadang untuk menetapkan harga siling baru bagi kit ujian kendiri Covid-19.\nMenurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, ia bagi elak mana-mana pihak memanipulasi harga tersebut untuk mendapatkan keuntungan.\nKit ujian kendiri Covid-19 kini dijual di pasaran dengan harga serendah RM4.90 seunit.\n\u00a0\nVarian Omicron boleh lonjakkan kes COVID-19 global.\nWHO beri amaran varian Omicron boleh melonjakkan kembali kes Covid-19 di peringkat global.\nVarian tersebut mula dikesan di Afrika awal bulan ini dan kini telah dilaporkan di beberapa buah negara termasuk di Eropah.\nSetakat ini, tiada kes varian Omicron dikesan di Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=148162", "title": "", "body": "\n\u2190 Back to list\n\n\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71746", "title": "Jaringan Unik : Faiz Subri Bakal ke Anugerah Puskas", "body": "\n\u2190 Back to list\nJaringan Unik : Faiz Subri Bakal ke Anugerah Puskas\nFeb 21, 2016\n\nFAM dilapor akan kemukakan nama pemain Pulau Pinang, Faiz Subri bagi pencalonan Anugerah Puskas, untuk jaringan 'luar biasa' yang dilakukan minggu lepas.Anugerah Puskas yang diperkenalkan FIFA pada 2009, merupakan anugerah untuk gol terbaik setiap tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72550", "title": "Jumlah Mangsa & Korban Banjir di Kelantan Meningkat", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah Mangsa & Korban Banjir di Kelantan Meningkat\nJan 22, 2017\n\nAngka korban banjir di Kelantan meningkat kepada 5 selepas seorang kanak-kanak 12 tahun ditemui mati lemas selepas bermain air banjir.Bencana alam itu turut memaksa lebih 11,700 mangsa banjir di Kelantan dan kira-kira 4,100 mangsa banjir di Terengganu berlindung di pusat pemindahan.Banjir juga menyebabkan lebih 50 sekolah di Kelantan dan 13 sekolah di Terengganu ditutup.Turut dilanda bencana alam berkenaan adalah Pahang yang menyebabkan 27 penduduk dipindahkan.Sabah dan Perak juga merekodkan mangsa banjir, masing-masing 385 dan 34 orang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72897", "title": "2 Individu Terbabit Kes Bunuh Lelaki di Damansara Damai ", "body": "\n\u2190 Back to list\n2 Individu Terbabit Kes Bunuh Lelaki di Damansara Damai \nMar 13, 2016\n\nPolis Selangor tahan 2 individu dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki di sebuah hotel bajet di Damansara Damai.\u00a0Kedua - dua suspek termasuk seorang wanita itu ditahan reman 7 hari bagi membantu siasatan.\u00a0Mengikut semakan rekod polis, mangsa mempunyai 8 kes jenayah lampau berhubung penyalahgunaan dadah dan kecurian.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79501", "title": "Sebuah portal pekerjaan yang dilengkapi ciri AI akan diperkenalkan!", "body": "\n\u2190 Back to list\nSebuah portal pekerjaan yang dilengkapi ciri AI akan diperkenalkan!\nMar 06, 2019\n\nSebuah portal pekerjaan yang dilengkapi dengan teknologi\u00a0kecerdasan buatan, AI bakal diperkenalkan.Menteri Belia dan Sukan berkata melalui ciri yang dikenali sebagai Skills Passport itu, kriteria\u00a0pencari\u00a0kerja akan dipadankan dengan\u00a0organisasi\u00a0berkaitan dalam pasaran industri.Inisiatif itu sekaligus membantu mereka khususnya golongan muda untuk mendapat pekerjaan dengan lebih mudah dan cepat.\u00a0UMNO dan PAS tidak berhasrat untuk guna 1 logo pada PRU15 nanti.Foto: MalaysiaKiniJelas UMNO, ini kerana permulaan kerjasama mereka secara rasmi semalam menjurus kepada penyatuan ummah, bukannya bergabung sebagai satu parti.Suspek kes kehilangan kanak-kanak tiga tahun di Langkawi, minggu lalu akhirnya ditahan!Polis berkata pasangan suami isteri yang juga pengasuhnya ditahan di Ampang, Selangor namun, kanak-kanak itu tidak ada bersama mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71986", "title": "2 disahkan maut manakala sekurang-kurangnya 15 lagi dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Pulau Pinang pagi tadi.", "body": "\n\u2190 Back to list\n2 disahkan maut manakala sekurang-kurangnya 15 lagi dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Pulau Pinang pagi tadi.\nOct 21, 2017\n\n2 disahkan maut manakala sekurang-kurangnya 15 lagi dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pembinaan di tanjung Bungah, Pulau Pinang pagi tadi.Menurut bomba, mangsa mungkin tertimbus dalam kecerunan tanah dianggarkan 10 meter.Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73181", "title": "Kutipan Tabung Harapan mungkin akan dihentikan bulan depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKutipan Tabung Harapan mungkin akan dihentikan bulan depan.\nAug 30, 2018\n\nKerajaan akan menghentikan Kutipan Tabung Harapan bulan depan.Jelas Perdana Menteri, keputusan tarikh akhir kutipan dana itu belum dibuat namun, besar kemungkinan ia bakal ditamatkan dalam masa terdekat.Tun Dr. Mahathir juga nafi dakwaan kononnya tindakan itu diambil kerana beberapa syarikat gunakan tabung itu untuk tujuan melobi kerajaan.\u00a0Setakat ini, Tabung Harapan berjaya mengumpul dana sebanyak RM180 juta untuk bantu kurangkan hutang negara.Senarai barangan dikenakan cukai SST yang dipaparkan di laman web Kastam belum muktamad.Jelas Kementerian Kewangan, senarai itu akan diperbaiki dari semasa ke semasa dengan mendapat maklum balas daripada semua pihak.Foto : Berita HarianDalam pada itu, menjelang perlaksanaan SST Sabtu ini, hampir 80,000 peniaga mendaftarkan perniagaan mereka secara automatik daripada MyGST kepada MySST.Tiada lagi bayaran tunai bagi perkhidmatan KTM Komuter di kawasan Lembah Klang bermula 10 September ini.KTMB berkata sebagai permulaan, arahan itu diwajibkan ke atas penumpang dewasa dan pelajar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71592", "title": "Banjir : Jangan Sebar Berita Tidak Sahih ", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir : Jangan Sebar Berita Tidak Sahih \nNov 29, 2015\n\nPDRM dan ATM mengingatkan orang ramai agar tidak sebar maklumat palsu mengenai banjir.Ini kerana tindakan itu boleh jejaskan operasi pasukan keselamatan dan menimbulkan suasana panik.Contohnya, khabar angin kononnya 10 orang mati lemas akibat terperangkap dalam rumah di Kuala Krai, Kelantan ketika banjir besar tahun lalu.Ramai percaya khabar angin itu yang tersebar melalui laman sosial sedangkan ia tidak berlaku.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81143", "title": "Pesawat Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan Telah Berlepas ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPesawat Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Wuhan Telah Berlepas \nFeb 03, 2020\n\nPesawat khas untuk misi membawa pulang lebih 130 rakyat Malaysia dari Wuhan berikutan\u00a0penularan novel koronavirus, berlepas petang tadi.Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pesawat itu turut membawa setengah juta sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada kerajaan China.Katanya, tempoh masa yang diambil untuk tapisan kesihatan, proses imigrasi dan kebenaran berlepas, bagaimanapun tidak dapat dipastikan buat masa ini.Dalam perkembangan lain, Kementerian Pembangunan Luar Bandar belum terima sebarang permohonan untuk bawa pulang pelajar tajaan MARA ke Malaysia susulan wabak tersebut.Bagaimanapun pihaknya pantau perkembangan pelajar tajaannya dan setakat ini tiada yang dilaporkan dijangkiti virus itu.\u00a0Sementara itu, Universiti Malaysia Kelantan tangguh pengambilan pelajar dari China bagi sesi kemasukan Februari ini sebagai langkah berjaga-jaga.Jabatan Perdana Menteri Kesal Dengan Sikap Individu ItuKerajaan kesal dengan seorang ahli perniagaan dipercayai lelaki berpakaian wanita ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.Jelas Jabatan Perdana Menteri, tindakan individu itu menjejaskan imej lelaki dan dipercayai menggangu privasi jemaah wanita lain.\u00a0Bagaimanapun, pihaknya masih menunggu laporan lengkap berhubung perkara itu kerana individu terbabit masih berada di sana.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73178", "title": "Tun M kembali berucap di perhimpunan agung PBB.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun M kembali berucap di perhimpunan agung PBB.\nSep 26, 2018\n\nPerdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghampiri satu lagi detik bersejarah.Beliau dijadual berucap pada perhimpunan agung PBB di New York Jumaat ini, selepas kali terakhir melakukannya 15 tahun lalu.Foto: BernamaTun M juga dijadual mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin dunia termasuk dari UK, Iran dan Sri Lanka semasa menghadiri sidang tersebut.Datin Seri Rosmah Mansor Dipanggil SPRM Buat Kali KeduaDatin Seri Rosmah Mansor dijangka hadir untuk kali kedua di ibu pejabat SPRM di Putrajaya jam 10 pagi ini.Isteri kepada bekas Perdana Menteri itu diberi notis oleh suruhanjaya tersebut untuk memberi keterangan berhubung skandal SRC International Sdn Bhd.Foto: MstarCakap-cakap turut mengatakan bahawa beliau akan didakwa hari ini.Kali pertama beliau hadir ke ibu pejabat SPRM adalah pada Jun lalu bagi membantu siasatan kes sama.Kes Keracunan Arak Ragut 4 lagi Nyawa Menjadikan Jumlah Mangsa Terkorban Kini Hampir 40 orang.Ketua Pengarah Kesihatan berkata 3 daripada kes tersebut berlaku di Selangor manakal satu lagi di KL.Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut maklumkan seramai 23 lagi pesakit masih dirawat di hospital dan 8 daripadanya kini dalam keadaan kritikal.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71806", "title": "Presiden BAM : SAYA tidak meletak jawatan! ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPresiden BAM : SAYA tidak meletak jawatan! \nOct 19, 2015\n\nPresiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff nafi letak jawatan.Menurut Tengku Mahaleel, beliau sebaliknya hanya ambil cuti kerana masalah kesihatan.Timbalan Presiden, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abd. Majid kini bertindak sebagai Pemangku Presiden untuk satu tempoh yang tidak ditetapkan.Photo credit : badmintonplanet.com\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=112045", "title": "MKN Setuju Nilai Ambang Peralihan Fasa PPN Diubah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMKN Setuju Nilai Ambang Peralihan Fasa PPN Diubah.\nAug 05, 2021\n\n\nIndikator nilai ambang bagi peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara, PPN diubah sesuai mengikut perkembangan semasa kes COVID-19 di setiap negeri.\nMenteri Penyelaras Majlis Pemulihan Negara berkata perubahan itu sudah pun dilaksanakan untuk Sarawak, Perlis dan Labuan yang beralih ke fasa 3 mulai semalam.\nPihaknya bersetuju untuk menukar indikator kes harian kepada nilai kes serius, kapasiti kes di ICU dan kadar kematian.\nSebagai contoh di Sarawak, walaupun kes harian masih tinggi, pihaknya menilai kes serius di wad ICU yang terkawal dan kadar vaksinasi sudah capai 66 peratus.\n\u00a0\nJangkitan Covid-19 melibatkan golongan kanak-kanak semakin membimbangkan.\nSeorang anak-kanak berusia setahun dikenal pasti sebagai kes indeks bagi satu kluster komuniti di Tumpat, Kelantan.\nSehingga kini, kluster tersebut sudah menjangkiti 34 individu.\n\u00a0\nPerbaharui lesen kenderaan sebelum 30 September.\nOrang ramai diingatkan agar memperbaharui lesen memandu yang tamat tempoh sebelum 30 September.\nIni kerana tempoh moratorium bagi pelanjutan pembaharuan lesen tidak disambung selepas tarikh tersebut.\nMenurut JPJ, ini bermakna aktiviti penguatkuasaan akan dilaksanakan di lapangan mulai 1 Oktober ini.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81066", "title": "Tindakan Dedah Rakaman Sama Seperti Tunjuk Hasil Serbuan Rumah Najib - Tun M", "body": "\n\u2190 Back to list\nTindakan Dedah Rakaman Sama Seperti Tunjuk Hasil Serbuan Rumah Najib - Tun M\nJan 12, 2020\n\nPM Sokong SPRM Dedah Rakaman PerbualanPerdana Menteri sokong tindakan SPRM dedah rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi baru-baru ini.Ujar Tun Dr Mahathir Mohamad, ia tiada beza dengan pendedahan hasil serbuan pihak berkuasa terhadap rumah Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.Tun M juga tidak sependapat dengan pandangan mengatakan pendedahan tersebut merupakan tindakan tidak beretika.Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri hanya pangku tugas Menteri Pendidikan yang dilepaskan Dr Maszlee Malik untuk sementara.Tun Dr Mahathir berkata, beliau akan melepaskan segera jawatan yang dipangkunya itu sebaik sahaja ada pengganti tetap.Tun turut memaklumkan, bakal menteri baru nanti akan dilantik dalam kalangan Ahli Parlimen Bersatu juga.Lebih 100,000 Kanak-Kanak di Sabah Akan Disuntik Vaksin PolioLebih 100,000 kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah di Sabah akan diberi suntikan vaksin polio bagi mengekang penyebaran wabak berkenaan.Kesemua kanak-kanak itu tidak kira warganegara Malaysia atau bukan akan disuntik vaksin tersebut \u00a0secepat mungkin setelah bekalan diperoleh tak lama lagi.Sementara itu 2 murid sekolah rendah di Pahang disahkan dijangkiti virus Influenza A iaitu di Raub dan Kuantan.Jabatan Pendidikan Pahang sudah memaklumkan Pejabat Kesihatan Daerah supaya langkah sewajarnya dapat dilakukan bagi kawal penularan virus itu.Budak Tular Dijumpai Merayau Sendirian Sudah Diserah Kepada IbuFoto: Sinar HarianBudak 2 tahun yang tular selepas dijumpai orang awam merayau sendirian di Kajang, Selangor kelmarin sudah diserahkan kepada keluarganya.Ini selepas ibunya tampil di IPD Kajang untuk menuntut anaknya dengan membawa semua dokumen rasmi sebagai bukti sokongan.Difahamkan, kanak-kanak itu dipercayai keluar sendirian untuk bermain di luar rumah melalui pintu hadapan rumah yang bertutup tetapi tidak berkunci.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72492", "title": "3 Murid Mati Lemas Ketika Ikuti Perkhemahan", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 Murid Mati Lemas Ketika Ikuti Perkhemahan\nApr 30, 2017\n\n3 murid tingkatan 4 dan 5 mati lemas ketika menyertai program perkhemahan sekolah di sebuah resort di Beaufort, Sabah.Ketiga-tiga murid lelaki tersebut dilapor dijumpai lemas di satu laluan ''jungle trekking'' yang telah digenangi air di resort berkenaan pagi semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72800", "title": "14 Suspek Militan Daesh Ditahan", "body": "\n\u2190 Back to list\n14 Suspek Militan Daesh Ditahan\nJul 24, 2016\n\nMenurut Bukit Aman, kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan berusia antara 20 hingga 49 tahun.Sejumlah bahan letupan turut dijumpai dan ia dipercayai mahu digunakan dalam rancangan serangan yang disasar untuk pegawai tertinggi PDRM.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80125", "title": "Insiden di 2 buah sekolah di Pasir Gudang mungkin ada kaitan dengan gas beracun.", "body": "\n\u2190 Back to list\nInsiden di 2 buah sekolah di Pasir Gudang mungkin ada kaitan dengan gas beracun.\nJun 21, 2019\n\nInsiden di 2 buah sekolah di Pasir Gudang, JB semalam mungkin ada kaitan dengan gas beracun.Justeru Kementerian Kesihatan sedang pantau rapi situasi dan setakat ini ia dalam kawalan.Petang semalam, 15 murid dan kakitangan sekolah di daerah itu sesak nafas dan muntah-muntah menyebabkan mereka dikejarkan ke hospital.Berkenaan kemungkinan sekolah ditutup sementara, Kementerian Pendidikan berkata ia masih terlalu awal tambahan pula hari ini dan esok merupakan cuti hujung minggu di Johor.Golongan OKU bakal dapat diskaun pakej mudah alih prabayar dan pascabayar.Berita baik buat golongan OKU kerana bakal dapat diskaun antara RM10 hingga RM15 bagi pakej perkhidmatan mudah alih pra bayar dan pasca bayar.Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata inisiatif itu akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi.Tarikh pelaksanaan diskaun itu akan diumumkan dalam masa terdekat.Sebuah pusat jagaan warga emas di Seremban ditutup sementara.Pusat jagaan warga emas di Seremban yang didakwa dera penghuninya seperti dalam video viral baru-baru ini akan ditutup buat sementara waktu.JKM Negeri Sembilan berkata tindakan itu diambil setelah siasatan dibuat pada 17 Jun lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=111923", "title": "Perlis, Sarawak dan Labuan Beralih Ke Fasa 3 PPN Esok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerlis, Sarawak dan Labuan Beralih Ke Fasa 3 PPN Esok.\nAug 03, 2021\n\n\nFasa 3 Pelan Pemulihan Negara, PPN akan dilaksanakan di Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, mulai esok.\nAntara kelonggaran yang akan diberikan di bawah Fasa 3 adalah pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan kebenaran rentas daerah.\nPergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.\n\u00a0\nKemudahan bagi individu lengkap vaksinasi perlu diperhalusi.\nKemudahan buat individu yang sudah terima vaksinasi lengkap perlu diperhalusi dengan berhati-hati.\nMenurut Perdana Menteri, ia bagi memastikan usaha pemulihan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dapat dilaksanakan dengan berkesan.\nKemudahan itu katanya akan diumumkan dalam masa terdekat dan diharapkan dapat memanfaatkan sebaiknya individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.\n\u00a0\n5 kluster ziarah perayaan dikesan.\n11 kluster baru Covid-19 melibatkan jangkitan komuniti dikesan di negara ini.\n5 daripadanya berpunca daripada aktiviti ziarah ketika perayaan yang kini sudah menjangkiti hampir 100 individu.\n3 kluster ziarah perayaan itu dikesan di Kelantan dan masing-masing satu di Johor dan Kedah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79653", "title": "SPR sasar 70 peratus pengundi keluar pada PRK DUN Rantau", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPR sasar 70 peratus pengundi keluar pada PRK DUN Rantau\nMar 30, 2019\n\nFoto - BernamaSuruhanjaya Pilihan Raya menyasarkan sebanyak 70 peratus pemilih akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau.Angka peratusan itu bagaimanapun katanya berkemungkinan meningkat seperti yang dicapai dalam PRK DUN Semenyih.\u00a0Foto - Astro AwaniMenurut SPR, beberapa aspek penambahbaikan yang telah dilaksanakan pada PRK sebelum ini akan diteruskan.Ini termasuklah menambah 11 saluran baharu di pusat mengundi yang mempunyai ramai pengundi iaitu daripada 44 saluran kepada 55 saluran.\u00a0Foto - UtusanPilihan Raya Kecil DUN Rantau, 13 April depan bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru babitkan calon BN, PH dan dua calon bebas.Barisan Nasional diwakili penyandang kerusi berkenaan, DS Mohamad Hassan manakala Pakatan Harapan mempertaruhkan Dr \u00a0S. Streram.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=103977", "title": "", "body": "\n\u2190 Back to list\n\n\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71937", "title": "Kementerian Pendidikan belum terima laporan penuh kes murid Tahun Satu mati dipukul di sebuah sekolah di Kapit, Sarawak.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan belum terima laporan penuh kes murid Tahun Satu mati dipukul di sebuah sekolah di Kapit, Sarawak.\nAug 25, 2017\n\nKementerian Pendidikan belum terima laporan penuh kes seorang murid Tahun Satu mati dipukul senior di sebuah sekolah di Kapit, Sarawak.Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh kes itu sebelum menentukan tindakan lanjut.Mangsa meninggal dunia semaam akibat luka dan lebam di kepala dan badan selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Sibu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72755", "title": "Jawatankuasa Fatwa Kedah Haramkan Pokemon Go", "body": "\n\u2190 Back to list\nJawatankuasa Fatwa Kedah Haramkan Pokemon Go\nAug 10, 2016\n\nMenurut Mufti Kedah, keputusan tersebut adalah hasil mesyuarat bersama 10 Ahli Jawatankuasa Fatwa negeri yang diadakan hari ini.\u00a0Beliau turut mengesa kerajaan dan mana-mana pihak berkaitan agar mengambil tindakan segera menyekat permainan berkenaan.Sementara itu JPJ memaklumkan, denda RM300 akan dikenakan kepada mereka yang main Pokemon Go ketika memandu.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71973", "title": "2 lagi anggota TLDM ditahan berhubung kematian 2 anggota badan beruniform itu di bilik tahanan dekat Sitiawan, Jumaat lalu. ", "body": "\n\u2190 Back to list\n2 lagi anggota TLDM ditahan berhubung kematian 2 anggota badan beruniform itu di bilik tahanan dekat Sitiawan, Jumaat lalu. \nOct 02, 2017\n\n2 lagi anggota TLDM ditahan berhubung kematian 2 anggota badan beruniform itu di bilik tahanan dekat Sitiawan, Jumaat lalu.\u00a0Ini menjadikan kesemuanya 5 orang ditahan berhubung kes berkenaan.Ketua Polis Negara percaya terdapat kecuaian dan unsur jenayah dalam kes itu yang kini disiasat di bawah Seksyen 302 kerana membunuh.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71935", "title": "SPRM akan ambil tindakan terhadap individu yang disiasat yang beri kenyataan kepada media.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM akan ambil tindakan terhadap individu yang disiasat yang beri kenyataan kepada media.\nAug 24, 2017\n\nSPRM akan ambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam siasatannya yang membuat kenyataan media berkaitan kes yang disiasat.Tegas SPRM, tindakan itu adalah satu kesalahan dan dianggap sebagai gangguan kepada siasatan yang dijalankan.Pihaknya turut beri amaran supaya tidak mencemuh atau keluarkan sebarang kenyataan berbaur hasutan mahupun menjatuhkan imej dan nama baik SPRM.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81156", "title": "Topeng Muka Bukan Jaminan Terhindar Daripada Koronavirus.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTopeng Muka Bukan Jaminan Terhindar Daripada Koronavirus.\nFeb 06, 2020\n\nPemakaian topeng muka tidak menjamin seseorang itu terhindar daripada dijangkiti wabak koronavirus!Sebaliknya menurut WHO, penjagaan kebersihan diri adalah langkah terbaik dalam mencegah penularan virus berkenaan.Antaranya, amalan membasuh tangan yang betul, guna pembersih tangan beralkohol dan elak berhubung rapat dengan individu yang tidak sihat.Ia berkata demikian ekoran kekurangan bekalan topeng muka akibat daripada permintaan tinggi pengguna ketika ini.Tiada ubat khusus diberikan kepada pesakit sembuh koronavirus di Malaysia.Tiada ubat dan antiviral yang khusus diguna untuk merawat kanak-kanak pesakit koronavirus yang sembuh daripada jangkitan itu di Malaysia.Menurut Kementerian Kesihatan, ia sekaligus tangkis mitos bahawa individu yang dijangkiti akan berada dalam kondisi teruk atau hampir pasti maut.Pakar-pakar sebelum ini juga ada menyatakan bahawa virus tersebut dapat diatasi dengan kekuatan imuniti badan.Jangan sebar berita palsu tentang koronavirus!Individu yang sebar berita palsu mengenai penularan wabak novel koronavirus di media sosial bakal berdepan tindakan undang-undang!Tegas Ketua Polis Negara, perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengundang panik dalam kalangan masyarakat.Setakat ini, 13 kertas siasatan dibuka dengan 3 daripadanya telah mendapat arahan pendakwaan di mahkamah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72105", "title": "Kegembiraan 7 remaja dan kanak-kanak bermandi-manda di sebuah bekas lombong di Taman Suria, JB bertukar tragedi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKegembiraan 7 remaja dan kanak-kanak bermandi-manda di sebuah bekas lombong di Taman Suria, JB bertukar tragedi.\nJun 24, 2018\n\nKegembiraan 7 remaja dan kanak-kanak bermandi-manda di sebuah bekas lombong di Taman Suria, JB bertukar tragedi.Ini selepas 2 daripada mereka berusia 12 dan 9 tahun mati lemas, manakala 5 lagi sempat menyelamatkan diri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71377", "title": "Kluster Bakti sumbang peningkatan kes COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster Bakti sumbang peningkatan kes COVID-19\nDec 07, 2020\n\nKluster Bakti\u00a0 sumbang peningkatan kes COVID-19Foto - KashoorgaSejumlah 1,600 kes baru positif COVID-19 dicatatkan hari ini dengan 541 daripadanya di Negeri Sembilan ekoran pertambahan kes dalam Kluster Bakti iaitu sebanyak 500 kes.Namun Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes-kes tersebut adalah terasing kerana berada ia di dalam kawasan penjara.Dua lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah korban keseluruhan mencecah 384 manakala 1,033 kes sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.-----PKPD Penjara Seremban, Kuarters dilanjut, PKPD Kampung Baru Sabah berakhirFoto - Suara MerdekaPerintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, Negeri Sembilan yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 21 Disember ini.Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan selepas Kementerian Kesihatan membuat penilaian risiko di kedua-dua kawasan berkenaan.PKDP di Kampung Sabah Baru dekat Lahad Datu, Sabah pula ditamatkan hari ini mengikut jadual selepas semua sampel saringan sudah diperoleh dan tiada sampel yang masih menunggu keputusan.-----COVID-19 paksa Angsana ditutupFoto - BernamaPusat beli belah Angsana Johor Bahru di Skudai diarah ditutup tujuh hari bermula malam ini sehingga 14 Disember depan ekoran penularan wabak COVID-19 di premis berkenaan.Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, arahan penutupan pusat beli belah itu diputuskan selepas menilai risiko penularan wabak dan situasi semasa.Tambahnya, semua pekerja dan kakitangan bertugas di pusat beli belah itu diarah menjalani saringan COVID-19 secara sukarela bagi mengekang penularan wabak berkenaan dalam kalangan masyarakat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72098", "title": "Datuk Seri Jamal Yunos sah bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Jamal Yunos sah bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.\nJun 19, 2018\n\nDatuk Seri Jamal Yunos disahkan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, meskipun kini diburu polis.Ibu pejabat UMNO menjelaskan, selagi tidak dibuktikan bersalah dan tiada pendakwaan terhadapnya, beliau masih layak bertanding.DPI, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu menuduh kononnya kerajaan mengenakan undang-undang rimba ke atasnya.Ia kerana kata Jamal, kesalahan lampau seseorang itu lebih diambil berat tanpa mengikut kedaulatan undang-undang yang sebenar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72003", "title": "Kementerian Pendidikan berkata, ujian air kencing ke atas semua pelajar sekolah tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan kos yang tinggi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan berkata, ujian air kencing ke atas semua pelajar sekolah tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan kos yang tinggi.\nNov 13, 2017\n\nKementerian Pendidikan berkata, ujian air kencing ke atas semua pelajar sekolah tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan kos yang tinggi.Malah tindakan itu juga katanya boleh sebabkan impak psikologi kepada pelajar serta bakal mengundang bantahan daripada ibu bapa.Terdahulu Dewan Rakyat diberitahu, 0.03 peratus pelajar sekolah di negara ini terlibat dadah bagi tempoh Januari hingga Julai lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79619", "title": "Catuan Air Mungkin Berulang?", "body": "\n\u2190 Back to list\nCatuan Air Mungkin Berulang?\nMar 25, 2019\n\nCatuan Air Terjadi Lagi?Musim panas dan kering kembali lagi.Tapi kali ini ia mungkin menyebabkan catuan bekalan air terpaksa dilakukan.3 empangan sudahpun merekodkan simpanan air dalam lingkungan 50 peratus iaitu Empangan Muda di Kedah dan Empangan Sembrong serta Machap di Johor.Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) berpendapat\u00a0catuan air patut\u00a0dilakukan di kawasan terbabit.Selain dapat mengekang pengunaan air secara berlebihan dan membazir, ia juga dapat pastikan bekalan sedia ada terus dapat bertahan dalam tempoh lama.\u00a0*Foto sekadar hiasanDi Kelantan, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu(KADA) gesa kerajaan segera melakukan pembenihan awan di kawasan tanaman padi.Menurut pihaknya, tanaman padi yang diusahakan di negeri itu akan musnah dan petani akan rugi jika belum ada hujan dalam tempoh seminggu dua ini.Berkaitan pembenihan awan, MetMalaysia memaklumkan ia jadi jalan terakhir jika krisis bekalan air tercetus dan berpanjangan.Sebabnya, selain kos tinggi ia hanya boleh dibuat dalam keadaan cuaca sesuai malah tiada jaminan hujan pasti akan turun.Tapi di sebalik itu MetMalaysia minta orang ramai tak terlalu bimbang dengan fenomena ini sebab ia memang berlaku setiap tahun dan dijangka tiada suhu ekstrem.Penulis pun setuju dan\u00a0yang penting kita perlu bijak ambil inisitif misalnya buat catuan bekalan air sendiri, juga\u00a0berdoa agar ujian ini\u00a0segera berakhir.Daripada aspek kesihatan pula, ada baiknya ikutlah panduan yang diberikan Kementerian Kesihatan seperti hadkan kegiatan di bawah matahari terik.Untuk makluman, negeri yang dijangka paling terjejas dengan cuaca panas dan kering ini ialah Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pahang dan Kelantan.Oleh: KJFoto: AWANI & Sinar Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72833", "title": "Serpihan dipercayai Milik MH370 : DCA Tunggu Pengesahan Sebelum Hantar Pakar ke Mauritius ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSerpihan dipercayai Milik MH370 : DCA Tunggu Pengesahan Sebelum Hantar Pakar ke Mauritius \nApr 04, 2016\n\nJelas DCA, pihaknya tidak dapat mengesahkan serpihan yang ditemui pada 2 April lalu adalah daripada pesawat MH370 yang hilang sehinggalah ia diperiksa pakar.Foto : DCA\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71938", "title": "PTPTN peruntuk 4 juta ringgit kepada hampir 2 ribu 700 pelajar di Kelantan yang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPTPTN peruntuk 4 juta ringgit kepada hampir 2 ribu 700 pelajar di Kelantan yang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.\nAug 26, 2017\n\nPTPTN peruntuk 4 juta ringgit sebagai Pendahuluan Pembiayaan kepada hampir 2 ribu 700 pelajar di Kelantan yang akan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.Menurutnya, baucer sebanyak seribu 500 ringgit telah mula diberikan kepada sebahagian pelajar sejak Ahad lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72253", "title": "Pemuda mengaku anak Kim Jong-nam muncul di Youtube", "body": "\n\u2190 Back to list\nPemuda mengaku anak Kim Jong-nam muncul di Youtube\nMar 09, 2017\n\nSeorang pemuda yang mengaku dirinya anak lelaki Kim Jong-nam tampil membuat kenyataan menerusi sebuah klip video di YouTube.Dalam kenyataan berdurasi 40 saat itu, dia yang mengaku sebagai Kim Han-sol, meminta kes bunuh bapanya di klia2 bulan lalu diselesaikan segera.Dia turut memaklumkan, dia, ibu dan adiknya kini berlindung di lokasi rahsia dengan bantuan pihak berkuasa Belanda, Amerika dan Korea Selatan.Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata,\u00a0polis akan meneliti video tersebut sebelum buat sebarang kenyataan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72196", "title": "Harga petrol turun minggu ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHarga petrol turun minggu ini.\nJun 21, 2017\n\nHarga petrol turun buat minggu keempat berturut-turut mulai tengah malam ini, sehingga Rabu depan.Petrol RON95 dan 97 turun masing-masing 7 sen seliter kepada seringgit 91 sen seliter dan 2 ringgit 17 sen seliter.Namun harga diesel pula diumumkn tidak berubah dan kekal pada satu ringgit 88 sen seliter.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=102426", "title": "Tiada Yang Terkecuali Dalam Pematuhan SOP PKP!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Yang Terkecuali Dalam Pematuhan SOP PKP!\nMar 31, 2021\n\nSemua pihak tertakluk kepada undang-undang bagi pematuhan SOP cegah Covid-19.\u00a0\nTegas Menteri Kanan Keselamatan, tindakan akan dikenakan terhadap mereka yang langgar arahan tersebut tanpa mengira status VIP, selebriti atau rakyat biasa.\u00a0\n\nBeliau turut ingatkan semua pihak supaya patuh kepada SOP ketat dalam penganjuran majlis sosial.\u00a0\n\u00a0\nArahan bekerja dari rumah dimansuhkan.\nBermula esok majikan sektor swasta dibenarkan mengarahkan kehadiran penuh melibatkan petugas bahagian pengurusan dan penyeliaan selain operasi serta sokongan.\n\nArahan 100 peratus untuk kedatangan ke tempat kerja itu sekaligus memansuhkan arahan bekerja dari rumah, BDR.\n\u00a0\nPergerakan rentas negeri masih dilarang.\nPKP Bersyarat di Selangor, KL, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan dilanjutkan sehingga 14 April ini, manakala Sarawak sehingga 12 April.\nStatus PKP Pemulihan di 10 negeri dan Wilayah Persekutuan pula turut dilanjutkan sehingga 14 April.\u00a0\n\nPergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi mereka yang mengikuti pelan gelembung pelancongan untuk negeri di bawah PKP Pemulihan sahaja.\u00a0\n\r\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72158", "title": "Seorang lagi adik Datuk Seri Shafie Apdal, ditahan SPRM", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang lagi adik Datuk Seri Shafie Apdal, ditahan SPRM\nOct 18, 2017\n\nSeorang lagi adik Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, ditahan SPRM berhubung siasatan kes penyelewengan dana awam di Sabah.Lelaki itu ditahan selepas datang memberi keterangan berkaitan kes berkenaan di pejabat SPRM negeri itu malam tadi.Individu berkenaan yang juga merupakan ahli politik dijangka dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah tahanan reman, hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72433", "title": "PM Umum Insentif Raya Untuk Peneroka Felda", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM Umum Insentif Raya Untuk Peneroka Felda\nJun 11, 2017\n\nPerdana Menteri mengumumkan Insentif Raya RM500 kepada setiap keluarga peneroka Felda bagi bantu mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri.Ujar Datuk Seri Najib Tun Razak, dividen FGV RM280 juga akan diberikan kepada setiap peneroka Felda.Sementara itu, beliau mengarahkan FGV menyelesaikan kemelut syarikat itu sebelum Aidilfitri.Tegas Datuk Seri Najib, kelewatan menyelesaikan masalah itu akan memberi kesan negatif kepada syarikat senaraian awam berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73075", "title": "DBKL sedang merangka Pelan Induk Pejalan Kaki dan Basikal di ibu negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDBKL sedang merangka Pelan Induk Pejalan Kaki dan Basikal di ibu negara.\nMar 13, 2018\n\nDBKL sedang merangka pelan induk Pejalan Kaki dan Basikal di ibu negara.Langkah itu diambil untuk kurangkan kesesakan lalu lintas dan pelepasan karbon selain menggalakkan orang awam berjalan kaki dan berbasikal di ibu kota.DBKL akan memastikan pelaksanaan lorong basikal mencapai tahap keselamatan yang tertinggi selaras dengan undang-undang negara dan garis paduan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72502", "title": "Polisi baru bayar pinjaman pendidikan menerusi Akaun 2 KWSP", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolisi baru bayar pinjaman pendidikan menerusi Akaun 2 KWSP\nJul 05, 2017\n\nPencarum KWSP boleh keluarkan simpanan Akaun 2 untuk selesaikan pinjaman pendidikan, tanpa terikat dengan tarikh perjanjian pinjaman itu.Ia\u00a0menggantikan syarat semasa pengeluaran pendidikan dari akaun 2 yang memiliki tarikh kuat kuasa perjanjian tertentu antaranya 1 April 2000, 2 Januari 2001 dan 17 Januari 2006.Katanya, polisi baru itu yang akan berkuatkuasa 21 Julai ini dijangka memberi kemudahan kepada 70 ribu pencarumnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71939", "title": "95 peratus daripada 30 ribu jemaah haji tanahair sudah berlepas ke Tanah Suci.", "body": "\n\u2190 Back to list\n95 peratus daripada 30 ribu jemaah haji tanahair sudah berlepas ke Tanah Suci.\nAug 26, 2017\n\n95 peratus daripada 30 ribu jemaah haji tanahair sudah berlepas ke Tanah Suci.Menurut Jabatan Perdana Menteri, baki lima peratus lagi jemaah dijadual berlepas dalam waktu terdekat dengan penerbangan terakhir Isnin ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72901", "title": "Guru dari Palestin Menang Anugerah Guru Global 2016", "body": "\n\u2190 Back to list\nGuru dari Palestin Menang Anugerah Guru Global 2016\nMar 14, 2016\n\nKejayaan itu membolehkan guru yang menempuh cabaran membantu murid trauma kerana ditembak di negara bergolak berkenaan membawa pulang hadiah AS$1 juta.Dua guru Malaysia, Noorjahan Sultan dari SK Indera Mahkota Utama, Kuantan, Pahang dan Vanesri Kasi dari SJKT Jalan Khalidi, Muar, Johor turut berada dalam kelompok 50 nama yang disenarai pendek sebagai penerima anugerah itu.Anugerah berprestij tersebut menerima 8,000 pencalonan daripada 148 buah negara di seluruh dunia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=124893", "title": "Sambutan Tahun Baru 2022 Dibatalkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSambutan Tahun Baru 2022 Dibatalkan.\nDec 31, 2021\n\n\nSambutan Tahun Baru 2022 Dibatalkan.\nMajlis solat hajat dan doa selamat akan menggantikan sambutan Tahun Baru 2022.\nMenurut Perdana Menteri,\u00a0\u00a0majlis akan bermula dengan solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan doa selamat di Masjid Putra, Putrajaya, malam ini.\nIa sebagai tanda menghormati dan bersimpati dengan mangsa banjir di beberapa negeri ketika ini.\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyarankan masjid di seluruh negara terutamanya masjid negeri agar menganjurkan majlis sama.\n\u00a0\nTiada permit dikeluarkan untuk sambutan tahun baru.\nPolis tidak mengeluarkan sebarang permit penganjuran sambutan Tahun Baru 2022 di seluruh negara malam ini.\nMenurut Bukit Aman, ia bagi elak risiko penularan COVID-19 dalam komuniti.\nPasukan pemantauan SOP akan melakukan rondaan di kawasan tumpuan ramai bagi memastikan tiada yang berkumpul beramai-ramai.\n\u00a0\nAmaran hujan berterusan diperluaskan ke negeri lain.\nJabatan Meteorologi memperluaskan amaran hujan berterusan - kini melibatkan 8 negeri.\n8 negeri berkenaan ialah semua negeri di Pantai Timur, Perlis, Kedah, Perak, Johor dan Sabah.\nIa ekoran luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga Isnin depan.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72951", "title": "Bukan semua dron perlu mendapatkan kelulusan DCA", "body": "\n\u2190 Back to list\nBukan semua dron perlu mendapatkan kelulusan DCA\nNov 25, 2017\n\nJabatan Penerbangan Awam jelaskan, bukan semua dron perlu mendapatkan kelulusan jabatan itu sebelum ia diterbangkan.Namun menurut DCA, semua jenis dron dilarang terbang di ruang udara Kelas A, B, C atau G dan di sekitar lapangan terbang.Malah, dron dengan berat tidak melebihi 20 kilogram juga boleh diterbangkan tanpa kelulusan DCA asalakan ia dikendalikan dengan selamat.Ia menafikan satu laporan akhbar mendakwa DCA sedang menubuhkan sebuah unit penguatkuasaan untuk mengambil tindakan terhadap pemilik dron yang tidak berdaftar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81379", "title": "Bayaran Bantuan Sara Hidup dipercepat kepada semalam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBayaran Bantuan Sara Hidup dipercepat kepada semalam.\nMar 17, 2020\n\nFoto : Astro AwaniBayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dijadual diagih Mei ini dipercepat kepada semalam!Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara tersebut dalam sidang medianya malam tadi.Bayaran sebanyak 200 ringgit itu yang diperkenalkan pada Pakej Rangsangan Ekonomi, Februari lalu untuk membantu rakyat menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bermula esok.Tambah beliau, bayaran tambahan 100 ringgit untuk BSH pula tetap akan dibayar pada Mei nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72309", "title": "Lima kilogram bagi setiap individu", "body": "\n\u2190 Back to list\nLima kilogram bagi setiap individu\nNov 19, 2016\n\nPenjualan minyak masak kepada setiap individu di semua pasar raya di seluruh negara kini ditetapkan seberat lima kilogram sahaja.Menurut KPDNKK, arahan tersebut terpaksa dikeluarkan bagi mengelakkan pembelian panik oleh pengguna yang bimbang bekalan minyak masak terputus.Jelasnya, jika pengguna masih meneruskan pembelian panik, arahan ini berterusan sehingga keadaan kembali pulih.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70332", "title": "Isu Bil Elektrik \u00a0Melambung: Boleh Mengadu Dengan TTPM", "body": "\n\u2190 Back to list\nIsu Bil Elektrik \u00a0Melambung: Boleh Mengadu Dengan TTPM\nJun 17, 2020\n\nIsu Bil Elektrik \u00a0Melambung: Boleh Mengadu Dengan TTPMAda satu lagi cara untuk orang ramai buat aduan terhadap isu bil elektrik melambung tinggi semasa PKP.Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, ia boleh difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).Ia merupakan alternatif kepada penyaluran aduan kepada TNB dan Suruhanjaya Tenaga.TNB pula memaklumkan, pihaknya ambil maklum dengan aduan orang ramai.Pihaknya kini sedang kaji semula mekanisme bagi tangani isu tersebut.Perbincangan sedang dilakukan dengan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Suruhanjaya Tenaga.Bayaran Untuk Rayuan BPN Diluluskan Hujung Bulan IniLHDN terima lebih 190,000 permohonan rayuan Bantuan PRIHATIN Nasional, BPN.Menurut Kementerian Kewangan, daripada jumlah itu 181,000 telah diluluskan dan semua akan dibayar akhir bulan ini.Pembayaran itu melibatkan dana RM162 juta.Perak Tak LarangKerajaan Perak tidak larang kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah makan bersama keluarga di premis makanan semasa tempoh PKPP ini.Ini kerana Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit tidak melarang golongan itu untuk masuk ke premis makanan.Namun kerajaan negeri setuju dengan MKN dan KKM bahawa orang ramai masih tidak digalakkan bawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk kedai makan.*foto: AWANI (sekadar hiasan)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81963", "title": "KKM akan terus pantau hospital dan komuniti bagi elak peningkatan kes Covid-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM akan terus pantau hospital dan komuniti bagi elak peningkatan kes Covid-19.\nJun 11, 2020\n\nSepanjang tempoh PKPP, Kementerian Kesihatan akan terus pantau hospital dan komuniti untuk elak berlakunya peningkatan kes jangkitan Covid-19 secara mendadak.Ketua Pengarah Kesihatan berkata ia bagi membolehkan semua sektor ekonomi, sosial dan pendidikan dapat dibuka secara menyeluruh.Fokus KKM ketika ini katanya adalah memperkasa orang awam agar mematuhi SOP yang ditetapkan.Pelaksanaan PKP dan PKPB menyaksikan penurunan kadar jenayah sebanyak 46 peratus!Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sepanjang tempoh itu, kira-kira 10,000 kes pelbagai kesalahan jenayah dilaporkan berbanding 19,000 kes dicatatkan sebelum PKP dilaksanakan 18 Mac lalu.Wajib pakai pelitup muka untuk menaiki pengangkutan awam.Kementerian Pengangkutan tegaskan, individu yang tidak memakai pelitup muka tidak akan dibenarkan untuk menaiki pengangkutan awam.Orang ramai katanya perlu terus patuhi arahan itu biarpun negara sudah memasuki fasa pemulihan Covid-19.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72031", "title": "Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz jangka PRU 14 mungkin diadakan pada April nanti, selepas tamat sidang Parlimen.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz jangka PRU 14 mungkin diadakan pada April nanti, selepas tamat sidang Parlimen.\nJan 08, 2018\n\nAhli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz jangka PRU 14 mungkin diadakan pada April nanti, selepas tamat sidang Parlimen.Sementara itu, pemimpin Pakatan Harapan sebulat suara pilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon PM dalam PRU 14, namun ia bukan muktamad.Ia kerana pakatan pembangkang itu rancang mohon pengampunan diRaja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim jika dapat menawan Putrajaya, bagi membolehkan beliau dilantik sebagai PM.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81843", "title": "Jangan cuba rentas negeri!", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan cuba rentas negeri!\nMay 23, 2020\n\nJangan cuba rentas negeri!Foto - Berita HarianPDRM nasihati orang ramai yang berhasrat untuk berbuat pergerakan rentas negeri agar tidak mencuba nasib kerana tindakan itu mungkin sia-sia selain boleh dikenakan kompaun.Ini kerana pihak polis akan buat pemeriksaan teliti terhadap kenderaan di semua sekatan jalan raya sempadan negeri bagi memastikan tiada perjalanan bertujuan menyambut Aidilfitri.Malah tegas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, pihaknya tidak akan berkompromi dan mereka yang ingkar akan diarah berpatah balik.\u00a0-----Patuh SOP sambutan AidilfitriFoto - Malay MailOrang ramai diingatkan agar mematuhi SOP termasuk penjarakan sosial ketika menyambut Aidilfitri hujung minggu ini bagi memastikan tiada peningkatan mendadak kes COVID-19.Kembimbangan itu disuarakan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berdasarkan trend peningkatan mendadak kes di luar negara apabila rakyat pulang ke kampung semasa musim perayaan.Tambahnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan sekarang adalah cekap kos serta dapat mengawal kes.-----98 pegawai imigresen negatif COVID-19Foto - FMTJabatan Imigresen akan menggerakkan pegawai dari ibu pejabat dan negeri untuk ambil alih kawalan serta pengurusan Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil ekoran kemunculan kluster baru COVID-19 di kawasan itu.Katanya, semua pegawai imigresen bertugas di depot tahanan itu ketika ini dikenakan kuarantin selama 14 hari di rumah sementara menunggu keputusan saringan Covid-19.Setakat ini, keputusan saringan COVID-19 terhadap 98 pegawai bertugas di Bukit Jalil didapati negatif dan semua mereka akan terus dikuarantin selama 14 hari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72529", "title": "Tragedi kebakaran pusat tahfiz: 7 kanak-kanak dan remaja direman", "body": "\n\u2190 Back to list\nTragedi kebakaran pusat tahfiz: 7 kanak-kanak dan remaja direman\nSep 17, 2017\n\nKetua Polis KL mengesahkan, 7 kanak-kanak dan remaja berusia 11 hingga 18 tahun ditahan berkaitan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.Datuk Amar Singh berkata, mereka kini direman seminggu dan 6 daripada mereka juga disahkan positif dadah.Beliau turut mengesahkan, niat utama suspek adalah untuk membakar pusat tahfiz berkenaan susulan insiden ejek mengejek antara suspek dengan pelajar di situ.Namun, butiran lanjut mengenai motif tidak dapat dikongsikan kerana tidak mahu menganggu siasatan.Datuk Amar Singh juga memaklumkan, tiada lagi suspek akan ditahan dan kes dianggap selesai.Beliau dalam pada itu meminta orang ramai tidak sebar sebarang maklumat diperoleh melalui media sosial agar tidak mengganggu siasatan.Sementara itu, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dijangka beroperasi semula di bangunan baru, selewat-lewatnya hujung bulan depan.Bangunan berkenaan terletak tidak jauh dari bangunan yang terlibat tragedi kebakaran yang meragut 21 murid dan 2 guru, Khamis lalu.Pengetuanya juga memaklumkan, bangunan itu juga akan diperiksa oleh Bomba bagi mendapatkan sijil layak menduduki.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70865", "title": "KL Ikut Keputusan MKN", "body": "\n\u2190 Back to list\nKL Ikut Keputusan MKN\nSep 14, 2020\n\nKL Ikut Keputusan MKNSemua premis makanan dan kedai serbaneka di Kuala Lumpur kini dibenarkan untuk beroperasi hingga jam 2.00 pagi.Kelonggaran itu dipersetujui Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL selaras dengan keputusan kerajaan pusat minggu lalu.Selangor juga mengambil langkah sama selepas mengambil kiri keluhan para peniaga dan kadar penularan COVID-19 yang rendah dan terkawal.Murid Kota Setar Belajar Secara Dalam TalianSemua murid di Kota Setar, Kedah ikuti sesi pembelajaran dalam talian ekoran pelaksanaan PKDP di daerah itu yang mula berkuat kuasa Jumaat lalu.Kementerian Pendidikan turut minta sekolah cari jalan bantu murid yang tiada alat peranti sesuai dan capaian internet hinggalah sekolah kembali dibuka.Sementara itu, 47 kes baru COVID-19 direkodkan di seluruh negara semalam.Khazanah Emas Lipis DisonglapJabatan Perhutanan Negeri Pahang berjaya membongkar kegiatan melombong emas secara haram dalam Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis.Susulan itu 5 individu ditahan terdiri daripada 2 warga tempatan, 2 rakyat China dan seorang warga Myanmar.Kegiatan pelombongan emas secara haram itu dikesan hasil tinjauan yang dilakukan jabatan terbabit menggunakan dron.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73167", "title": "Kesemua universiti awam di negara ini kini bersatus autonomi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKesemua universiti awam di negara ini kini bersatus autonomi.\nOct 05, 2018\n\nKesemua universiti awam di negara ini kini bersatus autonomi.Foto: UPU OnlineJelas Kementerian Pendidikan, status itu membolehkan Lembaga Pengarah dan Lembaga Gabenor Universiti masing-masing buat sebarang keputusan.Namun, pihak universiti masih perlu patuhi prinsip asas kerana status itu bukan bersifat mutlak dan masih tertakluk dasar kerajaan dan kementerian.Siasatan menyeluruh tragedi 6 anggota bomba maut akan dijalankan.Siasatan menyeluruh tentang punca tragedi 6 anggota bomba maut ketika operasi menyelamat seorang remaja di Puchong akan dijalankan.JBPM berkata kejadian itu di luar jangkaan kerana kesemua mereka adalah penyelam yang diiktiraf oleh pelbagai agensi penyelamatan di air.Dalam pada itu, jenazah remaja berkenaan selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Taman Putra Perdana malam tadi.Sekurang-kurangnya seorang individu di Johor berdepan risiko buta setiap minggu.Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Aminah berkata risiko itu berpunca daripada penyakit mata akibat diabetes, Glaukoma dan katarak.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81326", "title": "Kabinet Baru Perikatan Nasional Diumumkan Hari Ini!", "body": "\n\u2190 Back to list\nKabinet Baru Perikatan Nasional Diumumkan Hari Ini!\nMar 09, 2020\n\nPenantian lebih seminggu untuk melihat kabinet baru kerajaan Perikatan Nasional nampaknya akan berakhir hari ini!Ini kerana Perdana Menteri bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk persembahkan senarai Jemaah Menteri pagi ini.Dalam pukul 5 petang ini Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengumumkan barisan anggota Kabinetnya.Upacara angkat sumpah jawatan pula diberitakan akan berlangsung esok.Jumlah kes positif Covid-19 meningkat kepada 99.Ini selepas 6 lagi kes baru dilaporkan semalam terdiri daripada kontak rapat kes ke-26.Dalam pada iti, menurut Kementerian Kesihatan, 2 lagi kes sudah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah kes sembuh wabak itu cecah 24.Kerajaan tidak bercadang bawa pulang rakyat Malaysia di Hubei.Kerajaan belum bercadang untuk bawa pulang kira-kira 2,000 rakyat Malaysia di Hubei China ekoran wabak Covid-19.Jelas Duta Besar Malaysia kepada Berita Harian, ia selari dengan perkembangan terkini termasuk laporan tiada rakyat Malaysia di China disahkan positif wabak itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72424", "title": "PTPTN perkenalkan sistem direct debit", "body": "\n\u2190 Back to list\nPTPTN perkenalkan sistem direct debit\nJun 06, 2017\n\nPTPTN perkenalkan sistem pembayaran ''direct debit'' atau debit terus secara dalam talian bermula hari ini.\u00a0Menerusi sistem itu, peminjam hanya perlu mendaftar di portal rasmi PTPTN dan tidak perlu ke kaunter bagi membuat bayaran debit terus.Kelulusan bayaran juga dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga hari bekerja.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79095", "title": "Larangan merokok di tempat makan turut melibatkan produk tembakau yang lain.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLarangan merokok di tempat makan turut melibatkan produk tembakau yang lain.\nJan 03, 2019\n\nMenteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata larangan merokok di semua premis makanan turut melibatkan produk tembakau lain.Jelasnya, produk tembakau itu termasuklah vape, shisha dan \"e-cigarettes\".Foto: The StarDalam pada itu, beliau turut nafi dakwaan kononnya mana-mana individu yang melaporkan kes melanggar arahan larangan merokok di premis makanan akan terima ganjaran wang tunai.Ini selepas gambar viral yang mendakwa mana-mana individu yang buat laporan akan diberi ganjaran wang tunai.Datuk Seri Dr Dzulkefly bagaimanapun maklumkan akan menyemak perkara tersebut kerana terdapat kemungkinan ianya dilaksanakan oleh kerajaan negeri.Setakat semalam, hampir 1,500 amaran bertulis dikeluarkan kepada individu yang gagal patuhi arahan hasil pemantauan di hampir 3,000 tempat makan.Seorang lelaki mendakwa ada bom di dalam keretanya.Sebuah stesen minyak di Pasir Mas, Kelantan gempar malam tadi selepas seorang lelaki mendakwa terdapat bom dalam keretanya selepas terdengar bunyi detikan.Foto: KosmoSusulan itu, pihak stesen minyak berkenaan menghubungi polis bagi melaporkan perkara tersebut.Bagaimanapun, hasil siasatan polis dan bomba tidak menjumpai sebarang bahan letupan dalam kenderaan tersebut dan stesen minyak tersebut disahkan selamat.Aplikasi Instagram\u00a0bakal diharamkan di Iran.Aplikasi Instagram bakal terima nasib sama seperti media sosial lain apabila akan diharamkan di Iran atas sebab-sebab keselamatan negara.Terdahulu, kerajaan Iran menghalang rakyatnya daripada mengakses Twitter, Facebook, Youtube dan Telegram.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79944", "title": "Menteri Belia & Sukan Tak Setuju Peminjam PTPTN Gagal Bayar Disenarai Hitam", "body": "\n\u2190 Back to list\nMenteri Belia & Sukan Tak Setuju Peminjam PTPTN Gagal Bayar Disenarai Hitam\nMay 18, 2019\n\nMenteri Belia dan Sukan tidak bersetuju dengan cadangan peminjam yang gagal melunaskan PTPTN disenarai hitam.Malah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, dia akan pastikan cadangan itu tidak diluluskan jika di bawa ke mesyuarat Kabinet.Semalam, Menteri Pendidikan jelaskan langkah memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara iut, hanya antara cadangan dikemukakan dalam proses konsultasi awam.KTMB Akan Tambah Bilangan Kekerapan Perjalanan Kereta Api Jika PerluKTMB sedia tambah bilangan kekerapan perjalanan perkhidmatan kereta api menjelang Aidilfitri.Namun ia hanya akan ditambah, jika penjualan tiket untuk tempoh tersebut mencecah 85 hingga 90 peratus.Setakat ini, 65 peratus tiket untuk Hari Raya berjaya dijual.Dua-Dua Buat Laporan Polis\u00a0Menurut Malaysiakini, seorang anggota Parlimen PKR dan seorang bekas bendahari cabang parti itu di Perak buat laporan polis ke atas satu sama lain, mendakwa menerima gangguan seksual.Ahli Parlimen bekrenaan mendakwa wanita itu membuat banyak panggilan telefon kepadanya sehingga dia trauma.Manakala wanita tersebut yang mendakwa lelaki tersebut sering hantar mesej dan gambar-gambar lucah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72716", "title": "Kes Dera Kanak-Kanak : Elak Muat Naik di Laman Sosial", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Dera Kanak-Kanak : Elak Muat Naik di Laman Sosial\nSep 20, 2016\n\nOrang ramai yang ada maklumat kes dera kanak-kanak diminta melaporkannya ke saluran yang betul, bukannya memuat naik di laman sosial.Ujar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ini kerana ia boleh menjadi viral dan menimbulkan tekanan tidak sepatutnya kepada mangsa\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72504", "title": "Malaysia diisytihar bebas daripada selesema burung", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia diisytihar bebas daripada selesema burung\nJul 04, 2017\n\nJabatan Perkhidmatan Veterinar sahkan, Malaysia diisytihar bebas daripada selesema burung atau H5N1 sejak Sabtu lepas.Ia berikutan tiada pengesanan baru penyakit itu selama 90 hari sejak pembasmian kuman terakhir dibuat pada 1 April.Kelantan pada Mac lalu isytiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri apabila ia merebak di beberapa daerah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71688", "title": "BERITA RINGKAS 24.1.2016", "body": "\n\u2190 Back to list\nBERITA RINGKAS 24.1.2016\nJan 24, 2016\n\n---Polis KL telah menahan pemandu kenderaan yang rempuh sekumpulan penganut Hindu hingga akibatkan 3 maut semalam.---3 pelajar Malaysia maut, manakala 2 rakan senegara cedera akibat nahas jalan raya di Jordan.---Kementerian Pengangkutan akan perkenal kurikulum pendidikan keselamatan jalan raya baru.---Sempena sambutan Tahun Baru Cina, LPT tawar diskaun 10 peratus untuk bayaran tol secara elektronik pada 8 Februari---Di KL, seorang lelaki didenda 5 ribu ringgit kerana hantar video lucah menerusi e-mel kepada seorang wanita.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79706", "title": "Datuk Osman Sapian Letak Jawatan Menteri Besar Johor ", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Osman Sapian Letak Jawatan Menteri Besar Johor \nApr 09, 2019\n\nPerdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian letak jawatan semalam.Katanya, sekurang-kurangnya empat nama calon Menteri Besar Johor disenarai pendekkan.Surat peletakan jawatan Datuk Osman belum diserahkan kepada Sultan Johor kerana menunggu kepulangan baginda dari luar negara.PLUS Minta Pengendali Papan Iklan Pantau Hak Masing-Masing\u00a0PLUS akan berbincang dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia dan PBT dalam masa terdekat berhubung isu kestabilan papan iklan yang berada di luar kawasan lebuhraya miliknya.Ini selepas terdapat insiden papan iklan tumbang berhampiran susur keluar Southville, Ahad lalu akibat kejadian ribut.Oleh itu, pihaknya gesa pihak uruskan papan tanda di sepanjang lebuhraya, pantau papan iklan masing-masing agar kejadian serupa tidak berulang.Sekolah Boleh Ambil Cuti Peristiwa Empat Hari\u00a0Kementerian Pendidikan berkata setiap sekolah boleh ambil cuti peristiwa selama empat hari dalam setahun tanpa menggantikannya.Jelasnya, permohonan itu perlu dikemukakan di Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapat kelulusan.\u00a0Dalam perkembangan lain, MUET akan diteruskan sebagai prasyarat untuk memohon masuk ke IPT bagi menyambung pengajian Ijazah Pertama.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71708", "title": "Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Buat Laporan Kepada SPRM Terhadap Peguam Negara", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Khairuddin Abu Hassan Buat Laporan Kepada SPRM Terhadap Peguam Negara\nFeb 02, 2016\n\nIni ekoran Tan Sri Apandi Ali sahkan tiada kesalahan jenayah dilakukan Perdana Menteri berkaitan kes dana RM2.6 bilion dan SRC International.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72960", "title": "Harga petrol dan diesel naik lagi!", "body": "\n\u2190 Back to list\nHarga petrol dan diesel naik lagi!\nNov 15, 2017\n\nHarga runcit petrol dan diesel naik lagi untuk tempoh berkuat kuasa tengah malam ini sehingga Rabu depan.Petrol RON95 naik 7 sen kepada RM2.38 seliter, manakala petrol RON97 naik 6 sen kepada RM2.66 seliter.Diesel pula naik 5 sen kepada RM2.25 seliter.Ini merupakan harga paling tinggi bahan api berkenaan, sejak sistem penetapan harga secara mingguan diperkenal Mac lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72417", "title": "Tiada jangkitan baru selesema burung H5N1 di Kelantan", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada jangkitan baru selesema burung H5N1 di Kelantan\nJun 01, 2017\n\nJabatan Perkhidmatan Veterinar berkata, tiada jangkitan baharu penyakit selesema burung H5N1 dikesan di Kelantan sejak dua bulan lalu.Sehingga kini juga katanya, tiada jangkitan H5N1 dikesan di kalangan manusia manakala negeri lain pula kekal bebas wabak itu.Orang ramai juga tidak perlu bimbang untuk menikmati telur dan ayam pedaging yang dijual di pasaran kerana ia dikeluarkan oleh penternak di negeri yang bebas penyakit tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80003", "title": "Kedudukan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pelajaran selamat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKedudukan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pelajaran selamat.\nMay 29, 2019\n\nKedudukan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pelajaran selamat!Perdana Menteri berkata beliau tiada masalah dengan Dr Maszlee, walaupun prestasi beliau sering dipersoalkan selain kontroversi yang dikaitkan dengannya.Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian ketika mengulas mengenai satu petisyen terbaru yang mendesak Maszlee digugurkan daripada kabinet. \u00a0Petisyen itu dipercayai ada kaitan dengan kenyataan Maszlee yang mengaitkan isu kuota kaum matrikulasi dengan isu kelayakan mendapat pekerjaan yang tidak adil dan didominasi kumpulan tertentu.Jelas Tun M, tindakan Maszlee mempertahankan kuota matrikulasi untuk bumiputera tidak bermaksud beliau rasis dan perkara itu tidak didlihat sebagai masalah buatnya meneruskan tugas menteri.Suruhanjaya Tenaga diberi tempoh 14 hari siasat isu bil elektrik naik.Kerajaan beri tempoh 14 hari kepada Suruhanjaya Tenaga untuk siasat isu kenaikan mendadak bil elektrik ketika ini.\u00a0Ia susulan banyak aduan diterima daripada pengguna dari seluruh negara mengenai bil elektrik tinggi yang dikenakan oleh TNB.Tegas kerajaan, tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya TNB lakukan kesilapan atau kesalahan.\u00a0Facebook akan teruskan program perintis berskala besar, Terragraph di Cyberjaya tahun ini.Program perintis yang memberikan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan harga berpatutan itu sudahpun dilaksanakan di Georgetown.Terdahulu, pejabat Facebook di Malaysia dirasmikan oleh Perdana Menteri di KL.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72221", "title": "Murid Tahfiz Kini Kritikal di ICU", "body": "\n\u2190 Back to list\nMurid Tahfiz Kini Kritikal di ICU\nApr 25, 2017\n\nMurid tahfiz yang dipercayai mangsa pukul pembantu warden sebuah madrasah di Kota Tinggi, Johor kini kritikal di ICU.Ini kerana doktor mengesan darah beku pada tangan kiri murid berusia 11 tahun itu yang mungkin menyebabkan ia terpaksa dipotong.Keluarga mangsa bagaimanapun meminta agar prosedur memotong tangannya ditangguhkan.Sehubungan itu pihak hospital membuat\u00a0pembedahan membuang darah beku pada lengannya.Mangsa sudah menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan kuman yang teruk.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72078", "title": "Anggota Kabinet boleh digugurkan jika tidak tunjuk prestasi memuaskan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAnggota Kabinet boleh digugurkan jika tidak tunjuk prestasi memuaskan.\nMay 22, 2018\n\nAnggota Kabinet boleh digugurkan jika tidak tunjuk prestasi memuaskan dan diganti dengan yang lebih layak.Ujar Perdana Menteri, urusan melantik menteri-menteri juga bukan mudah dan tiada yang sempurna dan sunyi daripada kritikan.Terdahulu, barisan 13 anggota kabinet awal kerajaan Pakatan Harapan mengangkat sumpah jawatan petang semalam!Ia diketuai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mencatat sejarah sebagai wanita pertama di negara ini yang dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73303", "title": "Malaysia Kekurangan Penderma Organ selepas Meninggal Dunia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Kekurangan Penderma Organ selepas Meninggal Dunia.\nDec 07, 2017\n\nKementerian Kesihatan sedang mengkaji cara meningkatkan jumlah penderma organ selepas meninggal dunia di Malaysia.Ini kerana, pihak hospital tidak menerima organ mencukupi yang sesuai untuk pemindahan.Tambahnya, hanya kira-kira 400 ribu orang telah berikrar untuk menderma organ di negara ini.Sementara itu, Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengingatkan doktor negara ini agar tidak menjadi orang tengah untuk mengatur pemindahan organ daripada luar negara kepada pesakit mereka.Jelasnya, perbuatan itu menyalahi undang-undang dan tidak disokong oleh kementerian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81200", "title": "UM nafi arah sukarelawan mahasiswa lakukan saringan kesihatan penuntut baru dari China.", "body": "\n\u2190 Back to list\nUM nafi arah sukarelawan mahasiswa lakukan saringan kesihatan penuntut baru dari China.