{"url": "https://qoala.my/ms/blog/berita/abang-viva-banjir/", "title": "Abang Viva, Hero Banjir Yang Tidak Didendang", "body": "\n\nBaru-baru ini satu Malaysia digemparkan dengan bencana banjir yang melanda di beberapa negeri di seluruh negara. Ini termasuklah daerah Shah Alam yang terjejas teruk akibat dinaiki air. Bah besar yang berlaku secara mendadak di Shah Alam menyebabkan beribu-ribu penduduk terperangkap dan memohon bantuan dengan segera kerana air naik dengan cepat.\n\n\nJika dilihat di paparan media sosial terlalu banyak mesej, video dan gambar yang ditularkan untuk mendapatkan bantuan kecemasan dengan kadar segera kerana air banjir yang naik terlalu cepat.\u00a0\n\n\n\n\nAbang Azwan ni datang dari Melaka bawak bot dia turun bagi bantuan dekat Shah Alam pagi tadi lepastu dia turun backup Puchong, and sekarang dia nak ke Sri Muda pulak untuk bantu mangsa disana.\n#unsunghero\n \n#rakyatjagarakyat\n \npic.twitter.com/S2G54WA6CH\n\n\n\u2014 Esan Manan \ud83c\udff4 (@KulupKudin) \nDecember 19, 2021\n\n\n\n\nRamai NGO dan sukarelawan yang tampil memberi bantuan dengan sedaya upaya bagi menyelamatkan mangsa-mangsa yang terkandas di kawasan banjir tersebut. Ini termasuklah seorang lelaki yang berasal dari Melaka membawa sebuah bot dengan hanya menaiki kereta Perodua Viva dan berbekalkan RM50.\u00a0\n\n\nAzwan Omar yang tular dan digelar Abang Viva difahamkan hanya bergerak solo dari Melaka, dengan menaiki Viva dan membawa bot untuk misi membantu mangsa banjir di Shah Alam.\n\n\nAbang Viva ini mula tular dalam sebuah tweet yang mengatakan dia terus bergerak ke Shah Alam sejurus mendengar bantuan kecemasan diperlukan.\n\n\nMenurusi laporan FMT, Azwan Omar mengatakan dia hanya mempunyai wang RM50 namun membuat keputusan spontan memohon cuti kecemasan bagi menyelamatkan mangsa banjir di Shah Alam.\n\n\nIni jujur saya cakap, saya daripada Melaka hanya berbekalkan RM50, dengan RM50 itu saya beli minyak untuk bot RM20, dan RM30 saya guna untuk beli makanan seperti roti dan air untuk alas perut.\n\n\nWalaupun hanya mengalas perut dengan roti dan air serta tidur di dalam bot sejak lima hari yang lalu, Azwan mengatakan kesusahannya ini tak boleh nak dibandingkan dengan penderitaan mangsa banjir.\n\n\nTambah Azwan lagi, sampai sahaja di lokasi banjir Sabtu lalu, dia melafazkan rasa hiba apabila melihat mangsa duduk dalam keadaan kesujukan di bumbung rumah sambil menunggu bantuan.\u00a0Paling menyedihkan bila melihat ibu yang baru bersalin meredah banjir bersama bayinya.\n\n\nItu yang paling saya tak boleh lupa. Masa saya selamatkan ibu itu, tak silap saya dia baharu lepas bersalin dan dua hari keluar hospital dengan bayinya.\n\n\nUntuk pengetahuan korang, ketika artikel ini ditulis misi menyelamat di kawasan Sri Muda masih diteruskan. Sama-samalah kita berdoa agar semua yang terperangkap dapat dikeluarkan dengan selamat dan mereka diberikan kekuatan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/berita/balik-kampung/", "title": "Malaysia Memilih PRU-15: Cara Jimat Duit Balik Kampung Mengundi", "body": "\n\nHari ini pasti ramai yang balik kampung untuk mengundi sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN ke-15). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia mengumumkan 12 Ogos 2023 sebagai tarikh mengundi bagi enam negeri iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nTips Jimat Belanja Semasa Balik Kampung Sempena Malaysia Memilih PRU-15\n1. Gunakan Pengangkutan Awam\n2. Kongsi Kereta atau Carpooling\n3. Elakkan Bertolak pada Waktu Puncak\n4. Servis Kereta Sebelum Memulakan Perjalanan\nDapatkan Rehat Mencukupi, Rancang Perjalanan Balik Kampung dengan Baik\nTip Pemanduan Semasa Memandu Balik Kampung untuk Pilihan Raya Negeri Ini\nTips Asas Penyelenggaraan Kereta Sebelum Balik Kampung\nPerbaharui Insurans Kereta dan Roadtax di Qoala Sebelum Balik Kampung Mengundi!\n\n\nTips Jimat Belanja Semasa Balik Kampung Sempena Malaysia Memilih PRU-15\n\n\nApabila memikirkan \nkos perbelanjaan\n yang perlu dikeluarkan, pastinya ramai yang berfikir dua kali sebelum ambil keputusan untuk balik kampung untuk mengundi. Bagi mereka yang berpendapatan tinggi, perbelanjaan balik kampung mungkin tidak menjadi masalah.\n\n\nTetapi, bagi mereka yang berpendapatan rendah, kos perbelanjaan seperti harga minyak, \nharga tol\n dan sebagainya ini boleh menjadi sedikit membebankan. Untuk membantu anda merancang kewangan, berikut cara jimat belanja yang boleh dipraktikkan supaya dapat membantu anda balik kampung dengan tenang tanpa merabakkan poket.\n\n\n1. Gunakan Pengangkutan Awam\n\n\nBagi yang baru berkahwin atau bujang, anda boleh pilih untuk balik kampung menggunakan kenderaan awam. Cara ini secara tidak langsung boleh menjimatkan kos tol dan minyak kereta anda.\n\n\nHarga tiket bas dari Kuala Lumpur ke Terengganu adalah sekitar RM50 sehala. Ini bermaksud, anda hanya perlu belanjakan sebanyak RM200 untuk perjalanan pergi balik (untuk dua orang), tidak termasuk makan dan minum.\n\n\nJika balik kampung memandu, kos boleh memakan tiga kali ganda. Jadi, anda boleh jimat kos balik kampung anda sehingga RM400 untuk sampai destinasi yang sama. Lebihan duit ini bolehlah disimpan dalam \ntabung simpanan persaraan\n anda.\n\n\nBanyak syarikat \nbas ekspres\n kini menawarkan proses tempahan tiket secara dalam talian untuk memudahkan pengguna. Ia juga memudahkan pengguna untuk membandingkan harga tiket bas termurah dan memilih harga yang terbaik.\n\n\n\n\n2. Kongsi Kereta atau \nCarpooling\n\n\nDaripada memandu pulang ke kampung sendirian, anda boleh mempertimbangkan kenalan atau adik-beradik anda untuk berkongsi kereta. Memandangkan ramai orang mengambil kesempatan untuk balik kampung untuk mengundi, tidak sukar untuk mencari seseorang yang ingin pulang ke destinasi yang sama dengan anda.\n\n\nCarpooling\n atau kongsi kereta boleh kurangkan kos perjalanan, mengurangkan kesesakan jalan raya dan boleh mengurangkan tekanan ketika memandu jarak jauh. Anda boleh membahagikan kos petrol dan harga tambang tol dalam kalangan anda yang berkongsi kereta anda.\n\n\nIa sekali gus menjadikan kos balik kampung lebih murah dan menjimatkan berbanding setiap seorang memandu kereta sendiri. Andaikan kos balik kampung RM500, jika dikongsikan dengan lima orang, setiap seorang hanya perlu keluarkan RM100 seorang.\n\n\n3. Elakkan Bertolak pada Waktu Puncak\n\n\nApabila tiba musim pilihan raya, anda boleh menjangkakan ramai rakyat Malaysia akan memandu pulang ke kampung halaman masing-masing. Jalan raya semasa musim mengundi sama seperti musim perayaan akan menjadi lebih sesak berbanding kebiasaan.\n\n\nSekiranya anda balik kampung dengan memandu sendiri, buat perancangan dengan teliti. Mulakan perjalanan lebih awal atau sehari sebelum jangkaan waktu puncak. Perjalanan balik kampung pada awal pagi atau lewat malam amatlah disyorkan kerana waktu ini biasanya jalan raya tidak terlalu sesak.\n\n\nIa juga dapat mengelakkan anda daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama berjam-jam. Semak Travel Time Advisory atau Jadual Waktu Perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak lebuh raya untuk tahu masa terbaik.\n\n\nSemakin banyak masa yang anda habiskan di jalan raya, semakin banyak wang yang perlu dikeluarkan untuk menampung kos penggunaan minyak kereta. Selain itu, pastikan anda juga bersedia dari segi mental, fizikal \u2013 dapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan balik kampung.\n\n\nElakkan daripada memandu selepas bekerja atau selepas makan kerana ia akan menyebabkan anda keletihan dan mengantuk.\n\n\n4. Servis Kereta Sebelum Memulakan Perjalanan\n\n\nSebelum memulakan perjalanan jarak jauh, pastikan \nkereta anda diselenggara\n dan berada dalam keadaan baik. Kereta yang tidak diselenggara dengan baik atau tidak berada dalam prestasi yang optimum boleh menyebabkan anda membelanjakan lebih banyak wang.\n\n\nPastikan komponen penting kereta seperti enjin kereta, \nbrek kereta\n dan tayar kereta berada dalam keadaan baik untuk keselamatan anda sepanjang pemanduan balik kampung. Sebagai contoh, bunga tayar yang haus atau \ntekanan angin tayar kereta\n yang tidak mencukupi boleh meningkatkan risiko kemalangan.\n\n\nTekanan angin tayar kereta yang terlalu rendah boleh meningkatkan penggunaan bahan api, menjejaskan prestasi pemanduan dan pengendalian kereta.\n\n\nDapatkan Rehat Mencukupi, Rancang Perjalanan Balik Kampung dengan Baik\n\n\nSebelum balik kampung, anda perlu pastikan yang anda telah mendapat rehat yang mencukupi sebelum mulakan perjalanan. Elakkan daripada memandu balik kampung selepas bekerja atau selepas makan kerana ada kemungkinan anda akan \nkeletihan dan mengantuk\n.\n\n\nSekiranya anda mengantuk atau keletihan semasa memandu, berhenti rehat seketika di mana-mana kawasan rehat dan rawat untuk regangkan otot \nsakit belakang\n. Jangan paksa diri untuk memandu semasa mengantuk untuk kurangkan risiko \nkemalangan jalan raya\n.\n\n\nJika perlu, minta pemandu kedua untuk memandu sementara anda tidur seketika untuk segarkan badan.\n\n\nTip Pemanduan Semasa Memandu Balik Kampung untuk Pilihan Raya Negeri Ini\n\n\nAnda juga boleh ikuti tips pemanduan selamat yang disediakan seperti berikut:\n\n\n\n\nJangan memandu laju melebihi had laju lebuh raya yang ditetapkan untuk keselamatan diri anda dan keluarga. Ia juga dapat mengurangkan risiko anda daripada kena \nsaman JPJ, trafik atau Polis\n;\n\n\nJangan memandu sambil menggunakan telefon bimbit \u2013 fokus pada pemanduan dan berhati-hati semasa memandu;\n\n\nHargai dan sayangi nyawa anda dan keluarga. Pakai tali pinggang keledar dan gunakan kerusi kanak-kanak untuk perlindungan tambahan;\n\n\nJangan ekori kenderaan lain terlalu rapat dan elakkan menggunakan lorong kecemasan untuk sampai lebih cepat. Biar lambat sampai, asalkan sampai dengan selamat;\n\n\nPastikan baki kad Touch N Go mencukupi atau tambah nilai sebelum memulakan perjalanan untuk membolehkan anda lakukan \npembayaran harga tol\n;\n\n\nBawa bersama item penting yang perlu ada dalam kenderaan seperti \npowerbank\n, kit pertolongan cemas dan sebagainya untuk keselamatan anda.\n\n\n\n\nTips Asas Penyelenggaraan Kereta Sebelum Balik Kampung\n\n\nSebelum memulakan perjalanan, pastikan anda servis kereta yang akan dinaiki terlebih dahulu.\u00a0Penting untuk anda pastikan kereta berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan balik kampung. Kenderaan yang diselenggara dengan baik dapat mengurangkan risiko kemalangan,\u00a0\nkereta anda mati tepi jalan\n atau rosak secara tiba-tiba.\n\n\nIa juga dapat mengurangkan kos atau belanja tidak perlu seperti kos lori tunda, penginapan bermalam sementara menunggu kereta siap dibaiki dan sebagainya. Lakukan pemeriksaan secara menyeluruh untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini daripada berlaku.\n\n\n1. Tayar Kereta\n\n\nCengkaman tayar merupakan elemen yang paling kritikal apabila berlaku kecemasan. Ini kerana, komponen ini bersentuhan dengan jalan raya \u2013 jika tidak diselenggara atau dalam keadaan baik, boleh meningkatkan risiko kemalangan.\n\n\nPastikan \ntayar kereta\n berada pada tahap optimum dan bunga tayar kereta tidak terlalu botak atau haus. Selain itu, jangan lupa untuk periksa tekanan tayar kereta terutamanya tayar \nspare\n. Masa terbaik untuk mengisi angin tayar adalah pada awal pagi atau pada waktu malam.\n\n\n2. Brek Kereta\n\n\nPenting untuk anda periksa sama ada pad brek kereta anda masih selamat digunakan dan tidak terlalu nipis. Jika brek kereta berbunyi semasa anda menekan brek, ia menandakan pad brek kereta anda perlu digantikan.\n\n\nBerikut merupakan antara tanda biasa yang menunjukkan brek kereta anda perlu diperiksa dengan segera:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBunyi berciut, bergeser atau ketukan semasa membrek;\n\n\nKereta terseret ke bahagian tepi apabila membrek;\n\n\nPedal brek rendah sehingga mencecah ke lantai apabila membrek;\n\n\nPedal brek terasa keras dan perlu dipijak dengan kuat semasa membrek;\n\n\nBrek mencengkan dengan hanya sedikit sentuhan pada pedal;\n\n\nPedal brek bergetar atau berdenyut walaupun semasa membrek secara normal;\n\n\nLampu brek kereta menyala\n pada papan pemuka kenderaan anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, pastikan paras minyak brek mencukupi dan berada dalam keadaan baik. \nMinyak brek\n sepatutnya berwarna jernih dan bebas kotoran. Tetapi jika berlaku sebaliknya, anda mungkin perlu menukarnya untuk ketenangan fikiran sepanjang pemanduan.\n\n\n\n\n3. Minyak Enjin\n\n\nPeriksa juga paras minyak enjin kereta anda. Minyak enjin kereta perlu ditukar mengikut tempoh penyelenggaraan yang ditetapkan. Minyak enjin memainkan peranan penting dalam membersihkan, melincirkan pergerakan dan menyejukkan \nkomponen dalaman enjin\n.\n\n\nJika ia tidak digantikan, ia mungkin boleh menjejaskan prestasi kereta anda. Selain itu, jika \nminyak enjin kereta\n anda berkurangan secara mendadak, ada kemungkinan enjin kereta anda mengalami kebocoran dan perlu diperbaiki dengan segera.\n\n\nSekiranya anda tidak tahu, berikut merupakan cara memeriksa minyak hitam atau minyak enjin kereta anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCabut\n dipstick\n dan bersihkan dengan tisu atau kain kering;\n\n\nKemudian, celup\n dipstick\n semula ke dalam minyak enjin dan keluarkan\u00a0kembali \ndipstick\n;\n\n\nPeriksa ketinggian paras minyak hitam melalui kesan minyak pada \ndipstick;\n\n\nParas minyak hitam yang ideal adalah di antara paras minimum dan maksimum;\n\n\nTambahkan minyak enjin jika minyak berada di bawah paras minimum.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. \nWiper\n Kereta atau Pengelap Cermin\n\n\nWiper\n kereta memainkan peranan dalam membantu meningkatkan tahap kebolehlihatan semasa pemanduan dalam hujan atau melalui jalan raya berkabus. Dalam perjalanan balik kampung, anda mungkin berdepan situasi hujan lebat yang menyukarkan anda melihat dengan baik.\n\n\nOleh sebab itu, penting untuk anda menyelenggara\n wiper\n kereta anda untuk keselamatan anda sepanjang pemanduan. Anda disarankan untuk menggantikan\n wiper\n kereta\n anda setiap 6 bulan atau setahun sekali.\n\n\nTukar getah \nwiper\n anda jika ia menunjukkan tanda-tanda telah rosak seperti:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nWiper kereta bergoyang atau bergetar secara berlebihan;\n\n\nMasih terdapat kesan air semasa mengelap;\n\n\nBunyi kedengaran semasa menggunakannya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, pastikan juga air di dalam bekas \nwasher fluid\n penuh dan mencukupi untuk kegunaan semasa perjalanan. Untuk elakkan nozel daripada tersumbat, anda disarankan untuk menggunakan air suling atau mineral.\n\n\n5. Lampu Kereta\n\n\nLampu kereta penting untuk mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan kebolehlihatan semasa pemanduan terutamanya pada waktu malam. Periksa lampu depan kereta, lampu belakang, lampu brek, lampu brek ketiga termasuk lampu \nhazard\n.\n\n\nPastikan semua l\nampu kereta\n menyala dengan baik sebelum memulakan perjalanan supaya pemanduan anda lebih lancar dan selamat. Minta bantuan rakan, anak atau isteri untuk membantu melihat sama ada kesemua lampu kereta anda berfungsi atau tidak sebelum memulakan perjalanan.\n\n\n6. Bateri Kereta\n\n\nBateri kereta merupakan komponen penting dalam sistem elektrik kenderaan. Ia berfungsi menghidupkan enjin kereta dan membekalkan arus elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi.\n\n\nSama seperti komponen kereta yang lain, bateri kereta perlu diperiksa dan diselenggara secara berkala untuk mengekalkan kualiti dan prestasinya. Anda boleh menggunakan multimeter analog atau digital untuk menguji dan mengukur voltan, arus dan rintangan bateri kereta anda.\n\n\nSecara asasnya, \nbateri kereta kong\n perlu digantikan setiap dua tahun bergantung pada cara penggunaan, jenis bateri dan cara penjagaan.\n\n\n7. Servis-servis Lain\n\n\nSelain itu, banyak lagi aspek penjagaan lain yang perlu dititikberatkan sebelum mulakan perjalanan balik kampung. Periksa komponen-komponen seperti\n spark plug\n, paras air cecair penyejuk (\ncoolant\n), \nabsorber\n kereta dan sebagainya.\n\n\nUntuk senarai lengkap penyelenggaraan dan penjagaan kereta, anda boleh rujuk artikel \nChecklist\n Servis Kereta\n ini.\n\n\n\n\nPerbaharui Insurans Kereta dan \nRoadtax\n di Qoala Sebelum Balik Kampung Mengundi!\n\n\nJika anda nak balik kampung tapi belum \nrenew roadtax\n kereta\n anda, jangan lupa untuk \nmemperbaharui insurans\n dan \nroadtax\n kereta sebelum mulakan perjalanan. Perlindungan insurans yang komprehensif boleh melindungi diri dan keluarga dengan lebih menyeluruh.\n\n\nUntuk perlindungan yang lebih optimum, anda juga boleh masukkan \nperlindungan tambahan\n yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Sekiranya anda ingin dapatkan polisi \nperlindungan insurans yang terbaik\n untuk anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nQoala merupakan platform \nperbandingan dan pembaharuan insurans paling komprehensif\n di Malaysia. Platform ini menawarkan pelbagai pilihan insurans daripada beberapa syarikat insurans terbaik di Malaysia.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/berita/bateri-iphone-rosak/", "title": "Jaga-jaga, Ini 5 Tanda Bateri iPhone Rosak", "body": "\n\nBateri\n iPhone memang sangat terkenal dengan beberapa sebab. Antaranya adalah cepat drain, cepat rosak, dan cepat naik. Siapa yang pakai iPhone tu tahu lah.\u00a0Tapi sebelum tu Qoala nak tanya sikitlah. Bateri iPhone korang selalu tiba-tiba mati? Kalau tengok \nYouTube\n, confirm bateri turun macam air? Tengah syok video call, tiba-tiba iPhone terpadam? Atau korang sekarang dah bergantung hayat dengan power bank?\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n5 Tanda Bateri iPhone Sudah Rosak\n1. Bateri iPhone Kembung\n2. Phone Tiba-tiba Mati\n3. Hanya Berfungsi Ketika di Cas\n4. Peratus Bateri iPhone Cepat Turun dan Naik\n5. Peratus Bateri Tak Naik-naik\nSebab-sebab bateri iPhone cepat rosak\nCas Sehingga 100%\nMembiarkan Telefon sehingga Bateri Mati\nOvercharging\nKenapa Bateri iPhone Cepat Panas?\niPhone Overwork\nSuhu yang Tidak Sesuai\nBateri Ion Lithium\nPengecas Cap Ayam\n\n\n5 Tanda Bateri iPhone Sudah Rosak\n\n\nJangan risau guys, ini beberapa tanda bateri iPhone rosak yang korang boleh semak:\n\n\n1. Bateri iPhone Kembung\n\n\nTanda bateri iPhone rosak yang paling terang lagi bersuluh adalah bateri kembung. Bagi yang tak familiar dengan istilah bateri kembung, bateri kembung adalah apabila bateri iPhone mula mengembang sehingga timbul dan boleh dirasa di belakang telefon. Bila bateri dah mula kembung, memang dah sampai masanya untuk korang tukar bateri iPhone korang.\n\n\nBila bateri iPhone tu dah mula kembang, jangan pula cuba ditekan. Sebabnya tindakan itu boleh mengeruhkan lagi keadaan. Penukaran bateri kena dilakukan dengan cepat kerana dibimbangi boleh meletup.\n\n\n2. Phone Tiba-tiba Mati\n\n\nIni antara tanda bateri rosak yang korang kena perhatikan. Pernah tak tengah sibuk scroll media sosial tiba-tiba phone mati. Padahal ada 50 peratus lagi. Dan bila dicas semula, terus kepada kosong peratus.\n\n\nIni maknanya bateri korang sedang di ambang kerosakkan dan memerlukan pertukaran bateri dengan segera.\n\n\n3. Hanya Berfungsi Ketika di Cas\n\n\nBayangkan jika kita terpaksa bergantung kepada charger dan terpaksa membawa powerbank ke mana sahaja. Susah, kan? Jika iPhone korang hanya berfungsi ketika pengecasan, itu maknanya bateri iPhone korang sedang mengalami masalah.\n\n\nMasalah ini juga akan menyebabkan iPhone menjadi panas sekaligus mengundang bahaya kepada pengguna.\n\n\n4. Peratus Bateri iPhone Cepat Turun dan Naik\n\n\nPerasan tak kadang-kadang macam baru je telefon kita ni fully charged, tiba terus mendadak turun peratus baterinya. Walhal kita hanya melihat aplikasi seperti WhatsApp dan Facebook sahaja, Bukannya tengok movie atau main game.\n\n\nLepas tu bila kita cas semula, peratus bateri naik mendadak pula. Bila peratus bateri sudah tak stabil seperti ini, ia adalah tanda-tanda bateri korang mula nak rosak.\n\n\n5. Peratus Bateri Tak Naik-naik\n\n\nWalaupun sudah dicas berjam-jam, bateri masih tidak naik. Bila kejadian macam tu, mula lah kita pinjam mak ayah kakak abang punya charger untuk digunakan pada telefon kita. Padahal yang bermasalah adalah bateri iPhone itu sendiri.\n\n\n\n\nSebab-sebab bateri iPhone cepat rosak\n\n\nEh rasa macam dah cas penuh je pagi tadi, dah kena cas balik? Pernah stress sebab kena cas iPhone sampai tiga ke empat kali sehari? Sabar, jangan dibuang telefon tu \u2013 masalahnya cuma bateri.\n\n\nApa yang korang kena buat sekarang adalah semak kenapa dan apa punca bateri korang mengalir macam air terjun.Ini adalah enam sebab kenapa bateri korang boleh rosak:\n\n\nCas Sehingga 100%\n\n\nKenapa pula tak boleh cas sampai 100 peratus? Bukan ke lagi bagus kalau bateri dicas penuh? Untuk pengetahuan korang, para penyelidik mencadangkan bahawa jangka hayat bateri yang sihat adalah pada tahap di antara 30 hingga 80 peratus sahaja.\n\n\nBateri jenis lithium-ion tidak perlu dicas sepenuhnya. Ini kerana voltan tinggi akan dipressure masuk ke dalam bateri lalu menyebabkan bateri mudah rosak.\n\n\nMembiarkan Telefon sehingga Bateri Mati\n\n\nIni sering menjadi tabiat ramai orang. Membiarkan telefon sehingga ia mati dan dicas kemudian. Selepas dikaji, bateri jenis Li-on menunjukkan kehilangan kapasiti yang banyak apabila tahap bateri jatuh pada 50 peratus daripada 100 peratus.\n\n\nIa akan kehilangan lebih banyak kapasiti lagi apabila telefon mati sepenuhnya.\n\n\nOvercharging\n\n\nMengecas telefon semalaman bukan sahaja dapat merosakkan bateri iPhone korang, malah korang pun sekali terdedah dengan bahaya letupan. Mengecas telefon secara berterusan dapat memendekan jangka hayat bateri.\n\n\nUntuk pengetahuan korang, jangka hayat bateri lithium-Ion adalah pada sekitar dua sehingga tiga tahun atau sebanyak 300 sehingga 500 kitaran pengecasan. Overcharging juga boleh menyebabkan iPhone korang jadi panas.\n\n\nKenapa Bateri iPhone Cepat Panas?\n\n\nPengguna iPhone, selalu tak iPhone korang cepat panas? Dan apabila iPhone menjadi panas, sekaligus menyebabkan bateri iPhone cepat habis.\n\n\nSama seperti telefon-telefon canggih yang lain, iPhone ada sebuah telefon yang berkonsepkan komputer bersaiz mini. Seperti komputer juga, iPhone turut mengeluarkan haba yang mengakibatkan badan telefon tersebut menjadi panas.\n\n\nNamun, apa yang membezakan telefon dengan komputer ada, komputer mempunyai fungsi kipas untuk menurunkan suhu panas, makakala iPhone, tidak. Ada beberapa punca yang menyebabkan iPhone menjadi panas. Ini antaranya:\n\n\niPhone Overwork\n\n\nSuhu yang tiba-tiba naik pada iPhone boleh terjadi disebabkan ia digunakan terlalu lama melebihi kemampuan dan kesesuaian pada sesuatu masa. Antara aplikasi-aplikasi yang sering digunakan pada masa yang lama adalah video streaming dalam resolusi HD, gaming, penggunaan GPS atau Waze. Penggunaan-penggunaan yang lama ini menyumbangkan iPhone menjadi panas.\n\n\nSuhu yang Tidak Sesuai\n\n\nUntuk pengetahuan korang, peranti iOS yang direka Apple dirangka untuk beroperasi dengan baik dan lancar pada suhu 0 ke 35 darjah celcius. Apabila iPhone tersebut digunakan pada suhu atau cuaca yang tidak sesuai, ia akan menyebabkan iPhone menjadi panas sekaligus mengganggu prestasinya daripada berjalan dengan lancar.\n\n\nSekirannya iPhone didapati terlalu panas, ia akan mengeluarkan satu mesej mengenai masalah itu pada skin iPhone dan pengguna tidak boleh menggunakannya selagi suhunya tidak turun.\n\n\nBateri Ion Lithium\n\n\nKadang-kadang, bateri iPhone jenis Ion Lithium yang rosak itu sendiri boleh menyebabkan iPhone sering menjadi panas. Disini, pengguna boleh melihat iPhone menjadi panas dan menyebabkan bateri iPhone cepat habis.\n\n\nJenama-jenama telefon pintar yang lain, seperti Samsung ada mengatakan bahawa penggunaan bateri jenis Ion Lithium boleh mengundang risiko-risiko seperti bateri rosak sekiranya bateri tersebut sering menjadi panas.\n\n\nWalaupun ianya dianggap masih lagi selamat digunakan, penggunaan\u00a0 yang ekstrem dapat menyebabkan bateri iPhone mudah jadi panas sekaligus rosak.\n\n\nPengecas Cap Ayam\n\n\niPhone juga terkenal dengan pengecasnya yang mudah rosak dan juga mahal. Oleh yang demikian, ramai memilih jalan pintas dengan menggunakan pengecas bukan original dan tidak disahkan SIRIM.\n\n\nUntuk pengetahuan korang, hanya pengecas Apple atau pengecas jenis third-party yang disahkan dengan seal Made for iPhone sahaja yang selamat digunakan. Apa jadi kalau guna pengecas tidak original atau cap ayam?\n\n\nKorang akan meletakkan iPhone korang dalam risiko yang bahaya. Tak apalah mahal, janji berbaloi dan selamat digunakan.\u00a0iPhone dah mahal, jadi kenalah kita jaga betul-betul. Kalau tak sayang lah boleh jadi cepat rosak. Semoga artikel kali ini dapat membantu korang!\n\n\nOh ya, kalau korang nak renew insurans kereta dengan road tax sekali, jangan lupa renew dengan Qoala! Cepat dan mudah!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/berita/bateri-telefon/", "title": "Bateri Telefon: Cara Cas Iphone dengan Betul", "body": "\n\nBateri telefon adalah salah satu komponen yang paling penting dalam sesebuah telefon. Salah satu masalah besar dengan mana-mana telefon adalah jangka hayat baterinya.\u00a0Makin lama tempoh telefon\u00a0 itu digunakan, makin cepatlah bateri telefon itu habis.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nCara Cas Bateri Telefon Yang Betul Supaya Tak Mudah Rosak\n1. Perlu Ke Handphone Dicas Sehingga 100% ?\n2. Waktu Paling Sesuai untuk Cas Bateri Telefon\n3. Suhu Telefon Tidak Boleh Berada Pada Tahap Panas\n4. Jangan Gunakan Telefon Ketika Sedang Dicas\n5. Jangan Guna Charger Cap Ayam\n6. Tetapkan Setting Untuk Lindungi Bateri Telefon\nElok Ke Cas Bateri Telefon Gunakan Slot Pengecas dalam Kereta?\nPerbezaan USB Cable\nMacam Mana Nak Tahu USB Cable Yang Kita Beli Certified MFi Atau Tidak?\nApa itu Apple MFi Program ?\n\n\nCara Cas Bateri Telefon Yang Betul Supaya Tak Mudah Rosak\n\n\nSecara purata, jangka hayat sesebuah telefon dapat bertahan selama tiga ke lima tahun dengan charging cycle sebanyak 500 ke atas.\u00a0Ini bermakna, bateri telefon yang telah digunakan lebih dari tiga tahun baterinya mungkin tidak sekuat bateri telefon baru.\n\n\nBiasanya, tiga perkara yang boleh merosakkan bateri telefon ialah usia handphone, suhunya, dan charging cycle. Ada sembilan cara asas yang perlu korang lakukan secara konsisten.\n\n\n1. Perlu Ke Handphone Dicas Sehingga 100% ?\n\n\nUntuk make sure bateri telefon korang bertahan bertahun-tahun, korang disarankan untuk cas bateri telefon korang lebih kerap untuk beberapa kali berbanding mengecas bateri full sehingga 100 peratus daripada peratusan rendah.\n\n\nBerbalik kepada charging cycle. Setiap kali bateri telefon korang dicas sehingga penuh, ia akan dikira full charging cycle. Untuk memastikan bateri telefon berfungsi dengan baik dalam jangka masa yang lama, elakkan full charge sebanyak yang boleh.\n\n\n2. Waktu Paling Sesuai untuk Cas Bateri Telefon\n\n\nTips ini adalah antara tips yang sangat penting. Pengguna telefon perlu mengamalkan untuk pastikan bateri telefon berada dalam 30 peratus ke 90 peratus sepanjang masa.\n\n\nBateri dah turun ke 50 peratus? Time ni lah korang boleh cas. Tapi jangan cas sehingga 100 peratus. Ini bermakna, tabiat cas bateri telefon sebelum tidur sebenarnya tidak sihat untuk ketahanan bateri.\n\n\nSekiranya bateri telefon dah ada pada paras 80 peratus, korang tak perlu cas sehingga penuh kerana ia akan membuat bateri cepat rosak. So, waktu yang terbaik untuk cas telefon adalah pada waktu pagi. Contohnya semasa korang sedang bekerja. Sambil-sambil bekerja tu bolehlah tengok peratus bateri telefon yang sedang dicas.\n\n\nLagi satu, untuk mengekalkan jangka hayat bateri telefon yang kebanyakannya diperbuat daripada lithium-ion, korang juga disarankan untuk tidak gunakan telefon terlalu kerap pada 20 peratus ke bawah.\n\n\nApa yang kita boleh simpulkan disini, bila gunakan handphone, pastikan peratus \nbateri\n berada di tahap pertengahan. Tidak terlalu rendah, tidak terlalu tinggi.\n\n\n3. Suhu Telefon Tidak Boleh Berada Pada Tahap Panas\n\n\nUntuk pengetahuan korang, suhu telefon yang terlalu panas akan menyebabkan bateri telefon cepat rosak. Korang disarankan untuk mencabut charger bateri apabila bateri telefon sudah mencapai 80 peratus ke 90 peratus. Ini kerana, tabiat mengecas \nbateri\n telefon berpanjangan selepas mencapai 100 peratus boleh menyebabkan bateri cepat panas.\n\n\nBukan itu saja, korang juga dinasihatkan untuk mengelakkan telefon korang berada pada persekitaran yang terlalu panas seperti dalam \nkereta\n, sebelah oven, di tepi tingkap atau terdedah pada cahaya matahari yang terik.\n\n\nBiasanya, bateri handphone hanya dapat berfungsi secara optimum di dalam persekitaran \nsuhu\n di antara 20\u00b0C ke 30\u00b0C.\n\n\n\n\n4. Jangan Gunakan Telefon Ketika Sedang Dicas\n\n\nTabiat ni sebenarnya ramai yang buat. Walaupun ramai dah tahu tentang bahaya menggunakan telefon ketika dicas, tapi masih ramai yang buat.\n\n\nSebenarnya, tabiat ni akan melambatkan lagi proses pengecasan dan membuatkan bateri telefon korang tidak dapat berfungsi dengan baik dalam jangka masa yang lama.\n\n\n5. Jangan Guna Charger Cap Ayam\n\n\nSudah semestinya charger yang terbaik adalah charger yang disertakan sekali dengan pembelian telefon. Betul tak?\n\n\nOleh itu, korang disarankan untuk menggelakkan diri daripada menggunakan charger yang tidak berkualiti tinggi atau tidak jelas jenamanya. Bukan apa, tak berbaloi kalau gunakan charger cap ayam untuk berjimat ttapi pada akhirnya korang kena juga keluarkan duit untuk baiki bateri telefon tu.\n\n\nCharger bateri yang tidak berkualiti tinggi boleh menyebabkan telefon terbakar atau meletup. Kalau korang memerlukan charger baru, belilah daripada pembekal yang dipercayai dengan jenama yang sama bagi memastikan telefon korang dapat bertahan lebih lama.\n\n\n6. Tetapkan Setting Untuk Lindungi Bateri Telefon\n\n\nBiasanya handphone model baru mempunyai setting khas untuk membantu korang cas handphone dengan lebih baik.\n\n\nSemak di bahagian \u2018Setting\u2019 telefon. Tetapan ini kebanyakannya berfungsi untuk memastikan handphone dicas pada tahap yang optimum dan bagi elakkan full charge.\n\n\nContohnya bagi Samsung Galaxy Tab S7, ia mempunyai tetapan \u201cProtect Battery\u201d di bawah \u201cSettings /Device Maintenance/ Battery\u201d untuk menetapkan kapasiti caj kepada 85%.\n\n\niPhone\n pula mempunyai tetapan \u201cOptimized Battery Charging\u201d untuk perlahankan atau berhentikan pengecasan apabilan bateri dicas mencapai 80% mengikut keadaan.\n\n\nElok Ke Cas Bateri Telefon Gunakan Slot Pengecas dalam Kereta?\n\n\nElok ke tak sebenarnya cas bateri telefon gunakan slot pengecas dalam \nkereta\n? Berdasarkan Brooke Nelson dalam tulisannya di \nReaders Digest\n, tabiat mengecas smartphone didalam \nkereta\n ini akan membuatkan sesebuah fon itu terdedah dengan kerosakan.\n\n\nPuncanya? Kuasa elektrik didalam \nkereta\n terutamanya melalui slot pembakar rokok itu membekalkan 10amp secara terus ke bateri fon sedangkan kebanyakan pengecas smartphone hanya menyokong kuasa pengecasan dari 1 hingga 3amp sahaja.\n\n\nKuasa yang dibekalkan secara tidak stabil itu juga boleh merosakkan bateri komponen dalaman fon, malah lebih parah lagi jika ianya mengakibatkan komponen utama pada sesebuah mainboard.\n\n\nPerbezaan USB Cable\n\n\nAda banyak jenis USB cable yang ada di pasaran. Tapi, yang mana satu yang betul untuk bateri telefon anda? Salah beli cable, rugi lah pula.\u00a0Ini dia perbezaan USB cable:\n\n\n1. Micro USB\n\n\nMicro USB adalah sejenis USB cable yang digunapakai sehingga ke hari ini. Kebanyakkan jenis Micro USB ini masih di gunakan pada peranti kelas pertengahan yang menawarkan spesifikasi yang sederhana.\n\n\nDan pada tahun 2019, ada banyak model smartphone yang baru dah mula menggunakan USB Type C. Dari segi bentuk fizikal micro USB, bentuknya bersegi flat di bahagian bawah dan bersegi di bahagian atas. Maksudnya, pengguna hanya boleh memasukkan USB ini untuk mengecas bateri telefon pada satu arah sahaja.\n\n\nKelemahan USB Cable jenis Micro-USB adalah:\n\n\n\n\nPengguna hanya boleh masukkan USB cable ini pada satu kedudukan ikut port USB smartphone. Tidak boleh terbalik.\n\n\nMenawarkan kadar pengecasan (voltan /arus) yang terhad, serta kadar pemindahan data yang juga lebih perlahan.\n\n\n\n\nDari segi kelebihan pula, pengguna mudah untuk mendapatkan USB cable ini kerana ia banyak dijual di pasaran dengan pelbagai jenama dan fungsi tambahan.\n\n\n2. USB Type C\n\n\nUSB Type C adalah sejenis USB cable terbaharu dan semakin luas digunakan pada peranti yang dihasilkan sejak belakangan ini. USB jenis ini pada permulaannya banyak ditemui pada smartphone yang berspesifikasi tinggi. Namun, kini sudah ada beberapa peranti kelas pertengahan yang menggunakan USB type C ini sebagai port USB pengguna.\n\n\nAntara Kelebihan USB Type C ini adalah:\n\n\n\n\nPengguna boleh gunakan USB cable ini secara berbalik / pelbagai arah \u2013 atas dan bawah tanpa masalah.\n\n\nIa mampu membawa voltan dna arus yang lebih tinggi, Jadi, ia membantu mengecas bateri smartphone /data transfer anda dengan lebih pantas berbanding Micro USB dan Lightning.\n\n\nPenggunaan USB jenis ini akan lebih meluas di masa akan datang.\n\n\n\n\nCuma sedikit kelemahan cable jenis ini adalah, harganya sedikit tinggi dari jenis Micro USB. Tetapi trend harga USB Type C ini sudah nampak kan penurunan sedikit demi sedikit.\n\n\n3. Apple Lightning\n\n\nUSB cable lightning ini khas digunakan pada peranti keluaran jenama Apple sahaja seperti \niPhone\n, iPad serta beberapa model Macbook. Sama seperti USB type C di mana, USB Lightning ini boleh digunakan secara revisible /terbalik. So ia lebih memudahkan pengguna semasa proses pengecasan / memindahkan data ke iPhone pengguna.\n\n\nDari segi bentuk fizikal, USB ini\u00a0 tiada lubang di tengah-tengah seperti Micro USB dan Type C kerana connector nya di letakkan di bahagian luar.\n\n\nTapi korang kena berhati-hati dengan USB Cable \niPhone\n yang tiruan. Cable tiruan tersebut banyak di jual di pasaran luar dengan harga sangat murah\u00a0 Jadi, korang disarankan untuk menggunakan Lightning cable yang mempunyai certified MFi. Ia lebih berkualiti tinggi dan tahan lebih lama.\u00a0 Sebarang cable yang ada MFi , ia di ikitiraf secara rasmi oleh pihak Apple dan sesuai dengan sistem iOS tersebut.\n\n\nMacam Mana Nak Tahu USB Cable Yang Kita Beli Certified MFi Atau Tidak?\n\n\nApple ada jenama telefon bimbit yang tidak asing lagi dalam dunia serba moden sekarang. Dan Apple juga adalah antara syarikat terawal di dunia yang berjaya mencapai nilai $1 Trillion. Jadi tak terkejutlah bila kita lihat produk Apple digunakan di serata dunia.\n\n\nDalam menjaga kualiti serta kepuasan pengguna Apple seluruh dunia, Apple memperkenalkan MFI Program bagi memastikan setiap aksesori yang dikeluarkan oleh pihak ketiga selamat serta sesuai digunakan pada peranti mereka tanpa memberi sebarang masalah kelak.\n\n\nApa itu Apple MFi Program ?\n\n\nMFi adalah program berlesen dari Apple kepada pihak pembangun / pengeluar hardware dan \nsoftware\n bagi memastikan setiap hardware dan software mereka sesuai digunakan pada peranti Apple seperti \niPhone\n, iPad dan iPod.\n\n\nMaksud di sebalik MFi adalah \u201cMade For \niPhone\n/iPad/iPod\u201d. Kesemua aksesori dari pihak ketiga perlu melalui ujian dari pihak Apple. Setelah lulus ujian piawaian MFi ini, mereka boleh menggunakan logo MFi pada kotak aksesori mereka untuk dipasarkan.\n\n\nFoto Kredit: The Apple Post\n\n\nUntuk semua pengguna smartphone Apple,\u00a0 sila pastikan setiap aksesori yang korang nak beli mempunyai logo MFi seperti di atas. Ini bagi memastikan aksesori korang selamat digunakan tanpa menjejaskan prestasi peranti Apple.\n\n\nAntara masalah-masalah yang bakal korang hadapi jika menggunakan aksesori yang tiada piawaian Apple MFi ini adalah (contoh USB Cable):\n\n\n\n\nPeranti iOS mungkin akan rosak dengan lebih cepat\n\n\nAksesori tiada MFi lebih cepat serta mudah rosak.\n\n\nBahagian penyambung (connector) tidak sesuai (fit) dengan USB port IOS, atau ia akan lebih panas serta cepat tercabut/patah.\n\n\nPengguna mungkin tidak boleh mengecas atau snyc peranti iOS\n\n\n\n\nJadi, sebelum korang nak beli aksesori untuk peranti Apple, sila pastikan aksesori tersebut seperti USB Cable, Charger mempunyai logo baharu Apple MFi. Korang juga boleh periksa jenama serta model aksesori yang sudah melepasi piawaian Apple MFi.\n\n\nTelefon bimbit pintar ni dah jadi satu keperluan. Tambah-tambah lagi dengan zaman moden sekarang. Jadi, pastikan korang jaga telefon bimbit korang betul-betul okay! Nak renew \nroadtax\n kereta\n dan \ninsurans kereta terbaik\n? Renew je dengan \nQoala\n!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/berita/elizabeth-tan-qoalahadir/", "title": "Elizabeth Tan Mengetuai Kempen #QoalaHadir", "body": "\n\nKuala Lumpur, 29 Ogos 2022\n \u2013 Artis sensasi tempatan Elizabeth Tan mengetuai kempen #QoalaHadir dari Qoala Malaysia sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang berlangsung dari 29 Ogos hingga 16 September 2022. Selain Elizabeth, kempen ini juga turut menampilkan pempengaruh media sosial lain antaranya Elyshia Abegail, Robin Lim, dan Satthiya Kandi.\n\n\nKempen #QoalaHadir dengan tema \u201cBebas\u201d, \u201cBahagia\u201d dan \u201cTenang\u201d akan menyaksikan Elizabeth, Elyshia, Robin, dan Satthiya berkongsi pengalaman dalam kehidupan seharian dan menunjukkan cara platform Qoala memudahkan urusan beli insurans dan takaful pada harga yang berpatutan, sekali gus membantu mereka mencapai kebebasan, kebahagiaan dan ketenangan.\n\n\nDari kiri (atas) ke kanan (bawah): Elizabeth Tan, Elyshia Abegial, Robin Lim dan Satthiya Kandi\n\n\nPengurus Pemasaran Kandungan, Ramen Hasniran berkata \u201cKeempat-empat pempengaruh media sosial ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat menandakan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang budaya dan etnik. Sempena meraikan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia, kita berhutang budi dengan setiap rakyat Malaysia atas kemajuan yang telah kita capai\u201d.\n\n\nSepanjang tempoh kempen berlangsung, pelanggan berpeluang mendapat diskaun sehingga 55 peratus untuk insurans dan takaful kereta, dan sehingga 35 peratus untuk insurans kesihatan. Pelanggan juga berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan jumlah hadiah keseluruhan berjumlah RM11,000.\n\n\nLayari \nqoalahadir.qoala.my\n untuk membandingkan dan membeli perlindungan insurans pada harga yang berpatutan hari ini!\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n***\n\n\nMengenai Qoala\n\n\nQoala merupakan syarikat permulaan dalam bidang teknologi insurans (insurtech) dengan misi untuk memasyarakatkan insurans melalui kombinasi pembangunan produk baru dan proses tuntutan berasaskan mesin pintar. Qoala, beroperasi di tiga buah negara; Indonesia, Malaysia dan Thailand melalui penawaran pelbagai jenis perlindungan insurans yang merangkumi kenderaan bermotor, hartanah, kemalangan diri, perjalanan dan kesihatan yang boleh diakses dengan pantas, mudah dan telus melalui aplikasi atau laman web Qoala.\n\n\nHubungan Media:\n\n\nJeremy JEESANDARAN | PR Associate, Qoala Malaysia | \njeremy@qoala.my\n | +6016 312 7360\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/berita/halau-lipas/", "title": "Halau Lipas Dalam Kereta: 6 Petua Wajib Cuba!", "body": "\n\nHalau lipas dalam kereta??? Sebut pasal petua halau lipas dalam kereta ni, pernah tak korang ternampak makhluk halus ni tiba-tiba muncul dekat stereng kereta? Pehhh, bayangkan masa tu tengah drive, boleh datang panic attack!\u00a0Untuk pengetahuan korang, lipas ni bukan je menggelikan, tapi diaorang boleh bawak penyakit! So kepada sesiapa yang menternak lipas dalam kereta tu, bawak-bawaklah bertaubat.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPetua Halau Lipas Dalam Kereta\n1. Daun Pandan\n2. Daun Salam\n3. Halau Lipas dengan Serbuk Kopi\n4. Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis\n5. Acid Boric\n6. Halau Lipas dengan Baking Soda\nNak Halau Lipas? Ni Tiga Punca Kereta Korang Jadi Tempat Pembiakan Lipas\nSelalu Makan dalam Kereta\nJarang Bersihkan Kereta\nTempat Parking Banyak Sampah\nTanda-tanda Lipas Ada Dalam Kereta, Kena Halau Lipas Cepat!\nNajis Lipas\nTelur Lipas\nBau Busuk\n\n\nPetua Halau Lipas Dalam Kereta\n\n\nYe, memang betul. Korang boleh je beli racun perosak yang dekat market tu, tapi sebenarnya, racun tu bukannya membunuh lipas, ia boleh membahayakan kita juga. Kot-kot bau tu lekat dalam kereta, lepastu kita pun hidu. Haa boleh bawa ke kemudaratan.\n\n\nSo, apa yang korang boleh buat is, gunakan petua halau lipas dalam kereta menggunakan barang-barang yang tidak membahayakan diri. Ni dia petua halau lipas yang korang wajib tahu.\n\n\n1. Daun Pandan\n\n\nKorang confirm tahu daun pandan ni memang famous disebabkan bau wangi dia. Punya lah power daun pandan ni, dia bukan je selalu digunakan dalam masakan tapi daun pandan pun mampu menghalau lipas!\n\n\nSebenarnya, lipas ni tak suka bau pandan tu. That\u2019s why diaorang lari bila kita letak daun pandan dalam kereta.\n\n\nSo ada dua cara korang boleh gunakan:\n\n\n\n\nLetak je sejambak daun pandan dekat tempat yang selalu keluar lipas\n\n\nRacik halus lepastu letak dalam bekas kecik\n\n\n\n\n2. Daun Salam\n\n\nPetua halau lipas dalam kereta yang kedua is dengan menggunakan daun salam. Untuk korang yang tak tahu apa tu daun salam, dia sebenarnya bay leaves. Yes, bay leaves yang korang selalu letak dalam spaghetti bolognese tu.\n\n\nSo macam daun pandan juga, daun salam ni ada bau dia yang buatkan lipas-lipas semua lari lintang pungkang.\n\n\n3. Halau Lipas dengan Serbuk Kopi\n\n\nPetua halau lipas seterusnya adalah dengan menggunakan serbuk kopi. Caranya mudah ajee. Korang boleh masukkan serbuk kopi dalam bekas yang dilubangkan. Cara ni boleh buatkan satu kereta korang bau aroma kopi. Lipas tidak suka bau kopi dan diaorang akan lari ke tempat lain.\n\n\n4. Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis\n\n\nTeknik halau lipas yang seterusnya adalah dengan menggunakan bunga cengkih & kulit kayu manis. Sama macam daun salam dengan daun pandan, bunga cengkih ni pun keluarkan bau yang kuat yang boleh halau lipas keluar dari kereta.\n\n\nKalau korang perhatikan, bahan-bahan yang Qoala listkan dekat atas tu mostly semua bahan tu bahan wajib ada dekat dapur. Senang kan?!\n\n\n5. Acid Boric\n\n\nAcid boric ni korang boleh dapatkan dekat mana-mana kedai hardware. Nama je acid, tapi acid boric ni satu bahan yang selamat digunakan.\u00a0 Bagusnya acid boric ni, dia dapat membunuh lipas-lipas yang buat perkampungan dalam kereta korang.\n\n\nKorang just kena tabur acid tu dan lipas-lipas tu akan makan.\n\n\n6. Halau Lipas dengan Baking Soda\n\n\nBaking soda sering digunakan dalam masakan jenis bakery. Baking soda bukan saja mampu halau lipas, malah ia juga boleh menyerap bau-bau yang tidak menyenangkan yang ada dalam kereta.\n\n\nCaranya mudah saja, taburkan selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari.\n\n\n\n\nNak Halau Lipas? Ni Tiga Punca Kereta Korang Jadi Tempat Pembiakan Lipas\n\n\nJangan salahkan lipas tu membuat perkampungan dalam kereta kita kalau tindakan kita sendiri jadi punca kenapa lipas datang. Tapi, apa punca-punca kereta kita jadi tempat pembiakan lipas sebenarnya?\n\n\nSelalu Makan dalam Kereta\n\n\nKorang selalu makan dalam kereta? Selalu pergi drive thru dan makan dalam kereta? Bila kita makan dalam kereta, confirm-confirmlah sisa-sisa makanan yang kecik-kecik akan jatuh ke celah-celah seat kereta.\n\n\nTambah-tambah lagi kalau budak-budak yang makan. Memang akan mengundang tetamu(lipas) yang tidak diundang tu.\n\n\nJarang Bersihkan Kereta\n\n\nBerapa kerap korang bersihkan kereta? Seminggu sekali? Sebulan sekali? Atau setahun sekali?\u00a0Antara punca lain kereta korang jadi tempat pembiakan lipas adalah kerana kereta jarang dibersihkan.\n\n\nSemakin lama kereta dibiarkan dan tidak dibersihkan, semakin banyaklah lipas datang membiak. Disebabkan itu, korang dinasihatkan untuk membersihkan kereta secara menyeluruh sekurang-kurangnya dua minggu sekali bagi mengelakkan kejadian seperti ini daripada berlaku.\n\n\nKereta yang bersih pun boleh\n menghilangkan stress\n dan sekali gus dapat halau lipas daripada berkampung dalam kereta.\n\n\nTempat Parking Banyak Sampah\n\n\nMisal kata korang dah selalu bersihkan kereta & tak makan dalam kereta tapi masih juga ada lipas. Cuba check tempat parking kereta korang. Mungkin tempat parking tu banyak sampah.\n\n\nJadinya, lipas dari parking tu akan naik kereta korang.\n\n\nTanda-tanda Lipas Ada Dalam Kereta, Kena Halau Lipas Cepat!\n\n\nKorang pernah tahu tak kenapa lipas ni dilabelkan sebagai haiwan perosak? Lipas ni kotor dan boleh bawa penyakit. Sebab tu kena elak. Nak tahu macam mana ada lipas dalam kereta korang? Perhatikan tanda-tanda ni:\n\n\nNajis Lipas\n\n\nLipas adalah sejenis serangga perosak yang memakan hampir semua benda. Kalau korang tak pasti macam mana bentuk najis lipas, rujuk gambar di bawah. Najis lipas berbentuk kecil dan ia akan berselerak di tempat diaorang membiak.\n\n\nBahagian kereta yang selalu menjadi port lipas adalah seperti bawah karpet, di celah-celah pintu dan juga bonet. Kalau korang perasan ada najis lipas, korang kena cepat-cepat bersihkan untuk halau lipas lipas tu.\n\n\nTelur Lipas\n\n\nTahukah korang, lipas adalah sejenis haiwan perosak yang boleh membiak dengan sangat pantas? Iya, kalau korang tak bersihkan kereta dengan cepat, makin banyaklah diaorang membiak.\n\n\nTelur lipas boleh mengeluarkan berpuluh-puluh anak lipas. Cuba kira sekiranya dalam kereta kita ada satu atau dua telur lipas. Satu atau dua telur lipas pun sudah mencukupi untuk menakluk kereta anda. Sebab itulah tak boleh berlenggah bab halau lipas dalam kereta.\n\n\nBau Busuk\n\n\nBila terhidup satu bau yang tak menyenangkan atau bau busuk setiap kali masuk kereta atau setiap kali buka aircond, ketahuilah sudah tiba masanya untuk korang halau lipas keluar daripada kereta korang.\n\n\nBau yang kuat dalam kereta korang membawa makna bahawa lipas sudah banyak dalam kereta. Kalau korang terhidu bau seakan-akan bau hapak yang kuat, anda perlu membersihkan kereta dengan segera.\n\n\nSampai di sini sahaja perkongsian yang dapat\n Qoala\n kongsikan. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu korang dalam pelbagai cara. Kalau korang tengah cari platform online untuk membuat pembaharuan\n road tax\n dan insurans, klik di\n SINI\n.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/berita/keluarkan-kucing-dari-enjin-kereta/", "title": "Guna Oyen untuk Keluarkan Kucing dari Enjin Kereta?", "body": "\n\nSebelum korang start \nenjin kereta\n, periksa dulu enjin. Takut-takut ada anak kucing masuk dalam enjin kereta. Jangan terkejut bila nampak anak kucing dalam enjin kereta. Dengan badan yang kecik, diaorang memang senang masuk enjin kereta daripada bahagian bawah kereta.\u00a0\n\n\nKenapa kucing suka duduk dalam enjin kereta? Sebabnya, enjin akan membuat diaorang rasa lebih panas. Tapi, situasi ni sebenarnya sangat bahaya kerana diaorang boleh tercedera akibat suhu yang terlalu panas dalam enjin kereta.\u00a0\n\n\nKalau kawasan kejiranan korang banyak kucing, korang disarankan untuk check dulu \nenjin kereta\n sebelum bergerak. Macam seorang individu di Jepun baru-baru ini yang menceritakan tentang seekor anak kucing yang tersekat dalam enjin keretanya.\u00a0\n\n\nMujur individu tersebut menyedari kehadiran anak kucing itu sebelum dia memulakan perjalanan. Namun, masalah lain pula timbul apabila anak kucing tersebut tak nak berganjak keluar daripada enjin kereta individu itu. Malahan, ia terus bersembunyi kerana rasa takut dengan individu yang cuba untuk keluarkannya.\u00a0\n\n\nMasalah itu turut dikongsikan bersama jiran-jiran yang lain. Jiran-jiran yang lain turut membantu dengan pelbagai cara untuk mengeluarkan anak kucing tersebut, tapi tetap tidak berjaya.\u00a0\n\n\nSetelah gagal mengeluarkan anak kucing itu, salah seorang daripada jirannya mendapat idea untuk menggunakan khidmat kucing Oyen peliharaannya untuk memujuk anak kucing tersebut.\n\n\nSi Oyen kemudian memanggil anak kucing tersebut. Tidak tahu lah apa yang diberitahu oleh Oyen kepada anak kucing itu tetapi apa yang pasti selepas beberapa kali dipanggil anak kucing mula tertarik untuk menjengah keluar. Ketika itu, orang ramai mula bersedia untuk mengeluarkan anak kucing tersebut dan akhirnya dia berjaya juga dikeluarkan.\n\n\nNah, lihat video oyen si hero!\n\n\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKucing Masuk dalam Enjin Kereta: Cara Keluarkan Kucing dari Enjin Kereta\n1. Bunyikan Hon\n2. Ketuk Hood Kereta\n3. Letakkan Makanan Kucing di Hadapan Kereta\n\n\nKucing Masuk dalam Enjin Kereta: Cara Keluarkan Kucing dari Enjin Kereta\n\n\nKalau korang terdengar bunyi meow-meow dalam kereta, segeralah periksa enjin kereta korang. Itu memang tempat favourite diaorang. Kalau korang tak tahu macam mana nak keluarkan kucing tersebut, ini tips yang korang boleh cuba:\u00a0\n\n\n1. Bunyikan Hon\n\n\nKaedah pertama ini boleh dilakukan tanpa mencederakan kucing tersebut. Bunyikan hon beberapa kali sebelum menghidupkan enjin kereta. Bunyi hon tersebut akan mengejutkan mereka lalu keluar daripada enjin kereta.\u00a0\n\n\n2. Ketuk Hood Kereta\n\n\nSelain hon, korang boleh ketuk hood kereta untuk beberapa kali secara perlahan hanya untuk memberi signal kepada kucing tersebut untuk keluar daripada enjin kereta korang.\u00a0\n\n\n3. Letakkan Makanan Kucing di Hadapan Kereta\n\n\nKalau korang ada makanan kucing, letakkan makanan tersebut di depan kereta. Kaedah ini adalah untuk mengumpan kucing tersebut untuk keluar dari enjin kereta.\u00a0\n\n\nHarap artikel ini dapat membantu korang. Nak \nrenew roadtax\n dengan \ninsurans kereta\n? Renew je dengan \nQoala\n!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/berita/lancar-insurans-kesihatan/", "title": "Qoala Melancarkan Produk Insurans Kesihatan, Menjadikannya Platform Paling Komprehensif", "body": "\n\nKuala Lumpur, 14 September 2022 \u2013 \nQoala Malaysia memperluaskan penawaran dengan melancarkan produk insurans kesihatan menerusi platformnya. Pengenalan produk insurans kesihatan ini melengkapkan rangkaian produk insurans dan takaful sedia ada Qoala antaranya insurans kereta dan motosikal, kemalangan diri, harta benda dan perjalanan sekali gus menjadikan Qoala sebagai platform insurans dan takaful yang komprehensif di negara ini.\n\n\nPelanggan boleh mendapatkan sebut harga daripada pelbagai rakan kongsi insurans Qoala antaranya Etiqa Life Insurance Berhad dan Tune Protect Group Berhad. Pelanggan hanya perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian untuk mendapatkan harga premium insurans serendah RM400 setahun.\n\n\nAkash Sharma, Ketua Qoala Malaysia berkata, \u201cPengenalan produk insurans kesihatan di platform Qoala dilancarkan pada masa yang sesuai lebih-lebih lagi mengambil kira kadar inflasi perubatan yang tinggi di Malaysia. Dengan memfokuskan perkhidmatan yang mudah, telus dan berpatutan, kami percaya penawaran produk ini akan membentuk persepsi baharu berkaitan insurans kesihatan kerana pelanggan kini boleh memilih polisi yang sesuai dengan mereka.\u201d\n\n\n\u201cDengan penawaran produk yang komprehensif ini, kami kini lebih bersedia untuk melindungi pelanggan daripada menggunakan simpanan atau dana persaraan mereka untuk menampung perbelanjaan yang tidak dijangka. Penawaran produk baharu ini juga mengukuhkan lagi peranan kami dalam meningkatkan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan kewangan Malaysia\u201d tambahnya.\n\n\nLaman web Qoala juga sedang dirombak bagi mengukuhkan lagi matlamatnya dalam menjadi platform pasaran insurans dan takaful terbesar di negara ini. Laman web baharu ini akan dinaik taraf untuk menjadikan pengalaman pembelian yang lebih lancar selain berharap tawaran produk baharu dapat menyumbang keuntungan 11 kali ganda berbanding tahun lepas menjelang akhir tahun ini.\n\n\nLayari \nqoala.my\n untuk banding dan beli perlindungan insurans dengan tawaran harga yang berpatutan hari ini!\n\n\n\u00a0\n\n\n***\n\n\nMengenai Qoala\n\n\nQoala merupakan syarikat permulaan dalam bidang teknologi insurans (insurtech) dengan misi untuk memasyarakatkan insurans melalui kombinasi pembangunan produk baru dan proses tuntutan berasaskan mesin pintar.\u00a0 Qoala, beroperasi di tiga buah negara; Indonesia, Malaysia dan Thailand melalui penawaran pelbagai jenis perlindungan insurans yang merangkumi kenderaan bermotor, hartanah, kemalangan diri, perjalanan dan kesihatan yang boleh diakses dengan pantas, mudah dan telus melalui aplikasi atau laman web Qoala.\n\n\nHubungan Media\n\n\nJeremy JEESANDARAN | PR Associate, Qoala Malaysia | \njeremy@qoala.my\n | +6016 312 7360\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/berita/makanan-rendah-kalori/", "title": "14 Makanan Malaysia Rendah Kalori (Sedap & Mengenyangkan!)", "body": "\n\nSiapa kata makanan \nrendah kalori\n ni tak sedap? Dalam artikel ini, Qoala akan memberi senarai 14 makanan rendah kalori di Malaysia yang korang mesti cuba!\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n14 Makanan Rendah Kalori Yang Korang Mesti Cuba\n1. Nasi Ayam\n2. Asam Laksa\n3. Thosai\n4. Popia Basah\n5. Nasi Kerabu\n6. Ayam Tandoori\n7. Chapati\n8. Ikan Bakar\n9. Rojak Buah\n10. Pengat\n11. Idli\n12. Nasi Ulam\n13. Mee Sup\n14. Telur Separuh Masak\nKelebihan Mengambil Makanan Rendah Kalori\nMembantu Mengawal Berat Badan\nKekal Sihat\nMood Menjadi Lebih Baik\nMengawal Tahap Gula dalam Darah\u00a0\n\n\n14 Makanan Rendah Kalori Yang Korang Mesti Cuba\n\n\nMemang tak dapat dinafikan, makanan dekat Malaysia ni memang \nbest \nsangat. Dari sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam sehinggalah makan lewat malam, memang ada je makanan yang sedap-sedap. Mungkin sebab itu, ramai yang susah sangat nak \ndiet\n.\n\n\nAMARAN! Perut korang akan berbunyi dan kelaparan bila tengok gambar-gambar di bawah ini! \nJom kita tengok sama-sama.\u00a0\n\n\n1. Nasi Ayam\n\n\nMakanan rendah kalori yang pertama dalam senarai ialah nasi ayam. Kalau korang suka makan nasi ayam, korang boleh teruskan makan hidangan ini tetapi tengok-tengok jugalah portion yang korang ambil. Kalau terlalu banyak pun tak bagus.\n\n\nBiasanya, dalam satu pinggan nasi ayam, korang akan dapat sumber karbohidrat dari nasi, sumber protein dari ayam dan sumber serat dari sayur-sayuran seperti timun atau salad.\n\n\n\n\nKalau korang nak hidangan nasi ayam korang menjadi lebih seimbang, korang boleh tambah jumlah serat dalam hidangan nasi ayam korang.\n\n\n2. Asam Laksa\n\n\nDalam kategori hidangan mee, Asam Laksa ni boleh dikatakan berada dalam kelas yang tersendiri. Korang tahu tak, hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia ini juga boleh dikatakan makanan yang sihat?\n\n\nKorang akan dapat hidangan yang penuh dengan protein dalam sepinggan hidangan asam laksa. Selain itu, korang tak perlu risau tentang pengambilan sayur sebab terdapat juga hirisan nipis timun disediakan.\n\n\n\n\nKuahnya dibuat dengan ikan tenggiri segar, dan dihiasi dengan nanas, daun pudina, dan bunga kantan. Sedapnya!\n\n\n3. Thosai\n\n\nKorang suka makan roti canai masa sarapan di kedai mamak? Haa lepas ini, korang kena cuba thosai yang juga merupakan makanan rendah kalori. Jumlah kalorinya lebih rendah berbanding roti canai.\n\n\n\n\nHidangan ini sihat sebab tak banyak minyak digunakan dan ianya juga penuh dengan protein. Thosai bukan sahaja sihat, rasanya juga sedap terutama sekali bila makan cicah dhal, kari atau chutney.\n\n\n4. Popia Basah\n\n\nPopia ini merupakan satu hidangan yang unik sebab boleh disediakan dalam pelbagai cara. Korang suka jenis popia yang macam mana? Popia otak-otak? Popia goreng?\u00a0\n\n\n\n\nKalau korang nak hidangan popia yang sihat, popia basah ni merupakan pilihan yang terbaik. Popia basah selalunya dimakan bersama kuahnya, sama ada kicap atau sos cili. Tetapi tak ada sos pun, popia basah tetap sedap.\n\n\n5. Nasi Kerabu\n\n\nBayangkan hidangan Nasi Kerabu yang panas dengan telur masin rebus, ikan atau ayam goreng, dan banyak sayur-sayuran segar, herba & kerisik ada dekat depan korang sekarang ni! Memang tak bagi \nchance\n lah, mesti habis korang makan.\n\n\n\n\nNasi berwarna biru yang berasal dari Pantai ini merupakan hidangan yang lengkap dengan sumber protein, serat dan karbohidrat.\u00a0\n\n\n6. Ayam Tandoori\n\n\nUcapkan selamat tinggal kepada ayam goreng terutama sekali ayam goreng\n fast food\n kegemaran korang tu. Lepas ini, kalau nak makan ayam, makanlah ayam tandoori.\n\n\nJika nak dibandingkan dengan ayam goreng yang lain, ayam tandoori ini dimasak dengan minyak yang kurang jadi jumlah kandungan \nlemak\nnya juga rendah.\n\n\n\n\nAyam tandoori dimasak dengan rempah ratus yang kaya dan bahan-bahan yang sihat untuk memenuhi citarasa korang.\n\n\n7. Chapati\n\n\nSelain thosai, chapati ini satu lagi hidangan yang korang boleh pertimbangkan untuk menjadi alternatif kepada roti canai.\n\n\n\n\nChapati ini juga disediakan dengan penggunaan minyak yang sikit dan sememangnya merupakan makanan yang sihat untuk korang nikmati dengan dhal.\n\n\n8. Ikan Bakar\n\n\nIni pilihan popular untuk mereka yang sedang berdiet. Diperap dengan kunyit, halia, lengkuas, cili, bawang putih, limau segar, dan belacan, hidangan ikan bakar ini akan membuatkan korang lupa yang korang tengah berdiet!\n\n\n\n\n9. Rojak Buah\n\n\nMakanan rendah kalori yang seterusnya adalah rojak buah. Korang yang suka makan pasembur tu boleh lah tukar kepada rojak buah yang kalorinya jauh lebih rendah dan juga lebih sihat berbanding pasembur.\n\n\n\n\nTerdiri daripada pelbagai buah-buahan tempatan seperti mangga, nenas, betik dan banyak lagi, korang memang akan enjoy makan rojak buah tanpa rasa bersalah.\n\n\n10. Pengat\n\n\nJika korang nak pemanis mulut yang sihat, inilah pilihan yang terbaik. Pengat disediakan dengan ubi keledek yang direndam dan direbus dalam santan, gula, dan daun pandan. Potongan pisang dan keladi juga biasanya ditambah.\n\n\n\n\n11. Idli\n\n\nIdli ini merupakan salah satu makanan yang terbaik korang boleh amalkan semasa tengah diet. Ia mengandungi protein, serat dan karbohidrat yang baik.\n\n\nIa tidak mengandungi sebarang lemak juga kerana ia dikukus. Sebaliknya, ia penuh dengan serat, protein dan karbohidrat \u2013 semua yang korang perlukan untuk hidangan yang sihat.\n\n\n\n\nKorang biasanya boleh cari idli di restoran India atau mamak. Idli ini dibuat dengan beras dan lentil hitam yang ditapai.\n\n\n12. Nasi Ulam\n\n\nNasi ulam ini lebih kurang macam nasi kerabu. Persamaannya adalah nasi ulam juga mempunyai kalori yang rendah. Perbezaannya pula dengan nasi kerabu adalah ia dibuat dengan beras kunyit.\n\n\n\n\nDalam sepinggan nasi ulam, korang akan mendapati terdapat pelbagai campuran herba seperti selasih, pudina, serai dan kelapa parut.\n\n\n13. Mee Sup\n\n\nBerbanding dengan mee yang lain seperti mee kari yang penuh dengan santan dan minyak atau mee yang goreng-goreng, korang boleh gantikan dengan mee sup.\n\n\n\n\nMee sup mempunyai kalori yang jauh lebih rendah. Hidangan ini pun sangat simple dan yang paling penting sedap untuk korang nikmati.\n\n\n14. Telur Separuh Masak\n\n\nYang terakhir dalam senarai ini, kita ada telur separuh masak yang terkenal sebagai menu sarapan yang sihat. Walaupun simple je menu ni tapi banyak khasiatnya untuk korang.\n\n\nAntaranya, ia boleh membantu pembentukan otot, menurunkan berat badan, menguatkan daya ingatan dan lain-lain lagi.\n\n\n\n\nSelepas ini, masa sarapan, korang boleh lah order telur separuh masak di restoran atau buat sendiri di rumah. Makan dengan kicap dan lada putih, confirm korang tak akan menyesal!\n\n\nKelebihan Mengambil Makanan Rendah Kalori\n\n\nBila sebut je bab diet ni, kita semua ada matlamat yang berbeza-beza. Ada yang nak turunkan berat badan dan ada juga yang nak menikmati kehidupan yang lebih sihat.\u00a0\n\n\nBerikut adalah 4 sebab mengapa korang juga patut pertimbangkan untuk mengamalkan pengambilan makanan rendah kalori dengan lebih kerap:\n\n\nMembantu Mengawal Berat Badan\n\n\nSelain \nbersenam,\n pemakanan juga penting untuk korang mencapai misi untuk menurunkan berat badan. Dengan mengambil makanan rendah kalori, misi korang mesti boleh tercapai.\n\n\nUntuk pengetahuan korang, wanita memerlukan sehingga 2000 kalori setiap hari untuk mengekalkan berat badan yang sama manakala lelaki pula memerlukan kira-kira 2500 kalori setiap hari untuk mengekalkan berat yang sama.\u00a0\n\n\nApabila pengambilan kalori dikurangkan, korang akan dapat turun berat badan dengan lebih efektif. Ini boleh berlaku disebabkan badan korang akan menggunakan lebih banyak kalori setiap hari melakukan aktiviti harian.\n\n\nKekal Sihat\n\n\nSelain menurunkan berat badan, kesihatan korang juga akan menjadi lebih baik.\u00a0\n\n\nDiet rendah kalori melibatkan pemakanan yang seimbang yang terdiri daripada serat berkualiti, bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran dan protein tanpa lemak.\u00a0\n\n\nIni dapat memastikan korang mendapat jumlah nutrien yang mencukupi yang diperlukan oleh badan untuk menjalani aktiviti setiap hari.\n\n\nMood\n Menjadi Lebih Baik\n\n\nApabila korang mengamalkan makanan rendah kalori yang mempunyai diet yang seimbang, \nmood\n korang pun boleh jadi semakin baik!\n\n\nIni kerana diet yang seimbang biasanya mengandungi nutrien dan mineral yang penting untuk memastikan badan kita dapat berfungsi dengan normal.\n\n\nMineral ini juga memastikan kita mendapat tidur yang cukup pada waktu malam serta memastikan kita mempunyai tenaga yang diperlukan untuk menjalankan tugas harian.\u00a0\n\n\nJumlah nutrien dan mineral yang banyak ini juga membantu korang untuk kekal sihat dan meningkatkan sistem imun.\n\n\nMengawal Tahap Gula dalam Darah\u00a0\n\n\nApabila berdiet, korang akan cenderung untuk mengelakkan makanan yang mengandungi banyak gula atau karbohidrat. Hal ini kerana pengambilan gula yang berlebihan akan ini akhirnya menjadi kalori dan boleh menyebabkan diet korang menjadi sia-sia je.\n\u00a0\n\n\nDengan mengelakkan makanan manis dan bergula, korang akan mendapati paras gula dalam darah akan berkurang. Paras gula darah yang tinggi boleh menyebabkan korang berisiko tinggi mengidap \ndiabetes\n dan \npenyakit jantung\n, jadi penting untuk korang mengekalkan tahap gula yang sihat.\n\n\n\n\nKesimpulannya, memang banyak pilihan makanan Malaysia yang mempunyai kalori yang rendah ini. Diharapkan senarai yang telah Qoala kongsikan di atas dapat membantu korang mencapai matlamat korang untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat!\n\n\nKalau korang tengah cari \ninsurans kereta, insurans motor,\n\u00a0korang boleh hubungi Qoala!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/berita/menu-sahur-simple/", "title": "9 Menu Sahur Simple yang Anda Boleh Cuba", "body": "\n\nMemikirkan menu sahur untuk dimasak ini boleh jadi memeningkan dan ia merupakan salah satu dilema terbesar yang dihadapi oleh mereka yang berpuasa.\u00a0\n\n\nDalam kita menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, seeloknya anda membuat persiapan yang lebih awal untuk pelbagai perkara. Salah satunya, bersedia dengan mengetahui menu sahur yang ingin dimasak nanti.\u00a0\n\n\nOleh sebab itu, artikel ini akan berkongsikan sembilan menu sahur \nsimple\n yang anda boleh cuba masak untuk menjamu selera sewaktu sahur nanti. Menu-menu yang akan dikongsikan di bawah ini sesuai untuk semua lapisan umur tidak kira sama ada anda masih lagi bujang ataupun sudah berumah tangga.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n9 Resipi Menu Simple yang Anda Boleh Sediakan untuk Sahur\n1. Telur Dadar Ala Kedai Tomyam\n2. Tauhu, Tempe Goreng Sambal\n3. Sardin Masak Lemak Cili Padi\n4. Ikan Goreng Sambal Kicap\n5. Nasi Goreng\n6. Sambal Sotong\n7. Ayam Masak Lada Hitam\u00a0\n8. Sayur Fat Choy Tumis Tofu\n9. Ayam Masak Kicap\u00a0\n\n\n9 Resipi Menu Simple yang Anda Boleh Sediakan untuk Sahur\n\n\nHidangan sahur merupakan hidangan yang penuh dengan keberkatan dan ia merupakan amalan sunnah dan umat Islam amat digalakkan untuk melaksanakan amalan ini.\u00a0\n\n\nAntara kelebihan sahur adalah ia boleh membantu anda \nkekal bertenaga di bulan Ramadhan\n dan mengharungi hari-hari pada bulan Ramadhan dengan lebih baik. Anda akan dapat melaksanakan ibadah dan juga pekerjaan tanpa mudah rasa letih. Selain mengambil \nmakanan rendah kalori\n, bulan puasa ini juga peluang untuk \ndiet\n bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.\n\n\nKebiasaannya, kalau anda berniat untuk masak, anda perlu bangun lebih awal untuk membuat persiapan. Tetapi pada pukul empat atau lima pagi, anda mungkin masih lagi berada dalam keadaan mengantuk dan idea untuk memikirkan hidangan mungkin tidak timbul-timbul.\n\n\nMenu sahur yang akan dikongsikan pada bahagian ini mudah sahaja untuk disediakan. Berikut merupakan sembilan idea menu sahur \nsimple\n yang anda boleh masak sempena bulan Ramadhan tahun ini:\n\n\n1. Telur Dadar Ala Kedai Tomyam\n\n\nKalau pergi ke kedai tomyam di mana-mana pun, telur dadar merupakan salah satu hidangan yang wajib dipesan. Telur dadar di kedai tomyam mempunyai keunikan yang tersendiri dan boleh dikatakan berbeza daripada kedai-kedai yang lain. Memang sedap kalau dimakan dengan nasi putih dan tomyam yang panas.\n\n\nBahan-bahan:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTiga biji telur ayam\n\n\nSeparuh biji bawang besar\n\n\nSatu sudu tepung beras\n\n\nSetengah sudu garam\n\n\nMinyak yang banyak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Memasak:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n Anda perlu pecahkan telur terlebih dahulu dan bawang besar ke dalam mangkuk;\n\n\n Kemudian, campurkan satu sudu besar tepung beras dan sedikit garam;\n\n\n Selepas itu, anda gaulkan semua bahan di dalam mangkuk sehingga telur menjadi sebati;\n\n\n Goreng telur dengan minyak yang banyak.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Tauhu, Tempe Goreng Sambal\n\n\nMenu yang kedua dalam senarai ini adalah tauhu sambal tempe. Hidangan sambal tempe ini merupakan antara hidangan yang mudah disediakan, sedap dimakan dan ia juga merupakan satu hidangan yang sihat.\u00a0\n\n\nBahan-bahan\n:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDua paket tempe yang dipotong\n\n\nTiga ketul tauhu yang dipotong\n\n\nDua ulas bawang putih\n\n\nEmpat biji bawang merah\n\n\nEmpat sudu makan air asam jawa\n\n\nSetengah sudu makan gula\n\n\nSetengah inci belacan\n\n\nSatu biji bunga lawang\n\n\nGaram secukup rasa\n\n\nDua setengah sudu makan cili giling\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Memasak\n:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPertama, goreng tempe serta tauhu yang anda telah hiris;\n\n\nSelepas itu, gunakan sedikit minyak di dalam gorengan tadi, tumis bunga lawang, bawang merah serta bawang putih;\u00a0\n\n\nApabila bau wangi mula timbul, masukkan cili giling dan belacan, kemudian terus mengacau;\n\n\nSeterusnya, anda masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa, kacau sehingga sedikit pekat;\n\n\nMasukkan tempe dan tauhu tadi, gaul sekata.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Sardin Masak Lemak Cili Padi\n\n\nSardin tin merupakan salah satu hidangan \u2018penyelamat\u2019 apabila anda kesuntukan masa kerana ia mudah disediakan dan sedap dimakan. Anda juga boleh mempelbagaikan hidangan sardin anda. Di sini, kami akan kongsikan resipi sardin dengan cara masak lemak cili padi.\u00a0\n\n\nBahan-bahan\n:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSatu tin sardin besar\n\n\nLima biji bawang merah\n\n\nDua ulas bawang putih\n\n\nTujuh biji cili padi\n\n\nSebatang serai\n\n\nSatu helai daun kunyit\n\n\n250ml santan\n\n\nTiga biji ubi kentang\n\n\nDua inci halia\n\n\nSatu inci kunyit hidup\n\n\nDua keping asam gelugur\n\n\n300ml air\n\n\nGaram secukup rasa\n\n\nAir secukupnya\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Memasak\n:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n Pertama, kisarkan bawang merah, bawang putih, serai, halia dan kunyit hidup;\u00a0\n\n\n Seterusnya, anda perlu memanaskan periuk dan masukkan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi;\n\n\n Masuk air kira-kira 300ml dan biarkan ia mendidih. Selepas itu, anda boleh memasukkan santan, garam dan daun kunyit;\n\n\n Selepas anda kecilkan api sedikit, masukan kentang sehingga ia menjadi lembut; Kemudian, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali;\n\n\n Akhir sekali, biarkan sekitar 5 minit dan hidangan anda siap untuk dihidang.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. \nIkan Goreng\n Sambal Kicap\n\n\nIkan goreng merupakan hidangan yang mempunyai pelbagai cara masakan. Selain dengan hanya menggoreng, anda juga boleh mencuba untuk menyediakan hidangan ini bersama sambal kicap. Ianya sangat mudah disediakan dan enak dimakan.\u00a0\n\n\nBahan-bahan:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTiga ekor ikan\u00a0\n\n\nTiga sudu makan kicap manis\n\n\n10 biji cili padi\u00a0\n\n\nEmpat ulas bawang merah\n\n\nDua ulas bawang putih\u00a0\n\n\nSebatang serai\u00a0\n\n\nSatu labu bawang besar\n\n\nGaram secukup rasa\n\n\nLada sulah secukup rasa\n\n\nSedikit serbuk kunyit\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Memasak\n:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n Pertama, lumur Ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit lalu goreng ikan tersebut sehingga garing;\n\n\n Selepas itu, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi;\n\n\n Kemudian, anda perlu menuangkan kicap dan tambah bawang besar, garam dan lada sulah secukup rasa;\n\n\n Masukkan ikan goreng dan gaulkan sehingga ia sebati.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Nasi Goreng\n\n\nKadang-kala, apabila ada nasi putih yang berlebihan daripada hari yang sebelumnya, mesti ramai yang memilih untuk membuat nasi goreng. Anda boleh menyediakan hidangan ini semasa sahur nanti. Nasi goreng merupakan hidangan yang anda boleh cuba letak bahan-bahan seperti ayam, sayur dan sebagainya.\u00a0\n\n\nBahan-bahan:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNasi putih\n\n\nIkan bilis\n\n\nTiga biji telur\n\n\nSayur\n\n\nGaram\n\n\nSatu hingga dua sudu kecil udang kering\n\n\nLima ulas bawang merah\n\n\nEmpat ulas bawang putih\n\n\nCili padi\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Memasak\n:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPertama, goreng telur terlebih dan kacau sehingga hancur dan menjadi sedikit kasar. Ketepikan dahulu telur yang telah digoreng tadi;\n\n\nKemudian, goreng ikan bilis pula dengan menggunakan minyak yang sama. Selepas ikan bilis sudah digoreng, anda ketepikannya dahulu;\n\n\nSelepas itu, masukkan bahan tumis dan bahan tumbuk ke dalam kuali dengan menggunakan minyak yang sama;\u00a0\n\n\nMasukkan garam dan serbuk perasa dan kemudian masukkan sayur dan kacau sehingga sebati;\n\n\nSekarang, anda sudah boleh mula goreng nasi putih dan kacau sehingga sebati;\n\n\nMasukkan telur dan ikan bilis yang anda sudah goreng dan kacau dengan nasi yang anda sedang goreng.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n6. Sambal Sotong\n\n\nSotong ini juga mempunyai pelbagai jenis resepi seperti goreng, bakar atau stim. Sekiranya anda mahukan hidangan sotong anda pedas, anda boleh cuba resepi sambal sotong.\u00a0\n\n\nBahan-bahan:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSotong\n\n\nBawang besar perlu dipotong bulat\n\n\nBawang merah\u00a0\n\n\nBawang putih\n\n\nCili kisar\n\n\nAsam jawa\n\n\nGaram\n\n\nGula\u00a0\n\n\nSedikit kicap manis untuk mencantikkan sambal\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Memasak:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPertama, tumiskan bahan kisar, masukkan cili kisar, dan tumis hingga garing;\n\n\nKemudian, masukkan pes asam jawa dan garam gula secukup rasa;\n\n\nMasukkan bawang yang dipotong bulat dan masukkan sedikit kicap manis;\n\n\nAkhir sekali, masukkan sotong.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n7. Ayam Masak Lada Hitam\u00a0\n\n\nAyam merupakan antara \nmakanan protein\n tinggi yang diperlukan oleh anda. Ia boleh dimasak mengikut citarasa anda sendiri. Ayam masak lada hitam merupakan antara hidangan yang anda boleh sediakan semasa sahur nanti.\n\n\nBahan-bahan:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nIsi ayam dihiris kecil\n\n\nGaram\n\n\nGula\n\n\nDaun bawang\n\n\nRempah penumis\n\n\nTiga biji cili merah yang dihiris memanjang\n\n\nSebiji bawang besar yang dipotong dadu kecil\n\n\nLima ulas bawang putih yang dicincang\n\n\nHalia yang dihiris halus\n\n\nSetengah sudu lada hitam yang dikisar kasar\n\n\nSatu sudu kicap pekat manis\n\n\nSatu sudu lada hitam\n\n\nSatu sudu tomato sos\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Memasak:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPertama, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi;\n\n\nKemudian, anda boleh masukkan ayam dan kacau sehingga ayam kecut dan kering;\n\n\nKetiga, masukkan sos tomato, lada hitam dan kicap pekat manis dan kacau sehingga tiga ke empat minit;\n\n\nSelepas itu, masukkan garam dan gula dengan secukupnya;\n\n\nHidangan selesai dimasak, anda boleh masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan juga taburkan serbuk lada hitam.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n8. Sayur Fat Choy Tumis Tofu\n\n\nMasakan sayur Fat Choy ini sangatlah mudah untuk disediakan kerana bahan-bahan yang diperlukan tidaklah begitu banyak. Hidangan yang \nsimple \nini dimakan dengan nasi dan sambal belacan pun sudah sedap.\u00a0\n\n\nBahan-bahan:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLima tangkai sayur sawi\n\n\nGaram\n\n\nAir\n\n\nSekeping tauhu telur\n\n\nGula\n\n\nSetengah biji lobak merah yang dihiris nipis\n\n\nTiga atau empat ulas bawang putih yang dicincang\n\n\nSetengah sudu tepung jagung yang dibancuh dengan air\u00a0\n\n\nSatu sudu minyak bijan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Memasak:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTumiskan bawang putih sehingga naik bau;\n\n\nKemudian, masukkan hirisan lobak merah dan tambahkan air. Kacau dan biarkan ia mendidih;\n\n\nMasukkan garam sehingga cukup rasa;\n\n\nMasukkan tauhu telur yang telah digoreng dan kacau perlahan-lahan. Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n9. Ayam Masak Kicap\u00a0\n\n\nHidangan ayam masak kicap mempunyai pelbagai versi. Ada yang suka makan dengan cara pedas, ada yang suka dengan rasa yang lebih manis dan sebagainya. Berikut merupakan resipi ayam masak kicap untuk anda cuba.\u00a0\n\n\nBahan-bahan\n:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLima ketul ayam\n\n\nEnam ulas bawang merah yang ditumbuk\n\n\nDua ulas bawang putih ditumbuk\n\n\nSeinci halia\n\n\nDua sudu kecil lada hitam\n\n\nDua sudu besar sos tiram\n\n\nEmpat sudu besar kicap manis\n\n\nSetengah cawan air\n\n\nCili padi\n\n\nSatu sudu kecil tepung jagung\n\n\nGaram gula\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Memasak\n:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPertama, anda boleh pilih untuk sama ada untuk goreng atau panggang ayam sampai masak. Kemudian, ketepikan dahulu;\n\n\nKemudian, tumis bawang merah, putih, halia, lada hitam, sehingga ada bau naik;\n\n\nMasukkan ayam yang anda telah goreng atau panggang tadi dan gaul;\n\n\nMasukkan garam secukup rasa kemudian gaul.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKesimpulannya, sahur merupakan satu hidangan yang penting dan ia boleh membantu anda mengharungi hari-hari anda pada bulan Ramadhan dengan lebih baik. Anda boleh cuba semua sembilan resipi yang telah dikongsikan di dalam artikel ini. Di sini, Qoala juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan!\n\n\nP.S Anda tengah cari\n insurans kereta terbaik\n di Malaysia? Tak perlu cari jauh-jauh, dapatkan insurans kereta anda dengan Qoala ya!\u00a0 Selain \ninsurans kereta\n, anda juga boleh mendapatkan \ninsurans motor\n dan \ninsurans rumah\n di Qoala.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/berita/qoala-888/", "title": "Qoala 888 Lebih ONG, Lebih HUAT Sempena Tahun Baru Cina Ini", "body": "\n\nSempena Tahun Baru Cina ini, Qoala menawarkan diskaun sehingga 38 peratus* untuk produk-produk terpilih melalui kempen Qoala 888. Tahun Baru Cina umumnya merupakan perayaan terpenting Masyarakat Cina yang disambut mengikut kalendar qamari Cina. Ia terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Mengikut budaya Cina, masyarakat Cina akan menyambut \ntahun Arnab\n pada tahun ini.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nRaikan Semangat Tahun Baru Cina dengan Lebih Banyak Penjimatan Apabila Renew Insurans di Qoala\nRenew Insurans Kereta, Diskaun Sehingga 38 Peratus Menanti Anda!\nBeli Insurans Kesihatan dan Perubatan, Jimat Sehingga RM58!\nRenew Insurans Motor, Nikmati Diskaun Sebanyak RM8!\nBeli Insurans Kereta, Motosikal dan Kesihatan Melalui Kempen Qoala 888 untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nRaikan Semangat Tahun Baru Cina dengan Lebih Banyak Penjimatan Apabila \nRenew\n Insurans di Qoala\n\n\nRaikan semangat Tahun Baharu Cina bersama Qoala dengan lebih ONG dan lebih HUAT sempena kempen Qoala 888. Anda berpeluang menikmati pelbagai diskaun menarik dan tawaran hadiah eksklusif terhebat apabila anda \nperbaharui insurans kereta\n, \ninsurans motor\n dan \ninsurans kesihatan\n di Qoala.\n\n\nRenew\n Insurans Kereta, Diskaun Sehingga 38 Peratus Menanti Anda!\n\n\nBagi anda yang membeli \npremium insurans kereta\n bawah RM1,000, guna \nkod Promo QOALACNY28\n untuk nikmati diskaun sehingga RM28. Jika anda \nrenew\n insurans dengan nilai premium insurans kereta melebihi RM1,000 pula, anda boleh gunakan \nkod Promo QOALACNY38\n untuk nikmati penjimatan sehingga RM38.\n\n\nKod ini sah digunakan untuk semua rakan insurans atau pengendali Takaful di Qoala.\n\n\nBeli Insurans Kesihatan dan Perubatan, Jimat Sehingga RM58!\n\n\nApabila anda guna \nkod Promo QOALACNY58\n, anda boleh nikmati diskaun sehingga 38 peratus bagi setiap pembelian \ninsurans kesihatan dan insurans perubatan\n.\n\n\nSama seperti insurans kereta, kod ini sah digunakan untuk semua \nrakan insurans atau pengendali Takaful\n yang menawarkan produk insurans kesihatan di Qoala.\n\n\nRenew\n Insurans Motor, Nikmati Diskaun Sebanyak RM8!\n\n\nSekiranya anda \nperbaharui insurans motosikal\n di Qoala, anda juga berpeluang untuk nikmati potongan harga sebanyak RM8 apabila anda guna \nkod Promo QOALACNY8\n. Ia semestinya pembelian yang cukup menjimatkan dan berbaloi untuk anda.\n\n\n\n\nBukan itu sahaja, kempen Qoala 888 juga menawarkan hadiah cabutan bertuah yang semestinya lebih ONG dan lebih HUAT untuk pelanggan terpilih, antaranya:\n\n\n\n\nPelekat \nroadtax\n eksklusif Qoala;\n\n\nKeychain\n eksklusif Qoala;\n\n\nTV pintar;\n\n\nJam pintar;\n\n\nKad tambah nilai \nTouch \u2018n Go eWallet\n bernilai RM88.\n\n\n\n\nKempen Qoala 888 ini dijadualkan berlangsung dari 16 hingga 24 Januari 2023. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran hebat ini untuk nikmati lebih banyak ONG dan lebih banyak HUAT. Anda boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut berkaitan kempen Qoala 888 ini.\n\n\nBeli Insurans Kereta, Motosikal dan Kesihatan Melalui Kempen Qoala 888 untuk Ketenangan Fikiran\n\n\n\n\nSekiranya anda ingin dapatkan \npolisi perlindungan insurans menyeluruh\n untuk perlindungan diri anda dan keluarga, ini merupakan masa terbaik untuk anda. Dengan penjimatan terhebat dan hadiah cabutan bertuah menarik yang ditawarkan sempena kempen Qoala 888 ini, ia semestinya memberikan anda lebih ONG, lebih HUAT dan lebih TUAH di Tahun Baru Cina ini.\n\n\nUntuk info lanjut berkaitan kempen Qoala 888, anda boleh layari laman web Qoala bagi mendapatkan \nupdate\n terkini. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans\n yang komprehensif yang menawarkan pelbagai pilihan insurans daripada beberapa \nsyarikat insurans terbaik di Malaysia\n\u00a0#QoalaMY #Qoala888 #QoalaTahunBaruCina\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/berita/qoala-pelaburan-siri-b/", "title": "Qoala Menjana Sejumlah US$ 65 Juta melalui Terbitan Siri B", "body": "\n\nJAKARTA, Indonesia, 12 Mei 2022 \u2014\n \nQoala\n, syarikat insurtech permulaan dari Indonesia, telah berjaya menjana pembiayaan Siri B berjumlah US$ 65 juta. Syarikat ini menawarkan produk insurans yang mensasarkan untuk memenuhi keperluan pengguna seperti insurans kereta, motorsikal, hartanah dan kesihatan melalui platform omnichannel yang telah diperkembangkan dari Indonesia ke Thailand dan Malaysia pada tahun 2021. Qoala menjadikan insurans mudah diakses, mudah difahami, dan lebih mesra dalam membantu pelanggan membuat tuntutan.\n\n\nMenyaksikan pertumbuhan sebanyak 30 kali ganda dalam pusingan Siri A pada bulan April 2020, Qoala muncul sebagai insurtech yang paling pesat berkembang di rantau ini. Qoala memiliki seramai lebih 50,000 jurujual insurans dan menyediakan platform yang disokong oleh lebih 50 syarikat insurans bagi membolehkan jurujual untuk menjual insurans daripada syarikat insurans yang berbilang sambil menguruskan perkhidmatan pra-jualan dan pasca-jualan mereka.\u00a0 Tambahan pula, syarikat juga turut membekalkan beberapa produk mikro-insurans inovatif melalui usahasama yang dijalin antara lainnya dengan Traveloka, Redbus, DANA, JD.ID, Shopee, Kredivoa dan Investree.\n\n\nTerbitan pembiayaan Siri B ini diterajui oleh\n \nEurazeo\n, firma pelaburan dari Eropah yang sebelum ini telah membiayai syarikat insurtech terbesar di dunia \u2013 WeFox.\u00a0 Ia merupakan julung kali di mana cabang pemodal teroka dari tiga institusi kewangan terbesar di Indonesia iaitu Bank Central Asia, Bank Rakyat Indonesia, dan Bank Mandiri telah bersama-sama melabur dalam satu syarikat, berasaskan kepada keyakinan kukuh mereka terhadap model perniagaan dan pasukan yang terlibat.\n\n\nKiri ke kanan: Harshet Lunani (Pengasas dan CEO Qoala), Tommy Martin (Pengasas dan COO Qoala)\n\n\nMencatatkan Pertumbuhan Perniagaan Sebanyak 30X Semenjak Terbitan Siri A\n\n\n\n\nMenjana US$ 65 Juta melalui pembiayaan Siri B yang diterajui oleh Eurazeo bersama-sama dengan penyertaan dari sebahagian pelabur sedia ada termasuk Flourish Ventures, KB Investment, MassMutual Ventures, MDI Ventures, SeedPlus dan Sequoia Capital India.\u00a0 Selain itu, BRI Ventures, Daiwa PI Partners, Indogen Capital, Mandiri Capital Indonesia dan Salt Ventures turut menyertai pusingan pelaburan pada kali ini sebagai pelabur baru.\n\n\nMemacu kedudukan Qoala selaku syarikat insurtech yang pertama dan paling pesat berkembang di Asia Tenggara dengan pemilikan lesen dan kehadiran di Indonesia, Malaysia dan Thailand.\n\n\n\n\nPembiayaan ini mempamerkan akan keyakinan dan penghargaan dari kedua-dua pelabur baru dan sedia ada Qoala untuk terus memacu pertumbuhan sektor insurtech. \u201cKami akan terus melabur untuk memperkembangkan jangkauan Qoala dalam pasaran teras kami, dan akan memberi tumpuan untuk mempertingkatkan pengalaman positif bagi produk dan teknologi kami dengan matlamat untuk mengurangkan pelbagai jenis halangan dan kesukaran dalam proses mendapatkan insurans yang masih membelenggu kita pada hari ini,\u201d jelas \nHarshet Lunani, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Qoala\n. Beliau turut mengulas bahawa Malaysia merupakan antara 10 pasaran teratas yang paling pesat berkembang bagi produk insurans dalam tempoh sedekad yang akan datang.\n\n\n\u201cQoala merupakan satu-satunya insurtech yang memiliki lesen dalam tiga pasaran di Asia Tenggara dan melalui pusingan terbitan pembiayaan yang baru ini, kami optimistik dalam mengekalkan momentum pertumbuhan kami. Perniagaan kami di Thailand telah berkembang sebanyak 3x semenjak kami bergabung tenaga dengan FairDee pada Februari 2021, sekali gus memperkukuhkan lagi keyakinan terhadap keupayaan kami untuk terus berkembang.\u201d ujar \nTommy Martin, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi Qoala\n selanjutnya.\n\n\n\u201cQoala menyerlah di kalangan insurtech kerana kepelbagaian pasukannya yang berupaya memacu pertumbuhan pesat yang menjanjikan unit ekonomi kukuh walaupun ketika pandemik melanda. Dengan kehadiran mereka di rantau ini & jangkaan pertumbuhan yang memberangsangkan, kami teruja untuk menerajui pusingan kali ini & menyertai Qoala dalam perjalanan mereka,\u201d ujar \nTara Reeves, Pengarah Urusan Eurazeo\n.\n\n\n\u201cModel perniagaan Qoala untuk memperkembangkan pengunaan insurans di kalangan pengguna yang kurang mendapat perhatian di Asia Tenggara adalah selaras dengan tesis kami untuk menyokong inovasi yang berupaya memperbaiki kedudukan kewangan isi rumah,\u201d ujar \nSmita Aggarwal, Penasihat Pelaburan Global di Flourish Ventures\n. \u201cKami teruja dengan momentum yang dihasilkan oleh Qoala semenjak kali terakhir kami melabur dalam Siri A.\u00a0 Kami di Flourish Ventures berbesar hati untuk meneruskan komitmen kami dengan Qoala.\u201d\n\n\nQoala membezakan dirinya dengan pesaing melalui pengunaan teknologi asas yang lebih unggul. Ia membolehkan kami untuk menawarkan pengeluaran polisi yang paling pantas dalam industri, penetapan harga serta pemberian komisen kepada jurujual insurans secara serta merta yang pertama seumpamanya dalam industri. Kesemua inovasi ini bukan sahaja berupaya menyelesaikan isu-isu penting bagi jurujual insurans dan pengguna malah ia turut membolehkan Qoala untuk memperoleh dan memberi perkhidmatan kepada pengguna pada kos yang lebih rendah, yang menjurus kepada penjanaan unit ekonomi yang lebih tinggi.\n\n\nTambahan pula, Qoala mensasarkan untuk menambah bilangan pekerjanya seramai lebih 250 orang pada tahun ini dan akan terus giat membuat pelaburan dalam usaha pembangunan teknologi dan produk. Bagi memperkasakan lagi hak pemilikan pekerja dalam syarikat, Qoala turut merancang untuk memberikan pampasan ekuiti pekerja dan menawarkan hak kepada mereka untuk memperolehi saham dalam syarikat.\n\n\n***\n\u00a0\n\n\nMengenai Qoala\n\n\nQoala merupakan syarikat permulaan dalam bidang teknologi insurans (insurtech) dengan misi untuk memasyarakatkan insurans melalui kombinasi pembangunan produk baru dan proses tuntutan berasaskan mesin pintar.\u00a0 Qoala, beroperasi di tiga buah negara; Indonesia, Malaysia dan Thailand melalui penawaran pelbagai jenis perlindungan insurans yang merangkumi kesihatan, kenderaan bermotor, hartanah, kemalangan diri, perjalanan dan pelbagai keperluan insurans lain yang boleh diakses dengan pantas, mudah dan telus melalui aplikasi atau laman web Qoala.\n\n\nHubungan Media\n:\n\n\nJeremy Jeesandaran | Pegawai Perhubungan Awam, Qoala Malaysia | \njeremy@qoala.my\n | +6016 312 7360\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/berita/rfid-touch-n-go/", "title": "RFID Touch N Go: Semua Yang Korang Perlu Tahu (Buat Masa Sekarang)", "body": "\n\nBetul ke tak lama lagi kita semua akan guna RFID di tol-tol? Korang pun mesti ada dengar laluan SmartTag dan Touch N Go akan dilupuskan tak lama lagi kan?\u00a0\n\n\nHaa, dalam artikel kali ini, Qoala akan menerangkan semua yang korang perlu tahu tentang RFID ini.\u00a0\n\n\nPengumuman Kementerian Kerja Raya mengenai penggunaan RFID di semua lebuhraya di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mulai Januari telah menimbulkan kekeliruan di kalangan netizen.\n\n\nPengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup telah menjelaskan \nperalihan kepada MLFF akan dibuat secara berperingkat.\n\n\nBuat masa sekarang, laluan Touch n Go dan SmartTAG akan dikekalkan. Korang mesti perasan kan dekat tol-tol tertentu sekarang ni mesti ada satu atau dua laluan khas RFID.\n\n\nSekiranya, pengguna RFID bertambah, laluan RFID akan bertambah secara berperingkat. Ini bermakna laluan Touch n Go dan SmartTAG sedia ada akan berkurang dan seterusnya dilupuskan.\u00a0\n\n\nNamun, peralihan ini berkemungkinan besar akan mengambil masa dan selamat untuk dikatakan laluan Touch N Go dan Smart Tag akan dikekalkan buat masa sekarang.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nAdakah RFID Touch N Go Memudahkan Pengguna Jalan Raya?\nSemua Yang Korang Perlu Tahu Tentang RFID Touch N Go\n1. Sasaran Kerajaan Untuk Melaksanakan Sistem Kutipan Tol Tanpa Henti Berbilang Laluan (MLFF)\n2. Pelaksanaan Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik Di Semua Laluan\n3. Masuk Tol Guna Touch n Go Atau SmartTag dan Keluar Tol Di Laluan RFID?\n4. Pelbagai Cara Pembayaran Untuk RFID\n5. Masa Depan Touch N Go dan SmartTAG\n6. Jadi, Di Mana Nak Dapatkan RFID?\n\n\nAdakah RFID Touch N Go Memudahkan Pengguna Jalan Raya?\n\n\n\n\nRFID menggunakan pelekat yang korang perlu pasangkan pada \nlampu\n depan atau \ncermin\n depan kenderaan.\u00a0\n\n\nTidak seperti SmartTAG, ia tidak memerlukan \nbateri\n dan korang tak perlu beratur untuk memuatkan semula kad fizikal kerana ia dipautkan kepada Touch \u2018n Go eWallet (TNG eWallet)\n.\u00a0\n\n\nTambah nilai\n \njuga lebih mudah\n \nsebab korang\n \nboleh melakukannya pada telefon pintar sahaja\n \nmelalui kad kredit atau debit atau tambah nilai melalui \nonline \nbanking\n sahaja.\n\n\nRFID ini merupakan singkatan untuk \u201c\nRadio-Frequency Identification\n\u201d. Teknologi ini membolehkan data digital dikodkan dalam tag RFID atau \u201csmart label\u201d ditangkap oleh pembaca melalui gelombang radio.\u00a0\n\n\nKalau korang nak tahu, Tag RFID ni wujud di dalam pelbagai bentuk termasuk \nKad Kredit\n dan Kad Debit korang.\u00a0\n\n\nKorang mesti pernah guna Paywave kan? Paywave ini merupakan salah satu contoh penggunaan RFID di Malaysia. Sentuh je kad pada scanner, data akan dibaca dari kad tersebut.\n\n\nPenggunaan RFID di lebuh raya pula adalah untuk membayar tol. Potongan \nwang\n dilakukan secara automatik ketika kereta dengan RFID Tag melalui scanner.\n\n\nTujuan utama RFID Touch N Go ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada pengguna. Bagaimana? Jom tengok 4 cara RFID memudahkan korang sebagai pengguna jalan raya:\n\n\n\n\nDengan RFID, korang tak perlu bimbang bateri Smart Tag habis atau membuka tingkap untuk membayar tol\n\n\nKorang boleh tambah nilai secara \nonline \npada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui platform Touch N Go eWallet\n\n\nPenggunaannya lebih kurang seperti Smart Tag TAPI lebih murah dan mudah\u00a0\n\n\nKorang boleh nikmati pengisian minyak tanpa tunai (\ncashless\n) dengan pembayaran automatik daripada Touch N Go eWallet. Aktifkan dan nikmati kemudahan pengisian segera di Stesen Shell terpilih.\n\n\n\n\nSemua Yang Korang Perlu Tahu Tentang RFID Touch N Go\n\n\nFoto Kredit: Touch N Go\n\n\n1. Sasaran Kerajaan Untuk Melaksanakan Sistem Kutipan Tol Tanpa Henti Berbilang Laluan (MLFF)\n\n\nMenjelang tahun 2026, Kerajaan Malaysia menyasarkan MLFF. Apa itu MLFF? Ia merupakan sistem yang membolehkan pemandu membayar tol tanpa berhenti.\u00a0\n\n\nPelaksanakan RFID ini merupakan langkah pertama untuk mencapai sasaran ini. Buat masa sekarang, PLUS mempunyai lebih 20 lorong RFID di 9 plaza tol dan ia akan menyediakan sejumlah 159 lorong RFID di seluruh lebuhraya Utara-Selatan termasuk laluan Juru ke Skudai menjelang 15 Januari 2022.\n\n\nWalaupun begitu, lorong RFID masih mempunyai kekurangan buat masa sekarang. Kalau korang nak menggunakan RFID, korang perlu memperlahankan kenderaan apabila menghampiri lorong tersebut.\n\n\nDalam masa terdekat ini, Sistem Kutipan Tol Tanpa Henti Laluan Tunggal (SLFF) akan dilaksanakan, di mana palang untuk lorong RFID akan dialihkan.\n\n\n2. Pelaksanaan Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik Di Semua Laluan\n\n\nSistem Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) menggunakan kamera resolusi tinggi dan kecerdasan buatan (AI) untuk menangkap gambar kenderaan termasuk nombor pendaftaran dan dihubungkan kepada Pusat Validasi Tol (PVT).\n\n\nUntuk pengetahuan korang, sistem RFID dan ANPR ini telah diaktifkan di laluan Hutan Kampung \u2013 Sungai Dua pada 31 Oktober 2021 yang lalu.\u00a0\n\n\nTidak lama lagi, ia akan diluaskan dan digunakan kepada semua plaza tol di lebuhraya yang sama.\n\n\nSistem ANPR akan dipasang di semua laluan termasuk RFID, Touch N Go dan SmartTAG.\n\n\n3. Masuk Tol Guna Touch n Go Atau SmartTag dan Keluar Tol Di Laluan RFID?\n\n\nSeperti yang dinyatakan di atas, sistem ANPR akan dipasang di semua laluan masuk tak kira RFID, Touch N Go dan SmartTag.\n\n\nJadi, korang tak akan menghadapi masalah untuk menggunakan laluan Touch N Go atau SmartTag dan keluar menggunakan RFID.\u00a0\n\n\nHal ini kerana ANPR mempunyai keupayaan untuk merakam titik masuk dengan tepat. Kadar tol yang tepat dan betul akan dikenakan, jadi korang tak perlu risau sebab korang tak akan dicaj lebih.\n\n\nPengguna RFID sahaja yang dibenarkan menggunakan kesemua laluan dengan sistem ANPR ini. Palang tak akan dibuka kalau korang tak ada RFID.\n\n\nPastikan juga baki korang mencukupi di dalam Touch N Go eWallet apabila menggunakan RFID. Ini akan membolehkan korang menikmati perjalanan yang lebih lancar.\u00a0\n\n\nApa yang akan terjadi kalau baki tak mencukupi dan menyebabkan korang tersekat dekat tol? Korang boleh terus \ntop-up\n melalui aplikasi Touch N Go eWallet dan baki akan terpapar dengan serta-merta.\n\n\n\n\n4. Pelbagai Cara Pembayaran Untuk RFID\n\n\nPLUS menyatakan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan Touch N Go untuk menambah lebih banyak cara pembayaran.\n\n\nLebih banyak cara pembayaran seperti kad debit dan \nkad kredit\n akan diperkenalkan. Seperti yang korang tahu, buat masa sekarang, RFID hanya dihubungkan dengan Touch N Go wallet sahaja.\n\n\nMelalui sistem pembayaran terbuka RFID, korang akan dapat tambah nilai melalui lebih banyak cara pembayaran. Namun, masih lagi tiada tarikh ditetapkan untuk pelaksanaannya. Jadi, korang gunalah Touch N Go wallet dulu.\n\n\n5. Masa Depan Touch N Go dan SmartTAG\n\n\nBerapa lama lagi boleh guna Touch N Go dan SmartTAG?\u00a0\n\n\nMenurut Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup, peralihan kepada MLFF akan dilakukan secara berperingkat.\n\n\nLorong RFID akan ditambah dan menggantikan laluan Touch N Go dan SmartTag secara berperingkat apabila lebih ramai pengguna jalan raya bertukar kepada RFID.\n\n\nMalaysia menyasarkan penggunaan RFID sebanyak 60% pada penghujung 2022.\u00a0\n\n\nSelepas itu, Kerajaan berancang untuk melupuskan Touch N Go dan SmartTag pada penghujung 2023. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Kementerian Kerja Raya.\n\n\n6. Jadi, Di Mana Nak Dapatkan RFID?\n\n\nBagi korang yang berminat nak mula pasang RFID, korang boleh dapatkannya secara \nonline \natau melalui platform \nTouch N Go eWallet\n.\u00a0\n\n\nTag RFID Touch N Go dijual pada harga RM35.\u00a0\n\n\nAntara fakta menarik pada tag RFID ni, ia tak boleh dipindah milik jadi korang tak perlu risau kalau tag kena curi.\u00a0\n\n\nSelain itu, kalau korang ada beberapa kenderaan, korang boleh menghubungkan sehingga 10 RFID di dalam satu akaun TNG eWallet supaya ia mudah diuruskan dan ditambah nilai.\n\n\n\n\nKesimpulannya, pelaksanaan RFID ini boleh dikatakan sebagai satu inisiatif untuk lebih memudahkan urusan pengguna jalan raya untuk membayar tol.\u00a0\n\n\nMarilah sama-sama kita tengok bagaimana penerimaan RFID ini secara berperingkat. Korang pun bolehlah mula pertimbangkan untuk dapatkan tag RFID Touch N Go ini. Nampaknya RFID ini masa depan pembayaran tol.\n\n\nMahukan \ninsurans kereta terbaik\n? Dapatkan di \nQoala\n. Mudah dan pantas!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/berita/sop-covid-19-endemik-malaysia/", "title": "SOP Umum Diperkenalkan, Peralihan Endemik di Malaysia Bermula 1 April", "body": "\n\nSetelah dua tahun berdepan dengan pandemik Covid-19, fasa \u2018Peralihan ke Endemik\u2019 di Malaysia dijangka akan bermula 1 April ini. Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media khas, Selasa petang.\n\n\nMenurutnya, keputusan peralihan fasa pembukaan semula negara secara selamat dan berperingkat atau \nreopening safely\n dibuat setelah penilaian risiko dilakukan dengan mengambil kira beberapa faktor dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia serta pandangan daripada kuartet menteri antaranya Menteri Kanan Pertahanan, Menteri Kesihatan, Menteri Kewangan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia.\n\n\n\u201cFasa \u2018Peralihan ke Endemik\u2019 di Malaysia ini merupakan\n exit strategy\n bagi membolehkan kehidupan kembali semula kepada normal setelah hampir dua tahun berperang dengan wabak Covid-19\u2033 \u2013 \nSumber\n\n\n10 SOP Dikuatkuasakan Fasa \u2018Peralihan ke Endemik\u2019 di Malaysia\n\n\nSeiring dengan fasa \u2018Peralihan ke Endemik\u2019 di Malaysia, kita perlu belajar untuk hidup bersama virus Covid-19. Oleh itu, kita perlu memahami risiko penularan dan mengamalkan langkah pencegahan yang selamat terutamanya ketika menjalankan aktiviti harian demi keselamatan diri, keluarga dan orang sekeliling. Berikut adalah prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan dalam fasa \u2018Peralihan ke Endemik\u2019 untuk rujukan anda:\n\n\n\n\nPemakaian pelitup muka di tempat awam masih diwajibkan kecuali tempat terbuka yang tidak sesak;\n\n\nPemilik premis wajib pastikan sistem pengudaraan yang baik dalam premis;\n\n\nSentiasa menjaga kebersihan tangan;\n\n\nUjian pengesanan Covid-19 dilakukan mengikut tatacara \nNational Testing Strategy\n;\n\n\nHad waktu operasi bagi premis perniagaan dimansuhkan, perniagaan dibenarkan kembali beroperasi 24 jam mengikut syarat lesen operasi premis;\n\n\nDaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan, kecuali tempat terbuka yang tidak sesak dan tiada perhimpunan. MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu/pengunjung;\n\n\nAktiviti solat jemaah di surau/masjid atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal. Namun begitu, tertakluk pada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Malaysia;\n\n\nHad kapasiti pekerja yang bergantung pada liputan vaksinasi dimansuhkan, rentas negeri dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi;\n\n\nKekerapan dan cara melakukan pembersihan premis diseragamkan bagi setiap Kementerian;\n\n\nIndividu yang disyaki atau disahkan positif Covid-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan KKM.\n\n\n\n\nKredit: Malay Mail\n\n\nSemoga perkongsian SOP baharu bagi peralihan endemik di Malaysia ini boleh dijadikan panduan untuk anda. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta terbaik\n, anda boleh menggunakan platform Qoala yang menyediakan \nperlindungan pelan insurans terbaik\n daripada pelbagai syarikat insurans yang diiktiraf. Layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/berita/tips-beraya-dengan-selamat/", "title": "Tips Beraya dengan Selamat Anda Perlu Tahu Sebelum Balik Kampung", "body": "\n\nCuti panjang sempena perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, \nHari Raya Korban\n atau Hari Krismas semestinya akan dimanfaatkan sebaiknya warga kota untuk balik kampung. Walaupun dalam kegembiraan balik kampung menziarahi ibu bapa dan mengunjungi sanak-saudara ini, tips beraya dengan selamat masih perlu diamalkan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nBalik Beraya Minggu Ini? 9 Tips Beraya dengan Selamat dan Lancar\n1. Tips Beraya dengan Selamat: Tutup Suis Lampu, Barangan Elektrik\n2. Cabut Kepala Tong Gas Memasak, Tutup Paip Air\n3. Simpan Barangan Berharga di Tempat Selamat\n4. Kunci Pintu, Tingkap dan Pagar Rumah\n5. Tips Beraya dengan Selamat: Buka Lampu dalam Rumah\n6. Jangan Kongsi Ketiadaan Anda di Laman Sosial\n7. Maklumkan Ketiadaan Anda kepada Jiran/Pihak Polis\n8. Servis Kereta\n9. Tips Beraya dengan Selamat: Pandu dengan Berhati-hati\nKekal Selamat Raya Ini: Tips Kesihatan & Perjalanan Semasa Beraya\n\n\nBalik Beraya Minggu Ini? 9 Tips Beraya dengan Selamat dan Lancar\n\n\nDalam keseronokan untuk balik kampung, aspek keselamatan tidak boleh dipandang mudah. Dengan langkah-langkah keselamatan yang betul, insiden atau kemalangan yang tidak diingini boleh dielakkan. Berikut sembilan tips beraya dengan selamat yang perlu anda ketahui bagi membantu anda merancang perjalanan anda:\n\n\n\n\n1. Tips Beraya dengan Selamat: Tutup Suis Lampu, Barangan Elektrik\n\n\nSebelum \npulang ke kampung\n, pastikan semua suis di setiap sudut rumah anda dimatikan dan ditanggalkan daripada soket. Ia penting bagi mengelakkan berlakunya insiden litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran.\n\n\nSelain itu, langkah ini juga boleh membantu menjimatkan kadar penggunaan elektrik dan \nperbelanjaan bulanan\n. Untuk mengelakkan was-was, ambil gambar semua suis yang telah dimatikan bagi membolehkan perjalanan balik kampung anda lebih tenang.\n\n\n2. Cabut Kepala Tong Gas Memasak, Tutup Paip Air\n\n\nCabut kepala tong gas memasak apabila anda tidak berada di rumah dalam tempoh yang lama. Cara ini dapat mengelakkan risiko \nkebakaran rumah\n sekiranya berlaku kebocoran pada hos atau dapur gas semasa ketiadaan anda.\n\n\nSelain itu, pastikan semua paip air di rumah anda telah ditutup sebelum anda keluar rumah. Sekiranya rumah anda mempunyai kolah mandi, kosongkan air di dalamnya untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.\n\n\n3. Simpan Barangan Berharga di Tempat Selamat\n\n\nTidak kira anda pulang ke kampung untuk tempoh masa yang lama atau sekejap, anda dinasihatkan untuk tidak meninggalkan barangan berharga seperti komputer riba, \nbarangan kemas\n, wang tunai dan sebagainya. Bawa barangan berharga ini bersama anda.\n\n\nJika perlu, minta kenalan yang boleh dipercayai untuk menjaga barangan-barangan berharga ini buat sementara waktu. Berdasarkan statistik, \njenayah pecah rumah dan kecurian\n mencatatkan peningkatan terutamanya semasa musim perayaan.\n\n\n4. Kunci Pintu, Tingkap dan Pagar Rumah\n\n\nPastikan semua pintu, tingkap dan pagar rumah anda ditutup dan dikunci dengan baik. Gunakan ibu kunci (\npadlock\n) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.\n\n\nSelain itu, bawa bersama kunci rumah anda. Elakkan daripada menyembunyikan atau menyimpan kunci rumah anda di lokasi-lokasi yang mudah dibaca seperti di bawah pasu, di bawah alas kaki atau di dalam rak kasut di luar rumah.\n\n\n5. Tips Beraya dengan Selamat: Buka Lampu dalam Rumah\n\n\nJika anda risau perlu meninggalkan rumah untuk jangka waktu yang lama, nyalakan lampu dalam rumah atau mana-mana lokasi yang sesuai. Ia bertujuan untuk mewujudkan suasana rumah berpenghuni sekali gus mengurangkan risiko rumah anda dipecah masuk.\n\n\nAnda disarankan untuk memasang lampu dengan tetapan \u2018\ntimer\n\u2019 di dalam dan di luar rumah anda. Lampu akan terbuka atau tertutup secara automatik mengikut masa yang ditetapkan. Hidupkan lampu sekitar 7 petang setiap hari sepanjang ketiadaan anda.\n\n\nAnda juga boleh memasang sistem penggera dan kamera litar tertutup di rumah anda sebagai langkah keselamatan tambahan.\n\n\n\n\n6. Jangan Kongsi Ketiadaan Anda di Laman Sosial\n\n\nElakkan atau jangan sekali-kali memuat naik status di laman sosial berkongsi ketiadaan anda atau mana-mana ahli keluarga di rumah. Ia boleh membuka ruang kepada orang luar untuk memantau pergerakan dan keberadaan anda.\n\n\nSecara asasnya, anda tidak disarankan untuk kongsi perkara-perkara ini di media sosial untuk keselamatan anda:\n\n\n\n\nKetiadaan suami, ayah atau ahli keluarga lain di rumah;\n\n\nLokasi rumah atau keberadaan semasa anda \u2013 boleh membuka peluang kepada jenayah pecah rumah dan sebagainya;\n\n\nMaklumat sulit seperti no plat kereta, nombor kad pengenalan, nama penuh dan sebagainya untuk elakkan kecurian data peribadi.\n\n\n\n\n7. Maklumkan Ketiadaan Anda kepada Jiran/Pihak Polis\n\n\nUntuk memastikan keselamatan kediaman anda lebih terjamin, anda dinasihatkan untuk memaklumkan ketiadaan anda kepada jiran atau pihak polis. Ia bagi membolehkan mereka membantu mengawasi keselamatan kediaman sepanjang ketiadaan anda.\n\n\nPihak polis biasanya akan melakukan rondaan secara berkala sepanjang ketiadaan anda.\n\n\n8. Servis Kereta\n\n\nSelain keselamatan kediaman yang ditinggalkan, \npemeriksaan dan penyelenggaraan kereta\n adalah perkara mustahak yang perlu dilakukan sebelum anda memandu pulang ke kampung halaman. Kenderaan yang diselenggara dengan baik dapat mengurangkan risiko kemalangan atau kerosakan sepanjang perjalanan.\n\n\nSudah semestinya anda tidak mahu perjalanan balik kampung anda berdepan situasi kereta meragam atau \ntersadai tepi jalan\n akibat \nenjin kereta \noverheat\n. Lakukan pemeriksaan kenderaan secara menyeluruh sebelum dan selepas perjalanan untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.\n\n\nSelain itu, pastikan anda merancang servis kereta lebih awal kerana kebanyakan pusat servis kereta sentiasa penuh di musim perayaan ini.\n\n\n9. Tips Beraya dengan Selamat: Pandu dengan Berhati-hati\n\n\nAnda juga disarankan untuk memandu dengan selamat untuk kurangkan risiko kemalangan. Ikuti lapan tips pemanduan selamat di bawah untuk perjalanan balik kampung yang lebih lancar:\n\n\n\n\nElakkan merancang perjalanan pada saat-saat akhir atau tergesa-gesa kerana ia mungkin boleh mengganggu emosi anda;\n\n\nJika berasa mengantuk, berhenti rehat seketika atau tangguhkan perjalanan anda;\n\n\nPakai tali pinggang keledar dan jangan gunakan telefon bimbit semasa memandu;\n\n\nSentiasa patuhi had laju yang ditentukan dan berhati-hati apabila \nmemandu dalam hujan\n;\n\n\nSebelum menukar lorong, pastikan keadaan betul-betul selamat \u2013 periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang;\n\n\nLampu isyarat merah tanda berhenti, kuning tanda sedia untuk berhenti dan bukan tanda untuk anda memecut lebih laju;\n\n\nElakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat. Jika kenderaan di hadapan menekan brek secara tiba-tiba, sekurang-kurangnya anda masih sempat menekan brek;\n\n\nElakkan daripada memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan kerana perbuatan mementingkan diri sendiri ini berbahaya.\n\n\n\n\n\n\nKekal Selamat Raya Ini: Tips Kesihatan & Perjalanan Semasa Beraya\n\n\nApabila tiba musim perayaan, kes berkaitan kesihatan, kecurian, kebakaran atau kemalangan biasanya akan mencatatkan peningkatan. Kes-kes seperti ini berlaku kerana masih ramai yang tidak mengambil berat akan aspek keselamatan diri, keluarga dan harta benda.\n\n\nBerikut tips beraya dengan selamat yang boleh anda dan keluarga praktikkan pada hari raya ini:\n\n\n\n\nDapatkan suntikan dos penggalak untuk perlindungan tambahan;\n\n\nIkuti PLUS untuk mendapatkan \nupdate\n terkini berkaitan jadual perjalanan yang disyorkan;\n\n\nTambah nilai kad Touch \u2018n Go mengikut \nharga tol PLUS\n atau mana-mana destinasi anda untuk elakkan kesesakan di plaza tol;\n\n\nGunakan \nsanitizer\n atau basuh tangan dengan kerap sebelum dan selepas bersalaman;\n\n\nPakai pelitup muka jika anda bersin atau batuk;\n\n\nDuduk di rumah jika anda berasa tidak sihat;\n\n\nBuat penilaian kendiri (\nself-test\n) bagi memastikan anda benar-benar bebas Covid-19 sebelum beraya atau balik kampung.\n\n\n\n\nSelain itu, penting untuk anda memiliki \ninsurans kereta yang tepat\n untuk perjalanan yang lebih selamat dan tenang. Jika anda belum \nrenew\n \ninsurance\n kereta\n, pertimbangkan \ninsurans kereta \nfirst party\n untuk perlindungan yang lebih komprehensif.\n\n\nAnda boleh \nrenew\n insurans dan \nroadtax\n kereta\n anda di Qoala untuk nikmati lebih banyak penjimatan. Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans kereta terbai\nk di Malaysia.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/berita/tips-puasa-ramadhan/", "title": "Tips Puasa Ramadhan: 7 Cara Kekal Bertenaga di Bulan Puasa Ini", "body": "\n\nBerpuasa di \nbulan Ramadhan\n merupakan salah satu proses detoksifikasi atau pembuangan zat-zat beracun dari tubuh badan secara semulajadi. Namun begitu, bukan namanya berpuasa jika anda tidak alami masalah keletihan, rasa lesu, lapar dan dahaga. Oleh sebab itu, penting untuk anda tahu tips puasa Ramadhan supaya anda kekal cergas dan sihat sepanjang bulan Ramadhan ini.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nTips Ramadhan: Tips Berpuasa di Bulan Ramadhan untuk Kekal Cergas, Bertenaga\n1. Jangan Lupa Bersahur\n2. Minum Air yang Mencukupi\n3. Cara Menghilangkan Dahaga di Bulan Puasa: Kurangkan Pengambilan Kafein\n4. Jangan Makan Berlebihan\n5. Elakkan Makanan Berminyak, Kurangkan Gula dan Garam\n6. Lakukan Senaman\u00a0Ringkas\n7. Tips Ramadhan: Dapatkan Rehat dan Tidur yang Cukup\nMakan Makanan yang Memberi Tenaga, Hilangkan Rasa Letih dan Lesu Semasa Berpuasa\n\n\nTips Ramadhan: Tips Berpuasa di Bulan Ramadhan untuk Kekal Cergas, Bertenaga\n\n\nPasti anda ingin kekal aktif dan cergas sepanjang bulan Ramadhan, bukan? Badan yang sihat dan cergas semasa berpuasa dapat membantu anda menumpukan perhatian semasa bekerja atau belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti seperti biasa di bulan Ramadan.\n\n\nBerikut beberapa tips berpuasa di bulan Ramadhan yang boleh anda praktikkan sepanjang bulan Ramadan agar tubuh kekal sihat semasa berpuasa:\n\n\n1. Jangan Lupa Bersahur\n\n\nRamai yang ambil mudah dengan amalan bersahur \u2013 biasanya disebabkan malas bangun awal, tiada selera makan atau yakin boleh berpuasa tanpa bersahur.\n\n\nAmalan bersahur sangat penting dalam rutin berpuasa. Ia dapat membekalkan tenaga bagi membolehkan anda melakukan rutin harian dengan produktif seperti biasa tanpa berasa letih atau lesu.\n\n\nMakan \nmakanan tinggi protein\n dan amalkan diet seimbang supaya boleh memberikan lebih tenaga atau sebiji kurma dan segelas susu segar sudah memadai.\n\n\n2. Minum Air yang Mencukupi\n\n\nWalaupun berpuasa, ia tidak bermakna anda harus mengurangkan jumlah air yang diminum pada setiap hari. Penting untuk anda minum air yang secukupnya pada bulan puasa ini untuk kekal terhidrasi. Minum sekurang-kurangnya lapan hingga 12 gelas sehari.\n\n\nCara Minum Air Semasa Bulan Puasa\n\n\nBagaimana cara minum air yang cukup pada bulan puasa? Anda boleh ikuti tips tahan dahaga ketika puasa dengan minum air yang mencukupi seperti berikut:\n\n\n\n\n1 gelas air selepas azan Maghrib;\n\n\n1 gelas air selepas selesai solat Maghrib;\n\n\n1 gelas air selepas makan berbuka;\n\n\n1 gelas air selepas selesai solat Isyak;\n\n\n1 gelas air selepas selesai solat Terawih;\n\n\n1 gelas air sebelum tidur;\n\n\n1 gelas air selepas bangun dari tidur;\n\n\n1 gelas air selepas makan sahur.\n\n\n\n\n3. Cara Menghilangkan Dahaga di Bulan Puasa: Kurangkan Pengambilan Kafein\n\n\nSelain itu, elakkan pengambilan kafein seperti teh atau kopi semasa berpuasa. Ini kerana, kafein bersifat diuretik yang membuat anda kerap buang air kecil. Akibatnya, tubuh badan anda akan mengalami dehidrasi atau kehilangan air semasa berpuasa.\n\n\nTanda dehidrasi pada tubuh adalah seperti mulut kering, rasa terlalu haus atau dahaga, air kencing berwarna pekat, cepat letih dan mengantuk, kulit kering, pening kepala dan banyak lagi.\n\n\n\n\n4. Jangan Makan Berlebihan\n\n\nAnda biasanya mudah tergoda untuk makan secara berlebihan lebih-lebih dengan adanya pelbagai pilihan juadah istimewa yang dijual di bazar Ramadan. Pengambilan makanan di bulan puasa tidak sepatutnya berbeza daripada bulan-bulan yang lain.\n\n\nAnda disarankan untuk makan secara sederhana dan pastikan makanan yang anda ambil terdiri daripada kumpulan-kumpulan makanan berikut:\n\n\n\n\nNasi, roti, bijirin dan hasil bijirin;\n\n\nBuah-buahan dan sayur-sayuran;\n\n\nIkan, ayam, daging dan kekacang;\n\n\nSusu dan produk tenusu;\n\n\nSedikit minyak, lemak, gula dan garam.\n\n\n\n\nPastikan juga anda makan makanan yang seimbang dan sihat untuk elakkan masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut dan sebagainya.\n\n\nSelain itu, berikut merupakan beberapa tabiat makan yang perlu dielak di bulan puasa untuk membantu anda kekal bertenaga di bulan puasa:\n\n\n\n\nJangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka untuk mengelakkan kembung perut atau ketidakhadaman makanan;\n\n\nKurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berlemak;\n\n\nKurangkan makanan tinggi gula;\n\n\nKurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan;\n\n\nElakkan makanan yang diproses yang mengandungi pengawet, perisa dan pewarna tiruan. Makanan terproses biasanya mengandungi garam yang tinggi walaupun tidak terasa masin;\n\n\nKurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.\n\n\n\n\n5. Elakkan Makanan Berminyak, Kurangkan Gula dan Garam\n\n\nBulan Ramadhan boleh dikatakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan.\n\n\nJika anda ingin kurangkan berat badan, anda perlu kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, garam, minyak serta lemak. Ini kerana, makanan-makanan ini mengandungi kadar kalori yang tinggi dan meningkatkan \nrisiko kenaikan kolesterol\n dalam tubuh.\n\n\nMakan makanan yang tinggi garam, gula dan lemak ketika sahur secara berlebihan akan menyebabkan kenaikan paras insulin (\ninsulin spike\n). Ia akan menyebabkan kesan ketara iaitu mudah berasa lapar dan haus dengan cepat meskipun baru beberapa jam mula berpuasa.\n\n\nHadkan juga pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Lebihkan pengambilan air kosong atau jus buah-buahan tanpa gula tambahan. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik yang boleh dipertimbangkan.\n\n\nJika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan berminyak dan manis ini, ambil dalam kuantiti yang sedikit.\n\n\n6. Lakukan Senaman\u00a0Ringkas\n\n\nBerpuasa bukanlah alasan untuk anda tidak melakukan senaman. Semasa bersenam di bulan puasa, penting untuk anda melakukan senaman yang betul untuk memastikan anda tidak terlalu penat. Lakukan senaman ringan untuk beberapa hari pertama sehingga badan anda terbiasa dengan kadar tenaga baharu.\n\n\nJika anda tidak bersenam dan baru ingin mula \nbersenam sepanjang bulan Ramadan\n ini, anda boleh mulakan dengan senaman ringan dan mudah. Lakukan senaman kardio keamatan rendah seperti jalan laju, berenang di kolam renang, atau menggunakan mesin senaman yang tidak membuatkan anda berpeluh dengan banyak.\n\n\nElakkan daripada memulakan rutin senaman baharu khususnya senaman yang menggunakan tenaga yang banyak. Apa yang penting, ikut kemampuan sendiri. Selain itu, bersenam pada masa yang betul sangat penting semasa bulan Ramadan. Anda boleh pertimbangkan aspek-aspek ini:\n\n\nBersenam Sebelum Sahur\n\n\nBangun sejam lebih awal untuk bersenam sebelum bersahur. Lakukan senaman berat kerana anda dapat mengembalikan tenaga anda dan paras air dalam badan semasa bersahur nanti.\n\n\nSebelum Berbuka\n\n\nJika anda biasa bersenam dengan perut kosong, anda boleh bersenam sebelum membuka puasa. Anda boleh mengembalikan tenaga anda selepas makan berbuka nanti.\n\n\nSelepas Berbuka\n\n\nBersenam sebaik sahaja berbuka puasa dengan makanan yang ringan seperti kurma dan air. Elakkan daripada bersenam sebaik saja selepas makan kerana badan memerlukan masa untuk menghadam makanan.\n\n\nSelepas Solat Terawih\n\n\nJika anda suka berjaga malam, anda boleh bersenam selepas solat tarawih. Kebanyakan senaman akan membuatkan jantung anda berdegup lebih kencang dan menyebabkan anda tidak mengantuk. Jadi, peruntukkan masa selama sejam (atau lebih) untuk berehat sebelum tidur.\n\n\n7. Tips Ramadhan: Dapatkan Rehat dan Tidur yang Cukup\n\n\nSelain itu, tips kekal bertenaga di bulan puasa yang boleh anda amalkan ialah mendapat rehat yang cukup. Rehat yang cukup biasanya sinonim dengan waktu tidur yang berkualiti. Semasa di bulan Ramadan, elakkan daripada melengah-lengahkan masa tidur bagi mendapat rehat yang cukup.\n\n\nTidur awal dan mencukupi amat penting untuk anda kekal bertenaga sepanjang hari. Ia dapat menjadikan tubuh badan lebih segar dan cergas. Jika anda tidur lambat, ada potensi untuk anda tidak bangun sahur sekali gus menyebabkan anda lesu dan letih sepanjang hari. Kurang tidur juga boleh menyebabkan anda hilang mood, mudah stress dan mudah marah.\n\n\nJika perlu, susun semula jadual tidur anda dan tidur seawal mungkin supaya anda mempunyai tenaga untuk bangun sahur dan melakukan aktiviti pada keesokkan harinya seperti biasa.\n\n\n\n\nMakan Makanan yang Memberi Tenaga, Hilangkan Rasa Letih dan Lesu Semasa Berpuasa\n\n\nPuasa bukanlah alasan untuk bermalas-malasan dan tidak produktif. Jika dilakukan berasaskan tips berpuasa yang betul, anda boleh kekal cergas dan bertenaga di bulan Ramadhan. Selain itu, jika anda ingin mendapatkan \ninsurans kesihatan untuk perlindungan diri dan keluarga\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nQoala merupakan \nplatform insurans terbaik di Malaysia\n yang akan membantu membandingkan pelan \ninsurans perubatan\n berbeza. Ia bagi memastikan anda mendapatkan \npelan insurans kesihatan dan perubatan\n yang sesuai dengan keperluan anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/aircond-kereta-tak-sejuk/", "title": "8 Punca Aircond Kereta Tak Sejuk, Tanda Kompressor Aircond Rosak", "body": "\n\nMalaysia terkenal dengan cuaca panasnya. Sebab itulah pentingnya mempunyai aircond dalam kereta yang berfungsi dengan baik. Bila aircond kereta tak sejuk, pemanduan jadi tak selesa. Aircond adalah salah satu elemen kereta yang penting bagi pemanduan yang selesa. Lebih-lebih lagi jika pemanduan itu adalah pemanduan yang jauh. Artikel Qoala hari ini akan menerangkan lebih lanjut mengapa aircond kereta anda boleh jadi tidak sejuk.\n\n\nAircond kereta tak sejuk akan menjadi satu masalah sekiranya anda tinggal di bandar yang panas, sesak dan jalan raya dipenuhi dengan asap ekzos kenderaan lain yang berada di sekeliling kereta anda. Ia akan menjadi lebih teruk jika kanak-kanak kecil menaiki kereta yang tidak mempunyai aircond yang berfungsi dengan baik. Ia boleh menyebabkan \nstrok haba\n. Bayangkan sekiranya anda ingin keluar ke kampung pada waktu tengahari dan aircond kereta tak sejuk, ia boleh merosakkan mood dan juga menyebabkan ketidakselesaan.\n\n\nSelain itu, sistem aircond dalam kereta turut merupakan sistem yang penting dan boleh memakan wang yang tinggi jika berlaku kerosakan yang teruk. Oleh itu, anda perlu kenali punca dan cara untuk mengelakkan aircond kereta daripada rosak.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPunca-punca Aircond Kereta Tak Sejuk\n1. Kompressor rosak\n2. Kekurangan bahan penyejuk\n3. Filter dryer tersumbat\n4. Cooling coil kotor\n5. Expansion valve rosak\n6. Kebocoran gas aircond kereta\n7. Condenser fan rosak\n8. Cabin air-filter lusuh\nCara Penjagaan Aircond Kereta Yang Baik\nBersihkan penapis udara\nBuang objek asing\nHidupkan aircond kereta secara berkala\nPeriksa clutch magnet compressor\nPeriksa Fuse & Relay Compressor\nSemak kuantiti gas\nSemak pressure switch dan current supply\nBuat pemeriksaan berkala\n4 Tanda Compressor Aircond Kereta Rosak\nAircond Kereta Berbau Hapak?\nEvaporator kotor\nPenggunaan minyak wangi berlebihan\nPermaidani dan kerusi kereta yang basah\nPenapis aircond kotor\nPunca Aircond Kereta Tak Sejuk & Tabiat Buruk Yang Menyebabkan Aircond Kereta Cepat Rosak\nMerokok dalam kereta\nMematikan enjin ketika aircond masih hidup\nKebersihan kabin yang tidak dijaga\nMembuka tingkap terlalu lama\n\n\nPunca-punca Aircond Kereta Tak Sejuk\n\n\nSecara amnya, ada pelbagai punca mengapa air kereta tak sejuk secara tiba-tiba mahupun aircond yang semakin kurang sejuk secara perlahan-lahan. Untuk mengenalpasti sebab-sebab aircond kereta tak sejuk, ini perkara yang anda perlu tahu.\n\n\n1. Kompressor rosak\n\n\nPunca utama kenapa aircond kereta tak sejuk adalah kerana kompressor kereta tidak berfungsi. Untuk pengetahuan anda, kompressor adalah salah satu komponen yang amat penting dalam sistem aircond kereta. Kerosakan kompressor boleh menyebabkan aircond kereta bermasalah sama ada kurang menggurangkan hawa dingin, atau lebih teruk, tidak mengeluarkan hawa sejuk langsung. Sekiranya aircond kereta anda tidak sejuk kerana kompressor yang rosak, anda perlu menggantikan kompressor itu dengan cepat. Kosnya pula agak mahal.\n\n\n2. Kekurangan bahan penyejuk\n\n\nAntara punca lain adalah sistem aircond dalam kereta mempunyai bahan penyejuk yang kurang. Sekiranya ia berlaku, anda perlu menambah bahan penyejuk yang juga dikenali sebagai refrigerant tambahan ke dalam sistem aircond agar aircond kereta anda boleh mengeluarkan hawa sejuk.\n\n\n3. Filter dryer tersumbat\n\n\nUntuk pengetahuan, aircond kereta tak sejuk boleh berpunca daripada filter dryer yang tersumbat. Masalah dryer yang tersumbat dan kotor ini boleh menyebabkan tekanan sistem aircond menjadi sangat tinggi. Filter drier kereta anda boleh tersumbat kerana kekotoran yang tidak dibersihkan dan tidak diselenggara secara berkala.\n\n\n4. Cooling coil kotor\n\n\nAircond berbunyi kuat tapi tidak mengeluarkan hawa sejuk? Itu tandanya cooling coil kereta anda sedang berada pada tahap yang kotor. Apabila cooling coil menjadi sangat kotor, putaran angin akan menjadi tersekat. Cooling coil yang kotor boleh disebabkan apabila ia penuh dengan habuk-habuk di jejaring cooling coil. Habuk-habuk tersebut menghalang daripada putaran angin daripada masuk dan menyebabkan aircond kereta tak sejuk.\n\n\n5. Expansion valve rosak\n\n\nSebab aircond kereta tak sejuk seterusnya adalah expansion valve yang rosak. Ia boleh jadi sama ada stuck open atau stuck closed yang disebabkan kemasukkan kotoran. Masalah ini tidak boleh dibiarkan lama tanpa penyelenggaraan. Ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan teruk kepada seluruh sistem aircond kereta anda.\n\n\n6. Kebocoran gas aircond kereta\n\n\nAntara punca lain kenapa aircond kereta tak sejuk adalah kerana kebocoran gas aircond kereta. Apabila adanya kebocoran pada aircond, gas aircond kereta didalamnya sekaligus akan berkurangan atau kehabisan. Kejadian ini akan menyebabkan kompressor tidak dapat berfungsi dengan baik.\n\n\nUntuk mengelakkan perkara ini terjadi, anda boleh melakukan pemeriksaan kendiri. Caranya mudah saja iaitu dengan menggunakan kunci untuk mencucuk valve nipple dan kemudiannya tekapkan kunci tersebut dengan tidur. Jika gas aircond kereta masih ada, anda akan merasa gas keluar. Jika langsung tiada gas atau kurang, anda akan terasa perbezaannya. Anda turut boleh menggunakan UV Gas Leak Detector untuk membantu mengesan sebarang kebocoran.\n\n\n7. Condenser fan rosak\n\n\nTahu tak, condenser fan yang rosak juga boleh menyebabkan aircond kereta tak sejuk. Condenser fan adalah salah satu elemen penting dalam sistem aircond kereta yang berfungsi untuk membantu menurunkan suhu dan juga tekanan dalam sistem aircond supaya gas aircond kereta dapat bertukar menjadi cecair. Antara petanda yang condenser fan kereta anda sudah rosak adalah apabila aircond kereta anda hanya sejuk apabila kereta mula bergerak dan sebaik saja kereta berhenti, ia akan kembali menjadi tidak sejuk.\n\n\nAnda boleh membuat pemeriksaan sendiri dengan cara membuka bonet kereta dan lihat sama ada kipas aircond masih berpusing atau sebaliknya. Jika tidak pusing, maka sahlah condenser fan anda telah rosak. Namun, sekiranya condenser fan anda masih berpusing, ia boleh disebabkan oleh masalah lain seperti fius terputus, relay rosak, motor fan rosak atau pun cabin air-filter yang sudah lama dan lusuh.\n\n\n8. Cabin air-filter lusuh\n\n\nCabin air-filter yang lusuh boleh menyebabkan pelbagai masalah. Bukan sahaja masalah aircond kereta tak sejuk, malah ia juga boleh menyebabkan cooling coil rosak. Jika perkara ini\u00a0 berlaku, anda perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk kos membaiki.\n\n\n\n\nCara Penjagaan Aircond Kereta Yang Baik\n\n\nAircond kereta atau penyaman udara adalah salah satu elemen penting dalam kereta. Oleh itu, penyelenggaraan secara konsisten perlu dilakukan. Untuk memastikan aircond kereta anda kekal sejuk dan tidak bermasalah, ini adalah perkara-perkara yang anda perlu lakukan;\n\n\nBersihkan penapis udara\n\n\nAnda juga boleh membersihkan penapis udara kereta tanpa memerlukan bantuan professional. Kebanyakan kereta moden pada hari ini, penapis udara kereta terletak di ruang kompartemen pada dashboard di bahagian tempat duduk penumpang hadapan. Ruang kompartmen ini mudah dibuka. Ia memudahkan anda untuk mengeluarkan dan membersihkan kotoran yang menganggu aliran penapis udara. Selepas membersih, anda perlu memastikan penapis tersebut betul-betul kering sebelum dimasukkan semula ke dalam ruang kompartmen.\n\n\nBuang objek asing\n\n\nSekiranya anda meletakkan kereta di kawasan yang tidak bertutup, anda dinasihatkan untuk sering memeriksa bahagian cermin hadapan. Jika ada daun kering atau mana-mana serpihan objek lain tersekat. Langkah ini perlu dilakukan untuk mengelakkan daun-daun kering atau pun objek-objek asing daripada tersedut masuk ke dalam sistem aircond kereta anda. Jika ia termasuk, ia boleh menyebabkan sistem aircond tersumbat.\n\n\nHidupkan aircond kereta secara berkala\n\n\nJika anda jarang menggunakan kereta, anda perlu menghidupkan penyaman udara kereta anda sekurang-kurangnya seminggu sekali selama 10 minit. Putarkannya ke kelajuan kipas tertinggi dengan tetapan paling sejuk. Dengan cara ini, anda dapat membantu mengekalkan tekanan gas aircond kereta dan memastikan compressor berfungsi dan berada dalam keadaan baik.\n\n\nPeriksa clutch magnet compressor\n\n\nUntuk memastikan aircond kereta anda berada dalam kondisi yang baik, anda perlu membuat pemeriksaan magnet compressor. Sekiranya sebahagian getah pada clutch magnet compressor sudah cair, ia perlu ditukar kepada set clutch magnet yang baru.\n\n\nGetah clutch magnet compressor boleh cair dan rosak apabila mengalami tekanan kepanasan yang melampau. Ia juga boleh rosak sekiranya minyak compressor tidak ditukar.\n\n\nPeriksa Fuse & Relay Compressor\n\n\nFuse compressor atau juga dikenali sebagai A/C Comp boleh menjadi putus. Sekiranya ia putus, anda perlu gantikan fuse tersebut dengan yang baru. Namun, sekiranya fuse baru tersebut turut putus dalam masa yang singkat, masalah yang anda hadapi bukan lah pada fuse. Ia sebenarnya adalah masalah litar pintas magnet kompresor. Relay kompresor pula boleh didapat dalam kotak fius. Sekiranya fius putus, anda boleh cuba untuk tukar relay compressor ini dengan relay untuk hon atau mana-mana relay yang sama yang ada dalam kotak fius itu.\n\n\nSekiranya compressor itu hidup selepas penukaran, maka relay compressor tersebut mengalami masalah. Tukarkan dengan relay yang baru. Sekiranya compressor masih gagal, maka ikuti langkah seterusnya.\n\n\nSemak kuantiti gas\n\n\nMasalah aircond kereta tak sejuk secara tiba-tiba juga boleh disebabkan kuantiti gas yang berkurangan atau tiada langsung. Apabila gas aircond tiada, kompresor tidak dapat bekerja. Anda boleh membuat pemeriksaan ini sendiri. Caranya mudah saja iaitu dengan menggunakan kunci untuk mencucuk valve nipple dan kemudiannya tekapkan kunci tersebut dengan tidur. Jika gas masih ada, anda akan merasa gas keluar. Jika langsung tiada gas atau kurang, anda akan terasa perbezaannya. Anda turut boleh menggunakan UV Gas Leak Detector untuk membantu mengesan sebarang kebocoran.\n\n\nSemak pressure switch dan current supply\n\n\nMisal kata apabila anda telah membuat langkah-langkah di atas dan aircond kereta masih tak sejuk, anda boleh teruskan untuk membuat bypass pressure switch. Pressure switch kebiasaanya diletak berhampiran dengan bahagian liquid pipe yang berperanan untuk menghubungkan condenser dengan expansion valve serta cooling coil. Apabila pressure switch tersebut rosak, kompresor tidak akan dapat berfungsi.\n\n\nBagi current supply pula, sekiranya bahagian-bahagian di atas telah diperiksa dan anda masih tidak menjumpai puncanya, anda boleh periksa current supply di soket wayar ke compressor aircond.\n\n\nSekiranya current supply berfungsi, maka terbukti clutch magnet compressor telah rosak. Anda perlu menggunakan test lamp untuk memeriksa current supply ini.\n\n\nBuat pemeriksaan berkala\n\n\nSistem aircond yang baik bermula daripada penyelenggaraan yang berkala. Anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan daripada yang pakar sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini penting bagi anda untuk mengenal pasti sebarang permasalahan yang berlaku pada sistem aircond kereta anda.\n\n\nElemen-elemen yang penting dalam sistem aircond adalah seperti cooling coil dan compressor kereta perlu juga diperiksa dan melalui proses pembersihan untuk mengekalkan prestasi yang baik dan jangka hayat yang panjang.\n\n\n4 Tanda Compressor Aircond Kereta Rosak\n\n\n\n\nBunyi bergeseran apabila aircond kereta dihidupkan\n\n\nBunyi Kompressor Aircond Yang Kasar\n\n\nEnjin Kereta Mati Apabila Suis Aircond Dihidupkan\n\n\nKerosakan pada Magnet Clutch\n\n\n\n\n\n\nAircond Kereta Berbau Hapak?\n\n\nMasalah aircond kereta berbau ini ada beberapa jenis. Ada yang berbau bangkai, bau masam, bau hapak, bau kepam dan bermacam-macam lagi. Bila aircond berbau, sudah tentunya kita tidak rasa selesa dalam pemanduan. Ini beberapa punca kenapa aircond kereta boleh mendatangkan bau:\n\n\nEvaporator kotor\n\n\nUntuk pengetahuan anda, evaporator kereta biasanya tempat yang sering disukai kulat. Kulat amat suka untuk membiak pada evaporator kerana permukaannya yang lembab ketika aircond kereta dihidupkan. Dengan keadaan yang lembab itu, kulat mudah untuk membiak. Apabila kulat telah membiak pada permukaan evaporator, ia secara langsung akan menghasilkan bau yang tidak senang dan akan membuatkan anda rasa tak selesa apabila menghidu bau yang keluar daripada penyaman udara kereta.\n\n\nPenggunaan minyak wangi berlebihan\n\n\nPenggunaan minyak wangi yang berlebihan turut boleh menyebabkan aircond kereta anda mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Sekiranya terlalu banyak minyak wangi digunakan, ia akan menyebabkan bahan kimia dalam minyak wangi tersebut untuk melekat pada permukaan kereta. Apabila ia dibiarkan terlalu lama, ia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.\n\n\nPermaidani dan kerusi kereta yang basah\n\n\nJika karpet kereta atau kerusi kereta anda basah, ia boleh menyebabkan aircond kereta berbau. Ia boleh berlaku apabila anda membawa minuman ke dalam kereta, lalu tertumpah. Namun, apabila air yang tertumpah itu tidak dibersihkan dengan kadar segera, ia akan mengeluarkan bau yang busuk yang sebati dengan hawa dingin yang dikeluarkan penyaman udara.\n\n\nPenapis aircond kotor\n\n\nTambahan lagi, penyebab aircond kereta berbau anda adalah penapis aircond kereta yang kotor.\n\n\nMungkin ini adalah perkara kecil dan anda jarang menyedarinya, tetapi jika anda tidak membersihkan debu yang melekat pada penapis kereta anda. Maka akan menghasilkan bau yang sangat tidak menyenangkan untuk anda nikmati.\n\n\nPunca Aircond Kereta Tak Sejuk & Tabiat Buruk Yang Menyebabkan Aircond Kereta Cepat Rosak\n\n\nDalam kita memandu, mungkin kita tak sedar ada beberapa tabiat kita yang boleh menyebabkan aircond kereta cepat rosak. Ini antara punca lain yang kita tak sedar boleh menyebabkan aircond cepat rosak;\n\n\nMerokok dalam kereta\n\n\nKebanyakan perokok turut merokok sambil memandu. Walaupun mereka membuka tingkap semasa merokok, asap dan debu rokok boleh menembus ke bahagian penapis. Perkara ini menyebabkan penapis aircond kereta menjadi cepat kotor. Apabila penapis aircond kereta diselubungi debu dan asap rokok, ia akan menyebabkan tahap kesejukan aircond kereta menjadi tidak baik.\n\n\nMematikan enjin ketika aircond masih hidup\n\n\nTabiat buruk ini sering dilakukan oleh ramai pemandu kereta. Tabiat mematikan enjin ketika penyaman udara kereta masih aktif boleh menyebabkan jangka hayat aircond kereta anda menjadi tidak lama. Bateri terbeban untuk bekerja lebih keras ketika enjin baru saja dihidupkan Disebabkan prestasi bateri tidak maksimum, arus elektrik yang terhasil jadi kurang stabil dan ini mempengaruhi elektrik penyaman udara.\n\n\nKebersihan kabin yang tidak dijaga\n\n\nSampah dan kotoran terbiar bukan saja mengotorkan kabin dan meninggalkan debu, tetapi juga memberi kesan kepada penyaman udara. Debu dan habuk yang terhasil boleh masuk dan keluar dari penapis penyaman udara dan membuatkan komponen itu mudah rosak.\n\n\nMembuka tingkap terlalu lama\n\n\nTabiat membuka tingkap terlalu lama sementara aircond sedang dihidupkan juga boleh menyumbang kepada masalah aircond kereta. Ia boleh menyebabkan compressor untuk bekerja lebih teruk untuk mendapatkan suhu kabin yang ideal. Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan aircond kereta anda menjadi rosak.\n\n\nInilah antara tabiat buruk yang menjadi kebiasaan ramai. Ia perlu dielakkan untuk memastikan aircond kereta anda berfungsi dengan baik dan tidak cepat rosak.\n\n\nPemanduan tanpa aircond amat memeritkan tambah-tambah lagi di negara kita yang panas. Sebelum anda terpaksa mengeluarkan kos belanja yang banyak untuk membaiki aircond kereta yang rosak. Ini baru aircond, bagaimana dengan keseluruhan \nkereta yang rosak\n? Disebabkan inilah penyelenggaraan yang berkala perlu dilakukan.\n\n\nSampai disini saja perkongsian Qoala kali ini. Semoga artikel ini dapat menjawab segala persoalan anda.\n\n\nNak renew \ninsurans kereta terbaik\n? Renew sahaja dengan Qoala. Mudah dan pantas!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/bateri-kereta-kong/", "title": "Bateri Kereta Kong: Tanda-tanda Bateri Kereta Lemah (Wajib Tahu!)", "body": "\n\nBayangkan tengah nak bergegas, masuk kereta tiba-tiba kereta tak boleh start sebab bateri kong! Siapa yang pernah alami situasi ini mesti tahu betapa \nfrust \ndan kecewanya perasaan. Daripada nak cepat, jadi lambat pula. Oleh itu, korang kena tahu cara penjagaan bateri kereta dengan betul.\n\n\nBateri adalah satu elemen yang paling penting dalam sistem elektrik kenderaan dan antara komponen yang wajib diganti setiap dua tahun bergantung kepada cara penjagannya. Buat yang tak tahu, bateri dalam kereta ni berfungsi untuk menyediakan arus elektrik untuk menghidupkan enjin dan menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa kereta tak digunakan.\n\n\nKorang mesti tertanya-tanya macam mana nak tahu bateri kereta kong? Artikel kali ini kami akan kongsikan jenis-jenis bateri, apa punca bateri kereta kong dan tanda-tanda bateri kereta kong yang korang wajib tahu!\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n6 Punca Bateri Kereta Kong\n1. Lupa Tutup Lampu Kereta\n2. Aksesori Kereta Berlebihan\n3. Litar Pintas\n4. Alternator Tak Cas Bateri\n5. Kereta Lama Tak Start\n6. Bateri Kereta Tamat Tempoh Hayat\nTanda-tanda Bateri Kereta Kong\n1. Kereta Tak Boleh Start atau Susah Nak Start\n2. Lampu Amaran Kereta Menyala\n3. Kereta Bau Busuk\n4. Alarm Kereta Berbunyi Sendiri\n3 Jenis Bateri Kereta serta Jangka Hayat Bateri Kereta\n1. Bateri Sel Kering\n2. Bateri Kereta Basah\n3. Bateri Gel\nTips Menghidupkan Semula Bateri Kereta Yang Kong\nPeriksa Sambungan Terminal Bateri Kereta\nBersihkan Terminal Bateri Kereta\nLakukan Jump Start Kereta\nHubungi Pihak Insurans\n\n\n6 Punca Bateri Kereta Kong\n\n\nKorang tengah menghadapi masalah bateri kereta? Kenapa bateri kereta cepat habis? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan bateri kereta kong. Mungkin korang tak perasan sebelum ini, jadi take note ye semua!\n\n\n1. Lupa Tutup Lampu Kereta\n\n\nKes lupa tutup \nlampu kereta\n ni memang selalu terjadi. Lampu di dalam kereta mahupun di luar, kalau ditinggalkan dalam tempoh masa yang lama, ia boleh menjadi penyebab bateri kereta kong. Jadinya, korang kena semak setiap suis lampu kereta korang dimatikan sebelum keluar kereta. Ada kalanya kita perasan mentol lampu kita dah terbakar. Bila tak sedar dan tak nampak lampu itu menyala, boleh menyebabkan korang tak tutup suis lampu sekaligus menyebabkan bateri kereta kong dan tak boleh start.\n\n\n2. Aksesori Kereta Berlebihan\n\n\nYang menggemarkan aksesori kereta seperti power amp dengan watt yang besar, woofer, sistem audio yang gempak, alarm kereta yang canggih dan bermacam-macam lagi, korang mungkin kurangkan. Sebabnya aksesori-aksesori kereta yang berlebihan ini adalah punca bateri kereta boleh jadi kong! Korang disarankan untuk pakai bateri yang besar supaya boleh seimbangkan dengan jumlah tenaga yang digunakan.\n\n\n3. Litar Pintas\n\n\nUntuk pengetahuan korang, kereta memerlukan sistem elektrik untuk enjin dihidupkan sebelum boleh dipandu. Perlu diingat, di sebalik sebuah kereta yang power, sistem elektrik adalah pencetus kepada operasi sistem keseluruhan kereta termasuklah bateri. Penggunaan wayar yang tak baik boleh mengganggu kawalan perintang kepada arus sekaligus menyebabkan bateri kereta kong. Selain itu, sekiranya litar pintas terjadi, ia boleh menyebabkan \nkereta terbakar\n.\n\n\n4. Alternator Tak Cas Bateri\n\n\nSalah satu punca bateri kereta kong yang lain adalah masalah\n alternator kereta\n. Alternator kereta berfungsi sebagai ejen pengecas bateri\u00a0 apabila kereta sedang berjalan. Sekiranya alternator kereta rosak, bateri tak dicas. Ini menyebabkan bateri kereta kong. Apabila alternator bermasalah, jumpstart tak dapat menyelesaikan masalah.\n\n\n5. Kereta Lama Tak \nStart\n\n\nBila korang jarang menggunakan kereta, atau jarang menghidupkan \nenjin kereta\n, ia boleh menyebabkan bateri kereta kong. Setiap jenis kereta perlu dihidup dan digerakkan dengan kerap untuk membolehkan bateri kereta caj. Kereta perlu dihidupkan sekurang-kurang 10-15 minit setiap hari. Lagi-lagi untuk korang yang sedang bekerja dari rumah dan tak menggunakan kereta, luangkan sedikit masa untuk hidup dan jalankan kereta. Nanti melayang pula duit!\n\n\n6. Bateri Kereta Tamat Tempoh Hayat\n\n\nSelalunya, jangka hayat bateri kering dalam lingkungan lebih kurang satu setengah tahun sehingga dua tahun sehaja. Korang kena alert dengan tarikh pembelian supaya tak terlupa untuk menggantikan bateri kereta yang baru. Apa yang korang boleh buat is \nset reminder\n pada \ntelefon bimbit\n korang, dengan cara ini korang takkan terlepas untuk menggantikan bateri kereta korang. Mudah kan?\n\n\n\n\nTanda-tanda Bateri Kereta Kong\n\n\nDalam bahagian ini, Qoala akan berkongsikan cara nak tahu bateri kereta lemah. Berikut merupakan 4 tanda bateri kereta perlu ditukar.\n\n\n1. Kereta Tak Boleh \nStart \natau Susah Nak \nStart\n\n\nSelalunya, bila kita hidupkan \nenjin kereta,\n\u00a0ia hanya mengambil masa 3-5 saat saja untuk dihidupkan. Tapi lain kesnya apabila mampunyai bateri kereta yang hampir nak kong. Ia akan memerlukan lebih masa dan korang perlu mencuba menghidupkan kereta untuk beberapa kali sebelum enjin boleh dihidupkan. Bila dah ada kes-kes sebegini, jangan tak tahu, ini sebenarnya antara petunjuk\u00a0 yang paling jelas bahawa bateri kereta korang semakin lemah dan sudah tiba masanya untuk gantikan bateri kereta dengan bateri yang baru.\n\n\nApa jadi bila korang tak endahkan tanda ini? Alamatnya, korang akan menanggung akibat dimana kereta tak boleh \nstart\n. Tambah buruk lagi bila kereta tak dapat dihidupkan di masa-masa terdesak seperti kecemasan, atau korang dah lewat untuk ke sesuatu urusan yang penting.\n\n\n2. Lampu Amaran Kereta Menyala\n\n\nPerhatikan papan pemuka yang berada di depan stereng. Bila caj bateri korang menurun ke tahap yang kritikal kerana tak mampu menyimpan caj, ataupun bateri tak dicaj dengan baik, \nlampu amaran\n bateri kereta akan timbul pada papan pemuka. Bila simbol bateri sudah berkelip-kelip di papan pemuka, itu bermakna ada sesuatu yang tak kena dengan bateri dan korang kena periksa serta merta.\n\n\n3. Kereta Bau Busuk\n\n\nSebelum korang marah kawan, partner, atau keluarga korang sebab kentut dalam kereta, jangan tak percaya, bateri yang rosak dan kong juga boleh menghasilkan bau busuk. Macam mana bateri boleh hasilkan bau busuk? Sebenarnya, bau busuk ini terjadi apabila berlaku litar pintas pada bateri, dan asid sulfurik mungkin sudah pun bocor sekaligus melepaskan gas busuk itu. Jika ini berlaku, ia sangat berbahaya kerana boleh merosakkan komponen-komponen lain dalam kereta korang. Bukan itu je, disebabkan kereta korang dah busuk, korang juga kena cari cara hilangkan bau busuk dalam kereta yang berlaku disebabkan oleh bateri kereta ini.\n\n\n4. Alarm Kereta Berbunyi Sendiri\n\n\nKadang-kadang bila berlaku alarm kereta yang berbunyi tak tentu hala ni membuatkan kita pula yang gelabah tak tentu pasal. Kebiasaannya, alarm kereta yang berbunyi tak tentu hala ini adalah kereta model TOYOTA ataupun PROTON. Apabila ia mula berbunyi tak tentu hala, itu adalah tanda bateri kereta perlu ditukar dengan segera.\n\n\n\n\n3 Jenis Bateri Kereta serta Jangka Hayat Bateri Kereta\n\n\nPertama sekali, korang kena tahu bateri ni ada tiga jenis. Setiap bateri ini mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri dan korang wajib tukar bateri kereta bila dah tiba masanya. Mana satu bateri kereta terbaik untuk korang? Jom kita tengok 3 jenis bateri kereta di bawah.\n\n\n1. Bateri Sel Kering\n\n\nBateri kering atau dikenali juga sebagai bateri \u2018Maintenance Free\u2019 (MF) merupakan satu jenis bateri kereta yang tak memerlukan sebarang penyelenggaraan dan mudah dijaga. Bateri kering ini juga tak memerlukan air bateri. Ini bermakna korang tak perlu risau untuk menambah air bateri. Apa yang korang perlu berikan perhatian adalah jangka hayat bateri kering tersebut. Apabila melepasi jangka hayat bateri kereta, kita wajib tukar! Jangka hayat bagi bateri kereta kering ni adalah minimum setahun dan paling lama adalah dua tahun. Ia juga bergantung kepada penggunaan kereta. Dari segi harga pula, bateri kereta kering adalah lebih mahal daripada bateri kereta basah.\n\n\n2. Bateri Kereta Basah\n\n\nBateri kereta basah atau sel basah adalah sejenis bateri yang perlu menggunakan air bateri. Selalunya, jangka hayat bateri jenis basah ini bergantung kepada kekerapan korang menggunakan kereta. Jika korang nak gunakan bateri jenis ini, korang perlu beri perhatian sebab bateri ini memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Sekiranya korang sering menggunakan kereta untuk urusan harian, korang wajib periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelakkan daripada menjadi kering. Kalau jarang menggunakan kereta, kena juga periksa. Tapi korang boleh periksa setiap 2 atau 3 minggu sekali. Nak menambah air bateri tak boleh tambah ikut suka. Kena ikut sukatan yang disyorkan. Air bateri tak boleh kurang atau lebih daripada yang telah ditetapkan.\n\n\n3. Bateri Gel\n\n\nBateri kereta jenis gel pula adalah sejenis bateri kereta yang baru-baru muncul di pasaran. Ia boleh menjangkau sekitar dua tahun atau kurang jangka hayatnya. Bateri ini harganya jauh lebih mahal berbanding bateri sel kering dan bateri sel basah. Walaubagaimana pun, bateri kereta jenis jel ni mampu bertahan lima sehingga 10 tahun, bergantung kepada penggunaan. Bateri jenis ini dilengkapi dengan gel elektrolit yang lebih tebal. Inilah yang menjadikan bateri gel ini lebih selamat, mesra alam dan dapat menahan dua kali lebih banyak kitaran pengecasan dan pelepasan (sehingga 400).\n\n\n\n\nTips Menghidupkan Semula Bateri Kereta Yang Kong\n\n\nBila bateri kereta kong, jangan panik dulu! Sebenarnya ada beberapa tips untuk korang menghidupkan semula bateri kereta korang sebelum menunggu bengkel kereta beroperasi. Kalau korang punya \nkereta rosak tepi jalan\n, korang boleh ikut tips-tips ini. Cara nak hidupkan kereta ni mudah je sebenarnya, cuba baca tips di bawah ini:\n\n\nPeriksa Sambungan Terminal Bateri Kereta\n\n\nCuba semak sambungan terminal bateri korang, bersambung dengan baik ke tak? Korang kena pastikan terminal bateri itu bersambung. Kalau macam tak pasti, korang boleh gerakkan atau putarkan sedikit sambungan tu. Tapi ingat, kena berhati-hati!\n\n\nBersihkan Terminal Bateri Kereta\n\n\nKalau ada nampak macam kotoran berwarna putih di bateri kereta, cuba bersihkan. Kadang-kadang, kotoran itu boleh menyebabkan aliran elektrik tak dapat disampaikan kepada lalu menyebabkan bateri menjadi kurang efisien.\n\n\nLakukan\n Jump Start\n Kereta\n\n\nKalau korang ada jumper dalam kereta, inilah masanya untuk tunjukkan kepakaran korang melakukan jump start! Tapi, nak lakukan jump start kereta, perkara-perkara yang korang kena beri perhatian buat yang pertama kali buat.\n\n\n\n\nSemak buku manual. Ini kerana sesetengah kereta tak sesuai untuk melakukan jump start kerana sistem litar yang sensitif.\n\n\nPeriksa jika bateri kereta korang berkarat, retak, bocor atau rosak. Jika ada ciri-ciri ini, jangan lakukan jump start.\n\n\nJangan lupa juga untuk matikan enjin sebelum melakukan jumpstart. Radio, lampu hadapan, dan sebagainya harus dimatikan.\n\n\nSelepas matikan enjin, pastikan korang cabut kunci kereta.\n\n\n\n\nUntuk melakukan jump start, korang memerlukan kereta lain yang baterinya elok dan mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar daripada kereta korang. Sekiranya kapasiti kereta si pemberi bantuan lebih rendah, ia boleh mendatangkan bahaya. Boleh jadi lintas pintas kalau tak hati-hati. Gunakan\n soft skill\n korang untuk mintak tolong sesiapa yang berdekatan.\n\n\nBerikut merupakan cara jumper kereta dengan betul;\n\n\n\n\nSambungkan klip kabel jumper dengan penuh berhati-hati.\n\n\nSentiasa mulakan dengan menyambungkan terminal positif kabel jumper kereta dengan terminal positif bateri kereta si penderma. Terminal positif selalunya ada penutup plastik warna merah berserta simbol (+).\n\n\nSelesai langkah itu, sambungkan pula kabel jumper kereta penderma dengan terminal positif bateri kereta yang kong.\n\n\nBila kereta dah boleh start, jangan terus matikan. Hidupkan sekurang-kurangnya selama 15 minit dulu. Ini penting untuk pengecasan bateri.\n\n\nLepas dah okay, korang dah boleh bawa kereta macam biasa. Jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada individu kereta lain yang membantu tu ye!\n\n\n\n\nInilah pentingnya ada jumper dalam kereta. Korang boleh dapatkan di kedai-kedai aksesori kereta, dan boleh juga didapati di Mr. DIY berhampiran korang.\n\n\nHubungi Pihak Insurans\n\n\nKalau dah tak ada cara lagi, korang boleh telefon pihak insurans korang untuk datang membantu. Walaupun insurans ini adalah amat penting, namun masih ramai yang tak sedar. Ada juga yang menjangka bahawa mempunyai \nroadtax\n kereta\n sahaja sudah mencukupi. Inilah pentingnya ada \ninsurans kereta\n. Sebab kemalangan jalan raya boleh berlaku pada korang tanpa diduga.\n\n\n\n\nKesimpulannya, korang kena sentiasa pantau keadaan bateri kereta kerana ia merupakan komponen penting yang memastikan korang dapat menggunakan kereta tanpa sebarang masalah dan dalam masa yang sama boleh mengelakkan masalah bateri kereta kong. Diharapkan perkongsian Qoala dalam artikel ini akan dapat membantu korang menguruskan kereta dengan lebih baik.\n\n\nKalau korang nak dapatkan \ninsurans kereta terbaik\n dengan jaminan harga terendah, hubungi kami di Qoala! Di\u00a0Qoala, anda boleh membuat perbaharuan\u00a0\ninsurans\u00a0kereta\n termasuk \ncukai jalan\n dengan mudah dan pantas!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/bayar-cukai-tanah-online/", "title": "Panduan Lengkap Cara Bayar Cukai Tanah Online di Malaysia 2023", "body": "\n\nUrusan berkaitan bayar cukai tanah di negeri Selangor kini boleh dilakukan secara online. Inisiatif ini diwujudkan bagi membolehkan urusan bayar cukai tanah dilakukan oleh pemilik hartanah dengan lebih pantas dan mudah.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nSemakan Cukai Tanah Selangor, Cara Bayar Cukai Tanah Online yang Anda Perlu Tahu\nCara Buat Semakan Cukai Tanah Selangor Online\nCara Bayar Cukai Tanah Online Selangor\nAlternatif Lain Bayar Cukai Tanah Selangor\nCara Bayar Cukai Tanah Online untuk Negeri-negeri Lain di Malaysia\nTempoh Bayaran Cukai Tanah\nKadar Bayaran Cukai Tanah\nBayar Cukai Tanah Online untuk Elakkan Anda daripada Didenda\n\n\nSemakan Cukai Tanah Selangor, Cara Bayar Cukai Tanah Online yang Anda Perlu Tahu\n\n\nPemilik hartanah di Malaysia perlu bayar cukai tanah kepada kerajaan negeri lokasi hartanah yang dimiliki. Kebanyakan negeri menetapkan tarikh pemotongan (\ncut-off date\n) untuk pemilik hartanah menjelaskan pembayaran cukai tanah adalah pada 31 Mei setiap tahun.\n\n\nIkuti perkongsian ini untuk ketahui kaedah semakan cukai tanah serta cara bayar cukai tanah online di Selangor (dan negeri-negeri lain di Malaysia).\n\n\nCara Buat Semakan Cukai Tanah Selangor Online\n\n\nBagi Negeri Selangor, proses semak cukai tanah dan bayar cukai tanah kini boleh dilakukan secara online tanpa perlu ke Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Untuk buat semakan cukai tanah Selangor secara online, anda boleh layari laman web rasmi \nPejabat Tanah dan Galian Selangor\n (PTGS). Kemudian pilih mana-mana cara semak cukai tanah yang sesuai untuk anda seperti berikut:\n\n\nCara Semak Cukai Tanah Selangor Guna ID Hak Milik\n\n\nBerikut merupakan cara semakan cukai tanah Selangor online untuk rujukan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari pautan https://ehasil.selangor.gov.my/app/search;\n\n\nPilih \u201cJenis Bil Cukai Tanah\u201d dan pilih jenis carian menggunakan \u201cID Hak Milik\u201d;\n\n\nKemudian, pilih \u201cDaerah\u201d, \u201cMukim\u201d, \u201cJenis Hak Milik\u201d dan \u201cNombor Hak Milik\u201d \u2013 kesemua maklumat ini perlu diisi;\n\n\nTekan butang \u201cCari\u201d dan keputusan carian akan dipaparkan;\n\n\nSekiranya terdapat cukai tanah yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah atau \ncukai petak\n yang perlu dibayar dan butang \u201cBayar\u201d akan dipaparkan;\n\n\nAnda boleh membuat pembayaran jika ada mempunyai sebarang tunggakan bayaran;\n\n\nPaparan mesej \u201cMaaf, carian tidak dijumpai. Sila cuba lagi.\u201d sekiranya carian tidak menemui sebarang rekod.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Semak Cukai Tanah Selangor Menerusi Nombor Akaun 14 Digit\n\n\nBerikut merupakan cara semak cukai tanah Selangor online untuk rujukan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari pautan https://ehasil.selangor.gov.my/app/search;\n\n\nKemudian, pilih \u201cJenis Bil Cukai Tanah\u201d, dan pilih jenis carian melalui \u201cNo Akaun (14 Digit)\u201d;\n\n\nMasukkan no akaun cukai tanah Selangor dan tekan butang \u201cCari\u201d \u2013 keputusan carian akan dipaparkan;\n\n\nSekiranya terdapat cukai tanah yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah atau cukai petak yang perlu dibayar serta butang \u201cBayar\u201d akan dipaparkan;\n\n\nLakukan pembayaran jika terdapat tunggakan bayaran yang perlu dibayar \u2013 mesej akan memaparkan \u201cMaaf, carian tidak dijumpai. Sila cuba lagi.\u201d sekiranya hak milik gagal ditemui.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Semak Cukai Tanah Selangor Menggunakan Nombor Akaun Lama 21 Digit\n\n\nBerikut merupakan cara semakan cukai tanah Selangor online untuk rujukan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari pautan https://ehasil.selangor.gov.my/app/search;\n\n\nKemudian, pilih \u201cJenis Bil Cukai Tanah\u201d dan jenis carian \u201cNo Akaun Lama (21 Digit)\u201d;\n\n\nPilih \u201cDaerah\u201d dan masukkan nombor akaun lama (21 digit) dan tekan butang \u201cCari\u201d;\n\n\nKeputusan carian akan dipaparkan;\n\n\nSekiranya terdapat cukai tanah yang belum dibayar, jumlah amaun cukai tanah atau cukai petak yang perlu dibayar dan butang \u201cBayar\u201d akan dipaparkan;\n\n\nAnda boleh membuat bayaran jika terdapat tunggakan yang perlu dijelaskan;\n\n\nPaparan mesej \u201cMaaf, carian tidak dijumpai. Sila cuba lagi.\u201d sekiranya hak milik gagal ditemui.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Semak Cukai Tanah Selangor Melalui MySMS 15888\n\n\nBerikut merupakan cara semak cukai tanah Selangor online untuk rujukan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTaipkan PTGSCUKAINo Akaun Cukai dan hantarkan ke 15888. Contoh: PTGS CUKAI 50844100606680;\n\n\nKemudian, anda akan menerima mesej balas memaklumkan sama ada anda mempunyai cukai yang perlu dijelaskan atau tidak;\n\n\nCaj penghantaran sebanyak RM0.15 dan caj penerimaan sebanyak RM0.20 akan dikenakan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Bayar Cukai Tanah Online Selangor\n\n\nSetelah semakan cukai tanah anda berjaya, anda boleh ikuti panduan di bawah untuk teruskan proses bayar cukai tanah online:\n\n\n\n\nSekiranya terdapat cukai tanah yang belum dibayar, skrin anda akan memaparkan jumlah amaun cukai tanah atau cukai petak yang perlu dibayar, serta butang \u201cBayar\u201d di bahagian bawah;\n\n\nTekan Butang \u201cBayar\u201d, dan pilih mana-mana bank pilihan anda menerusi perbankan internet FPX;\n\n\nKemudian, masukkan alamat e-mel anda;\n\n\nTekan butang \u201cBayar\u201d dan anda akan dibawa ke halaman perbankan online yang dipilih;\n\n\nLakukan pembayaran. Setelah selesai membuat pembayaran, klik Cetak Salinan Resit Pembayaran untuk menyimpan salinan sebagai tujuan rujukan dan bukti pembayaran.\n\n\n\n\nAlternatif Lain Bayar Cukai Tanah Selangor\n\n\nSelain bayar cukai tanah secara online, anda juga boleh bayar cukai tanah Selangor melalui kaedah-kaedah seperti berikut:\n\n\nBayar Cukai Tanah Melalui Kaunter PTGS dan PDT\n\n\nUntuk bayar cukai tanah di PTGS dan PDT, pembayaran boleh dilakukan sama ada secara tunai, kad kredit atau debit dan bank draf. Untuk senarai lengkap lokasi, anda boleh rujuk \nlaman web utama PTGS\n.\n\n\nBayaran Cukai di Kiosk Majlis Bandaraya Subang Jaya\n\n\nSelain itu, bayaran cukai tanah juga boleh dilakukan di mana-mana kiosk yang tersedia. Kiosk pembayaran cukai tanah ini boleh didapati di lokasi-lokasi seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nIbu Pejabat MBSJ;\n\n\nKaunter pandu lalu MBSJ;\n\n\nPejabat Cawangan MBSJ Bandar Puteri;\n\n\nPejabat Cawangan MBSJ Seri Kembangan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembayaran Secara Perbankan Internet\n\n\nAnda juga boleh melakukan pembayaran melalui perbankan internet. Anda hanya perlu layari laman web bank pilihan anda. Pembayaran secara perbankan internet hendaklah dibayar atas nama \npayee\n \u2013 Pejabat Pengarah Tanah & Galian Selangor atau Pejabat Tanah & Galian Selangor.\n\n\nBayaran Cukai Tanah Melalui Pos Malaysia\n\n\nSelain\n \nrenew road tax\n atau cukai jalan\n, anda juga boleh lakukan pembayaran cukai tanah di Pejabat Pos. Anda boleh hadir ke mana-mana cawangan Pejabat Pos berhampiran anda untuk melakukan proses ini. Pembayaran cukai tanah diterima di semua kaunter POS Malaysia Berhad di seluruh Malaysia.\n\n\nCara Bayar Cukai Tanah Online untuk Negeri-negeri Lain di Malaysia\n\n\nDengan kemudahan sistem pembayaran dalam talian, pembayaran cukai tanah untuk kebanyakan negeri-negeri di Malaysia juga kini boleh dilakukan secara online dengan mudah dan pantas.\n\n\nAnda kini boleh nembayar cukai tanah secara online tanpa perlu membazirkan masa berjam-jam beratur di kaunter. Untuk pembayaran cukai tanah online mengikut negeri, anda boleh rujuk jadual di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nNegeri\n\n\nCara Bayar Cukai Tanah Online\n\n\n\n\n\n\nBayar cukai tanah online Johor\n\n\nhttps://johorpay.johor.gov.my/\n\n\n\n\n\n\nBayar cukai tanah online Kedah\n\n\nhttps://ibayaq.kedah.gov.my/\n\n\n\n\n\n\nBayar cukai tanah online Pahang\n\n\nhttps://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php\n\n\n\n\n\n\nBayar cukai tanah online Perak\n\n\nhttps://ptg.perak.gov.my/etanah-awam/\n\n\n\n\n\n\nCukai tanah Negeri Sembilan\n\n\nhttps://e.ptgns.ns.gov.my/\n\n\n\n\n\n\nBayar cukai tanah Penang\n\n\nhttps://pgland.penang.gov.my/\n\n\n\n\n\n\nBayar cukai tanah online Terengganu\n\n\nhttps://cukaiptg.terengganu.gov.my/esolarweb/main.php\n\n\n\n\n\n\nBayar cukai tanah Melaka\n\n\nhttps://melakapay.melaka.gov.my/\n\n\n\n\n\n\nCukai tanah Perlis\n\n\nhttps://ptg.ptgps.gov.my/esemakan\n\n\n\n\n\n\nBayar cukai tanah online Kelantan\n\n\nhttps://hasiltanah.kelantan.gov.my/\n\n\n\n\n\n\nBayar cukai tanah online Sabah\n\n\nhttp://www.quitrent.jtu.sabah.gov.my/\n\n\n\n\n\n\nCukai tanah Sarawak\n\n\nhttps://elasis.sarawak.gov.my/eLasis/searchLandRentPremiumEnquiry\n\n\n\n\n\n\nCukai tanah KL\n\n\nhttps://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml\n\n\n\n\n\n\n\n\nTempoh Bayaran Cukai Tanah\n\n\nBiasanya, tempoh pembayaran cukai tanah setiap negeri di Malaysia adalah di antara 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun.\n\n\nKadar Bayaran Cukai Tanah\n\n\nSecara asasnya, nilai cukai yang dikenakan berbeza-beza mengikut negeri dan lokasi. Ini bermaksud, ada kemungkinan setiap lokasi meskipun dalam negeri yang sama dikenakan jumlah cukai tanah yang berbeza-beza.\n\n\n\n\nBayar Cukai Tanah Online untuk Elakkan Anda daripada Didenda\n\n\nSecara asasnya, cukai tanah merupakan salah satu pendapatan kerajaan Negeri. Cukai yang dikutip ini biasanya akan digunakan untuk pengurusan serta pembangunan di sesebuah negeri tersebut.\n\n\nOleh sebab itu, penting untuk anda menjadi pemilik hartanah yang bertanggungjawab dengan membayar cukai tanah mengikut kadar yang telah ditetapkan negeri masing-masing. Kegagalan anda untuk membayar cukai tanah boleh menyebabkan hartanah anda dirampas.\n\n\nSelain itu, jika anda mempertimbangkan untuk mendapatkan \ninsurans rumah terbaik di Malaysia\n, anda boleh dapatkan \ninsurance\n rumah\n anda di Qoala! Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans\n paling popular di Malaysia. Selain insurans rumah, Qoala juga turut menyediakan \ninsurans kesihatan\n dan \ninsurans kereta terbaik\n untuk anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/bayar-habis-loan-kereta/", "title": "Bayar Habis Loan Kereta, Tukar Hak Milik Kenderaan Melalui e-Batal JPJ", "body": "\n\nBayar habis \nloan\u00a0\nkereta selepas tempoh pinjaman lima, tujuh atau sembilan tahun boleh dikatakan satu pencapaian yang sangat memuaskan. Anda tidak perlu lagi risau untuk bayar ansuran bulanan dan boleh gunakan wang tersebut untuk tujuan lain seperti simpanan, \npelaburan\n atau perbelanjaan lain. Tetapi sebelum anda menarik nafas lega, terdapat satu lagi perkara penting yang anda mesti lakukan iaitu menukar status hak milik kenderaan anda dari bank atau pihak peminjam kepada nama anda sebagai pemilik kenderaan melalui e-batal JPJ.\n\n\nSelepas Bayar Habis Loan Kereta, Tuntut Hak Milik Penuh Kenderaan\n\n\nRamai yang masih belum tahu tentang kepentingan prosedur e-Batal JPJ yang harus dilakukan selepas habis bayar \npinjaman kereta\n. e-JPJ merupakan proses menukar nama pemilik kereta dengan mengeluarkan nama bank atau pemberi pinjaman daripada \ngeran kereta\n asal kepada nama pemilik kenderaan. Oleh sebab itu, jika anda telah melunaskan keseluruhan baki pinjaman kereta, anda perlu menukar status hak milik kenderaan\u00a0 kepada nama anda.\n\n\nSekiranya anda membeli kereta dengan mengambil pinjaman bank, anda akan perasan terdapat frasa \u201cHak Milik Dituntut oleh: XXXX\u201d pada geran kereta anda. Ini bermaksud kereta anda masih lagi menjadi milik bank atau institusi kewangan sehingga anda selesai membayar hutang pinjaman anda sepenuhnya. Bagi memastikan bahawa geran kereta telah menjadi hak milik anda sepenuhnya, ia perlu diluluskan dengan status \u201cBatal Melalui Sistem\u201d. Ini adalah prosedur yang penting untuk memastikan bahawa anda sah memiliki kereta tersebut.\n\n\nProses e-Batal JPJ: 4 Langkah Anda Perlu Ikuti\n\n\nPastikan bahawa anda telah menyelesaikan baki hutang pinjaman kereta sepenuhnya sebelum anda memulakan prosedur e-Batal JPJ. Jika anda masih mempunyai hutang, jelaskannya terlebih dahulu sebelum memindahkan hak milik daripada bank kepada nama anda. Anda perlu merujuk kepada e-Batal yang disediakan oleh bank pemberi pinjaman kereta anda seperti e-Batal Maybank, e-Batal Public Bank, e-Batal Hong Leong Bank, e-Batal AmBank atau e-Batal CIMB.\n\n\n1. Terima Geran Kereta Asal Selepas Bayar Habis \nLoan\u00a0\nKereta\n\n\nSelepas anda menjelaskan bayaran terakhir untuk kereta anda, syarikat pengeluar kenderaan yang anda berurusan akan memberikan geran asal sebagai bukti bahawa anda kini memiliki kenderaan tersebut.\n\n\n2. Dapatkan Surat Pelepasan daripada Bank\n\n\nAnda perlu hubungi pihak bank untuk memastikan sama ada surat pelepasan telah dikeluarkan oleh pihak bank untuk proses pembatalan. Surat pelepasan ini menunjukkan bahawa bank telah melepaskan tuntutan ke atas kereta anda. Secara umumnya, bank akan menghantar surat pelepasan tersebut terus kepada pihak JPJ.\n\n\n3. Kunjungi Cawangan JPJ Berdekatan Anda\n\n\nSetelah anda menerima surat pelepasan daripada bank atau institusi kewangan, anda perlu kunjungi mana-mana cawangan JPJ berdekatan anda untuk membatalkan hak milik bank peminjam daripada geran kereta anda. Apabila berada di cawangan JPJ, pastikan anda menyatakan niat anda untuk membatalkan hak milik bank peminjam daripada geran kereta asal kepada pegawai JPJ. Tunggu sehingga giliran anda dipanggil untuk memproses permohonan pembatalan.\n\n\n4. Proses e-Batal JPJ Selesai\n\n\nAnda mesti pastikan bahawa geran kereta anda mempunyai cop e-Batal yang dikeluarkan oleh JPJ mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Jika anda telah menerima cop ini, itu bermakna bahawa kereta tersebut sekarang menjadi hak milik anda sepenuhnya.\n\n\n\n\nLakukan Prosedur e-Batal JPJ dengan Segera\n\n\nSebaik-baiknya, anda perlu mengeluarkan status hak milik bank daripada geran kereta anda dengan segera selepas anda bayar habis\u00a0\nloan\n kereta. Ini kerana jika anda tidak melakukan proses e-Batal JPJ dengan segera, geran kereta masih menunjukkan bahawa bank atau institusi kewangan masih mempunyai hak milik ke atas kereta tersebut. Jika berlaku sebarang \nkemalangan kenderaan\n atau masalah dengan kereta, bank atau institusi kewangan masih boleh menuntut hak milik ke atas kereta tersebut.\n\n\nProsedur e-Batal JPJ adalah mudah dan sangat penting untuk anda lakukan selepas habis bayar\u00a0\nloan\n kereta. Jika anda masih belum melakukan prosedur e-Batal JPJ, diharapkan perkongsian ini dapat membantu memudahkan urusan anda.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda mahu\u00a0\nrenew\u00a0\ninsurans kereta\n, anda boleh mempertimbangkan Qoala untuk nikmati lebih banyak penjimatan. Sempena Ramadan dan Hari Raya ini, Qoala menganjurkan kempen \nRaya Lagi Onzzz\n! yang menawarkan diskaun dan hadiah menarik untuk pelanggan bertuah.\n\n\n\n\nBeli Insurans Online\n \u2013 Proses beli atau renew insurans kereta boleh dilakukan dengan mudah dari rumah tanpa anda perlu keluar ke pejabat Pos atau kaunter JPJ;\n\n\nBanding Produk Insurans\n \u2013 Anda boleh membandingkan pelbagai sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans terbaik di Malaysia;\n\n\nTerima Sebut Harga\n \u2013 Terima sebut harga percuma sepantas kilat untuk membantu melindungi kereta anda dengan lebih baik.\n\n\n\n\nQoala merupakan \nplatform perbandingan insurans online terbaik\n di Malaysia. Anda boleh mendapatkan insurans kereta terbaik di Malaysia dengan mudah dan pantas pada harga yang berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/beli-kereta-banjir/", "title": "Elakkan Beli Kereta Banjir, 4 Tanda Kerosakan Kereta Anda Perlu Tahu", "body": "\n\nBeli kereta banjir merupakan salah satu risiko yang dihadapi oleh pembeli kereta terpakai. Bagi yang kurang berpengalaman, tanda-tanda kerosakan \nkereta tenggelam banjir\n agak sukar untuk dikesan dengan mata kasar. Apabila beli kereta banjir, ia bukan sahaja boleh mendatangkan masalah dan risiko dari segi kualiti, tetapi turut memberi impak dari sudut kewangan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nBeli Kereta Banjir: Tanda-tanda Kereta Terpakai Ditenggelami Air Banjir\n1. Ada Bau Kurang Menyenangkan\n2. Kesan Karat yang Ketara\n3. Kerosakan pada Komponen Elektronik\n4. Lakukan Pemeriksaan Sejarah Kereta\nBeli Kereta Secondhand: Bahaya Beli Kereta Pernah Tenggelam Banjir\n1. Risiko Masalah Elektrik\n2. Kerosakan Struktur Kereta\n3. Kerosakan Enjin Kereta\n4. Masalah Kesihatan kepada Pemilik dan Penumpang\n5. Kerosakan Jangka Panjang\nBeli Kereta Terpakai di Platform Dipercayai, Renew Insurans Kereta Banjir di Qoala untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nBeli Kereta Banjir: Tanda-tanda Kereta Terpakai Ditenggelami Air Banjir\n\n\nBagaimana cara untuk anda kesan kereta yang ingin anda beli pernah tenggelam banjir? Sebagai pembeli \nkereta terpakai\n, anda disarankan untuk lakukan pemeriksaan menyeluruh dan dapatkan laporan \npemeriksaan kereta\n jika perlu. Ia bagi memastikan anda membuat keputusan pembelian yang bijak dan selamat. Berikut adalah tanda-tanda beli kereta banjir yang anda perlu tahu:\n\n\n1. Ada Bau Kurang Menyenangkan\n\n\nCara paling mudah untuk elakkan anda daripada beli kereta banjir ialah dengan menghidu bahagian dalaman kereta. Bahagian dalaman kereta mempunyai komponen yang mudah menyerap air seperti karpet dan tempat duduk kereta. Kereta yang pernah tenggelam banjir biasanya mempunyai bau hapak dan tidak menyenangkan.\n\n\n2. Kesan Karat yang Ketara\n\n\nAda sesetengah pemilik kereta akan membersihkan kereta sepenuhnya sebelum jual kereta terpakai. Jadi, anda mungkin tidak akan berdepan situasi bau hapak dalam kereta. Antara cara lain yang boleh dilakukan ialah periksa bahagian logam kereta sama ada terdapat kesan karat yang ketara.\n\n\nAnda perlu memeriksa dengan teliti bahagian tertentu kereta seperti bawah kereta, rangka dan komponen yang terdedah kepada karat akibat banjir seperti bonet atau \nekzos kereta\n. Bahagian-bahagian ini biasanya terjejas apabila kereta ditenggelami banjir.\n\n\n\n\n3. Kerosakan pada Komponen Elektronik\n\n\nKebanyakan kereta moden hari ini dilengkapi dengan pelbagai komponen elektronik. Apabila kereta tenggelam banjir, komponen-komponen ini terdedah kepada risiko kerosakan. Periksa setiap komponen elektrik kereta seperti \nlampu kereta\n, tingkap kuasa (\npower window\n), sistem audio dan sebagainya.\n\n\nSebelum beli kereta banjir, pastikan adan memeriksa semua komponen ini berfungsi dengan baik dan tiada mana-mana \nlampu amaran kereta\n menyala semasa enjin kereta dihidupkan.\n\n\nJika anda mengesan masalah sebegini, minta nasihat atau pandangan daripada mekanik atau kawan anda yang berpengalaman.\n\n\n4. Lakukan Pemeriksaan Sejarah Kereta\n\n\nPastikan anda memeriksa sejarah kenderaan yang ingin dibeli dengan teliti. Periksa sama ada terdapat catatan atau laporan yang menunjukkan bahawa kereta tersebut pernah mengalami kerosakan akibat banjir.\n\n\nJika terdapat catatan yang mencurigakan atau jika pemilik kereta sebelumnya tidak dapat memberikan maklumat yang memuaskan tentang sejarah kereta, anda perlu berhati-hati. Ada sesetengah pemilik yang menyembunyikan kebenaran bagi memastikan kereta berjaya dijual.\n\n\nBeli Kereta \nSecondhand\n: Bahaya Beli Kereta Pernah Tenggelam Banjir\n\n\nBeli kereta banjir boleh menyebabkan pelbagai masalah dan risiko kepada pembeli kereta. Oleh sebab itu, anda harus berhati-hati dengan tawaran kereta murah yang tidak masuk akal kerana ia mungkin melibatkan kereta yang pernah ditenggelami banjir. Berikut adalah antara bahaya membeli kereta yang pernah ditenggelami banjir:\n\n\n1. Risiko Masalah Elektrik\n\n\nKereta yang pernah ditenggelami banjir\n boleh menghadapi masalah serius dalam sistem elektrik. Kerosakan pada komponen elektrik seperti kabel, soket dan kawalan elektronik boleh menyebabkan kegagalan fungsi yang berpotensi membahayakan keselamatan anda.\n\n\n2. Kerosakan Struktur Kereta\n\n\nBanjir juga boleh menyebabkan keretakan pada struktur kereta terutamanya pada bahagian kerangka atau bawah kereta. Isu ini mungkin tidaklah terlalu ketara pada pandangan mata, tetapi ia boleh mengurangkan kekuatan dan kestabilan kereta. Kerosakan struktur juga boleh meningkatkan risiko kecederaan jika berlaku kemalangan di jalan raya.\n\n\n\n\n3. Kerosakan Enjin Kereta\n\n\nAir banjir yang masuk ke bahagian \nenjin kereta\n akan bercampur dengan minyak. Air banjir yang terperangkap dalam enjin dan sistem mekanikal kereta boleh menyebabkan masalah enjin yang serius. Untuk membaiki kereta tenggelam banjir, anda perlu membelanjakan kos yang sangat tinggi. Selain itu, tiada jaminan kereta dapat berfungsi tanpa sebarang masalah pada masa akan datang.\n\n\n4. Masalah Kesihatan kepada Pemilik dan Penumpang\n\n\nKereta tenggelam banjir yang tidak dibersihkan dengan betul boleh menyebabkan masalah kesihatan. Air banjir dipenuhi dengan kotoran, lumpur dan bakteria yang tidak dapat dilihat. Jika tidak dibersihkan sempurna, kehadiran bahan-bahan asing ini boleh menjejaskan kualiti udara dalam kereta dan membahayakan kesihatan.\n\n\nKeadaan kereta yang lembab akibat banjir juga boleh menyebabkan kewujudan kulat yang mungkin akan mendatangkan masalah pernafasan kepada pemandu dan penumpang jika dibiarkan.\n\n\n5. Kerosakan Jangka Panjang\n\n\nKereta yang pernah tenggelam banjir mungkin menghadapi masalah kerosakan komponen kereta yang kronik. Jika kerosakan ini tidak dapat dikesan atau tidak diperbaiki dengan betul, ia boleh menyebabkan masalah kerosakan yang berulang dan menyebabkan kos pembaikan yang tinggi. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan \nnilai jualan kereta\n dan menyebabkan masalah kewangan dalam jangka masa panjang.\n\n\nBeli Kereta Terpakai di Platform Dipercayai, \nRenew\n Insurans Kereta Banjir di Qoala untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nSebagai pembeli, penting untuk anda mengambil kira risiko-risiko yang mungkin dihadapi sekiranya anda beli kereta banjir. Sekiranya anda ragu-ragu atau tidak yakin, dapatkan pandangan profesional atau lakukan pemeriksaan kereta secara menyeluruh sebelum membuat keputusan pembelian.\n\n\nAnda disarankan untuk lakukan pemeriksaan kereta bagi memastikan anda membuat keputusan pembelian yang bijak dan selamat. Beli kereta banjir secara asasnya mendedahkan anda kepada banyak risiko. Anda berkemungkinan akan terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang jika berlaku kerosakan.\n\n\nSekiranya anda ingin mendapatkan \nperlindungan tambahan\n seperti \ninsurans kereta banjir\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans kereta\n dengan tawaran \nharga insurans kereta yang berpatutan\n.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/beli-no-plat-online/", "title": "Beli No Plat Online Guna JPJeBid, MySikap 2023", "body": "\n\nBeli no plat kereta untuk dapatkan nombor plat kereta yang eksklusif atau premium kini menjadi pilihan pemilik kenderaan. Disebabkan itu, ramai pemilik kenderaan yang sanggup menghabiskan wang sehingga mencecah ratusan dan ribuan ringgit demi mendapatkan nombor plat yang unik untuk kereta atau motor masing-masing.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n7 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Beli No Plat Online\n1. Beli Nombor Plat \u2013 Kategori Nombor Plat Terkini\n2. Harga No Plat untuk Tempahan No Pendaftaran Kenderaan\n3. Kaedah Pembayaran untuk Beli No Plat\n4. Proses Pendaftaran Nombor Kenderaan yang Berjaya Dibida\n5. Cara Beli No Plat JPJ Online Melalui JPJeBid\n6. Cara Tempah Nombor Pendaftaran Kenderaan Melalui MySikap\n7. Tempoh Bidaan\nSoalan-soalan Lazim Berkaitan Proses Beli No Plate JPJ Online\nPilih Insurans Kereta Terbaik untuk Perlindungan Masa Depan Anda\n\n\n7 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Beli No Plat Online\n\n\nSebelum anda buat keputusan untuk beli no plat kereta baharu, penting untuk anda ketahui semua perkara-perkara penting berkaitan proses beli nombor plat online ini. Bagi anda yang mungkin pertama kali ingin beli no plat kereta, berikut cara beli no \nplate\n JPJ online untuk panduan dan rujukan anda:\n\n\n1. Beli Nombor Plat \u2013 Kategori Nombor Plat Terkini\n\n\nNo plat terkini yang ditawarkan untuk bidaan terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut:\n\n\nNombor Utama (\nGolden Numbers\n)\n\n\nNo plat kereta digit tunggal seperti 1, 2, 3, 4, 5 dan sebagainya. Harga no plat satu (1) angka dibuka untuk bidaan pada harga serendah RM20,000.\n\n\nNombor Menarik (\nAttractive Numbers\n)\n\n\nNombor plat kereta menarik seperti digit 11, 44, 88, 777, 9999 dan sebagainya. Harga no plat dua (2) angka biasanya bermula dengan harga serendah RM3,000 dan boleh mencecah puluhan ribu ringgit bergantung pada permintaan.\n\n\nNombor Popular (\nPopular Numbers\n)\n\n\nNo plat kereta popular seperti digit 121, 242, 575, 898, 909 dan sebagainya. Biasanya, harga no plat tiga (3) angka bermula pada harga minimum RM800.\n\n\nNombor Semasa (\nRunning Number\n)\n\n\nNombor plat kereta semasa selain nombor plat popular, menarik dan nombor bernilai utama. Harga no plat empat (4) angka dibuka untuk bidaan pada harga serendah RM300.\n\n\n\n\n2. Harga No Plat untuk Tempahan No Pendaftaran Kenderaan\n\n\nSetiap nombor yang ditempah tertakluk pada harga dan peningkatan bidaan minimum (mengikut kategori) seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKategori\n\n\nUtama\n\n\nMenarik\n\n\nPopular\n\n\nSemasa\n\n\n\n\n\n\nHarga Minimum\n\n\nRM20,000\n\n\nRM3,000\n\n\nRM800\n\n\nRM300\n\n\n\n\n\n\nPeningkatan Bidaan Minimum (5%)\n\n\nRM1,000\n\n\nRM150\n\n\nRM40\n\n\nRM15\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeningkatan bidaan minimum adalah sebanyak lima peratus daripada amaun harga minimum. Tiada had dikenakan untuk peningkatan maksimum. Anda boleh rujuk formula kenaikan untuk nombor plat kereta semasa seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga Minimum\n\n\nPeningkatan Bidaan Minimum (5%)\n\n\nKenaikan Bidaan Minimum\n\n\n\n\n\n\nBidaan 1\u00a0\u00a0\n\n\nBidaan\u00a0 2\u00a0\u00a0\n\n\nBidaan 3\u00a0\u00a0\n\n\nBidaan 4 (dan seterusnya)\n\n\n\n\n\n\nRM300\n\n\nRM15\n\n\nRM315\n\n\nRM330\n\n\nRM345\n\n\nGandaan RM5 (atau lebih bergantung pada pembida).\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Kaedah Pembayaran untuk Beli No Plat\n\n\nPembayaran bidaan no plat kereta boleh dibuat menggunakan \nkad kredit\n atau kad debit tempatan sahaja. Pembida boleh menggunakan lebih daripada satu kad kredit atau kad debit untuk membuat bidaan tambahan.\n\n\nJika bidaan no plat online berjaya, amaun bidaan akan ditolak daripada kad kredit atau kad debit pembida dengan serta-merta. Tetapi, jika bidaan beli no plat tidak berjaya, pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan.\n\n\nAmaun akan dikreditkan semula ke kad kredit atau kad debit pembida tanpa sebarang caj tambahan akan dikenakan. Amaun penyelesaian bayaran sekiranya bidaan tidak berjaya akan dikreditkan ke dalam kad kredit pembida dalam tempoh tujuh hari bekerja.\n\n\nBagi kad debit pula, ia akan mengambil masa dan empat belas hari bekerja bergantung kepada bank pengeluar kad kredit/kad debit (\nissuer\n).\n\n\n4. Proses Pendaftaran Nombor Kenderaan yang Berjaya Dibida\n\n\nTempoh akhir pendaftaran nombor kenderaan adalah 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran. Pembida yang berjaya atau wakil boleh hadir sendiri ke mana-mana cawangan JPJ dan perlu membawa dokumen seperti berikut:\n\n\n\n\nCetakan e-mel Surat Keputusan Bidaan Berjaya;\n\n\nSalinan kad pengenalan/salinan identiti pengenalan syarikat.\n\n\n\n\nNombor plat kenderaan yang dimenangi boleh \nditukar nama\n kepada keluarga terdekat seperti ibu, bapa, suami, isteri, adik-beradik atau anak. Anda hanya perlu mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen sokongan lain yang berkaitan ketika membuat pendaftaran kenderaan.\n\n\nPertukaran nama melibatkan syarikat, pertubuhan atau koperasi TIDAK dibenarkan.\n\n\n5. Cara Beli No Plat JPJ Online Melalui JPJeBid\n\n\nJPJeBid (atau JPJ ebid, e bidding JPJ dan ebid JPJ) merujuk pada Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan dalam Talian oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Ia membolehkan urusan \nbid\n no plat kereta boleh dilakukan dengan mudah secara online.\n\n\nBagi menggunakan sistem ini, anda perlu mendaftar dengan Portal Orang Awam MySIKAP terlebih dahulu. Pendaftaran MySIKAP boleh dilakukan di mana-mana pejabat JPJ negeri atau cawangan.\n\n\nBerikut merupakan cara daftar portal JPJeBid untuk beli no plat untuk panduan anda:\n\n\n\n\nUntuk pengguna kali pertama, anda perlu klik Daftar Baharu. Pendaftaran boleh dibuat secara online di \nportal JPJeBid\n;\n\n\nPemohon yang ingin mendaftar dengan JPJeBid perlu mengemukakan salinan dokumen berikut semasa pendaftaran \u2013 salinan kad pengenalan (individu) atau salinan sijil dan lesen perniagaan (syarikat);\n\n\nSemak e-mel untuk lakukan pengesahan pendaftaran. Klik pada pautan yang diberikan dalam e-mel;\n\n\nKemudian, log masuk portal JPJeBid (JPJeBid login) atau aplikasi mudah alih JPJeBid menggunakan ID dan kata laluan yang telah ditetapkan;\n\n\nMasukkan ID Pengguna, kata laluan dan isi \ncaptcha\n yang tertera untuk log masuk sistem;\n\n\nLakukan carian no plat pilihan anda \u2013 carian boleh dibuat berdasarkan siri negeri atau siri istimewa nombor pendaftaran. Hanya tiga kategori nombor pendaftaran sahaja yang dibuka untuk bidaan dalam sistem JPJeBid \u2013 nombor utama, nombor menarik dan nombor popular;\n\n\nHasil carian nombor pendaftaran kenderaan terkini akan dipaparkan. Klik pada nombor pendaftaran yang ingin dibida, kemudian klik butang Bida;\n\n\nBidaan boleh dilakukan dengan memasukkan amaun yang dikehendaki. Fi perkhidmatan sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida. Fi berkenaan merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.\n\n\nSkrin pembayaran akan dipaparkan. Sahkan amaun untuk teruskan transaksi ke halaman pembayaran bank. Masukkan maklumat diperlukan untuk membuat pembayaran amaun bidaan;\n\n\nSelesai.\n\n\n\n\n\n\n6. Cara Tempah Nombor Pendaftaran Kenderaan Melalui MySikap\n\n\nSelain kaedah bidaan di atas, anda juga boleh beli no plat running atau nombor plat semasa pilihan anda melalui MySikap. Berikut panduan langkah demi langkah yang perlu dibuat bagi proses beli no plat online untuk panduan anda:\n\n\n\n\nLayari \nportal rasmi MySikap\n. Jika anda tidak mempunyai akaun dengan MySikap, anda perlu mendaftar sebagai pengguna dengan klik Log Masuk Kali Pertama MyKad;\n\n\nSama seperti pendaftaran JPJeBid, anda perlu mengemukakan maklumat seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon dan e-mel untuk tujuan pengesahan;\n\n\nAnda akan menerima satu e-mel pengesahan. Klik pada pautan yang diberikan oleh sistem MySIKAP dan tetapkan kata laluan yang baharu;\n\n\nKemudian, log masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan baharu yang ditetapkan;\n\n\nSetelah anda berjaya masuk, klik pada bahagian Kenderaan di halaman utama MySikap, kemudian klik Tempahan Nombor Pendaftaran;\n\n\nLakukan carian no pendaftaran kenderaan dengan memasukkan negeri atau kawasan pilihan, siri awalan dan siri akhiran. Pada bahagian nombor, pilih \ndropdown\n Nombor jika anda ada nombor tertentu yang anda ingin cari. Kemudian, klik butang Cari;\n\n\nJika nombor yang anda cari masih tersedia, anda boleh terus beli no plat tanpa perlu membida;\n\n\nSelain cara ini, anda juga boleh mencari nombor plat dalam julat 50 nombor. Di bahagian nombor, pilih \ndropdown\n Julat (Pilihan dalam Lingkungan 50);\n\n\nNombor yang tersenarai dalam lingkungan tersebut yang masih belum berjaya dibida akan dipaparkan. Pilih nombor pilihan anda dan teruskan dengan proses bayaran. Caj RM300 akan dikenakan bagi tempahan nombor semasa ini dengan tambahan RM10 bagi bayaran perkhidmatan;\n\n\nSetelah proses pembayaran selesai, sistem akan menghantar satu salinan resit yang mengandungi maklumat berkaitan nombor pendaftaran yang berjaya dibeli.\n\n\n\n\n7. Tempoh Bidaan\n\n\nKeputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat. Namun begitu, ia bergantung kepada transaksi antara anda dengan pihak bank. Pentadbir sistem akan menghantar e-mel kepada pembida untuk memaklumkan status bidaan sama ada berjaya atau tidak.\n\n\nKeputusan bidaan juga boleh dilihat melalui \nportal JPJeBid\n melalui carian nombor kenderaan yang dibida.\n\n\nSoalan-soalan Lazim Berkaitan Proses Beli No Plate JPJ Online\n\n\nSelain itu, anda juga boleh rujuk soalan-soalan lazim berkaitan proses bida no plat dan tempahan nombor pendaftaran kenderaan terkini yang sering diajukan oleh bakal pembida:\n\n\n1. Adakah bidaan no plat JPJ akan dikenakan sebarang fi atau caj?\n\nYa, caj sebanyak RM10 akan dikenakan sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida atau dibeli. Caj ini akan menjadi milik kerajaan dan tidak akan dikembalikan.\n\n\n2. Adakah deposit diperlukan sebelum melakukan bidaan no plat JPJ?\n\nTiada sebarang deposit diperlukan. Namun begitu, pembida perlu mengemukakan bayaran harga minimum mengikut kategori nombor kenderaan.\n\n\n3. Bolehkah pembida menarik balik bidaan no plat JPJ?\n\nTidak. Pembida tidak dibenarkan untuk menarik balik bidaan sepanjang tempoh bidaan.\n\n\n4. Bagaimana saya boleh mengetahui proses beli no plat JPJ yang sedang berjalan?\n\nAnda boleh ikuti laman sosial seperti Instagram, Twitter dan \nFacebook JPJ Malaysia\n untuk mengetahui sebarang \nupdate\n terkini berkaitan proses beli no plat kenderaan. Anda juga boleh membuat semakan di laman web rasmi JPJ.\n\n\n5. Berapa lama tempoh bidaan no plat JPJ untuk satu-satu siri nombor kenderaan berlangsung?\n\nTempoh bidaan untuk satu siri nombor pendaftaran kenderaan biasanya berlangsung selama lima hari dan akan tamat pada jam 2359 malam hari kelima.\n\n\nWaktu bidaan mengambil kira tempoh bidaan yang berlangsung dan bukan waktu bayaran bidaan kepada pihak bank.\n\n\n\n\nPilih Insurans Kereta Terbaik untuk Perlindungan Masa Depan Anda\n\n\nSemoga perkongsian ini dapat membantu anda mengetahui cara beli no plat online dan mendapatkan \nnombor pendaftaran kenderaan terkini\n untuk kereta dan motor idaman anda. Selain itu, jika anda ingin mendapatkan \npolisi insurans kereta terbaik\n untuk kereta baharu anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nQoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n dengan jaminan harga insurans yang menarik, mampu milik dan berbaloi. Apa tunggu lagi, dapatkan polisi \ninsurans kereta\n yang sesuai dengan keperluan anda di Qoala hari ini!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/beli-rumah-pertama/", "title": "14 Kesilapan Beli Rumah, Tips Beli Rumah Pertama di Malaysia", "body": "\n\nAdakah anda sedang mencari rumah pertama namun tidak tahu macam mana nak beli rumah? Keputusan untuk beli rumah pertama tidak kira\n rumah \nsubsale\n atau rumah \nundercon\n, ia sememangnya satu keputusan yang besar dalam hidup. Malah, \nproses beli rumah\n amat menakutkan dan memeningkan lebih-lebih lagi jika tiada ilmu atau persediaan yang mencukupi. Artikel ini akan menerangkan tips beli rumah baru dari pemaju dan kesilapan-kesilapan biasa yang sering dilakukan oleh pembeli rumah pertama untuk membantu memudahkan proses pembelian rumah pertama anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n7 Tips Beli Rumah Pertama di Malaysia yang Anda Perlu Tahu\n1. Kemampuan Kewangan\n2. Beli Rumah Pertama yang Sesuai\n3. Peguam Hartanah\n4. Dokumen Jual Beli\n5. Pinjaman Perumahan atau Loan Rumah\n6. Pindah Milik Rumah\n7. Tempoh Tanggungan Kecacatan, Tuntutan Ganti Rugi\nBeli Rumah: 7 Kesilapan yang Sering Dilakukan Pembeli Rumah Pertama\n1. Rumah Pertama: Jenis Hartanah\n2. Komitmen Melebihi Kemampuan\n3. Mengambil Mudah Kos Pemilikan Rumah\n4. Beli Rumah Pertama: Skim Rumah Mampu Milik\n5. Kawasan Kejiranan, Rangkaian Internet dan Telefon\n6. Tidak Memahami Dokumen SPA\n7. Tidak Semak Skor Kredit\n\n\n7 Tips Beli Rumah Pertama di Malaysia yang Anda Perlu Tahu\n\n\nProses beli rumah tidaklah terlalu rumit jika dilakukan dengan cara yang betul. Sekiranya anda dalam perancangan membeli rumah pertama, berikut tujuh cara beli rumah pertama yang anda perlu ambil kira sebelum membeli rumah baru untuk rujukan dan panduan anda.\n\n\n1. Kemampuan Kewangan\n\n\nMungkin ramai dalam kalangan anda yang ingin beli rumah pertama tertanya-tanya berapakah gaji yang perlu untuk beli rumah atau adakah gaji RM1,500 boleh beli rumah? Secara amnya, anda boleh gunakan kalkulator di internet untuk menjawab soalan ini. Anda hanya perlu masukkan gaji serta komitmen bulanan dan tempoh pinjaman untuk mengetahui jumlah pinjaman yang sesuai dengan kemampuan anda.\n\n\nUntuk membeli rumah, pakar kewangan berpendapat \npinjaman perumahan\n atau ansuran bulanan anda tidak boleh melebihi satu pertiga (\u2153) daripada gaji kasar. Jika gaji anda ialah RM3,000 sebulan, anda tidak sepatutnya membayar lebih daripada RM900 untuk pinjaman rumah pertama.\n\n\n2. Beli Rumah Pertama yang Sesuai\n\n\nSetelah mengetahui jumlah pinjaman yang layak, anda boleh melakukan tinjauan dan mencari rumah yang sesuai dengan bajet anda. Anda boleh pilih jenis rumah yang sesuai dengan keperluan dan citarasa anda seperti kondominium, apartmen, rumah teres, semi-D, banglo dan sebagainya. Secara amnya, banyak perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih atau beli rumah pertama, antaranya:\n\n\n\n\nLokasi rumah;\n\n\nJumlah kaki persegi (kps);\n\n\nKemudahan lain yang ada seperti sekolah, pasaraya, masjid dan sebagainya.\n\n\n\n\nSekiranya anda sudah mengetahui jenis rumah yang anda mahukan, anda boleh minta bantuan ejen hartanah untuk membantu anda. Biasanya, ejen hartanah akan menasihati anda tentang perkara berkaitan pembelian rumah seperti nilai pasaran semasa, latar belakang dan rekod pemaju.\n\n\n3. Peguam Hartanah\n\n\nMelantik peguam yang sesuai sangat membantu terutamanya melibatkan proses pembelian rumah. Peguam hartanah boleh membantu anda memahami proses dan dokumen terlibat (termasuk \nistilah asing dalam perjanjian\n) dengan lebih baik dan memastikan anda tidak terlepas pandang perkara-perkara penting dalam perjanjian.\n\n\n\n\n4. Dokumen Jual Beli\n\n\nSelain itu, anda juga perlu memahami dokumen-dokumen berkaitan pembelian rumah antaranya \nLetter of Offer to Purchase\n (Surat Tawaran Pembelian). Apa itu \nLetter of Offer to Purchase\n? Ia merupakan dokumen rasmi yang menyatakan hasrat anda untuk membeli rumah tersebut. Biasanya, dokumen ini mengandungi maklumat-maklumat seperti:\n\n\n\n\nMaklumat pembeli dan penjual;\n\n\nJumlah yuran tempahan dan baki bayaran pendahuluan yang perlu dijelaskan termasuk tempoh penjelasan bayaran;\n\n\nTempoh untuk menandatangani \nPerjanjian Jual Beli\n atau \nSales and Purchase Agreement\n (SPA);\n\n\nTempoh bayaran balik pinjaman.\n\n\n\n\nSelain \nLetter of Offer to Purchase\n, kontrak Perjanjian Jual Beli (SPA) merupakan antara dokumen jual beli yang perlu diberi perhatian yang menyatakan terma dan syarat pembelian anda. Berikut merupakan maklumat yang biasa dinyatakan dalam SPA:\n\n\n\n\nMaklumat berkaitan rumah yang dibeli termasuk alamat, keluasan tanah atau unit dan sebagainya;\n\n\nJenis hak milik sama ada pegangan bebas (\nfreehold\n) atau pajakan (\nleasehold\n);\n\n\nMaklumat terperinci mengenai binaan rumah (bahan yang digunakan untuk pintu, tingkap, dinding atau lantai);\n\n\nJangkaan tarikh rumah dijangka siap.\n\n\n\n\n5. Pinjaman Perumahan atau\n Loan\n Rumah\n\n\nSecara amnya, pinjaman perumahan (pembiayaan perumahan) atau \nloan\n rumah\n merupakan perjanjian persetujuan antara anda dan pihak bank. Pembiayaan perumahan terbahagi kepada beberapa kategori, antaranya:\n\n\n\n\nPinjaman perumahan konvensional;\n\n\nPinjaman perumahan fleksi;\n\n\nPembiayaan perumahan Islamik.\n\n\n\n\nJumlah pinjaman, \nkadar faedah pinjaman perumahan\n dan tempoh pinjaman merupakan antara perkara penting yang perlu diberi perhatian. Selain itu, terma dan syarat setiap pakej pinjaman yang ditawarkan adalah berbeza bergantung pada bank \u2013 buat perbandingan sebelum memilih pinjaman yang sesuai untuk anda.\n\n\n6. Pindah Milik Rumah\n\n\nProses pindah milik rumah merupakan proses pertukaran milikan daripada penjual kepada pembeli. Ia sekali gus menandakan anda sebagai pemilik rumah yang sah. Berikut dokumen-dokumen berkaitan pindah milik rumah yang perlu anda tahu:\n\n\n\n\nNotis Pemilikan Kosong (\nVacant Possession\n) yang merujuk proses serahan rumah kosong dan apa-apa kelengkapan dan perabot lain yang disenaraikan dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) kepada pembeli rumah selepas transaksi pembelian rumah tersebut selesai;\n\n\nPerakuan Siap dan Pematuhan atau \nCertificate of Completion and Compliance\n (CCC) yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan menyatakan hartanah terbabit telah siap dan selamat untuk diduduki;\n\n\nMemorandum Permindahan atau \nMemorandum of Transfer\n (MOT) yang merujuk pada dokumen yang ditandatangani oleh pembeli untuk pindah hak milik daripada penjual.\n\n\n\n\n7. Tempoh Tanggungan Kecacatan, Tuntutan Ganti Rugi\n\n\nTempoh Tanggungan Kecacatan atau \nDefects Liability Period\n (DLP) merujuk pada tempoh jaminan daripada pemaju untuk membaiki sebarang kecacatan yang dikenal pasti selepas sesuatu kerja diperakukan siap.\n\n\nSemua perbelanjaan untuk membaik pulih kecacatan ini hendaklah ditanggung oleh pemaju dan tiada sebarang kos tambahan dikenakan. Biasanya, tempoh tanggungan kecacatan bermula daripada tarikh serahan milikan kosong atau tarikh anda menerima kunci sehingga 24 bulan daripada tarikh tersebut.\n\n\nSelain DLP, turut terdapat Tuntutan Ganti Rugi (LAD) sekiranya pemaju lewat menyerahkan milikan kosong hartanah. Secara asasnya, tuntutan LAD boleh dibuat jika pemaju lambat menyiapkan pembinaan seperti yang dipersetujui berdasarkan klausa dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) anda.\n\n\n\n\nBeli Rumah: 7 Kesilapan yang Sering Dilakukan Pembeli Rumah Pertama\n\n\nSemua orang semestinya mempunyai impian untuk memiliki rumah seawal mungkin. Namun begitu, jika dilakukan secara tergesa-gesa ia mungkin boleh memberi kesan kepada kewangan anda. Berikut tujuh kesilapan biasa yang sering dilakukan oleh pembeli semasa beli rumah pertama:\n\n\n1. Rumah Pertama: Jenis Hartanah\n\n\nAntara kesilapan biasa dilakukan oleh pembeli rumah pertama ialah tidak membuat kajian tentang jenis hartanah yang ingin dibeli. Secara amnya, anda perlu mengenal pasti jenis rumah, \npinjaman bank\n serta kadar faedah yang ditawarkan.\n\n\nJika anda membeli rumah seperti apartmen atau kondominium, anda perlu bersiap sedia dengan kos \ninsurans rumah\n dan kos selenggara kemudahan dan bangunan (\nhak milik strata\n). Selain itu, anda juga disarankan untuk menyelidik rekod pemaju hartanah untuk mengelakkan rumah anda menjadi projek terbengkalai.\n\n\n2. Komitmen Melebihi Kemampuan\n\n\nRamai dalam kalangan pembeli rumah pertama membuat keputusan beli rumah tanpa mengambil kira komitmen sedia ada. Sekiranya anda mempunyai nisbah khidmat hutang atau \nDebt Service Ratio\n (DSR) yang tinggi, anda mungkin akan berdepan masalah sekiranya ingin membuat pinjaman atau \nloan\n bank.\n\n\nKenal pasti bajet serta kemampuan anda untuk membayar balik pinjaman serta kos-kos pemilikan rumah lain yang perlu ditanggung. Beli rumah yang sesuai dengan bajet, pendapatan dan komitmen kewangan anda.\n\n\n3. Mengambil Mudah Kos Pemilikan Rumah\n\n\nSekiranya anda merancang untuk \nbeli rumah \nsecond hand\n, anda perlu sedar bahawa anda bukan sahaja perlu menjelaskan bayaran \ndownpaymen\nt semata-mata tetapi anda juga mungkin terikat dengan proses dan \nkos beli rumah \nsubsale\n tertentu seperti yuran guaman, duti setem dan sebagainya. Oleh sebab itu, penting untuk anda mempunyai ilmu dan maklumat hartanah yang mencukupi untuk mengurangkan impak terhadap kewangan anda.\n\n\n\n\n4. Beli Rumah Pertama: Skim Rumah Mampu Milik\n\n\nBeli rumah pertama bukanlah bermaksud anda perlu bermula dengan banglo yang dilengkapi perabot moden dan mahal. Tiada masalah untuk membeli rumah kecil sebagai rumah pertama kerana harga rumah akan semakin meningkat saban tahun.\n\n\nJika anda ingin mendapatkan rumah pada harga mampu milik, anda mungkin boleh mempertimbangkan skim perumahan yang disediakan oleh kerajaan. Biasanya, banyak insentif perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat memiliki rumah pertama antaranya Rumah Mampu Milik Johor, Rumah Mampu Milik Terengganu, Rumah Mampu Milik Selangor dan sebagainya.\n\n\n5. Kawasan Kejiranan, Rangkaian Internet dan Telefon\n\n\nAntara perkara yang sering diabaikan oleh pembeli semasa beli rumah pertama ialah mereka mengambil mudah faktor-faktor lain seperti lokasi kawasan perumahan yang ingin dibeli. Jika boleh, luangkan masa meninjau kawasan kejiranan terutamanya pada waktu malam dan kenal pasti sama ada terdapat kemudahan asas seperti sekolah, LRT, masjid dan sebagainya.\n\n\nIa bagi memastikan kawasan kejiranan ini selamat dan selesa untuk didiami. Selain itu, periksa juga rangkaian liputan telefon dan internet di kawasan tersebut untuk mengelakkan anda sakit hati jika kawasan perumahan anda tiada rangkaian telekomunikasi yang stabil.\n\n\n6. Tidak Memahami Dokumen SPA\n\n\nFahami terma dan syarat \nperjanjian perumahan\n yang terkandung dalam dokumen pembelian rumah. Rujuk peguam yang anda lantik sekiranya anda berdepan sebarang kemusykilan. Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan sebarang pertikaian atau masalah (jika ada) di kemudian hari.\n\n\n7. Tidak Semak Skor Kredit\n\n\nLaporan dan skor kredit merupakan salah satu bahagian terpenting yang perlu diberi perhatian sebelum anda buat sebarang pinjaman perumahan. Oleh itu, anda perlu pastikan status kredit berada dalam keadaan baik. \nLaporan CCRIS\n membolehkan pihak bank mengakses maklumat untuk mengetahui kemampuan peminjam membayar balik pinjaman baharu atau mengenal pasti sejarah pembayaran pinjaman sebelum ini.\n\n\nSemoga perkongsian tips hartanah atau tips beli rumah ini boleh membantu memudahkan urusan pembelian rumah pertama anda. Selain itu, anda juga boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut berkaitan \ninsurans rumah\n. Qoala merupakan platform \nbeli insurans\n yang mudah, telus dan pantas dengan tawaran harga yang kompetitif dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/brek-kereta-berbunyi/", "title": "Brek Kereta Berbunyi? Ini 6 Perkara Penting Anda Perlu Tahu", "body": "\n\nBrek kereta berbunyi pelik setiap kali anda menekan brek? Perkara ini tidak boleh diabaikan. Brek kereta adalah elemen yang amat penting dan perlu diberi perhatian dalam memastikan pemanduan yang selamat dan selesa bagi pemandu dan juga penumpang kereta yang lain. Brek yang tidak makan dan bermasalah sering menjadi punca \nkemalangan jalan raya\n yang boleh meragut nyawa.\u00a0\n\n\nBrek kereta berbunyi adalah sesuatu yang tidak normal. Sebagai seorang pemandu, kita dinasihatkan untuk tidak lalai dan mengambil mudah tentang tanda-tanda brek kereta yang perlu ditukar. Ini kerana peranan utama brek adalah untuk memberhentikan kereta yang sedang bergerak terutama sekali apabila berlaku kecemasan yang tidak diduga.\u00a0\n\n\nSelain berfungsi untuk memberhentikan kereta yang sedang bergerak, brek juga berfungsi untuk memperlahkan kereta semasa menuruni bukit untuk tujuan keselamatan dan mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak dijangka seperti melanggar belakang kenderaan depan atau pun terbabas terjun ke dalam gaung.\u00a0\n\n\nUntuk pengetahuan anda, ada dua jenis brek yang digunapakai dalam kereta. Iaitu brek dram dan juga brek cakera.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n1. Brek Dram VS Brek Cakera\nBrek Dram\u00a0\nBrek Cakera\n2. Ketahanan Pad Brek Kereta\nLokasi Pemanduan\nBilangan Penumpang dan Jarak Perjalanan\nJenis Pad Brek yang Digunakan\n3. Tanda-tanda Brek Kereta Perlu Ditukar\nLampu Indikator Menyala\nBunyi Besi Bergesel\nBerlaku Retak\nBrek Sumbing\nPad Brek Haus\nKetebalan Tidak Sekata\nKarat pada Brek Cakera\nTahap Kecekapan Brek\n4. Cara Pemeriksaan Pad Brek\nHantar Ke Pusat Servis\nLakukan Pemeriksaan Sendiri\n5. Punca Brek Kereta Berbunyi, Kurang Cengkaman\nMinyak Brek\nBrek Booster\nKurang Servis\n6. Kesan Apabila Brek Tidak Ditukar\nKomponen Lain Rosak\nKemalangan\n\n\n1. Brek Dram VS Brek Cakera\n\n\nKedua-dua brek, brek dram dan brek cakera ini mempunyai kekurangan dan kelebihan yang tersendiri.\u00a0\n\n\nBrek Dram\u00a0\n\n\nBrek dram mempunyai permukaan yang lebar. Lazimnya, ia digunapakai pada kenderaan yang lebih besar dan berat seperti bas dan juga lori. Peranan permukaannya yang lebar dan luas ini untuk menimbulkan geseran yang lebih kuat yang mampu memberhentikan kelajuan roda kenderaan yang besar.\n\n\nBrek Cakera\n\n\nBrek cakera atau juga dikenali sebagai disc brake pula sering digunakan pada kenderaan yang lebih kecil seperti kereta dan motosikal. Kecil-kecil cili padi. Walaupun brek cakera pada kereta dan motosikal ini mempunyai permukaan yang lebih kecil, pad brek adalah lebih tebal sehingga mampu menghasilkan geseran yang kuat dan juga mampu memberhentikan kereta yang sedang laju bergerak.\u00a0\n\n\n2. Ketahanan Pad Brek Kereta\n\n\nBrek kereta berbunyi juga berpunca daripada ketahanan pad brek kereta itu sendiri. Lazimnya, jangka masa ketahanan sesebuah pad brek kereta tidak dapat ditetapkan kerana ianya bergantung kepada cara ia dipandu, di mana kereta tersebut dipandu dan berapa kerap kereta itu dipandu. \n\n\nSecara purata, ketahanan sesebuah pad brek kereta adalah sehingga 80, 000 kilometer. Namun, ia mungkin boleh bertahan lama. Ini antara faktor-faktor yang mempengaruhi ketahanan pad brek kereta anda:\n\n\n\n\nLokasi Pemanduan\n\n\nBrek akan menjadi lebih tahan lama jika pemanduan yang lancar tanpa sebarang gangguan. Sebagai contoh, sekiranya anda kerap memandu di lebuh raya yang lancar perjalanannya, anda akan mendapati pad brek kereta anda dapat bertahan lebih lama. Namun, apabila anda sering memandu kereta di jalanraya yang sibuk dengan trafik yang banyak, pad brek kereta anda akan cepat haus.\n\n\nIni kerana apabila anda sering memandu di jalanraya yang sesak, anda akan banyak menggunakan brek untuk memberhentikan kereta. Seperti berhenti di lampu isyarat, simpang atau pun pada bulatan. Ianya berbeza dengan pemanduan di lebuh raya yang tidak mempunyai lampu isyarat, simpang atau bulatan.\u00a0\n\n\nBilangan Penumpang dan Jarak Perjalanan\n\n\nSemakin berat kereta anda dengan penumpang, semakin tipislah ketahanan brek kereta anda dan ia juga dapat mengakibatkan brek kereta berbunyi pelik. Ini kerana, jumlah penumpang dalam kereta mempengaruhi berat sesebuah kereta. Ia juga berkaitan dengan jarak perjalanan yang anda pandu. Dengan jumlah penumpang yang ramai dan jarak pemanduan yang jauh, ia akan menggunakan brek dengan banyak dan semestinya brek kereta akan menjadi haus dengan lebih cepat.\u00a0\n\n\nJenis Pad Brek yang Digunakan\n\n\nJenis pad brek yang anda gunakan juga mempengaruhi ketahanannya.\n\n\n\n\nPad organik biasanya murah tetapi tidak tahan lama.\n\n\nPad low metallic boleh mengeluarkan bunyi bising tetapi tahan lebih lama berbanding pad organik.\n\n\nPad semi-metallic mempunyai ketahanan yang tinggi tapi masih haus dalam jangka masa tertentu.\n\n\nPad seramik tahan lebih lama dan paling kurang haus tetapi ia biasanya lebih mahal berbanding dengan pad lain.\n\n\n\n\nPad brek depan biasanya akan haus terlebih dulu kerana bebanan yang lebih berat berada di hadapan.\n\n\n3. Tanda-tanda Brek Kereta Perlu Ditukar\n\n\nBila brek kereta berbunyi, sudah tentu ia mengeluarkan tanda-tanda brek kereta tersebut perlu ditukar. Sistem brek pada sesebuah kereta perlu diselenggara secara konsisten untuk memastikan pemanduan anda selamat. Menyelenggara brek kereta bukan saja menjadi tanggungjawab mekanik, tapi ia menjadi tanggungjawab anda sebagai empunya dan pemandu kereta tersebut. Apakah indikator atau tanda-tanda brek perlu ditukar? Ketahuinya dibawah:\n\n\nLampu Indikator Menyala\n\n\nApabila lampu indikator menyala, ia adalah tanda paling mudah.\u00a0 Sesetengah kenderaan dilengkapkan dengan lampu amaran pada panel meter yang menunjukkan pad brek perlu diganti. Namun di Malaysia, tidak semua kereta ada simbol amaran ini kecuali kereta berstatus premium dan mewah.\n\n\nBunyi Besi Bergesel\n\n\nApabila kereta anda mengeluarkan bunyi seperti besi bergesel, ia adalah salah satu tanda yang memerlukan anda untuk menukar brek. Brek kereta berbunyi juga merupakan satu indikator yang menunjukkan pad brek tersebut sudah haus. Sekiranya anda mengabaikan bunyi ini, ia akan mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk seperti kaliper brek dan cakera ang rosak. Ia sekaligus menjejaskan seluruh sistem brek dalam kereta menjadi rosak. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan bunyi-bunyi pelik yang dihasilkan kenderaan anda.\u00a0\n\n\nBerlaku Retak\n\n\nTanda-tanda brek yang perlu ditukar adalah apabila berlaku pada retak kepada pad brek cakera kereta anda. Untuk pengetahuan, sistem brek dalam kereta akan menempuhi dan melalui proses kitaran haba. Apabila pemandu memijak pedal brek, geseran yang berlaku untuk memberhentikan kereta akan menghasilkan haba. Untuk merendahkan suhu haba yang panas, brek cakera akan berventilasi secara sendiri sebelum anda menggunakan brek tersebut semula untuk berhenti. Kitaran yang kerap berlaku ini akan menambahkan tekanan dan meletihkan logam pada brek cakera sekali gus menyebabkan ianya retak.\n\n\nSituasi ini boleh menjadi teruk sekiranya brek cakera anda menjadi terlalu panas dan kembali sejuk dengan terlalu cepat. Situasi ini boleh berlaku sekiranya kereta dipandu di atas jalan raya yang banjir atau pun mencuci kereta sebaik sahaja pemanduan. Pengembangan dan pengecutan logam yang cepat disebabkan oleh perubahan suhu secara tiba-tiba akan menyebabkannya retak. Apabila retakan dapat dilihat, sudah tiba masanya untuk mengganti cakera brek.\n\n\nBrek Sumbing\n\n\nApabila berlaku sumbing pada brek cakera, ia juga menandakan kereta anda memerlukan brek yang baru. Sumbing yang berlaku ini boleh disebabkan oleh perlanggaran atau pun serpihan jalan raya ke ruang roda. Perkara ini jarang berlaku namun ianya tidak mustahil untuk berlaku. Ia turut boleh disebabkan oleh retakan yang kemungkinan berlaku sebelum ini dan diabaikan.\u00a0\n\n\nBrek cakera yang sumbing ini turut mampu untuk mengakibatkan kehausan pad brek prematang, atau situasi terburuk, kegagalan sistem brek pada kereta itu sendiri.\u00a0\n\n\nPad Brek Haus\n\n\nBrek cakera yang semakin menipis dan haus, ia perlu diganti. Manual servis kereta harus mempunyai maklumat mengenai ketebalan minimum cakera brek atau ada ukiran pada cakera itu sendiri. Sekiranya brek cakera tersebut mempunyai bibir yang kelihatan di tepi di mana ia menyentuh pad, anda boleh lihat dengan jelas bagaimana pad brek telah memakan permukaan cakera itu sendiri.\n\n\nKetebalan Tidak Sekata\n\n\nSelalunya anda boleh rasa keadaan sebegini sebab kadang-kadang ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar mahupun diukur. Sekiranya pad brek menempel pada permukaan cakera yang tidak rata, anda boleh rasakan getaran di stereng, pedal brek, atau keduanya.\n\n\nGetaran brek dan bunyi bising yang dihasilkannya adalah lebih jelas ketika anda brek pada kelajuan yang lebih tinggi, macam cakera brek yang sudah bengkok. Endapan bahan pad brek yang tidak rata pada permukaan rotor akan mendorong pembentukan \u2018cementite\u2019, produk sampingan bahan pad dan logam pemutar yang terikat bersama oleh haba.\n\n\nAnda boleh saja \u2018skim\u2019 cakera brek anda untuk menjimatkan kos, tetapi selalunya harga cakera brek baru pun tidaklah mahal sangat. Pad brek baru yang tidak melalui proses \u2018running-in\u2019 yang betul akan menyebabkan masalah ini juga.\n\n\nKarat pada Brek Cakera\n\n\nSecara umumnya, karat yang berlaku pada permukaan brek cakera adalah perkara yang biasa. Ini kerana brek dioksidakan oleh udara yang lembab. Walau bagaimanapun, sekiranya penghasilan dan pembentukan karat terhasil dengan ketara pada pemisahan serpihan, ia boleh mendatangkan bahaya. Ini kerana karat yang terhasil itu boleh memperluaskan pembentukannya sekali gus menjejaskan integriti struktur bahan pada brek cakera itu sendiri.\u00a0\n\n\nTahap Kecekapan Brek\n\n\nSelain brek kereta berbunyi menjadi salah satu tanda yang anda wajib untuk menukarkannya, anda juga boleh mengetahui apabila anda mula sedari brek kereta anda tidak lagi memberi kesan yang optimum dan memerlukan anda menekan pedal yang lebih kuat untuk memberhentikan kereta. Brek tak makan lah orang kata. Ia berkemungkinan besar brek cakera kereta anda tidak mampu untuk memberikan daya tahan yang cukup untuk memberhentikan tenaga kinetik pada roda yang berputar. Ia telah menjadi terlalu lembut sehingga pad brek (walaupun baru sekalipun) tidak dapat melekap padanya dengan betul.\n\n\n4. Cara Pemeriksaan Pad Brek\n\n\nApabila brek kereta berbunyi, sudah tentu kita akan berasa risau bukan? Khuatir jika pemanduan anda tidak selamat dengan brek yang \u2018tak makan\u2019. Cara untuk mengelakkan brek kereta berbunyi atau tanda-tanda kerosakan yang lain adalah untuk melakukan pemeriksaan brek dengan kerap.\n\n\nAda dua cara untuk anda melakukan pemeriksaan pad brek:\n\n\n\n\nHantar Ke Pusat Servis\n\n\nUntuk anda yang tidak mahir dengan \ncara memeriksa pad brek kereta, anda boleh ke mana-mana pusat servis kereta dan serahkan pada mekanik untuk membuat pemeriksaan. Anda boleh menghantar kereta anda ke pusat servis pada setiap tiga atau enam bulan sekali untuk mengenalpasti ketebalan pad brek.\u00a0\nPusat servis sebenarnya wajib mengukur ketebalan pad brek setiap kali kereta diservis.\u00a0\n\n\nLakukan Pemeriksaan Sendiri\n\n\nSebenarnya, anda boleh melakukan pemeriksaan pad brek dengan sendiri tanpa perlu menghantar ke pusat servis. Mudah saja caranya. Pertama sekali, anda perlu tahu yang setiap pad brek mempunyai penanda logam yang akan menghasilkan bunyi ketika menekan brek. Apabila anda menekan dan brek kereta berbunyi bising seperti sedang berlaga, itu petanda awal pad brek sudah nipis dan haus. Anda dinasihatkan untuk tidak mengabaikan situasi ini kerana tahap kesihatan pad brek anda ini sebenarnya sudah teruk dan perlu ditukar.\u00a0\n\n\nLampu indikator sistem brek juga akan menyala jika pad brek menipis. Cara lain, jika kereta sudah dipandu lebih setahun, atau dipandu lebih 20,000km, pad brek mungkin masih dalam kondisi baik tetapi tahap ketebalan perlu dipantau. Jika sudah haus, bawalah ke bengkel untuk ditukar.\n\n\n5. Punca Brek Kereta Berbunyi, Kurang Cengkaman\n\n\nBrek yang baik adalah brek yang memberikan cengkaman yang optimum. Brek yang memberi cengkaman yang optimum ini penting bagi mengelakkan kejadian-kejadian seperti kemalangan. Apabila brek kurang cengkaman, inilah punca-puncanya:\n\n\nMinyak Brek\n\n\nAntara punca utama brek kurang beroperasi secara baik adalah kerana kurangnya aktiviti penyelenggaraan. Sekiranya anda menekan pedal brek dan kereta masih berjalan, anda perlu memeriksa bahagian minyak brek. Ini kerana minyak brek yang mampat disebabkan kotoran enjin boleh menyebabkan brek tidak mendapat minyak yang keluar daripada punat yang tersumbat.\u00a0\n\n\nBrek Booster\n\n\nAntara punca lain yang menyebabkan brek kurang memberikan cengkaman adalah brek booster. Ia akan menyebabkan anda terasa sukar untuk memijak brek kerana pedal brek akan menjadi keras dan biasanya akan berlaku gejala bocor pada komponen brek kereta itu sendiri. Oleh itu, anda disarankan untuk memeriksa bahagian booster dan membersihkan bahagian brek tersebut.\u00a0\n\n\nKurang Servis\n\n\nBrek pad akan menjadi nipis, haus dan tidak dapat menghasilkan cengkaman kerana kurangnya servis. Servis yang mengikut jadual adalah kunci utama untuk komponen-komponen dalam kereta bukan sahaja brek, dapat bekerja dengan baik.\n\n\n6. Kesan Apabila Brek Tidak Ditukar\n\n\nSeperti yang kita cakap tadi, brek kereta berbunyi atau mengeluarkan tanda-tanda yang luar biasa dapat memberi kesan buruk pada pemanduan kita. Ini antara kesannya:\n\n\nKomponen Lain Rosak\n\n\nFungsi pad brek selain memaksimumkan fungsi menghentikan kenderaan adalah mengelak geseran langsung antara permukaan brek dan roda. Geseran dua komponen daripada besi itu akan menyebabkan kesan seperti bunyi berdecit dan bau seakan terbakar pada bahagian belakang enjin.\n\n\nLebih parah, brek dan roda boleh haus dan berubah bentuk. Jadi, apa perlu dilakukan adalah menukar pad brek atau brek baharu. Sila jangan abaikan komponen penting ini kerana kesan yang bakal anda tanggung sangat besar. Selain menyebabkan kerugian secara material, anda juga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.\n\n\nKemalangan\n\n\nApabila pad brek sudah habis maka fungsi brek sudah tidak cekap. Akibatnya adalah risiko kecelakaan jalan raya. Sudah tentu semua pemandu tidak mahu perkara sebegitu berlaku. Mujur apabila berlakunya kemalangan ini, kerugiannya boleh diminimakan dengan perlindungan \ninsurans kereta terbaik\n. Jika tidak, poket anda pula yang haus akibat perlu mengeluarkan banyak \nduit\n untuk kos penyelenggaraan.\u00a0\n\n\nSekarang, anda sudah tahu serba serbi mengenai brek, anda perlu sentiasa peka dengan aktiviti-aktiviti dan bunyi-bunyi yang luar biasa daripada kereta anda. Sekiranya anda dapat mengesan masalah ini dengan lebih cepat, tidak lah perlu anda untuk mengeluarkan duit yang banyak untuk kos membaiki. Ia juga dapat menyelamatkan nyawa anda dan penumpang-penumpang kereta yang lain. \nSampai disini sahaja perkongsian Qoala hari ini. Semoga bermanfaat!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/cara-beli-rumah-lelong/", "title": "10 Cara Beli Rumah Lelong Terus yang Ramai Tak Tahu", "body": "\n\nTrend beli rumah lelong semakin mendapat tempat dalam kalangan pembeli rumah. Meskipun begitu, tidak kurang juga ramai yang mempunyai persepsi bahawa hartanah lelong kurang bernilai berbanding rumah baharu atau \nhartanah sekunder\n, sebab itu rumah lelong dijual pada harga murah. Oleh sebab itu, penting untuk anda mengetahui beberapa perkara berkaitan hartanah lelong sebelum anda buat keputusan untuk beli rumah lelong antaranya jenis lelongan, cara beli rumah lelong, kelebihan dan kekurangan hartanah lelong dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n3 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Ambil Keputusan Beli Rumah Lelong\n1. Jenis Rumah Lelong di Malaysia\n2. Kaedah Beli Rumah Lelong\n3. Kelebihan & Kekurangan Pembelian Rumah di Pasaran Lelong\n10 Cara Mudah Beli Rumah Lelong Pertama Anda\nSebelum Beli Rumah Lelong\nSemasa Beli Rumah Lelong\nSelepas Beli Rumah Lelong\n\n\n3 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Ambil Keputusan Beli Rumah Lelong\n\n\nRumah lelong secara amnya merujuk pada rumah yang dijual oleh pihak bank atau pihak ketiga yang mempunyai lesen untuk lelong rumah secara lelong. Banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli rumah lelong. Anda memerlukan ilmu yang betul dan cukup sebelum membuat keputusan membeli hartanah sebegini. Jom baca panduan lengkap cara beli rumah lelong ini untuk rujukan anda.\n\n\n1. Jenis Rumah Lelong di Malaysia\n\n\nSecara asasnya, rumah lelong merupakan satu mekanisme yang digunakan untuk memindahkan hak milik daripada satu pihak kepada pihak yang lain secara sah. Banyak sebab yang menyebabkan rumah dilelong, antaranya pemilik asal gagal membayar ansuran rumah dan baki tunggakan sehingga akhirnya terpaksa melepaskan pemilikan rumah atas arahan bank. Sebelum anda mengetahui proses beli rumah lelong, penting untuk anda mengetahui jenis rumah lelong di Malaysia. Rumah lelong terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:\n\n\nLelongan Perjanjian Pinjaman dan Serah Hak/Loan Agreement Cum Assignment (LACA)\n\n\nSecara asanya, ia dilakukan oleh pihak bank ke atas hartanah yang tidak mempunyai hak milik individu atau strata. Jumlah deposit yang perlu dibayar kepada pihak yang melelong biasanya lima peratus daripada harga hartanah. Jika proses lelongan tidak berjaya, lelongan berikutnya akan dilakukan dengan harga rizab untuk setiap lelongan akan berkurangan 10 peratus daripada harga sebelumnya. Manakala, baki bayaran perlu diselesaikan dalam tempoh 90 hari selepas bidaan berjaya.\n\n\nLelongan Perjanjian Bukan Pinjaman dan Serah Hak/Non-Loan Agreement Cum Assignment (Non-LACA)\n\n\nProses lelongan ini dijalankan melalui Mahkamah Tinggi untuk hartanah yang mempunyai hak milik individu atau strata. Jika tiada pembida yang berjaya, proses lelongan berikutnya akan diadakan kira-kira enam bulan kemudian. Sama seperti lelongan LACA, harga rizab akan berkurangan 10 peratus daripada harga sebelumnya bagi setiap lelongan berikutnya. Berbeza dengan lelongan LACA, baki bayaran boleh diselesaikan dalam tempoh 120 hari selepas pembelian.\n\n\n2. Kaedah Beli Rumah Lelong\n\n\nBagi anda yang ingin \nbeli rumah pertama\n atau rumah idaman melalui pasaran lelong, anda boleh mempertimbangkan dua kaedah beli rumah lelong seperti berikut:\n\n\nProses Beli Rumah Lelong Fizikal\n\n\nAnda perlu mendaftarkan maklumat peribadi dan menghantar deposit kepada pihak yang melelong. Anda mempunyai beberapa cara untuk menghantar deposit iaitu sama ada melalui pindahan bank (\nbank transfer\n) atau melalui draf bank. Sekiranya anda memilih untuk membuat pembayaran deposit melalui draf bank, anda perlu menyerahkannya kepada pihak yang melelong dengan segera mengikut tempoh yang ditentukan.\n\n\nBagi proses lelongan fizikal, anda boleh mewakilkan ejen lelong atau menghadiri sendiri sesi \nbid\n rumah lelong tersebut. Meskipun begitu, anda disarankan untuk mengunjungi beberapa acara lelongan hartanah terlebih dahulu sebelum bida kediaman idaman anda. Cara ini membolehkan anda kenal pasti bidaan hartanah yang berjaya yang sepadan dengan kawasan, bajet dan spesifikasi rumah yang anda idamkan. Bandingkan harga lelong yang berjaya ini dengan platform jual beli rumah dalam talian yang ada.\n\n\nCara Beli Rumah Lelong Online\n\n\nSelain secara fizikal, proses beli rumah lelong juga boleh dilakukan secara online. Secara asasnya, terdapat beberapa laman web dan syarikat yang menawarkan khidmat lelongan secara online seperti \ne-Lelong\n dan sebagainya. Untuk beli rumah lelong melalui e-Lelong, anda perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu sebelum anda dibenarkan untuk melihat penyenaraian hartanah. Anda juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat penting berkaitan hartanah yang ingin dibina seperti harga rizab, lokasi, jenis hartanah, tempoh pegangan hartanah, kawasan binaan atau saiz tanah.\n\n\n3. Kelebihan & Kekurangan Pembelian Rumah di Pasaran Lelong\n\n\nSebelum membuat sebarang pembelian, anda disarankan untuk kenal pasti sebarang kelebihan dan kekurangan beli rumah dalam pasaran lelong. Berikut senarai kelebihan dan kekurangan rumah lelong untuk panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelebihan Rumah Lelong\n\n\nKekurangan Rumah Lelong\n\n\n\n\n\n\nHarga pasaran rumah lelong lebih rendah daripada \nrumah \nsubsale\n\n\nProses lelongan boleh dibatalkan (unit\n called off\n) pada bila-bila masa meskipun pada hari lelongan kerana pemilik telah membayar baki tunggakan\n\n\n\n\n\n\nTiada sekatan pembelian rumah\n\n\nHarga rumah dilelong melebihi harga pasaran terutama jika tidak membuat sebarang kajian harga pasaran\n\n\n\n\n\n\nPelbagai pilihan lokasi yang menarik\n\n\nPinjaman perumahan\n berpotensi tidak diluluskan\n\n\n\n\n\n\nHarga rumah boleh dipilih berdasarkan kesesuaian bajet\n\n\nKerosakan unit rumah yang serius atau tunggakan bil utiliti oleh pemilik lama yang tinggi perlu ditanggung oleh anda\n\n\n\n\n\n\nPulangan sewa yang lebih tinggi berbanding rumah \nsubsale\n\n\nPemilik lama enggan keluar dari rumah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n10 Cara Mudah Beli Rumah Lelong Pertama Anda\n\n\nSecara asasnya, proses beli rumah bergantung pada jenis pasaran rumah yang ingin dibeli. Ini bermaksud, proses beli rumah lelong tidak sama dengan proses beli rumah \nsubsale\n atau rumah baru. Macam mana cara nak beli rumah lelong? Berikut 10 prosedur beli rumah lelong mudah yang perlu anda tahu untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\nSebelum Beli Rumah Lelong\n\n\nJika anda berminat untuk beli rumah lelong, berikut merupakan antara langkah-langkah yang perlu anda tahu sebelum beli rumah lelong:\n\n\n1. Tentukan Bajet\n\n\nProses beli rumah lelong memerlukan anda untuk membayar duit muka atau deposit rumah sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga rumah. Namun begitu, anda juga perlu mempertimbangkan kos-kos beli rumah lain seperti yuran guaman, laporan penilaian, \nkos \nrenovate\n atau baik pulih dan sebagainya.\n\n\nBagi kos baik pulih, ia biasanya bergantung pada keadaan semasa rumah lelong tersebut. Ada sesetengah rumah lelong hanya perlu dicat semula atau memerlukan pendawaian elektrik dibuat semula. Jika bernasib baik, anda berkemungkinan dapat memiliki rumah lelong tanpa perlu dibaik pulih. Oleh sebab itu, penting untuk anda menentukan bajet rumah dan pilih jenis rumah yang bersesuaian dengan tunai yang ada di tangan.\n\n\n2. Semak Kelayakan Pinjaman\n\n\nJika anda ingin beli rumah lelong secara tunai, kelayakan pinjaman mungkin tidak menjadi masalah bagi anda. Namun sekiranya anda perlu memohon pinjaman bank untuk pembiayaan rumah anda, anda disarankan untuk semak kelayakan pinjaman perumahan anda terlebih dahulu bagi mengelakkan anda kehilangan wang deposit. Anda boleh semak kelayakan kredit anda di mana-mana bank yang menawarkan\n l\noan\n rumah bagi mengetahui jumlah pembiayaan yang layak. Bawa slip gaji dan dokumen berkaitan dan tanyakan jumlah yang layak dipinjam berdasarkan komitmen semasa.\n\n\nSelain itu, pastikan anda tidak disenarai hitam dan \nrekod CCRIS\n, CTOS anda berada dalam keadaan baik. Jika anda membuat keputusan tergesa-gesa dan tidak menyemak kelayakan pinjaman terlebih dahulu, anda boleh kerugian deposit yang telah dibayar begitu sahaja kerana baki bayaran perlu dijelaskan dalam tempoh 90 atau 120 hari dari tarikh lelongan. Deposit anda tidak akan dipulangkan sekiranya pinjaman tidak diluluskan bank meskipun anda telah memenangi lelongan.\n\n\n3. Cari Maklumat Rumah Lelong, Kenal Pasti Lokasi\n\n\nTidak kira rumah lelong dibeli untuk kediaman sendiri atau sebagai pelaburan, anda disarankan untuk lakukan survei berkaitan rumah yang ingin dibida. Anda boleh dapatkan maklumat rumah yang dilelong melalui platform dalam talian atau melalui iklan akhbar. Selain itu, pertimbangkan aspek pemilihan lokasi sebelum beli rumah lelong yang sesuai. Kenal pasti sama ada terdapat kemudahan-kemudahan asas seperti sekolah, pengangkutan awam, aspek keselamatan dan sebagainya. Kemudian, bandingkan aspek-aspek ini dengan matlamat sebenar pemilikan hartanah tersebut.\n\n\nSebagai contoh, jika anda ingin menjadikan rumah lelong yang dibeli sebagai kediaman sendiri, lokasi kediaman yang dekat dengan tempat kerja dan fasiliti asas seperti masjid, pasaraya dan sebagainya boleh menjadi faktor utama dalam membuat keputusan. Jika rumah ini mahu dijadikan \npelaburan\n pula, banyak aspek lain yang perlu diambil kira seperti lokasi rumah berdekatan institusi pendidikan, kilang atau dilengkapi kemudahan pengangkutan awam seperti MRT, LRT dan sebagainya.\n\n\n4. Buat Semakan Harga Pasaran\n\n\nBagi memastikan anda tidak membuat sebarang pembelian yang merugikan atau membeli rumah melebihi bajet yang ditetapkan, lakukan semakan harga pasaran terlebih dahulu. Anda boleh membuat semakan harga pasaran melalui platform jual beli hartanah secara dalam talian bagi mendapatkan gambaran harga terkini hartanah. Nilai pasaran rumah lelong biasanya 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran rumah baharu bergantung pada lokasi.\n\n\nBuat pengiraan dengan teliti, dan tetapkan harga maksimum bidaan anda. Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan diri anda daripada membida harga rumah lelong terlalu tinggi atau lebih mahal daripada harga pasaran yang boleh merugikan anda. Ada juga rumah lelong yang ditawarkan penurunan harga sehingga 50 peratus.\n\n\nJika anda berminat dengan hartanah ini, anda disarankan untuk memeriksa keadaan fizikal rumah terlebih dahulu. Biasanya, rumah lelong yang dijual terlalu murah mengalami kerosakan serius yang memerlukan anda untuk mengeluarkan belanja tambahan lain untuk baiki kerosakan rumah tersebut.\n\n\n5. Lakukan \nSite Visit\n\n\nHartanah lelong biasanya dijual \u2018\nas it is\n\u2019. Ini bermaksud, anda akan mendapat rumah yang sama seperti keadaan rumah yang anda lihat semasa survei. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk melihat dahulu rumah yang anda ingin dibeli sebelum membuat bidaan. Lawatan ke lokasi penting bagi membolehkan anda menilai sendiri kerosakan dan keadaan semasa rumah. Sebarang kerosakan pada rumah tersebut perlu ditanggung oleh anda sendiri dan anda tidak boleh membuat sebarang tuntutan kerosakan. Oleh sebab itu, jangan buat keputusan tanpa berfikir panjang dan terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan.\n\n\nSelain itu, minta salinan \nProclamation of Sale\n (POS) dan \nCondition of Sale\n (COS) bagi mendapatkan rujukan hartanah yang ingin dibeli. Kedua-dua dokumen ini menerangkan tentang pengisytiharan dan keadaan hartanah yang ingin dibida. Selain itu, anda juga boleh melakukan perkara berikut bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan hartanah yang bakal dijual:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKenal pasti kawasan persekitaran unit;\n\n\nUnit-unit lain di sekitar unit yang bakal dibeli;\n\n\nSemakan bil penyelenggaraan, bil utiliti pemilik terdahulu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n6. Pastikan Tiada Kaveat\n\n\nRamai dalam kalangan pembeli rumah lelong terlepas pandang perkara berkaitan kaveat. Apa itu kaveat? Kaveat atau\n caveat\n berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud \u201cmemberi amaran kepada seseorang\u201d. Dari sudut hartanah, kaveat merupakan langkah sementara untuk melindungi hak individu di bawah perjanjian jual beli buat sementara waktu dan menghalang mana-mana proses daripada pendaftaran sehinggalah pertukaran hak milik sewaktu kaveat berkuat kuasa.\n\n\nRumah lelong berpotensi memiliki kaveat persendirian. Ini bermaksud, meskipun anda telah memenangi bidaan rumah tersebut, anda masih perlu mencabar pihak ketiga yang mendaftarkan kaveat bagi membatalkan kaveat tersebut. Selain itu, rumah lelong yang memiliki kaveat persendirian juga bermakna anda tidak boleh membiayai pembelian rumah tersebut dengan pinjaman perumahan. Hal ini demikian kerana bank tidak akan meluluskan pinjaman jika adanya kaveat persendirian didaftarkan untuk sesebuah hartanah.\n\n\n7. Sediakan Deposit, Wang Tunai Tambahan\n\n\nSecara asasnya, beli rumah lelong memerlukan kos dan belanja yang gak besar. Berikut merupakan antara perkara yang perlu anda sediakan dan kos yang perlu anda pertimbangkan sebelum buat keputusan beli rumah lelong:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSalinan kad pengenalan;\n\n\nDeposit rumah 10 peratus daripada harga rumah yang dibeli (draf bank atau cek bank);\n\n\nWang tunai tambahan (sekiranya ada kos lain yang perlu dibayar atau tidak mencukupi).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemasa Beli Rumah Lelong\n\n\nBerikut pula merupakan antara langkah-langkah penting semasa beli rumah lelong untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n8. Datang Awal\n\n\nAnda disarankan untuk datang awal pada hari bidaan. Jika terlewat, anda mungkin terlepas peluang untuk membida kediaman idaman anda. Selain itu, datang awal ke lokasi bidaan juga membolehkan anda membuat persediaan bagi memudahkan proses pendaftaran dan penyerahan dokumen bidaan.\n\n\n9. Proses Bidaan\n\n\nSebelum proses bidaan bermula, staf di lokasi lelongan akan menyerahkan kad pembida yang akan digunakan semasa proses lelongan. Biasanya, individu dengan kad pembida ini sahaja yang biasanya dibenarkan masuk ke dalam ruang bidaan. Anda perlu naikkan kad pembida ini jika ingin lakukan \nbid\n terhadap unit rumah lelong tersebut. Unit akan terjual kepada pembida dengan harga yang tertinggi.\n\n\nSelepas Beli Rumah Lelong\n\n\nSelepas selesai proses bidaan rumah lelong, berikut antara langkah terakhir yang perlu anda lakukan:\n\n\n10. Menang Lelong atau Kalah Lelong\n\n\nSetelah proses bidaan selesai dan anda memenangi bidaan unit idaman anda, anda perlu tandatangan borang Kontrak Jualan atau COS. Anda juga perlu membayar perbezaan jumlah sekiranya harga akhir lelong lebih tinggi daripada harga asal yang ditetapkan. Selain itu, anda juga akan diberi masa oleh pihak yang melelong antara 90 hingga 120 hari untuk menjelaskan baki 90 peratus harga rumah. Buat permohonan pembiayaan perumahan dengan segera untuk membolehkan anda layak menerima rumah lelong tersebut. Namun begitu, sekiranya lelongan unit yang dibida kalah, deposit rumah anda akan dipulangkan semula.\n\n\nSemoga perkongsian ini boleh membantu anda sekiranya anda ingin memohon pinjaman perumahan kerajaan untuk beli rumah baharu anda. Jika anda mahu \ninsurans rumah terbaik dan murah\n, dapatkan di Qoala! Selain itu, sekiranya anda sedang mempertimbangkan \ninsurans kereta\n, \ninsurans motor murah\n atau \ninsurans kesihatan terbaik\n dan komprehensif untuk anda, layari laman web Qoala, \nplatform insurans terbaik di Malaysia\n untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/cat-kereta/", "title": "Panduan Tukar Warna Cat Kereta untuk Elakkan Disaman", "body": "\n\nWarna akromatik (putih dan perak) merupakan warna \nkereta paling popular\n di Malaysia diikuti dengan warna hitam, kelabu dan biru. Meskipun begitu, ramai dalam pemilik kenderaan memilih untuk tukar warna cat kereta untuk mengekspresikan personaliti, gaya dan keperibadian pemilik. Secara asasnya, penukaran warna cat kereta tidak menjadi kesalahan. Anda boleh menukar warna cat kereta pada bila-bila masa mengikut keperluan anda.\n\n\nBerdasarkan Portal Rasmi \nJabatan Pengangkutan Jalan\n (JPJ), pengubahsuaian kecil atau pemasangan \naksesori kereta\n tambahan yang tidak mengubah identiti dan mengganggu ciri-ciri keselamatan kenderaan tidak memerlukan permohonan di JPJ.\n\n\nQoala akan berkongsikan proses tukar warna cat kereta termasuk harga dan jenis cat kereta yang perlu anda tahu untuk rujukan dan panduan anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPanduan Lengkap Pengubahsuaian atau Tukar Warna Cat Kereta\nMengapa Perlu Dapatkan Kelulusan JPJ untuk Tukar Warna Cat Kereta?\nSpray Cat Kereta Mempengaruhi Tuntutan Insurans Kemalangan?\nSpray Kereta: Panduan Pilih Cat Kereta Terbaik\nJenis Cat Kereta\nHarga Cat Kereta\nCat Kereta vs. Wrap Kereta\n\n\nPanduan Lengkap Pengubahsuaian atau Tukar Warna Cat Kereta\n\n\nApa-apa perubahan yang dilakukan pada mana-mana bahagian tertentu kenderaan seperti tukar warna cat kereta perlu dilaporkan dan mendapat kebenaran daripada pihak JPJ dalam tempoh tujuh hari selepas pengubahsuaian dilakukan. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang tindakan saman atau kompaun dikenakan. Berikut prosedur lengkap untuk tukar warna kenderaan atau cat kereta untuk rujukan anda:\n\n\n1. Cat kereta anda terlebih dahulu. Jika warna cat kereta lebih daripada satu warna, warna yang paling dominan dianggap sebagai warna utama kenderaan;\n\n2. Setelah proses mengecat kereta selesai, anda perlu hadir ke pejabat JPJ berhampiran untuk pemeriksaan dan kemas kini maklumat;\n\n3. Isi borang JPJ K8 (Notis Pertukaran Butir-Butir Kenderaan dan Pemunya Berdaftar) dan serahkan kepada pegawai JPJ yang bertugas;\n\n4. Pegawai JPJ akan mengemas kini maklumat dalam sistem \nMySikap\n;\n\n5. Tiada bayaran akan dikenakan untuk prosedur ini.\n\n\nMengapa Perlu Dapatkan Kelulusan JPJ untuk Tukar Warna Cat Kereta?\n\n\nSecara asasnya, anda boleh menukar kereta anda kepada apa jua warna cat kereta terkini asalkan anda memaklumkan perubahan ini kepada pihak JPJ. Jika anda mengubah warna cat kereta asal tanpa memaklumkan penukaran tersebut, anda mungkin boleh dikenakan saman. Malah, dalam kes tertentu anda mungkin boleh dikenakan saman atas dua kesalahan trafik yang berbeza.\n\n\nSebagai contoh, sekiranya anda memandu melebihi had laju semasa perjalanan \nbalik kampung\n, anda akan menerima saman \nspeedtrack\n atau \nsaman polis\n. Dan jika pihak polis mendapati warna kereta yang disaman berbeza dengan rekod JPJ sedia ada, besar kemungkinan anda juga akan menerima saman kerana menukar warna cat kenderaan tanpa kebenaran.\n\n\nBuat masa ini, urusan permohonan tukar warna cat kereta hanya boleh dilakukan di kaunter JPJ. Untuk memudahkan urusan, anda boleh memuat turun borang Notis Pertukaran Butir-Butir Kenderaan Dan Pemunya Berdaftar (JPJ K8) di portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia untuk mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ.\n\n\nSpray\n Cat Kereta Mempengaruhi Tuntutan Insurans Kemalangan?\n\n\nDari aspek \ntuntutan insurans kereta\n pula, tiada implikasi yang boleh dikaitkan dengan penukaran warna kenderaan. Namun begitu, perbezaan antara rekod pendaftaran dan warna kereta terkini mungkin boleh menjadi sumber pertikaian atau komplikasi semasa tuntutan insurans. Contohnya, jika kenderaan terlibat dalam kemalangan dan pihak insurans mendapati warna cat kereta yang dinyatakan dalam rekod pendaftaran tidak sama dengan warna semasa, ada kemungkinan pihak insurans tidak mahu menanggung kerugian yang dialami oleh pemilik. Untuk lebih kepastian, hubungi \nsyarikat insurans\n anda untuk penjelasan lanjut bagi mengelakkan tuntutan insurans kemalangan ditolak.\n\n\n\n\nSpray\n Kereta: Panduan Pilih Cat Kereta Terbaik\n\n\nCat kereta bukan sahaja berfungsi mencantikan kereta, tetapi memainkan peranan penting dalam menjaga dan melindungi kereta anda. Warna cat kereta berasaskan air atau \nacrylic polyurethane enamel\n merupakan jenis cat kereta paling popular buat masa ini.\n\n\nJenis Cat Kereta\n\n\nSetiap orang mempunyai citarasa tersendiri dalam pemilihan warna cat kereta masing-masing. Di pasaran, terdapat beberapa jenis cat kereta yang dijual bagi memenuhi kehendak dan citarasa pengguna. Berikut empat jenis cat kereta yang biasa ditemui untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n1. Warna \nSolid\n (\nSolid Paint\n)\n\n\nWarna \nsolid\n menjadi pilihan ramai disebabkan kosnya yang lebih murah berbanding warna cat kereta yang lain. Ini kerana, warna cat asas tidak mempunyai sebarang campuran dan hanya disaluti lapisan jernih sebagai perlindungan. Meskipun begitu, kebanyakan cat kereta yang dijual pada hari ini tidak lagi disaluti dengan lapisan jernih kerana ia menggunakan campuran cat\n acrylic\n dan\n isocynate\n bagi menjadikannya lebih tahan lama. Walau bagaimanapun, warna cat solid kurang menarik, cepat kusam dan pudar.\n\n\n2. Warna Cat Kereta Metalik (\nMetallic Paint\n)\n\n\nCat kereta jenis ini secara asasnya tidak mempunyai banyak perbezaan dengan cat\n solid\n. Perbezaan ketara antara warna cat kereta metalik dan warna cat kereta\n solid\n ialah ia mengandungi serbuk logam (\nmetal\n) \u2013 semakin banyak serbuk logam dicampurkan, semakin tinggi kesan kilat. Pelbagai pilihan warna cat kereta metalik ditawarkan dipasaran \u2013 jenis, harga cat dan kualiti cat dipengaruhi oleh kandungan serbuk logam yang dimasukkan ke dalam campuran cat ini.\n\n\nMenariknya, warna cat kereta metalik mudah dijaga dan dicuci, keaslian warna juga lebih tahan lama berbanding warna cat \nsolid\n. Namun begitu, anda mungkin berdepan masalah jika kereta anda memerlukan kerja baik pulih kerana sukar untuk mendapatkan warna yang benar-benar sama.\n\n\n3. Warna Kilauan Mutiara (\nPearlescent Paint\n)\n\n\nCat jenis ini semakin popular dalam kalangan pemilik kereta disebabkan oleh kesan unik dan dramatik yang ditawarkan. Berbanding warna cat metalik yang menggunakan serbuk logam, cat kilauan mutiara dicampurkan dengan kristal seramik untuk tampil lebih \u201cpremium\u201d. Ia sekali gus membolehkan cat ini membiaskan cahaya dan menukar warna mengikut kecerahan cahaya dan arah pandangan.\n\n\n4. Cat dengan Kemasan Kusam (\nMatte Finishes\n)\n\n\nCat jenis ini tidak sesuai digunakan pada semua jenis kenderaan kerana sifatnya yang kusam dan tidak berkilat. Meskipun begitu, ia kelihatan amat menarik jika bersesuaian dengan kereta. Cat kereta\n matte\n mengandungi kandungan \nepoxy\n atau kandungan PVC yang tinggi untuk memberi kesan tersebut.\n\n\nBiasanya, cat kereta jenis ini digunakan oleh kereta berprestasi tinggi, kereta\n sport\n atau \nkereta paling mahal\n dan warna \nmatte\n hitam atau kelabu merupakan warna \nmatte\n paling popular. Harga cat kereta \nmatte\n boleh mencecah sehingga RM10k bergantung pada kualiti.\n\n\nHarga Cat Kereta\n\n\nSecara teknikal, kos atau harga cat kereta ditentukan berdasarkan beberapa kriteria antaranya jenis bilik \nspray\n kereta yang digunakan sama ada \noven\n atau\n spray boot\n. Kos cat kereta di bengkel cat kereta yang dilengkapi dengan ruang tertutup yang mempunyai saluran udara dan sistem pemanas biasanya lebih mahal berbanding bengkel cat kereta biasa.\n\n\nBiasanya, harga cat kereta di bengkel cat kereta yang mempunyai ruang tertutup boleh menelan belanja yang agak mahal. Ini kerana, bengkel tertutup memerlukan peralatan dan mesin mahal untuk mempercepatkan proses pengeringan cat tanpa mengira cuaca, Berapa lama cat kereta? Ia biasanya mengambil masa sekitar tujuh hingga lapan hari untuk cat benar-benar kering.\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Kereta (Sedan)\n\n\nHarga Cat Kereta\n\n\n\n\n\n\nBahagian Luar\n\n\nRM4,000 ke RM6,000 (bergantung pada jenis cat)\n\n\n\n\n\n\nBahagian Luar & Dalam\n\n\nRM6,000 ke RM7,000\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi bengkel kereta yang tidak mempunyai mesin pengeringan dan bergantung pada cuaca sepenuhnya, harga cat kereta biasanya lebih murah. Namun begitu, ia mungkin memakan masa yang lama untuk disiapkan iaitu sekitar tiga ke empat minggu bergantung pada situasi.\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Kereta (Sedan)\n\n\nHarga Cat Kereta\n\n\n\n\n\n\nBahagian Luar\n\n\nRM3,000 ke RM4,000 (bergantung pada jenis cat)\n\n\n\n\n\n\nBahagian Luar & Dalam\n\n\nRM4,000 ke RM5,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCat Kereta vs. \nWrap\n Kereta\n\n\nSelari dengan teknologi moden, pengguna kini mempunyai alternatif baharu dan boleh memilih sama ada cat kereta atau membalut kereta menggunakan pelekat \nvinyl\n atau \nwrap\n kereta. Alternatif ini kini menjadi trend baharu dalam kalangan pengguna dan jika dibandingkan dengan faktor kos, harga \nwrap\n kereta boleh dikategorikan sebagai kompetitif.\n\n\nPerbandingan Kaedah Cat Kereta dan \nWrap\n Kereta\n\n\nBerikut merupakan perbandingan antara cat kereta dan\n wrap\n kereta untuk panduan dan rujukan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCat Kereta\n\n\nWrap\n Kereta\n\n\n\n\n\n\nProses Cat Kereta\n\n\nKereta perlu ditinggalkan di bengkel untuk tempoh tertentu kerana prosesnya memakan masa (masa pengeringan dan sebagainya). Masa menunggu untuk setiap lapisan cat kering adalah sekitar lapan jam, dan anggaran tempoh cat kereta adalah kira-kira satu ke tiga minggu (atau mungkin lebih bergantung pada keadaan).\n\n\nProses \nwrap\n kereta biasanya mengambil masa kurang daripada tiga hari bergantung pada bengkel kereta. Ia melibatkan proses yang agak mudah iaitu kereta akan dicuci dan dikeringkan sebelum dibalut.\n\n\n\n\n\n\nHarga Cat Kereta\n\n\nHarga tukar cat kereta adalah subjektif. Namun biasanya, ia bergantung pada kualiti dan jenis cat, model kenderaan, fasiliti dan jumlah lapisan cat yang digunakan.\n\n\nHarga \nwrap\n kereta juga adalah subjektif bergantung pada saiz atau jenis kereta, jenis pelekat \nvinyl\n yang dipilih dan tahap kesukaran proses.\n\n\n\n\n\n\nPenjagaan/Penyelenggaraan\n\n\nPemilik perlu mengenakan lapisan \ncoating\n kereta untuk perlindungan berganda. Malah, pemilik juga perlu kerap mencuci, \npolish\n dan \nwax\n untuk memastikan warna kenderaan lebih tahan lama.\n\n\nWrap\n kereta lebih mudah untuk dijaga \u2013 hanya perlu basuh/lap menggunakan kain basah. Ada\n material\n kain yang sesuai untuk permukaan\n vinyl\n dijual dipasaran bagi menghalang habuk mikroskopik daripada merosakkan permukaan. Malah, jenis\n wrap\n yang berkualiti biasanya lebih tahan lama.\n\n\n\n\n\n\nProses Tanggal Cat Kereta\n\n\nProses tanggal cat kereta biasanya memakan masa yang lebih lama. Dalam sesetengah keadaan, badan atau struktur kereta boleh rosak atau calar jika dilakukan dengan tidak cermat.\n\n\nProses menanggalkan pelekat lama tidak mengambil masa yang lama dan tidak menyebabkan karat atau calar.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemoga perkongsian tips tukar warna cat kereta ini boleh membantu anda dan mengelakkan anda daripada disaman oleh pihak polis. Selain itu, anda juga boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut berkaitan \ninsurans kereta\n. Qoala merupakan \nplatform beli insurans\n yang mudah, telus dan pantas dengan tawaran harga yang kompetitif dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/checklist-servis-kereta/", "title": "Nak Servis Kereta? Jom Tengok 12 Checklist Ini", "body": "\n\nOrang kata \u201cmencegah lebih baik daripada mengubati\u201d. Korang tahu tak kalau tak buat servis kereta dengan kerap, kereta korang berpotensi besar akan rosak? Sebelum pergi bengkel untuk servis kereta korang, jom baca artikel ni sekejap. Qoala akan menerangkan 12 \nchecklist\n yang korang kena tahu, tak adalah terpinga-pinga bila berurusan di bengkel nanti.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n12 Checklist Servis Kereta\u00a0\n1. Minyak Hitam Dan Penapis Minyak\n2. Paras Minyak dan Cecair Penyejuk\n3. Minyak Gearbox\n4. Spark Plug\n5. Tayar Kereta\n6. Lampu Kereta\n7. Bateri Kereta\n8. Pad Brek\n9. Wiper Kereta\n10. Penapis Udara\n11. Shock Absorber\n12. Serpentine Belt\nKepentingan Servis Kereta: Apa Akan Terjadi Kalau Tak Buat?\nMembahayakan Diri Sendiri (& Juga Penumpang!)\nKerosakan Akan Bertambah\nNilai Resale Berkurang Dengan Drastik\nDipendekkan Jangka Hayat\n\n\n12 \nChecklist \nServis \nKereta\u00a0\n\n\nSekarang, jom tengok 12 \nchecklist\n servis kereta yang korang wajib tahu\n\n\n1. Minyak Hitam Dan Penapis Minyak\n\n\nKorang tahu tak apa sebenarnya fungsi \nminyak hitam\n ni? Selalu dengar kan?\n\n\nFungsi minyak hitam kereta berfungsi ini adalah untuk membersihkan, menyejukkan, melicinkan pergerakan dan mengelakkan kerosakan pada bahagian enjin.\n\n\nUntuk pengetahuan, korang disarankan untuk menukar minyak hitam dan penapis setiap tiga bulan atau 3,000 batu.\n\n\nIni bergantung pada jenis kereta, jenis minyak dan cara penggunaan kereta.\n\n\nMinyak hitam ini sangatlah penting untuk prestasi dan ketahanan enjin. Oleh itu, korang kena bagi perhatian lebih dalam hal ini.\n\n\nBerikut merupakan tanda-tanda korang kena tukar minyak hitam kereta sebelum terlambat:\n\n\n\n\nMinyak berwarna gelap dan kotor\n\n\nEnjin meragam\n\n\nSimbol amaran menyala\n\n\nBau terbakar\n\n\nPenggunaan petrol meningkat\n\n\n\n\n2. Paras Minyak dan Cecair Penyejuk\n\n\nSeterusnya, korang kena periksa paras minyak dan juga cecair penyejuk kereta dan pastikan ianya tidak rendah.\n\n\nParas\u00a0 yang rendah boleh menyebabkan kerosakan besar pada enjin dan juga kerosakan lain.\n\n\nDekat mana nak \ncheck\n? Pertama sekali, pastikan korang dah matikan enjin kereta. Selepas itu, korang kena buka hud enjin dan korang akan jumpa.\n\n\nSeeloknya, jika korang tak pasti paras yang disyorkan, korang boleh rujuk pakar atau manual mengenai kereta korang.\n\n\n3. Minyak \nGearbox\n\n\nUntuk setiap 20,000 km, korang disarankan untuk menukar minyak \ngearbox kereta\n.\n\n\nWalaubagaimanapun, jangka hayat minyak gearbox ini bergantung pada jenis dan spesifikasi kereta.\n\n\nTak kiralah kereta korang manual ataupun automatik, pemeriksaan dan penggantian minyak \ngearbox \nini amatlah penting.\n\n\nSekiranya tidak ditukar dan dibiarkan sahaja, kereta korang akan mengalami kerosakan dan berkemungkinan memerlukan penggantian komponen.\n\n\nBerikut merupakan antara tanda gearbox kereta korang dah mula rosak:\n\n\n\n\nSukar tukar gear\n\n\nBagi transmisi automatik terdapat sentakan yang kuat\n\n\nKereta tidak dapat bergerak\n\n\n\n\n4. \nSpark Plug\n\n\nServis kereta keempat yang korang kena periksa adalah \nSpark Plug\n. Jadi, apa itu \nspark plug\n?\n\n\nSpark plug ni memikul tanggungjawab untuk menghasilkan tenaga elektrik yang menyalakan campuran bahan api udara dalam enjin pembakaran, yang menghidupkan kereta anda.\n\n\nKalau spark plug ni rosak dan tak dapat berfungsi dengan baik, korang akan perasan enjin akan mula\u00a0 kehilangan kuasa dan ini bermakna ia tidak dapat beroperasi pada kapasiti yang maksimum.\n\n\nJika korang mendapati kereta korang tengah mengalami isu ini, Qoala sarankan untuk dapatkan pemeriksaan profesional dengan segera.\n\n\nBerikut merupakan 5 tanda spark plug korang dah mula rosak dan perlu diganti:\n\n\n\n\nPecutan kereta tak begitu berkuasa\n\n\nMinyak cepat habis\n\n\nEnjin kereta tak berjalan lancar\n\n\nBunyi enjin bising\n\n\nKereta boleh start tapi tak hidup\n\n\n\n\n\n\n5. Tayar Kereta\n\n\nPemeriksaan \ntayar kereta\n ni sebenarnya ramai yang terlepas pandang walaupun bahagian ini yang paling senang kita nampak. Kalau korang biarkan tayar terus berada dalam kondisi yang teruk atau rosak, anda berisiko tinggi mengalami kecederaan atau kemalangan yang mungkin boleh meragut nyawa semasa di atas jalan raya.\n\n\nQoala cadangkan korang untuk memeriksa tayar korang sekurang-kurangnya sekali setiap 1-2 minggu. Setiap kali nak memulakan perjalanan jauh pun, korang kena \ncheck \njugak. Apa yang perlu diperiksa? Ada 2 perkara yang korang kena beri perhatian.\n\n\nPertama, periksa kehausan tayar. Tengok bunga tayar jika telah haus\n.\n Kalau korang nak tahu, kadar kehausan tayar ini mungkin berbeza- tayar depan dan tayar belakang.\n\u00a0\n\n\nJika korang mendapati, tayar kereta dah botak dan kelihatan licin, cepat-cepat tukar tayar. Bahaya jika memandu dengan keadaan tayar yang begitu.\n\n\nKedua, penting untuk korang periksa tekanan tayar. Pastikan tekanan angin tayar bersesuaian. Jangan terlalu rendah atau terlalu tinggi.\n\n\nTekanan angin yang rendah boleh menyebabkan tayar bocor manakala tekanan yang tinggi boleh menyebabkan \naquaplanning \nterutama sekali semasa hujan.\n\n\nBagaimana nak tahu tekanan yang sesuai? Ini bergantung pada jenis kereta dan juga jenis tayar yang korang gunakan. Korang boleh periksa maklumat tekanan tayar yang sesuai untuk kereta korang pada bahagian pintu depan sebelah pemandu.\n\n\nTekanan angin dalam tayar bergantung pada jenis kereta dan jenis tayar yang digunakan \u2013 periksa maklumat tekanan tayar pada bahagian pintu depan sebelah tempat duduk pemandu.\n\n\n6. Lampu Kereta\n\n\nServis kereta yang seterusnya yang korang mesti tahu adalah memastikan \nlampu kereta\n berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik.\n\n\nBerikut merupakan bahagian-bahagian lampu yang korang kena periksa sekurang-kurangnya sekali sebulan:\n\n\n\n\nLampu suluh rendah (\nlow beam\n)\n\n\nLampu suluh tinggi (\nhigh beam\n)\n\n\nLampu kabus\n\n\nLampu depan dan belakang\n\n\nLampu brek\n\n\nSignal kereta\n\n\n\n\n7. Bateri Kereta\n\n\nUntuk pengetahuan korang, \nbateri kereta\n perlu korang ganti setiap dua tahun. Namun ini bergantung pada cara penggunaan, jenis bateri dan cara penjagaan.\n\n\nKorang mungkin tertanya-tanya, apa sebenarnya fungsi bateri kereta ni? Dalam sistem elektrik kereta korang, komponen yang paling penting ialah bateri kereta.\n\n\nBateri kereta ni menghidupkan enjin kereta dengan membekalkan arus elektrik. Ia juga berfungsi menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin kereta tidak beroperasi.\n\n\nKorang ada tak menghadapi masalah-masalah di bawah?\n\n\n\n\nKereta susah nak dihidupkan (start)\n\n\nLampu amaran timbul\n\n\nBau busuk\n\n\nAlarm kereta berbunyi tidak tentu hala\n\n\n\n\nJika ada, ini tanda-tanda bateri kereta korang dah nak kong. Jadi cepat-cepatlah tukar ya.\n\n\n8. Pad Brek\n\n\nBrek memastikan anda selamat semasa memandu di jalan raya. Ia bukan sahaja memastikan korang selamat, ia juga menjamin keselamatan orang sekeliling korang.\n\n\nJadi, memang penting untuk korang pastikan brek korang berfungsi dengan baik. Jadi, apa itu pad brek?\n\n\nPad brek ini komponen utama sistem brek kereta korang dan memainkan peranan penting dalam membuat kereta korang berhenti apabila pedal brek ditekan.\n\n\nSekiranya korang mendapati \nbrek kereta\n tak respon dengan begitu baik atau brek tak makan, dah tiba masanya untuk pergi ke bengkel.\n\n\n\n\n9. Wiper Kereta\n\n\nIni penting ni semasa memandu dalam keadaan hujan. \nWiper\n kereta\n atau pengelap cermin ini merupakan komponen kereta yang penting, jadi korang kena jaga baik-baik.\n\n\nSemua kereta wajib ada wiper kereta untuk satu tujuan untuk membantu untuk meningkatkan tahap kebolehlihatan semasa pemanduan dalam hujan dan juga menghilangkan sisa air hujan, kotoran-kotoran lain macam debu, habuk dan bendasing yang lain.\n\n\nPastikan getah wiper berada dalam keadaan yang baik. Korang disarankan untuk menggantikan getah wiper ini setiap 6-12 bulan bergantung pada keadaannya.\n\n\nWiper kereta yang berada dalam keadaan terbaik dapat menolak air pada cermin dengan lebih efektif.\n\n\nJarak penglihatan semasa pemanduan dalam hujan juga lebih baik dan boleh menyelamatkan nyawa korang.\n\n\n10. Penapis Udara\n\n\nPastikan penapis udara berada dalam keadaan baik kerana ia boleh membantu memanjangkan jangka hayat enjin.\n\n\nFungsi penapis udara adalah untuk mengawal aliran udara yang masuk ke dalam enjin dan membantu mengelakkan serpihan atau bendasing daripada memasuki dan merosakkan bahagian enjin.\n\n\nKorang boleh memeriksa dan membersihkan penapis udara dengan sendiri di rumah.\n\n\n11. Shock Absorber\n\n\nMungkin korang dah boleh agak fungsinya kalau tengok pada namanya. Shock absorber atau penyerap hentakan merupakan komponen penting dalam sistem suspensi kenderaan. Mengapa bahagian ini penting? Jom kita tengok fungsinya:\n\n\n\n\nMengawal hentakan\n\n\nMenyerap hentaman\n\n\nMengawal pergerakan spring dan keseluruhan sistem suspensi ketika kenderaan melalui bonggol, jalan berlubang atau jalan yang tidak rata.\n\n\n\n\nPenting untuk korang pastikan komponen ini berada dalam keadaan yang baik kerana kereta boleh hilang kawalan semasa pemanduan.\n\n\n12. Serpentine Belt\n\n\nServis kereta yang terakhir dalam senarai artikel ini adalah \nserpentine belt\n atau tali sawat serpentin.\n\n\nIa merupakan tali sawat yang mempunyai alur berbilang yang diletakkan pada takal alur berbilang untuk memacu pengulang-alik, stereng kuasa, dan pemampat penyaman udara (aircond compressor).\n\n\nApa akan terjadi kalau \nserpentine belt \nini rosak?\u00a0 Kereta akan berdetar seakan seperti bunyi gegaran apabila menghidupkan aircond kereta.\n\n\nSerpentine belt \n\u00a0yang sudah haus akan menyebabkan bunyi bising terutamanya semasa penyaman udara kereta dihidupkan.\n\n\nKepentingan Servis Kereta: Apa Akan Terjadi Kalau Tak Buat?\n\n\nMemang \nbest\n ada kereta ni. Dengan kereta, kita dapat bergerak dari poin A ke poin B, kemudian ke poin C selepas itu poin D dan kemudian balik semula ke poin A dan sebagainya.\u00a0Dengan kata lain, kereta ni memang memudahkan urusan kita untuk bergerak ke mana-mana pada bila-bila masa.\n\n\nTapi malangnya, tak semua tahu cara untuk menguruskan kereta dengan betul terutama sekali bab servis-servis ni. Tak kiralah lelaki ke perempuan ke, kalau tak tahu basic bab penjagaan kereta ni, memang akan ada akibatnya nanti. Kemungkinan besar ia akan menelan kos yang lebih tinggi!\n\n\nHaa dekat sini, \nQoala\n nak bagi AMARAN awal-awal apa yang bakal terjadi pada kereta kesayangan korang kalau apa akan jadi sekiranya korang terus tak ambil peduli.\n\n\nTujuan utama kita melakukan servis adalah untuk mengekalkan kondisi kereta supaya boleh terus berfungsi dengan baik. Penyelenggaraan kereta yang kerap boleh mengelakkan kerosakan dan kemalangan yang tidak dijangka.\n\n\nNamun, sekiranya, korang tak lakukan servis kereta dengan kerap, potensi kos kerosakan akibat kekurangan servis adalah lebih besar.\n\n\nSetiap kereta mempunyai tempoh masa tertentu untuk diservis. Berikut merupakan antara masalah yang mungkin korang bakal hadapi kalau tak servis kereta:\n\n\nMembahayakan Diri Sendiri (& Juga Penumpang!)\n\n\nPernah nampak tak kereta berhenti tepi \nhighway\n? Bahaya kan? Dah lah dekat highway, kereta semua laju-laju.\n\n\nKorang boleh elakkan situasi ini kalau korang selalu servis kereta. Potensi kerosakan tu memang tinggi kalau tak peka dengan keadaan kereta.\n\n\nIni bukan sahaja membahayakan diri, korang juga akan membahayakan penumpang yang mungkin terdiri daripada ahli keluarga atau kawan.\n\n\nBila korang selalu servis kereta, korang akan dapat memandu dengan tenang tanpa rasa gelisah. Sebab korang tahu kereta berada dalam keadaan yang terbaik.\n\n\nKerosakan Akan Bertambah\n\n\nServis kereta yang kerap akan dapat mengekalkan prestasi kereta korang pada tahap optimumnya. Selain itu, ia juga boleh mengelakkan kerosakan kereta menjadi semakin teruk. Dari segi sudut kewangan, servis kereta ini jauh lebih baik dari korang kena baiki kerosakan.\n\n\nNilai \nResale \nBerkurang Dengan Drastik\n\n\nSiapa yang nak beli kereta dengan prestasi yang buruk? Kalau korang, mesti tak nak kan?\n\n\nKatalah satu hari nanti korang bercadang nak jual kereta, korang akan berkemungkinan menghadapi masalah seperti tawaran\u00a0 harga yang terlalu rendah daripada jangkaan.\n\n\nIngat ni, nilai \nresale\n kereta korang berkurangan jika ia tidak dalam keadaan baik. Oleh itu, servis yang konsisten diperlukan.\n\n\nDipendekkan Jangka Hayat\n\n\nKereta korang yang sepatunya boleh tahan berpuluh tahan mungkin akan bertahan dalam beberapa tahun je.\n\n\nInilah hakikatnya kalau tak servis kereta, kereta korang akan menghadapi banyak masalah dan kereta tak akan dapat bertahan dengan lama.\n\n\n\n\nSemoga 12 \nchecklist \nyang Qoala telah kongsikan dalam artikel ini bermanfaat untuk korang. Ingat, lebih baik keluar duit untuk servis kereta sebab ia lebih jimat berbanding dengan keluar duit untuk \nrepair\n!\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta\n atau \ninsurans motor terbaik\n dan komprehensif, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/cukai-tanah-cukai-petak-cukai-taksiran/", "title": "Panduan Cukai Tanah, Cukai Petak & Cukai Taksiran", "body": "\n\nCukai tanah, cukai petak dan cukai taksiran merupakan antara \nkos pemilikan rumah\n yang perlu diberi perhatian. Sebagai pemilik rumah, penting untuk anda ketahui dan peka dengan perkara-perkara berkaitan perancangan kewangan isi rumah anda. Secara asasnya, sebaik sahaja anda \nbeli rumah\n anda terikat dengan belanja dan caj-caj tertentu sebegini. Sekiranya anda masih lagi kurang jelas mengenai cukai-cukai ini, artikel ini akan membantu menjelaskan ketiga-tiga caj hartanah seperti cukai tanah, cukai petak dan cukai pintu untuk panduan anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa Itu Cukai Tanah, Cukai Petak dan Cukai Pintu?\n1. Cukai Tanah\n2. Cukai Petak\n3. Cukai Taksiran/Cukai Pintu\nAdakah Ketiga-tiga Cukai Ini Wajib? Akibat Tidak Bayar Cukai Tanah, Cukai Petak & Cukai Taksiran\nLaksanakan Tanggungjawab Anda Sebagai Pemilik Rumah\n\n\nApa Itu Cukai Tanah, Cukai Petak dan Cukai Pintu?\n\n\nRamai pemilik rumah yang sering terlepas pandang tidak mengetahui tentang cukai tanah, cukai petak dan cukai pintu ini. Malah, ramai yang cenderung mengabaikan cukai-cukai berkaitan hartanah ini apabila menguruskan hartanah milik mereka. Anda mungkin pernah mendengar atau membaca berita tentang pemilik rumah yang dikenakan tindakan yang tegas seperti tanah dirampas, dihalau keluar dari rumah, barang isi rumah disita dan sebagainya. Oleh sebab itu, penting untuk anda mengetahui perkara-perkara berkaitan cukai tanah, cukai petak dan cukai pintu untuk mengelakkan kejadian sebegini berlaku kepada anda.\n\n\nSecara ringkasnya, cukai tanah merupakan cukai tanah tahunan yang dikenakan ke atas hartanah persendirian manakala cukai petak adalah cukai yang dikenakan untuk hartanah berstrata \u2013 kedua-duanya perlu dibayar kepada pihak berkuasa negeri. Sementara itu, cukai taksiran atau cukai pintu dikutip oleh pihak berkuasa tempatan bagi membiayai pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur awam.\n\n\n1. Cukai Tanah\n\n\nApa itu cukai tanah? Cukai tanah merupakan cukai yang dikenakan kepada pemilik hartanah atas tanah (rumah \nlanded\n) yang terdiri daripada \nrumah \nfreehold\n (Tanah Pegangan Bebas), \nleasehold\n (Pegangan Pajakan) dan hartanah strata. Berdasarkan Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965, undang-undang wajib telah ditetapkan untuk semua pemilik rumah yang berdaftar atau wakil untuk menjelaskan cukai tanah. Secara asasnya, segala urusan berkaitan pembayaran cukai tanah adalah tanggungjawab anda sebaik sahaja urusan perjanjian jual-beli atau Sales and Purchase Agreement telah dimeterai antara anda dan pihak penjual.\n\n\nKebanyakan negeri telah menetapkan tarikh pemotongan untuk pemilik rumah atau hartanah menjelaskan pembayaran cukai tanah iaitu pada 31 Mei setiap tahun. Oleh sebab itu, anda perlu peka dan mengambil tahu tentang hal ini kerana tindakan boleh dikenakan terhadap anda sekiranya lambat menjelaskan cukai tanah. Anda perlu membayar cukai tanah kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri yang berkenaan pada setiap tahun.\n\n\nCara Kira Cukai Tanah\n\n\nCukai tanah ini dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri anda menerusi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri masing-masing. PTG negeri anda akan menilai hartanah milik anda dan mengenakan bayaran yang anda perlu jelaskan pada setiap tahun. Anda perlu membayar cukai tanah anda setiap tahun selagi hartanah itu berada di bawah hak milik anda. Contohnya, anda telah \njual rumah\n tersebut tetapi anda tidak memindah hak milik hartanah kepada pemilik yang baharu. Dalam situasi ini, anda merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah untuk hartanah tersebut.\n\n\nUntuk mengetahui kadar cukai tanah anda, semak dengan PTG dan kerajaan negeri anda kerana setiap negeri mungkin mengenakan kadar yang berlainan bagi saiz hartanah yang sama. Contohnya, kadar pengiraan cukai tanah di Kuala Lumpur mungkin berbeza dengan cara pengiraan di Negeri Sembilan. Penghitungan cukai tanah dibuat mengikut jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda.\n\n\nSetiap kaki persegi tanah atas hartanah akan dinilai. Misalnya, kadar kiraan kasar di Kuala Lumpur kebiasaannya dikenakan pada RM0.035 setiap kaki persegi. Katakanlah hartanah anda mempunyai keluasan 2,000 kaki persegi, cukai yang akan dikenakan adalah sebanyak RM70.\n\n\nCara Bayar Cukai Tanah Online\n\n\nSebagai pemilik hartanah, anda perlu menjelaskan cukai ini kepada kerajan negeri anda. Dengan adanya kemudahan pembayaran cukai tanah online, anda boleh bayar cukai tanah secara online dengan mudah dan pantas. Anda perlu mendaftar dengan memasukkan butiran-butiran terlebih dahulu sebelum anda boleh log masuk. Berikut merupakan cara melaksanakan pembayaran cukai dalam talian:\n\n\n1. Layari laman web PTG negeri yang berkenaan:\n\n\n\n\n\n\n\n\nNegeri\u00a0\n\n\nPautan Bayar Cukai Tanah Online\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSelangor\u00a0\n\n\nhttps://ehasil.selangor.gov.my/app/search\n\n\n\n\n\n\nKuala Lumpur\n\n\nhttps://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml\n\n\n\n\n\n\nNegeri Sembilan\n\n\nhttps://e.ptgns.ns.gov.my/\n\n\n\n\n\n\nMelaka\n\n\nhttps://ebayar.melaka.gov\n.\nmy\n\n\n\n\n\n\nJohor\n\n\nhttps://onlinepayment.johor.gov.my/\n\n\n\n\n\n\nPerak\n\n\nhttps://ptg.perak.gov.my/etanah-awam/\n\n\n\n\n\n\nPerlis\n\n\nhttps://ptg.ptgps.gov.my/esemakan/\n\n\n\n\n\n\nKedah\n\n\nhttps://ebayaran.ptgkedah.gov.my/\n\n\n\n\n\n\nPulau Pinang\n\n\nhttps://ebayar.penang.gov.my/\n\n\n\n\n\n\nPahang\n\n\nhttps://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php\n\n\n\n\n\n\nKelantan\n\n\nhttps://hasiltanah.kelantan.gov.my/\n\n\n\n\n\n\nTerengganu\n\n\nhttp://cukaiptg.terengganu.gov.my/esolarweb/main.php\n\n\n\n\n\n\nSabah\n\n\nhttp://www.quitrent.jtu.sabah.gov.my/\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Log masuk akaun anda atau masukkan nombor akaun anda\n\n\n3. Selepas itu, klik pada \u2018Semakan dan Bayaran Cukai Tanah\u2019\n\n\n4. Untuk melakukan\u00a0 pembayaran, anda boleh pilih cara pembayaran yang anda mahukan \u00a0melalui beberapa aplikasi perbankan atas talian seperti Maybank2u, CIMBClicks, RHB Online atau aplikasi Pos Malaysia.\n\n\n5. Setelah selesai pembayaran, pastikan anda cetak atau \ndownload\n resit untuk rujukan anda\n\n\n\n\n2. Cukai Petak\n\n\nApakah maksud cukai petak? Cukai petak merupakan cukai yang dikenakan ke atas hartanah berstrata atau \nrumah strata\n tertakluk di bawah Akta Pengurusan Strata (SMA) 2013 dan Akta Hakmilik Strata (STA) 1985. Kebiasaannya, ia merujuk kepada jenis hartanah yang telah dibahagikan kepada petak seperti kondominium, \ntownhouse\n, apartmen, komuniti berpengawal dan sebagainya.\n\n\nDi bawah sistem lama, cukai tanah dikenakan terhadap hartanah strata melalui Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang memasukkan caj ini ke dalam yuran penyelenggaraan kepada pemilik rumah. Ia sekali gus menyebabkan pemilik hartanah strata yang ingin menjual atau memindah milik pemilikan unit petak akan menghadapi masalah sekiranya rekod Pejabat Tanah menunjukkan bahawa pemilik \u2018petak\u2019 lain pada hartanah itu yang masih tidak membayar cukai mereka.\n\n\nDisebabkan ini,\u00a0 cukai tanah yang baharu telah diwujudkan bagi hartanah strata di Selangor yang dikenali sebagai cukai petak atau \nparcel rent\n pada Jun 2018.\u00a0 Tujuan perubahan ini dilakukan adalah untuk memudahkan penjualan dan pemindahan hak milik hartanah strata. Di bawah cukai petak yang baharu ini, caj akan terus dibilkan kepada pemilik rumah dan bukan lagi melalui JMB.\n\n\nPTG negeri akan boleh memantau dan mengenal pasti pemilik yang tidak membayar cukai petak dengan lebih baik melalui sistem cukai petak. Dengan cara ini, pemilik hartanah strata yang ingin menjual atau memindah hartanah boleh melakukan urusan dengan lebih mudah. Selain Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur juga telah melaksanakan sistem cukai petak ini.\n\n\n3. Cukai Taksiran/Cukai Pintu\n\n\nApa itu cukai taksiran? Cukai taksiran merupakan cukai yang dikutip oleh majlis perbandaran lokasi hartanah anda. Juga dikenali sebagai cukai pintu, jenis cukai ini merupakan cukai tanah tempatan yang dikenakan terhadap pemilik rumah untuk menampung kos membiayai pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur dan perkhidmatan tempatan seperti:\n\n\n\n\nPenyelenggaraan cahaya lampu tepi jalan\n\n\nPembersihan taman awam\n\n\nPengumpulan sisa perbandaran seperti sampah\n\n\nPembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur awam\n\n\nLain-lain pekerjaan untuk menjadikan tempat tinggal lebih baik dan selesa\n\n\n\n\nTidak kiralah rumah anda adalah rumah \nundercon\n, \nrumah\u00a0\nsubsale \natau \nrumah mampu milik\n, anda wajib membayar cukai taksiran atau cukai pintu ini pada setiap tahun. Hal ini kerana, ia merupakan pembayaran wajib yang dikenakan terhadap semua pemilik hartanah kediaman dan komersil.\n\n\nNamun begitu, sekiranya hartanah anda kosong atau tidak diduduki, anda boleh membuat permohonan tuntutan remisi daripada pihak berkuasa tempatan. Syarat utama yang anda harus penuhi adalah permohonan mesti dibuat dalam tempoh tujuh hari bermula daripada tarikh dikosongkan. Jika tidak, pihak berkuasa tempatan akan mengira tarikh hartanah dikosongkan pada tarikh permohonan dibuat. Selain itu, terdapat sesetengah negeri yang menawarkan pengecualian cukai taksiran atau cukai pintu ini bagi perumahan kos rendah dan sederhana. Anda boleh periksa dahulu sama ada anda layak mendapat pengecualian tersebut.\n\n\nSemakan Cukai Taksiran, Bayar Cukai Taksiran Online\n\n\nUntuk pengetahuan anda, cukai taksiran dihitung berdasarkan anggaran kasar sewa tahunan hartanah dengan kadar sekitar dua peratus sehingga tujuh peratus. Nilai yang dicaj adalah berbeza-beza bergantung kepada saiz dan jenis hartanah anda. Contohnya, rumah pangsa kos rendah dikenakan caj yang lebih rendah berbanding caj yang dikenakan terhadap rumah teres dua tingkat. Anda perlu menjelaskan bayaran cukai taksiran ini kepada majlis perbandaran yang berkenaan seperti MBSA, DBKL, MBPJ, MPKJ, MPSJ, MPSP, MPAJ dan sebagainya.\n\n\nCukai taksiran perlu dibayar sebanyak dua kali setahun iaitu:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenggal Pertama \u2013 1 Januari hingga 28 Februari\n\n\nPenggal Kedua \u2013 1 Julai hingga 31 Ogos\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah Ketiga-tiga Cukai Ini Wajib? Akibat Tidak Bayar Cukai Tanah, Cukai Petak & Cukai Taksiran\n\n\nSelain perlu memikirkan kos berkaitan rumah seperti \ndeposit rumah\n, \nbayaran pinjaman perumahan\n, \ninsurans rumah\n, pemilik hartanah wajib menjelaskan cukai tanah, cukai petak dan cukai taksiran di bawah sistem undang-undang Malaysia. Oleh sebab itu, anda perlu memastikan anda menjelaskan ketiga-tiga cukai ini kerana tindakan yang tegas akan dikenakan oleh kerajaan negeri dan majlis perbandaran terhadap anda. Berikut merupakan akibat sekiranya anda mengabaikan tanggungjawab membayar cukai-cukai ini:\n\n\n\n\nSatu notis tunggakan akan dikeluarkan terhadap anda sekiranya anda lambat menjelaskan pembayaran. Notis tersebut akan memberitahu mengenai tunggakan dan denda yang akan dikenakan terhadap anda.\n\n\nSekiranya pembayaran masih belum dijelaskan selepas notis tunggakan dikeluarkan, kerajaan negeri dan majlis perbandaran berhak mengeluarkan waran tangkap terhadap anda dan mengenakan denda disebabkan waran tangkap tersebut.\n\n\nApabila anda telah menerima waran, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan undang-undang, menyita sebarang harta yang boleh disita dari rumah dan \nlelong rumah\n atau tanah terbabit.\n\n\n\n\nAnda wajib membayar cukai-cukai ini sebaik sahaja anda beli rumah dan memiliki hartanah tersebut. Seperti yang telah dijelaskan di atas, anda akan dikenakan caj penalti dan tindakan undang-undang yang tegas sekiranya anda gagal melangsaikan bayaran yang sepatutnya. \n\n\nLaksanakan Tanggungjawab Anda Sebagai Pemilik Rumah\n\n\nDiharapkan artikel ini dapat membantu anda melaksanakan tanggungjawab anda membayar cukai sebagai seorang pemilik hartanah. Memang tidak dinafikan, memiliki rumah merupakan satu tanggungjawab yang amat besar dan anda perlu bersedia terutama sekali dari segi kewangan. Sebagai pemilik hartanah, perancangan kewangan sangatlah penting kerana kos pemilikan rumah amatlah tinggi daripada bayaran bulanan, insurans rumah seperti \nMRTA, MLTA, MRTT dan MLTT\n, perlindungan \ninsurans tambahan rumah banjir\n sehinggalah cukai-cukai yang telah dijelaskan dalam artikel ini.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda merancang untuk dapatkan \ninsurans rumah terbaik\n, \nbeli insurans kereta\n atau \ninsurans motor online\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan beberapa pilihan insurans daripada beberapa \nsyarikat insurans terbaik\n di Malaysia untuk anda pilih!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/dokumen-untuk-beli-rumah/", "title": "9 Dokumen untuk Beli Rumah untuk Pekerja Swasta", "body": "\n\nProses beli rumah tidak kiralah sama ada \nrumah\n subsale\n, rumah baharu atau \nrumah lelong\n bukanlah suatu proses yang mudah, lebih-lebih lagi jika anda baru pertama kali ingin beli rumah idaman anda. Banyak dokumen untuk beli rumah diperlukan dan keperluan dokumen ini berbeza bergantung pada jenis hartanah yang anda ingin beli. Artikel ini akan membantu anda khususnya pembeli rumah yang pertama kali terlibat dalam proses pembelian rumah.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPinjaman Perumahan: Senarai Dokumen untuk Beli Rumah yang Anda Perlu Tahu\n1. Salinan Kad Pengenalan\n2. Penyata Gaji (Tiga atau Enam Bulan Terkini)\n3. Penyata Akaun Bank (Akaun Gaji)\n4. Penyata KWSP Terkini\n5. Borang EA Terkini\n6. Cukai Pendapatan \u2013 Borang B/BE Terkini\n7. Dokumen Sokongan Tambahan\n8. Surat Pemetakan\n9. Surat Perjanjian Jual Beli\nRancang Kewangan Anda, Elakkan Berbelanja Melebihi Kemampuan Kewangan\n\n\nPinjaman Perumahan: Senarai Dokumen untuk Beli Rumah yang Anda Perlu Tahu\n\n\nMeskipun ramai beranggapan proses permohonan \npinjaman perumahan\n sangat rumit, ia sebenarnya boleh menjadi sangat mudah dan lancar terutamanya jika anda sediakan semua dokumen untuk beli rumah dengan lengkap. Secara asasnya, proses permohonan\n loan\n rumah di Malaysia biasanya lebih mudah jika anda mempunyai pendapatan tetap (pekerja \nfull-time\n) berbanding jika anda bekerja sendiri atau bekerja bebas (\nfreelancer\n). Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk beli rumah untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n1. Salinan Kad Pengenalan\n\n\nPinjaman atau \nloan\n perumahan\n biasanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Oleh sebab itu, salinan kad pengenalan atau MyKad merupakan salah satu dokumen wajib yang diperlukan bagi membuktikan taraf kewarganegaraan setiap pemohon yang ingin mendapatkan pinjaman perumahan. Selain pastikan gambar pada salinan kad pengenalan adalah jelas, anda juga perlu pastikan maklumat pada kad pengenalan dikemas kini dengan maklumat terbaharu.\n\n\n2. Penyata Gaji (Tiga atau Enam Bulan Terkini)\n\n\nPemohon yang ingin memohon pinjaman perlu menyediakan dokumen-dokumen penting seperti slip gaji atau penyata pendapatan. Bagi individu yang bekerja dengan majikan, masalah tiada \nslip gaji\n atau dokumen tidak lengkap biasanya tidak banyak terjadi. Masalah dokumen tidak lengkap ini sering berlaku kepada individu yang bekerja sendiri yang tidak menyimpan rekod pendapatan dan perbelanjaan dengan teratur.\n\n\nPenyata gaji merupakan dokumen penting untuk beli rumah dalam membuktikan jumlah pendapatan anda. Ia secara tidak langsung memudahkan pihak bank memproses sama ada anda layak atau tidak mendapatkan permohonan tersebut. Biasanya, pihak bank akan meminta penyata gaji tiga bulan terkini (jika pendapatan tetap berdasarkan gaji pokok) atau enam bulan terkini (jika ada pendapatan tidak tetap seperti elaun kerja lebih masa, komisen dan sebagainya).\n\n\nOleh itu, pastikan anda menyimpan semua dokumen berkaitan supaya permohonan pinjaman perumahan anda lebih mudah untuk diluluskan oleh pihak bank.\n\n\n3. Penyata Akaun Bank (Akaun Gaji)\n\n\nSelain itu, pihak bank juga biasanya memerlukan penyata bank akaun gaji untuk tempoh tiga bulan atau enam bulan terkini bergantung pada situasi \u2013 tiga bulan terkini untuk gaji pokok sahaja dan enam bulan terkini untuk gaji pokok termasuk komisen. Maklumat penyata bank ini diperlukan bagi membantu pihak bank mendapatkan kesahihan gaji yang dikreditkan ke dalam akaun bank adalah sama seperti yang dinyatakan dalam slip gaji.\n\n\n4. Penyata KWSP Terkini\n\n\nSebelum memohon apa-apa pinjaman tidak kiralah pinjaman perumahan atau pinjaman lain seperti\n pinjaman peribadi\n, salah satu dokumen yang perlu diserahkan bersama permohonan anda ialah \npenyata akaun KWSP\n terkini anda. Penyata KWSP secara asasnya menunjukkan rumusan sumbangan bulanan daripada anda dan pihak majikan dalam Akaun 1 dan \nAkaun 2 KWSP\n. Ia secara tidak langsung membuktikan tahap kewangan dan kestabilan pendapatan yang diterima oleh anda. Ini juga untuk mengelakkan anda daripada berdepan masalah sekiranya perlu membayar balik pinjaman yang diluluskan.\n\n\n5. Borang EA Terkini\n\n\nBorang EA atau EA Form merujuk pada Penyata Saraan Tahunan untuk pekerja swasta. Ia merangkumi maklumat penting tentang gaji anda untuk tahun sebelumnya termasuk bonus dan insentif tambahan lain yang diterima.\n\n\n\n\n6. Cukai Pendapatan \u2013 Borang B/BE Terkini\n\n\nBagi anda yang berdaftar dengan LHDN dan sudah membuat taksiran \ncukai pendapatan\n (sekurang-kurangnya untuk dua tahun terkini), anda perlu mengemukakan borang B atau borang BE terkini dengan bukti penerimaan pembayaran. Jika anda menggunakan e-filling, anda boleh sediakan slip pengesahan penerimaan e-B bagi tahun taksiran dan bukti pembayaran. Penyata cukai pendapatan membolehkan pihak bank mengenal pasti jumlah untung bersih dan jumlah cukai pendapatan yang telah dikeluarkan setiap tahun.\n\n\n7. Dokumen Sokongan Tambahan\n\n\nSelain itu, dalam sesetengah kes, anda mungkin perlu memberikan dokumen sokongan seperti pendapatan sewa, penyata \ndeposit tetap\n, \nsimpanan ASB\n, Tabung Haji atau Bon (jika ada) untuk beli rumah. Ia bertujuan untuk menunjukkan anda mempunyai dana kecemasan yang kuat sekiranya berlaku perkara tidak diingini terhadap sumber kewangan anda seperti kehilangan kerja atau sebagainya.\n\n\n8. Surat Pemetakan\n\n\nJika anda menempah hartanah dalam pembinaan (\nunder construction\n), anda biasanya akan menerima surat tempahan pembelian rumah daripada pemaju atau lebih dikenali sebagai surat pemetakan (\nallotment letter\n). Surat ini biasanya mengandungi maklumat berkaitan unit, pilihan pembayaran dan sebarang caj tambahan yang mungkin perlu dibayar termasuk caj penyelenggaraan dan kemudahan tambahan.\n\n\nSelain itu, surat pemetakan ini juga mengandungi maklumat seperti jadual pembinaan, pelan rumah, tarikh anggaran penyerahan dan liabiliti pemaju sekiranya rumah tidak berjaya disiapkan mengikut jadual atau rumah yang dibeli menghadapi masalah-masalah lain. Biasanya, pihak bank memerlukan dokumen ini untuk memproses pinjaman untuk beli rumah idaman anda.\n\n\n9. Surat Perjanjian Jual Beli\n\n\nDokumen Perjanjian Jual Beli (SPA) menyenaraikan semua jenis maklumat tentang hartanah \u2013 terma dan syarat, tarikh pemilikan, pelan pembayaran, spesifikasi dan butiran kawasan dan kemudahan umum dan sebagainya. Dokumen ini perlu dikemukakan dalam salinan asal kepada pihak bank bagi proses mendapatkan pinjaman rumah.\n\n\nRancang Kewangan Anda, Elakkan Berbelanja Melebihi Kemampuan Kewangan\n\n\nSelain dokumen untuk beli rumah yang dinyatakan di atas, anda juga perlu rancang \npengurusan kewangan\n anda untuk kurangkan risiko yang boleh menyebabkan \npermohonan \nloan\n ditolak.\n\u00a0Elakkan berbelanja atau berhutang \nkad kredit\n lebih daripada separuh had kredit maksimum yang ditetapkan. Sebagai contoh, jika had maksimum kad kredit anda ialah RM8,000, pastikan belanja anda tidak berbelanja melebihi RM4,000 kerana bank akan beranggapan anda terlalu bergantung pada hutang. Ini secara tidak langsung boleh menyebabkan \nskor kewangan\n anda menjadi tidak cantik dan bank akan mengenakan kadar faedah yang tinggi untuk pinjaman anda.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mempertimbangkan \ninsurans rumah terbaik\n dan komprehensif untuk kediaman baru anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform insurans di Malaysia\n yang menyediakan pelbagai jenis insurans rumah dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/ekzos-kereta/", "title": "Ekzos Kereta: Tanda Ekzos Kereta Bocor, Kos Repair Ekzos", "body": "\n\nEkzos kereta merupakan antara komponen kereta yang jarang diberi perhatian. Cuba tanya diri anda bila kali terakhir anda \ncheck\n atau \nservis kereta\n terutamanya ekzos kereta anda? Tahun lepas, dua tahun lepas atau anda sebenarnya tak pernah \ncheck\n langsung? Secara amnya, ekzos memainkan peranan penting dalam pastikan tahap pelepasan bahan kimia bahaya ke udara berada pada tahap yang selamat selari dengan standard yang ditetapkan oleh sesebuah negara. Oleh sebab itu, sekiranya aspek penjagaan sistem ekzos kereta diabaikan, ia berpotensi untuk mengalami kebocoran kerosakan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n5 Simptom Ekzos Kereta Bocor dan Bermasalah\n1. Prestasi Enjin, Pecutan Merosot\n2. Ekzos Kereta Bunyi Kuat\n3. Pedal Minyak Bergegar\n4. Kereta Kuat Makan Minyak\n5. Bau Kurang Menyenangkan\n4 Warna Asap Ekzos Kereta dan Punca Kerosakan\n1. Kereta Keluar Asap Hitam\n2. Asap Kereta Warna Biru\n3. Kereta Keluar Asap Putih\n4. Asap Kereta Warna Kelabu\nServis Ekzos Kereta: Tips Penjagaan Ekzos\nHarga Ekzos Kereta: Kos Baiki Ekzos Bocor\n\n\n5 Simptom Ekzos Kereta Bocor dan Bermasalah\n\n\nPengetahuan asas mengenai masalah ekzos kereta bocor boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan kereta yang lebih serius yang mungkin boleh membahayakan nyawa dan keselamatan anda. Jika anda mengesan ada sesuatu yang tidak kena pada sistem ekzos kereta anda, segera bawa kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut. Berikut merupakan antara tanda-tanda exzos kereta bocor untuk rujukan anda:\n\n\n1. Prestasi Enjin, Pecutan Merosot\n\n\nKebocoran sistem ekzos secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada prestasi enjin kereta. Anda mungkin mendapati pecutan enjin kereta anda semakin hambar, tidak cukup kuat dan \npick up\n tidak seperti biasa apabila anda menekan pedal minyak. Secara teknikal, kereta anda akan terus kehilangan kuasa jika masalah ekzos bocor tidak dibaiki. Jika dahulu anda boleh potong Myvi dengan senang, kini nak potong Kancil pun takut tak lepas.\n\n\n2. Ekzos Kereta Bunyi Kuat\n\n\nSekiranya anda mendapati ekzos kereta anda berbunyi kuat, ia merupakan salah satu tanda kerosakan ekzos kereta yang perlu diberi perhatian. Tahap kekuatan bunyi pula biasanya bergantung pada saiz kebocoran \u2013 ekzos kereta yang bocor akan menghasilkan bunyi berdesis atau\n hissing\n sama seperti bunyi gas bocor atau ketak-ketik (atau\n tapping\n) seperti bunyi hujan jatuh di atas atap rumah. Biasanya, bunyi ini menjadi lebih kuat semasa enjin kereta dalam keadaan sejuk atau semasa kenderaan sedang memecut.\n\n\n3. Pedal Minyak Bergegar\n\n\nSelain itu, sekiranya anda mengesan ada gegaran pada bahagian pedal minyak, ia mungkin menandakan ekzos kereta anda sedang bocor atau mengalami masalah lain yang berkaitan. Lazimnya, gegaran pada pedal minyak boleh berlaku meskipun hanya terdapat kebocoran kecil pada paip ekzos. Malah, gegaran ini berkadar langsung dengan saiz kebocoran \u2013 semakin besar saiz kebocoran ekzos, semakin teruk dan ketara gegaran yang dirasai. Jika situasi ini diabaikan, ia boleh bertambah buruk sehingga menjejaskan \nstereng kereta\n dan lantai kereta.\n\n\n4. Kereta Kuat Makan Minyak\n\n\nMinyak kereta yang diisi dengan kerap berbanding biasa juga menunjukkan salah satu tanda kebocoran ekzos kereta. Ini kerana, sistem ekzos memerlukan nisbah kandungan bahan api dan udara yang betul untuk mengekalkan tahap kecekapan bahan api. Sekiranya berlaku kebocoran, prestasi enjin akan terjejas kerana sistem kereta memerlukan kandungan bahan api yang lebih tinggi bagi mencapai tekanan yang betul untuk memberikan jumlah tenaga dan prestasi yang sama seperti kebiasaan.\n\n\n5. Bau Kurang Menyenangkan\n\n\nSistem ekzos kereta bocor juga boleh dikenal pasti melalui bau yang dihasilkan. Biasanya, gas yang memasuki ruang kabin kereta akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Sekiranya berlaku kebocoran di bahagian\n manifold\n, gas-gas yang dikeluarkan oleh enjin kereta seperti gas karbon dioksida (CO2) mengeluarkan bauan yang tidak menyenangkan berbeza dengan gas karbon monoksida (CO) yang tidak berwarna, tidak berbau dan tanpa rasa. Gas-gas ini boleh mendatangkan bahaya jika dihidu secara berterusan sepanjang pemanduan. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk sentiasa prihatin terhadap sebarang bunyi, gegaran atau bau persekitaran semasa memandu.\n\n\n\n\n4 Warna Asap Ekzos Kereta dan Punca Kerosakan\n\n\nSelain tanda ekzos kereta rosak seperti dinyatakan di atas, anda juga boleh kenal pasti simptom kerosakan pada kereta anda melalui warna asap ekzos kereta anda. Asap yang keluar dari paip ekzos boleh dikatakan salah satu petunjuk awal jika terdapat kerosakan pada mana-mana komponen kereta anda. Biasanya, terdapat 4 jenis warna asap kereta \u2013 warna asap kereta yang berbeza menunjukkan masalah berlainan yang mungkin ada pada kereta anda.\n\n\n1. Kereta Keluar Asap Hitam\n\n\nBagi kereta enjin diesel, asap berwarna hitam merupakan situasi biasa. Namun begitu, sekiranya kereta anda yang menggunakan enjin petrol mengeluarkan asap hitam, ia menandakan ada masalah dalam enjin kereta yang perlu diberi perhatian. Asap hitam yang keluar daripada ekzos kereta biasanya berpunca daripada kekurangan udara dalam enjin kereta.\n\n\nUdara yang tidak mencukupi menyebabkan proses pembakaran dalam enjin berlaku dengan tidak sempurna \u2013 \nenjin kereta\n yang tidak mendapat udara yang mencukupi secara tidak langsung menyebabkan lebih banyak bahan api diperlukan untuk proses pembakaran.\n\n\nSekiranya anda berdepan situasi ini, periksa \npenapis udara kereta\n anda kerana besar kemungkinan komponen ini tersumbat. Selain itu, masalah ini juga kemungkinan berpunca daripada kerosakan pada karburator atau injektor bahan api. Langkah terbaik, bawa kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.\n\n\n2. Asap Kereta Warna Biru\n\n\nBiasanya, ekzos kereta akan mengeluarkan asap berwarna biru sekiranya berlaku masalah yang berkaitan dengan enjin kereta seperti kebocoran minyak hitam. \nMinyak hitam bocor\n biasanya berlaku apabila kedap injap (\nvalve seal\n) rosak atau gelang piston (\npiston ring\n) haus \u2013 enjin kereta yang membakar minyak hitam akan menyebabkan asap berwarna biru.\n\n\nSelain itu, asap biru yang jelas kelihatan ketika memecut pula menandakan kerosakan gelang piston yang berpunca daripada kepala silinder. Untuk keselamatan anda, segera bawa kereta ke bengkel berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.\n\n\n3. Kereta Keluar Asap Putih\n\n\nAsap putih yang keluar dari ekzos kereta adalah perkara biasa semasa\n start\n kereta\n di waktu pagi. Meskipun begitu, asap putih tebal yang keluar daripada paip ekzos semasa anda sedang memandu pula menandakan ada masalah serius pada kereta yang memerlukan perhatian segera daripada anda.\n\n\nMeskipun kedua-dua situasi ini seakan-akan sama, asap putih pada waktu pagi berlaku disebabkan oleh kehadiran wap air yang menyebabkan proses pemeluwapan berlaku, manakala asap putih tebal semasa memandu pula berlaku disebabkan oleh kebocoran minyak pelincir yang telah memasuki ruang pembakaran dalaman.\n\n\nBiasanya, asap putih tebal yang terhasil akibat kebocoran minyak pelincir menghasilkan bau tertentu. Selain itu, asap kereta berwarna putih juga menunjukkan terdapat kerosakan pada gasket silinder atau piston yang sudah haus.\n\n\nSekiranya anda berdepan situasi ini, segera hantar kereta anda untuk dibaiki untuk mengurangkan risiko kerosakan kereta dan mengelakkan anda menanggung kos kerosakan yang lebih tinggi.\n\n\n4. Asap Kereta Warna Kelabu\n\n\nAsap berwarna kelabu pula memberi petunjuk bahawa terdapat masalah tertentu pada komponen enjin \u2013 enjin membakar minyak gear daripada silinder atau disebabkan kerosakan pada gelang piston.\n\n\nPerhatikan tanda-tanda ini bagi membolehkan pembaikan dapat dilakukan dengan segera. Selain warna asap, sekiranya anda terhidu bau terbakar, ia menunjukkan terdapat masalah pada komponen pengecasan turbo kereta anda.\n\n\nSegera baiki kereta anda untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius daripada berlaku.\n\n\nServis Ekzos Kereta: Tips Penjagaan Ekzos\n\n\nKebanyakan pemilik kereta kurang menitikberatkan aspek penjagaan ekzos kereta. Oleh sebab itu, Qoala menyenaraikan tips penjagaan ekzos seperti berikut sebagai rujukan dan panduan anda:\n\n\n\n\nLakukan pemeriksaan ekzos sekurang-kurangnya setiap tiga bulan untuk membantu mengenal pasti sebarang kerosakan atau kebocoran pada bahagian ekzos;\n\n\nAnda boleh lakukan pemeriksaan sendiri di rumah dengan menggunakan tangan untuk mengesan sama ada terdapat angin yang keluar daripada paip ekzos. Amalkan langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan tangan anda daripada terkena mana-mana bahagian ekzos yang panas;\n\n\nSekiranya anda mengesan sebarang kebocoran pada bahagian gasket penyambung blok enjin, anda disarankan untuk menggantikan komponen tersebut. Biasanya, gasket rosak disebabkan perubahan suhu panas dan sejuk \u2013 jangka hayat gasket kereta boleh bertahan selama lima hingga 20 tahun bergantung pada penggunaan;\n\n\nJika kebocoran kecil berlaku di bahagian lain, anda boleh mengimpal kebocoran tersebut. Namun begitu, anda disarankan untuk menukar keseluruhan sistem ekzos kebocoran terlalu besar untuk mengelakkan pembaziran bahan api.\n\n\n\n\n\n\nHarga Ekzos Kereta: Kos Baiki Ekzos Bocor\n\n\nSecara purata, kos \nrepair\n ekzos kereta bocor biasanya kurang daripada RM50. Ini kerana, kebocoran ekzos akan dibaiki dengan menutup dan mencantum ekzos dengan welding sahaja. Namun begitu, sekiranya anda ingin tukar ekzos secara keseluruhan, ia mungkin menelan belanja yang lebih tinggi bergantung pada jenis ekzos dan model kenderaan anda.\n\n\nSemoga perkongsian ini dapat membantu anda mengenal pasti tanda-tanda kerosakan ekzos kereta. Anda disarankan untuk ambil langkah pencegahan dengan segera seperti menghantar kenderaan ke bengkel jika mendapati ekzos anda tidak berfungsi seperti kebiasaan. Selain itu, jika anda mempertimbangkan untuk mendapatkan\n insurans kereta\n untuk kereta anda, layari laman web Qoala, platform \ninsurans terbaik di Malaysia\n untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/enjin-kereta/", "title": "5 Tanda Anda Mungkin Perlu Overhaul Enjin Kereta Anda", "body": "\n\nSekiranya anda berdepan situasi \nenjin kereta meragam\n, \ntemperature\n kereta naik \natau kereta keluar asap putih, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk bawa kereta anda ke bengkel berhampiran untuk melakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan segera. Jika dibiarkan, masalah kerosakan serius pada enjin ini mungkin boleh menyebabkan enjin kereta anda perlu \noverhaul\n. Bila sebut pasal \noverhaul\n enjin kereta, proses ini boleh dikatakan sebagai salah satu mimpi ngeri bagi kebanyakan pemilik kenderaan. Bukan apa, kos \noverhaul\n enjin kereta bukan sedikit dan adakalanya boleh mencecah ribuan ringgit dan memakan masa yang lama untuk disiapkan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nOverhaul Enjin Kereta: 4 Perkara Penting Tentang Overhaul Enjin yang Perlu Anda Tahu\nApa itu Overhaul Enjin Kereta?\nProses Turun Enjin: Top Overhaul, Full Overhaul Enjin\n5 Tanda-tanda Enjin Kereta Perlu Overhaul\nKos Overhaul Kereta\n\n\nOverhaul\n Enjin Kereta: 4 Perkara Penting Tentang \nOverhaul\n Enjin yang Perlu Anda Tahu\n\n\nProses\n overhaul\n enjin kereta atau turun enjin perlu dilakukan sekiranya kereta anda menunjukkan tanda-tanda tertentu. Meskipun begitu, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada mekanik profesional yang boleh anda percayai untuk mengelakkan anda daripada tertipu. Ini kerana, proses \noverhaul\n enjin kereta melibatkan proses yang rumit dan sukar \u2013 kesilapan kecil semasa proses ini dilakukan boleh menyebabkan anda terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi.\n\n\nApa itu \nOverhaul\n Enjin Kereta?\n\n\nSecara amnya, \noverhaul\n enjin kereta merujuk pada proses baik pulih enjin kereta secara keseluruhan. Ia melibatkan proses meleraikan enjin serta komponen-komponen enjin bagi membolehkan punca kerosakan dikenal pasti dan proses pembaikan dilakukan secara terus pada komponen enjin yang terlibat. Dalam erti kata lain, komponen enjin akan dibuka, dibersihkan dan dibaiki, sebelum dipasang semula seperti struktur asal sama seperti permainan \njigsaw puzzle\n. Oleh sebab itu, proses ini dikatakan sangat rumit dan memerlukan penelitian yang tinggi \u2013 kesilapan semasa pemasangan boleh menyebabkan kerosakan enjin yang lebih serius.\n\n\nBiasanya, \noverhaul\n kereta akan dilakukan sekiranya terdapat tanda-tanda seperti berikut:\n\n\n\n\nTemperature\n kereta naik\n melebihi paras normal;\n\n\nAda mana-mana komponen enjin yang patah, retak atau bocor;\n\n\nTiming belt\n putus;\n\n\nPrestasi dan kuasa enjin merosot;\n\n\nMinyak hitam kereta\n berkurangan walaupun tiada kebocoran yang ketara pada bahagian gasket;\n\n\nEnjin kereta bergegar.\n\n\n\n\nProses Turun Enjin: \nTop Overhaul, Full Overhaul\n Enjin\n\n\nBiasanya, pemeriksaan yang menyeluruh akan dilakukan ke atas enjin kereta sebelum proses \noverhaul\n dilakukan, saranan sama ada perlu \ntop overhaul\n atau \nfull overhaul\n bergantung sepenuhnya pada tahap kerosakan enjin.\n\n\nTop Overhaul\n Enjin\n\n\nMerujuk pada proses penyelenggaraan bahagian atas enjin kereta tanpa perlu mengeluarkan keseluruhan enjin daripada badan kenderaan. Dalam erti kata lain, enjin dibuka separuh sahaja atau hanya bahagian \ncylinder head\n sahaja yang dibuka. Ia biasanya melibatkan proses penggantian atau penukaran komponen enjin seperti kepala silinder, skru silinder, injap,\n rocker am\n, tukar\n valve seal, head gasket\n dan komponen-komponen enjin lain yang berkaitan.\n\n\nFull Overhaul\n Enjin\n\n\nMerujuk pada proses membuka dan mengeluarkan keseluruhan enjin kereta daripada badan kenderaan, biasanya melibatkan penukaran dan penggantian bahagian-bahagian enjin yang sukar untuk dicapai dari luar enjin. Sekiranya\n full overhaul\n dilakukan, ini bermaksud semakin banyak bahagian enjin yang akan ditukar seperti\n main bearing, piston ring\n dan sebagainya. Kos pula semestinya lebih tinggi berbanding\n top overhaul\n.\n\n\nRestore\n Enjin Kereta\n\n\nRestore\n enjin pula merujup pada proses buat balik enjin sepenuhnya dengan menggantikan semua skru, \nbreaker\n dan komponen-komponen enjin yang lain. Biasanya, kos \nrestoration\n kereta sebegini menelan belanja yang lebih mahal. Sebagai contoh, kos \nrestore\n Proton Wira, Iswara dan Saga boleh mencecah sehingga RM5,000. Kerja \nrestoration\n biasanya disyorkan untuk kereta klasik atau kereta lama yang ingin disimpan untuk jangka masa panjang. Namun sekiranya anda ingin\n jual kereta lama\n anda, anda tidak disarankan untuk melakukan \nrestore\n enjin kereta kereta tidak berbaloi dengan kos yang dikeluarkan.\n\n\n\n\n5 Tanda-tanda Enjin Kereta Perlu \nOverhaul\n\n\nSecara amnya, kereta perlu diselenggara selepas tempoh-tempoh tertentu untuk mengenal pasti sama ada terdapat kerosakan yang berlaku yang boleh memberi kesan kepada prestasi dan fungsi enjin. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk sentiasa peka dengan sebarang amaran atau tanda-tanda pada kereta anda yang mungkin \u2018berinteraksi\u2019 dengan anda tentang masalah yang sedang dihadapi. Qoala senaraikan tanda-tanda enjin kereta perlu\n overhaul\n seperti berikut untuk rujukan anda:\n\n\n1. Kereta Keluar Asap Putih\n\n\nSekiranya anda mendapati kereta anda mengeluarkan asap berwarna putih, itu menandakan berlaku masalah pada bahagian enjin kereta anda. Besar kemungkinan minyak enjin kereta sudah memasuki ruang pembakaran dalaman kereta anda. Ia berlaku disebabkan oleh gelang piston atau juga dikenali sebagai\n piston ring\n sudah haus atau pun rosak.\n\n\n2. Enjin Kereta \nOverheat\n, \nTemperature\n Kereta Naik\n\n\nSekiranya paras air \ncoolant\n mencukupi atau komponen-komponen lain yang berkaitan berada dalam keadaan baik tetapi enjin kereta anda masih \noverheat\n, besar kemungkinan terdapat masalah dalam bahagian enjin kereta anda. Langkah terbaik yang boleh anda lakukan ialah lakukan diagnosis lengkap untuk mengetahui punca sebenar kerosakan. Biasanya,\n temperature\n kereta yang naik dengan tiba-tiba dengan kerap menandakan terdapat masalah kebocoran pada bahagian enjin yang menjejaskan nisbah mampatan. Ia biasanya disebabkan oleh gasket kepala silinder yang rosak lalu menyebabkan air radiator berkurangan dan memasuki ruang pembakaran.\n\n\n3. Kereta Makan Minyak Hitam\n\n\nSekiranya anda perlu\n topup\n minyak hitam kereta dengan kerap, besar kemungkinan enjin kereta anda menghadapi masalah yang memerlukan perhatian segera daripada anda. Simptom enjin makan minyak hitam merupakan salah satu tanda enjin kereta perlu\n overhaul.\n Hal ini kerana, komponen enjin seperti piston, \nvalve\n dan sebagainya mungkin sudah rosak disebabkan oleh minyak enjin yang kurang. Macam mana nak tahu enjin kereta makan minyak? Periksa paras minyak enjin kereta secara berkala dengan menggunakan \ndipstick\n untuk mengetahui paras sebenar minyak enjin dalam kereta anda.\n\n\n4. Masalah\n Underpower\n, Tekanan Rendah\n\n\nAntara tanda lain enjin kereta perlu \noverhaul\n ialah enjin kereta menghadapi masalah \nunderpower\n. Sekiranya semasa pemeriksaan dilakukan mendapati \nspark plug\n kereta dan \nignition coil\n berada dalam keadaan baik tetapi prestasi enjin masih underpower, \noverhaul\n enjin kereta mungkin perlu dilakukan \u2013 \npiston ring\n dan blok enjin mungkin sudah rosak. Oleh sebab itu, tekanan enjin menjadi rendah dan tidak boleh menjana kuasa yang mencukupi.\n\n\n5. \nSpark Plug\n Berkerak\n\n\nMinyak enjin yang bocor boleh menyebabkan berlaku penghasilan kerak pada\n spark plug\n kereta. \nSpark plug\n yang berkerak tidak mampu menjalankan fungsinya secara optimum sekali gus menjejaskan prestasi percikan api. Biasanya, tanda-tanda prestasi enjin merosot boleh dikenal pasti melalui tanda-tanda berikut:\n\n\n\n\nEnjin mula meragam, prestasi enjin merosot;\n\n\nBunyi pelik di bahagian enjin;\n\n\nEnjin kereta tersengguk-sengguk ketika memecut.\n\n\n\n\n\n\nKos \nOverhaul\n Kereta\n\n\nProses \noverhaul\n melibatkan pelbagai proses yang kompleks dan kerja-kerja mekanikal. Ini kerana, setiap masalah yang dihadapi oleh enjin kereta memerlukan kaedah dan cara penyelesaian yang berbeza. Secara ringkasnya, harga \noverhaul\n kereta dikira berdasarkan servis yang dijalankan semasa proses \noverhaul\n enjin. Bagi kereta tempatan misalnya, harga \ntop overhaul\n adalah pada sekitar RM800-RM3000 manakala kos bagi\n full overhaul\n boleh mencecah sehingga RM5000. Sekiranya banyak komponen enjin ditukar atau proses ini memakan masa yang lebih lama, kos \noverhaul\n enjin kereta juga mungkin akan menjadi lebih tinggi dan mahal.\n\n\nKerja-kerja \noverhaul\n enjin sememangnya memerlukan kos yang besar, dan memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang betul bagi mengelakkan kos luar jangka lain yang perlu ditanggung. Semoga perkongsian ini membantu anda mengenal pasti tanda \noverhaul\n enjin kereta untuk mengelakkan kerosakan lain pada enjin yang lebih serius. Selain itu, sekiranya anda ingin \nbeli insurans kereta\n untuk kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform\n insurans kereta terbaik di Malaysia\n yang menawarkan tawaran \nharga insurans terbaik\n dengan perkhidmatan yang mudah, cekap dan pantas.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/freehold-leasehold-bumiputera-tanah-rizab-melayu/", "title": "Apa Itu Freehold, Leasehold, Lot Bumiputera & Tanah Rizab Melayu?", "body": "\n\nBanyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum beli rumah antaranya \nproses beli rumah\n dan \nkos pemilikan rumah\n. Selain itu, ramai dalam kalangan pembeli rumah yang masih keliru dan kurang arif dengan jenis milikan tanah seperti \nfreehold\n, \nleasehold\n, lot Bumiputera dan sebagainya. Oleh sebab itu, penting untuk anda memahami jenis-jenis milikan tanah yang ditawarkan di Malaysia sebelum anda buat keputusan \nbeli rumah\n idaman anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa yang Anda Perlu Tahu Tentang Hartanah Freehold, Leasehold, Lot Bumiputera dan Tanah Rizab Melayu\n1. Lot Bumiputera\n2. Tanah Rizab Melayu\n3. Pegangan Bebas (Freehold)\n4. Pegangan Pajakan (Leasehold)\n\n\nApa yang Anda Perlu Tahu Tentang Hartanah \nFreehold\n, \nLeasehold\n, Lot Bumiputera dan Tanah Rizab Melayu\n\n\nSecara asasnya, terdapat beberapa jenis milikan tanah di Malaysia antaranya lot Bumiputera, Tanah Rizab Melayu, Tanah Pegangan Bebas (\nFreehold\n) dan Pegangan Pajakan (\nLeasehold\n). Setiap satunya mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri. Berikut merupakan penjelasan bagi setiap jenis hak milik tanah secara terperinci untuk rujukan dan panduan anda.\n\n\n1. Lot Bumiputera\n\n\nLot Bumiputera yang turut dikenali sebagai lot Bumi merupakan hak eksklusif golongan Bumiputera (merangkumi Melayu, Sabah dan Sarawak dan juga Muslim bukan Melayu) di Malaysia. Ini bermaksud, golongan bukan Bumiputera tidak boleh memiliki rumah lot Bumi. Secara asasnya, setiap pembangunan hartanah baharu memperuntukkan sejumlah peratusan tertentu kepada kaum Bumiputera. Dalam erti kata lain, ada kuota tertentu yang diperuntukkan kepada kaum Bumiputera bagi setiap pembangunan baharu \u2013 sebagai contoh di Kuala Lumpur, setiap hartanah wajib memperuntukkan sekurang-kurangnya 30 peratus lot Bumiputera.\n\n\nPeruntukan lot Bumiputera membolehkan golongan Bumiputera mempunyai peluang untuk mengumpul aset dan memperluaskan taburan penduduk Bumiputera. Selain itu, lot Bumi juga biasanya menawarkan diskaun dan rebat eksklusif Bumiputera yang banyak. Ia bertujuan untuk menggalakkan golongan Bumiputera memiliki rumah atau kediaman sendiri. Lot Bumiputera secara amnya sesuai untuk anda yang tidak berniat untuk menjual \nhartanah\n dalam tempoh yang singkat. Ini kerana, anda mungkin berdepan beberapa kesukaran sekiranya anda jual Lot Bumiputera:\n\n\n\n\nKekurangan permintaan disebabkan kekangan pasaran (lot Bumi perlu dijual kepada Bumiputera sahaja, hartanah tidak boleh dijual kepada kaum lain);\n\n\nKenaikan harga hartanah perlahan, penjual mendapat keuntungan yang minimum;\n\n\nKelulusan untuk menjual kepada bukan Bumiputera sukar diperoleh daripada Pejabat Tanah.\n\n\n\n\n2. Tanah Rizab Melayu\n\n\nSecara asasnya, Tanah Rizab Melayu merupakan jenis hartanah khusus kepada orang Melayu Islam sahaja. Ini bermaksud, orang asli dari Sabah dan Sarawak dan orang Islam bukan Melayu tidak boleh \nbeli rumah\n atau hartanah jenis ini. Ia berbeza dengan lot Bumiputera yang dibuka untuk jualan kepada golongan Bumiputera di Malaysia. Selain itu, Tanah Rizab Melayu juga tidak boleh diubah milik atau dijual kepada golongan selain Bumiputera dalam apa keadaan sekalipun, melainkan dibatalkan oleh pihak berkenaan.\n\n\nMalah, proses penukaran hak milikan Tanah Rizab Melayu juga sangat kompleks. Ia memerlukan hartanah lain dengan nilai dan saiz yang sama perlu diumumkan sebagai ganti, berbanding lot Bumiputera yang boleh ditukar status kepada lot bukan Bumiputera dan boleh dijual kepada kaum bukan Bumiputera mengikut syarat dan kriteria tertentu. Berikut merupakan ciri tambahan yang membezakan antara Tanah Rizab Melayu dengan Lot Bumiputera:\n\n\n\n\nPemilik bumiputera tidak dibenarkan menyewakan hartanah Tanah Rizab Melayu kepada bukan Melayu;\n\n\nSemua aktiviti perniagaan yang dijalankan di atas Tanah Rizab Melayu mestilah dimiliki oleh orang Melayu;\n\n\nSyarikat yang diniagakan secara awam mestilah memiliki pemegang saham Melayu sahaja.\n\n\n\n\n3. Pegangan Bebas (\nFreehold\n)\n\n\nHartanah pegangan bebas atau lebih dikenali sebagai hartanah \nfreehold\n merupakan status pemilikan tanah tanpa had tempoh atau dalam erti kata lain, milikan rumah yang dibeli boleh dimiliki untuk selama-lamanya. Hartanah ini merupakan jenis hartanah yang paling popular dalam kalangan pembeli rumah kerana pemilikan rumah boleh dipindah milik kepada generasi seterusnya tanpa halangan dari pihak berkuasa, Kerajaan Persekutuan atau Negeri.\n\n\nWalau bagaimanapun, meskipun hartanah ini berstatus tanpa had, pihak kerajaan masih boleh menuntut semula\u00a0tanah tersebut untuk tujuan pembangunan milik kerajaan seperti jalan raya, sistem pengangkutan awam atau apa-apa projek awam lain. Pemilik hartanah biasanya perlu menjual perumahan mereka kepada pihak kerajaan mengikut harga pasaran tanpa diberi apa-apa pampasan.\n\n\nMeskipun begitu, hartanah \nfreehold\n masih lagi menjadi pilihan ramai dalam pasaran kerana hartanah jenis ini terbuka kepada semua kaum, mudah untuk dijual dan menawarkan \nprofit\n dan margin keuntungan (nilai jualan semula, kenaikan nilai modal serta pulangan sewaan) yang lebih tinggi apabila anda jual semula hartanah yang dimiliki.\n\n\n4. Pegangan Pajakan (\nLeasehold\n)\n\n\nHartanah \nleasehold\n pula merujuk pada hartanah yang ditempatkan di atas tanah pajakan yang dipajak atau disewa dari pihak kerajaan. Dalam erti kata lain, tanah tersebut merupakan hak milik sementara dan hanya dianggap milik pemilik rumah selagi tempoh pajakan masih sah. Biasanya, tempoh pajakan untuk jenis hartanah ini adalah sekitar 99 tahun dengan pajakan paling pendek selama 30 tahun.\u00a0Setelah tempoh ini tamat, kos sewaan untuk hartanah \nleasehold\n dianggap terbazir kerana pemilik tidak akan menerima sebarang pampasan sebaik sahaja tempoh pajakan tersebut tamat.\n\n\nMeskipun begitu, pemilik masih boleh melanjutkan pajakan tersebut dengan memohon di Pejabat Tanah, namun tertakluk kepada sejumlah bayaran premium mengikut lanjutan tahun yang anda inginkan. Kadar premium biasanya ditentukan mengikut jenis hartanah (kediaman, komersial, pertanian dan sebagainya). Hartanah pegangan pajakan atau\n\u00a0leasehold\n boleh dikatakan sebagai jenis \nhartanah\n yang berisiko. Ini kerana, besar kemungkinan permohonan melanjutkan pajakan akan ditolak sekiranya pihak kerajaan ada merancang atau bercadang untuk membangunkan kawasan perumahan yang anda diami tersebut.\n\n\n\n\nSemoga perkongsian mengenai jenis hartanah ini boleh membantu memudahkan urusan pembelian rumah pertama anda. Selain itu, anda juga boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut berkaitan \ninsurans rumah\n. Qoala merupakan \nplatform beli insurans\n yang mudah, telus dan pantas dengan tawaran harga yang kompetitif dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/gearbox-kereta/", "title": "Gearbox Kereta: Tanda Gearbox Manual Rosak, Punca Gearbox Rosak", "body": "\n\nKalau taknak duit banyak dihabiskan dengan membaiki gearbox kereta, anda kena ketahui tanda gearbox rosak. Kalau lambat kesan, alamatnya habis lah duit untuk kos baiki. Kos baiki pula bukan sikit, boleh koyak poket dibuatnya. Kalau tak ada duit dalam poket, terpaksalah pecahkan tabung. Sebelum kita mendalam ke topik tanda gearbox rosak, tahukah anda tak ramai yang tahu apa itu gearbox yang ada pada setiap kereta?\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n5 Perkara Penting Tentang Gearbox Kereta yang Anda Perlu Tahu\n1. Jenis Gearbox Kereta\n2. Tanda Gearbox Manual, Masalah Gearbox Auto Rosak\n3. Gear Box Rosak: Langkah-langkah Awal yang Perlu Diambil\n4. Punca Gearbox Kereta Rosak\n5. Tips Penjagaan Gearbox Kereta Automatik\n\n\n5 Perkara Penting Tentang Gearbox Kereta yang Anda Perlu Tahu\n\n\nRamai yang tahu bawa kereta tapi tak tahu gearbox tu apa dan bagaimana ia berfungsi. Fungsi utama kotak gear adalah untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut keadaan dan beban pada kenderaan, memindahkan tenaga, menyesuaikan daya penukaran dan berada pada posisi neutral untuk menghidupkan \nenjin\n.\n\n\nPertamanya, kita sedia maklum yang terdapat dua jenis gear (juga dikenali sebagai transmisi) iaitu gear automatik dan manual. Nak membezakan dua jenis gear ini tidak lah sukar.\n\n\nGear auto cuma memerlukan anda menganjakkan satu takah gear untuk membolehkan \nkereta\n bergerak. Sebaliknya, dalam gear manual, anda perlu menggerakkan gear pada takah tertentu dan kelajuan tertentu sama ada perlahan ataupun laju.\n\n\n1. Jenis Gearbox Kereta\n\n\nBiasanya, terdapat dua jenis gearbox kereta yang sering digunakan:\n\n\nGear Manual\n\n\nKotak gear jenis manual dilengkapi dengan mekanisme mekatronik bagi mengambil alih tugas klac dan menukar gear. Ianya disambung dengan sistem klac yang akan menyambung kuasa dari enjin ke gearbox berdasarkan input daripada pemandu. Pemandu berperanan untuk memutuskan penggunaan gear berdasarkan keadaan dan situasi semasa pemanduan mereka.\n\n\nKaki kiri pemandu bertanggungjawab untuk menekan klac, manakala tangan kiri bertindak untuk menukar gear dan kaki kiri akan melepaskan klac setelah proses menukar gear selesai.\n\n\nGear Automatik\n\n\nGear automatik dilengkapi dengan komponen mekatronik bagi menggantikan klac dan menukar gear. Gear automatik ini sering menjadi pilihan ramai kerana cara gunanya yang mudah dan juga lancar.\n\n\nAntara kelebihan gear automatik adalah ia tidak memerlukan pemandu untuk menekan klac sambil menukar gear. Ia menjadikan gear automatik lebih mudah untuk digunakan di jalan raya yang sesak serta memberi pemanduan yang lebih lancar.\n\n\n\n\n2. Tanda Gearbox Manual, Masalah Gearbox Auto Rosak\n\n\nRamai menggunakan kereta untuk tujuan pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Apabila kita mempunyai \nkereta\n kita sendiri, sudah tentu kita perlu berdepan dengan apa jua masalah yang bakal timbul terutamanya dari segi kerosakan.\n\n\nKerosakan boleh jadi pada pelbagai komponen dan bahagian, Namun, sekiranya gear box kereta sudah mula rosak, boleh sakit kepala kita dibuatnya. Untuk mengelakkan ia berlaku, kita perlu kesan tanda gearbox kereta yang rosak.\n\n\nKesukaran Menukar Gear\n\n\nTanda gearbox kereta rosak yang awal adalah masalah menukar gear atau juga dikenali sebagai masalah gear susah masuk. Masalah ini sering terjadi pada gearbox automatik dan juga manual. Kesukaran yang dialami adalah seperti semasa permulaan pemanduan, pertukaran gear menjadi lambat dan tidak seperti kebiasaannya.\n\n\nIa juga sering terjadi pada waktu pagi di mana minyak gear masih lagi dalam keadaan sejuk dan keadaan getah seal yang masih keras. Walau bagaimanapun, ianya tidak normal sekiranya ia berlaku berulang-ulang kali.\n\n\nSentakan yang Kuat\n\n\nTanda gearbox kereta rosak seterusnya adalah apabila berlakunya sentakan yang kuat. Ini sering berlaku pada gear automatik. Sebagai contohnya dari gear N ke D, atau dari P ke D.\n\n\nKereta Tidak Dapat Bergerak\n\n\nJika kereta anda tidak bergerak walaupun tombol gear sudah dimasukkan ke D, ia menunjukkan gearbox kereta anda sudah rosak teruk. Antara kerosakan yang boleh berlaku adalah seperti valve body tersumbat, sensor dan valve body rosak. Tanda lain kerosakan gearbox kereta adalah kereta anda mengeluarkan bunyi yang kuat seperti mengaum ketika menukar gear.\n\n\nSelain itu, penunjuk RPM tidak kembali ke tempat asal selepas pertukaran gear bagi transmisi automatik juga menunjukkan gear anda mempunyai masalah. Bukan itu saja, sekiranya terdapat freeplay yang agak lama ketika menukar gear, bersiap sedialah untuk ke bengkel kereta.\u00a0Sekiranya anda mengalami situasi-situasi di atas, ia adalah tanda gearbox kereta anda sudah mula untuk rosak.\n\n\n3. Gear Box Rosak: Langkah-langkah Awal yang Perlu Diambil\n\n\nSekiranya tanda-tanda awal itu sudah timbul, ia masih boleh dibendung. Namun, tindakan dan langkah yang pantas perlu ambil.\u00a0Bagi kereta automatik:\n\n\n\n\nBersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter\n\n\nTukar minyak auto\n\n\nTukar mounting gearbox\n\n\nTukar pin pada panel gear\n\n\nTukar kedua-dua oil seal gear\n\n\n\n\nManakala bagi kereta manual pula, anda hanya perlu menukar minyak gear, mounting dan juga kabel gear.\n\n\n4. Punca Gearbox Kereta Rosak\n\n\nDalam tak sedar, tabiat sesetengah pemandu sendiri mampu mengakibatkan gearbox \nkereta\n rosak. Untuk pengetahuan, apa saja isu yang berkait rapat dengan gearbox, gear atau transmisi, ia akan memakan belanja yang mahal.\n\n\nSekiranya anda mengamalkan tabiat-tabiat seperti dibawah, anda boleh merosakkan gear kereta anda terutamanya bagi yang mempunyai kereta dengan gear automatik. Menurut \nEngineering Explained\n, ini adalah 5 tabiat buruk yang mampu membuatkan gearbox kereta rosak:\n\n\nGear N Semasa Menuruni Bukit\n\n\n\u00a0Selalu turun letakkan gear pada N semasa menuruni bukit? Tahukah anda ia mampu menjejaskan gear kereta anda. Ramai yang berpendapat dengan meletakkan gear N semasa menuruni bukit, ia dapat mengurangkan penggunaan bahan api. Ini kerana, kebanyakan mereka membiarkan kereta mereka meluncur tanpa perlu memijak pedal minyak.\n\n\nSebenarnya ia merupakan aksi yang berbahaya. Ini kerana memandu dalam mode gear N semasa menuruni bukit akan membuatkan kereta anda bergantung sepenuhnya kepada sistem \nbrek kereta\n dan ia juga boleh membuatkan anda hilang fokus kawalan atas pengendalian kereta.\n\n\nTidak Berhenti Sepenuhnya\n\n\nPernah tak anda menukar gear dalam keadaan kereta tidak berhenti sepenuhnya? Mungkin kerana anda sedang mengejar masa jadi anda terus saja menukar gear gear daripada R kepada D atau sebaliknya tanpa menunggu untuk kereta berhenti terlebih dahulu.\n\n\nTernyata tindakan ini dapat merosakan gear kereta. Lebih-lebih lagi jika ia kerap dilakukan. Setiap kali gear ditukar, pengapit gelung transmisi atau transmission band clamp akan berada pada gear, tetapi jika anda tidak berhenti sepenuhnya, gelung transmisi itu sendiri yang berfungsi menghentikan kereta anda.\n\n\nJika anda melakukan tindakan ini, anda sebenarnya sedang meletakkan tekanan pada gear. Gelung transmisi tidak direka untuk berfungsi seperti sistem brek. Tabiat anda perlu ditukar kepada brek dan betul-betul menghentikan kereta sebelum bergerak daripada D ke R atau R kepada D.\n\n\nMemecut dalam Gear N\n\n\nIni juga merupakan tindakan yang akan hanya merugikan anda. Tindakan memecut dalam posisi kereta berhenti atau gear N boleh merosakkan gearbox kenderaan anda. Apabila anda menukar gear selepas menekan enjin, anda sebenarnya sedang meletakkan bebanan terhadap geling transmisi.\n\n\n*Sebenarnya, melonjakkan kelajuan kenderaan daripada posisi berhenti boleh dilakukan tanpa tekanan ke atas transmisi dan merosakkannya. Anda sepatutnya biar saja kereta dalam D.\n\n\nLetakkan satu kaki pada brek, manakala satu kaki lagi memijak pedal minyak. (PENTING: Jangan ambil masa terlalu lama kerana kepanasan yang dibina juga mampu merosakkan transmisi). Angkat kaki daripada brek untuk menikmati lonjakan pecutan yang anda mahukan.\n\n\n\n\nGear N di Lampu Isyarat\n\n\nIni adalah satu isu yang mempunyai perbalahan. Harga \nminyak \nyang sekejap turun dan sekejap naik memaksa ramai orang untuk berjimat cermat dalam penggunaan petrol. Antara salah satu trik yang ramai gunakan untuk menjimatkan penggunaan petrol adalah dengan meletakkan gear N ketika kereta sedang berhenti di lampu isyarat atau setiap kali berhenti.\n\n\nEnjin cenderung melahu dengan lebih tinggi apabila sedang berada dalam posisi N berbanding gear N. Lebih teruk, ia berpotensi menyebabkan masalah gelincir pada plat klac dan sekali gus menjejaskan bahagian mekanikal tersebut.\n\n\nSebenarnya, penjimatan petrol dalam meletakkan gear N semasa sedang berhenti di lampu tidak dapat dibuktikan.\n\n\nTukar P Sebelum Berhenti\n\n\nSekiranya anda terus menukar gear P, tuas parkir atau parking pawl akan berkait untuk menghalang kereta daripada bergerak. Apabila anda menukar P sebelum kereta berhenti, ia boleh menyebabkan tuas parkir bertindak seakan brek sekaligus memusnahkan semua proses.\n\n\nTidak kira dalam mana-mana situasi, anda mesti berhenti sepenuhnya sebelum menukar gear.\u00a0Tabiat-tabiat ini hanya akan merugikan kita sebagai pemandu tanpa kita sedari. Jadi, sebelum \ngaji \nanda habis disebabkan nak kena baiki gear, lebih baik ubah tabiat sekarang.\n\n\n5. Tips Penjagaan Gearbox Kereta Automatik\n\n\nRamai memilih untuk memandu kereta automatik kerana cara pemanduan yang lebih mudah berbanding kereta manual. Namun, dari segi penjagaan gearbox jenis automatik pula bukanlah mudah seperti yang disangka. Ini kerana, sistem yang digunakan agak rumit dan memerlukan pemandu untuk menjaga dengan lebih teliti.\n\n\nCara menjaga kotak gear manual dan auto pula adalah dua perkara yang berbeza. Penjagaan yang rapi adalah langkah terbaik untuk memastikan kotak gear kereta anda sentiasa dalam keadaan yang baik dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.\n\n\nIni tips asas penjagaan kotak gear automatik yang perlu anda ketahui:\n\n\nMinyak Automatic Transmission Fluid (ATF)\n\n\nMinyak ATF atau juga dikenali sebagai minyak kotak gear transmisi automatik perlu diganti setahun sekali, bergantung kepada cara pemanduan anda. Jika anda seorang pemandu yang sering memandu dengan jarak jauh, kemungkinan waktu untuk servis minyak ATF lebih awal bergantung pada mileage yang telah ditetapkan oleh pengeluar minyak ATF yang anda gunakan.\n\n\nMinyak ATF yang telah lama digunakan mengandungi enapan-enapan minyak dan serpihan besi yang boleh menyebabkan keadaan minyak menjadi likat. Minyak yang semakin likat ini boleh merosakkan prestasi kotak gear kereta anda dan menyebabakan suhu di dalamnya lebih tinggi daripada biasa.\n\n\nMinyak ATF yang kotor boleh berpontensi mengundang kepada masalah penapis atau juga dikenali sebagai autop filter di dalam gearbox menjadi tersumbat. Apabila penapis tersebut tersumbat dengan enapan dan serpihan besi di dalam minyak likit, ia secara langsung akan membuatkan pertukaran gear menjadi tidak lancar semasa dalam pemanduan.\n\n\nDalam pada masa yang sama perkara ini boleh merisikokan komponen dalaman gearbox tanpa anda sedari.\n\n\nGanti Penapis Gearbox Kereta\n\n\nUntuk pengetahuan anda, tak semua jenis gearbox ada penapis yang perlu diganti semasa penyelenggaraan minyak ATF. Kebanyakan model kereta yang terkini seperti Honda atau Toyota mempunyai penapis yang boleh diganti, ia perlu diganti untuk memastikan tekanan di dalam gearbox tidak mempunyai sebarang gangguan.\n\n\nModel-model kereta terbaharu kebanyakannya mempunyai 2 jenis penapis di dalam gearbox. Salah satunya berada pada bahagian dalaman gearbox di mana ianya tidak perlu diganti melainkan gearbox mengalami masalah kritikal dan perlu menjalani proses overhaul.\n\n\nManakala, lagi satu penapis berada pada bahagian oil sum gearbox. Penapis ini perlu diganti setiap kali anda membuat penyelenggaraan minyak ATF. Lagi satu, setiap penapis mempunyai tahap keupayaan untuk menapis enapan dengan tersendiri. Sama seperti penapis lain, auto filter hanya mampu untuk menapis 66% enapan yang dibawa oleh minyak ATF.\n\n\nJika kekotoran yang ditapis melebihi kapasiti ini, masalah aliran ATF tersumbat akan berlaku dan menyumbang kepada masalah gangguan tekanan hidraulik di dalam gearbox. Pastikan auto filter diganti mengikut jadual ataupun setiap kali anda servis minyak ATF.\n\n\nSekiranya anda tidak pasti sama ada gearbox kereta anda memiliki auto filter yang boleh diganti ataupun tidak, sila rujuk dengan mekanik di kawasan anda untuk kepastian. Selain dua tips utama di atas ini, ada lagi beberapa tips yang anda boleh cuba.\n\n\nParkir di Jalan Raya Curam\n\n\nApabila meletakkan kereta di jalan raya yang curam, anda disarankan menggunakan handbrake terlebih dahulu sebelum memasukkan gear ke P. Ini supaya untuk mengurangkan beban pada komponen seperti pin pada posisi P dan penyambungnya.\n\n\nSuhu yang Sesuai\n\n\nTahukah anda haba adalah musuh utama gear automatik? Selain daripada minyak ATF yang bersih dan mencukupi, anda juga perlu memastikan sistem tersebut sesuai dengan cuaca negara kita yang panas dan lembab.\n\n\nSekiranya kereta anda ada jenis kereta reconditioned atau recond, anda harus memeriksa sama ada ia boleh dipasang dengan ATF cooler. Jika boleh dan jika mampu, anda disarankan untuk memasangnya kerana ia akan membantu anda memanjangkan hayat kotak gear tersebut.\n\n\nLumpur\n\n\nSekiranya kereta anda tersekat dalam lumpur, jangan cuba untuk bergerak ke hadapan atau ke belakang dalam keadaan yang memaksa. Anda disarankan untuk menunggu untuk beberapa minit sebelum anda menukarkan ke gear undur atau R.\n\n\nTerutamanya kenderaan 4X4 yang mempunyai tork yang tinggi. Jika ia berlaku, anda terpaksa menggantikan gear yang rosak itu dan ia boleh memakan kos yang tinggi.\n\n\nBanjir\n\n\nBagaimana pula jika anda tersangkut dalam banjir? Sekiranya kereta anda tersangkut dan terendam dalam air banjir, jangan cuba untuk hidupkan enjin kereta.\n\n\nKereta anda lebih baik ditunda ke bengkel dan pastikan kesemua komponen enjin kereta sudah kering sepenuhnya sebelum anda menghidupkan semula kereta anda.\n\n\nRisau kos tunda tinggi? Tak perlu risau. \nInsurans kereta terbaik\n boleh bantu tanpa memerlukan anda mengeluarkan wang. Diharapkan perkongsian \nQoala\n hari ini dapat menjawab persoalan dan sekaligus membantu anda untuk menyelamatkan gearbox kereta anda.\n\n\nKalau anda tertanya-tanya mengenai insurans yang terbaik dengan harga yang berpatutan, jawapannya ada di \nQoala\n! Perbandingan insurans yang mudah dan pantas. Buat pembaharuan road tax dan dapatkan perlindungan \ninsurans kereta\n yang sewajarnya dengan \nQoala\n.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/geran-tanah-hilang-rosak-hancur/", "title": "Panduan Cara Tukar Geran Tanah Hilang, Rosak atau Hancur", "body": "\n\nDi Malaysia, geran hak milikan tanah atau geran tanah merupakan dokumen yang dikeluarkan kepada seseorang individu untuk mengesahkan bahawa individu tersebut merupakan pemilik mutlak ke atas hartanah tersebut. Pemilikan ini membolehkan pemilik bebas untuk melakukan apa-apa sahaja ke atas hartanah milikannya seperti \ntukar nama hak milik\n atau\n jual hartanah\n yang dimiliki. Meskipun begitu, kejadian seperti \nrumah tenggelam banjir\n, rumah terbakar dan sebagainya boleh menyebabkan barangan berharga termasuk dokumen geran tanah hilang, rosak atau hancur.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPermohonan Geran Rumah: 3 Jenis Kerosakan Geran Tanah\n1. Permohonan Geran Tanah Hilang\n2. Permohonan Geran Tanah Rosak\n3. Permohonan Geran Tanah Hancur\n5 Cara Mohon Geran Tanah Baharu Bagi Menggantikan Geran Tanah Hilang di Pejabat Tanah\n1. Buat Laporan Polis\n2. Buat Akuan Sumpah\n3. Buat Permohonan Ganti Geran Tanah Hilang di Pejabat Tanah\n4. Siasatan oleh Pejabat Tanah\n5. Kutipan Geran Baru di Pejabat Tanah\n\n\nPermohonan Geran Rumah: 3 Jenis Kerosakan Geran Tanah\n\n\nApakah yang perlu dilakukan jika geran tanah hilang, rosak atau musnah? Sekiranya anda berdepan situasi sebegini, anda boleh lakukan permohonan geran tanah yang baharu bagi menggantikan geran tanah anda yang telah rosak, hilang atau hancur tersebut. Secara asasnya, anda boleh buat permohonan penggantian geran rumah tertakluk pada tiga kategori seperti berikut:\n\n\n1. Permohonan Geran Tanah Hilang\n\n\nHak Milik Hilang merujuk pada situasi geran tanah yang dipegang oleh tuan tanah atau pihak yang berkepentingan telah hilang daripada simpanan mereka sama ada disebabkan kecurian atau kecuaian (tersalah letak). Permohonan hak milik tanah yang hilang terbahagi kepada dua iaitu \nHak Milik Sementara (HS(D))\n dan \nHak Milik Kekal (GRN dan PN)\n. Biasanya, tempoh masa yang diperlukan untuk penggantian geran tanah yang hilang adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTiga bulan untuk penggantian hak milikan tanah sementara (\npegangan pajakan\n); dan\n\n\nEnam bulan untuk hak milikan tanah kekal (pegangan bebas).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Permohonan Geran Tanah Rosak\n\n\nSelain itu, Hak Milik Rosak pula merujuk situasi geran tanah rosak disebabkan oleh bencana seperti banjir atau kebakaran, dimakan usia atau telah disalut dengan plastik (\nlaminated\n). Mengapa\n laminate\n geran tanah boleh menyebabkan geran dianggap rosak? Ini kerana, proses pemanasan yang berlaku ketika proses \nlaminate\n boleh merosakkan hologram penting, cap keselamatan atau dakwat pada dokumen itu sendiri. Pantulan cahaya daripada plastik \nlaminate\n ini juga mungkin boleh menimbulkan garisan, bayangan atau warna tambahan yang mengelirukan pada geran tanah sehingga ia sukar untuk diproses dan dibaca terutamanya ketika membuat salinan.\n\n\nSecara asasnya, proses permohonan geran tanah rosak adalah sama seperti permohonan geran tanah hilang. Pemohon perlu membawa hak milik tanah yang rosak ke Pejabat Tanah untuk mendapatkan geran tanah gantian. Biasanya, tempoh masa yang diperlukan untuk proses penggantian hak milik tanah yang rosak dianggarkan sekitar dua minggu.\n\n\n3. Permohonan Geran Tanah Hancur\n\n\nHak Milik Hancur pula merujuk pada geran tanah yang hilang daripada simpanan tuan tanah atau pihak yang berkepentingan, dan dalam masa yang sama salinan pendua yang disimpan di Pejabat Tanah juga hilang dan tiada maklumat. Bagi menggantikan geran tanah yang hancur, proses permohonan ini memakan masa yang lama kerana memerlukan siasatan dan perlu melalui warta sebanyak dua kali.\n\n\nApakah yang dimaksudkan dengan warta dua kali tersebut? Ia bermaksud pemberitahuan rasmi akan dikeluarkan untuk membolehkan sesiapa sahaja yang ingin membuat bantahan (jika ada) terhadap permohonan anda untuk tampil ke hadapan. Sebarang bantahan yang diterima akan diteliti dengan sebaik-baiknya sebelum permohonan diluluskan. Tempoh masa yang diperlukan untuk menggantikan hak milik tanah yang hancur ialah sekitar sembilan bulan.\n\n\n5 Cara Mohon Geran Tanah Baharu Bagi Menggantikan Geran Tanah Hilang di Pejabat Tanah\n\n\nApakah prosedur untuk ganti \ngeran tanah\n yang hilang? Secara asasnya, geran tanah hilang, geran tanah rosak atau geran tanah hancur boleh menyukarkan banyak proses berkaitan tanah seperti pecah sempadan, pecah bahagian atau proses penjualan tanah. Sekiranya anda berdepan situasi ini, anda tidak perlu risau kerana geran yang hilang, terkoyak atau sebagainya boleh digantikan dengan melakukan permohonan di Pejabat Tanah tertakluk kepada prosedur-prosedur seperti berikut:\n\n\n1. Buat Laporan Polis\n\n\nJika geran tanah hilang, anda perlu membuat laporan polis dengan segera. Laporan polis perlu dibuat sebagai bukti kehilangan Geran Tanah tersebut oleh pihak Pejabat Tanah. Biasanya, pihak polis memerlukan maklumat seperti berikut:\n\n\n\n\nNama penuh pemilik;\n\n\nNombor kad pengenalan;\n\n\nMaklumat geran;\n\n\nAlamat hartanah;\n\n\nMaklumat lain berkaitan seperti jangkaan tempoh hilang dan sebagainya.\n\n\n\n\n2. Buat Akuan Sumpah\n\n\nSelain itu, akuan sumpah perlu dibuat oleh pemilik geran di hadapan Pesuruhjaya Sumpah bagi mengesahkan kebenaran untuk proses penggantian Hakmilik. Jika tanah merupakan pemilikan ramai, semua pemilik perlu membuat akuan sumpah bersama. Ini bermaksud, sekiranya tanah tersebut mempunyai 15 orang penama, maka kesemua 15 orang penama perlu membuat perakuan sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.\n\n\n\n\n3. Buat Permohonan Ganti Geran Tanah Hilang di Pejabat Tanah\n\n\nKemudian, anda perlu hadir ke mana-mana Pejabat Tanah berhampiran untuk mendapatkan borang permohonan penggantian geran yang hilang atau rosak. Namun begitu, anda disarankan untuk hadir ke Pejabat Tanah lokasi hartanah itu berada. Sebagai contoh, jika tanah anda terletak di dalam kawasan Selangor, anda perlu hadir ke Pejabat Tanah di Selangor bagi proses mendapatkan geran tanah baharu. Selain itu, jika hartanah tersebut mempunyai banyak penama, memadai seorang sahaja yang hadir ke Pejabat Tanah bertindak sebagai pemohon.\n\n\nApakah Dokumen yang Perlu Disediakan untuk Penggantian Geran Tanah yang Hilang?\n\n\nBagi melancarkan proses ganti geran tanah hilang, anda memerlukan dokumen asal Perjanjian Jual Beli atau \nSale and Purchase Agreement\n (SPA). Ini bagi membolehkan Pejabat Tanah mengenal pasti beberapa maklumat harta tanah yang hilang dalam dokumen tersebut. Berikut merupakan senarai semak ringkas untuk permohonan hak milik hilang oleh individu, syarikat swasta/firma guaman dan Jabatan Kerajaan/Badan berkanun (yang tidak berokjektifkan keuntungan).