\nFeb 17, 2020\n\nUM nafi arah sukarelawan mahasiswa melakukan saringan ke atas penuntutnya dari China bagi memulakan semester baru!Tegas universiti itu, semua proses berkenaan dilakukan oleh pasukan perubatan yang terlatih.Ia ekoran laporan mengatakan sukarelawan mahasiswa tak terlatih buat saringan kesihatan ke atas 550 penuntut dari China yang pulang ke kampus baru-baru ini.4 lagi kertas siasatan dibuka ekoran penyebaran berita palsu Covid-19.Polis buka 4 lagi kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu mengenai jangkitan COVID-19 di media sosial, menjadikan jumlah keseluruhan 27 kes.3 kes sudah dituduh di mahkamah masing-masing di Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah.Manakala 5 lagi kertas siasatan telah dapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan di mahkamah minggu ini.100 anggota DBKL ditempatkan di Pintasan Saloma.Orang ramai disaran supaya jauhi aktiviti vandalisme dan gunakan kemudahan awam dengan baik.Menteri Wilayah Persekutuan berkata ia ekoran Pintasan Saloma yang baru sahaja dibuka kepada umum awal bulan ini, sudah jadi mangsa vandalisme.Sebagai langkah penguatkuasaan, DBKL akan menempatkan anggotanya di mercu tanda baru ibu kota itu, selain pemasangan CCTV.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72085", "title": "Pelantikan politik di bawah Kerajaan Pakatan Harapan hanya akan dibuat jika ada keperluan. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelantikan politik di bawah Kerajaan Pakatan Harapan hanya akan dibuat jika ada keperluan. \nMay 30, 2018\n\nPelantikan politik di bawah Kerajaan Pakatan Harapan hanya akan dibuat jika ada keperluan.\u00a0\u00a0Menteri Pertahanan, Mohd Sabu beritahu Astro Awani, ia adalah sebagai langkah penjimatan kerajaan.Sementara itu, kerajaan PAS Kelantan pertimbang ambil semula lebih 3 ribu guru agama digelar 'penggerak masyarakat' yang diberhentikan oleh kerajaan pusat pimpinan kerajaan PH.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72724", "title": "Kementerian Pertahanan larang Pokemon Go", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pertahanan larang Pokemon Go\nAug 14, 2016\n\nAplikasi permainan Pokemon GO dilarang dimainkan di kawasan Kementerian Pertahanan di KL bagi melindungi aset sensitif negara.Larangan itu dikeluarkan kementerian terbabit kerana aplikasi itu dikhuatiri boleh mendedahkan aset sensitif negara kepada pihak tidak bertanggungjawab.Ketiga-tiga cabang angkatan tentera negara juga telah dimaklumkan untuk melakukan tindakan sama di kem masing-masing seluruh negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73197", "title": "Polis dedah gambar 3 suspek aniaya kucing di kedai dobi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis dedah gambar 3 suspek aniaya kucing di kedai dobi.\nSep 14, 2018\n\nPolis Selangor dedah gambar 3 suspek kes dera sampai mati seekor kucing bunting dengan cara memasukkan haiwan itu ke dalam mesin pengering pakaian.Foto: KosmoPihaknya juga minta orang ramai salur maklumat bagi mengesan suspek untuk menyelesaikan kes tersebut.Kejadian kejam itu dilapor berlaku di sebuah pusat dobi layan diri di Gombak dan suspek dipercayai pelanggan tetap premis berkenaan.RM2.9 bilion milik 1MDB sah dimasukkan ke dalam akaun peribadi\u00a0Datuk Seri Najib Tun Razak.PDRM sahkan siasatannya mendapati wang RM2.9 bilion milik 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Pihaknya juga telah kenal pasti lebih 50 individu termasuk ahli politik dari dalam dan luar negara yang turut menerima wang yang diseleweng daripada syarikat berkenaan.Sementara itu, lokasi sebenar ahli perniagaan, Jho Low yang dikaitkan dengan skandal penyelewengan itu juga sudah diketahui.Foto: The StarNamun, PDRM perlu bincang dengan pihak berkuasa negara terlibat, berkenaan urusan penangkapan kerana perlu menghormati kedaulatan negara tersebut.Accapan meninggal dunia.Pelawak lagenda negara, Accapan meninggal dunia di usia 63 tahun akibat kegagalan buah pinggang.Menurut kenyataan Seniman, penghormatan terakhir akan dilakukan di rumahnya di Puchong, Selangor jam 3 petang ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71930", "title": "11 projek Rumah Wilayah Persekutuan berjaya disiapkan sepenuhnya di KL sehingga bulan lalu.", "body": "\n\u2190 Back to list\n11 projek Rumah Wilayah Persekutuan berjaya disiapkan sepenuhnya di KL sehingga bulan lalu.\nAug 22, 2017\n\n11 projek Rumah Wilayah Persekutuan babitkan lebih 4,600 unit kediaman berjaya disiapkan sepenuhnya di KL sehingga bulan lalu.Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan berkata, daripada jumlah itu, kira-kira tiga ribu unit rumah telah pun diserahkan kepada pembeli.Malah katanya, sebanyak 21 ribu unit rumah melibatkan 37 projek Rumawip sedang di peringkat pembinaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72625", "title": "Kes Tembakan Di George Town: 2 Direman", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Tembakan Di George Town: 2 Direman\nDec 02, 2016\n\n2 direman susulan kes tembakan di George Town yang mengakibatkan 3 maut termasuk ahli perniagaan bergelar Datuk.Suspek yang melepaskan tembakan yang juga pengawal peribadi kepada ahli perniagaan yang maut, dilapor direman seminggu untuk siasatan.Seorang lagi ahli perniagaan yang berada di dalam kenderaan bersama mangsa dan suspek turut dikenakan reman seminggu.Polis turut memaklumkan, suspek utama dipercayai pesakit mental berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada ahli keluarganya.Suspek juga memiliki lesen mengendalikan senjata, namun tidak pernah mempunyai rekod jenayah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70979", "title": "Jumlah kes baru COVID-19 semakin membimbangkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah kes baru COVID-19 semakin membimbangkan\nOct 01, 2020\n\nJumlah kes baru COVID-19 semakin membimbangkanFoto - The StarJumlah pertambahan kes baru positif COVID-19 dalam negara semakin membimbangkan apabila 260 kes dicatatkan hari ini dengan Sabah merekodkan jumlah jangkitan tertinggi sebanyak 118 kes.Kedah mencatatkan 98 kes baru, Kuala Lumpur dan Selangor masing-masing 13 kes, Johor dan Putrajaya 5 kes, Terengganu dan Perlis 2 kes manakala Melaka, Pahang dan Pulau Pinang 1 kes.Kementerian Kesihatan turut mengesa empat kluster baru \u00a0iaitu kluster Bah Ketil di Langkawi, Joo Hwa di Tawau, Selasih di Putrajaya dan Jalan Meru di Klang.-----Kawalan rentas daerah di SabahFoto - BernamaKawalan rentas daerah di seluruh Sabah akan dilaksanakan berkuat kuasa bermula 3 sehingga 16 Oktober depan kecuali perkhidmatan perlu seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain.Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan.Namun katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuat kuasa seperti biasa.-----DBKL disyor beri parkir percuma selama sebulanFoto - Berita HarianMenteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menimbangkan syor memberi tempoh sebulan tanpa saman bagi peralihan kaedah pembayaran tempat letak kenderaan di bahu jalan.Beliau juga meminta DBKL menimbangkan beberapa syor berkaitan yang dikemukakan pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.Tambah Annuar, turut dicadangkan penyelesaian baki akaun dalam aplikasi JomParking yang digunakan sebelum ini bagi pembayaran tempat letak kenderaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72418", "title": "Inspektor polis ditemui mati dalam pejabat", "body": "\n\u2190 Back to list\nInspektor polis ditemui mati dalam pejabat\nJun 01, 2017\n\nSeorang inspektor polis ditemui mati dengan kesan tembakan, di dalam pejabatnya di IPD Pasir Puteh, Kelantan.Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui motif kejadian.Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72668", "title": "Kes Murid Diperkosa Murid Senior: Kementerian Pendidikan Serah Kepada Polis", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Murid Diperkosa Murid Senior: Kementerian Pendidikan Serah Kepada Polis\nOct 02, 2016\n\nKementerian Pendidikan serah kepada polis untuk siasat kes 2 murid senior yang didakwa perkosa seorang murid tingkatan 1 dalam kawasan sekolah di Jasin, Melaka.Dalam kejadian Selasa lalu, mangsa dilapor diperkosa dalam stor sekolah sebelum diselamatkan seorang kakitangan yang kebetulan melalui kawasan itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71885", "title": "kebakaran hutan di Acheh berpotensi sebabkan jerebu rentas sempadan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nkebakaran hutan di Acheh berpotensi sebabkan jerebu rentas sempadan.\nJul 28, 2017\n\nKetua Jabatan Alam Sekitar, Dato' Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim akui, kebakaran hutan di Acheh ketika ini berpotensi sebabkan jerebu rentas sempadan.Namun, data status kualiti udara semasa negara masih menunjukkan kebakaran itu tidak memberi kesan kepada negara sehingga kini.Setakat ini bacaan indeks pencemaran udara masih menunjukkan status kualiti udara pada tahap baik dan sederhana.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72161", "title": "Pemandu direman rempuh atlet berbasikal Para Asean", "body": "\n\u2190 Back to list\nPemandu direman rempuh atlet berbasikal Para Asean\nSep 08, 2017\n\nPemandu kenderaan pacuan 4 roda yang dilapor rempuh 4 atlet berbasikal Malaysia di lebuh raya LATAR semalam, telah ditahan.Lelaki berusia 46 tahun itu diberkas selepas dia tampil membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.Insiden itu menyebabkan 2 pelumba jurumudi cedera parah, manakala 2 pelumba para ASEAN mengalami kecederaan ringan.(sumber gambar dari internet)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71629", "title": "Pemilik 3 pesawat Boeing 747 yang ditinggalkan di KLIA telah tampil.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPemilik 3 pesawat Boeing 747 yang ditinggalkan di KLIA telah tampil.\nDec 11, 2015\n\nPemilik 3 pesawat Boeing 747 yang ditinggalkan di KLIA telah tampil.Swift Air Cargo jelaskan, mereka adalah pemilik pesawat tersebut tapi MAHB enggan iktiraf pemilikannya.Baru-baru ini MAHB iklankan di akhbar mencari pemilik pesawat tersebut yang ditinggalkan di KLIA selama lebih setahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72812", "title": "Cuaca Panas Melampau : Sekolah di Kedah, Perlis ditutup 2 Hari", "body": "\n\u2190 Back to list\nCuaca Panas Melampau : Sekolah di Kedah, Perlis ditutup 2 Hari\nMar 21, 2016\n\nIa susulan nasihat daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ; Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan.\u00a0Arahan ini bagaimanapun tertakluk kepada proses pengajaran dan pembelajaran saja, manakala guru perlu datang ke sekolah seperti biasa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72018", "title": "Prasarana telah hantar rakaman CCTV kes pelajar dicabul kepada pihak polis.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPrasarana telah hantar rakaman CCTV kes pelajar dicabul kepada pihak polis.\nDec 18, 2017\n\nPrasarana mengesahkan telah menghantar rakaman CCTV berhubung kes seorang pelajar wanita dicabul di Stesen LRT Masjid Jamek, yang telah viral di media sosial.\u00a0Ia berkata, kempen kesedaran tentang gangguan seksual akan diadakan selain Polis Bantuannya akan memakai baju preman untuk memastikan keselamatan pengguna.Tambahnya, orang ramai yang menjadi mangsa gangguan, boleh terus laporkan kepada Polis Bantuan untuk memudahkan proses menangkap pesalah.Sementara itu, Prasarana turut maklumkan telah menangkap seramai 21 daripada 22 suspek kes gangguan seksual sepanjang tahun ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72663", "title": "Suspek Kes Tikam Mati Bakal Abang Ipar Diberkas", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuspek Kes Tikam Mati Bakal Abang Ipar Diberkas\nOct 19, 2016\n\nSuspek kes tikam mati bakal abang ipar di parkir Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu, Ahad lalu sudah diberkas.Suspek dilapor berang kerana mangsa mendapat tahu dia sudah berkahwin.Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Terengganu belum bersedia laksana sistem dalam talian bagi semak status perkahwinan.Jelas kerajaan negeri, banyak aspek perlu diperhalusi jika ia mahu dilaksanakan kerana melibatkan privasi orang ramai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72942", "title": "Suspek pengganas dari Kelantan rancang bom festival arak", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuspek pengganas dari Kelantan rancang bom festival arak\nOct 17, 2017\n\nTiga suspek pengganas yang ditahan di Kelantan sebelum ini rancang untuk mengebom festival arak pada 7 Oktober lepas, guna bom buatan sendiri.Ketua Polis Negara berkata, warga tempatan itu turut merancang lakukan pengeboman di beberapa lokasi lain termasuk rumah ibadat di seluruh negara.Suspek terdiri daripada seorang pelajar tingkatan enam dari Pasir Puteh, seorang bekas tentera dan juga seorang kontraktor binaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72332", "title": "Limau Mandarin di Malaysia selamat dimakan", "body": "\n\u2190 Back to list\nLimau Mandarin di Malaysia selamat dimakan\nJan 18, 2017\n\nLimau mandarin yang dipasarkan di negara ini tidak mengandungi sulfur dioksida melebihi had dibenarkan, sekaligus menafikan dakwaan sebaliknya baru-baru ini.Kementerian Kesihatan memaklumkan, pengesahan itu berdasarkan pemantauan yang dilakukan pihaknya sepanjang 2015 sehingga tahun lepas.Namun, kerajaan akan meneruskan pemantauan ke atas limau mandarin yang dijual di pasaran bagi memastikan ianya selamat dimakan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79995", "title": "Majikan perlu wujudkan formula perjanjian supaya pekerja tidak 'lari' selepas latihan kemahiran.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMajikan perlu wujudkan formula perjanjian supaya pekerja tidak 'lari' selepas latihan kemahiran.\nMay 28, 2019\n\nMajikan disaran mewujudkan formula perjanjian dengan pekerja supaya mereka tidak 'lari' selepas dapat latihan kemahiran.Menurut Kementerian Sumber Manusia, disebabkan isu itu majikan lebih gemar ambil pekerja asing bagi elak perniagaan dan syarikat terjejas.Kata kementerian, formula kerajaan taja pelajar cemerlang belajar di luar negara mungkin boleh diguna pakai majikan untuk pastikan pekerja setia berkhidmat.Badak sumbu Sumatera jantan terakhir, Tam sudah tiada.Malaysia kehilangan badak sumbu Sumatera jantan terakhir, Tam dipercayai akibat usia lanjut dan kegagalan organ.Berita sedih itu disahkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah selepas segala usaha menyelamatkan Tam gagal.Remaja tembak monyet dalam sangkar mungkin akan didakwa!PERHILITAN mungkin akan dakwa remaja yang tembak mati seekor monyet dalam kejadian di Bota, Perak, yang videonya viral baru-baru ini.Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli memaklumkan, kertas siasatan kes itu sudah diserahkan kepada Pendakwa Raya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71132", "title": "Tiada Manipulasi Dalam Pengumuman Data Harian Kes Covid-19!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Manipulasi Dalam Pengumuman Data Harian Kes Covid-19!\nOct 27, 2020\n\nKetua Pengarah Kesihatan nafi dakwaan bahawa Kementerian Kesihatan memanipulasi data harian positif COVID-19 hingga ia kini mencecah 4 angka.Jelas Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, data harian kes yang diumumkan setiap hari diperoleh melalui sistem maklumat dan kesihatan awam dari setiap negeri yang sudah digunakan sejak hari pertama wabak itu dikesan di negara ini.Semua pihak katanya tidak seharusnya hanya terima data jika kes pada satu angka dan enggan mengakui maklumat disalurkan kementerian itu apabila ia kini cecah 4 angka.Terdahulu, seorang ahli politik di Facebooknya mendakwa Kementerian Kesihatan memanipulasi data harian pesakit COVID-19 bagi membolehkan darurat diadakan.Jangan salah guna surat majikan!Tindakan tegas boleh diambil kepada mereka yang menyalahgunakan surat majikan untuk kegunaan lain selain tujuan bekerja ketika pelaksanaan PKPB.Jelas Menteri Kanan Keselamatan, surat daripada majikan hanyalah untuk tujuan bekerja kepada pekerja di pejabat, kilang atau perindustrian bukannya untuk ke destinasi lain.UMNO terus sokong Perikatan Nasional.UMNO putuskan untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional setelah mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu malam tadi.Parti itu juga menyarankan agar inisiatif Rekonsiliasi Nasional atau Agenda Perdamaian Nasional segera dilaksanakan libatkan penyertaan semua parti politik yang bernaung dalam Perikatan Nasional dan pembangkang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80145", "title": "Kes pencemaran di Pasir Gudang kini tiada kaitan dengan kes Sungai Kim Kim.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes pencemaran di Pasir Gudang kini tiada kaitan dengan kes Sungai Kim Kim.\nJun 25, 2019\n\nFakta terkini menunjukkan kes pencemaran di Pasir Gudang ketika ini tiada kaitan dengan kes pencemaran Mac lalu.Jelas kerajaan Johor, ia kerana bahan kimia yang ditemui dalam 2 kejadian itu berbeza.Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal memaklumkan\u00a030 kilang kimia di Pasir Gudang akan disiasat ekoran kes pencemaran\u00a0itu.Kementerian Kesihatan juga kini dalam peringkat akhir untuk mengenal pasti bahan kimia yang jadi punca pencemaran di situ.Jelasnya, tahap toksik yang berada pada 75 pesakit ketika ini tidak setinggi seperti dalam kes pencemaran di Sungai Kim Kim pada Mac lalu.Kerajaan tiada hasrat tubuh RCI untuk siasat kes Muhammad Adib buat masa ini.Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tiada hasrat tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi siasat kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.Ujar Menterinya, Zuraida Kamaruddin, ini kerana inkues kes kematian anggota bomba berkenaan sedang berjalan dengan baik.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72909", "title": "Garis Panduan Baru Penyemburan Racun Rumpai Akan Dikeluarkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nGaris Panduan Baru Penyemburan Racun Rumpai Akan Dikeluarkan\nMar 06, 2016\n\nIni susulan kes 37 orang jatuh sakit selepas makan makanan di sebuah gerai yang terkena semburan racun rumpai yang ditiup angin.Insiden di Batu Gajah, Perak itu merupakan kejadian keracunan makanan pertama di negara ini yang disebabkan penyemburan racun.Dalam perkembangan berkaitan, 30 kes keracunan berpunca daripada salah guna pelbagai jenis ubatan dan racun direkodkan setiap hari di negara ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71876", "title": "Pemantauan 6 bulan bagi yang ada simptom rabies", "body": "\n\u2190 Back to list\nPemantauan 6 bulan bagi yang ada simptom rabies\nJul 20, 2017\n\nKementerian Kesihatan akan melakukan pemantauan berterusan selama 6 bulan terhadap mereka yang mempunyai simptom rabies.\u00a0Namun Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Dr Chong Chee Kheong berkata, dalam kes tertentu, ada pesakit yang tidak menunjukkan simpton jangkitan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79494", "title": "AUKU akan digantikan dengan undang-undang lebih komprehensif, tahun depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAUKU akan digantikan dengan undang-undang lebih komprehensif, tahun depan.\nMar 05, 2019\n\nAkta Universiti dan Kolej, AUKU akan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih komprehensif, tahun depan.Menteri Pendidikan berkata ia bertujuan mengembalikan kebebasan akademik dan mengembalikan kuasa sepenuhnya kepada pelajar.Tambah Maszlee Malik, kerajaan juga berhasrat mewujudkan semula Kesatuan Pelajar.Kerjasama dengan pasaraya berhampiran IPTA akan ditingkatkan\u00a0untuk program Food Bank.Kerajaan akan memperbanyakkan kerjasama dengan pasar raya berhampiran IPTA untuk dijadikan rakan rasmi program Food Bank Malaysia di kampus.Inisiatif itu juga amat dialu-alukan pihak universiti kerana sebahagian besar mahasiwa berasal dari keluarga berpendapatan rendah, B40.\u00a0Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memaklumkan, setakat ini program berkenaan telah dilancarkan di UM, UKM dan UPM.Seorang warga Ireland ditemui mati disyaki dibunuh.Seorang lelaki warga Ireland dijumpai mati dipercayai dibunuh di rumahnya di George Town, Pulau Pinang.Suspek disyaki berbuat demikian kerana berang adiknya jadi mangsa sindiket penipuan si mati berdasarkan nota yang ditemui di sisi mendiang.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73408", "title": "Malaysia Airlines tambah kapasiti penerbangan domestik sempena PRU14", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Airlines tambah kapasiti penerbangan domestik sempena PRU14\nApr 14, 2018\n\nMalaysia Airlines akan tambah kapasiti penerbangan ke destinasi domestik terpilih antara 5 hingga 10 Mei ini sempena PRU14.Ini kerana pihaknya jangkakan berlaku lonjakan permintaan di beberapa laluan untuk rakyat pulang mengundi pada 9 Mei nanti.Penumpang digalakkan buat tempahan awal serta memilih untuk menaiki penerbangan paling awal atau lewat bagi menikmati tambang yang kompetitif.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70539", "title": "Tiada lagi kuarantin di rumah buat rakyat yang pulang dari luar negara", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada lagi kuarantin di rumah buat rakyat yang pulang dari luar negara\nJul 21, 2020\n\nTiada lagi kuarantin di rumah buat rakyat yang pulang dari luar negaraFoto - Selangor KiniKerajaan memandang serius insiden-insiden ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) berhubung arahan dan perintah kuarantin wajib di rumah.Oleh itu, Menteri Kanan (Keselematan)\u00a0Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada lagi proses kuarantin di rumah untuk rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.Sebaliknya, bermula Jumaat ini, kesemua mereka akan dikuarantin wajib di pusat-pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan dengan kos ditanggung sepenuhnya\u00a0individu terbabit.-----Kerajaan enggan berlembut lagiFoto - BernamaKerajaan enggan lagi berlembut dalam menguatkuasakan arahan PKPP bagi membendung penularan wabak Covid-19 kerana orang ramai mula tidak mematuhi SOP serta bertindak seolah-olah PKPP sudah berakhir.Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, tanpa amaran dan nasihat, PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang melanggar arahan PKPP dan setiap SOP ditetapkan.Tambah beliau lagi, pelanggaran SOP paling ketara dikesan membabitkan pembukaan pub dan kelab-kelab malam serta penjarakan sosial di restoran.-----Tiada keperluan PKPD di KluangFoto - Harian Metro\u00a0Menteri Besar Johor berkata, tiada keperluan pelaksanaan PKPD di Kluang susulan penemuan kluster baru Covid-19 di daerah berkenaan.Menurut Datuk Hasni Mohammad, ini kerana Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah sewajarnya bagi mengawal penularan wabak itu.Terdahulu, satu kluster baru COVID-19 dikesan sebuah pusat jagaan warga emas di daerah itu di mana 13 orang disahkan positif wabak itu setakat ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73368", "title": "Penyebaran berita peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Ahli Parlimen Pagoh adalah palsu", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenyebaran berita peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Ahli Parlimen Pagoh adalah palsu\nAug 31, 2018\n\nPenyebaran berita berhubung peletakan jawatan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Ahli Parlimen Pagoh adalah palsu.Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbarnya dalam satu kenyataan media malam tadi.Tegas Hafiz Abdul Halim, penyebaran itu adalah satu kesalahan di bawah undang-undang negara dan tindakan tegas boleh diambil ke atas mereka yang melakukan kesalahan ini.Gambar: Berita Harian--Kerajaan dan rakyat perlu berganding bahu bagi bangun dan pulihkan semula negara dalam usaha jadi sebuah negara maju.Dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan 2018, PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, walaupun tugas itu disifatkan amat berat, namun ianya tidak mustahil dilakukan.--SPRM berkata siasatan berkait penerimaan wang rasuah bernilai 2.6 juta ringgit membabitkan EXCO kerajaan negeri Melaka masih berjalan.Tegasnya, laporan kononnya kerstas siasatan kes itu sudah siap dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara adalah tidak benar--Parti Warisan Sabah nafi terlibat atau telah mengeluarkan borang bagi pendaftaran kad pengenalan atau permohonan bagi kewarganegaraan.Menurutnya, parti itu tidak ada kuasa berhubung perkara-perkara berkaitan pengeluaran kad pengenalan atau kewarganegaraan.--Istiadat Hari Keputeraan Rasmi dan Jamuan Teh Diraja sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 9 September ini dibatalkan.Baginda menitahkan supaya peruntukan perbelanjaan untuk kedua-dua acara rasmi itu dikembalikan semula kepada kerajaan untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80316", "title": "Ibu bapa perlu kawal penggunaan internet anak-anak", "body": "\n\u2190 Back to list\nIbu bapa perlu kawal penggunaan internet anak-anak\nJul 30, 2019\n\nKawal penggunaan internet anak-anakFoto - Astro AwaniIbu bapa digesa mainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka tidak terdedah dengan pelbagai kandungan yang tidak sesuai di internet!Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata berdasarkan kajian yang dijalankan hanya 12 peratus ibu bapa sahaja yang menggunakan perisian untuk kawal selia penggunaan internet di kalangan kanak-kanak.Tambahnya, jumlah tersebut masih rendah berbanding lebih 60 peratus yang mengetahui mengenai aplikasi itu.---Tiada kompromi aspek keselamatan teknologi 5GFoto - Astro AwaniKerajaan tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan dan kesihatan berhubung pelaksanaan teknologi 5G.Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata teknologi tersebut hanya akan digunakan setelah ianya disahkan mematuhi kesemua standard keselamatan yang diperlukan.Tambah Gobind Singh Deo, kesemua pemain industri dikehendaki patuh kepada had-had keselamatan yang ditentukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.---Kementerian Pendidikan rancang kurikulum baharu!Foto - Astro AwaniKementerian Pendidikan sedang merancang kurikulum baru yang sesuai dengan keperluan Revolusi Industri ke-4!Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata ianya akan mengandungi 3 elemen utama iaitu Struktur Kurikulum Organik dan Fleksibel; Transformasi Penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran; serta Penilaian Alternatif.Jelasnya, ia bagi membantu generasi akan datang untuk menghadapi era revolusi yang lebih mencabar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80427", "title": "UiTM perkenal Gabungan Alumni", "body": "\n\u2190 Back to list\nUiTM perkenal Gabungan Alumni\nAug 19, 2019\n\nUiTM perkenal Gabungan AlumniFoto - Google Street ViewUniversiti Teknologi MARA jadi universiti pertama di Malaysia memperkenal Gabungan Alumni UiTM bagi menyatukan kesemua persatuan alumni universiti itu di bawah satu gabungan.\u00a0Gabungan ini bertujuan memperkasa\u00a0persatuan-persatuan alumni UiTM, sekali gus memperkukuh hubungan antara alumni dan universiti.Pada masa ini, terdapat 45 persatuan alumni UiTM didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di seluruh negara dengan keanggotaan 815,353 orang.-----Kertas siasatan kes kematian Syed Danial diserah kepada DPPFoto - Berita HarianPolis telah menyerahkan kertas siasatan kes kematian pemandu, Syed Muhammad Danial Syed Shakir yang viral baru-baru ini kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya telah melengkapkan siasatan dan kini menunggu arahan daripada pihak DPP untuk tindakan selanjutnya.Tempoh reman terhadap suspek lelaki dalam kes terbabit disambung sehingga Khamis ini manakala suspek wanita telah dibebaskan.-----Rasuah penjawat awam membimbangkanFoto - The StarSeparuh daripada kes rasuah membabitkan penjawat awam di negara ini terdiri daripada golongan muda berumur 40 tahun ke bawah.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, kebanyakan mereka daripada sektor perolehan.Pihaknya turut mendapati, 20 peratus penjawat awam, mengaku sanggup menerima rasuah jika mempunyai kuasa atau kedudukan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=108684", "title": "Vaksin COVID-19 Percuma Untuk Rakyat Malaysia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nVaksin COVID-19 Percuma Untuk Rakyat Malaysia.\nJun 25, 2021\n\n\nVaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan percuma untuk semua rakyat Malaysia.\nTegas Menteri Penyelaras program berkenaan, tiada bayaran dikenakan kepada orang ramai yang pergi ke Pusat Pemberian Vaksin kendalian pengamal perubatan.\nKhairy Jamaluddin juga sarankan orang ramai untuk terus laporkan kepada polis jika terdapat mana-mana pihak yang tawarkan pembelian vaksin.\nTerdahulu, 3 individu ditahan di Putrajaya dan Brickfields selepas disyaki jual vaksin Covid-19 menerusi panggilan telefon secara rawak.\n\u00a0\nKerajaan dijangka mengumumkan satu lagi pakej bantuan ekonomi!\nMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata ia akan diumumkan PM tidak lama lagi.\nSejak negara dilanda COVID-19 dan PKP terpaksa dilaksanakan kerajaan sudah memperkenalkan 6 pakej bantuan.\nAntaranya PRIHATIN, PENJANA, PERMAI dan PEMERKASA bertujuan membantu rakyat dan peniaga yang terjejas.\n\u00a0\nIndividu hina agama, promosi LGBT di media sosial berdepan tindakan tegas!\nMana-mana individu yang menghina agama dan mempromosikan gaya hidup LGBT khususnya di media sosial bakal berdepan tindakan tegas!\nTimbalan Menteri Hal Ehwal Agama berkata keputusan itu sebagai komitmen penuh kerajaan untuk tangani masalah berkenaan.\nAntara tindakan yang akan diambil adalah dengan mengenalpasti masalah dihadapi oleh pihak berkuasa dalam melaksanakan penguatkuasaan bersepadu.\nSemalam berlangsungnya Mesyuarat Khas Task Force antaranya melibatkan JAKIM, SKMM dan PDRM bagi tangani isu LGBT dalam kalangan umat Islam di negara ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72108", "title": "Kes kematian Adam Rayqal dapat perhatian ramai pihak.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes kematian Adam Rayqal dapat perhatian ramai pihak.\nJul 06, 2018\n\nKes kematian bayi lelaki berusia 5 bulan, Adam Rayqal yang ditemui dalam peti sejuk rumah pengasuhnya di Batu Caves, Selangor baru-baru ini mendapat perhatian ramai pihak.TPM menegaskan agar semua pengasuh mendapat latihan atau kursus asas bagi menyediakan mereka menjaga bayi atau kanak-kanak.Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyarankan agar agensi kerajaan dan swasta juga perlu menyediakan pusat penjagaan anak di pejabat bagi mengelakkan kes seumpama itu daripada berulang.Bagi Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, Norshiela Abdullah pula, individu yang ingin mengasuh kanak-kanak perlu meilai diri mereka sebelum menceburi bidang tersebut.Ekoran kes Adam Rayqal, MB Selangor mahu aspek pelesenan dan pendaftaran pusat asuhan kanak-kanak dan pengasuh dikaji semula demi keselamatan anak-anak yang di bawah jagaan mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81659", "title": "Jangan ambil mudah PKP di zon hijau!", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan ambil mudah PKP di zon hijau!\nApr 26, 2020\n\nJangan ambil mudah penularan wabak COVID-19!Itu nasihat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kepada orang ramai terutamanya di kawasan zon hijau.Jelasnya, peperangan berdepan wabak tersebut masih belum selesai dan undang-undang serta SOP ketika PKP masih berkuatkuasa.Tambahnya, langkah ini bagi memastikan negara benar-benar bersih daripada wabak tersebut.Foto : Astro AwaniSementara itu, kit ujian pengesanan antigen yang ditempah kerajaan dari Korea Selatandijangka tiba minggu depan.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 200 ribu unitkit ujian itu dijadualkan tiba Jumaat lalu namun berlaku sedikit kelewatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70432", "title": "Hampir 3 minggu tiada kematian COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nHampir 3 minggu tiada kematian COVID-19\nJul 02, 2020\n\nHampir 3 minggu tiada kematian COVID-19Foto - Utusan BorneoJumlah kes aktif COVID-19 dalam negara kini berkurangan kepada hanya 85 apabila 62 lagi kes pulih dan dibenarkan keluar dari hospital, hari ini.Malah Kementerian Kesihatan maklumkan, tiada kematian terbaru direkodkan dalam tempoh hampir tiga minggu dengan jumlah korban keseluruhan kekal 121.Hari ini, hanya tiga kes baru positif COVID-19 dilaporkan termasuk satu kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan dua kes penularan tempatan.-----620 individu di bawah HSO diburuFoto - Malakat TribuneSeramai 620 individu masih perlu menjalani ujian COVID-19 hari ke-13 di bawah arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO).Menurut Kementerian Kesihatan, mereka adalah sebahagian daripada 5,804 individu yang dibenarkan keluar dari pusat kuarantin pada 10 Jun dan diletakkan di bawah HSO.KKM dan PDRM sedang giat menjalankan aktiviti pengesanan individu terbabit dan tindakan boleh diambil ke atas mereka yang didapati melanggar syarat di bawah perintah ini.-----Perincian Bantuan Prihatin Elektrik dalam bil JulaiFoto - RemajaPerincian manfaat Bantuan Prihatin Elektrik yang diterima pelanggan domestik TNB bagi bulan April, Mei dan Jun akan disertakan dalam bil bulan ini.Syarikat utiliti itu berkata, Penyata Terperinci itu akan diterima pelanggan bersama bil Julai dalam tempoh tujuh hari melalui pos selepas pembacaan meter dibuat.Katanya, pelanggan domestik juga boleh melihat Penyata Terperinci dan bil itu melalui laman web dan aplikasi myTNB selepas 48 jam menerima Notis Makluman.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71846", "title": "Lelaki ditahan berkenaan bom buatan sendiri", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki ditahan berkenaan bom buatan sendiri\nJul 10, 2017\n\nPolis tahan lelaki berusia 28 tahun untuk bantu siasatan kes bom buatan sendiri yang ditemui di bawah kereta kereta seorang jururawat di Kapar, Klang.Suspek yang dipercaya bekas kekasih wanita itu ditahan dalam serbuan di rumahnya di Klang, awal pagi tadi.Pemeriksaan polis di kediaman suspek turut menemui beberapa alat elektronik, termasuk beberapa bahan yang disyaki digunkan untuk hasilkan bom tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81271", "title": "Pernah Dipecat, Tan Sri Muhyiddin kini Perdana Menteri ke-8!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPernah Dipecat, Tan Sri Muhyiddin kini Perdana Menteri ke-8!\nMar 01, 2020\n\nPerdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.Turut hadir pada istiadat berkenaan, Presiden PAS dan UMNO serta Datuk Seri Azmin Ali.Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri semalam sekaligus menyelesaikan kemelut politik negara sejak Isnin lalu.Upacara itu diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.Tan Sri Muhyiddin pernah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika bersama Barisan Nasional, sebelum buat kemunculan semula dengan kerajaan Pakatan Harapan sebagai Menteri Dalam Negeri.Dan kini, beliau menduduki kerusi nombor 1 negara bersama Perikatan Nasional.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71655", "title": "Sazali Samad sudah hantar surat rayuan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSazali Samad sudah hantar surat rayuan\nDec 27, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79709", "title": "4 calon dilapor dalam senarai pendek untuk dipilih sebagai Menteri Besar Johor yang baru!", "body": "\n\u2190 Back to list\n4 calon dilapor dalam senarai pendek untuk dipilih sebagai Menteri Besar Johor yang baru!\nApr 10, 2019\n\n4 calon dilapor dalam senarai pendek untuk dipilih sebagai Menteri Besar Johor yang baru!Ini selepas peletakkan jawatan Datuk Osman Sapian, kelmarin disahkan oleh Perdana Menteri.Bagaimanapun,\u00a0Tun Dr Mahathir Mohamad enggan dedahkan punca peletakan jawatan\u00a0ADUN Kempas itu.Difahamkan, proses pelantikan MB baru dapat dijalankan selepas Sultan Johor yang kini berada di luar negara, pulang ke Johor hujung minggu ini.Pendirian pembangkang\u00a0tolak pindaan peruntukan perlembagaan berhubung status Sabah dan Sarawak adalah hak mereka!Itu kata Perdana Menteri selepas usaha pertama kerajaan Pakatan Harapan untuk pinda Perlembagaan Persekutuan tidak\u00a0mendapat undi majoriti dua pertiga Dewan Rakyat, malam tadi.Sementara itu, wakil Pakatan Harapan dari Sabah dan Sarawak kecewa usaha untuk kembalikan status kedua-dua negeri itu setaraf dengan Semenanjung gagal.Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong berkata keputusan pembangkang untuk tidak bersetuju dengan pindaan itu merugikan rakyat Sabah dan Sarawak.\u00a0Malaysia terus kekal ungguli Indeks Pelancongan Islam Global untuk tahun kesembilan berturut-turut!Namun, buat kali pertama Malaysia berkongsi kedudukan itu dengan Indonesia, dengan kedua-dua negara diberi 78 markah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72569", "title": "Permintaan untuk pekerja baharu masih positif - JobStreet", "body": "\n\u2190 Back to list\nPermintaan untuk pekerja baharu masih positif - JobStreet\nJan 14, 2017\n\nJobstreet berkata, permintaan untuk pekerja baharu masih positif dalam kalangan syarikat di M'sia biarpun pasaran pekerjaan yang lemah.Kajiannya mendapati, 54 peratus syarikat di semua sektor masih mahu mengambil pekerja baru untuk isi jawatan penting.Selain itu,\u00a0kira-kira 12 peratus majikan akan mengekalkan kadar\u00a0pengambilan pekerja mereka sementara 18 peratus lagi\u00a0akan meningkatkan pengambilan pekerja baharu tahun ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79703", "title": "Minuman yang dibancuh dan dihidang di kedai makan terkecuali daripada cukai gula.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMinuman yang dibancuh dan dihidang di kedai makan terkecuali daripada cukai gula.\nApr 09, 2019\n\nPenggemar teh tarik tidak perlu risau harga minuman itu naik kerana ianya terkecuali daripada cukai gula!Kementerian Kesihatan berkata cukai yang bakal dilaksanakan 1 Julai nanti tidak akan melibatkan minuman yang dibancuh dan dihidangkan di premis makanan seperti kedai mamak, warung dan restoran.Cukai itu diwujudkan sebagai langkah mendidik orang ramai supaya kurangkan pengambilan minuman manis.Dalam perkembangan lain, pihaknya juga sedang rangka Akta Kawalan Tembakau termasuk penggunaan rokok elektronik dan vape yang dijangka siap menjelang akhir tahun ini.Calon SPM boleh ambil peperiksaan untuk satu subjek sahaja.Murid dibenarkan untuk ambil hanya satu subjek sahaja untuk peperiksaan SPM\u00a0tapi calon perlu dapatkan kelulusan daripada Lembaga Peperiksaan terlebih dahulu.Foto: The StarKementerian Pelajaran berkata, pelajar dalam kes khas itu hanya menerima penyata keputusan untuk mata pelajaran terbabit.Untuk mendapatkan sijil penuh SPM, calon perlu ambil 6 subjek wajib dan sekurang-kurangnya kredit untuk subjek Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.Bayi 9 bulan maut selepas makan epal lenyek di taska.Seorang bayi lelaki 9 bulan meninggal dunia selepas diberi makan epal lenyek oleh pengasuhnya di sebuah taska di Baling, Kedah.Menurut polis, tiada kesan dera pada badan mangsa dan punca kejadian masih disiasat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73462", "title": "Dato' Seri DS Najib Razak dan isteri disenarai hitamkan dari keluar negara", "body": "\n\u2190 Back to list\nDato' Seri DS Najib Razak dan isteri disenarai hitamkan dari keluar negara\nMay 12, 2018\n\nJabatan Imigresen sahkan, DS Najib Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor baru sahaja disenarai hitamkan dari keluar negara.Beliau yang dimaklumkan mengenai perkara itu, menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara.Menerusi satu kenyataan di Facebook, DS Najib juga berkata, beliau akan mengambil keputusan mengenai kedudukannya dalam UMNO dan BN dalam masa terdekat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72066", "title": "JDT kekal sebagai pendahulu liga biarpun sekadar catat keputusan seri 2 sama menentang Selangor.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJDT kekal sebagai pendahulu liga biarpun sekadar catat keputusan seri 2 sama menentang Selangor.\nMay 13, 2018\n\nJuara bertahan Liga Super, JDT kekal sebagai pendahulu liga biarpun sekadar catat keputusan seri 2 sama menentang Selangor di Stadium Bola Sepak Cheras, malam tadi.Penyerang import baru Harimau Selatan, Harry Novillo memastikan satu mata milik mereka apabila menjaringkan gol penyamaan selepas ketinggalan 2-1.Dalam satu lagi aksi, Perak seri tanpa jaringan dengan Melaka United.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72237", "title": " laluan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur ditambah sepanjang 16 kilometer lagi ", "body": "\n\u2190 Back to list\n laluan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur ditambah sepanjang 16 kilometer lagi \nMar 13, 2017\n\nPerdana Menteri umum laluan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur ditambah sepanjang 16 kilometer lagi sehingga ke Pengkalan Kubor, Tumpat.Sebelum ini, laluan ECRL dari Gombak, Selangor akan berakhir di Wakaf Bharu, dengan 23 stesen perhentian.Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, perjalanan dari KL ke Kelantan akan mengambil masa hanya 4 jam menerusi perkhidmatan itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71674", "title": "Teka-Teki Siapa Pengendali Harimau Malaya Terjawab ", "body": "\n\u2190 Back to list\nTeka-Teki Siapa Pengendali Harimau Malaya Terjawab \nJan 18, 2016\n\nFAM secara rasmi mengumumkan pelantikan Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali baru skuad Harimau Malaya dengan kontrak 2 tahun.Kim Swee bakal memulakan tugas bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 menentang Arab Saudi, Mac depan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70819", "title": "Suspek Kes Cemar Sumber Air Akan Didakwa", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuspek Kes Cemar Sumber Air Akan Didakwa\nSep 06, 2020\n\nSuspek Kes Cemar Sumber Air Akan DidakwaSuspek yang disyaki terbabit kes pencemaran di kawasan perindustrian dekat Sungai Gong, Rawang akan didakwa minggu depan.Kementerian Alam Sekitar dan Air juga menegaskan bahawa pihak berkuasa tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang.Malah kerajaan Selangor beritahu, kilang terbabit kes pencemaran itu sehingga akibatkan lebih 1.2 juta pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air akan dirobohkan.Pengusaha juga diarah memulihkan tanah di kawasan tersebut.Selain itu, Selangor akan pinda Enakmen Lembaga Urus Air bagi menaikkan denda maksimum daripada RM500,000 kepada RM1 juta bagi kesalahan cemar sumber air.Belum Sampai MasaKamera perakam video pemuka atau 'dashcam' tidak mungkin dijadikan aksesori wajib kenderaan dalam tempoh terdekat.Jelas Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) kepada Berita Harian, walaupun ia digalakkan namun belum tiba masanya pemasangan peranti itu diwajibkan.Ini kerana ciri keselamatan lain misalnya sistem brek kecemasan automatik, AEB lebih perlu diutamakan berbanding ciri keselamatan ketiga seperti 'dashcam'.*foto: selangorkini.my\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71873", "title": "Jabatan Imigresen yakin, Malaysia akan disertakan di dalam Program Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJabatan Imigresen yakin, Malaysia akan disertakan di dalam Program Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat.\nJul 19, 2017\n\nJabatan Imigresen yakin, Malaysia akan disertakan di dalam Program Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat.Ketua Pengarah Imigresen, DS Mustafar Ali berkata, segalanya berjalan lancar biarpun tertangguh seketika ekoran pertukaran pentadbiran negara itu, baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72395", "title": "Baihakki Khaizan batalkan hasrat sertai KL", "body": "\n\u2190 Back to list\nBaihakki Khaizan batalkan hasrat sertai KL\nJan 12, 2018\n\nBekas pemain kebangsaan Singapura, Baihakki Khaizan batalkan hasrat sertai pendatang baru Liga Super, Kuala Lumpur.Dia dikatakan bakal tandatangani kontrak dengan Muangthong United hari ini untuk mengisi kouta import Asia Tenggara.Difahamkan, tawaran tinggi ditawarkan Muangthong punca Baihakki buat keputusan memilih untuk sertai kelab Thailand itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71560", "title": "Hanya 44 peratus pekerja di Malaysia dapat habiskan cuti tahunan", "body": "\n\u2190 Back to list\nHanya 44 peratus pekerja di Malaysia dapat habiskan cuti tahunan\nNov 09, 2015\n\nKaji selidik oleh penyelidik UK dapati, hanya 44 peratus pekerja di Malaysia dapat habiskan cuti tahunan mereka.Menurut Malay Mail, ini menjadikan Malaysia berada di tangga ke-20 daripada 22 negara yang dikaji berkenaan aspek itu.Malaysia berada di kedudukan tersebut bersama Amerika Syarikat dan Jordan.Pekerja Britain menduduki tangga teratas, dengan 75 peratus dapat habiskan cuti tahunan mereka.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71982", "title": "Seorang lelaki ditemui maut bersama isteri dan 2 anaknya dalam rumah mereka di Johor Bahru.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang lelaki ditemui maut bersama isteri dan 2 anaknya dalam rumah mereka di Johor Bahru.\nOct 07, 2017\n\nSeorang lelaki ditemui maut bersama isteri dan 2 anaknya dalam rumah mereka di Johor Bahru.Siasatan awal mendapati, lelaki tersebut dipercayai membunuh 2 anaknya terlebih dahulu sebelum bertindak membunuh diri.Namun, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk ketahui punca sebenar kematian isteri lelaki tersebut yang menghidap penyakit buah pinggang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81891", "title": "Hentikan Tabiat Merokok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHentikan Tabiat Merokok.\nJun 01, 2020\n\nKementerian Kesihatan menasihatkan perokok menghentikan tabiat itu bagi elak kesan buruk jika dijangkiti COVID-19.\u00a0Analisis pihaknya mendapati kes kematian akibat wabak itu dalam kalangan perokok lebih tinggi berbanding bukan perokok.\u00a0Merokok merosakkan fungsi paru-paru sekaligus menjadikan tubuh lebih sukar melawan COVID-19 juga penyakit lain.\u00a0Pahang merekodkan 3 kluster baru melibatkan 15 kes di Maran dan Bera.Ia dikesan selepas Jabatan Kesihatan Pahang menjalankan ujian dan persampelan rawak.Semua kes melibatkan warga asing dan Jabatan Kesihatan Negeri sedang mengenal pasti puncanya.Operasi mesin ATM kembali seperti biasa.Bermula hari ini waktu operasi mesin pengeluaran wang automatik, ATM kembali seperti biasa.Ia bagi memudahkan orang ramai membuat pengeluaran wang.Namun arahan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter tetap perlu dipatuhi terutama ketika beratur.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79186", "title": "Remaja 18 tahun ke bawah mungkin akan dikenakan perintah berkurung untuk tangani isu dadah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRemaja 18 tahun ke bawah mungkin akan dikenakan perintah berkurung untuk tangani isu dadah.\nJan 18, 2019\n\nKerajaan sedia pertimbang cadangan untuk mengadakan perintah berkurung bagi remaja berumur 18 tahun ke bawah.Foto: UtusanTimbalan Perdana Menteri berkata ia sebagai langkah bagi mengelakkan mereka terlibat dalam gejala dadah namun, kajian terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.Dalam pada itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata satu akta baru akan digubal bagi menangani masalah ketagihan gam dalam kalangan remaja.Ini kerana masalah ketagihan dilihat semakin meruncing, hingga turut melibatkan kanak-kanak seawal usia 10 tahun.\u00a0Kerajaan lancar garis panduan tunaikan solat dalam waktu kerja.Kerajaan melancarkan garis panduan menunaikan solat dalam waktu kerja khususnya pekerja swasta beragama Islam di seluruh negara.Kementerian Sumber Manusia berkata pihaknya jalinkan kerjasama dengan JAKIM bagi menerbitkan garis panduan itu untuk rujukan majikan.Antara syornya adalah memberi pelepasan waktu untuk pekerja tunaikan solat lima waktu sekurang-kurangya 20 minit dan solat Jumaat, satu jam setengah.\u00a0Pemilik bangunan di Medan Imbi berdepan siasatan SPRM.Pemilik bangunan yang dibina di 2 lot tanah kerajaan di Medan Imbi, Bukit Bintang tetap berdepan siasatan SPRM!Menteri Wilayah Persekutuan berkata siasatan tetap akan dijalankan biarpun pemiliknya telah dikenakan tindakan dan membayar denda.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73305", "title": "Bajet 2018 yang bakal dibentangkan petang ini dijangka paling komprehensif.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBajet 2018 yang bakal dibentangkan petang ini dijangka paling komprehensif.\nOct 27, 2017\n\nBajet 2018 yang bakal dibentangkan petang ini dijangka menjadi belanjawan paling komprehensif.Ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bajet itu akan mengutamakan kepentingan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik.Justeru, kerajaan akan perkenal lebih banyak program yang belum dilaksanakan sebelum ini.Isu belia, agenda bumiputera, pelan tindakan masyarakat India dan Cina serta BR1M juga akan diberi penekanan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72969", "title": "Polis tembak mati individu dikehendaki", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis tembak mati individu dikehendaki\nJan 06, 2018\n\nSuspek yang dipercayai terbabit kes samun kedai emas di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan sejak 31 Disember lalu mati ditembak di Cheras, KL malam tadi.Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang Bukit Aman turut menemui sepucuk pistol yang digunakan suspek di dalam kenderaannya.Hasil siasatan awal mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis atas beberapa kesalahan termasuk memiliki senjata api dan cubaan samun.Foto - Berita Harian Online\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72578", "title": "Harga Barang Sekolah Naik: KPDNKK Beri Amaran", "body": "\n\u2190 Back to list\nHarga Barang Sekolah Naik: KPDNKK Beri Amaran\nDec 23, 2016\n\nKPDNKK beri amaran akan ambil tindakan ke atas peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan keperluan sekolah.Ini selepas pihak mendapati berlaku kenaikan harga kelengkapan sekolah khasnya pakaian selepas membuat pemeriksaan ke atas pasar raya dan kedai baru-baru ini.Media turut melaporkan ramai ibu bapa mengeluh, ekoran harga kelengkapan sekolah untuk tahun ini meningkat sehingga 30 peratus.KPDNKK turut mengumumkan, bermula 1 Januari, para peniaga hanya dibenar mengadakan jualan murah sebanyak 4 kali setahun berbanding 5 kali ketika ini.3 daripada tarikh itu adalah tarikh yang diwartakan kerajaan manakala satu lagi adalah tarikh pilihan peniaga.Ia merupakan inisiatif kerajaan agar kaedah pelaksanaan jualan murah di Malaysia lebih cekap dan telus.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=149854", "title": "Op Bersepadu Sempena Aidilfitri Pantau 'Hotspot' Nahas", "body": "\n\u2190 Back to list\nOp Bersepadu Sempena Aidilfitri Pantau 'Hotspot' Nahas\nApr 12, 2023\n\n\nOp Bersepadu Sempena Aidilfitri Pantau 'Hotspot' Nahas\nJPJ akan mengadakan Op Bersepadu sempena Aidilfitri bermula 18 hingga 27 April ini.\nPemantauan juga akan ditingkatkan di lebih 230 lokasi seluruh negara yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku nahas.\nTerdahulu, PLUS jangka 2 juta kenderaan akan guna rangkaian lebuh rayanya pada hari-hari menjelang, semasa dan selepas Aidilfitri.\nJusteru pihaknya saran orang ramai rancang perjalanan dan pulang ke kampung lebih awal bagi elak terperangkap dalam lonjakan trafik pada hari-hari tersebut.\n\u00a0\n\u00a0\nJAKIM Minta Jawatankuasa Masjid & Surau Pantau Kod QR Sumbangan\nJAKIM menyeru ahli jawatankuasa masjid dan surau agar sentiasa pantau kod QR pada kotak derma seliaan mereka.\nIa bagi memastikan sumbangan atau infaq yang diberi orang ramai tidak terlepas kepada pihak tidak bertanggungjawab.\nJabatan tersebut memaklumkan demikian ekoran viral seorang lelaki yang didakwa menyalahgunakan kod QR sumbangan derma masjid, dipercayai berlaku di negara jiran.\nSuspek yang sudah diberkas itu dilapor menggantikan kod QR kotak derma masjid dengan kod QR akaun bank peribadi miliknya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72760", "title": "iada Rakyat Malaysia Cedera Dalam Kejadian Letupan di Hua Hin, Thailand", "body": "\n\u2190 Back to list\niada Rakyat Malaysia Cedera Dalam Kejadian Letupan di Hua Hin, Thailand\nAug 12, 2016\n\nMenurut polis negara itu, bom diledakkan menggunakan telefon bimbit, mengakibatkan seorang maut dan 20 yang lain cedera termasuk pelancong asing.Pihak berkuasa belum mengenal pasti motif insiden namun tidak menolak kemungkinan ia mungkin disasarkan kepada pelancong asing.Dua lagi pengeboman di Hua Hin pagi tadi meragut satu nyawa, manakala 2 lagi letupan di Trang dan Surat Thani meragut 2 nyawa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73152", "title": "Bilangan kakitangan awam tidak akan dikurangkan walaupun bakal berlaku pengecilan saiz kementerian.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBilangan kakitangan awam tidak akan dikurangkan walaupun bakal berlaku pengecilan saiz kementerian.\nMay 15, 2018\n\nPerdana Menteri beri jaminan bilangan kakitangan awam tidak akan dikurangkan walaupun bakal berlaku pengecilan saiz kementerian.Ujar Tun Dr Mahathir Mohamad, penjawat awam yang terlibat dengan penstrukturan semula itu akan dipindahkan mengikut kesesuaian agensi termasuk ke sektor swasta.Perdana Menteri\u00a0turut memberi bayangan Jabatan Perdana Menteri akan terlibat dengan langkah berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94666", "title": "PdPR: Penerangan Berkala Perlu", "body": "\n\u2190 Back to list\nPdPR: Penerangan Berkala Perlu\nJan 24, 2021\n\nPdPR: Penerangan Berkala PerluPenerangan dan penjelasan secara berkala perlu diberi berhubung Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kepada ibu bapa dan guru.Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional memaklumkan kepada Sinar Harian, ia penting untuk elak salah anggap berkenaan kaedah PdPR.Menurutnya, ini kerana ramai ibu bapa beranggapan pembelajaran di rumah hanya berasaskan dalam talian.KP Kesihatan BimbangKetua Pengarah Kesihatan meluahkan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah kluster COVID-19 melibatkan tempat kerja.Ujar Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sejak 6 Januari lalu lebih 64 peratus atau 225 daripada 350 kluster adalah berkaitan tempat kerja.Sehubungan itu beliau minta semua majikan dan pekerja supaya bersama-sama memainkan peranan dengan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.Malaysia mencatatkan 4,275 kes COVID-19 semalam yang juga kes harian paling tinggi setakat ini.Bagaimanapun jumlah kes sembuh turut merekodkan angka tertinggi iaitu 4,313 kes, melebihi kes baru.Polis Kelantan Keluar Lebih 52,000 Surat KebenaranPolis Kelantan mengeluarkan lebih 52,00 surat kebenaran rentas daerah dan negeri kepada golongan yang dibenarkan sejak PKP 2.0 dilaksanakan di negeri itu 16 Januari lalu.Surat berkenaan dikeluarkan terutama kepada pekerja yang tiada majikan dan bekerja sendiri susulan kerajaan membenarkan golongan terbabit menjalankan tugas seperti biasa.Ia turut membabitkan pengeluaran surat kebenaran kepada individu yang menjalankan khidmat menghantar makanan untuk mereka mencari rezeki.Jangan Tipu Untuk Rentas Daerah & NegeriOrang ramai diingatkan agar tidak menipu pihak berkuasa menggunakan surat kebenaran lama untuk rentas daerah dan negeri.Tegas Polis Kedah, pihaknya tidak teragak-agak mengenakan tindakan terhadap invididu terbabit.Bagaimanapun setakat ini belum ada kes sedemikian dilaporkan di negeri itu.Sumber & foto: Utusan Malaysia, Sinar Harian, AWANI, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo & Internet\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72579", "title": "Punca Kebakaran Hospital Dikenal Pasti", "body": "\n\u2190 Back to list\nPunca Kebakaran Hospital Dikenal Pasti\nDec 23, 2016\n\nKebakaran pada kapasitor di dalam lampu dikenal pasti sebagai satu daripada punca insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, Oktober lepas.Kementerian Kesihatan turut memaklumkan, hospital berkenaan dijangka beroperasi semula 6 bulan lagi.Tragedi kebakaran di wad ICU hospital berkenaan pada 25 Oktober lalu itu mengakibatkan 6 orang maut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71917", "title": "Tan Sri Isa Samad direman 5 hari bagi bantu siasatan SPRM berhubung pembelian hotel di London oleh Felda Investment Corporation.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTan Sri Isa Samad direman 5 hari bagi bantu siasatan SPRM berhubung pembelian hotel di London oleh Felda Investment Corporation.\nAug 16, 2017\n\nTan Sri Isa Samad direman 5 hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung pembelian hotel di London oleh Felda Investment Corporation.Bekas pengerusi Felda itu ditahan selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, semalam.Bulan lepas, SPRM buka kertas siasatan berhubung pembelian hotel itu, yang dipercayai dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72931", "title": "Permohonan masuk ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh 2018 dibuka Isnin ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nPermohonan masuk ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh 2018 dibuka Isnin ini\nOct 14, 2017\n\nPermohonan kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh 2018 dibuka secara dalam talian bermula Isnin ini hingga 19 November.Kementerian Pendidikan berkata, calon kemudian akan menjalani ujian secara dalam talian di pusat ujian ditetapkan, pada 11 hingga 15 Disember ini.Ini adalah tahun pertama kementerian mengadakan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh sebagai prasyarat berada dalam sistem Sekolah Berasrama Penuh.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71934", "title": "Nombor plat AKU 1 terima bidaan hampir 208 ribu ringgit.", "body": "\n\u2190 Back to list\nNombor plat AKU 1 terima bidaan hampir 208 ribu ringgit.\nAug 24, 2017\n\nNombor plat kenderaan siri AKU 1 yang dikeluarkan JPJ Perak hari ini menerima bidaan hampir 208 ribu ringgit.Katanya, bidaan nombor plat AKU 1 mengatasi nombor popular seperti AKU 8055 yang hanya catat bidaan 74 ribu ringgit.Kutipan keseluruhan nilai bidaan nombor plat AKU ialah 3.5 juta ringgit dan ia merupakan jumlah bidaan tertinggi yang direkodkan JPJ Perak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80715", "title": "KPM belum putuskan untuk mansuh aliran sains dan sastera di sekolah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPM belum putuskan untuk mansuh aliran sains dan sastera di sekolah.\nOct 21, 2019\n\nBelum ada keputusan rasmi berkenaan langkah mansuh aliran sains dan sastera di sekolah!Tegas Menteri Pendidikan, ia masih di peringkat kajian dan tiada sebarang pengumuman dasar dibuat berhubung perkara itu.Namun katanya menjadi hasrat KPM untuk memastikan pelajar tidak terkongkong dengan aliran subjek pada masa depan.Siswazah Malaysia utamakan gaji dan bonus dalam pemilihan kerjaya.Menurut satu kaji selidik, siswazah wanita di Malaysia mengutamakan gaji dan bonus dalam memilih kerjaya.Namun ia sebaliknya untuk siswazah lelaki yang mana mereka lebih memilih kemajuan kerjaya dalam pekerjaan.Untuk 3 lagi faktor utama, iaitu peluang belajar, waktu kerja anjal dan budaya syarikat, keutamaan yang diletakkan kedua-dua jantina adalah sama.Seekor gajah Pygmy ditemui mati di Beluran.Seekor lagi gajah Pygmy Borneo ditemui mati dan gadingnya hilang, lokasinya di \u00a0sebuah ladang di Beluran, Sabah.Bulan lalu, seekor gajah Pygmy ditemui di Tawau dengan 70 kesan tembakan yang kemudiannya menyaksikan 6 suspek ditahan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80409", "title": "Elaun pelatih di agensi kerajaan akan dinaikkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nElaun pelatih di agensi kerajaan akan dinaikkan.\nAug 16, 2019\n\nKerajaan bersetuju untuk naikkan elaun pelatih yang berkhidmat di agensi kerajaan berkuatkuasa bulan depan.Menteri Belia dan Sukan berkata elaun bagi pelatih akan dinaikkan daripada RM1.60 kepada RM5 sejam berkuatkuasa bulan depan.Langkah itu katanya sebagai usaha kerajaan untuk terus membela nasib golongan belia di negara ini.Orang ramai diminta laporkan kepada polis sebarang komen berunsur perkauman atau hasutan!Caranya dengan menghantar rakaman skrin kepada akaun media sosial rasmi PDRM.Ini selepas kerajaan beri amaran akan bertindak tegas terhadap pihak yang keluarkan kenyataan berbaur perkauman dan sebarkan berita palsu di negara ini.Mangsa ribut di 7 negeri, Jumaat lalu bakal terima wang ihsan mengikut tahap kerosakan.Timbalan Perdana Menteri\u00a0berkata bantuan wang ihsan antara RM200 hingga RM500 itu diberikan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.Setakat ini, lebih 3,600 buah kediaman dilaporkan telah rosak termasuk premis seperti sekolah, hospital dan surau akibat ribut kesan daripada Taufan Lekima.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72752", "title": "Demam 'Pokemon Go' Landa Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\nDemam 'Pokemon Go' Landa Malaysia\nAug 07, 2016\n\nTinjauan wartawan Kosmo di ibu kota yang turut mencuba permainan itu mendapati, golongan muda begitu teruja bermain permainan berkenaan.Malah, pemburuan dalam permainan siber itu telah membawa pemain ke kawasan sensitif termasuk Ibu Pejabat Polis Negara di Bukit Aman dan Masjid Negara.Berita Harian pula melaporkan, majoriti jawatankuasa fatwa negeri akan mengadakan perbincangan mengenai status permainan itu.Ini selepas Wilayah Persekutuan mengisytiharkan permainan tersebut sebagai haram, manakala Negeri Sembilan berpendapat tiada keperluan mengeluarkan fatwa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80570", "title": "Dua Juta Topeng Muka Telah Diagihkan ", "body": "\n\u2190 Back to list\nDua Juta Topeng Muka Telah Diagihkan \nSep 19, 2019\n\nKira-kira dua juta topeng penutup hidung dan mulut telah diedarkan kepada pelajar di kawasan yang mengalami jerebu.Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara, setengah juta topeng itu diagihkan di Sarawak dan selebihnya di negeri yang terlibat.Dalam pada itu, Kerajaan bercadang untuk mengunakan dron untuk mengurangkan kesan jerebu.Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dron boleh digunakan untuk hasilkan hujan buatan, malah ia lebih efektif untuk mensasarkan kawasan yang terjejas.\u00a0Setakat jam 6 petang tadi, enam kawasan di Sarawak masih catat bacaan IPU Sangat Tidak Sihat di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Mukah dan Sarikei.Manakala di Semenanjung rata-rata kawasan catat bacaan IPU Tidak Sihat. \u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71534", "title": "Harga vaksin COVID-19 didedah kepada PAC", "body": "\n\u2190 Back to list\nHarga vaksin COVID-19 didedah kepada PAC\nJan 05, 2021\n\nHarga vaksin COVID-19 didedah kepada PACFoto - BernamaHarga vaksin COVID-19 yang dibayar Malaysia kepada syarikat farmaseutikal Pfizer-BioNtech dan AstraZeneca dimaklumkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), hari ini.Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, beliau dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan perkara itu dalam prosiding rasmi PAC mengenai perolehan vaksin dan penggunaannya terhadap rakyat.Tegas Khairy, walaupun tidak dipanggil oleh PAC, pihaknya mahu memastikan prinsip ketelusan dipenuhi dan sejauh mana maklumat yang boleh didedahkan dalam perjanjian antara kerajaan dan syarikat pembekal vaksin.-----JKN Kedah nafi ada kes positif COVID-19 di LangkawiFoto - Langkawi-InfoJabatan Kesihatan Negeri Kedah nafi terdapat kes individu positif COVID-19 di Langkawi ketika ini ekoran personaliti media sosial, Harris Annuar disahkan positif wabak itu selepas pulang dari pulau berkenaan.Pengarahnya JKN Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang berkata, pihaknya juga tidak membuat saringan ujian COVID-19 secara bersasar kepada pengunjung di pulau peranginan itu.Tambahnya, siasatan awal akan dibuat bagi memastikan di mana ujian membabitkan Harris itu dijalankan dan pihaknya akan membuat tindakan lanjut sekiranya ada bukti kaitan hasil dari siasatan berkenaan.-----Tindakan tegas ke atas pusat hiburan langgar SOPFoto - BernamaPemilik pusat hiburan bakal berhadapan tindakan dibatalkan lesen dan disenarai hitam sekiranya dikesan masih berdegil meneruskan aktiviti mereka.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak kebelakangan ini kesalahan berkaitan aktiviti hiburan merekodkan jumlah tertinggi pelanggaran SOP ketika PKPB berkuat kuasa.Katanya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan seluruh negara untuk meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap premis hiburan yang dikesan melanggar arahan PKPB.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72154", "title": "Produk marjerin yang terdapat di Malaysia selamat", "body": "\n\u2190 Back to list\nProduk marjerin yang terdapat di Malaysia selamat\nApr 21, 2018\n\nKementerian Kesihatan mengesahkan produk marjerin yang terdapat di Malaysia selamat.Kenyataan itu dikeluarkan selepas kementerian menjalankan ujian ke atas beberapa produk marjerin yang disyaki ada bahan penyebab barah.Ujian itu dilakukan ekoran laporan portal tempatan yang mendakwa produk makanan itu berbahaya.*foto kredit : explorasa\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72013", "title": "Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas berkuatkuasa 23 hingga 27 Disember ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSkim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas berkuatkuasa 23 hingga 27 Disember ini.\nDec 13, 2017\n\nSkim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas bagi 16 barangan terkawal akan berkuatkuasa 23 hingga 27 Disember ini.Antara barangan tersebut ialah ayam, telur ayam, dan daging kambing.Dalam pada itu, KPDNKK mengingatkan peniaga agar meletakkan tanda harga merah jambu, bagi membezakan barangan terkawal dengan barangan lain.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72404", "title": "Harga serendah 5 ringgit untuk 1 pil dadah jadi antara faktor ramai pelajar sekolah dan universiti di negara ini mengambil dadah psikotropik", "body": "\n\u2190 Back to list\nHarga serendah 5 ringgit untuk 1 pil dadah jadi antara faktor ramai pelajar sekolah dan universiti di negara ini mengambil dadah psikotropik\nOct 09, 2017\n\nHarga serendah 5 ringgit untuk 1 pil dadah jadi antara faktor ramai pelajar sekolah dan universiti di negara ini mengambil dadah psikotropik berbanding dadah tradisional.Mereka biasanya menggunakan dadah itu bagi bertahan ketika mengulangkaji untuk peperiksaan pada saat-saat akhir, dan kemudiannya berlanjut kepada ketagihan.Namun Kementerian Dalam Negeri mengingatkan, penagih perlu tahu kesan dadah tersebut amat dahsyat kerana ia sukar dirawat berbanding dadah tradisional.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71828", "title": "Pusat jagaan harian untuk murid sekolah menengah", "body": "\n\u2190 Back to list\nPusat jagaan harian untuk murid sekolah menengah\nJun 20, 2017\n\nKerajaan rancang bina pusat jagaan harian untuk murid sekolah menengah bagi kurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja.Menurut Kementerian Kesihatan, buat permulaan pusat jagaan itu dirancang dibina di Johor, Selangor dan Negeri Sembilan.Pusat berkenaan akan menyediakan kemudahan dan aktiviti bagi murid selepas sekolah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71942", "title": "Pengunjung upacara penutup Sukan SEA KL dinasihat datang awal.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengunjung upacara penutup Sukan SEA KL dinasihat datang awal.\nAug 30, 2017\n\nPengunjung upacara penutup Sukan SEA KL malam ini dinasihat datang awal, kerana penganjur akan melakukan pemeriksaan keselamatan yang ketat di pintu masuk.Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membawa beg besar untuk percepatkan proses pemeriksaan keselamatan.Payung dan helmet antara barangan yang dilarang dibawa masuk ke dalam Stadium Nasional Bukit Jalil, manakala makanan dan minuman dari luar juga tidak dibenarkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81650", "title": "PKP Dilanjutkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKP Dilanjutkan\nApr 24, 2020\n\nPKP DilanjutkanPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk 2 minggu lagi iaitu sehingga 12 Mei.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira data yang dibentangkan Kementerian Kesihatan (KKM).Jelas beliau, walaupun angka kes menunjukkan perkembangan positif, langkah yang diambil hendaklah diteruskan sehingga wabak COVID-19 dapat dibendung sepenuhnya.\u00a0Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan berita gembira buat golongan penuntut universiti dan IPT.Mereka yang kini berada di kampus akan dibenarkan pulang ke kampung halaman tidak lama.Hari ini juga seluruh umat Islam mula menjalani ibadat puasa Ramadan.Tahun ini juga buat pertama kalinya tiada bazar Ramadan dan solat tarawih berjemaah di masjid dan surau di negara ini sebagai langkah penularan wabak COVID-19.Sekatan Perjalanan ke Luar Negara Mungkin Lebih LamaSekatan perjalanan ke luar negara mungkin akan disambung walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan nanti.Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, ia kerana langkah kawalan sempadan terbukti berjaya mengurangkan bilangan kes import COVID-19 di negara ini.Sementara itu, Perlis jadi negara pertama diisytiharkan zon hijau selepas tiada jangkitan dalam tempoh 2 lebih minggu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71609", "title": "Teka-teki siapa bakal kendalikan pasukan bawah 23 tahun negara dijangka terjawab Isnin depan", "body": "\n\u2190 Back to list\nTeka-teki siapa bakal kendalikan pasukan bawah 23 tahun negara dijangka terjawab Isnin depan\nDec 02, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81818", "title": "SOP kedai gunting rambut diperhalusi", "body": "\n\u2190 Back to list\nSOP kedai gunting rambut diperhalusi\nMay 19, 2020\n\nSOP kedai gunting rambut diperhalusiFoto - Sinar HarianKementerian Kesihatan Malaysia sedang mengumpul data mengenai jumlah sebenar pekerja warga asing terbabit dalam industri gunting rambut di negara ini.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data itu diperlukan sebelum KKM benarkan kedai gunting rambut beroperasi sepanjang tempoh PKPB.Beliau memaklumkan, prosedur operasi standard (SOP) mengenai operasi kedai gunting rambut sudah diterima KKM dan ia dalam proses penelitian akhir.-----Warga asing penyumbang kes harian COVID-19Foto - Malay Mail37 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini dengan jangkitan membabitkan warga asing terus menjadi penyumbang utama kepada jumlah kes baru di negara ini sejak minggu lalu.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 37 kes keseluruhan yang direkodkan itu, 22 daripadanya membabitkan warga asing.Sebanyak 31 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dan sudah discaj dari wad sebanyak 5,646 kes atau 80.9 peratus.-----Kerajaan tiada kuasa larang ibu bapa bawa anak ke pusat beli-belahFoto - Media PermataKerajaan belum buat sebarang keputusan untuk melarang ibu bapa supaya tidak membawa anak kecil ke pusat beli-belah bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya hanya boleh mengeluarkan nasihat selepas mengambil kira faktor seperti membabitkan ibu atau bapa tunggal.Ini kerana dalam sesetengah kes katanya, ibu atau bapa tunggal terpaksa membawa anak kecil keluar bagi membeli barang keperluan kerana tiada sesiapa boleh menjaga anak mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81000", "title": "Mansuh elaun kritikal kerana tidak lagi tepati kriteria tertentu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMansuh elaun kritikal kerana tidak lagi tepati kriteria tertentu.\nDec 27, 2019\n\nPemansuhan elaun kritikal bagi 33 skim perkhidmatan tahun depan adalah kerana ia tidak lagi menepati kriteria tertentu.Jelas JPA, elaun itu diwujudkan pada 1992 untuk atasi kekurangan tenaga kerja dalam sektor tertentu dan menarik graduan berkhidmat dengan kerajaan.Namun, ianya kini tidak lagi relevan memandangkan bilangan yang memohon jauh lebih tinggi daripada keperluan semasa jawatan.Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan JPA mengenai perkara itu.Ini kerana antara jawatan yang terlibat dengan pemansuhan tersebut ialah doktor, pembantu perubatan, pegawai farmasi dan jururawat.Sementara itu, lebih 77,000 pemilik akaun Twitter sudah tandatangani petisyen bantah pemansuhan elaun itu yang dilancarkan Persatuan Perubatan Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70600", "title": "PM ingatkan rakyat patuhi SOP", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM ingatkan rakyat patuhi SOP\nJul 31, 2020\n\nPatuhi SOP sempena perayaan Aidiladha - PMPerdana Menteri ingatkan semua rakyat Malaysia agar mematuhi SOP ketat ketika sambutan Aidiladha yang bermula hari ini.Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ianya sebagai langkah mengelakkan penularan COVID-19 di negara ini.Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan individu yang ingkar arahan pemakaian pelitup muka di kawasan sesak serta pengangkutan awam mulai esok.Ini selepas kerajaan mewajibkan perkara tersebut ekoran jumlah kes COVID-19 yang kembali meningkat di negara ini.---Tiada kluster baru, tak perlu tutup sekolahTiada kluster COVID-19 baru dikesan di Sabah!Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan perkara itu selepas pensampelan pelajar dan guru di sebuah sekolah di negeri tersebut menunjukkan keputusan negatif.Namun, 6 kes positif COVID-19 dikesan di Kedah berpunca daripada kluster Sivagangga, India manakala 63 yang lain didapati negatif.Ini selepas ujian saringan dijalankan ke atas 143 individu dengan 70 lagi individu masih menunggu keputusan.Kementerian juga tidak menggalakkan penutupan sekolah di Sabah dan Kedah sebaliknya menggesa pihak sekolah melakukan proses sanitasi.---Tiada kebimbangan ibadah korban dijalankan di pusat penyembelihanUmat Islam digalakkan untuk laksanakan ibadah korban tahun ini di pusat penyembelihan haiwan.Menteri Hal Ehwal Agama berkata ianya sebagai langkah untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 di negara ini.Datuk Zulkifli Mohamad Al Bakri turut beri jaminan bahawa ibadah korban di pusat penyembelihan dijalankan mengikut syariat agama.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80945", "title": "Pendidikan sekolah menengah juga akan diwajibkan kepada semua.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPendidikan sekolah menengah juga akan diwajibkan kepada semua.\nDec 13, 2019\n\nPendidikan sekolah menengah juga akan diwajibkan kepada semua.Untuk tujuan itu, kerajaan kini dalam proses pinda undang-undang bagi mewajibkan ibu bapa dan penjaga hantar anak ke sekolah menengah.Di bawah pindaan undang-undang itu juga, murid akan ditawarkan latihan vokasional dan kemahiran jika tiada minat dalam bidang akademik.680 suspek sindiket penipuan dalam talian akan dihadapkan ke mahkamah hari ini dan Isnin.Mereka merupakan warga China yang diberkas dalam serbuan ke atas sebuah bangunan 6 tingkat di Cyberjaya bulan lalu.Kesemuanya akan dihantar pulang ke negara asal selepas pertuduhan dan nama mereka bakal disenarai hitam daripada memasuki Malaysia.Suspek dipercayai akan turut terima hukuman di negara mereka nanti.Kadar obesiti di kalangan remaja Melaka adalah yang kedua tertinggi di negara ini.Menurut angka terkini, 35 peratus atau lebih 4,200 murid bawah 12 tahun di negeri itu alami masalah obesiti atau hampir obes.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73311", "title": "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tersenarai sebagai 500 umat Islam yang berpengaruh di dunia untuk edisi 2018.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tersenarai sebagai 500 umat Islam yang berpengaruh di dunia untuk edisi 2018.\nNov 04, 2017\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tersenarai sebagai 500 umat Islam yang berpengaruh di dunia untuk edisi 2018.Selain beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tersenarai dan diletakkan dalam kategori ahli politik Islam paling berpengaruh.Sementara itu, angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor turut tersenarai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72560", "title": "Tiada Rancangan Struktur Semula Diploma Vokasional Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada Rancangan Struktur Semula Diploma Vokasional Malaysia\nJan 08, 2017\n\nKerajaan tidak berhasrat struktur semula program Diploma Vokasional Malaysia bagi memudahkan graduannya melanjutkan pengajian terus ke UA tanpa perlu tunggu 2 tahun.Jelas Kementerian Pendidikan, program berkenaan diperkenal bagi memudahkan graduan memperoleh pekerjaan, bukannya untuk melanjutkan pengajian.Namun, graduan program berkenaan masih boleh dipertimbang untuk melanjutkan pengajian terus ke UA jika memenuhi syarat khas.*kredit foto: FB Kolej Vokasional Langkawi\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72097", "title": "Senarai akhir calon pemilihan UMNO dijangka diketahui esok!", "body": "\n\u2190 Back to list\nSenarai akhir calon pemilihan UMNO dijangka diketahui esok!\nJun 19, 2018\n\nSenarai akhir calon pemilihan UMNO yang bertanding pada 30 Jun ini dijangka diketahui esok!Ini kerana parti itu masih menjalankan proses saringan termasuk aspek insolvensi terhadap semua calon.Dalam pada itu, salah seorang daripada 9 calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Jamal Yunos akui masih berada di dalam negara.Dalam satu kenyataannya, Jamal nafi dirinya berada di luar negara seperti yang dihebahkan dalam media sosial.Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu turut maklumkan akan beri kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan yang dilakukan ke atasnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72647", "title": "Budak 12 Tahun Diperkosa Selepas Diberi Dadah", "body": "\n\u2190 Back to list\nBudak 12 Tahun Diperkosa Selepas Diberi Dadah\nOct 10, 2016\n\nSeorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Alor Setar dipercayai diberi dadah dan jadi mangsa jenayah seksual seorang rakan yang dikenali menurusi aplikasi WeChat.Perkara itu terbongkar selepas ibu mangsa membuat laporan polis dan membawanya menjalani pemeriksaan di hospital.Polis kini giat memburu suspek berusia 24 tahun yang sudah dikenal pasti identiti dan turut mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.Sehubungan itu, polis menasihati ibu bapa memantau aktiviti anak-anak termasuk membabitkan penggunaan media sosial bagi mengelak kejadian sedemikian.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=101107", "title": "5.6 juta mendaftar untuk dapatkan vaksin", "body": "\n\u2190 Back to list\n5.6 juta mendaftar untuk dapatkan vaksin\nMar 16, 2021\n\n\nLebih 5.6 juta individu berusia 18 tahun ke atas telah mendaftarkan diri untuk Program Imunisasi COVID-19.\nSelangor merekodkan paling ramai pendaftar iaitu lebih 1.6 juta orang, diikuti Johor dan Kuala Lumpur.\nPemberitahuan melalui SMS pula telah dihantar kepada 1.4 juta individu yang tidak melengkapkan pendaftaran bagi program vaksinasi di aplikasi My Sejahtera.\n---\nSementara itu, lebih 320 ribu petugas barisan hadapan telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat ini.\u00a0\nSelangor merekodkan jumlah penerima tertinggi iaitu lebih 38 ribu orang diikuti Perak dan Sarawak\u00a0\n---\nKementerian\u00a0Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang lebih luas akan disediakan di seluruh negara untuk fasa ketiga.\nKatanya, PPV berskala besar amat perlu untuk menampung keperluan orang ramai yang bertambah.\n---\nPresiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menerima suntikan vaksin COVID 19, hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=148301", "title": "BAP Mungkin Dikredit Terus ke Akaun Murid", "body": "\n\u2190 Back to list\nBAP Mungkin Dikredit Terus ke Akaun Murid\nMar 16, 2023\n\n\nBantuan Awal Persekolahan (BAP) Mungkin Dikredit Terus ke Akaun Murid\nKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang teliti cadangan agihan wang Bantuan Awal Persekolahan secara kredit terus ke akaun murid.\nCadangan tersebut bertujuan memastikan insiden seperti kecuaian dan kecurian yang pernah berlaku tidak berulang.\nNamun jelas KPM, ia juga perlu mengambil kira kesediaan pihak bank dan kesukaran murid di pedalaman yang perlu kos yang tinggi bagi membuat urusan di bank.\nDalam satu lagi perkembangan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek jamin tidak akan timbul isu kenaikan harga makanan di kantin sekolah menjelang sesi baru persekolahan tidak lama lagi.\nBeliau juga memaklumkan KPM akan beri perhatian kepada cadangan untuk menyeragamkan harga makanan dan minuman di kantin sekolah mengikut lokaliti.\n\u00a0\nBanjir di Muar Pulih\nKeadaan banjir di Johor semakin baik apabila Muar jadi daerah terbaru pulih sepenuhnya daripada bencana itu.\nMenurut NADMA, banjir di negeri berkenaan kini masih menjejaskan Batu Pahat, Segamat dan Tangkak.\nKira-kira 31,000 mangsa banjir di 3 daerah tersebut masih berlindung di PPS.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72171", "title": "8 diburu bantu siasatan insiden forum Nothing To Hide 2.0", "body": "\n\u2190 Back to list\n8 diburu bantu siasatan insiden forum Nothing To Hide 2.0\nAug 22, 2017\n\nPolis sedang mengesan 8 lelaki bagi bantu siasatan insiden kekecohan semasa forum 'Nothing To Hide 2.0' di Shah Alam, 13 Ogos lalu.Ini termasuk 3 lelaki yang identiti mereka belum dikenal pasti.Setakat ini 14 individu ditahan di Selangor dan KL berkaitan kejadian tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72586", "title": "Pencarum KWSP Habiskan Wang Simpanan Terlalu Cepat", "body": "\n\u2190 Back to list\nPencarum KWSP Habiskan Wang Simpanan Terlalu Cepat\nDec 28, 2016\n\nKWSP KL mendapati ramai pencarumnya menghabiskan wang simpanan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun selepas mencapai umur persaraan.Malah, ada pencarum didapati mengeluarkan 70 peratus wang simpanan dan menghabiskannya dalam tempoh tidak sampai 30 hari.Pihaknya menyifatkan sikap itu membimbangkan memandangkan jangka hayat rakyat Malaysia kini 75 tahun.Oleh itu pihaknya saran bakal pesara mendapatkan khidmat nasihat daripada Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan KWSP bagi menguruskan kewangan dengan bijak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70978", "title": "Tiada 'Double Standard'", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada 'Double Standard'\nOct 01, 2020\n\nTiada 'Double Standard'Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) nafi dakwaan wujudnya layanan 'double standard' terhadap menteri dan ahli politik dalam pemakaian gelang tangan kuarantin COVID-19.Tegas KKM, semua individu yang terlibat perlu menjalani pengawasan di rumah dan memakai gelang tangan kuarantin selagi keputusan ujian belum diperoleh.Ia susulan ada segelintir pihak mendakwa ada menteri dan ahli politik tidak dipakaikan gelang tangan berbanding orang awam yang diwajibkan memakainya.Dalam pada itu, 5 menteri Kabinet dilapor sedang jalani kuarantin selepas pulang berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu lalu seperti yang disyorkan KKM.Antaranya Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.Susulan itu menurut Sinar Harian, mesyuarat Kabinet yang biasanya berlangsung setiap Rabu iaitu semalam tidak diadakan.\u00a0\u00a0Semua Negeri Zon KuningSemua negeri kini diklasifikasikan sebagai Zon Kuning COVID-19.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, majoriti kes baru membabitkan individu yang baru pulang dari Sabah.Dalam perkembangan berkaitan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjelaskan mesej tular kononnya Sabah akan dikenakan 'lockdown' bermula esok adalah tidak benar.Setakat ini cuma 4 daerah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Semporna, Lahad Datu, Tawau dan Kunak.Manakala untuk daerah lain ia masih di peringkat cadangan.*Keterangan gambar: Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsi foto beliau memakai gelang kuarantin sebaik tiba dari Sabah\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72265", "title": "Johan Nawawi meninggal dunia", "body": "\n\u2190 Back to list\nJohan Nawawi meninggal dunia\nMar 24, 2017\n\nKomposer terkenal Johan Nawawi meninggal dunia jam awal pagi tadi, selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Subang Jaya.Ketika ini sebab-sebab kematian masih belum dipastikan secara terperinci.Difahamkan jenazah akan disemadikan selepas solat Jumaat selepas dimandi dan dikafankan di Masjid Kg Tunku, Petaling Jaya.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73143", "title": "Rumah transit pertama di Kuala Lumpur akan siap tahun depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRumah transit pertama di Kuala Lumpur akan siap tahun depan.\nFeb 26, 2018\n\nPangsapuri DBKL bakal menjadi rumah transit pertama di Kuala Lumpur yang akan siap dibina pada tahun hadapan di Segambut.Menurut Kementerian Wilayah Persekutan, rumah itu dibina khusus bagi golongan belia yang baru berkahwin sebelum memiliki kediaman sendiri.Penyewa perlu membayar RM800 selama 5 tahun yang mana RM300 daripadanya akan disimpan sebagai deposit untuk miliki\u00a0Rumah Wilayah Persekutuan pada masa akan datang.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72353", "title": "Enam pelajar Universiti Awam dapat pinjaman", "body": "\n\u2190 Back to list\nEnam pelajar Universiti Awam dapat pinjaman\nFeb 11, 2017\n\nPeminjam PTPTN di enam Universiti Awam akan dapat bayaran mulai 24 Februari ini, selepas perbadanan itu terima status pengajian dari institusi itu.Mereka adalah pelajar USM, UPM, UMT, Unimas, UTEM dan UMK.Namun bayaran lima lagi universiti tidak akan diproses sehingga PTPTN menerima pengesahan status pengajian pelajar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72913", "title": "Mekanisme Polisi Insurans Bencana Banjir Diputuskan Minggu Ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nMekanisme Polisi Insurans Bencana Banjir Diputuskan Minggu Ini\nMar 08, 2016\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim maklumkan mekanisme polisi insurans bencana banjir akan diputuskan minggu ini.\u00a0Jelas beliau, ia akan ditentukan dalam mesyuarat kabinet sama ada ia dibayar penuh oleh kerajaan atau dikongsi dengan individu terlibat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71667", "title": "4 rakyat Malaysia dipercayai anggota kumpulan militan IS ditahan", "body": "\n\u2190 Back to list\n4 rakyat Malaysia dipercayai anggota kumpulan militan IS ditahan\nJan 17, 2016\n\nKetua Polis Negara berkata, 4 rakyat Malaysia dipercayai anggota kumpulan militan IS ditahan sejak Isnin hingga Jumaat lalu.Ini termasuklah seorang daripadanya yang merancang melancarkan serangan nekad di negara ini.Menurut Tan Sri Khalid Abu Bakar, suspek yang ditahan mengaku rancang melancarkan serangan nekad selepas terima arahan daripada kumpulan pengganas di Syria.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80073", "title": "Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nafi tuduhan liar", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Mohamed Azmin Ali nafi tuduhan liar\nJun 12, 2019\n\nFoto - thefamouspeople.comDatuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan seorang individu yang cuba mengaitkannya dalam satu video lucah selain tuduhan rasuah yang tidak benar dan tidak berasas.Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu yakin siri fitnah tersebut adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadiannya serta menjatuh beliau dan memusnahkan karier politiknya.Foto - The EgdeDatuk Seri Azmin yakin kerja jijik tersebut telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadan.Untuk itu, beliau telah mengarahkan para peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan-tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain.Foto - MyKKMUSPRM dalam pada itu akan menyiasat laporan yang dibuat Datuk Lokman Adam berhubung dakwaan rasuah terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.Namun Pesuruhjaya SPRM yang baru, Latheefa Koya berkata, beliau tidak akan terlibat dalam siasatan tersebut atau membuat keputusan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72587", "title": "Noor Ayrill Aqasha Ditemui Selamat", "body": "\n\u2190 Back to list\nNoor Ayrill Aqasha Ditemui Selamat\nNov 06, 2016\n\nKanak-kanak lelaki 10 tahun yang dilaporkan hilang di Cheras, KL sejak Isnin lalu ditemui selamat.Noor Ayrill Aqasha\u00a0Noor Shahril dilapor ditemui seorang remaja disebuah perhentian bas di Ampang malam tadi.Ibu Noor Ayrill Aqasha memaklumkan, dia bersyukur anaknya ditemui selamat dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu dan mendoakan anaknya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81113", "title": "Kes Koronavirus di Malaysia\u00a0Naik", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Koronavirus di Malaysia\u00a0Naik\nJan 26, 2020\n\nKes Koronavirus di Malaysia\u00a0BertambahBilangan pesakit yang positif novel koronavirus di negara ini naik kepada 4.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pesakit terbaru ialah seorang lelaki 40-an berasal dari Wuhan, China yang tiba di Johor Bahru dari Singapura dan kini menerima rawatan di hospital.Sementara itukanak-kanak warga China yang disyaki dijangkiti novel koronavirus dan dilarikan ibu bapanya yang mengelak kuarantin di hospital di Johor Bahru sudah dijumpai.Mereka ditahan polis Johor di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai malam tadi dan diserah kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.Difahamkan, ibu bapa budak 2 tahun itu tidak mahu anak mereka yang ada simptom koronavirus dikuarantin sebab tidak mahu terlepas penerbangan pulang.Dalam perkembangan berkaitan, satu petisyen dalam talian desak kerajaan kenakan larangan kemasukan sementara ke atas warga China sudah raih hampir 200,000 sokongan.Namun setakat ini kerajaan belum ada rancangan melarang warga China memasuki negara ini.Dalam satu lagi perkembangan berkaitan, hanya 28 rakyat Malaysia masih berada di Wuhan dan jalani perintah berkurung akibat koronavirus.Mereka terdiri daripada mahasiswa dan golongan profesional serta semuanya juga masih bebas daripada jangkitan wabak berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94583", "title": "Sukarelawan Bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 Diperlukan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSukarelawan Bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 Diperlukan.\nFeb 09, 2021\n\nKementerian Kesihatan masih mencari sukarelawan bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 di negara ini.Individu berumur 18 tahun ke atas dan sihat dialu-alukan untuk sertai kajian tersebut.Setakat ini, 990 sukarelawan telah bersetuju untuk sertainya dan lebih 200 daripadanya telah menerima dos pertama.Tempoh pemerhatian menteri pulang dari luar negara dipendekkan kepada 3 hari.Tempoh pemerhatian bagi menteri Kabinet yang pulang daripada mana-mana lawatan rasmi luar negara dikurangkan daripada 10 kepada 3 hari berkuatkuasa hari ini.Mereka boleh jalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.Warta itu yang ditandatangani Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menyatakan peraturan itu berkuat kuasa hingga 1 Ogos ini.Bekalan ayam di pasaran mencukupi.Kerajaan beri jaminan bekalan ayam di pasaran mencukupi walaupun sebuah kilang pengeluar ayam utama negara diarah tutup baru-baru ini.Ini kerana pengeluaran bekalan ayam daging oleh kilang lain yang masih beroperasi tetap stabil dan dapat memenuhi keperluan pasaran.Sabtu lepas, kilang pemprosesan ayam di Serkam, Melaka diarah tutup selepas pekerjanya disahkan positif COVID-19.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71838", "title": "Fasa kedua MRT 1 Lembah Klang 99% siap", "body": "\n\u2190 Back to list\nFasa kedua MRT 1 Lembah Klang 99% siap\nJun 28, 2017\n\nFasa kedua projek MRT 1 Lembah Klang sudah 99 peratus siap.Menurut Prasarana, perkhidmatan tren dari Semantan ke Kajang itu di peringkat akhir ujian, dan dijangka beroperasi sepenuhnya 17 Julai depan.Projek fasa kedua akan melengkapkan laluan Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51 kilometer.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81134", "title": "Berita palsu nCoV: Zed Zaidi beri keterangan", "body": "\n\u2190 Back to list\nBerita palsu nCoV: Zed Zaidi beri keterangan\nFeb 01, 2020\n\nBerita palsu nCoV: Zed Zaidi beri keteranganFoto - Astro AwaniPresiden Seniman, Zed Zaidi hadir memberi keterangan kepada SKMM berhubung perkongsian berita palsu mengenai wabak coronavirus.Zed berkata, apa yang dikongsinya itu hanyalah pandangan peribadi dan tidak berniat cetuskan panik dalam kalangan masyarakat.Justeru, beliau minta orang ramai lebih berhati-hati bila post apabila membuat sesuatu hantaran di media sosial.-----Tiada kes Coronavirus di Hospital AmpangFoto - New Straits TimesKementerian Kesihatan nafi terdapat pesakit dijangkiti coronavirus di Hospital Ampang seperti video yang viral di media sosial.Jelasnya, rakaman video itu adalah video lama yang merupakan simulasi bagi menangani pesakit yang disyaki dijangkiti virus MERS-CoV yang dijalankan oleh Hospital Ampang.Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk sumber yang sah di saluran yang betul dan elak menjadi penyebar maklumat palsu.-----nCoV: Tiada sekatan import makanan dari ChinaFoto - IsmaWEBTiada sekatan ke atas import makanan dari China walaupun WHO isytiharkan coronavirus sebagai kecemahan kesihatan global.Namun kerajaan tetap melakukan pemeriksaan berkala\u00a0ke atas makanan dari negara itu di semua pintu masuk Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga.Antara barangan diimport dari China seperti keratan ayam, beberapa buah-buahan dan sayuran terpilih tetapi semuanya bebas daripada coronavirus.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72301", "title": "3 Suspek rancang bom sekitar ibu negara", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 Suspek rancang bom sekitar ibu negara\nAug 31, 2016\n\nBukit Aman berkata, suspek terima arahan daripada Mohd Wanndy Mohd Jedi untuk lancarkan serangan pada malam Merdeka gunakan bom tangan dan senjata api.Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, antara lokasi sasaran serangan adalah pusat hiburan di ibu negara, kuil hindu di Batu Caves serta balai polis.(gambar hiasan)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81249", "title": "Muafakat Nasional Tarik Balik Sokongan Kepada Tun M.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMuafakat Nasional Tarik Balik Sokongan Kepada Tun M.\nFeb 26, 2020\n\nMuafakat Nasional tarik balik sokongan mereka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus jadi Perdana Menteri.Susulan itu, blok parti politik berkenaan\u00a0telah mempersembahkan syor kepada Yang Dipertuan Agong\u00a0supaya Parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan.Pendirian terbaru itu susulan desas-desus bahawa Tun M akan tubuh 'kerajaan perpaduan' dengan syarat yang mereka tidak persetujui.Pakatan Harapan pula mendakwa mereka sudah ada majoriti mudah untuk bentuk kerajaan baru!Justeru, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata persoalan mengenai perlunya pilihanraya umum mengejut, tidak timbul.Baki daripada serpihan PH yang runtuh iaitu PKR, DAP dan Amanah dijangka kemuka calon PM semasa menghadap YDPA hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72008", "title": "Kerajaan bercadang wujudkan mahkamah khas kendalikan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak di setiap negeri, akhir tahun depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan bercadang wujudkan mahkamah khas kendalikan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak di setiap negeri, akhir tahun depan.\nDec 11, 2017\n\nKerajaan bercadang wujudkan mahkamah khas untuk mengendalikan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak di setiap negeri menjelang akhir tahun depan.Langkah ini diambil berikutan peningkatan kes membabitkan kanak-kanak difailkan, selepas mahkamah kanak-kanak beroperasi di Putrajaya, 6 bulan lalu.Dalam pada itu, SOP baru mengenai perlindungan dan pengendalian kes-kes seksual berkaitan kanak-kanak akan dilancarkan Rabu ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=149776", "title": "Harga Daging Import Tak Naik", "body": "\n\u2190 Back to list\nHarga Daging Import Tak Naik\nApr 11, 2023\n\n\nHarga Daging Import Tak Naik\nDakwaan kononnya berlaku kenaikan melampau harga daging import di pasaran adalah tidak benar.\u00a0\nKerajaan mendapati harga daging tersebut masih terkawal iaitu antara RM18 hingga RM21\u00a0sekilogram mengikut gred.\u00a0\nNamun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) minta orang ramai agar buat aduan segera jika berlaku kenaikan harga tidak munasabah.\u00a0\nKementerian juga menjelaskan, pihaknya tidak kawal harga daging lembu tempatan.\nBagaimanapun harganya didapati stabil sejak November lalu iaitu sekitar 37 ringgit sekilogram.\u00a0\nSementara itu, esok KPDN akan mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena Aidilfitri.\u00a0\n\nPenjawat Awam Terima Gaji & Bantuan Kewangan Lebih Awal\nGaji dan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri untuk penjawat awam persekutuan akan diterima awal 3 hari iaitu pada Jumaat ini (14 April 2023).\u00a0\nBayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) untuk pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan petugas sukarelawan beruniform juga akan dibuat pada hari sama.\u00a0\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, ia bagi membantu rakyat membuat persiapan menyambut Aidilfitri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72251", "title": "PBB minta KL-Pyongyang bertenang", "body": "\n\u2190 Back to list\nPBB minta KL-Pyongyang bertenang\nMar 08, 2017\n\nPBB meminta KL dan Pyongyang bertenang susulan hubungan 2 hala yang semakin tegang disebabkan kes bunuh seorang warga Korea Utara di klia2, bulan lalu.Badan dunia itu gesa kedua-dua negara menyelesaikan kemelut tersebut menerusi saluran diplomatik.Sementara itu, PBB akan membantu melicinkan proses bawa keluar dua petugas mereka yang merupakan antara 11 rakyat Malaysia yang kini dihalang keluar dari di Korea Utara.\u00a0Dua petugas wanita itu merupakan kakitangan badan dunia itu yang dihantar ke Korea Utara untuk menjalani kursus berkaitan Program Makanan Sedunia.Manakala 9 yang lain merupakan 3 kakitangan kedutaan dan 6 lagi adalah anggota keluarga mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79554", "title": "Pencemaran Toksik di Pasir Gudang: Sultan Johor Murka & Sedih", "body": "\n\u2190 Back to list\nPencemaran Toksik di Pasir Gudang: Sultan Johor Murka & Sedih\nMar 13, 2019\n\nMurka dan kesal.Itu luahan Sultan Johor terhadap kes pencemaran di Pasir Gudang akibat pembuangan bahan toksik ke dalam Sungai Kim Kim.Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut melahirkan rasa sedih melihat ramai yang merana akibat tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu.Sehubungan itu baginda menitahkan pihak berkuasa siasat secara menyeluruh insiden berkenaan, juga segera menangkap dan menghukum pelakunya.Tak cukup dengan itu, ada pula pihak tidak bertanggungjawab cetus dan tular perkara tidak benar mengenai kes tersebut.Ada mendakwa kejadian itu sudah merekodkan kematian dan ada juga mendakwa pencemaran sudah merebak ke seluruh Pasir Gudang.Bagaimanapun\u00a0pihak berkuasa dengan tegas menjelaskan, semua dakwaan itu yang kini tular adalah palsu!Sementara itu, bilangan mangsa kes pencemaran terbabit meningkat kepada hampir 500\u00a0orang dengan ada daripadanya dirawat di ICU.Namun angkanya mungkin lebih memandangkan ada 5 lagi sekolah diarahkan tutup sementara mulai hari ini, selepas 13 sekolah diarahkan berbuat demikian semalam.Sekolah berkenaan hanya akan dibuka selepas pihak berkuasa dapati ia benar-benar selamat.Orang ramai pula dinasihatkan supaya tidak memasuki kawasan terjejas sehinggalah kerja pembesihan selesai.Oleh: KJSumber: AWANI dan Facebok rasmi\u00a0Sultan Ibrahim Sultan Iskandar\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81004", "title": "Program\u00a0Sarapan Percuma bermula 20 Januari", "body": "\n\u2190 Back to list\nProgram\u00a0Sarapan Percuma bermula 20 Januari\nDec 28, 2019\n\nProgram\u00a0Sarapan Percuma bermula 20 JanuariFoto - Says.comPelaksanaan Program Sarapan Pagi percuma di sekolah fasa pertama akan bermula 20 Januari ini.Menurut Kementerian Pendidikan, ia babitkan 100 sekolah dari seluruh negara dengan peruntukan kira-kita 22 juta ringgit.Waktu pelaksanaan PSP adalah antara jam 7 hingga 8.30 pagi bagi persekolahan sesi pagi serta 1 hingga 4 petang bagi persekolahan sesi petang.-----KPDNHEP siasat punca harga bawah merah naik mendadakFoto - Siakap KeliKerajaan sudah memulakan siasatan bagi mencari punca harga bawang merah naik mendadak di negara ini.Menurut KPDNHEP, ia bagi mengesan sama ada wujud unsur pencatutan atau manipulasi harga didalangi pengimport, pembekal, pemborong dan peniaga.Bawang merah dari India sudah habis di pasaran Malaysia sejak Oktober disebabkan negara itu menghentikan eksportnya pada 28 September lalu.-----Kelantan masih benar jual dan minum arakFoto - Berita HarianKelantan masih membenarkan orang BUKAN Islam minum minuman keras dalam premis mereka di negeri itu.Tegaskan kerajaan negeri, tiada pengharaman jualan minuman keras di negeri ini kepada BUKAN Islam, tetapi ia dikawal mengikut keperluan.Malah lesen penjualan arak di premis dan restoran juga masih dikeluarkan dan dikekalkan kepada mereka yang BUKAN Islam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72745", "title": "BERITA 2 Ogos 2016", "body": "\n\u2190 Back to list\nBERITA 2 Ogos 2016\nAug 02, 2016\n\nPolis telah kenal pasti 3 lagi lelaki yang turut terlibat dalam video klip lagu 'Oh My God' oleh Namewee yang didakwa menghina Islam.Polis Pulau Pinang memaklumkan, pihaknya sedang mengesan 3 lelaki berkenaan yang dikenal pasti sebagai warga asing.Namewee pula akan diambil keterangan sekembalinya dia dari luar negara.---Lebih 2,600 kenderaan dikesan JPJ guna laluan kecemasan di lebuh raya di seluruh negara dalam tempoh 2 bulan, sejak 22 Mei.Daripada jumlah itu, jabatan berkenaan sudah mengeluarkan kira-kira 2,200 notis saman kepada pesalah trafik yang terlibat.---Dalam perkembangan lain, JPJ menjalankan operasi khas bas ekspres iaitu Ops Laju di seluruh negara, bermula hari ini.---Jabatan Kesihatan Pahang beritahu Sinar Harian, pihaknya tidak menjumpai penjualan ayam mentah berpenyakit seperti yang diviralkan di media sosial.---Ketua Polis Daerah Nilai di Negeri Sembilan sahkan beliau terima sepucuk surat ancaman dipercayai daripada militan IS namun tidak dedahkan isi kandungannya.---Di KL, remaja 18 tahun dipenjara sehari dan didenda 5,500 ringgit gara-gara tunggang motosikal secara melulu dengan aksi ' Superman'.---Lebih 700 daripada 5,800 pusat jagaan kanak-kanak di negara ini didapati belum berdaftar dengan JKM.---Dan, beberapa kawasan di selatan China diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ekoran Taufan Nida yang melanda wilayah itu.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72574", "title": "Kit Stimulasi MyTest Bantu Calon Lulus Ujian Teori Memandu Berkomputer", "body": "\n\u2190 Back to list\nKit Stimulasi MyTest Bantu Calon Lulus Ujian Teori Memandu Berkomputer\nDec 21, 2016\n\nCalon Ujian Teori Memandu Berkomputer JPJ kini boleh mendapatkan kit simulasi, kad MyTest yang boleh membantu meningkatkan peluang untuk lulus.Menurut JPJ, ia dijual pada harga RM10 dan buat masa ini boleh diperoleh di sekolah-sekolah memandu di KL dan Selangor sahaja.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79497", "title": "Nak Hidup Selesa di Lembah Klang Perlu Gaji Paling Kurang RM1,870!", "body": "\n\u2190 Back to list\nNak Hidup Selesa di Lembah Klang Perlu Gaji Paling Kurang RM1,870!\nMar 05, 2019\n\nKementerian Kewangan, KWSP, Universiti Malaya(UM) bekerjasama melancarkan\u00a0Buku Panduan Belanjawanku untuk individu dan keluarga.Belanjawan berkenaan antaranya termasuk untuk makanan, rumah, kesihatan, pengangkutan, utiliti, simpanan, penjagaan diri, aktiviti sosial dan penjagaan anak-anak.Buku itu diwujudkan bagi atasi masalah tahap celik kewangan yang rendah, peningkatan kos sara hidup juga hutang yang tinggi dalam kalangan rakyat.Dalam buku berkenaan, anggaran perbelanjaan individu bujang di Lembah Klang adalah sekurang-kurangnya RM1,870 sebulan bagi tampung perbelanjaan harian. Itu untuk yang pilih pengangkutan awam.Bagi individu bujang yang memiliki kenderaan sendiri pula, mereka perlu berbelanja sekitar RM2,490 sebulan untuk jalani kehidupan selesa.Untuk pasangan berkahwin dan ada maksimum 2 anak, masing-masing perlu memperuntukkan bajet mencecah sehingga RM6,620 ringgit.Tidak\u00a0ketinggalan pasangan warga emas di Lembah Klang, mereka perlu mempunyai kira-kira RM3,090 setiap bulan bagi tampung kehidupan.Susulan itu ada warganet berbalah pendapat mengenai perbelanjaan yang wajar dengan ada yang membandingkan perbelanjaan peribadi mereka.\u00a0Apatah lagi baru-baru ini Menteri Sumber Manusia memaklumkan, gaji minimum RM1,100 terlalu tinggi bagi sesetengah sektor jadi kerajaan akan kaji gaji lebih relevan.Dah namapun anggaran dan cadangan kan, jadi ia cuma anggaran tapi bukanlah dibuat sembarangan dan suka-suka.Mestilah ada asas dan logiknya, sesuai dengan lokasi, purata pendapatan dan perbelanjaan. Tak gitu?Jangan gaduh beria sangat, kalau setuju bolehlah ikut buku panduan ni. Kalau tak setuju apa kata bentangkan dan kongsi pula cadangan dan anggaran belanjawan anda.Oleh: KJSumber:\u00a0 AWANI, Harian Metro, Berita Harian &\u00a0FB Kementerian Kewangan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71382", "title": "Jangan Buat Spekulasi, Tunggu Pengumuman Kerajaan Tentang SOP Di Premis Makanan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJangan Buat Spekulasi, Tunggu Pengumuman Kerajaan Tentang SOP Di Premis Makanan.\nDec 08, 2020\n\nJangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan.Itu nasihat Menteri Kanan Keselamatan susulan laporan sebuah portal kononnya SOP yang mengehadkan 4 pelanggan bagi setiap meja di premis makanan sudah ditarik semula.Jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Berita Harian, orang ramai perlu bersabar dan tunggu kerajaan buat pengumuman mengenainya.NADMA pertingkat pemantauan SOP di kawasan banjir.Kebenaran rentas negeri bukanlah lampu hijau untuk orang ramai pulang ke kampung terutamanya di kawasan banjir.Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA, pihaknya tidak tolak kemungkinan pergerakan orang ramai yang tinggi hujung minggu ini.Justeru, pihaknya akan tingkatkan pemantauan terhadap pematuhan SOP di kawasan banjir bagi mencegah penularan Covid-19.Tiada perubahan terhadap kriteria i-Sinar buat masa ini.\u00a0KWSP berkata demikian sebagai merujuk kepada cadangan daripada pelbagai pihak agar semua kriteria dan syarat yang ditetapkan di bawah kemudahan itu dimansuhkan bagi memudahkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1.\u00a0Pihaknya mengalu-alukan sebarang cadangan mengenai kemudahan itu namun, setiap penambahbaikan akan dibentangkan kepada ahli lembaganya untuk kelulusan sebelum dibawa kepada Kementerian Kewangan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72038", "title": "Seorang lelaki yang dirakam mencabul budak perempuan di sebuah 'fun fair' di Kedah, mengaku bersalah di mahkamah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang lelaki yang dirakam mencabul budak perempuan di sebuah 'fun fair' di Kedah, mengaku bersalah di mahkamah.\nFeb 01, 2018\n\nSeorang lelaki yang dirakam mencabul budak perempuan di sebuah 'fun fair' di Kedah, mengaku bersalah di mahkamah.Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan maksud seksual ke atas mangsa berusia 7 tahun.Mahkamah tetapkan 1 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan psikiatri tertuduh.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=104973", "title": "Kerajaan Nilai Semula PKP", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Nilai Semula PKP\nMay 02, 2021\n\nKerajaan Nilai Semula PKP\nKerajaan akan menilai semula pelaksanaan PKP yang sedang berkuat kuasa.\nMenurut Perdana Menteri, ia khususnya di negeri-negeri yang mengalami peningkatan kes COVID-19 secara mendadak.\nJelas Tan Sri Muhyiddin Yasin, ia penting untuk memastikan SOP dan tindakan yang diambil berkesan membendung penularan COVID-19 yang sedang meningkat di Malaysia dan seluruh dunia.\nSementara itu sumber memaklumkan The Star, pengumuman berkaitan dijangka dibuat hari ini.\nMenurut laporan berkenaan juga, negeri dan wilayah yang dijangka dikenakan PKP ialah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak dan ia dikatakan bermula esok.\nIa menyamai pelaksanaan PKP 2.0 pada Januari lalu yang dikuatkuasakan di sejumlah kawasan.\nIa turut bermakna aktiviti ekonomi dibenarkan namun sekolah ditutup dan aktiviti sosial dilarang.\nMakan di dalam premis menjual makanan atau restoran juga tidak dibenarkan.\n\u00a0\n\u00a0\n4 Kaedah Pulang\u00a0 Beraya Untuk Pelajar Asrama\n4 kaedah perjalanan ditetapkan untuk pelajar asrama sekolah, tingkatan 6 dan kolej vokasional (KV) yang dibenarkan pulang sempena Aidilfitri.\nKaedahnya ialah menaiki bas yang disediakan pihak sekolah, dijemput ibu bapa atau penjaga, atau pengangkutan udara dan air misalnya di Sabah dan Sarawak.\nMenurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bagi pelajar kolej tingkatan 6 dan KV mereka boleh menaiki kenderaan sendiri.\nPergerakan pulang pelajar dilakukan secara berperingkat mulai 6 dan 7 Mei mengikut kumpulan negeri.\nInstitusi Pendidikan yang terlibat juga akan memaklumkan jadual pergerakan dan mengeluarkan surat pengesahan.\nBagaimanapun bagi pelajar yang dikuarantin dan asrama berada di kawasan PKPD, mereka perlu kekal di asrama sehingga tempohnya tamat.\n\u00a0\n\u00a0\nPermohonan Sukarela Vaksin AstraZeneca Dibuka\nPemohon sukarela yang mahu menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca sudah boleh mendaftar menerusi laman web \u2018vaksincovid.gov.my\u2019.\nMenteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemohon yang berdaftar boleh pilih tarikh dan pusat pemberian vaksin (PPV) bagi mendapatkan vaksin tersebut.\nPenerimaan vaksin jenis itu dilakukan secara sukarela selepas kerajaan menimbangkan kegusaran masyarakat terhadap keselamatannya.\nIa susulan vaksin jenis AstraZeneca dikaitkan dengan beberapa insiden pembekuan darah di beberapa negara namun dengan jumlah yang amat kecil.\n\u00a0\n\u00a0\nSumber & foto: AWANI, Sinar Harian, The Star, Kosmo, Berita Harian, FB Ketua Pengarah Kesihatan\u00a0& Internet\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71800", "title": "Kerajaan Kelantang mungking larang penduduk Islam bukan muhrim bonceng motosikal", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Kelantang mungking larang penduduk Islam bukan muhrim bonceng motosikal\nMar 05, 2016\n\nKerajaan Kelantan akan kuatkuasakan peraturan, melarang penduduk beragama Islam di sana membonceng motosikal dengan bukan muhrim selain berkeliaran tanpa hala tuju pada waktu maghrib.Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata ia mungkin boleh dilaksanakan dengan pindaan per\u00adaturan sedia ada di peringkat PBT terma\u00adsuk Undang-Undang Kecil Taman Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) 1986Namun jelas beliau cadangan itu akan diteliti terlebih dahulu oleh Jabatan Pembangunan Islam PBT.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72768", "title": " Khai Bahar Trending", "body": "\n\u2190 Back to list\n Khai Bahar Trending\nMay 13, 2016\n\nSebuah rancangan TV di negara itu juga menyifatkan Khai miliki suara emas antaranya menerusi nyanyiannya dalam lagu Ku Tak Akan Bersuara nyanyian asal Allahyarham Nike Ardila.Populariti mendadak Khai Bahar turut melonjakkannya untuk menjadi carian ke-2 paling trending di Youtube Malaysia dalam tempoh seminggu ini.Manakala, siri terbaru Meletop Kebabom 2016 yang disiarkan di Astro Ria berada di tempat ke-3.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71638", "title": "Malaysia sambut baik pembentukan perikatan 34 negara Islam bagi memerangi keganasan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia sambut baik pembentukan perikatan 34 negara Islam bagi memerangi keganasan.\nDec 15, 2015\n\nMalaysia sambut baik pembentukan perikatan 34 negara Islam bagi memerangi keganasan.Inisiatif diumumkan Arab Saudi itu selari dengan pendirian tegas Malaysia berkaitan isu militan IS.Namun jelas Kementerian Pertahanan, ia bukan komitmen ketenteraan tetapi pendirian bersama memerangi keganasan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73038", "title": "Rangkuman Berita : 4 lagi remaja yang terperangkap dalam gua Tham Luang di Thailand berjaya diselamatkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRangkuman Berita : 4 lagi remaja yang terperangkap dalam gua Tham Luang di Thailand berjaya diselamatkan.\nJul 10, 2018\n\nOperasi Menyelamat Mangsa di Gua Tham Luang, Thailand4 lagi remaja yang terperangkap dalam gua Tham Luang di Thailand berjaya diselamatkan\u00a0menjadikan angka keseluruhan yang terselamat setakat ini adalah 8 orang.Namun, operasi menyelamat baki 5 mangsa yang terperangkap mungkin tidak dapat diteruskan hari ini.Pasukan penyelamat berkata ia bergantung kepada keadaan cuaca dan keselamatan kesemua mangsa berkenaan.Beberapa pegawai atasan tidak layak jalankan siasatan skandal 1MDB.Datuk Seri Najib Razak mendakwa beberapa pegawai atasan kerajaan tidak layak jalankan siasatan terhadap skandal 1MDB.Mereka yang dimaksudkan oleh bekas Perdana Menteri itu ialah Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, dan Pengarah Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersial Persekutuan.Najib dalam samannya memohon pengisytiharan dan perintah bahawa ketiga-tiga responden itu adalah pihak berkepentingan dan bersikap prejudis terhadapnya dalam kes 1MDB.\u00a0Kredit foto: Malay MailTommy Thomas umpamanya menurut Najib pernah buat kenyataan sebelum dilantik Peguam Negara, yang jelas menunjukkan tidak menyukainya.\u00a0Reman pengasuh Adam Rayqal dilanjutkan\u00a0Tempoh tahanan reman terhadap pengasuh bayi, Adam Rayqal dilanjutkan tujuh hari lagi bermula esok.Bagaimanapun, pihak polis mengesahkan seorang lagi suspek yang merupakan rakan rumahnya akan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72077", "title": "Kerajaan Pakatan Harapan akan tunaikan janji bantu rakyat terutama mengenai harga runcit petrol.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Pakatan Harapan akan tunaikan janji bantu rakyat terutama mengenai harga runcit petrol.\nMay 18, 2018\n\nKerajaan Pakatan Harapan akan tunaikan janji itu membantu rakyat terutama mengenai harga runcit petrol.Menurut Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, harga petrol buat masa ini dikekalkan bertujuan untuk kaji semula harga yang sesuai untuk diberikan kepada rakyat.Dalam pada itu katanya, kerajaan Pakatan Harapan dalam usaha untuk hapuskan tol namun mengambil masa untuk dibincangkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70561", "title": "Selangor Mahu Lebih Ketat", "body": "\n\u2190 Back to list\nSelangor Mahu Lebih Ketat\nJul 24, 2020\n\nSelangor Mahu Lebih KetatSelangor mahu kuat kuasa peraturan lebih ketat berkenaan pemakaian pelitup muka bagi bendung COVID-19.Menurut kerajaan negeri, penduduk perlu pakai pelitup muka di semua tempat awam walaupun ia tidak sesak.Bermula 1 Ogos kerajaan persekutuan umum pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di tempat awam yang sesak.Menteri Perjelas Isu Lesen FINASMenteri Komunikasi dan Multimedia tampil menjelaskan isu keperluan lesen FINAS termasuk libat media sosial.Ujar Datuk Saifuddin Abdullah, beliau hanya menerangkan kepada Parlimen berkaitan undang-undang sedia ada.Sehubungan itu kata beliau, kerajaan sedia tambah baik Akta FINAS agar sesuai dengan kehendak semasa.50 Peratus Ingkar Kuarantin di RumahMenteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tegaskan kerajaan ambil seriusinsiden ingkar arahan kuarantin.Ini selepas separuh daripada individu yang diarah jalani kuarantin di rumah didapati mengingkarinya.Rentetan itu, bermula hari ini individu yang tiba dari luar negara kembali diwajibkan jalani kuarantin dipusat kuarantin.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73161", "title": "Kanak-kanak lima tahun yang dilanggar van sekolah, meninggal dunia di hospital.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKanak-kanak lima tahun yang dilanggar van sekolah, meninggal dunia di hospital.\nOct 25, 2018\n\nSeorang kanak-kanak lima tahun yang dilanggar van sekolah di JB, meninggal dunia di hospital.Pemandu van sekolah itu kemudiannya ditahan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.Foto: KosmoVideo yang menunjukkan kanak-kanak perempuan itu dilanggar van berkenaan menjadi viral di media sosial.Dua buah sekolah asrama penuh di Selangor ditutup kerana wabak beguk.Dua buah sekolah asrama penuh di Selangor diarah tutup ekoran jangkitan wabak beguk yang semakin meningkat di sekolah berkenaan.Kementerian Pendidikan berkata sekolah akan dibuka semula pada 9 November ini untuk pelajar mengambil peperiksaan akhir tahun dan SPM.Akta Gangguan Seksual akan digubal selepas kajian menyeluruh mengenainya selesai.Akta Gangguan Seksual akan digubal selepas kajian menyeluruh mengenai kes gangguan seksual selesai dilakukan pada hujung Januari depan.Antara perkara yang dikaji adalah beban bukti di pihak mangsa termasuk kemungkinan memperkenalkan piawaian berbeza dalam memastikan jenayah itu dapat dibuktikan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80705", "title": "Kerajaan lancar Dasar Pengangkutan Negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan lancar Dasar Pengangkutan Negara.\nOct 18, 2019\n\nPerdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lancar Dasar Pengangkutan Negara, DPN 2019-2030.Ia menggariskan 5 teras dengan 23 strategi untuk 4 sektor pengangkutan utama iaitu udara, darat, maritim dan logistik.Antaranya meningkatkan tahap keselamatan pengangkutan, kelancaran perkhidmatan pengangkutan dan pengangkutan hijau.Jangan gopoh mansuh aliran Sains dan Sastera tingkatan 4 tahun depan.Majlis Profesor Negara, MPN minta Kementerian Pendidikan tidak tergesa-gesa laksana pemansuhan aliran sastera dan sains bagi murid tingkatan 4.Ini kerana ia dikhuatiri beri kesan terhadap kursus di universiti dan usaha kementerian menggalakkan subjek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.Minggu lalu KPM umum mulai tahun depan murid tingkatan 4 dibenar pilih subjek ikut minat mereka sebab tiada lagi kelas aliran sains dan sastera.Laman web e-bayaran UM digodam.Laman web e-bayaran UM dilapor jadi mangsa penggodam yang turut meninggalkan mesej antaranya anti-rasis dan desak Naib Canselor letak jawatan.Ia dipercayai susulan kes seorang graduan melakukan protes di atas pentas semasa istiadat konvokesyen universiti ulung negara itu baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81220", "title": "Pelajar Yang Terlibat Cabaran ' Skullbreaker' Mungkin Digantung Sekolah!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelajar Yang Terlibat Cabaran ' Skullbreaker' Mungkin Digantung Sekolah!\nFeb 21, 2020\n\nPelajar mungkin akan digantung sekolah jika didapati terlibat dalam cabaran \"Skullbreaker\"!Tegas Kementerian Pendidikan kepada The Sun, ini kerana cabaran yang viral di aplikasi TikTok itu boleh mengakibatkan kecederaan termasuk kematian.Baru-baru ini, seorang remaja di Brazil maut manakala seorang remaja di AS terpaksa menerima jahitan pada kepala kerana melakukan cabaran tersebut.Cabaran Skullbreaker dilakukan oleh 3 orang dan individu yang di tengah akan disuruh melompat sebelum disepak hingga terjatuh ke lantai.Bilangan individu yang ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk meningkat!Menurut Kementerian Pengangkutan, hampir 920 individu ditahan di seluruh negara tahun lalu, naik hampir 60 orang berbanding 2018.Pihaknya komited dalam usaha meminda undang-undang berkaitan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk termasuk pertimbang hukuman lebih berat buat pesalah.Datuk Seri Najib dan isteri akan beri keterangan di Bukit Aman.Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dilapor akan hadir ke Bukit Aman hari ini untuk bantu siasatan susulan pendedahan klip audio oleh SPRM.Awal bulan lalu, SPRM dedahkan nama 20 individu termasuk pasangan tersebut yang dirakam perbualannya, dipercayai ada kaitan dengan skandal 1MDB.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71857", "title": "Fasa Kedua laluan MRT dibuka pada orang ramai Isnin ini, mulai 4 petang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nFasa Kedua laluan MRT dibuka pada orang ramai Isnin ini, mulai 4 petang.\nJul 15, 2017\n\nFasa Kedua laluan MRT antara Kajang dan Muzium Negara akan dibuka pada orang ramai Isnin ini, mulai 4 petang.Rapid Rail berkata, serentak dengan pembukaan laluan itu, perkhidmatan bas perantara untuk stesen-stesen baru turut dimulakan.100 bas perantara tambahan turut disedia untuk hubungkan penduduk di perumahan dan komersil berhampiran dengan stesen MRT terpilih.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71418", "title": "Rentas Negeri Puncanya", "body": "\n\u2190 Back to list\nRentas Negeri Puncanya\nDec 15, 2020\n\nRentas Negeri PuncanyaKluster Genting virus COVID-19 tercetus baru-baru ini disebabkan aktiviti rentas negeri.Ini selepas kes indeks iaitu seorang warga asing dari Selangor datang ke Genting Highlands untuk melawat rakan-rakannya lalu menjangkiti mereka.Menurut Kementerian Kesihatan Malayia (KKM), ia seterusnya mengakibatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatatkan (PKPD) terpaksa dilaksanakan di 3 kawasan di Bentong, Pahang sehingga 23 Disember.Amaran Hujan LebatHujan lebat diramal berlaku di beberapa kawasan Kelantan, Terengganu dan Sabah bermula esok sehingga Jumaat.Menurut Jabatan Meteorologi Malaysi (MetMalaysia), kejadian angin kencang turut dijangka berlaku di kawasan pantai di negeri terlibat.Punca Kematian Adib Akan Dimaklumkan Tak Lama LagiHasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Allahyarham Muhammad Adib dalam tragedi kira-kira 2 tahun lalu akan dimaklumkan tidak lama lagi.Ujar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, siasatan polis kini di peringkat akhir dan hasil siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.September tahun lepas, Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian anggota bomba itu adalah akibat perbuatan jenayah oleh 2 atau lebih individu yang tidak dikenali.Manakala pada Julai lalu, PDRM mencadangkan satu inkues diadakan semula berhubung kes kematian Allahyarham.Ia berikutan terdapat saksi baru yang tampil memberi keterangan berhubung kematian anggota bomba itu.Hampir SelesaiRundingan agihan kerusi bagi menghadapi PRU15 antara UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) selesai hampir 90 peratus.Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO juga telah mengadakan 2 rundingan bersama PAS yang telah mencapai hampir 70 peratus persefahaman.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79758", "title": "Good Friday Cuti Tanpa Rekod Buat Penjawat Awam Beragama Kristian ", "body": "\n\u2190 Back to list\nGood Friday Cuti Tanpa Rekod Buat Penjawat Awam Beragama Kristian \nApr 18, 2019\n\nKerajaan setuju penjawat awam beragama Kristian diberi cuti tanpa rekod sempena Good Friday bermula tahun ini.Namun,cuti tanpa rekod itu tidak\u00a0diberikan kepada penjawat awam di Sabah dan Sarawak, kerana Good Friday adalah hari cuti AM di negeri berkenaan.\u00a0Good Friday akan disambut oleh penganut agama Kristian esok.Jangan Bimbang, Pelajar Malaysia Di Sudan SelamatSemua pelajar Malaysia di Sudan berada dalam keadaan selamat, susulan negara itu umumkan perintah berkurung selama tiga bulan.Kementerian Pendidikan sahkan, enam pelajar telah pulang ke tanah air, manakala 95 orang lagi berada di Rumah Malaysia,\u00a0Universiti di negara itu masih ditutup, dan tarikh pembukaan semula masih belum diketahui.\u00a0Operasi JPJ Pulau Pinang Berjalan Lancar\u00a0Ketua Pengarah JPJ berkata operasi di JPJ Pulau Pinang tidak terjejas susulan penahanan 24 penguatkuasanya oleh SPRM.Jelasnya, anggota dari JPJ Kedah dan Perak akan membantu mengisi kekosongan itu.\u00a0Terdahulu, 30 individu termasuk 24 penguatkuasa JPJ Pulau PInang direman tujuh hari dipercayai terima rasuah untuk melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70843", "title": "Tiada perbincangan caj belian dalam talian", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada perbincangan caj belian dalam talian\nSep 09, 2020\n\nTiada perbincangan caj belian dalam talianFoto - Kementerian Komunikasi Dan Multimedia MalaysiaKementerian Komunikasi dan Multimedia jelaskan, belum ada perbincangan untuk mengenakan bayaran perkhidmatan kepada pengguna untuk pembelian dalam talian dalam platform e-dagang.KKMM membuat penjelasan tersebut dengan merujuk kepada kenyataan yang dibuat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin di Kelantan, semalam.Zahidi dilaporkan berkata KKMM bercadang mengenakan caj perkhidmatan 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 melalui platform dalam talian bagi penambahbaikan sistem keselamatan komunikasi bagi mengelak pencerobohan siber.-----Kes harian COVID-19 kembali ke dua digitFoto - Neuroscience NewsJumlah kes harian COVID-19 dalam negara kembali kepada dua angka apabila 24 kes baru dilaporkan, hari ini selepas merekodkan 100 jangkitan, semalam.Menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu, 18 merupakan kes penularan tempatan, 6 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.Kes tertinggi dilaporkan hari ini adalah daripada kluster Sungai di Kedah iaitu 13 kes, 2 kes daripada kluster Benteng Lahad Datu di Sabah.-----UiTM jalin kerjasama dengan IJNFoto - Google Street ViewUniversiti Teknologi Mara (UiTM) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalin kerjasama dalam penyelidikan pencegahan penyakit jantung.Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim berkata menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak akan melakukan kajian berkaitan serangan jantung, menerbitkan hasil kajian di samping bekerjasama dalam pembangunan sumber manusia dan latihan.Selain itu, beberapa pelajar UiTM yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah akan ditempatkan di IJN bagi tujuan latihan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80402", "title": "Proses bedah siasat Nora Anne ambil masa lebih lama", "body": "\n\u2190 Back to list\nProses bedah siasat Nora Anne ambil masa lebih lama\nAug 14, 2019\n\nProses bedah siasat mayat remaja Ireland Nora Anne Qouirin yang dijadualkan bermula 10 pagi tadi memakan masa lebih lama dari yang dijangkakan.