\n\n\nPermohonan Individu\n\n\nBagi permohonan individu, anda memerlukan dokumen-dokumen seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSalinan asal laporan polis yang telah disahkan oleh balai polis berkenaan;\n\n\nSalinan kad pengenalan pihak yang membuat laporan polis;\n\n\nSurat akuan sumpah pemilik/pemilik bersama (sekiranya geran tanah banyak nama) yang telah mati setem;\n\n\nSalinan kad pengenalan pemilik/pemilik bersama;\n\n\nSijil carian rasmi ;\n\n\nSalinan sijil kematian, atau salinan wasiat dan surat akuan sumpah waris yang telah mati setem sekiranya pemilik/pemilik bersama telah meninggal dunia;\n\n\nSalinan resit \ncukai tanah\n dan cukai taksiran terkini yang telah dibayar;\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Syarikat Swasta/Firma Guaman\n\n\nBagi permohonan oleh syarikat swasta atau melalui firma guaman pula, biasanya pihak Pejabat Tanah memerlukan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnda disarankan untuk gunakan kepala surat syarikat (\nletter head\n) untuk permohonan \u2013 jika melalui peguam, gunakan \nletter head\n firma guaman;\n\n\nSalinan kad pengenalan pengarah syarikat dan surat akuan sumpah yang telah mati setem;\n\n\nSalinan Borang 49, 44 dan 24 serta Resolusi Syarikat dan M&A yang telah disahkan oleh Setiausaha Syarikat;\n\n\nSekiranya melalui peguam, salinan kad pengenalan peguam dan akuan sumpah peguam yang menguruskan permohonan;\n\n\nDokumen lain-lain sama seperti permohonan individu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun\n\n\nBagi permohonan membabitkan Jabatan Kerajaan atau Badan Berkanun, dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnda disarankan untuk gunakan kepala surat (\nletter head\n) Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun berkenaan untuk permohonan;\n\n\nSalinan asal laporan polis yang telah disahkan oleh balai polis berkenaan;\n\n\nSalinan kad pengenalan Pegawai Kerajaan yang membuat laporan polis;\n\n\nSurat akuan sumpah pihak-pihak yang berkepentingan yang berdaftar ke atas hak milik dan salinan kad pengenalan yang telah mati setem;\n\n\nSurat akuan sumpah Pegawai Kerajaan yang membuat laporan polis yang telah mati setem;\n\n\nSurat akuan sumpah serta salinan kad pengenalan wakil (Wakil Jabatan/Badan Berkanun) yang telah mati setem;\n\n\nLampiran pelan tanah berkenaan (jika ada).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Siasatan oleh Pejabat Tanah\n\n\nSelepas anda menyerahkan borang permohonan bersama-sama dengan dokumen sokongan yang lengkap, pihak Pejabat Tanah akan melakukan siasatan. Siasatan ini dijalankan bagi memastikan pemilikan hartanah tersebut adalah sah milik anda selain bertujuan memastikan prosedur penggantian hak milikan tanah di Pejabat Tanah diikuti sewajarnya. Setelah siasatan selesai, pemilik biasanya akan menerima surat dari Pejabat Tanah. Oleh sebab itu, anda perlu pastikan alamat surat-menyurat yang dinyatakan dalam permohonan adalah alamat anda yang terkini.\n\n\n5. Kutipan Geran Baru di Pejabat Tanah\n\n\nSelepas siasatan selesai, Pejabat Tanah akan memproses geran tanah baharu bagi menggantikan geran tanah anda yang hilang. Proses ini biasanya mengambil masa yang lama, anda boleh bertanyakan pegawai yang menguruskan proses anda untuk kepastian. Setelah geran tanah yang baharu siap, pemilik perlu datang dan ambil sendiri geran tersebut. Namun begitu, sekiranya anda perlu menghantar wakil untuk mengambil geran tersebut bagi pihak anda, surat wakil kuasa perlu dibuat.\n\n\nBerapa Harga yang Perlu Dibayar untuk Menggantikan Geran Tanah yang Hilang?\n\n\nKadar bayaran untuk penggantian geran tanah yang hilang adalah bergantung pada jenis pemilikan hartanah dan lokasi hartanah anda. Sebagai contoh, kos penggantian geran tanah hilang di Selangor adalah sebanyak RM430 untuk hak milik sementara dan RM440 untuk hak milik kekal.\n\n\nKos ini tidak termasuk bayaran yuran guaman yang dikenakan oleh peguam anda (jika berkaitan). Selain itu, setiap dokumen yang disertakan perlu disetemkan dan dicop (mati setem) oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dengan kadar bayaran RM10 bagi setiap dokumen.\n\n\nSemoga panduan cara mohon geran tanah hilang ini boleh membantu memudahkan proses penggantian geran tanah anda. Selain itu, sekiranya anda sedang mempertimbangkan \ninsurans rumah terbaik\n dan komprehensif untuk kediaman baru anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform insurans rumah di Malaysia\n dengan jaminan proses beli insurans rumah yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/hak-milik-strata/", "title": "Hak Milik Strata: Ini Yang Anda Perlu Tahu", "body": "\n\nSelain hak milik induk dan hak milik individu, hak milik strata merupakan salah satu daripada tiga jenis hak milik tanah di Malaysia. Apa sebenarnya maksud strata? Hakmilik strata biasanya dikeluarkan untuk kediaman berstrata \u2013 anda dan pemilik kediaman tinggi seperti apartmen atau kondo memiliki unit atau petak tertentu dan bertanggungjawab ke atas harta bersama seperti kolam renang, gim, lif, tempat istirahat dan mana-mana kawasan yang bukan kepunyaan pemegang unit strata individu.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nHak Milik Strata: 4 Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu\n1. Jenis Rumah: Contoh Hak Milik Strata\n2. Tanggungjawab Pemilik Kediaman Berstrata\n3. Cara Semak Hakmilik Strata\n4. Prosedur Permohonan Hak Milik Strata\nApa Perlu Anda Buat Selepas Dapatkan Hakmilik Strata?\nHak-hak Pemilik Strata\nJual Hartanah Jika Belum Terima Hak Milik Strata\nRealiti Kehidupan Strata\nHaiwan peliharaan\nBising\nParking kereta yang sangat terhad\nYuran penyelenggaraan\nPengurusan sampah dan kebersihan\nKebocoran di antara tingkat / kebocoran di tempat sambungan bersebelahan\nPenyertaan dalam mesyuarat agung\n\n\nHak Milik Strata: 4 Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu\n\n\nRamai dalam kalangan pemilik rumah kurang memberi perhatian terhadap kewujudan hak milik strata. Secara asasnya, pembeli rumah (bangunan bertingkat) perlu tahu dan sedar bahawa Hakmilik Strata penting sebagai salah satu dokumen pemilikan utama dan rekod kepunyaan pemilik berdaftar ke atas unit dan petak rumah yang dibeli.\n\n\n1. Jenis Rumah: Contoh Hak Milik Strata\n\n\nSecara asasnya, berikut merupakan kategori rumah yang termasuk dalam skim hak milik strata:\n\n\n\n\nUnit pangsapuri;\n\n\nKompleks komersial;\n\n\nKondominium;\n\n\nRumah kedai.\n\n\n\n\nSelain jenis rumah disenaraikan di atas, rumah banglo, rumah teres dan rumah berkembar juga sudah termasuk dalam kategori skim hak milik strata meskipun pada asalnya tertakluk di bawah skim komuniti berpagar. Pindaan Akta Hakmilik Strata 2007 telah membenarkan skim kediaman \nlanded\n dipecahkan kepada\n land parcel\n dengan pegangan hakmilik strata.\n\n\nIa sekali gus membolehkan skim ini diurus oleh pemilik, dilengkapi dengan kemudahan harta bersama di bawah penyelenggaraan jawatankuasa pengurusan dan perkongsian kawalan keselamatan dan pagar mengelilingi keseluruhan lot utama. Skim \nlanded strata\n ini turut dikenali sebagai Gated Community Scheme.\n\n\n2. Tanggungjawab Pemilik Kediaman Berstrata\n\n\nSebagai pemilik hartanah, sudah menjadi tanggungjawab anda menjaga dan melindungi hartanah anda dengan sebaik mungkin. Sebagai pemilik hartanah berstrata, anda diwajibkan untuk membayar sejumlah caruman seperti yang ditetapkan kepada Perbadanan Pengurusan. Caruman ini merupakan yuran pengurusan dan pentadbiran harta bersama yang dikira berdasarkan jumlah dan jenis unit serta jumlah kemudahan akses bersama.\n\n\nSelain itu, pemilik kediaman berstrata juga perlu:\n\n\n\n\nMenghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa;\n\n\nMematuhi Undang-undang Kecil Perbadanan yang sedang berkuatkuasa;\n\n\nMematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa awam/tempatan berhubung dengan kediaman strata yang dimiliki.\n\n\n\n\n3. Cara Semak Hakmilik Strata\n\n\nCara paling mudah untuk membuat semakan hakmilik strata adalah melalui sistem e-tanah menggunakan maklumat induk yang boleh didapatkan daripada maklumat Perjanjian Jual Beli. Selain itu, anda juga boleh menghubungi pihak berkuasa tanah tempatan seperti Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) atau Pejabat Tanah Daerah (PTD).\n\n\nNamun begitu, dalam kebanyakan kes pemilik strata tidak dapat mengesan status hak milik strata kerana kuasa permohonan adalah di bawah tanggungjawab pemaju. Pemilik strata perlu menghubungi pemaju bagi bertanyakan status permohonan hak milik strata tersebut.\n\n\nKenapa Pemaju Lambat Keluarkan Hak Milik?\n\n\nSituasi ini sering berlaku menyebabkan hak milik strata lewat diterima oleh pemilik strata. Situasi ini biasanya berlaku kerana pemaju muflis atau tidak cukup duit untuk memohon hak milik strata. Namun begitu, ada juga berlaku kelewatan yang disebabkan oleh pihak berkuasa tempatan atau berpunca daripada masalah birokrasi sistem.\n\n\nSecara asasnya, pindahan hak milik strata daripada pemaju kepada anda perlu dilakukan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh ia dikeluarkan. Proses tukar nama hak milik strata ini penting supaya nama anda diisytiharkan sebagai pemilik strata yang sah (bukan hanya pemilik benefisial strata).\n\n\n4. Prosedur Permohonan Hak Milik Strata\n\n\nSecara asasnya, ia menjadi kewajipan pemilik tanah untuk memohon hakmilik strata sekiranya berlaku situasi yang melibatkan perjanjian jual beli dan syarat-syarat asas permohonan hakmilik strata telah dipenuhi.\n\n\nProsedur permohonan hakmilik strata bagi kawasan perumahan atau komersial berstrata/bertingkat adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkara\n\n\nKeterangan\n\n\n\n\n\n\nJenis Permohonan\n\n\n\n\n\n\nPecah Bahagi Bangunan;\n\n\nPecah Bahagi Tanah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarat-syarat Bangunan\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nMempunyai dua tingkat atau lebih (pecah bahagi bangunan);\n\n\nTidak melebihi empat tingkat bagi setiap petak tanah;\n\n\nDiperakui sebagai Bangunan Kos Rendah (jika berkaitan);\n\n\nBangunan merupakan blok sementara (jika ada);\n\n\nBangunan didirikan dalam satu lot;\n\n\nDiperakui siap oleh Pihak Berkuasa Tempatan/Arkitek \u2013bangunan telah memperolehi CFO/CCC.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarat-syarat Tanah\n\n\n\n\n\n\nTanah mempunyai hakmilik;\n\n\nTanah dipegang di bawah satu lot;\n\n\nTanah dipegang di bawah hakmilik tetap (FT) atau hakmilik sementara (QT) yang telah diluluskan untuk pendaftaran hakmilik tetap;\n\n\nBaki pajakan (leasehold) sekurang-kurangnya 21 tahun.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nApa yang terkandung dalam geran hak milik strata? Semua maklumat yang dinyatakan dalam geran hakmilik strata membuktikan anda sebagai pemilik berdaftar ke atas unit atau petak rumah yang dibeli. Berikut merupakan antara perkara yang dinyatakan dalam geran hak milik strata.\n\n\n\n\nNombor hak milik;\n\n\nNombor bangunan;\n\n\nNombor tingkat;\n\n\nNombor petak;\n\n\nCukai yang perlu dibayar (cukai pintu);\n\n\nLokasi petak;\n\n\nNombor lot;\n\n\nLuas petak;\n\n\nUnit syer;\n\n\nNombor pelan strata;\n\n\nNombor buku strata.\n\n\n\n\nMaklumat ini penting untuk dijadikan bukti pemilikan kediaman bagi pembeli untuk memudahkan urusan sekiranya anda ingin pindah milik, urusan gadaian atau cagaran serta pembahagian harta pusaka.\n\n\n\n\nApa Perlu Anda Buat Selepas Dapatkan Hakmilik Strata?\n\n\nBagi melindungi kediaman berstrata anda, polisi insurans kebakaran asas penting untuk dimiliki dalam meminimumkan risiko yang bakal diterima selain melindungi bangunan, kerugian atau kerosakan hartanah akibat kebakaran, kilat atau letupan. Sebagai perlindungan tambahan yang lebih optimum, anda boleh mendapatkan insuran rumah yang bukan sahaja melindungi kediaman anda, tetapi turut menawarkan perlindungan isi rumah.\n\n\nHak-hak Pemilik Strata\n\n\nRamai di antara kita yang menetap di bandar memilih untuk tinggal di bangunan perumahan yang bertingkat dan berkongsi tanah yang dilengkapi pelbagai kemudahan. Ramai memilih cara ini kerana harga tanah yang makin hari, makin tinggi harganya dan juga disebabkan kekurangan tanah untuk dijadikan pembangunan.\u00a0\n\n\nBagi memelihara hak anda sebagai pemilik,\n Akta Hakmilik Strata 1985\n diwartakan. Hartanah yang dikongsi adalah merujuk kepada bangunan tinggi yang bertingkat seperti kondo, pangsapuri dan juga flat. Ia juga boleh merujuk kepada pembangunan strata bertanah seperti townhouse.\u00a0\n\n\nUntuk kefahaman yang lebih jelas, definisi hak milik strata adalah hak milik yang berasingan bagi setiap unit atau petak dalam bangunan dua tingkat atau lebih yang dibangunkan atas sebidang tanah yang dikongsi bersama.\u00a0Walaupun anda tinggal di bangunan yang dikongsi bersama, jangan ingat anda tidak mempunyai hak. Hak milik strata adalah penting dalam mana-mana skim strata kerana tujuan utamanya adalah untuk menjamin kebajikan dan kepentingan setiap pemilik strata.\u00a0\n\n\nHak milik strata juga digunakan sebagai sebuah bukti pemilikan untuk segala tujuan urusniaga. Sebagai contoh, pindah milik, gadaian, cagaran, pembahagian pusaka dan pelbagai lagi. Ia bertujuan untuk melindungi pemilik strata sekiranya pemaju disahkan bankrap atau berlaku pembubaran.\u00a0\n\n\nMeskipun begitu, antara isu yang sering berbangkit adalah apabila hak milik strata lambat dikeluarkan oleh pihak pemaju sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Sehinggakan, ada yang masih tidak dapat hak milik strata bagi hartanah mereka yang memakan bertahun-tahun. Walapun telah memilik dan membayar yuran pengurusan dalam tempoh masa yang lama.\u00a0\n\n\nIsu ini masih lagi berlaku sehingga ke hari ini. Antara sebab utamanya adalah mengikut undang-undang Malaysia, tanah yang diduduki itu adalah 100 peratusnya dimiliki pemaju yang berdaftar. Pemilik rumah hanya mempunyai kemudahan terhadap strata masing-masing.\u00a0 Apa yang boleh menjadi satu masalah apabila pemaju tidak memberikan hak milik strata kepada pemilik rumah dengan cepat.\u00a0 Ia mengakibatkan pemilik rumah tidak dapat membuktikan pemilikan mereka dan menyebabkan rumah itu tidak didaftarkan di bawah nama mereka. Ia merugikan kerana pemilik rumah sudah bayar tapi diperlakukan seperti bukan pemilik rumah.\u00a0\n\n\nOleh itu, anda sebagai pemilik strata harus mendesak pemaju untuk mengeluarkan hak milik tersebut dengan kadar segera. Apa yang anda lakukan juga adalah terus segera memohon hak milik sebulan selepas pemaju mendapatkan Sijil Cadangan Pelan Strata daripada pengarah pemeriksaan.\n\n\nKini, pemilik strata boleh terus mendapatkan hak milik mereka sewaktu pengumuman serahan milikan kosong dan penyerahan kunci yang dibuat. Dengan cara ini, kelewatan pemilikan hak strata boleh dielakkan. \nJika anda yang membaca, masih belum mendapatkan hak miik anda walaupun sudah bertahun lamanya tinggal di rumah tersebut, ini cara-cara untuk menyemak status pengeluaran strata.\n\n\nJual Hartanah Jika Belum Terima Hak Milik Strata\n\n\nSekiranya anda merancang untuk menjual hartanah walaupun masih belum menerima hak milik yang didaftarkan di bawah nama ada, jawapannya boleh. Namun, ada beberapa syaratnya. Antaranya ialah anda perlu membuat surat ikat penyerahan hak (Deed of Assignment/DOA) antara pemilik strata (anda) dengan pemilik strata yang baru.\u00a0\n\n\nSurat ikat penyerahan hak ini diwujudkan sebagai hitam putih persetujuan untuk membenarkan pemilik baru strata menggunakan hartanah yang dijual itu dan ia juga tertakluk kepada terma dan syarat. Ini bermakna, pemilik strata yang baru tidak dibenarkan buat pemindahan milik, cagar, atau jual selagi tidak memiliki hak milik strata kecuali dengan kebenaran pemaju. Bukan itu saja, pemilik baru juga harus menyerahkan notis penyerahan yang tertakluk di bawah Seksyen 22D Akta Pembangunan Perumahan (Pengawalan dan Perlesenan) 1966 bagi tujuan pemberitahuan kepada pemaju bahawa hak pemilikan telah berpindah kepada mereka.\u00a0\n\n\nSelain itu, anda juga perlu peka untuk menyimpan dokumen-dokumen yang penting seperti Deed of Assignment, dan juga Ikatan Perjanji Bersama (Deed of Mutual Covenant/DMC). Kegunaan Deed of Mutual Covenant adalah sebagai satu perjanjian di antara pemaju dan pemilih asal strata. Dokumen tersebut turut mengandungi dan menerangkan mengenai undang-undang, hak dan tanggungjawab pemilik. Dengan adanya Deed of Mutual Covenant, pemilik yang baru harus membayar yuran pengurusan dan pentadbiran.\n\n\nRealiti Kehidupan Strata\n\n\nApabila kita memilih untuk menjalani kehidupan dalam hartanah strata, ini bermaksud kita memilih untuk berkongsi sumber dan kemudah yang sedia ada. Jika anda seorang yang tidak suka bergaul dengan komuniti dan mementingkan diri, kediaman dan kehidupan strata ini tidak sesuai dengan anda. Ini kerana ia memerlukan tanggungjawab bersama untuk memastikan kesejahteraan dapat dijaga. Kes-kes ketidakpuasan hati yang berlaku di bangunan strata selalu berpunca daripada penghuni yang tak boleh hidup berjiran dan mementingkan diri sendiri dalam pelbagai aspek.\u00a0\n\n\nNamun, tidak semua bangunan strata begitu. Ada yang komunitinya hidup dengan harmoni dan bertolak ansur. Untuk anda yang masih berfikir untuk tinggal dengan kehidupan strata atau tidak, ini realiti-realiti yang anda perlu timbangkan:\u00a0\n\n\nHaiwan peliharaan\n\n\n\n\nMembela haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing di kediaman bertingkat tinggi mempunyai beberapa risiko ia yang tersendiri. Ia termasuklah penghuni lain yang tidak selesa dengan kehadiran haiwan peiharaan anda. Ada juga yang mempunyai alahan dengan haiwan dan berdepan dengan risiko jika mereka berada dekat dengan haiwan peliharaan tersebut. Dari segi undang-undang ianya tidak salah untuk memiliki haiwan peliharaan. Namun, di bawah Undang-undang 14 di dalam Jadual Ketiga daripada Pengurusan Strata (Penyelenggaraan & Pengurusan) Peraturan 2015, haiwan peliharaan yang membawa bahaya, penyakit, dan gangguan kepada penghuni lain tidak dibenarkan.\u00a0\n\n\nWalaupun undang-undang negara membenarkan anda untuk mempunyai haiwan peliharaan, anda juga perlu menyemak dengan pihak pengurusan bangunan strata anda. Ini kerana mereka juga mempunyai hak untuk tidak membenarkan penghuni untuk mempunyai haiwan peliharaan. Dan jika pengurusan membenarkan, anda juga harus peka dengan keberadaan haiwan peliharaan anda. Jangan biarkan ia merayau dan mengganggu serta membuat kotor di kawasan penghuni lain.\u00a0\n\n\nBising\n\n\nMenetap di bangunan yang bertingkat-tingkat juga memerlukan anda mengawal tahap kebisingan. Antara perilaku yang buruk adalah membuat bising sewaktu orang tidur iaitu di antara tengah malam sehingga jam enam pagi. Bunyi bising boleh terhasil daripada mercun, alat muzik yang kuat, enjin motor dan juga gelak tawa yang kuat. Jika perkara berlaku, ia perlu diselesaikan dengan berkomunikasi secara terus terang dan mengamalkan sikap bertolak ansur.\u00a0\n\n\nJika tidak dapat diselesaikan dengan cara berkomunikasi, anda boleh berbincang dengan jawatankuasa strata dan meminta mereka untuk membuat surat.\u00a0\n\n\nSekirannya persetujuan di antara kedua-dua pihak tidak dapat dicapai, berbincanglah dengan jawatankuasa strata anda dan minta mereka membuat surat bertulis. Di bawah Akta Pengurusan Strata 2013, pihak pengurusan diberikan hak dan kuasa untuk menjalankan undang-undang yang melarang sebarang kelakuan yang mengganggu ketenteraman. Jika akta tersebut dilanggar, mereka boleh dikenakan denda yang dipersetujui secara kolektif terhadap pesalah.\n\n\nJika cara itu juga tak jalan, anda tiada pilihan lain lagi selain menghubungi pihak polis atau mengadukan laporan dimana-mana balai polis yang berhampiran.\u00a0\n\n\nParking kereta yang sangat terhad\n\n\nMasalah tempat letak kereta yang terhad ini bukan sahaja sering berlaku di kawasan dalam bandar, malah di dalam kawasan pembangunan strata juga. Sering timbul kes di mana penghuni pembangunan strata menggunakan parking kereta orang lain sehingga menimbulkan pergaduhan. Ada juga yang meletakkan pasu bunga untuk mengelakkan orang lain menggunakan parking tersebut walaupun parking tersebut adalah parking awam. Hal ini boleh mengganggu ketentraman walaupun ada yang berpendapat parking sahaja.\u00a0\n\n\nSekiranya ada jiran yang meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta anda, atau pun pelawat, anda boleh melaporkan kepada jawatankuasa bangunan untuk menyelesaikan masalah itu.\n\n\nYuran penyelenggaraan\n\n\nAda dua jenis yuran penyelenggaraan atau maintenance fee ini:\n\n\n\n\nCaj perkhidmatan: \nCaj perkhidmatan ini dibayar secara bulanan bagi mengekalkan kemudahan bersama dan harta bersama dalam perkarangan bangunan seperti kolam renang, gym, taman permainan dan juga perkhidmatan keselamatan.\u00a0\n\n\nDana terikat:\n Dana terikat pula ada sebuah dana yang dikumpul daripada penghuni banguna strata bagi tujuan mengecat fakad, kerja-kerja pembersihan dan juga penggantian barang yang sudah lama.\n\n\n\n\nPengurusan sampah dan kebersihan\n\n\nPemilik strata wajib untuk bertanggungjawab untuk membaiki atau menyelenggara apa-apa lekapan dan kelengkapan dalam unit ruang udara mereka. Ramai yang menyangkakan ia merupakan tanggungjawab pihak pengurusan untuk menjaga rumah mereka seperti contoh apabila berlaku kebocoran bumbung, atau mengecat semula luaran pada sepanjang masa. Jika berlaku diantara pemilik, ia perlulah diselesaikan di antara pemilik.\u00a0\n\n\nKebocoran di antara tingkat / kebocoran di tempat sambungan bersebelahan\n\n\nAntara satu isu yang sering terjadi apabila menjalani kehidupan di bangunan strata adalah situsai dimana terdapat kebocoran pada siling atau dinding hasil daripada tingkat atas, atau rumah sebelah. Masalah kebocoran ini banyak buruknya. Ia boleh menyebabkan pembiakan kulat, menjejaskan kualiti rumah, merosakkan sistem elektrik dan juga boleh menjejaskan harga jualan hartanah tersebut.\u00a0\n\n\nSekiranya ia berlaku, apa yang anda boleh lakukan adalah ketahui punca permasalahan ini daripada pihak pengurusan. Setelah itu, runding dengan pihak yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah. Sekiranya tiada tindakan yang berlaku, laporkan pada pihak pengurusan. Dan pemegang unit yang terkesan boleh membuat tuntutan kepada SMT jika pihak bertanggung jawab masih gagal mengambil tindakan.\u00a0\n\n\nPenyertaan dalam mesyuarat agung\n\n\nMesyuarat agung yang dibuat adalah bertujuan untuk memaklumkan pemilik strata tentang update terkini prestasi pengurusan hartanah mereka. Meskipun begitu, ia bergantung kepada pemilik rumah. Apabila penyertaannya memberangsangkan, pengurusan hartanah yang baik dapat dihasilkan. Pihak pengurusan juga perlu menjelaskan keperluan dan proses penyertaan. Mereka perlu sentiasa mencari jalan dan berunding untuk menyelesaikan masalah bagi memastikan penyertaan pemegang unit akan ada.\n\n\nBegitulah sedikit sebanyak mengenai hak milik strata dan juga kehidupan di bangunan strata. Adat hidup berjiran, haruslah bertolak ansur. Walau bagaimanapun, kadang-kadang apa yang diperlakukan oleh penghuni rumah lain boleh menguji kesabaran kita. Jika berlaku seperti ini, berkomunikasi dan berbincanglah secara baik sebelum membawa hal ini kepad apihak berkuasa yang bakal memanjangkan lagi isu ini.\u00a0\n\n\nApabila perkara ini berlaku, ia secara langsung akan menambahkan lagi ketegangan hidup berjiran dan membuatkan kita rasa tak selesa untuk berada di situ. Nak duduk lama kan disitu, haruslah bertolak ansur demi kesejahteraan bersama.\n\n\nNak dapatkan\u00a0\ninsurans rumah\u00a0terbaik\n? Dapatkan di Qoala! Selain itu, sekiranya anda berminat untuk dapatkan \ninsurans kereta murah\n, \ninsurans motor terbaik\n, \ninsurans kesihatan\n atau \ninsurans perjalanan\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menawarkan harga insurans terbaik dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, mudah dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/kerosakan-rumah-subsale/", "title": "4 Kerosakan Rumah yang Perlu Diperiksa Sebelum Beli Rumah Subsale", "body": "\n\nKeadaan semasa atau kerosakan rumah merupakan aspek penting yang perlu diambil kira sebelum \nbeli rumah \nsubsale\n. Tidak kira sama ada anda sedang meninjau pasaran rumah atau berkira-kira nak beli rumah pertama, anda perlu meneliti aspek kerosakan rumah. Hal ini penting ini untuk elakkan anda daripada terbeli rumah yang rosak teruk dan memerlukan belanja \nrenovate\n rumah yang tinggi.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nAmbil Kira Faktor Penting Ini Semasa Nak Beli Rumah Subsale untuk Elak Kerosakan Rumah Serius\n1. Kerosakan Rumah: Masalah Air\n2. Serangga Perosak\n3. Kerosakan Rumah: Sistem Perpaipan\n4. Pendawaian Elektrik\n\n\nAmbil Kira Faktor Penting Ini Semasa Nak Beli Rumah\n Subsale\n untuk Elak Kerosakan Rumah Serius\n\n\nPembelian rumah \nsubsale\n secara asasnya tidak tertakluk pada manfaat tempoh liabiliti kontrak atau \nproperty defect period\n. Ini bermaksud, pembeli rumah\n subsale\n tidak boleh membuat tuntutan ke atas pemaju hartanah sekiranya rumah dibeli tidak berada dalam keadaan baik atau tidak memuaskan.\n\n\nOleh sebab itu, \nproses beli rumah \nsubsale\n \nsedikit berbeza dengan proses beli rumah\n undercon \nseperti \nrumah mampu milik\n. Ini kerana, anda perlu periksa kerosakan rumah yang ingin dibeli dengan teliti sebelum menandatangani sebarang p\nerjanjian pinjaman rumah\n.\n\n\n1. Kerosakan Rumah: Masalah Air\n\n\nAnda perlu beri perhatian serius sekiranya rumah \nsubsale\n yang ingin dibeli ada isu kerosakan rumah seperti masalah air. Masalah air bukan sahaja boleh beri kesan pada siling atau lantai rumah, tetapi boleh menyebabkan kerosakan pada perabot dan peralatan dalam rumah.\n\n\nSebelum beli rumah \nsubsale\n, beri tumpuan pada perkara berikut semasa memeriksa kerosakan ini:\n\n\nLantai Rumah\n\n\nLantai merupakan ruang yang paling besar di dalam rumah anda. Dalam erti kata lain, ia lebih terdedah kepada risiko kerosakan atau lusuh. Malah, kerosakan lantai rumah ini akan bertambah buruk sekiranya anda mengheret perabot atau menjatuhkan objek berat di atas lantai.\n\n\nOleh sebab itu, anda perlu ambil kira jenis lantai rumah yang dibeli. Lantai rumah perlu mempunyai ciri yang berkualiti dan tahan lama. Sebagai contoh, jika lantai rumah anda diperbuat daripada kayu, ia mungkin terdedah kepada risiko kayu reput atau diserang anai-anai.\n\n\nLantai yang kukuh dan terjaga secara tidak langsung boleh meningkatkan nilai jualan semula (\nresale value\n) rumah anda.\n\n\nKerosakan Rumah: Kebocoran Bilik Air\n\n\nBagi mengetahui sama ada ada kebocoran dalam bilik air rumah anda, anda juga dinasihatkan untuk lakukan \nwater ponding test. \nTutup lubang saluran, buka paip dan biarkan air mengalir sehingga memenuhi ruang bilik air.\n\n\nBiarkan untuk seketika \u2013 jika ada kebocoran pada bilik air, air akan mula mengering. Malah, kesan air juga akan jelas kelihatan pada bahagian siling rumah.\n\n\nJika perlu, dapatkan khidmat pemeriksaan daripada pakar pemeriksaan yang terlatih untuk mendapatkan pandangan yang lebih profesional.\n\n\nSiling Rumah\n\n\nJika ada kebocoran atau kerosakan pada bilik air rumah anda, kesan kebocoran atau kesan air boleh dilihat dengan jelas. Biasanya melalui perubahan warna siling rumah atau wujud tompok kekuningan pada siling.\n\n\nBiasanya, masalah kebocoran siling berlaku berpunca daripada:\n\n\n\n\n\n\n\n\nAir hujan;\n\n\nKelemahan sistem perpaipan;\n\n\nMasalah \nwaterproofing\n dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKerosakan Rumah: Jubin Lantai\n\n\nPeriksa kualiti pemasangan jubin di bahagian dalam dan luar rumah. Pemasangan jubin yang tidak mengikut spesifikasi boleh mendatangkan masalah kepada pembeli.\n\n\nCuba ketuk permukaan dengan batang besi atau duit syiling. Jika bunyi yang terhasil tidak padat atau kosong, ini bermaksud jubin lantai perlu dibaiki dengan segera. Ini kerana, lama-kelamaan ia boleh pecah disebabkan tekanan atau objek berat.\n\n\nJika ini berlaku, anda mungkin perlu menggantikan jubin lantai yang baharu yang semestinya akan menambahkan \nkos pembaikan rumah\n anda.\n\n\n2. Serangga Perosak\n\n\nSerangga perosak seperti anai-anai boleh dikatakan musuh utama binaan terutamanya rumah yang diperbuat daripada kayu. Meskipun serangga ini bersaiz kecil, anai-anai jika dibiarkan boleh merosakkan dan menjejaskan struktur bangunan.\n\n\nAnai-anai biasanya akan menyerang kawasan rumah melalui bahagian jurang antara lantai, dinding atau retakan pada dinding dan akan merosakkan bahagian dalaman struktur.\n\n\nTanda-tanda Rumah Ada Anai-anai\n\n\nSukar untuk anda menyedari serangan anai-anai pada rumah anda. Apabila anda menyedarinya, ia mungkin sudah terlambat dan struktur atau barangan anda sudah rosak dek anai-anai. Oleh sebab itu, penting untuk anda peka dengan keadaan di sekeliling rumah. Berikut merupakan antara tanda-tanda rumah anda diserang oleh anai-anai:\n\n\n\n\n\n\n\n\nWarna pada kerangka pintu, tingkap atau lantai mula berubah;\n\n\nAda laluan anai-anai yang muncul keluar dari perabot kayu atau kerangka pintu dan tingkap;\n\n\nAda kelekatu berterbangan \u2013 kehadiran kelekatu biasanya dikaitkan dengan sarang anai-anai;\n\n\nAda rekahan atau lubang dengan timbunan halus berpasir.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSecara asasnya, serangan serangga perosak seperti anai-anai boleh menjadi punca kerosakan rumah yang memerlukan kerja-kerja pembaikan yang serius. Ambil kira perkara-perkara sebegini untuk elakkan anda daripada menanggung kos pembaikan dan kerosakan rumah yang tinggi.\n\n\n\n\n3. Kerosakan Rumah: Sistem Perpaipan\n\n\nSama seperti \nbeli kereta terpakai\n yang memerlukan anda untuk \ntest drive\n kereta pilihan anda, proses beli rumah terpakai atau rumah\n subsale\n juga melibatkan proses yang hampir sama. Anda perlu uji dan rasai sendiri pengalaman bagi memastikan anda membuat pilihan yang betul dan terbaik.\n\n\nSebagai contoh, bagi memastikan sistem perpaipan rumah yang ingin dibeli berada dalam keadaan baik, uji satu-persatu saluran air bagi memastikan ia berfungsi dengan sempurna. Ini bermaksud, anda perlu buka setiap paip, tarik pam mangkuk tandas dan pancuran mandi yang ada di setiap penjuru rumah anda.\n\n\nMasalah paip atau saluran tersumbat merupakan masalah biasa yang sering dilalui oleh pembeli rumah \nsubsale\n. Oleh sebab itu, anda perlu beri perhatian khusus akan aspek ini. Biasanya, kos pembaikan sistem perpaipan rumah menelan belanja yang agak tinggi dan mahal.\n\n\n4. Pendawaian Elektrik\n\n\nSelain itu, salah satu aspek kerosakan rumah yang perlu diperiksa semasa beli rumah \nsubsale\n ialah sistem pendawaian elektrik. Hidupkan semua suis kipas dan lampu, uji elektrik rumah dengan \ntest pen\n bagi memastikan elektrik berfungsi dengan baik. Jika sistem pendawaian elektrik rumah tidak memuaskan, ia boleh menyebabkan \nlitar pinta\ns yang boleh menyebabkan \nrumah terbakar\n.\n\n\nJika anda mengesan mana-mana bahagian elektrik yang tidak berfungsi, segera maklumkan kepada ejen atau pemilik rumah untuk tindakan lanjut. Kebanyakan rumah \nsubsale\n biasanya rumah lama, jadi \nwiring\n atau pendawaian elektrik juga berkemungkinan sudah terlalu lama. Ada sebahagiannya mungkin sudah mereput dan ada kebarangkalian kabel elektrik sedia ada telah digigit tikus dan sebagainya.\n\n\nNamun begitu, jangan ambil mudah dengan masalah berkaitan elektrik. Jika anda tidak mahir dalam kerja elektrik, jangan bahayakan diri membetulkan masalah elektrik sendiri di rumah. Ini untuk mengelakkan anda daripada terkena renjatan elektrik dan dimasukkan ke hospital. Jika perlu, minta khidmat nasihat atau bantuan daripada mereka yang pakar berkaitan elektrik.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin dapatkan info lanjut berkaitan \ninsurans kebakaran rumah\n untuk perlindungan rumah yang komprehensif, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan\n platform perbandingan insurans di Malaysia\n dengan tawaran perlindungan \ninsurans rumah terbaik\n pada harga mampu milik.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/kos-beli-rumah-lelong/", "title": "Benarkah Kos Beli Rumah Lelong Murah atau Ada Kos Tersembunyi?", "body": "\n\nRamai dalam kalangan \nanak muda\n tertarik untuk beli rumah lelong sebagai \nrumah pertama\n kerana berpendapat kos beli rumah lelong atau harga yang ditawarkan untuk hartanah ini biasanya jauh lebih rendah berbanding hartanah yang ditawarkan oleh pemaju atau rumah sekunder (\nsubsale\n). Proses beli rumah lelong bukanlah suatu proses yang mudah \u2013 banyak faktor atau perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum beli rumah lelong seperti keadaan rumah, status hartanah, kos beli rumah lelong dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPerkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Lelong\n1. Lelongan Awam\n2. Lelongan Mahkamah/Pejabat Tanah\nKos Beli Rumah Lelong: Kos Sebelum, Semasa dan Selepas Beli Rumah Lelong yang Anda Perlu Tahu\n1. Kos Beli Rumah Lelong: Sebelum Proses Bidaan\n2. Kos Beli Rumah Lelong: Semasa Proses Bidaan\n3. Kos Beli Rumah Lelong: Selepas Proses Bidaan\nBuat Persediaan Awal, Semak Kekuatan Kewangan Sebelum Beli Rumah Lelong\n\n\nPerkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Lelong\n\n\nSebelum bercakap tentang kos beli rumah lelong, penting untuk anda tahu apa yang dimaksudkan dengan hartanah atau rumah lelong? Secara asasnya, hartanah lelong merujuk pada hartanah seperti rumah yang dijual oleh pihak bank atau individu melalui proses lelongan tidak kira sama ada kediaman jenis flat, apartment, banglo dan lain-lain.\n\n\nBiasanya, proses lelongan akan dilakukan oleh individu atau pihak pelelong berlesen yang dilantik oleh institusi perbankan. Secara asasnya, terdapat dua jenis proses lelongan hartanah yang perlu anda tahu:\n\n\n1. Lelongan Awam\n\n\nLelongan awam merujuk kepada proses lelong yang dijalankan di kawasan awam seperti di dewan lelongan atau hotel, biasanya membabitkan \nLoan Agreement Cum Assignment\n (LACA). Dalam erti kata lain, ia merujuk pada proses lelongan yang diuruskan pihak bank bagi hartanah tanpa geran individu atau \nhak milik strata\n.\n\n\n2. Lelongan Mahkamah/Pejabat Tanah\n\n\nLelongan Mahkamah pula merupakan proses lelongan yang dijalankan oleh pihak pelelong di Mahkamah atau Pejabat Tanah, biasanya melibatkan kes lelong geran. Ini bermaksud, lelongan Mahkamah atau Pejabat Tanah adalah untuk hartanah yang sudah memiliki \ngeran individu\n bagi apartment yang bertingkat.\n\n\n\n\nKos Beli Rumah Lelong: Kos Sebelum, Semasa dan Selepas Beli Rumah Lelong yang Anda Perlu Tahu\n\n\nKos beli rumah lelong boleh memakan belanja yang tinggi, lebih-lebih lagi jika rumah yang terbida dijual pada harga yang tinggi. Oleh sebab itu, penting untuk pembeli atau pembida ambil tahu kos asas beli rumah lelong atau \nkos-kos tersembunyi pemilikan rumah\n lain yang mungkin ada untuk mengelakkan sebarang implikasi lain.\n\n\n1. Kos Beli Rumah Lelong: Sebelum Proses Bidaan\n\n\nSebelum proses pembidaan rumah lelong bermula, anda perlu sediakan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga rumah yang ingin dibida \u2013 biasanya disediakan dalam bentuk draf bank.\n\n\nSebagai contoh, jika harga rizab* (merujuk pada harga permulaan lelongan) rumah yang dilelong bermula pada harga RM230,000, anda perlu sediakan draf bank sebanyak RM23,000 dan perlu dibawa semasa hari lelongan.\n\n\nSekiranya anda diwakili oleh ejen, ada tambahan kos lain yang perlu dibayar kepada ejen anda. Anda boleh berunding dengan ejen anda berkenaan bayaran ini. Biasanya, bayaran yang dikenakan oleh ejen untuk membida hartanah adalah sekitar RM500 hingga RM1,500 bergantung pada situasi.\n\n\n2. Kos Beli Rumah Lelong: Semasa Proses Bidaan\n\n\nAnda diingatkan untuk membawa tunai yang mencukupi (atau lebih baik jika lebih) semasa hari lelongan. Ini kerana, anda perlu menjelaskan baki 10 peratus deposit rumah lelong yang dibeli mengikut harga akhir tawaran lelong tersebut. Sebagai contoh, anda boleh lihat kiraan kos di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Bayaran\n\n\nHarga\n\n\n\n\n\n\nHarga Rizab\n\n\nRM230,000\n\n\n\n\n\n\nDraf Bank (10%)\n\n\nRM23,000\n\n\n\n\n\n\nHarga Akhir Selepas Lelongan (Harga Jualan)\n\n\n*Harga jualan perlu lebih atau sama dengan harga rizab ditetapkan\n\n\nRM300,000\n\n\n\n\n\n\nDeposit daripada Harga Akhir Selepas Lelongan (10%)\n\n\nRM30,000\n\n\n\n\n\n\nBayaran Tambahan untuk Deposit Akhir\n\n\nRM30,000 \u2013 RM23,000 = RM7,000\n\n\n*Bayaran secara tunai untuk tambahan draf bank yang telah disediakan\n\n\n\n\n\n\nKos Setem Hasil (Kontrak Jualan/\nContract of Sale\n)\n\n\nRM100-RM250\n\n\n*Bergantung pada pelelong\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nAndaikan anda berjaya beli rumah yang dilelong tersebut, ini antara kos-kos beli rumah lelong yang perlu anda pertimbangkan:\n\n\nDraf bank Harga Rizab + Deposit daripada Harga Akhir Selepas Lelongan + Tambahan Deposit + Duti Setem\n\nRM23,000 + RM30,000 + RM7,000 + RM250\n\n\nIni bermaksud, anda perlu sediakan sekurang-kurangnya RM60,250 ketika hari lelongan. Kegagalan anda untuk menyediakan wang tambahan boleh menjejaskan \nproses pemilikan rumah lelong\n yang telah dibida.\n\n\nOleh sebab itu, anda disarankan untuk berhati-hati atau hadkan jumlah bidaan anda \u2013 semakin tinggi harga jualan akhir, semakin tinggi kos beli rumah lelong atau belanja yang perlu anda sediakan ketika hari lelongan.\n\n\n3. Kos Beli Rumah Lelong: Selepas Proses Bidaan\n\n\nSetelah selesai proses kedua, anda perlu melakukan pengesahan dokumen Kontrak Jualan (\nContract of Sale\n). Sebelum tandatangan dokumen ini, periksa semua maklumat dengan teliti dan pastikan maklumat berkaitan hartanah yang dibeli termasuk butiran diri anda adalah betul:\n\n\n\n\nNama penuh;\n\n\nNo. kad pengenalan;\n\n\nAlamat hartanah yang dibeli;\n\n\nHarga belian termasuk bayaran yang dibuat dalam bentuk draf bank dan tambahan tunai lain.\n\n\n\n\nKemudian, anda perlu mendapatkan \npinjaman pembiayaan perumahan\n daripada pihak bank dengan segera. Anda perlu mendapatkan kelulusan pinjaman bank untuk selesaikan baki pembelian rumah yang berjaya dibida dalam tempoh 90 hari (untuk lelongan LACA) atau 120 hari (untuk lelongan geran induk).\n\n\nSekiranya permohonan anda diluluskan oleh pihak bank, anda perlu menandatangani Surat Tawaran (LO) dan pihak peguam bank akan menghubungi anda untuk menandatangani perjanjian \npinjaman perumahan\n antara anda dan pihak bank.\n\n\nKos Babitkan Surat Tawaran (LO)\n\n\nSecara asasnya, kos berkaitan surat tawaran lebih kurang sama dengan \nkos pembelian rumah \nsubsale\n. Anda boleh rujuk jadual seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Bayaran\n\n\nHarga\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga Akhir Selepas Lelongan (Harga Jualan)\n\n\n\n\nYuran Guaman\n\n\nDuti Setem\n\n\nYuran Penilai\n\n\n\n\n\n\nRM300,000\n\n\n\n\nRM3,000 (1% bagi RM500,000 pertama)\n\n\nRM1,500 (0.5% daripada pinjaman perumahan)\n\n\nRM750 (0.25% daripada pinjaman perumahan)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKos Babitkan Perjanjian Jual Beli\n\n\nHarga-harga yang dinyatakan di atas belum termasuk kos guaman dan kos-kos lain yang berkaitan seperti kaveat, pendaftaran pejabat tanah, perbelanjaan am lain (kos pengangkutan, faks, telefon dan fotostat) serta caj \npencarian status hartanah\n, semakan \nkemuflisan\n dan lain-lain.\n\n\nAnda boleh rujuk jadual kos asas berkaitan Perjanjian Jual Beli seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Bayaran\n\n\nHarga\n\n\n\n\n\n\nHarga Akhir Selepas Lelongan (Harga Jualan)\n\n\n\n\n\n\nDuti Setem\n\n\nYuran Guaman\n\n\n\n\n\n\n\n\nRM300,000\n\n\n\n\nRM7,000 (1% bagi RM100,000 pertama, 2% bagi RM200,000)\n\n\nRM3,000 (1% bagi RM300,000)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKos \nRenovate\n Rumah Lelong\n\n\nRumah lelong biasanya memerlukan kos tambahan untuk baik pulih atau \nrenovate\n rumah\n. Sekiranya baik pulih besar-besaran diperlukan yang melibatkan kerosakan struktur (kerosakan pada bahagian siling atau atap), anda mungkin perlu belanjakan kos baik pulih yang lebih mahal, biasanya sekitar RM20,000 hingga RM30,000 bergantung pada jenis pembaikan. \n\n\nBiasanya, kerosakan-kerosakan kecil yang tidak melibatkan struktur utama, siling dan pendawaian elektrik biasanya lebih murah \u2013 anda mungkin perlukan kos baik pulih minimum sekitar RM5,000 hingga RM10,000 bergantung kepada jenis baik pulih.\n\n\nKos Tunggakan-tunggakan Lain (Jika Ada)\n\n\nSelain itu, anda juga perlu mempertimbangkan kos untuk tunggakan-tunggakan yang mungkin ada seperti \ncukai tanah, cukai pintu\n dan yuran penyelenggaraan.\u00a0\nSebagai contoh, jika rumah yang dibeli ada tunggakan yuran penyelenggaraan selama lima tahun dengan bayaran bulanan sebanyak RM200, berikut kos tersembunyi lain yang perlu ditanggung oleh anda:\n\n\nKos Sebulan X Tempoh Tunggakan\n\n\nRM200 X 60 Bulan = RM12,000\n\n\nSelain itu, sekiranya rumah lelong yang dibeli sudah lama ditinggalkan, anda mungkin perlu menanggung kos lain seperti kos penyambungan semula meter elektrik, sambungan meter air, pemeriksaan pendawaian elektrik dan lain-lain lagi bergantung pada situasi.\u00a0\n\n\nKediaman teres dua tingkat biasanya memerlukan belanja sekitar RM500 hingga RM1,000 (atau mungkin lebih) untuk penyambungan semula bekalan elektrik.\u00a0\n\n\n\n\nBuat Persediaan Awal, Semak Kekuatan Kewangan Sebelum Beli Rumah Lelong\n\n\nFaktor kewangan atau keadaan semasa kewangan anda memainkan peranan penting dalam pembelian hartanah lelong. Penting untuk anda bersedia dari aspek kewangan sebelum beli rumah lelong \u2013 kos beli rumah lelong boleh memberi kesan kepada anda jika anda tidak bersedia atau tidak mempunyai simpanan yang mencukupi.\n\n\nAda dalam kalangan pembeli berpendapat kos beli rumah lelong boleh dimasukkan sekali dalam pinjaman bank. Malah, ada juga yang membida hartanah tanpa mengambil kira kos-kos lain yang mungkin timbul seperti kos pembaikan, kos peguam dan kos-kos beli rumah lelong yang lain.\u00a0\n\n\nBeli rumah lelong secara asasnya melibatkan kos yang besar. Jika tersilap langkah, anda boleh terbeban dengan segala baki pembayaran yang perlu dijelaskan. A\nspek ini tidak seharusnya dipandang remeh oleh pembeli, pelabur atau pembida untuk mengelakkan kesilapan dan menjejaskan peluang mereka memiliki rumah lelong.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans rumah terbaik\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans di Malaysia\n dengan jaminan proses beli insurans yang mudah dan selamat pada harga yang mampu milik.\u00a0\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/kos-beli-rumah-subsale/", "title": "8 Kos Beli Rumah Subsale yang Anda Perlu Tahu", "body": "\n\nSekiranya anda sedang mencari rumah dan merancang untuk beli rumah \nsubsale\n, anda wajib tahu segala maklumat berkenaan proses beli rumah \nsubsale\n dan kos-kos yang terlibat semasa beli rumah\n. Ketahui semua perkara anda perlu tahu tentang rumah \nsubsale\n seperti proses beli rumah \nsubsale\n dan kos beli rumah \nsecond hand\n. Anda juga boleh jadikan artikel ini sebagai \nchecklist\n yang anda boleh rujuk pada bila-bila masa atau semasa proses membeli rumah \nsubsale \nanda nanti.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nBeli Rumah Subsale atau Rumah Baru: Yang Mana Lebih Berbaloi?\nApa itu Rumah Subsale?\n8 Kos Beli Rumah Subsale yang Anda Perlu Tahu\nKelebihan Rumah Subsale & Kekurangan Rumah Subsale\nBeli Rumah Subsale: Adakah Ia Pilihan yang Bagus?\n\n\nBeli Rumah\n Subsale\n atau Rumah Baru: Yang Mana Lebih Berbaloi?\n\n\nSelain membeli rumah yang baru siap atau sedang dibina oleh \ndeveloper\n rumah, membeli rumah \nsubsale\n ini juga merupakan antara pilihan yang popular dalam kalangan pembeli-pembeli rumah.\n \nJabatan Penilaian dan Perkhidmatan\n melaporkan kira-kira 80 peratus daripada semua transaksi hartanah di Malaysia datang dari transaksi pasaran sekunder. Untuk menjawab persoalan sama ada anda patut beli rumah \nsubsale \natau beli rumah baru, pemilikan rumah adalah sangat subjektif dan ia benar-benar bergantung kepada anda. Ambil kira faktor-faktor lain seperti kewangan anda dan sebagainya sebelum beli rumah yang terbaik untuk anda.\u00a0\n\n\nApa itu Rumah \nSubsale\n?\n\n\nRumah \nsubsale\n atau juga dikenali sebagai rumah \nsecond hand \nbermaksud sesebuah rumah itu pernah ada pemilik sebelum ini. Hartanah \nsubsale \nmerupakan hartanah yang dijual semula daripada pemilik sedia ada. Ini bermakna apabila anda beli hartanah \nsubsale\n, anda beli secara \ndirect \ndaripada pemilik rumah bukan terus daripada pemaju perumahan. Rumah \nsubsale \nini dijual mungkin sebab pemilik rumah sebelum ini ingin berpindah rumah, berhijrah ke luar negara atau pelbagai lagi sebab lain. Sangat berbeza dengan\n \nrumah lelong\n atau rumah disita yang biasanya berlaku apabila pemilik tidak lagi mampu membayar ansurans bulanan kemungkinan disebabkan oleh faktor seperti kehilangan punca pendapatan. Apabila pendapatan terjejas, kemampuan untuk membayar ansuran bulanan akan turut tergendala.\u00a0\n\n\n\n\n8 Kos Beli Rumah \nSubsale yang Anda Perlu Tahu\n\n\nMemang tak dinafikan, nak beli beli rumah\u00a0\nsubsale\n ini merupakan satu keputusan yang sangat penting dan ia boleh jadi sesuatu yang menggerunkan sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dan maklumat hartanah yang mencukupi.\u00a0Sama ada anda mahu\n beli rumah pertama\n atau ini merupakan kali pertama anda nak beli rumah \nsubsale\n, maklumat dalam artikel ini boleh membantu memudahkan urusan dan juga dalam masa yang sama mengelakkan anda daripada ditipu.\n\n\nSecara umumnya, rumah \nsubsale \nmemerlukan perbelanjaan yang lebih besar kerana ia melibatkan bayaran \nupfront \nyang tinggi. Berikut lapan kos beli rumah subsale untuk rujukan dan panduan anda.\n\n\n1. \nBooking Fee \natau Yuran Tempahan Sebanyak 3.18 Peratus\n\n\nPerkara pertama yang anda perlu lakukan untuk memulakan proses beli rumah \nsubsale \nialah anda perlu menyediakan yuran tempahan iaitu sebanyak 3.18% daripada harga rumah \nsubsale\n yang anda mahu beli. Wang ini akan dibayar kepada ejen rumah yang menguruskan proses jual beli ini. Kemudian, anda akan diberikan \nbooking form \nrumah yang anda perlu isi untuk memohon pinjaman perumahan. Katakanlah rumah \nsubsale\n yang anda nak beli ini bernilai RM500,000, yuran tempahan perlu anda sediakan adalah sebanyak RM15,900 iaitu 3.18 peratus daripada nilai rumah tersebut.\n\n\n2. Jumlah Deposit Rumah Sebanyak 10 Peratus\n\n\nSeterusnya, anda perlu menyediakan bayaran deposit semasa nak menandatangani SPA (Perjanjian Jual Beli). Secara amnya, 3.18 peratus yang anda dah bayar kepada ejen rumah tadi dah termasuk dalam bayaran 10 peratus deposit rumah. Ini bermakna anda hanya perlu membayar baki 6.82 peratus sebelum anda \nsign \nperjanjian SPA.\n\n\nKita ambil semula contoh rumah yang berharga RM500,000 tadi, jumlah deposit yang anda perlu bayar iaitu 6.82 peratus bersamaan dengan RM34,100. Selain itu, anda dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati sekiranya ejen cuba membuat helah dan meminta anda membuat bayaran lebih walaupun anda sudah menjelaskan bayaran 3.18 peratus sebelum ini. Ini merupakan \nred flag\n ya dan anda boleh membuat laporan kepada badan-badan yang memantau ejen-ejen ini.\n\n\n3. Yuran Peguam Perjanjian Sewa Beli Rumah (SPA)\n\n\nIni merupakan antara faktor yang terpenting semasa anda beli rumah \nsubsale\n. Anda boleh anggap yang peguam ini ibarat tulang belakang untuk pastikan proses beli rumah \nsubsale \nanda ini berjaya. Peguam hartanah yang bagus dan berpengalaman akan memudahkan urusan anda dengan memastikan segala transaksi berjalan dengan lancar. Oleh itu, pastikan anda memilih peguam yang memang pandai buat kerja dan berkaliber. Ingat, anda bayar peguam ini untuk kepakaran dalam hal-hal urusan hartanah yang mungkin diluar bidang pengetahuan anda.\u00a0\n\n\nBagaimana pula dengan caj yang perlu anda bayar untuk yuran guaman SPA? Jumlah ini bergantung kepada kos rumah anda \n\u2013\n semakin tinggi nilai rumah anda, semakin mahal yuran guaman anda. Perhatikan jumlah di bawah ini:\n\n\nJadual Yuran Guaman SPA:\n\n\nBerikut merupakan jadual yuran guaman SPA untuk panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKategori\u00a0\n\n\nPeratus (%)\n\n\n\n\n\n\nRM500,000 pertama\n\n\n1.0\n\n\n\n\n\n\nRM500,000 seterusnya\n\n\n0.80\n\n\n\n\n\n\nRM2,000,000 seterusnya\n\n\n0.70\n\n\n\n\n\n\nRM2,000,000 seterusnya\n\n\n0.60\n\n\n\n\n\n\nRM2,500,000 seterusnya\n\n\n0.50\n\n\n\n\n\n\nLebih daripada RM7,500,000\n\n\n0.50\n\n\n\n\n\n\n\n\nContohnya, harga rumah \nsubsale\n anda berharga RM800,000. Anda perlu membayar sebanyak:\n\n\n\n\nSatu peratus daripada RM500,000 yang pertama iaitu sebanyak RM5,000.\n\n\nUntuk baki RM300,000, 0.8 peratus daripada jumlah tersebut bersamaan dengan RM2,400.\n\n\n\n\nKemudian, untuk ketahui jumlah keseluruhan anda perlu gabungkan kedua-dua jumlah ini. Jumlah yuran Peguam SPA yang perlu dibayar adalah sebanyak RM7,400.\n\n\n4. Duti Setem Perjanjian Sewa Beli Rumah (SPA)\n\n\nSelepas yuran guaman, anda perlu mengira duit setem untuk SPA pula. Duti setem merupakan cukai yang dikenakan ke atas dokumen dan surat perundangan seperti jual beli, \npertukaran hak milik\n, \npinjaman rumah \natau perjanjian pinjaman. Bagaimana nak kira kos untuk duit setem ini pula? Jom tengok jadual di bawah ini:\n\n\nJadual Pengiraan Duti Setem SPA:\n\n\nBerikut merupakan jadual pengiraan duti setem SPA untuk panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKategori\u00a0\n\n\nPeratus (%)\n\n\n\n\n\n\nRM100,000 pertama\n\n\n1.0\n\n\n\n\n\n\nRM100,001 hingga RM500,000\n\n\n2.0\n\n\n\n\n\n\nRM500,001 hingga RM1,000,000\n\n\n3.0\n\n\n\n\n\n\nLebih daripada RM1,000,000\n\n\n4.0\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Yuran Guaman untuk Perjanjian Pinjaman Perumahan\u00a0\n\n\nUntuk yuran guaman perjanjian pinjaman perumahan, nilai yuran guaman yang dikenakan bergantung kepada jumlah pinjaman perumahan dan bukannya harga jualan rumah. Sebagai contoh, jika anda beli rumah dengan harga RM500,000 tetapi bank mentafsirkan nilai rumah tersebut hanya RM450,000 \n\u2013 \nanda hanya akan layak mendapat 90 peratus pinjaman perumahan berdasarkan penilaian pihak bank.\u00a0 Ini bermakna, anda hanya akan mendapat pinjaman sebanyak RM405,000.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKategori\u00a0\n\n\nPeratus (%)\n\n\n\n\n\n\nRM500,000 pertama\n\n\n1.0\n\n\n\n\n\n\nRM500,000 seterusnya\n\n\n0.8\n\n\n\n\n\n\nRM2,000,000 seterusnya\n\n\n0.7\n\n\n\n\n\n\nRM2,000,000 seterusnya\n\n\n0.6\n\n\n\n\n\n\nRM2,500,000 seterusnya\n\n\n0.5\n\n\n\n\n\n\nLebih daripada RM7,500,000\n\n\n0.5\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnda perlu bayar sebanyak RM4,050 iaitu bersamaan satu peratus daripada jumlah pinjaman RM405,000 yang diberikan oleh pihak bank.\n\n\n6. Duti Setem untuk Perjanjian Pinjaman Perumahan\n\n\nMakin tinggi pinjaman, makin tinggilah duti setem untuk pinjaman perumahan. Untuk duti setem perjanjian pembiayaan pinjaman perumahan pula, peratusan bayaran kekal sama iaitu 0.50 peratus yang dikenakan ke atas jumlah pinjaman anda terima.\u00a0\n\n\n7. Yuran Penilaian Hartanah\n\n\nPihak bank akan menghantar penilai hartanah buat \nsite visit \nrumah \nsubsale \nyang anda nak beli ini. Ini juga bermakna anda kena membayar yuran penilaian hartanah atau dikenali sebagai \nvaluation fee. \nSama juga seperti kos-kos yang telah dinyatakan sebelum ini, jumlah yuran bergantung kepada nilai rumah \nsubsale \nanda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKategori\u00a0\n\n\nPeratus (%)\n\n\n\n\n\n\nRM100,000 pertama\n\n\n0.25\n\n\n\n\n\n\nRM100,001 hingga RM2,000,000\u00a0\n\n\n0.20\n\n\n\n\n\n\nRM2,000,000 hingga RM7,000,000\n\n\n0.167\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenilai hartanah akan membuat pemeriksaan rumah untuk memastikan segala maklumat yang telah dinyatakan tepat. Contohnya, dalam borang menyatakan yang rumah yang anda nak beli ini ada dua tingkat tapi penilai hartanah ini mendapati rumah tersebut hanya ada satu tingkat setengah sahaja \n\u2013 \nperkara sebegini boleh menjadi masalah dalam laporan penilaian yang disediakan\n. Laporan penilaian rasmi (\nvaluation report\n) akan disediakan untuk diserahkan kepada pihak bank.\n\n\n8. MRTA dan MRTT\n\n\nApabila bank mahu memberikan pinjaman kepada anda, mereka akan mempertimbangkan dan mengambil kira segala risiko yang boleh berlaku dalam tempoh pinjaman perumahan yang kebiasaannya memakan masa antara 30 hingga 35 tahun. Disebabkan ini, pelan\n \ninsurans perumahan\n seperti \nMRTA, MLTA, MRTT atau MLTT\n\u00a0 ini penting kerana ia akan membantu menjelaskan dan melangsaikan hutang pinjaman bank sekiranya pemilik meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal. Oleh sebab itu, kos ini perlu dipertimbangkan sekiranya anda ingin beli rumah untuk mengelakkan kesulitan pada masa akan datang.\n\n\nKelebihan Rumah\n Subsale \n& Kekurangan Rumah \nSubsale\n\n\nBerikut merupakan antara kelebihan dan kekurangan beli rumah \nsubsale \nberbanding dengan beli rumah yang baru siap atau sedang dibina oleh pihak pemaju:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelebihan Rumah \nSubsale\n\n\nKekurangan Rumah \nSubsale\n\n\n\n\n\n\nAnda Boleh Melakukan Pemeriksaan dan Tinjauan\n\n\nBerbeza dengan beli rumah yang masih dalam pembinaan di mana anda hanya boleh membayangkan keadaan rumah tersebut atau sekadar melawat rumah contoh, beli rumah \nsubsale\n membolehkan anda mendapatkan gambaran yang tepat sebab rumah \nsubsale \nini dah siap dan anda boleh tengok dengan mata anda sendiri dengan melawat rumah ini. Anda juga boleh menilai keadaan rumah, kawasan kejiranan dan sebagainya sama ada ia sesuai untuk anda beli.\n\n\nRumah Nampak Lama\n\n\nRumah \nsubsale \nyang anda nak beli ini mungkin kelihatan usang dan memerlukan sedikit kerja-kerja pemulihan yang semestinya akan memerlukan kos tambahan untuk anda\n \nrenovate \nrumah\n, mengecat dan lain-lain.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nAnda Boleh Pindah dengan Lebih Cepat\n\n\nSelain itu, pembelian rumah \nsecond hand\n tak ada risiko pembinaan lambat siap. Biasanya, urusan beli rumah \nsubsale \nini mengambil masa lebih kurang dua bulan sekiranya semua dokumen, kertas kerja dan perkara berkaitan berjalan dengan lancar.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nRisiko Kerosakan Rumah\n\n\nSelain itu, rumah subsale juga terdedah kepada risiko kerosakan rumah. Jika anda pindah masuk dan selepas beberapa bulan anda mendapati terdapat sebarang kerosakan pada rumah, anda tidak boleh meminta pemilik terdahulu untuk membaikinya. Ini bermaksud, anda perlu menanggung sebarang risiko kerosakan yang mungkin ada.\n\n\n\n\n\n\nAnda Boleh Jadikan Rumah Sewa atau Rumah Tumpangan\n\n\nApabila anda beli rumah \nsubsale\n, anda boleh menyewakannya dengan segera dan mengutip sewa bulanan daripada penyewa. Jika anda bernasib baik, anda penyewa yang sedia membayar sewa lebih tinggi berbanding harga bayaran bulanan anda dengan pihak bank. Berbanding beli rumah baru, anda perlu mengeluarkan belanja bulanan tertentu meskipun rumah tersebut masih belum siap untuk diduduki.\n\n\nMaklumat Mengenai Rumah Mungkin Kurang Tepat\n\n\nMaklumat tentang rumah mungkin sukar diperolehi seandainya rumah terbabit sudah agak lama. Oleh itu, anda perlu dapatkan ejen yang bagus untuk membantu anda membuat penyelidikan atau mendapatkan maklumat bagi pihak anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeli Rumah \nSubsale: \nAdakah Ia Pilihan yang Bagus?\n\n\nKesimpulannya, beli rumah \nsubsale \nada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Jika anda mahu pindah rumah dengan kadar yang lebih cepat, rumah \nsubsale\n ini merupakan pilihan yang lebih baik berbanding rumah yang masih \nunder construction\n kerana prosesnya hanya akan mengambil masa beberapa bulan. Yang pasti, persediaan dari segi kewangan memang sangat penting dalam urusan beli rumah \nsubsale\n kerana terdapat banyak kos-kos yang perlu ditanggung. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda yang mahu berhasrat mahu beli rumah \nsubsale\n.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari\n \ninsurans rumah terbaik\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/kunci-kereta-hilang/", "title": "Kunci Kereta Hilang? Apa Perlu Buat Jika Kunci Kereta Hilang?", "body": "\n\nAnda mungkin pernah berdepan situasi kunci kereta hilang \u2013 sebaik sahaja anda tiba di tempat parking kereta atau baru ingin keluar rumah untuk selesaikan urusan penting, kunci kereta hilang tak dijumpai. Tak gelabah dibuatnya? Sama ada terlupa tempat letak atau dicuri tanpa sedar, kunci hilang boleh dikatakan antara salah satu situasi yang mencemaskan selain situasi \nkereta tiba-tiba mati\n tepi jalan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa yang Anda Perlu Lakukan Jika Kunci Kereta Hilang?\n1. Jangan Panik, Kekal Tenang\n2. Sediakan Maklumat Kereta\u00a0\n3. Buat Kunci Kereta\nKunci Hilang: Jenis Kunci Kereta di Pasaran\n1. Kunci Kereta Tradisional\n2. Kunci Kereta Boleh Lipat\n3. Kunci Transponder\n4. Kunci Kereta dan Fob Luaran\n5. Kunci Pintar atau Smart Key\nKunci Hilang, Apa yang Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar Kunci Kereta\n1. Di mana saya boleh gantikan kunci hilang?\n2. Sekiranya hilang kunci kereta, apakah maklumat yang perlu disediakan bagi buat kunci spare yang baharu?\n3. Bolehkah saya buat kunci kereta untuk menggantikan kunci asal yang hilang?\n4. Berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk duplicate atau buat kunci kereta baharu?\n5. Berapakah harga duplicate kunci kereta atau kos duplicate kunci kereta yang hilang?\n\n\nApa yang Anda Perlu Lakukan Jika Kunci Kereta Hilang?\n\n\nApabila berdepan situasi hilang kunci kereta, ia bukan sekadar memeningkan kepala anda. Ia malah boleh membantutkan segala rancangan atau urusan yang telah direncanakan kerana anda tidak boleh bergerak ke mana-mana selagi kunci yang hilang tidak ditemui atau selagi anda belum tukar kunci kereta yang hilang dengan kunci baharu.\n\n\nJika dahulu kunci hilang boleh digantikan dengan mudah kerana tidak menggunakan sistem yang kompleks. Tetapi selari dengan kemodenan, sistem kunci kereta kini menjadi semakin canggih untuk mengelakkan kejadian curi sehinggakan kunci hilang boleh menjadi suatu masalah yang besar dan boleh menyukarkan proses\n duplicate\n kunci kereta bagi menggantikan kunci yang lama.\n\n\nSekiranya anda berdepan situasi kunci hilang, anda mungkin boleh praktikkan tips-tips seperti berikut:\n\n\n1. Jangan Panik, Kekal Tenang\n\n\nPerkara pertama yang perlu anda lakukan sekiranya kunci hilang adalah dengan kekal bertenang. Ini kerana, jika anda telalu panik atau dalam keadaan gelabah dan tergesa-gesa, anda boleh menjadi tidak fokus sekali gus tidak dapat membantu anda menemui kunci kereta yang telah hilang.\n\n\nOleh sebab itu, anda perlu kekal tenang untuk membolehkan anda boleh berfikir dengan betul dan waras. Ingat lokasi terakhir anda melihat atau memegang kunci kereta anda.\n\n\nKunci Hilang: Cara Mencari Kunci Kereta yang Hilang\n\n\nJika kunci hilang di rumah, periksa kawasan yang biasa anda gunakan seperti ruang tamu, dapur, bilik tidur atau dalam beg tangan, rak kasut dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh pertimbangkan lokasi-lokasi biasa sebegini:\n\n\ni. Kunci Tertinggal dalam Kereta\n\n\nBanyak berlaku situasi kunci disangkakan hilang rupa-rupanya kunci tertinggal dalam kereta. Jika kunci kereta anda hilang, anda boleh intai bahagian dalam kereta anda terlebih dahulu.\n\n\nJika anda yakin kunci kereta anda ada di dalam kereta anda yang berkunci, anda boleh dapatkan pertolongan daripada tukang kunci untuk membuka pintu kereta anda.\n\n\nBiasanya, tukang kunci mempunyai peralatan yang boleh membantu membuka pintu kereta tanpa perlu memecahkan \ncermin kereta\n anda. Kan jimat tu!\n\n\nii. Periksa Celah-celah Sofa Rumah\n\n\nAnda juga boleh periksa bahagian celah-celah sofa rumah anda. Biasanya, lokasi ini selalu menjadi \nport\n kunci hilang yang popular. Anda biasanya tidak menyedari kunci kereta terjatuh dari poket seluar semasa anda sedang duduk atau berbaring di sofa.\n\n\n\n\niii. \nCheck\n Poket Seluar Terakhir\n\n\nSelain itu, kunci kereta juga adakalanya \nboleh ditemui di lokasi-lokasi yang tidak dijangka seperti dalam poket seluar. Jika kunci anda hilang, cuba\n check\n seluar terakhir yang anda pakai dahulu sebelum memeriksa mana-mana lokasi lain dalam rumah anda.\n\n\niv. Rak Mainan, Tempat Mainan Kanak-kanak\n\n\nPercaya atau tidak, objek seperti kunci tidak kira sama ada kunci\n rumah pertama\n anda kunci kereta pertama kesayangan anda merupakan antara objek mainan yang paling digemari oleh anak-anak kecil. Ini kerana, bentuk fizikal kunci yang diperbuat daripada logam, berkilat dan menghasilkan bunyi boleh menarik perhatian si kecil anda.\n\n\nJadi, kalau anda ada anak kecil atau anak saudara, periksa bakul atau rak mainan mereka terlebih dahulu untuk kepastian.\n\n\nv. Kunci Kereta Masuk Mesin Basuh\n\n\nSelain duit syiling dan duit kertas, banyak item lain yang biasa ditemui dalam mesin basuh seperti kerongsang, \nrantai emas\n, cincin dan sebagainya disebabkan terlupa untuk keluarkan daripada poket seluar atau baju sebelum membasuhnya.\n\n\nOleh itu, lakukan \nspot check\n dalam mesin basuh anda sekiranya kunci kereta anda hilang. Ada kemungkinan kunci kereta anda masuk ke dalam mesin basuh.\n\n\nNamun begitu, sekiranya anda mengesyaki bahawa kunci kereta anda dicuri dan tidak hilang, anda perlu laporkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk siasatan dan semakan lanjut.\n\n\n2. Sediakan Maklumat Kereta\u00a0\n\n\nSekiranya anda sudah mencari di segenap ruang dan pelosok rumah anda namun masih belum menemui kunci kereta anda, dan sekiranta anda yakin bahawa kunci kereta anda benar-benar hilang \u2013 anda perlu sediakan maklumat berkaitan untuk memudahkan urusan buat kunci kereta baharu.\n\n\n\n\nNombor pendaftaran kenderaan atau \nvehicle identification number\n (VIN);\n\n\nModen kereta dan tahun buatan;\n\n\nNombor plat kereta;\n\n\nMaklumat pengenalan peribadi;\n\n\nLokasi semasa anda.\n\n\n\n\nMaklumat-maklumat ini penting bagi membolehkan pihak pengedar kereta atau tukang kunci kereta dapat membuat pengesahan kunci yang hilang adalah milik kereta anda. Selain itu, ia juga dapat membantu tukang kunci memprogramkan semula kunci ganti mengikut spesifikasi kunci asal.\n\n\nSelain itu, maklumat ini juga penting dalam memastikan proses tukar kunci kereta dapat dilakukan dengan lebih efisien selain membantu anda menerima kunci ganti yang sesuai dengan model dan jenis kereta anda.\n\n\n3. Buat Kunci Kereta\n\n\nSekiranya kunci kereta anda hilang, anda perlu gantikan dengan segera bagi membolehkan urusan atau rancangan anda boleh diteruskan seperti biasa. Anda boleh mempertimbangkan untuk buat kunci kereta ganti atau duplicate kunci kereta melalui cara-cara berikut:\n\n\nPusat Servis atau Pengedar Kereta\n\n\nBiasanya, harga buat kunci \nspare\n kereta di sini lebih mahal berbanding perkhidmatan tukang kunci kereta. Selain itu, penggantian kunci di pusat servis juga tidak sesuai semasa situasi kecemasan kerana biasanya memakan masa yang lama.\n\n\nTukar Kunci Kereta DIY Sendiri\n\n\nCara ini memerlukan peralatan dan pengetahuan tertentu untuk elakkan kerosakan pada mana-mana komponen kereta. Jika tersilap langkah, ia mungkin menyebabkan belanja yang lebih tinggi berbanding tukar di kedai buat kunci kereta.\n\n\nPerkhidmatan Tukang Kunci Kereta\n\n\nGuna khidmat tukang kunci kereta biasanya lebih cepat, efisien dan menjimatkan. Namun begitu, anda perlu buat pilihan yang tepat dan lakukan survei harga terlebih dahulu untuk mengelakkan anda daripada tertipu.\u00a0\n\n\nKebanyakan tukang kunci kereta memiliki teknologi dan peralatan yang membolehkan mereka memprogramkan semula sistem kunci kereta baharu atau\n duplicate\n kunci kereta yang hilang tanpa kunci asal.\n\n\nKunci Hilang: Jenis Kunci Kereta di Pasaran\n\n\nJika anda ingin tukar kunci hilang, anda perlu tahu sekurang-kurangnya jenis kunci kereta anda untuk memastikan proses penggantian kunci kereta anda berjalan dengan lancar. Berikut lima jenis kunci kereta untuk rujukan anda:\n\n\n1. Kunci Kereta Tradisional\n\n\nSekiranya kereta anda menggunakan kunci kereta jenis ini, minta bantuan tukang kunci untuk buat kunci kereta ganti untuk kereta anda. Biasanya, kunci kereta tradisional boleh digantikan dengan mudah kerana mekanisme sistem kunci ini tidak terlalu kompleks dan sukar seperti kunci kereta yang lain.\n\n\nMeskipun begitu, anda mungkin perlu menukar silinder kunci pencucuh (\nignition lock\n) kepada yang baharu kerana ada sesetengah keadaan kunci ganti yang dibuat tidak sepadan dengan silinder kunci pencucuh yang lama.\n\n\n2. Kunci Kereta Boleh Lipat\n\n\nKalau anda perasan, pengeluar kereta kini menggunakan mekanisme kunci kereta boleh lipat bagi kebanyakan model kereta baharu. Sama seperti pisau lipat, kunci kereta boleh lipat membolehkan anda melipat kunci kereta apabila tidak digunakan dan anda hanya perlu menekan butang kecil sekiranya ingin gunakan kunci kereta. Ciri ini merupakan mekanisme perlindungan tambahan yang boleh membantu mencegah kecurian.\n\n\nMeskipun begitu, anda mungkin berdepan masalah apabila kunci kereta ini hilang kerana tanpa transponder, anda tidak dapat menghidupkan kereta anda. Biasanya, harga tukar kunci kereta jenis ini lebih mahal berbanding kunci biasa yang lain.\n\n\n3. Kunci Transponder\n\n\nSelain lebih moden, harga duplicate kunci kereta jenis ini juga dikatakan lebih mahal berbanding kunci tradisional. Kunci transponder ini secara asasnya dilengkapi dengan \nbuilt-in chip\n yang akan memberi isyarat kepada \nECU kereta\n bahawa kunci yang betul dan sesuai sedang digunakan. Sekiranya kunci yang tidak sepadan digunakan, enjin kereta anda mungkin menghadapi kesukaran untuk dihidupkan.\n\n\nJika kunci kereta jenis ini hilang, hubungi tukang kunci yang mempunyai kepakaran mengendalikan kunci sebegini kerana mereka biasanya memiliki kunci\n spare\n dengan cip yang sama dengan kunci kereta asal.\n\n\n4. Kunci Kereta dan Fob Luaran\n\n\nJika kereta anda menggunakan kunci kereta dengan fob luaran, anda masih boleh mengakses kereta anda mengunakan kunci yang ada sekiranya fob luaran kereta anda hilang.\n\n\nMeskipun begitu, dalam situasi kunci kereta yang hilang tetapi fob masih ada, anda perlu buat kunci ganti untuk menghidupkan kereta anda kerana fob luaran hanya membolehkan anda mengakses kereta tetapi tidak menghidupkan kereta anda.\n\n\nSelain itu, jika anda berdepan situasi hilang kedua-dua kunci kereta dan fob luaran, anda disarankan untuk menggantikan kunci kereta terlebih dahulu sebelum menggantikan fob.\n\n\n5. Kunci Pintar atau \nSmart Key\n\n\nBoleh dikatakan hampir kebanyakan model kereta baharu hari ini dilengkapi dengan sistem \nkeyless entry\n dan butang \npush start\n. Sekiranya \nsmart key\n kereta anda hilang, anda tiada pilihan lain selain membawa kereta anda ke wakil pengedar terdekat untuk mendapatkan kunci ganti yang sesuai.\n\n\nPenggunaan teknologi dan sistem elektronik yang lebih moden secara tidak langsung menyukarkan anda untuk mendapatkan kunci \nspare\n dengan lebih mudah dan cepat. Anda mungkin perlu tunggu lebih lama sebelum mendapatkan kunci ganti yang sepadan untuk kereta disebabkan oleh masalah kekurangan stok.\n\n\nSelain masa, anda mungkin juga terpaksa berdepan dengan peningkatan kos yang lebih tinggi sekiranya berlaku kehilangan kunci kerana proses penggantian yang lebih rumit.\n\n\n\n\nKunci Hilang, Apa yang Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar Kunci Kereta\n\n\nBerikut merupakan soalan-soalan lazim yang sering ditanya berkaitan proses buat kunci hilang untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n1. Di mana saya boleh gantikan kunci hilang?\n\n\nSecara asasnya, anda boleh buat kunci kereta hilang di mana-mana kedai buat kunci kereta berhampiran anda (\nCadangan Google\n: kedai buat kunci kereta \nnear me\n/buat kunci kereta\n near me\n) atau anda juga boleh menghubungi tukang kunci kereta yang menyediakan perkhidmatan penggantian kunci secara \nmobile\n atau bergerak.\n\n\nSelain itu, anda juga boleh memanfaatkan mana-mana platform dalam talian yang menawarkan perkhidmatan buat kunci \nspare\n secara online di Malaysia.\n\n\n2. Sekiranya hilang kunci kereta, apakah maklumat yang perlu disediakan bagi buat kunci\n spare\n yang baharu?\n\n\nBagi membolehkan proses \nrepair\n kunci kereta dapat dilakukan dengan lebih baik dan berkesan, anda perlu sediakan maklumat yang lengkap kepada tukang kunci atau syarikat pengedar kereta seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMaklumat pengenalan diri;\n\n\nModel dan tahun buatan;\n\n\nJenis kunci kereta;\n\n\nNombor plat kereta atau nombor pendaftaran kenderaan;\n\n\nNombor pengenalan kenderaan atau \nvehicle identification number\n (VIN);\n\n\nLokasi semasa.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Bolehkah saya buat kunci kereta untuk menggantikan kunci asal yang hilang?\n\n\nSecara asasnya, anda boleh tukar atau gantikan kunci asal yang hilang. Kebanyakan tukang kunci kereta kini boleh\n duplicate\n kunci kereta menggunakan peralatan dan teknologi canggih yang membolehkan mereka memprogram atau menetapkan semula cip kunci kereta asal yang telah hilang pada kunci kereta yang baharu.\n\n\n4. Berapa lama tempoh masa yang diperlukan untuk\n duplicate\n atau buat kunci kereta baharu?\n\n\nBiasanya, proses buat kunci\n spare\n kereta memakan masa antara 10 hingga 30 minit. Namun begitu, ia bergantung pada jenis kunci dan tahap kerumitan sistem transponder kereta.\n\n\n5. Berapakah harga \nduplicate\n kunci kereta atau kos\n duplicate\n kunci kereta yang hilang?\n\n\nSecara asasnya, kos buat kunci kereta baru bagi menggantikan kunci kereta hilang boleh menelan belanja antara RM100 hingga RM300 (atau mungkin lebih tinggi) bergantung pada jenis model kereta dan tahap kesukaran proses penggantian kunci kereta secara keseluruhan.\n\n\nSebagai contoh, harga \nduplicate\n kunci kereta Myvi atau Axia (Perodua) biasanya sekitar RM150. Bagi harga \nduplicate\n kunci kereta Proton Exora pula, caj untuk penggantian kunci (\noriginal key\n) adalah sekitar RM150, manakala untuk harga \nduplicate\n kereta Toyota Vios dianggarkan sekitar RM350.\n\n\nNamun begitu, harga ini mungkin berubah bergantung pada tempat, masa dan faktor-faktor luar jangka lain. Biasanya, kos tukar kunci kereta atau harga buat kunci kereta hilang melalui perkhidmatan tukang kunci kereta atau kedai buat kunci kereta biasanya jauh lebih rendah berbanding perkhidmatan pengedar kereta anda.\n\n\nAnda disarankan untuk mendapatkan sebut harga daripada beberapa vendor terlebih dahulu untuk membantu anda mendapatkan tawaran harga yang lebih rendah selain membantu anda merancang kewangan dengan lebih baik.\n\n\nSemoga perkongsian ini boleh membantu anda sekiranya anda berdepan situasi kunci kereta hilang pada masa akan datang. Anda disarankan untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati untuk mengelakkan anda berdepan situasi kunci hilang. Ini kerana, ia boleh menyebabkan anda menanggung kos penggantian dan perbelanjaan yang tidak perlu.\n\n\nSelain itu, jika anda ada merancang untuk \nmemperbaharui insurans kereta terbaik\n untuk kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan pelbagai jenis \ninsurans kereta murah\n dan terbaik yang sesuai mengikut keperluan anda dan bajet anda. Ingat insurans kereta, ingat Qoala!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/lampu-amaran-kereta/", "title": "Lampu Amaran Kereta: Simbol Amaran Penting Masalah Kereta", "body": "\n\nSetiap kereta dilengkapi dengan simbol-simbol indikator atau lebih dikenali sebagai lampu amaran kereta. Ia diwujudkan bagi memberitahu pemandu sekiranya terdapat kerosakan atau permasalahan pada kereta. Jangan terkejut, ramai yang mengabaikan lampu amaran kereta apabila ia menyala. Sebenarnya, tindakan ini salah dan merugikan anda kerana anda terpaksa mengeluarkan belanja untuk menampung kos baiki yang tinggi.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nLampu Amaran Kereta: 6 Simbol Amaran Kereta yang Anda Perlu Tahu\n1. Simbol Minyak Hitam Kurang\n2. Lampu Amaran Minyak Enjin Kereta\n3. Lampu Amaran Suhu Enjin\u00a0\n4. Lampu Amaran Brek Tangan\n5. Lampu ABS Menyala\n6. Lampu Amaran Bateri\nSelenggara Kereta Mengikut Jadual untuk Elakkan Kos Pembaikan yang Tinggi\n\n\nLampu Amaran Kereta: 6 Simbol Amaran Kereta yang Anda Perlu Tahu\n\n\nAda apa dengan lampu amaran \nkereta\n? Perlu ke kita cemas apabila lampu amaran kereta menyela? Jangan risau, bagi korang yang tak mahir mengenai lampu amaran kereta, Qoala hari ini akan menerangkan mengenainya dengan lebih lanjut.\u00a0\nTak semua orang tahu dan hafal setiap satu maksud di sebalik simbol-simbol yang ada pada dashboard kereta. \n\n\nNamun, ianya amat penting untuk kita kenalpasti dan fahami makna lampu amaran kereta bagi mengenalpasti saiz masalah tersebut sama ada besar atau kecil.\u00a0\nBerikut adalah enam simbol utama lampu amaran kereta yang perlu anda ketahui:\n\n\n1. Simbol Minyak Hitam Kurang\n\n\nNama lain bagi simbol ini adalah teko aladdin. Ini kerana ia menyerupai teko aladdin jika dilihat dengan mata kasar. Nama sebenarnya pula adalah oil pressure switch. \n\n\nSekiranya lampu amaran \nkereta \noil switch pressure ini menyala, ia berkemungkinan \nenjin \nkenderaan anda mengalami kerosakan yang besar sehingga boleh menyebabkan kerosakan hampir kesemua bahagian dalam enjin.\u00a0\n\n\nSimbol oil pressure switch ini akan menyala apabila minyak pelincir kereta anda kehabisan atau pun kekurangan. Selain itu, kekurangan \nminyak hitam\n juga boleh disebabkan terdapat kebocoran yang menyebabkan minyak enjin mengalir keluar. \n\n\nAkibatnya, \nenjin\n kereta anda akan menjadi kasar sehingga menyebabkan kerosakan yang lebih teruk dan memakan kos yang tinggi untuk membaiki.\u00a0\n\n\nJadi, apa nak buat sekiranya lampu amaran \nkereta\n ini menyala ketika anda sedang memandu? Pertama, anda dinasihatkan untuk menghentikan kenderaan anda di kawasan yang selamat dan terus matikan enjin. \n\n\nSeterusnya, anda perlu memeriksa paras minyak enjin pada bahagian hadapan kenderaan anda. Sekiranya minyak enjin masih ada dan mencukupi, anda dinasihatkan untuk memandu kenderaan anda ke bengkel berdekatan bagi membuat pemeriksaan yang selanjutnya.\n\n\n\n\n2. Lampu Amaran Minyak Enjin Kereta\n\n\nLampu amaran kereta yang seterusnya adalah simbol \u2018Check Engine\u2019. Simbol ini menyala kerana sistem komputer di dalam \nkereta\n anda telah mendapati dan mengesan ada permasalahan pada sistem kereta anda. Keadaan dan situasi ini juga bergantung kepada jenis, tahun dan model kereta tersebut.\u00a0\n\n\nSimbol ini menyala berkemungkinan disebabkan kereta anda ada masalah enjin, transmisi, suspensi, atau masalah brek. Jalan terbaik untuk mengenal pasti masalah ini adalah dengan melakukan pemeriksaan atau diagnosis secara lebih mendalam. \nSedang anda memandu, tiba-tiba lampu amaran kereta ini menyala. Masih boleh pandu atau tidak?\n\n\nApabila lampu enjin kereta anda menyala semasa anda memandu, anda masih boleh teruskan pemanduan. Namun, anda harus mendapatkan pemeriksaan selanjutnya dengan kadar segera. \n\n\nMeskipun begitu, sekiranya anda mendapati terdapat perbezaan ketara dari segi pemanduan seperti pemanduan yang tidak lancar, enjin bergegar atau berbunyi, anda dinasihatkan untuk berhenti di kawasan selamat dan hubungi trak tunda.\u00a0\n\n\nUntuk menghubungi trak tunda, anda hanya perlu menghubungi pihak insurans anda. Kebiasaannya, perkhidmatan trak tunda adalah percuma sekiranya melalui pihak \ninsurans kereta\n anda.\u00a0\n\n\nTanda-Tanda Enjin Kereta Perlu Overhaul\n\n\nTiada kereta yang kekal baik tanpa diselenggara. Setiap kereta pasti mempunyai masalah-masalahnya yang tersendiri. Kita sebagai pemandu memang agak sukar menentukan sama ada enjin kereta kita memerlukan overhaul atau tidak. Namun, selain daripada lampu amaran kereta, ada tanda-tanda enjin kereta perlu di overhaul yang boleh kita kesan. Tanda-tandanya ialah:\n\n\nAsap Putih Keluar Dari Ekzos\n\n\nApabila anda mendapati asap berwarna putih keluar dari ekzos kereta, itu tandanya minyak enjin sudah memasuki ruang pembakaran. Perkara ini boleh berlaku kerana gelang piston atau juga dikenali sebagai piston ring sudah haus atau pun rosak.\u00a0\n\n\nEnjin Meragam Disebabkan Palam Pencucuh Berkerak\n\n\nPalam pencucuh yang telah dicemari oleh minyak enjin yang bocor boleh menyebabkan kerak. Palam pencucuh yang berkerak secara tidak langsung boleh menjejaskan prestasi percikan api dan menyebabkannya tidak mampu berfungsi dengan optimum. Anda boleh mengesan tanda-tanda prestasi enjin kereta anda mula merosot:\n\n\n\n\n\n\n\n\nEnjin meragam\n\n\nBunyi pelik terhasil di bahagian enjin\n\n\nEnjin tersengguk-sengguk ketika memecut\n\n\n\n\n\n\n\n\nMinyak Hitam Kurang\n\n\nMasalah enjin sering makan minyak ini merupakan salah satu tanda yang besar bahawa enjin kereta anda memerlukan overhaul. Macam mana nak tahu \nminyak hitam\n kereta berkurangan? Periksa paras minyak enjin kereta anda secara berkala dengan menggunakan dipstick untuk mengetahui paras sebenar minyak enjin dalam kereta anda.\n\n\nTemperature atau Suhu Enjin Kereta Naik\n\n\nSuhu atau temperature enjin yang kerap naik dengan tiba-tiba sehingga menyebabkan overheat menandakan terdapat masalah kebocoran pada bahagian enjin yang menjejaskan nisbah mampatan. Ia biasanya disebabkan oleh gasket kepala silinder yang rosak lalu menyebabkan air radiator berkurangan dan memasuki ruang pembakaran.\n\n\n3. Lampu Amaran Suhu Enjin\u00a0\n\n\nSimbol lampu amaran kereta ini boleh bernyala disebabkan perubahan suhu dalam enjin kereta anda. Apabila indikator ini menyala, ia bererti suhu coolant melebihi darjah selamat dan enjin berada dalam \nsuhu yang amat panas\n.\u00a0\n\n\nSituasi ini boleh berlaku sekiranya ada kebocoran coolant, gelembung udara dalam sistem penyejukan, atau pam penyejuk gagal berfungsi. Apabila simbol ini menyala, anda tidak boleh mengabaikan. \n\n\nAnda perlu mengambil tindakan segera. Ini kerana enjin kereta anda berisiko tinggi untuk mengalami kerosakkan yang lebih teruk.\u00a0\nApabila simbol lampu amaran kereta ini menyala, anda dinasihatkan untuk segera berhenti di bahu jalan. \n\n\nBiarkan enjin melahu biasa tanpa menekan pedal minyak. Hidupkan \npenyaman udara\n. Jangan terus matikan enjin, tunggu sekejap sebelum dimatikan.\n\n\nBiasanya jika tanda kebocoran dikesan, enjin mesti dimatikan segera. Antara tanda itu ialah bau gula hangit, wap keluar dari bawah bonet atau nampak cecair panas mengalir bawah kenderaan. \n\n\nJika salah satu tanda itu dikesan, tindakan terbaik adalah mematikan enjin atau biarkan enjin melahu beberapa saat untuk menyejukkannya sebelum enjin dimatikan.\n\n\nApa akan jadi sekiranya anda mengabaikan indikator ini? Akibatnya, komponen utama dalam akan mengalami kerosakan yang ekstrem dengan cepat. \n\n\nSelain itu, kepala silinder akan menjadi bengkok yang boleh menyebabkan kos baiki menjadi lebih tinggi sehingga perlu menggantikan blok enjin baharu.\u00a0\n\n\nCara Mengatasi Suhu Enjin Kereta Naik\n\n\nBerikut antara tips mengatasi suhu enjin kereta naik yang boleh anda lakukan:\n\n\nPeriksa Hos Getah\n\n\nBagi memastikan hos getah berada dalam keadaan baik, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan top hose dan bottom hose. Anda perlu memastikan tiada rekahan atau kesan melecet yang berlaku pada permukaan hos. Untuk mengenalpasti jika hos tersebut mempunyai rekahan, anda perlu memicit hos tersebut.\u00a0\n\n\nPeriksa Radiator\n\n\nBahagian radiator yang selalu mengalami kebocoran adalah pada bahagian top seam dan bottom seam. Bilah-bilah penyejuknya turut boleh mengalami kebocoran. Jika radiator anda mengalami kebocoran, ia boleh disebabkan oleh hentaman batu.\u00a0\n\n\nSekiranya bilah-bilah penyejuk mengalami kebocoran, anda boleh membaiki \u2018sealent\u2019 yang boleh dibeli dari kedai alat ganti kereta malah di pasaraya; atau serahkan tugas dan pembaikan kepada mekanik. Alternatif lain adalah dengan mendapatkan radiator yang terpakai ataupun baru.\n\n\nMenggantikan Kipas Radiator\n\n\nPerhatikan tahap kederasan kipas radiator berputar. Putaran yang lemah menyebabkan kipas radiator tidak mampu menyedut kuantiti angin yang diperlukan untuk menyejukan radiator. Jika situasi ini berlaku, langkah terbaik yang perlu diambil adalah penukaran motor kipas radiator.\u00a0\n\n\nAnda turut perlu memperhatikan durasi kipas tersebut berputar. Kipas radiator yang berhenti berputar terlalu cepat akan gagal menyejukan radiator dan menyebabkan temperature kereta naik. \n\n\nLebih-lebih lagi jika anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Kebiasaannya kipas radiator akan berputar kira-kira 20- 30 saat pada setiap operasinya dan mampu merendahkan suhu yang ditunjukkan pada meter suhu.\u00a0\n\n\n4. Lampu Amaran Brek Tangan\n\n\nBrek tangan\n adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam \nkereta\n. Ia membolehkan kita untuk mengelakkan pelanggaran dan mengawal pergerakan serta kelajuan kereta anda. \n\n\nApabila simbol lampu amaran kereta ini menyala, ia boleh berlaku disebabkan dua perkara iaitu minyak brek di paras rendah atau kerosakan pada master brek pam.\n\n\nSelain itu, pad brek yang haus turut boleh menyebabkan simbol ini menyala. Jika sudah mengenal pasti puncanya datang daripada pad brek kereta, bermakna anda perlu tahu yang ketebalan pad brek melepasi tahap minimum atau lebih difahami pad brek telah nipis. \n\n\nPerkara tersebut sekaligus akan menyebabkan paras penurunan minyak brek yang banyak dan kuantiti dalam reservoir kurang. \nDalam keadaan normal memang minyak brek akan turun atau berkurangan tetapi tidak sebanyak apabila pad brek anda semakin menipis. \n\n\nJalan penyelesaiannya gantikan saja dengan pad brek baru dan isi semula minyak brek.\n\n\n5. Lampu ABS Menyala\n\n\nSistem brek anti-kunci atau anti-lock braking system (ABS) adalah salah satu sistem keselamatan kenderaan yang berfungsi untuk memastikan tayar tidak terkunci di bawah daya pembrekan tinggi. \n\n\nPenjagaan sistem ini sangat penting untuk menjamin keselamatan di jalan raya. Antara punca lampu amaran kereta ini menyala adalah kerosakan fius.\u00a0\n\n\nSekiranya terdapat masalah pada komponen kenderaan, lampu atau indikator amaran akan menyala sekejap sebelum terpadam pada papan pemuka. Ini bermakna, lampu ABS yang terus menyala selepas ini enjin dihidupkan menunjukkan fius ABS sudah terbakar.\u00a0\n\n\nSelain itu, masalah sistem sensor halaju turut boleh menyebabkan lampu amaran kereta ini menyala. Terdapat sensor halaju yang dipasangkan dengan ABS untuk mengukur kadar pergerakan roda kenderaan. \n\n\nMaklumat seperti kelajuan roda akan dihantar kepada sistem komputer dan sistem ABS untuk mengenal pasti tahap kelajuan roda.\n\n\n6. Lampu Amaran Bateri\n\n\nLampu amaran kereta seterusnya adalah lampu amaran bateri. Apabila simbol ini menyala, masalah bateri atau masalah alternator? Ramai beranggapan apabila simbol ini menyala ia menandakan masalah \nbateri kong\n. \n\n\nNamun, simbol bateri ini adalah indikator kepada masalah sistem pengecasan bateri kereta anda. \nApabila anda menghadapi situasi ini, ini yang anda perlu lakukan:\n\n\n\n\nMatikan segala komponen elektronik kereta (radio, aircond, kipas)\n\n\nCari bengkel / pusat servis berdekatan dan terus ke sana (~5KM)\n\n\nSekiranya tiada bengkel berdekatan, pandu di lorong yang selamat dan berhenti sekiranya boleh\n\n\nDapatkan khidmat tundaan daripada pihak insurans\u00a0\n\n\n\n\nUntuk sebuah kereta yang berfungsi dengan normal, bateri kereta hanya digunakan untuk menghidupkan enjin sahaja, apabila enjin telah hidup, alternator akan berfungsi dan menyalurkan elektrik kepada seluruh komponen kereta, termasuk mengecas semula bateri kereta.\n\n\nNamun apabila alternator rosak dan gagal berfungsi, aliran elektrik kenderaan bergantung sepenuhnya kepada kuasa bateri kereta, yang mana ia tidak akan mampu bertahan lama. \n\n\nJadi apabila kereta anda tiba-tiba bila kereta sedang dipandu, dan anda nampak simbol bateri kereta menyala sebelum kereta anda mati, ia menandakan terdapat masalah dengan alternator / sistem pengecasan kereta anda.\n\n\n\n\nTanda-tanda Alternator Kereta Perlu Diganti\n\n\nBerikut antara tanda-tanda alternator kereta rosak yang perlu diganti dengan segera:\n\n\nLampu Utama Malap\n\n\nAntara simptom-simptom utama yang menandakan alternator kereta anda perlu diganti adalah lampu utama malap. Ini kerana, alternator berfungsi sebagai penyumbang kepada tenaga elektrik kepada kenderaan.\n\n\nSekiranya berlaku masalah pada alternator, ia akan membuatkan potensi kenderaan anda menurun. Selain itu, anda juga mungkin akan mendapati aksesori-aksesori lain yang menggunakan tenaga elektrik seperti penyaman udara, meter penunjuk dan juga power window.\u00a0\n\n\nBunyi dan Bau\u00a0\n\n\nBunyi seperti di bahagian enjin, bau getah atau wayar terbakar adalah antara tanda amaran awal yang menunjukkan alternator kereta anda mengalami masalah. \n\n\nAnda disarankan untuk melakukan pemeriksaan awal apabila anda mendapati bunyi-bunyi yang pelik di bahagian enjin kereta atau pun anda terhidu bau getah terbakar. \n\n\nAnda perlu melakukan penggantian ini dengan cepat kerana khuatir ia akan merosakkan komponen-komponen yang lain.\u00a0\n\n\nKerosakan Aksesori Lain\n\n\nSeperti yang diberitahu tadi, alternator berfungsi sebagai penyumbang tenaga kepada komponen-komponen kereta yang lain. Apabila alternator tidak dapat menyumbangkan tenaga elektrik yang secukupnya untuk kereta anda, ia akan menyebabkan kerosakan aksesori kereta seperti radio, tingkap, penyaman udara dan aksesori-aksesori lain yang memerlukan tenaga elektrik.\u00a0\n\n\nApabila anda sukar menaikkan cermin tingkap kereta atau radio tidak berfungsi secara tiba-tiba, ia adalah petunjuk bahawa alternator kereta anda sudah rosak. Sekiranya ia tidak dibaiki secara cepat, lampu amaran kereta akan mula menyala.\u00a0\n\n\nKerosakan Bateri\n\n\nPernah tak anda lalui dimana baru tukar bateri tapi kereta masih tak boleh dihidupkan? Ia mungkin bukan berpunca daripada kerosakan bateri tetapi alternator yang mempunyai masalah. \n\n\nHal ini berlaku apabila alternator tidak mampu membekalkan arus elektrik yang secukupnya untuk mengecas bateri dan ia secara tidak langsung menyebabkan enjin gagal dihidupkan.\n\n\nSelenggara Kereta Mengikut Jadual untuk Elakkan Kos Pembaikan yang Tinggi\n\n\nPastikan anda sentiasa menyenggara komponen kenderaan bagi mengelakkan berlakunya kerosakan pada situasi tidak terduga. \nLampu amaran kereta adalah indikator kepada pemandu bahawa kereta anda sedang mempunyai masalah.\n\n\nLakukan pemeriksaan segera sekiranya lampu amaran tersebut menyala. Jika anda melengah, atau mengabaikan lampu amaran tersebut, komponen-komponen lain berpotensi untuk turut rosak. Sekiranya ia berlaku, kos membaiki dijangka amat tinggi.\n\n\nJadi, sebelum anda terpaksa mengeluarkan duit yang banyak, setiap kali lampu amaran kereta tersebut menyala, lakukan terus pemeriksaan dengan bengkel-bengkel kereta yang berdekatan.\n\n\nKereta perlu lah dijaga agar ia dapat digunakan dengan baik. Selain segera bawa ke bengkel apabila lampu amaran kereta menyala, insurans kereta amat membantu sekiranya berlaku kecemasan terhadap kereta anda.\n\n\nDengan itu, anda perlu mendapatkan \ninsurans kereta terbaik\n buat kenderaan anda. Nak dapatkan insurans kereta terbaik? Klik di \nSINI\n.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/lampu-kereta/", "title": "Lampu Kereta: Jenis & Tips Penjagaan", "body": "\n\nTanpa lampu kereta, tak boleh lah kita drive malam-malam. Betul tak? Nampak macam benda biasa, tapi lampu kereta ni salah satu elemen \nkereta\n yang selalu diabaikan. Lagi satu, zaman sekarang, lampu kereta bukan saja berfungsi sebagai penerang, tapi boleh juga menjadi salah satu aksesori kereta untuk mencantikkan penampilan kereta.\u00a0 Seiring perkembangan zaman, di pasaran ada banyak jenis lampu untuk kereta dan fungsinya juga pelbagai. Jadi apakah jenis dan fungsi lampu kereta sebenarnya?\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nJenis-jenis Lampu Kereta & Kegunaannya\nLampu Kereta Jenis Halogen\nHID (High Intensity Discharge)\nLED (High Emitting Diodes)\nJenis Lampu Berdasarkan Fungsi\nLampu Siang (Daytime Running Lamp)\nLampu Belakang (Tail Lights)\nLampu Suluh Rendah (Low Beam)\nLampu Suluh Tinggi (High Beam)\nLampu Kereta Jenis Lampu Kabus (Fog Lamps)\nLampu Kereta Jenis Lampu Bahaya (Hazard Lights)\nLampu Kereta Jenis Lampu Brek\nLampu Signal\nLampu Kabin\nTips Kilatkan Lampu Kereta\n\n\nJenis-jenis Lampu Kereta & Kegunaannya\n\n\nPerkembangan teknologi semakin cepat. Kalau dulu memiliki kereta hanya keperluan pengangkutan tetapi kini fungsi \nkereta\n sudah berubah. Ada orang beli kereta sebab memang memerlukan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Ada orang beli kereta hanya untuk menambah koleksi dan perkara ini melibatkan cara penyelenggaraan dan penggunaan kereta tersebut.\n\n\nTetapi lain halnya bila fungsi kereta adalah sebagai koleksi, maka komponen yang ditambahkan lebih pada nilai artistik atau keindahan selain fungsi utama. Macam tu juga lah komponen lampu kereta. Lampu merupakan bahagian komponen yang penting. Selain memberi pencahayaan,\u00a0 aksesori untuk mencantikkan kereta\u00a0 juga mempunyai berbagai fungsi, baik bagi pemandu atau orang lain.\n\n\nJom, ketahui jenis-jenis lampu kereta dan kegunaannya.\n\n\nLampu Kereta Jenis Halogen\n\n\nLampu kereta jenis halogen ni merupakan model lampu paling banyak yang digunakan dalam kereta. Kebiasaannya, lampu halogen ni dipasang sebagai lampu utama. Kekuatan yang dihasilkan lampu halogen ini antara 35-55 watt.\n\n\nUntuk pengetahuan korang, lampu kereta jenis halogen ni bekerja dengan cara mengoperasikan filamen pada suhu yang tinggi. Lampu halogen ni menggunakan filamen seperti lampu pijar pada umumnya, dalam pengoperasian filamen ini dapat menghasilkan cahaya atau pijar yang lebih terang.\n\n\nHID (High Intensity Discharge)\n\n\nSo, apa yang membezakan lampu kereta halogen dengan high intensity discharge ni?\n\n\nBasically, lampu high intensity discharge ni dibuat tanpa menggunakan filamen. Cahaya yang dihasilkan dari pengapian gas Xenon yang berada dalam tabung. Meskipun tanpa filamen, cahaya yang dihasilkan lebih terang dibandingkan dengan lampu halogen serta lebih tahan lama meskipun tanpa daya yang tinggi.\n\n\nMasalahnya, kalau kereta korang guna lampu kereta jenis high intensity discharge ni and nak ganti, lampu jenis ni perlukan arus elektrik yang berbeza, sehingga prosesnya agak rumit kerana perlu menggunakan ballast untuk seimbangkannya.\n\n\nLED (High Emitting Diodes)\n\n\nMungkin dah ramai tahu pasal lampu LED yang dikenali sebagai lampu penerang dalam ruangan.Pada kendaraan bermotor, lampu jenis ini biasa digunakan untuk brek dan juga pada plat motor. Tapi sekarang ni, lampu LED juga sering digunakan sebagai lampu utama.\n\n\nAntara kelebihan lampu \nkereta\n LED ni adalah dengan hanya menggunakan tenaga yang lebih kecil, ia dapat menghasilkan intensiti cahaya yang lebih terang dan kuat berbanding lampu high intensity discharge. Dan disebabkan itulah ramai pemilik kereta menggunakan lampu kereta jenis ni.\n\n\nWalau bagaimanapun, untuk pemasangannya membutuhkan penambahan relay dan kit penukaran yang biasanya sudah merupakan satu paket dalam pembelian lampu LED. Lampu LED sendiri ada pelbagai jenis antaranya:\n\n\n\n\nLED Limited, biasa digunakan sebagai lampu utama kerana memiliki daya yang tinggi.\n\n\nLED Cree, merupakan lampu tambahan yang biasa digunakan pada brek dan juga lampu membelok.\n\n\nLED COB (chip and board), lampu ini merupakan susunan deretan chips dalam satu papan dan biasa digunakan sebagai lampu platform kabin.\n\n\n\n\nJenis Lampu Berdasarkan Fungsi\n\n\nOkay, satu lagi info. Korang juga boleh bezakan jenis lampu kereta mengikut material lampu dan juga fungsinya.\n\n\nLampu Siang (Daytime Running Lamp)\n\n\nLampu siang atau daytime running lamp ni lampu yang kena dinyalakan apabila ketika kereta berjalan pada siang hari. Bergantung kepada peraturan serta peralatan kenderaan, fungsi lampu pencahayaan siang mungkin boleh diimplementasikan dengan lampu khusus yang berfungsi, dengan mengendalikan lampu kepala suluhan rendah atau lampu kabus pada intensiti penuh atau dikurangkan, dengan mengendalikan lampu kepala suluhan tinggi pada intensiti dikurangkan, atau dengan pengendalian berterusan lampu isyarat membelok hadapan.\n\n\nKalau dibandingkan dengan mana-mana mod operasi lampu kepala untuk dijadikan sebagai lampu pencahayaan siang, DRL khusus yang berfungsi memaksimakan faedah berpotensi dari segi prestasi keselamatan serta mengurangkan penggunaan bahan api, silau, serta kelemahan lain yang berpotensi.\n\n\nLampu ni berada pada lampu kepala dan akan langsung menyala apabila penghidup ditekan. Agar lebih jimat, lampu kota sering menggunakan lampu jenis LED.\n\n\nLampu Belakang (Tail Lights)\n\n\nLampu belakang berwarna merah yang merupakan isyarat pada kenderaan belakang, bahawa kereta akan berhenti. Lampu ini terletak di bahagian belakang kereta dan berada satu suis dengan lampu senja. Lampu yang digunakan biasanya adalah jenis lampu LED kerana terkesan mewah dan futuristik.\n\n\nLampu Suluh Rendah (Low Beam)\n\n\nFungsi utama dari lampu dekat untuk menerangi jalan depan \nkereta\n dalam jarak pendek sekitar 5 meter. Low beam biasa digunakan pada malam hari di jalan yang ramai serta terang atau cukup pencahayaannya.\n\n\nLampu Suluh Tinggi (High Beam)\n\n\nBerbeza dari lampu dekat, lampu jauh digunakan saat perjalanan malam hari dengan situasi jalan sepi serta gelap. Jarak jangkauan dari lampu ini sekitar 10 meter. Jenis high beam yang digunakan biasanya dari halogen dan berada satu suis dengan lampu dekat.\n\n\nUntuk pengetahuan korang, lampu suluh tinggi (high beam) ni tak boleh digunakan secara sembarangan. Ini kerana ia mampu mewujudkan situasi silau atau buta seketika apabila kenderaan hadapan korang melihat cermin pandang belakang.\n\n\nKorang hanya patut menggunakan lampu suluh tinggi apabila tiada kenderaan di hadapan sama ada dari arah bertentangan atau haluan sama.\n\n\nKalau korang perasan ada ekor cahaya daripada pemandu hadapan, cepat-cepat rendahkan cahaya lampu untuk mengelak pemanduan mereka terganggu. Malah, bukan pemandu sahaja boleh buta akibat perbuatan korang, pengguna jalan raya seperti pejalan kaki dan penunggang motosikal atau basikal turut mengalami nasib sama. Kita dinasihatkan untuk bertimbang rasa dan bertolak ansur antara satu sama lain.\n\n\nLampu Kereta Jenis Lampu Kabus (Fog Lamps)\n\n\nLampu kereta jenis kabus ni perlu digunakan sekiranya korang dalam situasi jalan berkabus, cuaca ribut, hujan lebat atau pun jerebu. Ini kerana situasi-situasi itu dapat menjejaskan penglihatan dan inilah kegunaan lampu kabus.\n\n\nLampu kabus akan membantu korang mencerahkan sudut jalan di hadapan dan tepi, sekali gus meningkatkan kejelasan pemanduan.\n\n\nLampu kabus berada pada depan dan juga belakang kereta. Ciri baru lampu kabus belakang pula dicipta untuk meningkatkan kejelasan kereta supaya mudah dilihat pemandu belakang. Ia direka khas untuk membantu pemandu di Eropah yang berdepan masalah kabus atau kabut teruk ketika musim salji, di mana jarak penglihatan menyamai situasi jerebu tahap darurat di Malaysia.\n\n\nLampu kabus belakang kebanyakannya lebih terang berbanding lampu kabus depan. Malah, tahap silau mencecah kira-kira 30 kali ganda berbanding lampu biasa. Jadi, tolong pasang apabila perlu sahaja!\n\n\nLampu Kereta Jenis Lampu Bahaya (Hazard Lights)\n\n\nSelalu kan kita tengok orang lain gunakan lampu bahaya atau hazard lights semasa memandu ddalam hujan? Sebenarnya salah. Ini kerana lampu kereta jenis lampu bahaya ni pula digunakan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain mengenai bahaya yang sedang berlaku sama ada membabitkan kenderaan sendiri atau orang lain. Ia digunakan apabila kereta korang terkandas atau berhenti seketika disebabkan ada gangguan di hadapan.\n\n\nBila korang gunakan lampu hazard dalam keadaan kereta masih dan sedang bergerak, korang boleh menyebabkan kereta belakang menekan brek secara mengejut dan mendatangkan impak perlanggaran domino dengan kenderaan-kenderaan lain di belakang.\n\n\nLampu Kereta Jenis Lampu Brek\n\n\nLampu \nbrek\n mempunyai ciri khas iaitu biasanya berwarna merah. Lampu ini terletak di belakang yang bertujuan memberi tanda pada pemandu lain kereta anda akan berhenti. Lampu ini akan menyala terang saat pedal brek dipijak. Jadi sentiasa perhatikan kesemua lampu brek anda menyala begitu juga lampu brek ketiga.\n\n\nLampu Signal\n\n\nLampu signal adalah salah satu lampu yang menjadi kontroversi. Lampu signal merupakan lampu isyarat pada kenderaan lain bahawa kereta akan membelok ke kanan atau kiri. Lampu ini diharuskan berwarna kuning sebagai tanda kenderaan di belakang untuk pelan-pelan dan hati-hati.\n\n\nSayangnya ramai yang masih tidak tahu fungsi lampu ini dan membelok hanya dengan niat.\n\n\nLampu Kabin\n\n\nSatu-satunya lampu yang berada di dalam dalam kereta yang digunakan untuk penerangan malam hari. Lampu kabin biasanya berwarna kuning redup agar tidak mengganggu pandangan kenderaan yang ada di belakangnya.\n\n\nTernyata ada banyak sekali jenis lampu untuk kereta, baik dilihat dari bahannya, mahupun dari kegunaannya. Bagi pecinta automotif, bebas untuk memilih jenis lampu untuk mencantikkan kereta asalkan tetap sesuai dengan peraturan yang ditetapkan.\n\n\n\n\nTips Kilatkan Lampu Kereta\n\n\nBila kereta dah meningkat usia, banyak elemen kereta dah mula lusuh. Lampu salah satunya.\n\n\nTanda-tanda lampu dah lusuh ni apabila korang nampak ada kesan kekuningan dan kusam. Puncanya? Terjadinya kusam pada lampu hadapan ini adalah disebabkan oksida dan ia boleh membuatkan cahaya lampu menjadi lebih malap apabila memandu pada waktu malam, berkabus tebal dan hujan lebat. Memang bahaya!\n\n\nIni antara tips kilatkan lampu kereta yang boleh kami kongsikan:\n\n\n\n\nSediakan tiga bahan, kertas pasir gred 600 dan gred 1000, pengilat besi dan juga air.\n\n\nGunakan kertas pasir gred 600 untuk membuang lapisan kuning dan kusam.\n\n\nGosok dengan menggunakan air. Masa ini anda akan nampak kesan kotor dan kuning itu mulai tertanggal.\n\n\nSetelah menggosok, lap dan keringkan lampu terlebih dahulu. Pastikan kesan kuning semakin berkurangan.\n\n\nGosok sekali lagi dengan kertas pasir gred 1000. Boleh juga gunakan kertas pasir gred 1500 atau 2000. Ulangi cara yang sama, gosok dengan menggunakan air.\n\n\nSetelah selesai menggosok dengan kertas pasir gred 1000, lap dan keringkan lampu tersebut.\n\n\nGosok lampu menggunakan pengilat besi. Boleh didapati di mana-mana kedai hardware. Harga dalam lingkungan RM8-RM12 (bergantung kepada kedai).\n\n\nPicit sedikit pada lampu dan gosok menggunakan kain. Nak dapat kesan lebih cantik cuba gosok dengan kertas surat khabar. Masa ini dah mula nampak lampu kereta anda dah kembali berkilat.\n\n\nTeruskan menggilap sehingga lampu betul-betul cerah.\n\n\n\n\nSampai di sini saja perkongsian yang dapat kami kongsikan. Kalau korang nak dappatkan pemanduan yang jelas dan baik, jangan lupa untuk sentiasa periksa kondisi lampu kereta.\n\n\nNak buat \npembaharuan roadtax\n dan \ninsurans kereta\n? Lakukannya dengan Qoala. Dengan harga yang murah, dan servis yang pantas, korang pasti akan berpuas hati!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/pelaburan-hartanah/", "title": "7 Tips Pelaburan Hartanah (untuk Rumah)", "body": "\n\nSelain\n \nbeli rumah\n untuk tujuan tempat tinggal anda sendiri, anda juga boleh beli rumah untuk tujuan pelaburan hartanah. Anda mungkin ada rakan atau ahli keluarga yang sudah beli rumah untuk disewa atau jual semula rumah yang telah dibeli dan berjaya mendapat keuntungan. Disebabkan ini, anda mungkin terfikir untuk melakukan perkara yang sama.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPerkara-perkara Perlu Diberi Perhatian Sebelum Membuat Pelaburan Hartanah\n1. Kenal Pasti Matlamat dan Strategi Pelaburan Hartanah\n2. Lokasi Hartanah\n3. Jenis Hartanah dan Jenis Milikan Tanah\n4. Nilai Hartanah\n5. Kos Beli Rumah\n6. Perjanjian Sewa Rumah\n7. Peka dengan Risiko Pelaburan Hartanah\nPelaburan Hartanah: Adakah Ia Berbaloi?\n\n\nPerkara-perkara Perlu Diberi Perhatian Sebelum Membuat Pelaburan Hartanah\n\n\nApa itu pelaburan hartanah? Secara amnya, maksud pelaburan hartanah adalah membeli sesuatu hartanah bukan untuk tujuan dijadikan sebagai kediaman anda. Sebaliknya, hartanah yang dibeli digunakan untuk tujuan pelaburan dan pendapatan boleh dijana hasil daripada rumah tersebut. Dalam erti kata mudah, matlamat utama pelaburan hartanah adalah untuk mendapatkan keuntungan.\n\n\nJadi, sebelum anda mula melabur, anda perlu membuat perancangan dengan teliti kerana kos untuk memulakan pelaburan hartanah boleh memakan kos yang tinggi. Terdapat banyak faktor yang boleh membantu menentukan sama ada pelaburan sesuai untuk anda. Artikel ini akan menjelaskan tujuh tips yang anda perlu tahu sebelum membuat pelaburan hartanah.\n\n\n1. Kenal Pasti Matlamat dan Strategi Pelaburan Hartanah\n\n\nPerkara pertama dan paling penting yang anda perlu tentukan adalah objektif pelaburan anda. Disebabkan pelaburan hartanah mempunyai kecairan atau \nliquidity\n yang rendah dan pelaburan bernilai tinggi, anda perlukan matlamat pelaburan yang jelas. Anda akan dapat membuat keputusan dengan lebih bijak dan persiapan dapat dilakukan dengan lebih teliti terutama sekali jika berlaku perkara-perkara di luar jangkaan. Berikut adalah antara strategi \npelaburan popular\n yang digunakan oleh pelabur-pelabur hartanah di luar sana:\n\n\nPendapatan Sewa Rumah\n\n\nSebagai pelabur, anda boleh menjana pendapatan pasif dengan menyewakan rumah anda. Anda boleh gunakan pendapatan ini untuk menjelaskan bayaran bulanan\n \npinjaman perumahan\n. Meskipun begitu, perlu diingatkan memiliki hartanah tidak menjamin anda akan menjana wang dengan mudah. Anda sebagai pelabur perlu melakukan banyak kerja seperti memastikan rumah dalam keadaan yang terbaik, mencari penyewa yang boleh dipercayai, menguruskan penyelenggaraan rumah dan sebagainya.\n\n\nSelain itu, pelaburan ini juga boleh menyebabkan aliran tunai anda stabil kerana menerima pendapatan sewa bulanan yang konsisten. Pendapatan yang dijana ini akan membantu menampung kos bayaran bulanan rumah anda dan mengaut keuntungan dalam masa yang sama. Hal ini kerana, untung sewaan akan terus-menerus masuk dalam akaun bank anda setiap bulan sehinggalah anda buat keputusan untuk jual hartanah tersebut.\n\n\nContohnya, bayaran bulanan rumah anda adalah RM600 dan kemudian anda menyewakan rumah anda dengan harga RM700 sebulan kepada penyewa. Ini bermakna aliran tunai anda adalah positif kerana anda berjaya mendapat keuntungan RM100. Namun begitu, harus diingatkan yang pengiraan ini hanyalah anggaran semata-mata kerana terdapat mungkin akan ada faktor lain yang akan mungkin anda hadapi nanti.\n\n\nBeli Rumah untuk Jual\n\n\nSekiranya anda\n \nbeli kereta\n, kereta anda sudah hampir pasti akan mengalami\n \nsusut nilai\n. Ini sangat berbeza dengan beli rumah kerana nilai rumah kebiasaannya akan meningkat walaupun terjadinya inflasi. Disebabkan ini, tidak hairanlah ramai yang memilih hartanah sebagai pilihan pelaburan nombor satu mereka.\n\n\nDisebabkan nilai hartanah cenderung untuk naik, anda berkemungkinan besar boleh\n \njual rumah\n dengan harga yang lebih tinggi daripada harga anda beli disebabkan faktor-faktor seperti pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut, keadaan pasaran hartanah dan sebagainya.\n\n\nHouse flipping\n\n\nStrategi biasa yang anda mungkin pernah dengar sebelum ini adalah terdapat pelabur yang\n \nbeli rumah lelong\n dengan harga yang rendah dan kemudian jual rumah tersebut dengan harga pasaran semasa hartanah setelah selesai\n renovate\n rumah yang dibeli tersebut. Strategi pelaburan ini atau turut dikenali sebagai \nhouse flipping\n membolehkan anda menjana keuntungan yang lumayan.\n\n\nSecara asasnya, \nhouse flipping\n bermaksud anda\n \nrenovate rumah\n untuk menjadi lebih cantik dari segi reka bentuk luaran dan dalaman. Tujuannya adalah untuk menepati cita rasa pembeli rumah di luar sana. Konsep ini ibarat beli, baik pulih dan jual balik \u2013 anda boleh jana untung dengan beli sebuah rumah dengan harga rendah, baik pulih segala kerosakan yang ada dan kemudian jual balik dengan harga yang lebih mahal.\n\n\nPerlu diingatkan, potensi keuntungan \nhouse flipping\n adalah spekulatif kerana anda bergantung dengan kenaikan nilai hartanah anda dan ia sebenarnya bergantung kepada ramalan pasaran. Oleh sebab itu, anda harus tahu mengurus aspek spekulatif tersebut.\n\n\n\n\n2. Lokasi Hartanah\n\n\nPemilihan lokasi hartanah boleh memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada pelaburan anda boleh berjaya atau sebaliknya. Hal ini kerana, kawasan tersebut berkemungkinan akan mengalami perubahan dari segi pembangunan, pengangkutan awam, kepadatan penduduk dan sebagainya. Disebabkan ini, anda perlu mempertimbangkan lokasi supaya anda boleh ramal cara kawasan itu dijangka berkembang sepanjang tempoh pelaburan.\n\n\n3. Jenis Hartanah dan Jenis Milikan Tanah\n\n\nDi Malaysia, terdapat banyak jenis hartanah atau rumah yang anda boleh jadikan sebagai pelaburan hartanah. Anda boleh membuat pilihan berdasarkan kemampuan dan juga bajet yang anda telah tentukan untuk membuat pelaburan. Berikut merupakan antara jenis hartanah untuk anda pilih:\n\n\n\n\nRumah teres\n\n\nRumah berkembar (\nSemi-D\n)\n\n\nRumah banglo\n\n\nRumah bandar\n\n\nPangsapuri\n\n\nKondominium\n\n\n\n\nSelain itu, anda perlu juga tahu jenis milikan tanah seperti\n \nlot Bumiputera, tanah rizab Melayu, \nfreehold\n dan\n leasehold\n. Sebagai contoh, jika anda membeli rumah lot Bumiputera, anda akan hanya boleh menjual rumah anda kepada golongan Bumiputera juga. Mengikut undang-undang, anda tidak boleh sama sekali menjual rumah tersebut kepada individu yang bukan Bumiputera.\n\n\n4. Nilai Hartanah\n\n\nFaktor nilai hartanah ini penting sekiranya anda berhasrat atau mungkin satu hari nanti anda akan\n jual semula rumah\n anda. Disebabkan ini, anda perlu sedikit sebanyak tahu dan faham cara nilai hartanah ini berfungsi. Anda mungkin akan terkejut apabila mengetahui betapa subjektifnya penilaian hartanah.\n\n\nKebiasaannya, potensi nilai hartanah dalam sesuatu kawasan untuk meningkat adalah tinggi terutama sekali jika terdapat pembangunan infrastruktur seperti kemudahan pengangkutan awam (LRT atau MRT), pusat membeli- belah dan sebagainya di sekitar kawasan tersebut. Contohnya, 15 tahun lepas, satu unit rumah teres di Lembah Klang berharga RM100,000. Kini, unit yang sama menjadi lebih tinggi nilainya boleh mencecah sehingga dua kali ganda ataupun lebih.\n\n\nNamun begitu, perlu diingatkan, nilai hartanah boleh juga turun disebabkan faktor-faktor seperti kejatuhan pasaran hartanah itu sendiri, terkesan dengan bencana alam seperti banjir dan sebagainya. Oleh sebab itu, anda perlu membuat penilaian yang secukupnya sebelum membuat keputusan yang besar ini.\n\n\n5. Kos Beli Rumah\n\n\nHartanah akan jadi aset yang sangat berguna untuk anda kerana potensinya yang tinggi. Antara faktor paling penting yang anda harus tahu adalah \nkos untuk beli rumah\n. Kos membeli rumah bukan setakat bayaran bulanan sahaja, tetapi banyak lagi kos yang akan memakan perbelanjaan yang tinggi.\n\n\nDisebabkan ini, anda perlu memastikan yang anda mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan juga skor kredit yang baik supaya permohonan\n \nloan\n rumah\n anda boleh lulus. Berikut adalah \nchecklist \nkos beli rumah untuk anda harus pertimbangkan:\n\n\n\n\nYuran tempahan\n\n\nBayaran pendahuluan\n\n\nMemorandum pemindahan\n\n\nYuran guaman SPA\n\n\nYuran guaman untuk perjanjian perumahan\n\n\nStamping\n untuk SPA\n\n\nDuti setem\n untuk pinjaman\n\n\nYuran \npemindahan hak milik\n\n\n\n\n\n\n6. Perjanjian Sewa Rumah\n\n\nJika anda sewakan rumah anda kepada pihak penyewa, anda perlu menyediakan perjanjian sewa ataupun kontrak sewa. Perjanjian sewa rumah ini penting untuk membolehkan anda sebagai tuan rumah untuk mengambil tindakan sewajarnya jika pihak penyewa tidak membayar sewa, merosakkan barang dalam rumah dan sebagainya.\n\n\nDisebabkan perjanjian ini merupakan dokumen yang terikat oleh undang-undang, anda boleh melantik seorang peguam untuk tujuan menulis draf perjanjian sewa rumah ini. Berikut merupakan antara perkara yang anda boleh sertakan dalam perjanjian ini:\n\n\n\n\nMaklumat tentang hartanah (jenis kediaman, alamat dan sebagainya)\n\n\nTempoh menyewa\n\n\nKlausa tentang pembaharuan sewa\n\n\nKadar sewa bulanan\n\n\nJumlah bayaran deposit\n\n\nKelengkapan disediakan seperti perabot,utiliti dan sebagainya\n\n\nTanggungjawab tuan rumah dan penyewa\n\n\nPeraturan rumah, larangan dan limitasi yang ditetapkan\n\n\nCara menyelesaikan sebarang isu yang timbul\n\n\nSebarang syarat atau klausa khas\n\n\n\n\nAnda sebagai tuan rumah masih boleh berunding tentang syarat yang ditetapkan dalam perjanjian sewa ini dengan pihak penyewa. Sekiranya kata sepakat berjaya dicapai, kedua-dua belah pihak juga harus menandatangani perjanjian ini dan terikat dengan syarat yang telah dinyatakan dalam perjanjian sewa ini.\n\n\n7. Peka dengan Risiko Pelaburan Hartanah\n\n\nWalaupun ramai di luar sana yang sering menyatakan pelaburan hartanah ini boleh memberi pulangan lumayan, anda masih perlu berhati-hati dengan risiko pelaburan hartanah yang mungkin akan anda hadapi. Hakikatnya, pelaburan hartanah tidaklah semudah yang disangka kerana tidak semua pelabur yang berjaya mendapat untung seperti yang mereka harapkan. Malahan ada juga yang mengalami kerugian yang teruk disebabkan tersilap langkah atau perkara di luar jangkaan dan kawalan.\n\n\nPelaburan Hartanah: Adakah Ia Berbaloi?\n\n\nPelaburan hartanah boleh dikategorikan sebagai salah satu pelaburan berisiko jika mahu dibandingkan dengan\n \npelaburan ASB\n,\n \nTabung Haji\n dan sebagainya. Disebabkan ini, anda mungkin sama ada menjana keuntungan yang lumayan atau mendapat kerugian yang tidak diingini. Semua ini bergantung kepada keputusan yang anda ambil nanti. Anda disarankan untuk terus membuat kajian menyeluruh dan dapatkan nasihat daripada pakar sebelum membuat pelaburan hartanah ini.\n\u00a0\n\n\nSemoga perkongsian tips hartanah atau tips beli rumah ini boleh bantu anda memahami urusan pelaburan hartanah anda dengan lebih baik. Selain itu, anda juga boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut berkaitan\n \ninsurans rumah\n. Qoala merupakan platform\n \nbeli insurans\n yang mudah, telus dan pantas dengan tawaran harga yang kompetitif dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/proses-beli-rumah-subsale/", "title": "9 Proses Beli Rumah Subsale di Malaysia", "body": "\n\nHartanah \nsubsale\n dianggap tidak menarik bagi segelintir pembeli berbanding rumah \nundercon\n atau rumah baharu yang menawarkan pelbagai pakej dan insentif yang menarik. Malah, ada juga bakal pembeli yang ragu-ragu untuk memiliki rumah \nsubsale\n ini kerana ciri reka bentuk lama dan proses beli rumah \nsubsale\n yang dikatakan sedikit rumit.\n\n\nSecara amnya, rumah \nsubsale\n merujuk pada hartanah terpakai yang dijual di pasaran sekunder. Tidak seperti hartanah baharu atau hartanah dalam pembinaan, hartanah \nsubsale\n biasanya mempunyai pemilik sedia ada yang berkemungkinan besar membelinya daripada pemaju dan mengambil keputusan untuk menjual disebabkan oleh sebab-sebab tertentu.\n\n\nJika anda berfikir untuk membeli rumah dalam pasaran\n subsale\n, panduan ini mungkin boleh membantu untuk anda! Artikel ini akan membantu anda mengenal pasti proses beli rumah \nsubsale\n termasuk perkara-perkara penting lain\u00a0seperti \nkos beli rumah \nsubsale\n untuk anda yang sedang mencari rumah baharu.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n9 Proses Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Subsale Pertama Anda\n1. Kira Kos Beli Rumah Subsale, Tentukan Bajet\n2. Kenal Pasti Rumah Subsale Sesuai untuk Anda dan Keluarga\n3. Pilih Rumah dalam Lingkungan Bajet, Bandingkan Harga\n4. Mohon Pembiayaan Perumahan\n5. Sediakan Senarai Inventori, Tandatangan Perjanjian Jual Beli (SPA)\n6. Sahkan Perjanjian Pinjaman\n7. Pindahan Hak Milik\n8. Penyerahan Notis Pemilikan Kosong\n9. Proses Beli Rumah Subsale: Tukar Nama\n\n\n9 Proses Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Subsale Pertama Anda\n\n\nMemang tidak dapat dinafikan, proses beli rumah\n subsale\n boleh menjadi suatu proses yang menakutkan terutamanya bagi \npembeli rumah pertama\n. Namun begitu, langkah dan panduan yang betul secara tidak langsung boleh membantu memudahkan proses yang terlibat. Berikut sembilan cara beli rumah \nsubsale\n untuk rujukan anda bagi membantu anda \nbeli rumah idaman\n:\n\n\n1. Kira Kos Beli Rumah \nSubsale\n, Tentukan Bajet\n\n\nPerkara pertama yang anda perlu pertimbangkan sebelum beli rumah \nsubsale\n pertama anda ialah dengan menentukan bajet anda. Dengan mengetahui kemampuan kewangan anda, ia boleh memudahkan anda untuk memilih tawaran yang bersesuaian untuk anda.\n\n\nInsentif Beli Rumah Pertama (Rumah\n Subsale\n)\n\n\nAnda boleh mempertimbangkan skim beli rumah pertama yang ditawarkan oleh kerajaan dalam menentukan bajet anda. Secara asasnya, kebanyakan insentif rumah ditawarkan kepada rumah baharu yang sedang dalam pembinaan seperti skim PR1MA dan sebagainya. Namun begitu, terdapat beberapa insentif lain yang turut ditawarkan kepada pembeli rumah \nsubsale\n terutamanya dalam memberi bantuan \ndeposit rumah\n kepada bakal pembeli yang layak:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSkim Rumah Pertamaku (untuk hartanah bernilai sehingga RM500,000);\n\n\nDana Rumah Mampu Milik Bank Negara (untuk hartanah bernilai sehingga RM150,000);\n\n\nSkim Deposit Rumah Pertama MyDeposit 2022 (untuk hartanah bernilai sehingga RM500,000).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKalkulator \nLoan\n Rumah\n\n\nJika anda tidak pasti dengan bajet yang sesuai untuk anda, anda boleh menggunakan kalkulator\n loan\n rumah yang tersedia dalam talian. Secara asasnya, kalkulator rumah boleh membantu anda mengira jumlah maksimum \npinjaman perumahan\n yang layak atau anggaran bayaran bulanan yang perlu dibayar setiap bulan berdasarkan komitmen sedia ada anda. Ia sekali gus memudahkan anda untuk merancang perbelanjaan anda.\n\n\nPembelian hartanah\n subsale\n biasanya memerlukan modal yang besar. Anda perlu memiliki tunai di tangan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada nilai hartanah. Sebagai contoh, jika hartanah berharga RM600,000, anda perlu memiliki sekurang-kurangnya RM120,000 (atau mungkin lebih). Meskipun begitu, bank biasanya hanya akan meluluskan kira-kira 90 peratus daripada jumlah nilai hartanah yang dibeli berdasarkan penilaian pihak bank. Sebagai contoh, anda membeli rumah berharga RM600,000 tetapi pihak bank menilai hartanah tersebut RM550,000 sahaja. Ini bermaksud, anda hanya layak mendapat kira-kira RM495,000 sahaja dan bukannya RM540,000 seperti dijangkakan. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk memperuntukkan bajet kecemasan lain untuk digunakan dalam situasi luar jangka sebegini.\n\n\nKos Beli Rumah\n Subsale\n\n\nBerikut merupakan anggaran kos beli rumah \nsubsale\n untuk panduan anda. Andaikan rumah \nsubsale\n pilihan anda dijual pada harga RM600,000 \u2013 anggaran pecahan bajet yang anda perlukan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKos\n\n\nAmaun\n\n\nPengiraan Kos\n\n\n\n\n\n\nBayaran Pendahuluan\n\n\nMinimum 10%\n\n\nRM600,000 X 0.1 = RM60,000\n\n\n\n\n\n\nDuti Setem\u00a0\n\n\nDuti Setem SPA & Memorandum Permindahan/Memorandum of Transfer (MOT)\n\n\n\n\nRM100,000 pertama \u2013 1%\n\n\nRM100,001 hingga RM500,000 \u2013 2%\n\n\nRM500,001 hingga RM1,000,000 \u2013 3 %\n\n\nRM1,000,000\n \ndan ke atas \u2013 4%\n\n\n\n\n\n\nDuti Setem SPA & Memorandum Permindahan/Memorandum of Transfer (MOT)\n\n\n\n\nRM100,000 pertama: RM100K X 0.01 = RM1,000\n\n\nRM101,000 \u2013 RM500,000: RM400K X 0.02 = RM8,000\n\n\nRM100,000 seterusnya: RM100K X 0.03 = RM3,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDuti Setem Perjanjian Pinjaman Perumahan\n\n\n\n\n0.5% daripada jumlah pinjaman (90% daripada nilai hartanah)\n\n\n\n\n\n\nDuti Setem Perjanjian Pinjaman Perumahan\n\n\n\n\n0.5% daripada jumlah pinjaman: 0.005 X RM540,000 = RM2,700\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nInsurans Rumah\n\n\nBiasanya 4% daripada nilai hartanah\n\n\nRM600,000 x 0.04 = RM24,000\n\n\n\n\n\n\nYuran Penilaian\n\n\n\n\n\n\nRM100,000 pertama = 0.25%\n\n\nBaki seterusnya sehingga RM2 juta = 0.2%\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRM100,000 pertama = RM100K X 0.0025 = RM250\n\n\nBaki seterusnya RM500,000 = RM500K X 0.002% = RM1,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nYuran Guaman\n\n\nYuran Guaman untuk Perjanjian Sewa Beli Rumah (SPA)\n\n\n\n\nRM500,000 pertama\n \n\u2013 1%\n\n\nRM500,000 seterusnya \u2013 0.8%\n\n\nRM2,000,000 seterusnya \u2013 0.7%\n\n\nRM2,000,000 seterusnya \u2013 0.6%\n\n\nRM2,500,000 seterusnya \u2013 0.5%\n\n\n\n\n\n\nYuran Guaman untuk Perjanjian Sewa Beli Rumah (SPA)\n\n\n\n\nRM500,000 pertama: RM500K X 0.01 = RM5,000\n\n\nRM500,000 seterusnya: RM100K X 0.008 = RM800\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nYuran Guaman untuk Perjanjian Pinjaman Perumahan\u00a0\n\n\n\n\nRM500,000 pertama\n \n\u2013 1%\n\n\nRM500,000 seterusnya \u2013 0.8%\n\n\nRM2,000,000 seterusnya \u2013 0.7%\n\n\nRM2,000,000 seterusnya \u2013 0.6%\n\n\nRM2,500,000 seterusnya \u2013 0.5%\n\n\n\n\n\n\nYuran Guaman untuk Perjanjian Pinjaman Perumahan\u00a0\n\n\n\n\nRM500,000 pertama: RM500K X 0.01 = RM5,000\n\n\nRM500,000 seterusnya: RM100K X 0.008 = RM800\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nYuran Ejen Hartanah\u00a0\n\n\nKira-kira dua hingga tiga peratus daripada nilai hartanah\n\n\nRM600,000 X 0.02 hingga 0.03 = RM12,000 hingga RM18,000\n\n\n\n\n\n\nKos Pembaikan dan Ubah Suai Kediaman\n\n\nBoleh mencecah 10 peratus nilai hartanah\n\n\nRM600,000 X 0.1 = RM60,000\n\n\n\n\n\n\nJumlah Keseluruhan\n\n\nRM189,550\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, pertimbangkan juga \nkos pengubahsuaian rumah \nsubsale\n yang dibeli ke dalam bajet anda. Ada sesetengah pembeli cenderung untuk beli rumah\n subsale\n yang sudah usang. Meskipun rumah \nsecond hand\n ini ditawarkan pada harga yang murah berbanding rumah baharu, kos naik taraf yang perlu ditanggung untuk mencantikkan kembali rumah yang dibeli mungkin menelan belanja dua kali ganda lebih tinggi (atau mungkin lebih) berbanding kos beli bergantung pada keadaan rumah.\n\n\n2. Kenal Pasti Rumah \nSubsale\n Sesuai untuk Anda dan Keluarga\n\n\nProses beli hartanah terutamanya rumah \nsubsale\n memerlukan modal yang besar dan komitmen jangka panjang, tidak kira sama ada hartanah yang dibeli digunakan untuk kegunaan sendiri atau bagi tujuan \npelaburan\n. Anda disarankan untuk cari rumah \nsubsale\n yang sesuai dengan keperluan anda yang boleh menawarkan kelebihan dan keuntungan yang tersendiri kepada anda.\n\n\nKriteria Perlu Dititikberatkan Semasa Beli Rumah\n\n\nSecara asasnya, banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih hartanah \nsubsale\n di Malaysia yang sesuai untuk anda antaranya faktor geografi, lokasi, infrastruktur serta kemudahan asas dan sebagainya. Berikut beberapa faktor utama yang perlu diberi perhatian semasa membeli rumah\n subsale\n.\n\n\ni. Lokasi\n\n\nLokasi hartanah memainkan peranan penting sebelum beli rumah tidak kiralah rumah tersebut dibeli untuk kegunaan sendiri atau pelaburan. Namun begitu, kriteria ini biasanya berbeza bergantung pada tujuan pemilikan anda. Sebagai contoh, pembelian hartanah untuk kegunaan sendiri di lokasi bersebelahan stesen LRT mungkin tidak begitu sesuai disebabkan bunyi bising dan biasanya sesak dengan orang ramai terutamanya pada waktu puncak, tetapi pemilikan rumah sebegini amat praktikal jika membelinya sebagai \npelaburan\n.\n\n\nii. Keselamatan\n\n\nAntara kelebihan beli rumah\n subsale\n ialah anda boleh melawat, melihat dan menerokai sendiri unit yang ingin dibeli. Anda boleh berjalan di sekitar kawasan kejiranan terutamanya pada waktu malam, beramah mesra dengan penduduk sekitar untuk bertanyakan tentang aspek keselamatan di lokasi ini. Ini kerana, aspek keselamatan merupakan salah satu perkara penting yang perlu dipertimbangkan. Secara asasnya, unit rumah dalam kawasan perumahan berpagar menjanjikan aspek keselamatan yang lebih baik berbanding kawasan perumahan terbuka\n\n\niii. Lokasi Tempat Kerja, Kemudahan Asas\n\n\nSelain itu, pertimbangkan juga faktor lokasi rumah ke tempat kerja dan kemudahan awam yang tersedia di kawasan anda seperti sekolah, pasaraya, kemudahan awam, masjid dan sebagainya. Ini merupakan kriteria lain yang perlu diberi perhatian untuk keselesaan anda. Ia juga akan menentukan seberapa awal anda perlu bangun untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.\n\n\niv. Akses Jalan Raya, Pengangkutan Awam\n\n\nSelain itu, kenal pasti sama ada kawasan perumahan yang ingin dibeli mempunyai akses jalan raya yang baik selain kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, MRT atau lebuh raya dan sebagainya.\n\n\nv. Saiz\n\n\nSaiz hartanah juga turut memainkan peranan penting. Bilangan ahli keluarga yang semakin meningkat memerlukan rumah yang lebih besar untuk keselesaan. Manakala, jika anda seorang bujang atau baru sahaja berkahwin, unit Studio yang ringkas sudah memadai untuk keselesaan anda.\n\n\nvi. Usia Hartanah\n\n\nUsia sesebuah unit yang ingin dibeli juga merupakan faktor penting yang perlu diambil kira. Ini kerana, rumah lama mungkin memerlukan lebih banyak penyelenggaraan dan pembaikan terutamanya melibatkan struktur, sistem elektrik dan sebagainya.\n\n\n3. Pilih Rumah dalam Lingkungan Bajet, Bandingkan Harga\n\n\nSecara amnya, rumah\n subsale\n ditawarkan pada harga yang berbeza bergantung pada jenis, keadaan rumah dan lokasi kejiranan. Jika rumah yang dibeli berada dalam kawasan bandar, harga yang ditawarkan mungkin sedikit mahal berbanding rumah di kawasan pinggiran bandar. Malah, apa-apa kerosakan atau kerja baik pulih yang perlu dilakukan juga boleh mempengaruhi harga akhir rumah tersebut.\n\n\nOleh sebab itu, anda disarankan untuk memberi perhatian kepada sebarang bentuk kerosakan yang ada pada rumah yang ingin dibeli seperti kebocoran air dan sebagainya kerana rumah \nsubsale\n tidak tertakluk pada \nTempoh Liabiliti Kecacatan\n atau \nDefect Liability Period\n (DLP). Ini bermaksud, anda perlu menanggung sendiri kos pembaikan jika berlaku apa-apa kerosakan.\n\n\nSekiranya anda ingin membuat penilaian harga sebenar hartanah dengan lebih menyeluruh, lantik penilai persendirian profesional untuk membantu anda. Ada sesetengah pemilik yang meletakkan harga hartanah yang lebih tinggi berbanding nilai pasaran bagi mewujudkan persepsi nilai hartanah yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya. Oleh sebab itu, pastikan anda membuat perbandingan antara harga yang diberi dengan laporan penilaian sebenar yang disediakan oleh profesional.\n\n\nAnda boleh menggunakan platform dalam talian seperti berikut bagi membantu anda mengetahui nilai hartanah semasa dan data jualan berdasarkan data sebenar:\n\n\n\n\nPusat Maklumat Harta Tanah\n;\n\n\nJabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Tanah\n.\n\n\n\n\nJika perlu, dapatkan bantuan ejen hartanah yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan pasaran di kawasan pilihan anda dengan baik. Dengan cara ini, anda boleh mengetahui \ntrend \npembelian, lokasi kejiranan, jenis hartanah atau situasi lain yang mungkin akan dihadapi. Malah, ejen biasanya akan mencuba untuk mendapatkan rumah terbaik yang menepati kehendak, keperluan dan kemampuan kewangan anda.\n\n\n\n\n4. Mohon Pembiayaan Perumahan\n\n\nSetelah anda menemui rumah idaman anda, anda boleh mula mencari dan mengenal pasti \nloan\n rumah\n yang sesuai untuk anda. \nTempoh pinjaman perumahan\n biasanya antara 30 hingga 35 tahun bergantung pada jenis pinjaman yang dipilih. Sekiranya anda pekerja kerajaan atau bekerja dalam sektor awam, anda boleh mempertimbangkan pinjaman rumah kerajaan atau \npinjaman LPPSA\n. Anda boleh semak syarat pinjaman perumahan kerajaan atau kelayakan pinjaman perumahan kerajaan dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).\n\n\nJika anda kakitangan swasta, anda disarankan untuk membuat perbandingan dengan teliti dan pilih bank yang menawarkan kadar faedah yang kompetitif. Sebagai contoh, andaikan anda beli hartanah dengan nilai RM600,000, pinjaman rumah untuk tempoh 30 tahun dengan kadar faedah 3.4 peratus. Anda mungkin terikat dengan bayaran ansuran sebanyak RM2,395 untuk tempoh 360 bulan akan datang. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk membandingkan tawaran yang ada dan membuat pilihan pakej pembiayaan perumahan yang tepat. \nPinjaman perumahan\n dengan kadar faedah yang rendah boleh mengelakkan anda daripada terbeban dengan komitmen bulanan yang tinggi.\n\n\nSelain itu, sebelum memohon mana-mana pembiayaan perumahan, anda perlu pastikan \nrekod kredit CCRIS\n dan CTOS anda berada dalam keadaan baik untuk mengelakkan permohonan pembiayaan anda ditolak.\n\n\n5. Sediakan Senarai Inventori, Tandatangan Perjanjian Jual Beli (SPA)\n\n\nPerjanjian Jual Beli (SPA) ialah dokumen undang-undang yang sangat kompleks. Ia memperincikan terma dan syarat jualan, dengan istilah-istilah perundangan yang sukar difahami. Oleh sebab itu, anda perlu pastikan semua butiran tentang rumah \nsubsale\n diterangkan dan dinyatakan dengan betul \u2013 ini termasuk butiran tentang \npengubahsuaian rumah\n, penambahan, naik taraf atau sambungan yang dilakukan sebelum ini. Ia bagi mengelakkan sebarang pertikaian atau salah faham sekiranya berlaku apa-apa.\n\n\nSelain itu, penting untuk anda pastikan semua butiran sepadan dengan keadaan rumah yang telah anda lihat dengan mata anda sendiri. Sebagai contoh, bilangan ruang tempat letak kereta yang disertakan dengan unit kondo yang anda beli dinyatakan dengan jelas dalam SPA untuk mengelakkan sebarang pertikaian pada masa hadapan.\n\n\n6. Sahkan Perjanjian Pinjaman\n\n\nProses tandatangan perjanjian pinjaman dengan pihak bank merupakan salah satu proses beli rumah \nsubsale\n yang penting. Ia sebagai mengesahkan pembiayaan dan tanda persetujuan anda dengan terma dan syarat yang dinyatakan oleh pihak bank. Anda disarankan untuk menyemak dan memastikan amaun, \nkadar faedah pinjaman perumahan\n, tempoh pinjaman, terma dan syarat lain yang dinyatakan dalam perjanjian adalah tepat dan betul.\n\n\nJika perlu, lantik peguam hartanah sebelum membeli rumah \nsubsale\n bagi memastikan anda mendapat tawaran yang adil dan membantu anda membuat semakan perjanjian kerana peguam hartanah memahami klausa dan syarat dalam perjanjian dengan lebih baik selain memiliki pengalaman yang luas dan memahami selok-belok dan karenah birokrasi di Pejabat Tanah. Malah, ia juga akan memudahkan urusan anda kerana semua urusan berkaitan akan diuruskan oleh peguam anda.\n\n\n7. Pindahan Hak Milik\n\n\nProses pindah milik\n rumah merupakan antara proses akhir sebelum anda menjadi pemilik rumah \nsubsale\n yang sah. Secara asasnya, proses pertukaran milikan merujuk pada dokumen yang ditandatangani oleh pembeli untuk melakukan permindahan hak milikan daripada penjual. Proses ini juga turut dikenali sebagai Memorandum Permindahan atau \nMemorandum of Transfer\n (MOT). Dengan menandatangani dokumen ini, ia secara tidak langsung mengesahkan anda sebagai pemilik rumah yang baharu yang sah.\n\n\n8. Penyerahan Notis Pemilikan Kosong\n\n\nNotis Pemilikan Kosong atau turut dikenali sebagai \nVacant Possession\n merujuk pada proses serahan rumah kosong dan apa-apa kelengkapan dan perabot lain yang disenaraikan dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) kepada pembeli rumah selepas transaksi pembelian rumah tersebut selesai. Secara asasnya, penyerahan \nNotis Pemilikan Kosong\n bergantung pada bayaran baki harga belian hartanah dan Pemberian yang Disepakati (\nAgreed Apportionments\n). Ia merujuk senarai yang memperincikan semua bil yang telah dibayar terlebih dahulu oleh pemilik terdahulu termasuk \nsinking fund\n, bil air dan yuran pengurusan.\n\n\nBayaran tambahan ini perlu dijelaskan kepada pemilik kerana anda telah mengambil alih pemilikan kosong dan pemilik asal tidak lagi dapat menggunakan hartanah tersebut termasuk kemudahannya.\n\n\n\n\n9. Proses Beli Rumah \nSubsale\n: Tukar Nama\n\n\nSetelah selesai semua proses beli rumah \nsubsale\n yang dinyatakan di atas, anda kini boleh memulakan proses tukar nama berkaitan bil utiliti dan pengurusan. Berikut tiga perkara yang biasa dilakukan untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\nTukar Nama Bil TNB, Utiliti\n\n\nBeli rumah \nsubsale\n bermaksud anda perlu berdepan beberapa proses tukar nama bil TNB dan bil utiliti lain seperti Indah Water dan sebagainya daripada nama pemilik asal kepada nama anda. Berikut dua cara tukar nama bil utiliti untuk panduan anda:\n\n\ni. Buka Akaun Baharu\n\n\nProses buka akaun bil utiliti baharu memerlukan deposit, dan biasanya jumlah deposit yang dikenakan bergantung pada jenis rumah. Selepas akaun baharu dibuka, akaun lama perlu dibatalkan oleh pemilik asal dan sebarang tunggakan (jika ada) perlu dijelaskan sebelum akaun lama boleh ditutup. Setelah selesai, deposit akan diserahkan kepada pemilik asal.\n\n\nii. Sambung Guna Akaun Lama\n\n\nBiasanya, proses sambung guna akaun lama hanya melibatkan pertukaran nama pemilik. Namun begitu, anda perlu \nrefund\n bayaran deposit bil utiliti kepada pemilik asal kerana deposit asal tidak akan dipulangkan oleh pihak penyedia perkhidmatan sekiranya akaun lama tidak dibatalkan.\n\n\nTukar Nama Rekod Cukai Pintu\n\n\nUntuk urusan tukar nama rekod cukai pintu pula, pemilik baharu perlu hadir ke Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah untuk proses pertukaran nama. Proses ini tertakluk pada caj perkhidmatan tertentu dan anda perlu membawa dokumen-dokumen berikut untuk memudahkan urusan:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSalinan kad pengenalan;\n\n\nSalinan SPA;\n\n\nSalinan geran (yang telah dipindah milik kepada nama anda);\n\n\nSalinan cukai pintu terkini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTukar Nama Bil Penyelenggaraan & Caj Perkhidmatan\n\n\nApabila anda beli rumah \nsubsale\n, anda perlu maklumkan kepada bahagian penyelenggaraan bangunan atau Joint Management Body (JMB) bahawa anda merupakan pemilik kediaman yang baharu. Ia bagi membolehkan pihak pengurusan mengemas kini rekod-rekod sedia ada termasuk bil \nmaintenance\n dan caj servis.\n\n\nSemoga perkongsian proses beli rumah\n subsale\n ini boleh membantu memudahkan urusan pembelian \nrumah\n second hand\n pertama anda. Selain itu, anda juga boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut berkaitan \ninsurans rumah\n. Qoala merupakan \nplatform beli insurans\n yang mudah, telus dan pantas dengan tawaran harga yang kompetitif dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/rumah-mampu-milik-malaysia/", "title": "Permohonan Rumah Mampu Milik di Malaysia 2022", "body": "\n\nProses beli rumah boleh menelan belanja yang tinggi. Ini kerana, banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan banyak kos yang perlu diambil kira seperti \ndeposit rumah\n dan \nkos-kos pemilikan rumah\n yang lain. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia memilih untuk menyewa berbanding membeli rumah sendiri. Banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu rakyat memiliki rumah pertama sendiri terutamanya golongan berpendapatan rendah antaranya skim rumah mampu milik.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa yang Anda Perlu Tahu Tentang Skim Rumah Mampu Milik?\n1. Rumah Mampu Milik Johor\nSyarat Kelayakan Permohonan RMMJ\nKategori RMMJ\nCara Mohon Rumah Mampu Milik Johor\n2. Skim Pinjaman Perumahan iRahman\nSyarat Kelayakan Permohonan\nCara Mohon Skim i-Rahman Terengganu\n3. Rumah Mampu Milik, Rumah Selangorku\nSyarat-syarat Pemilikan dan Kelayakan Pendapatan\n4. Permohonan eRumah Pulau Pinang\nPendaftaran eRumah Pulau Pinang Online\nSyarat Kelayakan eRumah Penang 2022\n5. Rumah Mampu Milik Sarawak\nSyarat Kelayakan\nDokumen Sokongan\n\n\nApa yang Anda Perlu Tahu Tentang Skim Rumah Mampu Milik?\n\n\nApa itu rumah mampu milik? Rumah mampu milik secara umumnya didefinisikan sebagai rumah yang memenuhi keperluan asas dari segi kualiti dan lokasi, mampu dibeli dan pembeli rumah berkenaan masih mempunyai keupayaan kewangan untuk membeli keperluan asas yang lain. Di Malaysia, ada beberapa inisiatif skim projek perumahan mampu milik yang ditawarkan oleh kerajaan negeri. Anda boleh semak senarai di bawah ini.\n\n\n1. Rumah Mampu Milik Johor\n\n\nRumah Mampu Milik Johor (RMMJ) merupakan inisiatif kerajaan Negeri Johor bagi membantu mengurangkan beban dan mencapai impian rakyat untuk memiliki kediaman pada harga mampu milik dan berpatutan. Skim perumahan ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.\n\n\nSyarat Kelayakan Permohonan RMMJ\n\n\nSekiranya anda berminat untuk memiliki kediaman melalui skim ini, berikut semakan status permohonan RMMJ untuk rujukan anda:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia, menetap di Johor sekurang-kurangnya lima tahun dan berumur 18 tahun ke atas;\n\n\nBerkahwin atau bujang layak memohon;\n\n\nPemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama lima tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B;\n\n\nHanya satu permohonan bagi pasangan suami isteri;\n\n\nPermohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri ketika memohon;\n\n\nPemohon atau pasangan yang telah memiliki PKJ A, PKJ B, RKR, atau RKSR boleh memohon rumah kedua RMMJ;\n\n\nPemohon yang memiliki rumah kos sederhana/rumah mewah tidak layak memohon;\n\n\n\n\nKategori RMMJ\n\n\nRumah Mampu Milik Johor menawarkan tiga jenis kategori rumah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRumah Komuniti Jenis A\n\n\nRumah Komuniti Jenis B\n\n\nRumah Mampu Milik Johor & Kedai Kos Sederhana Rendah\n\n\n\n\n\n\nHarga Rumah\n\n\nRM42,000\n\n\nRM80,000\n\n\nRM150,000 hingga RM220,000\n\n\n\n\n\n\nHad Maksimum Pendapatan\n\n\nRM3,000\n\n\nRM5,000\n\n\nRM8,000\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Mohon Rumah Mampu Milik Johor\n\n\nIndividu yang berminat untuk memiliki RMMJ, anda perlu membuat \npendaftaran akaun baharu\n terlebih dahulu. Setelah selesai, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:\n\n\n\n\nLog masuk ke portal SUKJ, bahagian perumahan;\n\n\nKemas kini maklumat dengan memberikan maklumat diri yang tepat dan betul;\n\n\nPilih mukim dan kategori rumah/projek, dan hantar permohonan;\n\n\nPemohon perlu menyerahkan dokumen sokongan di kaunter setelah menghantar permohonan sepanjang tempoh pengiklanan;\n\n\nPemohon yang layak akan dipanggil untuk proses pengundian.\n\n\n\n\n2. Skim Pinjaman Perumahan iRahman\n\n\nKerajaan Negeri Terengganu juga turut menyediakan bantuan permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu dan \npinjaman perumahan\n kepada pemohon yang layak. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai memiliki rumah sendiri pada kos yang lebih murah.\n\n\nSyarat Kelayakan Permohonan\n\n\nSekiranya anda ingin menghantar permohonan melalui sistem\n online\n ePerumahan Terengganu, anda disarankan untuk semak syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:\n\n\n\n\nAnda seorang rakyat Terengganu berumur 21 tahun dan ke atas;\n\n\nPermohonan anda turut akan dipertimbangkan sekiranya umur pemohon melebihi 50 tahun dengan syarat adik-beradik, isteri, ibu bapa atau anak sanggup menjadi penjamin;\n\n\nPemohon sudah berkahwin. Meskipun begitu, jika anda berumur 35 tahun dan ke atas dan masih bujang, anda juga layak untuk memohon;\n\n\nGaji bulanan antara RM2,000 hingga RM4,500 sebulan;\n\n\nAnda masih belum memiliki atau \nbeli rumah\n sendiri;\n\n\nAnda tidak menerima mana-mana pinjaman perumahan daripada mana-mana bank di Malaysia;\n\n\nAnda menetap atau tinggal di negeri Terengganu.\n\n\n\n\nCara Mohon Skim i-Rahman Terengganu\n\n\nSkim iRahman diuruskan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Ia menawarkan \npinjaman perumahan\n dan pembiayaan rumah mampu milik di atas tanah sendiri tanpa sebarang faedah kepada pemohon yang layak. Anda boleh ikuti langkah berikut sekiranya anda ingin membuat permohonan skim ini:\n\n\n\n\nLayari laman web ePerumahan Terengganu dan log masuk;\n\n\nSekiranya anda masih belum memiliki akaun, anda perlu daftar masuk terlebih dahulu;\n\n\nKemudian, pilih kategori sama ada Beli Rumah (anda perlu pilih daerah projek) dan Bina Rumah (anda perlu isi maklumat tanah);\n\n\nKemas kini dan isi maklumat pemohon;\n\n\nBagi kategori Beli Rumah, permohonan hanya dibuka sekiranya ada iklan dikeluarkan;\n\n\nBuat Permohonan;\n\n\nSelesai.\n\n\n\n\n3. Rumah Mampu Milik, Rumah Selangorku\n\n\nDasar Perumahan Negeri Selangor diperkenalkan untuk merealisasikan matlamat Satu Keluarga Satu Kediaman Sempurna. Perumahan Mampu Milik atau \naffordable homes\n ini bertujuan untuk memastikan setiap keluarga memiliki kediaman yang baik, selesa dan selamat. Di Selangor, rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah, rumah kos sederhana dan rumah mampu milik ini dikenali sebagai Rumah Selangorku.\n\n\nSyarat-syarat Pemilikan dan Kelayakan Pendapatan\n\n\nSekiranya anda berminat untuk memohon Rumah Selangorku, berikut merupakan syarat-syarat kelayakan utama yang perlu dipenuhi:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia;\n\n\nTidak memiliki sebarang jenis kediaman di Selangor;\n\n\nBerumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh pendaftaran;\n\n\nPendapatan bulanan\n seisi rumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM15,000.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Rumah\n\n\nKeluasan (kps)\n\n\nHarga Jualan\n\n\nSyarat Kelayakan Pendapatan\n\n\n\n\n\n\nRumah Selangorku Jenis A\n\n\n700\n\n\n\n\n\n\nRM42,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTidak melebihi RM3,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRumah Selangorku Jenis B\n\n\n750\n\n\n\n\n\n\n100,000 hingga 250,000\n\n\nHarga tertakluk pada kelulusan MMKN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTidak melebihi RM10,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRumah Selangorku Jenis C\n\n\n800\n\n\n\n\n\n\n900\n\n\n\n\n\n\n18\u2019 x 60\u2019\n\n\n\n\n\n\nRumah Selangorku Jenis D\n\n\n1,000\n\n\n\n\n\n\n20\u2019 x 60\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Permohonan eRumah Pulau Pinang\n\n\nSama seperti skim perumahan yang lain, Rumah Mampu Milik Penang atau permohonan eRumah Pulau Pinang ditawarkan kepada rakyat Pulau Pinang yang berhasrat untuk memiliki rumah sendiri terutamanya isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.\n\n\nPendaftaran eRumah Pulau Pinang\n Online\n\n\nSecara asasnya, eRumah adalah portal permohonan Rumah Kos Rendah (KR), Kos Sederhana Rendah (KSR), Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mampu Milik Penang. Portal ini secara tidak langsung membolehkan proses permohonan dilakukan secara\n online\n. Jika anda berminat, anda boleh lakukan permohonan \nonline\n menerusi \nportal \nini. Selain secara dalam talian, anda juga boleh membuat permohonan rumah mampu milik secara manual dengan mengisi borang yang disediakan.\n\n\nSyarat Kelayakan eRumah Penang 2022\n\n\nSekiranya berminat, anda boleh menyemak syarat kelayakan skim Rumah Mampu Milik di Pulau Pinang terlebih dahulu untuk memudahkan proses permohonan anda:\n\n\n\n\nPermohonan terbuka kepada rakyat Malaysia yang beralamat di Pulau Pinang atau bermastautin selama sekurang-kurangnya lima tahun;\n\n\nPemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan ke atas;\n\n\nGaji pemohon tidak melebihi RM750 sebulan, atau \npendapatan isi rumah\n tidak melebihi RM1,500 sebulan.\n\n\n\n\n5. Rumah Mampu Milik Sarawak\n\n\nSkim Rumah Mampu Milik Sarawak turut ditawarkan oleh kerajaan negeri bagi memudahkan rakyat Sarawak mendapatkan pinjaman perumahan di negeri Sarawak. Ia menawarkan beberapa skim bantuan rumah mampu milik antaranya Projek Perumahan Rakyat (PPR), Program Pinjaman Rumah Panjang, Sri Pertiwi, Spektra Permata (RSP) dan bantuan sewa.\n\n\nSyarat Kelayakan\n\n\nSekiranya anda berminat, berikut merupakan syarat kelayakan permohonan Skim Rumah Mampu Milik di Sarawak yang boleh anda pertimbangkan:\n\n\n\n\nAnda merupakan warganegara Malaysia yang sah;\n\n\nAnda sedang bermastautin di Sarawak;\n\n\nKad pengenalan anda tertera status K;\n\n\nNama anda tersenarai dalam senarai sistem Portal Pembasmian Kemiskinan eKasih;\n\n\nGaji\n dan pendapatan isi rumah anda tidak melebihi RM2,131 sebulan.\n\n\n\n\nDokumen Sokongan\n\n\nSelain itu, anda juga perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut bagi menyokong dan memudahkan proses permohonan anda:\n\n\n\n\nDokumen sokongan yang membuktikan anda penerima eKasih;\n\n\nSalinan sijil kahwin atau sijil cerai;\n\n\nSalinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;\n\n\nSalinan sijil lahir atau mykad anak yang berada di bawah tanggungan dan tinggal bersama pemohon;\n\n\nPenyata gaji yang menunjukkan pendapatan kasar bulanan ketua isi rumah atau pasangan;\n\n\nSalinan kad OKU (bagi pemohon OKU);\n\n\nPerjanjian sewa yang ditandatangani dan dimatikan setem hasil (jika berkaitan);\n\n\nPersetujuan pemilik premis untuk membenarkan penyewa menyertai Skim Bantuan Sewa Rumah Sarawak (SRAS) (jika berkaitan);\n\n\nGambar premis yang disewa (jika berkaitan).\n\n\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans rumah terbaik\n untuk rumah baharu anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform insurans di Malaysia\n yang menyediakan \ninsurans hartanah\n dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/spark-plug-kereta/", "title": "Spark Plug Kereta: Tanda-tanda Kena Ganti", "body": "\n\nSpark plug kereta ni fungsinya penting sebenarnya dalam sistem pembakaran dalaman enjin. Ia berfungsi untuk menghasilkan percikan api untuk memastikan campuran udara dan bahan api dalam ruang pembakaran menyala.\n\n\nBoleh dikatakan sama macam minyak hitam atau minyak enjin, penapis minyak atau penapis udara kereta, spark plug kereta pun perlu diselenggara secara berkala untuk memastikan prestasinya kekal berada dalam keadaan baik.\n\n\nDalam setiap pemanduan, pembakaran bahan api kena berada pada tahap yang optimum untuk menghasilkan kuasa output yang maksimum. Sebab itu lah penjagaan spark plug ni kena dijaga.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKesan Jika Spark Plug Kereta Tidak Berfungsi Dengan Cemerlang\nTanda-tanda Spark Plug Dah Kena Ganti\n1. Pecutan kereta tak begitu berkuasa\n2. Minyak cepat habis\n3. Enjin kereta tak berjalan lancar\n4. Bunyi enjin bising\n5. Kereta boleh start tapi tak hidup\nBerapa ringgit kos nak ganti spark plug kereta?\nJenis Spark Plug Kereta\nCara-cara Bezakan Spark Plug Original Atau Palsu\n\n\nKesan Jika Spark Plug Kereta Tidak Berfungsi Dengan Cemerlang\n\n\nNama pun manusia, kadang-kadang kita terlupa nak tengok keadaan spark plug kita tu macam mana. Bila kita tak peka dengan keadaan spark plug yang sepatutnya diselenggara atau ditukar, korang akan rasa simptom-simptom berikut masa enjin dihidupkan:\n\n\n\n\nPercikan api yang terhasil tidak sempurna\n\n\nTerhasil sedikit gegaran semasa enjin dihidupkan\n\n\nKadang-kala enjin agak susah untuk dihidupkan\n\n\nPembakaran enjin tidak stabil semasa \u201cidling\u201d\n\n\nKuasa enjin tidak seperti biasa semasa memecut\n\n\n\n\nTanda-tanda Spark Plug Dah Kena Ganti\n\n\nMacam yang kita semua dah tahu, spark plug \nkereta\n ni fungsi dia untuk hasilkan percikan api untuk membantu menyalakan campuran bahan api dan udara dalam enjin. Kalau spark plug rosak, masalah-masalah lain yang berkaitan dengan enjin, boleh timbul termasuklah masalah kereta susah dihidupkan.\n\n\n1. Pecutan kereta tak begitu berkuasa\n\n\nKadang-kadang kalau kereta tu macam tiba-tiba semput, itu salah satu tanda spark plug kereta korang ada problem. Boleh jadi spark plug dah rosak atau haus. Disebabkan itu, spark plug tak dapat berfungsi 100 peratus dan mengurangkan kuasa pecutan kereta korang.\n\n\nKalau korang rasa macam kereta tiba-tiba semput, sudah tiba masanya untuk korang check spark plug korang. Takut-takut spark plug kereta dah kena diganti.\n\n\nTapi, korang disarankan untuk refer mekanik korang untuk pemeriksaan lanjut. Sebabnya, kadang-kadang masalah kuasa pecutan kereta berkurangan turut berlaku disebabkan oleh beberapa faktor lain termasuk penapis bahan api yang rosak, penyuntik bahan api yang kotor atau tersumbat atau masalah pada sensor oksigen.\n\n\n2. Minyak cepat habis\n\n\nKereta kuat makan minyak? Itu juga salah satu tanda-tanda spark plug kena ganti. Spark plug yang elok dia akan berfungsi untuk membantu membakar bahan api dengan lebih efisien dalam\u00a0 kitaran pembakaran.\n\n\nBila spark plug berfungsi dengan baik, penggunaan minyak pun jadi lebih cekap. Kalau minyak korang cepat habis, itu boleh disebabkan oleh spark plug kereta yang sudah rosak. Bila spark plug rosak, proses pembakaran \nenjin\n yang tak sempurna boleh menyebabkan peningkatan penggunaan bahan api yang lebih kerta.\n\n\n3. Enjin kereta tak berjalan lancar\n\n\nEnjin kereta\n tersedu-sedu atau semput (misfire) biasanya berlaku disebabkan oleh masalah dalam sistem pencucuhan. Ia disebabkan oleh cetusan pada enjin kereta yang terputus-putus yang terjadi dalam silinder disebabkan campuran udara dan bahan api yang tidak tercucuh secara selanjar. Dalam kebanyakan kereta moden, masalah ini biasanya berlaku disebabkan oleh kegagalan sistem sensor.\n\n\nTapi, walaubagaimana pun, ia juga boleh terjadi disebabkan oleh wayar atau sambungan spark plug yang sudah usang atau rosak. Sekiranya situasi sebegini dibiarkan, pengeluaran ekzos akan meningkat dan mungkin akan menjejaskan prestasi dan kuasa enjin serta ekonomi bahan api.\n\n\n4. Bunyi enjin bising\n\n\nEnjin kereta korang kalau bunyi macam kasar dan kuat, terutamanya masa kereta dalam keadaan tak bergerak, itu juga menandakan spark plug kereta korang dah rosak.\n\n\nKebiasaannya, masalah enjin kereta berbunyi kuat dan kasar ni boleh sebabkan kereta korang bergegar. Salah satu sebabnya adalah pembakaran bahan api yang tak smooth dan sempurna menyebabkan enjin kereta bergegar selepas dihidupkan.\n\n\n5. Kereta boleh start tapi tak hidup\n\n\nKalau korang berdepan dengan masalah untuk start kereta anda tapi tak hidup, ia mungkin menandakan palam pencucuh atau spark plug kereta rosak dan perlu digantikan. Sistem enjin kereta terdiri daripada beberapa komponen individu yang berfungsi secara kolektif dalam memastikan enjin kereta berfungsi dengan baik. Kalau salah satu daripada komponen ini rosak, ia mungkin menjejaskan prestasinya.\n\n\nKalau kereta boleh start tapi tak hidup, korang disarankan untuk menghubungi mekanik korang untuk periksa kereta korang. Biasanya, masalah pada spark plug boleh menyebabkan \nenjin kereta\n susah start terutamanya pada waktu pagi dan memaksa korang untuk memulas kunci kereta beberapa kali untuk enjin benar-benar hidup.\n\n\n\n\nBerapa ringgit kos nak ganti spark plug kereta?\n\n\nAda orang kata kos nak ganti spark plug ni mahal? Tapi sejauh mana mahal dia tu?\u00a0Biasanya, kos nak ganti spark plug kereta dalam lingkungan RM20 sehingga RM100. Ini pun bergantung pada kuantiti spark plug yang diperlukan, model kenderaan dan juga kos buruh.\n\n\nHarga spark plug di kedai alat ganti kereta untuk \nProton Saga\n contohnya dijual dalam lingkungan harga RM26/set. Tapi itulah, harga ni juga bergantung pada jenis spark plug yang dipilih.\n\n\nJenis Spark Plug Kereta\n\n\nUntuk ketahui korang punya kos berapa, korang kena tahu dulu jenis spark plug yang kereta korang gunakan.\n\n\n1. Spark Plug Jenis Tembaga/Nikel\n\n\nSpark plug Tembaga ini adalah yang paling standard dan ia ]menampilkan teras tembaga di bahagian dalam dengan kemasan saduran aloi nikel bagi tujuan elektrod. Palam pencucuh ini berharga lebih murah dan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek. Harga spark plug tembaga dijual pada harga sekitar RM30 atau mungkin lebih tinggi (bergantung pada model kenderaan korang).\n\n\n2. Spark Plug \nKereta\n Jenis Platinum Tunggal\n\n\nTahu tak, spark plug kereta jenis platinum tunggal ni antara yang paling popular dalam pemilik kereta. Ia menampilkan platinum sebagai elektrod, sejenis logam mahal dan dikatakan memberikan tekstur yang lebih keras berbanding nikel. Ia mempunyai jangka hayat yang lebih baik dan lebih ringan berbanding palam pencucuh standard. Harga spark plug platinum tunggal dijual pada harga sekitar RM40 dan ke atas bergantung pada model kenderaan.\n\n\n3. Spark Plug \nKereta\n Jenis Dwiplatinum\n\n\nJenis dwoplatinum ini pulak berfungsi dengan memaksimumkan penggunaan platinum pada kedua-dua bahagian teras dan dasar. Spark plug jenis ini dikatakan lebih mahal berbanding palam pencucuh jenis platinum tunggal dan nikel, setanding dengan prestasi dan kualiti yang ditawarkan.\n\n\n4. Spark Plug Jenis Iridium\n\n\nSpark Plug Jenis Iridium ni pula boleh tahan lebih lama berbanding yang lain kerana ia adalah sejenis logam yang lebih tahan lasak dan juga keras berbanding platinum. Tapi, walau bagaimanapun, bila dia lebih tahan lama dan tahan lasak, harganya juga lebih mahal. Tapi kalau nak cakap pasal penggunaa, memang berbaloi kalau gunakan jenis ini. Ia tahan tiga kali ganda lebih lama berbanding palam pencucuh biasa. Harganya pula dijual di antara RM50 \u2013 RM150 bergantung pada model kereta.\n\n\nCara-cara Bezakan Spark Plug Original Atau Palsu\n\n\nBiasalah, masalah ori atau tak ni bukan perkara baru. Tapi jangan tak tahu, spark plug pun ada yang ori dan tak ori. Masalanya, bila guna spark plug kereta yang tak ori, ia melibatkan ketahanan kereta dan yang lagi penting nyawa pemandu dan penumpang.\n\n\nSo macam mana nak bezakan spark plug original atau tak?\n\n\n\n\nTulen atau palsu dapat dilihat pada kod palam pencucuh yang menunjukkan kod pengeluar, dan tertera nama pembuat. Cetakan kod pada palam pencucuh palsu berkualiti rendah.\n\n\nUlir atau garisan palam pencucuh tulen lebih rapi dan halus. Perhatikan betul-betul ketika memilih palam pencucuh dan minta penjual menunjukkan palam pencucuh jenama lain supaya mudah buat perbandingan.\n\n\nPalam pencucuh ada seramik sebagai penebat (isolator). Kalau produk palsu, bahagian seramik nampak terlalu cerah, sebaliknya produk tulen kurang cerah.\n\n\nPlat rangka logam (metal shell) tulen menggunakan bahan keluli kuat dan tidak mudah berkarat, sebaliknya produk palsu mudah berkarat. Malah walaupun baru dibuka dari kotak, sudah pun kelihatan titik karat pada perumah keluli.\n\n\nBahagian elektrod tulen yang berfungsi memercikkan api nampak lebih halus dan rapi, tetapi buatan produk palsu kurang tepat, kasar dan kadangkala tidak sama jarak atau sambungan.\n\n\nGasket palam pencucuh tulen nampak lebih halus dan tidak mudah tertanggal walau anda pusing mengikut alur. Walaupun ia boleh ditanggalkan, tetapi sedikit sukar sedangkan potongan gasket palsu tidak rapi dan mudah tertanggal.\n\n\n\n\nSekarang korang dah tahu sedikit sebanyak mengenai spark plug kereta. Harap-harap artikel ni banyak membantu korang. Kalau korang nak \nrenew roadtax\n dan \ninsurans kereta\n, renew je dekat \nQoala\n!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/stereng-kereta/", "title": "4 Petanda Sistem Stereng Kereta Anda Bermasalah", "body": "\n\nStereng kereta macam yang anda tahu merupakan komponen penting yang berfungsi untuk mengawal kereta. Oleh itu, masalah stereng perlu perlu dipandang serius kerana sistem stereng yang rosak adalah sangat merbahaya dan boleh menyebabkan anda terlibat dalam \nkemalangan\n semasa memandu di jalan raya. \nAdakah anda sedang menghadapi masalah-masalah seperti stereng kereta bergegar, stereng kereta berat dan sebagainya? Dalam artikel ini, Qoala akan berkongsikan 4 petanda stereng kereta anda bermasalah, cara mengawal stereng kereta dan banyak lagi.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKetahui 4 Petanda Sistem Stereng Kereta Anda Bermasalah\n1. Stereng Kereta Bergegar\n2. Stereng Kereta Berat\u00a0\n3. Stereng Kereta Berbunyi Bila Pusing \u00a0\n4. Stereng Kereta Bergerak dengan Sendiri\u00a0\nCara Mengawal Stereng Kereta Auto dan Manual\n\n\nKetahui 4 Petanda Sistem Stereng Kereta Anda Bermasalah\n\n\nAnda mungkin mula perasaan bila memandu kereta yang anda ada sekarang ni mungkin berbeza dan tak syok dah. Mungkin salah satu sebabnya adalah stereng anda mungkin mengalami masalah-masalah di bawah.\u00a0\n\n\n1. Stereng Kereta Bergegar\n\n\nTak ada pemandu yang suka apabila stereng mereka mula bergegar. Stereng bergegar adalah satu petunjuk yang stereng anda ni memang ada masalah dan boleh menyebabkan pemanduan menjadi tak tenang dan juga menakutkan . Anda akan perasan isu ini semasa memandu terutamanya apabila memusingkan stereng. Anda rasa apa sebab stereng kereta bergegar? \nTerdapat pelbagai punca yang berpotensi menyebabkan stereng bergegar dan sesetengah daripadanya mungkin akan mengejutkan anda. A\nda kemungkinan lain bukan stereng kereta anda yang bermasalah, sebaliknya stereng kereta anda bergegar disebabkan masalah lain dengan kereta seperti:\n\n\n\n\nRoda tidak seimbang\n\n\nPad brek haus\n\n\nBrake caliper \nrosak\n\n\nMasalah enjin kereta\n\n\n\n\nUntuk mendapatkan kepastian, tindakan tepat dan terbaik apabila anda sedar stereng anda mula bergegar adalah dapatkan bantuan segera daripada mekanik yang berkelayakan dan berpengetahuan di pusat \nservis kereta\n supaya mereka boleh mengenalpasti dan menasihati anda bagaimana nak menyelesaikan masalah ini. Jika anda membiarkan masalah bergegar ini berlarutan, ia akan mengancam sistem kereta anda dengan lebih teruk dan pada masa yang sama\u00a0 keselamatan kenderaan anda juga akan terkesan secara keseluruhan.\n\n\n2. Stereng Kereta Berat\u00a0\n\n\nSusah kan bila nak memandu kalau stereng kereta berat?\n Anda memerlukan lebih banyak kekuatan untuk putar stereng, rasa macam tengah \nworkout\n! Stereng yang berat boleh menjejaskan keselamatan dan juga prestasi kenderaan anda. \nKalau anda mula sedar yang stereng kereta anda rasa berat, jangan buat tak tahu pula sebab masalah ini\u00a0 besar sebenarnya. Stereng berat merujuk kepada apabila stereng kenderaan anda menjadi kaku, menjadikannya sukar untuk dipusing. \nJadi, apa yang menyebabkan stereng kereta anda berat? Berikut adalah antara sebab-sebab masalah ini terjadi:\n\n\n\n\nTekanan \ntayar kereta\n tak cukup atau tak sama kedua-dua belah\n\n\nWheel alignment\n tak dijajarkan dengan betul\n\n\n\u00a0Kurang atau berlebihan minyak pelincir\u00a0\n\n\nTak servis dalam masa yang sangat lama\n\n\n\n\nApa yang anda\u00a0 boleh buat adalah buat dapatkan servis kereta dengan segera di bengkel yang berdekatan. Anda juga \nboleh membuat pemeriksaan sendiri dengan memeriksa tekanan tayar, periksa paras minyak pelincir dan \nwheel alignment\n.\n\n\n\n\n3. Stereng Kereta Berbunyi Bila Pusing \n\u00a0\n\n\nPernah tak anda dengar bunyi bila pusing stereng? Stereng yang menghasilkan bunyi seperti \u201ckrek\u201d bukan sahaja menjengkelkan, ia juga merupakan tanda masalah yang serius. Mungkin anda perasan terdapat bunyi berdecit (\nsqueaking sound\n). Ini merupakan bunyi biasa yang mungkin anda dengar dan bunyi decitan yang datang dari \nbrek kereta\n.\n Antara punca yang menyebabkan ia menghasilkan bunyi-bunyi yang \nannoying\n adalah seperti:\n\n\n\n\nKurang minyak \npower steering\u00a0\natau minyak\u00a0\npower steering\n bocor\n\n\nMasalah\n Bearing \ntayar\n\n\nMasalah Rotor brek\n\n\nMasalah berkaitan\u00a0\nCV Joint\n\n\n\n\nMacam-macam bunyi akan terhasil sekiranya kereta anda menghadapi masalah-masalah di atas. Nanti bila nak memandu pun tak tenang. Oleh itu, jangan tak ambil peduli bila anda dengar bunyi yang pelik-pelik semasa memandu ya. Sebaliknya, ambil tindakan dengan secepat mungkin dan dapatkan bantuan pakar.\n\n\n4. Stereng Kereta Bergerak dengan Sendiri\u00a0\n\n\nYang ini memang sangat bahaya. Anda pernah tak semasa memandu terutama sekali semasa memandu di jalan yang lurus perasan yang kereta bergerak dengan sendiri ke kiri atau ke kanan secara perlahan-lahan? Bayangkan kalau anda hilang perhatian semasa memandu di jalan lurus, mungkin kereta anda akan termasuk ke lorong lain dan boleh menyebabkan kemalangan.\u00a0 Terdapat beberapa kemungkinan punca masalah ini terjadi. Antaranya:\n\n\n\n\nTayar anda mungkin terlebih angin atau kurang angin\n\n\nBrek anda mungkin mempunyai \ncaliper\n tersangkut\n\n\nTetapi mungkin sebab yang paling biasa ialah roda anda tidak sejajar.\n\n\n\n\nApabila kenderaan bergerak dengan sendiri ke kiri atau kanan, tidak mengekalkan laluan lurus, ini akan menyukarkan pemandu untuk mengekalkan kawalan, meningkatkan kemungkinan anda mengalami kemalangan. Jadi, jangan tunggu lama-lama bila anda mula perasan yang kereta anda ada masalah ini.\n\n\nCara Mengawal Stereng Kereta \nAuto \ndan \nManual\n\n\nSebelum anda ketahui 4 petanda stereng kereta rosak, jom tengok cara mengawal stereng kereta dengan betul tak kiralah kereta anda auto atau manual. Adakah anda menggunakan stereng ini dengan betul? Sebelum anda memandu di jalan raya, anda perlu menguasai teknik pemanduan terlebih dahulu. Anda mungkin terfikir, \u201cstereng kereta je pun, apa yang susah sangat?\u201d. Nak kawal kereta ni pun ada tekniknya juga tau. \nWalaupun ia mungkin kedengaran cukup mudah, masih ramai pemandu di luar sana yang masih belum menyesuaikan diri menggunakan stereng dan tak tahu cara menggenggamnya dengan betul.\u00a0\n\n\nFoto Kredit: Pandu Laju\n\n\nAnda tahu tak kalau teknik pegang stereng anda tak betul adalah punca utama kemalangan apabila pemandu hilang kawalan? Pemandu yang menggunakan teknik yang betul untuk memegang supaya anda dapat mengawal kereta sepenuhnya dengan cekap dan kemungkinan untuk terlibat dalam kemalangan juga sangat tipis. Guna stereng kereta ni pun ada tekniknya juga tau. Posisi mana yang betul 10-2 atau 9-3? Jom kita tengok teknik yang betul untuk anda amalkan. \nAnda mesti ingat antara garis pandu yang kita semasa \nkelas memandu\n adalah cara memegang stereng pada kedudukan jam 10 dan 2. Kemungkinan anda pun masih mengamalkan teknik ini sampai sekarang.\n\n\nHaa, untuk pengetahuan anda, \ncara memegang stereng yang baru adalah 9 dan 3\n. Ini adalah berdasarkan garis panduan dan juga saranan oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), Persatuan Automobil Amerika (AAA), dan tenaga pengajar di Amerika Syarikat (AS). \nTapi kenapa? Ada dua sebab. Pertama, adalah disebabkan faktor keselamatan. Dengan meletakkan posisi tangan 9-3, tangan dan kepala anda akan terlindung apabila beg udara (\nair bag\n) menggembung secara tiba-tiba. \nKedua, dari segi pengawalan stereng, posisi 9-3 ini lebih optimum dari segi kestabilan dan juga pengawalan stereng kereta. \n\n\nKedudukan ini lebih santai daripada kedudukan 10 dan 2. Bahu anda pun berada dalam posisi yang lebih relaks. Tapi, dalam kedudukan ini, anda mungkin perlu mengalihkan tempat duduk lebih jauh. \nUntuk posisi badan pula, posisi kerusi kereta berada dalam keadaan yang sesuai mengikut keselesaan anda. \nAdjust\n juga \nheadrest\n, tempat duduk dan cermin kereta mengikut ketinggian anda. Pastikan juga anda boleh nampak dengan jelas kedua-dua cermin sisi dan juga cermin belakang. Putar sisi ke sisi juga untuk check titik buta (\nblindspot\n).\n\n\nKesimpulannya, jika selepas membaca artikel ini anda mendapati stereng kereta mengalami petanda-petanda seperti yang telah Qoala kongsikan dalam artikel ini , adalah penting untuk anda menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.\u00a0Potensi untuk terlibat dalam kemalangan itu tinggi kalau masalah ini berterusan.\n\n\nKalau anda nak \ninsurans kereta murah\n, dapatkan insurans kereta di Qoala! Anda boleh menikmati \nharga insurans kereta\n yang sangat berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/susut-nilai-kenderaan/", "title": "8 Faktor Mempengaruhi Kadar Susut Nilai Kenderaan Anda", "body": "\n\nApabila anda \nmembeli kereta\n, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan seperti model, spesifikasi dan \nharga kereta,\n kos tambahan yang perlu ditanggung seperti kos minyak petrol, \npenyelenggaraan kereta\n \nserta kemampuan anda membayar balik \npinjaman kereta\n. Selain itu, terdapat satu lagi perkara penting yang ramai terlepas pandang iaitu kadar susut nilai kenderaan tersebut. Artikel kali ini akan menerangkan semua yang anda perlu tahu tentang kadar susut nilai kenderaan termasuk faktor mempengaruhi susut nilai dan sebagainya.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nFaktor yang Mempengaruhi Susut Nilai Kenderaan\u00a0\u00a0\n1. Mileage Kereta\n2. Jenama Kereta & Reputasinya\n3. Sejarah Servis Kereta\n4. Keadaan Kereta\n5. Tempoh Waranti\n6. Bahan Api Kereta\n7. Saiz Kereta\n8. Bilangan Pemilik\nKadar Susut Nilai Kenderaan yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta Baru\nSelepas Anda Mula Memandu\nSelepas Satu Tahun\nSelepas Dua hingga Lima Tahun\nSelepas Lima Tahun\nTips Memastikan Kadar Susut Nilai Kenderaan Tidak Terlalu Tinggi\n1. Memandu dengan Selamat\n2. Pastikan Bacaan Mileage Kereta atau Perbatuan Rendah\n3. Elakkan Pengubahsuaian Kereta Berlebihan\n4. Kerap Melakukan Servis\n5. Membeli Kereta Terpakai\n6. Memilih Warna Kereta yang Popular\n7. Kajian Menyeluruh\n\n\nFaktor yang Mempengaruhi Susut Nilai Kenderaan\u00a0\u00a0\n\n\nKadar susut nilai kenderaan merujuk pada perbezaan antara nilai asal kereta pada masa pembelian dan nilai akhir pada masa penjualan kereta tersebut. Untuk pengetahuan anda, nilai kereta yang anda beli akan menurun atau menyusut dari tahun ke tahun. Jika anda berhasrat untuk jual atau\n trade-in\n kereta anda pada satu hari nanti, anda mungkin akan mendapati nilai pasaran kereta anda jauh lebih rendah berbanding harga kereta semasa anda beli.\u00a0\n\n\nSecara asasnya, banyak faktor yang mempengaruhi susut nilai kenderaan. Biasanya, setiap kereta mempunyai kadar susut nilai yang berbeza bergantung pada situasi seperti tabiat pemanduan, model serta jenama kereta dan sebagainya. Sebagai pembeli, anda harus mempertimbangkan faktor kadar susut nilai kenderaan ini dengan serius supaya anda tidak akan mengalami kerugian yang tinggi sekiranya anda mahu menjual kereta anda. Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi kadar nilai susut kereta:\n\n\n1. \nMileage\n Kereta\n\n\nApabila anda menggunakan kereta dengan lebih kerap untuk kegunaan harian seperti memandu ke pejabat, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya, ia akan menyebabkan bacaan \nmileage\n kereta atau perbatuan kereta tinggi. Ini akan menyebabkan nilai kereta anda menyusut kerana \nmileage \nyang tinggi boleh menyebabkan kereta anda perlu diselenggara dengan lebih kerap.\n\n\nSekiranya anda menjual kereta anda pada suatu hari nanti, faktor \nmileage \nini akan diambil kira kerana segala kos-kos \nwear and tear\n ini akan perlu ditanggung oleh \npemilik kereta yang baharu\n. Secara purata, anggaran perbatuan biasa adalah sekitar 10,000 hingga 12,000 batu setahun.\n\n\n2. Jenama Kereta & Reputasinya\n\n\nSusut nilai sesebuah kenderaan adalah berbeza bergantung pada jenis model, jenama dan tahun pembuatan. Sesetengah model kereta mempunyai reputasi yang baik sekali gus menjadikannya\n jenama kereta yang popular dalam kalangan pembeli kereta. Dengan kata lain, susut nilai kenderaan boleh dipengaruhi oleh kadar kebolehpercayaan pengguna terhadap sesebuah model atau jenama kereta. Contohnya, \nkereta Myvi\n merupakan satu kereta yang sangat popular dalam kalangan pemandu di Malaysia dan ia mempunyai kadar susut nilai yang rendah berbanding model kereta lain dalam pasaran.\n\n\n3. Sejarah Servis Kereta\n\n\nApabila pembeli yang berminat untuk beli kereta anda tahu yang anda sentiasa \nservis kereta\n mengikut jadual, anda akan dapat menjual kereta anda pada harga yang lebih tinggi. Ia secara tidak langsung menyakinkan pembeli bahawa kereta anda dijaga dengan baik. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk merekodkan jadual penyelengaraan kereta atau simpan resit perbelanjaan dalam buku manual penyelenggaraan kereta anda untuk memudahkan rujukan.\u00a0\n\n\nPenyelenggaraan atau servis kereta secara berkala juga dapat mencegah kereta anda daripada mengalami kerosakan yang teruk pada bahagian \nenjin kereta\n, \nbateri kereta\n, \nspark plug \nkereta\n, penapis udara dan sebagainya.\u00a0\n\n\n4. Keadaan Kereta\n\n\nKerosakan-kerosakan tertentu pada bahagian badan, ruang dalaman atau luaran kereta seperti calar atau kesan kemalangan boleh mengurangkan nilai semasa kereta. Pastikan anda menjaga kereta dengan baik dansentiasa pantau keadaan kereta dari masa ke semasa sama ada terdapat sebarang keganjilan kesan kemik atau \nwarna cat kereta\n \npudar dan sebagainya.\u00a0\n\n\nContohnya, kalau anda mendapati \nstereng kereta\n anda bergegar dengan kerap, anda perlu selesaikan masalah ini dengan segera dan pastikan masalah ini tidak berlarutan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada kereta yang boleh menjejaskan nilai kereta anda.\u00a0\u00a0\n\n\n5. Tempoh Waranti\n\n\nDari perspektif pembeli \nkereta terpakai\n, kereta yang dibeli masih mempunyai waranti merupakan satu bonus. Secara umumnya, pengeluar kereta menawarkan tempoh jaminan waranti kereta antara lima hingga tujuh tahun bergantung pada model. Biasanya, nilai kereta yang dijual dalam tempoh waranti tidak akan menyusut dengan begitu tinggi atau ketara.\n\n\n6. Bahan Api Kereta\n\n\nKereta tidak makan minyak\n atau kereta yang mempunyai teknologi penjimatan bahan api biasanya mempunyai \nresale value\n yang lebih tinggi berbanding model kereta yang tidak cekap penggunaan bahan api. Bukan itu sahaja, ia juga satu pilihan yang popular dalam kalangan pembeli kereta terpakai. Di Malaysia, terdapat banyak model kereta yang mempunyai \nciri mod \neco\n \natau ciri jimat minyak di jalan raya seperti Perodua, Toyota dan sebagainya.\u00a0\n\n\nSecara umumnya, kereta yang mempunyai ciri ini mempunyai kadar susut nilai yang rendah. Selain itu\n, \nturun naik harga pasaran minyak atau bahan api juga turut boleh mempengaruhi nilai jualan semula kereta anda.\u00a0\n\n\n7. Saiz Kereta\n\n\nSeterusnya, saiz kereta juga mampu mempengaruhi susut nilai kenderaan. Kebiasaannya, kereta yang mempunyai saiz yang lebih besar seperti MPV atau SUV akan mengalami susut nilai yang lebih tinggi berbanding kereta saiz kecil. Hal ini kerana, kereta bersaiz besar memerlukan perbelanjaan yang lebih besar untuk menampung kos penyelenggaraan kereta, alat ganti dan penggunaan bahan api yang lebih tinggi.\n\n\n8. Bilangan Pemilik\n\n\nSekiranya anda membeli kereta terpakai, anda perlu mengambil kira faktor seberapa ramai pemilik yang pernah memiliki kenderaan tersebut sebelum anda menjualnya semula.\n Ini kerana, nilai semasa kereta anda dipengaruhi oleh bilangan pemilik \u2013semakin ramai pemilik bertukar tangan, semakin rendah nilai semasa kereta anda.\n\n\n\n\nKadar Susut Nilai Kenderaan yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta Baru\n\n\nBanyak faktor yang mempengaruhi kadar susut nilai sesebuah kenderaan. Kereta baru secara amnya mengalami susut nilai lebih cepat berbanding kereta terpakai tanpa mengira model atau jenama kereta yang anda miliki. Berikut merupakan kadar susut nilai kenderaan yang anda boleh jangkakan selepas membeli kereta baru anda:\n\n\nSelepas Anda Mula Memandu\n\n\nApabila anda bawa kereta yang anda baru beli keluar dari pusat jualan kereta, nilai kereta anda akan mula menyusut sekitar 10 peratus.\u00a0\n\n\nSelepas Satu Tahun\n\n\nKereta akan mengalami susut nilai terbesar dalam tempoh satu tahun atau 12 bulan yang pertama iaitu sekitar 15 hingga 35 peratus. Selepas setahun, kereta anda mungkin mengalami pengurangan sehingga 20 peratus daripada harga pembelian.\n\n\nSelepas Dua hingga Lima Tahun\n\n\nNilai kereta anda akan menurun dalam lingkungan 15 hingga 25 peratus setiap tahun sehinggalah tahun kelima.\n\n\nSelepas Lima Tahun\n\n\nSelepas lima tahun, anda mungkin akan mendapati kereta anda mungkin bernilai dalam 40 peratus sahaja daripada harga pembelian anda. Selepas lima tahun, kereta baru biasanya akan kehilangan sekitar 60 peratus daripada nilai asalnya.\n\n\nUntuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, Qoala akan berkongsikan satu jadual anggaran susut nilai kenderaan. Dalam jadual ini, \nProton Saga\n 1.3 Premium AT akan dijadikan contoh untuk panduan anda. Harga bagi tahun 2022 bagi model ini adalah sebanyak RM39,300.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTahun\n\n\nPeratus Susut Nilai (%)\n\n\nSusut Nilai (RM)\n\n\n\n\n\n\nSelepas Membeli\n\n\n10\n\n\n35,370\n\n\n\n\n\n\nSelepas Satu Tahun\u00a0\n\n\n20\n\n\n31,440\n\n\n\n\n\n\nSelepas Lima Tahun\n\n\n60\n\n\n13,720\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTips Memastikan Kadar Susut Nilai Kenderaan Tidak Terlalu Tinggi\n\n\nTiada perkara yang boleh menghalang kereta anda daripada menyusut. Namun begitu, terdapat beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk meminimumkan kadar susut nilai kenderaan anda. Ikuti tips-tips berikut:\n\n\n1. Memandu dengan Selamat\n\n\nKemalangan jalan raya terutama sekali kemalangan yang besar sehingga menyebabkan kerosakan struktur kereta boleh menyebabkan kereta mengalami susut nilai yang tinggi. Apabila anda terlibat dalam kemalangan, sebarang\n \nclaim\n kemalangan\n \natau pembaikan yang dilakukan oleh syarikat \ninsurans kereta\n akan dicatat dalam rekod kenderaan anda.\n\n\n2. Pastikan Bacaan \nMileage \nKereta atau Perbatuan Rendah\n\n\nSeperti yang telah dinyatakan pada awal tadi, lebih tinggi bacaan \nmileage\n atau semakin kerap kereta anda dipandu, lebih tinggi kemungkinan kereta anda akan menghadapi masalah-masalah tertentu. Dengan mengekalkan bacaan perbatuan kereta anda serendah mungkin, anda boleh meminimumkan kadar susut nilai kenderaan anda.\u00a0\n\n\n3. Elakkan Pengubahsuaian Kereta Berlebihan\n\n\nSebelum anda tambah aksesori kereta seperti \nturbo kereta\n \nsport \natau memasang sistem bunyi dengan pembesar suara pada bahagian bonet, anda perlu tahu yang ini boleh menyebabkan kereta mengalami penurunan harga dengan lebih ketara. Namun begitu, ia tidak bermaksud anda tidak boleh lakukan sebarang pengubahsuaian pada kereta anda \u2013 anda boleh modified kereta tetapi tidak berlebihan dan mematuhi standard yang dibenarkan oleh JPJ. Pastikan pengubahsuaian dilakukan pada tahap minimum untuk memastikan kereta anda tidak susut nilai semata-mata kerana pilihan peribadi anda.\n\n\n4. Kerap Melakukan Servis\n\n\nPastikan kereta anda diservis mengikut waktu yang disyorkan pengeluar dan simpan resit. Rekod lengkap penyelenggaraan terdahulu boleh meyakinkan pembeli dan memberi ketenangan fikiran kepada bakal pembeli.\n\n\n5. Membeli Kereta Terpakai\n\n\nSecara amnya, apabila anda membeli kereta terpakai, anda akan dapat \nbeli kereta dengan harga murah\n. Selain itu, \nkereta terpakai tanpa mengira model atau jenama kereta yang anda miliki biasanya mengalami susut nilai yang lebih rendah berbanding kereta baru.\n\u00a0\n\n\n6. Memilih Warna Kereta yang Popular\n\n\nWalaupun pemilihan warna yang menarik ini subjektif dan bergantung pada individu, anda boleh membuat sedikit kajian atau bertanyakan soalan kepada jurujual kereta tentang pilihan warna kereta popular bagi model yang anda inginkan. \nAda sesetengah warna mungkin menarik di mata anda, tetapi boleh membuatkan pihak pembeli berfikir banyak kali.\n\n\n7. Kajian Menyeluruh\n\n\nBuat tinjauan sebelum membeli kereta baru dan kenal pasti kadar susut nilai untuk model atau jenama kereta yang anda ingin dapatkan. Pastikan anda membuat pilihan terbaik apabila membeli kereta. Dapatkan nasihat daripada ahli keluarga atau kenalan yang mahir dalam bidang automotif sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta tertentu.\u00a0\n\n\nAnda mungkin akan jual kereta yang anda miliki dalam masa beberapa tahun akan datang tidak kiralah sama ada disebabkan pertambahan ahli dalam keluarga atau sebab-sebab tertentu yang lain. Dengan mengetahui anggaran nilai pasaran kereta anda untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, anda dapat membuat keputusan yang lebih strategik dan mengelakkan anda daripada membeli kereta dengan kadar susut nilai yang tinggi.\u00a0\n\n\nAnda disarankan untuk mengambil kira faktor susut nilai kenderaan sebelum ambil keputusan beli kereta. Ia secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada mengalami kerugian yang besar sekiranya anda mahu menjual kereta anda nanti.\u00a0 \nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta terbaik\n di Malaysia, \nlayari laman web Qoala untuk nikmati tawaran\n harga \ninsurans kereta\n \nmurah. Jangan tunggu lama-lama, jom lindungi kereta anda dengan Qoala!\n\u00a0\u00a0\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/tanda-coil-magnet-motosikal-rosak/", "title": "Tanda Coil Magnet Motosikal Rosak Wajib Tahu 2023", "body": "\n\nApakah tanda coil magnet \nmotosikal\n rosak yang kita perlu tahu? Macam mana nak atasi masalah tu?\u00a0 \nQoala hari ni akan berkongsikan tentang tanda-tanda coil magnet motosikal rosak, punca-punca kerosakan yang korang wajib tahu!\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nTanda Coil Magnet Motosikal Rosak\nFius Bateri\nHidupkan Lampu Motosikal\nPunca-punca Coil Magnet Rosak\nCara Penjagaan Coil Magnet\nCapasitor Discharge Ignition\nTanda CDI rosak\nPunca CDI rosak\nCara Penjagaan CDI\nCara Atasi Masalah Enjin Tidak Boleh Hidup\nKenapa Penunggang Motosikal Perlu Insurans?\nPenunggang Berhadapan dengan Risiko\nMelindungi Harta dan Aset\nMembantu Meringankan Beban Kewangan\n\n\nTanda Coil Magnet Motosikal Rosak\n\n\nBercerita pasal coil magnet motosikal ni, korang tahu tak, kalau benda ni rosak, memang dia akan makan banyak duit. Dah satu hal nak kena kumpul duit untuk baiki coil magnet motosikal yang rosak ni.\n\n\n\n\nFius Bateri\n\n\nSoo, perkara pertama korang kena check untuk tengok tanda coil magnet motosikal rosak is tarik atau cabut fius \nbateri\n. Bateri motosikal korang mestilah dalam keadaan baik untuk periksa keadaan coil magnet, sebab kalau bateri lemah ia akan menyukarkan korang untuk mengetahui sama ada rectifier atau coil magnet yang rosak.\u00a0\n\n\nMula-mula korang kena hidupkan enjin motosikal dan seterusnya cabut fius bateri, kalau enjin motosikal korang mati selepas beberapa saat ini bermakna coil magnet korang telah rosak.\n\n\nHidupkan Lampu Motosikal\n\n\nNext, untuk tengok tanda coil magnet motosikal still okay atau dah rosak, korang kena try hidupkan lampu motosikal korang.\n\n\nSelalunya, bila coil magnet rosak dia akan bagi kesan dekat lampu motosikal korang. Jadi, bila korang start enjin dan lampu utama (low and high beam) motosikal korang malap atau tak menyala walaupun korang dah tukar bateri baru, ini tanda coil magnet motosikal rosak dan ada masalah.\u00a0\n\n\nPunca-punca Coil Magnet Rosak\n\n\n\n\nBerpunca daripada bateri di mana bateri korang telah kong. Ini menyebabkan coil magnet bekerja bersendirian untuk menghantar api\n\n\nMasalah dengan minyak engine di mana minyak enjin korang sudah lama tidak ditukar atau minyak enjin tidak mengikut spec (lebih)\n\n\nAda masalah dengan wiring\n\n\n\n\nCara Penjagaan Coil Magnet\n\n\n\n\nNak jaga coil magnet, korang kena jaga bateri motosikal korang supaya dua-dua boleh berfungsi dengan baik.\n\n\nKorang kena sentiasa periksa coil magnet, jangan biarkan coil magnet korang ada tanda hitam. Kalau dah hitam, korang kena ganti coil magnet korang.\n\n\nTukar minyak engine korang kalau sudah capai had mileage\n\n\nBeli coil magnet original\n\n\n\n\nCapasitor Discharge Ignition\n\n\nCDI adalah singkatan daripada Capasitor Discharge Ignition yang berfungsi untuk mengawal kadar api yang akan disalurkan kepada coil dan palam pencucuh di bahagian pembakaran enjin. Bukan itu sahaja fungsi CDI, fungsi lain adalah untuk mengawal kelajuan maksimum putaran enjin, mengawal pemasaan dan pelbagai kawalan berkaitan palam pencucuh.\n\n\nKadangkala, CDI motosikal korang pun boleh mengalami kerosakan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Jadi, di sini kami menolong korang untuk mengetahui tanda, punca dan cara penjagaan CDI.\n\n\nTanda CDI rosak\n\n\n\n\nEnjin tidak lancar\n\n\nTiming tidak sekata\n\n\nEnjin tidak boleh dihidupkan\n\n\nEnjin mati apabila pendikit dilepaskan\n\n\n\n\nPunca CDI rosak\n\n\n\n\nWap air\n\n\nGegaran melampau\n\n\nHaba\n\n\n\n\nCara Penjagaan CDI\n\n\n\n\nTidak digalakkan menukar CDI standard kepada CDI racing (membantu menjadikan motosikal laju), kerana ia akan memberi kesan buruk kepada engine. Engine akan rosak sebab putaran terlalu laju.\n\n\nJangan beli produk non-original\n\n\n\n\nUntuk memastikan jangka hayat CDI motosikal korang lebih lama, korang haruslah mengendalikannya dengan tepat. Antara cara untuk mengendalikannya adalah;\n\n\n\n\nCDI tidak boleh berada dalam kedudukan yang salah sebab ia boleh memendekkan hayat perkhidmatannya.\n\n\nJangan membuat sambungan yang salah antara pin supaya tidak berlaku litar pintas\n\n\n\n\nCara Atasi Masalah Enjin Tidak Boleh Hidup\n\n\nKorang biasakan diri korang guna kick starter instead of electric starter. Sebabnya, electric starter menggunakan bateri yang banyak. Salah satu tanda coil magnet motor rosak ialah enjin tidak dapat menyala. Nah, sebelum korang nak menunggang motosikal, korang digalakkan untuk memanaskan enjin motosikal.\n\n\nKalau ada bahagian-bahagian motosikal korang rosak, gantikan dengan alat yang baru dan original. Tukar minyak hitam kalau dah sampai had mileage. Servis Air Filter yang kotor ataupun korang tukar dengan yang baru. Selain itu, korang kena tukar bateri motosikal yang sudah kong ataupun bateri berada dalam keadaan yang tidak baik\n\n\n\n\nKenapa Penunggang Motosikal Perlu Insurans?\n\n\nInsurans secara asasnya memainkan peranan penting dalam memberi perlindungan tambahan kepada anda. Oleh sebab itu, penting untuk anda memiliki insurans untuk perlindungan yang lebih menyeluruh.\n\n\nPenunggang Berhadapan dengan Risiko\n\n\nKorang wajib mengambil\n insurans motosikal\n sebagai alat perlindungan sebab korang sentiasa berhadapan dengan risiko. Cumanya, masa dan tempat risiko itu berlaku sahaja yang korang tidak ketahui dan kebarangkalian untuk korang berhadapan dengan risiko adalah tinggi.\n\n\nContohnya, korang berkemungkinan akan ditimpa kemalangan atau musibah lain semasa menunggang motosikal akibat daripada kerosakan dalaman motosikal.\n\n\nJadi, insurans motor boleh membantu korang untuk hadapi risiko ini di mana korang akan mendapat perlindungan atau pampasan sekiranya berlaku apa-apa kemalangan sewaktu menunggang motosikal.\n\n\nMelindungi Harta dan Aset\n\n\nBukan itu sahaja, korang wajib ada \ninsurans\n motor supaya motosikal korang boleh dilindungi daripada sebarang musibah. Kalau korang tiada \ninsurans motor\n, korang mungkin harus mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk membiayai kos-kos seperti kos pembaikan motosikal dan alat ganti.\n\n\nJadi, korang kena tahu yang insurans motor bukan sahaja melindungi diri korang tetapi juga aset korang iaitu motosikal daripada sesuatu musibah.\n\n\nMembantu Meringankan Beban Kewangan\n\n\nSebagai seorang penunggang motosikal, korang sentiasa berhadapan dengan risiko yang berbahaya apabila berada di atas jalan raya. Korang berkemungkinan ditimpa kemalangan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital dan memakan belanja yang besar.\n\n\nKalau korang mempunyai simpanan sendiri, korang terpaksa menggunakannya untuk membiayai kos perubatan dan melepaskan keinginan korang untuk membeli benda yang korang inginkan. Jadi, \ninsurans\n ini adalah salah satu inisiatif untuk membantu meringankan beban kewangan korang tanpa mengusik wang yang telah korang simpan.\n\n\nDengan hanya premium yang rendah, korang akan mendapatkan perlindungan asas daripada syarikat\n insurans\n dan korang tidak perlu risau lagi sekiranya korang ditimpa musibah yang memerlukan dana yang banyak.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/tanda-ecu-kereta-rosak/", "title": "10 Punca, Tanda ECU Kereta Rosak Perlu Anda Tahu", "body": "\n\nAnda mungkin pernah dengar tentang ECU kereta tetapi anda mungkin kurang pasti apa itu ECU kereta atau apa fungsi dan peranan ECU dalam sistem enjin kenderaan. Secara asasnya, unit kawalan elektronik atau \nelectronic control unit\n berfungsi sebagai pusat kawalan atau sistem komputer elektrik utama kenderaan. Kebanyakan fungsi penting dalam kereta moden hari ini dikawal oleh ECU kereta.\n\n\nECU kereta berperanan mengawal prestasi dan kebolehpanduan sesebuah kenderaan. Selain itu, komponen ini juga menguruskan nisbah bahan api dan udara serta pemasaan enjin. Ia juga berfungsi mendapatkan maklumat daripada \nsensor\n dalam sistem kereta bagi mengira serta menala percikan dan bahan api yang sesuai bagi mengekalkan prestasi, kuasa dan kecekapan kenderaan.\n\n\nOleh sebab itu, jika ECU kereta rosak, ia boleh menyebabkan pelbagai risiko lain seperti \nkereta tak boleh start\n,\u00a0\nlampu \ndashboard\n menyala\n dan sebagainya. Artikel ini akan membantu anda kenal pasti tanda ECU kereta rosak dan punca ECU kereta rosak untuk mengelakkan risiko kerosakan lain yang lebih serius.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n5 Perkara Penting Anda Wajib Tahu Tentang ECU Kereta\n1. Apa Itu ECU Kereta?\n2. Fungsi ECU Kereta\n3. Tanda ECU Kereta Rosak\n4. Kereta Kuat Makan Minyak\n5. Kereta Tak Boleh Start\n5 Punca ECU Kereta Rosak yang Anda Perlu Tahu\n1. Bateri Kereta Kong\n2. Kakisan\n3. Starter Kereta Rosak\n4. Voltan Rendah\n5. Cara Jumper Kereta yang Tidak Betul\nRepair ECU Kereta: Anggaran Kos Tukar ECU\nCara Baik Pulih atau Reset Semula ECU Kereta\n\n\n5 Perkara Penting Anda Wajib Tahu Tentang ECU Kereta\n\n\nJika komputer mempunyai CPU untuk beroperasi, maka kereta pula memerlukan ECU untuk mengendalikan komponen kereta dengan lebih baik. Berikut lima perkara tentang ECU kereta yang perlu anda tahu untuk rujukan dan panduan anda.\n\n\n1. Apa Itu ECU Kereta?\n\n\nUnit kawalan enjin (atau ECU kereta) menghubungkan komponen penting dalam \nenjin kereta\n dengan sistem komputer \nbuilt-in\n yang menguruskan pelbagai sistem dan fungsi selain mengawal selia kebanyakan komponen kereta. ECU kemudiannya memainkan peranan memastikan prestasi kereta termasuklah kuasa, kecekapan dan penjimatan bahan api berada pada tahap optimum berdasarkan maklumat yang diterima daripada \nsensor\n, cip dan komponen dalam kenderaan.\n\n\n2. Fungsi ECU Kereta\n\n\nSecara asasnya, ECU kereta memainkan peranan penting dalam sistem kenderaan. Berikut merupakan fungsi ECU kereta untuk panduan anda:\n\n\n\n\nMengawal campuran bahan api-udara yang digunakan oleh enjin;\n\n\nMelaraskan masa percikan atau masa pencucuhan untuk memberikan kuasa dan \npenjimatan bahan api\n yang lebih baik;\n\n\nMengawal kelajuan dan pemasaan serta pembukaan injap mengikut keadaan enjin;\n\n\nMengatur prestasi \nkipas penyejuk enjin\n;\n\n\nMenghidupkan\n lampu amaran kereta\n sekiranya terdapat gangguan atau kerosakan.\n\n\n\n\n3. Tanda ECU Kereta Rosak\n\n\nBagaimana nak tahu ECU kereta rosak dan perlu dibaiki? Biasanya, ECU kereta akan menunjukkan tanda-tanda kerosakan tertentu bagi memberi amaran kepada pemandu. Sekiranya kereta anda mengalami simptom kerosakan ini, anda disarankan untuk segera bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut. Berikut tanda-tanda ECU kereta rosak untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\nPrestasi Enjin Menurun\n\n\nSekiranya anda mendapati kereta anda menghadapi masalah berkaitan prestasi enjin, ia mungkin berpunca daripada kerosakan pada ECU kereta anda. Biasanya, masalah kemerosotan prestasi enjin berkait rapat dengan prestasi modul kawalan enjin ini. ECU kereta yang tidak berada dalam keadaan baik boleh memberi kesan kepada pemasaan enjin, sekali gus menyebabkan kecekapan pembakaran dalaman berkurangan dan prestasi enjin untuk memecut dengan baik turut terjejas.\n\n\nEnjin Kereta Tersengguk-sengguk\n\n\nSelain prestasi enjin merosot, masalah ECU rosak juga biasanya menyebabkan enjin kereta tersengguk-sengguk atau semput ketika sedang memecut. Namun begitu, masalah ini tidak berlaku setiap masa \u2013 biasanya enjin kereta akan semput secara tiba-tiba dan kembali normal pada bila-bila masa. Sekiranya situasi ini berlaku, bawa kereta anda ke bengkel untuk diagnosis lengkap.\n\n\nLampu \nCheck Engine\n Menyala\n\n\nLampu Check Engine merupakan sebahagian daripada sistem diagnostik kenderaan atau juga dikenali sebagai \non-board diagnostic \natau OBD. OBD merupakan istilah automotif yang merujuk pada keupayaan kenderaan untuk melakukan \nself-diagnostic\n dan \nreporting capability\n. Ini bermaksud, \nlampu amaran\n Check Engine\n yang berkelip-kelip atau menyala menandakan sistem komputer mengesan potensi masalah pada bahagian enjin sama ada kerosakan \nsensor\n atau litar.\n\n\nSelain itu, berikut merupakan antara punca yang menyebabkan lampu\n Check Engine\n menyala:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nFius kereta putus;\n\n\nTerdapat risiko kerosakan pada komponen elektrik kereta;\n\n\nECU kereta bermasalah atau rosak;\n\n\nPalam pencucuh atau\n spark plug\n kereta rosak\n;\n\n\nMasalah pada sambungan atau fius kereta seperti haus, rosak atau longgar;\n\n\nMasalah pada \nbateri kereta\n.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga \nCheck\n Komputer Kereta\n\n\nSekiranya lampu \nCheck Engine\n kereta menyala, dapatkan bantuan mekanik untuk mendiagnosis komputer kereta anda menggunakan alat imbasan (\nOBD reader\n) bagi memudahkan mekanik mengetahui punca sebenar kerosakan kereta dengan lebih tepat. Diagnosis yang tepat secara tidak langsung dapat membantu menangani masalah yang dihadapi oleh kereta dengan betul. Kod P0600 merupakan kos ralat yang berkaitan dengan kerosakan ECU kereta. Harga \ncheck\n komputer kereta biasanya sekitar RM30 hingga RM50 (atau mungkin lebih) bergantung pada lokasi, jenis kenderaan anda.\n\n\n4. Kereta Kuat Makan Minyak\n\n\nECU kereta rosak juga boleh dikenal pasti melalui kadar penggunaan bahan api. Jika kereta anda menggunakan lebih banyak bahan api berbanding biasa, ini bermaksud ada kemungkinan ECU kereta anda mengalami masalah. Ini kerana, enjin kereta berdepan kesukaran untuk mengenal pasti kadar bahan api yang sesuai untuk dihantar ke enjin untuk proses pembakaran. Ia sekali gus menyebabkan enjin membakar lebih banyak bahan api untuk mengekalkan prestasi pemanduan biasa.\n\n\n5. Kereta Tak Boleh \nStart\n\n\nJika anda menghadapi masalah kereta sukar untuk dihidupkan, besar kemungkinan ia berpunca daripada modul kawalan enjin yang telah rosak. Situasi ini berlaku kerana ECU tidak lagi dapat menghantar input elektronik kepada enjin seperti biasa. Meskipun begitu, masalah kereta tidak boleh \nstart\n boleh berlaku disebabkan oleh beberapa masalah-masalah lain seperti \nbateri kereta \nkong\n, \nalternator rosak\n atau \nspark plug\n rosak. Anda disarankan untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar permasalahan.\n\n\n\n\n5 Punca ECU Kereta Rosak yang Anda Perlu Tahu\n\n\nKomponen ECU secara amnya mengawal hampir kesemua sistem dan fungsi penting dalam kenderaan anda dan biasanya, komponen ini akan menunjukkan tanda-tanda tertentu jika rosak. Jika anda tertanya-tanya penyebab atau punca ECU kereta rosak, panduan ini boleh membantu anda. Qoala menyenaraikan lima punca kerosakan ECU untuk panduan anda seperti berikut:\n\n\n1. Bateri Kereta Kong\n\n\nBateri kereta dilengkapi dengan sel elektronik yang perlu berfungsi dengan baik bagi memastikan ECU kereta turut berfungsi. Jika bateri kereta kong atau sel dalam bateri mati, ia secara tidak langsung boleh menjejaskan prestasi ECU kereta. Jika dibiarkan, anda mungkin menghadapi masalah enjin kereta tak boleh\n start\n.\n\n\n2. Kakisan\n\n\nKomponen ECU dalam enjin dilengkapi dengan penutup kedap (\nseal\n) yang berfungsi menghalang kelembapan udara luar daripada memasuki ECU. Namun begitu, penutup kedap ini terdedah kepada risiko kerosakan seperti haus dan karat yang boleh menyebabkan kelembapan udara luar memasuki ECU dengan mudah. Secara teknikal, kelembapan udara tidak baik untuk ECU kerana ia boleh menyebabkan pembentukan kakisan. Jika kakisan ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan ECU kereta rosak dan menjejaskan fungsinya.\n\n\n3. \nStarter\n Kereta Rosak\n\n\nStarter\n kereta merupakan peranti elektrik yang digunakan untuk menghidupkan enjin kereta dan mengerakkan piston dalam sistem pembakaran dalaman sehingga enjin dapat beroperasi sendiri. Biasanya, kereta akan menghasilkan bunyi \ncrank\n semasa enjin kereta dihidupkan. Jika bunyi ini tidak kedengaran, besar kemungkinan \nstarter\n kereta anda mungkin sudah rosak dan perlu digantikan.\n\n\nTanda \nStarter\n Kereta Rosak\n\n\nSama seperti kebanyakan komponen lain, \nstarter\n kereta juga turut menunjukkan tanda-tanda kerosakan tertentu. Anda boleh mengesan tanda-tanda awal kerosakan\n starter\n kereta seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKereta tak boleh \nstart\n tetapi lampu pada meter \ndashboard\n menyala;\n\n\nKereta tak boleh \nstart\n bunyi tik tik atau kereta tak boleh \nstart\n bunyi tak tak;\n\n\nBahagian \nenjin kereta berasap\n atau berbau terbakar semasa enjin dihidupkan;\n\n\nKereta boleh\n start\n tapi tak hidup \u2013 ada bunyi \nstarter\n diaktifkan, tetapi enjin tidak beroperasi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Voltan Rendah\n\n\nSecara purata, kadar voltan yang ideal untuk ECU kereta adalah antara sembilan volt hingga 12 volt (lebih baik). Jika kadar voltan sekitar enam volt atau kurang, ia boleh menyebabkan masalah pada ECU kereta. Anda boleh periksa kadar voltan ECU dengan menggunakan \nvoltmeter gauge\n yang berfungsi mengesan jumlah voltan yang mengalir pada ECU.\n\n\n5. Cara \nJumper\n Kereta yang Tidak Betul\n\n\nCara \njump start\n bateri kereta yang tidak betul boleh mempengaruhi ECU kereta. Sekiranya anda perlu lakukan \njumper\n kereta, anda perlu pastikan kabel \njumper\n dipasang dengan betul. Jika tidak, ia boleh menyebabkan aliran elektrik yang tidak stabil dan boleh memendekkan jangka hayat ECU kereta anda. Malah, anda juga mungkin perlu mengeluarkan belanja yang lebih tinggi untuk pembaikan yang boleh mencecah ribuan ringgit.\n\n\nCara Jumper Bateri Kereta yang Betul, Senang dan Selamat\n\n\nBagaimana cara \njumper\n kereta dengan betul? Qoala menyenaraikan sembilan langkah \njumper\n kereta yang mudah dan selamat untuk membantu anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMatikan enjin dan pastikan peralatan serta sistem elektrik kedua-dua kereta seperti \nlampu kereta\n, radio dan sebagainya dimatikan;\n\n\nLetak kenderaan sedekat mungkin bagi membolehkan kabel \njumper\n boleh dicapai oleh terminal negatif dan positif kedua-dua kereta;\n\n\nSambungkan terminal positif kereta penderma dengan terminal positif kereta yang rosak. Terminal positif biasanya ditutup dengan penutup plastik berwarna merah dengan simbol tambah (+);\n\n\nUlang langkah sama dengan menyambungkan klip kabel\n jumper\n berwarna hitam pada terminal negatif bateri kereta penderma, dan sambungkan klip pada mana-mana benda logam tidak bercat seperti batang besi bonet hadapan;\n\n\nHidupkan enjin kereta penderma dan tunggu beberapa minit;\n\n\nKemudian, hidupkan enjin kereta yang rosak. Jika enjin masih tak boleh\n start\n selepas beberapa cubaan, besar kemungkinan ia berpunca daripada masalah lain selain bateri;\n\n\nJika enjin kereta hidup, biarkan seketika untuk lima hingga 10 minit;\n\n\nCabut kabel\n jumper\n kereta mengikut urutan berlawanan semasa pemasangan tadi \u2013 kabel hitam kereta rosak, kabel hitam kereta penderma, kabel merah kereta rosak dan kabel merah kereta penderma.\n\n\nPandu kereta dalam kelajuan normal sekitar 10 hingga 30 minit untuk mengecaj kembali kuasa bateri.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRepair\n ECU Kereta: Anggaran Kos Tukar ECU\n\n\nHarga \nrepair\n ECU kereta boleh menelan belanja yang agak tinggi, kadar caj biasanya bergantung pada jenama dan model kereta anda. Kos penggantian komponen ECU kereta Myvi misalnya boleh menelan kos antara RM350 hingga RM1,200. Meskipun begitu, terdapat alternatif lain yang lebih murah yang boleh anda pertimbangkan iaitu membaiki dan memprogramkan semula (ECU\n refurbished\n) ECU kereta yang telah rosak. ECU terpakai biasanya boleh didapati pada harga yang jauh lebih murah iaitu sekitar RM300 hingga RM500 bergantung pada jenis ECU, tahap kerosakan dan kualiti kerja.\n\n\nCara Baik Pulih atau \nReset\n Semula ECU Kereta\n\n\nSelain menukar ECU, anda juga boleh \nreset\n semula ECU kereta untuk jimatkan perbelanjaan. Berikut merupakan dua langkah \nreset\n ECU kereta yang boleh anda lakukan bagi memastikan ia kembali berfungsi seperti biasa:\n\n\n1. Kaedah Pertama\n\n\nUntuk \nreset\n semula ECU kereta yang bermasalah, anda perlu mencabut kabel negatif bateri kereta anda dan biarkan seketika selama 10 minit. Setelah 10 minit, pasang semula kabel negatif bateri dan hidupkan enjin kereta.\n\n\n2. Kaedah Kedua\n\n\nJika kaedah pertama tidak berjaya, anda boleh \nreset\n semula ECU dengan mencabut fius dan \nrelay\n ECU, biarkan seketika kira-kira untuk 10 minit. Kemudian, pasangkan semula dan hidupkan enjin kereta.\n\n\nSekiranya kedua-dua kaedah ini tidak berjaya, anda disarankan untuk menghantar kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut oleh individu yang lebih pakar bagi mengetahui punca sebenar masalah dan mengelakkan kerosakan lain yang lebih serius.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin beli dapatkan perlindungan \ninsurans kereta terbaik\n untuk kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans yang menawarkan rangkaian pilihan \ninsurans kereta murah\n dan terbaik untuk pilihan anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/temperature-kereta-naik/", "title": "8 Punca Kereta High Temperature, Temperature Kereta Naik Apa Perlu Buat?", "body": "\n\nPernah tak semasa anda memandu \ntemperature\n kereta naik (suhu kereta naik) atau enjin kereta \noverheat\n secara tiba-tiba? Enjin kereta panas boleh dikatakan mimpi ngeri bagi semua pemandu kenderaan lebih-lebih lagi jika insiden ini berlaku semasa memandu berseorangan pada waktu malam.\n\n\nKenapa \ntemperature\n kereta naik? Secara asasnya, banyak punca \ntemperature\n kereta naik \u2013 kereta \ntemperature\n naik berkemungkinan berpunca daripada kerosakan enjin kereta atau masalah pada sistem penyejukan kereta.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n8 Punca Temperature Kereta Naik, Enjin Kereta Overheat\n1. Kipas Radiator Tidak Berpusing, Rosak\n2. Punca Enjin Panas: Gasket Head Bocor\n3. Gelembung Udara dalam Coolant\n4. Air Coolant Bocor, Air Radiator Kering\n5. Water Pump Kereta Rosak, Tidak Berfungsi dengan Baik\n6. Thermostat Rosak, Tidak Berfungsi\n7. Radiator Kereta Tersumbat, Kotor\n8. Sebab Temperature Kereta Naik [BONUS]\nKereta Temperature Naik: Tanda Temperature Kereta Naik\nKereta Naik Temperature: Apa Perlu Buat Jika Temperature Kereta Naik?\n1. Kekal Bertenang\n2. Matikan Aircond Kereta, Alat Elektronik Lain\n3. Cari Lokasi Selamat untuk Berhenti\n4. Cara Turunkan Temperature Kereta: Buka Bonet Kereta\n5. Suhu Enjin Panas: Biarkan Enjin Sejuk Seketika\n6. Servis Kereta di Bengkel Berdekatan\nKereta Overheat: 9 Tips Penting Elakkan Suhu Kereta Naik yang Anda Perlu Tahu\n\n\n8 Punca \nTemperature\n Kereta Naik, Enjin Kereta \nOverheat\n\n\nKenapa suhu kereta naik? Apa punca \ntemperature\n kereta naik atau\u00a0punca kereta \noverheat\n? Secara asasnya, masalah \ntemp\n kereta naik boleh berlaku disebabkan oleh beberapa masalah.\n\n\nBiasanya, ia berpunca daripada kerosakan komponen penting dalam sistem penyejukan seperti radiator kereta, kipas radiator, thermostat kereta, \nwater pump\n kereta, air \ncoolant\n kering dan sebagainya.\n\n\n1. Kipas Radiator Tidak Berpusing, Rosak\n\n\nSecara amnya, kipas radiator berfungsi mengawal suhu enjin dan digerakkan oleh motor elektrik. Kipas radiator yang rosak atau tidak berpusing boleh menjadi punca \ntemperature\n naik dan menyebabkan suhu enjin terlampau panas. Apa-apa kerosakan mekanikal pada motor ini boleh menjejaskan fungsi kipas radiator sekali gus menyebabkan komponen ini tidak berupaya mengalirkan udara sejuk yang mencukupi melalui radiator.\n\n\nBiasanya, kereta anda menghadapi masalah enjin \noverheat\n atau \ntemperature\n kereta naik bila berhenti atau semasa memandu dalam kawasan aliran trafik yang tinggi. Aliran udara persekitaran yang terhad menyebabkan suhu kereta meningkat. Namun begitu, suhu enjin kembali normal apabila kereta anda bergerak laju kerana aliran udara sejuk dari luar kini boleh memasuki ruang enjin melalui sirip radiator.\n\n\nPunca kipas radiator tidak berpusing atau rosak boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:\n\n\n\n\nKerosakan pada motor kipas \u2013 berus karbon pada motor kipas sudah haus;\n\n\nFius terbakar, longgar atau putus;\n\n\nMasalah sistem pendawaian litar motor kipas radiator;\n\n\nKerosakan relay;\n\n\nKerosakan suis atau sensor suhu kereta.\n\n\n\n\n2. Punca Enjin Panas: \nGasket Head\n Bocor\n\n\nKebocoran \nhead gasket\n kereta menyebabkan gas daripada silinder memasuki saluran \ncoolant\n secara berterusan semasa enjin dihidupkan. Ia secara tidak langsung menyebabkan tekanan dalam saluran \ncoolant\n meningkat.\n\n\nTekanan yang tinggi dalam saluran \ncoolant\n ini menyebabkan\n coolant\n dikeluarkan ke dalam takungan kurung atau \nreservoir\n. Ia mengakibatkan amaun \ncoolant\n dalam saluran \ncoolant\n berkurangan dan menjadi punca enjin kereta panas.\n\n\n\n\n3. Gelembung Udara dalam\n Coolant\n\n\nSelain itu, punca suhu kereta naik boleh berlaku disebabkan oleh gelembung udara atau \nair bubble\n dalam \ncoolant\n. Pembentukan gelembung udara biasanya berlaku disebabkan kebocoran gas daripada silinder yang memasuki saluran \ncoolant\n (berpunca daripada gasket head bocor).\n\n\nSelain menyebabkan tekanan berlebihan, gelembung udara yang terperangkap dalam saluran \ncoolant\n akan mengganggu proses penyejukan enjin. Ia juga menyebabkan kegagalan fungsi injap dan mengakibatkan thermostat kereta gagal berfungsi dengan baik.\n\n\nGelembung udara terperangkap dalam saluran \ncoolant\n biasanya berlaku selepas proses penukaran\n coolant\n atau pengosongan saluran \ncoolant\n dilakukan. Anda disarankan untuk melakukan proses\n air bleeding\n atau \npurging\n selepas menggantikan \ncoolant\n untuk mengelakkan situasi \noverheat\n kereta.\n\n\n4. Air \nCoolant\n Bocor, Air Radiator Kering\n\n\nKebanyakan kereta dilengkapi dengan sistem penyejukan. Sistem penyejukan ini berperanan membantu mengekalkan \ntemperature\n kereta normal. Sistem penyejukan kereta yang bocor, rosak atau tersumbat boleh mengganggu fungsinya dalam mengekalkan suhu enjin pada paras normal dan menyerap haba panas daripada enjin.\n\n\nBiasanya, kebocoran \ncoolant\n berpunca daripada kerosakan pada sistem penyejukan utama seperti kebocoran kedap mekanikal \nwater pump\n, kebocoran radiator, hos atau palam teras jaket air (\nwater jacket core plug\n).\n\n\nNamun begitu, sekiranya komponen-komponen ini berada dalam keadaan baik tetapi kereta anda masih berdepan masalah air radiator kering atau masalah tangki simpanan air radiator selalu kurang, ia biasanya disebabkan kebocoran pada \nhead gasket\n. \nSpring\n penutup radiator yang rosak juga boleh menyebabkan air radiator kering dan berkurangan.\n\n\n5. \nWater Pump \nKereta Rosak, Tidak Berfungsi dengan Baik\n\n\nSelain air \ncoolant\n, pam air (atau \nwater pump\n) juga memainkan peranan dalam sistem penyejukan kereta. Ia berfungsi mengalirkan air \ncoolant\n ke seluruh bahagian enjin. Kerosakan \nwater pump\n boleh menjejaskan kitaran air\n coolant\n dan menyebabkan suhu enjin naik.\n\n\nKerosakan \nwater pump\n kereta biasanya dikaitkan dengan\n impeller\n pada pam yang telah haus atau sambungan antara\n impeller\n dan \nshaft\n yang telah longgar.\n\n\nTanda \nwater pump\n rosak boleh dikenal pasti melalui bacaan suhu enjin pada tolok suhu (\ntemperature gauge\n) yang tinggi melebihi paras normal. \nCoolant\n bocor juga merupakan salah satu tanda kerosakan \nwater pump\n kereta.\n\n\n6. Thermostat Rosak, Tidak Berfungsi\n\n\nSelain itu, salah satu penyebab \ntemperature\n kereta naik biasanya dikaitkan dengan masalah kerosakan thermostat kereta. Jika thermostat kereta rosak, ia boleh menyebabkan suhu enjin menjadi terlalu panas.\n\n\nUmum tahu, fungsi thermostat kereta adalah untuk mengawal jumlah \ncoolant\n yang disalurkan melalui enjin. Jika thermostat rosak seperti bukaan injap terlalu kecil, ia akan menyebabkan kitaran\n coolant\n tersekat atau terganggu.\n\n\nAmaun\n coolant\n yang disalurkan berkemungkinan tidak mencukupi untuk menstabilkan suhu enjin pada paras normal. Lama-kelamaan menyebabkan suhu enjin menjadi terlampau panas.\n\n\n7. Radiator Kereta Tersumbat, Kotor\n\n\nRadiator kereta merupakan salah satu komponen penting dalam enjin kereta. Sekiranya radiator tersumbat atau rosak, ia boleh beri kesan terhadap kitaran air \ncoolant\n. Ini kerana, air \ncoolant\n tidak dapat dipindahkan dengan baik ke radiator untuk menyejukkan enjin kereta.\n\n\nMasalah radiator tersumbat atau rosak biasanya berlaku disebabkan oleh mendapan karat dalam saluran radiator. Mendapan karat dalam saluran radiator boleh mengurangkan kecekapan dan menyebabkan \ntemperature\n kereta naik.\n\n\nSelain itu, objek bendasing seperti daun kering, lumpur atau serangga yang tersumbat pada sirip radiator juga boleh sebabkan enjin kereta \noverheat\n. Ini kerana, objek bendasing ini menghalang aliran udara sejuk daripada luar daripada memasuki ruang enjin melalui sirip radiator.\n\n\nOleh sebab itu, anda perlu pastikan sirip radiator sentiasa berada dalam keadaan baik untuk mengekalkan kecekapan dan prestasi radiator.\n\n\n\n\n8. Sebab \nTemperature\n Kereta Naik [BONUS]\n\n\nMasalah temperature atau suhu kereta naik tidak boleh dipandang ringan. Ia perlu dibaiki dan diselenggara dengan segera untuk mengelakkan kerosakan komponen lain yang lebih serius.\n\n\ni. Suhu Kereta Naik Bila Berhenti\n\n\nTemperature\n kereta naik bila berhenti merupakan masalah biasa yang sering berlaku. Situasi ini berkemungkinan berpunca daripada masalah kipas radiator yang rosak. Anda disarankan untuk segera memeriksa kereta anda untuk elakkan kerosakan yang lebih serius.\n\n\nii. Buka \nAircond Temperature\n Naik\n\n\nKenapa \ntemperature\n kereta naik bila buka \naircond\n? Secara asasnya, banyak sebab kereta \noverheat\n bila \non aircond\n. Biasanya, \ntemperature\n naik bila\n on aircond\n berpunca daripada kerosakan thermostat, radiator tersumbat atau kerosakan kipas radiator. Anda boleh rujuk mekanik anda untuk lebih kepastian.\n\n\niii. \nTemperature\n Kereta Naik Tapi Air Ada\n\n\nAda juga kes \ntemperature\n naik tapi air ada (air \ncoolant\n tidak kering). Ia mungkin berpunca daripada masalah saluran tersumbat yang menjejaskan aliran air untuk menyejukkan enjin tidak mencukupi. Lakukan diagnosis dengan lengkap untuk mengenal pasti punca masalah.\n\n\niv. \nTemperature\n Kereta Naik Turun\n\n\nAnda banyak sebab\n temperature\n kereta naik turun. Anda disarankan untuk melakukan diagnosis lengkap untuk mengenal pasti punca \ntemperature\n kereta naik turun ini.\n\n\nv. \nTemperature\n Kereta Naik Turun\n\n\nBiasanya, \ntemperature\n kereta naik bila laju berpunca daripada kerosakan thermostat, radiator tersumbat atau kerosakan kipas radiator. Anda boleh rujuk mekanik anda untuk lebih kepastian.\n\n\nvi. \nTemperature\n Kereta Naik Bila Naik Bukit\n\n\nKetika mendaki bukit, enjin kereta akan menjana lebih banyak kuasa untuk menampung bebanan yang meningkat. Peningkatan keperluan kuasa ini secara tidak langsung menyebabkan enjin kereta menjadi lebih panas.\n\n\nNamun begitu, peningkatan keperluan kuasa ini biasanya mampu ditangani oleh sistem penyejukan enjin yang baik. Melainkan, ada kerosakan dalam sistem penyejukan seperti pam air, radiator atau thermostat.\n\n\nKereta \nTemperature\n Naik: Tanda \nTemperature\n Kereta Naik\n\n\nBiasanya, enjin kereta panas tidak akan menyebabkan \ntempreture\n kereta naik. Melainkan, komponen enjin atau sistem penyejukan kereta anda tidak berada dalam keadaan baik. Oleh sebab itu, penting untuk anda kenal pasti sebab kereta \noverheat\n atau tanda kereta \noverheat\n seperti berikut:\n\n\n\n\nBonet kereta berasap (keluar wap atau asap putih dari bahagian bonet hadapan kereta);\n\n\nJarum tolok suhu enjin kereta pada \ndashboard\n kereta meningkat atau naik kepada \u201cH\u201d atau memasuki zon merah;\n\n\nBagi sesetengah model kereta, lampu amaran suhu enjin menyala \u2013 rujuk manual kereta untuk kepastian;\n\n\nBau hangus atau bau pelik datang dari bahagian enjin \u2013 \ncoolant\n bocor biasanya berbau manis manakala \nminyak enjin\n bocor biasanya berbau hangus atau terbakar.\n\n\n\n\nKereta Naik \nTemperature\n: Apa Perlu Buat Jika \nTemperature\n Kereta Naik?\n\n\nApa nak buat kalau \ntemperature\n kereta naik atau apa perlu buat jika kereta \noverheat\n? Jika anda tersekat dalam kesesakan lalu lintas dan menyedari bonet depan kereta berasap atau ada \nasap putih atau wap keluar\n \u2013 kekal tenang. Kalau \ntemperature\n kereta naik, anda boleh ambil langkah-langkah berjaga-jaga seperti berikut:\n\n\n1. Kekal Bertenang\n\n\nSekiranya anda berdepan situasi meter\n temperature\n kereta naik, \nkekal bertenang\n dan jangan panik. Ada sesetengah pemandu yang akan menekan brek kereta secara mengejut setelah mendapati bonet kereta berasap.\n\n\nTindakan sebegini amat berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kemalangan yang lebih serius.\n\n\n2. Matikan \nAircond\n Kereta, Alat Elektronik Lain\n\n\nSegera matikan \naircond\n kereta dan alat elektronik lain seperti radio untuk kurangkan tekanan pada enjin. Jika \naircond\n kereta dihidupkan semasa semasa kereta\n overheat\n, ia boleh meningkatkan beban pada enjin.\n\n\n3. Cari Lokasi Selamat untuk Berhenti\n\n\nJangan teruskan pemanduan jika meter suhu kereta naik. Perlahankan kenderaan anda dan pandu dengan berhati-hati ke bahu jalan. Pemanduan semasa \nenjin \noverheat\n boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius dan kos pembaikan enjin yang lebih mahal.\n\n\n4. Cara Turunkan\n Temperature\n Kereta: Buka Bonet Kereta\n\n\nSetelah berhenti, tunggu antara 15 hingga 20 minit sebelum buka bonet kereta anda. Elakkan daripada buka bonet semasa enjin masih panas. Ini kerana, anda terdedah kepada risiko melecur atau tercedera akibat wap atau asap enjin yang panas.\n\n\nBonet kereta perlu dibuka untuk tambah baik aliran udara dalam enjin dan membolehkan pengaliran haba yang lebih cepat dan lebih baik.\n\n\n5. Suhu Enjin Panas: Biarkan Enjin Sejuk Seketika\n\n\nBiarkan enjin kereta sejuk selama sekurang-kurangnya 15 minit. Setelah enjin kereta kembali sejuk, periksa tolok suhu sama ada\n temperature\n kereta turun ke tahap normal atau tidak.\n\n\nSetelah meter \ntemperature\n\u00a0kereta kembali normal, periksa dan tambah air \ncoolant\n ke dalam enjin untuk stabilkan suhu enjin kereta.\n\n\n6. Servis Kereta di Bengkel Berdekatan\n\n\nSetelah enjin sejuk, cuba hidupkan enjin kereta dan bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut dengan berhati-hati. Perhatikan jarum tolok meter \ntemperature\n kereta semasa memandu. Sekiranya suhu enjin kereta kembali meningkat, segera berhenti untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius.\n\n\nJika perlu, minta bantuan trak tunda daripada pengendali \ninsurans kereta\n\u00a0untuk membawa kereta anda ke bengkel berdekatan. Biasanya, perkhidmatan trak tunda insurans kereta adalah percuma bergantung pada syarat-syarat tertentu.\n\n\nEnjin kereta yang rosak perlu dibaiki dengan segera kerana ia boleh menjadi lebih teruk jika dibiarkan. Diagnosis masalah kerosakan enjin kereta yang lengkap boleh membantu mengenal pasti punca \ntemperature\n kereta naik. Ia juga membantu anda mendapatkan penyelesaian terbaik terhadap isu yang berlaku.\n\n\nKenapa\n temperature\n kereta naik? Biasanya, kebanyakan sebab\n temperature\n kereta naik adalah berpunca daripada kebocoran air \ncoolant\n. \nCoolant\n yang kering disebabkan kebocoran boleh menyebabkan suhu enjin kereta naik atau\n overheat\n.\n\n\nKenal pasti sama ada terdapat sebarang tanda kebocoran atau kerosakan yang berlaku.\u00a0Jika perlu, tambah air \ncoolant\n.\n\n\nKereta \nOverheat\n: 9 Tips Penting Elakkan Suhu Kereta Naik yang Anda Perlu Tahu\n\n\nSebelum anda memulakan \nroadtrip\n bersama keluarga\n atau rakan anda, penting untuk anda ikuti langkah-langkah ini untuk elakkan \nkereta tersadai tepi jalan\n akibat masalah enjin kereta \noverheat\n. Situasi ini secara tidak langsung boleh mengganggu mood percutian anda. Untuk elakkan\n temperature\n kereta anda melebihi suhu normal, berikut antara tips yang boleh anda praktikkan untuk\n\n\n\n\nPeriksa paras air \ncoolant\n Myvi secara konsisten sekurang-kurangnya setiap dua minggu atau sebulan sekali. Pastikan paras air coolant berada pada paras yang mencukupi;\n\n\nSimpan air dalam botol di dalam bonet kereta untuk kegunaan semasa kecemasan;\n\n\nPerhatikan lampu amaran kereta semasa memandu (\nlampu amaran suhu enjin kereta\n). Jika lampu amaran menyala, ia menandakan ada masalah pada bahagian enjin yang memerlukan pemeriksaan segera;\n\n\nPeriksa sama ada radiator kereta tersumbat (daun kering, serangga, lumpur dan sebagainya) yang boleh menyekat aliran udara;\n\n\nLakukan juga pemeriksaan pada penutup \nradiator kereta\n \u2013 \nspring\n penutup yang longgar tidak dapat mengekalkan tekanan yang diperlukan dalam radiator;\n\n\nElakkan \nparking\n kereta di kawasan terbuka terutamanya semasa cuaca panas terik kerana ia boleh menyebabkan \ntemperature\n kereta naik;\n\n\nPeriksa \ntiming belt\n kereta anda \u2013 \ntiming belt\n rosak atau haus berpotensi menjejaskan fungsi enjin;\n\n\nSelenggara atau \nservis kereta\n secara menyeluruh sebelum memulakan perjalanan. Beri perhatian terutamanya pada bahagian enjin seperti radiator, kipas radiator, hos getah dan sebagainya;\n\n\nMinta bantuan mekanik yang dipercayai untuk memeriksa, menyelenggara dan membaiki sebarang kerosakan, jika ada.\n\n\n\n\n\n\nSecara teknikal, bacaan \ntemperature\n kereta normal atau suhu normal enjin kereta adalah di antara 80-90 darjah celsius (\u00b0C). Namun begitu, ia bergantung pada \nsetting\n thermostat yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan.\n\n\nSemoga perkongsian ini boleh membantu anda sekiranya berdepan situasi \ntemperature\n kereta naik dengan tiba-tiba. Enjin kereta yang terlalu panas boleh dikatakan sebagai salah satu tanda awal masalah kerosakan kereta yang serius.\n\n\nPemeriksaan dan penyelenggaraan kereta secara berkala boleh membantu anda mengenal pasti masalah lebih awal. Ia sekali gus dapat mengelakkan kerosakan dan kos pembaikan kereta yang lebih tinggi.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari \nperlindungan tambahan\n yang sesuai dan terbaik untuk kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans terbaik di Malaysia\n dengan jaminan proses beli insurans yang mudah, pantas dan selamat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/tips-beli-kereta-terpakai/", "title": "7 Tips Beli Kereta Terpakai di Malaysia untuk Elak Ditipu", "body": "\n\nKereta, tidak kisah kereta terpakai atau kereta baru merupakan satu keperluan zaman kini kepada ramai orang. Namun, memiliki sebuah kereta memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Disebabkan keperluan memiliki sebuah kereta, terutamanya bagi mereka yang tinggal jauh daripada pengangkutan awam, ramai memilih untuk membeli kereta terpakai kerana harganya yang lebih murah berbanding dengan kereta baru.\n\n\nKereta terpakai mudah kini mudah untuk dibeli, namun jika anda tidak membeli tanpa semakan yang menyeluruh, ia boleh mendatangkan beban yang berat kepada anda dalam jangka masa yang panjang. Pelbagai aspek perlu dipertimbangkan sebelum membeli kereta terpakai. Sebagai contoh, \npembayaran bulanan\n, kos tambahan, kos penyelenggaraan dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nSebelum Mengeluarkan Duit Membeli Kereta Terpakai, Lakukan Ini\n1. Tetapkan bajet\n2. Hadkan tahun pengeluaran 5 tahun ke bawah\n3. Semak mileage\n4. Semak luaran kereta\n5. Periksa dalaman kereta\n6. Periksa enjin kereta\n7. Pandu uji kereta terpakai\nBeza kereta terpakai dan kereta recond\n1. Pilih pengedar yang terkenal\n2. Informasi alatan aksesori\n3. Buat kajian harga\n4. Upah mekanik\n\n\nSebelum Mengeluarkan Duit Membeli Kereta Terpakai, Lakukan Ini\n\n\nMembeli kereta terpakai bukan lah satu perkara mudah. Anda perlu menyemak pelbagai aspek dalam mendapatkan kereta yang terbaik bukan sahaja dari segi kuasa kereta tersebut, malah ia termasuklah kos-kos lain.\n\n\n1. Tetapkan bajet\n\n\nMenetapkan bajet yang bersesuaian dengan kemampuan anda adalah perkara pertama yang anda perlu lakukan dalam membeli kereta terpakai. Sama ada menetapkan bajet kereta terpakai pada di bawah harga RM50,000 atau dari segi bayaran \npinjaman bulanan\n yang mampu dibayar. Sebagai contoh bayaran bulanan dalam lingkungan RM300 ke RM500 sebulan dengan tempoh bayaran sehingga lima tahun. Ianya bergantung kepada keadaan komitmen anda pada setiap bulan.\n\n\n2. Hadkan tahun pengeluaran 5 tahun ke bawah\n\n\nAntara sebab ramai membeli kereta terpakai adalah kerana harganya yang murah berbanding kereta baru. Namun, dalam pada murah, anda perlu memilih kereta dengan meletakkan had tahun pengeluaran 5 tahun ke bawah. Ini kerana, apabila kereta sudah terlalu lama, ia mungkin mendatangkan beban yang berlebihan kepada anda.\n\n\nKereta yang terlalu lama akan cepat meragam dan anda akan menghabiskan wang anda untuk membaikinya. Oleh itu, anda perlu kecilkan pilihan kereta mengikut tahun pengeluaran setakat 5 tahun. Mungkin ada kereta yang berusia lebih 5 tahun yang dalam keadaan yang baik. Namun, ia adalah satu risiko yang kita nak elakkan.\n\n\n\n\n3. Semak mileage\n\n\nUntuk pengetahuan anda, semakin tinggi jumlah mileage pada sesebuah kereta, semakin rendah lah nilai jualan kereta pakai tersebut. Salah satu panduan dalam membeli kereta terpakai adalah dengan menyemak mileage kereta. Pastikan anda memilih kereta dengan mileage yang rendah atau pun sederhana.\n\n\nBaru-baru ini tular di media sosial tentang sebuah bengkel yang menawarkan perkhidmatan mengubahsuai mileage. Ini adalah satu tindakan yang salah di sisi undang-undang. Jadi bagi anda yang berminat untuk beli kereta ini, bagaimana cara mudah untuk anda tahu bahawa perbatuan kereta tersebut telah diubah?\n\n\nTips semak mileage\n\n\nBerikut dua tips semak mileage yang boleh anda ikuti:\n\n\nRekod penyelenggaraan\n\n\nAntara perkara yang anda boleh semak adalah rekod penyelenggaran. Dengan rekod tersebut, anda dapat mengetahui sama ada kereta terpakai tersebut diservis tepat pada waktunya atau tidak. Malah, perkara yang telah ditukar atau diganti seperti bendalir dan cecair penyejuk ataupun pemanggilan semula sekalipun boleh diketahui.\n\n\nIa juga memaparkan rekod mileage. Jadi, anda boleh padankan sendiri dengan bacaan odometer kereta tersebut. Sekiranya mileage dalam buku tersebut lebih tinggi daripada bacaan odometer, sudah pasti mileagenya telah diubah.\n\n\nKomponen terlalu haus\n\n\nSecara amnya, setiap komponen kereta mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada cara pemanduan dan penjagaan kereta terpakai tersebut. Sebagai contoh, spark plug kebiasaannya boleh bertahan sehingga 100,000 km. Jadi, sekiranya anda beli kereta yang mempunyai bacaan odometer sebanyak 50,000 km tetapi sudah perlukan spark plug yang baru, lupakan saja kerana sudah tentu ada yang tidak kena dengan kereta tersebut.\n\n\n4. Semak luaran kereta\n\n\nOrang puteh kata, don\u2019t judge a book by its cover. Dalam situasi ini, jangan hanya tengok luaran saja yang cantik, pastikan dalaman kereta juga berada pada tahap yang baik. Bukan sahaja dalaman kereta sahaja yang perlu dinilai dan disemak dengan teliti, luaran kereta juga perlu terutamanya dari segi badan kereta.\n\n\nAnda disarankan untuk memeriksa dan menyemak kereta pada waktu siang kerana pantulan cahaya matahari dapat membantu anda mengetahui tentang keadaan badan kereta. Keadaan seperti calar kecil, haus dan lusuh boleh diterima memandangkan ini adalah kereta terpakai.\n\n\nDalam situasi ini, anda perlu menyemak sekiranya badan kereta tersebut mempunyai celahan yang tidak rata pada panel badan berdasarkan pantulan. Sekiranya badan kereta terpakai tersebut mempunyai celahan tidak rata, ia merupakan tanda-tanda bahawa kereta itu pernah mengalami \nkemalangan\n.\n\n\nLagi satu, anda dinasihatkan untuk mengelakkan kereta terpakai yang mempunyai tompok karat. Anda boleh mencari titik karat yang biasa terdapat di sepanjang bumbung, kawasan sekitar kawasan enjin, lengkungan roda dan di bawah karpet lantai.\n\n\n5. Periksa dalaman kereta\n\n\nCiri dalaman kereta yang penting seperti \naircond\n adalah penting untuk disemak. Ini kerana dengan cuaca Malaysia yang panas, sudah tentunya aircond yang berfungsi dengan baik menjadi keutamaan. Anda harus pastikan aircond pada kereta terpakai tersebut tidak mengeluarkan bau yang busuk, dan tidak mengeluarkan bunyi yang pelik semasa enjin dihidupkan. Ini kerana jika anda tidak menyemak aircond dengan teliti, anda akan mengeluarkan duit yang banyak kerana kos pembaikinya juga tinggi.\n\n\nSelain itu, antara ciri dalaman lain yang anda perlu semak adalah dari segi \npower window\n, tombol signal, wiper, lampu hazard, lampu panel, lampu kabin, sistem kunci dan juga sistem audio. Anda tidak boleh melangkau proses semakan ini terutamanya bagi kereta yang dilengkapi dengan ciri elektronik seperti sistem infotainment yang lengkap dengan ciri touch screen.\n\n\nAntara semakan lain yang anda boleh buat adalah dengan memeriksa tanda-tanda kulat atau kelembapan. Sekiranya ada, ia menunjukkan kebocoran air pada kereta yang sukar untuk dibaiki. Tarik tikar karpet dan rasa mana-mana tempat yang lembap di lantai, but kereta dan tempat duduk. Kebocoran air di sepanjang pintu juga boleh menjadi tanda bahawa kereta itu mengalami kemalangan serius yang tidak boleh dibetulkan.\n\n\n6. Periksa enjin kereta\n\n\nKereta yang mahal tiada gunannya jika enjin tidak berada dalam keadaan yang baik. Sebab itulah anda perlu memeriksa enjin kereta terpakai yang anda ingin beli.\n\n\nPanduan pemeriksaan enjin kereta terpakai\n\n\nBerikut adalah panduan memeriksa enjin kereta yang anda boleh praktikkan.\n\n\nMaklumat pada geran dan kereta sama\n\n\nMaklumat penting yang anda boleh semak pada geran adalah nombor chasis dan juga nombor enjin. Pastikan ia padan dengan nombor yang ada pada kereta. Jika tidak padan, kemungkinan kepala enjin kereta tersebut pernah diganti. Kebiasaannya, enjin terdahulu telah rosak dan ditukar sepenuhnya.\n\n\nHidupkan enjin ketika sejuk\n\n\nMinta izin penjual untuk menghidupkan kereta terpakai tersebut. Ini untuk menyemak sama ada enjin berada dalam keadaan baik atau tidak kerana kereta akan mempunyai reaksi yang berbeza dalam keadaan sejuk atau panas. Pada kebiasaannya, enjin yang sejuk susah untuk dihidupkan. Kereta yang sesuai dengan cuaca di Malaysia sepatutnya tiada masalah untuk dihidupkan.\n\n\nNamun, jika enjin kereta tersebut susah untuk dihidupkan, ia berkemungkinan mempunyai masalah-masalah seperti ini:\n\n\n\n\n\n\n\n\nStarter fuse rosak\n\n\nStarter relay rosak\n\n\nBateri\n lemah\n\n\n\u2018Transponder\u2019 dalam kunci tak ada bateri/bateri lemah\n\n\nFuel pump rosak\n\n\nPenapis minyak tersumbat\n\n\nSpark plug longgar atau rosak\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeriksa ruang enjin apabila dihidupkan\n\n\nJika enjin tersebut bergegar/bergerak terlalu banyak apabila kereta dihidupkan, perkara ini barangkali disebabkan oleh mounting enjin yang tak elok. Gunakan lampu suluh dan lihat dengan teliti sekitar ruang enjin untuk mengesan sebarang kebocoran, dan dengar bunyi-bunyi lain yang pelik dengan teliti.\n\n\nSemak asap ekzos\n\n\nSekiranya kereta terpakai tersebut mengeluarkan asap ekzos yang berwarna kebiru-biruan, ia bermakna kereta tersebut sedang membakar minyak enjin.\u00a0 Ia juga mungkin disebabkan oleh cincin piston yang haus, penutup injap (valve seals) haus, atau kerosakan kepala \u2018gasket\u2019. Jika ekzos mengeluarkan asap putih, ini juga petanda tidak bagus. Ia mungkin disebabkan oleh kebocoran pada kepala \u2018gasket\u2019.\n\n\nHidupkan enjin tanpa menggerakkan kereta\n\n\nKelajuan \u2018idling\u2019 enjin yang tinggi adalah sekitar 1,500 rpm. Tunggu sehingga enjin cukup panas untuk melihat kelajuan \u2018idling\u2019 yang asas.\n\n\nKelajuan \u2018idling\u2019 enjin yang tinggi secara berterusan boleh jadi disebabkan oleh masalah dengan aliran udara yang masuk ke dalam enjin ataupun masalah pada injap kawalan udara ketika kereta pegun. Kelajuan \u2018idling\u2019 enjin yang standard adalah sekitar 1,000 rpm. Selalunya, kelajuan \u2018idling\u2019 enjin yang sepatutnya ditulis pada stiker di bawah hud enjin.\n\n\nKelajuan \u2018idling\u2019 enjin yang tidak stabil barangkali ialah tanda kegagalan sensor Mass Air Flow (MAF). Enjin yang lebih kecil (3 silinder) mungkin akan \u2018rev\u2019 dengan lebih tinggi pada permulaannya, tapi ia akan menurun ke tahap kelajuan \u2018idling\u2019 yang sepatutnya apabila dibiarkan seketika. Kelajuan \u2018idling\u2019 dikawal oleh injap kawalan udara pegun (idle air control valve).\n\n\nSemak kipas radiator\n\n\nRadiator juga merupakan satu komponen yang penting dalam penjagaan enjin kereta terpakai. Ini kerana kipas adalah sebahagian daripada sistem penyejukan kereta. Ia selalunya hidup apabila suhu air mencapai 87 \u2013 89 darjah Celcius. Jika ia tidak hidup, mungkin motor kipasnya atau \u2018relay\u2019 motor kipas yang rosak.\n\n\nMatikan enjin dan semak minyak enjin\n\n\nUntuk memeriksa minyak enjin, anda perlu memastikan kereta tersebut diparkir di atas jalan yang rata. ika tidak, beberapa kebocoran lebih susah untuk dikesan. Periksa bahagian bawah kereta untuk sebarang kebocoran. Dengan menggunakan alatan yang ringkas, anda boleh periksa warna, tekstur, dan tahap cecair-cecair kereta.\n\n\nSelain itu, periksa juga penutup minyak enjin dan batang penyelup. Pastikan ia berada antara tanda minima dan maksima. Jika ia berada di bawah minima, minyak enjin tak cukup. Jika ia berada di atas tanda maksima, mungkin juga penjual tersebut cuba untuk menyembunyikan kebocoran minyak enjin.\n\n\n7. Pandu uji kereta terpakai\n\n\nAnda mempunyai hak untuk membuat pandu uji terhadap kereta terpakai yang anda pilih. Justeru itu, beritahu kepada penjual tersebut yang anda mahu membuat pandu uji. Pandu uji penting untuk memberikan keyakinan untuk anda membeli kereta terpakai tersebut.\n\n\nSemasa pandu uji, lakukan langkah-langkah ini:\n\n\n\n\nBrek kereta secara perlahan dan juga brek kecemasan. Perhatikan sekiranya ada bunyi yang pelik semasa melakukan brek.\n\n\nUji stereng semasa selekoh (selekoh tajam atau selekoh biasa). Kenal pasti sama ada terdapat sebarang bunyi semasa membelok atau memutar stereng.\n\n\nBuat pandu uji di kawasan yang tidak rata untuk kenal pasti sekiranya ada sebarang bunyi yang pelik datang daripada komponen-komponen kereta.\n\n\nBuat pandu uji dalam pelbagai kelajuan untuk menguji bunyi angin, gegaran enjin atau stereng dan sistem suspensi kereta;\n\n\nUji \ngear\n kereta \u2013 jika transmisi manual (gear 1-5/6), manakala jika transmisi automatik \u2013masukkan gear D4, D3 atau D2 termasuk R. Pastikan gear bergerak lancar dan tidak tersekat-sekat.\n\n\n\n\n\n\nBeza kereta terpakai dan kereta recond\n\n\nSering dengan perkataan kereta recond tapi apa bezanya dengan kereta terpakai?\n\n\nSecara amnya, kereta recond bermaksud kenderaan yang dibaikpulih sepenuhnya dan dijual semula dalam pasaran. Yang membezakan kereta recond dengan kereta terpakai ialah, kereta recond merujuk kepada kereta terpakai yang diimport dari luar negara dan dijual semula di sini.\n\n\nJabatan Pengangkutan Jalanraya \nmengenakan syarat yang ketat untuk membawa masuk kereta terpakai dari luar negara. Ia menyebabkan kualiti kereta recond biasanya dalam keadaan yang baik bahkan seperti kereta baharu berbanding kereta terpakai tempatan.\n\n\nPanduan membeli kereta recond lebih kurang sama dengan kereta terpakai. Di bawah adalah tips-tipsnya:\n\n\n1. Pilih pengedar yang terkenal\n\n\nAnda disarankan untuk memilih pengedar \nkereta\n recond yang lebih dipercayai dan juga terkenal untuk mengurangkan risiko ditipu dan sebagainya.\n\n\nJika ada tawaran yang baik dari pengedar yang kurang terkenal, tanya kepada pihak bank mengenai status AP (permit import) syarikat tersebut.\n\n\nPihak bank selalunya mengetahui siapa yang mempunyai rekod AP yang baik kerana tanpa surat AP, anda tidak boleh membeli kenderaan tersebut atau ia akan mengambil proses yang lama untuk membelinya dan kemudian, menjualnya semula nanti.\n\n\nSelain itu, anda perlu mencari pengedar yang sah untuk mengelakkan anda daripada membeli besi buruk. Terdapat sendikit yang menjual kenderaan yang pernah mengalami kemalangan yang teruk.\n\n\n2. Informasi alatan aksesori\n\n\nJangan lupa untuk mendapatkan informasi tentang alatan \naksesori\n kereta tersebut. Ini kerana kereta recond dan kereta terpakai mempunyai spesifikasi yang berbeza dari satu unit ke satu unit yang lain.\n\n\nPastikan anda mendapatkan maklumat yang tepat dari jurujual mengenai alatan dan aksesori yang ada pada kenderaan itu.\n\n\n3. Buat kajian harga\n\n\nAnda disarankan untuk membuat kajian harga untuk mengelakan diri ditipu dengan harga tinggi yang tak masuk akal. Anda boleh mendapat harga pasaran kenderaan tersebut dari laman-laman web seperti Motor Trader, Mudah atau Oto.my sebelum anda melakukan tinjauan ke pengedar-pengedar kenderaan recond.\n\n\n4. Upah mekanik\n\n\nJika anda tidak mahir dalam memeriksa kereta terpakai atau kereta recond, apa yang anda boleh buat adalah dengan upah mekanik bagi melakukan pemeriksaan tersebut. Tambahan lagi, mereka lebih pakar dalam memeriksa kereta tersebut.\n\n\nKesimpulannya, anda perlu berhati-hati dalam membeli kereta terpakai atau pun kereta recond. Harga yang murah bukan penentu keputusan membeli. Pelbagai aspek perlu dipertimbangkan. Ini kerana jika kereta terpakai tersebut mempunyai pelbagai masalah, ia akan memberi impak buruk terhadap anda. Bukan sahaja dari segi wang ringgit untuk membaiki, anda juga terdedah dengan risiko kemalangan apabila kereta meragam.\n\n\nMujur ada \ninsurans kereta\n yang dapat memberi perlindungan kepada kereta anda apabila ditimpa kecemasan. Tak tahu nak \nrenew insurans kereta\n dekat mana? Renew saja di Qoala. Mudah dan pantas!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/tips-beli-tayar-kereta-terbaik/", "title": "6 Tips Beli Tayar Kereta Terbaik yang Wajib Diketahui", "body": "\n\nTayar adalah salah satu komponen terpenting pada sesebuah kereta. Ini kerana tayar kereta lah yang banyak terdedah dengan permukaan jalan raya. Tayar kereta ini ibarat jantung kereta. Tanpa tayar, kereta tak akan dapat bergerak.\u00a0\n\n\nUntuk memastikan korang mempunyai pemanduan yang lancar, pemilihan tayar memainkan peranan yang tinggi. Pemanduan yang lancar disini termasuklah dari segi keselesaan pengendalian, kawalan \nstereng kereta\n dan cengkaman tayar yang baik. Namun, ramai yang masih tidak peka dengan cara-cara beli tayar kereta yang terbaik tidak kira lah lelaki atau perempuan.\u00a0\n\n\nQoala hari ini akan berkongsikan cara-cara memilih tayar kereta terbaik ntuk prestasi pemanduan kereta yang optimum, tips beli tayar kereta, cara penjagaan tayar kereta dan juga langkah-langkah keselamatan apabila tayar pecah.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nCara Pilih dan Tips Beli Tayar Kereta\nPeriksa Kod Tayar Kereta\nSemak Empat Angka Tarikh\nPemilihan Saiz Tayar Kereta\nTayar yang Berkualiti Tinggi\nTayar yang Sesuai dengan Jenis Pemanduan\nPilih Jenama Tayar Kereta Terbaik\nTips Penjagaan Tayar Kereta Terbaik\nTekanan Angin Tayar Kereta\nTukar Kedudukan Tayar\nAlignment dan Balancing\nSelalu Periksa Kehausan Bunga Tayar\u00a0\nLangkah-langkah Keselamatan Apabila Tayar Pecah\nJangan Brek Mengejut\nBrek Secara Perlahan\nNyalakan Lampu Kecemasan\nHubungi Pihak Insurans\n\n\nCara Pilih dan Tips Beli Tayar Kereta\n\n\nTidak kira tayar yang baru atau tayar terpakai, pemilihan tayar yang baik dan betul penting bukan saja untuk kelancaran pemanduan, tapi juga untuk keselamatan kereta dan diri. Bila anda \nservis kereta\n, jangan lupa untuk periksa tayar kereta.\n\n\nPeriksa Kod Tayar Kereta\n\n\nAda beberapa situasi dimana pembeli boleh ditipu dengan penjual tayar kereta. Sesetengah penjual tayar kereta akan mempamerkan tayar kereta yang lama dengan harga tayar kereta yang baru semata-mata untuk menghabiskan stok. Jadi, ianya penting untuk korang tahu kod-kod yang ada pada tayar untuk mengelakkan tayar yang dijual itu sudah terlalu lama malah lebih teruk, expired. Ini kod tayar kereta yang perlu diperiksa:\u00a0\n\n\nSebagai contoh: Kod tayar kereta ada \n205/65/R15 94H\n\n\n205 = Lebar (W) dalam unit milimeter, mm\n\n\n65 = Nisbah aspek (untuk mengira tinggi / ketebalan tayar, H dalam unit milimeter mm)\n\n\nR = Radial\n\n\n15 = saiz / diameter rim (R) dalam unit inci\n\n\n94 = Had maksimum bebanan\n\n\nH = Had maksimum kelajuan 210 km / jam v\n\n\nSemak abjad terakhir:\n\n\nS = Maksimum had laju 180 km / jam\n\n\nT = Maksimum had laju 190 km / jam\n\n\nU = Maksimum had laju 200 km / jam\n\n\nV = Maksimum had laju 240 km / jam\n\n\nZ = Maksimum had laju 240 km / jam\n\n\nW = Maksimum had laju 270 km / jam\n\n\nY = Maksimum had laju 300 km / jam\n\n\nManakala untuk mengira tinggi atau ketebalan tayar, H:\u00a0\n\n\nSebagai contoh, nisbah aspek adalah 65 yang bermakna 65% dari lebar adalah bersamaan tinggi atau ketebalan tayar.\n\n\n65% x 205mm = 133.25mm\n\n\n240 km/jam\n\n\nW = Maksimum Had Laju 270 km/jam\n\n\nY = Maksimum Had Laju 300 km/jam\n\n\nSemak Empat Angka Tarikh\n\n\nUntuk membeli tayar kereta terbaik, sebagai pemandu korang kena periksa empat angka tarikh yang dicatat pada sisi tayar. Ini penting kerana tarikh tersebut merupakan indikator yang menunjukkan bila tayar itu dihasilkan.\n\n\nSebagai contoh: 0416\n\n\nBagaimana untuk membaca 0416 itu adalah ia menjadi keluaran kilang tayar pada minggu keempat tahun 2016. Tempoh penggunaan tayar yang ideal adalah selama lima tahun daripada tarikh ia dikeluarkan.\u00a0\n\n\nAdakah tayar yang sudah berusia lebih daripada lima tahun tidak boleh digunakan? Ianya boleh digunakan tapi disyorkan. Ini kerana tayar tersebut telah menjadi keras. Ini kerana getah yang ada pada tayar sudah tamat tempoh. Kita disyorkan untuk menggantikan tayar apabila bunga pada tayar sudah haus atau dah lebih lima tahun penggunaannya.\u00a0\n\n\nPemilihan Saiz Tayar Kereta\n\n\nUntuk berjalan dengan selesa, kita memerlukan saiz kasut yang betul. Begitu juga dengan kereta. Untuk pemanduan yang terbaik, pemilihan saiz tayar kereta harus betul. Ia juga perlu sesuai dengan spesifikasi kereta. Ini kerana lain kereta, lain spesifikasinya. Kebiasaannya, kereta dirangka dengan saiz tayar yang besar sedikit daripada saiz yang standard. Saiz tayar juga kenalah sesuai dengan saiz rim tayar. Pemandu perlu mengambil kira dari segi diameter dalaman dan lebar tayar. Apabila kelebaran tayar terlalu besar atau terlalu kecil daripada saiz lebar rim, ia akan membuat tayar menjadi rosak.\u00a0\n\n\nTayar yang Berkualiti Tinggi\n\n\nKita kalau boleh, selagi boleh jimat, kita nak jimat. Tapi sifat terlalu nak jimat dalam pembelian tayar kereta terbaik boleh mengundang risiko bahaya. Ini kerana, tayar adalah komponen tunggal yang mengharungi segala selok belok, brek, dan juga pecutan sesebuah kereta. Kita disyorkan untuk keluarkan belanja yang lebih sikit supaya mendapatkan tayar yang berkualiti tinggi. Harga yang terlalu murah pada sesebuah tayar ini mencurigakan kerana tahap kualiti pada tayar tersebut boleh menjadi rendah dan membahayakan pemandu.\n\n\nTayar yang Sesuai dengan Jenis Pemanduan\n\n\nDalam pemilihan tayar kereta terbaik, faktor-faktor prestasi tayar perlu disemak. Ini kerana ada tayar mempunyai pelbagai jenis prestasi. Seperti tayar yang memberi fokus kepada prestasi pada jalan raya yang basah, ada juga yang direka untuk prestasi penjimatan dan pelbagai lagi. Ini antara faktor-faktor prestasi yang perlu dipertimbangkan:\n\n\n\n\nCengkaman maksimum\n: Tayar yang mempunyai kegunaan untuk \ntrack-day\n mempunyai cengkaman yang baik. Walau bagaimanapun, ia hanya mungkin boleh bertahan pada 20 sehingga 30 km sahaja.\u00a0\n\n\nPrestasi jalan basah\n: Untuk pemanduan jenis ini, tayar diperlukan adalah tayar mempunyai bunga untuk membantu merembes air hujan secara konsisten. Disamping menjadikan tayar lebih stabil, ia juga mampu mengurangkan kemungkinan aquaplaning. Aquaplaning adalah apabila keadaan tayar terapung disebabkan lapisan air yang terperangkap di bawah tapak tayar. Prestasi jalan basah turut baik untuk jenis tayar yang mengandungi adunan kompaun silika pada bunga tayar.\u00a0\n\n\nTahap NVH tayar\n: Ada beberapa jenis tayar mengeluarkan lebih banyak bunyi bising. Ini kerana jenis kompoun dan bentuk bunga tayar yang mempunyai resonan bunyi pada halaju tertentu. Tayar yang mengeluarkan bunyi bising ini tidak sesuai dipandu pada permukaan jalan yang tidak rata.\u00a0\n\n\n\n\nPilih Jenama Tayar Kereta Terbaik\n\n\nPenting juga untuk korang pilih\u00a0\nbrand\u00a0\ntayar kereta terbaik. Berikut merupakan antara jenama tayar kereta terbaik di Malaysia untuk korang pilih:\n\n\n\n\nJenis tayar kereta Bridgestone\n\n\nJenis tayar kereta Continental\n\n\nJenis tayar kereta Toyo Tyre\n\n\nJenis tayar kereta Goodyear\n\n\nJenis tayar kereta Michelin\n\n\nJenis tayar kereta Pirelli\n\n\nJenis tayar kereta Hankook\n\n\nJenis tayar kereta Dunlop\n\n\n\n\n\n\nTips Penjagaan Tayar Kereta Terbaik\n\n\nBila sebut bab tayar kereta, memilih tayar kereta terbaik satu perkara. Menjaga tayar kereta tersebut turut perlu dititikberatkan. Baik lelaki atau pun wanita, masih ramai lagi mengabaikan cara-cara penjagaan tayar kereta. Apabila terabai ia mampu mengundang bahaya. Ini cara-cara penjagaan tayar kereta yang terbaik:\n\n\nTekanan\n Angin Tayar Kereta\n\n\nTekanan pada tayar kereta memberi pengaruh terhadap prestasi pemanduan kereta. Pemeriksaan tekanan angin pada tayar kereta yang idea adalah sekurang-kurangnya sebulan sekali atau dua minggu sekali. Apabila tekanan angin tayar tidak sesuai, ia boleh mengakibatkan pemanduan yang tidak selesa. Bukan itu sahaja, ia juga mendedahkan kepada kerosakan dan cengkaman tayar yang tidak baik. Dengan memiliki tekanan angin yang sesuai pada tayar kereta, ia dapat membantu dalam penjimatan minyak, menguatkan cengkaman tayar dan juga melindungi tayar daripada cepat rosak.\u00a0\n\n\nIni panduan memeriksa tekanan angin pada tayar kereta:\n\n\n\n\nLetakkan kereta pada permukaan yang rata dan dalam keadaan lurus\n\n\nLukis satu garisan pada bunga tayar\n\n\nPandu dengan perlahan sehingga garisan tadi pudar dan hilang\n\n\nJika garisan tersebut hilang pada keseluruhan tayar, ia menunjukkan tekanan angin pada tayar kereta ada sesuai.\u00a0\n\n\nJika garisan hilang pada bahagian tengah, ia menandakan tekanan angin berlebihan atau terlalu keras;\n\n\nJika garisan hilang pada bahagian sisi, ia menandakan tayar kekurangan angin\n\n\n\n\nJangan terkejut bila sebenarnya ramai lagi yang tidak tahu cara mengisi angin tayar yang betul. Tekanan angin pada tayar mungkin dipandang remeh bagi sesetengah orang. Tapi sebenarnya ia amat berbahaya kerana ia dapat mengundang \nkemalangan\n yang tidak diingini.\u00a0\n\n\nIni cara pam tayar yang betul:\u00a0\n\n\n\n\nUntuk yang tak biasa pam angin tayar kereta, pastikan korang baca manual kereta atau rujuk pada sticker yang ditampal pada bahagian tepi pintu pemandu. Sticker tersebut mempamerkan info yang ringkas mengenai kadar angin tayar kereta depan dan tayar kereta belakang, termasuklah kadar angin yang disyorkan apabila kereta kosong atau dipenuhi penumpang.\n\n\nDapatkan jumlah kPa dan PSI. (jumlah kPa dan PSI berbeza mengikut kereta)\n\n\nTetapkan jumlah kPa/PSI pada penunjuk jarum/pam digital agar ia sama dengan jumlah yang diperlukan.\u00a0\n\n\nTekan butang + atau \u2013 untuk mengurang atau menambahkan jumlah pada meter\n\n\nBuka punat tayar dan letakkan pemacu pam pada punat tayar.\u00a0\n\n\nCabut pemacu tersebut apabila mesin pam telah berbunyi.\u00a0\n\n\n\n\nTukar\n Kedudukan Tayar\n\n\nUntuk mendapatkan prestasi tayar kereta terbaik, kita juga dinasihatkan untuk ubah kedudukan tayar secara berkala. Atau dalam bahasa inggrisnya, \ntyre rotation\n. Dengan menggunakan cara ini, ia mampu untuk memastikan kehausan keempat-empat adalah pada tahap yang sama. Bukan itu sahaha, cara ini dapat memanjangkan lagi jangka hayat tayar disamping mengurangkan risiko-risiko tayar rosak. Kita disyorkan untuk membuatkan pertukaran silang ini pada setiap enam bulan sekali atau pada setiap 10,000 km sehingga 13, 000 km sekurang-kurangnya.\u00a0\n\n\nAlignment\n dan \nBalancing\n\n\nAlignment\n dan \nbalancing\n yang tidak betul dapat mengakibatkan tayar cepat haus dan lebih teruk lagi, boleh menyebabkan kemalangan. Antara sebab-sebab alignment boleh berubah adalah kerana hentakan yang kuat pada sistem suspensi, wear dan tear pada komponen suspensi, atau kerosakan pada spring, absorber, cross member dan pelbagai lagi. Pemandu disyorkan untuk membetulkan alignment dan balancing tayar pada setiap tiga bulan. Ini juga bergantung kepada keadaan tayar kereta masing-masing. Proses alignment dan\u00a0 balancing adalah penting untuk memastikan cengkaman tayar yang berkesan semasa berada di atas jalan raya. Balancing pula adalah sebuah proses apabila tayar diseimbangkan dengan meletakkan timah atau pemberat.\u00a0\n\n\nIni adalah cara untuk mengesan \nalignment\n kereta yang bermasalah:\n\n\n\n\nSemasa pemanduan, cuba lepaskan stereng seketika. Jika kereta bergerak lurus, ia menunjukkan alignment kereta adalah pada tahap yang baik. Tapi, jika semasa dilepaskan kereta bergerak ke kiri dan kekanan, ia bermakna alignment kereta tidak betul dan perlu dibaiki.\u00a0\n\n\nCuba parking kereta dan pastikan tayar kereta pada bahagian depan berada dalam keadaan lurus. Sekiranya stereng tidak dapat selari dengan posisi tayar, ia bermakna alignment kereta tersebut bermasalah.\u00a0\n\n\nSemak tahap kehausan bunga pada tayar. Jika ia tidak sekata, itu menandakan alignment kereta bermasalah.\u00a0\n\n\n\n\nSelalu\n Periksa Kehausan Bunga Tayar\u00a0\n\n\nApabila kita selalu memeriksa tahap kehausan bunga tayar kereta, ia boleh mencegah dan juga boleh mengurangkan risiko kemalangan jiwa yang boleh membawa maut. Sebelum nasi menjadi bubur, ini dua langkah untuk semak bunga tayar.\n\n\n\n\nIndikator bunga tayar haus: \nRamai yang tak tahu yang sebenarnya tayar kereta telah pun dilengkapi dengan bar indikator yang boleh membantu kita memeriksa tahap kehausan bunga tayar. Korang boleh check bar kecil yang melintang pada bahagian tengah bunga tayar yang menunjukkan kedalaman minimum bunga tayar. Cuba perhatikan, semakin rapat bunga tayar dengan bar, semakin haus tayar korang.\n\n\nKerosakan tayar: \nKeadaan tayar juga mempengaruhi. Korang kena perhatikan tanda-tanda kerosakan. Sebagai contoh, koyakan, hirisan, bonjolan atau pun kebocoran tayar. Bila ada tanda-tanda ni, korang dah tak boleh tangguh dah. Kena bawa terus ke bengkel untuk dibaiki. Kalau tidak, ia boleh mengundang kemalangan.\u00a0\n\n\n\n\nKita dinasihatkan untuk sentiasa menyemak keadaan tayar sebelum memulakan pemanduan. Ini kerana kita boleh dalam risiko bahaya jika berlaku apa-apa contohnya macam tayar pecah ketika memandu. Tayar yang pecah ketika memandu boleh menjadi mimpi buruk kepada ramai orang. Ia bukan saja boleh menyebabkan kemalangan, malah boleh mengancam nyawa. Kebanyakkan \nkes\n kemalangan maut yang berlaku turut disebabkan tayar pecah. Dalam situasi kecemasan seperti ini, sudah tentunya kita terasa panik. Apatah lagi apabila kereta boleh hilang kawalan. Jangan risau, ini antara langkah-langkah keselamatan yang korang boleh gunakan:\n\n\n\n\nLangkah-langkah Keselamatan Apabila Tayar Pecah\n\n\nJangan Brek Mengejut\n\n\nDah menjadi kebiasaan kita, bila ada kecemasan berlaku, kita akan secara automatik menekan brek secara mengejut.\u00a0 Brek kecemasan adalah perkara yang paling perlu dielakkan apabila berada dalam situasi tayar kereta pecah. Ini kerana ia boleh menyebabkan kereta hilang kawalan dan terbabas.\u00a0\n\n\nApa yang kita boleh buat adalah, gunakan brek enjin dengan cara menurunkan gear kepada tahap yang lebih rendah. Tekan brek kaki secara perlahan apabila kereta dalam keadaan tidak laju.\u00a0\n\n\nBrek Secara Perlahan\n\n\nDalam keadaan tayar kereta yang tidak stabil, pemandu boleh brek. Cuma, ada caranya tersendiri. Kita seharusnya menekan brek dengan kaedah seolah-olah sedang mengepam, tekan dan lepas. Tindakan brek secara mengecut boleh menambahkan risiko kereta untuk berpusing lebih teruk dan boleh merosakkan sistem brek kereta.\n\n\nDah satu hal pula nak kena baiki sistem brek kereta yang bukannya murah.\u00a0\n\n\nNyalakan Lampu Kecemasan\n\n\nTindakan menyalakan \nlampu amaran\n kecemasan ini perlu dibuat semasa kereta sudah berhenti di tepi jalan. Ini bagi memberi indikator untuk kereta lain supaya berhati-hati apabila menghampiri kereta kita. Pada tahap ini, anda tiada jalan lain selain daripada berhenti di lorong kecemasan. Jika dalam kereta anda segi refleksif segi tiga, letakkan di belakang kereta pada jarak 45 meter daripada kereta. Jangan letak dua atau tiga langkah daripada kereta kerana itu boleh mengundang bahaya. Disebabkan inilah kita perlu menyediakan peralatan-peralatan kecemasan kerana kita tidak dapat menjangkakan bila dan dimana kemalangan boleh berlaku.\u00a0\n\n\nHubungi Pihak Insurans\n\n\nUntuk pengetahuan korang, pihak insurans turut menyediakan servis tunda sekirannya kereta kita rosak di tengah jalan. Sebab itulah kita tidak digalakkan untuk menggunakan servis gang trak tunda apabila berlakunya kerosakan atau kemalangan. Bukan apa, gang trak tunda ni selalu mengenakan caj yang mahal padahal kita boleh mendapatkan servis trak tunda secara percuma oleh pihak insurans. Hubungi saja pihak insurans dan terus ke mana-mana bengkel kereta pilihan.\u00a0\n\n\nKalau korang nak ketahui insurans kereta yang mana yang patut korang ambil, \nQoala \nada sediakan!\u00a0\n\n\nDiharapkan artikel Qoala kali ini boleh membantu korang dalam membuat pemilihan tayar kereta terbaik demi menjaga keselamatan dan juga pemanduan yang optimum. Ingat, pemanduan yang selamat bermula dengan tayar yang dalam keadaan baik. Bila tayar dalam keadaan baik, barulah boleh memandu dengan tenang.\n\n\nSekiranya anda mempertimbangkan untuk mendapatkan\n\u00a0insurans kereta\n\u00a0untuk kereta anda, layari laman web Qoala, platform\u00a0\ninsurans terbaik di Malaysia\n\u00a0untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/tukar-minyak-hitam-kereta/", "title": "5 Tanda Tukar Minyak Kereta, Harga Tukar Minyak Hitam Kereta 2023", "body": "\n\nKorang tahu tak apa fungsi minyak hitam kereta? Percaya atau tak kalau kami cakap ramai pemilik kenderaan tidak arif tentang minyak hitam seperti bila perlu tukar minyak hitam kereta, fungsi minyak hitam dalam enjin kereta dan sebagainya. Secara amnya, minyak enjin berfungsi sebagai pelincir supaya prestasi enjin kereta sentiasa berada dalam keadaan yang baik, dan memastikan pemanduan kereta berjalan lancar dan senyap.\n\n\nIa juga berfungsi membersihkan dan menyejukkan komponen dalaman enjin kereta sekali gus melindungi enjin kereta dan mengelakkan risiko enjin kereta rosak, komponen enjin berkarat dan sebagainya.\n\n\n\n\nTempoh tukar minyak hitam kereta biasanya bergantung pada model kereta, jenis kenderaan dan tabiat pemanduan. Secara amnya, minyak hitam perlu ditukar setiap 5,000 atau 10,000 km bergantung pada jenis minyak enjin yang digunakan.\n\n\nKebanyakan pemandu hanya akan tukar minyak hitam mereka bergantung pada jarak pemanduan tanpa menghiraukan tanda-tanda penting lain yang memerlukan mereka untuk tukar minyak hitam dengan segera.\n\n\nApabila tanda tukar minyak hitam ini diabaikan, ia boleh mengundang pelbagai risiko dan masalah pada enjin kereta seperti kerosakan komponen enjin.\n\n\nOleh sebab itu, pengetahuan dan penjagaan asas mengenai minyak hitam perlu diberi perhatian untuk mengelakkan kos pembaikan yang lebih tinggi.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nTukar Minyak Hitam Kereta Sebelum Terlambat, 5 Tanda Tukar Minyak Hitam Kereta yang Perlu Korang Tahu\n1. Warna Minyak Hitam Bertukar Gelap, Minyak Hitam Kotor\n2. Enjin Kereta Meragam\n3. Simbol Amaran Kereta, Lampu Enjin Menyala\n4. Enjin Kereta Berasap, Bau Terbakar atau Hangit\n5. Kereta Makan Minyak, Penggunaan Minyak Kereta Meningkat\nTips Pilih Minyak Enjin Terbaik, Minyak Hitam Kereta Sesuai untuk Kereta Korang\n1. Tahap Kelikatan Minyak Enjin\n2. Jenis Minyak Hitam Kereta\n3. Standard Pensijilan Minyak Hitam\n8 Minyak Enjin Kereta Terbaik, Harga Minyak Hitam Kereta di Malaysia\n1. Minyak Enjin Semi Sintetik BOLD SN 5W-30 (4L)\n2. Minyak Enjin Semi Sintetik MIZU 10W-40\n3. Minyak Pelincir NEO 10W-30\n4. Minyak Enjin Semi Sintetik CASTROL Magnatec 10W-40 SN/CF (4L)\n5. Minyak Enjin Semi Sintetik PETRONAS Syntium 800 10W-40 SN/CF\n6. Minyak Enjin Fully Synthetic PERODUA SAE 0W-20\n7. Minyak Enjin Fully Synthetic Honda SN 0w-30\n8. Minyak Enjin Semi Sintektik LIQUI MOLY MOS2 10W40 (4l)\nTukar Minyak Hitam Kereta: Jangan Tangguh Servis Minyak Hitam\n\n\nTukar Minyak Hitam Kereta Sebelum Terlambat, 5 Tanda Tukar Minyak Hitam Kereta yang Perlu Korang Tahu\n\n\nSecara amnya, minyak hitam kereta (atau turut dikenali sebagai minyak pelincir atau minyak enjin kereta) perlu diselenggara, diperiksa dan ditukar secara berkala supaya dapat mengekalkan prestasi dan kemampuan enjin secara menyeluruh.\n\n\nProses penyelenggaraan dan penjagaan minyak enjin penting untuk mengurangkan risiko kerosakan serius pada komponen enjin yang mungkin boleh mengakibatkan kos pembaikan yang tinggi.\n\n\nMinyak hitam kereta perlu ditukar setiap 5,000 hingga 10,000 km. Meskipun begitu, tempoh tukar minyak hitam kereta biasanya bergantung pada jenis minyak hitam kereta yang digunakan (sama ada minyak hitam semi sintetik atau minyak hitam \nfully synthetic\n).\n\n\nQoala menyenaraikan tanda tukar minyak hitam kereta untuk panduan dan rujukan korang seperti berikut:\n\n\n1. Warna Minyak Hitam Bertukar Gelap, Minyak Hitam Kotor\n\n\nMinyak enjin atau minyak pelincir ini sebenarnya berwarna amber atau coklat, meskipun ia dikenali sebagai minyak hitam dalam kalangan pengguna. Selari dengan penggunaan dan jarak pemanduan, warna coklat ini cenderung untuk bertukar menjadi lebih gelap dan hitam sepenuhnya akibat kotoran atau bendasing yang terhasil disebabkan pembakaran dalaman enjin.\n\n\nOleh sebab itu, korang dinasihatkan untuk cek minyak hitam kereta dan periksa tahap kejernihan minyak hitam. Tukar minyak hitam kereta sekiranya warnanya sudah bertukar menjadi gelap atau hitam berkilat.\n\n\nCara\n Check\n Minyak Hitam Kereta\n\n\nMinyak enjin kereta secara amnya perlu diperiksa dan diselenggara secara berkala bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan baik. Qoala menyenaraikan cara\n check\n minyak hitam kereta untuk panduan korang seperti berikut:\n\n\n\n\nTarik \ndipstick\n dan bersihkan;\n\n\nKemudian, masukkan semula \ndipstick\n ke dalam minyak hitam;\n\n\nKeluarkan semula\n dipstick\n tersebut dan periksa paras minyak hitam;\n\n\nSekiranya paras minyak hitam melebihi paras penuh, keluarkan sebahagian daripadanya supaya ia tidak memberi kesan kepada kelancaran enjin;\n\n\nMinyak hitam terlebih boleh menyebabkan kebocoran dan kerosakan \ncrankshaft\n, \nspark plug\n rosak\n;\n\n\nSekiranya paras minyak hitam kurang daripada paras rendah, tambah minyak hitam untuk mengurangkan risiko kerosakan komponen enjin;\n\n\nLap \ndipstick\n pada tisu atau kain yang berwarna cerah untuk memeriksa tahap kepekatan minyak hitam.\n\n\n\n\n2. Enjin Kereta Meragam\n\n\nSeperti semua sedia maklum, minyak hitam kereta berfungsi melancarkan pergerakan komponen logam dalam enjin, sekali gus mengelakkan komponen logam dalam enjin daripada bersentuhan dan bergesel antara satu sama lain. Ia secara tidak langsung mengelakkan enjin kereta daripada meragam atau bunyi bising daripada enjin kereta.\n\n\nMinyak enjin atau minyak pelincir yang semakin cair, berkurangan atau kotor tidak dapat menjalankan fungsinya secara optimum. Malah, dalam kes tertentu ia juga boleh menyebabkan \ntemperature\n kereta naik dan enjin kereta menjadi terlalu panas.\n\n\n3. Simbol Amaran Kereta, Lampu Enjin Menyala\n\n\nLampu amaran tekanan minyak enjin menyala merupakan salah satu petanda jelas yang korang perlu tukar minyak hitam kereta. Simbol amaran kereta ini boleh diperhatikan pada \ndashboard\n kereta korang. Sekiranya lampu enjin menyala, ia bermaksud sistem kereta mengesan masalah pada bahagian \nenjin kereta\n. Periksa paras minyak hitam dan tambahkan minyak hitam dengan segera, jika perlu.\n\n\nSelain itu, korang juga disarankan untuk segera bawa kereta ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut. Jika diabaikan, ia boleh memberi impak yang lebih ketara bukan sahaja pada kos pembaikan, malah kerosakan komponen enjin yang perlu ditanggung.\n\n\nAdakah Selamat Memandu Jika Lampu Amaran Kereta Menyala?\n\n\nSekiranya korang mengesan sesuatu yang tidak kena pada kereta atau \nlampu amaran minyak enjin kereta\n menyala secara tiba-tiba, korang dinasihatkan untuk tidak meneruskan pemanduan bagi mengelakkan risiko kerosakan komponen lain. Perlahankan kenderaan, dan segera berhenti di bahu jalan dengan selamat dan berhati-hati.\n\n\nJika perlu, hubungi trak tunda bagi membantu menunda kenderaan korang ke bengkel kereta berhampiran.\n\n\n4. Enjin Kereta Berasap, Bau Terbakar atau Hangit\n\n\nSekiranya korang ada terhidu bau terbakar atau bau hangit daripada ruang enjin, ini bermaksud kereta korang sedang mengalami masalah yang memerlukan pemeriksaan segera. Biasanya, bau terbakar ini terjadi disebabkan kebocoran minyak dalam enjin.\n\n\nSelain itu, ada sesetengah kes bau terbakar atau hangit ini berlaku disebabkan oleh\n temperature\n kereta naik\n atau suhu enjin terlalu panas sehingga menyebabkan minyak terbakar dalam sistem ekzos.\n\n\nSekiranya korang berdepan situasi sebegini terutamanya semasa korang sedang memandu, lakukan pemeriksaan dengan segera dan tukar minyak hitam kereta dengan segera untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk seperti kereta terbakar dan sebagai.\n\n\n5. Kereta Makan Minyak, Penggunaan Minyak Kereta Meningkat\n\n\nAntara kesan tak tukar minyak hitam kereta atau lambat tukar minyak hitam kereta ialah peningkatan penggunaan petrol. Minyak hitam kereta yang telah cair, kotor atau tidak cukup likat akan memaksa enjin untuk bekerja lebih keras bagi mencapai prestasi pemanduan yang sama seperti biasa.\n\n\nIa sekali gus meningkatkan tekanan pada enjin kereta, dan dalam masa yang sama meningkatkan penggunaan \nminyak kereta\n atau bahan api yang lebih tinggi berbanding biasa.\n\n\nTips Pilih Minyak Enjin Terbaik, Minyak Hitam Kereta Sesuai untuk Kereta Korang\n\n\nBagi memastikan kelancaran dan prestasi minyak enjin kereta yang optimum, pemilihan minyak hitam haruslah tepat dengan mengambil kira beberapa faktor-faktor penting antaranya tahap kelikatan minyak enjin, jenis minyak hitam dan jenis enjin kereta.\n\n\nQoala menyenaraikan perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum pilih minyak enjin terbaik seperti berikut:\n\n\n1. Tahap Kelikatan Minyak Enjin\n\n\nMenurut \nSociety of Automotive Engineers\n (SAE), salah satu cara untuk pilih minyak hitam terbaik adalah dengan merujuk tahap kelikatan minyak enjin kereta tersebut.\n\n\nKebiasaannya, tahap kelikatan minyak enjin dipaparkan pada label pembungkusan melalui kod unik \u2013 gabungan nombor dan huruf seperti 5W-50, 15W-40, 10W-30 dan sebagainya ini merujuk ukuran ketahanan dan tahap kelikatan minyak enjin.\n\n\nContohnya, \u201810W\u2019 merujuk kepada kelikatan minyak enjin pada suhu yang sejuk manakala \u201830\u2019 pula merujuk indikator kelikatan minyak enjin pada suhu yang tinggi. Semakin kecil nombor yang dipaparkan, semakin rendah tahap kelikatan minyak enjin tersebut.\n\n\nApa Minyak Hitam yang Sesuai untuk Kereta Lebih 10 Tahun? Minyak Hitam 10W-40 Berapa Kilometer?\n\n\nPersoalan \u201capa minyak hitam yang sesuai untuk kereta lebih 10 tahun atau kereta lama?\u201d merupakan persoalan biasa yang sering diajukan oleh pemilik kenderaan. Secara teknikal, kereta lebih 10 tahun memerlukan minyak enjin dengan tahap kelikatan yang lebih tinggi seperti Minyak Hitam 10W-40.\n\n\nIni kerana, faktor penggunaan yang lebih lama boleh mempengaruhi struktur dan komponen enjin, dan memberi kesan kepada prestasi enjin. Enjin kereta yang lebih berusia memerlukan minyak enjin yang lebih likat berbanding enjin kereta baharu.\n\n\nMinyak hitam 10W-40 sesuai untuk kereta dengan bacaan\n mileage\n yang tinggi \u2013 enjin lama berupaya mengendalikan suhu yang lebih tinggi dan enjin kereta dikatakan lebih efisien, lebih tahan lama dengan minyak yang lebih likat. Minyak hitam 10W-40 perlu ditukar setiap 8,000 hingga 10,000 bergantung pada penggunaan.\n\n\n2. Jenis Minyak Hitam Kereta\n\n\nDi pasaran, terdapat pelbagai jenis minyak enjin kereta dijual, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Sebelum beli minyak hitam kereta, penting untuk ambil kira model kenderaan, dan faktor-faktor lain seperti tahap kelikatan minyak enjin, ketahanan terhadap suhu, endapan dan sebagainya.\n\n\nBerikut merupakan tiga (3) jenis minyak hitam yang biasa ditemui dipasaran untuk panduan korang:\n\n\n\n\nMineral Engine Oil: \nMinyak hitam mineral atau \nmineral engine oil\n merupakan sejenis minyak mentah petroleum yang ditapis. Biasanya, minyak hitam jenis mineral ini tidak tahan lama kerana tiada sebarang formula tambahan atau bahan aditif diletakkan dalam minyak enjin jenis ini. Kos tukar minyak hitam jenis ini dikatakan lebih murah berbanding harga minyak hitam kereta yang lain.\n\n\nSemi-Synthetic Engine Oil\n: Minyak hitam semi sintentik pula mengandungi campuran minyak asas sintetik yang tidak melebihi 30 peratus dan minyak asas mineral. Ia berfungsi sebagai pelindung enjin yang baik dan lebih tahan lama jika dibandingkan dengan penggunaan minyak hitam mineral.\n\n\nFully Synthetic Engine Oil\n: Minyak hitam \nfully synthetic\n (sintetik penuh) atau\n fully synthetic engine oil\n dihasilkan melalui campuran dua (2) komponen iaitu polyalphaolefins dan ester yang turut digabungkan dengan bahan-bahan aditif lain. Minyak hitam \nfully synthetic\n ini dikatakan mampu bertahan untuk tempoh yang lama dan dijual pada harga yang lebih mahal berbanding minyak enjin yang lain.\n\n\n\n\n3. Standard Pensijilan Minyak Hitam\n\n\nAntara faktor lain yang perlu dititikberatkan semasa pilih minyak hitam sesuai ialah standard pensijilan minyak enjin yang dipaparkan menggunakan akronim yang berbeza.\n\n\n\n\nAPI merujuk pada American Petroleum Institute;\n\n\nACEA merujuk European Automobile Manufacturers Association;\n\n\nILSAC merujuk International Lubricant Specification Advisory Committee;\n\n\nJASO merujuk Japanese Automotive Standards Organization.\n\n\n\n\nStandard pensijilan ini memainkan peranan penting dalam memastikan jaminan prestasi dan kualiti minyak hitam kereta yang dijual dalam pasaran selari dengan kriteria dan standard yang telah ditetapkan.\n\n\n8 Minyak Enjin Kereta Terbaik, Harga Minyak Hitam Kereta di Malaysia\n\n\nMinyak enjin kereta yang dipilih mestilah sesuai mengikut enjin kereta korang. Bagi korang yang mungkin ingin tukar minyak hitam kereta, Qoala menyenaraikan lapan (8) jenis minyak enjin kereta terbaik termasuk harga tukar minyak hitam kereta untuk rujukan korang:\n\n\n1. Minyak Enjin Semi Sintetik BOLD SN 5W-30 (4L)\n\n\nIa merupakan minyak enjin semi sintetik, sesuai digunakan untuk semua jenis model kereta termasuklah model kereta lama. Minyak enjin ini dilengkapi dengan teknologi pembersihan khas pada enjin, berperanan mencuci dan melindungi enjin kereta secara maksimum sekali gus menghalang pengumpulan kotoran dan bendasing yang boleh melekat pada enjin.\n\n\nSelain itu, minyak enjin jenis ini sesuai digunakan untuk semua jenis pemanduan, selain mampu meminimumkan getaran pada enjin untuk prestasi pemanduan yang lebih lancar dan senyap. Minyak enjin ini dijual pada harga sekitar RM70 hingga RM120 dalam pasaran.\n\n\n2. Minyak Enjin Semi Sintetik MIZU 10W-40\n\n\nMinyak enjin berjenama MIZU ini dihasilkan khusus untuk kereta keluaran Jepun seperti kereta Nissan atau kereta Toyota. Dengan menggunakan 100 peratus bahan mentah asli, ia dikatakan mampu mengurangkan pengumpulan kotoran dan bendasing pada enjin kereta sekaligus dapat memanjangkan jangka hayat enjin kereta.\n\n\nKualiti minyak enjin kereta ini juga dikatakan lebih premium kerana ia dicampur dengan pengawet untuk memberikan lebih kuasa dan prestasi pada enjin untuk perjalanan yang lebih lancar. Menariknya, minyak enjin ini membantu mengurangkan risiko \nkereta tak boleh \nstart\n terutamanya semasa cuaca sejuk. Ia dijual pada harga sekitar RM60 hingga RM100.\n\n\n3. Minyak Pelincir NEO 10W-30\n\n\nBagi korang yang memiliki kereta Kancil, minyak enjin jenis ini mungkin sesuai untuk kereta korang. Minyak enjin ini diperbuat daripada 100 peratus minyak asas tulen, dengan kualiti dikatakan setaraf dengan minyak enjin jenama lain yang lebih mahal.\n\n\nMinyak pelincir jenis ini memainkan peranan penting dalam melindungi enjin, selain memastikan prestasi pemanduan berada pada tahap optimum dengan jangka hayat minyak hitam kereta perlu ditukar setiap 7,000 km.\n\n\nHarga minyak hitam jenis ini ditawarkan antara RM40 hingga RM60.\n\n\n4. Minyak Enjin Semi Sintetik CASTROL Magnatec 10W-40 SN/CF (4L)\n\n\nMinyak enjin Castrol ini merupakan salah satu jenama minyak hitam yang popular dalam kalangan pemilik kenderaan. Ia menggunakan teknologi sintetik yang berperanan melindungi enjin kereta tanpa mengira suhu, serta memanjangkan jangka hayat enjin dan mengurangkan risiko enjin kereta rosak.\n\n\nMinyak enjin jenama ini sesuai digunakan oleh model kereta tempatan seperti Myvi dan Alza, dan dijual pada harga sekitar RM60 hingga RM120.\n\n\n5. Minyak Enjin Semi Sintetik PETRONAS Syntium 800 10W-40 SN/CF\n\n\nMinyak enjin ini menampilkan teknologi CoolTech, sekali gus mengurangkan risiko kereta rosak atau \nkereta tiba-tiba mati di tepi jalan\n. Selain itu, tahap kelikatan minyak enjin jenis ini dikatakan lebih tinggi, dengan tahap pengoksidaan enjin yang lebih lama tanpa sebarang kompromi.\n\n\nMinyak ini juga mampu melindungi enjin daripada kekotoran dan memberikan pemanduan yang baik serta lancar. Menariknya, jenama ini merupakan produk buatan tempatan dan dijual pada harga sekitar RM60 hingga RM80.\n\n\n6. Minyak Enjin \nFully Synthetic \nPERODUA SAE 0W-20\n\n\nMinyak enjin ini merupakan antara jenama yang biasa digunakan oleh pengguna model Axia atau Bezza. Ia menawarkan perlindungan enjin yang optimum dalam sebarang keadaan. Ia juga dikatakan boleh memberi penjimatan yang berganda dan menawarkan kadar kecekapan dan penggunaan minyak petrol kereta yang lebih efisien.\n\n\nSelain itu, minyak enjin ini turut memberi kestabilan haba, kadar pengoksidaan yang baik untuk memanjangkan jangka hayat enjin kereta. Harga minyak hitam jenis ini dikatakan sedikit mahal berbanding jenama minyak hitam yang lain, antara RM80 hingga RM150.\n\n\n7. Minyak Enjin \nFully Synthetic \nHonda SN 0w-30\n\n\nMinyak pelincir jenama Honda ini berperanan melindungi enjin kereta secara maksimum dan memanjangkan jangka hayat enjin kereta dengan lebih lama berbanding biasa. Ia dilengkapi dengan bahan aditif, berfungsi mengurangkan kotoran dan bendasing bagi memastikan prestasi enjin yang baik dan operasi yang lebih senyap.\n\n\nMinyak hitam Honda ini mendapat kelulusan daripada bahagian Honda Research dan Development (R&D) di Jepun dan sesuai digunakan untuk semua model kereta Honda. Harga minyak hitam Honda ini dijual pada harga sekitar RM80 hingga RM140 dalam platform jual beli \nonline\n.\n\n\n8. Minyak Enjin Semi Sintektik LIQUI MOLY MOS2 10W40 (4l)\n\n\nMinyak enjin jenama ini dikatakan antara yang paling top dalam pasaran. Ia dikatakan mempunyai kadar kelikatan yang sesuai untuk menstabilkan enjin, sesuai digunakan untuk enjin petrol dan diesel. Apa yang bagus, minyak hitam ini dapat berfungsi dalam suhu yang rendah serta mempunyai \ncold start\n yang baik.\n\n\nSelain itu, harga minyak hitam ini dikatakan lebih mahal berbanding jenama minyak enjin yang lain, setanding dengan kualiti yang ditawarkan iaitu sekitar RM120 hingga RM180.\n\n\n\n\nTukar Minyak Hitam Kereta: Jangan Tangguh Servis Minyak Hitam\n\n\nBagi memastikan enjin kereta korang berada pada tahap yang baik, minyak hitam kereta yang berkualiti dan mahal sahaja tidak mencukupi \u2013 ia memerlukan penjagaan dan servis minyak hitam yang konsisten. Jika aspek penyelenggaraan ini diabaikan, ia boleh meningkatkan risiko kereta korang rosak.\n\n\nMinyak hitam perlu diselenggara mengikut tempoh yang ditetapkan, jika tidak, prestasi enjin boleh terjejas dan kualiti minyak hitam mungkin merosot dan boleh merosakkan komponen enjin kereta. Bukan itu sahaja, bahan aditif yang tersedia dalam minyak enjin untuk mengawal suhu juga akan turut berkurangan dengan ketara.\n\n\nApabila enjin kereta beroperasi tanpa kawalan suhu yang baik, ia menyebabkan berlaku geseran yang teruk terhadap komponen-komponen enjin. Berikut merupakan antara masalah-masalah enjin yang boleh timbul sekiranya korang menangguhkan servis minyak hitam:\n\n\n\n\nBahagian dalaman enjin diselaputi kerak minyak;\n\n\nOil seal\n bertukar menjadi keras dan berkemungkinan boleh bocor;\n\n\nBunyi kuat daripada enjin;\n\n\nKereta makan minyak;\n\n\nPemanduan terasa berat;\n\n\nEkzos keluar asap putih\n.\n\n\n\n\nSecara amnya, pemilihan minyak hitam yang berkualiti dan servis minyak hitam secara berjadual amatlah penting. Korang mungkin tidak nampak kesannya sekarang, tetapi ia sebenarnya boleh membantu menjimatkan wang dan mengelakkan korang daripada menanggung kos baik pulih yang mungkin memakan ratusan ringgit. Oleh sebab itu, langkah penjagaan awal ini penting untuk mengelakkan korang terpaksa keluarkan \nwang simpanan\n untuk membaiki kerosakan kereta.\n\n\nSemoga perkongsian mengenai minyak pelincir ini dapat membantu korang memilih minyak enjin terbaik untuk kereta korang. Selain itu, jika korang sedang mempertimbangkan untuk\n beli insurans kereta\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menawarkan perkhidmatan \ninsurans yang telus dan mudah\n dengan tawaran harga yang berpatutan dan kompetitif. Semoga bermanfaat!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/tukar-nama-geran-tanah/", "title": "Panduan Lengkap Cara Tukar Nama Geran Tanah di Malaysia", "body": "\n\nTukar nama geran tanah merupakan transaksi pindah milik pemilikan hartanah daripada seseorang individu kepada individu yang lain. Sekiranya anda ingin tukar nama dalam geran tanah kepada ahli keluarga seperti anak atau isteri, atau anda ingin tukar nama geran kerana anda \njual rumah\n atau \nbeli rumah\n baharu, proses pertukaran nama geran tanah adalah proses wajib yang perlu dilakukan. Jika tidak, nama pemilik hartanah baharu tersebut tidak boleh didaftarkan dalam geran tanah di Pejabat Tanah.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nProsedur Tukar Nama Geran Tanah di Malaysia\n1. Hadir ke Pejabat Tanah\n2. Isi Borang Diperlukan\n3. Pengesahan Pentadbir Tanah\n4. Bayar Duti Setem\n5. Bahagian Pendaftaran/Pentadbiran Pejabat Tanah\n6. Tukar Nama Geran Tanah Selesai\nKos Tukar Nama Geran Tanah (2022) Terkini di Malaysia\n1. Duti Setem Perjanjian Jual Beli (SPA)\n2. Duti Setem Pinjaman Perumahan\n3. Yuran Guaman SPA/Pinjaman Perumahan\n4. Kos Carian Tanah\n5. Kos Lain\n\n\nProsedur Tukar Nama Geran Tanah di Malaysia\n\n\nAda beberapa situasi yang memerlukan anda untuk tukar nama geran tanah. Penukaran nama geran rumah biasanya berlaku disebabkan penceraian, pembahagian faraid, penjualan aset rumah dan sebagainya. Berikut merupakan cara tukar nama geran tanah di Malaysia untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n1. Hadir ke Pejabat Tanah\n\n\nAnda perlu ke mana-mana Pejabat Tanah berdekatan anda. Pastikan anda bawa dokumen dan perkara penting yang diperlukan untuk memudahkan proses pertukaran nama pemilik tanah seperti:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGeran rumah atau geran tanah asal beserta salinan;\n\n\nPembeli/Pemilik baharu perlu hadir termasuk semua yang berkaitan (jika nama lebih daripada seorang);\n\n\nKad pengenalan kedua-dua pemilik lama dan pemilik baharu (dan semua yang berkaitan);\n\n\nPen hitam dakwat cair (pen\n ballpen\n tidak dibenarkan).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Isi Borang Diperlukan\n\n\nIsi Borang 14A dengan menggunakan pen hitam dakwat cair. Borang 14A merupakan Borang Pindahmilik Tanah, Bahagian atau Pusaka yang perlu diisi oleh penama rumah, pembeli dan penjual rumah tersebut di hadapan peguam atau pegawai pentadbir. Oleh sebab itu, semua pihak yang berkenaan harus hadir ketika borang ini diisi. Borang yang telah lengkap diisi boleh diserahkan ke kaunter Pejabat Tanah.\n\n\n3. Pengesahan Pentadbir Tanah\n\n\nKemudian, anda perlu mengambil nombor giliran untuk berurusan dengan pentadbir tanah. Sekiranya semua maklumat yang diperlukan lengkap, pentadbir tanah akan meminta anda untuk menurunkan cap jari pemilik lama dan pemilik baharu pada borang 14A. Pentadbir tanah kemudian menandatangani borang 14A di mana-mana bahagian yang berkenaan.\n\n\n4. Bayar Duti Setem\n\n\nSeterusnya, anda kemudiannya dikehendaki untuk ke kaunter LHDN berhampiran untuk membuat bayaran duti setem. Anda perlu mengisi borang PDS 15 dengan lengkap dan serahkan borang tersebut bersama lima salinan dokumen-dokumen berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBorang 14A;\n\n\nGeran tanah asal;\n\n\nKad pengenalan pemilik lama;\n\n\nKad pengenalan pemilik baharu;\n\n\nSurat beranak/Sijil kelahiran.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPihak LHDN biasanya akan menelefon anda dalam tempoh 30 dari tarikh penerimaan borang untuk memaklumkan anda semuanya telah selesai.\n\n\n5. Bahagian Pendaftaran/Pentadbiran Pejabat Tanah\n\n\nSelepas kedua-dua proses berkaitan borang tersebut selesai, anda perlu membuat pendaftaran geran hartanah pula. Sekiranya anda masih belum menjelaskan apa-apa tunggakan cukai seperti \ncukai pintu, cukai tanah\n dan sebagainya, anda disarankan untuk bayar tunggakan cukai tahun semasa terlebih dahulu. Anda perlu hadir ke Pejabat Tanah dan bawa bersama dokumen-dokumen seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBorang 14A asal;\n\n\nGeran tanah asal;\n\n\nNota taksiran LHDN asal;\n\n\nSalinan kad pengenalan semua pihak yang berkaitan;\n\n\nDuti setem LHDN;\n\n\nSalinan resit cukai tanah dan cukai pintu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKemudian, hantar borang 14A berserta dokumen-dokumen yang diperlukan dan tunggu sehingga surat untuk ambil geran anda sampai ke rumah.\n\n\n6. Tukar Nama Geran Tanah Selesai\n\n\nSelesai. Surat makluman pengambilan geran siap biasanya memakan masa yang agak lama biasanya sekitar satu ke dua bulan.\n\n\n\n\nKos Tukar Nama Geran Tanah (2022) Terkini di Malaysia\n\n\nSecara asasnya, proses tukar nama geran tanah tertakluk pada kos-kos tertentu. Sekiranya anda berhasrat untuk memindahkan hak milik tanah, berikut antara perkara-perkara yang perlu anda beri perhatian:\n\n\n1. Duti Setem Perjanjian Jual Beli (SPA)\n\n\nDuti setem\n perlu dibayar sekiranya anda beli hartanah di Malaysia. Kadar peratusan duti setem adalah mengikut nilaian hartanah semasa dan dikira berdasarkan jadual seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeringkat Harga Rumah\n\n\nDuti Setem (%)\n\n\n\n\n\n\nRM100,000 pertama\n\n\n1\n\n\n\n\n\n\nRM400,000 seterusnya (RM100,001 \u2013 RM500,000)\n\n\n2\n\n\n\n\n\n\nJumlah seterusnya sehingga RM1 juta (RM500,001 \u2013 RM1 juta)\n\n\n3\n\n\n\n\n\n\nJumlah seterusnya (RM1 Juta dan ke atas)\n\n\n4\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai contoh, Ali ingin tukar nama geran tanah kepada pembeli dengan anggaran nilai hartanah tersebut berjumlah RM400,000. Jumlah duti setem yang perlu dibayar adalah seperti berikut:\n\n\n(RM100,000 yang Pertama x 1%) + (RM300,000 yang Berikutnya x 2%)\n\n= (RM1,000) + (RM6,000)\n\n= RM7,000.00\n\n\n2. Duti Setem Pinjaman Perumahan\n\n\nSecara asasnya, anda akan dikenakan duti setem sebanyak 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman perumahan. Anda boleh merujuk cara pengiraan duti setem pinjaman perumahan seperti berikut:\n\n\n(Peratus Duti Setem 0.5%) x Jumlah Pinjaman\n\n= (0.5%) x RM400,000\n\n= RM2,000\n\n\n3. Yuran Guaman SPA/Pinjaman Perumahan\n\n\nSelain duti setem, anda juga tertakluk pada \nyuran guaman\n sekiranya anda beli hartanah di Malaysia. Berikut merupakan kadar fi guaman yang perlu dibayar dalam proses tukar nama geran tanah mengikut peringkat harga rumah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeringkat Harga Rumah\n\n\nKadar Fi Guaman (%)\n\n\n\n\n\n\nRM500,000 yang pertama\n\n\n1\n\n\n\n\n\n\nRM500,000 yang seterusnya\n\n\n0.8\n\n\n\n\n\n\nRM2,000,000 yang seterusnya\n\n\n0.7\n\n\n\n\n\n\nRM2,000,000 yang seterusnya\n\n\n0.6\n\n\n\n\n\n\nRM2,500,000 yang seterusnya\n\n\n0.5\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai contoh, Ali ingin tukar nama geran tanah dengan anggaran nilai hartanah semasa berjumlah RM400,000. Jumlah fi guaman yang perlu dibayar adalah seperti berikut:\n\n\n= (RM400,000 yang Pertama x 1%)\n\n= RM4,000\n\n\n4. Kos Carian Tanah\n\n\nKos carian tanah terbahagi kepada dua kategori iaitu carian persendirian dan carian rasmi. Sebagai pembeli rumah, anda berhak untuk membuat carian tanah sebelum membuat bayaran rumah. Anda boleh buat carian persendirian sama ada melalui Pejabat Tanah atau melantik peguam untuk membantu anda dalam hal ini. Bagi carian rasmi pula, prosesnya sama seperti carian persendirian, cuma carian rasmi disertakan dengan cap Pendaftar Tanah dan tandatangan pegawai yang berkenaan.\n\n\nDi Malaysia, kos carian tanah adalah berbeza-beza mengikut negeri. Berikut merupakan kos carian tanah di beberapa negeri di Malaysia:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNegeri\n\n\n\n\nFi Carian (RM)\n\n\n\n\n\n\nRasmi\n\n\n\n\nPersendirian\n\n\n\n\n\n\n\n\nJohor\n\n\n\n\n150\n\n\n\n\n\n\n60\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelangor/Kuala Lumpur\n\n\n\n\n50\n\n\n\n\n\n\n30\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerak\n\n\n\n\n80\n\n\n\n\n\n\n40\n\n\n\n\n\n\n\n\nNegeri Sembilan\n\n\n\n\n40\n\n\n\n\n\n\n20\n\n\n\n\n\n\n\n\nPahang\n\n\n\n\n100\n\n\n\n\n\n\n50\n\n\n\n\n\n\n\n\nKedah\n\n\n\n\n73\n\n\n\n\n\n\n30\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNota: Fi kos carian ini adalah betul seperti yang tertera pada laman web Pejabat Tanah Negeri setakat tarikh artikel ini dikeluarkan.\n\n\n5. Kos Lain\n\n\nSelain kos-kos yang dinyatakan di atas, anda mungkin tertakluk pada kos-kos lain seperti bayaran pendaftaran dan sebagainya. Berikut merupakan antara kos lain yang terlibat bagi prosedur tukar nama geran tanah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBayaran duti setem (setiap dokumen): RM10\n\n\nAffidavit: RM50\n\n\nBayaran Pendaftaran: RM100\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemoga panduan tukar nama geran tanah dan kos yang terlibat ini boleh membantu anda merancang kewangan anda dengan lebih baik bagi memastikan proses tukar nama geran tanah menjadi lebih lancar. Selain itu, sekiranya anda sedang mempertimbangkan\n insurans rumah terbaik\n dan komprehensif untuk kediaman baru anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform insurans di Malaysia\n dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/tukar-nama-kereta/", "title": "Cara Tukar Nama Kereta, Bayaran Tukar Nama Kereta Malaysia 2023", "body": "\n\nBagi mereka yang tidak pernah melakukan urusan berkaitan proses tukar nama kereta, ia mungkin kedengaran rumit dan menyusahkan. Namun sebenarnya, prosedur tukar nama kereta atau tukar hak milik kenderaan tidaklah sesukar yang disangkakan. Anda perlu ambil tahu perkara berkaitan\u00a0urusan tukar nama kereta terutamanya jika anda \nbeli kereta terpakai\n atau ingin \njual kereta lama\n anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nProsedur Tukar Nama Kereta: 4 Cara Nak Tukar Nama Kereta yang Anda Perlu Tahu\n1. Pertukaran Nama Kereta: Cara Tukar Nama Kereta di JPJ\n2. Pindah Milik Kenderaan: Cara Tukar Nama Kereta Tanpa ke JPJ\n3. Kereta Tukar Nama: Cara Tukar Nama Kereta Tanpa Pemilik Asal\n4. Tukar Nama Kereta: Cara Tukar Nama Kereta Belum Habis Bayar\nSyarat Tukar Nama Kereta, Dokumen untuk Tukar Nama Kereta di Malaysia\n1. Syarat Tukar Nama Kenderaan (Syarat Am Tukar Nama Hak Milik Kenderaan)\n2. Syarat Tukar Nama Kenderaan (Syarat Khas Tukar Nama Hak Milik Kenderaan)\nTukar Nama Insurans Kereta, Renew Insurans di Qoala untuk Proses Lebih Mudah\n\n\nProsedur Tukar Nama Kereta: 4 Cara Nak Tukar Nama Kereta yang Anda Perlu Tahu\n\n\nProses tukar nama pemilik kenderaan adalah salah satu perkara penting yang perlu dilakukan sebelum anda jual atau \nbeli kereta\n. Jika berlaku sesuatu insiden atau \nkemalangan jalan raya\n, pemilik kereta yang sah mengikut nama yang tercatat dalam \ngeran kereta\n perlu bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku.\n\n\nQoala menyenaraikan panduan lengkap berkaitan proses tukar nama kenderaan termasuk cara tukar nama kenderaan untuk rujukan dan panduan anda seperti berikut:\n\n\n\n\n1. Pertukaran Nama Kereta: Cara Tukar Nama Kereta di JPJ\n\n\nProses tukar milik kenderaan atau tukar nama kereta di JPJ sebenarnya sangat mudah dan tidak memakan masa yang lama. Anda boleh menggunakan perkhidmatan orang tengah atau melakukan sendiri proses tukar nama JPJ di kaunter JPJ. Anda boleh ikuti cara tukar nama di JPJ seperti berikut:\n\n\ni. Selesaikan Baki Pinjaman (Jika Ada)\n\n\nJika anda ingin jual kereta lama kepada individu lain, anda perlu pastikan hutang atau baki \npinjaman kereta\n dilangsaikan sepenuhnya. Ini kerana, proses tukar nama \nkereta belum habis bayar\n tertakluk pada prosedur tertentu.\n\n\nii. Lakukan Proses Tukar Nama Kereta Puspakom\n\n\nKedua, tukar nama kereta perlu Puspakom. Anda perlu lakukan pemeriksaan kereta di Puspakom tukar nama kepada pemilik baharu. Anda boleh lakukan urusan Puspakom tukar nama ini sendiri atau pemilik kereta yang baharu boleh hadir ke Puspakom untuk lakukan pemeriksaan.\n\n\nBagi membantu memudahkan proses, anda disarankan untuk buat janji temu dengan pihak Puspakom terlebih dahulu. Anda boleh memilih untuk lakukan pemeriksaan Puspakom di mana-mana lokasi pilihan atau melalui pemeriksaan bergerak Puspakom.\n\n\nBagi ketahui cara tukar nama kereta Puspakom, anda boleh rujuk \nlaman web Puspakom\n untuk info lanjut.\n\n\nCara \nBooking\n Puspakom Tukar Nama: Panduan Pendaftaran Sistem Janji Temu Pemeriksaan MyPuspakom\n\n\nSekiranya anda ingin mengetahui cara \nbooking\n Puspakom tukar nama online, panduan berikut mungkin boleh membantu memudahkan urusan pemeriksaan tukar nama Puspakom:\n\n\na. Pendaftaran Akaun MyPuspakom\n\n\nBerikut cara untuk buat pendaftaran akaun MyPuspakom:\n\n\n\n\n\n\n\n\nTekan butang Daftar Masuk Kali Pertama;\n\n\nKemudian, pilih jenis akaun yang sesuai mengikut jenis pemeriksaan;\n\n\nMasukkan maklumat akaun yang diperlukan \u2013 nama, nombor kad pengenalan, alamat dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan;\n\n\nMuat naik dokumen sokongan yang diperlukan;\n\n\nKemudian tekan butang Daftar.\n\n\n\n\n\n\n\n\nb. Janji Temu Pemeriksaan Puspakom untuk Tukar Nama Kereta Puspakom\n\n\nBerikut cara untuk buat janji temu pemeriksaan Puspakom tukar nama geran kereta:\n\n\n\n\n\n\n\n\nDaftar Masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang telah disahkan;\n\n\nPilih butang Temunjanji Baru;\n\n\nLengkapkan maklumat kenderaan yang diperlukan \u2013 kategori kenderaan, jenis kenderaan, kelas kegunaan dan sebagainya;\n\n\nKemudian, pilih Negeri dan Tarikh pemeriksaan pilihan anda. Kekosongan tarikh dan masa pemeriksaan tertakluk pada situasi dan keadaan semasa;\n\n\nSekiranya pemeriksaan dilakukan melalui Wakil, masukkan maklumat wakil atau pembawa kereta yang akan hadir;\n\n\nSahkan maklumat janji temu anda;\n\n\nSahkan jumlah bayaran dan lakukan pembayaran secara dalam talian menggunakan \nkad kredit\n, kad debit atau FPX (perbankan internet);\n\n\n\n\n\n\n\n\nDokumen Puspakom Tukar Nama\n\n\nBawa bersama dokumen-dokumen seperti kad pengenalan dan \ngeran asal kereta\n atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) ketika pemeriksaan Puspakom. Selain itu, jangan lupa untuk bawa bersama Slip Pengesahan Janji Temu semasa pemeriksaan.\n\n\nSetelah pemeriksaan selesai, pihak Puspakom akan mengeluarkan Borang B5 Puspakom yang akan digunakan oleh pihak JPJ semasa prosedur tukar nama kereta dilakukan.\n\n\nKos Tukar Nama Kereta dan Puspakom\n\n\nHarga tukar nama kereta Puspakom yang dikenakan adalah sebanyak RM30 sahaja.\n\n\niii. Proses Tukar Nama Kereta JPJ (Cara Tukar Hak Milik Kereta Pemilik Asal)\n\n\nSekiranya anda pemilik asal kereta, anda perlu hadirkan diri ke pejabat JPJ bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan. Proses pertukaran nama kereta perlu dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan kerana memerlukan pengesahan biometrik (pengesahan cap jari atau \nthumbprint\n JPJ).\n\n\nDokumen Tukar Nama Kereta di JPJ\n\n\nBawa bersama dokumen tukar nama JPJ seperti kad pengenalan dan \ngeran asal kenderaan\n atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC). Anda juga perlu isi borang tukar nama di JPJ \u2013 Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar (JPJ K3).\n\n\nUntuk mengisi borang ini, anda perlu memasukkan maklumat-maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan serta alamat pemilik asal dan pemilik baharu. Setelah selesai mengisi borang, semakan cap jari (\nthumbprint\n tukar nama kereta) akan dilakukan.\n\n\nPihak JPJ kemudiannya akan keluarkan slip\n thumbprint\n JPJ menandakan urusan tukar hak milik kenderaan kini selesai bagi pihak anda.\n\n\niv. Proses Tukar Nama Kereta JPJ (Cara Tukar Nama Pemilik Kereta Baharu)\n\n\nSekiranya anda merupakan pemilik kereta yang \nbeli kereta terpakai\n pula, anda perlu tahu bahawa\n roadtax\n dan insurans kereta\n anda akan terbatal secara automatik setelah urusan pengesahan cap jari pemilik asal dilakukan.\n\n\nAnda disarankan untuk \nrenew roadtax\n kereta\n dan \nbeli insuran kereta sebelum tukar nama\n terlebih dahulu sebelum tukar nama di JPJ. Anda boleh \nrenew\n insurans dan \nroadtax\n kereta\n anda di Qoala untuk mudahkan urusan.\n\n\nSetelah selesai, pihak JPJ akan mengeluarkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) dengan pemilikan atas nama anda.\n\n\nDokumen untuk Tukar Nama Kereta di JPJ\n\n\nUntuk urusan ini, anda perlu bawa dokumen yang diperlukan untuk tukar nama kenderaan seperti:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKad pengenalan;\n\n\nGeran asal kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC);\n\n\nBorang B5 Puspakom; dan\n\n\nSlip\n thumbprint\n JPJ pemilik asal.\n\n\n\n\n\n\n\n\nProses penukaran hak milik kenderaan perlu dilakukan dengan segera untuk mengelakkan risiko-risiko tertentu. Sebagai contoh, andaikan anda jual kereta tetapi tidak tukar nama kereta, dan pembeli yang \nbeli kereta\n anda lakukan kegiatan jenayah. Anda mungkin akan dipertanggungjawabkan ke atas perkara yang berlaku kerana kereta masih lagi atas nama anda.\n\n\n\n\n2. Pindah Milik Kenderaan: Cara Tukar Nama Kereta Tanpa ke JPJ\n\n\nAnda juga boleh tukar nama kereta online tanpa perlu ke JPJ. Berikut panduan lengkap cara tukar nama kereta secara online melalui portal MySikap untuk rujukan dan panduan anda.\n\n\ni. Daftar Akaun MySikap\n\n\nSekiranya anda tidak mempunyai akaun dengan MySikap, anda perlu mendaftarkan akaun anda terlebih dahulu bagi membolehkan anda lakukan proses JPJ tukar nama. Selain proses pindah milik sukarela (tukar hakmilik kenderaan), portal MySikap juga membolehkan anda melakukan urusan:\n\n\n\n\nPembaharuan dan pembatalan lesen kenderaan motor;\n\n\nPembaharuan\n lesen memandu;\n\n\nPermohonan permit memandu antarabangsa;\n\n\nRayuan \nlesen memandu tamat tempoh;\n\n\nSemakan saman JPJ\n.\n\n\n\n\nii. Log Masuk Akaun MySikap\n\n\nSetelah pendaftaran selesai atau jika anda sudah mempunyai akaun MySikap, anda boleh terus log masuk akaun anda. Anda boleh ikuti cara tukar nama kereta online\n \nseperti berikut:\n\n\nCara Tukar Nama Geran Kereta \u2013 Pemilik Asal Kereta\n\n\nBagi pemilik asal kereta, anda perlu ikuti proses tukar nama kenderaan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nLog Masuk dan pilih Kenderaan;\n\n\nKemudian, pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Berdaftar);\n\n\nMasukkan \nNombor Plat Kereta\n dan klik Teruskan;\n\n\nMaklumat berkaitan akan dipaparkan \u2013 sahkan maklumat, kemudian sekali lagi klik Teruskan;\n\n\nMasukkan alamat e-mel Pendaftar dan Pemilik Baharu, kemudian klik Teruskan\n\n\nProses selesai \u2013 simpan resit untuk rujukan anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Tukar Milik Kenderaan \u2013 Pemilik Baharu\n\n\nSekiranya anda pemilik kereta yang baharu, berikut langkah untuk \ntukar nama insurans kereta\n untuk panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nLog Masuk dan pilih Kenderaan;\n\n\nKemudian, pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Baharu);\n\n\nMasukkan Nombor Plat Kereta dan klik Teruskan;\n\n\nBagi ruangan Pengisytiharan Kenderaan, pilih Semenanjung dan klik Teruskan;\n\n\nMasukkan maklumat pembayaran dan klik Bayar;\n\n\nSahkan maklumat dan klik Teruskan;\n\n\nCetak resit dan bawa bersama untuk proses selanjutnya di mana-mana cawangan JPJ berdekatan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMeskipun \nprocedure\n tukar nama kenderaan (proses awal pindah milik kenderaan) boleh dilakukan secara online, anda masih perlu ke JPJ untuk urusan pengesahan cap jari atau \nthumbprint\n JPJ tukar nama kereta.\n\n\n3. Kereta Tukar Nama: Cara Tukar Nama Kereta Tanpa Pemilik Asal\n\n\nBagi kes \nowner\n meninggal dunia\n pula, prosedur tukar hak milik kenderaan\u00a0boleh dikatakan sedikit \ncomplicated.\n\u00a0Berikut merupakan panduan lengkap tukar pemilik kenderaan pemilik meninggal dunia untuk panduan anda:\n\n\ni. Buat Tuntutan di Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah\n\n\nSekiranya pemilik asal tidak meninggalkan sebarang \nwasiat\n, waris boleh lakukan tuntutan pembahagian harta pusaka kecil terlebih dahulu. Setelah pengagihan selesai, waris akan menerima surat perintah pembahagian pemilikan harta yang ditinggalkan.\n\n\nWaris yang menerima kenderaan atas nama si mati boleh melakukan proses tukar nama menggunakan surat perintah pembahagian sebagai sokongan pemilikan. Urusan ini perlu dilakukan dengan segera sebelum\n cukai jalan tamat tempoh\n.\n\n\nIni kerana, cukai jalan kereta yang masih berdaftar atas nama pemilik yang telah meninggal dunia hanya boleh diperbaharui untuk tempoh enam (6) bulan sekali sahaja oleh waris terdekat.\n\n\nii. Buat Pemeriksaan Puspakom Tukar Nama\n\n\nSetelah urusan pembahagian harta pusaka selesai, waris perlu membawa geran asal dan kenderaan ke Puspakom untuk pemeriksaan. Sama seperti proses tukar hak milik kenderaan secara sukarela, pihak Puspakom akan mengeluarkan laporan B5 Puspakom.\n\n\nBorang ini akan digunakan semasa proses tukar geran kereta dilakukan.\n\n\niii. Hadir ke JPJ Tukar Nama Insurans Kereta\n\n\nSetelah selesai kedua-dua proses di atas, waris boleh melakukan urusan tukar nama kereta di mana-mana pejabat JPJ berdekatan. Berapa kos tukar nama kereta dan kos tukar nama motor? Berikut senarai harga tukar nama insurans kereta untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Kenderaan\n\n\nCaj Tukar Nama 2023\n\n\n\n\n\n\nHarga tukar nama motor\n\n\n\n\nRM30\n\n\n\n\n\n\n\n\nCaj tukar nama kereta\n\n\n\n\nRM100\n\n\n\n\n\n\n\n\nKenderaan perdagangan\n\n\n\n\nRM40\n\n\n\n\n\n\n\n\nKenderaan off-road\n\n\n\n\nRM100\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi melancarkan urusan menukar nama kenderaan, waris atau pemohon dinasihatkan untuk hadir sendiri ke JPJ. Sekiranya pemohon ingin menghantar wakil bagi pihak mereka, pemohon perlu menyediakan maklumat pengesahan diri serta surat rasmi lantikan wakil.\n\n\nBagi proses tukar hak milik kenderaan ini juga, pemohon perlu sediakan dokumen tukar nama kereta seperti berikut:\n\n\n\n\nSalinan perintah Mahkamah Tinggi yang disahkan oleh Mahkamah; atau\n\n\nSalinan Surat Geran Probet yang disahkan oleh Mahkamah; atau\n\n\nSalinan Surat Pentadbir Pusaka yang disahkan oleh Mahkamah; atau\n\n\nSalinan Perintah Pembahagian/Perintah Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)\u00a0 1955 yang disahkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian; atau\n\n\nSalinan Perintah Faraid yang disahkan oleh Mahkamah Syariah;\n\n\nAkuan sumpah (dibuat oleh pewaris seperti dalam perintah faraid) berkenaan penolakan harta hendaklah disertakan bersama;\n\n\nAkuan sumpah hendaklah dibuat dihadapan pesuruhajaya sumpah yang berkhidmat dengan kerajaan/Majistret/Hakim;\n\n\nAkuan sumpah ini hendaklah disertakan bersama apabila Perintah Faraid tidak menyatakan penama/pewaris kepada kenderaan motor milik si mati.\n\n\nSalinan Jadual Tiga oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah yang disahkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah; atau\n\n\nSalinan Perintah dalam bentuk Form C yang disahkan oleh Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.\n\n\n\n\n4. Tukar Nama Kereta: Cara Tukar Nama Kereta Belum Habis Bayar\n\n\nBagaimana cara nak tukar nama kereta yang belum habis bayar? Boleh ke tukar nama kereta belum habis bayar? Secara asasnya, anda tidak dibenarkan sama sekali untuk menukar nama kereta yang belum habis bayar tidak kira kepada nama suami/isteri, adik-beradik atau ibu bapa.\n\n\nDalam erti kata lain, tiada cara tukar pemilik kenderaan yang belum habis bayar atau kereta yang masih terikat dengan \nloan\n bank\n. Sekiranya anda terikat dengan pinjaman bank, anda perlu melangsaikan baki pinjaman terlebih dahulu sebelum boleh menukar nama hak milik kenderaan. Meskipun begitu, ia tertakluk pada situasi-situasi tertentu.\n\n\nSebagai contoh, pemilik baharu yang beli kereta atas nama orang lain boleh \nmemohon \nloan\n kereta\n yang baharu ke atas kereta yang sama. Kadar faedah dan jumlah pinjaman bergantung pada kadar faedah pinjaman semasa dan amaun yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak (harga pasaran kereta semasa).\n\n\nCara ini membolehkan nama pemilik lama kereta ditukarkan kepada pemilik baharu, dan baki hutang pinjaman akan diselesaikan oleh pihak bank pembeli baharu ini.\n\n\n\n\nSyarat Tukar Nama Kereta, Dokumen untuk Tukar Nama Kereta di Malaysia\n\n\nBagi memudahkan proses pertukaran nama kereta, terdapat beberapa syarat dan dokumen untuk tukar nama kereta yang perlu disediakan. Anda boleh rujuk syarat dan dokumen untuk prosedur tukar nama kereta seperti berikut:\n\n\n1. Syarat Tukar Nama Kenderaan (Syarat Am Tukar Nama Hak Milik Kenderaan)\n\n\nBerikut merupakan syarat am tukar milik kenderaan yang perlu dipatuhi sebelum anda lakukan prosedur tukar hakmilik kenderaan:\n\n\n\n\nPemilik asal kereta dan pembeli hendaklah hadir sendiri ke mana-mana cawangan JPJ untuk urusan pengesahan cap jari atau \nthumbprint\n secara biometrik di JPJ;\n\n\nBagi proses tukar nama kereta tanpa \nowner\n, wakil hanya boleh dilantik oleh pihak pemilik berdaftar atau pemilik baharu (pembeli) untuk kenderaan selain hak milik persendirian individu;\n\n\nTiada sebarang sekatan seperti rekod tuntutan hak milik oleh syarikat kewangan, rekod cukai kastam yang belum diselesaikan, \nrekod senarai hitam\n dan sebagainya;\n\n\nKenderaan yang ingin ditukar nama (kecuali motosikal) telah melalui pemeriksaan di Puspakom;\n\n\nPermit kenderaan perdagangan bagi pemilik asal berdaftar telah dibatalkan;\n\n\nFi telah dijelaskan;\n\n\nDokumen untuk tukar nama kereta (pemilik asal kenderaan dan pembeli) adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDokumen pengenalan diri seperti MyKad, MyTentera, MyPR atau pasport;\n\n\nJika kereta yang ingin ditukar nama bukan hak milik persendirian individu, surat rasmi lantikan wakil hendaklah dibawa bersama oleh wakil;\n\n\nBorang JPJK3 yang telah lengkap diisi;\n\n\nPerakuan pendaftaran kenderaan motor;\n\n\nPengesahan identiti Kerajaan /Bank /Syarikat Kewangan /Insurans /Pertubuhan /Koperasi /Syarikat Sendirian Berhad /Syarikat Berhad /Perniagaan Milikan Tunggal /Perniagaan Perkongsian /Badan Berkanun /Pihak Berkuasa Tempatan /Kedutaan /Pesuruhjaya Tinggi /Konsulat /Pertubuhan Antarabangsa seperti:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSalinan Borang 49 (WAJIB);\n\n\nSalinan resolusi/minit mesyuarat berkaitan persetujuan penjualan kenderaan;\n\n\nBorang 9 atau Borang 13 yang disahkan oleh setiausaha syarikat atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (mana-mana yang berkenaan);\n\n\nSalinan Borang D yang disahkan SSM;\n\n\nDokumen-dokumen lain berkaitan pengesahan identiti (yang berkaitan);\n\n\nSurat persetujuan penjualan kenderaan motor.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Syarat Tukar Nama Kenderaan (Syarat Khas Tukar Nama Hak Milik Kenderaan)\n\n\nBerikut pula merupakan syarat khas tukar nama kereta yang perlu dipatuhi sebelum anda lakukan prosedur tukar hak milik kenderaan:\n\n\n\n\nBagi pemilik berdaftar yang berada di luar negara, anda perlu sediakan salinan pasport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia mengikut lokasi pemilik berdaftar berada. Selain itu, anda juga perlukan akuan persetujuan penjualan yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar dihadapan dan disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia mengikut lokasi pemilik berdaftar berada;\n\n\nPemilik berdaftar yang tidak dapat dikesan atau tidak dapat dihubungi pula, anda perlukan perintah mahkamah untuk tukar hak milik kenderaan;\n\n\nKenderaan milik syarikat/ perkongsian yang telah digulungkan/ dalam proses pembubaran yang diuruskan oleh \nReceivers and Managers/Liquidators\n, anda perlukan dokumen seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSurat persetujuan penjualan kenderaan;\n\n\nSalinan borang 59 yang disahkan oleh SSM;\n\n\nSalinan borang 70 yang disahkan oleh SSM;\n\n\nSalinan borang 72 yang disahkan oleh SSM.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi kenderaan perdagangan pula, anda perlukan perkara-perkara berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKenderaan \noff-road\n khususnya perlu menjalani Pemeriksaan Khas (B2) di Puspakom terlebih dahulu;\n\n\nKenderaan jentera/ kenderaan bomba/ trak tunda/ kenderaan mayat hendaklah menjalani pemeriksaan awalan PG11A/ PG13B;\n\n\nSurat pembatalan permit/ surat kelulusan ubahsyarat oleh SPAD/ LPKP/ Kementerian Pelancongan;\n\n\nSurat tawaran kelulusan lesen atau surat kelulusan ubahsyarat;\n\n\nBorang JPJK1 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai \ndecontrolled;\n\n\nBorang JPJK11 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai \noff-road;\n\n\nSalinan surat pengecualian daripada Perbendaharaan/ MITI/ Kastam yang disahkan (jika berkenaan).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTukar Nama Insurans Kereta, \nRenew\n Insurans di Qoala untuk Proses Lebih Mudah\n\n\nSemoga perkongsian tukar nama pemilik kenderaan ini dapat membantu memudahkan proses tukar nama kereta anda. Prosedur tukar nama kereta ini penting sekiranya anda bercadang untuk membeli atau menjual kereta anda.\n\n\nSelain itu, jika anda ingin mendapatkan \ninsurans kereta\n untuk perlindungan kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n di Malaysia. Qoala menawarkan pilihan insurans terbaik dengan tawaran \nharga insurans kereta yang berpatutan\n.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/tukar-nama-rumah-pemilik-meninggal/", "title": "7 Proses Tukar Nama Rumah Pemilik Meninggal Dunia", "body": "\n\nTiada kesepakatan dan perbalahan antara waris untuk tukar nama rumah pemilik meninggal atau merasakan proses \ntuntutan harta pusaka\n terlalu rumit untuk diuruskan merupakan antara sebab harta pusaka tidak dituntut. Ketidakfahaman tentang cara tukar nama rumah pemilik meninggal dunia juga antara penyumbang kepada peningkatan kes harta pusaka tidak dituntut di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nTukar Nama Rumah Pemilik Meninggal: Cara Tukar Nama Tanah Pusaka kepada Waris yang Masih Hidup\n1. Nilai Harta Kurang daripada RM2 Juta\n2. Nilai Harta Melebihi RM2 Juta\n7 Proses Mudah Tukar Nama Rumah Pemilik Meninggal\nPerkara Perlu Anda Lakukan Setelah Urusan Jualan & Turun Milik Selesai\n\n\nTukar Nama Rumah Pemilik Meninggal: Cara Tukar Nama Tanah Pusaka kepada Waris yang Masih Hidup\n\n\nMasalah harta pusaka tidak diuruskan banyak berlaku di Malaysia. Berdasarkan laporan \nUtusan Malaysia\n, dianggarkan hampir RM90 bilion jumlah harta beku dan tidak dituntut. Malah, hampir 90 peratus daripada jumlah harta tidak dituntut ini milik orang Melayu. Bagaimana \nproses tukar nama\n rumah pemilik meninggal dunia ini boleh dilakukan?\n\n\nApabila pemilik hartanah meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang wasiat, waris-waris disarankan untuk berbincang dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan kata putus. Lantik seorang wakil dalam kalangan waris-waris si mati sebagai Pentadbir Harta. Pelantikan Pentadbir Harta bertujuan untuk menguruskan pembahagian harta si mati kepada waris-waris mengikut persetujuan bersama.\n\n\nSekiranya persetujuan untuk pembahagian harta yang ditinggalkan tidak berjaya dicapai antara waris-waris si mati, Pentadbir Harta perlu memfailkan permohonan di Mahkamah Syariat untuk mendapatkan Perintah Faraid.\n\n\nNamun begitu, jika kesemua waris bersetuju dengan pembahagian harta tersebut, maka Pentadbir Harta tadi perlu memfailkan permohonan di Pejabat Pusaka Kecil (untuk nilai hartanah keseluruhan kurang daripada RM2 juta). Atau, anda juga boleh memfailkan permohonan Perintah Pusaka dan Pentadbir Harta di Mahkamah Tinggi sekiranya nilai keseluruhan hartanah melebihi RM2 juta.\n\n\n1. Nilai Harta Kurang daripada RM2 Juta\n\n\nUntuk kategori Harta Tak Alih (seperti rumah atau tanah) yang kurang atau tidak melebihi RM2 juta, segala urusan berkaitan bagi mendapatkan hak mentadbir harta boleh dilakukan di Pejabat Tanah (Bahagian Pusaka Kecil) di daerah masing-masing atau di mana-mana Pejabat Tanah berhampiran atau mengikut lokasi harta tersebut berada.\n\n\nPentadbir Harta atau wakil yang dipersetujui perlu memfailkan permohonan di Pejabat Pusaka Kecil bagi mendapatkan Perintah Pusaka dan Perintah Pentadbir Harta. ini bagi membolehkan hartanah yang ditinggalkan boleh dibahagikan kepada waris seperti yang dipersetujui atau mengikut bahagian faraid masing-masing.\n\n\n2. Nilai Harta Melebihi RM2 Juta\n\n\nNamun sekiranya nilai keseluruhan hartanah yang dimiliki bernilai melebihi RM2 juta, sebarang urusan pentadbiran atau penjualan harta berkenaan perlu dilakukan di Mahkamah Tinggi. Wakil yg dilantik perlu memfailkan permohonan Perintah Pusaka dan Pentadbir Harta di Mahkamah Tinggi.\n\n\nSelepas Perintah Pusaka dan Pentadbir Harta diterima, Pentadbir Harta yang dilantik perlu membuat serahan Permohonan Pindahan di bawah Seksyen 346(1) Kanun Tanah Negara di pejabat Tanah yang berkenaan. Semasa proses serahan ini dilakukan, anda perlu sertakan bersama Salinan Asal atau Salinan Diperakui Sah Perintah Pusaka dan Pentadbir Harta.\n\n\nTujuan Permohonan Pindahan ini dilakukan adalah untuk membolehkan hartanah yang ditinggalkan atas nama si mati (pemilik berdaftar) dipindahkan kepada Pentadbir Harta sebagai pentadbir atau pemegang amanah kepada harta tersebut. Ia membolehkan hartanah tersebut dipindah milik daripada nama Pentadbir Harta kepada nama waris-waris yang berhak seperti yang dinyatakan dalam Perintah Pusaka tadi.\n\n\nOleh sebab itu, anda perlu melantik wakil yang amanah, jujur dan bertanggungjawab bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa proses tukar nama pemilik rumah meninggal dilakukan.\n\n\n\n\n7 Proses Mudah Tukar Nama Rumah Pemilik Meninggal\n\n\nSetelah \npemilik harta meninggal dunia\n, Pejabat Tanah biasanya akan membekukan atau menghalang sebarang transaksi atau turun milik nama setelah mendapat makluman. Ini bermaksud, setelah kematian pemilik asal, waris perlu membuat urusan tukar nama dengan berurusan di Pejabat Tanah mengikut prosedur-prosedur tertentu.\n\n\nSecara ringkasnya, cara tukar nama tanah pemilik meninggal dunia adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nLantik Pentadbir Harta dalam kalangan waris-waris si mati;\n\n\nFailkan tuntutan pusaka di Pejabat Tanah (Bahagian Pusaka Kecil) atau Mahkamah Tinggi Sivil (jika nilai hartanah melebihi RM2 juta) bagi mencairkan harta tersebut;\n\n\nSelepas Pindahan difailkan, Pejabat Tanah atau Mahkamah Tinggi (mana-mana berkaitan) akan keluarkan Perintah Pusaka dengan menetapkan bahagian setiap waris yang berhak ke atas hartanah yang ditinggalkan dan masukkan nama Pentadbir Harta pada Surat Hak Milik Hartanah (\ngeran tanah\n);\n\n\nSetelah nama Pentadbir Harta dimasukkan dalam geran tanah, hartanah tersebut kini boleh dipindah milik kepada waris-waris yang layak mengikut bahagian masing-masing dan tertakluk pada Perintah Pusaka;\n\n\nBawa perintah pusaka tersebut ke Pejabat Tanah untuk urusan turun milik;\n\n\nNama waris akan dicetak pada geran;\n\n\nSelesai.\n\n\n\n\nSekiranya pembahagian hartanah tersebut melibatkan Faraid, Pejabat Tanah biasanya akan terus memasukkan nama Pentadbir Harta dan waris-waris sebagai pemilik berdaftar baharu pada geran tanah mengikut bahagian masing-masing. Selepas kesemua nama waris direkodkan di dalam geran, satu geran tanah baharu akan dikeluarkan oleh Pejabat Tanah.\n\n\nSekiranya pemilik berdaftar di dalam geran lebih daripada seorang, Pentadbir Tanah biasanya akan dipertanggungjawabkan untuk memegang geran asal tanah tersebut.\u00a0Untuk prosedur yang lebih terperinci atau sebarang pertanyaan berkaitan proses ini, anda disarankan untuk merujuk Pejabat Pusaka Kecil untuk info lanjut.\n\n\nPerkara Perlu Anda Lakukan Setelah Urusan Jualan & Turun Milik Selesai\n\n\nUrusan turun milik rumah atau tukar nama rumah pemilik meninggal perlu dilakukan dengan kadar segera sebaik sahaja pemilik hartanah tersebut meninggal dunia. Lebih baik jika proses ini dilakukan setelah mencapai persetujuan bersama. Berbincang terlebih dahulu dengan waris lain bagi mencapai persetujuan untuk mengelakkan salah faham atau perbalahan.\n\n\nSecara asasnya, persetujuan boleh dicapai dengan tiga kaedah berikut antaranya kaedah faraid, muafakat atau bertolak ansur (beri kepada pewaris atau adik-beradik yang lebih memerlukan). Namun begitu, setelah selesai proses tukar nama rumah pemilik meninggal atau jualan harta selesai, pewaris perlu selesaikan segala perbelanjaan berkaitan si mati dengan hasil penjualan tersebut sebelum diagihkan kepada waris termasuklah:\n\n\n\n\nPerbelanjaan pengebumian si mati;\n\n\nMembayar segala hutang-piutang si mati;\n\n\nBayaran kepada ejen, peguam atau apa-apa bayaran tertangguh lain yang berkaitan si mati.\n\n\n\n\nSemoga panduan tukar nama rumah pemilik meninggal dunia ini membantu anda. Selain itu, sekiranya anda sedang merancang untuk mendapatkan \nperlindungan insurans rumah\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans terbaik di Malaysia\n dengan jaminan \nharga insurans murah\n dan mampu milik.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-aset/wiper-kereta/", "title": "Wiper Kereta: Tips Penjagaan Yang Betul", "body": "\n\nWiper kereta ni memang wajib ada dekat setiap kereta. Tak kiralah kereta \nTesla\n ke, kereta \nProton\n, atau Tesla sekali pun, wiper kereta memang wajib ada.\n\n\nMenurut kajian yang dijalankan oleh Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA), sebanyak 94 peratus pemandu di Malaysia menganggap wiper sebagai salah satu komponen penting pada kereta, satu peningkatan yang amat baik berbanding 70 peratus pada tahun 2018.\n\n\nWiper kereta wajib ada dekat semua kereta untuk satu tujuan utama, iaitu untuk membantu untuk meningkatkan tahap kebolehlihatan semasa pemanduan dalam hujan dan juga menghilangkan sisa air hujan, kotoran-kotoran lain macam debu, habuk dan bendasing yang lain.\n\n\nMenurut \nKetua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur\n, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, kadar kes kemalangan meningkat semasa keadaan cuaca buruk seperti hujan lebat.\n\n\nAda banyak faktor yang boleh sebabkan kemalangan masa hujan lebat. Salah satunya permukaan jalan yang basah. Bila jalan basah, daya cengkaman tayar kenderaan akan berkurangan sekali gus menambahkan kadar kemalangan ketika hujan di Malaysia.\n\n\nSelain itu, faktor lain yang menyebabkan kemalangan ketika hujan adalah kegagalan teknikal seperti lampu amaran, lampu brek, wiper kereta dan lampu belakang yang tidak berfungsi antara lain menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Ini kerana, cuaca hujan mengehadkan jarak pemandangan terutama pada waktu malam.\n\n\nSebab itulah penting sangat sesebuah kereta untuk ada wiper kereta yang berfungsi dengan baik.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nJenis-jenis Wiper Kereta\n1. Wiper Kereta Konvensional\n2. Wiper Kereta Jenis Flat\n3. Wiper Kereta Hibrid\nSaiz Wiper Kereta\nWiper Kereta: Silikon Ke Getah?\nTips Memanjangkan Hayat Wiper Kereta\nPilih Jenama Yang Dipercayai\nLapisan kalis air (Rain Repellent) bukan pengganti wiper\nCermin Hadapan Harus Kekal Bersih\nPeriksa bilah wiper setiap enam bulan\nTukar wiper sekiranya terdapat tanda-tanda ini\nTips Penjagaan Wiper Kereta\n\n\nJenis-jenis Wiper Kereta\n\n\nBasically, wiper kereta ni penting untuk lap air pada permukaan cermin hadapan kereta. Disebabkan itu, kita perlu mempertimbangkan jenis bilah, saiz dan reka bentuk wiper kereta yang sesuai untuk mengoptimumkan fungsinya.\n\n\nBerikut adalah jenis-jenis wiper kereta yang perlu korang tahu:\n\n\n1. Wiper Kereta Konvensional\n\n\nWiper kereta konvensional ni sejenis wiper kereta yang paling biasa dipasang pada kereta. Tapi, sejak belakangan ni, banyak kereta yang terkini dilengkapi dengan wiper kereta jenis flat. Walau bagaimanapun, pengelap \ncermin kereta\n konvensional ni lebih tahan lama dan lebih berkualiti. Sebab itulah kalau korang perasan, wiper kereta konvensional ni masih mampu bertahan lama dalam pasaran.\n\n\n2. Wiper Kereta Jenis Flat\n\n\nMacam yang kita cakap tadi, kereta-kereta terkini banyak dilengkapi dengan wiper kereta jenis flat. Menariknya tentang wiper jenis ini, ia mempunyai fleksor logam yang menyokong elemen getah dengan spoiler bersepadu penuh.\n\n\nWiper kereta jenis flat ni juga menggunakan tekanan yang dihasilkan oleh aliran udara sekali gus menghasilkan bentuk aerodinamik yang lebih rata dan dapat mengurangkan bunyi angin.\n\n\n3. Wiper Kereta Hibrid\n\n\nPengelap \ncermin kereta\n hibrid menggabungkan pengelap cermin konvensional dan flat. Ia menampilkan ciri aerodinamik pengelap cermin kereta flat dengan prestasi pengelap \ncermin kereta\n konvensional.\n\n\nPengelap cermin jenis ini mengekalkan kedudukan bilah getah pada cermin untuk sekali gus menjadikan pergerakan lebih lancar dan senyap terutamanya semasa pada kelajuan tinggi.\n\n\nSaiz Wiper Kereta\n\n\nSaiz wiper kereta yang sesuai ni actually bergantung kepada jenis kereta korang. Kalau korang tak sure, korang boleh ukur saiz wiper kereta sedia ada atau korang boleh rujuk manual untuk elakkan korang daripada pilih salah saiz untuk kereta korang.\n\n\nAda banyak jenis saiz wiper kereta yang ada dekat pasaran. Kita kena pilih yang betul sebabnya jika bilah getah terlalu panjang, ia akan berlanggar antara satu sama lagi, jika bilah getah terlalu pendek, ia tidak akan membersihkan keseluruhan \ncermin kereta\n korang sekali gus menjejaskan jarak penglihatan.\n\n\nWiper Kereta: Silikon Ke Getah?\n\n\nHm, nak pilih material wiper kereta pun kena betul. Tapi, benda ni subjektif. Ramai berpendapat wiper kereta dengan material silikon lagi baik dan tahan lama. Namun, ini tidak bermakna wiper \ncermin kereta\n jenis getah tidak berkualiti dan tidak bagus.\n\n\nBasically, faktor kualiti dan ketahanan sesuatu produk perlu mengambil kira aspek penjagaan atau kekerapan penggunaan individu atau pemilik.\n\n\n\n\n\n\n\n\nWiper Kereta Biasa (Getah)\n\n\nWiper Kereta Silikon\n\n\n\n\n\n\nMudah koyak, haus, rosak atau melekat pada cermin.\n\n\nTidak mudah koyak, haus, rosak atau melekat pada cermin.\n\n\n\n\n\n\nGetah lebih cepat keras, tidak fleksibel untuk menyapu air pada cermin.\n\n\nLebih mesra alam dan lebih tahan lama.\n\n\n\n\n\n\nTerdapat kesan air tertinggal.\n\n\nSapuan air lebih baik, menyeluruh.\n\n\n\n\n\n\nPenglihatan tidak jelas, kabur terutamanya semasa hujan lebat.\n\n\nCermin tidak mudah kabur terutamanya semasa hujan lebat.\n\n\n\n\n\n\nWiper\n menghasilkan bunyi bising terutamanya pada kelajuan tinggi.\n\n\nPergerakan \nwiper\n lebih lancar.\n\n\n\n\n\n\nPerlu ditukar sekurang-kurangnya enam bulan sekali.\n\n\nMenjimatkan kos, tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap.\n\n\n\n\n\n\nHarga \nwiper\n getah biasa dijual pada harga yang lebih murah antara RM10-RM50 bergantung pada jenama.\n\n\nHarga \nwiper\n silikon dijual pada harga yang lebih mahal antara RM100-RM200 bergantung pada jenama.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTips Memanjangkan Hayat Wiper Kereta\n\n\nUntuk memastikan keselamatan ketika memandu, ada lima tips mudah bagi memastikan jangka hayat wiper yang lebih lama, sekaligus memberikan nilai untuk setiap wang yang korang belanjakan.\n\n\nPilih Jenama Yang Dipercayai\n\n\nTak dinafikan, ada banyak jenama yang ada dekat pasaran. Harga pun ada pelbagai. Ada yang murah, ada yang mahal. Mahal tak semestinya bagus, dan murah pula tak semestinya tak bagus. Tapi, bagi korang yang mementingkan keselamatan, cari jenama yang benar-benar dipercayai, di mana tahap kualiti, ketahanan dan jangka hayat wiper telah terbukti berkesan.\n\n\nYang pasti, jenama-jenama ini telah melabur banyak dalam penyelidikan bagi memastikan produk wiper yang dihasilkan mampu bertahan dalam apa jua jenis cuaca, serta prestasi pengelap yang unggul untuk tempoh masa yang lama, sekaligus meningkatkan tahap keselamatan ketika di atas jalan raya.\n\n\nLapisan kalis air (Rain Repellent) bukan pengganti wiper\n\n\nSalah satu konsep yang kerap disalahertikan adalah lapisan kalis air yang tidak memerlukan anda menggantikan wiper dengan kerap disebabkan penggunaan yang jarang.\n\n\nNamun, tidak ramai yang tahu, penggunaan lapisan ini sebenarnya lebih bahaya kerana ia menyebabkan kadar kelusuhan wiper yang tidak sekata, dan mampu memberikan kesan kepada kualiti sapuan dan tempoh hayat wiper itu sendiri.\n\n\nSelain daripada itu, penggunaan bahan kalis air ini juga boleh menyebabkan kesan kabut pada cermin yang mengambil masa yang lama untuk hilang setiap kali kitaran mengelap, dan ini lebih menyukarkan pemanduan terutama pada waktu malam.\n\n\nSebagai perbandingan, cermin yang tidak didatangkan dengan lapisan ini lebih cepat menghilangkan kesan kabut itu dalam tempoh saat setiap kali kitaran mengelap.\n\n\nCermin Hadapan Harus Kekal Bersih\n\n\nFaktor seperti kepanasan, habuk dan serpihan bendasing mampu memberikan kesan kepada prestasi pengelapan cermin dan jangka hayat wiper itu sendiri.\n\n\nAmalan baik seperti memastikan cermin hadapan kekal bersih, memeriksa wiper sebelum dan selepas musim tengkujuh untuk melihat kesan pakai dan lusuh, dan membuang sisa serpihan bendasing mampu memanjangkan jangka hayat wiper, menghasilkan kualiti sapuan yang lebih bersih sekaligus memberikan lebih nilai untuk wang dalam tempoh masa yang lama.\n\n\nSatu lagi konsep yang disalahfahamkan adalah tabiat mengangkat lengan wiper ketika cuaca panas bagi mengelakkan bilah wiper rosak akibat kepanasan yang melampau.\n\n\nTabiat ini dilihat mampu memberikan kesan kepada spring lengan wiper dan mampu menyebabkan kesan pengelapan yang tidak sempurna, sekaligus menyebabkan kos pembaikan yang lebih mahal berbanding amalan memeriksa secara berkala dan menggantikan bilah wiper.\n\n\nPeriksa bilah wiper setiap enam bulan\n\n\nSatu petua khusus untuk pemandu baharu adalah dengan membiasakan diri memeriksa bilah wiper setiap enam bulan untuk melihat kesan seperti pengerasan, terlalu lusuh, koyak atau retak.\n\n\nKesan di atas merupakan petunjuk bahawa wiper kereta anda perlu digantikan serta-merta.\n\n\nTukar wiper sekiranya terdapat tanda-tanda ini\n\n\nSeperti komponen kenderaan yang lain, wiper juga turut akan mengalami kehausan setelah penggunaan biasa, persekitaran yang mampu mempengaruhi struktur kimia pada bilah wiper, serta pencemaran yang berterusan disebabkan oleh habuk, dedaun, dan juga serangga.\n\n\nPastikan juga tanda-tanda yang terdapat pada permukaan cermin seperti jaluran air, sapuan yang tidak sekata, serta bunyi bising yang terhasil ketika penggunaan wiper.\n\n\nTips Penjagaan Wiper Kereta\n\n\nBagi memastikan pengelap cermin kereta tahan lebih lama, terdapat beberapa aspek penjagaan yang perlu dipatuhi.\n\n\n\n\nBersihkan bilah pengelap \ncermin kereta\n secara berkala untuk mengelakkan sebarang kotoran daripada melekat padanya;\n\n\nTegakkan atau angkat bilah pengelap cermin kereta sekiranya kereta diletakkan di kawasan tempat letak kereta terbuka atau di bawah panas terik;\n\n\nBersihkan cermin kereta supaya kotoran pada permukaan cermin tidak merosakkan getah pengelap cermin kereta;\n\n\nGunakan cecair atau bahan pencuci cermin yang selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap getah pengelap cermin dan cermin.\n\n\n\n\nSampai disini sahaja perkongsian \nQoala\n. Kalau korang nak renew \ninsurans kereta\n dan juga \nroadtax\n, renew je dengan \nQoala\n!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/akaun-bersama/", "title": "5 Langkah Buka Akaun Bersama (Joint Account)", "body": "\n\nBila sudah masuk alam\n \nperkahwinan\n, banyak tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai suami dan isteri terutama sekali bab-bab berkaitan kewangan. Disebabkan ini, ada pasangan yang mempertimbangkan untuk buka akaun bersama atau joint account bersama pasangan di untuk berkongsi tanggungjawab membayar komitmen rumah tangga. Artikel ini akan menjelaskan dengan lebih lanjut lagi mengenai cara akaun bersama atau \njoint account\n ini boleh membantu anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa Maksud Akaun Bersama, Kelebihan Buka Akaun Bersama?\n1. Berkongsi Komitmen Bulanan\n2. Peluang Lebih Tinggi untuk Dapat Jumlah Loan Lebih Banyak\n3. Sesuai untuk Waktu Kecemasan\n4. Memahami Keadaan Kewangan\nCara Buka Akaun Bersama\nPeka Juga dengan Risiko yang Mungkin Dihadapi dengan Akaun Bersama\n1. Kurang Privasi\n2. Perbelanjaan yang Tidak Terkawal\n3. Isu Akses dan Sekuriti\n4. Pembekuan Akaun\n\n\nApa Maksud Akaun Bersama, Kelebihan Buka Akaun Bersama?\n\n\nSecara umumnya, \njoint account\n merupakan satu bentuk\n \nakaun simpanan\n yang boleh dibuka oleh sesiapa sahaja dan boleh dikongsi dengani dua sehingga empat individu. Ini bermakna individu yang tersenarai dalam akaun bersama boleh mendapat akses untuk mengeluarkan duit simpanan di dalam akaun tersebut pada bila-bila masa tanpa meminta kebenaran daripada pihak yang berkongsi akaun yang sama.\n\n\nJoint account\n kebiasaannya digunakan oleh pasangan suami isteri yang mahu \nmenguruskan perbelanjaan\n rumah tangga bersama-sama. Ada juga situasi akaun bank bersama dibuka antara ibu bapa dan anak, adik-beradik, rakan bisnes dan sebagainya. Anda disarankan untuk buka akaun ini dengan individu yang anda paling boleh percaya.\u00a0\n\n\nJika akaun bersama digunakan dengan betul, ia boleh membantu anda merancang dan berbelanja dengan lebih berkesan. Berikut merupakan empat kelebihan membuka akaun bersama dengan pasangan anda:\n\n\n1. Berkongsi Komitmen Bulanan\n\n\nIni merupakan antara sebab utama ramai pasangan buka akaun bersama. Anda dan pasangan boleh menggabungkan\n \ngaji bulanan\n masing-masing untuk menguruskan perbelanjaan bagi membayar komitmen bulanan rumah tangga seperti\n \nsewa rumah\n,\n \npremium insurans\n,\n \nloan \nkereta\n dan sebagainya. Ia sekali gus membolehkan anda dan pasangan menguruskan perbelanjaan dengan lebih baik.\n\n\n2. Peluang Lebih Tinggi untuk Dapat Jumlah \nLoan \nLebih Banyak\n\n\nSekiranya anda terfikir untuk membuat sebarang pinjaman seperti \nloan \nrumah\n, akaun bersama boleh meningkatkan peluang untuk permohonan pinjaman anda lulus. Contohnya, gaji anda sahaja mungkin tidak cukup untuk bank luluskan permohonan pinjaman jika anda mahu beli rumah. Namun begitu, jika gaji anda dengan pasangan digabungkan melalui akaun bersama, peluang untuk bank meluluskan permohonan pinjaman anda adalah lebih tinggi.\n\n\n3. Sesuai untuk Waktu Kecemasan\n\n\nSeperti yang dinyatakan di atas, kedua-dua pemegang akaun bersama mempunyai akses yang sama dan boleh mengeluarkan duit pada bila-bila masa. Sebagai contoh, pasangan anda terlibat dalam situasi kecemasan seperti\n \nkemalangan kereta\n atau menghidap\n \npenyakit kritikal\n yang menyebabkan mereka tidak dapat menguruskan kewangan seperti biasa. Anda sebagai pemegang akaun bersama boleh mengakses akaun tersebut dan mengeluarkan jumlah wang simpanan yang diperlukan untuk tujuan-tujuan tertentu.\n\n\nTidak dinafikan yang anda juga boleh melakukan perkara yang sama dengan akaun simpanan biasa dengan berkongsi nombor pin dan kata laluan perbankan online pasangan anda. Namun begitu, \njoint account\n boleh dikatakan sebagai alternatif yang lebih mudah dan lebih selamat kerana akaun tersebut adalah milik anda juga.\n\n\n4. Memahami Keadaan Kewangan\n\n\nAkaun bersama membolehkan anda dan pasangan anda memahami tabiat perbelanjaan masing-masing. Ia memberi anda peluang untuk menjadi proaktif dan membuat perubahan lebih awal sebelum sesuatu perkara yang tidak diingini terjadi. Dengan kata lain, wang akan dapat diuruskan dengan lebih baik apabila anda dan pasangan mengetahui situasi kewangan masing-masing.\n\n\n\n\nCara Buka Akaun Bersama\n\n\nSecara asasnya, pembukaan akaun simpanan bersama atau \njoint account\n adalah sama seperti akaun simpanan biasa. Anda dan pasangan perlu melakukannya secara fizikal dengan pergi ke cawangan bank berhampiran dengan anda. Antara bank-bank yang menawarkan pembukaan \njoint account\n adalah Bank Islam, Maybank dan CIMB. Berikut merupakan langkah membuka akaun bersama:\n\n\n\n\nSediakan kad pengenalan anda dan pasangan beserta dokumen sokongan seperti bukti kediaman, surat arahan pembukaan akaun daripada\n \npihak KWSP\n dan sebagainya;\n\n\nPergi ke cawangan bank pilihan anda;\n\n\nJumpa dengan pegawai bank di kaunter;\n\n\nAnda perlu masukkan sejumlah wang yang telah ditetapkan oleh pihak bank sebagai\n \nduit deposit\n pendahuluan bagi pembukaan akaun;\n\n\nPembukaan akaun selesai.\n\n\n\n\nAnda perlu rujuk dengan pegawai cawangan di bank kerana proses pembukaan akaun akan diuruskan oleh pegawai cawangan. Perlu diingatkan yang setiap bank mungkin mempunyai prosedur yang berbeza-beza. Disebabkan itu, anda disarankan untuk semak dengan pihak bank pilihan anda terlebih dahulu.\n\n\nPeka Juga dengan Risiko yang Mungkin Dihadapi dengan Akaun Bersama\n\n\nWalaupun akaun bersama mempunyai kelebihannya yang tersendiri, terdapat juga risiko-risiko penting yang anda wajib tahu. Berikut merupakan perkara-perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membuka \njoint account:\n\n\n1. Kurang Privasi\n\n\nBerkongsi akaun bermakna anda turut berkongsi segala maklumat berkenaan dengan aktiviti kewangan anda bersama pasangan. Ini mungkin bermakna yang anda perlu menjelaskan setiap pembelian yang anda lakukan sekiranya pasangan anda ingin tahu. Jika anda seseorang yang mahukan dan menghargai privasi, anda mungkin perlu berfikir panjang sebelum buka akaun bersama.\n\n\n2. Perbelanjaan yang Tidak Terkawal\n\n\nTerdapat kemungkinan yang pasangan anda melakukan perbelanjaan yang tidak terkawal dan akhirnya boleh menjejaskan perancangan bajet akaun bersama anda. Disebabkan itu, anda dinasihatkan untuk mencari jalan penyelesaian dari awal sekiranya anda merasakan perkara sebegini boleh berlaku. Contohnya, anda mungkin boleh sarankan \njoint account \nini hanya boleh digunakan untuk perbelanjaan rumah sahaja. Bagi tujuan membeli-belah atau simpanan jangka panjang pula, kekalkan akaun simpanan berasingan.\n\n\n3. Isu Akses dan Sekuriti\n\n\nAkaun bersama memberikan kedua-dua pemilik akaun akses yang sama untuk mengeluarkan wang daripada akaun. Disebabkan ini, keselamatan boleh menjadi satu kebimbangan akibat kecuaian daripada pasangan anda. Sebagai contoh, pasangan anda\n \nhilang kad bank\n atau menjadi\n \nmangsa \nscammer\n perbankan online. Perkara-perkara sebegini adalah di luar kawalan anda tetapi anda boleh selalu ingatkan pasangan anda supaya sentiasa berhati-hati.\n\n\n4. Pembekuan Akaun\n\n\nJoint Account \nboleh dibekukan atas beberapa sebab seperti kematian salah seorang atau kedua-dua pemegang akaun, berlaku perceraian di antara pemegang akaun atau\n \npemegang akaun bankrap\n. Apabila akaun dibekukan, tiada sesiapa dibenarkan membuat sebarang pengeluaran sehingga isu itu diselesaikan.\n\n\nSemak sama ada akaun anda mempunyai klausa \nsurvivor\n yang membolehkan pemegang akaun yang masih hidup mengeluarkan wang sekiranya berlaku kematian terhadap pemegang akaun yang lain. Anda dan pasangan juga boleh menulis \nsurat wasiat komprehensif\n \nyang merangkumi pengagihan khusus wang dalam akaun bersama terutama sekali jika akaun bersama anda tidak mempunyai klausa \nsurvivor.\n\n\n\n\nTentukan kegunaan khusus akaun ini bersama pasangan anda sebelum membuka \njoint account\n. Contohnya, akaun ini khas hanya untuk perbelanjaan rumah dan utiliti bulanan. Sekiranya anda membuat keputusan untuk meneruskan dan membuka akaun bersama, cari akaun simpanan yang menawarkan kemudahan, perkhidmatan dan tawaran terbaik. Dengan cara ini anda boleh memanfaatkan sepenuhnya akaun bersama atau \njoint account \nini.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari\n\u00a0\ninsurans kereta terbaik\n dengan perlindungan menyeluruh termasuk perlindungan insurans banjir, layari laman web Qoala, platform insurans terbaik di Malaysia untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/akaun-semasa-vs-akaun-simpanan/", "title": "Panduan Lengkap Akaun Semasa vs Akaun Simpanan di Malaysia 2023", "body": "\n\nAnda mungkin ragu-ragu atau keliru untuk memilih sama ada akaun semasa vs akaun simpanan (\nsavings vs current account\n) semasa membuat pengeluaran wang di mesin ATM. Apa sebenarnya perbezaan antara akaun semasa vs akaun simpanan ini?\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nAkaun Semasa vs Akaun Simpanan: Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu\nApa Itu Akaun Semasa\nApa Itu Akaun Simpanan\nPerbandingan antara Akaun Semasa vs Akaun Simpanan di Malaysia\n\n\nAkaun Semasa vs Akaun Simpanan: Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu\n\n\nSecara umumnya, seseorang individu akan memiliki sama ada akaun semasa vs akaun simpanan, atau kedua-duanya sekali. Penting untuk anda tahu bahawa sesorang boleh memiliki satu akaun simpanan asas dan satu akaun semasa asas bagi setiap bank.\n\n\nManakala, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) pula hanya dibenarkan untuk membuka satu akaun semasa bagi setiap bank. Selain berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan dana anda, kedua-dua akaun semasa vs akaun simpanan ini menawarkan manfaat seperti:\n\n\n\n\nTransaksi perniagaan di kaunter;\n\n\nPenggunaan \nkad debit\n di mesin ATM;\n\n\nPemindahan antara bank menggunakan GIRO;\n\n\nPerbankan dalam talian untuk pembayaran bil.\n\n\n\n\n\n\nApa Itu Akaun Semasa\n\n\nAkaun semasa membolehkan anda mendeposit atau mengeluarkan wang pada bila-bila masa mengikut keperluan anda. Secara ringkasnya, akaun semasa mempunyai banyak persamaan dengan akaun simpanan. Perbezaan ketara antara akaun semasa vs akaun simpanan ialah:\n\n\n\n\nAkaun deposit ini membolehkan anda membuat pembayaran melalui cek;\n\n\nMenawarkan kadar faedah yang lebih tinggi; dan\n\n\nMemerlukan anda mempunyai baki minimum yang lebih besar.\n\n\n\n\nAkaun semasa biasanya sesuai untuk perniagaan seperti syarikat, firma, badan awam, pemilik perniagaan yang memiliki jumlah transaksi yang tinggi dengan pihak bank. Jika anda memiliki perniagaan sendiri, anda perlu mempunyai akaun semasa sebagai \nakaun perniagaan\n anda.\n\n\nIa penting untuk menguruskan operasi kewangan perniagaan, membuat pembayaran, merekodkan transaksi dan memastikan perniagaan berjalan lancar.\n\n\nSiapa yang Boleh Membuka Akaun Semasa?\n\n\nAkaun semasa di Malaysia tersedia kepada individu dan pelbagai jenis entiti seperti pemilik tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad (PLT), syarikat berhad (Sdn Bhd) dan syarikat tersenarai awam.\n\n\nWalau bagaimanapun, keperluan dan dokumen yang diperlukan untuk buka akaun ini mungkin berbeza bergantung kepada bank dan jenis akaun. Hubungi bank anda secara terus untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai keperluan dan proses pembukaan akaun.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarat umur minimum 18 tahun;\n\n\nTerbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap;\n\n\nAkaun bersama adalah dibenarkan;\n\n\nDeposit minimum yang diperlukan adalah RM500 (bergantung kepada bank);\n\n\nDeposit dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap deposit.\n\n\n\n\n\n\n\n\nApa Kelebihan Akaun Semasa?\n\n\nDengan membuka akaun semasa, anda bukan sahaja boleh mendepositkan wang ke dalam akaun anda. Tetapi, anda juga boleh menikmati pelbagai manfaat lain seperti:\n\n\n1. Kemudahan Overdraf\n\n\nKemudahan \noverdraft\n membolehkan anda mengeluarkan lebih banyak wang daripada baki yang ada dalam akaun semasa (sehingga mencapai had kredit yang ditetapkan). Ia memberikan akses tunai yang lebih fleksibel dan mengurangkan kemungkinan cek dikembalikan tanpa dibayar.\n\n\nWalau bagaimanapun, perlu diingat bahawa caj tambahan akan dikenakan apabila anda menggunakan kemudahan \noverdraft\n ini.\n\n\n2. Insurans Kemalangan Peribadi\n\n\nAnda juga boleh mendapatkan \ninsurans kemalangan peribadi\n melalui akaun semasa. Untuk maklumat lanjut mengenai ciri ini, sila hubungi wakil bank anda.\n\n\n3. Penyata Bulanan\n\n\nMemandangkan anda mempunyai akses kepada penyata bulanan secara percuma, anda boleh mengesan semua transaksi masuk dan keluar. Selain itu, anda juga boleh memeriksa dan menyemak transaksi anda melalui telefon bimbit.\n\n\n4. Jaminan Keselamatan\n\n\nPerbadanan Insurans Deposit Malaysia\n (PIDM) menyediakan perlindungan untuk deposit bank sehingga RM250,000 sekiranya bank diisytiharkan bankrap.\n\n\n\n\nApa Itu Akaun Simpanan\n\n\nAkaun simpanan merujuk pada akaun yang mendorong anda untuk menyimpan sambil memperoleh faedah ke atas deposit anda setiap bulan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat faedah yang dibayar ke atas akaun anda jika anda menyemak akaun bank anda setiap bulan. Kadar faedah untuk akaun simpanan biasanya sangat rendah.\n\n\nSelain itu, akaun simpanan berfungsi sama seperti akaun semasa. Anda boleh mendepositkan dan mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa asalkan anda mempunyai kad debit atau kad ATM. Jika anda mempunyai \npendapatan bulanan\n atau seorang pekerja berpencen, lebih baik anda membuka akaun simpanan.\n\n\nSiapa yang Boleh Membuka Akaun Simpanan?\n\n\nAkaun simpanan boleh dibuka oleh semua individu. Namun begitu, syarat kelayakan dan dokumen yang diperlukan mungkin berbeza bergantung pada pihak bank dan jenis akaun.\n\n\nAnda disyorkan untuk menghubungi bank secara terus untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai syarat-syarat dan proses pembukaan akaun simpanan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap;\n\n\nAkaun peribadi atau \nakaun bersama\n adalah dibenarkan;\n\n\nDeposit permulaan minimum RM20;\n\n\nDeposit dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Berhad (PIDM) sehingga RM250,000 untuk setiap deposit.\n\n\n\n\n\n\n\n\nApa Kelebihan Akaun Simpanan?\n\n\nPembukaan akaun simpanan bukan hanya memberikan peluang kepada anda untuk menyimpan wang. Tetapi, dalam masa yang sama anda berpeluang mendapatkan faedah ke atas jumlah yang disimpan. Berikut antara kelebihan lain akaun simpanan:\n\n\n1. Pengurusan Kewangan yang Berkesan\n\n\nDengan membuka akaun simpanan, anda dapat \nmenguruskan kewangan\n secara efektif. Akaun simpanan membolehkan anda mengawal semua transaksi keluar masuk, selain menikmati kadar faedah ke atas simpanan anda.\n\n\n2. Tujuan Kecemasan\n\n\nAkaun simpanan boleh berfungsi sebagai \ndana kecemasan\n. Ia membolehkan anda mengeluarkan wang pada bila-bila masa untuk membayar perbelanjaan yang tidak dijangka seperti kereta rosak.\n\n\nDalam keadaan kecemasan yang tidak terduga, anda boleh mengakses dana dalam akaun simpanan anda untuk menampung kos-kos ini.\n\n\n3. Keselamatan Terjamin\n\n\nJika berlaku sesuatu kepada pihak bank seperti \nkebankrapan\n, anda tidak perlu risau kerana deposit bank anda dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000.\n\n\n4. Mendapatkan Faedah\n\n\nAnda boleh mendapat pulangan kadar faedah yang sederhana dari masa ke masa ke atas simpanan anda. Meskipun mungkin tidak sebaik atau kemungkinan lebih rendah berbanding kadar faedah yang dijangkakan, ia masih boleh dikategorikan sebagai berbaloi.\n\n\n\n\nPerbandingan antara Akaun Semasa vs Akaun Simpanan di Malaysia\n\n\nSeperti dinyatakan di atas, kedua-dua akaun semasa vs akaun simpanan menawarkan kelebihan yang sama. Kedua-dua wang simpanan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa melalui ATM atau kaedah lain.\n\n\nMeskipun begitu, terdapat juga perbezaan antara akaun semasa vs akaun simpanan. Ikuti artikel ini untuk ketahui perbezaan antara kedua-dua akaun ini:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAkaun Semasa\n\n\nAkaun Simpanan\n\n\n\n\n\n\nTujuan\n\n\nUntuk menguruskan transaksi dan perbelanjaan harian.\n\n\nUntuk menyimpan wang.\n\n\n\n\n\n\nPilihan Deposit atau Pengeluaran\n\n\nWang boleh didepositkan dan dikeluarkan pada bila-bila masa.\n\n\nDeposit dan pengeluaran pada bila-bila masa sambil memperoleh faedah.\n\n\n\n\n\n\nKadar Faedah\n\n\nKadar faedah akaun semasa biasanya lebih rendah daripada akaun simpanan. Biasanya sekitar sifar peratus hingga serendah 0.05 peratus setahun.\n\n\nAkaun simpanan biasanya menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi berbanding akaun semasa. Biasanya antara 0.1 peratus hingga empat peratus setahun.\n\n\nNamun begitu, ia bergantung pada bank dan jenis akaun.\n\n\n\n\n\n\nHad Transaksi\n\n\nTransaksi tanpa had setiap hari dan setiap bulan.\n\n\nTransaksi terhad setiap hari dan setiap bulan.\n\n\n\n\n\n\nKaedah Pengeluaran atau Deposit\n\n\n\n\n\n\nBuku simpanan;\n\n\nKad ATM/Kad Debit;\n\n\nPenyata online/salinan (\nhardcopy\n).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBuku cek;\n\n\nKad ATM/Kad Debit;\n\n\nPenyata online/salinan (\nhardcopy\n);\n\n\nOverdraf.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKedua-dua jenis akaun semasa vs akaun simpanan ini menawarkan penyelesaian \npengurusan kewangan\n yang lengkap. Ia bergantung sepenuhnya pada keperluan anda. Ini kerana setiap jenis akaun menawarkan kelebihan yang tersendiri.\n\n\nAkaun simpanan biasanya dilengkapi dengan kad ATM atau kad debit untuk akses mudah kepada pengeluaran tunai dan pembayaran bil. Anda juga boleh membuka akaun semasa jika anda perlu menggunakan buku cek.\n\n\nSelain itu, jika anda sedang mencari \ninsurans kereta terbaik di Malaysia\n, lawati laman web Qoala untuk maklumat lanjut. Bandingkan harga dan manfaat insurans daripada beberapa \nsyarikat insurans terbaik di Malaysia\n dengan mudah, pantas, dan selamat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/akaun-simpanan-tetap/", "title": "Simpanan Tetap: Info Lengkap untuk Pelaburan Lebih Bijak", "body": "\n\nSelain \npelaburan saham\n, ekuiti, komoditi, \nunit trust\n dan sebagainya, terdapat satu jenis pelaburan yang sangat popular dalam kalangan pelabur iaitu simpanan tetap. Simpanan tetap atau \nfixed deposit\n sesuai untuk anda yang ingin melabur untuk jangka masa tertentu dengan selamat kerana ia kurang berisiko dan mempunyai tempoh matang tertentu untuk mendapatkan keuntungan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n6 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Akaun Simpanan Tetap\n1. Apa Itu Fixed Deposit atau Simpanan Tetap?\n2. Jenis Simpanan Tetap di Malaysia\n3. Jumlah Wang Deposit yang Diperlukan\n4. Kadar Faedah Simpanan Tetap Bank di Malaysia\n5. Tempoh Matang Simpanan Tetap\n6. Cara Buat Fixed Deposit\nSimpanan Tetap: Kaedah Pelaburan yang Lebih Bijak dan Selamat\n\n\n6 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Akaun Simpanan Tetap\n\n\nApa itu \nfixed deposit\n? Adakah pelaburan \nfixed deposit\n ini berbaloi dan selamat? Artikel ini akan membantu anda kenal pasti perkara yang anda perlu tahu sebelum melabur dalam \nfixed deposit\n bagi membantu anda membuat keputusan yang bijak.\n\n\n1. Apa Itu \nFixed Deposit\n atau Simpanan Tetap?\n\n\nApa maksud simpanan tetap? Secara asasnya, \nfixed deposit\n ialah satu jenis pelaburan yang disimpan tanpa dikeluarkan untuk tempoh tertentu. Tempoh matang simpanan biasanya berbeza mengikut polisi bank masing-masing. Malah, kadar faedah yang ditawarkan juga biasanya berbeza mengikut tempoh matang.\n\n\nSebagai contoh, jika anda mempunyai lebihan \nduit gaji\n yang tidak digunakan, anda boleh melabur dalam \nfixed deposit\n dengan kadar faedah tiga peratus setahun jika anda tidak mengeluarkan wang tersebut sebelum tempoh matang. Kadar faedah \nfixed deposit\n juga dikatakan lebih tinggi berbanding akaun simpanan biasa yang hanya menawarkan hanya 0.3 hingga 0.5 peratus setahun.\n\n\n2. Jenis Simpanan Tetap di Malaysia\n\n\nDi Malaysia, terdapat beberapa jenis simpanan tetap yang boleh anda pertimbangkan. Berikut enam jenis \nfixed deposit\n untuk panduan dan rujukan anda:\n\n\ni. Simpanan Tetap Jangka Pendek\n\n\nSekiranya anda mempunyai lebihan wang yang ingin disimpan tetapi merancang untuk menggunakannya dalam masa terdekat, anda boleh memilih untuk menyimpan dalam \nfixed deposit\n sebegini. Kadar faedah atau pulangan yang akan diperoleh tidaklah begitu banyak, namun ia semestinya lebih berbaloi berbanding simpanan biasa.\n\n\nii. Simpanan Tetap Jangka Panjang\n\n\nJika anda tidak merancang untuk menggunakan simpanan anda dalam masa terdekat, anda boleh mempertimbangkan jenis simpanan ini. Semakin lama anda simpan duit anda dalam simpanan jenis ini, semakin tinggi kadar faedah yang bakal diterima. Biasanya, sesetengah bank menawarkan tempoh simpanan jangka panjang sehingga lima tahun kepada penyimpan.\n\n\niii. Simpanan Tetap Islamik (Patuh Syariah)\n\n\nAkaun \nfixed deposit\n berasaskan prinsip patuh Syariah ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Muslim di Malaysia. Penyimpan atau pelabur dianggap sebagai pendeposit dan bank dianggap sebagai \nmudharib\n atau pihak yang berkongsi keuntungan. Dalam erti kata lain, penyimpan menyerahkan wang simpanan kepada pihak bank untuk tujuan perniagaan dan keuntungan dikongsi bersama antara penyimpan dan pihak pengurusan. Dengan cara ini, penyimpan akan mendapat pulangan tanpa melibatkan sebarang konsep faedah.\n\n\niv. Simpanan Tetap Mata Wang Asing\n\n\nAkaun simpanan ini membolehkan anda menyimpan menggunakan mata wang asing. Akaun \nfixed deposit\n sebegini sangat berguna sekiranya anda ingin melindungi simpanan anda daripada ketidaktentuan inflasi atau sebagainya.\n\n\nv. Simpanan Tetap Junior\n\n\nAkaun simpanan ini pula ditawarkan khusus untuk kanak-kanak berumur 18 tahun dan ke bawah. Kebanyakan bank di Malaysia menawarkan \nfixed deposit\n junior yang digabungkan bersama \nperlindungan insurans\n dan manfaat lain seperti \ntabung pendidikan\n dan lain-lain untuk kegunaan kanak-kanak tersebut pada masa hadapan.\n\n\nvi. Simpanan Tetap Senior/Warga Emas\n\n\nSekiranya anda seorang pesara yang ingin melindungi \nsimpanan persaraan\n anda, jenis simpanan ini merupakan salah satu pilihan yang boleh anda pertimbangkan. Bergantung pada bank, simpanan ini dibuka khas untuk warga emas yang berumur antara 50 hingga 55 tahun. Selain itu, ada sesetengah bank menawarkan akaun \nfixed deposit\n fleksibel untuk warga emas yang menawarkan kadar faedah yang tinggi dan membenarkan pengeluaran awal pada bila-bila masa tanpa kehilangan sebarang faedah deposit tetap pada baki akaun.\n\n\n3. Jumlah Wang Deposit yang Diperlukan\n\n\nSecara asasnya, setiap bank menetapkan kadar deposit minimum yang berbeza mengikut tempoh pelaburan simpanan yang dipersetujui. Berikut jumlah wang deposit yang diperlukan di beberapa bank popular di Malaysia untuk rujukan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBank\n\n\nDeposit Minimum\n\n\n\n\n\n\nMaybank\n\n\nRM1,000\n\n\n\n\n\n\nCIMB\n\n\nRM1,000\n\n\n\n\n\n\nBank Islam\n\n\nRM500\n\n\n\n\n\n\nRHB Bank\n\n\nRM500\n\n\n\n\n\n\nBSN\n\n\nRM10,000\n\n\n\n\n\n\nAmbank\n\n\nRM5,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Kadar Faedah Simpanan Tetap Bank di Malaysia\n\n\nCara kira kadar faedah simpanan tetap adalah berbeza mengikut bank, dan ia biasanya bergantung pada jenis akaun simpanan yang dipilih. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk memilih jenis simpanan yang sesuai mengikut keperluan dan kemampuan anda kerana kadar faedah minimum akan dikira berdasarkan tempoh simpanan anda sama ada dari enam bulan dan setahun. Berikut peratus kadar faedah di beberapa bank popular di Malaysia untuk panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBank\n\n\nPeratus Kadar Faedah untuk Enam Bulan (%)\n\n\n\n\n\n\nMaybank\n\n\nBermula 2.55\n\n\n\n\n\n\nCIMB\n\n\n2.55\n\n\n\n\n\n\nBank Islam\n\n\n2.65\n\n\n\n\n\n\nRHB Bank\n\n\n2.55\n\n\n\n\n\n\nBSN\n\n\n2.60\n\n\n\n\n\n\nAmbank\n\n\nBermula 2.30\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Tempoh Matang Simpanan Tetap\n\n\nFixed deposit\n tidak membenarkan pelabur atau penyimpan untuk melakukan pengeluaran awal sebelum tarikh matang. Jika pengeluaran awal dilakukan, ia berpotensi mengurangkan kadar faedah seperti yang ditetapkan dalam terma dan syarat. Meskipun begitu, ada sesetengah bank yang menawarkan pengeluaran awal tanpa menjejaskan kadar faedah sedia ada. Biasanya, tempoh matang simpanan tetap adalah antara satu, tiga, dan enam bulan atau satu tahun (atau lebih) dengan kadar faedah yang berbeza-beza mengikut tempoh simpanan. Selain itu, kadar faedah juga ditawarkan lebih tinggi jika amaun pelaburan atau simpanan yang dimasukkan tinggi.\n\n\n6. Cara Buat \nFixed Deposit\n\n\nKebanyakan bank tempatan di Malaysia seperti Bank Rakyat, Maybank, CIMB Bank, AmBank, Public Bank, Hong Leong Bank, Affin Bank dan banyak lagi menawarkan simpanan tetap kepada semua lapisan masyarakat. Bank-bank ini menawarkan kadar faedah, pakej dan tempoh matang pelaburan yang berbeza.\n\n\nJika anda berminat untuk melabur dalam \nfixed deposit\n ini, lakukan kajian atau kenal pasti jenis simpanan tetap yang sesuai dengan keperluan anda dan ambil kira tempoh matang simpanan tetap tersebut. Bagi anda yang berminat, berikut cara buat \nfixed deposit\n untuk rujukan anda:\n\n\n\n\nHadir ke cawangan bank pilihan;\n\n\nAnda perlu mendaftar dan beri butiran maklumat yang diperlukan;\n\n\nMasukkan sejumlah deposit yang dipersetujui mengikut syarat bank;\n\n\nLakukan pengesahan.\n\n\n\n\nSimpanan Tetap: Kaedah Pelaburan yang Lebih Bijak dan Selamat\n\n\nSetiap bank menawarkan beberapa pilihan pelaburan dengan tempoh matang dan kadar faedah \nfixed deposit\n yang berbeza mengikut tempoh. Anda disarankan untuk membuat pilihan yang terbaik, bijak dan selamat bergantung pada keperluan anda. Selain itu, sekiranya anda merancang untuk mendapatkan \ninsurans kereta terbaik di Malaysia\n dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah, layari laman web Qoala, \nplatform insurans murah di Malaysia\n untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/angpau-tahun-baru-cina/", "title": "Berapa Banyak yang Anda Patut Beri dalam Angpau Tahun Baru Cina?", "body": "\n\nAngpau Tahun Baru Cina sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan setiap kali menjelang perayaan terutamanya jika anda masih layak terima angpau. Secara umumnya, sampul merah atau angpau Tahun Baru Cina ini mengandungi wang dan biasanya diberikan oleh orang yang lebih tua atau pasangan suami isteri kepada anak-anak dan individu yang belum berkahwin. Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu berapa banyak yang perlu diberikan dalam angpau Tahun Baru Cina?\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa Signifikan Angpau Tahun Baru Cina?\nSejarah Angpau Tahun Baru Cina\nBerapa Banyak yang Perlu Diletakkan dalam Angpau Tahun Baru Cina kepada Ibu Bapa, Ahli Keluarga dan Kenalan?\nRenew Insurans Kereta, Motosikal dan Kesihatan pada Harga Terendah Sempena Qoala 888\n\n\nApa Signifikan Angpau Tahun Baru Cina?\n\n\nPemberian angpau semasa sambutan Tahun Baru Cina kini telah berkembang menjadi amalan budaya. Amalan pemberian angpau Tahun Baru Cina juga kini telah diasimilasikan atau diterima dalam budaya lain di Malaysia. Sebagai contoh, \npemberian duit raya\n yang diberikan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.\n\n\nSecara asasnya, angpau Tahun Baru Cina yang berwarna merah menandakan tuah dan merupakan simbol untuk menangkis roh jahat. Imej-imej pada angpau ini pula biasanya membawa maksud rahmat dan harapan panjang umur, kemakmuran, dan kesihatan yang baik kepada penerima.\n\n\nWalaupun angpau lebih sinonim dengan warna merah, angpau Tahun Baru Cina juga kini boleh didapati dalam warna oren, merah jambu dan kuning. Meskipun warna sedikit berbeza, ia masih lagi memberi kepentingan yang tetap sama.\n\n\nSejarah Angpau Tahun Baru Cina\n\n\nPemberian wang mempunyai makna yang signifikan bagi masyarakat Cina hari ini, walaupun ia sekarang diberikan dalam bentuk paket merah yang lebih dikenali sebagai angpau Tahun Baru Cina.\n\n\nMengikut kepercayaan popular, amalan pemberian angpau Tahun Baru Cina ini bermula semasa Dinasti Qin (221 SM\u2013206 SM). Generasi tua pada masa itu menghadiahkan generasi muda dengan syiling yang diikat pada tali merah.\n\n\nUmumnya, ia membawa maksud \nya sui qian\n atau \u201cwang untuk menangkis semangat roh jahat\u201c. Ia dipercayai bertujuan untuk melindungi penerima daripada sebarang penyakit dan kematian.\n\n\nPenggunaan sampul merah akhirnya muncul menggantikan \nya sui qian\n disebabkan kemunculan mesin cetak. Apabila frasa \nya su qi\u00e1n\n ditulis dengan homofon (sama ejaan tetapi berbeza maksud) untuk\n su\n, makna berubah daripada \u201croh jahat\u201c kepada \u201cusia tua\u201c. Frasa itu kini dikenali sebagai \u201cwang untuk mengelakkan hari tua\u201c.\n\n\n\u201c\nGong Xi Fai, H\u00f3ng B\u00f3n\u00e1 Lai!\n\u201d adalah ucapan biasa yang mungkin anda dengar yang menandakan keberkatan untuk kekayaan dan nasib baik.\n\n\n\n\nBerapa Banyak yang Perlu Diletakkan dalam Angpau Tahun Baru Cina kepada Ibu Bapa, Ahli Keluarga dan Kenalan?\n\n\nMemandangkan sambutan Tahun Baharu Cina semakin hampir, anda mungkin tertanya-tanya berapa banyak yang perlu anda berikan kepada ibu bapa, adik beradik atau ahli keluarga anda yang lain dalam angpau Tahun Baru Cina?\n\n\nDalam budaya Cina umumnya, \nnombor lapan\n sangat popular dan disebut sebagai \nba\n yang mempunyai bunyi yang sama untuk perkataan \u201ckemakmuran\u201c. Selain nombor lapan, kombinasi nombor lain yang turut popular dalam budaya Cina adalah seperti 88 (bawa maksud kemakmuran berganda), 168 (tuah dan kemakmuran) dan 188 (senang memperoleh kemakmuran).\n\n\nBagi memudahkan anda, berikut cadangan jumlah angpau Tahun Baru Cina yang biasa diberikan:\n\n\n\n\nIbu bapa atau mertua: Sekitar RM88 hingga RM188 (malah ada yang memberikan sehingga RM388 atau lebih);\n\n\nAnak sendiri: Sekitar RM50 hingga RM100 (malah ada yang memberikan sehingga RM388 atau lebih);\n\n\nCucu: Sekitar RM8 hingga RM38;\n\n\nAnak kawan atau saudara mara: Sekitar RM5 hingga RM10.\n\n\n\n\nSelain nombor lapan, terdapat beberapa nombor lain dalam budaya Cina yang turut membawa maksud yang baik. Sebagai contoh, nombor dua kerana homofon dengan perkataan \u201cmudah\u201c dan \u201ccemerlang\u201c. Nombor dua yang disebut \nyih\n dalam bahasa Kantonis dilihat sebagai sesuatu yang positif.\n\n\nSelain itu, nombor enam juga merupakan salah satu nombor bertuah dalam budaya Cina. Nombor enam disebut sebagai\n liu\n dan muncul dalam ungkapan \u201cli\u00f9 li\u00f9 d\u00e0 shun\u201c. Ia membawa maksud \u201ckejayaan yang lancar\u201c.\n\n\nNombor sembilan pula disebut sebagai \njiu\n (sebutan sama seperti istilah untuk \u201cumur panjang\u201c) dan dikaitkan dengan Maharaja China. Perkara yang paling penting untuk dielakkan semasa memberikan angpau Tahun Baru Cina ialah memberi apa-apa amaun empat dalam angpau.\n\n\nDalam budaya Cina, nombor empat boleh dianggap sebagai nombor yang malang kerana ia disebut sebagai \nsi\n yang bermaksud \u201ckematian\u201c. Jadi, anda disarankan untuk elakkan daripada berikan RM4, RM14, RM44 atau apa-apa jumlah dalam angpau yang mempunyai nombor empat.\n\n\nBagaimana Cara Nak Bagi Angpau Tahun Baru Cina Online?\n\n\nKini transaksi angpau bukan sahaja terhad dengan pemberian sampul merah. Angpau Tahun Baru Cina kini boleh dilakukan dengan lebih mudah secara digital. Berikut alternatif untuk menghantar angpau secara online yang boleh anda pertimbangkan. Anda boleh melakukannya melalui:\n\n\n\n\nDuitNow;\n\n\nTransaksi pindahan melalui \ne-Wallet\n (Boost, Grab dan Touch \u2018n Go);\n\n\ne-Angpao atau e-Ang Pow;\n\n\nPindahan bank.\n\n\n\n\n\n\nRenew\n Insurans Kereta, Motosikal dan Kesihatan pada Harga Terendah Sempena Qoala 888\n\n\nPanduan angpau Tahun Baru Cina ini hanyalah cadangan umum sahaja. Terpulang kepada anda dalam menentukan amaun angpau Tahun Baru Cina yang ingin anda berikan. Apa yang penting, kenal pasti \nstatus kewangan\n dan jangan merasa terbeban untuk memberi amaun yang melebihi \nkemampuan kewangan\n anda.\n\n\nAnda tidak seharusnya membebankan diri dan berbelanja melebihi kemampuan kewangan anda. \nUrus kewangan\n anda dengan baik. Amalkan sikap berjimat cermat dan banyakkan menyimpan lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil ini.\n\n\nSekiranya anda ingin mendapatkan \npolisi perlindungan insurans yang komprehensif\n untuk melindungi anda dan keluarga, ini adalah masa terbaik untuk anda berbuat demikian.\n\n\nAnda berpeluang nikmati lebih BANYAK penjimatan dan menang hadiah cabutan bertuah menarik yang ditawarkan sempena \nkempen Qoala 888\n. Ia semestinya akan memberikan anda lebih ONG, lebih HUAT dan lebih TUAH pada Tahun Baru Cina ini.\n\n\nJika anda ingin mendapatkan info lanjut berkaitan kempen Qoala 888, layari laman web Qoala untuk mendapatkan\n update\n terkini. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans terbaik\n di Malaysia. Qoala menawarkan pelbagai pilihan insurans terbaik yang semestinya sesuai dengan keperluan anda. Selamat Tahun Baru Cina daripada Qoala! #QoalaMY #Qoala888 #TahunBaruCinaQoala\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/apa-itu-cryptocurrency/", "title": "Apa Itu Cryptocurrency & 4 Perkara Lain Perlu Tahu", "body": "\n\nPopulariti kripto sememangnya semakin meningkat sehingga beratus juta pelabur dari serata dunia mula melibatkan diri dan kini lebih ramai yang telah mendapat pendedahan\n\u00a0\ntentang apa itu \ncryptocurrency\n. \nA\nrtikel ini akan menerangkan maksud \ncrypto \ndan empat lagi perkara yang akan membantu anda fahami apa itu kripto sebelum anda pertimbangkan keputusan sama ada mahu \nmembuat pelaburan\n ini atau \npelaburan risiko rendah\n lain.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Pelaburan Crypto\n1. Apa Maksud Cryptocurrency?\u00a0\n2. Bagaimana Cryptocurrency Berfungsi? Apa Beza Kripto dan Bank?\n3. Apakah Kebaikan Mata Wang Kripto? \n\n4. Bagaimana Pula dengan Keburukan Mata Wang Kripto?\n5.\u00a0 Apakah Jenis Cryptocurrency yang Ada di Malaysia?\nPatut Ke Anda Mula Masuk Dunia Kripto?\n\n\n5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Buat \nPelaburan \nCrypto\n\n\nSecara umumnya, penerimaan kripto ini terbahagi kepada dua perspektif oleh pakar-pakar kewangan dan pelaburan. Ada yang berpendapat ini merupakan \u2018wang masa depan\u2019 yang akan terus berkembang. Lagi satu perspektif pula berpendapat kripto ini tidak bernilai kerana nilainya tidak stabil dan adalah spekulatif semata-mata seperti \npelaburan NFT\n.\u00a0\n\n\nPada November 2021, Bitcoin yang merupakan \ncryptocurrency \npaling bernilai\n \nmencapai nilai yang paling tinggi iaitu $69,000 (RM303,462) setiap unit. Namun begitu, pada 14 Jun 2022, bitcoin mengalami penurunan yang mendadak iaitu melebihi 67 peratus menjadikan nilainya hanya sekitar $21,000 (RM92,358).\u00a0\nIni menunjukkan nilainya masih belum lagi stabil kerana boleh naik dan turun pada bila-bila masa. \nBerikut adalah lima perkara penting yang anda perlu tahu tentang \ncrypto\n:\n\n\n1. Apa Maksud \nCryptocurrency\n?\u00a0\n\n\nSecara asasnya,\u00a0\ncryptocurrency\n merupakan pelaburan baru dan konsepnya tidak sama seperti konsep pelaburan yang sudah lama wujud seperti \npulangan dividen ASB\n, \npelaburan hartanah\n dan sebagainya. Untuk anda fahami apa itu \ncrypto\n, terdapat tiga elemen penting yang anda perlu tahu iaitu maksud\u00a0\ncrypto\u00a0\nitu sendiri, maksud\u00a0\nblockchain\n dan maksud\u00a0\ncryptography\n.\n\n\nCryptocurrency \nmerupakan satu bentuk mata wang digital yang yang digunakan sebagai medium transaksi dan ia bergantung kepada teknologi \nblockchain\n. Anda boleh bandingkan k\nonsep kripto ini lebih kurang sama seperti konsep mata wang sebenar. Perbezaan utamanya adalah kripto tidak wujud dalam bentuk fizikal seperti wang kertas dan syiling.\n\n\nSelain itu, kripto tidak tidak mempunyai kuasa pusat seperti Bank Negara yang mengawal dan memantau semua urusan mengenai duit, \nkredit kad\n, \nskor CCRIS\n, \nskor CTOS\n dan sebagainya. Kripto beroperasi dengan sendiri kerana ia merupakan mata wang digital yang didesentralisasi atau \ndecentralized\n dan wujud di luar perbankan tradisional. Ia bergantung kepada\u00a0\nblockchain\u00a0\ndan\u00a0\ncryptography\n.\n\n\nApa Itu \nBlockchain\n?\n\n\nAnda mungkin tertanya-tanya maksud \nblockchain\n. Untuk senang anda faham, \nsemua transaksi kripto bergantung kepada \nblockchain \nyang merupakan lejar awam atau \nopen ledger\n yang merekod semua transaksi di antara pelabur-pelabur. \nDengan kata lain\n, blockchain \nmerupakan satu bentuk penyimpanan rekod digital yang memaparkan lejar transaksi yang kekal dan tidak boleh diubah-ubah atau dimanipulasi.\u00a0\n\n\nDi \nblockchain\n, anda akan mendapati akan ada banyak kod. Untuk pengetahuan anda, \ncryptocurrency \nmenggunakan teknik kriptografi atau \ncryptography\n untuk berfungsi. Teknik ini dikatakan lebih selamat dan \ntransparent\n.\n\n\nApa Itu \nCryptography\n?\n\n\n\u00a0\nSecara ringkasnya, maksud perkataan kriptografi itu sendiri bermakna \u201ctulisan rahsia\u201d. \nCryptography \nmerupakan satu kaedah yang melindungi maklumat dan komunikasi melalui penggunaan kod.\u00a0\nDengan kaedah ini, hanya pihak pemberi dan penerima sahaja yang boleh baca dan faham kod yang disampaikan. Teknik kriptografi memastikan aktiviti transaksi di antara pelabur kripto kekal selamat dan tersembunyi.\u00a0\n\n\n\n\n2. Bagaimana \nCryptocurrency \nB\nerfungsi? Apa Beza Kripto dan Bank?\n\n\nSekarang anda sudah tahu apa itu \ncryptocurrency\n, namun, bagaimana pula dengan cara kripto berfungsi? \nUnit mata wang kripto dicipta melalui proses yang dipanggil \nmining \natau perlombongan. Sebelum ini, anda mungkin pernah dengar tentang \nmining \nBitcoin atau \nmining crypto\n tetapi mungkin anda tidak tahu maksud \nmining\n dalam konteks \ncryptocurrency\n.\n\n\nApa Itu \nMining \ndalam\n Crypto\n?\n\n\nSecara ringkasnya, \nmining\n melibatkan penggunaan kuasa komputer yang menjana \ncoin\n \ncrypto\n seperti Bitcoin. \nMining \nkripto mempunyai dua matlamat iaitu menjana mata wang kripto baharu dan mengesahkan ketulenan urus niaga mata wang kripto pada rantaian \nblockchain\n. Sesiapa sahaja yang mempunyai rangkaian internet yang stabil dan mesin \nmining\n seperti \nmining rig\n, dan \ngraphics card\n boleh menjadi seorang \nminer crypto\n.\u00a0\n\n\nSeperti yang telah dinyatakan tadi, idea di sebalik konsep kripto adalah\n decentralized\n dan ia tidak mempunyai satu institusi kewangan yang mengawalnya. Ini membolehkan anda membuat transaksi tanpa melalui pihak ketiga seperti bank. Bagaimana anda membuat transaksi tanpa pihak bank?\u00a0\n\n\nIdea kripto adalah anda bukan mempercayai satu pihak iaitu bank. Sebaliknya, anda mempercayai ramai pihak dalam \nblockchain\n. Sebab itulah \ncrypto \nsering digelar sebagai transaksi yang telus atau \ntransparent\n. \nDengan cara ini, akan terdapat banyak salinan rekod transaksi dan ini menyukarkan seseorang untuk menipu dalam transaksi kerana semua orang mempunyai salinan rekod transaksi. \n\n\nContohnya, jika anda cuba mengubah lejar seperti menukar nilai transaksi dan ia tidak akan sepadan dengan rekod lain dalam \nblockchain. \nAkibatnya,\n transaksi ini akan ditolak. Secara ringkasnya, berikut menjelaskan perbezaan kripto daripada perbankan tradisional:\n\n\nSebagai contoh, katakalah anda berada di dalam sebuah kedai kasut sukan dan anda mahu membeli sepasang kasut bernilai RM400.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nTransaksi Bank\n\n\nTransaksi \nCryptocurrency\n\n\n\n\n\n\nAnda menggunakan \nkad bank\n untuk bayar jumlah RM400. Cara transaksi ini berjalan adalah:\n\n\n1. Anda \nswipe \nkad atau masukkan nombor pin, kemudian akan menunggu isyarat sama ada pembayaran anda diluluskan atau tidak oleh bank.\n\n\n2. Apabila pembayaran diluluskan, bank akan mengemas kini rekod yang menunjukkan duit berpindah dari akaun anda kepada akaun kedai kasut sukan tersebut.\n\n\nAnda menggunakan \ncryptocurrency \nuntuk beli kasut\n \nyang sama. Cara transaksi ini berlaku adalah seperti berikut:\n\n\n1. Anda \ntransfer \nnilai kripto tertentu kepada kedai. \nBlockchain \nakan menentukan sama ada anda mempunyai dana yang mencukupi.\n\n\n2. Apabila transaksi diluluskan, rekod transaksi ini dapat dilihat melalui \nblockchain\n dalam bentuk \ncryptography\n oleh semua pelabur kerana \nblockchain\n merupakan satu lejar awam atau \nopen ledger\n.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Apakah Kebaikan Mata Wang Kripto?\n\n\n\n\nKenapa \ncrypto\n popular? Tidak kira nilai \ncrypto\n naik atau turun, ia sentiasa menjadi topik kewangan yang hangat. Beberapa jenama terbesar dunia kini menerima mata wang digital Bitcoin di Amerika Syarikat, antaranya Microsoft, Paypal, AT&T dan Starbucks. Kripto ini juga digunakan sebagai medium transaksi utama dalam \ndunia Metaverse\n. Selain itu, banyak nama syarikat \ncryptocurrency\n yang mula terlibat sebagai penaja dalam industri sukan antarabangsa. Pelaburan berjuta-juta dolar telah dibuat kepada dalam industri \nFormula\n \nOne\n, bola sepak, UFC dan banyak lagi.\u00a0\n\n\nKelebihan utama mata wang kripto adalah ia berdasarkan teknologi \nblockchain\n dan tidak bergantung kepada satu institusi kewangan. Berikut adalah kelebihan \ncryptocurrency \nyang membuatkan ramai berminat untuk melabur:\n\n\nIdentiti Dirahsiakan\n\n\nUrus niaga mata wang kripto dapat dijalankan adalah tanpa mendedahkan identiti. Ini merupakan satu berita baik bagi pengguna yang mahukan privasi.\n\n\nTelus\n\n\nWalaupun identiti anda dirahsiakan semasa transaksi, data akan direkodkan pada lejar awam yang menggunakan teknologi blockchain. Ini bermakna data adalah telus dan boleh dilihat oleh orang ramai pada bila-bila masa.\n\n\nDecentralization \natau Didesentralisasi\n\n\nMata wang kripto tidak dikeluarkan oleh bank pusat atau disokong oleh mana-mana kerajaan setakat ini. Ini bermakna tiada campur tangan daripada kerajaan atau pengaruh daripada dasar monetari.\n\n\nBerpotensi Memperoleh Keuntungan\u00a0\n\n\nMelabur dalam kripto sememangnya mempunyai risiko yang tinggi tetapi ia mampu menjana pulangan yang tinggi. Contohnya, pada tahun 2021, nilai Bitcoin meningkat sehingga lebih dua kali ganda.\n\n\n4. Bagaimana Pula dengan Keburukan Mata Wang Kripto?\n\n\nWalaupun \ncrypto\n mempuyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri, anda perlu berhati-hati kerana terdapat beberapa keburukan atau\u00a0\nmajor drawbacks\n yang akan membuatkan anda fikir dua tiga kali sebelum mula melabur. \nMesti anda pernah dengan nilai kripto jatuh dan ramai mengalami kerugian yang dahsyat disebabkan kripto sebelum ini. \nBerikut merupakan antara keburukan kripto yang anda patut tahu sebelum melabur:\n\n\nPelaburan Tidak Menentu\n\n\nWalaupun harga mata wang kripto boleh melonjak tinggi, ia juga boleh jatuh ke nilai terendah dengan cepat. Contohnya, nilai mata wang kripto seperti Bitcoin boleh berubah dengan cepat, jadi sesetengah orang tidak merasakan ia selamat untuk menukar wang sebenar kepada Bitcoin.\u00a0\n\n\nBelum Sesuai untuk Dijadikan Sebagai Pelaburan Jangka Panjang\n\n\nOleh kerana pasaran kripto ini masih baharu, tidak siapa yang boleh menjangkakan perkara yang akan berlaku. Jadi jika anda ingin membuat pulangan yang stabil, ini mungkin bukan pertaruhan terbaik.\u00a0\n\n\nPelaburan lain seperti \npelaburan emas\n dan \npelaburan ASB\n telah terbukti merupakan satu pelaburan jangka panjang yang baik tapi bagaimana pula dengan \ncrypto\n? Tiada siapa yang benar-benar tahu apa yang akan berlaku kepada mata wang kripto dalam masa terdekat dan masa hadapan. Oleh itu, pelabur perlu berani kerana keputusan yang dibuat mungkin berdasarkan \ntrial and error\n.\n\n\nTerdedah kepada \nCrypto \nScam\n\n\nCryptocurrency \njuga tidak lari dari \nsindiket \nscam\n. \nScammer\n sering menggunakan platform seperti Facebook, Instagram dan Twitter untuk mengajak orang ramai melabur dan menipu menggunakan helah-helah tertentu. Kebiasaannya, sasaran mereka adalah pelabur baharu yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang \ncryptocurrency\n.\n\n\nTidak Ada Pusat Kawalan\n\n\nPasaran mata wang kripto tidak dikawal dan tiada peraturan atau polisi yang ditetapkan untuk melindungi anda. Sekiranya, kebanyakan syarikat atau ramai pengguna beralih kepada mata wang kripto baharu daripada anda atau berhenti menggunakan mata wang digital sepenuhnya, mata wang kripto anda akan jadi tidak bernilai.\n\n\n5.\u00a0 Apakah Jenis \nCryptocurrency\n yang Ada di Malaysia?\n\n\nTerdapat banyak pilihan jenis \ncrypto\n yang anda boleh labur. Berikut adalah antara jenis kripto yang anda boleh labur di Malaysia:\n\n\n\n\nBitcoin\n\n\nEthereum\n\n\nXRP\n\n\nLitecoin\n\n\nBitcoin Cash\n\n\n\n\n\n\nPatut Ke Anda Mula Masuk Dunia Kripto?\n\n\nIngat, pelaburan kripto merupakan satu pelaburan risiko tinggi kerana nilainya boleh berubah-ubah naik dan turun dengan sangat cepat. Oleh sebab itu, ilmu tentang apa itu \ncryptocurrency \nmemang penting dan anda disarankan untuk dapatkan nasihat kewangan daripada perancang kewangan supaya anda boleh menilai sendiri dan dapat membuat keputusan dengan lebih baik sebelum melibatkan diri dalam dunia kripto.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta murah dan terbaik\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala juga menawarkan \nharga insurans motor terbaik\n dan \ninsurans rumah terbaik\n daripada beberapa \nsyarikat insurans di Malaysia\n. Anda boleh pilih insurans mengikut keperluan dan bajet anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/apple-pay-malaysia/", "title": "Apple Pay Malaysia: Cara Guna Apple Pay di iPhone, Apple Watch", "body": "\n\nApple Pay akhirnya tiba di Malaysia setelah sekian lama ditunggu oleh pengguna-pengguna produk Apple di negara ini. Ini merupakan satu berita yang menggembirakan kerana Apple Pay merupakan salah satu cara yang boleh memudahkan urusan pembayaran anda sebagai pengguna produk Apple. Ikuti artikel ini untuk mengetahui cara guna Apple Pay di Malaysia menggunakan iPhone dan Apple Watch anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nLangkah-langkah Mudah untuk Set-up Apple Pay di Peranti Apple Anda\nCara Masukkan Kad Bank (Debit/Kredit) di iPhone Anda\nCara Tambah Kad Debit atau Kredit di Apple Watch\nApple Pay Malaysia: Cara Menggunakan Apple Pay untuk Membuat Transaksi\n1. Apple Pay Menggunakan iPhone dengan Face ID\n2. Apple Pay Menggunakan iPhone dengan Touch ID\n3. Apple Pay Melalui Apple Watch\n4. Apple Pay untuk Pembelian Online\nAdakah Apple Pay di Malaysia Selamat Digunakan?\n\n\nLangkah-langkah Mudah untuk \nSet-up\n Apple Pay di Peranti Apple Anda\n\n\nSama seperti Samsung Pay, Apple Pay menggunakan teknologi NFC (\nNear-field communication\n). Anda hanya boleh menggunakan Apple Pay sekiranya anda menggunakan model iPhone 6 dan ke atas.\u00a0\n\n\nDisebabkan Apple Pay baru sahaja dilancarkan di Malaysia, masih banyak bank atau kedai yang belum lagi menyokong pembayaran Apple Pay. Setakat artikel ini ditulis, Apple Pay hanya menyokong kad yang dikeluarkan oleh AmBank, Maybank dan Standard Chartered.\n\n\nCara Masukkan Kad Bank (Debit/Kredit) di iPhone Anda\n\n\nSebelum anda mula menggunakan Apple Pay untuk membuat transaksi di kedai-kedai yang anda pergi, anda perlu memasukkan \nkad debit\n atau kad kredit anda dalam aplikasi Apple Wallet di iPhone anda terlebih dahulu. Ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nBuka aplikasi \nWallet\n di iPhone.\n\n\nTekan butang \u2018Add\u2019 pada halaman utama atau tekan butang \u2018+\u2019 pada bahagian atas sebelah kanan.\n\n\nPilih \u2018Debit\u2019 atau \u2018Credit\u2019.\n\n\nKemudian, tekan \u2018Continue\u2019.\n\n\nScan \nkad debit atau kredit anda atau masukkan maklumat kad secara manual\n\n\nAnda akan perlu membuat pengesahan\u00a0 dengan bank anda. Kebiasaannya, nombor OTP akan diberi oleh pihak bank melalui SMS atau anda akan menerima panggilan telefon daripada bank.\n\n\nSetelah selesai proses pengesahan, anda kini telah berjaya memasukkan kad anda di Apple Pay.\n\n\n\n\nCara Tambah Kad Debit atau Kredit di Apple Watch\n\n\nSekiranya anda memiliki Apple Watch dan mahu menggunakan Apple Pay, anda perlu memasukkan kad dan membuat proses pengesahan sekali lagi. Namun begitu, hanya model Apple Watch Series 1 dan ke atas sahaja yang menyokong penggunaan Apple Pay buat masa ini. Berikut adalah cara menambah kad pembayaran anda di Apple Watch:\n\n\n\n\nBuka aplikasi \nWatch\n di iPhone anda.\n\n\nTekan pada butang \u2018Wallet\u2019.\n\n\nAnda akan nampak kad debit atau \nkad kredit\n yang anda telah tambah. Kemudian, anda perlu tekan butang \u2018Add\u2019.\n\n\nMasukkan kod sekuriti kad (CVV) anda. Proses pengesahan tambahan bergantung kepada bank anda.\n\n\nSetelah selesai, anda kini boleh menggunakan Apple Pay di Apple Watch anda.\n\n\n\n\n\n\nApple Pay Malaysia: Cara Menggunakan Apple Pay untuk Membuat Transaksi\n\n\nSebelum membuat pembayaran, anda perlu pastikan kedai yang anda pergi menerima pembayaran Apple Pay. Bagaimana cara untuk ketahuinya? Untuk pengetahuan anda, kedai yang memaparkan simbol Paywave atau Apple Pay menyokong pembayaran melalui Apple Pay.\n\n\nCara pembayaran bergantung kepada model Apple yang anda gunakan. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menggunakan Apple Pay untuk transaksi pembayaran:\n\n\n1. Apple Pay Menggunakan iPhone dengan Face ID\n\n\nModel iPhone yang menggunakan Face ID adalah iPhone X, iPhone XS, iPhone 11, iPhone 12 dan iPhone 13. Sekiranya anda menggunakan salah satu daripada model yang telah disebut di atas, anda boleh menggunakan Face ID untuk menggunakan Apple Pay:\n\n\n\n\nPastikan kedai yang anda pergi menyokong pembayaran PayWave atau Apple Pay.\n\n\nTekan dua kali (\ndouble-click\n) pada \npower button\n sebelah kanan.\n\n\nKad anda akan dipaparkan pada skrin iPhone dan anda perlu membuat pengesahan Face ID.\n\n\nBawa iPhone anda dekat dengan \nReader Screen\n.\n\n\nTransaksi selesai.\n\n\n\n\n2. Apple Pay Menggunakan iPhone dengan Touch ID\n\n\nJika anda menggunakan model iPhone yang menggunakan Touch ID seperti iPhone 6, iPhone 7, iPhone 8 dan iPhone SE, ikuti langkah-langkah di bawah:\n\n\n\n\nPastikan kedai yang anda pergi menyokong pembayaran PayWave atau Apple Pay.\n\n\nTekan dua kali (\ndouble-click\n) pada \nhome button\n.\n\n\nKad anda akan dipaparkan pada skrin iPhone.\n\n\nBawa iPhone anda dekat dengan \nReader Screen\n.\n\n\nTransaksi selesai.\n\n\n\n\n3. Apple Pay Melalui Apple Watch\n\n\nBagi anda yang menggunakan Apple Watch, ikuti langkah-langkah di bawah:\n\n\n\n\nPastikan kedai yang anda pergi menyokong pembayaran PayWave atau Apple Pay.\n\n\nTekan dua kali (\ndouble-click\n) pada \nside button\n jam anda.\n\n\nKad anda akan dipaparkan pada skrin Apple Watch.\n\n\nBawa Apple Watch anda dekat dengan \nReader Screen\n.\n\n\nTransaksi selesai.\n\n\n\n\n4. Apple Pay untuk Pembelian Online\n\n\nSelain kedai fizikal, Apple Pay juga boleh digunakan pada aplikasi serta laman web yang disokong. Apple Pay menjadikan pembayaran dalam talian lebih lancar tetapi ia lebih selamat. Ini kerana, aplikasi dan laman web yang anda beli hanya menerima kod keselamatan dinamik dan bukan maklumat kad kredit anda yang sebenar. Ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nPastikan ada logo Apple Pay pada halaman \ncheck-out\n.\n\n\nTekan dua kali (\ndouble-click\n) pada \nhome\n atau \npower button \nanda.\n\n\nKad anda akan dipaparkan pada skrin.\n\n\nAnda perlu melalui proses pengesahan.\n\n\nTransaksi selesai.\n\n\n\n\n\n\nAdakah Apple Pay di Malaysia Selamat Digunakan?\n\n\nJawapan ringkasnya, ya. Transaksi melalui Apple Pay boleh dikategorikan sebagai satu medium transaksi yang selamat. Hal ini kerana, sebelum setiap pembayaran dilakukan, pengguna perlu membuat pengesahan Face ID atau Touch ID.\n\n\nKatakanlah iPhone anda dicuri atau hilang, tiada seorang pun yang boleh membuat pembayaran dengan menggunakan Apple Pay anda kerana identiti Face ID atau Touch ID anda tidak sepadan dengan individu tersebut. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengeluarkan kad anda daripada iPhone anda sekiranya dicuri atau hilang.\n\n\nJika anda mengeluarkan kad, anda boleh menambahkannya semula sekiranya anda sudah beli iPhone baru atau jumpa semula iPhone anda yang hilang. Untuk keluarkan kad anda daripada Apple Pay, lakukan langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nPada Mac atau PC\n: Log masuk ke akaun Apple ID anda. Dalam bahagian \u2018Devices\u2019, klik pada iPhone anda yang hilang. Di bawah senarai kad, klik \u2018Remove\u2019 untuk keluarkan kad anda.\n\n\nPada iPhone, iPad atau iPod touch\n: Pergi ke \u2018Settings\u2019 > [ nama anda ], pilih iPhone yang hilang, kemudian klik \u2019Remove All Cards\u2019 yang terletak di bawah Apple Pay.\n\n\nHubungi pengeluar \nkad kredit\n/debit anda.\n\n\n\n\nDiharapkan artikel ini dapat membantu anda menggunakan Apple Pay di Malaysia. Kemudahan ini merupakan satu berita gembira bagi ramai pengguna iPhone di negara ini.\u00a0\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari\n \ninsurans kereta\n,\n \ninsurans motor\n atau\n \ninsurans rumah\n terbaik dan komprehensif, layari\n \nlaman web Qoala\n untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/asb-loan-financing/", "title": "ASB Loan Lagi Untung? 7 Perkara Perlu Tahu", "body": "\n\nAnda berminat mahu buat ASB \nloan \nuntuk melabur? Secara ringkasnya, ASB \nloan \natau nama lainnya pinjaman ASB, ASB \nFinancing\n dan ASBF merupakan pinjaman yang anda boleh lakukan untuk membuat pelaburan lebih besar dalam \nakaun simpanan ASB\n anda.\n Artikel ini akan menjelaskan tujuh perkara penting yang anda perlu tahu tentang pinjaman ini.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKetahui Apa Itu ASB Financing dan 6 Perkara Lain yang Anda Wajib Tahu\n1. Apa Itu ASB Loan?\n2. Beza Simpanan ASB dan Pinjaman ASB\n3. Semak Kelayakan ASB Loan Anda Sebelum Mendaftar\n4. Cara Mohon ASB Loan\n5. Bank Mana yang Terbaik untuk Anda?\u00a0\n6. Kebaikan dan Keburukan ASB Loan\n7. Selepas Buat Pinjaman, Apa yang Anda Boleh Jangkakan?\nASB Loan 2022:\u00a0Untung atau Rugi? \n\n\nKetahui Apa Itu ASB \nFinancing\n dan 6 Perkara Lain yang Anda Wajib Tahu\n\n\nSeperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, ASB merupakan salah satu pilihan \npelaburan risiko rendah\n popular untuk golongan bumiputera kerana \npulangan dividen\n tahunan yang konsisten tahun demi tahun. Faktor ini sudah cukup untuk menarik minat ramai pelabur di luar sana untuk buka akaun ASB.\u00a0\n\n\nApabila anda melabur dalam ASB, sebahagian duit anda akan dilaburkan dalam \nsaham Bursa Malaysia\n. Adakah anda patut buat ASB \nloan\n untuk tujuan pelaburan di platform ini? Ketahui tujuh perkara berikut sebelum menggunakan platform ini:\n\n\n1. Apa Itu ASB \nLoan\n?\n\n\nKonsepnya mudah sahaja, anda boleh melihatnya sebagai satu fasiliti pinjaman pelaburan ASB yang membolehkan anda membuat pinjaman wang untuk beli sijil ASBF. \nASB \nloan\n bermaksud anda membuat pinjaman atau pembiayaan daripada ejen bank ASB terpilih seperti CIMB, RHB, Maybank dan sebagainya untuk membuat pelaburan ASB.\u00a0\n\n\nKemudahan pinjaman ASB ini membolehkan anda melabur dengan jumlah yang lebih besar dan mendapat pulangan yang lebih tinggi. Contohnya, anda pinjam RM100,000 daripada bank pilihan anda, amaun ini akan dimasukkan ke dalam akaun ASB anda. Kemudian, pada setiap tahun apabila dividen diumumkan, anda akan dapat lihat hasil dividen dalam akaun ASB anda.\u00a0\n\n\nDalam kata lain, anda sebenarnya berhutang dengan bank untuk melabur dalam ASB. Apabila anda buat pinjaman, semestinya anda perlu membayar semula jumlah yang dipinjam. Anda sebagai peminjam akan perlu membayar sejumlah amaun yang tertentu dalam tempoh masa yang tertentu kepada bank setiap bulan.\u00a0\n\n\n2. Beza Simpanan ASB dan Pinjaman ASB\n\n\nJadi, anda mungkin tertanya-tanya sebab ramai pelabur yang memilih untuk buat ASB \nloan\n sedangkan boleh sahaja buat simpanan ASB. Apakah perbezaan simpanan ASB dan pinjaman ASB?\n\n\nSimpanan ASB\n\n\nApa itu ASB simpanan sendiri? Apabila anda membuat simpanan ASB, anda melabur dengan menggunakan duit anda sendiri. Setiap bulan, anda mungkin tentukan jumlah wang untuk dilabur daripada \nduit gaji\n bulanan anda untuk dimasukkan ke dalam pelaburan ASB.\u00a0\n\n\nSebagai contoh, anda boleh laburkan RM200 sebulan ke dalam akaun ASB sepanjang tahun sehinggalah dividen diumumkan. Perlu diingatkan, kadar dividen dengan membuat simpanan anda sendiri mungkin lebih rendah jika dibandingkan dengan pulangan dividen pinjaman ASB.\u00a0\n\n\nKatakanlah anda simpan RM200 setiap bulan, jumlah terkumpul selepas 12 bulan adalah RM2,400. Kemudian, katakanlah kadar dividen ASB tahun tersebut adalah 5 peratus. Pulangan dividen tahunan anda adalah sebanyak RM120.\n\n\nPinjaman ASB\n\n\nSeperti yang dinyatakan di atas, ASB \nloan\n atau pinjaman ASB ini pula anda menggunakan duit yang dipinjam daripada bank. Kadar dividen yang akan diterima juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan simpanan ASB.\u00a0\n\n\nSelepas permohonan pinjaman anda diluluskan, anda perlu membuat pembayaran ansuran bulanan untuk menjelaskan pinjaman anda. Jika tidak \nrekod CCRIS\n anda boleh terjejas sekiranya anda terlepas pembayaran. Berikut adalah perbezaan di antara simpanan ASB dan pinjaman ASB:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSimpanan ASB\n\n\nPinjaman ASB\n\n\n\n\n\n\nPelaburan Minimum\n\n\nRM10\n\n\nRM10,000\n\n\n\n\n\n\nPelaburan Maksimum\n\n\nRM200,000\n\n\nRM200,000\n\n\n\n\n\n\nPulangan\n\n\nTidak bermanfaat tetapi margin lebih tinggi\n\n\nPulangan yang dimanfaatkan, tetapi margin yang lebih rendah\n\n\n\n\n\n\nKos Tambahan\n\n\nTiada\n\n\nKos pinjaman ASB dan Yuran perlu dijelaskan seperti dokumentasi dan pengurusan\n\n\n\n\n\n\nRisiko Kadar Faedah\n\n\nTiada\n\n\nDipengaruhi oleh perubahan kadar BLR\n\n\n\n\n\n\nTempoh \nLock-In\n\n\nTiada. Anda boleh tebus unit untuk tunai pada bila-bila masa.\n\n\nAnda tidak boleh jual unit yang dibeli dalam tempoh \ndua tahun\n. Walau bagaimanapun, anda boleh mengeluarkan tunai dari dividen tahunan ASB.\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Semak Kelayakan ASB\n Loan\n Anda Sebelum Mendaftar\n\n\nUntuk memohon ASB \nFinancing\n, terdapat beberapa syarat yang anda perlu penuhi. Setiap bank yang menawarkan ASB \nloan\n menetapkan syarat yang berbeza-beza. Jadi, anda perlu rujuk kepada ejen anda untuk memastikan anda memenuhi syarat untuk mohon pinjaman ASB. Secara umumnya, berikut adalah syarat-syarat pinjaman ASB:\n\n\n\n\nMelayu atau Bumiputera\u00a0\n\n\nBerumur 18 tahun ke atas\n\n\nPendapatan tetap, slip gaji minimum 3 bulan; kalau berniaga penyata syarikat perlu dinyatakan dalam tempoh 6 bulan\n\n\nTidak disenarai hitam oleh mana-mana bank termasuk \nrekod CTOS\n dan CCRIS\n\n\n\n\nBagi dokumen-dokumen yang diperlukan pula, anda perlu sediakan:\n\n\n\n\nBorang permohonan\n\n\nSalinan kad pengenalan\n\n\nSalinan penyata bank atau slip gaji anda untuk tiga bulan terakhir\n\n\nSalinan bahagian depan buku ASB\u00a0\n\n\n\n\n\n\n4. Cara Mohon ASB \nLoan\n\n\nSekiranya anda layak dan berminat untuk membuat ASB \nloan\n, anda boleh ikuti empat langkah di bawah:\n\n\ni. Kenal Pasti Pendapatan Anda Termasuk Komitmen\n\n\nLangkah pertama, anda perlu kenal pasti berapa jumlah pendapatan anda selepas tolak komitmen perbelanjaan bulanan seperti bayar \nloan\n kereta\n,\n pinjaman perumahan\n dan sebagainya. Pastikan juga rekod CCRIS dan CTOS anda berada dalam keadaan yang baik.\n\n\nii. Kira DSR Anda\n\n\nSeterusnya, anda patut kira nisbah DSR (Debt Service Ratio) untuk memastikan bajet bulanan anda tidak lari. Cara untuk anda kira DSR adalah dengan membahagikan jumlah keseluruhan pembayaran balik hutang bulanan anda dengan pendapatan bersih anda selepas \npotongan cukai\n dan\n\u00a0\nKWSP\n.\n\n\niii. Semak Jumlah Pinjaman yang Anda Boleh Mohon\n\n\nAnda boleh menggunakan kalkulator ASB \nloan\n di platform ejen ASB anda untuk mendapatkan anggaran jumlah yang anda boleh pinjam dalam tempoh pinjaman maksimum.\u00a0\n\n\niv. Dapatkan ASB \nLoan\n Anda\n\n\nKadar faedah pinjaman ASB adalah bergantung pada bank pilihan anda. Untuk ketahui dengan tepat pembayaran balik bulanan pinjaman ASB anda, hubungi bank anda untuk maklumat lanjut.\n\n\n5. Bank Mana yang Terbaik untuk Anda?\u00a0\n\n\nAnda bebas membuat perbandingan dan memilih bank-bank yang menawarkan ASBF. Setiap bank menawarkan pakej yang berbeza-beza untuk perkhidmatan ASB \nloan\n ini. Contohnya, ada bank yang mengenakan faedah yang tinggi tetapi menawarkan manfaat lain dan ada juga bank yang mengenakan faedah rendah tetapi tidak menawarkan faedah-faedah lain.\u00a0\u00a0\n\n\nPilihan ini bergantung kepada keputusan anda selepas membuat penilaian. Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kewangan atau bank-bank yang menawarkan ASB \nloan\n. Berikut adalah bank-bank yang menawarkan servis ini untuk rujukan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBank\n\n\nPakej ASB \nLoan\n\n\n\n\n\n\nRHB Bank\n\n\n\n\n\n\nASB Financing\n\n\nEasy-ASB\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMaybank\n\n\n\n\n\n\nMaybank ASB Financing\n\n\nMaybank ASB Financing-i\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBSN\u00a0\n\n\n\n\n\n\nBSN MyRinggit ASB\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAmbank\n\n\n\n\n\n\nTerm Financing-i secured by ASB / ASB 2 certificate\n\n\nTerm Loan ASB / ASB\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCIMB Bank\n\n\n\n\n\n\nCIMB ASB Financing\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAffin Bank\n\n\n\n\n\n\nAffin ASB/ASB2 Loan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n6. Kebaikan dan Keburukan ASB \nLoan\n\n\nMatlamat utama bagi pelabur apabila membuat pinjaman ASB adalah mendapatkan jumlah dividen yang lebih tinggi. Dengan membuat pinjaman ASB, anda boleh melabur jumlah RM10,000, RM50,000, RM100,000 sehinggalah RM200,000. Berikut adalah kebaikan dan kekurangan ASB \nloan\n:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKebaikan\n\n\nKeburukan\n\n\n\n\n\n\nMelabur jumlah yang lebih besar\u00a0\n\n\nAnda berpotensi mendapat pulangan dividen tahunan yang tinggi.\n\n\nRisiko pulangan ASB rendah dan \ninterest \ntinggi\n\n\nIni akan menyebabkan margin anda rendah dan pulangan juga merosot.\n\n\n\n\n\n\nMenaikkan skor kredit\n\u00a0\n\n\nApabila anda membayar balik pinjaman anda setiap bulan, skor kredit akan meningkat.\n\n\nBoleh merosakkan skor kredit\u00a0\n\n\nSekiranya anda gagal bayar semula pinjaman, skor kredit anda akan terjejas.\n\n\n\n\n\n\nMemupuk tabiat menabung\u00a0\n\n\nKebanyakan pelabur membayar pinjaman ASB sebaik sahaja gaji masuk. Konsep ini boleh juga dipanggil sebagai \nSave First, Spend Later.\n\n\nKecairan rendah\n\n\nBolehkah keluarkan duit ASB \nloan\n? Tidak seperti ASB konvensional yang anda boleh keluarkan duit pada bila-bila masa, anda hanya boleh keluarkan hasil dividen tahunan ASBF secara \nlump sum\n.\n\n\n\n\n\n\n\n\n7. Selepas Buat Pinjaman, Apa yang Anda Boleh Jangkakan?\n\n\nAnda disarankan untuk dapatkan nasihat dan pendapat daripada kawan-kawan atau ahli keluarga yang ada pengalaman buat ASB \nloan\n. \nTujuan utama ASB \nloan\n adalah untuk mendapatkan pulangan dividen tahunan yang lebih tinggi. Perlu diingatkan, pelaburan ini merupakan pelaburan jangka panjang dan berisiko rendah. Dalam kata lain, pelaburan ini berpotensi memberikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa panjang kerana risikonya amat rendah jika dibandingkan dengan pelaburan lain seperti \nkripto\n, \nNFT\n dan sebagainya.\u00a0\n\n\nAnda sebagai pelabur perlu tenang menguruskan kewangan dan bayar semula pinjaman ASB anda setiap bulan kepada bank yang anda telah pilih. Pastikan anda mampu untuk membayar semula pinjaman dan jangan pinjam jumlah yang terlalu besar sekiranya ia akan membebankan anda.\u00a0\n\n\nASB \nloan\n ini adalah pinjaman dan anda perlu membayar semula. Contohnya, apabila anda pinjam RM50,000 dari bank, anda perlu bayar semula beserta kadar keuntungan bank. Ini bermakna anda akan bayar balik pinjaman kepada bank lebih daripada RM50,000 yang dipinjam. Senang kata, bukannnya pinjam RM50,000, bayar balik pinjaman pun RM50,000.\n\n\n\n\nASB \nLoan\n 2022:\n\u00a0Untung atau Rugi? \n\n\nSehingga hari ini, ASB \nloan\n masih lagi menguntungkan dan memberikan pulangan yang baik kepada pelabur di luar sana. Terdapat banyak teknik melabur ASBF yang anda akan jumpa tetapi anda perlu berhati-hati kerana mungkin terdapat teknik yang tidak sesuai untuk anda. Oleh sebab itu, penting untuk anda fahami strategi terbaik dalam mengurus ASB \nloan\n.\u00a0\n\n\nBila anda sudah mula mengambil ASB \nloan\n, anda mempunyai tanggungjawab dan komitmen untuk membayar semula pinjaman pada setiap bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak mampu untuk berbuat begitu, anda boleh memilih pilihan yang lebih selamat iaitu melabur secara manual di ASB konvensional tanpa menggunakan servis ASB \nloan\n. \nDiharapkan artikel ini akan sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat keputusan pelaburan. Pilihan berada di dalam tangan anda, anda sendiri yang boleh tentukan kemampuan kewangan anda.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin dapatkan \nharga insurans kereta terbaik\n, \nharga insurans motor murah\n atau \ninsurans rumah terbaik\n, \nlayari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian perkhidmatan \ninsurans terbaik\n mengikut keperluan dan bajet anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/asb-online/", "title": "ASNB Umum Dividen ASB 2022, Semak Baki ASB Online Anda", "body": "\n\nPihak ASNB telah mengumumkan kadar dividen ASB 2022 sebanyak 4.60 peratus bersama dengan kadar bonus 0.50 peratus bagi tahun kewangan terakhir 31 Disember 2022. Sebagai pemegang akaun, anda boleh semak akaun ASB online anda untuk mengetahui jumlah pulangan wang yang anda telah jana pada tahun ini. Artikel ini akan berkongsikan cara semak dividen ASB online, cara daftar ASB online dan cara keluarkan duit ASB.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKadar Dividen ASB 4.60 Peratus, Lebih Tinggi Berbanding Tahun Lepas\nMyASNB Login: Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen\nCara Daftar ASB Online Melalui Portal myASNB (Bagi Pemilik Akaun Sedia Ada)\nCara Buka Akaun ASNB Online (Pendaftaran Akaun Baru)\nCara Keluarkan Duit ASB Online\nRisiko Pelaburan ASB\n\n\nKadar Dividen ASB 4.60 Peratus, Lebih Tinggi Berbanding Tahun Lepas\n\n\nSeperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, ASB ini risikonya rendah dan potensi kerugian itu sangatlah tipis berbanding pelaburan-pelaburan lain di luar sana. Pada setiap tahun\n, sudah hampir pasti pemegang akaun ASB anda akan mendapat pulangan dividen tahunan. Walaupun jumlah peratusan dividen berubah-ubah dan tidak tetap setiap tahun, pelabur masih dapat menikmati pulangan yang menguntungkan.\u00a0\n\n\nDari tahun 1990 sehingga 2021, ASB telah memberikan pulangan dividen di antara lima peratus sehingga 14 peratus. Bagi tahun 2022 pula, kadar dividen ASB masih lagi memberikan pulangan yang konsisten untuk para pelabur. Jadual di bawah menunjukkan pulangan dividen ASB dan bonus dari tahun 2017 sehingga tahun terkini, 2022.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTahun\u00a0\n\n\nDividen ASB + Bonus\u00a0\n\n\n\n\n\n\n2017\n\n\n7.00 sen seunit + 1.25 sen seunit\n\n\n\n\n\n\n2018\n\n\n6.50 sen seunit + 0.50 sen seunit\n\n\n\n\n\n\n2019\n\n\n5.0 sen seunit + 0.50 sen seunit\n\n\n\n\n\n\n2020\n\n\n4.25 sen seunit + 0.75 sen seunit (untuk 30 ribu unit pertama sahaja)\n\n\n\n\n\n\n2021\n\n\n4.25 sen seunit + 0.75 sen seunit\n\n\n\n\n\n\n2022\n\n\n4.60 \nsen seunit\n + 0.50 sen seunit \n(untuk 30 ribu unit pertama sahaja)\n\n\n\n\n\n\n\n\nDengan adanya MyASNB, anda boleh menyemak baki\u00a0 atau dividen ASB terkini anda pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada. Cara nak semak dividen ASB:\n\n\n\n\nLog in\u00a0\nke portal atau aplikasi MyASNB.\n\n\nKlik menu \u2018Akaun saya\u2019.\n\n\nJumlah baki anda akan dipaparkan.\n\n\nKlik \u2018Penyata\u2019 untuk \ndownload\n penyata tahun terkini atau tahun sebelumnya.\n\n\n\n\nMyASNB Login: Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen\n\n\nApa itu ASB? Amanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan salah satu jenis \npelaburan risiko rendah \nterbaik yang hanya terbuka untuk golongan bumiputera sahaja. Risiko kerugian melabur dalam ASB amatlah rendah dan anda boleh mendapat pulangan dividen dan juga bonus pada setiap tahun.\n\n\nKalau anda bandingkan ASB dengan instrumen pelaburan lain seperti \npelaburan saham\n, \npelaburan emas\n, \nNFT\n, \nRobo-Advisor\n atau \nmata wang \ncrypto\n yang berisiko tinggi, memang tak wajar sama sekali. Konsepnya begini, risiko tinggi, pulangan juga boleh tinggi tetapi dalam masa yang sama kerugian juga boleh tinggi kalau anda salah strategi. \nASB ini sepatutnya anda bandingkan dengan \nsimpanan tetap\n. Daripada anda simpan duit dalam simpanan tetap, lebih baik anda simpan duit dalam dana ASB.\u00a0\n\n\nUntuk pengetahuan anda, ASB ini mempunyai had simpanan maksimum sehingga RM200,000. Ini bermakna pelabur hanya dan pelabur hanya boleh meningkatkan jumlah pelaburan mereka sehingga had ini.\u00a0 Walau bagaimanapun, dana tak mempunyai had atas nilai akaun. Oleh itu, keuntungan modal yang disimpan dalam akaun ASB mungkin melebihi RM200,000. Pelabur bebas menentukan jumlah untuk melabur pada bila-bila masa dan boleh menambah nilai atau melanggan unit tambahan melalui ejen ASB yang terpilih.\n\n\n\n\nCara Daftar ASB Online Melalui Portal myASNB (Bagi Pemilik Akaun Sedia Ada)\n\n\nMyASNB merupakan portal yang memudahkan urusan pengguna Amanah Saham Nasional Berhad, anda boleh melakukan semuanya secara atas talian atau \nonline\n dengan telefon pintar atau laptop sahaja. Dengan platform ini, anda boleh mendaftar, membuat semakan baki/dividen dan membuat pengeluaran. \nUntuk anda memulakan perjalanan anda sebagai pelabur ASB, pertama sekali anda boleh mendaftar Akaun ASNB dengan pelaburan permulaan serendah RM10.\n\n\nAnda perlu memastikan anda telah mengemaskini semua maklumat peribadi sebelum anda menggunakan perkhidmatan myASNB ini. Maklumat-maklumat peribadi seperti alamat surat-menyurat, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel boleh dikemaskini melalui mana-mana cawangan ASNB atau ejen sah ASNB seperti bank-bank terpilih atau pejabat pos. Anda boleh terus ke kaunter dan menyatakan hasrat anda untuk\u00a0\nupdate\n maklumat anda sebab nak menggunakan ASB\u00a0\nonline\n.\n\n\nSelepas anda dah selesai mendaftar, anda kini boleh daftar di myASNB dan menggunakan perkhidmatan ASB\u00a0\nonline. \nIkuti langkah-langkah berikut:\u00a0\n\n\n\n\nLayari laman web \nmyASNB\n\n\nKlik \u201cDaftar di sini\u201d Baca dan fahamkan terma dan syarat.\n\n\nIsikan butiran akaun myASNB anda.\n\n\nCipta akaun anda dan tentukan \nusername\n\u00a0\n\n\nProses mendaftar selesai dan anda akan diminta untuk membuat Log Masuk Kali Pertama dengan menggunakan kata laluan sementara.\n\n\nKlik \u2018Log masuk\u2019 pada halaman yang memaparkan kata laluan sementara anda. Masukkan ID Pengguna dan diikuti dengan kata laluan sementara.\n\n\nKemaskini dan tukar kata laluan untuk tujuan keselamatan. Kemudian, log masuk semula menggunakan kata laluan yang baru tadi.\n\n\nUrusan selesai.\n\n\n\n\nCara Buka Akaun ASNB Online (Pendaftaran Akaun Baru)\n\n\nAnda tak perlu bayar yuran pendahuluan (0%) apabila nak mula melabur dalam ASB. Ini bermakna lebih banyak wang anda digunakan untuk pelaburan, bukannya yuran. Selain itu, Dana ASB hanya dikenakan yuran pengurusan tahunan sebanyak 0.35%. Sebaliknya, dana unit amanah ekuiti lain boleh menanggung sekitar 1.5% dalam yuran pengurusan tahunan. \nDari segi \nsecurity\n\u00a0atau keselamatan, ASB sentiasa memastikan wang pelabur-pelabur sentiasa selamat. Jadi anda tak perlu risau kalau anda rancang nak mula melabur dengan ASB ini.\n\n\nUntuk pendaftaran kali yang pertama, pastikan kad pengenalan ada bersama dengan anda. Anda boleh melakukan pendaftaran melalui aplikasi sahaja:\n\n\n\n\nMuat turun aplikasi myASNB di App Store, Google Play, atau App Gallery.\n\n\nIsi butiran kad pengenalan dan juga butiran akaun bank.\n\n\nBuat proses verifikasi identiti. Anda akan diminta untuk mengambil gambar bahagian depan dan belakang kad pengenalan.\n\n\nCipta akaun dengan menetapkan ID dan kata laluan.\n\n\nDapat pengesahan dan anda boleh mula melabur.\n\n\n\n\nCara Keluarkan Duit ASB Online\n\n\nAnda boleh mengeluarkan duit ASB anda pada bila-bila masa sahaja untuk tujuan-tujuan tertentu melalui portal myASNB atau aplikasi myASNB\n. Liquidity\n, wang di ASB mudah diakses. Maksud \nliquidity\n atau kecairan di sini adalah sama ada wang yang telah dilabur mudah untuk diambil semula atau tak. Untuk ASB, ya, wang anda mudah diakses. \nTetapi anda akan tertakluk kepada beberapa syarat:\n\n\n\n\nHad pengeluaran minimum RM100 untuk setiap transaksi\n\n\nHad pengeluaran maksimum secara \nonline \nadalah RM2,000 sebulan daripada mana-mana akaun unit amanah ASNB.\n\n\n\n\nAnda perlu ada akaun myASNB untuk membuat pengeluaran secara wang ASB anda secara\u00a0\nonline. \nBagi yang dah ada akaun, sila rujuk panduan pengeluaran (jualan balik) ASB, ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nLog In \nke akaun MyASNB anda melalui portal atau aplikasi.\n\n\nKlik portfolio pada bahagian menu, \n\n\nKemudian klik \u2018Transaksi\u2019 pada unit amanah yang anda mahu dan pilih \u2018Jualan Balik\u2019.\n\n\nPastikan maklumat bank anda tepat dan klik Seterusnya.\n\n\nIsi maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran.\n\n\nMasukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya.\n\n\nSemak semula butiran bank dan pastikan semua maklumat betul.\n\n\nKlik permintaan TAC, isikan dan klik Seterusnya. Kemudian transaksi anda berjaya!\n\n\n\n\nCara Keluarkan ASB di Kaunter ASNB, Bank dan Pejabat Pos\n\n\nAnda juga boleh melakukan pengeluaran secara fizikal. \nSekiranya anda nak mengeluarkan jumlah yang lebih besar dan menerima wang dengan lebih cepat, anda boleh pergi ke cawangan ASNB atau ejen-ejen ASB yang berdekatan. \nIkuti langkah-langkah di bawah:\n\n\n\n\nPergi ke kaunter dan maklumkan yang anda mahu membuat pengeluaran.\n\n\nAnda akan diberi borang jualan balik unit dan anda perlu mengisi maklumat dengan lengkap.\n\n\nAmbil nombor giliran dan tunggu giliran anda.\n\n\nAnda perlu serahkan IC anda untuk pengesahan diri.\n\n\nProses pengeluaran duit dilakukan dan selesai.\n\n\n\n\n\n\nRisiko Pelaburan ASB\n\n\nSecara kesimpulannya, pelaburan ASB ini merupakan pilihan pelaburan berisiko rendah yang anda patut pertimbangkan. Anda boleh anggap ASB ini sebagai simpanan alternatif. Mungkin buat masa sekarang, anda hanya simpan duit dalam bank. Jika anda simpan dalam ASB, hampir pasti akan ada pulangan dividen ASB secara konsisten setiap tahun. Selain simpan duit anda setiap bulan dalam ASB, anda juga boleh buat \nASB \nloan\n. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh rujuk artikel tentang \nASB\u00a0\nFinancing\n di sini.\n\n\nDengan ASB \nonline\n atau MyASNB, urusan anda kini lebih mudah. \nDiharapkan perkongsian Qoala di dalam artikel ini dapat membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik selepas ini. Semoga berjaya! Selain itu,\n anda tengah cari\n insurans kereta terbaik\n di Malaysia? Tidak perlu cari jauh-jauh, dapatkan insurans kereta anda dengan Qoala!\u00a0 Selain \ninsurans kereta\n, anda juga boleh mendapatkan \ninsurans motor\n, \ninsurans kesihatan\n dan \ninsurans perjalanan\n di Qoala.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/bankrap-muflis/", "title": "5 Kesan Muflis, Cara Selesaikan Masalah Bankrap di Malaysia", "body": "\n\nApa maksud muflis atau bankrap? Secara asasnya, ia merujuk kepada proses penghutang atau peminjam diisytiharkan muflis berikutan arahan mahkamah kerana peminjam tidak mampu membayar balik hutang berjumlah tidak kurang RM50,000 dalam tempoh masa lebih daripada enam bulan. Prosedur pengisytiharan muflis akan diserahkan melalui iklan di surat khabar atau melalui papan kenyataan di mahkamah.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKriteria yang Menyebabkan Seseorang Diisytiharkan Bankrap\n5 Kesan Muflis atau Bankrap kepada Golongan Muda\n1. Dibawah Pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi\n2. Had Perjalanan\n3. Kredit Terhad\n4. Aset Dirampas\n5. Had Pekerjaan\n3 Punca Rakyat Malaysia Diisytiharkan Muflis\n1. Pinjaman\n2. Menjadi Penjamin\n3. Penggunaan Kad Kredit\nKeluar dari Bankrap, Cara Selesaikan Masalah Bankrap Anda Perlu Tahu\n1. Bayar Semua Hutang\n2. Buat Permohonan kepada Mahkamah\n3. Tunggu 3 Tahun\nTips Elakkan Diri daripada Diisytiharkan Muflis\n1. Dapatkan Bantuan Profesional\n2. Refinance Pinjaman\n3. Nilai Semula Aset dan Komitmen\n4. Langsaikan Hutang dengan Teknik Overlap\n\n\nKriteria yang Menyebabkan Seseorang Diisytiharkan Bankrap\n\n\nSebelum anda mengetahui kesan muflis kepada golongan muda, berikut merupakan kriteria yang menyebabkan anda diisytiharkan muflis untuk rujukan anda:\n\n\n\n\nTidak berupaya melangsaikan hutang berjumlah tidak kurang dari RM50,000;\n\n\nTidak membayar hutang melebihi tempoh masa enam bulan;\n\n\nIndividu bermastautin di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.\n\n\n\n\nSeseorang individu boleh diisytiharkan muflis melalui dua cara berikut:\n\n\n\n\nPetisyen Pemiutang bermaksud petisyen muflis akan dikemukakan oleh pemiutang terhadap penghutang dengan hutang yang melebihi RM50,000;\n\n\nPetisyen Penghutang merujuk pada seseorang individu boleh secara sukarela mengisytiharkan dirinya muflis untuk melindungi dirinya daripada tuntutan pemiutang yang tidak mampu untuk dijelaskan. Biasanya, tiada jumlah minimum untuk mengisytiharkan diri sendiri sebagai muflis. Setelah petisyen dikemukakan, petisyen tidak boleh ditarik balik tanpa kebenaran mahkamah.\n\n\n\n\n5 Kesan Muflis atau Bankrap kepada Golongan Muda\n\n\nBerdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia, seramai 10,317 individu diisytiharkan bankrap sejak pandemik Covid-19 melanda Malaysia bermula Mac 2020 yang lalu. Selangor merekodkan individu paling ramai direkodkan bankrap iaitu seramai 2,555 orang manakala Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pula merekodkan seramai 1,288 orang bankrap dalam tempoh tersebut. Sekiranya anda diisytiharkan muflis, apa kesan nama \nblacklist\n atau kesan bankrap kepada anda? Berikut lima kesan muflis kepada diri anda yang perlu anda tahu:\n\n\n1. Dibawah Pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi\n\n\nIndividu yang diisytiharkan bankrap atau muflis akan diletakkan di bawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI). KPI akan mentadbir dan mengendalikan semua aset yang dimiliki oleh individu tersebut untuk membayar semua hutang yang ada.\n\n\n2. Had Perjalanan\n\n\nIndividu yang muflis juga tidak akan dibenarkan untuk keluar negara melainkan mendapat kebenaran bertulis dari KPI atau perintah mahkamah yang membenarkannya keluar dari negara.\n\n\nSemakan Status Perjalanan Imigresen\n\n\nJabatan Imigresen telah membangunkan \nSistem Aplikasi Elektronik\n Jabatan Imigresen Malaysia. Ia bertujuan untuk membantu warga Malaysia menyemak status dokumen perjalanan ke luar negara. Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan untuk menyemak status perjalanan semasa anda.\n\n\n3. Kredit Terhad\n\n\nSelain itu, akaun bank sedia ada akan dibatalkan dan individu muflis dilarang daripada melakukan sebarang pengeluaran wang daripada akaun bank yang sedia ada. Bukan itu sahaja, individu muflis juga tidak dibenarkan untuk membelanjakan wang melebihi RM1,000 menggunakan \nkad kredit\n atau mendapatkan kredit lebih dari RM1,000 dari mana-mana pemiutang. Dalam erti kata lain yang lebih mudah, individu bankrap tidak boleh buka akaun bank dan tidak boleh \nbeli kereta\n.\n\n\n4. Aset Dirampas\n\n\nSelepas diisytiharkan muflis, kesemua aset-aset yang dimiliki oleh individu yang muflis akan dikendalikan oleh KPI. Sebagai contoh, mana-mana rumah atau kereta milik individu yang muflis tersebut akan diambil dan diuruskan oleh KPI bagi digunakan untuk membayar hutang-hutang yang ada.\n\n\n5. Had Pekerjaan\n\n\nAda sesetengah profesion tertentu di Malaysia seperti peguam, juru ukur, akauntan dan doktor tidak dibenarkan untuk bekerja atau mempunyai sekatan terhadap individu yang muflis oleh persatuan profesional atau pihak berkuasa. Selain itu, individu yang muflis juga tidak boleh dilantik sebagai pengarah syarikat atau memiliki perniagaan atau menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan.\n\n\n\n\n3 Punca Rakyat Malaysia Diisytiharkan Muflis\n\n\nKebanyakan rakyat Malaysia yang paling ramai diisytiharkan bankrap berusia dalam lingkungan umur 35 hingga 44 tahun (32.25 peratus). Ia diikuti dengan individu berusia antara 25 hingga 34 tahun dengan 22.52 peratus. Dalam erti kata lain, golongan muda lebih berisiko tinggi untuk muflis jika tidak merancang perbelanjaan dari awal. Apa yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia muflis? Berikut antara punca muflis berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia untuk panduan anda:\n\n\n1. Pinjaman\n\n\nKebanyakan kes muflis di Malaysia berlaku disebabkan oleh tunggakan pinjaman kenderaan yang tidak dijelaskan. Selain itu, ada juga kes bankrap berlaku disebabkan oleh kegagalan peminjam untuk membayar balik pinjaman perumahan, hutang peribadi dan hutang perniagaan.\n\n\nPinjaman Kereta\n\n\nTidak dinafikan, kereta telah menjadi salah satu keperluan zaman kini. Namun begitu, ia tidaklah bermaksud anda perlu memiliki \nkereta mewah\n yang melebihi kemampuan kewangan anda. Ramai individu terutamanya golongan muda yang silap percaturan semasa beli kenderaan sehingga diisytiharkan bankrap kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan. Menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, sebanyak 23,191 kes muflis yang dicatatkan di Malaysia berpunca daripada kegagalan menjelaskan hutang \npinjaman kereta\n atau kira-kira 27.18 peratus daripada punca keseluruhan kes muflis.\n\n\nPinjaman Perumahan\n\n\nKita sering didedahkan dengan pemilikan rumah adalah perkara penting yang perlu diutamakan dan pemilikan rumah yang terbaik adalah semasa dalam usia muda. Namun begitu, \nbeli\u00a0rumah\n secara tergopoh-gopoh boleh menjadi punca muflis dalam usia muda. Ini kerana, anda terikat dengan sistem yang akan mengikat anda dalam tempoh yang lama kira-kira 30 tahun atau lebih. Berdasarkan rekod, \npinjaman perumahan\n mencatatkan sebanyak 26 peratus daripada jumlah keseluruhan kes muflis di Malaysia dan merupakan kategori kedua tertinggi selepas pinjaman kereta. Oleh sebab itu, rancang pembelian rumah anda untuk mengelakkan anda terbeban dengan beban kewangan yang tinggi dalam usia muda.\n\n\nPinjaman Peribadi\n\n\nRamai individu yang mengambil keputusan untuk membuat\n pinjaman peribadi\n bagi mendapatkan wang segera. Masalah menjadi lebih serius sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dan cara pengurusan kewangan yang betul sekali gus menyebabkan anda terjerat dengan komitmen bulanan yang tinggi. Sebagai contoh, ada individu yang sanggup berhutang pinjaman peribadi hanya semata-mata untuk menanggung \nkos kahwin\n bagi membuat majlis perkahwinan idaman. Untuk rekod, pinjaman peribadi mencatatkan kira-kira 24 peratus daripada punca keseluruhan kes bankrap.\n\n\nPinjaman Perniagaan\n\n\nSelain itu, pinjaman perniagaan pula menyumbang kira-kira 14 peratus daripada keseluruhan kes muflis. Biasanya, ramai individu yang baru ingin memulakan perniagaan memilih untuk memohon pinjaman perniagaan. Namun begitu, cara ini berisiko kerana jika perniagaan yang diusahakan tidak berjaya, anda masih perlu membayar komitmen bulanan seperti dijadualkan. Oleh sebab itu, lebih baik untuk anda menggunakan modal yang ada di tangan anda jika anda ingin memulakan perniagaan untuk mengelakkan anda menanggung hutang yang tinggi dan mengalami kerugian yang lebih serius.\n\n\n2. Menjadi Penjamin\n\n\nAda juga kes individu diisytiharkan muflis kerana menjadi penjamin kepada orang lain. Biasanya, pihak bank akan menuntut hutang daripada penghutang terlebih dahulu. Namun sekiranya penghutang tidak boleh melangsaikan atau lari daripada membayar hutang tersebut, pihak bank akan menuntut daripada individu yang menjadi penjamin kepada peminjam. Secara asasnya, penjamin terlibat secara langsung sekiranya peminjam tidak membayar balik pinjaman kerana penjamin turut menandatangani surat jaminan persetujuan menanggung liabiliti bersama bagi pihak peminjam jika peminjam gagal membayar balik pinjaman.\n\n\n3. Penggunaan Kad Kredit\n\n\nMemang tidak dinafikan kad kredit banyak memberi kelebihan yang tersendiri. Namun begitu, jika kad kredit digunakan tanpa kawalan dan disiplin yang tinggi, ia boleh menjerat diri. Ramai yang terlupa bahawa kadar faedah kad kredit boleh menjadi sangat tinggi jika ada tunggakan yang tidak dibayar. Oleh sebab itu, anda perlu praktikkan \ncara guna kad kredit dengan betu\nl untuk elakkan anda daripada menanggung beban hutang yang tinggi. Menurut statistik, sebanyak lima peratus daripada masalah bankrap adalah berpunca daripada penggunaan kad kredit yang tidak terkawal.\n\n\nKeluar dari Bankrap, Cara Selesaikan Masalah Bankrap Anda Perlu Tahu\n\n\nPenting untuk anda mengetahui status kewangan semasa anda untuk mengelakkan anda daripada gagal membayar balik pinjaman dan berhutang melebihi kemampuan anda. Jika anda diisytiharkan muflis, nama anda akan disenarai hitam dan anda tidak lagi boleh ke luar negara, beli kereta atau membuat sebarang pinjaman kredit daripada mana-mana bank. Sekiranya anda disenarai hitam, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk membantu anda keluar dari bankrap. Berikut antara cara yang boleh anda pertimbangkan:\n\n\n1. Bayar Semua Hutang\n\n\nSetelah diisytiharkan bankrap, anda perlu berbincang dengan Jabatan Insolvensi Malaysia. Daripada situ, anda boleh mengetahui jumlah yang perlu dibayar setiap bulan bergantung pada aset yang anda ada dan juga pekerjaan anda. Anda disarankan untuk mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan bagi membantu anda menjelaskan hutang dengan lebih cepat.\n\n\n2. Buat Permohonan kepada Mahkamah\n\n\nAnda boleh memohon pelepasan daripada status muflis di Mahkamah Persekutuan. Biasanya, pihak mahkamah akan mempertimbangkan permohonan anda dengan mengambil kira beberapa faktor antaranya bayaran dilakukan tepat pada masa atau anda tidak melanggar apa-apa peraturan yang ditetapkan sepanjang tempoh tersebut. Setelah mendapat pelepasan, anda kini boleh membuka akaun bank sendiri, melancong ke luar negara dan melakukan perkara yang tidak dibenarkan semasa muflis.\n\n\n3. Tunggu 3 Tahun\n\n\nKerajaan telah melakukan beberapa pindaan terhadap peraturan bankrap sedia ada. Berdasarkan pindaan baharu, anda boleh mendapat pelepasan secara automatik, namun begitu tertakluk pada syarat-syarat tertentu seperti berikut:\n\n\n\n\nDiisytiharkan muflis selepas 6 Oktober 2017;\n\n\nTelah mengisi borang Pernyataan Hal Ehwal, borang permohonan dan aku janji;\n\n\nTelah menfailkan \npenyata pendapatan\n bagi tempoh enam bulan;\n\n\nDalam pemantauan untuk mencapai sasaran sumbangan selama tiga tahun;\n\n\nMematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.\n\n\n\n\n\n\nTips Elakkan Diri daripada Diisytiharkan Muflis\n\n\nMeskipun ada cara untuk membantu anda keluar daripada bankrap, ia memakan masa yang lama untuk pulihkan kewangan anda dan keluarkan diri anda daripada senarai muflis setelah diisytiharkan muflis. Oleh sebab itu, elakkan diri anda daripada diisytiharkan muflis dan dapatkan bantuan daripada organisasi profesional. Berikut empat tips yang boleh anda pertimbangkan:\n\n\n1. Dapatkan Bantuan Profesional\n\n\nJika anda berdepan masalah dalam melangsaikan hutang pinjaman, anda boleh dapatkan pertolongan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (\nAKPK\n). AKPK ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan kaunseling kewangan, program pengurusan hutang dan pendidikan kewangan secara percuma.\n\n\n2. \nRefinance\n Pinjaman\n\n\nKebanyakan bank bersikap terbuka untuk merunding semula syarat pinjaman bagi mengelakkan dan mengurangkan kecenderungan berlakunya situasi pinjaman tidak berbayar (\nnon-performing loan\n). Oleh sebab itu, sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk membayar balik pinjaman, berbincang dengan pihak bank dan lakukan \nrefinance\n pinjaman\n atau rumuskan aliran pembayaran balik yang anda mampu dan dipersetujui oleh semua pihak.\n\n\n3. Nilai Semula Aset dan Komitmen\n\n\nSelain kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, anda juga disarankan untuk mempertimbangkan \nsimpanan\n atau keluarkan wang daripada mana-mana \npelaburan\n yang anda ada untuk melangsaikan hutang. Jika anda memiliki beberapa aset, anda boleh jual aset tersebut dan gunakan wang yang diperoleh untuk jelaskan hutang dan pinjaman anda. Cara ini boleh membantu mengelakkan anda daripada diisytiharkan muflis dan semestinya lebih baik berbanding anda diisytiharkan muflis dan kesemua aset anda diambil.\n\n\n4. Langsaikan Hutang dengan Teknik Overlap\n\n\nTeknik \noverlap\n pinjaman peribadi juga merupakan salah satu teknik popular untuk kurangkan komitmen bulanan dan terima \u2018\ncash in hand\n\u2019 tanpa menambah jumlah hutang yang sedia ada. Namun begitu, cara ini tidaklah terlalu ideal kerana beban hutang masih ada dan mungkin akan meningkat jika peminjam tidak berdisiplin dalam membayar hutang tersebut.\n\n\nSemoga perkongsian ini boleh membantu mengelakkan anda daripada diisytiharkan bankrap. Selain itu, sekiranya anda mencari \ninsurans kereta\n, \ninsurans motor\n, \ninsurans rumah\n dan \ninsurans kesihatan\n\u00a0dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah, layari laman web Qoala, \nplatform insurans terbaik di Malaysia\n untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/bantuan-pendidikan-zakat-selangor/", "title": "Zakat Selangor Online: Permohonan Bantuan Pendidikan Zakat Selangor 2023", "body": "\n\nProgram Bantuan Pendidikan Zakat Selangor adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor dalam memberikan bantuan kepada masyarakat asnaf yang memerlukan. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup dan memperbaiki keadaan ekonomi golongan yang layak menerima zakat ini.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPerkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Permohonan Bantuan Zakat Pendidikan Selangor\nSkop Bantuan Zakat Pendidikan Selangor\nSyarat-syarat Permohonan Bantuan Zakat Pendidikan\nPermohonan Bantuan Zakat Selangor Online: Cara Mohon Bantuan Pendidikan Zakat Selangor\nJenis Agihan Zakat Lembaga Zakat Selangor\nDapatkan Insurans Pendidikan dan Kesihatan untuk Perlindungan Masa Depan\n\n\nPerkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Permohonan Bantuan Zakat Pendidikan Selangor\n\n\nZakat Pendidikan Selangor berperanan memberikan bantuan kepada pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk menyambung pengajian. \nPelajar asnaf yang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) atau Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang tersenarai sebagai Panel Pusat Pengajian LZS layak untuk memohon.\n\n\nSkop Bantuan Zakat Pendidikan Selangor\n\n\nProgram Zakat Pendidikan Selangor menawarkan beberapa jenis bantuan zakat bagi membantu golongan yang memerlukan untuk membiayai kos pendidikan. Antara jenis bantuan yang disediakan termasuklah:\n\n\n\n\nPembayaran yuran sekolah atau universiti;\n\n\nBantuan persediaan masuk ke IPTA atau IPTS;\n\n\nBantuan Keperluan Pendidikan (BKP) merangkumi bantuan wang saku, penginapan dan elaun buku untuk pembelian buku teks, alat tulis dan lain-lain peralatan yang diperlukan oleh pelajar;\n\n\nBantuan Tuntutan Tiket Penerbangan (IPT di Sabah & Sarawak sahaja).\n\n\n\n\nSyarat-syarat Permohonan Bantuan Zakat Pendidikan\n\n\nBantuan Pendidikan Zakat Selangor menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh calon penerima Bantuan Zakat Pendidikan. Antara syarat-syarat Bantuan Zakat Pendidikan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nBeragama Islam;\n\n\nWarganegara Malaysia;\n\n\nKetua keluarga/penjaga lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun;\n\n\nBerdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf di Lembaga Zakat Selangor;\n\n\nMendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor;\n\n\nMemenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh LZS bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT).\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Bantuan Zakat Selangor Online: Cara Mohon Bantuan Pendidikan Zakat Selangor\n\n\nPermohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT) dan Bantuan Persediaan Masuk IPT boleh dilakukan secara dalam talian melalui \nPortal Pendidikan LZS\n.\u00a0\n\n\nKaedah pendaftaran permohonan bantuan zakat secara online ini membolehkan anda memohon Bantuan Zakat Selangor secara mudah tanpa perlu menghadiri pejabat LZS secara fizikal.\u00a0\nUntuk memohon Bantuan Zakat Selangor secara online, anda hanya perlu mengikuti langkah mudah seperti berikut:\n\n\n1. Daftar Masuk\n\n\nPertama, anda perlu mendaftar akaun dalam \nsistem permohonan zakat\n yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).\n\n\n2. Muat Naik Dokumen\n\n\nKemudian, muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, slip gaji atau surat sokongan daripada majikan, dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan permohonan Bantuan Zakat Pendidikan Selangor.\u00a0\n\n\n3. Hantar Permohonan\n\n\nSetelah maklumat dan dokumen yang diperlukan sudah lengkap, anda boleh mengemukakan permohonan bantuan zakat.\u00a0\u00a0\n\n\n4. Semakan Bantuan Zakat Selangor\n\n\nPermohonan akan dinilai oleh pihak berkuasa dan anda akan dimaklumkan mengenai status permohonan melalui portal rasmi tersebut. Semakan Bantuan Pendidikan Zakat Selangor akan bermula dalam tempoh enam (6) hari bekerja.\u00a0\n\n\nTempoh kelulusan permohonan adalah berdasarkan jumlah yuran sepanjang pengajian yang dipohon mengikut kategori-kategori berikut:\n\n\n\n\nJumlah yuran sepanjang pengajian < RM10,000 \u2013 6 hari bekerja;\n\n\nJumlah yuran sepanjang pengajian < RM50,000 \u2013 8 hari bekerja;\n\n\nJumlah yuran sepanjang pengajian < RM100,000 \u2013 10 hari bekerja;\n\n\nJumlah yuran sepanjang pengajian >RM100,000 \u2013 16 hari bekerja.\n\n\n\n\nMekanisme permohonan dan penilaian penerima zakat pendidikan akan dilakukan dengan teliti dan adil untuk memastikan bantuan zakat disalurkan kepada penerima yang benar-benar memerlukan dan berkelayakan.\u00a0\n\n\n5. Terima Tawaran Penajaan\n\n\nSetelah permohonan Zakat Selangor diluluskan, anda boleh mencetak surat tajaan BDPT dan mendaftar di Pusat Pengajian sebagai pelajar tajaan LZS. \n\n\nBiasanya, bantuan zakat ini akan dikreditkan ke dalam akaun anda dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas anda bersetuju meneriwa tawaran penajaan BDPT LZS di Portal Pendidikan.\n\n\nJenis Agihan Zakat Lembaga Zakat Selangor\n\n\nSelain bantuan pendidikan, banyak bantuan zakat lain yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor antaranya bantuan bayaran yuran sekolah rendah dan menengah, bantuan kewangan bulanan zakat selangor, bantuan sewa rumah zakat selangor dan lain-lain lagi.\n\n\nAnda boleh rujuk \njadual jenis agihan zakat\n untuk maklumat lanjut.\n\n\n\n\nDapatkan Insurans Pendidikan dan Kesihatan untuk Perlindungan Masa Depan\n\n\nProgram Bantuan Pendidikan Zakat Selangor secara tidak langsung membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang \nkepentingan zakat\n dalam kehidupan umat Islam. Ia\n membantu memudahkan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran.\u00a0\n\n\nSelain itu, jika anda ingin mendapatkan perlindungan \ninsurans pendidikan dan kesihatan\n untuk ketenangan fikiran, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform \nperbandingan dan pembaharuan insurans online terbaik\n di Malaysia.\u00a0\nAnda boleh mendapatkan \ninsurans dan takaful kesihatan\n di Malaysia dengan mudah pada harga yang berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/bantuan-perniagaan/", "title": "3 Bantuan Perniagaan Anda Boleh Mohon di Malaysia", "body": "\n\nBanyak bantuan perniagaan yang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan pembiayaan khususnya buat golongan peniaga-peniaga kecil di Malaysia. Bantuan perniagaan ini secara tidak langsung dapat membantu peniaga yang tidak mempunyai modal wang yang besar untuk mengembangkan perniagaan. Artikel ini boleh membantu anda mengetahui dan memahami dengan lebih lanjut bantuan perniagaan yang anda boleh mohon di Malaysia termasuk syarat kelayakan bantuan perniagaan, jenis \nbantuan kewangan\n yang ditawarkan dan cara untuk lakukan permohonan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPanduan Lengkap Bantuan Perniagaan di Malaysia \u2013 Amanah Ikhtiar, Pinjaman MARA dan TEKUN Nasional\n1. Amanah Ikhtiar Malaysia\n2. Pinjaman MARA\n3. Bantuan Perniagaan TEKUN Nasional\n\n\nPanduan Lengkap Bantuan Perniagaan di Malaysia \u2013 Amanah Ikhtiar, Pinjaman MARA dan TEKUN Nasional\n\n\nSecara asasnya, bantuan perniagaan merupakan insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada golongan peniaga dalam bentuk bantuan modal \nperniagaan\n berskala kecil, bimbingan melalui aktiviti dan program keusahawanan dan lain-lain lagi. Ia juga merupakan salah satu inisiatif untuk memperkasa ekonomi kumpulan sasar dan membantu meningkatkan taraf hidup golongan yang memerlukan bantuan kewangan segera. Berikut merupakan antara bantuan perniagaan yang popular di Malaysia yang boleh anda mohon:\n\n\n1. Amanah Ikhtiar Malaysia\n\n\nAmanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan amanah persendirian yang ditubuhkan untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran pembiayaan ikhtiar kepada penduduk miskin di luar bandar. Ia bagi membolehkan kumpulan sasar untuk membiayai kegiatan kecil-kecilan yang boleh menambahkan sumber \npendapatan\n.\n\n\nSyarat Kelayakan Bantuan Perniagaan\n\n\nSekiranya anda seorang peniaga kecil yang ingin mengetahui tentang syarat kelayakan Amanah Ikhtiar Malaysia, berikut panduan syarat kelayakan untuk rujukan anda:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas;\n\n\nHad kelayakan \npendapatan isi rumah\n RM3,050 dan per kapita RM610;\n\n\nHad nilaian pemilikan aset mestilah tidak melebihi nilaian berikut:\n\n\u2022 Tanah bergeran di atas nama bakal Sahabat (pemohon) dengan keluasan tidak melebihi tiga ekar;\n\n\u2022 Pemilik \nrumah sendiri\n dengan anggaran nilai hartanah tidak melebihi RM200,000;\n\n\u2022 Pemilik kenderaan dengan anggaran \nnilai semasa kenderaan\n tidak melebihi RM50,000.\n\n\n\n\nCara Mohon Pinjaman Amanah Ikhtiar\n\n\nSekiranya anda berminat untuk mendapatkan bantuan perniagaan ini, anda boleh mengisi borang permohonan Amanah Ikhtiar secara online. Permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar sama ada melalui e-mel atau secara terus ke pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia. Berikut kaedah memohon \npinjaman\n kewangan Amanah Ikhtiar untuk rujukan anda:\n\n\n\n\nMuat turun borang permohonan Amanah Ikhtiar online melalui laman web rasmi \nAmanah Ikhtiar\n;\n\n\nKemudian, anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan;\n\n\nPastikan maklumat yang diberikan adalah tepat kerana maklumat ini akan digunakan untuk menyemak kelayakan pinjaman anda;\n\n\nSetelah borang permohonan lengkap diisi, anda perlu menghantar borang tersebut sama ada melalui e-mel atau secara terus ke pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia;\n\n\nProses selesai.\n\n\n\n\n2. Pinjaman MARA\n\n\nSecara asasnya, bantuan perniagaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau pinjaman MARA merupakan antara kemudahan kewangan yang menjadi pilihan utama usahawan terutama dalam kalangan usahawan Bumiputera. Majlis Amanah Rakyat atau MARA merupakan agensi kerajaan yang diwujudkan untuk menggalakkan, memudahkan, memajukan dan menjalankan aktiviti pembangunan ekonomi serta kemasyarakatan. Dalam erti kata lain, MARA berfungi membantu aktiviti ekonomi serta menyediakan bantuan kewangan dan kemudahan \npinjaman\n perniagaan untuk usahawan.\n\n\nJenis Bantuan Perniagaan MARA\n\n\nAda beberapa jenis skim pinjaman perniagaan yang ditawarkan oleh MARA antaranya Pembiayaan Kontrak, Pembiayaan Am (pinjaman bawah RM500,000) dan Pembiayaan Am (pinjaman bermula RM500,000 hingga RM5,000,000. Bagi setiap kategori ini, ia menawarkan skim-skim \npembiayaan\n perniagaan tertentu mengikut kesesuaian sesuatu bisnes yang dijalankan, antaranya:\n\n\nSkim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)\n\n\nKhusus untuk usahawan Bumiputera dalam bidang kontrak binaan, perkhidmatan dan elektrik yang mendapat kontrak daripada Kementerian atau Agensi Kerajaan.\n\n\nSkim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)\n\n\nBantuan perniagaan ini ditawarkan untuk pembelian harta tetap, \nubah suai\n premis dan modal pusingan serta Skim Pembiayaan Lepasan IPMa (SEMAi) untuk lepasan \ninstitusi pendidikan\n MARA.\n\n\nSkim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)\n\n\nIa merujuk satu bentuk jaminan kewangan MARA kepada beberapa bank komersial terpilih bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan.\n\n\nMARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)\n\n\nSkim MARA Enterpreneur Guarantee Scheme (MEGS) pula merupakan skim kerjasama dengan Bank Rakyat \u2013 MARA bertindak sebagai penjamin pinjaman, manakala Bank Rakyat bertindak sebagai penyedia pembiayaan modal kerja, pembelian aset dan pembiayaan kontrak atau projek.\n\n\nSelain bantuan kewangan yang dinyatakan di atas, MARA juga turut menawarkan beberapa skim bantuan perniagaan lain antaranya Kemudahan Pembiayaan Perniagaan kepada OKU, Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi), Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA \u2013 EXIM (GEMS) dan banyak lagi.\n\n\nSyarat Asas Kelayakan Pinjaman MARA\n\n\nBagi mendapatkan pinjaman ini, ada beberapa syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh usahawan sebelum memohon pinjaman perniagaan MARA. Berikut merupakan syarat kelayakan bagi memohon skim pinjaman MARA untuk rujukan anda:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia (Melayu atau Bumiputera);\n\n\nBerumur 18 tahun dan ke atas;\n\n\nMenjalankan perniagaan sepenuh masa;\n\n\nMempunyai lesen/permit/surat kebenaran pihak berkuasa;\n\n\nBerpengalaman atau berpengetahuan dalam bidang perniagaan terlibat;\n\n\nModal pemohon pinjaman mestilah sekurang-kurangnya 10 peratus daripada kos projek;\n\n\nMengemukakan cagaran/jaminan yang sesuai;\n\n\nPerlu mengikuti kursus keusahawanan jika pengalaman dalam bidang terbabit kurang daripada enam bulan;\n\n\nPerlu menjalani ujian psikometri (jika berkaitan).\n\n\n\n\n\n\n3. Bantuan Perniagaan TEKUN Nasional\n\n\nTEKUN Nasional (sebelum ini dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional) merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ia ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memulakan dan memajukan perniagaan. Selain itu, TEKUN Nasional juga bertindak sebagai institusi yang menyediakan peluang perniagaan termasuk peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.\n\n\nSyarat Kelayakan Pinjaman Perniagaan TEKUN Nasional\n\n\nBagi mendapatkan pinjaman perniagaan ini, berikut beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon bagi mendapatkan bantuan perniagaan TEKUN:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia (Bumiputera atau India);\n\n\nBerumur 18 tahun dan ke atas (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);\n\n\nPermit daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau \nDaftar Perniagaan (SSM)\n atau pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)/Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu;\n\n\nMempunyai tempat perniagaan yang khusus atau bergerak;\n\n\nBebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan \nkebankrapan\n;\n\n\nAktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.\n\n\n\n\nCara Memohon TEKUN Nasional\n\n\nUntuk membuat permohonan TEKUN Nasional, terdapat dua kaedah permohonan yang boleh dipertimbangkan. Permohonan boleh dibuat sama ada secara online atau hadir sendiri secara fizikal ke pejabat TEKUN Nasional:\n\n\nMohon TEKUN Nasional Secara Online\n\n\nBerikut panduan mohon bantuan perniagaan TEKUN secara online:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari laman web TEKUN Nasional;\n\n\nKlik butang \u2018Daftar Akaun\u2019;\n\n\nIsi maklumat yang diperlukan dan klik butang \u2018Daftar\u2019;\n\n\nLog masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan;\n\n\nLengkapkan permohonan dan hantar.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHadir Secara Fizikal di Pejabat TEKUN Nasional\n\n\nBagi urusan permohonan TEKUN Nasional secara fizikal, pemohon boleh berkunjung ke mana-mana pejabat TEKUN Nasional bagi memohon bantuan perniagaan ini.\n\n\nSemoga senarai bantuan perniagaan yang dikongsikan ini dapat membantu anda mengembangkan perniagaan atau memulakan langkah pertama sebagai usahawan. Selain itu, sekiranya anda ingin \nrenew\n insurans motor \nonline\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian perkhidmatan \ninsurans terbaik\n mengikut keperluan dan bajet anda. Minta \nsebut harga insurans\n\u00a0sekarang!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/bayaran-ansuran-mudah-epp/", "title": "Pelan Bayaran Ansuran Mudah (EPP) Lebih Baik daripada BNPL?", "body": "\n\nSejak beberapa tahun kebelakangan ini, pilihan pembayaran ansuran seperti Pelan Bayaran Ansuran Mudah (EPP) dan \nBeli Dulu Bayar Kemudian (BNPL)\n kini menjadi semakin popular di Malaysia. Pilihan pembayaran ini dapat membantu anda mengurus aliran tunai dengan baik. Ia juga memudahkan anda untuk membeli barangan mahal seperti barangan elektronik, perabot dan perkakasan rumah yang mungkin tidak mampu dibayar dalam satu pembayaran. Dengan begitu banyak pilihan pembayaran ansuran mudah, manakah yang anda patut pilih?\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPelan Ansuran Mudah: Perbezaan Penting Antara EPP dan BNPL di Malaysia\nSemua Perkara yang Perlu Anda Ketahui Tentang Pelan Bayaran Ansuran Mudah\nPerkara Penting yang Anda Perlu Tahu Tentang Beli Dulu Bayar Kemudian\nPelan Bayaran Ansuran Mudah vs Beli Dulu Bayar Kemudian, Mana yang Lebih Baik?\n\n\nPelan Ansuran Mudah: Perbezaan Penting Antara EPP dan BNPL di Malaysia\n\n\nAnda mungkin sudah biasa dengar tentang \nEasy Payment Plan\n (EPP) dan \nBuy Now Pay Later\n (BNPL) ini. Secara mudahnya, kedua-dua perkhidmatan ini menawarkan pilihan bayaran secara ansuran kepada pelanggan. EPP berkait rapat dengan \nkad kredit\n yang disediakan oleh pihak bank. Ini bermaksud, pemilik kad kredit sahaja yang boleh menggunakan perkhidmatan ini.\n\n\nHad perbelanjaan untuk EPP bergantung sepenuhnya pada pihak bank yang mengurus kad kredit anda. Bagi BNPL pula, ia tidak memerlukan kad kredit untuk menggunakannya.\u00a0Ia secara tidak langsung menjadikan BNPL alternatif yang menarik kepada pelanggan yang lebih muda yang mungkin tidak memenuhi syarat pendapatan untuk memiliki kad kredit.\n\n\nSemua Perkara yang Perlu Anda Ketahui Tentang Pelan Bayaran Ansuran Mudah\n\n\nApa Itu EPP? EPP atau \nEasy Payment Plan\n merujuk pada pelan bayaran ansuran mudah atau pelan pembayaran fleksibel. Ia menawarkan pengguna \nalternatif pembayaran\n yang lebih fleksibel dan mudah untuk menguruskan perbelanjaan terutamanya melibatkan pembelian mahal.\n\n\nDengan EPP, anda boleh memecahkan pembayaran anda kepada jumlah yang lebih kecil dalam jangka masa tertentu. Ia membolehkan anda menikmati produk atau perkhidmatan yang anda inginkan tanpa perlu berbelanja besar setiap bulan atau mengikat perut.\u00a0Anda juga boleh menikmati kadar faedah sifar peratus sepanjang tempoh pembayaran balik.\n\n\nTempoh pembayaran balik biasanya antara tiga hingga 36 bulan dan kadar faedah yang dikenakan bergantung pada bank anda. Sebagai contoh,\u00a0anda berbelanja di kedai-kedai yang menawarkan perkhidmatan pelan bayaran ansuran mudah sebanyak RM2,000 dengan kadar faedah sifar peratus untuk tempoh 12 bulan.\n\n\nDaripada membayar penuh RM2,000 semasa kitaran bil kad kredit seterusnya, pembayaran kad kredit anda akan menjadi RM166.67 setiap bulan selama 12 bulan. Ia dikira berdasarkan jumlah keseluruhan hutang kredit dengan bilangan bulan. EPP membolehkan pengguna membuat pembelian besar tanpa perlu bimbang tentang \nhutang kad kredit\n yang tinggi.\n\n\n\n\nBagaimana anda boleh menikmati perkhidmatan pelan bayaran ansuran mudah ini? Berikut antara beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan:\n\n\n\n\nPertama, anda perlu pastikan peniaga mempunyai sistem EPP untuk kad kredit anda dan menyokong jumlah pembelian anda;\n\n\nPastikan kategori item layak untuk kemudahan pembayaran balik;\n\n\nPastikan juga jumlah pembelian layak menggunakan EPP;\n\n\nKenal pasti tempoh rancangan pembayaran balik;\n\n\nSemak sebarang yuran tambahan yang mungkin dikenakan (seperti yuran perkhidmatan).\n\n\n\n\nSetelah anda jelas dan berpuas hati dengan kriteria serta terma dan syarat yang dinyatakan, anda boleh menggunakan kad kredit anda untuk membuat pembayaran. Meskipun begitu, kami mengesyorkan anda untuk memaklumkan kepada peniaga yang anda ingin menggunakan perkhidmatan pelan bayaran ansuran mudah semasa membuat pembayaran.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelebihan\n\n\nKekurangan\n\n\n\n\n\n\nDiterima di kebanyakan kedai\n\n\nSemakan kredit\n diperlukan untuk memohon\n\n\n\n\n\n\nPelan bayaran ansuran mudah berdasarkan pakej yang ditawarkan oleh pihak bank\n\n\nBiasanya terdapat keperluan perbelanjaan minimum\n\n\n\n\n\n\nMembolehkan aliran tunai diuruskan dengan lebih baik\n\n\nCaj faedah mungkin bertambah\n\n\n\n\n\n\nBeberapa kad menawarkan faedah seperti rebat, pulangan tunai (\ncashback\n) dan \ninsurans\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkara Penting yang Anda Perlu Tahu Tentang Beli Dulu Bayar Kemudian\n\n\nBNPL atau Beli Dulu Bayar Kemudian adalah pilihan pembayaran yang ditawarkan oleh kebanyakan pemilik perniagaan dan penyedia perkhidmatan. Anda mungkin biasa dengan beberapa penyedia BNPL popular di Malaysia seperti Atome, Grab PayLater dan Shopee Buy Now Pay Later (SPayLater).\n\n\nSecara asasnya, pilihan pembayaran ansuran mudah ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan BNPL untuk memenuhi keperluan pelanggan. Dengan BNPL, pelanggan dapat membeli sesuatu produk secara ansuran dengan pilihan pembayaran yang lebih fleksibel. Kebanyakan penyedia perkhidmatan BNPL menawarkan skim pembayaran ansuran mudah bebas faedah untuk tempoh tiga hingga enam bulan.\n\n\n\n\nUntuk membuat pembelian BNPL, anda boleh memilih dan mendaftar dengan penyedia perkhidmatan BNPL pilihan anda.\u00a0Kemudian, anda boleh memilih pilihan ansuran mudah yang dikehendaki dan menghubungkan \nkad kredit atau kad debit\n anda untuk membuat pembayaran. Perlu diingatkan bahawa jika pembayaran balik tidak dibuat tepat pada masanya, pelanggan mungkin akan dikenakan yuran dan caj lewat.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelebihan\n\n\nKekurangan\n\n\n\n\n\n\nPemeriksaan kredit minimum diperlukan untuk permohonan\n\n\nTidak semua pilihan BNPL menawarkan perkhidmatan bebas faedah\n\n\n\n\n\n\nKadar faedah sifar peratus atau kadar faedah rendah\n\n\nTidak tersedia di semua kedai atau platform\n\n\n\n\n\n\nProses kelulusan yang mudah dan cepat untuk pelan pembayaran yang fleksibel\n\n\nPembayaran lewat, \nbayaran tertunggak\n atau tidak dibayar boleh mengakibatkan yuran atau denda yang tinggi\n\n\n\n\n\n\n\n\nMendorong \ntabiat perbelanjaan\n mengikut perasaan atau boros\n\n\n\n\n\n\n\n\nSukar untuk menjejak perbelanjaan jika anda mempunyai beberapa pembelian ansuran melalui platform BNPL berbeza\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembelian secara ansuran boleh beri kesan baik atau buruk bergantung pada situasi kewangan dan tabiat perbelanjaan anda. Seperti yang disebutkan sebelum ini, salah satu kebaikan membeli secara ansuran ialah dapat membahagikan kos pembelian yang besar kepada tempoh bayaran yang lebih panjang.\n\n\nIa secara tidak langsung menjadikan pembelian anda lebih mampu milik dan boleh dikendalikan bagi mereka yang tidak mempunyai dana untuk membuat pembayaran sekaligus. Selain itu, kaedah pembelian sebegini juga tidak memberi kesan kepada aliran tunai atau simpanan anda kerana aliran duit keluar lebih minimum.\n\n\nMeskipun begitu, perkhidmatan bayaran ansuran mudah juga boleh menyebabkan pembelian yang tidak terkawal dan \nkomitmen hutang\n yang berlebihan. Sebagai contoh, jika anda terlewat bayar, anda akan dikenakan yuran dan denda yang tinggi. Ia boleh menyebabkan hutang anda semakin bertambah dan tidak terkawal jika tidak ditangani dengan baik.\n\n\nSelain itu, pelan ansuran mudah juga tidak efektif kos untuk jangka masa panjang. Ini kerana, anda perlu membayar lebih daripada sepatutnya disebabkan oleh caj faedah atau yuran tambahan yang dikenakan.\n\n\n\n\nPelan Bayaran Ansuran Mudah vs Beli Dulu Bayar Kemudian, Mana yang Lebih Baik?\n\n\nApabila membandingkan Beli Dulu Bayar Kemudian (BNPL) dengan Pelan Bayaran Ansuran Mudah (EPP), penting untuk anda tahu bahawa kedua-dua pilihan ini menawarkan kelebihan kepada anda jika digunakan dengan baik. BNPL dan EPP membolehkan anda membuat pembelian secara ansuran tanpa perlu terikat dengan komitmen hutang yang tinggi.\n\n\nBNPL misalnya, menawarkan pelan pembayaran jangka pendek tanpa faedah. Namun begitu, anda berkemungkinan dikenakan yuran dan denda yang lebih tinggi jika terlewat bayar. EPP pula biasanya mempunyai pilihan pembayaran jangka panjang sehingga 36 bulan dengan kadar faedah yang lebih rendah. Tetapi, ada perbelanjaan minimum dan semakan kredit yang perlu dilakukan.\n\n\nJika anda mempunyai kad kredit dan ingin membahagikan pembelian besar kepada bayaran yang lebih kecil, EPP merupakan pilihan yang baik untuk anda. Tetapi jika anda tidak mempunyai kad kredit dan mencari pelan ansuran mudah dan bebas faedah, perkhidmatan BNPL mungkin boleh anda pertimbangkan.\n\n\nPilihan yang terbaik antara BNPL dan EPP semestinya bergantung sepenuhnya pada keadaan kewangan dan keupayaan anda untuk mengurus kredit secara berkesan. Apa yang penting, lakukan penyelidikan dan menilai terma dan syarat setiap pilihan dengan teliti sebelum membuat keputusan.\n\n\nDan jika anda sedang mencari \ninsurans kereta terbaik\n, anda boleh kunjungi laman web Qoala untuk maklumat lanjut. Qoala adalah \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n di Malaysia dengan proses pembelian yang selamat dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/bayaran-balik-cukai-terlebih-bayar/", "title": "Cara Claim Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar 2023 Malaysia", "body": "\n\nSebagai pembayar cukai di Malaysia, anda boleh menuntut bayaran balik cukai terlebih bayar. Bayaran balik cukai pendapatan terlebih bayar ini boleh digunakan untuk meningkatkan kedudukan kewangan, meningkatkan aliran tunai dan mengurangkan beban cukai anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nTuntut Bayaran Balik Cukai Pendapatan, 5 Perkara Penting Anda Perlu Tahu\n1. Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar di Malaysia\n2. Proses Permohonan Bayaran Balik Cukai LHDN\n3. Cara Memohon Bayaran Balik Cukai\n4. Cara Semak Status Bayaran Balik Cukai Pendapatan Malaysia\n5. Bayaran Balik Cukai Malaysia: Perkara-perkara Lain yang Perlu Anda Ketahui\nAwasi Mesej dan Panggilan dari Scammer yang Menyamar Sebagai Pegawai LHDN\n1. Sahkan Identiti Pemanggil\n2. Jangan Dedahkan Maklumat Peribadi\n3. Berhati-hati dengan Taktik Pemanggil\n4. Laporkan Kejadian\nIsi e-Filing, Tuntut Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar LHDN di Malaysia\n\n\nTuntut Bayaran Balik Cukai Pendapatan, 5 Perkara Penting Anda Perlu Tahu\n\n\nPenting untuk anda mengetahui hak anda dan memahami proses untuk menuntut bayaran balik cukai terlebih bayar ini. Namun begitu, anda perlu tahu bahawa pengecualian cukai dan pembayaran balik cukai adalah dua perkara yang berbeza.\n\n\nPengecualian cukai merupakan pemotongan daripada pendapatan yang boleh dikenakan cukai. Ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah pendapatan yang tertakluk kepada cukai. Manakala, bayaran balik cukai pula merujuk pada cukai yang telah terlebih bayar kepada LHDN.\n\n\n1. Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar di Malaysia\n\n\nSecara asasnya, bayaran balik cukai pendapatan merupakan proses pengembalian semula lebihan bayaran cukai yang telah dibayar oleh pembayar cukai. Di Malaysia, pembayar cukai layak untuk mendapatkan pembayaran balik cukai jika mereka membayar cukai melebihi jumlah yang ditetapkan mengikut undang-undang.\n\n\nBayaran balik cukai biasanya akan diterima selepas 30 hari bekerja selepas \npenghantaran Borang Nyata secara e-Filing\n. Individu yang dikenakan \nPotongan Cukai Bulanan (PCB)\n mungkin layak untuk mendapatkan pembayaran balik cukai pendapatan. Ini kerana, potongan bulanan ini tidak termasuk pengecualian cukai atau perbelanjaan yang dibenarkan.\n\n\nSebagai contoh, anda beli barangan seperti buku, komputer peribadi atau anda ada \nresit kos rawatan perubatan penyakit serius\n \u2013 item ini termasuk dalam senarai pelepasan cukai. Jadi, anda berhak untuk menuntut potongan cukai tambahan yang tidak diambil kira dalam PCB bulanan tadi.\n\n\nDalam erti kata lain, anda telah terlebih bayar cukai dan layak untuk mendapatkan balik bayaran cukai yang telah dibayar melalui potongan PCB itu tadi.\n\n\n\n\n2. Proses Permohonan Bayaran Balik Cukai LHDN\n\n\nJika anda layak untuk mendapatkan bayaran balik cukai, anda perlu mengisi borang cukai dan melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan untuk menuntut bayaran balik. Pembayaran balik cukai pendapatan biasanya dibayar melalui pemindahan bank secara terus ke dalam akaun bank anda atau melalui cek.\n\n\nBerapa lama masa yang diambil oleh LHDN memproses bayaran balik atau mengkreditkan bayaran kepada anda? Piagam Pelanggan LHDN menetapkan bahawa bayaran balik cukai akan diproses:\n\n\n\n\nDalam tempoh 30 hari bekerja selepas penghantaran \nBorang Nyata melalui e-Filing\n;\n\n\nDalam tempoh 90 hari bekerja selepas penghantaran Borang Nyata yang dihantar melalui pos atau serahan di kaunter.\n\n\n\n\nPerlu diingatkan bahawa proses bayaran balik cukai pendapatan bergantung kepada maklumat yang diberikan dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan. Pihak LHDN juga mungkin memerlukan dokumen sokongan untuk semakan, jika perlu.\n\n\n3. Cara Memohon Bayaran Balik Cukai\n\n\nProses tuntutan bayaran balik cukai pendapatan di Malaysia adalah suatu proses yang mudah. Berikut merupakan langkah untuk membantu anda menuntut pembayaran balik cukai di Malaysia:\n\n\ni. Tentukan Kelayakan Anda\n\n\nLangkah pertama dalam menuntut bayaran balik cukai pendapatan anda adalah dengan menentukan kelayakan anda. Anda boleh menuntut bayaran balik cukai jika:\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnda telah membayar cukai melebihi jumlah yang layak dikenakan cukai; atau\n\n\nAnda telah membuat potongan atau kredit cukai terlalu banyak.\n\n\n\n\n\n\n\n\nii. Hantar Borang Cukai\n\n\nUntuk menuntut bayaran balik, anda perlu menghantar borang cukai anda sebelum 30 April tahun berikutnya. Anda boleh menghantar borang cukai anda secara dalam talian melalui \nsistem e-Filing\n atau dengan mengemukakan Borang Nyata secara fizikal.\n\n\niii. Lampirkan Dokumen Sokongan\n\n\nJika anda menuntut pengecualian cukai tambahan seperti perbelanjaan perubatan atau pembelian barangan yang diluluskan (buku atau komputer peribadi), anda perlu melampirkan dokumen sokongan bersama borang cukai anda.\n\n\niv. Tunggu Penilaian\n\n\nSetelah anda mengemukakan borang cukai anda, LHDN akan menilai permohonan anda untuk menentukan sama ada anda layak untuk mendapatkan bayaran balik atau tidak.\n\n\nv. Terima Bayaran Balik Cukai\n\n\nJika anda layak untuk bayaran balik cukai pendapatan, ia biasanya akan diproses dalam tempoh 30 hingga 90 hari selepas penilaian selesai. Bayaran balik akan dibuat melalui pemindahan bank atau cek.\n\n\n4. Cara Semak Status Bayaran Balik Cukai Pendapatan Malaysia\n\n\nSetelah mengemukakan borang cukai, anda mungkin ingin tahu status bayaran balik cukai terlebih bayar tersebut. Berikut adalah cara untuk memeriksa status pembayaran balik dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN):\n\n\ni. Layari Laman Web LHDN\n\n\nLayari \nlaman web LHDN\n dan klik \u201cLog Masuk e-Filing\u201d yang terletak di bahagian atas kanan laman utama.\n\n\nii. Log Masuk ke Akaun e-Filing\n\n\nMasukkan ID pengguna dan kata laluan untuk mengakses akaun e-Filing anda.\n\n\niii. Periksa Status Bayaran Balik\n\n\nSetelah log masuk, anda boleh memeriksa status bayaran balik cukai pendapatan anda dengan klik pada \u201cStatus Bayaran Balik\u201d di bawah tab \u201cPerkhidmatan\u201d.\n\n\niv. Masukkan Maklumat\n\n\nAnda perlu memasukkan nombor rujukan cukai dan nombor kad pengenalan anda untuk memeriksa status bayaran balik anda.\n\n\nv. Lihat Status Bayaran Balik\n\n\nSetelah mengisi semua maklumat yang diperlukan, anda akan dapat melihat status bayaran balik cukai anda. Jika bayaran balik anda telah diproses, anda juga dapat melihat butiran pembayaran termasuk tarikh dan jumlah bayaran balik.\n\n\nSelain itu, anda juga boleh memeriksa status bayaran balik cukai anda melalui telefon dengan menghubungi talian khidmat pelanggan LHDN di 1-800-88-5436. Pastikan anda mempunyai nombor rujukan cukai dan nombor kad pengenalan anda untuk memudahkan proses semakan.\n\n\n\n\n5. Bayaran Balik Cukai Malaysia: Perkara-perkara Lain yang Perlu Anda Ketahui\n\n\nSemasa mengemukakan e-filing, anda akan dapat mengetahui jumlah bayaran balik yang akan anda terima. Ada kemungkinan bayaran balik yang akan diterima dibayar lewat. Untuk mengelakkan kelewatan tersebut, berikut tiga tips yang perlu diikuti:\n\n\n\n\nPastikan semua maklumat dikemaskini semasa mengisi e-filing. Maklumat penting seperti nombor akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat e-mel, dan nombor pendaftaran syarikat (untuk pembayar cukai korporat) diperlukan untuk mempercepatkan proses bayaran balik;\n\n\nJangan berikan maklumat yang salah atau palsu berkenaan \npelepasan cukai pendapatan\n kerana anda boleh diaudit oleh LHDN pada bila-bila masa. Sebagai contoh, jika anda menuntut pelepasan cukai untuk \nsimpanan SSPN\n, hanya \nclaim\n jumlah bersih yang disimpan bukannya jumlah keseluruhan yang didepositkan;\n\n\nNyatakan semua jenis pendapatan yang diterima seperti pendapatan sewaan atau \npulangan pelaburan\n semasa e-filing. Pihak LHDN mempunyai akses kepada maklumat ini dan kegagalan untuk melaporkannya boleh menyebabkan anda berdepan denda.\n\n\n\n\nJika selepas 30 hari bekerja, anda masih belum menerima pembayaran balik cukai pendapatan anda, anda boleh mengisi Borang Maklum Balas Pelanggan atau menghubungi Hasil Care Line seperti berikut:\n\n\n\ud83d\udce7 http://maklumbalas.hasil.gov.my/\n\n\ud83d\udce0 03-89111000\n\n\nAwasi Mesej dan Panggilan dari Scammer yang Menyamar Sebagai Pegawai LHDN\n\n\nSelain itu, anda juga perlu berhati-hati dan berwaspada terhadap panggilan penipuan LHDN terutamanya semasa musim cukai. Banyak pembayar cukai di Malaysia menjadi mangsa kepada sindiket penipuan yang mensasarkan golongan pembayar cukai ini. \nPihak \nscammer\n ini menyamar sebagai pegawai LHDN dan menggunakan taktik licik untuk menakut-nakutkan pembayar cukai.\n\n\nJika anda menerima panggilan atau e-mel daripada individu yang mengaku sebagai pegawai LHDN, jangan panik dan ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n1. Sahkan Identiti Pemanggil\n\n\nMinta individu tersebut memberikan nama lengkap, jawatan dan maklumat hubungan. Anda juga boleh meminta nombor pengenalan LHDN atau nombor pekerja mereka.\n\n\nJika anda ragu-ragu, minta nombor panggilan balik dan hubungi LHDN secara langsung untuk mengesahkan identiti pemanggil.\n\n\n2. Jangan Dedahkan Maklumat Peribadi\n\n\nPenting untuk anda tahu bahawa pihak LHDN tidak akan sekali-kali melakukan panggilan telefon atau menghantar e-mel untuk mendapatkan maklumat peribadi anda seperti nombor IC, butiran akaun bank atau \nmaklumat kad kredit\n.\n\n\n3. Berhati-hati dengan Taktik Pemanggil\n\n\nScammer\n biasanya akan menggunakan ugutan atau taktik intimidasi untuk memaksa anda memberikan maklumat peribadi atau membuat pembayaran. Antara taktik yang biasa digunakan adalah pembayar cukai \nada tunggakan\n cukai dan berdepan tindakan undang-undang, atau penangkapan atas tuduhan tidak membayar cukai.\n\n\nPihak LHDN tidak akan mengancam anda dengan penangkapan atau tindakan undang-undang melalui telefon atau e-mel.\n\n\n4. Laporkan Kejadian\n\n\nJika anda mengesyaki anda menerima panggilan atau e-mel penipuan daripada \nscammer\n, segera laporkan kejadian tersebut kepada LHDN. Anda juga boleh menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk melaporkan kejadian tersebut.\n\n\n\n\nIsi e-Filing, Tuntut Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar LHDN di Malaysia\n\n\nJika anda terlebih bayar cukai pendapatan semasa mengemukakan borang cukai, jangan bimbang kerana anda boleh menerima bayaran balik cukai terlebih bayar ini. Oleh sebab itu, penting untuk anda memahami proses pembayaran balik cukai terlebih bayar ini. Ia dapat membantu pembayar cukai menerima pulangan maksimum yang sewajarnya.\n\n\nApa yang penting, simpan rekod perbelanjaan dan pembelian, potongan dan pembayaran cukai untuk memudahkan anda sekiranya anda berdepan audit cukai. Tidak dapat dinafikan bayaran balik cukai ini boleh menambah baik aliran kewangan anda. Oleh sebab itu, penting untuk anda menggunakan cukai terlebih bayar ini dengan bijak.\n\n\nBeri keutamaan kepada sebarang hutang yang belum diselesaikan atau membantu anda mencapai \nmatlamat kewangan\n anda dengan lebih cepat. Selain itu, jika anda mencari perlindungan \ninsurans kesihatan dan insurans nyawa\n untuk memaksimumkan pelepasan cukai anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nSebagai \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n di Malaysia, Qoala menawarkan pelbagai pilihan \nperlindungan insurans yang komprehensif\n yang sesuai dengan keperluan anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/bebas-kewangan/", "title": "Ingin Bebas Kewangan? Amalkan 7 Perkara Ini", "body": "\n\nBoleh ke capai bebas kewangan atau\u00a0\nfinancial freedom\n? Setiap orang mempunyai impian untuk mempunyai kehidupan yang \nbebas\n, \nbahagia\n dan \ntenang\n tanpa perlu memikirkan masalah duit sepanjang masa. Mencapai kebebasan kewangan memerlukan usaha yang konsisten kerana prosesnya akan memakan masa yang panjang. Oleh sebab itu, anda memerlukan \nperancangan kewangan\n yang strategik untuk membuat keputusan yang lebih bijak.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nTips Bijak Urus Wang untuk Mencapai Bebas Kewangan\n1. Menjadi Seorang Celik Kewangan\n2. Tetapkan Matlamat Kewangan\n3. Tentukan Bajet Kewangan\n4. Mula Membuat Pelaburan\n5. Elak Tangguh Bayar Hutang\n6. Pilih Gaya Hidup Lebih Sederhana\n7. Ambil Pelan Insurans\nBebas, Bahagia & Tenang: Rebut Diskaun dan Hadiah\n\n\nTips Bijak Urus Wang untuk Mencapai Bebas Kewangan\n\n\nApa sebenarnya maksud kebebasan kewangan? Jawapannya sebenarnya subjektif dan bergantung kepada matlamat kewangan anda. Hal ini kerana, setiap orang mempunyai objektif kewangan yang berbeza.\n\n\nAda yang menganggap \nfinancial freedom\n bermaksud mempunyai \nwang simpanan persaraan\n yang banyak, ada yang beranggapan ia bermakna bebas daripada hutang dan ada banyak lagi tanggapan lain. Berikut adalah tujuh tabiat kewangan yang anda boleh amalkan untuk mencapai kehidupan \nbebas\n, \nbahagia\n dan \ntenang\n:\n\n\n1. Menjadi Seorang Celik Kewangan\n\n\nCelik kewangan atau \nfinancial literacy \nmerupakan langkah awal penting ke arah hidup bebas kewangan. Dengan mengetahui lebih banyak perkara tentang pengurusan wang, anda boleh membina keyakinan untuk mengurus, menyimpan dan melabur wang dengan cekap dan berkesan.\n\n\nPada zaman sekarang, anda boleh menambah ilmu pengetahuan tentang kewangan dengan membaca blog kewangan, dengar perbincangan\u00a0\npodcast \n, rujuk buku kewangan dan sebagainya. Pelbagai jenis ilmu berkaitan kewangan seperti \npengurusan hartanah\n, cara rancang belanjawan, jenis pelaburan, \nperancangan persaraan\n, \npengurusan cukai peribadi\n dan \npembahagian harta pusaka\n yang anda boleh pelajari di atas usaha anda sendiri.\n\n\n2. Tetapkan Matlamat Kewangan\n\n\nPerkara seterusnya yang anda perlu ada adalah tentukan matlamat kewangan. Apa sebenarnya yang anda inginkan atau apakah matlamat anda? Lebih spesifik matlamat anda, lebih tinggi kemungkinan untuk anda mencapainya.\n\n\nHal ini kerana, matlamat kewangan yang spesifik akan membantu anda untuk memutuskan \ncara menguruskan wang\n yang sesuai bagi membantu anda mencapai kehidupan yang anda inginkan dan anda boleh mula menyelaras tindakan selari dengan matlamat anda.\n\n\nContohnya, anda mahu mencapai jumlah simpanan RM200,000 sebelum mencapai umur 35 tahun. Dengan adanya matlamat spesifik ini, anda akan cari jalan terbaik untuk mencapai amaun ini seperti mencari \npendapatan sampingan\n, pendapatan pasif dan sebagainya. Berikut merupakan beberapa perkara yang anda perlu tentukan:\n\n\n\n\nKeperluan gaya hidup.\n\n\nJumlah yang anda ingin capai.\n\n\nTempoh untuk mencapai jumlah yang anda inginkan.\n\n\n\n\n3. Tentukan Bajet Kewangan\n\n\nSeterusnya, anda perlu tetapkan bajet kewangan. Perancangan bajet kewangan perlulah mengambil kira faktor jumlah pendapatan, membezakan perbelanjaan keperluan dan kemahuan.\n\n\nSalah satu cara yang anda boleh lakukan adalah dengan membuat belanjawan isi rumah bulanan dan mematuhinya. Langkah ini dapat memastikan anda berada di landasan yang betul untuk mencapai kebebasan kewangan. Anda juga boleh belajar \ncara urus gaji\n yang mempunyai pelbagai formula dan teknik untuk anda ikuti sesuai dengan kemampuan anda.\n\n\n4. Mula Membuat Pelaburan\n\n\nSelain simpan duit, anda juga disarankan untuk mula melabur duit untuk menjana pulangan. Secara umumnya, melabur merupakan cara terbaik kerana duit anda berpotensi untuk berkembang. Selain itu, pelaburan juga membolehkan wang anda mengatasi inflasi dan meningkatkan nilai.\n\n\nAnda boleh mula melabur di platform \npelaburan risiko rendah\n dan pulangan konsisten pada setiap tahun seperti \npelaburan ASB\n dan \nTabung Haji\n.\u00a0 Jika anda berani tanggung risiko pelaburan, anda boleh memilih pelaburan lebih berisiko tinggi seperti \npelaburan saham\n, \nrobo-advisor\n,\u00a0\nkripto\n dan sebagainya.\n\n\nMelabur merupakan satu amalan yang mampu membantu anda mencapai kebebasan kewangan. Namun begitu perlu diingatkan, pulangan dan kerugian bergantung kepada jenis pelaburan yang anda lakukan.\n\n\n5. Elak Tangguh Bayar Hutang\n\n\nSenaraikan semua komitmen hutang anda seperti\u00a0\nloan\u00a0\nrumah\n, \npinjaman kereta\n, \nhutang kad kredit\n, \npinjaman peribadi\n dan lain-lain lagi. Apabila anda menyenaraikan semua hutang-hutang sedia ada, anda boleh memantau situasi kewangan anda dengan lebih baik.\n\n\nAnda disarankan untuk menjelaskan hutang awal dan jangan tangguh bayaran hutang kerana banyak akibat yang anda akan tanggung sekiranya bayar lambat atau tidak membayar semula. Antaranya, \nskor kredit CCRIS\n dan \nCTOS\n terjejas, nama masuk dalam\u00a0\nblacklist\n atau \ndiisytihar muflis\n jika terlalu banyak hutang tertunggak.\n\n\nMemang tidak dinafikan, anda mungkin tidak dapat lari daripada berhutang terutama sekali dalam urusan\u00a0 yang melibatkan wang yang banyak seperti \npinjaman perumahan\n atau kereta. Namun begitu, anda boleh cuba untuk menyingkirkan hutang-hutang lain sedikit demi sedikit supaya anda mempunyai lebih banyak wang untuk tujuan simpanan dan juga pelaburan.\n\n\n6. Pilih Gaya Hidup Lebih Sederhana\n\n\nSecara amnya, jika anda kurangkan perbelanjaan bulanan, anda akan dapat mencapai objektif kewangan anda dengan lebih cepat. Namun begitu, bagi ramai individu ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana ini bermakna mereka perlu mengubah gaya hidup mereka.\n\n\nPepatah ada mengatakan \u201cukur baju di badan sendiri\u201d dan dalam konteks kewangan, ia membawa maksud jangan berbelanja melebihi kemampuan anda. Ubah gaya hidup lebih sederhana tidak bermakna anda\u00a0\ndowngrade\n kehidupan anda. Anda sebenarnya menolong diri anda sendiri untuk tidak boros berbelanja dan sentiasa peka dengan kemampuan kewangan anda.\n\n\nMencapai kebebasan kewangan memerlukan pengorbanan dan ini mungkin bermakna anda perlu pertimbangkan semula pilihan-pilihan yang anda lakukan yang melibatkan kewangan anda. Contohnya, jika \nkiraan bulanan kereta\n anda mencecah lebih RM1,000 sebulan, anda mungkin mahu tukar kereta dan \nbeli kereta\n yang lebih murah. Ini akan mengurangkan sedikit jumlah komitmen anda.\n\n\n7. Ambil Pelan Insurans\n\n\nPerkara yang tidak diduga boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana pun. Mereka yang terlibat dalam kejadian-kejadian yang tidak diingini ini kebiasaannya akan menanggung kerugian yang besar. Disebabkan ini, mengambil pelan insurans juga merupakan satu usaha yang anda boleh lakukan dalam perjalanan anda untuk capai kebebasan kewangan.\n\n\nContohnya, dengan adanya pelan insurans seperti \ninsurans perubatan\n, anda bebas daripada tekanan untuk memikirkan kos perbelanjaan hospital sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti kecederaan akibat \nkemalangan kereta\n. Anda boleh\u00a0\nclaim\u00a0\ninsurans\n daripada syarikat insurans anda untuk menanggung kos perubatan. Insurans melindungi anda dari segi kewangan dan menawarkan perlindungan bergantung kepada pelan insurans yang anda ambil.\n\n\nBebas, Bahagia & Tenang: Rebut Diskaun dan Hadiah\n\n\nKetujuh-tujuh perkara yang telah dikongsikan dalam artikel ini tidak akan dapat membantu anda mencapai kebebasan kewangan dalam sekelip mata. Namun begitu, ia akan memupuk tabiat-tabiat kewangan yang bagus dan ini akan membantu anda menguruskan kewangan dengan lebih baik.\n\n\nAkhir kata, untuk capai kebebasan kewangan merupakan satu proses jangka panjang yang memerlukan anda untuk sentiasa peka dan berdisiplin dalam bab pengurusan wang. Sudah pasti anda inginkan kehidupan yang tidak hanya semata-mata untuk bayar hutang sahaja. Kebebasan kewangan membolehkan anda mencapai satu tahap keselesaan dan ketenangan yang anda impikan.\n\n\nSama seperti di Qoala, kempen #QoalaHadir menjanjikan kehidupan yang lebih \nbebas\n, \nbahagia\n dan \ntenang\n khusus buat pelanggan yang dihargai. Ini bermaksud, pelanggan boleh menjalani kehidupan seharian tanpa risau dan tekanan dengan pelan perlindungan insurans yang komprehensif yang ditawarkan di Qoala.\n\n\nQoala menawarkan perkhidmatan insurans daripada syarikat insurans dan takaful terbaik untuk melindungi anda dan keluarga dengan hanya beberapa langkah mudah. Apa yang menarik, anda berpeluang untuk menangi pelbagai diskaun dan hadiah keseluruhan menarik bernilai sehingga RM11,000 jika anda beli \ninsurans perubatan\n, \ninsurans kereta\n, \ninsurans rumah\n, \ninsurans perjalanan\n atau \ninsurans motor\n di Qoala bermula 29 Ogos hingga 16 September 2022. Layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/borang-ea-form-lhdn/", "title": "Borang EA: Borang Cukai Pekerja Swasta untuk Isi e-Filing LHDN 2023", "body": "\n\nBorang EA atau Penyata Imbuhan Tahunan merupakan penyata gaji atau saraan setahun bagi pekerja swasta. Ia mengandungi maklumat berkaitan gaji, bonus, komisen, faedah, elaun, \npotongan cukai bulanan (PCB LHDN)\n dan caruman KWSP. Borang EA juga memiliki maklumat berkenaan manfaat-manfaat lain yang disediakan oleh majikan kepada pekerja.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nBaru Terima Borang EA LHDN 2022? 5 Persediaan Penting Bantu Anda Lengkapkan e-Filing Cukai Pendapatan\n1. Sediakan Borang EA (atau Borang EC)\n2. Daftar Masuk e-Filing Cukai Pendapatan\n3. Kenal Pasti Perbelanjaan Layak Pelepasan Cukai\n4. Buat Rayuan Bayaran Ansuran, Jika Perlu\n5. Pilihan untuk Pembayar Cukai yang Sudah Berkahwin\nIsi e-Filing Awal untuk Elakkan Masalah, Beli Insurans Kesihatan untuk Maksimumkan Pelepasan Cukai\n\n\nBaru Terima Borang EA LHDN 2022? 5 Persediaan Penting Bantu Anda Lengkapkan e-Filing Cukai Pendapatan\n\n\nSecara asasnya, individu yang menerima pendapatan tahunan sebanyak RM34,000 dan ke atas selepas penolakan caruman KWSP wajib membayar cukai pendapatan. Kadar cukai pendapatan setiap individu adalah berbeza mengikut kategori \u2013 biasanya sekitar satu peratus bagi julat pendapatan antara RM5,001 dan RM20,000 atau sehingga 30 peratus bagi pendapatan tahunan melebihi RM2 juta.\n\n\nSemasa musim \nisi e-Filing cukai pendapatan\n ini, Borang EA merupakan antara dokumen penting yang perlu ada khususnya individu yang bekerja dalam sektor swasta. Bagi individu yang baru pertama kali ingin membuat pemfailan cukai pendapatan, berikut antara tips yang boleh anda ikuti:\n\n\n1. Sediakan Borang EA (atau Borang EC)\n\n\nBorang EA penting untuk anda mengisi borang cukai atau e-Filing cukai pendapatan. Menurut Seksyen 83 (1A) Akta Cukai Pendapatan 1967, majikan perlu menyediakan dan mengedarkan Borang EA selewat-lewatnya sebelum 1 Mac setiap tahun. Ini kerana, individu yang layak dikenakan cukai pendapatan perlu menghantar borang cukai selewat-lewatnya pada 30 April.\n\n\nBorang EA penting kerana ia mengandungi semua butiran dan maklumat penting berkaitan gaji, bonus, ganjaran termasuk kemudahan yang diberikan oleh majikan. Sebagai contoh, majikan beri kemudahan kereta, \ncaruman KWSP\n, \nzakat pendapatan\n dan sebagainya. Dalam erti kata lain, semua maklumat ada dinyatakan dalam borang \u2013 jadi tiada isu menyembunyikan maklumat penggajian.\n\n\nSelain itu, borang EA ini juga penting untuk urusan berkaitan permohonan \npinjaman kereta\n atau \npinjaman rumah\n. Pihak bank biasanya akan meminta peminjam untuk sediakan borang EA ini.\n\n\nNota: Borang EC pula merujuk pada Borang Cukai Pekerja Kerajaan untuk Penyata Gaji selama setahun\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n2. Daftar Masuk e-Filing Cukai Pendapatan\n\n\nBagi pembayar cukai kali pertama, anda perlu mencipta profil terlebih dahulu bagi membolehkan anda mendapatkan akses kepada laman e-Filing. Apabila selesai mendaftar, anda boleh mula mengisi maklumat ke dalam sistem e-Filing dengan merujuk maklumat yang dinyatakan dalam borang EA.\n\n\nPastikan amaun yang dimasukkan semasa mengisi e-Filing adalah sama dengan amaun yang dipaparkan dalam Borang EA atau Borang EC ini. Setelah selesai mengisi maklumat ini, pengguna boleh mengetahui jumlah atau baki cukai pendapatan yang perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).\n\n\nIndividu yang membayar PCB melebihi kadar cukai sebenar yang perlu dibayar akan menerima lebihan wang bayaran cukai tersebut. Oleh sebab itu, penting untuk anda mengisi e-Filing bagi membolehkan anda mendapat semula lebihan PCB yang dibayar setiap bulan. Perkhidmatan e-Filing bagi tahun taksiran 2022 mula dibuka pada \n1 Mac 2023\n.\n\n\n3. Kenal Pasti Perbelanjaan Layak Pelepasan Cukai\n\n\nAmbil tahu jenis perbelanjaan tahun percukaian semasa yang layak mendapat pelepasan cukai termasuk rebat. Perbelanjaan keperluan anak-anak, yuran persekolahan dan pengajian; \ninsurans perubatan\n, \ninsurans nyawa\n, \nzakat\n, perbelanjaan gaya hidup dan penginapan hotel ketika melancong merupakan antara pelepasan cukai asas yang ditawarkan oleh kerajaan.\n\n\nPenyata Takaful & Insurans\n\n\nAnda boleh minta penyata tahunan daripada ejen takaful atau insurans anda. Anda boleh menuntut bayaran balik untuk langganan \ntakaful/insurans nyawa\n, \ninsurans pendidikan dan perubatan\n TIDAK termasuk pembaharuan \ntakaful/insurans kereta\n.\n\n\nResit Gaya Hidup\n\n\nAnda boleh \nclaim\n pelepasan gaya hidup sehingga maksimum RM2,500. Apa-apa pembelian gaya hidup seperti pembelian telefon bimbit, komputer riba, tablet dan alatan sukan, langganan buku dan internet dan sebagainya layak mendapat pelepasan cukai.\n\n\nResit Alatan Penyusuan\n\n\nPelepasan ini untuk pembayar cukai wanita sahaja. Ia melibatkan pembelian peralatan penyusuan ibu untuk anak berumur dua tahun dan ke bawah. Amaun yang boleh dituntut terhad maksimum RM1,000.\n\n\nResit Prasekolah\n\n\nJika anda mempunyai anak yang berumur enam tahun dan ke bawah yang dihantar ke prasekolah atau pusat asuhan, anda boleh buat tuntutan pelepasan cukai. Potongan maksimum untuk tuntutan ini hanyalah RM1,000.\n\n\nNamun begitu, anda perlu pastikan taman asuhan kanak-kanak ini berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau prasekolah kerajaan dan swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri.\n\n\nPenyata SSPN-i\n\n\nSelain itu, amaun simpanan bersih yang dimasukkan ke dalam \nakaun SSPN-i\n juga boleh dituntut. Simpanan bersih merujuk pada amaun bersih yang disimpan, bukan amaun yang dimasukkan setiap bulan ke dalam akaun. Untuk tahun taksiran 2022, amaun maksimum yang boleh dituntut adalah sebanyak RM8,000.\n\n\nJumlah Simpanan Tahun Semasa \u2013 Jumlah Pengeluaran Tahun Semasa\n\n\nSebagai contoh, baki bawa ke hadapan akaun SSPN-i dari tahun 2021 adalah sebanyak RM4,500. Anda menyimpan sebanyak RM2,000 pada tahun 2021 dan lakukan pengeluaran RM1,500 untuk perbelanjaan sekolah anak-anak. Potongan pelepasan cukai yang layak dituntut adalah sebanyak RM500 sahaja (RM2,000 \u2013 RM1,500).\n\n\nResit Bayaran Zakat\n\n\nSemua jenis bayaran zakat seperti \nzakat fitrah\n, \nzakat pendapatan\n, \nzakat emas\n dan \nzakat simpanan\n yang dibuat dalam tahun taksiran boleh dituntut semula. Anda boleh mendapatkan resit atau penyata bayaran zakat dari Pusat Zakat Negeri semasa membuat bayaran.\n\n\nWalaupun pihak LHDN tidak meminta pembayar cukai untuk menghantar resit-resit ini semasa mengisi e-Filing, anda disarankan untuk menyimpan resit bayaran sebagai bukti. Ini kerana, anda\u00a0mungkin akan diminta oleh pihak LHDN untuk menghantarnya pada masa akan datang untuk diaudit.\n\n\nSetiap tahun, pihak LHDN akan memilih individu secara rawak untuk menghantar resit dan segala dokumen berkaitan bagi tujuan semakan. Sekiranya tiada resit bayaran, anda mungkin akan dikenakan denda atau penalti kerana dianggap melakukan tuntutan palsu bagi pengecualian cukai.\n\n\nHad maksimum perbelanjaan dan senarai pelepasan cukai biasanya akan dikemas kini oleh pihak LHDN setiap tahun. Senarai ini boleh berubah bergantung pada dasar semasa kerajaan. Untuk ketahui senarai penuh pelepasan cukai tahun taksiran 2022, anda boleh rujuk artikel \nSenarai Pelepasan Cukai 2022 untuk e-Filing 2023\n.\n\n\n4. Buat Rayuan Bayaran Ansuran, Jika Perlu\n\n\nPembayar cukai dinasihatkan untuk tidak menghantar pemfailan cukai selagi tidak memuktamadkan jumlah sebenar cukai pendapatan yang perlu dibayar selepas penolakan. Ini kerana, jika amaun PCB yang dipotong tidak mencukupi, maka amaun perbezaan (potongan PCB setiap bulan dengan cukai sebenar kena bayar) perlu dibayar kepada LHDN dalam tempoh 30 hari selepas borang cukai dihantar.\n\n\nKegagalan menjelaskan bayaran dalam tempoh tersebut boleh menyebabkan anda didenda dengan kenaikan 10 peratus daripada baki cukai yang tidak dibayar. Namun begitu, mana-mana individu yang berdepan masalah untuk membuat pembayaran boleh membuat rayuan untuk pembayaran cukai secara ansuran kepada LHDN.\n\n\n\n\n5. Pilihan untuk Pembayar Cukai yang Sudah Berkahwin\n\n\nPembayar cukai yang sudah berkahwin mempunyai pilihan sama ada untuk pemfailan cukai secara bersama atau berasingan. Biasanya, pembayar cukai memilih untuk membuat pengiraan cukai secara bersama jika pasangan tidak bekerja atau mempunyai pendapatan rendah. Cara ini membolehkan pembayar cukai mendapat pengecualian cukai bagi perbelanjaan tanggungan isteri sebanyak RM9,000.\n\n\nNamun begitu, jika kedua-dua pembayar cukai bekerja dan mempunyai pendapatan yang layak dicukai, kebiasaannya akan memilih untuk membuat pemfailan cukai secara berasingan. Tuntutan pelepasan cukai bagi tanggungan anak-anak boleh dibahagikan antara suami dan isteri, selain boleh mendapat pengecualian cukai bagi tanggungan ibu bapa masing-masing.\n\n\nSelain itu, pemfailan cukai secara berasingan dilakukan bagi mengelakkan pembayar cukai daripada dikenakan kadar peratus cukai yang lebih tinggi sekiranya kedua-dua pendapatan digabungkan.\n\n\nIsi e-Filing Awal untuk Elakkan Masalah, Beli Insurans Kesihatan untuk Maksimumkan Pelepasan Cukai\n\n\nSelain itu, anda disarankan untuk melakukan pengisian e-Filing lebih awal. Elakkan daripada mengisi e-Filing pada hari terakhir penyerahan borang cukai. Ini kerana, pembayar cukai mungkin terdedah kepada risiko seperti masalah akses internet yang terhad dan laman web yang tidak stabil.\n\n\nSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan borang EA atau pembayaran cukai pendapatan, anda boleh rujuk laman web \nLembaga Hasil Dalam Negeri\n untuk info lanjut.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan \ninsurans perubatan dan kesihatan\n bagi memaksimumkan pelepasan cukai anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n di Malaysia.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/buka-akaun-cds-online/", "title": "4 Cara Buka Akaun CDS Online", "body": "\n\nSebelum ini, anda mungkin sudah membaca beratus-ratus artikel mengenai pelaburan seperti \npelaburan risiko rendah\n atau pelaburan saham dan berminat untuk mula melabur di Bursa Malaysia. Untuk mula membuat pelaburan saham di Bursa Malaysia, anda perlu buka akaun CDS terlebih dahulu. Anda kini boleh membuat buka akaun CDS secara online melalui aplikasi Bursa Anywhere yang telah dilancarkan oleh Bursa Malaysia. Ikuti artikel ini untuk mengetahui empat langkah mudah untuk buka akaun CDS online.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nMelabur di Bursa Malaysia, Apa itu Akaun CDS? \n\nSyarat Buka Akaun CDS\nKini Jual Beli Saham Lebih Mudah, Ikuti Cara Buka Akaun Pelaburan\nCara Buka Akaun CDS Online Melalui Bursa Anywhere\nApa Lagi yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mendaftar Akaun Saham CDS?\n\n\nMelabur di Bursa Malaysia, Apa itu Akaun CDS?\n\n\n\n\nCDS (Central Depository System) atau Sistem Depositori Pusat merupakan akaun yang diuruskan oleh Bursa Malaysia. Fungsi akaun ini adalah untuk menyimpan dan mengemaskini urusan jual beli saham anda di Bursa Malaysia. Saham anda akan disimpan secara elektronik di sistem yang disediakan di Bursa Malaysia.\n\n\nSekiranya anda berminat untuk membuat pelaburan melalui Bursa Malaysia, anda boleh melakukannya dengan mendaftarkan akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) melalui mana-mana bank pelaburan dan syarikat broker yang telah mendaftar dengan Bursa Malaysia.\n\n\nBerapa banyak akaun yang anda boleh daftar? Seperti \nakaun simpanan\n, anda boleh membuka lebih daripada satu akaun CDS dan akaun \ntrading\n. Sebagai contoh jika anda ada akaun CDS dan \ntrading\n bersama Maybank Investment Bank, anda boleh juga buka satu lagi akaun bersama CIMB Investment Bank, RHB Investment Bank, Public Investment Bank atau mana-mana bank pelaburan yang berdaftar.\n\n\nSyarat Buka Akaun CDS\n\n\nSebelum anda mahu membuka akaun CDS, terdapat beberapa syarat yang anda harus penuhi:\n\n\n\n\nIndividu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun semasa memohon\n\n\nSebuah perbadanan dalam konteks Seksyen 4 Akta Syarikat 1965\n\n\nMana-mana badan korporat yang diperbadankan dalam Malaysia dan secara notis, diterbitkan melalui Warta, diisytiharkan sebagai pihak berkuasa awam atau instrumen atau Agensi bagi Kerajaan Malaysia atau oleh mana-mana negeri Malaysia\n\n\nSebuah persatuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkait dengan persatuan koperasi\n\n\nSebuah amanah atau perbadanan amanah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis\n\n\nMana-mana pertubuhan yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966\n\n\nBadan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen\n\n\n\n\nKini Jual Beli Saham Lebih Mudah, Ikuti Cara Buka Akaun Pelaburan\n\n\nAplikasi Bursa Anywhere memudahkan pelabur mendapatkan semua maklumat berkaitan akaun CDS di satu tempat. Pelabur berdaftar juga boleh mengakses semua saham Bursa Malaysia dan mengemas kini maklumat akaun masing-masing dengan mudah dan cepat. Aplikasi Bursa Anywhere mempunyai ciri-ciri seperti keupayaan untuk memuat turun penyata akaun CDS dan memeriksa nilai setiap portfolio pemilikan akaun secara online.\n\n\nCara Buka Akaun CDS Online Melalui Bursa Anywhere\n\n\nMelalui aplikasi Bursa Anywhere, anda kini boleh membuat pembukaan akaun online 100 peratus. Berikut merupakan langkah-langkah membuka akaun yang anda boleh ikuti:\n\n\n1. Muat Turun Aplikasi Bursa Anywhere\n\n\nAnda boleh memuat turun aplikasi Bursa Anywhere sama ada dari Play Store atau App Store. Apabila aplikasi telah dimuat turun, anda boleh mula menggunakan aplikasi ini. Untuk pengguna kali pertama, klik \nDaftar\n dan masukkan nombor IC anda.\n\n\n2. Daftar Akaun Bursa Malaysia\n\n\nSebelum anda mendaftar akaun CDS, anda perlu ada akaun Bursa Malaysia terlebih dahulu. Pada bahagian ini, isikan butiran-butiran seperti nama, tarikh lahir, jantina, alamat e-mel dan nombor telefon anda. Kemudian, anda perlu memasukkan OTP yang dihantar ke alamat e-mel anda. Selepas itu, anda boleh mencipta nama pengguna dan kata laluan untuk Bursa Anywhere. Kemudian anda perlu memasukkan satu lagi OTP yang dihantar ke nombor telefon anda.\n\n\n3. Daftar Akaun CDS\n\n\nSelepas anda melengkapkan pendaftaran akaun Bursa Malaysia, anda perlu mengisi maklumat akaun anda pula. Berikut merupakan cara-cara daftar akaun CDS anda di Bursa Anywhere:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSegala maklumat anda akan diambil daripada akaun Bursa Malaysia yang anda telah masukkan pada langkah dua.\n\n\nAnda perlu memasukkan maklumat nombor telefon peribadi atau pejabat anda.\n\n\nKemudian, anda perlui isi alamat yang tertera pada IC anda.\n\n\nIsi maklumat akaun bank anda. Segala bentuk \ndividen\n atau keuntungan akaun dimasukkan ke dalam akaun ini. Pada bahagian ini, anda juga perlu memasukkan gambar IC depan dan belakang untuk tujuan pengesahan.\n\n\nApabila anda selesai, tekan \nSeterusnya\n atau \nNext\n dan tunggu pengesahan IC.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Pilih Ejen ADA (\nAuthorised Depository Agent\n) Bank Pelaburan atau Syarikat \nBroker\n\n\nLangkah terakhir adalah memilih akaun pembrokeran pilihan anda sama ada bank pelaburan atau syarikat \nbroker\n. Selain daripada memilih ejen yang menawarkan yuran pembrokeran paling murah, anda juga harus mempertimbangkan untuk memilih ejen atau broker yang boleh membeli saham global jika anda berminat untuk melabur di luar negara. Kemudian, klik \nSeterusnya\n atau \nNext\n.\n\n\nBroker pilihan anda akan melantik\u00a0\nremisier\u00a0\natau\u00a0\ndealer\n untuk \nfollow-up\n permohonan anda. Kelulusan bagi permohonan pembukaan akaun anda akan dimaklumkan dalam masa dua hari. Sementara itu, anda akan nampak status anda \nPending \napabila anda log masuk ke dalam akaun Bursa Anywhere. Berikut adalah antara senarai bank pelaburan dan syarikat \nbroker\n yang anda boleh pilih:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAffin Hwang Investment Bank Berhad\n\n\nAmInvestment Bank Berhad\n\n\nHong Leong Investment Bank\n\n\nPublic Investment Bank Berhad\n\n\nRHB Investment Bank Berhad\n\n\nAmInvestment Bank Berhad\n\n\nMaybank Investment Bank Berhad\n\n\nBIMB Securities Sdn Bhd\n\n\nUOB Kay Hian Securities Sdn Bhd\n\n\nCGS-CIMB Securities Sdn Bhd\n\n\nKAF Equities Sdn Bhd\n\n\nMalacca Securities Sdn Bhd\n\n\nInter-Pacific Securities Sdn Bhd\n\n\nKenanga Investment Bank Berhad\n\n\nUOB Kay Hian Securities Sdn Bhd\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nApa Lagi yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mendaftar Akaun Saham CDS?\n\n\nAkaun CDS ini biasanya dibuka bersama dengan akaun\u00a0\ntrading\n\u00a0dengan \nbroker\n saham pilihan anda. Berbeza dengan akaun CDS, anda tidak boleh buka akaun ini secara online. Untuk urusan pembukaan akaun \ntrading\n, anda perlu menghubungi \nremisier\n anda. Anda hanya boleh memulakan aktiviti jual beli saham melalui Online Trading Platform selepas anda membuka kedua-dua akaun ini. Hasil jualan akan dimasukkan ke dalam akaun \ntrading\n apabila saham yang anda berjaya dijual. Transaksi boleh dibuat secara online sahaja melalui aplikasi Bursa Anywhere.\n\n\nDiharapkan perkongsian artikel kali ini dapat membantu anda untuk membuka akaun CDS secara online dan mula melabur di Bursa Malaysia. Proses membuka akaun ini melalui Bursa Anywhere adalah sangat mudah dan ia boleh dilakukan dalam masa lima minit dan dan anda boleh membuat pendaftaran secara percuma.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta\n atau \ninsurans motor\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. \nBandingkan insurans\n daripada beberapa \nsyarikat insurans terbaik\n dengan tawaran harga terbaik sekali gus menjanjikan perlindungan yang menyeluruh untuk anda dan keluarga tersayang.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/cara-buat-akaun-perniagaan/", "title": "Cara Buat Akaun Perniagaan untuk Bisnes Anda", "body": "\n\nBagaimana cara buat akaun perniagaan untuk bisnes anda? Sebenarnya, ramai peniaga yang anggap mereka tidak perlu akaun perniagaan dan memilih untuk terus menggunakan akaun simpanan peribadi untuk segala urusan perniagaan. \nArtikel ini akan menjelaskan tiga sebab utama anda perlu buka akaun semasa khusus untuk perniagaan dan cara buat akaun perniagaan anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKenapa Perlu Ada Akaun Perniagaan?\n1. Terlalu Banyak Transaksi Keluar dan Masuk di Akaun Simpanan\n2. Mahu Elak Duit Perniagaan Digunakan untuk Kegunaan Peribadi\n3. Pengurusan Kewangan Perniagaan Anda Tidak Sistematik\nBuka Akaun Perniagaan dengan Bank\nCara Buka Akaun Semasa Perniagaan Tanpa Introducer\n\n\nKenapa Perlu Ada Akaun Perniagaan?\n\n\nMemang tidak dinafikan, pengurusan bisnes ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana terdapat banyak elemen penting yang perlu diuruskan dalam bisnes terutama sekali dari segi kewangan. Oleh sebab itu, anda perlu mengambil langkah bijak dalam menguruskan bisnes anda seperti mengambil peluang\n\u00a0\nbantuan perniagaan\n atau buka akaun bank khusus untuk segala urusan perniagaan.\n\n\nTidak kiralah perniagaan anda masih lagi kecil atau sedang membangun, anda disarankan untuk membuka satu akaun khusus untuk perniagaan anda kerana ia akan memudahkan urusan perniagaan anda. Ingat, perniagaan anda mungkin akan terus berkembang dan ini bermakna akan ada semakin banyak transaksi yang akan dibuat melalui akaun bank. Anda perlu mempertimbangkan untuk buka akaun bank perniagaan sekiranya:\n\n\n1. Terlalu Banyak Transaksi Keluar dan Masuk di Akaun Simpanan\n\n\nTahukah anda, akaun simpanan peribadi anda boleh ditamatkan atau disekat oleh pihak bank sekiranya terdapat terlalu banyak transaksi? Hal ini kerana akaun simpanan ada had transaksi yang tersendiri. Sekiranya berlaku apa-apa transaksi-transaksi dalam sesebuah akaun yang boleh menimbulkan kecurigaan, pihak bank boleh mengenakan sekatan sementara ke atas akaun tersebut. Ini bagi membolehkan penilaian menyeluruh dilakukan bagi memastikan aliran keluar masuk wang bukan daripada aktiviti \npenipuan \nscammer\n\u00a0atau aktiviti-aktiviti jenayah lain.\n\n\n2. Mahu Elak Duit Perniagaan Digunakan untuk Kegunaan Peribadi\n\n\nDuit perniagaan tidak wajar diletakkan dalam akaun yang sama dengan simpanan peribadi anda kerana duit perniagaan ini seharusnya digunakan untuk tujuan perniagaan sahaja seperti tujuan pusingan modal, pembayaran kos, pelaburan dan sebagainya. B\nukan itu sahaja, urusan peribadi anda untuk mohon pinjaman seperti \nloan\n rumah\n atau \npinjaman kereta\n juga boleh menjadi lebih mudah. Kebiasaannya, bank akan meminta slip gaji atau laporan kewangan. Disebabkan ini, anda perlu mengasingkan hasil perniagaan dengan kegunaan peribadi.\n\n\n3. Pengurusan Kewangan Perniagaan Anda Tidak Sistematik\n\n\nDengan adanya akaun bank yang khas untuk perniagaan anda, urusan kewangan berkaitan kos perbelanjaan, kos jualan, untung rugi dan pengurusan cukai perniagaan anda juga boleh dilaksanakan dengan lebih lancar. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin bayar cukai perniagaan, anda boleh merujuk rekod kewangan dan perbelanjaan yang anda sediakan ini.\u00a0\n\n\nBuka Akaun Perniagaan dengan Bank\n\n\nPertama sekali, anda perlu buka akaun semasa sebagai akaun perniagaan anda kerana ia akan membantu pengurusan perniagaan anda dengan lebih baik dengan adanya kemudahan cek, kemudahan membayar bil-bil dan juga kemudahan bayar gaji pekerja-pekerja anda.\n\n\nKebiasaannya,\u00a0 jika anda mahu membuka akaun semasa perniagaan, anda memerlukan seorang \nintroducer\n atau pencadang untuk membuka akaun bank untuk perniagaan anda. Apa itu \nintroducer\n? Untuk pengetahuan anda, \nintroducer \nmerupakan individu yang wajib ada bersama anda semasa pembukaan akaun perniagaan di bank. Berikut merupakan syarat-syarat yang melayakkan seseorang itu menjadi \nintroducer\n:\n\n\n\n\nMempunyai akaun bank yang aktif selama sekurang-kurangnya dua tahun.\n\n\nTidak boleh ada senarai cek ditendang atau sejarah buruk dalam akaun banknya.\n\n\nWajib ada cop perniagaan yang jelas dan menunjukkan nama perniagaan dan nombor pendaftaran SSM.\n\n\n\n\nNamun begitu, kini, kebanyakan bank seperti Maybank, CIMB dan beberapa lagi bank tidak lagi memerlukan \nintroducer \nterutama sekali bagi perniagaan milikan tunggal atau \nenterprise\n. Ini bermakna syarat telah pun dilonggarkan dan anda tidak perlu lagi mencari seorang \nintroducer\n untuk membuka akaun semasa perniagaan anda. Berikut adalah antara bank yang membenarkan anda buat akaun perniagaan tanpa \nintroducer\n:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Bank\n\n\nDeposit Minimum untuk Akaun Semasa Perniagaan\n\n\n\n\n\n\nMaybank\n\n\nRM1,000\n\n\n\n\n\n\nCIMB\n\n\nRM1,000\n\n\n\n\n\n\nAlliance Bank\n\n\nRM500\n\n\n\n\n\n\nAmBank\n\n\nRM500\n\n\n\n\n\n\nBank Islam\n\n\nRM1,000\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Buka Akaun Semasa Perniagaan Tanpa \nIntroducer\n\n\nSelepas anda telah memilih bank untuk membuka akaun perniagaan, anda boleh mula membuat pendaftaran. Perlu diingatkan, langkah pendaftaran bagi setiap bank mungkin berbeza-beza dari aspek-aspek tertentu. Contohnya, bagi akaun Maybank, anda perlu ke cawangan Maybank dalam masa 10 hari untuk aktifkan akaun selepas membuat pendaftaran online manakala CIMB pula memberi masa 30 hari untuk anda membuat pendaftaran di cawangan mereka selepas anda telah isi borang secara online.\n\n\nOleh itu, anda disarankan\u00a0 untuk menghubungi bank anda untuk mendapatkan kepastian. Secara amnya, berikut adalah langkah-langkah cara buat akaun perniagaan di bank:\n\n\n\n\nLayari laman web \u2018perniagaan\u2019 bank pilihan anda.\n\n\nIsi semua butiran yang bank perlukan seperti nombor\n \npendaftaran SSM\n dan sebagainya.\n\n\nAnda akan menerima kod pengesahan melalui SMS selepas melengkapkan butiran.\n\n\nBank anda akan memberikan butiran dan nombor rujukan (\nreference\n ID). Anda perlu memastikan anda bawa dua perkara ini semasa melawat cawangan bank.\n\n\nAkhir sekali, anda dikehendaki untuk pergi ke cawangan bank anda dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh bank anda.\n\n\n\n\nSelepas selesai pendaftaran online, anda perlu pergi ke bank untuk melengkapkan pendaftaran akaun perniagaan anda. Sebelum melawat cawangan bank, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut:\n\n\n\n\nMyKad\n\n\nSijil pendaftaran SSM\n\n\nBorang A SSM\n\n\nMaklumat perniagaan SSM\n\n\nCop perniagaan anda (Ada nama perniagaan dan nombor pendaftaran SSM)\n\n\nDeposit RM1,000 (Deposit boleh dikeluarkan semula)\n\n\nNombor rujukan atau \nreference\n ID anda\n\n\n\n\nJika semua dokumen anda lengkap, anda boleh terus pergi ke cawangan bank pilihan anda. Ikuti langkah-langkah berikut semasa anda berada di sana:\n\n\n\n\nPergi ke kaunter dan tunjukkan nombor rujukan.\n\n\nSerahkan semua dokumen yang diperlukan.\n\n\nPegawai bank akan aktifkan akaun perniagaan anda.\n\n\nAnda akan diberi akses akaun perniagaan anda.\n\n\n\n\n\n\nKesimpulannya, anda disarankan untuk membuka akaun perniagaan terutama sekali jika perniagaan sedang berkembang. Selepas anda membuka akaun semasa perniagaan, sebarang masalah seperti mendapat surat amaran daripada bank kerana terdapat terlalu banyak transaksi atau surat amaran daripada pihak LHDN kerana tidak menjelaskan sumber pendapatan akan dapat dielakkan.\n\n\nSemoga artikel ini dapat membantu anda untuk buka akaun bank yang khusus untuk kegunaan syarikat anda. Selain itu, sekiranya anda ingin\n \nrenew\n insurans kereta online\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian perkhidmatan insurans terbaik mengikut keperluan dan bajet anda. Minta sebut harga insurans sekarang!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/cara-daftar-ssm-online/", "title": "Cara Renew, Cara Daftar SSM Online 2023 Melalui EzBiz", "body": "\n\nSekiranya anda sedang atau mahu mula berniaga dan masih belum tahu cara daftar SSM online, panduan ini boleh membantu anda untuk menjadi \npeniaga yang sah\n. Untuk mendaftar syarikat anda sendiri di Malaysia bukanlah satu perkara yang rumit kerana anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah sahaja untuk mendaftarkan syarikat anda di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Artikel ini akan menjelaskan cara daftar SSM online untuk panduan anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa itu SSM dan Kenapa Perlu Daftar SSM?\n5 Kelebihan Daftar SSM\nSyarat Daftar SSM\nLesen Perniagaan SSM: Cara Register SSM dan Cara Renew SSM Online\nProses Daftar SSM Online Melalui EzBiz\nCara Renew Lesen Perniagaan SSM\nPastikan Perniagaan Anda dengan Membuat Pendaftaran Syarikat SSM\n\n\nApa itu SSM dan Kenapa Perlu Daftar SSM?\n\n\nSSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) merupakan sebuah badan berkanun yang dibentuk hasil penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dan Pejabat Pendaftar Pernigaan (ROB). Peranan utama SSM adalah untuk bertindak sebagai agensi yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.\n\n\nIni bermakna SSM bertanggungjawab menguruskan pendaftaran perniagaan dan perundangan korporat melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang menyeluruh untuk mengekalkan perkembangan positif dalam sektor korporat dan perniagaan Negara. Sekiranya perniagaan anda tidak membuat pendaftaran SSM, tindakan boleh dikenakan terhadap perniagaan anda kerana SSM telah mewajibkan semua peniaga tidak kira yang berniaga fizikal atau berniaga online untuk mendapat lesen yang sah.\n\n\nPeniaga yang tidak mendaftar dengan SSM boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Sekiranya disabit kesalahan, peniaga boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda RM50,000 atau dikenakan kedua-dua hukuman sekali.\n\n\n5 Kelebihan Daftar SSM\n\n\nSebagai peniaga, anda perlu mendaftar dengan SSM lebih-lebih lagi walaupun anda baru sahaja bermula perniagaan kecil-kecilan. Sebenarnya, mendaftarkan perniagaan anda merupakan satu perkara yang berbaloi kerana perniagaan anda akan nikmati pelbagai kelebihan. Berikut adalah kelebihan mendaftarkan perniagaan anda:\n\n\n1. Perniagaan Anda Kini Sah dan Diiktiraf\n\n\nSebaik sahaja anda mendaftar SSM, perniagaan anda akan diiktiraf sebagai sebuah entiti perniagaan yang sah di sisi undang-undang. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 menyatakan sebarang perniagaan yang mendatangkan keuntungan mesti berdaftar dengan SSM.\n\n\n2. Lebih Dipercayai oleh Pelanggan\u00a0\n\n\nDengan adanya pelbagai \npenipuan\u00a0\nscam\u00a0\nmenjual barang online, ramai yang takut untuk membeli barang terutama sekali secara online kerana mungkin akan timbul banyak keraguan. Apabila perniagaan anda mempunyai nombor SSM yang membuktikan ia satu perniagaan yang sah, orang ramai akan sedikit sebanyak berasa lebih yakin untuk berurusan dengan anda.\n\n\n3. Boleh Buka Akaun Semasa \n\n\nAnda boleh \napply\n untuk buka akaun semasa untuk perniagaan anda. Dengan cara ini, anda boleh mengasingkan akaun perniagaan dan akaun peribadi. Tahukah anda, sekiranya pihak bank mendapati terdapat banyak transaksi keluar masuk ke dalam akaun peribadi, akaun peribadi anda boleh dibekukan kerana disyaki menjalankan perniagaan menggunakan akaun tersebut? Oleh sebab itu, mendaftar SSM adalah sangat penting supaya anda boleh buka akaun semasa.\n\n\n4. Boleh Mendapatkan Skim Bantuan Perniagaan dan Pinjaman\u00a0\n\n\nSebagai peniaga yang berdaftar, anda layak untuk mendapat pelbagai faedah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga boleh mendapatkan data dan informasi tepat bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan dan penyediaan kemudahan untuk golongan penjaja dan peniaga kecil. Berikut merupakan antara bantuan yang disediakan untuk peniaga yang berdaftar:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerlindungan insurans seperti \ninsurans perniagaan\n\n\nKemudahan kredit\n\n\nKursus dan latihan\n\n\nFaedah baik pulih premis perniagaan\n\n\nLain-lain\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Kos Pendaftaran Murah\u00a0\n\n\nModal untuk mendaftar perniagaan anda dengan SSM boleh dikatakan murah dengan anggaran modal kurang RM60 setahun. Anda juga tidak perlu risau lagi dengan risiko denda RM50,000 atau penjara dua tahun atas sebab tidak mendaftar.\n\n\nSyarat Daftar SSM\n\n\nBerikut merupakan syarat daftar SSM yang anda perlu penuhi sebelum memohon lesen perniagaan:\n\n\n\n\nPemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap\n\n\nPemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas\n\n\nPemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan\n\n\n\n\n\n\nLesen Perniagaan SSM: Cara \nRegister\n SSM dan Cara \nRenew \nSSM Online\n\n\nAnda kini boleh\u00a0\nrenew\u00a0\ndan daftar SSM secara online melalui platform EzBiz. Ikuti panduan di bawah untuk mengetahui cara \nrenew \ndan cara daftar SSM online:\n\n\nProses Daftar SSM Online Melalui EzBiz\n\n\nBerikut merupakan cara buat SSM secara online untuk rujukan anda:\n\n\n1. Kenal Pasti Jenis Perniagaan dan Nama Perniagaan\n\n\nKenal pasti jenis perniagaan yang anda mahu daftar sama ada perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian. Untuk pemilihan nama pula, anda disarankan untuk \nshortlist\n beberapa pilihan nama kerana ada kemungkinan nama yang anda mahukan telah digunakan oleh orang lain.\n\n\n2. Daftar Sebagai Pengguna EzBiz\n\n\nEZBIZ merupakan satu platform yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia mempermudahkan urusan pengguna untuk mendaftar perniagaan menjadi lebih mudah dan pantas secara online. Untuk pendaftaran kali pertama, ikuti langkah di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/\n\n\nKlik butang \nSIGN UP\n bagi yang mendaftar pertama kali\n\n\nPada ruangan \nID TYPE\n, pilih NRIC iaitu kad pengenalan\n\n\nIsi ruangan yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan dan nama Penuh\n\n\nTekan \nREGISTER\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelepas anda selesai mengikuti prosedur di atas, anda kini telah berdaftar sebagai pengguna EzBiz. Namun begitu, perlu diingatkan, anda masih belum lagi mendaftar perniagaan di SSM.\n\n\n3. \nPergi ke Kaunter SSM untuk Aktifkan ID EzBiz\n\n\nUntuk meneruskan pendaftaran perniagaan, anda perlu hadir di mana-mana kaunter SSM atau UTC yang berdekatan dengan rumah anda. Anda perlu membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di emel anda. Selepas itu, anda akan aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat. Selesai isi maklumat tadi, anda perlu dapatkan pengesahan IC di kaunter SSM.\n\n\n4. \nLog Masuk Semula ke Laman Web EzBiz dan Daftar SSM Online\n\n\nSetelah ID anda telah diaktifkan, sila \nlog in\n semula ke EzBiz tadi. Kemudian, untuk daftar syarikat di SSM, sila pilih menu MY BUSINESS SERVICE. Pilih tab NEW BUSINESS di bawah \nsubmenu\n NEW BUSINESS REGISTRATION.\n\n\nIsikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNama perniagaan\n\n\nTarikh permulaan perniagaan\n\n\nAlamat utama perniagaan\n\n\nAlamat cawangan perniagaan (jika ada)\n\n\nMaklumat pemilik dan rakan kongsi\n\n\nJenis perniagaan yang akan dijalankan\n\n\nKemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Membuat Bayaran SSM\n\n\nSeterusnya, anda perlu membuat pembayaran fi SSM. Berikut merupakan harga daftar SSM:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nButiran Caj yang Dikenakan\u00a0\n\n\n\n\n\n\nCaj yang Dikenakan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerniagaan Pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan\n\n\n\n\n\n\nRM30\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred (nama perniagaan yang dicadangkan)\n\n\n\n\n\n\nRM60\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendaftaran Cawangan Perniagaan\n\n\n\n\n\n\nRM5 untuk setiap cawangan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerubahan Maklumat Perniagaan\n\n\n\n\n\n\nRM20\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCetakan Maklumat Perniagaan\n\n\n\n\n\n\nRM10\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n6. Tunggu Pengesahan SSM\n\n\nSetelah selesai membuat pembayaran, anda perlu tunggu pengesahan daripada pihak SSM. Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM. Selepas itu, Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dilakukan.\n\n\nCara \nRenew\n Lesen Perniagaan SSM\n\n\nSekiranya lesen SSM anda tamat tempoh, anda disarankan untuk \nrenew \nSSM anda dengan kadar segera. Hal ini kerana, SSM yang telah luput melebihi setahun tidak lagi boleh diperbaharui dan perlu didaftarkan semula. Untuk membuat pembaharuan lesen perniagaan atau renew SSM online, sila ikuti langkah berikut:\n\n\n\n\nLayari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/\n\n\nLogin menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan\n\n\nKlik bahagian \nMy Business Service\n dan \nPilih Renewal by Owners\n\n\nKlik di ikon \nAction\n untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan\n\n\nSemak maklumat perniagaan dan lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan Online (BORANG A1)\n\n\nPilih tempoh pembaharuan perniagaan yang diinginkan (satu tahun sehingga 5 tahun)\n\n\nBuat bayaran mengikut transaksi yang dipilih seperti \nkad debit\n, \nkad kredit\n, perbankan online atau di kaunter\n\n\nPerakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 15 minit selepas transaksi pembayaran dibuat\n\n\n\n\n\n\nPastikan Perniagaan Anda dengan Membuat Pendaftaran Syarikat SSM\n\n\nKini, cara renew dan daftar SSM lebih mudah dengan adanya kemudahan perkhidmatan online yang disediakan oleh platform EzBiz. Seperti yang telah dijelaskan di dalam artikel ini, terdapat pelbagai kelebihan yang anda nikmati sebagai seorang peniaga dengan adanya lesen SSM. Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk mendaftar, anda disarankan untuk mendaftar dengan kadar segera.\n\n\nSelain itu, jika anda sedang mencari \nharga insurans motor\n terbaik, murah dan sangat berbaloi, anda boleh mendapatkannya di Qoala. Selain insurans motor, anda juga boleh dapatkan \ninsurans kereta\n dan \ninsurans rumah\n di sini!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/cara-isi-e-filing-lhdn/", "title": "7 Cara Isi e-Filing 2022 untuk Pembayar Cukai Kali Pertama", "body": "\n\nBulan Mac setiap tahun boleh dikatakan sebagai bulan \nclaim\n cukai pendapatan atau tempoh isi e-Filing cukai pendapatan. \nLembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)\n mewajibkan penyerahan borang taksiran cukai pendapatan dilakukan melalui sistem e-Filing. Anda boleh mula isi e-Filing bagi tahun taksiran cukai pendapatan 2022 bermula 1 Mac 2023.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nLHDN efiling: Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2022 Melalui MyTax\n1. Akses Laman Web MyTax\n2. Daftar Pengguna Kali Pertama\n3. Daftar Sijil Digital\n4. Pilih Menu e-Filing MyTax 2022\n5. Pilih Borang e-BE (Individu Makan Gaji)\n6. Tandatangan dan Hantar Borang\n7. Terima Bayaran Balik\nBayar Cukai Pendapatan untuk Masa Depan Malaysia yang Lebih Baik\n\n\nLHDN efiling: Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2022 Melalui MyTax\n\n\nBagi pembayar cukai kali pertama, anda mungkin keliru dengan cara isi e-Filing untuk mendapatkan semula lebihan bayaran tahun taksiran yang dibayar. Perkhidmatan LHDN eFiling merupakan platform untuk anda mengisi maklumat berkaitan dengan pencukaian anda. Sebagai pembayar cukai, anda perlu kemukakan borang taksiran cukai pendapatan melalui sistem efiling 2022 ini.\n\n\nSama ada anda \nfresh grad\n yang baru bekerja ataupun ingin \nrefresh\n semula berkenaan cara isi e Filing LHDN ini, berikut panduan e filing 2022 lengkap yang boleh anda ikuti untuk membantu anda isi LHDN e Filing melalui portal MyTax dengan betul:\n\n\n1. Akses Laman Web MyTax\n\n\nUntuk mengisi borang cukai pendapatan secara online, anda perlu layari portal rasmi MyTax (sebelum ini dikenali sebagai ezHASiL). Anda boleh layari pautan https://mytax.hasil.gov.my/.\n\n\nKemudian, pilih\n Jenis Pengenalan \u2013 No Kad Pengenalan\n. Masukkan nombor kad pengenalan anda, seterusnya klik \nHantar\n.\n\n\n2. Daftar Pengguna Kali Pertama\n\n\nBagi pengguna yang kali pertama ingin isi e-Filing ini, sistem akan memaparkan mesej makluman sekiranya Sijil Digital anda tidak wujud. Pembayar cukai perlu mempunyai Sijil Digital di bawah Akta Tandatangan Digital 1997 untuk mengakses MyTax dan isi e-Filing.\n\n\nBagi anda yang belum memiliki Sijil Digital, kaedah permohonan Sijil Digital boleh dilakukan sama ada melalui:\n\n\n\n\ne-CP55D (Permohonan di laman web);\n\n\ne-KYC (Pengecaman identiti wajah melalui mobile).\n\n\n\n\nUntuk mendapatkan Sijil Digital, klik butang \ne-CP55D\n \u2013 pengguna akan dibawa ke halaman \nPengesahan Maklumat\n. Sahkan maklumat peribadi yang dipaparkan pada skrin seperti nombor kad pengenalan, nama penuh dan alamat e-mel. Jika betul, klik \nHantar\n.\n\n\nMakluman pendaftaran berjaya akan dipaparkan setelah pengguna berjaya log masuk kali pertama. Pautan pengaktifan log masuk kali pertama juga akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan LHDN.\n\n\nAnda perlu klik pautan pada e-mel untuk mengaktifkan Sijil Digital dalam tempoh dua hari dari tarikh e-mel diterima.\n\n\n3. Daftar Sijil Digital\n\n\nSetelah selesai pengaktifan Sijil Digital, akses semula laman web MyTax. Pilih \nJenis Pengenalan \u2013 No Kad Pengenalan\n, kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan klik \nHantar\n.\n\n\nLakukan \nPengesahan Maklumat Asas\n \u2013 pastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah betul. Kemudian cipta kata laluan baharu serta frasa keselamatan. Klik butang \nSetuju\n dan klik \nHantar\n.\n\n\nSistem akan memaparkan makluman yang Sijil Digital telah berjaya didaftarkan. Kemudian, klik butang \nOK\n.\n\n\n\n\n4. Pilih Menu e-Filing MyTax 2022\n\n\nSetelah selesai, klik pada menu \nPerkhidmatan ezHasil\n dan pilih \ne-Filing\n. Paparan akan menunjukkan pilihan menu yang tersedia seperti \ne-Semakan Pengesahan\n,\n e-Borang\n,\n e-Permohonan Pindaan BE\n dan \ne-BE Tahun Taksiran Semasa\n.\n\n\nKlik butang \ne-Borang\n \u2013 tab lain akan dibuka memaparkan kategori e-Borang yang boleh anda pilih bergantung pada kategori percukaian anda seperti:\n\n\n\n\ne-BE (Individu pemastautin tiada punca pendapatan perniagaan);\n\n\ne-B (Individu pemastautin ada punca pendapatan perniagaan);\n\n\ne-BT (Individu pemastautin yang terdiri daripada pekerja berpengetahuan atau pekerja berkepakaran (Program Kepulangan Pakar) yang telah diluluskan oleh Menteri;\n\n\ne-M (Borang pengembalian cukai bagi individu bukan pemastautin);\n\n\ne-MT (Individu bukan pemastautin yang terdiri daripada pekerja berpengetahuan yang tertakluk pada kelulusan oleh Menteri.\n\n\n\n\n5. Pilih Borang e-BE (Individu Makan Gaji)\n\n\nBagi individu bujang makan gaji (atau menerima penggajian daripada majikan), pilih \nborang e-BE\n \nuntuk isi e-Filing cukai pendapatan individu 2022. Masukkan tahun taksiran yang betul \u2013 tab lain akan dibuka memaparkan Borang Nyata Individu yang perlu diisi.\n\n\nLengkapkan borang tersebut dengan maklumat yang tepat. Anda boleh merujuk \nBorang EA LHDN\n yang dikeluarkan oleh majikan anda semasa mengisi borang ini. Secara asasnya, borang e-BE MyTax terbahagi kepada lima bahagian \u2013 isi dan lengkapkan semua maklumat diperlukan.\n\n\ni. Profil Individu\n\n\nBahagian ini mengandungi maklumat asas pembayar cukai seperti Nama, No. Pengenalan Cukai, Status Perkahwinan, Jenis Taksiran dan lain-lain lagi.\n\n\nii. Profil Lain\n\n\nBahagian ini pula mengandungi maklumat lain pembayar cukai seperti nombor telefon, nombor majikan, alamat e-mel, kaedah bayaran balik lebihan cukai, maklumat bank, alamat surat-menyurat, tuntutan insentif dan lain-lain lagi.\n\n\niii. Pendapatan\n\n\nBahagian ini mengandungi \npendapatan berkanun penggajian*\n dan jumlah pendapatan seperti bilangan penggajian. Apa maksud bilangan penggajian e filing? Ia merujuk pada bilangan majikan dalam tahun taksiran sama ada satu atau lebih. Dalam ayat mudah, maksud bilangan penggajian ialah berapa banyak syarikat yang membayar gaji anda dalam tahun ini.\n\n\nSebagai contoh, Ali berhenti daripada syarikat A pada bulan April, kemudian beliau menyertai syarikat B pada bulan Mei. Ini bermaksud, Ali memiliki dua \nbilangan penggajian LHDN\n dan memerlukan dua borang EA daripada dua syarikat berbeza.\n\n\n*Nota: Apa maksud Pendapatan Berkanun Penggajian? Pendapatan Berkanun Penggajian merujuk pada jumlah wang yang diterima oleh seseorang kerana melakukan kerja di suatu syarikat atau organisasi termasuk gaji, elaun, dan bonus.\n\n\nSelain itu, anda perlu memasukkan kesemua pendapatan yang diperoleh dalam tahun taksiran termasuk faedah, diskaun, royalti, premium, pencen, anuiti dan apa-apa perolehan dan keuntungan tambahan lain.\n\n\niv. Pelepasan Cukai\n\n\nBahagian ini membolehkan anda memasukkan \npelepasan cukai yang boleh dituntut\n untuk tahun taksiran semasa. Namun begitu, pastikan pelepasan cukai yang anda tuntut mempunyai bukti seperti resit pembelian seperti resit perubatan ibu bapa, resit pembelian telefon pintar baharu, buku dan sebagainya.\n\n\nAnda juga perlu pastikan anda memasukkan nilai yang sama atau tidak memasukkan apa-apa amaun jika tidak mempunyai resit pembayaran. Ini kerana, pihak LHDN boleh meminta bukti (resit pembelian) pada masa hadapan. Jika gagal mengemukakan bukti, anda boleh dikenakan penalti oleh LHDN.\n\n\nCara Claim Pelepasan Cukai: Senarai Pelepasan Cukai Individu Bagi Tahun Taksiran 2022 LHDN (e-Filing 2023)\n\n\nBerikut senarai pelepasan cukai yang boleh anda pertimbangkan bagi membolehkan anda mendapat lebihan bayaran tahun taksiran atau \nbayaran balik PCB\n yang dipotong dalam slip gaji anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Pelepasan Cukai\n\n\nAmaun Pelepasan Cukai\n\n\n\n\n\n\nPelepasan Cukai Individu\n\n\n\n\n\n\nIndividu dan saudara tanggungan: RM9,000\n\n\nIndividu kurang upaya: RM6,000\n\n\nSuami atau isteri kurang upaya: RM5,000\n\n\nSuami/isteri/alimoni kepada bekas isteri: RM4,000\n\n\nYuran pengajian diri sendiri: RM7,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPelepasan Cukai Gaya Hidup, Perubatan & Peralatan Berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan \nmelancong dalam negara\n: RM1,000\n\n\nRawatan perubatan keperluan khas dan penjagaan ibu bapa: RM8,000\n\n\nPeralatan alat sokongan khas (individu/suami/isteri/anak/ibu bapa OKU): RM6,000\n\n\nGaya hidup (pembelian bahan bacaan, komputer peribadi, telefon pintar, langganan internet, peralatan sukan, keahlian gimnasium: RM2,500\n\n\nTambahan untuk pembelian komputer peribadi, telefon pintar dan tablet: RM2,500\u00a0\n\n\nTambahan gaya hidup berkaitan aktiviti sukan (pembelian peralatan sukan, sewaan mana-mana fasiliti sukan, fi pendaftaran penyertaan pertandingan: RM500\u00a0\n\n\nPembelian peralatan penyusuan (pembayar cukai wanita sahaja): RM1,000\n\n\nPerbelanjaan perubatan bagi \npenyakit serius\n (individu/suami/isteri/anak) & rawatan kesuburan (diri sendiri/pasangan): RM8,000\n\n\nRawatan perubatan penuh, ujian pengesanan COVID-19, pemvaksinan dan pemeriksaan \nkesihatan mental\n atau konsultasi: RM1,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPelepasan Cukai Anak\n\n\n\n\n\n\nAnak berumur 18 tahun dan ke bawah (belum berkahwin): RM2,000\n\n\nAnak berumur 18 tahun dan ke atas (belum berkahwin, belajar sepenuh masa): RM2,000\n\n\nAnak berumur 18 tahun dan ke atas (belum berkahwin, belajar di IPT Diploma dan ke atas di Malaysia): RM8,000\n\n\nYuran taman asuhan kanak-kanak/Tadika berdaftar (berumur 6 tahun dan ke bawah: RM3,000\n\n\nAnak kurang upaya: RM6,000\n\n\nTambahan bagi anak kurang upaya (belajar di IPT Diploma dan ke atas): RM8,000\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCaruman dan Sumbangan Lain\n\n\n\n\n\n\nInsurans nyawa\n dan KWSP (individu penjawat awam berpencen): RM7,000\n\n\nInsurans nyawa/Takaful\n (selain penjawat awam): RM3,000\n\n\nKWSP\n dan Skim yang diluluskan (selain penjawat awam): RM4,000\n\n\nPERKESO dan \nSistem Insurans Pekerjaan\n: RM350\n\n\nSkim persaraan dan anuiti tertangguh: RM3,000\n\n\nInsurans pendidikan dan perubatan\n (individu/pasangan/anak): RM3,000\n\n\nSSPN\n (tabungan bersih): RM8,000\n\n\nBayaran pemasangan, sewa dan pembelian pengecas \nkenderaan elektrik\n untuk kegunaan sendiri (termasuk sewa beli dan langganan): RM2,500\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nv. Rumusan\n\n\nPada bahagian ini, rumusan cukai akan dipaparkan sama ada pembayar cukai mempunyai \nLebihan Bayaran\n atau ada \nBaki Cukai Kena Dibayar\n. Bahagian ini juga membolehkan anda menyemak semula semua maklumat yang telah diisi.\n\n\nKlik butang \nTeruskan\n untuk menghantar pengisytiharan borang.\u00a0\n\n\n6. Tandatangan dan Hantar Borang\n\n\nSetelah anda pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah betul, klik \nTandatangan dan Hantar\n. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan untuk menghantar borang yang telah lengkap diisi. Setelah selesai, anda boleh memuat turun salinan e-Borang untuk simpanan anda.\n\n\n7. Terima Bayaran Balik\n\n\nBagi menerima lebihan bayaran tahun taksiran, anda boleh masukkan butiran bank anda bagi memudahkan bank membayar lebihan balik kepada anda. Bayaran balik LHDN untuk lebihan bayaran tahun taksiran biasanya akan dilakukan dalam tempoh dua (2) minggu selepas borang e-Filing dihantar.\n\n\nAnda boleh mula isi e-Filing bermula 1 Mac dan tarikh akhir e filing 2023 adalah pada 30 April.\n\n\n\n\nBayar Cukai Pendapatan untuk Masa Depan Malaysia yang Lebih Baik\n\n\nSemoga panduan berkaitan cara isi e filing 2022 cukai pendapatan ini boleh membantu anda mengetahui cara \nclaim income tax\n (atau cara isi e filing 2022/2023) dengan betul, apa yang boleh \nclaim income tax\n dan sebagainya. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai cara isi e-Filing cukai pendapatan individu 2022 ini, anda boleh merujuk laman web rasmi LHDN untuk info lanjut.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan \ninsurans perubatan dan kesihatan\n bagi memaksimumkan pelepasan cukai anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n di Malaysia.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/cara-simpan-duit-kahwin/", "title": "Tips Simpan Duit Hantaran Kahwin Dan Majlis Kenduri", "body": "\n\nPerkahwinan adalah satu perkara yang diidamkan ramai orang. Tapi apa yang terlintas dalam fikiran anda selepas mendengar perkataan perkahwinan?\n\n\nDuit merisik? Bertunang? Majlis ke dua-dua belah pihak? Duit selepas kahwin? Pelbagai proses perlu ditempuh. Dari proses merisik sehinggalah berakhirnya majlis kedua-dua belah pihak, wang mengalir laju saja.\n\n\nHari ini Qoala akan berkongsikan tentang tips simpan duit kahwin, terutamanya untuk hantaran dan majlis kenduri kedua mempelai.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPenting Ke Untuk Simpan Duit Hantaran Dan Majlis Kenduri Ni?\nCara-cara Kumpul Duit Kahwin\n1. Ketahui kemampuan diri dan tetapkan matlamat\n2. Menabung Bersama\n3. Utamakan Simpanan\n4. Kurangkan Perbelanjaan\n5. Cari Pendapatan Sampingan\nBuat Pinjaman Bank Semata-mata Untuk Majlis Kenduri Kahwin? Berbaloi Ke?\n1. Makin besar hutang, makin terbeban\n2. Tempoh yang panjang untuk diselesaikan\n3. Komitmen menjadi lebih tinggi\n4. Tak dapat menyimpan\n5. Susah Beli Rumah\n\u2018Berhabis\u2019 jadi \u2018Raja Sehari\u2019 antara punca perceraian pasangan muda\nKesimpulan\n\n\nPenting Ke Untuk Simpan Duit Hantaran Dan Majlis Kenduri Ni?\n\n\nSebelum kita terus ke tips, ini antara soalan yang sering dipertikaikan. Bukannya aspek perkahwinan lain tak penting. Cuma, dua perkara ini, hantaran dan majlis kenduri kahwin memerlukan kos yang tinggi. Daripada sekecil-kecil perkara, ia memerlukan wang dan ianya tidak dinafikan mahal. Apa yang lebih parah apabila ada sesetengah pihak yang meletakkan beban kesemuanya kepada pihak lelaki untuk menyediakan wang hantaran selain persiapan majlis keluarga lelaki itu sendiri.\n\n\nBenar, ikatan perkahwinan tidak diukur dengan kemewahan pelamin atau kebesaran majlis tersebut. Bukan juga dilihat\n\n\nSoalan yang timbul adalah, perlu ke majlis yang grand?\n\n\nCara-cara Kumpul Duit Kahwin\n\n\nSebut saja pasal duit kahwin, mesti ramai rasa cemas untuk menabung dan menyimpan duit. Jangan risau. Tak ada yang mustahil. Perlu ada cara dan konsistensi, baru boleh menjadi. Ini dia tips-tips simpan duit kahwin bagi yang baru merancang untuk mendirikan rumah tangga.\n\n\n1. Ketahui kemampuan diri dan tetapkan matlamat\n\n\nPerkara pertama yang perlu dibuat adalah jumlah yang diperlukan untuk majlis perkahwinan anda. Perbincangan antara kedua-dua belah pihak perlu dibuat bagi membuat analis tentang kemampuan diri. Kos perkawinan ini bergantung sepenuhnya kepada jenis hantaran, pelamin, baju pengantin, katering, jurugambar dan sebagainya.\n\n\nAnda dinasihatkan untuk berterus terang tentang kemampuan anda pada fasa ini. Justeru itu, ianya penting untuk mengukur baju di badan sendiri. Tetapkan kemampuan diri awal-awal dan nyatakan kepada kedua-dua belah pihak. Jangan disebabkan anda mahu menjaga hati mana-mana pihak, anda terpaksa menanggung beban di kemudian hari.\n\n\nSekiranya, anda dijadualkan untuk berkahwin dua tahun lagi dengan sasaran RM20, 000, ini bermakna anda perlu menyimpan kira-kira RM833 sebulan. Kalau tempohnya lebih singkat tentulah lebih besar lagi jumlah tabungan dalam sebulan.\n\n\nIni lah pentingnya membuat analisis kemampuan diri. Anda boleh kurangkan kos dengan mengutamakan syaratnya iaitu nikah dan boleh ditambah dengan jamuan makan sederhana sahaja. Jika mahu pelamin, cuba dapatkan idea pelamin DIY yang lebih jimat kosnya tapi tetap cukup menarik untuk mengambil gambar kenangan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.\n\n\n2. Menabung Bersama\n\n\nTak semestinya satu pihak sahaja yang perlu bersusah payah mengumpul duit kahwin. Ajak pasangan anda untuk sama-sama menabung demi merealisasikan impian yang anda berdua impikan. Mengenai jumlah sasaran, ia boleh ditetapkan pada amaun yang sama, atau jumlah yang berbeza pun tak ada masalah pun. Asalkan anda dan pasangan dapat kata sepakat.\n\n\nSekiranya anda dan pasangan mempunyai objektif untuk mengumpul RM20,000, anda boleh menggunakan idea tabung duit kahwin 24 bulan dan setiap seorang boleh mengumpul RM10,000. Pejam celik, pejam celik anda dan pasangan boleh berjaya kumpul duit kahwin berjumlah RM20,000. Kuncinya disini adalah pastikan anda dan pasangan berdisiplin dan konsisten dalam menabung.\n\n\nKalau anda berdua mahu berkongsi perbelanjaan perkahwinan, cuba bahagi mengikut pendapatan masing-masing. Bakal suami yang ada pendapatan lebih tinggi, contohnya, boleh menyumbang lebih ke dalam tabung perkahwinan.\n\n\nMenabung bersama akan meningkatkan motivasi diri sebab anda mengejar matlamat bersama insan tercinta. Ini boleh diteruskan sehingga semasa bergelar suami isteri.\n\n\n\n\n3. Utamakan Simpanan\n\n\nSetiap kali dapat gaji, pastikan anda ketepikan dahulu wang untuk \nsimpanan\n. Simpanan yang perlu disimpan adalah sekurang-kurangnya 20 peratus daripada gaji. Jika dapat menyimpan lebih banyak daripada itu, lebih baik. Berikut adalah formula yang anda boleh guna pakai:\n\n\nPendapatan \u2013 perbelanjaan = Simpanan\n\n\nAmalkan tabiat menabung setiap hari walaupun bukan dalam nilai tersebut. Yang penting, simpan. Ataupun jika anda ingin menyimpan di dalam bank, pilihlah bank dengan kadar dividen yang tinggi, sekiranya ada. Kalau ada akaun yang susah untuk dikeluarkan pun lebih baik seperti \nAmanah Saham\n atau \nTabung Haji\n. Selain simpanan tidak diganggu, dividen pun anda akan dapat.\n\n\n4. Kurangkan Perbelanjaan\n\n\nAntara syarat utama untuk berjaya dalam mengumpul duit kahwin semestinya dengan mengurangkan perbelanjaan. Anda dan pasangan perlu mengutamakan keperluan berbanding kemahuan. Antara contoh kehendak adalah membeli baju kerana hendak mengikuti trend terkini. Macam mana nak bezakan kemahuan dan keperluan?\n\n\nKeperluan adalah perbelanjaan yang wajib ada agar dapat menjalankan kehidupan seharian dengan baik. Macam duit sewa rumah, makanan dan sebagainya. Manakala kemahuan pula adalah perbelanjaan yang tidak penting, tapi boleh menyebabkan kehidupkan korang lebih selesa seperti pergi ke spa, membeli bag baru dan sebagainya.\n\n\nDan kemahuan pula ada perbelanjaan yang boleh membuatkan kehidupan kita lebih selesa, namun ia tidak sepenting keperluan.\n\n\nSebelum beli sesuatu, cuba bandingkan harga. Cari nilai terbaik untuk barang yang anda hendak beli. Biasanya anda akan jumpa barang yang serupa pada harga yang amat berbeza tanpa sedikit pun berkurang kualitinya.\n\n\nSatu lagi cara adalah dengan berbelanja semasa jualan murah atau ketika promosi. Tapi hati-hati. Jangan sampai terlebih beli pula. Gunakan kupon jika ada. Ini betul-betul menjimatkan walaupun hanya beberapa ringgit sahaja perbezaan bagi satu barang.\n\n\n5. Cari Pendapatan Sampingan\n\n\nDisebabkan kos hidup yang tinggi membuatkan ramai mencari pendapatan sampingan. Inilah juga yang selalu dicadangkan oleh mereka yang berhasrat untuk mengumpul duit bagi tujuan perkahwinan, beli rumah pertama, beli kereta dan tujuan lain. Selain membuat simpanan daripada pendapatan utama, pendapatan sampingan boleh bantu mempercepatkan proses untuk mencapai matlamat tabungan anda. Ia memang memakan masa dan tenaga tetapi amat berbaloi untuk dilakukan.\n\n\nBuat Pinjaman Bank Semata-mata Untuk Majlis Kenduri Kahwin? Berbaloi Ke?\n\n\nTak dinafikan, nak mendirikan rumah tangga ni bukan senang. Sememangnya sukar. Tambah-tambah lagi jika anda mempunyai \ngaji\n yang kecil atau yang cukup-cukup makan. Ia memerlukan masa untuk mengumpul wang tersebut. Disebabkan itu, ramai mengambil jalan pintas untuk cepat berkahwin dengan membuat pinjaman bank. Mana taknya, anda tak perlu lagi bersusah-susah nak simpan atau ikat perut untuk kumpul duit kahwin. Mungkin boleh terus honeymoon ke luar negara dengan menggunakan duit itu.\n\n\nNampak dan kedengaran macam senang. Tapi perkara ini sebenarnya boleh menjeratkan diri anda di kemudian harinya. Jika anda berhutang dengan bank, pelbagai masalah boleh timbul selepas kahwin. Ini dia masalah-masalah yang boleh timbul:\n\n\n1. Makin besar hutang, makin terbeban\n\n\nSewaktu mendapat kelulusan daripada pinjaman, kebanyakkan orang tidak nampak tentang beban yang bakal mereka hadapi. Makin besar hutang yang dimiliki, makin terbebanlah si penghutang untuk membayar balik hutang tersebut. Ini kerana, anda perlu membayar hutang termasuk bunga yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Makin lama anda tangguhkan bayaran, makin tinggilah beban yang terpaksa ditanggung.\n\n\n2. Tempoh yang panjang untuk diselesaikan\n\n\nBuat pinjaman untuk perkahwinan satu atau dua ribu sahaja tak mencukupi. Tentunya anda perlu meminjan belasan atau puluhan ribu. Sudah pastinya anda tidak akan mampu untuk menyelesaikan hutang yang banyak itu dalam tempoh dua atau tiga bulan. Paling tidak, anak dah dua pun hutang masih belum selesai.\n\n\n3. Komitmen menjadi lebih tinggi\n\n\nSekiranya anda sudah terbeban dengan komitmen-komitmen lain seperti hutang \nkereta\n, \npendidikan\n, \nrumah\n dan banyak lagi. Ditambah pula dengan hutang peribadi yang digunakan sebagai duit kahwin. Sudah pastinya komitmen anda menjadi lebih tinggi. Disini, keadaan kewangan anda akan menjadi sesak kerana wang yang sepatutnya digunakan untuk memberi keselesaan dirumah terpaksa digunakan untuk membayar hutang.\n\n\nJika gagal membuat pembayaran ansuran bulanan dengan cantik, secara automatik nama anda akan disenarai hitamkan oleh pihak bank sekaligus mencacatkan rekod kewangan anda.\n\n\nPada usia muda ini sepatutnya dalam fasa untuk memiliki aset seperti rumah; tetapi kerana pinjaman peribadi tadi, rumah yang merupakan keperluan terpaksa dilupakan buat sementara.\n\n\n4. Tak dapat menyimpan\n\n\nSejumlah wang yang besar terpaksa digunakan untuk membayar komitmen-komitmen yang tinggi tadi. Secara logik, jika pinjaman duit kahwin anda adalah RM50,000, paling kurang bayaran ansuran yang perlu anda bayar adalah RM400-RM500 sebulan.\n\n\nIni belum ditolak perbelanjaan-perbelanjaan yang lain. Disebabkan terlalu banyak yang perlu ditolak setiap kali gaji, simpanan tidak dapat dibuat.\n\n\n5. Susah Beli Rumah\n\n\nApabila komitmen hutang sudah tinggi, ia juga akan menyebabkan anda susah untuk membeli rumah. Bila anda berhasrat untuk membuat pinjaman perumahan, pihak bank akan menyemak nisbah khidmat hutang atau juga dikenali sebagai debt service ratio.\n\n\nAda beberapa perkara yang boleh menyebabkan DSR anda terjejas. Sebagai contohnya, sekiranya seseorang tu tak ada pendapatan bulanan yang stabil, ia mungkin akan memberi kesan yang tak baik pada bayaran balik pinjaman.\n\n\nBila dah macam tu, bank akan rasa yang ada kemungkinan tinggi anda tak dapat nak bayar balik bila dah bagi pinjaman.\n\n\nTerlampau banyak bayaran bulanan atau komitmen pinjaman pun boleh menjadi penyebab utama juga.\n\n\n\u2018Berhabis\u2019 jadi \u2018Raja Sehari\u2019 antara punca perceraian pasangan muda\n\n\nTahukah anda, masalah kewangan antara penyebab utama kes perceraian di negara ini? Mengambil contoh statistik melibatkan pasangan bukan Islam, daripada 6,901 kes perceraian dalam kalangan pasangan bukan Islam yang dicatatkan sepanjang tahun lepas, 2,971 kes berpunca daripada masalah itu.\n\n\nKalau boleh, elakkanlah berhutang untuk dapatkan duit kahwin. Selagi kita boleh simpan dengan kudrat sendiri, teruskanlah. Cara kumpul duit kahwin sudah ada. Hanya perlu ikut dan jadi lebih kreatif untuk menambah lebih banyak amaunnya.\n\n\nKesimpulan\n\n\nKesimpulannya, Tak dinafikan, bukannya mudah untuk kumpul duit dengan cara-cara yang disebutkan di atas. Namun, perlu ingat bahawa usaha tangga kejayaan. Jangan terlalu mengikut nafsu untuk melangsungkan majlis kahwin yang meriah.\n\n\nJika mampu, tak salah selagi tak melanggar batas syariah. Namun, jika sebaliknya lebih baik ukur baju di badan sendiri. Tak tenang hidup dibuatnya bila fikirkan hutang yang tak pernah habis.\n\n\nSampai disini sahaja perkongsian Qoala. Semoga memberi manfaat. Nak renew roadtax dan insurans? Renew je dengan Qoala! Mudah dan pantas.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/cara-urus-kewangan/", "title": "5 Cara Urus Kewangan dengan Bijak Sempena Hari Raya", "body": "\n\nMenjelang \nhari raya\n, pasti ramai yang sibuk membuat persiapan seperti membeli pakaian raya baharu, perabot dan kelengkapan rumah baharu dan banyak lagi. Dalam keghairahan membuat persiapan raya, beberapa tindakan terutamanya berkaitan cara urus kewangan perlu diambil. Ia bagi mengelakkan pembaziran atau berbelanja melebihi bajet dan kemampuan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nBajet Hari Raya: Cara Urus Kewangan untuk Elakkan Bebanan Hutang Selepas Aidilfitri\n1. Baju Raya\n2. Kuih Muih dan Ketupat Rendang\n3. Bagi Duit Raya Ikut Kemampuan\n4. Elak Guna Kad Kredit\n5. Dana Kecemasan\nAmalkan Sikap Bersederhana, Rancang Perbelanjaan untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nBajet Hari Raya: Cara Urus Kewangan untuk Elakkan Bebanan Hutang Selepas Aidilfitri\n\n\nDalam kemeriahan dan kesibukan membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri, aspek pengurusan kewangan perlu dititikberatkan. Ini kerana, ramai yang sanggup berhutang \npinjaman peribadi\n dan mengeluarkan duit daripada \ntabung simpanan\n semata-mata untuk tampil serba baharu di pagi raya. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan anda terjerat dengan \nkomitmen hutang\n yang tinggi selepas hari raya.\n\n\n1. Baju Raya\n\n\nSetiap kali menjelang hari raya, ramai memilih untuk membeli baju raya. Ada sesetengah orang tak sah jika baju rayanya tidak \u2018\ntailored-made\n\u2019. Namun, baju yang dijahit secara khas ini kebiasaannya lebih mahal daripada biasa. Oleh tu, anda disarankan untuk membuat berbelanja dengan kemampuan sendiri. Elakkan diri daripada terpaksa berhutang sana sini.\u00a0\n\n\nAntara perkara yang anda boleh praktikkan adalah elak beli baju raya setiap tahun. Ini kerana ada yang memakai baju raya tersebut untuk dipakai sekali sahaja dan tersimpan usang di dalam almari. Sekiranya kemahuan anda untuk membeli itu tinggi, pilih baju dengan harga yang sederhana dan boleh digunapakai berulang kali selepas raya.\u00a0\n\n\nSelain itu, tetapkan had belanja untuk setiap baju. Contohnya RM100 hingga RM150 diperuntukkan untuk baju raya dewasa dan RM60 hingga RM70\u00a0 untuk baju raya kanak-kanak. Sekiranya anda mempunyai enam ahli keluarga, anda boleh ikuti bajet seperti di bawah:\n\n\n\n\nSuami: RM100\n\n\nIsteri: RM150\n\n\nAnak pertama: RM70\n\n\nAnak kedua: RM70\n\n\nAnak ketiga: RM70\n\n\nAnak keempat: RM70\n\n\nJumlah: \nRM530\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, bajet ini boleh dikecilkan lagi seperti menggunakan baju raya lama yang masih baik mengikut kemampuan anda. Yang paling penting, baju raya yang dibeli mestilah sesuai untuk dipakai lebih dari sekali supaya tidak dibazirkan.\u00a0\n\n\n2. Kuih Muih dan Ketupat Rendang\n\n\nTak sah lah raya bila tak ada ketupat rendang dan kuih-muih. Walau bagaimanapun, mana satu yang lebih jimat, buat sendiri atau beli? Sekiranya anda inginkan kuih raya dalam kuantiti yang banyak, lebih jimat jika dibuat sendiri. Kalau sekadar inginkan dalam kuantiti yang sedikit, beli di pasaraya lebih jimat. Ini juga terpakai untuk makanan-makanan raya yang lain seperti ketupat, rendang, lemang dan bermacam-macam lagi.\u00a0\n\n\nSebagai contoh, ini bajet untuk makanan raya yang anda boleh ikuti:\n\n\n\n\nKuih Raya \u2013 RM100\n\n\nKetupat \u2013 RM30\n\n\nLemang \u2013 RM40\n\n\nRendang ayam dan daging \u2013 RM200\n\n\n\n\nJumlah yang anda perlu peruntukkan untuk juadah hari raya adalah: \nRM320\n\n\nSekiranya anda mempunyai bajet yang lebih kecil, apa yang anda boleh lakukan anda dengan mengurangkan bajet dari segi kuih raya dan lemang.\u00a0\n\n\n3. Bagi Duit Raya Ikut Kemampuan\n\n\nIni juga merupakan satu dilema. Berapa \nduit raya\n yang perlu diberi? Amalan memberi duit raya adalah amalan yang baik kerana dalam Islam sendiri amat digalakkan untuk bersedekah. Namun, anda disarankan untuk memberi duit raya mengikut kemampuan sendiri. Antara tips yang boleh digunapakai adalah:\u00a0\n\n\n\n\nTukar awal pecahan duit raya kepada not matawang yang lebih kecil seperti RM1 atau RM5 untuk diberikan kepada anak saudara atau anak tetamu yang berkunjung\n\n\nUtamakan duit raya untuk ibu bapa, dan anak terlebih dahulu.\n\n\n\n\nContohnya: RM50 x 4 = RM 200 untuk ibu bapa termasuk belah suami/ isteri:\n\n\nRM50 x 3 = RM150 untuk tiga orang anak.\n\n\n\n\nPeruntukkan lagi RM100 \u2013 RM150 untuk diberikan kepada anak saudara atau anak tetamu yang datang menziarahi.\n\n\n\n\nSekali lagi diingatkan, ubah dan sesuaikan tips di atas mengikut kemampuan kewangan semasa anda.\u00a0\n\n\n4. Elak Guna Kad Kredit\n\n\nBagi \nperbelanjaan\n raya, anda dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan \nkad kredit\n. Ini kerana anda akan cenderung untuk berbelanja mengikut nafsu dan bukan dalam bajet raya yang sesuai. Jika tidak, anda terpaksa menanggung bil hutang kad kredit yang tinggi kemudian hari. Meskipun raya adalah perayaan setahun sekali, jadi elakkan diri daripada berhutang.\u00a0\n\n\nAnda perlu memastikan keperluan dan keutamaan dengan betul. Panduan pecahan yang disyorkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) iaitu:\n\n\n\n\nKeperluan barangan runcit untuk rumah dan juga hari raya \u2013 \n20 peratus\n\u00a0\n\n\nKeperluan pakaian raya \u2013 \n10 peratus\n (Atau gunakan baju yang sedia ada)\u00a0\n\n\nKeperluan duit raya \u2013 \n10 peratus\n\n\nKeperluan kecemasan \u2013 \n10 peratus\n\n\n\n\nJika diikutkan panduan ini, hanya 40 peratus perbelanjaan yang dikatakan sebagai keutamaan atau keperluan. Jadi, elakkan berbelanja mengikut nafsu dan disiplin dalam mengikut bajet yang anda telah tetapkan.\n\n\nSebenarnya, banyak perbelanjaan yang dapat dikurangkan dan wang lebihan boleh digunakan untuk menambah simpanan yang boleh digunakan kemudian hari. Ini juga adalah waktu yang sesuai untuk membina dana simpanan dan dana kecemasan.\u00a0\n\n\n5. Dana Kecemasan\n\n\nBukan sahaja perlu disediakan untuk keperluan harian, tetapi bajet raya anda juga memerlukan dana kecemasan. Misalnya, jika anda dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dan kenderaan anda meragam atau \nkereta mati tepi jalan\n. Dana kecemasan ini boleh digunapakai untuk membaiki kenderaan tersebut.\u00a0\n\n\nSebagai contoh, anda boleh asingkan 25 peratus daripada keseluruhan bajet raya anda untuk dana kecemasan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.\u00a0\n\n\n\n\nAmalkan Sikap Bersederhana, Rancang Perbelanjaan untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nSecara asasnya, anda disarankan untuk amalkan sikap berhemah dan bersederhana dalam berbelanja. Dalam keadaan ekonomi semasa, pendekatan terbaik yang boleh diamalkan adalah \nberbelanja secara berhemah dan bersederhana\n, \nelakkan berhutang\n dan amalkan cara urus kewangan dengan teliti.\n\n\nHari raya semestinya perlu disambut dengan meriah, tetapi tidak semestinya anda perlu membelanjakan semua \nwang simpanan\n dan harta yang anda miliki. Selain itu, jika anda nak balik kampung tapi belum \nrenew\n insurans dan \nroadtax\n kereta\n anda, jangan lupa untuk memperbaharui insurans dan roadtax kereta di Qoala.\n\n\nQoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans paling komprehensif\n di Malaysia. Anda boleh mendapatkan polisi perlindungan insurans yang terbaik untuk anda daripada beberapa syarikat \ninsurans terbaik di Malaysia\n. Layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/caruman-kwsp-sendiri/", "title": "3 Medium Efektif Untuk Caruman KWSP Sendiri", "body": "\n\nCaruman KWSP sendiri adalah inisiatif yang lebih daripada sekadar menyumbang untuk dana persaraan \u2013 ia adalah satu cara untuk menjamin kesejahteraan kewangan anda. Bayangkan anda mempunyai hak untuk membentuk nasib kewangan anda, menjamin masa persaraan yang aman dan sejahtera.\n\n\nSelain itu, caruman KWSP sendiri ini adalah tabungan anda dan membuka jalan ke masa depan kewangan yang lebih cerah untuk \nbebas kewangan\n. Walaupun caruman KWSP yang dibuat oleh majikan adalah penting, caruman sendiri memberikan lapisan potensi, fleksibiliti dan kawalan tambahan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKenali Apa Itu Caruman KWSP Sendiri\n1. Caruman KWSP Sendiri\n2. EPF i-Saraan\n3. Simpanan Tambahan Akaun 1 KWSP\nCaruman KWSP Sendiri: Gandakan Simpanan Anda\n\n\nKenali Apa Itu Caruman KWSP Sendiri\n\n\nDalam artikel ini, kita akan ketahui tiga cara yang sangat berkesan untuk caruman KWSP sendiri yang setiap pekerja perlu tahu. Sama ada anda seorang pencarum KWSP yang berpengalaman atau baru sahaja mengenali konsep ini, panduan ini akan beri anda pengetahuan dan pendapat yang diperlukan untuk membuat keputusan yang bijaksana tentang caruman KWSP sendiri.\n\n\nTerdapat tiga sumbangan sukarela yang kini ditawarkan oleh KWSP iaitu Caruman KWSP Sendiri, i-Saraan, dan Tambahan Simpanan Akaun 1 KWSP.\n\n\nJadi, jika anda berminat untuk mengambil alih kawalan masa depan kewangan anda dan mengoptimumkan simpanan KWSP anda, mari kita teliti tiga cara berkesan yang perlu anda ketahui untuk Caruman KWSP sendiri.\n\n\n1. Caruman KWSP Sendiri\n\n\nCaruman KWSP melampaui keperluan wajib yang dinyatakan dalam Akta KWSP 1991. Oleh itu, dorongan diberikan kepada individu yang tidak tercakup oleh Akta untuk secara sukarela untuk membuat caruman ke dalam KWSP. Bagi pekerja yang mempunyai pendapatan sendiri seperti pekerja sendiri, anda dialu-alukan untuk membuat caruman sendiri ke dalam KWSP melalui cara ini. Namun, bagi pekerja yang bergaji, anda juga boleh membuat caruman tambahan untuk merancang persaraan yang lebih baik di masa depan.\n\n\nSyarat Kelayakan\n\n\nBerikut adalah syarat kelayakan untuk memohon Caruman Sendiri KWSP:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia / Penduduk Tetap;\n\n\nAhli KWSP yang berdaftar;\n\n\nBerumur di bawah 75 tahun.\n\n\n\n\n\n\n2. EPF i-Saraan\n\n\nInisiatif kedua yang diperkenalkan pada tahun 2021 adalah \ni-Saraan\n. Individu yang bekerja sendiri tanpa pendapatan yang stabil dan pekerja dalam \ngig economy\n memiliki peluang untuk mendapatkan insentif kerajaan eksklusif bagi tujuan persaraan, asalkan mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan.\n\n\nSyarat Kelayakan\n\n\nBerikut adalah syarat kelayakan untuk memohon i-Saraan KWSP:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia;\n\n\nAhli KWSP yang berdaftar;\n\n\nBerumur di bawah 60 tahun;\n\n\nIndividu yang bekerja sendiri (Individu yang memperoleh pendapatan dari kerja sendiri dan tidak memegang status pekerjaan);\n\n\nMemilih untuk menyumbang di bawah i-Saraan (untuk mereka yang telah mengemukakan Borang KWSP 16G (M));\n\n\nAhli berdaftar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Kasih Suri Keluarga Malaysia (i-Suri) dikehendaki mendaftar i-Saraan untuk layak menerima insentif khas i-Saraan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.\n\n\n\n\nPendaftaran I-Saraan\n\n\nJika anda berminat, anda boleh mendaftar i-Saraan KWSP melalui pilihan-pilihan di bawah ini:\n\n\n1. Laman Web\n\n\nAnda boleh mendaftar secara dalam talian di \nPendaftaran i-Saraan dalam Talian\n.\n\n\n2. Kaunter KWSP\n\n\nAnda boleh mengemukakan\n Borang Permohonan Sumbangan Sukarela i-Saraan\n dan membawa Mykad anda ke kaunter.\n\n\n3. Terminal Perkhidmatan Sendiri (TPS)\n\n\nAnda boleh memohon di\n lokasi TPS\n yang tersedia dan membawa Mykad anda bersama.\n\n\nManfaat \n\n\nTerdapat banyak manfaat yang anda boleh peroleh melalui i-Saraan ini, iaitu anda akan menerima dividen tahunan, insentif khas iaitu 15 peratus daripada jumlah sumbangan sehingga maksimum RM300 pada tahun semasa, \npelepasan cukai\n, dan manfaat kematian mengikut terma dan syarat yang diberikan.\n\n\n3. Simpanan Tambahan Akaun 1 KWSP\n\n\nCaruman sendiri KWSP yang lain yang boleh anda lakukan ialah Caruman Simpanan Tambahan Akaun 1. Jika anda ingin meningkatkan keselamatan persaraan orang yang anda sayangi, anda boleh menggunakan kemudahan Caruman Simpanan Tambahan Akaun 1. Melalui inisiatif ini, pencarum (Topper) mempunyai pilihan untuk membuat caruman sukarela tambahan ke akaun KWSP penerima (ia boleh ibu bapa, pasangan, atau anak-anak).\n\n\nSyarat Kelayakan\n\n\nBerikut adalah syarat kelayakan untuk memohon Caruman Simpanan Tambahan Akaun 1:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenerima Caruman\n\n\nPencarum\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhli KWSP\n\n\nBerumur di bawah 60 tahun\n\n\nWarganegara Malaysia dan Penduduk Tetap\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhli atau bukan ahli KWSP\n\n\nSebelum membuat pembayaran, pemohon dikehendaki mendaftar sebagai pencarum peningkat simpanan/penerima simpanan dengan mengisi Borang Pencarum Simpanan Tambahan/Simpanan Penerima \u2013 \nKWSP 3B.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendaftaran Simpanan Tambahan Akaun 1\n\n\nUntuk mendaftar inisiatif ini, anda perlu mengunjungi kaunter KWSP dan membawa dokumen-dokumen seperti MyKad, sijil kelahiran, sijil perkahwinan, dan Borang Pencarum Simpanan Tambahan/Simpanan Penerima \u2013 \nKWSP 3B.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKaedah Pembayaran Caruman Sendiri KWSP\n\n\nBerkenaan had pembayaran, tiada had minimum, manakala had maksimum bagi jumlah Kumulatif Caruman Sendiri (Caruman Sendiri KWSP, Caruman i-Saraan dan Caruman Tambahan Simpanan Akaun 1) adalah RM100,000 setahun seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nBerikut adalah kaedah saluran pembayaran yang boleh anda gunakan untuk menyumbang ke dalam Caruman Sendiri KWSP:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0Caruman KWSP Sendiri & i-Saraan KWSP\n\n\n\u00a01. i-Akaun Aplikasi\n\n\n\n\n\n\n\u00a02. Perbankan Internet\n\nAnda boleh membuat pembayaran elektronik terus kepada bank dibawah:\n\n\n\n\nAlliance Bank\n\n\nBank Islam\n\n\nBank Muamalat\n\n\nBSN\n\n\nCIMB Bank\n\n\nHong Leong Bank\n\n\nKuwait Finance House\n\n\nMaybank\n\n\nMBSB\n\n\nPublic Bank\n\n\nRHB Bank\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a03. Ejen Bank Berdaftar\n\nAnda boleh membuat bayaran tunai/bayaran elektronik melalui \nBank Agent (EB) BSN\n.\n\n\n\n\n\n\n\u00a04. Kaunter Ejen Bank\n\nAnda boleh membuat pembayaran elektronik terus kepada bank dibawah:\n\n\n\n\nBSN\n\n\nMaybank\n\n\nPublic Bank\n\n\nRHB Bank \u2013 Hanya pembayaran melalui Kad Debit dan Penghantaran Debit sahaja diterima.\n\n\n\n\nDi kaunter, anda perlu membuat pembayaran bersama Borang Bayaran Caruman Sendiri:\n\n\n\n\nEPF Self Contribution ( \nKWSP 6A (1))\n\n\ni- Saraan (\nKWSP 6A (2\n)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a05. EPF Counters\n\nAnda boleh membuat bayaran tunai/bayaran elektronik di kaunter. Anda boleh membuat bayaran tunai (RM500 maksimum)/cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar.\n\n\nDi kaunter, anda perlu membuat pembayaran bersama Borang Bayaran Caruman Sendiri::\n\n\n\n\nEPF Self Contribution ( \nKWSP 6A (1))\n\n\ni- Saraan (\nKWSP 6A (2\n)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a06. Mobile Team (MT)/ Mobile Outreach Team (MOT)\n\nAnda boleh membayar melalui kad debit tetapi had jumlah tertakluk kepada had transaksi kad debit pembayar dan had maksimum sumbangan sukarela adalah RM100,000 setahun. Walau bagaimanapun, anda perlu mengisi Borang KWSP 6A (DC) untuk pembayaran melalui kad debit.\n\n\n\n\n\n\nAccount 1 Top-Up EPF Savings\n\n\n1. EPF Counters\n\nAnda boleh membuat bayaran tunai/bayaran elektronik di kaunter. Anda boleh membuat bayaran tunai (RM500 maksimum)/cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar.\n\n\nDi kaunter, anda perlu membuat pembayaran bersama Borang Bayaran Caruman Sendiri untuk Akaun Simpanan 1 Tambahan \u2013 \nKWSP 3B (1)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCaruman KWSP Sendiri: Gandakan Simpanan Anda\n\n\nOleh itu, caruman sendiri KWSP membolehkan anda mengawal masa depan kewangan anda dan meningkatkan \nsimpanan persaraan\n anda. Dengan menyumbang secara sukarela ke dalam akaun KWSP anda, pekerja dapat menjamin kesejahteraan kewangan mereka dan menikmati manfaat cukai. Dengan tiga inisiatif caruman sendiri ini, anda pasti dapat melipatgandakan simpanan anda dengan menyesuaikan sumbangan anda berdasarkan matlamat kewangan dan keadaan anda.\n\n\nCaruman sendiri KWSP membantu anda untuk membentuk masa depan kewangan anda, memberikan anda peluang untuk mengawal simpanan persaraan anda dan menikmati keamanan kewangan jangka panjang. Dengan memanfaatkan medium yang efektif yang telah dibincangkan, anda dapat membuat keputusan yang bijaksana dan memaksimumkan manfaat caruman sendiri KWSP. Mula bertindak hari ini dan jamin masa depan kewangan yang lebih cerah dengan caruman sendiri dalam KWSP.\n\n\nSelain melipatgandakan simpanan anda, mari lindungi masa depan anda dengan \nperlindungan insurans kesihatan\n, lawati laman web Qoala untuk maklumat lanjut. Qoala adalah\n platform perbandingan dan pembaharuan insurans terkemuka\n di Malaysia, menawarkan jaminan proses pembelian insurans yang mudah, selamat, dan cepat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/check-baki-kwsp-online/", "title": "Cara Check Baki KWSP Online untuk Proses Lebih Mudah 2023", "body": "\n\nBagi anda yang sibuk, tentulah lebih mudah untuk \ncheck\n baki KWSP online sahaja. Dah tak perlu bersusah-payah untuk pergi ke kaunter, cari \nparking\n, beratur ambil nombor giliran dan kemudian menunggu sehingga berjam-jam lamanya.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nCara Daftar i-Akaun KWSP untuk Check Baki KWSP Online\nCara Daftar i-Akaun KWSP (Full Mode)\nCara Daftar i-Akaun KWSP (View\u00a0Mode)\nCara Check Balance KWSP Online Melalui i-Akaun\nSemak Baki KWSP Online Melalui Laman Web\nCheck Balance KWSP Online Melalui Telefon\nCara Check Baki KWSP Tanpa i-Akaun\nBuat Simpanan di KWSP, Beli Insurans di Qoala untuk Perlindungan Masa Depan\n\n\nCara Daftar i-Akaun KWSP untuk \nCheck\n Baki KWSP Online\n\n\nSebelum anda boleh \ncheck\n \nbalance\n KWSP anda secara online, anda perlu daftar i-Akaun KWSP (\nfull mode\n) terlebih dahulu. Dalam konteks ini, \nfull mode\n bermaksud anda bukan sahaja boleh \ncheck\n baki KWSP anda, tetapi anda juga boleh:\n\n\n\n\nKemaskini profil peribadi;\n\n\nCheck\n kelayakan \npengeluaran KWSP\n;\n\n\nSemak penyata KWSP tahun terkini dan sebelumnya;\n\n\nTukar simpanan konvensional kepada simpanan Syariah\n;\n\n\nSemak maklumat penamaan;\n\n\nSemak rekod caruman;\n\n\nPermohonan e-Pengeluaran;\n\n\nSemak transaksi caruman terkini;\n\n\nCetak penyata KWSP.\n\n\n\n\n\n\nCara Daftar i-Akaun KWSP (\nFull Mode\n)\n\n\nPendaftaran ini memerlukan pengesahan cap jari dan \nupdate\n nombor telefon bimbit yang aktif untuk mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan sementara. Anda hanya perlu sediakan dokumen kad pengenalan dan ikut arahan yang diberikan.\n\n\nSetelah anda menerima mesej melalui telefon bimbit menyatakan pendaftaran anda telah berjaya, anda boleh menggunakan maklumat yang diberikan untuk Log Masuk ke i-Akaun KWSP. Pendaftaran i-Akaun KWSP (\nfull mode\n) boleh dibuat melalui empat cara seperti berikut:\n\n\n\n\nHanya dengan menggunakan MyKad, anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana kaunter cawangan KWSP berdekatan;\n\n\nApabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan, anda akan menjadi ahli KWSP secara automatik. Pendaftaran ini dibuat dibuat berdasarkan nama dan nombor MyKad anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A);\n\n\nAnda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana lokasi yang mempunyai Terminal Layan Diri (SST) hanya dengan menggunakan MyKad;\n\n\nMajikan boleh mendaftarkan bagi pihak anda melalui i-Akaun (Majikan). Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP apabila pendaftaran berjaya.\n\n\n\n\nCara Daftar i-Akaun KWSP (\nView\u00a0Mode\n)\n\n\nBagi anda yang tidak berkesempatan untuk ke cawangan KWSP berdekatan untuk mendapatkan pengesahan cap jari, anda masih boleh mendaftar i-Akaun (\nview mode\n) secara online. i-Akaun KWSP View Mode membolehkan akses ke paparan i-Akaun namun terhad kepada transaksi tertentu sahaja.\n\n\n\n\nSemakan profil;\n\n\nSemakan baki akaun;\n\n\nSemakan caruman semasa;\n\n\nSemakan \nkelayakan pengeluaran\n;\n\n\nSemakan sejarah pengeluaran.\n\n\n\n\nBerikut cara daftar i-Akaun KWSP \nview mode\n yang sangat mudah untuk anda pertimbangkan:\n\n\n\n\nHubungi talian Hotline KWSP di talian 03-8922 6000 pada waktu pejabat sahaja untuk mendaftarkan nombor telefon bimbit yang aktif;\n\n\nKemudian, layari laman \nweb i-Akaun\n dan pilih bahasa yang dikehendaki;\n\n\nTekan Daftar Sekarang dan isikan semua maklumat yang diperlukan;\n\n\nBaca terma dan syarat yang ditetapkan, tandakan setuju di \ncheckbox\n dan klik Hantar;\n\n\nSetelah berjaya, anda akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS);\n\n\nKlik Log Masuk Kali Pertama dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara;\n\n\nSekali lagi baca terma dan syarat yang ditetapkan, kemudian tanda setuju di \ncheckbox\n dan klik Seterusnya;\n\n\nCipta ID Pengguna baharu di ruangan ID Pengguna. Pastikan anda memasukkan ID Pengguna mengikut syarat yang ditetapkan \u2013 gabungan \nalphanumeric\n lapan hingga 16 digit;\n\n\nPilih Imej Online dan isikan Frasa Rahsia, kemudian klik Seterusnya;\n\n\nSkrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan dan anda boleh terus Log Masuk ke i-Akaun KWSP untuk semak baki KWSP anda.\n\n\n\n\n\n\nCara \nCheck Balance\n KWSP Online Melalui i-Akaun\n\n\nSekarang urusan check balance KWSP ini lebih mudah dan boleh dilakukan secara online. Anda boleh \ncheck\n baki akaun KWSP anda secara online melalui i-Akaun KWSP. Proses ini boleh dilakukan menggunakan laman web atau aplikasi di telefon bimbit.\n\n\nSemak Baki KWSP Online Melalui Laman Web\n\n\nBerikut cara \ncheck\n baki KWSP anda melalui laman web KWSP:\n\n\n\n\nLayari \nlaman web rasmi KWSP\n dan pilih untuk log masuk sebagai Ahli atau Majikan;\n\n\nAnda boleh memilih dua pilihan bahasa yang ditawarkan iaitu Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (EN);\n\n\nPilih pilihan Bahasa Melayu. Kemudian anda perlu memasukkan ID dan Kata Laluan dan tekan Seterusnya;\n\n\nPastikan Imej Online dan Frasa Rahsia yang dipaparkan adalah betul;\n\n\nMasukkan Kata Laluan dan tekan butang Log Masuk \u2013 baki Akaun 1 dan \nAkaun 2 KWSP\n anda akan dipaparkan di skrin komputer anda.\n\n\n\n\nCheck Balance\n KWSP Online Melalui Telefon\n\n\nJika anda menggunakan aplikasi i-Akaun KWSP di telefon bimbit anda, berikut cara mudah untuk semak baki KWSP anda:\n\n\n\n\nJika anda masih belum mempunyai aplikasi ini, anda perlu muat turun aplikasi i-Akaun KWSP ke telefon anda terlebih dahulu;\n\n\nKemudian, buka aplikasi i-Akaun di telefon pintar anda;\n\n\nMasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan;\n\n\nPastikan Imej Online dan Frasa Rahsia adalah betul;\n\n\nBaki KWSP anda akan dipaparkan di skrin telefon bimbit anda.\n\n\n\n\nCara \nCheck \nBaki KWSP Tanpa i-Akaun\n\n\nWalaupun kebanyakan pencarum tentunya lebih selesa untuk check baki KWSP online. Tetapi bagi sesetengah warga emas atau orang yang tidak mahir menggunakan Internet, cara check baki KWSP tanpa i-Akaun ini boleh dimanfaatkan.\n\n\nAnda hanya perlu ke pejabat atau kiosk KWSP, atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 dan ikut arahan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.\n\n\n\n\nBuat Simpanan di KWSP, Beli Insurans di Qoala untuk Perlindungan Masa Depan\n\n\nSkim KWSP yang diwujudkan oleh kerajaan sememangnya membantu para pencarum untuk membuat simpanan yang dapat menjamin keselesaan hidup ketika mencapai \nusia persaraan\n nanti.\n\n\nSelain simpanan KWSP, anda juga boleh membuat persediaan tambahan untuk perlindungan masa depan dengan mendapatkan \ninsurans kesihatan\n di Qoala.\n\n\nQoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n di Malaysia. Ia membolehkan anda mendapatkan polisi\n insurans perlindungan diri\n yang komprehensif dengan jaminan harga yang berpatutan.\n\n\nLayari laman web Qoala untuk info lanjut berkaitan \ninsurans kesihatan di Malaysia\n.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/check-nama-blacklist/", "title": "5 Cara Check Nama Blacklist, Semak Senarai Hitam Online", "body": "\n\nSebelum buat apa-apa \npermohonan pembiayaan\n atau \ntravel\n ke luar negara\n, penting untuk anda\n check\n nama \nblacklist\n. Ia bagi memastikan apa-apa permohonan pinjaman tidak kira \npinjaman perumahan\n atau \npinjaman kereta\n anda diluluskan oleh pihak bank. Selain itu, ia juga mengelakkan anda daripada tidak dibenarkan untuk ke luar negara.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n1. Semakan Status Nama Blacklist Online Melalui Laporan CTOS\nCara Check Nama Blacklist CTOS\n2. Semakan Status Nama Blacklist Online Melalui CCRIS\nCara Check Nama Blacklist CCRIS\n3. Check Nama Blacklist di Kiosk Bank Negara Malaysia (BNM)\nCara Check Nama Blacklist BNM\n4. Semakan Status Senarai Hitam Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia\nCara Semak Senarai Hitam JPJ\n5. Semakan Status Perjalanan Jabatan Imigresen Malaysia\nCara Semak Senarai Hitam Imigresen (Jabatan Imigresen Malaysia)\n\n\n1. Semakan Status Nama \nBlacklist Online\n Melalui Laporan CTOS\n\n\nCTOS atau \nCredit Tip-Off Service\n merupakan agensi swasta yang merekodkan status atau laporan kredit seseorang individu. Ia menyediakan maklumat seperti tindakan undang-undang, pemilikan perniagaan, \nstatus muflis\n, status kes dan lain-lain.\n\n\nLaporan CTOS\n digunakan secara meluas oleh institusi kewangan dalam menentukan kelayakan dan status kredit semasa pemohon. Sekiranya skor kredit anda tidak memuaskan, nama anda berkemungkinan akan disenaraihitamkan dan mungkin menyukarkan permohonan pinjaman bank anda untuk diluluskan.\n\n\nSecara asasnya, maklumat penghutang dalam laporan CTOS disediakan melalui sumber-sumber awam seperti:\n\n\n\n\nSuruhanjaya Syarikat Malaysia\n (SSM);\n\n\nJabatan Pendaftaran Negara (JPN);\n\n\nJabatan Insolvensi Malaysia (JIM);\n\n\nProsiding Undang-undang;\n\n\nNotis Akhbar dan Warta Kerajaan.\n\n\n\n\nCara \nCheck\n Nama \nBlacklist\n CTOS\n\n\nSecara asasnya, laporan CTOS mengandungi lima bahagian penting, iaitu:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBahagian A \u2013 maklumat diri;\n\n\nBahagian B \u2013 maklumat dari Bank Negara dan Agensi Kerajaan yang lain;\n\n\nBahagian C \u2013 perihal milikan syarikat dan lembaga pengarah;\n\n\nBahagian D \u2013 perihal kredit dan butiran dari CCRIS termasuk senarai cek tendang yang dikeluarkan;\n\n\nBahagian E \u2013 perihal bayaran tunggakan kepada syarikat utiliti (telekomunikasi, elektrik, air atau \ntunggakan PTPTN\n) dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika anda masih belum mempunyai akaun CTOS, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Anda boleh merujuk panduan \ncara daftar akaun CTOS online\n ini untuk lebih kepastian. Setelah selesai mendaftar:\n\n\n\n\n\n\n\n\nLog masuk akaun CTOS menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang ditetapkan;\n\n\nMaklumat akan dipaparkan pada \nDashboard\n;\n\n\nLaporan lengkap pertama akan diberikan secara percuma. Laporan berikutnya akan dikenakan bayaran mengikut kategori-kategori tertentu bermula dari RM25.\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Semakan Status Nama \nBlacklist Online\n Melalui CCRIS\n\n\nSama seperti CTOS, CCRIS atau \nCentral Credit Reference Information\n merupakan agensi yang merekodkan laporan kredit individu. Maklumat kredit peminjam akan dikumpulkan daripada institusi kewangan dan laporan kredit akan dibuat melalui sistem CCRIS.\n\n\nBerbeza dengan CTOS, agensi ini dikendalikan oleh badan kerajaan iaitu Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Secara asasnya, \nlaporan CCRIS\n membolehkan pihak bank atau institusi kewangan:\n\n\n\n\nMemeriksa pinjaman atau kredit tertunggak;\n\n\nMemantau akaun pemerhatian khusus (berkait dengan pinjaman tertunggak);\n\n\nMengenal pasti sebarang permohonan kredit yang telah lulus atau sedang diproses dalam tempoh 12 bulan.\n\n\n\n\nDalam erti kata mudah, CCRIS menyediakan maklumat-maklumat dan data penting yang diperlukan oleh institusi kewangan untuk membantu mereka membuat keputusan. \nPermohonan pinjaman\n anda diluluskan atau tidak bergantung pada maklumat dalam laporan ini.\n\n\nCara \nCheck\n Nama\n Blacklist\n CCRIS\n\n\nBerikut merupakan cara semak nama \nblacklist\n Bank Negara Malaysia \nonline\n menggunakan laman web eCCRIS untuk rujukan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari \nlaman web CCRIS\n;\n\n\nJika anda masih belum mempunyai akaun, anda perlu Daftar Masuk terlebih dahulu. Anda boleh rujuk \npanduan cara daftar eCCRIS online\n di sini;\n\n\nSetelah selesai, log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang ditetapkan;\n\n\nNavigasi ke tab Carian, kemudian pilih Carian Sendiri \u2013 Individu;\n\n\nKlik pada kotak Saya Setuju dan klik butang Carian Laporan;\n\n\nSekiranya anda ingin muat turun laporan, klik butang Muat Turun dan Simpan untuk menyimpan salinan laporan;\n\n\nLaporan yang dimuat turun akan dilindungi oleh kata laluan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. \nCheck\n Nama\n Blacklist\n di Kiosk Bank Negara Malaysia (BNM)\n\n\nSelain semakan nama \nblacklist\n secara \nonline\n, anda juga boleh membuat semakan nama \nblacklist\n secara fizikal di Bank Negara Malaysia. Anda boleh membuat semakan sama ada melalui kaunter atau kiosk BNM.\n\n\nCara \nCheck\n Nama\n Blacklist\n BNM\n\n\nBerikut merupakan panduan \ncheck\n nama\n blacklist\n di BNM yang boleh anda ikuti:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPergi ke mesin kiosk Bank Negara Malaysia;\n\n\nPilih Bahasa yang ingin digunakan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris;\n\n\nKemudian, pilih butang Cetak Laporan;\n\n\nMasukkan kad pengenalan pada slot yang disediakan dan buat imbasan ibu jari (\nthumbprint\n);\n\n\nProses semakan akan mengambil masa selama lebih kurang seminit;\n\n\nSetelah itu, anda akan menerima notifikasi untuk mengeluarkan kad pengenalan anda;\n\n\nTunggu sehingga laporan CCRIS dicetak.\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Semakan Status Senarai Hitam Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia\n\n\nPemandu atau pemilik kenderaan yang diberikan notis atau dikenakan \nsaman Polis\n tetapi gagal menjelaskan kompaun dalam tempoh 60 hari akan dirujuk ke mahkamah. Sekiranya pemandu atau pemilik tidak hadir untuk sebutan kes, maka pemilik, kenderaan atau\n lesen memandu\n akan disenarai hitam sehingga kes selesai.\n\n\nCara Semak Senarai Hitam JPJ\n\n\nBerikut merupakan cara \ncheck\n nama \nblacklist\n JPJ untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKlik pautan Semakan Status Senarai Hitam \ndi sini\n;\n\n\nPilih Jenis Senarai Hitam \u2013 lesen atau kenderaan;\n\n\nKemudian, pilih Sumber Senarai Hitam \u2013 JPJ atau agensi;\n\n\nMasukkan Nombor ID (Kad Pengenalan) dan Nombor Pendaftaran Kenderaan;\n\n\nMasukan Kod Sekuriti;\n\n\nTekan butang Semak;\n\n\nSelesai.\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Semakan Status Perjalanan Jabatan Imigresen Malaysia\n\n\nBagi anda yang merancang untuk bercuti ke luar negara dan ingin menyemak status dokumen perjalanan, anda boleh lakukan semakan melalui Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia.\n\n\nCara Semak Senarai Hitam Imigresen (Jabatan Imigresen Malaysia)\n\n\nBerikut merupakan cara\n check\n status perjalanan melalui Jabatan Imigresen untuk rujukan dan panduan anda bagi mengelakkan anda daripada terkandas dan tidak dapat terbang ke luar negara:\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari portal rasmi Sistem Semakan Perjalanan Imigresen, Jabatan Imigresen Malaysia \ndi sini\n;\n\n\nKemudian, masukkan nombor kad pengenalan;\n\n\nDan klik butang Semak \u2013 keputusan semakan akan dipaparkan sama ada ada halangan atau tiada halangan untuk ke luar negara.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemoga panduan cara \ncheck\n nama \nblacklist\n ini boleh membantu anda untuk membuat semakan sebelum membuat apa-apa permohonan pinjaman atau sebelum ke luar negara. Penting untuk anda semak sama ada nama anda ada dalam senarai \nblacklist\n atau tidak untuk mengelakkan sebarang kesulitan seperti permohonan anda tidak ditolak oleh pihak bank.\n\n\nSekiranya anda ingin mendapatkan \nperlindungan insurans untuk kereta\n anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans terbaik\n di Malaysia. Anda boleh dapatkan perlindungan \ninsurans kereta\n yang dikehendaki dengan mudah secara online sahaja.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/cukai-tertunggak-lhdn/", "title": "5 Cara Mudah Semak Cukai Tertunggak LHDN Melalui MyTax HASil", "body": "\n\nRamai individu yang melaporkan ada terima \npanggilan \nscammer\n yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan cukai tertunggak LHDN. Antara taktik licik yang digunakan sindiket\n scammer\n ini antaranya mendakwa mangsa memiliki kes berkaitan cukai tertunggak LHDN yang lama. Ekoran itu, ada mangsa yang terpedaya sehingga berdepan kerugian ribuan Ringgit.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nMyTax HASil: 5 Cara Semak Tunggakan Cukai LHDN Secara Online\nCukai Tertunggak LHDN, 5 Tips Elak Tindakan Mahkamah\n1. Peka dan Ambil Peduli dengan Peruntukan Undang-undang\n2. Rujuk Maklumat Berkenaan Cukai di Portal Rasmi HASil\n3. Hubungi Pegawai Perhubungan Pelanggan HASil\n4. Semak Kedudukan Cukai Tertunggak LHDN Melalui MyTax LHDN\n5. Bincang untuk Bayaran Ansuran Cukai Pendapatan\n\n\nMyTax HASil: 5 Cara Semak Tunggakan Cukai LHDN Secara Online\n\n\nPenting untuk anda semak cukai tertunggak LHDN bagi membantu anda ketahui kedudukan cukai semasa anda selain mengelakkan anda daripada\u00a0tertipu atau menjadi mangsa\n scam\n LHDN. Anda disarankan untuk semak status percukaian atau cukai tertunggak anda melalui portal \nMyTax LHDN\n.\n\n\nJika anda pernah berdaftar sebelum ini, anda hanya perlu log masuk ke portal MyTax dan masukkan nombor kad pengenalan anda. Namun begitu, anda boleh ikuti cara semak cukai tertunggak LHDN seperti berikut jika anda belum pernah berdaftar.\n\n\n\n\nLayari portal MyTax untuk semak tunggakan cukai, kemudian klik Log Masuk Kali Pertama;\n\n\nMasukkan No. PIN dan No. Rujukan (nombor kad pengenalan) dan klik Hantar;\n\n\nPembayar cukai yang berdaftar dengan LHDN boleh mendapatkan No. PIN LHDN melalui cawangan LHDN berdekatan atau permohonan secara dalam talian melalui pautan tersedia;\n\n\nSetelah berjaya, sistem akan paparkan skrin \nDashboard\n;\n\n\nDashboard\n akan memaparkan maklumat berkaitan seperti ringkasan maklumat cukai, peti mel, profil, status MyTax, Senarai Menu, Chatbox dan Perkhidmatan.\n\n\n\n\nCukai Tertunggak LHDN, 5 Tips Elak Tindakan Mahkamah\n\n\nRamai orang khususnya orang muda mengambil mudah atau mengabaikan bayaran \ncukai pendapatan\n. Akibatnya, kemungkinan berlaku tunggakan cukai dan berdepan risiko \ntindakan mahkamah\n. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, berikut lima \ntips bijak urus kewangan\n terutamanya cukai untuk rujukan anda:\n\n\n1. Peka dan Ambil Peduli dengan Peruntukan Undang-undang\n\n\nIndividu yang tidak mempunyai punca pendapatan perniagaan dan hanya makan gaji perlu menjelaskan cukai pendapatan tahunan selewat-lewatnya 30 April setiap tahun. Bagi individu yang berniaga pula, amaun cukai tahunan perlu dijelaskan selewat-lewatnya 30 Jun setiap tahun.\n\n\nMana-mana individu yang tidak menjelaskan cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah dan cukai syarikat boleh menyebabkan \nnama kena \nblacklist\n dan tidak dibenarkan ke luar negara.\n\n\n2. Rujuk Maklumat Berkenaan Cukai di Portal Rasmi HASil\n\n\nSecara asasnya, pelbagai maklumat berkaitan cukai pendapatan boleh didapati di portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Maklumat-maklumat ini boleh membantu anda memahami sistem percukaian dengan lebih baik.\n\n\nSelain portal ini, anda juga boleh merujuk maklumat berkaitan percukaian di platform media sosial rasmi HASil dan mana-mana portal yang pakar dalam bidang percukaian.\n\n\n\n\n3. Hubungi Pegawai Perhubungan Pelanggan HASil\n\n\nSekiranya anda ingin mendapatkan maklumat berkaitan cukai, anda boleh menghubungi talian rasmi HASil di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 bagi panggilan dari luar negara.\n\n\nSelain itu, anda juga boleh menggunakan saluran komunikasi lain seperti HASiL Live Chat, Facebook, Twitter, Instagram dan Borang Maklum Balas Pelanggan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat berkaitan tunggakan cukai.\n\n\n4. Semak Kedudukan Cukai Tertunggak LHDN Melalui MyTax LHDN\n\n\nOrang ramai juga boleh menyemak kedudukan cukai semasa melalui portal MyTax LHDN. Portal ini membolehkan pengguna mengisytiharkan cukai pendapatan dan mendapatkan maklumat terkini berkaitan cukai.\n\n\nApa Itu MyTax Lembaga Hasil Dalam Negeri?\n\n\nPortal MyTax LHDN berfungsi sebagai portal maklumat sehenti (\none stop centre\n) untuk kegunaan pembayar cukai yang sudah mempunyai ID dan Kata Laluan e-Filing. Anda boleh menggunakan portal ini untuk menyemak:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaki cukai terkini \u2013 cukai tertunggak LHDN atau lebihan kredit;\n\n\nTarikh bayaran balik lebihan kredit tahun sebelum;\n\n\nSenarai \npotongan PCB\n oleh majikan \u2013 semakan terhad untuk tahun semasa dan tahun sebelum sahaja;\n\n\nRingkasan lejar cukai pendapatan untuk 10 tahun terkini;\n\n\nPerincian lejar cukai pendapatan untuk tempoh lima tahun terkini;\n\n\nSenarai ansuran CP500;\n\n\nRekod SPC.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, portal ini juga turut menyediakan akses ke perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti ByrHasil, \ne-Filing LHDN\n, e-Kemaskini dan lain-lain.\n\n\n5. Bincang untuk Bayaran Ansuran Cukai Pendapatan\n\n\nPihak HASil mengalu-alukan perbincangan dengan mana-mana individu atau wakil syarikat untuk menjelaskan cukai tertunggak LHDN melalui bayaran ansuran. Individu yang terlibat perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk urusan ini:\n\n\n\n\nPenyata aliran tunai bulanan;\n\n\nPenyata bank beberapa bulan terkini;\n\n\nSenarai \nkomitmen bulanan\n;\n\n\nAmaun ansuran yang ingin dicadangkan.\n\n\n\n\n\n\nKesimpulannya, pembayaran cukai pendapatan penting bagi membantu kerajaan menyalurkan dana bantuan kepada rakyat Malaysia. Selain itu, bayaran cukai juga penting untuk pembangunan dan kesejahteraan negara. Oleh sebab itu, penting untuk anda menjalankan tanggungjawab anda dengan membayar cukai secara konsisten dan elakkan cukai tertunggak LHDN.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta terbaik\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans terbaik\n di Malaysia. Ia menawarkan jaminan proses \nbeli insurans kereta\n yang mudah dan selamat pada harga yang mampu milik.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/daftar-cukai-pendapatan-lhdn/", "title": "Cara Daftar Cukai Pendapatan LHDN untuk e-Filing 2024", "body": "\n\nSetiap individu yang boleh dikenakan cukai perlu daftar cukai pendapatan bagi membolehkan individu lapor pendapatan tahunan dan bayar cukai pendapatan setiap tahun. Individu perlu daftar nombor cukai pendapatan sekiranya individu tersebut:\n\n\n\n\nBerstatus bujang dan menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas \npotongan KWSP\n);\n\n\nSudah berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun;\n\n\nMenjalankan perniagaan (meskipun perniagaan mengalami kerugian);\n\n\nPekerja yang dikenakan \nPotongan Cukai Bulanan (PCB)\n setiap bulan;\n\n\nMempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai;\n\n\nMenjual atau \nmembeli hartanah\n.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nCara Daftar Cukai Pendapatan & Isi e-Filing LHDN 2024\n1. Daftar Nombor Cukai Pendapatan\n2. Dapatkan No PIN MyTax HASiL\n3. Wujudkan Kata Laluan e-Filing\nDaftar Cukai Pendapatan, Lakukan Tanggungjawab Anda dengan Isytiharkan Cukai Pendapatan Anda\n\n\nCara Daftar Cukai Pendapatan & Isi e-Filing LHDN 2024\n\n\nProses \nisi e-Filing Cukai Pendapatan\n biasanya bermula antara bulan Mac hingga April setiap tahun. Bagi membolehkan anda mengisytiharkan cukai pendapatan, anda perlu daftar cukai pendapatan atau mempunyai akaun cukai terlebih dahulu. Berikut cara daftar cukai pendapatan untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n1. Daftar Nombor Cukai Pendapatan\n\n\nPendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat sama ada melalui online atau secara manual di Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) berdekatan anda.\n\n\nDaftar Cukai Pendapatan Online\n\n\nPendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara online melalui menu e-Daftar dalam \nsistem MyTax\n. Bagi memudahkan proses daftar cukai pendapatan anda, berikut antara dokumen sokongan yang diperlukan:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKad pengenalan atau pasport bagi bukan warganegara Malaysia;\n\n\nSijil Pendaftaran Perniagaan\n (bagi individu menjalankan perniagaan).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBiasanya, nombor cukai pendapatan anda akan diterima dalam tempoh tiga hari bekerja selepas permohonan dibuat secara dalam talian. Anda juga boleh semak status permohonan anda menggunakan nombor permohonan yang diberikan semasa pendaftaran.\n\n\n\n\nDaftar Cukai Pendapatan Manual\n\n\nBagi proses daftar cukai pendapatan secara manual pula, ia boleh dilakukan di mana-mana Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) berdekatan anda. Anda memerlukan dokumen sokongan berikut semasa pendaftaran:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBorang CP600 \u2013 borang boleh dimuat turun melalui laman web HASiL di pautan \nberikut\n (Borang > Muat Turun Borang > Pendaftaran > Muat turun borang berkaitan);\n\n\nKad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau pasport);\n\n\nSijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu yang menjalankan perniagaan);\n\n\nPenyata pendapatan atau \nslip gaji\n.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Dapatkan No PIN MyTax HASiL\n\n\nSetelah selesai daftar cukai pendapatan, anda perlu mendapatkan nombor PIN bagi mengaktifkan sistem MyTax HASiL. Nombor PIN boleh diperoleh secara dalam talian atau menerusi Cawangan HASiL yang berdekatan. Anda perlu melampirkan dokumen berikut semasa permohonan:\n\n\n\n\nSalinan kad pengenalan /passport pemohon; dan\n\n\nBorang CP55D \u2013 Permohonan Nombor Pin E-Filing Individu.\n\n\n\n\nNombor PIN akan diberikan kepada permohonan yang lengkap bersama-sama dokumen sokongan diperlukan.\n\n\n3. Wujudkan Kata Laluan e-Filing\n\n\nAnda kemudian perlu daftarkan nombor PIN 16 digit dalam MyTax di bawah menu Login Kali Pertama. Pengaktifan akaun MyTax dianggap lengkap apabila anda berjaya mencipta kata laluan dan mesej \u201cSijil Digital Individu Anda Telah Berjaya Didaftarkan\u201d dipaparkan.\n\n\nBagi individu yang menjalankan perniagaan, anda perlu daftar cukai pendapatan menggunakan Borang B. Manakala individu yang bekerja makan gaji perlu menggunakan borang BE.\n\n\n\n\nDaftar Cukai Pendapatan, Lakukan Tanggungjawab Anda dengan Isytiharkan Cukai Pendapatan Anda\n\n\nAnda perlu isytiharkan dan bayar cukai pendapatan anda secara konsisten setiap tahun untuk elakkan \ncukai pendapatan LHDN tertunggak\n. Bayaran cukai yang dikutip oleh kerajaan ini akan digunakan untuk pembangunan dan kemajuan negara yang pada akhirnya akan dinikmati oleh anda juga.\n\n\nJika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai \ncara isi e-Filing\n, \napa yang boleh \nclaim income tax\n dan sebagainya, anda boleh rujuk artikel-artikel kami yang lain yang berkaitan. Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan \ninsurans perubatan dan kesihatan terbaik\n bagi memaksimumkan pelepasan cukai anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nQoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n di Malaysia dengan jaminan proses yang cepat, mudah dan selamat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/deposit-rumah/", "title": "13 Perkara Berkaitan Deposit Rumah yang Anda Perlu Tahu", "body": "\n\nBerapa jumlah deposit rumah yang perlu anda sediakan sebelum beli rumah? Bagaimana nak kumpul duit dengan mudah untuk bayar \ndownpayment\n rumah? Ini merupakan antara persoalan biasa yang sering diajukan sebelum buat keputusan \nbeli rumah pertama\n. Bagi pembeli rumah pertama, proses beli rumah yang paling sukar untuk dilakukan ialah sediakan duit yang mencukupi untuk bayar deposit rumah. Masalah kekurangan wang untuk deposit rumah merupakan antara salah satu sebab yang membantutkan impian ramai orang untuk mempunyai rumah sendiri.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n7 Cara Simpan Duit Mudah untuk Bayar Deposit Rumah\n1. Kenal Pasti Keperluan atau Kehendak\n2. Tetapkan Amaun Perbelanjaan Lain\n3. Rekodkan Perbelanjaan\n4. Tetapkan Target Simpanan\n5. Rancang Hutang Kad Kredit\n6. Keluarkan KWSP Akaun 2 untuk Rumah\n7. Gunakan Dividen ASBF\nBeli Rumah Tanpa Deposit: Skim MyDeposit dan MyHome di Malaysia\n1. Skim MyDeposit\n2. Skim MyHome\n3. Skim Rent-To-Own (Sewa Beli Rumah)\nBerapa Deposit Rumah Pertama: Downpayment Rumah Subsale, Lelong dan Undercons?\n1. Deposit Rumah Lelong\n2. Deposit Rumah Subsale\n3. Deposit Rumah Undercons\n\n\n7 Cara Simpan Duit Mudah untuk Bayar Deposit Rumah\n\n\nAntara persoalan biasa yang sering menyebabkan dilema dalam kalangan pembeli rumah ialah cara nak kumpulkan duit untuk membayar deposit rumah. Artikel ini akan membincangkan cara simpan duit untuk bayar deposit rumah dengan mudah, tips \nbeli rumah\n tanpa deposit dan amaun yang anda perlukan untuk deposit rumah pertama.\n\n\nBerikut tujuh panduan cara \nsimpan duit\n yang boleh anda pertimbangkan untuk membantu anda membayar deposit atau \ndownpayment\n rumah\n.\n\n\n1. Kenal Pasti Keperluan atau Kehendak\n\n\nPerkara pertama yang anda perlu pertimbangkan ialah kenal pasti perbelanjaan bulanan anda dan perhalusi sama ada wang yang anda belanjakan setiap bulan adalah untuk memenuhi keperluan atau kehendak.\n\n\nAmbil kira komitmen tetap bulanan anda seperti\n loan\n kereta\n, \npinjaman rumah\n, \nhutang PTPTN\n dan sebagainya. Setelah itu, pertimbangkan belanja-belanja lain dan kenal pasti sama ada ia penting atau tidak.\n\n\nJika boleh, buang atau kurangkan perbelanjaan bulanan yang tidak perlu seperti bil internet yang mahal; bil elektrik, air dan telefon; langganan hiburan untuk muzik, movie dan drama; \nrokok atau vape\n dan sebagainya.\n\n\nSebagai contoh, jika rumah anda sudah dilengkapi dengan internet, anda mungkin boleh menukar pelan internet telefon kepada yang lebih murah atau membatalkan langganan siaran berbayar bagi menjimatkan wang dan mengurangkan perbelanjaan bulanan anda.\n\n\n2. Tetapkan Amaun Perbelanjaan Lain\n\n\nSelain itu, ada dalam kalangan anda yang suka membelanjakan \nwang gaji\n dengan membeli barangan yang tiada dalam senarai atau perancangan dengan alasan \u201csekali-sekala\u201d. Dalam tak sedar, ia boleh menyebabkan bajet bulanan anda terbabas.\n\n\nUntuk mengelakkan perbelanjaan sebegini, hadkan amaun untuk perbelanjaan tidak perlu ini. Sebagai contoh, tetapkan kuota untuk kategori ini maksimum RM100 sebulan. Jika anda sudah menggunakan kuota ini, anda perlu menunggu bulan seterusnya untuk membeli barangan lain yang anda perlukan.\n\n\n3. Rekodkan Perbelanjaan\n\n\nAnda juga disarankan untuk merekodkan perbelanjaan anda setiap bulan. Dengan cara ini, anda dapat kenal pasti kategori perbelanjaan yang makan duit setiap bulan, kategori yang perlu dikurangkan dan sebagainya.\n\n\nMeskipun ia kedengaran leceh, ia membantu memudahkan anda untuk merujuk dan mengenal pasti amaun yang telah anda belanjakan. Apabila anda lebih berhati-hati dalam membuat perbelanjaan, ia sekali gus dapat membantu anda mengumpul wang bagi menjelaskan bayaran deposit rumah.\n\n\nBanyak aplikasi yang anda boleh muat turun di telefon pintar anda bagi membantu merekodkan perbelanjaan harian anda. \nAplikasi e-Wallet\n misalnya mempunyai sejarah perbelanjaan yang direkodkan secara automatik. Ia sekali gus memudahkan anda untuk menyemak perbelanjaan anda sekiranya perlu.\n\n\nAnda boleh gunakan data ini untuk lihat seberapa banyak duit yang telah anda belanjakan dan merancang perbelanjaan untuk bulan-bulan seterusnya.\n\n\n4. Tetapkan \nTarget\n Simpanan\n\n\nSimpanan yang anda sedang usahakan ini semestinya bermatlamat untuk digunakan sebagai bayaran pendahuluan atau deposit rumah. Bagi memudahkan anda, tetapkan jumlah sasaran yang ingin dikumpulkan dan tempoh masa yang anda perlukan untuk kumpulkan deposit rumah ini.\n\n\nTarget\n simpanan yang tetap sebegini membantu anda merancang, kekal berada dalam landasan yang betul dan lebih berdisiplin. Katakanlah anda ingin menyimpan RM10,000 dalam masa setahun, anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM800 sebulan atau lebih bergantung pada perancangan anda.\n\n\n5. Rancang Hutang Kad Kredit\n\n\nJika anda mempunyai \nkad kredit\n, anda disarankan untuk mengawal dan merancang hutang kad kredit dengan baik. Ini kerana, hutang kad kredit merupakan penyebab utama ramai dalam kalangan \nanak muda bankrap\n.\n\n\nKebanyakan institusi kewangan mengambil kesempatan ke atas pemilik kad kredit dengan menawarkan amaun pembayaran minimum setiap bulan sekali gus memberi kelonggaran kepada pemilik untuk membayar hutang sedia ada.\n\n\nJika pemilik kad kredit tidak berdisiplin, ia boleh menyebabkan pemilik terjerat dengan hutang kad kredit yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, jika anda membayar pembelian anda dengan menggunakan kad kredit, anda disarankan untuk membayar hutang tersebut dengan segera dalam jumlah yang penuh. Ia bagi mengelakkan anda dikenakan caj pembayaran lambat atau caj pembayaran minimum.\n\n\nElakkan membuat pembelian yang tidak perlu menggunakan kad kredit atau jika anda tiada duit yang mencukupi (dalam\n akaun simpanan\n) untuk membayarnya. Ia akan memupuk tabiat pembelian yang tidak baik yang boleh memakan diri.\n\n\nJadilah pengguna kad kredit yang bijak. Sekiranya hutang kad kredit anda terlalu tinggi, ia akan menyukarkan anda untuk membuat pembayaran semula dan boleh menjejaskan potensi anda untuk membuat apa-apa pinjaman terutamanya \npinjaman perumahan\n.\n\n\n\n\n6. Keluarkan KWSP Akaun 2 untuk Rumah\n\n\nMungkin ramai dalam kalangan \npembeli rumah pertama\n yang tidak tahu bahawa anda boleh membuat pengeluaran KWSP akaun 2 untuk beli rumah sebelum usia 50 atau 55 tahun. Anda boleh semak kelayakan dan syarat pengeluaran akaun 2 bagi membantu memudahkan urusan anda.\n\n\nBagi urusan permohonan \npengeluaran akaun 2 KWSP\n, anda perlu hadir ke pejabat \nKWSP\n berhampiran anda bagi urusan pengecaman cap jari dan memastikan permohonan dibuat oleh pemilik akaun sendiri.\n\n\n7. Gunakan Dividen ASBF\n\n\nSelain itu, anda boleh sertai pelbagai \npelaburan risiko rendah\n yang ditawarkan di Malaysia antaranya ASB\n Financing\n. ASB \nFinancing\n membolehkan anda membuat pinjaman daripada bank untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputra dengan jumlah pelaburan maksimum sebanyak RM200,000.\n\n\nSekiranya anda memilih pelaburan ini, anda disarankan untuk tetapkan tempoh pelaburan yang anda inginkan tanpa membuat sebarang pengeluaran dividen. Jika dividen ASB terkumpul telah mencukupi untuk bayaran\n downpayment\n rumah, anda boleh tamatkan pembiayaan tersebut dan guna duit yang diperoleh untuk bayar deposit bagi \nbeli rumah idaman\n anda.\n\n\nSelain ASB, anda juga boleh pertimbangkan pelaburan risiko rendah lain seperti Tabung Haji, pelaburan \nTakaful\n dan sebagainya.\n\n\nBeli Rumah Tanpa Deposit: Skim MyDeposit dan MyHome di Malaysia\n\n\nSudah semestinya menjadi impian semua orang untuk memiliki rumah sendiri. Namun, realitinya \nproses beli rumah\n tidak semudah yang disangkakan dan banyak aspek yang perlu dipertimbangkan seperti lokasi rumah, kemudahan, jarak dan sebagainya.\n\n\nProses beli rumah tanpa deposit bukanlah bermaksud tidak melibatkan bayaran pendahuluan. Anda masih memerlukan tunai di tangan untuk membayar wang cagaran, baki deposit apabila menandatangani perjanjian jual beli, fi peguam serta duti setem.\n\n\nAnda bakal terima semula deposit yang telah anda bayar melalui KWSP atau margin pinjaman 100 peratus selepas proses pembelian selesai. Berikut antara skim yang boleh membantu anda membuat pemilikan rumah tanpa perlu deposit:\n\n\n1. Skim MyDeposit\n\n\nSkim MyDeposit merupakan insentif kerajaan bagi membantu bakal pembeli menyediakan deposit 10 peratus daripada harga jualan hartanah bawah RM500,000.\n\n\nPermohonan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak dan boleh dibuat secara online melalui laman web \nKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan\n.\n\n\nMelalui skim MyDeposit, kerajaan akan membayar deposit bagi pihak anda dan melakukan pemantauan projek dari semasa ke semasa.\n\n\n2. Skim MyHome\n\n\nBagi Skim MyHome pula, ia menyasarkan golongan berpendapatan rendah dan membantu menyediakan perumahan kos rendah mampu milik bagi individu yang ingin beli rumah pertama di Malaysia.\n\n\nSkim MyHome ini membolehkan bakal pembeli untuk tidak membayar deposit 10 peratus yang biasanya perlu dijelaskan semasa beli rumah di Malaysia kerana telah ditanggung atau disubsidikan oleh kerajaan.\n\n\nMeskipun begitu, berdasarkan laman web rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), permohonan skim ini sudah ditutup mulai November 2020.\n\n\n3. Skim Rent-To-Own (Sewa Beli Rumah)\n\n\nSelain skim deposit, ada juga skim sewa beli rumah yang diperkenalkan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki hartanah sendiri. Ia membolehkan anda menyewa rumah terlebih dahulu dalam tempoh masa tertentu, dengan pilihan untuk membelinya kelak pada harga yang ditetapkan.\n\n\nJadi anda tak perlu bayar \ndownpayment \nrumah. Secara asasnya, sewa bulanan adalah lebih tinggi daripada harga pasaran. Ini kerana, sebahagian daripada bayaran bulanan dimasukkan ke dalam tabung untuk membeli rumah. Skim ini sesuai bagi anda yang tidak mempunyai simpanan untuk membayar deposit rumah.\n\n\nBerapa Deposit Rumah Pertama: \nDownpayment\n Rumah Subsale, Lelong dan \nUndercons\n?\n\n\nBerapa deposit rumah pertama? Seperti yang diketahui, kebanyakan bank hanya membenarkan margin pinjaman sebanyak 90 peratus daripada keseluruhan harga rumah. Ini bermakna, anda perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membayar deposit 10 peratus daripada harga rumah.\n\n\nSebagai contoh, jumlah deposit yang perlu dibayar jika beli rumah pertama berharga RM500,000 ialah 10 peratus atau kira-kira RM50,000. Bagi rumah ketiga dan seterusnya, kadar margin pembiayaan ialah sekitar 70 peratus dengan kadar \ndownpayment\n sebanyak 30 peratus.\n\n\n\n\n1. Deposit Rumah Lelong\n\n\nBagi \nrumah lelong\n, tiada kompromi untuk \ndownpayment\n rumah lelong, kadar deposit biasanya ditetapkan 10 peratus. Malah, jika gagal dapatkan pembiayaan atau selesaikan bayaran penuh, besar kemungkinan bayaran \ndownpayment\n hangus begitu sahaja.\n\n\nBagi rumah lelong, anda mungkin memerlukan tambahan modal tunai lain untuk menampung kos guaman, pindah milik, tunggakan, pembaikan dan lain-lain bergantung kepada rumah yang dibida.\n\n\n2. Deposit Rumah \nSubsale\n\n\nKadar \ndownpayment\n untuk \nrumah \nsubsale\n adalah sama seperti rumah lelong iaitu 10 peratus jika margin pembiayaan 90 peratus. Biasanya, bayaran \ndownpayment\n 3.18 peratus dikenakan semasa \nbooking\n, diikuti dengan 6.82 peratus semasa tandatangan perjanjian jual beli.\n\n\nMeskipun begitu, kadar \ndownpayment\n biasanya bergantung kepada situasi tertentu. Ada sesetengah tuan rumah yang memulangkan semula sebahagian \ndownpayment\n rumah (selepas\n full disbursement\n) sebagai diskaun kepada pembeli.\n\n\n3. Deposit Rumah \nUndercons\n\n\nRumah dalam pembinaan biasanya menawarkan banyak rebat dan diskaun. Ia mengamalkan konsep yang sama seperti rumah \nsubsale\n. Namun berbeza dengan diskaun rumah\n subsale\n yang diterima daripada pemilik asal, diskaun dan rebat ini diterima secara terus daripada pemaju biasanya sekitar sembilan peratus bergantung pada pemaju. Ini bermaksud, anda mungkin membayar satu peratus sahaja untuk deposit rumah.\n\n\nSemoga perkongsian tentang deposit rumah ini boleh membantu anda merancang simpanan untuk beli kediaman pertama anda. Selain itu, anda juga boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut berkaitan \ninsurans rumah\n. Qoala merupakan \nplatform beli insurans\n yang mudah, telus dan pantas dengan tawaran harga yang kompetitif dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/deposit-tetap/", "title": "Adakah Anda Patut Buka Simpanan Deposit Tetap?", "body": "\n\nDeposit tetap atau turut dikenali sebagai \nsimpanan tetap\n merupakan sejenis akaun bank yang membolehkan anda melakukan simpanan untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan sama ada tiga bulan, enam bulan atau 12 bulan bergantung pada keperluan anda. Secara asasnya, anda bersetuju untuk tidak mengusik atau mengeluarkan dana tersebut untuk jangka masa tertentu dan anda akan menerima satu kadar tetap daripada bank apabila tempoh itu matang sebagai pulangan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n5 Sebab Kenapa Anda Perlu Melabur dalam Deposit Tetap\n1. Akses Wang Lebih Mudah\n2. Tidak Memerlukan Pengetahuan yang Mendalam\n3. Kadar Pulangan Lebih Baik\n4. Keuntungan Deposit Tetap Dijamin\n5. Pelaburan Dilindungi\n\n\n5 Sebab Kenapa Anda Perlu Melabur dalam Deposit Tetap\n\n\nPelaburan deposit tetap atau \nfixed deposit\n boleh digunakan untuk tujuan kecemasan atau objektif jangka pendek seperti \nbayar deposit beli rumah\n, \nkos pendidikan\n dan sebagainya. Simpanan wang deposit tetap secara amnya kurang sesuai untuk pelaburan jangka panjang. Sekiranya anda ingin kembangkan dana untuk jangka masa panjang, anda disarankan untuk menyimpan dalam instrumen kewangan lain seperti \nUnit Amanah Saham\n atau \nKumpulan Wang Simpanan Pekerja\n (KWSP).\n\n\n1. Akses Wang Lebih Mudah\n\n\nPelaburan dalam deposit tetap menawarkan banyak kelebihan. Antara kelebihan melabur dalam deposit tetap ialah anda boleh mengakses wang anda dengan lebih mudah berbanding produk pelaburan lain pada bila-bila masa. Ini kerana, simpanan deposit tetap lebih mudah untuk dicairkan. Ini bermaksud, wang anda boleh dikeluarkan dengan cepat jika ada kes kecemasan seperti \nkereta rosak tiba-tiba\n dan memerlukan belanja untuk pembaikan.\n\n\nMeskipun begitu, anda perlu sedar akan perkara ini \u2013 jika anda keluarkan wang simpanan anda lebih awal atau sebelum tempoh matang, anda mungkin akan hilang sebahagian atau kesemua faedah yang sepatutnya anda terima. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk ketahui dan fahami syarat-syarat pengeluaran untuk mengelakkan anda daripada mengalami kerugian akibat kehilangan faedah.\n\n\nBahagikan Simpanan Deposit Tetap kepada Beberapa Akaun Lebih Kecil\n\n\nSekiranya anda ingin melabur wang simpanan anda dalam deposit tetap, pertimbangkan untuk bahagikannya kepada beberapa akaun yang lebih kecil. Sebagai contoh, jika anda ingin menyimpan sebanyak RM10,000 untuk tempoh enam bulan, anda boleh menyimpan RM2,000 dalam lima akaun yang berbeza.\n\n\nDengan cara ini, anda boleh selamatkan pulangan atau faedah baki simpanan anda dalam empat akaun lain jika anda membuat keputusan untuk keluarkan sebahagian daripada \nwang simpanan\n untuk tujuan kecemasan.\n\n\n2. Tidak Memerlukan Pengetahuan yang Mendalam\n\n\nMeskipun anda tidak mempunyai pengetahuan kewangan asas, anda masih boleh melabur dalam deposit tetap. Ini kerana, pelaburan deposit tetap membolehkan anda menikmati pulangan modal yang dijamin. Namun berbeza dengan \npelaburan saham\n atau unit amanah, anda perlu memiliki ilmu dan pengetahuan mencukupi selain perlu buat kajian teliti bagi mengenal pasti prospek yang memberikan keuntungan maksimum. Jika tersilap langkah, anda mungkin mengalami kerugian.\n\n\n3. Kadar Pulangan Lebih Baik\n\n\nJika dibandingkan pulangan deposit tetap dengan pulangan akaun simpanan biasa, deposit tetap menjanjikan kadar pulangan yang lebih tinggi. Namun begitu, ia tertakluk pada situasi dan syarat-syarat tertentu. Anda perlu biarkan wang tersebut tanpa diusik mengikut tempoh masa yang telah dipersetujui bagi memaksimumkan pulangan. Jika anda ambil keputusan untuk keluarkan simpanan anda sebelum tempoh matang, anda boleh mengalami kehilangan faedah.\n\n\nOleh sebab itu, anda disarankan untuk menetapkan tempoh pelaburan bergantung kepada kesesuaian dan kemungkinan anda akan menggunakan duit simpanan dalam tempoh tersebut. Dalam erti kata lain, pilih tempoh pelaburan yang anda yakin anda tidak perlu mengeluarkan wang simpanan tersebut lebih awal.\n\n\nBeza Akaun Simpanan vs Akaun Simpanan Tetap\n\n\nSecara asasnya, akaun simpanan tetap adalah sama seperti akaun simpanan biasa \u2013 kedua-duanya merupakan \npelaburan risiko rendah\n. Namun begitu, perbezaan paling utama antara kedua-dua simpanan ini ialah kadar faedah. Akaun \nfixed deposit\n menawarkan kadar faedah tahunan yang lebih tinggi biasanya sekitar 1.4 peratus hingga 2.4 peratus. Manakala, akaun simpanan biasa pula menawarkan kadar faedah tahunan antara 0.2 peratus hingga 1.5 peratus.\n\n\nMeskipun begitu, ada sesetengah akaun simpanan yang menawarkan kadar faedah yang sama (atau lebih tinggi) berbanding akaun \nfixed deposit\n dengan syarat anda perlu menyimpan amaun simpanan yang tinggi, menggunakan akaun anda untuk pembayaran bil tertentu atau membayar jumlah minimum menggunakan \nkad kredit\n atau debit setiap bulan. Anda boleh rujuk bank anda untuk info lanjut.\n\n\n4. Keuntungan Deposit Tetap Dijamin\n\n\nSekiranya anda seorang yang memiliki tahap toleransi risiko yang rendah atau inginkan pulangan hasil yang pasti, deposit tetap merupakan antara pilihan pelaburan yang tepat untuk anda. Ini kerana, anda tidak perlu takut mengalami kerugian atau risau akan sebarang risiko pelaburan. Anda dari awal-awal lagi boleh ketahui anggaran jumlah pulangan yang anda bakal terima bergantung pada jangka masa pelaburan yang anda pilih. Pihak bank biasanya mempamerkan struktur kadar faedah yang diterima di laman web mereka.\n\n\nBiasanya, kadar faedah yang dinyatakan ditulis berdasarkan pengiraan faedah secara tahunan (% setahun). Ini bermaksud, anda perlu bahagikan dengan 12 dan darab dengan bilangan bulan wang anda dilaburkan untuk ketahui anggaran pulangan yang mungkin diterima. Meskipun jumlah pulangan yang diterima mungkin lebih rendah daripada hasil pelaburan dalam pasaran saham, tetapi sekurang-kurangnya keuntungan adalah terjamin dan anda tidak perlu ragu-ragu dengan sebarang risiko kerugian atau sebagainya.\n\n\n5. Pelaburan Dilindungi\n\n\nSelain itu, simpanan dalam deposit tetap atau \nfixed deposit\n merupakan pelaburan bebas risiko. Ini bermaksud, modal yang anda laburkan dijamin oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000. PIDM ialah sebuah pertubuhan kerajaan yang akan membuat bayaran balik kepada pendeposit sekiranya bank tidak mampu membuat bayaran balik.\n\n\nOleh sebab itu, sekiranya anda ingin memasukkan wang lebih daripada RM250,000 dalam deposit tetap, anda disarankan untuk buka akaun deposit tetap daripada bank yang berlainan. Ini kerana, setiap satu akaun bank tersebut layak mendapat perlindungan sehingga RM250,000. Dengan cara ini, ia dapat mengurangkan risiko anda kehilangan wang anda sekiranya bank menjadi muflis atau tidak berupaya membuat pembayaran kepada pendeposit.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda merancang untuk mendapatkan \ninsurans kereta terbaik\n di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah, anda boleh layari laman web Qoala, platform\n insurans kereta murah di Malaysia\n untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/dividen-kwsp/", "title": "Dividen KWSP 2022: Dividen Konvensional 5.35 Peratus, Syariah 4.75 Peratus", "body": "\n\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja hari ini mengumumkan dividen KWSP sebanyak 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2022.\n\n\nKadar dividen KWSP ini lebih rendah berbanding tahun 2021, 6.10 peratus direkodkan untuk Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah.\n\n\nKredit: @kwspmalaysia\n\n\nKredit: @kwspmalaysia\n\n\nPengagihan dividen KWSP ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada taklimat sesi kewangan KWSP dengan jumlah\n agihan\n sebanyak RM51.14 bilion \u2013 RM45.44 untuk Simpanan Konvensional dan RM5.7 bilion untuk Simpanan Syariah.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n4 Perkara Wajib Tahu Tentang Simpanan KWSP\n1. Selain Caruman Pekerja, Ada Caruman Majikan\n2. Kadar Caruman Fleksibel, Boleh Tambah Jumlah Sumbangan\n3. Pengeluaran KWSP Akaun 2 Boleh Dilakukan\n4. Selain Dividen KWSP, Banyak Kelebihan Lain\n\n\n4 Perkara Wajib Tahu Tentang Simpanan KWSP\n\n\nApa itu KWSP? Secara amnya, \nKumpulan Wang Simpanan Pekerja\n atau KWSP merupakan skim perancangan persaraan yang dilancarkan kerajaan pada 1991, bertujuan untuk membantu pekerja menyimpan untuk kegunaan hari tua. Ia merupakan salah satu \npelaburan risiko rendah\n dan selamat dengan jaminan dividen tahunan sebanyak 2.5 peratus (biasanya kadar dividen KWSP diumumkan pada kadar yang lebih tinggi). Selain skim pencen, berikut 4 perkara tentang simpanan KWSP yang boleh membantu anda memahami skim persaraan ini:\n\n\n1. Selain Caruman Pekerja, Ada Caruman Majikan\n\n\nSyarikat di Malaysia diwajibkan untuk menyumbang sekurang-kurangnya 13 peratus daripada gaji kasar anda (jika gaji anda kurang daripada RM5,000) atau 12 peratus (jika gaji anda lebih daripada RM5,000). Ini bermaksud, selain kadar caruman pekerja (sama ada 11 peratus atau sembilan peratus), anda mendapat tambahan sebanyak 13 atau 12 peratus daripada majikan. Jadi, makin bertambah banyaklah \nduit pencen\n anda.\n\n\n2. Kadar Caruman Fleksibel, Boleh Tambah Jumlah Sumbangan\n\n\nMeskipun kerajaan telah menetapkan pengurangkan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 peratus kepada sembilan peratus sehingga Jun 2022, anda boleh memilih untuk menambah jumlah sumbangan pada kadar yang lebih tinggi. Dalam erti kata lain, anda boleh menyumbang seberapa banyak yang anda inginkan atau lebih tinggi daripada kadar caruman minimum yang ditetapkan setiap bulan. Meskipun begitu, anda perlu pertimbangkan dua risiko berikut:\n\n\n\n\nPerbelanjaan bulanan anda yang mungkin terjejas, lebih-lebih lagi jika anda tidak mempunyai sumber pendapatan sampingan yang lain. Anda mungkin menghadapi masalah kekurangan wang untuk perbelanjaan harian;\n\n\nPilihan untuk melabur sebahagian besar daripada gaji kepada satu ekuiti sahaja terdedah kepada risiko pelaburan yang besar. Anda boleh pertimbangkan pelaburan risiko rendah di Malaysia yang lain seperti \nTabung Haji\n, \nAmanah Saham Bumiputera\n dan sebagainya.\n\n\n\n\n3. Pengeluaran KWSP Akaun 2 Boleh Dilakukan\n\n\nSelain pengeluaran wajib semasa anda berumur 55 tahun, anda juga boleh keluarkan sebahagian daripada wang simpanan anda melalui Akaun 2 KWSP bergantung pada syarat-syarat tertentu.\n\n\nPengeluaran Akaun 2 KWSP untuk Peribadi\n\n\nUntuk memudahkan ahli, KWSP juga turut membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu selari dengan polisi KWSP sedia ada. Berikut antara pengeluaran yang boleh anda lakukan daripada Akaun 2 untuk tujuan peribadi:\n\n\ni. Pengeluaran Sebahagian\n\n\nBerikut merupakan senarai pengeluaran sebahagian untuk rujukan anda:\n\n\n\n\nMenunaikan haji \u2013 maksimum amaun RM3,000;\n\n\nKesihatan, kos perubatan;\n\n\nUmur 50 \u2013 pengeluaran sebahagian atau semua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50;\n\n\nPengeluaran KWSP Akaun 2 untuk rumah \u2013 bina/\nbeli rumah pertama\n atau bina/beli rumah kedua;\n\n\nPembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak;\n\n\nBayaran ansuran bulanan \npinjaman perumahan\n;\n\n\nPengeluaran simpanan melebihi RM1 juta;\n\n\nPengeluaran untuk mengurangkan/menyelesaikan baki pinjaman perumahan.\n\n\n\n\nii. Pengeluaran Penuh\n\n\nBerikut pula merupakan senarai pengeluaran penuh untuk rujukan anda:\n\n\n\n\nUmur 55 \u2013 Anda boleh mengeluarkan semua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.\n\n\nUmur 60 \u2013 Pengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun, anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa;\n\n\nHilang upaya secara fizikal atau mental;\n\n\nMeninggalkan negara \u2013 warganegara/penduduk tetap (PR) atau bukan warganegara;\n\n\nAhli yang berkhidmat di sektor awam berstatus pekerja pencen;\n\n\nApabila ahli meninggal dunia.\n\n\n\n\n\n\n4. Selain Dividen KWSP, Banyak Kelebihan Lain\n\n\nSelain dividen, ahli yang menyimpan di KWSP juga tertakluk kepada kelebihan dan manfaat tertentu seperti berikut:\n\n\n1. Dividen KWSP\n\n\nKadar minimum yang dijamin oleh kerajaan sebanyak 2.5 peratus. Meskipun kedengaran agak rendah, kadar dividen KWSP yang diumumkan beberapa tahun kebelakangan ini berada pada paras yang sihat iaitu sekitar lima hingga enam peratus.\n\n\ni. Cara \nCheck\n Dividen KWSP\n\n\nUntuk makluman anda, semakan dividen KWSP 2021 hanya boleh dibuat mulai 6 Mac 2022. Bagi anda yang mungkin tidak tahu, berikut merupakan langkah untuk membuat semakan dividen secara \nonline\n melalui i-Akaun:\n\n\n\n\nLayari www.kwsp.gov.my;\n\n\nLog masuk akaun i-Akaun;\n\n\nKemudian, masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan;\n\n\nKlik \nView Details\n di bahagian menu \nDividend;\n\n\nPerincian dividen tahun semasa akan dipaparkan untuk semakan anda.\n\n\n\n\nBagi membolehkan anda semak dividen melalui i-Akaun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan ini. Berikut merupakan cara daftar KWSP \nonline\n untuk rujukan anda:\n\n\nii. Cara Daftar i-Akaun KWSP Tanpa ke Kaunter\n\n\nCara daftar i-Akaun KWSP tanpa ke kaunter sangatlah mudah. Meskipun begitu, pastikan anda mematuhi syarat pendaftaran berikut untuk mudahkan proses permohonan anda.\n\n\nSyarat Pendaftaran\n\n\nUntuk melayakkan diri mendaftar i-Akaun KWSP, anda perlu memenuhi empat kriteria seperti berikut:\n\n\n\n\nAnda merupakan seorang pencarum KWSP;\n\n\nAnda memiliki nombor ahli KWSP yang sah;\n\n\nMemiliki nombor telefon yang aktif \u2013 untuk memudahkan penghantaran kata laluan sementara atau nombor TAC ke telefon bimbit;\n\n\nMajikan memiliki nombor KWSP yang sah.\n\n\n\n\nDaftar i-Akaun Secara Online\n\n\nSetelah terima kata laluan sementara melalui SMS, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nLayari laman web i-Akaun KWSP di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login;\n\n\nMasukkan No Ahli pada ruangan ID Pengguna, kemudian klik Seterusnya;\n\n\nIsikan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk;\n\n\nBaca terma dan syarat yang dipaparkan. Tandakan kotak sekiranya bersetuju dan klik Seterusnya;\n\n\nCipta ID Pengguna yang baharu \u2013 gabungan nombor dan abjad pilihan anda (contoh: Qoala25);\n\n\nID Pengguna hanya boleh ditukar sekali sahaja semasa proses pengaktifan;\n\n\nCipta kata laluan yang baharu \u2013 gabungan nombor dan abjad pilihan anda (contoh: Qoala1n5uran5)\n\n\nPilih Imej Keselamatan, masukkan Frasa Rahsia dengan panjang maksimum 10 aksara;\n\n\nKemudian, klik Seterusnya;\n\n\nSkrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan;\n\n\nLog masuk menggunakan ID dan Kata Laluan baharu.\n\n\n\n\n2. Ketidakupayaan, Kematian\n\n\nSekiranya ahli didapati tidak mampu untuk bekerja atau meninggal dunia, penama atau waris akan menerima bayaran ihsan daripada KWSP. Wang ihsan ini bukan diambil daripada dana ahli, tetapi diambil daripada perbadanan KWSP untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga iaitu sebanyak RM5,000 untuk hilang upaya dan RM2,500 untuk kematian (tertakluk pada syarat-syarat KWSP)\n\n\n3. Pengecualian Cukai Pendapatan\n\n\nSelain itu, caruman KWSP bagi kakitangan awam yang tidak berpencen atau kakitangan swasta juga tertakluk pada \npengecualian cukai.\n Ahli layak untuk menuntut pelepasan cukai sehingga RM4,000 bagi caruman KWSP atau skim lain yang diluluskan iaitu caruman sendiri dan tidak termasuk caruman majikan.\n\n\nSemoga perkongsian mengenai dividen KWSP dan info penting berkaitan \nsimpanan persaraan\n KWSP ini boleh membantu anda merancang simpanan anda untuk kegunaan semasa hari tua. Selain itu, jika anda mempertimbangkan untuk mendapatkan\n insurans kereta\n untuk kereta anda, layari laman web Qoala, platform \ninsurans terbaik di Malaysia\n untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/duit-kwsp/", "title": "Duit KWSP: Antara Banjir, Pandemik dan Hari Tua", "body": "\n\nDuit \nKWSP\n atau duit daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu individu menyimpan wang bagi mengharungi hari-hari tua di mana majoriti tidak mampu lagi bekerja pada waktu itu.\u00a0\n\n\nDuit KWSP adalah duit yang disumbang oleh pencarum (pekerja) dan juga \nmajikan\n sebanyak jumlah yang tertentu. Pada usia 50 tahun, warganegara Malaysia dan penduduk tetap dibenarkan mengeluarkan sehingga 30% simpanan mereka, dan pada umur 55 tahun mereka boleh mengeluarkan \nsimpanan\n mereka sepenuhnya. Pengeluaran penuh duit KWSP juga boleh dibuat sekiranya anggota KWSP bermigrasi atau kehilangan upaya.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nDuit KWSP Di Kala Pandemik\u00a0\nBanjir Teruk Yang Melanda Hampir Seluruh Negara\nDuit KWSP: Kerajaan dah bagi bantuan kewangan, tiada i-Citra RM10,000, kata PM\n\u2018Hanya tinggalkan RM100\u2019 \u2013 30 peratus ahli KWSP keluarkan hampir semua simpanan Akaun 1\nKesimpulan\n\n\nDuit KWSP Di Kala Pandemik\u00a0\n\n\nUmum sedia maklum bahawa KWSP membenarkan pencarumnya untuk membuat pengeluaran duit KWSP dari Akaun 1 melalui i-Sinar pada Januari 2021 yang lepas. Kebenaran pengeluaran duit KWSP itu dihadkan kepada maksimum RM60, 000.\u00a0\n\n\nMotif utama kebenaran ini diberikan adalah bagi membantu individu-individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Menurut akhbar Berita Harian, lebih 800,000 hilang mata pencarian sejak wabak Covid-19 melanda dunia.\u00a0\n\n\nMelalui inisiatif ini, sebanyak \nRM52.48 billion\n duit KWSP telah dikreditkan kepada akaun pencarum.\u00a0\n\n\nWujud pelbagai respons apabila kebenaran ini diumumkan. Ada yang positif dan ada juga yang negatif.\u00a0\n\n\nRamai pakar merasakan pengeluaran duit KWSP Akaun 1 ni patut jadi pilihan yang last sekali \u2013 salah sorangnya adalah Desmond Chong Kok Fei, naib presiden Majlis Perancangan Kewangan Malaysia. Beliau berpendapat pengeluaran ini sama seperti \nmoratorium\n \npinjaman\n, iaitu penyelesaian sementara sahaja.\n\n\n\u201cSekiranya ia tidak dapat diselesaikan walaupun setelah enam bulan, apa yang membuat seseorang berfikir bahawa mereka dapat menyelesaikan masalah pendapatan mereka dengan mengeluarkan dana dari Akaun 1?\u201d\n\n\nNamun, bagaimana pula dengan kelangsungan hidup sebelum hari tua?\u00a0\n\n\nAda yang berpendapat, jika tiada inisiatif seperti i-Sinar ini, mungkin mereka tidak sempat merasai menempuh hari tua kerana sudah hilang mata pencarian.\n\n\nTidak cukup dengan i-Sinar, i-Citra pula diperkenalkan.\u00a0\n\n\nSama motifnya dengan i-Sinar, i-Citra diwujudkan bagi membantu individu-individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang berlaku.\u00a0\n\n\nAmaun pengeluaran yang boleh dikeluarkan adalah:\n\n\n\n\nSehingga maksimum RM5,000\n\n\nBayaran bulanan akan dibuat sehingga 5 bulan\n\n\nBayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan\n\n\nBayaran minimum adalah RM50\n\n\nMeninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1\n\n\nAmaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)\n\n\n\n\nSehubungan inisiatif ini, KWSP meluluskan sebanyak 4.98 juta permohonan i-Citra melibatkan amaun pengeluaran berjumlah RM20.58 billion.\u00a0\n\n\nJika dilihatkan kepada amaun keseluruhan duit KWSP yang dikeluarkan, tak mustahil ramai pencarum KWSP hanya tinggal baki yang sikit dalam akaun KWSP masing-masing.\u00a0\n\n\n\n\nBanjir Teruk Yang Melanda Hampir Seluruh Negara\n\n\nSeperti yang diduga, setiap hujung tahun beberapa negeri di Malaysia seperti Kelantan, Terengganu pasti akan dilanda bencana banjir.\u00a0\n\n\nTapi, apa yang mengejutkan pada tahun 2021 ini, beberapa daerah Selangor dan Kuala Lumpur turut ditimpa musibah ini dalam keadaan yang tidak bersedia. Tempat tinggal, \nkenderaan\n dan juga nyawa hilang begitu sahaja dalam tempoh yang amat singkat disebabkan bencana ini.\u00a0\n\n\nBukan itu sahaja, hasil tanaman dan ternakan musnah disebabkan banjir teruk yang melanda.\u00a0\n\n\nBerikutan dengan banjir yang melanda, ramai buntu untuk mencari wang bagi membaiki tempat tinggal dan juga kerugian yang dihadapi apabila tempat mencari rezeki lenyap ditenggelami air banjir.\n\n\nSehubungan itu, kerajaan tampil memberi bantuan kewangan bayaran bantuan banjir Rm1000 one off kepada isi rumah yang terjejas kerana jadi mangsa banjir seperti di Kuala Lumpur hulu langat klang Shah Alam Selangor Perak Pahang Kelantan dan Terengganu.\n\n\nMangsa tidak perlu sama sekali mengisi borang permohonan bantuan banjir dan pembayaran bantuan 1000 akan diuruskan nama berdasar senarai nama penerima yang diserahkan oleh Pejabat Daerah atau PBT masing-masing.\u00a0\n\n\nWalau bagaimanapun, timbul persoalan adakah cukup bantuan kewangan secara one-off yang diberikan?\u00a0\n\n\n\u201cSekarang ini memang serabut sangat nak fikir. \nRumah\n rosak. \nKenderaan\n habis. Nak kena beli balik perabot dan barang elektrik serta buat wiring rumah lagi. Risau juga yang terendam lama ini bahaya.\n\n\n\u201cIni simen semua terkeluar. Banyak benda nak baiki. Tak berada di tempat kami, tak rasalah betapa susahnya mangsa banjir sekarang ini.\n\n\n\u201cMana kami nak \u2018cekau\u2019 duit. Nak keluar duit sendiri pun susah. Kena pinjam sana sini pula.\u201d\n\n\nBerikut adalah rintihan seorang mangsa banjir yang berada di Shah Alam. Shah Alam adalah satu daerah yang sangat terjejas dengan banjir.\u00a0\n\n\n\u201cInilah kali pertama penduduk di kawasan ini berdepan bencana banjir, saya sendiri tak menjangka akan menjadi mangsa selepas lebih 32 tahun tinggal di sini,\u201d kata Badarudin Dawam.\n\n\nBekas nazir Masjid Al Ehsan Seksyen 24 Shah Alam itu antara ratusan mangsa yang dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam selepas kawasan perumahan di situ, dinaiki air sejak awal pagi tadi.\n\n\nKatanya, bencana itu mengundang panik kerana kawasan itu tidak pernah ditenggelami air sebelum ini.\n\n\n\u201cIa pengalaman pertama kepada rata-rata penduduk di sini. Kawasan Seksyen 24 ini tidak pernah banjir dan inilah yang paling teruk.\n\n\n\u201cMujur paras air tidak terlalu tinggi dan penduduk dipindahkan ke sekolah segera untuk keselamatan,\u201d katanya.\n\n\nRata-rata memberi pendapat dan mendesak kerajaan untuk membenarkan pengeluaran duit KWSP i-Citra bagi melangsungkan kehidupan. Ia mengambil kira jumlah kerugian untuk membaiki kereta rosak akibat dimasuki air secara purata RM4,000 dan ada yang mencecah belasan ribu.\n\n\nIni tidak termasuk dengan kerosakan rumah yang lain seperti \nrumah\n, perkakas elektrik, perabot dan pelbagai keperluan yang lain untuk memulakan kehidupan baharu.\n\n\nHakikatnya, bantuan wang ihsan yang dijanjikan untuk mangsa banjir dikatakan tidak mencukupi.\n\n\nDuit KWSP: Kerajaan dah bagi bantuan kewangan, tiada i-Citra RM10,000, kata PM\n\n\nKerajaan tidak bercadang membenarkan pengeluaran duit KWSP i-Citra RM10,000 sekali lagi walaupun didesak beberapa pemimpin politik selepas rakyat berdepan bencana banjir.\n\n\nPerdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan kerajaan sudah menyediakan bantuan kewangan kepada syarikat dan individu bagi meringankan beban mereka yang terjejas.\n\n\n\u201cKalau beri alasan nak buka perniagaan baru kerana terjejas banjir, TEKUN sudah tawar RM10,000, pinjaman mudah tanpa faedah dan \nmoratorium\n tak perlu bayar setahun.\n\n\n\u201cBank seperti BSN juga akan beri pinjaman RM10,000 secara pinjaman persendirian untuk beli barangan keperluan asas rumah dengan tanpa faedah dan enam bulan moratorium,\u201d katanya.\n\n\n\u2018Hanya tinggalkan RM100\u2019 \u2013 30 peratus ahli KWSP keluarkan hampir semua simpanan Akaun 1\n\n\nHampir 30 peratus daripada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan wang simpanan persaraan mereka di dalam Akaun 1 ketika pandemik COVID-19 melanda negara sejak Mac tahun lalu.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutifnya memaklumkan ini di sebalik kejayaan Kumpulan Wang Simpanan \nPekerja\n (KWSP) memberikan dividen yang agak tinggi kepada ahli-ahlinya meskipun berdepan pelbagai cabaran pada tahun 2020.\n\n\n\u201cKita dapati banyak simpanan ahli telah menurun, kita percaya lebih kurang 30 peratus daripada mereka telah keluarkan hampir kesemua wang persaraan mereka di dalam Akaun 1. Mereka cuma terpaksa tinggalkan RM100 di dalam akaun sebagai syarat.\n\n\n\u201cKita jangka 60 peratus ahli pula akan menggunakan wang daripada Akaun 2. Akaun ini adalah untuk memudahkan ahli untuk membeli rumah, bil perubatan dan pendidikan serta meningkatkan skil mereka.\n\n\nBadan KWSP juga menzahirkan rasa bimbang ramai individu yang tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk kegunaan hari tua.\u00a0\n\n\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) gusar mengenai risiko majoriti pencarum berkemungkinan menjalani hari tua dalam kemiskinan kerana pengeluaran akibat Covid-19 memburukkan keadaan menyebabkan jumlah simpanan mereka tidak mencukupi.\n\n\nPengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, perkara ini bukan hanya memudaratkan kehidupan individu, tetapi landskap sosioekonomi negara dan fiskal kesihatannya juga mencabar.\n\n\nBeliau berkata, pada masa ini 48 peratus pencarum KWSP di bawah 55 tahun mempunyai simpanan KWSP pada tahap kritikal.\n\n\nKatanya, ini peningkatan 28 peratus ahli KWSP yang mempunyai simpanan duit KWSP amat kritikal berbanding sebelum pandemik.\n\n\nSehingga 31 Oktober lalu, sejumlah RM101.1 bilion duit KWSP dikeluarkan di bawah skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.\n\n\nIa adalah 22 peratus daripada program rangsangan kerajaan berjumlah RM530 bilion bagi membantu rakyat Malaysia secara keseluruhan.\n\n\nBerkaitan isu kecukupan, Ahmad Badri berkata, perlindungan sosial adalah hak asasi manusia untuk semua, yang merangkumi semua bentuk pekerjaan, sama ada sektor formal atau tidak.\n\n\n\u201cSecara kasarnya, hanya tiga daripada 10 orang dewasa di Malaysia dilindungi perlindungan sosial seperti skim pencen kerajaan dan perlindungan KWSP.\n\n\n\u201cKami melihat hanya 7.5 juta daripada 23.5 juta populasi pada usia bekerja pada ketika ini menetap di negara ini.\n\n\n\u201cPandemik ini juga telah merubah landskap pekerjaan ke arah tidak formal. Peningkatan dalam golongan bekerja sendiri dan tidak formal dijangka akan meningkat daripada 5.7 juta masa ini kepada 8.8 juta pada tahun 2040,\u201d katanya.\n\n\nDalam menangani kecukupan simpanan dan pendapatan persaraan, beliau berkata, negara memerlukan penyelesaian yang meluas, meliputi program jaringan keselamatan berkesan, sistem perlindungan kitaran hayat sosial komprehensif, dasar pasaran buruh dan \ngaji\n teguh, pertumbuhan ekonomi mampan, kemahiran semula dan peningkatan kemahiran tenaga buruh, selain dasar menggalakkan automasi dan pendigitalan bagi meningkatkan produktiviti.\n\n\n\u201cDalam konteks ini, KWSP ingin menyumbang untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Kami amat menyokong inisiatif Bajet 2022 kerajaan bagi menambah program i-Saraan dengan memasukkan mereka yang berusia 55 ke 60 tahun.\n\n\nKesimpulan\n\n\nIsu ini mewujudkan satu dilema terhadap kerajaan yang komited untuk membantu rakyat dengan membenarkan pengelua\u00adran KWSP mereka, namun dalam masa sama enggan membiarkan rakyat sengsara ketika hari persaraan susulan ketiadaan wang simpanan untuk digunakan.\n\n\nBagi rakyat pula, meskipun sedar akan keadaan yang bakal menanti mereka ketika tempoh persaraan nanti, mereka tiada pilihan selain terpaksa mengeluarkan wang tersebut untuk digunakan pada hari ini bagi membantu \u2018melepaskan\u2019 diri daripada belenggu hutang-piutang serta segala jenis perbelanjaan ketika waktu sukar ini.\n\n\nIa sekaligus menimbulkan satu konflik antara rakyat dengan kerajaan yang diibaratkan seperti ditelan mati emak, diluah mati bapa.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/duit-raya-ewallet/", "title": "5 Cara Alternatif Bagi Duit Raya\u00a0(eWallet)", "body": "\n\nHari Lebaran kian menjelang tiba. Setelah dua tahun tidak menyambut raya bersama sanak saudara, rakyat Malaysia kini boleh menyambut perayaan dengan meriah seperti dulu kala. Sebut saja pasal raya, pasti insan yang paling gembira adalah kanak-kanak. Mana tidaknya, hari raya umpama bonus tahunan kerana banyak\n duit raya \nyang diterima apabila menziarahi sanak saudara.\u00a0\n\n\nSelain dari itu, kelebihan memberi duit raya di hari raya turut mampu memberi kegembiraan hati kepada si penerima duit raya malah makin bertambah eratlah hubungan silaturahim di antara sesama umat Islam.\n\n\nDengan memberi, ia mampu melapangkan jiwa. Bahkan dalam agama Islam ada menyebut, semakin banyak seseorang itu memberi, semakin luas pintu rezeki untuknya.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n5 Cara Digital Beri Duit Raya\nTouch \u2018n Go e-Wallet\nBoost\nMaybank MAE\nGrabPay\u00a0\nShopee Pay\nKesimpulan\n\n\n5 Cara Digital Beri Duit Raya\n\n\nZaman sekarang cara pemberian pun dah moden dan \ncashless\n. Kini anda tidak perlu lagi tertanya-tanya \nbila perlu tukar duit raya\n atau nak ketahui\n cara tukar duit raya di Maybank\n misalnya. Selain tunai, ada banyak lagi cara untuk anda berikan duit raya. Kali ini, Qoala akan kongsikan cara alternatif lain yang boleh anda pertimbangkan untuk bagi duit raya.\u00a0\n\n\nTouch \u2018n Go e-Wallet\n\n\nTouch \u2018n Go e-Wallet ni pun bukan benda asing lagi. Fungsinya lebih kurang sama dengan penggunaan dompet, . Ccumanya ia digunakan secara digital. e-Wallet ni sangat sesuai dengan zaman serba moden seperti sekarang kerana ia amat mudah dan cepat digunakan. Seperti kad kredit atau debit, kebanyakan e-wallet dihubungkan terus dengan akaun bank individu dan dilindungi dengan kata laluan serta pengenalpastian.\n\n\nCara Hantar Duit Raya Menggunakan Touch \u2018n Go e-Wallet\n\n\n\n\nPastikan penerima juga mempunyai Touch \u2018n Go e-Wallet (iOS, Android)\n\n\nPastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam e-Dompet anda. Klik \u201c\nReload\n\u201d jika anda tidak mempunyai kredit yang mencukupi\n\n\nKlik \u201cPemindahan\u201d pada halaman utama aplikasi\n\n\nTaipkan nombor telefon penerima\n\n\nAnda boleh menyenaraikan kenalan atau ahli keluarga anda dalam aplikasi supaya anda tidak perlu menaip nombor mudah alih mereka secara manual untuk hantar duit raya\n\n\n\n\nBoost\n\n\nMenariknya tentang aplikasi Boost ini, pengguna boleh menghantar e-Duit raya kepada 10 penerima secara serentak. Disamping itu, pengguna juga diberi pilihan untuk menyimpan atau menderma duit raya yang diterima kepada senarai badan kebajikan, NGO, dan institusi keagamaan yang terpilih di seluruh Malaysia.\n\n\nCara Hantar Duit Raya Menggunakan Aplikasi Boost\n\n\n\n\nPastikan anda mempunyai aplikasi Boost (iOS, Android)\n\n\nKlik \u201cHantar\u201d di bahagian bawah sebelah kiri, dan aplikasi Boost akan meminta anda untuk \nupdate\n kepada dompet premium secara percuma. Anda tidak akan dapat menghantar wang tanpa \nupdate \nterkini.\n\n\nIkuti langkah seperti mengesahkan ID anda dan tambahkan sekurang-kurangnya RM10 ke dalam dompet Boost anda\n\n\nPastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam e-Wallet Boost anda. Klik ikon + bahagian atas sebelah kiri pada halaman utama aplikasi jika kredit tidak mencukupi\n\n\nSetelah itu, anda boleh mula menghantar duit raya kepada penerima dengan menaip nombor telefon bimbit atau dengan mencari nombor dalam senarai \nContact\n anda\n\n\n\n\nMaybank MAE\n\n\nMAE adalah singkatan kepada Maybank Anytime, Everyone. Melalui aplikasi ini, ia menawarkan sokongan dompet digital untuk memudahkan transaksi anda. Menggunakan MAE, ia mengasingkan penggunaan wang anda berbanding akaun bank Maybank biasa, sekaligus mengelak anda daripada terlebih berbelanja.\n\n\nPengguna boleh menggunakan MAE untuk melakukan pembayaran di lebih 200,000 peruncit seluruh negara yang menerima pembayaran menggunakan Maybank QR Pay.\u00a0 Selain daripada itu, pengguna turut boleh menggunakan MAE untuk menerima atau menghantar wang daripada rakan-rakan, membuat pembayaran, membayar bil, membeli tiket wayang, membuat tambah -nilai prabayar dan sebagainya.\n\n\nCara Hantar Duit Raya Menggunakan MAE\n\n\n\n\nPastikan anda mempunyai aplikasi Maybank MAE (iOS, Android)\n\n\nPastikan anda mempunyai baki yang cukup dalam e-Wallet MAE anda. Klik \u201cTop Up Now\u201d jika kredit tidak mencukupi\n\n\nTekan \u201ceDuit Raya\u201d, kemudian \u201c\nSend Greetings\n\u201d\n\n\nPilih sehingga 30 penerima yang anda ingin menghantarkan duit raya\n\n\nSelepas anda menekan \u201c\nContinue\n\u201d, anda akan dapat menghantar kad ucapan berserta duit raya\n\n\n\n\nGrabPay\u00a0\n\n\nFoto kredit: Google Play\n\n\nRakyat Malaysia yang sudah mula berjinak dalam perkhidmatan dalam talian pasti tidak mempunyai masalah untuk menggunakan e-dompet terutamanya GrabPay. GrabPay kini membenarkan anda untuk memindahkan e-Duit Raya kepada saudara-mara, rakan atau kenalan anda. Bukan itu sahaja, pemberian duit Raya melalui GrabPay juga melayakkan anda mendapat Mata Ganjaran GrabRewards.\u00a0\n\n\nCara Hantar Duit Raya Menggunakan GrabPay\n\n\n\n\nPastikan penerima juga mempunyai aplikasi Grab (iOS, Android)\n\n\nPastikan anda mempunyai kredit yang mencukupi dalam Dompet GrabPay anda. Klik \u201c\nTop Up\n\u201d jika kredit tidak mencukupi\n\n\nKlik pada \u201cPembayaran\u201d di bahagian bawah skrin halaman utama aplikasi\n\n\nKlik \u201cHantar\u201d untuk menghantar wang\n\n\nPilih penerima duit raya anda. Anda juga boleh memasukkan nombor mudah alih secara manual\n\n\nJika anda seorang penerima, anda boleh klik \u201cTerima\u201d untuk mendapatkan kod QR anda sendiri bagi membolehkan pemberi \nscan\n kod QR anda\n\n\nSebagai alternatif, anda juga boleh menghantar pautan untuk meminta duit raya daripada saudara-mara atau kenalan anda\n\n\n\n\nShopee Pay\n\n\nMelalui aplikasi ShopeePay, anda boleh menghantar kredit ShopeePay kepada rakan dan keluarga dengan mudah melalui fungsi \u201cTransfer\u201d. Anda perlu menaik taraf ke ShopeePay Premium untuk menggunakan ciri ini; naiktaraf ini hanya boleh dilakukan apabila anda melengkapkan verifikasi kad pengenalan.\u00a0\n\n\nCara Hantar Duit Raya Menggunakan Shopee Pay\n\n\n\n\nPastikan penerima mempunyai aplikasi Shopee\u00a0\n\n\nKlik \u201cShopeePay\u201d dan kemudian klik \u201c\nTransfer\n\u201d\n\n\nPilih no telefon atau Shopee \nusername\n\n\nMasukkan jumlah duit raya dan kad raya\n\n\nKlik \u201c\nConfirm\n\u201d dan kemudian klik \u201c\nTransfer\n\u201d\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nDunia serba moden kini dah memberi pelbagai kemudahan dalam kehidupan seharian kita, ia termasuk jugalah kemudahan pada hari raya yang membolehkan umat Islam bermaaf-maafan, bersedekah dan berkunjung-kunjungan. Tiada alasan lagi untuk tidak memberi duit raya. Yang jauh pun boleh beri duit raya. Apa-apa pun, kami di Qoala ingin mengucapkan selamat Hari Rraya kepada semua pembaca. Stay safe dan selamat menyambut hari lebaran!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/fasiliti-sokongan-akaun-2/", "title": "Fasiliti Sokongan Akaun 2: Pengeluaran KWSP Bersyarat 2023", "body": "\n\nFasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) merupakan satu kemudahan yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ia diwujudkan bagi membolehkan ahli yang berusia bawah 55 tahun membuat \npengeluaran KWSP secara bersyarat\n. Menerusi perkhidmatan ini, ahli KWSP boleh mendapatkan bantuan kewangan melalui pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n9 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2 KWSP)\n1. Apa Itu Fasiliti Sokongan Akaun 2?\n2. Berapakah Jumlah Pembiayaan Maksimum?\n3. Siapa yang Layak Memohon FSA2?\n4. Apakah Kesan kepada Ahli yang Membuat Permohonan Awal Pengeluaran Bersyarat?\n5. Bank Manakah yang Menyediakan Pinjaman Fasiliti Sokongan Akaun 2 Ini?\n6. Bilakah Permohonan Fasa 1 Dibuka?\n7. Bagaimana Cara Memohon Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun?\n8. Bagaimana Cara Bayaran Balik Pinjaman KWSP oleh Pencarum KWSP?\n9. Apakah Kesan Jika Fasiliti Sokongan Akaun 2 FSA2 Tidak Dibayar?\nSimpanan KWSP: Simpanan Persaraan untuk Perlindungan Masa Depan\n\n\n9 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2 KWSP)\n\n\nSecara asasnya, Fasiliti Sokongan Akaun 2 atau FSA2 menawarkan penyelesaian sementara yang praktikal untuk ahli KWSP yang berdepan dengan isu ketidakcukupan tunai. Ia membolehkan ahli menyediakan aliran tunai melalui \npembiayaan peribadi\n tanpa memberi impak yang ketara kepada \nsimpanan persaraan\n mereka.\n\n\nBerikut merupakan antara perkara penting berkaitan Fasiliti Sokongan Akaun 2 yang anda perlu tahu sebelum anda memohon kemudahan ini:\n\n\n1. Apa Itu Fasiliti Sokongan Akaun 2?\n\n\nFasiliti Sokongan Akaun 2 (atau FSA2) merupakan satu kemudahan yang diwujudkan bertujuan untuk membantu ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun. Ia membolehkan ahli mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang mengambil bahagian.\n\n\n2. Berapakah Jumlah Pembiayaan Maksimum?\n\n\nFSA2 melibatkan jumlah pembiayaan maksimum sebanyak RM50,000. Namun begitu,\u00a0 ia tertakluk pada baki Akaun 2 KWSP dengan tempoh pembayaran balik hingga 10 tahun.\n\n\n3. Siapa yang Layak Memohon FSA2?\n\n\nBerikut merupakan syarat permohonan yang telah ditetapkan untuk permohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2:\n\n\n\n\nPemohon merupakan warganegara Malaysia;\n\n\nPermohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja;\n\n\nTerbuka kepada ahli KWSP yang berumur 40 tahun dan ke atas tetapi belum mencapai umur 55 tahun;\n\n\nSimpanan minimum ahli KWSP dalam Akaun 2 mestilah sekurang-kurangnya RM3,000;\n\n\nAmaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan);\n\n\nPermohonan yang dibuat memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak institusi perbankan.\n\n\n\n\n4. Apakah Kesan kepada Ahli yang Membuat Permohonan Awal Pengeluaran Bersyarat?\n\n\nSetelah permohonan awal pengeluaran bersyarat diluluskan oleh KWSP, amaun pinjaman tersebut berserta \ndividen KWSP\n yang terkumpul akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli mencapai umur pilihan pengeluaran.\n\n\nSelain itu, sebarang pengeluaran prapersaraan lain tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 selepas ditolak amaun Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.\n\n\n5. Bank Manakah yang Menyediakan Pinjaman Fasiliti Sokongan Akaun 2 Ini?\n\n\nSehingga 30 Mac 2023, hanya dua institusi perbankan yang menyediakan pinjaman ini, iaitu:\n\n\n\n\nMBSB Bank;\n\n\nBank Simpanan Nasional (BSN)\n.\n\n\n\n\nKedua-dua institusi perbankan ini menawarkan pinjaman dengan kadar faedah antara empat hingga lima peratus, lebih rendah berbanding kadar faedah pasaran semasa.\n\n\n\n\n6. Bilakah Permohonan Fasa 1 Dibuka?\n\n\nFSA2 akan dilaksanakan dalam dua fasa \u2013 untuk ahli berumur 40 tahun ke atas (Fasa 1) dan 40 tahun ke bawah (Fasa 2). Ahli yang berumur 40 tahun ke atas boleh memohon untuk Fasa 1 yang dibuka bermula 7 April 2023 sehingga 6 April 2024. Manakala, tarikh permohonan FSA2 untuk Fasa 2 akan dimaklumkan kemudian.\n\n\n7. Bagaimana Cara Memohon Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun?\n\n\nPermohonan FSA2 boleh dibuat secara online melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Bagi pencarum yang berminat untuk memohon Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini, berikut tiga langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:\n\n\ni. Buat Semakan Awal\n\n\nLakukan semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.\n\n\nSemakan Kelayakan Jumlah Pinjaman KWSP yang Dibenarkan Secara Online\n\n\nSemakan jumlah pinjaman FSA2 boleh dilakukan secara online menerusi laman sesawang https://secure.kwsp.gov.my\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLog masuk ke akaun ahli KWSP;\n\n\nPada Halaman Utama, jumlah simpanan Akaun 2 akan dipaparkan. Jumlah simpanan ahli dalam Akaun 2 menentukan sama ada ahli KWSP layak membuat permohonan atau tidak;\n\n\nSekiranya amaun dalam Akaun 2 menepati syarat yang ditetapkan oleh KWSP (minimum RM3,000), anda layak untuk membuat permohonan FSA2.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nii. Buat Permohonan\n\n\nPermohonan pembiayaan peribadi boleh dilakukan melalui laman web institusi perbankan pilihan anda. Proses ini bagaimanapun bergantung pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.\n\n\niii. Kemukakan Permohonan\n\n\nAnda perlu mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui laman web institusi perbankan. Amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan bergantung pada institusi perbankan berkenaan.\n\n\n8. Bagaimana Cara Bayaran Balik Pinjaman KWSP oleh Pencarum KWSP?\n\n\nBayaran balik pinjaman FSA2 ini akan melalui beberapa proses yang melibatkan pencarum, pihak KWSP dan institusi perbankan yang meluluskan permohonan. Berikut merupakan mekanisme bayaran balik pinjaman oleh pencarum KWSP menerusi Akaun 2 KWSP;\n\n\n\n\nPihak KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank;\n\n\nJumlah yang dibayar oleh pencarum akan digunakan untuk melunaskan baki pembiayaan peribadi sebelum memulangkan sebarang lebihan kepada ahli.\n\n\n\n\n9. Apakah Kesan Jika Fasiliti Sokongan Akaun 2 FSA2 Tidak Dibayar?\n\n\nKegagalan ahli untuk menjelaskan atau membayar balik pinjaman ini boleh memberi kesan kepada ahli. Individu yang gagal melunaskan pinjaman berkemungkinan \nnama disenarai hitam\n oleh pihak institusi perbankan dan mempunyai \nrekod CCRIS\n yang tidak baik. Malah, ada kemungkinan peminjam boleh \ndiisytiharkan muflis\n atau tidak dibenarkan untuk keluar negara.\n\n\nSebelum memohon Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini, penting untuk anda mengetahui status dan kedudukan kewangan anda untuk mengelakkan anda daripada terbeban daripada risiko kewangan yang boleh memakan diri.\n\n\n\n\nSimpanan KWSP: Simpanan Persaraan untuk Perlindungan Masa Depan\n\n\nSemoga panduan berkaitan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) ini dapat membantu anda memahami impak kepada simpanan anda, dan membolehkan anda merancang kewangan anda dengan lebih baik.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan \ninsurans perubatan dan kesihatan\n untuk perlindungan tambahan kepada masa depan anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n di Malaysia dengan jaminan \nproses beli insurans yang mudah\n, selamat dan cepat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/fidyah-puasa/", "title": "Cara Kira Fidyah Puasa, Bayar Fidyah Puasa Online 2023", "body": "\n\nFidyah puasa atau merupakan satu bentuk bayaran denda yang dikenakan ke atas seseorang individu Islam yang telah baligh. Denda puasa ini adalah kerana tidak dapat menggantikan puasa di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n9 Perkara Wajib Tahu Berkaitan Fidyah Puasa di Malaysia (Panduan Lengkap)\n1. Fidyah Maksud\n2. Hukum Fidyah Puasa\n3. Kadar Bayaran Fidyah Mengikut negeri-negeri Seluruh Malaysia\n4. Kiraan Fidyah Puasa: Cara Kira Fidyah Puasa\n5. Kalkulator Fidyah Puasa\n6. Golongan yang Dikenakan Fidyah\n7. Cara Bayar Fidyah Puasa\n8. Waktu Membayar Fidyah\n9. Orang yang Berhak Menerima Fidyah Puasa\nRenew Insurans Kereta di Qoala dan Nikmati Diskaun dan Hadiah Eksklusif Menarik\n\n\n9 Perkara Wajib Tahu Berkaitan Fidyah Puasa di Malaysia (Panduan Lengkap)\n\n\nSebagai umat Islam, anda perlu ketahui semua perkara berkaitan fidyah seperti golongan yang wajib bayar fidyah puasa termasuk cara kiraan fidyah puasa. Artikel ini akan membantu anda memahami konsep apa itu fidyah termasuk pengiraan fidyah puasa, cara bayar fidyah puasa dan lain-lain lagi.\n\n\n1. Fidyah Maksud\n\n\nApa maksud fidyah? Secara asasnya, fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri sama ada dalam bentuk harta atau tindakan lain kerana kekurangan dalam sesuatu amal ibadah.\n\n\nDalam konteks ibadah puasa, fidyah puasa perlu dibayar kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu, atau dengan sengaja melewatkan \npuasa ganti\n (\nqada\n puasa) Ramadan.\n\n\nHasil bayaran fidyah akan diserahkan kepada Baitulmal sebelum diagihkan kepada fakir miskin dalam bentuk beras atau bekalan makanan.\n\n\n2. Hukum Fidyah Puasa\n\n\nFidyah adalah satu bentuk ibadah\n niyabah\n (gantian) yang diberi ganjaran pahala kepada pelakunya. Hukum bayar fidyah puasa adalah \nWAJIB\n mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.\n\n\nDengan membayar fidyah puasa, ia tidak bermaksud anda tidak perlu lagi menggantikan atau \nqada\n puasa. Puasa masih wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan. Ia juga menjadi tanggungan (\nhutang\n) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.\n\n\n3. Kadar Bayaran Fidyah Mengikut negeri-negeri Seluruh Malaysia\n\n\nKadar fidyah puasa adalah berbeza-beza mengikut negeri. Kadar bayaran fidyah bagi setiap hari puasa wajib yang ditinggalkan ialah secupak beras yang boleh dibuat \nzakat fitrah\n (1/4 gantang Baghdad).\n\n\nDalam bentuk nilaian wang berdasarkan kadar bayaran fidyah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, secupak beras bersamaan dengan 600 gram dengan kadar RM4.\n\n\nAnda boleh rujuk jadual kadar bayaran di bawah untuk ketahui kadar bayaran fidyah mengikut negeri anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\nNegeri\n\n\nKadar Bayaran Fidyah Puasa (RM)\n\n\n\n\n\n\nKedah\n\n\n1.80\n\n\n\n\n\n\nPerlis\n\n\n5.00\n\n\n\n\n\n\nPulau Pinang\n\n\n1.75\n\n\n\n\n\n\nPerak\n\n\n1.80\n\n\n\n\n\n\nSelangor\n\n\n1.80\n\n\n\n\n\n\nWilayah Persekutuan\n\n\n4.00\n\n\n\n\n\n\nNegeri Sembilan\n\n\n1.75\n\n\n\n\n\n\nMelaka\n\n\n1.80\n\n\n\n\n\n\nJohor\n\n\n1.75\n\n\n\n\n\n\nPahang\n\n\n1.75\n\n\n\n\n\n\nTerengganu\n\n\n1.75\n\n\n\n\n\n\nKelantan\n\n\n1.75\n\n\n\n\n\n\nSarawak\n\n\n1.75\n\n\n\n\n\n\nSabah\n\n\n1.75\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Kiraan Fidyah Puasa: Cara Kira Fidyah Puasa\n\n\nUntuk memahami kaedah kiraan fidyah puasa dengan lebih tepat, anda boleh ikuti contoh kiraan berdasarkan situasi seperti berikut:\n\n\ni. Bayaran Fidyah Tidak Berganda\n\n\nFaridah meninggalkan puasa selama tujuh hari disebabkan oleh haid pada bulan Ramadan tahun 2017 (1438H). Faridah tidak qada puasa sehingga masuk Ramadan tahun berikutnya (1439H).\n\n\nFormula Kiraan: Bilangan Hari Tidak Berpuasa x Kadar Fidyah Mengikut Negeri\n\n7 hari x RM4 = RM28\n\n\nii. Bayaran Fidyah Berganda\n\n\nApa Itu Fidyah Berganda? Apabila seseorang individu meninggalkan puasa dan tidak \nqada\n puasa sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri menetapkan fidyah berganda. Ini bermaksud, kadar bayaran fidyah perlu didarabkan dengan bilangan tahun yang ditinggalkan. Rujuk contoh di bawah:\n\n\nFaridah masih belum menggantikan puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Beliau tidak berpuasa selama tujuh hari pada Ramadan 2017 (1438H) dan masih belum menggantikannya sehingga Ramadan 2020 (1441H). Faridah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.\n\n\nFormula Kiraan: (Bilangan Hari Tidak Berpuasa x Kadar Fidyah Mengikut Negeri) X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan]\n\n(7 hari x RM4) x 3 Tahun = RM84\n\n\nBerdasarkan situasi di atas, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2017 (1438H), kiraan bayaran fidyah puasa bermula dari tahun 2018 (1439H) hingga 2020 (1441). Tahun 2017 (1438H) tidak termasuk dalam kiraan fidyah kerana masih dalam tempoh boleh \nqada\n puasa dan belum masuk Ramadan berikutnya.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai Negeri Fidyah Berganda\n\n\n\n\n\n\nWilayah Persekutuan\n\n\nMelaka\n\n\nJohor\n\n\nPahang\n\n\nTerengganu\n\n\nKelantan\n\n\nKedah\n\n\nPulau Pinang\n\n\nPerak\n\n\nNegeri Sembilan\n\n\nSarawak\n\n\nSabah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai Negeri Fidyah Tidak Berganda\n\n\n\n\n\n\nSelangor\n\n\nPerlis\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Kalkulator Fidyah Puasa\n\n\nKadar fidyah puasa dikira berdasarkan kadar secupak harga beras semasa (makanan asasi penduduk). Kadar ini juga berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat.\n\n\nBeras tersebut hendaklah diberi makan kepada golongan fakir miskin dan bukan dalam bentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya. Bagi membantu anda membuat kiraan kadar fidyah anda, berikut senarai kalkulator fidyah 2023 mengikut negeri:\n\n\n\n\nKalkulator \nfidyah Kedah\n;\n\n\nKalkulator \nfidyah Perak\n;\n\n\nKalkulator \nfidyah Pahang\n;\n\n\nKalkulator \nfidyah Selangor;\n\n\nKalkulator \nfidyah Johor\n;\n\n\nKalkulator \nfidyah Kelantan\n;\n\n\nKalkulator \nfidyah Negeri Sembilan\n;\n\n\nKalkulator \nfidyah Sarawak\n;\n\n\nKalkulator \nfidyah Terengganu\n;\n\n\nKalkulator \nfidyah Melaka\n.\n\n\n\n\n6. Golongan yang Dikenakan Fidyah\n\n\nTerdapat beberapa golongan yang dikenakan fidyah akibat meninggalkan puasa iaitu:\n\n\ni. Orang Sakit yang Tiada Harapan Sembuh\n\n\nGolongan yang tidak dapat berpuasa kerana \nmenghidap penyakit\n yang tiada harapan untuk sembuh atau orang tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya. Golongan ini \nTIDAK WAJIB\n \nqada\n puasa tetapi\u00a0\nPERLU BAYAR\n fidyah puasa bagi tahun tersebut.\n\n\nKiraan Fidyah Puasa\n\n\nHaji Ali menghidap \npenyakit diabetes\n dan tidak mampu untuk berpuasa kerana menjalani dialisis sepanjang Ramadan. Fidyah boleh dibayar bermula masuknya Ramadan\n\n\nFormula Kiraan: Bilangan Hari Tidak Berpuasa x Kadar Fidyah Tahun Semasa = Bayaran Fidyah\n\n30 hari x RM4.00 = RM120\n\n\nii. Perempuan Mengandung atau Sedang Menyusukan Anak yang Bimbang Kesihatan Diri\n\n\nPerempuan yang hamil atau \nmenyusu anak\n yang tidak berpuasa di bulan Ramadan kerana bimbang akan kesihatan diri perlu menggantikan puasa yang ditinggalkan. Golongan ini \nTIDAK WAJIB\n bayar fidyah. Tetapi, jika masih tidak berganti sehingga tiba Ramadan berikutnya, perlu bayar fidyah puasa kerana \nLEWAT\n menggantikan puasa.\n\n\nCara Pengiraan Fidyah\n\n\nPuan Sabrina tidak mampu berpuasa selama 10 hari dalam bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan anaknya. Keadaan bayi sihat, cuma kesihatan beliau terganggu dan hanya mampu menggantikan puasanya setelah tiga tahun kemudian.\n\n\nFormula Kiraan: Bilangan Hari Tidak Berpuasa x Kadar Fidyah Tahun Semasa = Bayaran Fidyah\n\n10 hari x RM4.00 = RM40\n\n\niii. Perempuan Hamil atau Sedang Menyusukan Anak yang Bimbang Keselamatan Kandungan atau Anak yang Disusukan\n\n\nIbu yang tidak berpuasa di bulan Ramadan kerana masih menyusukan anak dan bimbang memudaratkan bayi atau perempuan hamil yang risau akan kandungan \nWAJIB\n \nqada\n puasa dan \nBAYAR\n fidyah sebaik sahaja habis Ramadan tahun yang sama.\n\n\nBayaran fidyah dikenakan kerana Puan Jaslin meninggalkan puasa kerana bimbang keselamatan anaknya. Jika Puan Jaslin belum menggantikan puasa sehingga tiba Ramadan berikutnya, beliau akan dikenakan fidyah lewat menggantikan puasa.\n\n\nCara Kira Fidyah Puasa\n\n\nSepanjang kehamilan anaknya, Puan Jaslin tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan selama tujuh hari kerana dikhuatiri keguguran dan risau akan keadaan bayi yang dikandungnya.\n\n\nFormula Kiraan: Bilangan Hari Tidak Berpuasa x Kadar Fidyah Tahun Semasa = Bayaran Fidyah\n\n\n7 hari x RM4 = RM28\n\n\niv. Orang yang Meninggal Dunia\n\n\nBagi orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasa, pihak waris \nWAJIB\n\u00a0laksanakan tanggungjawab bayar fidyah si mati mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.\n\n\nJika si mati tidak berharta, maka pihak waris boleh menggunakan harta mereka sendiri untuk membantu menjelaskannya. Tetapi jika berharta, bayaran fidyah puasa orang meninggal dunia perlu dilakukan sebelum \npembahagian harta pusaka\n dibuat.\n\n\nHukum tidak membayar fidyah puasa adalah berdosa. Sekiranya fidyah puasa tidak dilunaskan, ia akan menjadi hutang di sisi Allah SWT dan akan dituntut di akhirat kelak.\n\n\nFidyah Puasa Orang Meninggal Dunia\n\n\nPak Ahmad ialah seorang warga emas yang terlantar sakit bertahun-tahun. Beliau tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Beliau meninggal dunia pada 13 Ramadan.\n\n\nFormula Kiraan: Bilangan Hari Tidak Berpuasa x Kadar Fidyah Tahun Semasa = Bayaran Fidyah\n\n13 hari x RM4 = RM52\n\n\nv. Orang yang Sengaja Meninggalkan Puasa Ramadan\n\n\nIndividu yang melambat-lambatkan ganti puasa hingga masuk bulan Ramadan yang berikutnya akan dikenakan denda membayar fidyah. Selain itu, golongan ini juga \nWAJIB \nmenggantikan atau \nqada\n puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.\n\n\nKadar Bayar Fidyah Puasa\n\n\nEncik Syed tidak mampu berpuasa selama tiga hari dalam bulan Ramadan kerana bekerja dalam sektor pekerjaan yang lasak. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun.\n\n\nFormula Kiraan: (Bilangan Hari Tidak Berpuasa x Kadar Fidyah Tahun Semasa) x Bilangan Tahun Ditinggalkan = Bayaran Fidyah\n\n(3 hari x RM4) x 10 tahun = RM120\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkara\n\n\nQada Puasa\n\n\nBayar Fidyah Puasa\n\n\n\n\n\n\nTidak Wajib Ganti Puasa Tetapi Wajib Bayar Fidyah\n\n\n\n\n\n\nOrang tua yang tidak mampu berpuasa kerana lemah dan uzur.\n\n\n\n\n\u2717\n\n\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\n\nOrang sakit tiada harapan sembuh.\n\n\n\n\n\u2717\n\n\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\n\nWajib Ganti Puasa Tetapi Tidak Wajib Bayar Fidyah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerempuan yang menyusukan anak dan bimbang keselamatan dirinya jika berpuasa.\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\u2717\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerempuan hamil yang bimbangkan keselamatan dirinya jika berpuasa.\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\u2717\n\n\n\n\n\n\n\n\nOrang bermusafir dan berbuka kerana musafir.\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\u2717\n\n\n\n\n\n\n\n\nOrang sakit sehingga tidak dapat berpuasa kemudian.\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\u2717\n\n\n\n\n\n\n\n\nWajib Ganti Puasa dan Bayar Fidyah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerempuan hamil yang bimbangkan keselamatan kandungan jika berpuasa.\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerempuan yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan dirinya ketika hamil dan menyusukan anak dan tidak menggantikan puasa hingga masuk Ramadan tahun berikutnya.\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerempuan yang menyusukan anak dan bimbangkan keselamatan bayinya jika berpuasa Ramadan.\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerempuan yang didatangi haid sehingga menghalangnya daripada berpuasa dan tidak menggantikan puasa sebelum Ramadan tahun berikutnya.\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\n\nIndividu yang melambatkan ganti puasa hingga melangkah masuk Ramadan tahun berikutnya.\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n7. Cara Bayar Fidyah Puasa\n\n\nBagaimana cara membayar fidyah puasa? Secara asasnya, fidyah ganti puasa Ramadan boleh dibayar melalui tiga cara berikut:\n\n\ni. Bayar Fidyah Secara Tunai\n\n\nBayaran fidyah ganti puasa boleh dilakukan secara terus di pejabat agama atau pejabat zakat negeri masing-masing.\n\n\nii. Bayar Fidyah Puasa Online 2023\n\n\nBayaran fidyah juga boleh dibuat melalui platform e-zakat Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Anda boleh rujuk pautan berikut untuk bayar fidyah puasa online:\n\n\n\n\nBayar fidyah online \nPerak\n;\n\n\nBayar fidyah online \nSelangor\n;\n\n\nBayar fidyah online \nKedah\n;\n\n\nBayar fidyah online \nPahang\n;\n\n\nBayar fidyah online \nPulau Pinang\n;\n\n\nBayar fidyah online \nTerengganu\n;\n\n\nBayar fidyah online \nMelaka\n;\n\n\nBayar fidyah online \nJohor\n;\n\n\nBayar fidyah online \nKelantan\n;\n\n\nBayar fidyah online \nSabah\n;\n\n\nBayar fidyah online \nNegeri Sembilan\n;\n\n\nBayar fidyah online \nSarawak\n.\n\n\n\n\niii. Bayar Zakat Melalui Maybank2U\n\n\nKaedah bayar fidyah online ini hanya boleh digunakan untuk pusat zakat atau Majlis Agama Islam Negeri yang mengaktifkan pembayaran fidyah melalui Maybank2U:\n\n\n\n\nLog masuk ke akaun Maybank2U;\n\n\nKemudian, klik Bill Payment dan klik Make A One-Off Payment;\n\n\nKlik Zakat & Charity;\n\n\nPilih Pusat Pungutan Zakat/Fidyah negeri masing-masing;\n\n\nPilih Fidyah dan masukkan jumlah bayaran mengikut kiraan fidyah puasa masing-masing.\n\n\n\n\n8. Waktu Membayar Fidyah\n\n\nBila perlu bayar fidyah puasa? Para ulama bersepakat waktu membayar fidyah puasa bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan. Meskipun begitu, ia tidak terhad pada satu tempoh waktu tertentu sahaja.\n\n\nNamun begitu, anda digalakkan untuk segerakan bayar fidyah puasa kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh. Individu yang melambatkan \nqada\n puasa sehingga masuk Ramadan tahun berikutnya perlu membayar fidyah (berganda mengikut tahun ditinggalkan) dan \nqada\n puasa.\n\n\n9. Orang yang Berhak Menerima Fidyah Puasa\n\n\nBayar fidyah kepada siapa? Golongan yang berhak menerima fidyah adalah golongan fakir miskin. Fakir miskin merujuk pada golongan yang tidak mempunyai harta sehingga tidak berupaya untuk memenuhi keperluan harian.\n\n\nNamun begitu, timbul persoalan sama ada boleh atau tidak melangsaikan fidyah puasa dengan membayarnya kepada ahli keluarga sendiri? Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, bayaran fidyah atau zakat tidak sah dan perlu dibayar semula jika dibayar kepada ahli keluarga di bawah tanggungan nafkah seperti ibu, bapa dan ke atas, atau anak, cucu dan ke bawah.\n\n\nNamun begitu, sekiranya fidyah puasa dibayar kepada ahli keluarga bukan di bawah tanggungan seperti adik-beradik, ibu bapa saudara, ia lebih afdhal dan perlu diutamakan.\n\n\n\n\nRenew\n Insurans Kereta di Qoala dan Nikmati Diskaun dan Hadiah Eksklusif Menarik\n\n\nSemoga perkongsian mengenai fidyah puasa ini boleh membantu anda merancang \nkewangan dan hutang\n anda dengan lebih baik. Secara asasnya, anda perlu ambil tahu cara pengiraan fidyah puasa termasuk cara bayar fidyah puasa secara online. Ia bagi mengelakkan anda daripada terleka dan terlupa untuk bayar dan bakal dituntut di akhirat nanti.\n\n\nSelain itu, jika anda ingin mendapatkan perlindungan \ninsurans kereta terbaik\n untuk kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans online paling komprehensif\n dan terbaik di Malaysia. Ia turut menawarkan proses \nbeli insurans yang mudah\n dan pantas dengan tawaran harga yang menarik dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/harga-emas-hari-ini/", "title": "Harga Emas Hari Ini: Harga Emas 1 Gram Hari Ini Malaysia", "body": "\n\nBagi anda yang berminat untuk menyertai apa-apa instrumen pelaburan emas, penting untuk anda mengetahui harga emas hari ini. Dengan cara ini, ia boleh membantu anda memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan sebarang risiko kerugian. Namun begitu, anda juga disarankan untuk pastikan urusan jual beli emas dilakukan oleh penjual atau ejen yang dipercayai kerana pelaburan emas boleh menjadi lubuk \npenipuan \nscammer\n untuk memperdayakan bakal pelabur.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nHarga Emas 916 Hari Ini Per Gram di Malaysia\n7 Faktor Mempengaruhi Harga Emas Semasa\n1. Ekonomi Dunia\n2. Politik Dunia\n3. Permintaan Meningkat\n4. Inflasi\n5. Nilai Bunga\n6. Harga Dolar Amerika Syarikat (USD)\n7. Harga Minyak\n\n\nHarga Emas 916 Hari Ini Per Gram di Malaysia\n\n\nSeperti mana-mana pelaburan lain yang tersedia di Malaysia tidak kira \npelaburan risiko rendah\n atau \npelaburan jangka panjang\n, harga emas hari ini di Malaysia turut menyaksikan \ntrend\n peningkatan dan penurunan setiap hari, faktor ini biasanya bergantung pada keadaan ekonomi semasa.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetulenan Emas\n\n\nHarga Emas Terkini (RM/gram)\n\n\n\n\n\n\n999\n\n\n295.28\n\n\n\n\n\n\n950\n\n\n280.80\n\n\n\n\n\n\n916\n\n\n270.75\n\n\n\n\n\n\n875\n\n\n258.63\n\n\n\n\n\n\n835\n\n\n246.81\n\n\n\n\n\n\n750\n\n\n221.68\n\n\n\n\n\n\n\n\nNota: Harga Emas Hari Ini 2022 (terutamanya Harga Emas 916 hari ini), dikemas kini setakat 24-06-2022.\n\n\nHarga emas 1 gram hari ini Malaysia yang dipaparkan di atas adalah untuk rujukan sahaja dan ia berubah setiap hari. Oleh itu, cara terbaik untuk mendapatkan harga emas hari ini adalah dengan menyemak sumber-sumber yang boleh dipercayai lebih-lebih lagi jika anda berminat untuk memulakan \npelaburan emas\n. Ini bagi membolehkan anda kira harga emas hari ini dan membuat anggaran kadar harga emas pada masa akan datang bagi mengelakkan kerugian.\n\n\n7 Faktor Mempengaruhi Harga Emas Semasa\n\n\nSecara asasnya, turun naik harga emas terkini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti keadaan ekonomi semasa, kestabilan politik dan sebagainya. Malah, \npandemik Covid-19\n juga turut mempengaruhi pasaran harga emas semasa kerana para pelabur kini mula beralih kepada pelaburan emas bagi mengurangkan risiko kerugian. Berikut tujuh faktor yang mempengaruhi harga emas hari ini Malaysia:\n\n\n1. Ekonomi Dunia\n\n\nSemasa berlaku krisis ekonomi di Amerika pada 2008, orang ramai memilih untuk menyimpan emas kerana beranggapan nilai mata wang kertas akan jatuh. Situasi ini sekali gus menyebabkan harga emas melonjak tinggi.\n\n\n2. Politik Dunia\n\n\nSituasi politik dunia juga turut memberi kesan pada harga emas Malaysia. Sebagai contoh, krisis politik Amerika dan Iraq menyebabkan ramai orang khuatir akan berlakunya perang. Ia menyebabkan orang ramai mula beralih kepada emas dan menyebabkan harga emas naik.\n\n\n3. Permintaan Meningkat\n\n\nPeningkatan permintaan terhadap emas menyebabkan harga emas naik. Negara China dan India merupakan pembeli emas terbesar di dunia. Biasanya, harga emas akan melonjak naik apabila permintaan daripada kedua-dua negara ini meningkat. Di India misalnya, permintaan emas akan meningkat ketika musim kahwin sekitar September-Oktober.\n\n\n4. Inflasi\n\n\nInflasi menyebabkan pasaran ekonomi negara menjadi tidak menentu dan merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan harga barangan semakin meningkat termasuklah harga emas di Malaysia. Secara asasnya, semakin tinggi inflasi, semakin mahal harga emas. Oleh sebab itu, ramai yang memilih untuk melabur dengan emas kerana faktor harga yang lebih stabil ketika inflasi. Ia secara tidak langsung menyebabkan permintaan emas turut meningkat dan sekali gus meningkatkan harga emas.\n\n\n5. Nilai Bunga\n\n\nSelain dipengaruhi oleh situasi ekonomi dan politik dunia, harga emas juga dipengaruhi oleh nilai bunga. Ketika nilai bunga turun, pelaburan emas menjadi pilihan ramai sekali gus menyebabkan harga emas naik.\n\n\n6. Harga Dolar Amerika Syarikat (USD)\n\n\nNilai US Dollar dikatakan mempunyai hubungan korelasi negatif dengan harga emas. Seandainya pengukuhan dolar Amerika berlaku, harga emas akan mengalami penurunan dan begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai US Dollar berbanding matawang lain, semakin rendah harga emas.\n\n\n7. Harga Minyak\n\n\nKenaikan harga minyak biasanya diikuti dengan kenaikan harga emas. Namun begitu, kesannya tidak terjadi secara langsung. Harga minyak naik boleh menyebabkan terjadinya inflasi yang berlebihan sehingga menyebabkan harga emas ikut naik.\n\n\nMeskipun begitu, ada faktor lain yang turut mempengaruhi harga emas hari ini per gram. Di Malaysia, harga emas biasanya bergantung pada kualiti emas (sama ada emas 999, harga emas 916), reputasi kedai, kos upah atau lain-lain caj. Biasanya, harga emas yang perlu dibayar oleh pembeli adalah berbeza kerana setiap penjual boleh menetapkan harga jualan dan belian sendiri. Malah, lokasi yang berbeza, sebagai contoh Kuala Lumpur dan Terengganu juga akan menyaksikan perbezaan harga emas.\n\n\nSemoga maklumat harga emas Malaysia dapat membantu anda membuat keputusan terbaik sebelum memulakan\n pelaburan emas\n. Selain itu, sekiranya anda merancang untuk \nbeli insurans motor\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan beberapa pilihan\u00a0\ninsurans motor\n daripada beberapa \nsyarikat insurans terbai\nk bergantung pada keperluan dan bajet anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/harga-tol-lebuh-raya-malaysia/", "title": "Semak Harga Tol Lebuh Raya Secara Online Malaysia 2023", "body": "\n\nSebagai pengguna lebuh raya di Malaysia, anda perlu tahu kadar harga tol lebuh raya yang anda gunakan bagi membolehkan anda merancang perbelanjaan dan perjalanan. Secara asasnya, kadar bayaran tol untuk setiap lebuh raya adalah berbeza bergantung pada konsesi lebuh raya dan kelas kenderaan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nCara Semak Harga Tol Lebuhraya Terkini di Malaysia Secara Online\nHarga Tol: Kaedah Pembayaran Tol di Malaysia\n1. Kad Touch \u2018n Go\n2. Smart Tag Touch \u2018n Go\n3. RFID Touch \u2018n Go\n\n\nCara Semak Harga Tol Lebuhraya Terkini di Malaysia Secara Online\n\n\nAnda disarankan untuk membuat semakan kadar bayaran harga tol sebelum memulakan perjalanan ke destinasi yang dituju. Anda boleh semak harga tol lebuh raya secara dalam talian untuk memudahkan anda. Selain dapat membantu anda merancang \nbajet perjalanan\n, ia juga dapat mengelakkan insiden baki kad tidak mencukupi semasa ingin membayar tol.\n\n\nBerikut cara-cara untuk membuat semakan harga tol secara online di Malaysia bagi memudahkan anda merancang perbelanjaan dan \nperjalanan balik kampung\n anda:\n\n\n\n\nLayari pautan rasmi \nLembaga Lebuhraya Malaysia\n;\n\n\nKemudian pergi ke bahagian Kalkulator Tol;\n\n\nPilih Lebuh raya perjalanan anda. Terdapat banyak lebuh raya yang boleh anda semak seperti harga tol PLUS (Lebuhraya Utara Selatan), harga tol LPT atau LPT2 (Lebuhraya Pantai Timur), harga tol KL-Karak atau lain-lain lagi. Contohnya, anda ingin memulakan perjalanan dari Temerloh ke Kuala Terengganu menggunakan sistem tol tertutup*;\n\n\nPilih Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) daripada \ndropdown\n yang disediakan;\n\n\nKemudian, pilih Plaza Masuk (lokasi semasa) dan pilih Plaza Keluar (lokasi yang ingin dituju);\n\n\nHarga tol LPT1 akan dipaparkan untuk rujukan anda;\n\n\nJika lebuh raya yang ingin dilalui menggunakan sistem tol terbuka**, anda hanya perlu pilih Plaza Masuk sahaja dan tekan butang Hantar untuk ketahui harga tol.\n\n\n\n\nSelain fungsi semak harga tol, anda juga boleh ketahui info dan status trafik semasa lebuh raya-lebuh raya di Malaysia.\n\n\n*\nLebuh raya sistem tol tertutup memerlukan anda bayar harga tol berdasarkan masa dan/atau jarak semasa anda keluar seperti Lebuhraya E6 Utara-Selatan dan Lingkaran Tengah (ELITE).\n\n\n**Lebuh raya sistem tol terbuka memerlukan anda membayar kadar harga tol tetap seperti Lebuhraya E7 Cheras-Kajang dan Lebuhraya E35 Koridor Guthrie.\n\n\n\n\nHarga Tol: Kaedah Pembayaran Tol di Malaysia\n\n\nPengguna lebuh raya kini boleh menggunakan kad debit atau \nkad kredit\n untuk pembayaran tol di beberapa lebuh raya utama negara bermula selewat-lewatnya September 2023. Pelaksanaan \nsistem pembayaran terbuka\n atau \nopen payment system\n merupakan inisiatif awal dalam peralihan ke arah sistem \nMulti Lane Fast Flow\n (MLFF) yang sedang giat diusahakan.\n\n\nNamun begitu, buat masa ini lebuh raya di Malaysia hanya menerima kaedah pembayaran tol seperti berikut:\n\n\n1. Kad Touch \u2018n Go\n\n\nKad Touch \u2018n Go merupakan kad prabayar yang menggunakan teknologi tanpa sentuh atau \ncontactless technology.\n Di Malaysia, kad Touch \u2018n Go merupakan salah satu kaedah pembayaran tol paling popular dan boleh digunakan untuk bayaran caj tempat letak kereta.\n\n\nSelain itu, kad Touch \u2018n Go juga boleh digunakan untuk pembayaran pengangkutan awam utama di sekitar Lembah Klang seperti Monorel, LRT, KTM, MRT dan bas.\n\n\nLokasi Tambah Nilai Touch \u2018n Go\n\n\nKad Touch \u2018n Go anda boleh ditambah nilai di lebih daripada 14,000 tempat tambah nilai di seluruh Semenanjung Malaysia, antaranya:\n\n\n\n\nKiosk Layan Diri;\n\n\nStesen Minyak;\n\nFarmasi;\n\n\nPasaraya Besar;\n\n\nPeruncit/\nRetailer\n;\n\n\nKedai Serbaneka/Pasaraya Kecil;\n\n\nPejabat POS;\n\n\nMesin ATM;\n\n\nKaunter Khidmat Pelanggan Lebuh raya;\n\n\nLain-lain lokasi.\n\n\n\n\n2. Smart Tag Touch \u2018n Go\n\n\nSmart Tag Touch \u2018n Go merujuk pada Sistem Pembayaran Automatik Rangkaian Tol (\nToll Network Automatic Payment Systems\n). Ia merupakan peranti \non-board\n untuk sistem kutipan tol elektronik yang digunakan bersama-sama dengan kad Touch \u2018n Go.\n\n\nIa menggabungkan komunikasi inframerah yang dihubungkan dengan penerima inframerah yang terletak di bahagian atas plaza tol. Peranti ini membolehkan pengguna melalui lorong khas Smart Tag tanpa perlu berhenti dengan jarak bacaan maksimum sejauh 1.5 meter.\n\n\n3. RFID Touch \u2018n Go\n\n\nSecara amnya, sistem RFID Malaysia merupakan sistem pembayaran tol baharu yang akan menggantikan penggunaan kad Touch \u2018n Go dan Smart Tag Touch \u2018n Go. Pelekat \nRFID Touch \u2018n Go\n menggunakan cip frekuensi radio yang dilekatkan pada \ncermin depan kereta\n atau lampu depan kereta.\n\n\nApabila kenderaan anda melalui lorong plaza tol, pengimbas akan mengimbas frekuensi radio pada tag RFID dan caj bayaran akan ditolak daripada akaun eWallet Touch \u2018n Go yang berdaftar. Teknologi ini membolehkan anda membayar tol tanpa perlu memberhentikan kereta.\n\n\nBerbeza dengan Smart Tag Touch \u2018n Go, tag RFID tidak menggunakan peranti dan tidak boleh dipindah milik. Ini bermaksud, anda memerlukan beberapa pelekat sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu kenderaan.\n\n\n\n\nSelain itu, sekiranya anda mahu\n renew\n insurans kereta\n, anda boleh mempertimbangkan Qoala untuk nikmati lebih banyak penjimatan. Qoala merupakan platform \nperbandingan insurans terbaik di Malaysia\n dengan jaminan proses yang mudah, selamat dan cepat. Anda boleh membandingkan pelbagai sebut harga daripada pelbagai \nsyarikat insurans terbaik\n di Malaysia dan terima sebut harga percuma dengan pantas.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/hibah-tabung-haji/", "title": "3 Jenis Hibah Tabung Haji Anda Perlu Tahu", "body": "\n\nTabung Haji merupakan pilihan ramai rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk membuat simpanan dan pelaburan. Sekiranya anda merupakan salah seorang pendeposit atau mahu mula menyimpan duit di \nTabung Haji\n, anda boleh mendapat\n \npulangan hibah\n daripada institusi ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, artikel ini akan menjelaskan jenis-jenis hibah Tabung Haji yang anda perlu tahu.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa Itu Hibah Tabung Haji, Berapa Jenis Hibah yang Ditawarkan oleh Pihak Tabung Haji?\n1. Hibah Tahunan\n2. Hibah Haji\n3. Hibah Amanah\nMasa untuk Anda Buka Akaun Tabung Haji dan Nikmati Manfaat Hibah?\n\n\nApa Itu Hibah Tabung Haji, Berapa Jenis Hibah yang Ditawarkan oleh Pihak Tabung Haji?\n\n\nApa maksud hibah Tabung Haji? Secara asasnya, hibah merupakan perkongsian keuntungan di antara pembekal hibah dan pendeposit. Ia berbeza dengan pelaburan biasa seperti\n \nASB\n \ndan \nSSPN\n \nyang menawarkan dividen atau pulangan pelaburan secara konsisten pada setiap tahun.\n\n\nDengan kata lain, hibah ini ibarat hadiah yang diisytihar oleh pihak Tabung Haji mengikut kemampuan kewangan Tabung Haji pada tahun semasa. Pulangan hibah tidak wajib diberikan pulangan pada setiap tahun seperti pulangan dividen. Sebaliknya, jumlah pulangan hibah bergantung sepenuhnya kepada keuntungan yang diperolehi oleh pihak Tabung Haji.\n\n\nTabung Haji menyediakan tiga jenis hibah kepada pendeposit iaitu Hibah Tahunan, Hibah Haji dan Hibah Amanah. Berikut adalah penerangan bagi setiap satu jenis hibah yang ditawarkan oleh Tabung Haji:\n\n\n1. Hibah Tahunan\n\n\nHibah Tahunan merupakan pulangan yang boleh diterima oleh anda sebagai pendeposit berdasarkan prestasi kewangan tahun semasa. Sekiranya Tabung Haji mendapati jumlah asetnya lebih tinggi daripada liabiliti, anda berkemungkinan akan mendapat pulangan hibah. Konsep ini dinamakan Wadiah Yad Dhamanah yang bermaksud mengikut kemampuan kewangan pembekal hibah anda pada tahun semasa.\n\n\n2. Hibah Haji\n\n\nHibah Haji mula diperkenalkan pada tahun 2013 dengan tujuan untuk memberi pulangan kepada pendeposit yang belum menunaikan haji khususnya mereka dengan simpanan kurang daripada kos haji semasa. Katakanlah kos haji semasa adalah RM9,980 dan simpanan anda dalam Tabung Haji kurang daripada jumlah tersebut, anda akan menerima pulangan Hibah Haji. Ia bagi membolehkan anda menunaikan haji menunaikan rukun Islam kelima ini.\n\n\n\n\n3. Hibah Amanah\n\n\nTabung Haji juga menyediakan produk Hibah Amanah bagi membantu para pendeposit untuk membuat\n \npengurusan kewangan\n dengan lebih baik. Secara asasnya, Hibah Amanah merupakan pemberian harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan Tabung Haji pemberi atau pendeposit Tabung Haji semasa masih hidup kepada penerima Hibah Amanah.\n\n\nHibah Tabung Haji ini dibuat atas dasar kasih sayang dan secara sukarela tanpa paksaan. Pemberi Hibah Amanah bebas menghibahkan harta hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati seperti ahli keluarga atau rakan-rakan termasuk individu bukan beragama Islam.\u00a0\n\n\nBerikut merupakan antara kelebihan mengambil Hibah Amanah:\n\n\n\n\nSesiapa sahaja layak menerima harta hibah kerana tidak tertakluk kepada\n \nhukum faraid;\n\n\nPenerima hibah akan memiliki harta sepenuhnya kerana waris-waris lain tidak boleh menuntut mengikut hukum faraid;\n\n\nBoleh menjadi suatu alternatif bagi pembahagian harta kepada mereka yang baru memeluk agama Islam yang tidak mempunyai waris beragama Islam atau kepada anak angkat;\n\n\nPemberi Hibah Amanah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan selagi pemberi dan penerima Hibah Amanah masih hidup.