\u00a0Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Che Zakaria Othman berkata, post-mortem masih berjalan dan dianggarkan mengambil masa dua jam lagi.Foto - Malay MailPeguam yang mewakili keluarga mendiang dalam pada itu berkata, hasil laporan bedah siasat akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara.Menurut Sankara Nair, ia merupakan prosedur biasa selain ia bertujuan menentukan sama ada terdapat keperluan untuk diadakan inkues.Foto - Malay MailKerajaan Negeri Sembilan pula ucap takziah kepada keluarga Nora Anne, selepas penemuan mayat remaja itu semalam yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berharap kejadian itu adalah yang pertama dan terakhir berlaku di Negeri Sembilan dan di Malaysia.Foto - Malay Mail\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72667", "title": "Pemilik Kapal Nelayan Yang Diculik Di Perairan Semporna Dibebaskan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPemilik Kapal Nelayan Yang Diculik Di Perairan Semporna Dibebaskan\nOct 02, 2016\n\nPemilik kapal pukat tunda yang diculik di perairan Semporna, Selasa lalu telah dibebaskan.Polis Sabah yang mengesahkan berita itu turut memaklumkan, mangsa berada di Lahad Datu untuk diambil keterangan.Mangsa dilapor diculik 6 lelaki bersenjata api ketika menangkap ikan, manakala 26 lagi anak kapalnya dirompak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72638", "title": "Malaysia Kutuk Serangan di Mesir", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Kutuk Serangan di Mesir\nDec 13, 2016\n\nKerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom di 2 gereja di Kaherah, Mesir yang akibatkan 25 maut dan 49 cedera, kelmarin.Malaysia merakamkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Mesir yang menjadi mangsa.Kedutaan Malaysia di Kaherah juga mengesahkan sehingga kini tiada rakyat Malaysia didapati terlibat dalam serangan tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=114120", "title": "60 Peratus Penduduk Dewasa Di Malaysia Lengkap Divaksin.", "body": "\n\u2190 Back to list\n60 Peratus Penduduk Dewasa Di Malaysia Lengkap Divaksin.\nAug 27, 2021\n\n\n60 peratus penduduk dewasa di Malaysia sudah lengkap divaksin!\nLebih tepat, jumlah individu dewasa yang selesai terima 2 dos vaksin Covid-19 di negara ini cecah lebih 14 juta orang.\nSemalam, kira-kira 408,00 lagi dos vaksin diberikan di seluruh negara.\n\u00a0\nSegera dapatkan vaksin, patuh SOP\nKetua Menteri Sabah gesa rakyatnya supaya segera mendapatkan vaksin dan terus patuh SOP susulan peningkatan kes Covid-19.\nDatuk Seri Hajiji Noor berkata lebih banyak bekalan vaksin akan tiba di negeri itu dan semua pihak perlu memainkan peranan mereka dalam memerangi wabak tersebut.\nSabah mencatatkan 3,487 kes baru Covid-19 - kedua tertinggi selepas Selangor yang merekodkan lebih 6,000\u00a0kes.\n31 daripada jumlah kes baru itu melibatkan kanak-kanak berusia kurang daripada setahun.\nKira-kira 300 kes lagi merupakan kanak-kanak berusia antara satu hingga lima tahun.\n\u00a0\nTeka-teki barisan kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal terjawab hari ini!\nPerdana Menteri akan mengumumkannya jam 11 pagi nanti.\nMajlis angkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri akan berlangsung Isnin depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71921", "title": "Orang Islam atau Melayu dilarang sertai sebarang acara yang dianjurkan kumpulan atheist.", "body": "\n\u2190 Back to list\nOrang Islam atau Melayu dilarang sertai sebarang acara yang dianjurkan kumpulan atheist.\nAug 17, 2017\n\nKetua Polis Negara beri amaran, orang Islam atau Melayu di negara ini dilarang sertai sebarang acara yang dianjurkan kumpulan atheist.Tegas Tan Sri Khalid Abu Bakar, mana-mana individu yang didapati melakukan perbuatan itu boleh didakwa di bawah undang-undang Syariah.Tambah beliau, mereka tiada hak untuk sertai kumpulan yang bercanggah dengan undang-undang Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71794", "title": "Tun Dr Mahathir Mohamad keluar UMNO", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun Dr Mahathir Mohamad keluar UMNO\nFeb 29, 2016\n\nBekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang media di Putrajaya sebentar tadi.Dalam sidang media itu, Tun Dr Mahathir turut mengumumkan tidak akan kembali menyertai parti UMNO pada bila-bila masa.Beliau juga beri jaminan tidak akan sertai mana-mana parti pembangkang dan tidak akan tubuhkan parti baru.Beliau turut mengumumkan penarikan diri isterinya, Tun Dr Siti Hasmah daripada parti itu yang merupakan parti tertua di negara ini.Untuk rujukan, Tun Dr Mahathir dan isteri pernah keluar daripada UMNO pada 2008 dan kembali ke parti itu pada 2009.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70895", "title": "Kes harian COVID-19 kembali melonjak", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes harian COVID-19 kembali melonjak\nSep 18, 2020\n\nKes harian COVID-19 kembali melonjakFoto - Malaysia DatelineKes harian COVID-19 dalam negara kembali melonjak apabila 95 kes baru direkodkan hari ini, membabitkan 91 kes tempatan serta 4 kes import.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 76 kes adalah daripada kluster Benteng LD, 4 kluster Pulau dan 3 kluster Selamat.Jumlah kematian keseluruhan pula meningkat kepada 129 apabila satu lagi kematian terbaru dilaporkan di Sabah, melibatkan seorang wanita warganegara Filipina berumur 50 tahun.-----Pindaan akta pemanduan mabuk ke Dewan Negara minggu depanFoto - The Sun DailyRang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang diluluskan Dewan Rakyat pada 26 Ogos lalu akan dibentangkan semula di Dewan Negara minggu hadapan untuk diluluskan dalam usaha mengekang pemanduan di bawah pengaruh alkohol.Kementerian Pengangkutan berkata, sekiranya RUU itu diluluskan dan mendapat sokongan semua Senator, ia boleh diwartakan selepas tempoh yang ditetapkan.Akta sedia ada memperuntukkan hukuman penjara antara tiga hingga 10 tahun dan denda antara RM8,000 hingga RM20,000 jika disabitkan kesalahan.-----Air Asia nafi gantung penerbangan bulan depanFoto - The StarKetua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menafikan berita AirAsia Japan akan menggantung semua penerbangan untuk bulan Oktober.Tony berkata, beliau tidak tahu daripada mana punca cerita tersebut tetapi apa yang pasti pihaknya sentiasa menilai dan menilai semula operasi syarikat itu pada bila-bila masa.Tambahnya, semua pihak perlu tunggu dan lihat namun buat masa ini tidak ada sebarang perancangan penggantungan operasi dan semuanya adalah khabar angin.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94630", "title": "Berita Baik Untuk Pemohon i-Sinar", "body": "\n\u2190 Back to list\nBerita Baik Untuk Pemohon i-Sinar\nJan 19, 2021\n\nBerita Baik Untuk Pemohon i-SinarKWSP akan mempercepatkan bayaran pendahuluan kepada pemohon i-Sinar kategori 2.Ia akan dibayar bermula 26 Januari ini dan melibatkan bayaran sehingga RM1,000.Proses pembayaran pendahuluan itu juga dipermudahkan iaitu ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan menghantar dokumen sokongan secara dalam talian.Ia sebagai salah satu inisiatif penambahbaikan dalam pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang diumumkan kerajaan semalam.Ia bertujuan membantu rakyat susulan pelaksanaan PKP 2.0.PERKESO & MARA Juga Ada Pengumuman BaikPERKESO menambah baik program Subsidi Upah 3.0.Kini semua majikan yang beroperasi semasa tempoh PKP layak memohon tanpa mengambil kira sektor.Bagi peminjam pendidikan dan perniagaan MARA pula, Program MARA PRIHATIN Peace of Mind 2.0 diteruskan.Peminjam yang terkesan dengan COVID-19 dan banjir boleh menjadualkan semula bayaran balik pinjaman pelajaran MARA atau moratorium sehingga 31 Mac.5 Hari Kes Lebih 3 Ribu5 hari berturut-turut Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 lebih 3 ribu.Semalam, 3,306 kes direkodkan dan Selangor kekal mencatatkan angka tertinggi iaitu 1,213 kes.Dalam perkembangan berkaitan, Seremban dan Port Dickson menjadi 2 kawasan terbaru dikenakan PKP, bermula hari ini.Ia berikutan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di daerah berkenaan.Tiada Percubaan SPMSekolah yang belum melaksanakan peperiksaan percubaan SPM 2020 tidak perlu mengadakannya.Bagaimanapun peperiksaan sebenar SPM pada hujung bulan depan tetap berlangsung.Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan demikian dalam senarai jawapan kepada pertanyaan umum di Facebook rasminya.Calon SPM, STPM, STAM dan calon periksaan utama yang lain juga akan menghadiri persekolahan bersemuka bermula esok.Manakala murid lain memulakan sesi persekolahan tahun ini secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73022", "title": "PDRM bakal distruktur semula.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPDRM bakal distruktur semula.\nJun 27, 2018\n\nPDRM bakal distruktur semula.Tegas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, langkah itu bagi memulihkan semula imej badan tersebut ekoran persepsi negatif daripada masyarakat.Pengumuman penuh perubahan itu dijangka dibuat dalam tempoh 2 minggu lagi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70923", "title": "Sekolah di Lahad Datu Tutup", "body": "\n\u2190 Back to list\nSekolah di Lahad Datu Tutup\nSep 23, 2020\n\nSekolah di Lahad Datu Tutup30 sekolah di Lahad Datu ditutup sementara sehingga ke tarikh yang akan diumumkan kelak.Menurut Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, ia sebagai Langkah pencegahan COVID-19 di kawasan tersebut.Semalam Malaysia merekodkan 82 kes baru virus itu dan 60 daripadanya dikesan di Sabah.Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu ini tidak perlu ditangguhkan.Ujar Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia masih boleh diteruskan dengan pelaksanaan SOP yang ketat.Suspek Kes Dera TampilSuspek lelaki yang dilihat menghempas seekor kucing kerana memanjat cermin keretanya sudah tampil beri keterangan.Menurut Polis Kuala Lumpur, ia susulan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu tular sejak kelmarin.Perbuatan itu turut menimbulkan kemarahan ramai warganet.Jika bersalah, lelaki berkenaan berdepan denda sehingga RM50,000 dan penjara sehingga setahun.foto: Malaysia Gazette, ihsan pembaca & internet\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71583", "title": "Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak\nNov 23, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80381", "title": "Ribut Tempias\u00a0Lekima Landa Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\nRibut Tempias\u00a0Lekima Landa Malaysia\nAug 11, 2019\n\nRibut Tempias Taufan Lekima Landa MalaysiaBeberapa negeri\u00a0turut terima tempias akibat Taufan Lekima iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Pahang.Ia menyebabkan hampir 330 sekolah dan Institusi Pendidikan mengalami\u00a0kerosakkan.Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)\u00a0anggar kerosakkan di 7 negeri berkenaan berjumlah RM20 juta\u00a0dan tindakan sedang diambil untuk memperbaiki kerosakan.Sementara itu hampir 40 pesakit yang alami kecederaan akibat ribu di Kedah di rawat di hospital kerajaan di seluruh negeri berkenaan.Kematian Lelaki Dalam Insiden Di Lebuh Raya PLUS Diklasifikasikan Kes BunuhKematian pemuda\u00a0dalam insiden di lebuh raya PLUS dekat Bandar Baru Bangi, Selangor semalam diklasifikasikan sebagai kes bunuh.Menurut Polis Kajang seorang suspek dan isterinya telah ditahan untuk siasatan lanjut.Mangsa dilaporkan meninggal dunia susulan pergaduhan dengan suspek, selepas satu kemalangan jalan raya.Skala Pencarian Nora\u00a0Anne Quoirin DikecilkanPolis Negeri Sembilan mengecilkan skala pencarian remaja warga Ireland dari 6 kilometer radius kepada 4 kilometer radius dari lokasi kejadian.Ini kerana pihaknya percaya gadis OKU itu tidak akan pergi jauh dari chalet yang diinap keluarganya.Nora Anne Quoirin, 15 tahun, dilaporkan hilang sejak pagi Ahad lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94530", "title": "PdPR tidak terhad kaedah dalam talian", "body": "\n\u2190 Back to list\nPdPR tidak terhad kaedah dalam talian\nJan 27, 2021\n\nProses pengajaran dan pembelajaran dari rumah, PdPR tidak terhad secara online sahaja.Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin sebaliknya berkata kaedah tersebut bergantung kepada guru mengikut kesesuaian dan situasi para murid.Tambahnya, kaedah seperti penyerahan modul pembelajaran turut boleh diamalkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79821", "title": "Kerajaan Kaji Semula Kemasukan Pelajar Ke IPT", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Kaji Semula Kemasukan Pelajar Ke IPT\nApr 29, 2019\n\nMenurut media Cina tempatan, Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula jumlah kemasukan pelajar ke Universiti Awam dalam masa terdekat.Ini selepas terdapat pihak bimbang peluang pelajar lepasan STPM belajar di IPT awam tipis, kerana jumlah kemasukan pelajar ke Matrikulasi ditambah.Terdahulu, kerajaan bersetuju menambah bilangan kemasukan pelajar ke Matrikulasi kepada 40,000 tempat, berbanding 25,000 tempat sebelum ini.\u00a0Datuk Lokman Adam Mungkin Dipanggil\u00a0Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam mungkin akan dipanggil polis untuk beri keterangan berhubung isu penganjuran sebuah program\u00a0Program itu tular sejak kelmarin, dan dipromosikan sebagai 'Santai Teh Tarik 4 Putera Mahkota'.\u00a0Datuk Lokman mendakwa dia cuma bantu menyebarkan poster program itu, melalui media sosial.\u00a0Mahkamah Tolak Permohonan Datuk Seri Najib\u00a0Mahkamah Tinggi tolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk ketepikan tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International berjumlah 42 juta ringgit.Hakim bersetuju bahawa\u00a0alasan\u00a0pertuduhan terbabit cacat,\u00a0adalah tidak berasas.Setakat ini, perbicaraan babitkan bekas perdana menteri itu berlangsung selama sembilan hari dan 21 saksi telah memberi keterangan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=151533", "title": "Takwim Persekolahan Kembali Ke Januari Bermula 2026", "body": "\n\u2190 Back to list\nTakwim Persekolahan Kembali Ke Januari Bermula 2026\nMay 23, 2023\n\n\nFoto - BERNAMA\nKementerian Pendidikan berkata, takwim sesi persekolahan akan kembali ke bulan Januari bermula pada 2026 berbanding Mac, ketika ini.\nMenterinya, Fadhlina Sidek beritahu\u00a0Dewan Rakyat, kerajaan telah memulakan usaha mengawal kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.\nJusteru, beliau berharap semua pihak yang berkaitan dapat melakukan perancangan dan persediaan menyeluruh bagi mendepani perubahan berkenaan.\nPerubahan semula kalendar akademik persekolahan katanya, perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun serta peperiksaan utama seperti SPM, STPM dan STAM.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73313", "title": "Kenderaan di Malaysia mungkin akan ada tarikh luput", "body": "\n\u2190 Back to list\nKenderaan di Malaysia mungkin akan ada tarikh luput\nOct 29, 2017\n\nKenderaan di Malaysia mungkin akan mempunyai tarikh luput.Menurut Kementerian Pengangkutan, pihaknya sedang kaji sedang kaji kesesuaian mewujudkan dasar itu yang akan menetapkan had usia kenderaan.Ia bertujuan mengurangkan risiko kemalangan disebabkan faktor usia kenderaan seperti nahas 2 bas kilang di Juru, Pulau Pinang baru-baru ini yang meragut 8 nyawa.Difahamkan, salah sebuah bas yang terlibat tragedi itu sudah berusia 30 tahun, manakala sebuah lagi berusia lebih 10 tahun.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80542", "title": "Jerebu dijangka hanya berakhir awal bulan depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJerebu dijangka hanya berakhir awal bulan depan.\nSep 13, 2019\n\nJerebu yang melanda negara ini dijangka hanya berakhir awal bulan depan ketika musim peralihan monsun.Menurut Jabatan Meteorologi, peralihan monsun tersebut membawa hujan lebih banyak khasnya di Sarawak dan Sabah.Sementara itu,\u00a0kualiti udara di Sarawak dan Sabah beransur baik dengan merekodkan IPU sederhana.Namun, Johan Setia di Klang, Selangor masih catat bacaan udara sangat tidak sihat, begitu juga di Rompin, Pahang yang catat IPU tidak sihat.Ia menyebabkan 45 sekolah di Klang dan Kuala Langat, Selangor juga Rompin, Pahang ditutup sementara.Tanda pagar 'ampuntuanku' dan 'permaisuriagong' trending di Twitter!\u00a0Ia selepas akaun peribadi Raja Permaisuri Agong dinyahaktif sejak kelmarin yang mengundang reaksi sedih rakyat.Menurut laporan juga, salah seorang pengguna Twitter yang dipercayai meninggalkan komen biadap telah tampil mohon ampun kepada baginda.Gula-gula White Rabbit ada gelatin tidak halal!Al Hijrah melaporkan, JAKIM telah sahkan gula-gula popular White Rabbit yang diimport dari China mengandungi gelatin tidak halal.Ini kerana siri ujian makmal dengan kerjasama Jabatan Kimia mendapati terdapat DNA babi dalam gula-gula itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72884", "title": "Nahas 11 Kenderaan: Pemandu Bas Negatif Ujian Dadah", "body": "\n\u2190 Back to list\nNahas 11 Kenderaan: Pemandu Bas Negatif Ujian Dadah\nJul 11, 2016\n\nPolis Ipoh memaklumkan, ujian air kencing terhadap pemandu berkenaan didapati negatif dan mengesahkan insiden itu disebabkan masalah brek.Bagaimanapun, pemandu tersebut dilapor akan direman hari ini atas dakwaan memandu secara cuai.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78971", "title": "Isu skandal 1MDB tidak ada nilai sejarah jika dimasukkan sebagai sukatan pelajaran.", "body": "\n\u2190 Back to list\nIsu skandal 1MDB tidak ada nilai sejarah jika dimasukkan sebagai sukatan pelajaran.\nDec 04, 2018\n\nIsu skandal 1MDB tidak mempunyai nilai sejarah sekiranya dimasukkan sebagai sukatan pelajaran.Itu kata dua Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara mengenai cadangan Kementerian Pendidikan untuk masukkan isu itu dalam buku sejarah.Foto: UtusanJelas Prof Datuk Dr Teo Kok Seong kepada Awani, ia hanya akan mengajar pelajar sekolah untuk tidak mengenang jasa pemimpin negara.Semalam, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata isu itu perlu dipelajari supaya tidak diulangi generasi masa depan.DBKL luluskan perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi ICERD, Sabtu ini.Datuk Bandar, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata kelulusan itu diberi memandangkan perhimpunan tersebut adalah satu perhimpunan kesyukuran.Foto: NSTPPihak penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja sahaja\u00a0iaitu di antara Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad.2Point0\u00a0jadi filem terlaris di setiap negara ia ditayangkan setakat ini.Filem cereka sains India, 2Point0 terus cipta fenomena apabila jadi filem terlaris di setiap negara ia ditayangkan setakat ini, kecuali Amerika Utara.Filem lakonan Superstar, Rajnikanth itu sekaligus mendahului filem Hollywood lain seperti Fantastic Beasts, Ralph Breaks The Internet dan\u00a0The Grinch.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72262", "title": "Tiada rakyat Malaysia cedera dalam serangan di London", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada rakyat Malaysia cedera dalam serangan di London\nMar 23, 2017\n\nTiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan terjejas dalam insiden serangan di luar bangunan Parlimen Britain, semalam.Namun, menurut Wisma Putra, pihaknya akan terus memantau situasi berkenaan dan memaklumkan perkembangan terkini.Serangan dilaporkan bermula dengan tindakan seorang pemandu kereta melanggar orang awam di luar bangunan Parlimen.Dia kemudian keluar daripada kenderaan terbabit dan menikam seorang anggota polis.Setakat ini 5 disahkan termasuk seorang anggota polis maut dalam serangan itu manakala lebih 20 yang lain cedera.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72146", "title": "Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya Tok Pa ikhlas.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTan Sri Muhyiddin Yassin percaya Tok Pa ikhlas.\nOct 28, 2018\n\nPenyertaan Tok Pa ikhlasFoto - Astro AwaniTan Sri Muhyiddin Yassin percaya penyertaan Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam Bersatu, ikhlas.Ujar Presiden Bersatu itu, awal-awal lagi Tok Pa juga telah menyatakan pendirian bahawa beliau tidak berhajat pegang apa-apa jawatan dalam parti berkenaan.Beliau juga memaklumkan, ada beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO mengadakan pertemuan dengannya untuk bertanyakan pandangan mengenai penyertaan dalam Bersatu.\u00a0---Terengganu dan Kelantan diarah waspada kemungkinan banjirFoto - Astro AwaniPenduduk kawasan rendah di Terengganu dan Kelantan diminta waspada dengan kemungkinan banjir.Ia susulan notis amaran cuaca waspada iaitu peringkat kuning di 2 negeri Pantai Timur itu mulai esok hingga Khamis.Menurut Jabatan Meteorologi, ia berikutan luruan angin timur laut yang dijangka bertiup kencang yang mengakibatkan hujan lebat.Jika bertambah lebat, amaran peringkat bahaya iaitu merah akan dikeluarkan.---Kerajaan kaji cadangan buka sempadan Malaysia-Thailand sepanjang masaFoto - Astro AwaniCadangan buka pintu sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan sepanjang masa perlu penelitian menyeluruh.Ujar MB Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, langkah itu perlu persediaan dan kajian impak.Kata beliau lagi, buat permulaan mungkin tempoh pembukaan sempadan sehingga jam 6 petang ketika ini dipanjangkan sehingga ke pukul 10 malam.PM dalam lawatan beliau ke Thailand baru-baru ini dilaporkan berkata Malaysia dan Thailand setuju buka pintu sempadan 24 jam sehari bagi\u00a0 menggalakkan perdagangan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79836", "title": "Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru.\nMay 02, 2019\n\nPerdana Menteri\u00a0\u00a0sahkan, pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru!Abdul Hamid akan menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang akan bersara wajib esok.Nama Abdul Hamid pernah menjadi perbualan pada 2015 selepas buat pendedahan mengenai pihak tertentu yang menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1MDB.Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette ditahan SPRM atas tuduhan rasuah.Kedua-duanya kemudian dilepaskan dengan jaminan dan dijangka didakwa di mahkamah esok.Ahli Parlimen Kinabatangan itu dilantik sebagai pengerusi Felcra pada 2013 dan meletak jawatan pada 2018 susulan kekalahan BN pada PRU-14, Mei tahun lalu.Datuk Lat lancar aplikasi GG Komiks.Tokoh kartunis, Datuk Lat lancar aplikasi GG Komiks yang membolehkan orang ramai muat turun karya tempatan majalah Gila-Gila.Lebih menarik, aplikasi yang memuatkan 800 karya sejak majalah itu diterbitkan pada 1978, boleh didapati secara percuma di platform digital.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72257", "title": "Polis akan tahan suspek lagi dalam kes bunuh Jong-nam", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis akan tahan suspek lagi dalam kes bunuh Jong-nam\nMar 20, 2017\n\nPolis akan tahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.Ketua Polis Negara bagaimanapun berkata identiti mereka tidak akan didedahkan bagi melancarkan siasatan.Bukit Aman juga masih menunggu bantuan republik itu untuk tahan 4 suspek lelaki berhubung pembunuhan itu, yang dipercayai berada di Pyongyang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73231", "title": "Guru yang mengenakan tindakan disiplin keras ke atas seorang murid telah dihadapkan ke Mahkamah Seremban pagi ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nGuru yang mengenakan tindakan disiplin keras ke atas seorang murid telah dihadapkan ke Mahkamah Seremban pagi ini.\nDec 19, 2017\n\nGuru yang mengenakan tindakan disiplin keras ke atas seorang murid kerana beberapa kesalahan disiplin yang serius dihadapkan ke Mahkamah Seremban pagi ini.Namun, mahkamah melepaskan tanpa membebaskan guru berusia 44 tahun itu daripada tuduhan mencederakan murid berkenaan.Mahkamah membuat keputusan itu selepas Peguam Negara mengarahkan pertuduhan tersebut ditarik balik.Kes tersebut juga mendapat perhatian kerana rata-rata netizen menyifatkan guru tersebut tidak wajar didakwa di mahkamah kerana tindakannya itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70300", "title": "Tukang gunting rambut sah positif COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nTukang gunting rambut sah positif COVID-19\nJun 12, 2020\n\nTukang gunting rambut sah positif COVID-19Foto - Malaysia KiniKementerian Kesihatan sahkan menerima satu notifikasi kes positif COVID-19 babitkan seorang lelaki Pakistan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut di ibu negara.Dia dikatakan memberi khidmat gunting rambut dari rumah ke rumah dalam tempoh PKP atas permintaan pelanggan dan kini terdapat 25 kontrak rapat dikenalpasti termasuk 4 rakan serumah dan 21 pelanggan.Sejak kedai gunting rambut itu kembali beroperasi pada 10 Jun lalu terdapat 15 kontak rapat telah menggunakan khidmatnya dengan kesemuanya telah disaring diarah jalani kuarantin di rumah.-----Belanjawan 2021 dibentang 6 NovemberFoto - Berita HarianKerajaan menetapkan 6 November depan sebagai tarikh baru pembentangan Belanjawan 2021 berbanding perancangan asal pada 2 Oktober 2020, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.Malah katanya, kerajaan juga menangguhkan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 yang sepatutnya dibentangkan pada 6 Ogos depan kepada tarikh akan ditentukan kelak.Selain itu, Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Rakyat akan bermula pada 13 Julai hingga 27 Ogos depan manakala Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat juga dipinda kepada 2 November hingga 15 Disember 2020.-----Mesyuarat, seminar, kursus atau latihan kini dibenarFoto - BernamaKerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada penganjuran mesyuarat, seminar, kursus atau latihan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program terbabit boleh dilaksana sebaik saja prosedur operasi standard diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara.Bagaimanapun katanya, SOP kebenaran bagi penganjuran mesyuarat, seminar, kursus atau latihan itu sedang diperhalusi oleh MKN bersama Kementerian Kesihatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72484", "title": "4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar jadi pemilih", "body": "\n\u2190 Back to list\n4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar jadi pemilih\nMar 04, 2017\n\nSPR berkata 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi setakat Februari lepas.Jumlah berkenaan katanya, merangkumi pelbagai kaum yang majoritinya terdiri daripada golongan muda berumur sekitar 21 tahun.Aantara faktor golongan muda tidak berdaftar sebagai \u00a0pengundi adalah disebabkan mereka tidak memahami kepentingan kuasa rakyat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72838", "title": "Suhu Panas Melampau : Sekolah di Temerloh dan Jerantut Terus ditutup", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuhu Panas Melampau : Sekolah di Temerloh dan Jerantut Terus ditutup\nApr 11, 2016\n\nMenurut Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Rosdi Ismail, suhu di dua daerah berkenaan masih tinggi iaitu melebihi 37 darjah selsius.Bagaimanapun, kakitangan sekolah dan guru perlu hadir bertugas seperti biasa.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70490", "title": "Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini Terarah Kepada Usul Pengosongan Jawatan Speaker.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTumpuan Dewan Rakyat Hari Ini Terarah Kepada Usul Pengosongan Jawatan Speaker.\nJul 13, 2020\n\nHari ini bermulalah sidang penuh pertama Dewan Rakyat sejak Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan, pada Mac lalu.Persidangan pertama pada 18 Mei lalu hanya berlangsung sehari akibat Covid-19.Antara yang menjadi tumpuan hari ini adalah usul pengosongan jawatan Speaker dan seorang Timbalan Speaker.Persidangan Dewan Rakyat bakal berlangsung selama 25 hari hingga 27 Ogos ini.Kelas KAFA dibuka semula 2 dan 3 Ogos ini!Kelas al-Quran dan Fardu Ain, KAFA akan beroperasi semula pada 2 Ogos melibatkan negeri kumpulan A dan 3 Ogos bagi kumpulan B.Kumpulan A merangkumi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri-negeri lain termasuk dalam kumpulan B.Seorang lelaki disyaki bunuh 3 ekor kucing dalam mesin basuh.Polis buru seorang lelaki disyaki bunuh 3 ekor kucing dengan memasukkan haiwan itu ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi di Kepong.Ini selepas pihaknya terima laporan daripada seorang wanita yang menemui 3 bangkai kucing dalam mesin basuh berkenaan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81125", "title": "Kerajaan ingin bawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan ingin bawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan.\nJan 29, 2020\n\nFoto : Astro AwaniKerajaan akan berunding dengan China untuk bawa pulang hampir 80 rakyat Malaysia yang terperangkap di Wuhan, gara-gara wabak koronavirus!Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata demikian selepas Jepun berjaya dapatkan kebenaran untuk bawa pulang rakyatnya dari wilayah itu.Foto : Astro AwaniSetakat ini hampir 6 ribu kes positif koronavirus telah disahkan dengan angka kematian melebihi 130 di China, manakala 7 kes disahkan positif di Malaysia.Bagaimanapun, kerajaan buat masa ini belum berhasrat untuk menyekat mana-mana perhimpunan atau persidangan dalam negara.Ini kerana situasi masih terkawal berikutan langkah-langkah pencegahan penularan wabak koronavirus yang diambil Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72487", "title": "AWAS mula berkuat kuasa hari ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nAWAS mula berkuat kuasa hari ini\nApr 15, 2017\n\nGabungan Sistem Penguatkuasaan Automatik dan Sistem Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya, AWAS mula berkuat kuasa hari ini.JPJ berkata, selain disaman pesalah lalu lintas berdepan tindakan diberi amaran, digantung atau dibatalkan lesen memandu.Pada peringkat awal, JPJ akan menguatkuasakan ke\u00adsalahan melanggar arahan lampu isyarat dan melebihi had laju sahaja.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79859", "title": "Jualan Equanimity selesai", "body": "\n\u2190 Back to list\nJualan Equanimity selesai\nMay 06, 2019\n\nFoto - The Straits TimesJualan kehakiman\u00a0kapal layar mewah Equanimity telah selesai dengan penerimaan\u00a0penuh harga belian\u00a0berjumlah AS$126 juta\u00a0daripada Genting Malaysia Bhd pada 23 April lepas.Peguam Negara Tommy Thomas\u00a0berkata, selepas bayaran diterima kapal itu telah diserahkan kepada anak syarikat Genting pada 25 April lepas.Foto - FeedMe MalaysiaPenyempurnaan jualan dilakukan oleh pemegang taruhan yang dilantik oleh mahkamah, dan bil jualan ditandatangani dengan sewajarnya oleh Syerif Mahkamah Admiralti pada 24 April, 2019.Genting dalam satu\u00a0makluman kepada Bursa Malaysia pada 3 April\u00a0mengesahkan membeli\u00a0kapal mewah Equanimity bersama bunker, bahan api, pelincir dan barangan sedia ada\u00a0di atas kapal itu dengan pertimbangan harga\u00a0AS$126 juta.Foto - Malay MailKerajaan membelanjakan kira-kira RM15.5 juta untuk menahan dan menyelenggara Equanimity sepanjang sembilan bulan tempoh penahanannya sehingga ia diserahkan kepada pembeli.Difahamkan, kos pengoperasian bagi menyelenggara kapal mewah terbabit adalah perbelanjaan paling besar ditanggung kerajaan iaitu hampir RM12.7 juta.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79557", "title": "Kes pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim semakin kritikal.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim semakin kritikal.\nMar 13, 2019\n\n34 buah sekolah di sekitar Pasir Gudang diarah tutup serta-merta ekoran pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim.Pihak berkuasa jangkakan pencemaran itu akan merebak susulan kerja pembersihan belum selesai dan hujan menjadikannya lebih buruk.Sebanyak lapan sebatian kimia berbahaya disahkan dibuang di sungai itu termasuk metana.Sementara itu, seorang suspek kes buang sisa toksik ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang dijangka didakwa di mahkamah esok.Kerajaan berkata suspek mungkin akan dikenakan beberapa tuduhan memandangkan \u00a0kesalahan yang dilakukan serius.Hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan jenayah akan dimansuhkan!Namun, Jabatan Perdana Menteri berkata ia akan digantikan dengan hukuman mati berdasarkan budi bicara mahkamah.Ianya melibatkan sembilan jenis kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan dua lagi di bawah Akta Senjata Api.Sebuah madrasah di Sungai Petani diarah tutup.Sebuah madrasah di Sungai Petani, Kedah yang beroperasi secara haram telah diarahkan tutup Isnin lalu.\u00a0Madrasah itu disyaki mengeksploitasi kanak-kanak untuk mengutip derma tanpa kebenaran termasuk melalui kiriman mesej di aplikasi Whatsapp.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71679", "title": "Raja Azmi dan Bekas Suami Bakal Nikah Semula", "body": "\n\u2190 Back to list\nRaja Azmi dan Bekas Suami Bakal Nikah Semula\nJan 19, 2016\n\nMenurut Raja Azmi, dia buat keputusan itu selepas memikirkannya secara masak-masak.Katanya lagi, secara sedar tidak sedar, persabahabatan yang terjalin antara mereka selepas bercerai telah menimbulkan semula bibit-bibit cinta dan kali ini ia bersifat lebih 'real' dan lebih matang.Ujar produser itu kepada 'murai.com.my', dia gembira kerana hasrat mereka itu mendapat sokongan penuh ahli keluarga.Manakala menurut Eddie yang juga pemain bass kumpulan CRK, dia bersyukur kerana perkahwinan semula ini adalah harapannya selama ini\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80907", "title": "PLUS Kekal Dengan Pendirian Tiada Lorong Tambah Nilai Di Plaza Tol", "body": "\n\u2190 Back to list\nPLUS Kekal Dengan Pendirian Tiada Lorong Tambah Nilai Di Plaza Tol\nDec 03, 2019\n\nLebuhraya PLUS kekal dengan keputusan tidak akan buka lorong tambah nilai di semua plaza tol kendaliannya.Ini kerana terdapat 11 ribu kiosk tambah nilai di seluruh negara bagi memudahkan pengguna membuat isian semula.Lagipun katanya kepada NST, kiosk itu membolehkan pengguna buat tambah nilai serendah 10 ringgit selain tiada caj tambahan.Mangsa Banjir Mungkin Dapat Bantuan Tunai\u00a0Kerajaan sedia pertimbang pemberian bantuan tunai kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara.Namun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan akan melihat kemampuan kewangan terlebih dahulu.Beliau juga mahu beberapa Pusat Pemindahan Sementara ditambah baik dengan mengambil kira sensitiviti wanita bertudung.Paip Usang Berusia 80 Tahun Punca Tanah Mendap Di KLPaip air bawah tanah usang berusia lebih 80 tahun yang pecah, punca mendapan tanah di sekitar ibu negara.Kementerian Wilayah Persekutuan berkata, DBKL dengan kerjasama Syarikat Air Selangor sedang merangka penyelesaian masalah itu.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78861", "title": "Timbalan Pengerusi UMNO Bukit Bintang letak jawatan dan keluar parti", "body": "\n\u2190 Back to list\nTimbalan Pengerusi UMNO Bukit Bintang letak jawatan dan keluar parti\nNov 10, 2018\n\nTimbalan Pengerusi UMNO Bukit Bintang letak jawatan dan keluar partiFoto - gegar.myDatuk Seri Abdul Azim Zabidi muncul pemimpin terbaru umum tinggalkan UMNO selepas 35 tahun dalam parti itu.NST melaporkan, Datuk Seri Abdul Azim yang juga bekas bendahari UMNO letak jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Bukit Bintang, Rabu lalu.Alasan yang dikemukakannya ialah beliau telah hilang kepercayaan terhadap pemimpin atasan parti itu.-----Kerajaan mungkin teruskan skim bantuan baucar bukuFoto - Astro AwaniKementerian Kewangan bersetuju dengan syor Kementerian Pendidikan supaya meneruskan skim bantuan baucar buku kepada mahasiswa.Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu telah dibawa dalam mesyuarat Kabinet yang pertama selepas Belanjawan 2019, semalam.Tambahnya lagi, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga melahirkan pandangan bahawa bantuan seumpama ini diteruskan.Justeru, beliau berharap akan ada berita menggembirakan dalam waktu terdekat dalam memastikan kebajikan mahasiswa dijaga.-----Pakatan Harapan akan tunaikan janji PRU14Foto - Astro AwaniTun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kerajaan akan menunaikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.Ini kerana Perdana Menteri berkata, kejayaan menukar kerajaan yang memerintah selama 61 tahun merupakan kejayaan rakyat.Jelas Tun M , beliau pasti rakyat tertunggu-tunggu nikmat yang akan mereka peroleh daripada kerajaan pilihan mereka, Pakatan Harapan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70837", "title": "100 kes baru positif COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\n100 kes baru positif COVID-19\nSep 08, 2020\n\n100 kes baru positif COVID-19Foto - Neuroscience NewsMalaysia merekodkan jumlah kes harian COVID-19 tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan pada Jun lalu.Menurut Kementerian Kesihatan, 100 kes baru dicatatkan hari ini di mana 85 merupakan kes penularan tempatan, 15 lagi adalah kes import.Sebahagian besar kes melibatkan kluster Benteng Lahad Datu di Sabah dengan 62 kes serta kluster Sungai di Kedah dan Perlis dengan 23 kes.-----Elak 'fist bump'Foto - NPROrang ramai dinasihat tidak melakukan 'fist bump' atau menggenggam tangan dan melagakannya apabila berjumpa perlu dielak untuk mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19.imbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ini kerana perbuatan itu membabitkan sentuhan fizikal yang tidak digalakkan Kementerian Kesihatan Malaysia.Katanya, KKM hanya anjur hormat dengan meletak tangan di dada dan tunduk hormat dan beliau lihat trend yang sedang berlaku kini tidak baik.-----Rayuan 33 bekas ADUN Sabah ditolakFoto - Sinar HarianMahkamah Rayuan Putrajaya tolak rayuan difailkan 33 bekas ADUN bagi mencabar kebenaran pembubaran DUN yang diberikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.Panel tiga hakim turut menolak permohonan 33 ADUN berkenaan bagi penangguhan pelaksanaan keputusan hari ini sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.Dengan keputusan mahkamah itu, tarikh penamaan calon yang ditetapkan pada 12 September ini membabitkan 73 kerusi DUN akan berjalan seperti ditetapkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72471", "title": "Suami Isteri Direman Kes Dera Anak Sampai Mati", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuami Isteri Direman Kes Dera Anak Sampai Mati\nMay 29, 2017\n\nSepasang suami isteri kini direman seminggu selepas ditahan di Subang Jaya, Selangor berkaitan kes kematian anak mereka.Anak pasangan itu yang berusia 9 tahun meninggal dunia dipercayai didera selepas doktor menemui pelbagai kesan lebam dan cedera pada badan mangsa.Menurut siasatan polis, pasangan tersebut juga memiliki rekod jenayah berkaitan kes dadah, pecah rumah dan penipuan.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79545", "title": "Lebih 70% Pelajar Cemerlang STPM Daripada Keluarga Miskin ", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 70% Pelajar Cemerlang STPM Daripada Keluarga Miskin \nMar 12, 2019\n\nLebih 70 peratus pelajar yang raih keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM yang diumumkan semalam datang daripada keluarga miskin.Peratusan itu membuktikan kesusahan hidup tak jadi penghalang untuk meraih kejayaan dalam pelajaran.Di Kelantan misalnya, keputusan keseluruhan meningkat berbanding tahun sebelumnya dengan hampir semua calon lulus.Menteri Besar Johor Kesal Kes Pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang\u00a0Kerajaan Johor kesal dengan insiden pencemaran akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang berulang.Ujar Menteri Besar, Johor Datuk Osman Sapian, kejadian itu adalah sesuatu yang di luar jangkaan.Ekoran gelombang ke-2 pencemaran itu, hampir 210 terpaksa dirawat dengan majoritinya murid sekolah!Susulan itu, 2 sekolah yang terjejas terpaksa ditutup semula sehinggalah pihak berkusa sahkan sekolah berkenaan sudah benar-benar selamat.Tiada Lagi Ruang Buat Netizen?\u00a0Ruangan komen dalam portal berita mungkin\u00a0tidak lagi dibenarkan.\u00a0Ini kerana kerajaan bercadang untuk menggubal satu undang-undang yang berkaitan dengan aspek tersebut.Walau bagaimanapun menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia, perkara itu masih dalam pertimbangan dan belum dibawa ke Kabinet untuk perbincangan lanjut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72296", "title": "Seorang sarjan polis maut tertembak oleh rakan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang sarjan polis maut tertembak oleh rakan\nJul 30, 2016\n\nTembakan dilepaskan secara tidak sengaja oleh rakan setugasnya di IPD Serdang Selangor.Mangsa yang sedang memeriksa kenderaan di luar bangunan terkena tembakan daripada anggota yang sedang memeriksa pistol dari dalam bilik stor senjata.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79115", "title": "Kurikulum sekolah akan diubah dengan menumpukan 3 aspek penting.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKurikulum sekolah akan diubah dengan menumpukan 3 aspek penting.\nJan 08, 2019\n\nKerajaan akan ubah kurikulum sekolah di negara ini dengan memberi tumpuan kepada tiga aspek penting.Perdana Menteri berkata tiga aspek tersebut ialah\u00a0penguasaan terhadap ajaran Islam sebenar, bahasa Inggeris serta ilmu Sains dan Teknologi.Jelas Tun M lagi, ia selaras dengan objektif dasar pendidikan negara yang bukan hanya memberi ilmu kepada anak-anak malah membentuk peribadi yang lebih baik.Siapa Yang di-Pertuan Agong\u00a0Ke-16, \u00a0akan diketahui 24 Januari ini!Majlis Raja-Raja akan adakan mesyuarat khas pada 24 Januari ini untuk pilih Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya yang baru.Acara mengangkat sumpah 2 jawatan itu pula akan diadakan pada 31 Januari.Sebuah restoran di Shah Alam tiada sijil halal.Sebuah restoran di Shah Alam yang viral dengan insiden pekerjanya ditampar kerana tegur pelanggan merokok disahkan tiada sijil halal.Jabatan Agama Islam Selangor berkata perkara itu terbongkar selepas pemeriksaan mengejut dilakukan di premis berkenaan baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81836", "title": "Jumlah Jemaah Yang Dibenarkan Masuk Masjid Mungkin Akan Ditambah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJumlah Jemaah Yang Dibenarkan Masuk Masjid Mungkin Akan Ditambah.\nMay 22, 2020\n\nKetua Pengarah Kesihatan tidak tolak kemungkinan untuk menambah jumlah kapasiti yang boleh memasuki masjid dan surau.\u00a0Namun, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu hanya akan dipertimbangkan sekiranya mendapat maklum balas positif daripada pelaksanaan SOP sejak pembukaan semula masjid dan surau bagi zon hijau terpilih pada Jumaat lalu.\u00a0Buat masa ini katanya keutamaan diberikan kepada pihak pentadbiran masjid dengan jemaah tidak lebih daripada 30 orang pada satu-satu masa.\u00a0Umat Islam dinasihatkan agar berwaspada dalam merayakan Aidilfitri hujung minggu ini.Menteri di JPM, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata walaupun kebenaran untuk ziarah-menziarahi dibenarkan pada hari raya pertama, adalah lebih baik jika langkah-berjaga-jaga diambil dengan hanya beraya di rumah masing-masing bagi mencegah penularan Covid-19.Pihaknya juga menasihati umat Islam agar patuhi arahan Jabatan Agama Negeri masing-masing berhubung solat Aidilfitiri dan ziarah kubur pada 1 Syawal nanti.Ahli keluarga wanita hamil positif Covid-19 di Kelantan jalani saringan kesihatan.Kementerian Kesihatan telah menjalankan ujian saringan ke atas ahli keluarga wanita hamil yang disahkan positif Covid-19 di Kelantan.\u00a0Setakat ini, 20 ahli keluarga mangsa disahkan negatif wabak\u00a0itu manakala 10 lagi masih menunggu keputusan ujian saringan.Tambah Ketua Pengarah Kesihatan,\u00a0pihaknya juga akan menyiasat semua kontak rapat babitkan lokasi terkini wanita itu di Kelantan dan di tempat asalnya di Ampang.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72188", "title": "Miros dan JKJR diarah kaji kawasan kemalangan", "body": "\n\u2190 Back to list\nMiros dan JKJR diarah kaji kawasan kemalangan\nJul 01, 2017\n\nInstitut Kajian Keselamatan Jalan Raya atau MIROS dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya diarah melakukan kajian kualiti jalan raya di kawasan kemalangan.Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, selain melakukan penelitian terhadap kecuaian manusia, faktor fizikal jalan raya turut diambil kira.Kajian harus dilakukan berikutan kadar kemalangan masih tinggi walaupun kempen keselamatan diperhebat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72666", "title": "Bomba Johor Sedang Kenal Pasti Punca Kebakaran HSA", "body": "\n\u2190 Back to list\nBomba Johor Sedang Kenal Pasti Punca Kebakaran HSA\nOct 25, 2016\n\nBomba Johor sedang kenal pasti punca kebakaran di wad ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pagi tadi yang mengakibatkan 6 pesakit maut.Pihaknya turut mengesahkan, hanya tingkat 2 bangunan induk hospital berkenaan terbakar, bukannya keseluruhan bangunan seperti yang tersebar di media sosial.Sementara itu, kerajaan mengarahkan satu lembaga penyiasat ditubuh bagi melakukan siasatan terperinci tragedi tesebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72147", "title": "Dua persatuan peniaga restoran mahu jumpa menteri", "body": "\n\u2190 Back to list\nDua persatuan peniaga restoran mahu jumpa menteri\nJul 14, 2018\n\nDua persatuan pengusaha restoran mahu segera bertemu menteri KPDNHEP bagi membincangkan isu berkaitan harga makanan.Ini berikutan dakwaan kementerian kira-kira 30 peratus pemilik restoran masih belum menurunkan harga selepas GST berada pada kadar sifar.Ayoob Khan Muhamad Yakub Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim berkata, tiada aduan diterima berhubung harga makanan yang dikata mahal dipremis ahli-ahlinya.Perkara itu turut dipersetujui Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia.pautan\u00a0https://bit.ly/2KT1f4l\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72825", "title": "Cuaca Panas Melampau : Sekolah di Kedah dan Perlis ditutup lagi", "body": "\n\u2190 Back to list\nCuaca Panas Melampau : Sekolah di Kedah dan Perlis ditutup lagi\nMar 30, 2016\n\nUjar Kementerian Pendidikan, ia ekoran cuaca panas melampau yang direkodkan di negara ini khasnya di 2 negeri tersebut.Pada jam 5 petang tadi, Chuping di Perlis merekodkan bacaan suhu paling panas iaitu 38 darjah selsius.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71952", "title": "Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang baru.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRaja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang baru.\nSep 12, 2017\n\nRaja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang baru.Pengisytiharan itu dibuat susulan kemangkatan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah, petang semalam.SI jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar, sebentar tadi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72976", "title": "NADMA siap sedia hadapi kemungkinan banjir di Pahang dan Johor", "body": "\n\u2190 Back to list\nNADMA siap sedia hadapi kemungkinan banjir di Pahang dan Johor\nDec 09, 2017\n\nAgensi Pengurusan Bencana Negara telah bersiap sedia hadapi kemungkinan banjir di beberapa kawasan di Pahang dan Johor.Ini selepas Jabatan Meteorologi keluarkan amaran tahap jingga di Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga Ahad ini.Pihaknya turut bersedia di kawasan amaran kuning seperti di Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Kuching, Samarahan, Serian, Sarikei, Sibu dan Mukah di Sarawak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=154387", "title": "PN Umum Calon PRN", "body": "\n\u2190 Back to list\nPN Umum Calon PRN\nJul 27, 2023\n\n\nPN Umum Calon PRN\nBaddrol Bakhtiar yang disebut-sebut bakal menceburi dunia politik diumumkan menjadi calon Perikatan Nasional bagi PRN Kedah.\nBekas kapten Kedah Darul Aman dan Sabah itu diumumkan akan bertanding di Gurun.\nSeorang lagi bekas kapten pasukan bola sepak Kedah, Radhi Mat Din diumumkan bertanding di Alor Mengkudu.\nManakala MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan terus mempertahankan kerusi DUN Jeneri.\nDi Selangor, 2 bekas menteri iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Rina Harun antara nama besar yang bakal dipertaruhkan.\nAzmin Ali beralih angin dari Bukit Antarabangsa ke Hulu Kelang manakala Rina Harun akan bertanding di Batu Tiga.\nTerdahulu, PN mengumumkan akan bertanding di kesemua kerusi DUN di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang pada 12 Ogos nanti.\n\u00a0\nLebuh Raya KL- Karak arah KL ke Pantai Timur dibuka semula.\nLebuh Raya KL- Karak di kilometer 66.1 arah KL ke Pantai Timur sudah dibuka semula susulan kejadian jalan mendap semalam.\nNamun, pembukaan laluan arah Pantai Timur ke KL belum dapat dilakukan kerana kerja-kerja pembaikan masih berlangsung.\nTerdahulu, semua laluan di Lebuh Raya KL-Karak di kilometer 66.1 dekat Plaza Tol Bentong ditutup sementara susulan kejadian tanah mendap.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72652", "title": "Terima Padah Akibat Tipu MyKad Hilang Kerana Disamun", "body": "\n\u2190 Back to list\nTerima Padah Akibat Tipu MyKad Hilang Kerana Disamun\nOct 12, 2016\n\nSeorang lelaki ditahan gara-gara membuat laporan palsu kepada polis Perak kononnya MyKadnya hilang akibat disamun.Dia mengaku berbuat demikian kerana mahu elak bayar denda RM1,000 kepada JPN akibat sudah 4 kali kehilangan MyKad.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72912", "title": "Nahas Treler Ragut Nyawa 4 Sekeluarga : Pemandu Treler Bebas Dengan Jaminan", "body": "\n\u2190 Back to list\nNahas Treler Ragut Nyawa 4 Sekeluarga : Pemandu Treler Bebas Dengan Jaminan\nMar 08, 2016\n\nPolis ketika ini sedang meneliti rakaman CCTV di lebuh raya berkenaan pada hari kejadian bagi mencari punca nahas.Ini selepas mayat 4 sekeluarga ditemui rentung dalam sebuah kereta yang dijumpai terperangkap bawah treler dipandu mangsa.Menurut rekod, pemandu treler terbabit mempunyai enam rekod lampau kesalahan jalan raya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72945", "title": "Penyelewengan dana awam di Sabah: Giliran bekas menteri beri keterangan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenyelewengan dana awam di Sabah: Giliran bekas menteri beri keterangan\nOct 19, 2017\n\nPresiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur kira-kira jam 3.40 petang tadi.Beliau dijadual hadir ke pejabat SPRM Sabah petang ini, untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes penyelewengan dana awam di Sabah.Setakat ini, 9 individu ditahan SPRM berhubung kes itu, termasuk dua adik Datuk Seri Shafie, Datuk Mohd Yusof Apdal, dan Hamid Apdal yang dibebaskan hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78966", "title": "Akta Pembaziran Makanan akan digubal selepas kajian mengenainya dibuat. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nAkta Pembaziran Makanan akan digubal selepas kajian mengenainya dibuat. \nDec 03, 2018\n\nSecara purata seorang rakyat Malaysia buang hampir satu kilogram makanan setiap hari!Foto: Berita HarianJusteru, kerajaan kini membuat kajian teliti berkenaan penubuhan Akta Pembaziran Makanan.Ia menandakan kerajaan serius mahu bendung tabiat pembaziran makanan dalam kalangan rakyat.Datuk Seri Anwar Ibrahim gesa\u00a0Perhimpunan Tolak ICERD tidak diteruskan.Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin terbaru menggesa agar Perhimpunan Tolak ICERD Sabtu ini TIDAK diteruskan!Foto: MstarAnwar menyifatkan tindakan UMNO dan PAS yang tetap mahu meneruskannya walaupun kerajaan sudah memutuskan untuk tidak meratifikasi ICERD, sebagai janggal.Ahli Parlimen Port Dickson itu berharap kedua-dua parti pembangkang itu memikirkan kesan perhimpunan itu lebih-lebih lagi ketika negara sedang berdepan isu sensitiviti.Terdahulu, Mufti Perak dan Mufti Kelantan turut buat gesaan sama memandangkang situasi agak tegang ketika ini.\u00a0Muhammad Adib\u00a0kini tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan jantung.Anggota bomba yang cedera parah dalam insiden rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya, Isnin lalu kini tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan jantung.Foto: The StarNamun ujar Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Muhammad Hamdan Wahid mesin sokongan masih terus digunakan pada bahagian paru-parunya.Keadaan mangsa masih kritikal namun stabil.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72156", "title": "Konsulat bantu rakyat Malaysia di Bali", "body": "\n\u2190 Back to list\nKonsulat bantu rakyat Malaysia di Bali\nDec 01, 2017\n\nPejabat Konsul Kehormat Malaysia di Bali dan Surabaya buka kaunter khas untuk bantu rakyat Malaysia yang terkandas di Bali susulan ancaman letusan gunung berapi Agung.Pihaknya juga bekerjasama dengan Jabatan Imigrasen Indonesia, syarikat penerbangan dan pihak berkuasa tempatan untuk membawa pulang rakyat Msia.Dianggarkan terdapat 1400 warga Malaysia terkandas di Bali ketika ini\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72744", "title": "Ibu Bapa Dinasihat Tukar 'Setting' Laman Sosial Kepada 'Private'", "body": "\n\u2190 Back to list\nIbu Bapa Dinasihat Tukar 'Setting' Laman Sosial Kepada 'Private'\nAug 01, 2016\n\nMenurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ia bagi mengelak gambar dan video anak-anak disalahgunakan oleh golongan pedofil.Jelas kementerian, perbuatan memuat naik gambar dan video anak ke laman sosial boleh mengundang implikasi.Pihaknya juga kini bekerjasama dengan Unit Khas PDRM untuk kenal pasti golongan pedofil yang kumpul gambar kanak-kanak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72511", "title": "Guna kad Touch 'n Go sama di kemudahan 'Park and Ride' MRT", "body": "\n\u2190 Back to list\nGuna kad Touch 'n Go sama di kemudahan 'Park and Ride' MRT\nJul 22, 2017\n\nPengguna MRT dinasihat guna kad Touch 'n Go yang sama apabila menggunakan kemudahan 'Park and Ride' di laluan Sungai Buloh-Kajang.Ini kerana mereka yang gagal berbuat demikian akan dikenakan bayaran letak kereta pada kadar penuh walaupun menaiki menggunakan kad berlainan atau token.Pengguna perlu menyentuh kad semasa masuk dan keluar sekembalinya di stesen yang sama, bagi menikmati kadar caj rendah di Park and Ride.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80432", "title": "E-hailing motosikal di Malaysia belum muktamad", "body": "\n\u2190 Back to list\nE-hailing motosikal di Malaysia belum muktamad\nAug 20, 2019\n\nE-hailing motosikal\u00a0di Malaysia belum muktamadFoto - New Straits TimesKeputusan kerajaan untuk membawa masuk perkhidmatan e-hailing motosikal ke negara ini belum lagi dimuktamadkan.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia perlu dibincangkan di peringkat Kabinet sebelum sebarang keputusan dibuat.Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahma semalam umumkan mahu bawa perkhidmatan itu ke Malaysia dalam usaha membuka peluang pekerjaan kepada anak muda.-----Kos rawat pesakit merokok lebih mahal berbanding cukai rokokFoto - islampos.comKerajaan belanjakan kira-kira RM16 bilion setahun untuk rawat pesakit yang menderita pelbagai penyakit akibat tabiat merokok.Menurut Kementerian Kesihatan, angka jauh lebih tinggi berbanding kadar kutipan cukai rokok yang diperoleh kerajaan, kira-kira\u00a0RM4 bilion setahun.Jelasnya, bagi setiap RM1 yang diperoleh daripada hasil cukai rokok, kerajaan terpaksa berbelanja RM4 untuk\u00a0merawat pesakit berkenaan.-----Mekanisme susbsidi petrol bersasar dua minggu lagiFoto - Malay MailMekanisme pelaksanaan program subsidi petrol bersasar kepada golongan berpendapatan rendah (B40) akan diumumkan dua minggu lagi.Namun Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaannya itu tertakluk kepada keputusan dan nasihat Jemaah Menteri.Beliau sebelum ini dipetik berkata, berpuas hati dengan tahap penyediaan kertas kerja Program Subsidi Petrol Bersasar yang dijanjikan kepada golongan B40.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81025", "title": "Perkhidmatan teksi motosikal\u00a0tempatan, Dego Ride kembali beroperasi semalam.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerkhidmatan teksi motosikal\u00a0tempatan, Dego Ride kembali beroperasi semalam.\nJan 02, 2020\n\nPerkhidmatan teksi motosikal\u00a0tempatan, Dego Ride kembali beroperasi semalam!Buat masa\u00a0ini, perkhidmatan yang boleh diakses melalui aplikasi telefon pintar itu terhad di Lembah Klang sahaja.Kerajaan sasar Dego Ride mampu tawarkan\u00a05,000 peluang pekerjaan kepada golongan belia\u00a0khususnya golongan B40.SK Taman Perling guna teknologi pengimbas muka untuk rekodkan kedatangan pelajar.SK Taman Perling, Johor cipta sejarah sebagai sekolah pertama di negara yang guna teknologi pengimbas muka bagi merekodkan kedatangan murid.Kemudahan itu hanya ambil masa 2 saat bagi mengimbas wajah murid sebelum maklumat peribadi mereka disimpan terus dalam pangkalan data sekolah.Kos pemasangan, perisian dan penyelenggaraan pengimbas tersebut berjumlah lebih RM50,000.Pemilik restoran di Kelantan yang hadkan waktu operasi 12 tengah malam dikecualikan lesen perniagaan.Pemilik kedai makan di Kelantan yang hadkan waktu operasi hingga 12 tengah malam akan dikecualikan bayaran lesen perniagaan selama setahun.\u00a0Exco negeri berkata tindakan itu sebagai satu insentif kepada peniaga yang patuhi arahan kerajaan negeri dalam usaha mengekang gejala sosial.Jelasnya, arahan itu bukan tindakan yang drastik dan peniaga akan diberi tempoh 2 bulan sebagai penguatkuasaan pendidikan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72859", "title": "4 Warga Malaysia Yang Diculik Abu Sayyaf Dibebaskan", "body": "\n\u2190 Back to list\n4 Warga Malaysia Yang Diculik Abu Sayyaf Dibebaskan\nJun 08, 2016\n\nOriental Daily melaporkan, mereka kini berada di balai polis Sabah dan dijangka pulang ke rumah masing - \u00a0masing petang ini.\u00a0Terdahulu, pihak berkuasa Filipina turut mengesahkan 4 kelasi kapal tersebut dibebaskan dalam keadaan selamat.\u00a0Namun unit perisikan keselamatan negara itu masih mengumpul maklumat mengenai bila dan di mana militan Abu Sayyaf membebaskan mereka.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70476", "title": "Satu Lagi Cabaran Besar KKM", "body": "\n\u2190 Back to list\nSatu Lagi Cabaran Besar KKM\nJul 10, 2020\n\nSatu Lagi Cabaran Besar KKMKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengakui kehadiran lebih murid ke sekolah jadi salah satu cabaran besar buatnya.Sehubungan itu kementerian menyeru semua pihak main peranan bagi elak terjadi kluster COVID-19 di sekolah.Rabu depan murid tahun 5 dan 6 serta semua murid sekolah menengah akan kembali bersekolah.Murid tahun 1 hingga 4 akan menyusul mulai Rabu berikutnya iaitu 22 Julai.Rakyat Singapura Mengundi2.6 juta rakyat Singapura mula mengundi pagi ini bagi Pilihan Raya Umum negara berkenaanPRU ke-13 bagi republik itu menyaksikan ia diadakan dalam normal baru ekoran COVID-19.Antara negara Asia lain yang telah mengadakan PRU semasa era pandemik ini ialah Korea Selatan dan Mongolia.Datuk Bandar Seoul Dijumpai MatiDatuk Bandar Seoul, Park Won-soon yang dilihat berpotensi menjadi Presiden Korea Selatan dijumpai mati.Mendiang sebelum itu menghilangkan diri selama beberapa jam selepas meninggalkan pesan seakan wasiat dan mematikan telefon bimbit.Mendiang juga ketika ini menghadapi beberapa tuduhan serangan seksual ke atas bekas pekerjanya.Foto: SK Lebak\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72938", "title": "300 ribu saringan batuk kering sudah dijalankan di seluruh negara", "body": "\n\u2190 Back to list\n300 ribu saringan batuk kering sudah dijalankan di seluruh negara\nOct 26, 2017\n\nKementerian Kesihatan sudah jalankan lebih 300 ribu saringan penyakit TB atau batuk kering di seluruh negara bagi kekang penularan penyakit itu.Saringan berkenaan sudah mula dilakukan sejak awal tahun ini dengan memberi tumpuan kepada kawasan yang berisiko tinggi.Katanya, setiap tahun secara purata 23 ribu kes babitkan penyakit tibi dilaporkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73473", "title": "Punca kebakaran tangki minyak di Kemaman dijangka diketahui 3 minggu lagi", "body": "\n\u2190 Back to list\nPunca kebakaran tangki minyak di Kemaman dijangka diketahui 3 minggu lagi\nJul 07, 2018\n\nPunca kebakaran tiga tangki minyak di Teluk Kalong, Kemaman dijangka diketahui dalam tempoh 3 minggu.Bomba negeri berkata buat masa ini pihaknya memberi fokus terhadap misi memadam kebakaran dan siasatan terperinci hanya dapat dilakukan selepas itu.Operasi pemadaman tangki kedua dan ketiga katanya dijangka dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh kurang 48 jam.Sementara itu penduduk dari 3 kampung sekitar kawasan perindustrian Telok Kalong hanya akan dipindahkan jika kebakaran tangki minyak di situ bertambah buruk.Polis Terengganu berkata kira-kira 2 ribu penduduk telah dimaklumkan mengenai kemungkinan itu agar mereka lebih bersedia.Dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh sedia temui Nur Sajat Kamaruzzaman dan Safiey Ilias yang dikatakan menghadapi konflik identiti!Beliau yang memiliki latar belakang bidang kaunseling berkata konflik dalam kedua-dua usahawan kosmetik itu perlu diselesai secara berhemah, bukan dengan membenci mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72866", "title": "Pasukan Pengkaji Sukatan Bagi Subjek Pendidikan Seks Sudah Dikenal Pasti", "body": "\n\u2190 Back to list\nPasukan Pengkaji Sukatan Bagi Subjek Pendidikan Seks Sudah Dikenal Pasti\nJun 20, 2016\n\nIa bagi meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai jenayah pedofilia.Tambahnya, kajian dilakukan bersama-sama Kementerian Wanita, Pembangunan dan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Jabatan Perdana Menteri.Sementarai itu, siasatan PDRM terhadap kes pedofil warga Britain, Richard Huckle kini tertumpu untuk kenal pasti rakan jenayahnya yang lain.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=116780", "title": "Aktiviti Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Apabila Kadar Vaksinasi Cecah 90 Peratus.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAktiviti Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Apabila Kadar Vaksinasi Cecah 90 Peratus.\nSep 23, 2021\n\n\nAktiviti rentas negeri hanya dibenarkan apabila peratus vaksinasi penduduk dewasa di Malaysia cecah 90 peratus!\nMenurut Perdana Menteri, ia berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan.\nSyarat itu juga terpakai bagi pembukaan kawasan dan pusat pelancongan.\nSetakat ini, 80 peratus penduduk dewasa di negara ini sudah terima 2 dos vaksin Covid-19.\nSementara itu, semua kedai runcit, mini market, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka kini dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 12 malam.\nSpa, pusat kesihatan dan urut kesihatan akan dibuka mulai 1 Oktober ini dengan syarat operator dan pengunjung lengkap divaksinasi.\nJohor akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara, PPN berkuatkuasa esok.\nPahang akan memasuki Fasa 3 manakala Negeri Sembilan pula akan beralih ke Fasa 4.\r\n\u00a0\nMurid berhak ke sekolah walaupun tidak divaksin.\nSemua murid berhak untuk menghadiri sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah, walaupun mereka tidak divaksin.\nMenurut KPM, pihaknya akan ambil pelbagai langkah termasuk memberikan kaunseling kepada ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka mengambil vaksin.\nNamun, ketika ini, masih belum ada data mengenai jumlah pelajar yang enggan menerima vaksin.\n\u00a0\nProses vaksinasi remaja di PPV Awam dan Integrasi dilaksanakan melalui 3 kaedah.\n3 kaedah akan dilaksanakan dalam proses vaksinasi remaja di 156 PPV Awam dan Integrasi yang bermula hari ini.\nMenurut Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja, ia adalah secara janji temu melalui aplikasi MySejahtera, 'walk-in' dan vaksinasi berjadual.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72103", "title": "Hanya 5 calon yang layak bertanding jawatan Presiden UMNO!", "body": "\n\u2190 Back to list\nHanya 5 calon yang layak bertanding jawatan Presiden UMNO!\nJun 22, 2018\n\nHanya 5 calon yang layak bertanding jawatan Presiden UMNO!Jumlah tersebut berkurangan berbanding 7 calon yang menghantar borang menawarkan diri untuk bertanding sebelum ini.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata semakan terhadap semua calon yang menawarkan diri telah dibuat dan 2 daripada mereka didapati tidak layak bertanding.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72753", "title": "Kerajaan Belum Bercadang Larang Penjawat Awam Main Pokemon Go", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Belum Bercadang Larang Penjawat Awam Main Pokemon Go\nAug 09, 2016\n\nMenurut Ketua Setiausaha Negara, kerajaan mengambil langkah tunggu dan lihat sebelum meneliti keperluan mengeluarkan pekeliling larangan terhadap permainan itu.\u00a0'Pokemon Go' dianggar telah dimuat turun sebanyak 75 juta kali di seluruh dunia pada akhir Julai dan Malaysia turut terkena tempiasnya.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72425", "title": "Wanita maut dibakar suami", "body": "\n\u2190 Back to list\nWanita maut dibakar suami\nJun 07, 2017\n\nSeorang wanita meninggal dunia selepas hampir dua minggu di rawat di hopital Alor Setar akibat dibakar suaminya, dipercayai akibat dendam.Suspek berusia 44 tahun yang kini ditahan bagi membantu siasatan.Menurut polis, kedua-dua mereka sedang dalam proses perceraian dan tidak lagi tinggal sebumbung sejak 10 tahun lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71163", "title": "Cadangan Pakatan Harapan Mengenai Belanjawan 2021 Akan Dipertimbangkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nCadangan Pakatan Harapan Mengenai Belanjawan 2021 Akan Dipertimbangkan.\nNov 02, 2020\n\nMenteri Kewangan akan pertimbangkan cadangan pemimpin Pakatan Harapan mengenai Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata PH telah kemukakan 6 cadangan utama hasil rundingan yang diadakan semalam.Antaranya ialah meningkatkan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan bagi tangani COVID-19 dan penyakit tidak berjangkit dan pelanjutan moratorium hingga Mac tahun depan.Tengku Zafrul turut mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil parti politik UMNO, PAS dan GPS atas tujuan yang sama.Talian Kasih 15999 kembali menjadi perhatian masyarakat.Gelombang ketiga Covid-19 sejak September lalu menyaksikan pusat panggilan Talian Kasih 15999 kembali menjadi perhatian masyarakat.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata berlaku peningkatan lebih 12,000 bulan lepas berbanding 6,000 bulan sebelumnya.Kebanyakan aduan katanya mengenai isu semasa, moratorium bayaran pinjaman dan isu kewangan.Kerajaan akan cari penyelesaian terbaik bantu ibu bapa bekerja uruskan anak susulan PKPB.Kerajaan akan berbincang cadangan terbaik buat ibu bapa bekerja yang berdepan masalah menguruskan anak-anak ekoran taska ditutup ketika \u00a0PKPB.Jelas Menteri Kanan Keselamatan, taska perlu ditutup memandangkan kanak-kanak adalah golongan yang berisiko dijangkiti Covid-19.Namun, pihaknya akan cari jalan penyelesaian terbaik dengan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71797", "title": "Rasuah bauksit : 2 lagi ditahan SPRM", "body": "\n\u2190 Back to list\nRasuah bauksit : 2 lagi ditahan SPRM\nJan 09, 2016\n\nSPRM tahan 2 lagi individu termasuk seorang wanita yang dipercayai orang tengah bagi bantu siasatan kes rasuah babitkan perlombongan bauksit haram di Kuantan Pahang.Kelmarin 4 pegawai Pejabat Tanah dan Galian Pahang telah ditahan kerana disyaki turut terima rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.Sementara itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan keluarkan prosedur operasi standard baru dalam tangani isu pencemaran alam sekitar akibat perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang dalam tempoh tiga bulan.Menurutnya, ia kini dalam kajian dan perbincangan terperinci mengenainya sedang dijalankan bersama beberapa agensi berkaitan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=113324", "title": "Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan", "body": "\n\u2190 Back to list\nTan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan\nAug 16, 2021\n\n\nFoto - Bernama\nAhli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin umum meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke-8\u00a0berkuatkuasa hari ini.\u00a0\nJelas beliau, keputusan itu dibuat selaras dengan Perlembagaan Negara, selepas tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.\nTan Sri Muhyiddin juga meminta rakyat Malaysia supaya jangan bimbang, segala pentadbiran negara akan berjalan lancar dengan kepimpinan baharu yang bakal dilantik Yang di-Pertuan Agong.\nTerdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima surat peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan seluruh jemaah menteri berkuatkuasa hari ini.\r\n\u00a0\r\nBaginda turut berkenan agar Tan Sri Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Sementara\u00a0sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.\nPada hemat Baginda juga, pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 bukan satu pilihan yang terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat.\u00a0\nPemerintahan Perikatan Nasional sebagai kerajaan Persekutuan paling singkat, hanya bertahan selama 17 bulan, mengatasi tempoh 22 bulan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72649", "title": " Reman 4 Suspek Kes Seleweng Dana Kerajaan RM3.3B Dilanjut", "body": "\n\u2190 Back to list\n Reman 4 Suspek Kes Seleweng Dana Kerajaan RM3.3B Dilanjut\nOct 11, 2016\n\nTempoh reman Pengarah Jabatan Air Sabah yang ditahan SPRM berhubung skandal rasuah RM3.3 bilion dilanjutkan 5 hari.Manakala, tempoh reman timbalan pengarahnya dan 2 lagi individu dilanjutkan seminggu.Mereka ditahan minggu lalu atas dakwaan menggelapkan ratusan juta ringgit dana kerajaan untuk projek bekalan air di Sabah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81665", "title": "Sudah 300,000 Daftar Aplikasi Gerak Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\nSudah 300,000 Daftar Aplikasi Gerak Malaysia\nApr 27, 2020\n\nAplikasi Gerak Malaysia Dibuka Hingga 1 MeiIndividu terkandas di kampung yang mahu pulang ke rumah masing-masing kini boleh buat pendaftaran melalui aplikasi Gerak Malaysia sehingga 1 Mei ini.Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, tarikh pergerakan pulang belum ditentukan.Setakat ini PDRM menerima 300,000 permohonan menerusi aplikasi tersebut selepas 12 jam ia dilancarkan.100,000 daripadanya melibatkan permohonan permit perjalanan rentas negeri.Pergerakan Pulang Penuntut Universiti & IPT Bermula Hari iniPergerakan penuntut universiti dan IPT yang berada di kampus untuk pulang ke rumah dan kampung halaman dilakukan secara berperingkat mulai hari ini.Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan, buat masa ini hanya penuntut dari zon hijau dibenarkan pulang ke rumah dan kampung halaman yang juga dalam kategori zon hijau.Penuntut juga akan menjalani saringan kesihatan sebelum bergerak ke destinasi masing-masing melalui pengangkutan yang disediakan KPT.Acara akad nikah di Pahang Dibenarkan SemulaAcara akad nikah di Pahang yang ditangguhkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dibenarkan semula.Namun kerajaan negeri meletakkan beberapa syarat antaranya hanya dihadiri 8 orang dan tidak lebih 20 minit.Akad nikah pula hanya boleh diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah atau tempat yang dirasakan sesuai.Bakal pengantin juga perlu melengkapkan borang permohonan khas secara dalam talian.Semakan turut akan dilakukan bagi memastikan semua yang akan hadir bukan daripada senarai pesakit dalam siasatan (PUI) atau pesakit dalam pemantauan (PUS).\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72341", "title": "PM arah bantuan segera untuk mangsa banjir", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM arah bantuan segera untuk mangsa banjir\nJan 24, 2017\n\nPM arahkan semua agensi kerajaan bersiap sedia beri apa jua bentuk bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia susulan gelombang baru banjir yang dianggap luar biasa dan menjejaskan ramai mangsa.Hari ini, 14 buah sekolah masih ditutup di Kelantan, dengan jumlah penduduk dipindahkan kini berkurang kepada 3,300 orang.Di Terengganu hanya dua sekolah belum dibuka, dengan hanya terdapat lebih 50 penduduk masih berada di pusat pemindahan.Di Sabah pula, jumlah mangsa banjir mencecah 760 orang, di Perak 27 dan Johor 18 orang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79478", "title": "Penjelasan suntikan vaksin daripada sudut agama akan diberi!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenjelasan suntikan vaksin daripada sudut agama akan diberi!\nMar 03, 2019\n\nJAKIM akan bantu Kementerian Kesihatan berhubung penjelasan vaksin.Isu suntikan vaksin imunisasi akan diperjelaskan daripada sudut agama!Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata JAKIM akan membantu Kementerian Kesihatan menjelaskan perkara tersebut ekoran terdapat segelintir ibu bapa yang menganggap suntikan itu mengandungi elemen tidak halal.Ini selepas Kementerian Kesihatan keluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan kemukakan cadangan kepada Kabinet untuk mewajibkan suntikan vaksin kepada terhadap kanak-kanak.Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan maklumkan individu yang mempunyai berat badan berlebihan lebih cenderung menghidap kanser berbanding mereka dengan berat badan normal.Dr Lee Boon Chye berkata kajian menunjukkan terdapat 13 jenis kanser yang disebabkan daripada obesiti.---Kebangkitan Barisan Nasional?Barisan Nasional tawan semula kerusi DUN Semenyih!Ini selepas calonnya, Zakaria Hanafi meraih majoriti lebih 1900 undi untuk menumpaskan 3 calon lain.Kemenangan itu menyaksikan BN kini mempunyai lima kerusi DUN di Selangor manakala kerusi PH pula berkurangan kepada 50.Dalam pada itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan sifatkan kemenangan itu sebagai referendum rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi PH sebagai kerajaan.Sementara itu,\u00a0Menteri Kesihatan maklumkan rancangan pembinaan sebuah lagi klinik kesihatan di Semenyih tetap akan diteruskan!\u00a0Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata biarpun kerajaan Pakatan Harapan tewas pada PRK DUN Semenyih, namun penduduk di kawasan berkenaan berhak mendapat kemudahan perubatan kesihatan yang baik.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80487", "title": "UKM terus pantau pesalah pedofilia", "body": "\n\u2190 Back to list\nUKM terus pantau pesalah pedofilia\nAug 31, 2019\n\nUKM terus pantau pesalah pedofiliaFoto - Universiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Kebangsaan Malaysia akan terus memantau genius matematik, Nur Fitri Azmeer Nordin yang melanjutkan pengajian di universiti itu.Ini termasuklah menjalankan kaunseling individu bagi memahami isu serta membantu Nur Fitri memperbaiki diri dari aspek kesejahteraan psikologi.Nur Fitri pernah dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan di London kerana memiliki lebih 30 ribu imej dan video lucah kanak-kanak pada 2015.-----Tragedi Sungai Lembing, seorang disahkan terbunuh setakat iniFoto - Berita HarianBomba sahkan, seorang mangsa ditemui rentung dalam kebakaran yang berlaku di pekan Sungai Lembing, Pahang awal pagi tadi.Kebakaran besar itu dilapor memusnahkan 11 rumah kongsi setingkat, 19 rumah kedai dua tingkat dan sebuah perpustakaan awam.Menurut bomba, kebakaran dikawal sepenuhnya jam 3.55 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.-----69 selebriti kurang berkemampuan mohon bantuan rumah kerajaanFoto - Berita HarianKerajaan menerima 69 permohonan daripada golongan selebriti kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri menerusi Inisiatif Perumahan Komuniti Seni Harapan.Namun, jelas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, masing-masing tetap perlu melepasi saringan seperti pemohon lain terutama di bawah syarat belum mempunyai kediaman.Katanya, artis yang dicadangkan untuk mendapat insentif perumahan itu adalah rujukan FINAS, Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air dan persatuan lain yang sememangnya layak memohon.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81237", "title": "Situasi Politik Negara Jadi Tumpuan Rakyat Ketika Ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSituasi Politik Negara Jadi Tumpuan Rakyat Ketika Ini.\nFeb 24, 2020\n\nIstana Negara jadi tumpuan sekali lagi hari ini susulan perkembangan politik semasa tanah air.Difahamkan, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini.Pagi tadi, Anwar, Azizah dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hadir ke Putrajaya untuk bertemu dengan Tun M tapi hajat mereka dilapor tidak kesampaian.Bagaimanapun Anwar, Guan Eng dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dilapor sedang mengadakan pertemuan dengan PM di kediaman Tun M di Seri Kembangan.Rakyat pula sedang menunggu dan memerhatikan dalam debaran perkembangan politik tanah air lanjutan beberapa peristiwa semalam.Setakat ini belum ada pengumuman atau sidang media bagi menjelaskan perkara itu baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang.Dalam perkembangan berkaitan juga, media JPM memaklumkan, semua mesyuarat yang dijadual libat PM telah dibatalkan.Spekulasi bertiup kencang mengatakan kerajaan baru akan dibentuk libatkan Bersatu, UMNO, PAS dan segelintir pemimpin PKR.Ia susulan berlangsungnya beberapa mesyuarat dan majlis melibatkan parti-parti politik kerajaan dan pembangkang sejak pagi sehinggalah lewat malam tadi.Lewat petang semalam pula 6 pemimpin parti diterima menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.Malam pula berlangsung majlis makan yang dilapor dihadiri 131 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang di sebuah hotel di PJ.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72950", "title": "Permohonan BR1M 2018 dibuka Isnin ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nPermohonan BR1M 2018 dibuka Isnin ini\nNov 25, 2017\n\nKerajaan berkata permohonan dan kemas kini maklumat BR1M 2018 akan dibuka mulai Isnin ini hingga 31 Disember.Selain secara atas talian, Borang BR1M 2018 juga boleh didapati di mana-mana kaunter LHDN termasuk di Pusat Khidmat Hasil dan UTC.Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71645", "title": "PLUS keluarkan cadangan perjalanan balik kampung", "body": "\n\u2190 Back to list\nPLUS keluarkan cadangan perjalanan balik kampung\nDec 21, 2015\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72600", "title": "Bayi Diculik di Hospital: Siasatan Menyeluruh Dilakukan", "body": "\n\u2190 Back to list\nBayi Diculik di Hospital: Siasatan Menyeluruh Dilakukan\nNov 16, 2016\n\nKementerian Kesihatan akan jalankan siasatan menyeluruh berhubung kes culik bayi berusia 5 hari di Hospital Tanah Merah, Kelantan malam tadi.\u00a0Ujar Menterinya, kejadian itu tidak sepatutnya terjadi kerana setiap hospital mempunyai prosedur dan sistem keselamatan yang ketat.Bayi perempuan tersebut ditemui selepas beberapa jam diculik dengan penahanan sepasang suami isteri, dan polis sedang menyiasat motif kejadian.*Foto ihsan PDRM\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72093", "title": "Pakatan Harapan perlu masa lebih panjang untuk tunaikan manifesto PRU14.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPakatan Harapan perlu masa lebih panjang untuk tunaikan manifesto PRU14.\nJun 16, 2018\n\nTPM berkata kerajaan Pakatan Harapan perlu masa lebih panjang untuk tunaikan manifesto PRU14 mereka.Menurut Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ia ekoran masalah hutang negara yang perlu dibayar terlebih dahulu sebelum menunaikan janji.Bagaimanapun tambah beliau, kerajaan telah menunaikan beberapa janji yang dibuat pada PRU14 termasuk menstabilkan harga minyak dan meletakkan kadar GST pada 0 peratus.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=106036", "title": "Malaysia, Indonesia & Brunei Kecam Israel", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia, Indonesia & Brunei Kecam Israel\nMay 16, 2021\n\nMalaysia, Indonesia & Brunei Kecam Israel\nSerangan yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas Palestin jelas menyalahi undang-undang antarabangsa.\nJusteru tegas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ia harus dicela oleh dunia.\nBeliau turut meluahkan kekesalan dengan ketidakmampuan Majlis Keselamatan PBB menghentikan keganasan Israel.\nBagaimanapun Malaysia akan terus menyeru komuniti antarabangsa untuk mendesak Israel menghentikan keganasan ke atas Palestin.\nTurut bersama Malaysia mengecam keganasan Israel ke atas Palestin ialah Indonesia dan Brunei.\nMenurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, gabungan 3 negara ini mewakili suara kira-kira 250 juta umat Islam di rantau Asia Tenggara.\nDatuk Seri Hishammuddin turut memaklumkan OIC akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan konflik tersebut.\nBeliau juga akan menyuarakan gesaan Malaysia agar OIC mengambil tindakan lebih tegas dan berusaha sedaya upaya demi melindungi rakyat Palestin.\n\u00a0\n\u00a0\nPendaftaran Semula Tak Lama Lagi\nPendaftaran secara sukarela bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca akan dibuka tidak lama lagi.\nUjar Menteri Penyelarasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, sejuta lagi bekalan vaksin jenis itu akan tiba bulan ini.\nMenurut Khairy Jamaluddin lagi, pengumuman lanjut akan dibuat pada minggu depan.\nBeliau turut menasihatkan mereka yang mempunyai temu janji bagi mendapatkan vaksin agar tiba 15 hingga 30 minit lebih awal bagi mengelakkan kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).\nMereka yang tidak mempunyai temu janji pula diminta tidak datang bagi mencuba nasib kerana ia akan menyebabkan kesesakan.\n\u00a0\n\u00a0\nCOVID-19: Kes Kematian Tertinggi\nMalaysia mencatatkan kematian harian tertinggi akibat COVID-19 semalam iaitu 44 orang.\nKes jangkitan baru pula ialah 4,140 dan Selangor kekal merekodkan angka tertinggi iaitu 1,507.\nIa diikuti Johor sebanyak 433 kes, Kuala Lumpur\u00a0398, dan Pulau Pinang 338.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=115015", "title": "Vaksinasi Remaja Bawah 17 Tahun Serentak Pembukaan Sekolah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nVaksinasi Remaja Bawah 17 Tahun Serentak Pembukaan Sekolah.\nSep 10, 2021\n\n\nVaksinasi Remaja Bawah 17 Tahun Serentak Pembukaan Sekolah.\nVaksinasi untuk remaja bawah 17 tahun dibuat serentak dengan pembukaan sekolah!\nUjar Menteri Kesihatan, pihaknya sudah membentangkan perancangan program itu semasa sesi mesyuarat dengan Menteri Pendidikan, semalam.\nMenurut Khairy Jamaluddin, pelbagai kaedah pemberian vaksin dibentangkan dan KKM berpendapat paling mudah pelajar diberikan suntikan vaksin di sekolah.\nSehubungan dengan itu, Menteri Pendidikan akan mengumumkan pelan komprehensif mengenai pengoperasian sekolah tidak lama lagi.\nTerdahulu Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan, sesi persekolahan bersemuka dibuka secara berperingkat, bermula pada 3 Oktober.\n\u00a0\nBoleh guna kad vaksin fizikal jika belum dapat sijil digital dalam MySejahtera.\nOrang ramai yang sudah lengkap divaksinasi namun belum terima sijil digital di aplikasi MySejahtera boleh gunakan kad vaksin fizikal buat sementara waktu.\nJelas Menteri Kesihatan, penerima vaksin lengkap di bawah Program Vaksin Selangor juga boleh menggunakan aplikasi Selangkah sebagai bukti.\nPasukan aplikasi MySejahtera katanya sudah diarahkan untuk menyelesaikan masalah itu dalam tempoh seminggu.\n\u00a0\n\u2018Booster shot\u2019 mungkin akan diberikan kepada Sarawak.\nKKM sedang melihat kemungkinan suntikan ketiga atau \u2018booster shot\u2019 vaksin khusus untuk menangani peningkatan jangkitan COVID-19 di Sarawak.\nJawatankuasa yang terlibat akan bermesyuarat minggu depan.\nKebelakangan ini, Sarawak mencatatkan jangkitan baru tertinggi \u2013 purata lebih 3,000 kes sehari.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79901", "title": "DAP menang PRK Parlimen Sandakan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDAP menang PRK Parlimen Sandakan.\nMay 12, 2019\n\nSandakan kekal milik DAP!Foto : Astro AwaniCalon DAP, Vivian Wong ketepikan 4 calon lain untuk memenangi PRK Parlimen Sandakan!Beliau meraih lebih 16 ribu undi manakala pencabar terdekatnya daripada Parti Bersatu Sabah sekadar raih lebih 4 ribu undi.Majoriti undi yang diraih Vivian, kira-kira 11,500 undi juga melebihi majoriti yang dicatat mendiang bapanya, Datuk Stephen Wong pada PRU 14 lalu iaitu kira-kira 10 ribu undi.Foto : Astro AwaniSementara itu,\u00a0Pengerusi SPR sifatkan PRK Parlimen Sandakan sebagai PRK terbaik diadakan sepanjang beliau memegang jawatan itu.Azhar Azizan Harun menjelaskan ianya berdasarkan kelancaran proses PRK itu berlangsung selain ketenteraman awam dan disiplin tinggi yang ditunjukkan penyokong parti politik, calon bertanding serta pengundi.---JKM Melaka bantu adik Nur QasehFoto : KosmoJabatan Kebajikan Masyarakat Melaka akan bantu daftarkan Nur Qaseh Umairah Mohd Najib dapatkan status OKU, bagi membolehkannya mendapat manfaat Program Pemulihan Dalam Komuniti dan elaun 150 ringgit sebulan.Ianya bagi meringankan beban keluarga kanak-kanak berusia 5 tahun itu yang menderita akibat jangkitan paru-paru dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.---Gangguan bekalan air di Klang hampir pulihFoto : Astro AwaniSYABAS maklumkan gangguan bekalan air yang melanda kawasan Klang kini hampir pulih sepenuhnya!Menurut kenyataannya, 98 peratus kawasan yang alami gangguan tersebut telah pulih setakat jam 6 pagi tadi.Pihaknya turut menafikan bahawa gangguan tersebut akan berulang semula seperti mesej yang telah viral.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72680", "title": "Kes Murid Maut Dilanggar Di Depan Sekolah : Kementerian Kaji Usul Pelbagai Pihak", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Murid Maut Dilanggar Di Depan Sekolah : Kementerian Kaji Usul Pelbagai Pihak\nSep 26, 2016\n\nKementerian Pendidikan akan teliti cadangan pelbagai pihak berhubung langkah keselamatan lalu lintas di sekitar kawasan sekolah.Antara cadangan yang dikemukakan ialah mendapatkan khidmat anggota Rela dan polis trafik.Baru-baru ini, 3 murid maut dilanggar dalam 3 kes berasingan, ketika kesemua mangsa melintas jalan di depan sekolah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72273", "title": "9 rakyat Malaysia tiba dari Korea Utara", "body": "\n\u2190 Back to list\n9 rakyat Malaysia tiba dari Korea Utara\nMar 31, 2017\n\n9 rakyat Malaysia yang dihalang meninggalkan Korea Utara susulan perbalahan diplomatik KL-Pyongyang, selamat tiba di tanah air.Kesemua petugas kedutaan Malaysia di Pyongyang dan ahli keluarga mereka tiba di KLIA jam 5 pagi tadi dengan menaiki pesawat khas.Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.Susulan itu juga, Malaysia membatalkan larangan keluar kepada rakyat Korea Utara di Malaysia berkuat kuasa serta-merta.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81573", "title": "PKP Fasa 3 Bermula", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKP Fasa 3 Bermula\nApr 15, 2020\n\nPKP Fasa 3 BermulaFasa ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.Serentak dengan itu, polis juga tidak lagi mengeluarkan kompaun kepada yang ingkar sebaliknya mereka akan terus ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.Kerajaan menetapkan hukuman sedemikian berikutan masih ramai individu ingkar sehingga mengakibatkan sasaran pematuhan tidak dapat dicapai.Malah ada individu dilapor tidak takut dikenakan kompaun RM1,000 kerana mampu membayarnya.Dalam perkembangan berkaitan, jumlah anggota tentera ditambah bagi membantu PKP\u00a0yang memasuki fasa ke-3 bermula hari ini.Menurut Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang, setakat ini lebih 7,000 anggota ATM ditugaskan untuk PKP di seluruh negara.Bilangan anggota turut ditambah di sekitar Masjid India, Kuala Lumpur yang kini dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 28 April.PKPD yang ke-5 itu membabitkan Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang di sekitar Masjid India.1 Lagi Kluster Baru DikesanKementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster baru COVID-19 di Sendayan, Negeri Sembilan.Sehingga kini, 39 kes positif dikesan di kawasan tersebut.Ia melibatkan 15 ahli lembaga pengarah sebuah syarikat, 13 pelajar tahfiz, dan 11 individu daripada sebuah keluarga.KKM memaklumkan, setakat ini juga 28 kluster penularan virus itu dikesan di negara ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72082", "title": "Isu kenaikan harga barang semasa, dijangka dibincangkan Kabinet Rabu ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nIsu kenaikan harga barang semasa, dijangka dibincangkan Kabinet Rabu ini.\nMay 28, 2018\n\nIsu kenaikan harga barang semasa, dijangka dibincangkan Kabinet Rabu ini.Ujar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, antara puncanya, masih ada yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan walaupun ia sudah dikawal.Kata Salahuddin Ayub lagi, ia juga dipercayai disebabkan kerajaan baru belum ada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71755", "title": "Sumbang Mahram : Guru Dihukum Penjara dan Sebat", "body": "\n\u2190 Back to list\nSumbang Mahram : Guru Dihukum Penjara dan Sebat\nFeb 23, 2016\n\nTertuduh dilapor melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas mangsa yang juga anak tirinya ketika mangsa berusia 7 tahun pada 2011.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78985", "title": "Buku Teks Digital Akan Diperkenal 2022", "body": "\n\u2190 Back to list\nBuku Teks Digital Akan Diperkenal 2022\nDec 06, 2018\n\nKementerian Pendidikan sasar untuk gunakan buku teks digital bagi semua pelajar sekolah menengah menjelang 2022.Jelasnya, pada tahun hadapan pihaknya bercadang mewujudkan buku teks digital untuk tingkatan 1, 2 dan 3.Tambahnya, penggunaan buku teks digital amat perlu bagi mengurangkan penggunaan kertas serta meringankan beg pelajar.\u00a0Presiden PKR Hantar Notis Kepada Perdana Menteri Dan Menteri PendidikanPresiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan hubungi segera Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan berhubung keresahan peminjam PTPTN.Beliau akan meminta pertimbangan agar pembayaran balik pinjaman PTPTN, dikaji semula.Terdahulu, PTPTN umumkan pelaksanaan kaedah bayaran balik pinjaman secara progresif atau potongan gaji berjadual bermula Januari 2019.Majikan Tiada Hak Potong Gaji Sesuka Hati Untuk Bayar PTPTN\u00a0Majikan tidak berhak memotong secara terus gaji pekerja untuk membayar pinjaman PTPTN.Menurut Kementerian Sumber Manusia, \u00a0tiada undang-undang yang membolehkan majikan berbuat demikan tanpa persetujuan.Tambahnya, potongan gaji berjadual hanya boleh dilakukan sekiranya terdapat pindaan kepada Akta PTPTN sedia ada.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=102323", "title": "Fasa kedua PICK 19 April depan", "body": "\n\u2190 Back to list\nFasa kedua PICK 19 April depan\nMar 29, 2021\n\nFasa kedua PICK 19 April depan\n\nFoto - Bernama\nFasa Kedua Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan membabitkan warga emas, golongan berisiko tinggi dan OKU akan bermula pada 19 April 2021.\nMenteri Penyelarasnya, Khairy Jamaluddin berkata, notis janji temu akan dihantar menerusi MySejahtera, panggilan telefon dan SMS bermula 5 April.\nSetakat semalam, dua juta daripada sasaran 9 juta golongan terbabit telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin.\nTiada vaksin dari rumah ke rumah\nSementara itu, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan kaedah pemberian suntikan vaksin COVID-19 dari rumah ke rumah.\nIni kerana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanakan kerajaan buat masa ini masih kekal dengan konsep sukarela.\nPihaknya juga bimbang, kaedah itu akan menghantar mesej yang agak \u2018mengerikan\u2019 sekiranya ada orang ketuk pintu bersama jarum suntikan.\nTarikh akhir pendaftaran vaksin masih dibincang\nDalam perkembangan berkaitan, kerajaan masih pertimbang cadangan menetapkan tarikh akhir pendaftaran untuk mendapatkan vaksin.\nMenurut Khairy, pengumuman akan dibuat jika ia dilihat memberi kesan yang positif kepada jumlah pendaftaran.\nPerdana Menteri baru-baru ini cadangkan tarikh akhir pendaftaran vaksin diperkenalkan untuk mempercepatkan sasaran vaksinasi 80 peratus penduduk.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=107002", "title": "Hanya 2 Orang Dibenarkan Keluar Sepanjang PKP.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHanya 2 Orang Dibenarkan Keluar Sepanjang PKP.\nMay 31, 2021\n\nBermula esok, PKP penuh akan dilaksanakan selama 2 minggu di seluruh negara.\nHanya 2 orang dibenarkan keluar bagi mendapatkan barangan keperluan asas, termasuk perkhidmatan kesihatan dengan pergerakan terhad 10 kilometer radius sahaja.\n\nAktiviti riadah dibenarkan secara individu hanya melibatkan senaman dan jogging di kawasan terbuka dengan penjarakan fizikal.\nOperasi pengangkutan awam misalnya bas dan LRT dibenarkan dengan kapasiti 50 peratus penumpang.\nTaska dan tadika tidak dibenarkan beroperasi kecuali untuk anak-anak petugas barisan hadapan.\nSemua sektor ekonomi dan sosial dilarang beroperasi sepanjang PKP kecuali 17 perkhidmatan.\nAntaranya ialah makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan perubatan, perkhidmatan veterinar, pengangkutan awam dan perbankan.\nKompleks beli-belah juga akan ditutup kecuali pasar raya dan pasar raya besar yang terhad kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja.\nSemua sektor perniagaan itu hanya dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.\nBermula esok juga surat kebenaran perjalanan untuk bekerja yang dikeluarkan MITI akan terbatal.\n\nSemua pekerja di sektor perkhidmatan yang dibenarkan bekerja perlu mendapatkan surat kebenaran baru daripada kementerian berkaitan.\nPerkhidmatan awam akan melaksanakan kaedah Bekerja Dari Rumah sepenuhnya kecuali petugas barisan hadapan, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73122", "title": "APM sedia sumbang tenaga jurulatih renang sekiranya latihan renang kepada pelajar diwajibkan. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nAPM sedia sumbang tenaga jurulatih renang sekiranya latihan renang kepada pelajar diwajibkan. \nFeb 21, 2018\n\nAngkatan Pertahanan Awam Malaysia sedia sumbang tenaga jurulatih renang sekiranya Kementerian Pendidikan mewajibkan latihan renang kepada pelajar.Ini selepas bilangan yang maut akibat lemas didapati semakin meningkat babitkan usia yang muda.\u00a0Terdahulu, NUTP mencadangkan kepada Kementerian agar pelajar jalani latihan renang untuk elak tragedi lemas.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71023", "title": "PKPB hanya di Mukim Klang sahaja", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKPB hanya di Mukim Klang sahaja\nOct 08, 2020\n\nPKPB hanya di Mukim Klang sahajaFoto - BernamaPerintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang, Selangor yang akan berkuatkuasa tengah malam ini hanya akan dilaksanakan di Mukim Klang sahaja.Justeru, Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mukim Kapar yang juga termasuk dalam Daerah Klang tidak termasuk dalam kawasan PKPB itu.Kerajaan juga bersetuju membenarkan aktiviti ekonomi di Klang beroperasi dengan SOP ketat bagi memastikan kegiatan ekonomi dan bekalan barangan serta makanan tidak terjejas.-----Hanya seorang menteri positif COVID-19Foto - BernamaDakwaan mengenai 13 Menteri Kabinet positif Covid-19 adalah berita palsu dan setakat ini hanya seorang menteri yang didapati positif COVID-19 seperti yang sudah diketahui umum.Jelas Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, menteri lain kini berada di rumah masing-masing kerana menjalani kuarantin wajib berikutan kontak rapat dengan menteri yang positif.Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya dan sentiasa menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita daripada sumber yang rasmi atau boleh dipercayai.-----Anwar Ibrahim diperkenan menghadap YDPAFoto - New Straits TimesDatuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, beliau mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, 13 Oktober ini.Presiden PKR itu berkata, beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.Dengan itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu meminta semua pihak untuk terus bertenang susulan perkembangan semasa mengenai politik tanah air.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79862", "title": "Perdana Menteri\u00a0beri markah 5 per 10 untuk barisan Kabinetnya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerdana Menteri\u00a0beri markah 5 per 10 untuk barisan Kabinetnya.\nMay 07, 2019\n\nPerdana Menteri\u00a0beri markah 5 per 10 untuk barisan Kabinetnya.Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui ia disebabkan kebanyakan menterinya masih baru dan kurang pengalaman.Namun beliau yakin dengan kemampuan anggota Kabinetnya dan yakin prestasi mereka akan meningkat selepas diberi tunjuk ajar.Justeru beliau merasakan tiada sebarang keperluan untuk mengadakan rombakan genap setahun pemerintahan PH bulan ini.Kerajaan nafi sembunyikan kebenaran kes Allahyarham Muhammad Adib!Tan Sri Muhyiddin nafi kerajaan cuba sembunyi kebenaran di sebalik insiden kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib.Tegas beliau, kerajaanlah yang buat keputusan untuk adakan inkues bagi kenal pasti punca kematian Allahyarham dalam insiden rusuhan di sebuah kuil, November lalu.Malah kata menteri berkenaan, segala bukti dikemukakan kepada mahkamah dalam prosiding itu yang diadakan secara terbuka dan telus.Putera Harry dan Meghan Markle timang anak lelaki.Pasangan Diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle menimang cahaya mata sulung mereka, seorang bayi lelaki.Cahaya mata pasangan\u00a0itu\u00a0bakal jadi ketujuh dalam barisan untuk mewarisi takhta, di belakang Putera Wales, Duke of Cambridge, anak-anaknya - Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis, diikuti oleh Duke of Sussex.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72868", "title": "Ahya U Rosli Mengaku Salah Cederakan Seorang Lelaki", "body": "\n\u2190 Back to list\nAhya U Rosli Mengaku Salah Cederakan Seorang Lelaki\nJun 20, 2016\n\nAhya mengaku melakukan perbuatan tersebut di sebuah kawasan parkir kenderaan di Setapak, 14 Jun lalu.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72584", "title": "Insentif RM2,500 Untuk Pencarum KWSP Warga Emas Tidak Benar", "body": "\n\u2190 Back to list\nInsentif RM2,500 Untuk Pencarum KWSP Warga Emas Tidak Benar\nDec 27, 2016\n\nPemberian insentif RM2,500 kepada pencarum KWSP warga emas yang kini tersebar di Whatsapp adalah tidak benar.KWSP turut menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mencipta dan menyebar penipuan tersebut hingga mengakibatkan orang ramai keliru.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72250", "title": "PM jamin fokus utama keselamatan rakyat di Korea Utara", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM jamin fokus utama keselamatan rakyat di Korea Utara\nMar 08, 2017\n\nPM beri jaminan, kerajaan akan lakukan segala yang terdaya untuk memastikan keselamatan 11 rakyat Malaysia di Korea Utara.Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, fokus utama kerajaan adalah untuk memastikan mereka semua pulang ke tanah air dengan selamat.Ia susulan tindakan Pyongyang melarang semua rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara meninggalkan negara itu.Disebabkan itu, Malaysia terpaksa mengambil tindakan melarang kakitangan dan pegawai kedutaan Korea Utara keluar dari negara ini.Hubungan KL-Pyongyang tegang ekoran kes bunuh berprofil tinggi seorang warga Korea Utara di klia2, bulan lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73191", "title": "Buat pertama kalinya gaji minimum diseragamkan sebanyak RM1,050 sebulan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBuat pertama kalinya gaji minimum diseragamkan sebanyak RM1,050 sebulan.\nSep 06, 2018\n\nBermula 1 Januari depan, gaji minimum seragam bagi seluruh negara ditetapkan sebanyak RM1,050 sebulan.Kerajaan berkata peningkatan gaji minimum berkenaan adalah selaras dengan situasi ekonomi semasa negara.Dalam kenyataan itu juga, pihaknya putuskan untuk tidak memberi sebarang subsidi kepada majikan kerana kekangan wang yang dihadapi negara.UIAM sambut baik pelantikan Menteri Pendidikan sebagai presiden ketujuhnya.UIAM berkata Dr Maszlee Malik adalah calon ideal kerana beliau merupakan bekas pensyarah universiti berkenaan.Malah, katanya, Dr Maszlee sedia untuk memegang jawatan itu tanpa menerima sebarang bayaran.89 peratus setuju larangan\u00a0aktiviti merokok di restoran terbuka.Berdasarkan undian di Facebook kami, 89 peratus setuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan untuk melarang aktiviti merokok di restoran terbuka bermula Disember ini.Malah Timbalan Menterinya, Dr. Lee Boon Chye berkata selain restoran terbuka, pihaknya turut mencadangkan bilik merokok di Parlimen ditutup mulai Oktober ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72839", "title": "Sultan Perak Puji Ola Bola", "body": "\n\u2190 Back to list\nSultan Perak Puji Ola Bola\nApr 12, 2016\n\nTitah baginda, penganjur dan mereka yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan serta rakyat keseluruhannya wajar mengambil pengajaran daripada filem tersebut.Sultan Nazrin Shah bertitah demikian pada istiadat pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Perak Ke-13, hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72723", "title": "Suspek Kes Culik Remaja Dijangka Diberkas Tidak Lama Lagi", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuspek Kes Culik Remaja Dijangka Diberkas Tidak Lama Lagi\nSep 23, 2016\n\nPolis Kajang jangka salah seorang suspek kes culik murid tingkatan 3 di Bandar Tun Hussein Onn semalam, dapat ditahan dalam masa terdekat.Ini kerana pihaknya sudah mengenal pasti suspek berkenaan yang merupakan jiran mangsa.Suspek berusia 25 tahun itu juga tidak bekerja dan memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.*foto : mangsa culik\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78930", "title": "KDN harap perhimpunan bantah ICERD tidak diteruskan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKDN harap perhimpunan bantah ICERD tidak diteruskan\nNov 24, 2018\n\nKDN harap perhimpunan bantah ICERD tidak diteruskanFoto - Astro AwaniMenteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin nasihatkan beberapa pihak supaya tidak meneruskan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau ICERD.Ini selepas kerajaan semalam umumkan, tidak akan meratifikasi konvensyen tersebut dalam usaha memelihara Perlembagaan Persekutuan.Beliau turut berharap orang ramai tidak mengambil tindakan atau membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan kaum dan agama serta menjejaskan ketenteraman awam di negara ini.-----Kerajaan dalam usaha merangka undang-undang baru kawal kegiatan merokok dan menghisap vapeFoto - Astro AwaniKerajaan sedang dalam usaha merangka satu undang-undang baru untuk mengawal kegiatan merokok dan menghisap vape.Timbalan Menteri Kesihatan berkata, tujuan utamanya untuk mengharamkan pengunaan vape di tempat awam, melainkan ada bukti jelas e-rokok mampu membantu perokok kronik membuang tabiat itu.Tambah Dr. Lee Boon Chye, pada masa ini sukar untuk kerajaan melarangan penggunaan vape kerana tiada undang-undang khusus berhubung aktiviti itu.-----Polis buru wanita, bantu siasatan kes dera dua bayi lelaki di KajangFoto - Astro AwaniPolis cari seorang wanita bagi bantu siasatan kes dua bayi lelaki cedera dipercayai didera ketika dalam jagaan sebuah taska dekat Kajang.Difahamkan rakaman CCTV di taska itu mendapati seorang pengasuh menghempas dan mengoncang salah seorang bayi berkenaan.Kedua-dua bayi berkenaan telah dibawa Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan dan rawatan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70610", "title": "COVID-19: 5 Sekolah Di Kedah Tutup Sementara", "body": "\n\u2190 Back to list\nCOVID-19: 5 Sekolah Di Kedah Tutup Sementara\nAug 03, 2020\n\nCOVID-19: 5 Sekolah Di Kedah Tutup SementaraKerajaan Kedah akan laksana Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran di 4 mukim.Ia sebagai usaha bendung Kluster Sivagangga yang merekodkan 11 kes baru positif COVID-19 semalam.2 murid sekolah antara yang disahkan positif virus tersebut.Susulan itu juga MKN Kedah mengarahkan 5 sekolah di Kubang Pasu dan Padang Terap ditutup sehingga 29 Ogos.Dalam perkembangan berkaitan, kes COVID-19 di negara ini kembali naik ke dua angka iaitu 14.Ia juga menjadikan kes aktif naik kepada 210, manakala 17 lagi pesakit sudah sembuh.Pusat Kesihatan Komuniti di Setiap NegeriKerajaan bercadang mewujudkan lebih banyak Pusat Kesihatan Komuniti bagi membolehkan akses amalan hidup sihat yang lebih mudah dan murah.\u00a0Ia menyediakan khidmat percuma sesi rundingan dan senaman serta peralatan gimnasium kepada penghidap penyakit darah tinggi, diabetis, jantung dan obesiti.Tular Mengenai Tahap Kesihatan Pak Lah Palsu!Pegawai khas Tun Abdullah Ahmad Badawi nafi laporan tular mengenai tahap kesihatan bekas Perdana Menteri itu.Tun Abdullah, 81 tahun, sebaliknya berada dalam keadaan sihat walfiat bersama keluarga.\u00a0*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71037", "title": "Ada penilaian sebelum disaran tutup premis", "body": "\n\u2190 Back to list\nAda penilaian sebelum disaran tutup premis\nOct 11, 2020\n\nPenilaian akan dibuat terlebih dahulu sebelum mengusulkan penutupan sesebuah premis akibat jangkitan COVID-19.Itu kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung isu penutupan sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya baru-baru ini.Tambah beliau, ujian saringan juga akan dijalankan ke atas semua pekerja premis dan kontak rapat mereka.Foto : Kementerian Kesihatan MalaysiaSemalam, Malaysia mencatat 374 kes positif baru dengan 277 daripada kes tersebut direkodkan di Sabah.Jumlah kematian juga meningkat kepada 155 selepas penambahan 3 lagi kes tersebut di negeri berkenaan.Dalam pada itu, 6 lagi kluster baru turut dikesan iaitu\u00a04 di Selangor manakala Sabah dan Sarawak masing-masing dengan 1.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79160", "title": "5 inisiatif baru bagi meningkatkan mutu pengajaran guru di sekolah.", "body": "\n\u2190 Back to list\n5 inisiatif baru bagi meningkatkan mutu pengajaran guru di sekolah.\nJan 15, 2019\n\nKementerian Pendidikan garis 5 inisiatif dan 9 intervensi bagi mengurangkan beban tugas guru yang mula dilaksanakan bulan ini.Foto: Sinar HarianAntara inisiatifnya adalah memudahkan pengurusan fail, dokumentasi dan juga pengumpulan data murid.Berhubung intervensi pula, antaranya ia libat sistem kehadiran murid yang akan dibuat secara dalam talian tanpa perlu lagi guru isu buku kedatangan.LHDN pantau pihak gagal bayar cukai guna media sosial.LHDN akan guna platform media untuk kenal pasti individu atau syarikat yang miliki kekayaan luar biasa tapi gagal mengisytiharkan cukai pendapatan.Setakat ini, kira-kira 80,000 pembayar cukai dikenal pasti gagal membayar cukai pendapatan.Virus Chikungunya: Kurangkan aktiviti pelancongan ke Thailand!Orang ramai dinasihatkan agar kurangkan aktiviti pelancongan \u00a0ke Thailand ekoran penularan virus Chikungunya di Hatyai, baru-baru ini.Sebagai langkah berjaga-jaga, kerajaan Perlis turut lakukan pemeriksaan di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand agar penularan virus itu dapat dikawal.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80683", "title": "Belanjawan 2020 perkasa belia dan wanita", "body": "\n\u2190 Back to list\nBelanjawan 2020 perkasa belia dan wanita\nOct 11, 2019\n\nBelanjawan\u00a02020 fokus kepada\u00a0belia dan wanitaKerajaan dalam pembentangan bajet 2020, melancarkan inisiatif #MalaysiaKerja untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia dan wanita.Antara inisiatifnya adalah graduan yang menganggur lebih 12 bulan akan terima insentif 500 ringgit sebulan sebagai tambahan gaji yang diterima.Wanita yang kembali bekerja pula akan mendapat insentif gaji sebanyak 500 ringgit sebulan selama dua tahun.Sementara itu, kerajaan akan teliti semula Akta Kerja 1955 yang antara lain menyaksikan tempoh cuti bersalin ditingkatkan daripada 60 hari kepada 90 hari berkuat kuasa mulai tahun 2021.Pindaan itu turut mencadangkan gaji minimum ditingkatkan kepada RM1,200 sebulan hanya di wilayah bandar-bandar utama berkuat kuasa pada tahun 2020.Turut ditawar, one-off bernilai RM30 kepada rakyat M'sia berusia 18 tahun ke atas, berpendapatan tahunan kurang 100 ribu, untuk meningkatkan penggunaan e-Dompet-----Pelajar maut ketika bergurauFoto : Harian MetroGara-gara bergurau tidak bertempat, seorang pelajar sekolah menengah swasta di Kota Damansara, maut akibat tercucuk serpihan kaca di leher, tengah hari tadi.Ketika kejadian mangsa dikatakan bergurau menolak pintu kaca dengan seorang rakan sekelasnya, menyebabkan pintu berkenaan pecah.Polis mengesahkan tiada unsur jenayah terhadap pelajar itu selepas meneliti\u00a0rakaman CCTV.-----Harga mingguan petrol dan dieselFoto : Astro AwaniHarga runcit petrol RON97 naik tujuh sen kepada 2 ringgit 67 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.Manakala harga RON95 dan Diesel kekal pada 2 ringgit 8 sen seliter dan 2 ringgit 18 sen seliter.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79764", "title": "Malaysia mampu manfaatkan teknologi 5G dalam 3 tahun akan datang!", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia mampu manfaatkan teknologi 5G dalam 3 tahun akan datang!\nApr 19, 2019\n\nMalaysia mampu manfaatkan teknologi 5G dalam tiga tahun akan datang!Itu kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang yakin ia membolehkan negara melangkah lebih jauh dan melonjakkan ekonominya dengan lebih kukuh.Foto: KosmoTun M sempat menaiki kereta pemanduan sendiri dengan gabungan\u00a05G pada majlis pelancaran Pameran 5G yang berlangsung di Putrajaya semalam.Foto: Sinar HarianDalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia beri jaminan harga yang akan ditetapkan untuk teknologi 5G itu munasabah buat pengguna.Ia akan ditentukan selepas terima laporan akhir oleh SKMM berhubung ujian projek perintis itu hujung tahun ini.Warga KL dan Selangor bersiap sedia untuk simpan bekalan air secukupnya!Gangguan bekalan air dijangka berlaku di hampir 600 kawasan sekitar KL dan Selangor bermula 24 hingga 27 April ini.Ia susulan kerja-kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2.Layari Facebook Astro Radio News untuk mengetahui kawasan terjejas.Presiden Indonesia, Jokowi isytiharkan kemenangannya dalam pilihan raya presiden republik itu.Belum ada keputusan rasmi, namun Presiden Indonesia, Jokowi telah pun isytiharkan kemenangannya dalam pilihan raya presiden republik itu!Keputusan tidak rasmi menunjukkan gandingannya dengan ulama terkena, Ma'ruf Amin raih 54 peratus undian popular dalam pilihan raya kelmarin.Sementara itu lawannya, Prabowo Subianto juga mendakwa telah menang meskipun ada pihak meragui kesahihan data yang dikemukakannya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79572", "title": "Berhenti sebarkan video insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand! ", "body": "\n\u2190 Back to list\nBerhenti sebarkan video insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand! \nMar 15, 2019\n\nOrang ramai diingatkan agar tidak kongsi video insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand, di media sosial!Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berkata ia bagi menghormati sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa yang terlibat.Pihaknya kini dalam usaha untuk menurunkan video insiden itu yang dimuatnaik.Setakat ini, 49 orang disahkan terkorban dalam kejadian berkenaan, manala berpuluh-puluh lagi cedera termasuk kanak-kanak.Ini termasuk dua rakyat Malaysia yang kini dirawat di hospital.Setakat ini, seorang suspek insiden kes itu telah didakwa di mahkamah.Manakala dua lagi suspek dilaporkan turut dalam tahanan polis.Pihak berkuasa New Zealand turut tubuhkan sebuah laman web khas bagi membantu orang ramai mencari waris mereka yang hilang ekoran insiden itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80860", "title": "Rombakan Kabinet mungkin berlaku!", "body": "\n\u2190 Back to list\nRombakan Kabinet mungkin berlaku!\nNov 21, 2019\n\nRombakan Kabinet mungkin berlaku!Perdana Menteri memberi bayangan ia akan dilakukan sebelum penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik, APEC tahun depan.Ia susulan kekalahan teruk Pakatan Harapan pada PRK Parlimen Tanjung Piai.\u00a0Sesi pandu uji kereta terbang negara tidak dapat kebenaran CAAM.Sesi pandu uji kereta terbang pertama negara yang dijadualkan\u00a0berlangsung hari ini tidak dapat kebenaran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, CAAM!Menurut CAAM, ini kerana lokasi ujian terletak kurang 200 meter dari trafik syarikat penerbangan komersial dan helikopter.Ia juga berada dalam Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang yang berada di bawah pengawasan ketat oleh kawalan trafik udara.Perak akan mempromosikan sektor pelancongan negeri guna aplikasi 'TikTok'.Exco pelancongan negeri berkata ia ekoran sambutan hangat aplikasi itu dalam kalangan remaja di Asia Tenggara dan Barat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78888", "title": "Datin Seri Rosmah Didakwa Kes Terima Rasuah Sebanyak Hampir RM190 Juta Ringgit", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatin Seri Rosmah Didakwa Kes Terima Rasuah Sebanyak Hampir RM190 Juta Ringgit\nNov 15, 2018\n\nMahkamah benarkan Datin Seri Rosmah Mansor dibebaskan dengan ikat jamin sejuta ringgit.Ini selepas beliau didakwa atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah kira-kira 190 juta ringgit berkaitan dengan projek pembekalan panel tenaga solar untuk sekolah di Sarawak.Kes itu akan disebut semula, 10 Disember ini.Sementara itu, bekas pembantu khasnya, Datuk Rizal Mansor turut didakwa atas 4 tuduhan rasuah dalam kes yang sama.Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah 3 juta ringgit.Ia berkaitan pembelian tanah bagi pembinaan rumah mampu milik.Mekanisme Bayar Balik Pinjaman PTPTN Akan Diumum Disember Nanti\u00a0Mekanisme pembayaran balik pinjaman PTPTN akan diumumkan pada Disember depan.Menurut badan kewangan itu, pihaknya masih merancang kaedah terbaik bagi peminjam untuk membayar balik pinjaman tanpa membebankan mereka.Buat masa ini, PTPTN sedang menunggu maklumat dan dasar yang diboleh digunakan dalam pengurusannya.Kerajaan Bincang Isu Amalan Khatan Wanita\u00a0\u00a0Kerajaan dalam proses perbincangan bersama Kementerian Kesihatan, berhubung amalan berkhatan membabitkan wanita.Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, segala keputusan sama ada ia diteruskan atau tidak, perlu dibincangkan bersama pakar.\u00a0Ini selepas SUHAKAM mengkritik amalan berkhatan babitkan wanita di Malaysia, selepas kerajaan beri penjelasan kurang menyakinkan di Laporan Berkala Sejagat PBB baru-baru ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79608", "title": "Kerajaan Selangor Wajar Pertimbang Tanam Ganja ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Selangor Wajar Pertimbang Tanam Ganja \nMar 23, 2019\n\nExco Selangor, Izham Hashim berpendapat kerajaan negeri wajar mempertimbangkan untuk menanam ganja bagi tujuan perubatan dan penyelidikan.Jelasnya, tanaman itu memberi pulangan lumayan, malah beberapa negara telah membenarkanya seperti India dan Thailand yang mempunyai kawalan yang sangat ketat.\u00a0Sebelum ini, ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli utarakan cadangan sama dengan mendakwa undang-undang negara membenarkan perkara itu dilakukan.Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor dalam reaksinya tegaskan kerajaan negeri tidak berminat untuk melayan cadangan untuk menanam ganja di negeri itu.Jelas Amirudin Shari, ganja termasuk bawah Akta Dadah Berbahaya malah lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan.Tiada Bukti Penjawat Awam Stress!!Jabatan Perkhidmatan Awam berkata tiada\u00a0bukti menunjukkan 400 ribu penjawat awam alami tekanan, seperti didakwa CUEPACS!Katanya, data berkenaan merupakan anggaran kesatuan itu semata-mata dan tidak melibatkan penjawat awam secara menyeluruh.Tambah JPA, definisi tertekan itu perlu difahami dengan jelas bagi mengelak tanggapan negatif terhadap penjawat awam dan kerajaan.\u00a0Tolong Ambil Tindakan...\u00a0Menteri Pendidikan, Dr Maslee Malik minta pihak berkuasa ambil tindakan susulan pergaduhan antara penyokong bekas perdana menteri dengan pelajar UM, semalam.Tegasnya, universiti merupakan platform untuk berbincang dan berdebat secara aman bukannya medan pergelutan.Terdahulu, Program Santai Datuk Seri Najib Tun Razak\u00a0di sebuah restoran di hadapan UM menjadi kecoh apabila berlaku pergelutan antara penyokong Najib dengan beberapa pelajar UM.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72890", "title": "Satu Pertiga Belia di Malaysia Rasa Tersiksa Dengan Pekerjaan Mereka", "body": "\n\u2190 Back to list\nSatu Pertiga Belia di Malaysia Rasa Tersiksa Dengan Pekerjaan Mereka\nJul 13, 2016\n\nIa berdasarkan kaji selidik terhadap 15,000 responden dalam kalangan belia di negara ini melalui laman pekerjaan SkootJobs.Hanya 8.7 % responden menyatakan mereka suka dan gembira dengan pekerjaan sekarang.Malah menurut ahli psikologi, David Fernandez, pelbagai kajian menunjukkan satu pertiga punca kemurungan disebabkan benci terhadap pekerjaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71961", "title": "Pengambilan pelajar perubatan IPT awam dan swasta ditentukan oleh kuota yang diberikan oleh Majlis Perubatan Malaysia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengambilan pelajar perubatan IPT awam dan swasta ditentukan oleh kuota yang diberikan oleh Majlis Perubatan Malaysia.\nSep 05, 2017\n\nKementerian Pendidikan Tinggi berkata, pengambilan pelajar perubatan di IPT awam dan swasta ditentukan oleh kuota yang diberikan oleh Majlis Perubatan Malaysia.Sehubungan itu, tegasnya kepada BHOnline, kementerian tidak boleh disalahkan jika ada lambakan graduan perubatan universiti tempatan dan luar negara.Tambahnya lagi, tidak timbul isu lambakan graduan perubatan ekoran langkahnya meluluskan IPT termasuk dari luar negara beroperasi di negara ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79153", "title": "Ada keperluan untuk lupuskan yuran pendaftaran MRSM bagi keluarga berpendapatan rendah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nAda keperluan untuk lupuskan yuran pendaftaran MRSM bagi keluarga berpendapatan rendah.\nJan 14, 2019\n\nCadangan untuk lupuskan yuran pendaftaran MRSM bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dilihat wajar dilaksanakan.Bagaimanapun, jelas Pemangku Presiden Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia kepada Berita Harian, cadangan itu perlu dikaji dengan mendalam. \u00a0Terdahulu, MARA beri kelonggaran kepada pelajar daripada golongan B40 untuk tangguh atau bayar yuran pendaftaran MRSM secara ansuran.Pihaknya turut memperkenalkan Program Bantuan Untuk Pendidikan Mara, BUDI dalam usaha membantu golongan pelajar miskin tegar.Kementerian Pembangunan Luar Bandar sasar untuk bina dan baiki hampir 9,000 unit PPRT tahun ini!Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata program tersebut akan memanfaatkan kira-kira 44 ribu penduduk seluruh negara.Dalam pada itu, pihaknya juga akan kemaskini data e-kasih dan senarai penerima rumah tersebut, agar ianya diberikan kepada golongan yang layak sahaja.Kematian\u00a0Aariz Harraz Zahin Azman diklasifikasikan sebagai kes bunuh.Polis Sarawak klasifikasikan semula kes pengasuh wanita yang disyaki dera bayi di Sibu sebagai kes bunuh!Ini selepas mangsa berusia 9 bulan yang berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70769", "title": "Kluster Tawar & Sivagangga Mungkin Daripada Sumber Sama", "body": "\n\u2190 Back to list\nKluster Tawar & Sivagangga Mungkin Daripada Sumber Sama\nAug 28, 2020\n\nKluster Tawar & Sivagangga Mungkin Daripada Sumber SamaKluster Tawar dan Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga kemungkinan besar daripada sumber yang sama.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia susulan perbandingan sampel virus COVID-19 ke atas kedua-dua kluster tersebut namun siasatan lanjut masih dijalankan.Setakat ini, Kluster Tawar mencatat\u00a073 kes positif dan 4,521 orang telah disaring dalam kluster tersebut di Pulau Pinang, Kedah dan Perak.Aktiviti pengesanan juga mendapati taburan kes positif kluster itu tidak tertumpu kepada hanya satu lokaliti.Susulan itu juga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kini dilaksanakan di 3 \u00a0zon di Aman Jaya, Kedah iaitu Kenanga, Mawar dan Melur sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan.KKM Hasilkan Video Dokumenterai Memerdekakan Negara Daripada COVID-19Sempena Hari Kebangsaan ke-63 Isnin ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghasilkan siri dokumentari pendek.Ia memaparkan usaha Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan dan barisan hadapan memerdekakan negara daripada \u00a0COVID-19.Video berkenaan turut dikongsikan di Twitter rasmi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.Mukhriz Sahkan Anak & Menantu DitahanDatuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sahkan anak perempuan dan menantunya merupakan antara pengunjung sebuah pub di Kuala Lumpur yang ditahan baru-baru ini.Mereka ditahan kerana langgar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan telahpun dikenakan kompaun RM1,000 seorang.*foto: Sinar Harian (sekadar hiasan)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72229", "title": "Hati-hati taktik tipu daripada pihak mengaku dari bank", "body": "\n\u2190 Back to list\nHati-hati taktik tipu daripada pihak mengaku dari bank\nApr 07, 2017\n\nOrang ramai diminta lebih waspada jika terima panggilan telefon daripada pihak bank mendakwa kononnya mereka ada tunggakan bayaran pinjaman peribadi.Ujar PDRM, ia ekoran sindiket penipuan 'spoofing' yang semakin licik, guna taktik menyamar sebagai pegawai bank yang membuat panggilan telefon kepada mangsa.Sepanjang tahun lalu, lebih 560 kes penipuan sedemikian berlaku membabitkan kerugian 24.6 juta ringgit.Malah untuk tahun ini sahaja, dalam tempoh Januari hingga Mac, sudah 183 kes dilaporkan mengakibatkan kerugian 7.5 juta ringgit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73129", "title": "Perhilitan terima lebih 38,000 aduan berkaitan hidupan liar di seluruh negara sejak 2012.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerhilitan terima lebih 38,000 aduan berkaitan hidupan liar di seluruh negara sejak 2012.\nMar 05, 2018\n\nPembukaan kawasan penempatan baru dan pembangunan pesat terus menimbulkan konflik antara manusia dengan haiwan liar yang hilang habitat.Ia seterusnya menyebabkan peningkatan kes-kes haiwan liar ganggu dan ceroboh penempatan manusia.Sejak 2012, Perhilitan sudah terima lebih 38,000 aduan berkaitan hidupan liar di seluruh negara dengan aduan paling tinggi melibatkan spesis kera.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73086", "title": "Malaysia berada di tempat ke-62 dalam Indeks Persepsi Rasuah pada tahun 2017.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia berada di tempat ke-62 dalam Indeks Persepsi Rasuah pada tahun 2017.\nMar 24, 2018\n\nMalaysia berada di tempat ke-62 daripada 176 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah pada tahun 2017.Menurut Tinjauan Laporan Program Transformasi Negara, sebanyak 80.7 peratus daripada jumlah kes siasatan berhubung rasuah disabitkan pada tahun lepas dan 50 peratus daripadanya telah berjaya diselesaikan.Menerusi tinjauan sama, KL berada di tangga kedua dalam senarai bandar paling berdaya huni di Asia Tenggara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71830", "title": "FMLLP cuma tolak 3 mata Kelantan", "body": "\n\u2190 Back to list\nFMLLP cuma tolak 3 mata Kelantan\nJun 20, 2017\n\nFMLLP buat keputusan kurangkan hukuman potongan mata The Red Warriors daripada 6 kepada 3, dalam saingan Liga Super.Ia setelah menerima rayuan daripada Persatuan Bolasepak Kelantan, KAFA.Dengan ini, Kelantan terus melonjak ke tangga ke lima daripada kedudukan ke lapan liga.Bagaimanapun, pendaftaran pemain import baru Kelantan, Syedi L Imam tidak diterima FMLLP, kerana tidak penuhi kriteria yang diperlukan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72313", "title": "Disyaki salah guna kuasa dan rasuah", "body": "\n\u2190 Back to list\nDisyaki salah guna kuasa dan rasuah\nJan 04, 2017\n\nSPRM tahan seorang ketua setiausaha berpangkat Datuk sebuah kementerian, di kediamannya di Subang Jaya pagi tadi.\u00a0Suspek ditahan kerana dipercayai guna kuasa untuk mendapatkan faedah peribadi melalui rasuah.\u00a0Pihak SPRM juga dilaporkan menjalankan operasi yang sama di beberapa lokasi lain.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79973", "title": "PTPTN ajak orang ramai sumbangkan idea untuk bantu kerajaan gubal dasar terbaik.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPTPTN ajak orang ramai sumbangkan idea untuk bantu kerajaan gubal dasar terbaik.\nMay 24, 2019\n\nOrang ramai diajak sumbangkan idea masing-masing bagi membantu kerajaan gubal dasar terbaik mengenai PTPTN.Sebarang idea atau pendapat boleh diberikan secara dalam talian menerusi\u00a0saluran\u00a0khas\u00a0Kertas Konsultasi Rakyat di portal rasmi PTPTN.Ianya penting untuk bantu agensi itu atasi kekangan kewangan sedia ada disebabkan tahap bayaran balik pinjaman yang masih rendah.Hutang PTPTN kini cecah RM40 bilion.Agensi zakat disaran agih sumbangan dalam bentuk buku ilmiah.Agensi-agensi zakat disaran ambil langkah ke depan dengan tidak hanya beri bantuan dari segi kewangan dan makanan.Ujar Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, ada baiknya anak-anak asnaf turut diberikan zakat dalam bentuk buku-buku ilmiah.Langkah itu katanya secara tidak langsung dapat membantu mereka membina cita-cita untuk keluar daripada kelompok kemiskinan.Individu yang jual butang baju melayu logo PDRM kepada orang awam bakal berdepan tindakan.PDRM akan ambil tindakan terhadap individu yang jual butang baju Melayu tertera logo pasukan keselamatan itu kepada orang awam termasuk secara online.Jelasnya, ia adalah satu kesalahan kerana orang awam tidak boleh memiliki sebarang logo atau lambang pasukan keselamatan negara tanpa izin.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70464", "title": "Boleh Tangguh Hantar Anak ke Sekolah", "body": "\n\u2190 Back to list\nBoleh Tangguh Hantar Anak ke Sekolah\nJul 08, 2020\n\nBoleh Tangguh Hantar Anak ke SekolahTidak dinafikan masih ada ibu bapa yang khuatir untuk hantar anak ke sekolah ekoran COVID-19.Justeru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) beri pilihan untuk murid tidak hadir ke sekolah buat masa ini.Syaratnya ibu bapa atau penjaga mesti hantar surat menyatakan sebab kepada pihak sekolah.Rabu depan semua murid sekolah menengah akan kembali bersekolah begitu juga murid darjah 5 dah 6.Manakala Rabu minggu depan pula murid darjah 1 hingga 4 akan kembali ke sekolah.Ke Arah KejayaanUsaha mengekang penularan COVID-19 di negara ini terus menunjukkan perkembangan positif.Kes sembuh terus meningkat kepada 8,481 atau hampir 98 peratus daripada jumlah keseluruhan.Semalam juga tiada kes kematian sekali gus menjadikan jumlahnya kekal 121 untuk 23 hari berturut-turut.Selain itu 5 lagi pesakit sembuh dan hanya 6 kes baharu dilaporkan.KKM Perkenal Platform Ala e-hailing Platform ala e-hailing akan diperkenal bagi mendapatkan khidmat pengamal kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di rumah.Perkhidmatan itu akan diwujudkan dan diuruskan pihak swasta yang dipilih kementerian.Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah ujian darah dan perkhidmatan penjagaan luka khusus.Foto: SK Lebak\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71711", "title": "WHO Isytihar Penyebaran Virus Zika Sebagai Kecemasan Global", "body": "\n\u2190 Back to list\nWHO Isytihar Penyebaran Virus Zika Sebagai Kecemasan Global\nFeb 02, 2016\n\nIni bermakna penyelidikan dan bantuan akan dipergiatkan bagi tangani virus itu yang boleh akibatkan kecacatan kelahiran.Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan Malaysia akan keluarkan garis panduan kawalan dan pencegahan virus Zika dalam masa terdekat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72083", "title": "GST akan diletakkan pada kadar 0 peratus mulai Jumaat ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nGST akan diletakkan pada kadar 0 peratus mulai Jumaat ini.\nMay 28, 2018\n\nGST akan diletakkan pada kadar 0 peratus mulai Jumaat ini, jadi peniaga diingatkan agar mematuhinya!Kastam juga minta peniaga tidak mengeksploitasi hasrat kerajaan menurunkan harga barangan, supaya pengguna dapat merasai manfaatnya.SST akan kembali dikuat kuasakan namun tarikhnya belum diumumkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72904", "title": "Pengerusi CIMB Cuti Sukerela", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengerusi CIMB Cuti Sukerela\nApr 18, 2016\n\nCEO AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui Instagramnya memuji tindakan Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak yang secara sukarela bercuti mulai hari ini.Datuk Seri Nazir mengumumkan beliau bercuti mulai hari ini bagi beri ruang kepada siasatan bebas dijalankan berkaitan isu pemindahan wang US$7 juta (RM27.5 juta).\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71894", "title": "Jurutera ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala", "body": "\n\u2190 Back to list\nJurutera ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala\nJul 25, 2017\n\nSeorang jurutera ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumahnya dekat Seksyen 7, Shah Alam, pagi tadi.Menurut polis, lelaki berusia 50 tahun itu ditemui terbaring di dalam tandas rumahnya bersama senapang patah miliknya.Siasatan awal polis mendapati mangsa menembak diri sendiri dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80778", "title": "RM400 Juta Lesap Angkara Jenayah Siber", "body": "\n\u2190 Back to list\nRM400 Juta Lesap Angkara Jenayah Siber\nNov 03, 2019\n\nRM400 Juta Lesap Angkara Jenayah SiberJumlah kerugian akibat jenayah siber dan multimedia di negara ini telah mencecah lebih RM400 juta.Menurut PDRM, ia merangkumi\u00a0hampir 9,700 kes sejak 1 Januari lalu dan ia menunjukkan tahap membimbangkan serta perlu ditangani segera.3 negeri catat kes tertinggi iaitu Selangor diikuti Johor dan KL.Semua Papan Tanda dan Iklan Bertulisan Jawi di Pahang Mulai JanuariPemilik premis perniagaan dan papan iklan di Pahang yang belum guna tulisan jawi diminta segera berbuat demikian.*foto BERNAMAMenurut kerajaan negeri, mereka hanya ada kira-kira 2 bulan sahaja lagi sebelum dikenakan tindakan.Pihak yang gagal mematuhinya boleh dikenakan kompaun sehingga RM250 bagi satu kesalahan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).Ketetapan menggunakan tulisan jawi yang bersaiz sama seperti tulisan rumi dibuat bertujuan memartabatkan semula tulisan itu yang semakin terpinggir.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79941", "title": "Suspek Kes Bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang Direman Seminggu", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuspek Kes Bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang Direman Seminggu\nMay 17, 2019\n\nSuspek utama kes bunuh ketua jururawat Hospital Serdang, direman tujuh hari bermula hari ini.Warga Nigeria itu diberkas di Cheras Sentral petang semalam.Terdahulu, dua lagi suspek, seorang wanita warga Nigeria dan seorang lelaki warga Pakistan juga telah direman.Mayat mangsa yang dilaporkan hilang 8 Mei lalu, ditemui sebuah bilik di sebuah kondominium di Cyberjaya, dengan kesan kecederaan di leher dan dada.Kakitangan Awam Selangor dan Pahang Terima Bonus RayaMenteri Besar Selangor umumkan semua kakitangan awam negeri itu bakal menerima bonus sebulan gaji bersempena sambutan Aidilfitri.Malah, bonus RM1,000\u00a0 turut diberikan kepada kakitangan Kerajaan Persekutuan\u00a0yang berkhidmat di Selangor.Bagaimanapun, bayaran tersebut hanya akan dibuat selepas Hari Raya, iaitu pada 7 Jun nanti.Sementara itu, penjawat awam Pahang turut terima bonus Raya berjumlah RM600, yang akan diberikan pada Jumaat minggu depan.\u00a0Bukan Idea PTPTN?\u00a0Sekat perjalanan ke luar negara bagi peminjam yang gagal bayar PTPTN bukan idea daripada badan peminjam itu.Menurut Kementerian Pendidikan, cadangan itu diperoleh daripada konsultasi awam yang diadakan PTPTN.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72220", "title": "Sultan Muhammad V ditabalkan sebagai Yang diPertuan Agong", "body": "\n\u2190 Back to list\nSultan Muhammad V ditabalkan sebagai Yang diPertuan Agong\nApr 24, 2017\n\nSultan Muhammad V ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, untuk memerintah Malaysia bagi tempoh 5 tahunMesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) pada Oktober lalu yang turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.Pada 13 Disember lalu, Seri Paduka telah menyempurnakan Istiadat Melafaz Sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara.Sultan Muhammad V menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu\"adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, pada 12 Disember lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=152287", "title": "Malaysia Dijangka Alami Fenomena El Nino Lemah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Dijangka Alami Fenomena El Nino Lemah.\nJun 08, 2023\n\n\nMalaysia Dijangka Alami Fenomena El Nino Lemah.\nMalaysia dijangka alami fenomena El Nino lemah bermula bulan ini.\nMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata ia kemudiannya akan meningkat ke tahap sederhana pada November depan.\nJelas Nik Nazmi Nik Ahmad, jumlah hujan dijangka berkurangan 20 hingga 40 peratus pada Jun hingga Oktober terutamanya negeri-negeri di selatan Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.\nSementara itu tiada suhu ekstrem melebihi 38 darjah Celsius diramal berlaku mulai bulan ini hingga Disember depan.\nBagaimanapun masih terdapat kemungkinan negara akan alami suhu sedikit lebih tinggi daripada biasa.\nJelas Nik Nazmi sejak Januari hingga Mei lepas, bacaan suhu harian maksimum tertinggi yang direkodkan adalah 38.6 darjah Celcius di Raub, Pahang.\n\u00a0\nKerajaan Kecam Pelawak Wanita Persenda Malaysia.\nKerajaan mengecam tindakan pelawak wanita yang memperlekeh Malaysia dan mempersenda tragedi kehilangan pesawat Malaysia, MH370.\nMenteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tindakan itu langsung tidak menunjukkan rasa sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia dan keluarga mangsa.\nTerdahulu video papar pelawak wanita itu memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi, viral di media sosial.\nSementara itu, kerajaan Singapura mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran tindakan melampau pelawak tersebut yang katanya tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=114323", "title": "Lebih 34 Juta Dos Suntikan Telah Diberi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 34 Juta Dos Suntikan Telah Diberi.\nAug 31, 2021\n\nLebih 34 juta dos suntikan vaksin telah diberi\nLebih 63 peratus penduduk dewasa Malaysia telah lengkap menerima 2 dos suntikan vaksin COVID-19.\nMenurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, lebih 19.5 juta individu dewasa atau lebih 83 peratus telah sekurang-kurangnya menerima satu dos suntikan.\n\nSecara keseluruhannya lebih 34 juta dos suntikan telah diberikan di seluruh negara dengan Labuan merekodkan kadar tertinggi iaitu lebih 93 peratus rakyatnya telah disuntik.\nSementara itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sudah membeli 3.5 juta dos suntikan CanSino dari China untuk meningkatkan kadar vaksinasi di 6 negeri di Malaysia.\nMenterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata vaksin tersebut akan diagihkan secara berperingkat ke Perak, Terengganu, Johor, Kedah, Kelantan dan Sabah kerana kadar vaksinasi mereka masih di bawah 50 peratus.\n\nWujudkan talian bebas untuk doktor\nPersatuan Perubatan Malaysia gesa pihak berkuasa jalankan siasatan terhadap individu yang cuba merasuah doktor untuk mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menerima suntikan.\n\nPresidennya, Prof Datuk Dr M Subramaniam berpendapat PDRM dan SPRM perlu wujudkan satu talian bebas bagi membolehkan orang ramai membuat aduan.\nIni selepas terdapat beberapa laporan mendakwa ada doktor yang disogok sehingga seribu ringgit untuk memberi sijil digital vaksinasi tersebut.\n\nBersama memulihkan negara daripada COVID-19\nPerdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama memulihkan negara daripada wabak COVID-19 sempena Hari Kebangsaan ke-64 hari ini.\n\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia sebagai salah satu usaha untuk membuka jalan pemulihan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.\nDalam pada itu, Datuk Seri Ismail Sabri turut mengajak rakyat agar mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 yang sudah terbukti memberi impak positif dalam memerangi wabak tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73358", "title": "Sejarah baru politik dua parti tertua tanah air", "body": "\n\u2190 Back to list\nSejarah baru politik dua parti tertua tanah air\nSep 15, 2018\n\nSejarah baru politik dua parti tertua tanah airFoto - The StarPresiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cetus lembaran baru dalam sejarah politik antara dua parti tertua di Malaysia.Ini selepas beliau bersama beberapa pemimpin tertinggi UMNO menghadirikan diri ke Muktamar PAS di Kuala Terengganu, hari ini.Kedua-dua parti itu mula menjalinkan kerjasama politik sejak sama-sama menjadi pembangkang selepas PRU 14.\u00a0-----RFID di plaza tol bermula Januari 2019Foto - Kepoh KuatPenggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio di plaza tol bakal menemui orang ramai secara rasmi menjelang Januari 2019.Menurut Touch n Go, fasa percubaan sejak 8 Ogos lepas dapat sambutan menggalakan daripada orang ramai.Sistem RFID menggunakan cip frekuensi radio yang terkandung dalam satu pelekat yang ditampal pada sesebuah kenderaan dan akan menggantikan SmartTAG.-----Tragedi #KucingDobi: Permaisuri Selangor dukacitaFoto - Astro AwaniTengku Permaisuri Selangor menzahirkan rasa sedih dan dukacita berhubung kes bunuh kucing dalam mesin pengering sebuah dobi di Gombak, Selasa lepas.Baginda juga telah hantar surat rasmi kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar meminta mereka kenakan tindakan sewajarnya kepada pelaku terbabit.Dua lelaki yang ditahan hasil risikan dan maklumat awam berhubung kes itu direman empat hari bermula semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73170", "title": "Hampir 7,200 pengundi bakal terlibat dalam pengundian awal PRK Port Dickson hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHampir 7,200 pengundi bakal terlibat dalam pengundian awal PRK Port Dickson hari ini.\nOct 09, 2018\n\n70 peratus pengundi dijangka tunaikan tanggungjawab mereka pada PRK Port Dickson, Sabtu ini.SPR berkata ia berdasarkan faktor barisan calon yang dilihat mampu tarik minat pengundi di kawasan itu.Foto: NSTPSementara itu, hampir 7,200 pengundi akan terlibat dalam proses pengundian awal bagi PRK Port Dickson hari ini mulai jam 8 pagi hingga 5.30 petang.Hanya 5 pemimpin Pakatan Harapan telah mengisytiharkan harta mereka kepada SPRM.Ia susulan arahan mewajibkan anggota pentadbiran negara dan Ahli PArlimen mengisytiharkan harta mereka.Foto: NSTPTimbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, bagaiamanapun enggan dedahkan kelima-lima nama yang telah mengisytiharkan harta mereka sambil tidak menolak kemungkinan senarai nama lain sudah diserahkan kepada Perdana Menteri.2 maut akibat keracunan selepas makan laksa di sebuah gerai di Baling, Kedah!Manakala, 17 lagi mangsa dilapor jatuh sakit dan kini menerima rawatan.Kementerian Kesihatan sudah memeriksa gerai terbabit dan mengarahkan penutupan sementara bagi mengenal pasti punca sebenar keracunan makanan tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78900", "title": "Kementerian Pendidikan komited bongkar salah laku di sekolah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKementerian Pendidikan komited bongkar salah laku di sekolah.\nNov 18, 2018\n\nKementerian dan SPRM bongkar kegiatan salah laku di sekolahFoto - Astro AwaniKementerian Pendidikan Malaysia akan beri kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk bongkar salah laku melibatkan sekolah-sekolah di negara ini.Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata beberapa lagi individu bakal dipanggil dan didakwa SPRM dalam masa terdekat sama ada tahun ini atau tahun depan.Foto - Astro AwaniSementara itu, Kementerian Pendidikan mengalu-alukan mana-mana NGO untuk laksanakan kempen kesedaran mengenai bahaya dadah di sekolah.Kempen-kempen tersebut\u00a0juga boleh dijayakan\u00a0menerusi pembabitan sektor swasta dan parti-parti politik agar jenayah tersebut dapat dibanteras.\u00a0---Tambang bas di Putrajaya kekal 50 sen!Foto - UtusanKerajaan peruntukkan subsidi 5 juta ringgit setiap tahun untuk mengekalkan tambang bas di Putrajaya pada harga 50 sen.Menteri Wilayah berkata langkah itu bagi menggalakkan penduduk menggunakan bas sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja atau destinasi lain.Foto - Astro AwaniSementara itu, Khalid Abdul Samad turut maklumkan Putrajaya catat penurunan kes denggi sebanyak 38 peratus daripada lebih 520 kes tahun lalu kepada hampir 330 kes tahun ini.Di Terengganu pula, lebih 430 kes denggi dilaporkan sejak Januari sehingga minggu lalu, peningkatan lebih 50 peratus berbanding tahun lalu.---Rafizi Ramli sah tidak bertanding PRK DUN Rantau!Foto - Astro AwaniRafizi Ramli sahkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Rantau.Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak bertanding atau pegang sebarang jawatan dalam kerajaan sekurang-kurangnya 2 tahun.Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media mengesahkan nama Rafizi antara yang dibangkitkan sebagai calon PRK DUN Rantau.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71255", "title": "PKPD asrama Top Glove bukan 13 ribu pekerja", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKPD asrama Top Glove bukan 13 ribu pekerja\nNov 17, 2020\n\nPKPD asrama Top Glove bukan 13 ribu pekerjaFoto - The Malaysian ReservePerintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang dikuatkuasakan di asrama pekerja asing Top Glove di Meru, Klang mulai hari ini hanya membabitkan 5,700 pekerja dan bukannya 13,190 seperti yang dilaporkan.Dalam satu kenyataan pengeluar sarung tangan getah itu berkata, pekerja yang terjejas mewakili kira-kira 27 peratus daripada jumlah pekerjanya yang seramai 21,000.Malah, kilang-kilang milik Top Glove di Meru terus beroperasi dengan kapasiti yang rendah dan pekerja yang tidak berada di bawah PKPD bekerja di bawah prosedur operasi standard yang ketat.-----Kelantan sedia pusat kuarantin mangsa banjirFoto - Facebook YB Dr Izani HusinKelantan akan membuka sebanyak 45 pusat kuarantin COVID-19 sepanjang musim banjir bagi menempatkan mangsa bencana negeri itu yang dikesan mempunyai gejala virus berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin, berkata pusat kuarantin berkenaan juga akan menempatkan mangsa banjir dari zon merah COVID-19.Secara keseluruhan, Kelantan akan mempunyai 539 pusat pemindahan sementara dan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dengan satu pusat kuarantin di sekolah yang terpilih.-----ADUN Bugaya, Manis Muka meninggal duniaFoto - Astro AwaniAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah, tengah hari ini.Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun sewaktu mendapatkan rawatan di hospital berkenaan ekoran masalah buah pinggang.Manis Muka, yang juga Ketua Wanita Parti Warisan Sabah Semporna mempertahankan kerusi DUN Bugaya pada Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini, dalam saingan tujuh penjuru.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80498", "title": " Kekal Umur Bersara 60 Tahun ", "body": "\n\u2190 Back to list\n Kekal Umur Bersara 60 Tahun \nSep 03, 2019\n\nPerdana Menteri berkata tiada keperluan untuk melanjutkan had umur bersara mandatori daripada 60 kepada 65 tahun.Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, langkah berkenaan akan menyekat peluang pekerjaan untuk generasi muda.Terdahulu, MTUC mencadangkan agar had usia bersara dilanjutkan kepada 65 tahun seperti di negara-negara maju, termasuk Singapura.Semua Syarikat Boleh Daftar Bisnes E Hailing Motosikal\u00a0Kementerian Pengangkutan jelaskan perkhidmatan e hailing motosikal tidak dibuka kepada syarikat luar sahaja.Katanya syarikat tempatan juga dialu-alukan untuk menyertainya, namun perlu mematuhi syarat serta undang-undang yang akan ditetapkan.Buat masa ini, kementerian sedang merangka undang-undang berkaitan perkhidmatan itu sebelum dibentangkan di parlimen.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72193", "title": "Umrah DIY satu kesalahan di Arab Saudi", "body": "\n\u2190 Back to list\nUmrah DIY satu kesalahan di Arab Saudi\nMay 18, 2017\n\nUmrah persendirian atau lebih dikenali dengan umrah DIY, adalah satu kesalahan di sisi undang-undang kerajaan Arab Saudi.Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berkata, mana-mana individu yang melakukan umrah DIY boleh ditahan pihak berkuasa negara tersebut.Jelasnya, kerajaan Arab Saudi mewajibkan jemaah yang berada di Tanah Suci perlu berdaftar dan diurus oleh syarikat pengendali umrah yang sah atau lebih dikenali sebagai muassasah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79981", "title": "Rangkuman tajuk berita utama hari ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nRangkuman tajuk berita utama hari ini\nMay 24, 2019\n\nFoto - skytraxratingsSemua syarikat penerbangan dikehendaki pamerkan harga muktamad bagi tambang tiket, berkuat kuasa 1 Jun ini.Kementerian Pengangkutan tegaskan harga muktamad perlu diletakkan untuk tujuan pengiklanan, dan juga sewaktu pembelian tiket.Katanya langkah itu bertujuan untuk hapuskan caj tersembunyi seperti caj pembayaran kad dan yuran pentadbiran.Foto - SaysLorong tambah nilai Touch n Go di semua Lebuhraya PLUS akan ditutup bermula 30 Mei sehingga 11 Jun depan.PLUS berkata, langkah itu bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh musim perayaan ini.Pihaknya juga telah mengeluarkan jadual waktu cadangan perjalanan kepada pengguna yang ingin pulang ke kampung.Foto - malaymailMahkamah Tinggi KL keluarkan waran tangkap ke atas bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia, Datuk Hasanah Abdul Hamid.Ini selepas beliau gagal hadir untuk pengurusan kes pecah amanah wang kerajaan berjumlah 50.4 juta ringgit.Namun, peguam yang mewakili Hasanah mengakui kesilapan pihaknya kerana gagal memaklumkan anak guamnya berhubung tarikh pengurusan kes itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72140", "title": "Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad umum bertanding sebagai calon bebas pada PRK Parlimen Port Dickson.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTan Sri Mohd Isa Abdul Samad umum bertanding sebagai calon bebas pada PRK Parlimen Port Dickson.\nSep 28, 2018\n\nBekas MB Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad buat kejutan apabila umum akan bertanding sebagai calon bebas pada PRK Parlimen Port Dickson.Jelas bekas Naib Presiden UMNO itu, keputusan tersebut dibuat selepas parti berkenaan tidak meletakkan calon untuk pilihan raya tersebut.Tindakan terbabit juga menyebabkan keanggotaan beliau dalam UMNO terlucut secara automatik.Ujar Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, perkara itu termaktub dalam perlembagaan parti dan terpakai kepada semua anggota.Sementara itu, rancangan UMNO untuk mewujudkan kerajaan perpaduan boleh dianggap tidak akan tercapai.Ini selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, parti itu tiada hasrat menerima cadangan membentuk kerajaan perpaduan.Malah beliau menegaskan, soal itu tidak pernah berbangkit dalam Pakatan Haran, justeru merasakan ia tidak relevan untuk dibincangkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81943", "title": "Tarikh pembukaan semula sesi persekolahan akan dibincangkan hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTarikh pembukaan semula sesi persekolahan akan dibincangkan hari ini.\nJun 09, 2020\n\nKementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran hari ini mengenai tarikh pembukaan semula sesi persekolahan.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata pembukaan sekolah pada fasa pertama mungkin hanya akan melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam sahaja sebelum dibuka kepada semua.Ibu bapa juga katanya akan diberikan masa dua minggu untuk membuat persiapan sebelum anak-anak kembali ke sekolah.Kelonggaran kawalan sempadan hanya akan dipertimbang jika penularan Covid-19 dapat dikawalLangkah untuk melonggarkan kawalan sempadan antarabangsa hanya akan dipertimbangkan jika Malaysia berjaya mengawal penularan COVID-19 sepanjang Perintah Pergerakan Pemulihan, PKPP.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata jika ianya dilaksanakan sekali pun, pergerakan rentas negara mungkin hanya akan melibatkan negara dengan kes COVID-19 yang rendah.Jaga kebersihan untuk elak kes demam denggi.Orang ramai diseru agar mempertingkatkan tahap kebersihan di kawasan masing-masing memandangkan lebih banyak sektor bakal dibuka selaras dengan pelaksanaan PKPP bermula esok.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana kebanyakan tempat yang lama tertutup dan tiada pergerakan orang ramai berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81945", "title": "Hampir 300 pulih COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nHampir 300 pulih COVID-19\nJun 09, 2020\n\nHampir 300 pulih COVID-19Foto - Malay MailSejumlah 281 kes pulih daripada wabak COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih dan discaj kepada 6,975 kes atau 83.67 peratus daripada keseluruhan kes.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh itu merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.Bagi kes baru pula, 7 kes dilaporkan iaitu enam kes import dan satu kes penularan tempatan babitkan bukan warganegara manakala jumlah kematian kekal 117.-----Rapid Rail jangan pandai-pandai!Foto - BernamaRapid Rail tidak ada kuasa untuk mengubah dasar atau peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan termasuk menamatkan peraturan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen.Sebaliknya Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, Rapid Rail perlu membuat permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara jika pihaknya mahu membuat sebarang perubahan.Rapid Rail terdahulu maklumkan, perkhidmatan relnya akan beroperasi secara normal serta mengakhiri peraturan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen bermula esok susulan pelaksanaan PKPP.-----Solat Jumaat, fardhu berjemaah di Terengganu diperluasFoto - Malaysia KiniTerengganu memperluaskan kebenaran solat Jumaat dan solat fardhu berjemaah di semua masjid dan surau negeri itu bermula 12 Jun ini.Majlis Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berkata, bilangan jemaah tertakluk kepada keluasan masjid serta mengambil kira SOP ditetapkan.Individu bergejala, kanak-kanak berusia bawah 15 tahun dan warganegara asing bagaimanapun tidak dibenarkan hadir ke masjid sepanjang tempoh PKPP.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79084", "title": "Tambang bas sekolah tidak akan naik.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTambang bas sekolah tidak akan naik.\nDec 31, 2018\n\nTambang bas sekolah tidak akan naik!Itu jaminan yang diberikan oleh Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia ekoran penetapan harga jualan runcit petroleum secara mingguan bermula esok.Pihaknya juga mohon semua pihak termasuk pengusaha agar tidak ambil kesempatan susulan pelaksanaan apungan harga minyak itu.Sementara itu, Perdana Menteri akan bertemu Persatuan\u00a0Pengusaha\u00a0Stesen Minyak Malaysia hari ini.Jelas Tun M, ia bagi membincangkan kebimbangan\u00a0persatuan itu selepas\u00a0sistem\u00a0apungan harga minyak\u00a0secara mingguan.Polis buru lelaki ganggu kanak-kanak di masjid.Polis giat buru seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang cuba ganggu seorang kanak-kanak di sebuah masjid di Gombak.Foto: UtusanMenerusi video kejadian yang viral di media sosial itu, kanak-kanak itu sempat diselamatkan oleh ibunya dan suspek kemudiannya beredar daripada tempat kejadian.\u00a0Beberapa jalan di Putrajaya ditutup sempena sambutan ambang tahun baru.Tujuh jalan di Presint 2 dan 3 Putrajaya akan ditutup mulai jam 4 petang ini hingga 2 pagi esok sempena sambutan ambang tahun baru 2019.Foto: KosmoSementara itu, Rapid KL juga lanjutkan waktu perkhidmatan stesen rel dan laluan basnya yang terpilih hingga jam 2 pagi esok bagi memudahkan orang ramai.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71867", "title": "Kes JE dikesan di Sarawak", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes JE dikesan di Sarawak\nJul 07, 2017\n\nKementerian Kesihatan sahkan satu kes jangkitan JE dikesan di Kota Samarahan dekat Kuching, Sarawak.\u00a0Kes membabitkan kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 25 Mei lalu.Jelas Datuk Seri Dr S. Subramaniam, kes berkenaan ada kaitan dengan gaya hidup masyarakat di kawasan tersebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71719", "title": "IMF jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal kukuh", "body": "\n\u2190 Back to list\nIMF jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal kukuh\nFeb 05, 2016\n\nTabung Kewangan Antarabangsa (IMF) jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal kukuh tahun ini disebalik cabaran ekonomi domestik dan luaran.Menurut IMF, GST telah membantu mengurangkan kesan susulan penurunan harga minyak dan kewangan kerajaan.IMF juga mengunjurkan KDNK Malaysia bertumbuh 4.4 peratus tahun ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73276", "title": "DBKL akan pasang pemisah lorong basikal baru yang lebih selamat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDBKL akan pasang pemisah lorong basikal baru yang lebih selamat.\nJan 30, 2018\n\nDBKL akan pasang pemisah lorong basikal baru iaitu jenis 'flexi-post' yang lebih selamat di sepanjang laluan basikal di sekitar ibu kota.Ia akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 2 minggu.Ia bagi menggantikan pemisah lorong basikal jenis 'rubber separator' yang dipasang baru-baru ini setelah dikritik banyak pihak kerana kurang selamat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72135", "title": "Tun M akan serah jawatan kepada Anwar!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTun M akan serah jawatan kepada Anwar!\nSep 03, 2018\n\nTun Dr Mahathir Mohamad akan tetap menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim!Menurutnya, beliau akur dengan persetujuan yang dicapai Pakatan Harapan sebelum ini.Berdasarkan persetujuan PH sebelum PRU14, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diangkat menjadi Perdana Menteri selepas 2 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72959", "title": "Penggunaan Internet di negara ini meningkat", "body": "\n\u2190 Back to list\nPenggunaan Internet di negara ini meningkat\nNov 15, 2017\n\nPenggunaan Internet di negara ini meningkat kepada lebih 89 peratus tahun ini, berbanding 80 peratus pada 2016.Kajian pengguna media sosial mendapati, 15.5 peratus pengguna adalah dalam kalangan remaja berumur 19 tahun ke bawah.Malah, pemilik akaun Facebook di negara ini meningkat kepada lebih 97 peratus berbanding 96.5 peratus pada 2016.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72864", "title": "2 Mangsa Pedofil Richard Huckle Jalani Kaunseling", "body": "\n\u2190 Back to list\n2 Mangsa Pedofil Richard Huckle Jalani Kaunseling\nJun 13, 2016\n\nMenurut Timbalan Ketua Polis Negara, pihaknya akan ambil keterangan kanak-kanak terbabit selepas pakar sahkan psikologi mereka berada keadaan stabil.Tan Sri Noor Rashid Ibrahim turut memaklumkan, usaha mengesan semua mangsa lain sedang giat dilakukan.\u00a0\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81686", "title": "238 Ditahan Bina Penempatan Haram Dalam Hutan", "body": "\n\u2190 Back to list\n238 Ditahan Bina Penempatan Haram Dalam Hutan\nApr 29, 2020\n\nHampir 240 Ditahan Bina\u00a0Penempatan Haram Dalam Hutan Semasa PKPPolis tahan hampir 240 orang ekoran serbuan terhadap sebuah kawasan penempatan haram di hutan Batang Kali, Hulu Selangor.77 wanita dan 85 bayi serta kanak-kanak antara yang ditahan dan suspek dilapor berhijrah dari beberapa negeri antaranya Perak, Pahang dan Kelantan.Kesemuanya kini ditempatkan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.Menurut polis Selangor, mereka didapati mendirikan khemah sebagai tempat tinggal, juga tempat memasak dan mandi di penempatan haram itu.Hasil siasatan juga mendapati mereka mendakwa menjadi ahli sebuah pertubuhan iaitu Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN).COVID-19: Pengunjung Pasar Yang Ada Gejala Diminta Melakukan SaringanKementerian Kesihatan (KKM) minta pengunjung pasar awam yang mempunyai gejala seperti batuk, demam dan sesak nafas melakukan saringan COVID-19.Ia susulan kluster Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang merekodkan 74 kes positif.13 daripadanya membabitkan individu yang tidak menjalankan perniagaan di pasar borong tersebut dengan ada antaranya merupakan peniaga pasar lain yang membeli bekalan di situ.Sementara itu, DBKL memaklumkan Pasar Raja Bot di Chow Kit ditutup bermula hari ini hingga 13 Mei.Ia bagi memberi laluan kepada proses sanitasi dan saringan COVID-19 terhadap peniaganya.Dalam perkembangan berkaitan, Pasar Awam Bahau di Jempol, Negeri Sembilan dan kawasan sekitarnya kini dijadikan Kawasan Kawalan Khas (KKK) sehingga 10 Mei.Ia bermakna premis dan kawasan sekitarnya ditutup dan penduduk tidak dibenarkan keluar dari tempat tinggal dalam tempoh ini.Ini selepas seorang peniaga di pasar tersebut disahkan positif COVID-19 dan dilapor antara kluster Pasar Borong Kuala Lumpur.Masyarakat Perlu Bersedia Hadapi COVID-19 Dalam Tempoh Lebih LamaPelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak boleh menghapuskan penularan COVID-19 secara menyeluruh.Sebaliknya ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, masyarakat perlu bersedia menghadapi virus berkenaan untuk tempoh lebih panjang.Kita semua juga perlu membiasakan diri dengan norma-norma baru di semua peringkat masyarakat dan amalan hidup.Antaranya mengamalkan penjarakan sosial yang selamat dan mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=120763", "title": "88 Lagi Kes COVID-19 Varian Delta Dikesan.", "body": "\n\u2190 Back to list\n88 Lagi Kes COVID-19 Varian Delta Dikesan.\nNov 19, 2021\n\n\n88 Lagi Kes COVID-19 Varian Delta Dikesan.\n88 lagi kes Covid-19 membabitkan varian Delta dikesan di negara ini.\nKes tertinggi direkodkan di Selangor diikuti Perak, Negeri Sembilan dan Johor.\nIa menjadikan jumlah kes positif melibatkan varian membimbangkan itu cecah hampir 4,000.\n\u00a0\nVTL udara dan darat antara Malaysia dan Singapura bermula 29 November ini.\nLaluan Perjalanan Vaksinasi, VTL darat antara Malaysia dan Singapura akan bermula 29 November ini.\nIa dilaksanakan serentak dengan perjalanan rentas sempadan melalui udara antara Lapangan Terbang Changi dan KLIA.\nDi bawah VTL, pengembara yang lengkap divaksinasi tidak perlu jalani kuarantin wajib.\n\u00a0\nKebimbangan rakyat Malaysia terhadap ancaman Covid-19 menurun.\nSebaliknya kajian oleh agensi antarabangsa, IPSOS dedahkan, 54 peratus daripada 500 responden lebih risau akan situasi kewangan negara dan kes penyelewengan.\n33 peratus pula bimbang akan pengangguran dan kemiskinan.\nKebimbangan rakyat terhadap Covid-19 paling tinggi dicatatkan adalah pada Ogos lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72993", "title": "Dhaarma Raj Abdullah lega kerana masih ada pasukan mahu sertai Liga Hoki Wanita 2018", "body": "\n\u2190 Back to list\nDhaarma Raj Abdullah lega kerana masih ada pasukan mahu sertai Liga Hoki Wanita 2018\nDec 26, 2017\n\nJurulatih hoki wanita kebangsaan, Dhaarma Raj Abdullah lega kerana masih ada pasukan mahu sertai Liga Hoki Wanita 2018.Jelasnya, PHM telahpun membenarkan pasukan tersebut sertai Liga Hoki Wanita 2018 walaupun mendaftar selepas tarik tutup penyertaan.Katanya, kehadiran skuad PDRM, UiTM dan Kedah beri lebih banyak ruang untuk menilai pemain bagi diserap ke dalam pasukan negara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80814", "title": "Pengusaha bas wajar sediakan video keselamatan penumpang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPengusaha bas wajar sediakan video keselamatan penumpang.\nNov 12, 2019\n\nPengusaha bas persiaran dan ekspres wajar sediakan video keselamatan dalam bas seperti dilakukan syarikat penerbangan!Justeru Kementerian Pengangkutan saran ia dilaksanakan kerana ia dapat meningkatkan tahap keselamatan penumpang.Ia juga memberi pendedahan kepada penumpang mengenai\u00a0tindakan yang boleh diambil apabila berlaku kecemasan.Bantuan zakat mungkin akan diberikan kepada mahasiswa yang terima bantuan Food Bank Siswa.Kerajaan bercadang untuk memberikan zakat kepada mahasiswa yang terima bantuan daripada program Food Bank Siswa tahun depan.Selain bantuan makanan melalui Food Bank, sumbangan zakat itu dilihat dapat ringankan beban kewangan pelajar kurang berkemampuan.Setakat ini, hampir 6,500 pelajar terima manfaat daripada program Food Bank yang telah dilancarkan di 20 IPTA seluruh negara.Bayi 23 bulan maut dipercayai didera.Bayi berusia 23 bulan maut dipercayai didera, ekoran penemuan hampir 90 kesan kecederaan pada badan.Susulan itu, ibu bapa bayi berkenaan dan rakan mereka ditahan untuk siasatan lanjut.Menurut polis Sepang, mangsa adalah anak bongsu daripada 4 beradik dan siasatan awal mendapati ibu mangsa ada mengalami masalah kemurungan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72702", "title": "Nahas Helikopter Di Semenyih : Kecuaian Juruterbang Antara Punca", "body": "\n\u2190 Back to list\nNahas Helikopter Di Semenyih : Kecuaian Juruterbang Antara Punca\nSep 13, 2016\n\nLaporan akhir nahas helikopter di Semenyih, Selangor 4 April tahun lalu menyatakan, kecuaian juruterbang adalah antara punca tragedi tersebut.Juruterbang didapati gagal membuat pemeriksaan selepas membuat pendaratan kasar di sebuah padang bola di Muadzam Shah, Pahang pada hari kejadian.\u00a0Nahas berkenaan mengakibatkan 6 nyawa terkorban termasuk Ahli Parlimen Rompin, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=114842", "title": "Pawagam Dibuka Semula Esok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPawagam Dibuka Semula Esok.\n\n\n\nPawagam Dibuka Semula Esok.\nBermula esok, individu yang sudah lengkap divaksin boleh menonton wayang di pawagam.\nHad kapasiti penonton adalah 50 peratus ruang dewan pawagam.\nAktiviti seperti pameran seni, lawatan muzium dan persembahan teater turut dibuka buat pengunjung yang lengkap divaksin dengan kapasiti 30 peratus ruang premis.\nSementara itu, institut memandu di seluruh negara dibenarkan beroperasi secara janji temu bermula esok.\nMenteri Pengangkutan berkata walaupun institut memandu sudah boleh beroperasi, ujian bagi mendapatkan lesen memandu hanya bermula pada 17 September.\n\u00a0\nSOP untuk sesi persekolahan bersemuka akan dimuktamadkan esok.\nMenurut Menteri Kesihatan, ia akan diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan antara KKM dengan Kementerian Pendidikan.\nSebelum ini, Menteri Pendidikan mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.\n\u00a0\nKongsi idea mengenai pembentangan Bajet 2022 di Tik Tok.\nOrang ramai diajak untuk berkongsi idea mengenai pembentangan Bajet 2022 menerusi aplikasi Tik Tok.\nMenurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia khususnya golongan belia.\nVideo berdurasi 1 minit itu perlu disertakan #myinclusivebajet dan #bajet2022.\nTarikh tutup penyertaan adalah 15 September ini.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72566", "title": "Ribuan Hadir Pengebumian KM Sarawak", "body": "\n\u2190 Back to list\nRibuan Hadir Pengebumian KM Sarawak\nJan 12, 2017\n\nJenazah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Semariang, Kuching kira-kira jam 2.30 petang tadi.Antara ribuan orang kenamaan dan rakyat yang hadir memberi penghormatan terakhir adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.\u00a0Allahyarham meninggal dunia tengah hari semalam akibat komplikasi jantung dan meninggalkan seorang balu serta 5 zuriat.Sementara itu, polis Sarawak akan terus memantau kenyataan dan komen di media sosial berkaitan kematian Tan Sri Adenan.Pihaknya tegaskan, tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan memfitnah Allahyarham.Polis telah terima 13 laporan terhadap pemilik akaun Facebook yang memuat naik kenyataan memfitnah Allahyarham Tan Sri Adenan dan setakat ini seorang sudah ditahan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81950", "title": "PKPP ujian sebenar tahap disiplin kendiri masyarakat menentang Covid-19.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKPP ujian sebenar tahap disiplin kendiri masyarakat menentang Covid-19.\nJun 10, 2020\n\nUjian sebenar terhadap tahap disiplin kendiri dan sosial masyarakat dalam mengawal penularan Covid-19 bermula hari ini.Ketua Pengarah Kesihatan berkata ia susulan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, PKPP yang menyaksikan lebih banyak sektor dibuka semula.Dalam pada itu, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berbangga dengan usaha kerajaan dan masyarakat dalam mengawal penularan Covid-19 susulan tiada kes baru babitkan warganegara, semalam.Hanya 7 kes baru direkodkan semalam dengan 6 daripadanya merupakan kes import.PDRM akan melaksanakan penugasan baru susulan perjalanan merentas negeri mulai hari ini.Ketua Polis Negara berkata polis peronda akan ditempatkan di sepanjang lebuh raya dan jalan utama bagi memantau aliran trafik.Objektifnya adalah untuk mengesan kesesakan lalu lintas, pemandu mabuk, memandu melebihi had laju dan lain-lain kesalahan termasuklah individu yang melanggar SOP PKPP yang ditetapkan.Operasi sanitasi akan dilaksanakan di semua sekolah menengah\u00a0sebelum dibuka.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan melaksanakan operasi sanitasi di semua sekolah menengah di seluruh negara sebelum dibuka.Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata langkah itu bagi memastikan sekolah bersih daripada ancaman Covid-19.Tarikh pembukaan semula sesi persekolahan, dijangka akan diumumkan hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73234", "title": "Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dijangka dilanda hujan lebat berterusan mulai Khamis ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dijangka dilanda hujan lebat berterusan mulai Khamis ini.\nDec 05, 2017\n\nKelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dijangka dilanda hujan lebat berterusan mulai Khamis ini.Jabatan Meteorologi maklumkan, hujan lebat beserta angin kencang akan berlanjutan sehingga Sabtu.Sementara itu, situasi banjir di pantai timur semakin pulih.Mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 2,275 orang berbanding 5,600 orang petang semalam.Di Terengganu, 172 mangsa ditempatkan di 2 pusat pemindahan, manakala kesemua mangsa banjir di Pahang, telah dibenarkan pulang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=153420", "title": "Operasi Menyelamat 8 Mangsa Kepala Air Diteruskan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nOperasi Menyelamat 8 Mangsa Kepala Air Diteruskan.\nJul 03, 2023\n\n\nOperasi Menyelamat 8 Mangsa Kepala Air Diteruskan.\nOperasi hari ke-2 mencari dan menyelamat 8 lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar diteruskan pada 9 pagi tadi.\nSelain penambahan anggota penyelamat, lokasi pencarian juga diperluaskan dan melibatkan 3 fasa.\nPolis Kemaman memaklumkan, orang awam yang ingin bantu pencarian amat digalakkan namun perlu lapor diri terlebih dahulu kepada pihaknya.\nSetakat semalam 2 mayat mangsa tragedi itu dijumpai dan mereka adalah ibu dan anak.\n\u00a0\nPM lakukan lawatan mengejut ke KLIA.\nPerdana Menteri melakukan lawatan mengejut ke kaunter Imigresen dan Kastam di KLIA semalam.\nDatuk Seri Anwar Ibrahim juga beri jaminan siasatan rapi akan dijalankan pihak berkuasa berhubung dakwaan rasuah membabitkan kakitangan Jabatan Imigresen dan warga China di lapangan terbang itu.\nBeliau juga menegaskan isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72459", "title": "Murid Terpaksa Dibedah Akibat Cedera Dibuli", "body": "\n\u2190 Back to list\nMurid Terpaksa Dibedah Akibat Cedera Dibuli\nMay 24, 2017\n\nSeorang murid tingkatan 3 sebuah sekolah di Pasir Mas, Kelantan terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang darah beku di kepala.Kosmo melaporkan, murid berkenaan mendakwa dia mengalami pendarahan tersebut akibat cedera dibuli rakan sekelasnya minggu lalu.Keluarga mangsa juga sudah membuat laporan polis.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72271", "title": "Datuk eksploitasi pekerja ditahan", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk eksploitasi pekerja ditahan\nMar 29, 2017\n\nPihak berkuasa tahan seorang pemilik kilang sarang burung walit di Klang, Selangor kerana dipercayai eksploitasi lebih 170 pekerjanya.Lelaki bergelar Datuk dan berusia 29 tahun itu dilapor paksa pekerjanya bekerja 16 jam sehari tanpa cuti hingga menyebabkan keletihan melampau termasuk pengsan.Gaji pekerja pula ada yang tidak dibayar, lambat dibayar, malah dipotong secara maksimum jika mereka terpaksa ambil cuti sakit atau kilang ditutup kerana cuti umum.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73133", "title": "Hampir 1,400 kes Macau Scam disiasat pada tahun 2017.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHampir 1,400 kes Macau Scam disiasat pada tahun 2017.\nFeb 19, 2018\n\nHampir 1,400 kes Macau Scam disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil pada tahun 2017, naik ketara berbanding tahun sebelumnya.Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, SAC Ahmad Noording Bin Ismail berkata warga Malaysia mudah terpedaya dengan sindiket Macau Scam ini.\u00a0\u00a0Siasatan polis mendapati sindiket itu menggunakan kaedah 'spoofing'\u00a0 dengan\u00a0menyamar sebagai pihak berkuasa seperti polis, untuk menipu wang mangsa.\u00a0Oleh itu beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi termasuk akaun perbankan internet menerusi panggilan telefon.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71072", "title": "Berita Melegakan", "body": "\n\u2190 Back to list\nBerita Melegakan\nOct 16, 2020\n\nBerita MelegakanAda 2 berita agak melegakan untuk penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.Pertama, kerajaan kini membenarkan maksimum 4 orang makan semeja di restoran dan kedai makan di kawasan berkenaan.Bagaimanapun, ia tertakluk kepada luas meja dan pelanggan perlu amalkan penjarakan fizikal yang betul.Kedua, penduduk KL dan Putrajaya dibenar solat Jumaat dan solat fardu di masjid dan surau dalam tempoh PKPB ini tetapi dengan jumlah jemaah yang terhad.Bagi solat Jumaat, ia tidak boleh melebihi 50 orang dan solat fardu 20 jemaah serta tertakluk kepada keluasan dewan solat dengan penjarakan 1 meter antara jemaah.Taiping Kini Zon MerahMukim Taiping diisytihar zon merah oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak susulan pengesanan 77 kes positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari.Menerusi kenyataan di Facebook rasminya, JKN Perak memaklumkan, 48 daripada 52 kes jangkitan baru yang direkodkan di Perak semalam adalah dari mukim berkenaan.Semua kes berkenaan itu juga melibatkan banduan di sebuah pusat tahanan di Kamunting.Belum Ada RancanganKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum bercadang membangunkan hospital sementara di Selangor seperti yang dibina di MAEPS Serdang kerana kemudahan sedia ada mencukupi.Ketika ini KKM menggunakan Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh bagi merawat kes yang tidak bergejala atau bergejala ringan di Selangor.589 kes baru COVID-19 direkodkan semalam dan Sabah kekal mencatatkan kes paling tinggi iaitu 304.4 lagi kluster baru COVID-19 turut dikesan, menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif di Malaysia kini sebanyak 75.Sementara itu, Kluster Utama kini menyumbang kepada kes positif paling tinggi di Selangor apabila merekodkan 105 kes baru semalam.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81714", "title": "PKP Belum Tamat!", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKP Belum Tamat!\nMay 04, 2020\n\nPKP Belum Tamat!Tidak benar tanggapan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah tamat.Tegas Ketua Pengarah Kesihatan, PKP masih berlangsung namun cuma diberi sedikit kelonggaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).\u00a0Ujar Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ini kerana Malaysia telah berjaya capai 6 kriteria yang digariskan WHO antaranya kawalan sempadan diperketatkan dan kemampuan sistem kesihatan.Sementara itu, Rakyat perlu terima dan amal norma-norma baru sejajar pelaksanaan PKPB yang bermula hari ini.\u00a0Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) yang penting ialah kerjasama rakyat mendisiplinkan diri dan mematuhi SOP yang dikeluarkan.\u00a0KKM juga menjelaskan, kerajaan perlu melaksanakan tanggungjawab maqasid syariah iaitu menjaga kesihatan rakyat dan pada masa sama memastikan sektor ekonomi berjalan.\u00a0Malah SOP sudah disediakan untuk dipatuhi sektor ekonomi terlibat dan hanya tunggu pelaksanaanSila Kemas Kini Aplikasi Gerak Malaysia AndaLebih 460 ribu orang telah buat permohonan menerusi Aplikasi Gerak Malaysia untuk membolehkan mereka buat perjalanan dari kampung ke rumah.SKMM mengingatkan, individu yang telah buat permohonan untuk kemas kini aplikasi mereka di telefon pintar untuk membolehkan ia diproses.Setelah mendapat kelulusan, orang ramai boleh melakukan perjalanan mulai 7 hingga 10 April ini berdasarkan jadual yang ditetapkan PDRM mengikut negeri.PKPB: Selangor Ubah Suai SedikitSelangor mengubah suai sedikit garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).Antaranya, restoran dan peniaga berpremis dibenarkan beroperasi untuk urusan bawa pulang dan penghantaran sahaja dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam.Peniaga tidak berpremis termasuk penjaja dan trak makanan pula hanya dibenarkan beroperasi selepas 12 Mei.Ia bertujuan memberikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) cukup masa untuk mengatur persediaan bagi penjarakan sosial dan pengesanan kontak.Foto: RapidKL\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72494", "title": "7 lagi kamera AES akan dipasang sebelum akhir tahun", "body": "\n\u2190 Back to list\n7 lagi kamera AES akan dipasang sebelum akhir tahun\nMay 01, 2017\n\nJPJ akan memasang tujuh lagi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik atau AES sebelum akhir tahun ini.Ia akan dipasang di lokasi sering berlaku kemalangan namun JPJ enggan mendedahkan tarikh pemasangan serta lokasi 7 kamera AES.Setakat ini 14 kamera AES telah dipasang di seluruh Semenanjung.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79214", "title": "Saman RM300 Serta Merta Sepanjang Op Selamat 14", "body": "\n\u2190 Back to list\nSaman RM300 Serta Merta Sepanjang Op Selamat 14\nJan 22, 2019\n\nSaman maksimum 300 ringgit dikenakan serta merta terhadap pemandu yang lakukan kesalahan utama sepanjang Op Selamat 14, Sempena Tahun Baru Cina.Menurut PDRM, saman mandatori itu akan mula dikuatkuasakan di seluruh negara 29 Januari ini hingga 12 Februari depan.Antara kesalahan itu ialah memandu di lorong kecemasan, melebihi had laju serta gunakan telefon ketika memandu.Tengku Puan Pahang Dilantik Tengku Ampuan Pahang\u00a0Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilantik menjadi Tengku Ampuan Pahang.Perkara itu diputuskan Sultan Pahang dalam mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang.Istiadat pemasyhuran akan diadakan pada 29 Januari ini di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan.Dalam pada itu, Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang yang baru.\u00a0PLUS Berhajat Pasang Kamera Had Laju Di Lebuhraya Kendaliannya\u00a0PLUS cadang kepada kerajaan berhubung pemasangan kamera had laju di Jambatan Pulau Pinang serta menambah kamera itu di kesemua lebuh raya kendalian miliknya.Jelasnya, pemasangan dan penambahan kamera itu bertujuan untuk kurangkan kadar kemalangan di lebuh raya.Dalam pada itu, pihaknya juga turut mempertimbangkan untuk naik taraf ketinggian tembok di Jambatan Pulau Pinang.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80270", "title": "Video intim terkait menteri adalah tulen!", "body": "\n\u2190 Back to list\nVideo intim terkait menteri adalah tulen!\nJul 18, 2019\n\nVideo intim terkait menteri adalah tulen!Foto - MalaysiakiniKetua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador sahkan, video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri adalah tulen.Menurutnya, pengesahan ketulenan video itu dibuat oleh pihak CyberSecurity Malaysia.Namun katanya, pihak Cybersecurity tidak dapat memastikan seratus peratus pelaku dalam video berkenaan yang tular sebelum ini.-----Kerajaan lancar aplikasi Respons Rakyat 2.0Foto - Kosmo!Kerajaan hari ini melancarkan aplikasi telefon pintar generasi kedua yang dikenali sebagai Respons Rakyat atau RR 2.0.Aplikasi ini bertujuan memudahkan rakyat membuat aduan dan maklum balas berhubung sistem penyampaian perkhidmatan awam.\u00a0Antara kelebihannya ialah pengguna boleh memuat naik video dan audio dan pengadu boleh ikuti perkembangan kes dalam siasatan.-----Kementerian Pendidikan nafi ubah mata pelajaran Sejarah Tingkatan TigaFoto - The PatriotsKementerian Pendidikan menafikan melakukan pindaan terhadap buku teks mata pelajaran Sejarah Tingkatan Tiga.Ini selepas ia didakwa berbuat demikan bagi memansuhkan beberapa bab berkaitan pendudukan Jepun dan ancaman Parti Komunis Malaya serta Darurat 1948.Menurutnya, pelaksanaan semakan kurikulum dan buku teks mata pelajaran Sejarah berkenaan sudah dilaksanakan secara berfasa sejak tahun 2017.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78969", "title": "Bekas Pengerusi Tabung Haji Nafi Salah Guna Dana Pendeposit", "body": "\n\u2190 Back to list\nBekas Pengerusi Tabung Haji Nafi Salah Guna Dana Pendeposit\nDec 03, 2018\n\nBekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim nafi\u00a0Program Yayasan Tabung Haji salah guna dana wang pendeposit.Tegasnya, tuduhan yang dilemparkan itu adalah fitnah dan sengaja mengaibkan dirinya semasa memegang jawatan itu.Dia turut kesal kerana TH tidak menggunakan prosedur operasi standard dalam menyiasat kes itu dan hanya mengetahuinya menerusi laporan media.Jumaat lalu, Tabung Haji buat laporan polis kerana dana yang dimiliki badan induk itu dipercayai disalah guna demi kepentingan politik.\u00a0Isu Rusuhan Kuil Akan Diketahui Dua Minggu Lagi\u00a0Keputusan berbincangan mengenai isu kuil di Subang Jaya dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.Menurut Menteri Besar\u00a0Selangor, Amirudin Shari, perbincangan diadakan secara tertutup sudah dibuat beberapa kali dan berlangsung dalam keadaan positif.Tambahnya, perbincangan dibuat dalam dua bentuk, sama ada bersama atau berasingan, dengan diketuai oleh beliau sendiri.Dalam perkembangan lain, beberapa suspek yang ditahan berhubung insiden rusuhan di kuil di Subang Jaya itu dibawa ke lokasi kejadian.\u00a0Suspek dilihat meninggalkan lokasi berkenaan tengahari tadi dengan kawalan rapi polis.\u00a0MCA Tiada Hak Nak Bubar BN\u00a0Presiden UMNO berkata MCA tiada hak untuk cadangkan supaya BN dibubarkan, walaupun ia hanya di peringkat cadangan.Sebaliknya jelas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebarang keputusan berkaitan BN perlu dipersetujui lima parti komponen lain.Bagaimanapun, tambah Zahid, UMNO akan menghormati sebarang keputusan MCA.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71772", "title": "'Semanis Fondant' Mula Bersiaran di Astro Ria Malam Ini", "body": "\n\u2190 Back to list\n'Semanis Fondant' Mula Bersiaran di Astro Ria Malam Ini\nJan 11, 2016\n\nMenurut Astro Gempak, Datuk Fazley Yaakob pikul tanggungjawab sebagai Ketua Bakeri dan Pastri dalam rancangan itu.Beliau turut dibantu 4 chef yang ditugas menyiapkan tempahan pelbagai jenis kek dari selebriti dan VIP.Rancangan realiti masakan dan seni menghias kek itu mempunyai 13 episod.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72175", "title": "Lelaki maut diyaki dipukul di Lahad Datu", "body": "\n\u2190 Back to list\nLelaki maut diyaki dipukul di Lahad Datu\nAug 08, 2017\n\nSeorang lelaki maut disyaki dipukul selepas dituduh mencuri ayam peliharaan di sebuah kampung di Lahad Datu, Sabah.Mangsa dilapor diserang suspek yang berang selepas mendapati ayam peliharaannya hilang dari reban, dan mengesyaki mangsa mencurinya.Polis kini giat memburu suspek yang melarikan diri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71105", "title": "PKPB: Bekalan Barang Keperluan Asas Cukup", "body": "\n\u2190 Back to list\nPKPB: Bekalan Barang Keperluan Asas Cukup\nOct 22, 2020\n\nPKPB: Bekalan Barang Keperluan Asas CukupBarangan keperluan asas mencukupi walaupun berlaku pembelian panik ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa kawasan.Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, pihaknya sedang memantau rantaian pembekalan barangan di semua peringkat bagi memastikan bekalan berterusan.Kementerian juga memastikan tiada peniaga melakukan manipulasi harga ketika negara sedang berdepan gelombang ketiga COVID-19.Sejak pelaksanaan PKPB di Sabah, Selangor, KL dan Putrajaya juga, 81 kes babit pelbagai kesalahan harga dan bekalan barang direkodkan.Tak Wajib Untuk SemuaBukan semua pekerja di kawasan PKPB atau zon merah wajib jalani ujian saringan atau calitan COVID-19.Menurut kerajaan, ujian itu hanya diwajibkan untuk pekerja di sektor pembinaan, pengawal keselamatan dan yang bergejala.Bagaimanapun, pekerja-pekerja di zon merah sangat disarankan melakukan ujian tersebut.Ujian berkenaan boleh dilakukan percuma menerusi panel perkhidmatan yang dilantik PERKESO.Macau Scam: SPRM Panggil 10 Lagi Artis & Selebriti 10 lagi artis dan selebriti akan dipanggil SPRM bagi bantu siasatan kes pengubahan wang haram dan judi dalam talian.Harian Metro melaporkan, kelmarin 9 individu termasuk Instafamous dipanggil beri keterangan berkaitan aktiviti itu.*foto sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71922", "title": "Siasatan berhubung pembelian hotel ketiga oleh Felda Investment Corporation masih dalam peringkat awal.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSiasatan berhubung pembelian hotel ketiga oleh Felda Investment Corporation masih dalam peringkat awal.\nAug 18, 2017\n\nSPRM berkata, siasatan berhubung pembelian hotel ketiga oleh Felda Investment Corporation masih dalam peringkat awal.Jelas SPRM, masih terlalu awal untuk buat kesimpulan berhubung pembelian hotel di Kota Kinabalu itu yang dibeli pada harga yang tinggi.Malah, pihaknya belum bercadang untuk menghantar pasukan penyiasatnya ke Kota Kinabalu buat masa ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72176", "title": "Dua ditahan sususlan budak 2 tahun mati didera", "body": "\n\u2190 Back to list\nDua ditahan sususlan budak 2 tahun mati didera\nJul 10, 2017\n\nKanak-kanak 2 tahun ditemui tidak sedarkan di sebuah bilik sewa di Segamat, Johor, sebelum disahkan meninggal dunia, dipercayai didera.Ibu dan abang mangsa yang juga seorang pemuda lembam ditahan bagi membantu siasatan.Difahamkan, mangsa didera ibunya yang juga seorang ibu tunggal kerana tertekan dengan kesempitan hidup dan tiada pekerjaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73334", "title": "Kenaikan harga minyak di pasaran sekarang berpunca daripada pergolakan di Asia Barat ", "body": "\n\u2190 Back to list\nKenaikan harga minyak di pasaran sekarang berpunca daripada pergolakan di Asia Barat \nNov 19, 2017\n\nKerajaan berkata, kenaikan harga minyak di pasaran sekarang berpunca daripada pergolakan di Asia Barat sehingga menjadikan harga minyak dunia meningkat.Jelasnya, harga minyak di pasaran tempatan akan diturunkan apabila harga bahan api itu di pasaran dunia kembali stabil.Ketika ini harga RON95 adalah 2 ringgit 38 sen seliter, manakalan RON97 2 ringgit 66 sen seliter.\u00a0Diesel pula 2 ringgit 25 sen seliter.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80740", "title": "Mangsa banjir catat peningkatan", "body": "\n\u2190 Back to list\nMangsa banjir catat peningkatan\nOct 27, 2019\n\nBanjir makin terukFoto : Astro AwaniSatu pusat pemindahan sementara dibuka di Bukit Mertajam malam tadi ekoran beberapa kawasan di situ alami banjir kilat.Ia ekoran hujan lebat berterusan lebih 2 jam pada petang semalam memaksa 50 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan itu.Dalam pada itu, lebih 800 pegawai dan anggota bomba Pulau Pinang dibekukan cuti dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan terutamanya banjir di negeri itu.Agensi Pengurusan Bencana Negara maklumkan jumlah mangsa banjir di semenanjung terus meningkat melebihi 1,100 mangsa berbanding kira-kira 700 sebelum ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73296", "title": "Rakyat Malaysia disaran tangguhkan kunjungan tidak penting ke Bali. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nRakyat Malaysia disaran tangguhkan kunjungan tidak penting ke Bali. \nNov 28, 2017\n\nWisma Putra menasihati rakyat Malaysia menangguhkan kunjungan tidak penting ke Bali berikutan Gunung Berapi Gunung Agung semakin aktif.Pihaknya juga sedang mengesan jika ada pelancong Malaysia terkandas selepas lapangan terbang di pulau pelancongan tersebut terpaksa ditutup.Manakala semua 155 pelajar Malaysia yang menuntut di sana disahkan selamat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72423", "title": "CEO dan Presiden FGV diarah bercuti", "body": "\n\u2190 Back to list\nCEO dan Presiden FGV diarah bercuti\nJun 06, 2017\n\nCEO dan Presiden Global Ventures Holdings Bhd, Datuk Zakaria Arshad dipaksa bercuti berkuat kuasa serta merta.Arahan bercuti itu dikeluarkan, susulan siasatan satu urusniaga jutaan ringgit oleh sebuah anak syarikatnya.Bagaimanapun, tempoh arahan bercuti itu tidak dinyatakan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=100129", "title": "Vaksin COVID-19 Cukup Untuk Semua Penduduk.", "body": "\n\u2190 Back to list\nVaksin COVID-19 Cukup Untuk Semua Penduduk.\nMar 04, 2021\n\nKerajaan beri jaminan bekalan vaksin COVID-19 cukup untuk semua penduduk di Malaysia.\u00a0\nTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi\u00a0berkata setakat ini, vaksin yang ditempah adalah kira-kira 108 peratus daripada jumlah penduduk.\n\nSementara itu, orang ramai tidak perlu daftar lagi jika sudah mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera untuk vaksin COVID-19.\nPenyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata demikian ekoran terdapat kekeliruan mengenai proses pendaftaran menerusi aplikasi tersebut.\n\u00a0\nDenda hingga RM50,000 menanti jika potong giliran suntikan vaksin Covid-19.\nMana-mana individu yang didapati potong giliran sebagai penerima vaksin Covid-19 berdepan denda hingga RM50,000!\u00a0\n\nMenteri Kesihatan berkata ia termaktub dalam Ordinan Darurat Pindaan 2021 yang berkuat kuasa mulai 11 Mac ini.\u00a0\n\u00a0\n2 maut akibat runtuhan struktur tapak pembinaan lebuhraya SUKE.\n2 maut manakala 3 lagi cedera selepas van dinaiki dihempap runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang, SUKE semalam.\u00a0\n\nMenurut Prolintas, runtuhan struktur itu dipercayai berlaku akibat dilanggar sebuah sebuah lori treler yang membawa lebih muatan.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73206", "title": "Kastam dijangka pindah syarikat yang berdaftar di bawah GST kepada SST mulai hari ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKastam dijangka pindah syarikat yang berdaftar di bawah GST kepada SST mulai hari ini.\nAug 01, 2018\n\nJabatan Kastam Diraja Malaysia dijangka memindahkan syarikat yang berdaftar di bawah GST kepada SST mulai hari ini.Ketua Pengarahnya,Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata lebih 70,000 syarikat telah dikenal pasti untuk disenaraikan di bawah SST 2.0 daripada 472,000 syarikat yang disenaraikan semasa GST pada kadar enam peratus.Foto: Malay MailKastam juga akan memuat naik 6,400 barangan yang akan dicadangkan untuk cukai jualan pada minggu depan.Semalam, Kementerian Kewangan bentangkan Rang Undang-Undang Cukai Jualan dan Perkhidmatan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.Tidak akan\u00a0terbabit dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran Khazanah.Datuk Seri Mohamed Azmin Ali beri jaminan Tun M dan dirinya tidak akan terbabit dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran Khazanah!Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata pelantikan beliau dan PM dalam Khazanah tidak bertentangan dengan manifesto PH yang memutuskan untuk tidak melantik individu politik dalam GLC.\u00a0Jelasnya, pelantikan itu seiring dengan hasrat kerajaan untuk gubal dasar dan agenda ekonomi baru.MAIS cadangkan agar had umur minimum perkahwinan\u00a0dinaikkan kepada 18 tahun.Majlis Agama Islam Selangor, MAIS mencadangkan agar had umur minimum perkahwinan bagi wanita Islam di negeri itu dinaikkan daripada 16 kepada 18 tahun.Dalam satu kenyataannya berkata, dengan pindaan itu had umur minimum perkahwinan bagi wanita dan lelaki Islam di Selangor akan diselaraskan menjadi 18 tahun.Menurut MAIS lagi, enakmen berkenaan akan dibawa pada sidang DUN secepat mungkin.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71967", "title": "Ibu bapa 7 suspek membakar sebuah pusat tafiz di ibu negara, Khamis lalu tidak akan didakwa.", "body": "\n\u2190 Back to list\nIbu bapa 7 suspek membakar sebuah pusat tafiz di ibu negara, Khamis lalu tidak akan didakwa.\nSep 20, 2017\n\nIbu bapa kepada 7 suspek yang disyaki membakar sebuah pusat tafiz di ibu negara, Khamis lalu tidak akan didakwa.Ketua Polis Negara berkata, khabar angin kononnya ibu bapa suspek akan turut didakwa di mahkamah yang tersebar ketika ini hanyalah spekulasi semata-mata.Sebaliknya,Tan Sri Mohamad Fuzi Harun jelaskan, pihak polis akan mengemukakan saranan kepada pihak pendakwaan berdasarkan hasil siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79892", "title": "Tiket perkhidmatan ETS dan KTM Intercity masih banyak", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiket perkhidmatan ETS dan KTM Intercity masih banyak\nMay 10, 2019\n\nFoto - KTMBLebih 262,000 tiket perkhidmatan ETS Gemas ke Padang Besar serta KTM Intercity Tumpat ke Johor Bahru Sentral masih boleh dibeli untuk perayaan Aidilfitri.Menurut KTMB, tiket bagi tempoh 1 Mei hingga 16 Jun menunjukkan ETS mempunyai baki tambahan sebanyak 55.42 peratus dan KTM Intercity 33.15 peratus.Foto - KTMBKTMB berkata, sempena musim perayaan ini, 36 perjalanan ETS dan 49 KTM Antarabandar\u00a0disediakan untuk menampung permintaan yang tinggi.Jumlah tiket yang banyak merupakan peluang keemasan kepada golongan pelajar dan keluarga untuk mendapatkannya kerana jualan tiket kepada orang ramai telah bermula sejak 10 April lepas.Foto - KTMBTiket boleh didapati menerusi dalam talian di laman web KTMB www.ktmb.my atau menerusi aplikasi mudah alih (KTM MobTicket) atau kaunter KTMB berhampiran.Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sosial media KTMB Berhad (Facebook), @ktm_berhad(Twitter) \u00a0dan @ktmbofficial (Instagram) atau menghubung pusat panggilan KTMB di \u00a003-22671200 yang beroperasi 24 jam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80726", "title": "Tiada bukti vape dan e-cig bantu rawat ketagihan merokok", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada bukti vape dan e-cig bantu rawat ketagihan merokok\nOct 23, 2019\n\nFoto - mStar OnlineTidak ada bukti atau kajian menunjukkan bahawa\u00a0penggunaan vape dan rokok elektronik adalah selamat digunakan bagi\u00a0merawat ketagihan merokok.Timbalan Menteri\u00a0Kesihatan,\u00a0Dr Lee Boon Chye berkata, pihaknya juga tidak menerima maklumat kononnya cacair rokok elektronik itu selamat dan tidak memberi kesan jangka panjang kepada paru-paru.Foto - Malaysia DatelineKerajaan Jun lalu menubuhkan jawatankuasa khas dalam usaha mengawal selia isu penggunaan vape dan rokok elektronik bagi mengawal penggunaan alat tersebut.Pihaknya\u00a0juga bekerjasama dengan pentadbir media sosial bagi menyekat mana-mana laman media sosial yang mempromosikan rokok elektronik.Foto - New Straits TimesKementerian Kesihatan turut mendedahkan, seramai 300,000 pelajar berusia antara 10 hingga 19 tahun merupakan pengguna vape semasa di negara ini.Data itu diperoleh menerusi \u2018Kaji selidik terhadap tembakau dan e-rokok di kalangan orang dewasa di Malaysia\u2019 yang dijalankan ke atas pelajar di sekolah awam dan swasta baru-baru ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79284", "title": "KKM Mahu Laksana Dasar Sifar Anjing Liar", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM Mahu Laksana Dasar Sifar Anjing Liar\nFeb 01, 2019\n\nKKM Mahu Laksana Dasar Sifar Anjing LiarKementerian Kesihatan Malaysia(KKM) saran Dasar Sifar Anjing Liar dilaksana di lokasi yang diwartakan kawasan wabak rabies.Jelasnya, dasar itu bukan bermaksud mahu galak tindakan memusnahkan anjing liar dengan cara membunuh sewenangnya, tapi mengikut prosedur yang ditetapkan.Kementerian juga gesa pemilik anjing tidak membiarkan haiwan mereka berkeliaran, dan hanya anjing yang sah tak bertuan akan dihapuskan.\u00a0Menurut KKM, dasar itu dilakukan di negara-negara maju termasuk Singapura, Jepun dan Belanda jadi sebab itu jarang kita lihat anjing berkeliaran di negara tersebut.Remaja Lebih Mudah Tertarik Merokok Jika Selalu Lihat Iklan Rokok!Satu daripada setiap 2 kedai yang jual rokok di negara ini terletak berhampiran sekolah.Berdasarkan dapatan daripada kajian UIAM itu juga, kadar remaja merokok cenderung lebih tinggi di kawasan ada iklan rokok, yang pastinya ada kedai menjual rokok.Sementara itu larangan merokok di semua premis makanan di Sabah bermula hari ini.Ia berkuat kuasa sebulan selepas larangan sama dikuat kuasakan di Semenanjung, manakala Sarawak akan mula melaksanakannya bulan depan.Oleh: KJFoto: BERNAMA &\u00a0AWANI\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72966", "title": "126 lagi sekolah diluluskan untuk laksana DLP", "body": "\n\u2190 Back to list\n126 lagi sekolah diluluskan untuk laksana DLP\nJan 05, 2018\n\nKementerian Pendidikan luluskan penambahan 126 sekolah di seluruh negara untuk melaksanakan Program Dwibahasa\u00a0 atau DLP tahun ini.Kelulusan itu diberikan selepas mengambil kira kesemua sekolah berkenaan telah memenuhi segala kriteria yang digariskan pihak kementerian.Ini menjadikan lebih 1400 buah sekolah keseluruhan akan melaksanakan DLP setakat ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73092", "title": "Hukuman penjara maksimum 10 tahun di bawah Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 dikurangkan kepada 6 tahun.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHukuman penjara maksimum 10 tahun di bawah Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 dikurangkan kepada 6 tahun.\nMar 30, 2018\n\nCadangan hukuman penjara maksimum 10 tahun di bawah Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 dikurangkan kepada, 6 tahun.Perubahan itu dimaklumkan ketika bacaan kedua Rang Undang -undang itu di Dewan Rakyat semalam.Rang Undang-undang itu turut melibatkan individu luar negara yang melakukan kesalahan itu terhadap Malaysia atau rakyatnya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78960", "title": "Harga RON97 turun 31 sen bulan ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nHarga RON97 turun 31 sen bulan ini\nDec 01, 2018\n\nHarga RON 97 turun 31 sen seliter kepada RM2.50 bermula 1 Disember hingga 31 Disember iniPada November, RON 97 mencatat harga RM2.81 berbanding RM2.65 pada bulan Oktober.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71933", "title": "Harga runcit petrol kekal.", "body": "\n\u2190 Back to list\nHarga runcit petrol kekal.\nAug 23, 2017\n\nHarga runcit petrol bermula tengah malam ini sehingga Rabu depan, kekal selepas alami kenaikan empat minggu berturut-turut.Harga petrol RON 95 kekal pada 2 ringgit 15 sen seliter manakala RON 97 juga kekal pada 2 ringgit 43 sen seliter.Bagaimanapun, harga diesel turun 3 sen minggu ini kepada 2 ringgit 1 sen selitter.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79640", "title": "\"Gaji Siswazah di Malaysia Makin Turun\" Oh! Sungguh Pahit Nak Ditelan", "body": "\n\u2190 Back to list\n\"Gaji Siswazah di Malaysia Makin Turun\" Oh! Sungguh Pahit Nak Ditelan\nMar 28, 2019\n\nGaji biasanya makin naik kan? Macamlah harga barang dan kos sara hidup.Tapi percaya atau tak, gaji siswazah di negara ini makin turun!Boleh tahan sedih penulis bila dapat maklumat ni daripada Laporan Tahunan Bank Negara 2018.Dalam laporan ini menyatakan secara purata gaji permulaan bulanan untuk lepasan diploma turun daripada RM1,458 pada 2010 kepada RM1,376 pada tahun lepas.Gaji permulaan untuk lepas ijazah sarjana muda juga turun daripada RM1,993 kepada RM1,983 juga untuk berbandingan dengan jarak masa 8 tahun.Manakala pemegang ijazah sarjana raih purata gaji RM2,707, penurunan ketara daripada gaji RM2,923 pada 2010!Trend penurunan gaji ni antaranya menunjukkan ekonomi negara tak mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi mencukupi untuk siswazah.*foto sekadar hiasanUntuk lulusan PT3 dan SPM, nampaknya anda lebih bernasib baik.Sebabnya gaji permulaan pekerja berkelulusan PT3 dan SPM masing-masing meningkat sebanyak 4.6 peratus dan 2.3 peratus. Boleh tahan tinggi naiknya tu.Antara sebabnya adalah pelaksanaan upah minimum yang sokong peningkatan gaji golongan itu sekaligus mengurangkan jurang gaji berdasarkan tahap pendidikan.Untuk lebih pemahanan jom kita tengok kajian Khazanah pula.95 peratus pekerja muda di negara ini sedang melakukan pekerjaan yang tak perlukan kemahiran.Manakala 50 peratus pekerja yang melakukan pekerjaan berkemahiran rendah sebenarnya mempunyai kelayakan lebih tinggi daripada yang diperlukan.Oleh sebab tu, walaupun seorang siswazah, pekerja terpaksa terima dan buat kerja\u00a0yang tak perlu tahap pendidikan tinggi.Ada kesan baik tapi jangan biarkan kesan buruknya. Kalaulah keadaan ni tak ditangani, golongan muda kat Malaysia nanti akan kurang berminat nak melanjutkan pengajian.Lagi teruk, akan wujud pulak masalah 'brain drain'.\u00a0Ha yang ni memang pedih sebab orang berkemahiran tinggi dan profesional akan berhijrah ke luar negara sebab nak dapatkan gaji dan peluang lebih baik.Hmmm...macam manalah nanti kan kalau isu ni takde kesudahan. Eh, jomlah 'lepasan U' kita berniaga 'online' ke sementara tunggu peluang kerja sesuai.Kalau berniaga 'menjadi' kita pulak jadi boss, bagi kerja kat siswazah tapi dengan gaji sesuailah. Tak naklah gaji pun main diskaun-diskaun.Siswazah pulak, kalau dah akademik cantik kat kertas, buktikan kat boss kemahiran kita pun sepadan\u00a0dengan gaji yang kita mintak.\u00a0*Tak lama lagi\u00a0Ramadan, lepas tu raya, nak berniaga kuih raya dan kerepek pun OK (foto sekadar hiasan)Jadi sementara tunggu kerja idaman asahlah bakat, carilah pengalaman.\u00a0Kat hujung sekali penulis nak pesan, Allah Maha Pemberi jadi jangan lupa usaha banyak-banyak. Doa pun banyak-banyak.Oleh: KJFoto: AWANI &\u00a0internet\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72493", "title": "Lebih 49 ribu penjawat awam berdepan risiko muflis", "body": "\n\u2190 Back to list\nLebih 49 ribu penjawat awam berdepan risiko muflis\nMay 01, 2017\n\nCUEPACS berkata, lebih 49 ribu penjawat awam berdepan risiko muflis susulan gagal menguruskan hutang pinjaman.Ini kerana penjawat awam terbabit didapati lakukan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan melebihi kemampuan gaji mereka.Malah katanya, ada penjawat awam yang bertindak memalsukan slip gaji ketika membuat pinjaman.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72118", "title": "9 pengarah Khazanah Nasional Bhd letak jawatan!", "body": "\n\u2190 Back to list\n9 pengarah Khazanah Nasional Bhd letak jawatan!\nJul 26, 2018\n\n9 pengarah Khazanah Nasional Bhd, termasuk Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Eksekutif Tan Sri Nor Md Yusof, meletak jawatan!Foto : AwaniDalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Khazanah berkata langkah itu bagi memberi laluan kepada kerajaan baru memutuskan kepimpinan dan hala tuju dana kekayaan kedaulatan itu.Keputusan itu dibuat beberapa minggu selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik Khazanah Nasional kerana menyimpang daripada tujuan asal dalam membantu Bumiputera.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71881", "title": "lebih 13 ribu kes perkosa kanak-kanak dilaporkan bagi tempoh 2010 sehingga Mei lalu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nlebih 13 ribu kes perkosa kanak-kanak dilaporkan bagi tempoh 2010 sehingga Mei lalu.\nJul 27, 2017\n\nDewan Rakyat diberitahu, lebih 13 ribu kes perkosa kanak-kanak dilaporkan di negara ini bagi tempoh 2010 sehingga Mei lalu.Jelas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ini diikuti dengan kes cabul, sumbang mahram dan luar tabii.Katanya dalam tempoh sama, Johor menjadi negeri paling tinggi mencatatkan kes rogol, hampir 2,100 kes.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72056", "title": "SPR Kedah sahkan akan ada perubahan lokasi pusat penamaan calon PRU 14 di negeri itu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPR Kedah sahkan akan ada perubahan lokasi pusat penamaan calon PRU 14 di negeri itu.\nApr 09, 2018\n\nSPR Kedah sahkan akan ada perubahan lokasi pusat penamaan calon PRU 14 di negeri itu.Menurutnya, perubahan lokasi itu dibuat setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesesakan lalu lintas.Pihaknya kini sedang menunggu panggilan mesyuarat khas SPR untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai perjalanan pilihan raya tidak lama lagi.Sementara itu, polis Kedah kenal pasti 16 lokasi panas di Kuala Muda menjelang PRU14.Pihaknya juga turut mengenal pasti sekumpulan individu yang berpotensi untuk menimbulkan kekecohan di kawasan itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72255", "title": "Sah mayat Kim Jong Nam : Ketua Polis Negara pertahan keputusan enggan dedahkan butiran", "body": "\n\u2190 Back to list\nSah mayat Kim Jong Nam : Ketua Polis Negara pertahan keputusan enggan dedahkan butiran\nMar 11, 2017\n\nKetua Polis Negara pertahan keputusan enggan dedahkan butiran bagaimana pihaknya memastikan identiti warga Korea yang maut dibunuh di klia2 bulan lalu.Jelas Tan Sri Khalid Abu Bakar, ini adalah kerana keselamatan saksi perlu diutamakan.\u00a0Semalam, beliau sahkan mangsa yang dikenali sebagai Kim Chol adalah Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara.Sementara itu, Kementerian \u00a0Komunikasi dan Multimedia ingatkan pengguna media sosial agar tidak keruhkan hubungan antara Malaysia dan Korea Utara.Ini berikutan penyebaran berita PALSU di laman sosial seolah-olah berlaku pembunuhan beramai-ramai rakyat Malaysia di Korea Utara.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78881", "title": "Datin Seri Rosmah Mansor Didakwa Lagi Di Mahkamah KL", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatin Seri Rosmah Mansor Didakwa Lagi Di Mahkamah KL\nNov 14, 2018\n\nDatin Seri Rosmah Mansor akan didakwa di mahkamah petang esok.Perkara itu disahkan oleh peguamnya, namun dia enggan menjelaskan dakwaan yang bakal dihadapi.Bagaimanapun, menurut laporan ia dipercayai berkaitan tender pembekalan tenaga solar untuk sekolah pedalaman di Sarawak bernilai RM1.25 billion.\u00a0Rosmah meninggalkan bangunan SPRM Putrajaya kira-kira jam \u00a02.30 petang tadi selepas 3 jam beri keterangan.\u00a0Datuk Seri Rina Harun Bersedia Dengan Rombakan Kabinet\u00a0Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun bersedia menerima apa sahaja keputusan jika berlaku rombakan kabinet.\u00a0Dia akan tetap memberi keutamaan untuk terus menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.\u00a0Bagaimanapun, beliau tidak mendengar kemungkinan rombakan Kabinet akan dibuat dalam waktu terdekat.\u00a0Gaji Menteri Kabinet Tetap Dipotong!Potongan 10 peratus\u00a0terhadap\u00a0gaji semua\u00a0menteri\u00a0kabinet\u00a0akan diteruskan.Kementerian Kewangan berkata potongan gaji itu tidak akan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia tetapi sebaliknya dikembalikan\u00a0ke\u00a0perbendaharaan kerajaan.Tambahnya, akaun Tabung Harapan Malaysia akan ditutup 31 Disember ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72215", "title": "AWAS berjaya didik pemandu", "body": "\n\u2190 Back to list\nAWAS berjaya didik pemandu\nApr 18, 2017\n\nPemandu didapati telah mengurangkan kelajuan kenderaan sejak Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik, Awas berkuatkuasa Sabtu lalu.Kementerian Pengangkutan berkata, pemantauan ke atas 14 kamera AES di seluruh negara mendapati, kelajuan kenderaan sudah menurun.Maklumat lanjut mengenai keberkesanan sistem itu dijangka akan dikongsikan dalam tempoh sebulan lagi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73254", "title": "Menurut kajian, pembuli kebiasaannya individu yang pernah jadi mangsa buli termasuk di alam maya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMenurut kajian, pembuli kebiasaannya individu yang pernah jadi mangsa buli termasuk di alam maya.\nJan 18, 2018\n\nKajian oleh Universiti Malaya mendapati, pembuli kebiasaannya adalah individu yang pernah menjadi mangsa buli termasuk di alam maya.Justeru ujar Pakar Perunding Psikiatri, Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin, adalah penting untuk kita menghentikan rantaian tersebut agar budaya buli dapat dihentikan.Beliau juga menyarankan netizen mengurangkan atau menghadkan perkongsian di alam maya khasnya berkenaan maklumat diri dan aktiviti secara terperinci.Ia seterusnya boleh menyebabkan mangsa mengalami tekanan dan kemurungan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72505", "title": "JPN Sarawak diarah pantau perkembangan penyakit anjing gila di negeri itu", "body": "\n\u2190 Back to list\nJPN Sarawak diarah pantau perkembangan penyakit anjing gila di negeri itu\nJul 03, 2017\n\nJPN Sarawak diarah pantau perkembangan penyakit anjing gila di negeri itu, bagi mengelakkan jangkitan dalam kalangan pelajar sekolah.Kementerian Pendidikan mahu guru besar dan pengetua sekolah dapat maklumat terkini mengenai langkah pencegahan dan kawalan yang perlu dilaksanakan.Ini termasuklah mengawal persekitaran sekolah yang tidak berpagar terutamanya sekolah yang terletak di kawasan pedalaman.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72983", "title": "Polis tubuh pasukan khas siasat Felda", "body": "\n\u2190 Back to list\nPolis tubuh pasukan khas siasat Felda\nDec 23, 2017\n\nPolis tubuhkan satu pasukan khas untuk siasat kes Felda kehilangan hak ke atas tanahnya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan memanggil bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad untuk membantu siasatan.Terdahulu, Felda dilaporkan berisiko kehilangan hak ke atas kawasan strategik itu yang dianggar bernilai RM270 juta susulan urusan pindah milik tanah yang mencurigakan pada 2015.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81027", "title": "Dr Maszlee Malik Letak Jawatan Menteri Pendidikan ", "body": "\n\u2190 Back to list\nDr Maszlee Malik Letak Jawatan Menteri Pendidikan \nJan 02, 2020\n\nPerdana Menteri sahkan Dr Maszlee Malik serah surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan hari ini.Tun Dr Mahathir Mohamad ucapkan terima kasih di atas perkhidmatannya selama 20 bulan menjadi anggota kabinet.Tambah Tun M, penggantinya akan diumumkan dalam waktu terdekat.Terdahulu, Dr Maszlee umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan petang tadi di Putrajaya.Katanya, dia akan terus menyumbang kepada pembangunan negara meskipun tidak memegang jawatan dalam kabinet.Kerajaan Sabah Letak Pegawai Kanan SPRM di Pejabat Ketua Menteri\u00a0Kerajaan Sabah negeri pertama letakkan pegawai kanan SPRM di pejabat Ketua Menteri dan Unit Integriti Negeri Sabah.\u00a0Dua pegawai kanan SPRM itu akan mulakan tugas secara rasminya bermula hari ini.Bulan lalu, kerajaan Kedah bersetuju letakkan seorang pegawai kanan SPRM di pejabat Menteri Besar untuk banteras gejala rasuah.\u00a0Kerajaan Kelantan Terima Bantuan RM 400 Juta\u00a0Kerajaan Kelantan terima bantuan one off berjumlah 400 juta ringgit daripada Kerajaan Persekutuan 25 Disember lalu.Peruntukkan itu akan digunakan untuk tingkatkan sosio ekonomi, kesejahteraan rakyat dan kukuhkan fiskal kewangan negeri.Dalam perkembangan lain, penjawat awam di Kelantan akan menerima bonus tambahan 500 ringgit, minggu depan manakala lantikan politik terima 250 ringgit.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81849", "title": "Satu kluster baru Covid-19 dikesan di Depoh Tahanan Imigresen Sepang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSatu kluster baru Covid-19 dikesan di Depoh Tahanan Imigresen Sepang.\nMay 25, 2020\n\nMasyarakat perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha memerangi wabak Covid-19 di negara ini.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, virus itu tidak mengenal sempadan dan tidak memilih sebarang etnik dan darjat sosial.Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian ekoran terdapat satu kluster baru Covid-19 dikesan melibatkan 6 kes positif di Depoh Tahanan Imigresen, DTI Sepang, Selangor.\u00a0Ia katanya merupakan kluster DTI ketiga selepas pengesanan kluster warga asing di Semenyih dan Bukit Jalil.\u00a0Sekatan jalan raya di tol Jalan Duta sesak.\u00a0Hari raya pertama semalam menyaksikan kesesakan lalu lintas di sekatan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta apabila ramai membuat perjalanan keluar dari Kuala Lumpur ke arah Klang dan utara.\u00a0Menurut Bukit Aman, sekatan jalan raya lapisan pertama itu katanya dilakukan bagi memastikan tiada pihak cuba merentas negeri tanpa kebenaran.\u00a0Gelandangan diselamatkan ketika PKP berpeluang dapat kerja.\u00a0Lebih 300 gelandangan sekitar Kuala Lumpur yang diselamatkan ketika PKP akan dihantar untuk sertai kursus latihan dan motivasi sebelum diberikan pekerjaan.Kementerian Wilayah Persekutuan berkata mereka yang terpilih akan dihantar untuk temuduga kerja dan yang tidak terpilih akan diberi peluang pekerjaan dengan DBKL.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=101020", "title": "Pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Meningkat.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Meningkat.\nMar 15, 2021\n\nPendaftaran di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan semakin meningkat.\nIa susulan keyakinan terhadap keberkesanan vaksin yang digunakan Kementerian Kesihatan Malaysia\nKementerian Sains, Teknologi dan Innovasi juga yakin program itu dapat diselesaikan lebih awal.\nSetakat ini 5.5 juta sudah tampil mendaftar dan hampir 300,000 telah menerima suntikan.\n\u00a0\nTiada penularan Covid-19 di 7 sekolah di Dungun.\nDakwaan viral kononnya berlaku penularan COVID-19 di 7 sekolah di Dungun adalah palsu.\nJelas Pejabat Kesihatan Terengganu, pihaknya tidak terima sebarang laporan mengenai perkara itu.\nPihaknya minta masyarakat hentikan penyebaran berita palsu tersebut yang hanya akan menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.\n\u00a0\nKKM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar siasat isu telur dicemari bakteria.\nKementerian Kesihatan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas premis dan telur ayam susulan kes pencemaran bakteria Salmonella.\nSetakat ini hampir 370 sampel telur ayam dianalisis dan cuma 2 mengandungi bakteria itu.\nBaru-bari ini Singapura menarik balik telur ayam keluaran sebuah syarikat Malaysia dari pasaran negara itu kerana dicemari bakteria Salmonella.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72298", "title": "SPAD dianggap tidak mementingkan kepentingan teksi", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPAD dianggap tidak mementingkan kepentingan teksi\nAug 13, 2016\n\nOperator perkhidmatan teksi tidak setuju dengan keputusan kerajaan untuk benarkan Uber dan GrabCar beroperasi secara sah.\u00a0 \u00a0\u00a0Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor berkata, SPAD tidak memikirkan kebajikan pemandu ketika langkah itu disyorkan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71558", "title": "Zul Ariffin beritahu Zahirah MacWilson hampir diculik", "body": "\n\u2190 Back to list\nZul Ariffin beritahu Zahirah MacWilson hampir diculik\nNov 05, 2015\n\nZul Ariffin maklumkan, aktres Zahirah MacWilson yang digossip bercinta dengannya, hampir diculik semalam.Menerusi akaun Twitternya, Zul beritahu kejadian berlaku di parkir sebuah pusat beli-belah di ibu kota.Aktor itu juga sempat menasihatkan para wanita agar lebih berhati-hati ketika keluar bersendirian.*gambar ihsan Hlive\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=120923", "title": "Masih Ramai Yang Alpa Dengan Pematuhan SOP.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMasih Ramai Yang Alpa Dengan Pematuhan SOP.\nNov 23, 2021\n\n\nMasih Ramai Yang Alpa Dengan Pematuhan SOP.\nMasih ramai penduduk di negara ini alpa dengan pematuhan SOP!\nKetua Pengarah Kesihatan berkata ini kerana jumlah kompaun yang dikeluarkan atas kesalahan pelanggaran SOP meningkat 37 peratus.\nAntara kesalahan tertinggi adalah tidak pakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.\n\u00a0\nPerjuangan Malaysia menentang COVID-19 belum berakhir.\nJusteru Menteri Kesihatan menasihati orang ramai agar terus mematuhi SOP.\nKhairy Jamaluddin turut ingatkan mereka yang sudah terima janji temu dos penggalak agarmengambil suntikan itu terutamanya golongan berusia 40 tahun ke atas dengan penyakit kronik.\n\u00a0\nLelaki cedera apabila keretanya dihempap pokok tumbang.\nSeorang lelaki cedera apabila keretanya dihempap pokok tumbang akibat tanah runtuh di Cameron Highlands.\nBomba Pahang berkata 3 lagi rakan mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.\nHujan lebat berterusan menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan pokok tumbang di kawasan peranginan itu yang menghalang laluan kenderaan.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72982", "title": "NUTP ajak semua pihak mantapkan Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga", "body": "\n\u2190 Back to list\nNUTP ajak semua pihak mantapkan Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga\nDec 23, 2017\n\nNUTP mengajak pihak seperti ahli akademik, PIBG dan NGO berbincang bagi memantapkan Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga.Pihaknya mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan daripada semua pihak berhubung perkara tersebut.Kementerian Pendidikan baru-baru ini sambut baik cadangan NUTP untuk perkenal kod etika itu bagi dijadikan panduan tatacara ibu bapa atau penjaga ketika berurusan dengan guru.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71703", "title": "Jual kerusi, rugi 85 ribu ringgit ", "body": "\n\u2190 Back to list\nJual kerusi, rugi 85 ribu ringgit \nJan 30, 2016\n\nPasangan British iklan jualan 6 buah kerusi secara 'online' kehilangan barang kemas bernilai 85 ribu ringgit, wang tunai dan peralatan eletronik di Pulau Pinang.Lelaki yang menyamar sebagai pembeli itu mendakwa ibunya memiliki kedai emas dan boleh mencuci emas milik mangsa.Suspek yang sedang melihat barang kemas itu, lari ketika pasangan terbabit naik untuk mengambil kerusi yang hendak dijual.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79099", "title": "Perokok Pun Ada Hak", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerokok Pun Ada Hak\nJan 04, 2019\n\nPerokok pun ada hak.Oleh kerana Malaysia negara demokrasi maka menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kerajaan mungkin sediakan tempat khas untuk mereka.Beliau membayangkan model pelaksanaannya boleh jadi seperti Korea Selatan, Jepun atau beberapa lagi negara lain.Menurut Datuk Seri Dr Dzulkefly lagi, kajian mengenainya akan dilakukan dan mungkin kemudahan itu akan wujud selepas 6 bulan dari sekarang.Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kesihatan Selangor puji tindakan seorang pekerja sebuah restoran yang menegur pelanggan yang ingkar larangan merokok.Dia berani menegur perbuatan salah itu walaupun ia mengakibatkan dia ditampar pelanggar terbabit yang tidak berpuas hati.Polis Selangor kini minta 3 suspek yang terlibat dalam insiden berkenaan tampil beri keterangan.Oleh: Joen Hamzah\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71585", "title": "Warga Asing Tidak Boleh diupah Jadi Pengasuh di Taska.", "body": "\n\u2190 Back to list\nWarga Asing Tidak Boleh diupah Jadi Pengasuh di Taska.\nNov 25, 2015\n\nOrang ramai yang ada maklumat mengenai pengusaha Taska upah pengasuh warga asing diminta buat aduan.Tegas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ini kerana tindakan itu salah di sisi undang-undang.Denda sehingga 10 ribu ringgit dan penjara sehingga 6 bulan atau kedua-duanya sekali menanti pengusaha Taska yang ingkar.*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=120839", "title": "EXCO Negeri Melaka Dijangka Diumum Minggu Depan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nEXCO Negeri Melaka Dijangka Diumum Minggu Depan.\nNov 21, 2021\n\nEXCO Negeri Melaka dijangka diumum minggu depan.\nSenarai EXCO kerajaan Negeri Melaka akan diumumkan minggu depan.\nItu kata-kata Datuk Seri Sulaiman Md Ali selepas mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Melaka ke-13.\n\nDatuk Seri Sulaiman menjelaskan beliau akan meneliti perkara tersebut sebelum membincangkannya dengan Yang Dipertua Negeri Melaka.\nBeliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri selepas Barisan Nasional memenangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada PRN Melaka sekaligus membentuk kerajaan negeri yang baru dengan majoriti 2 pertiga.\n\u00a0\n\nBN usul enakmen anti lompat parti\nBarisan Nasional akan perkenalkan enakmen anti lompat parti selepas membentuk kerajaan negeriMelaka.\nPengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata enakmen tersebut bertujuan\r\nmengekalkan kestabilan politik di negeri itu.\n\nTambahnya, ia bagi memastikan jangka hayat DUN Melaka kekal untuk tempoh 4 tahun mulai hari pertama bersidang.\n\u00a0\n\u00a0\nPN kaji punca kekalahan PRN Melaka\nTan Sri Muhyiddin Yassin sifatkan kekalahan Perikatan Nasional pada PRN Melaka\r\ntidak menjejaskan gabungan tersebut.\n\nPresiden BERSATU itu berkata kekalahan tersebut akan dijadikan pengajaran dan panduan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.\nPerikatan Nasional hanya memenangi 2 kerusi pada PRN Melaka iaitu kerusi Sungai Udang dan\r\nBemban.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=131231", "title": "Mungkin Ada Pengumuman Baru Mengenai Sambutan Aidilfitri.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMungkin Ada Pengumuman Baru Mengenai Sambutan Aidilfitri.\nApr 19, 2022\n\n\nMungkin Ada Pengumuman Baru Mengenai Sambutan Aidilfitri.\nMenteri Kesihatan beri bayangan mungkin ada pengumuman terbaru minggu depan mengenai sambutan Aidilfitri.\nNamun, Khairy Jamaluddin tidak memperincikan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.\nBeliau dalam pada itu menyarankan warga emas yang berisiko tinggi untuk mengambil suntikan dos penggalak kedua.\nJelasnya, walaupun ia tidak diwajibkan namun langkah itu mampu tambah perlindungan terhadap warga emas daripada gejala serius COVID-19.\nRemaja yang mempunyai sistem imun yang lemah juga katanya kini boleh menerima dos penggalak setelah mendapat saranan doktor.\n\u00a0\nJangan kongsi maklumat peribadi kepada pihak tidak dikenali!\nOrang ramai diingatkan supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak tidak dikenali.\nMenurut PDRM terdapat cubaan daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan data peribadi menerusi hantaran mesej di laman sosial yang menawarkan geran kewangan.\nNamun, setakat ini, tiada laporan diterima berkaitan kegiatan tersebut.\n\u00a0\nBaca dan hayati al-Quran \u2013 PM\nPerdana Menteri mengajak umat islam supaya membaca dan menghayati al-Quran sempena sambutan Nuzul al-Quran hari ini.\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata umat Islam juga boleh memanfaatkan Fasa Peralihan Ke Endemik ketika ini untuk bersama-sama bertadarus di masjid.\r\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71901", "title": "3 kediaman rosak teruk akibat kejadian tanah runtuh di Kuching, semalam.", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 kediaman rosak teruk akibat kejadian tanah runtuh di Kuching, semalam.\nAug 04, 2017\n\n3 kediaman rosak teruk akibat kejadian tanah runtuh di Kuching, semalam.Bomba Sarawak berkata, kejadian berlaku apabila tebing sungai di kampung tersebut runtuh akibat hakisan.Kesemua 14 mangsa selamat dan sudah terima bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.Sumber gambar : Kosmo\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71716", "title": "Tabung Haji Umum Bonus 2015", "body": "\n\u2190 Back to list\nTabung Haji Umum Bonus 2015\nFeb 04, 2016\n\nKadar bonus turun sedikit berbanding yang diterima pada 2014 iaitu 6.25% dan tambahan 2% untuk pendeposit belum menunaikan haji.Tabung Haji turut mengingatkan semua pendeposit bahawa simpanan mereka di Tabung Haji adalah berlandaskan konsep 'Al-Wadiah Yad Dhamanah' iaitu simpanan dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.Manakala bonus kepada pendeposit adalah 'hibah' atau hadiah berdasarkan prestasi kewangan tahunan semasa dan mengikut budi bicara Tabung Haji.Namun, rata-rata pendeposit berpendapat, 'hibah' ini wajib dibayar oleh Tabung Haji.\u00a0Justeru, Tabung Haji menekankan, walaupun amalan pemberian 'hibah' dibenarkan tapi ia tidak boleh dijadikan kebiasaan.\u00a0Ia bagi elak amalan tersebut dikira sebagai kebiasaan yang menyerupai kontrak deposit berasaskan wadi'ah yang mungkin seterusnya menjurus kepada 'riba'.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71150", "title": "UMNO Cadangkan PRU Diadakan Selepas COVID-19 Reda.", "body": "\n\u2190 Back to list\nUMNO Cadangkan PRU Diadakan Selepas COVID-19 Reda.\nOct 30, 2020\n\nUMNO cadangkan agar PRU diadakan selepas keadaan COVID-19 selesai atau berada padaperingkat minimum.Parti itu juga mengulangi pendiriannya sebelum ini mengenai pentingnya Gencatan Politik ketika inidemi kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik.Kenyataan itu dikeluarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas selesaimesyuarat Majlis Tertinggi Umno tengah malam tadi.Pakatan Harapan mahu bincang segera\u00a0isi kandungan Belanjawan 2021.Pakatan Harapan minta PM bincang dan runding segera dengan pembangkang berkenaan isikandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan.Pendirian itu diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas PH mengadakan mesyuarat semalam.Sabah akan tambah segera bekalan keperluan penduduk Taman Semarak, Tawau.Kerajaan Sabah akan tambah segera bekalan keperluan penduduk Taman Semarak, Tawau yangkini dikenakan PKPD.Ini selepas video papar sekumpulan penduduk di kawasan itu berkumpul, mendakwa kehabisanbekalan makanan dan belum terima bantuan jadi viral.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72893", "title": "Lagi Kes Ular Dijumpai di Kawasan Sekolah", "body": "\n\u2190 Back to list\nLagi Kes Ular Dijumpai di Kawasan Sekolah\nApr 27, 2016\n\nPerhimpunan SK Chiku 3 di Gua Musang, Kelantan pagi tadi tergendala, apabila seorang murid terjumpa seekor ular senduk di belakang kantin.Reptilia berkenaan berjaya dibunuh pengawal keselamatan sekolah, sekaligus mengelak kejadian tidak diingini berlaku.Di SK Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pula, pengawal keselamatan berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang 4 meter.Reptilia tersebut dijumpai menjalar di kaki lima bangunan sekolah berkenaan, menjelang permulaan waktu persekolahan pagi tadi.Akhir-akhir ini, beberapa insiden melibatkan ular berlaku di beberapa sekolah, disebabkan reptilia itu mencari perlindungan daripada cuaca panas dan kering.Ini termasuk kejadian seorang murid maut akibat dipatuk ular di sekolahnya di Kota Bharu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72052", "title": "Suami kepada penyanyi, Ziana Zain mengaku tidak bersalah mencederakan anak lelakinya sehingga luka dan lebam, bulan lalu.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuami kepada penyanyi, Ziana Zain mengaku tidak bersalah mencederakan anak lelakinya sehingga luka dan lebam, bulan lalu.\nMar 06, 2018\n\nSuami kepada penyanyi, Ziana Zain mengaku tidak bersalah mencederakan anak lelakinya sehingga luka dan lebam, bulan lalu.Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 4 pagi, 25 Februari lalu menggunakan rotan dengan alasan mengajar mangsa untuk mengaji dan solat.Laporan polis telah dibuat Ziana sendiri 2 hari selepas kejadian sebelum tertuduh ditahan Jumaat lalu.Sementara itu, ketika dihubungi BH Online, Ziana enggan ulas lanjut mengenai kes itu dan berharap semua pihak faham dengan situasi yang dihadapinya.Foto : Berita Harian\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71051", "title": "Minta kebenaran polis untuk lintasi Selangor", "body": "\n\u2190 Back to list\nMinta kebenaran polis untuk lintasi Selangor\nOct 13, 2020\n\nMinta kebenaran polis untuk lintasi SelangorFoto - BernamaOrang awam yang perlu merentasi Selangor untuk ke destinasi di utara atau selatan perlu mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia ekoran pelaksanaan PKPB di negeri berkenaan.Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bagi mengelakkan kesulitan apabila mereka melalui sekatan jalan raya yang akan diadakan nanti.Malah, perkara sama juga terpakai terhadap individu dari luar kawasan yang perlu menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara dengan lapangan terbang yang berada di kawasan terbabit dengan PKPB di Lembah Klang.-----Anwar Ibrahim dititah akur dan hormati proses perundanganFoto - New Straits Times PressDatuk Seri Anwar Ibrahim dititah supaya akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam proses mengambil alih kepemimpinan negara.Titah itu dibuat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin AlMustafa Billah Shah ketika menerima menghadap Presiden PKR itu di Istana Negara, pagi tadi.Menurut Istana Negara, dalam pertemuan itu Anwar sekadar mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau tanpa mengemukakan sebarang senarai nama mereka untuk mengukuhkan dakwaan itu.-----China setuju utamakan Malaysia dalam pembekalan vaksin COVID-19Foto - Berita HarianChina bersetuju meletakkan Malaysia dalam senarai negara utama untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19.Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bekalan itu akan diagihkan selepas negara itu berjaya membangunkan dan selesai menjalani ujian klinikal vaksin berkenaan.Tambahnya, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Tahap Tinggi dalam menzahirkan kerjasama Memorandum Persefahaman Era Pasca COVID-19.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71927", "title": "Tan Sri Isa Samad ditahan SPRM di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTan Sri Isa Samad ditahan SPRM di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.\nAug 15, 2017\n\nBekas Pengerusi Felda Global Ventures, Tan Sri Isa Samad ditahan SPRM di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.Penahanan Tan Sri Isa dibuat selepas beliau hadir beri keterangan berhubung pembelian dua buah hotel di London dan Kuching oleh Felda Investment Corporation.SPRM yakin, pihaknya mempunyai asas kukuh membuat penahanan tersebut bagi membantu melengkapkan siasatan kes tesebut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71591", "title": "Kerajaan Negeri Sembilan Luluskan Pemberian Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Negeri", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Negeri Sembilan Luluskan Pemberian Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Negeri\nNov 27, 2015\n\nKerajaan Negeri Sembilan luluskan pemberian khas RM500 kepada kakitangan awam di negeri itu.Pemberian khas itu akan dibayar bulan depan, membabitkan hampir 6,590 penjawat awam negeri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72376", "title": "Satu operasi memburu babi hutan di Besut, Terengganu semalam berakhir tragedi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSatu operasi memburu babi hutan di Besut, Terengganu semalam berakhir tragedi.\nFeb 04, 2018\n\nSatu operasi memburu babi hutan di Besut, Terengganu semalam berakhir tragedi.Ia kerana seorang pemandu arah kepada anggota Perhilitan parah akibat terkena tembakan yang dipercayai tidak disengajakan.Menurut siasatan awal, tembakan terjadi disebabkan seorang anggota Perhilitan dalam operasi itu terjatuh.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=106489", "title": "Kerajaan Beri Justifikasi Tidak Laksanakan PKP seperti tahun lalu", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Beri Justifikasi Tidak Laksanakan PKP seperti tahun lalu\nMay 23, 2021\n\nPerlu imbangi kesihatan dan ekonomi rakyat\n\nJustifikasi yang diberi kerajaan untuk tidak melaksanakan PKP secara penuh adalah kerana ingin mengimbangi kesihatan dan kelangsungan ekonomi rakyat.\nMenteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata banyak perniagaan besar terjejas dan perniagaan kecil yang hilang pendapatan ketika pelaksanaan PKP pertama tahun lalu dan perkara itu ingin dielakkan oleh kerajaan.\nAntara SOP yang diperketatkan suslan pelaksanaan PKP 3.0 pada Selasa ialah perniagaan hanya dibenar beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja.\nSelain itu, kapasiti pengangkutan awam pula dikurangkan kepada 50 peratus dan 80 peratus pekerja sektor awam wajib bekerja dari rumah manakala bagi sektor swasta, 40 peratus pekerja diwajibkan berbuat demikian.\n---\nKawalan kendiri perlu dalam tempoh PKP 3.0\n\nTan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai agar terus mengamalkan kawalan kendiri atau self lockdown dalam tempoh PKP 3.0 ini.\n\r\nKetua Pengarah Kesihatan itu berkata ia amat penting bagi memberi masa kepada Kementerian Kesihatan bersiap sedia selain mengumpul bekalan serta menyusun atur wad untuk rawatan pesakit COVID-19.\n\nFoto: KKM\nJumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia telah melepasi angka setengah juta.\nIni selepas negara mencatatkan 6,320 kes baru semalam.\nSelangor kekal mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 1,647 diikuti Sarawk, Kuala Lumpur dan Kelantan.\n50 kematian turut direkodkan semalam menjadikan j umlah terkorban meningkat kepada 2,199.\n---\nBanjir Sabah belum surut\n\nHampir 5 ribu mangsa banjir di Sabah masih berada di pusat pemindahan sementara.\nKesemua mereka ditempatkan di 39 pusat pemindahan di 2 daerah iaitu Tenom dan Beaufort.\nManakala di Sarawak, jumlah mangsa menurun kepada kira-kira 280 orang,\nKesemua mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan di Limbang dan Miri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=102904", "title": "Tindakan Saman Menanti Individu Cuba Rentas Negeri Untuk Sambut Ramadan!", "body": "\n\u2190 Back to list\nTindakan Saman Menanti Individu Cuba Rentas Negeri Untuk Sambut Ramadan!\nApr 06, 2021\n\nIndividu yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari pertama Ramadan bakal berdepan tindakan saman!\n\nMenurut Bukit Aman, pemeriksaan ketat di semua sekatan jalan raya di sempadan negeri akan dipertingkatkan.\nTegasnya, hanya mereka yang mempunyai dokumen kebenaran rentas negeri yang lengkap dan diluluskan boleh meneruskan perjalanan.\n\u00a0\nHampir 3,000 calon duduki SPM 2020 sesi kedua yang bermula hari ini.\nMereka merupakan calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan itu yang tamat 25 Mac lalu kerana positif COVID-19 atau perlu jalani kuarantin.\n\nSPM 2020 sesi kedua ini dilaksanakan sehingga 23 April di hampir 200 pusat peperiksaan di seluruh negara.\n\u00a0\nNeelofa minta ruang untuk selesaikan isu dakwaan pelanggaran SOP PKP.\nNeelofa minta diberi ruang untuk menyelesaikan sendiri isu dakwaan melanggar SOP PKP baru-baru ini.\n\nIa berkaitan isu rentas negeri bersama suaminya ke utara tanah air dan majlis perkahwinan mereka.\nPolis dalam pada itu sudah ambil keterangan Neelofa dan Haris berhubung majlis perkahwinan mereka yang didakwa langgar SOP PKP.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72602", "title": "Kes Culik Bayi, Hospital Tanah Merah Diarah Asing Wad", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Culik Bayi, Hospital Tanah Merah Diarah Asing Wad\nNov 17, 2016\n\nHospital Tanah Merah, Kelantan diarah mengasingkan wad nurseri penjagaan khas daripada wad pediatrik.Ujar Kementerian Kesihatan, ia membolehkan kawalan ketat keluar masuk bayi dilakukan dengan lebih baik.Ia susulan kes seorang bayi baru lahir diculik dari hospital berkenaan kelmarin namun berjaya ditemui semula.Kementerian turut memaklumkan, kes berkenaan terjadi disebabkan kecuaian petugas hospital dan pengawal keselamatan.Siasatan awal juga mendapati penculikan hanya didalangi sepasang suami isteri muda berusia 20-an.Mereka dilapor nekad menculik bayi berkenaan selepas si isteri mengalami kemurungan teruk akibat keguguran.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73019", "title": "Datuk Seri Azmin Ali nafi tuduhan beliau dan isteri miliki ratusan juta ringgit dalam akaun bank di luar negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDatuk Seri Azmin Ali nafi tuduhan beliau dan isteri miliki ratusan juta ringgit dalam akaun bank di luar negara.\nJun 25, 2018\n\nDatuk Seri Azmin Ali nafi tuduhan bahawa beliau dan isteri miliki ratusan juta ringgit dalam beberapa akaun bank di luar negara.Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata ianya bukan tuduhan baru dan sedia disiasat.Tambah Datuk Seri Azmin, beliau juga telah mengisytiharkan hartanya sejak berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73032", "title": "Rakyat Malaysia perlu lebih berhemah gunakan pengangkutan awam dan memandu di jalanraya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRakyat Malaysia perlu lebih berhemah gunakan pengangkutan awam dan memandu di jalanraya.\nJul 17, 2018\n\nRakyat Malaysia perlu lebih berhemah semasa menggunakan pengangkutan awam ataupun memandu di jalan raya.Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, sikap itu penting demi kesejahteraan pelbagai pihak.Kredit foto: The StarDalam pada itu, langkah mengurangkan perbelanjaan projek LRT 3 akan beri kesan positif kepada kewangan negara dalam jangka masa panjang.Jelasnya, biarpun kapasiti perkhidmatan itu dikurangkan namun beliau percaya ia masih mampu menampung permintaan buat masa ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72757", "title": "Anugerah Filem Terbaik Dalam FFM 2016 Dibuka Kepada Semua", "body": "\n\u2190 Back to list\nAnugerah Filem Terbaik Dalam FFM 2016 Dibuka Kepada Semua\nAug 10, 2016\n\nUjar Kementerian Komunikasi dan Multimedia, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pendapat semua pihak termasuk penggiat industri filem dan orang awam.Kementerian juga kini mewujudkan kategori baharu Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan untuk FMM 2016.*Foto : Edisi Viral\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72521", "title": "Suspek Kes Bunuh Anggota Polis Ditahan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSuspek Kes Bunuh Anggota Polis Ditahan\nSep 01, 2017\n\nSeorang lelaki ditahan bagi bantu siasatan kes bunuh Lans Koperal Valentino Mesa ketika mangsa bertugas di Balai Polis Pinggiran USJ, semalam.Polis Selangor yang mengesahkan perkara itu memaklumkan, terdahulu suspek tersebut yang berasal dari Sibu, Sarawak telah dipanggil beri keterangan.Pihaknya juga akan kemukakan permohonan reman ke atas suspek, hari ini.Pada masa sama, orang ramai diminta tidak membuat spekulasi ke atas penahanan tersebut kerana akan menjejaskan siasatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79110", "title": "Dr Maszlee Malik sah letak jawatan Presiden UIAM.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDr Maszlee Malik sah letak jawatan Presiden UIAM.\nJan 07, 2019\n\nMenteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sah letak jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Jelasnya, surat peletakan jawatan telah ditandatangani dan kini hanya menunggu pengumuman rasmi daripada pihak universiti.Maszlee dilantik sebagai Presiden UIAM pada September lalu dan sepatutnya \u00a0berakhir pada tahun 2021.Majlis Raja-Raja Melayu dijangka bersidang dalam masa terdekat bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16.Ini selepas Sultan Muhammad ke-5 meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, semalam.Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama dalam sejarah negara yang meletakkan jawatan.Orang ramai boleh\u00a0bayar bil air dan sewa rumah melalui JomPAY.Orang ramai kini boleh bayar sewa rumah, bil air, yuran\u00a0perkhidmatan PPR dan perumahan awam secara dalam talian, Jom PAY!Menurut DBKL, bayaran\u00a0boleh dibuat\u00a0secara dalam\u00a0talian melalui 40 bank di Malaysia.Bapa yang simbah anaknya dengan air panas ditahan.Polis Pulau Pinang berjaya tahan lelaki yang simbah anak perempuannya dengan air panas dan suspek akan direman hari ini.Dalam kejadian kira-kira 2 minggu lalu, bapa mangsa bertindak demikian selepas mangsa menghabiskan makanan di rumah mereka.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72293", "title": "PM Turki sahkan cubaan gagal", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM Turki sahkan cubaan gagal\nJul 16, 2016\n\nTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, 27 rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang di Istanbul, lebih 100 warga kita yang lain berada di Ankara.Ini berikutan insiden cubaan rampasan kuasa yang berlaku di Turki dalam usaha menggulingkan presiden dan kerajaan negara itu.Pihak berkuasa negara itu sahkan setakat ini 60 mangsa terkorban dalam cubaan tersebut, manakala lebih 300 suspek yang terlibat berjaya ditangkap.Serangan bom di Perlimen negara itu dilaporkan masih berterusan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71925", "title": "DUN Pahang meluluskan Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah 2017.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDUN Pahang meluluskan Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah 2017.\nAug 14, 2017\n\nDUN Pahang meluluskan Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 2017.Enakmen itu diwujudkan bagi memastikan kurniaan Sultan Pahang tidak sewenang-wenangnya digunakan pihak tidak bertanggungjawab.Menteri Besarnya berkata, perbuatan itu mendatangkan pencemaran dan nama buruk kepada kurniaan itu terutama institusi diraja Pahang.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81595", "title": "Selangor teruskan e-bazar Ramadan", "body": "\n\u2190 Back to list\nSelangor teruskan e-bazar Ramadan\nApr 17, 2020\n\nSelangor teruskan e-bazar RamadanFoto - Malay MailSelangor akan meneruskan konsep jual beli secara e-bazar sepanjang Ramadan ini dengan memastikan penjarakkan sosial dilakukan dalam pelbagai keadaan.Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya yakin konsep itu boleh diteruskan menggunakan perkhidmatan e-panggilan sedia ada tanpa membenarkan pengunjung membeli secara terus.Tambahnya, sebanyak 15 lokasi dikenal pasti untuk dijadikan dapur berpusat, namun ia masih di peringkat perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai kesesuaian lokasi berkenaan.-----Berita baik buat Veteran ATM tidak berpencenFoto - BernamaKerajaan bersetuju memanjangkan Bantuan Khas Kewangan one-off RM500 kepada kira-kira 179,198 orang veteran ATM yang tidak berpencen, tidak termasuk waris.Menteri Kanan (Keselamatan), Dato\u2019 Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran akan dibuat mulai 23 April 2020 yang diuruskan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.Tambahnya, mereka yang belum mendaftar boleh dibuat dengan melayari http://daftar.jhev.gov.my sehingga 31 Oktober 2020.-----Ujian bertulis UPKK dibatalFoto - Malay MailJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek bertulis pada 28 September hingga 1 Oktober ini dibatalkan.Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, JAKIM akan menetapkan satu pentaksiran baru bagi menggantikan ujian bertulis tersebut.Tambah beliau, pembukaan sesi persekolahan KAFA di seluruh negara juga akan dibuat mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72242", "title": "SPRM masih siasat rasuah status rumah bumiputra di Johor", "body": "\n\u2190 Back to list\nSPRM masih siasat rasuah status rumah bumiputra di Johor\nFeb 28, 2017\n\nTiada tangkapan baru dibuat berhubung kes rasuah dan penipuan status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera di Johor.Ujar SPRM, setakat ini pihaknya menahan reman 6 suspek dan sudah mengambil keterangan 15 saksi berhubung kes itu.Dalam perkembangan lain, 4 pegawai Jabatan Agama Islam Johor yang ditahan berkaitan kes salah guna kuasa dan rasuah minggu lalu, dibebaskan dengan ikat jamin.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=124774", "title": "Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Dilaksanakan Secara Menyeluruh.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBantuan Banjir Keluarga Malaysia Dilaksanakan Secara Menyeluruh.\nDec 30, 2021\n\n\nBantuan Banjir Keluarga Malaysia Menyeluruh.\nBantuan Banjir Keluarga Malaysia akan dilaksanakan secara menyeluruh.\nMenurut Perdana Menteri, antaranya menerusi Bantuan Wang Ihsan RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas, termasuk mereka yang tidak berpindah ke PPS.\nBaucar RM1,000 juga akan diberikan kepada mangsa banjir untuk pembelian atau pembaikan kenderaan peribadi mereka yang rosak secara total.\nKerajaan juga menyediakan baucar RM500 kepada mangsa banjir bagi pembelian peralatan elektrik.\n\u00a0\nKPDNHEP akan lancar operasi khas.\nKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan lancarkan operasi khas dalam masa terdekat.\nIa bagi pantau peningkatan harga barangan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya ketika waktu banjir.\nPihaknya tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan hingga bebankan pengguna.\n\u00a0\n110 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir semalam.\nMenurut KKM, sebahagian besarnya alami jangkitan saluran pernafasan akut.\nNamun, tiada kluster baru atau pertambahan kes Covid-19 dalam kalangan mereka.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72956", "title": "Hanya 0.03 peratus pelajar terbabit dadah dari Januari hingga Julai lalu", "body": "\n\u2190 Back to list\nHanya 0.03 peratus pelajar terbabit dadah dari Januari hingga Julai lalu\nNov 13, 2017\n\nHanya 0.03 peratus daripada 4.7 juta murid serta pelajar sekolah di negara ini dikenal pasti terbabit dadah dari Januari sehingga Julai lalu.Menurut Kementerian Pendidikan, daripada jumlah itu sebahagian besar daripadanya mencuba dadah jenis syabu.Namun katanya, bilangan itu adalah bilangan murid yang mencuba dadah dan tidak dikategorikan sebagai penagih.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71866", "title": "TPM ingin wujudkan dua jawatan kukuhkan PDRM", "body": "\n\u2190 Back to list\nTPM ingin wujudkan dua jawatan kukuhkan PDRM\nJul 07, 2017\n\nTPM akui keperluan mewujudkan dua jawatan timbalan ketua polis negara dan jabatan antikeganasan bagi memperkukuhkan pasukan PDRM.Bagaimanapun, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan mengenainya akan dibuat oleh Mesyuarat Suruhanjaya Polis yang dipengerusikan beliau.Tambah beliau, Unit Anti Keganasan yang diletakkan di bawah Cawangan Khas PDRM juga mungkin akan dinaik taraf kepada Jabatan Anti Keganasan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72726", "title": "Pokemon Go : Johor Tak Larang Tapi Mahu Pemain Tahu Had", "body": "\n\u2190 Back to list\nPokemon Go : Johor Tak Larang Tapi Mahu Pemain Tahu Had\nAug 15, 2016\n\nNamun, Menteri Besarnya berharap mereka yang bermain permainan siber itu tahu hadnya.Setakat ini, 2 negeri iaitu Melaka dan Kedah memfatwakan permainan itu haram kerana boleh membawa mudarat.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71864", "title": "etua Polis Negara puas hati prestasi Op Selamat", "body": "\n\u2190 Back to list\netua Polis Negara puas hati prestasi Op Selamat\nJul 06, 2017\n\nKetua Polis Negara puas hati dengan prestasi Op Selamat sempena Aidilfitri lalu.Menurut Tan Sri Khalid Abu Bakar, ini kerana dalam tempoh itu, jumlah kematian dicatatkan ialah 257, turun 14 peratus berbanding tahun lalu.Tambahnya, penggunaan kaedah penguatkuasaan penuh dilihat sebagai antara faktor menyumbang kepada penurunan kes kemalangan maut.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70851", "title": "Restoran, kedai serbaneka boleh buka sehingga 2 pagi", "body": "\n\u2190 Back to list\nRestoran, kedai serbaneka boleh buka sehingga 2 pagi\nSep 10, 2020\n\nRestoran, kedai serbaneka boleh buka sehingga 2 pagiFoto - BernamaOrang ramai kini boleh mendapatkan makanan dengan lebih tenang apabila waktu operasi kedai makan dan kedai serbaneka kini dilanjutkan sehingga jam 2 pagi.Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini selepas menerima banyak aduan pemilik premis yang pendapatan mereka terjejas kerana waktu operasi terhad.Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan Jun lalu, kedai makan dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi sehingga 12 tengah malam sahaja.-----Ada sebab lawatan kerja Menteri Pertahanan China tidak dihebahFoto - BernamaLawatan kerja Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe ke negara ini pada Isnin lalu tidak mendapat liputan media tempatan kerana mematuhi nasihat Kementerian Kesihatan agar program dilaksanakan tanpa hebahan.Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, lawatan hanya melibatkan delegasi dari negara itu serta pihak-pihak kementeriannya dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.Katanya, walaupun kawalan sempadan diperketatkan, hubungan diplomatik dengan negara luar masih diteruskan dengan SOP ketat iaitu menjalani ujian swab test tiga hari sebelum masuk ke Malaysia-----Lebih 400 cuba bunuh diri tahun iniFoto - Yahoo NewsSejumlah 465 kes cubaan bunuh diri dirujuk kepada Kementerian Kesihatan bagi tempoh dari Januari hingga Jun tahun ini, berbanding 675 dalam tempoh yang sama tahun lepas.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, KKM telah mewujudkan Talian Sokongan Psikososial sejak 25 Mac lepas dengan kerjasama Mercy Malaysia bagi membantu menangani isu berkenaanMalah, agensi-agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut mewujudkan talian bantuan masing-masing.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80513", "title": "Semua universiti awam wajib laksanakan Dasar Inklusif OKU. ", "body": "\n\u2190 Back to list\nSemua universiti awam wajib laksanakan Dasar Inklusif OKU. \nSep 06, 2019\n\nSemua 20 universiti awam\u00a0wajib laksana Dasar Inklusif dan Unit Perkhidmatan OKU mulai sesi pengajian 2019/2020 yang baru bermula.Menurut Kementerian Pendidikan, ia bertujuan menghapuskan pengasingan penuntut OKU dengan pelajar lain di\u00a0universiti awam.Ia seterusnya akan memastikan golongan berkenaan dapat kemudahan dan sistem sokongan pendidikan semasa menuntut di universiti.SKMM\u00a0minta individu yang dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp kongsi bahan lucah buat aduan.Mana-mana pihak diminta buat aduan kepada SKMM jika dimasukkan tanpa izin ke dalam kumpulan WhatsApp yang kongsi bahan-bahan lucah.Caranya, ambil gambar skrin atau 'screen capture' dan hantarnya kepada WhatsApp suruhanjaya itu.Ini selepas beberapa kumpulan whatsapp kembali diwujudkan untuk sebarkan klip video perlakuan songsang melibatkan seorang individu berprofil tinggi. \u00a0\u00a0Tahap kesedaran rakyat di negara ini untuk membeli barangan buatan Malaysia masih rendah.Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, hanya 40 peratus masyarakat membeli barangan tempatan.Jelasnya, jika promosi dan iklan\u00a0digabungkan dengan penganjuran ekspo dan karnival jualan, ia mampu tarik minat masyarakat untuk sokong produk tempatan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72715", "title": "Bank Negara Tidak Setuju Tempoh Maksimum Pinjaman Perumahan Ditambah", "body": "\n\u2190 Back to list\nBank Negara Tidak Setuju Tempoh Maksimum Pinjaman Perumahan Ditambah\nSep 20, 2016\n\nTempoh maksimum pinjaman perumahan selama 35 tahun sudah lebih daripada mencukupi untuk pinjaman diselesaikan sebelum umur persaraan.Tegas Bank Negara, cadangan menaikkan tempoh maksimum kepada 40 tahun tidak sesuai kerana ia hanya menyebabkan jumlah kos pinjaman meningkat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72672", "title": "Loji Rawatan Air Semenyih Ditutup Lagi Akibat Pencemaran", "body": "\n\u2190 Back to list\nLoji Rawatan Air Semenyih Ditutup Lagi Akibat Pencemaran\nOct 04, 2016\n\nLoji Rawatan Air Semenyih ditutup buat kali ke-2 dalam masa sebulan pagi tadi, berikutan pencemaran di Sungai Semenyih, Selangor.\u00a0Susulan pencemaran itu, sebuah premis disita selepas dikenal pasti menjadi punca pencemaran tersebut.\u00a0Menurut kerajaan Selangor, kes itu telah dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan selanjutnya.Dalam perkembangan berkaitan, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat dan Sepang alami gangguan bekalan air sejak pagi tadi disebabkan pencemaran terbaru malam tadi.\u00a0Menurut Syabas, bekalan air akan pulih secara berperingkat apabila loji rawatan air beroperasi semula.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72248", "title": "Korea Utara telah mengusir Duta Malaysia", "body": "\n\u2190 Back to list\nKorea Utara telah mengusir Duta Malaysia\nMar 07, 2017\n\nKorea Utara telah mengusir Duta Malaysia di sana, sebagai tindak balas pengisytiharan dutanya sebagai Persona Non Grata.Namun, Duta Malaysia sudahpun berada di negara ini sejak 22 Februari lalu kerana telah dipanggil pulang oleh kerajaan.Duta negara itu sebelum ini dihalau pulang ekoran hubungan tegang KL-Pyongyang berkait kes bunuh warga Korea Utara di klia2, bulan lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72878", "title": "MTUC Puji Kadar Gaji Minimum Baru Yang Berkuatkuasa Hari Ini", "body": "\n\u2190 Back to list\nMTUC Puji Kadar Gaji Minimum Baru Yang Berkuatkuasa Hari Ini\nJul 01, 2016\n\nPihaknya juga gembira dengan pengumuman khas cuti peristiwa pada Jumaat 8 Julai untuk pekerja sektor awam jika Hari Raya jatuh pada 6 Julai.\u00a0MTUC turut mengesa kerajaan melanjutkan cuti khas itu kepada pekerja sektor swasta.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72626", "title": "KPDNKK & SKMM Bekerjasama Tangani Budaya 'Berita Tergempar'", "body": "\n\u2190 Back to list\nKPDNKK & SKMM Bekerjasama Tangani Budaya 'Berita Tergempar'\nDec 06, 2016\n\nKPDNKK bekerjasama dengan SKMM bagi menangani budaya 'berita tergempar' yang menyebabkan pembelian panik dalam kalangan pengguna.Kerjasama itu membolehkan kementerian mengesan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita tidak tepat mengenai isu-isu kepenggunaan.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79270", "title": "Kerajaan belum rancang untuk wujudkan kawasan khas merokok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan belum rancang untuk wujudkan kawasan khas merokok.\nJan 30, 2019\n\nKerajaan belum berhasrat untuk wujudkan kawasan khas merokok seperti yang dilaksanakan di beberapa negara.Kementerian Kesihatan berkata cadangan itu hanya akan tambah sekatan kepada perokok berbanding arahan dibenarkan merokok tiga meter dari kawasan larangan yang dilaksanakan ketika ini. \u00a0Tambahnya, kawasan larangan merokok ketika ini sebenarnya tidak sampai satu peratus daripada kawasan yang dibenarkan merokok.Angkasa\u00a0perkenalkan program Barang Asas 100.\u00a0Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia akan perkenalkan program Barang Asas 100, bermula Mei ini.Melalui program itu, harga yang ditawarkan bagi barangan terpilih dijual lebih murah, antara 10 hingga 20 peratus berbanding harga pasaran.Buat masa ini, kira-kira 3,000 kedai serbaneka di seluruh negara \u00a0telah dikenalpasti sebagai outlet menjelang perlaksanaan program itu.Pahang umum cuti peristiwa esok.Pahang umum cuti peristiwa esok sempena istiadat lafaz sumpah Sultan Pahang menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.Saksikan Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 secara langsung jam 10 pagi esok di Astro Awani saluran 501.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=149579", "title": "4 Kanak-Kanak Cedera Terkena Letupan Mercun", "body": "\n\u2190 Back to list\n4 Kanak-Kanak Cedera Terkena Letupan Mercun\nApr 07, 2023\n\n\n4 Kanak-Kanak Cedera Terkena Letupan Mercun\n4 kanak-kanak cedera akibat terkena letupan mercun dalam kejadian di Kuala Nerus.\nMenurut polis Terengganu, kejadian berlaku ketika mangsa bermain mercun yang dipercayai sudah diubahsuai!\nSeorang mangsa dirawat di hospital akibat kecederaan pada mata manakala 3 lagi dirawat sebagai pesakit luar.\n\u00a0\nDewan Negara lulus RUU Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak\nDewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak, Pindaan 2023.\nIa bertujuan beri perlindungan lebih menyeluruh kepada kanak-kanak seterusnya banteras jenayah seksual ke atas golongan terbabit.\nIa bakal menyaksikan pesalah kes jenayah seksual ke atas kanak-kanak berdepan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun.\nMalah hukuman penjara mungkin akan lebih lama sehingga boleh mencecah 100 tahun jika disabitkan dengan beberapa kesalahan jenayah itu.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72449", "title": "Adik bunuh abang kerana tanah pusaka", "body": "\n\u2190 Back to list\nAdik bunuh abang kerana tanah pusaka\nMay 15, 2017\n\nSengketa 2 beradik lelaki berhubung harta pusaka berakhir dengan tragedi apabila salah seorang maut dibunuh ketika bergaduh di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Pergaduhan tercetus apabila mangsa yang juga abang datang ke rumah suspek yang juga adiknya dan sengaja melanggar kaki adiknya dengan motosikal yang ditunggang.Susulan itu, suspek kini ditahan polis untuk siasatan.Siasatan awal polis mendapati, mangsa mempunyai 10 rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah, manakala adiknya tiada rekod jenayah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80572", "title": "Jerebu di Sri Aman kembali cecah paras bahaya.", "body": "\n\u2190 Back to list\nJerebu di Sri Aman kembali cecah paras bahaya.