\n\n\n\n\nPemberi Hibah Amanah harus mempunyai Akaun Dewasa dan berumur 18 tahun ke atas. Bagi penerima pula, tiada sebarang syarat yang ditetapkan kerana ia boleh diamanahkan kepada sesiapa sahaja tidak kira sama ada warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia, beragama Islam atau bukan Islam, dan tua atau muda.\n\n\nCara Tuntut Hibah Amanah Tabung Haji\n\n\nSekiranya pemberi hibah meninggal dunia, penerima boleh menuntut hibah yang telah diwariskan kepadanya. Penerima Hibah Amanah boleh membuat tuntutan kepada Tabung Haji setelah kematian pemberi Hibah Amanah.\u00a0\n\n\nBerikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa proses tuntutan:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBorang Tuntutan Pengeluaran Hibah Amanah Tabung Haji/ *Penamaan (JP035);\n\n\nDokumen pengenalan diri Penerima Hibah Amanah/ Penjaga Sah/ *Nama Penerima/ Waris Penerima Hibah (asal dan salinan);\n\n\nSijil Kematian/ Laporan Kematian Luar Negara Pemberi Hibah Amanah (asal dan salinan);\n\n\nSijil Kelahiran/ Sijil Pengangkatan (jika Penerima Hibah Amanah di bawah umur 18 tahun dan/ atau tidak waras) (asal dan salinan).\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimana pula jika penerima hibah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum pemberi hibah? Dalam situasi ini, pentadbir waris penerima Hibah Amanah boleh membuat tuntutan kepada pihak Tabung Haji.\u00a0\n\n\nBerikut merupakan dokumen-dokumen yang diperlukan:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSurat Kuasa Mentadbir/ Perintah (sekiranya Penerima Hibah Amanah telah meninggal dunia) (asal dan salinan);\n\n\nSijil Kematian/ Laporan Kematian Luar Negara bagi Penerima Hibah Amanah/ *Nama Penerima yang telah meninggal dunia (asal dan salinan).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMasa untuk Anda Buka Akaun Tabung Haji dan Nikmati Manfaat Hibah?\n\n\nAnda mungkin masih lagi mencari-cari platform yang sesuai untuk menyimpan duit selain daripada akaun simpanan anda. Selain platform\n \npelaburan berisiko rendah\n seperti\n \nASB\n, Tabung Haji juga merupakan alternatif yang anda patut pertimbangkan.\u00a0\n\n\nPendeposit yang menyimpan duit di platform Tabung Haji ini juga akan berpeluang mendaftarkan diri mereka untuk menunaikan ibadah Haji dengan adanya akaun Tabung Haji.\u00a0\n\n\nBerikut adalah kelebihan-kelebihan lain menyimpan di Tabung Haji:\n\n\n\n\nSimpanan patuh syariah Islam;\n\n\nDijamin oleh kerajaan;\n\n\nDividen dan bonus boleh mendapat\n \npengecualian cukai\n;\n\n\nMenyantuni para dhuyufurrahman (jemaah haji);\n\n\nDapat menunaikan\n \nkewajipan zakat\n;\n\n\nTidak ada had simpanan.\n\n\n\n\nBukan itu sahaja, Tabung Haji juga menawarkan hibah yang mampu membantu anda menguruskan wang dan pada masa yang sama, anda juga boleh menambah jumlah wang anda melalui pulangan hibah. Namun begitu, sekali lagi diingatkan, pulangan ini bergantung kepada prestasi kewangan semasa Tabung Haji.\u00a0\nProduk seperti Hibah Amanah pula membolehkan anda meninggalkan harta untuk waris-waris yang anda pilih sekiranya anda meninggal dunia.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari\n \ninsurans kereta terbaik\n \natau \ninsurans motor murah\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Bandingkan insurans daripada beberapa syarikat insurans terbaik dengan tawaran harga terbaik. Qoala menjanjikan perlindungan menyeluruh untuk anda dan juga keluarga tersayang.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/hutang-ptptn/", "title": "4 Cara Bayar Tunggakan Hutang PTPTN Secara Ansuran untuk Fresh Grad", "body": "\n\nHutang PTPTN adalah satu hutang yang dimiliki ramai orang di Malaysia terutamanya golongan muda yang baru saja menyelesaikan pengajian tahap tinggi. Artikel ini akan menjelaskan cara bayaran balik PTPTN, saluran bayar balik PTPTN, pengecualian bayaran PTPTN dan lain-lain yang anda perlu tahu.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nSaluran Bayaran Balik PTPTN untuk Anda Pilih\u00a0\n1. Bayaran PTPTN Online\n2. Bayaran di Kaunter PTPTN\n3. Secara Potongan Gaji\n4. Bayar PTPTN Melalui KWSP\nCara Semakan Tunggakan PTPTN dan Teknik Bayar Tunggakan\u00a0\nPenstrukturan Semula PTPTN\nGabungan Pinjaman PTPTN\nBerunding dengan Pihak PTPTN\n4 Perkara Wajib Tahu Tentang Bayaran Balik PTPTN\n1. Tempoh Mula Bayaran Balik Hutang PTPTN\n2. Pinjaman Ujrah PTPTN\n3. PTPTN dan CCRIS\n4. Penangguhan dan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN\nApa Kesan Jika Tidak Bayar PTPTN atau Hutang PTPTN Tertunggak?\n1. Skor Kredit Terjejas\n2. Anda Disenarai Hitam atau Tidak Dibenarkan Ke Luar Negara\n3. Boleh Didakwa dan Dikenakan Tindakan Undang-undang\n\n\nSaluran Bayaran Balik PTPTN untuk Anda Pilih\u00a0\n\n\nMelainkan anda mendapat \npengecualian bayaran balik PTPTN\n kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda kelas pertama, anda wajib membayar semula hutang PTPTN anda. Antara sebab hutang PTPTN boleh menjadi tertunggak adalah apabila peminjam tidak membayar hutang tersebut pada waktunya. \n\n\nSikap melengahkan ini hanya akan merugikan diri sendiri. \nSebaiknya, apabila anda mendapat \ngaji bulanan\n, anda perlu mengasingkan wang-wang tersebut mengikut keutamaan. \nAda pelbagai cara untuk membuat pembayaran hutang PTPTN mengikut keselesaan anda. Berikut adalah panduan khusus buat semua peminjam PTPTN yang sedang keliru tentang cara membayar:\n\n\n1. Bayaran PTPTN Online\n\n\nSekiranya anda tidak mempunyai masa untuk ke mana-mana kaunter PTPTN, cara yang paling mudah adalah dengan membuat \nonline \npayment PTPTN. Ada beberapa bank yang menyediakan perkhidmatan perbankan atas talian. Sebagai contoh, Maybank, CIMB, RHB, Bank Rakyat dan juga Public Bank.\u00a0\n\n\nAnda juga boleh membuat bayaran hutang PTPTN melalui aplikasi eWallet seperti Touch N Go dan Boost. Kedua-dua kaedah pembayaran ini memerlukan anda untuk mempunyai aplikasi bagi menggunakan kemudahan yang ditawarkan.\n\n\n2. Bayaran di Kaunter PTPTN\n\n\nSelain pembayaran melalui perbankkan internet, anda juga boleh buat bayaran PTPTN melalui kaunter cawangan PTPTN berdekatan dengan rumah anda. Ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nPergi ke mana-mana cawangan PTPTN atau senarai bank diatas yang berhampiran.\n\n\nAmbil nombor giliran.\n\n\nIsikan borang yang diberikan oleh pegawai kaunter (No. Kad Pengenalan, No. Akaun PTPTN dan No. Kontrak atau No. Bill)\n\n\nBagi balik borang tersebut kepada pegawai, kemudian bayar pinjaman.\n\n\nSelesai.\n\n\n\n\n3. Secara Potongan Gaji\n\n\nPembayaran hutang PTPTN juga boleh dibuat secara \npotongan gaji\n. Kaedah ini kebiasaannya digunakan oleh penjawat awam. Ini kerana mereka yang menerima pinjaman PTPTN diwajibkan untuk membuat bayaran balik PTPTN.\u00a0\n\n\nSekiranya anda bukan seorang penjawat awam dan ingin membuat bayaran PTPTN melalui potongan gaji, majikan anda perlu mengemukakan Borang Pendaftaran Majikan (Potongan Gaji PTPTN) yang lengkap kepada Pejabat PTPTN yang berhampiran. Anda sebagai peminjam pula harus menyerahkan Borang Kebenaran Potong Gaji Bagi Bayaran Balik Pembiayaan Pendidikan PTPTN yang lengkap kepada Pejabat PTPTN berhampiran.\n\n\nManakala, pihak PTPTN pula akan mengemaskini rekod pemotongan gaji ke dalam sistem dan mengemukakan rekod potongan gaji baharu kepada majikan anda pada setiap akhir bulan. Seterusnya, majikan akan membuat potongan gaji serta mengemukakan data dan bayaran potongan gaji kepada PTPTN sebelum 15 hari bulan pada bulan berikutnya. Akhir sekali, pihak PTPTN akan mengemas kini penyata pinjaman.\n\n\n4. Bayar PTPTN Melalui KWSP\n\n\nRamai sebenarnya tidak menyedari bahawa pinjaman PTPTN boleh dibayar balik menggunakan wang KWSP yang ada dalam \nAkaun 2 KWSP\n. Antara kelebihan menggunakan akaun 2 KWSP untuk membuat bayaran balik PTPTN adalah:\n\n\n\n\nTiada had pengeluaran selagi masih mempunyai baki dalam akaun 2\n\n\nTiada caj pemprosesan\n\n\nMenikmati penjimatan kos upah/ pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik PTPTN\n\n\n\n\nCara bayar PTPTN guna KWSP adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nDaftar dan log masuk i-Akaun\n\n\nSetelah berjaya log masuk, anda perlu klik \u2018Pengeluaran\u2019 di bahagian menu atas.\u00a0 Kemudian klik \u2018Permohonan Pengeluaran Baru\u2019 dan pilih \u2018Pendidikan\u2019.\n\n\nSelepas itu, akan keluar satu \u2018pop up\u2019 yang terdapat butang \u2018OK\u2019. Klik butang \u2018OK\u2019 tersebut. Maka akan keluarlah paparan pilihan Institusi yang terlibat (pilih PTPTN), ruangan bayaran kepada (pilih pemberi pinjaman), ruangan peringkat pengajian dan ruangan permohonan (pilih diri sendiri).\n\n\nSelepas selesai mengisi segala butiran yang diperlukan, anda cuma perlu klik butang \u2018seterusnya\u2019 dan butang \u2018terima\u2019. Di sini, anda perlu mengemaskini maklumat diri anda. \n\n\nSetelah mengemaskini maklumat peribadi, masukkan nombor rujukan matriks semasa pengajian di ruangan maklumat pengeluaran.\n\n\nSeterusnya, jumlah kelayakan anda akan dipaparkan. Jadi, berdasarkan baki akaun 2 KWSP anda, baki tersebut adalah jumlah maksimum yang ada dalam akaun. Bergantung kepada anda nak bayar banyak mana kepada pihak PTPTN.\n\n\nSelesai sahaja membuat permohonan, pihak PTPTN akan memproses permohonan tersebut yang mengambil masa kebiasaannya kurang daripada seminggu. \n\n\nApabila permohonan berjaya diluluskan, anda akan menerima SMS konfirmasi dari pihak KWSP.\n\n\nSetelah pihak KWSP meluluskan permohonan anda, anda perlu ke cawangan KWSP terdekat untuk mengambil cop jari (thumb print). Jangan lupa juga untuk membawa dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, sijil-sijil dan sebagainya.\n\n\nSelepas itu, proses pembayaran tersebut akan dilakukan dalam masa 16 hari dan boleh membuat semakan di i-akaun KWSP anda.\u00a0\n\n\n\n\nCara Semakan Tunggakan PTPTN dan \nTeknik Bayar \nTunggakan\u00a0\n\n\nUntuk mengetahui jumlah tunggakan PTPTN anda, anda boleh cek tunggakan ptptn anda melalui penyata online PTPTN. Anda akan dapati baki pinjaman terkini, tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik yang anda telah lakukan. Ikuti langkah-langkah di bawah:\n\n\n1. Lawati Portal PTPTN dan klik \u2018Semakan Penyata Pinjaman\u2019\n\n2. Masukkan nombor kad pengenalan\n\n3. Login PTPTN dengan masukkan kata laluan\n\n4. Semak penyata dengan klik \u2018Penyata Baki\u2019 atau \u2018Penyata Baki Terperinci\u2019\n\n\nRamai graduan yang baru bekerja mengatakan mereka mempunyai masalah dalam membuat pembayaran balik. Pada tahun 2019 sahaja, seramai\n \n375,925 peminjam\n yang direkodkan, tidak pernah membuat bayaran balik PTPTN. Antara sikap tidak peduli atau mereka tidak tahu cara menguruskan wang dengan betul bagi membolehkan mereka membayar balik hutang pendidikan tersebut. Namanya pun pinjaman, jadi graduan diberi tanggungjawab untuk membuat pembayaran balik selepas tamat pengajian.\n\n\nPenstrukturan Semula PTPTN\n\n\nSekiranya anda sudah lama menangguhkan pembayaran, anda boleh membuat penstrukturan semula bayaran balik PTPTN. Kebiasaannya, pihak PTPTN akan mengesyorkan peminjam untuk membuat penukaran kepada skim ujrah. Sejak tahun 2008, PTPTN telah menukar bentuk pinjaman konvensional kepada skim ujrah iaitu skim pinjaman PTPTN yang mematuhi syariah.\n\n\nPertukaran ini lebih menguntungkan kerana ia boleh menjimatkan kos bayaran balik PTPTN antara 47 sehingga 49 peratus.Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh bertanya pihak PTPTN\u00a0 tentang kaedah penstrukturan semula bayaran balik PTPTN. Proses pertukaran ini akan melibatkan dua peringkat, iaitu:\n\n\n\n\nPermohonan pinjaman sekali lagi dalam bentuk Pinjaman Ujrah. Peminjam boleh mengunjungi mana-mana kaunter PTPTN seluruh negara untuk tujuan ini. Dokumen tawaran baharu untuk pertukaran akan diberikan dan perlu dikembalikan sebelum tamat tempoh sah laku iaitu dalam masa 14 hari.\n\n\nTandatangan dokumen pinjaman baharu dengan jumlah pinjaman yang baharu dan Jadual Bayaran Balik (JBB) baharu juga.\n\n\n\n\nLangkah-langkah yang perlu dibuat:\n\n\n\n\nMuat turun Borang Kemaskini Maklumat di portal rasmi PTPTN (http://www.ptptn.gov.my) atau boleh ke mana-mana kaunter PTPTN untuk ambil borang.\n\n\nHantar Borang Kemaskini Maklumat ke kaunter PTPTN.\n\n\nPeminjam akan diberikan dua set dokumen tawaran Ujrah. Setiap dokumen ini perlu dilekatkan setem hasil RM10.\n\n\nSerah semula dokumen lengkap di kaunter PTPTN atau poskan.\n\n\nBayaran balik PTPTN boleh mula dibuat mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) baharu.\n\n\nProses ini perlu dilakukan kerana kedua-dua pinjaman berada di bawah prinsip yang berbeza iaitu konvensional dan syariah.\n\n\n\n\nGabungan Pinjaman PTPTN\n\n\nSekiranya anda membuat pinjaman pendidikan PTPTN untuk pelbagai peringkat pengajian seperti diploma, ijazah sarjana muda atau sarjana, anda boleh menggabungkan pinjaman-pinjaman ini menjadi satu jenis yuran dengan caj pentadbirannya yang lebih menjimatkan.\u00a0\n\n\nJika pinjaman PTPTN diploma sahaja sudah RM20,000 dan ijazah sarjana muda pula RM30,000, jumlah hutang PTPTN anda selepas sahaja tamat pengajian adalah RM50,000. Strategi untuk menggabungkan pinjaman PTPTN ini amat sesuai bagi peminjam yang mempunyai hutang untuk setiap tahap pengajian. Untuk lebih menjimatkan, gabungan ini boleh disertai dengan skim ujrah bagi meringankan lagi beban peminjam.\u00a0\n\n\nBerunding dengan Pihak PTPTN\n\n\nPihak PTPTN sentiasa terbuka kepada sebarang perundingan. Sekiranya anda sebagai peminjam mempunyai masalah dengan komitmen kewangan\n \nyang membuatkan anda sukar untuk membayar balik hutang PTPTN, pihak PTPTN boleh membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman PTPTN. Mereka juga menawarkan jumlah bayaran balik serendah RM50 sebulan.\u00a0\n\n\nSekiranya peminjam mula melakukan pembayaran enam bulan selepas tamat pengajian, mereka boleh mendapat penjimatan kerana dalam jangka masa enam bulan tersebut pembayaran balik tidak dikenakan kadar faedah. Maka mereka boleh mengurangkan bayaran balik PTPTN kerana baki yang akan dikenakan kadar faedah sebanyak satu peratus selepas enam bulan telah berkurangan.\n\n\n\n\n4 Perkara Wajib Tahu Tentang Bayaran Balik PTPTN\n\n\nSebelum anda menjadi peminjam, penting untuk anda fahami perkara penting berkaitan pinjaman PTPTN ini bagi mengelakkan anda mempunyai tunggakan PTPTN banyak.\n\n\n1. Tempoh Mula Bayaran Balik Hutang PTPTN\n\n\nAnda secara asasnya bertanggungjawab membayar balik hutang PTPTN selepas setahun atau selepas 12 bulan tamat pengajian. Biasanya, pihak PTPTN akan memberikan notis pembayaran balik pinjaman pada bulan ke-13 bagi mengelakkan hutang PTPTN tertunggak.\n\n\n2. Pinjaman Ujrah PTPTN\n\n\nApa itu Ujrah PTPTN? Secara asasnya, maksud pinjaman Ujrah PTPTN ialah pinjaman pendidikan yang patuh Syariah. Ia berdasarkan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.\n\n\nDalam erti kata lain, ujrah ialah upah satu peratus (1%) pada kadar rata yang dikenakan ke atas pinjaman. PTPTN Ujrah ini dikenakan untuk menampung kos-kos mengurus dan menyediakan pinjaman kepada peminjam.\n\n\n3. PTPTN dan CCRIS\n\n\nSekiranya anda tidak melakukan bayaran balik PTPTN, \nskor kredit atau laporan CCRIS\n anda mungkin terjejas. Secara asasnya, laporan CCRIS digunakan oleh pihak bank sebagai rujukan untuk menilai skor kredit anda semasa proses kelulusan pinjaman atau kredit.\n\n\nJika laporan kredit anda tidak baik, situasi ini mungkin menyukarkan anda untuk mendapatkan pinjaman. Kalau ada tunggakan PTPTN:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCCRIS PTPTN anda mungkin terjejas dan menghalang anda untuk\n apply loan\n rumah\n;\n\n\nNama kena \nblacklist\n PTPTN\n tidak boleh beli kereta atau buat\n loan\n kereta.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerapa lama nama \nclear\n CCRIS PTPTN? Untuk baiki rekod CCRIS PTPTN anda, ia bergantung kepada tempoh tunggakan atau jumlah bulan anda tak bayar. Jika ada tunggakan PTPTN untuk tempoh enam bulan, maka anda kena tunggu enam bulan untuk baiki rekod kredit anda.\n\n\n4. Penangguhan dan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN\n\n\nSecara asasnya, kerajaan ada menawarkan kemudahan penangguhan kepada individu yang berdepan masalah kewangan. Anda boleh semak \nlaman web rasmi PTPTN\n untuk info lanjut. Sekiranya layak, anda boleh mohon penangguhan bayaran balik PTPTN.\n\n\nSelain itu, jika anda memperolehi keputusan yang cemerlang, anda boleh memohon \nPengecualian Bayaran Balik PTPTN\n. Inisiatif Pengecualian Bayaran Balik diwujudkan sebagai satu bentuk penghargaan kepada peminjam PTPTN yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.\n\n\nApa Kesan Jika Tidak Bayar PTPTN atau Hutang PTPTN Tertunggak?\n\n\nPTPTN memperuntukkan sebanyak RM5 bilion dana pendidikan bagi rakyat Malaysia setiap tahun. Setakat 29 Februari 2016, PTPTN menjangkakan bakal mengutip bayaran balik sebanyak RM15.8 bilion daripada peminjam. Walau bagaimanapun, hanya RM7.9 bilion bayaran balik diterima.\u00a0Apa kesan tak bayar PTPTN?\n\n\n1. Skor Kredit Terjejas\n\n\nSama seperti dinyatakan di atas, tunggakan bayaran PTPTN boleh menyebabkan nama anda disenaraihitamkan oleh pihak PTPTN. Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada skor kredit anda.\n\n\nMelalui laporan CCRIS, pihak bank boleh mengetahui corak bayaran balik PTPTN anda yang tidak konsisten (ada tunggakan, bayaran lambat dan sebagainya).\n\n\nSekiranya anda tidak membuat bayaran balik PTPTN secara konsisten, anda boleh berdepan kesukaran untuk memohon sebarang pinjaman seperti \npinjaman perumahan\n, \nloan\n kereta\n atau \npinjaman peribadi\n.\n\n\n2. Anda Disenarai Hitam atau Tidak Dibenarkan Ke Luar Negara\n\n\nBiasanya, peminjam yang tidak bayar balik pinjaman atau ada tunggakan hutang PTPTN akan kena \nblacklist\n oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Ia sekali gus akan menghalang anda daripada ke luar negara, \nrenew\n pasport atau memohon pasport baharu.\n\n\nPeminjam PTPTN perlu jelaskan tunggakan PTPTN bagi elakkan sekatan di lapangan terbang atau pintu sempadan negara. Jika ada tunggakan bayaran PTPTN, ia perlu dilangsaikan atau anda juga boleh berunding dengan pihak PTPTN tujuh hari sebelum ke luar negara.\n\n\n3. Boleh Didakwa dan Dikenakan Tindakan Undang-undang\n\n\nAnda juga boleh didakwa di mahkamah sekiranya anda gagal membuat bayaran balik tunggakan PTPTN. Pihak PTPTN akan mengeluarkan dua notis sekiranya anda tidak membuat bayaran balik;\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNotis peringatan bayaran balik PTPTN; dan\n\n\nNtis tuntutan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda masih lagi tidak melakukan sebarang pembayaran atau rundingan dengan pihak PTPTN, anda boleh didakwa atau dikenakan tindakan undang-undang.\n\n\nAnda disarankan untuk membayar hutang PTPTN mengikut jadual supaya anda tidak akan menghadapi sebarang masalah tunggakan bayaran PTPTN. \nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari\u00a0\ninsurans kereta\n, \ninsurans motor \natau \ninsurans rumah terbaik\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nQoala merupakan \nplatform perbandingan insurans di Malaysia\n dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/i-lindung-kwsp/", "title": "i-Lindung KWSP 2023, Perlindungan Ketidakpastian Masa Depan", "body": "\n\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Platform layan diri ini dilaksanakan untuk memudahkan pembelian produk \nInsurans dan Takaful\n merangkumi \nperlindungan hayat dan perlindungan penyakit kritikal\n daripada Akaun 2 KWSP ahli.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\ni-Lindung KWSP: Pelan Perlindungan Insurans dan Takaful Khas untuk Ahli KWSP\n1. Apa Itu i-Lindung KWSP?\n2. Ciri-ciri Utama i-Lindung\n3. Jenis Perlindungan\n4. Syarat Kelayakan i-Lindung\n5. Harga Premium atau Sumbangan\n6. Cara untuk Mendaftar\ni-Lindung KWSP: Pelan Perlindungan Mampu Milik untuk Perlindungan Masa Depan\n\n\ni-Lindung KWSP: Pelan Perlindungan Insurans dan Takaful Khas untuk Ahli KWSP\n\n\nPemilikan \npolisi Insurans\n dan \nsijil Takaful\n dalam kalangan rakyat di Malaysia masih lagi rendah terutamanya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40. Kemudahan i-Lindung secara tidak langsung boleh membantu ahli mendapat perlindungan Insurans dan Takaful pada harga berpatutan.\n\n\n1. Apa Itu i-Lindung KWSP?\n\n\ni-Lindung merupakan sebuah \nplatform layan diri\n yang tersedia dalam i-Akaun (ahli). Ia boleh diakses untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Melalui PPA, ahli KWSP dibenarkan untuk melakukan \npengeluaran dari Akaun 2 KWSP\n bagi membeli produk Insurans atau Takaful yang diluluskan oleh KWSP.\n\n\n2. Ciri-ciri Utama i-Lindung\n\n\nSecara asasnya, skim i-Lindung menawarkan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan Insurans dan Takaful pada harga yang berpatutan. Ia juga bertindak sebagai persediaan dalam membantu ahli berdepan dengan sebarang insiden yang tidak diingini pada masa hadapan.\n\n\n\n\nAlternatif mudah untuk mendapatkan produk perlindungan tanpa keperluan pemeriksaan kesihatan;\n\n\nSebut harga bagi setiap \nproduk Insurans atau Takaful\n ditawarkan secara dalam talian;\n\n\nKemudahan untuk mengakses dan menganalisis semua maklumat produk yang ditawarkan sebelum membuat pilihan;\n\n\nMaklumat berkaitan polisi atau sijil yang dibeli boleh diteliti secara menyeluruh;\n\n\nKelebihan untuk mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua.\n\n\n\n\n3. Jenis Perlindungan\n\n\nPerlindungan yang ditawarkan di bawah skim i-Lindung merangkumi \nperlindungan hayat\n dan \npenyakit kritikal\n. Buat masa ini, perlindungan yang ditawarkan hanyalah untuk tempoh satu (1) tahun.\n\n\nApa Itu Insurans Perlindungan Hayat?\n\n\nInsurans nyawa menyediakan pembayaran kepada benefisiari sebagai pertukaran premium yang dibayar. Ia bertindak sebagai jaminan \nperlindungan kewangan\n untuk keluarga jika anda (pemegang polisi) meninggal dunia. Insurans perlindungan hayat boleh digunakan untuk:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKehilangan sumber pendapatan;\n\n\nPembayaran hutang-piutang;\n\n\nYuran pendidikan atau pengajian\n;\n\n\nPenjagaan kesihatan;\n\n\nPenjagaan anak;\n\n\nHutang isi rumah;\n\n\nPerbelanjaan harian (atau \nkomitmen bulanan\n);\n\n\nPerbelanjaan pengebumian.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJumlah wang yang diterima bergantung pada polisi dan jumlah premium.\n\n\nApa Itu Insurans Penyakit Kritikal?\n\n\nPolisi insurans penyakit kritikal menyediakan bayaran sekaligus jika anda didiagnosis dengan keadaan kesihatan yang mengancam nyawa seperti \nkanser\n atau \npenyakit jantung\n. Pampasan yang diterima daripada insurans penyakit kritikal membolehkan anda untuk:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBayar \nkos rawatan dan perubatan\n;\n\n\nMenampung kos perbelanjaan harian \u2013 jadi anda tidak perlu risau untuk bekerja untuk menampung bil anda;\n\n\nBayar kos pengangkutan ke pusat rawatan;\n\n\nBayar \npakej percutian\n jika anda memerlukan tempat yang tenang untuk pulih.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Syarat Kelayakan i-Lindung\n\n\nSekiranya anda ingin memohon skim i-Lindung, berikut syarat kelayakan yang perlu anda patuhi:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia;\n\n\nMempunyai baki yang mencukupi dalam Akaun 2 KWSP*;\n\n\nPengguna i-Akaun (ahli).\n\n\n\n\n*Ahli berumur 55 tahun dan ke atas boleh memilih untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka dari Pengeluaran Umur 55 hingga 60 tahun (i-Lindung). Permohonan pengeluaran hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun (ahli).\n\n\n5. Harga Premium atau Sumbangan\n\n\nKadar premium atau sumbangan yang dikenakan bergantung pada produk Insurans atau Takaful yang dipilih. Biasanya, \nharga premium insurans\n dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti berikut:\n\n\n\n\nUmur (umur pada hari jadi berikutnya/umur pada hari jadi terakhir bergantung pada syarikat Insurans atau Takaful);\n\n\nJantina;\n\n\nStatus perokok (jika berkaitan);\n\n\nJumlah perlindungan yang dipilih semasa permohonan.\n\n\n\n\nUntuk perlindungan i-Lindung paling asas, anda boleh menikmati \njumlah perlindungan\n sebanyak RM10,000 dengan hanya premium serendah RM30 setahun. Ia semestinya perlindungan sosial dan keselamatan kewangan yang berbaloi untuk dimiliki.\n\n\n6. Cara untuk Mendaftar\n\n\nUntuk butiran lanjut mengenai cara mendaftar i-Lindung KWSP, anda boleh rujuk cara untuk mendaftar di bawah:\n\n\n1. Log Masuk KWSP i-Akaun\n\n\nAnda hanya perlu \u2018Log Masuk\u2019 ke Portal i-Akaun KWSP anda. Jika anda belum berdaftar, anda perlu \u2018Daftar Masuk\u2019 terlebih dahulu.\n\n\n2. Pilih i-Lindung\n\n\nKlik pada bahagian \u2018i-Lindung\u2019 dan pilih mana-mana produk atau pelan perlindungan yang ditawarkan oleh syarikat Insurans atau Takaful yang sesuai dengan keperluan anda. Ada beberapa \nsyarikat insurans terbaik\n yang boleh anda pilih antaranya:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTakaful Berhad;\n\n\nPrudential Assurance Malaysia Berhad;\n\n\nPrudential BSN Takaful Berhad;\n\n\nEtiqa Life Insurance Berhad; dan\n\n\nEtiqa Family Takaful Berhad.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Daftar Pelan Perlindungan\n\n\nLengkapkan semua maklumat yang diperlukan. Berikan kebenaran untuk membayar melalui potongan dari Akaun KWSP.\n\n\n4. Buat Pembayaran\n\n\nLakukan pembayaran sumbangan untuk melengkapkan transaksi. Bayaran untuk perlindungan Insurans dan Takaful ini akan ditolak daripada Akaun 2 KWSP anda.\n\n\nSetelah permohonan diluluskan, pembayaran tidak akan dilakukan serta-merta dan mungkin boleh memakan masa beberapa hari. Walau bagaimanapun, status polisi atau sijil anda akan kekal aktif kecuali pembayaran anda ditolak.\n\n\nSekiranya pembayaran ditolak, polisi atau sijil yang dibeli akan dibatalkan. Anda boleh menyemak status permohonan pembayaran di bawah i-Lindung di bahagian \u2018Sejarah Transaksi\u2019.\n\n\n5. Terima Polisi\n\n\nPerlindungan akan bermula mengikut hari polisi atau sijil anda dikeluarkan oleh syarikat Insurans atau Takaful. Polisi atau sijil anda akan dihantar melalui e-mel. Ia juga boleh didapati di bawah i-Lindung di bahagian \u2018Pelan Perlindungan Saya\u2019.\n\n\n\n\ni-Lindung KWSP: Pelan Perlindungan Mampu Milik untuk Perlindungan Masa Depan\n\n\nKemudahan i-Lindung semestinya memberikan manfaat yang besar dalam melindungi ahli KWSP daripada ketidaktentuan kewangan. Ia bertindak sebagai \nperlindungan persaraan\n dan membolehkan ahli mendapatkan perlindungan Insurans atau Takaful pada harga yang mampu milik.\n\n\nSelain i-Lindung KWSP, anda juga boleh mendapatkan \ninsurans perlindungan hayat dan penyakit kritikal\n pada harga mampu milik di Qoala. Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans\n paling popular di Malaysia. Anda boleh mendapatkan \npolisi insurans terbaik di Malaysia\n dengan tawaran harga yang kompetitif dan terbaik.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/jual-kereta-belum-habis-bayar/", "title": "9 Cara Jual Kereta Belum Habis Bayar di Malaysia", "body": "\n\nAda banyak sebab sesetengah individu ambil keputusan untuk jual kereta belum habis bayar. Ada individu yang jual kereta belum habis bayar kerana kereta tersebut jarang digunakan untuk kurangkan beban kewangan dan \nkomitmen bulanan\n. Ada juga individu yang ambil keputusan \nupgrade\n atau \ntrade-in\n kereta lama kepada kereta baharu disebabkan pertambahan ahli keluarga dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nJual Kereta Belum Habis Bayar: Cara Mudah Jual Kereta yang Masih Ada Baki Pinjaman dengan Bank\n1. Semak Baki Hutang Kereta\n2. Semak Harga Pasaran Semasa Kereta\n3. Trade-In Kereta Lama: Mohon Loan Kereta Sebelum Jual Kereta Belum Habis Bayar\n4. Servis dan Penyelenggaraan Kereta\n5. Tentukan Harga Jualan Kereta\n6. Iklankan Jualan Kereta\n7. Sediakan Dokumen Penting\n8. Lakukan Pemeriksaan Puspakom\n9. Tukar Nama Kereta di JPJ\nRenew Insurans Kereta di Qoala untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nJual Kereta Belum Habis Bayar: Cara Mudah Jual Kereta yang Masih Ada Baki Pinjaman dengan Bank\n\n\nBagaimana cara jual kereta belum habis bayar yang masih mempunyai baki hutang dengan pihak bank? Artikel ini akan kongsikan secara ringkas cara jual kereta belum habis bayar untuk memudahkan proses anda menjual kereta.\n\n\nAnda secara asasnya perlu ambil tahu prosedur \ntrade-in\n kereta atau jual kereta belum habis bayar ini. Cara ini dapat mengelakkan anda daripada tertipu atau menjual kereta pada harga yang terlalu rendah.\n\n\n1. Semak Baki Hutang Kereta\n\n\nPerkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum jual kereta belum habis bayar ialah melakukan semakan \nbaki hutang pinjaman kereta\n dengan pihak bank.\n\n\nAnda boleh hadir ke mana-mana cawangan bank pinjaman anda untuk membuat semakan dan mendapatkan penyata penuh baki pinjaman terkini. Ini bagi membolehkan anda melakukan penyelesaian penuh atau \nfull settlement\n sebelum anda boleh jual kereta belum habis bayar.\n\n\nSelain itu, penting untuk anda mengetahui tempoh masa dan jumlah peratusan denda yang berkemungkinan akan dikenakan kepada anda sebelum melakukan penyelesaian penuh.\n\n\nSesetengah bank akan mengenakan denda atau penalti sekiranya hutang pinjaman diselesaikan lebih awal berbanding jangkaan. Ini kerana, sebahagian besar pinjaman kereta disertakan dengan tempoh\n lock-in\n.\n\n\nPihak bank biasanya membenarkan urusan jual kereta belum habis bayar selepas lima tahun (untuk tempoh pinjaman sembilan tahun) atau selepas empat hingga lima tahun (untuk tempoh pinjaman tujuh tahun).\n\n\n2. Semak Harga Pasaran Semasa Kereta\n\n\nSelain itu, anda juga perlu tahu harga pasaran semasa kereta anda sebelum anda jual kereta belum habis bayar. Anda boleh lakukan semakan harga pasaran semasa model kereta anda sama ada dengan:\n\n\n\n\nBertanyakan pihak bank \nharga pasaran semasa kereta\n;\n\n\nMembuat tinjauan harga di mana-mana kedai kereta terpakai; atau\n\n\nMelakukan carian secara online melalui mana-mana platform jual beli kereta terpakai di Malaysia.\n\n\n\n\nKedua-dua baki hutang kereta dengan pihak bank dan anggaran harga pasaran semasa kereta penting bagi mengelakkan anda daripada berdepan sebarang kerugian.\n\n\nAndaikan harga jualan kereta belum habis bayar yang dipersetujui oleh pembeli lebih rendah daripada jumlah baki hutang dengan pihak bank. Anda perlu keluarkan belanja tambahan daripada \nsimpanan\n anda untuk bayar jumlah yang tidak cukup tersebut.\n\n\n3. \nTrade-In\n Kereta Lama: Mohon \nLoan\n Kereta Sebelum Jual Kereta Belum Habis Bayar\n\n\nJika anda memilih untuk\n trade in\n kereta lama kepada kereta baharu, anda dinasihatkan untuk memohon \npinjaman kereta\n dengan pihak bank terlebih dahulu. Elakkan daripada membuat keputusan untuk \ntrade-in\n kereta sebelum \nloan\n kereta anda betul-betul lulus untuk mengelakkan anda daripada pening kepala.\n\n\nSelain itu, sediakan peruntukan untuk \nbayaran \ndownpayment\n sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga kereta yang ingin dibeli.\n\n\n\n\n4. Servis dan Penyelenggaraan Kereta\n\n\nSetelah selesai menetapkan harga jualan dan memohon pinjaman untuk kereta baharu, proses seterusnya yang perlu anda lakukan ialah mencari pembeli. Sebelum jual kereta belum habis bayar, anda disarankan untuk mempertimbangkan perkara-perkara berikut untuk meningkatkan \nnilai \nresale value\n kereta\n anda seperti:\n\n\nLakukan Servis\n\n\nPenjagaan dan penyelenggaraan kereta yang betul dapat menjimatkan wang anda untuk jangka masa panjang. Ia juga dapat mengelakkan kos pembaikan yang tidak perlu.\n\n\nJika perlu, gantikan mana-mana komponen kereta yang telah rosak seperti \nwiper\n kereta\n, \nbrek kereta\n, \nbateri kereta kong\n dan sebagainya.\n\n\nBiasanya, bakal pembeli kereta cenderung untuk menawarkan harga kereta yang lebih tinggi sekiranya kereta berada dalam keadaan baik.\n\n\nBahagian Luaran Kereta\n\n\nBakal pembeli juga biasanya tertarik dengan kereta yang mempunyai penampilan luaran yang baik. Kereta yang kelihatan bersih, \nwarna cat kereta\n tidak pudar, kereta dijaga rapi dan sebagainya dapat menarik harga jualan yang lebih mahal.\n\n\nSelain itu, periksa rim dan \ntayar kereta\n dan gantikannya jika telah botak atau haus. Baiki juga kesan lekuk, calar dan sebagainya pada bahagian badan kereta.\n\n\nBahagian Dalaman Kereta\n\n\nKebersihan bahagian dalaman juga penting untuk sesetengah pembeli. Sebelum jual kereta belum habis bayar, bersihkan kotoran dan sisa makanan dalam kereta dan lain-lain untuk menarik minat pembeli.\n\n\n5. Tentukan Harga Jualan Kereta\n\n\nKemudian, anda perlu tetapkan harga jualan kereta yang sesuai bergantung pada jumlah baki pinjaman dengan pihak bank. Penting untuk anda tentukan harga jualan kereta yang bersesuaian untuk maksimumkan keuntungan anda.\n\n\nUntuk jual kereta belum habis bayar, anda secara umumnya perlu melakukan penyelesaian penuh atau \nfull settlement\n terlebih dahulu.\n\n\nPenyelesaian Penuh Jual Kereta Belum Habis Bayar\n\n\nApa itu penyelesaian penuh? Penyelesaian penuh dalam bahasa mudah merujuk pada bayaran penuh (penyelesaian) jumlah pinjaman yang masih berbaki dengan pihak bank.\n\n\nAnda perlu langsaikan kesemua baki hutang pinjaman kereta terlebih dahulu, barulah anda boleh mendapatkan pinjaman lain untuk kereta baharu anda.\n\n\nUntuk tentukan harga jualan kereta, anda boleh lihat kaedah penentuan harga jualan kereta seperti berikut:\n\n\ni. Harga Pasaran Kereta Lebih Tinggi daripada Jumlah Baki Hutang\n\n\nAndaikan baki hutang kereta anda dengan pihak bank berbaki sebanyak RM20,000. Manakala, pembeli menawarkan harga beli mengikut harga pasaran semasa kereta iaitu RM25,000.\n\n\nJika jumlah penyelesaian penuh lebih tinggi daripada harga ditawarkan oleh pembeli, anda tidak perlu menambah duit anda untuk membuat penyelesaian penuh kepada pihak bank.\n\n\nIni kerana, harga jualan lebih tinggi daripada jumlah baki hutang. Anda akan menerima lebihan baki bayaran RM5,000 yang boleh digunakan untuk tujuan lain seperti \ndeposit rumah\n, \ndownpayment\n kereta baharu dan sebagainya.\n\n\nii. Harga Pasaran Kereta Lebih Rendah daripada Jumlah Baki Hutang\n\n\nNamun begitu, andaikan harga pasaran semasa kereta ialah RM25,000 dan baki hutang anda dengan pihak bank ialah RM28,000.\n\n\nJika jumlah penyelesaian penuh lebih rendah berbanding harga jualan, anda perlu menggunakan \nduit simpanan\n anda sendiri untuk menjelaskan baki hutang ini.\n\n\nIni bermaksud, jika anda bersetuju untuk jual dengan harga tersebut, anda perlu \ntopup\n sendiri RM3,000 untuk menyelesaikan baki pinjaman.\n\n\n6. Iklankan Jualan Kereta\n\n\nJika anda ingin jual kereta belum habis bayar sendiri, anda boleh iklankan di media sosial atau \nportal jual beli kereta online\n di Malaysia. Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke mana-mana pusat jualan kereta terpakai.\u00a0Biasanya, pihak ejen akan menguruskan semua urusan berkaitan jual kereta belum habis bayar bagi pihak anda.\n\n\nTips Jual Beli Kereta Terpakai di Malaysia\n\n\nBagi anda yang sedang mempertimbangkan untuk beli kereta terpakai, berikut antara \ntips beli kereta terpakai\n yang boleh anda ikuti bagi memastikan anda mendapatkan kereta idaman anda dengan kualiti yang terbaik:\n\n\ni. Lakukan Pandu Uji dan Nilai Sendiri\n\n\nBiasanya, pembeli yang berminat untuk membeli kereta akan menetapkan janji temu untuk \ntest drive\n sendiri kereta yang dibeli. Kualiti sesebuah kereta terpakai adakalanya hanya boleh dinilai apabila anda merasai pengalaman memandunya sendiri.\n\n\nii. Pilih Pinjaman Kereta yang Sesuai\n\n\nSekiranya pembeli berminat untuk beli kereta belum habis bayar, pembeli boleh mendapatkan pinjaman daripada bank pilihan masing-masing.\n\n\nPihak bank biasanya akan meluluskan pinjaman kereta bergantung pada \nkelayakan gaji\n, rekod pinjaman sedia ada (\nrekod CCRIS\n dan \nCTOS\n) dan faktor-faktor lain.\n\n\niii. Ambil Tahu Jenis Insurans Kereta\n\n\nInsurans kereta\n memainkan peranan penting dalam melindungi pemandu, penumpang dan pihak lain yang terlibat dalam kemalangan. Ia membantu mengurangkan beban kewangan untuk menanggung kerosakan, kecederaan atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.\n\n\nSecara asasnya, insurans kereta terbahagi kepada tiga iaitu \ninsurans \nthird party\n, insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian dan insurans kereta komprehensif (\ninsurans \nfirsty party\n).\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n7. Sediakan Dokumen Penting\n\n\nSama ada anda ingin \ntrade-in\n kereta lama atau jual kereta belum habis bayar untuk mendapatkan duit tambahan atau ingin kurangkan komitmen bulanan, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen penting untuk memudahkan urusan jual beli.\n\n\nAnda perlu sediakan dokumen yang biasanya diperlukan seperti berikut:\n\n\n\n\nGeran kereta\n atau sijil pemilikan kenderaan (VOC);\n\n\nKad pengenalan atau pasport;\n\n\nPermit import (AP) (jika berkaitan);\n\n\nPenyelesaian perjanjian sewa beli (untuk kereta dengan jumlah \npinjaman tertunggak\n);\n\n\nInvois pembelian (jika kereta dibeli secara tunai);\n\n\nSurat kebenaran pihak ketiga (jika berkaitan).\n\n\n\n\n8. Lakukan Pemeriksaan Puspakom\n\n\nJika pembeli bersetuju untuk beli kereta belum habis bayar, anda perlu melakukan \npemeriksaan kereta di Puspakom\n. Pemeriksaan Puspakom adalah perkara biasa yang perlu dilakukan oleh semua kenderaan persendirian yang ingin melakukan pertukaran milikan kenderaan.\n\n\nSecara asasnya, pemeriksaan Puspakom dilakukan bertujuan melindungi bakal pembeli daripada membeli atau memiliki kenderaan yang tidak sah seperti kereta potong-sambung.\n\n\nBeli Kereta Sudah Habis Bayar\n\n\nJika pembeli bersetuju untuk beli kereta yang telah habis bayar secara tunai, pembeli hanya perlu bayar nilai yang telah dipersetujui kepada penjual.\n\n\nKemudian, kereta akan dibawa untuk pemeriksaan di Puspakom (Borang B5) sebelum proses tukar nama kereta boleh dilakukan di JPJ. Bayaran pemeriksaan Puspakom biasanya sekitar RM130 (RM30 untuk pemeriksaan Puspakom, RM100 untuk proses tukar hak milik).\n\n\nBeli Kereta Belum Habis Bayar\n\n\nNamun begitu, jika pembeli ingin beli kereta belum habis bayar, pembeli perlu memohon pinjaman kereta daripada pihak bank terlebih dahulu.\n\n\nBiasanya, pihak bank memerlukan pembeli untuk melakukan Pemeriksaan Sewa Beli di Puspakom (Borang B7). Kadar bayaran tambahan yang dikenakan adalah sebanyak RM60.\n\n\nProses ini biasanya memakan masa yang lama kerana pembeli perlu menunggu kelulusan pinjaman sewa beli terlebih dahulu. Ia juga melibatkan banyak kertas kerja.\n\n\nPihak bank pembeli akan membayar baki hutang pinjaman kepada bank penjual sebelum kereta dapat dijual.\n\n\n9. Tukar Nama Kereta di JPJ\n\n\nSetelah selesai semua proses di atas, barulah anda boleh \ntukar nama di JPJ\n atau secara online. Urusan tukar nama kereta sebenarnya sangat mudah dan tidak memakan masa yang lama.\n\n\nAnda boleh menggunakan perkhidmatan orang tengah atau melakukan sendiri proses tukar nama JPJ di kaunter JPJ. Apa yang penting, bawa dokumen-dokumen diperlukan untuk tukar nama kereta seperti\n\n\n\n\nKad pengenalan;\n\n\nGeran kereta;\n\n\nBorang pemeriksaan Puspakom dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\nRenew\n Insurans Kereta di Qoala untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nSemoga perkongsian cara jual kereta belum habis bayar ini dapat membantu memudahkan urusan pemilik kenderaan untuk jual kereta. Selain itu, jika anda ingin mendapatkan \nperlindungan insurans kereta yang komprehensif\n untuk kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nQoala merupakan \nplatform perbandingan insurans online\n paling komprehensif dan terbaik di Malaysia. Anda boleh mendapatkan \ninsurans kereta terbaik di Malaysia\n dengan tawaran proses yang mudah dan pantas pada harga yang menarik dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/kad-bank-hilang/", "title": "4 Langkah Perlu Buat Segera Jika Kad Bank Hilang", "body": "\n\nSituasi kad bank hilang merupakan satu mimpi ngeri yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Perkara ini boleh berlaku mungkin disebabkan kecuaian anda sendiri atau kad bank anda telah dicuri oleh seseorang. Kehilangan kad bank boleh menjadi sesuatu yang sangat membahayakan kerana \nsimpanan\n dalam bank anda boleh lesap dalam sekelip mata. Pencuri boleh melakukan transaksi dengan cepat tanpa perlu mengakses akaun anda dengan adanya kemudahan seperti PayWave. Artikel ini akan berkongsikan empat langkah penting yang anda perlu lakukan sekiranya anda kad bank atau kad ATM hilang.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKad Bank Hilang, 4 Langkah untuk Menyelamatkan Simpanan Bank Anda\n1. Hubungi Bank dengan Kadar Segera\nCara Block Kad Maybank Hilang, Ikuti 7 Langkah Ini\n2. Periksa Akaun Bank Anda\n3. Membuat Laporan Polis\u00a0\n4. Menggantikan Kad Bank\nPastikan Butiran Kad Bank Anda Selamat\n\n\nKad Bank Hilang, 4 Langkah untuk Menyelamatkan Simpanan Bank Anda\n\n\nProses penggantian kad bank yang hilang boleh dikatakan agak rumit. Sebagai contoh, katakanlah anda kehilangan dompet anda yang mengandungi kad pengenalan, kad bank dan \nkad kredit\n, anda akan perlu menggantikan semua kad bank anda yang hilang dengan kad yang baharu. \n\n\nUntuk kad pengenalan, anda boleh menggantikannya dengan mudah di JPN tanpa tanpa perlu melalui proses yang merumitkan. Namun berbeza dengan kad bank, anda perlu membuat laporan polis dan sebagainya terlebih dahulu bagi mengelakkan kad anda disalah guna.\n\n\nJika seseorang menggunakan kad bank anda yang hilang, wang akan keluar dari akaun bank anda dengan serta-merta. Dalam situasi begini, anda dinasihatkan untuk tidak \npanik\n tetapi anda perlu bertindak dengan pantas. Apabila kad bank hilang, apa perlu anda buat? Berikut adalah empat langkah yang anda ambil sekiranya anda tidak menemui kad bank anda:\n\n\n1. Hubungi Bank dengan Kadar Segera\n\n\nPerkara pertama yang perlu dilakukan adalah menghubungi bank anda sebaik sahaja anda menyedari kad bank anda telah hilang. Walaupun anda mungkin tidak pasti sama ada kad bank anda hilang kerana dicuri atau tercicir di mana-mana, menghubungi pihak bank merupakan perkara yang paling mustahak yang perlu anda lakukan. \n\n\nZaman sekarang ini, pencuri tidak perlu tahu pun nombor pin kad bank anda, mereka boleh menggunakan duit anda melalui perkhidmatan PayWave dengan mudah sahaja. \nOleh sebab itu, anda perlu melaporkan kehilangan kad bank anda kepada pihak bank untuk tindakan selanjutnya. \n\n\nAnda perlu meminta pegawai bank yang bertugas untuk membatalkan atau membekukan penggunaan kad anda dengan segera. Pembekuan ini akan menghalang kad daripada berfungsi sepenuhnya dan dengan cara ini pencuri tidak dapat menggunakan kad anda.\n\n\nNombor Telefon Bank untuk Melaporkan Kad Bank/Kad ATM Hilang\n\n\nSecara asasnya, jika kad bank BSN, kad CIMB atau kad Bank Islam hilang anda perlu menghubungi bank terbabit untuk membekukan fungsi kad anda buat sementara. Berikut merupakan nombor telefon pusat khidmat pelanggan untuk rujukan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBank\n\n\nNombor Telefon\n\n\n\n\n\n\nMaybank\n\n\n1300-88-6688\n\n\n\n\n\n\nCIMB Bank\n\n\n03-6204 7788\u00a0\n\n\n\n\n\n\nRHB Bank\n\n\n03-92068118\n\n\n\n\n\n\nBSN\n\n\n1300-88-1900\n\n\n\n\n\n\nPublic Bank\n\n\n03-2179 5000\n\n\n\n\n\n\nBank Rakyat\n\n\n03-2692 4600\n\n\n\n\n\n\nBank Islam\n\n\n03-26 900 900\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara \nBlock\n Kad Maybank Hilang, Ikuti 7 Langkah Ini\n\n\nBagi pengguna kad ATM Maybank, selain menghubungi pihak bank, anda juga boleh \nblock\u00a0\nkad Maybank hilang secara online melalui servis Maybank2U. Berikut merupakan langkah-langkah untuk anda ikuti:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLog masuk \nMaybank2u\n\n\nPilih\u00a0\nSettings\n\n\nPilih \nCards Manage Debit Cards\n\n\nDebit Card \u2013 Replace & Block\n\n\nPilih \nMenu\u00a0\n\n\nKlik\u00a0\nBlock Card\n\n\nPilih \nConfirm\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Periksa Akaun Bank Anda\n\n\nAnda perlu log masuk ke dalam akaun bank online anda untuk membuat pemeriksaan selanjutnya. Kebanyakan bank di Malaysia kini menyediakan aplikasi yang membolehkan anda akses akaun anda secara online seperti Bank Islam Online, Bank Rakyat Online, RHB Bank Online dan banyak lagi. Jika terdapat sebarang transaksi baharu yang mencurigakan, rekodkan semua maklumat yang berkaitan seperti jumlah transaksi, masa dan tarikh.\n\n\nWalaupun terdapat transaksi kecil serendah RM10 pun, anda perlu mencatatkannya juga. Hal ini kerana, \nscammer\n atau pencuri biasanya memindahkan amaun yang rendah dari akaun anda sebagai percubaan. Sekiranya transaksi kecil ini berjaya, mereka akan mencuba membuat transaksi yang lebih besar.\n\n\n3. Membuat Laporan Polis\u00a0\n\n\nSekiranya anda diragut atau dirompak, anda perlu membuat laporan dengan serta-merta di balai polis yang berdekatan. Sesetengah bank memerlukan salinan laporan polis sebagai salah satu dokumen sokongan sekiranya anda melaporkan kad bank anda hilang kerana dicuri. Meskipun ada sesetengah bank tidak memerlukan laporan polis bagi proses penggantian kad baharu, anda tetap disarankan untuk melaporkan insiden ini bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan terhadap kejadian rompak atau ragut yang menimpa anda.\u00a0\n\n\nSelain itu, anda disarankan untuk sediakan beberapa salinan laporan polis yang anda buat. Anda boleh menggunakan salinan laporan polis yang sama untuk membuat laporan kehilangan kad-kad lain yang anda ada.\n\n\n4. Menggantikan Kad Bank\n\n\nSebaik sahaja anda telah menyahaktifkan kad bank anda yang hilang, anda perlu hadir ke cawangan bank terdekat dan isikan borang yang diperlukan. Selain itu, anda juga disarankan untuk menyediakan dokumen-dokumen yang mungkin diperlukan oleh bank untuk pembaharuan kad bank anda seperti laporan polis, salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran.\n\n\nMaklumkan kepada pegawai bank yang bertugas di kaunter bahawa kad bank hilang dan anda mahu menggantikannya dengan yang baharu. Anda mungkin perlu menyediakan tunai di tangan kerana ada sesetengah bank mengenakan caj untuk tujuan penggantian kad baharu. Kebiasaannya, proses menggantikan kad bank tidak akan mengambil masa yang lama tetapi ia bergantung kepada polisi bank anda. Setelah anda mendapat kad bank yang baharu, anda hanya perlu menetapkan kata laluan baharu di mesin ATM.\u00a0\n\n\n\n\nPastikan Butiran Kad Bank Anda Selamat\n\n\nSekiranya anda tidak mengambil tindakan segera apabila kehilangan kad bank anda, besar kemungkinan anda mungkin akan kehilangan wang simpanan anda. Dengan membuat laporan dengan cepat kepada pihak bank, kad anda akan dibekukan atau dibatalkan. Ini bermakna sekiranya kad anda dicuri, si pencuri tidak akan dapat mengeluarkan duit anda atau melakukan apa-apa transaksi menggunakan kad bank anda.\n\n\nSebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh praktikkan langkah-langkah di bawah supaya anda dapat menangani situasi seperti ini dengan lebih baik:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnda dinasihatkan untuk tidak menyimpan nombor PIN kad bank anda di mana-mana lokasi seperti dalam telefon, dompet atau beg anda. Sebaiknya, anda harus ingat atau hafal nombor PIN anda. Jangan sesekali mendedahkan nombor PIN ini kepada sesiapa.\n\n\nSentiasa menyemak aktiviti dalam akaun bank anda dan ingat jumlah simpanan terakhir dalam akaun anda. Jika jumlah ini berkurangan meskipun anda tidak menggunakannya, besar kemungkinan data anda dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.\n\n\nSimpan rekod nombor akaun anda, nombor perkhidmatan pelanggan dan maklumat penting lain yang berkaitan dengan akaun anda supaya proses laporan anda dapat dilakukan dengan cepat dan lancar\n.\n\n\nAnda perlu memahami syarat bank anda mengenai kehilangan kad Debit atau kad ATM supaya anda tahu tindakan yang perlu dilakukan sekiranya perkara sebegini menimpa anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKehilangan kad bank sememangnya merupakan salah satu perkara yang perlu dielakkan kerana risiko kehilangan wang simpanan dalam bank adalah agak tinggi. Seperti yang telah diingatkan beberapa kali dalam artikel ini, anda perlu mengambil tindakan yang segera apabila anda mendapati kad bank anda hilang. Ambil langkah berjaga-jaga kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.\n\n\nSelain itu, jika anda mempertimbangkan untuk mendapatkan\n insurans kereta terbaik\n di Malaysia, anda tidak perlu cari jauh-jauh, dapatkan insurans kereta anda dengan Qoala!\u00a0 Selain \ninsurans kereta\n, Qoala turut menyediakan \ninsurans motor\n dan \ninsurans rumah\n terbaik dengan harga insurans yang murah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/kad-kredit-terbaik/", "title": "10 Kad Kredit Terbaik di Malaysia 2022", "body": "\n\nPenggunaan kad kredit sering menjadi topik perbincangan dalam kalangan pengguna. Ramai yang beranggapan kad kredit sebagai sesuatu yang tidak perlu, membebankan dan boleh menjejaskan pengurusan kewangan jika tidak dirancang dengan baik. Secara asasnya, kad kredit merupakan salah satu medium pembayaran di Malaysia selain tunai, kad debit, e-Wallet, \nBuy Now Pay Later\n, QR Pay dan sebagainya.\n\n\nKad kredit membolehkan anda mendahulukan pembelian barangan atau perkhidmatan tanpa perlu membayar terus. Dalam erti kata lain, kad ini berfungsi sebagai pinjaman skala kecil sama seperti pinjaman peribadi. Apabila anda bayar menggunakan kad kredit, anda sebenarnya meminjam wang daripada bank pengeluar.\n\n\nArtikel ini akan membincangkan jenis dan senarai kad kredit terbaik di Malaysia yang boleh anda pertimbangkan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKad Kredit: Keperluan atau Kehendak?\nTips Guna Kad Kredit\nProses, Dokumen Diperlukan untuk Permohonan\nJenis Kad Kredit yang Ditawarkan\n1. Kad Kredit Ganjaran\n2. Kad Kredit Pulangan Tunai\n3. Kad Kredit Faedah Rendah\n4. Kad Kredit Pelancongan\n5. Kad Kredit Minyak Petrol\n6. Kad Kredit Dining\n7. Kad Kredit Beli-belah\n8. Kad Kredit Islamik\n9. Premium\nSenarai Kad Kredit Terbaik 2022 di Malaysia\nTips Pilih Credit Card Terbaik yang Sesuai\nSoalan-soalan Lazim Berkaitan Kredit Kad di Malaysia\n\n\nKad Kredit: Keperluan atau Kehendak?\n\n\nKad kredit di Malaysia berfungsi sama seperti mana-mana \npinjaman\n lain yang ditawarkan oleh bank. Apabila anda menggunakan kad ini untuk membuat pembayaran, anda secara asasnya meminjam daripada bank pengeluar kad. Jumlah pembelian akan dikumpulkan dan anda perlu bayar semula kepada bank pengeluar kad setiap hujung bulan atau pada tarikh yang dipersetujui mengikut terma dan syarat. Jika tidak, anda akan dikenakan faedah ke atas jumlah yang belum dibayar, biasanya sekitar 13.5 hingga 17.5 peratus setahun.\n\n\nAdakah kad ini suatu keperluan atau kehendak? Secara asasnya, faktor ini bergantung sepenuhnya pada individu. Jika anda berdisiplin tinggi, ia mungkin tidak menjadi masalah. Namun sekiranya anda seorang yang boros, anda tidak disarankan untuk memiliki kad kredit. Ini kerana, ia mungkin menyebabkan anda berbelanja melebihi kemampuan kewangan anda dan menyebabkan anda terpaksa menanggung bil bulanan yang tinggi sehingga akhirnya diisytiharkan\n bankrap\n.\n\n\nTips Guna Kad Kredit\n\n\nBerikut \ntips guna kredit\n\u00a0card\n yang boleh anda praktikkan untuk mengelakkan anda daripada terbeban dengan komitmen kewangan yang tinggi:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLakukan pembayaran penuh setiap kali anda lakukan pembelian;\n\n\nJangan biarkan ada bayaran yang belum dijelaskan sehingga pihak bank boleh kenakan caj faedah ke atas anda;\n\n\nBayar ikut jadual dan tidak melepasi tempoh yang ditetapkan setiap bulan.\n\n\nDi Malaysia, pemegang kad kebiasaannya diwajibkan untuk membuat bayaran minimum sebanyak lima peratus atau minimum RM50 pada tarikh yang ditetapkan setiap bulan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan penalti atau satu peratus daripada jumlah bil yang belum dibayar (atau minimum RM10);\n\n\nBerdisiplin dan berbelanja mengikut kemampuan dan keupayaan anda untuk membayarnya semula.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nProses, Dokumen Diperlukan untuk Permohonan\n\n\nSecara asasnya, permohonan kad \ncredit\n boleh dilakukan secara dalam talian secara PERCUMA atau melalui kiosk-kiosk bank pengeluar kad yang biasanya tersedia di pasaraya dan sebagainya. Dokumen-dokumen yang diperlukan biasanya berbeza mengikut bank pengeluar kad dan memerlukan butiran-butiran berikut:\n\n\nPekerja Awam atau Swasta\n\n\nBagi kakitangan awam atau pekerja swasta, berikut antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan kad ini:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSalinan kad pengenalan (bahagian depan & belakang);\n\n\nSlip gaji untuk tiga bulan terkini;\n\n\nPenyata bank untuk tiga bulan terkini; ATAU\n\n\nPenyata KWSP\n untuk tiga bulan terkini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nIndividu Bekerja Sendiri\n\n\nBagi individu yang bekerja sendiri pula, anda mungkin memerlukan dokumen sokongan berikut untuk \napply\n kredit kad:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSalinan kad pengenalan (bahagian depan & belakang);\n\n\nBorang B / BE terkini yang diperakui oleh pihak \nLHDN\n.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Kad Kredit yang Ditawarkan\n\n\nDi Malaysia, terdapat pelbagai jenis kad kredit yang ditawarkan. Setiap institusi kewangan menawarkan lebih daripada satu kad kredit sebagai produk mereka, dan setiap satunya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh sebab itu, ramai yang ingin memiliki kad ini keliru untuk memilih kad yang sesuai dengan keperluan. Ia biasanya ditawarkan terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut:\n\n\n1. Kad Kredit Ganjaran\n\n\nIa memberikan anda mata ganjaran bagi setiap pembelian secara kredit. Mata ganjaran yang diterima boleh digunakan untuk menebus hadiah dan baucar-baucar lain yang ditawarkan oleh bank pengeluar.\n\n\n2. Kad Kredit Pulangan Tunai\n\n\nKad jenis ini biasanya membayar kembali jumlah yang digunakan semasa pembelian kepada pemilik, dan kadar peratusannya bergantung pada bank pengeluar. Ini bermaksud, anda boleh menerima pulangan tunai bagi setiap perbelanjaan.\n\n\n3. Kad Kredit Faedah Rendah\n\n\nKad ini menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding kad konvensional, sesuai untuk individu yang inginkan penjimatan.\n\n\n4. Kad Kredit Pelancongan\n\n\nIa memberi anda mata ganjaran (\nmiles reward\n) untuk pembelian terpilih. Mata ganjaran ini boleh ditebus bagi membolehkan anda nikmati ganjaran istimewa untuk pelancongan seperti tiket penerbangan dan \nupgrade\n tempat duduk dengan sistem penerbangan tertentu.\n\n\n5. Kad Kredit Minyak Petrol\n\n\nKad jenis ini pula menawarkan faedah berkaitan petrol seperti rebat tunai atau ganjaran tambahan minyak petrol termasuk perbelanjaan di kiosk petrol.\n\n\n6. Kad Kredit\n Dining\n\n\nKad ini membolehkan anda menikmati diskaun dan promosi eksklusif daripada pelbagai jenis restoran yang mengambil bahagian setiap kali anda makan di luar.\n\n\n7. Kad Kredit Beli-belah\n\n\nSekiranya anda gemar\n shopping\n, kad jenis ini sesuai untuk anda. Ia menawarkan tawaran eksklusif serta pelbagai diskaun istimewa lain di pusat beli-belah popular.\n\n\n8. Kad Kredit Islamik\n\n\nKad Islamik ini menawarkan pakej yang mematuhi undang-undang Syariah.\n\n\n9. Premium\n\n\nKad ini menawarkan keistimewaan yang memberi tumpuan kepada produk \nhigh-end\n dan perkhidmatan mewah seperti golf, restoran terpilih dan kelab eksklusif.\n\n\n\n\nSenarai Kad Kredit Terbaik 2022 di Malaysia\n\n\nKad kredit biasanya ditawarkan oleh institusi kewangan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Secara asasnya, setiap kad yang ditawarkan menawarkan keistimewaan dan ciri-ciri menarik tertakluk pada yuran dan caj tertentu yang dikenakan. Berikut merupakan senarai \ncredit card\n terbaik di Malaysia untuk panduan dan rujukan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKad\n\n\nKadar Faedah (%)\n\n\nYuran Tahunan\n\n\nKelayakan Gaji\n\n\nKelebihan\n\n\n\n\n\n\nCIMB e-Credit Card\n\n\n15\n\n\nRM100\n\n\nRM2,000\n\n\nKad ini sesuai jika anda gemar berbelanja secara online melalui platform beli-belah popular di Malaysia. Kad CIMB menawarkan mata ganjaran Bonus Points sehingga 12x setiap RM1.\n\n\n\n\n\n\nStandard Chartered Liverpool FC Cashback\n\n\n15\n\n\nRM175\n\n\nRM3,000\n\n\nKad ini pula khusus untuk peminat pasukan Liverpool ini menawarkan pulangan rebat tunai (\ncashback\n) tanpa had belanja minimum setiap bulan.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nStandard Chartered JustOne Platinum MasterCard\n\n\n15\n\n\nRM250\n\n\nRM3,000\n\n\nCredit card\n Standard Chartered ini menawarkan pulangan rebat tunai sehingga 15 peratus untuk perbelanjaan runcit, transaksi e-dagang dalam talian dan transaksi atau tambah nilai \ne-Wallet\n.\n\n\n\n\n\n\nStandard Chartered Smart Credit Card\n\n\n15\n\n\nRM120\n\n\nRM3,000\n\n\nKad ini pula menawarkan pulangan rebat tunai menarik untuk transaksi e-Wallet, pembelian dalam talian dan untuk setiap transaksi tanpa sentuhan (\ncontactless payment\n).\u00a0\n\n\n\n\n\n\nCiti Cash Back Platinum Mastercard\n\n\n15\n\n\nRM195\n\n\nRM5,000\n\n\nCiti Cash Back Platinum menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had dengan ciri eksklusif, didatangkan dengan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah dan pelan pinjaman tunai.\n\n\n\n\n\n\nAlliance Bank Visa Basic\n\n\n15\n\n\nRM20\n\n\nRM2,000\n\n\nKad Alliance Bank Visa Basic sesuai sebagai \ncredit card\n pertama anda. Ia menawarkan ciri asas dengan penjimatan tahunan, serta syarat kelayakan permohonan yang longgar dan tidak membebankan.\n\n\n\n\n\n\nBank Rakyat Kad Muslimah\n\n\n15\n\n\nPercuma\n\n\nRM2,000\n\n\nKad ini dicipta khusus untuk golongan wanita yang meminati fesyen dan gemar berbelanja. Ia menawarkan mata ganjaran tanpa had dan diskaun sehingga 30 peratus setiap kali anda berbelanja di butik fesyen, spa, rawatan kecantikan wajah dan di mana-mana rakan kongsi terpilih.\n\n\n\n\n\n\nUOB One Visa Classic\n\n\n15\n\n\nRM68\n\n\nRM2,000\n\n\nKad UOB menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan untuk petrol, perbelanjaan runcit, telekomunikasi dan makanan. Kad ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki dan bayaran ansuran mudah tanpa faedah (\nzero interest\n).\n\n\n\n\n\n\nAmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i\n\n\n15\n\n\nPercuma\u00a0\n\n\nRM2,000\n\n\nKad AmBank Islamic khusus untuk penjimatan petrol di hampir kesemua stesen minyak seluruh negara. Ia menawarkan rebat tunai sehingga lima peratus dan mata ganjaran AmBonus, yuran tahunan percuma seumur hidup dengan pelan ansuran mudah dan pinjaman tunai QuickCash.\n\n\n\n\n\n\nAffinbank BHPetrol \u2018Touch & Fuel\u2019 MasterCard Contactless\n\n\n15\n\n\nRM150\n\n\nRM2,000\n\n\nAffinbank BHPetrol khusus untuk pengguna minyak BHPetrol. Ia menawarkan rebat tunai sehingga 10 peratus dan mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan RM1 tanpa had. Kad ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki, ansuran mudah dan pendahuluan tunai.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTips Pilih \nCredit Card\n Terbaik yang Sesuai\n\n\nSecara asasnya, banyak \ncredit card\n yang ditawarkan oleh bank yang boleh menjadi pilihan anda. Paling penting, anda disarankan untuk mempertimbangkan perkara berikut sebelum pilih kad yang sesuai dengan keperluan anda.\n\n\n\n\nAmbil kira jumlah \ngaji atau pendapatan\n anda;\n\n\nSyarat kelayakan pendapatan untuk permohonan kad kredit berbeza mengikut jenis kad, pastikan kad yang dipohon layak dengan pendapatan anda;\n\n\nLihat keperluan anda sebelum mendapatkan kad kredit kerana biasanya \ncard\n \ncredit\n yang ditawarkan bergantung pada keperluan anda seperti beli-belah, melancong, rebat tunai dan sebagainya;\n\n\nAmbil kira pelan-pelan lain yang ditawarkan seperti pelan pindahan baki (\nBalance Transfer Plan\n), pelan bayaran ansuran mudah (\nEasy Payment Plan\n, EPP), atau pelan ansuran tunai (\nCash Instalment Plan\n, CIP).\n\n\n\n\nSoalan-soalan Lazim Berkaitan Kredit Kad di Malaysia\n\n\nBerikut merupakan soalan lazim berkaitan \ncredit card\n untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\nBolehkah saya menggunakan kredit kad untuk mendapatkan pendahuluan tunai?\n\n\nTidak, anda tidak boleh menggunakan kad ini untuk mendapatkan pendahuluan tunai. Namun begitu, ada sesetengah pengeluar kad ini menawarkan perkhidmatan sebegini. Rujuk pengeluar kad untuk maklumat lanjut.\n\n\nBolehkah saya menggunakan \ncredit card\n untuk \ntransfer\n atau\n cash-out\n tunai?\n\n\nTidak, anda tidak boleh menggunakan kad ini untuk memindahkan atau mengeluarkan wang.\n\n\nApakah kredit kad paling mudah lulus?\n\n\nSelagi anda mempunyai skor kredit yang baik dan anda memenuhi syarat dan kelayakan seperti umur dan pendapatan minimum, permohonan anda boleh diluluskan dengan mudah.\n\n\nBolehkah saya \napply\n \ncredit card\n jika skor kredit saya kurang baik?\n\n\nMemiliki \nskor kredit CCRIS\n dan CTOS yang kurang baik boleh mengurangkan potensi anda untuk mendapatkan kad ini. Anda disarankan untuk meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan.\n\n\nSemoga perkongsian ini boleh membantu anda mendapatkan kredit kad terbaik mengikut keperluan anda. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta terbaik\n atau \ninsurans motor murah\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Anda boleh \nbandingkan insurans\n daripada beberapa \nsyarikat insurans terbaik\n dengan tawaran harga terbaik sekali gus menjanjikan perlindungan yang menyeluruh untuk anda dan keluarga anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/kelayakan-gaji-beli-rumah/", "title": "Kelayakan Pinjaman Perumahan: Cara Kira & Semak Gaji Beli Rumah", "body": "\n\nRamai dalam kalangan pembeli rumah pertama yang tertanya-tanya berapa kelayakan gaji \nbeli rumah\n atau kelayakan pinjaman perumahan\u00a0yang sesuai mengikut gaji. Tidak kira berapa gaji anda, jika dilakukan dengan cara yang betul anda boleh \nbeli rumah pertama\n meskipun dengan \ngaji RM1,500\n. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk ketahui kelayakan serta cara kiraan\n loan\n rumah dengan gaji anda dan faktor-faktor yang mungkin akan menyebabkan permohonan pinjaman perumahan anda ditolak.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nFaktor Pengaruhi Kelayakan Pinjaman Perumahan\u00a0Mengikut Gaji di Malaysia\n1. Nisbah Khidmat Hutang (DSR)\n2. Laporan CTOS\n3. Rekod CCRIS\n4. Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI)\n\n\nFaktor Pengaruhi Kelayakan Pinjaman Perumahan\u00a0Mengikut Gaji di Malaysia\n\n\nSecara asasnya, banyak faktor perlu diambil kira bagi menentukan kelayakan gaji beli rumah atau kelayakan pinjaman perumahan mengikut gaji. Bank melihat kepada beberapa faktor sebelum meluluskan \nloan\n perumahan\n anda antaranya kestabilan pendapatan serta kemampuan anda untuk membayar balik pinjaman. Ia bagi mengelakkan anda daripada tidak mampu membayar balik pinjaman perumahan sehinggakan anda \ndiisytiharkan muflis\n.\n\n\n1. Nisbah Khidmat Hutang (DSR)\n\n\nApa maksud DSR? Secara asasnya, DSR atau \nDebt Service Ratio\n\u00a0merujuk pada nisbah hutang seseorang individu berbanding pendapatan bersih. Dalam erti kata mudah, ia merupakan kayu ukur yang ditetapkan oleh institusi kewangan bagi menentukan kemampuan seseorang pemohon untuk membayar balik hutang pinjaman. Oleh sebab itu, bank melihat kadar DSR sebelum meluluskan permohonan pinjaman anda.\n\n\nKenapa Kadar DSR Ini Penting?\n\n\nBank atau institusi kewangan merujuk kepada kadar ini untuk mengetahui seberapa banyak amaun yang anda peruntukkan daripada \npendapatan atau gaji\n anda setiap bulan untuk membayar balik komitmen dan pinjaman anda. Cara ini membolehkan bank menilai risiko dan kemampuan anda untuk melangsaikan pinjaman sekiranya permohonan pinjaman yang baharu diluluskan. Ia juga dapat mengurangkan kemungkinan risiko peminjam gagal membayar balik pinjaman yang perlu dihadapi oleh pihak bank.\n\n\nBerapa Had Maksimum DSR?\n\n\nBank Negara Malaysia menetapkan kadar DSR maksimum sekitar 70 peratus. Meskipun begitu, ada sesetengah bank yang menetapkan kadar DSR yang lebih tinggi atau lebih rendah bergantung pada penilaian risiko atau profil kewangan seseorang individu. Anda disarankan untuk rujuk bank anda untuk info lanjut. Namun biasanya, kadar DSR bank secara kasar adalah sebanyak 60 peratus untuk individu berpendapatan bersih di bawah RM3,000 atau 70 peratus untuk individu berpendapatan bersih melebihi RM3,000.\n\n\nGaji Beli Rumah: Formula Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan\u00a0(DSR)\n\n\nSecara ringkasnya, pihak bank mudah untuk meluluskan \npermohonan pinjaman\n individu dengan kadar DSR yang rendah. Ini kerana, mereka dianggap mempunyai lebihan baki pendapatan berbanding gaji yang diterima sekali gus membolehkan mereka membayar balik hutang pinjaman tanpa sebarang masalah. Anda boleh rujuk cara kira kelayakan gaji beli rumah seperti berikut:\n\n\ni. Senaraikan Pendapatan Bersih\n\n\nApa maksud gaji bersih?\n Pendapatan bulanan bersih\n merujuk pada gaji kasar setelah ditolak dengan potongan tetap seperti \ncaruman KWSP\n, SOCSO, EIS, zakat dan \npotongan cukai pendapatan\n. Formula untuk mendapatkan gaji bersih adalah seperti berikut:\n\n\nGaji Bersih = Pendapatan Kasar \u2013 Potongan Tetap (KWSP, SOSCO, Cukai Pendapatan)\n\n\nSekiranya anda memiliki pendapatan tidak tetap seperti elaun kerja lebih masa (\novertime\n), ia perlu dipuratakan untuk tempoh enam bulan terakhir. Andaikan anda menerima OT untuk tempoh enam bulan ialah RM6,000 \n\u2013\n jumlah amaun yang boleh dimasukkan dalam gaji bersih adalah sebanyak RM1,000 (RM6,000/6 bulan).\n\n\nMeskipun begitu, ia bergantung pada pihak bank. Ada sesetengah bank yang hanya mengambil kira 50 hingga 80 peratus daripada purata gaji tambahan tersebut. Anda boleh rujuk bank anda untuk info lanjut. Bagi membantu anda memahami dengan lebih baik, anda boleh lihat contoh pengiraan seperti berikut.\n\n\nAndaikan Encik Amir\u00a0menerima gaji kasar sebanyak RM4,500 tidak termasuk potongan KWSP, SOCSO, cukai pendapatan dan\n zakat\n (anggaran penolakan RM500 sebulan). Untuk tempoh enam bulan, beliau juga turut menerima pendapatan tidak tetap (\nclaim overtime\n) sebanyak RM3,600.\n\n\nGaji Bersih = (Pendapatan Kasar RM4,500 \u2013 Potongan Tetap RM500) + (Overtime RM3,600/6 bulan)\n\n\n= \nRM4,600\n\n\nii. Kira Perbelanjaan atau Komitmen Bulanan Semasa\n\n\nSelain pendapatan bersih, kelayakan gaji beli rumah juga diukur melalui jumlah komitmen sedia ada. \nKomitmen bulanan semasa\n dalam konteks ini merujuk pada bayaran komitmen bulanan sedia ada merangkumi perkara-perkara seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLoan\n kereta;\n\n\nPinjaman peribadi;\n\n\nHutang pendidikan PTPTN\n;\n\n\nPinjaman rumah;\n\n\nLoan\n ASB\n (pinjaman ASB dianggap sebagai komitmen jika belum cukup setahun deposit);\n\n\nKad kredit\n (komitmen kad kredit dikira lima peratus daripada jumlah tunggakan sedia ada);\n\n\nHutang-hutang dengan institusi/agensi kerajaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai contoh, dalam kes Encik Amir, komitmen bulanan beliau merangkumi hutang kereta (RM1,000), pinjaman peribadi (RM500) dan tunggakan \nkad kredit\n (RM5,000). Bagi mengetahui komitmen bulanan beliau, berikut merupakan contoh pengiraan untuk panduan anda:\n\n\nKereta RM1,000 + Pinjaman Peribadi RM500 + (Tunggakan Kad Kredit 5% x RM5,000)\n\n\n= \nRM1,750\n\n\nSelain komitmen sedia ada, kadar DSR turut mengambil kira komitmen baharu sekiranya pinjaman diluluskan. Sebagai contoh, beliau ingin memohon pinjaman perumahan sebanyak RM500,000 dengan anggaran bayaran bulanan sebanyak \nRM2,500\n sebulan.\n\n\niii. Kira Kadar DSR\n\n\nBagi memastikan DSR anda tidak melebihi had maksimum yang ditetapkan oleh pihak bank,\u00a0anda perlu ketahui pendapatan bersih, komitmen sedia ada dan komitmen baharu barulah anda boleh ketahui sama ada gaji anda layak memiliki kediaman sendiri.\n\n\nDSR = (Jumlah Komitmen Bulanan Semasa + Bayaran Bulanan Rumah Baru)/Pendapatan Bulanan Bersih x 100\n\n\n= (RM1,750 + RM2,500)/RM4,600 x 100\n\n\n= \n92%\n\n\nKadar DSR semasa Encik Amir melebihi 90 peratus. Kadar peratusan ini melebihi had maksimum yang ditetapkan oleh pihak bank. Dengan kadar DSR ini, permohonan pinjaman Encik Amir berkemungkinan besar akan ditolak.\n\n\n2. Laporan CTOS\n\n\nCTOS Data Systems Sdn Bhd\n atau CTOS merujuk pada laporan yang digunakan oleh pihak bank dan institusi kewangan di Malaysia untuk mentaksir kepercayaan kredit dan keupayaan individu atau peminjam untuk membayar balik pinjaman.\n\n\n Laporan CTOS\n menunjukkan risiko kredit seseorang individu \u2013 semakin tinggi skor kredit, semakin rendah risiko kredit dan semakin tinggi peluang untuk bank meluluskan permohonan pinjaman anda.\n\n\nSkor kredit secara asasnya memberi gambaran (\nfirst impression\n) yang baik tentang imej anda di mata pemberi pinjaman, bank dan institusi kewangan. Ia sekali gus mencerahkan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman dengan kadar faedah pinjaman yang lebih baik.\n\n\n\n\n3. Rekod CCRIS\n\n\nSecara ringkas, Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (\nCentral Credit Reference Information System\n) mengumpul maklumat kredit daripada pengendali servis kewangan di Malaysia seperti bank, broker insurans dan syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan utiliti seperti telekomunikasi.\n\n\nSemua maklumat dan data kemudiannya dimasukkan ke dalam \nlaporan kredit CCRIS\n dan akan diakses oleh institusi kewangan seperti bank bagi melihat sejarah kredit anda. Dalam erti kata lain, rekod CCRIS mengandungi laporan kredit berkaitan seseorang individu seperti:\n\n\n\n\nHutang pinjaman kereta,\n loan\n perumahan, \npinjaman peribadi\n dan apa-apa pinjaman lain yang tertunggak;\n\n\nPermohonan pinjaman kredit dalam tempoh 12 bulan yang telah diluluskan atau dalam proses untuk diluluskan.\n\n\n\n\n4. Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI)\n\n\nNDI atau Pendapatan Boleh Guna Bersih (\nNet Disposable Income\n) merujuk pada lebihan wang yang anda miliki setelah semua hutang dan komitmen bulanan ditolak. Bank akan merujuk kepada baki ini bagi menentukan sama ada anda melepasi kelayakan pinjaman perumahan dan mempunyai baki minimum yang mencukupi yang boleh membantu anda menampung kos sara hidup setiap bulan. Formula untuk menetapkan kadar NDI adalah seperti berikut:\n\n\nNDI = Pendapatan Bersih \u2013 Semua Komitmen Hutang (Sedia Ada) \u2013 Komitmen Hutang (Baharu)\n\n\nSetiap bank menetapkan kadar NDI berbeza bergantung pada kos sara hidup di lokasi (bandar atau luar bandar). Anda boleh rujuk bank anda untuk info lanjut. Namun biasanya, jumlah minimum untuk kehidupan yang ideal di bandar adalah sekitar RM1,500 sebulan. Manakala, kos sara hidup di luar bandar biasanya sekitar RM1,000 sebulan. Anda boleh rujuk contoh pengiraan NDI seperti berikut:\n\n\nAndaikan Encik Amir menetap di Kuala Lumpur dan pendapatan bulanan bersih beliau adalah sebanyak RM3,000 sebulan. Beliau mempunyai komitmen yang perlu dijelaskan sebanyak RM1,500 sebulan. Berdasarkan formula di atas, baki pendapatan bulanan beliau ialah RM1,500 sebulan. Ini bermaksud, Encik Amir masih layak untuk mendapat \npinjaman perumahan\n kerana NDI masih di tahap selamat.\n\n\nNamun begitu, sekiranya komitmen bulanan sedia ada bertambah menjadi RM2,000 sebulan, NDI beliau akan turun kepada RM1,000 sebulan. Permohonan pinjaman beliau mungkin ditolak kerana beliau tidak mempunyai amaun minimum yang ideal untuk kehidupan di bandar meskipun beliau miliki kadar DSR yang baik.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan\n insurans rumah terbaik\n dan komprehensif untuk kediaman baru anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform \ninsurans rumah di Malaysia\n dengan jaminan proses \nbeli insurans rumah\n yang selamat, mudah dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/kereta-elektrik/", "title": "Benarkah Guna Kereta Elektrik Poket Lebih Selamat?", "body": "\n\nKereta elektrik ni popular di luar negara, tapi penerimaan kereta jenis elektrik di Malaysia masih rendah jika nak dibandingkan dengan kereta konvensional. Apa sebabnya?\n\n\nMungkin kereta elektrik tak dapat diterima rakyat Malaysia sekarang, tapi siapalah kita untuk menidakkan masa depan, kan? Dengan perkembangan teknologi yang pantas, tak mustahil kita dapat menggunakan kereta jenis elektrik sepenuhnya.\n\n\nHarini, Qoala akan menceritakan serba sedikit mengenai kelebihan dan kekurangan kereta jenis elektrik di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nSejarah Kereta Elektrik\nBahagian Kereta Jenis Elektrik\nMotor elektrik\nGendang\nTransformer\nKelebihan Kereta Elektrik\n1. Mesra alam sekitar\n2. Kurang Wear and Tear\n3. Sesuai untuk pemanduan urban\n4. Penjimatan Kos Bahan Api\n5. Kos Penyelenggaraan Lebih Murah\nKekurangan Kereta Jenis Elektrik\n1. Limitasi Infrastruktur Stesen Pengecas\n2. Jarak Tak Konsisten\n3. Harga Yang Mahal\n4. Masa Cas Semula Bateri\nPerbezaan Kereta Hibrid & Kereta Jenis Elektrik\nKereta Elektrik\nKereta Hibrid\nJadi, Patut Ke Korang Beli Kereta Jenis Elektrik Ni?\n\n\nSejarah Kereta Elektrik\n\n\nHaa tahu tak kereta pertama yang dicipta adalah kereta elektrik?\u00a0 Pembuatannya bermula hingga tahun 1832-1839 ketika Robert Anderson merancang kenderaan bermotor elektrik pertama. Kereta itu dikuasakan oleh \nbateri \nyang tidak boleh dicas semula dan mencapai 6 km/jam.\n\n\nTapi pada masa tu, kecekapan kereta tak lah begitu memberansangkan. Sebabnya, jalan kaki lagi cepat. Disebabkan jalan kaki lagi cepat, innovation tu pun ditinggalkan sampailah harini. Sekarang teknologi kereta jenis elektrik dah bertambah maju. Bateri ion lithium mampu menyumbangkan autonomi yang cukup besar yang boleh menyebabkan kereta mencapai kelajuan tinggi.\n\n\nBahagian Kereta Jenis Elektrik\n\n\nKalau kita bandingkan bahagian dalaman kereta eletrik dengan kereta konvensional, sebenarnya tak adalah banyak beza sangat. Operasinya agak serupa. Antara elemen utama yang ada di kereta jenis elektrik dan tak ada di kereta konvensional adalah:\n\n\nMotor elektrik\n\n\nDah nama pun kereta jenis elektrik, of course lah ada motor elektrik kan? Motor elektrik ni function dia untuk mengubah tenaga elektrik yang tersimpan dalam bateri menjadi tenaga kinetik. Daripada tenaga kinetik tadi tulah, kereta mampu bergerak.\n\n\nMotor pun boleh melakukan sebaliknya. Macam di lereng bukit, dapat memanfaatkan tenaga kinetik yang diperoleh dan menyimpannya dalam bentuk elektrik.\n\n\nGendang\n\n\nGendang pula berfungsi untuk menyimpan tenaga elektrik yang digunakan untuk membuat motor dalam enjin kereta berfungsi. Lagi satu, ada beberapa kereta jenis elektrik yang ada bateri tambahan untuk mengelakkan terkandas di tanah.\n\n\nTransformer\n\n\nBukan tranformer yang tuu\u2026 transformer dalam kereta jenis elektrik ni bertanggungjawab untuk menukarkan parameter elektrik menjadi yang diperlukan untuk mengisi semula bateri. Ada beberapa kereta elektrik yang berfungsi dengan arus bolak dan yang lain dengan arus terus.\n\n\nTransformer juga berfungsi untuk menyejukkan kereta, mengelakkan tumpahan dan juga letupan.\n\n\nKelebihan Kereta Elektrik\n\n\nAda banyak juga kelebihan kereta jenis elektrik ni:\n\n\n1. Mesra alam sekitar\n\n\nMemandu kereta elektrik juga bermakna korang sedang melewati perjalanan dengan emisi sifar atau tanpa asap. Dengan impak kepanasan global yang saban hari semakin meningkat, pemanduan cara baru ni sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk generasi akan datang dengan mengurangkan tahap pencemaran yang disumbangkan daripada kereta.\n\n\nLagi satu, kereta jenis elektrik ni senyap. Sekaligus mengurangkan pencemaran bunyi.\n\n\n2. Kurang Wear and Tear\n\n\nKereta jenis elektrik dijana pek bateri, dan tak memerlukan kuasa yang dijana enjin mekanikal. Untuk pengetahuan korang, semua komponen yang terlibat dalam enjin pembakaran dalaman tidak diperlukan kereta jenis elektrik.\n\n\nMaknanya, kereta jenis elektrik boleh menyingkirkan segala kos penyelenggaraan untuk komponen sokongan dalam enjin pembakaran dalaman seperti palam pencucuh, penapis minyak, pam, injap @ valve dan alat ganti lain dalam jangka masa panjang. Hanya penyelenggaraan bateri sahaja diperlukan.\n\n\n3. Sesuai untuk pemanduan urban\n\n\nBiasalah kalau dah nama duduk bandar, tersekat dalam traffic jam tu perkara biasa. Kereta yang guna enjin bahan api memang lebih efisien dekat lebuh raya, tapi dari segi prestasi dan penjimatan, kereta jenis elektrik sangat sesuai untuk permanduan urban.\n\n\nSo, kalau korang tinggal dekat kawasan bandar, ada kereta jenis elektrik tu memang sangat berbaloi dan bermanfaat.\n\n\n4. Penjimatan Kos Bahan Api\n\n\nSeperti yang ramai tahu, kos operasi kereta jenis elektrik ni lagi murah kalau nak dibandingkan dengan enjin kereta konvensional yang dijana dengan bahan api fosil. Kos per kilometer untuk memandu kereta jenis elektrik ni memang jauh lagi rendahlah. Bateri pula mudah dicas di rumah. Kebanyakan bangunan korporat dengan pusat beli belah pun ada tawarkan khidmat khas percuma.\n\n\n5. Kos Penyelenggaraan Lebih Murah\n\n\nLaporan daripada penganalisis Consumer Reports, Chris Harto mendapati pemilik EV di Amerika Syarikat mampu jimat 50 peratus kos baik pulih dan penyelenggaraan berbanding pemilik kenderaan pembakaran dalaman (ICE).\n\n\nKajian itu dibuat dengan pengumpulan data pada 2019 dan 2020 membabitkan beribu unit kenderaan yang digunakan sehingga jarak 200,000 batu atau 321,000km.\n\n\nStatistik Consumer Reports mendapati kos purata penyelenggaraan dan baik pulih EV dan kenderaan ICE untuk jarak setiap batu atau 1.6km adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nEV: 0.03 USD (RM0.12)\n\n\nICE: 0.06 USD (RM0.25)\n\n\n\n\nKos per kilometer untuk memandu sebuah EV adalah juga jauh lebih rendah, seperti yang dikongsikan oleh \nNissan Malaysia\n untuk model Nissan Leaf, dengan bateri berkapasiti 40 kWh untuk jarak purata 295km sekali cas. Ia hanya menelan belanja RM20.64 untuk setiap caj penuh. Jadi, kos untuk setiap kilometer adalah sangat rendah iaitu RM0.07.\n\n\nKekurangan Kereta Jenis Elektrik\n\n\nDisebalik kelebihan, kereta jenis elektrik ni pun ada kekurangannya.\n\n\n1. Limitasi Infrastruktur Stesen Pengecas\n\n\nSatu kekurangan yang sangat obvious dan mendatangkan masalah kepada pemilik kereta jenis elektrik ni adalah keupayaan mengecas kereta di kawasan luar bandar atau pun pedalaman.\n\n\nMisal kata korang kena jalan jauh, itu satu cabaran tu sebab tak ada tempat mengecas di sesetengah tempat. Disebabkan itu, korang kena rancang perjalanan sebaiknya untuk mengelakkan korang tersadai di tepi jalan tanpa sebarang pertolongan.\n\n\nMasalah yang sama boleh menimpa pemandu yang menghuni \nkondominium\n dan \npangsapuri\n juga. Ini sebabnya tak ada akses stesen pengecas dekat \nrumah\n.\n\n\nKekurangan kawasan mengecas bateri sedikit sebanyak merisaukan bakal pemilik kereta jenis \nelektrik\n dan boleh menyebabkan stres. Sama seperti membeli telefon bimbit mahal, tetapi perlu dicas di rumah kawan. Kawan pula duduk di kawasan perumahan lain.\n\n\n2. Jarak Tak Konsisten\n\n\nUntuk pengetahuan korang, setiap kereta jenis elektrik ada\u00a0 anggaran jarak pemanduan yang ditetapkan pengeluar dan kerajaan. Tapi angka ni actually susah nak dicapai dalam kondisi pemanduan sebenar.\n\n\nJarak rasmi bagi anggaran tersebut dicapai melalui kepakaran dan kesabaran pemandu ujian pada persekitaran yang sempurna.\n\n\nActually, benda ni tak menggambarkan apa yang dialami pemandu sebenar selepas memiliki kereta jenis elektrik.\n\n\nContohnya, cuaca turut memainkan peranan utama bagi kondisi pemanduan EV. Pada suhu sejuk, jarak pemanduan dapat berkurangan 40 peratus. EV juga bukan kenderaan pilihan kepada mereka yang perlu berdepan musim sejuk bersalji, malah memerlukan pemanduan kurang agresif bagi mendapatkan jarak perjalanan maksimum.\n\n\n3. Harga Yang Mahal\n\n\nKereta jenis elektrik masih berharga agak mahal dan premium jika dibandingkan dengan kereta dengan enjin pembakaran dalaman. Walaupun terdapat promosi rebat dan diskaun diberikan Kerajaan kepada pembeli, harga asas kereta jenis elektrik kekal tinggi dan\u00a0 mungkin tidak mampu dibayar pembeli biasa yang masih mementingkan aspek praktikaliti, tujuan penggunaan dan bajet pembelian sebuah kereta.\n\n\n4. Masa Cas Semula Bateri\n\n\nKalau kereta pembakaran dalam, mengisi bahan api bagi menyambung perjalanan supaya enjin tidak mati di tengah jalan hanya mengambil masa beberapa minit. Tetapi bagi kereta jenis elektrik, masa untuk cas semula bateri mengambil masa berjam-jam.\n\n\nWalaupun ada yang menggunakan teknologi baharu yang membolehkan cas semula bateri hanya mengambil masa tidak sampai setengah jam untuk mengisi 50 sehingga\u00a0 80 peratus dari kapasiti bateri, ianya masih jauh terlalu lambat jika dibandingkan dengan kereta pembakaran dalam yang hanya mengambil masa tidak sampai tiga minit untuk memenuhkan tangki bahan api.\n\n\n\n\nPerbezaan Kereta Hibrid & Kereta Jenis Elektrik\n\n\nRamai berpendapat bahawa kereta hibrid dan \nkereta jenis elektrik\n adalah jenis kereta yang sama. Sebenarnya, ia adalah dua jenis kereta yang berbeza.\n\n\nKereta Elektrik\n\n\nMacam apa yang kita cakap tadi, kereta jenis elektrik adalah sejenis kereta yang bergerak menggunakan motor elektrik. Motor elektrik bergerak menggunakan tenaga yang disimpan dalam \nbateri\n kereta. Ia bergantung sepenuhnya pada kuasa elektrik sebagai kuasa utama daripada pek bateri untuk menggerakkan kereta.\n\n\nAntara sebab utama kereta jenis elektrik tidak mendapat sambutan adalah ia mempunyai infrastruktur stesen pengecasan yang terhad terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.\n\n\nPerjalanan jauh ialah antara cabaran yang perlu ditempuhi pemandu EV. Mereka perlu merancang perjalanan dengan baik kerana kawasan terpencil berkemungkinan tidak mempunyai stesen pengecas berbanding kawasan bandar.\n\n\nMasalah sama turut menimpa pemandu yang menghuni kondominium dan pangsapuri berikutan tiada akses stesen pengecas di rumah. Kekurangan kawasan mengecas bateri sedikit sebanyak merisaukan bakal pemilik EV dan boleh menyebabkan stres.\n\n\nKereta Hibrid\n\n\nKereta jenis hibrid pula adalah sejenis kereta yang menggunakan gabungan dua sistem iaitu \nenjin\n pembakaran dalaman dan tenaga elektrik.njin utama hibrid masih menggunakan petrol sebagai bahan api, namun ia mempunyai sistem motor elektrik yang akan diaktifkan secara automatik untuk penjimatan \nminyak\n dalam operasi sistem hibrid.\n\n\nSecara am, perkataan hibrid adalah pergabungan dua idea yang berbeza. Dengan itu, kereta hibrid adalah sebuah kereta yang menggunakan lebih daripada satu sumber tenaga untuk bergerak. Ia juga merujuk kepada kenderaan yang tidak bergantung kepada kuasa bateri atau petrol semata-mata. Namun, ia juga bergantung kepada pembakaran dalaman yang memacu penjanaan elektrik untuk pemanduan secara langsung.\n\n\nMasalah penggunaan bahan api yang berlebihan dan masalah perlu mengecas bateri secara kerap diselesaikan dengan \nenjin\n hibrid. Sistem enjin hibrid boleh menjadi alternatif yang lebih dan juga mampu untuk menyelesaikan masalah penjimatan enjin dan jarak pemanduan.\n\n\nSistem hibrid juga dibangunkan berasaskan beberapa persoalan sering dibangkitkan bakal pemilik kenderaan baharu mengenai kriteria minimum kereta yang mereka mahukan, iaitu seperti berikut:\n\n\n\n\nBoleh atau tidak kereta itu dipandu sekurang-kurangnya 450km dengan tangki minyak penuh sebelum diisi semula.\n\n\nPemanduan mesti mudah dan lancar.\n\n\nKereta\n perlu ada kemampuan mengekalkan kelajuan dan keupayaan mengatasi kereta lain atas jalan.\n\n\nBahan api mudah diisi.\n\n\nMenawarkan jarak pemanduan seliter bahan api yang baik.\n\n\nKurang pencemaran udara.\n\n\n\n\nGabungan tenaga elektrik dan juga pembakaran dalaman membolehkan bateri kereta jenis hibrid dicas secara langsung ketika kereta sedang dipandu. Ia juga boleh dicas semula apabila diperlukan. Ini sekaligus membuktikan kereta jenis hibrid mampu mengurangkan pecemaran udara disamping memberikan lebih kilometer perjalanan.\n\n\nJadi, Patut Ke Korang Beli Kereta Jenis Elektrik Ni?\n\n\nSebuah kereta jenis elektrik sesuai bagi korang yang banyak bergerak dalam bandar. Ini kerana ia bukan sahaja menjimatkan dari segi petrol, malah korang juga dapat membantu mengurangkan pencemaran udara. Namun, sekiranya korang memerlukan sebuah kereta yang sering berulang-alik dari satu tempat yang jauh ke satu tempat jauh yang lain, korang lebih sesuai dengan kereta konvensional. Ini kerana kuasa pemanduan kereta konvensional lebih tinggi daripada kereta jenis elektrik.\n\n\nSampai di sini sahaja perkongsian Qoala. Jangan lupa, kalau nak renew \nroadtax\n kereta\n dan \ninsurans kereta\n, buat sahaja di Qoala. Mudah, murah dan pantas!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/kereta-hibrid/", "title": "Kereta Hybrid Malaysia: Keburukan, Kelebihan Kereta Hibrid Teknologi Hijau", "body": "\n\nApakah kereta hibrid? Sejauh manakah relevannya kereta hibrid di Malaysia? Qoala kali ini akan menerangkan mengenai kereta jenis hibrid dengan lebih mendalam.\n\n\nMenjadi satu impian bagi semua pemandu di seluruh dunia sekiranya penggunaan minyak petrol boleh diminimakan sekaligus menjimatkan tanpa mengeluarkan duit yang banyak untuk mengisi minyak. Impian mempunyai \nkereta \nyang tidak menggunakan minyak yang banyak terhasil apabila terhasilnya kereta model kompak.\u00a0\n\n\nMasalah lain yang timbul pula adalah masalah pencemaran udara yang disebabkan dengan peningkatan jumlah kereta di jalan raya. \nPencemaran\n udara yang berlaku kini sebahagian besarnya berpunca daripada gas yang dikeluarkan oleh kereta. Bagi mengatasi masalah pencemaran yang semakin meningkat ini, pengeluar automotif mula mengorak langkah untuk membangunkan teknologi kereta elektrik yang lebih sesuai dengan persekitaran.\u00a0\n\n\nWalau bagaimanapun, teknologi kenderaan elektrik dikatakan mempunyai pelbagai kekurangan terutamanya dari segi kemampuan \nbateri\n kereta tersebut. Masalah ini menimbulkan lagi satu teknologi iaitu kereta jenis hibrid.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nBagaimana Kereta Hibrid Berfungsi?\nSpesifikasi Utama Kereta Hibrid Anda Perlu Tahu\nTangki Minyak\nBateri 12V dan Bateri Traksi\nMotor Elektrik dan Generator\nSistem Transmisi\nSistem Ekzos\nSistem Penyejukan\nJenis-jenis Kereta Hybrid di Malaysia\n1. Hibrid Konvensional\n2. Hybrid Plug-In (PHV)\n3. Hibrid Paralel\nPerbezaan Kereta Hybrid dan Kereta Elektrik\nKereta Elektrik\nKereta Hibrid\nKelebihan Kereta Hybrid Berbanding Kereta Biasa\nMesra Alam\nMengurangkan Kebergantungan Terhadap Bahan Api Fosil\nPemanduan Senyap\nKelemahan Kereta Hybrid\nHarga lebih Mahal\nKuasa Pemanduan yang Biasa\nLebih Berat\nTips Penjagaan Kereta Hibrid\nPenyejukan\nJangan Pandu Terlalu Laju\nGear P\nKos Insurans Lebih Tinggi?\nJadi, Patutkah Anda Membeli Kereta Hybrid Ini?\n\n\nBagaimana Kereta Hibrid Berfungsi?\n\n\nSecara am, perkataan hibrid adalah pergabungan dua idea yang berbeza. Dengan itu, kereta hibrid adalah sebuah kereta yang menggunakan lebih daripada satu sumber tenaga untuk bergerak. \n\n\nIa juga merujuk kepada kenderaan yang tidak bergantung kepada kuasa bateri atau petrol semata-mata. Namun, ia juga bergantung kepada pembakaran dalaman yang memacu penjanaan elektrik untuk pemanduan secara langsung.\u00a0\n\n\nMasalah penggunaan bahan api yang berlebihan dan masalah perlu mengecas bateri secara kerap diselesaikan dengan enjin hibrid. Sistem enjin hibrid boleh menjadi alternatif yang lebih dan juga mampu untuk menyelesaikan masalah penjimatan enjin dan jarak pemanduan.\u00a0\n\n\nSistem hibrid juga dibangunkan berasaskan beberapa persoalan sering dibangkitkan bakal pemilik kenderaan baharu mengenai kriteria minimum kereta yang mereka mahukan, iaitu seperti berikut:\n\n\n\n\nBoleh atau tidak kereta itu dipandu sekurang-kurangnya 450km dengan tangki minyak penuh sebelum diisi semula.\n\n\nPemanduan mesti mudah dan lancar.\n\n\nKereta perlu ada kemampuan mengekalkan kelajuan dan keupayaan mengatasi kereta lain atas jalan.\n\n\nBahan api mudah diisi.\n\n\nMenawarkan jarak pemanduan seliter bahan api yang baik.\n\n\nKurang pencemaran udara.\n\n\n\n\nGabungan tenaga elektrik dan juga pembakaran dalaman membolehkan bateri kereta jenis hibrid dicas secara langsung ketika kereta sedang dipandu. Ia juga boleh dicas semula apabila diperlukan. Ini sekaligus membuktikan kereta jenis hibrid mampu mengurangkan pecemaran udara disamping memberikan lebih kilometer perjalanan.\u00a0\n\n\nSpesifikasi Utama Kereta Hibrid Anda Perlu Tahu\n\n\nDalam pembinaan kereta hibrid, ini adalah beberapa komponen dan spesifikasi yang penting:\n\n\nTangki Minyak\n\n\nTangki minyak di dalam kereta jenis ini direka bagi dapat menampung jumlah bahan api yang bersesuaian dan mencukupi. Kereta jenis hibrid juga memerlukan sistem rizab bahan api yang lengkap berserta dengan maklumat status semasa bahan api tersebut.\u00a0\n\n\nSalur simpanan yang bersesuaian turut diperlukan dan kualiti tersebut adalah kualit yang sama seperti kereta enjin pembakaran dalaman konvensional.\u00a0\n\n\nBateri 12V dan Bateri Traksi\n\n\nKereta hibrid memerlukan dua bateri, iaitu bateri 12V yang digunakan sebagai bateri sokongan untuk menghidupkan kereta. Satu lagi ialah bateri traksi (traction battery) yang menyimpan tenaga dijana motor elektrik. Kedudukan bateri selalunya di bawah kerusi belakang.\n\n\nBateri ini akan menyalurkan tenaga kepada penukar arus terus (DC converter) yang kemudian mengubah voltan yang sesuai bagi menjana tenaga elektrik kepada sistem elektrik kereta dan mengecas semula bateri sokongan.\n\n\nMotor Elektrik dan Generator\n\n\nFungsi motor elektrik dan generator adalah untuk mengambil tenaga daripada bateri traksi dan menggerakkan kereta. Fungsi keduanya pula adalah untuk menghasilkan tenaga elektrik daripada putaran tayar apabila sistem brek berfungsi.\n\n\nKedua-dua komponen ini boleh berfungsi secara berasingan, dan boleh juga berfungsi untuk kedua-dua fungsi. Kalau berasingan, motor elektrik berfungsi sebagai penggerak kereta, dan generator sebagai tenaga kepada bateri traksi.\n\n\nSistem Transmisi\n\n\nSistem transmisi atau juga dikenali sebagai kotak kawalan \ngear\n \nkereta\n berfungsi dengan mengubah tenaga daripada sumber tenaga kepada tenaga gerakan menggunakan kawalan pertukaran nisbah pada gear transmisi. \n\n\nTenaga yang diperoleh adalah daripada motor elektrik atau tenaga pembakaran dalam \nenjin\n. \nFungsi sistem transmisi masih sama seperti kereta biasa cuma ada dua sumber tenaga dan berfungsi secara hibrid.\n\n\nSistem Ekzos\n\n\nEmisi hasil pembakaran masih menggunakan paip ekzos. Selain itu, pengeluar selalunya menggunakan pemangkin udara tiga arah bagi mengurangkan kadar pelepasan emisi udara daripada sistem ekzos kereta. \n\n\nKetika menggunakan tenaga elektrik, sistem ekzos tidak digunakan, maka disitu tiada pembebasan hasil pembakaran berlaku. Ini mengurangkan pencemaran daripada kereta jenis hibrid.\n\n\nSistem Penyejukan\n\n\nSistem penyejukan turut diperlukan dan direka bagi menstabilkan suhu yang sesuai dalam ruang enjin kereta. Struktur dan rekabentuk sistem agak berbeza kerana kereta hibrid menggabungkan sistem motor elektrik dan enjin pembakaran dalam. \n\n\nBahan binaan sistem motor elektrik juga perlu tahan suhu tinggi dan bersesuaian dengan kadar penyejukan \nsistem penyejukan\n kereta.\n\n\nJenis-jenis Kereta Hybrid di Malaysia\n\n\nUntuk pengetahuan anda, ada pelbagai jenis kenderaan hibrid dengan fungsi yang berbeza.\n\n\n1. Hibrid Konvensional\n\n\nKereta hibrid jenis ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu;\n\n\ni. Hibrid Penuh\n\n\nHibrid penuh mampu untuk bergerak dengan menggunakan tenaga yang dihasil oleh enjin sahaja, bateri sahaja atau kedua-duanya sekali. Cara kereta ini berfungsi adalah, pada kelajuan rendah, enjin akan berhenti bergerak dan hanya akan menggunakan \nmotor\n elektrik.\n\n\nKemudian, jika ingin melakukan pecutan, kedua-dua enjin dan motor tersebut akan digunakan. Pada peringkat ini, lebihan tenaga yang dihasilkan daripada enjin akan digunakan untuk mengecas bateri motor elektrik.\n\n\nii. Hibrid Sederhana\n\n\nHibrid jenis ini boleh diklasifikasikan sebagai gabungan enjin pembakaran dalam (petrol atau diesel) yang dilengkapi dengan kelengkapan elektrik (motor atau generator) dalam susunan yang selari. \n\n\nIa juga membolehkan motor elektrik untuk menghantarkan tork terutama ketika pemandu memerlukan kuasa ekstra ketika memecut dan mendaki bukit. Kuasa elektrik akan disimpan pada \u201ctraction bateri\u201d yang akan disimpan pada bahagian belakang ataupun kargo.\n\n\nAntara kelebihan hibrid sederhana adalah ianya lebih ringan daripada hibrid konvensional, pemasangannya yang murah dan mempunyai emisi yang rendah.\n\n\n2. Hybrid Plug-In (PHV)\n\n\nKereta jenis hybrid plug-in ini dilengkapi dengan kapasiti pek bateri yang lebih besar. Ia menawarkan jarak pemanduan yang lebih jauh dengan hanya menggunakan kuasa bateri tunggal.\u00a0\n\n\nJenis ini juga membolehkan motor petrol untuk berfungsi sebagai generator untuk mengekalkan kuasa bateri elektrik. Kereta PHV juga boleh dipandu menggunakan kuasa petrol sepenuhnya, manakala pek bateri boleh dipasang masuk untuk dicas.\n\n\n3. Hibrid Paralel\n\n\nHibrid Paralel atau selari pula ialah motor elektrik yang bertindak sebagai tenaga tambahan untuk motor petrol. Tiada enjin yang bekerja secara berasingan. Dalam situasi ini, motor elektrik biasanya bersaiz kecil bagi memberikan ruang kepada enjin kecil digunakan untuk penjimatan bahan api.\n\n\n\n\nPerbezaan Kereta Hybrid dan Kereta Elektrik\n\n\nRamai berpendapat bahawa kereta hibrid dan kereta elektrik adalah jenis kereta yang sama. Sebenarnya, ia adalah dua jenis kereta yang berbeza.\n\n\nKereta Elektrik\n\n\nKereta elektrik adalah sejenis kereta yang bergerak menggunakan motor elektrik. Motor elektrik bergerak menggunakan tenaga yang disimpan dalam bateri kereta. Ia bergantung sepenuhnya pada kuasa elektrik sebagai kuasa utama daripada pek bateri untuk menggerakkan kereta.\n\n\nAntara sebab utama kereta elektrik tidak mendapat sambutan adalah ia mempunyai infrastruktur stesen pengecasan yang terhad terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.\u00a0\n\n\nPerjalanan jauh ialah antara cabaran yang perlu ditempuhi pemandu EV. Mereka perlu merancang perjalanan dengan baik kerana kawasan terpencil berkemungkinan tidak mempunyai stesen pengecas berbanding kawasan bandar.\n\n\nMasalah sama turut menimpa pemandu yang menghuni \nkondominium\n dan pangsapuri berikutan tiada akses stesen pengecas di rumah. Kekurangan kawasan mengecas bateri sedikit sebanyak merisaukan bakal pemilik EV dan boleh menyebabkan stres.\u00a0\n\n\nKereta Hibrid\n\n\nKereta jenis hibrid pula adalah sejenis \nkereta\n yang menggunakan gabungan dua sistem iaitu enjin pembakaran dalaman dan tenaga elektrik.njin utama hibrid masih menggunakan petrol sebagai bahan api, namun ia mempunyai sistem motor elektrik yang akan diaktifkan secara automatik untuk penjimatan minyak dalam operasi sistem hibrid.\u00a0\n\n\nKelebihan Kereta Hybrid Berbanding Kereta Biasa\n\n\nAda banyak sebenarnya kelebihan kereta jenis hibrid ini. Tetapi, tiga kelebihan utama adalah seperti di bawah:\n\n\nMesra Alam\n\n\nSalah satu kelebihan utama kereta jenis hibrid berbanding kereta bertenaga petrol adalah ianya mesra alam. Ia juga tidak mengeluarkan bahan toksik melalui ekzos. \n\n\nPenggunaan dual enjin iaitu elektrik dan pembakaran dalaman dapat mengurangkan bahan bakar dan menjimatkan tenaga.\u00a0\n\n\nMengurangkan Kebergantungan Terhadap Bahan Api Fosil\n\n\nKereta jenis hibrid sesuai digunakan untuk mengganti penggunaan kenderaan konvensional yang menjadi penyumbang utama kepada pencemaran udara. \n\n\nIa mempunyai enjin petrol dan motor elektrik yang mampu menjimatkan petrol dan hanya menghasilkan asap toksik tahap rendah. Ia juga menggabungkan enjin pembakaran dalaman sistem rejangan dengan sistem rejangan elektrik.\u00a0\n\n\nPemanduan Senyap\n\n\nDengan memandu kenderaan jenis hibrid, anda akan dapat menikmati pemanduan yang senyap dan lebih fokus. \nAntara kelebihan lain kereta jenis hibrid adalah ukuran enjinnya lebih kecil. Namun masih dapat menampung kapasiti yang sama seperti kereta konvensional. \n\n\nIa juga mengalami proses pengambilan semula tenaga melalui pemecahan regenaratif terutamanya dengan pemanduan jenis berhenti dan pergi di bandar dan juga apabila menyusuri bukit.\u00a0\n\n\nSelain itu, ia juga menggunakan penggunaan sistem AC terbalik berdasarkan pengurusan terma bank bateri dengan kabin melalui penukar haba yang berasingan yang disambungkan secara termal ke sarung bateri.\n\n\nTambahan lagi, ia juga dapat mematikan enjin ketika berhenti dan hidup automatik selepas pemandu menekan pedal.\u00a0\n\n\nKelemahan Kereta Hybrid\n\n\nSeperti perkara-perkara yang lain, kereta jenis hibrid turut mempunyai kelemahan yang tersendiri.\u00a0\n\n\nHarga lebih Mahal\n\n\nApa yang menyebabkan ramai tidak memiliki kereta jenis hibrid kerana harga runcitnya yang mahal berbanding dengan kereta konvensional. Kereta jenis ini banyak didapati dipakai oleh golongan yang berpendapatan tinggi. \n\n\nWalau bagaimanapun, kereta jenis hibrid sebenarnya lebih murah apabila dibandingkan dengan kereta konvensional dalam jangka masa panjang. \n\n\nJika anda mengira jumlah penggunaan bahan api kedua-dua kereta, anda sebenarnya akan melihat bahawa anda boleh menyimpan lebih banyak wang dengan menggunakan kereta jenis hibrid.\n\n\nKuasa Pemanduan yang Biasa\n\n\nApabila sistem hibrid perlu membahagikan enjin menjadi dua tenaga, ia tidak dapat menghasilkan pemanduan yang optimum dan berkuasa tinggi seperti kenderaan konvesional yang lain. \n\n\nDalam erti kata lain, penggunaan kereta jenis hibrid hanya untuk pemandu yang inginkan pemanduan yang tenang tanpa sebarang hustle.\u00a0\n\n\nLebih Berat\n\n\nKereta jenis hibrid adalah agak berat kerana bateri berat yang dipasang di dalam kereta. Atas sebab inilah mengapa pengeluar kereta jenis hibrid mengintegrasikan enjin pembakaran dalaman yang lebih kecil dan dibina dengan bahan-bahan ringan dan binaan luar yang aerodinamik dalam usaha untuk memaksimumkan kecekapan kereta jenis hibrid. \n\n\nIni bermakna bahawa kereta jenis hibrid tidak boleh bergerak dengan kepantasan maksimum.\n\n\nTips Penjagaan Kereta Hibrid\n\n\nKereta jenis hibrid didatangi dengan teknologi yang tinggi. Apabila teknologi tinggi digunapakai, cara penjagaan turut kena betul. Untuk menjaga ketahanan hayat sistem hibrid, ini adalah beberapa tips agar sistem bateri kekal lebih lama.\u00a0\n\n\nPenyejukan\n\n\nKipas yang berfungsi pada bahagian penyandar tempat duduk belakang atau di bahagian bawah berfungsi untuk menyedut udara sejuk dari kabin ke ruang simpanan bateri. Bateri sistem hibrid biasa disimpan dalam kargo atau dibawah tempat duduk belakang dan dalam operasi ia memerlukan proses penyingkiran haba yang optimum bagi memudahkan proses pengecasan berlaku.\n\n\nSekiranya ada halangan pada laluan udara sejuk ini daripada masuk, bateri akan menjadi panas sekaligus menjejaskan dan memendekkan jangka hayat bateri sistem hibrid. Jadi, pastikan tiada apa-apa objek yang dapat menghalang udara sejuk masuk.\u00a0\n\n\nJangan Pandu Terlalu Laju\n\n\nKereta hibrid tidak dicipta untuk pemanduan yang laju. Ini kerana ia akan memaksa enjin untuk bekerja lebih keras bagi menghasilkan kuasa tambahan. Kebanyakan enjin hibrid akan berfungsi dalam kitaran enjin Atkinson untuk menghasilkan tenaga dan kuasa.\u00a0\n\n\nApabila anda memandu terlalu laju dan secara berterusan, kuasa elektrik dalam bateri akan cepat habis dan membuatkan enjin tidak sempat mengecas bateri.\u00a0\n\n\nGear P\n\n\nApabila anda perlu berhenti dalam jangka masa yang lama seperti menunggu pasangan berurusan dengan bank, anda harus memastikan tombol gear diletakkan pada P dan bukannya N. Ini kerana, sistem hibrid hanya boleh mengecas bateri hibrid dalam keadaan gear P.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nKos Insurans Lebih Tinggi?\n\n\nKereta hibrid lebih mahal untuk diinsuranskan kerana dua sebab: kos pembuatannya yang lebih mahal dan harga jualannya yang lebih tinggi berbanding dengan kereta standard. Bayangkan begini, bateri sebuah kereta konvensional yang biasa berharga dalam lingkungan RM200-RM300. \n\n\nManakala harga sebuah bateri bagi sebuah kereta jenis hibrid pula boleh menjangkau ribuan tinggi. Sudah pastinya kos insuransnya lebih tinggi.\u00a0\nDisebabkan itu, kereta hibrid masih tidak ramai digunakan di Malaysia. \n\n\nKos pembelian, penyelenggaraan dan insuransnya tinggi. \nNamun, jika dilihat dari segi penjimatan, anda tidak perlu menukar bateri sekerap bateri pada kereta konvensional.\u00a0\nRoad tax dan insurans kereta anda hampir tamat? Buat pembaharuan di \nQoala\n sekarang!\n\n\nJadi, Patutkah Anda Membeli Kereta Hybrid Ini?\n\n\nSebuah kereta jenis hibrid sesuai bagi anda yang banyak bergerak dalam bandar. Ini kerana ia bukan sahaja menjimatkan dari segi petrol, malah anda juga dapat membantu mengurangkan pencemaran udara.\n\n\nNamun, sekiranya anda memerlukan sebuah kereta yang sering berulang-alik dari satu tempat yang jauh ke satu tempat jauh yang lain, anda lebih sesuai dengan kereta konvensional. Ini kerana kuasa pemanduan kereta konvensional lebih tinggi daripada kereta jenis hibrid.\n\n\nSampai di sini sahaja perkongsian Qoala. Jangan lupa, kalau nak \nrenew\n cukai jalan\n dan \ninsurans kereta\n, buat sahaja di \nQoala\n. Mudah, murah dan pantas!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/kereta-jimat-minyak/", "title": "Senarai Kereta Jimat Minyak di Malaysia (2023)", "body": "\n\nKereta jimat minyak atau kereta tidak kuat makan minyak merupakan antara kriteria utama yang dititikberatkan dalam \npemilihan kereta idaman\n lebih-lebih lagi mengambil kira kenaikan kos bahan api di Malaysia. Ini kerana, pemilihan kereta yang jimat minyak dan sesuai secara tidak langsung dapat mengurangkan dan meminimumkan perbelanjaan bulanan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n5 Model Kereta Paling Jimat Minyak di Malaysia\n1. Perodua Bezza 1.0 Standard G Automatik\n2. Perodua Axia 1.0 Style Automatik\n3. Suzuki Alto 1.0 Automatik GLX\n4. Proton Iriz 1.3 Manual\n5. Perodua Myvi 1.3 Standard G Automatik\n30 Senarai Kereta Jimat Minyak Malaysia, Bantu Kurangkan Kos Belanja Bulanan\nPunca Kereta Kuat Makan Minyak Petrol, Tips Jimatkan Penggunaan Minyak Kereta\n1. Keluarkan Muatan Berlebihan\n2. Pastikan Tekanan Angin Tayar Kereta\u00a0Mencukupi\n3. Elakkan Memandu Laju\n4. Jangan Abaikan Penyelenggaraan Kereta\n5. Pilih Waktu Yang Sesuai Mengisi Minyak\u00a0\n6. Matikan Enjin Semasa Menunggu\n7. Memandu Sambil Buka Tingkap\n8. Amalkan Tabiat Pemanduan yang Baik\n\n\n5 Model Kereta Paling Jimat Minyak di Malaysia\n\n\nKini ramai yang berjimat-cermat dalam berbelanja memandangkan pertumbuhan ekonomi negara kini tidak memberangsangkan dan tidak stabil.\n\n\nKenaikan harga barangan, \nkadar OPR naik\n yang menjejaskan bayaran bulanan \npinjaman perumahan\n, \npinjaman peribadi\n dan sebagainya menyebabkan rakyat Malaysia mencari alternatif perbelanjaan lain yang lebih menjimatkan.\n\n\nJusteru itu, ramai yang memilih kereta yang jimat minyak dan murah bagi mengurangkan kos perbelanjaan bahan api seperti petrol.\n\n\nDengan kos sara hidup yang semakin tinggi, kereta jimat minyak pasti banyak membantu dalam meminimumkan perbelanjaan. Berikut senarai kereta Malaysia jimat minyak (2023) untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n1. Perodua Bezza 1.0 Standard G Automatik\n\n\nSyarikat pengeluar kereta jenama Perodua merupakan antara pengeluar kenderaan cekap tenaga (EEV) nombor satu di Malaysia.\n\n\nModel kereta keluaran Perodua seperti Perodua Bezza, Perodua Axia dan raja jalanan \nPerodua Myvi\n boleh dikatakan antara kereta Malaysia paling jimat minyak dengan prestasi pemanduan melebihi 20 km seliter.\n\n\nSelain itu, \nPerodua juga telah mengeluarkan lebih daripada 500,000 unit kereta jimat minyak dan cekap tenaga setakat hari ini. \n\n\nKereta Perodua Bezza boleh dikatakan kereta Perodua dan kereta sedan paling jimat minyak yang boleh anda pertimbangkan jika anda ingin memilih kereta baharu yang sesuai untuk keluarga kecil anda.\n\n\n\ud83d\udccdKiraan Minyak Petrol Per KM/Setahun bagi Perodua Bezza\n\n\nBagi ketahui cara kira kos minyak kereta, anda boleh rujuk cara berikut. Jika ambil kira purata perjalanan 1,000 km sebulan dengan kelajuan standard, anda perlu peruntukkan belanja untuk minyak kereta sekurang-kurangnya:\n\n\nHarga Petrol RON95\n: RM2.05/liter \u2013 berdasarkan harga petrol Malaysia terkini\n\n\nJumlah Perbatuan\n: 1,000 km X 12 Bulan = 12,000 km\n\n\nAnggaran Jumlah Perbelanjaan Penggunaan Petrol\n: RM1,180.80\n\n\n2. Perodua Axia 1.0 Style Automatik\n\n\nSiapa yang tidak kenal dengan Perodua Axia ni \u2013 kereta kompak 5 pintu ini merupakan model yang diperkenalkan bagi menggantikan model kereta Viva yang telah ditamatkan pengeluarannya.\n\n\nPerodua Axia merupakan model Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama di Malaysia di bawah standard Dasar Automotif Negara (NAP) 2014.\n\n\nBagi aspek penggunaan minyak Axia per km, kereta ini mampu bergerak sejauh 20.6 km bagi setiap liter minyak.\n\n\n\ud83d\udccdKiraan Minyak Petrol Per KM/Setahun bagi Perodua Axia\n\n\nBagi ketahui cara kira kos minyak kereta, anda boleh rujuk cara berikut. Jika ambil kira purata perjalanan 1,000 km sebulan dengan kelajuan standard, anda perlu peruntukkan belanja untuk minyak kereta sekurang-kurangnya:\n\n\nHarga Petrol RON95\n: RM2.05/liter \u2013 berdasarkan harga petrol Malaysia terkini\n\n\nJumlah Perbatuan\n: 1,000 km X 12 Bulan = 12,000 km\n\n\nAnggaran Jumlah Perbelanjaan Penggunaan Petrol\n: RM1,156.20\n\n\n3. Suzuki Alto 1.0 Automatik GLX\n\n\nSuzuki Alto merupakan antara model \nkereta mampu milik\n yang menawarkan kadar penjimatan bahan api yang maksimum.\n\n\nSuzuki Alto dikuasakan oleh enjin 1.0 liter yang dapat menawarkan penjimatan minyak yang tinggi dengan kos operasi yang lebih rendah.\n\n\nBukan itu sahaja, Suzuki Alto juga merupakan model kereta yang mesra alam sekitar \u2013 ia menawarkan kadar pelepasan yang lebih rendah dengan penggunaan bahan api sekitar 19.23 liter bagi setiap km.\n\n\n\ud83d\udccdKiraan Minyak Petrol Per KM/Setahun bagi Suzuki Alto\n\n\nBagi ketahui cara kira kos minyak kereta, anda boleh rujuk cara berikut. Jika ambil kira purata perjalanan 1,000 km sebulan dengan kelajuan standard, anda perlu peruntukkan belanja untuk minyak kereta sekurang-kurangnya:\n\n\nHarga Petrol RON95\n: RM2.05/liter \u2013 berdasarkan harga petrol Malaysia terkini\n\n\nJumlah Perbatuan\n: 1,000 km X 12 Bulan = 12,000 km\n\n\nAnggaran Jumlah Perbelanjaan Penggunaan Petrol\n: RM1,279.20\n\n\n4. Proton Iriz 1.3 Manual\n\n\nProton Iriz merupakan model kereta lima pintu yang dibangunkan oleh syarikat automobil Malaysia, Proton dan merupakan model pengganti bagi Proton Savvy.\n\n\nModel kereta \nhatchback\n jimat minyak segmen B ini dikuasakan oleh enjin versi suntikan langsung 1.3L VVT dan 1.6L VVT serba baharu dan \nmerupakan model pertama PROTON yang mendapat pengiktirafan 5 bintang ASEAN NCAP.\n\n\nIa juga merupakan model paling cekap penggunaan petrol iaitu bawah 7 liter bagi setiap 100 km.\n\n\n\ud83d\udccdKiraan Minyak Petrol Per KM/Setahun bagi Proton Iriz\n\n\nBagi ketahui cara kira kos minyak kereta, anda boleh rujuk cara berikut. Jika ambil kira purata perjalanan 1,000 km sebulan dengan kelajuan standard, anda perlu peruntukkan belanja untuk minyak kereta sekurang-kurangnya:\n\n\nHarga Petrol RON95\n: RM2.05/liter \u2013 berdasarkan harga petrol Malaysia terkini\n\n\nJumlah Perbatuan\n: 1,000 km X 12 Bulan = 12,000 km\n\n\nAnggaran Jumlah Perbelanjaan Penggunaan Petrol\n: RM1,426.80\n\n\n5. Perodua Myvi 1.3 Standard G Automatik\n\n\nSelain Bezza dan Axia, model kereta kompak buatan Malaysia ini merupakan antara model kereta paling popular di Malaysia. \n\n\nPerodua Myvi menampilkan enjin Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) sekali gus menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik berbanding model-model Myvi sebelumnya.\n\n\nPe\nrodua Myvi menawarkan penjimatan bahan api antara 20.1 hingga 21.2 km per liter. Ia sekali gus menjadikannya 32 peratus lebih cekap minyak berbanding model sebelumnya.\n\n\n\ud83d\udccdKiraan Minyak Petrol Per KM/Setahun bagi Perodua Myvi\n\n\nBagi ketahui cara kira kos minyak kereta, anda boleh rujuk cara berikut. Jika ambil kira purata perjalanan 1,000 km sebulan dengan kelajuan standard, anda perlu peruntukkan belanja untuk minyak kereta sekurang-kurangnya:\n\n\nHarga Petrol RON95\n: RM2.05/liter \u2013 berdasarkan harga petrol Malaysia terkini\n\n\nJumlah Perbatuan\n: 1,000 km X 12 Bulan = 12,000 km\n\n\nAnggaran Jumlah Perbelanjaan Penggunaan Petrol\n: RM1,525.20\n\n\nNota: Anggaran penggunaan minyak petrol mungkin berbeza bergantung pada penggunaan, cara pemanduan, jenis jalan raya dan jenis bahan api yang digunakan.\n\n\n\n\n30 Senarai Kereta Jimat Minyak Malaysia, Bantu Kurangkan Kos Belanja Bulanan\n\n\nSecara asasnya, turun naik harga minyak dalam pasaran yang tidak konsisten sedikit sebanyak memberi kesan kepada pemilik kenderaan.\n\n\nOleh sebab itu, ramai yang kini beralih kepada alternatif kereta yang lebih murah serta tidak makan minyak untuk penjimatan. Malah, kebanyakan syarikat pengeluar kenderaan juga kini banyak tertumpu kepada penghasilan kereta dengan teknologi yang dapat membantu menjimatkan minyak petrol kereta.\n\n\nSelain model-model kereta yang dinyatakan di atas, berikut senarai kereta jimat minyak di Malaysia untuk panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKedudukan\n\n\nModel Kereta\n\n\nPenggunaan Bahan Api\n\n\n\n\n\n\n1\n\n\nKereta Perodua Bezza (M)\n\n\n4.4 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n2\n\n\nKereta Perodua Axia (M)\n\n\n4.4 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n3\n\n\nKereta Perodua Axia (A)\n\n\n4.6 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n4\n\n\nKereta Perodua Bezza (A)\n\n\n4.7 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n5\n\n\nKereta Perodua Kancil 600\n\n\n4.7 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n6\n\n\nKereta Mitsubishi Attrage\n\n\n4.8 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n7\n\n\nKereta Perodua Viva 660\n\n\n4.8 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n8\n\n\nKereta Perodua Myvi (M)\n\n\n4.9 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n9\n\n\nKereta Perodua Myvi (A)\n\n\n5.0 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n10\n\n\nKereta Perodua Kelisa\n\n\n5.0 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n11\n\n\nKereta BMW 1 Series (A)\n\n\n5.1 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n12\n\n\nKereta Mazda 2 \nHatchback\n (A)\n\n\n5.1 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n13\n\n\nKereta Mercedes A Class Sedan (A)\n\n\n5.4 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n14\n\n\nKereta Volkswagen Golf (A)\n\n\n5.4 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n15\n\n\nKereta Perodua Kenari\n\n\n5.5 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n16\n\n\nKereta Volkswagen Vento 1.2 (A)\n\n\n5.5 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n17\n\n\nKereta Volkswagen Beetle (A)\n\n\n5.5 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n18\n\n\nKereta Ford Focus Sedan (A)\n\n\n5.6 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n19\n\n\nKereta Honda Jazz (A)\n\n\n5.6 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n20\n\n\nKereta Proton Savvy\n\n\n5.7 L/100km\n\n\n\n\n\n\n21\n\n\nKereta Volkswagen Passat 1.8 (A)\n\n\n5.7 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n22\n\n\nKereta Mercedes A Class \nHatchback\n (A)\n\n\n5.7 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n23\n\n\nKereta Proton Ertiga (A)\n\n\n5.7 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n24\n\n\nKereta Mazda 3 Sedan (A)\n\n\n5.8 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n25\n\n\nKereta Ford Fiesta (A)\n\n\n5.8 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n26\n\n\nKereta Naza & Harga Kia Picanto (A)\n\n\n5.8 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n27\n\n\nKereta Toyota Vios (A)\n\n\n5.8 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n28\n\n\nKereta Mazda 3 \nHatchback\n (A)\n\n\n5.9 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n29\n\n\nKereta Volkswagen Jetta (A)\n\n\n6.0 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n30\n\n\nKereta Nissan Almera (A)\n\n\n6.3 L/100 km\n\n\n\n\n\n\n\n\nSecara asasnya, anda perlu peruntukkan sekurang-kurangnya 15 peratus daripada \nduit gaji\n anda untuk \npenyelenggaraan kereta\n, kos petrol, tol, \nparking\n dan hal-hal lain berkaitan kenderaan.\n\n\nDengan memilih kereta jimat minyak terbaik, penggunaan minyak kereta pasti dapat diminimumkan sekali gus dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan.\n\n\n\n\nPunca Kereta Kuat Makan Minyak Petrol, Tips Jimatkan Penggunaan Minyak Kereta\n\n\nSecara asasnya, faktor-faktor seperti berat kenderaan, jenis jalan raya yang dilalui dan tabiat pemanduan boleh mempengaruhi penggunaan bahan api. Ia juga boleh memberi kesan langsung kepada perbelanjaan harian dan bulanan anda.\n\n\nNamun begitu, impak ini boleh diminimumkan dengan syarat anda mempraktikkan cara pemanduan dan kaedah penjimatan yang betul. Berikut lapan \ntips penjimatan\n yang boleh anda amalkan:\n\n\n1. Keluarkan Muatan Berlebihan\n\n\nRamai dalam kalangan pemilik kenderaan meletakkan pelbagai jenis barangan dalam kereta seperti kasut, basikal boleh lipat, kasut, peralatan sukan dan bermacam-macam lagi.\n\n\nSecara asasnya, \nmuatan kereta berlebihan\n yang tidak dikeluarkan daripada kereta boleh menyebabkan kereta menjadi lebih berat berbanding biasa.\n\n\nMuatan kereta yang berat berpotensi meningkatkan penggunaan bahan api kerana ia akan memaksa \nenjin kereta\n bekerja dua kali ganda lebih keras (atau mungkin lebih) untuk bergerak sekali gus menyebabkan kereta kehabisan minyak dengan cepat.\n\n\nOleh sebab itu, anda disarankan untuk keluarkan barang-barang yang tidak perlu daripada kereta anda.\n\n\nElakkan daripada menyimpan terlalu banyak barangan dalam ruang simpanan atau tempat duduk belakang, atau kosongkan kereta dan keluarkan barangan yang tidak diperlukan untuk memaksimumkan ekonomi bahan bakar.\n\n\n2. Pastikan Tekanan Angin \nTayar Kereta\n\u00a0Mencukupi\n\n\nTekanan angin tayar yang tidak mencukupi\n boleh meningkatkan beban pada tayar kereta dan menyebabkan rintangan yang perlu ditempuh menjadi semakin besar. \n\n\nIni bermaksud, kereta anda mungkin memerlukan lebih banyak bahan api untuk bergerak pada kelajuan yang setara.\u00a0\nBerdasarkan kajian, \nangin tayar kereta\n yang kurang daripada \n10 PSI (70 kPa) akan meningkatkan penggunaan minyak kereta sebanyak 2.5 peratus.\n\n\nSelain itu, \ntayar kereta haus atau tidak sekata\n juga sedikit-sebanyak memberi impak kepada penggunaan bahan api.\n\n\nOleh sebab itu, anda perlu pastikan tekanan angin tayar berada dalam keadaan baik, gantikan tayar yang telah haus jika perlu.\n\n\n3. Elakkan Memandu Laju\n\n\nTabiat pemanduan yang agresif\n di jalan raya atau\n highway\n boleh meningkatkan penggunaan bahan bakar. Pemanduan kereta melebihi 80 km/j menyebabkan kadar rintangan udara menjadi lebih tinggi dan meningkatkan penggunaan bahan api.\n\n\nSecara asasnya, minyak kereta lebih cepat habis jika anda memandu laju biasanya seperti anggaran berikut:\n\n\n100 km/j: penggunaan minyak bertambah 10 peratus;\n\n\n105 km/j: penggunaan minyak bertambah 15 peratus;\n\n\n110 km/j: penggunaan minyak bertambah 25 peratus.\n\n\nSelain itu, tabiat\n pemanduan semasa jalan raya sesak\n seperti memecut dan menekan brek secara mengejut (situasi biasa dalam kesesakan) juga boleh menyebabkan proses pembakaran bahan api menjadi semakin cepat dan boleh menyebabkan tangki minyak surut lebih cepat berbanding biasa.\n\n\nNamun begitu, faktor \ndemografik jalan raya\n juga turut memberi kesan kepada penggunaan bahan api. Memandu di jalan raya yang berbatu, berbukit atau tidak rata boleh menyebabkan penggunaan bahan api meningkat lebih tinggi berbanding penggunaan laluan biasa.\n\n\nIni kerana, laluan sebegini meningkatkan rintangan sekali gus menyebabkan kenderaan memerlukan lebih banyak tenaga untuk bergerak.\n\n\n4. Jangan Abaikan Penyelenggaraan Kereta\n\n\nAspek penyelenggaraan atau \nservis kereta\n tidak boleh dianggap suatu perkara kecil. Ia perlu diberi perhatian untuk mengelakkan anda berbelanja besar untuk kos bahan api.\n\n\nSecara asasnya, \naspek penyelenggaran yang tidak konsisten\n turut boleh menyebabkan minyak kereta anda habis dengan lebih cepat\n\n\nSebagai contoh, penapis udara kereta yang tersumbat boleh menjejaskan sistem, mempengaruhi prestasi enjin dan meningkatkan penggunaan bahan bakar.\n\n\nOleh sebab itu, anda disarankan untuk menyelenggara kereta mengikut jadual yang ditetapkan. Rajinkan diri untuk \ncheck spark plug\n kereta\n, \ntukar minyak hitam\n, servis kipas \naircond\n kereta dan lain-lain lagi.\n\n\n5. Pilih Waktu Yang Sesuai Mengisi Minyak\u00a0\n\n\nSekiranya anda ingin mengisi minyak, pastikan anda mengisi minyak ketika cuaca redup atau isi minyak pada waktu malam untuk mendapatkan penjimatan yang optimum.\n\n\nIni kerana, apabila anda \nmengisi minyak pada waktu panas terik\n, kadar minyak akan berkurangan kerana ia meruap dalam persekitaran yang panas.\n\n\n6. Matikan Enjin Semasa Menunggu\n\n\nJika anda sedang menunggu orang lain dalam kereta, anda disarankan untuk mematikan enjin sambil menunggu. Ini kerana, tabiat \nmenunggu dalam kereta semasa enjin kereta dihidupkan\n boleh meningkatkan penggunaan bahan api.\n\n\nSecara asasnya, kereta yang tidak bergerak menggunakan 2.6 liter minyak setiap sejam. Jika boleh, matikan enjin kereta dan buka tingkap kereta sementara menunggu.\n\n\n7. Memandu Sambil Buka Tingkap\n\n\nSecara teknikalnya, tabiat menurunkan \ntingkap kereta\n semasa memandu tidak memberi kesan yang ketara kepada penggunaan bahan api.\n\n\nMeskipun begitu, ada situasi pemanduan tertentu yang boleh dielakkan yang boleh membantu menjimatkan penggunaan bahan api.\n\n\nSebagai contoh, \nmemandu dalam kelajuan tinggi dengan tingkap kereta diturunkan\n akan meningkatkan rintangan angin sekali gus menyebabkan kereta menggunakan lebih tenaga untuk bergerak.\n\n\n8. Amalkan Tabiat Pemanduan yang Baik\n\n\nProses menghidupkan dan memanaskan\n enjin kereta\n secara asasnya memakan sebahagian besar petrol. Untuk elakkan pembaziran bahan api daripada berlaku, anda disarankan untuk lakukan semua urusan dalam satu perjalanan pergi balik untuk memaksimumkan kecekapan bahan api.\n\n\nSebagai contoh, dalam perjalanan balik kerja anda boleh singgah ke pasaraya untuk membeli barangan basah yang anda perlukan dan elakkan daripada balik ke rumah terlebih dahulu dan keluar semula untuk membeli barangan keperluan anda.\n\n\nSelain memiliki kereta jimat minyak terbaik, anda juga disarankan untuk memiliki \npolisi insurans kereta yang komprehensif\n dan menyeluruh untuk mengelakkan kerugian sekiranya berlaku kemalangan, kecurian atau kebakaran. Anda boleh kenal pasti jenis \ninsurans kereta terbaik\n\u00a0dan bandingkan \nharga insurans kereta di Malaysia\n dengan melayari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/kereta-myvi/", "title": "Kenapa Kereta Myvi Popular Sangat Dekat Malaysia?", "body": "\n\nBanyak betul kereta Myvi dekat Malaysia ni. Jalan sana nampak Myvi, jalan sini nampak Myvi, yang viral dekat media sosial pun selalunya Myvi.\u00a0\nWalaupun dah lebih 10 tahun sejak Myvi ni diperkenalkan, ia masih menjadi pilihan ramai orang, tak kiralah model generasi pertama atau yang seterusnya.\u00a0\nTapi persoalannya, kenapa? Kenapa kereta Myvi keluaran Perodua ni popular sangat?\u00a0\n\n\nSampai ada yang label \nkereta\n Myvi ni sebagai \u2018King Of The Road\u2019. Bukan tu je, sesiapa yang bawak Myvi, diaorang ada personaliti diaorang sendiri.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nFakta Pelik Mengenai Kereta Myvi, King Of The Road\nBoleh Turun Tangga\nSeludup Lebih 1,000kg Ayam\nNak Pindah Sofa? Guna Myvi Je!\u00a0\nLebih Hebat daripada Ford Mustang\nBoleh Upgrade Jadi Kereta Racing\u00a0\nKambing 5 Ekor Pun Muat dalam Kereta Myvi\nBoleh Drive-Thru Balai Polis\nSebab-sebab Kereta Myvi Jadi Pilihan Ramai\nKualiti Tip Top\nKereta Myvi Mampu Milik\nTak Makan Banyak Minyak\n\n\nFakta Pelik Mengenai Kereta Myvi, King Of The Road\n\n\nAda pelbagai cerita yang kita dengar bila sebut pasal Myvi ni. Ada yang boleh terbang, ada yang boleh lawan kereta-kereta sport car yang lain dan macam-macam lagi lah. Kalau korang nak tahu lebih, tengok dekat bawah ni:\n\n\nBoleh Turun Tangga\n\n\nHaa jangan main-main. Kereta Myvi ni bukan ada power dari segi kelajuan je. Turun tangga pun Myvi mampu!\u00a0\n\n\nKejadian ni terjadi sekitar tahun 2007. Masalahnya, pada tahun ni bukan satu kes je, ada beberapa Myvi yang ada kes yang sama, mampu turun tangga. Sampai ramai yang menganggap macam ada musim lah bila Myvi ni buat hal.\u00a0\n\n\nSeludup Lebih 1,000kg Ayam\n\n\nFoto Kredit: motoqar.com\n\n\nBayangkanlah macam mana diaorang sumbat lebih 1,000 kg ayam dalam Myvi. Memang power. So cerita dia macam ni, ada satu kes ni, satu kereta Myvi warna putih kena tahan pihak berkuasa sebab cuba seludup lebih 1,000 kg ayam sejuk beku. \n\n\nDalam lebih kurang pukul 5 pagi macam tu, ada seorang pihak peronda ternampak ada beberapa orang lelaki ni macam \nfishy\n. Lelaki-lelaki tu tengah sibuk memunggah kotak dari satu perahu yang seberang Sungai Golok ke dalam dua biji Myvi.\u00a0\n\n\nAgak-agaknya lah kan, kenapa lelaki-lelaki ni pilih kereta Myvi? Adakah sebab Myvi ni macam kecik so orang tak perasan? Mungkin diaorang lupa yang Myvi ni king of the road yang semua orang perasan.\u00a0\n\n\nNak Pindah Sofa? Guna Myvi Je!\u00a0\n\n\nKalau korang rasa macam mahal sangat nak sewa lori untuk pindahkan sofa, korang guna je Myvi serba boleh ni. Memang Myvi punya kapasiti bonet 277 liter je, tapi boleh cecah sampai 832 liter kalau seat belakang dibaringkan.\n\n\nSo kalau setakat sofa tu memang tak ada masalah. Motor pun boleh masuk!\u00a0\n\n\nLebih Hebat daripada Ford Mustang\n\n\nBukan calang-calang kereta Myvi ni sampai lagi hebat daripada lamborghini. Kalau korang ingat, ada satu kejadian ni dimana ada beberapa \nkereta\n sport,\u00a0 Toyota Supra, Nissan GTR dan Ford Mustang tengah konvoi dekat highway.\n\n\nFoto Kredit: himpunanceritalawak.com\n\n\nKereta-kereta\n sport ni pun satu, tak tahu ke Myvi ni terpaling king of the road? Of course lah dia akan tumpang clout dengan potong semua kereta sport tu pakai lauan paling kiri. Jangan main-main dengan Myvi!\u00a0\n\n\nBoleh Upgrade Jadi Kereta Racing\u00a0\n\n\nKalau korang tak ada budget nak beli kereta racing, korang upgrade je kereta Myvi korang. Kebanyakan yang bawa Myvi ni suka sukan \npermotoran\n. Kalau nampak kereta Myvi lain macam sikit tu, maknanya dia dah upgrade lah tu. \nNak upgrade pun sebenarnya makan ribu riban juga. Kira power lah kan?!\n\n\nKambing 5 Ekor Pun Muat dalam Kereta Myvi\n\n\nTadi sofa, yang ini kambing pulak! Bukan sekor, bukan dua ekor tapi lima ekor sekali boleh sumbat dalam kereta Myvi. Kejadian ni jadi pada tahun 2016, tujuh orang lelaki kena tangkap lepas mencuri lima ekor kambing dekat Batu Gajah, Perak.\u00a0\n\n\nKorang bayangkan lah macam mana lima ekor kambing tu boleh masuk dalam Myvi.\u00a0\n\n\nBoleh Drive-Thru Balai Polis\n\n\nPunyalah hebat Myvi ni sampai balai polis pun depa boleh drive-thru. Tak pasti lah Myvi tu nak gegar atau buat laporan secara drive-thru dekat balai polis tu.\u00a0\n\n\nSebab-sebab Kereta Myvi Jadi Pilihan Ramai\n\n\nOkay tadi kita dah cerita fakta pelik, sekarang kita cerita sikitlah fakta yang real yang membuatkan kereta Myvi ni menjadi pilihan ramai.\u00a0\n\n\nKualiti Tip Top\n\n\nYang ni tak boleh tipu. Kereta Myvi punya kualiti memang tip top *chef kiss* Ramai pemandu Myvi memang mengaku, kereta Myvi ni ada kualiti yang baik. Sesuai dengan harga.\u00a0\n\n\nKereta Myvi Mampu Milik\n\n\nKalau korang nak tahu, pengeluar Myvi iaitu \nPerodua\n memang sengaja meletakkan harga pada Rm41,000 hingga RM51,000. Tujuan dia satu je. Supaya golongan sederhana mampu nak beli. Sebab tulah hampir 10 juta biji Myvi dah terjual. Memang satu kereta yang sangat ideal untuk golongan sederhana.\u00a0\n\n\nTak Makan Banyak Minyak\n\n\nLagi satu,\u00a0 Myvi ni tak makan banyak minyak. Jadi, takpayah lah kita keluar banyak \nduit\n sangatkan untuk duit \nminyak\n tetiap bulan? Jimat sikit! Bila dapat jimat duit dekat part minyak, boleh lah upgrade jadi kereta racing! (ok gurau je)\n\n\nBanyak lagi stereotaip-stereotaip yang melanda pemilik kereta King Of The Road ni. Kadang-kadang yang memandu dengan baik pun terpalit sekali. Sebenarnya, kereta tak bersalah pun dalam hal ni, sikap pemandu yang main peranan.\n\n\nJadi, korang jangan malukan Myvi-Myvi yang lain. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Memandu lah dengan penuh berhemah ye!\n\n\nOkay sampai situ jela Qoala dapat kongsikan pasal Myvi. Nak cerita lelebih takut korang termuntah pula nanti! Lagi satu, kalau korang nak \nrenew\n insurans kereta\n Myvi korang, korang renew je dekat \nSINI\n. Korang boleh dapat harga yang murah, cuba lah try!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/kereta-tesla/", "title": "Kereta Tesla: Bersediakah Malaysia?", "body": "\n\nCakap pasal kereta Tesla, pernah ke korang tengok kelibat kereta Tesla dekat Malaysia? Okay sebenarnya tu soalan yang salah. Soalan yang betul adalah, korang rasa kereta Tesla ni sesuai ke nak dipandu dekat Malaysia?\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nTesla Malaysia: Nak Beli Kereta Tesla? Anda Wajib Tengok Ni Dulu\nPort Pengecas\nMod Pandu Sendiri\nJumlah Penggunaan Elektrik\nFakta Menarik Mengenai Kereta Tesla\nElon Musk bukan founder\nNama Tesla\nKereta Paling Laju\nMesra Haiwan Peliharaan\n\n\nTesla Malaysia: Nak Beli Kereta Tesla? Anda Wajib Tengok Ni Dulu\n\n\nKereta ke iPad ni? Haa soalan tu juga selalu ditanya setiap kali orang meneliti kereta Tesla. Sebabnya dari segi reka bentuk, komponen dengan proses pembuatan yang masuk dalam sistem infotainment & instrumentasi\u00a0 kereta Tesla mirip sekali dengan gadget terkenal iPad.\u00a0\n\n\nBasically orang putih kata, Tesla ni ibarat, \na giant iPad.\u00a0\n\n\nOkay berbalik kepada soalan utama kita, dah ready ke fasiliti dan jalanraya dekat Malaysia untuk Tesla? Untuk pengetahuan korang, jenama Tesla hanya menghasilkan kereta jenis elektrik. Korang pun tahu, kereta jenis \nelektrik\n ni belum diterima sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.\u00a0\n\n\nDan kita sebenarnya tak boleh nak salahkan rakyat Malaysia. Macam mana diaorang nak terima kereta elektrik kalau fasiliti dan kemudahan untuk kereta elektrik dekat Malaysia ni belum ada kan??\n\n\nSo, sebelum kita nak gunakan kereta Tesla, atau pun kereta elektrik, ini beberapa faktor penting yang kita kena pertimbangkan:\u00a0\n\n\n\n\nPort Pengecas\n\n\nSecara jujurnya, kita masih tak ada port mengecas yang banyak untuk kereta elektrik seperti kereta Tesla. Kalau ada pun, ia hanya di \nkawasan bandar\n. Jadi, untuk menjadikan kereta elektrik sebagai kereta utama memang belum boleh lagi.\u00a0\n\n\nOkay fine. Memang lah boleh pasang port pengecas dekat rumah sendiri. Tapi, harga dia pula bukan biasa-biasa. Kalau korang ada port pengecas dekat rumah sendiri, korang boleh cas Tesla korang untuk semalaman sebelum nak drive keesokkan harinya.\u00a0\n\n\nMod Pandu Sendiri\n\n\nMacam yang korang tahu, antara satu unik selling point kereta tesla ni dia punya teknologi pandu sendiri. Kira macam korang tak payah pegang stereng, set kereta ke lokasi yang dituju, dan korang tinggal rehat je. Power, kan?\n\n\nTapi, guys, korang boleh bayangkan tak kalau bawak\u00a0 tesla yang ada mod pandu sendiri dekat jalanraya di Malaysia? Contohnya macam jalan dekat tengah-tengah bandar yang kereta bersimpang siur, motor cilok sana sini, ni belum lagi masuk tukar lane tak bagi signal. Fuh, nak tercabut jantung dibuatnya.\u00a0\n\n\nKereta yang ada mod pandu sendiri macam kereta tesla ni memerlukan sistem sensor yang tepat. So, kalau kita tengok keadaan dekat Malaysia, dengan keadaan trafik yang tak tentu, papan tanda yang tak betul, keadaan jalan yang belum capai tahap baik, memang tak sesuai kita nak bawak\u00a0 Tesla dekat sini.\u00a0\n\n\nJumlah Penggunaan Elektrik\n\n\nDah nama pun kereta elektrik, mestilah banyak guna elektrik kan? Kita akan sangat bergantung kepada tenaga elektrik. Jadi, berbalik kepada point pertama kita, which is jumlah port pengecas. Kalau masih tak cukup fasiliti dan kemudahan port pengecas, memang susah nak normalise kereta \nelektrik\n macam tesla ni.\u00a0\n\n\nSo dekat sini kita actually dah boleh buat kesimpulan yang mudah tentang kelebihan dan kelemahan Tesla dari segi pemanduan dekat Malaysia ni.\u00a0\n\n\nKelebihan Tesla:\u00a0\n\n\n\n\nJimat petrol (tak payah isi \nminyak\n dah)\n\n\nEfisien untuk pemanduan urban (kalau dekat bandar memang sesuailah)\n\n\nMengurangkan pencemaran (bila tak pakai petrol, kita memang akan automatik kurangkan pencemaran)\n\n\n\n\nKelemahan Tesla:\n\n\n\n\nPort pengecas yang tak banyak\n\n\nJarak yang terhad (kalau nak drive dari Johor ke Perlis naik Tesla, memang tak sesuai)\n\n\nHarga yang mahal (Memang mahal lah berbanding kereta konvensional)\n\n\n\n\nFakta Menarik Mengenai Kereta Tesla\n\n\nWalaupun bilangan tesla boleh dikira di Malaysia, namun jenamanya masih menjadi buah mulut orang ramai.\u00a0\n\n\nElon Musk bukan founder\n\n\nHaa, mesti korang ingat billionaire Elon Musk ni founder Tesla, kan? Sebenarnya tak. Elon Musk ni CEO sahaja. Tesla punya founder yang sebenar adalah Martin Eberhard dan Tarpenning.\u00a0\n\n\nNama Tesla\n\n\nNama Tesla ni pulak sebenarnya diambil daripada nama seorang inovator terkenal, iaitu Nikola Tesla. Kira dia ni lah yang mula-mula sekali invent teknologi kereta elektrik ni.\u00a0\n\n\nKereta Paling Laju\n\n\nDari segi pecutan, kereta Tesla Roadster ni diangkat sebagai kereta paling laju di dunia! Mana taknya, Tesla Roadster ni punya lah laju sampai boleh hasilkan kuasa pecutan dari 0km/j sehingga 100km/j dalam tempoh yang pendek, 1.9 saat!\u00a0\n\n\nMesra Haiwan Peliharaan\n\n\nPet lovers mesti suka ni. Satu yang bagus pasal kereta Tesla ni, dia sangat mesra haiwan peliharaan. Feature tu dipanggil Dog Mode. So feature ni korang boleh pilih ciri kawalan iklim. So korang boleh set lah suhu yang betul. Contoh macam korang nak pergi market kejap, korang boleh set suhu yang betul untuk kucing korang. Menarik, kan?\n\n\nSampai sini jelaa yang \nQoala\n dapat kongsi. Kalau korang ada Tesla nanti (kereta lain pun boleh!) and nak \nrenew\n insurans kereta murah\n, korang klik je \nSINI\n.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/kiraan-bulanan-kereta/", "title": "Kiraan Bulanan Kereta: 7 Kos Pemilikan Perlu Dipertimbangkan", "body": "\n\nMembuat kiraan bulanan kereta akan dapat membantu anda menjangkakan kos perbelanjaan bulanan sebelum \nbeli kereta\n. Kos pemilikan kereta bukan setakat perlu bayaran bulanan kereta sahaja sebab terdapat banyak lagi kos yang anda perlu tanggung. Artikel ini merungkaikan kos pemilikan sebenar untuk kiraan bulanan kereta anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nSelain Bayaran Bulanan, Anda Perlu Fikirkan Juga Kos-kos Lain\n1. Bayaran Bulanan Kereta\n2. Insurans Kereta\n3. Cukai Jalan\n4. Penggunaan Petrol Kereta\n5. Servis Kereta\n6. Tol dan Parkir\n7. Susut Nilai Kereta\nSudah Tahu Anggaran Kiraan Bulanan Kereta, Anda Bersedia Memiliki Kereta?\n\n\nSelain Bayaran Bulanan, Anda Perlu Fikirkan Juga Kos-kos Lain\n\n\nTidak kiralah \nkereta terpakai\n atau kereta baru, memiliki kereta ini sememangnya akan memakan kos yang tinggi. Antara kos-kos yang terlibat adalah kos petrol, premium insurans kereta, cukai jalan dan banyak lagi. Berikut merupakan anggaran kiraan bulanan kereta yang anda perlu tahu sebagai pemilik kereta:\n\n\n1. Bayaran Bulanan Kereta\n\n\nKos pertama dalam kiraan bulanan kereta anda adalah bayaran bulanan kereta yang anda perlu buat pada setiap bulan. Untuk membeli kereta, ramai yang akan mengambil \nloan\u00a0\nkereta\n dan bayar secara ansuran dalam tempoh masa tertentu yang kebiasaanya di antara tujuh sehingga sembilan tahun. Jumlah pinjaman bergantung kepada tempoh pinjaman anda. Maka, semakin lama tempoh pinjaman anda, semakin kurang bayaran bulanan kereta anda.\n\n\nSelain itu, bayaran muka juga menentukan bayaran bulanan kereta anda. Semakin tinggi\u00a0\ndownpayment\u00a0\nkereta anda, semakin rendah pinjaman yang anda perlu buat. Anda boleh rujuk contoh di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga kereta\n\n\nRM70,000\n\n\n\n\n\n\nBayaran muka kereta\n\n\nRM10,000\n\n\n\n\n\n\nJumlah pinjaman kereta\n\u00a0\n\n\nRM60,000\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnda juga akan dikenakan kadar faedah pinjaman kereta daripada pihak bank. Kebiasaannya, kadar\u00a0\ninterest\n kereta yang dikenakan adalah 2.3 sehingga 3.5 peratus bagi kereta baru dan 3.5 sehingga 4.2 peratus bagi kereta\u00a0\nsecondhand\n.\n\n\nFaktor-faktor yang mempengaruhi kadar faedah anda adalah model kereta, sejarah kredit berdasarkan \nlaporan CCRIS\n atau \nreport \nCTOS\n,\n status kewangan, polisi bank dan tempoh pinjaman. Berikut adalah contoh sekiranya anda beli kereta baru dan dikenakan kadar faedah 3.5 peratus:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJumlah pinjaman\n\n\nRM60,000\n\n\n\n\n\n\nKadar faedah\n\n\n3.5 peratus\n\n\n\n\n\n\nTempoh pinjaman\n\n\n9 tahun\n\n\n\n\n\n\nJumlah kadar faedah perlu dibayar\n\n\nRM18,900\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Insurans Kereta\n\n\nInsurans kereta\n merupakan satu perkara yang wajib dimilik oleh semua pemilik kenderaan untuk melindungi pemandu atau pihak ketiga sekiranya berlaku sebarang insiden yang boleh menyebabkan kematian, kerosakan atau kerugian.\n\n\nAnda perlu memperbaharui insurans kereta pada setiap tahun. Jumlah \npremium insurans\n yang anda perlu bayar bergantung kepada faktor-faktor seperti jenis insurans iaitu insurans pihak ketiga atau insurans komprehensif, nilai pasaran kereta, \nDiskaun Tanpa Tuntutan (NCD)\n anda, jenis kenderaan dan \nkapasiti enjin\n dan profil risiko anda. Untuk mengetahui anggaran \nkos insurans kereta\n anda, lihat contoh di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis perlindungan\n\n\nKomprehensif\n\n\n\n\n\n\nLokasi\u00a0\n\n\nSemenanjung Malaysia\n\n\n\n\n\n\nKapasiti enjin\n\n\n2356 cc\n\n\n\n\n\n\nNCD\n\n\n0 peratus\n\n\n\n\n\n\nJumlah insurans tahunan\n\n\nRM2,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Cukai Jalan\n\n\nSelain insurans kereta,\u00a0\nroadtax\n kereta juga merupakan satu lagi perkara wajib bagi setiap kenderaan bermotor sebelum dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah. Pembayaran cukai jalan dibuat kepada kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).\n\n\nKebiasaannya, anda perlu \nrenew \nroadtax\n \u00a0\nsetiap enam atau 12 belas bulan. \nHarga\u00a0\nroadtax\n mengikut cc kereta\n. Maknanya, jika cc kereta anda besar, anda perlu membayar lebih banyak. Berikut merupakan anggaran harga cukai jalan kereta bagi kereta berenjin 1300cc:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKapasiti enjin\n\n\n1,300cc\n\n\n\n\n\n\nHarga \nroadtax\n\n\nRM70\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Penggunaan Petrol Kereta\n\n\nKiraan bulanan kereta yang seterusnya adalah penggunaan petrol. Sesetengah kereta memerlukan penggunaan minyak yang banyak untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Sebelum anda beli kereta, anda boleh buat kajian atau tanya jurujual mengenai penggunaan minyak kereta yang anda ingin beli.\n\n\nKos bulanan minyak petrol anda bergantung kepada faktor-faktor seperti harga petrol semasa, kekerapan penggunaan,cara pemanduan, jarak perjalanan harian dan keupayaan enjin kereta. Sekiranya anda membeli \nkereta jimat minyak\n, kos bulanan minyak kereta anda mungkin dapat dikurangkan. Berikut adalah anggaran penggunaan minyak kereta:\n\n\n\n\n\n\n\n\nLiter/KM\n\n\n5.5 liter/100km\n\n\n\n\n\n\nHarga minyak\n\n\nRM2.05/liter\n\n\n\n\n\n\nSebulan\n\n\nRM100-RM300\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Servis Kereta\n\n\nSemua kereta perlu menjalani \nservis kereta\n apabila tiba waktunya. Tiada kos tetap untuk servis kereta kerana ia bergantung pada umur, model dan pembuatan kereta serta \nmileage\n. Anda disarankan untuk servis kereta mengikut jadual yang telah ditetapkan untuk memelihara keselesaan dan kebolehpanduan kereta.\n\n\nPada peringkat awal pemilikan kereta, anda perlu bersedia dari segi kewangan kerana ia akan memakan kos yang agak besar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah minyak enjin, \nminyak \ngearbox\n, penapis minyak enjin, \ntayar kereta\n, palam pencucuh dan alas break.\n\n\nServis kereta terbahagi kepada dua iaitu servis \nminor \ndan servis \nmajor\n. Anda boleh rujuk pusat servis kereta anda untuk dapatkan anggaran yang lebih tepat. Berikut adalah anggaran kos servis\u00a0 kereta \nmajor \ndan \nminor\n yang anda perlu ambil kira:\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnggaran servis kereta \nminor\n\n\nRM200-RM300\n\n\n\n\n\n\nAnggaran servis kereta \nmajor\n\n\nRM1,000 ke atas\n\n\n\n\n\n\n\n\n6. Tol dan Parkir\n\n\nSekiranya anda merancang untuk ulang-alik ke tempat kerja, tol dan parkir merupakan kos yang perlu fikirkan dalam kiraan bulanan kereta anda. Kos tol dan parkir boleh mencecah ratusan ringgit sebulan terutama sekali jika anda menetap di bandar-bandar besar.\n\n\nUntuk tol, anda boleh memilih untuk menggunakan Touch N Go, Smart Tag atau \nRFID\n. Bagi tempat letak kereta pula, anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil pas bulanan \nparking\n di tempat kerja anda. Berikut adalah anggaran kos bagi tol dan parkir:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKadar \nparking\n kereta (harian)\n\n\nRM10\n\n\n\n\n\n\nKadar tol kereta (harian)\n\n\nRM4\n\n\n\n\n\n\nAnggaran sebulan\n\n\nRM280\n\n\n\n\n\n\n\n\n7. Susut Nilai Kereta\n\n\nSeperti yang anda mungkin sudah tahu, kereta bukanlah satu \npelaburan\n yang akan menguntungkan kerana ia akan mengalami \nsusut nilai\n. Perkara ini perlu diambil kira kerana anda boleh membuat anggaran kerugian yang bakal anda alami sekiranya anda mahu jual kereta satu hari nanti.\n\n\nNilai kereta anda bergantung kepada faktor-faktor seperti permintaan, keadaan kereta, spesifikasi dan lain-lain. Secara amnya, susut nilai kereta adalah di dalam lingkungan lapan peratus sehingga 15 peratus setahun.\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga kereta\u00a0\n\n\nRM60,000\n\n\n\n\n\n\nSusut nilai selepas lima tahun (50%)\n\n\nRM30,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSudah Tahu Anggaran Kiraan Bulanan Kereta, Anda Bersedia Memiliki Kereta?\n\n\nMemiliki kereta sememangnya mahal, tidak kira sama ada ia kereta terpakai ataupun kereta baru. Kos sebenar memiliki kereta adalah jauh melangkaui bayaran bulanan sewa beli dengan pihak bank. Oleh sebab itu, anda perlu tahu kos-kos yang terlibat untuk menjangkakan perbelanjaan bulanan kereta anda. Akhir kata, anda perlu bersedia 100 peratus dari segi kewangan untuk memiliki kereta dan diharapkan artikel ini dapat membantu anda.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta\n, \ninsurans motor\n atau \ninsurans rumah\n terbaik dan komprehensif, layari \nlaman web Qoala\n untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/komitmen-bulanan/", "title": "7 Cara Paling Efektif Kurangkan Hutang Komitmen Bulanan", "body": "\n\nPernahkah anda berdepan situasi gaji masuk hujung bulan, kemudian miskin balik setelah bayar semua komitmen bulanan seperti sewa rumah, bil air, \nhutang pinjaman pendidikan PTPTN\n, \nbayaran balik kad kredit\n, \nhutang\n loan\n kereta\n dan sebagainya. Secara asasnya, komitmen bulanan yang tinggi dan tidak dikawal boleh menjadi beban kewangan kepada anda jika tidak dirancang dengan baik.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKomitmen Hutang Melebihi Pendapatan Bulanan, Cara Berkesan Minimumkan Komitmen Bulanan\n1. Lakukan Penilaian Situasi Kewangan\n2. Sediakan Pelan Kewangan, Kurangkan Komitmen Bulanan\n3. Berbincang dengan Pemberi Pinjaman\n4. Tentukan Keperluan dan Kehendak\n5. Rendahkan Standard Gaya Hidup\n6. Sediakan Simpanan Kecemasan\n7. Cari Sumber Pendapatan Lain\n\n\nKomitmen Hutang Melebihi Pendapatan Bulanan, Cara Berkesan Minimumkan Komitmen Bulanan\n\n\nPinjaman peribadi\n dan hutang kad kredit merupakan antara \nhutang jahat\n yang perlu dielakkan. Kedua-dua kategori hutang ini tertakluk pada kadar faedah yang tinggi. Jika tidak dikawal, komitmen ini boleh menyebabkan anda terbeban dengan bayaran ansuran bulanan yang tinggi untuk tempoh yang lama.\n\n\nRamai golongan muda khususnya memilih untuk membuat pinjaman peribadi atau menggunakan \nkad kredit\n tanpa disiplin yang ketat. Ada yang gunakannya sebagai jalan mudah untuk berbelanja semasa\u00a0\nmelancong ke luar negara\n, \nrenovate\n rumah\n atau beli-belah barangan mewah untuk kepuasan sendiri.\n\n\nAkibatnya, mereka berbelanja melebihi kemampuan untuk bayar balik pinjaman, mencapai tahap maksimum hutang dan akhirnya terbeban dengan bayaran ansuran bulanan yang tinggi. Bagi anda yang sudah terjebak dengan hutang jahat, berikut tujuh cara yang boleh anda lakukan untuk kurangkan komitmen bulanan anda:\n\n\n1. Lakukan Penilaian Situasi Kewangan\n\n\nNilai situasi kewangan semasa anda \u2013 penilaian ini secara tidak langsung memberi gambaran sebenar situasi kewangan anda. Senaraikan semua perbelanjaan atau komitmen bulanan anda termasuk hutang \npinjaman pendidikan\n, kos sara hidup, sewa dan utiliti dan sebagainya.\n\n\nDaripada situ, anda boleh asingkan wang perbelanjaan untuk komitmen anda, dan sebarang lebihan wang yang ada boleh digunakan untuk membuat bayaran komitmen bulanan anda.\n\n\nDengan cara ini, anda dapat ketahui jumlah komitmen bulanan, jenis pinjaman dan jadual pembayaran balik pinjaman sedia ada dengan lebih baik. Maklumat-maklumat ini penting dalam membantu anda memikirkan alternatif terbaik untuk kurangkan komitmen bulanan.\n\n\n2. Sediakan Pelan Kewangan, Kurangkan Komitmen Bulanan\n\n\nBagi mengurangkan komitmen bulanan, anda perlu asingkan \npendapatan bulanan\n. Beri fokus pada mana-mana pinjaman kewangan yang memberi impak yang lebih besar. Dalam erti kata lain, beri tumpuan kepada pinjaman dengan kadar faedah dan tunggakan yang lebih tinggi.\n\n\nSelain itu, kurangkan penggunaan kad kredit untuk mengelakkan anda terjebak atau menambah hutang baharu. Perbelanjaan yang tidak dikawal boleh meningkatkan \nrisiko bankrap\n\u00a0atau muflis.\n\n\nSebagai contoh, jika anda guna kad kredit tanpa kawalan dan anda hanya bayar amaun minimum kad kredit setiap bulan \u2013 ia akan menjadi beban kewangan yang berat. Baki hutang atau komitmen bulanan anda akan bertambah disebabkan kadar faedah kad kredit yang dikenakan ke atas baki hutang biasanya lebih tinggi.\n\n\n3. Berbincang dengan Pemberi Pinjaman\n\n\nAnda juga boleh berbincang dengan pemberi pinjaman atau pihak bank untuk mencari penyelesaian terbaik dalam mengurangkan komitmen bulanan anda. Anda boleh mempertimbangkan penyatuan hutang atau menyusun semula jadual pembayaran bulanan (\nrefinance\n pinjaman\n).\n\n\nJika perlu, anda boleh mendapatkan pinjaman peribadi daripada bank atau koperasi yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman sedia ada anda. Cara ini dapat membantu menyelesaikan baki pinjaman kewangan kerana semua baki pinjaman akan disatukan ke dalam satu akaun dan komitmen bulanan anda akan dapat dikurangkan.\n\n\nTeknik ini yang juga dikenali sebagai \noverlap\n pinjaman peribadi membolehkan peminjam berunding dengan pemberi pinjaman untuk kurangkan beban kewangan setiap bulan.\n\n\n\n\n4. Tentukan Keperluan dan Kehendak\n\n\nKenal pasti komitmen bulanan anda \u2013 tentukan yang mana satu keperluan atau kehendak. Secara asasnya, cara paling efisien untuk kurangkan komitmen bulanan adalah dengan meminimumkan perbelanjaan keperluan dan mengurangkan perbelanjaan kehendak.\n\n\nLangganan rancangan television berbayar atau sarapan di kedai kopi mahal mungkin perlu dikurangkan bagi mengukuhkan lagi situasi kewangan anda.\n\n\nSebagai contoh, jika anda peruntukkan sebahagian besar belanja anda untuk kopi setiap pagi, cuba kurangkan kepada sekurang-kurangnya empat kali sebulan. Selebihnya,\u00a0buat sendiri kopi di rumah atau pejabat untuk lebih penjimatan.\n\n\n5. Rendahkan Standard Gaya Hidup\n\n\nSetiap sen yang anda belanjakan boleh beri kesan tidak langsung kepada keadaan kewangan anda. Lakukan langkah penjimatan dan kurangkan perbelanjaan-perbelanjaan tidak penting. Dengan cara ini, anda mungkin menyedari bahawa selama ini anda banyak berbelanja untuk perkara-perkara yang tidak penting.\n\n\nJika perbelanjaan tidak dikawal dengan baik, ia boleh menyebabkan anda terbeban dengan komitmen bulanan yang tinggi setiap bulan. Lebihan wang yang ada boleh disimpan ke dalam \nTabung Haji\n, \npelaburan risiko rendah\n atau \ndeposit tetap\n.\n\n\nApabila anda merendahkan standard gaya hidup anda dan mengamalkan cara hidup yang lebih berjimat cermat, ia secara tidak langsung membantu menambah baik aliran keluar masuk wang anda.\n\n\n6. Sediakan Simpanan Kecemasan\n\n\nSecara asasnya, anda perlu sediakan \nsimpanan kecemasan\n yang secukupnya. Pakar kewangan berpendapat anda perlu sediakan dana untuk simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hingga enam bulan gaji. Namun begitu, ia bergantung sepenuhnya pada kemampuan dan komitmen anda.\n\n\nSebagai contoh, jika komitmen bulanan anda adalah sebanyak RM5,000 sebulan, anda perlu miliki simpanan kecemasan sekurang-kurangnya RM15,000 hingga RM30,000.\n\n\nSelain itu, tetapkan bajet dan pastikan anda berdisiplin dengan bajet yang ditetapkan. Ambil kira setiap perbelanjaan dan kenal pasti mana-mana perkara yang perlu dijimatkan.\n\n\nAnda boleh menggunakan \nformula simpan duit gaji\n untuk membantu anda merancang kewangan dan komitmen bulanan dengan lebih baik.\n\n\n7. Cari Sumber Pendapatan Lain\n\n\nSelain itu, anda juga boleh mempertimbangkan kerja-kerja sambilan sebagai sumber pendapatan tambahan bagi menampung komitmen bulanan anda. Dalam era teknologi yang semakin berkembang pesat, banyak aplikasi dan medium yang boleh dimanfaatkan bagi membantu anda buat duit secara online.\n\n\nMenjadi Pekerja Bebas (\nFreelance\n)\n\n\nAnda boleh menawarkan kemahiran dan perkhidmatan secara online. Antara pekerjaan \nfreelance\n yang biasa dilakukan seperti penulisan artikel, perkhidmatan terjemahan dan sebagainya.\n\n\nPemandu atau Penghantar Makanan \ne-Hailing\n\n\nAplikasi popular seperti Grab atau FoodPanda membolehkan anda menggunakan kereta atau motor anda. Anda boleh menjadi pemandu sambilan atau penghantar makanan sambilan.\n\n\nRakan Qoala: Jana Pendapatan dari Rumah\n\n\nAnda juga boleh jana pendapatan tambahan dari rumah dengan menyertai \nRakan Qoala\n. Anda hanya perlu iklankan dan terima ganjaran sehingga RM25 untuk setiap rujukan yang berjaya.\n\n\nSecara asasnya, kejayaan pelan pengurangan komitmen bulanan terletak sepenuhnya di tangan anda. Pelan tindakan yang dilakukan dengan berdisiplin semestinya akan membuahkan hasil dan secara tidak langsung membantu mengurangkan beban komitmen bulanan anda.\n\n\nSelain itu, jika anda sedang mencari insurans kereta, anda boleh layari laman web Qoala untuk dapatkan \ninsurans kereta terbaik\n. Qoala merupakan \nplatform insurans terbaik di Malaysia.\n Platform ini membolehkan anda membandingkan pelan insurans kereta daripada beberapa syarikat insurans berbeza bagi memastikan anda mendapatkan pelan insurans kereta yang sesuai dan terbaik untuk anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/kos-bersalin-hospital-swasta/", "title": "Berapa Kos Bersalin Hospital Swasta & Hospital Kerajaan?", "body": "\n\nBerapa perbezaan kos bersalin di hospital swasta dan hospital kerajaan? Bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata untuk kali pertama, pemilihan hospital adalah penting terutamanya ibu yang bakal bersalin untuk mendapatkan pengalaman bersalin yang terbaik. Artikel ini akan menjelaskan perbezaan di antara kos bersalin di hospital swasta dan hospital kerajaan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPersediaan Kewangan Bersalin, Sambut Kelahiran Anak\nKos Bersalin di Hospital Swasta 2022\nKos Bersalin di Hospital Kerajaan 2022\nPersediaan Bersalin, 4 Perkara Semua Pasangan Wajib Tahu\n1. Barang Kelengkapan Bayi\n2. Barang Kelengkapan Ibu\n3. Persediaan Berpantang\n4. \u00a0Pemilihan Hospital Bersalin\n\n\nPersediaan Kewangan Bersalin, Sambut Kelahiran Anak\n\n\nKos bersalin merupakan salah satu aspek \npengurusan kewangan\n yang harus dititikberatkan. Berapa jumlah wang yang anda perlu sediakan? Jawapan ringkasnya adalah kos bersalin bergantung kepada faktor-faktor seperti pemilihan pakej, jenis hospital, bersalin normal atau \nc-section\n dan sebagainya.\n\n\nSecara umumnya, terdapat dua jenis hospital yang anda boleh pilih iaitu hospital swasta atau hospital kerajaan. Berikut merupakan kos bersalin hospital swasta dan hospital kerajaan:\n\n\nKos Bersalin di Hospital Swasta 2022\n\n\nBersalin di hospital swasta akan memakan kos yang lebih besar berbanding hospital kerajaan. Anggaran kos bersalin normal bermula dari RM3,000 manakala kos bagi pembedahan \nCaesarean\u00a0\nbermula sekitar RM10,000. Perlu diingatkan bahawa anggaran kos kasar dan harga berbeza-beza bergantung pada pakej hospital yang anda pilih, doktor dan banyak faktor lain.\n\n\nWalaupun caj hospital bersalin di hospital swasta jauh lebih mahal berbanding hospital kerajaan, masih ramai yang memilih untuk bersalin di hospital swasta. Antara sebab-sebabnya adalah kelebihan dari segi ruang privasi, keselesaan dan masa. Sekiranya anda mahukan perkara-perkara yang telah disebutkan, anda perlu bersedia untuk berbelanja lebih.\n\n\nKos Bersalin di Hospital Kerajaan 2022\n\n\nDisebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi, ramai pasangan berkahwin yang menangguhkan rancangan mereka untuk mempunyai anak kerana tidak mampu dan belum bersedia dari segi kewangan. Hospital kerajaan menawarkan perkhidmatan bersalin murah dan berpatutan dari proses pemeriksaan bulanan sehinggalah bersalin.\n\n\nDari segi kos, anda memang dapat banyak berjimat. Kos bersalin di hospital kerajaan merangkumi beberapa servis seperti caj wad, caj perubatan dan caj rawatan. Selain itu, kelas yang berlainan sama ada kelas 1, kelas 2 ataupun kelas 3 akan dikenakan kadar yang berbeza. Selain itu, hospital kerajaan juga menyediakan perkhidmatan yang teliti dari pada fasa perancangan keluarga, pemeriksaan kandungan, menyambut kelahiran dan jagaan setelah bersalin.\n\n\nAnda boleh mendapatkan rawatan pembedahan rawatan pembedahan cesarean atau ceaser, bersalin dengan bantuan forcep atau songsang atau vakum, bersalin kembar ataupun bersalin normal di hospital kerajaan. Secara ringkas, anda boleh melihat perbezaan anggaran kos bersalin hospital kerajaan dan hospital swasta berdasarkan jadual di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHospital Swasta\n\n\nHospital Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nPemeriksaan bulanan (\nMonthly checkups)\n\n\nSekitar RM3,000\n\n\nPercuma\n\n\n\n\n\n\nImbasan (\nScans\n)\n\n\nSekitar RM1,000\n\n\nPercuma\n\n\n\n\n\n\nBersalin normal\n\n\nSekitar RM3,000 sehingga RM10,000\n\n\nSekitar RM60 sehingga RM200\n\n\n\n\n\n\nBersalin Pembedahan \nC-Section\n\n\nSekitar RM6,000 sehingga RM15,000\n\n\nSekitar RM100 sehingga RM800\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPersediaan Bersalin, 4 Perkara Semua Pasangan Wajib Tahu\n\n\nMenyambut kelahiran anak merupakan satu perkara yang indah dan pastinya anda tidak sabar menunggu ketibaan anak anda. Selain kos bersalin, anda perlu membuat empat persediaan ini:\n\n\n1. Barang Kelengkapan Bayi\n\n\nPertama sekali, sediakan barang-barang kelengkapan bayi. Anda disarankan untuk melakukan persediaan ini sebelum bayi dilahirkan. Persediaan awal akan membantu anda menjaga bayi dengan baik dan penuh dengan kasih sayang. Anda boleh beli barang kelengkapan bayi anda dengan merujuk senarai kelengkapan bayi yang anda boleh dapati di internet atau berdasarkan rekomendasi orang terdekat.\n\n\n2. Barang Kelengkapan Ibu\n\n\nBagi ibu mengandung pula, kelengkapan seperti pakaian dan ubat-ubatan perlu disediakan sebelum bersalin di hospital. Selain itu, bawa kad pengenalan dan kad pemeriksaan kesihatan ibu hamil kerana ia diperlukan semasa mendaftar bersalin nanti.\n\n\n3. Persediaan Berpantang\n\n\nSemasa cuti bersalin, ibu yang baru bersalin akan melalui proses berpantang. Pastikan kelengkapan berpantang juga mencukupi. Jika si ibu mahu diurut, sudah boleh mula mencari servis tukang urut yang profesional. Yang paling penting, ibu yang baru bersalin perlu berehat kerana ia akan membantu untuk sembuh dengan lebih cepat.\n\n\nElakkan daripada melakukan kerja-kerja yang berat dan kurangkan pergerakan terutama sekali selepas beberapa minggu selepas bersalin. Dari segi pemakan pula, banyakkan makan makanan sihat dalam beberapa minggu selepas bersalin. Diet yang sihat juga akan membantu anda pulih.\n\n\n4. \u00a0Pemilihan Hospital Bersalin\n\n\nSeeloknya, pilih hospital yang berdekatan dengan rumah. Ini akan memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan setiap bulan dan sekiranya sebarang kecemasan yang tidak diingini berlaku. Oleh sebab itu, pemilihan hospital perlu dilakukan dengan kadar segera sebaik sahaja si ibu mengandung.\n\n\nKos bersalin hospital swasta dan hospital kerjaan sememangnya mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Kedua-dua jenis hospital mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Pemilihan untuk anda memilih hospital bersalin adalah bergantung kepada keperluan anda.\n\n\nJika anda pentingkan keselesaan dan privasi, hospital swasta mungkin pilihan yang sesuai untuk anda. Sekiranya anda mahu jimat dari segi kos, hospital kerajaan mungkin pilihan yang terbaik untuk anda. Anda boleh berbincang dengan pasangan anda untuk membuat keputusan.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan \ninsurans kesihatan terbaik\n, lawati laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala juga menyediakan rangkaian produk \ninsurans kereta murah\n, \ninsurans motor\n dan \ninsurans rumah\n daripada beberapa syarikat insurans terbaik dan popular di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, pantas dan selamat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/kos-rawatan-hospital-kerajaan/", "title": "Benarkah Kos Rawatan Hospital Kerajaan Malaysia Percuma?", "body": "\n\nKos rawatan perubatan tidak kiralah kos rawatan hospital kerajaan atau hospital swasta adalah salah satu perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam perancangan kewangan. Kos rawatan perubatan boleh menelan belanja yang tinggi, lebih-lebih lagi jika anda tidak memiliki \nperlindungan insurans kesihatan\n.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nAnggaran Kos Rawatan Hospital Kerajaan vs Kos Rawatan Hospital Swasta di Malaysia\nKos Rawatan Hospital Kerajaan (Kos Tambahan Lain)\nKos Rawatan Hospital Kerajaan untuk Warga Asing\nHospital Kerajaan vs Hospital Swasta: Beza Hospital Swasta dan Kerajaan\nHarga Kos Rawatan Hospital Kerajaan\nKualiti Perkhidmatan Hospital Kerajaan\nDapatkan Perlindungan Insurans Perubatan dan Kesihatan untuk Jaringan Kewangan yang Lebih Selamat\n\n\nAnggaran Kos Rawatan Hospital Kerajaan vs Kos Rawatan Hospital Swasta di Malaysia\n\n\nApabila bercakap mengenai kos rawatan perubatan, perkara pertama yang terlintas di kepala adalah berkaitan duit atau beban kewangan yang perlu ditanggung. Meskipun begitu, ramai yang beranggapan tidak perlu bimbang tentang kos rawatan perubatan kerana klinik dan hospital kerajaan menyediakan rawatan secara percuma.\n\n\nTetapi, benarkah kos rawatan hospital kerajaan tidak memerlukan bayaran?\n\n\n\n\nAda sesetengah caj rawatan hospital kerajaan sememangnya percuma atau hampir keseluruhan kos ditanggung oleh kerajaan. Tetapi tidak semua rawatan adalah percuma. Ada jenis rawatan yang masih perlu dibayar ribuan ringgit meskipun sebahagian besar kos telah disubsidi oleh kerajaan Malaysia.\n\n\nPerlu diingatkan, caj rawatan hospital kerajaan ini mungkin berbeza berdasarkan keadaan kesihatan pesakit dan/atau disebabkan komplikasi tidak terjangka yang mungkin berlaku semasa rawatan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Rawatan\n\n\nKos Rawatan Hospital Kerajaan\n\n\nKos Rawatan Hospital Swasta\n\n\n\n\n\n\nKos angiogram jantung\n\n\nRM50-RM200\n\n\nRM15,000-RM20,000\n\n\n\n\n\n\nKos pembedahan lutut di hospital kerajaan (penggantian lutut bilateral)\n\n\nRM10,000-RM35,000\n\n\nRM25,000-RM45,000\n\n\n\n\n\n\nPintasan graft arteri koronari\n\n\nRM4,000-RM5,000\n\n\nRM25,000-RM80,000\n\n\n\n\n\n\nKemoterapi\n\n\nRM200-RM300 untuk setiap sesi rawatan\u00a0\n\n\nRM50-RM4,000 untuk setiap kitarani rawatan\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPenggantian pinggul\n\n\nRM8,000-RM15,000\n\n\nRM24,000-RM55,000\n\n\n\n\n\n\nKos pembedahan tulang belakang hospital kerajaan\n\n\nRM15,000-RM36,000\n\n\nRM40,000-RM55,000\n\n\n\n\n\n\nRawatan strok\n\n\nRM4,000 ke atas\n\n\nRM35,000-RM75,000\n\n\n\n\n\n\nKos pembedahan katarak mata di hospital kerajaan\n\n\nRM100-RM500\n\n\nRM3,500-RM6,000\n\n\n\n\n\n\nDenggi\n\n\nPercuma\n\n\nRM1,000-RM3,000\n\n\n\n\n\n\nKos pembedahan batu hempedu hospital kerajaan (kos rawatan batu karang)\n\n\nRM3,000-RM10,000 (bergantung pada kerumitan kes)\n\n\nRM9,000-RM40,000 (bergantung pada kerumitan kes)\n\n\n\n\n\n\n\n\nNota: Anggaran caj rawatan hospital kerajaan dan swasta ini membolehkan anda melakukan perbandingan harga dan membolehkan anda bersedia dari segi kewangan sebelum menjalani prosedur perubatan. Harga ini tertakluk pada perubatan, rujuk fasiliti kesihatan anda untuk info lanjut.\n\n\nSecara asasnya, kos rawatan hospital kerajaan jauh lebih murah dan lebih berpatutan berbanding kos rawatan hospital swasta. Kedua-kedua fasiliti kesihatan ini menawarkan kos rawatan perubatan yang berbeza untuk rawatan penyakit yang sama.\n\n\nKos rawatan di hospital swasta biasanya mengenakan caj bayaran yang lebih tinggi selari dengan perkhidmatan yang ditawarkan \u2013 hospital swasta dikatakan menawarkan perkhidmatan dan fasiliti yang lebih baik.\n\n\nKos Rawatan Hospital Kerajaan (Kos Tambahan Lain)\n\n\nSelain itu, ada juga kos tambahan lain yang perlu anda bayar ketika dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Penting untuk anda tahu caj rawatan hospital kerajaan dan swasta yang dinyatakan di atas hanyalah untuk kos perkhidmatan rawatan semata-mata.\n\n\nIa tidak termasuk kos lain yang berkaitan seperti yuran konsultasi, yuran pendaftaran, caj harian wad, harga xray, ujian darah dan lain-lain lagi. Berikut jadual caj tambahan yang akan beri kesan pada caj hospital kerajaan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga Hospital Kerajaan\n\n\nHarga Hospital Swasta\n\n\n\n\n\n\nYuran konsultasi\n\n\nYuran nominal RM1\n\n\nRM30-RM250\n\n\n\n\n\n\nYuran kemasukan hospital\n\n\nRM50-RM100\n\n\nCaj antara enam sehingga 10 peratus daripada keseluruhan kos pembedahan/rawatan.\n\n\n\n\n\n\nCaj bilik (sehari)\n\n\nRM3-RM80\n\n\nRM80-RM300 dan ke atas\n\n\n\n\n\n\nKos X ray hospital kerajaan\n\n\nRM10\n\n\nRM35 ke atas\n\n\n\n\n\n\nPemeriksaan ultrasound\n\n\nRM10-RM100\n\n\nRM100-RM300\n\n\n\n\n\n\nUjian darah\n\n\nRM1\n\n\nRM50 ke atas\n\n\n\n\n\n\nHarga CT scan (kos CT scan di hospital kerajaan)\n\n\nRM450\n\n\nRM900 ke atas\n\n\n\n\n\n\nHarga MRI scan (kos MRI di hospital kerajaan)\n\n\nRM650 ke atas\n\n\nRM1,200 ke atas\n\n\n\n\n\n\nBius anestesia\n\n\nPercuma\n\n\nRM1,000 ke atas\n\n\n\n\n\n\nAmbulans\n\n\nRM50 ke atas\n\n\nRM200 ke atas\n\n\n\n\n\n\n\n\nNota: Kos rawatan yang dikenakan bergantung pada hospital pilihan anda. Setiap hospital mungkin akan mengenakan caj yang berbeza-beza bergantung kepada kriteria yang telah tetapkan.\n\n\n\n\nKos Rawatan Hospital Kerajaan untuk Warga Asing\n\n\nBerikut merupakan kos rawatan untuk warga asing yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan:\n\n\n\n\n\n\n\n\nFi Pesakit Luar\n\n\nProsedur\n\n\nKos Perkhidmatan/Lawatan\n\n\n\n\n\n\nHospital\n\n\nPesakit Luar Am\n\n\nRM40\n\n\n\n\n\n\nPesakit Luar Pakar\n\n\nRM120\n\n\n\n\n\n\nJabatan Kecemasan\n\n\nRM100\n\n\n\n\n\n\nKlinik Kesihatan Malaysia\n\n\nPesakit Luar Am\n\n\nRM40\n\n\n\n\n\n\nPesakit Luar Pakar\n\n\nRM120\n\n\n\n\n\n\nKlinik Komuniti (Klinik 1Malaysia)\n\n\n\u2013\n\n\nRM40\n\n\n\n\n\n\nKlinik Desa\n\n\n\u2013\n\n\nRM40\n\n\n\n\n\n\nLain-lain\n\n\nPerkhidmatan Kesihatan Kanak-kanak\n\n\nRM40\n\n\n\n\n\n\nRawatan Obstetrik & Ginekologi\n\n\nRM40\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan \nPostnatum\n\n\nRM40\n\n\n\n\n\n\nCalitan Pap\n\n\nRM45\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan Bersalin (termasuk di Pusat Bersalin Alternatif dan di rumah)\n\n\nRM200\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan perubatan di luar hospital\n\n\nRM300 (untuk setiap lawatan tidak termasuk tuntutan bagi perjalanan, sara hidup dan penginapan mengikut kadar yang ditentukan oleh Kerajaan.)\n\n\n\n\n\n\n\n\nNota: Kos rawatan hospital kerajaan yang dinyatakan adalah untuk kos perkhidmatan rawatan semata-mata. Anda masih perlu membayar kos-kos berkaitan yang lain seperti yuran konsultasi, yuran pendaftaran, caj harian wad, bayaran X-ray, ujian darah dan sebagainya.\n\n\nHospital Kerajaan vs Hospital Swasta: Beza Hospital Swasta dan Kerajaan\n\n\nSecara asasnya, kedua-dua rawatan di hospital kerajaan dan swasta menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sama. Cuma, terdapat beberapa perbezaan yang tersendiri antara kedua-dua kemudahan ini. Anda boleh rujuk perbezaan hospital swasta dan kerajaan di bawah:\n\n\nHarga Kos Rawatan Hospital Kerajaan\n\n\nKos rawatan hospital kerajaan biasanya berkali-kali ganda lebih murah berbanding kos rawatan hospital swasta. Malah, ada sesetengah kos rawatan hospital kerajaan tidak perlu dibayar (percuma atau hampir keseluruhan kos rawatan tidak perlu dibayar). Ini kerana, kos rawatan hospital kerajaan telah diberikan subsidi yang amat tinggi oleh kerajaan.\n\n\nSebagai contoh, jika di hospital kerajaan, anda hanya perlu membayar RM1 bagi yuran konsultasi, tetapi anda perlu membayar antara RM30 hingga RM250 bagi perkhidmatan yang sama di hospital swasta. Jika anda perlu ditahan di wad hospital kerajaan, anda perlu membayar caj bilik wad antara RM3 hingga RM120 sehari bergantung kepada kelas wad tersebut.\n\n\nMeskipun begitu, ada juga jenis rawatan tertentu di hospital kerajaan yang perlu dibayar sehingga ribuan ringgit meskipun telah disubsidi oleh kerajaan. Namun jika dibandingkan dengan kos rawatan hospital swasta, kos rawatan hospital kerajaan masih boleh dikatakan dalam lingkungan harga mampu bayar oleh pengguna.\n\n\nKualiti Perkhidmatan Hospital Kerajaan\n\n\nPerkhidmatan yang disediakan di hospital kerajaan tidaklah semewah seperti yang ditawarkan di hospital swasta. Jika anda berkunjung ke hospital swasta, anda boleh melihat persekitaran hospital yang lebih selesa dan mewah.\n\n\nSelain itu, terdapat pelbagai pilihan fasiliti yang lebih eksklusif yang tidak terdapat di hospital kerajaan. Perkhidmatan-perkhidmatan ini semestinya setanding dengan harga kos rawatan hospital swasta yang biasanya lebih mahal berbanding hospital kerajaan.\n\n\nNamun begitu, ini tidak bermaksud rawatan perubatan dan perkhidmatan di hospital kerajaan adalah kurang bagus. Kualiti perkhidmatan asas yang ditawarkan oleh hospital kerajaan boleh dikatakan setanding dengan rawatan di hospital swasta.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelebihan\n\n\nKekurangan\n\n\n\n\n\n\nHospital Kerajaan Malaysia\n\n\n\n\n\n\nKos lebih murah kerana ditanggung oleh pihak kerajaan \u2013 kira-kira 30 hingga 70 peratus lebih murah berbanding hospital swasta;\n\n\nMampu menampung bilangan pesakit yang ramai dalam satu-satu masa.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTempoh menunggu lebih lama untuk mendapatkan rawatan kerana bilangan pesakit yang ramai;\n\n\nTidak mendapat penjagaan kesihatan peribadi yang lebih khusus daripada pihak hospital disebabkan bilangan pesakit yang ramai yang memerlukan perhatian.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHospital Swasta Malaysia\n\n\n\n\n\n\nTempoh menunggu yang lebih singkat disebabkan bilangan pesakit yang terhad;\n\n\nMenyediakan kemudahan yang lebih privasi dan selesa seperti wad persendirian, perkhidmatan bilik dan peralatan penjagaan kesihatan lebih canggih;\n\n\nMenawarkan penjagaan kesihatan peribadi yang lebih khusus dengan pemantauan ketat daripada doktor.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKos rawatan hospital swasta lebih mahal berbanding hospital kerajaan disebabkan oleh faktor fasiliti dan kemudahan yang ditawarkan;\n\n\nHanya menerima bilangan pesakit yang terhad pada satu-satu masa;\n\n\n\u00a0Tidak menerima semua polisi insurans kesihatan (bergantung pada hospital).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKebiasaannya, individu yang memiliki \npolisi insurans kesihatan\n akan memilih hospital swasta kerana ia termasuk dalam perlindungan insurans. Hospital swasta biasanya menjadi pilihan orang ramai kerana menawarkan kualiti perkhidmatan yang lebih baik dan selesa meskipun mengenakan caj yang lebih tinggi.\n\n\nDengan memiliki \npelan insurans kesihatan atau \nmedical card\n, anda boleh mendapatkan rawatan di hospital swasta tanpa mengeluarkan \nduit simpanan\n yang banyak untuk menampung kos rawatan.\n\n\n\n\nDapatkan Perlindungan Insurans Perubatan dan Kesihatan untuk Jaringan Kewangan yang Lebih Selamat\n\n\nKeputusan sama ada untuk memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan atau hospital swasta bergantung sepenuhnya kepada situasi kewangan dan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda mahu menikmati kos rawatan yang lebih murah, anda boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.\n\n\nJika anda pentingkan keselesaan dan privasi, anda boleh memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. Namun begitu, perlu diingatkan kos rawatan di hospital swasta boleh menelan belanja rawatan yang tinggi lebih-lebih lagi dengan fasiliti dan kelebihan yang ditawarkan.\n\n\nOleh sebab itu, penting untuk anda mendapatkan \nperlindungan insurans perubatan dan kesihatan\n untuk keselesaan masa depan anda. Insurans kesihatan dapat membantu anda dan keluarga dalam mengurangkan risiko kewangan disebabkan perlu menanggung kos rawatan perubatan kesihatan yang tinggi.\n\n\nAndaikan anda didiagnosis dengan \npenyakit serius\n, anda boleh membuat \ntuntutan insurans perubatan\n dengan syarikat insurans anda. Jika anda tidak mempunyai insurans, anda mungkin terpaksa menggunakan duit simpanan sendiri untuk menampung kos rawatan yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit ini.\n\n\nJika anda belum memiliki insurans kesihatan, salah satu cara untuk dapatkan \ninsurans kesihatan terbaik\n adalah dengan melalui Qoala. Qoala membolehkan anda bandingkan pelan insurans perubatan berbeza sebelum anda pilih insurans kesihatan yang sesuai untuk perlindungan anda dan keluarga tersayang.\n\n\nQoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik di Malaysia\n yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/laporan-ccris/", "title": "Laporan CCRIS: Cara Semak & 3 Perkara Lain Wajib Tahu", "body": "\n\nLaporan CCRIS bukanlah suatu istilah asing bagi kebanyakan orang. Ia biasa didengari terutamanya semasa proses pemohonan pinjaman tidak kiralah \npinjaman perumahan\n atau \npinjaman kereta\n. Secara asasnya, rekod CCRIS ini penting untuk pihak bank menilai skor kredit dan kemampuan anda untuk mendapatkan pinjaman.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n10 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Laporan Kredit CCRIS\n1. Apa Maksud CCRIS?\n2. Apa Maklumat Tersedia dalam Laporan CCRIS?\n3. Siapa yang Boleh Mengakses Laporan CCRIS?\n4. Bagaimana Cara Baca CCRIS Report? \n\n5. Bagaimana Cara Dapatkan Laporan CCRIS?\n6. Apakah Jenis Hutang yang Termasuk dalam Rekod CCRIS?\n7. Adakah Laporan CCRIS Menyenaraihitamkan Peminjam?\n8. Bila CCRIS Akan Update?\n9. Berapa Lama Tempoh Clear Nama CCRIS?\n10. Apa Beza CCRIS dan CTOS?\nLaporan CCRIS yang Baik Akan Memudahkan Urusan Anda\n\n\n10 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Laporan Kredit CCRIS\n\n\nLaporan CCRIS memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada permohonan pinjaman anda diluluskan atau ditolak oleh pihak bank. Penyata CCRIS dengan rekod kredit atau rekod bayaran balik pinjaman tanpa \ntunggakan pinjaman\n atau terlewat bayar boleh meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman. Tetapi, apa itu CCRIS sebenarnya?\n\n\n\n\n1. Apa Maksud CCRIS?\n\n\nCCRIS maksud Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit. Ia merupakan laporan kredit yang diselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memudahkan pengurusan risiko kredit antara bank.\n\n\nLaporan CCRIS mengumpulkan semua rekod bayaran bulanan peminjam daripada institusi kewangan berkaitan seperti bank, broker insurans dan syarikat utiliti untuk tempoh 12 bulan terkini. Maklumat ini dikemas kini kepada BNM setiap bulan dan digabungkan menjadi laporan kredit CCRIS standard.\n\n\nPenyata CCRIS ini akan\u00a0disediakan kepada institusi kewangan, peminjam (atas permintaan) dan agensi pelaporan kredit yang diluluskan (dengan persetujuan peminjam). \nBayaran ansuran PTPTN\n merupakan antara maklumat yang direkodkan dalam penyata CCRIS.\n\n\nNamun begitu, perlu difahami yang CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak. Ia hanya menyimpan rekod kredit dan menyediakan gambaran penuh kesihatan kewangan seseorang individu.\n\n\n2. Apa Maklumat Tersedia dalam Laporan CCRIS?\n\n\nMelalui semakan CCRIS online, anda boleh mendapatkan laporan kredit CCRIS yang mengandungi maklumat kredit peminjam seperti:\n\n\ni. Kredit yang Tertunggak\n\n\nRingkasan semua kredit dan pinjaman yang tertunggak. Bahagian ini merujuk pada\u00a0\nhutang yang belum habis bayar\n termasuk yang dipinjam secara individu, pinjaman bersama dan pinjaman\n \nperniagaan\n atau komersial.\n\n\nii. Akaun Pemerhatian Khusus (\nSpecial Attention Accounts\n)\n\n\nBerkait dengan pinjaman tertunggak yang diletakkan di bawah pemantauan khas pihak bank. \nPinjaman itu dipantau rapat oleh pihak berkuasa kewangan untuk dapatkan pembayaran balik pinjaman.\n\n\niii. Permohonan Kredit\n\n\nSebarang permohonan kredit yang sedang diproses atau yang telah diluluskan dalam tempoh 12 bulan terakhir.\n\n\n3. Siapa yang Boleh Mengakses Laporan CCRIS?\n\n\nLaporan CCRIS hanya boleh diberikan kepada pihak-pihak tertentu, tertakluk pada kelulusan BNM seperti berikut:\n\n\n\n\nMana-mana peminjam individu atau syarikat untuk semak laporan kredit sendiri/syarikat;\n\n\nMana-mana peminjam individu untuk laporan perniagaan sendiri \u2013 laporan milikan tunggal, perkongsian atau badan profesional;\n\n\nMana-mana institusi kewangan untuk menyemak kelayakan kredit pelanggan sedia ada atau bakal pelanggan yang membuat permohonan kredit;\n\n\nMana-mana agensi kredit berdaftar yang diluluskan oleh BNM dengan kebenaran daripada peminjam;\n\n\nLaporan CCRIS juga boleh dipohon bagi pihak syarikat, badan perniagaan atau profesional oleh individu yang diberi kuasa dan peminjam yang telah meninggal dunia oleh individu yang dilantik oleh Mahkamah.\n\n\n\n\nKredit: Contoh CCRIS \nReport\n \nBank Negara Malaysia\n\n\n4. Bagaimana Cara Baca CCRIS \nReport\n?\n\n\n\n\nAnda boleh rujuk contoh \nreport\n CCRIS di atas. Semakin banyak nombor \u20180\u2019 dalam salinan CCRIS, semakin baik rekod kredit seseorang individu. Untuk makluman anda, setiap huruf dan nombor dalam contoh laporan CCRIS membawa maksud yang tersendiri.\n\n\n\n\n0 \u2013 Tiada tunggakan;\n\n\n1 \u2013 Bayaran lewat satu (1) bulan;\n\n\n2 \u2013 Bayaran lewat dua (2) bulan;\n\n\n3 \u2013 Bayaran lewat tiga (3) bulan.\n\n\n\n\nJika anda ada tunggakan bayaran lebih daripada tiga bulan, nama anda akan dimasukkan dalam pemantauan Akaun Pemerhatian Khusus atau Special Attention Account (SAA). Ini mungkin boleh menyukarkan anda untuk buat \nloan\n disebabkan rekod pembayaran dan \nskor CTOS\n yang tidak cantik.\n\n\n5. Bagaimana Cara Dapatkan Laporan CCRIS?\n\n\nLaporan CCRIS Bank Negara penting bagi pihak bank untuk mengakses kemampuan kewangan anda, lebih-lebih lagi jika anda membuat permohonan kredit baharu contohnya untuk membuat \npembelian rumah\n. Bagaimana cara dapatkan CCRIS \nreport\n? Laporan CCRIS boleh didapati secara percuma melalui tiga cara popular berikut:\n\n\ni. Kiosk Bank Negara Malaysia\n\n\nLawati mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan laporan CCRIS untuk beli rumah secara percuma. Bawa bersama kad pengenalan (MyKad) untuk pengesahan.\n\n\nii. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)\n\n\nAKPK juga menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan salinan laporan CCRIS secara percuma. Bawa kad pengenalan (MyKad) dan dokumen sokongan ke mana-mana cawangan AKPK untuk mendapatkan laporan ini.\n\n\niii. Agensi Pelaporan Kredit Diluluskan\n\n\nAnda juga boleh memohon laporan kredit pCCRIS di mana-mana Agensi Pelaporan Kredit yang diluluskan seperti:\n\n\n\n\nCredit Bureau Malaysia Sdn Bhd;\n\n\nCTOS Data Systems Sdn Bhd;\n\n\nExperian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd.\n\n\n\n\nAgensi Pelaporan Kredit ini mungkin mengenakan bayaran untuk perkhidmatan yang ditawarkan. Anda perlu bawa kad pengenalan beserta dokumen sokongan lain seperti \nlesen memandu\n atau pasport (jika bukan warganegara).\n\n\niv. eCCRIS Bank Negara Malaysia\n\n\nSelain itu, anda juga boleh mendapatkan laporan CCRIS melalui portal dalam talian eCCRIS. Untuk mengakses portal ini, anda perlu berdaftar dengan Bank Negara Malaysia atau AKPK terlebih dahulu.\n\n\nKunjungi mana-mana kiosk CCRIS terlebih dahulu untuk mendapatkan PIN enam digit. Kemudian, log masuk ke dalam portal eCCRIS untuk mendapatkan laporan kredit CCRIS anda secara percuma.\n\n\nCara Dapatkan Report CCRIS Secara Online Melalui eCCRIS\n\n\nBerikut cara semak CCRIS melalui eCCRIS untuk panduan anda:\n\n\n1. Log Masuk\n\n\nLayari \nlaman web eCCRIS\n \u2013 jika anda pengguna kali pertama, klik Log Masuk Kali Pertama.\n\n\n2. Isi Maklumat Diperlukan\n\n\nPilih Warganegara, Masukkan Nombor Kad Pengenalan (atau nombor pasport), Nombor PIN enam digit yang dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan untuk pengaktifan akaun dan klik Hantar.\n\n\n3. Tetapkan ID Pengguna & Kata Laluan\n\n\nMasukkan ID Pengguna, alamat e-mel dan tukar kata laluan. Kemudian, klik Hantar.\n\n\n4. Tetapkan Tetapan Keselamatan\n\n\nPilih imej keselamatan dan masukkan frasa keselamatan. Tetapkan juga soalan keselamatan dan jawapan bagi setiap soalan yang dipilih. Kemudian, klik Hantar.\n\n\n5. Terima Mesej Pengesahan\n\n\nSetelah selesai, anda akan menerima mesej pengesahan penerimaan.\n\n\n6. Semak Laporan CCRIS\n\n\nUntuk mendapatkan laporan CCRIS, anda perlu pilih Carian, kemudian klik Carian Sendiri \u2013 Individu. Tandakan Saya Setuju pada kotak kenyataan penafian, kemudian klik Carian Laporan.\n\n\n7. Muat Turun Salinan Laporan CCRIS\n\n\nMuat turun salinan laporan CCRIS untuk semakan dan rujukan anda.\n\n\nv. Surat, Faks atau E-mel\n\n\nAnda juga boleh semak laporan CCRIS melalui pos, e-mel atau faks ke pusat khidmat pelanggan TELELINK BNM. Pastikan anda melampirkan dokumentasi sokongan lengkap.\n\n\n\n\n6. Apakah Jenis Hutang yang Termasuk dalam Rekod CCRIS?\n\n\nBerikut adalah senarai hutang yang termasuk dalam rekod CCRIS:\n\n\n\n\nPembiayaan \npinjaman peribadi\n CCRIS;\n\n\nPinjaman rumah\n, pinjaman kedai komersial dan lain-lain;\n\n\nPinjaman PTPTN\n;\n\n\nTunggakan kad kredit\n;\n\n\nPembiayaan pembelian kenderaan;\n\n\nPembiayaan perniagaan.\n\n\n\n\n7. Adakah Laporan CCRIS Menyenaraihitamkan Peminjam?\n\n\nPenyata CCRIS hanya berfungsi merekodkan aktiviti kewangan peminjam. Laporan kredit ini adalah salah satu sumber bagi institusi kewangan untuk menyemak sejarah kredit peminjam. Ia membolehkan pihak bank mengakses maklumat kredit (baik atau tidak)sebelum meluluskan permohonan peminjam anda.\n\n\nLaporan CCRIS tidak menyenaraihitamkan atau \nblacklist\n nama peminjam seperti ramai orang fikirkan. Untuk semak nama \nblacklist\n atau tidak, anda boleh rujuk artikel \nCara Check Nama \nBlacklist\n di Malaysia\n untuk panduan anda.\n\n\n8. Bila CCRIS Akan\n Update\n?\n\n\nMaklumat CCRIS daripada Bank Negara Malaysia dikemaskini pada hari ke-10 setiap bulan. Rekod CCRIS ini merangkumi pinjaman yang belum dijelaskan seperti kemudahan kredit, rekod pembayaran, jumlah ansuran, had kredit dan permohonan kredit yang telah diluluskan (serta dalam proses) untuk tempoh 12 bulan terakhir.\n\n\n9. Berapa Lama Tempoh\n Clear\n Nama CCRIS?\n\n\nJika ada berjaya menyelesaikan tunggakan pinjaman anda, maklumat CCRIS akan dikemas kini pada hari ke-10 setiap bulan. Sebagai contoh, jika bayar semua tunggakan pinjaman pada 26 Jun, dan anda semak laporan CCRIS pada 11 Julai, anda akan mendapati rekod pembayaran Jun dikemas kini kepada \u201c0\u201d.\n\n\n10. Apa Beza CCRIS dan CTOS?\n\n\nSecara amnya, kedua-dua CCRIS dan CTOS menyediakan laporan kredit. Meskipun begitu, terdapat perbezaan daripada aspek pemerolehan maklumat kredit. Sumber CCRIS adalah daripada Bank Negara Malaysia, manakala rekod CTOS adalah daripada sumber awam dan institusi kewangan.\n\n\nBerikut perbezaan CTOS dan CCRIS untuk membantu anda memahami dengan lebih baik:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nCCRIS\n\n\nCTOS\n\n\n\n\n\n\nPihak Berkuasa\n\n\n\n\n\n\nBiro Kredit Bank Negara Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nOrganisasi Persendirian\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTujuan\n\n\n\n\n\n\nSistem yang dicipta oleh BNM untuk mengumpul info kredit tentang peminjam atau peminjam berpotensi ke dalam satu report kredit standard.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nReport kredit yang memang diguna oleh bank dan institusi kewangan di Malaysia untuk semak kelayakan kredit dan keupayaan individu atau syarikat untuk bayar balik hutang.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMaklumat Dalam Laporan\n\n\n\n\n\n\nSemua pinjaman tertunggak.\n\n\nSama ada anda pernah ambil pinjaman bersama atau pinjaman perkongsian dengan sesiapa.\n\n\nSama ada anda ada akaun yang dilabel \u201cAkaun Perhatian Khusus\u201d / \u201cSpecial Attention Accounts\u201d \u2013 selalunya ni macam Pinjaman Tak Berbayar (NPL) atau mana-mana akaun yang dipantau rapat oleh pihak berkuasa kewangan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nData seperti nama, nombor IC, nombor pendaftaran syarikat.\n\n\nJawatan pengarah dan kepentingan perniagaan\n\n\nTindakan undang-undang\n\n\nPengadil perdagangan dan komen subjek\n\n\nStatus kes\n\n\nStatus muflis individu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber Maklumat\n\n\n\n\n\n\nBank dan institusi kewangan\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM / CCM)\n\n\nNotis undang-undang dari surat khabar\n\n\nGazet dan penerbitan kerajaan\n\n\nJabatan Insolvensi Malaysia (JIM / MDI)\n\n\nJabatan Pendaftaran Negara (JPN / NRD)\n\n\nJabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM / ROS) dan info yang diberikan oleh pemiutang\n\n\nPemiutang / litigator / pengadil perdagangan\n\n\nInfo yang diberi secara rela oleh individu / syarikat tersebut\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLaporan yang Disediakan\n\n\n\n\n\n\nPercuma\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLaporan \nbasic\n percuma\n\n\nSekitar RM26.50 untuk \nReport\n Skor MyCTOS yang lebih terperinci\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Akses\n\n\n\n\n\n\nPergi ke BNM atau mana-mana cawangan\n\n\nBoleh buat permintaan report secara online dan melalui emel\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSecara online\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTempoh Sejarah Kredit Diarkibkan\n\n\n\n\n\n\n12 bulan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelama-lamanya\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebab utama pentingnya laporan CCRIS adalah apabila anda ingin memohon pinjaman ataupun\n \nkad kredit\n. Sebelum bank menentukan sama ada permohonan anda boleh diluluskan atau tidak, bank akan merujuk kepada rekod kredit anda terlebih dahulu melalui laporan CCRIS.\n\n\nBerdasarkan rekod ini, bank akan menilai sama ada mereka sanggup menanggung risiko atau tidak dengan meluluskan permohonan pinjaman anda. Jika rekod kredit anda cantik, tiada tunggakan atau sebarang senarai hitam, peluang permohonan pinjaman dan permohonan kad kredit untuk diluluskan adalah lebih cerah.\u00a0\n\n\nTetapi, jika rekod anda tidak cantik, bank mungkin tidak akan berani tanggung risiko dan akan menolak permohonan anda. Berikut merupakan empat perkara tentang CCRIS yang anda perlu tahu:\n\n\nLaporan CCRIS yang Baik Akan Memudahkan Urusan Anda\n\n\nSetiap bank dan institusi kewangan menilai permohonan pinjaman secara berbeza, tetapi secara umum, perkara utama yang mereka lihat adalah: pembayaran tepat pada waktunya, kadar lalai paling rendah, lalai yang sangat sedikit (seperti pembayaran kad kredit), dan Nisbah Perkhidmatan Hutang (DSR) adalah pada tahap yang baik.\n\n\nIni juga bermaksud bahawa bank dan institusi kewangan pada umumnya tidak menyukai peminjam dengan hutang yang tinggi (hutang kad kredit atau pinjaman bank terus berada pada had tertinggi), kerana bagi mereka, peminjam tersebut mungkin tidak mempunyai status kewangan yang baik. Pastikan anda sentiasa konsisten dan berdisiplin dalam membuat bayaran balik pinjaman pinjaman anda yang tertunggak.\n\n\nAkhir kata, urusan anda akan menjadi lebih mudah dengan rekod CCRIS yang bagus. Semoga panduan ini dapat membantu anda menguruskan kewangan dengan lebih baik selepas ini. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari\n \ninsurans kereta\n dan\n \ninsurans motosikal terbaik\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/loan-lppsa-untuk-beli-rumah/", "title": "Cara Mohon LPPSA Online, Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan", "body": "\n\nKakitangan awam atau pekerja kerajaan memiliki banyak kelebihan untuk \nbeli rumah idaman\n salah satunya melalui pinjaman LPPSA atau turut dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Secara asasnya, pakej\n loan\n rumah yang ditawarkan oleh LPPSA adalah lebih baik berbanding pakej \npinjaman perumahan\n yang ditawarkan oleh bank.\n\n\nPinjaman LPPSA dikatakan lebih menguntungkan kerana menjanjikan kadar bunga yang rendah serta menawarkan \nmargin pembiayaan\n maksimum 100 peratus tanpa memerlukan anda mengeluarkan simpanan anda untuk membayar\n kos beli rumah\n seperti deposit atau \ndownpayment\n rumah idaman.\n\n\nOleh sebab itu, penjawat awam digalakkan untuk membeli rumah idaman melalui pinjaman perumahan LPPSA. Artikel ini akan menerangkan semua maklumat tentang LPPSA termasuk proses permohonan, kelayakan pinjaman LPPSA, syarat pinjaman LPPSA dan banyak lagi.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n8 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Mohon Pinjaman LPPSA\n1. Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam\n2. Jenis Pembiayaan Perumahan Sektor Awam\n3. Kadar Faedah Pinjaman Perumahan Kerajaan\n4. Skop Pembiayaan Perumahan Sektor Awam\n5. Tempoh Pinjaman LPPSA\n6. Kelayakan Pinjaman Perumahan LPPSA\n7. Dokumen yang Diperlukan\n8. Semakan Baki Pinjaman LPPSA\nLPPSA Online: Cara Membuat Permohonan LPPSA\nPinjaman Perumahan LPPSA vs Bank\n\n\n8 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Mohon Pinjaman LPPSA\n\n\nLembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam. Berikut merupakan info lengkap tentang proses permohonan Pinjaman Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk panduan anda sekiranya anda ingin menggunakan kemudahan ini.\n\n\n1. Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam\n\n\nBagi anda yang tidak tahu, pinjaman rumah kerajaan ini direka khusus untuk kakitangan awam bagi membantu kakitangan kerajaan memiliki kediaman sendiri. LPPSA menawarkan dua skim pembiayaan perumahan iaitu:\n\n\n\n\nSkim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Secara Islam (SPPSAi);\n\n\nSkim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Secara Konvensional (SPPSA).\n\n\n\n\n2. Jenis Pembiayaan Perumahan Sektor Awam\n\n\nSecara asasnya, pinjaman LPPSA menawarkan tujuh jenis pembiayaan kepada penjawat awam yang layak seperti berikut:\n\n\n\n\nPembelian rumah kediaman yang telah siap;\n\n\nPembinaan rumah di atas tanah sendiri;\n\n\nPembelian rumah kediaman yang sedang dibina;\n\n\nPembelian tanah bagi tujuan pembinaan rumah;\n\n\nPenyelesaian keseluruhan pinjaman perumahan sedia ada daripada bank/institusi kewangan;\n\n\nPembinaan rumah kediaman di atas tanah yang dibiayai melalui kemudahan LPPSA;\n\n\nPengubahsuaian rumah kediaman yang dibiayai/diselesaikan melalui kemudahan LPPSA.\n\n\n\n\n3. Kadar Faedah Pinjaman Perumahan Kerajaan\n\n\nKadar faedah \nloan\n rumah kerajaan SPPSA (pinjaman konvensional) ditetapkan sebanyak empat peratus setahun ke atas amaun pembiayaan yang diluluskan. Pengiraan kadar faedah dibuat ke atas baki berkurangan (\nreducing balance\n) setiap bulan. Kadar keuntungan pembiayaan SPPSAi (pinjaman Islamik) pula ditetapkan sebanyak tujuh peratus setahun. Pengiraan kadar keuntungan turut dibuat ke atas baki berkurangan setiap bulan. Selain itu, peminjam juga akan menikmati kadar keuntungan sebanyak empat peratus setahun melalui Prinsip Muqasah/Ibra\u2019.\n\n\n4. Skop Pembiayaan Perumahan Sektor Awam\n\n\nSelain itu, pembiayaan perumahan sektor awam ini turut merangkumi perkara-perkara lain seperti harga hartanah, kos bayaran \ninsurans rumah\n atau perlindungan gadai janji (MRTA, MRTT), perlindungan pemilikan rumah jangka panjang (LTHO) dan \nkos guaman hartanah\n berkaitan penyediaan dokumen perjanjian pembiayaan.\n\n\n5. Tempoh Pinjaman LPPSA\n\n\nPenjawat awam yang layak boleh menikmati kemudahan pembiayaan perumahan LPPSA sebanyak dua kali. Meskipun begitu, permohonan pembiayaan kedua hanya dibenarkan dengan syarat pembiayaan perumahan pertama telah diselesaikan sepenuhnya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPinjaman Perumahan Pertama\n\n\nPinjaman Perumahan Kedua*\n\n\n\n\n\n\nSkim Pencen\n\n\n35 tahun atau sehingga umur 90 tahun atau mana-mana terdahulu.\n\n\n30 tahun atau sehingga umur 90 tahun atau mana-mana terdahulu.\n\n\n\n\n\n\nSkim \nKWSP\n\n\n35 tahun atau sehingga tamat tempoh perkhidmatan atau mana-mana terdahulu.\n\n\n30 tahun atau sehingga tamat tempoh perkhidmatan atau mana-mana terdahulu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n6. Kelayakan Pinjaman Perumahan LPPSA\n\n\nPenjawat awam yang berstatus tetap dan telah disahkan perkhidmatan layak untuk memohon pinjaman LPPSA. Ia sekali gus membolehkan penjawat awam membeli rumah kediaman, tanah atau melakukan sebarang kerja ubah suai (\nrenovate\n rumah\n) yang dibenarkan.\n\n\nKelayakan Pembiayaan Pertama\n\n\nBagi \nloan\n rumah pertama, ansuran bulanan mestilah tidak melebihi 60 peratus daripada gaji pokok dan elaun tetap. Selain itu, jumlah hutang mestilah tidak melebihi 80 peratus daripada pendapatan bersih*.\n\n\nKelayakan Pembiayaan Kedua\n\n\nBagi \nloan\n rumah kedua pula, ansuran bulanan tidak melebihi 50 peratus daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80 peratus daripada pendapatan bersih*.\n\n\nPendapatan Bersih*\n\n\nPendapatan bersih merupakan gaji pokok dan elaun tetap yang mengambil kira aspek-aspek berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nImbuhan Tetap Perumahan (ITP)/Elaun Perumahan Wilayah (EPW);\n\n\nImbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)/Imbuhan Tetap Khidmat Tentera (ITKT);\n\n\nImbuhan Tetap Keraian (ITK);\n\n\nImbuhan Tetap Jawatan Utama (ITJU);\n\n\nBantuan Sara Hidup (COLA)/Bayaran Insentif Wilayah (BIW)/Bayaran Insentif Semenanjung Malaysia (BISM)/Bayaran Insentif Sabah Sarawak (BISS);\n\n\nElaun Memangku.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan pinjaman perumahan LPPSA, anda boleh gunakan kalkulator LPPSA. Anda boleh klik \npautan\n ini untuk info lanjut.\n\n\n7. Dokumen yang Diperlukan\n\n\nSama seperti permohonan pinjaman perumahan di bank, anda perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi membolehkan permohonan pinjaman anda diluluskan. Berikut senarai dokumen yang diperlukan sebelum anda menghantar permohonan pinjaman rumah anda:\n\n\n\n\nSalinan kad pengenalan (MyKad) yang telah disahkan;\n\n\nSlip gaji asal atau e-Penyata Gaji atau Salinan surat pengesahan jawatan berpencen yang telah disahkan;\n\n\nSurat iringan Ketua Jabatan;\n\n\nBorang Permohonan Pinjaman atau Pembiayaan SPPB yang disahkan termasuk\n\ni. Borang Akuan Pemilihan Insurans/Takaful;\n\nii. Borang 2 \u2013 Surat Persetujuan Penyelesaian Hutang Pinjaman Perumahan serta Faedah;\n\n\nSalinan sijil nikah/Pendaftaran perkahwinan di Malaysia;\n\n\nSalinan sijil kelahiran anak.\n\n\n\n\n8. Semakan Baki Pinjaman LPPSA\n\n\nSekiranya anda ingin membuat semakan baki pinjaman, pihak LPPSA menyediakan dua kaedah semakan yang boleh dipertimbangkan. Anda boleh semak baki pinjaman LPPSA sama ada secara online atau melalui SMS seperti berikut:\n\n\nLPPSA Baki Pinjaman Secara Online\n\n\nUntuk lakukan semakan baki secara online, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari portal Pinjaman Perumahan Bersepadu SPPB;\n\n\nLog masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda;\n\n\nKemudian, pilih Status Baki Pinjaman untuk semak jumlah hutang anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLPPSA Baki Pinjaman Secara SMS\n\n\nBagi semakan baki melalui SMS pula, anda boleh ikuti langkah berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLPPSABakiNo Kad Pengenalan dan Hantar ke 15888\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLPPSA Online: Cara Membuat Permohonan LPPSA\n\n\nBagi anda yang mempertimbangkan untuk memohon \nloan\n rumah kerajaan, panduan ini mungkin boleh membantu anda. Secara amnya, permohonan pembiayaan perumahan LPPSA boleh dibuat secara online dengan mengikut langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nLayari portal \nLembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam\n;\n\n\nPengguna kali pertama perlu mendaftar masuk terlebih dahulu;\n\n\nKemudian, log masuk atau \nlogin\n LPPSA menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan dan disahkan melalui e-mel;\n\n\nSekiranya anda pengguna baharu, anda akan dibawa ke halaman Kemas Kini Butiran;\n\n\nMaklumat peribadi, alamat kediaman, butiran keluarga dan pekerjaan perlu dilengkapkan;\n\n\nHalaman utama memaparkan pilihan jenis pembiayaan yang boleh dipilih sama ada permohonan individu atau permohonan bersama;\n\n\nBagi permohonan baru, anda perlu memasukkan butiran seperti maklumat awal pembiayaan, jawatan dalam perkhidmatan, jumlah pendapatan dan komitmen, pemilihan insurans atau takaful, dan pengesahan;\n\n\nKlik butang Simpan dan Hantar;\n\n\nSelesai.\n\n\n\n\nTempoh kelulusan permohonan biasanya bergantung pada dokumen yang dihantar. Jika dokumen tidak lengkap, besar kemungkinan ia akan mengambil masa lebih lama. Namun secara amnya, tempoh kelulusan pinjaman perumahan kerajaan biasanya seperti berikut:\n\n\n\n\nPinjaman Pertama: Tiga hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;\n\n\nPinjaman Kedua (pembelian hartanah kali kedua): Lima hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;\n\n\nPinjaman Kedua (ubahsuai unit kediaman): 21 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.\n\n\n\n\nPinjaman Perumahan LPPSA vs Bank\n\n\nPinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA) merujuk pada kemudahan yang ditawarkan oleh kerajaan khas bagi penjawat awam. Berikut perbezaan antara LPPSA vs \nbank loan\n 2022 untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPinjaman LPPSA\n\n\nPinjaman Bank\n\n\n\n\n\n\nKelayakan\n\n\nTerbuka kepada kakitangan kerajaan atau penjawat awam\n\n\nTerbuka kepada semua rakyat Malaysia\n\n\n\n\n\n\nMargin Pembiayaan\n\n\nMargin pembiayaan rumah kedua atau ketiga sama seperti \nloan\n rumah pertama\n\n\nMargin pembiayaan rumah kedua atau ketiga akan ditawarkan sehingga maksimum 70 peratus\n\n\n\n\n\n\nKadar Faedah\n\n\nKadar faedah kekal empat peratus untuk tempoh 30 tahun\n\n\nKadar faedah berbeza mengikut bank dan tempoh pinjaman\n\n\n\n\n\n\nSkor Kredit\n\n\nIndividu disenarai hitam atau mempunyai rekod CCRIS, CTOS tidak memuaskan masih boleh memohon\n\n\nPerlu memiliki skor kredit CCRIS, CTOS yang baik untuk memudahkan proses\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemoga perkongsian ini boleh membantu anda sekiranya anda ingin memohon pinjaman perumahan kerajaan untuk beli rumah baharu anda. Selain itu, sekiranya anda sedang mempertimbangkan\n insurans rumah terbaik\n dan komprehensif untuk anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform insurans di Malaysia\n yang menyediakan pelbagai jenis insurans termasuk\n insurans kereta\n dan \ninsurans motor\n dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/mas-kahwin-ikut-negeri/", "title": "Kadar Mas Kahwin Ikut Negeri di Malaysia 2022", "body": "\n\nNilai pemberian mas kahwin atau turut dikenali sebagai mahar secara asasnya adalah berbeza-beza ikut negeri masing-masing. Ia merupakan pemberian wajib yang diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isteri. Mas kahwin merupakan ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah. Ia menjadi hak isteri selama-lamanya dan tidak boleh dituntut oleh sesiapa termasuklah bekas suami atau keluarga bekas suami.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n3 Perkara Asas Perlu Tahu Tentang Mas Kahwin di Malaysia\n1. Maksud Mahar atau Mas Kahwin\n2. Kadar dan Jenis Mahar\n3. Apa Perbezaan Mas Kahwin dan Wang Hantaran?\nMas Kahwin Ikut Negeri: Harga Mas Kahwin Mengikut Negeri di Malaysia\n\n\n3 Perkara Asas Perlu Tahu Tentang Mas Kahwin di Malaysia\n\n\nPerbelanjaan perkahwinan secara umumnya memerlukan belanja yang besar. Banyak kos dan perbelanjaan yang perlu ditanggung dan diberi perhatian antaranya \nkos kenduri\n, mas \nkhawin\n (atau mahar), wang hantaran dan sebagainya.\n\n\n1. Maksud Mahar atau Mas Kahwin\n\n\nApa itu mahar? Menurut Islam, mas \nkawin\n atau mahar merupakan harta atau manfaat yang wajib diberikan oleh seorang suami kepada isteri atas sebab pernikahan. Ia bukan sahaja hadiah pemberian wajib kepada isteri, tetapi merujuk pada pemberian yang mempunyai nilai sebagai jaminan sosio-ekonomi wanita.\n\n\n2. Kadar dan Jenis Mahar\n\n\nTiada had maksimum atau minimum ditetapkan dalam menentukan nilai mas kahwin. Ia bergantung pada persetujuan, taraf atau darjat pengantin tersebut. Meskipun begitu, Islam menyarankan untuk mengambil jalan tengah untuk kebaikan bersama dan tidak menggalakkan meletakkan mahar terlalu tinggi kerana ia boleh menyebabkan kesukaran kepada pihak lelaki. Selain itu, mahar terbahagi kepada dua jenis iaitu:\n\n\nMahar Musamma\n\n\nIa merujuk pada mas kahwin yang telah \nditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak\n dengan tidak memandang kepada nilai mas kahwin saudara-saudara perempuan yang lain. Jumlah mas kahwin biasanya disebut dengan jelas dalam majlis pernikahan seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat Melayu pada hari ini.\n\n\nMahar Misil (Mahar yang Sepadan)\n\n\nKadar mas kahwin jenis ini \nditentukan mengikut kadar saudara-saudara pihak isteri\n yang telah berkahwin terlebih dahulu. Kadar mahar tersebut akan \ndiqiaskan\n (disamakan) dengan mahar perempuan yang setaraf dalam kalangan keluarga seperti adik-beradik perempuan seibu sebapa atau ibu saudara.\n\n\nJika tiada, ia akan disamakan dengan perempuan lain yang setaraf dari segi kedudukan dalam masyarakat atau jika tiada juga, kadar mas kahwin ditentukan bergantung pada suami berdasarkan adat dan tradisi setempat.\n\n\n3. Apa Perbezaan Mas Kahwin dan Wang Hantaran?\n\n\nRamai dalam kalangan bakal pengantin yang masih keliru antara mas kahwin dan duit hantaran. Secara asasnya, pemberian mas kahwin ialah ibadat yang bersifat\n wajib\n dan terkandung dalam rukun nikah. Mas kahwin merupakan pemberian daripada seorang lelaki (bakal suami) kepada bakal isterinya biasanya dalam bentuk \nemas\n seperti gelang atau rantai emas.\n\n\nSecara amnya, mas kahwin menjadi hak milik isteri selama-lamanya dan tidak boleh dituntut semula oleh suami atau ahli keluarga tidak boleh mengambil sebahagian daripada mas kahwin tersebut melainkan dengan kebenaran isteri. Bagi duit hantaran kahwin pula, ia merupakan adat dalam perkahwinan orang Melayu.\n\n\nNilai duit hantaran bergantung pada budi bicara seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga. Tidak seperti mahar yang menjadi hak milik isteri, wang hantaran bukan milik mutlak isteri. Ia boleh diberikan kepada keluarga untuk menampung kos majlis perkahwinan. Malah, pemberian wang hantaran pula adalah \ntidak wajib\n.\n\n\n\n\nMas Kahwin Ikut Negeri: Harga Mas Kahwin Mengikut Negeri di Malaysia\n\n\nIslam menggalakkan untuk tidak meletakkan kadar mahar terlalu tinggi untuk mengelakkan kesukaran dan tidak membebankan mana-mana pihak terutamanya pihak lelaki. Oleh sebab itu, mas kahwin ci beberapa negeri di Malaysia ditentukan ikut negeri. Ia ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri pada kadar tertentu yang munasabah untuk mengelakkan sebarang implikasi.\n\n\nNamun secara asasnya, Islam tidak menetapkan sebarang nilai maksimum atau minimum bagi pemberian mahar. Kadar mas kahwin bergantung sepenuhnya kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Selain itu, kadar ini juga ditetapkan berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak pengantin.\n\n\nBerikut merupakan kadar mas kahwin setiap negeri 2022 terkini yang telah ditetapkan untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0Negeri\n\n\nBujang/Anak Dara\n\n\nJanda/Ibu Tunggal\n\n\n\n\n\n\nMas Kahwin Selangor\n\n\nRM300\n\n\nRM300\n\n\n\n\n\n\nMas Kahwin Kuala Lumpur\n\n\nRM80\n\n\nRM40\n\n\n\n\n\n\nMas Kahwin Perak\n\n\nRM101\n\n\nRM101\n\n\n\n\n\n\nMas Kahwin Negeri Sembilan\n\n\nRM200\n\n\nRM100\n\n\n\n\n\n\nMas Kahwin Pahang\n\n\nRM22.50\n\n\nRM22.50\n\n\n\n\n\n\nMas Kahwin Sabah\n\n\nRM100\n\n\nRM80\n\n\n\n\n\n\nMas Kahwin Sarawak\n\n\nRM120\n\n\nRM120\n\n\n\n\n\n\nLabuan\n\n\nRM80\n\n\nRM80\n\n\n\n\n\n\nMas Kahwin Penang (Pulau Pinang)\n\n\nRM24\n\n\nRM24\n\n\n\n\n\n\nMas Kahwin Melaka\n\n\nRM100\n\n\nRM100\n\n\n\n\n\n\nMas Kahwin Kelantan\n\n\nTidak Ditentukan\n\n\nTidak Ditentukan\n\n\n\n\n\n\nMas Kahwin Kedah\n\n\nTidak Ditentukan\n\n\nTidak Ditentukan\n\n\n\n\n\n\nMas Kahwin Terengganu\n\n\nTidak Ditentukan\n\n\nTidak Ditentukan\n\n\n\n\n\n\nPerlis\n\n\nTidak Ditentukan\n\n\nTidak Ditentukan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSecara asasnya, kadar mahar atau mas kahwin Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak adalah berbeza dan ditentukan ikut negeri bakal isteri. Harga mas kahwin di negeri ini juga berbeza mengikut status wanita yang ingin dikahwini sama ada belum pernah berkahwin atau seorang janda/ibu tunggal.\n\n\nUntuk mas kahwin di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, ia tidak ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri tetapi sebaliknya ditetapkan dan dipersetujui bersama oleh keluarga pasangan pengantin masing-masing. Meskipun begitu, nilai mas kahwin yang ditunjukkan adalah untuk rujukan berdasarkan Majlis Agama Negeri. Nilai ini boleh berubah mengikut budi bicara seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak pengantin.\n\n\nSemoga perkongsian ini boleh membantu memudahkan urusan anda. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans motor\n untuk motosikal anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan pilihan \ninsurans motor terbaik\n dengan jaminan \ninsurans motor paling murah\n di Malaysia.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pakej-umrah-terbaik/", "title": "7 Tips Pilih Pakej Umrah Terbaik 2023", "body": "\n\nBagaimana cara untuk memilih pakej umrah yang sesuai untuk anda? Memang tidak dinafikan, mencari tawaran pakej Umrah terbaik ini boleh menjadi sangat mencabar kerana banyak faktor-faktor yang perlu diberi perhatian dan dipertimbangkan. \nArtikel ini akan membantu anda mengenal pasti perkara-perkara penting sebelum anda memilih pakej Umrah terbaik, cara membuat perancangan Umrah dari segi kewangan dan tips memilih pakej Umrah terbaik.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPerancangan Kewangan Umrah, Ikuti 7\u00a0Tips untuk Pilih Pakej Umrah 2023\n1. Membuat Perancangan Awal\n2. Mengenal Pasti Servis yang Ditawarkan\u00a0\n3. Memeriksa Rekod Agensi Umrah\n4. Perbandingan Pakej Umrah\n5. Memilih Pakej Mengikut Keperluan\n6. Mengenal Pasti Cara Pembayaran\u00a0\n7. Dapatkan Itinerari Umrah\nMembuat Perancangan yang Terbaik Akan Memudahkan Urusan Anda\n\n\nPerancangan Kewangan Umrah, Ikuti 7\n\u00a0\nTips untuk Pilih Pakej Umrah 2023\n\n\nApa maksud umrah? Secara asasnya, umrah yang juga dikenali sebagai \u2018Haji Kecil\u2019 merupakan perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud ziarah. Dari segi syarak pula, ia bermaksud menziarahi Baitullah al-Haram untuk melaksanakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.\n\n\nSetiap tahun, berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia akan mengunjungi tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah. Ibadah Umrah boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sepanjang tahun kecuali pada musim Haji (antara 8 hingga 12 Zulhijjah).\u00a0Berdasarkan maklumat daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia atau MOTAC, harga lantai atau kos minimum untuk menunaikan Umrah adalah sebanyak RM6,900 untuk pakej standard 12 hari 10 malam.\n\n\nSecara amnya, terdapat\u00a0 dua cara untuk anda menunaikan ibadah Umrah ini. Pertama, anda boleh menunaikan ibadah Umrah ini dengan membuat perancangan sendiri tanpa bantuan agensi (Umrah DIY). \nWalau bagaimanapun, untuk memastikan perjalanan di tanah suci berjalan dengan lancar, anda disarankan untuk mengikuti cara yang kedua iaitu mendapatkan perkhidmatan agensi dan menunaikan ibadah ini secara berkumpulan dengan jemaah yang lain.\u00a0\n\n\nDi Malaysia, banyak agensi yang boleh membantu memenuhi hasrat anda untuk menunaikan Umrah. Persoalannya, apa yang perlu anda pertimbangkan semasa membuat perbandingan pakej Umrah dan agensi? Bahagian ini akan membantu anda mengetahui faktor-faktor yang anda patut nilai sebelum membuat pemilihan. \nBerikut merupakan beberapa perkara yang anda perlu berikan perhatian:\u00a0\n\n\n1. Membuat Perancangan Awal\n\n\nAnda boleh bermula dengan membuat perancangan lebih awal sekurang-kurangnya enam hingga 12 bulan sebelum anda menunaikan ibadah Umrah. Ini akan memberikan anda masa yang cukup untuk mencari agensi yang menawarkan pakej Umrah yang anda mahukan selain memastikan anda dapat merancang kewangan anda. Selain itu, tempoh masa ini membolehkan anda membuat perancangan yang lebih rapi berdasarkan bajet anda.\n\n\n2. Mengenal Pasti Servis yang Ditawarkan\u00a0\n\n\nPerkara kedua yang anda perlu kenal pasti apabila memilih agensi adalah servis-servis yang ditawarkan. Periksa dengan teliti semua maklumat di dalam pakej yang ditawarkan. Pastikan agensi-agensi yang anda telah senarai pendek menawarkan servis-servis berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nUrusan visa Umrah\n\n\nUrusan penerbangan untuk pergi dan balik\n\n\nJadual perjalanan semasa melaksanakan Umrah\n\n\nPengangkutan dan logistik\n\n\nItinerari\n\n\nInsurans perjalanan\n\n\nKursus Umrah\n\n\nPerkongsian ilmu atau pembelajaran sepanjang perjalanan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Memeriksa Rekod Agensi Umrah\n\n\nIngat, tanggungjawab agensi yang anda pilih adalah untuk memudahkan urusan Umrah anda. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk memeriksa rekod agensi umrah yang dipilih untuk mengelakkan anda daripada tertipu. Kepakaran agensi dalam mengendalikan jemaah Umrah ini sangatlah penting dan ia merupakan salah satu perkara yang anda perlu pertimbangkan dengan serius. Anda perlu memastikan pakej Umrah, penginapan hotel di Mekah atau Madinah, penerbangan pergi balik dan sebagainya diuruskan dengan baik. Oleh sebab itu, penting untuk anda memahami:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTanggungjawab agensi pelancongan\n\n\nHak anda sebagai musafir dan jemaah Umrah\n\n\nSyarat pembatalan dan pampasan jika terdapat sebarang pembatalan daripada pihak syarikat atau dari pengembara/jemaah haji\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnda juga perlu memastikan yang agensi yang anda pilih mempunyai reputasi yang baik. Pastikan juga agensi tersebut boleh dipercayai dan mampu menawarkan perkhidmatan yang terbaik tanpa sebarang keraguan. \n\n\nZaman sekarang ini sangat mudah untuk menyemak reputasi dan kepakaran sesebuah agensi pelancongan. Anda boleh buat semakan melalui laman web, laman media sosial dan ulasan di\n \nGoogle\n \nyang ditulis oleh mereka yang berpengalaman atau pernah menggunakan perkhidmatan agensi-agensi ini.\u00a0\n\n\n4. Perbandingan Pakej Umrah\n\n\nAnda perlu membandingkan kos bagi memilih pakej Umrah terbaik. Semak sekurang-kurangnya empat hingga lima agensi Umrah berdaftar sebelum membuat keputusan. Terdapat persaingan yang besar dalam pasaran agensi Umrah dan pelancongan di Malaysia. Justeru, anda boleh memilih agensi yang menawarkan pakej terbaik seperti harga murah hotel dekat dan sebagainya. Berikut merupakan antara pakej Umrah daripada beberapa agensi Umrah di Malaysia yang boleh dipercayai:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPakej Umrah \nTabung Haji\n\u00a0\n\n\nUmrah Andalusia\n\n\nFelda Travel\n\n\nEmraz Travel\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKebiasaannya, harga pakej Umrah bergantung pada faktor seperti:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJarak dari Masjidil Haram di Mekah atau Masjid Nabawi ke hotel. Tempat penginapan yang jauh dari masjid biasanya ditawarkan pada harga yang lebih murah.\u00a0\n\n\nJenis penerbangan sama ada kelas bisnes atau kelas ekonomi juga mempengaruhi harga pakej yang ditawarkan.\u00a0\n\n\nWaktu puncak (\npeak season\n) seperti \nbulan Ramadhan \ndan cuti sekolah juga boleh menyebabkan harga pakej Umrah meningkat.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerlu juga diingatkan, jangan mudah terpengaruh dengan pakej-pakej Umrah yang ditawarkan pada harga murah yang tidak masuk akal. Besar kemungkinan ia merupakan penipuan. Ramai yang telah menjadi mangsa \npenipuan scammer\n dan baru-baru ini ada \nkes \njemaah Umrah mengamuk di KLIA\n kerana ditipu agensi Umrah tidak berdaftar. Insiden ini telah menyebabkan bakal jemaah kehilangan wang simpanan yang sangat banyak sehingga beratus ribu ringgit.\u00a0\n\n\n5. Memilih Pakej Mengikut Keperluan\n\n\nAmbil pakej berdasarkan keperluan dan elakkan daripada\u00a0 ambil pakej yang anda tidak perlu. Contohnya, anda tidak perlu membelanjakan wang secara berlebihan dengan membeli tiket penerbangan kelas perniagaan. Penerbangan kelas ekonomi pun sudah memadai. Namun begitu, sekiranya anda mempunyai bajet lebih dan mahukan perjalanan yang lebih selesa, anda boleh memilih pakej yang sesuai mengikut citarasa anda.\n\n\n6. Mengenal Pasti Cara Pembayaran\u00a0\n\n\nBiasanya, pembayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui transaksi dalam talian. Agensi pelancongan wajib mengeluarkan resit yang mengandungi butiran pakej serta butiran anda selepas pembayaran dilakukan. Simpan resit pembayaran daripada agensi pelancongan untuk rujukan pada masa hadapan. Selain itu, pastikan transaksi online yang dibayar dikreditkan kepada akaun agensi pelancongan dan bukan dilakukan kepada syarikat pihak ketiga. Jika terdapat sebarang keraguan, anda dinasihatkan untuk jangan teruskan transaksi dan cari agensi lain.\n\n\n7. Dapatkan Itinerari Umrah\n\n\nBiasanya, perjalanan Umrah akan mengambil masa sekitar 10 hari hingga 12 hari. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan salinan jadual perjalanan supaya anda boleh merancang perjalanan anda dan juga mengetahui tempat-tempat yang bakal anda kunjungi. Dengan maklumat-maklumat seperti ini, anda boleh merancang perbelanjaan anda di sana dengan lebih baik.\u00a0\n\n\n\n\nMembuat Perancangan yang Terbaik Akan Memudahkan Urusan Anda\n\n\nSelain ibadah Haji, Umrah adalah salah satu ibadah terbaik yang boleh dilakukan oleh umat Islam. Sekiranya anda diberi kesempatan mengerjakan Umrah, anda hendaklah sentiasa bersyukur kerana diberi peluang keemasan ini untuk menjadi tetamu Allah SWT. Anda perlu ingat faktor-faktor seperti bajet anda dan agensi yang anda pilih memainkan peranan yang sangat penting apabila anda menunaikan ibadah Umrah.\u00a0\n\n\nDari segi perbelanjaan, anda perlu kenal pasti jenis-jenis perbelanjaan yang anda bakal tanggung dan proses yang perlu dihadapi seperti kos \ninsurans perjalanan\n, proses permohonan visa, pengangkutan, bilik hotel dan sebagainya. Selain itu, anda juga perlu membeli barang keperluan menunaikan umrah seperti telekung, stokin, jubah, ihram, \ntshirt \nputih, tali pinggang dan lain-lain. Malah, kos ini mungkin bertambah sekiranya ibadah Umrah dilakukan pada musim sejuk.\n\n\nP.S Anda tengah cari\n insurans kereta terbaik\n di Malaysia? Tak perlu cari jauh-jauh, dapatkan insurans kereta anda dengan Qoala!\u00a0 Selain \ninsurans kereta\n, anda juga boleh mendapatkan \ninsurans motor\n\u00a0dan \ninsurans rumah\n di Qoala.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-risiko-rendah/", "title": "5 Pelaburan Risiko Rendah Terbaik untuk Anda", "body": "\n\nSelain menyimpan duit dalam \nsimpanan tetap\n, melabur di platform pelaburan risiko rendah merupakan pilihan yang terbaik jika anda yang sudah lama berhasrat mahu mula berjinak-jinak dalam dunia pelaburan. Semua orang mahu membuat pelaburan yang menguntungkan tetapi tidak semua orang berani untuk mengambil risiko yang tinggi untuk melabur kerana risau dan takut dengan \nrisiko kerugian\n. \nArtikel ini akan berkongsikan lima jenis pelaburan berisiko rendah yang anda boleh cuba.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPelaburan Selamat di Malaysia, Anda Boleh Pertimbangkan 5 Pelaburan Risiko Rendah Ini\n1. Pelaburan Tabung Haji\n2. Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Malaysia (ASM)\n3. Pelaburan Saham Koperasi Bank Rakyat\n4. Money Market Fund atau Dana Pasaran Wang\n5. Pelaburan Takaful\nPelaburan Terbaik di Malaysia: Pelaburan Manakah Pilihan Anda?\n\n\nPelaburan Selamat di Malaysia, Anda Boleh Pertimbangkan 5 Pelaburan Risiko Rendah Ini\n\n\nSebelum ini, anda mungkin pernah dengar orang cakap jangan simpan duit dalam bank sahaja sebab duit akan lambat berkembang atau \ngrow\n. Memang ada betulnya kenyataan seperti ini, katakanlah anda simpan RM1,000 dalam akaun simpanan untuk masa setahun, anda akan mendapati duit anda tidak berkembang dengan cepat dan banyak. Oleh sebab itu, membuat pelaburan merupakan satu alternatif yang anda patut pertimbangkan.\n\n\nSekiranya anda membuat pelaburan, anda akan menerima pulangan atau dividen. Memang tidak dinafikan, melabur ini ada risikonya, akan ada hari anda untung dan akan ada hari anda rugi. Disebabkan ini, \nramai yang masih takut untuk mula melabur kerana kebanyakan pelaburan di luar sana tidak ada jaminan pulangan dan ini boleh menyebabkan pelabur terdedah kepada kerugian. \n\n\nAnda boleh cuba melabur duit anda di pelaburan risiko rendah yang menawarkan pulangan yang konsisten dalam bentuk dividen, bonus dan lain-lain lagi. Berdasarkan prestasi kelima-lima platform pelaburan ini sejak beberapa tahun yang lepas, selamat untuk dikatakan anda tidak perlu risau tentang sebarang bentuk kerugian yang dahsyat.\u00a0\n\n\nBerikut merupakan lima pelaburan risiko rendah yang anda boleh cuba\n:\n\n\n1. Pelaburan Tabung Haji\n\n\nPelaburan \nTabung Haji\n ini bertujuan menjana pulangan yang kompetitif dengan risiko yang rendah. Sekiranya anda melabur di Tabung Haji, anda boleh mendapat pulangan setiap tahun dalam bentuk dividen dan juga bonus. Jumlah peratusan dividen dan bonus ini bergantung kepada prestasi kewangan Tabung Haji pada tahun semasa. Jadi, anda akan mendapati jumlah peratusan dividen dan bonus mungkin akan berubah-ubah setiap tahun. Ada tahun yang mungkin peratusan dividen dan bonusnya naik, ada tahun yang mungkin ia mengalami penurunan tetapi yang pastinya risiko kerugian anda adalah sangat minimum.\n\n\nUntuk pengetahuan anda, melabur dalam tabung haji ini bukan sahaja risikonya rendah, banyak lagi manfaat lain yang anda akan nikmati. Membuat pelaburan di Tabung Haji membolehkan anda untuk mendapat peluang dan tawaran panggilan menunaikan haji. Berikut adalah kelebihan-kelebihan menyimpan di \nTabung Haji\n:\n\n\n\n\nPatuh syariah Islam\n\n\nMenyantuni para dhuyufurrahman (jemaah haji)\n\n\nDijamin oleh kerajaan\n\n\nDikecualikan daripada cukai\n\n\nDitunaikan kewajipan zakat\n\n\nTidak ada had simpanan\n\n\n\n\nBerikut merupakan senarai dividen dan bonus Tabung Haji dalam tempoh 5 tahun yang lepas dari 2017 sehingga 2021:\n\n\n\n\n\n\n\n\nTahun\n\n\nPulangan Dividen Tabung Haji + Bonus\u00a0\n\n\n\n\n\n\n2017\n\n\n4.5% + 1.75%\n\n\n\n\n\n\n2018\n\n\n1.25%\n\n\n\n\n\n\n2019\n\n\n3.05%\n\n\n\n\n\n\n2020\n\n\n3.10%\n\n\n\n\n\n\n2021\n\n\n3.10%\n\n\n\n\n\n\n\n\nMeskipun dividen Tabung Haji tidaklah setinggi tahun 2010-2016 dulu, namun ia masih merupakan pilihan pelaburan berisiko rendah yang boleh anda pertimbangkan.\n\n\n2. Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Malaysia (ASM)\n\n\nKedua-dua \npelaburan ASB\n dan ASM ini merupakan dana unit \ntrust\n yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Apakah perbezaan di antara ASB dan ASM? ASB ini terbuka untuk golongan bumiputera sahaja manakala ASM terbuka untuk golongan bumiputera dan bukan bumiputera.\u00a0\nTerdapat banyak kelebihan apabila anda melabur di kedua-dua ASB dan ASM ini. Antaranya, risiko anda menghadapi \nkerugian \nadalah tipis. \nBukan itu sahaja, anda juga boleh dapat pulangan dividen yang konsisten lagi setiap tahun.\n\n\nSelain itu, anda tidak perlu\n mengeluarkan wang lebih untuk membuat bayaran pendahuluan untuk melabur di kedua-dua dana unit\u00a0\ntrust\u00a0\nini. Untuk pengetahuan anda, dana unit \ntrust \nyang konvensional yang lain mengenakan caj yuran sehingga lima peratus. \nBagaimana pula dengan prestasi pulangan dividen ASB sejak beberapa tahun ini? Mari kita tengok prestasi pulangan dividen ASB dan ASM:\n\n\n\n\n\n\n\n\nTahun\n\n\nPulangan Dividen ASB\n\n\nPulangan Dividen ASM\n\n\n\n\n\n\n2017\n\n\n7.25%\n\n\n6.00%\n\n\n\n\n\n\n2018\n\n\n7.00%\n\n\n6.25%\n\n\n\n\n\n\n2019\n\n\n5.50%\n\n\n5.50%\n\n\n\n\n\n\n2020\n\n\n4.25%\n\n\n4.25%\n\n\n\n\n\n\n2021\n\n\n5.00%\n\n\n4.00%\n\n\n\n\n\n\n\n\nWalaupun pengagihan pulangan dividen lebih rendah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-dua dana ini masih memberikan pulangan yang bagus untuk anda yang baru mahu melabur dengan risiko yang rendah.\n\n\n\n\n3. Pelaburan Saham Koperasi Bank Rakyat\n\n\nSelain pelaburan ASB dan Tabung Haji, anda juga boleh mempertimbangkan pelaburan Saham Koperasi Bank Rakyat. Dengan pulangan dividen yang tinggi sekitar 13 sehingga 16 peratus setahun kepada anggota-anggotanya, ini merupakan pilihan pelaburan berisiko rendah yang terbaik. Kalau anda menjadi salah seorang pemegang saham, anda juga berpeluang untuk menikmati pulangan yang tinggi. \n\n\nNamun begitu, untuk melabur di Koperasi Bank Rakyat, anda perlu membuat permohonan dan permohonan tidak dibuka sepanjang masa. I juga bergantung pada kuota dan tempat adalah terhad. Jadi, anda perlu \nstandby \ndan rujuk laman web Bank Rakyat atau media sosial Bank Rakyat untuk mendapatkan perkembangan yang terkini. \n\n\nAnda mungkin tertanya-tanya bagaimana pelaburan Bank Rakyat koperasi ini berfungsi dan bagaimana pulangannya begitu tinggi? \nCaruman setiap anggota dijadikan modal perniagaan syarikat koperasi melalui pegangan syer mereka. Apabila mendapat sebarang bentuk keuntungan dari perniagaan, anggota-anggota akan dapat menikmati hasil perniagaan dalam bentuk dividen. Berikut merupakan senarai pulangan dividen Bank Rakyat dalam beberapa tahun yang lepas:\n\n\n\n\n\n\n\n\nTahun\n\n\nPulangan Dividen Bank Rakyat\n\n\n\n\n\n\n2017\n\n\n16%\n\n\n\n\n\n\n2018\n\n\n13%\n\n\n\n\n\n\n2019\n\n\n14%\n\n\n\n\n\n\n2020\n\n\n13%\n\n\n\n\n\n\n2021\n\n\n13%\n\n\n\n\n\n\n2022\n\n\n15%\n\n\n\n\n\n\n\n\n13 sehingga 16 peratus sebagai pulangan dividen itu memang sangat tinggi. Bayangkan anda memasukkan dana yang tinggi, anda akan dapat pulangan yang sangat lumayan dengan pulangan dividen yang tinggi. Tetapi seperti yang telah dinyatakan di atas, disebabkan ia merupakan pilihan yang popular di kalangan pelabur, agak sukar untuk anda mendaftar kerana kuotanya yang terhad.\n\n\n4. \nMoney Market Fund \natau Dana Pasaran Wang\n\n\nIni juga merupakan pilihan pelaburan yang berisiko rendah yang anda boleh cuba. Dana unit\u00a0\ntrust \natau unit amanah ini melabur dalam instrumen pasaran wang dan ianya bersifat jangka pendek dan jangka panjang bergantung kepada objektif anda sebagai pelabur. \nDana ini juga memegang simpanan tetap daripada bank. Oleh kerana dana ini melabur dalam pelaburan berkualiti tinggi yang matang dengan cepat, risikonya rendah sahaja.\u00a0\n\n\nJika nak dibandingkan dengan simpanan tetap, pulangan \nMoney Market Fund\n ini lebih tinggi sikit dengan sekitar tiga peratus pulangan tahunan. Anda juga boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa dalam tempoh pelaburan tanpa kehilangan faedah yang anda telah peroleh. Ini bermakna anda tidak akan dikenakan sebarang bentuk penalti. Berbeza dengan simpanan tetap yang tidak boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, anda boleh kehilangan sebahagian atau semua faedah jika menarik diri sebelum tempoh tamat. \n\n\nUntuk pengetahuan anda, dana pasaran wang ini berurusan dengan pelbagai jenis pelaburan.\n\u00a0 Money Market Fund \nini memang sangat sesuai terutama sekali kepada pelabur-pelabur yang baharu kerana risikonya yang rendah. \nAnda boleh melabur dana pasaran wang anda dari bank-bank seperti Maybank, CIMB, RHB, Hong Leong Bank.\u00a0\n\n\n5. Pelaburan Takaful\n\n\nSebelum ini, anda mungkin memahami \nTakaful\n ini bermaksud insurans atau perlindungan yang berasaskan hukum Islam sahaja. Tahukah anda, Takaful juga menyediakan pelan pelaburan? Sekiranya anda melabur di Takaful, anda bukan sahaja dapat membuat pelaburan, anda juga boleh dapat perlindungan. \nSetiap bulan, anda perlu membuat bayaran sumbangan yang rendah. Dalam masa yang sama, anda juga mendapat perlindungan dan juga jaminan kewangan. \n\n\nAnda tidak memerlukan wang yang banyak untuk mula melabur dengan Takaful. \nYang menariknya, anda boleh pilih untuk melakukan pembayaran sama ada pada setiap bulan, setiap suku tahun atau setahun sekali. Sekiranya anda berminat untuk membuat pelaburan Takaful, anda boleh rujuk panel seperti:\n\n\n\n\nZurich Takaful\n\n\nTakaful Ikhlas\u00a0\n\n\nEtiqa Takaful\n\n\nTakaful Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPelaburan Terbaik di Malaysia: Pelaburan Manakah Pilihan Anda?\n\n\nSebagai seorang pelabur, semestinya anda membuat pelaburan yang menguntungkan. Berdasarkan perkongsian lima pelaburan risiko rendah di Malaysia, anda agak-agak mana satu yang anda akan cuba? Lagi sekali diingatkan, walaupun jenis pelaburan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pelaburan risiko rendah, risiko anda mengalami kerugian masih lagi ada tetapi ia sangat tipis. Pulangan dividen dan bonus sudah hampir pasti ada pada setiap tahun tetapi peratusan akan berubah-ubah. Dengan cara ini, duit yang anda simpan dapat \ngrow \nsetiap tahun.\n\n\nPelaburan risiko rendah ini memang selamat tapi anda kena ingat pulangannya taklah setinggi pelaburan risiko tinggi. Sekiranya anda rasa anda dah bersedia untuk melakukan pelaburan risiko tinggi, anda boleh cuba pada satu masa nanti. Diharapkan perkongsian artikel kali ini bermanfaat untuk anda yang nak cuba-cuba nak membuat pelaburan ini. Semoga berjaya!\n\n\nP.S Kalau anda tengah mencari \ninsurans kereta\n, dapatkan di Qoala untuk mendapatkan \ninsurans kereta terbaik\n dengan harga yang murah. Selain itu, Qoala juga menyediakan \ninsurans rumah\n dan \ninsurans motor\n daripada beberapa\u00a0\u00a0bergantung pada keperluan dan bajet anda. Dapatkan sebutharga anda sekarang!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelaburan-saham-patuh-syariah/", "title": "Pelaburan Saham Patuh Syariah di Bursa Malaysia", "body": "\n\nAnda baru sahaja \ndaftar akaun CDS\n dan berminat untuk mula membuat pelaburan saham patuh syariah di Bursa Malaysia? Secara amnya, pasaran saham Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pasaran modal konvensional dan pasaran modal Islam. Jika anda memilih untuk membuat pelaburan patuh syariah, anda mesti memahami konsep pelaburan patuh syariah terlebih dahulu. Artikel ini akan membantu anda kenal pasti pelaburan saham patuh syariah dan senarai pelaburan saham patuh syariah di Bursa Saham Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nCiri-ciri Pelaburan Saham Patuh Syariah\nTidak Ada Unsur Riba\nTidak Terlibat dengan Gharar\nTidak Ada Perjudian atau Sebarang Aktiviti Tidak Beretika\n4 Cara Kenal Pasti Saham Patuh Syariah di Bursa Saham Malaysia\n1. Semakan Secara Online\n2. Semak Aktiviti Perniagaan Syarikat\n3. Semak Tanda Aras Nisbah Kewangan Syarikat\n4. Membuat Semakan Status Patuh Syariah\nSenarai Saham Patuh Syariah 2022\n\n\nCiri-ciri Pelaburan Saham Patuh Syariah\n\n\nSelain saham patuh syariah lain seperti \npelaburan hartanah\n, \npelaburan \nunit trust \natau\u00a0\npelaburan emas\n, anda juga boleh mempertimbangkan untuk membuat pelaburan saham di Bursa Saham Malaysia. Dalam Islam, hukum urus niaga saham dikatakan sebagai harus oleh para ulama yang sebulat suara berpendapat yang jual beli saham ini adalah sama macam jual beli komoditi yang lain.\n\n\nHal ini kerana, urus niaga saham boleh membantu perniagaan dan ekonomi para pelabur berkembang. Syarat utama yang paling penting para pelabur harus ingat adalah ia mesti mematuhi syarat jual beli apabila menguruskan jual beli saham.\n\n\nPerbezaan utama di antara pelaburan patuh syariah dan pelaburan konvensional adalah pelaburan patuh syariah tidak terlibat dalam aktiviti atau perkara yang tidak mematuhi dan dilarang syariah seperti riba, gharar, perjudian dan seumpamanya manakala bagi pelaburan konvensional, tidak ada syarat yang dikenakan bagi memastikan segala sumber dana atau aktiviti adalah patuh syariah. Berikut adalah ciri-ciri pelaburan saham patuh syariah:\n\n\nTidak Ada Unsur Riba\n\n\nSecara asasnya, riba bermaksud al-ziyadah yang bererti pertambahan. Amalan riba adalah perbuatan yang ditegah dan dilarang dalam Islam. Hal ini kerana, dalam aktiviti riba tidak ada pertukaran harta dengan harta yang adil. Pelabur akan menikmati keuntungan dengan mudah tanpa sebarang usaha melalui riba. Oleh sebab itu, sebagai seorang pelabur patuh syariah, anda perlu memastikan pelaburan anda tidak terlibat dengan unsur riba. Berikut adalah dua jenis riba:\n\n\nRiba Fadhl\n\n\nMerupakan lebihan riba yang berbeza daripada berat atau bilangan asal yang dinyatakan dalam jual beli.\n\n\nRiba An-Nasi-ah\n\n\nDikenakan faedah kerana kelewatan pembayaran. Katakanlah anda lambat bayar hutang, anda boleh dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi.\n\n\nTidak Terlibat dengan Gharar\n\n\nGharar adalah transaksi perniagaan yang mengandungi kesamaran dan tidak jelas bagi pihak-pihak yang terlibat. Dari segi istilah, Gharar bermaksud Al-Mukhtharah (pertaruhan) dan Al-Jahalah (ketidakjelasan). Ketidakpastian ini melanggar prinsip syariah yang sepatutnya telus, nyata dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.\n\n\nJusteru, Islam melihat bahawa gharar adalah sesuatu yang merugikan khususnya bagi pihak pembeli. Oleh sebab itu, pelabur patuh syariah haruslah memastikan kontrak perdagangan adalah jelas dan nyata sama ada dengan syarikat atau dengan broker. Sekiranya anda terlibat dengan gharar, anda terdedah kepada risiko, ketidakpastian dan penipuan.\n\n\nTidak Ada Perjudian atau Sebarang Aktiviti Tidak Beretika\n\n\nSecara asasnya, konsep judi bergantung kepada nasib semata-mata di mana satu pihak akan memperoleh keuntungan manakala satu pihak lagi akan mengalami kerugian. Di sisi Islam, perjudian adalah haram dan sebagai pelabur patuh syariah, anda harus memastikan syarikat yang anda labur tidak terlibat dalam aktiviti perjudian atau penggubalan wang haram (\nmoney laundering\n)\n\n\n\n\n4 Cara Kenal Pasti Saham Patuh Syariah di Bursa Saham Malaysia\n\n\nTerdapat dua pihak yang bertanggungjawab dalam proses tapisan dan proses kenal pasti saham patuh syariah iaitu Majlis Penasihat Syariah (MPS) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Proses saringan syariah ini dilakukan sebanyak dua kali pada setiap tahun. Anda mungkin tertanya-tanya, \u201cBagaimana proses penapisan ini dijalankan?\u201d.\n\n\nPihak SC akan mendapatkan dan mengumpul maklumat seperti laporan tahunan syarikat dan temu bual yang dijalankan ke atas sesuatu syarikat. Kemudian, MPS akan meniliti data maklumat yang dikumpul oleh SC untuk memastikan saham yang terlibat adalah patuh syariah atau sebaliknya. Anda boleh kenal pasti pelaburan saham syariah dengan cara-cara berikut:\n\n\n1. Semakan Secara Online\n\n\nAnda boleh membuat semakan secara online melalui akaun CDS, laman web Bursa Malaysia dan BURSAMKTPLC. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti:\n\n\ni. Daftar Akaun CDS Patuh Syariah\n\n\nAnda sebagai pelabur boleh membuka akaun dagangan patuh syariah. Anda boleh membeli saham patuh syariah yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia dan telah diluluskan oleh MPS. Jika anda menggunakan akaun CDS patuh syariah, anda secara automatiknya tidak boleh beli saham tidak patuh syariah.\n\n\nii. Pergi ke Laman Web Bursa Malaysia\n\n\nIkuti langkah-langkah di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPergi ke laman web Bursa Malaysia\n\n\nMasukkan nama syarikat yang anda mahu semak pada bahagian \u2018Get Quote\u2019\n\n\nKlik nama syarikat tersebut dan pergi ke \u2018Company Overview\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\niii. Buat Semakan di BursaMKTPLC\n\n\nAnda juga boleh layari laman web BursaMKTPLC dan membuat pendaftaran secara percuma. Tetapkan kepada tetapan Mod Syariah semasa menggunakan laman web ini. Semua stok yang dipaparkan adalah patuh syariah.\n\n\n2. Semak Aktiviti Perniagaan Syarikat\n\n\nHasil daripada operasi syarikat dan perniagaan yang tidak patuh syariah mesti memenuhi kriteria peratusan tertentu. Untuk pengetahuan anda, peratusan ini berbeza mengikut industri. Sekiranya pendapatan daripada aktiviti-aktiviti di atas ini melebihi tanda aras, maka ia akan menyebabkan sekuriti tersebut termasuk dalam kategori tidak patuh syariah.\u00a0 Berikut adalah dua contoh peratusan penanda aras:\n\n\ni. Penanda Aras (5%)\n\n\nPihak MPS akan memastikan sumbangan aktiviti tidak patuh syariah adalah kurang daripada lima peratus daripada jumlah pendapatan atau keuntungan kumpulan sebelum cukai syarikat. Aktiviti-aktiviti yang diselia oleh ahli panel PMS adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbankan konvensional\n\n\nInsurans konvensional\n\n\nPerjudian\n\n\nMinuman keras atau beralkohol\n\n\nMakanan dan minuman tidak halal\n\n\nHiburan tidak patuh syariah\n\n\nTembakau\n\n\nPendapatan daripada hasil faedah dan bunga\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nii. Penanda Aras (20%)\n\n\nKonsep penanda aras 20 peratus ini pula digunakan untuk menyelia aktiviti perniagaan yang disenaraikan dan peratus sumbangan aktiviti tidak patuh syariah haruslah kurang daripada 20 peratus daripada jumlah pendapatan kumpulan atau keuntungan kumpulan sebelum cukai syarikat. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang terlibat:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerdagangan saham\n\n\nPerniagaan melibatkan pembrokeran saham\n\n\nHasil sewa daripada aktiviti tidak patuh syariah\n\n\nAktiviti perniagaan lain yang tidak patuh syariah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Semak Tanda Aras Nisbah Kewangan Syarikat\n\n\nMPS telah menetapkan kadar riba tidak boleh melebihi kadar tertentu iaitu sebanyak 33 peratus daripada keuntungan syarikat dalam aktiviti-aktiviti berikut:\n\n\ni. Tunai ke Atas Jumah Aset\n\n\nPeratusan simpanan tunai di akaun bank dan instrumen konvensional mestilah kurang daripada 33 peratus. Disebabkan simpanan di \nperbankan Islam\n tidak ada unsur riba, simpanan di dalamnya dikecualikan dari pengiraan.\n\n\nii. Hutang ke Atas Jumlah Aset\n\n\nAhli panel MPS akan memastikan hutang yang berasaskan faedah kurang daripada 30 peratus. Manakala pembiayaan secara Islam ataupun Sukuk tidak diambil kira dalam pengiraan dan saringan ini.\n\n\n4. Membuat Semakan Status Patuh Syariah\n\n\nPihak MPS akan memastikan syarikat yang mematuhi syariah mempunyai imej dan persepsi umum masyarakat yang positif. Syarikat yang lulus kesemua syarat patuh syariah akan secara rasminya mendapat status patuh syariah.\n\n\n\n\nSenarai Saham Patuh Syariah 2022\n\n\nMengikut sumber daripada Suruhanjaya Sekuriti, sebanyak 79 peratus (751 daripada 953) saham di Bursa Malaysia adalah patuh syariah. Berikut adalah antara IPO yang baru disenaraikan sebagai patuh syariah sejak Disember 2021:\n\n\n\n\nAurelius Technologies Bhd\n\n\nSwift Haulage Bhd\n\n\nCoraza Integrated Technology Bhd\n\n\nSenheng New Retail Bhd\n\n\nSiab Holdings Bhd\n\n\nFarm Fresh Bhd\n\n\nCengild Medical Bhd\n\n\nMN Holdings Bhd\n\n\n\n\nAnda boleh memilih mana-mana syarikat yang patuh syariah yang telah disenaraikan oleh MPS dan SC. Untuk mendapatkan senarai penuh, anda boleh \nklik di sini\n.\n\n\nApabila hendak melabur saham, anda memerlukan ilmu pengetahuan yang secukupnya supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih baik untuk mendapat keuntungan. Pastikan anda membuat kaji selidik tentang latar belakang syarikat yang bakal anda laburkan duit anda, baca laporan kewangan syarikat, cara pengurusan syarikat, status kewangan syarikat, pengumuman korporat dan sebagainya.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin \nrenew\n \ninsurans motor online\n, \ninsurans kereta murah\n atau \ninsurans rumah\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian insurans terbaik daripada beberapa syarikat insurans di Malaysia mengikut keperluan dan bajet anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pelepasan-cukai/", "title": "Senarai Pelepasan Cukai 2022 untuk e-Filing 2023", "body": "\n\nMungkin tahun-tahun sebelum ini anda tidak pernah menuntut pelepasan cukai bila mahu bayar cukai. Dengan pelepasan cukai, anda boleh dapat pulangan kewangan yang maksimum untuk tahun ini. Jadi, bagaimana nak tuntut pelepasan cukai? Dalam artikel ini, Qoala akan memberikan senarai pelepasan cukai yang anda mungkin boleh \nclaim.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nCukai Pendapatan Individu 2022: Apa yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bayar Cukai Pendapatan?\ni. Maksud Pelepasan Cukai\nii. Pendapatan Berkanun Penggajian\niii.\u00a0Pendapatan Berkanun Faedah, Diskaun, Royalti, Premium, Pencen, Anuiti, Bayaran Berkala Lain dan Apa-apa Perolehan atau Keuntungan Lain\niv. Pendapatan Bukan Penggajian bagi Tahun Kebelakangan yang Belum Dilaporkan\nv. Jenis Pelepasan Cukai\nvi. Bilangan Penggajian LHDN\nvii. Tarikh Akhir e Filing 2023\nviii. Cara Tuntut Cukai Pendapatan atau Cara Isi e Filing\nClaim Cukai Pendapatan: Senarai Pelepasan Cukai 2022 untuk E-Filing 2023\n1. Pelepasan Cukai Individu\n2. Insurans Nyawa dan KWSP\n3. Insurans Pendidikan dan Perubatan\n4. Skim Persaraan Swasta (PRS)\n5. Yuran Pengajian\n6. Pengecualian Cukai SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional)\n7. Perbelanjaan Rawatan Perubatan dan Peralatan Berkaitan\n8. Pelepasan Cukai Gaya Hidup LHDN\n9. Perbelanjaan Pelancongan Domestik eFiling\n10. Pelepasan Cukai Anak\n11. Caruman dan Sumbangan Lain\nManfaatkan Pelepasan Cukai, Isi e-Filing LHDN melalui MyTAX 2023\n\n\nCukai Pendapatan Individu 2022: Apa yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bayar Cukai Pendapatan?\n\n\nCukai pendapatan ini merupakan cukai tahunan yang perlu dijelaskan untuk disumbangkan kepada negara. Siapa yang kena bayar cukai pendapatan? Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), individu yang mempunyai pendapatan tahunan melebihi RM34,000 (atau pendapatan bulanan kasar sebanyak RM2,833.33) selepas potongan \nKWSP\n) perlu membayar cukai tahunan.\n\n\nIndividu dengan pendapatan yang dikenakan cukai tetapi gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang. Oleh sebab itu, anda perlu menjalankan tanggungjawab anda dengan mengisytiharkan cukai pendapatan anda.\n\n\nSebelum anda ketahui lebih lanjut berkenaan senarai pelepasan cukai, penting untuk anda mengetahui perkara asas dan soalan-soalan lazim berkaitan cukai pendapatan ini.\n\n\ni. Maksud Pelepasan Cukai\n\n\nApa itu pelepasan cukai atau apa itu\n tax relief\n? Pelepasan cukai merujuk pada perbelanjaan yang dibenarkan oleh kerajaan untuk penolakan cukai bagi tahun taksiran berkenaan. Ini bermaksud, cukai pendapatan yang dikenakan dapat dikurangkan jika anda ada membuat perbelanjaan yang boleh dikecualikan cukai.\n\n\nPelepasan cukai bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan pembayar cukai. Anda boleh menikmati penjimatan yang besar jika perbelanjaan anda dirancang dengan betul.\n\n\nii. Pendapatan Berkanun Penggajian\n\n\nApa itu pendapatan berkanun penggajian? Pendapatan berkanun penggajian maksudnya jumlah wang yang diterima oleh individu kerana melakukan kerja di sesebuah syarikat atau organisasi. Ia termasuklah gaji, elaun, dan bonus:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGaji \u2013 Pendapatan yang diperoleh daripada pekerjaan tetap seperti upah, elaun dan bonus;\n\n\nElaun \u2013 Pendapatan tambahan yang diperoleh daripada kerja lebih masa atau kerja selain tugas asal;\n\n\nBonus \u2013 Pendapatan tambahan yang diperoleh daripada prestasi kerja yang baik;\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendapatan ini dianggap sah dan diakui oleh kerajaan, jadi cukai harus dibayar atas pendapatan ini. Maklumat berkaitan pendapatan berkanun penggajian boleh didapati daripada Bahagian B dalam \nborang EA\n anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGaji, bonus, yuran pengarah, komisen, elaun, perkuisit, ganjaran dan lain-lain (tunai atau sesuatu yang boleh ditukar kepada tunai);\n\n\nManfaat berupa barangan daripada majikan seperti kereta, telefon bimbit, pemandu, orang gaji dan lain-lain;\n\n\nNilai tempat kediaman yang disediakan oleh majikan;\n\n\nCaruman oleh majikan untuk pekerja ke tabung pencen atau kewangan yang tidak diluluskan;\n\n\nPampasan kerana kehilangan pekerjaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNota: Statutory income from employment \u2013 pendapatan berkanun penggajian in English.\n\n\niii.\u00a0Pendapatan Berkanun Faedah, Diskaun, Royalti, Premium, Pencen, Anuiti, Bayaran Berkala Lain dan Apa-apa Perolehan atau Keuntungan Lain\n\n\nSemasa mengisi e-Filing, anda perlu jumlahkan kesemua sumber kewangan dalam kategori ini (jika ada). Kemudian, masukkan jumlah pada ruangan yang disediakan. Sumber kewangan ini terdiri daripada:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nFaedah \u2013 Faedah atau bunga daripada wang yang disimpan atau dilaburkan dalam mana-mana institusi kecuali institusi yang disenaraikan;\n\n\nDiskaun \u2013 Pendapatan daripada urus niaga pendiskaunan yang melibatkan bil perbendaharaan, bil pertukaran atau nota janji hutang;\n\n\nRoyalti \u2013 Pendapatan yang diperoleh daripada penjualan hak cipta atau hak paten;\n\n\nPremium \u2013 Pendapatan \npremium seperti insurans\n;\n\n\nPencen \u2013 Cukai yang dikenakan kepada individu yang pencen awal (kurang daripada 55 tahun) atau menerima lebih daripada dua gaji pencen;\n\n\nAnuiti \u2013 Pendapatan daripada \nwasiat\n;\n\n\nBayaran Berkala \u2013 Bayaran lain yang diterima berulang kali pada masa-masa tertentu;\n\n\nKeuntungan Lain \u2013 Apa-apa bayaran yang diperoleh daripada kerja sampingan (\nfreelance\n) dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\niv. Pendapatan Bukan Penggajian bagi Tahun Kebelakangan yang Belum Dilaporkan\n\n\nJika anda ada apa-apa pendapatan (bukan gaji) untuk tahun-tahun sebelumnya yang belum dilaporkan, anda boleh letakkan maklumat berkaitan di bahagian ini.\n\n\nv. Jenis Pelepasan Cukai\n\n\nDi Malaysia, cukai pendapatan yang boleh \nclaim\n dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPelepasan cukai pendapatan individu\n\n\nPelepasan cukai gaya hidup, perubatan dan peralatan berkaitan;\n\n\nPelepasan cukai untuk anak;\n\n\nCaruman, sumbangan dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nButiran lengkap mengenai jenis pelepasan ini boleh dirujuk di bawah.\n\n\nvi. Bilangan Penggajian LHDN\n\n\nApa maksud bilangan pengajian e filing? Bilangan penggajian dalam e filing merujuk kepada berapa jumlah majikan yang menggaji anda pada tahun taksiran.\n\n\nSebagai contoh, dalam tahun 2022 anda bekerja dengan dua (2) buah syarikat, oleh itu bilangan penggajian anda adalah dua (2).\n\n\nvii. Tarikh Akhir e Filing 2023\n\n\nPenting untuk anda ambil tahu mengenai tarikh akhir ini bagi mengelakkan anda terlepas tarikh penting mengisi e-Filing ini. Untuk makluman, tarikh akhir isi e-Filing adalah sebelum 31 April 2023.\n\n\nviii. Cara Tuntut Cukai Pendapatan atau Cara Isi e Filing\n\n\nBagi anda yang mungkin baru pertama kali ingin \nclaim\n cukai pendapatan, anda mungkin tidak mengetahui bagaimana cara \nclaim income tax\n (atau cara memohon pelepasan cukai) dengan betul, bila tarikh akhir e filing 2023 dan sebagainya.\n\n\nAnda boleh ikuti langkah demi langkah cara \nclaim\n cukai pendapatan LHDN e filing yang disediakan dalam artikel \n7 Cara Isi e-Filing LHDN 2022 untuk Pembayar Cukai Kali Pertama\n ini. Semoga panduan lengkap yang disediakan ini membantu anda membuat tuntutan cukai pendapatan.\n\n\nClaim\n Cukai Pendapatan: Senarai Pelepasan Cukai 2022 untuk E-Filing 2023\n\n\nApa yang boleh \nclaim income tax \nLHDN? Pihak LHDN telah mengeluarkan senarai pelepasan cukai individu pemastautin bagi tahun taksiran 2022 untuk makluman semua pembayar cukai. Sila ambil perhatian bahawa anda boleh membuat tuntutan untuk perbelanjaan yang dibuat pada atau sebelum 31 Disember 2022 sahaja. Berikut adalah senarai pelepasan cukai 2023 yang boleh dituntut dalam semasa mengisi e-Filing:\n\n\n1. Pelepasan Cukai Individu\n\n\nBagi jenis potongan individu, anda layak mendapat pengecualian cukai untuk mana-mana kategori-kategori berikut sekiranya berkaitan:\n\n\n\n\nUntuk individu dan saudara tanggungan, pelepasan cukai sebanyak RM9,000;\n\n\nPengecualian cukai sebanyak RM6,000 untuk individu kurang upaya atau RM5,000 untuk suami atau isteri kurang upaya;\n\n\nDan bayaran alimoni kepada bekas isteri sebanyak RM4,000.\n\n\n\n\n2. Insurans Nyawa dan KWSP\n\n\nSemasa mengisi LHDN eFiling, anda boleh mempertimbangkan pelepasan cukai untuk insurans nyawa dan KWSP ini:\n\n\n\n\nPengecualian cukai untuk \ninsurans nyawa\n dan KWSP untuk individu penjawat awam berpencen sebanyak RM7,000;\n\n\nPremium insurans nyawa atau Takaful untuk individu selain penjawat awam sebanyak RM3,000 layak dapat pengecualian cukai semasa mengisi eFiling;\n\n\nCaruman KWSP dan skim yang diluluskan (selain penjawat awam) sebanyak RM4,000;\n\n\nPERKESO dan \nSistem Insurans Pekerjaan\n sebanyak RM350.\n\n\n\n\n3. Insurans Pendidikan dan Perubatan\n\n\nSekiranya anda mempunyai pelan \ninsurans pendidikan\n dan \ninsurans perubatan\n, anda boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM3,000 ke atas premium yang dibayar. Pelepasan cukai \ninsurans pendidikan dan perubatan\n ini tidak terhad kepada insurans individu sahaja, tetapi turut merangkumi insurans pendidikan dan perubatan pasangan dan anak.\n\n\n4. Skim Persaraan Swasta (PRS)\n\n\nSelain caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (\nKWSP\n), anda boleh merancang kewangan persaraan anda dengan \nSkim Persaraan Swasta (PRS)\n. PRS merupakan skim simpanan pelaburan jangka panjang untuk membantu anda mempunyai kewangan yang mencukupi selepas anda bersara nanti.\n\n\nPelaburan atau simpanan dalam mana-mana skim persaraan dan anuiti tertangguh melayakkan anda mendapat pelepasan cukai sehingga RM3,000 semasa pemfailan cukai.\n\n\n\n\n5. Yuran Pengajian\n\n\nBagi anda yang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dan membayar sendiri yuran pengajian tanpa apa-apa \npinjaman pendidikan\n, anda layak mendapat pelepasan cukai ini.\n\n\nAnda boleh menuntut pelepasan cukai yuran pengajian diri sendiri sehingga RM7,000. Pengecualian cukai ini termasuk kursus upskilling atau self-enhancement dalam apa-apa bidang kemahiran yang diiktiraf.\n\n\n6. Pengecualian Cukai SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional)\n\n\nSSPN\n ini merupakan pelan simpanan yang disokong kerajaan untuk menggalakkan ibu bapa melabur dalam pendidikan tinggi anak-anak. Jika anda mempunyai anak dan anda melabur dengan SSPN, anda boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM8,000 (tabungan bersih) setahun.\n\n\nSelain boleh nikmati pengecualian cukai, pelabur yang melabur dalam SSPN boleh menikmati \npulangan dividen\n yang kompetitif. Setakat ini, kadar dividen atau pulangan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini telah direkodkan pada kira-kira empat peratus.\n\n\n7. Perbelanjaan Rawatan Perubatan dan Peralatan Berkaitan\n\n\nAnda juga boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM8,000 untuk perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius individu, suami, isteri anak termasuk rawatan kesuburan untuk diri sendiri dan pasangan. Selain rawatan perubatan ini, anda juga boleh nikmati pelepasan cukai untuk perkara-perkara berikut:\n\n\n\n\nRawatan perubatan penuh, ujian pengesanan COVID-19, pemvaksinan dan \npemeriksaan kesihatan mental\n atau konsultasi sehingga RM1,000;\n\n\nPembelian peralatan penyusuan (pembayar cukai wanita sahaja) sehingga RM1,000;\n\n\nPengecualian cukai untuk rawatan perubatan keperluan khas dan penjagaan ibu bapa sebanyak RM8,000; dan\n\n\nPeralatan alat sokongan khas (individu/suami/isteri/anak/ibu bapa OKU sebanyak RM6,000.\n\n\n\n\n\n\n8. Pelepasan Cukai Gaya Hidup LHDN\n\n\nAnda dibenarkan menuntut pelepasan cukai gaya hidup sehingga RM5,000 di bawah kategori ini. Sebanyak RM2,500 pertama boleh dituntut untuk pembelian gaya hidup untuk pembelian bahan bacaan, pembelian komputer peribadi, telefon pintar, tablet, langganan internet, peralatan sukan dan bayaran keahlian gimnasium;\n\n\nSementara baki tambahan sebanyak RM2,500 lagi boleh dituntut untuk pembelian peranti gajet seperti komputer peribadi, telefon pintar dan tablet. Tambahan gaya hidup berkaitan aktiviti sukan (pembelian peralatan sukan, sewaan mana-mana fasiliti sukan, fi pendaftaran penyertaan pertandingan turut layak mendapat pengecualian cukai sebanyak RM500.\n\n\n9. Perbelanjaan Pelancongan Domestik eFiling\n\n\nPerbelanjaan melancong dalam negara turut tertakluk kepada \ntax relief. \nAnda boleh\n claim\n pelepasan cukai sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan perjalanan domestik jika anda menginap di mana-mana premis berdaftar.\n\n\nSelain itu, bayaran masuk ke pusat tarikan pelancongan dan pembelian pakej pelancongan domestik dengan ejen berdaftar turut termasuk.\n\n\n10. Pelepasan Cukai Anak\n\n\nBagi pembayar cukai yang sudah berkahwin dan memiliki anak, berikut senarai pengecualian cukai anak untuk panduan anda:\n\n\n\n\nBagi anak yang belum berkahwin berumur 18 tahun dan ke bawah, anda layak membuat tuntutan sebanyak RM2,000;\n\n\nAnak berumur 18 tahun dan ke atas (belum berkahwin, belajar sepenuh masa) pula, pengecualian cukai yang diperuntukkan adalah sebanyak RM2,000;\n\n\nAnak berumur 18 tahun dan ke atas yang belum berkahwin dan sedang belajar di IPT peringkat Diploma dan ke atas di Malaysia, pengecualian cukai sebanyak RM8,000;\n\n\nPelepasan cukai yuran taman asuhan kanak-kanak/Tadika berdaftar (berumur 6 tahun dan ke bawah sebanyak RM3,000;\n\n\nPelepasan cukai anak kurang upaya sebanyak RM6,000;\n\n\nTambahan\n tax relief\n bagi anak kurang upaya (belajar di IPT peringkat Diploma dan ke atas sebanyak RM8,000.\n\n\n\n\n\n\n11. Caruman dan Sumbangan Lain\n\n\nSelain itu, bayaran pemasangan, sewa dan pembelian pengecas \nkenderaan elektrik\n untuk kegunaan sendiri (termasuk sewa beli dan langganan) layak mendapat pengecualian cukai sebanyak RM2,500.\n\n\nManfaatkan Pelepasan Cukai, Isi e-Filing LHDN melalui MyTAX 2023\n\n\nProses untuk \ndeclare\n cukai pendapatan dan \nclaim\n cukai pendapatan boleh dilakukan dengan mudah melalui sistem e-Filing LHDN online. \nIsi e-Filing LHDN\n anda dengan merujuk \nborang EA\n dan senarai pelepasan cukai ini. Penting untuk anda manfaatkan pelepasan cukai bagi membolehkan anda mendapat bayaran balik lebihan cukai yang telah dibayar.\n\n\nSemak dan perhatikan senarai pelepasan cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2022 sebelum anda isi e-Filing cukai pendapatan. Duit lebihan yang diterima ini boleh dimasukkan ke dalam \ntabung simpanan kecemasan\n atau boleh digunakan untuk \npelaburan\n. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa senarai pelepasan cukai berubah-ubah dari tahun ke tahun.\n\n\nJadi, periksa dahulu sama ada perbelanjaan atau pembelian anda tertakluk pada pelepasan cukai sebelum membuat tuntutan. Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan\u00a0\ninsurans perubatan dan kesihatan\n bagi memaksimumkan pelepasan cukai anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n\u00a0di Malaysia.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pembaziran-makanan-bulan-puasa/", "title": "Teknik Elak Pembaziran di Bazar Ramadhan yang Berkesan", "body": "\n\nSetelah seharian seharian menahan lapar dan dahaga, sudah pastinya rambang mata ebaik tiba di bazar Ramadhan yang dimeriahi dengan pelbagai pilihan makanan dan juga minuman. Setiap satunya nampak sangat lazat dan keinginan untuk membeli banyak makanan membuak-buak. Kalau diikutkan nafsu, semuanya hendak dibeli. Jom ketahui beberapa teknik mudah untuk elak pembaziran di bazaar Ramadhan yang berkesan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nTips Elak Pembaziran di Bazaar Ramadhan\nBuat Senarai Makanan\nHadkan Duit Belanja\nSatu Jenis Kuih Sehari\nElakkan Beli Minuman\nBawa Bekas Makanan Sendiri\nPulang Dengan Kadar Segera\nRancang Juadah Berbuka\nKirimkan Pesanan\nPergi Bazaar Apabila Waktu Hampir Berbuka\nTanya Terlebih Dahulu\nKesimpulan\n\n\nTips Elak Pembaziran di Bazaar Ramadhan\n\n\nRamai yang terlupa dalam bulan yang penuh barakah ini bukan sahaja sekadar menahan lapar dan dahaga. Malah, anda juga mengawal diri daripada melakukan pembaziran. Menurut data yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa pepejal dan Pembersihan Awam, sebanyak 270,000 tan makanan telah dibazirkan sepanjang bulan Ramadhan pada setiap tahun.\n\n\nMemang amat mudah untuk membeli makanan mengikut nafsu semata-mata. Namun, bukankah membazir itu amalan syaitan? Apabila berpuasa, semua makanan nampak sedap. Ikuti tips di bawah untuk elakkan pembaziran duit dan makanan:\n\n\nBuat Senarai Makanan\n\n\nSebelum ke bazaar Ramadhan, senaraikan makanan dan minuman yang anda ingin beli di bazaar. Jika anda tidak membuat senarai, kebarangkalian untuk anda membazir duit adalah sangat tinggi. Ingat, pilih makanan dan minuman yang anda perlukan sahaja. Contohnya, tulis di atas sehelai kertas kecil atau lebih mudah di telefon bimbit dan pastikan anda kekal berdisiplin untuk mengikut senarai itu tanpa terbabas.\n\n\nHadkan Duit Belanja\n\n\nBila dah ada senarai makanan untuk dibeli di bazaar, langkah seterusnya adalah dengan membawa duit yang cukup-cukup sahaja mengikut anggaran harga yang telah anda kira mengikut senarai tadi. Elakkan bawa duit lebih. Ini kerana, jika anda bawa duit melebihi yang diperlukan daripada jumlah senarai makanan, kemungkinan besar anda akan membeli makanan yang lain semata-mata untuk menghabiskan duit yang ada pada tangan.\n\n\nSelain itu juga, buat anda yang tidak menulis senarai makanan dan minuman, anda boleh hadkan duit untuk anda berbelanja di bazaar. Sebagai contoh, bawa duit RM10 sahaja ke bazaar untuk anda berbelanja. Jadi dengan duit yang sedikit di tangan, anda akan lebih cenderung untuk berjimat kerana hanya membawa jumlah duit yang sedikit.\n\n\nSatu Jenis Kuih Sehari\n\n\nBazar Ramadhan boleh dikatakan pesta kuih muih. Sudah menjadi tradisi di sepanjang bulan Ramadhan untuk membeli kuih-muih sebagai manisan sewaktu berbuka puasa. Untuk anda yang ingin mengelakkan pembaziran daripada berlaku dan pada masa yang sama ingin merasa kesemua jenis kuih-muih tersebut, anda disarankan untuk membeli satu jenis kuih sehari. Dengan cara menukar jenis kuih ini, pembaziran dapat dielakkan dan anda juga boleh merasa pelbagai jenis kuih di sepanjang bulan Ramadhan ini.\n\n\nElakkan Beli Minuman\n\n\nJika berkunjung ke bazar Ramadhan, antara gerai yang sering menarik perhatian kita adalah gerai yang menjual pelbagai jenis air terutamanya air balang yang dimeriahkan dengan pelbagai warna dan perisa. Kita akan lebih mudah terpengaruh untuk membeli air kerana dahaga. Jika anda ingin berjimat, anda disarankan untuk bancuh sendiri air di rumah kerana dengan cara ini secara tidak langsung, dapat mengurangkan kos perbelanjaan.\n\n\nBawa Bekas Makanan Sendiri\n\n\nDengan membawa bekas makanan sendiri, anda secara tidak langsung sedang mengehadkan perbelanjaan anda mengikut bekas makanan yang anda bawa dari rumah. Kaedah ini bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran. Malah ia juga adalah satu inisiatif untuk mengurangkan penggunaan plastik pakai buang di bazaar Ramadhan.\n\n\nPulang Dengan Kadar Segera\n\n\nManusia kadang-kadang tewas dengan nafsu. Pantang nampak makanan yang sedap dan disusun rapi, nafsu boleh tergoda. Oleh itu, sebaik sahaja dah dapatkan makanan dan minuman yang anda senaraikan, segera pulang ke rumah bagi mengelakkan diri daripada membeli makanan yang tidak disenaraikan.\n\n\nRancang Juadah Berbuka\n\n\nBukan sahaja kita perlu rancang kehidupan atau perjalanan kita tetapi perancangan dalam bab makanan juga perlu. Bila anda rancang dan senaraikan menu untuk berbuka setiap hari, ia akan menjimatkan masa untuk berfikir malah, wang juga lebih terpelihara. Lebih mudah bila anda tahu apa yang anda mahu dan terus ke destinasi. Tak adalah kita membazir dengan membeli makanan yang tidak perlu.\n\n\nAnggarkan berapa bajet anda untuk sehari supaya anda tidak membeli dengan berlebihan. Bila anda ada bajet, anda akan lebih peka dan beringat. Jika anda pilih untuk masak sendiri di rumah, pastikan anda rancang menu yang ingin dimasak dan pastikan bahan-bahan di dapur lengkap. Lebih menjimatkan jika bahan tersebut boleh digunapakai untuk beberapa jenis menu lagi dan mampu bertahan untuk beberapa hari. Jadi anda tak perlulah ke kedai untuk membeli bahan-bahan masakan setiap hari.\n\n\nKirimkan Pesanan\n\n\nSebenarnya lebih elok jika anda kirimkan sahaja juadah berbuka puasa kepada rakan-rakan, jiran atau ahli keluarga yang ingin ke bazaar Ramadhan. Dengan cara ini, ia akan menahan diri daripada membeli dengan banyak. Namun, elakkan daripada mengirimkan pesanan yang banyak. Cukuplah jika anda kirimkan satu atauke dua menu sahaja. Itu pun sudah cukup sangat untuk berbuka puasa. Dengan cara ini juga, anda tidak akan tergoda dengan jenis juadah lain yang ada di baazar kerana tidak dapat lihat dan bau.\n\n\nPergi Bazaar Apabila Waktu Hampir Berbuka\n\n\nElakkan diri daripada pergi ke bazaar Ramadhan di awal waktu. Ia akan membuatkan anda untuk membuat pelbagai pilihan dengan masa yang banyak. Apabila anda pergi ke bazaar apabila waktu hampir berbuka, ia akan memaksa anda untuk membuat keputusan dan pilihan dengan cepat dan singkat.\n\n\nTanya Terlebih Dahulu\n\n\nJika anda tinggal bersama keluarga, pastikan anda tanya keluarga anda terlebih dahulu tentang juadah berbuka. Jika anda tidak bertanya terlebih dahulu, dikhuatiri anda membeli makanan yang sama dan berlakulah pembaziran. Sekiranya ahli keluarga anda menginginkan menu yang sama, tak perlu beli terlalu banyak. Untuk elakkan pembaziran, beli satu juadah sahaja dan berkongsi antara satu sama lain.\n\n\n\n\nKesimpulan\n\n\nBazaar Ramadhan boleh dikatakan sebagai sebuah pesta makanan yang dimeriahi dengan pelbagai jenis makanan dan minuman yang enak. Tidak dinafikan, nafsu boleh menjadi membuak-buak setelah tiba di bazaar Ramadhan. Namun, bulan Ramadhan juga memerlukan kita mengawal nafsu daripada melakukan pembaziran yang tidak sepatutnya.\n\n\nFirman Allah yang bermaksud, \u201cSesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.\u201d (Al-Isra: 27). Perkataan bazar sangat dekat dengan \u2018Bazarra\u2019, istilah Arab yang bermaksud membazir.\n\n\nRamadhan mengajar kita untuk mensyukuri nikmat yang diberikan tanpa melakukan sebarang pembaziran. Segalanya bermula dari diri sendiri untuk mengawal nafsu daripada membeli makanan yang terlalu banyak dan tidak perlu. Cuba lakukan perubahan dan latih diri untuk tidak membazir,\u00a0 bukan sahaja pada bulan puasa ini, malah pada setiap masa. Jika tidak bermula dari rumah, siapa lagi yang ingin mulakan?\n\n\nSampai di sini sahaja lah perkongsian \nQoala\n. Semoga bermanfaat!\n\n\nNak dapatkan \ninsurans kereta terbaik\n? Dapatkan di \nQoala\n, mudah dan cepat!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pembentangan-bajet/", "title": "Pembentangan Bajet 2023 Malaysia, Ini Perkara Penting Anda Perlu Tahu", "body": "\n\nMenteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat dengan tema \u201cKeluarga Malaysia, Makmur Bersama\u201d. Pembentangan Bajet 2023 memfokuskan usaha kerajaan dalam mengukuhkan usaha pemulihan ekonomi serta persediaan menjaga kepentingan rakyat dalam berdepan ketidakstabilan ekonomi, kemungkinan kemelesetan global tahun hadapan serta menangani impak Covid-19.\n\n\n7 Fokus Utama Bajet 2023: Ringkasan & Intipati Belanjawan 2023\n\n\nKerajaan memperuntukkan sebanyak RM372.3 bilion untuk Bajet 2023 berbanding peruntukan RM332.1 bilion dalam bajet tahun lepas dengan pendekatan 3R \u2013 responsif (\nresponsive\n), bertanggungjawab (\nresponsible\n) dan reformis (\nreformist\n). Bajet 2023 dirangka memberi tumpuan kepada empat agenda iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan peniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.\n\n\nBajet 2023 berdasarkan tiga bidang keutamaan \u2013 mengukuhkan momentum pemulihan ekonomi, mengukuhkan daya tahan ekonomi, dan melaksanakan pembaharuan menyeluruh dalam aspek ekonomi serta sosial bagi perniagaan, sektor keutamaan dan negara. Berikut merupakan antara fokus utama Bajet 2023 untuk rujukan anda:\n\n\n\n\nFokus 1: Kumpulan B40\n\n\nBajet 2023 akan memberi fokus kepada usaha melindungi kebajikan rakyat daripada golongan B40 seperti berikut:\n\n\n\n\nJabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan bulanan kepada golongan miskin seperti Bantuan Warga Emas, Bantuan Kanak-kanak serta Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar;\n\n\nNasib golongan susah diberi keutamaan dengan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion pada tahun 2023;\n\n\nPemberian subsidi bil elektrik sehingga RM40 diperluas mengikut Pendapatan Garis Pendapatan (PGK) Makanan iaitu isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah;\n\n\nBantuan Keluarga Malaysia: Bantuan \none-off\u00a0\nRM2,500 kepada isi rumah yang layak;\n\n\nBantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan \u2013 ibu atau bapa tunggal layak menerima bantuan maksimum RM3,000;\n\n\nRM1 bilion untuk Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia.\n\n\n\n\nFokus 2: Kumpulan M40\n\n\nBajet 2023 juga turut memberi keutamaan kepada golongan isi rumah kumpulan pertengahan. Kerajaan komited dalam usaha menambah pendapatan boleh guna yang boleh dimanfaatkan untuk golongan M40 seperti berikut:\n\n\n\n\nKadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi pendapatan bercukai antara RM50,000 hingga RM100,000;\n\n\nInisiatif e-Pemula M40 akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-Dompet sebanyak RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000.\n\n\n\n\nFokus 3: Wanita dan Kanak-kanak\n\n\nKerajaan juga komited dalam memberi penekanan kepada golongan wanita dan kanak-kanak. Berikut antara fokus utama yang perlu diberi perhatian:\n\n\n\n\nTribunal Antigangguan Seksual akan ditubuhkan pada 2023 untuk menoktahkan segala bentuk gangguan seksual \u2013 Tribunal Antigangguan Seksual akan ditubuhkan pada 2023;\n\n\nBagi menangani isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga, Pusat Sokongan Sosial Setempat akan diperkukuh;\n\n\nKerajaan akan memperbanyak ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan program saringan kanser serviks kepada kaum wanita dengan peruntukan RM11 juta;\n\n\nRM235 juta dana pembiayaan untuk meningkatkan lebih ramai kapasiti peniagaan dalam kalangan wanita dan menambah baik strategi pemasaran \u2013 Skim Semarak-Nita BSN, Tekunita TEKUN, DanaNITA MARA, dan Biz Lady Bank Rakyat.\n\n\nSuruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan program latihan khas untuk meningkatkan kemahiran wanita, memperkasa peranan wanita di peringkat kepimpinan korporat;\n\n\nMenggalakkan wanita kembali bekerja setelah \ncareer break\n \u2013 mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diterima mulai tahun taksiran 2023 hingga 2028;\n\n\nKerajaan bersetuju melanjutkan \npelepasan cukai\n sehingga sehingga tahun taksiran 2024 sebanyak RM3,000 ke atas bayaran yuran TASKA dan TADIKA berdaftar.\n\n\n\n\n\n\nFokus 4: Golongan Belia\n\n\nSelain itu, kerajaan turut memberi keutamaan kepada golongan belia. Antara manfaat yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nKerajaan akan menyediakan insentif penggajian di bawah PERKESO kepada majikan yang menggaji belia berumur 18 hingga 30 tahun yang menganggur lebih daripada tiga bulan;\n\n\nRM305 juta tersedia sebagai kemudahan pinjaman khusus untuk menggalakkan \ngolongan belia berniaga\n melalui SME Bank, TEKUN, MARA, BSN dan Agrobank;\n\n\nKerajaan bersetuju menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing di bawah program MyPSV dan menanggung bayaran \nujian memandu lesen motosikal\n kelas B2 khusus untuk golongan B40;\n\n\ne-Pemula akan diteruskan dengan menaikkan jumlah kredit kepada RM200.\n\n\n\n\nFokus 5: Perlindungan Sosial\n\n\nBerikut merupakan antara manfaat yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 bagi aspek perlindungan sosial:\n\n\n\n\nKerajaan akan mula mewajibkan caruman SKSPS kepada semua sektor pekerjaan sendiri terutamanya sektor berisiko tinggi secara berperingkat;\n\n\nHad caruman sukarela \nKWSP\n akan dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM100,000 setahun \u2013 untuk galakkan, Kerajaan meluaskan skop pelepasan cukai bagi premium\n insurans nyawa\n atau caruman takaful hayat untuk meliputi caruman sukarela kepada KWSP sehingga RM3,000;\n\n\nJumlah had pegangan \nAmanah Saham Bumiputera (ASB)\n dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000.\n\n\n\n\nFokus 6: Kos Sara Hidup\n\n\nBagi kos sara hidup, berikut antara aspek yang diberi perhatian:\n\n\n\n\nKerajaan memperuntukkan lebih RM55 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif.\n\n\n\n\nFokus 7: Pemilikan Rumah\n\n\nBajet 2023 juga turut memberi fokus kepada pemilikan rumah. Antara perkara yang boleh dimanfaatkan adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nUntuk menggalakkan \npemilikan rumah pertama\n, duti setem bagi rumah bernilai RM500,000 ke bawah dikecualikan sepenuhnya hingga akhir tahun 2025;\n\n\nPengecualian \nbayaran duti setem\n akan dinaikkan daripada 50 kepada 75 peratus sehingga 31 Disember 2023;\n\n\nPindah milik harta tanah\n atas dasar kasih sayang antara keluarga seperti daripada suami kepada isteri, bapa kepada anak atau datuk kepada cucu hanya dikenakan duti setem sebanyak RM10;\n\n\nPeruntukan bagi bina baharu dan baik pulih rumah di luar bandar akan ditingkatkan, kadar siling bantuan bina baharu rumah turut dinaikkan;\n\n\nProgram Perumahan Rakyat (PPR)\n disediakan dengan peruntukan RM367 juta ringgit, Program Rumah Mesra Rakyat pula melibatkan pembinaan 4,250 unit rumah dengan peruntukan RM358 juta;\n\n\nSyarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)\n menyediakan jaminan Kerajaan atas pinjaman perumahan terutamanya untuk membantu\n\npeminjam tanpa pendapatan tetap seperti pekerja e-hailing;\n\n\n\n\nSemoga perkongsian mengenai intipati Belanjawan 2023 atau Bajet 2023 ini boleh dijadikan panduan oleh rakyat Malaysia.\u00a0Selain itu, jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan \ninsurans kemalangan peribadi\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Bandingkan harga dan manfaat insurans kemalangan diri daripada beberapa syarikat insurans yang tersedia dan dapatkan perlindungan \ninsurans kemalangan diri terbaik\n dan komprehensif untuk perlindungan anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pengeluaran-kwsp-akaun-2/", "title": "Pengeluaran KWSP Akaun 2: Syarat Pengeluaran, Cara Keluarkan Duit KWSP", "body": "\n\nRamai dalam kalangan pembeli rumah pertama yang tidak tahu bahawa anda boleh membuat pengeluaran KWSP Akaun 2 untuk beli rumah sebelum usia 50 atau 55 tahun. Beli rumah sendiri sememangnya menjadi idaman semua orang. Namun apabila memikirkan \nkos beli rumah\n yang tinggi seperti kos pengurusan, bayaran \ndownpayment\n rumah, \nrenovate\n rumah\n dan sebagainya, kebanyakan orang berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Pengeluaran KWSP Akaun 2 untuk Beli Rumah 2022\n1. Kelayakan Permohonan Pengeluaran Akaun 2 untuk Beli Rumah\n2. Syarat Pengeluaran KWSP Akaun 2\n3. Jumlah Simpanan daripada Akaun 2 yang Layak Dikeluarkan\n4. Cara Keluarkan Duit KWSP Akaun 2 untuk Rumah di Kaunter KWSP\n5. Cara Pengeluaran KWSP Akaun 2 Online melalui i-Akaun\n\n\n5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Pengeluaran KWSP Akaun 2 untuk Beli Rumah 2022\n\n\nHarga rumah yang kian meningkat dari tahun ke tahun menyebabkan ramai pembeli mengambil keputusan untuk keluarkan wang simpanan \nKWSP\n bagi menampung sebahagian kos pembiayaan rumah.\n\n\nSecara asasnya, kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 2 membolehkan ahli membiayai \npembelian rumah pertama\n. Ia bagi membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah untuk berlindung apabila menghadapi usia \npersaraan\n nanti.\n\n\nArtikel ini akan membincangkan tentang kelayakan permohonan, syarat pengeluaran KWSP Akaun 2, amaun yang layak untuk dikeluarkan serta perkara-perkara lain berkaitan pengeluaran KWSP untuk rumah.\n\n\n1. Kelayakan Permohonan Pengeluaran Akaun 2 untuk Beli Rumah\n\n\nKWSP membenarkan pengeluaran Akaun 2 bagi tujuan pembelian rumah. Sekiranya anda ingin beli rumah baharu dan ingin lakukan pengeluaran Akaun 2, berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak KWSP untuk tujuan ini:\n\n\n\n\nAhli KWSP bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara;\n\n\nAhli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan;\n\n\nAhli masih mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM500).\n\n\n\n\n2. Syarat Pengeluaran KWSP Akaun 2\n\n\nBerikut merupakan syarat keluarkan KWSP yang ditetapkan bagi membolehkan ahli membuat pengeluaran untuk \nbeli rumah\n:\n\n\n\n\nAhli bina atau beli rumah kediaman (jenis banglo, teres, berkembar, apartment, kondominium, \nstudio apartment\n, \nservice apartment\n, \ntownhouse\n atau SOHO, atau rumah kedai dengan unit kediaman);\n\n\nSurat Perjanjian Jual Beli adalah tidak melebihi tiga tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP;\n\n\nTidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU telah membuat pengeluaran untuk \nbeli rumah pertama\n dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua;\n\n\nAhli ingin membeli rumah yang telah diperoleh secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP;\n\n\nAhli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan);\n\n\nAhli mengambil \npinjaman perumahan\n daripada institusi yang dibenarkan bagi tujuan bina atau beli rumah dengan mana-mana institusi kewangan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\nInstitusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013;\n\n\nKerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan;\n\n\nMajikan ahli;\n\n\nKoperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia);\n\n\nSyarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia;\n\n\nPemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU\n\n\nSecara tunai.\n\n\n\n\nSecara asasnya, ahli tidak layak memohon atau tidak melepasi syarat pengeluaran Akaun 2 KWSP sekiranya:\n\n\n\n\nMembeli tanah atau lot tapak rumah sahaja;\n\n\nMengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada;\n\n\nPemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli;\n\n\nMengambil pinjaman berbentuk Overdraf;\n\n\nMembeli rumah ketiga;\n\n\nMembeli rumah di luar negara.\n\n\n\n\n3. Jumlah Simpanan daripada Akaun 2 yang Layak Dikeluarkan\n\n\nAnda mungkin tertanya-tanya sama ada anda layak untuk mengeluarkan semua atau sebahagian daripada amaun simpanan KWSP anda? Jadual di bawah mungkin boleh membantu anda mengetahui amaun Akaun 2 yang layak dikeluarkan untuk proses pembelian rumah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembelian Rumah Individu\n\n\n\n\n\n\nPerbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan \n10 peratus daripada harga rumah \u2013 (Harga SPA \u2013 Amaun Pinjaman) + (10% daripada Harga SPA); ATAU \n\n\nSemua simpanan Akaun 2.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembelian Bersama Ahli Keluarga atau Individu Lain\n\n\n\n\n\n\nPerbezaan di antara harga rumah dengan jumlah \npinjaman perumahan\n dan tambahan 10 peratus daripada harga rumah \u2013 (Harga SPA \u2013 Amaun Pinjaman) + (10% daripada Harga SPA); ATAU\n\n\nSemua simpanan Akaun 2 pembeli berkaitan, tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPinjaman Perumahan 100 Peratus\n\n\n\n\n\n\n10 peratus daripada harga rumah; ATAU\n\n\nSemua simpanan Akaun 2.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembelian\u00a0 Rumah Secara Tunai/Tanpa Pinjaman\n\n\n\n\n\n\nHarga rumah dengan tambahan 10 peratus daripada harga rumah; ATAU\n\n\nSemua simpanan Akaun 2\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Cara Keluarkan Duit KWSP Akaun 2 untuk Rumah di Kaunter KWSP\n\n\nUntuk permohonan pengeluaran KWSP Akaun 2, ahli perlu hadir ke pejabat KWSP berhampiran bagi urusan pengecaman cap jari dan tujuan pengesahan permohonan KWSP pengeluaran rumah ini dibuat oleh pemilik akaun sendiri.\n\n\nDokumen Pengeluaran KWSP untuk Rumah\n\n\nBagi memudahkan urusan pengeluaran, anda perlu menyediakan dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran KWSP Akaun 2. Meskipun begitu, pihak KWSP juga berhak meminta ahli mengemukakan apa-apa dokumen tambahan untuk pengeluaran KWSP dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat pengeluaran KWSP untuk rumah yang ditetapkan:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBorang Pengeluaran KWSP Akaun 2 untuk rumah atau Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5);\n\n\nSalinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang Mykad);\n\n\nMaklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank atau salinan akaun semasa membuat permohonan);\n\n\nSurat Perjanjian Jual Beli Rumah;\n\n\nBorang KWSP 3 (pindaan) \u2013 jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter/permohonan melalui pos;\n\n\nBukti Hubungan (sekiranya melibatkan pembelian bersama dengan pasangan, ahli keluarga, ibu bapa atau adik-beradik).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Cara Pengeluaran KWSP Akaun 2 Online melalui i-Akaun\n\n\nSelain itu, selari dengan era digitalisasi, urusan pengeluaran duit KWSP juga boleh dilakukan secara \nonline\n melalui i-Akaun KWSP. Jika anda belum berdaftar, anda boleh ikuti cara keluar duit KWSP seperti berikut:\n\n\nCara Daftar i-Akaun KWSP\n\n\nBerikut panduan pendaftaran i-Akaun KWSP untuk panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDaftar i-Akaun di mana-mana kiosk atau kaunter KWSP yang berdekatan \u2013 anda akan menerima ID pengguna dan kata laluan sementara;\n\n\nKemudian, layari \nlaman web KWSP\n dalam tempoh 30 hari daripada tarikh anda menerima ID pengguna dan kata laluan sementara;\n\n\nKlik butang \nLog Masuk\n di bahagian atas kanan, dan pilih \nAhli\n.\n\n\nMasukkan ID pengguna sementara yang diterima, kemudian tekan butang\n Teruskan\n;\n\n\nMasukkan kata laluan yang diterima semasa pendaftaran dan tekan butang \nLog Masuk\n;\n\n\nTerma & Syarat akan dipaparkan, pilih \nSetuju\n dan kemudian tekan \nTeruskan\n;\n\n\nAnda akan dibawa ke halaman Pengaktifan i-Akaun. Anda perlu menukar kata laluan sendiri dan pilih gambar dan ungkapan rahsia bagi tujuan keselamatan.\n\n\nSelesai.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Keluarkan Duit KWSP Akaun 2 Online\n\n\nSetelah selesai pendaftaran, ahli boleh ikuti langkah ini untuk keluarkan duit KWSP bagi tujuan pembelian rumah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLog Masuk\n, kemudian pergi ke halaman \nWithdrawal\n/Pengeluaran\n;\n\n\nTekan butang \nNew Application\n atau \nPermohonan Baharu\n untuk memulakan proses permohonan.\n\n\nTempoh pengeluaran KWSP Akaun 2: Bayaran akan dikeluarkan dan dibayar kepada pemohon dalam tempoh 15 hari selepas permohonan dibuat dengan syarat dokumen yang lengkap dikemukakan.\n\n\nSemakan permohonan boleh dibuat dengan melihat kepada transaksi dalam i-Akaun KWSP ahli.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemoga perkongsian ini boleh membantu anda sekiranya anda ingin lakukan pengeluaran simpanan daripada Akaun 2 KWSP untuk beli rumah baharu anda tidak kira sama ada \nbeli rumah \nsubsale\n atau beli rumah baharu. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans rumah terbaik\n dan komprehensif untuk anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform\n insurans di Malaysia\n yang menyediakan pelbagai jenis insurans dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pengeluaran-kwsp/", "title": "17 Pengeluaran KWSP yang Boleh Anda Pertimbangkan", "body": "\n\nRamai dalam kalangan pencarum KWSP beranggapan pengeluaran KWSP hanya boleh dibuat untuk \nbeli rumah\n sahaja. Namun sebenarnya, banyak lagi pengeluaran KWSP yang boleh anda manfaatkan antaranya untuk tujuan pendidikan, kesihatan dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nRancang Persaraan Anda: Pengeluaran KWSP yang Dibenarkan untuk Keselesaan Masa Depan\nPengeluaran Sebahagian Simpanan KWSP\nPengeluaran Penuh Simpanan KWSP\nSimpanan untuk Masa Depan, Buat Permohonan Pengeluaran Melalui i-Akaun KWSP\n\n\nRancang Persaraan Anda: Pengeluaran KWSP yang Dibenarkan untuk Keselesaan Masa Depan\n\n\nKWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian daripada simpanan bagi membolehkan ahli membuat persediaan menghadapi persaraan yang lebih selesa. Ia terbahagi kepada dua kategori pengeluaran yang dibenarkan iaitu pengeluaran sebahagian atau pengeluaran penuh \nsimpanan KWSP\n.\n\n\nPengeluaran Sebahagian Simpanan KWSP\n\n\nPengeluaran ini dibenarkan untuk pencarum yang berumur 55 tahun ke bawah. Berikut antara pengeluaran daripada Akaun 2 yang dibenarkan.\n\n\n1. Pengeluaran Umur 50\n\n\nApabila mencapai umur 50 tahun, anda boleh membuat pengeluaran KWSP sama ada sebahagian atau kesemua simpanan daripada Akaun 2. Wang yang dikeluarkan ini boleh digunakan sebagai \npersediaan untuk persaraan\n anda.\n\n\n2. Pendidikan\n\n\nAnda juga boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membiayai \npendidikan tinggi\n anda, pasangan (suami atau isteri), anak-anak dan/ atau ibu bapa.\n\n\nNamun begitu, ia tertakluk pada institusi pendidikan dalam dan luar negara yang diluluskan sahaja. Anda boleh keluarkan kesemua simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah) untuk membiayai kos:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJumlah yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian; atau\n\n\nJumlah baki pinjaman pendidikan;\n\n\nYuran hostel dan penginapan;\n\n\nPenerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Haji\n\n\nAhli yang beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat Haji boleh mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk perbelanjaan. Ia bagi menampung simpanan di \nLembaga Tabung Haji\n yang tidak mencukupi.\n\n\n4. Mengurangkan atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan\n\n\nAnda juga boleh membuat pengeluaran KWSP daripada Akaun 2 bagi mengurangkan atau menyelesaikan \nbaki pinjaman perumahan\n anda atau pasangan.\n\n\n5. Beli Rumah\n\n\nKWSP juga turut membenarkan pengeluaran Akaun 2 untuk membiayai pembelian rumah. Keputusan ini bagi membolehkan ahli membeli hartanah bagi merealisasikan persaraan yang lebih selesa.\n\n\nUntuk ketahui lebih lanjut anda boleh ikuti artikel \npengeluaran Akaun 2 untuk beli rumah\n ini.\n\n\n6. Bina Rumah\n\n\nJika anda ingin membina sendiri rumah impian anda, KWSP juga membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah.\n\n\n7. Perumahan PR1MA\n\n\nPengeluaran KWSP ini hanya untuk pembiayaan rumah PR1MA dan bayaran akan dikreditkan secara terus ke institusi kewangan.\n\n\n8. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan\n\n\nBagi membantu meringankan beban pemilik rumah, KWSP turut membenarkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan. Ia bagi membantu pemilik rumah yang berdepan \nmasalah kewangan\n membayar ansuran bulanan.\n\n\nAnsuran bulanan pinjaman perumahan ini akan dibayar sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan atau sehingga masalah kewangan selesai.\n\n\n9. Perumahan Fleksibel\n\n\nAnda boleh menggunakan simpanan KWSP untuk mendapat \nkelayakan pinjaman perumahan\n yang lebih tinggi daripada institusi kewangan. Sebahagian daripada simpanan dalam Akaun 2 akan diketepikan untuk Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.\n\n\nSemasa penilaian kelayakan pinjaman dibuat, institusi kewangan akan mengira caruman bulanan KWSP anda sebagai sebahagian daripada pendapatan.\n\n\n\n\n10. Kesihatan\n\n\nKos penjagaan kesihatan\n boleh dikatakan agak mahal dan boleh menelan belanja yang tinggi. KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2.\n\n\nPengeluaran KWSP ini boleh digunakan bagi membiayai \nkos perubatan penyakit kritikal\n dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan termasuk rawatan kesuburan.\n\n\n11. Simpanan Melebihi RM1 Juta\n\n\nJika anda mempunyai simpanan melebihi RM1 juta, anda diberi kelonggaran untuk membuat pengeluaran dan menguruskan sendiri lebihan simpanan. Dengan cara ini, anda boleh memilih dan mempelbagaikan \nportfolio pelaburan\n mengikut penilaian risiko anda sendiri.\n\n\nPengeluaran Penuh Simpanan KWSP\n\n\nPengeluaran penuh simpanan KWSP pula dibenarkan untuk pencarum yang telah mencapai umur persaraan iaitu 55 tahun ke atas. Anda mempunyai pilihan untuk menguruskan \nwang persaraan\n anda sama ada dengan membuat pengeluaran penuh atau pengeluaran fleksibel. Berikut antara pengeluaran KWSP yang dibenarkan.\n\n\n12. Umur 55 Tahun\n\n\nApabila mencapai umur 55 tahun, caruman dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.\n\n\nSekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.\n\n\n13. Umur 60 Tahun\n\n\nPengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun. Ia bagi memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun.\n\n\nPada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran.\n\n\nAnda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda.\n\n\n14. Pekerja Berpencen atau Persaraan Pilihan\n\n\nPekerja sektor awam boleh membuat pengeluaran KWSP sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen.\n\n\n15. Hilang Upaya\n\n\nPengeluaran semua simpanan KWSP juga boleh dilakukan sekiranya anda hilang keupayaan fizikal atau mental sehingga menghalang anda untuk bekerja. Bagi ahli yang layak, anda akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban anda.\n\n\n16. Meninggalkan Negara\n\n\nAhli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain atau ekspatriat, penduduk tetap (PR) atau pekerja asing yang kembali ke negara asal boleh mengeluarkan kesemua simpanan KWSP.\n\n\n17. Kematian\n\n\nSekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda boleh digunakan untuk membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.\n\n\nSekiranya anda masih belum membuat penamaan, anda digalakkan untuk berbuat sedemikian. Ia bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.\n\n\nAhli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.\n\n\nSekiranya anda mempunyai persoalan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran sebahagian atau pengeluaran penuh KWSP, anda boleh layari \nlaman web KWSP\n.\n\n\n\n\nSimpanan untuk Masa Depan, Buat Permohonan Pengeluaran Melalui i-Akaun KWSP\n\n\nPermohonan pengeluaran KWSP boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang melalui kaunter atau kiosk. Anda juga boleh memohon untuk membuat pengeluaran secara online melalui i-Akaun KWSP. Untuk maklumat lanjut berkaitan proses pengeluaran KWSP dan dokumen yang diperlukan, anda boleh layari laman web KWSP.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan \ninsurans perubatan dan kesihatan\n untuk perlindungan tambahan masa depan anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n di Malaysia dengan jaminan \nproses beli insurans\n yang mudah, selamat dan cepat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pengurusan-kewangan-peribadi/", "title": "7 Strategi Pengurusan Kewangan Peribadi Berkesan", "body": "\n\nRata-rata rakyat Malaysia kini sedar akan kepentingan pengurusan kewangan peribadi dengan tumpuan kepada \nsimpanan persaraan\n, \nmelangsaikan hutang\n dan lain-lain lagi. Namun begitu, aspek perancangan kewangan peribadi ini tidaklah semudah yang disangkakan. Jika tersilap langkah atau tanpa perancangan dan disiplin, ia akan memberi kesan kepada kewangan individu.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKenapa Pengurusan Kewangan Peribadi Penting Khususnya kepada Anak Muda?\nMembantu Mencapai Matlamat Kewangan\nMemberikan Ketenangan Fikiran\nMembantu Menguruskan Kewangan dengan Bijak\nCapai Matlamat Kewangan Ditetapkan, Ikuti Strategi Pengurusan Kewangan Peribadi Ini\n1. Rancang Matlamat Kewangan\n2. Kurangkan Perbelanjaan Tidak Perlu\n3. Utamakan Objektif Jangka Pendek\n4. Mula Melabur\n5. Belajar Mengurus Hutang dengan Berkesan\n6. Pantau Skor Kredit Anda\n7. Ambil Pelan Insurans\nBeli dan Renew Insurans di Qoala untuk Jaminan Perlindungan Masa Depan\n\n\nKenapa Pengurusan Kewangan Peribadi Penting Khususnya kepada Anak Muda?\n\n\nPengurusan kewangan peribadi secara asasnya melibatkan pembentukan strategi menyeluruh untuk menguruskan dan mencapai matlamat kewangan anda. Melalui perancangan kewangan, anda dapat menganalisis situasi kewangan semasa dan mengenal pasti matlamat anda.\n\n\nAspek perancangan kewangan bukanlah topik menarik untuk dibincangkan. Namun begitu, pengurusan kewangan peribadi perlu dititikberatkan setiap individu khususnya golongan muda. Artikel ini akan membantu anda memahami kepentingan pengurusan kewangan peribadi dan strategi yang boleh anda praktikkan untuk mencapai matlamat kewangan anda.\n\n\n\n\nMembantu Mencapai Matlamat Kewangan\n\n\nPengurusan kewangan peribadi membolehkan anda menetapkan objektif kewangan dan membangunkan strategi untuk mencapainya. Setiap individu mempunyai impian yang berbeza seperti \nmembeli rumah\n, berkahwin atau membeli kereta.\n\n\nWalau apa pun matlamat anda, perancangan kewangan yang baik dapat membantu anda mencapainya dengan lebih mudah. Bagi membantu anda kekal fokus, bahagikan matlamat besar kepada beberapa matlamat yang lebih kecil.\n\n\nMemberikan Ketenangan Fikiran\n\n\nKita tidak boleh menjangkakan apa yang akan terjadi pada masa depan \u2013 pengurusan kewangan peribadi membolehkan anda berdepan situasi luar jangka dengan ketenangan fikiran.\u00a0\nSimpanan kecemasan\n dan \nperlindungan insurans\n yang dimiliki membolehkan anda bersedia dengan apa sahaja kemungkinan yang akan terjadi pada masa depan.\n\n\nPengurusan kewangan peribadi yang baik membolehkan anda memberi tumpuan kepada apa yang benar-benar penting dalam hidup seperti meluangkan masa berkualiti dengan yang tersayang.\n\n\nMembantu Menguruskan Kewangan dengan Bijak\n\n\nKegagalan untuk merancang pengurusan kewangan peribadi dengan baik boleh mengakibatkan perbelanjaan yang berlebihan dan ketidakstabilan kewangan. Oleh sebab itu, penting untuk anda tahu cara menguruskan \npendapatan bulanan\n dan mengurangkan komitmen bulanan anda.\n\n\nSediakan strategi pengurusan kewangan dan hutang anda \u2013 cara ini dapat membantu anda hidup mengikut kemampuan dan mengurangkan perbelanjaan tidak perlu.\n\n\nCapai Matlamat Kewangan Ditetapkan, Ikuti Strategi Pengurusan Kewangan Peribadi Ini\n\n\nStrategi pengurusan kewangan peribadi yang tepat boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan dengan lebih efisien. Bagi membantu anda, berikut tujuh strategi perancangan kewangan terbaik yang boleh anda ikuti:\n\n\n1. Rancang Matlamat Kewangan\n\n\nAnda perlu mempunyai matlamat kewangan yang jelas. Ia dapat membantu anda kekal optimis dan mencapai hasil yang diingini. Ketika membuat perancangan, penting untuk anda mempertimbangkan empat elemen utama ini:\n\n\n\n\nMenentukan objektif secara spesifik;\n\n\nMengukur kemajuan anda ke arah matlamat;\n\n\nMenetapkan jangka masa yang realistik;\n\n\nMengenal pasti langkah-langkah khusus yang diperlukan untuk mencapai objektif anda.\n\n\n\n\nDengan menggabungkan elemen-elemen ini dalam matlamat kewangan anda, ia dapat meningkatkan peluang anda untuk mencapai kestabilan kewangan yang lebih besar.\n\n\n2. Kurangkan Perbelanjaan Tidak Perlu\n\n\nUntuk memperbaiki aliran kewangan anda, mulakan dengan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu seperti minuman kopi mahal atau makan di restoran mewah. Memotong perbelanjaan yang tidak perlu dapat memberi perbezaan yang besar dalam hidup anda. Bayangkan jumlah wang yang anda boleh jimat dengan tidak membeli kopi mahal setiap hari.\n\n\nHidup mengikut kemampuan dapat membantu anda membina perisai kewangan. Dengan ketidaktentuan ekonomi dan ramai berdepan situasi kehilangan pekerjaan, anda tidak perlu bergantung pada dana kecemasan semata-mata sekiranya berdepan situasi tidak terduga ini.\n\n\n\n\n3. Utamakan Objektif Jangka Pendek\n\n\nAnda biasanya akan menetapkan objektif kewangan jangka pendek dan jangka panjang semasa membuat perancangan kewangan. Bagi membolehkan anda mencapai momentum yang diperlukan, beri tumpuan kepada objektif jangka pendek terlebih dahulu. Fokus sebegini membolehkan anda mencapai objektif kewangan jangka panjang dengan lebih cepat.\n\n\nSebagai contoh, objektif kewangan jangka pendek anda ialah melunaskan \npinjaman PTPTN\n anda. Dengan melunaskan \npinjaman pelajaran\n lebih awal, ia dapat menambah baik aliran tunai anda dan anda akan mempunyai lebihan duit. Lebihan duit ini boleh diperuntukkan sepenuhnya kepada keutamaan lain seperti menyimpan untuk persaraan atau membina dana kecemasan.\n\n\n4. Mula Melabur\n\n\nAnda mungkin beranggapan bahawa cara terbaik untuk mengurus kewangan anda adalah dengan mempunyai lebih banyak \nsimpanan\n. Tidak dinafikan simpanan dapat membantu anda membina jaringan keselamatan kewangan. Bergantung harap pada simpanan sahaja mungkin tidak mencukupi lebih-lebih lagi dalam mendepani inflasi. Ini kerana, nilai wang anda boleh berkurangan dari masa ke masa.\n\n\nAntara alternatif yang boleh anda pertimbangkan untuk\u00a0meningkatkan kekayaan anda dari semasa ke semasa adalah dengan melabur. Pelaburan membolehkan anda mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada simpanan. Lebih-lebih lagi jika anda melabur untuk jangka masa panjang dan mempunyai \nportfolio pelaburan\n yang pelbagai.\n\n\nDi Malaysia, anda mempunyai pilihan untuk melabur dalam \npelaburan berisiko rendah\n seperti ASB dan Tabung Haji. Anda juga boleh pertimbangkan pelaburan berisiko tinggi seperti \npasaran saham\n. Anda bebas memilih portfolio pelaburan anda berdasarkan \ntoleransi risiko pelaburan\n dan matlamat pelaburan.\n\n\nApa yang penting, lakukan penyelidikan dengan teliti dan dapatkan nasihat profesional sebelum membuat keputusan pelaburan.\n\n\n5. Belajar Mengurus Hutang dengan Berkesan\n\n\nDalam menguruskan kewangan peribadi, penting untuk anda membezakan antara hutang baik dan hutang jahat. Hutang baik adalah seperti \npinjaman rumah\n dengan kadar faedah rendah dan manfaat cukai. Hutang jahat pula adalah seperti \nhutang kad kredit\n dengan kadar faedah yang tinggi yang boleh membebankan anda.\n\n\nApabila seseorang individu memasuki fasa hidup yang baru, hutang atau \nkomitmen bulanan\n anda secara tidak langsung akan bertambah. Jika boleh, elakkan daripada menambah hutang baharu, dan beri keutamaan untuk menjelaskan hutang dengan kadar faedah yang tinggi terlebih dahulu.\n\n\nJika perlu, minta nasihat daripada perancang kewangan untuk membantu anda merancang perbelanjaan dan hutang dengan lebih baik.\n\n\n6. Pantau Skor Kredit Anda\n\n\nApabila anda ingin \nmembeli kereta\n atau rumah baharu, anda biasanya perlu membuat pinjaman dengan bank. Memiliki skor kredit yang baik dapat meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan \npinjaman kereta\n, \npinjaman rumah\n atau kad kredit dengan kadar faedah yang lebih rendah.\n\n\nPeriksa \nlaporan CCRIS\n atau \nlaporan CTOS\n anda secara berkala untuk memastikan anda mempunyai skor kredit yang baik. Skor kredit yang lebih tinggi dapat meningkatkan kedudukan kewangan dan membolehkan anda memilih pinjaman lebih baik dengan kadar faedah lebih rendah.\n\n\nSelain itu, ia juga menjurus kepada pengurusan aliran tunai yang lebih baik dan mengelakkan belanja faedah yang berlebihan.\n\n\n7. Ambil Pelan Insurans\n\n\nPerlindungan insurans\n merupakan komponen penting dalam pengurusan kewangan peribadi sebagai perlindungan masa depan. Ada sesetengah orang beranggapan bayaran \npremium insurans\n setiap bulan suatu pembaziran atau perbelanjaan yang tidak perlu. Tetapi sebenarnya, insurans memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan.\n\n\nInsurans secara asasnya menawarkan perlindungan kepada anda dan orang yang anda sayangi daripada sebarang risiko kerugian kewangan yang tidak terduga. Ini termasuklah \nkos rawatan perubatan\n, kerosakan harta benda atau kehilangan pendapatan yang disebabkan oleh kecacatan atau kematian.\n\n\n\n\nBeli dan \nRenew\n Insurans di Qoala untuk Jaminan Perlindungan Masa Depan\n\n\nMemiliki perlindungan insurans yang tepat adalah penting dalam memberikan ketenangan dan perlindungan masa depan. Sebagai contoh, \ninsurans kereta\n dan \ninsurans motosikal\n boleh melindungi anda daripada kerosakan dan kerugian akibat kemalangan. \nInsurans perubatan dan insurans penyakit kritikal\n dapat membantu menampung kos perubatan sekiranya diuji dengan penyakit atau kecederaan.\n\n\nInsurans kemalangan peribadi\n pula boleh memberikan sokongan kewangan dalam situasi kecacatan kekal atau kematian akibat kemalangan. Tanpa perlindungan insurans yang komprehensif, anda mungkin perlu menggunakan \nwang simpanan\n atau wang persaraan anda jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.\n\n\nKunci kepada pengurusan kewangan peribadi yang berjaya bergantung pada matlamat kewangan dan situasi semasa anda. Selain itu, jika anda mencari \nplatform insurans yang menawarkan pelan perlindungan yang komprehensif\n di Malaysia, layari laman web Qoala untuk maklumat lanjut.\n\n\nQoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans\n yang menawarkan pelbagai polisi perlindungan insurans pada harga mampu milik di Malaysia. Bandingkan harga dan manfaat daripada beberapa \nsyarikat insurans terbaik\n\u00a0di Malaysia dengan proses yang mudah, cepat dan selamat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/penipuan-scammer/", "title": "7 Jenis Penipuan Scammer & Apa Perlu Buat Jika Terkena?", "body": "\n\nBayangkan \nsimpanan\n yang anda ada sekarang ini lesap dalam sekelip mata disebabkan satu panggilan telefon sahaja. Bunyi macam pelik tapi inilah realiti yang terjadi pada mangsa-mangsa kes penipuan \nscammer\n. Dalam artikel ini, Qoala akan berkongsikan 7 jenis penipuan \nscam\n seperti Macau \nScam\n, Skim Cepat Kaya, \nScam\n Pelaburan dan banyak lagi yang sering digunakan oleh golongan \nscammer \ndi Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nCara Mengelakkan Diri Daripada Menjadi Mangsa Penipuan Scammer\n1. Macau Scam\u00a0\n2. Scam KWSP\u00a0\u00a0\n3. Scam Cinta (Love Scam)\n4. Scam Pinjaman Peribadi\n5. Scam Pelaburan\n6. Scam Skim Cepat Kaya\n7. Scam Parcel\nApa Perlu Buat Jika Kena Tipu dengan Scammer?\n\n\nCara Mengelakkan Diri Daripada Menjadi Mangsa Penipuan \nScammer\n\n\nAnda pernah tak baca artikel berita tentang mangsa-mangsa penipuan \nscammer\n dan terfikir \u201cmacam mana lah boleh senang-senang je kena tipu\u201d? Haa cakap senang tapi percayalah kalau anda berada dalam situasi yang sama tanpa menyedari taktik-taktik scammer ini, anda juga berkemungkinan besar boleh jadi mangsa. \n\n\nOleh itu, untuk elak kena \nscam\n, langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah mengetahui modus operandi penipuan \nscammer\n. \nDengan perkembangan teknologi yang semakin canggih sekarang ini, macam-macam taktik yang lebih kompleks digunakan oleh \nscammer-scammer\n di Malaysia. \n\n\nScammer\n\u00a0bijak memperdaya untuk meyakinkan mangsa-mangsa untuk berkongsikan maklumat-maklumat peribadi atau terus melakukan transaksi. \nDalam bahagian ini, Qoala akan berkongsikan 7 jenis \nscam\n yang popular di Malaysia dan langkah mengatasi penipuan atas talian bila anda menghadapi situasi-situasi di bawah ini.\n\n\n1. Macau \nScam\n\u00a0\n\n\nPertama dalam senarai merupakan antara penipuan yang mempunyai jumlah mangsa yang sangat tinggi sehingga ke hari ini. Macau \nScam \natau sindiket penipuan macau ini bermula di tiga buah negara iaitu Taiwan, China dan Hong Kong. \n\n\nApa itu macau \nscam\n? Untuk memahami Macau \nScam\n ini, anda kena faham modus operandi sindiket ini. Teknik\n spoofing\n panggilan telefon dengan menyamar menjadi pegawai sama ada dari mahkamah atau jabatan polis, adalah salah satu taktik yang sering dilakukan oleh kumpulan ini. \nBerikut merupakan taktik yang biasa digunakan dalam modus operandi Macau \nScam\n:\n\n\nMenyamar Sebagai Pegawai Polis\n\n\nBayangkan anda terima panggilan daripada pegawai polis dan pegawai tersebut cakap dia ada waran untuk tangkap anda sebab anda telah melakukan kesalahan-kesalahan tertentu. Kalau anda tak sedar tentang modus operandi Macau \nScam\n ini, mesti anda pun akan kena \nscam\n. \nMangsa-mangsa selalunya akan berasa panik disebabkan ugutan kena tangkap ini. \n\n\nDari sinilah, \nscammer\n ini akan mula meminta segala maklumat-maklumat peribadi yang akan membolehkan mereka untuk merompak duit dari anda nanti. \nUntuk pengetahuan anda, PDRM tak akan menghubungi anda untuk meminta maklumat peribadi. Kalau betul-betul polis cari anda, pihak polis akan meminta anda untuk terus ke balai bagi membantu siasatan-siasatan tertentu.\u00a0\n\n\nMenyamar Sebagai Pegawai Bank/ Bank Negara\n\n\nPanggilan dari bank atau bank negara ini pun ramai yang dah terkena sebab \nscammer-scammer\n ni memang pandai berlakon.\u00a0\nAnda mungkin akan menerima panggilan seperti pegawai bank menyatakan maklumat bank atau \nkad kredit\n anda telah terjejas, atau bahawa pembelian besar baru sahaja dibuat menggunakan butiran anda.\u00a0\n\n\nSelepas itu, mereka akan meminta maklumat tentang kad bank, nombor pin dan sebagainya. Jadi, sekiranya anda mendapat panggilan sebegini, jangan panik. Letak telefon anda dengan segera. Selepas itu, pergi ke laman web bank anda, dapatkan nombor telefon \ncentre\n dari situ. Kemudian anda telefon nombor tersebut untuk dapatkan kepastian.\u00a0\u00a0\n\n\nMenyamar Sebagai Pegawai Kastam\n\n\nLagi satu, \nscammer\n ni pun pandai berlakon sebagai pegawai kastam ya. Anda mungkin akan mendapat panggilan seperti anda mempunyai bungkusan yang telah ditahan oleh Kastam Malaysia. Jadi, untuk anda mendapat bungkusan itu, anda perlu membayar jumlah wang yang tertentu. \nPerlu diingatkan \nscammer-scammer\n ni sentiasa belajar untuk cuba helah-helah yang baru. Sesetengah scammer sangat bijak sehingga mereka boleh memalsukan ID pemanggil mereka.\n\n\nMaksudnya, mereka berpura-pura membuat panggilan daripada institusi sebenar dengan menggunakan nombor talian hotline bank anda apabila mereka sebenarnya membuat panggilan daripada nombor lain. \nJika anda menerima mana-mana panggilan ini, sebaiknya tutup telefon dengan segera dan hubungi mereka semula menggunakan nombor hotline institusi. Anda boleh tengok sama ada panggilan anda akan dijawab oleh orang sama atau tak. Ini merupakan salah satu langkah mengelakkan diri daripada menjadi mangsa macau \nscam\n.\n\n\nSehingga hari ini, sindiket Macau \nScam\n ini masih lagi mampu memperdayakan ramai mangsa baharu. Laporan \nBerita Harian\n pada 27 Januari 2022 yang lalu berkongsikan kisah seorang warga emas kerugian RM1 juta selepas menerima panggilan daripada \nscammer\n yang menyamar menjadi seorang pegawai Telekom Malaysia dan juga \nscammer\n yang menyamar menjadi seorang pegawai polis. Artikel \nHarian Metro \npada 19 Januari 2022 melaporkan seorang jururawat rugi RM350,000 ditipu Macau \nScam\n.\u00a0\nSearch \nje \u201cMacau \nScam\u201d\n di Google dan anda akan jumpa banyak artikel berita tentang Macau \nScam\n ini. Kalau anda dah tahu modus operandi sindiket ini, anda akan lebih berhati-hati.\n\n\n2. \nScam\n KWSP\n\u00a0\u00a0\n\n\nDuit KWSP\n ini macam yang anda tahu merupakan duit simpanan untuk hari tua nanti. Kebiasaannya, golongan yang dah pencen dan yang dah mengeluarkan simpanan mereka ini yang menjadi sasaran \nscammer\n. Selain itu, para \nscammer\n ini juga menyasarkan golongan yang nak mengeluarkan duit i-Sinar dan i-Citra. \nBerikut merupakan antara taktik penipuan KWSP yang digunakan oleh \nscammer\n:\n\n\nPanggilan daripada \u201cEjen KWSP\u201d\n\n\nSekiranya anda mendapat panggilan daripada seseorang yang \nclaim\n dirinya sebagai seorang ejen KWSP, anda boleh letak terus telefon. \nKWSP tak pernah melantik mana-mana ejen untuk menguruskan simpanan anda. Jadi, anda jangan layan sekiranya \nscammer\n ini \ncall \ndan menyatakan dia boleh bantu anda untuk membuat pengeluaran atau meminta IC.\u00a0\n\n\nScam\n melalui SMS\n\n\nKalau anda mendapat mesej yang mengandungi nombor OTP walaupun anda tak pernah memohon, ini bermakna \nscammer\n sedang menggunakan data peribadi anda.\u00a0\n\n\nAplikasi Palsu i-Sinar\n\n\nAda juga \nscammer\n yang gigih membuat aplikasi yang nampak \nreal\n kononnya untuk memudahkan urusan pengeluaran duit KWSP. Sebagai langkah keselamatan, anda boleh menghubungi pihak KWSP untuk memastikan sama ada aplikasi tersebut milik mereka atau tak.\n\n\n\n\n3. \nScam\n Cinta (\nLove Scam\n)\n\n\nJenis penipuan \nscammer\n yang seterusnya adalah \nscam \ncinta. Dengan adanya platform \nonline dating\n, para \nscammer\n ini juga mengambil kesempatan untuk mencari mangsa-mangsa baharu. Dengan menggunakan profil palsu, \nscammer\n akan berpura-pura berminat untuk bercinta dengan anda.\u00a0\u00a0\nOleh itu, berhati-hati dengan sesiapa sahaja yang anda temui secara \nonline\n. \nScammer\n yang akan berkomunikasi dan membina kepercayaan dengan mangsa dalam tempoh beberapa minggu atau bulan. \nAntara taktik yang digunakan adalah seperti:\n\n\nAda Kecemasan Kewangan\n\n\nKalau pasangan \nonline\n yang anda belum betul-betul kenal tiba-tiba cakap kecemasan yang memerlukan bantuan kewangan, jangan terus percaya. Kemungkinan besar ini percubaan untuk menipu anda. Anda mungkin akan diminta untuk \ntransfer\n duit untuk \u201cmembantu\u201d pasangan anda.\n\n\nBarang Ditahan Kastam\n\n\nIni pun taktik yang anda kena tahu. Pasangan \nonline \nanda mungkin cakap yang dia ada membeli hadiah tapi barang tersekat di kastam. Bila ini berlaku, \nscammer\n ini akan meminta anda untuk membuat pembayaran supaya barang boleh lepas di kastam. \nBanyak kes tentang \nlove\n scam\n ni berlaku di Malaysia ini sebenarnya. Pernah ada kes seorang wanita \nkehilangan hampir RM400,000\n kerana kononnya bercinta dengan lelaki yang bekerja di United Kingdom. Selain itu, ada juga seorang penoreh getah juga \nkehilangan RM99,000\n selepas terpedaya dengan \nlove scam \nini.\n\n\nIngat, \nscammer\n di luar sana memang mensasarkan kutipan wang yang besar. Jadi, anda bila nak bercinta secara \nonline\n tu, berhati-hatilah dan tinggalkan saja pasangan \nonline\n anda apabila dia mula meminta wang.\n\n\n4. \nScam \nPinjaman Peribadi\n\n\nAnda jangan terpedaya dengan kadar faedah 0% dan dijamin kelulusan \npinjaman\n 100%. Bila anda nampak perkara yang \ntoo good to be true\n ini, anda jangan lah mudah percaya. \nAda \nscammer\n yang menyamar jadi platform pinjaman dengan menggunakan nama syarikat yang dipercayai untuk menarik mangsa untuk membuat pinjaman dengan mereka.\n\n\nJom tengok tanda-tanda yang anda boleh perhatikan bila berhadapan dengan panggilan \nscammer\n pinjaman peribadi\n ini:\n\n\nScammer\n Meminta Bayaran Pendahuluan\n\n\nJika anda diminta untuk membayar yuran pendahuluan atau deposit untuk mendapatkan pinjaman, anda buat tak tahu dan jangan layan, Tiada pemberi pinjaman yang sah akan meminta anda membayar apa-apa sebelum anda menerima pinjaman\n\n\nDidesak Membuat Keputusan Terburu-buru\n\n\nJika pemberi pinjaman atau ejen pinjaman terus mendesak anda untuk membuat keputusan dengan segera, anda jangan buat keputusan dengan terburu-buru pula. Anda bertenang je, kadang-kadang \nscammer\n ni terdesak untuk membuat kerja dengan cepat.\n\n\nTak \nApply\n \nLoan\n Tapi Dapat Tawaran\n\n\nAnda tak ada \napply\n apa-apa \nloan\n tapi dapat tawaran. Anda menerima panggilan atau e-mel yang mengatakan bahawa anda layak untuk pinjaman dengan kadar faedah yang rendah. Ini juga salah satu taktik yang biasa digunakan. \nBanyak dah kes \nscam\n pinjaman peribadi ini. Antaranya seorang juruteknik telah mengalami \nkerugian sebanyak RM11,000\n kerana terpedaya dengan taktik suspek yang menyamar sebagai pihak bank yang terkemuka. Disebabkan ini, anda perlulah berhati-hati bila nak membuat pinjaman peribadi ini.\n\n\n\n\n5. \nScam\n Pelaburan\n\n\nSekarang ni macam-macam \njenis pelaburan\n yang ada dan memang bagus kalau anda nak cuba-cuba belajar untuk membuat pelaburan.\u00a0\nNamun, anda perlu berhati-hati apabila nak mula melabur sebab \nscam\n pelaburan ini perkara yang dah banyak terjadi sejak kebelakangan ini. Anda pun tak nak jadi mangsa kan? \nPerhatikan 3 perkara di bawah ini:\n\n\nTak Ada Risiko Pelaburan Langsung, Jaminan Untung Besar\n\n\nAnda anggap je ini janji manis yang hanya sekadar janji. Apabila anda dah mula komited untuk melabur, anda akan lihat sendiri untuk mendapat untung besar, memang akan ada risiko yang tinggi. Ia merupakan lumrah melabur.\u00a0\n\n\nTak Ada Pemegang Amanah\n\n\nKalau tak ada pemegang amanah, anda jangan melabur di situ sebab pengarah syarikat tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan duit daripada akaun yang dipegang oleh pemegang amanah.\n\n\nPengambilan Deposit Tanpa Lesen yang Betul\n\n\nBila tak ada lesen yang betul dari Bank Negara untuk mengambil wang daripada orang ramai, jauhkan diri anda daripada melabur di situ.\n\n\n6. \nScam\n Skim Cepat Kaya\n\n\nAnda ada impian nak jadi kaya? Jangan ambil skim cepat kaya sebab nanti anda akan kena \nscam\n. Skim ini menjanjikan pulangan yang sangat masyuk dan tak masuk akal. Bunyi macam menarik tapi anda jangan terpedaya sebab skim cepat kaya ini selalunya indah khabar dari rupa. Skim cepat kaya ini selalunya menggunakan taktik MLM.\n\n\nMulti-Level Marketing\n (MLM)\n\n\nJuga dikenali sebagai skim piramid, skim ini merupakan strategi kewangan yang digunakan untuk menggalakkan pelabur sedia ada merekrut pelabur baharu. Ini bermakna pelabur hanya perlu melakukan pelaburan yang kecil dan mendapat pulangan yang tinggi. Apabila tiba masanya, \nscamme\nr akan melarikan semua duit pelabur-pelabur MLM ini. Habis semua wang, hilang begitu saja.\n\n\n\n\n7. \nScam \nParcel\n\n\nAdakah anda selalu \nshopping\n secara \nonline\n? Memang seronok bila membeli barang secara \nonline\n ni. Klik, klik saja di telefon kemudian ada servis penghantaran yang akan memberi anda barang yang anda pesan. \nTapi sekarang ni, anda kena berhati-hati sebab ada sindiket \nscam\n parcel. Berikut merupakan 2 taktik yang digunakan oleh para \nscammer\n di luar sana:\n\n\nCash-on-delivery \n(COD)\n\n\nScammer\n perkhidmatan COD untuk menipu pelanggan untuk membayar sesuatu yang mereka tak beli pun. Sekiranya anda menerima barang COD tapi anda tak \norder\n, jangan bayar.\n\n\nKlik Link yang Berbahaya\n\n\nYang kedua, \nscammer\n menyatakan penghantaran tak boleh dibuat ke rumah mangsa dan \nscammer\n ini akan cuba yakinkan \nscammer\n yakinkan \nparcel\n ini datang dari keluarga atau rakan mangsa. Kemudian, mangsa diminta untuk periksa emel dan klik satu link yang berbahaya. Akibatnya, maklumat peribadi semua tersebar.\n\n\nApa Perlu Buat Jika Kena Tipu dengan \nScammer\n?\n\n\nBergantung kepada jenis penipuan\u00a0\nscammer\n, langkah-langkah yang perlu diambil mungkin berbeza-beza. Memang tak dinafikan, anda akan menghadapi cabaran yang sangat besar untuk mendapatkan semula wang anda yang hilang. Namun begitu, anda boleh ambil langkah-langkah berikut sebagai permulaan untuk menjejaki\u00a0\nscammer\n:\n\n\n1. Simpan semua rekod dan dokumentasi\n\n2. Membuat laporan polis\n\n3. Membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia\n\n4. Failkan tindakan undang-undang sivil (jika dapat kenal pasti\u00a0\nscammer\n)\n\n\nKesimpulannya, penipuan \nscammer\n ini boleh berlaku kepada sesiapa saja. Mujur anda jumpa artikel ini dan dah baca sampai habis. Ingat, jangan sesekali panik apabila mendapat panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya pegawai rasmi sebuah institusi, inspektor polis dan sebagainya. Dalam keadaan yang ketakutan, \nscammer\n ini akan mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap mangsa-mangsa sekaligus memusnahkan hidup mereka.\n\n\nP.S Anda tengah cari \ninsurans kereta terbaik\n di Malaysia? Selain insurans kereta, anda juga boleh mendapatkan \ninsurans motor\n dan \ninsurans rumah\n di Qoala. Tak perlu cari jauh-jauh, dapatkan \ninsurans terbaik\n dengan Qoala!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/penjamin-pinjaman/", "title": "Sebelum Jadi Penjamin Pinjaman, Ini 10 Perkara Penting Anda Perlu Tahu", "body": "\n\nAnda mungkin pernah berdepan situasi ahli keluarga atau rakan meminta pertolongan anda menjadi penjamin pinjaman. Pihak bank biasanya akan meminta peminjam untuk mendapatkan seorang penjamin pinjaman sekiranya peminjam tidak melepasi syarat kelulusan \npinjaman kereta\n (atau \npinjaman perumahan\n) atau peminjam dikategorikan sebagai berisiko.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n5 Perkara Penting Sebelum Jadi Penjamin Pinjaman\n1. Kenal Pasti Tujuan Pinjaman\n2. Pertimbangkan Kemampuan Bayar Balik Pinjaman\n3. Semak Kontrak Penjanjian Pinjaman\n4. Jangan Tandatangan Dokumen Kosong\n5. Ketahui Risiko, Kesan Terhad Skor Kredit\n5 Risiko Jadi Penjamin Pinjaman yang Perlu Anda Tahu\n1. Aset Boleh Disita\n2. Skor Kredit Boleh Terjejas\n3. Boleh Diisytiharkan Muflis\n4. Kerjaya Tersekat\n5. Boleh Disekat daripada ke Luar Negara\n\n\n5 Perkara Penting Sebelum Jadi Penjamin Pinjaman\n\n\nKita semestinya akan tersepit atau rasa berbelah bahagi jika diminta menjadi penjamin pinjaman terutamanya oleh seseorang yang mempunyai pertalian keluarga. Penting untuk anda ketahui perkara-perkara penting berkaitan penjamin pinjaman sebelum menandatangani apa-apa borang \npinjaman bank\n.\n\n\nJika boleh, tolak permintaan tersebut dengan cara yang baik atau cipta alasan yang munasabah. Cara ini boleh membantu elakkan anda daripada terbeban dengan komitmen hutang jika peminjam gagal bayar balik pinjaman. Namun begitu, jika tidak boleh dielakkan, ambil kira aspek-aspek berikut sebelum bersetuju menjadi penjamin pinjaman.\n\n\n1. Kenal Pasti Tujuan Pinjaman\n\n\nBuat penelitian sebelum meletakkan nama anda selaku penjamin pinjaman atau \nguarantor\n. Kenal pasti sebab pinjaman tersebut dilakukan, dan teliti sama ada peminjam berkemampuan untuk bayar balik pinjaman tersebut.\n\n\nMinta maklumat terperinci berkaitan \npermohonan pinjaman\n yang ingin dilakukan. Jika anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena, jangan takut untuk bersuara dan menolak permintaan ini.\n\n\n2. Pertimbangkan Kemampuan Bayar Balik Pinjaman\n\n\nSelain itu, pertimbangkan juga kemampuan anda untuk bayar balik pinjaman yang dilakukan. Lakukan analisis lengkap berkaitan kedudukan dan \nkemampuan kewangan\n anda terlebih dahulu.\n\n\nAmbil kira situasi sekiranya peminjam gagal melangsaikan hutang pinjaman ini. Jika ini berlaku, sudah semestinya anda yang perlu selesaikan \npinjaman tertunggak\n dan lain-lain kos tambahan yang mungkin ada.\n\n\n3. Semak Kontrak Penjanjian Pinjaman\n\n\nTeliti setiap klausa yang dinyatakan dalam perjanjian pinjaman. Ramai dalam kalangan penjamin pinjaman ambil mudah akan hal ini. Jika perlu, dapatkan khidmat nasihat peguam untuk pastikan anda memahami hak dan risiko sebagai penjamin.\n\n\nSelain itu, anda juga boleh sediakan surat ganti rugi yang ditandatangani oleh peminjam sebagai\n back up plan\n. Dengan adanya surat ini, anda boleh ambil tindakan mahkamah atas kerugian yang dihadapi jika peminjam gagal bayar balik seperti dijadualkan.\n\n\n4. Jangan Tandatangan Dokumen Kosong\n\n\nJangan tandatangan mana-mana \ndokumen pinjaman\n dengan terburu-buru. Selain itu, elakkan juga tandatangan dokumen kosong yang tidak terisi \u2013 hanya tandatangan dokumen pinjaman yang telah diisi oleh peminjam.\n\n\nPastikan jumlah pinjaman, kadar faedah dan tempoh kontrak dinyatakan dengan jelas. Ini bagi memastikan anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat yang berbeza.\n\n\n5. Ketahui Risiko, Kesan Terhad Skor Kredit\n\n\nMeskipun anda berniat untuk membantu kawan atau ahli keluarga anda, jangan sampai perbuatan ini memakan diri. Pertimbangkan juga rekod kredit seperti laporan CCRIS dan \nCTOS\n, atau impak terhadap kedudukan kredit sekiranya anda menjadi penjamin.\n\n\nAnda perlu tahu jika peminjam gagal bayar balik pinjaman, anda sebagai penjamin pinjaman bertanggungjawab menyelesaikan hutang tersebut. Jika anda tidak mampu selesaikan tunggakan, rekod dalam \nlaporan CCRIS\n anda mungkin terkesan.\n\n\n\n\n5 Risiko Jadi Penjamin Pinjaman yang Perlu Anda Tahu\n\n\nPenjamin pinjaman biasanya diperlukan sekiranya bakal peminjam mempunyai skor kredit yang lemah, atau pendapatan peminjam tidak melepasi syarat permohonan. Ini kerana, apabila peminjam tidak dapat bayar balik pinjaman, penjamin adalah antara orang yang akan dicari oleh pihak bank. Justeru itu, tidak hairanlah jika menjadi penjamin pinjaman berisiko tinggi.\n\n\n1. Aset Boleh Disita\n\n\n\u00a0Menurut \nJabatan Insolvensi\n, seseorang individu boleh diisytiharkan muflis atau bankrap melalui perintah mahkamah. Pemiutang boleh memfailkan tindakan muflis terhadap penghutang jika jumlah hutang mencapai RM100,000.\n\n\nSekiranya situasi ini berlaku, Jabatan Insolvensi boleh menyita harta yang dimiliki oleh peminjam dan penjamin pinjaman untuk membayar balik hutang tersebut.\n\n\n2. Skor Kredit Boleh Terjejas\n\n\nSecara asasnya, dalam kes-kes tertentu bank memerlukan penjamin sebagai cagaran bagi pinjaman yang diberikan. Dalam bahasa mudah, jika peminjam buat hal atau tidak bayar balik pinjaman, bank akan mencari penjamin untuk jelaskan hutang bagi pihak peminjam.\n\n\nJika anda sebagai penjamin tidak mampu membayar balik, skor kredit anda berisiko untuk terjejas. Apabila skor kredit buruk, ia mungkin menyukarkan anda untuk membuat pinjaman lain pada masa akan datang.\n\n\n3. Boleh Diisytiharkan Muflis\n\n\nSeperti dijelaskan di atas, jika peminjam tidak dapat bayar balik pinjaman seperti dijadualkan, tanggungjawab untuk menjelaskan hutang tersebut jatuh kepada penjamin.\n\n\nSekiranya anda mampu bayar balik bagi pihak peminjam, ia tidak menjadi masalah. Tetapi, jika anda tidak berupaya untuk membayar balik pinjaman tersebut, anda berisiko untuk diisytiharkan \nbankrap atau muflis\n.\n\n\n4. Kerjaya Tersekat\n\n\nSelain itu, kegagalan peminjam untuk membayar balik pinjaman juga boleh memberi kesan tidak langsung kepada anda. Andaikan peminjam gagal menjelaskan hutang sehingga anda diisytiharkan bankrap, ia mungkin akan menjejaskan kerjaya anda.\n\n\nSilap hari bulan, tiada majikan yang ingin mengajikan anda disebabkan rekod yang anda ada. Malah, ia juga boleh beri kesan lain seperti anda tidak boleh memiliki perniagaan atau memiliki sebahagian daripada perniagaan.\n\n\n5. Boleh Disekat daripada ke Luar Negara\n\n\nIndividu yang memiliki hutang tertunggak atau belum dilangsaikan biasanya akan disenaraihitamkan dalam senarai sekatan imigresen. Ia sekali gus menghalang anda untuk keluar negara. Ini bermaksud, anda tidak boleh \nbercuti ke luar negara\n sehingga anda keluarkan nama daripada senarai hitam ini.\n\n\nSelain itu, jika anda ingin dapatkan polisi \nperlindungan insurans yang komprehensif\n dan menyeluruh untuk perlindungan diri anda dan keluarga, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans\n\u00a0yang menawarkan pelbagai pilihan insurans daripada beberapa \nsyarikat insurans popular di Malaysia\n.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/perancangan-persaraan/", "title": "Perancangan Persaraan: Berapa Banyak Perlu Simpan?", "body": "\n\nSelepas bekerja dalam tempoh 30 sehingga 40 tahun, anda mesti mahu bersara dengan tenang dan tidak perlu memikirkan masalah duit lagi kan? Perancangan persaraan merupakan satu perkara yang harus diambil berat walaupun anda mungkin merasakan masih lama lagi untuk anda bersara. Artikel ini akan menerangkan cara menentukan wang persaraan anda.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nBerapa Jumlah Wang yang Anda Perlukan untuk Bersara?\u00a0\nJumlah Wang yang Disarankan untuk Bersara\u00a0\u00a0\nFaktor-faktor yang Anda Perlu Pertimbangkan Sebelum Bersara\u00a0\n5 Tips Simpanan Persaraan\n1. Mengira Kos Perbelanjaan Bulanan\n2. Membuat Pelaburan\u00a0\n3. Jangan Keluarkan Duit Simpanan KWSP Jika Tidak Perlu\n4. Berhati-hati dengan Scammer\u00a0\n5. Selesaikan Semua Pinjaman Sedia Ada Secepat Mungkin\nMulakan Perancangan Persaraan Anda Hari Ini\n\n\nBerapa Jumlah Wang yang Anda Perlukan untuk Bersara?\n\u00a0\n\n\nJika anda merupakan pekerja sektor swasta, akan tiba satu masa nanti yang anda hanya akan bergantung kepada\n wang simpanan\n atau \nwang KWSP\n anda sahaja. Berbeza dengan pekerja sektor kerajaan yang kebiasaannya akan mendapat duit pencen setiap bulan selepas persaraan, anda sebagai persara sektor swasta akan menerima wang dalam jumlah yang banyak sekaligus melalui \nakaun KWSP\n anda.\u00a0\n\n\nSalah satu cabaran yang paling besar apabila anda menerima wang dalam jumlah yang banyak sebegini adalah memastikan anda boleh menggunakannya sebaik mungkin dan berjimat dengan jumlah tersebut dalam tempoh yang panjang sekitar 15 sehingga 20 tahun. Wang yang anda terima inilah yang akan digunakan untuk menanggung perbelanjaan bulanan anda selepas bersara.\u00a0\n\n\nOleh sebab itu, anda perlu mempertimbangkan perkara ini dengan serius kerana situasi kewangan anda memainkan peranan yang sangat penting apabila anda bersara nanti. Perancangan persaraan yang baik dan strategik akan dapat membantu anda lebih bersedia menghadapi segala cabaran yang bakal muncul.\u00a0\n\n\nJumlah Wang yang Disarankan untuk Bersara\u00a0\u00a0\n\n\nJawapan untuk persoalan ini adalah subjektif kerana ia bergantung kepada gaya hidup anda sendiri ataupun gaya hidup yang anda idamkan selepas persaraan. Anda juga perlu ambik kira jumlah tanggungan yang anda ada serta jumlah komitmen hutang yang anda perlu langsaikan seperti \nloan\n kereta\n atau \npinjaman perumahan\n.\u00a0\u00a0\n\n\nPihak KWSP telah menyarankan jumlah wang minimum untuk bersara sekitar RM228,000 sehingga RM240,000 bermula 1 Januari 2019. Namun begitu, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mampu pun untuk mencapai amaun ini apabila mencapai umur bersara iaitu 55 tahun.\n\n\nSecara kasarnya, jumlah yang disarankan ini masih belum mencukupi. Bayangkan jika anda bersara pada umur 55 tahun, untuk anda menjalani kehidupan untuk tempoh 20 tahun yang akan datang selepas persaraan dengan jumlah tersebut, anda hanya boleh menggunakan sekitar RM1,000 sebulan sahaja.\u00a0\n\n\nWalau bagaimanapun, jumlah ini ditentukan untuk perbelanjaan keperluan harian sahaja. Untuk anda menikmati persaraan yang selesa, anda mungkin perlu memerlukan wang yang lebih untuk perbelanjaan perubatan, tanggungan keluarga, insurans, \npercutian\n dan hiburan dan sebagainya.\n\n\nSetiap individu mempunyai gaya hidup yang berbeza-beza dan anda mungkin akan berbelanja lebih daripada RM1,000 sebulan terutama sekali jika anda mempunyai tanggungan seperti ahli keluarga. \nBank Negara Malaysia \ntelah mengeluarkan saranan jumlah wang perbelanjaan yang anda perlu sediakan pada setiap bulan bergantung kepada tiga kategori:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKategori\n\n\nJumlah Perbelanjaan Bulanan yang Disarankan oleh Bank Negara\n\n\n\n\n\n\nDewasa Bujang\n\n\nRM2,700\n\n\n\n\n\n\nPasangan tanpa Anak\n\n\nRM4,500\n\n\n\n\n\n\nPasangan dengan Dua Orang Anak\n\n\nRM6,500\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan jumlah perbelanjaan yang disarankan oleh Bank Negara Malaysia ini, anda akan menghadapi kesukaran untuk mengharungi hari-hari persaraan dengan wang simpanan RM240,000 seperti yang telah disarankan oleh pihak KWSP. Untuk hidup dalam masa 15 hingga 20 tahun akan datang dengan selesa, anda akan memerlukan simpanan yang lebih banyak.\n\n\nContohnya, individu yang berstatus bujang memerlukan RM2,700 sebulan berdasarkan saranan Bank Negara. Ini bermakna, individu tersebut memerlukan simpanan sekitar RM500,000 sehingga RM600,000 untuk menjalani kehidupan dengan selesa setelah bersara kelak.\n\n\nFaktor-faktor yang Anda Perlu Pertimbangkan Sebelum Bersara\n\u00a0\n\n\nBerikut merupakan komitmen kewangan lain yang anda mungkin perlu tanggung selepas anda bersara:\n\n\n\n\nTanggungan kewangan untuk pasangan, anak atau tanggungan-tanggungan lain\n\n\nYuran pengajian anak-anak\n\n\nPinjaman Perumahan\n atau komitmen hutang lain yang belum diselesaikan\n\n\nMembeli \npolisi insurans\n baharu jika anda sebelum ini bergantung pada perlindungan yang disediakan oleh syarikat atau anda sudah mencapai had umur polisi sedia ada\n\n\nKadar inflasi kerana harga barang berkemungkinan besar tidak akan kekal sama dan akan naik pada masa depan\n\n\nGaya hidup anda seperti kekerapan anda mahu keluar bercuti, makan di luar dan sebagainya\u00a0\n\n\n\n\n\n\n5 Tips Simpanan Persaraan\n\n\nTidak kiralah sama ada anda masih ada sekitar10, 20 ataupun 30 tahun lagi, anda perlu memikirkan kehidupan selepas persaraan daripada sekarang. Apabila anda sudah ketahui jumlah wang yang anda perlukan untuk bersara dan tempoh yang anda ada sebelum bersara, anda perlu mencari jalan terbaik untuk mencapai sasaran anda. Ikuti lima tips simpanan persaraan di bawah ini:\n\n\n1. Mengira Kos Perbelanjaan Bulanan\n\n\nPenting untuk anda menentukan bajet perbelanjaan setiap bulan dengan wang yang anda akan terima dalam jumlah yang banyak daripada KWSP. Anda perlu merancang belanjawan anda atau kenal pasti \ncara uruskan duit gaji\n anda untuk supaya anda boleh meningkatkan jumlah simpanan sedia ada.\u00a0\n\n\nAsingkan perbelanjaan anda kepada perkara yang anda perlukan dan perkara yang anda inginkan. Utamakan perbelanjaan untuk perkara yang anda rasa lebih mustahak dan kurangkan perbelanjaan yang anda tidak perlukan.\n\n\nSelepas bersara, anda tidak lagi mendapat sumber pendapatan setiap bulan, melainkan anda memilih untuk bekerja secara \npart time\n. Misi anda adalah memastikan yang anda boleh bertahan dengan jumlah simpanan anda selepas persaraan nanti.\n\n\n2. Membuat Pelaburan\u00a0\n\n\nPelaburan boleh bantu meningkatkan jumlah simpanan persaraan anda dan ini merupakan satu pilihan yang anda boleh pertimbangkan. Jenis pelaburan terbahagi kepada dua iaitu \npelaburan risiko rendah\n dan pelaburan risiko tinggi. Mana satu yang patut anda pilih?\u00a0\n\n\nPilihan ini wajar dibuat bergantung kepada situasi dan umur anda. Sekiranya anda sudah menghampiri umur persaraan, anda disarankan untuk melabur di platform pelaburan yang mempunyai risiko lebih rendah seperti \nSkim Persaraan Swasta (PRS)\n, \npelaburan ASB\n, \nTabung Haji\n, \nTakaful\n dan sebagainya.\u00a0\n\n\nJika anda masih muda dan baru bekerja dan ingin merancang persaraan anda, anda boleh mempertimbangkan untuk membuat pelaburan yang lebih berisiko tinggi seperti saham. Namun begitu, pastikan anda melakukan penyelidikan komprehensif sebelum membuat pelaburan. Selain itu, anda juga boleh melabur di platform risiko rendah jika anda tidak mahu mengambil risiko yang tinggi.\n\n\n3. Jangan Keluarkan Duit Simpanan KWSP Jika Tidak Perlu\n\n\nMeskipun kerajaan baru-baru ini membenarkan pengeluaran sebahagian daripada akaun 2 KWSP secara one-off sebanyak RM10,000, ini tidak bermaksud anda perlu mengeluarkannya. Anda tidak digalakkan untuk mengeluarkannya melainkan anda memang terdesak memerlukan wang tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu terutamanya bagi meneruskan kelangsungan hidup. Elakkan mengeluarkan duit ini untuk pelaburan atau sebagai modal perniagaan.\n\n\nIngat, tujuan simpanan \nKWSP \nanda adalah untuk persaraan anda. Ini bermaksud, mengeluarkan simpanan KWSP anda sekarang bermakna wang persaraan anda akan berkurangan. Duit KWSP RM10,000 bukanlah jumlah yang sedikit. Bayangkan dengan kadar dividen KWSP sebanyak enam peratus setahun, RM10,000 boleh bertambah menjadi RM17,908 selepas 10 tahun, menjadi RM32,071 selepas 20 tahun dan menjadi RM57,434 selepas 30 tahun.\n\n\n4. Berhati-hati dengan \nScammer\n\u00a0\n\n\nBanyak \nkes \nscam\n yang terjadi di Malaysia biasanya berlaku pada golongan yang menghampiri umur persaraan ataupun yang sudah bersara. \nScammer\n yang mempunyai kebolehan yang tinggi boleh \u2018bau\u2019 duit yang banyak yang masuk atau bakal masuk ke dalam akaun anda. Jika anda selalu baca berita, anda akan dapati ramai pesara yang kehilangan semua wang simpanan persaraan mereka disebabkan terpedaya dengan tipu helah \nscammer\n.\u00a0\n\n\nBiasanya, pihak scammer akan menjanjikan pulangan wang yang tinggi dalam masa yang singkat. Bagi anda yang mungkin ingin menggandakan simpanan untuk persaraan, ia mungkin boleh menarik minat anda untuk terjebak dengan skim sebegini. Oleh sebab itu, jika anda ditawarkan untuk masukkan wang anda ke dalam skim yang mencurigakan dan menjanjikan pulangan yang tinggi yang tidak masuk akal, jangan terburu-buru membuat keputusan dan dapatkan nasihat pakar kewangan anda.\u00a0\n\n\n5. Selesaikan Semua Pinjaman Sedia Ada Secepat Mungkin\n\n\nSebolehnya, rancang hutang dan komitmen anda bermula sekarang. Elakkan daripada berbelanja atau berhutang melebihi kemampuan anda. Jika perlu, simpan duit terlebih dahulu sebelum beli barangan yang anda perlukan untuk mengelakkan komitmen terkumpul yang tinggi sehingga mencapai umur persaraan. \n\n\nJika boleh, apabila anda bersara nanti hanya tinggal sekurang-kurangnya satu \nloan\n sahaja untuk anda selesaikan. Dengan cara ini, anda dapat menikmati persaraan anda dengan lebih baik dan anda tidak perlu pening kepala untuk memikirkan komitmen dan hutang lain yang perlu ditanggung.\n\n\n\n\nMulakan Perancangan Persaraan Anda Hari Ini\n\n\nPerancangan persaraan yang baik akan membantu anda menikmati kehidupan yang lebih tenang pada masa akan datang. Jika anda masih belum mula merancang kehidupan selepas bersara, anda disarankan untuk mula memikirkan mengenai perkara ini bermula daripada sekarang. Ini kerana, perancangan persaraan akan memakan masa bertahun untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Diharapkan perkongsian artikel kali ini dapat membantu anda.\n\n\nSekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta terbaik\n, anda boleh dapatkannya di Qoala.\n\u00a0Selain insurans kereta, Qoala juga menawarkan jenis insurans lain antaranya \ninsurans motor\n dan \ninsurans rumah\n.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/perangai-lepas-dapat-gaji/", "title": "Perangai Lepas Dapat Gaji, No 3 Tu Ramai Yang Buat!", "body": "\n\nDari bank dia datang, kepada bank juga dia pergi. Ya, \nQoala\n tengah cakap pasal gaji. Hari gaji adalah hari yang dinanti-nantikan semua orang. Tipulah korang kata korang tak tertunggu-tunggu kan?\u00a0\n\n\nSelalu time hari gaji ni, apa perkara pertama korang buat lepas gaji dah masuk akaun? Bayar komitmen? Tolak saving siap-siap? Atau belanja tak ingat dunia?\u00a0\n\n\n\n\nHaa ini dia perangai orang lepas dapat gaji!\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nRagam Manusia Lepas Dapat Gaji\u00a0\nKeperluan didahulukan, kemahuan diletak tepi\u00a0\nModified kereta\nShopping!\nCafe hipster hunting\nSimpan RM100 setiap bulan (sembang)\nStaycation setiap minggu\nRacun TikTok\n\n\nRagam Manusia Lepas Dapat Gaji\u00a0\n\n\nKeperluan didahulukan, kemahuan diletak tepi\u00a0\n\n\nYang ni memang patut dijadikan contoh. Masuk je gaji, terus asingkan segala komitmen. Komitmen macam loan kereta, loan rumah, kos pergi kerja, insurans, groceries, elaun ibu bapa dan macam-macam lagi lah. Bergantung kepada kehidupan orang itu.\u00a0\n\n\nDah settle tolak keperluan, yang lebih tu barulah digunakan untuk belanja apa-apa kemahuan diri.\u00a0\n\n\nModified kereta\n\n\nYang ni pencinta-pencinta kereta lah selalunya. Setiap bulan tak sah kalau tak upgrade aksesori kereta. Bulan ni pasang spoiler, bulan depan sport rim baru, bulan seterusnya tukar sound system.\u00a0\n\n\nRamai ke yang macam ni??\n\n\nShopping!\n\n\nTak sempat gaji nak stay lama sikit dalam akaun bank, terus dibukanya Shopee! Masa ni lah untuk check out segala benda yang diletak dalam shopping cart.\u00a0\n\n\nKadang-kadang barang tu macam tak perlu pun, tapi rasa macam kena shopping. Korang pernah tak rasa macam tu? Belum lagi sambal Khairul Aming. Time tu pulak ada promo macam promo 12.12.. Haa memang laju je jari tu tekan check out!\u00a0\n\n\nCafe hipster hunting\n\n\nLepas dapat gaji tu terus list kan cafe-cafe hipster yang kena pergi. Cafe-cafe hipster ni dia punya kriteria kena macam ni:\n\n\n\n\nInstagrammable\n\n\nMakanan instagrammable\n\n\nHarga makanan RM20 ke atas\n\n\nTempat OOTD kena nice\u00a0\n\n\n\n\nSimpan RM100 setiap bulan (sembang)\n\n\nAzam setiap bulan tu ada. Contoh macam nak simpan RM100 daripada gaji setiap bulan, buat saving. Tapi tak pernah yang jadi!\u00a0\n\n\nAzam tu muncul mungkin disebabkan bulan lepas dah belanja semua duit, so bulan ni kononnya nak jimat cermat. Tapi sembang\u2026\n\n\nStaycation setiap minggu\n\n\nNi pun salah satu perangai orang kaya baru (read: baru lepas gaji). Dapat je gaji, terus buka booking.com, untuk book staycation.\u00a0\n\n\nTempat pulak kena estetik, baru lah nice untuk ambil gambar IG story!\n\n\nRacun TikTok\n\n\nYang kaki-kaki TikTok mesti faham. Kat TikTok ni banyak betul orang tabur \u2018racun\u2019. Nak-nak lagi barang-barang dekat Shopee. Fuhh, memang laju je tangan pergi check out lepas dapat gaji.\u00a0\n\n\nHaa, korang dalam kategori perangai yang mana satu? Tak kisah pun korang nak buat apa dengan duit gaji tu, tapi pastikan korang track mana pergi duit korang. Takut nanti main belanja je tak ingat dunia!\u00a0\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/perbankan-islam/", "title": "Perbankan Islam: Ini Yang Perlu Anda Ketahui", "body": "\n\nPerbankan Islam, apakah maksud dan konsep sebenar perbankan Islam ini? Perbankan Islam atau Islam Banking telah lama diperkenalkan di Malaysia. Namun, masih ramai yang keliru dan belum arif tentang konsep yang digunapakai oleh perbankan Islamik. Jangan risau, Qoala hari ini akan berkongsikan segala info yang anda perlu ketahui mengenai perbankan Islam.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nSejarah Perbankan Islam Di Malaysia\nPerbankan Islam Secara Am\nKenapa perbankan Islam diperkenalkan?\nUnsur-unsur Haram Dalam Perbankan Islam\nRiba\nGharar\nZulm\nMaisir\nPerbezaan Perbankan Islam dan Perbankan Konvensional\nPerbezaan Perbankan Islam dan Perbankan Konvensional Dari Sudut Prinsip\nPerbankan Islam VS Perbankan Konvensional: Operasi & Tadbir Urus\nPerbezaan Produk Perbankan Islam dan Perbankan Konvensional\nDeposit/Akaun Simpanan\nPembiayaan & Pinjaman\nMitos Pembiayaan Islamik\n\n\nSejarah Perbankan Islam Di Malaysia\n\n\nMalaysia adalah salah satu negara yang tidak asinglah dengan konsep dan amalan perbankan Islam. Perbankan Islam di Malaysia turut telah diiktiraf serata dunia. Industri kewangan Islam ini bermula di Malaysia pada tahun 1963 dengan tertubuhnya Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (Lembaga \nTabung Haji\n). Setelah itu, pada tahun 1983, Bank Islam pula ditubuhkan dan diikuti dengan tertubuhnya bank komersial yang lain pada tahun 1993.\u00a0\n\n\nKetika itu, industri kewangan Islam sedang pesat membangun. Bank Negara Malaysia mengambil keputusan untuk menubuhkan Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan mengenai Perbankan Islam pada 1 Mei 1997. Industri kewangan ini bertambah pesat lagi pada tahun 2004 apabila kerajaan ketika itu membenarkan bank asing dan antarabangsa untuk melaksanakan produk dan perkhidmatan perbankan Islamik mereka di Malaysia.\u00a0\n\n\nPerbankan Islam Secara Am\n\n\nSecara amnya, perbankan Islam adalah sebuah sistem perbankan yang mematuhi undang-undang Islam, iaitu undang-undang yang mematahi syariah.\n\n\nKenapa perbankan Islam diperkenalkan?\n\n\nPerbankan Islam ditubuhkan dengan satu objektif utama iaitu untuk memberi alternatif dalam khidmat perbankan kepada umat Islam. Ini kerana, sebelum perbankan Islam diperkenalkan, umat Islam hanya mempunyai satu pilihan iaitu perbankan Konvensional.\u00a0\n\n\nSistem kewangan Islam ini juga ditubuhkan untuk memajukan dan meningkatkan ekonomi serta kewangan Islam dalam arena perbankan dunia.\u00a0\n\n\nSistem perbankan ini mematuhi undang-undang Syariah yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan Hadis, dari segi transaksi yang dibenarkan dalam Islam iaitu fiqh muamalat.\n\n\nAntara prinsip asas yang dipatuhi oleh perbankan Islamik ialah:\n\n\n\n\nTidak boleh mengenakan unsur faedah (interest) yang menjurus kepada Riba.\n\n\nProduk dan perkhidmatan mestilah Halal dan patuh Syariah.\n\n\nTidak menawarkan produk dan perkhidmatan dengan unsur-unsur Haram, Riba, Gharar, Zulm, Ikhtikar dan Maisir.\n\n\n\n\n\n\nUnsur-unsur Haram Dalam Perbankan Islam\n\n\nIndustri kewangan Islam tidak menawarkan produk dan perkhidmatan yang berunsur elemen haram seperti di bawah:\n\n\nRiba\n\n\nRiba atau juga dikenali sebagai bunga hutang adalah diharamkan dalam Agama Islam. Ini bermakna, segala perniagaan atau sistem yang mematuhi syariah Islam tidak boleh menggunakan sebarang urusan yang mempunyai unsur-unsur Riba. Riba dalam konteks ini adalah seperti caj faedah.\n\n\nTimbul persoalan beberapa soalan:\n\n\n\u201cBagaimana industri kewangan Islam memperoleh keuntungan sekiranya tiada caj faedah yang dikenakan?\u201d\u00a0\n\n\n\u201cKenapa saya perlu membayar lebih untuk pinjaman sekiranya tiada caj faedah yang dikenakan?\u201d\n\n\nSistem Perbankan Islamik menggunakan beberapa konsep penyertaan ekuiti, atau perkongsian keuntungan untuk produk mereka. Sebagai contoh jika anda membuka akaun simpanan, keuntungan yang diterima daripada akaun tersebut akan dikongsi antara anda dan pihak bank dan diberikan sebagai dividen, atau sebagai hadiah (hibah).\n\n\nUntuk pinjaman Islamik pula, pihak institusi kewangan Islamik menggunakan beberapa prinsip Syariah yang mengelakkan Riba iaitu Gharar, Zulm, Ikhtikar dan Maisir.\n\n\nGharar\n\n\nApa pula Gharar ni? Gharar adalah sebuah konsep yang meluas dan tidak dapat dijelaskan secara spesifik. Para ulama turut mempunyai kata bulat yang mengatakan bahawa Gharar secara umum adalah sesuatu yang tidak diketahui akibatnya, atau keraguan yang boleh menimbulkan syak wasangka.\u00a0\n\n\nMeski pun begitu, para Ulama juga berpendapat tidak semua jual-beli berunsur Gharar dilarang. Seperti yang dijelaskan sebelum ini \u2013 konteks Gharar adalah sangat luas dan kompleks.\n\n\nZulm\n\n\nZulm atau zulum pula merujuk kepada penindasan atau aktiviti yang kejam, zalim yang dilakukan oleh manusia. Oleh kerana Zulm dilarang di dalam Islam, perbuatan ini juga harus dielakkan dalam Sistem Perbankan Islamik.\n\n\nMaisir\n\n\nSeterusnya adalah Maisir. Maisir adalah sebuah aktiviti yang mempunyai unsur perjudian. Perjudian ini bermaksud di mana pertandingan atau pertaruhan antara dua pihak akan mengakibatkan kerugian kepada salah satu pihak.\u00a0\n\n\nIa adalah lebih spesifik daripada Qimar. Qimar pula adalah lebih umum. Ia juga merangkumi segala bentuk pertaruhan. Manakala Maisir lebih kepada pertaruhan yang jelas menggunakan nasib dan kemahiran.\u00a0\n\n\nPerjudian adalah salah satu aktiviti yang sama sekali haram di sisi agama Islam. Oleh itu konsep perbankan Islamik akan mengelakkan aktiviti, produk dan perkhidmatan yang mempunyai unsur Maysir/Maisir.\n\n\nPerbezaan Perbankan Islam dan Perbankan Konvensional\n\n\nRamai yang masih keliru dengan perbezaan perbankan Islam dan juga Perbankan Konvensional. Walaupun sekali pandang nampak macam sama, namun kedua-dua sistem ini mempunyai perbezaan yang besar.\u00a0\n\n\nPerbezaan Perbankan Islam dan Perbankan Konvensional Dari Sudut Prinsip\n\n\nPerbankan Islam\n\n\nSeperti yang kita ketahui, prinsip utama yang ditekan dalam perbankan Islam adalah bebas unsur riba. Ini bermakna, semua produk dan perkhidmatan yang dilaksanakan perlu bebas dan tidak melibatkan elemen haram seperti Riba, Gharar, Zulm, Ikhtikar dan Maisir.\u00a0\n\n\nSecara amnya, asas utama perbankan Islam secara ringkas ialah sebuah perniagaan yang dijalankan dengan berlandaskan akidah Islam, berdasarkan iman dan takwa, mengambil kira pahala dan dosa, dan mencari keredaan Tuhan dalam setiap urusniaga yang dijalankan.\u00a0\n\n\nPerbankan Konvensional\n\n\nPerbankan Konvensional pula sebuah perniagaan yang berasaskan mencari keuntungan dengan maksimum. Tidak ada akidah, pahala atau dosa, dan juga perniagaan perbankan konvensional tidak perlu mencari reda Allah di dalam urusan perniagaan yang berlangsung.\n\n\nWalau bagaimanapun, ini tidak bermaksud sistem perbankan konvensional adalah sistem yang buruk. Cuma, perbezaan prinsip antara perbankan Islam dan perbankan konvensional adalah begitu ketara jika di buat perbandingan.\n\n\nPerbankan Islam VS Perbankan Konvensional: Operasi & Tadbir Urus\n\n\nApabila prinsip sudah berbeza, sudah tentu cara operasi, pengurusan dan pentadbiran juga berbeza. Berikut adalah perbezaannya:\n\n\nPemantauan\n\n\nMajlis Jawatankuasa Penasihat Syariah dan Audit Syariah\n bertanggungjawab untuk memantau segala urusan dalam perbankan Islam bagi memastikan setiap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mengikut landasan Syariah Islam.\u00a0\n\n\nManakala bagi perbankan konvensional, tiada badan yang ditubuhkan untuk pemantaun dan tidak perlu patuh kepada undang-undang syariah dalam operasi, produk dan juga perkhidmatan yang ditawarkan.\n\n\nKontrak dan Transaksi\n\n\nKontrak dan transaksi adalah satu aktiviti utama dalam mana-mana sistem kewangan. Bagi perbankan Islam, segala kontrak dan juga transaksi yang berlaku perlu mematuhi syariat Islam yang mempunyai prinsip seperti Wadi\u2019ah, Wakalah, Tawarruq dan sebagainya.\u00a0\n\n\nApa itu Wadi\u2019ah, Wakalah, dan Tawarruq?\n\n\nWadi\u2019ah\n: Wadi\u2019ah pula adalah sebuah konsep yang digunakan dalam produk akaun \nsimpanan\n, khidmat pemegang amanah dan peti simpanan \ndeposit\n.\u00a0\n\n\nKonsep ini memberikan ruang kepada individu untuk mendepositkan dana dalam bentuk \nwang tunai\n atau sebarang aset kepada institusi kewangan islamik. Institusi kewangan pula berperanan sebagai penyimpan atau pemegang amanah untuk dana tersebut.\n\n\nWakalah\n: Wakalah secara ringkas adalah kontrak di mana satu pihak mewakilkan atau memberi kuasa kepada satu pihak yang lain untuk melaksanakan tugasan tertentu yang patuh Syariah, secara sukarela atau dengan imbuhan/upah.\n\n\nKonsep ini diaplikasikan secara meluas oleh bank yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islamik. Dalam situasi ini, pelanggan melantik pihak bank sebagai wakil untuk melakukan urus niaga atau perkhidmatan yang dipersetujui. Bank kemudiannya akan menerima upah dengan jumlah yang dipersetujui setelah selesai perkhidmatan tersebut.\n\n\nTawarruq\n: Tawarruq adalah konsep jual beli aset secara Murabahah atau Musawamah daripada penjual kepada pembeli. Ini bermakna, aset atau komoditi tersebut dijual secara tunai kepada pihak ketiga untuk mendapatkan tunai.\u00a0\n\n\nKonsep Tawarruq ini boleh dilihat apabila konsep perbankan Islam yang lain tidak dapat digunakan transaksi jual beli. Sebagai contoh konsep ini digunakan secara meluas untuk produk perbankan Islam seperti pembiayaan peribadi Islamik dan \nkad kredit\n Islamik.\n\n\nPerbankan konvensional pula tidak perlu mematuhi akad dan kontrak seperti yang terdapat di dalam perbankan Islamik. Boleh dikatakan hampir kesemua urusan jual-beli untuk Sistem Perbankan Konvensional melibatkan riba.\n\n\nUntung Vs Riba\n\n\nBagi pelanggan yang menggunakan sistem perbankan Islamik, mereka tidak akan dikenakan caj faedah atau juga dikenali sebagai interest. Namun, ia akan berkongsi kadar keuntungan hasil daripada urusan jual beli yang mematuhi hukum syariah.\u00a0\n\n\nBagi perbankan konvensional pula, caj kadar faedah akan dikenakan. Caj tersebut adalah riba dan diharamkan dalam prinsip kewangan Islam.\u00a0\n\n\nDenda dan Penalti\n\n\nBank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan caj ganti rugi yang dibenarkan iaitu pada kadar satu peratus daripada jumlah tunggakan. Garis panduan ini diikuti sistem kewangan Islam di Malaysia. Begitu juga dengan perbankan konvensional.\u00a0\n\n\nNamun, yang membezakan perbankan Islam dan perbankan konvensional adalah, walaupun caj atau ganti rugi masih mengikut garis panduan yang telah ditetapkan BNM, perbankan konvensional tetap mengenakan caj tambahan sekiranya pelanggannya lewat bayar. Hasilnya? Ia menambahkan beban kepada pelanggan.\u00a0\n\n\n\n\nZakat\n\n\nSistem perbankan Islam menitik-beratkan tanggungjawab pembayaran zakat selari dengan tanggungjawab sebagai penganut agama Islam. \nSistem perbankan konvensional pula tidak perlu mengambil berat perkara berkaitan sumbangan dan bayaran zakat.\n\n\nPerbezaan Produk Perbankan Islam dan Perbankan Konvensional\n\n\nJika dilihat pada sekilas pandang, produk-produk di antara perbankan Islamik dan perbankan konvensional seakan sama. Namun, sebenarnya, ada banyak bezanya.\n\n\nDeposit/Akaun Simpanan\n\n\nKedua-dua sistem perbankan ini menawarkan produk deposit seperti akaun simpanan dan akaun semasa.\n\n\nDeposit Islamik\n: Ia berteraskan konsep kontrak Qard. Qard adalah sejenis bayaran dengan jaminan. Menariknya, konsep Qard ini adalah sebuah konsep di mana pemberi pinjaman meminjamkan wang kepada peminjam. Pihak bank akan membayar semula wang tersebut apabila dikehendaki oleh pelanggan dengan jumlah yang sama mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh bank. Pihak bank juga boleh memberi hadiah atau Hibah, bergantung kepada budi bicara bank.\n\n\nDeposit konvensional\n: Manakala dengan deposit konvensional, pelanggan yang telah membuka akaun deporit dijanjikan dengan pulangan tertentu bagi simpanan yang telah dibuat. Anda mungkin tertanya-tanya, bagaimana pihak bank boleh membuat keuntungan? Institusi kewangan bank yang mengamalkan perbankan konvensional akan menggunakan aset atau duit yang disimpan untuk menjalankan sebarang aktiviti perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Konsep yang digunakan ini adalah riba secara langsung, iaitu pulangan yang dijamin.\n\n\nBagi melihat perbezaan yang lebih jelas, lihat rajah dibawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSistem Perbankan Islamik\n\n\nSistem Perbankan Konvensional\n\n\n\n\n\n\nProduk\n\n\nAkaun Simpanan/Semasa\n\n\nAkaun Simpanan/Semasa\n\n\n\n\n\n\nKonsep\n\n\nKontrak Qard\n\n\nTiada\n\n\n\n\n\n\nPulangan\n\n\nHadiah atau Hibah (Bergantung kepada budi bicara institusi kewangan/bank)\n\n\nPulangan tetap (faedah dijamin)\n\n\n\n\n\n\nProduk\n\n\nAkaun Simpanan/Semasa\n\n\nAkaun Simpanan/Semasa\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembiayaan & Pinjaman\n\n\nUntuk pengetahuan anda, produk pinjaman Islamik tidak menggunakan istilah pinjaman. Sebaliknya, ia menggunakan istilah pembiayaan. Ini kerana dari segi konsep yang digunakan, institusi kewangan tidak memberikan pinjaman kepada individu, Manakala produk konvensional pula menggunakan istilah pinjaman kerana konsep yang digunakan adalah peminjam meminjam wang daripada pemberi pinjaman.\n\n\nBagi pemahaman yang lebih jelas, teruskan membaca.\n\n\nPembiayaan Islamik\n\n\nSeperti yang kita tahu, institusi kewangan yang mematuhi syariah Islam mengharamkan riba. Sebaliknya, ia menggunakan konsep kewangan seperti Bai\u2019 Al-Inah dan Tawarruq. Melalui konsep ini, proses yang terhasil adalah urusan kontrak jual beli yang menghasilkan hutang.\n\n\nWalau bagaimanapun, hutang tersebut bukanlah daripada pinjaman. Ia adalah daripada urusan jual beli. Sebagai contoh, pihak bank membeliu aset bagi pihak peminjam dan menjualnya semula kepada peminjam dengan satu kadar keuntungan (profit rate) yang telah dipersetejui oleh kedua-dua pihak.\n\n\nCaj lewat bayar turut dikenakan. Ia dianggap sebagai satu kos rugi daripada pembiayaan yang dihadapi oleh institusi kewangan atau bank kerana pelanggan tidak dapat menjelaskan hutangnya.\n\n\nPinjaman Konvensional\n\n\nBagi perbankan konvensional, urusan pinjaman adalah satu situasi di mana peminjam meminjam wang daripada institusi kewangan atau bank. Peminjam juga akan dikenakan caj kadar faedah (interest rate) daripada jumlah prinsipal bagi memberi keuntungan kepada institusi kewangan tersebut.\n\n\nDari segi jumlah pinjam yang perlu dibayar, ia boleh berubah mengikut Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate \u2013 BLR). Manakala bagi caj lewat pula, perbankan konvensional mengenakan faedah kompaun yang membebankan peminjam.\n\n\nMitos Pembiayaan Islamik\n\n\nSeperti yang kita ketahui, dalam perbankan Islamik, tiada istilah pinjaman Islamik. Ia dikenali sebagai pembiayaan, bukannya pinjaman. Namun, ada pelbagai mitos yang masih berlegar-legar dalam kalangan masyarakat. Berikut adalah mitos-mitosnya:\n\n\nPembiayaan Islamik Hanya Untuk Muslim\n\n\nSebenarnya, bukan penganut Islam sahaja yang boleh menggunakan produk dan servis daripada perbankan Islamik. Meski pun dikenali sebagai pembiayaan Islamik dan ditawarkan oleh Bank Islamik, produk pembiayaan ini adalah untuk semua masyarakat tanpa mengira Agama. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah institusi kewangan yang meletakkan syarat bahawa produk pembiayaan Islamik yang mereka tawarkan hanya boleh digunakan untuk urusan patuh Syariah. Jadi kegunaan untuk urusan yang haram seperti judi, arak dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.\n\n\nMudah Lulus Berbanding Konvensional\n\n\nPembiayaan Islamik masih mengambil kira faktor-faktor seperti skor kredit, rekod kredit, risiko pemohon dan sebagainya bagi menentukan sama ada permohonan lulus atau tidak. Mungkin terdapat sedikit berbeza dari segi dokumen yang perlu disediakan, namun secara amnya, hampir tiada perbezaan antara pembiayaan Islamik dan juga pinjaman konvensional dari segi aspek kelulusan.\n\n\nLebih Menguntungkan Kerana Tidak Perlu Bayar Faedah\n\n\nPembiayaan Islamik sememangnya tidak mengenakan caj kadar faedah seperti yang dilakukan dengan pinjaman konvensional. Namun, ia masih mengenakan caj perkongsian kadar keuntungan atau juga dikenalikan sebagai profit rate.\n\n\nBanyak Caj Tersembunyi\n\n\nBenar terdapat caj yang dikenakan sekiranya permohonan pembiayaan anda lulus. Tetapi caj seperti caj Wakalah atau upah agensi ini hanya sekitar RM30 hingga RM50 sahaja, dan akan ditolak daripada pembiayaan yang lulus. Caj ini juga tidak meningkatkan jumlah pembiayaan, jadi caj kadar keuntungan yang perlu dibayar tidak berubah.\n\n\nBagi penerangan lebih jelas, rujuk rajah di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSistem Perbankan Islamik\n\n\nSistem Perbankan Konvensional\n\n\n\n\n\n\nIstilah\n\n\nPembiayaan Peribadi / \nKenderaan \n/ Perumahan / Perniagaan\n\n\nPinjaman Peribadi / \nKenderaan\n / Perumahan / Perniagaan\n\n\n\n\n\n\nKonsep\n\n\nBerlandaskan prinsip Syariah\n\n\nKonsep pinjaman (hutang)\n\n\n\n\n\n\nKeuntungan\n\n\nPerkongsian keuntungan daripada jualan\n\n\nFaedah yang dikenakan atas jumlah pinjaman\n\n\n\n\n\n\nAset\n\n\nAset yang dibenarkan hukum Syarak\n\n\nTiada kekangan\n\n\n\n\n\n\nAmaun bayaran\n\n\nTetap sepanjang tempoh pembiayaan\n\n\nBoleh berubah berdasarkan BLR\n\n\n\n\n\n\nPemilikan aset\n\n\nDimiliki oleh penjual\n\n\nTiada\n\n\n\n\n\n\nCaj lewat bayar\n\n\nAkan dikenakan ganti rugi (Ta\u2019widh)\n\n\nFaedah terkompaun\n\n\n\n\n\n\nPerlindungan Insurans\n\n\nTakaful\n\n\nKonvensional\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika kita lihat pada rajah di atas, ada menyebut mengenai perlindungan insurans. Takaful bagi perbankan Islamik dan Konvensional bagi perbankan konvensional.\n\n\nApa itu insurans takaful?\n\n\nTakaful ini adalah satu konsep insurans yang berlandaskan hukum Syariah. Secara asasnya konsep \ntakaful\n adalah berteraskan kerjasama, tanggungjawab, perlindungan atau erti kata lain ia memberikan perlindungan ke tas aset bersama dan menawarkan perkongsian risiko sesama ahli. Buat pengetahuan korang, syarikat takaful pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1985 selepas penggubalan Akta Takaful 1984.\n\n\nSyarikat Takaful berperanan sebagai alternatif lain untuk anda menjauhi insurans konvensional yang mempunyai unsur riba, maisir dan gharar. Untuk pengetahuan, sistem takaful bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam (Muslim) tetapi juga memberi manfaat kepada semua ahlinya tanpa mengira agama yang mereka anuti.\n\n\nDapatkan maklumat lanjut mengenai insurans dan takaful di laman web syarikat \ninsurans kereta terbaik\n. Jangan lupa anda boleh membeli produk insurans di \nQoala\n! Sampai disini sahaja perkongsian \nQoala\n pada hari ini. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/permohonan-moratorium/", "title": "Permohonan Moratorium: Apakah Kesan Pada Jangka Masa Panjang?", "body": "\n\nFrasa permohonan moratorium boleh dikatakan cukup popular dalam kalangan masyarakat dalam tempoh dua tahun (2020-2021) ini apabila kerajaan mengumumkan mengenai moratorium bagi membantu individu yang terjejas dalam pandemik COVID 19 yang melanda dunia.\n\n\nPermohonan moratorium, atau boleh juga dianggap sebagai permohonan cuti dari pembayaran pinjaman bank dilihat amat membantu terutamanya golongan B40 berikutan ramai diantara mereka yang hilang mata pencarian. Permohonan moratorium yang dibuka merupakan satu inisiatif untuk menangani masalah \nkewangan\n yang dihadapi ramai orang, gara-gara pandemik yang melanda.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPermohonan Moratorium PEMULIH 2021\nApakah Jenis Pinjaman Boleh Dapat Moratorium PEMULIH?\nApakah Syarat Moratorium PEMULIH?\nCara Memohon Moratorium PEMULIH\nMoratorium dan Moratorium Bersasar\nSiapa Patut Buat Permohonan Moratorium?\nGolongan A\nGolongan B\nGolongan C\nGolongan D\nPermohonan Moratorium Hanya Tangguh, Bukan Pengecualian\nImpak Buat Permohonan Moratorium\nPermohonan Moratorium dan Hutang Kad Kredit\nMoratorium Cukai Jalan, Lesen Dilanjut Sehingga 31 Disember 2021\nSoalan Lazim Berkaitan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman\nSoalan Lazim\nJawapan\n\n\nPermohonan Moratorium PEMULIH 2021\n\n\nMoratorium pinjaman terbaru diperkenalkan selaras dengan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dan permohonan dengan kelulusan automatik bermula pada Rabu, 7 Julai 2021.\n\n\nJadi jika anda peminjam individu tanpa mengira anda B40, M40 atau T20, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan mikro yang terjejas kerana COVID-19, anda boleh memohon moratorium pinjaman selama ENAM bulan.\n\n\nAnda hanya perlu memohon dengan bank masing-masing dan kelulusan permohonan diberikan secara automatik.\n\n\nApakah Jenis Pinjaman Boleh Dapat Moratorium PEMULIH?\n\n\n\n\nPinjaman \nkenderaan\n\n\nPinjaman peribadi\n\n\nPinjaman \nperumahan\n\n\nPinjaman \nperniagaan\n\n\n\n\nApakah Syarat Moratorium PEMULIH?\n\n\nFoto Kredit: Nor Sham Soyod Melalui Shutterstock\n\n\n\n\nPermohonan Moratorium PEMULIH hanya untuk pinjaman yang diluluskan SEBELUM 1 Julai 2021.\n\n\nAnda tidak perlu menyediakan sebarang dokumen untuk membuktikan yang anda terjejas disebabkan COVID-19. Setiap permohonan akan diberikan secara automatik.\n\n\nSemasa permohonan moratorium PEMULIH dilakukan, anda tidak boleh mempunyai bayaran ansuran tertunggak melebihi 90 hari atau prosiding muflis/ penggulungan syarikat.\n\n\nPeminjam yang sudah mempunyai moratorium sebelum ini dan mengikut semua jadual pembayaran semula pinjaman juga boleh memohon moratorium PEMULIH.\n\n\nPeminjam individu/PKS yang mempunyai tunggakan bayaran lebih 90 hari dinasihati menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat kewangan secara percuma.\n\n\nHutang kad kredit tidak boleh memohon moratorium PEMULIH, tetapi anda boleh memohon untuk mengubah hutang kad kredit ini menjadi pinjaman 3 tahun yang membantu anda mengurangkan kadar faedah.\n\n\n\n\nSemua situasi lain masih sama dengan moratorium sebelum ini termasuklah pengenaan faedah terakru (accrued interest), tak menjejaskan CCRIS/CTOS, dan tak menjejaskan peluang anda dapat pinjaman di masa depan.\n\n\nCara Memohon Moratorium PEMULIH\n\n\nCaranya mudah sahaja, anda perlu menghubungi pihak bank yang berkenaan. Anda juga disarankan untuk sentiasa melayari laman web Bank Negara Malaysia dan bank masing-masing untuk mengetahui tentang perkembangan lanjut.\n\n\nSenarai Bank Yang Terlibat Dalam Moratorium PEMULIH Setakat Julai 2021\n\n\n\n\nAffin Bank Berhad\n\n\nAffin Islamic Bank Berhad\n\n\nAl Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad\n\n\nAlliance Bank Malaysia Berhad\n\n\nAlliance Islamic Bank Berhad\n\n\nAmBank (M) Berhad\n\n\nAmBank Islamic Berhad\n\n\nBNP Paribas Malaysia Berhad\n\n\nBank Islam Malaysia Berhad\n\n\nBank Muamalat Malaysia Berhad\n\n\nCIMB Bank Berhad\n\n\nCIMB Islamic Bank Berhad\n\n\nCitibank Berhad\n\n\nHSBC Bank Malaysia Berhad\n\n\nHSBC Amanah Malaysia Berhad\n\n\nHong Leong Bank Berhad\n\n\nHong Leong Islamic Bank Berhad\n\n\nKuwait Finance House (Malaysia) Berhad\n\n\nMUFG Bank (Malaysia) Berhad\n\n\nMalayan Banking Berhad\n\n\nMaybank Islamic Berhad\n\n\nMBSB Bank Berhad\n\n\nOCBC Bank (Malaysia) Berhad\n\n\nOCBC Al-Amin Bank Berhad\n\n\nPublic Bank Berhad\n\n\nPublic Islamic Bank Berhad\n\n\nRHB Bank Berhad\n\n\nRHB Islamic Bank Berhad\n\n\nStandard Chartered Bank Malaysia Berhad\n\n\nStandard Chartered Saadiq Berhad\n\n\nSumitomo Mitsui Banking Corporation Malaysia Berhad\n\n\nUnited Overseas Bank (Malaysia) Bhd\n\n\nBank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)\n\n\nBank Pembangunan Malaysia Berhad\n\n\nBank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)\n\n\nSmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)\n\n\nBank Simpanan Nasional\n\n\nExport-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank)\n\n\n\n\nMoratorium dan Moratorium Bersasar\n\n\nMoratorium diberi secara automatik kepada semua individu yang mempunyai pinjaman dengan bank pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, kini moratorium bersasar. Bantuan ini dilanjutkan khas buat pelanggan yang masih menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran pembiayaan mereka berikutan penularan pandemik Covid-19 yang masih melanda negara.\n\n\nKonsep asas moratorium ini adalah penangguhan bayaran bulanan. Namun, apabila moratorium yang diberi tamat, segelintir individu masih mengalami kesukaran dalam membuat pembayaran semula. Disini lah wujudnya, moratorium bersasar.\u00a0\n\n\nTerdapat dua cara moratorium bersasar ni dibuat, iaitu:\n\n\n\n\nTangguh bayaran ansuran bulanan selama tiga bulan; atau\n\n\nKurangkan bayaran ansuran bulanan sebanyak 50% selama enam bulan\n\n\n\n\nSelain tu, semua bank juga akan menawarkan beberapa pilihan lain, termasuklah:\n\n\n\n\nMembenarkan pinjaman membayar hanya faedah pinjaman\n\n\nMelanjutkan tempoh pinjaman untuk kurangkan bayaran balik bulanan\n\n\nMenyediakan pelbagai kemudahan lain sehingga peminjam kembali stabil\n\n\n\n\nSemua ni bergantung kepada bank masing-masing. Moratorium bersasar ni juga dilanjutkan lagi sehingga Jun 2021 sejak Januari 2021 bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat terpaksa diumumkan semula sebab lonjakan kes COVID-19.\n\n\nNamun, timbul persoalan, apakah kesannya pada jangka masa panjang jika kita membuat permohonan moratorium ini? Pertamanya, kita harus lihat, siapa yang digalakkan untuk membuat permohonan moratorium.\n\n\nSiapa Patut Buat Permohonan Moratorium?\n\n\nFoto Kredit: Abul Husein Photography Melalui Shutterstock\n\n\nGolongan A\n\n\nGolongan A mengandungi individu-individu yang mempunyai masalah aliran tunai yang tidak cukup atau hanya cukup-cukup untuk hidup. Cukup-cukup untuk hidup bermaksud tiada lebih wang selepas menolak komitmen dan segala perbelanjaan.\u00a0\n\n\nGolongan ini digalakkan untuk membuat permohonan moratorium.\u00a0\n\n\nGolongan B\n\n\nGolongan B pula adalah golongan individu yang mempunyai komitmen yang banyak dan juga hutang dengan interest yang tinggi. Antara hutang yang mempunyai interest yang tinggi adalah hutang\n kad kredit\n.\u00a0\n\n\nBagi mereka yang tidak mempunyai halangan untuk membayar hutang kad kredit dengan jumlah yang penuh, tiada masalah. Namun, ia akan menjadi masalah jika anda tidak dapat membayar dengan jumlah yang penuh berserta dalam tempoh yang ditetapkan.\u00a0\n\n\nUntuk pengetahuan anda, interest yang diletakkan pada kad kredit adalah pada 18 peratus setahun? Sekiranya hutang ini tidak dapat diselesaikan, anda akan sentiasa berada dalam situasi kesempitan wang.\n\n\nJusteru itu, golongan ini digalakkan untuk membuat permohonan moratorium bagi pinjaman lain agar duit yang ada itu digunakan untuk membayar hutang \nkad kredit\n. Setelah mendapat kelulusan moratorium, pastikan anda asingkan duit tersebut bagi menjelaskan hutang-hutang kad kredit anda.\u00a0\n\n\nGolongan C\n\n\nManakala individu dalam golongan C pula adalah individu-individu yang tidak mempunyai tabung kecemasan selama tiga bulan pendapatan atau tidak mempunyai \nsimpanan\n langsung. Walau bagaimanapun, individu-individu dalam golongan C ini masih mempunyai aliran tunai yang baik cuma mereka tidak mempunyai simpanan.\u00a0\n\n\nSebagai contoh, sekiranya gaji bulanan anda adalah RM5,000, anda seharusnya mempunyai tabung kecemasan sebanyak RM15,000 bersamaan dengan tiga bulan gaji.\u00a0\n\n\nIni masih bahaya terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Kerana itu, golongan ini juga digalakkan untuk membuat permohonan moratorium.\u00a0\n\n\nGolongan D\n\n\nGolongan D adalah mereka yang tidak mempunyai apa-apa perlindungan pendapatan atau pun \nperubatan\n seperti \ninsurans\n. Pentingnya insurans ini adalah untuk mengurangkan risiko dan beban ketika apabila kemalangan yang tidak diingini berlaku.\u00a0\n\n\nApabila mereka tiada apa-apa jenis perlindungan, golongan ini amat digalakkan untuk membuat permohonan moratorium.\u00a0\n\n\nPermohonan Moratorium Hanya Tangguh, Bukan Pengecualian\n\n\nKita perlu ingat, moratorium merupakan satu bentuk penangguhan pembayaran yang diberikan untuk meringankan beban kewangan peminjam di kala pandemik COVID-19. Permohonan moratorium dibuka bagi memberi waktu kepada peminjam menggunakan wang yang sepatutnya digunakan membayar ansuran bulanan kepada sesuatu yang lebih asas seperti makanan, sewa rumah, simpanan kecemasan dan lain-lain lagi.\n\n\nKata kunci yang kita perlu tekankan disini adalah penangguhan. Moratorium yang diberi bukannya percuma dan perlu dibayar balik.\u00a0\n\n\nTidak dinafikan moratorium membantu golongan yang terjejas, namun peminjam yang mendapat tunai tambahan menerusi moratorium perlu membayar kembali nilai tersebut.\n\n\nSama ada perlu atau tidak mengambil moratorium ini, jawapannya ya, bagi sesiapa yang terjejas pendapatan. Moratorium boleh membantu aliran tunai dan sedikit sebanyak mampu meringankan beban kewangan.\n\n\nRamai pakar kewangan memberi nasihat kepada yang tidak terjejas tidak perlu buat permohonan moratorium. Jika diteruskan, peminjam perlu menanggung beban pada kemudian hari akibat daripada pertambahan jumlah hutang.\n\n\nImpak Buat Permohonan Moratorium\n\n\n\n\nTidak jejas skor kredit\n\n\n\n\nRamai individu menzahirkan rasa gusar apabila mereka membuat permohonan moratorium dan skor kredit mereka terjejas. Ini kerana apabila pinjaman yang kita buat tidak dibayar, ia akan menjejaskan skor kredit. Apabila skor kredit terjejas, banyak perkara yang tidak dapat dibuat.\u00a0\n\n\nNamun, menurut\n \nCTOS\n, penangguhan bayaran tidak dikategorikan sebagai tunggakan pinjaman. Oleh itu, sekiranya permohonan moratorium anda diluluskan oleh pihak bank, skor kredit anda tidak akan terjejas.\n\n\n\n\nTempoh pinjaman lebih lama\n\n\n\n\nMembuat permohonan moratorium juga bermakna anda membuat permohonan untuk memanjangkan tempoh pinjaman dengan lebih lama. Ketika moratorium diberikan secara automatik, tempoh pinjaman ditangguhkan selama enam bulan. Bagi moratorium bersasar pula, ada beberapa situasi yang anda perlu tahu.\n\n\nAda beberapa situasi yang boleh anda bincangkan dengan pihak bank tentang pelanjutan tempoh pinjaman yang menyebabkan perubahan ansuran bulanan dan semuanya bergantung kepada kemampuan anda. Lihat contoh di bawah:\n\n\nSebelum penangguhan tiga bulan\n\n\n\n\nAnsuran bulanan: RM568/ bulan\n\n\nJumlah pinjaman tertunggak: RM40, 795\n\n\nTempoh pinjaman yang tinggal: 84 bulan\n\n\n\n\nSituasi 1 \u2013 Menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan dan melanjutkan tempoh selama setahun\n\n\n\n\nAnsuran bulanan: RM510/ bulan\n\n\nJumlah pinjaman tertunggak: RM40, 795\n\n\nTempoh pinjaman yang tinggal: 96 bulan (84 bulan + lanjutan 12 bulan)\n\n\n\n\nSituasi 2 \u2013 Menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan dan melanjutkan tempoh selama tiga tahun\n\n\n\n\nAnsuran bulanan: RM425/ bulan\n\n\nJumlah pinjaman tertunggak: RM40, 795\n\n\nTempoh pinjaman yang tinggal: 120 bulan (84 bulan + lanjutan 36 bulan)\n\n\n\n\n\n\nFaedah masih ada\n\n\n\n\nUntuk pengetahuan anda, walaupun kadar faedah-atas-faedah (compounded interest) tidak dikenakan, pinjaman anda masih dikenakan faedah atau keuntungan terakru (accrued interest) yang akan dibawa selepas moratorium berakhir.\n\n\nSepanjang moratorium automatik,\n \nfaedah terakru\n masih berjalan seperti biasa.\n\n\n\n\nJumlah bayaran akhir tinggi?\n\n\n\n\nJika anda memilih untuk moratorium bersasar dengan tak bayar ansuran bulanan, jumlah terakhir yang anda kena bayar bila pinjaman matang mungkin akan menjadi lebih tinggi.\n\n\nNamun, jika anda memilih pengurangan ansuran bulanan, jumlah terakhir yang anda kena bayar tidak meningkat.\u00a0\n\n\nPermohonan Moratorium dan Hutang Kad Kredit\n\n\nBerbeza dengan hutang pinjaman perumahan dan \nkereta\n, anda tidak boleh mendapatkan penangguhan untuk kad kredit. Walau bagaimanapun, sekiranya hutang kad kredit anda mempunyai jumlah yang besar, anda akan diberi pilihan untuk menukar baki kad kredit kepada pinjaman bertempoh supaya anda boleh memohon untuk mendapatkan enam bulan penangguhan bayaran.\n\n\nSekiranya anda tidak dapat membayar minimum kad kredit selama tiga bulan berturut-turut pun, pengeluar kad akan menukarkan baki yang terkumpul kepada pinjaman bertempoh yang tak lebih tiga tahun dengan faedah efektif tak lebih daripada 13 peratus setahun.\n\n\nUntuk soalan lazim lain berkaitan pakej penangguhan atau penukaran kad kredit, anda boleh dapatkannya di laman\n \nweb rasmi BNM\n.\n\n\nMoratorium Cukai Jalan, Lesen Dilanjut Sehingga 31 Disember 2021\n\n\nTempoh moratorium lanjutan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dilanjutkan hingga 31 Dis ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.\n\n\nBagaimanapun, katanya pemilik LKM yang telah tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans sah dan menunjukkan sijil perlindungan insurans bagi tujuan pemeriksaan.\n\n\nSebelum ini, tempoh pembaharuan LKM dan LMM ditetapkan hingga 30 Sept ini dan boleh diperbaharui melalui kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pos Malaysia Bhd, MyEG Services Sdn Bhd (MyEG) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).\n\n\nMulai 6 Sept juga, JPJ akan menghentikan sistem janji temu dalam talian. Pelanggan yang ingin berurusan di kaunter mesti telah mendapat vaksinasi lengkap dan menunjukkan status risiko rendah COVID-19 dalam aplikasi MySejahtera.\n\n\nOrang ramai juga digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian menerusi portal mySIKAP JPJ atau melalui khidmat Pos Malaysia, MyEG, Puspakom untuk membuat apa-apa transaksi JPJ yang berkaitan. Ini bertujuan mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ dan memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai memperbaharui LKM dan LMM.\n\n\nSoalan Lazim Berkaitan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman\n\n\nDi bawah adalah antara soalan lazim yang dikongsi oleh BNM.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSoalan Lazim\n\n\n\n\n\n\nJawapan\n\n\n\n\n\n\n\n\nApakah kriteria kelayakan penangguhan?\n\n\nSemua pinjaman yang dibuat oleh individu dan PKS dengan institusi kewangan yang dikawal selia BNM.\n\n\n* Penangguhan tak diberikan untuk hutang kad kredit\n\n\n\n\n\n\nApakah yang perlu dibuat oleh peminjam?\n\n\nAnda tak perlu membuat apa-apa kerana penangguhan adalah automatik. Jika anda tak perlukan penangguhan, sila beritahu pihak bank.\n\n\n\n\n\n\nBolehkah saya melanjutkan penangguhan lebih dari enam bulan?\n\n\nPenangguhan hanya untuk 6 bulan. Jika akan perlukan tempoh yang lebih lama, sila hubungi pihak bank.\n\n\n\n\n\n\nBank manakan yang menawarkan pakej penangguhan ini?\n\n\nSemua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan (IKP) yang ditetapkan dan dikawal oleh BNM.\n\n\n\n\n\n\nAdakah pakej penangguhan dikenakan kepada pinjaman yang baru diluluskan / dikeluarkan?\n\n\nPakej penangguhan boleh digunakan untuk semua pinjaman/pembiayaan yang belum dijelaskan setakat 1 April 2020.\n\n\n\n\n\n\nSaya mempunyai pinjaman/pembiayaan yang dipotong secara automatik daripada gaji. Adakah saya layak?\n\n\nYa. Sila beritahu syarikat anda untuk menghentikan potongan gaji jika anda mahu bayaran balik ditangguhkan, dan maklumkan juga pada pihak bank.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemoga artikel kali ini dapat menjawab persoalan-persoalan anda tentang permohonan moratorium dan kesannya.\n\n\nSedang mencari \ninsurans kereta\n? Mudah, \nrenew\n saja di \nQoala\n. Pantas dengan harga yang berpatutan. Cuba lah sekarang!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pinjaman-pendidikan/", "title": "6 Pinjaman Pendidikan yang Anda Boleh Pertimbangkan", "body": "\n\nPendidikan merupakan satu \npelaburan jangka panjang\n yang penting dalam hidup anda. Memang tidak dinafikan, tidak semua pelajar mampu menanggung sendiri kos atau boleh ditanggung oleh keluarga untuk sambung belajar yang boleh memakan perbelanjaan yang sangat besar. Oleh sebab itu, mengambil pinjaman pendidikan merupakan satu alternatif yang wajar dipertimbangkan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPerlu Ambil Pinjaman Pendidikan Untuk Sambung Belajar?\nAkses Pendidikan\nPeluang Kerjaya\nBantuan Kewangan\nBina Skor Kredit\nJenis Pinjaman Pendidikan yang Anda Boleh Mohon\n1. Pinjaman Pendidikan PTPTN\n2. Pinjaman Pendidikan Bank\n3. Pinjaman Pendidikan Swasta\n4. Pinjaman Pendidikan Yayasan\n5. Pinjaman Pendidikan MARA\n6. Pinjaman Pendidikan JPA PIDN\nApa Lagi yang Anda Perlu Tahu Tentang Pinjaman Pendidikan?\n\n\nPerlu Ambil Pinjaman Pendidikan Untuk Sambung Belajar?\n\n\nSalah satu faktor utama yang menyebabkan seseorang membuat keputusan untuk mengambil pinjaman pendidikan adalah kos sambung belajar itu sendiri. Kos untuk meneruskan pengajian bergantung kepada jenis universiti yang anda pilih iaitu sama ada IPTA atau IPTS. Seperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, kos pengajian di IPTS jauh lebih tinggi dan boleh mencapai puluhan hingga ratusan ribu ringgit berbanding kos pengajian di IPTA.\n\n\nSekiranya ibu bapa tidak mengambil langkah awal seperti menyediakan simpanan untuk anak sambung belajar melalui \nSSPN\n atau \ninsurans pendidikan\n, maka pinjaman pendidikan adalah langkah yang wajar diambil sekiranya anda mahu menyambung pengajian. Ini bermakna anda mungkin perlu membayar balik hutang pinjaman tersebut selepas tamat pengajian. Berikut adalah antara sebab anda patut memohon pinjaman pendidikan:\n\n\nAkses Pendidikan\n\n\nPinjaman pendidikan boleh memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pendidikan yang\u00a0 sebelumnya tidak mampu ditanggung oleh keluarga mereka.\n\n\nPeluang Kerjaya\n\n\nDengan mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi, anda sebagai pelajar akan dapat meningkatkan peluang untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik dengan gaji yang berbaloi.\n\n\nBantuan Kewangan\n\n\nPinjaman pendidikan boleh bertukar menjadi sumber bantuan kewangan untuk membantu pelajar membayar kos pendidikan mereka dan mengurangkan beban kewangan keluarga mereka. Contohnya seperti PTPTN, jika anda mendapat \nfirst class degree\n, anda berkemungkinan besar boleh mendapat \npengecualian PTPTN\n yang bermaksud anda tidak perlu membayar semula pinjaman pendidikan anda.\n\n\nBina Skor Kredit\n\n\nAnda juga boleh mula membina \nskor kredit\n anda apabila anda mula membayar semula pinjaman pendidikan anda. Skor kredit yang baik akan meningkatkabn permohonan pinjaman anda diluluskan seperti \nloan\u00a0\nrumah\n, \nkad kredit\n dan lain-lain. Disebabkan ini, anda harus pastikan anda menggunakan pinjaman pelajar anda secara bertanggungjawab dan sentiasa membuat bayaran bulanan anda.\n\n\n\n\nJenis Pinjaman Pendidikan yang Anda Boleh Mohon\n\n\nPinjaman pendidikan di Malaysia boleh diperoleh melalui beberapa institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan institusi kerajaan. Anda boleh memilih untuk memohon pinjaman pendidikan daripada salah satu jenis pinjaman pendidikan di bawah ini:\n\n\n1. Pinjaman Pendidikan PTPTN\n\n\nPinjaman ini ditawarkan oleh kerajaan Malaysia untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Dengan mengambil \npinjaman PTPTN\n, kos pengajian, termasuk yuran pengajian, kos asrama, dan kos sara hidup akan ditanggung oleh pinjaman ini. Selain itu, pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN mempunyai tempoh bayaran balik yang fleksibel, bergantung kepada jumlah pinjaman dan pendapatan selepas tamat pengajian.\n\n\nKadar bayaran balik pinjaman PTPTN adalah berdasarkan kepada kemampuan pelajar yang telah tamat pengajian, dengan kadar bayaran yang lebih rendah bagi mereka yang pendapatan mereka rendah. Pinjaman PTPTN juga menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman dari institusi kewangan lain. Jika bayaran balik PTPTN tidak dilakukan mengikut jadual, anda akan dikenakan tindakan tegas daripada pihak PTPTN.\n\n\nCara Mohon PTPTN\n\n\nUntuk memohon pinjaman PTPTN, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari laman web PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/ dan klik pada pautan \u201cPermohonan Pembiayaan\u201d di bahagian atas halaman;\n\n\nPilih jenis pembiayaan yang anda ingin memohon (contohnya, Pembiayaan Pengajian Tinggi atau SSPN-i Plus);\n\n\nIsi borang permohonan dengan maklumat peribadi anda termasuk maklumat keluarga, pendidikan, dan kewangan;\n\n\nSediakan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, salinan \nslip gaji\n atau penyata bank ibu bapa, surat tawaran pengajian dari institusi pengajian tinggi, dan lain-lain dokumen yang berkaitan;\n\n\nLengkapkan borang permohonan dan muat naik dokumen sokongan ke laman web PTPTN;\n\n\nSetelah permohonan anda diproses, PTPTN akan memberikan keputusan samada lulus atau tidak untuk pinjaman anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Pinjaman Pendidikan Bank\n\n\nAnda boleh mendapat pinjaman daripada institusi kewangan seperti bank-bank tempatan dan luar negara untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Pinjaman pendidikan daripada pihak bank menawarkan beberapa kelebihan seperti kelajuan permohonan dan pemprosesan yang lebih cepat, keluasan pilihan jenis pinjaman, dan kelajuan pengeluaran.\n\n\nAntara bank yang menawarkan pinjaman ini adalah pinjaman pendidikan Bank Rakyat yang menawarkan Pembiayaan Pelajaran Boleh Ubah (PBBU Bank Rakyat), pinjaman pendidikan Bank Islam dan pinjaman pendidikan Maybank.\n\n\nCara Mohon Pinjaman Pendidikan Bank\n\n\nBerikut adalah cara-cara untuk memohon pinjaman pendidikan daripada bank:\n\n\n\n\n\n\n\n\nCari bank yang menawarkan pinjaman pendidikan;\n\n\nSemak kelayakan yang diperlukan untuk memohon pinjaman tersebut. Pastikan untuk memahami syarat-syarat dan kadar faedah yang dikenakan sebelum membuat permohonan;\n\n\nBuat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang disediakan oleh bank;\n\n\nLampirkan semua dokumen yang diperlukan seperti surat tawaran pengajian, pengesahan pendapatan, dan dokumen peribadi lain yang diperlukan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelepas permohonan diluluskan, bank akan mengeluarkan pinjaman pendidikan kepada pelajar. Pelajar perlu memastikan bahawa mereka membayar balik pinjaman secara tepat pada masa yang ditetapkan. Perlu diingatkan setiap bank mungkin mempunyai prosedur yang tersendiri. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk menghubungi pihak bank terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.\n\n\n3. Pinjaman Pendidikan Swasta\n\n\nPinjaman pendidikan swasta adalah jenis pinjaman yang diberikan oleh institusi kewangan swasta seperti syarikat kewangan, koperasi atau bank untuk tujuan membiayai kos pengajian pelajar di institusi pendidikan swasta. Pinjaman pendidikan swasta biasanya menawarkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi berbanding dengan PTPTN atau bank, tetapi dengan kadar faedah yang lebih tinggi juga.\n\n\nAnda perlu mempertimbangkan baik-baik sebelum memohon pinjaman pendidikan swasta dan memastikan bahawa anda boleh membayar balik pinjaman tersebut. Oleh sebab itu, fahami terma dan syarat yang dikenakan oleh institusi kewangan sebelum membuat keputusan untuk memohon pinjaman pendidikan swasta.\n\n\nCara Mohon Pinjaman Pendidikan Swasta\n\n\nBerikut adalah beberapa langkah untuk memohon pinjaman pendidikan swasta:\n\n\n\n\n\n\n\n\nCari institusi kewangan yang menawarkan pinjaman pendidikan swasta;\n\n\nLengkapkan borang permohonan pinjaman pendidikan dan lengkapkan semua maklumat peribadi dan maklumat pendidikan yang diperlukan;\n\n\nSediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, surat tawaran pengajian dan dokumen peribadi lain yang diperlukan oleh institusi kewangan.\n\n\nTunggu kelulusan permohonan: Selepas permohonan pinjaman dilengkapkan dan dokumen-dokumen diserahkan, institusi kewangan akan menilai kelayakan pemohon dan membuat keputusan sama ada permohonan diluluskan atau ditolak.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Pinjaman Pendidikan Yayasan\n\n\nPinjaman ini ditawarkan oleh yayasan atau badan amal untuk tujuan membiayai kos pengajian pelajar. Yayasan atau badan amal ini biasanya menawarkan pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah atau bahkan tanpa faedah, bergantung kepada polisi dan keperluan yayasan tersebut.\n\n\nYayasan atau badan amal ini juga biasanya menawarkan bantuan kewangan lain seperti biasiswa atau sumbangan untuk membantu pelajar menguruskan kos pengajian mereka. Antara yayasan yang menawarkan pinjaman pendidikan adalah Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Selangor, Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dan lain-lain lagi.\n\n\nCara Mohon Pinjaman Pendidikan Yayasan\n\n\nBerikut adalah beberapa langkah untuk memohon pinjaman pendidikan dari yayasan:\n\n\n\n\n\n\n\n\nCari yayasan yang menawarkan pinjaman pendidikan;\n\n\nSemak kelayakan yang diperlukan untuk memohon pinjaman tersebut. Pastikan untuk memahami syarat-syarat dan polisi pinjaman yang dikenakan oleh yayasan tersebut;\n\n\nLengkapkan borang permohonan pinjaman pendidikan dan lengkapkan semua maklumat peribadi dan maklumat pendidikan yang diperlukan;\n\n\nSediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, surat tawaran pengajian dan dokumen peribadi lain yang diperlukan oleh yayasan.\n\n\nSelepas permohonan pinjaman dilengkapkan dan dokumen-dokumen diserahkan, yayasan akan menilai kelayakan pemohon dan membuat keputusan sama ada permohonan diluluskan atau ditolak.\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Pinjaman Pendidikan MARA\n\n\nKelayakan dan syarat-syarat untuk memohon Pinjaman Pendidikan MARA bergantung kepada jenis pinjaman yang dipohon dan terdapat beberapa langkah yang perlu diambil untuk memohon pinjaman tersebut. Oleh sebab itu, anda perlu memahami dengan jelas terma dan syarat yang dikenakan oleh MARA sebelum membuat keputusan untuk memohon pinjaman pendidikan dari MARA.\n\n\nCara Mohon Pinjaman MARA\n\n\nBerikut adalah langkah-langkah untuk memohon pinjaman pendidikan dari MARA:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPastikan anda memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti mempunyai gred purata minimum yang ditetapkan dan memenuhi kriteria lain yang diperlukan;\n\n\nPilih jenis pinjaman yang sesuai dengan keperluan pendidikan anda;\n\n\nLengkapkan borang permohonan pinjaman MARA dan lampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, surat tawaran pengajian dan dokumen peribadi lain yang diperlukan oleh MARA;\n\n\nSerahkan permohonan pinjaman MARA dan dokumen-dokumen yang diperlukan ke MARA melalui portal permohonan dalam talian atau ke pejabat MARA yang berdekatan. Pastikan bahawa permohonan diserahkan sebelum tarikh tutup permohonan;\n\n\nSelepas permohonan diserahkan, MARA akan menilai kelayakan anda dan membuat keputusan sama ada permohonan diluluskan atau ditolak. Anda akan diberitahu tentang keputusan melalui surat atau mesej.\n\n\n\n\n\n\n\n\n6. Pinjaman Pendidikan JPA PIDN\n\n\nPinjaman Pendidikan JPA PIDN (Program Ijazah Dalam Negara) adalah program pinjaman yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelajar yang ingin menuntut dalam program ijazah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau politeknik di Malaysia. Program ini ditawarkan kepada pelajar berprestasi yang berpotensi dan memerlukan kewangan untuk menampung kos pengajian mereka.\n\n\nPelajar yang memenuhi syarat boleh memohon untuk mendapatkan pinjaman Pendidikan JPA PIDN melalui sistem permohonan dalam talian yang disediakan oleh JPA. Permohonan biasanya dibuka pada setiap tahun bergantung kepada keperluan dan \nbelanjawan yang disediakan oleh kerajaan\n.\n\n\nCara Mohon Pinjaman Pendidikan JPA PIDN\n\n\nUntuk memohon Pinjaman Pendidikan JPA PIDN, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nLawati laman web rasmi JPA di \nhttps://www.jpa.gov.my/\n dan cari butang permohonan pinjaman pendidikan.\n\n\nDaftar akaun dalam talian dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan. Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan lengkap.\n\n\nMuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan seperti transkrip akademik terkini, salinan kad pengenalan, surat tawaran pengajian dan lain-lain.\n\n\nSertai surat pengesahan pendapatan keluarga dan bukti pendapatan ibu bapa atau penjaga.\n\n\nPastikan anda membaca dan memahami terma dan syarat yang dikenakan oleh JPA sebelum membuat permohonan.\n\n\nHantar permohonan dalam talian dan tunggu kelulusan daripada JPA.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelepas mendapat kelulusan, anda perlu menandatangani perjanjian pinjaman dengan JPA dan menjalani sesi kemasukan sebagai syarat untuk menerima pinjaman. Pelajar perlu membayar balik jumlah pinjaman selepas tamat pengajian dalam tempoh yang ditetapkan oleh JPA.\n\n\n\n\nApa Lagi yang Anda Perlu Tahu Tentang Pinjaman Pendidikan?\n\n\nSebelum memohon pinjaman pendidikan, anda juga perlu mempertimbangkan kekurangannya. Pertama sekali, anda sudah mula berhutang walaupun anda masih belum mendapat pekerjaan lagi. Dengan kata lain, hidup anda bermula dengan hutang. Ini boleh meningkatkan komitmen kewangan anda di masa depan apabila anda ingin membuat pinjaman yang lain, seperti untuk \nbeli kereta\n atau \nbeli rumah\n, atau mengambil \npelan insurans kesihatan\n dan sebagainya.\n\n\nSelain itu, terdapat beberapa kelemahan lain yang perlu diambil kira, seperti bunga pinjaman yang dikenakan. Jumlah bayaran balik yang diperlukan mungkin akan meningkat akibat daripada jumlah bunga yang perlu dibayar. Tambahan pula, beberapa jenis pinjaman pendidikan memerlukan jaminan seperti cagaran atau penjamin.\n\n\nHal ini mungkin menyukarkan pelajar yang tidak mempunyai cagaran yang mencukupi. Oleh itu, adalah penting untuk mempertimbangkan keseluruhan kos dan tanggungjawab sebelum membuat keputusan untuk memohon pinjaman pendidikan. Semoga artikel ini dapat membantu anda memahami lebih lanjut tentang pinjaman pendidikan di Malaysia dan membolehkan anda membuat keputusan yang bijak dalam memperoleh pinjaman tersebut.\n\n\nSelain itu, jika anda ingin mendapatkan\u00a0\nperlindungan insurans kereta yang komprehensif\n\u00a0untuk kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan\u00a0\nplatform perbandingan insurans online\n terbaik di Malaysia. Anda boleh mendapatkan\u00a0\ninsurans kereta terbaik di Malaysia\n\u00a0dengan tawaran proses yang mudah dan pantas pada harga yang menarik dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pinjaman-peribadi/", "title": "Ketahui 8 Perkara Ini Sebelum Mohon Pinjaman Peribadi", "body": "\n\nMemang tidak dinafikan, pinjaman peribadi atau \npersonal loan \nmerupakan salah satu cara yang paling cepat untuk anda mendapatkan wang yang banyak untuk digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu seperti memulakan perniagaan atau menanggung \nkos kahwin\n. Namun begitu, anda perlu berhati-hati kerana buat \npersonal loan \nini merupakan satu komitmen yang besar dan anda perlu membayarnya semula dengan kadar pinjaman yang tinggi. Artikel ini akan berkongsikan lapan perkara wajib yang anda perlu tahu tentang pinjaman peribadi.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n8\u00a0Checklist Perlu Tahu Sebelum Ketahui Cara Buat\u00a0Personal Loan\n1. Maksud Pinjaman Peribadi\n2. Tempoh Loan Peribadi\n3. Institusi Kewangan yang Menawarkan Pinjaman Ini\n4. Jumlah yang Boleh Dipinjam Berdasarkan Nisbah Pembiayaan Hutang (DSR)\n5. Kadar Faedah Pinjaman Peribadi\n6. Dokumen Loan Peribadi\n7. Proses Kelulusan Segera\n8. Keburukan Pinjaman Peribadi\nAdakah Anda Patut Mohon Pinjaman Peribadi?\nTips Buat\u00a0Personal Loan\n\n\n8\u00a0\nChecklist \nPerlu Tahu Sebelum Ketahui Cara Buat\u00a0\nPersonal Loan\n\n\nSebelum ini, anda mungkin pernah nampak saudara-mara atau rakan terdekat buat pinjaman peribadi untuk mendapatkan duit dengan cepat dan menggunakan wang tersebut untuk memenuhi kehendak peribadi seperti\n beli kereta\n, tukar motor baharu,\n \nrenovate \nrumah\n dan sebagainya. Anda mungkin terfikir untuk memohon pinjaman yang sama sebab ia nampak mudah untuk diluluskan, proses yang tidak \ncomplicated\n dan anda boleh membayar semula dalam tempoh lima hingga 10 tahun. Sebelum anda memohon pinjaman, anda perlu ketahui lapan cara buat pinjaman peribadi ini terlebih dahulu.\n\n\n1. Maksud Pinjaman Peribadi\n\n\nApa itu pinjaman peribadi atau \npersonal loan\n? Ia\n\u00a0\nmerupakan sejumlah wang yang anda pinjam daripada institusi kewangan seperti bank atau syarikat kewangan. Apabila pinjaman ini dibuat, peminjam perlu membayar semula jumlah wang yang dipinjam sekali dengan kadar faedah \npersonal loan\n yang telah dipersetujui dalam tempoh masa yang tertentu. Untuk pengetahuan anda, \npersonal loan\n merupakan satu bentuk pinjaman tanpa cagaran tidak seperti\n pinjaman perumahan\n atau pinjaman kereta. Ini bermakna bank tidak boleh \u201ctarik\u201d apa-apa aset daripada anda sekiranya anda gagal bayar semula pinjaman.\n\n\nBagi pinjaman perumahan, bank boleh\n lelong rumah\n anda sekiranya anda tidak bayar semula pinjaman atau\n \nloan \nrumah\n dalam tempoh tertentu. Namun berbeza dengan pinjaman peribadi, anda berpotensi untuk diisytiharkan \nmuflis atau bankrap\n sekiranya gagal membayar balik pinjaman seperti dijadualkan.\n\n\n2. Tempoh \nLoan\n Peribadi\n\n\nPihak Bank Negara Malaysia telah menetapkan tempoh pembayaran maksimum pinjaman peribadi adalah selama 10 tahun. Namun begitu, tidak semua institusi kewangan seperti bank menawarkan tempoh yang sama. Terdapat sesetengah bank yang hanya memberikan tempoh lima tahun, dan ada juga bank yang memberikan tempoh tujuh tahun untuk peminjam bayar semula pinjaman. Oleh sebab itu, anda perlu memastikan untuk memeriksa tempoh pembayaran pinjaman dengan institusi kewangan pilihan anda.\n\n\n3. Institusi Kewangan yang Menawarkan Pinjaman Ini\n\n\nDapatkan pinjaman anda daripada institusi kewangan atau perbankan yang mempunyai lesen daripada Bank Negara Malaysia. Penting untuk anda dapatkan \npinjaman peribadi sah dan selamat\n untuk elakkan diri anda daripada meminjam daripada ejen peminjam yang tidak berdaftar atau haram seperti pinjaman \nah long\n, \nloan shark \ndan sebagainya. Secara asanya, anda boleh memohon pinjaman peribadi online atau \nwalk-in \nke bank. Berikut merupakan bank-bank yang menawarkan pinjaman ini:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBank\n\n\nJenis Pinjaman Peribadi\n\n\n\n\n\n\nBank Rakyat\n\n\nPinjaman Peribadi Bank Rakyat\n\n\n\n\n\n\nBank Islam\n\n\nPinjaman Peribadi Bank Islam\n\n\n\n\n\n\nBSN\n\n\nPinjaman Peribadi BSN\n\n\n\n\n\n\nMaybank\n\n\nPinjaman Peribadi Maybank\n\n\n\n\n\n\nCIMB\n\n\nPinjaman Peribadi CIMB\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Jumlah yang Boleh Dipinjam Berdasarkan Nisbah Pembiayaan Hutang (DSR)\n\n\nAnda boleh membuat carian mengenai institusi kewangan atau bank yang anda ingin mohon. Anda juga disarankan untuk memilih bank atau institusi kewangan yang mempunyai reputasi yang baik bagi membolehkan anda mendapat perkhidmatan yang terbaik dan boleh memenuhi keperluan kewangan anda. Biasanya,\u00a0Nisbah Khidmat Hutang atau \nDebt Service Ratio\n (DSR) merupakan pengukur keupayaan anda sebagai peminjam untuk membayar semula pinjaman anda.\n\n\nBank di Malaysia melihat DSR ini sebagai salah satu faktor utama untuk menentukan sama ada anda layak untuk membuat pinjaman atau sebaliknya. Berikut merupakan formula mengira DSR:\n\n\n\n\nKomitmen Bulanan/Gaji Bersih x 100% = Peratus DSR\n\n\n\n\nSebagai contoh, jika anda memiliki gaji bersih sebanyak RM4,000 sebulan dengan komitmen bulanan sebanyak RM2,100, berikut anggaran DSR anda:\n\n\n\n\nRM2,100/RM4,000 x 100% = 52.5%\n\n\n\n\nOleh sebab itu, anda disarankan untuk memastikan kadar DSR anda di bawah 60 peratus untuk memastikan permohonan pinjaman anda diluluskan oleh pihak bank. Apabila memohon pinjaman, bank biasanya akan bersetuju untuk membenarkan anda meminjam sehingga tiga hingga empat kali ganda daripada pendapatan bulanan anda.\u00a0Kebanyakan bank di Malaysia membenarkan pinjaman pada jumlah purata RM20,000 hingga RM50,000 dengan mengambil kira faktor seperti nisbah khidmat hutang peminjam, pendapatan bulanan dan sejarah kredit.\n\n\n5. Kadar Faedah Pinjaman Peribadi\n\n\nSecara asasnya, kadar faedah pinjaman peribadi ditentukan oleh bank berdasarkan tiga faktor seperti berikut:\n\n\n\n\nJumlah wang yang dipinjam\n\n\nTempoh pinjaman\n\n\nSkor kredit\n\n\n\n\nSalah satu cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan kadar faedah pinjaman adalah dengan memilih tempoh pinjaman yang lebih pendek. Selain itu, pastikan juga anda menyemak tawaran yang ditawarkan oleh pihak bank kerana kebiasaannya ada sesetengah bank yang menawarkan ganjaran-ganjaran tertentu seperti \ncashback\n.\n\n\n6. Dokumen \nLoan \nPeribadi\n\n\nAnda perlu menyediakan dokumen peribadi dengan teratur apabila berurusan dengan bank untuk tujuan pinjaman peribadi. Berikut merupakan dokumen yang diperlukan oleh pihak pemberi pinjaman:\n\n\n\n\nNRIC (MyKad)\n\n\nPenyata \nKWSP\n terkini atau\n\n\nSlip gaji tiga bulan terkini\n\n\n\n\n7. Proses Kelulusan Segera\n\n\nProses kelulusan pinjaman peribadi ini sangat pantas. Anda boleh menerima wang pinjaman anda dalam tempoh satu jam sehingga 48 jam sahaja bergantung pada bank anda. Pinjaman peribadi ini boleh dikatakan sesuai untuk situasi-situasi kecemasan yang memerlukan wang dengan kadar segera. Meskipun begitu, ambil kira keadaan kewangan anda bagi mengelakkan anda tidak mampu membayar balik pinjaman anda.\n\n\n8. Keburukan Pinjaman Peribadi\n\n\nApa akan jadi kalau anda gagal bayar pinjaman peribadi? Kegagalan untuk membuat pembayaran boleh menyebabkan anda didakwa di mahkamah tetapi ini selalunya merupakan tindakan terakhir yang dilakukan oleh pihak pemberi pinjaman sekiranya tidak ada jalan penyelesaian lain. Biasanya, individu yang gagal bayar balik pinjaman akan dikenakan penalti dengan caj pembayaran lewat dan jika anda masih gagal membayar caj ini, pemberi pinjaman anda boleh mendapatkan bantuan dan perkhidmatan pengutip hutang untuk menghubungi anda.\n\n\nIa secara tidak langsung menyebabkan \nskor kredit CTOS \natau\n laporan CCRIS\n anda juga akan tercemar dan menyukarkan anda untuk membuat pinjaman bank seperti \npinjaman kereta\n pada masa yang akan datang. Sekiranya pihak bank pasti 100 peratus yang anda sebagai peminjam tidak mampu untuk membayar semula pinjaman anda, pihak bank biasanya akan memfailkan petisyen bankrap terhadap anda.\n\n\n\n\nAdakah Anda Patut Mohon Pinjaman Peribadi?\n\n\nSelain penggunaan\n kad kredit\n, pinjaman peribadi boleh dikatakan sebagai penyelesaian kewangan pilihan ramai kerana anda boleh membuat pinjaman wang dengan mudah dan cepat sekiranya anda layak. Malah, anda juga bebas menggunakan wang yang dipinjam mengikut keperluan anda.\u00a0Antara sebab paling lazim pinjaman ini dibuat di Malaysia adalah:\n\n\n\n\nPinjaman kahwin untuk perbelanjaan majlis\n\n\nPerubatan kerana peminjam tidak mempunyai polisi\n insurans perubatan\n\n\nModal berniaga atau ingin mengembangkan perniagaan\n\n\nMembeli alat elektronik atau gajet yang mahal\n\n\n\n\nNamun begitu, perlu diingatkan pinjaman peribadi mempunyai kadar faedah pinjaman yang tinggi bergantung kepada institusi kewangan anda. Oleh sebab itu, sebelum anda \npersonal loan\n, anda perlu pastikan kadar faedah tidak terlalu tinggi untuk mengelakkan anda terjerat dengan beban kewangan yang tinggi. Selain itu, pastikan juga tujuan anda meminjam itu sememangnya penting dan anda sudah tidak ada pilihan lain.\n\n\nBayangkan anda buat pinjaman peribadi untuk tanggung kos kahwin dan anda perlu membayar semula jumlah yang dipinjam dalam tempoh 10 tahun. Apabila anda berkahwin, komitmen kewangan anda akan semakin bertambah dan terus bertambah. Anda perlu memikirkan duit untuk bayar sewa rumah, ansuran kereta, barangan keperluan, barang dapur, yuran sekolah anak dan sebagainya. Bukan itu sahaja, anda juga masih lagi perlu membayar pinjaman yang anda telah buat untuk majlis perkahwinan anda.\n\n\nIni bermakna komitmen bulanan anda akan semakin banyak dan ini akan menyukarkan anda untuk membuat simpanan tidak kira sama ada \nsimpanan tetap\n, \nsimpanan persaraan\n ataupun \nsimpanan tabung pendidikan\n anak selepas berkahwin. Disebabkan komitmen kewangan yang tinggi sebegini, ramai peminjam yang gagal untuk membayar semula pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan.\n\n\n\n\nTips Buat\u00a0\nPersonal Loan\n\n\nApabila anda membuat pinjaman ini, anda sebenarnya menambah jumlah komitmen bulanan anda. Oleh sebab itu, melainkan anda memang memerlukan wang untuk tujuan yang mustahak, anda tidak digalakkan untuk memohon pinjaman ini. Tetapi sekiranya anda merasakan anda mampu untuk membayar semula jumlah pinjaman anda dalam tempoh yang ditetapkan, anda bebas untuk membuat pinjaman mengikut keperluan anda.\u00a0Berikut merupakan tips\u00a0buat \npersonal loan\u00a0\nsekiranya anda ingin meneruskan hasrat untuk buat pinjaman peribadi:\n\n\n\n\nPeriksa rekod kewangan anda\n\n\nPastikan anda berdisiplin\n\n\nBaca dengan teliti terma dan syarat\n\n\nMula kumpul rekod kredit\n\n\n\n\nDiharapkan perkongsian artikel kali ini dapat membantu anda memahami perkara-perkara penting mengenai pinjaman peribadi. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari\n insurans kereta\n,\n insurans motor\n atau\n insurans rumah\n, anda juga boleh layari \nbeli insurans\n\u00a0untuk info lanjut. Qoala merupakan platform beli insurans yang mudah, telus dan pantas dengan tawaran harga yang kompetitif dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/pinjaman-perniagaan/", "title": "6 Langkah Mohon Pinjaman Perniagaan di Malaysia", "body": "\n\nSelain memohon\n \nbantuan perniagaan\n daripada agensi-agensi kerajaan, anda juga boleh membuat pinjaman perniagaan dengan pihak bank untuk mengembangkan perniagaan anda ke tahap yang lebih baik. Artikel ini akan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai pinjaman perniagaan serta bank-bank terbaik untuk anda mohon pinjaman perniagaan atau \nbusiness loan \ndi Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nBagaimana Pinjaman Perniagaan Boleh Membantu Bisnes Anda?\u00a0\nCara Mohon Pinjaman Perniagaan\u00a0\n1. Tentukan Jumlah Pinjaman yang Diperlukan\n2. Sediakan Pelan Bisnes untuk Pihak Bank\n3. Pertimbangkan Terma dan Syarat Pinjaman\n4. Pilih Jenis Pinjaman Perniagaan yang Sesuai\n5. Sediakan Dokumen yang Diperlukan\n6. Hantar Borang Permohonan\nSenarai Pinjaman Perniagaan Terbaik untuk Anda Mohon\n\n\nBagaimana Pinjaman Perniagaan Boleh Membantu Bisnes Anda?\u00a0\n\n\nSebagai pemilik bisnes, banyak perkara yang perlu difikirkan terutama sekali bab-bab kewangan bisnes anda. Anda perlu fikirkan kos-kos operasi seperti bayar\n \ngaji bulanan\n pekerja, bayaran bulanan sewa pejabat,\n \npembayaran cukai\n, pemasaran dan banyak lagi. Dengan kata lain,\n \nakaun perniagaan\n atau kewangan syarikat perlu berada dalam keadaan yang kukuh dalam menentukan kejayaan bisnes anda.\n\n\nPinjaman perniagaan merupakan satu produk kewangan khusus untuk pemilik perniagaan. Jumlah pinjaman yang anda boleh pinjam bergantung kepada saiz syarikat anda, pusing ganti pekerja tahunan (\nturnover\n), klasifikasi perniagaan dan kriteria penilaian bank. Pinjaman perniagaan boleh dilihat sebagai satu langkah yang praktikal sekiranya tujuan anda adalah:\n\n\n\n\nMengembangkan operasi;\n\n\nMenambah baik peralatan;\n\n\nMengambil lebih ramai pekerja.\n\n\n\n\nHutang pinjaman perlu dibayar semula kepada pihak bank mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui. Jumlah pinjaman yang anda bayar termasuk sekali dengan caj faedah daripada pihak peminjam. Kebiasaannya, kadar faedah dikenakan sepadan dengan profil risiko perniagaan anda. Contohnya, risiko perniagaan yang lebih tinggi akan dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi.\n\n\n\n\nCara Mohon Pinjaman Perniagaan\u00a0\n\n\nMemohon pinjaman perniagaan mempunyai caranya yang tersendiri dan ia berbeza dengan permohonan\n \npinjaman peribadi\n, \nloan \nkereta\n dan sebagainya. Kebiasaannya, tempoh permohonan pinjaman perniagaan mengambil masa dari beberapa jam sehingga beberapa hari sebelum ia boleh diluluskan. Berikut adalah langkah yang perlu anda ambil untuk mohon pinjaman perniagaan:\n\n\n1. Tentukan Jumlah Pinjaman yang Diperlukan\n\n\nAnda perlu kenal pasti tujuan spesifik anda memohon pinjaman ini. Mungkin anda mahu menambah pekerja, membuat kerja penambahbaikan atau lain-lain. Anda boleh menggunakan kalkulator pinjaman secara online untuk kenal pasti jumlah pinjaman yang anda perlukan.\n\n\n2. Sediakan Pelan Bisnes untuk Pihak Bank\n\n\nMasukkan sekali butiran pelan bisnes secara terperinci dalam permohonan pinjaman akan membantu \nloan \nanda untuk diluluskan dengan lebih mudah. Hal ini kerana, pihak bank boleh membuat penilaian dengan lebih baik. Pelan bisnes yang bagus dan realistik akan meningkatkan peluang permohonan pinjaman perniagaan anda untuk diluluskan.\n\n\n3. Pertimbangkan Terma dan Syarat Pinjaman\n\n\nSetiap bank menetapkan terma dan syarat yang berbeza-beza. Disebabkan ini, anda perlu pastikan yang anda betul-betul fahami perkara ini sebelum membuat keputusan untuk memilih bank terbaik. Oleh sebab itu, anda perlu tahu kemampuan bisnes anda untuk membayar semula jumlah pinjaman. Pemberi pinjaman akan menentukan kadar pembayaran bulanan anda berdasarkan pelbagai faktor seperti:\n\n\n\n\nJenis pinjaman;\n\n\nKeuntungan perniagaan;\n\n\nJenis perniagaan;\n\n\nTempoh perniagaan beroperasi;\n\n\nPendapatan pemilik perniagaan;\n\n\nSejarah kredit\n.\n\n\n\n\n4. Pilih Jenis Pinjaman Perniagaan yang Sesuai\n\n\nKeputusan seterusnya yang perlu anda buat adalah memilih jenis pinjaman yang sesuai untuk matlamat perniagaan anda. Terdapat pelbagai jenis pinjaman perniagaan yang anda boleh mohon dan setiap pinjaman mempunyai kelebihan yang tersendiri.\n\n\n5. Sediakan Dokumen yang Diperlukan\n\n\nAnda perlu menyediakan dokumentasi yang komprehensif yang mengandungi segala aktiviti dan keadaan kewangan syarikat anda. Proses ini akan membantu pihak bank menilai sama ada bisnes anda memenuhi syarat mengikut kriteria yang telah mereka tetapkan. Setiap pemberi pinjaman akan memerlukan dokumen yang berbeza-beza tetapi kebiasaannya ini merupakan senarai dokumen yang akan diminta oleh pihak bank:\n\n\n\n\nButiran perniagaan anda seperti pelan perniagaan, nama, alamat, cukai dan sebagainya;\n\n\nPenyata kewangan peribadi dan berkaitan perniagaan seperti \npenyata cukai\n, penyata bank, bil\n \nkad kredit\n, kunci kira-kira, perjanjian pajakan, senarai aset perniagaan dan fail lain yang berkaitan;\n\n\nMaklumat tentang pemilik perniagaan seperti butiran peribadi untuk sesiapa sahaja yang memiliki lebih daripada 20 hingga 25 peratus syarikat.\n\n\n\n\n6. Hantar Borang Permohonan\n\n\nSelepas anda selesai menyediakan borang, anda boleh hantar borang permohonan tersebut kepada pihak bank. Selepas itu, anda mungkin perlu melalui proses temu duga dengan pihak bank kerana ia merupakan sebahagian daripada proses memohon pinjaman perniagaan. Di dalam temu duga ini, pihak bank akan bertanya segala perkara penting berkaitan bisnes anda untuk membantu mereka menilai permohonan anda.\n\n\nAnda perlu dapatkan penjelasan daripada bank pilihan anda untuk mendapatkan kepastian sama ada temu duga ini akan dijalankan secara online atau secara fizikal. Apabila segala proses selesai, anda perlu menunggu untuk tempoh masa yang tertentu untuk mengetahui sama ada permohonan anda berjaya atau sebaliknya.\n\n\n\n\nSenarai Pinjaman Perniagaan Terbaik untuk Anda Mohon\n\n\nAnda bebas memilih mana-mana pinjaman perniagaan terbaik yang ada di Malaysia. Sebelum anda memilih pinjaman perniagaan Maybank, BSN, Bank Rakyat dan sebagainya, anda disarankan untuk mengkaji dengan lebih dalam tentang pinjaman yang anda mahu ambil. Dapatkan juga nasihat daripada penasihat kewangan untuk mendapatkan pandangan profesional. Berikut adalah antara pilihan yang anda patut pertimbangkan:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPinjaman Perniagaan\n\n\nJenis Produk Pinjaman\n\n\n\n\n\n\nBSN\n\n\n\n\n\n\nPinjaman Perniagaan TemaNiaga\n\n\nPinjaman Perniagaan Kemudahan Automasi dan Digitalisasi (ADF)\n\n\nPinjaman Perniagaan TemanMesra\n\n\nPinjaman Perniagaan PKBC\u00a0\n\n\nPinjaman Perniagaan BSN Micro Pemerkasa\n\n\nPinjaman Perniagaan Pemerkasa Belia\n\n\nPinjaman Perniagaan Pemerkasa Istimewa\n\n\nPinjaman Perniagaan Pemerkasa-Nita\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMaybank\n\n\n\n\n\n\nPinjaman / Pembiayaan Mikro SME-i\n\n\nPembiayaan Digital PKS Maybank\u00a0\n\n\nPinjaman/Pembiayaan Perniagaan Profesional-i\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBank Rakyat\n\n\n\n\n\n\nSkim Pembiayaan Mikro-i MUsk\u00a0\n\n\nSkim Pembiayaan Dana Perusahaan Mikro (MEF)\u00a0\n\n\nSkim Pembiayaan Ekonomi Desa-i (SPED)\u00a0\n\n\nPembiayaan Mikro-i ME2\n\n\nSkim Jaminan Usahawan Mara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBank Islam\n\n\n\n\n\n\nProgram Pembiayaan Mikro iTEKAD\n\n\nBantuan Mikro BangKIT dari Bank Islam\u00a0\n\n\nSME \u2013 PENJANA Tourism Financing (PTF)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCIMB\n\n\n\n\n\n\nPembiayaan Modal Kerja SME\n\n\nKemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (Targeted Relief and Recovery Facility \u2013 TRRF)\n\n\nPinjaman Premis Perniagaan\u00a0\n\n\nSkim Jaminan Modal Kerja-i\u00a0\n\n\nSkim Jaminan Automasi dan Digital\n\n\nSkim Kemudahan Agromakanan\u00a0\n\n\nPembiayaan Skim Kerajaan PKS (Semua Sektor Ekonomi)\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPublic Bank\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Pinjaman PKS ABM / Rakan Kongsi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBank Muamalat\n\n\n\n\n\n\nPENJANA Tourism Financing (PTF)\n\n\nMuamalat BizSTAR-i\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAgro Bank\n\n\n\n\n\n\nKemudahan Pembiayaan Modal Kerja-i (Tawarruq)\n\n\nProgram Pembiayaan Agro Bakti\n\n\nSkim AgroMakanan (PENJANA)\u00a0\n\n\nTanaman Semula Kelapa Sawit-i (SAWIT-i)\u00a0\n\n\nSkim Pembiayaan Agropreneur Muda (Agro-YES)\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti yang telah dinyatakan di atas, pinjaman perniagaan boleh menjadi satu kemudahan untuk bisnes anda manfaatkan. Namun begitu, sekiranya bisnes anda berada dalam krisis, pinjaman kewangan bukanlah sesuatu yang anda patut ambil. Anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk membayar semula pinjaman anda nanti.\n\n\nAnda sebagai pemilik bisnes perlu bijak dalam membuat sebarang keputusan kerana setiap keputusan yang diambil boleh memberikan impak kepada perniagaan anda. Mengambil pinjaman perniagaan boleh membantu bisnes anda menguruskan kewangan syarikat terutama sekali pengurusan aliran tunai dengan lebih baik. \n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin dapatkan info lanjut berkaitan \ninsurans kereta\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan insurans yang komprehensif di Malaysia dengan tawaran perlindungan \ninsurans kereta terbaik\n pada harga mampu milik.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/potongan-cukai-bulanan-pcb/", "title": "7 Perkara Perlu Tahu Tentang Potongan Cukai Bulanan (PCB LHDN)", "body": "\n\nAnda mesti tertanya-tanya apa itu PCB LHDN atau potongan cukai bulanan yang dinyatakan dalam \npenyata slip gaji\n anda. Potongan Cukai Bulanan atau lebih dikenali sebagai PCB LHDN merupakan sejumlah wang yang dipotong secara bulanan daripada gaji pekerja. Ia dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tujuan pembayaran \ncukai pendapatan pekerja\n.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPertama Kali Bayar Cukai Pendapatan? Ini Perkara Penting Tentang Potongan Cukai Bulanan (PCB LHDN)\n1. Maksud PCB: Apa Itu PCB LHDN\n2. Syarat Potongan PCB\n3. Cara Kira PCB LHDN: Pengiraan Potongan Cukai Bulanan\n4. Gaji Minimum untuk Potongan PCB\n5. Peratus Potongan PCB: Kadar Potongan Cukai Pendapatan Bulanan\n6. Jadual PCB 2022/2023: Jadual Potongan Cukai Bulanan\n7. Rebat Cukai Pendapatan\nBeli Insurans Kesihatan, Insurans Nyawa untuk Nikmati Rebat Cukai Pendapatan\n\n\nPertama Kali Bayar Cukai Pendapatan? Ini Perkara Penting Tentang Potongan Cukai Bulanan (PCB LHDN)\n\n\nSebenarnya, ramai khususnya golongan muda yang masih keliru dengan potongan cukai berjadual (PCB LHDN) ini. Ada yang menyangka \ncukai pendapatan\n telah pun diuruskan apabila gaji dipotong setiap bulan.\n\n\nSalah faham ini sekali gus menyebabkan ada segelintir pembayar cukai yang hanya menyedari bahawa mereka masih berhutang atau ada \ntunggakan cukai\n apabila menerima notis daripada pihak LHDN.\n\n\nSekiranya anda masih lagi kurang jelas mengenai LHDN PCB, panduan lengkap ini akan membantu anda memahami semua perkara berkaitan Potongan Cukai Bulanan termasuk cara kira PCB gaji, jadual potongan PCB dan banyak lagi.\n\n\n1. Maksud PCB: Apa Itu PCB LHDN\n\n\nAnda mungkin tertanya-tanya apa maksud PCB dalam slip gaji, bukan? PCB atau turut dikenali sebagai potongan cukai bulanan 2023 adalah potongan pendapatan saraan pekerja untuk bayaran \ncukai pendapatan tahun semasa\n. Ia merupakan mekanisme potongan cukai oleh majikan secara bulanan.\n\n\nDalam erti kata lain, majikan akan membuat penolakan sejumlah wang daripada gaji anda untuk menjelaskan PCB anda setiap bulan sekiranya anda melepasi syarat potongan PCB yang ditetapkan. PCB LHDN ini boleh dianggap sebagai skim bayaran cukai tahunan secara \nin advance\n atau skim bayaran cukai secara ansuran.\n\n\nPotongan cukai berjadual ini bertujuan untuk mengelakkan anda (pembayar cukai) terasa terbeban apabila perlu menjelaskan amaun cukai tahunan yang besar secara sekaligus.\n\n\n2. Syarat Potongan PCB\n\n\nBerdasarkan \nlaman web LHDN\n, individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 selepas potongan KWSP perlu mendaftar \nfile\n cukai pendapatan terlebih dahulu. Apabila anda sudah ada \nfile\n cukai pendapatan, biasanya PCB atau cukai bulanan berjadual akan dipotong daripada gaji anda.\n\n\nSiapa perlu bayar PCB? Jika gaji anda melepasi syarat potongan PCB, maka anda mesti nampak ada potongan PCB dalam slip gaji anda. Layak PCB gaji berapa? Berikut merupakan jumlah gaji minimum yang layak dikenakan PCB:\n\n\n\n\nIndividu bujang \u2013 RM2,851 dan ke atas selepas \npenolakan KWSP\n;\n\n\nIndividu yang sudah berkahwin dan pasangan tidak bekerja- RM3,851 dan ke atas selepas penolakan KWSP.\n\n\n\n\n3. Cara Kira PCB LHDN: Pengiraan Potongan Cukai Bulanan\n\n\nBagaimana pula cara pengiraan PCB LHDN ditentukan? Secara asasnya, majikan akan mengira pendapatan bercukai tahunan dengan mengambil jumlah pendapatan tahunan dan menolak sebarang pelepasan atau potongan cukai yang layak dituntut.\n\n\nJumlah cukai tahunan akan dikira mengikut kadar cukai tahun cukai semasa. Jumlah ini kemudiannya akan dibahagikan dengan 12 untuk mendapatkan angka bulanan bagi potongan PCB.\n\n\nContohnya, andaikan amaun penggajian Ali adalah sebanyak RM34,000 setahun atau bersamaan RM2,833.34 sebulan. Adakah Ali layak dikenakan potongan PCB?\n\n\nMengikut pengiraan PCB, Ali masih tidak layak untuk buat potongan PCB. Ini kerana, jumlah penggajian tahunan Ali selepas potongan KWSP masih tidak mencukupi untuk melayakkan Ali dikenakan potongan PCB.\n\n\n\n\n4. Gaji Minimum untuk Potongan PCB\n\n\nPenentuan amaun potongan LHDN PCB boleh ditentukan dengan menggunakan Kaedah Pengiraan Penggajian Berkomputer atau merujuk kepada e-Jadual PCB melalui e-CP39 di laman web HASiL.\n\n\nBerapa jumlah pendapatan atau gaji \nbasic\n yang layak dikenakan potongan cukai bulanan (PCB)? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui berapa gaji minimum untuk potongan PCB di Malaysia.\n\n\nAmbil contoh Ali di atas. Ali menerima kenaikan gaji kerana prestasinya yang cemerlang. Gaji pokok Ali yang baharu adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nGaji Pokok: RM3,184\n\n\nPotongan KWSP (11%): RM350.19\n\n\nGaji Bersih: RM2,833.81\n\n\n\n\nIni bermaksud, penggajian tahunan Ali yang baharu selepas potongan KWSP adalah sebanyak RM34,005.72 (RM2,833.81 x 12 Bulan). Ia melayakkan Ali untuk dikenakan potongan PCB.\n\n\n5. Peratus Potongan PCB: Kadar Potongan Cukai Pendapatan Bulanan\n\n\nBerapa peratus potongan PCB (PCB berapa peratus) atau potongan cukai bulanan berapa peratus merupakan antara soalan biasa yang sering ditanyakan oleh bakal pembayar cukai.\n\n\nSecara asasnya, kadar potongan PCB adalah berbeza-beza bagi setiap individu bergantung pada kategori-kategori tertentu. PCB yang dibayar kepada LHDN ditentukan dengan mengambil kira beberapa elemen lain seperti:\n\n\n\n\nStatus pekerjaan pasangan;\n\n\nBilangan anak dan tanggungan;\n\n\nCaruman KWSP;\n\n\nPotongan-potongan cukai.\n\n\n\n\nAmbil contoh Ali tadi \u2013 Ali, seorang individu bujang dengan jumlah pendapatan RM3,184 sebulan. Selepas caruman KWSP, Ali perlu membayar PCB setiap bulan. Berdasarkan Jadual PCB 2022/2023, potongan PCB adalah sebanyak RM1 sahaja sebulan.\n\n\n6. Jadual PCB 2022/2023: Jadual Potongan Cukai Bulanan\n\n\nBagi individu bujang, anda perlu membuat caruman PCB apabila gaji \nbasic\n anda melebihi RM3,184 sebulan. Dalam situasi Ali ini, amaun potongan PCB Ali adalah sebanyak RM1 sahaja sebulan berdasarkan \nJadual Potongan Cukai Bulanan\n (Jadual Potongan PCB).\n\n\nBagaimana pula dengan individu yang sudah berkahwin atau mempunyai tanggungan? Potongan PCB berapa peratus?\n\n\n\n\nBagi individu yang sudah berkahwin (isteri/suami tidak bekerja), gaji minimum layak potongan PCB adalah RM4,001 (kadar PCB RM50.40 sebulan atau lebih bergantung pada gaji);\n\n\nIndividu yang sudah berkahwin (isteri/suami tidak bekerja dan anak seorang), gaji minimum adalah RM4,166 dengan kadar potongan cukai bulanan RM50.25;\n\n\nIndividu termasuk suami/isteri bekerja, gaji minimum layak potongan cukai adalah RM3,141 (kadar potongan PCB bulanan RM1);\n\n\nBagi individu yang sudah berkahwin, isteri/suami bekerja dan ada seorang anak, gaji minimum kena potong PCB adalah RM3,311 (kadar potongan cukai bulanan sebanyak RM1.10).\n\n\n\n\nSecara asasnya, jumlah potongan PCB ini akan berubah-ubah mengikut kategori dan jumlah gaji minimum anda. Anda boleh rujuk laman web LHDN untuk info lanjut.\n\n\n7. Rebat Cukai Pendapatan\n\n\nPotongan cukai bulanan LHDN ini membantu mengurangkan beban pekerja membayar cukai sekaligus apabila cukai sebenar dikira. Anda juga boleh manfaatkan rebat cukai daripada kerajaan \u2013 anda boleh menuntut semula bayaran balik cukai yang telah dibayar semasa \nmengisi e-filing\n.\n\n\n\n\nYuran Pengajian Diri Sendiri \u2013 RM7,000\n\n\nPembelian Komputer Peribadi, Bahan Bacaan, Telefon Pintar dan Tablet \u2013 RM2,500\n\n\nPerbelanjaan Perubatan \nPenyakit Serius\n \u2013 RM8,000\n\n\nTanggungan Anak 18 Tahun ke Bawah \u2013 RM2,000)\n\n\nInsurans Nyawa\n dan KWSP (Individu Penjawat Awam Berpencen) \u2013 RM7,000\n\n\nInsurans Nyawa/Takaful (Selain Penjawat Awam) \u2013 RM3,000\n\n\nKWSP\n dan \nSkim Pelaburan Diluluskan\n \u2013 RM4,000\n\n\nInsurans Pendidikan\n dan Perubatan \u2013 RM3,000\n\n\nSSPN\n \u2013 RM8,000\n\n\n\n\n\n\nBeli Insurans Kesihatan, Insurans Nyawa untuk Nikmati Rebat Cukai Pendapatan\n\n\nMajikan yang gagal menjelaskan Potongan Cukai Bulanan boleh dikenakan kompaun minimum RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000, atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali. Majikan yang tidak memotong bayaran atau menolak pembayaran PCB kepada LHDN juga boleh didakwa di mahkamah sivil.\n\n\nOleh sebab itu, jika anda mendapati potongan PCB tidak termasuk dalam slip gaji anda, anda disarankan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Semoga perkongsian ini boleh membantu anda terutamanya pembayar cukai baharu merancang kewangan dengan lebih baik.\n\n\nSelain itu, jika anda sedang mencari \ninsurans nyawa\n atau \ninsurans kesihatan terbaik\n untuk memaksimumkan rebat cukai, layari qoala.my untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans terbaik di Malaysia\n dengan jaminan proses beli insurans yang mudah dan pantas.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/refinance-rumah/", "title": "Syarat, Cara Refinance Rumah untuk Kurangkan Komitmen Bulanan", "body": "\n\nPembiayaan semula rumah atau \nrefinance\n rumah merupakan salah satu cara untuk mengurangkan bayaran balik \npinjaman perumahan\n dengan menurunkan \nkadar faedah pinjaman\n sedia ada. Secara amnya, ia merupakan alternatif terbaik yang boleh dilakukan oleh peminjam untuk menambah baik aliran tunai terutamanya bagi individu yang berdepan dengan masalah kewangan. Meskipun begitu, banyak aspek yang perlu dititikberatkan sebelum melakukan \nrefinancing\n rumah antaranya mengenal pasti kedudukan semasa kewangan, tujuan pembiayaan, serta kebaikan dan keburukan\n refinance\n rumah kepada pemohon.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPembiayaan Semula Pinjaman Perumahan: Perkara Wajib Tahu Tentang Refinance Rumah di Malaysia\nSyarat Refinance Rumah untuk Kurangkan Komitmen Bulanan\n5 Cara Refinance Rumah untuk Mudahkan Proses Permohonan\nJenis Refinancing, Panduan Pengiraan Refinance Rumah di Malaysia\nKebaikan dan Keburukan Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan\n\n\nPembiayaan Semula Pinjaman Perumahan: Perkara Wajib Tahu Tentang \nRefinance\n Rumah di Malaysia\n\n\nApa maksud \nrefinance\n rumah? Secara amnya, \nrefinance\n \nloan\n rumah atau pembiayaan semula \npinjaman perumahan\n merujuk kepada proses pertukaran pinjaman perumahan sedia ada kepada pinjaman perumahan baharu. Pembiayaan semula pinjaman dilakukan bertujuan untuk mendapatkan terma atau kadar faedah pinjaman yang lebih baik dan mengurangkan amaun bayaran ansuran bulanan.\n\n\nSelain itu, proses \nreloan\n rumah ini juga bertujuan untuk memperbaiki aliran tunai peminjam kerana biasanya pembiayaan semula pinjaman menawarkan kadar faedah yang lebih rendah dengan tempoh pembayaran pinjaman yang lebih panjang berbanding pinjaman sedia ada. Di Malaysia, proses \nrefinance \nrumah\u00a0dilakukan bertujuan untuk:\n\n\n\n\nmendapatkan kadar faedah pinjaman yang lebih rendah berbanding kadar faedah pinjaman sedia ada;\n\n\nmemendekkan tempoh pinjaman sedia ada;\n\n\nmemanfaatkan nilai pasaran \nhartanah\n terkini untuk membiayai pembelian hartanah baharu;\n\n\nmenggabungkan hutang sedia ada atau penyatuan hutang;\n\n\nmenukar produk kewangan berbeza (pinjaman gadai janji bertempoh tetap, fleksi atau separa fleksi).\n\n\n\n\nSyarat\n Refinance\n Rumah untuk Kurangkan Komitmen Bulanan\n\n\nJika anda sedang menghadapi masalah kewangan, \nrefinance loan\n rumah merupakan salah satu cara yang boleh anda pertimbangkan. Meskipun begitu, terdapat beberapa syarat dan kelayakan yang perlu dipatuhi oleh peminjam. Berikut syarat-syarat\n refinance\n rumah untuk untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n1. Kelayakan Pinjaman\n\n\nSalah satu perkara penting yang perlu dilakukan sebelum anda memohon pembiayaan semula pinjaman perumahan adalah dengan memeriksa \nsyarat kelayakan pinjaman\n semasa. Banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menyemak kelayakan pinjaman anda sama ada menggunakan kalkulator\n refinance\n rumah secara dalam talian atau berurusan secara terus dengan pihak bank. Cara ini membolehkan anda mendapatkan gambaran awal status kelayakan pinjaman semasa anda.\n\n\n2. Semakan CCRIS\n\n\nLaporan CCRIS atau \nCentral Credit Reference Information System\n (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat) merujuk pada laporan kredit peribadi peminjam yang boleh diakses oleh pihak bank bagi mendapatkan maklumat mengenai kelakuan kredit peminjam (pinjaman tertunggak, \nsaman\n dan \nstatus muflis\n).\n\n\nIa juga membolehkan pihak bank mengakses maklumat untuk mengenal pasti kemampuan peminjam untuk membayar balik pinjaman dan menilai sejarah pembayaran pinjaman sebelum ini sama ada baik atau tidak. Jika \nlaporan CCRIS\n tidak baik, besar kemungkinan permohonan pembiayaan semula pinjaman perumahan anda akan ditolak.\n\n\n5 Cara\n Refinance\n Rumah untuk Mudahkan Proses Permohonan\n\n\nKebanyakan pemilik rumah memilih untuk lakukan \nrefinance loan\n rumah kerana mahukan kadar faedah pembayaran alternatif yang lebih rendah. Jika anda sedang menghadapi masalah kewangan, \nrefinance\n rumah merupakan salah satu cara yang boleh anda pertimbangkan. Berikut merupakan cara nak \nrefinance\n rumah yang perlu diikuti untuk memudahkan proses \nrefinancing\n \nloan\n rumah untuk panduan anda:\n\n\n1. Sediakan Dokumen Diperlukan\n\n\nSediakan dokumen lengkap yang diperlukan oleh pihak bank seperti maklumat peribadi, perakuan pendapatan dan sebagainya untuk melancarkan proses permohonan anda. Berikut senarai dokumen\n refinance\n rumah yang diperlukan oleh pihak bank untuk rujukan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKategori\n\n\nDokumen Diperlukan\n\n\n\n\n\n\nBekerja Gaji Tetap\n\n\n\n\n\n\nKad pengenalan;\n\n\nPenyata slip gaji tiga bulan terkini;\n\n\nPenyata bank tiga bulan terkini;\n\n\nCukai pendapatan\n dan resit bayaran;\n\n\nPenyata KWSP;\n\n\nSurat Perjanjian Jual Beli;\n\n\nSurat Tawaran Pembiayaan;\n\n\nPenyata baki hutang;\n\n\nGeran.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBekerja Gaji Berdasarkan Komisen/Jualan\n\n\n\n\n\n\nKad pengenalan\n\n\nPenyata komisen/pendapatan untuk tempoh enam hingga 12 bulan\n\n\nPenyata bank enam bulan \u2013 12 bulan\n\n\nCukai pendapatan dan resit bayaran;\n\n\nPenyata KWSP\n;\n\n\nSurat Perjanjian Jual Beli;\n\n\nSurat Tawaran Pembiayaan;\n\n\nPenyata baki hutang;\n\n\nGeran.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerniagaan Milikan Tunggal\n\n\n\n\n\n\nKad pengenalan;\n\n\nBorang D;\n\n\nPenyata komisen/pendapatan untuk tempoh enam hingga 12 bulan;\n\n\nPenyata bank perniagaan dan individu bagi tempoh enam bulan hingga 12 bulan;\n\n\nCukai pendapatan dan resit bayaran;\n\n\nPenyata KWSP;\n\n\nSurat Perjanjian Jual Beli\n;\n\n\nSurat Tawaran Pembiayaan;\n\n\nPenyata baki hutang;\n\n\nGeran.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarikat Sdn Bhd\n\n\n\n\n\n\nKad pengenalan;\n\n\nPenyata bank syarikat dan individu bagi tempoh enam bulan;\n\n\nMemorandum & Article Association (MAA);\n\n\nBorang 24;\n\n\nBorang 49.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, bank juga memerlukan dokumen sokongan seperti Perjanjian Sewa Rumah (\ntenancy agreement\n), akaun simpanan, saham dan \ndeposit tetap\n bergantung pada situasi.\n\n\n2. Semak Skor Kredit\n\n\nLakukan pemeriksaan skor kredit sebelum melakukan permohonan pembiayaan semula \u2013 skor kredit yang baik boleh membantu anda mendapatkan kadar faedah terbaik dan memudahkan permohonan anda diluluskan. Pemeriksaan skor kredit boleh dilakukan secara percuma dengan merujuk \nBank Negara Malaysia\n, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau agensi-agensi kewangan lain yang berkaitan.\n\n\n3. Ketahui Harga Pasaran Rumah\n\n\nAnda juga disarankan untuk menganggarkan kedudukan semasa atau nilai pasaran wajar hartanah anda. Anda boleh melakukan tinjauan harga semasa melalui laman web yang menyediakan perkhidmatan berkaitan. Anda juga boleh menggunakan kalkulator \nrefinance\n rumah yang tersedia secara \nonline\n.\n\n\nSecara asasnya, pembiayaan semula pinjaman perumahan adalah keputusan yang terbaik untuk anda jika nilai hartanah semasa lebih tinggi daripada baki hutang.\n\n\n4. Ambil Maklum Kos Pembiayaan Semula yang Perlu Ditanggung\n\n\nProses\n refinancing\n tertakluk kepada kos-kos tertentu antaranya \nmoving cost\n. Apa itu \nmoving cost\n? \nMoving cost\n secara asasnya merujuk pada wang yang anda perlu belanjakan atau kos yang perlu ditanggung bagi mendapatkan pinjaman baharu. Kos-kos ini termasuklah\n duti setem\n, yuran penilaian, yuran guaman, \ndisbursement\u00a0\ndan sebagainya iaitu kira-kira dua hingga tiga peratus daripada keseluruhan pinjaman.\n\n\nSekiranya anda melakukan pembiayaan semula untuk menjimatkan kadar faedah, bandingkan kos sedia ada dengan penjimatan faedah yang bakal diperoleh melalui pembiayaan semula sebelum buat keputusan.\n\n\n5. Hantar Permohonan\n\n\nSebelum menghantar permohonan pembiayaan semula pinjaman kepada pihak bank, teliti pakej dan skim \nrefinancing\n yang ditawarkan. Buat perbandingan kadar faedah, bank terbaik untuk \nrefinance\n rumah serta skim pinjaman terbaik dan berbaloi untuk anda. Sekiranya tidak pasti, minta nasihat daripada rakan atau bantuan daripada pegawai bank yang berpengalaman.\n\n\nTempoh \nRefinance\n Rumah\n\n\nBerapa lama proses \nrefinance\n rumah? Secara keseluruhan, proses \nrefinance\n rumah boleh ambil masa sehingga beberapa bulan bergantung kepada situasi (antara dua hingga enam bulan bergantung pada kes). Ini kerana, ia melibatkan banyak proses antaranya mendapatkan kebenaran atau kelulusan daripada pihak berkuasa negeri bagi kes \nhartanah pegangan pajakan\n dengan\n hak milik strata\n atau individu.\n\n\nSelain itu, pihak bank juga akan melantik penilai untuk memeriksa rumah anda setelah menerima permohonan anda. Penilai tersebut kemudian akan menyediakan laporan penilaian hartanah sebelum diserahkan kepada pihak bank untuk proses lanjut.\n\n\nJenis Refinancing, Panduan Pengiraan\n Refinance\n Rumah di Malaysia\n\n\nProses\n refinancing\n atau pembiayaan semula pinjaman di Malaysia biasanya melibatkan dua jenis pinjaman \u2013 \npinjaman kereta\n atau \npinjaman perumahan\n. Ia terbahagi kepada beberapa jenis, sesuai dengan tujuan dan keperluan anda. \nRefinance loan\n rumah atau pinjaman perumahan misalnya terbahagi kepada tiga (3) jenis \nrefinance\n rumah seperti berikut:\n\n\n1. Pembiayaan Semula Kadar dan Terma\n\n\nKategori \nrefinancing\n ini mengubah kadar faedah sedia ada kepada kadar faedah baharu yang lebih baik tanpa mengubah jumlah pinjaman sedia ada. Ia menyebabkan komitmen bulanan menjadi lebih rendah, sekali gus menstabilkan kedudukan kewangan anda.\n\n\nSebagai contoh, berlaku perubahan pada Kadar Dasar Semalaman (OPR) menyebabkan kadar faedah sedia ada berkurangan atau menjadi lebih rendah misalnya daripada enam peratus kepada empat peratus. Sekiranya\n refinancing\n dilakukan, anda boleh nikmati penjimatan sekurang-kurangnya dua peratus daripada faedah pinjaman anda.\n\n\nJika nilai hartanah sedia ada anda bernilai RM500,000, anda boleh berjimat hampir RM10,000 setahun. Anda boleh manfaatkan \nrefinancing\n jenis ini sekiranya ada perubahan pada kadar OPR untuk nikmati kadar bayaran bulanan yang lebih rendah.\n\n\n2. Pembiayaan Semula Tunai Masuk (\nCash-In\n)\n\n\nAnda juga boleh mempertimbangkan pembiayaan semula tunai masuk\u00a0ini sekiranya anda ingin menjelaskan sejumlah amaun yang besar terhadap prinsipal gadai janji (\nmortgage principal\n) sedia ada anda. Ia membolehkan anda berunding kadar faedah dan bayaran bulanan yang lebih rendah dalam pinjaman perumahan baharu.\n\n\nIni bermaksud, pembiayaan semula ini sebenarnya menawarkan alternatif yang lebih baik sekiranya anda memiliki nilai ekuiti kurang daripada 20 peratus.\n\n\nCara Ketahui Kedudukan Ekuiti Semasa\n\n\nBagi mengetahui kedudukan ekuiti semasa, anda perlu kira nisbah Pinjaman kepada Nilai atau\n Loan-to-Value\n (LTV) terlebih dahulu. Andaikan nilai hartanah semasa anda ialah RM200,000 dan anda telah jelaskan RM10,000 daripada keseluruhan pinjaman. Ini bermaksud, anda masih mempunyai baki hutang sebanyak RM190,000.\n\n\nDalam kes ini, nisbah LTV semasa anda ialah 95 peratus dengan nilai ekuiti lima peratus \u2013 nisbah LTV melebihi 80 peratus boleh dipertimbangkan untuk jenis \nrefinancing\n ini. Anda boleh memohon pembiayaan semula \ncash-in\n ini dan membayar RM30,000 secara \nlump-sum\n untuk mengurangkan prinsipal pinjaman sedia ada kepada RM160,000.\n\n\nMeskipun begitu, nisbah LTV kurang daripada 80 peratus tidak digalakkan untuk memohon pembiayaan semula jenis ini.\n\n\n3. Pembiayaan Semula Tunai Keluar (\nCash-Out\n)\n\n\nCash-out refinancing\n membolehkan anda meminjam 90 peratus daripada nilai keseluruhan hartanah semasa anda. Andaikan nilai hartanah yang dibeli 10 tahun lalu bernilai RM300,000. Nilai hartanah ini dianggarkan berkemungkinan akan meningkat kepada RM500,000 hari ini. Margin pinjaman maksimum yang dibenarkan untuk membiayai semula pinjaman ialah 90 peratus iaitu kira-kira RM180,000.\n\n\nAmaun ini boleh digunakan untuk membayar baki pinjaman sedia ada untuk nikmati bayaran bulanan yang lebih rendah. Meskipun begitu, RM180,000 yang diperoleh ini bukanlah percuma kerana anda tertakluk pada perkara-perkara berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNilai hartanah sedia ada ialah RM300,000 \u2013 90 peratus daripada jumlah pinjaman semasa ialah RM270,000;\n\n\nHartanah semasa dianggarkan meningkat kepada RM500,000 dalam tempoh 10 tahun;\n\n\nAnda keluarkan pinjaman 90 peratus daripada RM500,000 (nilai pasaran hartanah hari ini) atau bersamaan dengan RM450,000;\n\n\nSekiranya tempoh dan faedah pinjaman kekal dengan anggaran kadar 4.25 peratus setahun, anda perlu menanggung kadar faedah pinjaman baharu bernilai RM2,060.52 berbanding kadar faedah pinjaman lama bernilai RM1,236.31;\n\n\nAnda perlu menanggung penambahan kos sebanyak RM824.21 sebulan;\n\n\nAnda mungkin boleh nikmati lebihan wang daripada pembiayaan semula ini untuk perkara-perkara lain seperti \nrenovation\n rumah, membayar \nyuran pendidikan\n, modal perniagaan dan sebagainya.\n\n\nNamun begitu, bayaran ansuran bulanan akan meningkat yang mungkin boleh meningkatkan komitmen bulanan anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKebaikan dan Keburukan Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan\n\n\nSecara amnya, pembiayaan semula pinjaman atau \nrefinancing\n rumah boleh membantu memperbaiki aliran kewangan serta mengurangkan beban komitmen bulanan anda. Meskipun begitu, \nrefinancing\n juga mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Berikut antara kebaikan dan keburukan \nrefinance\n rumah untuk panduan anda seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelebihan \nRefinance\n Rumah\n\n\nKeburukan \nRefinance\n Rumah\n\n\n\n\n\n\nNikmati kadar faedah yang lebih rendah\n\n\nCaj penalti mungkin dikenakan\n\n\n\n\n\n\nTempoh bayaran balik boleh dipendekkan\n\n\nNilai bayaran terdahulu yang dibuat mungkin tiada jika pembiayaan hampir selesai\n\n\n\n\n\n\nBoleh ditunaikan untuk membiayai keperluan lain (\nrenovate\n rumah\n, rancangan perniagaan, pendidikan dll.)\n\n\nTertakluk pada kos tambahan untuk pembiayaan semula (contoh: \nmoving cost\n)\n\n\n\n\n\n\nHutang sedia ada digabungkan untuk menjimatkan faedah\n\n\nKelulusan tidak dijamin kerana bank perlu mengambil kira \nskor kredit\n dan pendapatan sedia ada\n\n\n\n\n\n\nMenjimatkan wang, terutamanya jika kadar faedah semasa lebih rendah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemoga panduan tentang \nrefinancing\n rumah ini boleh membantu sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan. Selain itu, anda juga boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut berkaitan \ninsurans rumah\n. Qoala merupakan \nplatform beli insurans\n yang mudah, telus dan pantas dengan tawaran harga yang kompetitif dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/renovate-rumah/", "title": "Kos Renovate Rumah 2023 untuk Rancang Perbelanjaan Anda", "body": "\n\nRenovate\n rumah adalah perkara biasa yang dilakukan oleh pembeli rumah. Tidak kira rumah baharu atau \nrumah \nsubsale\n, kerja \nrenovation\n rumah perlu dilakukan sama ada untuk memasang lampu dan kipas, pemasangan paip atau \nextend\n rumah dengan tambah bilik tepi rumah atau tambah rumah belakang.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nRenovation Rumah: Berapa Anggaran Kos Ubahsuai Rumah 2023?\nBerapa Banyak yang Perlu Diperuntukkan untuk Renovate Rumah?\nBerapa Banyak yang Perlu Diperuntukkan untuk Renovate Mengikut Ruang Termasuk Kelengkapan Rumah?\n9 Kesalahan Ubahsuai Rumah yang Perlu Dielakkan Semasa Renovate Rumah\n1. Tidak Membuat Kajian atau\u00a0Research yang Cukup\n2. Pilih Kontraktor yang Menawarkan Pakej Renovation Rumah Murah\n3. Tidak Bersedia dengan Kos Renovate Rumah Luar Jangka\n4. Ubah Suai Kesemua Ruang Rumah Sekaligus\n5. Tidak Tetapkan Lokasi Pendawaian Elektrik\n6. Pilih Material Murah dan Tidak Berkualiti\n7. Ubah Fikiran Banyak Kali\n8. Beri Ukuran Tidak Tepat\n9. Tidak Dapat Kelulusan Permit\nAdakah Insurans Rumah Menawarkan Perlindungan\u00a0Sekiranya Kemalangan Terjadi Semasa Renovate Rumah?\nRenew Insurans Rumah di Qoala untuk Perlindungan Tambahan dan Ketenangan Fikiran\n\n\nRenovation\n Rumah: Berapa Anggaran Kos Ubahsuai Rumah 2023?\n\n\nBerapa kos \nrenovate\n rumah? Kos renovasi rumah berbeza-beza bergantung pada lokasi, saiz kediaman, jenis pengubahsuaian yang akan dilakukan dan perkhidmatan kontraktor anda. Sebagai contoh, kos \nrenovate\n rumah kampung di Terengganu mungkin tidak sama dengan kos ubah suai rumah teres di Kuala Lumpur.\n\n\nBegitu juga dengan kos \nrenovate\n rumah teres 2 tingkat tidak sama dengan kos \nrenovate\n rumah teres setingkat dan kos \nrenovate\n rumah flat.\n\n\nBerapa Banyak yang Perlu Diperuntukkan untuk \nRenovate\n Rumah?\n\n\nBergantung pada jenis pengubahsuaian yang dilakukan dan \nmaterial\n yang digunakan, harga \nrenovation\n rumah anda mungkin menjadi lebih mahal. Namun begitu, anda boleh rujuk anggaran kos \nrenovate\n rumah seperti yang disediakan di bawah sebagai panduan.\n\n\nUnjuran harga ini adalah berdasarkan anggaran kos renovasi kondominium bersaiz purata antara 1,000 hingga 1,500 kaki persegi.\n\n\n\n\nRenovate\n Rumah Kos Rendah (RM20,000 hingga RM30,000)\n\n\nCost renovate\n rumah ini termasuk lekapan asas, lukisan pelan dan kerja basah kecil seperti siling plaster, sistem paip termasuk \nrenovation\n dapur bersaiz sederhana/kecil seperti pemasangan kabinet ringkas, dan almari pakaian kecil.\n\n\nKos \nRenovate\n Rumah Bajet Sederhana (RM31,000 hingga RM60,000)\n\n\nKos ubah suai rumah ini merangkumi semua perkara merangkumi kerja basah (\nwet works\n) seperti merobohkan dinding (termasuk kos pecah dinding dapur), pemasangan almari pakaian dan kabinet dapur serta pemasangan lantai lamina/vinil.\n\n\nKos \nRenovation\n\u00a0Bajet Tinggi (RM60,000 dan ke atas)\n\n\nAnggaran kos \nrenovate\n rumah ini merangkumi semua perkara di atas termasuk kerja menaik taraf perkara asas seperti pendawaian elektrik, paip dan tandas. Ini juga antara kos yang perlu ditanggung jika anda membeli kondo lama yang memerlukan lebih banyak kerja asas.\n\n\nSecara asasnya, anda perlu peruntukkan sekitar RM3,000 hingga RM10,000 (atau mungkin lebih bergantung keadaan) untuk kerja elektrik dan kerja paip bagi sebuah rumah. Kadar upah kontraktor am pula sekitar 10 hingga 15 peratus daripada bajet keseluruhan perbelanjaan. Kos-kos ini tidak termasuk peralatan elektrik seperti lampu dan kipas.\n\n\nBerapa Banyak yang Perlu Diperuntukkan untuk \nRenovate\n Mengikut Ruang Termasuk Kelengkapan Rumah?\n\n\nKadangkala, rumah yang baru beli tidak mempunyai kelengkapan yang lengkap atau memerlukan sedikit \nupgrade\n. Oleh sebab itu, anda mungkin perlu bersedia untuk membelanjakan wang untuk kos-kos renovasi berkaitan. Berikut adalah anggaran harga \nrenovation\n bahagian rumah yang perlu dipertimbangkan:\n\n\nRumah \nRenovation\n: Anggaran Kos Kerja-kerja Basah (\nWet Works\n)\n\n\nSekiranya proses renovasi melibatkan kerja-kerja basah (\nwet works\n), anda mungkin perlu peruntukkan tambahan RM10,000 hingga RM20,000 bergantung pada ruang. Sekiranya anda ingin ketahui anggaran kos sambung belakang rumah, berikut panduan harga \nrenovate\n rumah per kaki persegi untuk rujukan anda:\n\n\nLuas tapak X Harga sekaki persegi = Harga renovasi rumah\n\n\nSebagai contoh, anda ingin ketahui kos \nextend\n depan rumah atau \nrenovate\n depan rumah.\u00a0Luas 20 kaki lebar x 10 kaki panjang = 200 kaki persegi. Andaikan harga \nrenovate\n rumah per kaki persegi = RM130 sekaki persegi.\n\n\n200 kaki persegi X RM130 sekaki persegi = RM26,000\n\n\nJika anda merancang untuk tambah dapur belakang rumah (\nrenovation\n rumah teres), kos \nextend\n dapur boleh memakan kos antara RM10,000 hingga RM20,000 bergantung pada saiz, jenis bahan/barangan serta lokasi rumah anda.\n\n\nKos \nRenovate\n Dapur\n\n\nJika dapur rumah anda memerlukan kerja-kerja renovasi, pertimbangkan kos \nrenovation\n dapur sebanyak RM1,000 hingga RM2,000 untuk kerja-kerja pendawaian tambahan. Harga \nrenovate\n dapur ini tidak termasuk kos kabinet dapur sekitar RM5,000 hingga RM15,000 bergantung pada \nmaterial\n yang digunakan.\n\n\nRenovate\n Ruang Tamu\n\n\nSemasa proses rumah \nrenovate\n, ramai yang memilih untuk lakukan ubah suai di bahagian ruang tamu. Biasanya, kos yang terlibat merangkumi kos utama seperti pemasangan lampu, kipas dan penyaman udara. Kos upah yang dikenakan mungkin antara RM500 hingga RM2,000 bergantung pada bilangan lampu dan \npoint\n tambahan yang diperlukan.\n\n\nHarga renovasi ini tidak termasuk upah pemasangan siling plaster antara RM1,000 hingga RM3,000 bergantung pada saiz ruang. Jika melibatkan pemasangan kabinet \ncustom\n, kos ini mungkin akan bertambah bergantung pada \nmaterial\n kabinet yang digunakan.\n\n\nJika melibatkan tempahan dan pemasangan langsir, kos sekitar RM300 hingga RM1,000 (untuk langsir \nfull-height\n).\n\n\nKos Tambah Bilik Tidur\n\n\nKos pemasangan lampu dan siling plaster dikenakan bergantung pada saiz ruang \u2013 sekitar RM500 hingga RM1,000. Kos buat bilik tidur merangkumi pemasangan almari pakaian (sekitar RM1,000 hingga RM3,000) atau mungkin lebih jika saiz almari lebih besar atau \nmaterial\n yang lebih mahal digunakan.\n\n\nJika melibatkan tempahan dan pemasangan langsir, kos sekitar RM300 hingga RM1,000 (untuk langsir \nfull-height\n).\n\n\nNota Editor: Semua kos renovate rumah yang dinyatakan dalam artikel adalah anggaran semata-mata. Kos ubah suai rumah boleh dipengaruhi oleh faktor seperti kos bahan mentah, kos upah pekerja, kualiti kerja, jenis bahan digunakan, lokasi, jenis rumah dan kadar tukaran wang asing.\n\n\nUntuk pengalaman terbaik, minta quotation renovation rumah daripada sekurang-kurangnya tiga kontraktor sebelum anda buat keputusan.\n\n\n\n\n9 Kesalahan Ubahsuai Rumah yang Perlu Dielakkan Semasa \nRenovate\n Rumah\n\n\nBagi anda yang pertama kali terlibat dalam proses \nrenovation\n rumah, penting untuk anda tahu kesalahan ubahsuai rumah yang perlu dielakkan. Sekiranya anda tersilap langkah dan percaturan, ia boleh beri kesan langsung terutamanya kepada kewangan dan emosi anda.\u00a0Berikut sembilan kesalahan ubah suai rumah yang anda perlu elakkan:\n\n\n1. Tidak Membuat Kajian atau\u00a0\nResearch\n yang Cukup\n\n\nSebelum mula \nrenovate\n rumah, anda disarankan untuk buat \nresearch\n yang secukupnya. Dapatkan informasi secukupnya sebelum memulakan proses \nrenovation\n rumah \u2013 anggaran kos ubahsuai rumah seperti kos pecah dinding rumah, kos \nextend\n dapur dan sebagainya.\n\n\nDengan pengetahuan yang mencukupi tentang hal-hal \nrenovet\n rumah, ia dapat elakkan diri anda daripada ditipu kontraktor. Ada sesetengah kontraktor yang suka mengambil kesempatan ke atas pelanggan yang tidak berpengetahuan tentang kos \nrenovation\n rumah.\n\n\n2. Pilih Kontraktor yang Menawarkan Pakej \nRenovation\n Rumah Murah\n\n\nDalam hal berkaitan pengubahsuaian rumah, banyak penilaian yang perlu dibuat sebelum buat sesuatu keputusan. Penting untuk anda tahu harga \nrenovate\n rumah murah bukanlah satu-satunya perkara yang perlu diberi perhatian.\n\n\nDapatkan Senarai Sebut Harga Dahulu\n\n\nSemasa anda memilih kontraktor, kaji dengan teliti sebut harga yang diberikan. Jika boleh, dapatkan sebut harga daripada beberapa kontraktor supaya anda boleh membuat perbandingan. Dengan cara ini, anda boleh pilih pakej \nrenovate\n rumah yang menawarkan harga yang terbaik.\n\n\nUpah Kontraktor Berlainan untuk Ruang Berbeza\n\n\nCara ini membolehkan anda mendapatkan idea dan harga upah yang berbeza-beza untuk setiap ruang yang perlu diubah suai. Sebagai contoh, tidak semua kontraktor rumah ada kemahiran untuk \nrenovate\n rumah teres. Anda perlu pastikan kontraktor yang dipilih ada pengalaman dan kemahiran untuk elakkan kerja ala kadar dan asal siap.\n\n\nSelidik Dahulu Sebelum Setuju\n\n\nJangan senang-senang termakan dengan janji-janji manis kontraktor. Buat \nresearch\n di internet atau tanya pendapat kenalan yang berpengalaman untuk elakkan anda berbelanja melebihi bajet yang ditetapkan.\n\n\nTak semua perkara yang dicadangkan oleh kontraktor sesuai dengan rumah anda. Pertimbangkan kelebihan dan kekurangan sesuatu cadangan itu sebelum membuat keputusan.\n\n\n3. Tidak Bersedia dengan Kos \nRenovate\n Rumah Luar Jangka\n\n\nApabila \nreno\n rumah, adakalanya kos pengubahsuaian rumah melebihi \nbudget renovate\n rumah yang ditetapkan. Situasi ini biasanya berlaku disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ada kerosakan tersembunyi, struktur binaan tidak selamat, bumbung bocor dan sebagainya.\n\n\nSituasi-situasi luar jangka ini secara tidak langsung akan meningkatkan kos ubah suai rumah. Oleh sebab itu, anda perlu bersedia dari segi kewangan untuk perbelanjaan sebegini.\n\n\nPeruntukkan sekurang-kurangnya 10 hingga 20 peratus daripada anggaran kos ubahsuai rumah keseluruhan untuk situasi luar jangka sebegini. Anda semestinya tidak mahu berdepan pengalaman \nrenovate\n rumah berhenti separuh jalan disebabkan tiada bajet \nrenovate\n rumah.\n\n\n4. Ubah Suai Kesemua Ruang Rumah Sekaligus\n\n\nJangan terburu-buru untuk ubah suai\u00a0kesemua bahagian rumah anda sekaligus. Seeloknya, fokus kepada beberapa bahagian tertentu terlebih dahulu. Contohnya, \nextend\n ruang tamu dan dapur rumah terlebih dahulu sebelum beralih kepada bahagian ruang lain dalam rumah seperti bilik tidur dan tandas.\n\n\nSekiranya anda mahu kontraktor anda buat semua ruang sekaligus dalam satu-satu masa, kualiti hasil kerja yang diterima mungkin tidak memuaskan.\n\n\n5. Tidak Tetapkan Lokasi Pendawaian Elektrik\n\n\nSebelum memulakan kerja pendawaian elektrik semasa \nrenovate\n rumah, anda perlu sediakan pelan \nwiring\n mengikut keperluan rumah anda. Kalau tidak dilakukan dengan betul, pendawaian elektrik yang tidak baik boleh menyebabkan terjadi lintar pintas sehingga sebabkan \nkebakaran rumah\n.\n\n\nJika boleh, pastikan kerja pendawaian elektrik dilakukan oleh jurutera elektrik atau individu yang bertauliah dan berpengalaman. Ia bagi memastikan proses \nwiring\n dibuat dengan betul dan selamat.\n\n\nPenting juga untuk anda tentukan kedudukan soket yang perlu ditambah, dan jumlah soket yang sesuai untuk kediaman anda. Rancang dengan betul soket untuk peralatan elektrik dalam rumah seperti lampu, kipas, penghawa dingin, pemanas air dan lain-lain.\n\n\n\n\n6. Pilih \nMaterial\n Murah dan Tidak Berkualiti\n\n\nBagi kebanyakan orang, cara terbaik untuk jimatkan kos ubahsuai rumah adalah dengan menggunakan bahan-bahan murah dan tidak berkualiti. Namun begitu, cara ini semestinya akan beri kesan kepada kewangan anda untuk jangka masa panjang.\n\n\nBiasanya, produk atau bahan binaan yang lebih murah cenderung berkualiti rendah dan tak akan bertahan lama. Akibatnya, anda mungkin terpaksa keluarkan duit lain untuk ganti dengan yang baru pada masa akan datang.\n\n\nPemilihan produk dan \nmaterial\n terbaik yang digunakan untuk\n renovation\n rumah boleh meningkatkan \nnilai pasaran rumah\n dan kualitinya mampu bertahan lama sehingga bertahun-tahun.\n\n\n7. Ubah Fikiran Banyak Kali\n\n\nSemasa kerja-kerja renovasi rumah sedang dijalankan, anda mdisarankan untuk membuat pemantauan. Dengan cara ini, anda boleh memastikan kerja-kerja renovasi dilakukan dengan betul menepati citarasa dan kehendak anda.\n\n\nTidak salah untuk anda meminta kontraktor buat sedikit perubahan pada \ndesign\n akhir rumah anda. Tetapi, janganlah terlalu lambat atau banyak sehingga lari jauh daripada \ndesign\n asal.\n\n\nWalaupun anda mungkin rasa permintaan anda itu \nsimple\n sahaja, anda mungkin akan mengganggu projek dan secara tidak langsung meningkatkan kos \nrenovate\n rumah apartment baru anda.\n\n\n8. Beri Ukuran Tidak Tepat\n\n\nUkuran dalam rekaan memainkan peranan penting yang perlu diberi perhatian semasa kerja-kerja \nrenovation\n rumah. Ia juga merupakan perkara asas dalam menetapkan harga, pengurusan bahan dan sumber-sumber yang lain.\n\n\nKatakanlah anda sudah siap pasang kabinet dapur, dan kemudian cuba masukkan peti sejuk yang baru dibeli. Anda mendapati peti sejuk tu tidak muat untuk diletakkan pada kabinet dapur disebabkan ukuran kurang tepat.\n\n\nIa semestinya akan meningkatkan kos untuk mengubah rekaan ini. Jadi, pastikan anda ambil ukuran dengan betul dan jika perlu, dan dapatkan bantuan pakar dalam proses ini.\n\n\n9. Tidak Dapat Kelulusan Permit\n\n\nBab permit ini memang ramai yang terlepas pandang atau tidak ambil peduli. Anda disarankan untuk dapatkan persetujuan terlebih dahulu sebelum memulakan proses \nreno\n rumah. Untuk hartanah bertanah (\nlanded property\n), anda perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.\n\n\nManakala untuk \nhartanah berstrata\n pula, anda perlu dapatkan kebenaran daripada badan pengurusan. Biasanya, pihak pengurusan akan meminta deposit sebelum proses \nrenovation\n bermula sebagai jaminan kepada kerja-kerja ubahsuai rumah yang akan dijalankan.\n\n\nWang deposit\n ini akan dikembalikan sebaik sahaja proses pengubahsuaian selesai, tertakluk pada situasi terbukti tidak melanggar mana-mana peraturan pembangunan.\n\n\nApa Berlaku Jika \nRenovate\n Rumah Tanpa Permit?\n\n\nSekiranya anda memiliki hartanah bertanah dan tidak mendapat kebenaran pengubahsuaian rumah, pihak berkuasa tempatan berhak meruntuhkan atau memusnahkan sebarang pengubahsuaian rumah tanpa permit. Caj untuk kerja-kerja meruntuhkan atau memusnahkan ini perlu ditanggung oleh anda!\n\n\nSekiranya anda tinggal di hartanah strata dan melakukan \nrenovation\n rumah tanpa kebenaran, anda boleh dikenakan denda oleh pihak pengurusan mengikut Akta Pengurusan Strata 2013 (Peraturan Penyelenggaraan dan Pengurusan 2015).\n\n\nAdakah Sah Proses Jual Beli Hartanah Jika \nRenovation\n Rumah Dilakukan Tanpa Kebenaran?\n\n\nSecara teknikal, sukar untuk anda \njual rumah\n jika bakal pembeli meminta surat kebenaran pihak berkuasa berkaitan ubah suai. Katakan anda berdepan situasi rumah yang dibeli melakukan proses ubah suai rumah yang tidak sah dan anda hanya ketahuinya selepas membeli hartanah tersebut.\n\n\nSebagai pembeli, anda tertakluk pada tindakan untuk meruntuhkan atau meminta kebenaran retrospektif. Situasi ini secara tidak langsung memberi impak kepada kewangan anda untuk bina semula atau perlu tanggung kos meruntuhkan binaan.\n\n\nBagi penjual atau pemilik rumah pula, anda disarankan untuk dapatkan dokumentasi rasmi. Ini bagi membuktikan kerja-kerja renovasi dilakukan mengikut peruntukan dan peraturan sedia ada. Ia juga bagi mengelakkan anda berdepan situasi sukar untuk menjual hartanah anda.\n\n\nAdakah Insurans Rumah Menawarkan Perlindungan\u00a0Sekiranya Kemalangan Terjadi Semasa \nRenovate \nRumah?\n\n\nSecara asasnya, \ntuntutan insurans rumah\n ini boleh dilakukan bergantung pada situasi dan keadaaan. Jika proses \nrenovate\n rumah lama dilakukan dengan permit, mematuhi had renovasi dan syarat-syarat lain, ia semestinya tidak menjadi masalah untuk buat tuntutan.\n\n\nJika berlaku kemalangan seperti kebakaran atau rumah runtuh, pihak insurans akan membuat siasatan secara menyeluruh. Sekiranya anda gagal menunjukkan permit atau kelulusan, syarikat insurans berkemungkinan besar menafikan tuntutan anda. Akibatnya, anda terpaksa mengeluarkan duit dari poket sendiri untuk \ncover\n kos pembaikan dan kerosakan yang berlaku.\n\n\nKegagalan mendapatkan permit boleh menjejaskan perlindungan insurans anda. Oleh sebab itu, langkah paling selamat yang anda perlu lakukan sebelum \nreno\n rumah adalah dapatkan permit. Ia membuktikan yang anda mempunyai kelulusan untuk menjalankan projek \nrenovate\n rumah.\n\n\n\n\nRenew\n Insurans Rumah di Qoala untuk Perlindungan Tambahan dan Ketenangan Fikiran\n\n\nApabila anda mahu ubahsuai kediaman anda, jangan buat keputusan terburu-buru. Buat pertimbangan sewajarnya \u2013banyak duit yang anda perlu keluarkan untuk \nrenovate\n rumah. Jadi, pastikan anda tidak buat kesilapan renovasi rumah yang yang boleh beri kesan kepada kewangan anda.\n\n\nTidak dapat dinafikan, kos \nrenovate\n rumah boleh menelan belanja yang tinggi, lebih-lebih lagi jika banyak perkara yang perlu dilakukan. Oleh sebab itu, penting untuk anda membuat perancangan kewangan dengan teliti. Jika perlu, sediakan \ntabung simpanan\n khas untuk \nrenovation\n rumah \u2013 itu lebih baik daripada berhutang!\n\n\nTak salah berbelanja untuk rumah sendiri, asalkan tidak berlebihan sehingga perlu membuat \npinjaman peribadi\n. Jadilah pengguna yang bijak dengan berbelanja secara berhemah. Selain itu, sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan \ninsurans rumah terbaik\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nQoala merupakan \nplatform pembaharuan dan perbandingan insurans\n paling popular di Malaysia. Anda boleh dapatkan \nperlindungan insurans rumah yang komprehensif\n dengan selamat dan mudah pada harga yang berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/risiko-pelaburan/", "title": "Fahami Risiko Pelaburan, Cakna Risiko Sebelum Melabur", "body": "\n\nMeskipun banyak berita memaparkan penipuan pelaburan, masih ramai lagi masyarakat yang mudah percaya dan terpedaya. Kes penipuan skim pelaburan atau \npenipuan \nscammer\n mudah berlaku kerana sikap individu yang kurang cakna terhadap risiko pelaburan dan mengharapkan keuntungan segera dalam tempoh yang singkat.\u00a0Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, seramai 1.7 juta mangsa sindiket pelaburan dilaporkan dalam tempoh empat tahun dengan anggaran kerugian sebanyak RM4.9 bilion.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nAmbil Kira Risiko Pelaburan, 4 Risiko Biasa yang Anda Perlu Tahu\n1. Risiko Inflasi\n2. Risiko Pasaran\n3. Risiko Kadar Faedah\n4. Risiko Kredit\n5 Strategi untuk Menguruskan Risiko Pelaburan\n1. Pelbagaikan Pelaburan Anda\n2. Risiko Pelaburan: Fahami Pelaburan Anda\n3. Tetapkan Objektif dan Matlamat Pelaburan Anda\n4. Risiko Pelaburan: Ketahui Toleransi Risiko Anda\n5. Jangka Masa Pelaburan\nElak Kesilapan dalam Pelaburan untuk Minimumkan Kerugian\n\n\nAmbil Kira Risiko Pelaburan, 4 Risiko Biasa yang Anda Perlu Tahu\n\n\nRisiko pelaburan secara umumnya berkait rapat dengan keuntungan atau kerugian yang bakal diperoleh. Ini bermaksud, semakin tinggi risiko, semakin banyak pulangan pelaburan (atau risiko kerugian) yang bakal diperoleh. Secara asasnya, setiap\n instrumen pelaburan\n mempunyai risiko dan pulangan yang tersendiri.\n\n\nNamun begitu, apa yang dimaksudkan dengan risiko pelaburan? Secara asasnya, risiko pelaburan merujuk kepada ketidakpastian atau potensi kerugian yang wujud dalam pelaburan. Dalam erti kata lain, ada kemungkinan setiap pelaburan yang anda sertai menerima kadar pulangan yang kurang atau pelaburan menanggung kerugian berbanding jangkaan.\n\n\nOleh sebab itu, anda perlu sentiasa bersedia dengan segala risiko yang mungkin dihadapi dalam \npasaran saham\n. Berikut antara risiko yang sering dihadapi oleh pelabur:\n\n\n1. Risiko Inflasi\n\n\nInflasi memberi kesan kepada kuasa beli pengguna. Ia juga menyebabkan nilai wang semakin mengecil dan berlaku kenaikan harga barangan. Jika dahulu sekeping duit RM50 boleh membeli pelbagai jenis barangan keperluan harian.\n\n\nNamun kini nilai tersebut hanya mampu membeli sebotol minyak masak dan lampin pakai buang sahaja. Sebagai pelabur, anda perlu mengambil kira potensi pulangan yang bakal diperoleh dan memastikan ia melebihi kadar inflasi semasa untuk memaksimumkan keuntungan.\n\n\n2. Risiko Pasaran\n\n\nRisiko pasaran merupakan salah satu risiko yang bakal dihadapi oleh pelabur. Secara asasnya, risiko pasaran berkait rapat dengan naik turun pasaran saham. Ia juga dipengaruhi oleh faktor-faktor semasa seperti ketidakpastian ekonomi, keadaan politik dan sebagainya.\n\n\nSebagai contoh, turun naik \nharga emas hari ini\n di Malaysia berkait rapat dengan faktor-faktor semasa seperti ekonomi dan politik dunia, permintaan, inflasi dan harga minyak serta harga dolar USD.\n\n\n3. Risiko Kadar Faedah\n\n\nApabila berlaku sesuatu perubahan yang tidak dijangka terhadap kadar faedah, sekuriti pendapatan tetap seperti bon akan menerima kesan yang setara. Sekuriti pendapatan tetap sangat sensitif kepada risiko kadar faedah \u2013 ia memberi impak langsung sekiranya ada perubahan pada kadar faedah. Biasanya, nilai bon akan jatuh sekiranya kadar faedah meningkat.\n\n\n4. Risiko Kredit\n\n\nSelain itu, risiko kredit juga merupakan salah satu risiko yang perlu dipertimbangkan ketika membuat pilihan pelaburan anda. Jika berlaku situasi penerbit bon atau sukuk tidak mampu atau gagal membayar pulangan kepada pelabur disebabkan \nmuflis\n\u00a0atau sebagainya, anda mungkin akan menerima impak yang setara.\n\n\nPemegang bon berkemungkinan tidak akan menerima faedah atau prinsipal yang dijanjikan jika syarikat yang mengeluarkan bon mengalami masalah kewangan.\n\n\n5 Strategi untuk Menguruskan Risiko Pelaburan\n\n\nPengurusan risiko pelaburan merupakan salah satu elemen penting dalam memastikan anda tidak mengalami kerugian yang besar. Jika pelaburan diuruskan dengan baik, ia dapat membantu anda memaksimumkan keuntungan. Berikut merupakan lima cara yang boleh anda pertimbangkan untuk mengurangkan risiko sebelum melabur:\n\n\n1. Pelbagaikan Pelaburan Anda\n\n\nAnda tidak digalakkan untuk menumpukan kepada satu instrumen pelaburan sahaja dan mempelbagaikan pelaburan anda. Ini kerana, setiap pelaburan mempunyai impak kerugian (atau potensi keuntungan) yang tersendiri.\n\n\nDengan mempelbagaikan instrumen pelaburan anda, ia secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan risiko kerugian dan memaksimumkan keuntungan anda.\n\n\nAnda boleh pertimbangkan medium pelaburan seperti \nTabung Haji\n, \nAmanah Saham Bumiputra\n (ASB), \nunit amanah\n dan sebagainya.\n\n\n2. Risiko Pelaburan: Fahami Pelaburan Anda\n\n\nSecara asasnya, setiap pelaburan yang anda sertai menawarkan tahap kerugian dan keuntungan yang berbeza bergantung pada jenis pelaburan yang anda lakukan. Oleh sebab itu, anda perlu ambil tahu setiap instrumen pelaburan yang anda sertai.\n\n\nPengetahuan yang jelas mengenai pelaburan yang disertai dapat mengurangkan risiko pelaburan yang mungkin dihadapi. Fahami potensi risiko, kaji pulangan\n faedah atau dividen \ndan prestasi setiap jenis pelaburan yang disertai bagi memastikan pelaburan anda tidak mendatangkan kerugian.\n\n\n\n\n3. Tetapkan Objektif dan Matlamat Pelaburan Anda\n\n\nSebelum terlibat dalam mana-mana pelaburan, anda perlu menentukan objektif dan matlamat pelaburan anda. Tanpa objektif dan matlamat yang jelas, ia mungkin akan menyukarkan anda untuk membuat keputusan dan memilih instrumen pelaburan yang sesuai untuk anda.\n\n\nAntara matlamat biasa yang ditentukan adalah seperti \nsimpanan persaraan\n, pengurusan hutang, \npendidikan anak-anak\n, mengerjakan haji dan \numrah\n dan sebagainya.\n\n\n4. Risiko Pelaburan: Ketahui Toleransi Risiko Anda\n\n\nSetiap pelaburan yang anda sertai mungkin berisiko mengalami kerugian. Oleh sebab itu, anda perlu mengenal pasti tahap toleransi risiko anda. Dengan mengenal pasti tahap toleransi risiko, ia dapat membantu anda memilih jenis pelaburan dan membina portfolio pelaburan yang terbaik dan sesuai untuk anda.\n\n\nSebagai contoh, jika tahap risiko anda sederhana (bukan seorang yang suka mengambil risiko), anda boleh memilih \npelaburan risiko rendah\n (skala konservatif) seperti Pelaburan Saham Koperasi Bank Rakyat, Dana Pasaran Wang atau Pelaburan Takaful.\n\n\nNamun jika anda seorang yang suka mengambil risiko, anda boleh mempertimbangkan pelaburan risiko tinggi yang lebih agresif.\n\n\n5. Jangka Masa Pelaburan\n\n\nJangka masa pelaburan merupakan salah satu toleransi kerugian yang perlu anda pertimbangkan sebelum memilih pelaburan yang sesuai untuk anda. Semakin lama tempoh pelaburan anda, semakin selamat dan semakin tinggi keuntungan pelaburan anda. Di Malaysia, \ncaruman KWSP\n merupakan salah satu contoh pelaburan jangka panjang terbaik yang boleh anda pilih.\n\n\nElak Kesilapan dalam Pelaburan untuk Minimumkan Kerugian\n\n\nRisiko semestinya sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, anda boleh meminimumkan kerugian dengan mengamalkan strategi pelaburan yang betul. Anda disarankan untuk menganalisis, mengkaji dan melakukan penilaian secara menyeluruh sebelum membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan anda.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta terbaik\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform insurans terbaik di Malaysia\n dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/semak-ctos/", "title": "Cara Semak CTOS Online 2022", "body": "\n\nDengan semak CTOS, anda akan dapat mengetahui dan kenal pasti skor kredit anda. Ini merupakan salah satu faktor penting apabila anda mahu mohon untuk sebarang pinjaman seperti \nloan\u00a0\nkereta\n atau \npinjaman perumahan\n. Jika anda ingin pinjaman anda diluluskan penting untuk anda memiliki kredit skor yang baik. Artikel ini akan menjelaskan semua yang anda perlu tahu tentang CTOS iaitu sebuah platform yang boleh dipercayai untuk anda faham latar belakang kewangan dalam proses penilaian kredit anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa Maksud CTOS, Kenapa Anda Perlu Semak CTOS?\nApa itu CTOS?\nBerapakah Skor CTOS yang Bagus?\n3 Cara Semak CTOS, Check\u00a0Secara Percuma di MyCTOS\n1. Semak CTOS Melalui Laman Web MyCTOS Online\n2. Semak CTOS Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar\n3. Semak CTOS Kaunter\nElakkan Pinjaman Ditolak, Perbaiki Skor Anda\n\n\nApa Maksud CTOS, Kenapa Anda Perlu Semak CTOS?\n\n\nSekiranya anda tidak pernah membuat sebarang pinjaman, anda mungkin tidak pernah dengar mengenai CTOS. Untuk pengetahuan anda, CTOS merupakan antara organisasi penilaian kredit yang terbesar di Malaysia dan ia juga merupakan agensi penilaian kredit utama di Malaysia. Kebanyakan organisasi kewangan di negara ini menggunakan perkhidmatan ini. CTOS dikawal selia oleh Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit Kementerian Kewangan sebagai agensi pelaporan kredit.\n\n\nApa itu CTOS?\n\n\nUntuk mengetahui maksud CTOS, anda boleh anggap ia ibarat laporan kesihatan kewangan anda. Ia bertanggungjawab untuk melaporkan\u00a0 kewangan individu dan perniagaan dengan pangkalan data maklumatnya yang luas. Tidak seperti \nlaporan CCRIS\n, yang mempunyai jangka hayat 12 bulan, laporan CTOS mempunyai jangka hayat yang tidak terhingga. Bank dan institusi kewangan di Malaysia menggunakan laporan tersebut untuk menganalisis kelayakan kredit dan keupayaan pembayaran balik seseorang invidu atau sesebuah syarikat.\n\n\nAnda akan dapat akses segala data kredit anda dengan menggunakan CTOS. Ini akan dapat membantu anda untuk memastikan skor kredit anda berada dalam keadaan yang baik. Sekiranya anda mendapati sebarang perkara yang boleh merosakkan skor kredit anda, tindakan awal boleh diambil oleh anda untuk memperbaiki skor tersebut sebelum mohon pinjaman.\n\n\nBukan anda sahaja yang boleh lihat laporan CTOS anda, mana-mana syarikat atau institusi kewangan yang relevan juga boleh menilai laporan anda. Sebarang maklumat mengenai sejarah kredit anda juga akan membantu bank-bank menilai permohonan pinjaman anda dan mampu membuat mereka untuk membuat keputusan sama ada anda layak untuk diberikan pinjaman atau sebaliknya. Anda akan mendapati perkara-perkara berikut di dalam laporan CTOS:\n\n\n\n\nSkor kredit CTOS\n\n\nRekod CCRIS dari Bank Negara\n\n\nDishonoured cheques\u00a0\ndari Bank Negara\n\n\nPengarahan dan pemilikan perniagaan\n\n\nLitigasi dan muflis\n\n\nPenyenaraian pengadil perdagangan\n\n\nMakluman pembayaran terlepas\n\n\nPerubahan dalam had kredit\n\n\nPenukaran alamat\n\n\nAmaran\u00a0\nscammer\n\n\nKenal pasti identiti kecurian\n\n\n\n\nBerapakah Skor CTOS yang Bagus?\n\n\nWalaupun anda tidak merancang untuk untuk mohon pinjaman untuk \nbeli rumah\n dalam masa terdekat misalnya, anda masih digalakkan untuk mengetahui skor kredit anda dan CTOS boleh membantu anda memantau kesihatan kewangan anda. Secara amnya, skor yang bagus adalah dalam lingkungan 697 sehingga 850. Sebelum itu, anda perlu ketahui lima faktor yang mempengaruhi skor anda:\n\n\nRekod Pembayaran (45 peratus)\u00a0\n\n\nMengenal pasti sama ada anda sentiasa membuat bayaran pinjaman tepat pada masanya, atau jika anda pernah terlepas membuat pembayaran. Pembayaran lewat juga boleh menjejaskan skor kredit anda.\n\n\nJumlah Hutang (20 peratus)\u00a0\n\n\nIni merujuk kepada penggunaan kredit anda. Jumlah fasiliti kredit dan jumlah yang dihutang dengan pihak bank akan dinilai.\n\n\nJangka Masa Rekod Kredit (7 peratus\n)\n\n\nTempoh hayat fasiliti kredit yang anda ada seperti \nkad kredit\n atau pinjaman.\n\n\nJenis-jenis Kredit (14 peratus) \n\n\nJenis pinjaman yang anda ada, seperti pinjaman perumahan, pinjaman kereta, kad kredit, \npinjaman peribadi\n\u00a0dan sebagainya.\n\n\nKredit Baru (14 peratus) \n\n\nSama ada anda diluluskan untuk fasiliti kredit baru-baru ini.\n\n\nSemakin tinggi skor kredit anda, semakin mudah untuk anda membuat pinjaman kerana kebanyakannya bank dan penyedia kredit akan menganggap anda sebagai pelanggan utama. Bukan itu sahaja, ia juga boleh meningkatkan peluang anda untuk dapat kadar pinjaman atau kadar faedah yang lebih baik, serta pinjaman anda akan lebih cepat diluluskan dan sebagainya. Dengan kata lain, anda akan dianggap sebagai pelanggan utama oleh bank dan penyedia kredit. Berikut merupakan kadar skor CTOS dan maknanya kepada setiap pemberi pinjaman:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSkor\n\n\nPerspektif Pemberi Pinjaman\n\n\n\n\n\n\n744-850\n\n\nCemerlang! Anda dinilai sebagai \u2018sangat baik\u2019 dan diberi keutamaan.\n\n\n\n\n\n\n718-743\n\n\nSangat Baik! Anda dinilai sebagai pelanggan utama.\n\n\n\n\n\n\n697-717\n\n\nBaik! Skor anda dalam lingkungan sederhana tinggi dan anda layak untuk kredit baru.\n\n\n\n\n\n\n651-696\n\n\nSederhana. Skor anda dalam lingkungan sederhana dan anda kurang layak untuk kredit baru.\n\n\n\n\n\n\n529-650\n\n\nRendah. Anda mungkin menghadapi masalah apabila memohon kredit.\n\n\n\n\n\n\n300-528\n\n\nLemah. Aplikasi kredit anda mungkin akan ditolak.\n\n\n\n\n\n\nTiada Skor\n\n\nSkor anda tidak dapat dijana kerana maklumat tidak mencukupi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n3 Cara Semak CTOS, \nCheck\u00a0\nSecara Percuma di MyCTOS\n\n\nSecara amnya, terdapat tiga jenis laporan untuk anda pilih iaitu:\n\n\n\n\nLaporan Asas MyCTOS\n \u2013 Percuma\n\n\nLaporan Skor MyCTOS\n \u2013 RM25/laporan (tidak termasuk Cukai Perkhidmatan)\n\n\nCTOS SecureID \u2013\n RM99/tahun (tidak termasuk Cukai Perkhidmatan)\n\n\n\n\nUntuk pemeriksaan secara percuma, anda boleh menggunakan tiga kaedah untuk melakukan pemeriksaan sendiri:\n\n\n1. Semak CTOS Melalui Laman Web MyCTOS Online\n\n\nUntuk\u00a0\ncheck\u00a0\nCTOS melalui laman web, ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\nDaftar Akaun\n\n\nIsi butiran peribadi atau butiran syarikat yang diperlukan dengan lengkap. Selepas anda selesai mengisi segala butiran, satu e-mel pengesahan akan dihantar kepada anda untuk mengesahkan pendaftaran.\n\n\nAktifkan ID CTOS\n\n\nKebiasaannya, pengesahan dilakukan pada hari yang sama kerana CTOS memerlukan 3 jam waktu bekerja untuk mengesahkan butiran anda dan menyediakan ID pengguna yang sah yang diperlukan untuk mengakses laporan CTOS anda. Anda akan menerima e-mel untuk dapatkan butiran ID Pengguna anda melalui alamat emel yang anda berikan.\n\n\nAkses Laporan MyCTOS \n\n\nSekarang anda akan mempunyai akses penuh untuk melihat laporan CTOS anda. Laporan MyCTOS pertama diemelkan kepada anda secara percuma, tetapi anda juga boleh menyemaknya bila-bila masa di laman web CTOS.\n\n\n2. Semak CTOS Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar\n\n\nAnda juga boleh menggunkan telefon pintar anda melalui aplikasi CTOS yang boleh dimuat turun melalui Play Store atau App Store.\n\n\n3. Semak CTOS Kaunter\n\n\nSelain itu, anda juga boleh melawat cawangan CTOS berdekatan dengan anda dan mendaftar secara fizikal.\n\n\n\n\nElakkan Pinjaman Ditolak, Perbaiki Skor Anda\n\n\nTidak terlambat untuk anda memperbaiki skor kredit anda walaupun skor kredit mungkin berada di tahap yang kritikal sekarang. Individu-invidu yang kerap terlepas pembayaran boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk memperbaiki skor kredit. Kegagalan untuk menjelaskan pinjaman boleh menyebabkan seseorang itu disytihar \nbankrap atau muflis\n. Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk memperbaiki skor kredit dan mengelakkan pinjaman anda daripada ditolak:\n\n\n\n\nMula menjelaskan bil anda tepat pada masanya.\n\n\nPastikan baki anda rendah dan elakkan daripada memaksimumkan had kredit anda.\n\n\nDapatkan perkhidmatan nasihat kewangan daripada penasihat kewangan atau\u00a0\nfinancial planner\n.\n\n\nSentiasa konsisten menguruskan kewangan anda dari semasa ke semasa.\n\n\n\n\nLaporan CTOS sememangnya berguna untuk anda membuat semakan skor kredit terutama sekali jika anda mahu membuat permohonan pinjaman dalam masa yang terdekat. Ia juga boleh dilihat sebagai satu langkah yang proaktif untuk memastikan skor kredit anda berada dalam keadaan yang baik.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari\u00a0\ninsurans kereta terbaik\n\u00a0atau\u00a0\ninsurans motor murah\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut.\u00a0\nBandingkan insurans\n\u00a0daripada beberapa\u00a0\nsyarikat insurans terbaik\n\u00a0dengan tawaran harga terbaik sekali gus menjanjikan perlindungan yang menyeluruh untuk anda dan keluarga anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/semakan-cukai-tanah/", "title": "Panduan Lengkap Semakan Cukai Tanah Negeri di Malaysia 2023", "body": "\n\nSebagai pemilik hartanah di Malaysia, anda mempunyai tanggungjawab untuk membayar cukai tahunan antaranya cukai tanah. Anda kini boleh buat semakan cukai tanah dan \nbayar cukai tanah\n dengan mudah secara online melalui portal Pejabat Tanah dan Galian.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n10 Cara Semak Cukai Tanah di Malaysia yang Anda Perlu Tahu\n1. Semakan Cukai Tanah Selangor\n2. Semakan Cukai Tanah Kuala Lumpur\n3. Semakan Cukai Tanah Pahang\n4. Semakan Cukai Tanah Perak\n5. Semakan Cukai Tanah Pulau Pinang\n6. Semakan Cukai Tanah Perlis\n7. Semakan Cukai Tanah Terengganu\n8. Semakan Cukai Tanah Kelantan\n9. Semakan Cukai Tanah Melaka\n10. Semakan Cukai Tanah Negeri Sembilan Online\nCara Bayar Cukai Tanah Secara Online\nBayar Cukai Tanah, Beli Insurans Rumah untuk Ketenangan Fikiran\n\n\n10 Cara Semak Cukai Tanah di Malaysia yang Anda Perlu Tahu\n\n\nCukai tanah atau turut dikenali sebagai \nquit rent\n ialah sejenis cukai yang dikenakan ke atas hartanah persendirian. Pemilik hartanah di Malaysia perlu menjelaskan cukai tanah kepada kerajaan negeri lokasi hartanah tersebut berada. Sebagai contoh, jika anda memiliki hartanah di Pahang, anda boleh layari laman web PTG Pahang Semakan Cukai Tanah untuk semak cukai tanah anda.\n\n\nKebanyakan portal ini memerlukan maklumat tertentu bagi menyemak bayaran cukai tanah anda seperti nombor akaun atau nombor hak milik tanah. Semua maklumat ini boleh didapati daripada bil fizikal cukai tanah lama anda. Bagi memudahkan anda, ikuti perkongsian ini untuk ketahui cara semak cukai tanah secara online mengikut negeri-negeri di Malaysia.\n\n\n1. Semakan Cukai Tanah Selangor\n\n\nAnda boleh semak cukai tanah dan bayar cukai tanah secara online di Selangor melalui portal PTG Selangor Semakan Cukai Tanah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari portal \neHasil Selangor\n,\u00a0 kemudian klik Setuju dan Teruskan;\n\n\nAda dua kaedah semakan yang boleh dipertimbangkan iaitu semakan melalui no. akaun atau melalui perincian hakmilik;\n\n\nUntuk menyemak cukai tanah melalui Nombor Akaun, masukkan nombor akaun dan isi \ncaptcha,\n kemudian klik butang cari;\n\n\nUntuk semak cukai tanah melalui Perincian Hakmilik pula, anda perlu masukkan Jenis Perincian (cukai tanah atau cukai petak), Daerah, Mukim/Bandar/Pekan, Jenis Hakmilik dan Nombor Hakmilik;\n\n\nMasukkan \ncaptcha\n kemudian tekan butang Cari;\n\n\nHasil carian akan dipaparkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Semakan Cukai Tanah Kuala Lumpur\n\n\nJika anda memiliki hartanah di Kuala Lumpur, anda boleh buat semakan cukai tanah KL seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari portal e-Bayaran \nPejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan\n;\n\n\nPilih jenis carian seperti No Akaun, ID Hakmilik Tanah, ID Hakmilik Strata atau No Lot/PT;\n\n\nJika pilihan carian anda adalah melalui Nombor Akaun, masukkan no akaun anda dan klik butang Cari;\n\n\nHasil carian anda akan dipaparkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Semakan Cukai Tanah Pahang\n\n\nSemakan cukai tanah di Pahang boleh dilakukan melalui cara berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari portal \nPTG Pahang Semakan Cukai Tanah\n kemudian klik (\u2714\ufe0f) dengan terma dan syarat yang ditetapkan;\n\n\nAnda akan dibawa ke halaman Semakan Maklumat Cukai Tanah;\n\n\nUntuk semak cukai tanah, anda perlu masukkan Nombor Hakmilik sahaja atau anda juga boleh masukkan Daerah, Mukim, Jenis Hakmilik dan Nombor Hakmilik/Geran, kemudian klik Semak Cukai;\n\n\nHasil carian anda akan dipaparkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Semakan Cukai Tanah Perak\n\n\nAnda boleh menyemak cukai tanah di Perak melalui kaedah ini:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari portal \ne-Bayaran Pejabat Pentadbiran Negeri Perak\n untuk membuat semakan dan bayar bil cukai tanah;\n\n\nPilih jenis semakan cukai sama ada melalui ID Hakmilik Tanah, ID \nHakmilik Strata\n, No. Akaun/ID Hakmilik;\n\n\nJika anda memilih ID Hakmilik Tanah, masukkan butiran-butiran lain yang diperlukan seperti Daerah, Bandar/Pekan/Mukim, Jenis Hakmilik dan Nombor Hakmilik;\n\n\nKemudian, tekan butang Cari;\n\n\nHasil carian anda akan dipaparkan untuk rujukan anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Semakan Cukai Tanah Pulau Pinang\n\n\nSemakan Cukai Tanah Penang boleh dibuat melalui portal \nPgLAND\n Bagi menggunakan perkhidmatan di portal ini, anda perlu daftar masuk terlebih dahulu.\n\n\nPortal ini menyediakan perkhidmatan antaranya bayaran cukai, semakan perserahan, carian persendirian atau rasmi dan lain-lain lagi.\n\n\n6. Semakan Cukai Tanah Perlis\n\n\nAnda boleh semak cukai tanah Perlis melalui kaedah ini:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk buat e-Semakan cukai tanah, anda perlu layari portal \nJabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis\n;\n\n\nKemudian, masukkan ID Hakmilik atau No. Akaun;\n\n\nPilih Mukim/Bandar/Pekan, Jenis Hakmilik dan No. Hakmilik dan tekan butang Cari;\n\n\nHasil carian anda akan dipaparkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n7. Semakan Cukai Tanah Terengganu\n\n\nBagi menyemak cukai tanah di Terengganu pula, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari portal \nPejabat Pengarah Tanah dan Galian Kerajaan Negeri Terengganu\n;\n\n\nMasukkan No Akaun dan klik butang Cari;\n\n\nSelain itu, anda juga boleh membuat carian dengan memasukkan Daerah, Mukim/Bandar/Pekan, Jenis Hakmilik dan No Hakmilik kemudian tekan butang Cari;\n\n\nHasil carian anda akan dipaparkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n8. Semakan Cukai Tanah Kelantan\n\n\nProses menyemak cukai tanah Kelantan boleh dibuat melalui portal \nHasil Tanah Kelantan\n. Bagi menggunakan perkhidmatan di portal ini, anda perlu daftar masuk terlebih dahulu.\n\n\n\n\n9. Semakan Cukai Tanah Melaka\n\n\nBagi menyemak cukai tanah di Melaka, anda boleh semak melalui laman utama \nMelakaPay\n. Bagi menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu mendaftar masuk akaun anda terlebih dahulu.\n\n\n10. Semakan Cukai Tanah Negeri Sembilan Online\n\n\nAnda boleh semak cukai tanah dan bayar cukai tanah Negeri Sembilan online melalui portal e-PTGNS PTG Negeri Sembilan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari portal \ne-PTGNS PTG Negeri Sembilan\n, kemudian klik Setuju dan Teruskan;\n\n\nAda dua kaedah semakan yang boleh anda pilih iaitu semakan melalui No. Akaun/No. Hakmilik atau melalui Perincian (cukai tanah, \ncukai petak\n/strata atau lot);\n\n\nUntuk semak cukai tanah melalui Nombor Akaun, masukkan nombor akaun dan klik butang cari;\n\n\nUntuk semak cukai tanah melalui Perincian pula, anda perlu masukkan jenis perincian pilihan anda \u2013 dalam kes ini Cukai Tanah;\n\n\nDropdown\n Daerah, Mukim/bandar/pekan, Jenis Hakmilik dan Nombor hakmilik akan dipaparkan \u2013 isi semua maklumat diperlukan, kemudian tekan butang Cari;\n\n\nHasil carian akan dipaparkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Bayar Cukai Tanah Secara Online\n\n\nAnda juga boleh memanfaatkan kemudahan pembayaran secara dalam talian yang disediakan oleh hampir kesemua Pejabat Tanah dan Galian Negeri di Malaysia.\n\n\nBagi ketahui cara bayar cukai tanah online mengikut negeri, anda boleh ikuti artikel \nPanduan Lengkap Cara Bayar Cukai Tanah Online di Malaysia 2023\n\u00a0ini.\n\n\n\n\nBayar Cukai Tanah, Beli Insurans Rumah untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nPemilik hartanah di kebanyakan negeri perlu membayar cukai tanah sebelum 31 Mei setiap tahun. Sudah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil) untuk membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.\n\n\nHasil kutipan cukai boleh membantu kerajaan negeri masing-masing mendapatkan pendapatan sekali gus membantu kerajaan menguruskan negeri dengan lebih baik.\n\n\nMengikut undang-undang yang tertulis dalam Seksyen 100 Kanun Tanah Negara, tanah boleh dirampas sekiranya anda gagal menjelaskan Cukai Tanah seperti yang ditetapkan.\n\n\nSelain itu, jika anda mempertimbangkan untuk mendapatkan \ninsurans rumah terbaik di Malaysia\n, anda boleh dapatkan \ninsurance\n rumah\n anda di Qoala! Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans\n paling dipercayai di Malaysia.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/senarai-harga-kereta/", "title": "Senarai Harga Kereta Mengikut Kategori Pendapatan (2023)", "body": "\n\nSelain faktor jenama kereta, prestasi pengendalian, ciri keselamatan dan penjimatan bahan api, senarai harga kereta murah dan mampu milik merupakan antara faktor yang perlu dititikberatkan sebelum beli kereta idaman. Jika anda tersilap beli kereta melebihi kemampuan, kos perbelanjaan yang perlu ditanggung setiap bulan mungkin boleh menjadi beban. Ini kerana anda bukan sahaja perlu membayar \npinjaman kereta\n, tetapi perlu mengambil kira \nkos pemilikan kereta\n seperti \ninsurans kereta\n, \ncukai jalan\n, \nservis kereta\n dan banyak lagi.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nSenarai Harga Kereta: Harga Kereta Murah, Kereta Mampu Milik Mengikut Gaji di Malaysia 2023\nHarga Kereta Proton 2023 di Malaysia\nHarga Kereta Perodua 2023 di Malaysia\nHarga Kereta Honda 2023 di Malaysia\n5 Tips Beli Kereta yang Sesuai Mengikut Gaji\n1. Kenal Pasti Keperluan dan Kehendak\n2. Pastikan Harga Kereta Tidak Melebihi Gaji Tahunan\n3. Pilih Kereta dengan Ansuran Bulanan Tidak Melebihi 15 Peratus\n4. Lakukan Tinjauan: Pilih Kereta yang Sesuai dengan Gaji\n5. Buat Keputusan Bijak, Jangan Terburu-buru\n\n\nSenarai Harga Kereta: Harga Kereta Murah, Kereta Mampu Milik Mengikut Gaji di Malaysia 2023\n\n\nArtikel ini akan menyenaraikan harga kereta murah dan terkini di Malaysia bagi anda yang ingin menukar kereta baharu dari model Perodua, Proton, Toyota, BMW, Mazda, Nissan dan sebagainya. Panduan asas harga kereta murah ini boleh membantu anda memilih model kereta yang sesuai berdasarkan tawaran harga terkini.\n\n\nHarga Kereta Proton 2023 di Malaysia\n\n\nBerikut senarai harga kereta terkini untuk semua model kereta Proton untuk tahun 2023. Harga yang dipaparkan adalah harga kenderaan atas jalan (OTR) terkini tidak termasuk insurans.\n\n\n\n\n\n\n\n\nModel Kereta\n\n\nVarian\n\n\nHarga Kereta Terkini\n\n\n\n\n\n\nProton Saga\n\n\n1.3 Standard MT\n\n\nRM32,800\n\n\n\n\n\n\n1.3 Standard AT\n\n\nRM35,800\n\n\n\n\n\n\n1.3 Premium AT\n\n\nRM39,800\n\n\n\n\n\n\nProton Iriz\n\n\n1.3 Standard MT\n\n\nRM36,700\n\n\n\n\n\n\n1.3 Standard CVT\n\n\nRM39,700\n\n\n\n\n\n\n1.3 Executive CVT\n\n\nRM44,700\n\n\n\n\n\n\n1.3 Executive CVT\n\n\nRM46,700\n\n\n\n\n\n\n1.6 Premium CVT\n\n\nRM50,700\n\n\n\n\n\n\nProton Persona\n\n\n1.6 Standard MT\n\n\nRM42,600\n\n\n\n\n\n\n1.6 Standard CVT\n\n\nRM44,600\n\n\n\n\n\n\n1.6 Executive CVT\n\n\nRM49,600\n\n\n\n\n\n\n1.6 Premium CVT\n\n\nRM54,600\n\n\n\n\n\n\nProton X70\n\n\nI.8 TGDI Standard 2WD\n\n\nRM94,800\n\n\n\n\n\n\nI.8 TGDI Executive 2WD\n\n\nRM106,800\n\n\n\n\n\n\nI.8 TGDI Premium 2WD\n\n\nRM119,800\n\n\n\n\n\n\nI.8 TGDI Premium X 2WD\n\n\nRM122,800\n\n\n\n\n\n\nProton Exora\n\n\n1.6 Executive CVT\n\n\nRM59,800\n\n\n\n\n\n\n1.6 Premium CVT\n\n\nRM66,800\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga Kereta Perodua 2023 di Malaysia\n\n\nBanyak pilihan harga kereta murah daripada Perodua yang boleh anda pilih sebagai kereta pertama anda. Berikut senarai harga kereta terkini untuk semua model kereta Perodua untuk tahun 2023. Harga yang dipaparkan adalah harga kenderaan atas jalan (OTR) terkini tidak termasuk insurans.\n\n\n\n\n\n\n\n\nModel Kereta\n\n\nVarian\n\n\nHarga Kereta Terkini\n\n\n\n\n\n\nPerodua Axia\n\n\n1.0 E\n\n\nRM24,090\n\n\n\n\n\n\n1.0 G (AT)\n\n\nRM33,490\n\n\n\n\n\n\n1.0 GXtra (AT)\n\n\nRM34,990\n\n\n\n\n\n\n1.0 Style (AT)\n\n\nRM38,890\n\n\n\n\n\n\n1.0 SE (AT)\n\n\nRM38,890\n\n\n\n\n\n\n1.0 Advance (AT)\n\n\nRM43,190\n\n\n\n\n\n\nPerodua Bezza\n\n\n1.0 G (MT)\n\n\nRM34,580\n\n\n\n\n\n\n1.0 G (AT)\n\n\nRM36,580\n\n\n\n\n\n\n1.3 X (AT)\n\n\nRM43,980\n\n\n\n\n\n\n1.3 Advance (AT)\n\n\nRM49,980\n\n\n\n\n\n\nPerodua Myvi\n\n\n1.3 G (AT)\n\n\nRM44,590\n\n\n\n\n\n\n1.3 Premium X (AT)\n\n\nRM46,590\n\n\n\n\n\n\n1.3 Premium X (AT)\n\n\nRM46,590\n\n\n\n\n\n\n1.5 High (AT)\n\n\nRM50,290\n\n\n\n\n\n\n1.5 Advance (AT)\n\n\nRM54,090\n\n\n\n\n\n\nPerodua Alza\n\n\n1.5 S (MT)\n\n\nRM51,490\n\n\n\n\n\n\n1.5 S (AT)\n\n\nRM54,290\n\n\n\n\n\n\n1.5 SE (AT)\n\n\nRM56,890\n\n\n\n\n\n\n1.5 Advance (AT)\n\n\nRM62,690\n\n\n\n\n\n\nPerodua Aruz\n\n\n1.5 X (AT)\n\n\nRM72,900\n\n\n\n\n\n\n1.5 Advance (AT)\n\n\nRM77,900\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga Kereta Honda 2023 di Malaysia\n\n\nSelain itu, banyak pilihan harga kereta murah yang turut ditawarkan oleh Honda yang boleh anda dipilih sebagai kereta pertama anda. Berikut senarai harga kereta terkini untuk semua model kereta Perodua untuk tahun 2023. Harga yang dipaparkan adalah harga kenderaan atas jalan (OTR) terkini tidak termasuk insurans.\n\n\n\n\n\n\n\n\nModel Kereta\n\n\nVarian\n\n\nHarga Kereta Terkini\n\n\n\n\n\n\nHonda Jazz 1.5S\n\n\nStandard\n\n\nRM75,300\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM75,420\n\n\n\n\n\n\nHonda Jazz 1.5E\n\n\nStandard\n\n\nRM81,400\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM81,520\n\n\n\n\n\n\nHonda Jazz 1.5V\n\n\nStandard\n\n\nRM88,700\n\n\n\n\n\n\nHonda Jazz 1.5E\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM88,820\n\n\n\n\n\n\nHonda City 1.5S\n\n\u00a0\n\n\nStandard\n\n\nRM78,500\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM78,620\n\n\n\n\n\n\nHonda City 1.5E\n\n\nStandard\n\n\nRM84,600\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM84,720\n\n\n\n\n\n\nHonda City 1.5V\n\n\nStandard\n\n\nRM91,600\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM91,720\n\n\n\n\n\n\nHonda Civic 1.8S\n\n\nStandard\n\n\nRM113,600\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM113,900\n\n\n\n\n\n\nHonda Civic 1.5 TC\n\n\nStandard\n\n\nRM129,600\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM129,900\n\n\n\n\n\n\nHonda Civic 1.5 TC-P\n\n\nStandard\n\n\nRM139,600\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM139,900\n\n\n\n\n\n\nHonda Accord 1.5TC\n\n\nStandard\n\n\nRM185,900\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM186,300\n\n\n\n\n\n\nHonda Accord 1.5TC-P\n\n\nStandard\n\n\nRM195,900\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM196,300\n\n\n\n\n\n\nHonda BR-V 1.5E\n\n\nStandard\n\n\nRM89,900\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM90,200\n\n\n\n\n\n\nHonda BR-V 1.5L\n\n\nStandard\n\n\nRM96,900\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM97,200\n\n\n\n\n\n\nHonda HR-V 1.8E\n\n\nStandard\n\n\nRM108,800\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM109,100\n\n\n\n\n\n\nHonda HR-V 1.8V\n\n\nStandard\n\n\nRM118,800\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM119,100\n\n\n\n\n\n\nHonda HR-V 1.8RS\n\n\nStandard\n\n\nRM124,800\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM125,100\n\n\n\n\n\n\nHonda Odyssey 2.4 EVX\n\n\nStandard\n\n\nRM258,896\n\n\n\n\n\n\nHonda CR-V 2.0 2WD\n\n\nStandard\n\n\nRM151,100\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM163,700\n\n\n\n\n\n\nHonda CR-V 1.5\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM164,100\n\n\n\n\n\n\nHonda CR-V 1.5 TC 4WD\n\n\nStandard\n\n\nRM169,500\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM169,900\n\n\n\n\n\n\nHonda CR-V 1.5 TC-P 2WD\n\n\nStandard\n\n\nRM175,900\n\n\n\n\n\n\nWhite Orchid Pearl\n\n\nRM176,300\n\n\n\n\n\n\n\n\n5 Tips Beli Kereta yang Sesuai Mengikut Gaji\n\n\nBeli kereta tidak kira sama ada kereta baru atau \nkereta\n secondhand\n melibatkan perbelanjaan yang besar jika tidak dirancang dengan baik \u2013 banyak kos perlu diambil kira antaranya bayaran balik\n pinjaman kereta\n, kos \ninsurans kereta\n, \nroadtax\n kereta, penjagaan kereta, penyelenggaraan \ntayar kereta\n dan sebagainya. Jika anda nak beli kereta pertama, berikut antara tips yang boleh anda amalkan dan perkara penting yang anda perlu tahu:\n\n\n1. Kenal Pasti Keperluan dan Kehendak\n\n\nSecara asasnya, tak salah untuk beli atau pilih kereta berdasarkan rupa estetika atau prestasi. Meskipun begitu, ia tidak patut dijadikan keutamaan semasa \nmembeli kereta pertama\n anda. Anda perlu mengambil kira kesesuaian sesebuah kereta yang dibeli \u2013 faktor seperti rupa, prestasi dan sebagainya adalah bonus sekiranya kereta pilihan anda mempunyai kesemua ciri ini.\n\n\nAnda disarankan untuk beli kereta ikut keperluan dan keutamaan anda. Sebagai contoh, anda mungkin jatuh cinta pandang pertama dengan \nkereta\n sport\n berjenama\n kerana anda seorang yang berjiwa muda dan baru sahaja memulakan karier. Meskipun begitu, kereta sebegini memakan kos selenggara dan kos petrol yang lebih tinggi serta mungkin tidak sesuai untuk penggunaan harian.\n\n\nJika anda memerlukan kereta untuk berulang-alik ke tempat kerja, memadai memiliki kereta kompak seperti Perodua Axia dengan bayaran bulanan kurang RM500 sebulan. Kereta yang bersaiz kompak atau kecil\u00a0 lebih sesuai kerana kereta jenis ini lebih jimat minyak dan sesuai untuk penggunaan dalam bandar.\n\n\nAnda boleh \nupgrade\n kereta yang lebih besar setelah berkahwin atau apabila kewangan peribadi anda semakin stabil untuk keselesaan, namun tertakluk pada kadar gaji tahunan semasa anda.\n\n\n2. Pastikan Harga Kereta Tidak Melebihi Gaji Tahunan\n\n\nSelain itu, anda harus pastikan harga kereta yang ingin dibeli kurang atau tidak melebihi pendapatan tahunan anda. Ini kerana, kos pemilikan kereta bukan sekadar ansuran yang perlu dijelaskan setiap bulan. Tetapi anda juga perlu ambil kira kos-kos tambahan yang lain seperti \ncukai jalan kereta\n, penyelenggaraan, perbelanjaan minyak petrol serta tol dan lain-lain lagi.\n\n\nJika gaji bulanan anda adalah sebanyak RM2,700, harga kereta yang ideal untuk anda mestilah tidak lebih daripada RM32,400 (RM2,700 x 12 bulan).\n\n\n3. Pilih Kereta dengan Ansuran Bulanan Tidak Melebihi 15 Peratus\n\n\nSelain itu, pastikan bayaran bulanan kereta yang dipilih tersebut tidak melebihi 15 peratus (lebih bagus jika lebih rendah) daripada pendapatan bulanan anda. Sebagai contoh jika anda bergaji RM2,700 sebulan, jumlah ansuran bulanan yang disyorkan adalah sebanyak RM405.\n\n\nSekiranya komitmen atau bayaran balik pinjaman bank lebih tinggi berbanding pendapatan semasa anda, ia mungkin boleh menyukarkan anda untuk membuat permohonan pinjaman lain seperti \npinjaman peribadi\n atau pinjaman perumahan. Anda boleh menggunakan formula kira gaji beli kereta seperti berikut:\n\n\nPendapatan Bulanan x 15% = Jumlah Ansuran Bulanan\n\n\n\n\n4. Lakukan Tinjauan: Pilih Kereta yang Sesuai dengan Gaji\n\n\nElakkan diri anda daripada dipengaruhi oleh ejen penjual kereta. Kebiasaannya, ejen penjual kereta yang berpengalaman biasanya dapat mengetahui sama ada anda pembeli kereta pertama atau tidak dengan menilai pembawakan diri anda.\n\n\nKebanyakan ejen kereta akan mengambil kesempatan ini untuk menjual atau menawarkan kereta yang melebihi bajet pembeli atau tidak sepadan dengan keperluan pembeli bagi menghabiskan stok inventori.\n\n\nOleh sebab itu, anda disarankan untuk melakukan tinjauan dan kenal pasti keperluan serta kehendak anda sebelum berkunjung ke mana-mana pengedar kereta untuk mengelakkan anda daripada dipengaruhi oleh penjual. Dengan cara ini, ia dapat membantu mengelakkan anda daripada berbelanja melebihi kemampuan kewangan dan membantu menjimatkan wang anda.\n\n\n5. Buat Keputusan Bijak, Jangan Terburu-buru\n\n\nPembelian kereta boleh dikatakan antara item yang paling mahal yang pernah dibeli seumur hidup selepas\n pemilikan rumah\n. Oleh sebab itu, anda perlu menilai pelbagai aspek dan sudut sebelum membuat apa-apa keputusan.\n\n\nAmbil masa untuk berfikir sebelum anda memilih kereta idaman anda. Sama seperti membeli barangan berharga yang lain, anda perlu membandingkan harga dan kelebihan yang ada pada kereta yang ingin dibeli sebelum buat keputusan. Pastikan kereta yang dipilih selari dengan keperluan semasa anda.\n\n\nSemoga senarai harga kereta murah dan mampu milik ini dapat membantu anda terutamanya jika anda bercadang untuk menukar kereta atau beli kereta baharu. Selain itu, sekiranya anda sedang mempertimbangkan\n \ninsurance\n kereta\n yang komprehensif dan terbaik untuk anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform insurans di Malaysia\n dengan jaminan \nproses beli insurans kereta\n yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/simpanan-shariah-kwsp/", "title": "Cara Tukar Simpanan Shariah KWSP Online Melalui i-Akaun KWSP 2023", "body": "\n\nBagi anda yang mencarum dalam \nsimpanan KWSP\n, anda mungkin biasa dengar mengenai pilihan Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah KWSP. Ahli yang beragama Islam khususnya mempunyai pilihan untuk menukar Simpanan Konvensional kepada Simpanan Shariah jika ingin berbuat demikian. Ini sekali gus membantu umat Islam untuk tidak lagi perlu risau tentang (status halal) pulangan dividen yang diterima kerana pelaburan yang dilakukan patuh syariah.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPerkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bertukar ke Simpanan Shariah KWSP\n1. Apa Itu Simpanan Shariah KWSP?\n2. Mengapa Anda Perlu Bertukar kepada Simpanan Shariah KWSP?\n3. Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional kepada Simpanan Shariah KWSP Secara Online\n4. Perbezaan Simpanan Shariah KWSP vs Konvensional\n5. Kadar Dividen Akaun Konvensional vs Akaun Simpanan Shariah KWSP\nLakukan Penyucian Dividen KWSP Jika Belum Beralih ke Simpanan Shariah\n\n\nPerkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bertukar ke Simpanan Shariah KWSP\n\n\nUmat Islam digalakkan untuk beralih kepada Simpanan Shariah kerana ia mengamalkan pelaburan beretika. Dalam erti kata lain, ia akan mengelakkan pelaburan dalam sektor-sektor yang menghasilkan dan mempromosikan alkohol, perjudian, hiburan dewasa dan sebagainya.\n\n\nJika anda masih belum bertukar kepada Simpanan Shariah KWSP, artikel ini akan membantu anda memahami simpanan patuh syariah KWSP dengan lebih baik, perbezaan antara Simpanan Shariah KWSP dan Simpanan Konvensional dan lain-lain lagi.\n\n\n1. Apa Itu Simpanan Shariah KWSP?\n\n\nSimpanan Shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan suatu \npilihan dana persaraan terbaik\n yang boleh anda pertimbangkan. Simpanan Shariah KWSP membolehkan ahli membuat simpanan berlandaskan syariah dan diuruskan serta dilaburkan mengikut prinsip Islam.\n\n\nSebuah Jawatan Kuasa Penasihat Shariah (JKPS) ditubuhkan bagi mengawasi semua aspek pematuhan syariah di dalam operasi, pelaburan dan tadbir urus Simpanan Shariah di KWSP. JKPS juga bertanggungjawab dalam mengesahkan aspek pematuhan syariah sesuatu pelaburan yang akan dibuat oleh KWSP.\n\n\n2. Mengapa Anda Perlu Bertukar kepada Simpanan Shariah KWSP?\n\n\nSebagai umat Islam, anda disarankan untuk bertukar ke Simpanan Shariah agar simpanan diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip syariah. Selain itu, Simpanan Shariah (kepada ahli beragama Islam) dapat:\n\n\n\n\nMembantu ahli menyediakan \nsimpanan persaraan\n yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga. Ibadah \nhaji dan umrah\n (pengeluaran KWSP akaun 2) boleh dilakukan tanpa sebarang keraguan ke atas sumber dana;\n\n\nMemastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian) yang biasanya terdapat dalam pelaburan perbankan \nkonvensional dan insurans\n;\n\n\nMembantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana simpanan ahli yang halal untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.\n\n\n\n\nAhli bukan beragama Islam juga boleh memilih untuk bertukar kepada Simpanan Shariah KWSP sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional sedia ada:\n\n\n\n\nObjektif pelaburan dan profil risiko yang sama;\n\n\nPeruntukan aset strategik yang sama;\n\n\nPelaburan di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah sahaja;\n\n\nPendedahan pelaburan yang minimum di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.\n\n\n\n\n\n\n3. Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional kepada Simpanan Shariah KWSP Secara Online\n\n\nBagi membolehkan pertukaran Akaun Konvensional kepada Simpanan Shariah boleh dilakukan secara online, anda perlu mendaftar sebagai ahli i-Akaun terlebih dahulu.\n\n\n\n\nLog masuk ke \ni-Akaun (Ahli)\n;\n\n\nKemudian, pilih tab Simpanan Shariah KWSP dan klik Daftar (\nRegister\n);\n\n\nIkut panduan dan arahan pertukaran ke Simpanan Shariah KWSP. Anda perlu membuat pengesahan pengesahan maklumat ahli, akad Simpanan Shariah dan pengesahan persetujuan akad dengan memasukkan kod TAC yang akan dihantar ke nombor telefon anda yang berdaftar.\n\n\n\n\nUntuk makluman, ahli tidak boleh kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah. Namun begitu, ahli boleh membatalkan pendaftaran Simpanan Shariah sebelum tarikh kuat kuasa Akaun Simpanan Shariah. Info lanjut berkaitan Simpanan Shariah KWSP boleh dirujuk \ndi sini\n.\n\n\n4. Perbezaan Simpanan Shariah KWSP vs Konvensional\n\n\nBerikut adalah perbezaan antara Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah KWSP yang anda perlu tahu:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSimpanan Shariah KWSP\n\n\nSimpanan Konvensional KWSP\n\n\n\n\n\n\nKeahlian\n\n\nSemua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah\n\n\nSemua ahli KWSP adalah tertakluk pada Simpanan Konvensional selagi belum memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah\n\n\n\n\n\n\nAkad (Kontrak Shariah)\n\n\nTertakluk pada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad Wakalah\n\n\nTidak berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKadar Dividen\n\n\nKadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah, tiada jaminan kadar dividen minimum\n\n\nKadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan Konvensional (pelaburan patuh Shariah dan tidak patuh Shariah) tertakluk pada kadar dividen minimum 2.5 peratus\n\n\n\n\n\n\nPerakuan Jawatan Kuasa Penasihat Shariah (JKPS)\n\n\nDiperakukan oleh Jawatan Kuasa Penasihat Shariah KWSP dan tertakluk pada Rangka Kerja Tadbir Urus Shariah\n\n\nTidak berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertukaran Akaun\n\n\nAhli tidak boleh memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa\n\n\nAhli boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Kadar Dividen Akaun Konvensional vs Akaun Simpanan Shariah KWSP\n\n\nKadar dividen KWSP\n untuk kedua-dua simpanan konvensional dan simpanan shariah KWSP boleh dikatakan agak kompetitif. Kadar dividen yang diisytiharkan mencerminkan prestasi sebenar pelaburan bagi kedua-dua simpanan ini.\n\n\nBiasanya, kadar dividen yang diumumkan untuk kedua-dua simpanan ini akan menunjukkan sedikit perbezaan. Bagi mengetahui kadar dividen terkini, ahli boleh menyemak penyata terkini dividen KWSP dengan beberapa cara:\n\n\n\n\nHadir sendiri ke cawangan KWSP terdekat;\n\n\nSemakan dividen KWSP melalui kiosk KWSP; atau\n\n\nSemak dividen KWSP online melalui i-Akaun KWSP.\n\n\n\n\nSemakan Dividen KWSP 2022 Melalui Portal i-Akaun\n\n\nUntuk semakan dividen KWSP secara online, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari portal KWSP;\n\n\nMasukkan ID Pengguna dan tekan Seterusnya;\n\n\nImej keselamatan akan dipaparkan \u2013 pastikan imej yang dipaparkan adalah betul berdasarkan frasa rahsia yang didaftarkan sebelum ini;\n\n\nMasukkan kata laluan dan klik log masuk;\n\n\nMaklumat berkaitan dividen KWSP anda akan dipaparkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLakukan Penyucian Dividen KWSP Jika Belum Beralih ke Simpanan Shariah\n\n\nBagi ahli KWSP yang beragama Islam yang belum bertukar atau memilih untuk mengekalkan akaun simpanan di bawah Simpanan Konvensional, ia menjadi tanggungjawab ahli untuk \nmenyucikan dividen\n yang diterima setiap tahun. Ahli KWSP yang beragama Islam yang menyimpan di dalam Simpanan Konvensional bertanggungjawab menyucikan dividen yang diterima berdasarkan peratusan yang telah ditetapkan bermula pada tahun 2017.\n\n\nNamun begitu, berdasarkan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, dividen yang diterima sebelum 2017 tidak perlu disucikan. Ini kerana, KWSP belum mewujudkan pilihan Simpanan Shariah buat ahlinya pada masa itu. Anda boleh rujuk laman web KWSP untuk info lanjut.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan \ninsurans perubatan dan kesihatan\n untuk perlindungan tambahan kepada masa depan anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n di Malaysia dengan jaminan \nproses beli insurans\n yang mudah, selamat dan cepat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/syarat-penjamin-pinjaman/", "title": "4 Syarat Penjamin Pinjaman yang Anda Perlu Tahu", "body": "\n\nAnda mungkin pernah berdepan situasi kawan atau ahli keluarga meminta anda untuk menjadi penjamin pinjaman yang mereka lakukan. Tidak kira sama ada \npinjaman peribadi\n, \npinjaman perumahan\n atau \npinjaman keret\na, tidak semua individu layak menjadi penjamin dan ada syarat penjamin pinjaman yang perlu dipatuhi. Sebagai contoh, jika nak beli kereta, perlu melepasi syarat \npenjamin pinjaman kereta\n yang ditetapkan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nBaca Perkara Penting Tentang Syarat Penjamin Pinjaman Ini Sebelum Jadi Penjamin\n1. Syarat Penjamin Pinjaman\n2. Jenis Penjamin Pinjaman\n3. Hak Sebagai Penjamin Pinjaman\n4. Risiko Jadi Penjamin Pinjaman\nKenal Pasti Risiko Sebagai Penjamin Pinjaman untuk Ketenangan\n\n\nBaca Perkara Penting Tentang Syarat Penjamin Pinjaman Ini Sebelum Jadi Penjamin\n\n\nSecara asasnya, \npenjamin pinjaman\n merujuk pada individu yang bertanggungjawab membayar baki hutang pinjaman jika peminjam gagal bayar balik pinjaman. Sebelum anda menandatangani apa-apa dokumen pinjaman, penting untuk anda ketahui tanggungjawab sebagai penjamin, syarat penjamin pinjaman dan perkara-perkara lain berkaitan penjamin pinjaman, seperti berikut:\n\n\n1. Syarat Penjamin Pinjaman\n\n\nSeperti dinyatakan di atas, tidak semua individu layak atau boleh menjadi penjamin. Namun secara ringkasnya, anda perlu mematuhi syarat kelayakan atau syarat penjamin pinjaman yang ditetapkan oleh pihak bank. Biasanya, pihak bank menetapkan syarat penjamin pinjaman asas seperti berikut:\n\n\n\n\nBerumur 18 tahun ke atas;\n\n\nBerfikiran waras dan berkeupayaan (dari segi mental) untuk memahami tanggungjawab, dokumen penjamin dan tanggungjawab sebagai penjamin;\n\n\nTidak dipaksa untuk menjadi penjamin \u2013 bersetuju secara sukarela tanpa paksaan, penipuan atau kesilapan;\n\n\nTidak \nberstatus muflis\n.\n\n\n\n\nNamun begitu, meskipun anda memenuhi kesemua syarat penjamin pinjaman, ini tidak bermaksud pihak institusi kewangan akan meluluskan semua permohonan anda sebagai penjamin pinjaman.\n\n\nPihak bank masih akan menilai faktor-faktor tambahan lain seperti jumlah pendapatan, \nkomitmen bulanan\n, r\nekod dan sejarah kredit\n dan lain-lain.\n\n\nJika penjamin pinjaman mempunyai komitmen hutang yang tinggi atau tidak mempunyai apa-apa aset untuk dicagarkan, besar kemungkinan permohonan untuk menjadi penjamin pinjaman akan ditolak.\n\n\n2. Jenis Penjamin Pinjaman\n\n\nPenjamin pinjaman terbahagi kepada dua kategori \u2013 penjamin pinjaman sosial dan penjamin pinjaman bukan sosial. Berikut panduan untuk membantu anda memahami perbezaan kedua-dua kategori ini:\n\n\nPenjamin Sosial\n\n\nPenjamin sosial merujuk pada individu yang memberi jaminan kepada peminjam bukan untuk tujuan keuntungan atau komersial. Sebagai contoh, anda menjadi \nguarantor\n untuk menolong ahli keluarga atau kawan tanpa kepentingan kewangan atau tujuan keuntungan seperti \nbeli kereta\n, \nbeli rumah\n atau mendapatkan biasiswa.\n\n\nPenjamin Bukan Sosial\n\n\nPenjamin bukan sosial pula merujuk pada kategori selain penjamin sosial yang dinyatakan di atas. Biasanya, ia melibatkan pinjaman dengan kepentingan keuntungan seperti \npinjaman peribadi\n, pinjaman komersial atau penjamin \npinjaman perniagaan\n.\n\n\n\n\n3. Hak Sebagai Penjamin Pinjaman\n\n\nJika anda bersetuju untuk menjadi penjamin bagi apa-apa pinjaman bank, anda mempunyai hak-hak tertentu sebagai penjamin pinjaman. Hak ini berperanan dalam melindungi penjamin dan mengelakkan anda daripada berdepan sebarang risiko kewangan:\n\n\nSebelum Tandatangan Dokumen Penjamin Pinjaman\n\n\nBerikut antara \nhak anda sebagai penjamin\n sebelum anda menandatangani sebarang kontrak jaminan:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnda mempunyai hak untuk mendapatkan nasihat guaman sebelum menandatangani sebarang dokumen pinjaman. Walau bagaimanapun, kos atau fi guaman perlu ditanggung sendiri;\n\n\nAnda boleh memohon untuk mendapatkan salinan surat, kontrak jaminan atau apa-apa dokumen berkaitan pinjaman daripada institusi kewangan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelepas Tandatangan Dokumen Penjamin Pinjaman\n\n\nBerikut pula merupakan hak anda sebagai penjamin selepas anda tandatangan dokumen penjamin pinjaman:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnda boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan akaun pinjaman seperti baki tertunggak daripada institusi kewangan dengan kebenaran daripada peminjam;\n\n\nAnda juga boleh meminta peminjam untuk buat bayaran balik hutang pinjaman seperti dijadualkan. Namun begitu, ia tertakluk kepada syarat pinjaman. Anda perlu menggunakan hak ini sebelum institusi kewangan mengeluarkan notis tuntutan pinjaman;\n\n\nHak untuk menuntut bayaran ganti rugi daripada peminjam bagi apa-apa kos yang telah dikeluarkan kepada pemiutang termasuk kos guaman. Dalam erti kata lain, anda boleh \nclaim\n daripada peminjam apa-apa jumlah yang telah anda bayar menggunakan duit anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Risiko Jadi Penjamin Pinjaman\n\n\nKenal pasti dan fahamkan betul-betul bukan sahaja syarat penjamin pinjaman, tetapi risiko yang mungkin anda hadapi sebagai penjamin. Lebih-lebih lagi jika peminjam gagal bayar semula pinjaman seperti dijadualkan. Penting untuk anda tidak menandatangani apa-apa dokumen pinjaman, jika:\n\n\n\n\nAnda ragu-ragu dengan pinjaman tersebut \u2013 seperti pinjaman tidak beri manfaat kewangan, tidak perlu atau digunakan untuk tujuan tidak bermoral;\n\n\nAnda tidak yakin dengan kemampuan peminjam untuk menyelesaikan pinjaman;\n\n\nAnda didesak atau dipaksa menjadi penjamin pinjaman;\n\n\nAnda tidak faham syarat penjamin pinjaman dan tidak mendapat khidmat nasihat sewajarnya;\n\n\nAnda tidak yakin mampu menjelaskan hutang pinjaman jika peminjam gagal bayar balik.\n\n\n\n\nSetelah anda tandatangan dokumen sebagai penjamin, anda terikat dengan kontrak pinjaman dan tertakluk pada prosedur undang-undang. Ini bermaksud, sebarang risiko yang mungkin timbul perlu ditanggung sepenuhnya oleh anda.\n\n\n\n\nKenal Pasti Risiko Sebagai Penjamin Pinjaman untuk Ketenangan\n\n\nPenjamin pinjaman boleh terbeban dengan risiko hutang sekiranya peminjam gagal bayar balik hutang mengikut jadual. Ia secara tidak langsung boleh menjejaskan \nskor kredit\n dan menyukarkan pinjaman anda untuk diluluskan. Dalam kes-kes tertentu, nama anda mungkin \nkena \nblacklist\n atau disenaraihitamkan\n oleh pihak bank atau institusi kewangan.\n\n\nOleh sebab itu, anda perlu fikir dengan teliti sebelum bersetuju untuk menjadi penjamin pinjaman meskipun anda melepasi syarat penjamin pinjaman yang ditetapkan. Selain itu, jika anda ingin dapatkan \npolisi perlindungan insurans yang komprehensif\n untuk diri anda dan keluarga, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans\n yang menawarkan pelbagai pilihan \ninsurans terbaik di Malaysia\n.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/tabung-haji-online/", "title": "Tabung Haji Online: Cara Daftar, Buat Semakan (THiJARI)", "body": "\n\nTabung Haji merupakan pilihan \npelaburan risiko rendah\n yang wajar dipertimbangkan bagi mereka yang beragama Islam kerana ia dijamin oleh kerajaan dan patuh syariah. Sekiranya anda mempunyai akaun Tabung Haji, anda boleh melakukan pelbagai urusan Tabung Haji secara online sahaja melalui portal rasminya iaitu THiJARI. \nArtikel ini akan menerangkan cara daftar tabung haji online, cara buat semakan tabung haji online dan perkara-pekara yang anda boleh lakukan melalui aplikasi ini.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPendaftaran Tabung Haji Online di Portal THiJARI\n4 Perkara Anda Boleh Buat Selepas Daftar Akaun Tabung Haji THiJARI\n1. Semak Akaun Tabung Haji\n2. Buat Transaksi dengan Mudah\n3. Menguruskan Urusan Perkhidmatan Haji\n4. Melakukan Urusan Kelab TaHa Secara Online\nUrusan yang Tidak Boleh Dilakukan melalui THiJARI\n\n\nPendaftaran Tabung Haji Online di Portal THiJARI\n\n\nAnda tidak perlu lagi ke kaunter secara fizikal untuk daftar atau semak akaun Tabung Haji anda dengan adanya portal THiJARI. Sebelum anda mendaftar di THiJARI online, pastikan anda kemas kini semua maklumat anda terutama sekali maklumat nombor telefon anda di kaunter Tabung Haji terdekat. Hal ini kerana, nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon anda semasa pendaftaran akaun THiJARI. Oleh sebab itu, pastikan nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah nombor telefon terkini bagi mengelakkan masalah semasa proses \nlog in\n THiJARI.\n\n\n\n\nLayari lama web THiJARI atau muat turun aplikasi THiJARI melalui Google Play Store atau App Store.\n\n\nIsi maklumat peribadi seperti maklumat nombor kad pengenalan, nombor akaun Tabung Haji dan nombor telefon berdaftar.\n\n\nSemak dan sahkan maklumat yang telah diisikan seperti maklumat nombor kad pengenalan, nombor akaun TH dan nombor telefon berdaftar.\n\n\nNombor TAC akan dihantar ke nombor telefon anda. Kemudian, anda perlu masukkan nombor TAC tersebut untuk meneruskan pendaftaran.\n\n\nIsikan ID pengguna pilihan anda, tentukan kata laluan (\npassword\n), nama pengguna dan negeri terkini.\n\n\nSelepas selesai, tandakan (\u2713) pada terma dan syarat.\n\n\nAnda kini telah berjaya berdaftar di portal THiJARI dan anda boleh mula mengakses akaun anda.\n\n\n\n\n4 Perkara Anda Boleh Buat Selepas Daftar Akaun Tabung Haji THiJARI\n\n\nKalau ASB mempunyai platform digital sendiri iaitu \nMyASNB\n, Tabung Haji juga ada platform digital sendiri\u00a0 yang dinamakan THiJARI untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pengguna. Anda kini boleh mendaftar akaun dan membuat pelbagai urusan Tabung Haji secara online melalui portal THiJARI. Melalui portal ini, anda boleh:\n\n\n1. Semak Akaun Tabung Haji\n\n\nSebagai pelanggan Tabung Haji, perkara pertama yang anda boleh lakukan adalah buat semakan akaun sendiri dan juga akaun anak. Anda boleh butiran akaun dan rekod transaksi serta baki akaun terkini dengan mudah melalui THiJARI. Berikut merupakan cara membuat semakan di THiJARI:\n\n\n\n\nPergi ke \u2018Ringkasan Akaun\u2019\n\n\nLihat \u2018Butiran Akaun\u2019\n\n\nAkaun Tabung Haji anak\n di bawah jagaan anda juga akan dipaparkan.\n\n\n\n\nPendeposit boleh mendapatkan penyata akaun Tabung Haji online bagi enam bulan terkini.\n\n\n2. Buat Transaksi dengan Mudah\n\n\nPerkara kedua yang anda boleh lakukan adalah melakukan pindahan wang ataupun\u00a0\ntransfer\u00a0\nduit dari akaun Tabung Haji anda ke akaun Tabung Haji lain seperti akaun anak dan pihak ketiga. Melakukan pindahan wang ini ada had amaun yang anda perlu tahu:\n\n\n\n\nPindahan ke akaun Tabung Haji\u00a0 anak tanggungan \u2013 RM15,000 sehari\n\n\nPindahan ke akaun Tabung Haji pihak ketiga \u2013 RM5,000 sehari\n\n\n\n\nCara Transfer Tabung Haji Online melalui THiJARI\n\n\nBagi pengguna yang telah mendaftar akaun THiJARI, anda boleh melakukan online transfer bagi pemindahan wang ke akaun lain. Caranya adalah seperti berikut:\n\n\n\n\nLogin akaun THiJARI anda.\n\n\nAnda perlu tambah akaun kegemaran atau \u2018\nfavourites\n\u2018 terlebih dahulu.\n\n\nPada halaman utama, klik butang \u2018Kegemaran\u2019.\n\n\nMasukkan maklumat akaun kegemaran seperti:\n\n-Jenis transaksi\n\n-Nombor akaun penerima\n\n-Nama ringkas\n\n-Simpan maklumat akaun kegemaran\n\n\nSetelah selesai, anda boleh mula melakukan \nonline transfer\n antara akaun Tabung Haji. Anda perlu kembali ke halaman utama.\n\n\nPada menu utama, klik butang Pindahan Simpanan TH.\n\n\nAnda akan jumpa ruangan \u2018Kepada\u2019. Anda boleh pilih akaun kegemaran yang anda sudah simpan.\n\n\nMasukkan jumlah duit yang anda mahu\u00a0\ntransfer\u00a0\ndan masukkan rujukan penerima.\n\n\nKlik butang \u2018Seterusnya\u2019 untuk meneruskan transaksi.\n\n\nKlik pada Mohon TAC bagi proses keselamatan dan masukkan nombor TAC di ruangan tersedia.\n\n\nAkhir sekali, sahkan transaksi anda dan pindahan wang ke akaun lain selesai.\n\n\n\n\n3. Menguruskan Urusan Perkhidmatan Haji\n\n\nMelalui THiJARI, semua urusan berkenaan Haji menjadi sangat mudah. Pertama sekali, anda sebagai pelanggan Tabung Haji juga boleh membuat semakan dan status pendaftaran Haji. Anda juga boleh dapatkan slip pendaftaran Haji tanpa perlu hadir ke kaunter Tabung Haji berdekatan dengan anda. Guna sahaja aplikasi THiJARI untuk muat turun slip pendaftaran Haji dengan lebih cepat dan mudah.\n\n\nUntuk urusan tawaran menunaikan Haji, anda juga boleh mendapat surat tawaran dan juga membuat semakan status tawaran Haji melalui aplikasi ini. Selain itu, anda boleh semak dan muat turun jadual penerbangan anda ke Tanah Suci Mekah.\n\n\nApabila mahu menunaikan Haji, anda perlu menghadiri program Kursus Asas Haji. Dengan THiJARI, anda boleh kenal pasti lokasi dan tarikh kursus yang anda perlu hadiri. Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat muat turun nota Kursus Asas Haji melalui aplikasi ini.\n\n\n4. Melakukan Urusan Kelab TaHa Secara Online\n\n\nKelab TaHa telah ditubuhkan pada 10 April 2008 sebagai salah satu inisiatif Lembaga Tabung Haji untuk menyemai dan menggalakkan simpanan di kalangan pendeposit muda iaitu mereka yang berumur tujuh sehingga 17 tahun. Kelab TaHa ini merupakan medium interaksi utama antara TH dan pendeposit muda untuk memulakan simpanan di TH dalam menunaikan rukun Islam kelima iaitu menunaikan haji.\n\n\nSekiranya anda mempunyai anak berada dalam linkungan umur seperti yang telah dinyatakan, anda boleh mendaftarkan anak anda. Semua urusan berkaitan Kelab TaHa boleh dilakukan melalui aplikasi THiJARI:\n\n\n\n\nDaftar kelab TaHa/TaHa@U\n\n\nSemak status pendaftaran\n\n\nE-kad keahlian\n\n\nDirektori dan lokasi\n\n\n\n\n\n\nUrusan yang Tidak Boleh Dilakukan melalui THiJARI\n\n\nDengan menggunakan aplikasi THiJARI, urusan Tabung Haji online anda kini lebih mudah dan boleh diselesaikan dengan cepat. Anda boleh semak akaun Tabung Haji secara online, transaksi\u00a0\nonline transfer\n boleh dilakukan, boleh menguruskan urusan Haji dan Kelab TaHa.\n\n\nNamun begitu, perlu diingatkan, terdapat beberapa urusan yang anda tidak boleh lakukan melalui aplikasi ini. Hal ini kerana, terdapat urusan yang memerlukan pengesahan dan perlu dilakukan secara fizikal. Berikut merupakan urusan yang anda perlu lakukan di kaunter Tabung Haji:\n\n\n\n\nPenutupan akaun Tabung Haji\n\n\nIsu harta pusaka\n\n\nPendaftaran penama\n\n\nHibah amanah\n\n\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta terbaik\n, \ninsurans motor murah\n atau \ninsurans rumah terbaik\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. \nBandingkan insurans\n daripada beberapa \nsyarikat insurans terbaik\n dengan tawaran harga terbaik. Qoala menjanjikan perlindungan menyeluruh untuk anda dan keluarga tersayang.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/tabung-kecemasan/", "title": "5 Cara Bina Tabung Kecemasan untuk Persediaan Jangka Panjang", "body": "\n\nTabung kecemasan (atau simpanan kecemasan) bertindak sebagai persediaan atau perlindungan sekiranya berlaku sesuatu situasi yang tidak dijangka. Berdasarkan data terbaharu daripada \nJabatan Perangkaan Malaysia\n, 71.4 peratus rakyat Malaysia yang bekerja sendiri mempunyai \nsimpanan\n dalam dana kecemasan yang hanya mencukupi untuk tempoh kurang daripada sebulan. Bagi pekerja swasta pula, hanya 82.7 peratus mempunyai dana kecemasan yang mencukupi untuk menampung kehidupan dan perbelanjaan untuk tempoh dua bulan sahaja.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nTabung Kecemasan: Berapa Banyak Wang yang Anda Perlu Sediakan?\nRamai Rakyat Malaysia Tidak Miliki Simpanan Kecemasan, 5 Langkah Mudah Bina Tabung Kecemasan\n1. Rekod Pendapatan dan Kira Perbelanjaan Bulanan Anda\n2. Rancang Kaedah Simpanan yang Sesuai\n3. Tabung Kecemasan: Rancang Matlamat Simpanan Anda\n4. Pilih Platform Simpanan yang Sesuai\n5. Berdisiplin dan Komited\n\n\nTabung Kecemasan: Berapa Banyak Wang yang Anda Perlu Sediakan?\n\n\nDana kecemasan merujuk pada wang simpanan yang akan digunakan dalam situasi darurat atau mendesak. Anda boleh gunakan dana simpanan daripada tabung kecemasan ini sekiranya anda mengalami kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan, atau anda berdepan situasi perlu membayar bil rawatan hospital akibat kemalangan atau kecemasan, bayaran \npenyelenggaraan kereta\n dan situasi luar jangka yang lain.\n\n\nSecara asasnya, dana kecemasan bukanlah \ndana persaraan,\n dan setiap individu mempunyai sebab dan tujuan simpanan dana kecemasan yang berbeza, antaranya:\n\n\n\n\nBayar balik hutang sedia ada atau mengelakkan hutang tambahan daripada penyelenggaraan kereta atau \nkos perubatan\n luar jangka;\n\n\nPersediaan membayar \ncukai pendapatan tahunan\n atau perbelanjaan luar jangka;\n\n\nMenampung kehidupan sekiranya hilang pekerjaan atau menghidapi penyakit serius;\n\n\nKos penyelenggaraan rumah\n;\n\n\nSimpanan untuk \nmatlamat pelaburan kewangan\n jangka panjang.\n\n\n\n\nUmumnya, jumlah dana kecemasan yang diperlukan adalah berbeza bergantung pada setiap individu (bujang, berkahwin mempunyai anak atau tidak mempunyai anak) dan gaya hidup masing-masing. Ia juga bergantung pada jumlah perbelanjaan bulanan individu. Meskipun begitu, anda boleh rujuk anggaran simpanan kecemasan seperti berikut:\n\n\n\n\nIndividu bujang: 4 bulan x belanja bulanan;\n\n\nPasangan berkahwin: 6 bulan x belanja bulanan;\n\n\nPasangan berkahwin dan mempunyai anak (seorang): 9 bulan x belanja bulanan;\n\n\nPasangan berkahwin dan mempunyai anak (dua orang anak): 12 bulan x belanja bulanan.\n\n\n\n\nSebagai contoh, jika anda bujang dengan anggaran perbelanjaan komitmen bulanan RM1,200 sebulan, anda perlu simpan sekurang-kurangnya RM4,800 dalam tabung kecemasan anda. Secara asasnya, pertimbangkan untuk membuat tabung kecemasan sekurang-kurangnya boleh menampung anda untuk tempoh tiga hingga enam bulan jumlah perbelanjaan bulanan anda.\n\n\nCara ini dapat mengelakkan anda daripada menggunakan \nsimpanan hari tua\n atau berhutang \npinjaman peribadi\n atau \nkad kredit\n sekiranya anda memerlukan wang secara tiba-tiba.\n\n\nRamai Rakyat Malaysia Tidak Miliki Simpanan Kecemasan, 5 Langkah Mudah Bina Tabung Kecemasan\n\n\nDana atau tabung kecemasan memainkan peranan penting dalam memastikan anda tidak menggunakan wang simpanan, menggadaikan \nemas\n atau meminjam daripada ahli keluarga, rakan-rakan atau syarikat pinjaman wang tidak berlesen. Jika anda ingin memulakan tabung kecemasan, berikut lima langkah yang boleh anda pertimbangkan:\n\n\n1. Rekod Pendapatan dan Kira Perbelanjaan Bulanan Anda\n\n\nLangkah pertama yang boleh anda lakukan untuk memulakan tabung kecemasan adalah dengan merekodkan perbelanjaan dan pendapatan bulanan anda untuk mengetahui jumlah komitmen tetap dan amaun yang boleh disimpan setiap bulan.\n\n\nKira jumlah perbelanjaan bulanan anda seperti \npinjaman perumahan\n, makan minum, bil utiliti, \npinjaman kereta\n dan hutang-hutang lain. Jadual di bawah merupakan anggaran perbelanjaan individu bujang yang menetap di Lembah Klang\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkara\n\n\nJumlah\n\n\n\n\n\n\n1. Pendapatan Kasar Bulanan\n\n\nRM2,000\n\n\n\n\n\n\n2. Perbelanjaan Bulanan (Bilik sewa, makan minum, utiliti, pengangkutan awam, barangan penjagaan diri, dll.)\n\n\nRM1,200\n\n\n\n\n\n\n3. Komitmen Lain (Ibu bapa, \nbayaran pinjaman PTPTN\n, \ninsurans kesihatan\n, dll.)\n\n\nRM400\n\n\n\n\n\n\n4. Perbelanjaan Sosial/Hiburan\n\n\nRM150\n\n\n\n\n\n\n5. Simpanan (Tabung Kecemasan, \nSimpanan Deposit Tetap\n)\n\n\nRM250\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Rancang Kaedah Simpanan yang Sesuai\n\n\nSecara asasnya, kaedah simpanan turut memainkan peranan penting dalam memastikan anda kekal disiplin dan konsisten menyimpan setiap bulan sekali gus membantu anda mencapai matlamat simpanan yang anda tetapkan. Oleh sebab itu, anda perlu pilih cara simpanan yang sesuai mengikut kemampuan anda.\n\n\nTeknik 70-10-10-10\n\n\nAnda boleh bahagikan jumlah pendapatan bulanan kepada empat bahagian atau gunakan teknik pengurusan wang 70-10-10-10. Ini bermaksud, 10 peratus boleh diperuntukkan untuk simpanan, 10 peratus untuk kecemasan, 10 peratus untuk insurans dan 70 peratus lagi untuk perbelanjaan dan komitmen bulanan.\n\n\nNamun begitu, pecahan ini tidak semestinya tetap untuk setiap individu. Ia hanyalah bertujuan untuk memberikan gambaran asas kepada anda untuk membina \ntabiat kewangan\n yang sihat bagi membantu anda mencapai matlamat kewangan anda dengan lebih cepat. Sekiranya berlaku krisis dan anda mengalami kekangan perbelanjaan, anda boleh kurangkan simpanan anda buat sementara waktu.\n\n\nGuna Aplikasi Tabung\n\n\nSimpan duit dalam aplikasi terkini seperti\n Tabung MAE Maybank\n \u2013 anda boleh sesuaikan tabung mengikut keperluan dan \ntarget\n anda. Selain tabung kecemasan, anda boleh gunakan ciri yang disediakan untuk tujuan lain seperti \ntabung belanja ray\na, \ntabung Umrah\n dan sebagainya.\n\n\nBawa Bekal, Memasak di Rumah\n\n\nAnda juga boleh mencabar diri dengan kurangkan \norder\n makanan dari luar atau bawa bekal dari rumah ke pejabat. Cara ini dapat membantu kurangkan lebih banyak kos perbelanjaan bulanan anda. Lebihan daripada perbelanjaan ini boleh disimpan ke dalam tabung kecemasan. Ia secara tidak langsung dapat membantu anda mencapai \ntarget\n kewangan dengan lebih cepat.\n\n\n\n\n3. Tabung Kecemasan: Rancang Matlamat Simpanan Anda\n\n\nBerapa banyak yang anda perlukan dalam tabung kecemasan anda? Secara asasnya, anda memerlukan sekurang-kurangan tiga hingga enam bulan perbelanjaan bulanan anda dalam tabung kecemasan. Meskipun begitu, ia semestinya bergantung pada kemampuan dan keperluan individu. Anda boleh rujuk contoh pengiraan di bawah untuk mengetahui matlamat simpanan anda berdasarkan jadual di atas:\n\n\n\n\nJumlah Perbelanjaan Bulanan (Perkara 2 + 3 + 4) \u2013 RM1,750\n\n\nJumlah yang Diperlukan untuk Tabung Kecemasan \u2013 RM1,750 x 6 bulan = RM10,500\n\n\nJumlah Peruntukan Simpanan setiap Bulan (Perkara 5) \u2013 RM250\n\n\nTempoh Masa Diperlukan untuk Menyimpan \u2013 RM10,500/RM250 = 42 Bulan\n\n\n\n\nBerdasarkan jadual di atas, individu bujang perlu ada minimum RM10,000 (atau lebih) untuk miliki tabung kecemasan yang ideal. Namun begitu, amaun simpanan kecemasan yang diperlukan ini mungkin berubah bergantung pada komitmen bulanan dan jumlah pendapatan setiap individu. Oleh sebab itu, anda perlu rancang simpanan anda seawal mungkin dan simpan secara konsisten setiap bulan untuk ketenangan.\n\n\n4. Pilih Platform Simpanan yang Sesuai\n\n\nAnda digalakkan untuk menyimpan dana kecemasan anda di mana-mana platform yang sesuai. Berikut antara platform simpanan dan \npelaburan\n yang boleh anda gunakan:\n\n\nAkaun Simpanan Bank\n\n\nMeskipun akaun simpanan bank menawarkan kadar keuntungan yang rendah, ia membenarkan pengeluaran wang dengan pantas dan mudah sekiranya berlaku situasi anda memerlukan wang dalam tabung kecemasan dengan segera.\n\n\nAkaun Deposit Tetap\n\n\nFixed deposit\n atau deposit tetap menawarkan kadar keuntungan yang lebih tinggi berbanding simpanan biasa. Sekiranya wang simpanan ini tidak dikeluarkan untuk tempoh tertentu, anda boleh menerima manfaat dalam bentuk keuntungan atau faedah yang lebih tinggi. Ini bermaksud, anda boleh mencapai \ntarget\n simpanan yang ditetapkan dengan lebih cepat.\n\n\nAkaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)\n\n\nASNB menawarkan kadar dividen yang kompetitif setiap tahun yang boleh membantu anda meningkatkan wang simpanan anda dengan selamat. Selain itu, anda juga boleh mengeluarkan wang ASB melalui \npengeluaran\n ASB online\n atau melalui bank-bank yang mengambil bahagian dengan mudah sekiranya anda perlu mengakses dana kecemasan ini.\n\n\n5. Berdisiplin dan Komited\n\n\nPenting untuk anda mulakan tabung kecemasan seawal mungkin mengikut kemampuan anda kerana ia mungkin mengambil masa yang lama untuk mencapai \nmatlamat kewangan\n anda. Elakkan daripada bertangguh dan pastikan anda kekal berdisiplin dalam menyimpan.\n\n\nSelain itu, elakkan juga daripada menggunakan simpanan kecemasan untuk perbelanjaan biasa seperti \nshopping\n pakaian berjenama, berbelanja perkara tidak perlu, menampung \nhutang kad kredit\n dan lain-lain kerana ia mungkin menjejaskan matlamat jangka panjang anda. Guna dana ini fokus kepada situasi kecemasan sahaja.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari\u00a0\ninsurans kereta terbaik\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan\u00a0\nplatform insurans terbaik di Malaysia\n\u00a0dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/tabung-korban-hari-raya-haji/", "title": "Tabung Korban Hari Raya Haji, Serendah RM2 Sehari 1 Bahagian?", "body": "\n\nRamai yang berhajat untuk buat ibadah korban sempena Hari Raya Haji namun terpaksa melupakan hasrat tersebut disebabkan kekangan kewangan lebih-lebih lagi dengan mengambil kira \nkos operasi\n perternak yang meningkat sejak kebelakangan ini di antara 35 hingga 40 peratus. Meskipun begitu, ia tidaklah bermaksud anda tidak boleh melakukan ibadah korban \u2013 jika kena dan betul caranya, anda boleh mengambil bahagian dalam mengerjakan ibadah haji.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nCara Simpan Duit untuk Korban Hari Raya Haji Setiap Tahun\n1. Sediakan Tabung Khas\n2. Masukkan dalam Bajet Perbelanjaan Tahunan/Bulanan\n3. Buat Potongan Gaji\n\n\nCara Simpan Duit untuk Korban Hari Raya Haji Setiap Tahun\n\n\nSetiap individu yang berkemampuan disunatkan untuk melaksanakan ibadah korban setiap kali Hari Raya Haji. Hari Raya Haji atau turut dikenali sebagai Hari Raya Korban dan Aidiladha diraikan oleh umat Islam diseluruh dunia sehingga ke hari ini bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT.\n\n\nRentetan daripada peristiwa ini, umat Islam menyembelih binatang-binatang korban setiap tahun ketika perayaan Aidiladha lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Panduan berikut boleh membantu anda dalam merancang kewangan anda untuk \nmenyimpan duit\n bagi membuat sembelihan korban.\n\n\n1. Sediakan Tabung Khas\n\n\nBagi membantu anda mencapai matlamat melaksanakan ibadah korban, anda boleh sediakan tabung khas untuk menyimpan duit sama seperti anda menyediakan \ntabung pendidikan\n untuk anak-anak anda. Anda boleh sediakan tabung fizikal di rumah (tabung buluh atau sebagainya) atau memperuntukkan satu akaun khas seperti tabung MAE Maybank untuk tujuan tersebut. Bagi anda yang mungkin tidak biasa dengan tabung MAE Maybank, anda boleh ikuti cara simpan duit dalam tabung MAE seperti berikut:\n\n\nCara Simpan Duit Ibadah Korban dalam Tabung MAE Maybank\n\n\nSecara asasnya, MAE Maybank merupakan aplikasi yang memudahkan pengguna khususnya pengguna Maybank tentang perkara-perkara yang melibatkan urusan kewangan seharian. Selain \npengurusan kewangan\n, MAE juga membolehkan anda melakukan transaksi menggunakan QR Pay, melakukan pembayaran bil, \ntransfer\n duit, tambah nilai dan sebagainya dengan mudah. Malah, ia juga memudahkan anda untuk memantau perbelanjaan harian dan bulanan anda. Berikut merupakan panduan lengkap cara menggunakan tabung MAE Maybank untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\ni. Kenal Pasti Tujuan Simpanan\n\n\nPertama, anda perlu tahu tujuan simpanan anda \u2013 dalam kes ini, anda perlu menyimpan untuk mengambil bahagian dalam ibadah korban Hari Raya Haji. Log masuk akaun MAE anda, kemudian pilih \nCreate Tabung\n dan pilih daripada pilihan yang tersedia. Anda juga boleh letak nama tabung anda sendiri mengikut kesesuaian seperti \u201cIbadah Korban Lembu Hari Raya Haji\u201d.\n\n\nii. Tetapkan Tempoh\n\n\nKemudian, pilih tarikh mula dan tarikh jangkaan tabung penuh. Aplikasi MAE akan kirakan amaun yang perlu diperuntukkan setiap bulan bagi membantu anda mencapai sasaran yang ditetapkan. Sebagai contoh, andaikan satu bahagian lembu berharga RM750, amaun bulanan yang perlu diasingkan daripada gaji (\nsimpanan gaji\n) anda adalah lebih kurang RM62.50 sebulan untuk tempoh 12 bulan, atau kira-kira RM2.08 sen sehari.\n\n\niii. Mula Menabung\n\n\nAnda boleh pilih sama ada untuk menyimpan dalam tabung anda sendiri atau tabung orang lain. Tabung orang lain sesuai sekiranya anda merancang untuk melakukan ibadah korban bersama ahli keluarga anda yang lain. Senang cerita, anda bertindak sebagai bendahari dan semua ahli keluarga yang ingin mengambil bahagian akan menyimpan dalam tabung yang sama. Anda juga boleh pilih sama ada untuk\n auto deduct\n duit secara terus dari akaun anda atau masukkan sendiri ke dalam tabung ikut kesesuaian dan bajet anda sehingga tabung penuh.\n\n\n2. Masukkan dalam Bajet Perbelanjaan Tahunan/Bulanan\n\n\nCara paling mudah untuk menyimpan duit bagi melaksanakan ibadah korban setiap tahun adalah dengan menjadikannya salah satu daripada perbelanjaan wajib tahunan atau bulanan. Jika sebelum ini anda hanya memperuntukkan bajet tahunan untuk \nrenew\n insurans kereta\n atau insurans motor, \nroadtax\n kereta\n, zakat dan sebagainya sahaja, inilah masanya untuk anda menambah satu lagi dalam senarai bajet tahunan atau bulanan yang perlu dibayar.\n\n\nDi pasaran, harga seekor lembu pada tahun 2022 meningkat sehingga RM5,200 seekor berbanding tahun lalu di bawah RM5,000 seekor. Ini bermaksud, harga satu bahagian lembu korban tahun ini dianggarkan sekitar RM750 hingga RM850. Anda boleh ambil kira harga pasaran lembu semasa dalam menentukan bajet yang perlu diperuntukkan setiap tahun. Ini kerana, harga seekor lembu berubah mengikut keadaan ekonomi semasa setiap tahun.\n\n\n3. Buat Potongan Gaji\n\n\nJika anda kurang berdisiplin dalam menabung, anda boleh buat potongan gaji secara automatik ke akaun khas setiap bulan. Sebagai contoh, anda boleh buat potongan gaji setiap bulan ke akaun \nTabung Haji\n anda. Apabila tiba musim ibadah korban, anda boleh keluarkan sebahagian daripada simpanan tersebut untuk melaksanakan ibadah korban.\n\n\n\n\nSemoga panduan ini dapat membantu anda merancang kewangan anda dengan lebih baik untuk berpeluang melaksanakan ibadah korban setiap tahun. Secara asasnya, ibadah korban merupakan salah satu cara untuk menzahirkan rasa syukur atas nikmat dan rezeki yang diberikan sepanjang tahun.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda merancang untuk \nmemperbaharui insurans kereta\n anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan pelbagai pilihan insurans kereta daripada pelbagai \nsyarikat insurans terbaik di Malaysia\n dengan jaminan proses \nbeli insurans\n yang mudah, cepat dan selamat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/tabung-pendidikan-anak/", "title": "7 Tabung Pendidikan Anak untuk Masa Depan", "body": "\n\nSeperti yang anda tahu, kos untuk membesarkan anak memang tinggi daripada keperluan harian, perubatan sehinggalah pendidikan. Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab untuk memastikan masa depan anak cerah dan terjamin, dan salah satu cara terbaik adalah dengan menyediakan tabung pendidikan untuk mereka.\u00a0\nArtikel ini akan berkongsikan tujuh tabung pendidikan terbaik di Malaysia yang boleh anda pertimbangkan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nJamin Masa Depan Lebih Baik, 7 Tabung Pendidikan Anak Anda Perlu Tahu\n1. SSPN-i Plus\n2. Tabung Haji\n3. Amanah Saham Bumiputera Didik (ASB 3 Didik)\n4. Amanah Hartanah Bumiputera\n5. Insurans Pendidikan\n6. Simpanan Tetap\n7. Akaun Simpanan\nPersediaan Kewangan untuk Masa Depan Anak Anda\n\n\nJamin Masa Depan Lebih Baik, 7 Tabung Pendidikan Anak Anda Perlu Tahu\n\n\nSecara amnya, terdapat banyak pilihan tabung pendidikan yang boleh anda pertimbangkan. Anda boleh menyimpan duit di platform \npelaburan risiko rendah\n terbaik seperti Tabung Haji, SSPN, dan \nASB\n untuk tujuan pendidikan anak-anak anda satu masa nanti. Seeloknya, lakukan persiapan awal dengan mula menyimpan duit seawal mungkin kerana kita tidak tahu kos pendidikan mungkin akan meningkat dalam masa 15 sehingga 20 tahun akan datang.\n\n\nTidak kiralah anak anda baru berumur enam bulan, satu tahun atau lima tahun, anda boleh mula memperuntukkan wang daripada \nduit gaji\n bulanan anda untuk disimpan dalam tabung simpanan anak anda. Dengan cara ini, anda akan dapat menggunakan \nwang simpanan\n ini apabila anak anda sudah mula mahu belajar di universiti. Berikut merupakan tujuh pilihan yang anda patut pertimbangkan\n:\n\n\n1. SSPN-i Plus\n\n\nSSPN\n (Skim Simpanan Pendidikan Negara) ialah skim simpanan pendidikan oleh \nPTPTN\n untuk membantu rakyat Malaysia menabung untuk pengajian tinggi. Untuk pengetahuan anda, perancangan simpanan pelajaran SSPN-i Plus juga menawarkan \nperlindungan takaful\n.\u00a0 \nSelain daripada menyimpan untuk pendidikan anak anda, anda juga akan dapat menikmati beberapa faedah lain seperti \npelepasan cukai\n sebanyak RM6,000 setahun. \n\n\nSelain itu, perlindungan takaful percuma juga akan disediakan untuk pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 ke atas. SSPN juga menawarkan kadar dividen yang kompetitif.\n\u00a0\n\n\nKadar Dividen SSPN\n\n\nBerikut merupakan senarai kadar dividen SSPN untuk lima tahun yang terkini:\n\n\n\n\n\n\n\n\nTahun\n\n\nKadar Dividen (%)\n\n\n\n\n\n\n2021\n\n\n3.00\n\n\n\n\n\n\n2020\n\n\n4.00\n\n\n\n\n\n\n2019\n\n\n4.00\n\n\n\n\n\n\n2018\n\n\n4.00\n\n\n\n\n\n\n2017\n\n\n4.00\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Daftar Akaun SSPN\n-i Plus\n Online\n\n\nJika anda berminat untuk menyimpan duit anak anda dalam SSPN-i Plus, ikuti 10 langkah berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari laman web SSPN\n\n\nKlik butang \u201cDaftar SSPN-i Plus\u201d dan klik butang \u201dPembukaan Akaun\u201d\n\n\nPilih salah satu daripada enam pakej SSPN-i Plus bermula dari RM30 sebulan sehingga RM500 sebulan.\u00a0\n\n\nPilih syarikat pengendali takaful SSPN-i Plus.\n\n\nLengkapkan maklumat akaun.\u00a0\n\n\nKemudian, pilih sama ada akaun SSPN-i Plus ini dibuka untuk diri sendiri atau anak.\n\n\nLengkapkan maklumat pendeposit dan maklumat anak.\u00a0\n\n\nMasukkan jumlah bayaran mengikut pakej yang anda pilih. Minimum jumlah bayaran adalah dua bulan.\u00a0\n\n\nPilih kaedah potongan pembayaran.\n\n\nSemak maklumat pendaftaran sebelum membuat pembayaran.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Tabung Haji\n\n\nBagi mereka yang beragama Islam, Tabung Haji merupakan pilihan yang wajar dipertimbangkan. Anda boleh \nbuka akaun Tabung Haji\n dan menjadikannya sebagai tabung pendidikan anak. Kebiasaannya, kebanyakan ibu bapa memilih akaun simpanan Tabung Haji untuk menyimpan \nduit raya\n anak-anak kerana ia dijamin oleh kerajaan dan patuh syariah.\u00a0\n\n\nBukan itu sahaja, dengan menyimpan duit di Tabung Haji juga membolehkan anda mendaftarkan anak anda untuk menunaikan ibadah Haji dengan syarat jumlah wang minimum RM1,300 dalam akaun anak anda. Selain itu, Tabung Haji juga menawarkan kadar dividen dan bonus yang akan memberikan pulangan tambahan kepada akaun Tabung Haji anak anda.\n\n\nPerlu diingatkan, anda perlu menukar status akaun anak dari \u201cAkaun Kanak-kanak\u201d kepada \u201cAkaun Dewasa\u201d apabila usianya telah mencecah 18 tahun ke atas. Selagi status akaun kekal sebagai akaun kanak-kanak, penjaga akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas akaun tersebut walaupun anak telah melebihi umur 18 tahun. Penukaran status akaun boleh dibuat di mana-mana cawangan TH dan ia hanya boleh dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga yang sah sahaja.\u00a0\n\n\nCara Buka Akaun Tabung Haji Anak\n\u00a0\n\n\nKini anda boleh mendaftar atau buka akaun Tabung Haji anak online. Berikut merupakan cara daftar Tabung Haji Anak online.\n Ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari laman web THiJARI atau melalui aplikasi THiJARI.\n\n\nMula mendaftar dengan klik pada bahagian \u201cPembukaan Akaun Kanak-kanak\u201d.\n\n\nIsi maklumat anda dengan lengkap dan hantar. Anda akan menerima e-mel pengesahan daripada Tabung Haji.\n\n\nPergi ke cawangan pilihan anda untuk urusan pendaftaran di kaunter, dan bawa dokumen buka akaun Tabung Haji Anak seperti s\nurat beranak anak (dan salinan), MyKid anak (dan salinan), MyKad ibu/bapa (dan salinan).\n\n\nAnda perlu mengemukakan deposit akaun pembukaan dengan jumlah minimum RM10.\n\n\nJika anda mahu daftar Haji untuk anak, anda boleh masukkan RM1,310.00.\n\n\nUrusan anda akan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Amanah Saham Bumiputera Didik (ASB 3 Didik)\n\n\nBagi Bumiputera, anda boleh pertimbangkan untuk menyimpan duit anak anda dalam akaun \nASB\n Didik 3. Simpanan dalam akaun ini akan menyediakan keperluan kewangan masa depan untuk perbelanjaan pendidikan anak anda. Akaun ASB 3 Didik boleh dibuka dengan kadar serendah RM100 sahaja. Anda boleh membuka \u201cAkaun Bijak\u201d untuk dijadikan sebagai tabung pendidikan anak anda.\n\u00a0\n\n\nStatus akaun ini ditukarkan secara automatik menjadi akaun dewasa apabila anak anda telah mencapai usia 18 tahun. Dana ini diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad, iaitu sebuah anak syarikat Permodalan Nasional Berhad. Untuk rekod, dividen ASB 3 Didik bagi tahun 2021 adalah sebanyak 4.25 peratus.\n\n\nCara Daftar Akaun ASB 3 Didik\n\n\nBerikut merupakan cara daftar akaun ASB 3 Didik untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuat turun aplikasi MyASNB.\n\n\nKlik butang Daftar.\n\n\nPilih jenis ID \n\u2013\n jika anda pilih nombor kad pengenalan, masukkan no IC anda bersama-sama dengan nombor telefon anda.\n\n\nMasukkan nombor OTP yang dihantar ke telefon bimbit anda untuk tujuan pengesahan.\n\n\nLengkapkan maklumat peribadi, maklumat pekerjaan, pengesahan identiti dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Amanah Hartanah Bumiputera\n\n\nAnda boleh membuka \u201cAkaun Remaja\u201d di Amanah Hartanah Bumiputera sebagai tabung pendidikan untuk anak anda. Apa itu AHB? Ia merupakan dana unit amanah patuh Syariah yang melabur dengan tujuan memberikan aliran pendapatan yang tetap dan konsisten kepada pelabur Bumiputera sambil mengekalkan modal pelaburan pelabur.\u00a0\n\n\nKelebihan simpan wang dengan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) adalah pemegang akaun akan mendapat akses untuk melabur dalam hartanah komersial utama di Malaysia. Ini bermakna anak anda yang masih kecil sudah boleh melabur hartanah dengan modal minimum hanya sebanyak RM100. Wang pulangan akan masuk ke dalam akaun anak anda dan boleh dikeluarkan apabila tiba masanya.\n\n\n5. Insurans Pendidikan\n\n\nWalaupun insurans biasanya dikaitkan dengan perlindungan \ninsurans nyawa\n, \ninsurans kereta\n dan banyak lagi, anda juga boleh memilih insurans pendidikan yang dijadikan tabung simpanan untuk pendidikan anak anda. Dengan insurans pendidikan, anda bukan sahaja menyediakan wang simpanan pendidikan untuk anak-anak anda tetapi dalam masa yang sama anda juga akan memberikan perlindungan kepada mereka.\n\n\nPertimbangkan komitmen sedia ada dan jumlah wang yang anda ingin peruntukkan untuk pendidikan anak anda. Dengan cara ini, anda dapat pastikan yang anda mampu membayar premium kerana ia merupakan komitmen jangka panjang. Pilih polisi yang boleh memberikan anda fleksibiliti supaya anda boleh meningkatkan jumlah simpanan anda secara beransur-ansur pada masa hadapan sekiranya pendapatan bulanan anda bertambah. Anda juga boleh menuntut \npelepasan cukai\n sehingga RM3,000 jika anda mendapatkan insurans pendidikan untuk anak anda.\n\n\n6. Simpanan Tetap\n\n\nAnda juga boleh menggunakan akaun \nsimpanan tetap \natau dikenali juga sebagai akaun \nfixed deposit\n untuk menyimpan duit sebagai tabung pendidikan anak anda. Dengan menyimpan duit anda dalam simpanan tetap, simpanan anak anda akan bertambah dari semasa ke semasa tanpa risiko kewangan yang tinggi. \n\n\nSimpanan tetap merupakan pelaburan jangka panjang \n\u2013a\nmaun yang anda simpan dalam bank akan disimpan untuk tempoh tertentu sehingga mencapai tempoh matang yang telah ditetapkan. \nMenyimpan wang anak anda dalam simpanan tetap merupakan satu langkah yang baik kerana kadar faedah yang ditawarkan agak tinggi dan tabung pendidikan anak anda juga akan semakin bertambah.\n\n\n7. Akaun Simpanan\n\n\nAkaun simpanan merujuk pada akaun bank yang membolehkan anda menyimpan wang simpanan anda dengan selamat. Anda boleh membuka akaun simpanan dengan amaun serendah RM1 bergantung pada bank pilihan anda kerana setiap bank mempunyai polisi yang berbeza. \n\n\nWalaupun kadar faedahnya lebih rendah berbanding dengan platform tabung pendidikan lain yang telah disebutkan di atas, akaun simpanan ini masih lagi pilihan yang baik sebagai tabung simpanan pendidikan untuk anak anda berbanding menyimpan dalam tabung biasa.\u00a0\n\n\n\n\nPersediaan Kewangan untuk Masa Depan Anak Anda\n\n\nMenyediakan tabung pendidikan anak dari awal dapat membantu anda membuat perancangan kewangan yang lebih baik untuk masa depan yang lebih cerah. Ini bermaksud, anda tidak perlu menggunakan \nduit KWSP\n anda untuk menampung kos pembelajaran anak di universiti kerana wang simpanan dalam tabung pendidikan anak sudah mencukupi.\u00a0\n\n\nSelain daripada anda menyediakan tabung pendidikan untuk anak anda, anda juga disarankan untuk memupuk tabiat menabung untuk anak anda supaya mereka akan menghargai nilai wang ringgit dan ini mungkin dapat membantu mereka untuk menguruskan wang mereka sendiri pada satu masa nanti.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta terbaik\n di Malaysia, dapatkan \ninsurans kereta\n anda dengan Qoala. Selain insurans kereta, anda juga boleh mendapatkan \ninsurans motor\n dan \ninsurans rumah\n di Qoala.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/tiada-slip-gaji-1500-beli-rumah/", "title": "Bolehkah Tiada Slip Gaji, Gaji 1500 Beli Rumah?", "body": "\n\nRamai dalam kalangan anda mungkin tertanya-tanya sama ada anda boleh dengan gaji 1500 beli rumah lebih-lebih lagi dengan mengambil kira keadaan kewangan dan ekonomi semasa. Secara asasnya, proses \nbeli rumah pertama\n dengan penyata gaji kecil boleh dibuat jika dilakukan dengan cara yang betul. Artikel ini akan membantu anda kenal pasti cara beli rumah dan tips yang boleh anda praktikkan untuk beli rumah pertama dengan gaji 1500.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nGaji RM1,500 Beli Rumah: Loan Rumah Menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP)\n3 Perkara Tentang Skim Jaminan Kredit Perumahan Anda Perlu Tahu\n1. Kelayakan\n2. Dokumen Diperlukan\n3. Proses Permohonan\n5 Strategi Beli Rumah Pertama Gaji Kecil Anda Boleh Cuba\n1. Skim Perumahan Kerajaan, Rumah Mampu Milik\n2. Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA)\n3. Beli Rumah Lelong\n4. Joint Loan atau Pinjaman Bersama Pasangan/Ahli Keluarga\n5. Pengeluaran KWSP Akaun 2\nKelayakan Gaji Beli Rumah 2022: Gaji 1500 Boleh Beli Rumah?\n\n\nGaji RM1,500 Beli Rumah: \nLoan\n Rumah Menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP)\n\n\nJika anda bukan penjawat awam yang boleh nikmati skim \npinjaman perumahan LPPSA\n dan anda tidak mempunyai pekerjaan tetap atau memiliki gaji kecil dengan pendapatan purata kasar minimum RM1,000 sebulan tanpa slip gaji, anda boleh mempertimbangkan \npinjaman perumahan\n menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad. Rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dan M40 kini boleh memiliki kediaman sendiri kerana kerajaan sedia membantu memudahkan pinjaman perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP).\n\n\n3 Perkara Tentang Skim Jaminan Kredit Perumahan Anda Perlu Tahu\n\n\nApa itu Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)? Secara asasnya, SJKP merupakan skim pembiayaan yang bertujuan untuk membantu golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil memiliki kediaman sendiri. Ia sekali gus membolehkan rakyat Malaysia seperti nelayan, petani, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain pekerjaan boleh memohon membeli rumah pertama berharga sehingga RM300,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun.\n\n\n1. Kelayakan\n\n\nSecara amnya, semua rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tetap layak untuk memohon skim pembiayaan ini. Berikut syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan bagi melayakkan anda untuk memohon skim ini:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas (\njoint loan\n dibenarkan);\n\n\nPembelian rumah kediaman baru atau \nrumah\n subsale\n atau rumah lelong pertama dalam kategori rumah kos rendah atau sederhana, atau rumah mampu milik untuk didiami sendiri;\n\n\nTerbuka untuk rumah kediaman baru, rumah \nunder construction\n, rumah \nsubsale\n atau rumah lelong;\n\n\nJumlah bayaran balik untuk kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65 peratus daripada pendapatan kasar bulanan;\n\n\nTiada \nrekod CCRIS\n tertunggak (melebihi dua bulan bagi tempoh 12 bulan terkini) serta lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Dokumen Diperlukan\n\n\nBagi memudahkan proses permohonan anda, berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerjanjian Jual Beli yang asal/borang tempahan/resit \ndownpayment\n rumah\n;\n\n\nPenyata akaun bank atau \ndeposit tetap\n enam bulan terkini (jika ada);\n\n\nPenyata cukai pendapatan\n/penyata KWSP terkini;\n\n\nSurat pengesahan pekerjaan;\n\n\nSalinan Kad Pengenalan pemohon;\n\n\nSurat pengesahan majikan (jika ada);\n\n\nLesen perniagaan; atau kad pendaftaran nelayan; atau permit teksi (mana-mana berkenaan);\n\n\nSurat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Proses Permohonan\n\n\nSekiranya anda berminat untuk memohon skim pinjaman perumahan ini, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan (IKP) yang mengambil bahagian dan bukan secara terus di pejabat SJKP;\n\n\nBakal peminjam perlu mengenal pasti kediaman yang dikehendaki terlebih dahulu, sebelum memohon dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada IKP yang terlibat;\n\n\nInstitusi Kewangan Terlibat akan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peminjam yang layak;\n\n\nBank akan menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar permohonan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) bagi jaminan perlindungan;\n\n\nSJKP akan menyemak permohonan dan menyediakan jaminan perlindungan (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan);\n\n\nInstitusi Kewangan akan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan daripada SJKP;\n\n\nPeminjam yang menerima LO boleh memiliki rumah idaman selepas Institusi Kewangan mengeluarkan pembiayaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJadual berikut merupakan ringkasan berkaitan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk membantu anda memahami skim ini dengan lebih baik:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkara\n\n\nPenerangan\n\n\n\n\n\n\nTujuan Pembiayaan\n\n\nPembiayaan gadai janji.\n\n\n\n\n\n\nHad Pembiayaan\n\n\nPinjaman sehingga RM400,000 (termasuk jumlah pembiayaan prinsipal, \nMRTA atau MRTT\n, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian).\n\n\n\n\n\n\nJenis Pembiayaan\n\n\nPembiayaan bertempoh.\n\n\n\n\n\n\nTempoh Pembiayaan\n\n\nSehingga 35 tahun atau sehingga tamat tempoh pembiayaan atau mana-mana terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan).\n\n\n\n\n\n\nJaminan Pembiayaan\n\n\nJaminan 100 peratus atas jumlah pembiayaan prinsipal (termasuk MRTA atau MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian) yang diperolehi daripada Institusi Kewangan yang terlibat.\n\n\n\n\n\n\nKadar Faedah/Keuntungan\n\n\nTertakluk pada kadar faeedah yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan terlibat.\n\n\n\n\n\n\nDeposit\n\n\nDeposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n5 Strategi Beli Rumah Pertama Gaji Kecil Anda Boleh Cuba\n\n\nSecara asasnya, terdapat beberapa strategi dan cara yang anda boleh praktikkan untuk beli rumah dengan gaji kecil (gaji 1500). Berikut lima strategi yang biasa dilakukan yang boleh anda cuba:\n\n\n1. Skim Perumahan Kerajaan, Rumah Mampu Milik\n\n\nSkim Perumahan Kerajaan atau \nRumah Mampu Milik\n diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah terutamanya golongan B40 dan M40 untuk memiliki kediaman sendiri. Di Malaysia, banyak projek perumahan mampu milik ditawarkan seperti Rumah Mampu Milik Johor dan Rumah Mampu Milik Sarawak, Rumah Selangorku dan banyak lagi.\n\n\n2. Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA)\n\n\nBagi penjawat awam pula, anda boleh mempertimbangkan Skim Perumahan Kakitangan Awam atau Pinjaman LPPSA. Skim pinjaman perumahan kerajaan ini memfokuskan pemilikan rumah terutamanya penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana.\n\n\n3. Beli Rumah Lelong\n\n\nSekiranya anda mempunyai gaji yang kecil, anda juga boleh memiliki kediaman sendiri dengan membeli \nrumah lelong\n atau rumah \nsecondhand\n. Meskipun ia kedengaran mudah, anda disarankan untuk mengkaji kekurangan dan kelebihan beli rumah sebegini untuk mengelakkan anda daripada menanggung kerugian akibat tersalah pilih.\n\n\n4. \nJoint Loan\n atau Pinjaman Bersama Pasangan/Ahli Keluarga\n\n\nPinjaman bersama menggabungkan kelayakan pinjaman perumahan anda dengan pasangan anda. Ini bermaksud, jika anda memiliki gaji kecil, anda boleh gabungkan kelayakan pinjaman bersama pasangan anda bagi membolehkan anda dapat \nbeli rumah\n dengan kelayakan dan harga rumah yang lebih tinggi.\n\n\n5. Pengeluaran KWSP Akaun 2\n\n\nAnda juga boleh mempertimbangkan untuk melakukan \npengeluaran KWSP Akaun 2\n untuk beli rumah. Kebenaran pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk pembelian rumah ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah untuk berlindung apabila menghadapi usia persaraan nanti.\n\n\nKelayakan Gaji Beli Rumah 2022: Gaji 1500 Boleh Beli Rumah?\n\n\nSecara asasnya, tiada gaji minimum yang ditetapkan untuk melayakkan anda beli rumah. Ia bergantung pada harga rumah yang ingin dibeli dan penilaian tahap kewangan anda oleh pihak bank. Pihak bank akan menggunakan Nisbah Khidmat Hutang atau \nDebt Service Ratio\n (DSR) untuk mengira kelayakan pinjaman anda. Bagi anda yang mungkin tidak tahu apa itu DSR, DSR merujuk pada nisbah pembiayaan hutang dengan pendapatan kasar isi rumah dengan mengambil kira setiap komitmen, hutang dan prestasi kewangan semasa anda.\n\n\nIni bermaksud, DSR akan menetukan sama ada anda layak untuk memohon pinjaman perumahan dengan pihak bank atau tidak. Di Malaysia, kadar DSR anda tidak boleh melebihi 70 peratus bagi melayakkan anda untuk beli rumah.\u00a0Meskipun begitu, ia bergantung pada polisi setiap bank kerana setiap bank mempunyai nilai DSR yang berbeza dan ada sesetengah bank yang menetapkan syarat kelayakan kadar DSR yang lebih rendah.\n\n\nSemoga perkongsian ini boleh membantu anda sekiranya anda memiliki gaji 1500 dan ingin beli rumah. Selain itu, sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk \nbeli insurans rumah terbaik\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform insurans di Malaysia\n yang menyediakan insurans daripada pelbagai \nsyarikat insurans terbaik\n dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/tips-jimat-belanja-hari-raya/", "title": "7 Tips Belanja Hari Raya untuk Elak Hutang, Belanja Ikut Nafsu", "body": "\n\nSetiap kali menjelang raya, pasti ramai yang melepaskan geram belanja hari raya dengan membeli barangan, pakaian dan kelengkapan rumah serba baharu. Tidak salah berbelanja sakan untuk persiapan raya, tetapi jangan sampai menjerat diri dalam hutang dan komitmen yang tinggi semata-mata memenuhi kehendak diri.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nCara Bijak Belanja Hari Raya yang Mesra Poket Boleh Anda Ikuti\n1. Buat Bajet Belanja Hari Raya\n2. Senaraikan Barang\n3. Jimat Belanja Hari Raya: Jadi Pengguna yang Bijak\n4. Elakkan Berhutang\n5. Masak Juadah Raya, DIY Hiasan Raya\n6. Sediakan Tabung Kecemasan\n7. Rancang Perjalanan Balik Kampung\nJimat Belanja Hari Raya: Renew Insurans Kereta dan Cukai Jalan di Qoala\n\n\nCara Bijak Belanja Hari Raya yang Mesra Poket Boleh Anda Ikuti\n\n\nPerbelanjaan yang tidak dirancang dikhuatiri menyebabkan anda terbeban dengan hutang dan boleh menjejaskan kewangan anda. Berikut tujuh (7) tips jimat belanja hari raya untuk panduan anda sempena lebaran ini.\n\n\n1. Buat Bajet Belanja Hari Raya\n\n\nSediakan bajet perbelanjaan sendiri terutamanya semasa musim perayaan ini. Peruntukkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada gaji bulanan anda untuk digunakan sebagai persiapan hari raya anda.\n\n\nApabila tiba musim perayaan, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah aliran keluar masuk duit. Jika tidak dikawal atau anda gagal \nurus kewangan\n dengan baik, anda mungkin boleh berbelanja melebihi bajet yang telah ditetapkan.\n\n\nJika gaji bersih anda RM2,500, maka jangan berbelanja melebihi bajet raya RM750. Elakkan daripada berbelanja dengan boros \u2013 anda bukan sahaja perlu berbelanja untuk hari raya, tetapi hari-hari mendatang sementara menunggu gaji seterusnya.\n\n\nTetapkan juga had belanja setiap baju yang ingin dibeli. Contohnya, RM150 untuk baju raya dewasa dan RM70 untuk baju anak-anak untuk elakkan anda belanja melebihi bajet.\n\n\n2. Senaraikan Barang\n\n\nBuat senarai barangan yang perlu dibeli seperti baju raya, perhiasan raya atau kuih raya. Kekal komited dengan senarai barangan yang disediakan untuk elakkan anda daripada \noverspend\n atau terlebih belanja.\n\n\nAnda tidak semestinya perlu beli baju raya baharu untuk dipakai pada hari raya. Sekiranya pakaian lama anda masih elok dan boleh digunakan, anda boleh untuk guna apa yang ada sahaja.\n\n\nJika anda seorang yang kreatif, anda boleh\n mix and match\n pakaian lama anda dengan sedikit kelainan seperti padankan baju kebaya dengan seluar longgar dan sebagainya.\u00a0Namun begitu, jika anda perlu beli baju baharu, beli baju raya dengan fesyen sederhana.\n\n\nAnda boleh gunakan pakaian tersebut untuk pelbagai acara lain seperti \nkenduri kahwin\n atau pun secara santai pada hari biasa. Cara ini juga boleh bantu kurangkan pembaziran.\n\n\nAda sesetengah individu yang membeli baju raya dan hanya dipakai sekali sahaja semasa hari raya, kemudian disimpan di dalam almari.\n\n\n\n\n3. Jimat Belanja Hari Raya: Jadi Pengguna yang Bijak\n\n\nDi musim perayaan, kebanyakan pusat beli-belah akan melakukan jualan murah dan \ndiskaun perayaan\n. Anda boleh manfaatkan harga murah yang ditawarkan ini untuk nikmati lebih banyak penjimatan.\n\n\nNamun begitu, pastikan anda berdisiplin dalam berbelanja dan jangan berbelanja terlalu boros \u2013 belanja hari raya mengikut bajet dan senarai perbelanjaan yang ditetapkan.\n\n\nKebanyakan daripada kita akan rambang mata dengan harga murah yang ditawarkan sehingga menyebabkan berbelanja melebihi kemampuan dan keperluan diri. Jika ada apa-apa lebihan belanja, ia boleh disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang.\n\n\n4. Elakkan Berhutang\n\n\nElakkan daripada berbelanja menggunakan \nkad kredit\n, perkhidmatan \nbeli sekarang bayar kemudian\n, \npinjaman peribadi\n dan sebagainya semata-mata untuk bergaya sakan di hari raya.\n\n\nJika tidak dikawal, anda mungkin terbeban dengan \nkomitmen bulanan\n yang tinggi \u2013 gaji bulan seterusnya mungkin habis lebih cepat untuk menjelaskan hutang-hutang ini.\n\n\nTidak berbaloi ikat perut semata-mata untuk beraya. Jangan berhutang yang tidak perlu dan rancang belanja hari raya dengan cermat dan teliti untuk ketenangan fikiran.\n\n\n5. Masak Juadah Raya, DIY Hiasan Raya\n\n\nRamai yang memilih untuk menempah juadah raya seperti rendang, ketupat dan sebagainya. Tidak salah untuk anda berbuat demikian, tetapi lebih jimat belanja hari raya anda jika juadah ini \ndimasak sendiri dirumah\n bersama keluarga dan saudara-mara.\n\n\nApabila anda memasak sendiri juadah raya, anda bukan sahaja merasai kemeriahan raya yang berganda, tetapi dalam masa yang sama dapat menjimatkan wang anda. Selain itu, anda juga boleh gunakan kreativiti sendiri untuk menghias semula rumah agar kelihatan lain daripada biasa.\n\n\nDaripada membazir wang membeli perabot atau TV baharu, anda boleh ubah suai kedudukan perabot rumah anda. Anda juga boleh cat baharu perabot anda bagi memberikan rasa yang berbeza.\n\n\n6. Sediakan Tabung Kecemasan\n\n\nDalam kemeriahan menyambut hari raya, jangan lupa untuk memperuntukkan sedikit bajet anda untuk \nsimpanan kecemasan\n. Ini kerana, kejadian tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.\n\n\nDana kecemasan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada berhutang atau menambahkan hutang sedia ada. Peruntukkan antara RM100 hingga RM300 (lebih baik lebih bagus) untuk dana kecemasan hari raya.\n\n\nJika berlaku perkara tidak diingini, anda boleh gunakan simpanan ini untuk menampung perbelanjaan. Contohnya, \nkereta tiba-tiba rosak tepi jalan\n, \nkos rawatan hospital\n atau duit belanja tidak mencukupi.\n\n\n7. Rancang Perjalanan Balik Kampung\n\n\nRancang perjalanan balik kampung lebih awal. Jika memandu sendiri, pastikan anda \nservis kereta\n dan kondisi kereta berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.\n\n\nTetapi jika anda balik kampung menggunakan pengangkutan awam seperti kapal terbang, anda disarankan untuk beli tiket lebih awal untuk mengelakkan harga yang tidak masuk akal.\n\n\nBalik kampung menggunakan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan sebagainya membolehkan anda nikmati penjimatan yang lebih tinggi berbanding memandu sendiri.\n\n\nSebagai contoh, kos memandu dari Kuala Lumpur ke Terengganu adalah sekitar RM300 hingga RM350 sehala termasuk harga tol dan minyak kereta. Tetapi jika balik kampung dengan bas, ia menelan belanja kurang daripada RM100 untuk perjalanan pergi balik.\n\n\n\n\nJimat Belanja Hari Raya: \nRenew\n Insurans Kereta dan Cukai Jalan di Qoala\n\n\nApabila tiba musim raya, ramai warga kota akan memulakan \nperjalanan pulang ke kampung halaman\n. Sebelum anda memulakan perjalanan, pastikan kenderaan yang anda naiki memiliki perlindungan i\nnsurans serta \nroadtax\n kereta\n yang sah dan masih aktif.\n\n\nBanyak \nsekatan jalan raya\n biasanya dilakukan semasa musim perayaan. Jadi, pastikan \nlesen memandu tamat tempoh\n atau insurans kereta anda diperbaharui untuk ketenangan fikiran dan elakkan anda daripada kena saman.\n\n\nJika anda sedang mempertimbangkan untuk \nbeli insurans kereta\n untuk lebih perlindungan di hari raya ini, Qoala merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. Ada banyak syarikat insurans yang boleh anda pilih untuk membantu anda jimat belanja hari raya ini.\n\n\nSelamat Berpuasa dan Salam Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga perjalanan pulang ke kampung bersama keluarga tersayang lebih selamat dengan \nperlindungan insurans daripada Qoala\n.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/tips-kewangan/", "title": "9 Tips Kewangan Efektif untuk Golongan Muda", "body": "\n\nCara\n urus kewangan\n yang lemah biasanya berpunca daripada beberapa faktor seperti pendapatan kecil, tabiat perbelanjaan yang tidak baik serta tidak amalkan disiplin dan tips kewangan yang betul. Data daripada Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (\nAKPK\n) menunjukkan tahap kesejahteraan kewangan dalam kalangan orang muda yang bekerja di negara ini masih berada pada tahap rendah.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nTips Kewangan: Cara Urus Kewangan Anda untuk Hidup Lebih Bebas, Tenang dan Bahagia\n1. Belanja Ikut Keperluan\n2. Kurangkan Sikap Boros\n3. Tips Kewangan: Buat Tabung Simpanan\n4. Melabur\n5. Jana Pendapatan Sampingan\n6. Tips Kewangan: Bersederhana dalam Semua Aspek\n7. Rancang dan Hadkan Perbelanjaan\n8. Manfaatkan Jualan Murah\n9. Tips Kewangan: Beli Insurans untuk Perlindungan\nBebas, Bahagia & Tenang: Rebut Diskaun dan Hadiah Menarik Sempena Kempen #QoalaHadir\n\n\nTips Kewangan: Cara Urus Kewangan Anda untuk Hidup Lebih Bebas, Tenang dan Bahagia\n\n\nSetiap orang mengimpikan kehidupan yang \nbebas\n, \nbahagia\n dan \ntenang\n. Bagi mencapai matlamat kewangan ini, ia memerlukan disiplin, kerja keras dan komitmen yang tinggi bermula dari sekarang. Ramai yang berpendapat \nduit pencen\n daripada kerajaan dan \nsimpanan KWSP\n (untuk pekerja swasta) sudah cukup untuk menyara kehidupan di hari tua. Namun sebenarnya, banyak persediaan yang perlu dilakukan bermula usia muda bagi membantu anda bersedia mendepani kehidupan hari mendatang yang semakin mencabar.\n\n\n1. Belanja Ikut Keperluan\n\n\nTabiat perbelanjaan yang tidak sihat boleh menjadi punca utama kepada masalah kewangan dalam kalangan golongan muda. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk berbelanja ikut kemampuan dan ukur baju di badan sendiri. Hadkan kemahuan yang tidak penting seperti beli \nkereta mahal\n dan pakaian berjenama.\n\n\nPakai pakaian tidak berjenama atau\n bundle\n tidak akan menjadikan anda kolot atau tidak pandai berfesyen. Jika dipadankan dengan aksesori yang sesuai dan keyakinan diri yang tinggi, baju-T berharga RM30 sudah cukup untuk menyerlahkan gaya anda. Begitu juga dengan pemilihan tempat makan, lepak di warung di tepi jalan tidak menjadikan anda kelas rendah dan begitulah sebaliknya.\n\n\n2. Kurangkan Sikap Boros\n\n\nKebanyakan orang cenderung untuk berbelanja lebih apabila semakin tinggi pendapatan yang diterima setiap bulan. Namun sebenarnya, anda perlu hidup di bawah kemampuan anda. Jika anda berbelanja mewah mengikut kemampuan yang anda ada, anda mungkin akan cukup-cukup makan setiap bulan dan ini mungkin akan memberi kesan kepada kewangan peribadi anda.\n\n\nJika anda berbelanja di bawah kemampuan anda, pastinya akan ada lebihan duit untuk disimpan setiap bulan. Wang lebihan ini boleh diperuntukkan untuk pelaburan dan sebagainya. Selain itu, elakkan hutang-hutang jahat seperti \nhutang kad kredit\n, \npersonal loan\n dan sebagainya untuk\n cover\n perbelanjaan bulanan anda.\n\n\nSekiranya hutang anda tinggi melebihi kemampuan anda untuk bayar balik, ada kemungkinan nama anda akan disenarai hitam oleh pihak bank melalui \nrekod CCRIS\n atau \nlaporan CTOS\n anda, atau dalam senario yang lebih teruk anda boleh \ndiisytiharkan muflis\n.\n\n\n3. Tips Kewangan: Buat Tabung Simpanan\n\n\nSecara asasnya, kekayaan bukanlah diukur melalui seberapa banyak \npendapatan\n yang anda peroleh, tetapi seberapa banyak amaun yang anda boleh simpan untuk kegunaan masa depan. Tidak dinafikan ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk menyimpan disebabkan oleh kekangan gaji yang terhad.\n\n\nMeskipun begitu, ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk anda tidak menyimpan langsung. Anda boleh menyimpan apa-apa amaun yang anda rasakan sesuai dengan kemampuan anda. Selain itu, anda juga boleh ikuti mana-mana cara simpan duit yang sesuai untuk anda seperti berikut:\n\n\nTabung Paksa Rela\n\n\nSimpan duit dalam ASB melalui \nloan\n ASB\n. Cara ini memerlukan anda untuk pinjaman pelaburan daripada pihak bank. Sebagai contoh, jika anda meminjam RM50,000 untuk pelaburan ASB, anda perlu bayar sekitar RM250 sebulan (atau mungkin lebih bergantung pada kadar faedah bank semasa).\n\n\nMelalui tabungan ini, anda akan menerima purata dividen ASB sekitar lima hingga tujuh peratus setahun bergantung pada pasaran semasa. Simpanan ini boleh digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu seperti \ntabung pendidikan\n, \ndeposit rumah\n, simpanan persaraan dan sebagainya.\n\n\nTabung Duit Hijau RM5\n\n\nSimpan duit dalam tabung khas setiap kali anda terima duit RM5 \u2013 tetapkan syarat tabung hijau ini hanya boleh dibuka selepas setahun bergantung pada objektif simpanan. Anda juga boleh gunakan teknik ini untuk amaun yang lebih besar seperti RM10, RM20 dan sebagainya bergantung pada kemampuan anda.\n\n\nTabung Duit Syiling\n\n\nKebanyakan orang tidak gemar membawa duit syiling dalam \nwallet\n kerana ia menyebabkan \nwallet\n menjadi berat. Jadi, apa yang boleh anda lakukan ialah sediakan tabung khas untuk anda simpan duit syiling ini. Duit syiling yang disimpan ini boleh digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu seperti percutian, \nservis kereta tahunan\n dan sebagainya.\n\n\n4. Melabur\n\n\nSelain memudahkan individu merancang masa depan, pelaburan penting bagi menjamin kualiti hidup yang lebih baik. Namun begitu, proses menggandakan atau mengembangkan wang simpanan bukanlah satu kerja mudah. Ia memerlukan kesabaran, disiplin dan ilmu yang mencukupi bagi mencapai sasaran dan misi yang ditetapkan. Di Malaysia, banyak pelaburan yang boleh anda pertimbangkan antaranya:\n\n\n\n\nDeposit tetap\n;\n\n\nPelaburan ASB;\n\n\nSimpanan Tabung Haji\n;\n\n\nSkim Persaraan Swasta (PRS)\n;\n\n\nSimpanan emas\n;\n\n\nPelaburan hartanah\n;\n\n\nPelaburan-pelaburan lain yang sesuai dengan penilaian risiko masing-masing.\n\n\n\n\nSecara asasnya, pelaburan tidak sama dengan simpanan melalui kaedah konvensional di bank \u2013 simpanan ambil masa yang lama untuk mendapatkan pulangan. Ini kerana, sesetengah bank menetapkan kadar pulangan ke atas simpanan yang sangat rendah. Oleh sebab itu, anda perlu bijak memilih \ninstrumen pelaburan terbaik\n untuk kembangkan simpanan anda.\n\n\n5. Jana Pendapatan Sampingan\n\n\nPenambahan beberapa ratus ringgit sebulan mampu memberi kesan yang ketara terhadap status kewangan individu, apatah lagi jika anda mampu menjana \nside income\n sehingga mencecah ribuan ringgit sebulan. Dalam keadaan ekonomi serba mencabar ini, anda disyorkan mencari pendapatan sampingan untuk kehidupan yang lebih tenang. Anda boleh pertimbangkan kerja sambilan seperti berikut:\n\n\nPekerja Bebas (\nFreelancer\n)\n\n\nSebagai pekerja bebas, anda tidak terikat dengan waktu kerja yang tetap dan boleh bekerja mengikut kesesuaian waktu sendiri. Banyak kerja-kerja bebas memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu seperti terjemahan, penulis kandungan sosial media, reka bentuk grafik dan sebagainya.\n\n\nJadi Ejen \nDropship\n atau \nAffiliate\n\n\nAnda juga boleh menjual barangan secara \nonline\n melalui laman sosial media atau platform jual beli barangan yang ada. Kelebihan menjadi ejen\n dropship\n, anda tidak perlu menyimpan stok atau mengeluarkan modal perniagaan yang besar. Anda hanya perlu mempromosikan produk menggunakan pautan khas dan komisen akan dibayar jika ada pembelian dibuat melalui pautan khas ini.\n\n\nBuat Kandungan Digital\n\n\nJika anda seseorang yang gemar mengambil gambar atau kreatif dalam menghasilkan video, anda boleh mempertimbangkan karier sebagai \nsocial media influencer\n. Biasanya, syarikat-syarikat besar akan menggunakan khidmat pempengaruh media sosial untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengikut tersendiri.\n\n\nPekerjaan dalam Ekonomi Gig\n\n\nPekerjaan gig merujuk pada perkhidmatan atas permintaan seperti penghantar makanan\n, \npertukangan, mengemas rumah, mengangkat barangan dan sebagainya melalui aplikasi-aplikasi popular di pasaran. Anda boleh tawarkan perkhidmatan yang sesuai bergantung pada kemahiran yang anda ada.\n\n\n\n\n6. Tips Kewangan: Bersederhana dalam Semua Aspek\n\n\nSelain itu, antara tips kewangan yang boleh anda ikuti ialah amalkan sikap bersederhana dan jangan berbelanja secara berlebihan. Amalan bersederhana membolehkan anda memupuk tabiat perbelanjaan yang berdisiplin dengan memfokuskan pada bajet dan mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu. Lebihan yang ada boleh disimpan untuk kegunaan hari mendatang.\n\n\nSebagai contoh, jika anda perlu memiliki kereta untuk kegunaan ke tempat kerja, memadai untuk anda \nbeli kereta mampu milik\n dan murah berbanding kereta berjenama asalkan sampai ke destinasi yang dituju. Malah, kereta-kereta ini juga lebih menjimatkan dari aspek penyelenggaraan dan penjagaan. Namun lebih baik jika anda boleh elakkan \nbeli kereta\n dan gunakan kemudahan pengangkutan awam ke tempat kerja.\n\n\n7. Rancang dan Hadkan Perbelanjaan\n\n\nTentukan matlamat perbelanjaan untuk mengelakkan anda berbelanja melebihi had yang ditetapkan. Andaikan anda ingin \nbeli motosikal\n berharga RM8,000 secara tunai, anda perlu rancang pembelian setahun lebih awal dengan membahagikan kos pembelian kepada 12 bulan (atau lebih mengikut keperluan anda). Dengan cara ini, anda boleh rancang berapa banyak yang anda perlu simpan setiap bulan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.\n\n\nSelain itu, kurangkan makan di luar dan masak sendiri di rumah. Secara asasnya, anda perlu belanjakan sekurang-kurangnya RM20 untuk setiap hidangan apabila anda makan di luar atau minimum RM50 sehari. Meskipun sedikit melecehkan, anda boleh jimat lebih banyak jika masak sendiri di rumah. Dengan amaun RM50 ini, anda boleh sediakan hidangan untuk sekurang-kurangnya dua atau tiga hari.\n\n\n8. Manfaatkan Jualan Murah\n\n\nSekiranya anda seseorang yang mementingkan jenama, anda boleh manfaatkan jualan murah untuk lebih penjimatan. Banyak pasaraya besar yang menjual baju berjenama dan berkualiti pada harga yang jauh lebih murah terutamanya semasa perayaan atau hujung tahun.\n\n\nNamun secara asasnya, jenama bukanlah kayu ukur yang paling penting dalam memilih pakaian. Tidak salah untuk anda memakai pakaian yang tidak berjenama asalkan selesa dan menawarkan kualiti yang setanding. Kenalan anda tidak akan bertanyakan jenama pakaian yang anda gayakan namun mereka biasanya akan memuji jika pakaian yang dikenakan kena dengan diri anda.\n\n\nAnda tidak perlu membelanjakan RM80 hingga RM100 untuk sehelai pakaian jika anda boleh dapatkan dalam lingkungan harga yang jauh lebih murah tetapi dengan kualiti yang sama.\n\n\n9. Tips Kewangan: Beli Insurans untuk Perlindungan\n\n\nAntara tips kewangan yang sering diabaikan oleh orang muda ialah memiliki insurans perlindungan diri. Ramai dalam kalangan orang muda berasakan memiliki insurans sama ada\n insurans nyawa\n atau \nmedical card\n \nmerupakan sesuatu yang merugikan kerana beranggapan mereka masih muda dan risiko menghidapi penyakit kritikal amat rendah.\n\n\nNamun sebenarnya, sakit atau kematian tidak mengenal usia. Anda perlu peruntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji anda untuk insurans. Pastikan anda mempunyai pelan insurans yang bukan sahaja mampu melindungi anda tetapi keluarga anda sekiranya terjadi sesuatu kepada anda.\n\n\nSekurang-kurangnya, ada perlindungan insurans yang boleh menampung kos rawatan sekiranya anda didiagnosis dengan sakit kritikal. Atau dalam senario yang lebih teruk, ahli keluarga masih boleh meneruskan hidup dengan \nwang hibah\n yang anda tinggalkan jika anda meninggal dunia akibat kemalangan.\n\n\n\n\nBebas, Bahagia & Tenang: Rebut Diskaun dan Hadiah Menarik Sempena Kempen #QoalaHadir\n\n\nTips kewangan atau langkah penyelesaian jangka panjang yang paling efektif untuk kehidupan yang lebih bebas, bahagia dan tenang adalah dengan menukar gaya hidup yang lebih sederhana dalam berbelanja, ukur baju di badan sendiri dan elakkan diri daripada berhutang kad kredit atau \nhutang peribadi\n untuk perkara-perkara yang tidak penting.\n\n\nSama seperti di Qoala, kempen #QoalaHadir menjanjikan kehidupan yang lebih bebas, bahagia dan tenang khusus buat pelanggan yang dihargai. Ini bermaksud, pelanggan boleh menjalani kehidupan seharian tanpa risau dan tekanan dengan pelan perlindungan insurans yang komprehensif yang ditawarkan di Qoala.\n\n\nQoala menawarkan perkhidmatan insurans daripada\n syarikat insurans dan takaful terbaik\n untuk melindungi anda dan keluarga dengan hanya beberapa \nlangkah mudah\n. Apa yang menarik, anda berpeluang untuk menangi pelbagai diskaun dan hadiah keseluruhan menarik bernilai sehingga RM11,000 jika anda beli \ninsurans perubatan\n, \ninsurans kereta\n, \ninsurans rumah\n, insurans perjalanan atau\n insurans motor\n di Qoala bermula 29 Ogos hingga 16 September 2022. Layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/wang-tak-dituntut/", "title": "Cara Semak Wang Tak Dituntut Online 2022", "body": "\n\nRakyat Malaysia kini boleh membuat permohonan semakan status Wang Tak Dituntut (WTD) melalui sistem eGUMIS Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Tuntutan ini boleh dibuat oleh individu melibatkan tuntutan akaun simpanan, akaun semasa, \nakaun simpanan tetap\n, \ninsurans\n, gaji, \ndividen,\n deposit utiliti TNB, TM dan SYABAS serta akaun-akaun lain yang berkaitan.\n\n\neGUMIS Semakan Wang Tak Dituntut Online & Proses Bayaran Balik\n\n\nNamun sebenarnya, apa itu wang tak dituntut? Secara asasnya, wang tidak dituntut merujuk pada sejumlah wang yang tidak dituntut oleh mana-mana individu atau syarikat untuk tempoh masa tertentu. Menurut Seksyen 8 Akta Wang Tak Dituntut 1965, definisi wang tidak dituntut terbahagi kepada tiga kategori seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKategori\n\n\nKeterangan\n\n\n\n\n\n\nWang yang kena bayar di sisi undang-undang kepada empunya, tetapi tidak dibayar dalam tempoh kurang daripada setahun\n\n\n\n\n\n\nGaji, upah, bonus, komisen dan wang lain yang perlu dibayar kepada kakitangan;\n\n\nDividen;\n\n\nKeuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;\n\n\nTuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;\n\n\nDraf bank, cashier\u2019s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa dengan tempoh sah laku yang telah luput;\n\n\nSimpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;\n\n\nCagaran dan deposit yang telah mencapai tujuan asal wang itu dikutip;\n\n\nPemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nWang dalam kredit sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya dengan apa-apa cara sekalipun dalam tempoh masa tidak kurang dari tujuh tahun.\n\n\n\n\n\n\nAkaun simpanan;\n\n\nAkaun semasa;\n\n\nSimpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nWang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga dalam tempoh kurang dari dua tahun\n\n\n\n\n\n\nAkaun pemiutang dagangan;\n\n\nAkaun penghutang dagangan berbaki kredit.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan Wang Tidak Dituntut di Malaysia\n\n\nBermula Januari 2022, Jabatan Akauntan Negara telah melancarkan portal eGUMIS bagi membantu memudahkan proses membuat semakan wang tak dituntut secara online. Semakan WTD (Individu) boleh dibuat menggunakan dua kaedah seperti berikut:\n\n\nSemak Wang Tak Dituntut Online\n\n\nUntuk membuat permohonan semakan wang tidak dituntut online, berikut cara semak wang tak dituntut Jabatan Akauntan Negara online, senarai dokumen dan borang permohonan wang tidak dituntut untuk membantu memudahkan urusan permohonan anda:\n\n\n\n\nLayari portal eGUMIS dengan layari https://egumis.anm.gov.my/;\n\n\nKlik butang \nPendaftaran\n di bahagian kanan atas untuk mendaftar masuk;\n\n\nLengkapkan semua maklumat diperlukan dan tanda pada kotak pengakuan bersetuju;\n\n\nKemudian, klik butang \nDaftar\n dan butang \nYa\n untuk melengkapkan proses pendaftaran;\n\n\nSetelah selesai, log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah ditetapkan;\n\n\nSkrin kemas kini maklumat pengguna akan dipaparkan \u2013 isikan semua maklumat pengguna yang diperlukan dan klik butang \nSimpan\n;\n\n\nKlik butang \nKLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT\n untuk membuat semakan wang tidak dituntut melalui online;\n\n\nMasukkan nombor kad pengenalan dan klik butang \nCari\n \u2013 skrin akan memaparkan hasil carian wang tak dituntut;\n\n\nPengguna boleh mencetak skrin borang tuntutan dengan klik butang \nCetak\n;\n\n\n\n\nProses Tuntutan: Cara Tuntut Wang Tidak Dituntut Online\n\n\nSekiranya anda mendapati anda memiliki sejumlah wang yang tidak dituntut semasa semakan online, anda boleh buat permohonan untuk masukkan wang tersebut ke dalam akaun bank anda dengan ikut langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nUntuk memproses tuntutan secara online, anda hanya perlu tekan butang\n Teruskan dengan Permohonan\n;\n\n\nKlik \nTambah Penerima\n untuk menambah penerima wang tak dituntut jika pemohon bukan penerima sepatutnya. Namun begitu, jika maklumat diri penerima adalah sama dengan maklumat pemohon, pilih kotak yang disediakan dan masukkan maklumat perbankan;\n\n\nKemudian, klik butang \nSimpan\n;\n\n\nMuat naik dokumen sokongan wajib yang diperlukan;\n\n\nTanda kotak jika anda bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS yang dinyatakan, kemudia klik butang \nHantar\n. Bayaran hanya akan diproses sekiranya dokumen lengkap.\n\n\n\n\nIndividu yang Layak Menuntut Wang Tidak Dituntut\n\n\nSecara asasnya, permohonan wang tidak dituntut boleh dilakukan oleh pihak-pihak berikut:\n\n\n\n\nEmpunya atau pemilik wang tak dituntut;\n\n\nPentadbir \nharta pusaka\n (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;\n\n\nPelikuidasi yang mewakili syarikat atau firma yang sedang dalam proses penggulungan;\n\n\nIndividu, syarikat atau firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau\n\n\nSuruhanjaya Syarikat Malaysia\n atau Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat atau firma yang bubar atau i\nndividu bankrap\n.\n\n\n\n\nBerapa lama proses wang tak dituntut memakan masa? Biasanya, wang anda akan diproses dan biasanya mengambil masa lebih kurang sebulan untuk dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan setelah tuntutan dibuat.\n\n\n\n\nSemak Wang Tidak Dituntut \u2013 Jabatan Akauntan Negara Secara \nWalk-In\n\n\nSelain semak wang tidak dituntut secara online, anda juga boleh merujuk kaunter bahagian WTD untuk maklumat lanjut mengenai cara membuat tuntutan. Anda boleh kunjungi:\n\n\n\n\nPendaftar Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Di Kompleks Kementerian Kewangan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62594, Putrajaya; atau\n\n\nMana-mana Pejabat Cawangan Negeri Jabatan Akauntan Negara berdekatan anda.\n\n\n\n\nDokumen, Borang Diperlukan Semasa Membuat Tuntutan Wang Tak Dituntut\n\n\nBerikut merupakan senarai borang wang tak dituntut yang diperlukan semasa membuat permohonan tuntutan:\n\n\n\n\nBorang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani;\n\n\nSalinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) atau pasport jika pemohon bukan warganegara;\n\n\nDokumen asal yang berkaitan (Buku bank, \nsijil simpanan tetap\n dan lain-lain);\n\n\nSalinan muka hadapan buku akaun atau penyata bank pemohon yang masih aktif yang disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun).\n\n\n\n\nSemoga panduan cara semak dan buat tuntutan wang tak dituntut ini boleh membantu memudahkan proses anda.\u00a0Selain itu, sekiranya anda sedang mencari\u00a0\ninsurans kereta terbaik\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan\u00a0\nplatform insurans terbaik di Malaysia\n\u00a0dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/wasiat-pembahagian-harta-pusaka/", "title": "Kepentingan Wasiat Dan Cara Mohon Pembahagian Harta Pusaka", "body": "\n\nRamai yang masih tidak ketahui tentang kepentingan wasiat. Menurut sebuah laporan akhbar pada tahun 2016, nilai harta pusaka yang tidak dituntut adalah dianggarkan berjumlah RM60 billion!\u00a0\n\n\nCara terbaik menyelesaikan permasalahan ini ialah dengan memastikan anda telah menulis Wasiat. Malangnya, hanya sebahagian kecil rakyat Malaysia telah menulis Wasiat mereka. Hal ini diburukkan lagi apabila masyarakat kita yang tidak mengetahui bahawa aset mereka boleh dibekukan apabila meninggal dunia.\n\n\nSebelum kita terus kepada topik kepentingan wasiat, penting untuk kita ketahui definisi wasiat terlebih dahulu.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa Itu Wasiat?\nHukum Wajib Wasiat\nPembahagian Wasiat\nKepentingan Wasiat\nMeninggal Dunia Tanpa Wasiat? Ini 4 Langkah Pembahagian Harta Mengikut Faraid\nApakah Itu Faraid?\nCara-cara Buat Tuntutan Pembahagian Harta Pusaka Si Mati\n1. Harta Pusaka Besar\n2. Harta Pusaka Kecil\n3. Harta Pusaka Ringkas\n\n\nApa Itu Wasiat?\n\n\nMenurut Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999, wasiat merupakan iqrar seseorang yang dibuat semasa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas berlaku kematian.\n\n\nWalaupun hukum berwasiat merupakan satu perbuatan sunat yang digalakkan, namun hukum berwasiat juga boleh berubah mengikut situasi seperti berikut:\n\n\nHukum Wajib Wasiat\n\n\nWasiat menjadi wajib apabila seseorang mempunyai tanggungjawab yang perlu ditunaikan terutama yang berbentuk \u2018hak ALLAH\u2019 seperti zakat, kafarah dan haji yang dibimbangi tidak dapat ditunaikan sekiranya tidak diwasiatkan kepada seseorang untuk melaksanakannya. Begitu juga tanggungjawab berkaitan hak manusia seperti mempunyai harta yang diamanahkan kepadanya dan hutang yang belum diselesaikan.\n\n\nHaram\n\n\nWasiat menjadi haram apabila seseorang mewasiatkan sesuatu perkara yang diharamkan oleh syarak atau bertujuan untuk memudaratkan ahli waris.\n\n\nHarus\n\n\nWasiat menjadi harus jika dibuat kepada orang kaya sama ada daripada kaum kerabat atau mana-mana pihak dengan tidak mempunyai tujuan tertentu. Jika wasiat itu bertujuan untuk melakukan kebajikan dan menghubungkan tali silaturahim, maka ia menjadi sunat.\n\n\nMakruh\n\n\nWasiat menjadi makruh jika pewasiat mempunyai harta yang sedikit namun pada masa yang sama mempunyai waris yang miskin yang sangat memerlukan harta. Demikian juga adalah tidak wajar memberikan wasiat kepada orang fasik atau orang yang sering melakukan maksiat kerana dibimbangi pemberian wasiat itu akan meningkatkan lagi kecenderungannya untuk melakukan maksiat.\n\n\nPembahagian Wasiat\n\n\nUntuk pengetahuan anda, penerima wasiat hanya untuk bukan waris sahaja. Kadar wasiat tidak boleh melebihi kadar 1/3 daripada jumlah keseluruhan \nharta\n. Sekiranya kadar adalah melebihi 1/3, persetujuan ahli waris perlu didapatkan. Persetujuan waris tidak diperlukan sekiranya kurang daripada jumlah tersebut. Wasiat hanya perlukan ijab sahaja dan pindah milik harta hanya boleh berlaku selepas kematian. Namun begitu, simpanan KWSP atau polisi insurans tidak boleh di wasiatkan. \nWang\n tersebut akan diberikan kepada penama kedua-dua perkara ini yang tertakluk di bawah akta yang berbeza.\n\n\nPengagihan harta pusaka boleh mengambil masa lebih dari lima tahun sekiranya melibatkan kes yang rumit. Kematian anda akan diklasifikasikan sebagai \u2018tak berwasiat\u2019 jika anda meninggal dunia tanpa wasiat. Hal ini demikian kerana, anda tidak meninggalkan arahan akan siapa yang patut menerima harta pusaka anda, termasuk jumlah dan nilai peninggalan tersebut. Harta-harta ini termasuk kesemua simpanan bank, hartanah dan aset-aset lain kepunyaan anda.\n\n\nOrang Islam\u00a0\n\n\nDi Malaysia, orang Islam dan bukan Islam tertakluk di bawah undang-undang pewarisan yang berbeza. Bagi orang Islam, harta pusaka yang tidak diwasiatkan akan dibahagikan mengikut hukum Faraid. Harta pusaka yang tidak dituntut pula akan diberikan kepada Baitulmal.\u00a0 Sekiranya benefisiari belum mencapai usia 18 tahun, kurang upaya atau cacat akal, bahagian mereka akan didepositkan ke dalam Akaun Amanah di AmanahRaya. Ia boleh dituntut apabila benefisiari berusia 18 tahun atau usia yang dipersetujui di dalam Surat Ikatan Amanah.\n\n\nOrang bukan Islam\u00a0\n\n\nBagi orang bukan Islam pula, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang menguruskan pengebumian dan pembayaran hutang tertunggak. Seterusnya, baki harta pusaka atau wang yang tidak diwariskan itu tadi anda akan diberikan kepada benefisiari mengikut ketetapan Akta Pembahagian 1958 (pindaan 1997) untuk Semenanjung Malaysia dan Sarawak, manakala Intestate Succession Ordinance 1968 diguna pakai untuk Sabah.\n\n\nUntuk benefisiari yang berusia bawah 18 tahun, seorang penjaga akan dilantik oleh mahkamah namun ini tidak bermakna penjaga itu mempunyai hak atau kuasa mutlak ke atas hara pusaka itu. Kebenaran dari mahkamah adalah perlu sekiranya si penjaga ingin mengeluarkan atau menggunakan wang peninggalan bagi menyara kos pendidikan serta kos-kos yang melibatkan benefisiari yang berusia bawah 18 tahun.\n\n\n\n\nKepentingan Wasiat\n\n\nSesungguhnya, kematian itu tidak boleh dijangka. Namun, kita boleh menentukan apa yang terjadi dengan harta yang ada selepas pemergian kita dengan membuat wasiat.\u00a0\n\n\nApabila tiada wasiat yang dibuat setelah seseorang itu meninggal, kesemua aset akan dibahagikan berdasarkan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.\n\n\nMengikut portal rasmi Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan, akta ini menerangkan takrif pusaka kecil. Ia juga menjelaskan bidang kuasa, proses kerja yang bermula dari permohonan pusaka, perbicaraan, pengeluaran perintah, hinggalah proses rayuan ke mahkamah tinggi.\n\n\nDi samping akta, terdapat peraturan pembahagian pusaka yang menggariskan tatacara pelaksanaan dan pemakaian borang berkaitan dalam urusan penyelesaian pusaka kecil. Dalam menentukan pembahagian, Hukum Faraid dipakai bagi harta pusaka orang Islam, manakala Akta Pembahagian 1958 dipakai untuk harta pusaka orang bukan Islam.\n\n\nMeninggal Dunia Tanpa Wasiat? Ini 4 Langkah Pembahagian Harta Mengikut Faraid\n\n\nApa akan berlaku kepada harta jika anda meninggal dunia sebelum sempat membuat wasiat? Sekiranya si mati meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat, harta pusaka orang Islam boleh dibahagikan melalui konsep faraid.\u00a0\n\n\nApakah Itu Faraid?\n\n\nFaraid adalah sebahagian daripada undang-undang Islam yang berkaitan dengan pembahagian aset kepada waris-waris yang sah seseorang yang telah meninggal dunia, berdasarkan hukum agama Islam. Asas hukum Faraid adalah berdasarkan Al-Quran dan Hadith.\n\n\nMengikut portal rasmi E-Syariah, harta pusaka (Faraid) terbahagi kepada dua, iaitu:\n\n\n\n\na) Harta tidak alih seperti tanah dan \nrumah\n.\n\n\nb) Harta alih seperti wang \nsimpanan\n bank, \nsaham-saham\n, \nKWSP\n, Tabung Haji, \ninsuran\n, Koperasi, \nkereta\n, barang-barang kemas, dan seumpamanya.\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, pengagihan faraid tak boleh berlaku secara serta merta. Ramai yang sedia maklum bahawa proses pembahagian harta pusaka tanpa wasiat akan mengambil masa yang panjang, dan boleh menjadi sangat rumit jika tidak dimohon dengan betul.\n\n\nHarta pusaka akan dibekukan sejurus selepas anda meninggal dunia dan tidak boleh dituntut oleh sesiapapun. Harta tersebut hanya boleh diagihkan apabila kes pembahagian telah diselesaikan.\n\n\nDi bawah adalah senarai tentang apa yang akan terjadi kepada harta anda apabila anda meninggal dunia tanpa membuat sebarang wasiat, dan apa yang perlu dilakukan oleh waris sah anda.\n\n\n1. Buat Permohonan Sijil Faraid\n\n\nBagi memulakan proses farid harta, atau pun memfailkan kes faraid, waris perlu menghantar borang bagi membuat permohonan \nsijil faraid\n.\n\n\nAntara dokumen yang perlu disediakan oleh waris adalah:\n\n\n\n\nBorang permohonan yang lengkap.\n\n\nSalinan sijil kematian si mati atau surat akuan.\n\n\nSalinan kad pengenalan waris-waris/sijil kelahiran/surat akuan.\n\n\nSalinan geran harta/buku akaun/penyata.\n\n\nSijil nilaian hartanah (jika ada).\n\n\nWang proses mengikut nilai penuh harta pusaka (RM30/RM20/RM10).\n\n\n\n\n2. Ikuti Turutan Proses Dengan Teliti\n\n\nWaris perlu memastikan yang semua proses diikuti dan dibuat dengan teliti supaya pengagihan dapat diluluskan dan diuruskan dengan lancar.\n\n\nInilah proses yang terlibat dalam permohonan Sijil Faraid:\n\n\n\n\nMenyerahkan permohonan.\n\n\nTerima permohonan.\n\n\nSemak.\n\n\nJika lengkap, terima dan tandatangan.\n\n\nSiasatan terhadap waris dijalankan pada hari pendaftaran, atau pada hari lain seperti yang ditetapkan.\n\n\nPengiraan akan dilakukan apabila siasatan selesai.\n\n\nDapatkan sijil dalam tempoh 5 hari selepas siasatan setiap ahli waris selesai.\n\n\nNotifikasi akan diberi apabila siasatan telah tamat.\n\n\n\n\n3. Dapatkan Persetujuan Waris\n\n\nMengikut sistem Faraid, semua ahli waris menurut Al-Quran mesti bersetuju untuk memilih pentadbir yang sama. Perlantikan pentadbir tersebut juga mesti dilakukan secara bertulis.\n\n\nSiapakah waris menurut Al-Quran dan pentadbir?\n\n\n\n\nWaris menurut Al-Quran adalah waris yang berhak untuk mendapatkan bahagian yang ditetapkan daripada harta si mati seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran.\n\n\nPentadbir adalah seseorang yang dilantik untuk mentadbir harta peninggalan si mati seperti waris, bukan waris, institusi pengurusan harta pusaka atau peguam.\n\n\n\n\nCara-cara Buat Tuntutan Pembahagian Harta Pusaka Si Mati\n\n\nRamai beranggapan proses untuk membuat permohonan tuntutan pembahagian harta pusaka si mati ini rumit sehingga berbillion harta pusaka tidak dituntut. Sebenarnya kerumitan yang seringkali dijadikan alasan oleh seseorang waris dalam membuat permohonan pembahagian harta pusaka biasanya apabila mereka kurang pengetahuan dan tidak mahu menggunakan pelbagai kemudahan yang telah ditawarkan. Prosedur pembahagan harta Pusaka hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan seperti berikut:\n\n\n1. Harta Pusaka Besar\n\n\nPermohonan untuk mendapat surat kuasa mentadbir di bawah kategori harta pusaka besar hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil. Permohonan boleh dibuat oleh sesiapa yang mempunyai kepentingan terhadap harta itu (termasuk Amanah Raya Berhad dan Baitulmal). Pentadbirannya adalah tertakluk kepada Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah yang berhampiran dengan tempat tinggal si mati untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir pusaka. Setelah Surat kuasa mentadbir pusaka diperolehi, pentadbir hendaklah mendaftarkan dirinya di pejabat tanah supaya semua surat-surat hak milik tersebut didaftarkan atas pemohon sebagai pemegang amanah harta si mati.\n\n\nSetelah itu pentadbir perlu menyenaraikan semua aset si mati (selepas membuat carian) dan mendapatkan Perintah Faraid dari Mahkamah Syariah. Pentadbir bertanggung jawab untuk menyelesaikan liabiliti-liabiliti si mati termasuklah kos belanja pengebumian dan hutang-piutang si mati. Kemudian, pentadbir hendaklah memohon satu perintah pembahagian harta pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil. Pembahagian tersebut boleh dibuat mengikut hukum faraid atau secara muafakat (takharuj dalam kalangan waris).\n\n\n2. Harta Pusaka Kecil\n\n\nHarta pusaka kecil adalah harta pusaka yang tertakluk di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 iaitu si mati yang meninggalkan harta tak alih sahaja atau harta tak alih beserta dengan harta alih dan nilai kesemuanya tidak melebihi RM 2,000,000. Permohonan pembahagian bagi harta pusaka kecil boleh dibuat oleh (a) Waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya; (b) Pemiutang dan pengkaveat; (c) Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah; (d) Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah si mati; (e) Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah; ( f) Amanah Raya Berhad. Permohonan dibuat dengan mengisi borang A dan mengemukakan beberapa dokumen termasuk sijil kematian, permit pengkuburan dan dokumen berkaitan harta si mati serta sijil carian harta.\n\n\nBorang A hendaklah diserahkan di Unit Pembahagian Pusaka Kecil, JKPTG terdekat. Notis Perbicaraan akan dikeluarkan selepas itu melalui borang D dan semua waris dikehendaki hadir. Waris yang tidak dapat hadir boleh kemukakan surat persetujuan (Borang DDA). Perbicaraan diadakan bagi menentukan harta si mati, menentukan waris si mati, menentukan bahagian waris dan menentukan cara pembahagian. Penyelesaian pusaka akan dibuat oleh Pegawai Pusaka Kecil mengikut hukum syarak atau secara muafakat jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka si mati bersetuju (takharuj). Pembahagian dilakukan setelah pentadbir yang dilantik melalui borang F menyelesaikan kos belanja pengebumian dan hutang-piutang si mati. Satu perintah pembahagian akan dikeluarkan kemudiannya melalui borang E dan pihak waris hendaklah mengemukakan hakmilik tanah (Geran) ke Pejabat Tanah berkaitan untuk tujuan pendaftaran perintah pembahagian tersebut.\n\n\n3. Harta Pusaka Ringkas\n\n\nHarta pusaka ringkas adalah terdiri daripada harta alih sahaja seperti wang tunai tidak melebihi RM 600,000.00, saham-saham, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB), kereta, wang simpanan di dalam bank dan sebagainya. Permohonan untuk pembahagian harta pusaka ringkas ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Perbadanan Amanah Raya Berhad. Pembahagian secara muafakat boleh dilaksanakan jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka si mati bersetuju (takharuj). Pembahagian dilakukan setelah pentadbir yang dilantik menyelesaikan kos belanja pengebumian dan hutang-piutang si mati.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan \ninsurans rumah terbaik\n dan komprehensif untuk kediaman baru anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform insurans terbaik\n di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans rumah yang selamat, mudah dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/zakat-emas/", "title": "Berapa Banyak Anda Perlu Keluarkan Zakat Emas Setiap Tahun?", "body": "\n\nAnda mungkin selalu dengar tentang \nzakat fitrah\n, \nzakat pendapatan\n atau \nzakat harta\n, namun jarang sekali diperkatakan tentang zakat emas. Tidak kiralah barangan kemas untuk perhiasan diri mahu pun pelaburan, emas yang dimiliki tertakluk pada zakat emas.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPerkara Penting Tentang Zakat Emas di Malaysia yang Anda Perlu Tahu\nKadar Uruf bagi Emas Perhiasan Mengikut Negeri\nJenis Simpanan Emas yang Perlu Dibayar Zakat\nDapatkan Insurans Kesihatan untuk Jaminan Ketenangan Masa Depan\n\n\nPerkara Penting Tentang Zakat Emas di Malaysia yang Anda Perlu Tahu\n\n\nIslam memandang emas sebagai simbol kekayaan harta yang berharga dan mampu berkembang. Oleh sebab keistimewaan yang dimiliki ini, Islam mewajibkan zakat emas ke atas barangan emas yang dimiliki.\n\n\nRamai dalam kalangan umat Islam khususnya generasi hari ini memilih untuk melabur dalam \npelaburan emas\n sama ada dalam bentuk saham, emas fizikal atau barangan perhiasan. Ini kerana, emas boleh dikatakan sebagai aset selamat yang menjadi pilihan pelabur kerana nilainya yang stabil.\n\n\nKadar Uruf bagi Emas Perhiasan Mengikut Negeri\n\n\nUruf dalam bahasa mudah merujuk pada nilai kebiasaan pemakaian emas perhiasan setempat. Kadar uruf biasanya berbeza-beza mengikut negeri. Berikut kadar uruf terkini bagi setiap negeri di Malaysia untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nNegeri\n\n\nKadar Uruf\n\n\n\n\n\n\nJohor\n\n\n850 gram\n\n\n\n\n\n\nKedah\n\n\n170 gram\n\n\n\n\n\n\nKelantan\n\n\nTiada uruf\n\n\n\n\n\n\nKuala Lumpur/Putrajaya\n\n\n800 gram\n\n\n\n\n\n\nMelaka\n\n\n180 gram\n\n\n\n\n\n\nNegeri Sembilan\n\n\n200 gram\n\n\n\n\n\n\nPahang\n\n\n500 gram\n\n\n\n\n\n\nPerak\n\n\n500 gram\n\n\n\n\n\n\nPerlis\n\n\n85 gram\n\n\n\n\n\n\nPulau Pinang\n\n\n165 gram\n\n\n\n\n\n\nSabah\n\n\n152 gram\n\n\n\n\n\n\nSarawak\n\n\n90 gram\n\n\n\n\n\n\nSelangor\n\n\n800 gram\n\n\n\n\n\n\nTerengganu\n\n\n850 gram\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi negeri yang tiada uruf, kesemua barangan kemas yang diperbuat daripada emas tertakluk pada bayaran zakat emas tanpa mengira jumlah berat emas yang dimiliki.\n\n\nJenis Simpanan Emas yang Perlu Dibayar Zakat\n\n\nZakat adalah wajib bagi semua umat Islam yang memenuhi syarat. Emas yang diwajibkan zakat biasanya dari jenis emas tulen sama ada dalam bentuk jongkong, bijih, wang, perkakas atau perhiasan rumah serta barangan kemas. Secara asasnya, zakat emas terbahagi kepada beberapa kategori simpanan emas seperti berikut:\n\n\n1. Emas Pakai\n\n\nSecara asasnya, hukum asal sebarang bentuk pemakaian emas tidak diwajibkan berzakat. Ini kerana, emas yang dipakai tidak lagi bersifat subur dan berkembang. Namun begitu, emas pakai wajib dikeluarkan zakat emas sekiranya berlebihan atau terlalu banyak sehingga melampaui kadar uruf.\n\n\nDi \nWilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n misalnya, kadar uruf emas perhiasan adalah sebanyak 800 gram. Ini bermaksud, apa-apa emas yang dipakai sebagai perhiasan walaupun hanya sekali dalam tempoh setahun wajib dikeluarkan zakat emas ke atasnya.\n\n\nFormula Kiraan Zakat Emas Pakai\n\n\nKadar zakat emas pakai adalah 2.5 peratus dari jumlah keseluruhan nilai emas tersebut. Sebagai contoh, andaikan jumlah emas perhiasan yang dipakai dalam tempoh setahun ialah 900 gram:\n\n\n= Berat Emas Dipakai (jika melebihi nilai uruf) x \nHarga Emas Semasa\n x 2.5% Kadar Zakat Emas\n\n= 900 gram x RM165.68 (anggaran harga emas terkini) x 2.5%\n\n= RM3,727.80\n\n\n\n\n2. Emas Simpan atau Emas yang Tidak Dipakai\n\n\nEmas simpan merujuk pada emas yang disimpan termasuk barangan kemas yang tidak dipakai kerana rosak atau lama, atau tidak dipakai langsung walaupun sekali dalam tempoh setahun. Bagi emas yang bercampur dengan bahan lain seperti emas putih atau batu permata (atau seumpamanya), zakat emas akan akan dikira mengikut peratusan emas tulen sahaja.\n\n\nZakat emas wajib dikeluarkan untuk emas simpan sekiranya jumlah berat emas tersebut sama atau melebihi nisab 85 gram atau 25 mayam, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul).\n\n\nFormula Kiraan Zakat Emas Simpan\n\n\nSama seperti emas pakai, kadar zakat emas simpan adalah sebanyak 2.5 peratus daripada nilai keseluruhan emas tersebut. Sebagai contoh, andaikan anda menyimpan sebanyak 200 gram emas dalam tempoh setahun:\n\n\n= Berat Emas Disimpan (jika melebihi nilai nisab) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat Emas\n\n= 200 gram x RM165.68 (anggaran harga emas terkini) x 2.5%\n\n= RM828.40\n\n\n3. Emas Pelaburan Patuh Syarak\n\n\nSelain daripada barang kemas yang disimpan, pelaburan emas juga diwajibkan untuk mengeluarkan zakat emas. Dalam konteks pelaburan akaun emas, pelaburan emas patuh syarak bermaksud fizikal emas itu wujud (secara fizikal) dan boleh dimiliki oleh pelabur. \nPelaburan emas patuh syarak\n lazimnya dibahagikan kepada dua iaitu:\n\n\ni. Pelaburan Emas Fizikal\n\n\nEmas fizikal yang dimiliki yang diniatkan sebagai \npelaburan untuk mendapatkan keuntungan\n. Emas fizikal biasanya berbentuk seperti syiling, \nwafer\n, \nbar\n, jongkong dan sebagainya.\n\n\nFormula Kiraan Zakat Pelaburan Emas Fizikal\n\n\nJika jumlah keseluruhan simpanan emas ini sama atau melebihi nisab 85 gram, maka pelaburan ini wajib dizakatkan. Sebagai contoh, jumlah emas yang dimiliki yang diniatkan untuk pelaburan adalah sebanyak 400 gram:\n\n\n= Berat Emas x Harga Emas Semasa x 2.5%\n\n= 400 gram x RM165.68 (anggaran harga emas terkini) x 2.5%\n\n= RM1,656.80\n\n\nii. Pelaburan Akaun Emas (\nPassbook\n)\n\n\nAda juga bank yang menawarkan emas pelaburan berbentuk \npassbook\n atau akaun simpanan emas. Akaun ini akan mencatatkan jumlah simpanan emas yang dilaburkan dalam unit gram.\n\n\nFormula Kiraan Zakat Pelaburan Akaun Emas\n\n\nPelaburan Akaun Emas wajib dizakatkan sekiranya ada niat pelaburan dan berat emas mencukupi nisab 85 gram. Sebagai contoh, andaikan jumlah emas yang dimiliki dalam \npassbook\n adalah sebanyak 200 gram:\n\n\n= Berat Emas x Harga Emas Semasa x 2.5%\n\n= 200 gram x RM165.68 (anggaran harga emas terkini) x 2.5%\n\n= RM828.40\n\n\n4. Emas Pelaburan Tidak Patuh Syarak\n\n\nDalam konteks pelaburan akaun emas ini pula, ia dikenali sebagai pelaburan emas tidak patuh syarak kerana tiada pegangan emas secara fizikal. Pelaburan emas tidak patuh syarak terbahagi kepada dua iaitu:\n\n\ni. Pelaburan Akaun Emas (\nPassbook\n) Tanpa Emas Fizikal\n\n\nPelaburan ini tidak patuh syarak kerana fizikal emas tidak wujud dan tidak dimiliki oleh pelabur. Zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sahaja sekiranya jumlah pelaburan melebihi nilai nisab tahunan. Ia dikira mengikut formula kiraan \nZakat Wang Simpanan\n.\n\n\nii. Pelaburan Akaun Emas Maya\n\n\nAkaun emas maya pula merujuk pada emas yang diniagakan untuk pelaburan secara bukan fizikal. Perniagaan emas maya menggunakan platform elektronik. Ini bermaksud, pelabur yang mempunyai akaun di broker tertentu boleh membuat belian dan jualan emas dengan harga semasa yang dipaparkan di platform.\n\n\nMemandangkan jual beli emas ini tidak melibatkan emas fizikal, ia dikategorikan sebagai pelaburan emas tidak patuh syariah. Zakat emas hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sekiranya jumlah pelaburan melebihi kadar nisab tahunan.\n\n\nFormula Kiraan Zakat Pelaburan Emas Tidak Patuh Syarak\n\n\nBerikut merupakan contoh pengiraan zakat emas tidak patuh syarak untuk panduan anda:\n\n= Pelaburan Pokok atau Baki Terendah x Kadar Zakat\n\n= RM40,000 (contoh) x 2.5%\n\n= RM1,000\n\n\n\n\nDapatkan Insurans Kesihatan untuk Jaminan Ketenangan Masa Depan\n\n\nZakat emas memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat. Dengan membayar zakat emas, individu dapat membersihkan harta dan meningkatkan keberkatan dalam kehidupan selain dapat membantu mengurangkan kesenjangan sosial dalam masyarakat.\n\n\nSelain itu, jika anda ingin mendapatkan \nperlindungan insurans pendidikan dan kesihatan\n untuk ketenangan fikiran, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans online terbaik\n di Malaysia. Anda boleh mendapatkan \ninsurans dan takaful kesihatan\n di Malaysia dengan mudah pada harga yang berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/zakat-harta/", "title": "9 Jenis Zakat Harta & Cara Kira Zakat", "body": "\n\nSeperti yang anda mungkin sudah tahu, umat Islam yang memenuhi syarat wajib membayar dua jenis zakat iaitu \nzakat fitrah\n dan zakat harta. Pembayaran zakat fitrah dilaksanakan pada bulan Ramadhan manakala zakat harta pula boleh dilaksanakan pada bila-bila masa namun disarankan untuk dibuat pada bulan Ramadhan dan hujung tahun pada bulan disember untuk layak mendapat \npengecualian cukai\n tahun semasa. Artikel ini akan memfokuskan kepada penerangan mengenai zakat harta termasuklah kadar zakat harta, jenis zakat harta seperti zakat saham, zakat perniagaan dan cara pengiraan zakat harta.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa itu Zakat Harta dan Siapa yang Perlu Menjelaskan 9 Zakat Harta Ini?\n1. Zakat Pendapatan\n2. Zakat Simpanan\n3. Zakat Saham\n4. Zakat KWSP\n5. Zakat Perniagaan\n6. Zakat Emas\n7. Zakat Perak\n8. Zakat Pertanian\n9. Zakat Ternakan\n\n\nApa itu Zakat Harta dan Siapa yang Perlu Menjelaskan 9 Zakat Harta Ini?\n\n\nApakah maksud zakat harta? Secara amnya, zakat merupakan rukun Islam yang keempat dan bertujuan untuk menyucikan harta dengan memberikan sebahagian daripadanya kepada golongan yang memerlukan. Zakat harta ialah zakat yang merangkumi pendapatan, hasil pertanian, ternakan, perniagaan, simpanan, emas dan perak. Setiap zakat harta ada pengiraan atau anggaran harta yang akan dikenakan zakat. Jenis-jenis harta yang termasuk dalam zakat harta adalah seperti berikut:\n\n\n1. Zakat Pendapatan\n\n\nZakat pendapatan merupakan jenis zakat yang dikenakan ke atas pendapatan tahunan kepada umat Islam yang telah bekerja lebih daripada setahun dan mempunyai pendapatan tahunan minimum yang memenuhi syarat. Individu beragama Islam yang memenuhi syarat nisab zakat harta diwajibkan menyumbang 2.5 peratus daripada pendapatan. Pendapatan tersebut merangkumi semua jenis upah dan bayaran yang diperoleh daripada kerja mereka seperti gaji, royalti, komisen, pendapatan sewa, bonus dan sebagainya.\n\n\nCara Kira Zakat Pendapatan\n\n\nAnda boleh rujuk cara pengiraan zakat pendapatan dari artikel \npengiraan zakat pendapatan 2022\n ini.\n\n\n2. Zakat Simpanan\n\n\nWang simpanan anda juga merupakan salah satu bentuk zakat harta. Zakat ini dikenakan ke atas jumlah \nwang simpanan\n yang disimpan dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, akaun simpanan semasa, \nakaun ASB\n serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan.\n\n\nCara Kira Zakat Simpanan\n\n\nTerdapat dua situasi yang mempengaruhi cara pengiraan zakat simpanan iaitu simpanan dalam satu akaun atau simpanan dalam beberapa akaun. Berikut merupakan cara pengiraan bagi kedua-dua bentuk simpanan:\n\n\nSimpanan dalam Satu Akaun\n\n\nBerikut merupakan contoh cara pengiraan simpanan dalam satu akaun:\n\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh Simpan\n\n\nTarikh Keluar\n\n\nAmaun (RM)\n\n\nBaki (RM)\n\n\n\n\n\n\n1/1/2022\n\n\n\n\nRM120,000\n\n\nRM120,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n4/3/2022\n\n\n(- RM10,000)\n\n\nRM110,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n6/7/2022\n\n\n(- RM30,000)\n\n\nRM80,000\n\n\n\n\n\n\n8/8/2022\n\n\n\n\n RM15,000\n\n\nRM95,000\n\n\n\n\n\n\n31/12/2022\n\n\n\n\n(- RM3,000)\n\n\nRM92,000\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeperti yang anda boleh perhatikan dari contoh di atas, jumlah keseluruhan dalam jadual di atas adalah RM92,000. Jumlah ini melebihi kadar nisab dan genap setahun berdasarkan tahun haul dikira iaitu dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022. Jadi, zakat wang simpanan yang dikenakan adalah seperti berikut:\n\n\nBaki Terakhir (Setahun) x 2.5 peratus\n\nRM92,000 x 2.5 peratus\n\n= RM2,300\n\n\nSimpanan dalam Beberapa Akaun\n\n\nJika anda mempunyai beberapa akaun simpanan tidak kiralah di dalam bank atau lain-lain institusi kewangan, anda perlu menjumlahkan kesemua baki terakhir bagi setiap akaun simpanan. Kadar zakat yang dikenakan adalah berdasarkan jumlah kesemua baki terakhir tersebut menyamai atau melebihi nisab. Berikut merupakan contoh cara pengiraan simpanan dalam beberapa akaun:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBuku Simpanan\n\n\nBaki Terakhir (RM)\n\n\n\n\n\n\nAkaun A\n\n\nRM7,000\n\n\n\n\n\n\nAkaun B\n\n\nRM3,000\n\n\n\n\n\n\nAkaun C\n\n\nRM10,000\n\n\n\n\n\n\nJumlah Baki Terakhir (A+B+C)\n\n\nRM20,000\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaki Terakhir x 2.5 peratus\n\nRM20,000 x 2.5 peratus\n\n= RM500.00\n\n\n3. Zakat Saham\n\n\nJenis zakat harta yang ketiga adalah zakat saham. Untuk pengetahuan anda, zakat saham dikenakan ke atas pegangan ekuiti yang diperoleh melalui pasaran modal seperti \nsaham\n, unit amanah, ETF, REIT, dana indeks, bon, sukuk, derivatif dan juga ke atas syarikat persendirian dan koperasi.\n\n\nCara Kira Zakat Saham\n\n\nCara pengiraan zakat saham terbahagi kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham yang dijual beli untuk tempoh kurang daripada setahun. Berikut merupakan contoh pengiraan zakat saham:\n\n\nSaham yang Dijual Beli dalam Setahun\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaham\n\n\nAmaun (RM)\n\n\n\n\n\n\nNilai Saham Semasa\n\n\nRM85,000\n\n\n\n\n\n\nBaki Semasa \nTrust Account\n\n\nRM4,000\n\n\n\n\n\n\n(-) Kos Berkaitan\n\n\n(-) RM400\n\n\n\n\n\n\nBaki Akhir\n\n\nRM88,600\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaki Akhir x 2.5 peratus\n\nRM88,600 x 2.5 peratus\n\n= RM2,215.00\n\n\nSaham yang Disimpan Melebihi Setahun Bertujuan Menjana Keuntungan Melalui Dividen\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaham\n\n\nAmaun (RM)\n\n\n\n\n\n\nNilai Saham Semasa\n\n\nRM130,000\n\n\n\n\n\n\nBaki Semasa \nTrust Account\n\n\nRM4,000\n\n\n\n\n\n\nDividen\n\n\nRM1,500\n\n\n\n\n\n\n(-) Kos Berkaitan\n\n\n(-) RM400\n\n\n\n\n\n\nJumlah Akhir\n\n\nRM135,100\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaki Akhir x 2.5 peratus\n\n\nRM135,100\n x 2.5 peratus\n\n= RM3,377.50\n\n\n\n\n4. Zakat KWSP\n\n\nJenis zakat harta yang seterusnya adalah zakat KWSP. Seperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, \npengeluaran KWSP\n boleh dilakukan apabila anda capai umur persaraan minimum yang ditetapkan atau mengikut permohonan penyimpan sepertimana syarat-syarat dibawah pelbagai Skim Pengeluaran KWSP. Apabila wang KWSP dikeluarkan, anda perlu menunaikan zakat KWSP tanpa menunggu tempoh haul setahun.\n\n\nCara Pengiraan Zakat KWSP\n\n\nMudah sahaja cara kira zakat KWSP. Berikut cara kira zakat KWSP untuk panduan anda:\n\n\nJumlah Wang KWSP Dikeluarkan x 2.5 peratus = Jumlah Zakat\n\nRM50,000 x 2.5 peratus = RM1,250\n\n\n5. Zakat Perniagaan\n\n\nZakat perniagaan merupakan satu jenis zakat harta yang wajiib dikeluarkan oleh peniaga-peniaga yang beragama Islam sahaja. Zakat yang dikeluarkan adalah daripada \nhasil perniagaan\n dan dikenakan ke atas semua bentuk perniagaan sama ada persendirian, perkongsian, syarikat, koperasi, perniagaan saham dan sebagainya.\n\n\nCara Kira Zakat Perniagaan\n\n\nSecara asasnya, cara pengiraan zakat perniagaan dilakukan melalui tiga kaedah yang berbeza mengikut jenis perniagaan. Berikut merupakan tiga kaedah untuk panduan anda:\n\n\nModal Kerja\n\n\n[Aset Semasa \u2013 Liabiliti Semasa] x Peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 peratus\n\n\nKebiasaannya, digunakan oleh syarikat-syarikat seperti Syarikat Berhad, Sdn. Bhd., Koperasi, Enterprise, Trading dan sebagainya di mana terdapat pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa.\n\n\nModal Berkembang\n\n\n[Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang \u2013 Aset Tetap \u2013 Aset Separuh Tetap] x Peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 peratus\n\n\nSesuai digunakan bagi Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad yang tidak ada pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa.\n\n\nUntung Rugi\n\n\n[Hasil/Jualan/Perolehan \u2013 Belanja/Kos yang Ditanggung] x 2.5 peratus\n\n\nSesuai digunakan bagi jenis perniagaan yang tidak ada akaun atau penyata kewangan seperti peniaga kecil dan runcit. Contohnya adalah seperti pasar tani, pasar malam, restoran, dan lain-lain perniagaan yang berkaitan.\n\n\n6. Zakat Emas\n\n\nDalam Islam, emas merupakan simbol kekayaan harta yang bernilai dan mempunyai potensi untuk berkembang dari segi nilai.\u00a0Oleh sebab keistimewaan yang dimilik oleh emas dan menjadi ukuran kekayaan maka Islam mewajibkan zakat ke atas emas.\n\n\nPengiraan Zakat Emas\n\n\nSecara umumnya, terdapat dua jenis pengiraan emas untuk dizakatkan dan setiap kiraannya berbeza-beza bagi dua situasi berikut:\n\n\nEmas Perhiasan Dipakai\n\n\nBerikut merupakan contoh pengiraan bagi emas perhiasan dipakai:\n\n\nBerat Emas Dipakai (Jika Melebihi Nilai Uruf) x \nHarga Emas Semasa\n x 2.5 Peratus Kadar Zakat\n\n\n900 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5 peratus\n\n= RM3,727.80\n\n\nEmas Yang Disimpan (Tidak Dipakai)\n\n\nBerikut merupakan contoh pengiraan bagi emas perhiasan dipakai:\n\n\nBerat Emas Dipakai x Harga Emas Semasa 1 Gram x 2.5 Peratus Kadar Zakat\n\n200 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5 peratus\n\n= RM828.40\n\n\n7. Zakat Perak\n\n\nZakat perak dikira ke atas logam perak yang dimiliki sama ada dalam bentuk jongkong, bar, syiling atau matawang, perkakas, barang perhiasan dan barang kemas perak. Nisab zakat perak adalah 200 dirham atau bersamaan 595 gram perak.\n\n\nCara Kira Zakat Perak\n\n\nTidak seperti zakat emas yang membahagikan kaedah pengiraan mengikut situasi-situasi berbeza, zakat perak cuma dikira berdasarkan satu kaedah sahaja tak kira sama ada perak tersebut digunakan sebagai perhiasan, disimpan atau dicagarkan. Zakat perak dikira berdasarkan harga semasa logam perak yang dimiliki.\n\n\nTimbangan Perak x Nilai Perak x 2.5 Peratus\n\n\n1000 gram x RM1.97 (contoh) x 2.5 peratus\n\n= RM49.25\n\n\n\n\n8. Zakat Pertanian\n\n\nZakat pertanian merujuk kepada hasil tanaman jenis bijirin yang merupakan makanan yang mengenyangkan seperti padi, kurma, jagung dan gandum. Nisab zakat pertanian adalah cukup atau melebihi sukatan lima Ausuk bersamaan 363 gantang Malaysia atau 907 kg. Bagi tanaman yang tidak berada dalam kategori makanan asas pula seperti kelapa, getah, lada hitam, kelapa sawit dan lain-lain tidak termasuk dalam kategori zakat pertanian. Sebaliknya, zakat perniagaan akan dikenakan sekiranya hasil tanaman tersebut diniagakan.\n\n\nPengiraan Zakat Pertanian\n\n\nKadar zakat pertanian dikira secara berbeza mengikut kaedah penghasilan atau siraman atau pengairannya.\n\n\nKaedah 1\n\n\nJika penghasilan, siraman, atau pengairan dilakukan manusia atau binatang ternakan atau menggunakan teknologi moden, maka kadar zakat pertanian adalah lima peratus atau 1/20.\n\n\nKaedah 2\n\n\nJika penghasilan, siraman atau pengairan menggunakan kaedah semulajadi seperti aliran sungai, parit atau hujan, maka kadar zakat pertanian adalah 10 peratus atau 1/10. Jika menggunakan kedua-dua kaedah, maka kadar zakat pertanian adalah 7.5 peratus.\n\n\n9. Zakat Ternakan\n\n\nZakat ternakan dikeluarkan untuk binatang-binatang yang dijadikan ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta. Binatang-binatang ternakan ini akan dikenakan zakat dengan syarat binatang ternakan itu dipelihara dan mendapat hasil daripadanya sama ada dijual hidup-hidup atau terima hasil daripada penjualan daging atau susu. Namun begitu, binatang yang digunakan untuk bekerja seperti membajak sawah atau mengangkut barang tidak dikenakan zakat ternakan.\n\n\nCara Pengiraan Zakat Ternakan\n\n\nKadar zakat ternakan bergantung kepada jenis binatang, jantina dan juga bilangan.\n\n\nKesimpulannya, anda wajib melaksanakan kewajipan membayar jenis-jenis zakat harta sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta terbaik\n, \ninsurans motor murah\n atau \ninsurans rumah terbaik\n, anda boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform beli insurans yang mudah, telus dan pantas dengan tawaran harga kompetitif dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/zakat-pendapatan/", "title": "Syarat, Cara Kira dan Bayar Zakat Pendapatan di Malaysia", "body": "\n\nZakat pendapatan merupakan salah satu kategori \nzakat harta\n. Ia dikenakan ke atas semua umat Islam jika gaji, elaun dan pendapatan setahun melepasi kadar yang ditetapkan dalam Islam (cukup haul). Meskipun begitu, masih ramai yang belum jelas tentang syarat zakat pendapatan, cara kira zakat pendapatan atau haul zakat pendapatan di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n6 Perkara Penting Berkaitan Zakat Pendapatan yang Anda Perlu Tahu\n1. Apa Itu Zakat Pendapatan?\n2. Siapa yang Wajib Bayar Zakat Pendapatan?\n3. Bila Perlu Bayar Zakat Pendapatan?\n4. Apa Syarat Zakat Pendapatan?\n5. Berapa Peratus Zakat Pendapatan?\n6. Bagaimana Cara Bayar Zakat Harta?\nBayaran Zakat Pendapatan, Kaedah Pengiraan Zakat Pendapatan di Malaysia\n1. Cara Mengira Zakat Pendapatan\n2. Cara Bayar Zakat Pendapatan Secara Online dan Fizikal\nLaksanakan Kewajipan, Bayar Zakat Pendapatan Bulanan Anda\n\n\n6 Perkara Penting Berkaitan Zakat Pendapatan yang Anda Perlu Tahu\n\n\nZakat pendapatan bukanlah suatu perkara yang asing bagi umat Islam di Malaysia. Bayaran zakat merupakan rukun Islam yang keempat dan menjadi satu kewajipan kepada umat Islam yang berkemampuan.\n\n\nBagi anda yang kurang arif tentang zakat pendapatan, anda mungkin tertanya-tanya apa itu zakat pendapatan, bila bayar zakat pendapatan atau siapa perlu bayar zakat pendapatan.\n\n\n\n\nArtikel ini akan membantu anda memahami perkara asas berkaitan zakat pendapatan dengan lebih lanjut untuk memudahkan anda.\n\n\n1. Apa Itu Zakat Pendapatan?\n\n\nZakat pendapatan ialah zakat yang dikenakan ke atas semua jenis sumber pendapatan termasuk hasil upah yang diperolehi daripada perkhidmatan, pekerjaan dan aktiviti yang menghasilkan pendapatan. Pendapatan yang layak dikenakan zakat termasuklah:\n\n\n\n\nGaji;\n\n\nElaun;\n\n\nBonus;\n\n\nKomisen;\n\n\nEmolumen;\n\n\nUpah;\n\n\nBayaran profesional;\n\n\nSemua jenis penerimaan yang tidak berasaskan modal, tetapi berasaskan kerja atau perkhidmatan yang diberikan;\n\n\nLain-lain pendapatan seperti hasil ternakan, pertanian atau sewa rumah.\n\n\n\n\n2. Siapa yang Wajib Bayar Zakat Pendapatan?\n\n\nSecara asasnya, tidak semua individu wajib bayar zakat pendapatan ini. Bayaran zakat harta hanya dikenakan kepada individu berkemampuan atau mempunyai jumlah pendapatan tertentu seperti ditetapkan oleh institusi zakat negeri masing-masing.\n\n\n\n\n\n\n\n\nNegeri\n\n\nKadar Bayaran Zakat Pendapatan 2023/Setahun\n\n\n\n\n\n\nKelantan\n\n\nRM21,553.15\n\n\n\n\n\n\nNegeri Sembilan\n\n\nRM22,669.53\n\n\n\n\n\n\nMelaka\n\n\nRM21,625.69\n\n\n\n\n\n\nSelangor\n\n\nAkan Dikemas Kini\n\n\n\n\n\n\nPerak\n\n\nRM24,424.54\n\n\n\n\n\n\nKedah\n\n\nRM22,612.24\n\n\n\n\n\n\nTerengganu\n\n\nRM22,176.03\n\n\n\n\n\n\nWilayah Persekutuan Kuala Lumpur\n\n\nRM21,626.00\n\n\n\n\n\n\nPahang\n\n\nRM24,424.54\n\n\n\n\n\n\nJohor\n\n\nRM\n24,424.54\n\n\n\n\n\n\nSabah\n\n\nRM21,500.00\n\n\n\n\n\n\nSarawak\n\n\nRM\n24,467.11\n\n\n\n\n\n\nPulau Pinang\n\n\nRM15,885.00\n\n\n\n\n\n\nPerlis\n\n\nRM22,578.76\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: Majlis Agama Islam Negeri-negeri\n\n\n3. Bila Perlu Bayar Zakat Pendapatan?\n\n\nDi Malaysia, urusan pembayaran zakat pendapatan perlu dijelaskan sebelum 31 Disember setiap tahun. Ia bagi melayakkan anda untuk mendapat \nrebat \ncukai pendapatan.\n\n\n4. Apa Syarat Zakat Pendapatan?\n\n\nSecara asasnya, zakat pendapatan digunakan untuk membantu golongan asnaf dan memperkasakan ekonomi umat Islam. Di Malaysia, ada beberapa \nsyarat wajib\n zakat pendapatan yang perlu dipenuhi bagi melayakkan individu bayar zakat pendapatan:\n\n\ni. Beragama Islam\n\n\nZakat merupakan satu ibadat yang disyariatkan kepada orang Islam sahaja. Oleh sebab itu, pemilik harta yang layak dikenakan zakat mestilah seseorang yang beragama Islam.\n\n\nii. Merdeka\n\n\nPemilik harta mestilah bebas daripada sebarang bentuk penghambaan. Para ulama masih lagi mengekalkan faktor ini sebagai salah satu syarat utama untuk membayar zakat meskipun isu penghambaan tidak lagi wujud pada masa kini.\n\n\niii. Lepas Nisab Zakat Pendapatan dan Cukup Haul Zakat Pendapatan\n\n\nPendapatan tahunan individu yang layak dikenakan zakat mestilah melepasi kadar bayaran zakat\u00a0 (nisab zakat) dan cukup haul yang ditetapkan. Apa maksud nisab zakat pendapatan ini? Nisab merupakan satu kadar yang ditetapkan untuk menentukan sama ada sesuatu harta wajib dikenakan zakat atau tidak.\n\n\nSebagai contoh, nisab zakat pendapatan, perniagaan, \nwang simpanan\n dan \nemas\n adalah sebanyak 20 mithqal (85 gram emas). Kadar bayaran zakat pendapatan ialah sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah pendapatan kasar atau pendapatan bersih.\n\n\nPerlu diingatkan, kadar nisab sentiasa berubah-ubah setiap tahun dan ditentukan oleh institusi zakat. Kadar nisab ini ditetapkan berdasarkan cukup haul zakat pendapatan*.\n\n\n*Maksud cukup haul dalam bahasa Melayu: Cukup haul zakat pendapatan bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam kiraan tahun Hijrah (354 hari) atau tahun masihi iaitu (365 hari).\n\n\niv. Memiliki Harta Sepenuhnya\n\n\nZakat pendapatan tidak wajib jika harta tidak mempunyai pemilik tertentu atau dimiliki oleh orang awam seperti tanah wakaf, harta baitulmal dan sebagainya. Individu yang dikenakan zakat harus membuktikan harta atau pendapatan merupakan miliknya 100 peratus.\n\n\nIni bermaksud, tidak ada individu lain yang berhak ke atas harta tersebut kecuali individu itu sendiri.\n\n\nv. Harta Berpotensi untuk Berkembang\n\n\nSelain itu, syarat bayar zakat pendapatan mestilah memiliki harta yang berpotensi untuk berkembang dan beri pulangan kepada pemilik. Secara asasnya, sebab zakat hanya diwajibkan ke atas harta yang berkembang supaya pembayaran zakat tidak membawa kepada penyusutan harta.\n\n\nLebih-lebih lagi jika harta tersebut satu-satunya sumber untuk kelangsungan hidup pemiliknya.\n\n\n\n\n5. Berapa Peratus Zakat Pendapatan?\n\n\nBerdasarkan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, zakat ke atas pendapatan penggajian wajib bagi individu yang layak mengeluarkan zakat. Kadar zakat pendapatan adalah berdasarkan nisab zakat yang dikenakan iaitu 2.5 peratus zakat pendapatan daripada jumlah pendapatan kasar setahun.\n\n\n6. Bagaimana Cara Bayar Zakat Harta?\n\n\nNamun begitu, ada individu yang membuat potongan zakat secara bulanan melalui potongan gaji. Anda boleh jalankan tanggungjawab anda membayar zakat pada setiap bulan atau pada setiap hujung tahun bergantung pada pilihan anda.\n\n\nBayaran Zakat Pendapatan, Kaedah Pengiraan Zakat Pendapatan di Malaysia\n\n\nMasih ramai yang masih belum arif tentang cara pengiraan zakat pendapatan sehingga berkemungkinan tidak membayar zakat dengan tepat. Bagaimana cara kira zakat pendapatan dengan betul? Ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut.\n\n\n1. Cara Mengira Zakat Pendapatan\n\n\nSecara amnya, terdapat dua cara perkiraan zakat pendapatan yang perlu anda tahu. Anda boleh rujuk panduan pengiraan seperti berikut:\n\n\ni. Kaedah Tanpa Penolakan\n\n\nCara kira zakat pendapatan melalui kaedah ini lebih ringkas dan mudah. Anda hanya perlu tentukan jumlah pendapatan tahunan, kemudian darabkan dengan 2.5 peratus daripada jumlah pendapatan. Untuk lebih jelas, rujuk formula perkiraan zakat seperti berikut:\n\n\n\n\nPendapatan Kasar Setahun x 2.5% = Zakat Pendapatan yang Perlu Dibayar\n\n\nRM48,000 x 2.5% = RM1,200\n\n\n\n\nBerdasarkan contoh di atas, jika pendapatan tahunan anda adalah sebanyak RM48,000 (atau RM4,000 sebulan), jumlah zakat yang layak dikenakan ke atas diri anda adalah sebanyak RM1,200 setahun.\n\n\nii. Kaedah Selepas Penolakan\n\n\nSecara asasnya, kaedah perkiraan zakat ini sama seperti pengiraan pengecualian cukai. Kiraan dibuat berdasarkan jumlah pendapatan bersih atau selepas ditolak pelepasan-pelepasan tertentu.\n\n\nBerikut merupakan antara jenis pelepasan yang boleh ditolak untuk pengiraan zakat:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbelanjaan asas diri sendiri;\n\n\nNafkah isteri;\n\n\nPerbelanjaan anak-anak;\n\n\nPemberian kepada ibu bapa;\n\n\nCaruman KWSP;\n\n\nCaruman kepada institusi kewangan, koperasi dan sebagainya (membayar zakat bagi pihak pencarum atau pendeposit seperti \nTabung Haji\n).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi membantu anda memahami dengan lebih baik, anda boleh rujuk contoh pengiraan dalam jadual di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJumlah\n\n\n\n\n\n\nA. Pendapatan dari Semua Sumber (Setahun)\n\n\n\nHasil penggajian dan upah kerja \u2013 gaji, upah bonus, tuntutan kerja overtime, pencen, hadiah, insentif dll.\n\n\nHasil kerja bebas \u2013 keuntungan projek, komisen, royalti dll.\n\n\nHarta yang menghasilkan pendapatan \u2013 \nSewaan aset rumah\n, kenderaan, produk ternakan seperti susu, telur dsb.\n\n\n\n\n\n\nRM48,000\n\n\n\n\n\n\nB. TOLAK Perbelanjaan yang Dibenarkan Zakat (Setahun)\n\n\n\nBelanja diri sendiri (RM12,000)\n\n\nNafkah isteri (RM5,000)\n\n\nPerbelanjaan anak bawah 18 tahun (RM2,000)\n\n\nPerbelanjaan anak atas 18 tahun (\nbelajar IPT\n) (RM5,000)\n\n\nPemberian kepada ibu bapa (RM100 x 12 bulan)\n\n\nPendidikan sendiri\n (RM2,000)\n\n\nPotongan KWSP 11% (RM5,280)\n\n\n\n\n\n\nRM32,480\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Layak Zakat (A \u2013 B)\n\n\nRM15,520\n\n\n\n\n\n\nC. Zakat Pendapatan Wajib Dibayar\n\n\n\nRM15,520.00 x 2.5%\n\n\n\n\n\n\nRM388.00\n\n\n\n\n\n\nD. TOLAK Zakat ke atas Caruman Setahun Organisasi yang Membayar Zakat bagi Pihak Pencarum (Tabung Haji)\n\n\n\nRM1,200.00 x 2.5%\n\n\n\n\n\n\nRM30.00\n\n\n\n\n\n\nJumlah Zakat Setahun (C \u2013 D) \u2013 Bersih\n\n\nRM358.00\n\n\n\n\n\n\nJumlah Potongan Gaji Zakat Sebulan\n\n\n\nRM358.00 \u00f7 12 bulan\n\n\n\n\n\n\nRM29.90\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan contoh di atas, anda hanya perlu bayar zakat sebanyak RM358 setahun atau kira-kira RM29.90 setiap bulan. Pengiraan ini mungkin berbeza, bergantung pada perbelanjaan yang dibenarkan zakat masing-masing.\n\n\n2. Cara Bayar Zakat Pendapatan Secara Online dan Fizikal\n\n\nUmat \u200b\u200bIslam di Malaysia digalakkan untuk membuat pembayaran zakat di Pusat Pungutan Zakat Negeri masing-masing sama ada secara bulanan atau tahunan. Wang zakat yang dikumpul boleh diagihkan kepada golongan yang memerlukan.\n\n\nDi Malaysia, terdapat beberapa cara yang boleh anda praktikkan untuk membayar zakat anda. Anda juga boleh rujuk Pusat Zakat Negeri masing-masing untuk mendapat kepastian mengenai cara atau jumlah zakat yang perlu dibayar.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBayar zakat secara online melalui laman web rasmi Lembaga Zakat setiap negeri;\n\n\nBayaran zakat melalui perbankan internet;\n\n\nPembayaran secara fizikal sama ada melalui cawangan rasmi Lembaga Zakat,\u00a0Pejabat POS, kaunter bank atau ATM terpilih;\n\n\nEjen zakat rasmi yang dilantik.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLaksanakan Kewajipan, Bayar Zakat Pendapatan Bulanan Anda\n\n\nDiharapkan artikel ini dapat membantu anda memahami cara kira, cara bayar dan syarat-syarat berkaitan zakat pendapatan yang di Malaysia. Pembayaran zakat merupakan satu ibadat yang dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan seperti golongan fakir dan miskin, mualaf, ibu tunggal, anak yatim, pelajar dan sebagainya. Oleh sebab itu, sekiranya anda layak untuk membayar zakat, jangan lupa untuk jalankan tanggungjawab dan bayar zakat anda setiap tahun!\n\n\nNota: Sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta murah\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut.\u00a0Selain \ninsurans kereta\n, anda juga boleh mendapatkan \ninsurans motor\n dan \ninsurans rumah\n di Qoala dengan tawaran harga terbaik dan proses pantas.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/pengurusan-kewangan/zakat-simpanan/", "title": "Kaedah Kiraan, Cara Bayar Zakat Simpanan di Malaysia 2023", "body": "\n\nRamai umat Islam yang membayar \nzakat fitrah\n dan \nzakat pendapatan\n setiap tahun. Tetapi ramai yang tidak sedar atau terlepas pandang kewajipan untuk membayar zakat simpanan ke atas wang simpanan dimiliki yang memenuhi syarat-syaratnya. Umumnya, zakat wang simpanan dikeluarkan oleh pendeposit daripada simpanan yang telah genap setahun dan cukup nisab.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n7 Perkara Golongan Muda Wajib Tahu Tentang Zakat Simpanan\n1. Apa Itu Zakat Simpanan?\n2. Jenis Simpanan yang Boleh Dikenakan Zakat Simpanan\n3. Syarat Wajib Zakat Wang Simpanan\n4. Nisab Zakat Wang Simpanan\n5. Kadar Wajib Zakat Simpanan\n6. Kaedah Pengiraan\n7. Zakat Wang Simpanan KWSP dan LTAT\nZakat Simpanan Menyuburkan Harta dan Memberi Keberkatan Hidup\n\n\n7 Perkara Golongan Muda Wajib Tahu Tentang Zakat Simpanan\n\n\nAntara persoalan yang sering ditanyakan berkaitan zakat simpanan \u2013 Jenis simpanan yang layak dikenakan zakat? Berapa jumlah simpanan minimum yang wajib keluarkan zakat? Bagaimana kaedah pengiraan zakat?\n\n\nJadi, untuk menjawab persoalan anda berkaitan zakat wang simpanan ini, berikut panduan asas tentang zakat wang simpanan untuk rujukan dan panduan anda.\n\n\n1. Apa Itu Zakat Simpanan?\n\n\nZakat simpanan dikenakan ke atas \nwang simpanan\n di bank atau mana-mana institusi kewangan termasuklah akaun simpanan, \nsimpanan tetap\n, simpanan semasa, \nsaham amanah\n, \npelaburan\n, pegangan saham, bon simpanan dan sebagainya. Ia juga dikenakan ke atas perkara lain yang boleh diterima pakai sebagai mata wang dalam urusan jual beli seperti \nemas\n atau perak.\n\n\n2. Jenis Simpanan yang Boleh Dikenakan Zakat Simpanan\n\n\nBerikut merupakan antara simpanan yang boleh dikenakan zakat simpanan. Anda perlu kira jumlah keseluruhan kesemua jenis simpanan ini bagi mengetahui sama ada simpanan anda melebihi nilai nisab zakat wang simpanan terkini:\n\n\n\n\nSimpanan dalam bank atau institusi kewangan;\n\n\nSimpanan wang di luar institusi kewangan;\n\n\nSimpanan ASB\n;\n\n\nSijil bon simpanan;\n\n\nPegangan saham;\n\n\nPelaburan jangka panjang;\n\n\nLain-lain simpanan seperti \nsimpanan emas\n dan sebagainya.\n\n\n\n\nNamun begitu, tidak semua simpanan perlu diambil kira dalam menentukan jumlah zakat simpanan yang perlu dibayar. Simpanan wang di \nTabung Haji\n atau dalam \nakaun Bank Islam\n contohnya tidak tertakluk pada zakat wang simpanan.\n\n\nIni kerana, institusi-institusi ini telah mengeluarkan zakat simpanan bagi pihak anda.\n\n\n3. Syarat Wajib Zakat Wang Simpanan\n\n\nSecara asasnya, wang simpanan yang anda miliki wajib dikeluarkan zakat jika:\n\n\n\n\nCukup nisab* \u2013 kadar nisab biasanya berbeza mengikut negeri sama seperti kadar zakat fitrah;\n\n\nCukup haul**\n\n\n\n\n*Nisab merujuk pada kadar harta yang telah ditentukan oleh Syarak \u2013 sesuatu harta tidak akan dikenakan zakat sekiranya tidak sampai kadar harta yang telah ditentukan.\n\n\n**Cukup haul bermaksud simpanan atau harta yang dimiliki cukup tempoh setahun dalam perkiraan tahun Hijrah (354 hari) atau mengikut tahun masihi (365 hari).\n\n\n\n\n4. Nisab Zakat Wang Simpanan\n\n\nNisab* zakat wang simpanan adalah berdasarkan harga secara purata emas seberat 85 gram atau 595 gram perak pada tahun itu dengan kadar bayaran zakat sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah bersih. Sebagai contoh, jika harga emas satu (1) gram ialah RM35.29, maka harga bagi 85 gram emas ialah RM3,000 (nilai nisab wang simpanan).\n\n\nIni bermakna, jika simpanan anda melebihi RM3,000 (atau apa-apa nilai semasa zakat wang simpanan bergantung pada negeri masing-masing), anda wajib membayar zakat simpanan setelah cukup haul (setahun).\n\n\nNisab Zakat Simpanan Mengikut Negeri di Malaysia\n\n\nUntuk makluman, kadar \nnisab zakat simpanan terkini untuk negeri Selangor\n (2022) adalah RM19,973. Ini bermaksud, jika simpanan anda sama atau melebihi amaun RM19,973 ini, anda wajib membayar zakat wang simpanan. Berikut merupakan jadual kadar nisab zakat wang simpanan untuk semua negeri-negeri di Malaysia untuk rujukan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nNegeri/Tahun\n\n\n2023\n\n\n2022\n\n\n2021\n\n\n2020\n\n\n\n\n\n\nJohor\n\n\nAkan dikemas kini\n\n\nRM20,614\n\n\nRM20,579.75\n\n\nRM21,783.37\n\n\n\n\n\n\nKedah\n\n\nAkan dikemas kini\n\n\nRM20,402\n\n\nRM20,345.24\n\n\nRM15,767.73\n\n\n\n\n\n\nKelantan\n\n\nAkan dikemas kini\n\n\nRM20,520\n\n\nRM15,972.06\n\n\nRM15,972.06\n\n\n\n\n\n\nMelaka\n\n\nAkan dikemas kini\n\n\nRM20,361\n\n\n\u2013\n\n\nRM15,767.73\n\n\n\n\n\n\nNegeri Sembilan\n\n\nAkan dikemas kini\n\n\nRM20,970\n\n\nRM18,789\n\n\nRM18,789.75\n\n\n\n\n\n\nPahang\n\n\nAkan dikemas kini\n\n\nRM20,312\n\n\n\u2013\n\n\nRM21,556.65\n\n\n\n\n\n\nPulau Pinang\n\n\nAkan dikemas kini\n\n\nRM20,370\n\n\nRM20,500\n\n\nRM15,885\n\n\n\n\n\n\nPerak\n\n\nAkan dikemas kini\n\n\nRM20,614\n\n\nRM19,940.01\n\n\nRM20,949.86\n\n\n\n\n\n\nPerlis\n\n\nAkan dikemas kini\n\n\nRM20,614\n\n\nRM20,579.75\n\n\nRM20,949.86\n\n\n\n\n\n\nSelangor\n\n\nAkan dikemas kini\n\n\nRM19,973\n\n\nRM20,920\n\n\nRM18,570\n\n\n\n\n\n\nTerengganu\n\n\nAkan dikemas kini\n\n\nRM20,331\n\n\nRM20,503.42\n\n\nRM19,512.03\n\n\n\n\n\n\nSabah\n\n\nAkan dikemas kini\n\n\nRM20,600\n\n\nRM20,300\n\n\nRM15,800\n\n\n\n\n\n\nSarawak\n\n\nAkan dikemas kini\n\n\nRM20,137\n\n\nRM20,440.68\n\n\nRM14,456.21\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Kadar Wajib Zakat Simpanan\n\n\nJika simpanan anda melebihi kadar nisab zakat simpanan terkini, kadar bayaran zakat yang dikenakan adalah sebanyak 2.5 peratus ke atas baki terakhir dalam tempoh setahun simpanan.\n\n\nSebagai contoh, jika jumlah keseluruhan simpanan anda daripada semua beberapa sumber simpanan berjumlah RM22,000, pengiraan kadar wajib zakat simpanan adalah seperti berikut \u2013 2.5 peratus x RM22,000 = RM550.\n\n\nJumlah zakat wang simpanan yang perlu dibayar pada tahun itu adalah sebanyak RM550.\n\n\nKalkulator Zakat Simpanan\n\n\nUntuk mengetahui nilai zakat simpanan yang perlu dibayar, anda boleh merujuk \nkalkulator zakat simpanan\n yang disediakan oleh institusi zakat negeri masing-masing.\n\n\nSekiranya anda mempunyai kemusykilan, kami menyarankan anda untuk membuat pengiraan zakat wang simpanan di kaunter zakat berhampiran anda.\n\n\n6. Kaedah Pengiraan\n\n\nBerikut merupakan kaedah pengiraan zakat wang simpanan mengikut kategori simpanan tertentu untuk panduan anda. Kaedah pengiraan ini adalah anggaran semata-mata, anda boleh rujuk pusat zakat negeri untuk penjelasan lebih lanjut berkaitan kaedah pengiraan zakat simpanan ini.\n\n\ni. Kiraan Zakat Simpanan Tetap\n\n\nSimpanan tetap merujuk pada simpanan yang tidak dikeluarkan daripada sesuatu akaun dalam tempoh tertentu mengikut perjanjian yang dibuat dengan institusi kewangan. Simpanan tetap juga tertakluk pada zakat simpanan.\n\n\nAnda wajib keluarkan zakat simpanan sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah simpanan tetap jika telah cukup syarat-syaratnya. Berikut kaedah kiraan zakat wang simpanan tetap untuk panduan anda:\n\n\nContoh: \nSimpanan tetap\n di bank sebanyak RM50,000 tanpa dikeluarkan selama setahun;\n\nRM50,000 x 2.5% = RM1,250;\n\nJumlah zakat untuk simpanan tetap yang perlu dibayar adalah RM1,250.\n\n\nii. Kiraan Zakat Simpanan Biasa\n\n\nBagi simpanan biasa (aliran duit keluar masuk tidak tetap) pula, zakat sebanyak 2.5 peratus dikeluarkan berdasarkan jumlah baki terendah sesuatu akaun simpanan dalam tempoh setahun dan cukup haul serta nisab.\n\n\nContoh: Baki terendah bagi tahun 2014 adalah RM15,000;\n\nRM15,000 x 2.5% = RM375;\n\nZakat wang simpanan yang dikenakan adalah sebanyak RM375.\n\n\niii. Kiraan Zakat Beberapa Akaun Simpanan\n\n\nBagi pemilik beberapa akaun simpanan pula, baki terendah setiap akaun perlu ditambah dan didarabkan dengan 2.5 peratus untuk mendapatkan jumlah zakat (meskipun baki terendah masih belum cukup nisab jika dikira satu-satu atau salah satu akaun).\n\n\nBerikut kaedah kiraan untuk simpanan dalam beberapa akaun untuk panduan anda:\n\n\nContoh: Baki terendah untuk akaun 1 ialah RM6,500 dan akaun 2 ialah RM3,000;\n\nJumlah baki terendah dalam kedua-dua akaun x 2.5% = (RM6,500 + RM 3,000) x 2.5% = RM237.50;\n\nZakat simpanan adalah sebanyak RM237.50.\n\n\nNamun begitu, jika ditambah kesemua baki terendah masih tidak mencukupi nisab, maka tidak wajib bayar zakat simpanan.\n\n\n7. Zakat Wang Simpanan KWSP dan LTAT\n\n\nCaruman ke dalam akaun \nKumpulan Wang Simpanan Pekerja\n (KWSP) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau seumpamanya wajib dibayar zakat apabila anda melakukan pengeluaran.\n\n\nDalam erti kata lain, zakat wajib dikeluarkan apabila pencarum membuat \npengeluaran KWSP\n atau LTAT yang mencapai atau melebihi nisab.\u00a0Pengeluaran KWSP boleh dilakukan untuk tujuan \npersaraan\n, \nbeli rumah pertama\n dan sebagainya.\n\n\n\n\nZakat Simpanan Menyuburkan Harta dan Memberi Keberkatan Hidup\n\n\nMenabung atau menyimpan wang bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya dalam kalangan generasi muda hari ini. Anda digalakkan untuk mula menyimpan dari awal dan sebanyak mungkin supaya boleh dijadikan \nsimpanan kecemasan\n atau dijadikan simpanan persaraan.\n\n\nNamun begitu, dalam keghairahan menyimpan, jangan lupakan tanggungjawab anda untuk membayar zakat wang simpanan jika sudah cukup haul dan nisab.\n\n\nSelain itu, jika anda ingin mendapatkan perlindungan \ninsurans kereta dan insurans motor\n untuk ketenangan fikiran sepanjang pemanduan, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans online terbaik\n di Malaysia.\n\n\nAnda boleh mendapatkan \ninsurans dan takaful kereta dan motor terbaik\n di Malaysia dengan selamat pada harga yang berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/agreed-value-vs-market-value/", "title": "Agreed Value vs Market Value: Mana Perlindungan Terbaik untuk Anda?", "body": "\n\nAnda mungkin biasa dengan istilah seperti \nsum insured\n, \nagreed value\n vs \nmarket value\n semasa menentukan jumlah diinsuranskan untuk perlindungan \ninsurans kereta\n anda. Penting untuk anda memahami perkara-perkara ini terutamanya semasa \nmemperbaharui insurans kereta\n komprehensif. Pilihan sama ada \nagreed value\n vs \nmarket value\n akan memberi kesan kepada amaun bayaran ganti rugi apabila anda buat tuntutan insurans kelak.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nSum Insured Insurans Kereta di Malaysia: Memilih Agreed Value vs Market Value untuk Polisi Insurans Kereta Anda\nJumlah Diinsuranskan (Sum Insured)\nNilai Dipersetujui (Agreed Value)\nNilai Pasaran (Market Value)\nAdakah Agreed Value Lebih Baik daripada Market Value?\nAgreed Value vs Market Value: Apa yang Terbaik untuk Perlindungan Kereta Anda?\n\n\nSum Insured\n Insurans Kereta di Malaysia: Memilih \nAgreed Value\n vs \nMarket Value \nuntuk Polisi Insurans Kereta Anda\n\n\nSebelum memperbaharui insurans dan \ncukai jalan kereta\n anda, anda perlu pilih jumlah diinsuranskan atau \nsum insured\n yang betul bagi memastikan kereta anda memiliki jumlah perlindungan yang mencukupi. Ambil perhatian tentang apa itu \nsum insured\n, \nagreed value vs market value\n dan perbezaan antara \nagreed value vs market value\n\u00a0bagi membantu anda buat keputusan yang tepat.\n\n\nJumlah Diinsuranskan (\nSum Insured\n)\n\n\nPenting untuk anda memilih jumlah diinsuranskan atau \nsum insured\n yang sesuai untuk perlindungan kereta anda. Tetapi, apa yang dimaksudkan dengan \nsum insured\n?\n\n\nSecara ringkas, jumlah diinsuranskan merujuk pada jumlah perlindungan kereta yang ditentukan berdasarkan nilai pasaran semasa. Jumlah diinsuranskan untuk kereta anda akan berkurangan setiap tahun biasanya dipengaruhi oleh \npenyusutan nilai kereta\n.\n\n\nDengan memilih jumlah perlindungan yang sesuai, anda dapat mengelakkan daripada berdepan situasi kereta terlebih perlindungan (\nover-insured\n) atau terkurang perlindungan (\nunder-insured\n).\n\n\n\n\nKereta Kurang Perlindungan\n\n\nJika kereta anda kurang perlindungan atau \nunder-insured\n, anda tidak akan menerima ganti rugi penuh atas kerugian atau kerosakan kereta anda. Jika berlaku kemalangan, anda tidak akan mendapat pampasan penuh daripada syarikat insurans. Malah, anda juga mungkin:\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerpaksa menggunakan wang sendiri bagi menambah \nkos pembaikan kereta\n anda (dalam kes kemalangan);\n\n\nTidak menerima pampasan penuh (bagi kes kecurian kereta atau \ntotal loss\n\u00a0akibat kebakaran atau kemalangan).\n\n\n\n\n\n\n\n\nKereta Lebih Perlindungan\n\n\nTetapi, jika perlindungan terlalu banyak melebihi harga pasaran, anda perlu membayar harga \npremium insurans\n yang lebih tinggi dan berlebihan.\n\n\nSekiranya berlaku apa-apa ke atas kereta anda, jumlah ganti rugi yang akan diterima terhad kepada nilai pasaran semasa kereta anda.\n\n\nSecara asasnya, \nsum insured\n terbahagi kepada dua pilihan \u2013 \nagreed value vs market value\n (nilai dipersetujui vs nilai pasaran). Anda boleh pilih mana-mana antara dua pilihan ini bergantung pada keperluan dan bajet anda.\n\n\nNilai Dipersetujui (\nAgreed Value\n)\n\n\nAgreed Value\n atau Nilai Dipersetujui bermaksud kereta anda diinsuranskan berdasarkan nilai yang telah dipersetujui antara anda dan syarikat insurans atau takaful. Jumlah diinsuranskan yang ditawarkan dikira berdasarkan model kereta, tahun dan faktor-faktor lain semasa pembelian insurans.\n\n\nJika berlaku kerugian atau \ntuntutan total loss\n, syarikat insurans akan membayar pampasan penuh kepada anda mengikut nilai yang telah dipersetujui. Jumlah perlindungan ini tidak akan berubah meskipun nilai pasaran kereta anda telah menyusut.\n\n\nUntuk memudahkan anda memahami Nilai Dipersetujui dengan lebih baik, anda boleh lihat contoh seperti berikut:\n\n\n\n\nSuraya memilih untuk menginsuranskan kereta beliau sebanyak RM50,000 berdasarkan Nilai Dipersetujui;\n\n\nSelepas lapan bulan, beliau terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kerosakan teruk pada kereta;\n\n\nBeliau membuat tuntutan \ntotal loss\n dengan syarikat insurans \u2013 syarikat insurans akan membayar sebanyak RM50,000 mengikut nilai yang dipersetujui semasa pembelian insurans;\n\n\nJumlah pampasan yang diterima tidak berubah meskipun nilai kereta Suraya telah susut nilai pada masa kemalangan berlaku;\n\n\nKatakanlah Suraya masih mempunyai baki hutang ansuran \npinjaman kereta\n dengan pihak bank sebanyak RM45,000. Beliau boleh gunakan pampasan yang diterima untuk menjelaskan hutang dengan pihak bank.\n\n\nManakala baki selebihnya RM5,000 lagi boleh digunakan untuk membuat \nsimpanan dan pelaburan\n, atau tujuan-tujuan lain.\n\n\n\n\n*Contoh digunakan adalah anggaran semata-mata \u2013 situasi atau kos sebenar yang terlibat mungkin berbeza bergantung pada polisi dan individu\n\n\n\n\nNilai Pasaran \n(Market Value\n)\n\n\nApa pula yang dimaksudkan dengan \nmarket value\n? \nMarket Value\n atau Nilai Pasaran merujuk pada jumlah perlindungan kenderaan mengikut harga pasaran semasa pembelian insurans. Penentuan nilai ini biasanya dipengaruhi oleh faktor seperti jenama kenderaan, model dan tahun pembuatan.\n\n\nUntuk memudahkan anda memahami Nilai Pasaran dengan lebih baik, anda boleh lihat contoh seperti berikut:\n\n\n\n\nNilai pasaran semasa kereta Ahmad adalah sebanyak RM50,000 semasa beliau \nbeli insurans kereta\n awal tahun lalu;\n\n\nBeliau memilih untuk menginsuranskan kereta miliknya berdasarkan Nilai Pasaran dengan jumlah perlindungan RM50,000;\n\n\nBaru-baru ini, kereta beliau terlibat dalam kemalangan dan beliau membuat \ntuntutan kereta kemalangan\n \ntotal loss\n dengan pihak insurans;\n\n\nJika tuntutan beliau diluluskan, pihak insurans akan membayar ganti rugi berdasarkan harga pasaran pada masa tuntutan itu dibuat;\n\n\nKatakanlah harga pasaran untuk model kereta yang sama adalah sebanyak RM45,000 \u2013 syarikat insurans atau takaful akan membayar pampasan mengikut nilai semasa tersebut;\n\n\nDalam erti kata lain, amaun yang akan dibayar oleh syarikat insurans bergantung pada nilai pasaran semasa kereta ketika tuntutan insurans dibuat;\n\n\nAndaikan \nkereta belum habis bayar\n, dan Ahmad masih lagi mempunyai baki \nloan\n kereta\n dengan pihak bank sebanyak RM47,000. Beliau perlu menambah sebanyak RM2,000 daripada duit simpanan sendiri untuk menjelaskan pinjaman kereta tersebut.\n\n\n\n\n*Contoh digunakan adalah anggaran semata-mata \u2013 situasi atau kos sebenar yang terlibat mungkin berbeza bergantung pada polisi dan individu\n\n\nAdakah \nAgreed Value\n Lebih Baik daripada \nMarket Value\n?\n\n\nBagi menjawab persoalan mana yang lebih baik antara \nagreed value vs market value\n, ia bergantung sepenuhnya pada pilihan individu. Namun begitu, anda boleh pertimbangkan faktor berikut semasa menentukan jumlah diinsuranskan untuk kereta anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKebaikan\n\n\nKeburukan\n\n\n\n\n\n\nHarga Pasaran/\nMarket Value\n\n\n\n\n\n\nHarga premium insurans\n mungkin lebih murah, bergantung pada insurans anda\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBayaran ganti rugi lebih rendah daripada jumlah yang diinsuranskan disebabkan oleh susut nilai kenderaan;\n\n\nRisiko \nunder-insurance\n.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga Dipersetujui/\nAgreed Value\n\n\n\n\n\n\nBayaran ganti rugi adalah sama dengan jumlah diinsuranskan tanpa dipengaruhi harga pasaran;\n\n\nBoleh ketahui jumlah pampasan yang akan diterima dengan tepat.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMungkin tidak tersedia untuk semua pelan;\n\n\nHarga premium mungkin lebih tinggi bergantung pada pihak insurans anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSecara asasnya, polisi Nilai Dipersetujui membolehkan anda mendapatkan bayaran ganti rugi yang mencukupi. Anda tidak lagi perlu risau tentang susut nilai atau \nunder-insurance\n. Polisi Nilai Pasaran pula membolehkan anda menjimatkan wang kerana harga premium lebih rendah jika jumlah diinsuranskan lebih rendah.\n\n\n\n\nAgreed Value vs Market Value\n: Apa yang Terbaik untuk Perlindungan Kereta Anda?\n\n\nKedua-dua \nagreed value vs market value\n mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Ia bergantung sepenuhnya pada keperluan seseorang individu. Apa yang penting, anda perlu faham perbezaan antara kedua-dua polisi ini bagi membolehkan anda membuat pilihan yang betul dan sesuai.\n\n\nBiasanya, kebanyakan pemilik kereta baharu akan memilih Nilai Dipersetujui. Jika berlaku kecurian atau kemalangan \ntotal loss\n, ia menawarkan jumlah pembayaran yang lebih baik walaupun ia melibatkan jumlah premium yang sedikit mahal. Namun begitu, jika anda tidak dapat memilih antara \nagreed value vs market value\n, anda boleh berunding dengan \nkhidmat pelanggan Qoala\n\u00a0untuk info lanjut.\n\n\nQoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans\n yang membantu anda memilih \ninsurans kereta terbaik\n yang menepati bajet, keperluan dan perlindungan yang sesuai. Dapatkan sebut harga percuma hari ini, dan buat pilihan antara \nagreed value vs market value\n untuk kereta anda hari ini!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/apa-itu-insurans-takaful/", "title": "Panduan Lengkap Insurans Takaful, Beza Takaful & Insurans di Malaysia", "body": "\n\nInsurans takaful dan insurans konvensional kedua-duanya memainkan peranan penting dalam kehidupan. Ia bertujuan memberikan perlindungan kewangan kepada anda sekiranya berlaku perkara luar jangka seperti\n kemalangan jalan raya\n, menghidap penyakit kritikal, mengalami kerugian harta benda atau kematian. Meskipun begitu, terdapat perbezaan antara takaful dan insurans konvensional terutamanya dari aspek konsep, prinsip dan kaedah pelaksanaan di Malaysia.\n\n\nSecara asasnya, produk takaful boleh dianggap sebagai insurans patuh Syariah yang mesra pengguna Islam. Takaful insurans juga terbuka kepada semua dan tidak terhad kepada pengguna Islam sahaja \u2013 orang bukan Islam boleh mendapatkan perlindungan takaful dan menikmati kelebihan takaful.\n\n\nArtikel ini akan membantu anda mengenal pasti beza insurans dan takaful, jenis insurans takaful dan maksud takaful dalam Islam dan perkara-perkara lain berkaitan \ninsurance\n takaful untuk rujukan anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Takaful Insurans\nApa Itu Insurans Takaful\nCiri-ciri Utama Takaful\nJenis-jenis Perlindungan dalam Insurans Takaful\nSebab Insurans Konvensional Tidak Diterima dalam Islam\nPerbezaan Takaful dan Insurans Konvensional\nSebab Utama Wajib Mempunyai Takaful Sebagai Perlindungan\n1. Risiko yang Tidak Dijangka\n2. Melindungi Harta dan Aset\n3. Kerjasama Bersama untuk Membantu Orang Lain\nPanduan Beli Insurans Takaful Terbaik\n1. Selidik Sama Ada Ejen Berdaftar di Bawah MTA\n2. Kenal Pasti Jumlah Perlindungan Diperlukan\n3. Pilih Polisi Perlindungan yang Sesuai\n\n\n5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Takaful Insurans\n\n\nPerlindungan takaful memainkan peranan penting dalam meringankan beban terutamanya melibatkan aspek kewangan sekiranya berlaku sesuatu musibah. \nQoala\n menyenaraikan lima perkara yang anda perlu tahu berkaitan takaful\n insurance\n seperti berikut:\n\n\nApa Itu Insurans Takaful\n\n\nInsurans Takaful merujuk pada pelan \ninsurance\n patuh syariah yang berasaskan kerjasama bersama, tanggungjawab dan perlindungan. Dalam erti kata lain, produk takaful memberi perlindungan ke atas diri anda termasuk aset atau harta benda anda sekiranya berlaku sebarang musibah. Apa yang menarik, segala risiko dan dana dalam takaful dikongsi bersama antara pemegang polisi dan syarikat insurans. Ia diperkenalkan sebagai alternatif kepada pengguna terutamanya pengguna Islam untuk memilih insurans yang sesuai dan mengelakkan sebarang unsur riba\u2019 (faedah), al-maisir (perjudian), dan prinsip al-gharar (ketidakpastian). \n\n\nCiri-ciri Utama Takaful\n\n\nBerikut kami kongsikan ciri-ciri utama pelan Takaful untuk membantu anda membuat pilihan yang terbaik.\n\n\n1. Perkongsian Risiko\n\n\nCiri takaful pertama yang anda perlu tahu ialah perkongsian risiko. Selaras dengan maksud insurans takaful, ia menawarkan perkongsian risiko sesama ahli dan semua pihak di bawah takaful tersebut, dan tanggungan risiko tidak hanya terhad kepada syarikat insurans seperti insurans konvensional.\n\n\n2. Polisi \nNo Claim Cashback\n\n\nSekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan semasa dalam tempoh perlindungan, anda akan menerima rebat tunai daripada syarikat takaful. Jumlah rebat yang diterima adalah tertakluk pada syarikat takaful, tiada sebarang jumlah tetap ditentukan.\n\n\n3. Patuh Syariah\n\n\nCiri terakhir yang penting dalam perlindungan takaful ialah patuh syariah. Sebagai contoh, insurans takaful tidak dibenarkan terlibat dengan sebarang unsur yang diharamkan seperti riba\u2019, maisir dan gharar.\n\n\n\n\nJenis-jenis Perlindungan dalam Insurans Takaful\n\n\nProduk takaful yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans secara amnya dibahagikan kepada dua kategori iaitu produk Takaful Keluarga dan produk Takaful Am.\n\n\nTakaful Keluarga\n\n\nJenis produk ini terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut:\n\n\n1. Takaful Keluarga\n\n\nPolisi ini menawarkan perlindungan dan \nsimpanan jangka panjang\n untuk individu dan keluarga;\n\n\n2. Takaful Berkaitan Pelaburan\n\n\nBagi produk ini pula, ia menggabungkan \npelaburan\n patuh Syariah dan perlindungan Takaful di bawah satu polisi yang sama;\n\n\n3. Takaful Perubatan dan Kesihatan\n\n\nProduk takaful ini menawarkan perlindungan untuk tanggungan kos rawatan dan kemasukan ke wad hospital swasta;\n\n\n4. Takaful Pendidikan Anak\n\n\nPelan Takaful ini bertindak sebagai simpanan jangka panjang untuk menampung kos pengajian pada masa akan datang. Selain itu, polisi ini juga turut menyediakan perlindungan kewangan untuk anak anda sekiranya berlaku kemalangan, kecacatan kekal atau kematian.\n\n\nTakaful Am\n\n\nBagi Takaful Am pula, produk ini terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut:\n\n\n1. Takaful Kenderaan\n\n\nInsurans Kereta\n \nTakaful Pihak Ketiga\n melindungi anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku ke atas kenderaan pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan, kecurian atau kebakaran. Ia juga melindungi pemegang polisi sekiranya berlaku sebarang kecederaan atau kematian. Pelan Insurans Takaful Komprehensif pula menawarkan perlindungan menyeluruh yang melindungi pemegang polisi dan pihak ketiga daripada sebarang risiko kecederaan akibat kemalangan, kecurian atau kebakaran.\n\n\n2. Takaful Rumah\n\n\nInsurans takaful rumah terdiri daripada dua jenis iaitu Takaful Rumah (\nHouse Owner\n) dan Takaful Isi Rumah (\nHouse Holder\n). Takaful Rumah secara amnya melindungi struktur rumah daripada sebarang risiko kerosakan dan kerugian disebabkan oleh\n banjir\n, kebakaran, atau bencana lain. Takaful Isi Rumah pula melindungi isi rumah seperti perabot, barangan rumah, peralatan elektrik dan lain-lain daripada sebarang kerosakan dan kerugian.\n\n\n3. Takaful Kemalangan Diri\n\n\nInsurans nyawa takaful pula memberi perlindungan kepada anda dan keluarga dengan menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian, kecederaan atau kecacatan yang disebabkan oleh kemalangan.\n\n\nSebab Insurans Konvensional Tidak Diterima dalam Islam\n\n\nIslam mewajibkan setiap penganutnya mencari yang halal dalam setiap perkara dan telah menjadi kewajipan umat Islam untuk menggunakan produk perlindungan yang berteraskan Islam seperti takaful. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telah memutuskan semua jenis insuran konvensional adalah tidak diharuskan atas sebab-sebab berikut:\n\n\n\n\nInsurans itu sendiri mengandungi unsur gharar (ketidakpastian). Sekiranya tidak berlaku sebarang musibah, wang premium yang dibayar kemungkinan hangus begitu sahaja. Dalam erti kata lain, satu pihak mendapat keuntungan, satu pihak lagi mendapat kerugian;\n\n\nSyarat barang yang ditetapkan syarak tidak dipenuhi;\n\n\nInsurans mengandungi unsur riba;\n\n\nTerdapat perbezaan nilai wang (muamalah antara wang dengan wang mestilah mempunyai nilai yang sama).\n\n\n\n\nPerbezaan Takaful dan Insurans Konvensional\n\n\nWalaupun takaful dan insurans konvensional memberi manfaat yang hampir sama, kedua-duanya mempunyai perbezaan yang ketara. Secara asasnya, insurans takaful mewakili prinsip Islam manakala insurans konvensional merupakan produk komersial.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTakaful Insurans\n\n\nInsurans Konvensional\n\n\n\n\n\n\nTertakluk pada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFDA) 2013\n\n\nTertakluk pada Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013\n\n\n\n\n\n\nPeserta memberikan sumbangan berasaskan konsep Tabarru\u2019 (derma dan sumbangan)\n\n\nPemegang Polisi membayar premium untuk nilai perlindungan berlandaskan konsep jual beli\n\n\n\n\n\n\nPengendali Takaful ialah Pengurus Dana\n\n\nSyarikat Insurans ialah Pemilik Risiko\n\n\n\n\n\n\nPenyertaan dalam pelan Takaful berasaskan kontrak jaminan bersama antara peserta\n\n\nInsurans ialah kontrak jual beli antara Syarikat Insurans dan Pemegang Polisi\n\n\n\n\n\n\nJawatan Kuasa Syariah ditubuhkan untuk memastikan transaksi Pengendali Takaful dilaksanakan mengikut Prinsip Syariah\n\n\nTidak perlu membentuk Jawatan Kuasa Syariah\n\n\n\n\n\n\nTiada unsur maisir (perjudian) dan riba\u2019 (faedah). Namun begitu, unsur gharar (ketidaktentuan) wujud dalam takaful tetapi pada tahap yang boleh diterima di bawah kontrak Tabarru\u2019 (derma)\n\n\nKewujudan gharar (ketidaktentuan), Maisir (perjudian) dan riba\u2019 (faedah)\n\n\n\n\n\n\nWang sumbangan dilaburkan di platform patuh Syariah\n\n\nWang premium tidak wajib dilaburkan di platform patuh Syariah\n\n\n\n\n\n\nManfaat takaful boleh \ndihibahkan\n atau diagihkan secara faraid kepada waris\n\n\nHanya jumlah yang pernah dibayar boleh diwarisi, selebihnya menjadi milik baitulmal\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebab Utama Wajib Mempunyai Takaful Sebagai Perlindungan\n\n\nSecara amnya, \ntakaful \ninsurance\n terbuka kepada semua dan tidak terhad kepada orang Islam sahaja. Namun begitu, ramai yang tersalah anggap dan beranggapan produk takaful hanya terbuka untuk orang Islam sahaja sedangkan ia terbuka untuk semua, dan pengguna boleh memilih alternatif lain yang ditawarkan selain insurans konvensional. Berikut merupakan antara sebab utama anda perlu miliki takaful sebagai perlindungan.\n\n\n1. Risiko yang Tidak Dijangka\n\n\nSecara asasnya, pemilikan takaful penting sebagai alat perlindungan sekiranya berlaku sebarang risiko yang tidak dijangka seperti kemalangan, kecederaan dan sebagainya. Dalam erti kata lain, takaful\u00a0bertindak sebagai payung yang melindungi anda semasa hujan. Anda akan mendapat perlindungan atau pampasan yang sewajarnya bergantung pada polisi anda sekiranya anda ditimpa musibah.