\nSep 20, 2019\n\nJerebu menyebabkan lebih 2,600 sekolah di Selangor, Putrajaya, KL, Pulau Pinang dan Sarawak masih ditutup hari ini.Hampir separuh daripadanya melibatkan sekolah di 20 daerah di Sarawak.Di Sri Aman, IPU kawasan itu terus meningkat dan terkini ia berada di tahap bahaya iaitu 420!3 lagi kawasan di Sarawak catat bacaan udara sangat tidak sihat, manakala 22 kawasan, kesemuanya di Semenanjung catat IPU tidak sihat.Sementara itu, orang ramai dinasihatkan agar terus ambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu.Ini kerana menurut Kementerian Kesihatan, penyakit berkaitan jerebu seperti asma dan konjuntivitis naik hampir 16 dan 25 peratus dalam tempoh seminggu ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71765", "title": "Nama Baru The Red Warriors : Kelantan Perlu Buat Permohanan Sebelum Bulan Depan", "body": "\n\u2190 Back to list\nNama Baru The Red Warriors : Kelantan Perlu Buat Permohanan Sebelum Bulan Depan\nJan 10, 2016\n\nSecara dasarnya FAM tiada masalah dengan pertukaran itu, namun ia perlu dibuat sebelum musim baru Liga Super bermula.Dalam pada itu, ketua jurulatih Kelantan, K Devan berkata setakat ini, 8 pemain import telah diuji untuk musim baru, namun tidak penuhi kriteria.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72697", "title": "Laporan Nahas Helikopter Ragut Nyawa Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis Keluar Minggu Depan", "body": "\n\u2190 Back to list\nLaporan Nahas Helikopter Ragut Nyawa Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis Keluar Minggu Depan\nSep 07, 2016\n\nLaporan nahas helikopter yang mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis April tahun lalu akan dikeluarkan minggu depan.Menurut Kementerian Pengangkutan, punca nahas telah dikenalpasti, dan laporannya boleh dirujuk di laman webnya nanti.Kementerian turut memaklumkan, siasatan tragedi helikopter yang mengorbankan 5 nyawa di Sebuyau, Sarawak Mei lalu masih dijalankan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72552", "title": "Kerajaan Belum Lulus Vaksin Denggi", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan Belum Lulus Vaksin Denggi\nNov 03, 2016\n\nKerajaan Malaysia belum meluluskan pembelian vaksin denggi yang dihasilkan sebuah syarikat swasta atas beberapa faktor walaupun ia sudah diiktiraf WHO.Jelas Kementerian Kesihatan, antaranya, ujian ke atas vaksin berkenaan hanya dilakukan ke atas kumpulan umur antara 9 hingga 18 tahun.Isu lain adalah vaksin tersebut akan mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan jika diberi kepada individu yang tidak pernah dijangkiti denggi.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71686", "title": "Orang Ramai diminta Beri Cadangan Tambah Baik Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya dan AES", "body": "\n\u2190 Back to list\nOrang Ramai diminta Beri Cadangan Tambah Baik Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya dan AES\nJan 22, 2016\n\nCadangan tersebut boleh dibuat melalui laman web JPJ dalam tempoh sebulan mulai hari ini.Contohnya, orang ramai boleh memberi cadangan lokasi untuk menempatkan kamera AES.JPJ juga akan perketatkan penguatkuasaan terhadap operasi lori hantu dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya.Ia termasuk kemungkinan mendaftarkan semua kenderaan tersebut dan mewajibkannya melalui pemeriksaan Puspakom.Ia susulan kes 2 pelajar di Cheras, KL maut dan seorang murid di Sabak Bernam, Selangor putus kedua-dua kaki akibat dilanggar lori.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72303", "title": "8300 cadangan diterima", "body": "\n\u2190 Back to list\n8300 cadangan diterima\nSep 24, 2016\n\nPM Dato Seri Najib Tun Razak berkata, lebih 8,300 cadangan diterima melalui laman cadangan Bajet 2017 yang dibuka kepada orang ramai bermula 5 September hingga Rabu lepas.Kategori pekerjaan, pendidikan, pengangkutan awam dan infrastruktur, percukaian, perniagaan dan kewangan, serta perumahan dan kehidupan bandar terima paling banyak cadangan.Bajet 2017 akan dibentangkan di Parlimen pada 21 Oktober ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80294", "title": "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih tema Hari Kebangsaan 2019", "body": "\n\u2190 Back to list\nSayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih tema Hari Kebangsaan 2019\nJul 24, 2019\n\nSayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih tema Hari Kebangsaan 2019Foto - Malaysia MerdekaTema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini ialah 'Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih'.Kerajaan juga memutuskan untuk mengekalkan logo rasmi tahun lepas sebagai logo rasmi sambutan tahun ini.Lagu 'Malaysia Bersih' akan menjadi lagu utama sambutan manakala acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan akan diadakan di Putrajaya.-----Prosiding inkues Muhammad Adib Kassim ditutupFoto - Kosmo!Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Kassim ditutup hari ini selepas tiada lagi saksi dipanggil untuk beri keterangan.Hakim turut membenarkan pihak berkepentingan untuk mengemukakan hujahan bertulis, yang \u00a0perlu dikemukakan sebelum atau pada 21 Ogos depan.Mahkamah koroner bagaimanapun belum menetapkan tarikh untuk keputusan inkues berkenaan.-----Talian percuma Befrienders bermula 1 OgosFoto - Kosmo!Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia dengan kerjasama lapan syarikat telekomunikasi tawar panggilan secara percuma untuk talian Befrienders bermula 1 Ogos ini.Ia sebagai menyokong usaha kerajaan bagi meningkatkan kesedaran serta tanggungjawab orang ramai dalam menangani isu kesihatan dan kestabilan emosi.Befrienders merupakan pusat sokongan emosi kepada individu yang mempunyai masalah emosi yang serius.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81259", "title": "Kenyataan Tun Dr Mahathir Undang Pelbagai Reaksi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKenyataan Tun Dr Mahathir Undang Pelbagai Reaksi.\nFeb 28, 2020\n\nKenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Parlimen akan bersidang 2 Mac ini bagi memilih Perdana Menteri baru, mendapat pelbagai reaksi!Pakatan Harapan dalam mesyuarat tergemparnya malam tadi sifatkan tindakan Perdana Menteri Sementara itu sebagai cuba mendahului Istana Negara.Ini kerana katanya, umum sedia maklum Yang di Pertuan Agong akan bertemu Majlis Raja Raja hari ini bagi membincangkan perkara itu.PH berpendirian bahawa hak dan kuasa melantik perdana menteri adalah di tangan Yang di Pertuan Agong seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Sementara itu, UMNO berkata pihaknya tidak mengguna pakai kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri interim.Sebaliknya tegas Setiausaha Agungnya, UMNO hanya akan menunggu kenyataan rasmi Istana Negara sebelum membuat keputusan.Semalam, Tun Dr Mahathir umum persidangan khas akan diadakan Isnin depan untuk menentukan pemimpin yang mempunyai majoriti sebagai PM ke-8.Kenyatan beliau itu mengejutkan banyak pihak, kerana Yang di-Pertuan sedang mencari penyelesaian kepada kemelut itu.\u00a0Majlis Raja-raja Melayu dalam pada itu dijadual bermesyuarat khas di Istana Negara, hari ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=123270", "title": "Bantuan Mangsa Banjir Akan Disegerakan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBantuan Mangsa Banjir Akan Disegerakan.\nDec 24, 2021\n\n\nBantuan Mangsa Banjir Akan Disegerakan.\nNADMA akan segerakan penyaluran bantuan kepada mangsa banjir.\nKetua Pengarahnya, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, ia layak kepada mangsa yang terjejas sama ada yang berpindah atau tidak ke pusat pemindahan..\nBantuan RM1,000 akan diberikan kepada ketua isi rumah yang terjejas manakala RM5,000 untuk waris mangsa yang meninggal dunia akibat bencana alam itu.\n\u00a0\nKes jangkitan COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir kekal 390 kes.\nTiada kes baru dikesan di Pusat Pemindahan Sementara.\nBagaimanapun KKM mengesan 180 kes penyakit berjangkit lain dalam kalangan mangsa banjir.\nAntaranya jangkitan saluran pernafasan akut dan penyakit kulit.\n\u00a0\n#Daruratbanjir antara yang paling popular di Twitter.\nCiapan atau tweet berkaitan bencana banjir di Malaysia cecah hampir 5 juta pada 18 hingga 21 Disember lalu.\nTwitter Asia Tenggara berkata antara hashtag paling popular yang digunakan ialah #DaruratBanjir.\nIa digunakan untuk meminta bantuan, mendapatkan maklumat sahih dan mengikuti perkembangan semasa mengenai bencana alam itu.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72307", "title": "Melibatkan loji rawatan air Langat dan Batu 11", "body": "\n\u2190 Back to list\nMelibatkan loji rawatan air Langat dan Batu 11\nOct 08, 2016\n\nPengguna di Kuala Lumpur, daerah Petaling dan Hulu Langat akan alami gangguan bekalan air berikutan penutupan loji rawatan air Langat dan Sungai Cheras Batu 11.Menurut Syabas, loji tersebut terpaksa ditutup akibat pencemaran bau dari Sungai Semantan, Pahang.Bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terlibat dan premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72525", "title": "Kerajaan sedia laman web khas, kumpul input untuk #Bajet2018", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan sedia laman web khas, kumpul input untuk #Bajet2018\nSep 04, 2017\n\nKerajaan sediakan satu laman web khas berciri interaktif bagi mendapatkan input untuk\u00a0#Bajet2018\u00a0di laman blog\u00a0najibrazak.com.Orang ramai boleh mula mengakses laman itu untuk berkongsi pandangan dan cadangan mulai hari ini sehingga 18 September depan.Terdapat 14 kategori dalam laman itu yang bersesuaian dengan inti pati yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 27 Oktober nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71943", "title": "PM isytihar cuti khas Isnin, 4 September ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPM isytihar cuti khas Isnin, 4 September ini.\nAug 31, 2017\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak isytiharkan Isnin, 4 September ini sebagai cuti khas sempena pencapaian luar biasa Malaysia pada temasya Sukan SEA KL 2017.Tambah beliau, kerajaan mengumumkan cuti khas ini sebagai menghargai pengorbanan atlet dan semua yang terlibat dalam temasya itu.Pengumuman ini dibuat pada majlis sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.Sumber gambar : Bernama\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=147920", "title": "3 Negeri Akan Memasuki Fasa Pascabanjir", "body": "\n\u2190 Back to list\n3 Negeri Akan Memasuki Fasa Pascabanjir\nMar 09, 2023\n\n\n3 Negeri Akan Memasuki Fasa Pascabanjir\nNADMA memaklumkan Johor, Pahang dan Melaka akan memasuki fasa pascabanjir dalam masa terdekat.\nSehubungan dengan itu, pihaknya mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak termasuk NGO bagi memastikan kerja-kerja bantuan pascabanjir berjalan lancar.\nMenurut laman web NADMA, lebih 40,000 mangsa banjir di 3 negeri berkenaan masih berlindung di PPS.\u00a0\nDalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Johor mengumumkan hampir 26 institusi kewangan bersetuju beri kemudahan moratorium kepada mangsa banjir di negeri itu.\n\n\nTan Sri Muhyiddin Nafi Ditahan\nBekas Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin nafi dakwaan kononnya telah ditahan SPRM semalam.\u00a0\nAhli Parlimen Pagoh itu sebaliknya mengesahkan diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada 11 pagi ini untuk beri keterangan.\u00a0\nDesas-desus Tan Sri Muhyiddin akan didakwa tersebar selepas bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan dihadap ke mahkamah berhubung kes rasuah berkaitan program Jana Wibawa.\n\u00a0\n\nPerdana Menteri Tegur Para Suami\u00a0\nPerdana Menteri tegur sikap segelintir suami yang masih 'berkira' untuk beri sumbangan caruman KWSP kepada isteri menerusi inisiatif i-Sayang.\nDatuk Seri Anwar Ibrahim berkata, i-Sayang merupakan inisiatif kerajaan menghargai sumbangan isteri yang membolehkan suami memindahkan 2 peratus caruman secara sukarela ke akaun isteri.\nBeliau berkata demikian sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 semalam.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=123072", "title": "Fokus Salurkan Bantuan Pasca Banjir.", "body": "\n\u2190 Back to list\nFokus Salurkan Bantuan Pasca Banjir.\nDec 22, 2021\n\n\nFokus Salurkan Bantuan Pasca Banjir.\nPerdana Menteri gesa semua pihak fokus dalam menyalurkan bantuan pasca banjir.\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pertemuan bersama Menteri berkaitan telah diadakan bagi mencari jalan segera membantu mangsa banjir.\nBeliau turut mengarahkan supaya bantuan RM1,000 kepada ketua isi rumah yang terjejas dipercepatkan.\nIa bagi meringankan beban mereka yang terlibat dalam menghadapi fasa pasca banjir.\n\u00a0\n\u00a0\n86 lagi kes jangkitan COVID-19 dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir.\nIa menjadikan jumlah keseluruhan kes positif yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir 267 kes.\nBagaimanapun menurut KKM, tiada jangkitan COVID-19 dilaporkan berlaku dalam kalangan mangsa banjir ketika berada di PPS.\n\u00a0\nJenazah Datuk Osman Sapian dijangka dikebumikan di Johor selepas Zohor hari ini.\nBekas Menteri Besar Johor yang juga ADUN Kempas itu meninggal dunia di Damansara, malam tadi.\nOsman adalah Menteri Besar Johor ke-16 dan yang pertama daripada BERSATU yang dilantik selepas Pakatan Harapan memenangi PRU-14.\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71759", "title": "Cuaca baik bantu banjir di Sarawak terus pulih", "body": "\n\u2190 Back to list\nCuaca baik bantu banjir di Sarawak terus pulih\nFeb 24, 2016\n\nTerkini, daerah Samarahan dan Bau tidak lagi merekodkan mangsa banjir.Kini hanya Kuching dan Serian masih terjejas membabitkan kira-kira 1,500 mangsa banjir.Sementara itu, selepas berhempas pulas menyelamatkan mangsa banjir, bomba dan anggota penyelamat lain di Sarawak kini giat membantu membersihkan sisa banjir.Mereka kini membantu penduduk membersihkan rumah, rumah ibadat, sekolah serta kemudahan awam lain yang terjejas banjir.\u00a0\u00a0*gambar sekadar hiasan\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72305", "title": "RON95, RON97 naik 10 sen", "body": "\n\u2190 Back to list\nRON95, RON97 naik 10 sen\nOct 01, 2016\n\nHarga runcit petrol RON95 dan RON97 naik 10 sen seliter manakala diesel naik lima sen seliter berkuatkuasa tengah malam tadi.Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia berkata harga baru bagi RON95 adalah seringgit lapan puluh sen manakala RON97 dua ringgit lima belas sen.Harga baru diesel pula bangi Oktober pula seringgit 75 sen seliter.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72401", "title": "Kes sumbang mahram di Sarawak amat membimbangkan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes sumbang mahram di Sarawak amat membimbangkan\nSep 30, 2017\n\nKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kes sumbang mahram di Sarawak amat membimbangkan dan perlu ditangani segera.Berdasarkan rekod, lebih 3,200 kes telah dilapor sejak 2006 hingga 2015 dan daripada jumlah itu, majoriti mangsa kes sumbang mahram adalah berumur 13 hingga 15 tahun.Kerajaan menerusi LPPKN kini giat mengadakan pelbagai program termasuk turun padang ke sekolah-sekolah di Sarawak dalam usaha memberi kesedaran berkenaan masalah sumbang mahram.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81922", "title": "Cuti panjang cikgu dah habis?", "body": "\n\u2190 Back to list\nCuti panjang cikgu dah habis?\nJun 04, 2020\n\nCuti panjang cikgu dah habis?Foto - New Straits TimesSemua guru dikehendaki berada di kawasan bertugas masing-masing dan bersedia untuk ke sekolah selepas tamat cuti pertengahan tahun, awal bulan ini.Berdasarkan surat pemakluman, guru di sekolah dalam negeri Kumpulan A perlu berada di tempat bertugas pada Ahad ini, manakala bagi sekolah dalam Kumpulan B pada 8 Jun ini.Kementerian Pendidikan mengesahkan surat arahan bertarikh 4 Jun yang tular di media sosial itu adalah benar.-----Penularan COVID-19 warga tempatan capai angka satu digitFoto - The StarPenularan wabak COVID-19 dalam kalangan warga tempatan kini mencapai angka satu digit dan tiada peningkatan mendadak dilaporkan walaupun 277 kes dilaporkan hari ini.Hanya empat kes membabitkan warganegara tempatan manakala 270 terdiri daripada PATI di Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil, dua kes import dan satu dari kluster tapak pembinaan.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 28 kes pulih dicatatkan hari ini dan tiada kematian terbaru direkodkan dengan jumlah korban keseluruhan kekal 115.-----Sarawak benarkan kedai gunting rambut beroperasiFoto - PinterestSarawak benarkan kedai gunting rambut dan salun rambut beroperasi mulai Selasa depan namun terhad kepada perkhidmatan menggunting rambut sahaja.Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, prosedur operasi standard (SOP) kedai gunting rambut itu akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.Pemilik kedai harus meminimumkan jarak, tukang gunting harus mengutamakan kesihatan dan memakai pelitup muka serta elakkan batuk atau bersin.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73255", "title": "Rumah PPR di ibu kota akan disita jika penghuninya buang sebarang objek dari tingkat atas.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRumah PPR di ibu kota akan disita jika penghuninya buang sebarang objek dari tingkat atas.\nJan 17, 2018\n\nRumah PPR di ibu kota akan dikenakan tindakan sita jika terdapat bukti penghuninya buang sampah atau sebarang objek dari tingkat atas.DBKL juga akan pasang jaring keselamatan di setiap blok PPR bagi mengurangkan risiko kemalangan akibat sikap penghuni yang suka campak barang dari tingkat atas.Buat permulaan, 13 daripada 72 PPR yang dikelaskan sebagai kawasan hitam akan terlibat.Kelmarin, seorang remaja terbunuh akibat ditimpa kerusi yang dicampak dari tingkat atas sebuah PPR di Pantai Dalam.Kesnya diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan polis sedang giat mengesan pelakunya.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72143", "title": "Pelaksanaan kasut hitam secara beransur-ansur - Kementerian Pendidikan", "body": "\n\u2190 Back to list\nPelaksanaan kasut hitam secara beransur-ansur - Kementerian Pendidikan\nOct 14, 2018\n\nFoto - Kosmo!Kementerian Pendidikan setuju pemakaian kasut hitam untuk murid sekolah dilaksanakan secara beransur-ansur mulai tahun depan.Susulan itu juga, pelaksanaan peraturan tersebut juga hanya akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 2021.Keputusan itu diambil selepas kementerian mempertimbangkan pandangan dan keluhan semua pihak berkepentingan.Dalam perkembangan lain, kementerian sahkan tiada pelajar Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Michigan State University di AS semalam yang meragut nyawa seorang penuntut.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72380", "title": "Tiada kompromi dalam soal kedaulatan Islam walaupun mempunyai hubungan diplomatik.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTiada kompromi dalam soal kedaulatan Islam walaupun mempunyai hubungan diplomatik.\nDec 10, 2017\n\nMalaysia tidak berkompromi dengan Amerika Syarikat dalam soal kedaulatan Islam walaupun mempunyai hubungan diplomatik bersifat multidimensi dengan negara itu.PM memaklumkan demikian merujuk kepada tindakan Presiden Donald Trump isytihar Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.Tegas Datuk Seri Najib Tun Razak, ia bertentangan dengan aspek kedaulatan yang telah ditentukan dalam resolusi PBB.Kredit foto : MalaysiaGazzette\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73111", "title": "Bilangan penagih dadah di seluruh negara naik 18 peratus tahun lalu berbanding 2016.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBilangan penagih dadah di seluruh negara naik 18 peratus tahun lalu berbanding 2016.\nApr 02, 2018\n\nBilangan penagih dadah di seluruh negara naik 18 peratus tahun lalu berbanding 2016.Majoriti penagih pula berusia seawal usia 13 tahun sehinggalah 40 tahun.Justeru, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia gesa orang ramai bangkit dan main peranan aktif menjadikan Malaysia bebas dadah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73150", "title": "Kuala Lumpur berada di tangga ke 10 senarai masa depan rantau Asia-Pasifik 2017/2018.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKuala Lumpur berada di tangga ke 10 senarai masa depan rantau Asia-Pasifik 2017/2018.\nFeb 20, 2018\n\nKuala Lumpur berada di tangga ke 10 senarai masa depan rantau Asia-Pasifik 2017/2018 berdasarkan laporan Forum Ekonomi Dunia, turun 4 tangga berbanding sebelum ini.Kedudukan tersebut dinilai berdasarkan potensi ekonomi; mesra perniagaan; modal insan dan gaya hidup; keberkesanan perbelanjaan; dan perhubungan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=70964", "title": "Kerajaan baru Sabah fokus isu COVID-19", "body": "\n\u2190 Back to list\nKerajaan baru Sabah fokus isu COVID-19\nSep 29, 2020\n\nKerajaan baru Sabah fokus isu COVID-19Foto - BernamaKerajaan negeri Sabah yang baru, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memberi tumpuan terhadap usaha memulihkan ekonomi dan membendung penularan COVID-19 di negeri ini.Ketua Menterinya, Datuk Hajiji Noor berkata, beliau melihat pandemik sedang melanda itu sebagai cabaran utama yang perlu dihadapi kerajaan negeri pimpinannya.Terdahulu, Hajiji mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Sabah, Kota Kinabalu, pagi tadi.-----Tugas guru jaga SOP pencegahan COVID-19 di sekolah sahajaFoto - NUTPNUTP selar dakwaan pihak mempersoal keberadaan guru bagi memantau kepatuhan pelajar terhadap prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 selepas waktu sekolah.Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock menegaskan, tugas guru menjaga pelajar tamat apabila semua urusan di sekolah selesai dilaksanakan dan tanggungjawab itu diserah kepada ibu bapa.Semalam, tular keratan sebuah akhbar tempatan mengenai pendapat seorang pembaca yang mempersoalkan keberadaan guru untuk mengawal dan memantau kepatuhan SOP pelajar selepas waktu persekolahan.-----KPLB cadang wujudkan tabike elit untuk golongan M40Foto - New Straits TimesKementerian Pembangunan Luar Bandar cadang mewujudkan tabika elit di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) khusus untuk kanak-kanak daripada keluarga golongan pertengahan atau sederhana (M40).Katanya, cadangan berkenaan dalam proses perbincangan awal dan kementerian itu sedang merangka kertas kerja mengenainya untuk dibentang di Kabinet dalam masa terdekat.Insiatif itu juga bagi mentransformasikan sebahagian tabika sedia ada ke peringkat lebih baik termasuk daripada aspek modul pengajaran dan pembelajaran, fasiliti serta taraf pendidikan tenaga pengajar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=114232", "title": "Kemasukan Pesakit COVID-19 Kategori 4 Menurun Di PKRC MAEPS Serdang.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKemasukan Pesakit COVID-19 Kategori 4 Menurun Di PKRC MAEPS Serdang.\nAug 29, 2021\n\nKemasukan pesakit COVID-19 kategori 4 menurun di PKRC MAEPS Serdang\u00a0\r\n\u00a0\r\nJumlah kemasukan pesakit kategori 4 ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di MAEPS Serdang tunjukkan penurunan mendadak.\u00a0\n\r\n\u00a0\r\nPengarahnya, Dr Shahabuddin Ibrahim beritahu BH, purata kemasukan pesakit kategori tersebut kini hanya kira-kira 100 orang berbanding 500 orang beberapa minggu lalu.\u00a0\r\n\u00a0\r\nIa sekaligus membuktikan keberkesanan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanakan kerajaan.\u00a0\r\n\u00a0\r\nKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kini fokus untuk pembangunan dan penyelidikan untuk menghasilkan vaksin COVID-19.\u00a0\r\n\u00a0\r\nMenterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba sifatkan ia sebagai perkara penting dalam usaha menyelamatkan rakyat Malaysia. \u00a0\r\n\u00a0\n\nMenziarahi kubur dibenarkan pada waktu luar perayaan\u00a0\r\n\u00a0\r\nAktiviti ziarah kubur di luar waktu perayaan adalah dibenarkan dengan mengikut SOP yang ditetapkan!\u00a0\r\n\u00a0\r\nKetua Pengarah Majlis Keselamatan Negara berkata larangan tersebut hanya dikenakan ketika waktu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha dalam usaha mengelakkan penularan COVID-19.\u00a0\n\r\n\u00a0\r\nDatuk Rodzi Md Saad turut ingatkan mereka yang ingin menziarahi kubur agar sentiasa menjaga SOP dan melaksanakan kebersihan kendiri.\u00a0\r\n\u00a0\n\nPDRM tunggu pengesahan rakyat Malaysia ditahan di Afghanistan\u00a0\r\n\u00a0\r\nPDRM telah kemuka permohonan kepada agensi keselamatan luar negara bagi mengesahkan laporan kononnya 2 rakyat negara ini ditahan di Afghanistan.\u00a0\r\n\u00a0\r\nKetua Polis Negara berkata pihaknya belum menerima sebarang maklumat berhubung kedua-dua individu berkenaan yang didakwa terlibat dengan aktiviti militan.\u00a0\r\n\u00a0\r\nTerdahulu, media antarabangsa melaporkan 2 rakyat Malaysia antara 6 yang ditahan di Afghanistan kerana terbabit dalam pertempuran.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72064", "title": "Perutusan khas PM dan calon PM daripada Pakatan Harapan dijangka jadi penutup kepada kempen PRU14 yang akan tamat tengah malam ini.", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerutusan khas PM dan calon PM daripada Pakatan Harapan dijangka jadi penutup kepada kempen PRU14 yang akan tamat tengah malam ini.\nMay 08, 2018\n\nPerutusan khas PM dan calon PM daripada Pakatan Harapan dijangka jadi penutup kepada kempen PRU14 yang akan tamat tengah malam ini.Kedua-duanya dijangka akan sampaikan pesanan terakhir kepada penyokong masing-masing sebelum keluar mengundi esok.Datuk Seri Najib Tun Razak akan berpidato secarang langsung di TV, manakala Tun Dr Mahathir Mohamad akan bersiaran di Facebook LIVE.DPB, penganalisis politik, Datuk Anbumani Balan berkata kempen pada saat akhir penting terutamanya buat pengundi yang masih belum buat pilihan. \"The fencesitters they will play more important role...will that transpire into the votes, that's the big question\" (13 saat )Tambahnya, terdapat kira-kira 40 peratus pengundi atas pagar, 24 jam sebelum hari pengundian.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71233", "title": "KKM Bimbang Peningkatan Kes COVID-19 di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM Bimbang Peningkatan Kes COVID-19 di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.\nNov 13, 2020\n\nKementerian Kesihatan akan pertingkatkan aktiviti pengesanan kes aktif di Lembah Klang dan Negeri Sembilan susulan peningkatan kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan.\u00a0Dua kawasan itu kini jadi kebimbangan kementerian ekoran kepadatan dan pergerakan penduduk yang tinggi.\u00a0Semalam, jumlah kes positif Covid-19 di Lembah Klang dan Negeri Sembilan adalah 464 lebih tinggi berbanding Sabah iaitu 319 kes.\u00a0Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga mulai Ahad ini dipantau pihak berkuasa.\u00a0Pelaksanaan inisiatif Wilayah Bebas Berniaga di KL, Putrajaya dan Labuan bermula Ahad ini akan dipantau oleh pihak berkuasa tempatan.Kementerian Wilayah Persekutuan berkata pihaknya akan memastikan peniaga terbabit patuhi SOP ditetapkan dan tidak menyumbang kepada masalah kesesakan dan kebersihan di bandar raya.Terdahulu, warga Wilayah Persekutuan diberi kebenaran untuk buka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan yang sesuai mulai Ahad ini bagi membantu mereka yang terjejas akibat COVID-19.KPDNHEP terima lebih 8,000 aduan pembelian online sejak PKP dilaksanakan.Lebih 8,000 aduan berkenaan pembelian online diterima oleh kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sejak PKP dilaksanakan Mac lalu.Antara aduan tertinggi yang diterima adalah servis dan barang yang diterima tidak berada dalam keadaan baik dan seperti yang diiklankan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72895", "title": "Doktor yang syak diri jadi mangsa sindiket pemalsuan sijil cuti sakit diminta buat laporan polis", "body": "\n\u2190 Back to list\nDoktor yang syak diri jadi mangsa sindiket pemalsuan sijil cuti sakit diminta buat laporan polis\nMay 01, 2016\n\nUjar Kementerian Kesihatan, ia bagi memudahkan siasatan di samping mengelak reputasi doktor berkenaan terjejas.Ia susulan penahanan 2 suspek yang disyaki menjalankan aktiviti pemalsuan sijil cuti sakit di sebuah kedai fotostat di Subang Jaya, Selangor.Suspek didapati mendapatkan sijil cuti sakit asli dari mana-mana klinik dan hospital sebelum memalsukannya dengan cara membuat salinan.foto kredit MStar\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73012", "title": "Saiz rumah Projek Perumahan Rakyat akan ditambah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSaiz rumah Projek Perumahan Rakyat akan ditambah.\nJun 17, 2018\n\nSaiz rumah Projek Perumahan Rakyat akan ditambah daripada 600 kepada 900 kaki persegi.Itu antara cadangan yang dikemukan oleh Kementerian\u00a0 Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi Dasar Komuniti Negara yang akan dilancarkan Ogos ini.Menterinya, Zuraida Kamaruddin juga mahu projek perumahan itu dilengkapi dengan kemudahan seperti tempat riadah, surau, dewan dan perpustakaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81101", "title": "Status agama pada MyKad kekal.\u00a0", "body": "\n\u2190 Back to list\nStatus agama pada MyKad kekal.\u00a0\nJan 22, 2020\n\nStatus agama pada MyKad Kekal.\u00a0Kementerian Dalam Negeri tegaskan pihaknya tidak merancang buat kajian terperinci isu pemansuhan butiran agama pada kad pengenalan itu.Jelas pihaknya lagi, butiran agama pada MyKad selaras sedangan Perlembagaan Persekutuan.Ia juga elemen penting khasnya untuk individu Islam bagi membantu penguatkuasaan undang-undang syariah.Penularan virus Influenza A di sekolah masih terkawal.Kementerian Kesihatan maklumkan setakat ini, hanya 2 buah sekolah ditutup iaitu SMK Sains Teluk Intan, Perak dan yang terbaru, SK Stella Maris, Tanjung Aru, Sabah.Penutupan kelas pula hanya dilaksanakan di tiga sekolah di Pulau Pinang.Tiada wabak coronavirus dikesan di Malaysia.Namun menurut KKM, individu yang baru kembali dari China dan mengalami demam, selesema atau radang paru-paru dinasihatkan melakukan pemeriksaan lanjut.Sementara itu, Amerika Syarikat catat kes pertama coronavirus babit seorang pesakit di Washington.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73140", "title": "Undi rosak dalam pilihan raya hukumnya haram.", "body": "\n\u2190 Back to list\nUndi rosak dalam pilihan raya hukumnya haram.\nFeb 14, 2018\n\nUmat Islam perlu sedar bahawa tindakan merosakkan undi semasa mana-mana pilihan raya hukumnya haram.Malah tegas Mufti Wilayah Persekutuan, tindakan umat Islam yang tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak keluar mengundi, juga hukumnya haram.Justeru, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menyeru semua warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi menjalankan tanggungjawab mereka pada PRU14 nanti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94615", "title": "Malaysia Masih Terawal", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia Masih Terawal\nJan 15, 2021\n\nMalaysia Masih TerawalMalaysia masih antara negara terawal menerima vaksin COVID-19 iaitu mulai bulan depan meskipun sejumlah negara sudah menerimanya.Jelas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, kerajaan membuat keputusan berdasarkan penelitian ujian klinikal tanpa perlu membayar harga premium atau wang pendahuluan yang tinggi.Ia juga memberi ruang kepada Malaysia menilai proses vaksinasi di negara lain sebagai panduan.Sementara itu sejumlah pemimpin dunia sudah menerima vaksin COVID-19.Antaranya Raja Arab Saudi, Presiden Indonesia, Perdana Menteri Singapura dan bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.Darurat: Tentera Ada\u00a0KuasaBidang kuasa tentera dan polis sama di bawah ordinan darurat.Ujar Menteri Kanan Keselamatan, ia termasuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar PKP.Jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia termasuk melakukan tangkapan dan berkuat kuasa sehingga darurat tamat Ogos depan.Beliau juga memaklumkan, NGO yang mahu merentas negeri untuk hantar bantuan kepada mangsa banjir perlu dapat kebenaran Agensi\u00a0Pengurusan Bencana Negara (NADMA).Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi agensi berkenaan.NADMA akan mengeluarkan surat kebenaran untuk NGO terbabit melepasi sekatan jalan raya.Namun, NGO digalakkan menumpukan aktiviti bantuan di kawasan berhampiran atau dalam negeri sama bagi cegah penularan COVID-19.Punca Banjir TermenungSementara itu banjir termenung dan lambat surut di Pahang ketika ini disebabkan fenomena air pasang tinggi.Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), keadaan itu menyebabkan air Sungai Pahang tidak boleh keluar ke laut.Bagaimanapun situasi dijangka bertambah baik dalam tempoh beberapa hari lagi.Ketika ini masih terdapat hampir 8,000 mangsa banjir di Pahang, Sarawak lebih 3,000, Sabah 1,000 dan Johor kira-kira 800.Pecah Rekod LagiSekali lagi kes COVID-19 di negara ini memecahkan rekod mencatatkan angka tertinggi iaitu 3,337 kes semalam.75 peratus kes dicatatkan di negeri-negeri yang sedang melaksanakan PKP.Semalam juga 15 pesakit wabak itu meninggal dunia.*foto: AWANI (sekadar hiasan)\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=153161", "title": "DUN Pulau Pinang Bubar Esok.", "body": "\n\u2190 Back to list\nDUN Pulau Pinang Bubar Esok.\nJun 27, 2023\n\n\nDUN Pulau Pinang Bubar Esok.\nDewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan dibubarkan esok.\nKetua Menteri, Chow Kon Yeow telah mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri untuk tandatangani proklamasi membubarkan DUN Pulau Pinang.\nIa bagi beri laluan kepada Pilihan Raya Negeri yang akan ditetapkan SPR.\n\u00a0\nLebih sejuta kenderaan melalui lebuhraya KL-Karak sempena Aidiladha.\nAliran trafik melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dijangka meningkat sehingga 70 peratus sempena perayaan Aidiladha yang bakal disambut pada Khamis.\nMenurut Anih Berhad lebih sejuta kenderaan dari Lembah Klang dijangka keluar menerusi lebuh raya itu mulai hari ini untuk pulang ke kampung masing-masing.\nPihaknya turut jangkakan kira-kira 430,000 kenderaan akan melalui Lebuhraya Pantai Timur dengan anggaran peningkatan sebanyak 60 peratus.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72830", "title": "Kes Culik 4 Rakyat Malaysia di Sabah : Wisma Putra Akan Hubungi Filipina", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Culik 4 Rakyat Malaysia di Sabah : Wisma Putra Akan Hubungi Filipina\nApr 03, 2016\n\nIa bagi membentuk kerjasama bagi memastikan supaya semua mangsa culik dapat dibawa pulang dengan selamat.Pihaknya juga sambut baik cadangan Ketua Polis Negara untuk gantung serta merta semua bentuk hubungan perniagaan antara Sabah dengan Selatan Filipina.Ini kerana ia mungkin antara langkah terbaik mengurangkan kes penculikan yang sering berlaku di perairan Sabah.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71221", "title": "Kes COVID-19 di Sabah berkurangan", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes COVID-19 di Sabah berkurangan\nNov 11, 2020\n\nKes COVID-19 di Sabah berkuranganFoto - Neuroscience NewsSabah merekodkan penurunan kes baru positif COVID-19 apabila hanya 259 kes dicatatkan daripada keseluruhan 822 yang dilaporkan, hari ini.Negeri Sembilan pula catat peningkatan dengan 225 kes diikuti Selangor (178), Labuan (46), Pulau Pinang (26), Kuala Lumpur (21) dan Kedah (17).Perlis dan Kelantan pula kembali merekodkan kes baru positif COVID-19 masing-masing dengan dua dan satu kes manakala tiada pertambahan kes di Pahang dan Terengganu.-----Jangan sebar visual nahas helikopterFoto - IsmawebOrang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang rakaman video atau gambar berkaitan nahas membabitkan dua helikopter di Taman Melawati, Ampang yang meragut dua nyawa, Ahad lalu.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tindakan menyebarkan rakaman video atau gambar berkaitan insiden itu di media sosial boleh mengundang spekulasi dan mengganggu siasatan.Katanya seramai 21 saksi sudah diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan berkaitan laporan mati mengejut yang dijalankan polis, setakat ini.-----Tragedi tanah runtuh, resort diarah tutup sementaraFoto - Astro AwaniKerajaan negeri mengarahkan penutupan sementara operasi The Banjaran Hotspring Retreat, Tambun susulan insiden tanah runtuh yang mengakibatkan dua maut, awal pagi semalam.Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pengunjung yang menginap di resort berkenaan turut dipindahkan atas faktor keselamatan.Susulan insiden itu, kerajaan negeri juga sudah mengarahkan kerja pemantauan ke atas semua cerun batu kapur berisiko dipertingkatkan serta merta.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72590", "title": "Peguam Dihadap Ke Mahkamah Ditudub Cabul 2 Pelajar", "body": "\n\u2190 Back to list\nPeguam Dihadap Ke Mahkamah Ditudub Cabul 2 Pelajar\nNov 08, 2016\n\nSeorang peguam dihadap ke mahkamah hari ini atas tuduhan mencabul 2 pelajar perempuan di depan sebuah kondominium di Kajang, Selangor, Selasa lalu.Bagaimanapun, suspek mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan dia diikat jamin sementara menunggu sebutan semula kes 9 Disember nanti.Kes berkenaan menjadi perhatian selepas rakaman video kejadiannya menjadi viral di laman sosial sejak 1 November lalu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71613", "title": "TPM beri penjelasan kepada Dewan Rakyat berhubung isu dana RM2.6 bilion", "body": "\n\u2190 Back to list\nTPM beri penjelasan kepada Dewan Rakyat berhubung isu dana RM2.6 bilion\nDec 03, 2015\n\n\u00a0Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, isu berkenaan tidak boleh dibincang secara terbuka, agar ia tidak menjadi subjudis.Beliau juga maklumkan, SPRM perlu diberi kebebasan untuk selesaikan siasatan isu tersebut.Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut maklumkan, Malaysia tiada undang-undang khas kawal dana politik, justeru amalan terima dana dibenarkan kepada semua parti.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=119861", "title": "Banjir: Polis Kerjasama Dengan Pemilik Bot.", "body": "\n\u2190 Back to list\nBanjir: Polis Kerjasama Dengan Pemilik Bot.\nNov 03, 2021\n\n\nBanjir: Polis Kerjasama Dengan Pemilik Bot\nPDRM arah anggotanya bekerjasama dengan penduduk setempat yang memiliki bot di kawasan banjir.\nIa untuk bantu urus proses pemindahan mangsa kerana mereka lebih arif selok-belok kawasan.\nPasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) pula ditugaskan meronda di kawasan banjir luar biasa.\nPasukan elit itu akan beri tumpuan di kawasan Pantai Timur seperti Pahang dan Terengganu.\nMenurut jangkaan, banjir tahun ini sama seperti tahun lalu atau lebih besar.\nSementara itu, penduduk Kelantan dan Terengganu diminta waspada dengan cuaca buruk dan kemungkinan banjir.\nAmaran cuaca waspada peringkat kuning dikeluarkan MetMalaysia untuk 2 negeri itu semalam dan hari ini.\n\r\n\u00a0\nMySejahtera Hanya Digunakan Untuk Kesihatan Awam\u00a0\nKerajaan tidak akan guna applikasi MySejahtera sebagai alat untuk menjalankan kepolisan moral.\nKementerian Kesihtan (KKM) memaklumkan The Star, ia termasuk mengesan umat Islam yang mengunjungi lokasi perjudian.\nTegasnya, MySejahtera hanya digunakan untuk tujuan pengurusan wabak dan kesihatan awam.\nBaru-baru ini Datuk Seri Anwar Ibrahim cadang aplikasi itu digunakan untuk semak aktiviti umat Islam.\nKetua Pembangkang itu mendakwa \u2018puluhan ribu\u2019 umat Islam berjudi di kelab-kelab namun tiada bukti sokongan disertakan.\n\n\n7 Remaja Lari Dari Rumah Perlindungan\nPolis Kuantan sedang kesan 7 remaja yang lari dari sebuah rumah perlindungan kelmarin.\nMereka mungkin bersembunyi atau berlindung di tempat tertentu.\nJusteru kerjasama dan maklumat orang ramai amat diharapkan agar mereka ditemui dengan selamat.\nPolis juga sedang siasat motif mereka melarikan diri.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72489", "title": "Pembantu warden sebuah pusat tahfiz direman semula", "body": "\n\u2190 Back to list\nPembantu warden sebuah pusat tahfiz direman semula\nApr 29, 2017\n\nPembantu warden sebuah pusat tahfiz di Kota Tinggi yang ditahan kerana disyaki mendera seorang pelajar pusat itu sebelum ini, direman semula.Polis Johor berkata reman itu bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Reman tujuh hari itu bermula semalam sehingga 3 Mei depan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71402", "title": "Situasi Covid-19 Di Selangor Terkawal.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSituasi Covid-19 Di Selangor Terkawal.\nDec 11, 2020\n\nKerajaan Selangor beri jaminan situasi Covid-19 di negeri itu masih terkawal.Jelasnya, kenaikan mendadak kes positif wabak itu semalam adalah susulan saringan yang dijalankan ke atas pekerja warga asing termasuk program saringan bersasar oleh majikan dan beberapa agensi kerajaan.Semalam, Selangor catat kes positif Covid-19 paling tinggi iaitu lebih 1,400 daripada jumlah keseluruhan 2,234 kes.Pegawai dan anggota polis jangan main TikTok semasa bertugas! - KPNKetua Polis Negara sarankan pegawai dan anggotanya untuk tidak bermain aplikasi TikTok ketika bertugas.\u00a0Ini kerana perbuatan seperti menari di dalam aplikasi itu dilihat tidak sesuai dan boleh mencemarkan imej dan budaya kerja PDRM.\u00a0Seorang anggota polis wanita di Kelantan berdepan tindakan tatatertib selepas muat naik video tarian menerusi aplikasi Tik Tok sewaktu memakai uniform operasi polis.\u00a0Aliran trafik dijangka meningkat sempena sambutan Krismas dan Tahun Baru.Aliran trafik dijangka meningkat hingga 50 peratus ekoran cuti hujung minggu yang panjang sempena sambutan Krismas dan Tahun Baru.\u00a0PLUS berkata kira-kira sejuta kenderaan sehari telah direkodkan sepanjang tempoh PKPB.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71843", "title": "Bapa tiri budak lelaki 5 tahun yang maut, direman tujuh hari", "body": "\n\u2190 Back to list\nBapa tiri budak lelaki 5 tahun yang maut, direman tujuh hari\nJun 30, 2017\n\nBapa tiri budak lelaki 5 tahun yang maut dipercayai didera di Hulu Besut, Terengganu direman tujuh hari.Ini selepas punca kematian mangsa tidak konsisten dengan keterangan suspek, yang mendakwa anak tirinya itu cedera akibat terjatuh dari motosikal.Keputusan bedah siasat menunjukkan kematian mangsa berpunca daripada hentakan kuat yang menyebabkan usus kecilnya koyak.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=94692", "title": "Kes Kanser Lewat Dikesan Naik", "body": "\n\u2190 Back to list\nKes Kanser Lewat Dikesan Naik\nFeb 04, 2021\n\nKes Kanser Lewat Dikesan NaikKes kanser lewat dikesan semakin meningkat.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), data keseluruhan kes kanser lewat dikesan pada 2012 hingga 2016 mencecah 64 peratus.Ia naik ketara berbanding angka pada 2001 hingga 2011 iaitu hampir 59 peratus.Kanser payudara, usus besar dan paru-paru merupakan 3 jenis kanser paling kerap berlaku di Malaysia.Hari\u00a0ini merupakan Hari Kanser Sedunia bertemakan Saya Akan dan Saya Boleh yang mengajak semua memainkan peranan mencegah dan mengawal kanser.Sementara itu sejumlah mercu tanda di ibu kota dan Putrajaya diwarnai atau diterangi lampu biru dan oren beberapa hari ini.Ia bagi menunjukkan sokongan kepada inisiatif dan usaha kesedaran terhadap kanser di seluruh dunia.Antara mercu tanda yang terlibat ialah Menara KL, Jambatan Seri Wawasan dan Istana Kehakiman.Garis Panduan PdPR Dikeluarkan Garis panduan jadual dan manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah dikeluarkan.Ia bertujuan membantu guru menjalankan pengajaran secara lebih berstruktur.Ia juga bertujuan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mesra ibu bapa supaya PdPR lancar.Sementara itu, kerajaan Terengganu menyediakan 20 Pusat Internet Akses Rakyat (Pintar) untuk pelajar ikuti PdPR secara percuma.Keutamaan diberikan kepada pelajar yang tidak mempunyai kemudahan internet.Dalam pada itu, kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM2 juta untuk beri bantuan tablet kepada 3,600 pelajar kurang berkemampuan.Tak Perlu CemasRakyat tidak perlu cemas dengan ancaman siber yang dikeluarkan sekumpulan penggodam baru-baru ini.Menurut CyberSecurity Malaysia, ini kerana negara ini masih dalam keadaan terkawal daripada ancaman itu.Namun semua pengguna Internet harus melindungi diri daripada ancaman siber dengan meningkatkan pengetahuan asas mengenai ancaman tersebut.*sumber & foto: AWANI, Sinar Harian, Utusan Malaysia, Kosmo, Berita Harian, Harian Metro, Facebook KKM & internet\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81352", "title": "Situasi Covid-19 Dikategorikan Sebagai Pandemik!", "body": "\n\u2190 Back to list\nSituasi Covid-19 Dikategorikan Sebagai Pandemik!\nMar 12, 2020\n\nSituasi penularan Covid-19 ketika ini dikategorikan sebagai pandemik!Pengelasan itu berikutan kadar peningkatan kes jangkitan meningkat secara mendadak dalam tempoh 2 minggu.Pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan kawasan luas merentasi seluruh dunia.KKM giat kesan peserta\u00a0perhimpunan tabligh\u00a0di Masjid Seri Petaling.\u00a0Kementerian Kesihatan gesa agar semua perhimpunan yang membabitkan orang ramai ditangguhkan bagi membendung penularan Covid-19.Pihaknya kini giat mengesan lebih 5,000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Feb hingga 1 Mac lalu.Siasatan itu dijalankan susulan kes positif Covid-19 di Brunei mempunyai sejarah perjalanan ke Malaysia dan menyertai perhimpunan sama.Isu tulisan Jawi, Program Sarapan Percuma dan PPSMI akan disemak semula!Menteri Pendidikan baru, Dr Mohd Radzi Jidin berkata, ia bagi menentukan penyelesaian dan hala tuju terbaik babitkan kesemua isu berkenaan.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=111970", "title": "14 Lagi Kluster Komuniti Dikesan.", "body": "\n\u2190 Back to list\n14 Lagi Kluster Komuniti Dikesan.\nAug 04, 2021\n\n\n14 kluster baru Covid-19 melibatkan jangkitan komuniti dikesan di negara ini.\nIa antaranya berpunca daripada sambutan hari perayaan, ziarah dan majlis pengebumian.\nDi Kelantan, Kluster Kampung Pandan Tok La dikesan berpunca daripada majlis perkahwinan yang kini merekodkan 8 kes positif.\nKluster Dah Kampung Nonang di Kedah pula sudah menjangkiti 45 individu yang tercetus daripada aktiviti ziarah ketika perayaan.\n\u00a0\n3 negeri beralih ke fasa 3 PPN hari ini. \nPerlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan memasuki fasa 3 Pelan pemulihan Negara, PPN hari ini.\nBagaimanapun, kerajaan Sarawak tangguhkan pelaksanaan fasa tersebut di zon selatan.\nIa ditangguhkan sehingga penularan kes Covid-19 menunjukkan trend penurunan yang lebih memuaskan.\n\u00a0\nMenteri Tenaga dan Sumber Asli letak jawatan.\nDatuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menjadi menteri pertama daripada UMNO meletakkan jawatan dalam kabinet.\nJelas Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu, keputusan itu dibuat selaras dengan pendirian UMNO.\nMajlis Tertinggi UMNO, terdahulu, sepakat menarik balik sokongannya kepada kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.\nPresidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata surat akuan ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan balik sokongan itu telah pun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.\n\u00a0\n\u00a0\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=78905", "title": "Yang Dipertua Dewan Negara Saman Menteri Pengangkutan ", "body": "\n\u2190 Back to list\nYang Dipertua Dewan Negara Saman Menteri Pengangkutan \nNov 19, 2018\n\nYang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran akan kemukakan saman terhadap Menteri Pengangkutan, kerana memfitnahnya melanggar peraturan keselamatan KLIA.Tegasnya, saman itu dikemukakan untuk pertahankan maruah keluarganya yang dihina dengan kata-kata kurang sopan di media sosial akibat difitnah Anthony Loke.Tambah Vigneswaran, Anthony tidak berlaku adil kerana buat pengadilan melalui media.\u00a0Terdahulu, Menteri Pengangkutan itu mendakwa Vigneswaran melanggar peraturan di KLIA, dengan memakai selipar masuk ke bilik VIP, serta tidak melalui prosedur pemeriksaan badan.Boy Tiger Direman Seminggu LagiTempoh reman terhadap seorang lelaki yang dikenali sebagai Boy Tiger dilanjutkan seminggu lagi bagi bantu siasatan kes dera seorang budak berusia tiga tahun hingga maut.Manakala isterinya turut direman tiga hari lagi mulai esok, berhubung kes yang sama.Suspek ditahan Isnin lalu di Hospital Kajang, semasa melawat isterinya yang baru melahirkan seorang bayi.\u00a0Dr S Streram Pertahan Diri Jadi Calon Dun Rantau\u00a0Bekas calon DUN Rantau, \u00a0Dr S Streram berpendapat tidak adil jika namanya tidak dicalonkan semula untuk bertanding di kerusi itu.Katanya kepada NST, dia sudah berkhidmat dan bekerja untuk penduduk Rantau sejak beberapa lalu.Kemenangan Datuk Seri Mohammad Hasan di kerusi Dun Rantau dibatalkan oleh Mahkamah Jumaat lalu, memberi laluan kepada PRK di kawasan itu.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79019", "title": "Tan Sri Isa Samad mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan rasuah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTan Sri Isa Samad mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan rasuah.\nDec 14, 2018\n\nTan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dihadapkan ke Mahkamah KL berhubung tuduhan rasuah kes pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation, FIC di Kuching, Sarawak.Foto: UtusanBekas Pengerusi Felda itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan pecah amanah dan rasuah bernilai lebih RM3 juta.Tan Sri Isa diarah menyerahkan\u00a0passport dan dibebaskan dengan jaminan RM800,000 sementara menunggu perbicaraan.Foto: NSTPMahkamah menetapkan 25 Januari depan bagi sebutan semula kes.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80870", "title": "Empat Laporan Diterima Berhubung Berita Palsu Kemangkatan Sultan Johor", "body": "\n\u2190 Back to list\nEmpat Laporan Diterima Berhubung Berita Palsu Kemangkatan Sultan Johor\nNov 25, 2019\n\nEmpat laporan polis diterima berhubung berita palsu\u00a0terhadap akaun FB membabitkan kemangkatan Sultan Johor sejak semalam.Menurut Polis Johor, kes itu akan turut dikendalikan pasukan dari Bukit Aman untuk bantu proses siasatan.Pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengesan individu terlibat berhubung penyebaran berita palsu itu.Mayat Wanita Ditemukan Di Masjid\u00a0Mayat wanita warga emas ditemukan diperkarangan masjid di Taman Hulu Kelang, Ampang hari ini.Hasil semakan CCTV mendapati terdapat sebuah kenderaan masuk ke perkarangan masjid awal pagi tadi dan tinggalkan kawasan berkenaan selepas 3 minit.Menurut polis, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan disyaki bukan warga tempatan.\u00a0Harga Makanan Di Premis Makanan Paling Banyak Aduan\u00a0Aduan mengenai kenaikan harga makanan di restoran dan warung paling banyak diterima kerajaan.Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, aduan itu membuktikan rakyat Malaysia yang makan di luar terpaksa membayar pada harga tinggi.Bagaimanapun aduan berkaitan kenaikan harga ikan pada musim tengkujuh belum diterima buat masa ini.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=79308", "title": "Malaysia ungguli kategori Penjagaan Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019.", "body": "\n\u2190 Back to list\nMalaysia ungguli kategori Penjagaan Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019.\nFeb 07, 2019\n\nMalaysia ungguli kategori Penjagaan Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019.Antara tarikan yang melayakkan Malaysia berada di kedudukan itu adalah kos perkhidmatan yang murah, kakitangan yang terlatih, bermaklumat dan prihatin terhadap pesakit.Foto: The StarMalah menurut akhbar Costa Rica News, terdapat 13 hospital di negara ini memperoleh akreditasi daripada Suruhanjaya Antarabangsa Bersama.Tiada rombakan kabinet!Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad nafi dakwaan kononnya kabinet akan dirombak tidak lama lagi.Ia selepas sebuah blog memaklumkan kononnya Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri\u00a0selepas Tahun Baru Cina.Dalam perkembangan berkaitan,\u00a0Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim anggap desas-desus tersebut adalah angkara pihak tertentu yang mahu menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Harapan.Datuk Seri Siti Nurhaliza tiada dalam senarai calon PRK Semenyih.Nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tiada dalam senarai calon PRK Semenyih yang akan diadakan pada 2 Mac ini.Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir \u00a0yang terlibat secara langsung dalam proses penilaian dan pemilihan calon.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=121765", "title": "KKM Capai 5 Petunjuk Utama Aspirasi Keluarga Malaysia.", "body": "\n\u2190 Back to list\nKKM Capai 5 Petunjuk Utama Aspirasi Keluarga Malaysia.\nDec 09, 2021\n\n\nKKM Capai 5 Petunjuk Utama Aspirasi Keluarga Malaysia Dalam Tempoh 100 Hari.\n5 petunjuk prestasi utama Kementerian Kesihatan sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia telah berjaya dicapai.\nMenterinya, Khairy Jamaluddin berkata ia termasuk kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, PICK Remaja.\nSetakat ini, 86 peratus remaja sudah lengkap divaksinasi, melangkaui sasaran asal 80 peratus.\nSementara itu, Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia akan berlangsung di KLCC selama 4 hari bermula hari ini dengan SOP ketat.\nAntara yang menarik dalam program tersebut adalah pameran kementerian dan agensi selain persembahan kebudayaan dan jualan oleh usahawan.\n\u00a0\nUndi18 bukti kerajaan iktiraf golongan muda dalam menentukan masa depan negara.\n5.8 juta pengundi baru dijangka akan didaftarkan melalui pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik.\nIa bakal menyaksikan peningkatan 40 peratus daripada 15.8 juta pengundi berdaftar sedia ada ketika ini.\nSementara itu, Perdana Menteri berkata pelaksanaan Undi18 adalah bukti kerajaan mengiktiraf peranan anak muda dalam menentukan masa depan negara.\n\u00a0\n2 pemuda digesa mohon maaf gara-gara berlakon jadi OKU.\nPresiden OKU Sentral mendesak 2 pemuda yang rakam perbuatan mereka guna parkir khas OKU mohon maaf!\nTegas Senator Datuk Ras Adiba Radzi, tindakan berpura-pura menjadi OKU dan guna kemudahan golongan itu amat dikesali.\nTurut viral ketika ini ialah gelagat beberapa wanita berlakon jadi OKU dan guna tandas golongan itu.\n\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71709", "title": "WHO Isytihar Penyebaran Virus Zika Sebagai Kecemasan Global", "body": "\n\u2190 Back to list\nWHO Isytihar Penyebaran Virus Zika Sebagai Kecemasan Global\nFeb 02, 2016\n\nIni bermakna penyelidikan dan bantuan akan dipergiatkan bagi tangani virus itu yang boleh akibatkan kecacatan kelahiran.Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan Malaysia akan keluarkan garis panduan kawalan dan pencegahan virus Zika dalam masa terdekat.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80376", "title": "Terengganu Umum 9 Zulhijah Sebagai Cuti Umum", "body": "\n\u2190 Back to list\nTerengganu Umum 9 Zulhijah Sebagai Cuti Umum\nAug 10, 2019\n\nTerengganu menjadi negeri pertama mengisytiharkan Hari Arafah pada setiap 9 Zulhijjah sebagai cuti umum.Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, cuti itu akan mula berkuat kuasa mulai tahun depan.Pengisytiharan cuti umum itu katanya bagi memperingati simbolik penyatuan seluruh umat Islam dari pelusuk dunia yang tertumpu di Arafah ketika mengerjakan ibadat Haji.TH Tak Bertanggungjawab Urus Visa FuradaTabung haji tidak bertanggungjawab menguruskan visa furada kerana ia dikendalikan secara terus agensi pelancongan dan umrah.Menurut kerajaan, TH hanya mengendalikan 30,200 jemaah dan visa haji yang diperoleh secara rasmi\u00a0mengikut jumlah\u00a0kuota yang diberi kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia.Untuk rekod, Visa Furada adalah visa haji yang diperoleh dengan berurusan secara terus dengan Kedutaan Arab Saudi dan tidak membabitkan kuota haji sesebuah negara.\u00a0Kerajaan Sokong Had Penggunaan Lorong Kiri Kepada Penunggang Motosikal\u00a0Kementerian Kerja Raya sokong cadangan hadkan penunggang motosikal untuk guna lorong kiri saja di jalan raya mahupun di lebuh raya.Ini selepas kes kematian babitkan penunggang motosikal semakin membimbangkan sejak empat tahun yang lalu.Dasar yang dicadangkan itu akan beri keutamaan kepada penunggang motosikal mengunakan lorong kiri pada waktu puncak sebelah pagi dan petang.\u00a0\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80193", "title": "Raja-Raja Melayu pandang serius gejala fitnah dalam negara.", "body": "\n\u2190 Back to list\nRaja-Raja Melayu pandang serius gejala fitnah dalam negara.\nJul 03, 2019\n\nRaja-Raja Melayu pandang serius gejala fitnah dalam negara.Majlis Raja-Raja turut kesal kerana gejala itu dan perasaan benci dipamer secara terbuka seolah-olah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat masa kini.Ia dibimbangi membawa kepada perbalahan dan boleh membangkitkan keresahan dalam kalangan masyarakat.Justeru Majlis Raja-Raja menggesa semua pihak khasnya yang berkuasa dan berpengaruh ambil langkah lebih produktif dalam menangani gejala berkenaan yang kini menular di alam maya.Budak 12 tahun ditahan polis kerana disyaki perkosa kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun!Menurut laporan Harian Metro, mangsa merupakan anak yang dijaga oleh ibu suspek yang berkerja sebagai pengasuh di Perak.Siasatan mendapati punca suspek melakukan perbuatan itu disebabkan terangsang melihat video dalam telefon bimbit.Ainul Mardhiah akan sambung rawatan di Malaysia.Bayi viral, Ainul Mardhiah yang berjaya jalani pembedahan kanser mulut di London dilapor bakal sambung rawatan di Malaysia dalam masa terdekat.Ibu Ainul menerusi Instagramnya berkata bayi itu sudah mula menunjukkan perkembangan positif dan semakin aktif.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=71517", "title": "Perjanjian Projek Kereta Api Laju KL-Singapura tamat, terbatal", "body": "\n\u2190 Back to list\nPerjanjian Projek Kereta Api Laju KL-Singapura tamat, terbatal\nJan 01, 2021\n\nPerjanjian Projek Kereta Api Laju KL-Singapura\u00a0tamat, terbatalFoto - BloombergPerjanjian Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura disahkan berakhir pada 31 Disember 2020 sekali gus menyaksikan ia terbatal secara sendirinya.Dalam kenyataan bersama Malaysia-Singapura hari ini, kedua-dua negara akan mematuhi syarat masing-masing dan melakukan tindakan yang diperlukan akibat penamatan perjanjian projek HSR.Kedua-dua kerajaan telah melakukan beberapa perbincangan mengenai perubahan projek itu ekoran impak pandemik COVID-19 namun gagal mencapai kata sepakat.-----Ombak besar memaksa jalan Seberang Takir ditutupFoto - Harian MetroJawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Terengganu akan menutup jalan dari Seberang Takir ke pusat bandaraya Kuala Terengganu mulai jam 8 malam ini.Menurut BHOnline, langkah itu bagi memastikan keselamatan orang ramai kerana fenomena ombak besar dijangka berlaku malam ini dan malam esok.Pihak Berkuasa Tempatan dijangka akan melakukan kerja pembersihan membuang timbunan pasir dan sampah sarap dihanyutkan ombak besar pagi ini.-----Sebuah lagi syarikat pengimport daging bakal didakwaFoto - MalaysiaKiniSebuah lagi syarikat pengimport daging sejuk beku yang disyaki dalang di sebalik kartel daging haram di Johor Bahru, bakal didakwa.Menurut KPDNHEP, setakat ini kertas siasatan berhubung kes syarikat yang berpengkalan di Johor Bahru berkenaan telah hampir lengkap.Juster dengan pendakwaan itu katanya, dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan melindungi kartel daging haram itu adalah tidak benar.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=73212", "title": "Tahap tekanan hidup di Malaysia adalah tinggi.", "body": "\n\u2190 Back to list\nTahap tekanan hidup di Malaysia adalah tinggi.\nDec 28, 2017\n\nCuepacs bekata kos sara hidup yang semakin meningkat antara faktor pekerja di Malaysia alami tekanan hidup yang tinggi.Justeru katanya jika tidak ditangani, ia akan mengakibatkan masalah yang lebih serius iaitu strok atau kemurungan.Cuepacs turut menyarankan semua majikan agar melihat kaedah yang bersesuaian untuk hadapi isu yang dihadapi pekerja.Ia mengulas kejadian di Dubai baru-baru ini apabila seorang pekerja warga Pakistan tikam mati majikannya hanya kerana tidak meluluskan permohonan cuti pekerja itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=81550", "title": "Program Matrikulasi ditamatkan.", "body": "\n\u2190 Back to list\nProgram Matrikulasi ditamatkan.\nApr 12, 2020\n\nFoto : Astro AwaniPengajian Program Matrikulasi sesi 2019/2020 ditamatkan semalam akibat pandemik COVID-19.Kementerian Pendidikan membuat keputusan itu selepas Peperiksaan Semester 2 program tersebut yang dijadual berlangsung 27 April hingga 4 Mei ini dibatalkan kerana situasi semasa COVID-19 di negara ini.Foto : PenangKiniOleh itu, pelajar akan dinilai menerusi keputusan peperiksaan Semester 1 dan keputusan penilaian berterusan yang telah dilakukan untuk Semester 2.Langkah tersebut diambil bagi memastikan kesihatan pelajar dan staf pendidikan terjamin daripada dijangkiti wabak COVID-19.Namun, para pelajar diminta kekal di kampus masing-masing bagi memudahkan kementerian memantau dan menjaga keselamatan pelajar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.Foto : Astro AwaniDalam pada itu, bantuan wang tunai kepada pelajar IPT bernilai 200 ringgit diperluaskan kepada pelajar tingkatan 6, diploma dan yang setara dengannya.Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan untuk memanfaatkan lebih 1.5 juta pelajar lagi dan bayaran akan dibuat hujung bulan ini.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=72782", "title": "Halang Ambulans Di Laluan Kecemasan : JPJ Mula Keluarkan Notis Kepada Pemilik Kenderaan Terlibat", "body": "\n\u2190 Back to list\nHalang Ambulans Di Laluan Kecemasan : JPJ Mula Keluarkan Notis Kepada Pemilik Kenderaan Terlibat\nMay 27, 2016\n\nPemilik kenderaan berkenaan diberi 2 minggu untuk tampil kepada JPJ bagi tujuan siasatan.91 kenderaan dikesan guna laluan kecemasan ketika kejadian tersebut dengan 7 sudah dikenal pasti termasuk 3 disahkan milik warga Singapura.Orang juga diminta buat laporan menerusi 'aduantrafik@jpj.gov.my' jika menyaksikan sebarang kesalahan trafik misalnya penyalahgunaan lorong kecemasan.\n\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"} {"url": "https://sinar.syok.my/interaktif/buletin-petronas/Article.aspx?node=80917", "title": "Seorang kanak-kanak alami pendarahan teruk akibat digigit lintah.", "body": "\n\u2190 Back to list\nSeorang kanak-kanak alami pendarahan teruk akibat digigit lintah.\nDec 05, 2019\n\nWaspada ketika musim banjir.Seorang kanak-kanak di Rantau Panjang hampir maut kerana alami pendarahan teruk akibat digigit lintah!Mangsa alami pendarahan selepas lintah dipercayai masuk ke dalam kemaluannya ketika bermain air banjir.Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan setelah mendapat rawatan di hospital.Juga di Kelantan, seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengharung banjir\u00a0di depan rumahnya.Setakat tengah malam tadi, jumlah mangsa banjir yang direkodkan di Kelantan dan Terengganu cecah lebih 12,000 orang.Menteri Belia dan Sukan mohon maaf kepada kerajaan Jerman.Menteri Belia dan Sukan mohon maaf kepada kerajaan Jerman ekoran insiden tabik Nazi oleh seorang graduan ketika istiadat konvokesyen UMS baru-baru ini.Tegas Syed Saddiq, walaupun beliau menyokong kebebasan bersuara, namun tindakan graduan berkenaan adalah tidak wajar.Terdahulu, kerajaan Jerman kecam tindakan graduan itu yang disifatkan tidak menghormati mangsa kekejaman rejim Hitler.Dunia hiburan dikejutkan dengan pemergiaan Datuk Nassier Wahab.Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di PPUM, PJ awal pagi tadi.Peserta Gegarvaganza musim kedua itu jalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang Julai lalu dan menerima rawatan lanjutan termasuk radioterapi dan kimoterapi sejak itu.\n\n\n\n\nShare\nTweet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n"}