\n\n\n2. Melindungi Harta dan Aset\n\n\nSelain melindungi diri anda, takaful juga berperanan melindungi harta benda anda daripada sebarang musibah \u2013 takaful berfungsi sebagai perlindungan dan mengelakkan anda daripada mengeluarkan belanja yang tinggi sekiranya anda berdepan masalah. Sebagai contoh, sekiranya kereta anda dilindungi \ninsurans banjir\n, anda tidak perlu risau sekiranya berlaku banjir kilat yang menenggelamkan kereta anda.\n\n\n3. Kerjasama Bersama untuk Membantu Orang Lain\n\n\nSecara asasnya, konsep takaful insurans adalah berteraskan kerjasama bersama. Ini bermaksud, pemilik Takaful bukan sahaja melindungi diri mereka sendiri apabila ditimpa musibah, tetapi turut memberi bantuan dalam meringankan beban yang ditanggung oleh peserta Takaful yang lain. Berdasarkan kontrak Takaful, perjanjian yang dibuat adalah berlandaskan konsep Ta`awun iaitu kerjasama dan tolong-menolong sesama ahli.\n\n\nPanduan Beli Insurans Takaful Terbaik\n\n\nSelain itu, \nQoala\n turut menyediakan beberapa tips dan panduan yang boleh anda ikuti sekiranya anda merancang untuk \nbeli insurans takaful\n seperti berikut:\n\n\n1. Selidik Sama Ada Ejen Berdaftar di Bawah MTA\n\n\nUntuk pengetahuan anda, semua ejen syarikat yang menawarkan perkhidmatan \ninsurance\n takaful perlu berdaftar dengan MTA (\nMalaysian Takaful Association\n) sebelum boleh mengiklankan dan menjual produk Takaful. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk melakukan semakan terlebih dahulu bagi mengelakkan kes penipuan oleh individu yang menyamar sebagai ejen Takaful. Anda boleh semak status pendaftaran ejen takaful melalui laman web \nMTA\n.\n\n\n2. Kenal Pasti Jumlah Perlindungan Diperlukan\n\n\nAnda disarankan untuk mengenal pasti jumlah perlindungan yang sesuai untuk keperluan anda. Biasanya, jumlah perlindungan yang diperlukan adalah berbeza bergantung pada keperluan setiap individu. Menurut Persatuan Insurans Hayat Malaysia (\nLife Insurance Association of Malaysia\n, LIAM), anda disarankan untuk mendapatkan perlindungan sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada pendapatan tahunan anda. Sebagai contoh, jika pendapatan tahunan anda sebanyak RM40,000, maka anda disarankan untuk mengambil jumlah perlindungan dalam lingkungan RM300,000 atau lebih bergantung pada kemampuan anda.\n\n\n3. Pilih Polisi Perlindungan yang Sesuai\n\n\nSekiranya anda ingin mendapatkan perlindungan takaful, anda perlu pastikan semua manfaat asas dilindungi seperti kematian, kecacatan, penyakit kritikal dan harta benda anda. Secara asasnya, sukar untuk dapatkan satu pelan perlindungan yang merangkumi semua perlindungan. Oleh sebab itu, anda perlu pilih polisi perlindungan insurans takaful yang sesuai dengan keperluan anda. Sebagai contoh, anda boleh pilih pelan takaful hayat dan keluarga sekiranya anda sedang mencari polisi yang memberi manfaat selepas kematian. Selain itu, anda juga boleh menambah perlindungan tambahan dan pertimbangkan perkara-perkara lain seperti simpanan, \npelaburan\n dan lain-lain.\n\n\nSemoga perkongsian ini boleh membantu anda mendapatkan \ninsurans kereta\n takaful dan insurans nyawa takaful terbaik di Malaysia. Anda juga boleh menggunakan platform Qoala yang menyediakan pelbagai pelan \nperlindungan takaful terbaik\n daripada pelbagai syarikat insurans popular di Malaysia. Minta sebut harga sekarang!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/cara-claim-insurans-motor/", "title": "Cara Claim Insurans Motor Kemalangan Anda Perlu Tahu", "body": "\n\nKemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan boleh menimpa sesiapa sahaja yang menggunakan jalan raya. Oleh sebab itu, penting untuk anda memiliki \ninsurance\n motor\n dan mengetahui cara\n claim\n insurans motor untuk mengurangkan risiko kerugian yang dialami. Secara asasnya, memiliki \ninsuran motor\n boleh membantu meringankan beban kewangan sekiranya berlaku sebarang situasi yang tidak diingini. Ikuti panduan cara \nclaim\n insurans motor akibat kemalangan atau disebabkan motor kena curi, dan perkara-perkara yang perlu dilakukan jika anda terlibat dalam situasi sebegini.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nCara Claim Insurans Motor Kemalangan, Cara Claim Insurans Motor Kena Curi\nClaim Insurans Motor: Cara Buat Tuntutan Insurance Motor Kemalangan\nCara Buat Tuntutan Insurans Motosikal Hilang\nFaktor Claim Insurans Motor Ditolak oleh Syarikat Insurans\nInsurans Ditolak Sebab Insurans Pihak Ketiga\nTidak Boleh Claim Jika Tiada Lesen Memandu\n\n\nCara \nClaim\n Insurans Motor Kemalangan, Cara \nClaim\n Insurans Motor Kena Curi\n\n\nSecara asasnya, menunggang motosikal mempunyai risiko yang tersendiri. Oleh sebab itu, banyak langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk membantu anda bersedia sekiranya anda berdepan situasi \nkemalangan\n atau kecurian. Sekiranya motor anda rosak akibat kemalangan atau hilang akibat dicuri, panduan proses\n claim\n insuran motor ini diharap dapat membantu anda.\n\n\nClaim Insurans Motor: Cara Buat Tuntutan \nInsurance\n Motor Kemalangan\n\n\nSecara asasnya, cara \nclaim insurance\n motor kemalangan tidak banyak beza dengan \ncara \nclaim\n insurans kereta kemalangan\n. Berikut merupakan cara buat tuntutan insuran kemalangan motosikal yang boleh anda lakukan:\n\n\n1. Catat Maklumat Pihak Terlibat\n\n\nSelepas terlibat kemalangan, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mendapatkan maklumat asas pihak yang sama-sama terlibat dalam kemalangan itu. Maklumat asas seperti nama pemandu, kad pengenalan, jenis atau jenama kenderaan, alamat dan nombor telefon pihak terlibat adalah sangat penting untuk memudahkan urusan laporan. Catatkan juga lokasi dan masa kemalangan untuk memudahkan rujukan semasa membuat laporan polis.\n\n\n2. Ambil Gambar, Bukti Kejadian\n\n\nKemudian, ambil gambar keadaan semasa kemalangan termasuk kerosakan pada motosikal anda dan kenderaan yang melanggar anda termasuk butiran penting seperti nombor plat kenderaan dan\n \nroad tax\n (cukai jalan). Jika ada, ambil maklumat saksi kejadian seperti nama, alamat dan nombor telefon. Saksi-saksi ini boleh membantu memberi keterangan sekiranya diperlukan.\n\n\n3. Minta Maklumat Syarikat Insurans Pihak Terlibat\n\n\nDapatkan maklumat penting daripada pihak yang terlibat sama dalam kemalangan seperti \nsyarikat insurans\n yang digunakan, nombor polisi atau sijil insurans serta maklumat-maklumat lain yang berkenaan.\n\n\n4. Segera Dapatkan Rawatan\n\n\nSekiranya kemalangan menyebabkan kecederaan tidak kiralah kecederaan tersebut serius atau tidak, segera dapatkan rawatan di hospital. Minta juga laporan perubatan bagi memudahkan anda membuat tuntutan perubatan atau tuntutan-tuntutan lain jika perlu.\n\n\n5. Buat Laporan Polis\n\n\nSetelah itu, anda perlu membuat laporan polis dengan segera. Laporan polis membabitkan kemalangan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Sekiranya \nreport\n polis dibuat lambat, anda mungkin boleh dikenakan denda dan ada kemungkinan \ntuntutan insurans kemalangan ditolak\n.\n\n\n6. Maklumkan kepada Syarikat Insurans\n\n\nApabila berlaku kemalangan, anda perlu segera melaporkannya kepada syarikat insurans. Biasanya, tuntutan insurans kemalangan perlu dilakukan sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan. Tuntutan insurans kemalangan biasanya memerlukan dokumen sokongan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSalinan kad pengenalan;\n\n\nCover note\n insurans;\n\n\nSalinan \nlesen memandu\n;\n\n\nSalinan asal laporan polis;\n\n\nSalinan geran kereta;\n\n\nGambar kemalangan dan lakaran rajah dari pihak polis.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n7. Selesai\n\n\nTunggu sehingga proses tuntutan insuran kemalangan ini selesai. Berapa lama \nclaim\n insuran motor? Biasanya, tempoh \nclaim\n insuran kemalangan yang diambil untuk tuntutan diproses bergantung pada keadaan dan situasi semasa. Lakukan \nfollow-up\n dengan syarikat insurans anda untuk mengetahui status tuntutan semasa anda.\n\n\nCara Buat Tuntutan Insurans Motosikal Hilang\n\n\nSelain daripada terlibat dalam kemalangan jalan raya, terdapat kemungkinan motor anda hilang akibat dicuri. Selain \nclaim\n insurans motor kemalangan, anda juga boleh\n claim\n insurans apabila motor hilang. Namun begitu, ramai yang tidak tahu prosedur atau cara untuk \nclaim\n insuran apabila motor hilang. Berikut panduan cara \nclaim insurance\n motosikal hilang:\n\n\n1. Buat Laporan Polis\n\n\nSekiranya motosikal hilang akibat dicuri, anda perlu segera membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kejadian kecurian berlaku. Anda juga perlu bawa bersama salinan \ngeran motosikal\n dan polisi insurans motor. Setelah selesai, anda akan menerima salinan laporan polis. Simpan laporan tersebut kerana dokumen ini diperlukan semasa anda membuat tuntutan dengan pihak insurans.\n\n\n2. Laporkan kepada Pihak Insurans\n\n\nSekiranya \ninsuran motor \nexpired\n, laporan polis dibuat terlalu lewat atau anda hanya memiliki \ninsurans motor \nthird party\n, ia mungkin menyukarkan anda untuk membuat \nclaim\n insurans motor. Namun begitu, sekiranya anda memiliki \ninsurans motor\n first party\n, anda boleh ikuti langkah untuk membuat tuntutan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDapatkan borang tuntutan daripada syarikat insurans. Kemudian, lengkapkan maklumat yang diperlukan. Borang ini hanya boleh diisi oleh pemilik kenderaan dan pelapor;\n\n\nHantar borang yang telah lengkap diisi. Biasanya, pihak \nadjuster\n akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan kejadian ini;\n\n\nTunggu sehingga proses tuntutan selesai. Proses tuntutan biasanya mengambil masa yang lama sehingga empat hingga enam bulan bergantung pada keadaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Tunggu Sehingga Proses Selesai\n\n\nPihak insurans akan sediakan surat tawaran (jika tuntutan insuran kemalangan berjaya) atau surat pemberitahuan (jika tuntutan tidak berjaya). Sekiranya tuntutan berjaya, pihak insurans akan membayar kos ganti rugi dan anda berkemungkinan akan diberi pilihan sama ada untuk terima duit atau mendapatkan motor lain sebagai ganti. Jika anda terima mana-mana tawaran yang dinyatakan, anda akan diminta untuk lengkapkan dokumen-dokumen yang diminta seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSurat persetujuan tawaran (dilampirkan bersama surat tawaran);\n\n\nBorang JPJ TM-AB (salinan kad pengenalan yang dicop sumpah dan disahkan oleh pegawai JPJ);\n\n\nBorang JPJ K3 (2 keping);\n\n\nBorang JPJ K8 (1 keping);\n\n\nSurat pelepasan oleh syarikat sewa beli jika baki \npinjaman bank\n sudah diselesaikan;\n\n\nKunci motor\n (surat pemberitahuan jika kunci hilang);\n\n\nKad Pendaftaran Kenderaan Asal (Geran).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun begitu, sekiranya pinjaman untuk ansuran motosikal masih belum habis bayar, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini dengan pihak bank atau institusi kewangan yang memberi \npinjaman\n untuk mengelakkan sebarang permasalahan lain yang mungkin timbul.\n\n\n\n\nSelain kecurian, anda mungkin tertanya-tanya apa perlindungan lain yang termasuk dalam insurans motosikal? Biasanya, insurans motosikal tidak akan melindungi sebarang kerosakan atau kehilangan berkaitan\n aksesori motor\n yang anda miliki. Ini bermaksud, sekiranya aksesori motor anda dicuri, anda mungkin tidak dapat membuat apa-apa tuntutan. Malah, kerosakan motor akibat bencana alam, mogok, rusuhan atau kekecohan awam juga tidak termasuk dalam perlindungan melainkan anda \nadd-on\n perlindungan tambahan ini yang semestinya akan memberi kesan pada \nharga insurans motor\n anda.\n\n\nNamun kebiasaannya, ia bergantung pada jenis perlindungan yang dipilih. Biasanya, perlindungan insurans motor merangkumi aspek-aspek perlindungan seperti berikut:\n\n\n\n\nSebarang kecederaan fizikal atau kematian kepada pihak ketiga disebabkan oleh kemalangan;\n\n\nSebarang kerosakan terhadap motor pihak ketiga disebabkan oleh kemalangan;\n\n\nSebarang kerosakan pada motosikal anda sekiranya berlaku \nkebakaran\n, letupan atau kilat;\n\n\nSebarang kerosakan pada motosikal anda sekiranya berlaku pecah masuk, kecurian atau rompakan;\n\n\nSebarang kerosakan pada motosikal anda sekiranya berlaku kemalangan.\n\n\n\n\nFaktor \nClaim\n Insurans Motor Ditolak oleh Syarikat Insurans\n\n\nSecara asasnya, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan \nclaim\n insurans motor anda ditolak oleh syarikat insurans. Ia biasanya berpunca daripada salah satu sebab seperti berikut:\n\n\nInsurans Ditolak Sebab Insurans Pihak Ketiga\n\n\nSekiranya motor anda dilindungi oleh perlindungan insurans motor \nthird party\n, tuntutan anda tidak akan dilayan jika motor anda hilang atau dicuri. Namun begitu, anda boleh membuat tuntutan ini sekiranya anda memiliki insurans motor\n first party\n.\n\n\nTidak Boleh \nClaim\n Jika Tiada Lesen Memandu\n\n\nSecara asasnya, lesen memandu merupakan antara salah satu faktor penting yang ditetapkan oleh pihak syarikat insurans dalam meneruskan atau menolak proses tuntutan anda. Jika anda tiada lesen memandu, besar kemungkinan anda tidak boleh membuat tuntutan insurans jika berlaku kes kecurian motosikal meskipun anda memiliki insurans yang sah.\n\n\nSemoga perkongsian ini boleh membantu anda membuat \nclaim\n \ninsurans motor\n sekiranya anda berdepan situasi sebegini. Sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan \ninsurans motor terbaik\n dan komprehensif untuk anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform \nrenew\n insurans motor online\n di Malaysia dengan jaminan \nproses beli insurans motor\n yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/cara-claim-insurans-perubatan/", "title": "Claim Insurans Perubatan dengan 5 Langkah Mudah", "body": "\n\nPenting untuk anda sebagai pemegang polisi tahu cara \nclaim\n insurans perubatan atau prosedur tuntutan insurans kesihatan ini terutama sekali jika anda memerlukan rawatan segera disebabkan terlibat dalam\n \nkemalangan jalan raya\n atau jatuh sakit secara tiba-tiba. Artikel ini akan menjelaskan cara \nclaim \ninsurans perubatan untuk memudahkan urusan anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nBagaimana Cara Claim Insurans Perubatan?\n1. Maklumkan kepada Syarikat Insurans Anda\n2. Menyediakan Dokumen yang Diperlukan oleh Syarikat Insurans\n3. Lengkapkan Borang Claim Insurans Perubatan Anda\n4. Membuat Semakan dan Salinan Dokumen\n5. Hantar Claim Anda kepada Syarikat Insurans\nJangan Tangguh, Dapatkan Perlindungan Insurans Anda Sekarang!\n\n\nBagaimana Cara \nClaim \nInsurans Perubatan?\n\n\nSeperti yang telah dinyatakan pada bahagian atas, setiap syarikat insurans mempunyai prosedur tuntutan insurans yang berbeza-beza. Oleh sebab itu, anda boleh rujuk dengan syarikat insurans anda untuk mendapatkan kepastian. Berikut adalah cara \nclaim \ninsurans perubatan\n yang kebiasaannya digunakan oleh syarikat insurans di Malaysia:\n\n\n1. Maklumkan kepada Syarikat Insurans Anda\n\n\nPerkara pertama yang disarankan untuk anda buat ialah maklumkan kepada ejen atau syarikat insurans anda dengan segera apabila anda perlu mendapatkan rawatan di hospital. Anda juga boleh rujuk dengan pembekal insurans anda untuk mendapat kepastian sama ada rawatan anda dilindungi oleh polisi insurans anda atau tidak.\u00a0\n\n\nSelain itu, ini akan dapat mengelakkan kelewatan atau kekeliruan dan pada masa yang sama memastikan urusan rawatan anda berjalan dengan lancar.\u00a0\n\n\nKenal Pasti Polisi Anda\n\u00a0\n\n\nProses tuntutan atau \nclaim\n insurans perubatan mungkin berbeza-beza bergantung kepada syarikat insurans dan jenis polisi yang anda pilih. Disebabkan ini, mungkin ramai di luar sana yang menghadapi kesukaran apabila mahu membuat tuntutan insurans perubatan. Pertama sekali, ia bergantung kepada jenis polisi insurans anda. Secara amnya, terdapat dua cara untuk \nclaim\n \ninsurans kesihatan\n anda bergantung pada polisi anda sama ada polisi tanpa tunai dan polisi pembayaran balik. Berikut adalah perbezaan yang anda perlu tahu:\n\n\nPolisi Tanpa Tunai\n\n\nDengan polisi tanpa tunai, anda tidak perlu membayar pendahuluan atau deposit untuk menampung bil perubatan. Contohnya, anda hanya perlu menggunakan \nkad medikal\n di hospital panel dan insurans akan menampung perbelanjaan kesihatan anda. Sekiranya anda tidak mempunyai kad perubatan, anda boleh hubungi syarikat insurans anda dan minta Surat Jaminan untuk diberikan kepada hospital panel.\n\n\nPolisi Pembayaran Balik\n\n\nUntuk \nclaim\n insurans perubatan melalui polisi ini, anda perlu membuat pembayaran dengan menggunakan duit dari poket anda sendiri terlebih dahulu. Selepas itu, anda perlu membuat tuntutan daripada syarikat insurans anda untuk dapat semula wang yang anda telah belanjakan untuk rawatan. Selain itu, berikut merupakan situasi-situasi yang boleh menyebabkan anda perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu sebelum \nclaim\n insurans:\n\n\n\n\n\n\n\n\nMendapat rawatan di hospital bukan panel. Dalam situasi ini, anda perlu menjelaskan bil hospital anda terlebih dahulu dan membuat tuntutan perubatan selepas anda dibenarkan keluar dari hospital atau selepas selesai rawatan.\n\n\nMendapat rawatan semasa berada di luar negara kerana anda mungkin tidak boleh menggunakan \nkad perubatan\n anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin boleh menuntut bayaran balik bergantung pada terma dan syarat polisi insurans anda.\n\n\nSyarikat insurans anda tidak mengeluarkan Surat Jaminan. Ini bermakna anda perlu membayar bil hospital anda dahulu dan membuat tuntutan perubatan selepas anda selesai mendapat rawatan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetahui juga sama ada hospital yang anda dapatkan rawatan merupakan panel insurans anda. Perkara-perkara sebegini syarikat insurans anda ada semua jawapannya. Disebabkan itu, penting untuk anda rujuk dengan mereka terlebih dahulu untuk semak semula cara \nclaim \ninsurans perubatan anda.\n\n\n2. Menyediakan Dokumen yang Diperlukan oleh Syarikat Insurans\n\n\nSelepas mendapat segala maklumat dan kepastian daripada syarikat insurans, anda kini perlu sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh mereka sebagai permulaan untuk tuntut insurans kesihatan anda. Berikut adalah dokumen-dokumen yang biasanya anda perlu sediakan:\n\n\n\n\nSalinan kad pengenalan\n\n\nResit hospital yang asal dan invois\n\n\nBil hospital\n\n\nLaporan diagnostik\n\n\nPassport, pas masuk, maklumat tiket penerbangan, dan bil hospital sekiranya anda mendapatkan rawatan di luar negara\n\n\n\n\n3. Lengkapkan Borang \nClaim\n Insurans Perubatan Anda\n\n\nYang ini anda perlu dapatkan daripada syarikat insurans anda. Kebiasaannya, anda boleh dapatkan borang tuntutan melalui laman web syarikat insurans anda. Namun sekiranya syarikat insurans anda tidak menyediakan borang di laman web, anda perlu hubungi mereka untuk dapatkan borang \nclaim\n untuk anda isi.\n\n\n4. Membuat Semakan dan Salinan Dokumen\n\n\nSebelum anda hantar tuntutan anda, buat semakan kali terakhir untuk memastikan segala maklumat yang anda berikan kepada syarikat insurans lengkap dan juga paling penting tepat. Selain itu, anda disarankan untuk membuat salinan bagi borang dan dokumen anda sama ada salinan fizikal atau digital. Salinan-salinan ini mungkin boleh membantu anda sekiranya berlaku sebarang masalah dengan tuntutan anda nanti. Penting untuk anda sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang perkara di luar jangkaan.\n\n\n5. Hantar \nClaim\n Anda kepada Syarikat Insurans\n\n\nSelepas segala perkara sudah lengkap, anda boleh \nsubmit claim \nanda ke syarikat insurans anda sama ada anda secara terus atau melalui ejen insurans anda. Sesetengah syarikat insurans memberikan kemudahan untuk anda membuat secara online di laman web mereka. Rujuk kepada syarikat insurans untuk mendapatkan kepastian.\n\n\n\n\nJangan Tangguh, Dapatkan Perlindungan Insurans Anda Sekarang!\n\n\nAnda mungkin berasakan banyak perkara yang perlu dibuat, banyak dokumen-dokumen yang perlu disediakan dan borang yang perlu diisi. Tetapi tahukah anda, terdapat had masa yang perlu dipatuhi untuk buat tuntutan insurans perubatan? Kebiasaannya, anda akan diberi masa 30 hari rawatan untuk \nclaim \ninsurans kesihatan anda. Anda perlu rujuk syarikat insurans anda untuk mendapatkan kepastian mengenai had tempoh yang telah ditetapkan.\n\n\nSekiranya anda terlepas tempoh atau \nclaim \nselepas had masa yang diberikan, permohonan tuntutan anda kemungkinan besar akan ditolak. Oleh sebab itu, anda perlu bertindak dengan cepat dalam situasi sebegini untuk mengelakkan kerugian. Buat permohonan tuntutan insurans perubatan dengan segera kerana ini merupakan hak anda sebagai pemegang polisi. Rugi jika anda tangguh kerana kos rawatan anda boleh ditanggung oleh syarikat insurans dan bukannya duit anda sendiri.\n\n\nMemang tidak dapat dinafikan, terdapat pelbagai pilihan insurans perubatan yang anda boleh dapati di luar sana dan sudah semestinya anda mahukan perlindungan\n \ninsurans perubatan terbaik\n untuk anda dan juga keluarga tersayang. Anda kini boleh memilih pelan insurans perubatan yang sesuai dengan keperluan anda melalui\n \nplatform insurans terbaik\n, Qoala.\n\n\nAnda boleh bandingkan beberapa pelan insurans dan membuat pilihan mengikut keperluan anda. Berikut adalah antara syarikat insurans yang bekerjasama dengan Qoala:\n\n\n\n\nAXA\n\n\nEtiqa\n\n\nLonpac\n\n\nSyarikat Takaful Malaysia\n\n\nTakaful IKHLAS\n\n\nTune Protect\n\n\nZurich\n\n\n\n\nDengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh pilih insurans perubatan yang sesuai dengan keperluan anda. Anda boleh ikuti prosedur memilih insurans perubatan di Qoala seperti di bawah:\n\n\n\n\nPilih insurans kesihatan mengikut kemahuan dan keperluan anda.\n\n\nLengkapkan maklumat anda dan terus buat pembayaran.\n\n\nAnda akan menerima polisi yang akan dihantar melalui e-mel anda.\n\n\n\n\nSelain insurans kesihatan, anda juga boleh dapatkan\n \ninsurans kereta murah\n dan\n \ninsurans motor terbaik\n di Qoala. Dapatkan sebut harga anda sekarang!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/cara-kira-insurans-kereta/", "title": "Formula Kira Insurans Kereta Dengan Mudah 2023", "body": "\n\nPernahkah anda terfikir macam mana cara untuk kira insurans kereta yang selalu ditetapkan oleh pihak insurans sebelum ini? Dan kenapa kita harus tahu cara kira insurans ni? Sebenarnya cara kira insurans ni boleh dibuat supaya kita boleh merancang bajet perbelanjaan kita dan mula menyimpan dari sekarang.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Kira Insurans Kereta\n1. Harga Semasa Kenderaan\n2. Kapasiti Engin Kenderaan\n3. No Claim Discount (NCD)\nCara Kira Harga Insurans Kereta\nFormula Asas Kira Insurans Kereta\nBandingkan Insurans Kereta dan Pilih Perlindungan Yang Sesuai\n\n\nApa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Kira Insurans Kereta\n\n\nBila telah sampai tarikh tamat tempoh, perkara yang perlu kita bayar adalah perlindungan insurans dan juga cukai jalan. Fungsi pembayaran insurans adalah untuk memberikan jaminan bayaran kerosakkan jika berlaku apa-apa kemalangan terhadap kenderaan anda.\n\n\nCukai jalan (\nroad tax\n) pula adalah sebagai cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan terhadap kenderaan anda untuk dibolehkan dipandu di atas jalan raya. Ketika hendak \nrenew\n \nroad tax\n anda, bayaran yang perlu dibuat adalah pembaharuan semula cukai jalan dan bayaran insurans untuk tempoh setahun.\n\n\nBerikut merupakan perkara yang anda perlu tahu untuk kira insurans:\n\n\n1. Harga Semasa Kenderaan\n\n\nCara yang paling mudah untuk ketahui harga semasa kenderaan anda adalah dengan melayari laman laman jual-beli dan penyenaraian barang iaitu \nmudah.my\n. Anda boleh semak berapakah harga jualan semasa kereta anda ataupun menggunakan kalkulator secara online di \nCar Market Value Calculator\n.\n\n\n2. Kapasiti Engin Kenderaan\n\n\nTerdapat pelbagai jenis \nkapasiti enjin kenderaan\n yang ada di Malaysia seperti 660cc, 860cc, 1000cc, 1300cc, 1600cc, 1800cc, 2000cc dan ke atas. Untuk kira insurans kereta dan juga \nroad tax\n, anda perlu mengenalpasti kapasiti saiz enjin anda.\n\n\n3. No Claim Discount (NCD)\n\n\nDiskaun Tanpa Tuntutan atau\u00a0\nNo Claim Discount\n\u00a0merupakan satu bentuk pengurangan bayaran yang ditawarkan oleh\u00a0\nsyarikat insurans\n kepada pemilik kenderaan. Selalunya diskaun yang diberikan adalah berdasarkan tahun anda mula memiliki kenderaan tersebut.\n\u00a0\n\n\nContohnya adalah tahun pertama 25 peratus NCD, tahun kedua 30 peratus NCD, tahun ketiga 38.33 peratus NCD, tahun keempat 45 peratus NCD dan tahun kelima dan seterusnya adalah sebanyak 55 peratus NCD.\n\u00a0\n\n\nAnda boleh rujuk NCD anda secara online atau ketahui lebih lagi di artikel kami berkenaan \nNCD\n.\n\n\n\n\nCara Kira Harga Insurans Kereta\n\n\nBerikut merupakan formula asas yang boleh digunakan untuk kira insurans kereta anda:\n\n\nFormula Asas Kira Insurans Kereta\n\n\nFormula asas untuk mengira insurans kereta adalah seperti berikut:\n\n\nJumlah Premium Komprehensif = Premium Kasar + Perlindungan Tambahan (jika ada)+ 6% SST + Duti Setem\n\n\nSebagai contoh, kereta yang digunakan ialah Perodua Axia 1.0 G dengan jumlah perlindungan (nilai yang dipersetujui) = RM31,000.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKadar Premium Asas\n\n\nRM976.95\n\n\n\n\n\n\nKadar Premium Kasar selepas ditolak NCD (45%)\n\n\nRM439.63\n\n\n\n\n\n\nPerlindungan Tambahan\n\n\nRM120 (jumlah perlindungan cermin kereta bernilai RM800)\n\n\n\n\n\n\nCukai Perkhidmatan\n\n\nRM33.60\n\n\n\n\n\n\nDuti Setem\n\n\nRM10\n\n\n\n\n\n\nJumlah Premium Komprehensif\n\n\nRM603.23\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBandingkan Insurans Kereta dan Pilih Perlindungan Yang Sesuai\n\n\nKini anda sudah pun tahu tentang cara\u00a0kira insurans kereta. Tetapi maklumat yang dipaparkan hanyalah sebagai ukuran umum sahaja. Boleh jadi jumlah yang perlu anda bayar sedikit lebih tinggi atau lebih rendah bergantung kepada pihak insurans manakah yang anda pilih untuk \ncover\n kos pampasan kemalangan jika berlaku.\n\u00a0\n\n\nOleh itu, sebagai pengguna kita semestinya perlu membuat perbandingan sebelum memutuskan sebarang perlindungan yang sesuai. Setiap syarikat insurans mahupun takaful pastinya ada menawarkan harga serta manfaat yang berbeza.\n\n\nDiharapkan perkongsian tentang rujukan kaedah cara kira insurans kereta ini berguna kepada anda. Qoala merupakan platform insurans yang membolehkan anda lakukan perbandingan dan\u00a0\npilih insurans kereta murah\n\u00a0daripada beberapa syarikat insurans terbaik. Proses\u00a0\nrenew\n\u00a0insurans kereta\n\u00a0boleh dilakukan dengan lebih cepat dan selamat dengan hanya beberapa langkah mudah!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/cara-pilih-insurans-kereta/", "title": "5 Cara Pilih Insurans Kereta Terbaik untuk Lebih Perlindungan", "body": "\n\nDengan pelbagai pilihan insurans kereta yang tersedia di pasaran \u2013 anda mungkin keliru cara pilih insurans kereta terbaik dan sesuai dengan keperluan anda. Jika tersilap pilih insurans kereta, anda mungkin tidak mendapat liputan perlindungan yang mencukupi. Bayangkan berlaku kemalangan, tetapi kereta anda dilengkapi \ninsurans kereta pihak ketiga\n sahaja. Kos pembaikan kerosakan kereta anda perlu ditanggung sendiri dan anda tidak boleh membuat \ntuntutan kemalangan daripada syarikat insurans\n.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nCara Pilih Insurans Kereta: Memahami Kepentingan Insurans Kereta untuk Perlindungan Anda\n1. Menilai Keperluan Perlindungan Anda\n2. Membandingkan Syarikat Insurans\n3. Fahami Pengecualian dan Syarat Polisi\n4. Kenal Pasti Perlindungan Tambahan yang Ditawarkan\n5. Semak Bengkel Panel\nFahami Jenis Perlindungan yang Anda Perlukan, Beli di Qoala untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nCara Pilih Insurans Kereta: Memahami Kepentingan Insurans Kereta untuk Perlindungan Anda\n\n\nInsurans kereta memainkan peranan yang penting dalam melindungi kenderaan anda dan memberikan ketenangan fikiran semasa berada di jalan raya. Ia memberikan \nperlindungan kewangan\n terhadap kerosakan atau kerugian yang mungkin berlaku akibat kemalangan jalan raya, kecurian dan sebagainya. Berikut merupakan lima perkara yang anda perlu pertimbangkan semasa pilih insurans kereta:\n\n\n1. Menilai Keperluan Perlindungan Anda\n\n\nSebelum memilih insurans kereta, penting untuk anda menilai keperluan perlindungan anda. Individu berbeza secara asasnya mempunyai keperluan yang berbeza berdasarkan \ntabiat pemanduan\n dan bajet kewangan. Tentukan tahap perlindungan yang anda perlukan sama ada \nperlindungan insurans komprehensif\n atau perlindungan pihak ketiga sahaja.\n\n\nInsurans komprehensif biasanya ditawarkan pada \nkadar premium insurans\n yang lebih tinggi kerana ia menyediakan perlindungan yang lebih menyeluruh berbanding insurans pihak ketiga.\n\n\nPerlindungan Insurans Kereta Komprehensif\n\n\nPerlindungan insurans komprehensif memberikan perlindungan kepada kenderaan anda sendiri serta pihak ketiga. Ini bermaksud, jika anda terlibat dalam kemalangan, insurans akan melindungi kenderaan anda dari kerosakan dan kerugian.\n\n\nDalam masa yang sama, pihak insurans juga akan menanggung kos pembaikan dan kerugian pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut.\n\n\n\n\nPerlindungan Insurans Kereta Pihak Ketiga\n\n\nPerlindungan insurans pihak ketiga hanya melindungi kerosakan yang berlaku ke atas kenderaan pihak ketiga, tidak termasuk kenderaan anda. Anda perlu menanggung sendiri kos pembaikan kerosakan kereta anda.\n\n\nOleh sebab itu, penting untuk anda menilai situasi kewangan anda dan memilih tahap perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.\n\n\n2. Membandingkan Syarikat Insurans\n\n\nUntuk mencari polisi insurans kereta terbaik, penting untuk anda membandingkan beberapa \nsyarikat insurans terbaik\n yang ada. Anda disarankan untuk memilih syarikat insurans yang mempunyai reputasi yang baik. Selain itu, perhatikan juga rekod mereka dalam menangani tuntutan insurans kereta pelanggan.\n\n\nKebanyakan syarikat insurans mungkin menawarkan \nharga insurans kereta\n yang berbeza meskipun untuk model kereta yang sama. Ia semestinya dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu. Syarikat insurans akan membuat penilaian risiko berdasarkan beberapa faktor seperti nilai pasaran kereta, usia kereta, dan jenis perlindungan yang ditawarkan. Oleh sebab itu, anda perlu membandingkan harga dari pelbagai syarikat insurans sebelum membuat keputusan.\n\n\nSalah satu cara mudah untuk membandingkan harga dan polisi insurans adalah dengan menggunakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans\n seperti Qoala. Anda hanya perlu memasukkan maklumat tentang kenderaan anda dan sistem akan membandingkan penawaran daripada beberapa syarikat insurans.\n\n\nDi Qoala, anda dapat melihat perbezaan harga dan manfaat polisi daripada pelbagai syarikat insurans dalam satu tempat. Ia secara tidak langsung memudahkan anda untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan dan bajet anda.\n\n\n3. Fahami Pengecualian dan Syarat Polisi\n\n\nApabila memilih insurans kereta, penting untuk memeriksa pengecualian dan syarat-syarat polisi dengan teliti. Pengecualian merujuk kepada situasi yang tidak dilindungi oleh syarikat insurans, manakala syarat-syarat polisi mungkin melibatkan \npenyelenggaraan kenderaan\n atau sekatan penggunaan.\n\n\nKefahaman mengenai pengecualian dan syarat polisi ini membolehkan anda mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk melindungi diri dan kenderaan anda. Selain itu, anda juga perlu memahami proses tuntutan dan tempoh masa yang ditetapkan untuk melaporkan tuntutan. Ia dapat mengelakkan anda berdepan situasi \ntuntutan insurans ditolak\n kerana tidak mematuhi terma dan syarat polisi yang ditetapkan.\n\n\n\n\n4. Kenal Pasti Perlindungan Tambahan yang Ditawarkan\n\n\nSelain daripada perlindungan asas, banyak syarikat insurans menawarkan manfaat tambahan dan \nperlindungan tambahan\n. Perlindungan tambahan ini merangkumi perlindungan untuk \nbantuan kerosakan tepi jalan\n, \nkerosakan cermin kenderaan\n, \nperlindungan kemalangan peribadi\n\u00a0dan lain-lain.\n\n\nUntuk pilih insurans kereta dan mendapatkan perlindungan terbaik, anda boleh bandingkan perlindungan percuma yang ditawarkan oleh syarikat insurans di Malaysia. Contohnya, ada syarikat insurans yang menawarkan servis tunda kereta atau insurans kemalangan diri percuma kepada pembeli polisi.\n\n\nAnda boleh rujuk ejen jualan atau baca\u00a0\nproduct disclosure sheet\n dengan teliti untuk mendapatkan maklumat terperinci. Ambil masa untuk membandingkan dan pilih insurans kereta yang menawarkan perlindungan yang sesuai dengan harga yang berpatutan.\n\n\n5. Semak Bengkel Panel\n\n\nAnda disarankan untuk semak sama ada syarikat insurans pilihan anda mempunyai \nbengkel panel\n di seluruh Malaysia. Ini penting kerana ada sesetengah syarikat insurans hanya membenarkan proses pembaikan kerosakan kereta dilakukan di bengkel panel mereka sahaja.\n\n\nSelain itu, anda perlu pilih insurans kereta yang menawarkan perkhidmatan bengkel panel yang lebih luas kerana ia akan memudahkan anda mendapatkan perkhidmatan pembaikan tidak kira lokasi anda berada. Anda boleh semak senarai \nbengkel kereta panel insurans\n pilihan anda di laman web syarikat insurans sebelum buat keputusan.\n\n\n\n\nFahami Jenis Perlindungan yang Anda Perlukan, Beli di Qoala untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nSebelum pilih insurans kereta yang terbaik dan sesuai untuk anda, pastikan anda fahami jenis perlindungan yang anda perlukan. Sebagai contoh, jumlah perlindungan kereta. Jika kereta anda \nunder-insured\n, ia boleh memberi masalah kepada pemilik kereta. Sekiranya berlaku kemalangan, anda tidak akan mendapat pampasan penuh daripada syarikat insurans. Malah, anda juga mungkin terpaksa menggunakan wang sendiri bagi menampung kos pembaikan kereta anda\n\n\nDi Malaysia, terdapat banyak syarikat insurans kereta terbaik yang boleh anda pilih. Meskipun begitu, tidak semua insurans menawarkan pelan perlindungan yang sama. Lakukan kajian dengan teliti dan pilih syarikat insurans yang menawarkan perlindungan yang lengkap.\n\n\nSekiranya anda ingin dapatkan polisi \nperlindungan insuran kereta terbaik\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform insurans kereta\n yang membolehkan anda lakukan perbandingan dan pilih \ninsurans kereta murah\n daripada beberapa syarikat insurans terbaik. Proses \nrenew \ninsurans kereta\n boleh dilakukan dengan lebih cepat, mudah dan selamat dengan hanya satu klik mudah!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/cara-renew-roadtax-kereta/", "title": "Panduan Cara Renew Roadtax Kereta Anda 2023", "body": "\n\nJika anda baru sahaja memiliki kereta, anda mungkin masih belum tahu cara \nrenew\n\u00a0\nroadtax\n kereta anda. Pada setiap tahun, anda sebagai pemilik kereta perlu membuat pembaharuan cukai jalan. Artikel ini akan menjelaskan cara \nrenew\u00a0\nroad tax\n kereta anda secara online, fizikal dan \nchecklist\n yang anda perlu tahu sebelum perbaharui cukai jalan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nSenarai Semak Sebelum Anda Renew Roadtax Kereta\n1. Periksa Tarikh Tamat Tempoh Insurans dan Roadtax Kereta\n2. Geran Kereta dan Salinan Cover Note\n3. Jelaskan Saman Tertunggak\n4. Harga Pasaran Semasa\n5. Kenal Pasti Insurans yang Anda Mahu\nBagaimana Cara Perbaharui Cukai Jalan Kereta Anda?\nCara Renew Roadtax Kereta Online\nCara Renew Roadtax Kenderaan Secara Fizikal\nApa yang Akan Berlaku Sekiranya Anda Tidak Perbaharui Cukai Jalan?\n\n\nSenarai Semak Sebelum Anda \nRenew Roadtax\n Kereta\n\n\nSecara asasnya, cukai jalan atau roadtax kereta adalah sejenis cukai yang perlu dibayar oleh pemilik kenderaan bermotor untuk membolehkan kenderaan tersebut dipandu di jalan raya secara sah. Untuk pengetahuan anda, kadar cukai jalan adalah tetap dan tidak berubah, ia hanya dibezakan oleh nilai \ninsurans kenderaan\n anda sahaja. Bergantung kepada pilihan anda, tempoh \nrenew roadtax\n boleh dibuat dalam tempoh enam bulan atau 12 bulan.\n\n\nKerajaan Malaysia mewajibkan setiap pemilik kereta untuk buat pembaharuan cukai jalan kereta dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan penalti. Sekiranya anda membuat pembaharuan cukai jalan sebelum tarikh akhir, anda terselamat dikenakan penalti. Berikut merupakan \nchecklist\n yang anda perlu periksa sebelum anda memperbaharui cukai jalan anda:\n\n\n1. Periksa Tarikh Tamat Tempoh Insurans dan \nRoadtax\n Kereta\n\n\nSebelum anda buat pembaharuan cukai jalan, pastikan anda telah semak dan tahu tarikh tamat tempoh \nroad tax\n kereta anda terlebih dahulu.\n\n\n2. Geran Kereta dan Salinan \nCover Note\n\n\nSeperti yang anda ketahui, kandungan \ngeran kereta\n mempunyai maklumat lengkap tentang kenderaan anda seperti model kereta, tahun kereta dan pelbagai info lagi. Selain itu, anda perlu bawa\u00a0\ncover note\n kenderaan anda yang mengandungi maklumat seperti tarikh luput tamat insurans kereta.\n\n\n3. Jelaskan Saman Tertunggak\n\n\nPastikan kereta anda bebas daripada mana-mana saman, seperti saman JPJ atau PDRM. Anda boleh\u00a0\ncheck \nsaman\n secara online dan\u00a0pastikan anda langsaikan saman tersebut sekiranya ada.\n\n\n4. Harga Pasaran Semasa\n\n\nSelepas tempoh tertentu, kereta anda berkemungkinan besar akan mengalami \nsusut nilai\n. Oleh itu, anda perlu tahu nilai semasa atau harga pasaran semasa kereta anda.\n\n\n5. Kenal Pasti Insurans yang Anda Mahu\n\n\nAnda boleh membuat sedikit\u00a0\nresearch\n dan tentukan jenis insurans yang anda mahu. Kenal pasti sekiranya anda perlukan \nperlindungan tambahan kereta\n dan \nbandingkan polisi insurans\n di Malaysia untuk mendapatkan polisi perlindungan yang terbaik.\n\n\nBagaimana Cara Perbaharui Cukai Jalan Kereta Anda?\n\n\nSebelum anda\u00a0\nrenew\n cukai jalan anda, anda perlu \nrenew\n insurans kereta\n anda terlebih dahulu. Sekiranya anda telah\u00a0\nrenew\u00a0\ninsurans kenderaan anda, ikuti dua cara di bawah iaitu\u00a0\nrenew\u00a0\nsecara online dan renew secara fizikal\u00a0untuk memperbaharui cukai jalan anda:\n\n\nCara\n Renew Roadtax\n Kereta Online\n\n\nAnda boleh melakukan urusan pembaharuan \nroad tax\n anda secara online melalui platform seperti Qoala, MySikap dan MyEG.\n\n\nRenew Roadtax\n\u00a0di Qoala\n\n\nProses beli insurans secara online di Qoala sangat mudah. Anda hanya perlu isi butiran peribadi dan juga butiran kenderaan anda yang disediakan di laman web. Berikut merupakan tujuh cara mudah renew insurans dan renew roadtax dalam masa 1 minit di Qoala:\n\n\nAnda boleh membuat pembaharuan cukai jalan dengan mudah dan cepat melalui platform Qoala. Ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari laman web Qoala.\n\n\nIsikan butiran ringkas anda seperti nombor plat kenderaan, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan poskod.\n\n\nSahkan maklumat peribadi anda dan buat pembayaran secara online.\n\n\nPenghantaran \nroadtax\n akan dilakukan dalam masa lima hingga tujuh hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia, tujuh hingga 14 hari bagi Sabah dan Sarawak. \nRoadtax\n akan dihantar melalui kurier secara terus ke rumah anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRenew Roadtax \ndi MySikap\n\n\nMySikap merupakan platform yang disediakan oleh JPJ untuk\u00a0\nrenew roadtax\n, \ntukar nama kereta\n, beli nombor plat kereta dan semak saman. Berikut adalah cara\u00a0\nrenew\u00a0\ncukai jalan di MySikap:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLog masuk akaun MySikap.\n\n\nPilih\u00a0\nrenew\u00a0\nLesen Kenderaan Motor (LKM).\n\n\nMasukkan nombor kenderaan berdaftar anda.\n\n\nMembuat pembayaran online.\n\n\nAmbil roadtax di JPJ atau UTC berdekatan anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRenew Roadtax \ndi MyEG\n\n\nCara-cara untuk renew road tax dengan MyEG adalah seperti di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDaftarkan diri anda dengan MyEG.\n\n\nPilih JPJ.\n\n\nPilih Pembaharuan Cukai Jalan.\n\n\nIsikan maklumat-maklumat yang diperlukan seperti nombor IC, nombor telefon, nama dan nombor pendaftaran kereta.\n\n\nPilih kaedah pengambilan sama ada menerusi penghantar ke rumah atau anda ambil sendiri.\n\n\nLakukan pembayaran anda dengan kaedah pembayaran pilihan, \nkad kredit\n atau debit atau \ntransfer\n bank.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara \nRenew Roadtax\n Kenderaan Secara Fizikal\n\n\nSelain membuat pembaharuan cukai jalan secara online, anda juga boleh\u00a0\nrenew roadtax\n di mana-mana cawangan JPJ, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pejabat Pos Malaysia.\n\n\nRenew Roadtax \ndi JPJ dan UTC\n\n\nJika anda ingin membuat pembaharuan roadtax kereta di JPJ atau UTC, ikuti langkah-langkah di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHadir ke Pejabat JPJ atau UTC berhampiran anda.\n\n\nPastikan anda bawa dokumen yang diperlukan seperti MyKad, sijil pemilikan kenderaan (VOC), salinan cover note insurans kereta anda.\n\n\nAnda perlu ambil nombor dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.\n\n\nSerahkan dokumen yang diperlukan kepada pegawai bertugas.\n\n\nUrusan anda akan selesai sekiranya semua berjalan dengan lancar.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRenew Roadtax\n di Pejabat Pos\n\n\nBerikut adalah cara\u00a0\nrenew roadtax\n di Pejabat Pos Malaysia untuk panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPergi ke mana-mana Pejabat Pos berhampiran anda.\n\n\nSediakan dokumen yang diperlukan seperti MyKad, sijil pemilikan kenderaan (VOC), salinan \ncover note\n insurans sedia ada.\n\n\nAnda perlu ambil nombor dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.\n\n\nSerahkan dokumen diperlukan kepada kakitangan bertugas.\n\n\nUrusan anda akan selesai sekiranya semua berjalan dengan lancar.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nApa yang Akan Berlaku Sekiranya Anda Tidak Perbaharui Cukai Jalan?\n\n\nUntuk mengelakkan denda, anda mesti memperbaharui cukai jalan anda sebelum ia tamat tempoh. Pemilik kenderaan yang gagal membayar cukai jalan boleh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) dan 90 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.\n\n\nOleh sebab itu, pastikan anda periksa tarikh tamat tempoh\u00a0\nroad tax\n anda di\u00a0\nsticker\n atau pelekat cukai jalan anda yang anda tampal pada bahagian depan cermin kereta. Anda boleh menyemak tarikh luput cukai jalan anda secara dalam talian melalui laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya pelekat cukai jalan anda pudar atau hilang.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta\n, \ninsurans motor\n atau \ninsurans rumah terbaik\n dan komprehensif, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans di Malaysia dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/cara-semak-insurans-kereta/", "title": "Cara Semak Insurans Kereta 2023: Panduan Lengkap Pemilik Kenderaan", "body": "\n\nSebagai pemilik kenderaan di Malaysia, penting untuk anda semak insurans kereta secara berkala bagi memastikan \npolisi insurans kereta\n yang diambil adalah sah dan mencukupi. Ia sekali gus membolehkan pemilik kenderaan melindungi harta benda dan diri mereka daripada sebarang risiko kemalangan atau kerosakan yang tidak diingini.\n\n\nInsurans Kereta di Malaysia: Cara Semak Insurans Kereta dan Maklumat Penting yang Perlu Diketahui\n\n\nSemak insurans kereta adalah salah satu langkah bijak yang perlu dilakukan oleh pemilik kenderaan. Ia boleh membantu pemilik kereta memastikan bahawa polisi insurans yang disediakan untuk perlindungan kereta sentiasa aktif dan mencukupi. Kekurangan atau keabsahan \ninsurans kereta\n boleh mengakibatkan risiko kerugian kewangan yang serius dan kesulitan dalam membuat tuntutan insurans jika berlaku kejadian yang tidak diingini.\n\n\nCara Semak Insurans Kereta di Malaysia\n\n\nSemasa semak insurans kereta, pemilik kenderaan perlu memastikan bahawa maklumat penting dalam polisi insurans adalah tepat dan lengkap. Beri perhatian kepada aspek-aspek berikut:\n\n\n\n\nButiran pemilik kenderaan;\n\n\nButiran pemandu tambahan (jika berkenaan);\n\n\nButiran polisi insurans seperti tarikh berkuat kuasa, tarikh tamat tempoh, jumlah perlindungan dan \njenis perlindungan insurans\n.\n\n\n\n\nPemilik kenderaan juga perlu memahami terma dan syarat yang terkandung dalam polisi insurans termasuk perkara yang tidak dilindungi dan dilindungi insurans, serta prosedur untuk membuat tuntutan insurans jika berlaku kemalangan atau kejadian tidak diingini.\n\n\n\n\nSemak Insurans Kereta Online Melalui MyCarInfo\n\n\nSecara asasnya, semakan insurans kereta adalah proses yang sangat mudah. Terdapat beberapa cara untuk semak status insurans kereta. Pemilik kenderaan hanya perlu memasukkan butiran kenderaan seperti nombor plat kereta, dan maklumat insurans yang relevan dengan anda akan dipaparkan.\n\n\nSebagai contoh, anda boleh semak maklumat berkaitan anda melalui portal MyCarInfo.\u00a0Laman web seperti MyCarInfo menyediakan butiran penting berkaitan polisi insurans kereta anda seperti:\n\n\n\n\nTarikh tamat tempoh \ninsurans dan cukai jalan kereta\n;\n\n\nPelan polisi insurans yang digunakan;\n\n\nButiran Diskaun Tiada Tuntutan (\nNCD kereta\n);\n\n\nButiran \nsyarikat insurans di Malaysia\n yang dipilih;\n\n\nTempoh polisi insurans.\n\n\n\n\nBerikut merupakan cara semak insurans kereta online melalui MyCarInfo untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n\n\nLayari laman web \nMyCarInfo\n;\n\n\nKemudian, pilih perkhidmatan yang anda perlukan seperti Nilai Pasaran Kenderaan, Pertanyaan NCD, i-Carian dan Semakan Kenderaan;\n\n\nUntuk semak insurans kereta, pilih i-Carian;\n\n\nIsikan maklumat diperlukan seperti nombor pendaftaran kereta, nama dan e-mel anda, kemudian tekan Enquire;\n\n\nMaklumat berkaitan insurans kereta anda akan dipaparkan.\n\n\n\n\nSemak Insurans Kereta Melalui Syarikat Insurans\n\n\nSelain semak insurans kereta secara online, anda juga boleh semak insurans kereta anda dengan merujuk salinan polisi insurans kereta yang diberikan kepada anda semasa anda\n \nrenew\n insurans kereta\n. Anda juga boleh hubungi ejen atau syarikat insurans anda.\n\n\nSenarai Talian Bebas Tol Syarikat Insurans di Malaysia\n\n\nBerikut merupakan senarai talian bebas tol syarikat-syarikat insurans di Malaysia yang boleh anda hubungi untuk mendapatkan maklumat dan membuat semakan berkaitan polisi insurans kereta anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAllianz \u2013 1 800 22 5542\n\n\nTokio Marine \u2013 1 800 88 1301\n\n\nMSIG \u2013 1 300 88 0833\n\n\nZurich \u2013 1 300 88 6222\n\n\nLiberty \u2013 1 300 88 5005\n\n\nLonpac \u2013 1 300 88 1138\n\n\nPacific & Orient \u2013 1 800 88 2121\n\n\nRHB \u2013 1 300 88 0881\n\n\nMPI Generali \u2013 1 800 22 2262\n\n\nAIG \u2013 1 800 88 8811\n\n\nKurnia \u2013 1 800 88 3833\n\n\nAXA \u2013 1 800 88 1033\n\n\nAmAssurance \u2013 1 800 88 6333\n\n\nAIA Insurance \u2013 1 800 88 8733\n\n\nBerjaya Sompo \u2013 1 800 18 8033\n\n\nTakaful Malaysia \u2013 1 800 88 8788\n\n\nEtiqa Takaful \u2013 1 800 88 6491\n\n\nTakaful Ikhlas \u2013 1 800 88 1186\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemak Polisi Insurans Kereta Anda untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nPemilik kenderaan perlu memahami maklumat dalam polisi insurans dengan betul untuk mengelakkan sebarang kekeliruan atau ketidakfahaman yang boleh menyebabkan masalah semasa \nmembuat tuntutan insurans\n. Anda digalakkan untuk sentiasa menyemak tarikh tamat tempoh dan butiran-butiran penting lain dalam pelan insurans anda bagi memastikan anda memperoleh perlindungan yang diperlukan.\n\n\nSebagai contoh, jika anda terlewat \nmemperbaharui insurans kereta\n atau terlepas pandang butiran penting \u2013 ada kemungkinan tuntutan \ninsurans anda akan ditolak syarikat insurans\n. Untuk memudahkan anda mendapatkan perlindungan insurans yang sewajarnya, anda boleh \nrenew\n insurans dan cukai jalan kereta\n anda di Qoala.\n\n\nQoala merupakan \nplatform perbandingan insurans terbaik\n di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, selamat dan cepat. Anda boleh membandingkan pelbagai sebut harga daripada pelbagai \nsyarikat insurans terbaik di Malaysia\n dan terima sebut harga percuma dengan pantas.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/cermin-kereta-retak/", "title": "Cermin Kereta Retak? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu", "body": "\n\nCermin kereta retak seribu adalah mimpi ngeri ramai pemilik \nkereta\n. Tambah-tambah lagi jika kereta yang baru keluar daripada kedai dan cerminnya retak atau pecah dalam perjalanan balik ke \nrumah\n gara-gara terkena batu yang melantun. Musibah cermin kereta retak atau pecah ini memang tak boleh disangka. Ramai pemandu pernah mengalami situasi ini dimana cermin kereta mereka retak sama ada ketika memandu atau berada dalam keadaan diparkir.\n\n\nUntuk pengetahuan, cermin hadapan kereta kebiasaannya direka dan diperbuat daripada kaca bajaan (tempered glass) yang telah menjalani proses pemanasan bagi menguatkan lagi struktur kaca supaya tahan lasak dan tidak mudah pecah. Kaca jenis bajaan ini juga selamat untuk kegunaan orang ramai kerana apabila ia pecah akibat kemalangan atau terkena objek keras, ia tidak akan pecah dalam bentuk kepingan kaca biasa. Ia akan berderai menjadi butiran halus.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n7 Punca Cermin Kereta Retak, Cermin Kereta Pecah\n1. Cermin Kereta Retak Kena Batu\n2. Cara Pasang Cermin Kereta Tidak Betul\n3. Kualiti Cermin Kaca yang Tidak Baik\n4. Cermin Kereta Depan Retak Disebabkan Lori Pembinaan\n5. Cermin Kereta Pecah Sebab Panas\n6. Kereta Kena Hempap Pokok\n7. Cermin Kereta Pecah Sebab Hujan batu\nInsurans Cermin Kereta: Cara Claim Cermin Kereta Pecah\nPerlindungan Insurans Cermin Kereta untuk Ketenangan Fikiran\nUnder dan Over Insurans\nTempoh Tamat Perlindungan Polisi\nSebab-sebab Kenapa Cermin Kereta Perlu Sentiasa Dibersihkan\nCermin tidak mudah rosak\nPenglihatan lebih baik\nPower Window Susah Naik Turun?\nFius\nMasalah elektrik\nKerosakan motor\nMasalah regulator\n\n\n7 Punca Cermin Kereta Retak, Cermin Kereta Pecah\n\n\nKaca cermin hadapan kereta memang direka untuk tahan lasak serta tidak mudah pecah. Namun, mengapa masih ada cermin kereta boleh menjadi retak? Ini antara sebab-sebabnya:\n\n\n1. Cermin Kereta Retak Kena Batu\n\n\nFaktor cermin kereta retak ini boleh disebabkan apabila kita memandu di jalan yang berkerikil (gravel road). Ini kerana, batu-batu di jalan tersebut boleh melantun dan terkena cermin hadapan kereta menyebabkan ia retak.\n\n\nApa yang anda boleh buat untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi adalah dengan menjaga jarak kereta anda dengan kenderaan hadapan terutama sekali jika anda memandu di belakang kenderaan berat seperti lori. Ini adalah untuk mengurangkan risiko cermin kereta retak akibat terkena batu yang melantun. Ramai pemandu tersalah sangka cermin depan kereta mereka retak akibat cuaca panas melampau, sedangkan ia sudah pun berlubang kecil kerana terkena serpihan batu kecil atau kerikil, dan retak menjalar besar beberapa hari kemudian akibat tekanan dan gegaran pemanduan.\n\n\n2. Cara Pasang Cermin Kereta Tidak Betul\n\n\nApabila cermin tidak dipasang dengan betul, ia juga boleh mengundang risiko untuk pecah atau retak. Saiz cermin yang tidak sesuai dengan bingkai turut menjadi penyebab cermin mudah retak atau pecah. Ini kerana cermin kereta kita boleh menjadi longgar akibat saiz yang tidak betul dan apabila dipandu dengan kelajuan yang tinggi, ia akan mengakibatkan impak tekanan dan getaran.\n\n\n3. Kualiti Cermin Kaca yang Tidak Baik\n\n\nKualiti kaca turut memainkan peranan yang besar dalam menentukan daya ketahanan sesebuah cermin. Kualiti ini bergantung kepada kualiti kaca daripada pembekal atau pengeluar. Apabila kualiti yang diletakkan pada cermin kereta adalah rendah, maka ia lebih berisiko untuk lebih mudah retak apabila sesuatu objek melantun pada cermin.\n\n\nKebiasaannya, kualiti yang dikhuatiri rendah ini selalunya cermin kereta yang cermin yang dibaikpulih menggunakan cermin berkualiti rendah atau cermin kereta terpakai.\n\n\n4. Cermin Kereta Depan Retak Disebabkan Lori Pembinaan\n\n\nSekiranya anda memandu berhampiran dengan kenderaan berat seperti lori yang membawa bahan pembinaan seperti tanah,\u00a0 pasir, batu-batu kecil, kayu atau apa-apa yang membahayakan, sila pastikan anda dapat mengawal jarak di antara lori tersebut dengan kereta anda.\n\n\nIni kerana, objek bahaya yang dibawa oleh lori tersebut boleh jatuh ke jalan dan melantun ke arah kereta dari arah yang kita tak sangka. Apabila jalan raya berada dalam keadaan yang lengang, anda dinasihatkan memotong kenderaan berat terbabit untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.\n\n\n5. Cermin Kereta Pecah Sebab Panas\n\n\nSuhu yang panas, atau suhu sejuk yang melampau turut memberi kesan kepada cermin kereta retak. Walaupun ia jarang berlaku, perubahan suhu secara mendadak seperti daripada panas terik kepada hujan dalam tempoh masa yang lama boleh menyebabkan cermin kereta retak dibahagian depan terutamanya.\n\n\nOleh itu, kita disarankan untuk tidak meletakkan kereta secara terdedah kepada cara matahari terik. Suhu panas boleh menyebabkan sudut sisi cermin mengembang lebih cepat berbanding tengah cermin. Cuaca panas juga mampu membuatkan retak kecil (yang mungkin tidak dapat dilihat mata kasar) merebak lebih besar.\n\n\n6. Kereta Kena Hempap Pokok\n\n\nMeletakkan kenderaan di bawah pokok atau berhampiran pokok juga tidak digalakkan. Ini kerana ia dahan-dahan pokok tersebut boleh patah lalu jatuh ke atas cermin kereta anda. Ada juga kes dimana pokok boleh tumbang menghempap kereta apabila angin terlalu kuat.\n\n\n7. Cermin Kereta Pecah Sebab Hujan batu\n\n\nWalaupun hujan batu jarang berlaku di Malaysia, ia boleh berlaku dan pernah berlaku tanpa disangka. Apabila terjadinya hujan batu, ia boleh memberikan kesan buruk bukan saja pada cermin kereta, malah badan kereta turut menerima kesannya.\n\n\nInsurans Cermin Kereta: Cara Claim Cermin Kereta Pecah\n\n\nCermin kereta pecah boleh claim insurans? Bayangkan anda sedang dalam pemanduan yang tenang dan berhati-hati. Tiba seketul batu yang datang entah dari mana melantun ke cermin kereta lalu menyebabkan cermin kereta retak seribu. Pasti kita jadi panik, bukan?\n\n\nApabila situasi ini berlaku, apa yang anda perlu buat adalah menenangkan diri dan terus ke bengkel kereta untuk menukar cermin kereta. Kos menukar cermin kereta hadapan selalunya\u00a0 bermula dengan harga RM1,000. Namun, jika anda mempunyai \ninsurans kereta terbaik\n yang turut melindungi cermin kenderaan, anda boleh membuat tuntutan insurans.\n\n\nUntuk membuat tuntutan, anda perlu menghubungi pihak insurans kenderaan anda dan menanyakan di manakah lokasi kedai atau bengkel panel insurans yang berhampiran dengan tempat anda. Setelah mendapatkan informasi tersebut, segeralah membawa kenderaan akan untuk menukar cermin kereta. Proses menukar cermin kereta selalunya tak lama pun.\n\n\nAntara dokumen-dokumen yang diperlukan untuk buat tuntutan cermin kereta retak ialah:\n\n\n\n\nSalinan Mykad pemilik kereta.\n\n\nSalinan lesen pemandu pemilik kereta, atau pemandu kereta.\n\n\nSalinan geran kereta.\n\n\nSalinan invois dan sijil insurans.\n\n\n\n\nSetelah mempunyai segala dokumen yang diperlukan, serahkan saja urusan menukar cermin kepada bengkel kereta. Semuanya mudah tanpa anda mengeluarkan wang walaupun sesen.\n\n\n\n\nPerlindungan Insurans Cermin Kereta untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nSebelum itu, anda perlu tahu dulu apa itu insurans cermin kereta. Insurans cermin adalah sebuah insurans tambahan (add-on) yang boleh diberi secara tambahan dalam \ninsurans tahunan kereta\n anda. Ia merangkumi bukan saja cermin depan kereta, malah cermin belakang, cermin pintu sisi dan juga cermin sunroof. Cumanya, cermin sunroof hanya akan dilindungi jika ialah adalah yang original. Sekiranya sunroof kereta anda adalah satu modifikasi tambahan, ia tidak boleh dilindungi.\n\n\nJika kita lihat kes-kes cermin kereta yang retak dan pecah ini sering berlaku pada cermin hadapan kereta. Dengan perlindungan insurans cermin kenderaan, anda tidak perlu risau akan masalah sebegini. Tuntutan insurans ke atas cermin kenderaan tidak akan menyebabkan NCD tahunan anda dikurangkan.\n\n\nSekiranya kereta anda tidak mempunyai perlindungan insurans cermin, anda perlu menanggung kosnya yang mahal apabila terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. Kos menukar cermin kereta adalah daripada RM1,000 hingga RM30, 000, bergantung pada jenis dan model kenderaan anda. Dengan adanya insurans untuk cermin kereta, anda tidak perlu lagi runsing apabila cermin kereta anda mempunyai sebarang kerosakan.\n\n\nWalau bagaimanapun, anda perlu memastikan jumlah perlindungan cermin kereta anda adalah pada tahap yang mencukupi. Dikhuatiri jumlah caruman tak cukup untuk membuat penukaran cermin.\u00a0Anda boleh membuat tuntutan seberapa banyak kali selagi had maksima caruman tidak habis digunakan.\u00a0 Sebagai contoh, untuk perlindungan RM1,000, nak claim RM250 sebanyak 4 kali pun tak ada masalah. Namun jika cermin anda rosak teruk dan tidak lagi selamat untuk digunakan, pihak bengkel akan menasihatkan supaya tukar sahaja cermin kereta.\n\n\nProses untuk membuat tuntutan insurans kereta ini tidaklah merumitkan. Apabila cermin kereta anda sudah dilindungi dengan insurans, anda sudah tidak perlu lagi risau untuk mengeluarkan wang yang banyak apabila cermin kereta retak atau pecah. Untuk mengetahui berapa nilai yang perlu anda bayar berdasarkan model kereta, anda boleh membuat semakan \ndisini\n.\n\n\nSekiranya anda berminat untuk mengambil insurans cermin, ini antara perkara yang penting yang perlu anda ketahui:\n\n\nUnder dan Over Insurans\n\n\nUnder insurans membawa maksud anda membayar premium insurans kurang dari jumlah yang semestinya diakibatkan anda meletak taksiran harga kereta semasa yang lebih rendah. Ketika berlakunya kemalangan, ia boleh mendatangkan rugi kepada anda. Ini kerana syarikat insurans hanya akan membayar ganti rugi pada amaun yang diinsuranskan sahaja. Baki selebihnya anda perlu mengeluarkan duit anda sendiri.\n\n\nBagi over insurans pula, anda membayar terlebih insurans kepada syarikat. Meskipun membayar premium lebih tinggi, jumlah kerugian yang ditanggung oleh insurans tetap sama. Insurans yang terlebih atau terkurang ini juga akan memberikan kesan kepada jumlah insurans cermin yang perlu dibayar. Oleh itu, anda harus memastikan bayaran premium anda ialah pada jumlah yang betul, tak terkurang ataupun terlebih.\n\n\nTempoh Tamat Perlindungan Polisi\n\n\nIanya berbeza dengan polisi insurans kereta. Polisi insurans kereta akan tamat dalam tempoh masa setahun dan perlu diperbaharui pada setiap tahun. Polisi tambahan seperti perlindungan cermin kereta pula akan tamat dalam masa setahun apabila tuntutan pernah dibuat.\n\n\nSebagai contoh, pada bulan Mac anda memperbaharui polisi komprehensif bersamaan tambahan insurans cermin sebanyak RM 180 dengan sum insured RM 1,200. Seterusnya, pada bulan Ogos, cermin kereta anda retak kecil dan dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Disebabkan kerosakan tak teruk sangat, anda pun hanya perlu buat tuntutan sebesar RM 350 sahaja.\n\n\nDalam kes ini, perlindungan insurans cermin anda masih ada baki RM 850 sehingga polisi tamat pada bulan Mac tahun mendatang. Maknanya, anda boleh buat tuntutan senilai RM 850 sehingga bulan Mac, atau perlindungan bagi cermin kereta pecah atau retak akan tamat tempoh pada masa itu juga sekiranya tiada tuntutan.\n\n\n\n\nSebab-sebab Kenapa Cermin Kereta Perlu Sentiasa Dibersihkan\n\n\nBagi pemanduan yang selamat, penglihatan pada cermin kereta haruslah jelas. Pemandu memerlukan penglihatan yang jelas bagi membolehkan pemandu memantau persekitaran semasa di kelilingi kenderaan lain.\n\n\nSebarang gangguan pada cermin kereta boleh menjejaskan penglihatan sekaligus boleh menganggu pemanduan. Antara faktor paling kerap berlaku pada semua kenderaan hampir setiap hari ialah kotoran melekat pada permukaan cermin seperti najis burung, habuk dan debu serta partikel sisa minyak.\n\n\nAnda perlu memastikan cermin kereta berada pada tahap yang baik dan sentiasa bersih supaya;\n\n\nCermin tidak mudah rosak\n\n\nAntara jenis kotoran yang melekat pada permukaan cermin kereta terdiri daripada pasir halus, debu dan partikel kecil yang boleh merosakkan cermin. Ini kerana, sisa kotoran itu mampu mencalarkan permukaan cermin kereta sehingga sukar dibaiki. Keadaan ini boleh melemahkan struktur cermin sekaligus membuatkan cermin kereta retak atau pecah.\n\n\nJika kesan calar dibiarkan, kerosakan lain yang berpotensi berlaku ialah cermin mudah retak jika terkena lantunan batu ketika memandu. Apabila buat perapian, kenderaan anda akan menerima perlindungan tambahan lebih baik, termasuk memanjangkan hayat cermin.\n\n\nPenglihatan lebih baik\n\n\nPemanduan boleh jadi mencabar apabila datangnya cuaca buruk seperti hujan lebat atau kabus tebal. Ketika ini, cermin yang bersih dan baik amat diperlukan. Sebagai contoh, pemanduan dalam hujan yang lebat boleh mengakibatkan kualiti penglihatan pemandu menurun dan meningkatkan risiko \nkemalangan\n. Situasi ini menjadi lebih teruk apabila cermin kereta hadapan atau belakang mempunyai kotoran.\u00a0 Cermin kabur akibat kotoran boleh mengehadkan jarak penglihatan, manakala kesan percikan lumpur atau najis burung pula mungkin menjadi titik buta yang menghalang penglihatan.\n\n\nCermin yang sentiasa bersih boleh membantu anda untuk memandu dengan lebih baik sekaligus mengurangkan risiko \nkemalangan\n. Bukan sahaja cermin kereta bahagian hadapan. Malah, lagi baik sekiranya setiap cermin kereta dipastikan sentiasa bersih.\n\n\nPower Window Susah Naik Turun?\n\n\nKereta-kereta moden dilengkapi dengan power window dengan kegunaan untuk memudahkan penumpang menurun dan menaikkan cermin tingkap kereta. Ada beberapa kejadian yang menyebabkan power window susah untuk naik dan turun. Kadang-kadang ia boleh jadi tersangkut.\u00a0Mengapa ini boleh terjadi?\n\n\nSecara amnya, masalah ini disebabkan komponen yang sudah rosak, haus dan lusuh. Ini kerana sudah lama digunakan seiring dengan usia kereta tersebut. Tingkap kuasa yang rosak biasanya mengalami masalah cermin tidak dapat diturunkan atau dinaikkan, sama ada tersekat di tengah frem tingkap atau kaca tingkap terseret dan operasi tidak lancar.\n\n\nJika anda mengalami situasi tersebut, ada beberapa masalah mungkin berlaku yang memerlukan anda membuat pemeriksaan:\n\n\nFius\n\n\nPerkara pertama yang perlu diperiksa adalah fius. Fius berperanan sebagai komponen yang memutuskan arus elektrik bagi meminimumkan kesan lintar pintas. Sekiranya fius tersebut mempunyai kerosakan atau pun terbakar, ia akan menyebabkan cermin tingkap sisi kereta susah untuk turun dan naik. Jika situasi berlaku, anda perlu menukarkan fius tersebut. Namun, sekiranya selepas menukar ke fius baru ia masih bermasalah, kemungkinan lintar pintas telah berlaku. Segeralah bawa ke bengkel bagi membaiki masalah ini sekiranya terjadi.\n\n\nMasalah elektrik\n\n\nSistem elektrik power window boleh mengalami kerosakan jika terdapat masalah voltan. Ia berlaku akibat terdapat litar pintas yang menyebabkan suis power window terbakar lalu menyukarkan pergerakan tingkap sisi. Gantikan suis tersebut agar power window dapat berfungsi semula dengan baik.\n\n\nKerosakan motor\n\n\nSetiap tingkap sisi jenis power window memerlukan motor elektrik untuk proses naik dan turun. Terdapat roda gigi di hujung motor elektrik yang menghubungkannya dengan pengatur atau lebih dikenali sebagai regulator. Apabila anda menekan butang power window di pintu kenderaan, ia akan mengaktifkan motor elektrik yang membolehkan regulator menggerakkan tingkap sisi.\n\n\nSekiranya motor elektrik tersebut rosak, maka daya untuk menggerakkan tingkap sisi akan berkurangan. Apa yang anda boleh lakukan adalah membuat pemeriksaan terhadap komponen ini agar ia dapat dibaiki dengan kadar yang segera.\n\n\nMasalah regulator\n\n\nSetiap kenderaan mempunyai regulator yang membantu anda menggerakkan tingkap ke bawah atau ke atas. Alat ini terdapat di setiap pintu bagi membolehkan pemandu mempunyai kawalan keseluruhan terhadap tingkap kenderaan.\n\n\nSekiranya regulator tidak berfungsi dengan baik, anda akan mengalami kesukaran untuk menggerakkan tingkap apabila menekan butang tersebut. Segera lakukan pembaikan di pusat servis bertauliah untuk menggantikan regulator baharu.\n\n\nCermin kereta ini perlu dijaga supaya daya ketahanannya boleh menjadi panjang. Cermin kereta retak perlu segera ditukar kerana takut ia akan menjadi melarat.\n\n\nSemoga segala persoalan anda telah dijawab menerusi perkongsian artikel ini. Kalau nak buat \npembaharuan road tax\n dan \ninsurans kereta\n dengan harga yang berpatutan, anda boleh buat \ndisini\n. Semoga bermanfaat!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/claim-insurans-kereta-kemalangan-sendiri/", "title": "Panduan Lengkap Cara Claim Insurans Kereta Kemalangan Sendiri 2023", "body": "\n\nSetiap pemandu terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan terutamanya semasa memandu di jalan raya. Kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan boleh menimpa sesiapa sahaja. Ia boleh berpunca daripada kecuaian orang lain atau kesilapan anda sendiri. Apa yang perlu anda buat jika berlaku kemalangan berpunca daripada kesilapan anda? Adakah anda masih boleh \nclaim\n insurans kereta kemalangan sendiri?\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa yang Anda Perlu Tahu Tentang Proses Claim Insurans Kemalangan Sendiri (Own Damage Claim)\nAdakah Anda Layak Buat Tuntutan Insurans Kereta Kemalangan Sendiri Jika Anda di Pihak yang Salah?\nBagaimana Pula dengan Pihak yang Dilanggar oleh Anda? Adakah Tuntutan Insurans Kemalangan Sendiri Boleh Dibuat?\nBagaimana Cara Claim Insurans Kereta Kemalangan Sendiri?\nApakah Situasi yang Membolehkan Anda Membuat Tuntutan Insurans Kereta Kemalangan Sendiri?\nBeri Perlindungan Insurans Terbaik untuk Kereta Anda Hari Ini\n\n\nApa yang Anda Perlu Tahu Tentang Proses \nClaim\n Insurans Kemalangan Sendiri (\nOwn Damage Claim\n)\n\n\nPerlindungan insurans membolehkan anda membuat tuntutan sekiranya terlibat dalam kemalangan. Ini bermaksud, anda tidak lagi perlu mengeluarkan belanja sendiri untuk menanggung \nkos pembaikan kereta\n anda. Umumnya, terdapat beberapa jenis tuntutan insurans yang boleh anda pertimbangkan seperti:\n\n\n\n\nClaim\n insurans kereta kemalangan sendiri (atau turut dikenali sebagai \nOwn Damage Claim\n);\n\n\nTuntutan \nknock for knock;\n\n\nTuntutan insurans kemalangan pihak ketiga.\n\n\n\n\nSecara asasnya, anda boleh membuat tuntutan atau \nclaim\n insurans kereta kemalangan sendiri sekiranya kemalangan berpunca daripada anda. Tetapi, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan \nclaim\n insurans kereta kemalangan sendiri ini?\n\n\nClaim\n insurans kereta kemalangan sendiri merujuk pada tuntutan kerugian atau kerosakan kereta ke atas insurans kereta anda sendiri. Sebagai contoh, anda secara tidak sengaja terlanggar pagar ketika sedang mengundur keluar dari kawasan rumah. Insiden ini menyebabkan kerosakan yang teruk pada kereta anda.\n\n\nJadi, anda boleh \nclaim\n insurans kereta kemalangan sendiri untuk membayar kos pembaikan kerosakan kereta anda menggunakan insurans anda sendiri.\n\n\nAdakah Anda Layak Buat Tuntutan Insurans Kereta Kemalangan Sendiri Jika Anda di Pihak yang Salah?\n\n\nSebagai pemilik kenderaan dan pemegang polisi insurans, penting untuk anda mengetahui jenis polisi insurans yang anda ambil setiap tahun. Ini kerana, setiap satu polisi insurans ini menyediakan liputan perlindungan yang berbeza-beza.\n\n\nDi Malaysia, perlindungan insurans kereta terbahagi kepada tiga jenis \u2013 insurans kereta komprehensif, insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian serta insurans kereta pihak ketiga.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nInsurans Kereta \nFirst Party\n\n\nInsurans Kereta \nThird Party\n, Kebakaran dan Kecurian\n\n\nInsurans Kereta \nThird Party\n\n\n\n\n\n\nKematian atau kecederaan pihak ketiga\n\n\n\u2713\n\n\n\u2713\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\nKerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga\n\n\n\u2713\n\n\n\u2713\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\nKebakaran kereta sendiri\n\n\n\u2713\n\n\n\u2713\n\n\n\u2717\n\n\n\n\n\n\nKecurian kereta sendiri\n\n\n\u2713\n\n\n\u2713\n\n\n\u2717\n\n\n\n\n\n\nKerosakan kereta sendiri akibat kemalangan\n\n\n\u2713\n\n\n\u2717\n\n\n\u2717\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika kemalangan berpunca daripada anda dan anda ingin buat tuntutan insurans untuk membaiki kerosakan tersebut, anda boleh dan layak untuk \nclaim\n\u00a0insurans kereta kemalangan sendiri (\nOwn Damage Claim\n). Namun begitu, \nclaim\n insurans kereta kemalangan sendiri ini hanya boleh dilakukan sekiranya:\n\n\n\n\nPolisi insurans kereta anda masih sah atau aktif;\n\n\nAnda merupakan pemegang polisi insurans komprehensif yang menawarkan perlindungan kepada anda dan pihak ketiga.\n\n\n\n\nSecara asasnya, hanya kereta yang dilindungi dengan insurans kereta komprehensif atau insurans \nfirst party\n sahaja boleh membuat tuntutan insurans kereta kemalangan sendiri. Namun begitu, anda akan kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan atau \nNo Claim Discount\n (NCD kereta) setelah tuntutan ini dibuat.\n\n\nIni bermaksud, kadar NCD kereta anda akan kembali kepada kosong peratus (0%) ketika pembaharuan insurans pada tahun berikutnya. Jika kereta anda dilindungi dengan insurans \nthird party\n, anda tidak boleh membuat tuntutan insurans ini. Segala kos berkaitan pembaikan kerosakan kereta anda perlu dilakukan dengan menggunakan \nwang simpanan\n anda sendiri.\n\n\n\n\nBagaimana Pula dengan Pihak yang Dilanggar oleh Anda? Adakah Tuntutan Insurans Kemalangan Sendiri Boleh Dibuat?\n\n\nMana-mana pihak yang dilanggar boleh membuat tuntutan insurans di bawah polisi anda. Tidak kira sama ada anda mempunyai perlindungan insurans kereta komprehensif atau perlindungan insurans pihak ketiga. Pihak yang dilanggar tidak perlu membuat tuntutan insurans kemalangan sendiri kerana kemalangan berlaku bukan disebabkan kesilapannya sendiri.\n\n\nSetelah pihak yang dilanggar membuat tuntutan insurans di bawah polisi anda, anda secara automatik akan kehilangan NCD kereta. Kadar NCD kereta anda akan terjejas dan kembali kepada kosong peratus (0%) pada tahun berikutnya. Ia secara tidak langsung menyebabkan \npremium insurans\n anda menjadi lebih mahal semasa anda \nrenew\n insurans.\n\n\nMeskipun begitu, ada situasi yang menyebabkan anda tidak akan kehilangan NCD kereta meskipun anda \nclaim\n insurans kereta kemalangan sendiri:\n\n\n\n\nKerosakan Bukan Kesalahan Sendiri (\nNo Fault Damage\n) \u2013 merujuk pada situasi kemalangan yang disahkan oleh pihak polis bukan berpunca daripada kecuaian anda;\n\n\nInsurans Cermin Kereta \u2013 jika anda menambah \nperlindungan tambahan cermin kereta\n, NCD kereta tidak akan terjejas meskipun anda membuat \ntuntutan insurans cermin kereta\n.\n\n\n\n\nBagaimana Cara \nClaim\n Insurans Kereta Kemalangan Sendiri?\n\n\nSekiranya anda terlibat dalam kemalangan, berikut merupakan cara \nclaim\n insurans kereta kemalangan sendiri yang boleh anda lakukan bagi menampung kos pembaikan kerosakan kereta anda:\n\n\n1. Buat Penilaian\n\n\nBuat penilaian segera bagi mengenal pasti tahap kerosakan kenderaan anda. Hubungi syarikat insurans jika tahap kerosakan pada kereta anda teruk dan memerlukan bantuan perkhidmatan trak tunda.\n\n\n2. Ambil Gambar\n\n\nAmbil gambar kawasan kejadian, gambar kerosakan pada kereta anda termasuklah kenderaan pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut.\n\n\n3. Catat Butiran Penting\n\n\nCatatkan juga maklumat penting pihak yang terlibat seperti nombor telefon, nama penuh, kad pengenalan, \nnombor plat kereta\n, \nroadtax\n kereta\n serta apa-apa butiran lain yang dirasakan penting.\n\n\n4. Buat Laporan Polis\n\n\nSegera bawa kereta anda ke balai polis berdekatan dan buat laporan. Laporan polis kemalangan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.\n\n\nJika laporan polis dibuat selepas 24 jam, ada kemungkinan tuntutan insurans anda ditolak oleh syarikat insurans.\n\n\n5. Baiki di Bengkel Panel Syarikat Insurans\n\n\nBawa kereta anda ke bengkel panel syarikat insurans bagi membolehkan kerosakan dibaiki di bawah tuntutan insurans kereta kemalangan sendiri. Sediakan dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan seperti:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSalinan asal laporan polis;\n\n\nPolisi insurans (\ncover note\n insurans\n);\n\n\nSalinan kad pengenalan;\n\n\nSalinan \nlesen memandu;\n\n\nSalinan \ngeran kereta\n;\n\n\nGambar kemalangan dan lakaran rajah dari pihak polis.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nApakah Situasi yang Membolehkan Anda Membuat Tuntutan Insurans Kereta Kemalangan Sendiri?\n\n\nBerikut merupakan antara situasi lain yang membolehkan anda \nclaim\n insurans kereta kemalangan sendiri:\n\n\n1. Kereta Langgar Pokok\n\n\nJika kerosakan kereta berpunca daripada terlanggar pokok atau tiang lampu isyarat atau pokok, anda boleh\n claim\n insurans kereta kemalangan sendiri. Namun begitu, \nNCD kereta\n anda akan terjejas dan kembali kepada sifar peratus (0%) pada tahun berikutnya.\n\n\n2. Kereta Terlanggar Haiwan\n\n\nJika kereta terlanggar haiwan ketika sedang memandu, anda boleh tuntut insurans kereta kemalangan sendiri. Namun begitu, sama seperti situasi lain, anda juga akan kehilangan NCD kereta.\n\n\n3. Cermin Kereta Pecah\n\n\nAnda boleh \nclaim\n insurans kereta kemalangan sendiri jika \ncermin kereta retak, pecah atau rosak\n meskipun kereta anda tidak mempunyai perlindungan tambahan insurans cermin kereta. Tetapi, kadar NCD kereta anda akan kembali kepada sifar peratus (0%).\n\n\nAnda boleh buat tuntutan tanpa memberi kesan kepada NCD kereta dengan syarat anda mempunyai perlindungan tambahan cermin kereta dalam polisi anda.\n\n\nNamun begitu, perlu diingatkan bahawa tuntutan insurans kereta kemalangan sendiri hanya boleh dibuat jika anda merupakan pemegang polisi insurans kereta komprehensif atau \ninsurans \nfirst party\n.\n\n\n\n\nBeri Perlindungan Insurans Terbaik untuk Kereta Anda Hari Ini\n\n\nPerlindungan insurans kereta secara asasnya boleh membantu meringankan \nbeban kewangan\n sekiranya anda terlibat dalam apa-apa situasi yang tidak dijangka. Perlindungan \ninsurans kereta komprehensif\n misalnya membolehkan anda membuat tuntutan insurans jika berlaku kerosakan pada kenderaan sendiri dan kenderaan pihak ketiga akibat kemalangan.\n\n\nOleh sebab itu, penting untuk anda mendapatkan \nperlindungan insurans kereta terbaik\n untuk perlindungan kereta anda yang lebih menyeluruh. Selain itu, pastikan juga anda memahami \njenis tuntutan insurans\n termasuklah cara \nclaim\n insurans kereta kemalangan sendiri dan \ncara \nclaim\n insurans kereta pihak ketiga\n.\n\n\nPengetahuan asas berkaitan insurans ini dapat memastikan tuntutan insurans boleh dilakukan dengan baik selain mengelakkan tuntutan insurans anda ditolak oleh syarikat insurans. Jika insurans kereta anda sudah menghampiri tarikh tamat tempoh, \nperbaharui insurans kereta\n anda dengan segera.\n\n\nUntuk mendapatkan pelan perlindungan insurans komprehensif terbaik, anda boleh mempertimbangkan untuk \nrenew\n insurans kereta\n anda di Qoala. Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n di Malaysia. Semak harga insurans kereta secara percuma dan \nrenew\n insurans kereta anda dengan mudah dan pantas hari ini!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/claim-insurans-kereta/", "title": "Cara Claim Insurans Kereta, 5 Punca Claim Insurans Kereta Ditolak", "body": "\n\nSekiranya berlaku kemalangan, perkara pertama yang difikirkan oleh pemilik kereta semestinya cara \nclaim\n insurans kereta dan kos baiki kereta kemalangan. Namun biasanya, kereta yang memiliki perlindungan \ninsurans kereta\n yang sah tidak perlu memikirkan perkara ini kerana kos pembaikan kereta kemalangan ditanggung oleh pihak insurans asalkan anda mempunyai perlindungan insurans yang sewajarnya.\n\n\nSecara amnya, kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan boleh menimpa sesiapa sahaja yang menggunakan jalan raya. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), secara purata lebih daripada 500 ribu kes kemalangan jalan raya dilaporkan melibatkan hampir tujuh ribu kematian saban tahun.\n\n\nOleh sebab itu, artikel ini akan membincangkan jenis tuntutan insurans kereta rosak yang boleh anda lakukan, cara nak \nclaim\n insurans kereta kemalangan dan perkara-perkara yang boleh anda pertimbangkan berkaitan proses\n claim\n insurans kereta.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nInsurance Kereta: Jenis Tuntutan Insurans Kereta\n1. Tuntutan Kerosakan Sendiri\n2. Tuntutan Knock-for-Knock\n3. Tuntutan Pihak Ketiga\nCara Claim Insurans Kereta Kemalangan Sendiri, Claim Insurans Kemalangan Pihak Ketiga\n5 Cara Claim Insuran Kereta Kemalangan Sendiri\n8 Cara Claim Insurans Kemalangan Pihak Ketiga\nTuntutan Insurans Kena Reject, 5 Punca Claim Insurans Kena Tolak\n1. Langgar Tak Buat Report\n2. Pemandu Tidak Dinamakan\n3. Memandu di Bawah Pengaruh Dadah, Alkohol\n4. Maklumat Tidak Tepat\n5. Tidak Dilindungi Polisi Insurans\nApa yang Boleh Dilakukan Selepas Tuntutan Insurans Ditolak?\nApakah Kesan Claim Insuran Kereta, Berapa Kali Boleh Claim Insuran Kereta?\n\n\nInsurance\n Kereta: Jenis Tuntutan Insurans Kereta\n\n\nSekiranya anda terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kerosakan harta benda tanpa sebarang kecederaan fizikal, anda boleh lakukan tuntutan ganti rugi dengan mempertimbangkan tiga jenis tuntutan berikut:\n\n\n1. Tuntutan Kerosakan Sendiri\n\n\nIa merujuk pada tuntutan kerugian atau kerosakan kereta anda terhadap insurans kereta anda sendiri (\nown damage claim\n). Sebagai contoh, anda secara tidak sengaja terlanggar pagar ketika sedang mengundur keluar dari rumah dan menyebabkan kerosakan teruk pada kereta. Anda boleh \nclaim\n insurans kereta untuk membayar kos kerosakan kereta menggunakan insurans anda.\n\n\nNamun begitu, tuntutan kerosakan sendiri ini hanya boleh dilakukan sekiranya anda merupakan pemegang polisi Insurans Komprehensif yang menawarkan perlindungan kepada anda dan pihak ketiga. Sekiranya tuntutan ini dibuat, polisi anda secara automatik akan kehilangan \nNCD Kereta\n (\nNo Claim Discount\n). Ini bermakna, NCD kereta anda akan kembali kepada sifar peratus pada tahun berikutnya dan premium insurans anda mungkin menjadi lebih mahal semasa\n renew\n insurans\n.\n\n\nMeskipun begitu, anda tidak akan kehilangan NCD kereta sekiranya anda membuat tuntutan kerosakan sendiri kecuali dalam dua situasi seperti berikut:\n\n\n\n\nKerosakan Bukan Kesalahan Sendiri (\nNo Fault Damage\n) \u2013 merujuk pada situasi kemalangan yang disahkan oleh pihak polis bukan berpunca daripada kecuaian anda;\n\n\nInsurans Cermin Kereta\n \u2013 jika anda menambah perlindungan tambahan cermin kereta, NCD kereta tidak akan terjejas meskipun anda membuat tuntutan insurans cermin kereta.\n\n\n\n\n2. Tuntutan\n Knock-for-Knock\n\n\nSekiranya berlaku kemalangan yang berpunca daripada pihak lain, anda boleh pertimbangkan untuk membuat tuntutan \nKnock-for-Knock\n. Ini bermaksud, anda akan membuat \nclaim\n insurans kereta daripada syarikat insurans anda sendiri, dan pihak insurans akan menuntut semula daripada syarikat insurans pihak ketiga.\n\n\nWalau bagaimanapun, tuntutan ini hanya boleh dibuat sekiranya anda pemegang polisi Insurans Komprehensif. Kos baik pulih kereta akan ditanggung oleh syarikat insurans anda terlebih dahulu sebelum dituntut semula daripada syarikat insurans pihak ketiga di kemudian hari \u2013 ini kerana tempoh \nclaim\n insurans kemalangan biasanya memakan masa yang lama. Berikut merupakan manfaat tuntutan \nKnock-for-Knock\n:\n\n\n\n\nProses \nclaim\n insurans kereta menjadi lebih cepat;\n\n\nDiskaun NCD kereta kekal seperti biasa;\n\n\nTuntutan \nExcess\n dan \nLoss of Use\n boleh dilakukan daripada syarikat insurans pihak ketiga.\n\n\n\n\n3. Tuntutan Pihak Ketiga\n\n\nIa merujuk pada proses tuntutan atau \nclaim\n insurans kereta terhadap syarikat insurans pihak ketiga sekiranya berlaku kerosakan pada kereta atau harta benda anda disebabkan oleh kemalangan jalan raya yang bukan berpunca daripada kesalahan anda. Biasanya, NCD kereta anda tidak akan terjejas disebabkan oleh tuntutan ini.\n\n\nCara\n Claim\n Insurans Kereta Kemalangan Sendiri, \nClaim\n Insurans Kemalangan Pihak Ketiga\n\n\nSekiranya kereta anda rosak kerana terlanggar pagar rumah disebabkan kecuaian sendiri atau kereta anda rosak akibat kemalangan dengan kereta lain, panduan proses \nclaim\n insurans kereta ini diharap boleh membantu anda. Qoala senaraikan dua cara \nclaim\n insurans \nkereta kemalangan\n \u2013 cara nak \nclaim\n insurans kereta\n orang lain dan tuntutan insuran kereta kemalangan sendiri.\n\n\n5 Cara \nClaim\n Insuran Kereta Kemalangan Sendiri\n\n\nTuntutan kerosakan sendiri atau \nclaim\n insurans kemalangan sendiri merujuk proses tuntutan kerugian atau kerosakan pada kereta anda daripada syarikat insurans anda sendiri. Bagi proses tuntutan insurans kereta rosak ini, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n1. Hubungi Syarikat Insurans\n\n\nSekiranya anda berdepan situasi ini, hubungi syarikat insurans anda untuk memaklumkan mengenai kemalangan ini dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan. Jika kereta anda mengalami kerosakan yang serius dan memerlukan bantuan kecemasan, minta bantuan perkhidmatan trak tunda.\n\n\n2. Buat Laporan Polis\n\n\nReport\n polis untuk \nclaim\n insurans perlu dibuat di balai polis berhampiran dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan bagi mengelakkan sebarang risiko lain seperti tuntutan ditolak oleh pihak insurans atau sebagainya.\n\n\n3. Hantar Kereta ke Bengkel\n\n\nMinta senarai penuh bengkel panel daripada syarikat insurans anda dan hantar kereta anda ke bengkel panel yang dipilih. Sekiranya anda memilih untuk menghantar kereta ke bengkel selain bengkel panel, proses dan tempoh tuntutan insurans kemalangan mungkin menjadi lebih sukar dan memakan masa yang lama, selain kos pembaikan yang boleh menjadi lebih tinggi.\n\n\n4. Sediakan Dokumen Sokongan\n\n\nBagi memudahkan proses, anda perlu kemukakan dokumen berikut kepada syarikat insurans anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBorang tuntutan yang lengkap;\n\n\nSalinan asal laporan polis;\n\n\nSalinan kad pengenalan dan lesen memandu (pemandu dan pemegang polisi);\n\n\nSalinan sijil pemilikan kenderaan;\n\n\nGambar semasa kejadian dan kerosakan kenderaan;\n\n\nDokumen polis yang menyatakan pihak yang dikompaun bagi kesalahan jalan raya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Selesai\n\n\nTunggu sehingga proses baik pulih kereta anda selesai. Anda juga boleh semak dengan syarikat insurans anda bagi memastikan alat ganti yang ditukar oleh bengkel panel adalah alat ganti yang tulen dan berkualiti. Setelah berpuas hati dengan proses pembaikan ini, tandatangan borang pelepasan syarikat insurans anda.\n\n\n\n\n8 Cara \nClaim\n Insurans Kemalangan Pihak Ketiga\n\n\nSekiranya kereta anda kemalangan, anda disarankan untuk kekal tenang dan jangan panik. Apa yang penting, ketahui hak anda sebagai pemegang polisi insurans bagi memudahkan proses\n claim\n insurans kemalangan. Berikut lapan cara\n claim\n insurans\n third party\n sekiranya anda terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kerosakan harta benda tanpa sebarang kecederaan fizikal untuk panduan anda:\n\n\n1. Berhentikan Kenderaan di Bahu Jalan\n\n\nSejurus selepas kemalangan, alihkan kenderaan anda ke bahu jalan atau berhenti di mana-mana lokasi yang selamat. Elakkan daripada berbincang di tengah-tengah jalan kerana selain ia bukan sahaja boleh menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk, malah mungkin boleh membahayakan nyawa anda. Namun begitu, jika kereta anda tidak boleh dialihkan akibat kerosakan kereta yang serius, letakkan \nsegi tiga amaran kecemasan\n sekurang-kurangnya 45 meter di belakang kereta bagi memudahkan anda dilihat oleh kenderaan lain.\n\n\n2. Minta Bantuan Segera\n\n\nKeluar dari kereta dengan berhati-hati dan segera periksa kerosakan yang berlaku pada kereta anda. Kenal pasti tahap kerosakan kereta sama ada anda memerlukan perkhidmatan trak tunda atau tidak. Kemudian, hubungi talian khidmat pelanggan \nsyarikat insurans kereta\n bagi mendapatkan bantuan.\n\n\nSekiranya berlaku kemalangan, biasanya ramai pihak ketiga atau ejen trak tunda yang akan berhenti dan menawarkan perkhidmatan trak tunda ke bengkel milik mereka. Anda dinasihatkan untuk berurusan dengan pengendali trak tunda yang berdaftar dengan syarikat insurans anda sahaja bagi mengelakkan sebarang masalah lain.\n\n\nDalam keadaan panik, kita cenderung untuk membuat keputusan terburu-buru. Oleh itu anda perlu kekal tenang, jangan sesekali memberikan keizinan kepada pihak ketiga untuk menguruskan kenderaan anda melainkan mereka berdaftar dengan syarikat insurans anda.\n\n\n3. Ambil Gambar Sebagai Bukti, Catat Butiran Saksi (Jika Ada)\n\n\nAmbil gambar kawasan kejadian, gambar kerosakan yang berlaku pada kereta dan gambar kenderaan yang melanggar termasuk butiran penting seperti nombor plat kereta, \nroadtax\n kereta\n, kad pengenalan individu yang terlibat dan sebagainya. Catatkan lokasi dan masa kemalangan untuk memudahkan rujukan semasa membuat laporan polis.\n\n\nSekiranya individu terlibat enggan memberikan kerjasama, nyatakan kepada mereka bahawa mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 52 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana hak anda sebagai pihak yang telah dilanggar untuk mendapatkan maklumat dari pihak yang melanggar telah dihalang.\n\n\nJika kemalangan melibatkan kenderaan persendirian, dapatkan nombor telefon pemandu tersebut. Namun jika kemalangan melibatkan kenderaan syarikat, dapatkan nombor telefon syarikat terbabit. Bagi memastikan nombor telefon yang diberikan betul-betul boleh dihubungi, minta individu tersebut untuk menelefon anda menggunakan telefon bimbit miliknya. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan maklumat berikut untuk memudahkan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNombor lesen memandu;\n\n\nNombor telefon untuk dihubungi dan alamat tempat tinggal;\n\n\nModel dan nombor pendaftaran kenderaan;\n\n\nSyarikat insurans yang didaftarkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, ramai dalam kalangan mangsa kemalangan terlupa untuk mengambil maklumat saksi mungkin disebabkan kerana terlalu panik. Jika ada, ambil maklumat saksi yang menyaksikan kejadian. Saksi-saksi ini boleh membantu memberi keterangan sekiranya diperlukan.\n\n\n4. Segera Dapatkan Rawatan\n\n\nSekiranya kemalangan yang berlaku menyebabkan kecederaan, jangan berlengah lagi untuk mendapatkan rawatan di hospital meskipun kecederaan yang dialami tidak terlalu serius. Jika bertangguh, ia mungkin menyukarkan anda untuk membuat \ntuntutan perubatan\n atau tuntutan-tuntutan lain (jika perlu).\n\n\n5. Buat Laporan Polis\n\n\nSekiranya kenderaan masih selamat untuk dinaiki, segera ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis. Laporan polis membabitkan kemalangan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Sekiranya \nreport\n kemalangan dibuat selepas 24 jam atau lebih lambat berbanding tempoh yang telah ditetapkan, anda mungkin boleh dikenakan denda dan ada kemungkinan tuntutan anda ditolak.\n\n\nSelepas laporan diterima, Pegawai Penyiasat atau Penolong Pegawai Penyiasat yang bertugas akan menjalankan siasatan awal. Rakaman percakapan anda dan saksi akan dibuat, bukti bergambar akan diambil dan dokumen berkaitan akan diminta bagi membantu melengkapkan siasatan. Biasanya, keputusan kes oleh pengawai penyiasat akan dikeluarkan dalam tempoh 15 hari selepas kemalangan.\n\n\nSalinan laporan akan diserahkan kepada anda dalam tempoh kurang dari tiga hari bekerja, manakala gambar kemalangan dan rajah kasar akan diserahkan dalam masa kurang dari 15 hari. Keputusan kes, gambar kemalangan dan lakaran rajah diperlukan bagi melengkapkan dokumen tuntutan insurans kemalangan pihak ketiga.\n\n\n6. Maklumkan kepada Syarikat Insurans\n\n\nTuntutan insurans kemalangan perlu dilakukan dengan segera sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan. Namun begitu, anda boleh menulis surat kepada pihak insurans sekiranya berlaku kelewatan dalam proses tuntutan kerosakan kereta. Semasa membuat\n claim\n insurans kereta, anda perlu mengemukakan laporan polis atau sekiranya anda tercedera, anda mestilah dirawat di hospital dalam masa 30 hari setelah kemalangan berlaku. Berikut merupakan dokumen yang diperlukan semasa proses\n claim\n insurans kereta daripada syarikat insurans:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSalinan kad pengenalan;\n\n\nCover note\n insurans;\n\n\nSalinan lesen memandu;\n\n\nSalinan asal laporan polis;\n\n\nSalinan \ngeran kereta\n;\n\n\nGambar kemalangan dan lakaran rajah dari pihak polis.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n7. Servis Kereta di Bengkel Panel\n\n\nKereta perlu dihantar ke bengkel panel insurans anda atau pusat servis kenderaan yang boleh dipercayai bagi memastikan kerosakan kereta dibaiki dengan sempurna dan \nspare parts\n atau alat ganti kereta yang digunakan adalah tulen. Sekiranya anda memiliki kereta Honda, anda disarankan untuk menghantar kereta anda ke Pusat Servis Honda bagi memudahkan proses tuntutan. Ia juga bagi memastikan proses tuntutan insurans dapat dilakukan dengan lebih cepat dan jaminan kualiti pembaikan yang lebih baik.\n\n\n8. Selesai\n\n\nTunggu sehingga proses baik pulih kereta anda selesai. Biasanya, tempoh yang diambil untuk kereta anda disiapkan bergantung pada tahap kerosakan kereta anda. Selain kos pembaikan kereta, anda juga boleh membuat tuntutan Pampasan untuk Tempoh Pembaikan yang Dianggarkan (\nCompensation for Assessed Repair Time, CART\n). Ia merujuk pada amaun yang perlu dibayar oleh syarikat insurans pihak ketiga mengikut bilangan hari yang diperlukan untuk membaiki kerosakan kereta anda seperti dinilaikan oleh \nadjuster\n (bukan berdasarkan bilangan hari kereta berada di bengkel).\n\n\nIni bermaksud, kos pengangkutan awam atau kos sewa kenderaan gantian yang ditanggung sepanjang tempoh baik pulih kereta anda akan diberi pampasan oleh pihak insurans. Kebiasaannya, pusat servis kereta akan menyediakan laporan lengkap beserta salinan dokumen yang diperlukan untuk memudahkan urusan tuntutan anda. Hantar dokumen dan laporan tersebut kepada syarikat insurans pihak yang melanggar kereta anda untuk diproses. Lakukan \nfollow-up\n dari semasa ke semasa. Biasanya, proses tuntutan ini memakan masa antara tujuh hingga 14 hari bekerja.\n\n\nTuntutan Insurans Kena \nReject, \n5 Punca \nClaim\n Insurans Kena Tolak\n\n\nBagi pemandu yang baru memiliki kereta dan tidak berapa mahir tentang \ninsurance\n kereta\n terutamanya cara\n claim\n insurans kereta kemalangan, panduan ini mungkin boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko tuntutan anda ditolak. Secara amnya, banyak faktor yang boleh menyebabkan\n claim\n insurans ditolak oleh syarikat insurans. Oleh sebab itu, penting untuk anda memahami polisi insurans yang anda ambil dan istilah-istilah biasa dalam insurans untuk mengelakkan kekeliruan.\n\n\n1. Langgar Tak Buat \nReport\n\n\nSekiranya anda terlibat dalam kemalangan, pastikan anda terus membuat laporan di balai polis berdekatan anda. Jangan ambil mudah kerana laporan polis bagi kes kemalangan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan berlaku kecuali kes-kes tertentu seperti anda cedera parah atau koma disebabkan kemalangan. Sekiranya \nreport\n kemalangan dibuat selepas 24 jam, ada kemungkinan tuntutan insurans anda akan ditolak oleh \nsyarikat insurans\n.\n\n\nSelain itu, kejadian kemalangan ini mungkin dianggap tidak sah oleh pihak insurans jika tiada laporan polis dibuat atau laporan dibuat selepas tempoh 24 jam. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk tidak menangguh atau memandang remeh urusan ini melainkan anda mempunyai sebab dan alasan yang munasabah. Selain itu, elakkan daripada membuat laporan palsu atau menipu dalam laporan yang dibuat.\n\n\nIa bukan sahaja boleh menyebabkan \nclaim\n insurans kereta anda ditolak, tetapi anda juga boleh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman saman sebanyak RM5,000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya.\n\n\n2. Pemandu Tidak Dinamakan\n\n\nInsurans kereta\n hanya melindungi pemandu kereta yang dinamakan dalam polisi insurans\u00a0 \n\u2013\n kereta yang digunakan oleh pemandu yang tidak dinamakan dalam polisi boleh menyebabkan \nclaim\n insurans kereta ditolak oleh syarikat insurans. Oleh sebab itu, ramai pemilik kenderaan yang takut untuk meminjamkan kereta kepada individu yang tidak dinamakan dalam polisi insurans. Secara asasnya, tuntutan masih boleh dibuat sekiranya kereta yang dipandu oleh individu yang tidak dinamakan terlibat dalam kemalangan. Namun begitu, anda perlu membayar denda atau \nexcess\n insurans sebanyak RM400.\n\n\nSekiranya pasangan, anak atau ahli keluarga kerap menggunakan kereta anda, anda disarankan untuk ambil langkah berjaga-jaga dengan mendaftarkan nama mereka sebagai pemandu kedua di bawah polisi insurans anda. Ia bagi membolehkan mereka menerima perlindungan yang sama seperti anda sekiranya berlaku kemalangan.\n\n\nBagi polisi insuran kereta di Malaysia, anda boleh menamakan sekurang-kurangnya dua pemandu lain untuk dimasukkan ke dalam polisi insurans anda secara percuma. Manakala, penambahan nama seterusnya akan dikenakan caj sebanyak RM10 bagi setiap nama (atau mungkin lebih bergantung pada \nsyarikat insurans\n).\n\n\n3. Memandu di Bawah Pengaruh Dadah, Alkohol\n\n\nMemandu dalam keadaan mabuk atau di bawah pengaruh dadah bukan sahaja menjadi kesalahan di Malaysia, tetapi turut menyebabkan tuntutan\n insurans kereta\n atau \nclaim\n insurans kereta anda tidak dilayan oleh syarikat insurans. Sekiranya berlaku kemalangan semasa anda sedang mabuk atau khayal, ada kemungkinan tuntutan insurans anda akan ditolak. Ini kerana, pihak insurans beranggapan kemalangan ini berpunca daripada kelalaian atau kecuaian pemandu. Lebih memburukkan keadaan, anda mungkin boleh dikenakan hukuman yang lebih berat sekiranya kemalangan jalan raya ini menyebabkan kecederaan atau kematian.\n\n\n4. Maklumat Tidak Tepat\n\n\nSekiranya anda tidak memberikan maklumat yang tepat semasa proses \npembaharuan insurans kereta\n dilakukan untuk mengelakkan bayaran premium yang tinggi, pihak insurans berhak untuk menolak \nclaim\n insurans kereta anda sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan. Secara asasnya, pihak insurans mengambil kira beberapa faktor risiko dalam menentukan kadar premium antaranya ciri keselamatan dalam kenderaan, tempoh kenderaan berada di jalan raya, lokasi geografi (dalam kawasan dengan kes kecurian tinggi) dan kesalahan lalu lintas yang pernah direkodkan.\n\n\nIni bermaksud, pihak insurans berhak mengetahui maklumat tentang kereta anda walaupun sekadar lokasi anda meletakkan kereta anda. Meskipun maklumat ini dianggap remeh, \nparking\n kereta di kawasan dengan kawalan rapi mempunyai risiko kecurian yang lebih rendah berbanding\n parking\n kereta di kawasan \nparking\n awam terbuka. Jika berlaku kecurian dan maklumat yang diberi kepada syarikat insurans tidak tepat, syarikat insurans berhak untuk menolak tuntutan yang dilakukan.\n\n\nOleh sebab itu, pastikan anda tidak memalsukan maklumat semata-mata untuk nikmati premium yang lebih rendah untuk mengelakkan \nclaim insurance\n kereta anda ditolak.\n\n\n5. Tidak Dilindungi Polisi Insurans\n\n\nRamai pemegang polisi insurans beranggapan memiliki insurans kereta yang sah sudah mencukupi dan memadai untuk melindungi kereta sekiranya berlaku kemalangan atau \nkerosakan kereta\n. Namun sebenarnya tanggapan ini kurang tepat \n\u2013 pemilikan insurans yang sesuai dan memahami perlindungan yang ditawarkan penting bagi mengelakkan anda terkesan sekiranya berlaku sesuatu pada kereta anda. \n\n\nSecara asasnya, \npolisi \nInsurans Pihak Ketiga\n hanya melindungi pihak ketiga sahaja tidak termasuk kereta anda. Manakala polisi \nInsurans Komprehensif\n pula melindungi kedua-dua pihak iaitu anda dan pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan. Sekiranya kereta anda dilindungi oleh Insurans Pihak Ketiga, anda tidak perlu menanggung kos baiki kereta kemalangan atau kerosakan kereta yang dialami oleh pihak ketiga sekiranya terlibat dalam kemalangan. Namun begitu, anda mungkin perlu keluarkan \nduit simpanan\n sendiri untuk membaiki kerosakan kereta anda.\n\n\nOleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil kira beberapa faktor lain sebelum\n beli insurans kereta\n bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda.\n\n\n\n\nApa yang Boleh Dilakukan Selepas Tuntutan Insurans Ditolak?\n\n\nSelepas tuntutan insurans anda ditolak, jangan panik kerana anda masih boleh mengemukakan rayuan. Namun jika rayuan yang dilakukan turut ditolak, anda boleh bawa aduan ini kepada \nPersatuan Insurans Am Malaysia\n (PIAM), Bank Negara Malaysia atau Ombudsman Financial Services iaitu sebuah badan bebas yang menyelesaikan aduan dan pertikaian berkaitan perbankan dan tuntutan insurans serta takaful.\n\n\nApakah Kesan \nClaim\n Insuran Kereta, Berapa Kali Boleh \nClaim\n Insuran Kereta?\n\n\nTiada had bagi bilangan tuntutan insurans yang boleh dibuat dalam tempoh setahun. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk tidak memfailkan sebarang tuntutan sekiranya kerosakan kereta tidak terlalu serius. Secara amnya, anda boleh lakukan tuntutan sekiranya anggaran kos kerosakan lebih tinggi berbanding\n diskaun NCD kereta\n yang anda terima semasa \nrenew\n insurans\n. Jika kos kerosakan lebih rendah, anda dinasihatkan untuk mengeluarkan belanja sendiri bagi mengelakkan kadar premium insurans yang lebih tinggi semasa pembaharuan akan datang.\n\n\nPerkongsian mengenai cara\n claim\n insurans kereta kemalangan ini diharap dapat membantu sekiranya anda berdepan situasi sebegini. Anda digalakkan untuk mendapatkan \npolisi \ninsurance\n kereta terbaik dan komprehensif\n untuk mengelakkan risiko tuntutan \ninsurans kereta\n anda ditolak. Untuk info lanjut berkaitan insurans, layari laman web Qoala. Qoala merupakan \nplatform beli insurans\n yang mudah, telus dan pantas dengan tawaran harga yang kompetitif dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/cover-note-insurans-kereta/", "title": "Cover Note Insurans Kereta Hilang? Ini 5 Cara Dapatkan Semula", "body": "\n\nPolisi insurans atau \ncover note\n insurans kereta merupakan dokumen lengkap yang disediakan oleh syarikat insurans sebagai bukti perlindungan insurans. Ia mengandungi semua perkara berkaitan insurans kereta seperti nama pemegang polisi, nombor \nenjin kereta\n, harga \npremium insurans\n, jumlah \nNCD kereta\n, jenis perlindungan insurans (\ninsurans \nfirst party\n atau \nthird party\n) dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n5 Cara Mudah Dapatkan Cover Note Insurans Kereta dan Insurans Motor di Malaysia\n1. Cover Note Insurans Kereta Hilang: Rujuk Ejen Insurans Anda\n2. Dapatkan Salinan Cover Note Insurans Kereta di Pejabat Pos\n3. Ganti Cover Note Insurans Hilang Secara Online\n4. Hubungi Talian Hotline Khidmat Pelanggan\n5. Rujuk Syarikat Insurans untuk Penggantian Cover Note Insurans Kereta\nRenew Insurans Kereta Komprehensif di Qoala untuk Ketenangan Fikiran\n\n\n5 Cara Mudah Dapatkan \nCover Note\n Insurans Kereta dan Insurans Motor di Malaysia\n\n\nSecara asasnya, \ncover note\n insurans kereta diperlukan jika anda ingin \nrenew\n insurans kereta\n atau semasa \nprosedur tuntutan insurans kemalangan\n seperti \ncermin kereta pecah\n, \nclaim\n kereta tenggelam banjir\n, \nkereta terbakar\n dan sebagainya.\n\n\nDalam erti kata lain, \ncover note\n insurans merupakan dokumen rujukan penting sekiranya berlaku musibah atau kemalangan. Tetapi, bagaimana pula jika \ncover note\n insurans kereta hilang? Adakah anda boleh mendapatkan salinannya semula?\n\n\nAda beberapa cara untuk anda mendapatkan semula salinan \ncover note\n insurans kereta (atau insurans motor) yang hilang. Berikut merupakan panduan untuk rujukan anda:\n\n\n1. \nCover Note\n Insurans Kereta Hilang: Rujuk Ejen Insurans Anda\n\n\nJika insurans kereta anda diperbaharui melalui ejen insurans, anda boleh berurusan dengan ejen insurans yang sama untuk mendapatkan salinan bagi menggantikan \ncover note\n insurans kereta yang hilang.\n\n\nTidak menjadi masalah untuk anda dapatkan semula \ncover note\n insurans tersebut kerana ejen insurans biasanya ada simpanan untuk rekod mereka sendiri.\n\n\nPihak ejen insurans akan menghantar salinan \ncover note\n dalam bentuk \nsoftcopy\n kepada anda \u2013 anda hanya perlu \nprint\n muka surat yang mengandungi maklumat yang anda perlukan sahaja.\n\n\n2. Dapatkan Salinan \nCover Note\n Insurans Kereta di Pejabat Pos\n\n\nSelain itu, anda juga boleh ambil salinan \ncover note\n insurans kereta hilang di Pejabat Pos. Anda boleh dapatkannya di mana-mana kaunter Pejabat Pos.\n\n\nAnda hanya perlu maklumkan pada pegawai bertugas anda ingin mendapatkan salinan \ncover note\n insurans hilang. Pegawai akan membuat pengesahan dan menyerahkan salinan \ncover note\n kepada anda.\n\n\nAnda digalakkan untuk mendapatkan salinan \ncover note\n yang hilang di Pejabat Pos tempat anda \nrenew\n insurans sebelum ini untuk proses yang lebih mudah.\n\n\n\n\n3. Ganti \nCover Note\n Insurans Hilang Secara Online\n\n\nDi Malaysia, terdapat banyak laman web yang menawarkan servis \npembaharuan insurans kereta\n (atau takaful kereta) dan \ncukai jalan\n secara online. Ia sedikit-sebanyak memudahkan anda untuk mendapatkan salinan \ncover note\n dengan mudah.\n\n\nSekiranya anda \nrenew\n insurans kereta\n melalui \nplatform pembaharuan dan perbandingan insurans online\n seperti Qoala, anda boleh mendapatkannya semula dengan menyemak \ninbox\n e-mel anda.\n\n\nBiasanya, syarikat insurans akan menghantar salinan \ncover note\n insurans melalui e-mel yang ditetapkan semasa anda \nrenew\n insurans. Jadi, ada kemungkinan \ncover note\n anda masih ada tersimpan di situ.\n\n\n4. Hubungi Talian Hotline Khidmat Pelanggan\n\n\nJika e-mel yang mengandungi \ncover note\n insurans sudah hilang atau terpadam, anda boleh gunakan cara ini. Anda boleh rujuk khidmat pelanggan syarikat insurans untuk proses lanjut.\n\n\nAnda hanya perlu hubungi bahagian khidmat pelanggan syarikat insurans dan maklumkan mengenai kehilangan \ncover note\n anda ini. Biasanya, pihak insurans akan menjalankan beberapa proses pengesahan sebelum menghantar salinan baharu kepada anda.\n\n\nSenarai Talian Hotline Khidmat Pelanggan Syarikat Insurans Terbaik di Malaysia\n\n\nBerikut senarai talian khidmat pelanggan yang boleh anda hubungi sekiranya anda memerlukan bantuan:\n\n\n\n\n\n\n\n\nCover Note\n Insurans Kereta\n\n\nTalian Khidmat Pelanggan\n\n\n\n\n\n\nAllianz Insurance Malaysia\n\n\n1-800-22-5542\n\n\n\n\n\n\nTakaful Ikhlas\n\n\n1-300-88-252-385\n\n\n\n\n\n\nZurich Malaysia\n\n\n03-2109-6000\n\n\n\n\n\n\nTune Protect\n\n\n1-800-88-5753\n\n\n\n\n\n\nRHB Insurance Berhad\n\n\n1-300-22-0007\n\n\n\n\n\n\nAXA Malaysia\n\n\n03-2170-8282\n\n\n\n\n\n\nAmGeneral Insurance Berhad\n\n\n03-2268-3333\n\n\n\n\n\n\nLonpac Insurance Berhad\n\n\n03-2262-8688\n\n\n\n\n\n\nEtiqa Insurance\n\n\n1-800-88-6491\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Rujuk Syarikat Insurans untuk Penggantian \nCover Note\n Insurans Kereta\n\n\nAnda juga boleh luangkan masa dengan berkunjung ke mana-mana cawangan syarikat insurans kereta berdekatan anda. Ia bagi membolehkan anda mendapatkan salinan polisi insurans yang hilang ini.\n\n\nBiasanya, untuk urusan penggantian \ncover note\n, pemilik polisi perlu hadir sendiri kerana syarikat insurans perlu membuat pengesahan dan semakan lanjut.\n\n\n\n\nRenew\n Insurans Kereta Komprehensif di Qoala untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nBanyak cara yang boleh anda lakukan untuk dapatkan \ncover note insurance\n kereta hilang. Jika anda berdepan situasi ini, semoga artikel ini dapat memberi input berguna kepada anda untuk mendapatkan salinan polisi insurans yang baharu.\n\n\nSelain itu, jika anda ingin mendapatkan \nperlindungan insurans kereta yang komprehensif\n untuk kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans online\n\u00a0terbaik di Malaysia.\n\n\nAnda boleh mendapatkan \ninsurans kereta terbaik di Malaysia\n dengan tawaran proses yang mudah dan pantas pada harga yang menarik dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/cukai-jalan-digital/", "title": "3 Langkah Mudah Semak Cukai Jalan Digital & Lesen Memandu Digital", "body": "\n\nSetelah Kementerian Pengangkutan mengumumkan pemilik kenderaan persendirian tidak perlu mempamerkan pelekat \nroad tax\n di \ncermin kereta \ndan kad lesen memandu secara fizikal, terdapat pelbagai soalan yang timbul mengenai pelaksanaan cukai jalan digital dan lesen memandu digital. Walaupun ramai yang menyambut baik langkah ini, masih lagi terdapat keraguan tentang isu keselamatan dan juga aksesibiliti pendigitalan cukai jalan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nAdakah Roadtax Digital dan Lesen Memandu Digital Akan Memudahkan Urusan Anda atau Sebaliknya?\nCara\u00a0Check\u00a0Cukai Jalan Digital Online (e-LKM) dan Lesen Memandu (e-LMM) Online MyJPJ\n1. Muat Turun Aplikasi MyJPJ\n2. Daftar Akaun Baharu\n3. Semak Cukai Jalan Digital dan Lesen Memandu Digital Anda\nApa Lagi Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pelaksanaan Cukai Jalan Digital?\nAdakah Anda Diwajibkan untuk Muat Turun Aplikasi MyJPJ?\nAdakah Anda Akan Disaman Sekiranya Gagal Menunjukkan Road Tax Digital?\nBagaimana Jika Anda Memandu Kenderaan Orang Lain dan yang Tidak Memaparkan Pelekat Cukai Jalan?\nAdakah Pelaksanaan Pendigitalan Ini untuk Semua Kenderaan?\n\n\nAdakah \nRoadtax \nDigital dan Lesen Memandu Digital Akan Memudahkan Urusan Anda atau Sebaliknya?\n\n\nPenguatkuasaan digital Lesen Memandu (LLM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) mula berkuatkuasa pada 10 Februari 2023 yang lepas. Langkah ini diambil untuk memudahkan urusan pengguna jalan raya dengan hanya menujukkan cukai jalan digital dan lesen memandu digital melalui telefon pintar sahaja.\n\n\nUntuk berbuat demikian, anda perlu menggunakan \nportal JPJ\n atau aplikasi MyJPJ. Melalui aplikasi ini, anda juga boleh menyemak maklumat peribadi dan butiran kenderaan yang disimpan dalam pangkalan data JPJ seperti:\n\n\n\n\nLesen memandu\n;\n\n\nCukai jalan kenderaan;\n\n\nKeputusan ujian memandu\n;\n\n\nLaporan mengenai kereta yang dicuri;\n\n\nCheck \nSaman\n JPJ.\n\n\n\n\nAnda tidak perlu lagi berbaris panjang di pejabat JPJ untuk mendapatkan salinan fizikal \nroad tax\n kenderaan dengan adanya cukai jalan digital. Anda perlu buka aplikasi My JPJ dan tunjukkan\u00a0\nroadtax\n digital yang mempunyai kod QR kepada pihak berkuasa. Pegawai penguatkuasa akan mengimbas kod QR ini untuk mengesahkan sama ada cukai jalan anda ini masih sah atau tidak. Untuk maklumat anda, kod QR ini hanya boleh dibaca oleh perkakasan yang dibekalkan kepada penguatkuasa JPJ dan PDRM sahaja.\n\n\n\n\nCara\u00a0\nCheck\u00a0\nCukai Jalan Digital Online (e-LKM)\n dan Lesen Memandu (e-LMM) Online MyJPJ\n\n\nJika anda masih belum mempunyai akaun My JPJ, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Berikut adalah tiga langkah mudah untuk semak cukai jalan digital dan lesen memandu digital melalui MyJPJ:\n\n\n1. Muat Turun Aplikasi MyJPJ\n\n\nAnda boleh muat turun aplikasi MyJPJ melalui Apple Store jika anda merupakan pengguna \nproduk Apple\n atau Google Play Store sekiranya anda merupakan pengguna produk android.\n\n\n2. Daftar Akaun Baharu\n\n\nSekiranya anda sudah mempunyai akaun, anda boleh terus log masuk ke dalam aplikasi ini. Namun begitu, jika ini merupakan kali pertama anda menggunakan MyJPJ, anda perlu daftar akaun baharu terlebih dahulu\u00a0dengan memasukkan maklumat-maklumat penting seperti:\n\n\n\n\nNama penuh;\n\n\nNombor kad pengenalan;\n\n\nAlamat emel yang sah;\n\n\nNombor telefon bimbit yang sah.\n\n\n\n\nPastikan anda periksa maklumat anda dua atau tiga kali untuk memastikan semua butiran yang anda beri adalah tepat. Kemudian, anda boleh cipta kata laluan anda.\n\n\n3. Semak Cukai Jalan Digital dan Lesen Memandu Digital Anda\n\n\nSelepas mendaftar, anda boleh membuat semakan lesen memandu dan cukai jalan melalui portal JPJ dengan mengikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nLog masuk ke portal atau aplikasi MyJPJ yang telah anda muat turun;\n\n\nPada halaman utama, klik pada ikon \u2018Profil\u2019 yang terdapat pada bahagian bawah sebelah kanan skrin;\n\n\nPaparan lesen memandu digital anda akan dipaparkan;\n\n\nKlik pada tab \u201cLesen Kenderaan Motor\u201d atau \u201cRoadtax\u201d dan maklumat mengenai cukai jalan dan kenderaan anda akan dipaparkan.\n\n\n\n\n\n\nApa Lagi Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pelaksanaan Cukai Jalan Digital?\n\n\nPelaksanaan cukai jalan digital dibuat untuk memudahkan kita sebagai pengguna jalan raya.\u00a0Anda mungkin masih lagi mempunyai keraguan tentang cukai jalan digital.\n\n\nAdakah Anda Diwajibkan untuk Muat Turun Aplikasi MyJPJ?\n\n\nPenggunaan aplikasi MyJPJ untuk mendapatkan salinan digital lesen memandu dan cukai jalan adalah satu alternatif untuk memudahkan anda sahaja. Individu yang tidak mempunyai akses kepada teknologi atau internet masih boleh mendapatkan salinan fizikal dari JPJ.\n\n\nAdakah Anda Akan Disaman Sekiranya Gagal Menunjukkan \nRoad Tax\n Digital?\n\n\nSeperti yang telah dinyatakan di atas, penggunaan aplikasi ini adalah tidak wajib dan anda tidak akan disaman sekiranya gagal menunjukkan cukai jalan digital. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem mereka.\n\n\nBagaimana Jika Anda Memandu Kenderaan Orang Lain dan yang Tidak Memaparkan Pelekat Cukai Jalan?\n\n\nAnda boleh meminta pemilik kenderaan untuk mencetak salinan cukai jalan digital untuk disimpan dalam kenderaan. Jika pihak berkuasa ingin memeriksa cukai jalan, anda boleh menunjukkan salinan yang dicetak tersebut. Namun begitu, walaupun tiada salinan bercetak cukai jalan digital, pihak berkuasa masih boleh mengesahkan maklumat melalui peranti mereka.\n\n\nAdakah Pelaksanaan Pendigitalan Ini untuk Semua Kenderaan?\n\n\nPendigitalan cukai jalan dan lesen memandu masih dalam peringkat permulaan dan hanya terhad kepada kenderaan persendirian sahaja, sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini. Namun, terdapat beberapa kategori kenderaan yang masih perlu memaparkan lesen memandu dan cukai jalan dalam bentuk fizikal.\n\n\nLesen Memandu\n\n\nBerikut adalah kategori lesen memandu yang masih wajib memaparkan lesen memandu fizikal:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPemegang Lesen Belajar Memandu (LDL)\n\n\nPemilik Lesen Vokasional (PSV/GDL/KON)\n\n\nPemegang Lesen Memandu Malaysia Bagi Warganegara Asing\n\n\nPemegang Lesen Memandu Negara Luar Oleh Pemandu Warganegara Asing (IDP)\n\n\n\n\n\n\n\n\nRoadtax\n\n\nBerikut adalah kategori cukai jalan yang masih wajib memaparkan pelekat cukai jalan:\n\n\n\n\n\n\n\n\nLKM Persendirian Syarikat\n\n\nKenderaan Pemilikan Warganegara Asing\n\n\nKenderaan Perdagangan Meliputi Kenderaan Barangan Dan Kenderaan Perkhidmatan Awam\n\n\n\n\n\n\n\n\nPelaksanaan cukai jalan digital akan memudahkan urusan anda sebagai pengguna jalan raya. Langkah ini juga dapat membantu pihak berkuasa untuk memantau lebih efektif dan mengurangkan cubaan penipuan berkaitan cukai jalan dan lesen memandu.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda mahu\u00a0\nrenew\u00a0\ninsurans kereta\n, anda boleh mempertimbangkan Qoala untuk nikmati lebih banyak penjimatan. Sempena Ramadan dan Hari Raya ini, Qoala menganjurkan kempen \nRaya Lagi Onzzz\n! yang menawarkan diskaun dan hadiah menarik untuk pelanggan bertuah.\n\n\n\n\nBeli Insurans Online\n \u2013 Proses beli atau renew insurans kereta boleh dilakukan dengan mudah dari rumah tanpa anda perlu keluar ke pejabat Pos atau kaunter JPJ;\n\n\nBanding Produk Insurans\n \u2013 Anda boleh membandingkan pelbagai sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans terbaik di Malaysia;\n\n\nTerima Sebut Harga\n \u2013 Terima sebut harga percuma sepantas kilat untuk membantu melindungi kereta anda dengan lebih baik.\n\n\n\n\nQoala merupakan \nplatform perbandingan insurans online terbaik\n di Malaysia. Anda boleh mendapatkan insurans kereta terbaik di Malaysia dengan mudah dan pantas pada harga yang berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/etiqa-motor-takaful/", "title": "Etiqa Motor Takaful: Jenis, Cara Claim, dan Renew", "body": "\n\nKorang tahu tak yang setiap benda kita beli ada faedah dan kebaikan sendiri, sama jugak macam insurans ni. Jadinya, korang jangan pandang remeh pada insurans walaupun korang rasa insurans tu tidak penting untuk hidup korang. Boleh jadi insurans ni tak penting pada masa sekarang, tapi penting dan berguna untuk hari-hari yang akan datang kalau-kalau berlaku sebarang kemalangan yang menelan semua wang korang.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa Itu Etiqa Motor Takaful?\nMengapa Perlu Memilih Etiqa Motor Takaful?\nJenis-Jenis Produk Etiqa Motor Takaful dan Harga Bagi Setiap Produk\n1. Insurans dan Takaful Kereta Komprehensif\n2. Insurans dan Takaful Motosikal Komprehensif\nManfaat Utama Insurans\n1. Rebat segera 10% semasa pembaharuan\n2. Perlindungan untuk semua pemandu\n3. Kerugian atau kerosakan\nCara Membuat Tuntutan Etiqa Motor Takaful/Insurans\nPerkara Asas yang Perlu Dilakukan Untuk Membuat Tuntutan\nTuntutan Daripada Syarikat Insurans Sendiri\nTuntutan Kerosakan Harta Pihak Ketiga\nDaftar Perkara yang Tidak Dilindungi Setiap Pelan Insurans Motosikal dan Kereta\nTakaful Kereta Komprehensif\nInsurans Kereta Komprehensif\nTakaful Motosikal Komprehensif\nInsurans Motosikal Komprehensif\nManfaat Apabila Memperbaharui Takaful Melalui Syarikat Etiqa\n1. Highest Towing Millage / Percuma 200KM\n2. 24-Hour Emergency Road Assistance\n3. Nama Pemandu yang Dibenarkan Tidak Diperlukan/ Percuma\n4. Fast Claim Approval\n5. Agreed Value/ Nilai Dipersetujui\n6. Tiada Ekses Untuk Semua Tuntutan\nCara Mengetahui Status Permohonan Insurans dan Cara Menyemak Maklumat Peribadi\nI-Search\nAnugerah dan Pengiktirafan Yang Diterima\n\n\nApa Itu Etiqa Motor Takaful?\n\n\nInsurans adalah benda terbaik yang boleh korang dapatkan untuk bantu korang waktu susah. Sekarang ni, sudah banyak syarikat-syarikat insurans yang menawarkan insurans sama ada konvensional atau takaful, jadi korang boleh pilih insurans terbaik yang bersesuaian dengan kemampuan korang. Bagi orang Islam (Muslim), korang adalah amat digalakkan untuk membeli takaful sebab takaful ni tiada unsur riba, gharar dan maisir. Salah satu insurans yang diperlukan adalah Insurans Motor Takaful. Kali ini kita akan membincangkan etiqa motor takaful yang boleh anda beli. Jadi, rancang kewangan korang dengan membeli insurans di Qoala.\n\n\n\n\nKorang tahu tak apa itu Etiqa MotorTakaful? Etiqa Motor Takaful ni adalah sejenis insurans yang memberi perlindungan kepada korang daripada sebarang kerugian, kerosakan atau kehilangan yang berlaku pada kenderaan korang. Korang kena tahu yang Etiqa Motor Takaful ni lain daripada Etiqa Motor Insurans sebab takaful adalah berlandaskan hukum Syariah di mana sejumlah wang akan disumbangkan ke dalam tabung am dalam bentuk sumbangan bersama (tabarru\u2019) dan korang kena melakukan perjanjian atau aqad. Kalau Etiqa Motor Insurance pula, korang kena bayar sejumlah premium setiap bulan mengikut pelan perlindungan yang korang pilih kepada syarikat insurans Etiqa.\n\n\nMengapa Perlu Memilih Etiqa Motor Takaful?\n\n\nKorang rasa kenapa korang perlu memilih Etiqa Motor Takaful sebagai salah satu alat perlindungan terbaik untuk kenderaan korang?\n\n\nBanyak sebab kenapa korang perlu pilih Etiqa Motor Takaful di mana salah satu sebabnya ialah Etiqa merupakan sebuah syarikat insurans yang boleh dipercayai yang telah menawarkan banyak pelan perlindungan takaful untuk kenderaan korang. Jadi, telah ramai rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan di bawah syarikat Etiqa kerana percaya dengan kebolehan syarikat insurans itu mengendalikan tuntutan insurans secara profesional dan cekap.\n\n\nBukan itu sahaja, Etiqa juga telah menunjukkan prestasi dan kesungguhan yang memberangsangkan sepanjang tahun terutamanya dalam menyediakan perlindungan yang terbaik buat pelanggan mereka. Selain itu, kalau korang nak tahu Etiqa telah menjadi sebuah syarikat insurans yang kukuh dan terkemuka di Malaysia dan inilah yang membuatkan rakyat Malaysia memilih untuk mendapatkan perkhidmatan takaful motor daripada Etiqa.\n\n\nDalam era pascamoden ini, dengan hanya gunakan hujung jari, korang dah boleh dapatkan perkhidmatan insurans Etiqa pada bila bila masa dan di mana sahaja korang berada.\n\n\nJenis-Jenis Produk Etiqa Motor Takaful dan Harga Bagi Setiap Produk\n\n\nEtiqa adalah salah satu syarikat insurans terbaik yang korang boleh pertimbangkan untuk mendapatkan takaful motor. Cumanya, korang kena rajin diri untuk baca pelan-pelan takaful motor yang ditawarkan Etiqa supaya boleh memilih takaful yang bersesuaian dengan kemampuan wang korang. Di bawah kami tolong senaraikan produk etiqa takaful motor yang ditawarkan untuk korang buat pilihan nanti.\n\n\n1. Insurans dan Takaful Kereta Komprehensif\n\n\nProduk takaful di bawah Etiqa yang boleh dipertimbangkan untuk melindungi kereta korang adalah pelan Insurans dan Takaful Kereta.\n\n\nTakaful Kereta Komprehensif \n\n\nPelan takaful ini akan memberi perlindungan takaful kepada korang daripada tuntutan pihak ketiga bagi kecederaan atau kematian, kerosakan harta benda pihak ketiga. Ini juga termasuk kemalangan yang tidak disengajakan, kebakaran atau kecurian yang berlaku kepada kereta korang. Konsep Syariah yang digunapakai untuk pembelian produk ini ialah wakalah iaitu perwakilan dan tabarru iaitu derma. Jumlah sumbangan yang perlu korang bayar untuk mengambil produk ini adalah berbeza bergantung kepada jumlah yang dilindungi, buatan dan model kereta anda, umur korang, pengalaman tuntutan yang lepas, kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan dan manfaat tambahan sekiranya korang ingin menambah manfaat sedia ada. Bukan itu sahaja, korang juga dikenakan bayaran seperti cukai perkhidmatan (6% daripada sumbangan) dan duti setem RM10.00.\n\n\nInsurans Kereta Komprehensif \n\n\nSekiranya korang melanggan pelan insurans kereta komprehensif ini, korang akan diberikan perlindungan insurans terhadap tuntutan daripada pihak ketiga bagi kecederaan atau kematian, kerosakan kepada harta benda pihak ketiga dan kemalangan yang bukan disengajakan atau kerosakan akibat kebakaran dan sekiranya kereta anda dicuri. Tempoh perlindungan pelan ini adalah selama satu tahun dan korang harus memperbaharui polisi insurans korang setiap tahun supaya tidak berlaku sebarang masalah. Harga untuk pelan insurans kereta komprehensif ini juga berbeza mengikut kepada jumlah yang korang insuranskan, buatan dan model kereta korang, umur korang, pengalaman tunututan yang lepas dan kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan. Ditambah juga dengan pilihan manfaat tambahan yang lain yang korang inginkan. Bukan itu sahaja, korang juga perlu membayar beberapa caj lain seperti diskaun diberi kepada pelanggan sebanyak 10% daripada premium, cukai perkhidmatan sebanyak 6% daripada premium dan duti setem sebanyak RM 10.00.\n\n\n2. Insurans dan Takaful Motosikal Komprehensif\n\n\nUntuk pengguna motosikal pula, korang boleh melanggan pelan Insurans dan Takaful Motosikal Komprehensif daripada Etiqa. Ada dua jenis pelan yang ditawarkan iaitu Takaful Motosikal dan \nInsurans Motosikal\n\n\nTakaful Motosikal Komprehensif \n\n\nPelan ini menawarkan perlindungan takaful kepada korang terhadap kerugian atau kerosakan pada motosikal korang. Ia juga memberikan perlindungan liabiliti terhadap pihak ketiga bagi kecederaan anggota badan atau kematian dan kerosakan harta benda pihak ketiga. Produk ini juga menggunakan konsep Wakalah iaitu perwakilan dan Tabarru\u2019 iaitu derma. Wakalah ini adalah korang melantik pihak insurans untuk bantu korang melabur dan menguruskan Dana Takaful Am. Tabarru\u2019 pula adalah korang bersetuju untuk menderma dan memberi sumbangan bertujuan untuk menolong peserta-peserta yang lain mengikut perkara yang telah dipersetujui. Sumbangan yang perlu korang bayar untuk memiliki produk ini adalah berbeza bergantung kepada jumlah yang dilindungi, buatan dan model motosikal korang, umur korang, pengalaman tuntutan yang lepas, kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan dan jika korang ada memilih manfaat tambahan lain.\n\n\nInsurans Komprehensif Motosikal\n\n\nPolisi ini pula memberikan perlindungan insurans kepada korang terhadap kerugian atau kerosakan pada motosikal korang, perlindungan terhadap liabiliti pihak ketiga bagi kecederaan anggota atau kematian dan kerosakan harta benda pihak ketiga. Korang kena perbaharui insurans ni setiap tahun sebab perlindungan yang diberikan hanya untuk tempoh satu tahun. Jumlah premium yang perlu korang bayar untuk memiliki polisi ini adalah berbeza sebab dia bergantung kepada jumlah yang dilindungi, buatan dan model motosikal korang, umur korang, pengalaman tuntutan yang lepas, kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan dan termasuk apa-apa manfaat tambahan yang korang pilih. Terdapat beberapa yuran dan bayaran yang perlu korang bayar seperti diskaun kepada pelanggan (10% daripada premium), cukai perkhidmatan (6% daripada premium dan duti setem (RM 10.00)\n\n\nManfaat Utama Insurans\n\n\nSetiap polisi insurans sama ada konvensional atau Takaful, ianya akan memberikan banyak manfaat kepada korang. Korang boleh mengetahui manfaat utama yang ditawarkan untuk setiap polisi dengan melayari laman web Etiqa atau membaca helaian pendedahan produk yang disertakan oleh Etiqa. Di sini, kami membantu menyenaraikan beberapa manfaat yang boleh korang dapat sekiranya memiliki atau memperbaharui insurans di Syarikat Insurans Etiqa.\n\n\n1. Rebat segera 10% semasa pembaharuan\n\n\nKalau korang nak memperbaharui insurans, adalah amat digalakkan untuk memperbaharuinya secara atas talian. Sebab apa? Sebabnya korang akan dapat rebat sebanyak 10% di atas NCD (No Claim Discount) korang. NCD ni adalah ganjaran yang diberikan syarikat insurans dalam bentuk diskaun untuk pemilik kereta yang tidak pernah membuat tuntutan dalam tempoh setahun, 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun dan maksimum 5 tahun. Jadi NCD ni amat berguna supaya premium insurans korang dapat dikurangkan. Tapi jangan lupa, ia hanya berlaku sekiranya korang memperbaharui secara atas talian.\n\n\n2. Perlindungan untuk semua pemandu\n\n\nBukan itu sahaja ya, sekiranya korang memiliki polisi insurans dan takaful kereta etiqa, perlindungan bukan sahaja diberikan kepada diri korang tetapi juga diberikan kepada semua pemandu yang dibenarkan oleh korang. Yang paling best, korang tidak perlu membayar premium tambahan untuk melindungi pemandu-pemandu yang memandu kenderaan korang (dibenarkan). Perlindungan ini adalah automatik di mana sebaik sahaja korang mengambil pelan ini, pemandu yang dibenarkan oleh korang juga akan dilindungi.\n\n\n3. Kerugian atau kerosakan\n\n\nSelain manfaat-manfaat utama seperti rebat 10% yang akan diberikan, Etiqa juga menawarkan manfaat yang melindungi kecederaan dan tubuh badan pihak ketiga yang disebabkan oleh kenderaan korang. Bukan itu sahaja, kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga juga akan dilindungi oleh polisi ini dan manfaat lain adalah kerugian atau kerosakan terhadap kenderaan korang yang diakibatkan oleh kebakaran, kecurian atau kemalangan juga akan dilindungi.\n\n\nCara Membuat Tuntutan Etiqa Motor Takaful/Insurans\n\n\nKalau korang dah memiliki insurans daripada pihak Etiqa, korang juga mesti tahu cara nak buat tuntutan insurans tersebut apabila berlaku perkara yang tidak diingini. Cara untuk membuat tuntutan insurans daripada pihak Etiqa adalah amat mudah.\n\n\n\n\nDi sini kami sertakan cara-cara untuk membuat tuntutan supaya korang lebih faham. Tetapi korang disarankan untuk membaca setiap polisi insurans yang disediakan kerana maklumatnya adalah lebih terperinci.\n\n\nPerkara Asas yang Perlu Dilakukan Untuk Membuat Tuntutan\n\n\n\n\nHubungi tuntutan careline di talian 1-300-88-1007\n\n\nEmelkan tuntutan korang kepada pihak Etiqa di emel \nclaims@etiqa.com.my\n\n\nKorang juga boleh menghantar WhatsApp mengenai tuntutan yang ingin dibuat di no +60327804677 atau imbas kod QR yang disediakan.\n\n\nKorang juga boleh membuat tuntutan melalui aplikasi Etiqa Auto Assist\n\n\n\n\nTuntutan Daripada Syarikat Insurans Sendiri\n\n\nTerdapat dua perkara yang boleh dituntut oleh pengguna terhadap syarikat insuransnya sendiri iaitu jika kemalangan berpunca daripada kesalahan yang anda sendiri lakukan, anda mestilah membuat tuntutan \u201cKerosakan sendiri\u201d kepada syarikat insurans. Namun, jika kemalangan bukan berpunca daripada kesalahan anda, anda boleh membuat tuntutan \u201cKerosakan Sendiri Knock-for-Knock\u201d. Tuntutan \u201cKnock-for-Knock\u201d boleh memberi manfaat kepada pengguna di mana ia boleh menjimatkan masa kerana tuntutan diselesaikan dengan lebih cepat. Manfaat kedua adalah anda tidak akan kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan dan boleh menuntut ekses daripada syarikat insurans yang lain.\n\n\nUntuk membuat tuntutan, anda mesti mengemukakan beberapa dokumen penting kepada syarikat insurans anda seperti\n\n\n\n\nborang tuntutan yang lengkap\n\n\nsalinan asal laporan polis\n\n\nsalinan kad pengenalan dan lesen memandu pemegang polisi dan pemandu\n\n\nSelain itu, anda mesti menyertakan salinan sijil pemilikan kenderaan\n\n\nAmbil gambar kejadian kemalangan dan gambar kerosakan pada kenderaan anda\n\n\nAkhir sekali, bawa sekali dokumen polis yang menyatakan pihak mana yang di kompaun bagi kesalahan jalan raya tersebut.\n\n\n\n\nTuntutan Kerosakan Harta Pihak Ketiga\n\n\nAnda juga boleh membuat tuntutan kerosakan harta pihak ketiga sekiranya kerosakan pada kereta atau harta anda sendiri adalah akibat kemalangan yang berpunca daripada kesalahan pihak lain dan anda mestilah mengalami kerugian kewangan seperti CART (compensation assessed repair time).\n\n\nBagi membuat tuntutan kerosakan pihak ketiga adalah seperti:\n\n\n\n\nPertama anda mestilah menghantar kenderaan yang telah rosak ke bengkel panel syarikat insurans\n\n\nMelantik penyelaras insurans untuk mengukur kos kerosakan kereta.\n\n\nAnda perlu menyediakan dokumen kepada syarikat insurans pihak lain seperti; salinan asal laporan polis dan salinan kad pengenalan serta lesen memandu pemegang polisi dan juga pemandu.\n\n\n\n\n\n\nAnda juga perlu mengemukakan salinan sijil pemilikan kenderaan, laporan adjuster, bil kos pembaikan kereta, gambar sewaktu kejadian kemalangan dan dokumen polis tentang kenyataan kompaun bagi kesalahan jalan raya.\n\n\n\n\nDaftar Perkara yang Tidak Dilindungi Setiap Pelan Insurans Motosikal dan Kereta\n\n\nApabila korang sudah mempunyai insurans motor, korang mungkin beranggapan korang boleh membuat semua tuntutan atas perkara yang tidak diingini. Tetapi, secara realitinya korang kena tahu tidak semua perkara yang menyebabkan kerosakan kepada motosikal dan kereta akan dilindungi oleh insurans yang diambil.\n\n\nTakaful Kereta Komprehensif\n\n\nBagi polisi ini, terdapat kerugian tertentu yang tidak dilindungi oleh Takaful Kereta Komprehensif seperti;\n\n\n\n\nKematian korang atau kecederaan badan korang sendiri akibat kemalangan kenderaan\n\n\nLiabiliti korang terhadap tuntutan daripada penumpang di dalam kenderaan korang\n\n\nKerugian, kerosakan atau liabiliti yang berlaku daripada tindakan alam semulajadi seperti banjir, ribut atau tanah runtuh dan\n\n\nKerugian sampingan, susut nilai, kegunaan biasa, karat dan hakisan, kerosakan mekanikal atau elektronik, kegagalan atau pecahan, peralatan atau program komputer gagal berfungsi\n\n\n\n\nInsurans Kereta Komprehensif\n\n\nPolisi ini juga adalah sama dengan polisi takaful kereta komprehensif di mana ia turut tidak melindungi kerugian yang tertentu seperti;\n\n\n\n\nKematian korang atau kecederaan badan korang sendiri akibat kemalangan kenderaan\n\n\nLiabiliti korang terhadap tuntutan daripada penumpang di dalam kenderaan korang\n\n\nKerugian, kerosakan atau liabiliti yang berlaku daripada tindakan alam semulajadi seperti banjir, ribut atau tanah runtuh dan\n\n\nKerugian sampingan, susut nilai, kegunaan biasa, karat dan hakisan, kerosakan mekanikal atau elektronik, kegagalan atau pecahan, peralatan atau program komputer gagal berfungsi\n\n\n\n\nNota tambahan: Walau Bagaimanapun senarai yang diberikan adalah tidak lengkap, korang perlu merujuk sijil takaful untuk senarai penuh pengecualian di bawah sijil ini.\n\n\nTakaful Motosikal Komprehensif\n\n\nPelan Takaful Motosikal Komprehensif ini juga tidak melindungi kerugian yang tertentu yang berlaku pada motosikal korang seperti;\n\n\n\n\nKematian korang atau kecederaan badan korang sendiri akibat kemalangan motosikal\n\n\nLiabiliti korang terhadap tuntutan daripada penumpang motosikal korang\n\n\nKerugian, kerosakan atau liabiliti yang berlaku daripada tindakan alam semulajadi, seperti banjir, ribut atau tanah runtuh\n\n\nKehilangan kenderaan anda\n\n\n\n\nInsurans Motosikal Komprehensif\n\n\nDi bawah polisi ini juga, terdapat beberapa pengecualian di mana polisi ini tidak melindungi kerugian tertentu seperti;\n\n\n\n\nKematian korang atau kecederaan badan korang sendiri akibat kemalangan motosikal\n\n\nLiabiliti korang terhadap tuntutan daripada penumpang motosikal korang\n\n\nKerugian, kerosakan atau liabiliti yang berlaku daripada tindakan alam semulajadi, seperti banjir, ribut atau tanah runtuh\n\n\nKehilangan kenderaan anda\n\n\n\n\nNota tambahan: Senarai untuk Takaful dan Insurans motosikal ini juga tidak lengkap di mana korang perlu merujuk senarai penuh pengecualian di bawah kedua-dua polisi ini.\n\n\nManfaat Apabila Memperbaharui Takaful Melalui Syarikat Etiqa\n\n\n1. Highest Towing Millage / Percuma 200KM\n\n\nManfaat utama apabila korang memperbaharui insurans secara atas talian adalah korang akan mendapat percuma 200KM perkhidmatan tunda kereta daripada pihak Etiqa. Sangat berbaloi ya bila korang ambil polisi insurans di bawah Etiqa sebab kebanyakan syarikat insurans dan takaful yang lain hanya memberikan 100 ke 150KM perkhidmatan tunda kereta kepada pelanggan mereka. Jadi, dekat sini korang dah boleh tengok yang Etiqa motor takaful towing adalah syarikat yang memberikan jarak tempuh penarik kereta yang tinggi.\n\n\n2. 24-Hour Emergency Road Assistance\n\n\nManfaat yang disertakan apabila korang memiliki motor takaful adalah pihak Etiqa menyediakan bantuan kecemasan 24 jam di jalan raya sepanjang tahun atau tempoh polisi. Korang boleh menghubungi talian Claims Careline sekiranya berlaku sebarang kemalangan di atas jalan raya pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Bantuan ini boleh memberikan ketenangan kepada korang apabila menghadapi sebarang masalah ketika memandu kereta atau menunggang motosikal. Ini kerana bantuan kecemasan yang disediakan pihak Etiqa adalah selama 24 jam setiap hari.\n\n\n3. Nama Pemandu yang Dibenarkan Tidak Diperlukan/ Percuma\n\n\nBukan itu sahaja, pembaharuan insurans dengan Etiqa juga dapat memberi manfaat tambahan seperti perlindungan kepada semua pemandu. Korang tidak perlu menamakan setiap pemandu yang dibenarkan oleh korang kerana mereka akan dilindungi secara automatik oleh pihak Etiqa tanpa sebarang caj tambahan. Ini adalah manfaat yang baik yang korang boleh dapat bila perbaharui insurans di bawah Etiqa kerana terdapat syarikat insurans lain yang mengenakan caj tambahan RM10 untuk setiap nama pemandu tambahan.\n\n\n4. Fast Claim Approval\n\n\nSekiranya korang ingin memiliki atau memperbaharui insurans, Etiqa memberikan peluang untuk korang memperbaharui insurans dengan cepat dan mudah iaitu secara atas talian. Dengan hanya memasukkan butiran asas seperti nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran kenderaan, poskod dan jumlah yang ingin diinsuranskan korang sudah boleh memperbaharui insurans korang dalam masa lima minit. Sekiranya korang membuat tuntutan insurans, pihak Etiqa akan meluluskan tuntutan korang dalam masa 30 minit untuk tuntutan kemalangan di bawah RM 30,000 di semua Bengkel Premier Etiqa.\n\n\n5. Agreed Value/ Nilai Dipersetujui\n\n\nManfaat lain yang diperoleh adalah nilai tuntutan korang akan dibayar mengikut nilai yang korang dan pihak syarikat telah persetujui. Selain cepat dan mudah, pihak Etiqa amat menjaga kebajikan pelanggan-pelanggan mereka di mana mereka tidak menggunakan istilah \u201cindemnity value\u201d untuk membayar tuntutan korang. \u201cIndemnity value\u201d ni adalah apabila pihak insurans membayar tuntutan korang mengikut harga pasaran kenderaan korang. Dekat situ boleh menyebabkan kerugian dekat pihak korang sebab harga pasaran kereta akan semakin rendah setiap tahun.\n\n\n6. Tiada Ekses Untuk Semua Tuntutan\n\n\nKalau korang membeli polisi insurans di bawah syarikat Etiqa, tiada ekses akan dikenakan untuk semua tuntutan perlindungan peribadi komprehensif korang tetapi ia hanya terpakai untuk pemandu yang berumur 21 tahun ke atas. Kalau korang tak tahu, ekses ni adalah amaun yang pemegang polisi perlu tanggung sendiri bagi setiap tuntutan yang syarikat insurans korang luluskan. Jadi, amat berbaloi kalau korang ambik polisi insurans di bawah Etiqa sebab tiada ekses dikenakan untuk korang yang berumur 21 tahun ke atas.\n\n\nCara Mengetahui Status Permohonan Insurans dan Cara Menyemak Maklumat Peribadi\n\n\nSebelum korang memiliki polisi insurans daripada Syarikat Etiqa, korang boleh memuat turun borang permohonan dan lain-lain dokumen penting terlebih dahulu di laman web Etiqa mengikut jenis insurans dan takaful yang korang ingin dapatkan. Sebagai contoh, korang boleh memuat turun borang permohonan takaful am untuk mendapatkan perlindungan daripada pihak Etiqa.\n\n\nSelepas korang dah membuat permohonan insurans dan takaful, korang boleh semak sama ada status permohonan korang dah diluluskan atau pun belum. Di sini kami akan kongsikan cara-cara nak tahu sama ada permohonan korang diluluskan atau pun belum. Antaranya ialah melalui aplikasi;\n\n\nI-Search\n\n\nSalah satu cara untuk semak insurans kereta korang dengan mana-mana syarikat insurans secara atas talian adalah melalui aplikasi I-Search. Aplikasi ini memberikan maklumat berkaitan syarikat insurans, tempoh polisi, jenis perlindungan dan lain-lain hanya secara atas talian. Cara-cara mengetahui syarikat insurans korang menggunakan aplikasi I-Search adalah dengan:\n\n\n\n\nLayari laman web\n https://www.mycarinfo.com.my/\n\n\nKlik pada I-Search\n\n\nMasukkan segala maklumat yang diperlukan dalam paparan seperti vehicle reg.No, Name, Email, Confirm Email dan Transaction Credit lalu klik butang enquire\n\n\nKlik juga pada ruangan terma dan syarat\n\n\nSelepas itu, segala informasi yang korang cari akan terpapar seperti tempoh polisi dan syarikat insurans yang telah korang dapatkan\n\n\n\n\nBagi maklumat peribadi korang pula, Etiqa amat menjaga maklumat diri korang daripada didedahkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi. Segala maklumat peribadi yang korang berikan seperti maklumat kesihatan kepada pihak Etiqa adalah dengan persetujuan korang sendiri tanpa paksaan. Korang juga dibenarkan oleh pihak Etiqa untuk mengakses maklumat peribadi korang dengan mengisi Borang Permintaan Akses yang ada di semua cawangan Etiqa. Untuk mendapatkan Borang Permintaan Akses, korang juga boleh menghubungi Customers Service Centers ataupun menghantar email di \nPDPA@Etiqa.com.my\n. Tetapi, korang akan dikenakan caj tambahan untuk memproses data yang korang inginkan.\n\n\nNota tambahan: Korang juga boleh mengemaskini maklumat peribadi korang dengan hanya menghubungi pihak Etiqa untuk mendapatkan maklumat lanjut.\n\n\nAnugerah dan Pengiktirafan Yang Diterima\n\n\nKecemerlangan Etiqa dalam menawarkan produk dan perkhidmatan insurans serta takaful yang memberangsangkan sepanjang tahun telah melayakkan mereka untuk mendapat pelbagai anugerah serta pengiktirafan.Terdapat juga banyak anugerah yang diterima berkaitan dengan insurans dan takaful motor seperti Anugerah Takaful Motor oleh IBanding pada tahun 2017/18 Anugerah tersebut diperolehi kerana Etiqa berjaya menjadi pengendali takaful motor terbaik di Malaysia pada tahun tersebut.\n\n\nPada tahun yang sama juga 2017/18, Etiqa meraih anugerah Motor Insurance Award oleh Ibanding kerana telah menjadi syarikat insurans motor terbaik di Malaysia. Setiap anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh syarikat Etiqa merupakan bukti bahawa syarikat Etiqa mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang terutamanya dalam memastikan kepuasan pengguna di Malaysia.\n\n\nBukan itu sahaja, pada tahun 2019/2020 juga, Syarikat Etiqa telah berjaya meraih Anugerah iBanding sebagai sebuah Syarikat Takaful Motor dan Takaful Keluarga Terbaik di Malaysia. Sekarang korang dah tahu kan yang insurans ni adalah benda yang boleh bagi kebaikan dalam hidup korang.\n\n\nBanyak syarikat insurans di Malaysia seperti Etiqa yang menawarkan pelan takaful kepada para pelanggan, jadi korang tiada lagi alasan untuk mengatakan bahawa insurans mengandungi unsur riba, maisir atau gharar. Sebabnya, korang dah boleh bertukar kepada pelan takaful yang berlandaskan hukum Syariah.\n\n\nJangan menyesal di kemudian hari terutamanya apabila berlaku sebarang musibah yang tidak boleh dijangka sebab tak ambil insurans. Jadi segera dapatkan insurans sebagai unit perlindungan terutamanya untuk kenderaan korang. Kalau korang sedang mencari insurans atau takaful yang terbaik untuk perlindungan diri dan motor korang, korang boleh dapatkan di Qoala App kerana kami telah menawarkan banyak \ninsurans terbaik\n untuk pelanggan-pelanggan kami.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/harga-cermin-kereta/", "title": "Senarai Harga Cermin Kereta untuk Tukar Cermin Kereta 2023", "body": "\n\nHarga cermin kereta atau kos tukar cermin kereta boleh menelan belanja yang tinggi, apatah lagi jika kereta anda tidak dilengkapi dengan \ninsurans cermin kereta\n. Anda perlu keluarkan belanja sendiri daripada simpanan anda untuk menanggung kos tukar cermin kereta ini.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPatutkah Anda Tambah Perlindungan Cermin Kereta?\nTukar Cermin Kereta: Berapa Harga Repair Cermin Kereta Retak, Harga Ganti Cermin Kereta Pecah?\nInsuran Cermin Kereta: Senarai Harga Cermin Kereta 2023\n1. Harga Cermin Kereta Perodua\n2. Harga Cermin Kereta Proton\n3. Harga Cermin Kereta Honda\n4. Harga Cermin Kereta Toyota\n5. Harga Cermin Kereta Nissan\nBeli Perlindungan Tambahan Insurans Cermin Kereta untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nPatutkah Anda Tambah Perlindungan Cermin Kereta?\n\n\nPerlindungan insurans cermin kereta dapat memberi ketenangan fikiran kepada pemegang polisi. Jika cermin kereta pecah atau retak, anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menggantikan cermin kereta anda.\n\n\nBagi model kereta baru, kos ganti cermin kereta boleh memakan kos yang besar. Ini disebabkan teknologi penderia (\nsensor\n) yang telah ditambah pada cermin kereta. Sebagai contoh, harga cermin depan Perodua Aruz memakan kos sekitar RM1,200 (Perodua Aruz dilengkapi teknologi penderia hujan).\n\n\nBerikut anggaran harga cermin kereta model kereta popular di Malaysia tanpa perlindungan insurans untuk panduan anda. Ia membolehkan anda merancang kos dan perbelanjaan anda dengan lebih baik.\n\n\n\n\n\n\n\n\nModel Kereta\n\n\nAnggaran Harga Pasaran Cermin Kereta\n\n\n\n\n\n\nHarga cermin tingkap kereta Axia\n\n\nHarga cermin depan Axia berjumlah antara RM500 hingga RM600.\n\n\n\n\n\n\nHarga cermin tingkap kereta Persona\n\n\nHarga cermin kereta untuk harga windscreen persona model lama adalah dalam lingkungan RM600 hinggalah RM800. Manakala, harga cermin kereta model terbaru adalah antara RM1,000 hingga RM1,300.\n\n\n\n\n\n\nHarga cermin kereta Bezza\n\n\nHarga cermin tingkap kereta Bezza/harga cermin kereta Bezza adalah antara RM500 hingga RM600 di pasaran.\n\n\n\n\n\n\nHarga cermin depan Saga FLX\n\n\nHarga cermin kereta Saga adalah dalam lingkungan RM500 hingga RM600.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTukar Cermin Kereta: Berapa Harga \nRepair\n Cermin Kereta Retak, Harga Ganti Cermin Kereta Pecah?\n\n\nKejadian tidak diingini seperti \ncermin kereta retak, pecah\n dan sebagainya tidak boleh dijangkakan. Ia boleh berpunca daripada batu yang melantun ke arah cermin, \npokok tumbang hempap cermin\n dan banyak lagi. Apabila berdepan situasi sebegini, anda semestinya perlu ganti cermin kereta yang rosak ini.\n\n\nFaktor yang Mempengaruhi Kos Tukar Cermin Kereta\n\n\nRamai yang masih tidak tahu kos baiki cermin kereta retak atau harga tukar cermin kereta adalah berbeza-beza. Harga \nrepair\n cermin kereta retak, pecah atau rosak ini juga mungkin lebih tinggi bergantung pada faktor-faktor berikut:\n\n\n\n\nModel kereta (jenama kenderaan);\n\n\nJenis cermin kereta yang digunakan;\n\n\nRange\n harga cermin kereta di pasaran semasa;\n\n\nLokasi bengkel;\n\n\nStok cermin kereta sedia ada atau perlu diimport;\n\n\nKadar upah sesebuah kedai cermin kereta.\n\n\n\n\nKos Tambahan: Kos Baiki Cermin Kereta Retak\n\n\nBiasanya, harga cermin kereta belakang dan depan yang pecah boleh menelan kos sekitar RM200 hingga RM360 atau mungkin lebih bergantung pada model kereta. Harga baiki cermin kereta retak mungkin lebih mahal jika:\n\n\n\n\nKereta menggunakan cermin elektrik atau dipanaskan (\nheated windscreen\n);\n\n\nCermin kereta mempunyai ciri pengesan retak;\n\n\nCermin dua lapis (\ndouble layer)\n digunakan;\n\n\nCermin kereta khusus untuk kenderaan premium digunakan;\n\n\nKos-kos lain bergantung pada situasi (kos pengangkutan dan sebagainya).\n\n\n\n\nSebelum gantikan cermin kereta yang rosak, tanyakan terlebih dahulu anggaran kos-kos ini untuk elakkan anda daripada terbeban dengan belanja yang tinggi. Anda boleh minta sebut harga dengan memaklumkan perkara-perkara berikut:\n\n\n\n\nJenis cermin \u2013 cermin kereta belakang, depan, cermin kecil kereta, cermin tingkap dan lain-lain;\n\n\nModel kereta \u2013 Saga BLM, Myvi, Vios dan sebagainya;\n\n\nTahun pengeluaran;\n\n\nNama syarikat insurans (jika berkaitan);\n\n\nJumlah perlindungan cermin kereta (jika berkaitan).\n\n\n\n\nInsuran Cermin Kereta: Senarai Harga Cermin Kereta 2023\n\n\nBagi membantu anda menguruskan perbelanjaan dengan baik, anda disarankan untuk mendapatkan perlindungan insurans cermin kereta sebagai langkah persediaan. Sekurang-kurangnya, anda memiliki insurans yang akan menanggung kos pembaikan sekiranya cermin kereta anda tiba-tiba pecah, retak atau rosak.\n\n\nKos perlindungan insurans cermin kereta adalah sebanyak 15 peratus daripada nilai harga perlindungan cermin kereta. Sebagai contoh, jika anda ingin mendapatkan perlindungan bernilai RM1,000, anda hanya perlu membayar RM150 untuk satu tempoh polisi. Bagi memudahkan anda, anda boleh rujuk senarai perlindungan harga insurans di bawah:\n\n\n1. Harga Cermin Kereta Perodua\n\n\nNilai perlindungan cermin kereta Perodua yang dicadangkan termasuk kos penggantian, caj pemasangan/buruh dan filem \ntinted\n kereta solar berkualiti.\n\n\n\n\n\n\n\n\nModel Kereta Perodua\n\n\nHarga Insurans Kereta\n\n\nNilai Perlindungan\n\n\n\n\n\n\nAlza\n\n\nRM105\n\n\nRM700\n\n\n\n\n\n\nAruz\n\n\nRM165-RM180\n\n\nRM1,100-RM1,200\n\n\n\n\n\n\nAxia\n\n\nRM90\n\n\nRM600\n\n\n\n\n\n\nAtiva\n\n\nRM180\n\n\nRM1,200\n\n\n\n\n\n\nBezza\n\n\nRM105-RM150\n\n\nRM700-RM1,000\n\n\n\n\n\n\nKelisa\n\n\nRM90\n\n\nRM600\n\n\n\n\n\n\nKembara\n\n\nRM90\n\n\nRM600\n\n\n\n\n\n\nKenari\n\n\nRM90\n\n\nRM600\n\n\n\n\n\n\nKancil\n\n\nRM75\n\n\nRM500\n\n\n\n\n\n\nMyvi\n\n\nRM90-RM150\n\n\nRM600-RM1,000\n\n\n\n\n\n\nRusa\n\n\nRM90\n\n\nRM600\n\n\n\n\n\n\nViva\n\n\nRM90\n\n\nRM600\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Harga Cermin Kereta Proton\n\n\nNilai perlindungan cermin kereta Proton yang dicadangkan termasuk kos penggantian, caj pemasangan/buruh dan filem \ntinted\n kereta solar berkualiti.\n\n\n\n\n\n\n\n\nModel Kereta Proton\n\n\nHarga Insurans Kereta\n\n\nNilai Perlindungan\n\n\n\n\n\n\nErtiga\n\n\nRM225\n\n\nRM1500\n\n\n\n\n\n\nExora\n\n\nRM120\n\n\nRM800\n\n\n\n\n\n\nGen2\n\n\nRM90\n\n\nRM600\n\n\n\n\n\n\nIriz\n\n\nRM180\n\n\nRM1,200\n\n\n\n\n\n\nInspira\n\n\nRM300\n\n\nRM2,000\n\n\n\n\n\n\nJuara\n\n\nRM90\n\n\nRM600\n\n\n\n\n\n\nPreve\n\n\nRM180\n\n\nRM1,200\n\n\n\n\n\n\nPerdana\n\n\nRM150-RM300\n\n\nRM1,000-RM2,000\n\n\n\n\n\n\nPersona\n\n\nRM90-RM180\n\n\nRM600-RM1,200\n\n\n\n\n\n\nSaga/Iswara\n\n\nRM90-RM120\n\n\nRM600-RM800\n\n\n\n\n\n\nSatria\n\n\nRM90-RM120\n\n\nRM600-RM800\n\n\n\n\n\n\nSuprema S\n\n\nRM180\n\n\nRM1,200\n\n\n\n\n\n\nWira\n\n\nRM90\n\n\nRM600\n\n\n\n\n\n\nWaja\n\n\nRM90\n\n\nRM600\n\n\n\n\n\n\nX50\n\n\nRM225-RM450\n\n\nRM1,500-RM3,000\n\n\n\n\n\n\nX70\n\n\nRM225-RM450\n\n\nRM1,500-RM3,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Harga Cermin Kereta Honda\n\n\nNilai perlindungan cermin kereta Honda yang dicadangkan termasuk kos penggantian, caj pemasangan/buruh dan filem \ntinted\n kereta solar berkualiti.\n\n\n\n\n\n\n\n\nModel Kereta Honda\n\n\nHarga Insurans Kereta\n\n\nNilai Perlindungan\n\n\n\n\n\n\nHonda CRV\n\n\nRM150-RM300\n\n\nRM1,000-RM2,000\n\n\n\n\n\n\nHonda City\n\n\nRM150-RM300\n\n\nRM1,000-RM2,000\n\n\n\n\n\n\nHonda Accord\n\n\nRM150-RM450\n\n\nRM1,000-RM3,000\n\n\n\n\n\n\nHonda Civic\n\n\nRM225-RM300\n\n\nRM1,500-RM2,000\n\n\n\n\n\n\nHonda Jazz\n\n\nRM150-RM225\n\n\nRM1,000-RM1,500\n\n\n\n\n\n\nHonda HRV\n\n\nRM225\n\n\nRM1500\n\n\n\n\n\n\nHonda BRV\n\n\nRM225\n\n\nRM1500\n\n\n\n\n\n\nHonda Odyssey\n\n\nRM300-RM750\n\n\nRM2,000-RM5,000\n\n\n\n\n\n\nHonda Elysion\n\n\nRM600\n\n\nRM4,000\n\n\n\n\n\n\nHonda Freed\n\n\nRM300\n\n\nRM2,000\n\n\n\n\n\n\nHonda Insight\n\n\nRM900\n\n\nRM6,000\n\n\n\n\n\n\nHonda CRZ\n\n\nRM750\n\n\nRM5,000\n\n\n\n\n\n\nHonda Stream\n\n\nRM225-RM750\n\n\nRM1,500-RM5,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Harga Cermin Kereta Toyota\n\n\nNilai perlindungan cermin kereta Toyota yang dicadangkan termasuk kos penggantian, caj pemasangan/buruh dan filem \ntinted\n kereta solar berkualiti.\n\n\n\n\n\n\n\n\nModel Kereta Toyota\n\n\nHarga Insurans Kereta\n\n\nNilai Perlindungan\n\n\n\n\n\n\nAltis\n\n\nRM150-RM450\n\n\nRM1,000-RM3,000\n\n\n\n\n\n\nAvanza\n\n\nRM150-RM225\n\n\nRM1,000-RM1,500\n\n\n\n\n\n\nCamry\n\n\nRM120-RM450\n\n\nRM800-RM3,000\n\n\n\n\n\n\nCorolla Cross\n\n\nRM450\n\n\nRM3,000\n\n\n\n\n\n\nCHR\n\n\nRM375\n\n\nRM2,500\n\n\n\n\n\n\nRush\n\n\nRM225\n\n\nRM1,500\n\n\n\n\n\n\nInnova\n\n\nRM180-RM300\n\n\nRM1,200-RM2,000\n\n\n\n\n\n\nHarrier\n\n\nRM300-RM750\n\n\nRM2,000-RM5000\n\n\n\n\n\n\nUnser\n\n\nRM150\n\n\nRM1,000\n\n\n\n\n\n\nFortuner\n\n\nRM150-RM300\n\n\nRM1,000-RM2,000\n\n\n\n\n\n\nVellfire\n\n\nRM525-RM600\n\n\nRM3,500-RM4,000\n\n\n\n\n\n\nToyota Estima\n\n\nRM450-RM525\n\n\nRM3,000-RM3,500\n\n\n\n\n\n\nVios\n\n\nRM120-RM225\n\n\nRM800-RM1,500\n\n\n\n\n\n\nToyota Wish\n\n\nRM225-RM450\n\n\nRM1,500-RM3,000\n\n\n\n\n\n\nToyota Hilux\n\n\nRM150-RM300\n\n\nRM1,000-RM2,000\n\n\n\n\n\n\nAlphard\n\n\nRM450\n\n\nRM3,000\n\n\n\n\n\n\nToyota Prius\n\n\nRM300-RM375\n\n\nRM2,000-RM2,500\n\n\n\n\n\n\nToyota Yaris\n\n\nRM225\n\n\nRM1,500\n\n\n\n\n\n\nToyota Lexus\n\n\nRM600\n\n\nRM4,000\n\n\n\n\n\n\nLandcruiser Prado\n\n\nRM450-RM600\n\n\nRM3,000-RM4,000\n\n\n\n\n\n\nToyota GR Supra\n\n\nRM900\n\n\nRM6,000\n\n\n\n\n\n\nToyota Sienta\n\n\nRM300\n\n\nRM2,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Harga Cermin Kereta Nissan\n\n\nNilai perlindungan cermin kereta Nissan yang dicadangkan termasuk kos penggantian, caj pemasangan/buruh dan filem \ntinted\n kereta solar berkualiti.\n\n\n\n\n\n\n\n\nModel Kereta Nissan\n\n\nHarga Insurans Kereta\n\n\nNilai Perlindungan\n\n\n\n\n\n\nNissan Almera\n\n\nRM180\n\n\nRM1,200\n\n\n\n\n\n\nGrand Livina\n\n\nRM225\n\n\nRM1,500\n\n\n\n\n\n\nNissan Teana\n\n\nRM300\n\n\nRM2,000\n\n\n\n\n\n\nNissan Sylphy\n\n\nRM300\n\n\nRM2,000\n\n\n\n\n\n\nNissan X-trail\n\n\nRM180-RM450\n\n\nRM1,200-RM3,000\n\n\n\n\n\n\nNissan Sentra\n\n\nRM150-RM180\n\n\nRM1,000-RM1,200\n\n\n\n\n\n\nNissan Frontier\n\n\nRM225\n\n\nRM1,500\n\n\n\n\n\n\nNissan Serena\n\n\nRM150-RM375\n\n\nRM1,000-RM2,500\n\n\n\n\n\n\nNissan Vanette\n\n\nRM105\n\n\nRM700\n\n\n\n\n\n\nNissan GTR\n\n\nRM1,200-RM1,500\n\n\nRM8,000-RM10,000\n\n\n\n\n\n\nNissan Fairlady\n\n\nRM1,200\n\n\nRM8,000\n\n\n\n\n\n\nNissan Navara\n\n\nRM225\n\n\nRM1,500\n\n\n\n\n\n\nNissan Latio\n\n\nRM225\n\n\nRM1,500\n\n\n\n\n\n\nNissan Cefiro\n\n\nRM225\n\n\nRM1,500\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeli Perlindungan Tambahan Insurans Cermin Kereta untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nPerlindungan tambahan \ninsurans cermin kereta\n dapat memastikan anda mendapat perlindungan yang sewajarnya. Jika berlaku sesuatu pada mana-mana cermin kereta anda, kos tukar cermin kereta akan ditanggung oleh pihak insurans tanpa menjejaskan \nNCD kereta\n anda.\n\n\nPerlindungan tambahan cermin kereta dapat mengelakkan anda daripada terbeban dengan risiko kewangan atau kos tukar cermin kereta yang tinggi. Secara asasnya, insurans cermin kereta menawarkan perlindungan, penggantian dan pembaikan untuk:\n\n\n\n\nCermin depan;\n\n\nCermin belakang kereta;\n\n\nCermin tingkap, cermin tepi kereta, cermin mati dan lain-lain;\n\n\nCermin bumbung kereta (\nsun roof\n dan\n moon roof)\n \u2013 untuk model kereta yang sedia ada bukannya pengubahsuaian.\n\n\n\n\nSekiranya anda ingin mendapatkan perlindungan tambahan semasa \nrenew\n insurans kereta\n anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform \nperbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n di Malaysia. Anda boleh tambah \nperlindungan tambahan insurans cermin kereta\n dengan mudah pada harga yang berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/harga-insurans-kereta/", "title": "9 Faktor Pengaruhi Harga Insurans Kereta di Malaysia", "body": "\n\nHarga insurans kereta atau \npremium insurans\n kereta secara asasnya berbeza meskipun untuk model kereta yang sama. Ini kerana, ia bergantung sepenuhnya pada \njenis perlindungan insurans\n yang anda ambil dan beberapa faktor-faktor lain. Artikel ini akan membantu anda mengenal pasti faktor yang mempengaruhi harga insurans kereta termasuk cara kira harga insurans kereta di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nCara Kira Insurans Kereta: 9 Faktor yang Menyebabkan Harga Insurans Kereta Murah atau Mahal\n1. Usia Pemandu dan Jantina\n2. Nilai Pasaran Kenderaan\n3. Usia Kenderaan\n4. Jenis Perlindungan Insurans\n5. NCD Kereta\n6. Kapasiti Enjin Kereta (CC Kereta)\n7. Lokasi Tempat Tinggal\n8. Rekod Pemanduan\n9. Polisi Tambahan\nSemak Harga Insurans Kereta Online, Cara Kira Insuran Kereta\n\n\nCara Kira Insurans Kereta: 9 Faktor yang Menyebabkan Harga Insurans Kereta Murah atau Mahal\n\n\nDi Malaysia, pemilik kenderaan perlu memperbaharui atau \nrenew insurance\n kereta\n setiap tahun termasuk cukai jalan. Ini bagi membolehkan kenderaan yang dimiliki boleh digunakan di atas jalan raya. Dengan memiliki insurans dan \nroadtax\n kereta\n yang sah, ia dapat mengelakkan anda daripada kena \nsaman\n. Secara asasnya, harga insurans kereta lebih mahal berbanding \ninsurans motor\n, dan ia dipengaruhi oleh sembilan sebab seperti berikut:\n\n\n1. Usia Pemandu dan Jantina\n\n\nUsia pemandu juga boleh mempengaruhi harga insurans kereta. Pemandu yang berumur dalam lingkungan 16 hingga 25 tahun biasanya perlu membayar premium yang lebih tinggi berbanding pemandu yang lebih berusia. Faktor ini mungkin disebabkan oleh statistik kemalangan di Malaysia yang menunjukkan pemandu muda dan pertama kali memandu berpotensi tinggi untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya.\n\n\nSelain usia, faktor jantina juga memainkan peranan dalam menentukan harga insurans. Ini kerana, berdasarkan statistik kemalangan di Malaysia, kemalangan yang melibatkan pemandu lelaki lebih tinggi berbanding dengan pemandu wanita.\n\n\nMeskipun mungkin ramai dalam kalangan pemandu lelaki yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini dan berasakan pemandu lelaki lebih cekap memandu berbanding dengan pemandu wanita, ia tetap tidak dapat menolak hakikat bahawa pemandu lelaki perlu membayar premium insurans yang lebih tinggi berbanding pemandu wanita.\n\n\n2. Nilai Pasaran Kenderaan\n\n\nMarket value\n kereta\n atau nilai pasaran kenderaan secara asasnya akan berkurangan dari tahun ke tahun. Ia secara tidak langsung mempengaruhi harga premium insurans kereta. Kenderaan yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi biasanya memiliki harga insurans kereta yang lebih mahal. Sebagai contoh, \nharga insurans Mazda CX-5\n (harga pasaran semasa dianggarkan sekitar RM130,400) biasanya lebih mahal berbanding \nharga insurans Myvi\n (harga pasaran semasa kira-kira RM41,000).\n\n\n3. Usia Kenderaan\n\n\nHarga insurans kereta turut berkait rapat dengan tahun pengeluaran kereta. Harga insurans untuk model kereta tahun terkini lebih mahal berbanding model kereta tahun 2010. Ini bermaksud, semakin lama usia kenderaan, semakin murah harga insurans kereta. Biasanya, kereta yang berusia 10 tahun dan ke atas memiliki perlindungan insurans yang lebih murah berbanding kereta baharu. Faktor ini juga secara tidak langsung dipengaruhi oleh harga pasaran semasa kereta tersebut.\n\n\n4. Jenis Perlindungan Insurans\n\n\nSudah semestinya jenis perlindungan yang anda pilih mempengaruhi harga insurans anda. Polisi perlindungan komprehensif atau insurans \nfirst party\n biasanya lebih mahal berbanding harga \ninsurans \nthird party\n. Ini kerana, pelan perlindungan komprehensif menawarkan perlindungan menyeluruh bukan sahaja ke atas kereta pihak ketiga, tetapi termasuk kereta sendiri. Berbeza dengan perlindungan insurans pihak ketiga yang hanya menawarkan perlindungan asas ke atas harta benda pihak ketiga sahaja.\n\n\n\n\n5. NCD Kereta\n\n\nDiskaun Tanpa Tuntutan (\nNon-claim Discount\n) atau turut dikenali sebagai \nNCD kereta\n turut memberi kesan kepada harga kereta. Secara asasnya, pemilik kenderaan yang tidak membuat sebarang \ntuntutan insurans kemalangan\n dalam tempoh lima tahun pertama boleh menikmati diskaun sehingga maksimum 55 peratus. NCD kereta membolehkan pemilik kenderaan mendapatkan perlindungan insurans pada harga yang lebih rendah semasa\n renew\n insurans kereta\n.\n\n\nBerikut merupakan contoh perbandingan kadar bayaran untuk dua model kereta yang sama dengan kadar NCD kereta berbeza seperti berikut:\n\n\nSituasi 1:\n\n\nAndaikan nilai pasaran semasa model kereta A ialah RM40,000. Ia menerima nilai NCD kereta sebanyak 25 peratus. Model kereta A perlu membayar sebanyak RM938 untuk premium insurans baharunya.\n\n\nSituasi 2:\n\n\nAndaikan pula nilai pasaran semasa model kereta B adalah sama seperti model kereta A. Namun begitu, model kereta ini menerima nilai NCD kereta sebanyak 55 peratus. Harga premium insurans yang perlu dibayar ialah RM368. Dalam erti kata lain, semakin tinggi nilai NCD kereta, semakin rendah harga insurans kereta.\n\n\n6. Kapasiti Enjin Kereta (CC Kereta)\n\n\nKapasiti enjin kereta juga turut memainkan peranan dalam menentukan harga insurans yang perlu dibayar. Semakin tinggi kapasiti enjin kereta, semakin tinggi harga insurans kereta. Harga \ninsurans Honda\n 2.0 biasanya lebih mahal berbanding harga\n insurans Proton\n Saga 1.3.\n\n\n7. Lokasi Tempat Tinggal\n\n\nFaktor lokasi juga memainkan peranan dalam mempengaruhi harga insurans kenderaan. Biasanya, harga insurans kereta di Semenanjung adalah lebih mahal atau lebih tinggi berbanding harga insurans kereta di Sabah dan Sarawak. Ia dipengaruhi oleh aspek penilaian risiko yang lebih tinggi di Semenanjung Malaysia berbanding di Sabah dan Sarawak.\n\n\nSecara asasnya, negeri-negeri seperti Selangor, Johor dan Kuala Lumpur mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, selain mencatatkan kadar kemalangan dan masalah trafik yang tinggi. Ia berbeza dengan negeri-negeri dengan kepadatan penduduk yang rendah seperti Perlis, Terengganu dan Kelantan. Oleh sebab itu, premium insurans di lokasi tertentu seperti Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur) dan Johor biasanya lebih mahal berbanding premium insurans di negeri-negeri lain.\n\n\nSelain itu, jika kawasan anda berisiko \nkereta ditenggelami banjir\n atau bencana alam lain, anda juga mungkin akan dikenakan kadar bayaran premium yang lebih tinggi oleh \nsyarikat insurans\n.\n\n\n8. Rekod Pemanduan\n\n\nSemasa anda memperbaharui insurans kereta, syarikat insurans biasanya akan meneliti sejarah pemanduan anda. Jika didapati \nkereta pernah terlibat dalam kemalangan\n, mempunyai rekod kesalahan trafik dan sebagainya, anda berkemungkinan besar akan dikenakan kadar premium yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk pandu dengan cermat dan berhati-hati bukan sahaja untuk keselamatan diri, tetapi untuk mendapatkan harga premium insurans yang lebih berpatutan.\n\n\n9. Polisi Tambahan\n\n\nSekiranya anda membuat apa-apa pertambahan pada polisi sedia ada seperti \ninsurans cermin depan\n, \nperil khas\n dan sebagainya, anda perlu membayar premium yang lebih tinggi berbanding biasa. Di pasaran, terdapat pelbagai pelan insurans tambahan yang boleh anda pilih mengikut keperluan anda. Anda boleh mendapatkan \nsebut harga insurans\n bagi menentukan bajet yang sesuai dengan perlindungan yang anda mahukan.\n\n\nSemak Harga Insurans Kereta Online, Cara Kira Insuran Kereta\n\n\nSecara asasnya, harga insuran kereta bergantung pada jumlah perlindungan yang diinsuranskan, model kereta, sejarah tuntutan, kadar NCD kereta dan beberapa faktor-faktor lain. Untuk ketahui cara kira insurans kereta, anda boleh ikuti senario berikut \u2013 andaikan anda memiliki Perodua Myvi 1.5L yang sudah berusia lima tahun, berapa jumlah premium yang anda perlu bayar?\n\n\n\n\nUsia Kenderaan: Lima (5) tahun\n\n\nKapasiti Enjin: 1500 cc\n\n\nAmaun yang Diinsuranskan: RM30,000\n\n\nKelayakan NCD: 30 peratus\n\n\nManfaat Tambahan: Insurans cermin depan\n\n\n\n\nAnggaran jumlah premium yang perlu dibayar ialah RM795.43. Ini berdasarkan pengiraan seperti berikut:\n\n\n\n\nPremium Asas: RM1,069\n\n\nTolak NCD Kereta (30 peratus): RM320.70\n\n\nTambah Manfaat Tambahan: RM75\n\n\nTolak Diskaun (10 peratus): RM82.33\n\n\nTambah SST Enam Peratus: RM44.46\n\n\nTambah Duti Setem: RM10\n\n\nJumlah Premium Perlu Dibayar: RM795.43\n\n\n\n\n(\nNota: Harga dinyatakan adalah anggaran semata-mata. Harga ini mungkin berubah bergantung pada situasi)\n\n\nSemoga perkongsian ini boleh membantu anda mengetahui faktor yang boleh mempengaruhi \nharga insuran kereta\n anda. Sekiranya anda sedang mempertimbangkan\n insurance\n kereta\n yang komprehensif dan terbaik untuk anda, anda boleh semak harga insurans kereta dengan layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform insurans insurtech\n yang menyediakan pelbagai jenis insurans terbaik di Malaysia dengan jaminan \nproses beli insurans kenderaan\n yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/harga-insurans-motor/", "title": "Senarai Harga Insurans Motor 2023", "body": "\n\nHarga insurans motor boleh berubah dari semasa ke semasa, jadi penting untuk anda membuat semakan harga sebelum anda \nrenew\n insurans dan cukai jalan motosikal anda. Anda perlu \nrenew\n insurans dan cukai jalan motosikal anda untuk melindungi diri anda di jalan raya. Ingat, jika anda lupa untuk \nrenew\n insurans dan cukai jalan motosikal anda, anda mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang atau \nkena saman\n.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nFaktor Mempengaruhi Harga Insurans Motor\n1. Usia Motosikal\n2. Nilai Pasaran\n3. Tuntutan\n4. Polisi Tambahan\n5. Jenis Perlindungan\n6. Kapasiti Enjin\n7. Lokasi\nSenarai Harga Insurans Motosikal\nCara Beli Insurans Motor dan Renew\u00a0Roadtax Motosikal\u00a0Online\n\n\nFaktor Mempengaruhi Harga Insurans Motor\n\n\nInsurans motor sememangnya merupakan satu keperluan yang sangat penting bagi pemilik motosikal kerana ia memberikan perlindungan daripada kerugian yang mungkin berlaku akibat kemalangan atau pencurian. Namun, penting untuk ingat bahawa kos insurans motor dipengaruhi oleh pelbagai faktor, dan pemilik motosikal perlu memahami aspek ini sebelum membeli polisi insurans motor:\n\n\n\n\n1. Usia Motosikal\n\n\nKos insurans motosikal dipengaruhi oleh usia motosikal tersebut. Secara amnya, motosikal yang lebih tua akan dikenakan \npremium insurans\n yang lebih rendah berbanding dengan motosikal yang lebih baru.\n\n\n\n\n\n\n2. Nilai Pasaran\n\n\nHarga premium insurans motor turut dipengaruhi oleh nilai pasaran semasa kerana semakin tinggi nilai pasaran motosikal, semakin besar kemungkinan kos pembaikan apabila berlaku kemalangan. Oleh itu, insurans premium untuk motosikal yang mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi cenderung untuk lebih tinggi berbanding dengan motosikal yang mempunyai nilai pasaran yang lebih rendah.\n\n\n\n\n\n\n3. Tuntutan\n\n\nSekiranya anda pernah membuat \ntuntutan insurans\n sebelum ini, maka ia akan direkodkan dalam rekod tuntutan insurans anda. Oleh itu, apabila anda membuat tuntutan insurans pada masa akan datang, kadar premium anda mungkin akan meningkat.\n\n\n\n\n\n\n4. Polisi Tambahan\n\n\nPerlindungan tambahan seperti \nkemalangan diri\n atau \nperil khas\n boleh meningkatkan harga premium insurans motor. Perlindungan tambahan seperti ini memberikan perlindungan tambahan terhadap cedera peribadi atau kehilangan harta benda dalam kes kemalangan yang disebabkan oleh pihak ketiga atau anda sendiri.\n\n\n\n\n\n\n5. Jenis Perlindungan\n\n\nKos insurans motor anda bergantung kepada jenis polisi insurans yang dipilih, sama ada insurans komprehensif atau \ninsurans pihak ketiga\n. Insurans komprehensif lebih mahal\n\n\n\n\n\n\n6. Kapasiti Enjin\n\n\nFaktor kapasiti enjin adalah penting dalam menentukan harga premium insurans motor. Semakin besar \nkapasiti enjin\n motosikal, semakin tinggi harga insurans yang perlu dibayar.\n\n\n\n\n\n\n7. Lokasi\n\n\nKos insurans motor di Semenanjung Malaysia cenderung lebih tinggi daripada di Sabah dan Sarawak disebabkan oleh beberapa faktor. Satu faktor utama adalah keadaan lalu lintas yang lebih sibuk dan risiko kemalangan yang lebih tinggi di Semenanjung Malaysia.\n\n\n\n\nSenarai Harga Insurans Motosikal\n\n\n\n\nInsurans motor mempunyai harga yang berbeza bergantung pada jenis perlindungan yang dipilih. Biasanya, harga insurans motor\u00a0first party\u00a0lebih mahal daripada harga insurans motor pihak ketiga. Oleh itu, sebelum membeli atau \nmemperbaharui insurans\n motor, disyorkan untuk membuat perbandingan harga untuk mendapatkan penjimatan yang lebih baik. Kos-kos ini juga mungkin berbeza bergantung pada harga\u00a0cukai jalan. Berikut adalah senarai harga insurans motosikal di Malaysia termasuk \ncukai jalan\n.\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Motor (cc)\n\n\nHarga Insurans Motor Termasuk Cukai Jalan\n\n\n\n\n\n\n0 hingga 150 cc\n\n\nRM2\n\n\n\n\n\n\n151 hingga 200 cc\n\n\nRM30\n\n\n\n\n\n\n201 hingga 250 cc\n\n\nRM30\n\n\n\n\n\n\n251 hingga 500 cc\n\n\nRM100\n\n\n\n\n\n\n501 hingga 800 cc\n\n\nRM250\n\n\n\n\n\n\n801 cc dan ke atas\n\n\nRM350\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Beli Insurans Motor dan \nRenew\u00a0Roadtax \nMotosikal\u00a0Online\n\n\nUntuk memudahkan proses, anda boleh memperbaharui secara dalam talian melalui MyEG atau perkhidmatan insurans dalam talian seperti Qoala. Pastikan anda mempunyai salinan \ngeran motosikal\n dan \ncover note insurans\n sebagai rujukan sebelum memperbaharui secara dalam talian.\n\n\nBerikut adalah beberapa langkah untuk memperbaharui insurans motor melalui Qoala:\n\n\n\n\nLayari\u00a0laman web\u00a0\nQoala\n;\n\n\nIsikan butiran ringkas anda seperti nombor plat kenderaan, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan poskod;\n\n\nTerima sebut harga dalam masa seminit dan buat perbandingan anda sendiri;\n\n\nPilih insurans kenderaan mengikut keperluan anda;\n\n\nSahkan maklumat peribadi anda dan buat pembayaran secara\u00a0\nonline;\n\n\nSalinan polisi insurans kenderaan akan dihantar kepada e-mel anda dalam kadar segera;\n\n\nPenghantaran\u00a0\nroadtax\n\u00a0akan dilakukan dalam masa 5 hingga 7 hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia, 7 hingga 14 hari bagi Sabah/Sarawak.\u00a0\nR\noadtax\n akan dihantar melalui kurier secara terus ke rumah anda.\n\n\n\n\nSemoga perkongsian ini boleh membantu anda membuat\u00a0\nclaim\n\u00a0\ninsurans motor\n\u00a0sekiranya anda berdepan situasi sebegini. Sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan\u00a0\ninsurans motor terbaik\n\u00a0dan komprehensif untuk anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform\u00a0\nrenew\n\u00a0insurans motor online\n\u00a0di Malaysia dengan jaminan\u00a0proses beli insurans motor\u00a0yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insuran-etiqa/", "title": "Insuran Etiqa: Definisi, Manfaat, Jenis, Harga, dan Claim", "body": "\n\nApabila kita berbincang mengenai sesuatu yang jarang didengar, seringkali kita dimomokkan dengan pelbagai mitos. Mungkin sudah tiba masanya kita sebagai rakyat Malaysia menekankan dan membincangkan isu yang berkaitan dengan perlindungan atau dalam bahasa mudahnya, \u201cinsurans\u201d. Disebabkan kurangnya kesedaran mengenai isu ini maka timbullah mitos-mitos mengenai insuran seperti \u201cinsurans membazirkan duit\u201d. Jadi, benarkah insurans membazirkan duit atau ia hanyalah mitos yang berlegar-legar dalam komuniti kita sekarang. Sebab itulah, Qoala ingin mengajak pembaca semua untuk lebihkan pembacaan dan tambahkan ilmu mengenai insuran etiqa dengan menghayati artikel ini.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa itu Insurans Etiqa\nMengapa Pengguna Memilih Etiqa?\nManfaat Apabila Memiliki Insuran Etiqa\nPerbandingan Antara Produk Insurans dan Takaful\nJenis \u2013 Jenis Produk Insurans Etiqa\n1. Insurans Kereta\n2. Insurans Motosikal\n3. Insurans Perjalanan\n4. Insurans Rumah\n5. Insurans Simpanan\n6. Insurans Hayat dan Keluarga\n7. Insurans Kemalangan Diri\n8. Insurans Pelaburan\n9. Insurans Pendidikan\n10. Insurans Kesihatan\nPerkara yang Dilindungi Oleh Setiap Produk yang Dikeluarkan Oleh Syarikat Etiqa\n1. Insuran Kereta Komprehensif\n2. Insurans Komprehensif Motosikal\n3. Insurans Perjalanan\n4. Insurans Rumah\n5. Insurans Simpanan\n6. Insurans Hayat dan Keluarga\n7. Insurans Kemalangan\n8. Insurans Pelaburan\n9. Insurans Pendidikan\n10. Insurans Kesihatan\nCara Membuat Tuntutan Insurans\n1. Insurans Motor\n2. Insurans Perjalanan\n3. Insurans Rumah\nAnugerah dan Kecermelangan\n\n\nApa itu Insurans Etiqa\n\n\nPhoto credit: ashadhodhomei via Shutterstock\n\n\nTak kenal maka tak cinta, jadi untuk mencintai \u201cinsuran\u201d korang harus ambil tahu asal usul dan sejarah insurans Etiqa terlebih dahulu.\n\n\nSejarah Etiqa bermula di Malaysia pada tahun 2005 apabila Maybank Ageas ataupun dahulunya dikenali sebagai Mayban Ageas bersama sector insurans dan takaful Maybank yang merangkumi Mayban General Assurance, Mayban Life Assurance dan Mayban Takaful telah bergabung dengan Malaysia National Insurance Berhad dan anak syarikatnya iaitu Takaful National Sdn Bhd. Jadi, selepas 2 tahun penggabungan semua syarikat, maka pada penghujung tahun 2007, lahirlah sebuah syarikat insurans korporat terkemuka di Malaysia yang korang kenal sebagai Etiqa. Pada 1 Januari 2018 pula, Maybank Ageas Holdings Bhd telah mengumumkan bahawa Etiqa telah distruktur semula menjadi empat buah organisasi iaitu Etiqa General Insurance Berhad (EGIB), Etiqa Life Insurance Berhad (ELIB), Etiqa General Takaful Berhad (EGTB) dan Etiqa Family Takaful Berhad (EFTB).\n\n\nKalau korang nak tahu, Maybank Ageas Holdings Berhad mempunyai beberapa Lembaga Pengarah yang amat komited dalam memastikan perniagaan insurans mereka berjaya memberi nilai yang terbaik kepada pemegang saham yang telah buat \npelaburan saham\n di dalam syarikat. Antaranya ialah Y.Bhg. Datuk R. Karunakan yang merupakan Pengarah Bebas atau dikenali sebagai Pengerusi Maybank Ageas Holdings Berhad dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi iaitu Mr. Antonio Cano. Ada juga ahli-ahli Lembaga Pengarah yang lain seperti Gary Lee Christ, Y.Bhg. Dato\u2019 Johan Ariffin, Y. Bhg. Dato\u2019 Amirul Feisal Wan Zahir, Y. Bhg. Dato\u2019 Majid Mohamad dan Y. Bhg. Datuk Mohd Najib Abdullah yang menjadi penggerak di dalam Maybank Ageas Holdings Bhd. Jadi, itulah sedikit sebanyak informasi mengenai syarikat insurans Etiqa Maybank yang korang kena tahu.\n\n\nMengapa Pengguna Memilih Etiqa?\n\n\nKorang rasa kenapa rakyat Malaysia memilih Etiqa sebagai salah satu unit perlindungan?\n\n\nSalah satu sebabnya adalah Etiqa merupakan sebuah syarikat insurans konvensional yang telah banyak membantu rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan. Jadi sebab tulah, ramai rakyat Malaysia memilih Etiqa sebab percaya dengan kebolehan syarikat insurans itu mengendalikan tuntutan insurans secara professional dan cekap. Bukan itu sahaja, Etiqa juga telah menunjukkan prestasi dan kesungguhan yang memberangsangkan sepanjang tahun terutamanya dalam menyediakan perlindungan yang terbaik buat pelanggan mereka. Selain itu, kalau korang nak tahu Etiqa telah menjadi sebuah syarikat insurans yang kukuh dan terkemuka di Malaysia dan inilah yang membuatkan rakyat Malaysia memilih untuk mendapatkan perkhidmatan insurans dan takaful daripada Etiqa. Dalam era pascamoden ini, dengan hanya gunakan hujung jari, korang dah boleh dapatkan perkhidmatan Etiqa pada bila bila masa dan di mana sahaja korang berada.\n\n\nManfaat Apabila Memiliki Insuran Etiqa\n\n\nPada zaman yang mencabar ini, eloklah kalau korang amalkan peribahasa \u201csediakan payung sebelum hujan\u201d dengan melanggan pelan insurans dan takaful sebab korang tak boleh tahu bila bencana nak jadi. Jadinya, korang sudah tidak boleh menganggap insurans ni satu kehendak tetapi korang kena jadikan ia satu keperluan dalam kehidupan supaya insurans dapat tolong korang apabila menghadapi pelbagai musibah seperti kebakaran, kemalangan atau kecelakaan. Kalau korang menanggung sendiri kerosakan yang berlaku, korang berkemungkinan akan kerugian beratus-ratus atau lebih teruk beribu-ribu ringgit. Kita tidak mahu menyesal di kemudian hari apabila terpaksa menggunakan wang simpanan kita sendiri untuk membiayai kos-kos kemalangan atau kebakaran, jadi dapatkan insurans segera.\n\n\nBanyak kelebihan yang korang dapat kalau memiliki insurans Etiqa terutamanya pada pasca Covid-19 ini. Kalau korang nak tahu, pada tahun 2020, Etiqa telah memberi manfaat khas kepada para pelanggannya di mana Etiqa telah menangguhkan pembayaran premium selama 3 bulan khusus untuk mereka yang mempunyai pelan insurans dengan tempoh melebihi 12 bulan dan bukan itu sahaja, kalau pengguna melanggan Etiqa Life Insurance Berhad atau Etiqa Family Takaful Berhad lalu mereka telah disahkan dijangkiti Covid-19, bantuan tunai sebanyak RM5000 akan diberikan oleh Etiqa.\n\n\nPerbandingan Antara Produk Insurans dan Takaful\n\n\nEtiqa menyediakan pelbagai produk insurans etiqa takaful untuk korang pilih yang terbaik untuk masa depan korang. Konsep insurans adalah suatu cara untuk pelanggan melindungi diri, keluarga, dan harta benda daripada sebarang kecelakaan ataupun perkara-perkara yang tidak diingini. Insurans ini berfungsi apabila korang membayar sejumlah wang pada setiap bulan atau premium kepada syarikat Etiqa dan kalau korang mengalami kerugian atau kerosakan, pihak Etiqa akan membayar sejumlah pampasan bergantung kepada risiko yang ditanggung oleh korang. Contoh produk insurans Etiqa yang boleh korang langgan dalam konteks hayat dan keluarga adalah Insurans Protect 88, Insuran Ezy-Life Secure, Insuran Ezy-Secure, Insurans Etiqa Life Secure dan Insurans Enrich Life Plan.\n\n\nKalau Takaful pula, ia adalah satu bentuk perlindungan yang berasaskan Syariah atau skim yang berasaskan prinsip Ta\u2019awun iaitu bantuan bersama. Dalam erti kata lain, takaful akan memberikan perlindungan bersama ke atas asset dan harta sekiranya salah seorang ahli ditimpa musibah. Contoh produk takaful Etiqa dalam pelan insurans hayat dan keluarga yang korang boleh pertimbangkan nanti ialah Takaful Mawaddah II, Takaful I-Secure, Takaful I-Double Secure, Takaful Aafiah Care dan Takaful Prisma.\n\n\nJenis \u2013 Jenis Produk Insurans Etiqa\n\n\nPhoto credit: Azhari Fotolestari via Shutterstock\n\n\nSebagai sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, sudah semestinya Etiqa telah mengeluarkan banyak produk insurans peribadi seperti insuran kereta, motosikal, perjalanan, rumah, simpanan, hayat dan keluarga, kemalangan diri, pelaburan, pendidikan dan kesihatan.\n\n\n1. Insurans Kereta\n\n\nJadi kalau korang ingin memperbaharui \ninsurans kereta\n yang ditawarkan oleh Etiqa, korang boleh daftar secara atas talian untuk dapat diskaun sebanyak 10% dan bukan itu sahaja, korang akan dapat menikmati 300km perkhidmatan tunda \nkereta \nsecara percuma. Untuk pengetahuan semua, nilai yang diperlukan untuk korang menginsuranskan kereta korang adalah mengikut nilai pasaran semasa kereta yang anda miliki. Jadi adalah amat penting untuk korang tahu nilai semasa kereta anda.\n\n\n2. Insurans Motosikal\n\n\nInsurans motosikal ini juga merupakan salah satu produk yang dikeluarkan oleh syarikat Etiqa dan kalau korang memperbaharui lesen motosikal korang secara atas talian, korang akan menikmati diskaun sebanyak 10%. Perlindungan yang akan korang dapat kalau beli insurans motosikal adalah Etiqa akan memberi perlindungan untuk sebarang kemalangan, kebakaran atau kecurian dan bukan itu sahaja, korang akan dapat perlindungan diri sebanyak RM6 sebulan, berbaloi bukan? Jadi, kalau korang ada motosikal dan nak ambil insurans, nilai insurans akan ikut nilai pasaran semasa atau pun kos semasa motosikal korang.\n\n\n3. Insurans Perjalanan\n\n\nKalau korang suka mengembara seorang diri atau dengan keluarga, korang boleh dapatkan pelan \ninsurans perjalanan\n dengan syarikat Etiqa, Jadi kalau korang daftar secara atas talian, korang akan dapat diskaun sebanyak 25%. Kalau korang belum tahu, bayaran premium untuk insurans perjalanan adalah berbeza mengikut pilihan destinasi, perancangan dan tempoh masa perjalanan ke destinasi pengembaraan korang.\n\n\n4. Insurans Rumah\n\n\nKalau korang banyak duit, benda pertama yang terlintas dalam kepala korang mesti korang nak rumah sendiri, jadi kalau korang dah miliki rumah, dapatkan insurans rumah terlebih dahulu tau. Secara asasnya terdapat 3 pilihan perlindungan yang korang atau ahli keluarga boleh pilih sebelum beli insurans. Korang boleh memilih sama ada pilihan perlindungan 1 (bangunan) sebanyak RM60000, pilihan perlindungan 2 (kandungan) sebanyak RM16,000 atau pilihan perlindungan 3 (bangunan dan kandungan) iaitu sebanyak RM 76,000. Jadi korang boleh pilih ikut kemampuan dan kedudukan kewangan semasa korang.\n\n\n5. Insurans Simpanan\n\n\nSelain itu, bagi korang yang ingin memaksimakan pulangan tahunan bila menambah nilai simpanan, korang boleh ambil pelan insuran Triple Growth. Pelan ini membolehkan korang menerima pembayaran tunai interim dijamin yang berjumlah sehingga 126% daripada jumlah awal yang korang dah insuranskan.\n\n\n6. Insurans Hayat dan Keluarga\n\n\nBenda yang paling utama dalam hidup kita adalah keluarga. Jadi untuk melindungi keluarga yang tersayang, korang boleh ambil insurans hayat dan keluarga lepastu pilih pelan-pelan yang mampu korang beli. Contoh pelan yang korang boleh beli adalah pelan Insurans Ezy-Life Secure, pelan ini fleksibel mengikut keperluan keluarga korang dan korang boleh bayar serendah RM0.40 sehari. Untuk Insurans Etiqa Life Secure pula, korang boleh memilih sendiri tempoh pelan mengikut keperluan dan kemampuan korang dan satu lagi adalah pelan Enrich Life yang juga memberi fleksibiliti yang luas kepada korang untuk memilih keperluan insurans yang terbaik.\n\n\n7. Insurans Kemalangan Diri\n\n\nKemalangan boleh berlaku sepanjang masa di mana-mana sahaja dan menurut Jabatan Siasatan dan Pengkuatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, sebanyak 10,382 kes kemalangan telah berlaku dalam tempoh 32 hari pertama PKP dilaksanakan. Mengingatkan tentang hal ini, korang amatlah berisiko mengalami kemalangan setiap kali memandu atau menungggang kenderaan. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, korang boleh memilih pelan-pelan yang terbaik di bawah insurans kemalangan diri seperti Insurans RiderCare PA yang memberi perlindungan sebanyak RM5000 dan hanya bayar serendah 6 sen sehari.\n\n\n8. Insurans Pelaburan\n\n\nBagi korang yang suka melabur dan inginkan pulangan yang maksimum, amatlah digalakkan untuk mengambil pelan Insurans Securelink sebab pelan ini menjanjikan bonus kesetiaan setiap 3 tahun dan akan dikreditkan ke dalam akaun korang untuk memaksimumkan nilai yang korang dah labur. Di bawah pelan Insurans MaxiPro, terdapat 6 pilihan pelan untuk pengguna dengan tempoh pembayaran minimum selama 8 tahun.\n\n\n9. Insurans Pendidikan\n\n\nKalau korang sudah bergelar ibu bapa dan mempunyai anak-anak, korang kena rancang daripada awal perbelanjaan pendidikan untuk anak-anak korang. Jadi kalau korang dah ada rancangan ingin membeli insuran, korang boleh cuba membeli pelan Insurans Aspire. Nilai yang boleh diinsuranskan adalah fleksibel mengikut kedudukan kewangan korang sebagai ibu-bapa dimana jumlah minimum yang diinsuranskan adalah sebanyak RM 12,500 dan jumlah maksimum adalah sebanyak RM 400,000.\n\n\n10. Insurans Kesihatan\n\n\nKesihatan adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan kita tambah pada zaman pasca Covid-19 ini. Jadi, korang adalah amat digalakkan untuk memiliki pelan insurans kesihatan kerana pada zaman ini, insurans kesihatan merupakan satu keperluan di dalam kehidupan. Contoh pelan yang boleh korang ambil ialah Insurans e-Medical pass yang bermula daripada RM 1.74 sehari. Terdapat juga pelan lain seperti Insurans e-CancerCare yang memberikan perlindungan serendah 21 sen sehari.\n\n\nPerkara yang Dilindungi Oleh Setiap Produk yang Dikeluarkan Oleh Syarikat Etiqa\n\n\n1. Insuran Kereta Komprehensif\n\n\nKalau korang memilih insuran \nkereta\n komprohensif yang ditawarkan Etiqa, korang akan menerima rebat sebanyak 10% tetapi korang kena memperbaharui insurans secara atas talian. Selain itu, sekiranya korang memilih insurans ini, Etiqa akan memberikan perlindungan untuk semua pemandu tanpa sebarang premium tambahan dan paling penting mereka akan menyediakan bantuan kecemasan 24 jam di jalan raya. Korang hanya perlu menghubungi talian Claims Careline dan semuanya diuruskan oleh syarikat insurans. Tambahan lagi, kalau korang dah berumur berumur 21 tahun ke atas, tiada ekses dikenakan ke atas korang kalau nak buat sebarang tuntutan.\n\n\n2. Insurans Komprehensif Motosikal\n\n\nBerita baik untuk pengguna motosikal, pihak Etiqa menawarkan insurans komprehensif motosikal untuk korang dapatkan perlindungan sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan pada motosikal. Jadi kalau korang merupakan pengguna motosikal, disarankan ambil insurans komprehensif ini sebab dia bagi perlindungan kalau korang terlibat dengan kemalangan diri. Bukan itu sahaja, pihak Etiqa juga akan memberikan perlindungan untuk pihak ketiga sekiranya berlaku kecederaan, kematian dan kerosakan harta benda pihak ketiga.\n\n\n3. Insurans Perjalanan\n\n\nBagi korang yang sering mengembara seorang diri atau bersama keluarga di dalam atau ke luar negara adalah amat digalakkan untuk membeli pelan \ninsurans perjalanan\n Tripcare 360 untuk mendapatkan perlindungan lebih-lebih lagi kalau korang kehilangan bagasi, terlewat waktu perjalanan atau berlaku sebarang kesulitan sewaktu dalam pengembaraan korang. Korang akan dapat banyak manfaat kalau ambil pelan Insurans Tripcare 360 seperti rawatan perubatan tanpa tunai di mana pihak Etiqa akan menyediakan surat jaminan (kemasukan ke hospital tanpa tunai) untuk perjalanan ke luar negara. Selain itu, kalau korang kehilangan barang berharga dalam tempoh pengembaraan, korang boleh membuat tuntutan sebanyak RM5000 hanya melalui aplikasi WhatsApp. Mudah!\n\n\n4. Insurans Rumah\n\n\nBagi korang yang sudah memiliki rumah, korang dinasihatkan untuk ambil Insurans pemilik rumah supaya dapat membantu meringankan beban korang untuk bayar kos penggantian dan pembaikan rumah. Manfaat lain yang boleh korang dapat ialah Etiqa akan membayar balik ganti rugi untuk kerosakan rumah akibat bencana alam tambah-tambah sewaktu banjir dan korang akan menerima perlindungan daripada Etiqa sekiranya rumah mengalami sebarang kerosakan yang disebabkan oleh haiwan atau kenderaan. Tidak salah kalau korang bersedia dari awal sebab banyak kemungkinan yang boleh berlaku.\n\n\n5. Insurans Simpanan\n\n\nSeterusnya, kalau korang suka menyimpan, pelan insurans simpanan adalah yang tebaik untuk korang. Pelan insurans yang korang boleh pilih ialah Insurans Triple Growth di mana ia memberi perlindungan dan jaminan di mana jumlah asas insurans, bonus, pembayaran tunai terkumpul dan sebarang tunggakan yang korang lakukan akan dibayar sekaligus oleh syarikat Etiqa sekiranya pengguna meninggal dunia/mati atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.\n\n\n6. Insurans Hayat dan Keluarga\n\n\nEtiqa juga menawarkan Insurans Hayat dan Keluarga yang mampu dimiliki oleh semua. Pelan-pelan di bawah \ninsurans Hayat\n dan Keluarga ialah Insurans Protect 88 yang melindungi korang dari usia muda sehingga usia tua , korang juga boleh mengambil pelan Insurans Ezy-life Secure dan mendapat manfaat sekiranya korang hilang upaya akibat kemalangan. Terdapat juga pelan Insurans Ezy-Secure yang memberi perlindungan kepada korang dari umur 21 tahun sehingga 80 tahun dan akhir sekali Insurans Enrich Life Plan yang memberi perlindungan insurans, perubatan, perlindungan penyakit wanita dan perlindungan penyakit kritikal.\n\n\n7. Insurans Kemalangan\n\n\nSekiranya korang terlibat dengan kemalangan, Etiqa menawarkan perlindungan kewangan yang terbaik apabila korang membeli \ninsurans kemalangan diri\n. Antara pelan-pelan yang ditawarkan ialah Insurans Buddy PA yang memberi perlindungan kemalangan khususnya kepada peminat sukan, mangsa jenayah, wanita dan keluarga. Selain itu, terdapat juga Insurans RiderCare PA yang membantu meringankan beban kewangan korang, Insurans Khas Perlindungan Kemalangan Kereta (CAPS) yang melindungi korang sama ada sebagai pemandu atau penumpang dan Insurans Flexi PA yang membantu melindungi beban kewangan yang korang tanggung . Bukan itu sahaja, terdapat juga Insurans Mega PA yang melindungi orang dewasa, kanak-kanak atau keluarga sekiranya menjadi mangsa jenayah.\n\n\n8. Insurans Pelaburan\n\n\nBukan itu sahaja, bagi korang yang gemar melabur, banyak juga pelan-pelan yang boleh korang ambil di bawah insurans \npelaburan\n. Sebagai contoh Insurans Securelink yang memberi perlindungan secara berterusan walaupun korang dah hilang upaya menyeluruh, Insurans MaxiPro, dan Insurans Megalink yang memberi perlindungan sehingga RM 2 juta dan ada tambahan sebanyak 200 peratus daripada jumlah yang korang insuranskan dimana syarikat akan berikan kepada pewaris korang kalau korang dah tiada nanti.\n\n\n9. Insurans Pendidikan\n\n\nBagi ibu-bapa yang merancang untuk menambah dana Pendidikan pintar untuk anak-anak boleh mengambil pelan Insurans Aspire. Dengan adanya pelan Insurans Aspire, pihak Etiqa dapat membantu memenuhi keperluan Pendidikan anak-anak dan memberi ganjaran tunai kepada mereka sebagai galakan untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai gred cemerlang. Ibu- bapa yang membayar insurans di bawah Pelan Insurans Aspire akan dibayar 50% daripada jumlah yang telah diinsuranskan.\n\n\n10. Insurans Kesihatan\n\n\nPada zaman moden ini, kesihatan menjadi keutamaan bagi setiap rakyat, jadi Etiqa menawarkan \ninsurans kesihatan\n dan pelan-pelan yang terbaik dan mampu korang miliki. Antara pelan-pelan yang ada ialah Insurans e-Medical Pass yang memberi faedah hospital dan pembedahan, Insurans e-Cancer Care yang menyediakan perlindungan untuk pesakit kanser peringkat awal, Insurans Medical Plus yang memberi perlindungan hayat tanpa had kepada pengguna dan Insurans IL Medical Plus. Seterusnya, pelan Insurans IL CI Plus yang melindungi pengguna daripada 68 jenis penyakit, Insurans IL Cancer Shield dan Insurans IL Female Essential khusus memberi perlindungan kepada wanita yang menghidap penyakit kritikal.\n\n\nCara Membuat Tuntutan Insurans\n\n\nJangan bimbang kalau korang tidak tahu cara nak buat tuntutan insurans, mungkin ia kelihatan seperti banyak langkah tetapi prosesnya adalah cukup mudah. Korang boleh baca cara membuat tuntutan di bawah tetapi pastikan baca juga polisi yang dikeluarkan oleh Etiqa supaya senang nak buat tuntutan nanti.\n\n\nSecara umumnya, kalau korang ingin membuat tuntutan insurans korang mestilah:\n\n\n\n\nmemaklumkan kepada syarikat insurans Etiqa dengan secepat mungkin iaitu dalam tempoh 24 jam, namun mestilah tidak lewat daripada 30 hari selepas kerosakan atau kehilangan.\n\n\nAtaupun korang juga boleh membuat dan mengemukakan tuntutan secara atas talian di laman web www.etiqa.com.my atau melalui emel yang telah disediakan di laman web Etiqa.\n\n\nCara yang paling mudah untuk korang buat tuntutan adalah melalui platform WhatsApp syarikat insurans dan paling penting setiap masalah yang timbul, korang kena baca kembali kontrak polisi insurans yang diberikan. Di bawah, kami sertakan contoh- contoh tuntutan insurans yang boleh korang jadikan rujukan.\n\n\n\n\n1. Insurans Motor\n\n\nBagi korang yang ambil insurans dan takaful Etiqa, terdapat beberapa panduan untuk memudahkan proses tuntutan. Bagi membuat tuntutan kemalangan kenderaan bermotor, korang haruslah terlebih dahulu menghubungi syarikat insurans Etiqa atau menghubungi Pusat Panggilan Accident Assist. Seterusnya, korang boleh mengambil gambar dan kumpulkan semua bukti daripada kawasan kemalangan untuk diserahkan kepada syarikat Insurans seperti kerosakan yang berlaku pada kereta dan akhir sekali korang kena buat laporan polis supaya tuntutan korang tidak ditolak.\n\n\n2. Insurans Perjalanan\n\n\nUntuk tuntutan insurans perjalanan sekiranya berlaku kelewatan penerbangan, korang mesti megemukakan pengesahan bertulis tentang tempoh kelewatan daripada syarikat penerbangan tersebut atau ejen. Korang juga harus memberi jadual asal penerbangan serta jadual baru yang telah dikemas kini oleh syarikat penerbangan. Jangan lupa kemukakan juga salinan pas masuk ke lapangan terbang korang untuk memudahkan urusan tuntutan insurans.\n\n\n3. Insurans Rumah\n\n\nSelain itu, untuk membuat tuntutan rumah sekiranya rumah korang terbakar atau dipecah masuk korang mesti menyediakan beberapa dokumen sebelum membuat tuntutan di syarikat Etiqa. Yang pertama, korang perlu membuat laporan polis kerana ini merupakan bukti wajib menunjukkan berlakunya kerosakan pada harta benda atau rumah. Seterusnya, korang kena ambil gambar menunjukkan harta benda di dalam rumah korang telah rosak dan bukan itu sahaja, segala salinan invois, bil dan anggaran harga barang rumah yang asli perlu dikemukan kepada syarikat insurans.\n\n\nAnugerah dan Kecermelangan\n\n\nKecemerlangan Etiqa dalam menawarkan produk dan perkhidmatan insurans serta takaful yang memberangsangkan sepanjang tahun telah melayakkan mereka untuk mendapat pelbagai anugerah serta pengiktirafan. Anugerah terbaru yang telah diraih oleh Etiqa ialah Anugerah Takaful Motor oleh IBanding pada tahun 2019 dan pada tahun yang sama juga, Etiqa telah menerima Anugerah Tahunan MRC 2019 dan anugerah Kajian Penanda Aras The Asset 2019 (ETIQA, 2021). Kejayaan dan kecermerlangan Etiqa terus terukir apabila mereka berjaya mendapat anugerah KLIFF Islamic Finance Awards 2019 atas kejayaan sebagai syarikat takaful yang paling cemerlang dan bukan itu sahaja anugerah yang diterima oleh Etiqa, pada tahun 2019 juga mereka berjaya mendapat anugerah Global Banking & Finance Awards 2019.\n\n\nSekarang korang dah tahu dengan mendalam mengenai insuran Etiqa, jadi selepas ini mungkin korang akan lebih teliti untuk membuat pilihan dan yang paling penting korang tidak mudah percaya mitos-mitos mengenai insurans. Insurans tidak membazirkan duit korang sebab kalau difikirkan kembali, bayaran insurans adalah lebih rendah dibandingkan dengan kos yang perlu korang bayar apabila \u201cmusibah\u201d datang. Kalau korang dah faham dan ada ilmu mengenai insurans walaupun sedikit, sebarkan kepada orang lain agar mereka tahu kepentingan insurans dalam hidup pada zaman sekarang. Jangan lupa membeli produk insurans hanya di Qoala App!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insuran-motor-murah/", "title": "Insuran Motor Murah: 5 Cara Pilih Insurans Motor Terbaik", "body": "\n\nInsurans motosikal\n di Malaysia sangat penting bagi penunggang kerana ia menawarkan perlindungan kewangan terhadap kemalangan, kecurian, dan peristiwa yang tak dapat dielakkan. Dengan pelbagai syarikat insurans dan polisi untuk dipilih, bagaimana untuk menentukan yang mana menawarkan liputan insurans yang tepat untuk anda? Artikel ini akan membincangkan bagaimana anda boleh memilih insuran motor murah dan terbaik mengikut keperluan anda dan beberapa perkara penting yang perlu anda tahu.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nRisiko Menaiki Motor, Fahami Keperluan Insurans Motor di Malaysia\nAspek Undang-undang\nPerlindungan Kewangan\nPerlindungan Diri Sendiri\nInsuran Motor Murah: Cara Memilih Insurans yang Tepat untuk Anda\n1. Fahami Polisi yang Ditawarkan\n2. Ketahui Apa yang Tidak Dilindungi oleh Polisi Insurans Motosikal Anda\n3. Kenal Pasti Kadar Premium Insurans\n4. Cara Kira Harga Insurans Motosikal di Malaysia\n5. Fahami Prosedur Tuntutan dengan Baik\n\n\nRisiko Menaiki Motor, Fahami Keperluan Insurans Motor di Malaysia\n\n\nTidak dapat dinafikan bahawa mengembara dengan menaiki motosikal mempunyai kelebihan tersendiri seperti mengelakkan kesesakan lalu lintas, menggunakan petrol yang lebih murah berbanding kereta, mengelakkan tol dan membayar yuran letak kereta yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, motosikal sering dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi berbanding kereta kerana saiznya yang lebih kecil dan perlindungan yang kurang untuk penunggang dan pembonceng. Mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk kemalangan, kecederaan, dan kematian di jalan raya.\n\n\nAspek Undang-undang\n\n\nSeperti yang dinyatakan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987, adalah wajib untuk mempunyai perlindungan insurans bagi kenderaan anda di Malaysia. Sebagai seorang penunggang motosikal, anda dikehendaki mempunyai insurans untuk motosikal anda. Jika anda tertangkap tanpa mempunyai polisi insurans yang aktif, anda mungkin akan dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara selama tiga bulan atau kedua-duanya, seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan.\n\n\nPerlindungan Kewangan\n\n\nSecara jelas, mempunyai polisi insurans motosikal boleh \nmelindungi kewangan\n anda kerana anda dapat membuat tuntutan daripada syarikat insurans anda. Insurans motosikal dapat membantu mengurangkan perbelanjaan kewangan anda sebagai penunggang dengan meliputi kos yang berkaitan dengan kemalangan dan kerosakan pada motosikal anda.\n\n\nJika anda terlibat dalam kemalangan motosikal tanpa sebarang insurans, ia akan boleh menyebabkan masalah kewangan yang lebih besar. Kos membaiki motosikal bukan hanya satu-satunya perkara yang perlu anda risaukan, tetapi juga bil perubatan anda jika anda tidak mempunyai sebarang insurans perubatan.\n\n\nPerlindungan Diri Sendiri\n\n\nDengan memiliki insuran motor murah, ia dapat menghilangkan rasa bimbang , mengetahui bahawa anda akan dilindungi dalam kemalangan atau kecurian. Sebagai seorang penunggang motosikal, anda dinasihatkan untuk memiliki perlindungan insurans motosikal sebagai perkara penting untuk\n perancangan kewangan anda.\n\n\n\n\nInsuran Motor Murah: Cara Memilih Insurans yang Tepat untuk Anda\n\n\nSama seperti\n insurans kereta\n, anda akan dilindungi oleh syarikat insurans jika terdapat sebarang kerosakan pada motosikal anda berdasarkan jenis perlindungan yang anda miliki. Jom kita ketahui cara pilih perlindungan insuran motor murah yang sesuai dengan keperluan anda:\n\n\n1. Fahami Polisi yang Ditawarkan\n\n\nTerdapat dua jenis polisi yang ditawarkan untuk insurans motosikal di Malaysia. Setiap jenis insurans sama ada \ntakaful\n atau insurans konvensional menawarkan jenis perlindungan yang berbeza. Berikut adalah dua jenis insurans motosikal yang ditawarkan di Malaysia:\n\n\nInsurans Motor \nThird Party\n\n\nIa merupakan jenis insurans motosikal yang paling asas. Polisi ini hanya membantu melindungi kenderaan pihak ketiga atau kerosakan harta yang disebabkan oleh kemalangan seperti kecederaan, kematian atau kerosakan pada motosikal.\n\n\nDengan kata lain, insurans motosikal pihak ketiga tidak menyediakan sebarang perlindungan kepada anda sebagai pemegang polisi tetapi hanya menawarkan perlindungan kepada pihak ketiga.\n\n\nIni bermakna anda sebagai pemegang polisi tidak boleh membuat sebarang \ntuntutan insurans\n untuk motosikal anda apabila berlaku kemalangan.\n\n\nInsurans Motor Komprehensif atau Insurans \nFirst Party\n\n\nBerbeza dengan insurans motosikal pihak ketiga, insurans motosikal komprehensif tidak hanya menawarkan perlindungan bagi kerosakan harta pihak ketiga. Tetapi, ia juga meliputi perlindungan untuk motosikal anda.\n\n\nPolisi ini memberikan perlindungan bagi kebakaran, kecurian, kehilangan dan kerosakan pada motosikal anda serta kerosakan harta pihak ketiga, termasuk kecederaan atau kematian.\n\n\n2. Ketahui Apa yang Tidak Dilindungi oleh Polisi Insurans Motosikal Anda\n\n\nAnda mungkin beranggapan bahawa dengan perlindungan insurans motosikal, kenderaan anda akan dilindungi pada bila-bila masa tidak kira dalam apa jua situasi sekalipun.\n\n\nPenting untuk anda tahu tidak semua perkara yang menyebabkan kerosakan pada motosikal dilindungi oleh insurans. Ia bergantung pada polisi perlindungan insurans motor anda.\n\n\nAnda boleh rujuk polisi insurans anda untuk ketahui lebih lanjut tentang jenis tuntutan yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh insurans anda. Berikut antara beberapa perkara yang tidak dilindungi oleh insurans motosikal asas:\n\n\n\n\nInsurans motor tidak memberikan pampasan bagi kerosakan atau kecurian motosikal jika kemalangan berlaku ketika ia dibawa oleh orang lain;\n\n\nKehilangan aksesori motosikal juga tidak layak untuk mendapat pampasan;\n\n\nInsurans motosikal tidak memberikan pampasan bagi kemalangan yang berlaku di luar negara;\n\n\nPemegang polisi yang didapati sedang memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol atau terlibat dalam aktiviti haram tidak akan dilindungi oleh sebarang polisi insurans;\n\n\nKematian atau kecederaan pada diri sendiri akibat kemalangan motosikal tidak dilindungi insurans;\n\n\nKehilangan atau kerosakan yang berlaku akibat banjir atau bencana alam juga tidak dilindungi oleh insurans. Namun begitu, anda mungkin dilindungi jika pemegang polisi bersedia membayar premium \nperlindungan tambahan\n.\n\n\n\n\n3. Kenal Pasti Kadar Premium Insurans\n\n\nKadar premium\n insurans motosikal (insuran motor murah atau mahal) adalah berbeza-beza bergantung pada jenis perlindungan yang dipilih. Harga insurans motosikal \nfirst party\n biasanya lebih mahal daripada harga insurans motosikal pihak ketiga.\n\n\nAnda disyorkan untuk menyemak harga insurans motosikal sebelum memperbaharui insurans anda untuk mendapatkan harga insuran motor murah.\n\n\nKos ini juga mungkin berbeza bergantung pada \nharga cukai jalan\n. Berikut senarai harga insurans motor di Malaysia termasuk cukai jalan:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Motosikal (cc)\n\n\nHarga Insurans Motosikal Termasuk Cukai Jalan\n\n\n\n\n\n\n0 hingga 150 cc\n\n\nRM2\n\n\n\n\n\n\n151 hingga 200 cc\n\n\nRM30\n\n\n\n\n\n\n201 hingga 250 cc\n\n\nRM30\n\n\n\n\n\n\n251 hingga 500 cc\n\n\nRM100\n\n\n\n\n\n\n501 hingga 800 cc\n\n\nRM250\n\n\n\n\n\n\n801 cc dan ke atas\n\n\nRM350\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Cara Kira Harga Insurans Motosikal di Malaysia\n\n\nKos insurans motor berbeza-beza bergantung pada syarikat insurans. Ini bermakna, walaupun anda meminta sebut harga untuk model motor yang sama, anda mungkin menerima harga yang berbeza daripada syarikat insurans. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk bandingkan harga sebelum memilih insuran motor murah dan terbaik untuk anda.\n\n\nSetiap syarikat insurans mempunyai kiraan harga insurans motor yang tersendiri. Untuk mengira kos insurans motosikal, anda hanya perlu memasukkan maklumat seperti model motosikal, tahun pembuatan, kapasiti enjin dan lokasi anda.\n\n\nFaktor Mempengaruhi Harga Insurans Motosikal\n\n\nBiasanya, harga insuran motor murah atau mahal dipengaruhi oleh faktor-faktor biasanya seperti berikut:\n\n\n1. Perlindungan Tambahan\n\n\nPerlindungan tambahan seperti \nkemalangan peribadi\n, peril khas dan lain-lain boleh menyebabkan harga insurans motosikal menjadi lebih mahal.\n\n\n2. Kapasiti Enjin\n\n\nKapasiti enjin juga memainkan peranan dalam menentukan harga premium insurans motor. Semakin besar kapasiti enjin, semakin mahal harga insurans.\n\n\n3. Usia Kenderaan\n\n\nHarga insurans bergantung pada usia motosikal anda. Biasanya, motosikal yang lebih tua dikenakan premium insuran motor yang lebih murah.\n\n\n4. Lokasi\n\n\nHarga premium insurans\n motosikal di Semenanjung Malaysia biasanya lebih tinggi daripada di Sabah dan Sarawak. Faktor ini dipengaruhi oleh jalan yang sibuk dan risiko kemalangan yang lebih tinggi di Semenanjung Malaysia.\n\n\n5. Jenis Perlindungan\n\n\nHarga insurans motosikal dipengaruhi oleh jenis polisi insurans motosikal yang dipilih sama ada Insurans Komprehensif atau Insurans Pihak Ketiga, bergantung kepada keperluan anda.\n\n\n6. Nilai Pasaran\n\n\nHarga premium insurans motosikal juga dipengaruhi oleh nilai pasaran semasa.\n\n\n7. Sejarah Tuntutan\n\n\nJika anda pernah membuat \ntuntutan insurans motosikal\n sebelum ini, berkemungkinan anda akan dikenakan kadar premium yang lebih tinggi.\n\n\n5. Fahami Prosedur Tuntutan dengan Baik\n\n\nPenting untuk anda untuk memahami prosedur tuntutan insurans dari syarikat insurans anda. Jika anda terlibat dalam situasi \nkemalangan\n, terdapat dua jenis tuntutan yang boleh anda buat. Jika kemalangan disebabkan oleh anda sendiri, anda perlu membuat tuntutan \u201cKerosakan Sendiri\u201d dari syarikat insurans anda.\n\n\nWalau bagaimanapun, jika kemalangan disebabkan oleh kesalahan orang lain, anda dibenarkan membuat tuntutan \u201cKnock-for-Knock Kerosakan Sendiri\u201d. Tuntutan \u201cKnock-for-Knock\u201d dapat memberi manfaat kepada pemegang polisi kerana ia menjimatkan masa dan tuntutan dapat diselesaikan dengan lebih cepat.\n\n\nTambahan pula, ia juga memastikan pemegang polisi tidak kehilangan \nDiskaun Tanpa Tuntutan\n (NCD) mereka.\n\n\nDokumen-dokumen yang Diperlukan untuk Membuat Tuntutan Insurans\n\n\nUntuk membuat tuntutan, anda perlu menyediakan enam dokumen penting berikut kepada syarikat insurans anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBorang tuntutan yang lengkap;\n\n\nSalinan asal laporan polis;\n\n\nSalinan kad pengenalan pemegang polisi dan pemandu serta lesen memandu;\n\n\nSalinan sijil pendaftaran kenderaan;\n\n\nBukti kemalangan seperti gambar kejadian dan kerosakan kepada kenderaan;\n\n\nDokumentasi yang menunjukkan pihak yang dikenakan tindakan kesalahan trafik berkaitan dengan kemalangan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTuntutan Kerosakan Pihak Ketiga\n\n\nJika kemalangan berlaku kerana kesalahan pihak lain, anda boleh membuat tuntutan kerosakan pihak ketiga dengan mengikuti panduan berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nHantar kenderaan anda ke bengkel panel syarikat insurans;\n\n\nMelantik panel penilai insurans untuk menilai kos kerosakan kenderaan;\n\n\nBerikan dokumen lengkap kepada syarikat insurans seperti salinan asal laporan polis dan salinan kad pengenalan pemegang polisi dan pemandu serta lesen memandu;\n\n\nSertakan salinan sijil pendaftaran kenderaan, laporan penilai, bil pembaikan, gambar tempat kejadian kemalangan dan dokumen yang menyatakan siapa yang dikenakan tindakan kesalahan trafik.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemoga perkongsian ini dapat membantu anda memilih polisi insuran motor murah dan tepat untuk anda. Jika anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan \ninsuran motor murah terbaik dan paling komprehensif\n, kunjungi laman web Qoala untuk maklumat lanjut.\n\n\nQoala merupakan platform pembaharuan insurans dalam talian di Malaysia yang menyediakan pelbagai jenis insurans lain seperti \ninsurans kereta\n, insurans rumah, dan\n insurans kemalangan peribadi\n.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-berkaitan-pelaburan/", "title": "Perkara Penting Tentang Insurans Berkaitan Pelaburan 2023", "body": "\n\nJika anda sedang mencari \nproduk insurans\n yang menawarkan lebih daripada sekadar perlindungan, pelan insurans berkaitan pelaburan mungkin jawapan yang anda cari. Insurans berkaitan pelaburan adalah pilihan insurans yang semakin popular yang menggabungkan perlindungan insurans dengan peluang pelaburan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPerbezaan Antara Insurans Berkaitan Pelaburan vs Insurans Tradisional\nInsurans Tradisional\nInsurans Berkaitan Pelaburan\n5 Kelebihan Insurans Berkaitan Pelaburan di Malaysia\n1. Kemampuan Menambah Perlindungan Lain\n2. Kebebasan dan Fleksibiliti\n3. Ketelusan\n4. Caj Insurans Rendah\n5. Boleh Kawal Risiko Pelaburan\nDapatkan Pelan Insurans Berkaitan Pelaburan untuk Optimumkan Perlindungan Masa Depan\n\n\nPerbezaan Antara Insurans Berkaitan Pelaburan vs Insurans Tradisional\n\n\nPelan perlindungan insurans berkaitan pelaburan kini menjadi pilihan masyarakat di Malaysia. Pelan perlindungan ini bukan hanya memberikan perlindungan kepada anda, tetapi turut membantu anda mencapai \nmatlamat kewangan\n anda. Ikuti artikel ini untuk ketahui lebih lanjut tentang perbezaan insurans tradisional vs insurans berkaitan pelaburan.\n\n\nInsurans Tradisional\n\n\nInsurans tradisional atau insurans biasa sedia ada di pasaran biasanya hanya memberikan perlindungan insurans. Ia tidak menawarkan mana-mana komponen pelaburan dalam perlindungan. Sebagai contoh, \ninsurans hayat atau insurans nyawa\n. Pelan insurans hayat tradisional merupakan langkah terbaik untuk memastikan bahawa anda dijaga dan dilindungi dari segi kewangan.\n\n\nInsurans jenis ini menawarkan sejumlah amaun perlindungan yang dijamin kepada waris atau tanggungan pada akhir tempoh polisi atau apabila berlaku kematian. Anda juga boleh mendapat manfaat nilai tunai atau \ncash value\n bergantung pada apa yang ditawarkan dalam polisi yang anda ambil.\n\n\n\n\nInsurans Berkaitan Pelaburan\n\n\nPolisi insurans berkaitan pelaburan menggabungkan perlindungan insurans dengan pelaburan dalam \ndana unit amanah\n. Ia menawarkan perlindungan terhadap risiko kematian serta manfaat pelaburan untuk memenuhi keperluan kewangan anda dan yang tersayang.\n\n\nSecara ringkasnya, pelan insurans dua dalam satu ini tidak hanya memberikan perlindungan insurans. Tetapi ia juga membolehkan anda melabur dalam \ndana pelaburan\n tertentu.\n\n\nPelan insurans berkaitan pelaburan menawarkan lebih banyak fleksibiliti berbanding insurans tradisional. Ia membolehkan pemegang polisi untuk mengeluarkan sebahagian daripada nilai akaun semasa dalam tempoh perlindungan. Bayaran premium insurans berkaitan pelaburan diagihkan seperti berikut:\n\n\n\n\nSatu bahagian diperuntukkan untuk perlindungan insurans;\n\n\nBaki selebihnya akan dilaburkan dalam pelbagai dana pelaburan berdasarkan tahap risiko anda.\n\n\n\n\n5 Kelebihan Insurans Berkaitan Pelaburan di Malaysia\n\n\nSelain manfaat jelas seperti perlindungan dan pelaburan digabungkan dalam polisi yang sama, insurans berkaitan pelaburan juga menawarkan pelbagai kelebihan lain. Berikut antara kelebihan insurans berkaitan pelaburan yang perlu anda ketahui:\n\n\n1. Kemampuan Menambah Perlindungan Lain\n\n\nSelain manfaat Kematian dan Hilang upaya menyeluruh dan kekal yang sudah dimiliki, anda boleh meningkatkan tahap perlindungan anda dengan membeli \nperlindungan tambahan\n seperti:\n\n\n\n\nPerlindungan perubatan;\n\n\nPerlindungan penyakit kritikal\n;\n\n\nKemalangan\n; dan\n\n\nManfaat pendapatan hospital (\nhospital income\n).\n\n\n\n\n2. Kebebasan dan Fleksibiliti\n\n\nAnda mempunyai kebebasan untuk melaburkan dana tambahan apabila anda mempunyai lebihan wang. Anda juga boleh menukar dana anda pada bila-bila masa untuk mengambil manfaat daripada perubahan pasaran dan meningkatkan nilai \nakaun pelaburan\n anda.\n\n\nSelain itu, anda juga mempunyai fleksibiliti untuk mengeluarkan wang sekiranya berdepan situasi kecemasan. Jika anda menghadapi masalah kewangan, anda boleh mengeluarkan dana anda mengikut keperluan anda.\n\n\n3. Ketelusan\n\n\nAnda mempunyai akses penuh kepada semua rekod transaksi berkaitan pelaburan. Ia membolehkan anda mengetahui ke mana dana anda dilaburkan, jenis portfolio dan sebagainya dengan jelas dan terperinci. Selain itu, anda juga akan menerima penyata secara berkala bagi membolehkan anda:\n\n\n\n\nMengetahui pecahan yang tepat tentang caj insurans, nilai pelaburan dan harga unit semasa dana anda;\n\n\nMemperoleh maklumat yang lengkap tentang polisi;\n\n\nMembantu anda mengawasi semua transaksi; dan\n\n\nMemberikan ketenangan fikiran kepada anda setiap masa.\n\n\n\n\n\n\n4. Caj Insurans Rendah\n\n\nSekiranya anda membeli polisi insurans berkaitan pelaburan pada usia muda, anda boleh menikmati lebih banyak manfaat antaranya \nharga premium\n yang lebih rendah. Selain itu, anda juga boleh:\n\n\n\n\nMenggandakan pulangan dana anda dari tahun ke tahun;\n\n\nBerpotensi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi; dan\n\n\nMemaksimumkan nilai akaun pelaburan anda.\n\n\n\n\nKelebihan ini sangat penting terutamanya bagi graduan baru atau individu yang baru memulakan kerjaya mereka. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk mempertimbangkan melabur dalam polisi berkaitan pelaburan secepat mungkin.\n\n\n5. Boleh Kawal Risiko Pelaburan\n\n\nRamai orang beranggapan polisi insurans berkaitan pelaburan berisiko disebabkan oleh prestasi dana pasaran yang tidak menentu. Namun sebenarnya, anda boleh mengawal \nrisiko pelaburan\n anda dengan memilih dana yang sesuai dan menukarnya dengan dana yang lain sekiranya perlu.\n\n\nDapatkan Pelan Insurans Berkaitan Pelaburan untuk Optimumkan Perlindungan Masa Depan\n\n\nPelan insurans berkaitan pelaburan bukan sahaja menyediakan perlindungan, tetapi ia turut menawarkan peluang pelaburan. Ia turut menjanjikan fleksibiliti, kawalan terhadap perlindungan insurans serta pertumbuhan pelaburan. Insurans berkaitan pelaburan boleh dikatakan sebagai \nalternatif pelaburan\n yang menarik. Oleh sebab itu, ia menjadi pilihan popular terutamanya dalam kalangan generasi muda yang baru menceburkan diri dalam pelaburan.\n\n\nNamun begitu, penting untuk anda tahu bahawa pelan insurans berkaitan pelaburan tidak menjamin pertumbuhan tetap dan pulangan yang konsisten. Seperti mana-mana pelaburan lain, polisi ini mempunyai risiko pelaburan yang tersendiri. Malah, tidak ada jaminan bahawa anda akan mendapatkan pulangan yang diinginkan.\n\n\n\n\nSeiring dengan pertambahan usia, sebahagian besar daripada premium akan digunakan untuk mengekalkan perlindungan anda. Ia sekali gus mengurangkan amaun yang diperuntukkan untuk dana pelaburan. Jika anda mungkin berminat untuk mendapatkan polisi berkaitan pelaburan, berikut syarikat insurans di Malaysia yang boleh anda pertimbangkan:\n\n\n\n\nPrudential Assurance Malaysia Berhad;\n\n\nEtiqa Malaysia\n;\n\n\nAIA Malaysia Bhd;\n\n\nGreat Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad;\n\n\nAllianz Life Insurance Malaysia Berhad;\n\n\nManulife Insurance Berhad.\n\n\n\n\nSelain itu, jika anda sedang mencari \ninsurans kesihatan dan perubatan terbaik\n di Malaysia, layari laman web Qoala untuk maklumat lanjut. Bandingkan harga dan manfaat insurans kesihatan daripada beberapa \nsyarikat insurans terbaik dan popular\n di Malaysia. Anda juga boleh menikmati pelbagai diskaun hebat dengan jaminan proses beli insurans yang mudah, cepat dan selamat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-first-party-third-party/", "title": "5 Sebab Anda Perlu Pilih Insurans First Party untuk Kereta Anda", "body": "\n\nProses \nbeli insurans kereta\n boleh jadi sukar lebih-lebih lagi jika pemilik kereta kurang arif dengan polisi insurans. Anda mungkin tertanya-tanya adakah anda patut pilih polisi insurans \nfirst party\n atau insurans \nthird party\n untuk perlindungan kereta anda. Ramai yang memilih insurans \nthird party\n berbanding insurans \nfirst party\n kerana harga premium insurans biasanya lebih murah dan lebih menjimatkan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nInsurans First Party vs Insurans Third Party: Mana Satu Anda Patut Pilih untuk Kereta Anda?\n1. Jika Usia Kereta Anda Bawah 5 Tahun\n2. Jika Anda Tidak Mampu Tanggung Kos Pembaikan\n3. Jika Anda Terikat dengan Pinjaman Bank\n4. Jika Kereta Anda Digunakan Lebih daripada Seorang Pemandu\n5. Jika Anda Ingin Nikmati Lebih Banyak Penjimatan\nRenew Insurans First Party untuk Kereta Anda di Qoala untuk Perlindungan Lebih Optimum\n\n\nInsurans \nFirst Party\n vs Insurans \nThird Party\n: Mana Satu Anda Patut Pilih untuk Kereta Anda?\n\n\nSecara asasnya, insurans \nfirst party\n (\ninsurans kereta Komprehensif\n) boleh dikatakan salah satu \npelaburan kewangan\n yang terbaik untuk anda. Meskipun secara asasnya perlindungan insurans Komprehensif boleh menelan kos yang sedikit tinggi, ia semestinya berbaloi dengan perlindungan yang dimiliki.\n\n\nNamun begitu, tidak semua kereta atau pemilik kereta memerlukan perlindungan insurans \nfirst party\n ini. Ia bergantung sepenuhnya pada keadaan dan situasi-situasi tertentu. Jika anda nak tahu sama ada kereta anda memerlukan polisi insurans \nfirst party\n atau insurans \nthird party, \nikuti artikel ini untuk ketahui lebih lanjut.\n\n\n1. Jika Usia Kereta Anda Bawah 5 Tahun\n\n\nSelain rumah, pembelian kereta boleh dikatakan salah satu pembelian paling mahal yang mungkin pernah anda buat. Jadi, penting untuk anda melindungi aset anda ini dengan polisi insurans Komprehensif untuk perlindungan yang lebih menyeluruh.\n\n\nJika kereta anda berusia bawah lima tahun, anda disarankan untuk mendapatkan polisi insurans \nfirst party\n. Secara asasnya, insurans kereta Komprehensif akan memberikan anda ketenangan fikiran. Ini kerana, anda menyedari bahawa kereta anda dilindungi daripada sebarang risiko kerosakan seperti:\n\n\n\n\nKemalangan\n;\n\n\nKecurian;\n\n\nKebakaran\n;\n\n\nPembaikan selepas kemalangan;\n\n\nKerosakan harta benda pihak ketiga dan lain-lain lagi.\n\n\n\n\n2. Jika Anda Tidak Mampu Tanggung Kos Pembaikan\n\n\nSecara asasnya, setiap individu tahu tahap kemampuan kewangan dan \nkomitmen bulanan\n masing-masing. Andaikan berlaku sesuatu musibah seperti kemalangan, adakah anda mampu menanggung kos pembaikan atau \nrawatan hospital\n tanpa mengharapkan bantuan insurans?\n\n\nJika jawapan anda tidak, maka anda perlu pertimbangkan polisi insurans \nfirst party\n untuk perlindungan kereta anda. Bayangkan anda terlibat dalam kemalangan (kesalahan sendiri) dan anda tidak memiliki insurans \nfirst party\n, anda mungkin perlu mengeluarkan \nsimpanan ASB\n atau \nTabung Haji\n untuk membaiki kerosakan kereta sendiri.\n\n\nKos pembaikan kereta boleh dikatakan agaj mahal \u2013 ia boleh menelan belanja sehingga ribuan Ringgit bergantung pada jenis kerosakan kereta. Dengan insurans kereta Komprehensif, anda boleh memfailkan t\nuntutan insurans\n apabila kemalangan berlaku dan pihak insurans akan menanggung kos pembaikan kereta anda.\n\n\n\n\n3. Jika Anda Terikat dengan Pinjaman Bank\n\n\nSekiranya anda mendapatkan \npinjaman bank\n untuk pembelian kereta, anda disarankan untuk mendapatkan insurans \nfirst party\n. Jika kereta anda dicuri, terbakar atau terlibat dalam kemalangan contohnya, ia akan dilindungi oleh insurans.\n\n\nAndaikan anda membeli perlindungan \npolisi insurans Pihak Ketiga\n dan berlaku kemalangan. Anda bukan sahaja berdepan kos pembaikan kereta rosak, tetapi dalam masa yang sama terperangkap dengan hutang pinjaman bank setiap bulan.\n\n\nDengan polisi insurans \nfirst party\n, insurans akan menampung sebahagian besar kos pembaikan sekiranya tuntutan insurans berjaya dibuat. Namun begitu, sekiranya anda tidak mampu mendapatkan pelan insurans kereta Komprehensif, anda boleh pertimbangkan sekurang-kurangnya insurans kereta Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian.\n\n\nApa Itu Insurans Kereta \u2018Komprehensif\u2019, \u2018Pihak Ketiga\u2019 dan \u2018Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian\u2019?\n\n\nKetiga-tiga insurans kereta ini menawarkan perlindungan-perlindungan tertentu. Anda boleh pilih mana-mana polisi \ninsurans yang sesuai\n untuk anda bergantung pada keperluan anda.\n\n\nInsurans\n Third Party\n (Insurans Kereta Pihak Ketiga)\n\n\nPolisi ini menawarkan perlindungan untuk tuntutan pihak ketiga SAHAJA. Ia melindungi pihak ketiga daripada kecederaan, kematian, kerosakan atau kerugian ke atas harta benda pihak ketiga akibat kemalangan yang disebabkan oleh kereta anda. Ia TIDAK boleh digunakan untuk tuntutan kerosakan pada kenderaan anda.\n\n\nInsurans Kereta Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian\n\n\nPolisi ini menawarkan perlindungan yang SAMA seperti Insurans Pihak Ketiga. Ia merangkumi perlindungan tambahan yang melindungi kenderaan sekiranya berlaku kerosakan kereta akibat kecurian atau kebakaran kereta yang tidak disengajakan.\n\n\nInsurans \nFirst Party\n (Insurans Kereta Komprehensif)\n\n\nInsurans kereta Komprehensif menawarkan perlindungan yang SAMA seperti Insurans Pihak Ketiga dan Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian. Namun begitu, ia menawarkan perlindungan yang lebih optimum tidak terhad kepada KENDERAAN PIHAK KETIGA tetapi turut melindungi KENDERAAN SENDIRI.\n\n\n4. Jika Kereta Anda Digunakan Lebih daripada Seorang Pemandu\n\n\nSebagai pemilik kenderaan, anda sudah semestinya mengambil semua langkah berjaga-jaga semasa menggunakan kereta. Anda \nparking\n kereta di tempat yang selamat, memandu tidak melebihi had laju dan tidak memandu dengan berbahaya untuk kurangkan risiko tidak diingini.\n\n\nTetapi, andaikan anda sering meminjamkan kereta kepada adik atau kakak anda, dan anda tidak tahu \ntabiat pemanduan\n mereka. Cara terbaik yang boleh dipertimbangkan ialah mendapatkan pelan perlindungan insurans kereta Komprehensif. Dengan cara ini, anda tidak perlu risau tentang \nkos pembaikan kereta\n jika kereta rosak semasa dalam jagaan pemandu lain.\n\n\nBagi mengoptimumkan perlindungan, anda boleh menamakan pemandu lain dalam polisi anda. Tambahan dua nama pertama (pemegang polisi dan seorang pemandu lain) adalah percuma. Apa-apa tambahan lain (pemandu tambahan ketiga dan seterusnya) akan dikenakan bayaran RM10 seorang.\n\n\n5. Jika Anda Ingin Nikmati Lebih Banyak Penjimatan\n\n\nApabila anda \nrenew\n insurans kereta\n terutamanya insurans \nthird party\n, anda boleh nikmati pelbagai manfaat perkhidmatan tambahan dan percuma. Ia semestinya membantu anda menjimatkan lebih banyak wang anda. Sebagai contoh, kebanyakan pelan insurans \nfirst party\n biasanya turut menawarkan faedah tambahan seperti:\n\n\n\n\nTrak tunda percuma;\n\n\nBantuan tepi jalan (\ntukar tayar bocor\n atau \ntukar bateri kereta kong\n);\n\n\nWaranti untuk kerja pembaikan dan sebagainya.\n\n\n\n\nFaedah tambahan ini sudah semestinya memberikan pengalaman dan perlindungan yang lebih inklusif. Meskipun begitu, faedah tambahan yang ditawarkan ini biasanya berbeza-beza mengikut polisi syarikat insurans. Anda disarankan untuk\u00a0lakukan semakan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.\n\n\n\n\nRenew\n Insurans \nFirst Party\n untuk Kereta Anda di Qoala untuk Perlindungan Lebih Optimum\n\n\nSemoga perkongsian ini dapat membantu anda memilih \ninsurans kereta terbaik\n untuk kereta anda. Tidak kira sama ada insurans \nfirst party\n atau insurans \nthird party\n, kedua-duanya penting\u00a0untuk perlindungan kereta anda. Pertimbangkan segala kemungkinan sebelum membuat pilihan bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang sesuai.\n\n\nSelain itu, jika anda ingin mendapatkan perlindungan \ninsurans \nfirst party\n \nuntuk kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans online\n paling komprehensif dan terbaik di Malaysia.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-haiwan-peliharaan/", "title": "5 Sebab Perlu Beli Insurans Haiwan Peliharaan di Malaysia", "body": "\n\nInsurans haiwan peliharaan berfungsi sebagai jaringan keselamatan untuk mengelakkan anda daripada membayar kos veterinar yang tinggi sekiranya haiwan peliharaan anda berdepan situasi luar jangka. Insurans haiwan peliharaan untuk kucing, anjing dan sebagainya memainkan fungsi yang sama seperti \ninsurans kesihatan\n untuk perlindungan anda dan keluarga.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Haiwan Peliharaan\n1. Apa Peranan Insurans Haiwan Peliharaan?\n2. Apa yang Dilindungi oleh Insurans Haiwan Peliharaan?\n3. Apakah Jenis Insurans Haiwan Peliharaan yang Tersedia?\n4. Bagaimana Cara Buat Tuntutan Insurans Haiwan Peliharaan?\n5. Apa yang Perlu Anda Ketahui Sebelum Mendapatkan Insurans untuk Kucing atau Anjing Anda?\nInsurans untuk Perlindungan Masa Depan: Adakah Insurans Haiwan Peliharaan Berbaloi untuk Dimiliki?\n\n\n5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Haiwan Peliharaan\n\n\nJika anda memiliki haiwan peliharaan, anda mungkin tahu betapa mahalnya \nkos rawatan\n dan penjagaan veterinar. Di Malaysia, pemilik haiwan dianggarkan menghabiskan kira-kira RM750 setahun (atau mungkin lebih) untuk penjagaan veterinar bagi haiwan peliharaan. Kos-kos ini tidak termasuk kos-kos lain seperti pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi.\n\n\nOleh sebab itu, penting untuk anda melengkapi haiwan peliharaan anda dengan insurans haiwan peliharaan. Ini kerana, satu pelan insurans ini sudah mencukupi untuk \ncover\n kos penjagaan dan pemeriksaan yang mahal ini.\n\n\n1. Apa Peranan Insurans Haiwan Peliharaan?\n\n\nInsurans haiwan peliharaan menawarkan perlindungan untuk haiwan kesayangan daripada risiko kecederaan, penyakit dan kos rawatan perubatan yang tidak dijangka. Secara asasnya, insurans haiwan peliharaan bukanlah perlindungan yang wajib dimiliki.\n\n\nNamun begitu, anda tidak dapat menolak kemungkinan haiwan kesayangan anda berdepan risiko penyakit serius atau kemalangan yang memerlukan penjagaan perubatan yang mahal.\n\n\nSekiranya situasi ini berlaku, anda tidak perlu menggunakan \ndana kecemasan\n untuk menampung kos rawatan veterinar yang tinggi. Kos berkaitan sebegini adakalanya menelan belanja yang tinggi melebihi apa yang anda bayangkan.\n\n\n\n\nSebagai pemilik haiwan, anda disarankan untuk mendapatkan pelan perlindungan insurans haiwan peliharaan yang dipercayai. Dengan insurans ini, haiwan kesayangan anda akan mendapat perlindungan yang sewajarnya. Berikut antara contoh penyakit dan kecederaan yang dilindungi oleh insurans haiwan peliharaan:\n\n\n\n\nKanser;\n\n\nDiabetes\n;\n\n\nKatarak;\n\n\nPenyakit buah pinggang;\n\n\nJangkitan telinga dan mata;\n\n\nFIV;\n\n\nUTI (jangkitan saluran kencing);\n\n\nSelsema;\n\n\nDemam;\n\n\nCirit-birit;\n\n\nPenyakit jantung\n;\n\n\nParvovirus;\n\n\nPyometra;\n\n\nHip displasia;\n\n\nTulang patah;\n\n\nPenyakit kulit.\n\n\n\n\n2. Apa yang Dilindungi oleh Insurans Haiwan Peliharaan?\n\n\nSama seperti \ninsurans rumah\n dan \ninsurans kesihatan\n, insurans haiwan peliharaan menawarkan pelan perlindungan yang berbeza bergantung pada jenis, kos penjagaan veterinar dan produk-produk lain yang tersedia dalam pelan.\n\n\nAnda perlu tahu yang pelan insurans haiwan peliharaan tidak termasuk penjagaan perubatan berkala seperti vaksinasi tahunan. Berikut antara perlindungan asas yang biasanya ditawarkan oleh insurans haiwan peliharaan ini:\n\n\nBayaran Veterinar\n\n\nDi Malaysia, kebanyakan polisi insurans haiwan peliharaan melindungi kos perubatan dan pembayaran sekiranya berlaku kemalangan atau kematian akibat penyakit. Selain itu, pihak insurans juga akan membayar kos pembakaran atau pengebumian.\n\n\nBerikut antara kos lain yang termasuk dalam perlindungan insurans ini:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nYuran konsultasi;\n\n\nUjian diagnostik (darah, sinar-x dan ultrabunyi);\n\n\nUbat-ubatan yang ditetapkan;\n\n\nPembedahan;\n\n\nPenginapan bermalam di klinik veterinar.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKehilangan atau Kecurian\n\n\nJika haiwan kesayangan anda hilang atau dicuri, pihak insurans akan membantu menanggung kos pemberian ganjaran dan pengiklanan.\n\n\nYuran Penginapan\n\n\nInsurans haiwan peliharaan juga akan menanggung kos penginapan sekiranya haiwan kesayangan anda perlu bermalam dan dirawat di hospital.\n\n\nPerlindungan Liabiliti\n\n\nPerlindungan insurans ini turut merangkumi liabiliti pihak ketiga. Ia melindungi individu dan harta benda pihak ketiga daripada sebarang kecederaan atau kerosakan yang tidak sengaja yang mungkin disebabkan oleh haiwan kesayangan anda.\n\n\n3. Apakah Jenis Insurans Haiwan Peliharaan yang Tersedia?\n\n\nBuat masa ini, hanya insurans haiwan peliharaan untuk anjing dan kucing yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat insurans di Malaysia. Perlindungan untuk haiwan peliharaan lain seperti arnab dan kura-kura sukar untuk diperoleh atau masih belum tersedia buat masa ini.\n\n\nDi Malaysia, tidak banyak syarikat insurans yang menyediakan insurans haiwan peliharaan. Oyen Health Pet Insurance dan MSIG Pet Insurance antara pembekal utama insurans haiwan peliharaan yang boleh anda pertimbangkan.\n\n\nBerapa Kos Premium Insurans Haiwan Peliharaan?\n\n\nHarga premium haiwan peliharaan boleh dikatakan agak mahal. Namun begitu, anda boleh mendapatkan \ntawaran harga insurans terbaik\n dengan membandingkan pelan insurans daripada laman web yang berbeza.\n\n\nSetiap syarikat insurans mungkin mengenakan \nkadar premium insurans\n yang berbeza bergantung pada liputan perlindungan yang disediakan. Anda boleh lihat anggaran kasar harga premium insurans haiwan peliharaan di Malaysia seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Haiwan Peliharaan\n\n\nHarga Premium Bulanan\n\n\nHarga Premium Tahunan\n\n\n\n\n\n\nKucing (atau Anak Kucing)\n\n\nRM32-RM55\n\n\nRM300-RM500\n\n\n\n\n\n\nAnjing (atau Anak Anjing)\n\n\nRM50-RM80\n\n\nRM500-RM800\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Bagaimana Cara Buat Tuntutan Insurans Haiwan Peliharaan?\n\n\nAnda mungkin sudah biasa atau tahu \nprosedur tuntutan insurans perubatan\n. Pembekal insurans anda menerima tuntutan daripada anda atau doktor anda. Kemudian, bayaran kos yang termasuk dalam perlindungan polisi akan dibuat oleh syarikat insurans. Bergantung pada polisi, jika ada baki yang tidak dilindungi insurans, ia perlu dibayar oleh anda sendiri.\n\n\nDalam kes insurans haiwan peliharaan, proses tuntutan insurans sedikit berbeza. Anda perlu bayar dahulu menggunakan duit anda sendiri, kemudian \nclaim\n dibuat dengan syarikat insurans. Bagi melancarkan proses tuntutan anda, berikut merupakan antara perkara penting yang perlu anda lakukan:\n\n\n\n\nSelepas rawatan dan pemeriksaan di klinik, segera bayar bil veterinar;\n\n\nLengkapkan borang tuntutan insurans haiwan kesayangan;\n\n\nHantar borang tuntutan dan dokumen sokongan yang diperlukan kepada syarikat insurans;\n\n\nApabila tuntutan diterima, anda akan menerima bayaran balik daripada syarikat insurans.\n\n\n\n\nAnda boleh mengakses semua klinik veterinar di Malaysia (tiada klinik panel yang diperlukan). Setelah resit dihantar secara dalam talian, anda biasanya akan menerima pembayaran dalam tempoh dua hingga tiga minggu bergantung pada keadaan.\n\n\n5. Apa yang Perlu Anda Ketahui Sebelum Mendapatkan Insurans untuk Kucing atau Anjing Anda?\n\n\nsebelum membuat keputusan untuk membeli insurans, pastikan anda mengambil kira sejarah perubatan haiwan peliharaan anda. Pertimbangkan sama ada anda mempunyai kemampuan kewangan untuk mengeluarkan ribuan ringgit daripada simpanan anda untuk prosedur yang tidak dirancang. Ambil kira aspek-aspek berikut sebelum buat keputusan:\n\n\nUmur Haiwan Kesayangan\n\n\nUsia haiwan kesayangan yang lebih tua mungkin memerlukan kos insurans yang lebih tinggi. Ini kerana, ia memerlukan penjagaan perubatan yang lebih banyak.\n\n\nJenis Haiwan Peliharaan\n\n\nKebanyakan insurans haiwan peliharaan hanya menawarkan perlindungan untuk kucing dan anjing. Binatang peliharaan lain seperti arnab dan hamster, atau haiwan eksotik seperti ular dan burung juga biasanya ditawarkan perlindungan yang sama.\n\n\nTetapi, ia mungkin lebih sukar untuk diperoleh kerana tidak semua syarikat insurans menyediakan perkhidmatan ini.\n\n\nRisiko Penyakit\n\n\nAnjing dan kucing cenderung untuk menghidap penyakit kongenital dan penyakit disebabkan genetik. Selain itu, beberapa spesies anjing terdedah kepada masalah kesihatan tertentu. Sebagai contoh, anjing yang bersaiz besar berkemungkinan mengalami masalah sendi.\n\n\n\n\nInsurans untuk Perlindungan Masa Depan: Adakah Insurans Haiwan Peliharaan Berbaloi untuk Dimiliki?\n\n\nInsurans secara asasnya memainkan peranan penting dalam melindungi anda, keluarga, harta benda dan kewangan. Itulah sebabnya terdapat pelbagai jenis insurans di pasaran yang menawarkan perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda. Insurans haiwan peliharaan misalnya menawarkan ketenangan minda kepada pemilik.\n\n\nJika haiwan peliharaan anda memiliki insurans, anda tidak perlu bimbang terutamanya membabitkan kos kerana insurans yang dimiliki boleh menampung kos pembedahan dan rawatan yang mahal.\u00a0Bagi kebanyakan pemilik binatang, haiwan peliharaan yang dimiliki dianggap sebahagian daripada ahli keluarga.\n\n\nJadi semestinya wajar haiwan peliharaan anda menerima \nrawatan perubatan terbaik\n sama seperti ahli keluarga anda yang lain. Melabur dalam insurans haiwan peliharaan semestinya satu keputusan yang bijak. Lakukan penyelidikan, buat penilaian dan pilih pelan insurans haiwan peliharaan terbaik yang sesuai dengan bajet anda.\n\n\nSelain itu, jika anda juga sedang mencari \ninsurans kesihatan terbaik\n untuk perlindungan diri anda dan keluarga, lawati laman web Qoala untuk maklumat lanjut. Qoala adalah \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n di Malaysia. Ia menawarkan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-kebakaran-rumah/", "title": "5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Insurans Kebakaran Rumah", "body": "\n\nInsurans kebakaran rumah ditawarkan kepada pemilik hartanah bertujuan untuk melindungi harta kediaman atau premis komersial daripada kerugian atau \nkerosakan akibat kebakaran\n, kilat atau letupan gas domestik. Dalam erti kata lain, insurans kebakaran rumah boleh diibaratkan seperti payung perlindungan kewangan sekiranya berlaku situasi yang tidak diingini yang berisiko menyebabkan kerugian atau kerosakan hartanah anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nAdakah Perlu Miliki Insurans Kebakaran Rumah atau Tidak?\n1. Jenis Insurans Rumah\n2. Premium Insurans: Perlindungan Insurans Kebakaran Rumah\n3. Jenis Tuntutan Wang Pampasan Insurans Kebakaran\n4. Cara Buat Tuntutan Insurans Kebakaran Rumah\n5. Dokumen Diperlukan untuk Tuntutan Insurans Kebakaran\nDapatkan Perlindungan Insurans Rumah untuk Kehidupan Lebih Terjamin\n\n\nAdakah Perlu Miliki Insurans Kebakaran Rumah atau Tidak?\n\n\nSecara asasnya, \nproses beli rumah\n merupakan antara pelaburan yang besar dan mahal. Oleh sebab itu, penting untuk anda melindungi aset yang dibeli dengan \nperlindungan insurans\n yang bersesuaian seperti insurans kebakaran rumah untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko kerugian sekiranya berlaku perkara tidak diingini.\n\n\nMeskipun begitu, \nramai masih belum arif\n tentang insurans rumah. Apa yang anda perlu tahu sebelum beli insurans kebakaran rumah?\n\n\n1. Jenis Insurans Rumah\n\n\nSecara asasnya, terdapat tiga \njenis insurans\n isi rumah yang boleh anda pertimbangkan \u2013 ketiga-tiga insurans ini menawarkan tahap perlindungan dan kos yang berbeza-beza bergantung pada pilihan anda. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk banding dan lakukan semakan terperinci sebelum pilih insurans rumah (atau insurans kebakaran rumah) yang sesuai untuk anda.\n\n\n1. Polisi Kebakaran Asas\n\n\nPolisi asas memainkan peranan penting dalam melindungi kediaman anda daripada kerugian atau kerosakan \nnilai hartanah\n. Ia menawarkan perlindungan berkaitan nilai hartanah (atau bangunan) jika berlaku kerugian atau kerosakan akibat kebakaran \u2013 polisi ini TIDAK termasuk perlindungan isi rumah.\n\n\nMeskipun begitu, polisi ini boleh diperluas dengan perlindungan tambahan lain seperti perlindungan \nkerosakan rumah akibat banjir\n, ribut, pemendapan tanah dan sebagainya. Anda boleh rujuk \nsyarikat insurans\n anda untuk mendapatkan senarai penuh perlindungan tambahan yang sesuai untuk anda.\n\n\n2. Polisi Pemilik Rumah\n\n\nBerbeza dengan polisi kebakaran asas, polisi ini menawarkan \nperlindungan tambahan\n untuk hartanah \u2013 ia menawarkan perlindungan kepada \nstruktur fizikal\n hartanah seperti dinding, bumbung, lekapan dan lengkapan bangunan, struktur luar dan sebagainya.\n\n\nDalam erti kata lain, polisi ini menawarkan perlindungan daripada kerosakan rumah akibat bencana alam seperti bumbung tercabut akibat cuaca buruk, dinding rosak akibat banjir, kebakaran, paip pecah dan insiden buruk lain yang boleh menjejaskan kediaman.\n\n\n3. Polisi Isi Rumah\n\n\nPolisi isi rumah pula menawarkan perlindungan tambahan kepada \nbarangan dan peralatan\n dalam rumah. Ini bermaksud, polisi ini melindungi barangan dan peralatan dalam rumah seperti perabot, barangan elektrik dan sebagainya.\n\n\nIni bermaksud, sekiranya berlaku kejadian yang boleh diinsuranskan seperti kerosakan perabot akibat kebakaran, kilat, banjir, paip pecah dan sebagainya, anda boleh membuat \ntuntutan ganti rugi\n daripada pihak insurans.\n\n\n2. Premium Insurans: Perlindungan Insurans Kebakaran Rumah\n\n\nMusibah seperti bencana alam atau kebakaran adalah sesuatu perkara di luar kawalan dan berisiko menyebabkan kemusnahan harta benda. Sekiranya pemilik memiliki polisi perlindungan insurans kediaman, ia melayakkan pemilik untuk menerima pampasan sekiranya berlaku musibah bergantung pada jenis perlindungan atau \npremium insurans\n yang dimiliki.\n\n\nOleh sebab itu, penting untuk anda memahami polisi insurans kebakaran yang dimiliki bagi mengelakkan salah faham atau kecewa jika syarikat insurans tidak membayar pampasan sekiranya berlaku kerosakan atau kemusnahan.\n\n\nSecara asasnya, premium insurans atau harga insurans kebakaran rumah berbeza-beza bergantung pada saiz dan harga rumah. Harga insurans rumah juga boleh dipengaruhi oleh perlindungan tambahan yang anda pilih \u2013 anda boleh pertimbangkan perlindungan tambahan (mengikut lokasi rumah) seperti berikut:\n\n\n\n\nKerosakan pesawat;\n\n\nGempa bumi;\n\n\nLetusan gunung berapi;\n\n\nRibut dan taufan;\n\n\nBanjir;\n\n\nPecahan tangki air;\n\n\nKebakaran belukar;\n\n\nTanah runtuh;\n\n\nRusuhan;\n\n\nPokok tumbang;\n\n\nLetupan dan sebagainya.\n\n\n\n\nSebagai contoh, jika rumah anda berhampiran dengan lapangan terbang, anda boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan perlindungan tambahan kerosakan pesawat bagi melindungi kediaman anda.\n\n\n\n\n3. Jenis Tuntutan Wang Pampasan Insurans Kebakaran\n\n\nSecara asasnya, kos pembaikan kerosakan atau pampasan hanya akan dibayar sekiranya kerosakan yang berlaku ke atas kediaman ada disenaraikan atau dinyatakan dalam polisi insurans. Ini bermaksud, langganan polisi insurans kebakaran asas hanya akan melindungi kediaman daripada kerugian disebabkan kebakaran dan TIDAK termasuk perkara-perkara lain yang tidak dinyatakan dalam polisi.\n\n\nPerlindungan insurans kebakaran asas ini TIDAK akan melindungi kediaman daripada tanah runtuh (yang disebabkan oleh hujan lebat). Selain itu, kerosakan-kerosakan lain yang berpunca daripada penganiayaan manusia seperti rusuhan, mogok atau niat jahat juga tidak termasuk melainkan anda memasukkan perlindungan tambahan ini dalam polisi anda.\n\n\nIni bermaksud, jika kerosakan rumah anda tidak berpunca daripada mana-mana sebab yang dinyatakan dalam polisi, anda tidak boleh atau TIDAK LAYAK untuk membuat tuntutan insurans kebakaran. Secara asasnya, terdapat dua asas pembayaran pampasan yang boleh digunakan sekiranya berlaku kerosakan atau kerugian disebabkan oleh mana-mana insiden yang diinsuranskan, seperti berikut:\n\n\n1. Asas Pemulihan\n\n\nSekiranya berlaku kejadian atau insiden yang diinsuranskan, pemilik polisi akan menerima pampasan nilai penuh barangan yang rosak atau hilang.\n\n\n2. Asas Ganti Rugi\n\n\nPemilik polisi akan mendapat ganti rugi berdasarkan nilai barangan yang hilang atau rosak tertakluk pada \nkadar susut nilai semasa\n (pampasan diterima mungkin lebih rendah berbanding nilai asal semasa pembelian).\n\n\nNilai pampasan yang akan diterima biasanya bergantung pada nilai premium anda. Anda boleh rujuk syarikat insurans anda untuk maklumat lanjut.\n\n\n4. Cara Buat Tuntutan Insurans Kebakaran Rumah\n\n\nJika anda sudah memiliki insurans kebakaran, anda boleh membuat tuntutan insurans sekiranya berlaku musibah ke atas kediaman anda. Anda boleh mengemukakan tuntutan dengan melengkapkan maklumat yang diperlukan serta melampirkan bersama surat dan dokumen sokongan. Ini bagi memudahkan pihak insurans melakukan proses penilaian yang sewajarnya.\n\n\n\n\nAmbil gambar kerosakan rumah akibat kebakaran sebagai bukti;\n\n\nBuat laporan polis secepat mungkin;\n\n\nMaklumkan kepada ejen atau syarikat insurans dengan segera \u2013 syarikat insurans biasanya akan menghantar \nadjuster\n untuk menilai keadaan kerosakan dan menganggarkan kerugian;\n\n\nHantar borang tuntutan pampasan dengan lengkap dan sertakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan;\n\n\nPembayaran pampasan akan dibuat dalam tempoh tujuh hingga 14 hari (bergantung pada syarikat insurans) setelah tuntutan pampasan dibuat.\n\n\n\n\n5. Dokumen Diperlukan untuk Tuntutan Insurans Kebakaran\n\n\nSecara asasnya, setiap syarikat insurans menetapkan keperluan dan ketetapan tertentu bergantung pada prosedur operasi standard yang ditetapkan. Namun biasanya, syarikat insurans memerlukan dokumen sokongan seperti berikut untuk memproses tuntutan anda:\n\n\n\n\nBorang tuntutan kerosakan kebakaran yang lengkap;\n\n\nSenarai kerosakan harta benda yang terperinci;\n\n\nLaporan Polis;\n\n\nLaporan Bomba;\n\n\nRekod aset dan resit pembelian;\n\n\nRekod inventori dan bukti penerimaan;\n\n\nLaporan pelaras tuntutan insurans (\nadjuster\n).\n\n\n\n\nDapatkan Perlindungan Insurans Rumah untuk Kehidupan Lebih Terjamin\n\n\nAnda tidak boleh mengetahui insiden atau bencana yang akan berlaku pada kediaman anda seperti kebakaran, banjir dan sebagainya. Oleh sebab itu, anda perlu dapatkan perlindungan insurans kebakaran rumah dengan segera untuk ketenangan fikiran.\n\n\nAnda bukan sahaja boleh mendapat pampasan sekiranya berlaku sesuatu ke atas rumah anda, tetapi ia secara tidak langsung menjadikan kehidupan anda bersama keluarga lebih terjamin dan selamat kerana rumah yang anda diami dilindungi oleh insurans. Dapatkan perlindungan pelan insurans kebakaran sebelum terlambat.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin dapatkan info lanjut berkaitan \ninsurans kebakaran\n rumah, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans\n yang komprehensif di Malaysia dengan tawaran perlindungan \ninsurans rumah terbaik\n pada harga mampu milik.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-kemalangan-diri/", "title": "Ini Sebab Kenapa Perlu Ada Insurans Kemalangan Diri", "body": "\n\nInsurans kemalangan diri (atau kemalangan peribadi) memainkan peranan penting dalam memberi perlindungan sekiranya anda cedera, hilang upaya kekal atau meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Meskipun begitu, ramai yang masih tidak lagi menyedari kepentingan memiliki takaful atau\n\u00a0insurans\n kemalangan diri.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKepentingan Insurans Kemalangan Diri: Apa yang Anda Perlu Tahu Sebelum Dapatkan Perlindungan Insurans?\n1. Manfaat Perlindungan Insurans Kemalangan Peribadi\n2. Manfaat Perlindungan Tambahan yang Lain\n3. Pengecualian dalam Insuran Kemalangan Peribadi\n4. Kepentingan Insurans Kemalangan Diri\n5. Beza Insurans Kemalangan Diri vs Insurans Kesihatan\nCara Buat Tuntutan Insurans Kemalangan Diri di Malaysia\n1. Sediakan Dokumen Diperlukan\n2. Lengkapkan Borang Tuntutan\n3. Serahkan Tuntutan\nInsurans Perlindungan Peribadi: Jangan Pandang Remeh Kepentingan Insurans Kemalangan Diri\n\n\nKepentingan Insurans Kemalangan Diri: Apa yang Anda Perlu Tahu Sebelum Dapatkan Perlindungan Insurans?\n\n\nKemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sama ada ketika anda memandu di jalan raya, di tempat kerja atau di rumah. Oleh sebab itu, anda perlu memiliki pelan perlindungan insurans kemalangan peribadi yang komprehensif.\n\n\nApa itu insurans kemalangan diri? Insuran kemalangan diri atau insurans kemalangan peribadi merupakan sejenis polisi perlindungan yang membolehkan anda menerima pampasan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh kemalangan.\n\n\n1. Manfaat Perlindungan Insurans Kemalangan Peribadi\n\n\nSecara asasnya, setiap syarikat insurans menawarkan pelan perlindungan dan manfaat yang berbeza-beza bergantung pada pilihan dan keperluan anda. Oleh sebab itu, penting untuk anda membandingkan beberapa pelan insurans sebelum membuat keputusan.\n\n\nKematian Akibat Kemalangan\n\n\nSekiranya pemegang polisi meninggal dunia akibat kemalangan, penama (biasanya dalam kalangan ahli keluarga/pasangan) akan menerima pampasan. Pampasan akan dibayar secara terus bergantung pada terma dan syarat serta jumlah yang dinyatakan dalam polisi.\n\n\nHilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan\n\n\nSekiranya kemalangan menyebabkan kecacatan kekal, pemegang polisi layak menerima pampasan seumur hidup bergantung pada tahap kecacatan. Sebagai contoh, pemegang polisi akan menerima manfaat jika hilang kedua-dua deria penglihatan atau deria pendengaran.\n\n\nHilang Upaya Sementara (Menyeluruh/Separa) Akibat Kemalangan\n\n\nPemegang polisi juga layak menerima pampasan seumur hidup jika terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kecacatan kekal separa bergantung pada tahap kecacatan. Sebagai contoh, pemegang polisi hilang deria penglihatan sebelah mata atau hilang deria pendengaran sebelah telinga.\n\n\n2. Manfaat Perlindungan Tambahan yang Lain\n\n\nSelain pampasan dalam bentuk kewangan akibat kematian atau kecacatan, insurans kemalangan peribadi juga turut menawarkan perlindungan asas lain. Pemegang polisi juga mungkin akan menerima manfaat perlindungan tambahan seperti berikut:\n\n\n\n\nBelanja perubatan akibat kemalangan;\n\n\nKos perbelanjaan ahli keluarga ulang-alik ke hospital;\n\n\nPembedahan akibat kemalangan\n;\n\n\nManfaat kemasukan ke hospital akibat kemalangan;\n\n\nKos perbelanjaan pengebumian.\n\n\n\n\nNamun begitu, manfaat-manfaat ini bergantung sepenuhnya pada jenis polisi yang anda pilih. Oleh sebab itu, anda perlu fahami \nistilah insurans\n, terma dan syarat yang terkandung bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang menyeluruh yang dapat memenuhi keperluan dan bajet anda.\n\n\n\n\n3. Pengecualian dalam Insuran Kemalangan Peribadi\n\n\nPembayaran manfaat secara asasnya bergantung pada jenis polisi insurans yang anda beli. Anda disarankan untuk meneliti polisi insurans anda bagi mengetahui manfaat, perkara yang dilindungi atau tidak dilindungi oleh polisi. Namun biasanya, perkara-perkara berikut tidak termasuk dalam perlindungan insurans kesihatan:\n\n\n\n\nRisiko peperangan;\n\n\nBunuh diri atau cubaan membunuh diri dan ketidaksiuman;\n\n\nKecederaan yang disengajakan;\n\n\nDi bawah pengaruh arak, dadah atau narkotik;\n\n\nAIDS/HIV atau sebarang penyakit kelamin;\n\n\nPembunuhan atau serangan yang dirancang;\n\n\nMelahirkan anak\n, mengandung atau keguguran atau sebarang komplikasi berkaitan;\n\n\nTerlibat dalam kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang;\n\n\nSukan berbahaya;\n\n\nMengendali atau menunggang kenderaan bermotor beroda dua;\n\n\nKeuzuran atau penyakit, parasit, bakteria, jangkitan kuman atau sebarang keadaan semula jadi.\n\n\n\n\nMeskipun begitu, anda disarankan untuk merujuk ejen insurans atau polisi insurans anda untuk mendapatkan info lengkap berkaitan pengecualian ini.\n\n\n4. Kepentingan Insurans Kemalangan Diri\n\n\nInsurans kemalangan peribadi sangat penting untuk perlindungan anda. Ia bergantung kepada anda untuk pilih polisi insurans kemalangan peribadi yang menawarkan perlindungan yang anda perlukan. Sejauh mana kepentingan perlindungan insurans kemalangan diri atau kemalangan peribadi? Secara asasnya, anda memerlukan insurans kemalangan diri kerana:\n\n\nPerlindungan Kewangan\n\n\nSecara umumnya, insurans kemalangan diri di Malaysia menawarkan perlindungan kewangan yang komprehensif. Ini bermaksud, anda tidak perlu mengeluarkan\n simpanan jangka panjang\n atau \nsimpanan persaraan\n anda untuk menanggung kos rawatan.\n\n\nMalah, insurans ini juga turut menawarkan pampasan tunai sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Pampasan ini boleh digunakan untuk menggantikan pendapatan (\nincome replacement\n) sekiranya anda mengalami kemalangan yang menyebabkan anda hilang upaya dan tidak dapat kembali bekerja untuk menyara keluarga.\n\n\nKemalangan Tidak Dijangka\n\n\nSecara asasnya, insurans kemalangan diri merupakan salah satu perlindungan penting yang semua orang perlu ada. Ini kerana, kita terdedah dengan risiko kemalangan setiap hari tanpa kita sedari tidak kira sama ada kemalangan di tempat kerja atau \nkemalangan jalan raya\n. Insurans kemalangan bertindak sebagai perlindungan terhadap risiko yang tidak dijangka pada masa akan datang.\n\n\nInsurans Tempat Kerja Tidak Memadai\n\n\nRamai yang berpendapat insurans kemalangan diri tidak perlu sekiranya pihak syarikat atau majikan sudah menyediakan insurans. Namun sebenarnya, faedah perlindungan insurans hanya tertakluk selama mana anda berkhidmat dengan majikan anda. Sekiranya anda dibuang kerja atau berhenti daripada tempat kerja anda, pelan perlindungan ini turut sama berhenti daripada melindungi anda.\n\n\nInsurans tempat kerja juga dikhuatiri tidak dapat melindungi anda sepenuhnya dan hanya menawarkan perlindungan asas sahaja. Dengan memiliki insurans kemalangan diri persendirian, anda boleh menentukan sendiri \njenis perlindungan insurans\n yang anda perlukan.\n\n\nSimpanan Tidak Mencukupi\n\n\nAda juga yang berpendapat insurans perlindungan diri tidak diperlukan jika anda memiliki\n simpanan\n. Namun sebenarnya, ini merupakan persepsi yang tidak betul. Meskipun anda boleh menggunakan simpanan anda untuk apa-apa tujuan yang anda mahu, anda boleh elakkan daripada gunakan simpanan anda untuk menampung kos rawatan hospital.\n\n\nSecara amnya, kos perubatan boleh menelan belanja yang agak tinggi. Bayangkan kos pembedahan pintasan jantung di hospital swasta sahaja boleh menelan belanja sehingga RM80,000.\n\n\nDengan adanya polisi kemalangan peribadi ini, ia dapat membantu anda meminimumkan risiko yang anda hadapi. Ini bermaksud, anda tidak perlu meminjam daripada sesiapa atau memecahkan tabung kahwin untuk menanggung kos-kos rawatan.\n\n\n5. Beza Insurans Kemalangan Diri vs Insurans Kesihatan\n\n\nInsurans kesihatan\n (atau insurans perubatan) merupakan polisi perlindungan yang membolehkan pemegang polisi menerima pampasan sekiranya sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal.\n\n\nIa juga menampung bil perubatan anda termasuk kos bilik hospital, konsultasi, pembedahan, rawatan dan ubat-ubatan jika anda menghidap penyakit seperti kanser, diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain.\n\n\nNamun begitu, insurans kesihatan tidak melindungi penyakit sedia ada bergantung pada tahap penilaian kesihatan dan risiko oleh syarikat insurans.\n\n\nBerbeza dengan insurans kesihatan, insurans kemalangan peribadi tidak akan membayar sebarang pampasan sekiranya pemegang polisi menghidap penyakit atau mengalami kecederaan bukan disebabkan oleh kemalangan.\n\n\nOleh sebab itu, anda perlu memiliki kedua-dua insurans ini bagi memaksimumkan perlindungan anda.\n\n\n\n\nCara Buat Tuntutan Insurans Kemalangan Diri di Malaysia\n\n\nBagaimana cara buat tuntutan insurans atau takaful kemalangan diri? Apakah dokumen diperlukan untuk buat tuntutan insuran kemalangan diri? Bagi buat tuntutan insurans kemalangan diri, anda boleh rujuk cara \nclaim\n insurans kemalangan diri seperti berikut:\n\n\n1. Sediakan Dokumen Diperlukan\n\n\nbagi memudahkan tuntutan dibuat dengan syarikat insurans, anda perlu sediakan dokumen sokongan seperti berikut mengikut kategori tuntutan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKategori Tuntutan\n\n\nDokumen Diperlukan\n\n\n\n\n\n\nPesakit Luar (\nOutpatient\n)\n\n\n\n\n\n\nSalinan laporan polis (wajib) terpakai untuk \nkemalangan kenderaan motor\n;\n\n\nLaporan perubatan (wajib);\n\n\nResit dan bil perubatan asal (wajib).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBayaran Perubatan/Yuran Ambulans\n\n\n\n\n\n\nBorang Tuntutan yang lengkap diisi oleh pemegang polisi dan doktor yang merawat (wajib);\n\n\nResit dan bil perubatan asal (wajib);\n\n\nSalinan laporan polis (wajib) terpakai untuk kemalangan kenderaan motor;\n\n\nResit asal bayaran ambulans (jika ada).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenghospitalan\n\n\n\n\n\n\nBorang Tuntutan yang lengkap diisi oleh pemegang polisi dan doktor yang merawat (wajib);\n\n\nResit dan bil perubatan asal (wajib);\n\n\nSurat Kemasukan/Keluar Hospital (wajib);\n\n\nSalinan laporan polis (wajib) terpakai untuk kemalangan kenderaan motor.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHilang Upaya Kekal\n\n\n\n\n\n\nBorang Tuntutan yang lengkap diisi oleh pemegang polisi dan doktor yang merawat (wajib);\n\n\nSijil Perubatan (slip MC) \u2013 terpakai untuk tuntutan hilang upaya menyeluruh sementara (wajib);\n\n\nLight Duty Certificate\n (jika berkaitan).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKematian\n\n\n\n\n\n\nBorang Tuntutan yang lengkap diisi oleh pemegang polisi dan doktor yang merawat (wajib);\n\n\nSijil kematian/Permit pengebumian (wajib);\n\n\nKad Pengenalan penerima (wajib);\n\n\nSijil nikah/Akuan berkanun status perkahwinan si mati (bujang/berkahwin) \u2013 wajib bagi pasangan;\n\n\nSurat Tadbir daripada Amanah Raya\n atau mana-mana peguam yang dilantik/Surat Fara\u2019id (jika berkaitan);\n\n\nLaporan bedah siasat (jika berkaitan);\n\n\nLaporan toksikologi (jika ujian darah dilakukan \u2013 jika berkaitan).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Lengkapkan Borang Tuntutan\n\n\nTuntutan kemalangan diri boleh dibuat melalui laman web syarikat insurans anda. Anda boleh rujuk syarikat insurans anda untuk info lanjut berkaitan proses tuntutan.\n\n\n3. Serahkan Tuntutan\n\n\nPenyerahan borang tuntutan biasanya boleh dibuat dalam tempoh 30 hari selepas discaj.\n\n\nInsurans Perlindungan Peribadi: Jangan Pandang Remeh Kepentingan Insurans Kemalangan Diri\n\n\nInsurans kemalangan diri penting untuk melindungi anda sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti kemalangan jalan raya selain dapat mengurangkan beban kewangan jika sesuatu yang buruk menimpa anda.\n\n\nAndaikan anda terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan nyawa anda atau anda mengalami kecacatan seumur hidup, perlindungan insurans ini sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban anda dan keluarga.\n\n\nOleh sebab itu, anda disarankan untuk mempertimbangkan perlindungan insurans kemalangan diri serta insurans lain seperti \ninsurans kereta\n, \ninsurans kesihatan\n, \ninsurans rumah\n dan sebagainya.\n\n\nSelain itu, jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan \ninsurans kemalangan peribadi\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Bandingkan harga dan manfaat insurans kemalangan diri daripada beberapa syarikat insurans yang tersedia dan dapatkan perlindungan \ninsurans kemalangan peribadi terbaik\n dan komprehensif untuk perlindungan anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-kemalangan-peribadi/", "title": "Insurans Kereta vs Insurans Kemalangan Peribadi di Malaysia", "body": "\n\nAdakah penting untuk anda mendapatkan insurans kemalangan peribadi atau \npersonal accident insurance\n? Walaupun anda berhati-hati, ada kemungkinan berlaku kemalangan apabila anda berada di jalan raya. Oleh sebab itu, insurans kemalangan diri adalah sesuatu yang anda patut pertimbangkan. Ramai dalam kalangan anda yang mungkin masih tidak menyedari bahawa \ninsurans kereta\n hanya melindungi kerugian kenderaan anda dan tidak menyediakan perlindungan bagi kecederaan peribadi yang dialami sekiranya terlibat dalam kemalangan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nMengapa Insurans Kemalangan Peribadi Penting?\nApa Itu Insurans Kereta?\nApa Itu Insurans Kemalangan Peribadi?\nPerbezaan antara Insurans Kereta dan Insurans Kemalangan Peribadi\nIni Masa Terbaik untuk Mendapatkan Insurans Kemalangan Peribadi untuk Perlindungan Masa Depan\n\n\nMengapa Insurans Kemalangan Peribadi Penting?\n\n\nSecara asasnya, kedua-dua insurans kemalangan diri (atau peribadi) dan insurans kereta menawarkan perlindungan bagi kerugian kewangan anda. Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan penting di antara kedua-duanya. Bagi membantu anda memahami konsep dengan lebih jelas, anda boleh rujuk definisi setiap insurans seperti berikut:\n\n\nApa Itu Insurans Kereta?\n\n\nSeperti yang anda tahu, memiliki \ninsurans kereta\n dan \ncukai jalan\n adalah wajib bagi setiap pemilik kereta di Malaysia. Anda tidak boleh memandu di jalan raya tanpa memiliki insurans kereta yang sah atau cukai jalan yang telah tamat tempoh.\n\n\nJika anda ditangkap memandu \ntanpa insurans atau cukai jalan\n yang sah, anda boleh dikenakan \ntindakan\n oleh pihak berkuasa. Umumnya, kecederaan, kecacatan kekal, atau kematian akibat daripada kemalangan jalan raya tidak dilindungi oleh polisi insurans kereta standard anda.\n\n\nInsurans kereta hanyalah berperanan melindungi kewangan anda sekiranya berlaku kemalangan. Dalam erti kata lain, ia digunakan untuk membantu menampung kos kerosakan fizikal dan kos pembaikan kenderaan.\n\n\nIa dapat mengelakkan anda daripada mengeluarkan simpanan sendiri untuk membayar kos pembaikan kereta anda mahupun kereta pihak ketiga. Di Malaysia, terdapat tiga jenis insurans kereta yang boleh anda pertimbangkan:\n\n\n1. Perlindungan Pihak Ketiga\n\n\nPolisi ini merupakan jenis perlindungan insurans kereta yang paling asas dan popular dalam kalangan pemilik kereta. Dengan perlindungan \ninsurans kereta \nthird-party\n ini, pemilik kereta dapat mengelakkan daripada membayar ganti rugi kerosakan kenderaan lain sekiranya terlibat dalam kemalangan.\n\n\n2. Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran, dan Kecurian\n\n\nSelain daripada perlindungan kepada pihak ketiga (manfaat sama seperti polisi insurans pihak ketiga), pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan untuk kerosakan yang berkaitan dengan kecurian atau kebakaran pada kenderaan sendiri.\n\n\n3. Perlindungan Komprehensif\n\n\nDengan insurans kereta komprehensif atau \ninsurans kereta \nfirst party\n, pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan untuk kos pembaikan kenderaan sendiri dan juga kos pembaikan kenderaan pihak ketiga bagi kerosakan fizikal dan kenderaan. Selain itu, pemilik kenderaan juga berhak mendapat perlindungan daripada kebakaran dan kecurian.\n\n\n\n\nApa Itu Insurans Kemalangan Peribadi?\n\n\nRamai dalam kalangan anda mungkin tidak biasa dengan insurans PA atau insurans kemalangan diri ini. Secara asasnya, insurans kemalangan diri (atau insurans kemalangan peribadi) menawarkan perlindungan sekiranya berlaku kecederaan, kecacatan atau kematian yang disebabkan oleh kejadian yang bersifat kekerasan, tidak disengajakan dan sebagainya. Ia berbeza daripada \ninsurans kesihatan dan insurans nyawa\n.\n\n\nPerkara yang berlaku dalam hidup adalah sesuatu yang tidak boleh diramal dan berlaku di luar kawalan. Kemalangan misalnya, salah satu perkara luar jangkaan dan boleh mengubah kehidupan dan memberi kesan kepada kewangan anda. Lebih-lebih lagi jika anda satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga.\n\n\nMeskipun anda boleh berusaha untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku, adalah lebih baik jika anda membuat persediaan kewangan untuk melindungi diri dan keluarga anda sekiranya berlaku kemalangan. Insurans kemalangan peribadi berperanan dalam memberikan pampasan kewangan kepada anda sekiranya anda berdepan situasi seperti berikut:\n\n\n\n\nKematian akibat kemalangan;\n\n\nKecacatan kekal;\n\n\nKos atau belanja perubatan\n;\n\n\nManfaat hospitalisasi (kemasukan ke hospital);\n\n\nKos pengebumian;\n\n\nBayaran ganti rugi;\n\n\nManfaat penghantaran pulang.\n\n\n\n\nPerbezaan antara Insurans Kereta dan Insurans Kemalangan Peribadi\n\n\nTerdapat beberapa perbezaan penting antara insurans kemalangan peribadi dan insurans kereta. Bagi memudahkan anda, rujuk jadual perbezaan yang disenaraikan di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nInsurans Kereta\n\n\nInsurans Kemalangan Peribadi\n\n\n\n\n\n\nWajib untuk pemilik kereta\n\n\nTidak wajib kerana insurans kemalangan peribadi (atau \ninsurans kemalangan diri\n) adalah perlindungan pilihan\n\n\n\n\n\n\nPerlu diperbaharui setiap tahun\n\n\nTidak perlu diperbaharui setiap tahun\n\n\n\n\n\n\nTidak melindungi anda daripada kecederaan atau kematian akibat kemalangan\n\n\nMenyediakan perlindungan bagi kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan\n\n\n\n\n\n\nJumlah perlindungan ditentukan oleh \nnilai pasaran\n atau nilai yang disetujui semasa pembaharuan insurans\n\n\nHad jumlah perlindungan adalah bergantung pada syarikat insurans\n\n\n\n\n\n\nHarga premium insurans pada tahun berikutnya mungkin dikurangkan (berdasarkan kadar \nNCD kereta\n semasa)\u00a0\n\n\nTiada pengurangan \npremium insurans\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nIni Masa Terbaik untuk Mendapatkan Insurans Kemalangan Peribadi untuk Perlindungan Masa Depan\n\n\nPerlindungan kemalangan peribadi amat penting sebagai perlindungan tambahan sekiranya berlaku kemalangan kerana ia melindungi anda daripada sebarang beban kewangan. Sekiranya anda merancang untuk mendapatkan insurans kemalangan peribadi tetapi anda mempunyai bajet yang terhad, anda boleh menjimatkan wang dengan menyertakannya dalam \npelan insurans kereta\n anda.\n\n\nJika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai insurans kemalangan peribadi atau \ninsurans kereta\n, layari laman web Qoala untuk maklumat lanjut. \nBandingkan harga dan manfaat insurans\n daripada beberapa syarikat insurans yang tersedia dan dapatkan \nperlindungan insurans yang terbaik\n dan komprehensif untuk perlindungan anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-kereta-banjir/", "title": "Insurans Kereta Banjir: 5 Tips Memandu Ketika Hujan dengan Selamat", "body": "\n\nMusim tengkujuh atau musim hujan merupakan fenomena yang biasa berlaku di Malaysia terutamanya pada hujung tahun. Hujan lebat bukan sahaja boleh meningkatkan \nrisiko kemalangan\n, tetapi turut berpotensi menyebabkan banjir di lokasi-lokasi tertentu. Oleh sebab itu, anda perlu lakukan persediaan sewajarnya dengan melakukan servis berkala untuk kereta anda terutamanya bahagian tayar dan miliki insurans kereta banjir untuk mengelakkan anda daripada menanggung kos pembaikan yang tinggi akibat \nkereta ditenggelami banjir\n.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPanduan Keselamatan Ketika Hujan: Insurans Kereta Banjir Perlu Ada untuk Perlindungan Kereta Lebih Optimum\n1. Lampu Kereta Depan dan Belakang dalam Keadaan Elok\n2. Pastikan Wiper Kereta Berfungsi Baik\n3. Periksa Keadaan Tayar Kereta\n4. Kekalkan Jarak Selamat antara Kereta Lain\n5. Fokus Pemanduan, Pegang Stereng Sepanjang Masa\nInsurans Kereta Banjir: Dapatkan Perlindungan Insurans Banjir Kereta untuk Perlindungan Optimum Semasa Musim Hujan\n\n\nPanduan Keselamatan Ketika Hujan: Insurans Kereta Banjir Perlu Ada untuk Perlindungan Kereta Lebih Optimum\n\n\nSemasa musim hujan, banyak perkara yang perlu diberi perhatian oleh pemilik kenderaan khususnya bagi memastikan keselamatan diri dan kenderaan lebih terjamin. Selain insurans kereta banjir, pemanduan semasa hujan tanpa ilmu dan persediaan asas boleh mengundang risiko kecelakaan. Ikuti tips pemanduan selamat semasa hujan seperti berikut untuk menjadikan pemanduan anda dalam musim hujan lebih selamat.\n\n\n1. Lampu Kereta Depan dan Belakang dalam Keadaan Elok\n\n\nPastikan \nlampu kereta\n termasuk lampu brek berfungsi dengan baik bagi membolehkan pemandu lain peka dengan kedudukan anda semasa memandu dalam hujan. Biasanya, jarak penglihatan semasa memandu boleh terjejas disebabkan hujan lebat. Ini kerana, biasan air hujan menyebabkan objek kelihatan lebih jauh dari jarak sebenar.\n\n\nAnda disarankan untuk nyalakan lampu besar suluh rendah bagi meningkatkan pencahayaan sekali gus membantu anda melihat dengan lebih baik. Elakkan daripada menyalakan \nlampu kecemasan\n atau \nhazard light\n semasa hujan sewaktu kereta sedang bergerak.\n\n\nJika anda menggunakan lampu kecemasan semasa hujan, pemilik kenderaan lain boleh terkeliru dan beranggapan kereta anda sedang tidak bergerak. Secara asasnya, lampu kecemasan hanya boleh digunakan dalam situasi kecemasan seperti \nkereta rosak tepi jalan\n dan sebagainya.\n\n\n2. Pastikan Wiper Kereta Berfungsi Baik\n\n\nSelain itu, pastikan \nwiper\n kereta\n anda berfungsi dan berada dalam keadaan baik. Secara asasnya, \nwiper\n kereta memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap kebolehlihatan semasa memandu dalam hujan. Tahap penglihatan ketika hujan akan bertambah buruk, tidak jelas dan lebih terhad sekiranya aspek penyelengggaraan pengelap cermin depan diabaikan.\n\n\nJika\n wiper\n kereta tidak berfungsi, tidak diselenggara atau tidak digantikan setelah rosak, ia tidak dapat mengelap air pada cermin dengan sekata dan sempurna. Ia sekali gus meningkatkan risiko \nkemalangan jalan raya\n.\n\n\nAnda disarankan untuk tukar \nwiper\n kereta sekiranya getah pengelap sudah haus atau keras. \nWiper\n tak bergerak dengan lancar atau tersekat-sekat juga perlu ditukar bagi menjamin kebolehlihatan anda, selain memastikan anda memandu ketika hujan dengan selamat.\n\n\n\n\n3. Periksa Keadaan Tayar Kereta\n\n\nKerosakan \ntayar kereta\n seperti bunga tayar haus, tayar botak, tayar makan dalam, tayar makan luar dan tayar bengkak tepi merupakan antara jenis kerosakan tayar kereta yang tidak boleh diambil mudah dan perlu diberi perhatian terutamanya semasa musim hujan.\n\n\nKeadaan jalan raya yang licin ditambah pula dengan keadaan tayar yang tidak baik boleh mengurangkan cengkaman tayar pada jalan sehingga berisiko menyebabkan kemalangan lebih-lebih lagi jika memandu laju dalam hujan.\n\n\nTekanan air yang terbentuk semasa memandu laju dalam hujan boleh menyebabkan tayar kereta terapung dan tidak menyentuh permukaan jalan \u2013 situasi ini lebih dikenali sebagai \naquaplaning\n atau \nhydroplaning\n.\n\n\nUntuk mengurangkan risiko kemalangan, anda perlu pastikan keadaan tayar (termasuk ketebalan tayar bunga dan tekanan angin tayar kenderaan) berada pada tahap yang memuaskan. Segera gantikan tayar kereta yang sudah botak atau haus.\n\n\n4. Kekalkan Jarak Selamat antara Kereta Lain\n\n\nHujan lebat boleh menyukarkan pemanduan \u2013 anda dinasihatkan untuk mengurangkan kelajuan atau memandu lebih perlahan daripada had kelajuan yang ditetapkan. Ia sekali gus dapat mengurangkan risiko kemalangan dan melindungi diri anda sekiranya berlaku masalah pada kereta anda atau kereta lain.\n\n\nKenderaan yang dipandu laju biasanya berisiko untuk terbabas sekiranya \nbrek kereta\n ditekan mengejut. Selain itu, anda juga perlu menjaga jarak selamat antara kenderaan lain. Ini kerana, keadaan jalan raya yang licin berpotensi mengurangkan cengkaman tayar dan meningkatkan masa berhenti.\n\n\nOleh sebab itu, penting untuk anda pastikan jarak selamat pemanduan dikekalkan supaya ada ruang yang mencukupi antara kereta anda dengan kenderaan lain di hadapan anda.\n\n\n5. Fokus Pemanduan, Pegang Stereng Sepanjang Masa\n\n\nBeri perhatian penuh dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling semasa pemanduan dalam hujan. Kekalkan penglihatan ke hadapan sepanjang masa serta elakkan memandu dengan sebelah tangan.\n\n\nPastikan kedua-dua belah tangan menggenggam erat \nstereng kereta\n \u2013 kedua-dua belah tangan perlu berada pada posisi pukul tiga dan sembilan stereng kereta. Ini bagi membolehkan anda mengawal kereta dengan baik sekiranya berlaku situasi tidak dijangka seperti terlanggar lopak air dan sebagainya.\n\n\nAnda juga perlu kurangkan aktiviti lain seperti menggunakan telefon bimbit, menonton video atau bersembang dengan pasangan kerana ia boleh mengganggu tumpuan.\n\n\nBanyak perkara yang boleh terjadi sekiranya terleka seketika, lebih-lebih lagi jika jarak penglihatan rendah atau melalui jalan yang tidak biasa dilalui.\n\n\n\n\nInsurans Kereta Banjir: Dapatkan Perlindungan Insurans Banjir Kereta untuk Perlindungan Optimum Semasa Musim Hujan\n\n\nSemasa banjir, anda berkemungkinan berdepan dengan risiko kerosakan harta benda seperti kereta, rumah, haiwan ternakan dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk menambah \nperlindungan tambahan peril khas\n atau insurans kereta banjir dalam polisi insurans komprehensif kereta.\n\n\nDengan perlindungan insuran kereta banjir, ia membolehkan anda membuat \ntuntutan insuran banjir kereta\n sekiranya kereta anda rosak ditenggelami air banjir. Ia sekali gus dapat mengelakkan anda daripada mengeluarkan belanja yang lebih tinggi untuk pembaikan kerosakan.\n\n\nSecara asasnya, kadar premium atau harga insuran banjir kereta (insurans kereta banjir atau insurans peril khas) yang dikenakan biasanya sekitar 0.2 peratus hingga 0.5 peratus daripada jumlah diinsuranskan. Harga insurans banjir kereta ini juga bergantung pada \nsyarikat insurans\n pilihan anda \u2013 rujuk syarikat insurans anda untuk info lanjut.\n\n\nSekiranya anda ingin mendapatkan perlindungan tambahan seperti \ninsurans cermin depan\n dan insurans kereta banjir, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans kereta\n dengan pelbagai tawaran insurans kereta menarik pada harga yang berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-kereta-murah/", "title": "Insurans Kereta Murah Edisi Promo 12.12", "body": "\n\nInsurans kereta murah\n?? Wujud ke??? Haa sebelum kita cerita pasal \ninsurans kereta murah\n, Qoala nak cerita dulu pasal insurans kereta.\u00a0\n\n\nZ\naman sekarang, \nkereta\n sudah menjadi keperluan yang amat penting dalam hidup kita untuk memudahkan pergerakan kita ke mana-mana sahaja. Sebelum beli kereta, sudah pasti banyak aspek yang korang titik beratkan seperti jenama, model kereta, spesifikasi kereta dan banyak lagi.\u00a0\n\n\nTapi, ada juga perkara penting yang korang harus titik beratkan iaitu \ninsurans kereta.\n Ini kerana musibah akan berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, jadi tidak salah kalau korang bersedia terlebih dahulu dengan mengambil pelan insurans kereta yang bersesuaian. Untuk pengetahuan korang, \nQoala\n sertakan juga panduan untuk mengira harga insurans kereta.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa itu insuran kereta?\nJenis insurans kereta\n1. Insurans pihak ketiga\n2. Insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian\n3. Insurans komprehensif\nManfaat insurans kereta\n1. Korang berisiko mengalami kemalangan\n2. Korang akan membayar lebih sedikit sekiranya berlaku kemalangan\n3. Ini membantu korang mengelakkan penurunan nilai kepada kereta korang\n4. Korang mendapat ketenangan fikiran\n5. Ini melindungi korang terhadap tuntutan\nFaktor Penentu Harga Insurans Kereta Murah\n1. Nilai Harga Pasaran Kereta\n2. Tahun Pembuatan Kereta\n3. No Claim Discount (NCD)\nNak Dapat Insurans Kereta Murah?\n\n\nApa itu insuran kereta?\n\n\nInsuran\n kereta atau insurans kereta murah adalah sejenis perlindungan yang boleh dibeli oleh pemilik kereta. Ia bertujuan untuk membantu mengurangkan kos yang berkaitan dengan kemalangan kereta. Selain itu, insuran ini turut memberikan perlindungan kewangan terhadap kerosakan fizikal atau kecederaan badan yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya. \n\n\nBukan itu sahaja, insuran ini juga akan dapat menawarkan perlindungan kewangan terhadap pencurian kenderaan serta kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh sebarang kejadian selain dari kemalangan jalan raya, seperti cuaca atau bencana alam.\n\n\nJenis insurans kereta\n\n\nDi Malaysia, secara amnya, terdapat tiga (3) jenis insurans\n \nkereta\n yang boleh korang pilih. Daripada jenis insurans yang paling standard hinggalah kepada yang menawarkan perlindungan penuh terhadap pelbagai jenis risiko.\n\n\n1. Insurans pihak ketiga\n\n\nInsurans pihak ketiga adalah insurans paling asas yang boleh korang perolehi. Ia adalah insurans yang melindungi pihak ketiga didalam sebarang kemalangan, sebagai contoh, pemandu atau penumpang dan juga kereta yang turut terlibat didalam kemalangan kereta bersama korang. \n\n\nDalam erti kata lain, kalau korang terlibat dengan kemalangan, insurans pihak ketiga ini akan membantu korang untuk menanggung kos membaiki kerosakan pada kereta pihak ketiga, atau sebarang kos rawatan yang diperlukan oleh pihak tersebut.\n\n\n2. Insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian\n\n\nPolisi insurans ini tidak banyak perbezaannya dengan insurans pihak ketiga.\n \nInsurans atau insurans kereta murah\n ini memberikan perlindungan terhahadap kereta korang sendiri. Perlindungan tambahan didalam insurans ini adalah ia turut melindungi segala kecederaan dan kematian, kerosakan dan kehilangan harta yang berlaku terhadap\n \nkereta\n korang.\n\n\n3. Insurans komprehensif\n\n\nPerlindungan jenis komprehensif ini adalah insurans yang paling menyeluruh di antara ketiga-tiga jenis insurans. Insurans komprehensif bukan sahaja menanggung liabiliti pihak ketiga, kecurian dan kebakaran kereta korang secara tidak sengaja, malah turut meliputi segala kerosakan terhadap kereta korang sekiranya berlaku kemalangan, dan kerosakan / kehilangan harta benda di dalam kereta korang sendiri. Kecederaan, kematian dan kecederaan anggota badan yang disebabkan oleh korang dan penumpang korang juga dilindungi.\n\n\nSince korang dah kenali jenis-jenis insurans yang ada, cuba korang cek insuran kereta korang jenis yang mana?\n\n\n\n\nManfaat insurans kereta\n\n\nTelah menjadi sesuatu keperluan wajib unt\nuk memiliki insuran kereta atau insurans kereta murah bagi setiap pemilik kereta. Selain itu, ia juga merupakan pelaburan yang sangat baik untuk diri sendiri dan keluarga korang. Terdapat banyak manfaat insuran ini yang boleh korang perolehi, antara adalah:\n\n\n1. Korang berisiko mengalami kemalangan\n\n\nKemalangan berlaku sepanjang masa di setiap bandar dan di setiap jalan raya. Ini adalah masalah besar kerana kebanyakan kemalangan menyebabkan kerugian yang besar. \n\n\nPada bulan Mei, tahun 2020 sebanyak 231 kematian berlaku daripada 25,251 kes kemalangan yang berlaku iaitu purata 8.25 kematian setiap hari, hal ini dilaporkan oleh \nJabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik\n (JSPT) Bukit Aman. Mengingat hal ini, korang berisiko mengalami kemalangan setiap kali korang mengendalikan kenderaan. Tanpa\n \ninsuran\n kereta, korang secara peribadi akan bertanggungjawab atas kerugian tersebut.\n\n\n2. Korang akan membayar lebih sedikit sekiranya berlaku kemalangan\n\n\nManfaat liputan terbesar ialah korang hanya perlu membayar jumlah yang kecil sekarang untuk perlindungan. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku kemalangan besar, polisi insuran kereta korang akan menanggung pembaikan tersebut. Jika korang menanggung sendiri kerosakan kereta akibat kemalangan, korang berkemungkinan akan kerugian beribu-ribu ringgit.\n\n\n3. Ini membantu korang mengelakkan penurunan nilai kepada kereta korang\n\n\nTerdapat beberapa jenis polisi di pasaran yang memberi manfaat kepada korang dengan membantu memanjangkan jangka hayat dan nilai kereta korang. Korang tidak mengetahui jika akan ada pokok tumbang yang akan jatuh ke tingkap kereta.\n\n\n Korang tidak dapat mengelak ribut petir dari merosakkan\n \nkereta\n korang. Namun begitu, jika korang mempunyai insuran kereta atau insurans kereta murah yang komprehensif, ia akan melindungi kerugian yang korang alami dari risiko tersebut. Dalam jangka masa panjang, korang akan dapat menjimatkan sejumlah wang yang besar. Ia juga membantu korang mengembalikan kereta ke kedudukan yang boleh dipasarkan sekiranya korang ingin menjualnya satu hari nanti.\n\n\n4. Korang mendapat ketenangan fikiran\n\n\nMampukah korang membuat pembayaran untuk membaiki kenderaan korang tanpa bantuan kewangan? Adakah itu akan menjadikan keluarga korang berisiko menghadapi masalah kewangan sekiranya berlaku bencana.\n \nInsurans\n kereta murah akan membantu korang mengelakkan daripada mengalami kerugian wang yang besar. Jadi mengetahui bahawa korang mempunyai polisi yang melindungi keluarga korang dapat memberi korang ketenangan fikiran.\n\n\n5. Ini melindungi korang terhadap tuntutan\n\n\nWalaupun korang melakukan kesalahan dan menyebabkan kerosakan yang besar pada harta benda orang lain, ini tidak bermakna korang harus kelihangan wang ringgit untuk menanggungnya. \n\n\nDengan insuran kereta murah, korang mendapat pertolongan dengan tuntutan yang dibuat orang lain terhadap korang dalam kemalangan. Ini termasuklah pembelaan undang-undang jika korang memerlukannya.\n\n\nFaktor Penentu Harga Insurans Kereta Murah\n\n\nApakah faktor penentu harga insurans kereta? Inilah penjelasannya.\n\n\n1. Nilai Harga Pasaran Kereta\n\n\nSelalunya, kenderaan yang mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi akan mempunyai nilai harga insurans yang lebih tinggi. Sebagai contoh, harga pasaran bagi kereta Mazda CX-5 adalah sebanyak RM132, 403 keatas berbanding dengan harga pasaran Perodua Myvi iaitu sebanyak RM 41,000 ke atas bergantung kepada varians dan specs kedua-dua kereta tersebut.\u00a0\n\n\nKat sini, kita boleh simpulkan bahawa semakin tinggi harga pasaran kereta, semakin tinggi harga insurans yang dikenakan.\n\n\n2. Tahun Pembuatan Kereta\n\n\nSelain itu, faktor penentu \nharga insurans kereta\n\u00a0korang ialah tahun kenderaan korang dibuat. Secara ringkas, semakin berumur kenderaan korang, semakin murah harga insurans kereta. \n\n\nSebagai contoh insurance untuk kereta Perodua Axia SE 1.0 AT (2018) adalah sebanyak RM 1,222 manakala kereta yang sama dibuat pada tahun 2019 harga insuransnya adalah dalam RM 1,258.\u00a0\n\n\nIni bermaksud kalau kereta korang adalah kereta baru didaftarkan, harga insurans akan menjadi sedikit mahal.\n\n\n3. No Claim Discount (NCD)\n\n\nNCD adalah satu insentif kerajaan untuk pelanggan insurans kereta murah dan peratus \nNCD\n akan meningkat setiap tahun bermula daripada 0% sehingga 55%. \nNo Claim Discount\n adalah pengurangan dalam kos insurans kereta sekiranya korang tidak membuat sebarang tuntutan (pemandu berhemah). Pada 12 bulan pertama, sekiranya korang tidak membuat tuntutan, korang akan menerima 25% diskaun, untuk tahun kedua pula, korang akan dapat diskaun sebanyak 30 peratus dan diskaun ini akan meningkat sehingga 55% kalau korang tidak membuat tuntutan sehingga tahun ke lima.\n\n\n\n\nNak Dapat Insurans Kereta Murah?\n\n\nMasa untuk \nrenew\n insurans kereta dan \nroadtax\n telah tiba? Berita baik! Kini korang boleh nikmati diskaun sebanyak 12 peratus!\n\n\nMacam mana? Korang klik je \nlink\n ni \ud83d\udc4d\ud83c\udffb\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-kereta-terbaik/", "title": "6 Syarikat Takaful Kereta, Insurans Kereta Terbaik di Malaysia", "body": "\n\nPerkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum \nperbaharui insurans kereta\n (atau \nrenew\n insurans motor\n) anda adalah dengan membandingkan beberapa syarikat insurans kereta terbaik di Malaysia sebelum membuat keputusan. Dengan cara ini, anda boleh pastikan anda mendapat perlindungan insurans yang optimum pada harga yang berpatutan. Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat insurans atau \ntakaful terbaik\n yang boleh anda pilih dan banding.\n\n\nInsurans kereta atau insurans motor merupakan perkara mandatori yang perlu dimiliki oleh pemilik kenderaan sebelum proses \nmemperbaharui cukai jalan\n boleh dilakukan. Secara amnya, terdapat tiga\n jenis insurans kereta di Malaysia\n iaitu Insurans Pihak Ketiga, Insurans Pihak Ketiga dengan perlindungan Kebakaran dan Kecurian serta Insurans Komprehensif.\n\n\nArtikel ini akan menyenaraikan enam syarikat insurans terbaik di Malaysia bagi membantu anda membuat perbandingan \nharga insurans kereta\n dan memilih \ninsurans kereta murah\n dan terbaik untuk kereta anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nTop 6 Syarikat Takaful Terbaik, Syarikat Insurans Kereta Terbaik 2022\n1. AXA Affin\n2. Zurich Insurance\n3. Etiqa Takaful\n4. Takaful Malaysia\n5. Takaful Ikhlas\n6. Tune Protect\n\n\nTop\n 6 Syarikat Takaful Terbaik, Syarikat Insurans Kereta Terbaik 2022\n\n\nSecara amnya, polisi insurans menawarkan perlindungan sekiranya berlaku sebarang risiko kemalangan yang menyebabkan kerugian. Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat insurans yang menawarkan pelbagai pilihan produk dan pelan perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda. Berikut enam senarai syarikat insurans di Malaysia untuk panduan anda:\n\n\n1. AXA Affin\n\n\nAXA Affin Insurance Malaysia merupakan salah satu syarikat insurans kereta terbaik yang menawarkan pelbagai pilihan insurans termasuklah insurans kesihatan,\n insurans nyawa\n, \ninsurans rumah\n, insurans kereta, \ninsurans perjalanan\n dan persaraan untuk kestabilan dan kesejahteraan anda. Anda boleh dapatkan sebut harga insurans kereta dengan mudah, cepat dan pantas bagi melindungi kereta anda daripada sebarang \ntuntutan kemalangan\n, \nkerosakan cermin depan\n, \nditenggelami banjir\n dan lain-lain polisi tambahan yang sesuai mengikut keperluan anda.\n\n\n2. Zurich Insurance\n\n\nZurich Insurance Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian Insurans dan Takaful di Malaysia. Syarikat insurans dan takaful terbaik ini menawarkan pelbagai pelan perlindungan yang memenuhi keperluan pengguna meliputi produk konvensional seperti Insurans Nyawa dan Insurans Am serta produk patuh syariah seperti Takaful Keluarga dan Takaful Am.\n\n\nInsurans Kereta Terbaik: Produk Zurich Insurance\n\n\nProduk Zurich Motor Takaful misalnya merangkumi tiga jenis perlindungan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nZ-Driver Takaful \u2013 pelan \ntakaful \ninsurance\n kereta\n;\n\n\nZ-Rider Takaful \u2013 pelan \ntakaful motor\n;\n\n\nZ-Drive Assist Takaful \u2013 pelan bantuan \nkereta rosak tepi jalan\n.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Etiqa Takaful\n\n\nEtiqa ialah salah satu syarikat insurans dan takaful terbaik dan terkemuka di ASEAN yang merupakan sebahagian daripada kumpulan perbankan Malaysia, Maybank. Ia menawarkan pelbagai pilihan produk antaranya insurans nyawa dan insurans am serta produk \ntakaful keluarga dan takaful am\n. Bagi perlindungan kereta, ia menawarkan dua pelan perlindungan iaitu produk patuh syariah, Takaful Kereta atau Etiqa Takaful \nCar Insurance\u00a0\ndan\u00a0insurans Kereta Komprehensif. Kedua-dua pelan ini menawarkan perlindungan daripada sebarang risiko kecurian, kerugian, kebakaran atau kerosakan kereta dan lain-lain.\n\n\n4. Takaful Malaysia\n\n\nSyarikat Takaful Malaysia Berhad merupakan pengendali insurans takaful (takaful keluarga dan takaful am) kedua terbesar di Malaysia selepas Etiqa. Takaful Malaysia menyediakan rangkaian pelan perlindungan untuk memenuhi kepelbagaian keperluan anda daripada perlindungan perubatan, rumah, dan insurans takaful motor sehinggalah manfaat perlindungan untuk pekerja dan sebagainya. Takaful myClick Motor merupakan antara produk perlindungan kenderaan yang ditawarkan oleh Takaful Malaysia.\n\n\nKelebihan Takaful myClick Motor\n\n\nBerikut merupakan antara kelebihan Takaful myClick Motor untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerlindungan Komprehensif untuk kenderaan daripada kerugian atau kerosakan disebabkan kemalangan, kebakaran atau kecurian termasuk kecederaan, kematian dan kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga;\n\n\nTiada kos tambahan untuk pemandu tambahan;\n\n\nPerlindungan Kemalangan Peribadi percuma untuk anda dan penumpang;\n\n\nCashback\n sekiranya tiada tuntutan sepanjang tempoh perlindungan;\n\n\nProgram bantuan kerosakan tepi jalan 24/7.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Takaful Ikhlas\n\n\nSelain itu, Takaful Ikhlas juga merupakan salah satu syarikat insurans kereta terbaik yang menawarkan perlindungan menyeluruh untuk anda. Ia menyediakan perlindungan kewangan berlandaskan prinsip patuh syariah merangkumi produk takaful keluarga dan takaful am yang komprehensif melalui Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad. Polisi ini melindungi anda daripada liabiliti pihak lain disebabkan oleh kecederaan atau kematian, kemalangan dan kerosakan pada harta benda pihak ketiga, kebakaran atau kecurian kenderaan.\n\n\n6. Tune Protect\n\n\nInsurans Tune Protect menawarkan pelan perlindungan yang komprehensif dengan tawaran harga yang berpatutan bagi memenuhi keperluan dan kehendak peribadi individu. Ia merangkumi pelbagai jenis insurans antaranya \ninsurans perjalanan\n, insurans kemalangan peribadi atau insurans untuk perniagaan. Selain itu, ia turut menawarkan pelan\n insurans kemalangan\n termasuk kecurian, kebakaran dan kerosakan harta benda.\n\n\nSekiranya anda ingin dapatkan polisi perlindungan insuran kereta terbaik atau\n insurans motor murah\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform \nbeli insurans kereta\n yang menawarkan pelbagai pilihan insurans kereta murah daripada beberapa syarikat insurans terbaik untuk anda. Anda juga boleh lakukan perbandingan bagi membantu anda memilih insurans kereta terbaik untuk kereta anda. \nRenew\n insurans kereta\n kini boleh dilakukan dengan lebih cepat, mudah dan selamat dengan hanya satu klik mudah!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-kereta-third-party/", "title": "Insurans Kereta Third Party: Insurans Kereta Paling Murah 2023?", "body": "\n\nInsurans Kereta \nThird Party\n (atau Insurans Kereta Pihak Ketiga) merupakan salah satu daripada beberapa jenis insurans kereta yang ditawarkan oleh \nsyarikat insurans di Malaysia\n. Sesuai dengan namanya, insurans \nthird party\n ini memberikan perlindungan hanya kepada pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan yang disebabkan oleh pemilik kereta.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nInsurans Kereta Third Party: Apa Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu?\nApa Itu Insurans Kereta Third Party?\nApa Perlindungan yang Ditawarkan?\nBerapa Harga Insurans Kereta Third Party?\nBagaimana Proses Tuntutan Insurans Kereta Third Party?\nFahami Perbezaan Insurans Kereta First Party dan Insurans Kereta Third Party Sebelum Beli Insurans Kenderaan\nRenew Insurans Kereta di Qoala untuk Perlindungan Masa Depan yang Lebih Terjamin\n\n\nInsurans Kereta \nThird Party\n: Apa Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu?\n\n\nPerlindungan insurans adalah wajib bagi semua kenderaan yang berada di jalan raya di Malaysia. Setiap kenderaan perlu mempunyai sekurang-kurangnya perlindungan Insurans Kereta \nThird Party\n bagi membolehkan kenderaan digunakan di jalan raya secara sah.\n\n\nJika kereta yang dinaiki tidak mempunyai perlindungan insurans, anda berkemungkinan berdepan tindakan \nsaman PDRM atau Trafik\n.\n\n\nApa Itu Insurans Kereta \nThird Party\n?\n\n\nDi Malaysia, terdapat tiga jenis insurans kereta yang ditawarkan oleh syarikat insurans iaitu \nInsurans Kereta Komprehensif\n (atau Insurans Kereta \nFirst Party\n), Insurans Kereta \nThird Party\n, Kebakaran dan Kecurian serta Insurans Kereta \nThird Party\n. Untuk ketahui lebih lanjut tentang perlindungan insurans komprehensif, anda boleh merujuk artikel \nInsurans Kereta \nFirst Party\n ini.\n\n\nSecara asasnya, perlindungan Insurans Kereta \nThird Party\n memberikan perlindungan terhadap tuntutan pihak ketiga akibat kemalangan yang disebabkan oleh pemilik kereta. Ia termasuk ganti rugi kerosakan fizikal kereta dan kecederaan diri, \nkos perubatan\n, kos pembaikan kenderaan dan kos penggantian harta benda pihak ketiga.\n\n\nApa Perlindungan yang Ditawarkan?\n\n\nDengan memiliki polisi insurans \nthird party\n ini, tiada tuntutan boleh dibuat untuk kereta anda jika kemalangan berpunca daripada anda. Ini bermaksud, segala kerosakan pada kereta anda perlu ditanggung sendiri oleh anda dan polisi insurans hanya akan membayar pampasan yang dituntut oleh pihak ketiga (pihak yang dilanggar) sahaja.\n\n\nUntuk membantu anda memahami perlindungan Insurans Kereta \nThird Party\n dengan lebih baik, anda boleh lihat contoh-contoh situasi berikut:\n\n\n\n\nKereta anda rosak teruk kerana langgar tiang lampu isyarat, bolehkah anda membuat tuntutan baiki kerosakan kereta anda jika memiliki polisi insurans pihak ketiga? \u2013 TIDAK;\n\n\nKereta anda terlanggar haiwan ketika memandu, adakah anda boleh membuat tuntutan di bawah insurans \nthird party\n? \u2013 TIDAK;\n\n\nBolehkah anda \nclaim\n Insurans Kereta Pihak Ketiga untuk baiki kerosakan pada kereta disebabkan kebakaran? \u2013 TIDAK;\n\n\nKereta anda dicuri, adakah pihak insurans akan membayar pampasan sekiranya anda memiliki polisi insurans pihak ketiga? \u2013 TIDAK;\n\n\nJika kereta anda melanggar kenderaan lain dan rosak teruk, bolehkah anda buat tuntutan insurans untuk baiki kerosakan pada kereta anda? \u2013 TIDAK;\n\n\nAdakah anda boleh membuat tuntutan insurans di bawah polisi insurans pihak ketiga jika kereta anda terlanggar kereta lain dan pihak yang dilanggar ingin membuat tuntutan? \u2013 YA, anda boleh membuat tuntutan.\n\n\n\n\n\n\nBerapa Harga Insurans Kereta \nThird Party\n?\n\n\nInsurans Kereta \nThird Party\n merupakan perlindungan insurans paling murah dan menawarkan perlindungan paling asas berbanding ketiga-tiga jenis insurans kereta yang lain.\n\n\nBiasanya, harga premium Insurans Kereta \nThird Party\n bergantung sepenuhnya pada syarikat insurans \u2013 \nharga insurans kereta\n berbeza-beza mengikut jenis kenderaan, tahun pembuatan, tabiat pemanduan dan lain-lain. Sebagai contoh,\u00a0kadar harga \npremium insurans\n minimum bagi kereta Myvi keluaran tahun 2005 dengan kadar NCD kereta 55 peratus adalah sekitar RM209.\n\n\nAnda boleh rujuk syarikat insurans anda atau layari laman web Qoala, platform \nperbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n untuk info lanjut berkaitan \nharga Insurans Kereta\n \nThird Party\n ini.\n\n\nBagaimana Proses Tuntutan Insurans Kereta \nThird Party\n?\n\n\nApabila terjadi kemalangan yang melibatkan kereta anda dan pihak ketiga, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mendapatkan butiran-butiran pihak ketiga seperti nama, nombor telefon, nombor plat kereta dan maklumat insurans.\n\n\nSelepas itu, tuntutan Insurans Kereta \nThird Party\n boleh dibuat dengan menghubungi syarikat insurans anda. Anda perlu memberikan butiran-butiran berkaitan kemalangan seperti:\n\n\n\n\nTarikh dan masa kemalangan;\n\n\nLokasi kemalangan;\n\n\nMaklumat kenderaan pihak ketiga; dan\n\n\nButiran-butiran lain yang berkaitan.\n\n\n\n\nSetelah membuat \ntuntutan insurans\n, syarikat insurans akan menyiasat kemalangan dan memberikan ganti rugi kepada pihak ketiga jika perlu. Proses tuntutan Insurans Kereta \nThird Party\n biasanya memakan masa yang lebih singkat berbanding dengan Insurans Kereta Komprehensif. Ini kerana, tidak banyak pihak yang terlibat \u2013 hanya melibatkan tuntutan kepada pihak ketiga sahaja.\n\n\nFahami Perbezaan Insurans Kereta \nFirst Party\n dan Insurans Kereta\n Third Party\n Sebelum Beli Insurans Kenderaan\n\n\nInsurans Kereta First Party dan Insurans Kereta Third Party\n adalah dua jenis insurans kereta yang berbeza. Insurans Kereta \nFirst Party\n (atau Insurans Kereta Komprehensif) menawarkan liputan perlindungan insurans yang lebih luas berbanding Insurans Kereta \nThird Party\n.\n\n\nSelain perlindungan terhadap pihak ketiga, Insurans Kereta Komprehensif memberikan perlindungan kepada pemilik kereta daripada risiko kehilangan atau kerosakan kenderaan sendiri. Insurans Kereta \nFirst Party\n juga melindungi pemilik kereta dan kenderaan daripada pelbagai risiko seperti:\n\n\n\n\nKereta kena curi;\n\n\nKereta terbakar\n;\n\n\nKerosakan \nkereta tenggelam banjir\n; dan\n\n\nKereta rosak akibat kemalangan disebabkan oleh diri sendiri atau pihak ketiga.\n\n\n\n\nManakala, Insurans Kereta \nThird Party\n pula memberikan perlindungan terhadap tuntutan pihak ketiga akibat kemalangan yang disebabkan oleh pemilik kereta. Ini bermaksud, insurans hanya \ncover\n kerosakan pada kereta pihak ketiga sahaja. Apa-apa kos pembaikan kerosakan pada kereta sendiri perlu ditanggung sendiri oleh pemilik kereta.\n\n\nUntuk membantu anda memahami dengan lebih baik, anda boleh rujuk contoh berikut. Ali memiliki Insurans Kereta \nThird Party\n \u2013 semasa memandu tempat kerja, Ali terlanggar bahagian belakang kereta Siti. Oleh sebab Ali memiliki insurans \nthird party, \nSiti boleh \nclaim\n daripada insurans kereta Ali \u2013 kos pembaikan kereta Siti akan ditanggung oleh insurans Ali.\n\n\nTetapi, dalam kes Ali pula, Ali perlu mengeluarkan belanja daripada \nsimpanan\n sendiri untuk kos baik pulih kerosakan. Ini kerana, perlindungan Insurans Kereta Pihak Ketiga hanya menawarkan perlindungan daripada tuntutan pihak ketiga sahaja.\n\n\nDalam erti kata mudah, insurans \nthird party\n hanya akan membayar kos baik pulih kereta yang anda langgar dan anda tidak boleh \nclaim\n insurans\n untuk pembaikan kereta anda. Apabila tuntutan dibuat ke atas insurans anda, \nkadar NCD kereta\n anda akan menjadi 0 peratus pada tahun seterusnya.\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Perlindungan\n\n\n\n\nInsurans Kereta \nFirst Party\n\n\n\n\n\n\nInsurans Kereta \nThird Party\n\n\n\n\n\n\n\n\nKerosakan Kereta Sendiri\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\u2717\n\n\n\n\n\n\n\n\nKebakaran\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\u2717\n\n\n\n\n\n\n\n\nKecurian\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\u2717\n\n\n\n\n\n\n\n\nKerosakan Kereta, Kecederaan dan Kematian Pihak Ketiga\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Trak Tunda\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan trak tunda tertakluk pada bayaran tertentu\n\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan Kecemasan\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\u2717\n\n\n\n\n\n\n\n\nTuntutan Cermin Kereta\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\n\u2717\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerlindungan Tambahan\n\n\n\n\n\u2713\n\n\n\n\n\n\nTerhad \u2013 insurans cermin kereta dan \nperil khas\n tidak boleh ditambah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga\n\n\n\n\nMahal\n\n\n\n\n\n\nLebih Murah\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelayakan Pembelian\n\n\n\n\nPemilik kereta yang beli kereta dengan \npinjaman bank\n wajib mengambil polisi ini.\n\n\n\n\n\n\nPemilik kereta dengan usia kenderaan 15 tahun dan ke atas\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRenew\n Insurans Kereta di Qoala untuk Perlindungan Masa Depan yang Lebih Terjamin\n\n\nBagi pemilik kereta, penting untuk memastikan bahawa \ninsurans kereta mencukupi\n dan sentiasa aktif supaya ia dapat melindungi anda (dan harta benda) sekiranya berlaku situasi \nkereta rosak tepi jalan\n, kemalangan dan sebagainya.\n\n\nTidak kira sama ada anda memilih Insurans Kereta \nThird Party\n atau Insurans Kereta Komprehensif, pemilihan antara kedua-dua jenis insurans ini bergantung sepenuhnya pada keperluan perlindungan dan kemampuan kewangan anda.\n\n\nJika anda seseorang yang mementingkan perlindungan yang lebih komprehensif dan meluas, Insurans Kereta Komprehensif adalah pilihan yang lebih sesuai. Namun begitu, jika anda ingin menjimatkan kos, Insurans Kereta \nThird Party\n sahaja sudah memadai untuk melindungi anda daripada tuntutan pihak ketiga yang berpotensi menelan kos dan belanja yang tinggi.\n\n\nSelain itu, jika anda ingin mendapatkan perlindungan \nInsurans Kereta Pihak Ketiga\n atau \nInsurans Kereta Komprehensif\n untuk ketenangan fikiran semasa memandu, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans online terbaik\n di Malaysia. Anda boleh mendapatkan \ninsurans kereta terbaik\n di Malaysia dengan mudah dan pantas pada harga yang berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-kesihatan-diabetes/", "title": "Penyakit Diabetes Boleh Dapatkan Perlindungan Insurans Kesihatan Diabetes?", "body": "\n\nPenyakit diabetes\u00a0 atau juga dikenali sebagai kencing manis adalah satu penyakit yang bukan lagi asing terutamanya di negara kita, Malaysia. Di Malaysia, terdapat tiga penyakit yang dihidapi ramai iaitu sakit jantung, darah tinggi dan juga diabetes. Statistik menunjukkan bahawa seramai 3.9 juta individu yang berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes. Jumlah penghidap diabetes adalah merupakan keempat yang tertinggi di Asia.\n\n\nPenghidap penyakit kencing manis ini menunjukkan trend yang meningkat pada setiap tahun. Lebih merisaukan apabila segelintir daripada statistik tersebut tidak sedar bahawa mereka sebenarnya menghidapi penyakit tersebut. Untuk pengetahuan, jangan ingat muda-muda tak boleh kena diabetes. Diabetes tidak mengenali mangsa dari segi usia. 5.5% daripada statistik adalah dalam lingkungan usia 18-19 tahun direkodkan menghidap penyakit bahaya itu begitu juga dengan dua dalam lima warga emas yang berusia antara 70 hingga ke 74 tahun menghidap penyakit itu.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nDiabetes Pembunuh Senyap?\nJenis 1 \u2013 Insulin Dependent Diabetes\nJenis 2 \u2013 Non Insulin Dependent Diabetes\nBoleh Ke Pesakit Penyakit Diabetes Mendapatkan Perlindungan Insurans?\n7 Punca Penyakit Diabetes\n1. Pengambilan Makanan Tinggi Gula\n2. Refined Carbs\n3. Tidak Bersenam\n4. Sejarah Penyakit Keluarga\n5. Tidak Makan Sayur dan Buah\n6. Diabetes Gestasi dan Pradiabetes\n7. Kerintangan Insulin\nTanda-tanda Awal Diabetes\n1. Kerap Buang Air Kecil\n2. Kerap Rasa Haus\n3. Tompok Gelap pada Kulit\n4. Luka Lambat Pulih\n5. Kerap Rasa Lapar\n6. Penglihatan Terganggu\n7. Sakit saraf\nCara Mengawal Kadar Gula Dalam Badan\nSelalu Bersenam\nKawal Pengambilan Karbohidrat\nLebihkan Pengambilan Serat\nSaiz Hidangan yang Disyorkan\nTidur yang Berkualiti\n\n\nDiabetes Pembunuh Senyap?\n\n\nDiabetes adalah satu penyakit jenis metabolik yang berkemampuan untuk merosakkan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, jantung, otak, saraf, mata, kulit dan banyak lagi. Ada dua jenis penyakit diabetes iaitu:\n\n\nJenis 1 \u2013 Insulin Dependent Diabetes\n\n\nDiabetes jenis 1 ini mengakibatkan penghidapnya untuk bergantung kepada suntikan insulin. Ini kerana penyakit autoimun di mana sistem pertahanan tubuh menyerang dan juga mampu untuk merosakkan sel-sel yang menghasilkan insulin sekaligus mengakibatkan pankreas tidak mampu untuk menghasilkan hormon itu lagi. Jika dapat hasilkan, ianya dalam jumlah yang sangat kecil.\n\n\nKira-kira satu daripada 10 pesakit diabetes merupakan pesakit jenis 1. Pesakit jenis 1 juga perlu mendapatkan suntikan insulin setiap hari di sepanjang hayat mereka.\n\n\nJenis 2 \u2013 Non Insulin Dependent Diabetes\n\n\nDiabetes jenis 2 pula tidak bergantung pada insulin. Dan majoriti penghidap penyakit diabetes mempunyai jenis 2 ini. Penyakit diabetes jenis 2 ini sering dikaitkan obesiti yang boleh menjadi punca rintangan insulin yang mengakibatkan peningkatan paras gula yang tinggi dalam darah.\n\n\nDiabetes sering dikatakan pembunuh senyap kerana ia hanya boleh dikesan apabila setelah berlakunya komplikasi.\n\n\nBoleh Ke Pesakit Penyakit Diabetes Mendapatkan Perlindungan Insurans?\n\n\nSebenarnya, individu yang telah disahkan menghidap penyakit diabetes yang tidak mempunyai insurans perlindungan sebelumnya sukar untuk mendapatkan perlindungan. Malahan ada kebanyakkan syarikat insurans akan terus menolak jika pemohon sudah menghidap penyakit tersebut. Mereka tidak akan menawarkan pelan perlindungan insurans kerana penyakit diabetes adalah salah satu penyakit yang memakan kos yang tinggi berbanding penyakit-penyakit biasa yang lain.\n\n\nIa boleh menjadi tinggi disebabkan komplikasi-komplikasi yang disebabkan diabetes. Tambah pula dengan kadar purata inflasi perubatan tahunan pada 10 peratus, kos perubatan dan rawatan bagi komplikasi yang disebabkan penyakit kencing manis dijangka akan melambung.\n\n\nInilah pentingnya jika kita menyediakan perlindungan insurans, seperti \ninsurans perubatan\n atau \ninsurans kesihatan\n. Lebih awal, lebih bagus. Jangan tunggu waktu kita sakit. Ini kerana risiko rakyat Malaysia untuk menghidap diabetes adalah sangat tinggi. Malaysia sangat terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang enak-enak belaka.\n\n\nGaya pemakanan antara punca mengapa ramai rakyat Malaysia berpotensi untuk mendapatkan penyakit diabetes ini. Komplikasi daripada penyakit ini juga tidak boleh dipandang remeh. Ia boleh merosakkan organ-organ penting dalam badan. Kos perubatan dan rawatan sudah tentunya menjadi sangat tinggi.\n\n\nJika kita tidak mempunyai perlindungan awal, dikhuatiri kita terpaksa menggunakan wang sendiri untuk menjalani rawatan-rawatan lanjut untuk tempoh masa yang lama kerana untuk mengawal kencing manis bukannya mudah, apatah lagi untuk pulih sepenuhnya daripada penyakit berbahaya ini.\n\n\n\n\n7 Punca Penyakit Diabetes\n\n\nDiabetes boleh berpunca daripada pelbagai faktor. Bukan sahaja makanan tapi banyak lagi. Ini antara punca-punca diabetes yang boleh Qoala kongsikan:\n\n\n1. Pengambilan Makanan Tinggi Gula\n\n\nUmum mengetahui bahawa punca utama diabetes adalah pengambilan jumlah gula yang tinggi. Meskipun begitu, jangan ingat maksud pengambilan gula di sini adalah gula semata-mata. Kandungan gula dalam makanan-makanan lain juga boleh menjadi punca. Antara makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi tanpa kita sedari adalah seperti, madu, pastri, pisang dan bermacam-macam lagi. Makanan-makanan ini mempunyai glisemik indeks yang tinggi. Kebanyakan minuman di pasaraya pula menggunakan pemanis seperti glukosa atau sirap jagung yang mempunyai fruktosa yang tinggi.\n\n\n2. Refined Carbs\n\n\nPengambilan refined carbs juga antara punca penyakit diabetes. Refined carbs termasuk juga roti, cereal, nasi putih, dan pasta. Bukan orang Malaysia lah, kalau tak makan nasi betul tak? Beras boleh dibuat nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu dan pelbagai lagi masakan yang sedap lain. Ramai individu mengambil nasi sebagai sumber utama karbohidrat dan juga tenaga. Namun begitu, nasi juga lah yang menjadi punca ramai orang mengidap penyakit diabetes kerana kandungan kanjinya yang tinggi.\n\n\n3. Tidak Bersenam\n\n\nTidak bersenam membolehkan datangnya pelbagai penyakit termasuklah penyakit kencing manis. Sesetengah individu mempunyai tabiat di mana makan berpanjangan tanpa sebarang senaman dengan alasan jumlah makanan yang diambil adalah sedikit. Walaupun sedikit, kekerapan mengambil makanan tersebut turut memerlukan kita untuk bersenam. Tambah-tambah lagi jika kita seseorang yang suka memakan makanan tidak sihat seperti burger, pizza, ayam goreng dan pelbagai lagi.\n\n\n4. Sejarah Penyakit Keluarga\n\n\nAntara punca lain diabetes adalah sejarah penyakit keluarga. Jika keluarga anda ada yang menghidap penyakit diabetes, anda juga berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit yang sama. Dan sekiranya ibu anda mempunyai kencing manis jenis 2, anda juga mempunyai risiko setinggi 40 peratus untuk mendapatkannya juga. Manakala jika kedua-dua, ibu dan bapa mempunyai penyakit ini, risiko anda adalah pada tahap 80 peratus.\n\n\n5. Tidak Makan Sayur dan Buah\n\n\nBukan nak menakutkan, tapi individu yang liat dan susah sangat nak makan sayur dan buah ni bukan sahaja boleh berisiko untuk menghidap kencing manis, malah penyakit lain juga. Jika anda seorang yang tak suka makan sayur, cuba mula makan daripada sekarang. Pada mulanya memang lah pahit dan tak sedap, tapi lama kelamaan pasti akan terbiasa. Kena mula daripada sekarang kerana pelbagai risiko yang boleh kita dapat jika tak makan sayur kerana badan kita memerlukan nutrisi-nutrisi daripada sayur-sayur tersebut.\n\n\n6. Diabetes Gestasi dan Pradiabetes\n\n\nDiabetes gestasi adalah satu situasi di mana tahap kadar gula dalam darah anda meningkat naik hanya pada sewaktu anda hamil dan bukanlah disebabkan anda pernah mengalami diabetes. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi penyebab individu tersebut untuk menghidapi kencing manis jenis 2.\n\n\nSewaktu penghamilan, hormon plasenta boleh menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat. Sekiranya penghasilan insulin tidak mampu menampung paras gula dalam darah, ia boleh menyebabkan individu tersebut untuk mendapatkan kencing manis jenis 2 semasa dalam tempoh hamil. Namun, bacaan paras gula akan kembali normal pada kebiasaanya sejurus melahirkan. Tetapi ia tetap berisiko untuk kekal menjadi diabetes jenis 2 jika pengambilan gula tidak dikawal dengan rapi.\n\n\nPradiabetes pula adalah salah satu situasi dimana kadar gula dalam darah berada adalam keadaan yang tinggi meskipun bacaan yang direkod adalah normal. Yang merisaukan, individu boleh mempunyai pradiabetes selama beberapa tahun tanpa sebarang simptom. Inilah yang dimaksudkan ramai yang tidak menyedari mereka menghidapi kencing manis sehinggalah berlaku komplikasi.\n\n\n7. Kerintangan Insulin\n\n\nKerintangan insulin, atau juga dikenali sebagai insulin resistan adalah sebuah situasi dimana jumlah insulin normal tidak lagi cukup bagi menghasilkan tindak balas insulin normal terhadap sel lemak, otot, dan juga hati. Kerintangan insulin pada sel lemak mengurangkan kemampuan dan keberkesanan insulin lantas mengakibatkan peningkatan hidrolisis trigliserida yang tersimpan. Ada pelbagai sebab yang boleh mengakibatkan berlakunya kerintangan insulin. Antaranya ialah genetik, faktor penuaan, berat badan yang berlebihan, kurang bersenam, merokok dan banyak lagi.\n\n\nTanda-tanda Awal Diabetes\n\n\nTanda-tanda awal diabetes sebenarnya bergantung pada kadar kandungan gula dalam darah\n\n\n1. Kerap Buang Air Kecil\n\n\nSituasi kekerapan membuang air kecil ini juga dikenali sebagai poliuria. Anda akan kerap membuang air kecil apabila buah pinggang anda tidak lagi mampu memproses jumlah glukosa yang tinggi dalam darah. Disebabkan itu, buah pinggang akan menyingkirkan sebahagiannya melalui air kencing.\n\n\nJadi, bila anda selalu sangat buang air kecil, jangan lupa buat pemeriksaan lanjut.\n\n\n2. Kerap Rasa Haus\n\n\nAntara tanda-tanda awal diabetes adalah kekerapan merasa haus daripada biasa. Ini juga berkaitan dengan kekerapan buang air kecil. Apabila kita kerap buang air kecil, sudah pastinya tubuh badan akan mengalami kekurangan air sekaligus menyebabkan haus. Seterusnya, sekiranya kadar gula dalam darah berada pada kadar yang terlalu tinggi, ia juga boleh menyebabkan anda berasa haus dengan lebih kerap. Ia turut akan menyebabkan anda rasa kurang puas walaupun telah meminum air yang banyak.\n\n\n3. Tompok Gelap pada Kulit\n\n\nSelain itu, tompok gelap pada kulit turut menjadi tanda-tanda awal anda mengalami kencing manis. Tompok-tompok ini sering terjadi pada kawasan sekitar leher, ketiar dan juga pada celah kangkang. Kulit seorang yang mengalami kencing manis juga akan menjadi tebal daripada biasa. Kewujudan tompok hitam ini ada disebabkan keadaan insulin yang berlebihan dalam darah.\n\n\n4. Luka Lambat Pulih\n\n\nJika anda mempunyai sebarang luka, dan proses pemulihan luka itu lambat, ia juga boleh menjadi tanda-tanda awal diabetes. Antara sebab utama mengapa luka tersebut lambat untuk pulih adalah kerana salur darah kita sendiri.\n\n\nKadar gula yang tinggi dalam darah akan menyempitkan saluran darah dan secara automatik memperlahankan aliran darah. Perkara ini akan menyebabkan kawasan luka akan terhalang untu mendapatkan oksigen yang mencukupi untuk kembali sembuh dengan segera. Bukan itu sahaja, kandungan gula dalam darah pada satu tempoh masa yang lama juga boleh menyebabkan sistem imun dalam tumbuh terbantut. Dan disebabkan itu, badan memerlukan masa yang lebih lama untuk melawan jangkitan pada luka tersebut.\n\n\n5. Kerap Rasa Lapar\n\n\nKenapa boleh jadi cepat rasa lapar? Ini kerana sel-sel dalam badan akan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga supaya sel-sel tersebut kekal berfungsi dengan baik. Walau bagaimanapun, sekiranya sistem ini rosak disebabkan penyakit diabetes, sel-sel dalam badan tidak dapat lagi menyerap glukosa dalam darah.\n\n\nAkibatnya, sel-sel dalam tubuh akan mencari sumber tenaga lain yang akan mengakibatkan kita terasa cepat lapar.\n\n\n6. Penglihatan Terganggu\n\n\nPesakit-pesakit kencing manis juga sering mengalami kerosakan penglihatan sehingga ada yang buta. Tanda awalnya adalah penglihatan anda mungkin akan menjadi kabur dan samar-samar disebabkan kencing manis. Ia boleh dilihat apabila kadar gula dalam darah terlalu tinggi, ia boleh juga merosakkan salur-salur darah kecil yang terdapat pada mata. Ini mengakibatkan cecair pada mata akan meresap masuk ke dalam kanta mata lantas mengakibatkan penglihatan menjadi kabur.\n\n\n7. Sakit saraf\n\n\nDengan memiliki penyakit diabetes pada tempoh yang lama tanpa disedari, ia boleh mengakibatkan sakit pada saraf-saraf badan. Situasi ini juga dikenali sebagai neuropati diabetes. Badan yang mempunyai masalah saraf akan kerap berasa kebas atau kesemutan. Antara bahagian badan yang sering terasa kebas ialah bahagian tangan, jari dan juga kaki.\n\n\n\n\nCara Mengawal Kadar Gula Dalam Badan\n\n\nBelum terlambat untuk kita menjaga diri kita daripada terkena penyakit diabetes ini. Ini antara cara-cara mengawal kadar gula dalam badan.\n\n\nSelalu Bersenam\n\n\n\n\nBersenam ada banyak faedahnya. Kalau dari segi diabetes pula, ia dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkat kepekaan insulin. Sekiranya kepekaan insulin dalam badan meningkat, ini bermakna sel-sel badan akan menggunakan gula yang ada di saluran darah dengan lebih baik. Senaman yang kerap juga mampu mencegah pelbagai lagi penyakit jika dilakukan secara konsisten.\n\n\nKawal Pengambilan Karbohidrat\n\n\nTahukah anda, tubuh badan kita akan memecahkan karbohidrat kepada menjadi gula dan kemudiannya insulin akan memindahkan gula ke dalam sel-sel dalam tubuh. Pengambilan karbo yang banyak akan merumitkan proses ini dan menyebabkan kadar glukosa dalam darah meningkat.\n\n\nPersatuan Diabetes Amerika (ADA)\n mengesyorkan untuk mengawal pengambilan karbo dengan mengira karbohidrat atau menggunakan sistem pertukaran makanan. Oleh itu, rancang pemakanan anda agar dapat mengawal paras gula dalam badan.\n\n\nLebihkan Pengambilan Serat\n\n\nApa yang menarik mengenai serat ini adalah, ia boleh melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Oleh itu, dengan mengambil serat yang banyak, ia akan meningkatkan kadar gula dalam darah secara beransur-ansur. Untuk pengetahuan korang, ada dua jenis serat iaitu serat tidak larut dan larut. Kedua-duanya penting, namun serat larut lebih terbukti dapat mengawal kadar gula dalam darah.\n\n\nAntara makanan yang tinggi dengan serat dalam sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijian.\n\n\nSaiz Hidangan yang Disyorkan\n\n\nDengan mengawal saiz hidangan makanan, ia dapat membantu mengawal pengambilan kalori dan juga boleh membantu kita menurunkan berat badan. Dengan berat badan yang terkawal, ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah menjadi sihat dan mengurangkan risiko untuk mendapatkan penyakit diabetes jenis 2.\n\n\nBukan itu sahaja, kawalan saiz hidangan boleh membantu kita untuk mengurangkan kadar gula dalam darah secara sihat.\n\n\nTidur yang Berkualiti\n\n\nTidur bukan sahaja perlu cukup, ia juga perlu berkualiti untuk menjamin kesihatan yang baik. Tabiat tidur yang tidak sihat dan juga kurang mendapatkan rehat boleh menjadi faktor kenaikan gula dalam darah badan dan juga kepekaan insulin. Ia dapat menambah selera lantas menaikan berat badan. Kekurangan tidur juga boleh menyebabkan kurangnya pembebasan hormon pertumbuhan dan meningkatkan hormon kortisol iaitu hormon stress.\n\n\nKesimpulannya, penyakit diabetes ini boleh dielak dan dikawal. Untuk perlindungan yang lebih baik, pastikan kita mencarum untuk insurans perubatan sewaktu sihat kerana kita tak tahu apa yang bakal berlaku pada masa depan.\n\n\nBila dah berlaku macam ni, apa yang kita boleh buat adalah mengawal penyakit ini supaya tidak menyebabkan komplikasi-komplikasi yang teruk. Qoala harap artikel harini dapat membantu anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-kesihatan-kumpulan/", "title": "3 Cara Pilih Insurans Kesihatan Kumpulan Terbaik untuk Syarikat", "body": "\n\nInsurans kesihatan kumpulan atau \ngroup health insurance\n merupakan salah satu jenis perlindungan yang disediakan kepada pekerja oleh sesebuah organisasi atau majikan. Sebagai pemilik perniagaan, anda perlu mempertimbangkan untuk menyediakan \ninsurans kesihatan dan perubatan\n kepada pekerja. Ini kerana, ia merupakan salah satu faedah yang sangat penting dan menunjukkan komitmen majikan terhadap kesihatan dan kesejahteraan pekerja.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa Kepentingan Insurans Kesihatan Kumpulan kepada Pekerja?\n1. Perlindungan Komprehensif\n2. Penjimatan Kos\n3. Perlindungan Penyakit Sedia Ada\n4. Tiada Tempoh Menunggu\n5. Perlindungan untuk Keluarga\nBagaimana Memilih Pelan Insurans Kesihatan Kumpulan yang Tepat untuk Perniagaan Anda?\n1. Tentukan Bajet Syarikat\n2. Pilih Syarikat Insurans Bertauliah\n3. Pilih Pelan Perlindungan\nDapatkan Insurans Kesihatan Kumpulan untuk Perlindungan, Kesejahteraan Masa Depan\n\n\nApa Kepentingan Insurans Kesihatan Kumpulan kepada Pekerja?\n\n\nPenting untuk anda memahami manfaat insurans kesihatan kumpulan dan mengetahui \ncara memilih pelan perlindungan insurans\n yang tepat dan sesuai untuk pekerja anda. Di Malaysia, pelan insurans kesihatan dan perubatan kumpulan biasanya tersedia untuk syarikat atau organisasi yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga ahli.\n\n\nPelan insurans ini tidak boleh dibeli secara individu kerana ia menawarkan perlindungan yang eksklusif untuk kumpulan. Insurans kesihatan kumpulan menawarkan manfaat yang besar kepada pekerja. Berikut lima kelebihan insurans kesihatan dan perubatan kumpulan yang perlu diketahui oleh pekerja:\n\n\n1. Perlindungan Komprehensif\n\n\nInsurans kesihatan kumpulan menawarkan kelebihan yang optimum kepada pekerja terutamanya apabila berlaku kes kecemasan perubatan. Walaupun ada sesetengah pekerja mungkin sudah mempunyai \ninsurans perubatan peribadi\n sendiri, pelan perlindungan kumpulan ini boleh bertindak sebagai jaringan keselamatan tambahan.\n\n\nPelan insurans ini direka khusus untuk menyediakan perlindungan berkaitan \nkos perubatan dan rawatan\n yang mungkin timbul akibat kemalangan, penyakit atau situasi perubatan lain. Skop perlindungan insurans kesihatan dan perubatan kumpulan biasanya merangkumi:\n\n\n\n\nRawatan di hospital (\ninpatient\n);\n\n\nRawatan pesakit luar (\noutpatient\n) termasuk pembedahan, konsultasi dan ujian diagnostik.\n\n\n\n\nDengan pelan perlindungan kumpulan, pekerja boleh mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan tanpa perlu mengeluarkan simpanan sendiri dan menikmati perlindungan kewangan.\n\n\n\n\n2. Penjimatan Kos\n\n\nPelan insurans kesihatan kumpulan untuk pekerja secara asasnya boleh menjimatkan kos. Ini kerana, kos bayaran \npremium insurans\n akan dikongsikan dengan semua ahli dalam kumpulan ini. Ini bermaksud, anda boleh nikmati pelan perlindungan yang lebih baik dengan kos yang lebih rendah berbanding pelan \ninsurans kesihatan individu\n.\n\n\n3. Perlindungan Penyakit Sedia Ada\n\n\nUndang-undang di Malaysia menggariskan bahawa pelan insurans kesihatan kumpulan perlu merangkumi keadaan kesihatan sedia ada. Ini membolehkan pekerja dengan masalah kesihatan sedia ada dapat mengakses perlindungan perubatan tanpa berasa bimbang polisi insurans ditolak atau perlu membayar premium yang lebih tinggi.\n\n\nSelain itu, ada sesetengah pelan insurans kesihatan kumpulan yang menawarkan manfaat tambahan seperti perlindungan gigi atau mata, program kecergasan atau manfaat kehamilan.\n\n\n4. Tiada Tempoh Menunggu\n\n\nPekerja yang didaftarkan dalam pelan insurans kesihatan kumpulan dapat mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan serta-merta. Ini kerana, pelan perlindungan insurans kesihatan dan perubatan kumpulan ini tidak mempunyai tempoh menunggu. Ini bermaksud, pekerja boleh mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan sebaik sahaja mereka didaftarkan dalam pelan ini.\n\n\nMeskipun begitu, anda disarankan untuk merujuk syarikat insurans anda untuk info lanjut. Ada sesetengah pelan insurans kesihatan kumpulan tertakluk pada tempoh menunggu sebelum perlindungan bermula.\n\n\n5. Perlindungan untuk Keluarga\n\n\nBergantung pada polisi, pelan insurans kesihatan kumpulan di Malaysia biasanya turut merangkumi perlindungan untuk keluarga. Ia menawarkan perlindungan kewangan menyeluruh dan ketenangan jiwa bagi seluruh ahli keluarga. \nInsurans kesihatan dan perubatan\n kumpulan ini membolehkan pasangan, ibu bapa dan anak-anak berkongsi jaringan perlindungan yang sama.\n\n\nBagaimana Memilih Pelan Insurans Kesihatan Kumpulan yang Tepat untuk Perniagaan Anda?\n\n\nProses pemilihan insurans kesihatan kumpulan terbaik di Malaysia untuk syarikat anda memerlukan pertimbangan yang teliti. Anda perlu ambil kira beberapa faktor penting seperti berikut:\n\n\n\n\n1. Tentukan Bajet Syarikat\n\n\nUntuk \nmenentukan jenis perlindungan\n yang paling sesuai, anda perlu menilai bajet syarikat dan keperluan penjagaan kesihatan pekerja terlebih dahulu.\u00a0Pelan insurans kesihatan kumpulan untuk perniagaan kecil biasanya menawarkan pelbagai pilihan perlindungan daripada perlindungan paling asas sehinggalah perlindungan komprehensif.\n\n\nPenting untuk anda memilih pelan yang menyediakan perlindungan yang mencukupi dengan kos yang berpatutan. Kos insurans kesihatan kumpulan di Malaysia adalah berbeza-beza bergantung pada beberapa faktor seperti:\n\n\n\n\nSaiz kumpulan;\n\n\nTahap perlindungan yang disediakan;\n\n\nUmur; serta\n\n\nStatus kesihatan pekerja.\n\n\n\n\nKos pelan insurans kesihatan kumpulan untuk perniagaan kecil biasanya antara ratusan ringgit setahun setiap pekerja hingga ribuan ringgit setahun setiap pekerja. Pelan insurans kesihatan dan perubatan kumpulan secara asasnya lebih berpatutan daripada pelan insurans kesihatan individu.\n\n\nHarga premium biasanya ditawarkan pada harga yang lebih rendah disebabkan oleh tahap risiko yang lebih kecil yang perlu ditanggung oleh syarikat insurans.\n\n\n2. Pilih Syarikat Insurans Bertauliah\n\n\nAnda disyorkan untuk berunding dengan \npenyedia insurans yang bertauliah\n di Malaysia untuk membincangkan keperluan dan pilihan berkaitan perlindungan insurans kesihatan kumpulan. Mereka dapat membantu anda memahami jenis pelan perlindungan yang tersedia bagi membolehkan anda memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan dan bajet perniagaan.\n\n\nDi Malaysia, terdapat beberapa syarikat insurans yang menawarkan pelan insurans kesihatan kumpulan untuk perniagaan antaranya:\n\n\n\n\nAllianz Malaysia;\n\n\nAIA Malaysia;\n\n\nPrudential Assurance Malaysia;\n\n\nGreat Eastern Life Assurance;\n\n\nZurich Malaysia\n.\n\n\n\n\n3. Pilih Pelan Perlindungan\n\n\nSemasa memilih pelan perlindungan yang sesuai untuk perniagaan anda, beri perhatian kepada manfaat dan ciri pelan insurans kesihatan kumpulan. Tempoh menunggu, \nmanfaat tambahan\n dan perlindungan rawatan perubatan yang diperlukan perlu diambil kira untuk memastikan pekerja anda dilindungi sepenuhnya.\n\n\nSelepas memilih pelan yang memenuhi keperluan syarikat, anda bolehlah mendaftarkan pekerja anda. Di Malaysia, terdapat beberapa pelan insurans kesihatan kumpulan yang ditawarkan seperti \npelan kad perubatan\n, pelan hospitalisasi dan pembedahan dan \npelan penyakit kritikal\n. Setiap satu pelan ini didatangkan dengan manfaat dan ciri yang berbeza untuk memenuhi keperluan pekerja yang pelbagai.\n\n\n\n\nDapatkan Insurans Kesihatan Kumpulan untuk Perlindungan, Kesejahteraan Masa Depan\n\n\nPelan insurans kesihatan kumpulan di Malaysia merupakan alternatif yang berpatutan dan praktikal bagi syarikat atau organisasi. Ia membolehkan syarikat menawarkan perlindungan kesihatan yang menyeluruh kepada pekerja.\n\n\nPerkongsian risiko dalam kalangan ahli kumpulan secara tidak langsung membolehkan pelan insurans kesihatan kumpulan menyediakan perlindungan dengan kos yang lebih rendah. Melalui kerjasama dengan pembekal insurans, syarikat dapat memilih pelan perlindungan dan manfaat yang tepat kepada pekerja bagi memastikan kesejahteraan dan ketenangan jiwa.\n\n\nSelain itu, jika anda mencari \nperlindungan kesihatan individu\n di Malaysia tanpa membebani kewangan anda, dapatkannya di Qoala. Qoala menawarkan pelbagai \npelan insurans dan takaful kesihatan terbaik\n dengan jaminan proses yang mudah, cepat dan selamat. Layari laman web Qoala, \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n di Malaysia untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-motor/", "title": "5 Perkara Wajib Tahu Sebelum Beli Insurans Motor", "body": "\n\nSetiap pengguna motosikal wajib memiliki insurans motor untuk melindungi penunggang atau pihak ketiga sekiranya berlaku sebarang insiden yang boleh menyebabkan kematian, kerosakan atau kerugian. Secara asasnya, penunggang motosikal terdedah kepada risiko \nkemalangan\n atau kecederaan yang lebih tinggi berbanding pengguna kereta. Oleh sebab itu, penting untuk anda mempertimbangkan banyak perkara sebelum \nbeli insuran motosikal terbaik\n untuk anda. \nPanduan lengkap \ninsurance\n motosikal ini mungkin boleh membantu anda memilih insuran motor yang sesuai dengan keperluan anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n1. Apa Itu Insurans Motor?\n2. Jenis Polisi Insurans Motor\nInsurans Motor Pihak Ketiga\nInsurans Motor First Party atau Komprehensif\nPerkara yang Tidak Dilindungi Insuran Motor\n3. Harga Insuran Motor\nParameter Mempengaruhi Insurans Motor\n4. Cara Claim Insuran Motor\nTuntutan daripada Syarikat Insurans Sendiri\nTuntutan Kerosakan Harta Pihak Ketiga\n5. Cara Kira Harga Insurans Motor\n\n\n1. Apa Itu Insurans Motor?\n\n\nInsuran motosikal merujuk pada polisi yang memberi perlindungan kewangan kepada pemegang polisi sekiranya berlaku kebakaran, kemalangan atau kecurian. Ia juga turut menawarkan perlindungan kewangan daripada sebarang liabiliti yang disebabkan oleh kecederaan, kematian atau kerosakan pada motosikal pihak ketiga. Sama seperti insurans kereta, anda akan dilindungi oleh pihak insurans sekiranya apa-apa kerosakan berlaku pada motor anda seperti kemalangan, kebakaran dan sebagainya.\n\n\n2. Jenis Polisi Insurans Motor\n\n\nPolisi insurans motor di Malaysia terbahagi kepada dua jenis yang boleh dipilih mengikut keperluan dan kedudukan kewangan anda. Setiap jenis insurans tidak kira sama ada \ninsurans takaful\n atau konvensional yang ditawarkan secara asasnya menawarkan perlindungan yang berbeza. Berikut adalah dua jenis insurans motosikal yang ditawarkan di Malaysia:\n\n\nInsurans Motor Pihak Ketiga\n\n\nInsurans Pihak Ketiga merupakan insurans motosikal yang paling asas. Polisi ini membantu melindungi kerosakan kenderaan atau harta benda pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan seperti kecederaan, kematian atau kerosakan pada motosikal. Dalam erti kata lain, ia tidak memberi perlindungan kepada anda sebagai pemegang polisi, sebaliknya menawarkan perlindungan kepada pihak ketiga sahaja. Ini bermaksud, anda sebagai pemegang polisi tidak boleh menuntut apa-apa pampasan atau ganti rugi untuk motosikal anda sekiranya kemalangan.\n\n\nInsurans Motor \nFirst Party\n atau Komprehensif\n\n\nInsurans Motosikal Komprehensif bukan sekadar menawarkan perlindungan kepada harta benda pihak ketiga, tetapi ia juga turut melindungi motosikal anda. Polisi ini menawarkan perlindungan daripada kebakaran, kecurian, kehilangan dan kerosakan pada motosikal anda dan pihak ketiga disebabkan oleh kemalangan. Selain itu, ia juga melindungi anda sekiranya anda bertanggungjawab atas kecederaan, kematian atau kerosakan harta benda pihak ketiga.\n\n\nPerkara yang Tidak Dilindungi Insuran Motor\n\n\nRamai dalam kalangan pemilik kenderaan beranggapan semua aspek berkaitan motor boleh dituntut setelah mempunyai \ninsurance\n motor. Meskipun begitu, secara realitinya tidak semua perkara yang menyebabkan kerosakan pada motosikal dilindungi oleh insurans. Ia bergantung sepenuhnya pada polisi perlindungan anda. Anda boleh rujuk polisi insurans anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut jenis tuntutan yang dilindungi oleh insurans anda. Berikut merupakan senarai perkara yang tidak termasuk dalam perlindungan insurans motor asas:\n\n\n\n\nInsurans tidak akan memberi pampasan atas kerosakan atau kecurian motosikal sekiranya kemalangan berlaku semasa ia ditunggang oleh orang lain;\n\n\nKehilangan apa-apa aksesori motor juga tidak layak untuk mendapat pampasan;\n\n\nInsurance\n motosikal tidak akan memberi apa-apa pampasan kemalangan jika kemalangan berlaku di luar negara;\n\n\nPemegang polisi yang didapati memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol atau melakukan kegiatan haram tidak akan dilindungi oleh sebarang pelan insurans;\n\n\nKematian atau kecederaan anggota badan sendiri yang disebabkan oleh kemalangan motor;\n\n\nKerugian atau kerosakan yang berlaku akibat \nkenderaan ditenggelami banjir\n atau bencana alam lain juga tidak dilindungi oleh insurans. Namun begitu, anda mungkin akan dilindungi sekiranya pemegang polisi sanggup membayar \npremium insurans\n tambahan.\n\n\n\n\nSenarai-senarai ini adalah tidak terhad dan pemegang polisi disarankan untuk merujuk semua pengecualian yang dinyatakan di dalam polisi insurans masing-masing.\n\n\n3. Harga Insuran Motor\n\n\nSecara asasnya, harga insurans motor adalah berbeza bergantung pada jenis perlindungan yang dipilih \u2013 harga insurans motor \nfirst party \nbiasanya lebih mahal berbanding harga insurans motor pihak ketiga. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk membuat semakan harga insuran motor sebelum memperbaharui atau \nrenew\n insurans\n anda. Kos-kos ini juga mungkin berbeza tertakluk pada harga \ncukai jalan\n. Berikut senarai harga \ninsurance\n motosikal di Malaysia termasuk cukai jalan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Motor (cc)\n\n\nHarga Insurans Motor Termasuk Cukai Jalan\n\n\n\n\n\n\n0 hingga 150 cc\n\n\nRM2\n\n\n\n\n\n\n151 hingga 200 cc\n\n\nRM30\n\n\n\n\n\n\n201 hingga 250 cc\n\n\nRM30\n\n\n\n\n\n\n251 hingga 500 cc\n\n\nRM100\n\n\n\n\n\n\n501 hingga 800 cc\n\n\nRM250\n\n\n\n\n\n\n801 cc dan ke atas\n\n\nRM350\n\n\n\n\n\n\n\n\nParameter Mempengaruhi Insurans Motor\n\n\nHarga insurans motor biasanya berubah bergantung pada faktor-faktor tertentu. Berikut merupakan faktor yang biasa mempengaruhi harga premium insurans:\n\n\n1. Polisi Tambahan\n\n\nPerlindungan lain seperti Kemalangan Peribadi Asas, Peril Khas dan sebagainya boleh menyebabkan harga\n insurance\n motor menjadi lebih tinggi.\n\n\n2. Kapasiti Enjin\n\n\nKapasiti enjin juga turut memainkan peranan dalam menentukan harga premium. Semakin besar kapasiti enjin, semakin mahal harga insurans.\n\n\n3. Usia Motor\n\n\nHarga insurans bergantung pada usia motor anda. Biasanya, motor lama dikenakan harga premium insurans yang lebih murah.\n\n\n4. Lokasi\n\n\nHarga insurans motor di Semenanjung Malaysia biasanya lebih tinggi berbanding harga insurans di Sabah dan Sarawak. Faktor ini dipengaruhi oleh keadaan jalan yang sibuk dan risiko kemalangan yang lebih tinggi di Semenanjung Malaysia.\n\n\n5. Jenis Perlindungan\n\n\nHarga insuran motor dipengaruhi oleh jenis polisi insurans motor yang dipilih sama ada Insurans Komprehensif dan Insurans Pihak Ketiga bergantung pada keperluan anda.\n\n\n6. Nilai Pasaran\n\n\nHarga premium insuran motor juga turut dipengaruhi oleh nilai pasaran semasa.\n\n\n7. Tuntutan\n\n\nSekiranya didapati anda pernah membuat \ntuntutan kemalangan insurans motor\n sebelum ini, berkemungkinan besar anda akan dikenakan kadar premium yang lebih tinggi.\n\n\n\n\n4. Cara\n Claim\n Insuran Motor\n\n\nSekiranya anda terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kerosakan harta benda tanpa sebarang kecederaan fizikal, anda boleh ikuti cara membuat tuntutan ganti rugi atau \nclaim\n insurans\n seperti berikut:\n\n\nTuntutan daripada Syarikat Insurans Sendiri\n\n\nSekiranya berlaku kemalangan, terdapat dua cara tuntutan yang boleh dilakukan oleh pengguna terhadap syarikat insurans. Jika kemalangan berpunca daripada kesalahan sendiri, anda mestilah membuat tuntutan \u201cKerosakan Sendiri\u201d daripada syarikat insurans. Namun begitu, jika kemalangan bukan berpunca daripada kesalahan anda, anda boleh membuat tuntutan \u201cKerosakan Sendiri \nKnock-for-Knock\n\u201d. Tuntutan \u201c\nKnock-for-Knock\n\u201d boleh memberi manfaat kepada pengguna kerana ia menjimatkan masa dan tuntutan kemalangan boleh diselesaikan dengan lebih cepat. Malah, ia juga akan menyebabkan anda tidak akan kehilangan \nDiskaun Tanpa Tuntutan\n atau NCD.\n\n\nDokumen untuk Tuntutan Insurans\n\n\nUntuk membuat tuntutan, anda mesti mengemukakan beberapa dokumen penting kepada syarikat insurans anda seperti:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBorang tuntutan yang lengkap;\n\n\nSalinan asal laporan polis;\n\n\nSalinan kad pengenalan dan \nlesen memandu\n pemegang polisi dan pemandu;\n\n\nSalinan sijil pemilikan kenderaan;\n\n\nBukti kemalangan seperti gambar kejadian dan gambar kerosakan pada kenderaan;\n\n\nDokumen polis yang menyatakan pihak yang dikompaun bagi kesalahan jalan raya tersebut.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTuntutan Kerosakan Harta Pihak Ketiga\n\n\nAnda juga boleh membuat tuntutan kerosakan harta pihak ketiga sekiranya berlaku kerosakan pada kereta atau harta benda anda akibat kemalangan yang berpunca daripada kesalahan pihak lain. Bagi membuat tuntutan kerosakan pihak ketiga, anda boleh rujuk panduan berikut:\n\n\n\n\nAnda perlu menghantar motor yang rosak ke bengkel panel syarikat insurans;\n\n\nLantik\n adjuster\n insurans untuk mengenal pasti kos kerosakan motor;\n\n\nAnda perlu menyediakan dokumen lengkap kepada syarikat insurans seperti salinan asal laporan polis, salinan kad pengenalan dan lesen pemegang polisi dan pemandu;\n\n\nAnda juga perlu mengemukakan salinan sijil pemilikan kenderaan, laporan\n adjuster\n, bil kos pembaikan kereta, gambar sewaktu kejadian kemalangan dan dokumen polis tentang kenyataan kompaun bagi kesalahan jalan raya.\n\n\n\n\n5. Cara Kira Harga Insurans Motor\n\n\nHarga insuran motor biasanya bergantung pada syarikat insurans. Ini bermaksud, walaupun anda meminta sebut harga untuk model yang sama, anda mungkin menerima harga yang berbeza. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk membandingkan harga terlebih dahulu sebelum memilih \ninsuran motor terbaik\n untuk anda. Untuk kira harga \ninsurance\n motor, setiap \nsyarikat insurans\n mempunyai kalkulator kira harga insurans yang tersendiri. Anda hanya perlu masukkan maklumat seperti model motosikal, tahun pembuatan, kapasiti enjin dan lokasi anda.\n\n\nSemoga perkongsian ini boleh membantu anda memilih polisi insurans yang sesuai untuk anda. Sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan \ninsurans motor terbaik\n dan komprehensif untuk anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform \nrenew\n insurans motor online\n yang turut menyediakan pelbagai jenis insurans lain seperti \ninsurans kereta\n, \ninsurans rumah\n dan \ninsurans nyawa\n di Malaysia dengan jaminan proses \nbeli insurans\n kenderaan yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-motosikal/", "title": "Insurans Motosikal: Perlindungan Single Rider vs All Riders?", "body": "\n\nInsurans motosikal (atau \ninsurans motor\n) berperanan penting dalam melindungi pemilik sekiranya ada tuntutan liabiliti daripada pihak ketiga. Ia boleh membantu meringankan beban pemegang polisi khususnya dari aspek kewangan. Dengan perlindungan insurans motosikal, kos pembaikan atau kerosakan akan ditanggung oleh syarikat insurans.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n\u2018Single Rider\u2019 vs \u2018All Riders\u2019, Apa yang Terbaik untuk Insurans Motosikal yang Anda Perlu Pilih?\n1. Perlindungan Insurans Motor \u2018All Riders\u2019\n2. Perlindungan Insurans Motor \u2018Single Rider\u2019\nOptimumkan Perlindungan Anda, Miliki Insurans Motor Terbaik Hari Ini\n\n\n\u2018Single Rider\u2019 vs \u2018All Riders\u2019, Apa yang Terbaik untuk Insurans Motosikal yang Anda Perlu Pilih?\n\n\nSama seperti \ninsurans kereta,\n insurans motosikal tidak dapat dinafikan sangat berguna sekiranya berlaku kecurian atau \nkemalangan motor\n. Namun begitu, ia bergantung pada polisi perlindungan yang diambil \u2013 perlindungan insurans motosikal \u2018All Riders\u2019 atau \u2018Single Rider\u2019. Oleh sebab itu, penting untuk anda memilih \njenis insurans motor\n yang sesuai dengan keperluan untuk perlindungan yang lebih optimum:\n\n\n1. Perlindungan Insurans Motor \u2018All Riders\u2019\n\n\nPolisi perlindungan \u2018All Riders\u2019 amatlah disyorkan kepada semua pemilik motosikal.\u00a0Biasanya, semua pemilik yang \nmembeli motosikal baharu\n melalui pinjaman bank perlu mendapatkan perlindungan \u2018All Riders\u2019. Ia bagi memastikan motosikal yang dibeli mendapat perlindungan yang lebih baik.\n\n\nTetapi, apa yang dimaksudkan dengan perlindungan \u2018All Riders\u2019? Polisi insurans motosikal \u2018All Riders\u2019 membolehkan pemegang polisi dan mana-mana individu yang dibenarkan untuk menunggang motosikal anda.\n\n\nIni bermaksud, anda atau sesiapa sahaja yang dibenarkan oleh pihak diinsuranskan untuk menunggang motosikal boleh buat \ntuntutan insurans\n sekiranya berlaku kemalangan atau apa-apa kerosakan dan kerugian, asalkan:\n\n\n\n\nAnda atau penunggang yang dibenarkan mempunyai \nlesen motosikal\n yang sah;\n\n\nPenunggang yang dibenarkan mendapat kebenaran untuk menunggang motosikal anda.\n\n\n\n\nPerlindungan \u2018All Riders\u2019 biasanya melibatkan tambahan \npremium insurans\n sebanyak 50 peratus. Berbanding premium biasa, kos premium \u2018All Riders\u2019 ini boleh dikatakan lebih mahal berbanding premium \u2018Single Rider\u2019. Umumnya, perlindungan insurans ini merangkumi \npembelian insurans motor\n seperti berikut:\n\n\nInsurans Motor Pihak Ketiga (Insurans \nThird Party\n)\n\n\nInsurans Motosikal Pihak Ketiga merupakan pelan perlindungan insurans yang paling asas. Ia melindungi kerosakan harta benda pihak ketiga sekiranya berlaku kecederaan dan kematian atau kerosakan pada motosikal.\n\n\nDalam bahasa mudah, ia tidak memberi perlindungan kepada pemegang polisi insurans. Tetapi sebaliknya, ia menawarkan perlindungan kepada pihak ketiga sahaja.\n\n\nAnda sebagai pemegang polisi tidak boleh menuntut apa-apa pampasan atau ganti rugi untuk motosikal sekiranya berlaku kemalangan.\n\n\nInsurans Motor \nFirst Party\n (Insurans Komprehensif)\n\n\nInsurans Motosikal Komprehensif pula bukan sahaja beri perlindungan kepada harta benda pihak ketiga, tetapi turut memberi perlindungan kepada pemegang polisi.\n\n\nPolisi ini menawarkan perlindungan daripada kebakaran, kecurian, kehilangan dan kerosakan motosikal anda dan pihak ketiga disebabkan oleh kemalangan.\n\n\nSelain itu, ia juga melindungi anda sekiranya anda bertanggungjawab ke atas kecederaan, kematian atau kerosakan harta benda pihak ketiga.\n\n\n\n\n2. Perlindungan Insurans Motor \u2018Single Rider\u2019\n\n\nPolisi perlindungan \u2018Single Rider\u2019 pula hanya akan melindungi penunggang yang dinamakan dalam polisi. Jika berlaku kemalangan semasa motosikal dipinjamkan kepada orang lain, berkemungkinan besar tuntutan insurans tidak boleh dibuat.\n\n\nHanya pemilik polisi berdaftar (kebiasaannya pemilik motosikal) yang boleh menunggang motosikal dan boleh buat tuntutan sekiranya berlaku kemalangan.\n\n\nIni bermaksud, jika ditunggang oleh pihak yang tidak dinamakan dalam polisi, pihak insurans tidak akan bertanggungjawab. Segala kerugian atau apa-apa tuntutan perlu ditanggung oleh pihak anda sendiri.\n\n\nPerkara ini boleh timbulkan kekeliruan jika tidak difahami dengan betul. Oleh sebab itu, pemilik atau pemegang polisi perlu ambil tahu mengenai jenis perlindungan insurans yang diambil untuk elakkan \ntuntutan insurans ditolak oleh syarikat insurans\n.\n\n\nOptimumkan Perlindungan Anda, Miliki Insurans Motor Terbaik Hari Ini\n\n\nBerdasarkan statistik daripada \nInstitut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia\n (MIROS), sebanyak lebih 60 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan. Statistik ini melibatkan penunggang motosikal untuk tempoh 20 tahun. Malah secara purata, 20 peratus daripada 500,000 kemalangan dilaporkan setiap tahun membabitkan kemalangan motosikal.\n\n\nOleh sebab itu, penting untuk anda memiliki \nperlindungan insurans motosikal\n yang komprehensif bagi melindungi anda sekiranya berlaku kemalangan, kecurian atau kerosakan. Perlindungan \ninsurans motosikal terbaik\n boleh elakkan anda daripada menanggung beban kewangan dan kos pembaikan yang tinggi.\n\n\nAnda boleh mendapatkan perlindungan \ninsurans motor murah\n dan terbaik di Qoala. Proses mendapatkan sebut harga tidak memakan masa yang lama dan urusan \npembaharuan insurans motor\n boleh disiapkan dalam masa kurang daripada 30 minit.\u00a0Layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-nyawa-vs-insurans-perubatan/", "title": "7 Beza Insurans Nyawa vs Insurans Perubatan, Penting untuk Tahu!", "body": "\n\nDalam keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu ini, penting untuk anda membuat \nperancangan kewangan.\n Ini bermaksud, anda perlu memperuntukkan sebahagian daripada \nbajet bulanan\n anda untuk perlindungan diri dan yang tersayang sebagai persediaan kecemasan. Salah satu cara yang boleh anda lakukan adalah dengan melindungi diri dan keluarga dengan perlindungan \ninsurans nyawa\n vs \ninsurans perubatan\n.\n\n\nApa Itu Insurans Nyawa vs Insurans Perubatan?\n\n\nInsurans nyawa (\ninsurans hayat\n) atau \nlife insurance\n \nmerujuk pada skim caruman kewangan yang perlu dibayar dalam amaun tertentu sama ada secara tahunan atau bulanan. Ia secara asasnya memberi manfaat kewangan kepada penama yang ditinggalkan sekiranya pencarum meninggal dunia.\n\n\nOleh sebab itu, penting untuk anda menyenaraikan penama-penama yang bakal menerima manfaat setelah kematian anda. Dalam erti kata mudah, insurans nyawa membantu aspek kewangan waris atau tanggungan (seperti ahli keluarga) yang terjejas apabila anda meninggal dunia.\n\n\nMeskipun begitu, terdapat pengecualian lain iaitu kes bunuh diri tidak layak menerima apa-apa manfaat perlindungan ini. Insurans perubatan dan kesihatan (atau \nhealth insurance\n) pula merujuk pada skim caruman kewangan yang perlu dibayar secara bulanan atau tahunan.\n\n\nSecara teknikal, ia sama seperti insurans nyawa. Cuma bezanya, ia memberi manfaat kewangan kepada pencarum sekiranya berlaku kecederaan atau pencarum menghidap penyakit yang dilindungi. Maksudnya, jika pencarum berdepan sebarang masalah kesihatan, \nkos rawatan dan perubatan\n akan ditanggung oleh pihak insurans.\n\n\nNamun begitu, ia bergantung pada terma dan syarat dalam polisi insurans. Selain itu, ia juga tertakluk kepada pengecualian penyakit yang tidak dilindungi insurans. Ada sesetengah syarikat insurans menetapkan syarat-syarat tertentu berkaitan penyakit-penyakit yang dilindungi oleh insurans.\n\n\nBiasanya, penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan strok mungkin memerlukan anda untuk membuat caruman \ninsurans penyakit kritikal\n.\n\n\nBeza Insurans Nyawa vs Insurans Kesihatan\n\n\nSecara asasnya, terdapat perbezaan yang ketara antara insurans nyawa vs insurans perubatan. Ketahui perincian perbezaan antara insurans nyawa vs insurans perubatan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nInsurans Nyawa\n\n\nInsurans Perubatan\n\n\n\n\n\n\n1. Maksud\n\n\n\n\n\n\nMenyediakan bantuan kewangan kepada penama (waris atau tanggungan) sekiranya anda meninggal dunia.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenyediakan perlindungan kepada pemegang polisi bagi membantu menanggung kos perubatan dan pembedahan di hospital.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Jenis Pelan Perlindungan\n\n\n\n\n\n\nPelan Bertempoh, Pelan Berkaitan Pelaburan, Pelan Simpanan, Anuiti Hidup dan lain-lain.\n\n\n\n\n(Rujuk ejen insurans atau syarikat insurans untuk info lanjut berkaitan \njenis insurans\n)\n\n\n\n\n\n\nPelan Insurans Kesihatan Komprehensif, Penyakit Kritikal dan lain-lain.\n\n\n\n\n(Rujuk ejen insurans atau syarikat insurans untuk info lanjut berkaitan \njenis insurans\n)\n\n\n\n\n\n\n3. Manfaat Insurans\n\n\n\n\n\n\nWaris boleh meneruskan kehidupan seperti biasa melalui wang pampasan yang diterima setelah kematian anda;\n\n\nBoleh membantu membayar kos pengebumian, melangsaikan \nhutang komitmen\n sedia ada, \ntabung pendidikan anak-anak\n\u00a0dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenampung kos rawatan sehingga mencapai \nhad maksimum perlindungan\n.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Kaedah Pembayaran\n\n\n\n\n\n\nBayaran dilakukan sekaligus kepada penama jika melibatkan kematian;\n\n\nSekiranya melibatkan hilang upaya kekal, bayaran akan diberikan kepada pemegang polisi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBayaran kos rawatan akan dilakukan oleh syarikat insurans secara terus kepada pihak hospital.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Penerima Manfaat\n\n\n\n\n\n\nDalam kes kematian, wang jaminan akan dibayar kepada penama yang dinyatakan dalam polisi;\n\n\nSekiranya pemegang polisi mengalami hilang upaya kekal sehingga tidak boleh bekerja, wang jaminan akan dibayar kepada pemegang polisi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPemegang polisi sahaja yang akan menerima manfaat sekiranya memerlukan rawatan di hospital.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n6. Golongan yang Disyorkan Ambil Insurans\n\n\n\n\n\n\nSesuai diambil untuk semua golongan \u2013 digalakkan untuk individu yang sudah berkahwin dan berkeluarga.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemua golongan termasuk bayi dan kanak-kanak digalakkan untuk memiliki insurans kesihatan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n7. Pelepasan Cukai Pendapatan\n\n\n\n\n\n\nLayak terima \npelepasan cukai\n sehingga RM3,000.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPemegang polisi insurans perubatan layak terima pelepasan cukai sehingga RM3,000.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun secara ringkas, bagi pemegang polisi insurans nyawa, penama-penama dalam polisi insurans akan menikmati manfaat kewangan sekiranya pemegang polisi insurans nyawa meninggal dunia. Dalam kes kecacatan kekal, pemegang polisi akan menerima wang manfaat.\n\n\nManakala bagi pemegang polisi insurans perubatan pula, manfaat kewangan tersebut akan dinikmati oleh pemegang polisi jika anda mengalami masalah kesihatan \u2013 untuk kos rawatan dan perubatan.\n\n\nInsurans Nyawa vs Insurans Perubatan: Yang Mana Satu Perlu Anda Pilih?\n\n\nPerlindungan insurans seperti insurans nyawa vs insurans perubatan memainkan peranan yang sangat penting. Ini kerana, tiada siapa yang dapat menjangkakan risiko dan kemungkinan yang boleh terjadi kepada anda pada masa akan datang.\n\n\nKemalangan kereta\n, kecederaan atau kematian boleh berlaku pada bila-bila masa. Meskipun insurans memainkan peranan yang penting, masih ramai yang belum memilikinya kerana beranggapan \nwang simpanan\n yang ada sudah mencukupi untuk menampung kos sekiranya berlaku apa-apa seperti kemalangan atau kematian.\n\n\nSecara asasnya, persoalan perlu pilih yang mana antara insurans nyawa vs insurans perubatan bergantung sepenuhnya pada anda. Anda perlu ambil kira keadaan kewangan dan keperluan anda. Secara asasnya, penting untuk anda memiliki sekurang-kurangnya salah satu daripada insurans ini kerana anda tidak dapat menjangka risiko yang mungkin berlaku.\n\n\nNamun begitu, lebih baik jika anda memiliki kedua-dua insurans nyawa vs insurans perubatan. Ini bagi memastikan anda memiliki masa depan dan kehidupan yang lebih baik dan lancar.\n\n\nUntuk mendapatkan info dan penerangan lanjut berkaitan insurans nyawa dan \ninsurans perubatan\n ini, layari laman web Qoala untuk tempah slot janji temu dengan ejen \nkhidmat pelanggan Qoala\n. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans\n yang menawarkan pelbagai pilihan insurans daripada beberapa \nsyarikat insurans popular di Malaysia\n.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-pendidikan/", "title": "6 Kelebihan Insurans Pendidikan untuk Anak Sambung Belajar", "body": "\n\nBanyak kos yang perlu difikirkan sebagai ibu bapa untuk membesarkan anak daripada\n \nkos bersalin\n dan membesarkan anak sehinggalah mengambil insurans pendidikan bagi menampung kos pengajian. Insurans pendidikan merupakan salah satu alternatif terbaik untuk anda pertimbangkan bagi menampung kos sambung belajar anak anda. Anda digalakkan untuk mula membuat\n \nsimpanan untuk pendidikan anak\n walaupun mereka masih kecil. Ikuti artikel ini untuk mengetahui semua yang anda perlu tahu tentang insurans pendidikan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nBagaimana Insurans Pendidikan Boleh Membantu Pengajian Anak Anda?\n6 Sebab untuk Anda Pertimbangkan Insurans Pendidikan\n1. Berpeluang Dapat Bonus dan Tambah Nilai\n2. Mula Membuat Simpanan Pendidikan untuk Anak dari Kecil\n3. Boleh Mendapat Pelepasan Cukai\n4. Perlindungan Payor (Payor Rider)\n5. Akses untuk Membuat Pengeluaran Jika Perlu\n6. Bantuan Tambahan\nPilih Insurans Pendidikan Terbaik untuk Menjamin Masa Depan Anak Lebih Cerah\n\n\nBagaimana Insurans Pendidikan Boleh Membantu Pengajian Anak Anda?\n\n\nKos sambung belajar bergantung kepada jenis universiti yang anda pilih sama ada IPTA atau IPTS. Secara amnya, kos sambung belajar di IPTS jauh lebih mahal dengan harga pengajian boleh mencecah puluhan sehingga ratusan ribu ringgit berbanding kos sambung belajar di IPTA.\u00a0\n\n\nAntara cara paling lazim dipraktikkan oleh ibu bapa adalah menggalakkan anak mereka mengambil\n \npinjaman PTPTN\n bagi menampung kos pengajian. Ini bermakna anak mereka perlu membayar semula hutang pinjaman ini sebaik sahaja tamat pengajian.\n\n\nSelain menggalakkan anak mengambil pinjaman, anda sebagai ibu bapa juga boleh mengambil langkah awal untuk membiayai pendidikan anak anda dengan mengambil insurans pendidikan. \nTerdapat dua jenis asas pelan pendidikan iaitu polisi endowmen dan polisi pelaburan. Berikut merupakan perbezaan di antara polisi endowmen dan polisi pelaburan:\n\n\n\n\n\n\n\n\nPolisi Endowmen\n\n\nPolisi Pelaburan\n\n\n\n\n\n\nGabungan pelan simpanan dan perlindungan\n\n\nGabungan pelan pelaburan dan perlindungan berdasarkan keperluan pemegang polisi\n\n\n\n\n\n\nTerbahagi kepada dua kategori iaitu sertaan (\nparticipating\n) atau tanpa sertaan (\nnon-participating\n)\n\n\nMenawarkan fleksibiliti yang membolehkan anda untuk menambah\n \nbayaran premium insurans\n anda sekiranya anda mahu berbuat demikian.\n\n\n\n\n\n\nUntuk pelan sertaan, hanya sebahagian faedah insurans yang akan dijamin tetapi jumlah penuh faedah pada tempoh matang insurans tidak akan dijamin sepenuhnya kerana ia bergantung kepada prestasi\n \nsyarikat insurans\n\n\nPemegang polisi bebas memilih jenis pelaburan sama ada\n \npelaburan risiko rendah\n atau pelaburan risiko tinggi.\n\n\n\n\n\n\nBagi pelan tanpa sertaan, pemegang insurans tidak berkongsi keuntungan tetapi semua faedah insurans tetap dijamin sepenuhnya\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n6 Sebab untuk Anda Pertimbangkan Insurans Pendidikan\n\n\nAnda mungkin sudah ada pelan insurans lain seperti\n \ninsurans kesihatan\n,\n \ninsurans kemalangan diri\n dan sebagainya. Selain insurans-insurans ini, insurans pendidikan juga merupakan salah satu jenis insurans yang anda disarankan untuk ambil. \n\n\nHal ini kerana, ia boleh menjadi persiapan awal bagi membantu anda membuat simpanan untuk anak anda sambung belajar satu hari nanti. \nBerikut merupakan enam kelebihan insurans pendidikan yang anda perlu tahu:\n\n\n1. Berpeluang Dapat Bonus dan Tambah Nilai\n\n\nDengan mengambil insurans pendidikan, anda berpeluang mendapat pembayaran bonus dan tambah nilai daripada syarikat insurans anda. Bonus dan tambah nilai ini akan ditambah pada dana pendidikan anak anda sepanjang tempoh polisi anda.\n\n\nJumlah yang ditawarkan adalah berbeza mengikut syarikat dan pelan insurans anda. Contohnya, ada syarikat insurans yang menawarkan bonus sehingga 15 kali ganda premium yang akan diberikan kepada anak anda sebagai persiapan memasuki universiti melalui produk yang ditawarkan.\n\n\n2. Mula Membuat Simpanan Pendidikan untuk Anak dari Kecil\n\n\nKebanyakan polisi ini boleh diaktifkan sebaik sahaja anak anda berumur 14 hari. Sekiranya anda konsisten membuat pembayaran premium kepada syarikat insurans, anak anda akan dapat menggunakan dana daripada insurans pendidikan bagi menampung pembelanjaan pengajian di peringkat lebih tinggi.\u00a0\n\n\n3. Boleh Mendapat Pelepasan Cukai\n\n\nSelain itu, insurans pendidikan yang anda ambil untuk anak anda juga boleh digunakan untuk menuntut\n \npelepasan cukai\n sehingga RM3,000 setahun. Dengan cara ini, anda tertakluk pada bayaran cukai pendapatan yang lebih rendah dan dalam masa yang sama masih boleh menyediakan pendidikan anak anda. Menang-menang!\n\n\n4. Perlindungan \nPayor\n (\nPayor Rider\n)\n\n\nPerlindungan ini akan membantu menampung pembayaran premium insurans sekiranya salah seorang atau kedua-dua ibu bapa meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal menyeluruh.\n\n\nDengan kata lain, pembayaran premium untuk polisi insurans pendidikan anak anda masih akan diteruskan seperti biasa walaupun kedua-dua ibu bapa sudah tiada di sisi atau tidak lagi mampu untuk bekerja bagi menampung kehidupan. Ini akan membolehkan anak anda menggunakan dana daripada insurans pendidikan apabila hendak sambung belajar nanti.\n\n\n5. Akses untuk Membuat Pengeluaran Jika Perlu\n\n\nSekiranya anda menghadapi masalah kewangan atau berdepan situasi luar jangka dan memerlukan\n \nwang semasa kecemasan\n, anda boleh membuat pengeluaran duit daripada tabung simpanan ini. Anda boleh mengeluarkan jumlah mengikut keperluan anda tanpa dikenakan caj pengeluaran. Meskipun begitu, jika boleh, elakkan daripada menggunakan dana daripada simpanan ini untuk mengelakkan anak anda berdepan masalah kekurangan duit untuk menyambung pelajaran.\u00a0\n\n\n6. Bantuan Tambahan\n\n\nPelan insurans pendidikan anda juga akan menawarkan faedah tambahan seperti perkhidmatan membantu anak membuat persiapan untuk masuk universiti atau kolej. Namun begitu, ini bergantung kepada syarikat insurans anda dan anda disarankan untuk semak dengan mereka untuk info lanjut.\n\n\n\n\nPilih Insurans Pendidikan Terbaik untuk Menjamin Masa Depan Anak Lebih Cerah\n\n\nSebelum anda memilih untuk mengambil insurans pendidikan, anda perlukan tetapkan matlamat yang jelas sebelum menambah komitmen bulanan anda. \nSelain itu, tentukan juga polisi insurans pendidikan yang sesuai dengan keperluan anda dengan melihat tempoh dan peruntukan bayaran yang diperlukan. \n\n\nKebanyakan polisi insurans adalah fleksibel dan menawarkan kelebihan tambahan yang boleh meningkatkan jumlah simpanan anak anda. \nSekiranya anda sedang mencari insurans pendidikan terbaik untuk anak anda, rujuk pelan-pelan di bawah yang anda boleh pertimbangkan:\n\n\n\n\nSSPN Plus\n\n\nAspire (Etiqa)\n\n\nPRUSaver Kid\n\n\nA-EduAchieve 2 (AIA)\n\n\nASB\n 3 Didik\n\n\n\n\nInsurans pendidikan akan membantu anda untuk merancang dan membuat persiapan yang lebih baik untuk anak anda. Ingat, kos sambung pengajian akan semakin meningkat dari tahun ke tahun disebabkan faktor inflasi dan sebagainya.\n\n\nTerdapat ibu bapa di luar sana yang terpaksa menggunakan\n \nduit simpanan KWSP\n atau ambil\n \npinjaman peribadi\n semata-mata untuk menanggung pengajian anak. Oleh sebab itu, anda boleh bersedia dari sekarang demi menjamin masa depan anak anda dengan mengambil insurans pendidikan.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari\n \ninsurans kereta terbaik\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan\n \nplatform insurans terbaik di Malaysia\n dengan jaminan proses beli insurans yang selamat, berpatutan dan mudah.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-penyakit-kritikal/", "title": "Perlu Insurans Penyakit Kritikal Jika Dah Ada Insurans Perubatan?", "body": "\n\nRamai yang anggap pelan \ninsurans perubatan\n sudah cukup menampung keperluan rawatan kesihatan. Namun begitu, tahukah anda, insurans perubatan tidak melindungi semua jenis penyakit terutama sekali penyakit-penyakit kronik atau kritikal? Disebabkan itu, ramai di luar sana yang membuat keputusan untuk mengambil insurans penyakit kritikal sebagai langkah berjaga-jaga. Artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut perbezaan di antara kedua-dua polisi ini.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nInsurans Perubatan VS Insurans Penyakit Kritikal\nInsurans Perubatan\nInsurans Penyakit Kritikal\nPerbezaan Insurans Perubatan dan Insurans Penyakit Kritikal\nBagaimana Cara Memilih Insurans Penyakit Kritikal Terbaik untuk Anda?\n1. Jumlah Penyakit Kritikal yang Dilindungi\n2. Tempoh Kelangsungan Hidup\n3. Penyakit Sedia Ada\n4. Tempoh Menunggu\nBila Masa yang Sesuai untuk Ambil Polisi Insurans Penyakit Kritikal?\n\n\nInsurans Perubatan VS Insurans Penyakit Kritikal\n\n\nApa beza insurans penyakit kritikal dengan insurans perubatan? Seperti yang anda mungkin sudah tahu, insurans perubatan atau\n \ninsurans kesihatan\n memainkan peranan yang penting dalam melindungi anda dari segi kos-kos berkaitan perubatan. Manakala, insurans penyakit kritikal pula akan membantu pemegang polisi jika menghadapi sebarang penyakit kronik.\u00a0\n\n\nUntuk menjawab persoalan sama ada anda perlukan insurans penyakit kritikal atau tidak, anda perlu tahu kedua-dua polisi insurans ini mempunyai tujuan yang berbeza. Ramai orang beranggapan perlindungan insurans perubatan yang standard sudah mencukupi untuk menampung kos perubatan di luar jangkaan.\u00a0\n\n\nInsurans Perubatan\n\n\nDengan mengambil insurans perubatan, anda akan mendapat perlindungan dari segi kewangan untuk menampung kos rawatan dan ubat-ubatan. Kebisaannya, anda akan mendapat \nmedical card\n untuk digunakan di klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Jenis kecederaan, penyakit, dan rawatan yang diliputi oleh insurans perubatan adalah berbeza, bergantung kepada jenis insurans perubatan yang diambil. Semakin luas perlindungan perubatan yang diberikan, semakin tinggi jumlah yang anda perlu bayar untuk polisi insurans perubatan tersebut.\n\n\nPemegang polisi insurans perlu membayar\n \npremium insurans\n yang dipersetujui dengan pihak ejen atau syarikat insurans. Seperti yang anda sedia maklum, kos rawatan dan ubat-ubatan untuk setiap penyakit adalah berbeza. Oleh sebab itu, proses pemilihan polisi insurans perubatan perlu dibuat dengan teliti supaya anda dapat memilih pelan insurans yang terbaik.\n\n\nInsurans Penyakit Kritikal\n\n\nAnda boleh lihat fungsi pelan ini lebih kurang sama seperti\n \ninsurans nyawa\n yang memberikan wang pampasan dalam bentuk sekaligus. \nSecara amnya, pelan perlindungan penyakit kritikal memberi pampasan dalam bentuk sekaligus \n(lump\n \nsum\n) kepada anda dan keluarga sekiranya didiagnosis dengan penyakit kritikal, tanpa mengira kos rawatan di hospital. \n\n\nWang pampasan yang diterima ini boleh membantu anda dari segi kewangan agar anda boleh tempuhi proses pemulihan dan penyesuaian hidup semasa sakit sekiranya anda menghidap penyakit kritikal yang mengancam nyawa. \nIni bermakna wang pampasan yang diterima ini harus diperuntukkan oleh anda sendiri sama ada untuk digunakan bagi tujuan kegunaan rawatan, ubat-ubatan dan juga boleh digunakan untuk tujuan lain seperti meringankan beban kewangan tanggungan anda semasa tempoh sakit.\u00a0\n\n\nSebagai contoh, anda boleh menggunakan manfaat yang diterima untuk membayar kos rawatan susulan atau peralatan perubatan yang tidak dilindungi di bawah pelan perlindungan perubatan. Selain itu, anda juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan rawatan alternatif atau membayar pembiayaan untuk kelangsungan hidup keluarga anda.\n\n\n36 Penyakit Kritikal Tertakluk Perlindungan Insurans\n\n\nPenyakit kritikal boleh ditakrifkan sebagai keadaan atau perubatan yang boleh mengancam nyawa seseorang. Secara umumnya, industri insurans biasanya menyediakan perlindungan asas untuk 36 penyakit kritikal. Berikut adalah antara penyakit kritikal yang ditanggung oleh polisi insurans ini:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSerangan jantung\n\n\nKanser\n\n\nKoma\n\n\nAlzheimer\n\n\nPembedahan otak\n\n\nParkinson\n\n\nStrok\n\n\nSakit buah pinggang\u00a0\n\n\nAngioplasti dan rawatan pembedahan lain untuk penyakit arteri koronari utama\n\n\nAnemia Aplasia kronik\n\n\nPenyakit paru-paru tahap akhir\n\n\nKegagalan buah pinggang peringkat akhir\n\n\nPembedahan pintasan bagi arteri koronari\n\n\nTumor otak benigna\n\n\nButa atau hilang penglihatan\n\n\nPenyakit neuron motor\n\n\nHipertensi arteri pulmonari primer\n\n\nKehilangan upaya diri sendiri\n\n\nPenyakit arteri koronari lain yang serius\n\n\nMelecur teruk\n\n\nLupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)\n\n\nMeningtis bakteria\n\n\nAIDS peringkat teruk\n\n\nTrauma kepala utama\n\n\nHilang pertuturan\n\n\nHIV akibat transfusi darah\n\n\nParaplegia atau kelumpuhan\n\n\nKegagalan hati tahap akhir\n\n\nHepatitis virus fulminan\n\n\nPekak atau hilang pendengaran\n\n\nKardiomiopati teruk\n\n\nPembedahan aorta\n\n\nEnsefalitis\n\n\nAIDS peringkat teruk\n\n\nSklerosis berbilang\n\n\nPembedahan injap jantung\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbezaan Insurans Perubatan dan Insurans Penyakit Kritikal\n\n\nUntuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang perbezaan insurans perubatan dan insurans penyakit kritikal, anda boleh rujuk jadual di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nInsurans Perubatan\n\n\nInsurans Penyakit Kritikal\n\n\n\n\n\n\nPeranan utama pelan\n\n\nMenanggung kos rawatan, hospitalisasi dan ubat-ubatan.\n\n\nMemberikan sejumlah wang sekaligus apabila pemegang pelan didiagnosis dengan salah satu daripada 36 penyakit kritikal.\n\n\n\n\n\n\nPenerima manfaat\n\n\nPemegang polisi atau tanggungan (Pampasan diterima untuk membayar kos perubatan bergantung kepada pelan perlindungan yang dipilih).\n\n\nPemegang polisi atau tanggungan, (Pampasan diterima sekaligus untuk kegunaan rawatan dan lain-lain).\n\n\n\n\n\n\nKadar Premium\u00a0\n\n\nBayaran meningkat seiring dengan usia.\n\n\nBayaran kekal sepanjang hayat.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimana Cara Memilih Insurans Penyakit Kritikal Terbaik untuk Anda?\n\n\nSekiranya anda merancang untuk mendapatkan insurans penyakit kritikal, terdapat empat perkara utama yang anda perlu tahu sebelum mengambil sesuatu pelan. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi pertimbangan:\n\n\n1. Jumlah Penyakit Kritikal yang Dilindungi\n\n\nSetiap pelan menawarkan perlindungan penyakit kritikal yang berbeza-beza. Perlindungan asas mungkin menawarkan hanya lima penyakit kritikal. Namun begitu, terdapat juga pelan perlindungan yang menawarkan perlindungan tambahan seperti\n \nkemalangan diri\n,\n \nbersalin\n, pembedahan kosmetik dan banyak lagi. Anda disarankan untuk memilih pelan insurans kritikal dengan mengutamakan pelan yang sesuai dengan keperluan anda.\n\n\n2. Tempoh Kelangsungan Hidup\n\n\nUntuk pengetahuan anda, terdapat tempoh kelangsungan hidup yang pemegang polisi harus penuhi sebelum anda boleh \nclaim \ninsurans anda. Tempoh kelangsungan hidup di sini bermaksud anda sebagai pemegang polisi harus kekal hidup dalam tempoh tertentu selepas disahkan menghidap penyakit kritikal. Terma dan syarat bagi tempoh ini berbeza-beza di antara syarikat-syarikat insurans. Oleh sebab itu, anda perlu rujuk semula polisi insurans yang anda pilih.\n\n\n3. Penyakit Sedia Ada\n\n\nUntuk pengetahuan anda, tidak semua polisi insurans menawarkan perlindungan sekiranya anda mempunyai penyakit sedia ada kerana anda dikategorikan sebagai individu berisiko. Meskipun ada sesetengah syarikat insurans menawarkan perlindungan, harga premium insurans yang ditawarkan mungkin lebih mahal berbanding biasa. Anda perlu mengeluarkan wang lebih banyak sekiranya anda mahukan polisi yang menawarkan perlindungan penyakit sedia ada.\n\n\n4. Tempoh Menunggu\n\n\nTempoh menunggu bermaksud anda sebagai pemegang polisi hanya akan dilindungi oleh polisi selepas satu jangka waktu tertentu. Dengan kata lain, polisi anda hanya akan aktif selepas tempoh menunggu. Kebiasaannya, tempoh menunggu ini mengambil masa dalam 30 atau 60 hari bergantung kepada jenis penyakit kritikal.\u00a0\n\n\nIni bermaksud, sekiranya anda didiagnosis dengan sakit kritikal dalam tempoh menunggu, pihak insurans mungkin akan menolak tuntutan anda kerana ada kemungkinan ia sakit sedia ada. Untuk mendapatkan kepastian, rujuk dengan syarikat insurans anda.\n\n\n\n\nBila Masa yang Sesuai untuk Ambil Polisi Insurans Penyakit Kritikal?\n\n\nMengambil pelan insurans penyakit kritikal ini ibarat sediakan payung sebelum hujan dan boleh dilihat sebagai persediaan sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada anda. Semasa anda masih muda dan sihat inilah masa yang sesuai untuk mendapatkan insurans penyakit kritikal kerana anda boleh dapat kadar premium insurans yang lebih rendah.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga berpenyakit, anda juga perlu mempertimbangkan untuk mengambil polisi insurans ini. Hal ini kerana, terdapat beberapa penyakit kritikal yang diwarisi seperti kanser dan \npenyakit jantung\n. Akhir sekali dan paling penting, anda disarankan mendapatkan insurans sakit kritikal jika mempunyai tanggungan seperti keluarga.\u00a0\n\n\nWang pampasan yang bakal anda terima bukan sahaja boleh membantu rawatan anda, malah duit tersebut juga boleh digunakan untuk meringankan beban kewangan keluarga anda sekiranya terjadi sesuatu kepada anda. Contohnya, anda mungkin tidak dapat bekerja sewaktu terlantar sakit, maka wang itu boleh digunakan sebagai ganti\n \ngaji bulanan\n anda semasa dalam proses pemulihan.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan\n \ninsurans kesihatan terbaik\n, lawati laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian \nproduk insurans perubatan dan kesihatan\n daripada beberapa syarikat insurans terbaik dan popular di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, pantas dan selamat. Selain itu, anda juga boleh dapatkan\n \ninsurans kereta\n,\n \ninsurans motor\n dan juga\n \ninsurans rumah\n di Qoala!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-perjalanan-ke-luar-negara/", "title": "4 Kepentingan Insurans Perjalanan ke Luar Negara", "body": "\n\nInsurans perjalanan ke luar negara atau \ntravel insurance\n penting untuk anda miliki bagi menjamin perlindungan dan keselamatan diri serta keluarga daripada musibah semasa anda berada di luar negara untuk bercuti atau urusan kerja. Ia secara tidak langsung menjadikan anda berasa lebih selamat dan terjamin meskipun beribu batu jauh dari rumah anda. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk memiliki insurans perjalanan ke luar negara untuk melindungi diri anda (dan keluarga) daripada sebarang risiko yang tidak diingini semasa bercuti.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nAda Risiko yang Boleh Berlaku Ketika Bercuti, Ini Kepentingan Insurans Perjalanan ke Luar Negara yang Anda Perlu Tahu\n1. Jatuh Sakit, Masalah Kesihatan\n2. Kemalangan\n3. Bawa Pulang Jenazah\n4. Bencana\nInsurans Perjalanan vs Insurans Perubatan: Adakah Anda Perlu Miliki Kedua-duanya?\n\n\nAda Risiko yang Boleh Berlaku Ketika Bercuti, Ini Kepentingan Insurans Perjalanan ke Luar Negara yang Anda Perlu Tahu\n\n\nSemua orang semestinya pernah memikirkan soal keselamatan dan kesihatan diri ketika memulakan perjalanan ke luar negara tidak kira sama ada untuk urusan kerja atau\n percutian\n. Tiada sesiapa pun yang inginkan percutian bertukar tragedi atau berlaku kemalangan semasa percutian.\n\n\nMeskipun pada asasnya tiada sesiapa yang menginginkan perkara buruk berlaku terutamanya ketika melancong di luar negara, ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dikawal. Oleh sebab itu, anda perlu mempertimbangkan risiko-risiko yang boleh berlaku seperti berikut bagi membantu anda merancang percutian anda dengan lebih baik.\n\n\n\n\n1. Jatuh Sakit, Masalah Kesihatan\n\n\nPerkara yang paling membimbangkan ketika bercuti di luar negara adalah apabila berlakunya kes kecemasan seperti jatuh sakit, kemalangan atau kematian. Lebih memburukkan keadaan, kes kecemasan ini melibatkan \nkos perubatan\n dan rawatan yang tinggi. Situasi ini sama seperti yang berlaku kepada warga Malaysia yang bercuti di Arizona sebelum ini.\n\n\nSalah seorang ahli keluarga tersebut dimasukkan ke hospital secara tiba-tiba disebabkan oleh masalah kesihatan dan tidak mampu membayar bil perubatan yang dianggarkan mencecah sehingga RM800,000. Ini semestinya menjadi kesukaran kepada ahli keluarga untuk melunaskan bayaran tersebut dalam masa yang singkat.\n\n\nOleh sebab itu, persediaan awal perlu dilakukan sebelum anda mula bercuti untuk mengelakkan anda daripada berdepan situasi sebegini. Sekiranya anda mengambil \ntravel\n insurans\n, ia sekurang-kurangnya dapat membantu anda bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku terutamanya dari sudut kos.\n\n\nPengalaman-pengalaman sebegini mungkin boleh terjadi kepada anda. Sebagai contoh, anda keracunan makanan yang memerlukan anda mendapat rawatan beberapa hari di hospital. Sekiranya anda tidak dilindungi oleh mana-mana pelan perlindungan insurans perjalanan ke luar negara, sudah semestinya ia akan memeningkan anda apabila memikirkan kos rawatan yang mungkin menelan belanja ribuan ringgit.\n\n\n2. Kemalangan\n\n\nWalaupun secara hakikatnya perancangan telah dibuat dengan teliti sebelum bercuti atau melancong ke luar negara, risiko dan musibah seperti kemalangan semasa melancong semestinya sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Dengan \nperlindungan takaful\n atau insurans, ia dapat membantu anda sekiranya berlaku yang tidak diingini sepanjang tempoh percutian.\n\n\nSelain dapat meminimumkan kadar risiko yang mungkin dihadapi, anda atau waris juga akan menerima pampasan sekiranya berlaku kematian atau kecederaan pada diri dan keluarga. Malah, kos rawatan perubatan juga akan dibayar oleh syarikat insurans bergantung pada terma dan syarat yang dinyatakan dalam polisi.\n\n\nBerbeza dengan kos rawatan perubatan di Malaysia yang disubsidi oleh kerajaan, kos rawatan di luar negara semestinya menelan belanja dan kos yang lebih mahal. Oleh sebab itu, lebih baik beringat sebelum anda terkena.\n\n\n3. Bawa Pulang Jenazah\n\n\nRamai yang memilih untuk tidak mengambil \nperlindungan insurans\n kerana menganggap musibah tidak mungkin berlaku kepada diri atau keluarga semasa bercuti. Meskipun begitu, persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan sebegini ketika bercuti tidak boleh dipandang ringan.\n\n\nBanyak kemungkinan risiko yang boleh berlaku seperti perkara-perkara berkaitan masalah kesihatan (\nserangan sakit jantung\n, cirit-birit, demam dan sebagainya) atau dalam kes terburuk mengakibatkan kematian akibat kemalangan jalan raya dan sebagainya. Kita sememangnya tidak mengetahui bila ajal akan menjemput \u2013 sekiranya anda meninggal dunia di luar negara, ia melibatkan prosedur bawa pulang jenazah yang rumit dan boleh menelan belanja sehingga puluhan ribu ringgit.\n\n\nOleh sebab itu, anda disarankan untuk mengambil perlindungan insurans perjalanan ke luar negara sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kematian atau kemalangan ini memberi bebanan kepada waris dari sudut kos rawatan dan kos bawa pulang jenazah.\n\n\n4. Bencana\n\n\nBencana alam seperti kejadian\n banjir\n, gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi, ribut taufan dan sebagainya merupakan insiden yang boleh disifatkan berlaku di luar jangkaan.\u00a0Insiden-insiden sebegini berisiko menyebabkan anda terperangkap di negara luar selama berhari-hari atau dalam senario yang lebih buruk mungkin memakan masa berminggu-minggu bergantung pada situasi bencana.\n\n\nSituasi-situasi sebegini secara tidak langsung akan meningkatkan kos dan perbelanjaan anda di luar negara seperti kos penginapan, makan minum dan pengangkutan. Sekiranya anda dilindungi oleh \ntravel insurance\n, anda boleh membuat \ntuntutan daripada syarikat insurans\n. Sekurang-kurangnya anda tidak perlu mengeluarkan wang \nsimpanan Tabung Haji\n untuk menanggung kos tambahan luar jangka ini sementara anda pulang ke tanah air.\n\n\n\n\nInsurans Perjalanan vs Insurans Perubatan: Adakah Anda Perlu Miliki Kedua-duanya?\n\n\nRamai yang tertanya-tanya sama ada insurans perjalanan ke luar negara masih diperlukan jika sudah memiliki \ninsurans perubatan\n. Secara asasnya, insuran perjalanan dan insurans perubatan (\nmedical card\n) menawarkan kelebihan-kelebihan yang tersendiri. Meskipun insurans atau \ntakaful perubatan\n turut menawarkan manfaat perlindungan luar negara, namun ia hanyalah perlindungan asas sahaja.\n\n\nInsurans perjalanan ke luar negara menawarkan lebih banyak perlindungan daripada risiko-risiko yang mungkin berlaku ketika di luar negara. Dalam erti kata mudah, insurans perjalanan ke luar negara melindungi diri anda dan keluarga terhadap kemalangan, kerugian (kehilangan) dan gangguan yang berlaku semasa bercuti seperti:\n\n\n\n\nKemalangan diri\n;\n\n\nBelanja perubatan di hospital;\n\n\nKehilangan bagasi, barang-barang peribadi seperti wang atau\n kad bank hilang\n;\n\n\nKehilangan pasport;\n\n\nBagasi lewat tiba atau kelewatan penerbangan;\n\n\nPenghantaran pulang jenazah;\n\n\nKelebihan-kelebihan lain tertakluk pada polisi insurans anda.\n\n\n\n\nNamun begitu, ini tidak bermaksud anda boleh mengabaikan aspek penjagaan barangan dan keselamatan diri ketika bercuti. Ambil tindakan pencegahan yang sewajarnya untuk melindungi diri anda, keluarga dan barangan bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.\n\n\nSecara asasnya, insurans perjalanan ke luar negara bukanlah satu bentuk \npelaburan\n namun sebaliknya merupakan suatu pembiayaan risiko. Ini bermaksud, jika tiada insiden atau sebarang musibah berlaku ke atas diri anda semasa anda sedang bercuti, wang anda tidak akan dikembalikan.\n\n\nOleh sebab itu, anda disarankan untuk membaca dan memahami kandungan dalam polisi sebelum anda membeli \nperlindungan insurans\n\u00a0untuk mengelakkan timbul salah faham atau apa-apa masalah lain sewaktu membuat tuntutan pampasan.\n\n\nSelain itu, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai \ntravel insurance\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform insurans terbaik di Malaysia yang menyediakan rangkaian\n insurance\n perjalanan terbaik\n daripada beberapa syarikat insurans di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, cepat dan selamat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-perjalanan/", "title": "5 Sebab Perlu Beli Insurans Perjalanan ke Luar Negara", "body": "\n\nSelain jadual perjalanan, lokasi yang ingin dilawati dan penginapan, ada perkara penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum \ntravel\n ke luar negara iaitu insurans perjalanan. Meskipun ia nampak remeh, kebanyakan percutian yang dirancang tidak selalunya berjalan lancar seperti yang dirancang. Ada kemungkinan berlaku situasi luar kawalan seperti penerbangan dibatalkan, bagasi hilang, sakit teruk atau paling membimbangkan\n kemalangan\n semasa berada di luar negara.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n5 Kepentingan Insurans Perjalanan Wajib Tahu untuk Cuti dengan Tenang\n1. Penerbangan Tertunda\n2. Beg Bagasi Hilang, Lewat Sampai\n3. Kecemasan Perubatan\n4. Dokumen Penting, Duit atau Pasport Hilang\n5. Pembatalan Secara Tiba-tiba\nCara Pilih Pelan Insurans Perjalanan Terbaik dan Komprehensif\n\n\n5 Kepentingan Insurans Perjalanan Wajib Tahu untuk Cuti dengan Tenang\n\n\nApa maksud insurans perjalanan atau \ntravel insurance\n? Insurans perjalanan ialah polisi insurans yang menawarkan pampasan kewangan sekiranya berlaku peristiwa yang tidak dijangka yang berkemungkinan boleh mempengaruhi pelan percutian anda seperti kemalangan dan sebagainya. Artikel ini akan membantu anda memahami aspek penting berkaitan insuran perjalanan ke luar negara untuk mengelakkan percutian idaman anda bersama keluarga atau rakan-rakan menjadi tidak seperti yang diimpikan.\n\n\n1. Penerbangan Tertunda\n\n\nKebanyakan daripada anda mungkin pernah berdepan situasi penerbangan tertunda atau\n flight delay\n semasa bercuti. Walaupun ia merupakan sesuatu situasi yang biasa, ia bukanlah pengalaman percutian yang diinginkan. Jika anda memiliki insurans perjalanan ke luar negara, anda layak mendapat pampasan sekiranya berlaku kelewatan dalam jadual penerbangan disebabkan oleh masalah tertentu seperti isu mekanikal, penyelenggaraan pesawat atau faktor cuaca.\n\n\nSesetengah syarikat insurans menawarkan \nproses tuntutan insurans\n secara automatik bagi memudahkan urusan. Meskipun pampasan yang mungkin diterima tidak setimpal dengan masa yang terbuang, ia sekurang-kurangnya dapat menampung kos perbelanjaan tambahan yang digunakan untuk membeli makanan, buku dan sebagainya semasa dalam tempoh menunggu.\n\n\nNamun begitu, jika anda terlepas\n flight\n disebab kesilapan atau kecuaian sendiri, ia tidak tertakluk dalam perlindungan insurans perjalanan anda. Anda disarankan untuk merancang perjalanan anda dengan baik untuk mengelakkan anda berdepan situasi sebegini.\n\n\n2. Beg Bagasi Hilang, Lewat Sampai\n\n\nProses menunggu bagasi selepas perjalanan jauh yang memakan masa yang lama boleh menambahkan penat anda. Ia menjadi semakin menjengkelkan lebih-lebih lagi jika anda menyedari beg bagasi anda hilang atau sampai lewat tidak seperti yang direncanakan. Meskipun kebarangkalian situasi sebegini berlaku amat tipis, ia tidak bermaksud anda perlu menidakkan kebarangkalian masalah ini boleh berlaku.\n\n\nMeskipun secara asasnya anda boleh \nclaim\n bag bagasi hilang atau lewat sampai daripada syarikat penerbangan, ini tidak bermaksud anda tidak perlu mendapatkan insuran perjalanan ke luar negara. Ini kerana, proses tuntutan daripada syarikat penerbangan biasanya memakan masa yang lama dan proses tuntutan yang perlu dilakukan tidak semudah proses tuntutan dengan \nsyarikat insurans\n.\n\n\nOleh sebab itu, anda perlu mendapatkan insurans perjalanan. Sekurang-kurangnya, ia dapat meminimumkan impak kepada anda sekiranya bagasi anda rosak, hilang atau lewat sampai.\n\n\n3. Kecemasan Perubatan\n\n\nSituasi kecemasan seperti \nkemalangan kereta\n, jatuh sakit secara tiba-tiba merupakan perkara yang ingin dielakkan semasa bercuti. Perbelanjaan berkaitan perubatan di luar negara selalunya lebih tinggi berbanding dalam negara. Dengan memiliki insurans perjalanan, ia sedikit sebanyak boleh\u00a0menampung sebarang kos rawatan di luar negara seperti kos konsultasi, yuran bilik, caj diagnostik dan sebarang perbelanjaan lain yang timbul akibat kemasukan ke hospital.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ditakdirkan untuk meninggal dunia ketika berada di luar negara, pelan perlindungan insurans perjalanan membolehkan ahli keluarga anda untuk membuat tuntutan khairat kematian dengan mudah tanpa proses yang rumit. Anda mungkin sedia maklum bahawa proses bawa pulang jenazah ke tanah air bukanlah senang \u2013 ia melibatkan proses yang sedikit rumit dan boleh memakan kos yang tinggi.\n\n\nDengan adanya insuran melancong luar negara, ia boleh memudahkan urusan keluarga anda membuat tuntutan sekiranya berlaku kematian.\n\n\nInsuran Perjalanan vs Insurans Perubatan\n\n\nMungkin anda berpendapat yang anda tidak lagi perlu membeli polisi perlindungan tambahan seperti insurans perjalanan sebelum melancong ke luar negara sekiranya sudah memiliki \ninsurans perubatan\n atau \nmedical card\n peribadi. Secara asasnya, insurans perubatan dan insurans perjalanan merupakan dua perkara yang berbeza.\n\n\nWalaupun insurans peribadi melindungi beberapa aspek seperti tuntutan khairat kematian, kecederaan dan sebagainya, ia tidak merangkumi beberapa aspek lain atau risiko berkaitan perjalanan anda seperti kehilangan bagasi, penerbangan terbatal atau berlaku kemalangan di tempat melancong.\n\n\nDalam erti kata lain, \ninsurans perubatan\n hanya melindungi anda sekiranya berlaku kecemasan kesihatan di dalam negara. Insurans perjalanan pula bertindak sebagai perlindungan tambahan sekiranya berlaku sebarang risiko seperti kemalangan atau kecederaan sepanjang anda berada di luar negara yang memerlukan rawatan di hospital.\n\n\n4. Dokumen Penting, Duit atau Pasport Hilang\n\n\nMalang tidak berbau. Meskipun sudah berhati-hati dan langkah berjaga-jaga telah diambil, ada potensi insiden kecurian atau kehilangan barangan peribadi seperti telefon bimbit, \nkad kredit\n atau debit, wang atau dalam kes paling buruk, pasport anda terutamanya di kawasan tumpuan pelancong. Situasi-situasi sebegini boleh berlaku sama ada berpunca daripada kecuaian seperti tersalah letak, tertinggal atau dicuri oleh penyeluk saku.\n\n\nDengan memiliki insurans perjalanan, kerugian akibat situasi sebegini boleh diminimumkan. Meskipun insurans perjalanan tidak menjamin keselamatan barang yang anda miliki 100 peratus, ia sekurang-kurangnya boleh mengurangkan risiko kerugian sekiranya barangan hilang atau dicuri. Bagi kes kehilangan pasport misalnya, polisi insurans perjalanan boleh membantu anda dari segi kewangan semasa dalam proses mendapatkan permit perjalanan sementara, menampung sebarang kerugian (yang mungkin berlaku) sekali gus menjamin perjalanan pulang anda ke tanah air dengan selamat.\n\n\nBiasanya, kos-kos seperti kos pengangkutan ke pejabat kedutaan, kos panggilan telefon ke negara asal, pencetakan sebarang dokumen penting termasuk penginapan sepanjang proses mendapatkan permit sementara sehingga selesai akan ditanggung oleh syarikat insurans. Tetapi perlu diingat, syarikat insurans berhak untuk menolak tuntutan apabila kejadian barang hilang berlaku disebabkan kecuaian sendiri.\n\n\nSebagai contoh, insurans perjalanan tidak akan menerima tuntutan sekiranya telefon bimbit anda hilang kerana anda tertinggal di atas meja di restoran lalu diambil oleh orang lain. Ini bermaksud, dengan adanya insurans perjalanan bukan bermakna anda boleh bersikap sambil lewa.\n\n\nLangkah Mudah Jika Pasport Hilang Semasa Melancong di Luar Negara\n\n\nBerikut langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda berdepan situasi pasport hilang dan ingin mendapatkan permit perjalanan sementara untuk pulang ke tanah air:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0Laporkan insiden kepada pihak polis serta-merta;\n\n\nPergi ke Kedutaan Malaysia yang berhampiran dan buat permohonan mendapatkan permit perjalanan sementara;\n\n\nDokumen-dokumen seperti sijil kelahiran, laporan polis, kad pengenalan merupakan antara dokumen yang mungkin diperlukan;\n\n\nBiasanya, proses mendapatkan permit ini biasanya memakan masa selama tiga sehingga lima hari. Ini bermaksud, anda perlu menyambung tempoh penginapan anda sementara menunggu permit siap;\n\n\nSetelah selesai, anda boleh pulang ke tanah air. Segera gantikan pasport baru untuk mengelakkan sebarang masalah lain setelah tiba di tanah air.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Pembatalan Secara Tiba-tiba\n\n\nMerancang perjalanan dan terpaksa membatalkannya pada saat akhir atas faktor-faktor tertentu boleh menyebabkan kekecewaan dan anda perlu menanggung semua kerugian melainkan anda telah dilindungi dengan insurans perjalanan. Sebagai contoh, jika rakan perjalanan anda atau anda tiba-tiba jatuh sakit pada hari perjalanan, anda mungkin layak mendapat bayaran balik untuk semua perbelanjaan yang telah anda keluarkan untuk menempah tiket penerbangan dan tempahan hotel.\n\n\n\n\nCara Pilih Pelan Insurans Perjalanan Terbaik dan Komprehensif\n\n\nBanyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli insuran perjalanan ke luar negara yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Berikut beberapa faktor yang perlu dititikberatkan sebelum beli insurans perjalanan:\n\n\n\n\nBandingkan polisi dan ambil perlindungan yang diperlukan sesuai dengan bajet anda;\n\n\nFahami \nistilah insurans\n dalam polisi insurans dengan teliti untuk mengelakkan salah faham \u2013 sesetengah syarikat insurans menawarkan polisi perlindungan yang berbeza bergantung pada polisi syarikat;\n\n\nPastikan syarikat insurans yang dipilih mempunyai rangkaian kerjasama asing di luar negara yang baik. Ini bagi memudahkan bantuan diberikan sekiranya berlaku apa-apa perkara atau situasi tidak diingini;\n\n\nPilih syarikat insurans yang menawarkan atau menyediakan khidmat bantuan kecemasan 24/7. Ini kerana, kemalangan atau situasi luar jangka boleh berlaku pada bila-bila masa;\n\n\nKenal pasti perkara-perkara yang termasuk dalam perlindungan dan boleh dituntut. Ini penting supaya tidak berlaku perselisihan faham yang merugikan anda.\n\n\n\n\nElakkan percutian yang dirancang menjadi pengalaman pahit yang sukar dilupakan. Anda disarankan untuk mendapatkan insurans perjalanan bagi mengelakkan kemalangan atau kecelakaan semasa berada di luar negara menjadi mimpi buruk bagi anda.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans terbaik online\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian insurans daripada \ninsurans kereta\n, \ninsurans motor\n dan \ninsurans kesihatan\n\u00a0dan insurans nyawa daripada pelbagai \nsyarikat insurans terbaik di Malaysia\n. Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh beli atau \nrenew\n insurans\n yang sesuai mengikut keperluan dan bajet anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-perniagaan/", "title": "Lindungi Perniagaan Anda dengan Insurans Perniagaan", "body": "\n\nDah nama pun bisnes, mestilah ada risiko, betul tak? Keberanian mengambil risiko adalah salah satu aspek yang paling penting dalam perniagaan. Namun, ada risiko yang boleh mendatangkan keburukan. Tapi, risiko ini boleh dikawal dengan insurans perniagaan. Qoala hari ini akan berkongsikan mengenai perlindungan yang harus dipertimbangkan oleh bisnes-bisnes owner tidak mengira saiz perniagaan.\n\n\nAda beza di antara pemilik bisnes yang berani mengambil risiko dengan pemilik bisnes yang bijak menguruskan risiko bisnesnya. Setiap keputusan yang dibuat dalam bisnes adalah sebuah pelaburan yang mempunyai risiko. Salah percaturan, maka rugilah kita.\n\n\nDi Malaysia, jumlah perniagaan start up menunjukkan trend peningkatan. Walaupun ramai yang telah menceburi bidang perniagaan, tak ramai yang tahu mengenai insurans perniagaan dan kenapa pentingnya terhadap syarikat. Selain diri, keluarga, kereta dan rumah, bisnes anda juga memerlukan perlindungan insurans.\n\n\nSayang betul perniagaan yang kita bina dari titik peluh sendiri, siang malam membangunkan perniagaan, boleh lenyap dalam sekelip mata dek kerana sebuah kejadian yang luar daripada jangkaan kita. Untung rugi adalah adat permainan dalam perniagaan. Tapi, yang menjadi rugi besar di sini adalah kerugian masa yang telah kita laburkan dalam membina perniagaan. Ada yang makan bertahun-tahun lamanya untuk menstabilkan perniagaan dan rapuh begitu saja kerana tiada perlindungan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nObjektif Utama Insurans Perniagaan\nSebab-sebab Kenapa Bisnes Owner Perlu Ada Insurans\nMelindungi Syarikat daripada Bencana Alam\nMelindungi Syarikat daripada Kebakaran\nMelindungi Syarikat daripada Kes Pecah Masuk\nMemberi Perlindungan daripada Kemalangan dan Kecacatan\nMemberikan Ketenangan Fikiran\nPenghantaran Barang Tertangguh\nPerlindungan Penyakit Berjangkit\nJaminan Kesetiaan Pekerja\nPencerobohan Data\nJenis-jenis Insurans Perniagaan\nInsurans Harta\nInsurans Liabiliti\nInsurans Auto Komersial\nInsurans Pampasan Pekerja\nInsurans Liabiliti Professional\nInsurans Gangguan Perniagaan\nPengangkutan Insurans Liabiliti Bahan Berbahaya (HAZMAT)\nInsurans Pelanggaran Data\n\n\nObjektif Utama Insurans Perniagaan\n\n\nRamai usahawan terutamanya daripada bisnes start up tidak mengambil berat mengenai risiko-risiko yang boleh dihadapi syarikat mereka. Sebagai contoh risiko dibadai bencana seperti banjir atau ribut, kemalangan seperti kebakaran yang boleh membuatkan pemilik perniagaan berputih mata setelah segala yang diusahakan berlalu begitu sahaja.\n\n\nObjektif utama mendapatkan perlindungan perniagaan adalah bagi memastikan musibah atau dugaan yang melanda tidak mengakibatkan bisnes ditutup keseluruhannya dan pampasan daripada insurans boleh digunakan untuk membina semula perniagaan selepas dibadai musibah.\n\n\nSebab-sebab Kenapa Bisnes Owner Perlu Ada Insurans\n\n\nBisnes owner yang bijak pasti memastikan syarikat mempunyai \nakaun bank yang khusus untuk perniagaan\n dan juga memastikan syarikatnya dilindungi insurans perniagaan daripada kejadian-kejadian yang tidak diingini. Apa dia kejadian yang tidak diingini tu? Di bawah adalah senarai sebab-sebab kenapa pemilik perniagaan perlu memiliki perlindungan insurans untuk melindungi perniagaan:\n\n\nMelindungi Syarikat daripada Bencana Alam\n\n\nAntara bencana alam yang sering melanda negara secara konsisten adalah banjir. Jangan ingat certain-certain negeri sahaja yang terkena banjir teruk seperti\n banjir terburuk\n yang berlaku di pantai timur negara.\n\n\nBandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur turut boleh terkena banjir iaitu banjir kilat. Jika andamemiliki syarikat di lokasi-lokasi yang berisiko tinggi untuk dilanda banjir, ada ke simpanan yang mencukupi untuk kos-kos pembaikan?\n\n\nBanjir yang datang bukan saja membawa air. Ia turut membawa segala jenis kekotoran seperti selut dan lumpur. Pejabat yang dilanda banjir sudah pasti memerlukan kos pembersihan. Bagaimana pula dengan segala alat-alat elektronik?\n\n\nKebanyakkan bisnis sekarang menggunakan iMac, Macbook dan pelbagai lagi alat-alat elektronik yang mahal. Sudah pasti alat-alat elektronik ini akan musnah dan rosak apabila ditelenggami air. Ini belum cerita pasal stok produk, barangan perabot pejabat, fail-fail yang penting yang turut musnah disebabkan banjir.\n\n\nYang ini baru banjir, belum lagi ribut, tanah runtuh, atau pun gempa bumi. Tambah-tambah lagi jika kawasan perniagaan anda adalah kawasan yang sering berlaku bencana alam.\n\n\nDi sinilah peranan penting memiliki insurans perlindungan. Ia bertujuan untuk melindungi harta benda kepunyaan syarikat. Pampasan yang diterima boleh membantu pemilik perniagaan untuk bangkit lebih cepat dalam membaiki dan membina semula perniagaan tersebut.\n\n\n\n\nMelindungi Syarikat daripada Kebakaran\n\n\nBayangkan anda sebagai pemilik perniagaan tiba-tiba dapat panggilan di tengah malam pemberitahuan yang syarikat anda sedang terbakar? Boleh speechless dibuatnya. Iyalah, mestilah kita terfikir macam mana nak recover balik jika segala modal yang ada telah dilaburkan untuk membeli stok dagangan. Kalau ada simpanan syarikat, boleh lah guna. Tapi bagaimana kalau tak ada simpanan syarikat?\n\n\nKebakaran jarang berlaku, tapi ianya tidak mustahil untuk berlaku. Ingat, malang tidak berbau. Pelbagai perkara yang boleh mengakibatkan kebakaran. Kebakaran yang berlaku boleh jadi disebabkan lintar pintas dan bermacam-macam lagi.\n\n\nApi yang membara boleh memusnahkan segala harta benda dengan sekelip mata. Apabila perniagaan memiliki perlindungan insurans, pampasan daripada insurans mampu membantu meminimakan kerosakan dan kerugian yang berlaku.\n\n\nMelindungi Syarikat daripada Kes Pecah Masuk\n\n\nKeadaan yang memaksa boleh membuatkan segelintir individu melakukan jenayah seperti mencuri atau memecah masuk. Ini kerana desakan hidup yang dilalui. Kejadian pecah masuk pejabat juga tidak kurang hebatnya.\n\n\nKecurian harta benda seperti alat-alat elektronik seperti komputer, telefon pintar, komputer bimbit dan juga wang tunai boleh mendedahkan perniagaan dalam keadaan berisiko tinggi. Tanpa insurans, kita terpaksa menggunakan wang simpanan syarikat untuk recover balik. Tapi bagaimana kalau syarikat tak ada simpanan?\n\n\nDengan memiliki insurans perniagaan, tuntutan boleh dilakukan apabila berlakunya kejadian yang tidak diingini berlaku. Tidak lah kita menjadi murung memikirkan macam mana nak recover balik, betul tak?\n\n\nMemberi Perlindungan daripada Kemalangan dan Kecacatan\n\n\nUntuk pengetahuan anda, kakitangan syarikat adalah aset bisnes juga. Sebab itulah kita kena sediakan perlindungan untuk mereka. Ini kerana staff-staff juga boleh berisiko untuk mengalami kemalangan di tempat kerja dan mereka juga berisiko tinggi untuk jatuh sakit sehingga memerlukan rawatan perubatan yang tinggi. Ketiadaan staf boleh membantutkan operasi perniagaan kita.\n\n\nBukan itu saja, dengan menyediakan pelan perlindungan insurans bagi staff, staff boleh bertambah bermotivasi untuk bekerja dengan lebih baik kerana rasa dihargai oleh majikan.\n\n\nMemberikan Ketenangan Fikiran\n\n\nMenjadi seorang pemilik perniagaan bukan satu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu diteliti. Dari segi pengurusan staf, memperbaharui produk, kewangan, pelaburan dan banyak lagi. Semuanya perlu difikir.\n\n\nDengan adanya insurans perniagaan, ia boleh menyediakan dan mewujudkan perasaan tenang dalam diri seseorang pemilik perniagaan. Ini kerana, kini pemilik perniagaan sedar yang syarikatnya sedang dilindungi insurans sekiranya perkara yang tidak ingini berlaku dan boleh membantutkan perkembangan syarikat. Pengurusan syarikat juga boleh menjadi lancar.\n\n\nPenghantaran Barang Tertangguh\n\n\nPemilik bisnes layak untuk menerima ganti rugi sehingga RM2, 000 sekiranya berlaku kelewatan dalam penghantaran barang daripada pembekal lebih daripada 24 jam yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.\n\n\nSituasi ini boleh dilihat seperti lori pembekal telur yang sepatutnya sampai di lokasi perniagaan pada pukul 5 pagi namun tertangguh disebabkan lori tersebut mengalami kemalangan seperti hilang kawalan akibat jalan yang licin. Jika pemilik syarikat tidak mempunyai sebarang insurans, kerugian besar boleh berlaku.\n\n\nMana tidaknya, produk tak dapat, duit telah dibazirkan dan operasi perniagaan tidak dapat berlaku dengan baik. Dengan memiliki insurans, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban dan meminimalkan kerugian yang anda miliki. Tidak lah menjadi seperti kata pepatah, bagai jatuh ditimpa tangga.\n\n\nPerlindungan Penyakit Berjangkit\n\n\nDunia kini penuh dengan penyakit berjangkit. Sesiapa sahaja boleh dijangkiti penyakit berjangkit termasuklah pemilik syarikat dan pekerja-pekerjanya. Apabila pemilik syarikat dan staff jatuh sakit, prestasi syarikat boleh terjejas. Ini kerana operasi perniagaan tidak dapat berlaku seperti biasa.\n\n\nDengan adanya insurans perniagaan, ia boleh melindungi diri dari segi kos apabila dimasukkan ke hospital dan pemulihan apa-apa penyakit yang diklasifikasikan sebagai wabak atau pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).\n\n\nJaminan Kesetiaan Pekerja\n\n\nSetiap syarikat mahukan kesetiaan pekerja. Ia adalah nilai yang mahal. Kesetiaan pekerja boleh dinilai apabila pekerja tidak sabotaj perniagaan dengan melakukan penipuan. Tapi, kejadian ini boleh berlaku.\n\n\nSudah tentu ia mendatangkan rugi kepada syarikat. Namun begitu, dengan adanya perlindungan insurans perniagaan, pemilik syarikat boleh memohon ganti rugi terhadap kehilangan wang ringgit atau harta benda yang disebabkan oleh pekerja itu tadi.\n\n\n\n\nPencerobohan Data\n\n\nIngat, data adalah salah satu aset syarikat. Data juga adalah sebuah privasi. Dunia kini semakin maju, dan apabila kebanyakkan perniagaan bergantung kepada teknologi, risiko digodam menjadi kerisauan nombor satu.\n\n\nKebanyakkan perniagaan juga tidak mempunyai sistem keselamatan siber yang kuat. Disebabkan itu, mereka terdedah dengan kes-kes pencerobohan data, ransomware dan pelbagai lagi serangan siber.\n\n\nJenis-jenis Insurans Perniagaan\n\n\nAda pelbagai jenis insurans perniagaan yang setiap usahawan tidak kira lah usahawan yang mempunyai syarikat berskala besar atau kecil perlu timbangkan. Berikut adalah senarai jenis-jenis insurans yang boleh melindungi perniagaan:\n\n\nInsurans Harta\n\n\nPolisi insurans harta perniagaan berperanan sebagai pelindung kepada harta benda dalam perniagaan. Pemilik perniagaan boleh menuntut ganti rugi sekiranya berlaku kerugian dari segi harta benda.\n\n\nPolisi ini turuk melindungi perabot pejabat, komputer, inventori perniagaan dan barang-barang yang lain yang boleh membantutkan pergerakkan syarikat sekiranya barang tersebut tiada.\n\n\nAda pelbagai polisi insurans harta yang juga menyediakan perbelanjaan untuk melindungi perniagaan daripada kerosakan dan kerugian hasil daripada kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran dan wang yang diperlukan untuk terus mengendalikan perniagaan sehingga kerosakan dari kerugian itu diperbaiki.\n\u00a0\n\n\nInsurans Liabiliti\n\n\nSebagai bisnes owner, kita terdedah dengan sebarang dakwaan khususnya dakwaan yang dibuat oleh pengguna sekirannya produk atau perkhidmatan perniagaan memberi kemudaratan kepada pengguna.\n\n\nMisal kata anda adalah seorang pemilik bisnes yang mengeluarkan produk makanan. Sekiranya seorang pembeli produk makanan tersebut jatuh sakit seperti keracunan makanan selepas memakan produk makanan tersebut, pemilik perniagaan boleh menggunakan insurans liabiliti ini untuk membayar ganti rugi.\n\n\nSelain itu, ia juga boleh digunakan untuk kos guaman sekiranya pemilik pernigaan disaman. Polisi ini turut boleh membantu pemilik perniagaan untuk membayar kos perubatan pengguna terbabit.\n\n\nInsurans Auto Komersial\n\n\nSesetengah syarikat mempunyai kenderaan mereka yang tersendiri yang digunakan untuk perniagaan. Sebarang kenderaan yang digunakan untuk tujuan perniaaan boleh dilindungi dengan pelan perlindungan insurans auto komersial.\n\n\nSebarang kejadian yang tidak dijangka boleh mengganggu operasi perniagaan. Pelan insurans auto komersial ini dapat melindungi kenderaan komersial perniagaan apabila berlaku kemalangan, kerosakan akibat kebakaran atau kecurian.\n\n\nIa juga memberi perlindungan bagi kematian, kecederaan atau kerosakan harta benda pihak ketiga yang berpunca daripada kenderaan komersial syarikat.\n\n\nInsurans Pampasan Pekerja\n\n\nInsurans pampasan pekerja dapat menyediakan perlindungan kepada majikan apabila sebarang pampasan perlu dibayar di bawah Undang-undang Pampasan Pekerja di Malaysia.\n\n\nPampasan ini perlu dibayar sekiranya pekerja mengalami kecederaan yang berpunca daripada kemalangan atau penyakit daripada atau semasa bekerja dengan majikan.\n\n\nSekiranya pekerja tersebut meninggal dunia, faedah pampasan akan diberi kepada keluarga pekerja. Walau bagaimanapun, polisi ini mempunyai beberapa pengecualian.\n\n\nIa tidak melindungi sesetengah kerugian seperti sebarang kecederaan akibat rusuhan dan juga mana-mana kakitangan yang tidak dianggap sebagai pekerja di bawah undang-undang negara.\n\n\nInsurans Liabiliti Professional\n\n\nJika perniagaan berbentuk perkhidmatan profesional seperti konsultan professional, membuat cadangan, merekabentuk produk, dan sebagainya, syarikat tersebut boleh didakwa sekiranya didapati memberi konsultan atau nasihat yang salah sehingga mengakibatkan kemudaratan kepada orang lain.\n\n\nSyarikat tersebut terdedah dengan risiko disaman. Tindakan undang-undang ini boleh memakan masa dan tekanan. Dasar insurans liabiliti profesional boleh membantu melegakan beban ini sekiranya ia berlaku.\n\n\nSama ada penasihat bertanggungjawab secara sah atau tidak, insurans akan mengimbangi kos menanggapi tuntutan undang-undang.\n\n\nInsurans Gangguan Perniagaan\n\n\nMenjadi tanggungjawab seorang pemilik perniagaan untuk mengekalkan dan meningkatkan keuntungan perniagaan. Di sinilah peranan insurans gangguan perniagaan.\n\n\nInsurans gangguan perniagaan sering dijumpai sebagai perlindungan termasuk polisi pemilik perniagaan, polisi pakej komersial, atau polisi insurans harta komersial yang direka untuk membayar kos perbelanjaan perniagaan apabila operasi perniagaan terpaksa diberhentikan sementara atas sebab kerosakan harta benda yang berpunca daripada kejadian-kejadian yang tidak disangkakan.\n\n\nInsurans gangguan perniagaan membayar untuk perkara-perkara seperti hilang pendapatan, sewa dan utiliti, pergerakkan ke lokasi sementara, perbelanjaan tambahan (iklan, kos sampingan yang berkaitan dengan pembaikan, pengiklanan, penempatan semula, perbelanjaan (gaji, sewa, insurans kesihatan, dan lain-lain).\n\n\nWalau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian yang tidak dilindungi dan memerlukan pemilik perniagaan untuk menambah perlindungan pada polisi seperti gempa bumi, kecurian, vandalisme, kaca kerosakan, gangguan utiliti, dan sebagainya.\n\n\nPengangkutan Insurans Liabiliti Bahan Berbahaya (HAZMAT)\n\n\nInsurans HAZMAT ini meliputi pengangkutan bahan berbahaya oleh trak, kapal terbang, bot mahu pun kereta api. Polisi ini merangkumi liabiliti untuk memuatkan / memunggah kargo, liputan transit, pembersihan pencemaran tapak dan pencemaran yang berterusan yang disebabkan oleh tumpahan bahan berbahaya. Insurans HAZMAT adalah keperluan undang-undang bagi pengangkut bahan berbahaya.\n\n\nInsurans Pelanggaran Data\n\n\nKecurian data bukan lagi perkara yang jarang kita dengar. Malah, penggodam kini mempunyai sebuah team khas dengan strategi yang teknikal bagi mencuri dan menggodam data-data pelanggan yang kita ada. Bagi yang tak tahu, data pengguna adalah aset syarikat. Pemilik syarikat disyorkan untuk memiliki insurans pelanggaran data bagi melindungi daripada berlakunya liabiliti undang-undang.\n\n\nMemiliki perniagaan adalah satu perkara yang sangat mengkagumkan. Namun, perniagaannya juga datang dengan risiko-risiko yang kita tak dapat elakkan. Jangan disebabkan risiko-risiko ini, ia membantutkan impian anda untuk mempunyai perniagaan idaman. Risiko-risiko ini boleh dikawal dengan pemilikan insurans perniagaan.\n\n\nTidak kira sama ada dari segi manusia, teknikal atau kewangan, pemilik perniagaan boleh mengenal pasti dan menjangkakan risiko ketika membuat perancangan perniagaan. Kenal pasti risiko yang boleh menghentikan, melambatkan atau mempengaruhi keuntungan perniagaan anda.\n\n\nSebagai pemilik perniagaan, kami faham hari anda pasti sibuk dengan menguruskan keperluan syarikat demi pertumbuhan syarikat sehingga ke tahap berjaya. Tapi luangkan sedikit masa untuk menambah perlindungan terhadap syarikat. Kerana ia akan memberikan kesan yang baik pada jangka masa panjang.\n\n\nSampai disini sahaja artikel Qoala pada hari ini. Jika anda mencari insurans kereta dengan harga yang berpatutan, boleh klik \nLINK \nini. Semoga bermanfaat!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-perubatan-dan-kesihatan/", "title": "Fakta Sebenar Tentang Insurans Perubatan Anda Perlu Tahu", "body": "\n\nRamai dalam kalangan masyarakat di Malaysia tidak menjadikan insurans perubatan sebagai keutamaan. Malah, ada segelintir yang masih tidak menyedari kepentingan memiliki insurans kesihatan meskipun mereka sedar kos perubatan terutamanya di hospital swasta semakin meningkat saban hari. Ada yang berpendapat duit dalam \ntabung\n atau \nsimpanan\n di bank sudah memadai untuk nikmati kehidupan yang baik di hari tua kelak.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n7 Sebab Insurans Perubatan atau Insurans Kesihatan Penting kepada Individu\n1. Kos Perubatan Semakin Meningkat\n2. Manfaat Cukai Pendapatan: Layak Dapat Potongan Cukai\n3. Perubahan Gaya Hidup\n4. Tempoh Menunggu di Hospital Kerajaan\n5. Purata Jangka Hayat Penduduk Meningkat\n6. Perlindungan Lebih Komprehensif\n7. Insurans Perubatan Beri Manfaat Tambahan\nInsurans Kesihatan: Adakah Ia Suatu Keperluan atau Kehendak?\n\n\n7 Sebab Insurans Perubatan atau Insurans Kesihatan Penting kepada Individu\n\n\nNamun sebenarnya, memiliki simpanan sahaja tidak mencukupi lebih-lebih lagi jika ada kecemasan atau situasi luar jangka seperti masalah kesihatan yang memerlukan belanja rawatan yang tinggi. Anda perlu memiliki insurans perubatan bagi membantu menampung perbelanjaan atau kerugian sekiranya anda jatuh sakit. \n\n\nMalah, banyak lagi sebab-sebab lain yang memerlukan anda untuk miliki insurans atau takaful perubatan dalam hidup anda hari ini. \nBagi membantu anda memahami kelebihan insurans perubatan dengan lebih baik, berikut tujuh kepentingan insurans perubatan untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n1. Kos Perubatan Semakin Meningkat\n\n\nMalaysia dijangka akan mengalami inflasi dalam rawatan kesihatan. Ini bermakna, kos rawatan perubatan berkemungkinan akan mengalami kenaikan yang ketara (boleh mencecah dua angka) setiap tahun berbanding inflasi harga barangan pengguna (sekitar dua hingga empat peratus setahun).\n\n\nDalam erti kata lain, kos rawatan dan bil perubatan boleh menjadi lebih mahal berbanding kemampuan kewangan anda. Jika tiada simpanan kecemasan atau anda tidak merancang kewangan anda dengan baik, keadaan anda akan menjadi lebih sukar jika berlaku sebarang musibah.\n\n\nDengan memiliki insurans kesihatan, anda tidak perlu risau untuk membayar kos rawatan hospital yang mahal ini. Malah, anda juga tidak perlu menghabiskan wang simpanan yang disimpan bertahun-tahun semata-semata untuk membayar kos rawatan tinggi kerana pihak syarikat insurans akan membayar segala kos yang terlibat bagi pihak anda.\n\n\n2. Manfaat Cukai Pendapatan: Layak Dapat Potongan Cukai\n\n\nSecara asasnya, anda boleh menuntut \npelepasan cukai\n untuk pelbagai kategori seperti rawatan perubatan, yuran pendidikan dan insurans. Bagi kategori potongan cukai insurans kesihatan, anda boleh menuntut pengecualian cukai ke atas premium yang dibayar untuk tahun taksiran. \n\n\nIni bermaksud, pembayaran yang dibuat ke atas \npremium insurans\n kesihatan melayakkan anda untuk mendapat pengecualian cukai yang secara tidak langsung dapat meringankan beban kewangan anda. \nBagi individu penjawat awam berpencen, golongan ini berhak mendapat pelepasan cukai terhad sebanyak RM7,000 untuk premium insurans nyawa atau takaful. \n\n\nManakala, individu selain penjawat awam boleh menuntut sehingga RM3,000 untuk insurans nyawa atau takaful dan RM4,000 untuk KWSP atau skim yang diluluskan seperti \nSkim Persaraan Swasta\n.\n\n\n3. Perubahan Gaya Hidup\n\n\nGaya hidup yang tidak sihat, stress dan diet tidak seimbang boleh mendedahkan anda kepada lebih banyak masalah kesihatan. Dalam erti kata lain, perubahan serta amalan gaya hidup yang tidak sihat secara tidak langsung boleh menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit kronik seperti kanser, buah pinggang, jantung dan penyakit-penyakit lain. \n\n\nFaktor ini tidak termasuk faktor-faktor pendorong yang lain seperti pemakanan, pesekitaran, pencemaran dan lain-lain lagi.\u00a0\nSebagai contoh, tabiat lepak di kedai sehingga lewat malam sambil minum teh tarik boleh menyumbang kepada risiko penyakit kencing manis. \n\n\nDi Malaysia, statistik menunjukkan seramai 3.9 juta individu berumur 18 tahun dan ke atas menghidap \npenyakit kencing manis\n. \nOleh sebab itu, anda perlu utamakan perlindungan insurans kesihatan sekiranya anda mengamalkan gaya hidup yang membimbangkan. \n\n\nIni kerana kos rawatan untuk penyakit kronik ini sememangnya memerlukan belanja yang amat mahal.\n\n\n\n\n4. Tempoh Menunggu di Hospital Kerajaan\n\n\nKos perubatan di Malaysia boleh dikatakan antara termurah kerana sebahagian besar kos telah disubsidi oleh kerajaan.\u00a0\nDengan hanya perlu membayar serendah RM1, anda boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan untuk pelbagai jenis penyakit. \n\n\nOleh sebab kos rawatan yang murah dan bilangan pesakit yang ramai yang memerlukan rawatan setiap hari, kebanyakan hospital dan klinik kerajaan mengalami kesesakan akibat tempoh menunggu yang lama. \nIa sekali gus menyebabkan giliran untuk menerima rawatan diutamakan kepada pesakit yang kritikal. \n\n\nDi sinilah pentingnya insurans kesihatan kerana setidak-tidaknya anda masih mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta jika anda tidak mampu untuk menahan sakit atau menunggu giliran yang lama di hospital kerajaan.\n\n\nMalah, ia juga dapat membantu anda mendapatkan rawatan dengan lebih cepat dan dalam masa sama memastikan keperluan rawatan dan penjagaan kesihatan tidak terabai.\n\n\n5. Purata Jangka Hayat Penduduk Meningkat\n\n\nBerdasarkan unjuran data daripada \nJabatan Perangkaan\n, Malaysia dijangka akan mengalami pertambahan populasi warga emas dan akan mencapai status \u2018negara tua\u2019 atau \naged nation\n menjelang 2030. \n\n\nBerdasarkan jangkaan tersebut, sebanyak 15.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk adalah individu yang berusia 60 tahun dan ke atas, atau 5.8 juta orang daripada keseluruhan 38.1 juta jumlah keseluruhan penduduk negara. \n\n\nApa kesan perkara ini kepada anda? Secara asasnya, seseorang individu akan mula mengalami kemerosotan tahap kesihatan selari dengan usia. \nApabila lanjut usia, anda memerlukan rawatan berkala sekurang-kurangnya sekali bulan untuk memastikan kesihatan anda berada dalam keadaan baik tidak kiralah daripada pusat kesihatan kerajaan ataupun swasta. \n\n\nOleh sebab itu, penting untuk anda memiliki simpanan yang mencukupi atau insurans perubatan yang boleh melindungi anda. \nTanpa perlindungan insurans perubatan, anda mungkin perlu menampung kos rawatan dan perubatan sendiri untuk tempoh yang panjang dan berkemungkinan besar perlu mengeluarkan \nsimpanan persaraan\n untuk membiayai kos rawatan.\n\n\n6. Perlindungan Lebih Komprehensif\n\n\nJika anda mencarum insurans pada usia muda, banyak kelebihan yang boleh anda nikmati, salah satunya pelan perlindungan insurans perubatan yang lebih komprehensif. Secara asasnya,\u00a0\npremium untuk pelan kesihatan ditentukan mengikut \njenis insurans\n\u00a0yang dipilih, umur, pekerjaan, status kesihatan semasa, status merokok dan sebagainya. \n\n\nIni bermaksud, jika premium insurans dibeli pada usia muda, anda boleh nikmati liputan perlindungan akan lebih komprehensif dan meluas serta jumlah premium yang ditawarkan adalah lebih rendah. \nBerbeza sekiranya anda beli insurans pada usia lebih lewat, anda perlu membayar harga yang lebih mahal dengan liputan perlindungan yang lebih minimum. \n\n\nHal ini kerana, pihak insurans beranggapan apabila usia anda meningkat anda lebih mudah menghidapi penyakit sekali gus mendedahkan anda kepada lebih banyak risiko penyakit. \nSelain itu, bagi kebanyakan syarikat insurans, \npenyakit sedia ada (jika ada) juga turut akan dikecualikan daripada perlindungan insurans.\n\n\n7. Insurans Perubatan Beri Manfaat Tambahan\n\n\nSebagai pencarum insurans, anda semestinya ingin mendapatkan polisi insurans dengan pelan perlindungan yang lengkap termasuk manfaat tambahan lain. Sesetengah polisi insurans menawarkan manfaat tambahan seperti perkhidmatan ambulans, penjagaan pembedahan harian, pemeriksaan kesihatan dan perbelanjaan vaksinasi di bawah insurans kesihatan bergantung pada polisi yang anda pilih.\n\n\nMalah, ada juga\n syarikat insurans\n yang turut menawarkan\n income replacement\n untuk situasi-situasi tertentu seperti kemalangan dan kematian. Ini bermaksud, syarikat insurans akan membayar pampasan mengikut terma dan syarat yang dipersetujui sekiranya anda hilang upaya kekal akibat kemalangan atau meninggal dunia.\n\n\n\n\nInsurans Kesihatan: Adakah Ia Suatu Keperluan atau Kehendak?\n\n\nSama seperti \nrenew\n insurans kenderaan\n untuk melindungi kereta anda, insurans perubatan atau \nmedical card\n memainkan peranan sama penting dalam melindungi diri anda. Oleh sebab itu, tiada alasan untuk anda mengabaikan kepentingan \ninsurans atau takaful\n perubatan.\n\n\nMeskipun ia bukanlah suatu keperluan yang wajib untuk dimiliki, namun ia penting untuk melindungi anda (dari segi \nkewangan\n, perbelanjaan perubatan dan sebagainya) sekiranya berlaku situasi luar jangka selain memastikan masa depan yang lebih selamat.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan \ninsurans kesihatan terbaik\n, lawati laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian produk \ninsurans kesihatan dan perubatan\n\u00a0daripada beberapa syarikat insurans terbaik dan popular di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, pantas dan selamat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-rumah-banjir/", "title": "4 Cara Claim Insurans Rumah Banjir", "body": "\n\nSetiap kali apabila hujan lebat berlarutan dalam masa yang lama, pasti akan ada kebimbangan atau kerisauan berlakunya banjir terutamanya bagi penduduk di kawasan rendah dan berisiko tinggi. Sekiranya anda tidak memiliki polisi insurans rumah banjir atau insurans bencana alam, keadaan kewangan anda mungkin akan terkesan dengan teruk untuk menampung kos kerugian rumah banjir. \nApabila berdepan dengan situasi seperti ini, apa yang anda harus lakukan untuk memastikan anda mendapat hak pampasan? Artikel ini akan menjelaskan kepentingan insurans banjir dan cara \nclaim\n insurans banjir yang anda perlu tahu.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nCara Claim Insurans Sekiranya Rumah Terkesan Banjir\u00a0\nCara Beli Insurans Rumah Banjir\nDi Mana Anda Boleh Membuat Tuntutan Insurans Rumah Banjir?\nSemua yang Anda Perlu Tahu Tentang Insurans Rumah Banjir\nKelebihan Insurans Rumah Banjir\nCiri-ciri Insurans Rumah Banjir yang Wajib Ada dalam Polisi\n\n\nCara \nClaim\n Insurans Sekiranya Rumah Terkesan Banjir\u00a0\n\n\nSecara amnya, insurans banjir tidak termasuk dalam pakej asas \ninsurans rumah\n anda. Ini bermaksud, anda perlu membayar amaun tambahan untuk mendapatkan polisi insurans banjir. Biasanya, insurans asas rumah hanya melindungi\u00a0 kerosakan-kerosakan yang berpunca daripada api, petir dan letupan.\u00a0\n\n\nNamun begitu, terdapat juga kemungkinan polisi insurans banjir sudah termasuk dalam polisi insurans rumah anda. Hal ini kerana, pihak bank juga mempunyai kepentingan yang perlu dijaga. Contohnya, sekiranya rumah anda runtuh akibat banjir, pihak bank juga akan mengalami kerugian kerana mereka yang telah memberikan pinjaman kepada anda. Katakanlah anda tidak mampu untuk bayar \nloan rumah\n, bank tidak akan dapat \nlelong rumah\n atau mengambil hak sepenuhnya ke atas rumah tersebut sekiranya rumah anda musnah. \n\n\nUntuk mendapatkan kepastian sama ada anda mempunyai insurans banjir atau tidak, anda boleh semak semula dengan pihak bank yang telah memberi \npinjaman perumahan\n kepada anda. \nJika banjir berlaku, ikuti langkah-langkah berikut untuk anda membuat tuntutan insurans banjir:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnda perlu maklumkan kepada pihak ejen anda atau pihak insurans mengenai maklumat kerugian harta benda.\n\n\nSeterusnya, anda perlu pastikan semua maklumat lengkap serta dokumen yang berkaitan termasuk gambar telah disediakan untuk diberikan kepada pihak panel insurans.\n\n\nPihak Insurans akan membuat pemeriksaan lanjut dan menentukan tahap kerugian.\u00a0\n\n\nPihak panel insurans akan membantu anda membuat tuntutan mengikut jumlah perlindungan yang telah dipersetujui dalam polisi sebelum ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Beli Insurans Rumah Banjir\n\n\nBanjir merupakan satu tragedi yang berisiko mengakibatkan kerosakan yang dahsyat dan memusnahkan harta benda termasuk rumah, perabot, kereta, ternakan dan sebagainya. Anda boleh lihat sendiri di akhbar-akhbar atau media sosial yang menunjukkan kesan banjir seperti rumah tenggelam, perabot dan harta benda rosak, \nkereta ditelenggami air\n dan sebagainya. Oleh sebab itu, sebagai langkah berjaga-jaga, memiliki insurans banjir ini teramatlah penting. Sekiranya anda masih belum mempunyai polisi insurans banjir, ikuti langkah-langkah berikut terlebih dahulu:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnda boleh mencari polisi insurans rumah untuk perlindungan banjir dengan bertanyakan kepada agensi insurans atau mencari pelan insurans yang sesuai di laman web.\u00a0\n\n\nUntuk mengetahui kadar bayaran\n premium insurans \nrumah banjir, anda boleh dapatkan khidmat ejen insurans atau anda juga boleh membuat pengiraan melalui kalkulator insurans yang disediakan di laman web syarikat insurans yang anda pilih.\n\n\nSemak dan bandingkan setiap polisi insurans yang disediakan.\n\n\nAnda boleh memilih pakej yang anda mahukan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnda disarankan untuk tidak hanya membandingkan harga semata-mata. Kenal pasti perlindungan harta benda yang ditawarkan bagi setiap polisi insurans yang disediakan. Selepas anda sudah memilih polisi \ninsurans rumah terbaik\n untuk anda, anda kini boleh menghela nafas lega kerana rumah anda kini dilindungi sekiranya kerugian berlaku disebabkan banjir.\n\n\nDi Mana Anda Boleh Membuat Tuntutan Insurans Rumah Banjir?\n\n\nDi Malaysia, terdapat pelbagai syarikat insurans yang menawarkan polisi insurans banjir. Berikut dua platform tuntutan insurans banjir yang boleh anda pertimbangkan:\n\n\nTuntutan Banjir LPPSA\n\n\nBagi penjawat awam yang mengambil skim pembiayaan di bawah LPPSA, anda juga sebenarnya boleh membuat tuntutan insurans banjir melalui panel insurans yang berdaftar dengan \nskim perumahan LPPSA\n anda. \nWalau bagaimanapun, bukan semua panel insurans di bawah LPPSA yang menawarkan perlindungan daripada banjir. Anda perlu menyemak polisi insurans anda bagi memastikan sama ada anda boleh membuat tuntutan atau tidak.\n\n\nSecara asasnya, semua pembiayaan perumahan sektor awam di bawah LPPSA adalah dilindungi oleh Polisi Perlindungan Pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO) daripada panel insurans atau takaful LPPSA yang telah dipilih oleh pelanggan semasa mengemukakan permohonan pembiayaan. Panel insurans untuk tuntutan insurans LTHO\u00a0 adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarikat Takaful Malaysia Am Berhad\n\n\nTakaful Ikhlas General Berhad\n\n\nEtiqa General Takaful & General Insurans Berhad\n\n\nZurich General Takaful Berhad\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTuntutan Banjir Melalui Syarikat Insurans Pilihan Anda\n\n\nBerikut adalah antara syarikat insurans yang menawarkan polisi insurans banjir yang anda patut pertimbangkan:\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarikat Insurans (Nama Polisi)\n\n\nPerlindungan yang Ditawarkan\n\n\n\n\n\n\nEtiqa\n\n\n(Insurans Pemilik Rumah/Isi Rumah)\n\n\n\n\n\n\nBangunan\n\n\nIsi rumah\n\n\nBangunan dan Isi rumah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTune Protect\u00a0\n\n\n(Tune Protect Home Easy)\n\n\n\n\n\n\nBangunan dan Isi rumah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAXA\n\n\n(SmartHome Optimum)\n\n\n\n\n\n\nBangunan\n\n\nIsi rumah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTakaful Ikhlas\n\n\n(IKHLAS Home Protect Takaful)\n\n\n\n\n\n\nBangunan dan Isi rumah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nZurich\n\n\n(Perlindungan Rumah atau Isi rumah)\n\n\n\n\n\n\nPemilik rumah\n\n\nIsi rumah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemua yang Anda Perlu Tahu Tentang Insurans Rumah Banjir\n\n\nDi Malaysia, kejadian banjir merupakan sesuatu yang kerap terjadi dan setiap kali ia berlaku, pemilik kediaman yang terkesan pasti akan mengalami kerugian yang besar. Tidak kiralah rumah anda \nrumah \nsubsale\n \natau\n undercon\n, insurans banjir merupakan salah satu strategi terbaik untuk melindungi kewangan anda.\n\n\nWalaupun anda mungkin rasa yang kawasan rumah anda bukanlah kawasan yang berisiko terhadap bencana banjir atau tanah runtuh, anda masih disarankan untuk mendapatkan polisi insurans ini. Hal ini kerana, situasi seperti banjir berlaku di luar jangkaan dan kawalan kita sebagai manusia. Namun begitu, ada satu perkara yang andaboleh kawal iaitu cara anda menguruskan dan merancang kewangan.\u00a0\n\n\nDengan memiliki insurans banjir, anda akan dapat melindungi diri anda daripada mengeluarkan kos yang besar untuk menampung kerugian. Selain itu, insurans banjir juga dapat memastikan diri anda sentiasa bersedia menghadapi sebarang potensi risiko termasuklah bencana alam ini.\n\n\nPolisi insurans banjir boleh membantu anda dari segi kewangan untuk memulihkan kembali keadaan rumah anda tanpa mengeluarkan \nsimpanan\n, berhutang atau mengharapkan bantuan daripada kerajaan atau NGO. Anda hanya perlu membuat tuntutan dan wang pampasan akan diberikan untuk membantu meringankan beban anda menanggung kos kerugian.\n\n\nKelebihan Insurans Rumah Banjir\n\n\nBerikut merupakan kepentingan insurans rumah banjir yang akan membantu anda menghadapi bencana banjir:\n\n\n1. Harga Mampu Milik & Melindungi Harta Anda\n\n\nWalaupun anda mungkin perlu berbelanja lebih setiap bulan untuk mendapatkan polisi insurans ini, anda perlu sedar bahawa kosnya jauh lebih murah berbanding dengan kos yang anda perlu tanggung sekiranya rumah anda dilanda banjir.\n\n\nSeperti yang telah dinyatakan pada awal tadi, perlindungan ini bukan hanya melindungi rumah anda, malah ia juga akan melindungi kewangan anda sendiri. Contohnya, perabot di rumah rosak disebabkan banjir, anda tidak perlu mengeluarkan semua wang sendiri di bank kerana anda boleh \nclaim \ninsurans\n dan beban anda akan dapat diringankan.\n\n\n2. Bantu Anda untuk Sentiasa Bersedia\u00a0\n\n\nInsurans banjir merupakan cara yang bijak dan terbaik yang boleh membantu anda untuk lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan terutamanya banjir. Anda tidak perlu risau mengenai kos-kos kerugian yang perlu anda tanggung kerana anda tahu polisi insurans banjir yang anda ambil boleh membantu meringankan beban kewangan anda.\n\n\nSecara umumnya, banjir berlaku disebabkan hujan dan monsun. Namun begitu, banjir juga boleh berlaku disebabkan masalah sistem perparitan yang tersumbat atau tidak diselenggara dengan baik. Oleh sebab itu, jika anda beranggapan yang kawasan rumah anda tidak akan dinaiki air, anda mungkin perlu fikir semula dan pertimbangkan untuk mengambil polisi insurans banjir kerana apa-apa sahaja boleh berlaku.\n\n\nCiri-ciri Insurans Rumah Banjir yang Wajib Ada dalam Polisi\n\n\nTerdapat banyak pilihan polisi insurans yang anda boleh pilih sesuai dengan keperluan anda. Untuk memastikan anda mendapat polisi insurans banjir yang terbaik, anda perlu memastikan yang polisi anda memiliki ciri-ciri yang berikut:\n\n\n1. Melindungi Kerosakan Struktur Binaan Rumah\n\n\nPerkara pertama yang anda perlu pastikan adalah polisi insurans anda melindungi kerosakan struktur binaan rumah seperti dinding, bumbung dan lain-lain. Walaupun rumah anda dibina dengan kukuh, arus air banjir yang deras dan kuat mampu merosakkan struktur binaan rumah anda.\u00a0\n\n\n\u00a02. Melindungi Kerugian Perabot dan Barangan dalam Rumah\n\n\nPastikan perabot atau kelengkapan dalam rumah seperti perkakasan elektrik dan sebagainya turut dilindungi sebelum anda memilih polisi insurans banjir anda. Kebiasaannya, kebanyakan polisi banjir di pasaran hanya melindungi kelengkapan asas dalam rumah seperti perabot . Tetapi, ada juga sesetengah polisi insurans yang turut menawarkan perlindungan kerosakan barangan elektrik seperti mesin basuh dan peti sejuk. Walaubagaimanapun, kos hiasan atau dekorasi rumah pula tidak tertakluk pada pampasan untuk kerugian ini.\u00a0\n\n\nKesimpulannya, insurans rumah banjir atau insurans bencana alam ini sangat penting untuk melindungi rumah anda. Ingat, anda telah membuat satu pelaburan yang sangat besar untuk memiliki rumah anda sekarang ini. Jadi, berbelanjalah lebih sedikit untuk mendapatkan polisi insurans rumah banjir ini demi kebaikan anda dan keluarga tersayang.\n\n\nSelain itu, jika anda mempertimbangkan untuk mendapatkan\n insurans rumah terbaik\n di Malaysia, anda boleh dapatkan insurans rumah anda di Qoala! Selain \ninsurans rumah\n, Qoala juga turut menyediakan \ninsurans motor\n murah dan \ninsurans kereta\n terbaik untuk anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-rumah/", "title": "Insurans Rumah: 5 Perkara Wajib Tahu Sebelum Beli Insuran Rumah", "body": "\n\nInsurans rumah memainkan peranan penting dalam melindungi kediaman dan barangan berharga milik anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang tidak dijangka. Tanpa persediaan ini, anda berkemungkinan berdepan risiko kerugian kewangan yang besar.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa Beza Insurans Rumah vs Insurans Pinjaman Rumah?\nApa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Insurans Rumah di Malaysia?\n1. Jenis Insurans Rumah\n2. Pampasan Insurance Rumah\n3. Harga Insuran Rumah\n4. Insuran Rumah Terbaik: Perlindungan Tambahan\n5. Semak Insurans Rumah: Insurans Rumah Terbaik\nInsurans dan Takaful Kediaman: Perlindungan Kewangan untuk Pemilik dan Isi Rumah\n\n\nApa Beza Insurans Rumah vs Insurans Pinjaman Rumah?\n\n\nKebanyakan daripada anda mungkin keliru tentang insurans rumah dan \ninsurance loan\n rumah (atau lebih dikenali sebagai MRTA atau MLTA). Secara asasnya, ada perbezaan antara kedua-dua perlindungan insurans ini.\n\n\nInsurans rumah melindungi kerugian dan kerosakan pada rumah dan aset individu dalam rumah. Insurans rumah di Malaysia terbahagi kepada tiga jenis iaitu polisi pemilik rumah, polisi isi rumah dan polisi kebakaran asas.\n\n\nBagi \ninsurans pinjaman perumahan\n atau insurans gadai janji pula, ia ditawarkan oleh pihak bank untuk melindungi pinjaman anda. Jika berlaku sesuatu kepada anda, insurans ini yang akan membayar semula pinjaman rumah kepada pihak bank.\n\n\n\n\nApa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Insurans Rumah di Malaysia?\n\n\nInsuran rumah berfungsi sebarang jaringan keselamatan kewangan \u2013 ia melindungi kediaman anda daripada situasi kerugian atau kerosakan yang tidak diingini. Kediaman terdedah kepada risiko seperti kebakaran, kilat, letupan, kecurian atau kerosakan akibat perbuatan khianat, paip pecah, banjir dan sebagainya.\n\n\nDengan perlindungan \ninsurance\n rumah\n yang sesuai, ia melindungi kewangan anda daripada risiko-risiko ini. Bagi membantu anda memilih insurans rumah terbaik untuk perlindungan optimum, berikut perkara-perkara penting berkaitan \ninsurance\n rumah yang anda wajib tahu.\n\n\n1. Jenis Insurans Rumah\n\n\nSetiap polisi insurans ini mempunyai ciri, tahap perlindungan dan kos harga insurans rumah yang berbeza. Insurans rumah \ncover\n apa? \nInsurans perumahan\n terdiri daripada tiga jenis iaitu polisi pemilik rumah, polisi isi rumah dan polisi kebakaran asas.\n\n\nPolisi Kebakaran Asas\n\n\nPolisi \ninsuran perumahan kebakaran\n ini menawarkan perlindungan kediaman paling asas. Ia hanya melindungi nilai bangunan dan tidak termasuk isi rumah jika berlaku kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran atau kilat.\n\n\nSelain itu, perlindungan polisi ini boleh diperluas dengan tambahan perlindungan lain seperti kerosakan akibat ribut, banjir atau pemendapan.\n\n\nPolisi Pemilik Rumah\n\n\nPolisi pemilik rumah pula memberikan perlindungan tambahan kepada kediaman anda selain perlindungan yang diberikan polisi kebakaran asas. Ia melindungi bahagian luar rumah atau struktur fizikal hartanah seperti dinding, bumbung, lekapan dan lengkapan bangunan, struktur luar dan lain-lain\n\n\nPolisi \ninsuran rumah\n ini juga merangkumi perlindungan kerosakan yang disebabkan oleh cuaca buruk, banjir, kebakaran, paip pecah dan insiden tidak diingini lain yang boleh menjejaskan kediaman anda.\n\n\nPolisi Isi Rumah\n\n\nPolisi isi rumah menawarkan perlindungan ekstra kepada barangan dan peralatan yang terkandung dalam rumah anda. Jika berlaku kejadian yang boleh diinsuranskan, polisi ini melindungi barangan dan peralatan dalam rumah. Ini bermaksud, kerugian anda ini boleh dituntut dengan syarikat insurans.\n\n\nPolisi ini juga boleh memberikan perlindungan tambahan kepada pemilik kediaman individu yang berdaftar sekiranya berlaku kecederaan maut.\n\n\n2. Pampasan \nInsurance\n Rumah\n\n\nPolisi \ninsurance\n rumah yang anda pilih secara tidak langsung menentukan tahap dan jenis pampasan yang akan diterima. Jadi, penting untuk anda pastikan nilai polisi yang diinsuranskan merangkumi jumlah kos pembinaan semula atau penggantian isi rumah. Ada dua asas pampasan yang boleh digunakan:\n\n\nAsas Pemulihan\n\n\nSekiranya berlaku insiden yang diinsuranskan, pemilik polisi akan menerima pampasan nilai penuh barangan yang rosak atau hilang.\n\n\nAsas Ganti Rugi\n\n\nPemilik polisi akan menerima ganti rugi nilai barang yang hilang dengan mengambil kira \npenyusutan nilai\n semasa berbanding nilai asal semasa pembelian.\n\n\n3. Harga Insuran Rumah\n\n\nBerapa harga insurans rumah untuk perlindungan kediaman anda? Secara asasnya, harga premium insurans perumahah bergantung sepenuhnya pada pelan polisi perlindungan yang anda ambil. Harga insurans rumah juga biasanya dipengaruhi oleh:\n\n\n\n\nJantina;\n\n\nUmur pemilik hartanah;\n\n\nStatus kediaman\n;\n\n\nNilai rumah;\n\n\nJumlah pinjaman bank; dan\n\n\nTempoh pembayaran semula.\n\n\n\n\nSama seperti \ninsurans kereta\n \u2013 semakin lengkap perlindungan yang dimiliki, semakin tinggi \nharga premium insurans\n rumah anda. Jika anda ingin semak insurans rumah dan ketahui anggaran harga insurans rumah, anda boleh layari laman web Qoala. Anda boleh \nbandingkan harga \ninsurance\n rumah\n dan pilih \ninsurance\n rumah yang sesuai dengan bajet anda.\n\n\n4. Insuran Rumah Terbaik: Perlindungan Tambahan\n\n\nSebagai pemilik rumah, anda semestinya menginginkan perlindungan kediaman yang optimum. \nAnda boleh pertimbangkan perlindungan tambahan insuran rumah yang bersesuaian dengan keperluan anda. Berikut antara perlindungan tambahan \ninsurance\n rumah yang boleh anda pertimbangkan:\n\n\nInsurans Tuan Tanah\n\n\nPerlindungan insurans sewa atau insurans tuan tanah melindungi anda selaku pemilik daripada kerugian pendapatan yang berlaku disebabkan oleh kejadian tertentu.\n\n\nSebagai contoh, katakan anda memiliki sebuah rumah yang disewakan kepada penyewa. Penyewa tersebut cabut lari tanpa bayar sewa, tidak bayar bil bulanan atau merosakan hartanah anda.\n\n\nInsurans ini berperanan melindungi dan mengelakkan anda daripada menanggung kerugian-kerugian ini.\n\n\nPerlindungan Penyelenggaraan Rumah\n\n\nPolisi ini menyediakan perlindungan insurans bagi membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan penyelenggaraan.\n\n\nIni bermaksud, jika rumah anda ada masalah bekalan elektrik (soket rosak) atau masalah gangguan air (paip bocor), insurans akan tanggung kos pembaikan dan penyelenggaraan ini.\n\n\nDengan perlindungan penyelenggaran rumah, anda tidak perlu risau lagi kerana segala kos kerugian ini akan ditanggung oleh pihak insurans tanpa menjejaskan \nsimpanan\n anda.\n\n\nInsurans Rumah Kampung\n\n\nJika anda miliki rumah kampung, anda juga boleh pertimbangkan insuran rumah kampung ini. Sama seperti rumah-rumah yang lain, rumah kampung juga terdedah dengan risiko-risiko bahaya seperti kebakaran, tanah runtuh, banjir dan sebagainya.\n\n\n\n\nPerlindungan tambahan insurans rumah kampung memberikan perlindungan daripada kerosakan akibat kebakaran dan kilat. Biasanya, insurans ini menawarkan bayaran pampasan sekali gus jika anda mengalami kerugian, \nkemalangan diri\n, kematian akibat kemalangan dan kos pengebumian.\n\n\nInsurans Pinjaman Gadai Janji\n\n\nRamai dalam kalangan \npembeli rumah pertama\n biasanya membuat pinjaman perumahan dengan bank. Insurans pinjaman gadai janji menawarkan perlindungan tambahan untuk pembayaran pinjaman rumah sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.\n\n\nIni bermaksud, \npembiayaan pinjaman rumah\n anda akan ditanggung oleh syarikat insurans sekiranya anda meninggal dunia atau tidak dapat bekerja akibat kemalangan. Insurans pinjaman rumah terbahagi kepada dua jenis:\n\n\nMortgage Reducing Term Assurance (MRTA)\n\n\nJaminan Tempoh Pengurangan Gadai Janji atau insurans rumah MRTA akan membiayai lebihan hutang jika berlaku apa-apa kepada pemegang polisi. Sebagai contoh, jika rumah anda dibeli dengan harga RM300,000. Selepas tujuh tahun, baki pinjaman rumah dianggarkan sekitar RM230,000.\n\n\nSekiranya pemegang polisi meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal (TPD), pihak insurans hanya akan membayar baki pinjaman sahaja iaitu RM230,000. Insurans rumah MRTT merupakan versi takaful untuk MRTA.\n\n\nMortgage Level Term Assurance (MLTA)\n\n\nJaminan Tempoh Tahap Gadai Janji atau \ninsurance\n MLTA rumah merujuk insurans pinjaman perumahan dengan jumlah diinsuranskan yang kekal sepanjang tempoh pelan. Ini bermaksud, jumlah perlindungan tidak berubah selama tempoh polisi.\n\n\nKatakan pelan perlindungan MLTA anda bernilai RM300,000, dan baki pinjaman perumahan adalah selepas 10 tahun adalah sebanyak RM200,000. Semasa proses tuntutan, sebanyak RM200,000 akan dibayar oleh pihak insurans kepada pihak bank untuk melangsaikan hutang pinjaman.\n\n\nManakala baki selebihnya akan diberikan kepada ahli keluarga yang dinamakan sebagai benifisiari. Selari dengan perlindungan yang ditawarkan, biasanya kadar harga insurans rumah MLTA lebih tinggi berbanding MRTT. Insurans rumah MLTT merupakan versi takaful bagi\n insurance\n rumah MLTA.\n\n\nUntuk ketahui lebih lanjut berkaitan insurans pinjaman perumahan ini, anda boleh rujuk artikel ini bagi membolehkan anda fahami \nperbezaan MRTA dan MLTA di Malaysia\n.\n\n\n5. Semak Insurans Rumah: Insurans Rumah Terbaik\n\n\nUntuk mendapatkan insuran rumah terbaik, anda perlu bandingkan dan semak insurans rumah daripada beberapa syarikat insurans yang menawarkan polisi ini. Setiap syarikat insurans menawarkan tahap perlindungan tertentu pada kos yang berbeza.\n\n\nDi Malaysia, anda boleh pertimbangkan syarikat-syarikat insurans antaranya \ninsurans rumah Etiqa\n dan \ninsurans rumah Takaful Malaysia\n.\n\n\n\n\nInsurans dan Takaful Kediaman: Perlindungan Kewangan untuk Pemilik dan Isi Rumah\n\n\nInsurans dan Takaful rumah menawarkan perlindungan kewangan kepada pemilik rumah dan isi rumah. Ia berperanan melindungi kandungan isi rumah dan barangan peribadi daripada kerugian atau kerosakan daripada semua risiko termasuk akibat kebakaran, \nrumah banjir\n, kilat, kecurian atau kemalangan lain.\n\n\nOleh sebab itu, anda disarankan untuk mendapatkan perlindungan untuk rumah dan isi rumah anda untuk ketenangan fikiran. Ini untuk mengelakkan anda daripada perlu mengeluarkan belanja sendiri untuk membiayai kerosakan dan kerugian.\n\n\nJika anda sedang merancang untuk mendapatkan \nperlindungan insurans rumah\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans rumah terbaik\n di Malaysia. Anda boleh bandingkan dan pilih \nharga insurans murah\n dan mampu milik yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/insurans-takaful-kereta/", "title": "Insurans Takaful Kereta: 5 Perkara Penting Anda Perlu Tahu", "body": "\n\nDi Malaysia, pemilik kenderaan mempunyai pilihan untuk memilih insurans takaful kereta sebagai alternatif kepada \ninsurans kereta\n konvensional. Bagi sesetengah pemandu, insurans takaful kereta mungkin masih baru dan belum banyak diketahui. Oleh itu, artikel ini akan menjelaskan lima perkara penting yang perlu anda tahu tentang insurans takaful kereta.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Insurans Takaful Kereta?\n1. Apa Itu Insurans Takaful Kereta?\n2. Beza antara takaful kereta dan insurans konvensional?\n3. Jenis Takaful Kereta\n4. Individu Yang Boleh Beli Takaful Kereta\n5. Syarikat yang Menawarkan Insurans Takaful Kereta Terbaik\nTakaful Kereta vs Insurans Konvensional: Mana Satu Patut Anda Ambil?\n\n\nApa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Insurans Takaful Kereta?\n\n\nSeperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, insurans menawarkan perlindungan terhadap kehilangan atau kerosakan kenderaan akibat \nkemalangan jalan raya\n atau kecurian, dan pemilik kenderaan perlu membuat bayaran \npremium insurans\n atau kontribusi pada asas tahunan atau bulanan untuk mendapatkan perlindungan untuk kereta anda.\n\n\nUntuk memahami konsep insurans takaful kereta, anda perlu fahami konsep takaful terlebih dahulu. Takaful adalah konsep insurans yang didasarkan pada hukum syariah. Ia tidak mengandungi tiga unsur yang dilarang oleh Islam iaitu riba\u2019, gharar (ragu-ragu) dan masyir (judi).\n\n\nKonsep takaful berasaskan kerjasama di mana semua risiko dikongsi atau ditanggung bersama oleh \nsyarikat insurans\n termasuk semua pihak yang dilindungi di bawah takaful. Takaful ditubuhkan di Malaysia sebagai alternatif kepada insurans konvensional untuk individu, terutama umat Islam yang ingin memperoleh perlindungan insurans yang mematuhi hukum syariah.\n\n\n1. Apa Itu Insurans Takaful Kereta?\n\n\nInsurans Takaful Kereta adalah jenis insurans yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan terutamanya prinsip Mudharabah dan Tabarru\u2019. Takaful insurans kereta melindungi pemilik kenderaan daripada menanggung kos yang besar terhadap sebarang kerosakan atau kerugian akibat kejadian-kejadian yang dinyatakan di atas. Dengan kata lain, ia bertujuan untuk melindungi pemilik kenderaan daripada kos yang besar yang mungkin terjadi.\n\n\nSeperti yang telah dinyatakan di atas, takaful kereta dan insurans konvensional mempunyai fungsi yang sama dalam memberikan perlindungan kepada pemegang polisi dan \npihak ketiga\n jika berlaku kemalangan, kerosakan kenderaan dan harta benda, kebakaran atau kecurian, dan perlindungan bergantung pada jenis polisi yang dipilih.\n\n\nCiri-ciri Insurans Takaful Kereta\n\n\nTerdapat tiga ciri utama insurans takaful kereta yang anda perlu tahu. Berikut adalah ciri-ciri utama yang membezakan takaful kereta dengan insurans kereta konvensional dijelaskan di bawah:\n\n\nPatuh Syariah\n\n\nPematuhan kepada prinsip-prinsip syariah merupakan elemen terpenting dalam perlindungan takaful. Semua jenis perlindungan takaful harus memenuhi kepatuhan kepada undang-undang syariah dan bebas daripada unsur-unsur yang diharamkan oleh Islam, seperti faedah atau interest, perjudian, dan unsur-unsur keraguan.\n\n\nPerkongsian Risiko\n\n\nDalam takaful, risiko dibahagikan di antara semua ahli takaful dan tidak ditanggung oleh satu pihak sahaja.\n\n\nPolisi Tiada Tuntutan\n\n\nSalah satu kelebihan perlindungan takaful adalah pemberian rebat tunai kepada pemegang polisi yang tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh polisi. Jumlah rebat tunai bergantung kepada syarikat takaful yang memberikan perlindungan dan ia tidak tetap.\n\n\n2. Beza antara takaful kereta dan insurans konvensional?\n\n\nMeskipun mempunyai objektif yang sama, terdapat perbezaan antara takaful dan insurans konvensional. Perbezaan utama adalah takaful bebas daripada unsur yang dilarang dalam agama Islam seperti Riba\u2019 (faedah), Gharar (keraguan), dan Maysir (perjudian).\n\n\nUntuk panduan yang lebih jelas, berikut adalah ringkasan perbezaan antara takaful dan insurans konvensional:\n\n\n\n\n\n\n\n\nTakaful Kereta\n\n\nInsurans Kereta Konvensional\n\n\n\n\n\n\nPerkongsian risiko oleh semua pihak di bawah perlindungan;\n\n\nRisiko ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans selepas pemegang polisi menjelaskan bayaran;\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan konsep kerjasama;\n\n\nBerlandaskan faktor komersial;\n\n\n\n\n\n\nMematuhi undang-undang syariah dan undang-undang kerajaan;\n\n\nTertakluk kepada akta dan undang-undang kerajaan;\n\n\n\n\n\n\nWang pemegang polisi takaful hanya boleh dilaburkan dalam pelaburan patuh syariah sahaja;\n\n\nSyarikat insurans boleh melaburkan wang pemegang polisi boleh dalam semua bentuk pelaburan termasuk yang tidak patuh syariah;\n\n\n\n\n\n\nTidak ada unsur Riba\u2019, Gharar (ragu-ragu) dan Masyir (perjudian).\n\n\n\n\nMungkin mengandungi unsur Riba\u2019, Gharar (ragu-ragu) dan Masyir (perjudian).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Jenis Takaful Kereta\n\n\nTakaful kereta juga mempunyai tiga \njenis polisi insurans\n seperti insurans konvensional iaitu polisi komprehensif, pihak ketiga, kebakaran dan kecurian, dan pihak ketiga.\n\n\nInsurans Takaful Kereta Komprehensif\n\n\nPolisi komprehensif menawarkan perlindungan yang paling menyeluruh kepada pemilik kereta, termasuk kerugian atau kerosakan harta benda sendiri, tuntutan pihak ketiga, kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh kenderaan anda. Polisi ini diperuntukkan untuk kereta baru dan kereta yang berusia sehingga 10 tahun.\n\n\nInsurans Takaful Kereta Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian\n\n\nPolisi takaful kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian menyediakan perlindungan untuk pemandu dari tuntutan pihak ketiga, kerosakan atau kehilangan kenderaan akibat kebakaran atau kecurian. Polisi ini lebih sesuai untuk kenderaan yang berusia 10 tahun ke atas dan kenderaan yang jarang digunakan.\n\n\nInsurans Takaful Kereta Pihak Ketiga\n\n\nPolisi takaful pihak ketiga adalah polisi perlindungan asas yang melindungi pihak ketiga sahaja, termasuk kerosakan atau kerugian ke atas harta benda pihak ketiga, serta kecederaan dan kematian pihak tersebut akibat kemalangan yang disebabkan oleh anda. Kerosakan pada kenderaan anda perlu dibaiki dengan menggunakan wang anda sendiri.\n\n\n4. Individu Yang Boleh Beli Takaful Kereta\n\n\nWalaupun takaful menawarkan perlindungan yang mematuhi prinsip syariah, ini tidak bermakna ia terhad kepada orang Islam sahaja. Mana-mana individu, termasuk yang tidak beragama Islam juga boleh mengambil perlindungan takaful.\n\n\nTakaful tidak membezakan agama dan dibuka untuk semua orang yang ingin mendapatkan perlindungan insurans mengikut prinsip syariah. Oleh itu, sama ada anda beragama Islam atau tidak, anda berhak untuk membeli Takaful Kereta dan mendapatkan perlindungan daripada pelbagai risiko yang mungkin berlaku semasa memandu kenderaan anda.\n\n\nBerikut adalah syarat-syarat untuk membeli takaful kereta:\n\n\n\n\nKenderaan yang hendak dipertanggungkan mestilah didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sah mengikut undang-undang;\n\n\nPemilik kereta mestilah berumur 18 tahun ke atas;\n\n\nPemilik kereta mestilah mempunyai \nlesen memandu\n yang sah dan masih lagi berkuat kuasa;\n\n\nPermohonan takaful kereta hendaklah disertakan dengan dokumen yang diperlukan seperti borang permohonan dan sijil pendaftaran kenderaan;\n\n\n\n\n5. Syarikat yang Menawarkan Insurans Takaful Kereta Terbaik\n\n\nSetiap syarikat takaful kereta mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Oleh itu, penting untuk membuat perbandingan antara syarikat-syarikat takaful tersebut sebelum membuat keputusan untuk membeli takaful kereta dari syarikat yang dipilih. Terdapat beberapa syarikat takaful kereta yang terbaik di Malaysia. Antara syarikat-syarikat tersebut ialah:\n\n\n\n\nTakaful Malaysia;\n\n\nEtiqa Takaful;\n\n\nZurich Takaful;\n\n\nAllianz Takaful.\n\n\n\n\n\n\nTakaful Kereta vs Insurans Konvensional: Mana Satu Patut Anda Ambil?\n\n\nKedua-dua takaful kereta dan insurans konvensional mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jika anda mencari perlindungan yang mengikut prinsip syariah, maka takaful kereta mungkin sesuai untuk anda. Namun, jika anda memilih untuk fokus pada harga yang lebih rendah atau pelbagai pilihan tambahan, maka insurans konvensional mungkin menjadi pilihan anda.\n\n\nNamun, terlepas dari pilihan anda, pastikan anda memilih polisi yang memenuhi keperluan dan anggaran anda. Semak dan bandingkan pelan dari pelbagai syarikat takaful dan insurans konvensional, dan pastikan anda memahami apa yang termasuk dalam polisi sebelum membuat keputusan.\n\n\nSemoga perkongsian mengenai insurans takaful kereta boleh membantu memudahkan urusan anda. Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk r\nenew insurans dan renew takaful kereta\n pada harga murah dan terbaik, layari laman web Qoala untuk maklumat lanjut.\n\n\nQoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan \ninsurans terbaik di Malaysia\n yang menawarkan perkhidmatan beli insurans yang mudah, cekap dan pantas.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/kad-perubatan-medical-card/", "title": "Panduan Lengkap Sebelum Pilih Medical Card di Malaysia", "body": "\n\nRamai dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih tidak tahu tentang kepentingan\n medical card\n atau kad perubatan. \nMedical card\n bukan sahaja berfungsi sebagai pelan perlindungan, tetapi ia juga bertindak sebagai penyelamat terutamanya semasa anda memerlukan. Berdasarkan \nlaporan\n, kira-kira 85 peratus penduduk di Malaysia masih lagi tidak mempunyai perlindungan takaful atau insurans yang secukupnya ketika berlaku kecemasan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n11 Perkara Tentang Medical Card atau Kad Perubatan\u00a0Kena Faham Supaya Tak Tertipu\n1. Limit Tahunan, Limit Seumur Hidup\n2. Premium/Sumbangan\n3. Perlindungan Penuh, Deduktibel atau Ko-takaful\n4. Pembaharuan Terjamin atau Pembaharuan Tidak Terjamin\n5. Tempoh Menunggu\n6. Pengecualian\n7. Hospital Panel\n8. Rider atau Standalone\n9. Medical Card: Pelan Individu vs Pelan Keluarga\n10. Harga Bilik dan Penginapan\n11. Elaun Tunai Harian\nApakah Medical Card Terbaik yang Boleh Anda Dapatkan?\n\n\n11 Perkara Tentang \nMedical Card\n atau Kad Perubatan\u00a0Kena Faham Supaya Tak Tertipu\n\n\nJika diteliti, kos rawatan di hospital semakin lama semakin meningkat. Oleh sebab itu, pelan kad perubatan atau kad kesihatan merupakan salah satu keperluan yang perlu anda miliki kerana ia mampu memberi perlindungan dan keselesaan kepada anda dan juga keluarga anda sekiranya ditimpa musibah. Meskipun ramai yang berpendapat hospital kerajaan sudah mencukupi dan menyediakan rawatan secara percuma, ia tidaklah bermaksud anda tidak perlu mengeluarkan bayaran langsung.\n\n\nAda sesetengah rawatan di hospital kerajaan terutamanya berkaitan penyakit serius dan kronik memerlukan belanja yang agak mahal walaupun telah disubsidi. Sebelum anda membuat keputusan mengenai syarikat insurans kesihatan yang perlu dipilih, berikut 11 perkara yang perlu anda ketahui tentang kad perubatan (\nmedical card\n):\n\n\n1. \nLimit\n Tahunan, \nLimit\n Seumur Hidup\n\n\nSebelum pilih \nmedical kad\n, anda perlu pertimbangkan dua perkara ini yang biasanya ditawarkan oleh syarikat insurans \u2013 had tahunan dan had seumur hidup. Kebanyakan pelan perubatan mempunyai had seumur hidup dan tahunan yang bertindak sebagai panduan bagi pemegang polisi tentang jumlah yang boleh dituntut daripada syarikat insurans.\n\n\nHad Tahunan\n\n\nSecara asasnya, had tahunan merujuk\n limit\n maksimum yang ditetapkan oleh pihak insurans untuk urusan berkaitan kos perubatan. Ini bermaksud, pihak insurans akan menanggung kos rawatan anda sepanjang tempoh polisi kad perubatan anda masih aktif. Oleh sebab itu, had penggunaan ini sangat penting sebelum anda pilih mana-mana kad perubatan.\n\n\nSebagai contoh, andaikan had tahunan kad perubatan anda adalah sebanyak RM100,000 setahun. Anda selalu sakit dan perlu dimasukkan ke hospital dengan lebih kerap. Had penggunaan yang ditetapkan oleh syarikat insurans ini menyebabkan tuntutan anda terhad kepada amaun yang dinyatakan dalam tahun tersebut. Ini bermaksud, anda hanya boleh menuntut sebanyak RM100,000 bagi rawatan perubatan anda.\n\n\nJika kad perubatan atau kad kesihatan tersebut sudah mencapai had yang ditetapkan atau melebih RM100,000, anda perlu tanggung sendiri kos perbelanjaan perubatan selebihnya menggunakan \nsimpanan\n atau gaji anda.\u00a0Meskipun begitu, manfaat ini akan diperbaharui pada tahun berikutnya dan anda akan diperuntukkan manfaat sebanyak RM100,000 lagi sehingga mencapai had seumur hidup.\n\n\nAnda disarankan untuk pilih \nmedikal kad\n\u00a0dengan\n limit\n tahunan yang tinggi lebih-lebih lagi jika mengambil kira kos perubatan di Malaysia semakin meningkat saban tahun.\n\n\nHad Seumur Hidup\n\n\nSelain had tahunan, ambil kira juga had seumur hidup. Apa itu \nlimit\n seumur hidup? Had seumur hidup merujuk jumlah keseluruhan manfaat perubatan yang layak yang boleh dituntut sepanjang tempoh pelan perubatan seperti yang ditetapkan oleh syarikat insurans. Pelan perubatan akan tamat secara langsung apabila manfaat pelan yang dibayar telah mencapai had seumur hidup bagi seseorang pemegang polisi.\n\n\nSebagai contoh, kad perubatan anda mempunyai had tahunan sebanyak RM100,000 dan had seumur hidup sebanyak RM1 juta. Ini bermaksud, seseorang pemegang polisi hanya boleh membelanjakan RM100,000 setiap tahun untuk kos rawatan selama 10 tahun untuk menikmati manfaat RM1 juta tersebut. Oleh sebab itu, anda perlu pertimbangkan \nlimit\n seumur hidup sebelum pilih insurans terbaik untuk anda.\n\n\nJika mengambil kira kos perubatan yang meningkat pada kadar inflasi 10 hingga 12 peratus setahun, anda perlu memilih jumlah had tahunan dan had seumur hidup yang munasabah dengan kemampuan dan keperluan anda.\n\n\n2. Premium/Sumbangan\n\n\nIa merujuk kepada bayaran yang dibuat oleh pemegang polisi kepada syarikat insurans atau pengendali \nmedical card\n takaful. Premium insurans atau sumbangan ini boleh dibayar secara bulanan, suku tahunan atau tahunan bergantung pada syarikat insurans atau pengendali takaful. Bagi sesetengah syarikat insurans, pilihan pembayaran premium secara tahunan boleh memberi penjimatan jangka panjang yang lebih baik.\n\n\n3. Perlindungan Penuh, Deduktibel atau Ko-takaful\n\n\nSelain itu, istilah seperti perlindungan penuh (\nfull coverage\n), deduktibel (\ndeductible\n) dan ko-takaful (co-takaful) juga mungkin boleh memeningkan anda. Untuk membantu anda memahami dengan lebih baik, anda boleh rujuk perkara berikut:\n\n\nPerlindungan Penuh\n (Full Cover)\n\n\nPelan insurans ini menawarkan perlindungan penuh dan menyeluruh. Ini bermaksud, semua kos rawatan yang berkaitan akan ditanggung oleh syarikat insurans.\n\n\nDeduktibel\n (Deductible)\n\n\nDeduktibel ialah amaun tetap yang perlu dikeluarkan sendiri untuk perbelanjaan perubatan sebelum pembayaran dibuat oleh syarikat insurans perubatan anda. Sekiranya amaun deduktibel yang ditetapkan oleh syarikat insurans ialah RM300, anda perlu membayar RM300 daripada jumlah perbelanjaan perubatan di bawah perlindungan polisi anda (kecuali kos bilik dan penginapan hospital harian).\n\n\nSebagai contoh, Ali dimasukkan ke hospital dan perlu menanggung kos rawatan keseluruhan sebanyak RM20,000. Syarikat Takaful ABC mengenakan kadar deduktibel maksimum sebanyak RM500. Ini bermaksud, Ali perlu bayar sendiri sebanyak RM500 dan selebihnya akan ditanggung oleh pihak insurans sehingga had tahunan dan had seumur hidup, tertakluk pada caj-caj munasabah dan lazim.\n\n\nKo-takaful/Ko-insurans\n\n\nApa itu ko-takaful? Secara amnya, ia merujuk pada perkongsian bersama antara pemegang polisi dan syarikat takaful atau insurans. Dalam erti kata lain, anda perlu mengeluarkan wang anda sendiri untuk menanggung sebahagian daripada kos perubatan biasanya sekitar 10 peratus daripada jumlah kos rawatan perubatan, bergantung pada syarikat insurans yang anda pilih. Anda disarankan untuk merujuk panel insurans anda terlebih dahulu untuk maklumat lanjut. Namun biasanya, kos pengiraan adalah seperti contoh berikut:\n\n\nSabri dimasukkan ke hospital dan caj rawatan keseluruhan yang perlu dibayar berjumlah RM20,000. Syarikat Takaful PRS mengenakan caj ko-takaful sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruhan yang perlu dibayar. Maka, Sabri perlu membayar sebanyak RM2,000, manakala lebihan kos rawatan akan ditanggung oleh pihak insurans. Ia sekali gus menyebabkan harga pelan insurans dengan ko-insurans ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga pelan insurans tanpa ko-insurans.\n\n\n\n\n4. Pembaharuan Terjamin atau Pembaharuan Tidak Terjamin\n\n\nAnda mungkin tidak perasan bahawa kad perubatan perlu diperbaharui setiap tahun sama seperti anda\n renew\n insurans kereta\n. Jika polisi insurans anda ada menggunakan klausa ini, berikut beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian:\n\n\nPembaharuan Terjamin (\nGuarantee Renewal\n)\n\n\nSyarikat insurans diwajibkan memperbaharui polisi insurans anda sekiranya anda memilih untuk meneruskan polisi dan selagi pembayaran premium dibuat tepat pada masanya. Namun begitu, ia tertakluk pada syarat-syarat tertentu seperti anda belum melebihi had tuntutan seumur hidup dan belum mencapai umur kelayakan perlindungan maksimum.\n\n\nPembaharuan Tidak Terjamin (\nNo Guarantee Renewal\n)\n\n\nJika anda sakit kritikal atau sakit yang berisiko untuk berulang pada masa akan datang, pihak\n medical card\n takaful atau insurans berhak untuk tidak memperbaharui polisi insurans anda. Dalam erti kata lain, polisi atau sijil anda tertakluk pada kelulusan syarikat insurans atau pengendali takaful. Jika anda menghidap sakit kritikal atau sakit yang berisiko untuk berulang kembali, pihak takaful atau insurans berhak untuk tidak memperbaharui polisi sedia ada.\n\n\nJika anda ingin mendapatkan pelan perlindungan yang baharu, anda perlu memaklumkan status kesihatan semasa kepada pihak insurans. Ia sekali gus boleh menyebabkan anda dikenakan kadar \npremium insurans\n atau sumbangan yang lebih mahal. Dalam sesetengah keadaan, penyakit yang dihidapi mungkin dikecualikan daripada perlindungan insurans anda.\n\n\n5. Tempoh Menunggu\n\n\nKebanyakan pelan insurans perubatan tertakluk pada tempoh menunggu yang perlu dipatuhi oleh pemegang polisi. Ini bermaksud, anda tidak boleh menggunakan kad perubatan tersebut di mana-mana hospital panel atau membuat sebarang \ntuntutan insurans\n untuk tempoh masa tertentu biasanya sekitar 30 hingga 120 hari dari tarikh pembelian polisi insurans. Tempoh menunggu ini bertujuan untuk memastikan anda berada dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang penyakit-penyakit kritikal sepanjang tempoh ini.\n\n\nNamun begitu, ada sesetengah syarikat insurans yang tidak menawarkan tempoh menunggu untuk jenis-jenis perlindungan tertentu seperti perlindungan terhadap kemalangan. Perlindungan terhadap kemalangan berkuat kuasa serta-merta kerana kemalangan berisiko berlaku pada bila-bila masa.\n\n\n6. Pengecualian\n\n\nPengecualian ialah syarat atau keadaan khusus yang disenaraikan dalam polisi yang menggariskan situasi-situasi kesihatan tertentu yang tidak tertakluk pada perlindungan insurans. Sebagai contoh, sekiranya pemegang polisi sudah menghidap penyakit kanser, buah pinggang dan sebagainya, kos rawatan bagi penyakit tersebut tidak akan ditanggung dan akan dikecualikan oleh syarikat insurans.\n\n\n7. Hospital Panel\n\n\nKad perubatan yang anda daftar mempunyai senarai hospital panel yang mengambil bahagian. Ini bermaksud, anda boleh mendapatkan rawatan di mana-mana hospital panel yang tersenarai dalam kad perubatan untuk menikmati kemudahan jaminan insurans atau takaful tersebut. Oleh sebab itu, penting untuk anda mendapatkan insurans kesihatan yang menawarkan akses kepada hospital panel yang lebih menyeluruh untuk memudahkan urusan anda sekiranya berlaku kecemasan.\n\n\n8. \nRider\n atau\n Standalone\n\n\nBerikut dua jenis kad perubatan yang biasa ditawarkan dalam pasaran:\n\n\nKad Perubatan \nRider\n\n\nKad perubatan atau \nmedikal kad\n\u00a0juga boleh ditawarkan sebagai perlindungan tambahan (\nrider\n) kepada pelan utama (produk asas) seperti pelan insurans nyawa dan pelan berkaitan pelaburan. Bagi pelan jenis ini, manfaat perlindungan perubatan tidak boleh dibeli secara berasingan. Sebagai contoh, pemegang polisi boleh menambah perlindungan untuk penyakit kritikal di dalam polisi \ninsurans nyawa\n atau simpanan. Ini bermaksud, pemegang polisi akan dilindungi jika didiagnosis dengan penyakit kritikal seperti strok, kanser dan sebagainya. Dalam erti kata lain, pemegang polisi bukan sahaja akan menerima perlindungan perubatan tetapi turut menerima perlindungan nyawa dan simpanan.\n\n\nHarga pelan ini biasanya lebih tinggi berbanding pelan \nstandalone\n kerana anda bukan sahaja membayar untuk perlindungan perubatan tetapi turut termasuk\n insurans hayat\n dan pelaburan. Kadar premium pula adalah tetap mengikut usia pemegang polisi ketika memasuki pelan pada permulaannya. Biasanya, peningkatan kecil terhadap kadar premium mungkin berlaku disebabkan oleh peningkatan inflasi perubatan.\n\n\nMedical Card \nStandalone\n\n\nKad perubatan \nstandalone\n merupakan pelan perubatan yang boleh dibeli secara berasingan tanpa apa-apa pelan tambahan lain. Ini bermaksud, anda hanya akan mendapat manfaat perlindungan perubatan sahaja tanpa sebarang perlindungan tambahan lain seperti kematian, \nsimpanan\n atau \npelaburan\n. Kadar premium kad perubatan \nstandalone\n tidak tetap \u2013 harga caruman biasanya lebih murah pada peringkat awal penyertaan berbanding kadar caruman \nrider\n. Kadar caruman ini biasanya akan meningkat mengikut jadual umur, biasanya setiap empat hingga lima tahun. Syarikat insurans juga akan menaikkan kadar dari semasa ke semasa mengikut kenaikan kadar inflasi perubatan.\n\n\nPerlindungan kad perubatan \nstandalone\n adalah komprehensif \u2013 ia menawarkan manfaat kos pembedahan, bilik dan penginapan hospital, elaun hospital, penyakit kritikal, kos perunding pakar dan sebagainya bergantung pada polisi. Namun secara asasnya, berikut antara tiga manfaat yang biasa diperoleh dalam kad perubatan \nstandalone\n:\n\n\nKos Kemasukan ke Hospital dan Pembedahan\n\n\nIa termasuk segala kos yang berkaitan dengan kemasukan ke hospital, pembedahan, bilik dan penginapan, perkhidmatan ambulans, ubat-ubatan dan lain-lain.\n\n\nPenyakit Kritikal\n\n\nIa merangkumi lebih 36 jenis penyakit kritikal termasuk kanser, serangan jantung, strok dan lain-lain. Anda boleh rujuk maklumat dalam polisi anda untuk maklumat lanjut berkaitan penyakit kritikal yang disenaraikan.\n\n\nRawatan Jangka Panjang\n\n\nIa berguna terutama untuk individu yang mempunyai penyakit kronik yang memerlukan rawatan dan penjagaan untuk tempoh masa yang lama seperti pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis berpanjangan.\n\n\n9. \nMedical Card\n: Pelan Individu vs Pelan Keluarga\n\n\nBagi golongan ibu bapa misalnya, sudah tentu takaful ahli keluarga menjadi salah satu perbelanjaan wajib yang perlu dimasukkan dalam perancangan komitmen bulanan selain belanja \nbeli rumah\n, \ncukai jalan kenderaan,\n\u00a0\ntabung korban\n dan lain-lain lagi. Ia boleh menjadi komitmen kewangan yang agak tinggi lebih-lebih lagi jika anda mempunyai bilangan tanggungan yang ramai.\n\n\nOleh sebab itu, ramai individu yang berkeluarga memilih pelan perlindungan keluarga berbanding pelan individu. Tetapi, adakah untung mengambil pelan kad perubatan keluarga? Berikut anggaran pengiraan untuk pasangan suami isteri dan dua anak:\n\n\nPilihan A \u2013 Pelan Individu\n\n\nAndaikan setiap seorang dalam keluarga dilindungi oleh pelan standard dengan anggaran harga \nmedical card\n sekitar RM150 seorang. Maka, kos keseluruhan yang perlu ditanggung untuk empat orang setiap bulan adalah sebanyak RM600 atau RM7,200 setahun.\n\n\nPilihan B \u2013 Pelan Keluarga\n\n\nBiasanya, harga \nmedical card\n untuk satu pelan insurans keluarga untuk empat orang bermula pada RM350 dan ke atas bergantung pada polisi yang anda pilih. Sebagai contoh, jika kos untuk pelan keluarga adalah sebanyak RM450 sebulan (andaikan anda menambah perlindungan tambahan lain yang berkaitan), ini bermaksud anda boleh jimat sekurang-kurangnya RM150 setiap bulan atau RM1,800 setahun.\n\n\n10. Harga Bilik dan Penginapan\n\n\nSetiap \nmedical kad\n\u00a0memperuntukkan amaun tertentu untuk harga bilik dan penginapan di hospital. Jika anda memilih pelan dengan harga bilik RM200, anda layak untuk mendapatkan bilik yang berharga tidak melebihi kelayakan yang ditetapkan. Jika anda ingin menginap di bilik yang lebih mahal, anda perlu menanggung sendiri lebihan bayaran tersebut.\n\n\n11. Elaun Tunai Harian\n\n\nElaun ini diberikan kepada pemegang polisi mengikut jumlah hari menginap di dalam wad. Elaun ini boleh digunakan untuk menampung sebarang kos tambahan jika dimasukkan ke hospital seperti kos membayar pembantu menjaga anak di rumah atau kos ulang-alik ke hospital. Sekiranya anda \nbekerja sendiri\n atau berniaga, manfaat elaun tunai ini boleh bertindak sebagai pengganti pendapatan sepanjang tempoh anda tidak bekerja kerana sakit.\n\n\nMeskipun secara asasnya langganan pelan perlindungan insurans dapat melayakkan anda untuk mendapatkan \npengecualian cukai\n, anda boleh memilih mana-mana pelan insurans yang boleh menjimatkan anda. Dengan lebihan wang ini, anda boleh gunakan untuk \nbercuti bersama keluarga\n, buat \ntabung pendidikan\n untuk anak-anak atau sebagainya.\n\n\n\n\nApakah \nMedical Card\n Terbaik yang Boleh Anda Dapatkan?\n\n\nBagi mendapatkan kad perubatan atau \nmedical kad\n terbaik di Malaysia, ia bukanlah berdasarkan faktor harga \nmedical card\n yang murah semata-mata. Ia perlu merangkumi keperluan dan kehendak anda, selain perlu mengambil kira kadar ekonomi dan kos perubatan semasa. Sebagai contoh, kos pintasan rawatan \nsakit jantung\n di hospital swasta kini boleh mencecah sehingga RM140,000. Oleh sebab itu, pertimbangkan faktor-faktor sebegini sebelum mendapatkan kad perubatan terbaik untuk anda.\n\n\nAmbil kira anggaran kos rawatan ini dalam tempoh 10 tahun akan datang sama ada ia akan semakin bertambah atau sebaliknya. Sebelum pilih insurans yang sesuai, bandingkan \ninsurans perubatan\n pilihan anda dengan \nlimit\n yang ditawarkan. Seandainya mencukupi, ia semestinya pilihan terbaik yang boleh melindungi anda jika berlaku perkara tidak diingini. Yang paling penting, pilih kad perubatan yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan diri masing-masing.\n\n\nSemoga tips ini dapat membantu anda memilih \nmedikal kad\n terbaik untuk diri anda dan juga keluarga yang tersayang. Sekiranya anda ingin mendapatkan \ninsurans perlindungan diri\n terbaik, lawati laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian produk \ninsurans kesihatan dan perubatan\n\u00a0daripada beberapa \nsyarikat insurans terbaik dan popular di Malaysia\n dengan jaminan proses yang mudah, pantas dan selamat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/keburukan-vape/", "title": "Keburukan Vape yang Ramai Orang Muda Ambil Mudah", "body": "\n\nRamai yang sudah mengetahui keburukan rokok, tapi ramaikah yang tahu mengenai keburukan vape? Kebanyakan orang yang bertukar kepada vape daripada rokok ini berpendapat vape adalah alternatif yang lebih baik daripada rokok. Namun, vape turut mempunyai kesan-kesan bahaya pada diri.\u00a0\n\n\nVape sering digunapakai oleh golongan muda. Namun, yang menjadi permasalahan apabila \nkanak-kanak\n turut didapati menghisap vape. Trend penggunaan vape telah menjadi ikutan anak muda remaja dan juga kanak-kanak. Perkara ini amat membimbang\u00adkan kerana ia bertentangan dengan Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau 2015-2020 de\u00adngan misi menjadikan Malaysia negara bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok menjelang 2045.\n\n\nTabiat menghisap vape dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya murid sekolah adalah gejala yang menggusarkan para ibu bapa. \nTambahan pula, cecair vape yang mengandungi bahan bahaya seperti nikotin bukan saja boleh menyebabkan ketagihan, malah boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak apabila dos berlebihan diambil. Sebelum kita mendalami topik keburukan vape, kenali dulu apa itu vape.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa Itu Vape?\nBahan Kimia yang Terkandung dalam Vape\n1. Nikotin\n2. Asetaldehid\n3. Plumbum\n4. Toluena\n5. Benzana\n6. N-Nitrosonornicotine (NNN)\nVape Jejaskan Kesihatan Mental?\nKeburukan Vape kepada Ibu Mengandung\n1. Kehamilan ektopik\n2. Bayi pramatang\n3. Kecacatan janin\nCara Sihat Untuk Berhenti Merokok\n1. Kenali WHY Anda\n2. Tetapkan Tarikh Berhenti\n3. Lakukan Senaman\n4. Menukar Rutin\n5. Pemakanan yang Sihat\n6. Elakkan daripada Perkara yang Mengingatkan Anda kepada Rokok\n7. Sibukkan diri\n8. Kaunseling\n9. Berikan Ganjaran\n\n\nApa Itu Vape?\n\n\nVape merupakan sebuah barangan elektronik yang digunakan untuk memasakan cecair yang menghasilkan wap ataupun asap. Ia hadir dalam pelbagai bentuk, warna, saiz dan juga dihasilkan daripada bahan yang berbeza. Vape pula dikenali dengan pelbagai nama samaran yang lain seperti \u2018E-Cigs\u2019, \u2018mods\u2019, \u2018E-Hookahs\u2019, \u2018pod\u2019 ataupun \u2018Vape Pen\u2019. Setiap batang vape ini mempunyai tiga komponen utama;\n\n\n\n\nBateri\n\n\nElemen pemanas\n\n\nTabung cecair (cartridge)\n\n\n\n\nCecair yang digunakan dalam cartridge pula mengandungi nikotin, propilen, glikol atau gliserin dan penambah rasa seperti rasa buah-buahan. Saiznya yang kecil menyebabkan ia mudah untuk dibawa ke mana-mana dan digunakan pada bila-bila masa.\u00a0\n\n\nVape diperkenalkan sebagai alternatif lain bagi mengurangkan rasa ketagih terhadap rokok. Ramai menggunakan vape dengan alasan untuk berhenti merokok. Tapi, sejauh manakah vape ini dapat membendung diri daripada menghisap rokok? Dan apakah keburukan vape?\n\n\n\n\nBahan Kimia yang Terkandung dalam Vape\n\n\nKeburukan vape ini ada pada kandungannya. Walaupun ramai menganggap vape adalah alternatif selamat bagi yang nak berhenti menghisap rokok, ia turut mempunyai pelbagai keburukan terutamanya dari segi kandungan utama vape tersebut.\u00a0\n\n\n1. Nikotin\n\n\nCecair dalam cartridge mengandungi nikotin. Apakah nikotin sebenarnya? Nikotin adalah hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan. Ketagihan di sini akan membuatkan penggunaannya untuk menghisap vape berkali-kali. Berbeza dengan rokok, vape tidak mempunyai tembakau tapi masih mengandungi nikotin. Walaupun kandungan nikotin dalam vape adalah lebih rendah daripada rokok, ia masih mendatangkan pelbagai kesan.\u00a0\n\n\nPenggunaan nikotin akan melepaskan satu hormon yang dikenali sebagai dopamin di mana akan membuatkan individu yang menghisap vape tersebut akan merasa gembira. Namun, apabila diambil pada jumlah yang tinggi, ia akan menyebabkan rasa ketagih yang melampau.\u00a0\n\n\nNikotin juga dikatakan memberikan impak kepada jantung seseorang pada jangak masa yang panjang. Hal ini kerana, pengggunaaan vape akan menyebabkan kelenjar adrenal merembeskan hormon epinefrin dan hormon ini akan menyebabkan jantung seseorang berdegup dengan lebih kencang serta tekanan darah tinggi.\n\n\n2. Asetaldehid\n\n\nKebanyakan cecair berperisan terdiri daripada bahan yang berasaskan asetaldehid. Apabila bahan kimia asetaldehid ini dicampur dengan bahan kimia yang lain, ia sekaligus akan menyebabkan pembentukan kompaun asetal yang mampu untuk mengakibatkan berlakunya kerengsaan pada sepanjang saluran pernafasan. Hasil daripada itu, ia juga boleh menyebabkan keradangan.\u00a0\n\n\nBahayanya bahan ini adalah ia juga boleh menyebabkan kerengsaan pada mata dan juga kulit sekiranya kita terdedah. Apabila anda terdedah dengan asetaldehid yang terkandung dalam vape, ia dapat menyebabkan simptom-simptom yang seumpama alkoholisme.\u00a0\n\n\nUntuk pengetahuan, bahan kimia asetaldehid ini merupakan bahan yang banyak terkandung dalam barangan yang digunakan untuk menanggalkan kesan cat.\u00a0\n\n\n3. Plumbum\n\n\nSekiranya anda sering terdedah dengan bahan kimia seperti plumbum yang terdapat dalam vape, ia boleh menyebabkan anemia, tekanan darah tinggi, kerosakan pada buah pinggang dan juga meninggalkan kesan toksik pada organ reproduktif.\u00a0\n\n\nLebih teruk lagi apabila tahap pendedahan yang tinggi. Akibatnya, ia boleh menyerang sistem saraf tunjang yang membawa kepada koma, sawan dan kematian. Apabila kanak-kanak terdedah dengan plumbum, ia boleh mengakibatkan gangguan terhadap tingkah laku. Selain itu, ia juga boleh membawa kepada kecacatan mental yang kekal sekiranya selalu didedahkan dengan bahan kimia berbahaya, plumbum.\n\n\nBukan itu saja, \nWorld Health Organisation\n (WHO) turut telah mengklasifikasikan bahawa plumbum adalah satu daripada 10 bahan kimia yang menjadi ancaman kepada kesihatan masyarakat. Selain daripada vape, pendedahan plumbum turut boleh berpunca daripada pembakaran dan habuk atau jerebu yang telah tercemar.\u00a0\n\n\n4. Toluena\n\n\nApakah toluena ini? Selain daripada vape, toluena boleh dijumpai di dalam gasolina yang terdapat pada industri penerbangan, cat dan juga di dalam tiner.\u00a0\n\n\nPenyedutan pada paras yang rendah boleh mengakibatkan kekeliruan, kelemahan, gangguan ingatan, loya dan juga gangguan pendengaran. Penyedutan pada paras tinggi pula boleh menyebabkan pening kepala, mengantuk, tidak sedarkan diri dan juga kematian. Ia juga dikenali sebagai perengsa kepada mata, kulit dan juga saluran pernafasan. Wap yang terhasil boleh bercampur dengan udara dan membentuk campuran yang mudah meletup.\u00a0\n\n\n5. Benzana\n\n\nAntara keburukan vape yang lain adalah ia terkandung bahan kimia berbahaya seperti benzana. Benzena adalah sejenis kompaun karsinogen yang dikenalpasti dapat mengakibatkan kanser darah dan juga gangguan pada fungsi tulang sumsum.\u00a0\n\n\nBukan itu sahaja, ia juga mampu untuk meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Selain asap vape, punca utama pendedahan benzena ini adalah daripada asap ekzos daripada \nkereta \ndan juga pelepasan daripada kilang.\u00a0\n\n\n6. N-Nitrosonornicotine (NNN)\n\n\nN-Nitrosonornicotine (NNN) bersifat \nkarsinogenik\n. Sama seperti bahan nitrosamin yang lain, ia mampu untuk mencetuskan membentuk kanser dalam badan. Bahan bahaya ini turut telah dikenal pasti mampu untuk mengakibatkan kanser esofagus dan juga hidung.\u00a0\n\n\nVape Jejaskan Kesihatan Mental?\n\n\nKajian \nturut mendapati pengambilan vape turut boleh mengakibatkan gangguan psikologi dan menjejaskan \nkesihatan\n mental. Pengguna vape akan lebih berisiko untuk mengalami ketagihan nikotin yang seterusnya boleh membawa kepada masalah psikologi seperti kemurungan, tekanan dan kebimbangan.\u00a0\n\n\nVape mengandungi bahan kimia yang berbahaya yang seperti disenaraikan di atas. Bahan-bahan bahaya ini boleh mempengaruhi sistem saraf dan sekali gus menjadi penyumbang kepada masalah kemurungan atau depression.\u00a0\n\n\nVape turut dikenalpasti mengandungi nitrosamin tertentu dan sebatian organik yang selalu didapati dalam produk tembakau. Bahan-bahan ini boleh menganggu metabolisme.\n\n\n\n\nKeburukan Vape kepada Ibu Mengandung\n\n\nKebanyakan yang menggunakan vape adalah bekas perokok yang ingin mencari alternatif yang lebih sihat. Namun, sejauh manakah istilah \u2018sihat\u2019 ini ada pada vape? Keburukan vape ini bukan hanya memberi impak kepada penghisap vape, malah ia turut memberi impak kepada individu lain yang turut terhirup asap vape tersebut. Lebih-lebih ibu mengandung.\n\n\nJumlah nikotin yang sikit atau banyak tetap memberi impak bahaya pada ibu mengandung. Bahan kimia yang terkandung dalam vape mampu memberi impak sehingga ke janin. Ini antara bahana vape kepada wanita yang sedang mengandung:\n\n\n1. Kehamilan ektopik\n\n\nKeburukan vape pada ibu mengandung yang seterusnya adalah kehamilan ektopik. Kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim boleh disebabkan bahan nikotin yang terdapat dalam vape. Nikotin dalan vape boleh mengakibatkan berlakunya contraction pada tiub fallopio. Apabila berlakunya contraction tersebut, ia boleh menjadi penghalang janin daripada melaluinya dan menyebabkan kehamilan di luar rahim.\n\n\nSekiranya ia berlaku, ia bukan sahaja memerlukan janin tersebut dikeluarkan, malah ia juga boleh menyebabkan komplikasi yang serius yang boleh mengancam nyawa ibu.\u00a0\n\n\n2. Bayi pramatang\n\n\nAntara keburukan vape pada ibu mengandung ialah ia juga mampu mengakibatkan kelahiran bayi pramatang. Menurut Centers for Disease Control dan Prevention (\nCDC\n), apabila bayi dilahirkan dalam keadaan pramatang, bayi tersebut boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan, komplikasi dan juga kecacatan yang boleh mengundang kepada kematian bayi.\n\n\n3. Kecacatan janin\n\n\nWanita yang terdedah pada asap vape, atau yang menghisap vape boleh menyebabkan kandungan mengalami kecacatan. Antara kecacatan janin yang boleh terjadi adalah seperti masalah jantung berlubang dan masalah struktur jantung.\u00a0\n\n\nCara Sihat Untuk Berhenti Merokok\n\n\nRamai mengambil jalan pintas untuk berhenti menghisap rokok dengan menghisap vape pula tanpa menyedari kedua-dua mempunyai keburukan yang hampir sama. Sebenarnya, ada pelbagai cara untuk melatih diri berhenti daripada menghisap rokok. Namun, ia memerlukan disiplin yang tinggi. Berhenti merokok memerlukan daya ketahanan mental yang kuat. Ini kerana ia tidak boleh berlaku dalam sekelip mata. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi.\u00a0\u00a0\n\n\nIni adalah tips berhenti merokok yang boleh anda cuba:\n\n\n1. Kenali WHY Anda\n\n\nTanya soalan-soalan ini pada diri anda;\n\n\n\u201cKenapa aku nak berhenti?\u201d\n\n\n\u201cKalau aku tak berhenti, apa akan jadi?\u201d\n\n\n\u201cApa yang aku nak sebenarnya?\u201d\n\n\nSoalan-soalan ini nampak saja macam remeh dan tak perlu. Namun sebenarnya ia adalah soalan penggerak kepada misi berhenti merokok. Apabila kita sudah tahu apa WHY kita, ia memudahkan kita untuk mereka objektif yang mampu mendorong diri ke arah berhenti merokok.\u00a0\n\n\nSetiap kali terdetik di hati untuk merokok, ingat balik WHY dan objektif yang anda bina.\u00a0\n\n\n2. Tetapkan Tarikh Berhenti\n\n\nPentingnya menetapkan tarikh untuk berhenti merokok ini adalah supaya anda dapat membina strategi untuk berhenti merokok. Namun, tarikh berhenti merokok anda haruslah jelas. Anda disarankan untuk memilih tarikh yang terdekat dan pastikan tarikh tersebut tidak dipenuhi dengan pelbagai urusan.\u00a0\n\n\nTuliskan tarikh ini pada kalendar dan letakkan di tempat yang anda boleh lihat setiap hari. Pegang tarikh ini dan kerap ingatkan diri anda agar anda lebih bersedia.\n\n\n3. Lakukan Senaman\n\n\nKenapa pentingnya lakukan senaman ini adalah untuk mengalihkan perhatian dan ingatan anda daripada rokok. Jika anda tidak menggemari senaman yang ekstrim, lakukan sahaja \nsenaman di rumah\n yang mudah dilakukan.\u00a0\n\n\nKebaikan bersenam adalah ia dapat menghilangkan tekanan dan meningkatkan penghasilan endorphin yang secara tidak langsung memberi tenaga positif kepada tubuh badan kita. Tubuh badan yang letih selepas bersenam turut membolehkan anda untuk mendapatkan \ntidur \nyang lebih berkualiti. Ini amat penting dalam membantu menangani insomnia kesan daripada kehilangan nikotin.\n\n\n4. Menukar Rutin\n\n\nApabila anda mula untuk berhenti merokok, rutin-rutin harian perlu diubah. Sebagai contoh, ramai perokok mempunyai rutin untuk merokok setiap kali habis makan. Sekiranya anda sudah mula berhenti merokok, perasaan janggal pasti timbul.\u00a0\n\n\nApa yang anda boleh buat adalah dengan menukar tabiat ini dengan makan buah-buahan atau mengunyah gula-gula getah. Sesetengah perokok gemar merokok sambil minum secawan kopi. Jadi, untuk mengelakkan anda teringat kepada rokok, tukar minuman kopi anda kepada secawan teh atau jus.\u00a0\n\n\n5. Pemakanan yang Sihat\n\n\nPemilihan makan dalam tempoh berhenti merokok adalah amat penting. Ini kerana, ramai perokok yang berhenti merokok mempunyai masalah kenaikan berat badan. Puncanya mereka memilih makanan dan snek yang tidak sihat bagi mengalihkan perhatian dan ingatan mereka daripada merokok.\n\n\nSelera makan akan meningkat dalam proses anda berhenti merokok. Untuk mengelakkan berat badan anda meningkat, pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting. Pilihan utama yang disyorkan semestinya buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan yang kaya dengan antioksida yang penting untuk membantu mencegah kanser malah mengenyangkan. Anda juga boleh pilih buah-buahan kering, bertih jagung dan kekacang sebagai snek apabila anda ingin mengunyah.\n\n\n6. Elakkan daripada Perkara yang Mengingatkan Anda kepada Rokok\n\n\nSelepas anda dah mula bina strategi dengan menukar rutin, perkara yang penting yang harus dilakukan adalah dengan menghapuskan perkara-perkara yang boleh mengingatkan anda kepada rokok. Ini termasuklah rokok, mancis, bekas abu rokok, pemetik api dan segala yang berkait rapat dengan rokok.\u00a0\n\n\nBukan itu sahaja, pastikan kereta, rumah dan ruang kerja bersih dan bebas daripada asap rokok. Benda-benda ini boleh trigger anda untuk kembali merokok.\n\n\nJangan sesekali simpan rokok untuk situasi \u2018kalau perlu\u2019. Semakin kurang perkara-perkara yang mengingatkan anda tentang merokok, lebih senang untuk anda untuk achieve goal berhenti merokok.\u00a0\n\n\n7. Sibukkan diri\n\n\nApabila kita dah ubah rutin harian kita, hari kita boleh menjadi kosong tanpa rokok. Jadi, untuk mengelakkan diri anda daripada rasa kosong tanpa rokok, anda disarankan untuk menyibukkan diri dengan melakukan perkara seperti mengemas rumah, menonton televisyen, memain video game dan pelbagai lagi.\n\n\n8. Kaunseling\n\n\nAnda perlu sentiasa ingat yang anda tidak keseorangan dalam menghalang diri daripada merokok. Jika anda berada dalam saat yang sukar dan rasa ingin putus asa, kaunseling dapat mengurangkan stres tersebut.\n\n\nnda boleh berkongsi pengalaman dan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada mereka yang turut sama atau pernah melalui situasi seperti anda. Menyertai kumpulan kaunseling dapat memberikan anda sistem sokongan dan memberikan anda lebih semangat untuk meneruskan perjuangan sehingga berjaya berhenti merokok.\n\n\n9. Berikan Ganjaran\n\n\nNak berhenti merokok bukan perkara yang mudah. Bukan sahaja mengambil masa yang lama, ia juga memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat. Sebab itulah ianya penting untuk memberikan ganjaran pada diri anda setelah berjaya berhenti merokok. Ia secara tidak langung dapat memberi dorongan dan sokongan serta membuatkan anda lebih bermotivasi.\n\n\nVape bukanlah rawatan yang baik untuk berhenti merokok. Jika anda berhasrat untuk berhenti merokok, lakukan langkah-langkah ini daripada membazirkan duit membeli vape. Vape dan rokok, kedua-duanya mendatangkan bahaya pada diri.\u00a0\n\n\nJadi, kini anda boleh cuba berhenti merokok dan juga vape apabila sudah mengetahui tentang keburukan vape dan cara berhenti merokok dengan betul. Ingat, perubahan mula dengan diri anda. Pastikan anda betul-betul bermotivasi untuk berhenti menghisap vape dan juga rokok.\n\n\nItu sahaja perkongsian daripada Qoala. Semoga bermanfaat!\u00a0\nOh ya, kalau anda nak buat \npembaharuan \nroadtax\n dan \ninsurans kereta terbaik\n dengan harga yang berpatutan, dapatkan di \nQoala\n. Lakukan perbandingan dengan mudah dan dapatkan \ninsurans kereta\n dengan pantas.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/kepentingan-sunscreen/", "title": "Kepentingan Sunscreen Untuk Kulit", "body": "\n\nApakah itu sunscreen? Apakah kepentingan sunscreen? Apakah manfaat sunscreen untuk kulit? Artikel kali akan menerangkan kegunaan dan kepentingan sunscreen bagi kulit wanita mahu pun lelaki.\u00a0\n\n\nUntuk pengetahuan anda, penggunaan sunscreen atau juga dikenali sebagai pelindung matahari adalah yang paling utama dalam penjagaan kulit. Ini bermakna, jika ada menggunakan pelbagai produk kulit tapi tidak menggunakan sunscreen, penjagaan kulit anda seakan-akan tidak lengkap.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKepentingan Sunscreen untuk Kulit Wajah yang Lebih Sihat\nMengelakkan Keradangan Kulit\nMengurangkan Risiko Kanser Kulit\nMencegah Tona Warna Kulit yang Tidak Sekata\nMencegah Sunburn\nBukankah Sinaran Matahari Itu Vitamin D?\nBeza UVA Dan UVB\nPerbezaan Sunscreen dan Sunblock\nFizikal VS Kimia Sunscreen\nApa Itu SPF?\nDuduk Rumah, Adakah Masih Perlu Memakai Sunscreen?\nRumah yang Gelap\nCahaya Memasuki Rumah\u00a0\nHalaman Rumah\nTips Memilih Sunscreen Mengikut Jenis-jenis Kulit\nKulit Kering\nKulit Berjerawat/Alahan\nKulit Gelap\nKesalahan Apabila Memakai Sunscreen\nAmaun yang Tidak Cukup\nGuna Apabila Keluar Rumah Sahaja\nSPF Tinggi\nMenggunakan Sunscreen yang Sudah Tamat Tempoh\nTidak Menunggu 20 Minit\nSkincare Routine Yang Betul\n\n\nKepentingan Sunscreen untuk Kulit Wajah yang Lebih Sihat\n\n\nPenggunaan sunscreen ini bukan saja untuk kegunaan kosmetik. Malah lebih daripada itu. Malaysia terkenal dengan dua musimnya iaitu panas dan lembab. Disebabkan negara kita negara yang bermusim panas, perlindungan kulit daripada sinaran matahari terik adalah sangat penting. \n\n\nWalaupun kegunaannya yang penting, masih ramai yang memandang enteng terhadap kepentingan sunscreen ini. Mungkin ramai lagi yang tidak sedar atau tidak faham betapa bahayanya kulit yang terdedah dengan sinaran matahari yang terik.\u00a0\n\n\nMengelakkan Keradangan Kulit\n\n\nApabila kulit kita terdedah dengan sinaran UV, ia boleh menyebabkan kemerahan dan keradangan kulit yang boleh memedihkan. Masalah keradangan ini akan menjadi lebih teruk sekiranya seseorang individu itu mempunyai masalah kulit seperti eczema dan psiorosis. Dengan menyapukan sunscreen pada kulit, ia dapat menjadi dinding pelindung kulit anda daripada sinaran matahari yang berbahaya.\n\n\nSekiranya anda mempunyai kulit yang senang kemerah-merahan dan sensitif, anda memerlukan sunscreen yang lengkap dengan bahan-bahan lembut seperti zink oksida atau titanium dioksida. Anda juga harus mengelakkan pelindung matahari jenis semburan yang mengandungi formula keras, termasuk alkohol yang dapat mengeringkan kulit.\u00a0\n\n\nMengurangkan Risiko Kanser Kulit\n\n\nKepentingan sunscreen seterusnya adalah untuk mengurangkan risiko kanser kulit. Tahukah anda, \nkanser kulit \njuga berpunca daripada kulit yang sering terdedah dengan sinaran matahari? Menggunakan pelindung matahari setiap hari, walaupun cuaca tidak begitu terik adalah salah satu kaedah awal yang baik untuk mencegah kanser kulit yang ramai tak sedar.\u00a0\n\n\nAnda boleh membantu diri anda untuk elak terkena kanser kulit dengan menggunakan sunscreen yang mempunyai minimum SPF 30 setiap hari. Jika anda sering menghabiskan masa di luar, dan kulit terdedah dengan cahaya matahari, anda digalakkan untuk menyapu sunscreen ke muka pada setiap dua jam untuk perlindungan yang maksimum.\u00a0\n\n\nMencegah Tona Warna Kulit yang Tidak Sekata\n\n\nAntara kepentingan sunscreen yang lain adalah untuk mencegah tona warna kulit yang tidak sekata. Tona warna kulit yang tidak sekata ini akan keluar dengan ketara apabila usia anda sudah lanjut. Mungkin tak nampak kesannya sekarang, tapi akan jelas kelihatan apabila anda meningkat usia. Kulit akan mengeluarkan tompok-tompok yang dipanggil \u2018sun spots\u2019 atau \u2018liver spots\u2019 dan kebiasaannya ia berwarna gelap. Efek ini boleh terjadi kepada wanita dan juga lelaki. Untuk mengelakkan kesan ini terjadi, penggunaan sunscreen adalah wajib.\u00a0\n\n\nMencegah Sunburn\n\n\nPakar dermatologist selalu menekankan kepentingan sunscreen dan pencegahan kulit daripada terkena sunburn. Anda boleh mengalami sunburn sekiranya anda menghabiskan masa yang lama di luar tanpa penggunaan sunscreen. Sekiranya kulit anda sering terkena sunburn, ia membuatkan risiko untuk anda mengalami kanser kulit lebih tinggi daripada biasa. Ini kerana sunburn yang terjadi boleh merosakkan pelindung kulit yang boleh menyebabkan bukan sahaja kanser malah kedutan pramatan, dan banyak lagi masalah kulit yang lain.\u00a0\n\n\n\n\nBukankah Sinaran Matahari Itu Vitamin D?\n\n\nBenar, antara kebaikan sinaran matahari adalah vitamin D untuk kulit. Meskipun begitu, anda harus memahami kepentingan sunscreen. Anda masih perlu memakai sunscreen dan jangan risau, vitamin D masih boleh diserap walaupun kulit anda dilindungi dengan sunscreen.\u00a0\n\n\nKulit kita terdiri dengan tiga lapisan iaitu epidermis, dermis dan juga lemak. Lapisan yang paling penting ialah epidermis di mana ia yang berfungsi untuk melindungi kita dari sinaran UV dan juga cahaya matahari.\n\n\nApabila kita terdedah kepada sinar UV dan matahari, sel sel di bahagian bawah epidermis akan menebalkan lagi kulit kita dan akan membuatkan kulit kita rasa kasar. Tidak terhenti di situ, beberapa sel di lapisan epidermis turut akan menghasilkan warna yang gelap dan menyebabkan anda untuk mempunyai tona warna yang tidak sekata.\u00a0\n\n\nBeza UVA Dan UVB\n\n\nSeperti yang kita sudah tahu, kepentingan sunscreen yang utama adalah untuk menjadi pelindung kulit kita daripada sinaran matahari seperti UVA dan UVB. Ia juga dapat melindung protein yang ada di bawah permukaan kulit seperti keratin, elastin dan kolagen.\n\n\nUVA: \nUVA atau Ultraviolet A adalah salah satu sinar UV yang paling banyak menghasilkan radiasi iaitu 95 peratus dari sinar ultraviolet yang masuk ke dalam atmosfera bumi. UVA adalah salah satu sinaran matahari yang mempunyai tahap tenaga yang lebih kuat daripada sinaran UV yang lain. Ia boleh menjejaskan DNA kulit anda secara tidak langsung. Ia juga boleh menyebabkan anda kelihatan lebih tua daripada usia.\u00a0\n\n\nUVB:\n UVB atau Ultraviolet B pula hanya menyerang lapisan luar kulit sahaja. Ia juga boleh menyebabkan kulit kita menjadi kemerah-merahan dan terbakar. Sunburn juga terjadi disebabkan tidak melindungi kulit daripada sinaran UVB. UVB adalah lebih agresif\u00a0 dan\u00a0 cenderung untuk merosakkan kulit pada waktu 10 pagi sampai 4 petang. UVB juga lah penyebab kepada bintik jeragat pada muka.\n\n\nPerbezaan Sunscreen dan Sunblock\n\n\nRamai yang keliru perbezaan sunscreen dan sunblock ini. Dan ramai juga yang ingat sunscreen dan sunblock adalah benda yang sama. Sebenarnya, ada banyak perbezaan yang ketara di antara sunscreen dan sunblock. Dan kedua-dua, iaitu kepentingan suncreen dan kepentingan sunblock ini amat bermanfaat.\u00a0\n\n\nTerdapat dua jenis perlindungan kulit. Secara kimia dan juga fizikal. Mengikut American Melanoma Foundation (AMF), sunscreen ni ada bahan kimia yang akan menyerap sinaran UV dan juga mengurangkan jumlah sinaran UV sampai ke kulit. Sunblock pula jenis fizikal yang mengandungi bahan organik dan bukan organik yang akan bertindak sebagai penghalang di antara kulit. Sunblock juga akan membantu menghalang sinaran UV sampai ke kulit.\n\n\nKebiasaannya, sunscreen tidak berwarna apabila disapu ke wajah. Sunblock pula teksturnya agak pekat dan apabila di sapu, warnanya akan kelihatan. Sunblock juga susah untuk dicuci daripada sunscreen.\u00a0\n\n\nDari segi penggunaan pula, bagi sunscreen, seeloknya sapu 30 minit awal sebelum melakukan apa-apa aktiviti di bawah sinaran terik matahari. Ia juga dapat membantu dengan penyerapan yang berkesan.\u00a0\n\n\nMana lagi satu penting? Sunscreen atau sunblock?\n\n\nKedua-duanya sama penting dan mempunyai keupayaan berbeza dalam memberi perlindungan kepada kulit anda. Penggunaannya bergantung kepada berapa terdedahnya kulit anda dengan sinaran matahari.\u00a0\n\n\nFizikal VS Kimia Sunscreen\n\n\nSeperti yang kita tahu, ada dua jenis sunscreen iaitu fizikal dan kimia. Fizikal sunscreen mempunyai titanium oxide. Kebiasaannya, physical sunscreen ni mempunyai white cast yang menyebabkan kulit wajah akan kelihatan seperti kelabu apabila apply sunscreen jenis ni. Bagi mereka yang memiliki kulit jenis acne prone dan sensitif, disarankan untuk menggunakan sunscreen jenis ini.\n\n\nSunscreen kimia pula mempunyai bahan seperti octinoxate dan oxybenzone. Bahan ini bertindak untuk mengeluarkan haba dari kulit kita hasil daripada pantulan UV rays.\n\n\nPilih sunscreen yang sesuai untuk pemakaian harian seperti SPF30 hingga SPF50. Tapi kalau lebih dari tu pun sudah memadai.\u00a0\n\n\nKalau kulit wajah anda memberikan reaksi yang negative seperti panas, merah-merah ataupun melekit selepas memakai sunscreen, kemungkinan sunscreen tersebut tidak sesuai dengan jenis kulit anda. Jadi disarankan untuk berhenti memakai sunscreen tersebut.\n\n\nApa Itu SPF?\n\n\nSPF atau Sun Protection Factor adalah kiraan yang merujuk kepada berapa lama dan kuatnya sunscreen untuk melindungi kulit kita daripada sinaran matahari. Selalu kita nampak SPF 15/30/50, betul tak? Tapi apa maksud sebenarnya?\n\n\nCara kira berapa kuat ianya dapat lindungi kulit kita. Sebagai contoh, sunscreen yang mempunyai SPF15, kita perlu tolak 1 daripada nilai SPF tu kemudian bahagi dgn 15.\n\n\n(15-1)/15 = 0.93\n\n\nMaknanya sunscreen tersebut dapat melindungi kulit kita 93% daripada sinaran cahaya matahari seperti UVA dan UVB.\u00a0\n\n\nDuduk Rumah, Adakah Masih Perlu Memakai Sunscreen?\n\n\nAda tiga situasi yang anda boleh pertimbangkan.\n\n\nRumah yang Gelap\n\n\nAnda tidak perlu memakai sunscreen sekiranya duduk di rumah yang cahaya matahari tidak boleh masuk langsung. Ini bermakna sekiranya rumah anda sentiasa menutup pintu, tingkap dan langsir sehingga menyebabkan tiada cahaya matahari boleh masuk, anda tidak perlu memakai sunscreen.\u00a0\n\n\nCahaya Memasuki Rumah\u00a0\n\n\nNamun, jika rumah anda dibuka tingkap dan pintu yang boleh menyebabkan cahaya matahari masuk, anda dinasihatkan untuk memakai sunscreen.\u00a0\n\n\nHalaman Rumah\n\n\nAnda perlu menggunakan sunscreen sekiranya anda keluar di halaman rumah untuk menjemur kain, ambil barang daripada pos laju atau pun menyiram pokok bunga. Walaupun sekejap, kulit anda telah terdedah dengan cahaya matahari. Jadi, anda perlulah menggunakan sunscreen untuk memberikan perlindungan kulit daripada cahaya UV.\u00a0\n\n\nJika sekarang ini anda masih sering merasa malas untuk memakai sunscreen di rumah atau di luar rumah, belum terlambat lagi untuk anda memulakan rutin ini dari sekarang. Setidaknya anda dapat mengurangkan risiko terjadinya kanser kulit mahupun permasalahan kulit lain pada masa akan datang.\n\n\nTips Memilih Sunscreen Mengikut Jenis-jenis Kulit\n\n\nSunscreen ada bermacam-macam jenis. Kepentingan sunscreen yang betul turut mempengaruhi. Penting untuk anda ketahui jenis kulit anda terlebih dahulu kerana setiap sunscreen berbeza jenisnya.\u00a0\n\n\nKulit Kering\n\n\nBagi anda yang ada masalah kulit kering, sentiasa memilih sunscreen yang ada formula melembabkan kulit wajah. Antara beberapa bahan yang digunakan untuk melembapkan kulit wajah iaitu lanolin, ekstrak minyak buah-buahan atau bijian macam almond. Seterusnya, anda boleh juga membuat semakan sama ada produk tu ada kandungan dimethicone atau tidak. Dimethicone juga sangat baik untuk kulit.\u00a0\n\n\nKulit Berjerawat/Alahan\n\n\nKepentingan sunscreen juga merujuk kepada kulit yang berjerawat dan sensitif. Untuk anda yang ada masalah sensitif pada kulit ni, elakkan terus semua produk yang ada bahan penyebab masalah pada wajah anda. Jangan termakan pujuk rayu iklan. Sekiranya ada bahan yang tak okay jangan teruskan. \n\n\nUntuk yang kulit berjerawat pulak anda kena tahu lah yang bahan-bahan macam alkohol, paraben dan pewangi tak baik untuk kulit anda. Kalau boleh jangan beli produk macam ni. Makin teruk kulit anda nanti. Lagipun, kulit berjerawat kan sensitif dengan matahari sebab tu anda perlukan perlindungan sunblock untuk halang cahaya UVB sebab nanti boleh jadi iritasi. \n\n\nElakkan penggunaan produk dari jenis gel. Pilih sunblock yang tekstur light krim. Senang produk tu meresap pada kulit dan tak nampak berminyak.\n\n\n\n\nKulit Gelap\n\n\nMesti ramai yang rasa, kalau kulit gelap sunblock dah tak penting. Sebenarnya bukan macam tu. Setiap kulit ada pigmentasinya yang tersendiri. Tapi itu tak bermakna mereka yang berkulit gelap dikecualikan daripada menggunakan sunblock. \n\n\nJangan bimbang kalau anda risau pakai sunblock buat kulit anda nampak tak sekata, pilih la sunblock dari jenis light krim. Sapu sikit saja. Itu sudah memadai. Pastikan anda sapu pada muyka dengan rata.\u00a0\n\n\nKesalahan Apabila Memakai Sunscreen\n\n\nPemakaian yang\u00a0 betul juga mempengaruhi manfaat sunscreen pada wajah. Ini antara kesalahan-kesalahan apabila memakai sunscreen.\n\n\nAmaun yang Tidak Cukup\n\n\nAmaun sunscreen dengan produk muka yang lain tidak sama. Sekiranya anda hanya menggunakan satu ke dua dot, ia tidak akan memberikan perlindungan. Sebaliknya, gunakan dua jari anda sebagai indikator. Letakkan sunscreen pada dua jari dan sapukan ke atas muka anda.\u00a0\n\n\nGuna Apabila Keluar Rumah Sahaja\n\n\nKepentingan suncreen bukan hanya untuk keluar rumah. Ramai menganggap perlu menggunakan sunscreen apabila keluar rumah saja. Hakikatnya, anda perlu memakai di dalam rumah. Lagi-lagi rumah yang mempunyai pencahayaan yang tinggi. Kulit anda masih terdedah dengan cahaya matahari walaupun berada di rumah.\n\n\nSPF Tinggi\n\n\nAnda yang berpendapat, lebih tinggi SPF sesebuah sunscreen, lebih tinggi dan lama lah perlindungan yang diberi. Sebenarnya tidak seperti itu. Walaupun SPF sunscreen tersebut tinggi, kadar penggunaannya masih sama. Anda masih perlu menyapukan sunscreen tersebut setiap dua ke tiga jam jika anda berjemur di luar.\u00a0\n\n\nSekiranya anda duduk di tempat yang tidak begitu terdedah dengan cahaya matahari, compact powder yang mempunyai SPF sudah memadai. Walau bagaimanapun, sekiranya anda terlalu terdedah dengan matahari, anda harus menanggalkan make up (jika pakai) dan sapukan sunscreen semula.\u00a0\n\n\nMenggunakan Sunscreen yang Sudah Tamat Tempoh\n\n\nSama macam produk-produk yang lain, sekiranya sudah tamat tempoh atau expired, ia tidak lagi dapat memberi manfaat yang maksimum dan juga tidak dapat berfungsi dengan baik. Bagi sunscreen pula, ia tidak boleh digunakan setelah tamat tempoh. Cara untuk kenalpasti jika sunscreen anda telah tamat tempoh adalah dengan menyemak period after opening. Period after opening akan menunjukkan berapa lama produk tersebut selamat untuk digunakan selepas dibuka.\u00a0\n\n\nTidak Menunggu 20 Minit\n\n\nSunscreen hanya mampu diserap sekurang-kurangnya 20 hingga ke 30 minit sebelum kulit terdedah ke cahaya matahari. Dengan memberikan masa, ia dapat menyerap ke dalam kulit untuk memberikan perlindungan yang baik.\u00a0\n\n\nSkincare Routine Yang Betul\n\n\nTahukah anda, step by step skincare routine yang betul turut mempengaruhi kesannya pada kulit kita? Ini adalah langkah-langkah yang anda boleh cuba:\n\n\n\n\nMakeup remover, kegunaannya untuk buang makeup yang masih berbaki pada wajah\n\n\nCleanser\n\n\nScrub, untuk buang kulit mati\n\n\nSerum, untuk repair masalah kulit\n\n\nMoisturizer, untuk lock layers skincare & lembabkan kulit wajah\n\n\nSunscreen\n\n\n\n\nSecara konklusinya, penjagaan kulit tanpa sunscreen adalah perbuatan yang sia-sia. Inilah kepentingan sunscreen yang ramai tak sedar. Baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya wajib menggunakan sunscreen. Bukan saja untuk mendapatkan wajah yang cantik, tapi ia adalah untuk melindungi kesihatan kulit kita agar sentiasa sihat. Kulit adalah lapisan luar yang melindung sel-sel dalaman. Kalau kulit dah terjejas, macam mana dengan sel-sel dalaman yang lain? Oleh itu, amalkan penggunaan sunscreen dengan kerap.\n\n\nItu sahaja perkongsian \nQoala \npada hari ini. Kalau anda masih tercari-cari \ninsurans kesihatan\n, kami ada menyediakan pilihan dengan harga yang berpatutan.\u00a0\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/kereta-banjir/", "title": "Kereta Banjir Apa Perlu Buat untuk Minimumkan Kerugian?", "body": "\n\nSelain \nrumah dimasuki air\n, bencana banjir juga boleh menyebabkan banyak motosikal dan kereta tenggelam banjir. Oleh sebab itu, penting untuk anda memiliki insurans bencana alam kereta (\nspecial perils\n) untuk mengurangkan risiko kerugian dan meminimumkan kos \nrepair\n kereta banjir. Selain itu, ia juga membolehkan anda membuat \ntuntutan insurans kereta banjir\n kerana insurans kereta asas tidak mencukupi dan tidak melindungi kerosakan akibat bencana alam.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n7 Perkara Penting Anda Perlu Buat Jika Kereta Tenggelam Banjir, Kereta Masuk Air Banjir\n1. Kenal Pasti Paras Air Banjir\n2. Jangan Start Enjin Kereta\n3. Hubungi Syarikat Insurans Kereta\n4. Kumpulkan Bukti\n5. Periksa Enjin atau Gearbox Kereta\n6. Keringkan Komponen Kereta\n7. Lakukan Petrol Flushing (Jika Perlu)\nProses Tuntutan Insurans Kereta dan Cara Claim Insurans Kereta Banjir\n1. Hubungi Pihak Insurans\n2. Kumpulkan Bukti Berkaitan\n3. Buat Laporan Polis\n4. Serahkan Borang Tuntutan\n5. Hantar Kereta ke Bengkel\nInsuran Kereta Banjir: Perlindungan Tambahan Insurans Kereta Bencana Alam \u2018Special Perils\u2019\n\n\n7 Perkara Penting Anda Perlu Buat Jika Kereta Tenggelam Banjir, Kereta Masuk Air Banjir\n\n\nKereta kena banjir apa perlu buat? Sekiranya anda tinggal di kawasan yang berisiko untuk dinaiki air atau terdedah kepada risiko banjir kilat, anda boleh praktikkan langkah-langkah berikut sekiranya kereta anda ditenggelami banjir atau kereta masuk air banjir. Ia penting bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar atau kemungkinan kerosakan dialami menjadi semakin teruk.\n\n\n1. Kenal Pasti Paras Air Banjir\n\n\nBila banjir mulai surut dan situasi kembali selamat, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah periksa paras atau kedalaman air banjir. Biasanya, air banjir akan meninggalkan kesan lumpur atau selut pada bahagian dalaman atau luaran kereta seperti kusyen, bumbung kereta, \ndashboard\n dan sebagainya. Ia membolehkan syarikat insurans menilai tahap kerosakan berdasarkan paras air yang menenggelamkan kereta anda.\n\n\n2. Jangan \nStart\n Enjin Kereta\n\n\nSekiranya kereta anda tenggelam sepenuhnya semasa banjir jangan sesekali hidupkan\n enjin kereta\n anda. Ini kerana, ia berpotensi menyebabkan berlaku litar pintas yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih serius. Dalam sesetengah keadaan, situasi ini mungkin boleh membahayakan nyawa anda.\n\n\nBiasanya, komponen kereta kena banjir atau kereta tenggelam banjir berisiko untuk rosak. Apa yang boleh anda lakukan ialah cabut\n bateri kereta\n atau gunakan perkhidmatan trak tunda untuk membawa kereta banjir anda terus ke bengkel. Jika perlu, panggil mekanik ke rumah untuk memeriksa kereta anda.\n\n\n3. Hubungi Syarikat Insurans Kereta\n\n\nPerkara penting seterusnya yang anda perlu lakukan ialah hubungi syarikat insurans untuk maklumkan insiden kereta rosak akibat banjir. Jika perlu, minta bantuan trak tunda untuk alihkan kereta jika kereta anda tenggelam sepenuhnya. Jangan cuba untuk hidupkan enjin atau memandu kereta anda sendiri ke bengkel kerana ia berisiko menyebabkan kerosakan yang lebih serius.\n\n\n4. Kumpulkan Bukti\n\n\nSimpan bukti bergambar bagi memudahkan proses tuntutan insurans banjir dilakukan. Biasanya, syarikat insurans memerlukan butiran atau dokumen-dokumen berikut bagi memproses tuntutan insurans anda:\n\n\n\n\nCatatan lokasi dan masa/tarikh kereta ditenggelami banjir;\n\n\nAmbil gambar kerosakan kereta banjir;\n\n\nSalinan lesen memandu pemilik kereta;\n\n\nSalinan kad pengenalan pemilik kereta;\n\n\nSalinan \ngeran kereta\n;\n\n\nSalinan polisi insuran;\n\n\nButiran/dokumen sokongan yang menjelaskan kerosakan kereta (sekiranya ada).\n\n\n\n\n5. Periksa Enjin atau \nGearbox\n Kereta\n\n\nSetelah tiba di bengkel, lakukan pemeriksaan terhadap enjin atau \ngearbox\n kereta anda terlebih dahulu. Periksa paras \nminyak enjin\n atau minyak gear menggunakan\n dipstick. \nJika amaun minyak hitam atau minyak gear melebihi amaun sepatutnya, ini bermaksud enjin masuk air.\n\n\nAnda disarankan untuk lakukan\n flushing\n dengan ulangan tiga (3) hingga lima (5) kali bergantung pada nasihat mekanik anda. Minyak enjin dan minyak gear yang telah bercampur dengan air perlu dikeluarkan dan digantikan dengan minyak baharu untuk mengurangkan risiko kerosakan pada enjin.\n\n\n6. Keringkan Komponen Kereta\n\n\nApabila kereta ditenggelami air banjir, sudah semestinya bahagian dalaman kereta turut terjejas. Mana-mana komponen dalaman kereta yang boleh ditanggalkan seperti radio dan sebagainya boleh dikeluarkan untuk dibersihkan dan dikeringkan.\n\n\nAnda juga boleh cuci kereta banjir dengan semburan air deras terutamanya di bahagian yang sukar dibersihkan seperti enjin, \ntayar kereta\n dan brek kereta.\n\n\nMeskipun begitu, elakkan daripada melakukan semburan air secara terus ke arah lubang \npenapis udara\n dan penutup minyak pelincir kerana ia berpotensi merosakkan komponen ini.\n\n\nBersihkan sebarang kotoran atau lumpur pada kusyen kereta banjir \u2013 pastikan ia kering sepenuhnya untuk elakkan kusyen daripada berbau hapak.\n\n\n7. Lakukan \nPetrol Flushing\n (Jika Perlu)\n\n\nKedudukan tangki minyak kereta yang rendah juga boleh menyebabkan tangki kereta masuk air banjir. Jika anda mendapati terdapat kemungkinan air banjir memasuki tangki minyak, keluarkan minyak petrol yang telah bercampur dengan air untuk mengelakkan kerosakan enjin yang lebih serius.\n\n\nJika perlu, dapatkan nasihat daripada mekanik anda untuk lebih kepastian.\n\n\n\n\nProses Tuntutan Insurans Kereta dan Cara Claim Insurans Kereta Banjir\n\n\nSekiranya kereta anda dilindungi oleh perlindungan tambahan bencana alam atau \ninsurans kereta banjir\n, anda boleh membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans anda. Berikut merupakan cara untuk membuat tuntutan insurans banjir untuk memudahkan urusan anda.\n\n\n1. Hubungi Pihak Insurans\n\n\nSekiranya anda berdepan situasi kereta tenggelam banjir, anda perlu maklumkan insiden tersebut kepada pihak insurans anda. Jika perlu, dapatkan bantuan perkhidmatan trak tunda untuk membawa kereta anda ke bengkel berhampiran.\n\n\nAnda tidak digalakkan untuk menghidupkan\n enjin kereta\n anda sekiranya kereta masuk air banjir kerana ia mungkin boleh menyebabkan risiko kerosakan lain yang lebih serius.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarikat Insurans Malaysia\n\n\nButiran\n\n\n\n\n\n\nZurich Insurance\n\n\n\ud83d\udcde 1-3000-88-6222 | +603-2109-7999\n\n\n\ud83d\udce7 callcenter@zurich.com.my\n\n\n\u23f0 Isnin \u2013 Jumaat, 8.30 pagi \u2013 5.15 petang\n\n\n\n\n\n\nTune Protect\n\n\n\ud83d\udcde 1-800-228-863\n\n\n\ud83d\udce7 hello.my@tuneprotect.com\n\n\n\u23f0 24 jam\n\n\n\n\n\n\nAXA Insurance\n\n\n\ud83d\udcde +603-2170-8282\n\n\n\ud83d\udce7 claims@axa.com.my\n\n\n\u23f0 Isnin \u2013 Jumaat, 8.30 pagi \u2013 5.15 petang\n\n\n\n\n\n\nTakaful Malaysia\n\n\n\ud83d\udcde 1-3000-88-252-385\n\n\n\ud83d\udce7 csu@takaful-malaysia.com.my\n\n\n\u23f0 24 jam\n\n\n\n\n\n\nTakaful Ikhlas Malaysia\n\n\n\ud83d\udcde 1-800-88-1186\n\n\n\ud83d\udce7 ikhlascare@takaful-malaysia.com.my\n\n\n\u23f0 24 jam\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Kumpulkan Bukti Berkaitan\n\n\nSelain itu, anda juga perlu kumpulkan bukti berkaitan untuk memudahkan proses tuntutan. Kebanyakan syarikat insurans memerlukan dokumen sokongan dan bukti yang berkaitan dalam urusan \nclaim\n insurans kereta seperti berikut:\n\n\n\n\nCatat lokasi, masa dan tarikh insiden banjir berlaku;\n\n\nAmbil gambar kerosakan kereta masuk air banjir;\n\n\nSediakan salinan lesen memandu, kad pengenalan, geran kereta dan polisi insurans (atau \ncover note\n) untuk rujukan;\n\n\nButiran atau dokumen sokongan lain (jika perlu).\n\n\n\n\n3. Buat Laporan Polis\n\n\nAnda perlu membuat laporan polis secepat mungkin. Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, laporan polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas insiden berlaku.\n\n\nMeskipun begitu, laporan polis masih diterima selepas tempoh 24 jam sekiranya anda mempunyai alasan yang munasabah bergantung pada penilaian pihak Polis.\n\n\n4. Serahkan Borang Tuntutan\n\n\nJika segala dokumen dan bukti yang diperlukan sudah lengkap, serahkan borang tuntutan kepada ejen insurans atau \nsyarikat insurans kereta\n anda. Biasanya, pihak insurans akan memaklumkan tempoh yang diperlukan oleh pihak mereka untuk memproses tuntutan anda.\n\n\n5. Hantar Kereta ke Bengkel\n\n\nSetelah selesai, hantar kereta anda ke bengkel panel insurans kereta berhampiran anda. Anda boleh merujuk pihak insurans untuk mendapatkan senarai lengkap panel insurans kereta yang boleh menguruskan kereta banjir anda.\n\n\n\n\nInsuran Kereta Banjir: Perlindungan Tambahan Insurans Kereta Bencana Alam \u2018Special Perils\u2019\n\n\nPerlindungan insurans komprehensif merupakan antara \npolisi insurans kereta\n yang menjadi pilihan kebanyakan pemilik kereta di Malaysia. Ia menawarkan perlindungan daripada kerosakan disebabkan oleh kemalangan, kecurian atau kebakaran serta kerosakan, kematian atau kecederaan ke atas pihak lain.\n\n\nMeskipun begitu, perlindungan ini sahaja tidak mencukupi untuk melindungi anda sekiranya berlaku bencana alam. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkan \nperlindungan tambahan\n yang dikenali sebagai\n special perils\n (insurans bencana alam). \nPerlindungan peril khas\n secara asasnya melindungi kereta anda sekiranya berlaku kerosakan kenderaan disebabkan bencana alam seperti banjir, pokok tumbang, tanah runtuh dan lain-lain.\n\n\nPerlindungan bencana alam ini boleh ditambah semasa anda \nrenew\n insurans kereta\n dengan bayaran tambahan dianggarkan sekitar RM50 hingga RM200 setahun bergantung pada \npolisi insurans kereta\n anda. Anda boleh rujuk \nejen insurans kereta\n jika anda mempertimbangkan untuk mendapatkan\n insurans kereta komprehensif\n termasuk perlindungan insurans bencana alam. Anda boleh layari laman web Qoala, \nplatform insurans terbaik di Malaysia\n untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/kereta-kena-hempap-pokok/", "title": "Boleh Buat Tuntutan Insurans Kereta Kena Hempap Pokok, Tenggelam Banjir?", "body": "\n\nKereta kena hempap pokok akibat ribut, hujan lebat sehingga menyebabkan \nbanjir kilat\n dan sebagainya merupakan antara bencana alam yang sering berlaku di Malaysia. Bencana alam yang berlaku tanpa sebarang amaran ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda, tetapi turut menyebabkan kerugian wang ringgit untuk menampung kos pembaikan kerosakan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nAdakah Layak Claim Insurans Jika Kereta Rosak Kena Hempap Pokok atau Tenggelam Banjir?\n1. Punca Kereta Kena Hempap Pokok\n2. Perlindungan Tambahan Bencana Alam (Special Perils)\nPerlindungan Peril Khas (Special Perils) Boleh Selamatkan Kewangan Anda\n\n\nAdakah Layak \nClaim\n Insurans Jika Kereta Rosak Kena Hempap Pokok atau Tenggelam Banjir?\n\n\nSecara asasnya, \nkereta yang rosak akibat ditenggelami banjir\n atau kereta rosak dihempap pokok tumbang boleh melayakkan anda membuat tuntutan. Namun begitu, ia bergantung pada keadaan dan situasi-situasi tertentu.\n\n\nSebagai contoh, jika kerosakan kereta anda berpunca daripada pokok tumbang, syarikat insurans atau pengendali takaful biasanya akan mempertimbangkan perkara-perkara berikut:\n\n\n1. Punca Kereta Kena Hempap Pokok\n\n\nSyarikat insurans akan melakukan pengesahan berkaitan insiden pokok tumbang ini. Jika kereta kena hempap pokok tumbang berlaku disebabkan oleh kerja-kerja jalan raya atau landskap oleh pihak majlis, anda boleh membuat tuntutan secara terus kepada pihak majlis atau jabatan berkaitan tanpa melibatkan tuntutan insurans atau takaful anda.\n\n\nNamun begitu, jika insiden kereta kena hempap pokok tumbang berlaku disebabkan oleh bencana alam seperti ribut, tanah runtuh, hujan lebat dan lain-lain, syarikat insurans biasanya akan merujuk kepada laporan meteorologi untuk mengesahkan kejadian tersebut \u2013 tuntutan insurans akan dipertimbangkan mengikut\n jenis perlindungan kereta\n yang anda miliki.\n\n\n2. Perlindungan Tambahan Bencana Alam (\nSpecial Perils\n)\n\n\nSecara asasnya, perlindungan insurans asas (atau insurans komprehensif) sahaja tidak mampu melindungi kereta anda jika kerosakan tersebut berpunca daripada bencana alam seperti insiden kereta kena hempap pokok. Syarikat insurans biasanya akan mengambil kira perlindungan kereta anda \u2013 perlindungan asas dan \nperlindungan tambahan (\nadd-on\n)\n yang anda miliki.\n\n\nIni bermaksud, jika kereta anda tidak dilindungi dengan perlindungan tambahan khusus untuk bencana alam, anda mungkin tidak layak untuk membuat tuntutan ini. Dalam erti kata lain, tuntutan hanya boleh dilakukan jika anda mendapatkan \nadd-on\n perlindungan \nSpecial Perils\n untuk kereta anda.\n\n\nApa Itu\n Special Perils\n?\n\n\nIa merujuk pada perlindungan tambahan sekiranya berlaku kerosakan pada kereta sama ada disebabkan oleh ribut, banjir, gempa bumi, tanah runtuh dan bencana alam lain. Biasanya, perlindungan yang ditawarkan berbeza-beza tertakluk pada syarikat insurans pilihan anda.\n\n\nBerapa Premium yang Perlu Dibayar untuk Perlindungan Tambahan Ini?\n\n\nKadar premium bagi perlindungan tambahan ini biasanya sekitar 0.25 peratus daripada jumlah yang diinsuranskan (\nsum insured\n). Meskipun begitu, kadar premium ini mungkin berubah bergantung pada syarikat insurans anda.\n\n\nSebagai contoh, jika \nsum insured\n untuk kereta anda ialah RM50,000 \u2013 anda hanya perlu bayar sebanyak RM125 (RM50,000 x 0.25% = RM125) untuk perlindungan peril khas untuk setahun.\n\n\nAdakah Berbaloi Ambil Perlindungan Peril Khas?\n\n\nJika diikutkan, kos untuk mendapatkan perlindungan tambahan ini tidaklah terlalu mahal. Malah, jika dibandingkan dengan kos yang perlu dikeluarkan untuk pembaikan kerosakan kereta anda sekiranya kena hempap pokok, ia semestinya lebih berbaloi berbanding kos pembaikan kereta yang mungkin mencecah ribuan ringgit.\n\n\n\n\nPerlindungan Peril Khas (\nSpecial Perils\n) Boleh Selamatkan Kewangan Anda\n\n\nSecara asasnya, anda boleh membuat \ntuntutan insurans\n bagi menampung kos pembaikan kereta yang tenggelam akibat banjir, kereta kena hempap pokok atau bencana alam lain. Dengan syarat, anda telah memasukkan \nperlindungan tambahan peril khas\n (bencana alam) ke dalam polisi insurans kereta komprehensif anda.\n\n\nTuntutan insurans ini perlu dibuat di bawah tuntutan kerosakan sendiri (\nown damage\n). Namun begitu, tuntutan ini boleh memberi kesan kepada \nkadar NCD kereta semasa\n anda. Ini bermaksud, NCD kereta anda akan kembali ke angka sifar dan \nharga premium insurans kereta\n anda berkemungkinan akan menjadi lebih mahal pada tahun berikutnya.\n\n\nPerlindungan insurans memainkan peranan penting dalam membantu meringankan beban kewangan anda. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk dapatkan perlindungan insurans kereta komprehensif, dan tambah perlindungan tambahan peril khas untuk perlindungan kereta yang lebih optimum.\n\n\nSelain itu, jika anda ingin perbaharui insurans kereta anda termasuk perlindungan peril khas (perlindungan insurans banjir atau insurans kereta kena hempap pokok), anda boleh lakukannya secara online melalui platform Qoala. Anda boleh banding dan pilih insurans daripada beberapa\n syarikat insurans terbaik\n untuk proses yang lebih mudah dan pantas. Layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/kereta-kena-langgar-dari-tepi/", "title": "Apa Perlu Anda Buat Jika Kereta Kena Langgar dari Tepi?", "body": "\n\nSituasi kereta kena langgar dari tepi seperti di kawasan \nparking\n kereta bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Kadang-kala nak cepat disebabkan ada \nemergency\n atau hal tertentu, terus \nreverse\n dan langgar kereta belakang sampai kemek. Jika situasi ini berlaku kepada anda, apa yang perlu anda buat?\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKereta Kena Langgar dari Tepi, Cara Tuntut Ganti Rugi daripada Insurans Tanpa Jejaskan NCD Kereta\nTuntutan No Fault Own Damage\n5 Cara Claim Insurans Kereta Kena Langgar dari Tepi\n1. Periksa Kerosakan pada Kereta\n2. Buat Laporan Polis dengan Segera\n3. Hubungi Syarikat Insurans\n4. Bawa Kereta Ke Bengkel Panel Insurans\n5. Tunggu Kereta Siap Dibaiki\nSediakan Insurans Kereta Komprehensif untuk Melindungi Kereta Anda\n\n\nKereta Kena Langgar dari Tepi, Cara Tuntut Ganti Rugi daripada Insurans Tanpa Jejaskan NCD Kereta\n\n\nJika anda tahu siapa pelaku yang langgar kereta dari tepi, ia mungkin tidak menjadi masalah kepada anda. Anda hanya perlu buat laporan polis dan \nclaim\n insurans pihak ketiga\n yang melanggar kereta anda. Jika libatkan kerosakan kecil, anda boleh selesaikan sendiri antara kedua-dua pihak luar dari balai polis tanpa perlu buat tuntutan insurans.\n\n\n\n\nBagaimana pula jika kereta kena langgar dari tepi tetapi anda tidak tahu siapa pelakunya? Jangan bimbang! Anda boleh \nclaim\n insurans kereta kemalangan sendiri atau buat tuntutan No Fault Own Damage jika anda\u00a0memiliki \ninsurans kereta komprehensif\n.\n\n\nTuntutan No Fault Own Damage\n\n\nApa yang dimaksudkan dengan tuntutan No Fault Own Damage? Tuntutan insurans kemalangan sendiri atau No Fault Own Damage ialah tuntutan yang boleh anda lakukan sebagai pemegang polisi komprehensif apabila kemalangan yang berlaku bukan disebabkan salah anda.\n\n\nPengesahan ini akan dilakukan oleh pihak berkuasa selepas siasatan dijalankan melalui \nreport\n polis yang dibuat. Jika tuntutan ini dibuat, ia tidak akan menjejaskan peratus \nNCD kereta\n anda langsung.\n\n\nIni bermakna, NCD anda tidak akan berubah menjadi kosong dan anda masih boleh nikmati diskaun bayaran semasa \nrenew\n insurans kereta\n pada tahun seterusnya.\n\n\n5 Cara \nClaim\n Insurans Kereta Kena Langgar dari Tepi\n\n\nJika berdepan dengan situasi kereta kena langgar dari tepi, pertama sekali, jangan panik dan bertenang sahaja. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat tuntutan No Fault Own Damage dengan syarikat insurans anda.\n\n\n1. Periksa Kerosakan pada Kereta\n\n\nPeriksa kereta dan kawasan sekeliling untuk melihat sama ada bukti atau kesan kerosakan lain berhampiran kereta anda. Anda juga disarankan untuk mengambil beberapa gambar kerosakan kereta dari pelbagai sudut untuk tujuan \ntuntutan insurans\n nanti.\n\n\nAnda mungkin boleh\n check \nwiper\n kereta atau \ncermin kereta\n jika ada nota atau nombor telefon yang ditinggalkan oleh pihak yang melanggar kereta anda. Adakalanya pelakunya nak cepat atau ada hal kecemasan, lalu terlanggar kereta dari tepi. Jadi, tidak mungkin pelaku akan menunggu anda datang untuk berbincang tentang situasi itu.\n\n\n2. Buat Laporan Polis dengan Segera\n\n\nSeterusnya anda perlu buat \nreport\n polis dengan segera dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan tersebut berlaku. Langkah ini penting kerana laporan polis ini wajib ada untuk membolehkan anda \nclaim\n No Fault Own Damage\n dengan syarikat insurans anda nanti.\n\n\nPihak polis akan menyiasat laporan anda. Anda disarankan untuk menyimpan laporan hasil penyiasatan tersebut sebagai rujukan semasa tuntutan insurans dibuat.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n3. Hubungi Syarikat Insurans\n\n\nSetelah membuat laporan polis, anda perlu menghubungi pihak insurans untuk berbincang tentang \nproses \nclaim\n insurans\n yang akan dilakukan. Untuk mudahkan proses, sediakan dokumen-dokumen berikut:\n\n\n\n\nSalinan asal laporan polis;\n\n\nSalinan IC dan \nlesen memandu\n;\n\n\nGeran kereta\n;\n\n\nSalinan \ncover note\n insurans\n;\n\n\nGambar kerosakan kereta (jika ada);\n\n\nResit bagi kos \nrepair\n kereta daripada pelaras kerugian (\nadjuster\n) berlesen.\n\n\n\n\n4. Bawa Kereta Ke Bengkel Panel Insurans\n\n\nBawa kereta anda ke bengkel panel untuk memastikan proses \nclaim\n kerosakan kereta kena langgar dari tepi berjalan lancar.\u00a0Anda boleh periksa \nlokasi bengkel panel berdekatan anda\n di Qoala untuk memudahkan proses tuntutan insurans anda.\n\n\nBiasanya, pelaras kerugian (atau \nadjuster\n) akan menilai tahap kerosakan, anggaran kos dan tempoh masa yang diperlukan untuk baiki kerosakan kereta. Jika anda anda membeli CART semasa \nrenew\n insurans kereta\n, anda boleh buat tuntutan ini dengan syarikat insurans anda.\n\n\nCART merujuk pada pampasan yang dibayar mengikut taksiran tempoh masa pembaikan kerosakan kereta. Jumlah pampasan yang diterima dikira mengikut bilangan hari diperlukan untuk baiki kerosakan kereta. Ia berdasarkan tempoh pembaikan yang dianggarkan oleh \nadjuster\n, dan bukan berdasarkan bilangan hari kereta berada di bengkel.\n\n\nPampasan CART yang diterima ini boleh digunakan untuk menampung kos tambahan seperti kos sewa kereta, tambang \ne-hailing\n dan sebagainya. Anda boleh rujuk artikel \n6 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang \nClaim Loss of Use\n untuk info lanjut.\n\n\n5. Tunggu Kereta Siap Dibaiki\n\n\nBuat \nfollow-up\n dengan bengkel yang membaik pulih kereta anda dari semasa ke semasa. Hal ini untuk memastikan kereta anda dapat dibaiki dalam tempoh masa yang ditetapkan dan pihak bengkel tidak melengahkan masa untuk melakukannya.\n\n\nAnda kena ingat, lagi lama kereta anda di bengkel, tentunya lebih menyukarkan anda untuk melakukan urusan harian seperti pergi kerja, hantar anak ke sekolah, beli barang keperluan dan sebagainya.\n\n\n\n\nSediakan Insurans Kereta Komprehensif untuk Melindungi Kereta Anda\n\n\nSituasi kereta kena langgar dari tepi boleh berlaku kepada anda pada bila-bila masa. Salah satu tips yang boleh anda praktikkan adalah dengan melengkapkan kereta anda dengan \ndashcam\n. Cara ini dapat membantu anda menghadapi situasi seperti ini dengan lebih mudah.\n\n\nDashcam\n kereta amat berguna dalam apa jua situasi kemalangan. Anda berpeluang mengesan \nnombor plat kereta langgar lari\n, warna kereta dan sebagainya. Bukan itu sahaja, \nrakaman\n ini juga mungkin boleh membantu orang lain jika ada kemalangan yang berlaku berdekatan dengan kereta anda.\n\n\nSelain \ndashcam\n kereta, salah satu langkah terbaik untuk melindungi kereta tentulah dengan membeli \ninsurans kereta komprehensif\n untuk kereta anda. Qoala menyediakan pelbagai jenis \ninsurans dan takaful kereta\n yang berupaya melindungi kereta anda dalam pelbagai situasi.\n\n\nAnda hanya perlu layari laman web Qoala dan pilih \ninsurans kereta terbaik\n yang menepati keperluan anda. Dapatkan \nsebut harga insurans kereta\n dengan cara yang lebih menjimatkan masa, tenaga dan poket anda dengan Qoala. Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans\n paling popular di Malaysia.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/kereta-langgar-lari/", "title": "Kemalangan Kereta Langgar Lari,\u00a0Lakukan 4 Langkah Ini", "body": "\n\nKemalangan kereta\n seperti langgar lari merupakan perkara yang paling tidak diingini oleh semua pemandu. Sekiranya terjadi insiden langgar lari, apa perlu anda buat? Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah yang anda perlu ambil sekiranya anda terlibat dalam kemalangan langgar lari semasa memandu di jalan raya.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKemalangan Langgar Lari: Ketahui Hak Anda & Langkah yang Anda Perlu Lakukan\n4 Situasi Langgar Lari yang Anda Mungkin Akan Hadapi & Cara Mengatasi\n1. Anda Berjaya Mendapatkan Maklumat Pihak Melanggar\n2.\u00a0 Anda Tidak Mempunyai Maklumat Nombor Plat Kereta Pihak Melanggar\u00a0\n3. Sekiranya Anda Dituduh Bersalah oleh Pihak Ketiga\n4. Pihak Ketiga Tidak Mempunyai Polisi Insurans\n\n\nKemalangan Langgar Lari: Ketahui Hak Anda & Langkah yang Anda Perlu Lakukan\n\n\nSelain meninggalkan kesan yang buruk dari segi emosi dan fizikal, anda juga terpaksa melalui proses \nclaim\n insurans yang merumitkan seperti membuat laporan polis, baiki kereta dan sebagainya sekiranya terlibat dalam kemalangan.\u00a0\nMalah, ia akan jadi lebih merumitkan apabila anda tidak dapat mengenal pasti kenderaan atau pemandu yang menyebabkan kemalangan tersebut kerana telah melarikan diri.\n\n\nKemalangan langgar lari merujuk situasi\u00a0 kemalangan pemandu melanggar kereta anda meninggalkan tempat kejadian dengan sengaja tanpa meninggalkan sebarang bentuk maklumat. Sepatutnya, pemandu yang terlibat kemalangan perlu berhenti dan mendapatkan butiran pemandu seperti \nlesen memandu\n dan insurans kereta satu sama lain.\u00a0\n\n\nSekiranya situasi ini berlaku kepada anda, penting untuk anda tidak \npanik\n dan kekal tenang jika anda berhadapan dengan situasi kemalangan langgar lari. Jangan sesekali cuba untuk mengejar pemandu yang melarikan diri selepas kemalangan kerana ia amat berbahaya. Sebaliknya, ikuti empat langkah berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerhentikan kereta anda di tempat yang selamat, sebaik-baiknya berhentikan \nkereta anda di tepi jalan\n.\n\n\nJika boleh, cuba untuk kenal pasti nombor plat pemandu, jenis dan model kereta yang melanggar anda. Butiran lain seperti arah kenderaan selepas pelanggaran, masa dan lokasi kemalangan juga penting. \nDashcam \nkereta\n sangat berguna dalam situasi seperti ini.\n\n\nAmbil gambar kerosakan yang ada pada kereta anda untuk memudahkan proses tuntutan insurans.\n\n\nBuat laporan polis dan hubungi syarikat insurans anda secepat mungkin.\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun begitu, tindakan yang anda boleh lakukan biasanya bergantung pada situasi-situasi tertentu.\n\n\n4 Situasi Langgar Lari yang Anda Mungkin Akan Hadapi & Cara Mengatasi\n\n\nBerikut empat situasi langgar lari yang mungkin anda hadapi:\u00a0\n\n\n1. Anda Berjaya Mendapatkan Maklumat Pihak Melanggar\n\n\nSekiranya anda mempunyai maklumat pihak yang melanggar seperti nombor plat, anda boleh semak no plat kereta langgar lari dengan mudah melalui portal MyEG dan MyCarInfo. Berikut dua cara yang boleh anda lakukan:\n\n\n1. MyEG\n\n\nMelalui portal MyEG, anda boleh melihat rekod saman kereta yang melanggar kereta anda \n\u2013 a\nnda boleh \ncheck\n saman\n yang pernah dikenakan terhadap pihak yang melanggar anda. Selain itu, anda boleh juga boleh dapatkan maklumat seperti nama penuh dan kad pengenalan pemilik kenderaan.\u00a0\n\n\nDengan info ini, anda boleh menggunakannya untuk membuat laporan polis. Cara semak nombor plat kereta langgar lari di MyEG adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari laman web \nMyEG\n.\n\n\nJika anda belum mendaftar, anda perlu Daftar Masuk terlebih dahulu.\n\n\nSelepas selesai pendaftaran, anda perlu Log Masuk atau Login MyEG.\n\n\nSemak \u201cSummons Service\u201d PDRM.\n\n\nKlik \u201c\nCheck Summons\n\u201d. Maklumat berkaitan akan dipaparkan untuk tindakan anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. MyCarInfo\n\n\nSekiranya anda tidak menjumpai sebarang rekod saman di portal MyEG, anda boleh cuba untuk mendapatkan info ringkas polisi insurans pihak yang melanggar kereta anda melalui MyCarInfo. Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti nombor polisi, tarikh mula dan tarikh tamat insurans pemilik kenderaan.\u00a0\n\n\nDengan servis MyCarInfo, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM6 bagi setiap pemeriksaan. Ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari laman portal rasmi MyCarInfo.\n\n\nDaftar akaun sekiranya anda tidak mempunyai akaun MyCarInfo. Kemudian \nlogin\n akaun MyCarInfo anda.\n\n\nDi halaman utama, klik butang \u201c\nServices\n\u201d dan pilih \u201c\ni-Search\n\u201d.\n\n\nDi paparan skrin pada bahagian bawah, pilih pelan \u201c\nComprehensive\n\u201d dan anda akan dibawa ke pelan pembayaran.\n\n\nKlik pada Select 1 Credit (RM6) dan buat pembayaran melalui FPX.\n\n\nMasukkan nombor plat kenderaan yang ingin anda semak, nama serta alamat e-mel anda.\n\n\nMaklumat-maklumat berkaitan akan dihantar ke alamat e-mel anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnda boleh mengambil tindakan sewajarnya dengan maklumat-maklumat yang telah diperolehi. Berikut merupakan cara claim insurans kereta pihak yang melanggar untuk rujukan anda:\n\n\nBuat Laporan Polis dengan Kadar Segera\n\n\nDengan maklumat dan bukti yang anda ada, buat laporan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian. Terangkan dengan jelas apa yang telah berlaku atau tunjukkan rakaman \ndashcam \nkereta\n \nanda (sekiranya ada) kepada pegawai bertugas.\u00a0\n\n\nJika pihak yang melanggar kereta anda tidak tampil untuk membuat laporan, pihak polis akan mengeluarkan saman kepadanya berdasarkan nombor pendaftaran kereta yang anda telah berikan. Sebaik sahaja \nsaman\n dikenakan, pihak tersebut perlu datang ke balai polis untuk memfailkan laporan.\n\n\nSekiranya pihak tersebut gagal berbuat demikian, kemungkinan besar polis akan membuat keputusan yang memihak kepada pihak yang telah membuat laporan. Dalam situasi ini, anda mungkin tidak bersalah.\n\n\nLaporkan kepada Syarikat Insurans Anda\n\n\nBeritahu ejen insurans anda atau syarikat insurans secepat mungkin. Pihak insurans biasanya akan menasihati anda tentang langkah-langkah yang anda perlu lakukan, bengkel untuk anda menghantar kereta dan cara memfailkan tuntutan.\u00a0\n\n\nSyarikat insurans anda juga akan membantu anda membuat \nclaim\n insurans \nterhadap syarikat insurans pihak yang melanggar kereta anda. Anda tidak perlu menuntut daripada polisi insurans anda dan \nNCD kereta\n anda juga tidak akan terjejas.\n\n\n2.\u00a0 Anda Tidak Mempunyai Maklumat Nombor Plat Kereta Pihak Melanggar\u00a0\n\n\nSituasi sebegini mungkin boleh menyusahkan anda kerana anda tidak boleh membuat tuntutan insurans daripada pihak yang melanggar kereta anda. Tanpa maklumat yang mencukupi mengenai pelanggar, anda akan terpaksa:\n\n\nTanggung Sendiri Kos Baiki Kereta\n\n\nHantar kereta anda untuk dibaiki dan bayar sendiri tanpa menuntut daripada mana-mana syarikat insurans termasuk insurans anda sendiri. Anda boleh pertimbangkan untuk mengambil langkah ini jika kerosakan kereta anda tidak terlalu serius dan anda tidak kisah untuk membayar kos baiki itu sendiri untuk tidak kehilangan NCD anda.\n\n\nTuntutan daripada Pihak Insurans Anda\n\n\nJika anda mempunyai Polisi Komprehensif, anda boleh menuntut daripada syarikat insurans anda. Walau bagaimanapun, dengan berbuat sedemikian anda boleh kehilangan NCD anda.\n\n\n3. Sekiranya Anda Dituduh Bersalah oleh Pihak Ketiga\n\n\nSatu lagi senario yang mungkin berlaku adalah apabila pihak ketiga tampil membuat laporan menuduh kemalangan itu berlaku berpunca disebabkan kesalahan anda. Sekiranya anda tidak mempunyai bukti yang mencukupi atau tiada saksi untuk menangkis dakwaan anda tidak bersalah, anda mungkin akan menghadapi masalah yang besar.\u00a0\n\n\nKebiasaannya, apabila perkara sebegini berlaku, syarikat insurans (anda dan pihak ketiga) akan menganggap kedua-dua pihak bersalah. Ini bermakna anda tidak akan dapat menuntut \ninsurans kereta\n daripada pihak ketiga, dan anda hanya boleh menuntut daripada polisi anda atau membayar sendiri kerosakan tersebut.\n\n\n4. Pihak Ketiga Tidak Mempunyai Polisi Insurans\n\n\nJika kemalangan itu adalah kesalahan pihak ketiga, syarikat insurans biasanya akan menuntut ganti rugi bagi pihak anda.\u00a0\n\n\nNamun, apa yang anda boleh buat sekiranya pihak yang melanggar anda atau kereta kemalangan tiada insurans yang sah? Anda boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melanggar kereta anda. Jika keputusan mahkamah berpihak kepada anda, maka pihak tersebut perlu membayar ganti rugi dengan mengeluarkan kos daripada poket mereka sendiri. Selain itu, denda juga akan dikenakan oleh mahkamah kepada pesalah.\u00a0\n\n\n\n\nApabila anda memandu di jalan raya, terdapat banyak perkara di luar jangkaan yang boleh berlaku. Oleh sebab itu, persediaan dari segi mental dan juga mengetahui langkah yang anda perlu lakukan sangatlah penting. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta murah\n, layari laman web Qoala untuk nikmati tawaran \ninsurans kereta terbaik\n di Malaysia. Jangan tunggu lama-lama, jom lindungi kereta anda dengan Qoala!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/kereta-terbakar/", "title": "Claim Insurance Kereta: Kereta Terbakar Boleh Claim Insurans Tak?", "body": "\n\nSituasi kereta terbakar boleh berlaku pada bila-bila masa atau di mana-mana sahaja. Kebakaran kereta boleh berlaku sama ada disebabkan oleh perbuatan khianat, kemalangan atau disebabkan oleh masalah pendawaian. Apabila kereta terbakar, banyak persoalan yang timbul dalam kalangan pemilik kenderaan sama ada kereta terbakar boleh \nclaim\n insurans kereta\n atau tidak. Pada 15 Mac lalu, \nSinar Harian\n melaporkan sembilan buah kereta terbakar dalam sebuah kejadian di sekitar kawasan parkir Damansara Kim Wisma TA SS 20/20, Damansara.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKebakaran Kereta: Adakah Polisi Insurans Kereta Anda Melindungi Kemalangan Kereta Terbakar?\n1. Kereta Anda Dilindungi Insurans Kereta Komprehensif atau First Party\n2. Kereta Dilindungi Insurans Kereta Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian\nJika Kereta Terbakar Disebabkan Kereta Lain, Adakah Boleh Claim Insurans Kereta Orang Lain?\nKemalangan Kereta Terbakar: 5 Cara Claim Insurance Kereta Terbakar\n1. Ambil Gambar Kereta Terbakar\n2. Buat Laporan Polis dan Bomba\n3. Hubungi Syarikat Insurans\n4. Proses Siasatan\n5. Selesai\nInsurans Kereta Terbakar: Dapatkan Perlindungan Insurans Menyeluruh untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nKebakaran Kereta: Adakah Polisi Insurans Kereta Anda Melindungi Kemalangan Kereta Terbakar?\n\n\nSebelum membincangkan tentang \nclaim\n insuran kereta atau proses tuntutan \ninsurans kereta\n terbakar, penting untuk anda ketahui punca-punca biasa yang menjadi penyebab kereta terbakar. Meskipun situasi kereta terbakar jarang berlaku berbanding \nkereta hilang\n atau kereta kemalangan, anda masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga.\n\n\nBiasanya, punca kereta terbakar biasanya disebabkan oleh lima punca berikut:\n\n\n\n\nKereta \noverheat\n \nsehingga terbakar;\n\n\nPengabaian aspek penyelenggaraan atau \nservis kereta\n;\n\n\nLitar pintas dalam \nsistem elektronik kereta\n (\nshort circuit\n);\n\n\nKemalangan disebabkan kecuaian;\n\n\nMasalah reka bentuk.\n\n\n\n\nApabila berlaku kebakaran kereta, sudah pasti pemilik kenderaan menerima impak yang paling ketara. Selain buntu memikirkan kerugian yang dialami, pemilik juga risau memikirkan sama ada \nkos pembaikan kerosakan\n akan ditanggung oleh syarikat insurans.\n\n\nKereta terbakar boleh \nclaim\n insurans tak? Secara asasnya, anda \nBOLEH\n membuat tuntutan sekiranya berlaku kemalangan kereta terbakar. Meskipun begitu, ia tertakluk pada \njenis polisi insurans kereta\n yang anda miliki.\n\n\nBagi membuat tuntutan insurans kereta atau \nclaim\n insurans kemalangan kereta yang tidak disengajakan, anda perlu mematuhi aspek-aspek berikut:\n\n\n\n\n1. Kereta Anda Dilindungi Insurans Kereta Komprehensif atau \nFirst Party\n\n\nInsurans Kereta Komprehensif\n menawarkan perlindungan yang paling menyeluruh kepada pemegang polisi. Ia memberi perlindungan kepada kenderaan sekiranya berlaku kerosakan, kebakaran dan kecurian selain turut menawarkan perlindungan kepada pihak ketiga.\n\n\nDalam erti kata lain, anda \nBOLEH\n membuat tuntutan jika kereta anda dilindungi oleh Insurans Kereta Komprehensif atau \ninsurans \nfirst party\n. Selain kebakaran, insurans kereta \nfirst party\n juga turut melindungi insiden yang menyebabkan kerugian dan kerosakan pada harta benda seperti:\n\n\n\n\nKereta berlanggar atau terbalik akibat kemalangan, kerosakan mekanikal, haus dan lusuh (\nwear and tear\n);\n\n\nKereta rosak akibat dihempap objek (tertakluk pada pengecualian tertentu);\n\n\nKebakaran, letupan atau disambar kilat;\n\n\nCermin depan atau belakang pecah\n, tingkap atau \nsunroof\n rosak;\n\n\nKereta rosak disebabkan pecah masuk atau kecurian;\n\n\nPerbuatan khianat.\n\n\n\n\n2. Kereta Dilindungi Insurans Kereta Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian\n\n\nSekiranya anda mempunyai perlindungan Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kerugian, anda juga \nBOLEH\n claim\n sekiranya berlaku kebakaran. Namun begitu, jika kereta anda dilindungi oleh polisi Insurans Pihak Ketiga sahaja, maka tuntutan insurans kereta terbakar \nTIDAK BOLEH\n\u00a0dilakukan.\n\n\n\n\nJika Kereta Terbakar Disebabkan Kereta Lain, Adakah Boleh \nClaim\n Insurans Kereta Orang Lain?\n\n\nSekiranya insiden kereta terbakar berlaku disebabkan oleh kereta lain, anda masih boleh membuat tuntutan insurans dengan syarikat insurans. Namun begitu, proses tuntutan insurans kebakaran ini biasanya bergantung pada keputusan \nsyarikat insurans\n.\n\n\nDalam kebanyakan kes kebakaran kereta yang berlaku, tuntutan insurans kereta terbakar akan dibuat ke atas insurans kereta sendiri terlebih dahulu. Cara ini dilakukan kerana proses tuntutan insurans sendiri biasanya lebih cepat berbanding tuntutan ke atas pihak ketiga yang menyebabkan kemalangan.\n\n\nMeskipun tuntutan dibuat ke atas polisi insurans anda, anda tidak perlu risau kerana kelayakan \nNCD kereta\n tidak akan hilang atau terjejas sama sekali. Pihak insurans akan menuntut semula daripada syarikat insurans pihak yang bersalah sekali gus mengekalkan kadar NCD kereta anda seperti biasa.\n\n\nProses ini dikenali sebagai \ntuntutan\n knock for knock\n. Walau bagaimanapun, tuntutan ini hanya boleh dilakukan jika anda merupakan pemegang polisi Insurans Kereta Komprehensif.\n\n\nKemalangan Kereta Terbakar: 5 Cara\n Claim\n \nInsurance\n Kereta Terbakar\n\n\nSekiranya anda layak dan ingin membuat tuntutan \ninsurans kereta\n terbakar akibat kemalangan, anda boleh ikuti langkah-langkah buat tuntutan insurans seperti berikut:\n\n\n1. Ambil Gambar Kereta Terbakar\n\n\nAmbil gambar kemalangan kereta terbakar dan butiran-butiran penting lain yang berkaitan. Catatkan juga masa dan lokasi kemalangan untuk memudahkan rujukan semasa membuat laporan polis.\n\n\n2. Buat Laporan Polis dan Bomba\n\n\nReport\n Polis dan Bomba perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan berlaku. Ia perlu dibuat secepat mungkin bagi mengelakkan risiko tuntutan ditolak oleh pihak insurans atau sebagainya.\n\n\n3. Hubungi Syarikat Insurans\n\n\nAnda perlu mengemukakan borang tuntutan kebakaran kereta dan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan kepada syarikat insurans secepat mungkin. Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan bagi memudahkan proses tuntutan insurans kereta terbakar:\n\n\n\n\nBorang tuntutan yang diisi dengan lengkap;\n\n\nSalinan asal laporan Polis dan Bomba;\n\n\nSalinan kad pengenalan dan \nlesen memandu\n;\n\n\nSalinan \nsijil pemilikan kenderaan (geran kereta)\n;\n\n\nGambar kejadian;\n\n\nDokumen sokongan lain bergantung pada polisi syarikat insurans.\n\n\n\n\n4. Proses Siasatan\n\n\nPihak syarikat insurans akan mengambil alih kes dan melakukan siasatan. Biasanya, tempoh masa yang diambil untuk siasatan lengkap bergantung pada syarikat insurans. Rujuk syarikat insurans anda untuk info lanjut.\n\n\n5. Selesai\n\n\nTunggu keputusan siasatan daripada pihak insurans, Polis dan Bomba sebelum menerima pampasan ganti rugi. Lakukan\u00a0\nfollow-up\n dari semasa ke semasa. Biasanya, proses tuntutan insurans memakan masa antara tujuh hingga 14 hari bekerja.\n\n\nInsurans Kereta Terbakar: Dapatkan Perlindungan Insurans Menyeluruh untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nMalang tidak berbau. Situasi tidak diduga seperti kemalangan atau kebakaran boleh berlaku pada bila-bila masa. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk mengambil langkah selamat dengan mendapatkan perlindungan \ninsurans kereta\n yang menyeluruh bagi membolehkan kereta anda mendapatkan perlindungan yang sewajarnya.\n\n\nRamai beranggapan perlindungan \ninsurance\n kereta\n asas sahaja sudah mencukupi. Namun begitu, jika mengambil kira kos yang perlu ditanggung sekiranya kereta anda ditimpa musibah, pembelian\n insurans kereta komprehensif\n lebih berbaloi dan menguntungkan.\n\n\nJika anda sedang mencari \ninsurans kereta murah\n termasuk perlindungan insurans kebakaran kereta, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Bandingkan beberapa syarikat \ninsurans kereta terbaik\n di Malaysia bagi membantu anda memilih polisi insurans yang sesuai untuk anda.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/kereta-total-loss/", "title": "Kereta Total Loss, 5 Perkara Wajib yang Anda Perlu Tahu", "body": "\n\nAntara isu biasa yang dihadapi selepas \nkemalangan jalan raya\n ialah memikirkan cara untuk membiayai kerosakan dan kerugian yang dialami. Namun begitu, jika anda memiliki perlindungan \ninsurans kereta komprehensif\n, anda tidak perlu risau akan hal ini kerana pihak insurans akan menanggung kos-kos pembaikan yang berkaitan tanpa perlu anda keluarkan wang dari poket anda. Tetapi, apa yang berlaku sekiranya kereta anda kemalangan dan diisytiharkan kereta \ntotal loss\n?\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPerkara Asas Anda Perlu Tahu Tentang Kemalangan Kereta Total Loss\n1. Apa Itu Total Loss?\n2. Situasi Kereta Total Loss\n3. Pampasan Kereta Total Loss\n4. Prosedur Claim Insurans Kereta Total Loss\n5. Kereta Dipandu Orang Lain Terlibat Kemalangan Total Loss, Boleh Buat Claim Insurans?\n\n\nPerkara Asas Anda Perlu Tahu Tentang Kemalangan Kereta Total Loss\n\n\nJika anda terlibat dalam kemalangan jalan raya, kereta anda biasanya akan dianggap \ntotal loss\n oleh pihak insurans apabila \nkos pembaikan kereta\n lebih tinggi berbanding nilai tunai sebenar kenderaan. Apa maksud kereta \ntotal loss\n? Apa pula yang dimaksudkan dengan nilai tunai sebenar kenderaan? Ketahui lebih lanjut berkaitan kereta \ntotal loss\n dalam artikel ini.\n\n\n1. Apa Itu \nTotal Loss\n?\n\n\nSesebuah kenderaan akan diisytiharkan \ntotal loss\n oleh syarikat insurans sekiranya kenderaan tersebut tidak selamat, tidak dapat dibaiki atau kos anggaran untuk baik pulih kereta tersebut melebihi nilai tunai sebenar kenderaan tersebut. Nilai tunai sebenar kenderaan dalam konteks ini merujuk pada amaun yang akan dibayar oleh syarikat insurans jika kenderaan anda \ntotal loss\n.\n\n\nDalam erti kata lain, kereta anda \nBeyond Economic Repair\n (BER) atau Tidak Dapat Dibaiki Secara Berhemat. Contoh terperinci boleh dilihat dalam 2 (ii).\n\n\n2. Situasi Kereta \nTotal Loss\n\n\nSelain itu, anda juga perlu tahu bahawa sesebuah kenderaan tidak kira kereta atau motosikal akan dianggap \ntotal loss\n oleh pihak insurans disebabkan oleh dua keadaan:\n\n\ni. Kenderaan Alami Kerosakan Teruk dan Tidak Selamat untuk Dibaiki\n\n\nKereta Perodua Myvi Munir terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van. Akibat kemalangan tersebut, kereta Munir rosak teruk dan dihantar ke bengkel panel insurans.\n\n\nSetelah diperiksa oleh pihak \nadjuster\n insurans untuk menentukan amaun kerugian, pihak \nadjuster\n insurans mengesahkan kereta Munir sudah tidak selamat untuk dibaiki \u2013 syarikat insurans biasanya akan mengisytiharkan kereta anda sebagai\n total loss\n.\n\n\nii. Kenderaan Masih Boleh Dibaiki, Tetapi Kos Pembaikan Melebihi Nilai Tunai Sebenar\n\n\nDalam situasi lain, Kereta Proton Persona Jung Meng terlibat dalam kemalangan dan masih boleh dibaiki. Namun begitu, setelah penilaian dilakukan, pihak insurans mendapati kos anggaran pembaikan (termasuk alat ganti kereta) melebihi nilai tunai sebenar kereta tersebut.\n\n\nSebagai contoh, kos anggaran pembaikan kerosakan kereta adalah sekitar RM25,000, tetapi nilai tunai sebenar hanyalah sebanyak RM15,000.\n\n\nDalam kes sebegini, kereta Jung Meng juga akan disahkan sebagai \ntotal loss\n kerana anggaran kos pembaikan melebihi nilai tunai sebenar kereta.\n\n\n\n\n3. Pampasan Kereta \nTotal Loss\n\n\nSekiranya kereta anda diisytiharkan \ntotal loss\n, anda boleh membuat \ntuntutan pampasan\n daripada syarikat insurans anda. Namun begitu, proses tuntutan ini tertakluk pada polisi insurans anda \u2013 tuntutan\n total loss\n hanya boleh dibuat oleh pemilik sekiranya kereta anda dilindungi Polisi Insurans Komprehensif.\n\n\nJika kereta anda dilindungi oleh Polisi Pihak Ketiga, Kebakaran atau Kecurian atau Polisi Pihak Ketiga sahaja, ia tidak melayakkan anda untuk membuat tuntutan kepada syarikat insurans.\n\n\nCara Kira Jumlah Pampasan Kereta \nTotal Loss\n\n\nSecara asasnya, jumlah pampasan yang akan diterima ditentukan berdasarkan jumlah perlindungan atau \nsum insured\n kereta anda \u2013 sama ada mengikut \nnilai pasaran kereta\n (\nmarket value\n) atau nilai dipersetujui (\nagreed value\n).\n\n\nNilai Pasaran\n\n\nSekiranya jumlah perlindungan kereta anda berdasarkan nilai pasaran atau \nmarket value\n, jumlah pampasan akan dibayar mengikut nilai pasaran kereta ketika kereta anda \ntotal loss\n, dan bukannya mengikut nilai pasaran kereta semasa anda \nrenew\n insurans kereta\n anda.\n\n\nSum Insured\n (Ikut Nilai Pasaran) Ketika\n Renew\n Insurans: RM20,000\n\n\nJumlah Pampasan Diterima: RM12,000 (Ikut Nilai Pasaran\u00a0Semasa \nTotal Loss)\n\n\nJika jumlah \nsum insured\n kereta anda kurang daripada nilai pasaran pada masa kerugian, syarikat insurans hanya akan menanggung sebahagian daripada kerugian mengikut nisbah perbezaan antara \nmarket value\n dan\n sum insured\n. Walau bagaimanapun, formula kiraan ini hanya terpakai sekiranya jumlah \nunder-insurance\n melebihi 10 peratus daripada \nmarket value\n.\n\n\nNilai Dipersetujui\n\n\nJika anda memilih nilai dipersetujui atau \nagreed value\n pula, anda akan menerima jumlah pampasan mengikut jumlah perlindungan (\nsum insured\n). Sebagai contoh, jika anda memilih \nagreed value\n sebanyak RM20,000 iaitu nilai yang dipersetujui oleh anda dan syarikat insurans, anda akan menerima pampasan sebanyak RM20,000 sekiranya kereta anda\n total loss\n\n\nSum Insured\n (Ikut Nilai Dipersetujui) Ketika\n Renew\n Insurans: RM20,000\n\n\nJumlah Pampasan Diterima: RM20,000 (Tidak Terjejas dengan Susut Nilai)\n\n\nAmaun ini tidak akan terjejas meskipun nilai pasaran semasa kereta anda telah susut nilai.\n\n\n4. Prosedur \nClaim\n Insurans Kereta \nTotal Loss\n\n\nSecara asasnya, proses tuntutan insurans kereta \ntotal loss\n tidak banyak beza dengan \nproses tuntutan insurans kereta kemalangan\n. Namun begitu, sekiranya kereta anda \ntotal loss\n, tuntutan insurans perlu dibuat di bawah\n Own Damage Claim\n (atau Tuntutan Kerosakan Sendiri).\n\n\nSetelah syarikat insurans meluluskan tuntutan anda, tawaran jumlah pampasan akan dibuat. Jika anda bersetuju dengan pampasan yang ditawarkan, anda perlu sertakan beberapa dokumen tambahan seperti berikut:\n\n\n\n\nBorang Penyata \nPertukaran Milikan Kenderaan Motor\n Selain Daripada Pindah Milik Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar (JPJ K3A) (dua salinan);\n\n\nBorang Permohonan Pembatalan Pendaftaran Kenderaan (JPJ K1C) (salinan) \u2013 jika berkenaan;\n\n\nPolisi insurans (salinan asal);\n\n\nGeran kereta\n atau sijil pemilikan kenderaan (salinan asal);\n\n\nSurat pelepasan daripada syarikat sewa beli \u2013 jika berkenaan;\n\n\nSalinan kad pengenalan (disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah);\n\n\nKunci kenderaan asal (dua set).\n\n\n\n\n*Senarai dokumen yang diperlukan ini mungkin berbeza bergantung pada syarikat insurans anda.\n\n\nSetelah selesai, syarikat insurans akan memproses bayaran pampasan kepada anda. Sekiranya anda masih mempunyai baki \nhutang pinjaman kereta\n dengan pihak bank, pihak insurans akan membuat bayaran kepada pihak bank mengikut jumlah pampasan yang dipersetujui.\n\n\nIni bermaksud, jika baki hutang kereta adalah sebanyak RM30,000, dan pampasan yang diluluskan adalah sebanyak RM20,000 \u2013 pihak insurans akan membayar RM20,000 kepada pihak bank dan anda perlu menjelaskan baki RM10,000 lagi kepada pihak bank mengikut ansuran bulanan yang ditetapkan.\n\n\nNamun begitu, jika jumlah pampasan melebihi baki hutang pula, anda akan menerima baki pampasan setelah baki hutang dengan pihak bank dijelaskan.\n\n\n5. Kereta Dipandu Orang Lain Terlibat Kemalangan \nTotal Loss\n, Boleh Buat \nClaim\n Insurans?\n\n\nYa. Secara asasnya, anda masih boleh buat tuntutan insurans sekiranya berlaku kemalangan \ntotal loss\n semasa kereta dipandu oleh orang lain. Walau bagaimanapun, jika pemandu tersebut tidak dinamakan dalam polisi atau anda tidak mempunyai perlindungan insurans semua pemandu (\nall driver coverage\n), anda perlu membayar ekses wajib sebanyak RM400 kepada syarikat insurans anda.\n\n\nSemoga panduan berkaitan kereta \ntotal loss\n ini dapat membantu anda sekiranya anda berdepan situasi yang memerlukan anda membuat tuntutan insurans ini. Selain itu, jika anda ingin \nrenew\n insurans kereta\n anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Anda boleh banding dan pilih syarikat insurans terbaik, dan dapatkan \nsebut harga insurans kereta\n secara percuma dengan proses mudah dan pantas.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/kesihatan-mental/", "title": "Kesihatan Mental: Ketahui Simptom dan 5 Rawatan Terbaik", "body": "\n\nSeringkali kita dengar \nkesihatan\n mental ini dikaitkan dengan masalah seperti kemurungan (\ndepression\n) atau bunuh diri (\nsuicide\n). Oleh itu, jangan pandang remeh pasal kesihatan mental ini. Seperti \npenyakit\n lain, seseorang yang mengalami masalah mental ini memerlukan rawatan untuk pulih. Kesihatan mental boleh mempengaruhi kehidupan harian, hubungan dengan orang lain dan kesihatan fizikal.\n\n\nMaksudnya di sini, jika seseorang itu mengalami masalah mental, dia berkemungkinan akan menghadapi masalah seperti tekanan, kemurungan dan kebimbangan boleh menjejaskan kesihatan mental dan mengganggu rutin hariannya. Adakah korang atau kenalan korang menghadapi masalah ini? Kalau korang nak tahu lebih banyak lagi dan fahami tentang kesihatan mental, teruskan membaca artikel ini. Qoala akan menerangkan semuanya!\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nMemahami Definisi Kesihatan Mental\nFaktor-faktor Yang Mempengaruhi Kesihatan Mental\n1. Kehilangan Orang Tersayang\n2. Keganasan Rumah tangga\n3. Hilang Kerja dan Punca Pendapatan\n4. Dibuli\nSimptom-simptom\nApakah Rawatan Yang Terbaik Bila Dah Didiagnosis?\nPsikoterapi\nUbat-ubatan\nKumpulan Sokongan\nHospital\nInisiatif Sendiri\n\n\nMemahami Definisi Kesihatan Mental\n\n\nKalau korang selalu menangis memang \nconfirm \nada masalah mental ke? Apakah definisi kesihatan mental? Apakah kepentingan menjaga kesihatan mental? Kesihatan mental merangkumi kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial kita. Ia mempengaruhi cara kita berfikir, perasaan kita dan juga cara kita bertindak.\n\n\nDari segi teori pula, ia menerangkan perkembangan manusia dari segi tingkah laku, psikologi, falsafah dan sosial. Antara ciri-ciri orang yang mempunyai kesihatan mental yang baik adalah dia mampu mengendalikan tekanan, berhubung dengan orang lain dan membuat pilihan dengan betul. Memang kita manusia memang tak dapat lari daripada masalah hidup. Stres dan cabaran lain akan timbul apabila kita bekerja atau menghadapi sesuatu isu.\n\n\nMenurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seseorang yang mempunyai kesihatan mental yang baik menyedari kebolehan dirinya untuk mengatasi tekanan dan cabaran lain dalam hidup.\n\n\nBagaimana pula dengan mereka yang tak mempunyai kesihatan mental yang baik atau dengan kata lain mempunyai masalah kesihatan mental yang buruk?\n\n\nMereka yang menghadapi masalah kesihatan mental berkemungkinan besar menghadapi kesukaran atau tak dapat menangani stres dan juga cabaran lain dari segi emosi dan juga mental.\n\n\nIni akan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan mental dan juga kehidupan seharian. Kerja-kerja biasa, interaksi dengan orang lain akan terganggu dan dipengaruhi oleh perubahan pada mood dan kelakuan mereka.\n\n\n\n\nFaktor-faktor Yang Mempengaruhi Kesihatan Mental\n\n\nTerdapat beberapa faktor dalam kehidupan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mental kita.\n\n\nFaktor-faktor ini sama ada boleh menimbulkan risiko kepada, atau melindungi kesihatan mental dan kesihatan korang secara keseluruhan.\n\n\nSetiap orang mempunyai kehidupan dan juga situasi yang berbeza-beza. Jadi, faktor-faktor yang boleh mengakibatkan masalah kesihatan mental juga berbeza-beza.\n\n\nAda banyak faktor yang mempengaruhi kesihatan mental seseorang, berikut merupakan antara faktor-faktor yang lazim.\n\n\n1. Kehilangan Orang Tersayang\n\n\nBila kita kehilangan seseorang yang kita sayang, memang sukar untuk kita terima hakikatnya.\u00a0Tak ada cara yang betul atau salah untuk korang proses kehilangan seseorang, atau bersedih dan kita boleh mengalaminya dalam pelbagai cara.\n\n\nDalam situasi begini, sangatlah penting untuk korang terima\u00a0 sokongan moral dari keluarga dan juga rakan-rakan. Jangan takut untuk minta tolong.\n\n\n2. Keganasan Rumah tangga\n\n\nKeganasan \nrumah\n tangga bermakna seseorang tak berasa selamat dan takut kerana tindakan ganas salah seorang atau lebih ahli keluarga. Kalau kita tengok berita sekarang ni, banyak sangat kes-kes seperti penderaan fizikal, rogol dan sebagainya.\n\n\nDalam kebanyakan kes, mangsa akan menghadapi tekanan hidup yang amat buruk dan sekaligus kesihatan mental juga menjadi parah.\u00a0Menurut Berita Harian, \nsebanyak 902 kes keganasan rumah tangga\n telah dilaporkan dari Januari 2021 sehingga April 2021.\n\n\n3. Hilang Kerja dan Punca Pendapatan\n\n\nRamai yang kehilangan punca pendapatan akibat kehilangan \npekerjaan\n atau \nbisnes\n terpaksa \u2018gulung tikar\u2019 terutama sekali sejak COVID-19 bermula. Ini akan memberikan kesan negatif kepada kesihatan mental. Susah nak meneruskan kehidupan kalau tak ada punca \npendapatan\n terutama sekali kalau ada tanggungan.\n\n\n4. Dibuli\n\n\nBuli boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana-mana pun. Ia boleh di sekolah, di rumah, di tempat kerja, di ruang media sosial dan sebagainya. Ramai orang yang dibuli berasa takut untuk bersuara. Apa yang biasa terjadi, mereka ini memendam perasaan sehingga boleh menjejaskan kesihatan mental.\n\n\nBanyak lagi sebenarnya faktor yang menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah ini. Seperti yang dinyatakan di atas tadi, setiap orang menghadapi situasi yang berbeza-beza.\n\n\n\n\nSimptom-simptom\n\n\nJadi, macam mana nak kesan kalau korang mungkin menghadapi masalah kesihatan mental ini? Berikut merupakan simptom-simptom yang korang kena perhatikan:\n\n\n\n\nRasa sedih hampir sepanjang masa\n\n\nIdea untuk bunuh diri terlintas di fikiran\n\n\nPemikiran keliru atau susah untuk menumpukan perhatian\n\n\nSelalu berasa takut atau bimbang atau sentiasa berasa bersalah\n\n\nPerubahan mood yang melampau\n\n\nTak mahu bergaul dengan rakan dan tak mahu terlibat dalam sebarang aktiviti\n\n\nKeletihan yang ketara, kurang tenaga atau masalah tidur\n\n\nPengasingan daripada realiti (khayalan), paranoia atau halusinasi\n\n\nKetidakupayaan untuk menghadapi masalah atau tekanan harian\n\n\nMasalah memahami dan mengaitkan situasi dan orang\n\n\nPerubahan besar dalam tabiat pemakanan\n\n\nKemarahan yang berlebihan, keganasan, jadi panas baran\n\n\n\n\nKadangkala gejala gangguan kesihatan mental muncul sebagai masalah fizikal, seperti sakit perut, \nsakit belakang\n, sakit kepala, atau \nsakit\n dan sakit lain yang sukar untuk dijelaskan.\n\n\nApakah Rawatan Yang Terbaik Bila Dah Didiagnosis?\n\n\nUntuk pengetahuan korang, kebanyakan mereka yang didiagnosis dengan masalah kesihatan mental pulih dengan pelbagai cara sama ada secara individu atau berkumpulan.\n\n\nBagi menentukan jenis-jenis diagnosis dan memeriksa komplikasi yang berkaitan, pesakit mungkin perlu melakukan:\n\n\n\n\nPemeriksaan fizikal. Doktor akan cuba menolak masalah fizikal yang boleh menyebabkan korang mengalami simptom-simptom\n\n\nUjian makmal. Ini mungkin termasuk, sebagai contoh, pemeriksaan fungsi tiroid anda atau pemeriksaan untuk penggunaan alkohol dan dadah.\n\n\nSatu penilaian psikologi. Seorang doktor atau profesional kesihatan mental bercakap dengan pesakit tentang gejala, pemikiran, perasaan dan corak tingkah laku. Pesakit mungkin diminta mengisi soal selidik untuk membantu menjawab soalan-soalan ini.\n\n\n\n\nSetelah pesakit melalui ujian-ujian di atas dan didiagnosis, sekarang masa untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Rawatan yang sesuai mungkin berbeza-beza untuk setiap individu.\n\n\nJom kita tengok sama-sama rawatan bagi merawat masalah ini:\n\n\nPsikoterapi\n\n\nPsikoterapi adalah rawatan terapeutik penyakit mental yang disediakan oleh profesional kesihatan mental yang terlatih.\u00a0 Juga dikenali sebagai terapi, psikoterapi ini merupakan rawatan yang membolehkan pesakit untuk bercakap dan menerangkan keadaan dan perasaannya.\n\n\nDengan psikoterapi, pesakit boleh meneroka dan mendalami pemikiran, perasaan, mood dan juga tingkah lakunya. Pesakit biasanya akan berasa lebih baik dengan bantuan psikoterapi dalam beberapa bulan, tetapi dalam beberapa kes, rawatan lebih lama mungkin diperlukan bergantung kepada keadaan. Apabila memilih ahli terapi, pesakit harus berasa selesa dan yakin bahawa dia mampu mendengar dan faham apa yang nak dikatakan.\n\n\nUbat-ubatan\n\n\nUbat tidak menyembuhkan masalah kesihatan mental ini secara langsung. Walaubagaimanapun, ia boleh membantu pesakit menangani simptom-simptom. Ubat-ubatan dan juga rawatan psikoterapi adalah antara cara paling berkesan untuk menggalakkan pemulihan. Antara ubat-ubatan yang diambil untuk menangani masalah mental ini adalah seperti \nAntidepressants, Anti-anxiety medications, Mood-stabilizing medications \ndan \nAntipsychotic medications.\n\n\n\n\nKumpulan Sokongan\n\n\nKumpulan sokongan ni macam \ncheerleader \nke? Jawapannya tak sama tapi kumpulan sokongan dan \ncheerleader\n ini mempunyai misi yang sama iaitu memberi sokongan kepada pesakit dari segi emosi dan mental.\n\n\nKumpulan sokongan merupakan satu mesyuarat kumpulan di mana ahli-ahli membimbing satu sama lain ke arah matlamat pemulihan bersama.\n\n\nKumpulan ini selalunya terdiri daripada golongan yang bukan profesional, tapi terdiri daripada individu-individu yang mengalami masalah yang lebih kurang sama.\n\n\nAnggap mesyuarat ini sebagai zon yang selamat untuk meluahkan perasaan dan juga tempat di mana pesakit boleh belajar dari pengalaman orang lain.\n\n\nHospital\n\n\nKadangkala pesakit tak mampu tahan beban kesakitan emosi sehingga menjadi sangat teruk sehingga pesakit memerlukan rawatan di hospital psikiatri.\n\n\nIni biasanya disyorkan apabila pesakit tak dapat menjaga diri dan cenderung untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain.\n\n\nPilihan termasuk penjagaan pesakit dalam 24 jam, kemasukan ke hospital atau rawatan intensif.\n\n\nInisiatif Sendiri\n\n\nPesakit juga boleh membuat pelan untuk bantu diri dengan memahami keadaannya\n dengan\n melaksanakan strategi yang boleh membantu memulihkan kesihatan mentalnya.\n\n\nSelain itu pesakit juga boleh bekerjasama dengan ahli terapi mereka. Bersama-sama, mereka boleh memutuskan rawatan dan cara menjaga yang terbaik, bergantung pada gejala dan keadaan, pilihan peribadi, kesan sampingan ubat dan faktor lain.\n\n\nDalam sesetengah kes, masalah kesihatan mental pesakit mungkin sangat teruk sehingga perlu mendapat penjagaan yang rapi dari doktor atau orang tersayang sehingga keadannya cukup sihat untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan.\n\n\nKesimpulannya, kesihatan mental ini bukanlah sesuatu yang boleh dan patut dipandang remeh. Apabila ada ahli keluarga atau rakan rapat korang mengadu atau bercerita, janganlah memperkecilkan atau buat tak tahu je.\n\n\nKalau korang rasa korang mengalami masalah kesihatan mental, dapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar dengan segera. Diharapkan artikel ini dapat membantu korang lebih memahami masalah kesihatan mental ini.\n\n\nKlik sini untuk tengok senarai hotlines\n untuk dihubungi sekiranya korang bergelut dengan kesihatan mental. Korang akan mendapat bantuan dan juga sokongan emosi.\n\n\nP.S Sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta murah\n, layari laman web Qoala untuk nikmati tawaran \ninsurans kereta terbaik\n di Malaysia. Jangan tunggu lama-lama, jom lindungi kereta anda dengan Qoala!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/makanan-tinggi-protein/", "title": "Makanan Tinggi Protein untuk Diet, Kekalkan Berat Badan Ideal", "body": "\n\nPengambilan makanan tinggi protein boleh membantu mengawal selera makan dan membantu anda untuk menguruskan berat badan. Pengambilan protein yang mencukupi dalam diet harian boleh membuatkan badan berasa kenyang dengan lebih lama dan perlu diambil dalam kadar yang bersesuaian bagi membantu anda kekal kurus atau mendapatkan berat badan ideal. Menurut laporan \nPengambilan Rujukan Pemakanan\n untuk makronutrien, orang dewasa yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif perlu mengambil 0.8g protein per kilogram berat badan. Dalam erti kata lain, lelaki yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif perlu makan sekurang-kurangnya 56g protein setiap hari berbanding wanita perlu makan kira-kira 46g sehari.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nMakanan Kaya Protein, Fungsi Protein untuk Tubuh Badan Sihat\n5 Senarai Makanan Protein yang Murah, Sedap dan Mengenyangkan\n1. Dada Ayam\n2. Daging Lembu\n3. Produk Tenusu, Yogurt\n4. Kekacang\n5. Telur\n\n\nMakanan Kaya Protein, Fungsi Protein untuk Tubuh Badan Sihat\n\n\nSecara amnya, protein merupakan sumber nutrisi penting yang diperlukan oleh badan selain karbohidrat dan lemak. Makanan yang tinggi protein dapat membantu membaiki dan membina otot yang lebih kuat, selain meningkatkan metabolisme yang memainkan peranan dalam proses menurunkan berat badan. Berikut merupakan fungsi makanan tinggi protein untuk diet yang ideal:\n\n\n\n\nMakanan kaya protein boleh membantu mengekalkan berat badan ideal, mengurangkan pengambilan karbohidrat secara berlebihan dan membantu mengurangkan tisu lemak dalam badan;\n\n\nMakanan protein tinggi membantu mengawal rasa lapar dan selera makan, makanan banyak protein boleh mengaktifkan hormon yang bertindak mengawal rasa lapar dan memberi rasa kenyang lebih lama.\n\n\n\n\n\n\n5 Senarai Makanan Protein yang Murah, Sedap dan Mengenyangkan\n\n\nSecara lazimnya, anda perlu pilih sumber makanan yang tinggi protein dan rendah lemak tepu dan kalori. Ayam, daging, kekacang, produk tenusu, telur dan banyak lagi merupakan antara contoh makanan yang mengandungi sumber protein yang tinggi:\n\n\n1. Dada Ayam\n\n\nAyam merupakan sumber makanan tinggi protein dan merupakan antara menu diet wajib bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan dan ahli sukan yang ingin tampil berotot. Bahagian dada ayam pula (atau lebih dikenali sebagai \nchicken breast\n) mempunyai kandungan protein yang tinggi dan rendah kalori jika dibandingkan dengan bahagian ayam yang lain menjadikannya pilihan makanan tinggi protein yang tepat untuk kurus. Dada ayam yang dimasak mengandungi pecahan nutrisi seperti berikut:\n\n\n\n\nKalori dada ayam: 284\n\n\nProtein: 53.4g\n\n\nKarbohidrat: 0g\n\n\nLemak: 6.2g\n\n\n\n\nSatu hidangan bahagian dada ayam (100g) boleh membekalkan 165g kalaori, 31g protein dan 3.6g lemak. Ini bermakna kira-kira 80 peratus kalori dalam dada ayam adalah daripada protein, dan 20 peratus adalah daripada lemak. Meskipun begitu, pecahan nutrisi ini hanya terpakai untuk hidangan dada ayam tanpa sebarang perasa tambahan lain. Jika anda menggoreng, memanggang menggunakan bahan perapan lain atau membeli hidangan ayam daripada restoran makanan segera, kandungan kalori, karbohidrat dan lemak mungkin berbeza dan boleh memberi kesan kepada kesihatan anda.\n\n\n2. Daging Lembu\n\n\nDaging lembu segar merupakan sumber protein lengkap yang kaya dengan vitamin B12, zat besi dan zink yang sangat baik untuk tubuh badan. Setiap bahagian daging lembu mengandungi kandungan protein yang berbeza. Namun secara purata, ia mengandungi sekurang-kurangnya 30g protein bagi setiap 100g daging lembu. Anda boleh pelbagaikan resipi daging lembu dalam diet harian seperti menghasilkan bebola daging lembu, daging burger\n homemade\n dan sebagainya. Elakkan daging diproses kerana ia mengandungi kandungan garam dan bahan pengawet yang tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan anda. Pengambilan daging proses merah secara berlebihan boleh meningkatkan risiko kanser usus dan penyakit lain yang berbahaya.\n\n\n3. Produk Tenusu, Yogurt\n\n\nProduk tenusu seperti susu, keju dan yogurt merupakan sumber nutrisi yang baik yang diperlukan oleh badan dan mengandungi kandungan protein yang tinggi. Susu (susu lembu atau susu kambing) misalnya, kaya dengan sumber protein, kalsium dan diperkaya dengan nutrisi tambahan lain seperti vitamin D dan A sesuai untuk mereka yang ingin berdiet. Secawan susu boleh membekalkan 8g protein. Namun begitu, sekiranya anda mempunyai alahan kepada suhu, anda boleh ambil produk tenusu berasaskan sumber tumbuhan seperti susu soya atau susu badam (almond milk). Namun begitu, elakkan susu soya yang mempunyai kandungan gula tambahan yang tinggi kerana ia boleh menyebabkan risiko lain seperti kencing manis dan sebagainya. Pengambilan setiap 100g kacang soya boleh membekalkan sekurang-kurangnya 13g protein.\n\n\nYogurt pula terutamanya greek yogurt mengandungi kandungan protein yang tinggi. Anda boleh pelbagaikan menu diet anda dengan menambah buah-buahan seperti buah beri, kekacang dan sebagainya untuk menambahkan sumber nutrisi dalam hidangan yogurt anda. Pastikan anda memakan plain yogurt atau yogurt tanpa perisa dan elakkan yogurt tinggi gula tambahan untuk memaksimumkan kebaikan yogurt.\n\n\n4. Kekacang\n\n\nKekacang seperti kacang tanah, \npumpkin seed\n atau biji labu, kacang dal dan kacang \nalmond\n merupakan antara sumber makanan berkhasiat yang tinggi protein, serat dan magnesium. Meskipun kekacang sebegini sedap dimakan begitu sahaja dan dijadikan sebagai snek ringan untuk kudap-kudapan, ia juga boleh digabungkan dengan menu harian lain seperti salad atau dimakan bersama yogurt untuk nikmati sumber protein tambahan. Setiap hidangan 28g kekacang diet seperti kacang \nalmond\n, kacang tanah dan \npumpkin seed\n masing-masing membekalkan 6g, 7g dan 9g protein. \n\n\nMeskipun kekacang untuk diet baik untuk kesihatan, elakkan jenis kekacang berperisa atau produk kekacang yang tinggi kandungan lemak tepu atau gula tambahan. Sebagai contoh, penggemar kuah dal roti canai perlu mengawal pengambilannya meskipun kacang dal tinggi protein. Ini kerana, ia mengandungi karbohidrat ringkas yang tinggi yang mungkin boleh memberi kesan pada kesihatan anda.\u00a0\n\n\n5. Telur\n\n\nTelur mempunyai kandungan protein yang tinggi yang membekalkan vitamin, mineral dan lemak baik untuk perkembangan otak yang sihat \u2013 kuning telur kaya dengan vitamin, zat besi, kalsium dan sebagainya. Meskipun telur putih dikatakan membekalkan lebih banyak protein, \nkajian\n menunjukkan memakan keseluruhan telur memberi manfaat yang lebih ketara berbanding memakan putih telur sahaja. Hidangan telur mudah disediakan dan boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada rebus, goreng atau separuh masak:\n\n\n\n\nTelur separuh masak;\n\n\nTelur rebus (Kalori telur rebus \u2013 satu biji telur rebus bersamaan dengan 78 kalori);\n\n\nSandwich telur;\n\n\nSup telur.\n\n\n\n\nMeskipun telur merupakan salah satu makanan kurus terbaik, anda perlu mengawal pengambilan telur dalam diet harian lebih-lebih lagi telur goreng kerana telur yang digoreng boleh meningkatkan kandungan lemak sehingga 50 peratus. Sebiji telur mengandungi sekurang-kurangnya 6g protein dan 1g karbohidrat.\n\n\nUmumnya, terdapat banyak lagi makanan tinggi protein yang tidak disenaraikan di sini \u2013 makanan berasaskan daging, tenusu, sayuran dan kekacang secara asasnya merupakan sumber protein yang baik. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk kekalkan berat badan yang ideal.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan \ninsurans kesihatan terbaik\n, lawati laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian produk insurans perubatan dan kesihatan daripada beberapa syarikat insurans terbaik dan popular di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, pantas dan selamat. Selain itu, anda juga boleh dapatkan \ninsurans kereta\n, \ninsurans motor\n dan juga \ninsurans rumah\n di Qoala!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/medical-card-terbaik/", "title": "Macam Mana Nak Pilih Medical Card Terbaik di Malaysia?", "body": "\n\nPelan perlindungan \nmedical card\n terbaik menawarkan manfaat-manfaat yang diperlukan kepada anda pada harga yang berbaloi dan mampu milik. Meskipun begitu, banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum pilih pelan \nmedikal kad\n terbaik yang sesuai dengan keperluan anda.\u00a0Selain menawarkan perlindungan yang komprehensif, pelan \nmedical card\n terbaik memainkan peranan dalam melindungi anda dan ahli keluarga daripada pelbagai risiko selain menjamin keselesaan dan kesenangan masa depan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n8 Cara Pilih Medical Card Terbaik dan Murah di Malaysia\n1. Tiada Had Tahunan, Had Tahunan yang Mencukupi\n2. Tiada Had Seumur Hidup\n3. Senarai Hospital yang Menyeluruh\n4. Pilih Medical Card Terbaik Ikut Keperluan\n5. Fahami Ciri Pelan Perlindungan yang Anda Pilih\n6. Ambil Kira Komitmen Bulanan yang Perlu Ditanggung\n7. Senarai Medical Card Terbaik: Buat Perbandingan Syarikat Insurans\n8. Tiada Masalah Sambung Insurans Kesihatan Jika Ada Sakit Kritikal\n\n\n8 Cara Pilih \nMedical Card\n Terbaik dan Murah di Malaysia\n\n\n\u201cMacam mana nak tahu tu \nmedical card\n terbaik?\u201d \u2013 ini merupakan antara pertanyaan biasa yang sering diajukan oleh mereka yang ingin mendapatkan \nmedical card\n. Secara asasnya, tiada cara khusus untuk menentukan sama ada \nmedical card\n yang anda pilih adalah terbaik atau tidak. Ia bergantung sepenuhnya pada keperluan dan bajet yang anda tetapkan.\n\n\nNamun begitu, anda boleh rujuk panduan lengkap cara pilih \nmedical card\n terbaik seperti berikut bagi membantu anda pilih mana-mana kad perubatan yang sesuai untuk anda.\n\n\n1. Tiada Had Tahunan, Had Tahunan yang Mencukupi\n\n\nJangan ambil pelan insurans kad perubatan dengan had tahunan yang terlalu rendah. Ini kerana, kos perubatan di Malaysia dijangka akan terus meningkat dari tahun ke tahun secara ketara. Ia sekali gus akan menyebabkan \nbil perubatan\n akan menjadi lebih mahal.\n\n\nJika anda dapatkan insurans kesihatan dengan had tahunan RM200,000 setahun, ia semestinya tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan jika mengambil kira nilai mata wang semasa. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk ambil insurans perubatan yang dapat melindungi kos rawatan serta operasi pembedahan anda secara menyeluruh.\n\n\nMeskipun kadar premium insurans akan menjadi lebih mahal, ia adalah selari dengan perlindungan yang anda dapat dan semestinya berbaloi dengan \npelaburan jangka panjang\n yang anda lakukan.\n\n\n2. Tiada Had Seumur Hidup\n\n\nHad atau \nlimit\n seumur hidup merujuk pada jumlah keseluruhan manfaat yang layak dituntut oleh anda. Secara asasnya, pelan perlindungan insurans akan tamat secara automatik setelah mencapai had seumur hidup yang ditetapkan.\n\n\nSebagai contoh, had tahunan kad perubatan anda ialah RM100,000, manakala had seumur hidup anda ialah RM500,000. Ini bermaksud, anda hanya boleh gunakan sebanyak RM100,000 setiap tahun untuk tempoh lima tahun. Selepas mencapai had seumur hidup, insurans perubatan akan tamat secara automatik.\n\n\nSituasi sebegini boleh merugikan anda kerana jika anda ingin mendapatkan pelan \nperlindungan insurans\n yang baharu, anda mungkin perlu membayar kos \npremium insurans\n yang lebih tinggi kerana faktor usia (semakin berusia semakin mahal harga insurans).\n\n\nSelain itu, ada kemungkinan penyakit sedia ada tidak akan dilindungi oleh pihak insurans. Oleh sebab itu, anda perlu pertimbangkan\n limit\n seumur hidup sebelum pilih insurans kesihatan terbaik untuk anda.\n\n\n3. Senarai Hospital yang Menyeluruh\n\n\nSelain had tahunan dan had seumur hidup, salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum pilih \nmedical card\n terbaik ialah senarai hospital panel di bawah pelan \nmedikal kad\n untuk anda mendapatkan rawatan.\n\n\nSeperti semua sedia maklum, kad perubatan yang anda daftar mempunyai senarai hospital panel. Anda perlu mendapatkan rawatan di hospital panel yang tersenarai bagi menikmati kemudahan jaminan insurans atau takaful tersebut.\n\n\nJika medikal kad anda tidak menawarkan perkhidmatan hospital panel yang menyeluruh, ia mungkin menjadi masalah kepada anda. Sebagai contoh, anda menetap di Terengganu, tetapi kebanyakan hospital panel bertumpu di Lembah Klang sahaja. Ia mungkin menyukarkan anda untuk memaksimumkan manfaat dan kelebihan \nmedical car\nd ini.\n\n\nAmbil kira lokasi kediaman anda dan semak kemudahan hospital panel berhampiran anda dengan syarikat insurans sebelum mendaftar insurans perubatan.\n\n\n4. Pilih \nMedical Card\n Terbaik Ikut Keperluan\n\n\nSetiap individu tertakluk pada jumlah dan jenis perlindungan yang berbeza bergantung pada penilaian risiko masing-masing. Bagi mendapatkan produk perlindungan insurans atau \nmedical card\n terbaik, anda disarankan untuk berbincang dengan ejen anda bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang sewajarnya sesuai dengan keperluan anda.\n\n\nMeskipun begitu, pastikan perlindungan insurans tidak berlebih-lebihan sehingga terlebih perlindungan (\nover-insured\n) dan melebihi kemampuan diri untuk membayar balik setiap bulan.\n\n\n\n\n5. Fahami Ciri Pelan Perlindungan yang Anda Pilih\n\n\nAnda juga disarankan untuk baca dan fahami skop perlindungan, terma dan syarat yang dinyatakan dalam polisi insurans anda. Jangan hanya lakukan pembayaran setiap bulan, tetapi tidak tahu dan keliru dengan perlindungan yang dinyatakan dalam polisi.\n\n\nJika tidak difahami dengan betul, anda mungkin akan menghadapi kesukaran semasa membuat \ntuntutan insurans\n. Sebagai contoh, kelebihan \nmedical card\n hanya akan dinikmati sekiranya ada kemasukan ke hospital. Dalam erti kata lain, ia hanya digunakan untuk membayar kos rawatan di hospital dan anda tidak\u00a0akan menerima manfaat sekiranya berlaku kematian atau kecacatan.\n\n\nSama juga sekiranya anda ingin melindungi aset dan harta benda anda seperti \nrumah\n, \nkereta\n dan sebagainya, anda perlu mendapatkan insurans takaful am. Manakala, anda memerlukan pelan \ninsurans takaful hayat\n atau keluarga bagi mendapatkan perlindungan manfaat kematian, kecacatan atau kesihatan.\n\n\n6. Ambil Kira Komitmen Bulanan yang Perlu Ditanggung\n\n\nSelain perlindungan, cara untuk pilih \nmedical card\n terbaik adalah dengan mengambil kira komitmen bulanan yang akan ditanggung. Secara asasnya, jumlah premium yang perlu dibayar biasanya dipengaruhi oleh umur, jumlah perlindungan dan manfaat serta status kesihatan semasa.\n\n\nDalam erti kata lain, semakin banyak dan menyeluruh perlindungan semakin tinggi bayaran bulanan. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk kenal pasti keperluan anda dan sesuaikan dengan bajet yang anda ada. Elakkan daripada mendapatkan perlindungan insurans yang melebihi kemampuan.\n\n\nTiada gunanya mempunyai perlindungan yang komprehensif tetapi anda perlu ikat perut dan terbeban dengan komitmen bulanan yang tinggi.\n\n\n7. Senarai \nMedical Card\n Terbaik: Buat Perbandingan Syarikat Insurans\n\n\nFahami setiap pelan insurans dengan teliti dan buat perbandingan kadar premium serta manfaat yang ditawarkan oleh beberapa \nsyarikat insurans\n. Setiap syarikat insurans/takaful atau \nmedical card\n terbaik di Malaysia menawarkan pelan perlindungan asas yang hampir sama dengan pelbagai pelan insurans dengan manfaat dan perlindungan yang tersendiri.\n\n\nMeskipun begitu, setiap produk yang ditawarkan mempunyai manfaat dan perlindungan yang tersendiri terutamanya dari segi manfaat bagi menarik \ntarget market\n tertentu. Oleh sebab itu, anda perlu buat perbandingan terlebih dahulu sebelum memilih pelan perlindungan insurans yang terbaik untuk anda dan keluarga. Ia bagi mengelakkan anda daripada membeli insurans yang tidak sesuai dengan keperluan anda.\n\n\n8. Tiada Masalah Sambung Insurans Kesihatan Jika Ada Sakit Kritikal\n\n\nAda sesetengah syarikat insurans tidak akan memperbaharui polisi insurans sedia ada jika anda menghidap sakit kritikal atau sakit yang berisiko untuk berulang kembali pada masa akan datang. Oleh sebab itu, anda perlu ambil kira situasi sebegini sebelum pilih \nmedical card\n yang sesuai dan terbaik untuk anda.\n\n\nAndaikan polisi insurans anda ditamatkan atas alasan sebegini, ia semestinya menyukarkan anda untuk mendapatkan insurans baharu. Syarikat insurans memerlukan maklumat berkaitan status kesihatan semasa dan mengambil kira usia anda sebelum memproses permohonan baharu anda.\n\n\nJika anda ada sakit sedia ada, penyakit ini akan dikecualikan daripada perlindungan insurans dan anda juga berkemungkinan akan dikenakan kadar premium insurans yang lebih tinggi disebabkan faktor usia.\n\n\nInsurans perubatan\n atau \nmedical card\n secara asasnya membantu anda bersedia dengan pelbagai risiko luar jangka seperti kemalangan atau penyakit. Jika anda tidak memiliki insurans, ia mungkin akan menyukarkan anda dan keluarga untuk menampung kos perubatan yang tinggi.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari pelan perlindungan \nmedical card\n terbaik untuk diri anda dan keluarga, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian produk \ninsurans kesihatan\n daripada beberapa syarikat \ninsurans perubatan terbaik\n dan popular di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, pantas dan selamat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/motor-langgar-kereta/", "title": "Motor Langgar Kereta atau Kereta Langgar Motor, Salah Siapa?", "body": "\n\nSukar untuk menentukan pihak yang salah sekiranya berlaku kemalangan antara motosikal dan kereta seperti motor langgar kereta. Ini kerana, banyak faktor penting yang boleh mempengaruhi \nkemalangan\n antaranya kelajuan kenderaan, keadaan jalan raya, cuaca serta undang-undang yang berkaitan. Penting untuk anda baca dan fahami artikel ini bagi mengetahui dan melindungi hak anda sebagai pemandu kereta atau penunggang motosikal.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa yang Perlu Anda Lakukan Jika Motor Langgar Kereta Anda, Kereta Anda Dilanggar oleh Motosikal?\n1. Motor Langgar Kereta\n2. Kereta Anda Terlanggar Motosikal\nKemalangan Antara Motor dan Kereta: Lindungi Diri dan Ketahui Hak Anda\n\n\nApa yang Perlu Anda Lakukan Jika Motor Langgar Kereta Anda, Kereta Anda Dilanggar oleh Motosikal?\n\n\nRamai yang berpendapat pemilik atau pemandu kereta biasanya perlu bertanggungjawab atau bersalah apabila terlibat dengan kemalangan yang melibatkan motosikal. Ini kerana, penunggang motosikal dikatakan lebih terdedah kepada bahaya dan tidak dilengkapi dengan ciri keselamatan kereta.\n\n\nSebelum anda membuat kesimpulan siapa yang salah dalam kejadian motor langgar kereta, penting untuk anda ketahui langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya anda berdepan dengan situasi kemalangan:\n\n\n\n\nSegera periksa sebarang kerosakan yang dialami oleh kenderaan anda;\n\n\nJika kereta anda mengalami kerosakan yang signifikan dan memerlukan trak tunda, hubungi \nsyarikat insurans kereta\n anda dengan segera;\n\n\nDokumenkan kejadian tersebut dengan mengambil gambar kereta anda dan motosikal yang terlibat. Catat juga butiran penting seperti \nnombor plat kereta\n dan cukai jalan;\n\n\nDapatkan maklumat peribadi pemandu motosikal termasuk nama penuh, nombor telefon dan nombor kad pengenalan (jika perlu);\n\n\nDalam tempoh 24 jam, bawa kereta anda ke balai polis terdekat dan buat laporan polis;\n\n\nBawa kereta anda ke bengkel panel insurans untuk proses pembaikan;\n\n\nSetelah semua langkah ini diambil, pihak bengkel akan menguruskan \ntuntutan insurans\n dan proses pembaikan bagi pihak anda.\n\n\nUntuk mempercepatkan proses tuntutan, kumpulkan dan serahkan dokumen-dokumen berikut ke bengkel panel anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSalinan laporan polis;\n\n\nPolisi insurans\n;\n\n\nSalinan kad pengenalan pemandu & pemegang polisi;\n\n\nSalinan \nlesen memandu\n pemandu & pemegang polisi;\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi menjawab persoalan sama ada pemandu kereta secara automatik bertanggungjawab dalam kemalangan antara kereta dan motosikal, anda boleh lihat dua senario seperti berikut:\n\n\n1. Motor Langgar Kereta\n\n\nBayangkan anda sedang memandu di jalan raya dengan kereta anda menuju ke destinasi anda sambil mendengar radio, tiba-tiba sebuah motor langgar kereta anda. Dalam situasi ini, jika pemilik motor benar-benar bersalah, anda tidak perlu bimbang. Apa yang boleh anda lakukan ialah membuat \ntuntutan insurans dengan syarikat insurans penunggang motosikal\n tersebut.\n\n\nSeperti yang anda tahu, Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 memperuntukkan bahawa setiap kenderaan di Malaysia perlu mempunyai sekurang-kurangnya perlindungan insurans Pihak Ketiga. Jadi, dalam kes ini, anda boleh buat tuntutan pihak ketiga dengan syarikat insurans tersebut.\n\n\nBagaimana Cara untuk Membuat Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal?\n\n\nAnda boleh membuat \ntuntutan kerosakan kereta\n ke atas insurans motosikal dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCari bengkel panel insurans dan buat penilaian kerosakan pada kereta anda;\n\n\nMinta\n adjuster\n untuk menilai kos pembaikan yang diperlukan untuk kereta anda;\n\n\nSediakan dokumen yang diperlukan dan hantar tuntutan insurans kemalangan anda kepada syarikat insurans motosikal bersama dengan semua dokumen yang berkaitan:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSalinan laporan polis;\n\n\nSalinan kad pengenalan pemandu dan pemegang polisi;\n\n\nSalinan lesen memandu pemandu dan pemegang polisi;\n\n\nSalinan \nsijil pemilikan kenderaan\n;\n\n\nLaporan \nadjuster\n;\n\n\nBil pembaikan kereta anda;\n\n\nFoto yang mendokumentasikan kemalangan dan kerosakan pada kedua-dua kenderaan;\n\n\nDokumen polis yang menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab telah didenda kerana melakukan kesalahan trafik.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Kereta Anda Terlanggar Motosikal\n\n\nSebagai pemandu kereta, anda harus sentiasa peka terhadap persekitaran anda terutamanya semasa memandu.\u00a0Biasanya, apabila berlaku kemalangan antara kereta dan motor, ia sering mengakibatkan kerosakan yang serius kepada penunggang motosikal.\n\n\nSekiranya kemalangan berpunca daripada anda (\nmemandu dengan cuai\n atau memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol), anda mungkin berdepan denda dan hukuman yang lebih berat. Jumlah denda atau hukuman yang dikenakan bergantung pada kategori kesalahan yang dilakukan \u2013 denda minimum RM300 atau mungkin lebih.\n\n\nSelain denda, anda juga mungkin berdepan prosiding undang-undang, penggantungan lesen dan lain-lain yang semestinya akan memberi impak yang besar kepada kehidupan anda. Untuk mengelakkan risiko ini, anda disarankan untuk memandu dengan bertanggungjawab. Pastikan anda tidak berada di bawah pengaruh bahan terlarang yang boleh mengganggu keupayaan anda untuk mengendalikan kenderaan dengan selamat.\n\n\n\n\nKemalangan Antara Motor dan Kereta: Lindungi Diri dan Ketahui Hak Anda\n\n\nSekiranya anda pemilik kereta berdepan situasi motor langgar kereta anda, jangan panik atau bimbang. Anda mempunyai pilihan untuk mencari keadilan melalui mahkamah (jika kemalangan terlalu serius). Jika anda benar-benar percaya bahawa pihak lain yang bersalah, anda boleh menyelesaikan sendiri perkara ini anda menghubungi \nsyarikat insurans\n anda untuk mendapatkan bantuan.\n\n\nWalau bagaimanapun, jika kemalangan tidaklah terlalu besar atau serius, mungkin tidak berbaloi (dari segi kos dan masa) untuk membebankan diri menghadiri prosiding mahkamah. Anda boleh cuba menyelesaikan isu ini dengan pihak lain dan mencapai persetujuan mengenai ganti rugi.\n\n\nSelain itu, anda juga boleh membuat tuntutan dengan syarikat insurans anda. Ada sesetengah polisi insurans memasukkan perlindungan yuran guaman sehingga RM2,000 dengan persetujuan bertulis daripada pihak insurans. Ini terpakai untuk jenis \ninsurans kereta Komprehensif\n, insurans kereta Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian bergantung pada liputan perlindungan yang anda miliki.\n\n\nSelain itu, anda juga boleh menyediakan \ndashcam \nkereta\n untuk perlindungan tambahan kereta anda. \nDashcam\n dapat memberikan manfaat yang sangat berguna dalam situasi seperti ini. Ia mempunyai keupayaan untuk merekodkan butiran penting seperti kelajuan dan pergerakan kedua-dua kenderaan yang terlibat.\n\n\nDashcam\n juga menyediakan rekod yang tidak berat sebelah tentang apa yang berlaku semasa kemalangan. Rekod ini boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah atau semasa tuntutan insurans. Namun secara asasnya, dalam menentukan pihak yang bersalah dalam kemalangan kereta dan motosikal tidak kira kereta langgar motor atau motor langgar kereta, ia memerlukan siasatan yang menyeluruh.\n\n\nHanya kerana anda menaiki kereta, tidak bermaksud anda automatik bertanggungjawab dengan kemalangan yang berlaku. Selain itu, jika anda sedang mencari \ninsurans kemalangan diri\n dan \ninsurans kereta terbaik di Malaysia\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Bandingkan harga dan manfaat daripada beberapa \nsyarikat insurans terbaik dan paling popular di Malaysia\n dengan proses yang mudah, cepat, dan selamat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/pendidikan-dan-perubatan/", "title": "Rancang Masa Depan dengan Insurans Pendidikan dan Perubatan", "body": "\n\nInsurans pendidikan dan perubatan memainkan peranan penting lebih-lebih lagi dalam mendepani kehidupan yang semakin mencabar ini. Secara asasnya, insurans pendidikan memberikan perlindungan dan memastikan keperluan pendidikan anak-anak terjamin. Manakala, insurans perubatan pula memberikan perlindungan kewangan bagi individu dan keluarga ketika menghadapi masalah kesihatan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPerkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Takaful dan Insurans Pendidikan dan Perubatan\n1. Insurans Pendidikan di Malaysia\n2. Insurans Kesihatan dan Perubatan di Malaysia\n3. Perbandingan Insurans Pendidikan dan Perubatan di Malaysia\nMaksimumkan Pelepasan Cukai Insurans, Beli Takaful dan Insurans Pendidikan dan Perubatan Hari Ini\nBeli Insurans Pendidikan dan Perubatan untuk Kesejahteraan Kewangan\n\n\nPerkara Penting Anda Perlu Tahu Tentang Takaful dan Insurans Pendidikan dan Perubatan\n\n\nPerlindungan insurans biasanya dikaitkan dengan \nperlindungan diri\n, insurans kesihatan, rumah, kereta dan sebagainya. Tetapi sebenarnya, selain insurans-insurans ini, kebanyakan syarikat insurans di Malaysia ada juga menyertakan pelaburan pendidikan untuk anak-anak anda.\n\n\nKombinasi insurans pendidikan dan perubatan boleh dikatakan agak baik dan relevan. Ini kerana, selain berperanan memberi perlindungan daripada sebarang risiko kewangan, insurans ini juga menawarkan perlindungan dan pelaburan untuk masa depan.\n\n\nDalam keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat ini, anda perlu rancang keperluan pendidikan dan perubatan anak anda bermula sekarang.\n\n\n1. Insurans Pendidikan di Malaysia\n\n\nInsurans pendidikan adalah produk \ninsurans hayat\n \u2013 direka khusus sebagai salah satu \ncara menabung untuk pendidikan\n anak-anak. Apabila anak-anak mencapai umur 18 tahun dan ke atas, dana ini boleh digunakan untuk membiayai perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak.\n\n\nSecara asasnya, insurans pendidikan memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa atau penjaga. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada ibu bapa atau penjaga, anak-anak masih mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti.\n\n\nDalam erti kata lain, dana ini bertindak sebagai jaminan kewangan untuk menanggung perbelanjaan pendidikan.\n\n\nJenis Insurans Pendidikan\n\n\nTerdapat beberapa jenis insurans pendidikan yang terdapat di Malaysia \u2013 polisi \nendowment\n dan polisi berkaitan pelaburan. Perbezaan antara kedua-dua jenis polisi ini adalah dari segi struktur dan jenis pelaburan.\n\n\nPolisi \nEndowment\n\n\nPolisi ini menggabungkan elemen \nsimpanan\n dan perlindungan. Ia berbentuk sertaan (\nparticipating\n) atau tanpa sertaan (\nnon-participating\n). Bagi pelan tanpa sertaan, pemegang insurans tidak berkongsi keuntungan, tetapi semua manfaat insurans tetap dijamin sepenuhnya.\n\n\nUntuk pelan sertaan pula, hanya sebahagian manfaat insurans dijamin. Jumlah penuh manfaat pada tempoh matang insurans tidak dijamin sepenuhnya kerana ia bergantung kepada prestasi \nsyarikat insurans\n.\n\n\nPolisi Berkaitan Pelaburan\n\n\nPolisi ini menggabungkan elemen \npelaburan\n dan perlindungan berdasarkan keperluan anda selaku pemegang polisi. Ia menawarkan fleksibiliti \u2013 anda boleh menambah caruman premium bulanan (atau simpanan) apabila \nsumber pendapatan\n anda meningkat.\n\n\nSekiranya toleransi risiko pelaburan anda bersifat lebih agresif, anda boleh memilih \ninstrumen pelaburan\n atau jenis dana yang ingin dilaburkan \u2013 ia melibatkan risiko yang lebih tinggi sama seperti mana-mana pelaburan lain.\n\n\nSelain itu, tiada jaminan pulangan pelaburan diberikan. Ini bermaksud, pulangan mungkin lebih tinggi atau lebih rendah daripada yang diunjurkan.\n\n\n\n\nSebelum pilih mana-mana polisi insurans pendidikan yang sesuai, anda boleh pertimbangkan perkara-perkara berikut:\n\n\n\n\nTentukan jumlah wang yang ingin diperuntukkan untuk pendidikan anak anda;\n\n\nJenis polisi yang anda beli bergantung pada matlamat dan toleransi anda terhadap risiko;\n\n\nPastikan anda memilih polisi yang boleh diakses apabila diperlukan \u2013 seperti polisi matang apabila anak anda memulakan pengajian tinggi atau anda boleh menerima sebahagian daripada manfaat insurans sebelum polisi matang;\n\n\nPastikan anda mampu membayar premium insurans kerana polisi pendidikan boleh dikatakan \nkomitmen bulanan\n jangka panjang;\n\n\nPilih polisi yang menawarkan fleksibiliti untuk meningkatkan simpanan.\n\n\n\n\n2. Insurans Kesihatan dan Perubatan di Malaysia\n\n\nInsurans perubatan (atau turut dikenali sebagai \ninsurans kesihatan\n) adalah satu bentuk perlindungan insurans yang melindungi anda daripada kos perubatan yang tidak dijangka. Ia meliputi \nkos rawatan hospital\n, pembedahan, ubat-ubatan dan lain-lain yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.\n\n\nDalam erti kata lain, insurans perubatan memberikan perlindungan kepada individu dan keluarga daripada risiko kewangan seperti kos perubatan yang tinggi.\n\n\nDengan insurans perubatan, anda tidak perlu lagi risau tentang \nkos rawatan yang mahal\n dan anda kini mampu mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tanpa menjejaskan kewangan anda.\n\n\n3. Perbandingan Insurans Pendidikan dan Perubatan di Malaysia\n\n\nKedua-dua insurans pendidikan dan perubatan mempunyai objektif dan skop perlindungan yang berbeza. Jadi, anda perlu membuat penilaian sendiri dan memilih insurans yang sesuai dengan keperluan dan kehendak anda. Berikut merupakan perbandingan antara insurans pendidikan dan perubatan untuk rujukan anda:\n\n\nSkop Perlindungan\n\n\nInsurans pendidikan memberikan perlindungan kewangan dalam hal berkaitan \npelaburan pendidikan\n. Manakala, insurans perubatan memberikan \nperlindungan kewangan\n dalam hal berkaitan masalah kesihatan.\n\n\nManfaat Perlindungan\n\n\nInsurans pendidikan memberikan faedah apabila pemegang polisi mencapai usia matang. Insurans perubatan pula memberikan faedah apabila pemegang polisi menghadapi \nmasalah kesihatan\n.\n\n\nKepentingan Insurans\n\n\nInsurans pendidikan penting dalam memastikan pemegang polisi mempunyai dana pendidikan yang mencukupi. Selain itu, ia juga memberi kelebihan untuk masa depan.\n\n\nInsurans perubatan pula penting dalam memastikan pemegang polisi tidak mengalami masalah kewangan apabila berdepan masalah kesihatan yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi.\n\n\nMaksimumkan Pelepasan Cukai Insurans, Beli Takaful dan Insurans Pendidikan dan Perubatan Hari Ini\n\n\nCaruman \npremium insurans\n atau sumbangan takaful adalah termasuk dalam \nkategori pelepasan cukai 2023\n yang layak anda tuntut. Anda secara asasnya layak untuk membuat tuntutan pelepasan cukai insurans atau takaful seperti berikut:\n\n\n\n\nInsurans/Takaful dan \ncaruman KWSP\n untuk penjawat awam berpencen \u2013 Tuntutan dibenarkan sehingga RM7,000;\n\n\nInsurans/Takaful Nyawa\n untuk kakitangan swasta \u2013 Tuntutan dibenarkan sehingga RM3,000;\n\n\nKWSP dan \nSkim Pelaburan\n diluluskan (selain penjawat awam) \u2013 Tuntutan dibenarkan sehingga RM4,000;\n\n\nTakaful/Insurans Pendidikan dan Perubatan \u2013 Tuntutan dibenarkan sehingga RM3,000.\n\n\n\n\n\n\nBeli Insurans Pendidikan dan Perubatan untuk Kesejahteraan Kewangan\n\n\nInsurans pendidikan dan perubatan merupakan salah satu perlindungan insurans yang masih relevan dan perlu dipertimbangkan oleh individu di Malaysia. Insurans pendidikan membolehkan anda merancang dan menyimpan dana yang mencukupi untuk \npendidikan anak-anak\n.\n\n\nInsurans kesihatan\n dan perubatan pula berperanan dalam melindungi kesejahteraan kewangan terutamanya apabila berlaku kecemasan perubatan. Secara asasnya, gabungan perlindungan insurans pendidikan dan perubatan boleh membantu memberikan ketenangan fikiran dan perlindungan kewangan untuk masa depan.\n\n\nOleh sebab itu, penting untuk anda memilih produk insurans yang sesuai dengan keperluan dan keadaan anda. Ini termasuklah mempertimbangkan faktor seperti jenis produk insurans, syarat dan keperluan serta reputasi syarikat insurans.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan takaful atau insurans perubatan dan pendidikan anak anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans kesihatan yang terbaik di Malaysia\n. Platform ini juga menawarkan proses \nbeli insurans online\n yang mudah dan pantas.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/perlindungan-pendapatan/", "title": "4 Sebab Utama Anda Perlu Dapatkan Perlindungan Pendapatan", "body": "\n\nPerlindungan pendapatan atau \npenggantian pendapatan\n adalah salah satu perlindungan yang tersedia dalam pelan \nperlindungan insurans hayat\n. Pelan ini menawarkan kestabilan dan perlindungan kewangan sekiranya pemegang polisi menghadapi krisis seperti penyakit jangka panjang, kecacatan kekal dan menyeluruh atau kematian.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nAdakah Anda Memerlukan Perlindungan Pendapatan?\n1. Uruskan Hutang Anda\n2. Tumpukan pada Pemulihan Anda\n3. Menjaga Kualiti Hidup Anda\n4. Memberi Jaminan kepada Keluarga Anda\nBerapa Kos untuk Mendapatkan Insurans Perlindungan Pendapatan?\nBilakah Masa Terbaik untuk Anda Mendapatkan Perlindungan Pendapatan?\n\n\nAdakah Anda Memerlukan Perlindungan Pendapatan?\n\n\nGaji yang anda terima setiap bulan\n adalah salah satu sumber pendapatan yang berharga. Apatah lagi jika anda satu-satunya pencari nafkah utama dalam keluarga. Untuk menentukan sama ada anda perlu mendapatkan perlindungan pendapatan atau tidak, pertimbangkan sama ada ahli keluarga anda mempunyai sumber yang mencukupi setelah ketiadaan anda.\n\n\nAndaikan sesuatu terjadi kepada anda seperti anda meninggal dunia atau lumpuh sehingga tidak dapat bekerja, bolehkah mereka meneruskan hidup seperti biasa? Ramai orang tidak menyedari kepentingan mendapatkan perlindungan pendapatan sehinggalah tidak lagi dapat menampung keluarga akibat hilang upaya atau kematian.\n\n\n\n\nPelan perlindungan pendapatan memainkan peranan penting dalam melindungi sumber kewangan anda dan keluarga daripada apa-apa risiko yang boleh memberi kesan kepada kewangan anda. Polisi perlindungan pendapatan berfungsi untuk melindungi dan menggantikan pendapatan anda sekiranya anda berdepan situasi berikut:\n\n\n\n\nKematian;\n\n\nHilang upaya menyeluruh dan kekal;\n\n\nPenyakit kritikal\n.\n\n\n\n\nJika anda masih ragu-ragu sama ada perlu mendapatkan perlindungan ini atau tidak, ambil kira aspek-aspek berikut bagi membantu anda membuat keputusan yang tepat.\n\n\n1. Uruskan Hutang Anda\n\n\nHutang, bil dan \nkomitmen bulanan\n anda tidak akan hilang dengan sendirinya jika anda jatuh sakit. Malah, hutang anda mungkin akan bertambah kerana \nperbelanjaan rawatan pemulihan\n yang mahal.\n\n\nDi sinilah peranan penggantian pendapatan dalam mengurangkan tekanan anda untuk menguruskan dan melangsaikan hutang-hutang tersebut.\n\n\n2. Tumpukan pada Pemulihan Anda\n\n\nKetika anda dalam tempoh pemulihan daripada penyakit atau kecederaan, anda mungkin tertekan dan terbeban dengan situasi kesihatan dan kewangan yang menghimpit. Tekanan sebegini juga boleh beri kesan pada proses pemulihan anda.\n\n\nDengan perlindungan pendapatan, anda boleh beri tumpuan kepada proses pemulihan dengan tenang tanpa perlu memikirkan krisis kewangan anda.\n\n\n3. Menjaga Kualiti Hidup Anda\n\n\nBergantung pada tahap penyakit dan kesihatan anda, masalah ini boleh beri kesan pada gaya hidup dan rutin anda. Meskipun begitu, perlindungan yang dimiliki dapat membantu anda mendepani hidup tanpa kerisauan tanpa menjejaskan rutin sedia ada.\n\n\n\n\n4. Memberi Jaminan kepada Keluarga Anda\n\n\nKos perubatan yang tinggi mungkin akan memberi kesan kepada anda lebih-lebih lagi jika anda tidak dapat bekerja untuk menampung kos-kos ini. Anda akan dapat mengurangkan sebahagian atau kesemua kos-kos tersebut jika anda mempunyai polisi perlindungan pendapatan yang sesuai.\n\n\nDengan polisi penggantian pendapatan, anda dapat menikmati ketenangan fikiran kerana anda dan keluarga dilindungi oleh perlindungan yang sesuai.\n\n\nBerapa Kos untuk Mendapatkan Insurans Perlindungan Pendapatan?\n\n\nSecara amnya, kos perlindungan pendapatan adalah berbeza-beza bergantung pada syarikat insurans dan pelan perlindungan anda. Biasanya, elemen-elemen seperti berikut boleh mempengaruhi \nkos premium insurans\n:\n\n\n\n\nJumlah perlindungan;\n\n\nUmur;\n\n\nSejarah perubatan;\n\n\nPekerjaan.\n\n\n\n\nJika anda mempunyai perlindungan penggantian pendapatan, anda akan menerima pembayaran tunai untuk setiap hari anda dirawat di hospital akibat kemalangan. Ia sebagai ganti bagi sebarang kehilangan pendapatan yang mungkin berlaku. Berikut adalah purata premium insurans untuk perlindungan pendapatan:\n\n\n\n\n\n\n\n\nSkim Perlindungan\n\n\nPremium Bulanan\n\n\n\n\n\n\nDiri Sendiri\n\n\nRM16-RM80\n\n\n\n\n\n\nDiri Sendiri dan Pasangan\n\n\nRM29-RM135\n\n\n\n\n\n\nDiri Sendiri, Pasangan dan Tanggungan\n\n\nRM32-RM180\n\n\n\n\n\n\n\n\nPolisi penggantian pendapatan ini menyediakan perlindungan lengkap kepada anda dan keluarga dengan harga premium bulanan yang berpatutan. Setelah anda membayar premium, anda boleh membuat tuntutan bagi:\n\n\n\n\nKematian akibat kemalangan;\n\n\nHilang upaya menyeluruh dan kekal;\n\n\nRawatan hospital;\n\n\nKos perubatan\n pesakit luar;\n\n\nPembayaran kasih sayang;\n\n\nFaedah \npendidikan anak-anak\n.\n\n\n\n\n\n\nBilakah Masa Terbaik untuk Anda Mendapatkan Perlindungan Pendapatan?\n\n\nSecara asasnya, tiada formula yang boleh anda ikuti bagi menentukan masa terbaik untuk anda mendapatkan perlindungan ini. Anda perlu pertimbangkan bajet dan komitmen bulanan anda seperti:\n\n\n\n\nAnsuran \npinjaman rumah;\n\n\nPinjaman kereta;\n\n\nUtiliti;\n\n\nPetrol;\n\n\nBarangan keperluan harian;\n\n\nCukai pendapatan;\n\n\nBil internet;\n\n\nSimpanan persaraan\n dan sebagainya.\n\n\n\n\nKos-kos ini juga berkemungkinan akan meningkat selari dengan masa. Jika anda satu-satunya atau salah seorang pencari nafkah utama dalam keluarga, anda disarankan untuk mendapatkan perlindungan ini. Apa-apa sahaja boleh terjadi kepada anda \u2013 risiko strok, kanser, terlibat kemalangan dan banyak lagi.\n\n\nKita sudah semestinya tidak menginginkan perkara sebegini berlaku, tetapi kita tidak boleh mengelak kemungkinan ini terjadi. Perlindungan pendapatan penting dalam membantu anda mendepani risiko luar jangka yang boleh memberi kesan kepada kewangan anda.\n\n\nSelain itu, jika anda ingin mendapatkan \ninsurans kesihatan terbaik\n untuk perlindungan masa depan, layari laman web Qoala untuk maklumat lanjut. Qoala menyediakan pelbagai produk \ninsurans perubatan mampu milik\n daripada syarikat insurans terbaik dan popular di Malaysia. Ia juga menjanjikan proses \npembaharuan dan pembelian insurans\n yang mudah, cepat, dan selamat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/perlindungan-tambahan-insurans/", "title": "5 Perlindungan Tambahan Insurans Kereta yang Perlu Dipertimbangkan", "body": "\n\nWalaupun \ninsurans kereta komprehensif\n menyediakan perlindungan yang menyeluruh, ia tidak menawarkan perlindungan dalam semua keadaan. Ini bermaksud, anda masih perlu mendapatkan perlindungan tambahan bagi mengoptimumkan perlindungan polisi yang anda miliki. Kerosakan kereta akibat banjir, cermin kereta retak dan sebagainya tidak tertakluk pada perlindungan insurans asas sedia ada.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nAdakah Anda Memerlukan 5 Perlindungan Tambahan untuk Insurans Kereta Anda?\n1. Perlindungan Cermin Kereta\n2. Perlindungan Peril Khas (Bencana Alam)\n3. Perlindungan Pemandu Tambahan\n4. Perlindungan Liabiliti Undang-undang\n5. Perlindungan Kemalangan Diri\nDapatkan Perlindungan Tambahan Terbaik untuk Kereta Anda di Qoala\n\n\nAdakah Anda Memerlukan 5 Perlindungan Tambahan untuk Insurans Kereta Anda?\n\n\nSemasa anda \nrenew\n insurans kereta\n, anda biasanya akan diberi pilihan untuk mendapatkan perlindungan tambahan (\ninsurance add-on\n). Perlindungan tambahan penting bagi memastikan kereta anda mendapatkan perlindungan insurans yang mencukupi. Ia juga membolehkan anda boleh membuat \ntuntutan insurans\n yang sewajarnya apabila perlu.\n\n\nDi Malaysia, syarikat insurans menawarkan beberapa perlindungan tambahan yang boleh dipertimbangkan oleh pemilik kereta. Berikut kami kongsikan perlindungan tambahan insurans kereta yang biasa dimiliki oleh pemilik kereta di Malaysia:\n\n\n1. Perlindungan Cermin Kereta\n\n\nCermin kereta\n merupakan antara komponen kereta yang paling terdedah kepada risiko. Oleh sebab itu, penting untuk anda menambah perlindungan tambahan ini. Dengan memiliki insurans cermin kereta, syarikat insurans akan membantu membayar kerugian yang dihadapi sekiranya \ncermin kereta retak atau pecah\n.\n\n\nIni bermaksud, syarikat insurans akan menggantikan cermin kereta yang rosak tanpa menjejaskan \nkadar NCD kereta\n sedia ada. Biasanya, kadar premium insurans cermin kereta adalah sekitar 15 peratus daripada jumlah yang diinsuranskan untuk cermin kereta. Jika harga cermin kereta adalah RM800, anda perlu bayar premium perlindungan tambahan sebanyak RM120* setahun.\n\n\nJumlah ini semestinya berbaloi untuk dimiliki. Daripada anda perlu keluarkan \nsimpanan persaraan\n untuk baiki cermin kereta rosak, adalah lebih baik untuk anda labur RM120* setahun untuk dapatkan perlindungan insurans cermin kereta.\n\n\n*Harga mungkin berubah bergantung pada harga perlindungan insurans cermin kereta yang diambil. Rujuk syarikat insurans anda untuk info lanjut.\n\n\n2. Perlindungan Peril Khas (Bencana Alam)\n\n\nJika mengambil kira keadaan cuaca semasa di Malaysia, insurans bencana alam atau \ninsurans \nspecial perils\n sangat digalakkan untuk diambil oleh pemilik kenderaan. Jika anda menetap di kawasan yang berisiko banjir contohnya, anda digalakkan untuk mendapatkan perlindungan ini.\n\n\nBencana alam seperti \nkereta tenggelam banjir\n, \nkereta kena hempap pokok\n dan sebagainya berisiko tinggi menyebabkan kerosakan pada kereta anda. Oleh sebab itu, pemilik kereta perlu mendapatkan perlindungan tambahan ini bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang optimum.\n\n\nSecara asasnya, anda boleh membuat tuntutan insurans untuk pembaikan kereta yang rosak akibat bencana alam jika kereta dilindungi insurans bencana alam. Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan beban kewangan untuk membaiki kerosakan kereta.\n\n\nKadar \npremium insurans\n untuk tambahan insurans banjir ini adalah sekitar 0.5 peratus daripada jumlah diinsuranskan. Namun begitu, kadar ini mungkin berbeza bergantung pada syarikat insurans dan pengendali Takaful.\n\n\n3. Perlindungan Pemandu Tambahan\n\n\nPemandu dinamakan atau \nnamed driver\n merujuk pada pemandu yang mendapat kebenaran untuk menggunakan kereta. Anda perlu pertimbangkan untuk mendapatkan perlindungan tambahan ini jika kereta anda kerap digunakan oleh orang lain.\n\n\nAndaikan \nkemalangan kereta\n berlaku semasa kereta dipandu oleh individu tidak dinamakan dalam polisi. Syarikat insurans berhak untuk menolak tuntutan insurans atau mengenakan ekses wajib sebanyak RM400 kepada pemilik kereta.\n\n\nBagi mengelakkan situasi ini, anda disarankan untuk menamakan pemandu tambahan dalam polisi. Cara ini membolehkan pemandu dinamakan menikmati perlindungan yang sama seperti pemegang polisi.\n\n\nDi Malaysia, pemilik kereta boleh memasukkan satu nama pemandu tambahan ke dalam polisi secara percuma. Namun begitu, jika anda ingin menamakan lebih ramai pemandu, anda perlu menambah kos tambahan sebanyak RM10 bagi setiap pemandu.\n\n\n\n\n4. Perlindungan Liabiliti Undang-undang\n\n\nJika anda kerap membawa penumpang di dalam kereta anda, anda mungkin perlu mempertimbangkan perlindungan tambahan ini. Ia bertujuan untuk melindungi anda daripada sebarang tuntutan undang-undang ke atas diri anda. Di Malaysia, terdapat dua jenis perlindungan liabiliti undang-undang yang anda perlu tahu:\n\n\nLiabiliti Undang-undang Terhadap Penumpang\n\n\nLiabiliti Undang-undang Terhadap Penumpang (\nLegal Liability to Passengers\n) atau LLTP. Ia merupakan perlindungan tambahan kepada perlindungan insurans sedia ada.\n\n\nMeskipun kereta anda dilindungi oleh insurans kereta komprehensif, ia tidak melindungi anda daripada liabiliti undang-undang yang dituntut oleh penumpang anda sendiri.\n\n\nAndaikan anda dalam perjalanan \nbercuti hujung tahun\n bersama rakan anda dan terlibat dalam kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh kecuaian anda sendiri.\n\n\nSekiranya mangsa menyaman anda dan anda tidak mempunyai perlindungan LLTP, perbelanjaan berkaitan perlu dikeluarkan daripada poket anda sendiri.\n\n\nLiabiliti Undang-undang untuk Penumpang\n\n\nLiabiliti Undang-undang untuk Penumpang (Legal Liability of Passengers) atau LLOP. Ia merujuk perlindungan kepada anda sekiranya pihak ketiga membuat apa-apa tuntutan.\n\n\nDalam erti kata lain, ia akan melindungi anda daripada tuntutan ganti rugi pihak ketiga disebabkan kecuaian penumpang anda.\n\n\nSebagai contoh, penumpang kereta anda membuka pintu kereta tanpa melihat dan menyebabkan kerosakan pada kenderaan lain.\n\n\n5. Perlindungan Kemalangan Diri\n\n\nInsuran kemalangan diri merupakan polisi perlindungan yang membolehkan anda menerima pampasan sekiranya terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kematian atau kecacatan.\n\n\nSecara asasnya, manfaat perlindungan adalah berbeza mengikut pelan. Ia biasanya merangkumi hilang upaya kekal, bayaran kematian, \nperlindungan perubatan\n, faedah kehilangan nyawa dan sebagainya.\n\n\nJika anda sudah mempunyai insurans lain seperti \ninsurans perubatan\n dan \ninsurans nyawa\n yang bertindih dengan manfaat pelan kemalangan peribadi, anda boleh untuk tidak mendapatkan perlindungan ini.\n\n\nNamun begitu, jika anda masih belum mempunyai insurans lain, anda disyorkan untuk mendapatkan \npelan kemalangan peribadi\n! Ia bagi melindungi anda sekiranya berlaku kemalangan.\n\n\n\n\nDapatkan Perlindungan Tambahan Terbaik untuk Kereta Anda di Qoala\n\n\nSemoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat keputusan terbaik sebelum pilih perlindungan tambahan yang sesuai. Anda perlu ambil kira tahap risiko dan tabiat penggunaan kereta bagi menentukan perlindungan tambahan yang anda perlukan.\n\n\nPerlindungan tambahan yang sesuai dapat memastikan anda mendapat perlindungan yang sewajarnya. Ia juga dapat mengelakkan anda daripada terbeban dengan risiko kewangan atau \nkos pembaikan\n yang tinggi.\n\n\nSekiranya anda ingin mendapatkan perlindungan tambahan untuk insurans kereta anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans terbaik di Malaysia\n. Anda boleh tambah perlindungan tambahan yang dikehendaki dengan mudah secara online sahaja.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/premium-insurans/", "title": "Premium Insurans & 7 Istilah Insurans Lain Ramai Tak Tahu", "body": "\n\nJika ini merupakan kali pertama anda membeli insurans kereta, sudah tentu anda akan menemui beberapa istilah insurans yang mungkin agak mengelirukan seperti premium insurans, NCD kereta, \nbetterment \ndan banyak lagi. Jika anda tidak memahami istilah-istilah ini, ia mungkin akan menyukarkan anda untuk memahami polisi insurans anda dengan lebih baik yang boleh memberi masalah semasa anda membuat tuntutan insurans sekiranya berlaku kemalangan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n8 Istilah Insurans Kereta yang Anda Akan Temui Semasa Beli Insurans\n1. Premium Insurans\n2. Claim\n3. No Claim Discount (NCD)\n4. Perlindungan Tambahan Kereta\n5. Excess\n6. Loading\n7. Nilai Pasaran & Nilai Dipersetujui\n8. Betterment\nAnda Kini Boleh Membuat Penilaian & Memilih Polisi Insurans Terbaik\n\n\n8 Istilah Insurans Kereta yang Anda Akan Temui Semasa Beli Insurans\n\n\nMenurut \nAkta Pengangkutan Jalan 1987\n, semua kenderaan di Malaysia wajib mempunyai insurans kereta dan\n \nroadtax \nkereta\n untuk digunakan di atas jalan raya. Ini bermakna, insurans memainkan peranan penting bagi membolehkan kenderaan anda digunakan di jalan. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk memahami klausa, terma atau istilah berkaitan insurans sebelum membeli insurans kereta.\n\n\nMemahami istilah dalam insurans kereta membolehkan anda mengetahui dan memahami perlindungan yang anda ada sekiranya berlaku kemalangan. Berikut merupakan lapan istilah insurans yang anda biasa temui yang boleh membantu anda memilih polisi insurans terbaik dan juga memudahkan urusan anda apabila membuat tuntutan insurans:\u00a0\n\n\n1. Premium Insurans\n\n\nPerkara pertama yang anda perlu tahu bila mendapatkan insurans kereta adalah jumlah yang perlu anda bayar untuk mendapatkan perlindungan insurans atau lebih dikenali sebagai premium insurans. Tetapi, apa yang dimaksudkan dengan premium insurans? \n\n\nSecara amnya, maksud premium insurans kereta merujuk pada amaun yang anda bayar kepada syarikat insurans secara tetap pada setiap tahun atau setiap enam bulan untuk mendapatkan perlindungan insurans untuk kereta anda. Ini bermaksud, syarikat insurans anda akan membayar perlindungan yang terdapat dalam polisi insurans anda seperti yang dipersetujui sekiranya berlaku \nkemalangan\n atau kecurian kenderaan anda. Kebiasaannya, anda akan menemui premium kasar dan premium asas dalam polisi insurans anda.\n\n\nPremium Kasar\n\n\nPremium kasar ialah jumlah premium yang dibayar oleh pemilik polisi sebelum penolakan yuran pembrokerkan dan juga diskaun.\n\n\nPremium Asas\n\n\nPremium asas merujuk kepada bahagian premium standard untuk komisen ejen dan kos pentadbiran.\n\n\nKadar amaun premium anda bergantung kepada persetujuan di antara anda dan pihak insurans. Setiap syarikat insurans mempunyai kadar premium yang berbeza-beza kerana banyak faktor yang mereka pertimbangkan apabila menetapkan kadar premium insurans kereta. Berikut merupakan beberapa butiran yang mungkin dipertimbangkan oleh syarikat insurans anda semasa menetapkan kos premium.\n\n\nMaklumat Peribadi\n\n\nButiran peribadi anda seperti umur, jantina, status perkahwinan dan tempat tinggal memainkan peranan yang penting dalam menentukan kos polisi insurans anda.\n\n\nJenis Kereta\n\n\nKereta mahal\n dan mewah kebiasaannya akan dikenakan kadar premium yang lebih tinggi. Ini kerana, ia akan melibatkan kos pembaikan yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemalangan.\n\n\nJenis Perlindungan\n\n\nSemakin banyak perlindungan yang anda mahu, semakin tinggi kos premium\n \nanda. Secara amnya, sekiranya anda menambah sebarang perlindungan tambahan pada polisi insurans anda seperti perkhidmatan tunda kereta dan perlindungan bencana alam atau peril khas, ia akan meningkatkan kadar premium\n \nanda.\n\n\nKekerapan Pemanduan\n\n\nKekerapan pemanduan juga menjadi salah satu perkara yang akan diambil kira semasa menentukan premium insurans. Kadar \nmileage \nkereta juga boleh mempengaruhi kadar premium\n \ninsurans. Ini bermaksud, semakin tinggi bacaan \nmileage\n, semakin mahal polisi insurans anda.\n\n\nSebelum ini, harga premium\n \ninsurans kereta ditentukan oleh nilai, jenis model, usia dan kapasiti\n \nenjin kereta\n. Namun kini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanakan kadar atau tarif baharu berkuat kuasa pada 1 Julai 2017 untuk menentukan premium insurans kereta. Syarikat insurans perlu mengambil kira faktor-faktor seperti pekerjaan, umur, kekerapan penggunaan kereta, rekod pemanduan, ciri-ciri keselamatan yang ada pada kereta dan sebagainya sebelum menentukan harga premium kereta.\n\n\n2. \nClaim\n\n\nClaim\n dalam polisi insurans bermaksud anda membuat tuntutan pembayaran daripada syarikat insurans berdasarkan terma polisi insurans anda. Apabila anda sebagai pemegang polisi insurans mengalami kemalangan, anda berkemungkinan besar akan mengalami kerugian yang akan memberi kesan kepada kewangan anda. Berikutan kerugian yang anda alami, anda boleh membuat tuntutan daripada syarikat insurans untuk membayar mengikut kadar kerugian yang anda perlu tanggung.\u00a0\n\n\nCara \nclaim \ninsurans kereta\n bergantung pada punca kemalangan dan jenis tuntutan insurans anda. Syarikat insurans akan menyemak tuntutan untuk memeriksa kesahihannya dan kemudian membayar pampasan kepada anda setelah diluluskan. Namun begitu, \nclaim \ninsurans boleh ditolak\n oleh syarikat insurans disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:\n\n\n\n\nTidak membuat laporan polis dalam masa 24 jam selepas kemalangan\n\n\nMemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah\n\n\nMemberikan maklumat yang tidak tepat kepada syarikat insurans dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\n3. \nNo Claim Discount\n (NCD)\n\n\nNo Claim Discount\n atau lebih dikenali sebagai \nNCD kereta \nmerujuk pada diskaun yang diberikan kepada anda sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan insurans dalam tempoh setahun. Anda boleh menganggap ini sebagai satu bentuk ganjaran sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan atau tidak tuntutan dilakukan oleh pihak ketiga ke atas polisi anda. Ia sekali gus membantu mengurangkan kadar premium\n \ninsurans yang anda perlu bayar semasa \nrenew\n insurans pada tahun yang seterusnya.\n\n\nSekiranya anda tidak terlibat dalam mana-mana kemalangan dan tidak membuat sebarang tuntutan insurans sepanjang pemilikan, peratusan NCD kereta akan meningkat dari tahun ke tahun sehingga jumlah maksimum 55 peratus. Berikut merupakan jadual kadar NCD untuk kereta persendirian:\n\n\n\n\n\n\n\n\nTahun\n\n\nPeratus (NCD %)\n\n\n\n\n\n\nPertama\n\n\n0.00\n\n\n\n\n\n\nKedua\n\n\n25.00\n\n\n\n\n\n\nKetiga\n\n\n30.00\n\n\n\n\n\n\nKeempat\n\n\n38.33\n\n\n\n\n\n\nKelima\n\n\n45.00\n\n\n\n\n\n\nKeenam dan ke atas\u00a0\n\n\n55.00\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimana kalau anda terlibat dalam kemalangan? Adakah NCD akan hilang disebabkan anda membuat tuntutan insurans? Sebenarnya, ia bergantung kepada punca kemalangan tersebut. Jika kemalangan itu berlaku disebabkan oleh pihak lain, anda boleh membuat tuntutan insurans tanpa kehilangan NCD. Anda hanya akan kehilangan NCD sekiranya anda didapati bersalah menyebabkan kemalangan.\n\n\n4. Perlindungan Tambahan Kereta\n\n\nKebanyakan polisi insurans kereta akan menawarkan perlindungan tambahan seperti peril khas,\n insurans cermin kereta\n dan sebagainya kepada anda. Perlindungan tambahan merupakan perlindungan yang tidak termasuk dalam polisi insurans yang \nstandard\n. Berikut merupakan antara perlindungan tambahan yang anda boleh pertimbangkan:\n\n\nPerlindungan Peril Khas (\nSpecial Perils\n)\n\n\nPerlindungan peril khas\n merupakan perlindungan tambahan insurans kereta yang melindungi kereta anda daripada kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh \nbencana alam\n. Perlindungan peril khas ini meliputi kerosakan kereta akibat\n \nbanjir\n, tanah runtuh, kereta dihempap pokok tumbang dan sebagainya.\n\n\nSekiranya anda tidak mengambil polisi tambahan ini, anda tidak boleh membuat tuntutan insurans untuk perkara-perkara tertentu dan perlu menanggung kerugian sendiri.\u00a0\n\n\nPerlindungan Cermin\n\n\nCermin kereta\n merupakan salah satu bahagian yang paling terdedah dengan risiko. Apabila\n \ncermin kereta retak\n, anda perlu mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menggantikan kerosakan cermin ini. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengambil perlindungan tambahan insurans cermin kereta, anda boleh membuat tuntutan sekiranya berlaku insiden cermin retak atau pecah, atau masalah lain pada cermin depan, cermin belakang, cermin sisi dan sebagainya tanpa menjejaskan NCD kereta anda.\n\n\nPemandu Tambahan\n\n\nSekiranya kereta anda terlibat dalam kemalangan dan individu yang memandu tidak termasuk dalam senarai pemandu tambahan yang dilindungi polisi, anda boleh dikenakan bayaran penalti sebanyak RM400 apabila membuat \nclaim \ninsurans. Disebabkan itu, anda disarankan untuk mengambil jenis perlindungan tambahan ini.\u00a0\n\n\nKebanyakan syarikat insurans di Malaysia membolehkan anda menambah nama pemandu tambahan pertama secara percuma. Untuk setiap pemandu tambahan seterusnya, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM10. Bilangan maksimum pemandu yang boleh dilindungi dalam polisi insurans kereta biasanya ditetapkan kepada lima orang.\n\n\nInsurans Aksesori Kereta\n\n\nAksesori tambahan kereta seperti sistem bunyi yang canggih, rim tayar dan aksesori kereta lain tidak diinsuranskan oleh pelan insurans standard anda. Sekiranya aksesori-aksesori ini dicuri, polisi insurans kenderaan tidak akan memberi perlindungan dan membayar ganti rugi kepada pemilik. Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan perlindungan tambahan untuk aksesori kereta sekiranya anda seorang yang suka menambah aksesori yang mahal pada kereta anda.\u00a0\n\n\nRusuhan\n\n\nApa-apa jenis kerosakan yang menimpa kereta anda apabila berlakunya rusuhan, \nclaim\n insurans kereta tidak dapat dibuat kerana tidak dilindungi oleh polisi insurans. Walaupun mogok, rusuhan dan kekecohan awam jarang berlaku di Malaysia, anda boleh mengambil perlindungan tambahan ini untuk sebagai langkah keselamatan.\n\n\n5. \nExcess\n\n\nExcess\n merupakan bayaran yang anda perlu jelaskan terlebih dahulu semasa membuat tuntutan insurans kereta kemalangan. Pembayaran awal ini perlu dibuat terlebih dahulu walaupun anda tidak bersalah atau tidak menyebabkan kemalangan.\n\n\nAmaun \nexcess \nini ada dinyatakan dalam polisi anda. Contohnya, anda mengambil polisi insurans dengan \nexcess \nsebanyak RM400. Kos baik pulih kereta anda yang rosak disebabkan kemalangan adalah sebanyak RM2,500. Ini bermakna anda perlu membuat pembayaran \nexcess \nsebanyak RM400 terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan insurans kereta. Pihak insurans anda akan menanggung baki RM2,100 untuk kos baik pulih kereta anda.\n\n\nWalau bagaimanapun, sebarang kerosakan yang berlaku disebabkan \nkebakaran kereta\n, letupan atau kecurian tidak termasuk dalam \nexcess.\n Terdapat dua jenis \nexcess \ninsurans:\n\n\nExcess\n Wajib (\nCompulsory Excess\n)\n\n\nCompulsory Excess\n bermakna anda wajib membuat pembayaran \nexcess\n sebanyak RM400 iaitu amaun yang telah ditetapkan sebelum anda membuat tuntutan insurans. \nCompulsory\n excess ini dikenakan sekiranya anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerumur 21 tahun dan ke bawah\n\n\nPemegang lesen P dan lesen L\n\n\nTidak dinamakan dalam polisi insurans anda sebagai pemandu kedua\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nVoluntary Excess\n\n\nVoluntary Excess \nini merupakan jumlah yang anda bayar secara sukarela apabila membuat tuntutan insurans kereta. Tidak semua syarikat insurans mengenakan\n excess\n ini tetapi ada juga syarikat insurans yang memerlukan anda untuk membayar \nvoluntary excess\n. Biasanya, bayaran voluntary excess ini akan dikenakan sekiranya anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerumur 21 tahun dan ke bawah\n\n\nRisiko kereta dicuri lebih tinggi\n\n\nKereta lama\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n6. \nLoading\n\n\nSyarikat insurans mengenakan \nloading \nke atas premium asas insurans anda. Untuk pengetahuan anda, \nloading \nini merupakan caj tambahan yang dikenakan untuk menampung kerugian yang lebih tinggi daripada jangkaan. Caj ini dikenakan kepada pemegang polisi yang lebih berisiko menghadapi kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan atau\n \nkereta rosak tepi jalan\n. Berikut merupakan antara faktor yang diambil kira:\n\n\n\n\nSejarah memandu\n\n\nTabiat memandu\n\n\nKapasiti enjin\n\n\n\n\nKadar peratusan \nloading \nyang dikenakan adalah berbeza-beza kerana ia bergantung kepada syarikat insurans anda, biasanya kadar yang dikenakan setimpal dengan risiko yang perlu ditanggung oleh syarikat insurans. Kebiasaannya, caj \nloading \nyang dikenakan adalah antara 15 sehingga 35 peratus.\n\n\n7. Nilai Pasaran & Nilai Dipersetujui\n\n\nPerlindungan insurans kereta ditentukan dalam dua nilai yang berbeza iaitu nilai pasaran (M\narket Value\n) dan nilai dipersetujui (\nAgreed Value\n).\n\n\nNilai Pasaran\n\n\nNilai Pasaran bermakna syarikat insurans akan menilai kereta anda berdasarkan nilai pasaran kenderaan semasa, jenama dan tahun kereta anda. Ini bermakna sekiranya anda mengemukakan tuntutan untuk sebarang kerugian atau kecurian, syarikat insurans akan menilai tuntutan anda berdasarkan nilai pasaran semasa kenderaan anda pada masa tersebut. Anda mungkin mendapat bayaran yang lebih rendah daripada jumlah yang diinsuranskan kerana nilai kereta anda akan menyusut apabila tuntutan dibuat.\n\n\nNilai Dipersetujui\n\n\nNilai Dipersetujui pula bermaksud kereta anda diinsuranskan berdasarkan jumlah yang telah dipersetujui antara syarikat insurans dan anda. Jika anda memfailkan sebarang kerugian atau tuntutan kecurian, syarikat insurans akan memberi pampasan penuh kepada anda mengikut jumlah yang dipersetujui semasa perbaharui insurans walaupun nilai kereta anda mungkin telah menyusut semasa tuntutan dibuat.\n\n\n8. \nBetterment\n\n\nBetterment \nmerupakan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh anda sebagai pemegang polisi sekiranya komponen kenderaan yang rosak digantikan dengan komponen yang baharu. Ini kerana syarikat insurans hanya menanggung kos untuk menggantikan komponen yang rosak dengan alat ganti terpakai bagi kenderaan yang berusia 5 tahun ke atas. \n\n\nSebagai contoh, bampar kereta anda dilanggar dari belakang dan mengalami kerosakan teruk. Bahagian ini didapati sukar dibaiki dan perlu digantikan dengan komponen yang baharu.\u00a0\nMenggantikan bahagian yang rosak dengan bahagian baharu akan menelan kos yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, anda akan dicaj amaun tertentu untuk \nbetterment\n.\n\n\n\n\nAnda Kini Boleh Membuat Penilaian & Memilih Polisi Insurans Terbaik\n\n\nMemahami istilah-istilah insurans yang telah dikongsikan di atas akan membantu anda memperbaharui polisi anda dengan lebih baik. Kereta baharu atau\n \nkereta terpakai\n, kereta tempatan atau kereta import, jika anda memiliki kereta anda perlu mempunyai insurans kereta yang sah untuk memandu di jalan raya.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari\n \ninsurans kereta terbaik\n, anda boleh menggunakan platform Qoala yang menyediakan\n \nperlindungan pelan insurans terbaik\n daripada pelbagai syarikat insurans yang diiktiraf. Layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/renew-insurans-kereta/", "title": "Cara Renew Insurans Kereta Online di Qoala 2023", "body": "\n\nProses \nrenew\n insurans kereta kini lebih mudah. Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, anda kini boleh\n renew\n insurans kereta online. Bagaimana cara \nrenew\n insurans kereta online? Ikuti artikel ini untuk ketahui cara beli insurans kereta dan cara \nrenew\n insurans kereta online.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n7 Cara Renew Insurans Kereta Online di Qoala dalam Masa Kurang 5 Minit\n1. Layari qoala.my\n2. Masukkan Butiran\n3. Terima Sebut Harga\n4. Bandingkan dan Buat Pilihan\n5. Bayar Insuran Kereta Online\n6. Terima Salinan Polisi\n7. Terima Roadtax Kereta\n3 Sebab Perlu Renew Insurans Kereta Online di Qoala\n1. Proses Pantas\n2. Tiada Kos Tersembunyi\n3. Perbandingan Terperinci\n5 Tips Renew Insurans Kereta, Jimat Duit Beli Insurance Kereta Online\n1. Letakkan Jumlah Perlindungan Insurans yang Betul\n2. Pilih Perlindungan yang Sesuai\n3. Manfaatkan Promosi yang Ada\n4. Mantain Rekod NCD Kereta\n5. Lakukan Perbandingan Harga\nPilih Insurans Kereta Terbaik, Renew Insurans Kereta Online di Qoala untuk Ketenangan Fikiran\n\n\n7 Cara \nRenew\n Insurans Kereta Online di Qoala dalam Masa Kurang 5 Minit\n\n\nProses \nrenew insurance\n kereta atau beli insurans kereta online di Qoala sangat mudah. Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh \nbeli insurans kereta\n dari rumah tanpa perlu beratur atau bersusah payah.\n\n\nAnda kini tidak perlu lagi perlu melalui proses-proses yang merumitkan dan menghadap kesesakan lalu lintas. Anda juga tidak perlu beratur panjang semata-mata untuk bertemu dengan ejen insurans kereta anda.\n\n\nBerikut tujuh cara nak \nrenew\n insurans kereta dalam masa kurang lima minit di Qoala:\n\n\n\n\n1. Layari qoala.my\n\n\nLayari laman web Qoala, \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans kereta terbaik\n dan paling popular di Malaysia.\n\n\n2. Masukkan Butiran\n\n\nIsikan butiran ringkas (dan butiran kenderaan) anda seperti \nnombor plat kenderaan\n, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan poskod. Pihak kami akan menyediakan sebut harga daripada beberapa syarikat insurans terbaik untuk anda pilih.\n\n\n3. Terima Sebut Harga\n\n\nTerima sebut harga dalam masa kurang lima minit dan buat perbandingan anda sebelum anda \nrenew\n insurans kereta sendiri.\n\n\n4. Bandingkan dan Buat Pilihan\n\n\nBandingkan kesemua sebut harga daripada rakan insurans kami dan pilih mana-mana syarikat insurans yang menawarkan perlindungan kereta yang optimum. Anda boleh mengambil masa selama yang anda mahu untuk menyelidik dan menilai sendiri polisi perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda.\n\n\nBuat masa ini, Qoala bekerjasama dengan beberapa syarikat insurans di Malaysia antaranya:\n\n\n\n\nTakaful Ikhlas General Berhad\n;\n\n\nZurich General Insurance Berhad\n;\n\n\nAMGeneral Insurance\n;\n\n\nTune Protect\n;\n\n\nGenerali Malaysia\n;\n\n\nRHB Insurance Berhad\n;\n\n\nEtiqa Malaysia\n;\n\n\nLonpac Insurance Berhad\n.\n\n\n\n\n5. Bayar Insuran Kereta Online\n\n\nSahkan kesemua maklumat peribadi anda. Kemudian, buat pembayaran secara online melalui pilihan pembayaran yang disediakan. Selain kad kredit dan kad debit, kami turut menerima pembayaran melalui perbankan internet dan e-wallet.\n\n\n6. Terima Salinan Polisi\n\n\nSalinan polisi insurans kereta anda akan dihantar melalui e-mel setelah pembayaran disahkan.\n\n\n7. Terima \nRoadtax\n Kereta\n\n\nPenghantaran \nroadtax\n kereta\n fizikal akan dilakukan dalam masa lima (5) hingga tujuh (7) hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia, atau tujuh (7) hingga 14 hari bekerja bagi Sabah dan Sarawak.\n\n\nRoadtax\n kereta akan dihantar melalui kurier secara terus ke lokasi pilihan anda. Jika anda memilih untuk menggunakan \ncukai jalan digital\n, anda boleh semak dalam aplikasi MyJPJ anda.\n\n\n\n\n3 Sebab Perlu \nRenew\n Insurans Kereta Online di Qoala\n\n\nBanyak cara yang boleh anda pertimbangkan untuk \nrenew\n insuran online. Anda boleh terus pergi ke laman web syarikat insurans terbaik di Malaysia dan berurusan secara terus dengan pihak insurans.\n\n\nTetapi jika anda ingin membandingkan syarikat insurans bagi membantu buat pilihan sebelum \nbeli insurans online\n, anda boleh pertimbangkan platform Qoala. Kenapa anda patut mempertimbangkan Qoala untuk \nrenew\n insuran kereta online?\n\n\n1. Proses Pantas\n\n\nSetelah anda mengisi semua maklumat yang diperlukan, anda akan mendapat \nsebut harga insurans\n dalam masa kurang dari lima minit.\n\n\n2. Tiada Kos Tersembunyi\n\n\nApa yang dinyatakan dalam sebut harga, itulah harga yang perlu anda bayar ketika \nrenew insurance\n kereta online. Ini bermaksud, anda tidak perlu risau akan apa-apa kos tambahan atau kos tersembunyi lain yang mungkin dikenakan.\n\n\n3. Perbandingan Terperinci\n\n\nQoala bekerjasama dengan beberapa pilihan syarikat insurans terbaik di Malaysia. Ini membolehkan anda membuat perbandingan harga dan memilih perlindungan insurans yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda.\n\n\nAnda bukan sahaja boleh bandingkan harga, tetapi anda juga boleh mengetahui proses tuntutan insurans dan \nlokasi bengkel kereta panel berhampiran anda\n.\n\n\nApabila anda beli insuran kereta secara dalam talian, ambil masa anda sebelum memutuskan polisi mana yang sesuai dengan keperluan anda. Jika boleh, fahami \nistilah-istilah dalam insurans\n untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.\n\n\n5 Tips \nRenew\n Insurans Kereta, Jimat Duit Beli \nInsurance\n Kereta Online\n\n\nSebenarnya, ada cara yang boleh dilakukan untuk kurangkan \nharga premium insurans kereta\n anda. Jika anda ingin berjimat, berikut lima tips jimat duit \nrenew\n insurans kereta yang boleh anda praktikkan:\n\n\n1. Letakkan Jumlah Perlindungan Insurans yang Betul\n\n\nKebanyakan pemilik kereta akan meletakkan nilai perlindungan insurans atau \nsum insured\n berdasarkan \nNilai Dipersetujui atau Nilai Pasaran\n. Anda boleh pilih mana-mana pilihan ini mengikut keperluan anda, asalkan tidak terlebih perlindungan (\nover-insured\n) atau terkurang perlindungan (\nunder-insured\n).\n\n\n2. Pilih Perlindungan yang Sesuai\n\n\nInsurans kereta terbahagi kepada tiga jenis perlindungan \u2013 perlindungan \ninsurans kereta pihak ketiga\n; pihak ketiga, kebakaran dan kecurian; dan komprehensif. Ketiga-tiga pilihan ini menawarkan perlindungan tertentu, buat pilihan yang betul bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang sewajarnya.\n\n\n3. Manfaatkan Promosi yang Ada\n\n\nBiasanya, sesetengah syarikat insurans atau \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans\n seperti Qoala akan menawarkan promosi sempena hujung tahun atau musim perayaan.\n\n\nAnda boleh manfaatkan promosi-promosi ini untuk nikmati lebih banyak penjimatan semasa \nrenew\n insurans kereta.\n\n\n4. \nMantain\n Rekod NCD Kereta\n\n\nJika anda tak tahu, sejarah pemanduan boleh beri kesan pada harga insurans. Jika ada \ntuntutan insurans kemalangan\n telah dibuat, ia akan menjejaskan \nNCD kereta\n. Ia secara tidak langsung akan menyebabkan harga premium yang lebih mahal apabila anda nak bayar insurans kereta online.\n\n\nUntuk nikmati \nharga insurans kereta murah\n, pastikan anda memandu dengan berhati-hati atau tambah \nperlindungan tambahan\n tertentu supaya tak beri kesan pada NCD kereta sekiranya tuntutan dibuat.\n\n\n5. Lakukan Perbandingan Harga\n\n\nKebanyakan syarikat insurans kini menawarkan pilihan beli insurans kereta online. Manfaatkan kelebihan ini dengan membandingkan \nharga insurans kereta terbaik\n yang menepati bajet dan keperluan anda sebelum buat keputusan.\n\n\nUntuk lebih mudah, layari laman web Qoala untuk membandingkan harga daripada beberapa \nsyarikat insurans dan takaful terbaik\n di Malaysia. Dengan cara ini, anda boleh buat insurans kereta online pada harga yang berpatutan.\n\n\n\n\nPilih Insurans Kereta Terbaik, \nRenew\n Insurans Kereta Online di Qoala untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nSebelum beli insurans kereta, anda perlu fahami jenis perlindungan kereta yang anda perlukan terlebih dahulu. Dengan cara ini, ia dapat membantu anda memilih pelan perlindungan insurans kereta yang terbaik dan sesuai untuk kereta anda.\n\n\nDi Malaysia, terdapat banyak syarikat insurans kereta terbaik yang boleh anda pilih yang menawarkan perlindungan terbaik. Namun begitu, tidak semua syarikat insurans menawarkan pelan perlindungan yang sama.\n\n\nLakukan perbandingan dan pilih syarikat insurans yang menawarkan perlindungan yang lengkap yang menepati keperluan anda. Sekiranya anda ingin \nbeli insuran kereta terbaik\n atau \nrenew\n insuran kereta online\n dengan mudah, layari laman web Qoala.\n\n\nQoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans\n kereta paling popular di Malaysia. Anda boleh lakukan perbandingan dan \nrenew\n insurans kereta dengan mudah dan selamat dengan hanya satu klik!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/renew-lesen-memandu-online/", "title": "Panduan Lengkap Renew Lesen Memandu Online 2023 di Malaysia", "body": "\n\nProses pembaharuan \nlesen kereta\n atau \nrenew\n lesen memandu di Malaysia kini boleh dilakukan secara online. Jika sebelum ini anda perlu menghabiskan masa beratur panjang di kaunter untuk\n renew\n lesen memandu. Tetapi kini semuanya boleh dilakukan dengan mudah di hujung jari kepada cara baharu yang lebih efektif.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPembaharuan Lesen Memandu: Panduan Lengkap Renew Lesen Online Melalui MySikap dan MyEG\nCara Renew Lesen Memandu Online 2023 Melalui MySikap\nCara Renew Lesen Online 2023 Melalui MyEG\nHidupkan Lesen Memandu: Tempat Renew Lesen Memandu Secara Offline di Malaysia\nCara Renew Lesen Kereta di JPJ\nCara Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos\nProsedur Renew Lesen Memandu di UTC (Pusat Transformasi Bandar)\nPerkara Penting yang Anda Perlu Tahu Sebelum Renew Lesen Memandu\n1. Lesen Memandu Tamat Tempoh\n2. Harga Renew Lesen Memandu\n3. Dokumen Renew Lesen Memandu\n\n\nPembaharuan Lesen Memandu: Panduan Lengkap \nRenew\n Lesen Online Melalui MySikap dan MyEG\n\n\nPelaksanaan sistem pembaharuan atau \nrenew\n lesen memandu secara online merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam mendigitalisasikan perkhidmatan. Ia sekali gus membolehkan proses pembaharuan atau \nrenew\n lesen memandu lebih mudah kerana anda boleh melakukannya secara online melalui MySikap atau MyEG.\n\n\nCara\n Renew\n Lesen Memandu Online 2023 Melalui MySikap\n\n\nMungkin masih ramai yang belum tahu tentang kemudahan yang disediakan di \nportal MySikap JPJ\n online. Secara asasnya, prosedur \nrenew\n lesen memandu dan \npembaharuan \nroadtax\n kereta\n boleh dibuat secara online melalui portal ini. Untuk \nrenew\n lesen kereta melalui MySikap, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nLayari portal rasmi \nMySikap JPJ\n. Jika anda belum mempunyai akaun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu;\n\n\nIsi semua maklumat yang bertanda (*) dan masukkan kod sekuriti yang dipaparkan;\n\n\nPastikan segala maklumat yang diisi adalah betul dan tepat \u2013 tandakan kotak pengesahan dan tekan butang Hantar;\n\n\nSetelah pendaftaran berjaya, kata laluan akan dihantar ke alamat e-mel anda;\n\n\nKemudian, Log Masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui e-mel;\n\n\nMasukkan kod sekuriti dan klik Log Masuk;\n\n\nSetelah berjaya, tetapkan semula kata laluan yang diberikan kepada kata laluan anda yang baharu;\n\n\nUntuk \nrenew\n lesen memandu online, pilih menu Lesen Memandu dan submenu Pembaharuan Lesen Memandu;\n\n\nIsi semua maklumat pembaharuan lesen yang diperlukan dengan lengkap, kemudian buat pembayaran secara online;\n\n\nSebelum sahkan pembayaran, pastikan anda semak dan buat pengesahan maklumat yang dipaparkan. Jika maklumat yang dipaparkan betul, klik Teruskan;\n\n\nSetelah selesai, simpan resit sebagai bukti jika perlu;\n\n\nKaedah penghantaran lesen memandu atau \nroadtax\n hanya tersedia untuk pengambilan di Kaunter JPJ buat masa ini.\n\n\n\n\nCara Renew Lesen Online 2023 Melalui MyEG\n\n\nSelain portal MySikap, anda juga boleh \nrenew\n lesen memandu secara online melalui portal MyEG. Proses \nrenew\n lesen memandu online melalui MyEG tidak mengambil masa yang lama dan sangat mudah. Berikut panduan yang boleh anda ikuti untuk memudahkan proses pembaharuan atau \nrenew\n lesen memandu anda:\n\n\n\n\nLayari laman web rasmi \nMyEG\n \u2013 anda perlu mendaftarkan akaun terlebih dahulu jika belum mempunyai akaun MyEG;\n\n\nKlik butang Daftar Sekarang dan isi maklumat yang diperlukan;\n\n\nSetelah selesai pendaftaran, klik butang Daftar Masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah ditetapkan;\n\n\nKemudian, klik menu Jabatan Pengangkutan Jalan diikuti dengan butang Perbaharui Lesen Memandu;\n\n\nBaca terma dan syarat yang dipaparkan, kemudian klik Teruskan;\n\n\nIsi maklumat yang diperlukan \u2013 no. kad pengenalan, kategori lesen, tempoh pembaharuan, no. telefon, e-mel dan kaedah pengambilan;\n\n\nKemudian, pilih cara pembayaran secara online;\n\n\nSebelum mengesahkan pembayaran dan klik \u201cTeruskan\u201d, pastikan segala maklumat yang diisi adalah betul dan tepat;\n\n\nSetelah pembayaran selesai, simpan resit sebagai bukti jika perlu;\n\n\nSekiranya anda memilih menerima lesen memandu secara penghantaran, pihak MyEG akan menghantar lesen ke alamat yang diberikan;\n\n\nCaj RM5 dikenakan bagi penghantaran di sekitar Lembah Klang, RM6 bagi Semenanjung Malaysia dan RM10 bagi Sabah dan Sarawak.\n\n\n\n\nUntuk memperbaharui lesen memandu melalui MyEG, tempoh pembaharuan yang dibenarkan adalah antara satu hingga lima tahun dan nama anda tidak disenaraihitamkan (\nnama kena \nblacklist\n) dalam sistem.\n\n\nHidupkan Lesen Memandu: Tempat \nRenew\n Lesen Memandu Secara Offline di Malaysia\n\n\nSelain pilihan\n renew\n lesen memandu online, anda juga boleh memperbaharui lesen memandu atau lesen kereta di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pusat Transformasi Bandar (UTC) atau mana-mana cawangan Pejabat Pos Malaysia Berhad. Qoala menyenaraikan panduan lengkap dan cara\n renew\n lesen memandu offline untuk rujukan dan panduan anda.\n\n\nCara\n Renew\n Lesen Kereta di JPJ\n\n\nAnda boleh sambung lesen kereta atau motosikal anda di kaunter JPJ di seluruh Malaysia. Berikut merupakan prosedur \nrenew\n lesen memandu di JPJ:\n\n\n\n\nHadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri atau Cawangan berhampiran anda \u2013 hadir awal untuk mengelakkan terpaksa menunggu lama;\n\n\nAmbil nombor giliran atau beratur mengikut saluran ditetapkan;\n\n\nSerahkan dokumen yang diperlukan (kad pengenalan, lesen asal dan slip lesen \u2013 untuk pembaharuan kali pertama) kepada pegawai bertugas;\n\n\nLakukan pembayaran dan tunggu pengesahan;\n\n\nTerima lesen memandu baharu.\n\n\n\n\nKebiasaannya, proses pembaharuan lesen memandu di JPJ memakan masa kurang daripada sejam bergantung pada jumlah pelanggan semasa.\n\n\n\n\nCara\n Renew\n Lesen Memandu di Pejabat Pos\n\n\nSelain perkhidmatan penghantaran, kewangan dan pembayaran bil, Pejabat Pos juga menawarkan perkhidmatan \nrenew\n lesen kereta (atau lesen motor) dan \ncukai jalan kenderaan\n di Pejabat Pos. Berikut merupakan cara memperbaharui lesen memandu di Pejabat Pos:\n\n\n\n\nHadir ke mana-mana rangkaian Pejabat Pos Malaysia berhampiran anda. Anda digalakkan hadir awal untuk mengelakkan terpaksa menunggu lama;\n\n\nAmbil nombor giliran atau beratur mengikut saluran ditetapkan;\n\n\nSerahkan dokumen yang diperlukan (kad pengenalan, lesen asal dan slip lesen \u2013 untuk pembaharuan kali pertama) kepada petugas di kaunter;\n\n\nLakukan pembayaran dan tunggu pengesahan;\n\n\nTerima lesen kereta atau lesen motor baharu.\n\n\n\n\nBiasanya, urusan pembaharuan lesen memandu di Pejabat Pos tertakluk pada caj perkhidmatan sebanyak RM2.\n\n\nProsedur \nRenew\n Lesen Memandu di UTC (Pusat Transformasi Bandar)\n\n\nPusat Transformasi Bandar (UTC) turut menawarkan perkhidmatan untuk\n renew\n lesen memandu. Bagi anda yang ingin \nrenew\n lesen memandu di UTC, berikut merupakan senarai lokasi UTC \nrenew\n lesen untuk memudahkan urusan anda:\n\n\n\n\nUTC Pahang, Pahang;\n\n\nUTC Terengganu, Terengganu;\n\n\nPusat Transformasi Bandar (UTC) Perak, Perak;\n\n\nUTC KL, Kuala Lumpur;\n\n\nMini UTC Keramat, Kuala Lumpur;\n\n\nMini UTC Sentul, Kuala Lumpur;\n\n\nUTC Melaka, Melaka;\n\n\nUTC Johor, Johor;\n\n\nPusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah, Kedah;\n\n\nMini UTC Sungai Petani, Kedah;\n\n\nPusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching, Sarawak;\n\n\nUTC Sibu, Sarawak;\n\n\nUTC Miri, Sarawak;\n\n\nPusat Transformasi Bandar (UTC) Sabah, Sabah;\n\n\nUTC Tawau, Sabah.\n\n\n\n\nPerkara Penting yang Anda Perlu Tahu Sebelum \nRenew\n Lesen Memandu\n\n\nSelain itu, berikut merupakan perkara-perkara penting berkaitan \nrenew\n lesen memandu yang perlu diberi perhatian oleh pemilik kenderaan.\n\n\n1. Lesen Memandu Tamat Tempoh\n\n\nPemilik kenderaan boleh memilih untuk memperbaharui lesen memandu sama ada untuk tempoh minimum satu tahun atau paling maksimum lima tahun. Jika lesen kereta atau lesen motor telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui dalam tempoh tiga tahun, pemilik kenderaan perlu menjalani semula \nujian lesen memandu\n.\n\n\nLesen P Tamat Tempoh\n\n\nAnda boleh renew lesen P tamat tempoh dalam masa setahun dari tarikh tamat tempoh terakhir. Jika lesen P tamat tempoh lebih dari setahun, anda boleh mengemukakan rayuan kepada Ketua Pengarah JPJ.\n\n\nLesen L Tamat Tempoh\n\n\nBagi lesen L pula, ia perlu diperbaharui setiap tiga atau enam bulan dalam tempoh latihan. Namun begitu, ia tidak boleh melepasi agregat dua tahun daripada tarikh lesen L dikeluarkan. Sekiranya melepasi tempoh tersebut, calon perlu ulang semula semua proses mendapatkan lesen L dari awal.\n\n\nJika lesen memandu tamat tempoh melebihi tempoh ditetapkan, anda perlu melakukan prosedur berikut:\n\n\n\n\nBuat rayuan kepada Ketua Pengarah JPJ dengan menyatakan sebab-sebab lesen tamat tempoh;\n\n\nJika permohonan diluluskan, anda akan dikecualikan daripada menghadiri kursus KPP 1, ujian undang-undang, KPP 2 dan QTI. Namun begitu, anda perlu menjalani ujian praktikal JPJ bahagian 2 (mendaki bukit, \nparking\n selari dan pusingan tiga penjuru) dan bahagian 3 (ujian jalan raya);\n\n\nJika permohonan tidak diluluskan, anda perlu ulang semula prosedur mendapatkan lesen memandu dari awal.\n\n\n\n\n2. Harga \nRenew\n Lesen Memandu\n\n\nAnda perlu perbaharui lesen kereta (\nrenew\n lesen CDL) anda sebelum tamat tempoh untuk mengelakkan anda daripada \nkena saman\n. Anda boleh pilih tempoh pembaharuan yang sesuai mengikut keperluan anda. Berikut merupakan harga\n renew\n lesen memandu (lesen kereta) mengikut tempoh pembaharuan:\n\n\n\n\n\n\n\n\nTempoh Sah (Tahun)\n\n\nHarga \nRenew\n Lesen Memandu (RM)\n\n\n\n\n\n\n\n\n1\n\n\n\n\n30\n\n\n\n\n\n\n\n\n2\n\n\n\n\n\n\n60\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3\n\n\n\n\n\n\n90\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4\n\n\n\n\n\n\n120\n\n\n\n\n\n\n\n\n5\n\n\n\n\n150\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut pula merupakan kadar harga \nrenew\n lesen memandu (lesen motor dan lain-lain) berdasarkan laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):\n\n\n\n\nKadar bayaran sebanyak RM2/setahun dikenakan untuk pemilik lesen kelas A/A1;\n\n\nBagi pemilik lesen kelas B2, B dan C pula, harga\n renew\n lesen memandu adalah sebanyak RM20/setahun;\n\n\nBagi bukan warganegara pula, kadar bayaran \nrenew\n lesen memandu adalah sebanyak RM120/setahun untuk semua kelas kenderaan \u2013 B2, B, C, D, DA, F, G, H dan I.\n\n\n\n\nHarga \nRenew\n Lesen L dan Lesen P di Malaysia\n\n\nProses \nrenew\n lesen P ke CDL dan lesen GDL (lesen kenderaan barangan) TIDAK boleh dilakukan secara online. Ia hanya boleh diperbaharui di kaunter JPJ sahaja. Anda hanya boleh \nrenew\n lesen L dan lesen CDL tamat tempoh secara online.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelas Lesen\n\n\nHarga \nRenew\n Lesen L\n\n\nHarga \nRenew\n Lesen P\n\n\n\n\n\n\nA/A1\n\n\nRM2\n\n\nRM2 untuk tempoh dua tahun\n\n\n\n\n\n\nB2\n\n\nRM2 (tiga bulan) RM4 (enam bulan)\n\n\nRM2 untuk tempoh dua tahun\n\n\n\n\n\n\nB dan C\n\n\nRM20 (tiga bulan) dan RM40 (enam bulan)\n\n\nRM40 untuk tempoh dua tahun\n\n\n\n\n\n\nD dan ke atas\n\n\nRM30 (tiga bulan dan RM60 (enam bulan)\n\n\nRM60 untuk tempoh dua tahun\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Dokumen \nRenew\n Lesen Memandu\n\n\nJika urusan pembaharuan lesen memandu dilakukan secara fizikal di JPJ atau Pejabat Pos, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk memudahkan urusan:\n\n\n\n\nKad Pengenalan (MyKad)/Pasport asal; atau\n\n\nSalinan MyKad/pasport pemohon sekiranya prosedur\n renew\n lesen memandu dilakukan oleh wakil;\n\n\nDokumen pengenalan diri asal wakil;\n\n\nLesen memandu asal/salinan;\n\n\nPemegang pasport yang masih berkuat kuasa (warga asing).\n\n\n\n\nSemoga perkongsian mengenai pembaharuan atau \nrenew\n lesen memandu online ini boleh membantu memudahkan urusan anda. Selain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk \nrenew\n insurans kereta pada harga murah\n dan terbaik, layari laman web Qoala untuk maklumat lanjut.\n\n\nQoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans terbaik\n di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan \nbeli insurans\n yang mudah, cekap dan pantas.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/renew-roadtax-motor-online/", "title": "Cara Renew Roadtax Motor Online & Offline 2023 Malaysia", "body": "\n\nProses \nrenew roadtax\n motor atau hidupkan \nroadtax\n motor perlu dilakukan setiap tahun. \nRoadtax\n motor atau cukai jalan motor merupakan cukai yang dikenakan ke atas pemilik motosikal. Ia bagi membolehkan motosikal digunakan secara sah di atas jalan raya dan mengelakkan daripada \nkena saman polis\n.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nCara Hidupkan Roadtax Motor, Renew Road Tax Motor Online 2023\n1. Cara Renew Roadtax Motor Online\n2. Cara Renew Roadtax Motor Secara Fizikal\nSenarai Harga Renew Roadtax Motor Mengikut CC, Tempoh Renew Roadtax Motosikal di Malaysia\nApa Perlu Dilakukan Jika Lambat Renew Roadtax Motor, Renew Road Tax Motor Tamat Tempoh Selepas Setahun?\n1. Tempah\u00a0Slot Pemeriksaan Motor di Puspakom\n2. Baiki atau Servis Motosikal\n3. Dapatkan Permit Perjalanan Sementara\n4. Lakukan Pemeriksaan di Puspakom\n5. Perbaharui Insuran Motosikal Online, Renew Road Tax Motor\nHidupkan Insurans Motor, Renew Roadtax Motor Online di Qoala untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nCara Hidupkan \nRoadtax\n Motor, \nRenew Road Tax\n Motor Online 2023\n\n\nRoadtax\n motorsikal atau cukai jalan motor juga dikenali sebagai \nrotek \nmotor\n, lotex \nmotor\n, lotek \nmotor\n, rotax \nmotor\n, roktex \nmotor atau \nroxtec\n motor. Seperti dinyatakan di atas, anda perlu hidupkan \nrotex\n motor anda setiap tahun.\n\n\nMacam mana nak\n renew roadtax\n motor? Bagi memudahkan anda, berikut cara nak \nrenew roadtax\n motor online untuk rujukan dan panduan anda:\n\n\n1. Cara \nRenew Roadtax \nMotor\n Online\n\n\nSelari dengan amalan norma baharu, pelbagai perkhidmatan dalam negara kini beralih kepada proses digital termasuklah proses bayar\n roadtax\n motor dan sambung \nroadtax\n motor. Kini proses \npembaharuan cukai jalan\n dan \npembelian insurans motor\n boleh diakses dari rumah secara online tanpa perlu beratur secara fizikal di kaunter.\n\n\nDi Malaysia, ada beberapa cara perbaharui\n roadtax\n motor online yang boleh anda pertimbangkan seperti Qoala, \nMyEG\n dan lain-lain lagi.\n\n\n\n\nCara \nRenew Roadtax Motor\n MyEG\n\n\nSekiranya anda ingin \nrenew roadtax\n motosikal online melalui MyEG, berikut merupakan cara\n renew road tax\n motor MyEG untuk panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari portal rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/;\n\n\nDaftar sebagai pengguna \u2013 sediakan dokumen \nuntuk renew roadtax\n motor untuk memudahkan urusan (no plat motor, no kad pengenalan, jenis kenderaan, kapasiti enjin, tahun kenderaan, nilai perlindungan);\n\n\nLog masuk ke dalam sistem MyEG;\n\n\nKlik pada butang \nRoadtax Renewal\n;\n\n\nIsikan semua maklumat yang diperlukan seperti nama, no kad pengenalan, no telefon, alamat e-mel, \nno plat motor\n dan tempoh \nrenew roadtax \nmotorsikal;\n\n\nPilih cara penghantaran;\n\n\nPastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan betul, kemudian lakukan pembayaran;\n\n\nSelesai.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara Hidup\n Roadtax \nMotor\u00a0di Qoala\n\n\nSelain MyEG, anda juga boleh mempertimbangkan untuk lakukan \npembaharuan cukai jalan dan insurans motosikal\n anda di Qoala.\n\n\nQoala merupakan \nplatform perbandingan insurans yang terbaik\n dan komprehensif di Malaysia. Proses \nrenew roadtax\n moto boleh dilakukan dengan mudah, cepat dan selamat dengan hanya beberapa langkah mudah:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari laman web \nQoala\n;\n\n\nIsikan butiran ringkas anda seperti nombor plat motor, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan poskod.\n\n\nSahkan maklumat peribadi anda dan buat pembayaran secara online.\n\n\nPenghantaran \nroadtax\n motor akan dilakukan dalam masa lima (5) hingga tujuh (7) hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia, tujuh (7) hingga 14 hari bekerja bagi Sabah dan Sarawak.\n\n\nRoad tax\n motor akan dihantar melalui kurier secara terus ke rumah anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimana cara nak bayar roadtax motor online? Apabila sambung rotex motor di Qoala, salah satu cara bayar roadtax motor yang boleh dilakukan adalah secara online melalui perbankan internet.\n\n\nSelain \nrenew road tax \nmotosikal online, anda juga boleh gunakan platform ini untuk \nrenew \ninsuranc\ne motosikal.\n Untuk ketahui \ncara \nrenew insurance\n motor online\n di Qoala \u2013 anda boleh rujuk artikel ini.\n\n\n2. Cara \nRenew Roadtax\n Motor Secara Fizikal\n\n\nSelain hidupkan \nroadtax\n motor online, ada cara lain untuk \nrenew roadtax\n motor yang boleh anda pertimbangkan. Anda juga boleh perbaharui cukai jalan di mana-mana lokasi \nrenew road tax\n motosikal seperti Pejabat Pos, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).\n\n\nBerikut merupakan cara nak hidupkan \nroadtax\n motor secara fizikal untuk panduan anda:\n\n\nCara \nRenew Roadtax\n Motor di Pejabat Pos\n\n\nSalah satu tempat \nrenew roadtax\n motor adalah di Pejabat Pos. Berikut merupakan cara hidupkan \nroadtax\n motor\u00a0di Pejabat Pos untuk memudahkan urusan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSediakan dokumen untuk \nrenew roadtax \nmotor seperti sijil pemilikan kenderaan (VOC) dan salinan\n cover note\n insurans sedia ada;\n\n\nHadir ke mana-mana Pejabat Pos berhampiran rumah anda;\n\n\nAmbil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran dipanggil;\n\n\nSerahkan dokumen diperlukan kepada pegawai bertugas;\n\n\nSelesai.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMeskipun urusan pembaharuan cukai jalan di Pejabat Pos mudah dan cepat, anda perlu pastikan yang anda melepasi syarat \nrenew\n \nroadtax\n di Pejabat Pos yang ditetapkan seperti berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTempoh hidupkan \nroadtax\n motor minimum enam (6) bulan dan maksimum satu (1) tahun;\n\n\nKenderaan mestilah mempunyai perlindungan\n insurans motor\n yang sah;\n\n\nAnda hanya boleh\n renew road tax\n motosikal yang akan tamat dalam tempoh dua (2) bulan;\n\n\nJika\n owner\n asal meninggal dunia\n, proses pembaharuan cukai jalan hanya dibenarkan untuk tempoh enam (6) bulan sahaja bagi setiap permohonan untuk tempoh tidak lebih lima (5) tahun;\n\n\nPermohonan (jika tempoh kematian) telah melebihi tempoh lima (5) tahun mestilah mendapat kelulusan;\n\n\nJika tarikh luput\n roadtax\n melebihi satu (1) tahun daripada tarikh permohonan, pemilik kenderaan perlu menghantar kenderaan ke Puspakom terlebih dahulu untuk pemeriksaan. Ia bagi membolehkan pembaharuan cukai jalan boleh dilakukan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara \nRenew Roadtax\n Motor di JPJ dan UTC\n\n\nAnda juga boleh perbaharui cukai jalan di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).\n\n\nBerikut merupakan cara buat \nroadtax\n motor\u00a0di JPJ dan UTC untuk rujukan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSediakan dokumen untuk \nrenew roadtax \nmotor di JPJ (sijil pemilikan kenderaan (VOC) dan salinan\n cover note\n insurans sedia ada);\n\n\nHadir ke mana-mana Pejabat JPJ atau UTC berhampiran anda;\n\n\nAmbil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil;\n\n\nSerahkan dokumen diperlukan kepada pegawai bertugas;\n\n\nSelesai.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi memudahkan urusan anda, berikut merupakan dokumen yang perlu anda bawa semasa\n renew roadtax\n motor di JPJ atau UTC:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKad Pengenalan pemilik kenderaan berdaftar atau wakil;\n\n\nDokumen laporan pemeriksaan Puspakom bagi kenderaan motor yang tidak aktif (jika berkaitan);\n\n\nPemeriksaan PG10 bagi motosikal milik individu, motosikal yang diperiksa oleh JPJ atau motosikal yang disita oleh JPJ (jika berkaitan);\n\n\nJika pemilik kenderaan berdaftar telah meninggal dunia lebih 5 tahun, dokumen yang menunjukkan proses pembahagian pusaka telah dimulakan atau apa-apa dokumen untuk mempertimbangkan kelulusan perlu diberikan (jika berkaitan);\n\n\nBorang perakuan pengisytiharan lokasi kenderaan digunakan seperti Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai (jika berkaitan);\n\n\nDokumen Pengisytiharan Kastam (K3) dan Resit Pelabuhan bagi Sabah, Sarawak dan Pulau Bebas Cukai (jika berkaitan).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSenarai Harga \nRenew\n \nRoadtax\n Motor Mengikut CC, Tempoh \nRenew Roadtax\n Motosikal di Malaysia\n\n\nHarga\n roadtax\n motor biasanya tetap dan tidak berubah. Harga\n road tax\n motor biasanya ditentukan bergantung pada kapasiti enjin atau CC motosikal.\n\n\nSelain itu, \nroadtax\n motor harga juga berbeza mengikut lokasi. Harga \nroad tax\n motor di Sabah dan Sarawak lebih murah berbanding harga perbaharui cukai jalan motosikal di Semenanjung Malaysia\n\n\nAnda boleh rujuk harga r\nenew roadtax\n motor di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak seperti jadual di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKapasiti Enjin (CC Enjin)\n\n\nHarga\n Roadtax\n Motor 2023 Semenanjung\n\n\nHarga\n Roadtax\n Motor 2023 Sabah Sarawak\n\n\n\n\n\n\nHarga \nroadtax\n motor 150cc dan ke bawah\n\n\nRM2\n\n\nRM2\n\n\n\n\n\n\nMotor 151cc hingga 200cc\n\n\nRM50\n\n\nRM9\n\n\n\n\n\n\nMotor 201cc hingga 250cc\n\n\nRM50\n\n\nRM12\n\n\n\n\n\n\nMotor 251cc hingga 500cc\n\n\nRM180\n\n\nRM30\n\n\n\n\n\n\nMotor 501cc hingga 800cc\n\n\nRM250\n\n\nRM40\n\n\n\n\n\n\nMotor 800cc dan ke atas\n\n\nRM350\n\n\nRM42\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi tempoh pembaharuan cukai jalan motor pula, ia adalah bergantung sepenuhnya pada pilihan anda. Anda boleh pilih untuk perbaharui \nroadtax\n motor untuk tempoh sama ada enam (6) bulan atau 12 bulan.\n\n\nSekiranya insurans motosikal dan cukai jalan yang tamat tempoh tidak diperbaharui, ada kemungkinan anda boleh kena \nsaman polis\n\u00a0atau \ntuntutan insurans mungkin ditolak\n sekiranya berlaku kemalangan.\n\n\nApa Perlu Dilakukan Jika Lambat \nRenew Roadtax\n Motor, \nRenew Road Tax\n Motor Tamat Tempoh Selepas Setahun?\n\n\nSekiranya\n roadtax\n motorsikal mati melebihi tempoh setahun atau lebih, anda perlu lakukan prosedur tambahan untuk hidup \nroadtax\n motor anda. Anda perlu lakukan pemeriksaan motor di Puspakom. Berikut merupakan cara hidup kan \nroadtax\n motor atau cukai jalan di Puspakom untuk panduan anda:\n\n\n1. Tempah\u00a0Slot Pemeriksaan Motor di Puspakom\n\n\nRoad tax\n motor mati lebih setahun perlu jalani pemeriksaan khas di Puspakom. Setelah lulus pemeriksaan ini barulah anda boleh \nrenew road tax\n motor seperti biasa. Bagi memudahkan urusan \nrenew road tax\n di Puspakom, anda disarankan untuk membuat temujanji secara \nonline\n melalui aplikasi MyPUSPAKOM.\n\n\nBerikut merupakan panduan pendaftaran akaun MyPUSPAKOM:\n\n\n\n\nDaftar masuk www.mypuspakom.com.my atau muat turun aplikasi MyPuspakom;\n\n\nKlik Daftar Masuk Kali Pertama dan pilih daftar akaun individu (untuk kenderaan persendirian) atau akaun perdagangan (untuk kenderaan perdagangan);\n\n\nMasukkan kesemua maklumat yang diperlukan seperti alamat e-mel, kata laluan dan nama pengguna;\n\n\nTekan Daftar;\n\n\nSelesai.\n\n\n\n\n\n\nBagi menetapkan temujanji pula, anda boleh ikut langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nLog masuk ke akaun MyPUSPAKOM menggunakan e-mel dan kata laluan yang disahkan;\n\n\nPilih Temujanji Baru;\n\n\nLengkapkan butiran kenderaan termasuk jenis pemeriksaan, pusat pemeriksaan, tarikh dan masa pemeriksaan;\n\n\nKemudian, lengkapkan butiran pembawa kenderaan yang akan hadir untuk pemeriksaan;\n\n\nSahkan butiran temujanji \u2013 dokumen yang perlu dibawa semasa pemeriksaan akan dipaparkan selepas anda sahkan temujanji;\n\n\nLakukan pembayaran secara\n online \u2013 \nterima slip pengesahan tempahan melalui e-mel berdaftar;\n\n\nBawa slip pengesahan temujanji semasa pemeriksaan.\n\n\n\n\n2. Baiki atau Servis Motosikal\n\n\nSetelah anda berjaya \nbooking\n slot, anda bolehlah baiki atau servis motor anda sebelum pemeriksaan. Baiki mana-mana bahagian yang rosak seperti\n lampu brek\n, \ntayar kereta\n, cermin sisi dan sebagainya.\n\n\nKalau \nside mirror\n motor ada satu sahaja misalnya, anda bolehlah keluarkan belanja untuk beli\n side mirror\n baharu. Jika tak lepas syarat, anda tak boleh lulus pemeriksaan Puspakom ini!\n\n\n3. Dapatkan Permit Perjalanan Sementara\n\n\nJika anda menunggang motosikal tanpa cukai jalan yang sah, anda dikira melanggar undang-undang jalan raya. Jika anda ingin bawa motosikal anda ke Puspakom untuk pemeriksaan, anda perlu dapatkan permit perjalanan sementara (JPJ K12) dari mana-mana cawangan JPJ berdekatan anda.\n\n\nPermit ini boleh dianggap seperti tiket perjalanan sehari yang membolehkan anda membawa motor anda ke lokasi pemeriksaan Puspakom. Jangan melencong ke tempat lain pula.\n\n\n4. Lakukan Pemeriksaan di Puspakom\n\n\nUntuk hidupkan \nroadtax\n motor atau \nrenew roadtax\n moto di Puspakom, anda perlu sediakan dokumen untuk \nrenew roadtax\n motor. Dokumen diperlukan antaranya \ngeran motor\n original\n, kad pengenalan dan lesen memandu yang sah.\n\n\nSelepas pendaftaran, tunggu sehingga Pegawai Puspakom selesai memeriksa motor anda. Biasanya, pegawai akan memeriksa nombor chasis motor, lampu motor, lampu signal, lampu brek dan sebagainya.\n\n\nSekiranya kesemua komponen motor ini berada dalam keadaan baik, permohonan anda akan diluluskan dan laporan pemeriksaan akan dikeluarkan. Laporan pemeriksaan ini hanya sah dalam tempoh sebulan sahaja.\n\n\nJadi, anda perlu pastikan jangan lambat \nrenew roadtax\n motor dan \nrenew roadtax\n motor dengan kadar segera.\n\n\n5. Perbaharui Insuran Motosikal Online, \nRenew Road Tax\n Motor\n\n\nSetelah lulus ujian pemeriksaan Puspakom, anda boleh terus \nhidup kan \nrotex\n motor anda. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk \nbeli insurans motor\n terlebih dahulu untuk melancarkan proses\n renew road tax\n motor anda.\n\n\n\n\nHidupkan Insurans Motor, \nRenew Roadtax\n Motor Online di Qoala untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nSemoga panduan cara nak\n renew roadtax\n motor online dan cara sambung \nroadtax\n motor secara offline di JPJ, UTC ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Untuk hidup kan \nrotex\n motor atau sebelum buat \nroadtax\n motor ini, pastikan anda \nrenew\n insurans motor\n anda terlebih dahulu.\n\n\nSetelah selesai, barulah anda boleh memperbaharui cukai jalan motor anda. Anda boleh ikuti artikel ini untuk ketahui \ncara \nrenew\n insurans motor di Malaysia\n proses lebih mudah. Sekiranya anda ingin hidupkan \ninsurans motor pada harga murah\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut.\n\n\nQoala merupakan platform perbandingan dan \npembaharuan insuran motor terbaik\n di Malaysia. Anda boleh \nperbaharui insuran motosikal online\n dengan mudah tanpa perlu beratur panjang di kaunter.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/roadtax-motor-mati/", "title": "Roadtax Motor Mati Lebih Setahun, Mati Lebih 3 Tahun?", "body": "\n\nMungkin ada dalam kalangan anda yang pernah atau sedang mengalami situasi \nroadtax\n motor mati lebih setahun atau \nroadtax\n motor mati lebih tiga tahun. Situasi ini mungkin kerana jarang menggunakan kenderaan tersebut sehingga tak sedar atau terlupa \ncukai jalan motor\n telah tamat tempoh melebihi setahun.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n2 Cara Renew Roadtax Motor Mati Lebih Setahun\n1. Perbaharui Insurans Motor\n2. Renew Road Tax Motor\n5 Cara Renew Roadtax Motor Mati Lebih 3 Tahun\n1. Hantar Pemeriksaan Puspakom\n2. Pastikan Motor dalam Keadaan Baik\n3. Dapatkan Permit Perjalanan Sementara\n4. Lakukan Pemeriksaan\n5. Renew Roadtax dan Insurans\nPerbezaan Roadtax Motor Mati Lebih Setahun vs Roadtax Motor Mati Lebih 3 Tahun\nApa Akan Berlaku Jika Anda Tidak Memperbaharui Road Tax Motor Tepat Pada Waktunya?\nNikmati Cara yang Lebih Menjimatkan untuk Perbaharui Insurans dan Cukai Jalan Motor Anda!\n\n\n2 Cara \nRenew Roadtax\n Motor Mati Lebih Setahun\n\n\nAnda boleh memilih untuk\n renew\n cukai jalan\n motosikal untuk tempoh selama enam bulan atau 12 bulan (setahun). Proses pembaharuan ini boleh dilakukan dua bulan lebih awal sebelum tamat tempoh. Bagaimana pula dengan proses pembaharuan jika \nroadtax\n motor mati melebihi satu tahun?\n\n\nBerikut merupakan dua langkah yang sangat mudah untuk anda menghidupkan semula \nroadtax\n motor anda yang sudah mati lebih setahun:\n\n\n1. Perbaharui Insurans Motor\n\n\nProses \nrenew roadtax\n motor mati lebih setahun tidak perlu dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan. Anda hanya perlu renew insurans seperti biasa. Pastikan semua \ntunggakan saman\n telah diselesaikan, jika ada. Anda tidak akan dapat \nrenew roadtax\n motor anda jika tidak membayar tunggakan saman.\n\n\n2. \nRenew Road Tax\n Motor\n\n\nKemudian, anda bolehlah hidupkan \nroadtax\n motor mati lebih setahun seperti biasa. Anda hanya perlu sediakan dokumen seperti kad pengenalan dan juga salinan \ncover note\n insurans motor yang telah diperbaharui.\n\n\n\n\n5 Cara \nRenew Roadtax\n Motor Mati Lebih 3 Tahun\n\n\nAnda tidak boleh memperbaharui cukai jalan motor seperti biasa apabila \nroadtax\n motor mati lebih 3 tahun. Jika cukai jalan tamat tempoh melebihi tiga tahun, anda perlu membuat pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terlebih dahulu.\n\n\nBerikut langkah yang boleh anda ikuti untuk \nrenew roadtax\n motor mati lebih 3 tahun untuk panduan anda:\n\n\n1. Hantar Pemeriksaan Puspakom\n\n\nAnda perlu membuat janji temu di laman web Puspakom sebelum membawa motor anda ke cawangan berdekatan untuk pemeriksaan. Bayaran untuk membuat pemeriksaan motor adalah RM20, boleh jadi lebih murah pada waktu perayaan dan waktu-waktu tertentu.\n\n\n2. Pastikan Motor dalam Keadaan Baik\n\n\nPastikan motor anda berada dalam keadaan baik supaya urusan pemeriksaan menjadi lebih mudah dan cepat lulus. Jika tidak lulus pemeriksaan, anda perlu membetulkan sebarang kegagalan dan datang untuk pemeriksaan semula.\n\n\nJadi, lebih baik anda pastikan motor anda dalam keadaan yang baik supaya tidak perlu melalui proses yang sama berulang kali.\n\n\n3. Dapatkan Permit Perjalanan Sementara\n\n\nPermit boleh didapatkan di cawangan JPJ terdekat. Lebih mudah jika \nprint\n sahaja dari laman web JPJ dan lengkapkan terus. Anda cuma perlu minta pengesahan daripada pegawai sahaja.\n\n\nDokumen lain yang biasanya diperlukan ialah kad pengenalan, geran asal motor dan lesen memandu yang sah. Permit perjalanan sementara ini hanya boleh digunakan sekali sahaja.\n\n\n4. Lakukan Pemeriksaan\n\n\nPemeriksaan nombor \nchassis\n, meter, brek, pengeluaran asap dan sebagainya akan dilakukan. Jika lulus pemeriksaan, anda akan mendapat laporan pemeriksaan pada hari yang sama. Anda diberi masa untuk\n renew\n cukai jalan motor dalam masa 30 hari.\n\n\nJika tidak lulus pula, anda akan diminta membetulkan sebarang kekurangan atau kegagalan pada motor anda, juga dalam masa 30 hari.\n\n\n5. \nRenew Roadtax\n dan Insurans\n\n\nSetelah selesai, anda boleh terus \nrenew\n insurans dan cukai jalan motor anda dalam tempoh yang telah ditetapkan. Untuk ketenangan fikiran, anda boleh \nrenew\n insurans\n dan roadtax di laman web Qoala.\n\n\nQoala merupakan platform perbandingan dan pembaharuan insurans dalam talian terbaik di Malaysia dengan jaminan proses yang sangat mudah.\n\n\nPerbezaan \nRoadtax\n Motor Mati Lebih Setahun vs \nRoadtax\n Motor Mati Lebih 3 Tahun\n\n\nBerikut perbezaan antara \nrenew roadtax\n motor mati lebih setahun vs \nrenew roadtax\n motor mati lebih dari tiga tahun untuk panduan anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\nRoadtax\n Motor Mati Lebih Setahun\n\n\nRoadtax\n Motor Mati Lebih 3 Tahun\n\n\n\n\n\n\nBoleh \nrenew\n \nroad tax\n seperti biasa\u00a0\n\n\nTak boleh \nrenew road tax \nseperti biasa\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTidak perlu ke Puspakom\n\n\nPerlu ke Puspakom untuk membuat pemeriksaan kenderaan\n\n\n\n\n\n\nBoleh\n renew\n \nroad tax\n secara dalam talian atau \noffline\u00a0\n\n\nHanya boleh \nrenew\n \nroad tax\n di cawangan JPJ yang berdekatan sahaja\n\n\n\n\n\n\nProses yang sama seperti \nrenew\n \nroad tax\n yang belum tamat tempoh\n\n\nProses yang lebih rumit dan mengambil masa\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nApa Akan Berlaku Jika Anda Tidak Memperbaharui \nRoad Tax\n Motor Tepat Pada Waktunya?\n\n\nAnda boleh disaman dan dikenakan denda sehingga RM200 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika didapati tidak \nmemperbaharui \nroad tax\n motor\n anda. Selain itu, anda juga berkemungkinan tidak dapat \nclaim\n insurans\n jika berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan, kecurian ataupun kebakaran.\n\n\n\n\nNikmati Cara yang Lebih Menjimatkan untuk Perbaharui Insurans dan Cukai Jalan Motor Anda!\n\n\nBagi anda yang agak sibuk, salah satu cara yang lebih mudah dan pantas untuk anda \nrenew\n roadtax motor mati dan insurans motor anda adalah dengan melalui Qoala. Anda hanya perlu layari laman web Qoala, isi semua maklumat yang diperlukan dan ikut panduan yang disediakan.\n\n\nLebih menarik lagi, anda boleh \nrenew\n insurans motor\n dan \nroadtax\n motor di bawah platform yang sama \u2013 semua urusan diselesaikan di depan komputer atau melalui telefon sahaja. Hanya pilih syarikat insurans yang menepati bajet dan keperluan, sediakan wang mencukupi dan bayar secara online.\n\n\nProses selesai tak sampai 10 minit pun. Mudah kan? Qoala sememangnya \nplaform perbandingan dan pembaharuan insurans\n dan \nrenew\n roadtax motor mati yang efisien, selamat dan menjimatkan masa.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/sakit-belakang/", "title": "Petua Hilangkan Sakit Belakang Badan Semasa Drive", "body": "\n\nSakit belakang masa drive ni kalau dibiarkan boleh memudaratkan. Ramai pemandu mengadu sakit dan lenguh badan ketika memandu. Lagi-lagi masa drive yang jauh dan panjang atau tersangkut dalam traffic jam yang lama.\u00a0Pemanduan yang selesa sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko berlakunya \nkemalangan \ndi jalan raya. Sebab tulah keselesaan dalam pemanduan kena dititikberatkan.\n\n\nActually, sakit belakang ni memang common lah dalam kalangan pemandu. Tapi, memandu jauh sebenarnya bukanlah penyebab utama. Sebabnya, faktanya adalah kita duduk dalam posisi sama atau tidak betul dalam jangka masa yang lama.\u00a0Tekanan yang dikenakan pada tulang belakang terutamanya semasa memandu ni dikatakan lagi besar jika dibandingkan dengan duduk untuk makan, bekerja atau menonton televisyen.\n\n\nSatu lagi fakta menarik, menurut\n International Archives of Occupational and Environmental Health\n, pemandu selalunya akan terdedah kepada getaran seluruh badan (whole-body vibration). Dan risiko untuk sakit belakang masa drive ni dua kali ganda lagi tinggi daripada orang lain.\n\n\n\u201cAlaa biasalah sakit belakang. Sekejap je tu,\u201d\n kata Siti Nurhaliza (bukan nama sebenar).\n\n\nSakit belakang masa drive ni korang memang tak nampak impak besar dia sekarang. Tapi, dalam jangka masa panjang, baru korang akan nampak impak dia. Time tu nak buat \naktiviti\n berat sikit pun tak boleh.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nCara Kurangkan Sakit Belakang Semasa Drive (Sebelum Memandu)\n1. Kedudukan Kerusi Kereta\n2. Kedudukan Stereng, Penyandar Kepala dan Cermin Sisi\n3. Sokongan Lumber atau Lumbar Support\n4. Kosongkan Poket Belakang\nCara Kurangkan Sakit Belakang Semasa Drive (Semasa Memandu)\n1. Rehat Sebentar di RNR\n2. Hidupkan Pemanas Kerusi\nCara Kurangkan Sakit Belakang Semasa Drive (Selepas Memandu)\nSebelum Rehat, Buat Stretching Dulu!\n\n\nCara Kurangkan Sakit Belakang Semasa Drive (Sebelum Memandu)\n\n\nOkay, macam biasalah, memandu ni kalau jalan clear tak ada masalah sangat. Yang perit tu bila tersangkut dalam \ntraffic jam\n. Bila \ntraffic jam\n ni, memang akan buatkan kita sakit belakang. Tapi ada cara untuk kurangkan rasa sakit belakang tu. Ikuti tips-tips ni:\n\n\n\n\n1. Kedudukan Kerusi Kereta\n\n\nSebelum memandu, korang kena betulkan kedudukan kerusi \nkereta\n korang untuk elakkan sakit belakang semasa memandu. Laraskan kedudukan kerusi secara menegak dengan sudut kerusi yang dicadangkan antara 100 hingga 110 darjah.\n\n\nBila kerusi kereta dah berada dalam kedudukan yang betul, korang boleh sandarkan bahagian belakang badan korang sepenuhnya pada kerusi \nkereta\n.\n\n\nKenapa kena dapatkan kedudukan yang betul?\n\n\nBila kedudukan kerusi kereta korang tak betul, mula lah sakit belakang. Kalau sudut kerusi kereta korang lebih condong daripada apa yang dicadangkan, postur kepala dan leher akan jadi tak selesa sekali gus boleh menjejaskan kualiti pemanduan korang.\n\n\nBukan tu je, kedudukan kerusi sama ada ke belakang atau ke depan pun memainkan peranan. Pastikan jarak antara kerusi dengan pedal tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Yang sedang-sedang saja.\n\n\nJarak yang tak betul boleh menyebabkan ketidakselesaan. Jangan lupa untuk pastikan lutut korang sedikit bengkok sekitar 90 darjah ketika menekan klac atau semasa menekan pedal brek.\n\n\n2. Kedudukan Stereng, Penyandar Kepala dan Cermin Sisi\n\n\nPastikan kerusi \nkereta\n berada pada kedudukan yang selesa dan cukup dekat dengan stereng bagi memastikan postur badan bahagian atas tak membongkok semasa memandu. Korang sepatutnya boleh merehatkan pergelangan tangan korang pada stereng tanpa perlu menggerakkan atau membongkokkan badan korang ke depan.\n\n\nKedudukan \nstereng\n, rendah atau tinggi ni memang bergantung pada keselesaan korang.\n\n\nUntuk penyandar kepala atau headrest pula, laraskan kedudukan sehingga bahagian tengah kusyen berada betul-betul di bahagian tengah belakang kepala korang.\n\n\nCermin sisi pun kena dilaraskan mengikut kesesuaian sehingga korang boleh melihat pandangan belakang dengan hanya mengerakkan mata tanpa perlu menggerakan badan korang. Cara ini juga dapat membantu korang amalkan tabiat duduk yang betul dan boleh kurangkan rasa sakit belakang.\n\n\n3. Sokongan Lumber atau Lumbar Support\n\n\nNak lagi selesa, korang boleh buat pembelian aksesori kerusi kereta tambahan macam kusyen kereta (lumbar support cushion). Kebanyakan kerusi kereta hari ni banyak menampilkan reka bentuk yang tak ergonamik, sokongan lumber yang tak cukup dan tak sesuai dengan bentuk badan.\n\n\nPenggunaan aksesori macam ni dapat bantu bagi kelegaan dan boleh kurangkan masalah sakit belakang, especially masa driving yang lama atau perjalanan yang jauh. Korang juga boleh buat diy je sokongan lumber ni, gulungkan baju dan letakkan di bahagian belakang badan korang.\n\n\n4. Kosongkan Poket Belakang\n\n\nSebelum duduk tu, pastikan poket belakang korang kosong. Dompet, \ntelefon bimbit\n, airpods, powerbank atau apa-apa kena dikeluarkan dari poket belakang. Sebabnya, benda-benda ni boleh sebabkan ketidakseimbangan sistem saraf, tulang dan juga otot. Bila adanya barang-barang di poket semasa kita memandu, kedudukan kita jadi tak asimetri semasa duduk sekali gus menyebabkan kerosakan pada saraf-saraf utama di bahagian pinggul.\n\n\nBenda ni mungkin tak bagi impak yang ketara pada peringkat permulaan, namun ia boleh menjadi lebih buruk dari semasa ke semasa yang boleh menjejaskan kualiti kesihatan tulang belakang kita.\n\n\nCara Kurangkan Sakit Belakang Semasa Drive (Semasa Memandu)\n\n\nBerikut cara kurangkan sakit belakang yang boleh anda praktikkan:\n\n\n1. Rehat Sebentar di RNR\n\n\nSelalunya, duduk dalam satu posisi yang lama ni boleh menyebabkan kita rasa sakit belakang dan juga kekejangan otot. Kalau korang terpaksa drive jauh, or tersekat dalam kesesakan lalu lintas ke, korang disarankan untuk rancang perjalanan dan singgah ke lokasi-lokasi R&R. Dengan singgah di R&R, atleast korang boleh keluarkan kereta dan buat regangan ringkas.\n\n\nLakukan regangan ringkas macam berdiri, berjalan, bongkok ke hadapan, condong ke belakang untuk kurangkan tekanan pada bahagian tulang belakang badan.\n\n\nBila korang buat regangan ringkas, ia boleh membantu merangsangkan peredaran darah yang membekalkan nutrisi\u00a0 dan oksigen ke bahagian tulang belakang korang.\n\n\n2. Hidupkan Pemanas Kerusi\n\n\nKalau kerusi kereta korang ada feature advanced macam pemanas kerusi, atau heated seats, memang banyak membantu kalau korang aktifkan feature pemanas kerusi sepanjang perjalanan. Boleh dikatakan feature ni sebenarnya sama seperti pad pemanasan yang ada dekat rumah sesetengah orang.\n\n\nFeature ni boleh membantu memastikan aliran darah kita berjalan lancar, mengurangkan tekanan pada sendi dan otot sepanjang pemanduan. Kereta moden hari ini mostly dilengkapi dengan seat kereta yang boleh dipanaskan yang boleh membantu mengurangkan kekejangan otot dan meredakan tekanan di bahagian belakang badan.\n\n\nTapi tulah, bukan semua orang ada kereta yang ada feature pemanas kerusi ni. Jangan risau guys, jika perlu, korang boleh bawa heat pack kalau korang kena drive jauh. Balut dengan towel dan letakkan di belakang badan untuk memberikan sedikit kelegaan semasa memandu.\n\n\nCara Kurangkan Sakit Belakang Semasa Drive (Selepas Memandu)\n\n\nLepas dah penat memandu, confirmlah kita kalau boleh nak terus baringkan? Yelah, dah penat jauh memandu.\n\n\nTapi sebenarnya, kita actually disarankan untuk lakukan regangan ringkas terlebih dahulu untuk kurangkan risiko sakit belakang selepas berjalan jauh.\n\n\n\n\nSebelum Rehat, Buat Stretching Dulu!\n\n\nStretching tak perlu heavy pun. Regangan ringkas seperti brisk walk, side pull, thoracic rotations, roll downs dan sebagainya boleh untuk mengurangkan risiko sakit belakang. Regangan mudah dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan impak sakit belakang. Korang\u00a0 boleh cuba \nsenaman\n untuk sakit belakang seperti berikut:\n\n\n\n\nGenggam sambil menyilangkan jari antara tapak tangan kiri dan kanan, kemudian luruskan kedua-dua tangan ke atas, kiri, kanan dan ke hadapan. Pastikan korang berada dalam keadaan tegak bagi meredakan tekanan pada tulang belakang. Lakukan regangan ini selama 3 sesi, 10 saat setiap sesi.\n\n\nTundukkan kepala anda ke bawah, kemudian pusingkan kepala korang dari kanan ke kiri/kiri ke kanan sekurang-kurangnya selama 5 saat sebanyak tiga kali.\n\n\nNaikkan bahu ke atas dan turunkan semula bahu korang\u00a0 dengan perlahan-lahan. Tarik dan hembus nafas dalam masa yang sama.\n\n\nPusingkan badan ke kiri dan ke kanan dan tahan selama 10 saat \u2013 jika terdengar bunyi \u2018krak\u2019 semasa melakukan langkah ini, ia merupakan sebahagian daripada regangan.\n\n\n\n\nItu sahaja yang dapat \nQoala\n kongsikan. Nak dapatkan \ninsurans kereta terbaik\n? \nQoala\n kan ada!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/semak-no-plat-kereta-langgar-lari/", "title": "Cara Semak No Plat Kereta Langgar Lari, Ikuti 7 Langkah Ini", "body": "\n\nJika anda terlibat dalam kemalangan \nlanggar lari\n, salah satu cara untuk membantu pihak berkuasa menyelesaikan \nkes kemalangan\n anda adalah dengan mengenal pasti nombor plat kereta yang terlibat dalam kejadian. Artikel ini akan berkongsikan cara-cara untuk semak no plat kereta langgar lari yang anda perlu tahu.\n\n\nSemak No Plat Langgar Lari: Apa Perlu Buat Jika Anda Terlibat Dalam Situasi Kemalangan Langgar Lari?\n\n\nMemang pening kepala kalau terlibat kemalangan jalan raya terutama sekali jika kemalangan itu adalah kemalangan langgar lari. Situasi ini sememangnya tidak ideal kerana pemandu yang terlibat terus meninggalkan tempat kejadian tanpa ada rasa bertanggungjawab. Namun begitu, anda masih boleh semak no plat kereta langgar lari sekiranya anda berjaya dapatkan maklumat nombor plat kenderaan. Untuk semak no plat kereta langgar lari, anda perlu ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\nCatatkan maklumat tentang kejadian seperti tarikh, masa dan lokasi kejadian;\n\n\nSediakan bukti seperti gambar atau video kejadian melalui \ndashcam\n kereta\n anda atau sekiranya ada saksi yang boleh memberikan keterangan;\n\n\nHubungi pihak polis untuk laporkan kejadian kemalangan langgar lari;\n\n\nBerikan maklumat pelanggar seperti nombor plat kereta, jenis kereta dan warna kereta;\n\n\nPihak polis akan menyemak rekod kereta yang anda laporkan;\n\n\nJika pelanggar berjaya ditemui, pihak polis akan menghubungi pemilik kereta dan meminta mereka untuk datang ke balai polis untuk memberikan keterangan;\n\n\nPihak polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik kereta sekiranya didapati bersalah.\n\n\n\n\n\n\nPortal Semak No Plat Kereta Langgar Lari\n\n\nAnda juga boleh semak no plat kereta langgar lari secara online melalui MyEG dan MyCarInfo. Dua portal ini membolehkan anda untuk menyemak segala maklumat kenderaan yang melanggar kereta seperti \nrekod saman\n, \npolisi insurans kereta\n dan lain-lain lagi.\n\n\nMYEG\n\n\nPortal ini membolehkan anda untuk semak rekod saman kereta yang melanggar kereta anda dan pada masa yang sama boleh dapat maklumat seperti nama penuh dan kad pengenalan pemilik kenderaan. Ikuti langkah-langkah di bawah:\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari laman web\u00a0\nMyEG;\n\n\nJika anda belum mendaftar, anda perlu Daftar Masuk terlebih dahulu;\n\n\nSelepas selesai pendaftaran, anda perlu Log Masuk atau Login MyEG;\n\n\nSemak \u201cSummons Service\u201d PDRM;\n\n\nKlik \u201cCheck Summons\u201d. Maklumat berkaitan akan dipaparkan untuk tindakan anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMyCarInfo\n\n\nSekiranya anda mendapati tiada rekod tentang kenderaan tersebut di portal MyEG, anda boleh cuba portal ini untuk semak no plat kereta langgar lari. Tujuan utama polisi ini adalah untuk mendapatkan info ringkas \npolisi insurans kereta\n pesalah.\n\n\nUntuk menggunakan perkhidmatan portal ini, anda perlu membuat pembayaran sebanyak RM6. Anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti nombor polisi, tarikh mula dan tarikh tamat insurans pemilik kenderaan. Ikuti langkah-langkah berikut:\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari laman portal rasmi MyCarInfo;\n\n\nDaftar akaun sekiranya anda tidak mempunyai akaun MyCarInfo. Kemudian\u00a0\nlogin\n akaun MyCarInfo anda;\n\n\nDi halaman utama, klik butang \u201cServices\u201d dan pilih \u201ci-Search\u201d;\n\n\nDi paparan skrin pada bahagian bawah, pilih pelan \u201cComprehensive\u201d dan anda akan dibawa ke pelan pembayaran;\n\n\nKlik pada \u201cSelect 1 Credit\u201d (RM6) dan buat pembayaran melalui FPX;\n\n\nMasukkan nombor plat kenderaan yang ingin anda semak, nama serta alamat e-mel anda;\n\n\nMaklumat-maklumat berkaitan akan dihantar ke alamat e-mel anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimana Jika Anda Tidak Tahu Nombor Plat Pelanggar?\n\n\nMeskipun anda tidak mempunyai maklumat yang mencukupi atau tidak dapat mengetahui nombor plat kereta yang terlibat, anda masih perlu laporkan kepada pihak polis untuk mereka mengambil tindakan selanjutnya. Anda boleh cuba untuk berikan deskripsi kenderaan yang terlibat, seperti warna, jenama, model dan ciri-ciri lain seperti kesan atau calar yang dapat membantu mengenal pasti kenderaan tersebut.\n\n\nSelain itu, anda juga boleh mencuba mencari saksi-saksi yang menyaksikan kejadian tersebut dan meminta mereka untuk memberikan keterangan. Namun begitu, jika tidak berjaya menemui kereta yang melanggar anda, anda berkemungkinan besar perlu tanggung sendiri kos untuk baiki kerosakan kereta anda.\n\n\nIni bermakna anda boleh memilih untuk tidak membuat sebarang tuntutan insurans. Langkah ini boleh anda pertimbangkan sekiranya kerosakan kereta anda tidak terlalu teruk dan memakan kos yang besar untuk dibaiki. Pada masa yang sama, anda juga tidak akan kehilangan \nNCD kereta\n anda.\n\n\nWalau bagaimanapun, jika kerosakan kereta anda sangat teruk dan anda rasa anda tidak mampu untuk menanggung kos kerosakan, anda boleh pertimbangkan untuk membuat \nclaim\u00a0\ninsurans kereta\n daripada syarikat insurans anda. Dalam situasi ini, anda akan kehilangan NCD kereta anda.\n\n\nKesimpulannya, dalam situasi kemalangan jalan raya, perkara paling penting yang anda patut dapatkan adalah nombor plat kereta yang terlibat. Oleh sebab itu, penting untuk anda semak no plat kereta langgar lari. Dengan memahami proses semak no plat kereta langgar lari, anda akan membantu proses siasatan pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes langgar lari anda.\n\n\nSelain itu, jika anda sedang mempertimbangkan untuk \nrenew\n insurans kereta\n pada harga terbaik, layari laman web Qoala untuk maklumat lanjut. Qoala merupakan platform perbandingan dan \nrenew\n insurans terbaik\n di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan beli insurans dengan mudah, cekap dan pantas.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/senaman-di-rumah/", "title": "Senaman Di Rumah Yang Mudah Dilakukan", "body": "\n\nKebanyakan orang mengingatkan untuk melakukan senaman, kita perlu membuat di tempat yang sesuai dengan peralatan yang sesuai. Sebenarnya, senaman di rumah pun sudah memadai. Jadual seharian yang padat kadang-kadang membuatkan kita tidak sempat melakukan senaman walaupun di \nrumah\n. Siang hari yang sibuk dengan kerja, malam pula dipenuhi dengan sesi bersama anak-anak serta membuat kerja-kerja rumah yang lain. Setelah selesai rutin harian, badan pula rasa tidak bertenaga untuk membuat sebarang senaman.\u00a0\n\n\nMenurut sebuah \nkajian\n, kekurang bersenam menjadi antara punca utama datangnya pelbagai penyakit. \nApabila kita tidak melakukan senaman, dan umur semakin meningkat, badan akan menjadi \u2018flabby\u2019 dan lemak di badan akan meningkat dari masa ke masa. Terutamanya apabila kita makan tidak ingat dunia tanpa mengikut apa yang disyorkan oleh pakar. Perkara ini tidak nampak kesannya dalam jangka masa yang pendek. Kebiasaannya, ia akan mula menampakkan kesan buruk pada jangka masa panjang. Dalam jangka masa panjang, badan akan menjadi cepat letih, kelesuan, didatangi pelbagai penyakit dan banyak lagi jika tidak bersenam.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n6 Senaman di Rumah yang Boleh Anda Lakukan\n1. Melompat Tali\n2. Push Up\n3. Jumping Jack\n4. Zumba\n5. Senaman Squat\n6. Jogging\nKesan-kesan Jika Tidak Bersenam\n1. Mudah Diserang Penyakit\n2. Kesukaran untuk Tidur\n3. Mudah Keletihan\n4. Rasa Lapar\n5. Badan Kaku dan Keras\n6. Ketidakseimbangan Perasaan\n7. Gangguan Pencernaan\nKesilapan Ketika Melakukan Senaman\n1. Tidak Memanaskan Badan\n2. Melakukan Aktiviti Bukan Kegemaran\n3. Overdoing\n4. Teknik yang Salah\n5. Tiada Perubahan dalam Senaman\n6. Harapan yang Tidak Realistik\nDiet Harian Mesti Seimbang\n1. Oatmeal\n2. Sayuran Hijau\n3. Sup\n4. Buah-buahan\n\n\n6 Senaman di Rumah yang Boleh Anda Lakukan\n\n\nUntuk bersenam, anda tidak memerlukan alat-alat bersenam yang canggih seperti dumbel dan sebagainya. Ini antara senaman di rumah yang mudah dilakukan:\n\n\n1. Melompat Tali\n\n\nMelompat tali adalah salah satu senaman di rumah yang mampu membakar banyak kalori dalam jangka masa yang singkat. Melompat tali selama 15 minit juga terbukti mempunyai kesan yang sama seperti berlari selama 30 minit. Selain itu, tali skipping turut dapat menambahkan kekuatan kaki, kepantasan, koordinasi dan daya tahan kaki. Bukan itu sahaja, melompat tali juga merupakan senaman di rumah yang baik untuk mengurangkan berat badan di samping mengekalkan badan yang sihat.\u00a0\n\n\n2. Push Up\n\n\nPush up adalah sebuah senaman di rumah yang paling asas yang dapat mengaktifkan hampir keseluruhan otot dalam badan. Nak bina otot? Lakukan push up. Nak kempiskan perut? Lakukan push up. Nak betulkan postur badan? Lakukan push up. Begitulah banyaknya kelebihan melakukan push up. Melakukan push up mampu menguatkan hampir keseluruhan otot badan.\u00a0\n\n\n3. Jumping Jack\n\n\nSenaman jumping jack, atau lompat bintang adalah merupakan antara senaman di \nrumah\n yang popular kerana ia sangat mudah untuk dilakukan. Senaman lompat bintang antara senaman yang penting kerana ia mampu meningkatkan daya tahan kardiovaskular pada tubuh badan. Dengan melakukan senaman jumping jack, ia mampu untuk meningkatkan kesihatan jantung. Ia juga bertindak sebagai agen yang mampu mencegah penyakit kardiovaskular seperti \ndiabetes \ndan obesiti.\n\n\n4. Zumba\n\n\nZumba menyediakan senaman untuk seluruh badan. Dari segi gulungan kepala dan bahu yang melonggarkan leher dan menghangatkan bahagian atas badan, hingga gerakan kaki yang menguatkan dan meregangkan betis dan pergelangan kaki, kaedah kecergasan ini menyentuh hampir setiap otot dan sendi. Zumba juga merupakan sejenis senaman di rumah yang boleh membantu melepaskan tekanan. Malah, ada yang juga berpendapat bahawa ia lebih baik daripada terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas dikatakan dapat melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin.\n\n\n5. Senaman Squat\n\n\nRamai menganggap senaman squat ini hanya untuk memantapkan punggung saja. Sebenarnya, ia lebih daripada itu. Regangan daripada melakukan senaman squat dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih lancar dan dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhannya. Lenturan dan regangan lutut dalam senaman squat dapat menguatkan otot pada bahagian tersebut serta membolehkan lebih banyak oksigen dan darah mengalir di sekitar sendi. Ini membantu untuk memastikan anggota tubuh badan lebih fleksibel dan kuat.\n\n\n6. Jogging\n\n\nJogging juga merupakan salah satu senaman di \nrumah\n yang paling mudah. Antara kelebihannya adalah kesihatan jantung yang baik. Dengan setiap larian yang anda lakukan, ia akan melatih jantung untuk bekerja dan membantu pengaliran darah yang baik. Ia juga secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko serangan jantung, darah tinggi atau pun strok.\n\n\n\n\nKesan-kesan Jika Tidak Bersenam\n\n\nRamai yang mengetahui tentang kepentingan bersenam. Tapi, berapa ramaikan yang benar-benar meluangkan masa untuk membuat senaman walaupun di rumah? Malahan, ramai yang mencari dan mencipta alasan seperti sibuk dengan tugas harian sehingga tiada masa untuk bersenam. Senaman bukan sahaja ubat yang percuma, malah ia amat berkesan untuk merawat dan mencegah pelbagai penyakit yang boleh menyerang diri.\u00a0\n\n\nIni antara kesan-kesannya jika kita tidak melakukan senaman:\n\n\n1. Mudah Diserang Penyakit\n\n\nAktiviti bersenam berkait rapat dengan ketahanan badan. Menurut pakar kecergasan, jika mahukan daya ketahanan badan meningkat,\u00a0 seseorang individu tersebut perlu melakukan senaman dengan kerap. Tubuh yang sakit adalah isyarat bagi seseorang untuk lebih aktif secara fizikal. Antara penyakit yang boleh dihidapi adalah seperti penyakit kolesterol, diabetes dan banyak lagi.\n\n\n2. Kesukaran untuk Tidur\n\n\nSekiranya anda mengalami kesukaran untuk tidur, ia juga petanda yang badan anda memerlukan senaman. Apabila anda tidak bersenam, tidur yang anda peroleh mungkin tidur yang tidak berkualiti. Oleh itu, mulakan aktiviti bersenam dengan dengan kerana dengan melakukan aktiviti senaman, ia dapat memberikan anda tidur yang berkualiti. Malahan, anda akan mudah untuk tidur dan dapat bangun dengan bertenaga.\n\n\nMenurut sebuah kajian penyelidikan, individu yang mengamalkan senaman boleh tidur 1.25 jam lebih lama berbanding dengan mereka yang tidak terlibat langsung dalam aktiviti fizikal.\n\n\n3. Mudah Keletihan\n\n\nIndividu yang tidak bersenam juga akan mudah berasa keletihan walaupun cukup makan, cukup minum, dan cukup rehatnya. Keadaan ini berlaku apabila badan kita sedang melaparkan pergerakan atau senaman di rumah. Kajian dari sebuah universiti telah mengesyorkan anda harus terlibat dengan latihan untuk tiga kali seminggu sekurang kurangnya 20 minit supaya aktiviti ini dapat meningkatkan lagi tenaga anda sehingga 20 peratus.\n\n\n4. Rasa Lapar\n\n\nSekiranya kita tidak bersenam, kita juga akan kerap rasa lapar. Ramai yang menganggap bahawa apabila seseorang individu itu tidak aktif, mereka tidak perlukan tenaga yang banyak sekaligus akan mengurangkan keperluan untuk anda makan tetapi hal yang sebenarnya apabila badan anda kurang bergerak, rasa lapar berlaku dalam situasi tersembunyi.\n\n\nTubuh badan akan merasa lesu dan tidak bermaya. Ia juga akan menghasilkan hormon ghrelin yang berlebihan dan sekaligus membuatkan kita kerap rasa lapar.\u00a0\n\n\n5. Badan Kaku dan Keras\n\n\nAnda sering merasai seakan-akan keras apabila melibatkan bahagian belakang badan, bahu dan pinggang? Ini menandakan badan anda kurang mendapatkan senaman yang sewajarnya. Anda perlu bersenam kerana apabila kurang bersenam, ia akan menyebabkan otot dan sendi menjadi kaku. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mula bersenam. Pada awalnya, anda akan merasa sakit kerana otot dan sendi anda perlu menyesuaikan diri dengan aktiviti fizikal. Namun, sekiranya dilakukan dengan konsisten, ianya akan menjadi lebih mudah. Tak perlu ke gym, senaman di rumah sudah memadai.\u00a0\n\n\n6. Ketidakseimbangan Perasaan\n\n\n\u2018Mood swing\u2019 atau ketidakseimbangan perasaan ini juga boleh berlaku pada individu yang tidak melakukan aktiviti senaman. Kelesuan badan dan kerap rasa penat adalah antara punca ketidakseimbangan badan. Dengan melakukan aktiviti senaman, ia dapat mengurangkan rasa kemurungan dan juga boleh mengawal emosi yang berlebihan.\u00a0\n\n\nSekiranya anda berasa sedih, marah, atau takut yang tiada puncanya, kekurangan aktiviti bersenam mungkin jawapannya.\u00a0\n\n\n7. Gangguan Pencernaan\n\n\nMasalah sembelit juga dikatakan disebabkan oleh kekurangan senaman. Latihan ini penting dalam merangsang usus dan mengepam sistem pencernaan dalam tubuh sehingga \u2018lebihan\u2019 dikeluarkan sekaligus mengelakkan sembelit.\n\n\n\n\nKesilapan Ketika Melakukan Senaman\n\n\nTindakan yang baik sekiranya anda sudah mula bersenam. Namun, ini adalah beberapa kesilapan yang selalu dilakukan yang anda perlu elakkan:\n\n\n1. Tidak Memanaskan Badan\n\n\nRamai individu yang bersenam dengan melangkaui sesi memanaskan badan yang boleh menghasilkan kecederaan. Umpama tali getah, ia boleh putus jika ditarik ketika masih sejuk. Namun setelah dipanaskan, ia boleh ditarik dan menjadi fleksibel. Begitu lah juga otot dan tisu. Otot dan tisu badan boleh menjadi koyak apabila kita melakukan senaman tanpa aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu.\u00a0\n\n\nSesi pemanasan badan atau juga dikenali sebagai warm up akan membuatkan otot jantung dan paru-paru bersedia untuk melakukan aktiviti fizikal sekali gus dapat mengurangkan risiko kecederaan dan membantu menyiapkan minda anda untuk melakukan aktiviti senaman.\u00a0\n\n\n2. Melakukan Aktiviti Bukan Kegemaran\n\n\nAntara sebab anda tidak konsisten melakukan aktiviti senaman adalah apabila anda melakukan aktiviti yang bukan kegemaran. Ia dapat mengurangkan motivasi diri untuk meneruskan aktiviti senaman. Oleh itu, untuk mendapatkan motivasi yang tinggi, pilih aktiviti bersenam yang anda gemari dan boleh lakukan berulang-ulang kali.\u00a0\n\n\nIni kerana, konsistensi adalah penting dalam senaman. Ia dapat membantu mendapatkan badan yang sihat dengan lebih cepat.\n\n\n3. Overdoing\n\n\nSemangat yang tinggi dan berkobar-kobar sudah pastinya ada pada diri apabila kita sudah mula bersenam. Semangat yang tinggi memang bagus. Namun, anda juga perlu berhati-hati untuk tidak membuat senaman yang melebihi kemampuan diri atau pun overdoing. Sebagai contoh, jika anda baru mula buat senaman push up, anda tidak dinasihatkan untuk tidak terus melakukan sehingga 100 push up. Sebaliknya, tingkatkan intensiti secara perlahan-lahan dari masa ke masa. Ini penting agar anda tidak tercedera dan tidak dapat melakukan aktiviti senaman lagi.\u00a0\n\n\n4. Teknik yang Salah\n\n\nTanpa disedari, anda mungkin mengamalkan teknik senaman yang salah. Untuk mengetahui cara yang betul ketika bersenam adalah dengan mendapatkan rundingan daripada jurulatih profesional.\n\n\nMereka dapat membantu merancang latihan yang bersesuaian bagi mencapai matlamat anda.\n\n\n5. Tiada Perubahan dalam Senaman\n\n\nAntara kesilapan ketika bersenam yang sering dilakukan adalah melakukan perkara yang sama dari hari ke hari. Ya, ia bagus dalam prinsip penyesuaian untuk prestasi kerana menjadikan diri cekap dalam melakukan senaman yang sama berulang kali.\n\n\nPun begitu, dalam aspek penurunan berat badan, peningkatan kekuatan atau perkembangan kecergasan fizikal, ia sebaliknya. Jika melakukan latihan kecergasan yang sama untuk tempoh jangka masa panjang, anda akan gagal melihat perubahan tambahan.\n\n\nCara mengatasi masalah ini, adalah dengan mengubah suai aktiviti fizikal setiap beberapa minggu atau bulan.\n\n\n6. Harapan yang Tidak Realistik\n\n\nKadang-kadang apa yang menyebabkan seseorang individu tersebut untuk mula bersenam adalah mungkin untuk menurunkan berat badan. Namun, setelah seminggu bersenam, berat masih tidak turun dan individu tersebut pula terus putus asa daripada melakukan senaman.\n\n\nUntuk bersenam, kita memerlukan harapan yang realistik dan boleh dicapai. Bersenam hari ini tidak bermakna anda akan terus kurus esok. Tidak, ia tidak berfungsi sebegitu. Ia memerlukan senaman yang konsisten dan juga pemakanan yang sihat.\u00a0\n\n\nDiet Harian Mesti Seimbang\n\n\nUntuk mendapatkan berat badan yang ideal, senaman di rumah saja tidak mencukupi jika anda tidak menjaga pemakanan. Pemakanan yang sihat lazimnya disebut sebagai diet seimbang. Diet yang seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis hidangan berdasarkan piramid makanan yang boleh membekalkan semua zat diperlukan tubuh.\n\n\nSekiranya anda mahu mengurangkan berat badan, pemilihan makanan adalah amat penting. Berikut adalah jenis-jenis makan diet yang dapat membantu anda mengurangkan berat badan;\n\n\n1. Oatmeal\n\n\nSatu kajian yang melibatkan 47 orang dewasa melihat perbezaan selera makan, kekenyangan, dan pengambilan makanan seterusnya selepas peserta makan oat, berbanding dengan bijirin sarapan sedia dimakan berasaskan oat. \nSelepas makan oatmeal, peserta berasa lebih kenyang dan kurang lapar berbanding makan bijirin. \nSelain itu, pengambilan kalori semasa makan tengah hari lebih rendah selepas makan oatmeal berbanding selepas makan bijirin sarapan pagi.\n\n\nWalaupun kedua-dua sarapan mengandungi jumlah kalori yang sama, oatmeal menyediakan lebih banyak protein, serat, dan kurang gula berbanding bijirin.\n\n\n2. Sayuran Hijau\n\n\nUmum sudah tahu kebaikan sayuran tapi masih ada yang tak suka makan sayur. Sayur-sayuran hijau adalah termasuk sawi, bayam, pak choy, cellery dan beberapa yang lain. Sayuran ini mempunyai kalori yang rendah dan karbohidrat serta sarat dengan serat, yang baik untuk menurunkan berat badan. \nPemakanan sayur-sayuran hijau adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan jumlah makanan anda, tanpa meningkatkan kalori.\u00a0\nBanyak kajian menunjukkan bahawa makanan dan diet dengan kepadatan tenaga yang rendah membuatkan seseorang makan lebih sedikit kalori secara keseluruhan.\n\n\nSayuran berdaun hijau juga kaya dengan khasiat tinggi vitamin, antioksida dan mineral, termasuk kalsium, yang bagus untuk membakar lemak. Banyak kan manfaat sayuran ni? Kalau tak suka makan, cuba biasakan mulai sekarang.\u00a0\n\n\n3. Sup\n\n\nMakanan dan diet dengan ketumpatan tenaga yang rendah cenderung menjadikan individu makan lebih sedikit kalori. \nKebanyakan makanan dengan ketumpatan tenaga yang rendah adalah yang mengandungi banyak air, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Tetapi anda juga boleh menambah air dalam hidangan anda, dengan membuat sup. \nSesetengah kajian menunjukkan bahawa makan makanan bersup boleh membuatkan individu berasa lebih kenyang dan mengambil kalori yang jauh lebih rendah.\n\n\nWalau bagaimanapun, pastikan anda tidak menambah terlalu banyak lemak dalam sup anda, seperti krim atau santan dan garam yang berlebihan, kerana ini dapat meningkatkan kandungan kalori.\n\n\n4. Buah-buahan\n\n\nKebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa buah adalah menyihatkan. Banyak kajian menunjukkan bahawa orang yang makan buah (dan sayur) cenderung lebih sihat daripada orang yang tidak mengambilnya. \nTambahan lagi, buah-buahan juga mempunyai ciri-ciri untuk menghilangkan berat badan. \nWalaupun mengandungi gula semula jadi, ia mempunyai ketumpatan tenaga yang rendah. Selain itu, kandungan seratnya membantu menghalang gula daripada dikeluarkan terlalu cepat ke dalam aliran darah anda.\n\n\nSebenarnya, untuk memastikan badan sihat, senaman dan pemakanan yang seimbang adalah kuncinya. Ambil masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk melakukan senaman di rumah. Selepas itu, jagalah pemakanan anda untuk tubuh badan dan minda yang sihat.\n\n\nItu sahaja perkongsian Qoala pada hari ini. Semoga bermanfaat! Selain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kesihatan terbaik\n, layari laman web Qoala sekarang! Qoala juga menyediakan \ninsurans kereta\n dan \ninsurans motor murah\n.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/senggugut-teruk/", "title": "Senggugut Teruk, Ini Perkara Penting Perlu Tahu untuk Atasi!", "body": "\n\nMasalah senggugut teruk ni sering dihadapi ramai wanita. Pastinya mimpi ngeri yang dialami setiap bulan. \nSakit\n senggugut teruk ni boleh menjejaskan aktiviti harian. Ada yang terpaksa MC dek kerana sakit senggugut yang melampau sehingga tidak dapat bangun.\u00a0\n\n\nPengeluaran hormon yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ia menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat, tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.\n\n\nDalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh jadi disebabkan \npenyakit\n lain lebih serius seperti jangkitan kuman, endometriosis dan fibroid yang dapat dikesan apabila wanita itu senggugut melampau pada setiap bulan sehingga terpaksa mengambil beberapa hari cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.\n\n\nSeperti yang kita tahu, senggugut teruk boleh berlaku disebabkan kontraksi yang berlaku di rahim sebelum atau semasa permulaan kitaran haid. Tapi, sebenarnya yang membuat kesakitan itu menjadi lagi sakit bagi sesetengah wanita?\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nSebab Wanita Mengalami Kesakitan Senggugut Teruk\n1. Sindrom Pramenstruasi\n2. Endometriosis\n3. Fibroid pada Rahim\n4. Penyakit Radang Pelvis (PID)\n5. Adenomiosis\n6. Stenosis Serviks\nSimptom-simptom Senggugut Teruk\nCara Kurangkan Rasa Sakit Senggugut Teruk\n1. Mampatan Haba\n2. Ubat Tahan Sakit\n3. Lakukan Senaman Ringan Boleh Kurangkan Senggugut Teruk\n4. Penjagaan Makanan\nSakit Belakang Ketika Haid: Apakah Puncanya?\nSenggugut Teruk Jejas Sistem Peranakan?\nApa Itu Endometriosis?\n\n\nSebab Wanita Mengalami Kesakitan Senggugut Teruk\n\n\n\n\nPara wanita, kita kena tahu terlebih dahulu tentang punca-punca yang menyebabkan \nsakit\n yang kita alami itu sangat teruk.\u00a0\n\n\nSesetengah individu boleh mengalami masalah senggugut yang teruk disebabkan:\n\n\n\n\nMempunyai tabiat merokok\n\n\nMengalami pendarahan haid berat\n\n\nTidak pernah hamil\n\n\nMencapai akil baligh sebelum berumur 11 tahun\n\n\n\n\nSelain itu, masalah senggugut teruk juga boleh disebabkan oleh keadaan perubatan seperti berikut:\u00a0\n\n\n1. Sindrom Pramenstruasi\n\n\nSindrom pramenstruasi atau PMS adalah keadaan dimana ia berpunca daripada perubahan hormon dalam tubuh yang berlaku satu hingga dua minggu sebelum haid bermula. Gejala yang berlaku kebiasaannya akan hilang selepas pendarahan bermula.\n\n\n2. Endometriosis\n\n\nEndometriosis adalah satu keadaan perubatan yang berlaku apabila sel dari lapisan rahim tumbuh di bahagian lain. Contohnya seperti di fallipion tub, ovari atau tisu yang melapisi pelvik.\u00a0\n\n\n3. Fibroid pada Rahim\n\n\nFibroid adalah tumor bukan kanser yang memberi tekanan pada rahim atau menyebabkan haid yang \nsakit\n dan tidak normal, walaupun selalunya tidak menimbulkan sebarang gejala.\n\n\n4. Penyakit Radang Pelvis (PID)\n\n\nPID adalah jangkitan pada rahim, tiub fallopio atau ovari yang disebabkan oleh bakteria faraj yang mengakibatkan keradangan pada organ pembiakan dan kesakitan.\n\n\n5. Adenomiosis\n\n\nKeadaan jarang berlaku ini melibatkan tisu yang biasanya melapisi rahim mula tumbuh pada dinding otot rahim, sekali gus menyebabkan keradangan, tekanan dan kesakitan. Ia juga mengakibatkan kitaran haid lebih lama dan berat.\n\n\n6. Stenosis Serviks\n\n\nIni juga adalah keadaan yang jarang berlaku di mana serviks mengecil atau sempit sehingga melambatkan aliran haid 8. Ia kemudiannya menyebabkan peningkatan tekanan di dalam rahim lalu mengakibatkan senggugut teruk.\n\n\nSimptom-simptom Senggugut Teruk\n\n\nUntuk pengetahuan korang, kekejangan haid melibatkan sakit yang berdenyut dan disertai dengan kekejangan pada bahagian bawah perut. Sakit ini boleh merebak ke bahagian belakang badan mahupun paha.\u00a0\n\n\nKekejangan haid boleh berlaku sehari atau dua hari sebelum haid, dan klimaksnya sehingga 24 jam pertama setelah kedatangan darah haid. Lagi satu, kekejangan haid ni boleh berlanjutan sehingga tempoh dua ke tiga hari.\n\n\nKekejangan haid ini juga boleh disertai dengan gejala lain seperti:\n\n\n\n\nLoya\n\n\nKeletihan\n\n\nSakit kepala\n\n\nPening\n\n\n\n\nCara Kurangkan Rasa Sakit Senggugut Teruk\n\n\nBerikut adalah beberapa cara dan petua kurangkan rasa senggugut teruk yang boleh dicuba di rumah:\n\n\n1. Mampatan Haba\n\n\nCara ini adalah cara yang paling ramai guna pakai. Mudah saja.\u00a0\n\n\nLetakkan pad panas atau botol berisi air panas (yang dibalut tuala kecil) pada bahagian belakang bagi mengurangkan kesakitan. Cara ini juga dapat membantu menenangkan otot pinggul, sekali gus meredakan rasa sakit.\n\n\nSekarang ni pad panas dah mudah didapati di kedai-kedai seperti \nWatson\n, Guardian dan banyak lagi. Simpan pad pemanas di dalam bag ini untuk hari-hari kecemasan.\u00a0\n\n\n2. Ubat Tahan Sakit\n\n\nUbat tahan sakit atau ubat antiradang nonsteroid (NSAID) yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan. Ubat ini boleh dibeli di farmasi, atau korang boleh juga dapatkan daripada preskripsi doktor.\u00a0\n\n\nSatu kajian klinikal mendapati ubat tahan \nsakit\n amat berkesan untuk mengurangkan kesakitan senggugut teruk. Ia juga menunjukkan kesan lebih baik berbanding aspirin.\n\n\nWalau bagaimanapun, korang disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar \nkesihatan\n sebelum menggunakan sebarang jenis ubat tahan sakit.\u00a0\n\n\n3. Lakukan Senaman Ringan Boleh Kurangkan Senggugut Teruk\n\n\nPemerhatian dan kajian kesihatan menunjukkan wanita yang melakukan \nsenaman\n ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yang dirasai.\n\n\nSenaman yang ringan seperti yoga terbukti memberikan pengurangan tahap kesakitan yang besar apabila haid jika dibandingkan dengan mereka yang tidak bersenam.\u00a0\n\n\nSenaman yang dilakukan adalah selama 45 sehingga 60 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Kajian itu juga mendapati:\n\n\n\n\nBersenam untuk mengatasi masalah senggugut mungkin mampu mengurangkan pengambilan ubat tahan sakit\n\n\nTidak ada bukti daripada kajian ini bahawa melakukan \nsenaman\n dengan masalah senggugut mengundang bahaya\n\n\nKualiti kajian yang dilakukan ini masih dikategorikan sebagai \u2018rendah,\u2019 maka penyelidikan yang lebih lanjut diperlukan\n\n\n\n\nJenis Senaman Yang Boleh Dilakukan\n\n\nHari pertama haid adalah hari yang digeruni ramai wanita. Ini kerana sesetengah mereka boleh mengalami sakit senggugut teruk.\u00a0\nOleh itu, berikut adalah beberapa idea aktiviti senaman berintensiti rendah yang boleh dipraktik semasa haid:\n\n\n1. Berjalan atau Kardio Ringan\n\n\nKorang disarankan untuk melakukan jenis senaman yang ringan sahaja. Oleh itu, pastikan senaman kardiovaskular atau aerobik dilakukan pada intensiti yang lebih rendah.\u00a0\n\n\nKorang juga boleh try senaman kardio ringan seperti berjalan kaki atau latihan aerobik yang lebih mudah.\u00a0\n\n\n1. Yoga\n\n\nDua atau tiga hari sebelum tibanya menstruasi, korang disarankan untuk melakukan aktiviti seperti yoga untuk membantu badan dan berpotensi mengurangkan simptom seperti kekejangan, kesakitan payudara, keletihan dan kesakitan otot.\u00a0\n\n\nYang paling penting, jangan paksa diri korang untuk lakukan senaman ketika haid sedang berlangsung. Badan korang juga perlukan rehat.\u00a0\n\n\n4. Penjagaan Makanan\n\n\nKita juga disarankan untuk mengamalkan \ndiet yang sihat\n dengan memperbanyakkan minum air, makan buah-buahan dan sayuran bersama makanan anti radang lain untuk mengurangkan keradangan dan melegakan gejala senggugut teruk.\u00a0\nElakkan daripada memakan makanan pedas dan air gas.\u00a0\n\n\nSakit Belakang Ketika Haid: Apakah Puncanya?\n\n\nSelain kekejangan, \nsakit belakang\n boleh berlaku. Rasa sakit belakang ini dianggap sebagai \u201cnormal\u201d dan berlaku disebabkan perubahan hormon.\u00a0\n\n\nProstaglandin (hormon yang dihasilkan semasa kitaran haid untuk mendorong pengecutan rahim bagi menyingkirkan lapisan rahim) boleh mempengaruhi otot punggung bawah.\n\n\nProstaglandin yang terhasil secara berlebihan menyebabkan senggugut teruk atau haid yang menyakitkan. Kontraksi yang berat kemudiannya mendorong sakit bahagian belakang. \nSakit bahagian belakang\n ini juga boleh merebak daripada perut bawah ke pinggul bawah.\n\n\nSenggugut Teruk Jejas Sistem Peranakan?\n\n\nMasalah senggugut teruk yang menyakitkan akan menganggu rutin harian seseorang ranita. Tidak kira lah masih belajar atau sudah berkarier, kadang-kadang mereka terpaksa mengambil MC kerana sakit yang melampau.\u00a0\u00a0\n\n\nRamai yang mengabaikan senggugut teruk yang berlaku pada mereka hampir setiap bulan. Namun, tabiat ini adalah sebenarnya bahaya.\u00a0\n\n\nJika korang mengalami sakit senggugut teruk yang berpanjangan, korang amat disarankan untuk buat pemeriksaan teliti oleh doktor dengan segera. Tujuannya adalah untuk memastikan korang tidak mengalami masalah yang lebih serius iaitu penyakit endometriosis.\u00a0\n\n\nKajian melaporkan hampir 1 daripada 7 wanita yang berumur antara 30 dan 45 menghidapinya.\n\n\nEndometriosis adalah penyakit yang berpunca daripada sebahagian lapisan tisu dalam rahim, tumbuh dan berada di bahagian lain dalam badan.\n\n\nApa Itu Endometriosis?\n\n\nEndometriosis boleh dijumpai seperti di bahagian pelvis iaitu usus, pundi serta organ reproduktif. Selain itu, ia kerap dijumpai di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong uterus.\n\n\nSekiranya ia dibiarkan, endometriosis mampu menjadi penyebab susah hamil dan boleh mewujudkan kesakitan ketika mengadakan hubungan seks. Kajian yang dilakukan mengatakan punca sebenar endometriosis masih tidak jelas.\n\n\nTeori yang sering disimpulkan merujuk kepada retrograde menstruation atau pembalikan darah haid di mana sebahagian daripada darah haid mengalir secara terbalik ke arah pembukaan peritoneal melalui saluran fallopio.\n\n\nIni adalah tanda-tanda endometriosis yang perlu korang ketahui:\u00a0\n\n\n\n\nMasalah senggugut yang menyakitkan\n\n\nSakit semasa mengadakan hubungan kelamin\n\n\nHaid yang banyak dan tak teratur\n\n\nSakit di bahagian pelvis dan bawah perut\n\n\n\n\nEndometriosis selalunya dikesan setelah doktor meneliti sejarah perubatan dan melakukan pemeriksaan lanjut pada pelvis.\n\n\nSelain itu, pembedahan laparoskopi yang menggunakan satu peralatan khas untuk mengesan tisu dalam pelvis juga boleh menjadi diagnosis yang tepat.\n\n\nRawatan-rawatan endometriosis\n\n\nRawatan yang diberikan kepada pesakit endometriosis bertujuan bagi mengurangkan tahap estrogen dan progesteron wanita yang berfungsi dalam merangsang ketumbuhan endometriosis.\n\n\nAntara jenis-jenis rawatan endometriosis:\n\n\n\n\nUbat hormon progesteron dengan dos tinggi, pil kontraseptif oral dan hormon tiruan lelaki (danazol)\n\n\nAnalog GnRH iaitu hormon pembebasan Gonadotropin: Suntikan yang diambil setiap bulan atau setiap 3 bulan untuk kawal penghasilan estrogen dengan menggalakkan menopause-induced\n\n\nPembedahan: Laparoskopi atau pembedahan biasa\n\n\nAblasi: Pembuangan rahim dan kadangkala ovari bagi mengurangkan kesakitan teruk setelah kaedah rawatan lain gagal\n\n\n\n\nSegala jenis rawatan ini diberikan berdasarkan tahap penyakit, keperluan dan kepentingan seseorang individu tersebut. Selalunya penyakit ini akan dapat dirawat dengan baik pada peringkat awal.\n\n\nKalau korang ada masalah senggugut yang tidak normal, segera berjumpa dengan doktor ok!\n\n\nItu sahaja perkongsian \nQoala\n, semoga bermanfaat! Kalau nak renew\n insurans kereta\n, renew je dengan \nQoala\n. Mudah saja!\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/serangan-panik/", "title": "Serangan Panik: Cara Atasi Dan Rawatan Serangan Panik", "body": "\n\nSerangan panik adalah satu istilah yang asing bagi ramai orang. Namun, ianya sebenarnya sering terjadi tanpa disedari. \nPernah tak anda mengalami sebuah situasi dimana jantung tiba-tiba berdegup laju dan kemudian bernafas laju, rasa resah dan takut secara tiba-tiba? \nQoala\n hari ini akan berkongsikan maklumat dan informasi berkenaan panic attack.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApakah Itu Serangan Panik?\u00a0\nSimptom-simptom Serangan Panik\nPunca-punca Serangan Panik\nPengalaman Serangan Panik\nUbah Gaya Hidup Untuk Menangani Serangan Panik\n1. Elakkan Rokok, Alkohol dan Kafein\n2. Bersenam\nRawatan Serangan Panik\n1. Psikoterapi\n2. Ubat-ubatan\nApa Yang Perlu Dibuat Apabila Serangan Panik Tiba-tiba Berlaku?\nApa Beza Serangan Panik dengan Anxiety (Kegelisahan)?\nPerbezaan Gejala dan Simptom Serangan Panik dengan Anxiety\nSerangan Panik atau Serangan Jantung?\n\n\nApakah Itu Serangan Panik?\u00a0\n\n\nSerangan panik atau panic attack adalah satu situasi ketakutan yang kuat yang menyebabkan tindak balas fizikal teruk apabila tidak terdapat sebarang bahaya atau sebab yang jelas. Mungkin ada dalam kalangan kita mengalami panic attack yang menyebabkan jantung berdegup laju, sesak nafas dan badan berpeluh secara tiba-tiba dan pesakit berasa seolah-olah sudah mahu mati.\n\n\nRamai individu hanya mengalami sekali atau dua kali panic attack dalam kehidupan mereka dan masalah tersebut akan hilang jika individu tersebut tidak lagi berada dalam keadaan tekanan.\u00a0\n\n\nNamun, sekiranya seseorang individu mengalami panic attack secara berulang, tidak dijangka dan menghabiskan tempoh masa yang lama dalam ketakutan berterusan mengenai serangan lain, anda mungkin mempunyai keadaan yang dipanggil gangguan panik.\n\n\nWalaupun serangan panik itu sendiri bukanlah satu keadaan mengancam nyawa, ia boleh menjadi sangat menakutkan dan menjejaskan kualiti kehidupan anda. Tetapi rawatan yang tersedia boleh menjadi sangat berkesan untuk menangani keadaan panic attack ini.\n\n\nSimptom-simptom Serangan Panik\n\n\nKebiasaannya, serangan panik boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa amaran. Keadaan ini boleh menyerang pada bila-bila masa \u2013 apabila anda memandu \nkereta\n, di pusat membeli-belah, ketika sedang tidur nyenyak atau semasa mesyuarat perniagaan. Anda mungkin mengalami panic attack sekali-sekala atau mungkin juga berlaku dengan kerap.\n\n\n\n\nSerangan panik mempunyai pelbagai variasi, tetapi simptom-simptom biasanya memuncak dalam masa beberapa minit. Anda mungkin akan berasa penat dan lelah selepas panic attack berkurangan. \nSerangan panik biasanya memiliki beberapa simptom seperti berikut:\n\n\n\n\nRasa seperti bahaya akan datang\n\n\nTakut kehilangan kawalan atau kematian\n\n\nKadar denyutan jantung yang cepat dan berdebar\n\n\nBerpeluh\n\n\nBergetar atau menggigil\n\n\nSesak nafas atau rasa ketat di kerongkong anda\n\n\nKesejukan\n\n\nRasa panas\n\n\nLoya\n\n\nKejang perut\n\n\nSakit\n dada\n\n\nSakit kepala\n\n\nPening kepala atau rasa hendak pengsan\n\n\nRasa kebas atau kesemutan\n\n\nRasa terpisah\n\n\n\n\nPunca-punca Serangan Panik\n\n\nSebenarnya, tiada istilah yang tetap tentang apa yang menyebabkan panic attack, tapi faktor-faktor berikut mungkin memainkan peranan sekiranya seseorang individu mengalami panic attack secara berulang.\n\n\n\n\nGenetik\n\n\nTekanan utama\n\n\nPerangai yang lebih sensitif terhadap tekanan atau terdedah kepada emosi negatif\n\n\nPerubahan tertentu dalam cara bahagian fungsi otak\n\n\n\n\nSerangan panik ini boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Ia biasanya dicetuskan oleh situasi tertentu. Beberapa kajian mengatakan bahawa tindak balas semula jadi tubuh anda terhadap sesuatu perkara yang bahaya, mempengaruhi serangan panik.\n\n\nContohnya, sekiranya ada seekor anjing datang mengejar anda, tubuh badan akan secara automatik akan bertindak balas secara semula jadi. Kadar denyutan jantung dan pernafasan anda akan bertambah kerana tubuh anda menyiapkan diri untuk keadaan yang mengancam nyawa. Banyak reaksi yang sama berlaku dalam panic attack.\u00a0\n\n\nTetapi ia tidak diketahui mengapa panic attack berlaku apabila tiada bahaya yang jelas hadir. \nFaktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko untuk mengalami panic attack atau gangguan panik termasuklah:\n\n\n\n\nSejarah serangan panik atau gangguan panik dalam keluarga\n\n\nTekanan kehidupan utama, seperti kematian atau \npenyakit\n serius yang dialami oleh individu tersayang\n\n\nKejadian traumatik, seperti serangan seksual atau kemalangan serius\n\n\nPerubahan besar dalam hidup anda, seperti perceraian atau penambahan anak\n\n\nPengambilan kafein yang berlebihan atau merokok\n\n\nSejarah serangan fizikal atau seksual semasa zaman kanak-kanak\n\n\n\n\nPengalaman Serangan Panik\n\n\nTidak ada angin, tidak ada ribut. Tiba-tiba jantung berdegup kencang, timbul rasa takut dan gelisah.\u00a0\n\n\nItulah yang dialami oleh ramai pesakit panic attack. Serangan panik boleh berbeza dari segi gejala, intensiti, dan tempoh. Yang terakhir hanya untuk tempoh masa singkat, mencapai puncak dalam masa 10 minit. Tetapi serangan panik boleh terus menjejaskan selepas ia telah berakhir, menyebabkan kegelisahan dan jam kecemasan yang semakin meningkat setelah serangan itu berkurang.\n\n\nMengalami serangan panik boleh menjadi pengalaman yang menakutkan untuk ramai orang termasuklah kanak-kanak. Sama seperti orang dewasa yang mengalami gangguan panik, kanak-kanak yang mengalami panic attack adalah rentan terhadap perilaku mengelakkan diri. Apabila ini berlaku, kanak-kanak mula menjauh dari situasi, tempat, dan peristiwa yang dia percaya boleh mencetuskan panic attack.\n\n\nUbah Gaya Hidup Untuk Menangani Serangan Panik\n\n\nGaya hidup sihat boleh membantu menghadapi panic attack.\u00a0\n\n\n1. Elakkan Rokok, Alkohol dan Kafein\n\n\nRokok, alkohol dan juga kafein boleh menimbulkan serangan panik kepada individu yang mudah terdedah.\u00a0\n\n\n2. Bersenam\n\n\nBersenam\n dapat membantu untuk mengelakkan panic attack.\n\n\nRawatan Serangan Panik\n\n\nJangan risau, ada beberapa cara untuk merawat panic attack. Rawatan yang diberi boleh mengurangkan intensiti dan kekerapan serangan panik anda dan memperbaiki fungsi anda dalam kehidupan seharian. Ini antara rawatan yang disyorkan.\u00a0\n\n\n1. Psikoterapi\n\n\nPsikoterapi adalah antara rawatan pilihan pertama yang berkesan untuk merawat panic attack. Psikoterapi boleh membantu pesakit memahami serangan panik serta belajar untuk mengatasinya.\u00a0\n\n\nSatu bentuk psikoterapi yang dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif dapat membantu pesakit belajar melalui pengalaman pesakit itu sendiri bahawa gejala panik tidak berbahaya. Semasa sesi terapi, ahli terapi akan membantu pesakit secara beransur-ansur mewujudkan semula simptom serangan panik dengan selamat, dan berulang-ulang.\u00a0\n\n\nSebaik sahaja sensasi panik fizikal tidak lagi mengancam, serangan-serangan itu akan mula diselesaikan. Rawatan yang berjaya juga dapat membantu pesakit mengatasi ketakutan dari situasi-situasi yang pesakit telah elakkan kerana serangan panik.\n\n\n2. Ubat-ubatan\n\n\nUbat juga boleh membantu mengurangkan gejala yang berkaitan dengan panic attack. Beberapa jenis ubat telah terbukti berkesan dalam menguruskan gejala panic attack termasuklah:\u00a0\n\n\n\n\nInhibitor serotonin reuptake terpilih (SSRIs). Secara umumnya ia selamat dengan risiko kesan sampingan serius yang rendah. SSRI antidepresan biasanya disyorkan sebagai ubat pilihan pertama untuk merawat serangan panik. SSRI yang diluluskan oleh \nFood and Drug Administration (FDA)\n untuk rawatan gangguan panik termasuk fluoxetine (Prozac), paroxetine (Paxil, Pexeva) dan sertraline (Zoloft)\n\n\nSerotonin dan norepinephrine reuptake inhibitor (SNRIs). Ubat-ubatan ini adalah kelas antidepresan lain. Dadah SNRI yang dipanggil venlafaxine hydrochloride (Effexor XR) diluluskan oleh FDA untuk rawatan gangguan panik\n\n\nBenzodiazepines yang diluluskan oleh FDA untuk rawatan gangguan panik termasuk alprazolam (Xanax) dan clonazepam (Klonopin). Jika anda mencari penjagaan di dalam bilik kecemasan untuk panic attack, anda mungkin diberi benzodiazepine untuk membantu menghentikan serangan. Benzodiazepin biasanya digunakan hanya dalam jangka masa pendek. Memandangkan ubat ini boleh membentuk satu tabiat, ubat-ubatan ini bukan pilihan yang baik jika anda mempunyai masalah dengan penyalahgunaan alkohol atau dadah. Ubat ini juga boleh berinteraksi dengan ubat lain, dan menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya.\n\n\n\n\nApa Yang Perlu Dibuat Apabila Serangan Panik Tiba-tiba Berlaku?\n\n\nSekiranya anda mengalami kegelisahan atau panic attack, cubalah perkara-perkara berikut:\n\n\n\n\nTarik nafas dalam-dalam perlahan: Apabila anda merasakan nafas semakin cepat, fokuskan perhatian anda pada pernafasan setiap kali menghirup dan menghembuskan nafas.\n\n\nAkui dan terima apa yang sedang dialami: Sekiranya anda pernah mengalami kegelisahan atau panic attack, anda tahu bahawa ia boleh jadi sangat menakutkan. Ingatkan diri sendiri bahawa gejala ini akan berlalu dan akan baik-baik saja.\n\n\nPractice awareness: Intervensi berdasarkan kesedaran semakin banyak digunakan untuk merawat kegelisahan dan gangguan panik. Kesedaran adalah teknik yang dapat menolong anda meletakkan pemikiran pada masa sekarang. Anda boleh mempraktikkan tumpuan dengan memerhatikan fikiran dan sensasi secara aktif tanpa bertindak balas terhadapnya.\n\n\nGunakan relaxation techniques: Teknik ini merangkumi guided imaging, aromaterapi, dan relaksasi otot. Sekiranya anda mengalami gejala kegelisahan atau panic attack, cubalah lakukan perkara-perkara yang dapat menenangkan. Tutup mata, mandi, atau gunakan pewangi lavender, yang memberi kesan santai.\n\n\n\n\nApa Beza Serangan Panik dengan Anxiety (Kegelisahan)?\n\n\nGejala-gejala anxiety sering dikaitkan dengan banyak keadaan \nkesihatan mental\n, termasuklah trauma obsesif-kompulsif. Manakala, sementara panic attack mempengaruhi mereka yang mengalami gangguan panik.\n\n\npanic attack biasanya berlaku secara tiba-tiba dan melibatkan rasa ketakutan yang kuat. Ia juga sering diikuti dengan gejala fizikal iaitu degupan jantung yang laju, sesak nafas dan rasa mual.\u00a0\n\n\nApa yang membahayakan adalah, panic attack ini boleh berlaku tanpa sebarang amaran yang\u00a0 jelas. Serangan ini boleh disebabkan oleh tekanan luar seperti fobia. Ia juga boleh berlaku pada sesiapa sahaja.\u00a0\n\n\nSerangan anxiety atau serangan kegelisahan pula adalah dikategorikan sebagai gangguan psikiatri biasa. Antara gejala kegelisahan yang dapat dikenal pasti termasuklah kebimbangan, tertekan, dan takut.\n\n\nKebimbangan biasanya berkaitan dengan jangkaan situasi, pengalaman, atau peristiwa yang membuatkan seseorang tertekan. Ia juga mungkin berlaku secara berperingkat.\n\n\nPerbezaan Gejala dan Simptom Serangan Panik dengan Anxiety\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSerangan Panik\n\n\nSerangan Anxiety\n\n\n\n\n\n\nSimptom\n\n\nSimptom panik akan cenderung memuncak setelah 10 minit, kemudian secara beransur-ansur akan mereda.\n\n\nNamun, beberapa serangan ini dapat terjadi secara berturut-turut, menjadikannya berlangsung lebih lama.\n\n\nSimptom turut boleh menjadi lebih jelas dalam beberapa minit atau jam. Namun, kesannya tidak sekuat panic attack.\n\n\n\n\n\n\nGejala\n\n\n\n\n\n\nDegupan jantung laju atau berdegup kencang\n\n\nSakit dada\n\n\nPening\n\n\nMenggigil\n\n\nLoya\n\n\nRasa kebas di hujung kaki\n\n\nGementar\n\n\nSesak nafas\n\n\nSakit perut\n\n\nBerpeluh\n\n\nPerasaan seakan tersedak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMudah terkejut\n\n\nSakit dada\n\n\nPening\n\n\nMulut kering\n\n\nKeletihan\n\n\nKetakutan\n\n\nMudah marah\n\n\nKehilangan tumpuan\n\n\nSakit otot\n\n\nRasa kebas di hujung kaki\n\n\nDegupan jantung yang cepat\n\n\nKegelisahan\n\n\nSesak nafas\n\n\nGangguan tidur\n\n\nPerasaan seakan tersedak\n\n\nRisau dan susah hati\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nOleh kerana gejala kedua-dua serangan ini hampir serupa, dan boleh jadi mengelirukan, ramai cenderung untuk sukar untuk membezakan antara panic attack dan juga serangan anxiety.\u00a0\nIni beberapa tip yang dapat membantu anda untuk membezakan kedua-dua serangan tersebut.\u00a0\n\n\nSerangan panik biasanya berlaku tanpa pencetus. Manakala, \nkegelisahan\n adalah tindak balas terhadap tekanan atau ancaman yang dirasakan. \nSelain itu, panic attack muncul secara tiba-tiba, sementara kegelisahan menjadi lebih kuat secara beransur-ansur dalam beberapa minit, jam, atau hari.\n\n\nPanic attack juga biasanya mereda setelah beberapa minit, sementara gejala kegelisahan dapat berlaku dalam jangka masa yang panjang.\n\n\nSerangan Panik atau Serangan Jantung?\n\n\nJantung adalah organ yang paling penting dalam badan. Tanggungjawabnya merangkumi penghantaran oksigen dan nutrien dengan mengepam darah ke seluruh badan kita. Oleh itu, masalah yang timbul di hati boleh menjadi sangat membimbangkan. Walaupun sebahagian daripada simptom panic attack dan \nserangan jantung\n serupa, mengetahui perbezaan antara keduanya berpotensi menyelamatkan nyawa anda.\n\n\nPanic attack sangat sinonim dengan degupan jantung yang laju. Namun, ini adalah perbezaan kedua-dua serangan itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\nGejala Serangan panik\n\n\nGejala Serangan Jantung\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerasaan bahaya, tersedak, atau hilang kawalan\n\n\nSakit kepala, pening, atauringan kepala\n\n\nPerubahan suhu secara tiba-tiba, kedinginan / panas terik\n\n\nSesak nafas\n\n\nLumba hati\u00a0berdebar-debar\n\n\nLoya\n\n\nMati rasa atau kesemutan\n\n\nSakit dada\n\n\nBerpeluh\n\n\nGegaran atau gementar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSakit dada\n\n\nTekanan dan kesakitan di bahu, rahang, leher, atau lengan\n\n\nKeletihan tiba-tiba\n\n\nLoya\n\n\nSesak nafas\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan \ninsurans kesihatan terbaik\n, lawati laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian produk insurans perubatan dan kesihatan daripada beberapa \nsyarikat insurans terbaik\n dan popular di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, pantas dan selamat. Selain itu, anda juga boleh dapatkan \ninsurans kereta\n, \ninsurans motor\n dan juga \ninsurans rumah\n di Qoala!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/sistem-insurans-pekerjaan/", "title": "Apa Potongan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dalam Slip Gaji?", "body": "\n\nBagi anda yang memiliki slip gaji, anda mungkin perasan ada potongan EIS dalam slip gaji anda selain potongan \nKWSP\n dan SOCSO. Bagi golongan muda yang baru bekerja, anda mungkin tertanya-tanya fungsi potongan EIS ini. Secara asasnya, Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) atau \nEmployee Insurance System\n (EIS) diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Ia bertujuan untuk membantu para pekerja yang kehilangan kerja untuk mendapatkan kembali pekerjaan termasuk beberapa faedah kewangan yang lain.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n5 Perkara Tentang Skim Insurans Pekerjaan yang Anda Perlu Tahu\n1. Apa itu Sistem Insurans Pekerjaan?\n2. Kadar Caruman SIP (Caruman EIS)\n3. Faedah Sistem Insurans Pekerjaan\n4. Syarat dan Kelayakan untuk Memohon EIS\n5. Cara Claim Sistem Insurans Pekerjaan (EIS)\n\n\n5 Perkara Tentang Skim Insurans Pekerjaan yang Anda Perlu Tahu\n\n\nSecara asasnya, setiap pekerja di sektor swasta secara automatik didaftarkan ke dalam EIS dan ia menjadi salah satu tanggungjawab majikan untuk memastikan caruman dibuat melalui potongan gaji. Bagi anda yang tidak biasa dengan skim insurans ini, berikut lima perkara tentang EIS untuk rujukan dan panduan anda.\n\n\n1. Apa itu Sistem Insurans Pekerjaan?\n\n\nSecara asasnya, skim insurans pekerjaan ditubuhkan pada 2018 dengan tujuan membantu pekerja terutamanya pekerja swasta yang hilang kerja atau sumber pendapatan.\n\n\n\n\nMenyediakan bantuan kewangan segera dalam tempoh tujuh hari selepas pengesahan hilang pekerjaan kepada pencarum yang dibuang kerja;\n\n\nMembantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baharu melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti;\n\n\nMeningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang kerja melalui program latihan dan latihan vokasional.\n\n\n\n\n2. Kadar Caruman SIP (Caruman EIS)\n\n\nKadar caruman SIP adalah sebanyak 0.2 peratus untuk majikan dan 0.2 peratus untuk pekerja berdasarkan gaji bulanan pekerja. Sebagai contoh, jika \ngaji\n anda RM2,000 sebulan, anda perlu membayar caruman bulanan sebanyak RM7.80 (RM3.90 daripada pekerja dan RM3.90 daripada majikan). Berikut merupakan jadual caruman SIP PERKESO atau kadar caruman EIS untuk rujukan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nGaji Bulanan\n\n\nCaruman Majikan\n\n\nCaruman Pekerja\n\n\nJumlah Caruman\n\n\n\n\n\n\nGaji kurang RM30\n\n\n5 sen\n\n\n5 sen\n\n\n10 sen\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM30 tetapi kurang RM50\n\n\n10 sen\n\n\n10 sen\n\n\n20 sen\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM50 tetapi kurang RM70\n\n\n15 sen\n\n\n15 sen\n\n\n30 sen\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM70 tetapi kurang RM100\n\n\n20 sen\n\n\n20 sen\n\n\n40 sen\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM100 tetapi kurang RM140\n\n\n25 sen\n\n\n25 sen\n\n\n50 sen\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM140 tetapi kurang RM200\n\n\n35 sen\n\n\n35 sen\n\n\n70 sen\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM200 tetapi kurang RM300\n\n\n50 sen\n\n\n50 sen\n\n\nRM1.00\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM300 tetapi kurang RM400\n\n\n70 sen\n\n\n70 sen\n\n\nRM1.40\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM400 tetapi kurang RM500\n\n\n90 sen\n\n\n90 sen\n\n\nRM1.80\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM500 tetapi kurang RM600\n\n\nRM1.10\n\n\nRM1.10\n\n\nRM2.20\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM600 tetapi kurang RM700\n\n\nRM1.30\n\n\nRM1.30\n\n\nRM2.60\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM700 tetapi kurang RM800\n\n\nRM1.50\n\n\nRM1.50\n\n\nRM3.00\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM800 tetapi kurang RM900\n\n\nRM1.70\n\n\nRM1.70\n\n\nRM3.40\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM900 tetapi kurang RM1,000\n\n\nRM1.90\n\n\nRM1.90\n\n\nRM3.80\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM1,000 tetapi kurang RM1,100\n\n\nRM2.10\n\n\nRM2.10\n\n\nRM4.20\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM1,100 tetapi kurang RM1,200\n\n\nRM2.30\n\n\nRM2.30\n\n\nRM4.60\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM1,200 tetapi kurang RM1,300\n\n\nRM2.50\n\n\nRM2.50\n\n\nRM5.00\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM1,300 tetapi kurang RM1,400\n\n\nRM2.70\n\n\nRM2.70\n\n\nRM5.40\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM1,400 tetapi kurang RM1,500\n\n\nRM2.90\n\n\nRM2.90\n\n\nRM5.80\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM1,500 tetapi kurang RM1,600\n\n\nRM3.10\n\n\nRM3.10\n\n\nRM6.20\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM1,600 tetapi kurang RM1,700\n\n\nRM3.30\n\n\nRM3.30\n\n\nRM6.60\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM1,700 tetapi kurang RM1,800\n\n\nRM3.50\n\n\nRM3.50\n\n\nRM7.00\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM1,800 tetapi kurang RM1,900\n\n\nRM3.70\n\n\nRM3.70\n\n\nRM7.40\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM1,900 tetapi kurang RM2,000\n\n\nRM3.90\n\n\nRM3.90\n\n\nRM7.80\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM2,000 tetapi kurang RM2,100\n\n\nRM4.10\n\n\nRM4.10\n\n\nRM8.20\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM2,100 tetapi kurang RM2,200\n\n\nRM4.30\n\n\nRM4.30\n\n\nRM8.60\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM2,200 tetapi kurang RM2,300\n\n\nRM4.50\n\n\nRM4.50\n\n\nRM9.00\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM2,300 tetapi kurang RM2,400\n\n\nRM4.70\n\n\nRM4.70\n\n\nRM9.40\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM2,400 tetapi kurang RM2,500\n\n\nRM4.90\n\n\nRM4.90\n\n\nRM9.80\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM2,500 tetapi kurang RM2,600\n\n\nRM5.10\n\n\nRM5.10\n\n\nRM10.20\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM2,600 tetapi kurang RM2,700\n\n\nRM5.30\n\n\nRM5.30\n\n\nRM10.60\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM2,700 tetapi kurang RM2,800\n\n\nRM5.50\n\n\nRM5.50\n\n\nRM11.00\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM2,800 tetapi kurang RM2,900\n\n\nRM5.70\n\n\nRM5.70\n\n\nRM11.40\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM2,900 tetapi kurang RM3,000\n\n\nRM5.90\n\n\nRM5.90\n\n\nRM11.80\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM3,000 tetapi kurang RM3,100\n\n\nRM6.10\n\n\nRM6.10\n\n\nRM12.20\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM3,100 tetapi kurang RM3,200\n\n\nRM6.30\n\n\nRM6.30\n\n\nRM12.60\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM3,200 tetapi kurang RM3,300\n\n\nRM6.50\n\n\nRM6.50\n\n\nRM13.00\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM3,300 tetapi kurang RM3,400\n\n\nRM6.70\n\n\nRM6.70\n\n\nRM13.40\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM3,400 tetapi kurang RM3,500\n\n\nRM6.90\n\n\nRM6.90\n\n\nRM13.80\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM3,500 tetapi kurang RM3,600\n\n\nRM7.10\n\n\nRM7.10\n\n\nRM14.20\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM3,600 tetapi kurang RM3,700\n\n\nRM7.30\n\n\nRM7.30\n\n\nRM14.60\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM3,700 tetapi kurang RM3,800\n\n\nRM7.50\n\n\nRM7.50\n\n\nRM15.00\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM3,800 tetapi kurang RM3,900\n\n\nRM7.70\n\n\nRM7.70\n\n\nRM15.40\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM3,900 tetapi kurang RM4,000\n\n\nRM7.90\n\n\nRM7.90\n\n\nRM15.80\n\n\n\n\n\n\nGaji lebih RM4,000\u00a0\n\n\nRM7.90\n\n\nRM7.90\n\n\nRM15.80\n\n\n\n\n\n\n\n\nJadual Caruman SIP PERKESO\n\n\n3. Faedah Sistem Insurans Pekerjaan\n\n\nSecara amnya, pekerja dan majikan yang mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) akan mendapat manfaat seperti berikut sekiranya berlaku situasi kehilangan pekerjaan:\n\n\n\n\nElaun Pencarian Pekerjaan\n akan dibayar kepada pekerja yang kehilangan satu-satunya pekerjaan yang ada dengan bayaran bulanan minimum tiga bulan dan maksimum enam bulan;\n\n\nElaun Pendapatan Berkurangan\n diberikan kepada pekerja yang hilang salah satu daripada pekerjaan yang dimiliki, kadar bayaran sama seperti Elaun Pencarian Pekerjaan dan dibayar sekaligus;\n\n\nYuran Latihan\n disediakan kepada pekerja yang terpilih untuk mengikuti latihan yang disyorkan oleh PERKESO tidak melebihi enam bulan dengan yuran maksimum RM4,000;\n\n\nElaun Bekerja Semula Awal\n akan diberikan sekiranya pencarum mendapat pekerjaan lebih awal iaitu sekitar 25 peratus daripada jumlah yang sepatutnya dapat tetapi masih belum diterima;\n\n\nElaun Latihan\n diberikan kepada pekerja bagi mengalakkan pekerja mengikuti latihan yang disediakan. Pembayaran dibuat sehingga enam bulan dengan kadar RM10 hingga RM20 untuk setiap hari latihan;\n\n\nProgram Penempatan Semula Pekerjaan\n membantu pekerja yang hilang kerja mendapatkan pekerjaan baharu termasuk temuduga kerja, latihan dan khidmat kaunseling untuk sokongan.\n\n\n\n\n\n\nBerapa yang anda boleh dapat sekiranya anda dibuang kerja? Fendi telah bekerja selama beberapa tahun dan membayar EIS sepanjang tempoh beliau bekerja. Beliau telah dibuang kerja kerana syarikat beliau bankrap dan tidak lagu mampu menggaji pekerja. Gaji terakhir beliau ialah RM6,000. Oleh sebab caruman Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dihadkan kepada RM4,000, beliau akan menerima elaun berdasarkan amaun ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBulan\n\n\nPeratus (%)\n\n\nTuntutan yang Layak\n\n\n\n\n\n\nPertama\n\n\n\n\n80\n\n\n\n\n\n\nRM3,200\n\n\n\n\n\n\n\n\nKedua\n\n\n\n\n50\n\n\n\n\n\n\nRM2,000\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetiga\n\n\n\n\n40\n\n\n\n\n\n\nRM1,600\n\n\n\n\n\n\n\n\nKeempat\n\n\n\n\n40\n\n\n\n\n\n\nRM1,600\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelima\n\n\n\n\n30\n\n\n\n\n\n\nRM1,200\n\n\n\n\n\n\n\n\nKeenam\n\n\n\n\n30\n\n\n\n\n\n\nRM1,200\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Syarat dan Kelayakan untuk Memohon EIS\n\n\nBerikut merupakan syarat dan kelayakan untuk memohon EIS untuk panduan dan rujukan anda:\n\n\n\n\nWarganegara Malaysia;\n\n\nBekerja dalam sektor swasta;\n\n\nPermohonan PERLU dilakukan dalam tempoh 60 HARI dari tarikh penamatan pekerjaan;\n\n\nMenepati Syarat Kelayakan Caruman yang telah ditetapkan oleh EIS;\n\n\nHilang pekerjaan di bawah definisi Kehilangan Pekerjaan oleh EIS.\n\n\n\n\nApakah kategori kehilangan pekerjaan yang termasuk bawah EIS? Secara asasnya, semua pekerja swasta atau pencarum yang kehilangan pekerjaan \nlayak\n memohon bantuan kewangan:\n\n\n\n\nDiberhentikan kerja (\nretrenchment\n);\n\n\nVSS/MSS (\n Voluntary/Mutual Separation Scheme\n);\n\n\nPenutupan syarikat disebabkan oleh bencana alam;\n\n\nSyarikat\n gulung tikar\n;\n\n\nPembuangan kerja secara konstruktif (ditindas majikan);\n\n\nPerletakan jawatan atas sebab gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja;\n\n\nPerletakan jawatan atas sebab diarahkan untuk melaksanakan tugasan berbahaya yang tidak termasuk dalam skop tugas.\n\n\n\n\nNamun begitu, anda mungkin \ntidak layak\n untuk memohon bantuan kewangan skim insurans pekerjaan sekiranya anda:\n\n\n\n\nMeletakkan jawatan secara sukarela;\n\n\nTamat tempoh kontrak perkhidmatan;\n\n\nDitamatkan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan tanpa terma dan syarat;\n\n\nPenyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan;\n\n\nPersaraan\n; atau\n\n\nPenamatan kontrak perkhidmatan disebabkan oleh salah laku.\n\n\n\n\n5. Cara \nClaim\n Sistem Insurans Pekerjaan (EIS)\n\n\nApabila anda kehilangan pekerjaan, anda perlu kemukakan permohonan dalam tempoh 60 hari dari tarikh hilang pekerjaan. Kelewatan anda dalam menghantar permohonan boleh menyebabkan \nclaim\n anda ditolak atau tidak diproses. Secara amnya, terdapat dua cara untuk membuat tuntutan iaitu tuntutan EIS secara\n online\n dan tuntutan EIS secara manual di pejabat PERKESO. Untuk membuat tuntutan EIS ini, pemohon boleh mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan seperti berikut:\n\n\n\n\nLayari laman web\n PERKESO;\n\n\nKemudian, daftarkan diri sebagai pencari pekerjaan;\n\n\nIsi borang tuntutan dan kemukakan lampiran yang diperlukan;\n\n\nPermohonan lengkap akan diproses dan disemak berdasarkan kelayakan am serta syarat kelayakan pencarum bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan;\n\n\nPindahan wang akan dibuat secara terus ke akaun pemohon setelah permohonan lulus;\n\n\nAnda juga perlu mengikuti Program Penempatan Pekerjaan dalam masa tujuh hari selepas pemberitahuan diterima daripada PERKESO;\n\n\nSelain itu, anda mesti melaporkan status anda setiap bulan kepada PERKESO.\n\n\n\n\nDokumen untuk Permohonan EIS\n\n\nBagi memudahkan urusan anda, berikut senarai dokumen yang perlu dilampirkan untuk permohonan Skim Insurans Pekerjaan anda:\n\n\n\n\nSalinan kad pengenalan;\n\n\nBukti kehilangan pekerjaan seperti Surat Penamatan Pekerjaan;\n\n\nSalinan akaun bank;\n\n\nSalinan slip gaji enam bulan terakhir;\n\n\n\n\nOleh itu, penting untuk anda pastikan majikan anda berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) supaya sekiranya anda diberhentikan kerja secara tiba-tiba, anda boleh membuat tuntutan untuk mengurangkan beban kewangan anda sebelum anda mendapat pekerjaan baharu. Selain itu, sekiranya anda sedang mencari\n insurans kereta\n, \ninsurans rumah\n, \ninsurans motor\n atau \ninsurans nyawa terbaik\n, anda boleh layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform beli insurans\n yang mudah, telus dan pantas dengan tawaran harga yang kompetitif dan berpatutan.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/skim-perubatan-madani/", "title": "Skim Perubatan Madani 2023: Apa Yang Anda Perlu Tahu?", "body": "\n\nSkim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia bertujuan untuk \nmenampung keperluan kesihatan golongan B40\n terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut). Skim perubatan ini merupakan berita gembira buat rakyat Malaysia kerana boleh mendapatkan rawatan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nSemak Kelayakan Skim Perubatan Madani\nSyarat Kelayakan\nCara Semak Kelayakan Skim Perubatan Madani\nCara-cara Mendapatkan Rawatan\n1. Hadir ke Klinik Skim Perubatan Madani\n2. Terima Rawatan\n3. Had Manfaat\nDapatkan Insurans Kesihatan di Qoala Untuk Perlindungan Menyeluruh\n\n\nSemak Kelayakan Skim Perubatan Madani\n\n\nPenerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan yang layak boleh mendapatkan rawatan dan keperluan perubatan secara percuma di klinik perubatan swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI. Ini dapat mengurangkan \nbeban kos rawatan\n kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan \ngolongan berpendapatan rendah.\n\n\nSyarat Kelayakan\n\n\nUntuk menerima inisiatif skim ini, anda hanya perlu memenuhi syarat kelayakan secara automatik. Berikut merupakan syarat kelayakan bagi permohonan Skim Perubatan Madani ini:\n\n\n\n\nPenerima bantuan Perubatan Madani ini merupakan individu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023 sama ada berkeluarga, bujang atau warga emas.\n\n\nPenerima tidak menerima mana-mana skim perubatan lain daripada badan/agensi lain yang sama seperti skim ini.\n\n\n\n\nCara Semak Kelayakan Skim Perubatan Madani\n\n\nBerikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan kelayakan skim bantuan ini:\n\n\n\n\nPemohon boleh menyemak syarat kelayakan secara atas talian menerusi laman sesawang \nhttps://kelayakan-spm.protecthealth.com.my;\n\n\nMasukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik pada butang \u201cSemak\u201d;\n\n\nAkhir sekali, status kelayakan akan dipaparkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nCara-cara Mendapatkan Rawatan\n\n\nSetelah anda selesai semak kelayakan, berikut adalah cara untuk mendapat rawatan di klinik-klinik perubatan swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan Madani.\n\n\n1. Hadir ke Klinik Skim Perubatan Madani\n\n\nAnda boleh hadir ke mana-mana klinik perubatan swasta yang berdaftar dengan skim ini (boleh dikenal pasti dengan pelekat Skim Perubatan Madani) dengan membawa kad pengenalan.\n\n\nCari Klinik Skim Perubatan Madani\n\n\nBerikut merupakan cara-cara membuat semakan senarai klinik secara atas talian untuk menuntut bantuan perubatan ini;\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLayari laman sesawang \nhttps://kelayakan-spm.protecthealth.com.my\n untuk membuat carian klinik yang berdaftar di bawah skim ini;\n\n\nSeterusnya, masukkan maklumat yang diminta iaitu Negeri, Daerah dan Bandar dan klik pada butang \u201cCari\u201d;\n\n\nAkhir sekali, senarai klinik-klinik swasta yang menawarkan Skim Perubatan MADANI akan dipaparkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Terima Rawatan\n\n\nSekiranya layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut secara percuma. Berikut merupakan senarai rawatan pesakit luar kes-kes akut yang\u00a0 merangkumi:\n\n\n\n\nDemam dan selsema;\n\n\nCirit-birit dan muntah;\n\n\nTerseliuh;\n\n\nSakit kepala;\n\n\nTrauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.\n\n\n\n\n3. Had Manfaat\n\n\nSetelah mendapatkan rawatan, had manfaat Skim Perubatan MADANI akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di\n laman sesawang\n tersebut.\n\n\n\n\nDapatkan Insurans Kesihatan di Qoala Untuk Perlindungan Menyeluruh\n\n\nSkim ini merupakan inisiatif rintis kerajaan untuk membantu rakyat terutamanya golongan B40 secara tidak langsung, beban kewangan dan kesejahteraan hidup rakyat akan lebih terjamin dan terpelihara dengan adanya skim ini. Bukan itu sahaja, tahap kesihatan dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat.\n\n\nSelain itu, penting untuk anda memiliki\u00a0\ninsurans kesihatan \nuntuk perlindungan kesihatan yang menyeluruh. Jika anda mencari insurans kesihatan, anda boleh mendapatkannya di Qoala. Anda boleh bandingkan pelbagai insurans kesihatan di Qoala untuk nikmati lebih banyak penjimatan. Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans kesihatan terbaik\n\u00a0di Malaysia.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/takaful-insurans-nyawa/", "title": "7 Sebab Penting Kenapa Anda Perlu Miliki Insurans Nyawa", "body": "\n\nBagi mempersiapkan diri dengan risiko atau insiden luar jangka, anda perlu memiliki pelan insurans nyawa untuk melindungi diri anda dan juga keluarga yang tersayang sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Insurans nyawa atau turut dikenali sebagai \ninsurans hayat\n merupakan skim caruman yang akan menyediakan bantuan kewangan kepada tanggungan atau ahli keluarga setelah anda meninggal dunia. Dalam erti kata lain, pelan ini bertujuan untuk membantu dan meringankan beban ahli keluarga terutamanya dari aspek kewangan bagi membantu mereka meneruskan kehidupan setelah ketiadaan anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n7 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Insurans Nyawa Terbaik di Malaysia\n1. Membayar Hutang\n2. Menanggung Kos Pengebumian\n3. Insurans Nyawa: Kurangkan Kadar Cukai Pendapatan\n4. Kehidupan Lebih Tenang\n5. Boleh Guna sebagai Pelan Simpanan\n6. Tabung Pendidikan Anak-anak\n7. Melindungi Aset dan Simpanan\nFaktor-faktor yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Pilih Insurans Nyawa atau Insurans Hayat\nMatlamat Kewangan\nPerlindungan & Pengecualian\nBayaran Premium Insurans Nyawa\n\n\n7 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Insurans Nyawa Terbaik di Malaysia\n\n\nBerdasarkan laporan \nPersatuan Insurans Hayat Malaysia\n (LIAM), hanya 56 peratus rakyat Malaysia memiliki pelan perlindungan insurans nyawa. Ini kerana, kebanyakan orang berpendapat wang dilaburkan dalam \npelaburan ASB\n atau \nsimpanan Tabung Haji\n sudah memadai untuk digunakan bagi melindungi diri mereka dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan atau kematian.\n\n\nSecara asasnya, insurans nyawa memainkan peranan yang sangat penting dalam melindungi ahli keluarga dan tanggungan anda sekiranya anda (ketua keluarga) ditimpa musibah. Sekiranya anda masih belum memiliki pelan perlindungan ini, berikut tujuh kelebihan memiliki insurans nyawa bagi membantu anda membuat keputusan:\n\n\n1. Membayar Hutang\n\n\nKebanyakan individu memiliki hutang \npinjaman perumahan\n, \nbantuan perniagaan\n, pinjaman peribadi, pinjaman PTPTN dan sebagainya. Hutang-hutang ini berkemungkinan besar akan diwariskan kepada ahli keluarga untuk dijelaskan setelah kematian anda. Oleh sebab itu, perancangan teliti perlu dibuat bagi mengelakkan ahli keluarga yang ditinggalkan tidak terbeban dengan hutang yang banyak.\n\n\nDi sinilah peranan insurans nyawa \u2013 pampasan insurans yang diterima boleh digunakan untuk membayar atau menyelesaikan hutang tinggalan anda dan lebihan yang ada boleh digunakan untuk menampung kehidupan ahli keluarga buat sementara.\n\n\n2. Menanggung Kos Pengebumian\n\n\nSelepas seseorang individu meninggal dunia, perkara pertama yang perlu disegerakan ialah urusan pengebumian jenazah. Proses pengebumian jenazah boleh menelan kos dan belanja yang tinggi dan kos-kos ini perlu ditanggung oleh pusaka si mati. Antara kos-kos yang perlu ditanggung ialah:\n\n\n\n\nPembelian kain kafan;\n\n\nKelengkapan mandian;\n\n\nKos gali kubur;\n\n\nPengangkutan jenazah;\n\n\nKos-kos lain berkaitan urusan pengebumian.\n\n\n\n\nJika anda mempunyai perlindungan insurans nyawa, sekurang-kurangnya ahli keluarga anda boleh menggunakan wang tersebut untuk menanggung kos pengebumian anda tanpa perlu mengeluarkan \nwang simpanan\n yang ada ataupun membuat \npinjaman peribadi\n untuk tujuan ini.\n\n\n3. Insurans Nyawa: Kurangkan Kadar Cukai Pendapatan\n\n\nSekiranya anda memiliki insurans nyawa, ia melayakkan anda untuk mendapat \npengecualian cukai pendapatan\n sehingga RM3,000 untuk tahun semasa. Ini bermaksud, anda boleh jimatkan perbelanjaan anda setiap tahun jika anda beli insurans nyawa termasuk insentif pengurangan cukai lain yang diberikan oleh kerajaan seperti \nskim persaraan\n, caruman KWSP dan sebagainya.\n\n\n\n\n4. Kehidupan Lebih Tenang\n\n\nAnda tidak boleh menjangkakan perkara yang akan berlaku kepada anda. Dengan memiliki insurans hayat, anda tidak perlu risau tentang ahli keluarga di bawah jagaan anda lagi sekiranya berlaku apa-apa musibah kepada anda seperti kecacatan kekal akibat \nkemalangan jalan raya\n dan sebagainya.\n\n\nSecara asasnya, insurans hayat boleh dikatakan bertindak sebagai pelampung sekiranya kapal yang dinaiki karam. Ini bermaksud, ahli keluarga anda masih ada tempat untuk bergantung harap sekiranya anda tidak boleh kembali bekerja seperti biasa akibat kemalangan.\n\n\nMeskipun jumlah pampasan yang diterima tidaklah terlalu besar, sekurang-kurangnya amaun yang diterima boleh membantu ahli keluarga anda berdiri semula dan meneruskan kehidupan seperti biasa.\n\n\n5. Boleh Guna sebagai Pelan Simpanan\n\n\nAda pelan insurans nyawa yang turut menawarkan gabungan antara perlindungan dan \nsimpanan jangka panjang\n. Biasanya, jumlah simpanan adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan premium yang perlu anda bayar.\n\n\nAnda boleh rujuk syarikat insurans anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ciri simpanan tersebut sama ada pulangan simpanan tersebut dijamin atau tidak. Pencarum boleh mengeluarkan simpanan tersebut sebaik sahaja polisi tersebut matang.\n\n\n6. Tabung Pendidikan Anak-anak\n\n\nInsurans nyawa juga boleh dijadikan salah satu alternatif \ntabung simpanan pendidikan anak-anak\n anda. Sesetengah pelan insurans hayat ada menawarkan ciri simpanan yang menguntungkan. Sama seperti simpanan-simpanan lain, dana yang disimpan akan berkembang atau bertambah banyak saban tahun.\n\n\nJika anda memiliki pelan ini sejak anak anda kecil, dana ini semestinya mencukupi untuk membiayai pendidikan pengajian anak-anak sebaik sahaja usia anak anda meningkat dewasa. Meskipun begitu, setiap produk insurans nyawa menawarkan syarat dan tempoh yang berbeza. Pastikan anda semak dengan ejen insurans anda untuk penjelasan lanjut.\n\n\nNamun biasanya, pencarum perlu menunggu sehingga pulangan tersebut melebihi jumlah premium yang perlu dibayar (biasanya ambil masa lebih kurang 30 tahun). Jika anda ambil keputusan untuk keluarkan wang simpanan tersebut sebelum tempoh matang, anda tidak boleh memaksimumkan keuntungan daripada simpanan tersebut.\n\n\n7. Melindungi Aset dan Simpanan\n\n\nInsurans hayat merupakan langkah persediaan jangka panjang yang amat penting untuk mengelakkan ahli keluarga atau waris terkesan dengan pemergian anda. Sekiranya anda memiliki insurans hayat, keluarga atau waris anda tidak perlu \njual rumah\n atau menggadaikan apa-apa aset atau simpanan anda semata-mata untuk menjelaskan hutang-hutang anda.\n\n\nMalah, keluarga anda berkemungkinan akan menerima lebihan dana (setelah hutang-hutang dijelaskan) jika premium yang anda ambil menawarkan perlindungan yang tinggi. Oleh sebab itu, rancang pelan perlindungan dengan betul.\n\n\n\n\nFaktor-faktor yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Pilih Insurans Nyawa atau Insurans Hayat\n\n\nInsurans nyawa berperanan penting dalam melindungi anda dan keluarga sekiranya berlaku sesuatu musibah. Oleh sebab itu, penting untuk anda buat semakan secara teliti dan pertimbangkan setiap aspek terlebih dahulu sebelum pilih mana-mana insurans nyawa yang sesuai dan terbaik untuk anda.\n\n\nMatlamat Kewangan\n\n\nKenal pasti matlamat kewangan terlebih dahulu sebelum pilih mana-mana pelan insurans. Anda mungkin pilih insurans hayat yang membolehkan anda menikmati manfaat kematangan untuk persaraan, pembiayaan pendidikan anak anda, atau sebagai salah satu langkah meringankan beban cukai.\n\n\nPerlindungan & Pengecualian\n\n\nPastikan perlindungan yang anda pilih selari dengan apa yang anda perlukan. Bandingkan juga perkara-perkara yang dilindungi/tidak dilindungi oleh polisi insurans anda untuk mengelakkan kekeliruan\n\n\nBayaran Premium Insurans Nyawa\n\n\nSama seperti pembayaran lain, ia perlu selari dengan kemampuan kewangan anda. Jika kos premium anda terlalu mahal, ia mungkin boleh menyukarkan anda untuk membayar komitmen ini setiap bulan. Kos premium yang ideal biasanya sekitar enam peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan pendapatan. Sebagai contoh, sekiranya pendapatan bulanan anda RM5,000 sebulan, kos premium yang dicadangkan mestilah tidak melebihi RM300.\n\n\nSemoga tips dan kepentingan insurans nyawa yang dinyatakan di atas ini dapat membantu anda membuat keputusan terbaik untuk diri anda dan juga keluarga yang tersayang. Sekiranya anda ingin mendapatkan \ninsurans kemalangan diri terbaik\n, lawati laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian produk \ninsurans perubatan\n\u00a0daripada beberapa syarikat insurans terbaik dan popular di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, pantas dan selamat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/takaful-vs-insurans/", "title": "Takaful vs Insurans 2023: Pilihan yang Mana yang Anda Patut Pilih?", "body": "\n\nTakaful vs insurans \u2013 mana satu lebih baik? Secara asasnya, Takaful vs insurans konvensional memiliki tujuan yang sama iaitu menawarkan perlindungan terhadap kerugian kewangan sekiranya anda berdepan keadaan yang tidak terduga. Kedua-dua insurans konvensional dan\n perlindungan takaful\n memerlukan peserta untuk membayar sumbangan atau caruman. Meskipun Takaful vs insurans konvensional ini boleh dikatakan ada persamaan, kedua-duanya mempunyai perbezaan yang tersendiri.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nTakaful vs Insurans Konvensional: Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu\nApa Itu Insurans Konvensional?\nApa Itu Takaful?\nPerbezaan antara Takaful vs Insurans Konvensional\nDapatkan Takaful vs Insurans Konvensional di Qoala untuk Proses Beli Insurans yang Selamat\n\n\nTakaful vs Insurans Konvensional: Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu\n\n\nAda dalam kalangan anda mungkin tidak jelas dengan pelan perlindungan Takaful vs insurans konvensional ini. Malah, terdapat salah faham umum bahawa Takaful merupakan versi \u2018Islamik\u2019 insurans konvensional dan hanya boleh diakses oleh orang Islam. Walaupun perlindungan Takaful terbina berdasarkan prinsip-prinsip Islam, Takaful bukanlah produk agama dan ia tersedia kepada semua orang termasuk bukan Muslim. Perkara paling penting yang perlu anda fahami ialah Takaful mewakili prinsip-prinsip Islam dalam pelaksanaannya.\n\n\nApa Itu Insurans Konvensional?\n\n\nAnda mungkin biasa dengar istilah seperti \ninsurans kereta\n, \ninsurans nyawa\n, \ninsurans kesihatan dan perubatan\n dan lain-lain lagi. Jadi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan insurans ini? Secara amnya, polisi insurans adalah perjanjian bertulis antara satu pihak dengan pihak yang lain untuk melindungi pencarum daripada sebarang kerugian kewangan.\n\n\nPerlindungan ini ditawarkan kepada anda (pencarum) sebagai pertukaran untuk \nbayaran premium insurans\n yang anda bayar. Sebagai contoh, jika anda terlibat dalam kemalangan dan kejadian ini memberi kesan kepada kesihatan dan kewangan anda, anda boleh membuat \ntuntutan insurans dengan syarikat insurans\n anda.\n\n\n\n\nIni bermaksud, pihak insurans akan menampung \nkos rawatan di hospital\n tanpa memerlukan anda mengeluarkan simpanan persaraan anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelebihan\n\n\nKekurangan\n\n\n\n\n\n\nPilihan lebih luas kerana ditawarkan oleh lebih banyak syarikat insurans\n\n\nAgihan keuntungan kepada pemegang saham\n\n\n\n\n\n\nBayaran komisen tetap (dua peratus)\n\n\nAda unsur yang tidak mematuhi prinsip syariah\n\n\n\n\n\n\nPelan terkait pelaburan disediakan\n\n\nKadar premium bergantung pada penilaian risiko\n\n\n\n\n\n\n\n\nApa Itu Takaful?\n\n\nInsurans Islam (atau dikenali sebagai Takaful) memerlukan peserta untuk menyumbang ke dalam sistem kumpulan untuk melindungi satu sama lain daripada kerugian atau kecederaan. Peserta Takaful berkongsi risiko secara kolektif berasaskan kerjasama bersama. Ia berbeza dengan insurans konvensional yang memindahkan risiko kerugian kepada syarikat insurans untuk mengurangkan beban kewangan.\n\n\nTakaful menyediakan perlindungan mengikut prinsip-prinsip Syariah atau undang-undang Islam. Ia menggariskan kewajipan untuk bekerjasama dan melindungi satu sama lain. Insurans kesihatan, insurans nyawa dan insurans am antara yang ditawarkan melalui polisi Takaful.\n\n\nSebagai umat Islam, anda disarankan untuk mengambil Takaful. Ini kerana, insurans konvensional difatwakan haram kerana mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti\n riba, gharar\n dan \nmaisir\n.\n\n\nGharar\n (Ketidakpastian)\n\n\nUnsur ketidakpastian dalam kontrak \u2013 kontrak takaful harus bebas dari sebarang keraguan, kontrak yang dibuat perlu jelas.\n\n\nRiba\n (Faedah)\n\n\nRiba adalah dilarang dalam Islam. Dalam insurans konvensional, pencarum membayar premium insurans yang digunakan oleh syarikat insurans untuk membayar tuntutan dan memperoleh keuntungan.\n\n\nWalaupun tidak ada tuntutan, syarikat insurans tetap mendapat keuntungan.\n\n\nMaisir\n (Perjudian)\n\n\nPeserta insurans bertaruh bahawa mereka akan mengalami kemalangan atau harta mereka akan musnah, manakala syarikat insurans bertaruh bahawa perkara-perkara itu tidak akan berlaku.\n\n\n\n\nTakaful adalah pilihan yang lebih baik bagi umat Islam yang ingin mendapatkan perlindungan insurans yang mematuhi prinsip agama. Tuntutan peserta dilindungi daripada dana takaful. Ini bermaksud, selepas memotong simpanan untuk kemungkinan tuntutan masa depan dan perbelanjaan lain, sebarang lebihan akan disalurkan kepada peserta dana.\n\n\nDana ini diagihkan kepada peserta dalam bentuk dividen tunai, pengurangan sumbangan masa depan atau dalam bentuk manfaat lain.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelebihan\n\n\nKekurangan\n\n\n\n\n\n\nMematuhi prinsip-prinsip Syariah\n\n\nDitawarkan oleh pengendali yang terhad\n\n\n\n\n\n\nKeuntungan diberikan kepada peserta dan pengendali\n\n\nBayaran \nwakalah\n (wakil) bergantung kepada harga produk\n\n\n\n\n\n\nKadar premium tetap\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdapat pelan Takaful Umrah dan Haji\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbezaan antara Takaful vs Insurans Konvensional\n\n\nTakaful vs insurans konvensional kedua-duanya menyediakan perlindungan daripada peristiwa yang tidak dijangka. Peserta perlu menyumbangkan jumlah tetap untuk memulakan perlindungan mereka. Bagi kedua-dua pelan ini, pemegang insurans harus mempunyai kepentingan kewangan yang sah dalam risiko. Berikut adalah perbezaan utama yang perlu anda ketahui:\n\n\n\n\n\n\n\n\nInsurans Konvensional\n\n\nTakaful\n\n\n\n\n\n\nTertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013\n\n\nTertakluk kepada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFDA) 2013\n\n\n\n\n\n\nDitentukan berdasarkan faktor risiko\n\n\nPeserta membuat sumbangan berdasarkan konsep \ntabarru\n (derma)\n\n\n\n\n\n\nPremium yang diterima daripada pencarum insurans boleh dilaburkan dalam semua bentuk pelaburan\n\n\nDana peserta hanya boleh dilaburkan dalam pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah\n\n\n\n\n\n\nMungkin mengandungi unsur \nriba, gharar\n dan \nmasyir\n\n\nBebas daripada semua unsur \nriba, gharar\n dan \nmasyir\n\n\n\n\n\n\nRisiko ditanggung oleh syarikat insurans sebaik sahaja pembayaran dibuat oleh pemegang insurans\n\n\nMengamalkan konsep perkongsian risiko \u2013 semua pihak bertanggungjawab bersama terhadap semua risiko\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDapatkan Takaful vs Insurans Konvensional di Qoala untuk Proses Beli Insurans yang Selamat\n\n\nJika anda mencari penyelesaian insurans yang menyeluruh dan patuh Shariah dengan kadar premium yang tetap, pelan Takaful adalah pilihan yang tepat yang boleh anda pertimbangkan. Namun begitu, anda juga boleh mempertimbangkan insurans konvensional jika anda ingin memilih perlindungan terbaik daripada rangkaian \nsyarikat insurans\n yang lebih luas.\n\n\nSebelum memutuskan \nperlindungan takaful atau insurans terbaik\n untuk anda, pastikan semua manfaat seperti kematian, ketidakupayaan, \npenyakit serius\n dan harta benda. Walau apa pun pilihan anda, pastikan anda melakukan penyelidikan dan memilih pelan insurans terbaik yang sesuai dengan keperluan anda kerana ia bergantung pada apa yang anda cari.\n\n\nUntuk mendapatkan satu pelan perlindungan tunggal yang menyediakan semua perlindungan yang anda inginkan bukanlah satu perkara yang mudah. Sebagai contoh, jika anda menginginkan perlindungan yang memberikan faedah selepas kematian, anda boleh memilih polisi takaful hayat dan keluarga.\n\n\nSelain itu, anda juga boleh mempertimbangkan faktor-faktor lain seperti \nsimpanan\n, \npelaburan\n, dan lain-lain bergantung pada bajet dan keperluan anda.\n\n\nJika anda mencari perlindungan takaful vs insurans konvensional terbaik yang tersedia di Malaysia, anda boleh mendapatkannya di Qoala. Qoala merupakan \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans\n yang menawarkan pelbagai polisi perlindungan takaful vs insurans pada \nharga mampu milik\n di Malaysia.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/tanda-kolesterol-tinggi/", "title": "7 Tanda Kolesterol Tinggi, Cara Kurangkan Kolestrol", "body": "\n\nTidak kira usia muda atau tua, sesiapa sahaja boleh menghadapi masalah kolesterol tinggi. Sekiranya tahap kolesterol dalam badan anda tinggi, jangan \npanik\n kerana masalah ini boleh diatasi dan tahap kolesterol anda boleh kembali kepada bacaan yang normal.\n\n\nKolesterol tinggi dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular yang bahaya seperti \npenyakit jantung\n atau strok. Selain itu, ia juga dikaitkan dengan dengan \npenyakit diabetes\n dan tekanan darah tinggi. Persatuan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan masalah kolesterol tinggi telah menyebabkan kira-kira 2.6 juta kematian di seluruh dunia.\n\n\nOleh sebab itu, anda perlu mengambil serius tentang masalah ini. Artikel ini akan berkongsikan maksud kolesterol, tanda kolesterol tinggi dan cara menurunkan kolesterol tinggi.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nApa itu Kolesterol? Adakah Ia Membahayakan Kesihatan Anda?\nKolesterol Baik (High Density Lipoprotein atau HDL)\nKolesterol Jahat (Low Density Lipoprotein atau LDL)\nBahaya Kolesterol Tinggi: Apa Tindakan yang Boleh Anda Lakukan?\nJadual Bacaan Kolesterol\nPunca Kolesterol Tinggi\nKesan Kolesterol Tinggi dalam Badan\n7 Tanda Kolesterol Tinggi yang Anda Perlu Perhatikan\n1. Cepat Penat\n2. Sakit Rahang\n3. Sakit Dada\n4. Sakit Leher\n5. Sakit Kaki\n6. Xanthoma\n7. Kaki Selalu Kebas\n5 Cara Kurangkan Kolesterol yang Boleh Anda Amalkan\n1. Menurunkan Berat Badan\n2. Berhenti Merokok\n3. Bersenam & Gaya Hidup Aktif\n4. Diet Pemakanan\n5. Makan Ubat, Suplemen Jika Perlu\nAmbil Tindakan Segera & Baiki Bacaan Kolesterol Anda\n\n\nApa itu Kolesterol? Adakah Ia Membahayakan Kesihatan Anda?\n\n\nAnda mungkin pernah mendengar tentang kolesterol, tetapi anda mungkin tidak pasti maksud sebenar kolesterol. Untuk pengetahuan anda, kolesterol merupakan sejenis lemak yang dihasilkan pada hati, sel-sel badan dan darah anda. Ia memainkan peranan penting untuk kesihatan dan diperlukan oleh tubuh badan anda untuk berfungsi dengan baik.\n\n\nKolesterol menghasilkan sel-sel membran, hempedu, sesetengah hormon dan vitamin D. Badan anda berupaya menghasilkan sendiri kolesterol dan juga mendapatkannya melalui sumber makanan yang terdiri daripada produk berasaskan haiwan. Secara amnya, terdapat dua kategori kolesterol yang berada dalam badan anda:\n\n\nKolesterol Baik (\nHigh Density Lipoprotein atau \nHDL)\n\n\nKolesterol yang mempunyai paras HDL yang tinggi ini amat bermanfaat untuk kesihatan anda. Ia membawa kolesterol dalam darah kembali ke hati dan kemudiannya akan memproses kolesterol serta mengeluarkannya daripada tubuh.\n\n\nKolesterol Jahat (\nLow Density Lipoprotein\n atau LDL)\n\n\nKolesterol yang mempunyai kadar LDL yang tinggi ini pula mampu memudaratkan kesihatan anda. Ia mampu mengenapkan kolesterol pada dinding saluran darah, menyumbat arteri-arteri serta meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.\n\n\nBahaya Kolesterol Tinggi: Apa Tindakan yang Boleh Anda Lakukan?\n\n\nMempunyai kadar kolesterol yang tinggi bermaksud terdapat terlalu banyak kolesterol dalam badan yang melebihi paras normal dan ini sangat berbahaya kepada kesihatan anda. Tanpa membuat pemeriksaan bacaan kolesterol, seseorang individu mungkin tidak akan menyedari yang dirinya mempunyai kadar kolesterol yang tinggi kerana simptom-simptom kolesterol tinggi ini kebiasaannya tidak dapat dikesan daripada awal.\n\n\nMempunyai kolesterol tinggi boleh membawa kepada pembentukan deposit lemak yang dikenali sebagai plak di dalam saluran darah. Ini sekali gus memberi kesan kepada aliran darah yang mencukupi melalui arteri anda. Kadangkala, deposit tersebut boleh pecah secara tiba-tiba dan membentuk bekuan yang menyebabkan serangan jantung atau strok.\n\n\nJadual Bacaan Kolesterol\n\n\nAnda mungkin tertanya-tanya cara untuk mengetahui tahap kolesterol anda. Berikut merupakan jadual bacaan kolesterol mg/dL dan tiga kategori untuk rujukan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nTahap\n\n\nKadar Bacaan (mg/dL)\n\n\n\n\n\n\nBaik\n\n\n170 ke bawah\n\n\n\n\n\n\nPertengahan\n\n\n170-199\n\n\n\n\n\n\nTinggi\n\n\n200 ke atas\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber: AIA Malaysia\n\n\nPunca Kolesterol Tinggi\n\n\nTerdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kolesterol anda berada pada paras yang tinggi. Kadar kolesterol bergantung kepada beberapa faktor seperti gaya hidup, \ndiet pemakanan\n dan sebagainya. Berikut merupakan punca-punca yang menyebabkan tahap kolesterol anda tinggi:\n\n\n\n\nDiet tidak seimbang\n\n\nObesiti\n\n\nMerokok\n\n\nSejarah keluarga\n\n\nUbat-ubatan yang mempunyai tahap LDL yang tinggi\n\n\n\n\nKesan Kolesterol Tinggi dalam Badan\n\n\nSekiranya kadar kolesterol terus berada dalam paras yang tinggi, anda berkemungkinan besar boleh mengalami risiko kesihatan yang berikut:\n\n\n\n\nStrok dan sakit jantung\n\n\nPembentukan batu hempedu\n\n\nKebas pada bahagian kaki\n\n\nPenyakit \nalzheimer\n\n\n\n\n7 Tanda Kolesterol Tinggi yang Anda Perlu Perhatikan\n\n\nIndividu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi harus berjumpa doktor dengan kadar segera. Pilihan rawatan biasanya bergantung pada tahap kolesterol ataua mereka mempunyai risiko lain untuk serangan jantung atau strok. Berikut merupakan antara tanda-tanda kolesterol anda mungkin berada pada tahap yang tinggi:\n\n\n1. Cepat Penat\n\n\nSering mengantuk walaupun tidak melakukan aktiviti berat boleh menjadi salah satu tanda kolesterol anda tinggi. Ia disebabkan oleh saluran darah tersumbat yang sepatutnya membawa oksigen ke otak. Apabila aliran darah tersumbat, ia akan memberi kesan pada badan seperti mudah mengantuk dan badan cepat letih.\n\n\n2. Sakit Rahang\n\n\nSakit di bahagian rahang juga boleh menjadi salah satu tanda utama anda mempunyai kolesterol tinggi. Menurut American Heart Association, rasa sakit pada rahang merupakan salah satu gejala serangan jantung yang mungkin berlaku disebabkan paras kolesterol yang tinggi.\n\n\n3. Sakit Dada\n\n\nApabila paras kolesterol dalam badan meningkat, ia akan menyebabkan pengumpulan lemak dalam arteri. Plak dari lemak kemudian akan menutup saluran darah dan akan menyebabkan rasa sakit di bahagian dada. Individu-individu yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi biasanya cenderung untuk berasa sakit pada bahagian dada.\n\n\n4. Sakit Leher\n\n\nSakit di bahagian leher boleh terjadi disebabkan oleh banyak faktor seperti \nkesihatan mental\n (stres) atau faktor keletihan. Namun begitu, tahukah anda kolesterol tinggi dalam badan juga merupakan salah satu faktor sakit leher? Pengumpulan plak pada saluran darah di leher akan menyekat aliran darah dari leher ke otak sekali gus menyebabkan kesakitan pada bahagian ini.\n\n\n5. Sakit Kaki\n\n\nSakit kaki juga boleh menjadi tanda kolesterol tinggi dalam badan. Pembentukan plak yang berlaku pada saluran darah di kaki boleh menyebabkan sakit di bahagian kaki.\n\n\n6. \nXanthoma\n\n\nXanthoma\n boleh berlaku pada individu yang mempunyai paras kolesterol dan trigliserida yang tinggi. Jika anda mendapati terdapat ketulan yang tidak menyebabkan sakit tapi kadangkala menyebabkan gatal, berwarna kuning atau oren, lakukan ujian darah dengan segera untuk mengetahui tahap kolesterol anda. Besar kemungkinan ketulan itu adalah sebahagian daripada simptom kolesterol tinggi yang anda alami.\n\n\n7. Kaki Selalu Kebas\n\n\nKaki selalu kebas juga merupakan tanda kolesterol tinggi dalam badan. Pengumpulan plak lemak menyebabkan aliran darah ke tisu badan tersumbat. Timbunan plak pada bahagian kaki ini menyebabkan bahagian kaki terasa berat, sakit malah terasa seperti terbakar.\n\n\nSekiranya anda menghadapi situasi sebegini, anda disarankan berjumpa doktor untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.\n\n\n\n\n5 Cara Kurangkan Kolesterol yang Boleh Anda Amalkan\n\n\nPengambilan ubat-ubatan boleh membantu mengurangkan parasr kolesterol dalam badan anda. Selain itu, anda juga boleh mengubah gaya hidup untuk memastikan tahap kolesterol anda kembali pada tahap yang baik.\n\n\n1. Menurunkan Berat Badan\n\n\nBerat yang berlebihan biasanya dikaitkan dengan masalah kolesterol yang tinggi. Menurunkan berat badan boleh menurunkan tahap kolesterol anda kerana ia boleh mengurangkan jumlah lemak yang ada dalam badan anda.\n\n\nAnda boleh mula mengambil tindakan dengan melakukan perubahan-perubahan yang kecil seperti mengambil \nmakanan rendah kalori\n, kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis, mengawal kuantiti makanan yang diambil dan sebagainya. Kurangkan juga pengambilan makanan kolesterol tinggi seperti daging, telur, produk tenusu dan makanan proses.\n\n\nIndividu yang kehilangan sekurang-kurangnya 10 paun atau 4.5 kg sudah cukup untuk menurunkan tahap kolesterolnya. Pengurangan sekurang-kurangnya 5 peratus daripada berat badan mereka dapat mengurangkan tahap LDL dan jumlah kolesterol dalam badan.\n\n\n2. Berhenti Merokok\n\n\nTabiat merokok boleh menjejaskan tahap kolesterol dalam badan anda. Anda akan menjadi lebih sihat jika anda berhenti merokok sekali gus membantu menurunkan tahap kolesterol anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam masa 20 minit selepas berhenti merokok, tekanan darah dan degupan jantung anda bertambah baik\n\n\nDalam masa tiga bulan selepas berhenti merokok, peredaran darah dan fungsi paru-paru anda mula bertambah baik\n\n\nDalam tempoh setahun selepas berhenti merokok, peratus risiko penyakit jantung anda separuh lebih rendah berbanding sekiranya anda merokok\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Bersenam & Gaya Hidup Aktif\n\n\nGaya hidup aktif juga boleh membantu menurunkan paras kolesterol anda. \nBersenam\n di rumah misalnya boleh membantu meningkatkan HDL yang merupakan kolesterol baik. Bergantung pada nasihat doktor anda, lakukan senaman ringan selama 30 minit sekurang-kurangnya lima kali seminggu atau aktiviti aerobik yang lebih mencabar selama 20 minit sebanyak tiga kali seminggu. Pertimbangkan aktiviti-aktiviti seperti:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerjalan pantas (\nbrisk walk\n)\n\n\nBerbasikal\n\n\nSenamrobik\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Diet Pemakanan\n\n\nMelakukan beberapa perubahan dalam diet anda juga boleh membantu mengurangkan kolesterol dan dalam masa yang sama meningkatkan kesihatan jantung. Bagaimana cara untuk menurunkan kolesterol dengan diet? Ikuti langkah-langkah di bawah ini:\n\n\nElakkan Makanan dengan Lemak Trans\n\n\nLemak trans akan meningkatkan tahap kolesterol keseluruhan. Elakkan makanan seperti marjerin, kentang goreng dan kebanyakan snek kerana makanan sebegini mempunyai asid lemak trans yang tinggi.\n\n\nKurangkan Pengambilan Makanan Lemak Tepu\n\n\nLemak tepu paling tinggi datang daripada haiwan dan makanan berasaskan haiwan seperti mentega, susu penuh krim, keju, mayonis, lemak daging dan sebagainya. Pengambilan secara berlebihan akan meningkatkan kadar kolesterol anda.Pengambilan lemak tepu secara bersederhana boleh mengurangkan kadar LDL atau kolesterol jahat.\n\n\nPerbanyakkan Pengambilan Makanan Tinggi Serat, Serat Larut\n\n\nSerat larut mampu mengurangkan serapan kolesterol di dalam aliran darah anda. Serat larut boleh didapati daripada makanan seperti \noat\n dan \nkekacang\n serta buah-buahan seperti epal dan pir.\n\n\n5. Makan Ubat, Suplemen Jika Perlu\n\n\nJika doktor anda mengesyorkan ubat atau suplemen untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ambil seperti yang ditetapkan sambil menjalankan gaya hidup baharu yang lebih aktif. Perubahan gaya hidup boleh membantu anda mengekalkan pengambilan dos ubat yang rendah.\n\n\nDiet dan aktiviti fizikal yang sihat boleh membantu ramai orang mencapai tahap kolesterol yang sihat, tetapi sesetengah pesakit mungkin memerlukan ubat untuk menurunkan kolesterol mereka.\n\n\n\n\nAmbil Tindakan Segera & Baiki Bacaan Kolesterol Anda\n\n\nMengetahui status kolesterol anda boleh membantu anda menjadi lebih peka dengan status kesihatan anda. Bagi memastikan kadar kolesterol anda berada di tahap normal, lakukan pemeriksaan kadar kolesterol secara rutin. Bagi individu berusia 20 tahun ke atas, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan kadar kolesterol sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun. Namun, jika anda merupakan golongan yang berisiko tinggi, anda perlu membuat pemeriksaan dengan lebih kerap.\n\n\nDiharapkan perkongsian artikel kali ini dapat membantu anda memahami topik kolesterol ini dengan lebih baik. Anda perlu peka dengan keadaan kesihatan anda untuk mengelakkan risiko penyakit yang mungkin boleh membahayakan nyawa anda.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan \ninsurans kesihatan terbaik\n, lawati laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan rangkaian produk insurans perubatan dan kesihatan daripada beberapa syarikat insurans terbaik dan popular di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, pantas dan selamat. Selain itu, anda juga boleh dapatkan \ninsurans kereta\n, \ninsurans motor\n dan juga \ninsurans rumah\n di Qoala!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/tiada-lesen-memandu-kemalangan/", "title": "Tiada Lesen Memandu dan Kemalangan, Tiada Lesen Boleh Claim Insurans?", "body": "\n\nTiada lesen memandu dan kemalangan boleh memberi masalah yang serius kepada pemandu atau penunggang lebih-lebih lagi berkaitan tuntutan insurans. Besar kemungkinan \nsyarikat insurans\n tidak akan melayan tuntutan insurans kemalangan anda. Anda mungkin perlu keluarkan belanja sendiri untuk menanggung kos pembaikan kereta anda dan kereta pihak ketiga.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nKemalangan Tanpa Lesen Memandu: 2 Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu?\n1. Tiada Lesen Memandu: Memandu Tanpa Lesen dan Kemalangan\n2. Lesen Memandu Tamat Tempoh\nApa Perlu Anda Lakukan Jika Tiada Insurans, Tiada Lesen Memandu dan Kemalangan?\nCara Claim Kemalangan Kereta Tiada Insurans\nTiada Lesen Memandu, Kemalangan Kereta Tiada Insurans: Renew Lesen Memandu dan Insurans untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nKemalangan Tanpa Lesen Memandu: 2 Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu?\n\n\nRamai dalam kalangan pengguna jalan raya terutamanya golongan muda memandu tanpa lesen atau insurans kereta/motor yang sah. Secara asasnya, perbuatan sebegini adalah salah di sisi undang-undang. Pemandu atau penunggang motor boleh terdedah kepada risiko-risiko tertentu terutamanya jika berlaku kemalangan atau insiden yang tidak diingini.\n\n\nMemandu tanpa lesen adalah merupakan satu kesalahan serius yang tidak sepatutnya diambil mudah. Namun begitu, ramai dalam kalangan ibu bapa khususnya memandang remeh perkara ini dan beranggapan kebolehan memandu sahaja sudah mencukupi untuk membenarkan anak-anak remaja memandu tanpa lesen memandu yang sah.\n\n\nBerdasarkan operasi khas yang dijalankan oleh \nJabatan Pengangkutan Jalan\n (JPJ), banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya. Sebanyak 222 \nsaman polis\n untuk kereta dan motor dikeluarkan, separuh daripadanya membabitkan kesalahan tiada lesen memandu dan \ncukai jalan\n tamat tempoh.\n\n\nBagi membantu anda memahami dengan lebih baik, anda boleh rujuk situasi-situasi yang biasa berlaku seperti berikut:\n\n\n1. Tiada Lesen Memandu: Memandu Tanpa Lesen dan Kemalangan\n\n\nAiman tiada lesen memandu dan memandu kereta milik bapanya untuk ke kedai membeli barangan keperluan sekolah. Namun malangnya, Aiman terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan.\n\n\nKetika kemalangan berlaku, kereta yang dinaiki Aiman memiliki perlindungan \ninsurans kereta\n yang sah. Persoalan yang timbul \u2013 adakah tiada lesen boleh \nclaim\n insurans?\n\n\nBerdasarkan situasi ini:\n\n\n\n\n\n\n\n\nAiman terlibat dalam kemalangan dan memandu kereta bapanya tanpa lesen memandu yang sah;\n\n\nKereta bapa Aiman memiliki insurans kereta yang sah semasa kejadian.\n\n\n\n\n\n\n\n\nAdakah insuran boleh di \nclaim\n sekiranya tiada lesen?\u00a0Sekiranya berlaku kemalangan dan pemandu semasa kejadian berlaku tidak mempunyai lesen memandu, besar kemungkinan pihak insurans tidak akan melayan tuntutan insurans ini.\n\n\nMana-mana individu yang terlibat dalam kemalangan dan memandu kenderaan tanpa memiliki lesen memandu yang sah, pemilik kenderaan secara asasnya tidak boleh membuat sebarang\n claim\n insurans kemalangan\n.\n\n\nIni bermaksud, anda mungkin perlu menanggung sendiri kos-kos pembaikan kerosakan kereta atau kos-kos lain yang berkaitan. Malah, pemilik kenderaan juga boleh dikompaun oleh pihak polis kerana membenarkan individu tanpa lesen yang sah memandu kenderaan di jalan raya.\n\n\nBagaimana pula sekiranya anda memiliki lesen memandu yang sah namun terlupa untuk \nrenew\n lesen memandu dan berlaku kemalangan semasa lesen memandu tamat tempoh? Bolehkah tuntutan insurans dilakukan?\n\n\nDalam situasi sebegini, anda boleh perhatikan senario seperti berikut:\n\n\n\n\n2. Lesen Memandu Tamat Tempoh\n\n\nZubir memiliki lesen kereta yang sah sejak lima tahun yang lalu. Namun begitu, lesen memandu Zubir telah tamat tempoh dan Zubir terlupa untuk \nrenew\n lesen memandu\n miliknya disebabkan kesibukan kerja.\n\n\nMalangnya, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan. Semasa kejadian, kereta yang dipandu Zubir memiliki insurans dan \nroadtax\n kereta\n yang sah tetapi lesen memandu tamat tempoh.\n\n\nBerdasarkan situasi ini:\n\n\n\n\n\n\n\n\nZubir mempunyai lesen memandu yang sah;\n\n\nKetika kemalangan berlaku, lesen memandu Zubir telah tamat tempoh dan masih belum diperbaharui;\n\n\nKereta milik Zubir memiliki perlindungan insurans kereta yang sah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya berlaku kemalangan semasa lesen memandu tamat tempoh, anda masih layak untuk membuat tuntutan insurans. Ini kerana, berdasarkan situasi ini pemandu kenderaan masih mempunyai lesen memandu cuma terlupa untuk memperbaharuinya.\n\n\nTuntutan insurans juga berkemungkinan tidak akan ditolak memandangkan kenderaan tersebut mempunyai perlindungan insurans yang sah.\n\n\nNamun begitu, pemandu kenderaan mungkin akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu tanpa lesen memandu yang sah dan tamat tempoh. Pemandu juga boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM300 untuk kesalahan tersebut.\n\n\nKadar Denda Lewat \nRenew\n Lesen Memandu\n\n\nBerikut kadar denda yang mungkin dikenakan ke atas anda sekiranya anda lewat \nrenew\n lesen memandu:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTempoh (Tahun)\n\n\n\n\n\n\nDenda Lewat\n Renew\n Lesen Memandu (RM)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n1\n\n\n\n\n\n\n30\n\n\n\n\n\n\n\n\n2\n\n\n\n\n60\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3\n\n\n\n\n90\n\n\n\n\n\n\n4\n\n\n\n\n120\n\n\n\n\n\n\n\n\n5\n\n\n\n\n150\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nApa Perlu Anda Lakukan Jika Tiada Insurans, Tiada Lesen Memandu dan Kemalangan?\n\n\nRamai yang khuatir dengan langkah yang perlu dilakukan sekiranya kemalangan berlaku melibatkan kenderaan tanpa perlindungan insurans yang sah dan pemandu tiada lesen memandu. Ini kerana, ia boleh memberi kesan kepada proses tuntutan insurans kemalangan.\n\n\nSekiranya anda berdepan situasi kemalangan kereta tiada \ninsuran kereta\n, anda boleh membuat tuntutan ke atas individu yang melanggar. Anda juga boleh membuat tuntutan ke atas pemilik kenderaan sekiranya pemandu semasa kemalangan bukan pemilik kenderaan.\n\n\nAnda boleh mengemukakan saman atas kapasiti persendirian. Jika menang tuntutan, pihak yang disaman akan diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar kos ganti rugi anda.\n\n\nCara\n Claim\n Kemalangan Kereta Tiada Insurans\n\n\nUntuk membuat tuntutan insurans bagi kes kemalangan melibatkan kenderaan tanpa insurans ini, anda memerlukan maklumat penting seperti nama dan butiran pemandu yang terlibat. Berikut langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya kereta anda dilanggar oleh pemandu yang tiada lesen memandu dan \ninsurans kereta\n yang sah:\n\n\n1. Kumpulkan Bukti Bergambar\n\n\nKumpulkan bukti bergambar untuk membantu memudahkan proses tuntutan insurans anda. Anda perlu menangkap gambar kerosakan kereta anda, gambar kereta pihak yang melanggar dan gambar-gambar lain yang berkaitan.\n\n\nAmbil juga gambar \nroadtax\n kereta semasa kejadian berlaku \u2013 ia bertindak sebagai bukti dan memudahkan anda sekiranya berlaku pertikaian.\n\n\n2. Catat Nombor Plat Kereta\n\n\nPastikan anda merekodkan atau mengambil gambar nombor plat kereta pihak yang melanggar anda. Butiran ini penting untuk membuat carian di JPJ bagi mendapatkan maklumat berkenaan pemilik kenderaan.\n\n\n3. Dapatkan Butiran Pemandu\n\n\nSelain itu, dapatkan butiran peribadi pemandu yang terlibat seperti nama penuh, nombor telefon, kad pengenalan individu dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.\n\n\nCatatkan lokasi dan masa kemalangan untuk memudahkan rujukan semasa membuat laporan polis.\n\n\n4. Buat Laporan Polis\n\n\nLaporan Polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Jika lewat, \ntuntutan insurans anda berkemungkinan akan ditolak\n. Selepas laporan diterima, Pegawai Penyiasat akan menjalankan siasatan.\n\n\nGambar kemalangan dan rajah kasar kemalangan akan diserahkan dalam tempoh 15 hari yang akan digunakan untuk proses tuntutan insurans.\n\n\n5. Hubungi Syarikat Insurans\n\n\nAnda perlu maklumkan kejadian kemalangan ini kepada \nsyarikat insurans\n dengan segera. Tuntutan insurans kemalangan perlu dilakukan secepat mungkin sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kemalangan.\n\n\n\n\nTiada Lesen Memandu, Kemalangan Kereta Tiada Insurans: \nRenew\n Lesen Memandu dan Insurans untuk Ketenangan Fikiran\n\n\nSekiranya anda tiada lesen memandu dan ditahan semasa pemeriksaan polis, anda boleh didakwa di mahkamah atas kesalahan memandu atau menunggang tanpa \nlesen memandu\n yang sah. Pihak polis kini tidak lagi akan berkompromi dengan pemandu atau penunggang yang tiada lesen memandu. Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati bersalah.\n\n\nBerdasarkan Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan, mana-mana pemandu atau penunggang yang didapati bersalah memandu tanpa atau tiada lesen memandu yang sah akan dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau setahun penjara, atau kedua-duanya sekali. Malah, pemandu atau penunggang yang didapati bersalah memandu tanpa perlindungan insurans boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau tiga bulan penjara, atau kedua-duanya sekali.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda ingin \nrenew\n insurans kereta\n untuk elakkan anda daripada kena saman Polis, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform perbandingan insurans paling komprehensif\n di Malaysia. Dapatkan \nsebut harga insurans\n percuma di Qoala hari ini.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/tidur-berdengkur/", "title": "Punca Tidur Berdengkur, Cara Hilangkan Dengkur", "body": "\n\nTidur berdengkur adalah satu masalah biasa yang dialami oleh ramai orang. Masalah tidur berdengkur ini juga lebih cenderung berlaku kepada individu lelaki berbanding wanita.\u00a0\nAdakah anda salah seorang yang mempunyai masalah ini? Pasangan anda mengalami masalah tidur berdengkur? \nApakah puncanya? Macam mana nak hilangkan masalah tidur berdengkur?\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPerkara Penting yang Anda Perlu Tahu Tentang Tidur Berdengkur\nSimptom-simptom Tidur Berdengkur\u00a0\n6 Punca Tidur Berdengkur yang Biasa Berlaku\nPetua Menghilangkan Tidur Berdengkur dengan Berkesan\nRenew Insurans di Qoala untuk Ketenangan Minda\n\n\nPerkara Penting yang Anda Perlu Tahu Tentang Tidur Berdengkur\n\n\nSudah pastinya keadaan menjadi tidak selesa jika kita terpaksa sebilik dengan individu yang tidur berdengkur. Tapi, sebelum anda salahkan individu tersebut, kenali dulu kenapa wujudnya masalah berdengkur ini. Masalah berdengkur berkait rapat dengan gaya hidup seseorang antaranya mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti \nmerokok\n berlebihan, kurang \nbersenam\n, masalah obesiti, pengambilan minuman keras secara berlebihan dan banyak lagi.\u00a0\n\n\nDengkuran semasa tidur biasanya berlaku apabila aliran udara di dalam saluran pernafasan terutamanya di bahagian mulut dan hidung seseorang itu tersekat. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain.\n\n\nMasalah tidur berdengkur memang boleh dianggap sebagai satu perkara yang biasa. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menunjukkan masalah \nkesihatan\n yang serius dan juga boleh menjadi semakin teruk seiring dengan peningkatan usia.\u00a0\n\n\nSimptom-simptom Tidur Berdengkur\u00a0\n\n\nSelain daripada anda terpaksa mendengar keluhan individu yang tidur sebilik dengan anda, ini adalah simptom lain yang menunjukkan anda seorang individu yang mempunyai masalah tidur berdengkur.\u00a0\n\n\n\n\nPernafasan terhenti seketika sewaktu tidur\n\n\nRasa mengantuk secara berlebihan pada waktu siang\n\n\nKesukaran untuk menumpukan perhatian\n\n\nSakit kepala pada waktu pagi\n\n\nSakit tekak apabila bangun\n\n\nTidur yang tak cukup\n\n\nTersedak atau terasa tercekik pada waktu malam\n\n\nTekanan darah tinggi\n\n\nRasa sakit dada pada waktu malam\n\n\n\n\nSimptom-simptom yang Memerlukan Anda Berjumpa Doktor\u00a0\n\n\nRamai orang dapat atasi masalah berdengkur dengan amalkan tips atau petua tertentu. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah kes yang lebih serius, anda perlulah berjumpa dengan doktor lebih-lebih lagi jika anda sering alami masalah seperti berikut:\n\n\n\n\nSering berasa letih dan mengantuk pada siang hari\n\n\nTabiat berdengkur yang sering membuatkan anda terbangun tengah malam kerana sukar bernafas\n\n\nBerdengkur kerana masalah kesihatan lain seperti obesiti, kemurungan atau masalah jantung\n\n\n\n\nSimptom-simptom ini boleh menandakan masalah tidur yang lebih serius iaitu \nsleep apnea\n atau \napnea tidur\n. Ia juga boleh menandakan masalah kesihatan yang mungkin anda tidak sedari seperti \nsinusitis\n atau\n rhinitis\n yang mengganggu aliran pernafasan. Segera rujuk doktor anda bagi mengatasi masalah ini dan bagi memastikan anda dapat tidur yang lebih berkualiti setiap malam.\n\n\nApa Itu Gangguan Apnea Tidur?\u00a0\n\n\nIndividu yang berdengkur juga boleh dikaitkan dengan masalah apnea tidur. Apnea tidur adalah satu keadaan apabila saluran pernafasan tersekat sewaktu sedang tidur. Akibatnya, organ individu yang mengalami apnea tidur, terutamanya bahagian otak, mungkin tidak dapat oksigen yang diperlukan.\u00a0\n\n\nTerdapat dua jenis utama apnea tidur:\n\n\n\n\n\n\nApnea tidur obstruktif\n: Masalah paling biasa yang disebabkan oleh salur udara tersumbat.\n\n\nApnea tidur sentral\n: Tidak disebabkan oleh saluran udara yang tersumbat, tetapi diakibatkan oleh ketidakstabilan dalam kawalan pernafasan pusat (RCC). Kesannya, otak gagal untuk memberi signal kepada otot agar bernafas.\n\n\n\n\nAdakah Apnea Tidur Boleh Membawa Maut?\u00a0\n\n\nMasalah apnea tidur ini boleh menyebabkan tahap oksigen rendah dalam badan. Apabila situasi ini berlaku, badan kita akan menjadi lebih tertekan dan bertindak balas sekali gus menyebabkan jantung berdegup dengan lebih kencang dan arteri badan menjadi sempit.\u00a0\n\n\nKesan kepada jantung dan vaskular termasuk:\n\n\n\n\nDegupan \njantung\n lebih tinggi\n\n\nDarah tinggi\n\n\nKeradangan dan tekanan\n\n\n\n\nKesan ini juga meningkatkan risiko masalah kardiovaskular dan kajian mendapati bahawa masalah ini dapat meningkatkan risiko anda mengalami strok sebanyak dua atau tiga kali lebih besar.\n\n\n\n\n6 Punca Tidur Berdengkur yang Biasa Berlaku\n\n\nSebagai individu yang tidur berdengkur, sudah pastinya anda menjadi serba salah terhadap gangguan yang dialami oleh orang lain. Justeru itu, individu yang berdengkur perlu tahu apakah yang menjadi punca kepada masalah tidur berdengkur.\n\n\nAda beberapa faktor yang menjadi punca anda berdengkur, antaranya ialah:\n\n\n1. Masalah Saluran Pernafasan\n\n\nJika anda mempunyai masalah pada saluran pernafasan seperti hidung tersumbat dan juga kerongkong yang sempit, ia boleh menjadi faktor utama kepada masalah berdengkur. Bukan itu sahaja, tonsil bengkak dan bahagian larynx yang lembut (selalu dihadapi oleh kanak-kanak) juga boleh menyebabkan saluran pernafasan menjadi kecil dan menyebabkan dengkur berlaku.\n\n\n2. Tidur yang Tak Cukup\n\n\nTidur yang tidak mencukupi boleh mengakibatkan otot di bahagian tekak berada dalam keadaan yang relaks dan tidak dapat menjalankan fungsi dengan sebaiknya. Perkara ini berlaku disebabkan keletihan yang melampau yang akan menyebabkan badan cuba untuk merehatkan diri. Hasilnya, otot dibahagian teka menjadi lemah dan boleh menutup bahagian tekak.\n\n\nDisebabkan tidur berdengkur, individu tersebut boleh jadi kerap terjaga pada waktu malam sekali gus menjejaskan kualiti tidur dan menyebabkan individu tersebut cepat terasa letih.\n\n\n3. Posisi Badan yang Tidak Betul\n\n\nPosisi badan juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan anda tidak berdengkur ketika tidur. Posisi badan yang meniarap antara faktor yang boleh menyebabkan masalah berdengkur. Bagaimana ia boleh berlaku? Apabila kita tidur dalam keadaan meniarap, bahagian belakang leher akan menekan saluran pernafasan yang terletak di bahagian hadapan dan menyebabkan bunyi dengkur terjadi.\n\n\n4. Pengambilan Alkohol\n\n\nPengambilan alkohol juga akan menyebabkan otot yang berada di saluran tekak berada dalam keadaan relaks dan tidak dapat mengecut dan mengembang dengan sepatutnya. Ia secara tidak langsung menyebabkan anda berdengkur semasa tidur\n\n\n5. Berat Badan Berlebihan atau Obesiti\n\n\nMasalah berdengkur juga berlaku kepada orang yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti. Ini kerana, pengumpulan lemak yang banyak terutamanya yang terdapat pada leher, tengkuk yang pendek boleh menyebabkan saluran pernafasan tertutup.\n\n\n6. Genetik\n\n\nSelain itu, faktor genetik juga turut memainkan peranan. Sekiranya ibu bapa mempunyai saluran pernafasan sebegini, adalah tidak mustahil untuk anak mereka juga mempunyai masalah\u00a0 pernafasan yang sama. Terdapat beberapa kajian saintifik yang membabitkan \nblood marker\n yang telah membuktikan kaitan\u00a0 antara genetik dengan masalah berdengkur.\n\n\nSekarang, anda sudah tahu tentang punca tidur berdengkur, ketahui pula cara atasi atau kurangkan masalah tidur berdengkur yang boleh anda praktikkan.\n\n\nPetua Menghilangkan Tidur Berdengkur dengan Berkesan\n\n\nBoleh menjadi tekanan kepada individu yang tidur sebilik dengan individu yang berdengkur. Ia boleh menjejaskan kualiti tidur kedua-dua pihak. Jadi, untuk kurangkan dengkuran ketika tidur, ini beberapa petua yang boleh dicuba:\n\n\n1. Tidur Mengiring\n\n\nTidur terlentang kadangkala membuatkan lidah anda beralih posisi ke tekak. Ini akan membuatkan aliran udara terhalang dan bermulalah dengkuran sebaik sahaja anda menutupkan mata. Bagi mengelakkan situasi ini, anda disarankan untuk cuba tidur dalam posisi mengiring untuk melancarkan lagi aliran udara dan elakkan berdengkur.\n\n\n2. Kurangkan Berat Badan\n\n\nSeperti yang diperkatakan tadi, antara punca tidur berdengkur adalah disebabkan oleh masalah berat badan yang berlebihan. Saiz tisu di tekak yang lebih besar pada individu yang mempunyai berat badan berlebihan boleh menyebabkan masalah berdengkur. Apabila anda dapat mengurangkan berat badan, ia bukan sahaja baik dalam mengurangkan masalah dengkur, malah ia sangat membantu meningkatkan kualiti hidup selain dapat mencegah diri daripada pelbagai \npenyakit\n lain yang berkaitan.\n\n\nAda pelbagai cara untuk kurangkan berat badan antaranya dengan bersenam. Bersenam pula tidak perlu yang berat-berat. Cukup sekadar konsisten dan disiplin yang tinggi.\n\n\n3. Posisi Kepala Ketika Baring\n\n\nAnda dinasihatkan untuk meninggikan sedikit kepala ketika baring. Cara ini dapat menggalakkan lagi bukaan aliran udara pada bahagian hidung dengan lebih luas. Anda boleh cuba gunakan bantal yang lebih tebal ketika tidur untuk tinggikan sedikit kepala.\n\n\n4. Pakai Nasal Strip\n\n\nNasal strip\n berfungsi sebagai alat yang meluaskan bukaan ruang pernafasan pada hidung. Apabila ruang pernafasan pada hidung menjadi lebih luas, ia boleh membantu anda untuk bernafas dengan lebih baik sekali gus mengurangkan masalah tidur berdengkur. \nNasal strip\n ini boleh didapati di mana-mana kedai kesihatan seperti farmasi.\n\n\n5. Elakkan daripada Merokok\n\n\nTabiat merokok tidak mendatangkan apa-apa kebaikan buat kesihatan dan boleh menjadi punca bagi masalah dengkur. Untuk membantu anda berhenti merokok, anda boleh dapatkan kaunseling daripada doktor atau gunakan produk berhenti merokok seperti\n nicotine patches\n, gula-gula getah atau lozenges yang boleh dibeli di farmasi.\n\n\n6. Minum Air yang Mencukupi\n\n\nBadan yang kekal hidrat bukan sahaja penting untuk kesihatan malah ia juga dapat membantu mencegah masalah dengkur. Jika badan anda kekurangan air, hidung dan tekak akan lebih cenderung untuk merembeskan mukus melekit.\n\n\nIni boleh mengakibatkan dengkuran lebih mudah terjadi ketika tidur. Oleh itu, banyakkan minum air demi \nkesihatan\n dan tidur yang lebih berkualiti.\n\n\n7. Hidu Wap Air Panas\n\n\nAnda juga boleh cuba gunakan semangkuk air panas dan hidu wapnya sebelum masuk tidur. Cara ini dapat membantu anda untuk bernafas tanpa sekatan lebih-lebih lagi jika anda sedang selsema atau sering alami masalah hidung tersumbat. Anda juga boleh cuba mandi air suam sebelum masuk tidur.\n\n\nRenew Insurans di Qoala untuk Ketenangan Minda\n\n\nApa yang boleh dirumuskan adalah, terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi punca kepada masalah berdengkur. Cara mengatasinya juga ada pelbagai. Jika anda mempunyai masalah tidur berdengkur, anda boleh mencuba petua-petua yang telah dikongsikan di atas. \n\n\nWalau bagaimanapun, sekiranya ia menjadi lebih parah, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor bagi rawatan lebih lanjut. Jangan endahkan. Takut ia boleh menjadi \npenyakit\n berbahaya.\u00a0\nSampai di sini sahaja perkongsian Qoala hari ini, semoga bermanfaat! \nNak \nrenew roadtax\n dan \ninsurans kereta\n? \nRenew\n saja dengan Qoala. Mudah dan pantas!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/travel-insurance-malaysia/", "title": "10 Perkara Wajib Tahu Sebelum Beli Travel Insurance", "body": "\n\nKecederaan, kehilangan barangan peribadi, rawatan perubatan kecemasan atau kematian semasa bercuti terutamanya di luar negara boleh mengganggu \nmood\n percutian anda. Oleh sebab itu, beli \ntravel insurance\n atau \ninsurans perjalanan\n merupakan langkah persediaan terbaik sebelum memulakan perjalanan. Ini kerana, anda tidak perlu lagi bimbang tentang caj perubatan di luar negara atau kos-kos lain yang perlu ditanggung sekiranya berlaku kemalangan.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n5 Perkara Perlu Dititikberatkan Sebelum Dapatkan\u00a0Travel Insurance\n1. Tempoh Perjalanan\n2. Destinasi Percutian\n3. Pihak yang Diinsuranskan\n4. Perlindungan dan Pengecualian\n5. Status Kesihatan\nInsurans Perjalanan: 5 Tips Beli Travel Insurance\n1. Beli Secara Online\n2. Semak Sebut Harga Travel Insurance\n3. Jangan Tertipu dengan Tawaran Harga Murah\n4. Pastikan Tempoh Perlindungan Mencukupi\n5. Buat Persediaan Lengkap\n\n\n5 Perkara Perlu Dititikberatkan Sebelum Dapatkan\n\u00a0Travel Insurance\n\n\nKebanyakan orang beranggapan insurans perjalanan atau \ntravel insurance\n ini sesuatu yang remeh, tidak penting dan membazir. Malah, ada sesetengah individu yang mengambil insurans perjalanan tanpa memahami terma dan syarat yang terdapat dalam polisi insurans. Untuk mengelakkan anda daripada membeli insurans yang tidak sesuai untuk anda, panduan ini boleh membantu anda memahami insurans ini dengan lebih baik sebelum pilih \ninsurans perjalanan terbaik\n untuk anda.\n\n\n1. Tempoh Perjalanan\n\n\nInsurans perjalanan yang dibeli lazimnya bergantung pada tempoh perjalanan anda. Jika anda bercuti sekali atau dua kali dalam setahun, anda disarankan untuk memilih polisi insurans perjalanan tunggal kerana ia lebih menjimatkan kos. Ada sesetengah syarikat insurans menawarkan kombinasi perlindungan yang dapat memenuhi keperluan tertentu pengguna termasuklah polisi tahunan jangka panjang untuk individu yang sering melancong.\n\n\nInsurans perjalanan tunggal menawarkan perlindungan kepada anda pada setiap perjalanan (\nper trip\n) yang dibeli. Sebagai contoh, jika anda beli insurans perjalanan untuk ke Korea, ia hanya melindungi anda untuk percutian ke Korea ini sahaja. Jika anda merancang untuk ke Thailand pada masa akan datang, anda mungkin memerlukan insurans perjalanan baharu. Syarikat insurans perjalanan biasanya mengenakan bayaran berdasarkan blok tempoh \u2013 satu hingga lima hari, enam hingga 10 hari atau 30 hari.\n\n\n2. Destinasi Percutian\n\n\nSecara asasnya, kos insurans perjalanan bergantung pada destinasi percutian anda \u2013 dalam negara atau luar negara. Oleh sebab itu, anda perlu ambil kira lokasi percutian anda sebelum \nbeli insurans perjalanan\n anda. Insurans Perjalanan Domestik antara Semenanjung dan Malaysia Timur biasanya lebih murah berbanding Insurans Perjalanan Antarabangsa. Ini disebabkan faktor penilaian risiko percutian di luar negara yang lebih tinggi berbanding percutian dalam negara, selain mengambil kira kos yang mungkin terlibat sekiranya berlaku apa-apa di luar negara.\n\n\n3. Pihak yang Diinsuranskan\n\n\nSelain itu, anda juga perlu mengambil kira pihak yang diinsuranskan sebelum pilih travel insurans terbaik untuk anda. Biasanya, travel insurans terbahagi kepada dua \u2013 Polisi Individu atau Keluarga. Pakej individu menawarkan perlindungan untuk seorang individu sahaja, manakala pakej keluarga direka untuk melindungi orang yang diinsuranskan termasuk pasangan dan/atau anak-anak.\n\n\nBiasanya, pakej keluarga ditawarkan pada harga yang jauh lebih mahal berbanding pakej individu. Namun begitu, jika mengambil kira kos insurans per individu, ia semestinya lebih menjimatkan dan lebih murah berbanding membeli polisi individu untuk seisi keluarga.\n\n\n4. Perlindungan dan Pengecualian\n\n\n\u201cApakah aspek yang termasuk dalam perlindungan insurans perjalanan?\u201d atau \u201cApakah aspek yang tidak dilindungi oleh insurans perjalanan?\u201d merupakan soalan biasa yang sering ditanyakan. Secara asasnya, setiap \nsyarikat insurans\n menawarkan skop perlindungan dan manfaat yang berlainan. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk memilih perlindungan yang dapat memenuhi keperluan anda.\n\n\nBiasanya, setiap pelan perlindungan daripada syarikat insurans berbeza menawarkan perlindungan yang lebih kurang sama. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk membaca terma dan syarat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perlindungan yang ditawarkan. Berikut antara perlindungan yang biasanya ditawarkan oleh syarikat insurans:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nManfaat kemalangan diri seperti kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal;\n\n\nFaedah perubatan seperti bayaran balik perbelanjaan perubatan, pemindahan perubatan kecemasan, faedah penjagaan anak, lawatan belas kasihan dan sebagainya;\n\n\nFaedah untuk kesulitan semasa perjalanan seperti pembatalan perjalanan, kehilangan bagasi, kelewatan bagasi, kelewatan perjalanan, kehilangan deposit perjalanan dan lain-lain;\n\n\nLiabiliti peribadi;\n\n\nPenghantaran pulang jenazah;\n\n\nPerkhidmatan bantuan perjalanan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain perlindungan, anda juga perlu ambil kira pengecualian dalam polisi insurans. Ada sesetengah polisi mempunyai pengecualian yang berbeza bergantung pada syarikat insurans yang dipilih. Anda boleh rujuk ejen insurans anda untuk info lanjut. Biasanya, terdapat beberapa pengecualian terhadap kerugian yang tidak dilindungi oleh syarikat insurans antaranya:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenyakit Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) atau Human Deficiency Virus (HIV);\n\n\nMana-mana kerugian atau kerosakan akibat perang, tindakan musuh asing, radioaktif, bahan nuklear, kimia atau biologi;\n\n\nKeguguran dan melahirkan anak;\n\n\nAktiviti sukan berisiko tinggi;\n\n\nBunuh diri atau gila;\n\n\nPenyakit sedia ada.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n5. Status Kesihatan\n\n\nAnda disarankan untuk sentiasa mengisytiharkan status kesihatan semasa dan semua penyakit sedia ada kepada syarikat insurans anda. Biasanya, pihak insurans akan menetapkan syarat tertentu dalam pelan insurans anda dan tidak akan melindungi penyakit sedia ada termasuk pembedahan kosmetik dan sebagainya. Anda boleh rujuk kontrak polisi anda untuk maklumat penuh berkaitan pengecualian. Tuntutan berkaitan \npenyakit\n sedia ada berkemungkinan akan ditolak oleh syarikat insurans. Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan anda perlu menanggung sendiri bil perubatan yang tinggi.\n\n\n\n\nInsurans Perjalanan: 5 Tips Beli \nTravel Insurance\n\n\nRakyat Malaysia yang henda melancong tidak kira sama ada dengan pesawat, memandu kereta atau menunggang motosikal, anda digalakkan untuk beli insurans perjalanan secara sukarela bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang menyeluruh semasa bercuti. Sebelum beli \ntravel insurans\n yang sesuai mengikut bajet dan keperluan anda, berikut beberapa tips yang boleh anda praktikkan:\n\n\n1. Beli Secara Online\n\n\nAnda boleh beli insurans perjalanan secara terus melalui syarikat insurans atau melalui \nplatform insurans dalam talian\n seperti Qoala. Biasanya, platform insurans di Malaysia membolehkan anda membuat perbandingan sebelum memilih insurans perjalanan terbaik mengikut keperluan anda. Malah, pembelian secara online juga biasanya tertakluk pada promosi dan diskaun-diskaun tertentu.\n\n\n2. Semak Sebut Harga \nTravel Insurance\n\n\nSebelum beli, pastikan anda semak quotation atau sebut nilai yang diberikan bagi memastikan anda mendapat perlindungan yang sewajarnya. Pastikan ia merangkumi perkara-perkara penting seperti \nhospitalization\n (khususnya melibatkan kos rawatan yang tinggi), pengurusan jenazah dan lain-lain tuntutan penting. Secara asasnya, insurans perjalanan boleh dibeli untuk anda dan keluarga untuk memberi perlindungan terhadap kemalangan, kerugian dan gangguan semasa perjalanan seperti:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nManfaat kemalangan peribadi;\n\n\nApa-apa kerugian disebabkan oleh kerosakan bagasi;\n\n\nBelanja perubatan dan apa-apa perbelanjaan berkaitan;\n\n\nRawatan susulan termasuk elaun hospital;\n\n\nKehilangan pasport, wang atau barangan peribadi;\n\n\nKehilangan bagasi atau bagasi lewat tiba;\n\n\nPerjalanan tertunda atau dibatalkan;\n\n\nTerlepas penerbangan sambungan;\n\n\nPenghantaran pulang jenazah;\n\n\nDan lain-lain bergantung pada polisi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. Jangan Tertipu dengan Tawaran Harga Murah\n\n\nSelain itu, jangan tertipu dengan \noffer\n yang menawarkan perlindungan insurans pada harga yang murah. Baca dan fahami terma dan syarat yang dinyatakan kerana ada kemungkinan polisi tersebut tidak menawarkan perlindungan yang menyeluruh dan hanya terhad kepada situasi tertentu sahaja. Ini bermaksud, ada sesetengah situasi kemalangan mungkin tidak termasuk dalam perlindungan dan tidak melayakkan anda untuk membuat sebarang \ntuntutan insurans\n atau \nclaim travel insurance\n sekiranya berlaku apa-apa kepada anda semasa percutian.\n\n\n4. Pastikan Tempoh Perlindungan Mencukupi\n\n\nAnda juga disarankan untuk pastikan tempoh perlindungan insurans anda mencukupi atau lebih lama berbanding tempoh percutian anda. Elakkan daripada mendapatkan perlindungan insurans yang\n ngam-ngam\n dengan tempoh percutian anda. Beli perlindungan insurans yang lebih lama \u2013 jika anda bercuti selama tujuh hari, beli insurans sekurang-kurangnya untuk 10 hari. Andaikan anda terpaksa tinggal lebih lama di luar negara disebabkan situasi tertentu dan berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada anda selepas tempoh perlindungan tersebut tamat, anda mungkin tidak dapat membuat tuntutan.\n\n\n5. Buat Persediaan Lengkap\n\n\nSebelum mula bercuti, pastikan anda \nprint\n dan simpan semua resit dan dokumen berkaitan\n travel\n insurans anda dalam satu folder khas. Ini untuk memudahkan anda membuat rujukan sekiranya perlu. Selain itu, simpan nombor telefon talian kecemasan syarikat insurans atau nombor individu PIC yang boleh dihubungi untuk menyenangkan anda sekiranya ada kecemasan berlaku semasa anda sedang bercuti.\n\n\nSemoga perkongsian ini dapat membantu anda memahami perkara asas berkaitan sebelum \nbeli\n travel insurance\n terbaik\n untuk anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai \ninsurans perjalanan\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan \nplatform insurans terbaik di Malaysia\n yang menyediakan rangkaian insurans perjalanan terbaik daripada beberapa syarikat insurans di Malaysia dengan jaminan proses yang mudah, cepat dan selamat.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/tuntutan-insurans-kemalangan/", "title": "10 Perkara Perlu Tahu Tentang Tuntutan Insurans Kemalangan", "body": "\n\nTuntutan insurans kemalangan daripada syarikat insurans boleh membantu mengurangkan beban kewangan kepada diri anda. Oleh sebab itu, penting untuk anda memiliki perlindungan insurans yang sewajarnya untuk elakkan anda daripada menggunakan \nwang simpanan\n sendiri untuk menampung kos pembaikan kereta anda.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPerkara Penting Tentang Polisi Insurans yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Tuntutan Insurans Kemalangan\n1. Bagaimana Anda Boleh Beli Insurans Kereta dengan Mudah dan Selamat?\n2. Apakah Jenis Insurans yang Tersedia untuk Perlindungan Kereta Anda?\n3. Apa Itu Diskaun Tanpa Tuntutan atau NCD Kereta?\n4. Bagaimana NCD Anda Akan Terjejas Jika Anda Membuat Tuntutan Insurans Kemalangan?\n5. Apakah Jenis Tuntutan Insurans Kemalangan yang Boleh Dilakukan?\n6. Apakah Dokumen Asas yang Diperlukan untuk Membuat Tuntutan Insurans Kemalangan?\n7. Apa Itu Pampasan untuk Tempoh Pembaikan Yang Dianggarkan atau Loss of Use?\n8. Bagaimana Cara Lakukan Tuntutan Insurans Kemalangan atau Claim Insurans Kereta Kemalangan?\n9. Berapa Lama Tempoh Menunggu untuk Menerima Tuntutan Insurans Kemalangan atau Kecurian?\n10. Bagaimana Cara untuk Mengelakkan Kemungkinan Tuntutan Insurans Kemalangan Ditolak?\nRenew Roadtax dan Insurans Kereta di Qoala untuk Dapatkan Perlindungan yang Anda Perlukan\n\n\nPerkara Penting Tentang Polisi Insurans yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Tuntutan Insurans Kemalangan\n\n\nTuntutan insurans kemalangan perlu dilakukan dengan secepat mungkin dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan berlaku. Secara asasnya, anda layak membuat tuntutan insurans kemalangan untuk baiki kerosakan pada kenderaan sendiri asalkan anda mempunyai polisi insurans yang sah dan perlindungan \ninsurans kereta komprehensif\n.\n\n\nKami turut menyenaraikan soalan-soalan lazim berkaitan insurans kereta dan proses \nclaim\n insurans kereta\n bagi membantu anda memahami perkara berkaitan tuntutan insurans kemalangan dengan lebih baik:\n\n\n\n\n1. Bagaimana Anda Boleh Beli Insurans Kereta dengan Mudah dan Selamat?\n\n\nAnda boleh membeli insurans kereta melalui ejen yang berdaftar atau secara dalam talian melalui \nplatform perbandingan dan pembaharuan insurans\n seperti Qoala. Untuk pembelian insurans secara dalam talian, anda boleh merujuk panduan yang disediakan di sini \u2013 \nCara \nRenew\n Insurans Kereta Secara Online di Qoala.\n\n\n2. Apakah Jenis Insurans yang Tersedia untuk Perlindungan Kereta Anda?\n\n\nInsurans kereta terbahagi kepada tiga \njenis perlindungan insurans\n seperti berikut:\n\n\ni. Komprehensif\n\n\nPerlindungan kereta daripada kemalangan yang disebabkan oleh anda, kemalangan yang melibatkan kecuaian sendiri dan kejadian kereta terbakar atau dicuri.\n\n\nii. Pihak Ketiga, Kebakaran & Kecurian\n\n\nAnda boleh buat tuntutan insurans kemalangan jika kemalangan berpunca daripada pihak ketiga, atau kejadian kereta anda terbakar atau dicuri.\n\n\niii. Pihak Ketiga\n\n\nInsurans kereta \nthird party\n ini hanya melindungi pihak ketiga apabila berlaku kemalangan yang disebabkan oleh anda. Anda perlu menanggung kos kerosakan kereta anda sendiri.\n\n\n3. Apa Itu Diskaun Tanpa Tuntutan atau NCD Kereta?\n\n\nNCD kereta\n atau \nNo Claim Discount\n merujuk kepada skim ganjaran untuk pemegang polisi. Sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan insurans kemalangan dalam tempoh polisi untuk tahun semasa, anda layak mendapat diskaun ke atas \nharga premium insurans\n anda.\n\n\nKadar NCD ditentukan mengikut kelas kenderaan iaitu antara 25 hingga 55 peratus untuk kenderaan persendirian dan 15 hingga 25 peratus untuk motosikal dan kenderaan komersial.\n\n\n4. Bagaimana NCD Anda Akan Terjejas Jika Anda Membuat Tuntutan Insurans Kemalangan?\n\n\nTuntutan Kerosakan Sendiri, Tuntutan Kecurian, \nTuntutan Cermin Kereta\n atau Tuntutan Pihak Ketiga terhadap polisi insurans anda akan menyebabkan NCD kereta anda terjejas. Ini bermaksud, premium kereta anda akan menjadi lebih mahal berbanding tahun sebelumnya.\n\n\nNamun begitu, NCD sedia ada tidak akan terjejas sekiranya anda membeli \nperlindungan tambahan\n seperti endorsmen 89 (cermin hadapan) dan endorsmen 111 (kereta persendirian). NCD kereta untuk tuntutan kecurian akan dilupuskan tanpa mengira perlindungan tambahan yang dibeli.\n\n\n5. Apakah Jenis Tuntutan Insurans Kemalangan yang Boleh Dilakukan?\n\n\nTuntutan insurans kemalangan yang tersedia dalam polisi insurans adalah seperti berikut:\n\n\ni. Tuntutan Kerosakan Sendiri\n\n\nJika kemalangan BERPUNCA daripada kesalahan anda sendiri, anda boleh buat \ntuntutan Kerosakan Sendiri\n (atau \nOwn Damage Claim\n).\u00a0Tuntutan Kerosakan Sendiri merujuk pada proses tuntutan kerugian atau kerosakan pada kereta anda daripada syarikat insurans anda sendiri.\n\n\nii. Tuntutan Kerosakan Sendiri Tanpa Kesalahan (Tuntutan OD-KFK)\n\n\nSelain itu, anda juga boleh buat \ntuntutan Kerosakan Sendiri Tanpa Kesalahan\n atau \nOwn Damage Knock-for-Knock\n (OD KFK). Tuntutan Kerosakan Sendiri \nKnock-for-Knock \nialah satu\u00a0kaedah tuntutan insurans daripada pihak ketiga melalui syarikat insurans anda sendiri.\n\n\nDalam erti kata lain, anda menuntut bayaran daripada syarikat insurans sendiri terlebih dahulu meskipun kesalahan BUKAN berpunca daripada anda. Dengan syarat, kemalangan tersebut bukan disebabkan oleh kesalahan anda dan anda tidak disaman oleh pihak polis.\n\n\nKemudian, pihak insurans anda akan menuntut semula kos kerugian daripada syarikat insurans pihak ketiga (jika berkaitan). Dengan membuat tuntutan Kerosakan Sendiri \nKnock-for-Knock\n, tuntutan insurans kemalangan dapat diselesaikan dengan lebih cepat.\n\n\nAnda juga tidak akan hilang kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (\nNo Discount Claim\n atau NCD kereta). Semua \npemegang polisi kereta persendirian komprehensif\n boleh membuat tuntutan ini.\n\n\niii. Kerosakan Cermin Kereta\n\n\nSekiranya anda membeli perlindungan tambahan kerosakan cermin kereta, anda boleh menuntut penggantian cermin hadapan tanpa menjejaskan NCD kereta. Sebaliknya, anda akan kehilangan NCD jika anda membuat \ntuntutan cermin kereta pecah\n atau retak tanpa perlindungan tambahan ini.\n\n\nJika tuntutan insurans cermin kereta telah dibuat, anda disarankan untuk membeli semula perlindungan cermin kereta kerana tuntutan hanya boleh dibuat sekali sahaja bagi setiap pembelian. Anda boleh rujuk syarikat insurans anda untuk maklumat lanjut.\n\n\niv. Kecurian\n\n\nAnda perlu melaporkan insiden kecurian atau kemalangan kepada polis dengan segera dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan. Kemudian, anda perlu hubungi syarikat insurans anda untuk tindakan selanjutnya.\n\n\nv. Kerosakan Harta Benda Pihak Ketiga (TPPD)\n\n\nIa merujuk pada proses tuntutan terhadap syarikat insurans pihak ketiga jika kemalangan BUKAN berpunca daripada kesalahan anda. Anda boleh buat tuntutan kerosakan pada kereta atau harta akibat kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pihak lain dan kerugian kewangan yang lain seperti ekses dan \nloss of uses\n.\n\n\n\n\n6. Apakah Dokumen Asas yang Diperlukan untuk Membuat Tuntutan Insurans Kemalangan?\n\n\nDokumen asas perlu dikemukakan kepada syarikat insurans dalam tempoh yang munasabah untuk memudahkan proses pembayaran. Berikut dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis tuntutan insurans untuk panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Tuntutan\n\n\nDokumen Diperlukan\n\n\n\n\n\n\nTuntutan Kerosakan Sendiri\n\n\n\n\n\n\nBorang tuntutan yang diisi dengan lengkap;\n\n\nSalinan kad pengenalan pemegang polisi dan pemandu semasa kemalangan berlaku;\n\n\nButiran anggaran kos pembaikan kenderaan oleh panel yang dilantik;\n\n\nSalinan Perjanjian Sewa Beli (jika berkaitan);\n\n\nPermit kenderaan \u2013 untuk kenderaan komersial;\n\n\nSalinan\n lesen memandu\n pemandu semasa kemalangan berlaku;\n\n\nLesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) atau Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) \u2013 untuk kenderaan komersial;\n\n\nSalinan asal laporan polis yang disahkan;\n\n\nSijil Pemilikan Kenderaan/Perakuan Pendaftaran Kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ (salinan);\n\n\nSalinan sijil pendaftaran perniagaan \u2013 untuk kenderaan berdaftar syarikat;\n\n\nGambar kejadian kemalangan dan kerosakan pada kenderaan;\n\n\nDokumen polis yang menyatakan pihak yang dikompaun bagi kesalahan jalan raya;\n\n\nDokumen-dokumen sokongan lain (jika berkaitan).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKerosakan Sendiri Tanpa Kesalahan (OD-KFK)\n\n\n\n\n\n\nBorang tuntutan yang diisi dengan lengkap;\n\n\nSalinan asal laporan polis yang disahkan;\n\n\nSalinan kad pengenalan, lesen memandu pemegang polisi dan pemandu semasa kemalangan berlaku;\n\n\nButiran anggaran kos pembaikan kenderaan oleh panel yang dilantik;\n\n\nSalinan Perjanjian Sewa Beli (jika berkaitan);\n\n\nPermit kenderaan \u2013 untuk kenderaan komersial;\n\n\nLesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) atau Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) \u2013 untuk kenderaan komersial;\n\n\nSijil Pemilikan Kenderaan\n/Perakuan Pendaftaran Kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ (salinan);\n\n\nLaporan siasatan polis (bukti pihak lain yang menyebabkan kemalangan);\n\n\nPelan rajah dan pelan punca polis;\n\n\nButiran pemegang polisi dan salinan laporan polis pihak lain;\n\n\nPengisytiharan bersetuju kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan sekiranya tuntutan tidak memenuhi syarat Tuntutan OD-KFK.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTuntutan Cermin Kereta\n\n\n\n\n\n\nBorang tuntutan yang diisi dengan lengkap;\n\n\nSalinan kad pengenalan, lesen memandu pemegang polisi dan pemandu semasa kemalangan berlaku;\n\n\nBil pembaikan/invois cukai;\n\n\nSalinan asal laporan polis yang disahkan (jika tidak digantikan atau dibaiki di bengkel panel);\n\n\nSijil Pemilikan Kenderaan/Perakuan Pendaftaran Kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ (salinan).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKecurian\n\n\n\n\n\n\nBorang tuntutan yang diisi dengan lengkap;\n\n\nSalinan kad pengenalan, lesen memandu pemegang polisi dan pemandu semasa kemalangan berlaku;\n\n\nButiran anggaran kos pembaikan kenderaan oleh panel yang dilantik;\n\n\nSalinan Perjanjian Sewa Beli (jika berkaitan);\n\n\nPermit kenderaan \u2013 untuk kenderaan komersial;\n\n\nSijil Pemilikan Kenderaan/Perakuan Pendaftaran Kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ (salinan);\n\n\nSalinan asal laporan polis yang disahkan;\n\n\nLesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) atau Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) \u2013 untuk kenderaan komersial;\n\n\nSalinan \nsijil pendaftaran perniagaan\n \u2013 untuk kenderaan berdaftar syarikat;\n\n\nSalinan permit AP \u2013 untuk kenderaan diimport atau kenderaan dipulihkan;\n\n\nDokumen-dokumen sokongan lain (jika berkaitan).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKerosakan Harta Benda Pihak Ketiga (TPPD)\n\n\n\n\n\n\nSurat permintaan dengan butiran amaun tuntutan;\n\n\nSalinan asal laporan polis yang disahkan untuk pemegang polisi dan pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan;\n\n\nLaporan siasatan polis dan pelan rajah;\n\n\nGambar kejadian kemalangan dan gambar (daripada) polis;\n\n\nSalinan kad pengenalan, lesen memandu pemegang polisi dan pemandu semasa kemalangan berlaku;\n\n\nLaporan \nadjuster\n;\n\n\nBil pembaikan/invois cukai;\n\n\nButiran anggaran kos pembaikan kenderaan oleh panel yang dilantik;\n\n\nSalinan polisi insurans pihak ketiga;\n\n\nPerjanjian sewa kereta daripada syarikat berdaftar untuk tuntutan LOU;\n\n\nSijil Pemilikan Kenderaan/Perakuan Pendaftaran Kenderaan yang dikeluarkan oleh JPJ (salinan);\n\n\nDokumen-dokumen tambahan lain (jika berkaitan).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n7. Apa Itu Pampasan untuk Tempoh Pembaikan Yang Dianggarkan atau \nLoss of Use\n?\n\n\nSelain kos pembaikan kerosakan, anda juga layak membuat \ntuntutan \nloss of use\n daripada pihak insurans. Tuntutan \nloss of use\n merujuk pada amaun yang perlu dibayar oleh syarikat insurans mengikut bilangan hari yang diperlukan untuk membaiki kereta seperti yang dinilaikan oleh \nadjuster.\n\n\nAnda akan diberikan wang pampasan bagi kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung selama tempoh kenderaan anda tidak boleh digunakan. Anda disarankan untuk menyimpan segala bukti pembayaran seperti resit tambang teksi atau kereta sewa untuk membuat tuntutan ini.\n\n\nLoss of Use\n = Kadar Mengikut Resit Tambang Teksi atau Perjanjian Sewa Kereta x Bilangan Hari yang Diperlukan untuk Membaiki Kereta\n\n\nKebiasaannya, proses tuntutan ini memakan masa tiga hingga lima hari bekerja. Pusat servis atau bengkel panel akan menyediakan laporan lengkap beserta salinan dokumen yang diperlukan untuk memudahkan urusan tuntutan anda. Hantar dokumen dan laporan tersebut kepada syarikat insurans pihak ketiga untuk diproses.\n\n\n8. Bagaimana Cara Lakukan Tuntutan Insurans Kemalangan atau \nClaim\n Insurans Kereta Kemalangan?\n\n\nSekiranya anda terlibat dalam kemalangan, berikut cara \nclaim\n insurans kereta yang anda perlu tahu:\n\n\ni. Dapatkan Bantuan\n\n\nHubungi \nsyarikat insurans\n untuk mendapatkan bantuan jika kereta anda mengalami kerosakan teruk dan memerlukan perkhidmatan trak tunda. Anda diingatkan untuk berurusan dengan pengendali trak tunda yang berdaftar dengan syarikat insurans anda sahaja.\n\n\nii. Kumpulkan Bukti\n\n\nCatatkan lokasi dan masa kemalangan untuk memudahkan rujukan semasa membuat laporan polis. Dapatkan butiran individu yang melanggar atau dilanggar oleh anda. Ambil gambar kawasan kejadian, kerosakan pada kenderaan, \nnombor plat\n, \ncukai jalan kenderaan\n dan kad pengenalan individu yang terlibat.\n\n\niii. Buat Laporan Polis\n\n\nJika kenderaan anda selamat untuk digunakan, bawa kenderaan ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis. Sekiranya kenderaan rosak teruk, tunggu sehingga bantuan perkhidmatan trak tunda tiba.\n\n\nLaporan polis membabitkan kemalangan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam. Jika tuntutan lambat dibuat atau gagal berbuat sedemikian dalam tempoh waktu ditetapkan, anda boleh dikenakan denda.\n\n\niv. Maklumkan kepada Syarikat Insurans\n\n\nAnda perlu memaklumkan kepada syarikat insurans dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kemalangan. Anda disarankan untuk mengemukakan tuntutan insurans kemalangan secepat mungkin setelah menerima salinan keputusan kes.\n\n\nv. Hantar Kereta ke Bengkel Panel\n\n\nMinta senarai penuh \nbengkel panel kereta\n daripada syarikat insurans anda. Hantar kenderaan anda ke pusat servis kenderaan yang dipercayai. Ia bagi memastikan kerosakan kenderaan dibaiki dengan sempurna dan alat ganti yang digunakan adalah tulen.\n\n\n9. Berapa Lama Tempoh Menunggu untuk Menerima Tuntutan Insurans Kemalangan atau Kecurian?\n\n\nPemprosesan tuntutan insurans kemalangan atau kecurian biasanya memakan masa enam (6) bulan atau lebih bergantung pada tahap kerumitan tuntutan. Namun begitu, tuntutan biasanya akan diproses sebaik sahaja siasatan kecurian atau kemalangan selesai tanpa sebarang masalah dikesan.\n\n\n10. Bagaimana Cara untuk Mengelakkan Kemungkinan Tuntutan Insurans Kemalangan Ditolak?\n\n\nUntuk mengelakkan tuntutan insurans kemalangan daripada ditolak, anda mungkin boleh mempertimbangkan perkara ini untuk tindakan lanjut:\n\n\n\n\nMaklumkan kepada syarikat insurans mengenai kemalangan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kemalangan;\n\n\nPastikan butiran dan maklumat yang dinyatakan lengkap sebelum membuat tuntutan insurans kemalangan;\n\n\nSediakan butiran dan dokumen sokongan yang menjelaskan kehilangan atau kerosakan yang berlaku;\n\n\nPastikan kenderaan persendirian tidak digunakan untuk sewaan atau mengangkut barangan bagi tujuan perniagaan;\n\n\nNyatakan maklumat tambahan mengenai individu, kenderaan atau harta benda yang terlibat (jika berkaitan);\n\n\nPastikan maklumat polisi, butiran kemalangan seperti tarikh, jenis kerosakan, lokasi dan sebagainya dinyatakan secara jelas dan tepat.\n\n\n\n\n\n\nRenew Roadtax\n dan Insurans Kereta di Qoala untuk Dapatkan Perlindungan yang Anda Perlukan\n\n\nSelain ketahui \ncara pilih insurans kereta terbaik\n, penting untuk anda fahami perkara-perkara penting berkaitan tuntutan insurans kemalangan. Ia untuk mengelakkan berlaku kes \ntuntutan insurans kemalangan ditolak\n kerana tidak memahami polisi yang dimiliki.\n\n\nDi Malaysia, terdapat banyak \nsyarikat insurans kereta terbaik\n yang boleh anda pilih. Lakukan kajian dengan teliti dan pilih syarikat insurans yang menawarkan perlindungan yang lengkap. Ini kerana, tidak semua syarikat insurans menawarkan pelan perlindungan yang sama.\n\n\nSekiranya anda ingin dapatkan polisi perlindungan \ninsuran kereta paling komprehensif\n, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala merupakan platform yang membolehkan anda \nlakukan perbandingan dan pilih insurans kereta murah\n daripada beberapa syarikat insurans.\n\n\nProses \nrenew\n insurans kereta\n boleh dilakukan dengan lebih cepat, mudah dan selamat dengan hanya beberapa langkah mudah!\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/perlindungan-diri/ujian-memandu/", "title": "5 Perkara Penting Perlu Tahu Tentang Ujian Memandu di Malaysia", "body": "\n\nUjian memandu atau ujian lesen memandu merujuk kepada proses mendapatkan lesen memandu seperti lesen kereta atau lesen motor. Ia bagi membolehkan individu mengendalikan kenderaan bermotor di jalan raya secara sah dan selamat.\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\nPanduan Lengkap Cara Ambil Lesen Kereta, Cara Ambil Lesen Motor Termasuk Ujian Komputer Lesen Memandu di Malaysia\n1. Syarat Ambil Lesen Kereta dan Lesen Motor Ujian Memandu\n2. Belajar Memandu: Jenis Lesen Kereta\n3. Kelas Lesen Kereta\n4. Kelas Memandu, Ujian Komputer Lesen Memandu dan Ujian Lesen Memandu\n5. Harga Lesen Kereta dan Lesen Motor Ujian Memandu 2023\nRenew Insurans Kereta dan Insurans Motor di Qoala untuk Ekstra Perlindungan\n\n\nPanduan Lengkap Cara Ambil Lesen Kereta, Cara Ambil Lesen Motor Termasuk Ujian Komputer Lesen Memandu di Malaysia\n\n\nDi Malaysia, pengguna jalan raya yang ingin menggunakan kenderaan di atas jalan raya perlu jalani latihan memandu, hadiri kelas memandu dan lakukan ujian undang-undang jalan raya. Individu juga wajib melepasi markah lulus ujian komputer sebelum layak mendapat lesen motor atau lesen kereta.\n\n\n1. Syarat Ambil Lesen Kereta dan Lesen Motor Ujian Memandu\n\n\nMana-mana individu di Malaysia yang ingin mendapatkan lesen memandu perlu menjalani kelas belajar memandu. Namun begitu, anda perlu melepasi syarat kelayakan asas yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Berikut syarat kelayakan asas untuk ambil lesen kereta atau ambil lesen motor di Malaysia untuk panduan anda:\n\n\n\n\nMelepasi kelayakan umur;\n\n\nTahap kesihatan bakal pemandu \u2013 sihat tubuh badan;\n\n\nBoleh melihat dengan baik sehingga jarak sekurang-kurangnya 23 meter;\n\n\nTidak buta warna;\n\n\nMampu memahami peraturan dan undang-undang jalan raya di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\nUntuk kelayakan umur, setiap individu yang ingin mendapatkan lesen memandu perlu melepasi kriteria umur minimum yang ditetapkan. Kelayakan umur ini bergantung pada jenis dan kelas lesen memandu seperti berikut:\n\n\n\n\n16 tahun dan ke atas \u2013 Lesen motor kelas A, B2, B penuh atau C;\n\n\n17 tahun dan ke atas \u2013 Lesen kereta kelas D atau DA\n\n\n21 tahun dan ke atas \u2013 Lesen memandu kelas E hingga kelas I (memiliki lesen CDL yang sah).\n\n\n\n\nBagi calon kelainan upaya (OKU) yang ingin mendapatkan lesen memandu, individu tersebut perlu mendapatkan borang pemeriksaan kesihatan daripada mana-mana cawangan JPJ berdekatan. Calon juga perlu mendapatkan pengesahan layak memandu atau menunggang daripada Pegawai Perubatan di mana-mana Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan.\n\n\nCalon bukan warganegara atau penduduk tetap yang ingin mendapatkan lesen kereta atau atau lesen motor di Malaysia pula perlu memiliki pasport dan visa pelawat yang sah bagi tempoh sekurang-kurangnya satu bulan.\n\n\n2. Belajar Memandu: Jenis Lesen Kereta\n\n\nJenis lesen memandu dan kelas lesen memandu di Malaysia ditetapkan berdasarkan tahap kelayakan pemandu serta jenis kenderaan. Berikut lima jenis lesen memandu berdasarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia untuk rujukan anda:\n\n\ni. \nLearner Driving License\n (LDL)\n\n\nLesen L kereta membolehkan individu belajar memandu di bawah pengawasan jurulatih berpengalaman. Lesen L kereta (atau lesen L motor) perlu diperbaharui setiap tiga atau enam bulan jika masih belum ambil atau belum lulus ujian JPJ.\n\n\nMeskipun begitu, tempoh sah ujian lesen L adalah selama dua tahun bermula tarikh ia dikeluarkan. Jika lesen L tamat tempoh atau melepasi tempoh dua tahun yang dibenarkan, anda perlu mengulangi semula proses daripada awal untuk mendapatkan lesen memandu.\n\n\nii. \nProbationary Driving License\n (PDL)\n\n\nPemandu baharu yang telah lulus ujian lesen memandu dan melepasi prosedur belajar lesen memandu di institut memandu boleh buat lesen P di JPJ. Lesen P sah untuk tempoh dua tahun.\n\n\niii.\n Competent Driving License\n (CDL)\n\n\nLesen CDL merujuk pada lesen memandu penuh yang diberikan kepada pemandu setelah tamat tempoh percubaan (lesen P) selama dua tahun.\n\n\niv. \nVocational Driving License\n (VDL)\n\n\nLesen memandu khas yang dikeluarkan untuk pemandu kenderaan komersial seperti lori dan bas. Lesen ini dikeluarkan secara bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).\n\n\nv.\n International Driving Permit\n (IDP)\n\n\nLesen jenis ini membolehkan warganegara Malaysia memandu kenderaan di luar negara. Namun begitu, Permohonan Permit Memandu Antarabangsa perlu dibuat terlebih dahulu di mana-mana pejabat JPJ atau di pejabat Persatuan Automobil Malaysia (AAM).\n\n\n3. Kelas Lesen Kereta\n\n\nBagi kelas lesen memandu pula, ia ditetapkan berdasarkan jenis dan kapasiti kenderaan. Berikut senarai lengkap kelas lesen kenderaan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia untuk panduan anda:\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelas Kenderaan\n\n\nKeterangan\n\n\n\n\n\n\nA\n\n\nKenderaan Orang Cacat (Motosikal) dengan berat tanpa muatan tidak melebihi 450kg\n\n\n\n\n\n\nA1\n\n\nKenderaan Orang Cacat (Motokar) dengan berat tanpa muatan tidak melebihi 3500kg\n\n\n\n\n\n\nB\n\n\nMotosikal (Perseorangan) \u2013 melebihi 500cc\n\n\n\n\n\n\nB1\n\n\nMotosikal (Perseorangan) \u2013 tidak melebihi 500cc\n\n\n\n\n\n\nB2\n\n\nMotosikal tidak melebihi 250cc\n\n\n\n\n\n\nC\n\n\nMotosikal Tiga Roda\n\n\n\n\n\n\nD\n\n\nMotokar \u2013 berat tanpa muatan tidak melebihi 3500kg\n\n\n\n\n\n\nDA\n\n\nMotor Tanpa Pedal Klac \u2013 berat tanpa muatan tidak melebihi 3500kg\n\n\n\n\n\n\nE\n\n\nMotokar Berat \u2013 berat tanpa muatan melebihi 7500kg\n\n\n\n\n\n\nE1\n\n\nMotokar Berat \u2013 berat tanpa muatan tidak melebihi 7500kg\n\n\n\n\n\n\nE2\n\n\nMotokar Berat \u2013 berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg\n\n\n\n\n\n\nF\n\n\nTraktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) \u2013 berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg\n\n\n\n\n\n\nG\n\n\nTraktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) \u2013 berat tanpa muatan tidak melebihi 5000kg\n\n\n\n\n\n\nH\n\n\nTraktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) \u2013 berat tanpa muatan melebihi 5000kg\n\n\n\n\n\n\nI\n\n\nTraktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) \u2013 berat tanpa muatan melebihi 5000kg\n\n\n\n\n\n\nM\n\n\nHukuman Mahkamah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4. Kelas Memandu, Ujian Komputer Lesen Memandu dan Ujian Lesen Memandu\n\n\nBagi anda yang ingin mendapatkan lesen memandu kereta atau lesen motosikal buat pertama kali, berikut merupakan proses ambil lesen kereta dan cara ambil lesen motor untuk rujukan anda. Diharap dapat membantu memudahkan urusan anda mendapatkan lesen memandu pertama:\n\n\ni. Daftar Lesen Memandu\n\n\nUntuk mendaftar kelas memandu, anda boleh hubungi institut memandu pilihan anda untuk urusan pendaftaran. Pegawai pemasaran akan membantu menjawab segala persoalan.\n\n\nAntara soalan yang kerap ditanyakan seperti berapa lama ambil lesen kereta, berapa jam latihan memandu motosikal, tempoh ambil lesen kereta, tempoh belajar memandu, markah lulus ujian komputer dan sebagainya.\n\n\nii. Belajar Lesen Memandu: Hadiri KPP01 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu)\n\n\nCeramah lesen memandu atau Kursus KPP01 Kelas D (atau mana-mana kelas kenderaan) biasanya akan diadakan pada hujung minggu. Ceramah lesen kereta berapa jam atau ceramah lesen motor berapa jam? Biasanya, kelas ceramah lesen memandu akan dilakukan selama enam jam.\n\n\nKelas teori ini dilakukan berasingan bagi setiap kelas lesen, dan bukan dilakukan sekali gus untuk lesen kereta dan motosikal.\n\n\niii. Ujian Komputer Lesen Memandu\n\n\nSetelah selesai KPP01, calon akan menduduki ujian Teori Undang-undang Komputer atau dikenali sebagai Ujian Komputer Memandu. Markah lulus untuk ujian komputer lesen motor dan kereta adalah sebanyak 42/50.\n\n\nJika gagal ujian komputer lesen memandu, calon perlu menduduki ujian komputer lesen ulangan. Ujian komputer lesen memandu berapa lama? Tempoh masa ujian komputer lesen memandu yang diperuntukkan adalah selama satu jam.\n\n\nContoh Soalan Ujian Komputer Lesen Memandu Motosikal/Kereta: Ujian Buta Warna Lesen Memandu, Ujian Komputer Memandu\n\n\nObjektif utama ujian komputer motor atau lesen kereta (ujian lesen L) ini dilakukan bagi memastikan calon mempunyai pengetahuan asas berkaitan undang-undang jalan raya, papan tanda dan sebagainya.\n\n\nSelepas lulus ujian komputer, calon akan menerima lesen L. Anda boleh rujuk contoh soalan lesen memandu atau soalan ujian lesen memandu seperti berikut:\n\n\nUjian Memandu: Ujian Buta Warna Lesen Memandu 2022\n\n\nUjian buta warna mengandungi lapan soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa 15 minit sahaja. Anda perlu menjawab kesemua soalan dengan betul bagi membolehkan anda lulus ujian buta warna.\n\n\nSekiranya gagal ujian buta warna, calon akan dinasihatkan untuk ke klinik kerajaan untuk tindakan lanjut.\n\n\n\n\niv. Terima Lesen L\n\n\nSelepas lulus ujian KPP komputer, calon akan diberikan Lesen L (\nLearner Driving License\n). Berapa lama lesen L siap? Biasanya, tempoh siap Lesen L memakan masa dalam tempoh seminggu.\n\n\nv. Jalani KPP02 \u2013 Latihan Litar (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu)\n\n\nKPP02 merujuk pada latihan praktikal dalam litar atau latihan lesen memandu. Ini bermaksud, anda akan belajar memandu atau menunggang motosikal dengan diawasi oleh pengajar berpengalaman.\n\n\nBerapa jam belajar memandu kereta? Berapa jam latihan memandu kereta? Belajar kereta berapa jam? KPP02 kereta berapa jam? atau Berapa jam latihan memandu motosikal?\n\n\nIni merupakan persoalan biasa yang sering diajukan oleh pelajar latihan memandu. Bagi kelas lesen motor B2 atau B, ia memakan masa 9.5 jam. Manakala, kelas D atau DA pula dilakukan selama 5.5 jam.\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Lesen\n\n\nUjian Lesen Memandu\n\n\n\n\n\n\nLesen Kereta Manual (D)\n\n\n\n\n\n\nRutin pemeriksaan kenderaan (RPK);\n\n\nRutin sebelum memandu (RSM);\n\n\nRutin selamat (RS);\n\n\nPergerakan di selekoh \u2018S\u2019;\n\n\nPergerakan di selekoh \u2018Z\u2019;\n\n\nParking\n sisi;\n\n\nPergerakan 3 penjuru.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLesen Kereta Auto (DA)\n\n\n\n\n\n\nSemua di atas;\n\n\nTanjakan (\nRamp\n).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLesen Motor (A, B, B2 dan C)\n\n\n\n\n\n\nPemeriksaan pakaian dan peralatan keselamatan;\n\n\nRutin pemeriksaan kenderaan (RPK);\n\n\nRutin sebelum menunggang (RSM);\n\n\nRutin selamat (RS);\n\n\nMenunggang di atas titi;\n\n\nMenunggang rintangan antara kon;\n\n\nBrek kecemasan;\n\n\nMenunggang dilaluan tidak rata (termasuk untuk kelas B2);\n\n\nMembuat pergerakan angka \u20188\u2019;\n\n\nMenunggang di selekoh tajam.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nvi. Jalani KPP03 \u2013 Latihan Memandu di Jalan Raya (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu)\n\n\nSetelah selesai latihan memandu dalam litar, calon akan menjalani Kursus KPP03. Kursus KPP03 kereta merujuk pada latihan memandu di jalan raya di bawah pengawasan pengajar berpengalaman selama 10 jam KPPO3 (Kelas D dan DA).\n\n\nBorang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon selesai menjalani latihan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenis Lesen\n\n\nUjian Lesen Memandu\n\n\n\n\n\n\nLesen Kereta\u00a0\n\n\n\n\n\n\nRutin sebelum memandu (RSM);\n\n\nRutin selamat (RS);\n\n\nMemulakan perjalanan;\n\n\nMemandu di jalan lurus;\n\n\nMemandu di persimpangan;\n\n\nMembelok ke kiri dan ke kanan di persimpangan;\n\n\nMemandu di selekoh;\n\n\nMemandu di bulatan atau laluan susur;\n\n\nMemandu di kawasan sekolah, perumahan dan lain-lain.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLesen Motor\n\n\n\n\n\n\nPemeriksaan pakaian dan peralatan keselamatan;\n\n\nRutin pemeriksaan kenderaan (RPK);\n\n\nRutin sebelum menunggang (RSM);\n\n\nRutin selamat (RS);\n\n\nMenunggang di jalan lurus;\n\n\nMenunggang di persimpangan;\n\n\nMenunggang di selekoh;\n\n\nMenunggang di bulatan atau laluan susur;\n\n\nBerhenti.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nvii. Ujian QTI Kereta Auto/Kereta Manual\n\n\nIa merujuk pada ujian dalaman yang dilakukan oleh institut memandu. Calon perlu menduduki praujian memandu sebelum menjalani Ujian Praktikal JPJ. Jika lulus praujian memandu, calon akan dibenarkan untuk menduduki Ujian Praktikal JPJ.\n\n\nviii. Ujian Memandu Praktikal JPJ \u2013 Ujian Bahagian 2 dan 3\n\n\nCalon yang lulus Ujian QTI akan menduduki Ujian Praktikal JPJ atau dikenali sebagai JPJ \ntest\n/ujian JPJ. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ atau Ujian Memandu Kereta JPJ akan layak mendapat lesen memandu P.\n\n\nCalon yang gagal perlu menduduki semula ujian kereta ulangan.\n\n\nix. Terima Lesen Kereta atau Lesen Motor\n\n\nLesen kereta dan motor akan diproses dan dikeluarkan oleh pihak JPJ kepada calon yang lulus ujian memandu ini. Ia membolehkan anda memandu kereta atau motosikal di jalan raya dengan lesen memandu yang sah.\n\n\n\n\n5. Harga Lesen Kereta dan Lesen Motor Ujian Memandu 2023\n\n\nSecara asasnya, harga lesen memandu adalah berbeza-beza bergantung pada lokasi. Namun begitu, ia tertakluk pada harga siling yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu (JKPIM) JPJ.\n\n\nPenetapan harga siling ini bertujuan untuk memastikan kadar harga ujian memandu selari di setiap negeri dan membantu pengguna mendapatkan lesen memandu (lesen kereta atau lesen motor) pada harga yang berpatutan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKategori\n\n\nKelas Lesen\n\n\nHarga Lesen Ujian Memandu\n\n\n\n\n\n\nHarga Lesen Motor\n\n\nB2\n\n\nRM350 hingga RM450\n\n\n\n\n\n\nB\n\n\nRM900 hingga RM1,100\n\n\n\n\n\n\nHarga Lesen Kereta Manual\n\n\nD\n\n\nRM1,150 hingga RM1,300\n\n\n\n\n\n\nHarga Lesen Kereta Auto\n\n\nDA\n\n\nRM1,250 hingga RM1,500\n\n\n\n\n\n\n\n\nMakluman: Harga lesen kereta dan lesen motor yang dipaparkan adalah anggaran sahaja. Sebarang perubahan pada harga adalah tertakluk pada perkhidmatan tambahan lain yang ditawarkan oleh Institut Memandu.\n\n\n\n\nRenew\n Insurans Kereta dan Insurans Motor di Qoala untuk Ekstra Perlindungan\n\n\nPengguna jalan raya yang \nmemandu tanpa lesen\n atau insurans yang sah adalah salah di sisi undang-undang. Anda bukan sahaja boleh dikenakan \nsaman polis\n, tetapi anda juga boleh membahayakan nyawa anda dan pengguna jalan raya yang lain.\n\n\nOIeh sebab itu, anda perlu mendapatkan lesen kereta atau lesen motor dengan segera. Semoga panduan lengkap berkaitan ujian memandu termasuk ujian komputer JPJ dan \nstep\n ambil lesen kereta ini dapat mudahkan urusan anda.\n\n\nSelain itu, sekiranya anda sedang mencari \ninsurans kereta terbaik\n atau insurans motor yang sesuai dengan keperluan anda, layari laman web Qoala untuk info lanjut. Qoala menyediakan pelbagai \npilihan \ninsurance\n kenderaan\n untuk memudahkan anda lakukan perbandingan sebelum \nperbaharui insurans\n anda.\n\n\nDapatkan \nsebut harga insuran\ns percuma di Qoala hari ini dan \nrenew\n insurans kereta\n atau motosikal anda dengan cepat, mudah dan pantas.\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/zh/dianzilushui-dianzijiazhao/", "title": "3\u4e2a\u7b80\u5355\u6b65\u9aa4\u68c0\u67e5\u7535\u5b50\u8def\u7a0e\u548c\u7535\u5b50\u9a7e\u7167", "body": "\n\n\u5728\u4ea4\u901a\u8fd0\u8f93\u90e8\u5ba3\u5e03\u79c1\u5bb6\u8f66\u8f66\u4e3b\u4e0d\u518d\u9700\u8981\u5c55\u793a\u8def\u7a0e\u8d34\u7eb8\u5728\u6c7d\u8f66\n\u6321\u98ce\u73bb\u7483\n\u4e0a\u548c\u9a7e\u7167\u5361\u540e\uff0c\u5173\u4e8e\u7535\u5b50\u8def\u7a0e\u548c\u7535\u5b50\u9a7e\u7167\u7684\u5b9e\u65bd\u51fa\u73b0\u4e86\u8bb8\u591a\u95ee\u9898\u3002\u5c3d\u7ba1\u5f88\u591a\u4eba\u5bf9\u8fd9\u4e00\u6b65\u9aa4\u8868\u793a\u6b22\u8fce\uff0c\u4f46\u4ecd\u5bf9\u5b89\u5168\u95ee\u9898\u548c\u7535\u5b50\u5316\u9053\u8def\u7a0e\u7684\u53ef\u83b7\u53d6\u6027\u8868\u793a\u62c5\u5fe7\u3002\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n\u7535\u5b50\u8def\u7a0e\u548c\u7535\u5b50\u9a7e\u7167\u4f1a\u8ba9\u60a8\u7684\u4ea4\u6613\u53d8\u5f97\u66f4\u5bb9\u6613\u5417\uff1f\n\u5982\u4f55\u901a\u8fc7 MyJPJ \u5728\u7ebf\u68c0\u67e5\u7535\u5b50\u9053\u8def\u7a0e\uff08e-LKM\uff09\u548c\u7535\u5b50\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\uff08e-LMM\uff09\n1.\u4e0b\u8f7d MyJPJ \u5e94\u7528\u7a0b\u5e8f\n2.\u6ce8\u518c\u65b0\u8d26\u6237\n3.\u68c0\u67e5\u60a8\u7684\u7535\u5b50\u9053\u8def\u7a0e\u548c\u7535\u5b50\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\n\u5173\u4e8e\u7535\u5b50\u8def\u7a0e\u7684\u5b9e\u65bd\uff0c\u60a8\u8fd8\u9700\u8981\u4e86\u89e3\u54ea\u4e9b\u4fe1\u606f\uff1f\n\u662f\u5426\u5fc5\u987b\u4e0b\u8f7d MyJPJ \u5e94\u7528\u7a0b\u5e8f\uff1f\n\u60a8\u4f1a\u56e0\u672a\u793a\u51fa\u7535\u5b50\u8def\u7a0e\u800c\u88ab\u7f5a\u6b3e\u5417\uff1f\n\u5982\u679c\u60a8\u9a7e\u9a76\u7740\u5176\u4ed6\u4eba\u7684\u8f66\u8f86\uff0c\u800c\u8be5\u8f66\u8f86\u6ca1\u6709\u8d34\u8def\u7a0e\u8d34\u7eb8\u600e\u4e48\u529e\uff1f\n\u7535\u5b50\u5316\u5b9e\u65bd\u9002\u7528\u4e8e\u6240\u6709\u8f66\u8f86\u5417\uff1f\n\n\n\u7535\u5b50\u8def\u7a0e\u548c\u7535\u5b50\u9a7e\u7167\u4f1a\u8ba9\u60a8\u7684\u4ea4\u6613\u53d8\u5f97\u66f4\u5bb9\u6613\u5417\uff1f\n\n\n\u7535\u5b50\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\uff08LLM) \u548c\u8f66\u8f86\u6267\u7167\uff08LKM\uff09\u7684\u5b9e\u65bd\u4e8e2023\u5e742\u670810\u65e5\u751f\u6548\u3002\u6b64\u63aa\u65bd\u4ec5\u65e8\u5728\u901a\u8fc7\u667a\u80fd\u624b\u673a\u5c55\u793a\u7684\u7535\u5b50\u9053\u8def\u7a0e\u548c\u7535\u5b50\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\uff0c\u4ee5\u65b9\u4fbf\u9053\u8def\u4f7f\u7528\u8005\u7684\u4ea4\u6613\u3002\n\n\n\u4e3a\u6b64\uff0c\u60a8\u9700\u8981\u4f7f\u7528 \nJPJ\uff08\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u9053\u8def\u8fd0\u8f93\u90e8\uff09\u7684\u95e8\u6237\u7f51\u7ad9\n\u6216 MyJPJ \u5e94\u7528\u7a0b\u5e8f\u3002\u901a\u8fc7\u8be5\u5e94\u7528\u7a0b\u5e8f\uff0c\u60a8\u8fd8\u53ef\u4ee5\u67e5\u770b JPJ \u6570\u636e\u5e93\u4e2d\u50a8\u5b58\u7684\u4e2a\u4eba\u4fe1\u606f\u548c\u8f66\u8f86\u8be6\u7ec6\u4fe1\u606f\uff0c\u4f8b\u5982\uff1a\n\n\n\n\n\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\n\uff1b\n\n\n\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\uff1b\n\n\n\u9a7e\u9a76\u8003\u8bd5\u7ed3\u679c\n\uff1b\n\n\n\u88ab\u76d7\u6c7d\u8f66\u7684\u62a5\u544a\uff1b\n\n\nJPJ \u7f5a\u5355\n\u3002\n\n\n\n\n\u6709\u4e86\u7535\u5b50\u8def\u7a0e\uff0c\u60a8\u4e0d\u518d\u9700\u8981\u5230 JPJ \u529e\u516c\u5ba4\u6392\u957f\u961f\u6765\u83b7\u53d6\u8f66\u8f86\u8def\u7a0e\u7684\u5b9e\u4f53\u7248\u672c\u3002\u60a8\u53ea\u9700\u8981\u6253\u5f00 MyJPJ \u5e94\u7528\u7a0b\u5e8f\u5e76\u5411\u5f53\u5c40\u51fa\u793a\u5e26\u6709\u4e8c\u7ef4\u7801\u7684\u7535\u5b50\u8def\u7a0e\u5373\u53ef\u3002\u6267\u6cd5\u4eba\u5458\u5c06\u626b\u63cf\u60a8\u7684\u4e8c\u7ef4\u7801\u4ee5\u9a8c\u8bc1\u60a8\u8def\u7a0e\u7684\u6709\u6548\u6027\u3002\u503c\u5f97\u6ce8\u610f\u7684\u662f\uff0c\u8fd9\u4e2a\u4e8c\u7ef4\u7801\u53ea\u80fd\u7531\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u9053\u8def\u8fd0\u8f93\u90e8\uff08JPJ\uff09\u548c\u7687\u5bb6\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u8b66\u5bdf\uff08PDRM\uff09\u7684\u6267\u6cd5\u4eba\u5458\u7684\u8bbe\u5907\u8bfb\u53d6\u3002\n\n\n\n\n\u5982\u4f55\u901a\u8fc7 MyJPJ \u5728\u7ebf\u68c0\u67e5\u7535\u5b50\u9053\u8def\u7a0e\uff08e-LKM\uff09\u548c\u7535\u5b50\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\uff08e-LMM\uff09\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\u8fd8\u6ca1\u6709 MyJPJ \u8d26\u6237\uff0c\u60a8\u9700\u8981\u5148\u6ce8\u518c\u3002\u4ee5\u4e0b\u662f\u901a\u8fc7 MyJPJ \u68c0\u67e5\u7535\u5b50\u9053\u8def\u7a0e\u548c\u7535\u5b50\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u7684\u4e09\u4e2a\u7b80\u5355\u6b65\u9aa4\uff1a\n\n\n1.\u4e0b\u8f7d MyJPJ \u5e94\u7528\u7a0b\u5e8f\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\u662f \nApple \u4ea7\u54c1\n\u7528\u6237\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u4ece Apple Store \u4e0b\u8f7d MyJPJ \u5e94\u7528\u7a0b\u5e8f\uff1b\u5982\u679c\u60a8\u662f Android \u4ea7\u54c1\u7528\u6237\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u4ece Google Play Store \u4e0b\u8f7d MyJPJ \u5e94\u7528\u7a0b\u5e8f\u3002\n\n\n2.\u6ce8\u518c\u65b0\u8d26\u6237\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\u5df2\u7ecf\u6709\u8d26\u6237\u4e86\uff0c\u90a3\u5219\u53ea\u9700\u8981\u767b\u5f55\u8be5\u5e94\u7528\u7a0b\u5e8f\u5373\u53ef\u3002\u4f46\u662f\uff0c\u5982\u679c\u8fd9\u662f\u4f60\u7b2c\u4e00\u6b21\u4f7f\u7528 MyJPJ \uff0c\u60a8\u5219\u9700\u8981\u63d0\u4f9b\u91cd\u8981\u4fe1\u606f\u6765\u6ce8\u518c\u4e00\u4e2a\u65b0\u8d26\u6237\uff0c\u4f8b\u5982\uff1a\n\n\n\n\n\u5168\u540d\uff1b\n\n\n\u8eab\u4efd\u8bc1\u53f7\u7801\uff1b\n\n\n\u6709\u6548\u7684\u7535\u5b50\u90ae\u4ef6\u5730\u5740\uff1b\n\n\n\u6709\u6548\u7684\u624b\u673a\u53f7\u7801\u3002\u00a0\n\n\n\n\n\u8bf7\u52a1\u5fc5\u4ed4\u7ec6\u68c0\u67e5\u60a8\u7684\u4fe1\u606f\uff0c\u4ee5\u786e\u4fdd\u6240\u6709\u63d0\u4f9b\u7684\u4fe1\u606f\u90fd\u662f\u51c6\u786e\u7684\u3002\u7136\u540e\uff0c\u60a8\u5c31\u53ef\u4ee5\u521b\u5efa\u60a8\u7684\u5bc6\u7801\u3002\n\n\n3.\u68c0\u67e5\u60a8\u7684\u7535\u5b50\u9053\u8def\u7a0e\u548c\u7535\u5b50\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\n\n\n\u6ce8\u518c\u540e\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u6309\u7167\u4ee5\u4e0b\u6b65\u9aa4\u901a\u8fc7 JPJ \u95e8\u6237\u68c0\u67e5\u60a8\u7684\u8def\u7a0e\u548c\u9a7e\u7167\uff1a\n\n\n\n\n\u767b\u5f55 MyJPJ \u95e8\u6237\u7f51\u7ad9\u6216\u8005\u60a8\u5df2\u4e0b\u8f7d\u7684\u5e94\u7528\u7a0b\u5e8f\uff1b\n\n\n\u5728\u4e3b\u9875\u4e0a\uff0c\u5355\u51fb\u5c4f\u5e55\u53f3\u4e0b\u89d2\u7684 \u201c\u4e2a\u4eba\u8d44\u6599\u201d \u56fe\u6807\uff1b\n\n\n\u60a8\u7684\u7535\u5b50\u9a7e\u7167\u5c06\u4f1a\u663e\u793a\uff1b\n\n\n\u5355\u51fb\u201c\u673a\u52a8\u8f66\u8f86\u6267\u7167\u201d\u6216\u201c\u8def\u7a0e\u201d\u9009\u9879\u5361\uff0c\u60a8\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u548c\u8f66\u8f86\u4fe1\u606f\u5c06\u4f1a\u663e\u793a\u51fa\u6765\u3002\n\n\n\n\n\n\n\u5173\u4e8e\u7535\u5b50\u8def\u7a0e\u7684\u5b9e\u65bd\uff0c\u60a8\u8fd8\u9700\u8981\u4e86\u89e3\u54ea\u4e9b\u4fe1\u606f\uff1f\n\n\n\u7535\u5b50\u8def\u7a0e\u7684\u5b9e\u65bd\u662f\u4e3a\u4e86\u65b9\u4fbf\u4f5c\u4e3a\u9053\u8def\u4f7f\u7528\u8005\u7684\u6211\u4eec\u3002\u60a8\u53ef\u4ee5\u4ecd\u7136\u5bf9\u7535\u5b50\u8def\u7a0e\u5b58\u6709\u7591\u8651\u3002\n\n\n\u662f\u5426\u5fc5\u987b\u4e0b\u8f7d MyJPJ \u5e94\u7528\u7a0b\u5e8f\uff1f\n\n\n\u4f7f\u7528 MyJPJ \u5e94\u7528\u7a0b\u5e8f\u4ee5\u83b7\u53d6\u7535\u5b50\u9053\u8def\u7a0e\u548c\u7535\u5b50\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u662f\u4e00\u79cd\u53ef\u9009\u7684\u4fbf\u5229\u65b9\u5f0f\u3002\u65e0\u6cd5\u4f7f\u7528\u6280\u672f\u6216\u4e92\u8054\u7f51\u7684\u4e2a\u4eba\u4ecd\u7136\u53ef\u4ee5\u4ece JPJ \u83b7\u5f97\u5b9e\u4f53\u7248\u672c\u3002\n\n\n\u60a8\u4f1a\u56e0\u672a\u793a\u51fa\u7535\u5b50\u8def\u7a0e\u800c\u88ab\u7f5a\u6b3e\u5417\uff1f\n\n\n\u5982\u524d\u6240\u8ff0\uff0c\u8be5\u5e94\u7528\u7a0b\u5e8f\u4f7f\u7528\u5e76\u4e0d\u662f\u5f3a\u5236\u6027\u7684\uff0c\u60a8\u4e0d\u4f1a\u56e0\u672a\u80fd\u51fa\u793a\u7535\u5b50\u8def\u7a0e\u800c\u88ab\u7f5a\u6b3e\u3002\u6267\u6cd5\u4eba\u5458\u53ef\u4ee5\u901a\u8fc7\u4ed6\u4eec\u7684\u7cfb\u7edf\u9a8c\u8bc1\u60a8\u7684\u8def\u7a0e\u548c\u9a7e\u7167\u7684\u72b6\u6001\u3002\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\u9a7e\u9a76\u7740\u5176\u4ed6\u4eba\u7684\u8f66\u8f86\uff0c\u800c\u8be5\u8f66\u8f86\u6ca1\u6709\u8d34\u8def\u7a0e\u8d34\u7eb8\u600e\u4e48\u529e\uff1f\n\n\n\u60a8\u53ef\u4ee5\u8981\u6c42\u8f66\u4e3b\u6253\u5370\u51fa\u4e00\u4efd\u7535\u5b50\u8def\u7a0e\u526f\u672c\u5e76\u653e\u5728\u8f66\u91cc\u3002\u5982\u679c\u6267\u6cd5\u4eba\u5458\u60f3\u8981\u68c0\u67e5\u8def\u7a0e\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u5411\u4ed6\u4eec\u5c55\u793a\u6253\u5370\u51fa\u6765\u7684\u526f\u672c\u3002\u7136\u800c\uff0c\u5373\u4f7f\u6ca1\u6709\u7535\u5b50\u8def\u7a0e\u7684\u6253\u5370\u526f\u672c\uff0c\u5f53\u5c40\u4ecd\u7136\u53ef\u4ee5\u901a\u8fc7\u5176\u8bbe\u5907\u9a8c\u8bc1\u4fe1\u606f\u3002\n\n\n\u7535\u5b50\u5316\u5b9e\u65bd\u9002\u7528\u4e8e\u6240\u6709\u8f66\u8f86\u5417\uff1f\n\n\n\u5982\u524d\u6240\u8ff0\uff0c\u8def\u7a0e\u548c\u9a7e\u7167\u7684\u7535\u5b50\u5316\u4ecd\u5904\u4e8e\u521d\u7ea7\u9636\u6bb5\uff0c\u76ee\u524d\u4ec5\u9650\u4e8e\u79c1\u5bb6\u8f66\u3002\u7136\u800c\uff0c\u4ecd\u6709\u67d0\u4e9b\u7c7b\u522b\u7684\u8f66\u8f86\u9700\u8981\u51fa\u793a\u5b9e\u4f53\u8def\u7a0e\u548c\u9a7e\u7167\u3002\n\n\n\u9a7e\u7167\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u9a7e\u7167\u7c7b\u522b\u4ecd\u9700\u8981\u663e\u793a\u51fa\u5b9e\u4f53\u9a7e\u7167\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u5b66\u4e60\u9a7e\u7167 \uff08LDL\uff09\uff1b\n\n\n\u804c\u4e1a\u6267\u7167\u6301\u6709\u8005\uff08PSV/GDL/KON\uff09\uff1b\n\n\n\u6301\u6709\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u9a7e\u7167\u7684\u5916\u56fd\u4eba\uff1b\n\n\n\u6301\u6709\u56fd\u9645\u9a7e\u9a76\u8bb8\u53ef\u8bc1\uff08IDP\uff09\u7684\u5916\u56fd\u4eba\u3002\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u8def\u7a0e\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u8def\u7a0e\u7c7b\u522b\u4ecd\u9700\u8981\u663e\u793a\u51fa\u8def\u7a0e\u8d34\u7eb8\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u516c\u53f8\u79c1\u5bb6\u8f66\u8def\u7a0e\uff08LKM Persendirian Syarikat\uff09\uff1b\n\n\n\u5916\u56fd\u4eba\u7684\u8f66\u8f86\u6240\u6709\u6743\uff1b\n\n\n\u5546\u7528\u8f66\u5305\u62ec\u8d27\u8f66\u548c\u516c\u5171\u670d\u52a1\u8f66\u8f86\u3002\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u7535\u5b50\u8def\u7a0e\u7684\u5b9e\u65bd\u5c06\u65b9\u4fbf\u60a8\u4f5c\u4e3a\u9053\u8def\u4f7f\u7528\u8005\u7684\u4ea4\u6613\u3002\u8fd9\u4e00\u6b65\u9aa4\u8fd8\u5c06\u5e2e\u52a9\u5f53\u5c40\u6709\u6548\u5730\u76d1\u63a7\u5e76\u51cf\u5c11\u8def\u7a0e\u548c\u9a7e\u7167\u76f8\u5173\u7684\u6b3a\u8bc8\u884c\u4e3a\u3002\n\n\n\u6b64\u5916\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u60f3\n\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u8003\u8651 Qoala\uff0c\u4ee5\u4eab\u6709\u66f4\u591a\u4f18\u60e0\u3002Qoala \u662f\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\n\u6700\u597d\u7684\u5728\u7ebf\u4fdd\u9669\u6bd4\u8f83\u5e73\u53f0\n\u3002\u60a8\u53ef\u4ee5\u8f7b\u677e\u5feb\u901f\u5730\u4ee5\u5b9e\u60e0\u5730\u4ef7\u683c\u83b7\u5f97\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6700\u597d\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u3002\n\n\n\n\n\u5728\u7ebf\u8d2d\u4e70\u4fdd\u9669 \u2013 \u8d2d\u4e70\u6216\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u7684\u8fc7\u7a0b\u53ef\u4ee5\u5728\u5bb6\u8f7b\u677e\u5b8c\u6210\uff0c\u65e0\u9700\u524d\u5f80\u90ae\u5c40\u6216 JPJ \u67dc\u53f0\u3002\n\n\n\u6bd4\u8f83\u4fdd\u9669\u4ea7\u54c1 \u2013 \u60a8\u53ef\u4ee5\u6bd4\u8f83\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u5404\u9879\u9876\u7ea7\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u7684\u62a5\u4ef7\u3002\n\n\n\u63a5\u6536\u5373\u65f6\u62a5\u4ef7 \u2013 \u5feb\u901f\u63a5\u53d7\u514d\u8d39\u62a5\u4ef7\uff0c\u66f4\u597d\u5730\u4fdd\u62a4\u60a8\u7684\u7231\u8f66\u3002\n\n\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/zh/gengxinmotuolushui/", "title": "\u5728\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a2023\u5e74\uff0c\u4e24\u79cd\u5728\u7ebf\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8def\u7a0e\u7684\u65b9\u5f0f", "body": "\n\n\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u6216\u66f4\u65b0\u9053\u8def\u7a0e\u52a1\u662f\u6bcf\u5e74\u90fd\u9700\u8981\u8fdb\u884c\u7684\u8fc7\u7a0b\u3002\u9053\u8def\u7a0e\uff08\u4e5f\u88ab\u79f0\u4e3a\u8def\u7a0e\u3001\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\uff09\u662f\u5bf9\u6469\u6258\u8f66\u6240\u6709\u8005\u5f81\u6536\u7684\u7a0e\u6b3e\u3002\u5b83\u4f7f\u5f97\u6469\u6258\u8f66\u53ef\u4ee5\u5408\u6cd5\u5730\u5728\u516c\u8def\u4e0a\u884c\u9a76\u3002\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n\u6839\u636e\u6392\u6c14\u91cf\u5217\u51fa\u7684\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u6e05\u5355\uff0c\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8def\u7a0e\u7684\u671f\u9650\n\u5982\u4f55\u6fc0\u6d3b\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\uff0c\u4ee5\u53ca\u5728\u7ebf\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e 2023\n1. \u7ebf\u4e0a\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\n2. \u901a\u8fc7\u4ea4\u901a\u5c40\uff08JPJ\uff09\u3001\u90ae\u5c40\u548c\u57ce\u5e02\u8f6c\u578b\u4e2d\u5fc3\uff08UTC\uff09\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\n\u5982\u679c\u9053\u8def\u7a0e\u5df2\u8fc7\u671f\u4e00\u5e74\u540e\u60f3\u8981\u5728\u7ebf\u4e0a\u66f4\u65b0\u4fdd\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\uff0c\u5e94\u8be5\u91c7\u53d6\u4ec0\u4e48\u63aa\u65bd\uff1f\n1. \u9884\u8ba2\u5728Puspakom\u8fdb\u884c\u6469\u6258\u8f66\u68c0\u67e5\n2. \u4fee\u7406\u6216\u4fdd\u517b\u6469\u6258\u8f66\n3. \u83b7\u5f97\u4e34\u65f6\u65c5\u884c\u8bb8\u53ef\u8bc1\n4. \u5728Puspakom\u8fdb\u884c\u68c0\u67e5\n5. \u7ebf\u4e0a\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\u548c\u66f4\u65b0\u9053\u8def\u7a0e\n\u7ebf\u4e0a\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\uff1a\u667a\u80fd\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u65b9\u6cd5\n\n\n\u6839\u636e\u6392\u6c14\u91cf\u5217\u51fa\u7684\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u6e05\u5355\uff0c\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8def\u7a0e\u7684\u671f\u9650\n\n\n\u901a\u5e38\u60c5\u51b5\u4e0b\uff0c\u6469\u6258\u8f66\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u7387\u662f\u56fa\u5b9a\u4e14\u4e0d\u53d8\u7684\u3002\u6469\u6258\u8f66\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u901a\u5e38\u53d6\u51b3\u4e8e\u60a8\u7684\u6469\u6258\u8f66\u5f15\u64ce\u5bb9\u91cf\u6216\u6392\u6c14\u91cf\uff08CC\uff09\u3002\u6b64\u5916\uff0c\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u4ef7\u683c\u4e5f\u4f1a\u6839\u636e\u5730\u70b9\u800c\u6709\u6240\u4e0d\u540c\u3002\u6c99\u5df4\u548c\u7802\u62c9\u8d8a\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u6bd4\u897f\u9a6c\u5730\u533a\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u4fbf\u5b9c\u3002\n\n\n\u897f\u9a6c\u5730\u533a\u548c\u6c99\u5df4\u7802\u62c9\u8d8a\u7684\u6469\u6258\u8f66\u7eed\u7b7e\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u5982\u4e0b\u8868\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u5f15\u64ce\u5bb9\u91cf\uff08\u5f15\u64ceCC\uff09\n\n\n\u897f\u9a6c\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4e1c\u9a6c\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\n\n\n\n150CC \u4ee5\u4e0b\u7684\u6469\u6258\u8f66\n\n\nRM2\n\n\nRM2\n\n\n\n\n\n\n151CC\u81f3200CC\u7684\u6469\u6258\u8f66\n\n\nRM50\n\n\nRM9\n\n\n\n\n\n\n201CC\u81f3250CC\u7684\u6469\u6258\u8f66\n\n\nRM50\n\n\nRM12\n\n\n\n\n\n\n251CC\u81f3500CC\u7684\u6469\u6258\u8f66\n\n\nRM180\n\n\nRM30\n\n\n\n\n\n\n501CC800CC\u7684\u6469\u6258\u8f66\n\n\nRM250\n\n\nRM40\n\n\n\n\n\n\n800CC\u4ee5\u4e0a\u7684\u6469\u6258\u8f66\n\n\nRM350\n\n\nRM42\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6b64\u5916\uff0c\u7eed\u7b7e\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u6216\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u7684\u671f\u9650\u53d6\u51b3\u4e8e\u60a8\u7684\u9009\u62e9\u3002\u60a8\u53ef\u4ee5\u9009\u62e9\u7eed\u7b7e\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u671f\u9650\uff0c\u53ef\u4ee5\u662f6\u4e2a\u6708\u621612\u4e2a\u6708\uff0c\u6839\u636e\u60a8\u7684\u9009\u62e9\u3002\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\u7684\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\u548c\u9053\u8def\u7a0e\u5df2\u7ecf\u8fc7\u671f\uff0c\u5e76\u4e14\u60a8\u6ca1\u6709\u8fdb\u884c\u66f4\u65b0\uff0c\u5f88\u6709\u53ef\u80fd\u4f1a\u88ab\u8b66\u5bdf\u5f00\n\u7f5a\u5355\n\uff0c\u6216\u8005\u5982\u679c\u53d1\u751f\u4e8b\u6545\uff0c\n\u4fdd\u9669\u7d22\u8d54\n\u53ef\u80fd\u4f1a\u88ab\u62d2\u7edd\u3002\n\n\n\u5982\u4f55\u6fc0\u6d3b\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\uff0c\u4ee5\u53ca\u5728\u7ebf\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e 2023\n\n\n\u57fa\u672c\u4e0a\uff0c\u60a8\u6bcf\u5e74\u90fd\u9700\u8981\u6fc0\u6d3b\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u548c\n\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\n\u3002\u8981\u6fc0\u6d3b\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\uff0c\u60a8\u9700\u8981\u5148\n\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\n\u3002\u5b8c\u6210\u540e\uff0c\u60a8\u624d\u80fd\u7eed\u7b7e\u60a8\u7684\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u3002\n\n\n\u4e3a\u4e86\u65b9\u4fbf\u60a8\uff0c\u4ee5\u4e0b\u662f2\u79cd\u5728\u7ebf\u7eed\u7b7e\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u65b9\u6cd5\uff0c\u4f9b\u60a8\u53c2\u8003\uff1a\n\n\n1. \u7ebf\u4e0a\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\n\n\n\u968f\u7740\u65b0\u5e38\u6001\u7684\u5b9e\u8df5\uff0c\u56fd\u5185\u7684\u5404\u79cd\u670d\u52a1\u5df2\u7ecf\u4ece\u4f20\u7edf\u65b9\u5f0f\u8f6c\u53d8\u4e3a\u66f4\u73b0\u4ee3\u5316\u7684\u65b0\u65b9\u5f0f\u3002\u4f8b\u5982\uff0c\u73b0\u5728\u53ef\u4ee5\u901a\u8fc7\u5728\u7ebf\u65b9\u5f0f\u4ece\u5bb6\u91cc\u65b9\u4fbf\u5730\u8fdb\u884c\n\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\n\u548c\u9053\u8def\u7a0e\u7684\u66f4\u65b0\uff0c\u800c\u65e0\u9700\u4eb2\u81ea\u5230\u67dc\u53f0\u6392\u961f\u3002\n\n\n\u5728\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\uff0c\u6709\u51e0\u4e2a\u5e73\u53f0\u63d0\u4f9b\u5728\u7ebf\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u670d\u52a1\uff0c\u4f8b\u5982\nMyEG\n\u548c\u5176\u4ed6\u5e73\u53f0\u3002\n\n\n\n\n\u5728MyEG\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\u60f3\u8981\u66f4\u65b0\u60a8\u7684\u9053\u8def\u7a0e\uff0c\u4ee5\u4e0b\u662f\u5728MyEG\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u6b65\u9aa4\u4f9b\u60a8\u53c2\u8003\uff1a\n\n\n\n\n\u8bf7\u8bbf\u95eeMyEG\u5b98\u65b9\u95e8\u6237\u7f51\u7ad9\uff0c\u7f51\u5740\u4e3ahttps://www.myeg.com.my/\uff1b\n\n\n\u6ce8\u518c\u4e3a\u7528\u6237\uff08\u51c6\u5907\u66f4\u65b0\u9053\u8def\u7a0e\u6240\u9700\u7684\u6587\u4ef6\uff0c\u5982\u8f66\u724c\u53f7\u7801\u3001\u8eab\u4efd\u8bc1\u53f7\u7801\u3001\u8f66\u8f86\u7c7b\u578b\u3001\u5f15\u64ce\u5bb9\u91cf\u3001\u8f66\u8f86\u5e74\u4efd\u3001\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u4ef7\u503c\u548c\u8f66\u955c\u4fdd\u9669 \u2013 \u6839\u636e\u9009\u62e9\uff09\uff1b\n\n\n\u767b\u5f55MyEG\u7cfb\u7edf\uff1b\n\n\n\u70b9\u51fb\u201c\nRoadtax Renewal\n\u201d\u6309\u94ae\uff1b\n\n\n\u586b\u5199\u6240\u6709\u5fc5\u8981\u7684\u4fe1\u606f\uff08\u59d3\u540d\u3001\u8eab\u4efd\u8bc1\u53f7\u7801\u3001\u7535\u8bdd\u53f7\u7801\u3001\u7535\u5b50\u90ae\u4ef6\u5730\u5740\u3001\u8f66\u8f86\u6ce8\u518c\u53f7\u7801\u548c\u7eed\u7b7e\u671f\u9650\uff09\uff1b\n\n\n\u9009\u62e9\u4ea4\u4ed8\u65b9\u5f0f\uff1b\n\n\n\u786e\u4fdd\u586b\u5199\u7684\u4fe1\u606f\u5b8c\u6574\u51c6\u786e\uff0c\u7136\u540e\u8fdb\u884c\u652f\u4ed8\uff1b\n\n\n\u5b8c\u6210\uff01\n\n\n\n\n\u5728Qoala\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\n\n\n\u9664\u4e86MyEG\uff0c\u60a8\u4e5f\u53ef\u4ee5\u8003\u8651\u5728Qoala\u4e0a\n\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u548c\u4fdd\u9669\n\u3002Qoala\u662f\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6700\u597d\u548c\u6700\u5168\u9762\u7684\n\u4fdd\u9669\u6bd4\u8f83\u5e73\u53f0\n\u3002\u53ea\u9700\u51e0\u4e2a\u7b80\u5355\u7684\u6b65\u9aa4\uff0c\u60a8\u5c31\u53ef\u4ee5\u8f7b\u677e\u3001\u5feb\u901f\u548c\u5b89\u5168\u5730\u5b8c\u6210\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u66f4\u65b0\u8fc7\u7a0b\u3002\n\n\n\n\n\u8bf7\u8bbf\u95ee\nQoala\n\u7684\u7f51\u7ad9\uff1b\n\n\n\u586b\u5199\u7b80\u8981\u7684\u4e2a\u4eba\u8d44\u6599\uff0c\u5982\u8f66\u724c\u53f7\u7801\u3001\u8eab\u4efd\u8bc1\u53f7\u7801\u3001\u7535\u8bdd\u53f7\u7801\u548c\u90ae\u653f\u7f16\u7801\uff1b\n\n\n\u9a8c\u8bc1\u60a8\u7684\u4e2a\u4eba\u4fe1\u606f\u5e76\u8fdb\u884c\u5728\u7ebf\u652f\u4ed8\uff1b\n\n\n\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u5c06\u57285\u81f37\u4e2a\u5de5\u4f5c\u65e5\u5185\u9001\u8fbe\u897f\u9a6c\uff0c\u800c\u5728\u6c99\u5df4\u548c\u7802\u62c9\u8d8a\u5219\u9700\u89817\u81f314\u4e2a\u5de5\u4f5c\u65e5\u3002\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u5c06\u901a\u8fc7\u5feb\u9012\u76f4\u63a5\u9001\u5230\u60a8\u7684\u5bb6\u4e2d\u3002\n\n\n\n\n\u9664\u4e86\u5728\u7ebf\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\uff0c\u60a8\u8fd8\u53ef\u4ee5\u5728Qoala\u4e0a\u5728\u7ebf\n\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\n\u3002\u60f3\u4e86\u89e3\u66f4\u591a\u4fe1\u606f\uff0c\u8bf7\u8bbf\u95eeQoala\u7684\u7f51\u7ad9\u4ee5\u83b7\u53d6\u514d\u8d39\u7684\u62a5\u4ef7\u3002\n\n\n2. \u901a\u8fc7\u4ea4\u901a\u5c40\uff08JPJ\uff09\u3001\u90ae\u5c40\u548c\u57ce\u5e02\u8f6c\u578b\u4e2d\u5fc3\uff08UTC\uff09\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\n\n\n\u9664\u4e86\u5728\u7ebf\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\uff0c\u60a8\u8fd8\u53ef\u4ee5\u5230\u90ae\u5c40\u3001\u9053\u8def\u8fd0\u8f93\u90e8\uff08JPJ\uff09\u548c\u57ce\u5e02\u8f6c\u578b\u4e2d\u5fc3\uff08UTC\uff09\u7b49\u4efb\u4f55\u53ef\u4ee5\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u5730\u70b9\u8fdb\u884c\u8def\u7a0e\u66f4\u65b0\u3002\u4ee5\u4e0b\u662f\u7269\u7406\u65b9\u5f0f\u6fc0\u6d3b\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u6b65\u9aa4\u4f9b\u60a8\u53c2\u8003\uff1a\n\n\n\u5728\u90ae\u5c40\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u65b9\u6cd5\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662f\u5728Pejabat Pos\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u6b65\u9aa4\uff0c\u4ee5\u4fbf\u60a8\u65b9\u4fbf\u5904\u7406\uff1a\n\n\n\n\n\u8bf7\u51c6\u5907\u4ee5\u4e0b\u6587\u4ef6\u4ee5\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\uff08\u8f66\u8f86\u62e5\u6709\u8bc1\u660e\u4e66\uff08VOC\uff09\u548c\u73b0\u6709\u4fdd\u9669\u5355\u526f\u672c\uff09\uff1b\n\n\n\u524d\u5f80\u60a8\u9644\u8fd1\u7684\u4efb\u4f55\u90ae\u5c40\uff08Pejabat Pos\uff09\uff1b\n\n\n\u53d6\u53f7\u5e76\u7b49\u5f85\u60a8\u7684\u53f7\u7801\u88ab\u53eb\u5230\uff1b\n\n\n\u5c06\u6240\u9700\u6587\u4ef6\u4ea4\u7ed9\u5de5\u4f5c\u4eba\u5458\uff1b\n\n\n\u5b8c\u6210\u3002\n\n\n\n\n\u5c3d\u7ba1\u5728Pejabat Pos\u529e\u7406\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u66f4\u65b0\u7684\u624b\u7eed\u7b80\u4fbf\u5feb\u6377\uff0c\u4f46\u60a8\u9700\u8981\u786e\u4fdd\u7b26\u5408Pejabat Pos\u8bbe\u5b9a\u7684\u8981\u6c42\uff0c\u5982\u4e0b\u6240\u793a\uff1a\n\n\n\n\n\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u6700\u77ed\u671f\u9650\u4e3a6\u4e2a\u6708\uff0c\u6700\u957f\u671f\u9650\u4e3a1\u5e74\uff1b\n\n\n\u8f66\u8f86\u5fc5\u987b\u62e5\u6709\u6709\u6548\u7684\n\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\n\u4fdd\u62a4\uff1b\n\n\n\u60a8\u53ea\u80fd\u66f4\u65b0\u5373\u5c06\u57282\u4e2a\u6708\u5185\u5230\u671f\u7684\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\uff1b\n\n\n\u5982\u679c\n\u539f\u59cb\u8f66\u4e3b\u5df2\u7ecf\u53bb\u4e16\n\uff0c\u6bcf\u6b21\u7533\u8bf7\u66f4\u65b0\u7684\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u4ec5\u5141\u8bb8\u4e3a6\u4e2a\u6708\u7684\u671f\u9650\uff0c\u6bcf\u4e2a\u7533\u8bf7\u7684\u6700\u957f\u66f4\u65b0\u671f\u9650\u4e3a5\u5e74\uff1b\n\n\n\u5982\u679c\u7533\u8bf7\uff08\u5982\u5728\u6b7b\u4ea1\u540e\uff09\u8d85\u8fc7\u4e86\u4e94\uff085\uff09\u5e74\u7684\u65f6\u95f4\uff0c\u80af\u5b9a\u83b7\u5f97\u6279\u51c6\u3002\n\n\n\u5982\u679c\u9053\u8def\u7a0e\u8fc7\u671f\u65e5\u671f\u5df2\u8d85\u8fc7\u7533\u8bf7\u65e5\u671f1\u5e74\uff0c\u8f66\u4e3b\u9700\u8981\u5148\u5c06\u8f66\u8f86\u9001\u5f80Puspakom\u8fdb\u884c\u68c0\u67e5\uff0c\u4ee5\u4fbf\u8fdb\u884c\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u66f4\u65b0\u3002\n\n\n\n\n\u5728JPJ\u6216UTC\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u7684\u65b9\u6cd5\n\n\n\u60a8\u4e5f\u53ef\u4ee5\u5728\u4efb\u4f55\u4e00\u5bb6\u9053\u8def\u4ea4\u901a\u90e8\uff08JPJ\uff09\u6216\u57ce\u5e02\u8f6c\u578b\u4e2d\u5fc3\uff08UTC\uff09\u7684\u5206\u652f\u673a\u6784\u8fdb\u884c\u8f66\u8f86\u8def\u7a0e\u7684\u66f4\u65b0\u3002\u4ee5\u4e0b\u662f\u5728JPJ\u548cUTC\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u6b65\u9aa4\u4f9b\u60a8\u53c2\u8003\uff1a\n\n\n\n\n\u8bf7\u51c6\u5907\u5728JPJ\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u6240\u9700\u7684\u6587\u4ef6\uff08\u8f66\u8f86\u6240\u6709\u6743\u8bc1\u4e66\uff08VOC\uff09\uff0c\u73b0\u6709\u4fdd\u9669\u4fdd\u5355\u7684\u526f\u672c\uff09\uff1b\n\n\n\u524d\u5f80\u60a8\u9644\u8fd1\u7684\u4efb\u4f55\u4e00\u5bb6JPJ\u529e\u4e8b\u5904\u6216UTC\uff1b\n\n\n\u53d6\u53f7\u7b49\u5019\uff0c\u76f4\u5230\u8f6e\u5230\u60a8\u7684\u53f7\u7801\uff1b\n\n\n\u5c06\u6240\u9700\u6587\u4ef6\u4ea4\u7ed9\u8d1f\u8d23\u4eba\u5458\uff1b\n\n\n\u5b8c\u6210\u3002\n\n\n\n\n\u4e3a\u4e86\u65b9\u4fbf\u60a8\u7684\u4e8b\u52a1\u5904\u7406\uff0c\u5728\u60a8\u524d\u5f80JPJ\u6216UTC\u65f6\uff0c\u8bf7\u643a\u5e26\u4ee5\u4e0b\u6587\u4ef6\uff1a\n\n\n\n\n\u8f66\u4e3b\u7684\u6ce8\u518c\u8eab\u4efd\u8bc1\u660e\u6216\u4ee3\u8868\u7684\u8eab\u4efd\u8bc1\u660e\uff1b\n\n\n\u5bf9\u4e8e\u975e\u6d3b\u52a8\u72b6\u6001\u7684\u6469\u6258\u8f66\uff0c\u9700\u8981\u63d0\u4f9bPuspakom\u7684\u68c0\u9a8c\u62a5\u544a\uff08\u5982\u9002\u7528\uff09\uff1b\n\n\n\u5bf9\u4e8e\u4e2a\u4eba\u62e5\u6709\u7684\u6469\u6258\u8f66\u3001JPJ\u68c0\u9a8c\u7684\u6469\u6258\u8f66\u6216JPJ\u6263\u62bc\u7684\u6469\u6258\u8f66\uff0c\u9700\u8981\u63d0\u4f9bPG10\u68c0\u9a8c\u62a5\u544a\uff08\u5982\u9002\u7528\uff09\uff1b\n\n\n\u5982\u679c\u8f66\u4e3b\u5df2\u7ecf\u8fc7\u4e16\u8d85\u8fc75\u5e74\uff0c\u9700\u8981\u63d0\u4f9b\u8bc1\u660e\u9057\u4ea7\u5206\u914d\u7a0b\u5e8f\u5df2\u7ecf\u542f\u52a8\u7684\u6587\u4ef6\u6216\u5176\u4ed6\u76f8\u5173\u6587\u4ef6\u4ee5\u8003\u8651\u6279\u51c6\uff08\u5982\u9002\u7528\uff09\uff1b\n\n\n\u5bf9\u4e8e\u4f7f\u7528\u5728\u6c99\u5df4\u3001\u7802\u62c9\u8d8a\u548c\u514d\u7a0e\u5c9b\u7684\u8f66\u8f86\uff0c\u9700\u8981\u586b\u5199\u8f66\u8f86\u6240\u5728\u5730\u7684\u58f0\u660e\u8bc1\u660e\u8868\u683c\uff08\u5982\u9002\u7528\uff09\uff1b\n\n\n\u5bf9\u4e8e\u6c99\u5df4\u3001\u7802\u62c9\u8d8a\u548c\u514d\u7a0e\u5c9b\u7684\u8f66\u8f86\uff0c\u9700\u8981\u63d0\u4f9b\u6d77\u5173\u58f0\u660e\u6587\u4ef6\uff08K3\uff09\u548c\u6e2f\u53e3\u6536\u636e\uff08\u5982\u9002\u7528\uff09\u3002\n\n\n\n\n\n\n\u5982\u679c\u9053\u8def\u7a0e\u5df2\u8fc7\u671f\u4e00\u5e74\u540e\u60f3\u8981\u5728\u7ebf\u4e0a\u66f4\u65b0\u4fdd\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\uff0c\u5e94\u8be5\u91c7\u53d6\u4ec0\u4e48\u63aa\u65bd\uff1f\n\n\n\u5982\u679c\u6469\u6258\u8f66\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u5df2\u8fc7\u671f\u4e00\u5e74\u6216\u66f4\u957f\u65f6\u95f4\uff0c\u60a8\u9700\u8981\u8fdb\u884c\u989d\u5916\u7684\u7a0b\u5e8f\u6765\u542f\u7528\u6469\u6258\u8f66\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u3002\u60a8\u9700\u8981\u5230Puspakom\u8fdb\u884c\u6469\u6258\u8f66\u68c0\u67e5\u3002\u4ee5\u4e0b\u662f\u60a8\u5728Puspakom\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u6216\u8f66\u8f86\u7a0e\u7684\u6b65\u9aa4\uff1a\n\n\n1. \u9884\u8ba2\u5728Puspakom\u8fdb\u884c\u6469\u6258\u8f66\u68c0\u67e5\n\n\n\u6469\u6258\u8f66\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u8fc7\u671f\u4e00\u5e74\u4ee5\u4e0a\u9700\u8981\u5728Puspakom\u8fdb\u884c\u7279\u6b8a\u68c0\u67e5\u3002\u53ea\u6709\u901a\u8fc7\u6b64\u68c0\u67e5\u540e\uff0c\u60a8\u624d\u80fd\u50cf\u5f80\u5e38\u4e00\u6837\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u3002\u4e3a\u4e86\u66f4\u65b9\u4fbf\u5728Puspakom\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\uff0c\u8bf7\u901a\u8fc7MyPUSPAKOM\u5e94\u7528\u7a0b\u5e8f\u5728\u7ebf\u9884\u7ea6\u3002\u4ee5\u4e0b\u662f\u6ce8\u518cMyPUSPAKOM\u5e10\u6237\u7684\u6307\u5357\uff1a\n\n\n\n\n\u8bf7\u767b\u5f55www.mypuspakom.com.my\u6216\u4e0b\u8f7dMyPuspakom\u5e94\u7528\u7a0b\u5e8f\uff1b\n\n\n\u70b9\u51fb\u9996\u6b21\u767b\u5f55\u5e76\u9009\u62e9\u4e2a\u4eba\u8d26\u6237\uff08\u7528\u4e8e\u4e2a\u4eba\u8f66\u8f86\uff09\u6216\u5546\u4e1a\u8d26\u6237\uff08\u7528\u4e8e\u5546\u4e1a\u8f66\u8f86\uff09\uff1b\n\n\n\u586b\u5199\u6240\u9700\u7684\u6240\u6709\u4fe1\u606f\uff0c\u5982\u7535\u5b50\u90ae\u4ef6\u5730\u5740\u3001\u5bc6\u7801\u548c\u7528\u6237\u540d\uff1b\n\n\n\u70b9\u51fb\u6ce8\u518c\uff1b\n\n\n\u5b8c\u6210\u3002\n\n\n\n\n\u8981\u5b89\u6392\u9884\u7ea6\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u6309\u7167\u4ee5\u4e0b\u6b65\u9aa4\u8fdb\u884c\u64cd\u4f5c\uff1a\n\n\n\n\n\u4f7f\u7528\u5df2\u9a8c\u8bc1\u7684\u7535\u5b50\u90ae\u4ef6\u548c\u5bc6\u7801\u767b\u5f55\u5230\u60a8\u7684MyPUSPAKOM\u8d26\u6237\uff1b\n\n\n\u9009\u62e9\u201c\u65b0\u9884\u7ea6\u201d\uff1b\n\n\n\u586b\u5199\u8f66\u8f86\u7ec6\u8282\uff0c\u5305\u62ec\u68c0\u67e5\u7c7b\u578b\u3001\u68c0\u67e5\u4e2d\u5fc3\u3001\u65e5\u671f\u548c\u65f6\u95f4\uff1b\n\n\n\u7136\u540e\uff0c\u586b\u5199\u5c06\u53c2\u4e0e\u68c0\u67e5\u7684\u8f66\u8f86\u8d1f\u8d23\u4eba\u7684\u8be6\u7ec6\u4fe1\u606f\uff1b\n\n\n\u786e\u8ba4\u9884\u7ea6\u7ec6\u8282 \u2013 \u5728\u786e\u8ba4\u9884\u7ea6\u540e\uff0c\u60a8\u5c06\u770b\u5230\u9700\u8981\u5728\u68c0\u67e5\u65f6\u643a\u5e26\u7684\u6587\u4ef6\uff1b\n\n\n\u5728\u7ebf\u652f\u4ed8\u8d39\u7528 \u2013 \u901a\u8fc7\u6ce8\u518c\u7535\u5b50\u90ae\u4ef6\u6536\u5230\u9884\u7ea6\u786e\u8ba4\u51ed\u8bc1\uff1b\n\n\n\u5728\u68c0\u67e5\u65f6\u643a\u5e26\u9884\u7ea6\u786e\u8ba4\u51ed\u8bc1\u3002\n\n\n\n\n2. \u4fee\u7406\u6216\u4fdd\u517b\u6469\u6258\u8f66\n\n\n\u5728\u6210\u529f\u9884\u8ba2\u65f6\u95f4\u540e\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u5728\u68c0\u67e5\u4e4b\u524d\u4fee\u7406\u6216\u7ef4\u4fee\u60a8\u7684\u6469\u6258\u8f66\u3002\u4fee\u590d\u4efb\u4f55\u635f\u574f\u7684\u90e8\u4ef6\uff0c\u5982\n\u5239\u8f66\u706f\n\u3001\n\u8f6e\u80ce\n\u3001\u4fa7\u9762\u955c\u7b49\u3002\u4f8b\u5982\uff0c\u5982\u679c\u6469\u6258\u8f66\u53ea\u6709\u4e00\u4e2a\u4fa7\u9762\u955c\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u5148\u51fa\u94b1\u8d2d\u4e70\u4e00\u4e2a\u65b0\u7684\u4fa7\u9762\u955c\u3002\u56e0\u4e3a\u68c0\u67e5\u65f6\u5982\u679c\u60a8\u7684\u6469\u6258\u8f66\u4e0d\u7b26\u5408\u6761\u4ef6\uff0c\u60a8\u5c06\u65e0\u6cd5\u901a\u8fc7Puspakom\u7684\u68c0\u67e5\uff01\n\n\n3. \u83b7\u5f97\u4e34\u65f6\u65c5\u884c\u8bb8\u53ef\u8bc1\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\u9a7e\u9a76\u4e00\u8f86\u6ca1\u6709\u6709\u6548\u9053\u8def\u7a0e\u7684\u6469\u6258\u8f66\uff0c\u90a3\u4e48\u60a8\u5c06\u8fdd\u53cd\u9053\u8def\u4ea4\u901a\u6cd5\u89c4\u3002\u56e0\u6b64\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u60f3\u5c06\u8def\u7a0e\u5df2\u8fc7\u671f\u7684\u6469\u6258\u8f66\u5e26\u5230Puspakom\u8fdb\u884c\u68c0\u67e5\uff0c\u60a8\u9700\u8981\u4ece\u4efb\u4f55JPJ\u5206\u652f\u673a\u6784\u83b7\u53d6\u4e34\u65f6\u884c\u9a76\u8bb8\u53ef\u8bc1\uff08JPJ K12\uff09\u3002\n\n\n\u8fd9\u4e2a\u8bb8\u53ef\u8bc1\u53ef\u4ee5\u88ab\u89c6\u4e3a\u4e00\u5f20\u4e00\u65e5\u65c5\u884c\u7968\uff0c\u5141\u8bb8\u60a8\u5c06\u6469\u6258\u8f66\u5e26\u5230Puspakom\u8fdb\u884c\u68c0\u67e5\u3002\u8bf7\u786e\u4fdd\u53ea\u5728\u524d\u5f80Puspakom\u7684\u9014\u4e2d\u4f7f\u7528\u8fd9\u4e2a\u8bb8\u53ef\u8bc1\uff0c\u4e0d\u8981\u9a7e\u9a76\u6469\u6258\u8f66\u5230\u5176\u4ed6\u5730\u65b9\u54e6\uff01\n\n\n4. \u5728Puspakom\u8fdb\u884c\u68c0\u67e5\n\n\n\u8981\u5728Puspakom\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u7684\u8def\u7a0e\uff0c\u60a8\u9700\u8981\u51c6\u5907\u4e00\u4e9b\u6587\u4ef6\u3002\u8fd9\u4e9b\u6587\u4ef6\u5305\u62ec\u539f\u59cb\u7684\n\u6469\u6258\u8f66\u4ea7\u6743\u8bc1\u4e66\n\u3001\u6709\u6548\u7684\u8eab\u4efd\u8bc1\u660e\u548c\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u3002\n\n\n\u5b8c\u6210\u6ce8\u518c\u540e\uff0c\u8bf7\u7b49\u5f85Puspakom\u7684\u5de5\u4f5c\u4eba\u5458\u5b8c\u6210\u5bf9\u60a8\u7684\u6469\u6258\u8f66\u7684\u68c0\u67e5\u3002\u901a\u5e38\uff0c\u5de5\u4f5c\u4eba\u5458\u4f1a\u68c0\u67e5\u6469\u6258\u8f66\u7684\u8f66\u67b6\u53f7\u7801\u3001\u8f66\u706f\u3001\u4fe1\u53f7\u706f\u3001\u5236\u52a8\u706f\u7b49\u7b49\u3002\n\n\n\u5982\u679c\u6240\u6709\u8fd9\u4e9b\u6469\u6258\u8f66\u96f6\u90e8\u4ef6\u90fd\u5904\u4e8e\u826f\u597d\u72b6\u6001\uff0c\u60a8\u7684\u7533\u8bf7\u5c06\u83b7\u5f97\u6279\u51c6\u5e76\u83b7\u5f97\u68c0\u67e5\u62a5\u544a\u3002\u68c0\u67e5\u62a5\u544a\u7684\u6709\u6548\u671f\u53ea\u6709\u4e00\u4e2a\u6708\u3002\u56e0\u6b64\uff0c\u60a8\u9700\u8981\u786e\u4fdd\u53ca\u65f6\u66f4\u65b0\u60a8\u6469\u6258\u8f66\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u3002\n\n\n5. \u7ebf\u4e0a\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\u548c\u66f4\u65b0\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\u5728\u901a\u8fc7Puspakom\u7684\u68c0\u67e5\u540e\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u7acb\u5373\u66f4\u65b0\u60a8\u7684\u6469\u6258\u8f66\n\u9053\u8def\u7a0e\n\u3002\u7136\u800c\uff0c\u6211\u4eec\u5efa\u8bae\u60a8\u5148\u8d2d\u4e70\n\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\n\uff0c\u4ee5\u66f4\u987a\u5229\u8fdb\u884c\u6469\u6258\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u7684\u66f4\u65b0\u3002\n\n\n\u7ebf\u4e0a\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\uff1a\u667a\u80fd\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u65b9\u6cd5\n\n\n\u5e0c\u671b\u8fd9\u4efd\u5173\u4e8e\u5982\u4f55\u7ebf\u4e0a\u66f4\u65b0\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u6307\u5357\u80fd\u591f\u5e2e\u52a9\u60a8\u3002\u8bf7\u786e\u4fdd\u6309\u7167\u89c4\u5b9a\u7684\u65f6\u95f4\u66f4\u65b0\u60a8\u7684\u6469\u6258\u8f66\u8def\u7a0e\uff0c\u4ee5\u514d\u6536\u5230\n\u7f5a\u5355\n\u3002\n\n\n\u9664\u6b64\u4e4b\u5916\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u6b63\u5728\u5bfb\u627e\n\u4fbf\u5b9c\u800c\u5168\u9762\u7684\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\n\uff0c\u53ef\u4ee5\u8bbf\u95eeQoala\u7f51\u7ad9\u83b7\u53d6\u66f4\u591a\u4fe1\u606f\u3002Qoala\u662f\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\n\u6700\u4f73\u7684\u4fdd\u9669\u6bd4\u8f83\u5e73\u53f0\n\uff0c\u4fdd\u8bc1\u5b89\u5168\u3001\u7ecf\u6d4e\u548c\u4fbf\u6377\u7684\u8d2d\u4e70\u4fdd\u9669\u8fc7\u7a0b\u3002\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/zh/jiazhaogengxin/", "title": "2023\u5e74\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u9a7e\u7167\u66f4\u65b0\u6307\u5357", "body": "\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u73b0\u5728\u53ef\u4ee5\u901a\u8fc7\u5728\u7ebf\u65b9\u5f0f\u8fdb\u884c\n\u6c7d\u8f66\u9a7e\u7167\u7684\u66f4\u65b0\n\u6216\u7eed\u671f\u3002\u5982\u679c\u4ee5\u524d\u60a8\u9700\u8981\u82b1\u8d39\u5927\u91cf\u65f6\u95f4\u5728\u67dc\u53f0\u524d\u6392\u961f\u66f4\u65b0\u9a7e\u7167\uff0c\u4f46\u73b0\u5728\u4e00\u5207\u90fd\u53ef\u4ee5\u8f7b\u677e\u5730\u5728\u6307\u5c16\u4e0a\u901a\u8fc7\u66f4\u9ad8\u6548\u7684\u65b0\u65b9\u6cd5\u5b8c\u6210\u3002\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n\u9a7e\u7167\u66f4\u65b0\uff1a\u901a\u8fc7MySikap\u548cMyEG\u5728\u7ebf\u66f4\u65b0\u6267\u7167\u7684\u5b8c\u6574\u6307\u5357\n\u5982\u4f55\u901a\u8fc7MySikap\u5728\u7ebf\u66f4\u65b02023\u5e74\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\n\u5982\u4f55\u901a\u8fc7MyEG\u5728\u7ebf\u66f4\u65b02023\u5e74\u7684\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\n\u9a7e\u7167\u66f4\u65b0\uff1a\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u9a7e\u7167\u66f4\u65b0\u5730\u5740\uff08\u7ebf\u4e0b\uff09\n\u5982\u4f55\u5728JPJ\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u6267\u7167\n\u5982\u4f55\u5728\u90ae\u5c40\u8fdb\u884c\u9a7e\u7167\u66f4\u65b0\n\u5982\u4f55\u5728 UTC (\u57ce\u5e02\u8f6c\u578b\u4e2d\u5fc3\uff09\u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\n\u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u4e4b\u524d\u60a8\u9700\u8981\u4e86\u89e3\u7684\u91cd\u8981\u4e8b\u9879\n1.\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u8fc7\u671f\n2.\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u4ef7\u683c\n3.\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u66f4\u65b0\u6587\u4ef6\n\n\n\u9a7e\u7167\u66f4\u65b0\uff1a\u901a\u8fc7MySikap\u548cMyEG\u5728\u7ebf\u66f4\u65b0\u6267\u7167\u7684\u5b8c\u6574\u6307\u5357\n\n\n\u63a8\u884c\u7f51\u4e0a\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u6362\u8bc1\u7cfb\u7edf\u662f\u653f\u5e9c\u6570\u5b57\u5316\u670d\u52a1\u7684\u4e3e\u63aa\u4e4b\u4e00\u3002\u5b83\u8fd8\u5141\u8bb8\u66f4\u8f7b\u677e\u7684\u9a7e\u7167\u66f4\u65b0\u8fc7\u7a0b\uff0c\u56e0\u4e3a\u60a8\u73b0\u5728\u53ef\u4ee5\u901a\u8fc7MySikap\u6216MyEG\u5728\u7ebf\u8fdb\u884c\u3002\n\n\n\u5982\u4f55\u901a\u8fc7MySikap\u5728\u7ebf\u66f4\u65b02023\u5e74\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\n\n\n\u6216\u8bb8\u5f88\u591a\u4eba\u8fd8\u4e0d\u77e5\u9053 \nMySikap JPJ \u5728\u7ebf\u95e8\u6237\n\u63d0\u4f9b\u7684\u8bbe\u65bd\u3002\u57fa\u672c\u4e0a\uff0c\u901a\u8fc7\u8be5\u95e8\u6237\u7f51\u7ad9\u53ef\u4ee5\u5728\u7ebf\u8fdb\u884c\u9a7e\u7167\u66f4\u65b0\u548c\n\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\u7684\u7eed\u671f\n\u624b\u7eed\u3002\u8981\u901a\u8fc7MySikap\u66f4\u65b0\u9a7e\u7167\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u6309\u7167\u4ee5\u4e0b\u6b65\u9aa4\u8fdb\u884c\u64cd\u4f5c\uff1a\n\n\n\n\n\u8bbf\u95eeMySikap JPJ \u7684\u5b98\u65b9\u95e8\u6237\u3002\u60a8\u9700\u8981\u5148\u6ce8\u518c\u5982\u679c\u60a8\u6ca1\u6709\u8d26\u6237\uff1b\n\n\n\u586b\u5199\u6240\u6709\u6807\u6709(*)\u7684\u5fc5\u586b\u4fe1\u606f\u5e76\u8f93\u5165\u663e\u793a\u7684\u5b89\u5168\u7801\uff1b\n\n\n\u786e\u4fdd\u6240\u63d0\u4f9b\u7684\u6240\u6709\u4fe1\u606f\u90fd\u662f\u6b63\u786e\u7684 \u2013 \u52fe\u9009\u9a8c\u8bc1\u6846\u5e76\u70b9\u51fb\u63d0\u4ea4\u6309\u94ae\uff1b\n\n\n\u6ce8\u518c\u6210\u529f\u540e\uff0c\u4e00\u7ec4\u5bc6\u7801\u5c06\u53d1\u9001\u81f3\u60a8\u7684\u90ae\u7bb1\uff1b\n\n\n\u63a5\u4e0b\u6765\uff0c\u8f93\u5165\u60a8\u7684\u8eab\u4efd\u8bc1\u53f7\u7801\u548c\u521a\u53d1\u9001\u81f3\u60a8\u90ae\u7bb1\u7684\u5bc6\u7801\u8fdb\u884c\u767b\u5f55\uff1b\n\n\n\u8f93\u5165\u5b89\u5168\u7801\uff0c\u70b9\u51fb \u201c\u767b\u5f55\u201d\uff1b\n\n\n\u767b\u9646\u4ee5\u540e\uff0c\u5c06\u5bc6\u7801\u91cd\u7f6e\u4e3a\u60a8\u7684\u65b0\u5bc6\u7801\uff1b\n\n\n\u8981\u5728\u7ebf\u66f4\u65b0\u60a8\u7684\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\uff0c\u8bf7\u9009\u62e9\u201c\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u201d\u83dc\u5355\uff0c\u7136\u540e\u9009\u62e9\u201c\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u66f4\u65b0\u201d\u5b50\u83dc\u5355\uff1b\n\n\n\u586b\u5199\u66f4\u65b0\u9a7e\u7167\u6240\u9700\u7684\u6240\u6709\u4fe1\u606f\u4ee5\u540e\uff0c\u8bf7\u5728\u7ebf\u4ed8\u6b3e\uff1b\n\n\n\u786e\u8ba4\u4ed8\u6b3e\u524d\uff0c\u8bf7\u6838\u5b9e\u5e76\u786e\u8ba4\u663e\u793a\u7684\u4fe1\u606f\u3002\u5982\u679c\u663e\u793a\u7684\u4fe1\u606f\u6b63\u786e\uff0c\u8bf7\u70b9\u51fb \u201c\u7ee7\u7eed\u201d\uff1b\n\n\n\u5b8c\u6210\u4ed8\u6b3e\u4ee5\u540e\uff0c\u8bf7\u4fdd\u5b58\u6536\u636e\u4f5c\u4e3a\u8bc1\u636e\u5982\u679c\u6709\u9700\u8981\uff1b\n\n\n\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u6216\u8def\u7a0e\u7684\u4ea4\u4ed8\u65b9\u5f0f\u76ee\u524d\u4ec5\u53ef\u5728 JPJ \u67dc\u53f0\u9886\u53d6\u3002\n\n\n\n\n\u5982\u4f55\u901a\u8fc7MyEG\u5728\u7ebf\u66f4\u65b02023\u5e74\u7684\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\n\n\n\u9664\u4e86 MySikap \u5728\u7ebf\u95e8\u6237\u4ee5\u5916\uff0c\u60a8\u8fd8\u53ef\u4ee5\u901a\u8fc7 MyEG \u95e8\u6237\u5728\u7ebf\u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u3002\u901a\u8fc7MyEG\u5728\u7ebf\u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u7684\u8fc7\u7a0b\u5feb\u6377\u7b80\u4fbf\u3002\u60a8\u53ef\u4ee5\u9075\u5faa\u4e00\u4e0b\u6307\u5357\u6765\u7b80\u5316\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u66f4\u65b0\u8fc7\u7a0b\uff1a\n\n\n\n\n\u8bbf\u95eeMyEG \u5b98\u65b9\u7f51\u7ad9 \u2013 \u5982\u679c\u4f60\u5c1a\u672a\u6ce8\u518cMyEG\u8d26\u6237\uff0c\u5219\u9700\u8981\u5148\u6ce8\u518c\uff1b\n\n\n\u70b9\u51fb \u201c\u7acb\u5373\u6ce8\u518c\u201d \u6309\u94ae\u5e76\u586b\u5199\u6240\u9700\u4fe1\u606f\uff1b\n\n\n\u5b8c\u6210\u6ce8\u518c\u540e\uff0c\u70b9\u51fb \u201c\u767b\u5f55\u201d \u6309\u94ae\uff0c\u8f93\u5165\u60a8\u8bbe\u7f6e\u7684ID\u548c\u5bc6\u7801\uff1b\n\n\n\u7136\u540e\uff0c\u70b9\u51fb \u201c\u9053\u8def\u8fd0\u8f93\u7f72\u201d \u83dc\u5355\uff0c\u518d\u70b9\u51fb \u201c\u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u201d \u6309\u94ae\uff1b\n\n\n\u9605\u8bfb\u5e76\u63a5\u53d7\u663e\u793a\u7684\u6761\u6b3e\u548c\u6761\u4ef6\uff0c\u7136\u540e\u70b9\u51fb \u201c\u7ee7\u7eed\u201d\uff1b\n\n\n\u586b\u5199\u6240\u9700\u7684\u4fe1\u606f \u2013 \u8eab\u4efd\u8bc1\u53f7\u7801\u3001\u6267\u7167\u7c7b\u522b\u3001\u7eed\u671f\u671f\u9650\u3001\u7535\u8bdd\u53f7\u7801\u3001\u7535\u5b50\u90ae\u4ef6\u4ee5\u53ca\u9886\u53d6\u65b9\u5f0f\uff1b\n\n\n\u63a5\u4e0b\u6765\uff0c\u8bf7\u9009\u62e9\u5728\u7ebf\u652f\u4ed8\u65b9\u5f0f\uff1b\n\n\n\u5728\u786e\u8ba4\u4ed8\u6b3e\u5e76\u70b9\u51fb \u201c\u7ee7\u7eed\u201d \u4e4b\u524d\uff0c\u8bf7\u786e\u4fdd\u60a8\u8f93\u5165\u7684\u6240\u6709\u4fe1\u606f\u5747\u6b63\u786e\u65e0\u8bef\uff1b\n\n\n\u4ed8\u6b3e\u5b8c\u6210\u540e\uff0c \u8bf7\u4fdd\u5b58\u6536\u636e\u4f5c\u4e3a\u8bc1\u636e\u5982\u679c\u6709\u9700\u8981\uff1b\n\n\n\u5982\u679c\u4f60\u9009\u62e9\u901a\u8fc7\u90ae\u5bc4\u65b9\u5f0f\u6536\u53d6\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\uff0cMyEG \u5c06\u628a\u6267\u7167\u53d1\u9001\u5230\u60a8\u63d0\u4f9b\u7684\u5730\u5740\uff1b\n\n\n\u5728\u96ea\u90a6\u8c37\u5730\u533a\u63d0\u4f9b\u7684\u9001\u8d27\u670d\u52a1\u5c06\u6536\u53d6RM5\u7684\u8d39\u7528\uff0c\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u8fd0\u9001\u8d39\u4e3aRM6\uff0c\u6c99\u5df4\u548c\u7802\u62c9\u8d8a\u4e3aRM10\u3002\n\n\n\n\n\u8981\u901a\u8fc7 MyEG \u66f4\u65b0\u60a8\u7684\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\uff0c\u5141\u8bb8\u7684\u7eed\u671f\u671f\u9650\u4e3a\u4e00\u81f3\u4e94\u5e74\uff0c\u540c\u65f6\u60a8\u7684\u59d3\u540d\u4e0d\u5e94\u8be5\u5728\u7cfb\u7edf\u4e2d\n\u88ab\u5217\u5165\u9ed1\u540d\u5355\n\u3002\n\n\n\u9a7e\u7167\u66f4\u65b0\uff1a\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u9a7e\u7167\u66f4\u65b0\u5730\u5740\uff08\u7ebf\u4e0b\uff09\n\n\n\u9664\u4e86\u5728\u7ebf\u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u7684\u9009\u9879\u5916\uff0c\u60a8\u8fd8\u53ef\u4ee5\u5728\u9053\u8def\u4ea4\u901a\u5c40\uff08JPJ\uff09\u3001\u57ce\u5e02\u8f6c\u578b\u4e2d\u5fc3\uff08UTC\uff09\u6216\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u90ae\u653f\u6709\u9650\u516c\u53f8\u7684\u4efb\u4f55\u5206\u884c\u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u6216\u6c7d\u8f66\u6267\u7167\u3002\n\n\n\u5982\u4f55\u5728JPJ\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u6267\u7167\n\n\n\u60a8\u53ef\u4ee5\u5728\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u5404\u5730\u7684 JPJ\u67dc\u53f0\u66f4\u65b0\u60a8\u7684\u6c7d\u8f66\u6216\u8005\u6469\u6258\u8f66\u6267\u7167\u3002\u4ee5\u4e0b\u662f\u5728 JPJ \u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u7684\u7a0b\u5e8f\uff1a\n\n\n\n\n\u524d\u5f80\u56fd\u5bb6\u516c\u8def\u4ea4\u901a\u5c40\u6216\u79bb\u60a8\u6700\u8fd1\u7684\u5206\u652f\u673a\u6784 \u2013 \u5c3d\u65e9\u5230\u8fbe\u4ee5\u907f\u514d\u957f\u65f6\u95f4\u7b49\u5f85\uff1b\n\n\n\u53d6\u53f7\u6216\u6309\u6307\u5b9a\u901a\u9053\u6392\u961f\uff1b\n\n\n\u5411\u8d1f\u8d23\u4eba\u5458\u63d0\u4ea4\u6240\u9700\u6587\u4ef6\uff08\u8eab\u4efd\u8bc1\u3001\u9a7e\u7167\u539f\u4ef6\u548c\u9a7e\u7167\u5355 \u2013 \u9996\u6b21\u66f4\u65b0\u65f6\uff09\uff1b\n\n\n\u4ed8\u6b3e\u5e76\u7b49\u5f85\u786e\u8ba4\uff1b\n\n\n\u6536\u5230\u60a8\u7684\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u3002\n\n\n\n\n\u901a\u5e38\uff0c\u5728 JPJ \u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u7684\u8fc7\u7a0b\u4e2d\u9700\u8981\u4e0d\u5230\u4e00\u4e2a\u5c0f\u65f6\uff0c\u5177\u4f53\u53d6\u51b3\u4e8e\u5f53\u65f6\u7684\u5ba2\u6237\u6570\u91cf\u3002\n\n\n\n\n\u5982\u4f55\u5728\u90ae\u5c40\u8fdb\u884c\u9a7e\u7167\u66f4\u65b0\n\n\n\u9664\u4e86\u9001\u8d27\u670d\u52a1\u3001\u8d22\u52a1\u548c\u8d26\u5355\u652f\u4ed8\u4e4b\u5916\uff0c\u90ae\u5c40\u8fd8\u63d0\u4f9b\u6c7d\u8f66\uff08\u6216\u6469\u6258\u8f66\uff09\u6267\u7167\u66f4\u65b0\u548c\n\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\u66f4\u65b0\n\u670d\u52a1\u3002\u4ee5\u4e0b\u662f\u5728\u90ae\u5c40\u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u7684\u65b9\u6cd5\uff1a\n\n\n\n\n\u524d\u5f80\u60a8\u9644\u8fd1\u7684\u4efb\u4f55\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u90ae\u653f\u5c40\u5206\u5c40\u3002\u5efa\u8bae\u60a8\u63d0\u524d\u5230\u8fbe\uff0c\u907f\u514d\u957f\u65f6\u95f4\u7b49\u5f85\uff1b\n\n\n\u53d6\u53f7\u6216\u6309\u6307\u5b9a\u901a\u9053\u6392\u961f\uff1b\n\n\n\u5411\u67dc\u53f0\u4eba\u5458\u63d0\u4ea4\u6240\u9700\u6587\u4ef6\uff08\u8eab\u4efd\u8bc1\u3001\u9a7e\u7167\u539f\u4ef6\u548c\u9a7e\u7167\u5355 \u2013 \u9996\u6b21\u66f4\u65b0\u65f6\uff09\uff1b\n\n\n\u4ed8\u6b3e\u5e76\u7b49\u5f85\u786e\u8ba4\uff1b\n\n\n\u83b7\u53d6\u60a8\u7684\u65b0\u8f66\u6216\u6469\u6258\u8f66\u9a7e\u7167\u3002\n\n\n\n\n\u901a\u5e38\uff0c\u5728\u90ae\u5c40\u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u7684\u8fc7\u7a0b\u9700\u8981\u652f\u4ed8RM2 \u7684\u670d\u52a1\u8d39\u3002\n\n\n\u5982\u4f55\u5728 UTC (\u57ce\u5e02\u8f6c\u578b\u4e2d\u5fc3\uff09\u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\n\n\n\u57ce\u5e02\u8f6c\u578b\u4e2d\u5fc3\uff08UTC\uff09\u8fd8\u63d0\u4f9b\u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u7684\u670d\u52a1\u3002\u5bf9\u4e8e\u90a3\u4e9b\u5e0c\u671b\u5728 UTC \u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u7684\u4eba\uff0c\u4ee5\u4e0b\u662f\u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u7684 UTC \u5730\u70b9\u5217\u8868\uff0c\u4ee5\u65b9\u4fbf\u60a8\u5904\u7406\u4e8b\u52a1\uff1a\n\n\n\n\nUTC \u5f6d\u4ea8\uff0c\u5f6d\u4ea8\uff1b\n\n\nUTC \u767b\u5609\u697c\u5dde\uff0c\u767b\u5609\u697c\u5dde\uff1b\n\n\n\u57ce\u5e02\u8f6c\u578b\u4e2d\u5fc3\uff08UTC\uff09 \u9739\u96f3\u5dde\uff0c\u9739\u96f3\u5dde\uff1b\n\n\nUTC KL, \u5409\u9686\u5761;\n\n\n\u8ff7\u4f60 UTC Keramat, \u5409\u9686\u5761\uff1b\n\n\n\u8ff7\u4f60 UTC Sentul, \u5409\u9686\u5761\uff1b\n\n\nUTC \u9a6c\u516d\u7532\uff0c\u9a6c\u516d\u7532\uff1b\n\n\nUTC \u67d4\u4f5b\u5dde\uff0c\u67d4\u4f5b\u5dde\uff1b\n\n\n\u57ce\u5e02\u8f6c\u578b\u4e2d\u5fc3 \uff08UTC\uff09\u5409\u6253\u5dde\uff0c\u5409\u6253\uff1b\n\n\n\u8ff7\u4f60 UTC \u53cc\u6eaa\u5927\u5e74\uff0c\u5409\u6253\uff1b\n\n\n\u57ce\u5e02\u8f6c\u578b\u4e2d\u5fc3 \uff08UTC\uff09\u7802\u62c9\u8d8a\u53e4\u664b\uff1b\n\n\nUTC \u8bd7\u5deb\uff0c\u7802\u62c9\u8d8a\uff1b\n\n\nUTC \u7f8e\u91cc\uff0c\u7802\u62c9\u8d8a\uff1b\n\n\n\u57ce\u5e02\u8f6c\u578b\u4e2d\u5fc3 (UTC) \u6c99\u5df4\uff0c\u6c99\u5df4\uff1b\n\n\nUTC \u6597\u6e56\uff0c\u6c99\u5df4\u3002\n\n\n\n\n*\u8bf7\u6ce8\u610f\uff0c\u6bcf\u4e2a UTC \u7684\u8425\u4e1a\u65f6\u95f4\u548c\u63d0\u4f9b\u7684\u670d\u52a1\u53ef\u80fd\u6709\u6240\u4e0d\u540c\u3002\u5efa\u8bae\u54a8\u8be2\u60a8\u9009\u62e9\u7684 UTC \u4ee5\u83b7\u53d6\u66f4\u591a\u4fe1\u606f\u3002\n\n\n\u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u4e4b\u524d\u60a8\u9700\u8981\u4e86\u89e3\u7684\u91cd\u8981\u4e8b\u9879\n\n\n\u6b64\u5916\uff0c\u8f66\u4e3b\u5e94\u6ce8\u610f\u4ee5\u4e0b\u4e0e\u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u6709\u5173\u7684\u91cd\u8981\u4e8b\u9879\uff1a\n\n\n1.\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u8fc7\u671f\n\n\n\u8f66\u4e3b\u53ef\u4ee5\u9009\u62e9\u5c06\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u66f4\u65b0\u4e3a\u6700\u77ed\u4e00\u5e74\u6216\u6700\u957f\u4e94\u5e74\u3002\u5982\u679c\u6c7d\u8f66\u6216\u6469\u6258\u8f66\u9a7e\u7167\u8fc7\u671f\u5e76\u4e14\u4e09\u5e74\u5185\u6ca1\u6709\u66f4\u65b0\uff0c\u8f66\u4e3b\u9700\u8981\u91cd\u65b0\u53c2\u52a0\n\u9a7e\u9a76\u8003\u8bd5\n\u3002\u00a0\n\n\n\u8fc7\u671f\u7684 P \u6267\u7167\n\n\n\u60a8\u53ef\u4ee5\u5728\u6700\u540e\u4e00\u6b21\u5230\u671f\u8d77\u4e00\u5e74\u5185\u66f4\u65b0\u8fc7\u671f\u7684 P \u6267\u7167\u3002\u5982\u679c\u60a8\u7684 P \u6267\u7167\u5df2\u8fc7\u671f\u8d85\u8fc7\u4e00\u5e74\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u5411\u9646\u8def\u4ea4\u901a\u5c40 \uff08JPJ\uff09\u603b\u76d1\u63d0\u51fa\u4e0a\u8bc9\u3002\n\n\n\u8fc7\u671f\u7684 L \u6267\u7167\n\n\n\u5bf9\u4e8e L \u6267\u7167\uff0c\u57f9\u8bad\u671f\u95f4\u9700\u8981\u6bcf\u4e09\u5230\u516d\u4e2a\u6708\u66f4\u65b0\u4e00\u6b21\u3002\u7136\u800c\uff0c\u4ece L \u6267\u7167\u53d1\u653e\u65e5\u671f\u7b97\u8d77\uff0c\u603b\u66f4\u65b0\u671f\u9650\u4e0d\u80fd\u8d85\u8fc7\u4e24\u5e74\u3002 \u5982\u679c\u8d85\u8fc7\u8fd9\u4e2a\u671f\u9650\uff0c\u8003\u751f\u5fc5\u987b\u91cd\u65b0\u5f00\u59cb\u6574\u4e2a L\u6267\u7167\u83b7\u53d6\u8fc7\u7a0b\u3002\n\n\n\u5982\u679c\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u5df2\u7ecf\u8d85\u8fc7\u6307\u5b9a\u671f\u9650\u8fc7\u671f\uff0c\u60a8\u9700\u8981\u6309\u7167\u4ee5\u4e0b\u7a0b\u5e8f\u8fdb\u884c\u64cd\u4f5c\uff1a\n\n\n\n\n\u5411\u9646\u8def\u4ea4\u901a\u5c40\u5c40\u957f \uff08JPJ\uff09\u63d0\u51fa\u4e0a\u8bc9\uff0c\u8bf4\u660e\u6267\u7167\u8fc7\u671f\u7684\u539f\u56e0\uff1b\n\n\n\u5982\u679c\u7533\u8bf7\u83b7\u5f97\u6279\u51c6\uff0c\u60a8\u5c06\u53ef\u4ee5\u8c41\u514d\u53c2\u52a0 KPP 1\u8bfe\u7a0b\u3001\u6cd5\u5f8b\u8003\u8bd5\u3001KPP 2\u548c QTI\u3002\u4f46\u662f\uff0c\u60a8\u4ecd\u7136\u9700\u8981\u53c2\u52a0 JPJ \u7b2c2\u90e8\u5206\u5b9e\u9645\u6d4b\u8bd5 \uff08\u722c\u5761\u3001\u5e73\u884c\u505c\u8f66\u548c\u4e09\u70b9\u8f6c\u5f2f\uff09\u548c\u7b2c3\u90e8\u5206\uff08\u8def\u8bd5\uff09\uff1b\n\n\n\u5982\u679c\u7533\u8bf7\u672a\u83b7\u6279\u51c6\uff0c\u60a8\u5c06\u9700\u8981\u4ece\u5934\u5f00\u59cb\u91cd\u590d\u83b7\u5f97\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u7684\u6574\u4e2a\u8fc7\u7a0b\u3002\n\n\n\n\n2.\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u4ef7\u683c\n\n\n\u60a8\u9700\u8981\u5728\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\uff08CDL\uff09\u5230\u671f\u4e4b\u524d\u66f4\u65b0\uff0c\u4ee5\u907f\u514d\n\u88ab\u7f5a\u6b3e\n\u3002\u60a8\u53ef\u4ee5\u9009\u62e9\u9002\u5408\u60a8\u9700\u6c42\u7684\u66f4\u65b0\u671f\u9650\u3002\u4ee5\u4e0b\u662f\u6839\u636e\u66f4\u65b0\u671f\u9650\u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\uff08\u6c7d\u8f66\u6267\u7167\uff09\u7684\u4ef7\u683c\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u5e74\n\n\n\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u4ef7\u683c\uff08RM\uff09\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n1\n\n\n\n\n30\n\n\n\n\n\n\n\n\n2\n\n\n\n\n\n\n60\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3\n\n\n\n\n\n\n90\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n4\n\n\n\n\n\n\n120\n\n\n\n\n\n\n\n\n5\n\n\n\n\n150\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662f\u6839\u636e\u9053\u8def\u4ea4\u901a\u5c40\uff08JPJ\uff09\u7f51\u7ad9\u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\uff08\u6469\u6258\u8f66\u548c\u5176\u4ed6\uff09\u7684\u8d39\u7387\uff1a\n\n\n\n\nA/A1 \u7ea7\u6267\u7167\u6301\u6709\u8005\u6bcf\u5e74\u9700\u7f34\u7eb3 RM2\u7684\u8d39\u7528\uff1b\n\n\nB2\u3001B \u548c C \u7ea7\u6267\u7167\u6301\u6709\u8005\uff0c\u66f4\u65b0\u8d39\u4e3a\u6bcf\u5e74 RM20\uff1b\u00a0\n\n\n\u5bf9\u4e8e\u975e\u516c\u6c11\uff0c\u6240\u6709\u8f66\u8f86\u7c7b\u522b\uff08B2\u3001B\u3001C\u3001D\u3001DA\u3001F\u3001G\u3001H\u3001\u548cI\uff09\u7684\u7eed\u4fdd\u8d39\u4e3a\u6bcf\u5e74 RM120\u3002\n\n\n\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a L \u6267\u7167 \u548c P \u6267\u7167\u7eed\u671f\u4ef7\u683c\n\n\n\u5c06 P \u6267\u7167\u66f4\u65b0\u4e3a CDL \u6216 GDL\uff08\u8d27\u7269\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\uff09\u7684\u8fc7\u7a0b\u65e0\u6cd5\u5728\u7ebf\u5b8c\u6210\u3002\u53ea\u80fd\u5728 JPJ \u67dc\u53f0\u66f4\u65b0\u5427\u3002\u4ec5\u53ef\u4ee5\u5728\u7ebf\u66f4\u65b0\u8fc7\u671f\u7684 L \u6267\u7167\u548c CDL \u6267\u7167\u3002\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6267\u7167\u7c7b\u522b\n\n\n\n\n\n\nL \u6267\u7167\n\n\n\n\n\n\nP \u6267\u7167\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nA/A1\n\n\n\n\n\n\nRM2\n\n\n\n\n\n\nRM2 \u7ed9\u4e24\u5e74\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nB2\n\n\n\n\n\n\nRM2\uff08\u4e09\u4e2a\u6708\uff09\n\n\nRM4\uff08\u516d\u4e2a\u6708\uff09\n\n\n\n\n\n\nRM2 \u7ed9\u4e24\u5e74\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nB and C\n\n\n\n\n\n\nRM20\uff08\u4e09\u4e2a\u6708\uff09\n\n\nRM40\uff08\u516d\u4e2a\u6708\uff09\n\n\n\n\n\n\nRM40 \u7ed9\u4e24\u5e74\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nD and above\u00a0\n\n\n\n\n\n\nRM30\uff08\u4e09\u4e2a\u6708\uff09\n\n\nRM60\uff08\u516d\u4e2a\u6708\uff09\n\n\n\n\n\n\nRM60 \u7ed9\u4e24\u5e74\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3.\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u66f4\u65b0\u6587\u4ef6\n\n\n\u5982\u679c\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u66f4\u65b0\u662f\u5728 JPJ \u6216\u90ae\u5c40\u4eb2\u81ea\u5b8c\u6210\uff0c\u60a8\u9700\u8981\u51c6\u5907\u4ee5\u4e0b\u6587\u4ef6\u4ee5\u65b9\u4fbf\u529e\u7406\u6d41\u7a0b\uff1a\n\n\n\n\n\u8eab\u4efd\u8bc1\u539f\u4ef6\uff08MyKad\uff09/\u62a4\u7167\uff1b\u6216\u8005\n\n\n\u5982\u679c\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u66f4\u65b0\u7a0b\u5e8f\u7531\u4ee3\u8868\u6267\u884c\uff0c\u5219\u7533\u8bf7\u4eba\u7684\u8eab\u4efd\u8bc1/\u62a4\u7167\u526f\u672c\uff1b\n\n\n\u4ee3\u8868\u4eba\u8eab\u4efd\u8bc1\u4ef6\u539f\u4ef6\uff1b\n\n\n\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u539f\u4ef6/\u590d\u5370\u4ef6\uff1b\n\n\n\u6301\u6709\u6709\u6548\u62a4\u7167\u7684\u4eba\uff08\u5916\u56fd\u4eba\uff09\u3002\n\n\n\n\n\u6211\u4eec\u5e0c\u671b\u5206\u4eab\u7684\u6709\u5173\u5728\u7ebf\u66f4\u65b0\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u7684\u4fe1\u606f\u53ef\u4ee5\u5e2e\u52a9\u7b80\u5316\u60a8\u7684\u7a0b\u5e8f\u3002\u6b64\u5916\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u6b63\u5728\u8003\u8651\u4ee5\u4fbf\u5b9c\u4e14\u6700\u4f18\u60e0\u7684\u4ef7\u683c\u7eed\u4fdd\n\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\uff0c\u8bf7\u8bbf\u95eeQoala \u7f51\u7ad9\u4e86\u89e3\u66f4\u591a\u4fe1\u606f\u3002\n\n\n\n\nQoala\u662f\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\n\u6700\u597d\u7684\u4fdd\u9669\u6bd4\u8f83\u548c\u7eed\u4fdd\u5e73\u53f0\n\uff0c\u63d0\u4f9b\u7b80\u5355\u3001\u9ad8\u6548\u3001\u5feb\u6377\u7684\u4fdd\u9669\u8d2d\u4e70\u670d\u52a1\u3002\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/zh/malaixiya-roadtax-jiage/", "title": "\u6839\u636e\u6c7d\u8f66\u6392\u6c14\u91cf\u5206\u7c7b\u7684\u9a6c\u6765\u897f\u4e9aroadtax\u4ef7\u683c\uff0c\u4ee5\u53ca\u6839\u636e\u6392\u6c14\u91cf\u7684\u6c7d\u8f66\u724c\u7167\u7a0e\u4ef7\u683c", "body": "\n\n\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\u6216\u516c\u8def\u7a0e\u662f\u6bcf\u8f86\u673a\u52a8\u8f66\u5728\u5408\u6cd5\u4e0a\u8def\u884c\u9a76\u524d\u5fc5\u987b\u7f34\u7eb3\u7684\u8d39\u7528\u3002\u6bcf\u5e74\uff0c\u8f66\u4e3b\u9700\u8981\u6309\u7167\u4e00\u5b9a\u7684\u8d39\u7387\u4e3a\u8f66\u8f86\n\u66f4\u65b0\u9053\u8def\u7a0e\n\u3002\u672c\u6587\u5c06\u89e3\u91ca\u9a6c\u6765\u897f\u4e9aroadtax\u4ef7\u683c\u4ee5\u53ca\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\u7684\u5927\u81f4\u8d39\u7387\u5217\u8868\u3002\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\u7684\u4ef7\u683c\u662f\u5982\u4f55\u786e\u5b9a\u7684\uff1f\n\u4e2a\u4eba\u6c7d\u6cb9\u8f66\n\u8f66\u8f86\u6392\u91cf\u57281000cc\u81f31600cc\u4e4b\u95f4\u7684\u9053\u8def\u7a0e\n\u8f66\u8f86\u6392\u91cf\u57281601cc\u81f32000cc\u4e4b\u95f4\u7684\u9053\u8def\u7a0e\n\u8f66\u8f86\u6392\u91cf\u57282000cc\u81f33000cc\u4e4b\u95f4\u7684\u9053\u8def\u7a0e\n\u4e2a\u4eba\u548c\u516c\u53f8\u62e5\u6709\u7684\u67f4\u6cb9\u8f66\n\u6392\u91cf\u57281000cc\u81f31600cc\u4e4b\u95f4\u7684\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\n\u6392\u91cf\u57281601cc\u81f31800cc\u4e4b\u95f4\u7684\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\n\u6309\u7167\u6392\u6c14\u91cf\u548c\u54c1\u724c\u5206\u7c7b\u7684\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u5217\u8868\uff082022\uff09\nProton\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\nPerodua\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\nHonda\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\nToyota\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\nNissan\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\nMitsubishi\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\nKia\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\nMazda\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\nHyundai\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\nVolkswagen\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\u7684\u4ef7\u683c\u662f\u5982\u4f55\u786e\u5b9a\u7684\uff1f\n\n\n\u5728\u60a8\u505a\u51fa\n\u8d2d\u4e70\u6c7d\u8f66\n\u7684\u51b3\u5b9a\u65f6\uff0c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u662f\u5fc5\u987b\u8981\u8003\u8651\u7684\u91cd\u8981\u56e0\u7d20\u4e4b\u4e00\u3002\u6240\u4ee5\uff0c\u8bf7\u786e\u4fdd\u5c06\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\u8d39\u7528\u7eb3\u5165\u60a8\u7684\n\u8d22\u52a1\u7ba1\u7406\n\u4e2d\u3002\u4ee5\u4e0b\u662f\u5982\u4f55\u8ba1\u7b97\u9053\u8def\u7a0e\u7684\u65b9\u6cd5\uff1a\n\n\n\u4e2a\u4eba\u6c7d\u6cb9\u8f66\n\n\n\u901a\u5e38\u60c5\u51b5\u4e0b\uff0c\u9053\u8def\u7a0e\u662f\u6839\u636e\u60a8\u7684\n\u8f66\u8f86\u53d1\u52a8\u673a\n\u6392\u91cf\u6765\u786e\u5b9a\u7684\u3002\u4eab\u6709\u6298\u6263\u7684\u53d1\u52a8\u673a\u6392\u91cf\u8303\u56f4\u901a\u5e38\u4e3a0cc\u81f31600cc\u4e4b\u95f4\u3002\u5982\u679c\u6211\u4eec\u770b\u4e00\u4e0b\u56fd\u5bb6\u7684\u56fd\u4ea7\u6c7d\u8f66\u4fdd\u6301\u57281600cc\u7684\u53d1\u52a8\u673a\u6392\u91cf\u4e0a\uff0c\u8fd9\u4e2a\u6298\u6263\u56e0\u7d20\u5c31\u66f4\u52a0\u6e05\u695a\u4e86\u3002\n\n\n\u8f66\u8f86\u6392\u91cf\u57281000cc\u81f31600cc\u4e4b\u95f4\u7684\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662f\u6839\u636e\u6c7d\u8f66\u53d1\u52a8\u673a\u6392\u91cf\u786e\u5b9a\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u8d39\u7387\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n\n\n\u652f\u4ed8\u8d39\u7387\uff08RM\uff09\n\n\n\n\n\n\n1000cc\u53ca\u4ee5\u4e0b\n\n\n20.00\n\n\n\n\n\n\n1001cc\u81f31200cc\n\n\n55.00\n\n\n\n\n\n\n1201cc\u81f31400cc\n\n\n70.00\n\n\n\n\n\n\n1401cc\u81f31600cc\n\n\n90.00\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u8f66\u8f86\u6392\u91cf\u57281601cc\u81f32000cc\u4e4b\u95f4\u7684\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\u5f53\u60a8\u7684\u6c7d\u8f66\u53d1\u52a8\u673a\u6392\u91cf\u8d85\u8fc71600cc\u65f6\uff0c\u8ba1\u7b97\u65b9\u6cd5\u4f1a\u6709\u6240\u4e0d\u540c\u3002\u57281600cc\u81f31800cc\u4e4b\u95f4\uff0c\u57fa\u672c\u8d39\u7387\u4e3aRM 200\uff0c\u800c\u8d85\u8fc71800cc\u7684\u57fa\u672c\u8d39\u7387\u4e3aRM 280\u3002\u60a8\u53ef\u4ee5\u53c2\u8003\u4ee5\u4e0b\u8868\u683c\u4ee5\u83b7\u53d6\u66f4\u8be6\u7ec6\u7684\u4fe1\u606f\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n\n\n\u57fa\u672c\u8d39\u7387\uff08RM\uff09\n\n\n\u9012\u8fdb\u8d39\u7387\uff08RM\uff09\n\n\n\n\n\n\n1601\u81f31800cc\n\n\n200.00\n\n\n\u5bf9\u4e8e\u6bcf\u8d85\u8fc71600cc\u7684\u6392\u91cf\u5dee\u5f02\uff0c\u9012\u589e0.40\n\n\n\n\n\n\n1801cc\u81f32000cc\n\n\n280.00\n\n\n\u5bf9\u4e8e\u6bcf\u8d85\u8fc71800cc\u7684\u6392\u91cf\u5dee\u5f02\uff0c\u9012\u589e0.50\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u4e3a\u4e86\u66f4\u6e05\u695a\u7406\u89e3\uff0c\u8bf7\u770b\u4ee5\u4e0b\u793a\u4f8b\uff1a\n\n\n\u5047\u8bbe\u60a8\u62e5\u6709\u4e00\u8f86 Honda Civic 1.8s\uff0c\u53d1\u52a8\u673a\u6392\u91cf\u4e3a1799cc\u3002\u5e94\u7528\u57fa\u672c\u8d39\u7387\u4e3a1600cc\u7684RM200\uff0c\u5269\u4f59\u7684199cc\u5c06\u4e58\u4ee50.40\uff0c\u4ece\u800c\u4ea7\u751f\u989d\u5916\u8d39\u7528RM79.60\u3002\u56e0\u6b64\uff0cHonda Civic 1.8\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u8d39\u7528\u4e3aRM279.60\u3002\n\n\n\u8f66\u8f86\u6392\u91cf\u57282000cc\u81f33000cc\u4e4b\u95f4\u7684\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\u5bf9\u4e8e\u6392\u91cf\u8d85\u8fc72000cc\u7684\u8f66\u8f86\uff0c\u6bcf\u4e2acc\u6240\u6536\u53d6\u7684\u8d39\u7387\u5982\u4e0b\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n\n\n\u57fa\u672c\u8d39\u7387\uff08RM\uff09\n\n\n\u9012\u8fdb\u8d39\u7387\uff08RM\uff09\n\n\n\n\n\n\n2000cc\u81f32500cc\n\n\n380.00\n\n\n\u5bf9\u4e8e\u6bcf\u8d852000cc\u7684\u6392\u91cf\u5dee\u5f02\uff0c\u9012\u589eRM1\n\n\n\n\n\n\n2501cc\u81f33000cc\n\n\n880.00\n\n\n\u5bf9\u4e8e\u6bcf\u8d852500cc\u7684\u6392\u91cf\u5dee\u5f02\uff0c\u9012\u589eRM2.50\n\n\n\n\n\n\n\u591a\u8fc73000cc\n\n\n2,130.00\n\n\n\u5bf9\u4e8e\u6bcf\u8d853000cc\u7684\u6392\u91cf\u5dee\u5f02\uff0c\u9012\u589eRM4.50\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6839\u636e\u4e0a\u9762\u7684\u56fe\u8868\uff0c\u6392\u91cf\u8d85\u8fc73000cc\u7684\u8f66\u8f86\u4ef7\u683c\u662f\u6700\u9ad8\u7684\u3002\u56e0\u6b64\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u6253\u7b97\u8d2d\u4e70\u6392\u91cf\u8d85\u8fc73000cc\u7684\u8f66\u8f86\uff0c\u8bb0\u5f97\u6ce8\u610f\u8be5\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u8d39\u7387\u3002\n\n\n\u4e2a\u4eba\u548c\u516c\u53f8\u62e5\u6709\u7684\u67f4\u6cb9\u8f66\n\n\n\u9053\u8def\u4ea4\u901a\u5c40\uff08JPJ\uff09\u5bf9\u4e8e\u67f4\u6cb9\u52a8\u529b\u8f66\u8f86\u7ed9\u4e88\u76f8\u540c\u7684\u8d39\u7387\uff0c\u4e0d\u8bba\u5176\u662f\u4e2a\u4eba\u6240\u6709\u8fd8\u662f\u516c\u53f8\u6240\u6709\u3002\n\n\n\u6392\u91cf\u57281000cc\u81f31600cc\u4e4b\u95f4\u7684\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\u67f4\u6cb9\u8f66\u8f86\u7684\u6392\u91cf\u57281000cc\u53ca\u4ee5\u4e0b\u65f6\uff0c\u9053\u8def\u7a0e\u7684\u8d39\u7387\u4e0e\u6c7d\u6cb9\u8f66\u4f1a\u662f\u76f8\u540c\u7684\u3002\u7136\u800c\uff0c\u5f53\u6392\u91cf\u8d85\u8fc71000cc\u65f6\uff0c\u8d39\u7387\u5c06\u4f1a\u9012\u589e\u3002\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n\n\n\u6bd4\u7387\uff08RM\uff09\n\n\n\n\n\n\n1000cc\u4ee5\u4e0b\n\n\n20.00\n\n\n\n\n\n\n1001cc\u81f31200cc\n\n\n85.00\n\n\n\n\n\n\n1201cc\u81f31400cc\n\n\n100.00\n\n\n\n\n\n\n1401cc\u81f31600cc\n\n\n120.00\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6392\u91cf\u57281601cc\u81f31800cc\u4e4b\u95f4\u7684\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\u5bf9\u4e8e\u90a3\u4e9b\u6e34\u671b\u62e5\u6709\u5927\u6392\u91cf\u67f4\u6cb9\u8f66\u7684\u4eba\u6765\u8bf4\uff0c\u4ee5\u4e0b\u662f\u60a8\u9700\u8981\u4e86\u89e3\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u91d1\u989d\u3002\u4ece\u4e0a\u9762\u7684\u56fe\u8868\u53ef\u4ee5\u770b\u51fa\uff0c\u5f53\u67f4\u6cb9\u8f66\u7684\u53d1\u52a8\u673a\u6392\u91cf\u8d85\u8fc72500cc\u65f6\uff0c\u9053\u8def\u7a0e\u7684\u57fa\u672c\u8d39\u7387\u4f1a\u5927\u5e45\u589e\u52a0\u3002\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n\n\n\u57fa\u672c\u8d39\u7387\n\n\n\u9012\u8fdb\u8d39\u7387\n\n\n\n\n\n\n1601cc\u81f31800cc\n\n\n300.00\n\n\n\u5bf9\u4e8e\u6bcf\u8d851600cc\u7684\u6392\u91cf\u5dee\u5f02\uff0c\u9012\u589eRM0.30\n\n\n\n\n\n\n1801cc\u81f32000cc\n\n\n360.00\n\n\n\u5bf9\u4e8e\u6bcf\u8d851800cc\u7684\u6392\u91cf\u5dee\u5f02\uff0c\u9012\u589eRM0.40\n\n\n\n\n\n\n2001cc\u81f32500cc\n\n\n440.00\n\n\n\u5bf9\u4e8e\u6bcf\u8d852000cc\u7684\u6392\u91cf\u5dee\u5f02\uff0c\u9012\u589eRM0.80\n\n\n\n\n\n\n2501cc\u81f33000cc\n\n\n840.00\n\n\n\u5bf9\u4e8e\u6bcf\u8d852500cc\u7684\u6392\u91cf\u5dee\u5f02\uff0c\u9012\u589eRM1.60\n\n\n\n\n\n\n\u591a\u8fc73000cc\n\n\n1,640.00\n\n\n\u5bf9\u4e8e\u6bcf\u8d853000cc\u7684\u6392\u91cf\u5dee\u5f02\uff0c\u9012\u589eRM1.60\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6309\u7167\u6392\u6c14\u91cf\u548c\u54c1\u724c\u5206\u7c7b\u7684\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u5217\u8868\uff082022\uff09\n\n\n\u5728\u8fd9\u90e8\u5206\uff0cQoala\u5df2\u7ecf\u5217\u51fa\u4e86\u6309\u7167\u6392\u6c14\u91cf\u5206\u7c7b\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u5217\u8868\u3002\u60a8\u53ef\u4ee5\u901a\u8fc7\u4e0b\u9762\u7684\u5217\u8868\u67e5\u770b\u60a8\u7684\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u3002\u8bf7\u6ce8\u610f\uff0c\u8fd9\u4e9b\u9053\u8def\u7a0e\u8d39\u7528\u4ec5\u4e3a\u4f30\u7b97\u503c\uff0c\u53ef\u80fd\u4f1a\u968f\u65f6\u53d1\u751f\u53d8\u5316\u3002\n\n\nProton\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662fProton\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u7684\u6e05\u5355\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u8f66\u578b\n\n\n\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n\n\n\u897f\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\u4e1c\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\n\n\n\nProton X50 1.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1496cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nProton X70\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1799cc\n\n\nRM359.70\n\n\nRM198.83\n\n\n\n\n\n\nProton Saga 1.3\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1332cc\n\n\nRM70\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nProton Saga 1.6\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1597cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nProton Exora 1.6\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1561cc\n\n\nRM100\n\n\nRM50\n\n\n\n\n\n\nProton Inspira 1.8\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1798cc\n\n\nRM279.20\n\n\nRM223.36\n\n\n\n\n\n\nProton Inspira 2.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1998cc\n\n\nRM379\n\n\nRM273.50\n\n\n\n\n\n\nProton Persona 1.6\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1597cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nProton Preve 1.6\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1561cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nProton Iriz 1.3\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1332cc\n\n\nRM70\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nProton Iriz 1.6\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1596cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nProton Ertiga 1.4\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1373cc\n\n\nRM70\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerodua\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662fPerodua\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u7684\u6e05\u5355\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u8f66\u578b\n\n\n\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n\n\n\u897f\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\u4e1c\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\n\n\n\nPerodua Axia 1.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n998cc\n\n\nRM20\n\n\nRM20\n\n\n\n\n\n\nPerodua Bezza 1.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n998cc\n\n\nRM20\n\n\nRM20\n\n\n\n\n\n\nPerodua Bezza 1.3\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1300cc\n\n\nRM70\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nPerodua Myvi 1.3\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1329cc\n\n\nRM70\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nPerodua Myvi 1.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1496cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nPerodua Kancil\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n850cc\n\n\nRM20\n\n\nRM20\n\n\n\n\n\n\nPerodua Alza 1.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1495cc\n\n\nRM100\n\n\nRM50\n\n\n\n\n\n\nPerodua Aruz 1.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1496cc\n\n\nRM100\n\n\nRM50\n\n\n\n\n\n\n\n\nHonda\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662fHonda\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u7684\u6e05\u5355\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u8f66\u578b\n\n\n\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n\n\n\u897f\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\u4e1c\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\n\n\n\nHonda City 1.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1497cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nHonda Civic 1.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1498cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nHonda Civic 1.8\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1799cc\n\n\nRM279.60\n\n\nRM223.68\n\n\n\n\n\n\nHonda Civic 2.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1998cc\n\n\nRM379\n\n\nRM273.50\n\n\n\n\n\n\nHonda Civic Type-R\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1998cc\n\n\nRM379\n\n\nRM273.50\n\n\n\n\n\n\nHonda BRV 1.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1497cc\n\n\nRM100\n\n\nRM50\n\n\n\n\n\n\nHonda HRV 1.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1496cc\n\n\nRM100\n\n\nRM50\n\n\n\n\n\n\nHonda HRV 1.8\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1799cc\n\n\nRM359.70\n\n\nRM198.83\n\n\n\n\n\n\nHonda Jazz 1.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1497cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nHonda Accord 1.5\u00a0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1498cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nHonda Accord 2.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1997cc\n\n\nRM378.50\n\n\nRM273.25\n\n\n\n\n\n\nHonda Accord 2.4\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2356cc\n\n\nRM736\n\n\nRM452\n\n\n\n\n\n\n\n\nToyota\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662fToyota\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u7684\u6e05\u5355\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u8f66\u578b\n\n\n\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n\n\n\u897f\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\u4e1c\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\n\n\n\nToyota Yaris 1.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1496cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nToyota Vios 1.5 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1496cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nToyota CHR 1.8 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1798cc\n\n\nRM359.40\n\n\nRM198.66\n\n\n\n\n\n\nToyota Altis 1.8\u00a0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1798cc\n\n\nRM279.20\n\n\nRM223.36\n\n\n\n\n\n\nToyota Camry 2.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1998cc\n\n\nRM379\n\n\nRM273.50\n\n\n\n\n\n\nToyota Camry 2.2\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2163cc\n\n\nRM543\n\n\nRM355.50\n\n\n\n\n\n\nToyota Camry 2.4\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2362cc\n\n\nRM742\n\n\nRM455\n\n\n\n\n\n\nToyota Camry 2.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2494cc\n\n\nRM874\n\n\nRM521\n\n\n\n\n\n\nToyota Estima 2.4\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2393cc\n\n\nRM754.40\n\n\nRM415.92\n\n\n\n\n\n\nToyota Estima 3.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n3456cc\n\n\nRM2369.60\n\n\nRM1450.20\n\n\n\n\n\n\nToyota RAV4 2.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1987cc\n\n\nRM434.80\n\n\nRM240.14\n\n\n\n\n\n\nToyota Harrier 2.3\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2360cc\n\n\nRM728\n\n\nRM401.40\n\n\n\n\n\n\nToyota Harrier V6 3.0\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2360cc\n\n\nRM728\n\n\nRM401.40\n\n\n\n\n\n\nToyota Vellfire 2.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2494cc\n\n\nRM835.20\n\n\nRM460.36\n\n\n\n\n\n\nToyota Alphard 2.4\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2362cc\n\n\nRM729.60\n\n\nRM402.28\n\n\n\n\n\n\nToyota Alphard 2.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2493cc\n\n\nRM834.40\n\n\nRM459.92\n\n\n\n\n\n\nToyota Alphard 3.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2995cc\n\n\nRM1632\n\n\nRM898.60\n\n\n\n\n\n\nToyota Hilux 2.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2494cc\n\n\nRM835.20\n\n\nRM460.36\n\n\n\n\n\n\nToyota Hilux 2.8\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2755cc\n\n\nRM1,248.00\n\n\nRM687.40\n\n\n\n\n\n\nHarga \nRoadtax\n Toyota Hilux 3.0\n\n\n2982cc\n\n\nRM1611.20\n\n\nRM887.16\n\n\n\n\n\n\n\n\nNissan\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662fNissan\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u7684\u6e05\u5355\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u8f66\u578b\n\n\n\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n\n\n\u897f\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\u4e1c\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\n\n\n\nNissan Almera 1.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1498cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nNissan Cefiro\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1995cc\n\n\nRM377.50\n\n\nRM272.75\n\n\n\n\n\n\nNissan Grand Livina 1.6 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1598cc\n\n\nRM100\n\n\nRM50\n\n\n\n\n\n\nNissan Grand Livina 1.8 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1798cc\n\n\nRM359.40\n\n\nRM198.66\n\n\n\n\n\n\nNissan X-Trail 2.0 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1997cc\n\n\nRM438.80\n\n\nRM242.34\n\n\n\n\n\n\nNissan X-Trail 2.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2488cc\n\n\nRM830.40\n\n\nRM457.72\n\n\n\n\n\n\nNissan Sylphy 1.8\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1798cc\n\n\nRM279.20\n\n\nRM223.36\n\n\n\n\n\n\nNissan Sentra 1.6\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1597cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nNissan Serena 2.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1997cc\n\n\nRM438.80\n\n\nRM282.34\n\n\n\n\n\n\nNissan Teana 2.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1997cc\n\n\nRM378.50\n\n\nRM273.25\n\n\n\n\n\n\nNissan Teana 2.5 V6\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2488cc\n\n\nRM868.00\n\n\nRM518\n\n\n\n\n\n\nNissan Murano 3.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n3498cc\n\n\nRM2436.80\n\n\nRM1500.60\n\n\n\n\n\n\nNissan Navara 2.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2488cc\n\n\nRM830.40\n\n\nRM457.72\n\n\n\n\n\n\nNissan GTR R-35\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n3799cc\n\n\nRM5,725.50\n\n\nRM2102.65\n\n\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662fMitsubishi\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u7684\u6e05\u5355\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u8f66\u578b\n\n\n\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n\n\n\u897f\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\u4e1c\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Mirage 1.2\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1193cc\n\n\nRM55\n\n\nRM44\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Attrage 1.2 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1193cc\n\n\nRM55\n\n\nRM44\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi ASX 2.0\u00a0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1998cc\n\n\nRM439.20\n\n\nRM242.56\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Grandis 2.4 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2378cc\n\n\nRM742.40\n\n\nRM409.32\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Lancer 2.0\u00a0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1998cc\n\n\nRM379\n\n\nRM273.50\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Lancer Sportback 2.4 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2360cc\n\n\nRM740\n\n\nRM454\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Outlander 2.0 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1998cc\n\n\nRM439.20\n\n\nRM242.56\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Outlander 2.4 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2360cc\n\n\nRM728.00\n\n\nRM401.40\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Triton 2.4\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2442cc\n\n\nRM793.60\n\n\nRM437.48\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Triton 2.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2477cc\n\n\nRM821.60\n\n\nRM452.88\n\n\n\n\n\n\n\n\nKia\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662fKiai\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u7684\u6e05\u5355\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u8f66\u578b\n\n\n\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n\n\n\u897f\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\u4e1c\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\n\n\n\nKia Picanto 1.2\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1248cc\n\n\nRM70\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nKia Cerato 1.6\u00a0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1591cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nKia Cerato 2.0\u00a0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1999cc\n\n\nRM379.50\n\n\nRM273.75\n\n\n\n\n\n\nKia Forte 2.0\u00a0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1998cc\n\n\nRM379\n\n\nRM273.50\n\n\n\n\n\n\nKia Forte Koup 2.0\u00a0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1998cc\n\n\nRM379\n\n\nRM273.50\n\n\n\n\n\n\nKia Forte 1.6\u00a0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1591cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nKia Stinger 2.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1998cc\n\n\nRM379\n\n\nRM273.50\n\n\n\n\n\n\nKia Sportage 2.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1995cc\n\n\nRM438\n\n\nRM241.90\n\n\n\n\n\n\nKia Sorento 2.2\u00a0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2199cc\n\n\nRM599.20\n\n\nRM330.56\n\n\n\n\n\n\nKia Sorento 2.4\u00a0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2398cc\n\n\nRM758.40\n\n\nRM418.12\n\n\n\n\n\n\nKia Rio 1.4\u00a0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1368cc\n\n\nRM70\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nKia Spectra 1.6\u00a0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1591cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nKia Grand Carnival\u00a0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2199cc\n\n\nRM599.20\n\n\nRM330.56\n\n\n\n\n\n\nKia Stinger 3.3 V6\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n3342cc\n\n\nRM3,669.00\n\n\nRM1,485.70\n\n\n\n\n\n\n\n\nMazda\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662fMazda\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u7684\u6e05\u5355\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u8f66\u578b\n\n\n\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n\n\n\u897f\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\u4e1c\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\n\n\n\nMazda 2 Hatchback & Sedan 1.5\u00a0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1496cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nMazda 3 Hatchback & Sedan 1.5\u00a0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1496cc\n\n\nRM90\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nMazda 3 Hatchback & Sedan 2.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1998cc\n\n\nRM379\n\n\nRM273.50\n\n\n\n\n\n\nMazda 6 Sedan 2.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2488cc\n\n\nRM868\n\n\nRM518\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-3 2.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1998cc\n\n\nRM439.20\n\n\nRM242.56\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-5 2.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1998cc\n\n\nRM439.20\n\n\nRM242.56\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-5 2.2\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2191cc\n\n\nRM592.80\n\n\nRM327.04\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-5 2.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2488cc\n\n\nRM830.40\n\n\nRM457.72\n\n\n\n\n\n\nMazda MX-5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1998cc\n\n\nRM379\n\n\nRM273.50\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-8 2.2\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2191cc\n\n\nRM592.80\n\n\nRM327.04\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-8 2.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2488cc\n\n\nRM830.40\n\n\nRM457.72\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-9 2.5\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2488cc\n\n\nRM830.40\n\n\nRM457.72\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-30 1.8\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1759cc\n\n\nRM347.70\n\n\nRM192.03\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-30 2.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1998cc\n\n\nRM439.20\n\n\nRM242.56\n\n\n\n\n\n\n\n\nHyundai\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662fHyundai\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u7684\u6e05\u5355\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u8f66\u578b\n\n\n\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n\n\n\u897f\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\u4e1c\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\n\n\n\nHyundai Elantra 2.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1999cc\n\n\nRM379.50\n\n\nRM273.75\n\n\n\n\n\n\nHyundai Grand Starex 2.5 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2497cc\n\n\nRM837.60\n\n\nRM461.68\n\n\n\n\n\n\nHyundai Matrix 1.6\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1599cc\n\n\nRM120\n\n\nRM60\n\n\n\n\n\n\nHyundai Sonata 2.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1999cc\n\n\nRM379.50\n\n\nRM273.75\n\n\n\n\n\n\nHyundai Tucson 1.6\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1591cc\n\n\nRM100\n\n\nRM50\n\n\n\n\n\n\nHyundai Tucson 2.0\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1999cc\n\n\nRM439.60\n\n\nRM242.78\n\n\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen\u54c1\u724c\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662fVolkswagen\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u7684\u6e05\u5355\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u8f66\u578b\n\n\n\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n\n\n\u897f\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\u4e1c\u9a6c\u6bd4\u7387\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Vento 1.2TSI\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1197cc\n\n\nRM55\n\n\nRM44\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Vento 1.6 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1598cc\n\n\nRM90\n\n\nRM72\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Polo 1.2\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1197cc\n\n\nRM55\n\n\nRM44\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Polo 1.6 MPI \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1598cc\n\n\nRM90\n\n\nRM72\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Beetle 1.2 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1197cc\n\n\nRM55\n\n\nRM44\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Scirocco 1.4 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1390cc\n\n\nRM70\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Scirocco R \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1984cc\n\n\nRM372\n\n\nRM270\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Golf 1.4 TSI \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1390cc\n\n\nRM70\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Golf GTI 2.0 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2000cc\n\n\nRM372\n\n\nRM270\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Golf R\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1984cc\n\n\nRM372\n\n\nRM270\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Jetta 1.4\n\n\nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1390cc\n\n\nRM70\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Tiguan 1.4 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1395cc\n\n\nRM100\n\n\nRM56\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Tiguan 2.0 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1984cc\n\n\nRM433.60\n\n\nRM239.48\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Touareg 3.0 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n2967cc\n\n\nRM1,587.20\n\n\nRM873.96\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Touareg 3.6 V6 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n3597cc\n\n\nRM2,595.20\n\n\nRM1,619.40\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Passat 1.8 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1798cc\n\n\nRM279.20\n\n\nRM223.36\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Passat CC 2.0 \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n1984cc\n\n\nRM372\n\n\nRM270\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Passat CC 3.6 R \nRoadtax\u4ef7\u94b1\n\n\n3597cc\n\n\nRM4,816.50\n\n\nRM1,829.95\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u56e0\u6b64\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u60f3\u8981\n\u66f4\u65b0\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\n\uff0c\u8bf7\u786e\u4fdd\u67e5\u770b\u6e05\u5355\u3001\u8981\u6c42\u548c\u6240\u9700\u6587\u4ef6\u4ee5\u4fbf\u4e8e\u5904\u7406\u3002\u6b64\u5916\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u6b63\u5728\u5bfb\u627e\u6700\u4f73\u548c\u5168\u9762\u7684\n\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\n\u3001\n\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\n\u6216\n\u623f\u5c4b\u4fdd\u9669\n\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u8bbf\u95ee\nQoala\u7f51\u7ad9\n\u83b7\u53d6\u66f4\u591a\u4fe1\u606f\u3002Qoala\u662f\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u7684\u4fdd\u9669\u5e73\u53f0\uff0c\u63d0\u4f9b\u5b89\u5168\u3001\u5408\u7406\u548c\u7b80\u4fbf\u7684\u4fdd\u9669\u8d2d\u4e70\u6d41\u7a0b\u3002\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/zh/malaixiyaqichebaoxianbaofei/", "title": "\u5f71\u54cd\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u4fdd\u8d39\u76849\u4e2a\u56e0\u7d20", "body": "\n\n\u5373\u4f7f\u662f\u540c\u4e00\u6b3e\u8f66\u578b\uff0c\u6c7d\u8f66\u7684\u4fdd\u9669\u4fdd\u8d39\u6216\u4ef7\u683c\u4e5f\u6709\u6240\u4e0d\u540c\u3002\u8fd9\u662f\u56e0\u4e3a\u8fd9\u5b8c\u5168\u53d6\u51b3\u4e8e\u60a8\u62e5\u6709\u7684\u4fdd\u9669\u7c7b\u578b\u548c\u5176\u4ed6\u7684\u51e0\u4e2a\u56e0\u7d20\u3002\u672c\u6587\u5c06\u5e2e\u52a9\u60a8\u786e\u5b9a\u5f71\u54cd\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u4fdd\u8d39\u7684\u56e0\u7d20\uff0c\u5305\u62ec\u5982\u4f55\u8ba1\u7b97\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u4fdd\u8d39\u3002\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n\u5982\u4f55\u8ba1\u7b97\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\uff1a\u5f71\u54cd\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u4fdd\u8d39\u7684\u56e0\u7d20\n1.\u53f8\u673a\u7684\u5e74\u9f84\u3001\u6027\u522b\n2.\u8f66\u8f86\u5e02\u573a\u4ef7\u503c\n3.\u8f66\u9f84\n4.\u4fdd\u9669\u8986\u76d6\n5.\u65e0\u7d22\u8d54\u6298\u6263\n6.\u8f66\u8f86\u5f15\u64ce\u6392\u91cf\n7.\u5c45\u4f4f\u7684\u5730\u70b9\n8.\u9a7e\u9a76\u8bb0\u5f55\n9.\u9644\u52a0\u4fdd\u5355\n\n\n\u5982\u4f55\u8ba1\u7b97\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\uff1a\u5f71\u54cd\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u4fdd\u8d39\u7684\u56e0\u7d20\n\n\n\u5728\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\uff0c\u8f66\u4e3b\u5fc5\u987b\u6bcf\u5e74\n\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\u548c\u8def\u7a0e\u3002\u8fd9\u662f\u4e3a\u4e86\u5141\u8bb8\u6240\u62e5\u6709\u7684\u8f66\u8f86\u5728\u9053\u8def\u4e0a\u4f7f\u7528\u3002\u62e5\u6709\u6709\u6548\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u548c\u8def\u7a0e\uff0c\u53ef\u4ee5\u9632\u6b62\u60a8\u88ab\u5f53\u5c40\u8d77\u8bc9\u3002\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u7684\u4fdd\u8d39\u5f80\u5f80\u90fd\u4f1a\u6bd4\n\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\n\u8fd8\u8d35\uff0c\u8fd9\u662f\u53d7\u5230\u4ee5\u4e0b\u4e5d\u4e2a\u539f\u56e0\u5f71\u54cd\uff1a\n\n\n1.\u53f8\u673a\u7684\u5e74\u9f84\u3001\u6027\u522b\n\n\n\u53f8\u673a\u7684\u5e74\u9f84\u4e5f\u4f1a\u5f71\u54cd\u8f66\u9669\u4fdd\u8d39\u300216\u5c81\u81f325\u5c81\u4e4b\u95f4\u7684\u53f8\u673a\u901a\u5e38\u9700\u8981\u6bd4\u5e74\u9f84\u66f4\u5927\u7684\u53f8\u673a\u652f\u4ed8\u66f4\u9ad8\u7684\u8f66\u9669\u4fdd\u8d39\u3002\u8fd9\u4e2a\u56e0\u7d20\u53ef\u80fd\u662f\u7531\u4e8e\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u7684\u4e8b\u6545\u7edf\u8ba1\u6570\u636e\u663e\u793a\u5e74\u8f7b\u53f8\u673a\u548c\u9996\u521d\u6b21\u9a7e\u9a76\u7684\u4eba\u6bd4\u8f83\u6709\u53ef\u80fd\u5377\u5165\u9053\u8def\u4e8b\u6545\u4e2d\u3002\n\n\n\u9664\u4e86\u5e74\u9f84\u4ee5\u5916\uff0c\u6027\u522b\u56e0\u7d20\u4e5f\u5728\u51b3\u5b9a\u4fdd\u9669\u4fdd\u8d39\u65b9\u9762\u53d1\u6325\u4f5c\u7528\u3002\u8fd9\u662f\u56e0\u4e3a\uff0c\u6839\u636e\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u7684\u4e8b\u6545\u7edf\u8ba1\u4e2d\uff0c\u7537\u6027\u53f8\u673a\u53d1\u751f\u9053\u8def\u4e8b\u6545\u7387\u9ad8\u4e8e\u5973\u6027\u53f8\u673a\u3002\n\n\n\u5c3d\u7ba1\u5f88\u591a\u7537\u6027\u53f8\u673a\u4f1a\u4e0d\u540c\u610f\u8fd9\u4e2a\u8bf4\u6cd5\uff0c\u5e76\u8ba4\u4e3a\u7537\u6027\u53f8\u673a\u6bd4\u5973\u6027\u53f8\u673a\u66f4\u6709\u6548\u7387\u3002\u4f46\u4ed6\u4eec\u65e0\u53ef\u5426\u8ba4\u7684\u662f\uff0c\u7537\u6027\u53f8\u673a\u6bd4\u5973\u6027\u53f8\u673a\u8981\u7f34\u7eb3\u66f4\u9ad8\u7684\u4fdd\u9669\u4fdd\u8d39\u3002\n\n\n2.\u8f66\u8f86\u5e02\u573a\u4ef7\u503c\n\n\n\u6c7d\u8f66\u7684\u5e02\u573a\u4ef7\u503c\u6216\u8005\n\u8f66\u8f86\u7684\u5e02\u573a\u4ef7\u503c\n\u5c06\u4f1a\u9010\u5e74\u4e0b\u964d\u3002\u5b83\u95f4\u63a5\u5f71\u54cd\u8f66\u9669\u4fdd\u8d39\u7684\u4ef7\u683c\u3002\u5e02\u573a\u4ef7\u503c\u8d8a\u9ad8\u7684\u8f66\u8f86\u901a\u5e38\u9700\u8981\u66f4\u6602\u8d35\u7684\u8f66\u9669\u4fdd\u8d39\u3002\u4f8b\u5982\uff0c\nMazda CX-5 \u7684\u8f66\u9669\u4fdd\u8d39\n\uff08\u76ee\u524d\u5e02\u4ef7\u4f30\u8ba1\u7ea6 RM130,400\uff09\uff0c\u6bd4 \nPerodua Myvi \u7684\u8f66\u4fdd\u8d39\n\uff08\u76ee\u524d\u5e02\u4ef7\u4f30\u8ba1\u7ea6 RM41,000\uff09\u8d35\u3002\n\n\n3.\u8f66\u9f84\n\n\n\u8f66\u4fdd\u8d39\u4e5f\u4e0e\u6c7d\u8f66\u6240\u751f\u4ea7\u7684\u5e74\u4efd\u5bc6\u5207\u76f8\u5173\u3002\u6700\u65b0\u8f66\u578b\u7684\u4fdd\u9669\u4fdd\u8d39\u4f1a\u6bd42010\u5e74\u7684\u8f66\u578b\u4fdd\u9669\u4fdd\u8d39\u6765\u5f97\u66f4\u8d35\u3002\u8fd9\u610f\u5473\u7740\uff0c\u8f66\u8f86\u8d8a\u65e7\uff0c\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u7684\u4ef7\u683c\u8d8a\u4fbf\u5b9c\u3002\u901a\u5e3810\u5e74\u53ca\u4ee5\u4e0a\u7684\u8f66\u8f86\u6bd4\u65b0\u8f66\u62e5\u6709\u66f4\u5b9e\u60e0\u7684\u4fdd\u9669\u4fdd\u8d39\u3002\u8fd9\u4e2a\u56e0\u7d20\u4e5f\u53d7\u5f53\u524d\u6c7d\u8f66\u5e02\u573a\u4ef7\u683c\u7684\u95f4\u63a5\u5f71\u54cd\u3002\n\n\n4.\u4fdd\u9669\u8986\u76d6\n\n\n\u60a8\u9009\u62e9\u7684\u4fdd\u9669\u8986\u76d6\u8303\u56f4\u4f1a\u5f71\u54cd\u60a8\u7684\u4fdd\u9669\u4fdd\u8d39\u3002\u7efc\u5408\u4fdd\u9669\u653f\u7b56\u6216\u7b2c\u4e00\u65b9\u4fdd\u9669\u901a\u5e38\u6bd4\u7b2c\u4e09\u65b9\u4fdd\u9669\u7684\u4fdd\u8d39\u66f4\u6602\u8d35\u3002\u8fd9\u662f\u56e0\u4e3a\n\u7efc\u5408\u4fdd\u9669\u8ba1\u5212\n\u4e0d\u4ec5\u63d0\u4f9b\u5bf9\u7b2c\u4e09\u65b9\u8f66\u8f86\u7684\u5168\u9762\u4fdd\u969c\uff0c\u8fd8\u5305\u62ec\u60a8\u81ea\u5df1\u7684\u8f66\u8f86\u3002\u76f8\u6bd4\u4e4b\u4e0b\uff0c\u7b2c\u4e09\u65b9\u4fdd\u9669\u53ea\u662f\u63d0\u4f9b\u5bf9\u7b2c\u4e09\u65b9\u7684\u8d22\u4ea7\u57fa\u672c\u4fdd\u969c\u3002\n\n\n\n\n5.\u65e0\u7d22\u8d54\u6298\u6263\n\n\n\u65e0\u7d22\u8d54\u6298\u6263\n\uff08\u4e5f\u79f0\u4e3aNCD\uff09\u4e5f\u4f1a\u5f71\u54cd\u8f66\u8f86\u7684\u4fdd\u8d39\u3002\u8fde\u7eed\u4e94\u5e74\u6ca1\u6709\u63d0\u51fa\u4efb\u4f55\u4e8b\u6545\u4fdd\u9669\u7d22\u8d54\u7684\u8f66\u4e3b\u53ef\u4ee5\u4eab\u6709\u6700\u9ad855%\u7684\u6298\u6263\u3002NCD \u4f1a\u5141\u8bb8\u8f66\u4e3b\u5728\u8fdb\u884c\n\u8f66\u9669\u66f4\u65b0\n\u65f6\u4ee5\u66f4\u4f4e\u7684\u4fdd\u8d39\u83b7\u5f97\u4fdd\u9669\u8986\u76d6\u3002\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662f\u4e00\u4e2a\u793a\u4f8b\uff0c\u5bf9\u6bd4\u4e86\u4e24\u6b3e\u76f8\u540c\u8f66\u578b\u5728\u4e0d\u540c NCD \u7387\u4e0b\u7684\u4ed8\u6b3e\u7387\uff1a\n\n\n\u60c5\u51b51\uff1a\n\n\n\u5047\u8bbe\u8f66\u578b A \u7684\u5f53\u524d\u5e02\u573a\u4ef7\u503c\u4e3a RM40,000\u3002\u5b83\u83b7\u5f97\u4e86 25% \u7684 NCD \u8f66\u8f86\u4ef7\u503c\u3002\u8f66\u578b A \u9700\u652f\u4ed8 RM938 \u7684\u65b0\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u3002\n\n\n\u60c5\u51b52\uff1a\n\n\n\u5047\u8bbe\u8f66\u578b B \u7684\u5f53\u524d\u5e02\u573a\u4ef7\u503c\u4e0e\u8f66\u578b A \u76f8\u540c\u3002\u7136\u800c\uff0c\u8fd9\u6b3e\u8f66\u578b\u83b7\u5f97\u4e86 55% \u7684 NCD \u8f66\u8f86\u4ef7\u503c\u3002\u8f66\u578b B \u9700\u8981\u652f\u4ed8 RM368 \u7684\u65b0\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u3002\u6362\u53e5\u8bdd\u8bf4\uff0c\u8f66\u8f86\u7684 NCD \u4ef7\u503c\u8d8a\u9ad8\uff0c\u8f66\u9669\u7684\u4fdd\u8d39\u8d8a\u4f4e\u3002\n\n\n6.\u8f66\u8f86\u5f15\u64ce\u6392\u91cf\n\n\n\u8f66\u8f86\u5f15\u64ce\u7684\u6392\u91cf\u4e5f\u4f1a\u5f71\u54cd\u8981\u652f\u4ed8\u7684\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u3002\n\u8f66\u8f86\u5f15\u64ce\u6392\u91cf\n\u8d8a\u5927\uff0c\u4fdd\u9669\u4fdd\u8d39\u8d8a\u9ad8\u3002\u4e00\u8f862,000 cc \u7684 Honda \u8f66\u6bd41,300 cc \u7684 Proton Saga \u7684\u4fdd\u9669\u4fdd\u8d39\u9ad8\u3002\n\n\n7.\u5c45\u4f4f\u7684\u5730\u70b9\n\n\n\u8f66\u8f86\u7684\u4fdd\u9669\u4fdd\u8d39\u4e5f\u4f1a\u53d7\u5230\u5c45\u4f4f\u5730\u70b9\u7684\u5f71\u54cd\u3002\u901a\u5e38\uff0c\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u5730\u533a\u7684\u8f66\u9669\u4fdd\u8d39\u4f1a\u6bd4\u6c99\u5df4\u548c\u7802\u62c9\u8d8a\u7684\u8f66\u9669\u4fdd\u8d39\u66f4\u6602\u8d35\u6216\u66f4\u9ad8\u3002\u8fd9\u662f\u7531\u4e8e\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u5730\u533a\u7684\u98ce\u9669\u8bc4\u4f30\u65b9\u9762\u76f8\u5bf9\u4e8e\u6c99\u5df4\u548c\u7802\u62c9\u8d8a\u66f4\u9ad8\u6240\u81f4\u3002\n\n\n\u50cf\u96ea\u5170\u83aa\u3001\u5409\u9686\u5761\u548c\u67d4\u4f5b\u8fd9\u6837\u4eba\u53e3\u5bc6\u5ea6\u9ad8\u7684\u5dde\u5c5e\uff0c\u6070\u5de7\u662f\u4ea4\u901a\u7e41\u5fd9\u548c\u4e8b\u6545\u7387\u9ad8\u7684\u5dde\u5c5e\u3002\u8fd9\u4e0e\u50cf\u73bb\u7483\u5e02\u3001\u767b\u5609\u697c\u548c\u5409\u5170\u4e39\u8fd9\u6837\u4eba\u53e3\u8f83\u5c11\u7684\u5dde\u5c5e\u50cf\u5bf9\u7acb\u3002\u56e0\u6b64\uff0c\u4fdd\u8d39\u4f1a\u56e0\u5730\u70b9\u4e0d\u540c\u800c\u6709\u6240\u5dee\u5f02\uff0c\u4f8b\u5982\u5728\u5409\u9686\u5761\u8c37\u5730\uff08\u96ea\u5170\u83aa\u548c\u5409\u9686\u5761\uff09\uff0c\u4ee5\u53ca\u67d4\u4f5b\uff0c\u901a\u5e38\u6bd4\u5176\u4ed6\u5dde\u5c5e\u7684\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u66f4\u6602\u8d35\u3002\n\n\n\u6b64\u5916\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u6240\u5728\u5730\u533a\u5bb9\u6613\u53d1\u751f\u6d2a\u6c34\uff0c\n\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\n\u53ef\u80fd\u4f1a\u5bf9\u60a8\u6536\u53d6\u66f4\u9ad8\u7684\u4fdd\u9669\u4fdd\u8d39\u7387\u3002\u8fd9\u662f\u56e0\u4e3a\u5728\u60a8\u7684\n\u8f66\u8f86\u88ab\u6d2a\u6c34\u6df9\u6ca1\n\u6216\u53d7\u635f\u7684\u60c5\u51b5\u4e0b\u4f1a\u4f7f\u7528\u4fdd\u9669\u8d54\u4ed8\u3002\n\n\n8.\u9a7e\u9a76\u8bb0\u5f55\n\n\n\u5728\u60a8\u7eed\u4fdd\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u65f6\uff0c\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u901a\u5e38\u4f1a\u8c03\u67e5\u60a8\u7684\u9a7e\u9a76\u5386\u53f2\u3002\u5982\u679c\u53d1\u73b0\u60a8\u7684\u8f66\u8f86\n\u66fe\u7ecf\u53d1\u751f\u8fc7\u4e8b\u6545\n\u6216\u6709\u4ea4\u901a\u8fdd\u89c4\u8bb0\u5f55\u7b49\u60c5\u51b5\uff0c\u60a8\u5f88\u53ef\u80fd\u4f1a\u88ab\u6536\u53d6\u66f4\u9ad8\u7684\u4fdd\u9669\u4fdd\u8d39\u3002\u56e0\u6b64\uff0c\u5efa\u8bae\u60a8\u8c28\u614e\u9a7e\u9a76\uff0c\u4e0d\u4ec5\u662f\u4e3a\u4e86\u4e2a\u4eba\u5b89\u5168\uff0c\u8fd8\u4e3a\u4e86\u83b7\u5f97\u66f4\u5b9e\u60e0\u7684\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u3002\n\n\n9.\u9644\u52a0\u4fdd\u5355\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\u4e3a\u60a8\u7684\u57fa\u672c\u4fdd\u5355\u6dfb\u52a0\u4e86\u4e00\u4e9b\u989d\u5916\u7684\u9644\u52a0\u4fdd\u9669\uff0c\u6bd4\u5982\n\u6321\u98ce\u73bb\u7483\u4fdd\u9669\n\u3001\n\u7279\u6b8a\u9669\u79cd\n\u7b49\uff0c\u60a8\u5c06\u9700\u8981\u652f\u4ed8\u66f4\u9ad8\u7684\u4fdd\u8d39\u3002\u6709\u5404\u79cd\u9644\u52a0\u4fdd\u9669\u53ef\u4f9b\u9009\u62e9\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u6839\u636e\u81ea\u5df1\u7684\u9700\u6c42\u9009\u62e9\u5408\u9002\u7684\u9644\u52a0\u4fdd\u9669\uff0c\u5e76\u53ef\u4ee5\u83b7\u5f97\u4fdd\u9669\u62a5\u4ef7\u6765\u786e\u5b9a\u7b26\u5408\u60a8\u6240\u9700\u8986\u76d6\u8303\u56f4\u7684\u9884\u7b97\u3002\n\n\n\u5e0c\u671b\u901a\u8fc7\u672c\u6587\u7684\u5e2e\u52a9\uff0c\u60a8\u80fd\u66f4\u597d\u5730\u7406\u89e3\u5f71\u54cd\u60a8\u4fdd\u9669\u8d39\u7387\u7684\u56e0\u7d20\u3002\u5982\u679c\u60a8\u6b63\u5728\u5bfb\u6c42\u4ef7\u683c\u5408\u9002\u7684\n\u6700\u4f73\u7efc\u5408\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\n\uff0c\u8bf7\u8bbf\u95eeQoala\u4e86\u89e3\u66f4\u591a\u4fe1\u606f\u3002Qoala\u662f\u4e00\u5bb6\u63d0\u4f9b\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u5404\u79cd\u7c7b\u578b\u6700\u4f73\u4fdd\u9669\n\u7684\u4fdd\u9669\u79d1\u6280\u5e73\u53f0\uff0c\u4fdd\u8bc1\u4e3a\u60a8\u63d0\u4f9b\u5b89\u5168\u3001\u7ecf\u6d4e\u5b9e\u60e0\u548c\u4fbf\u6377\u7684\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u8d2d\u4e70\u8fc7\u7a0b\u3002\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/zh/pianyiqichebaoxian/", "title": "\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a2023\u5e74\u6700\u4fbf\u5b9c\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669", "body": "\n\n\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u5728\u4fdd\u62a4\u60a8\u548c\u60a8\u7684\u8f66\u8f86\u65b9\u9762\u626e\u6f14\u7740\u975e\u5e38\u91cd\u8981\u7684\u89d2\u8272\u3002\u5728\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\uff0c\u6709\u5f88\u591a\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u63d0\u4f9b\u5404\u79cd\u9009\u62e9\uff0c\u65e0\u8bba\u662f\u6700\u4fbf\u5b9c\u7684\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u8fd8\u662f\u6700\u5168\u9762\uff08\u7efc\u5408\uff09\u7684\u4fdd\u9669\u90fd\u6709\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u6839\u636e\u60a8\u7684\u9884\u7b97\u548c\u9700\u6c42\u6765\u9009\u62e9\u3002\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662f\u60a8\u53ef\u4ee5\u8003\u8651\u7684\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a8\u5bb6\u6700\u4fbf\u5b9c\u548c\u6700\u597d\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\n1. AXA\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n2. Zurich\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n3. Tune Protect\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n4. Takaful Ikhlas\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n5. Lonpac\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n6. Etiqa\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n7. RHB Insurance Berhad\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n8. AmGeneral\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\u6700\u4fbf\u5b9c\u7684\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\uff1a7\u4e2a\u5f71\u54cd\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u4ef7\u683c\u7684\u56e0\u7d20\n1. \u7c7b\u578b\u548c\u8f66\u578b\n2. \u5e02\u573a\u4ef7\u683c\n3. \u8f66\u8f86\u5e74\u9f84\n4. \u989d\u5916\u4fdd\u62a4\n5. \u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n6. \u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u7c7b\u578b\n7. \u8f66\u8f86\u7684\u4f4d\u7f6e\u6216\u6240\u5728\u5730\n\u5728Qoala\u4e0a\u66f4\u65b0\u6700\u4fbf\u5b9c\u7684\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\uff0c\u4ee5\u83b7\u5f97\u5168\u9762\u7684\u4fdd\u62a4\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662f\u60a8\u53ef\u4ee5\u8003\u8651\u7684\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a8\u5bb6\u6700\u4fbf\u5b9c\u548c\u6700\u597d\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\n\n\n\u4e00\u822c\u6765\u8bf4\uff0c\n\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\u653f\u7b56\u63d0\u4f9b\u4fdd\u969c\u4ee5\u5e94\u5bf9\u4efb\u4f55\u5bfc\u81f4\u635f\u5931\u7684\u4e8b\u6545\u98ce\u9669\u3002\u5728\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\uff0c\u6709\u51e0\u5bb6\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u63d0\u4f9b\u5404\u79cd\u4ea7\u54c1\u548c\u9002\u5408\u60a8\u9700\u6c42\u7684\u4fdd\u62a4\u8ba1\u5212\u9009\u62e9\u3002\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662f\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6700\u597d\u76848\u5bb6\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\n\uff08\u63d0\u4f9b\u6700\u4fbf\u5b9c\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\uff09\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u60f3\u8981\n\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\uff0c\u53ef\u4ee5\u8003\u8651\u4ee5\u4e0b\u8fd9\u51e0\u95f4\u516c\u53f8\uff1a\n\n\n1. AXA\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\n\nAXA\u53ef\u4ee5\u8bf4\u662f\u5168\u7403\u9886\u5148\u7684\u8d44\u4ea7\u4fdd\u62a4\u516c\u53f8\u3002\u4f5c\u4e3a\u4e00\u4e2a\u4f8b\u5b50\uff0cSmartDrive Enhanced\u79c1\u5bb6\u8f66\u4fdd\u9669\u8ba1\u5212\u6839\u636e\u98ce\u9669\u6216\u635f\u5931\u7387\uff08\u57fa\u4e8e\u98ce\u9669\u5b9a\u4ef7\uff09\u63d0\u4f9b\n\u4fdd\u9669\u8d39\u4ef7\u683c\n\u3002\u8fd9\u610f\u5473\u7740\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u6709\u66f4\u5b89\u5168\u7684\u98ce\u9669\u914d\u7f6e\uff0c\u60a8\u6709\u53ef\u80fd\u4eab\u53d7\u8f83\u4f4e\u7684\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u3002\n\n\n\u6b64\u5916\uff0cAXA\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u8fd8\u901a\u8fc7\u6298\u6263\u6d3b\u52a8\u63d0\u4f9b\u7279\u5b9a\u7684\u6298\u6263\u548c\u4f18\u60e0\u3002\u8bf7\u70b9\u51fb\u6b64\u5904\u4e86\u89e3\u66f4\u591a\u5173\u4e8e\nAXA\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u4ea7\u54c1\n\u7684\u4fe1\u606f\u3002\n\n\n2. Zurich\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\n\nZurich Malaysia \u63d0\u4f9b\u5404\u79cd\n\u4fdd\u9669\u548c\u56de\u6559\u4fdd\u9669\n\u89e3\u51b3\u65b9\u6848\uff0c\u4ee5\u6ee1\u8db3\u60a8\u7684\u9700\u6c42\u3002\u53ef\u4ee5\u8bf4Zurich\u662f\u63d0\u4f9b\u6700\u4fbf\u5b9c\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u7684\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u4e4b\u4e00\uff0c\u503c\u5f97\u60a8\u8003\u8651\u3002\n\n\n\u4e0eAXA\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u4e00\u6837\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u5904\u4e8e\u4f4e\u98ce\u9669\u8303\u7574\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u4eab\u53d7\u9ad8\u8fbe10%\u7684\u6298\u6263\u6216\u652f\u4ed8\u4f4e\u4e8e\u5e94\u4ed8\u4fdd\u9669\u8d39\u7387\u7684\u8d39\u7528\u3002\u8fd9\u610f\u5473\u7740\u60a8\u53ef\u4ee5\u4ee5\u66f4\u4f4e\u7684\u4ef7\u683c\u62e5\u6709\u60a8\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u3002\n\n\n\u60a8\u8fd8\u6709\u673a\u4f1a\u901a\u8fc7\u6298\u6263\u6d3b\u52a8\u8d2d\u4e70\nZurich\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\u3002\n\n\n3. Tune Protect\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\n\nTune Protect\u63d0\u4f9b\n\u5404\u79cd\u7c7b\u578b\u7684\u4fdd\u9669\u8ba1\u5212\n\uff0c\u4ee5\u6ee1\u8db3\u6bcf\u4e2a\u4eba\u7684\u9700\u6c42\u3002\u60a8\u53ef\u4ee5\u9009\u62e9\u9002\u5408\u60a8\u81ea\u5df1\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u8ba1\u5212\u6216\u6839\u636e\u60a8\u7684\u9884\u7b97\u9009\u62e9\u6700\u4fbf\u5b9c\u7684\nAXA\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\u8ba1\u5212\u3002\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\u5f88\u5c11\u9a7e\u9a76\uff0c\u60a8\u8fd8\u6709\u673a\u4f1a\u83b7\u5f97\u5956\u52b1\uff08\u5728\u4fdd\u5355\u5230\u671f\u540e\uff0c\u60a8\u652f\u4ed8\u7684\u57fa\u672c\u4fdd\u8d39\u53ef\u4eab\u53d7\u9ad8\u8fbe20%\u7684\u6298\u6263\uff09\u3002\u8fd9\u79cd\u65b9\u5f0f\u53ef\u4ee5\u4e3a\u60a8\u5e26\u6765\u66f4\u591a\u7684\u8282\u7701\uff0c\u5e76\u5e2e\u52a9\u60a8\u66f4\u597d\u5730\u89c4\u5212\u8d22\u52a1\u3002\n\n\n4. Takaful Ikhlas\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\n\nSyarikat Takaful Ikhlas General Berhad\uff08Takaful Ikhlas\uff09\u662f\u4e00\u5bb6\u57fa\u4e8e\u4f0a\u65af\u5170\u6559\u4e49\u548c\u6cd5\u5f8b\u539f\u5219\u7684\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u3002\u60a8\u53ef\u4ee5\u5728\u7f51\u4e0a\u66f4\u65b0\u65f6\u83b7\u5f97\nTakaful Ikhlas\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u6700\u4fbf\u5b9c\n\u7684\u4fdd\u969c\u3002\n\n\n\u6b64\u5916\uff0cTakaful Ikhlas\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u4e5f\u4e3a\u5728\u7ebf\u8ba2\u8d2d\nTakaful\u8f66\u8f86\n\u8ba1\u5212\u7684\u5ba2\u6237\u63d0\u4f9b10%\u81f325%\u7684\u6298\u6263\u3002\u70b9\u51fb\u6b64\u5904\u4e86\u89e3\u66f4\u591a\u5173\u4e8e\nTakaful Ikhlas\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\u4ea7\u54c1\u7684\u4fe1\u606f\u3002\n\n\n\n\n5. Lonpac\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\n\nLonpac\u662f\u5927\u591a\u6570\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u4eba\u4fe1\u8d56\u7684\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u4e4b\u4e00\u3002\u8fd9\u662f\u56e0\u4e3a\u8be5\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u63d0\u4f9b\u591a\u6837\u5316\u7684\u4fdd\u9669\u4ea7\u54c1\u548c\u4f18\u8d28\u7684\u670d\u52a1\u3002\n\n\nLonpac\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\u63d0\u4f9b\u4e0e\u5176\u4ed6\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u76f8\u6bd4\u5177\u6709\u7ade\u4e89\u529b\u7684\u4fdd\u9669\u4ef7\u683c\u3002\u56e0\u6b64\uff0c\u6beb\u4e0d\u5947\u602a\u60a8\u53ef\u4ee5\u5728Lonpac\u83b7\u5f97\u6700\u4fbf\u5b9c\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\uff08\u5177\u4f53\u53d6\u51b3\u4e8e\u60a8\u7684\u4fdd\u5355\uff09\u3002\n\n\n6. Etiqa\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\n\nEtiqa\u662f\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u8457\u540d\u7684\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u4e4b\u4e00\u3002Etiqa\u63d0\u4f9b\n\u591a\u79cd\u4fdd\u9669\u9009\u62e9\n\uff0c\u5305\u62ec\u4eba\u5bff\u4fdd\u9669\u548c\u8d22\u4ea7\u7ba1\u7406\uff0c\u4ee5\u4fdd\u62a4\u60a8\u548c\u5bb6\u4eba\u514d\u53d7\u4efb\u4f55\u8d22\u52a1\u98ce\u9669\u3002\n\n\n\u4e3a\u4ec0\u4e48Etiqa\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u88ab\u8ba4\u4e3a\u662f\u6700\u4fbf\u5b9c\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u4e4b\u4e00\u5462\uff1f\u8fd9\u662f\u56e0\u4e3a\u901a\u8fc7\u201dDrive Less Save More\u201d\u6d3b\u52a8\uff0c\u5f53\u60a8\u8f83\u5c11\u9a7e\u9a76\u65f6\uff0c\u5b83\u63d0\u4f9b30%\u7684\u73b0\u91d1\u8fd4\u8fd8\u3002\u901a\u8fc7\u8fd9\u4e9b\u8282\u7701\uff0c\u8fd9\u7edd\u5bf9\u662f\u4e00\u7b14\u5212\u7b97\u7684\u8d2d\u4e70\u3002\u60a8\u53ef\u4ee5\u5c06\u8fd9\u4e9b\u989d\u5916\u7684\u94b1\u5b58\u5165\n\u50a8\u84c4\n\u8d26\u6237\u6216\u8fdb\u884c\n\u6295\u8d44\n\u3002\n\n\n\u6b64\u5916\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u5728\u7ebf\u8d2d\u4e70\u4fdd\u9669\uff0c\u60a8\u8fd8\u6709\u673a\u4f1a\u83b7\u5f9710%\u7684\u65e0\u7d22\u8d54\u6298\u6263\uff08\nNCD\n\uff09\u3002\u8fd9\u95f4\u63a5\u5730\u4e3a\u60a8\u63d0\u4f9b\u989d\u5916\u7684\u8282\u7701\u3002\n\n\n7. RHB Insurance Berhad\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\n\nRHB Insurance\u662f\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6700\u5927\u7684\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u4e4b\u4e00\u3002\u4ed6\u4eec\u4f1a\u6839\u636e\u60a8\u7684\u9884\u7b97\u7684\u5b8c\u6574\u4fdd\u9669\u8ba1\u5212\u3002\u8fd9\u610f\u5473\u7740\u60a8\u5c06\u6709\u9009\u62e9\u6743\uff0c\u53ef\u4ee5\u6839\u636e\u60a8\u7684\u80fd\u529b\u548c\u9700\u6c42\u9009\u62e9\u4efb\u4f55\u8ba1\u5212\u3002\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\n\u4eceRHB\u8d2d\u4e70\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\uff0c\u60a8\u6709\u673a\u4f1a\u4eab\u53d7\u4fdd\u9669\u8d39\u7684\u6298\u6263\u3002\u8fd9\u5c06\u4f7f\u60a8\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u8d39\u66f4\u4fbf\u5b9c\u3002\u5982\u679c\u60a8\u5728Qoala\u4e0a\n\u66f4\u65b0RHB\u4fdd\u9669\n\uff0c\u9664\u4e86RHB\u81ea\u8eab\u63d0\u4f9b\u7684\u6298\u6263\u5916\uff0c\u60a8\u8fd8\u53ef\u4ee5\u4eab\u53d7\u8be5\u5e73\u53f0\u63d0\u4f9b\u7684\u6298\u6263\u3002\u8fd9\u5c06\u5e26\u6765\u591a\u91cd\u7684\u8282\u7701\uff01\n\n\n8. AmGeneral\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\n\nKurnia Insurance\u73b0\u5728\u88ab\u79f0\u4e3aAmGeneral Insurance\u3002\u4ed6\u4eec\u63d0\u4f9b\u5168\u9762\u7684\u4fdd\u62a4\u8ba1\u5212\uff0c\u4fdd\u62a4\u60a8\u7684\u8f66\u8f86\u514d\u53d7\u4e8b\u6545\u3001\u706b\u707e\u548c\u76d7\u7a83\u9020\u6210\u7684\u635f\u5931\u548c\u635f\u574f\u3002\n\n\n\u6b64\u5916\uff0cAmGeneral\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u8fd8\u63d0\u4f9b\u5bf9\u60a8\u5bf9\u4ed6\u4eba\u7684\u8d23\u4efb\u7684\u4fdd\u62a4\uff0c\u4f8b\u5982\u5bf9\u4ed6\u4eba\u8f66\u8f86\u7684\u635f\u574f\u3001\u53d7\u4f24\u6216\u6b7b\u4ea1\u7684\u4fdd\u969c\u3002\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\u60f3\n\u66f4\u65b0AmGeneral\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\u4ee5\u4eab\u53d7\u6700\u4f18\u60e0\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u8d39\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u70b9\u51fb\u8fd9\u91cc\u4e86\u89e3\u66f4\u591a\u5173\u4e8e\nAmGeneral\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\u4ea7\u54c1\u7684\u4fe1\u606f\u3002\n\n\n\n\n\u6700\u4fbf\u5b9c\u7684\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\uff1a7\u4e2a\u5f71\u54cd\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u4ef7\u683c\u7684\u56e0\u7d20\n\n\n\u57fa\u672c\u4e0a\uff0c\u6709\n\u8bb8\u591a\u56e0\u7d20\u53ef\u4ee5\u5f71\u54cd\u60a8\u7684\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\n\u3002\u8fd9\u4e9b\u56e0\u7d20\u95f4\u63a5\u51b3\u5b9a\u4e86\u60a8\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u662f\u6700\u4fbf\u5b9c\u8fd8\u662f\u6700\u6602\u8d35\u7684\u3002\n\n\n1. \u7c7b\u578b\u548c\u8f66\u578b\n\n\n\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u7684\u4ef7\u683c\u4fbf\u5b9c\u6216\u6602\u8d35\u53d6\u51b3\u4e8e\u60a8\u7684\u8f66\u8f86\u7c7b\u578b\u548c\u578b\u53f7\u3002\u4f8b\u5982\uff0cPerodua Axia\u7684\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u6bd4Perodua Myvi\u7684\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u4fbf\u5b9c\u3002\n\n\n2. \u5e02\u573a\u4ef7\u683c\n\n\n\u901a\u5e38\u60c5\u51b5\u4e0b\uff0c\u62e5\u6709\u5f53\u524d\n\u5e02\u573a\u4ef7\u503c\n\u8f83\u9ad8\u7684\u8f66\u8f86\u7684\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u8f83\u9ad8\uff0c\u800c\u5e02\u573a\u4ef7\u503c\u8f83\u4f4e\u7684\u8f66\u8f86\u7684\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u8f83\u4f4e\u3002\n\n\n3. \u8f66\u8f86\u5e74\u9f84\n\n\n\u8f66\u8f86\u7684\u5e74\u9f84\u4e5f\u662f\u786e\u5b9a\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u4fbf\u5b9c\u4e0e\u6602\u8d35\u7684\u56e0\u7d20\u4e4b\u4e00\u3002\u8f66\u8f86\u5e74\u9f84\u8d8a\u5927\uff0c\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u8d8a\u4fbf\u5b9c\u3002\n\n\n4. \u989d\u5916\u4fdd\u62a4\n\n\n\u5176\u4ed6\n\u9644\u52a0\u4fdd\u62a4\u63aa\u65bd\n\uff0c\u5982\u81ea\u7136\u707e\u5bb3\u4fdd\u62a4\uff08\u5982\n\u8f66\u8f86\u6c34\u707e\u4fdd\u9669\n\uff09\u548c\n\u8f66\u8f86\u955c\u5b50\u4fdd\u62a4\n\uff0c\u4e5f\u4f1a\u5f71\u54cd\u60a8\u7684\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u3002\u8fd9\u610f\u5473\u7740\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u4e3a\u60a8\u7684\u8f66\u8f86\u6dfb\u52a0\u4e86\u8fd9\u4e9b\u4fdd\u62a4\u63aa\u65bd\uff0c\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u5c06\u4f1a\u66f4\u9ad8\u3002\n\n\n5. \u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n\n\n\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\u8d8a\u5927\uff0c\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u8d8a\u9ad8\u3002\u4f8b\u5982\uff0cPerodua Myvi 1.5L\u7684\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u6bd4Perodua Myvi 1.3L\u7684\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u66f4\u9ad8\u3002\n\n\n6. \u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u7c7b\u578b\n\n\n\u5728\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\uff0c\u60a8\u5fc5\u987b\u5148\u66f4\u65b0\u8f66\u9669\uff08\u6216\u6469\u6258\u8f66\u9669\uff09\u624d\u80fd\n\u66f4\u65b0\u9053\u8def\u7a0e\n\u3002\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6709\u4e09\u79cd\u8f66\u9669\u53ef\u4f9b\u8003\u8651\uff0c\u5305\u62ec\uff1a\n\n\n\u5168\u9669\u4fdd\u9669\n\n\n\u5168\u9762\u4fdd\u969c\uff08\n\u7b2c\u4e00\u65b9\u4fdd\u9669\n\uff09\u63d0\u4f9b\u5168\u9762\u7684\u4fdd\u62a4\uff0c\u5305\u62ec\u5bf9\u60a8\u7684\u8f66\u8f86\u63d0\u4f9b\u7b2c\u4e09\u8005\u8d23\u4efb\u4fdd\u9669\u3001\u76d7\u7a83\u548c\u706b\u707e\u7b49\u9644\u52a0\u4fdd\u62a4\u3002\n\u6362\u53e5\u8bdd\u8bf4\uff0c\u8fd9\u79cd\u4fdd\u62a4\u4e0d\u4ec5\u4fdd\u62a4\u7b2c\u4e09\u65b9\uff08\u5176\u4ed6\u9a7e\u9a76\u5458\uff09\uff0c\u8fd8\u4fdd\u62a4\u60a8\u81ea\u5df1\u3002\n\n\n\u4fdd\u9669\u7b2c\u4e09\u8005\u8d23\u4efb\u9644\u5e26\u9632\u706b\u548c\u76d7\u7a83\u4fdd\u62a4\n\n\n\u7b2c\u4e09\u8005\u8d23\u4efb\u9644\u5e26\u9632\u706b\u548c\u76d7\u7a83\u4fdd\u62a4\u4e3a\u60a8\u63d0\u4f9b\u4fdd\u62a4\uff0c\u4ee5\u9632\u6b62\u56e0\u60a8\u7684\u8f66\u8f86\u5bfc\u81f4\u7684\u7b2c\u4e09\u65b9\u4eba\u8eab\u4f24\u5bb3\u3001\u8d22\u4ea7\u635f\u5931\u6216\u6b7b\u4ea1\u7684\u7d22\u8d54\u3002\n\n\n\u6b64\u5916\uff0c\u5b83\u8fd8\u4fdd\u62a4\u60a8\u7684\u8f66\u8f86\u514d\u53d7\u706b\u707e\u6216\u76d7\u7a83\u6240\u5bfc\u81f4\u7684\u98ce\u9669\u548c\u635f\u5931\u3002\n\n\n\u7b2c\u4e09\u65b9\u4fdd\u9669\n\n\n\u7b2c\u4e09\u65b9\u4fdd\u9669\uff08\nThird party insurance\n\uff09\u662f\u4e3a\u60a8\u7684\u6c7d\u8f66\u63d0\u4f9b\u57fa\u672c\u4fdd\u62a4\u7684\u4e00\u79cd\u4fdd\u9669\u3002\u7b2c\u4e09\u65b9\u4fdd\u9669\u88ab\u8ba4\u4e3a\u662f\u6700\u5ec9\u4ef7\u6216\u6700\u5b9e\u60e0\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u653f\u7b56\u3002\n\n\n\u8be5\u4ef7\u683c\u56e0\u4fdd\u62a4\u8303\u56f4\u548c\u798f\u5229\u7684\u9650\u5236\u800c\u6709\u6240\u5f71\u54cd\u3002\u8fd9\u79cd\u4fdd\u9669\u653f\u7b56\u4ec5\u63d0\u4f9b\u5bf9\u7b2c\u4e09\u65b9\u8f66\u8f86\u635f\u574f\u3001\u4e2a\u4eba\u8d22\u4ea7\u548c\u8eab\u4f53\u4f24\u5bb3\u7684\u4fdd\u62a4\u3002\n\n\n\u7b2c\u4e09\u65b9\u8d23\u4efb\u4fdd\u9669\u662f\u8f66\u4e3b\u5fc5\u987b\u5177\u5907\u7684\u6700\u4f4e\u4fdd\u9669\u4fdd\u969c\uff0c\u4ee5\u4fbf\u5408\u6cd5\n\u66f4\u65b0\u9053\u8def\u7a0e\n\uff0c\u5e76\u5728\u516c\u8def\u4e0a\u8fdb\u884c\u5408\u6cd5\u9a7e\u9a76\u3002\n\n\n7. \u8f66\u8f86\u7684\u4f4d\u7f6e\u6216\u6240\u5728\u5730\n\n\n\u5728\u897f\u9a6c\u5730\u533a\uff0c\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u7684\u4ef7\u683c\u901a\u5e38\u6bd4\u6c99\u5df4\u548c\u7802\u62c9\u8d8a\u5730\u533a\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u8981\u9ad8\u3002\u8fd9\u662f\u57fa\u4e8e\u897f\u9a6c\u5730\u533a\u4ea4\u901a\u7e41\u5fd9\u4e14\u4e8b\u6545\u9891\u53d1\u7684\u60c5\u51b5\u8003\u8651\u7684\u56e0\u7d20\u3002\n\n\n\n\n\u5728Qoala\u4e0a\u66f4\u65b0\u6700\u4fbf\u5b9c\u7684\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\uff0c\u4ee5\u83b7\u5f97\u5168\u9762\u7684\u4fdd\u62a4\n\n\n\u5c3d\u7ba1\u6700\u4fbf\u5b9c\u7684\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u53ef\u4ee5\u4e3a\u60a8\u63d0\u4f9b\u66f4\u597d\u7684\u8282\u7701\uff0c\u4f46\u8bf7\u4e0d\u8981\u4ec5\u4ec5\u9009\u62e9\u6700\u4fbf\u5b9c\u7684\u4fdd\u9669\u6765\u907f\u514d\u9762\u4e34\u6f5c\u5728\u7684\u635f\u5931\u98ce\u9669\u3002\n\n\n\u8bf7\u8003\u8651\u8bb8\u591a\u56e0\u7d20\uff0c\u5e76\u5728\u8fdb\u884c\u5145\u5206\u8c03\u67e5\u540e\u505a\u51fa\u9002\u5f53\u7684\u4fdd\u62a4\u9009\u62e9\u3002\u56e0\u6b64\uff0c\u8bf7\u82b1\u4e00\u4e9b\u65f6\u95f4\u4ed4\u7ec6\u7814\u7a76\u60a8\u7684\u9009\u62e9\u5e76\u505a\u51fa\u6700\u4f73\u51b3\u7b56\u3002\n\n\n\u9664\u6b64\u4e4b\u5916\uff0c\u60a8\u8fd8\u53ef\u4ee5\u8003\u8651\u5176\u4ed6\u65b9\u6cd5\u6765\u8282\u7701\u8d39\u7528- \n\u5728Qoala\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\u3002\u8d2d\u4e70Qoala\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u4ee5\u4eab\u53d7\u66f4\u591a\u7684\u8282\u7701\uff01\n\n\n\n\n\u8d2d\u4e70\u5728\u7ebf\u4fdd\u9669 \u2013 \u60a8\u53ef\u4ee5\u8f7b\u677e\u5730\u5728\u5bb6\u4e2d\u8d2d\u4e70\u6216\u7eed\u4fdd\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\uff0c\u65e0\u9700\u4eb2\u81ea\u524d\u5f80\u90ae\u5c40\u6216\u4ea4\u901a\u5c40\u67dc\u53f0\u3002\n\n\n\u6bd4\u8f83\u4fdd\u9669\u4ea7\u54c1 \u2013 \u60a8\u53ef\u4ee5\u6bd4\u8f83\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u5404\u5927\u4f18\u79c0\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u63d0\u4f9b\u7684\u591a\u4e2a\u62a5\u4ef7\u3002\n\n\n\u6536\u5230\u62a5\u4ef7 \u2013 \u5feb\u901f\u6536\u5230\u514d\u8d39\u62a5\u4ef7\uff0c\u4ee5\u66f4\u597d\u5730\u4fdd\u62a4\u60a8\u7684\u6c7d\u8f66\u3002\n\n\n\n\nQoala\u662f\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6700\u4f73\u7684\u5728\u7ebf\u4fdd\u9669\u6bd4\u8f83\u5e73\u53f0\n\u3002\u60a8\u53ef\u4ee5\u8f7b\u677e\u5feb\u6377\u5730\u4ee5\u5408\u7406\u7684\u4ef7\u683c\u83b7\u5f97\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6700\u4f73\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u3002\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/zh/qichelushuijiage/", "title": "2023\u5e74\u6309\u6392\u6c14\u91cfcc\u5206\u7c7b\u7684\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u8868", "body": "\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u901a\u5e38\u4f1a\u6839\u636e\u7279\u5b9a\u56e0\u7d20\u800c\u5f02\u3002\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u662f\u6839\u636e\u53d1\u52a8\u673a\u6392\u6c14\u91cf\uff08\u6309\u6392\u6c14\u91cf\u5206\u7c7b\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\uff09\uff0c\u5730\u7406\u4f4d\u7f6e\uff0c\u8f66\u578b\u548c\u8f66\u8f86\u6240\u6709\u6743\u6765\u786e\u5b9a\u7684\u3002\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n\u5f71\u54cd\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u4e94\u4e2a\u56e0\u7d20\n1.\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n2.\u5730\u70b9\n3.\u8f66\u8f86\u7528\u9014\n4.\u8f66\u8f86\u7c7b\u578b\n5.\u8f66\u9f84\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u3001\u6c99\u5df4\u548c\u7802\u62c9\u8d8a\u7684\u79c1\u5bb6\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u7a0e\u7387\n2023\u5e74\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u5341\u5927\u70ed\u95e8\u6c7d\u8f66\u54c1\u724c\uff08\u6839\u636e\u6392\u6c14\u91cf\uff09\u7684\u8f66\u8f86\u8def\u7a0e\u7387\u8868\n1.\u5b9d\u817e\uff08Proton\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n2.\u7b2c\u4e8c\u56fd\u4ea7\uff08Perodua\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n3.\u672c\u7530\uff08Honda\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n4.\u4e30\u7530\uff08Toyota\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n5.\u65e5\u4ea7\uff08Nissan\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n6.\u4e09\u83f1\uff08Mitsubishi\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n7.\u8d77\u4e9a\uff08Kia\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n8.\u9a6c\u81ea\u8fbe\uff08Mazda\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n9.\u73b0\u4ee3\uff08Hyundai\uff09\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n10.\u5927\u4f17\uff08Volkswagen\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\u901a\u8fc7 Qoala \u7ebf\u4e0a\u7eed\u4fdd\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u548c\u9053\u8def\u7a0e\uff0c\u8ba9\u60a8\u66f4\u5b89\u5fc3\n\n\n\u5f71\u54cd\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u4e94\u4e2a\u56e0\u7d20\n\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u662f\u6309\u5e74\u5ea6\u8ba1\u7b97\u7684\uff0c\u8003\u91cf\u5230\u4ee5\u4e0b\u7684\u56e0\u7d20\uff1a\n\n\n1.\u53d1\u52a8\u673a\u5bb9\u91cf\n\n\n\u8f83\u5927\u7684\u53d1\u52a8\u673a\u5c06\u6536\u53d6\u66f4\u9ad8\u7684\u8def\u7a0e\u548c\u6c7d\u8f66\u4fdd\u8d39\u3002\u8fd9\u662f\u56e0\u4e3a\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u4ecd\u7136\u5b9e\u884c\u65e7\u7684\u7a0e\u6536\u5236\u5ea6- \u636e\u8bf4\u4f7f\u7528\u5927\u578b\n\u6c7d\u8f66\u53d1\u52a8\n\u673a\u4f1a\u5bfc\u81f4\u7a7a\u6c14\u6c61\u67d3\u52a0\u5267\u3002\n\n\n\u56e0\u6b64\uff0c\u53d1\u52a8\u673a\u6392\u91cf\u8f83\u5927\u7684\u6c7d\u8f66\u5c06\u88ab\u5f81\u6536\u8f83\u9ad8\u7684\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u3002\n\n\n2.\u5730\u70b9\n\n\n\u4e1c\u9a6c\uff08\u6c99\u5df4\u548c\u7802\u62c9\u8d8a\uff09\u7684\u8f66\u4e3b\u901a\u5e38\u53ef\u4eab\u6709\u6bd4\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u4fbf\u5b9c\u7684\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u3002\u8fd9\u662f\u56e0\u4e3a\u4e0e\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u7684\u9053\u8def\u57fa\u7840\u8bbe\u65bd\u76f8\u6bd4\uff0c\u6c99\u5df4\u548c\u7802\u62c9\u8d8a\u7684\u8f83\u5dee\u3002\n\n\n\u6b64\u5916\uff0c\u7eb3\u95fd\u5c9b\u3001\u5170\u5361\u5a01\u5c9b\u548c\u90a6\u54af\u5c9b\u7684\u8f66\u4e3b\u5bf9\u4e8e\u53d1\u52a8\u673a\u6392\u91cf\u4e3a1000cc \u53ca\u4ee5\u4e0b\u7684\u8f66\u8f86\u9700\u7f34\u7eb320\u4ee4\u5409\u7684\u56fa\u5b9a\u8def\u7a0e\u3002\u5bf9\u4e8e\u53d1\u52a8\u673a\u6392\u91cf\u8d85\u8fc71000cc \u7684\u8f66\u8f86\uff0c\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u5c06\u6309\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u7a0e\u7387\u768450%\u6536\u53d6\u3002\n\n\n\n\n3.\u8f66\u8f86\u7528\u9014\n\n\n\u6b64\u5916\uff0c\u8f66\u8f86\u7528\u9014\u4e5f\u4f1a\u5f71\u54cd\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u66f4\u65b0\u7684\u4ef7\u683c\u3002\u901a\u5e38\uff0c\u79c1\u4eba\u8f66\u8f86\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u7387\u4f1a\u6bd4\u516c\u53f8\u8f66\u8f86\u66f4\u4fbf\u5b9c\u3002\n\n\n4.\u8f66\u8f86\u7c7b\u578b\n\n\n\u8f66\u8f86\u7c7b\u578b\u7684\u4e0d\u540c\u5982\u6c7d\u8f66\u3001\u5361\u8f66\u6216\u662f\u6469\u6258\u8f66\uff0c\u4e5f\u90fd\u4f1a\u5f71\u54cd\u8def\u7a0e\u7684\u7a0e\u7387\u3002\u6bcf\u79cd\u7c7b\u578b\u7684\u8f66\u8f86\u90fd\u6709\u4e0d\u540c\u7684\u7a0e\u7387\u3002\u8f7f\u8f66\u5982\u4e09\u53a2\u8f66\u3001\u6380\u80cc\u8f66\u7b49\u901a\u5e38\u6bd4MPV\u3001SUV\u3001\u76ae\u5361\u7b49\u4fbf\u5b9c\u3002\n\n\n5.\u8f66\u9f84\n\n\n\u8f66\u9f84\u4e5f\u4f1a\u5f71\u54cd\u8f66\u8f86\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u3002\u60a8\u7684\u6c7d\u8f66\u8d8a\u65e7\uff0c\u8be5\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u5c31\u8d8a\u4f4e\u3002\n\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u3001\u6c99\u5df4\u548c\u7802\u62c9\u8d8a\u7684\u79c1\u5bb6\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u7a0e\u7387\n\n\n\u4e3a\u4e86\u8ba9\u60a8\u66f4\u8f7b\u677e\u5730\u6839\u636e CC\u8ba1\u7b97\u8def\u7a0e\u4ee5\u5e2e\u52a9\u60a8\n\u89c4\u5212\u5f00\u652f\n\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u53c2\u8003\u4e0b\u8868\u3002\u4ee5\u4e0b\u662f\u6839\u636e\u6c7d\u8f66 CC \u5728\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u3001\u6c99\u5df4\u548c\u7802\u62c9\u8d8a\u5217\u51fa\u57302023\u5e74\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u5217\u8868\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\n\n\n\u6c99\u5df4\u548c\u7802\u62c9\u8d8a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6c7d\u8f66\u53d1\u52a8\u673a\u6392\u6c14\u91cf\u00a0\n\uff08CC\uff09\n\n\n\n\n\u57fa\u672c\u7a0e\u7387\n\n\n\u6e10\u8fdb\u7a0e\u7387\n\n\n\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u57fa\u672c\u7a0e\u7387\n\n\n\u6e10\u8fdb\u7a0e\u7387\n\n\n\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\n\n\n\n1,000\u548c\u4ee5\u4e0b\n\n\n20\u4ee4\u5409\n\n\n\u2013\n\n\n20\u4ee4\u5409\n\n\n20\u4ee4\u5409\n\n\n\u2013\n\n\n20\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\n1,001\u81f31,200\n\n\n55\u4ee4\u5409\n\n\n\u2013\n\n\n55\u4ee4\u5409\n\n\n44\u4ee4\u5409\n\n\n\u2013\n\n\n44\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\n1,201\u81f31,400\n\n\n70\u4ee4\u5409\n\n\n\u2013\n\n\n70\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\u2013\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\n1,401\u81f31,600\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n\u2013\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n72\u4ee4\u5409\n\n\n\u2013\n\n\n72\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\n1,601\u81f31,800\n\n\n200\u4ee4\u5409\n\n\n40\u4ed9\n\n\n200\u4ee4\u5409\u81f3280\u4ee4\u5409\n\n\n160\u4ee4\u5409\n\n\n32\u4ed9\n\n\n160\u4ee4\u5409\u81f3224\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\n1,801\u81f32,000\n\n\n280\u4ee4\u5409\n\n\n50\u4ed9\n\n\n280\u4ee4\u5409\u81f3380\u4ee4\u5409\n\n\n224\u4ee4\u5409\n\n\n25\u4ed9\n\n\n224\u4ee4\u5409\u81f3274\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\n2,001\u81f32,500\n\n\n380\u4ee4\u5409\n\n\n1\u4ee4\u5409\n\n\n381\u4ee4\u5409\u81f3880\u4ee4\u5409\n\n\n274\u4ee4\u5409\n\n\n50\u4ed9\n\n\n274\u4ee4\u5409\u81f3524\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\n2,501\u81f33,000\n\n\n880\u4ee4\u5409\n\n\n2\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n882\u4ee4\u5409\u81f32,130\u4ee4\u5409\n\n\n524\u4ee4\u5409\n\n\n1\u4ee4\u5409\n\n\n524\u4ee4\u5409\u81f31,024\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\n3,001\u548c\u4ee5\u4e0a\n\n\n2,130\u4ee4\u5409\n\n\n4\u4ee4\u5409\n\n\n2,134\u4ee4\u5409+\n\n\n1,024\u4ee4\u5409\n\n\n1\u4ee4\u540935\u4ed9\n\n\n1,025\u4ee4\u5409 +\n\n\n\n\n\n\n\n\n\uff08\u56fe\u88681\u663e\u793a\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u3001\u6c99\u5df4\u548c\u7802\u62c9\u8d8a\u7684\u79c1\u5bb6\u8f66\u6839\u636e CC \u6392\u653e\u91cf\u7684\u8def\u7a0e\u7eed\u8ba2\u4ef7\u683c\u3002\uff09\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\n\n\n\u6c99\u5df4\u548c\u7802\u62c9\u8d8a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6c7d\u8f66\u53d1\u52a8\u673a\u6392\u6c14\u91cf\u00a0\n\uff08CC\uff09\n\n\n\n\n\u57fa\u672c\u7a0e\u7387\n\n\n\u6e10\u8fdb\u7a0e\u7387\n\n\n\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u57fa\u672c\u7a0e\u7387\n\n\n\u6e10\u8fdb\u7a0e\u7387\n\n\n\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\n\n\n\n1,000\u548c\u4ee5\u4e0b\n\n\n20\u4ee4\u5409\n\n\n\u2013\n\n\n20\u4ee4\u5409\n\n\n20\u4ee4\u5409\n\n\n\u2013\n\n\n20\u4ed9\n\n\n\n\n\n\n1,001\u81f31,200\n\n\n85\u4ee4\u5409\n\n\n\u2013\n\n\n85\u4ee4\u5409\n\n\n42\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n\u2013\n\n\n42\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n\n\n\n\n1,201\u81f31,400\n\n\n100\u4ee4\u5409\n\n\n\u2013\n\n\n100\u4ee4\u5409\n\n\n50\u4ee4\u5409\n\n\n\u2013\n\n\n50\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\n1,401\u81f31,600\n\n\n120\u4ee4\u5409\n\n\n\u2013\n\n\n120\u4ee4\u5409\n\n\n60\u4ee4\u5409\n\n\n\u2013\n\n\n60\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\n1,601\u81f31,800\n\n\n300\u4ee4\u5409\n\n\n30\u4ed9\n\n\n300\u4ee4\u5409\u81f3360\u4ee4\u5409\n\n\n165\u4ee4\u5409\n\n\n17\u4ed9\n\n\n165\u4ee4\u5409\u81f3199\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\n1,801\u81f32,000\n\n\n360\u4ee4\u5409\n\n\n40\u4ed9\n\n\n360\u4ee4\u5409\u81f3440\u4ee4\u5409\n\n\n199\u4ee4\u5409\n\n\n22\u4ed9\n\n\n199\u4ee4\u5409\u81f3243\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\n2,001\u81f32,500\n\n\n440\u4ee4\u5409\n\n\n80\u4ed9\n\n\n440\u4ee4\u5409\u81f3840\u4ee4\u5409\n\n\n243\u4ee4\u5409\n\n\n44\u4ed9\n\n\n243\u4ee4\u5409\u81f3463\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\n2,501\u81f33,000\n\n\n840\u4ee4\u5409\n\n\n1\u4ee4\u540960\u4ed9\n\n\n840\u4ee4\u5409\u81f31,640\u4ee4\u5409\n\n\n463\u4ee4\u5409\n\n\n88\u4ed9\n\n\n463\u4ee4\u5409\u81f3903\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\n3,001\u548c\u4ee5\u4e0a\n\n\n1,640\u4ee4\u5409\n\n\n1\u4ee4\u540960\u4ed9\n\n\n1,641\u4ee4\u5409+\n\n\n903\u4ee4\u5409\n\n\n1\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n904\u4ee4\u5409+\n\n\n\n\n\n\n\n\n(\u56fe\u88682\u663e\u793a\u67f4\u6cb9/SUV/MPV\u79c1\u4eba\u548c\u516c\u53f8\u8f66\u8f86\u6839\u636e CC \u6392\u653e\u91cf\u5728\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u3001\u6c99\u5df4\u3001\u7802\u62c9\u8d8a\u5730\u533a\u7684\u8def\u7a0e\u7a0e\u7387\u8868\u3002\uff09\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n2023\u5e74\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u5341\u5927\u70ed\u95e8\u6c7d\u8f66\u54c1\u724c\uff08\u6839\u636e\u6392\u6c14\u91cf\uff09\u7684\u8f66\u8f86\u8def\u7a0e\u7387\u8868\n\n\n\u4e3a\u4e86\u8ba9\u60a8\u4e86\u89e3\u6c7d\u8f66\u578b\u53f7\u5bf9\u5e94\u7684\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\uff0c\u6211\u4eec\u63d0\u4f9b\u4e86\u4ee5\u4e0b\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u6e05\u5355\u3002\u60a8\u53ef\u4ee5\u67e5\u770b\u6309\u6392\u6c14\u91cf\u548c\u5730\u533a\uff08\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u3001\u6c99\u5df4\u548c\u7802\u62c9\u8d8a\uff09\u4f30\u7b97\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ed8\u6b3e\u3002\n\n\n\u8bf7\u6ce8\u610f\uff0c\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u6e05\u5355\u4ec5\u4ec5\u662f\u4f30\u7b97\uff0c\u5b9e\u9645\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u8ba1\u7b97\u53ef\u80fd\u4f1a\u56e0\u60c5\u51b5\u800c\u53d8\u5316\u3002\n\n\n1.\u5b9d\u817e\uff08Proton\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662fProton\u6c7d\u8f66\u578b\u53f7\u6309\u6392\u6c14\u91cf\u6536\u8d39\u7684\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6309\u6392\u6c14\u91cf\u6536\u8d39\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u5f15\u64ce\u5bb9\u91cf\n\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\u6c99\u5df4/\u7802\u62c9\u8d8a\u9053\u8def\u7a0e\u00a0\n\n\n\n\n\n\nProton X50 1.5\n\n\n1496 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nProton X70\n\n\n1799 cc\n\n\n359\u4ee4\u540970\u4ed9\n\n\n198\u4ee4\u540983\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nProton Saga 1.3\n\n\n1332cc\n\n\n70\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nProton Saga 1.6\n\n\n1597 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nProton Exora 1.6\n\n\n1561 cc\n\n\n100\u4ee4\u5409\n\n\n50\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nProton Inspira 1.8\n\n\n1798 cc\n\n\n279\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n223\u4ee4\u540936\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nProton Inspira 2.0\n\n\n1998 cc\n\n\n379\u4ee4\u5409\n\n\n273\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nProton Persona 1.6\n\n\n1597 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nProton Preve 1.6\n\n\n1561 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nProton Iriz 1.3\n\n\n1332 cc\n\n\n70\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nProton Ertiga 1.6\n\n\n1596 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nProton Ertiga 1.4\n\n\n1373 cc\n\n\n70\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\n\n\n2.\u7b2c\u4e8c\u56fd\u4ea7\uff08Perodua\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662f2023\u5e74\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a Perodua \u6c7d\u8f66\u578b\u53f7\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6309\u6392\u6c14\u91cf\u6536\u8d39\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u5f15\u64ce\u5bb9\u91cf\n\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\u6c99\u5df4/\u7802\u62c9\u8d8a\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\n\n\n\nPerodua Axia 1.0\n\n\n998 cc\n\n\n20\u4ee4\u5409\n\n\n20\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nPerodua Bezza 1.0\n\n\n998 cc\n\n\n20\u4ee4\u5409\n\n\n20\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nPerodua Bezza 1.3\n\n\n1300 cc\n\n\n70\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nPerodua Myvi 1.3\n\n\n1329 cc\u00a0\n\n\n70\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nPerodua Myvi 1.5 (\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e 1.5 cc)\n\n\n1496 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nPerodua Kancil\u00a0\n\n\n850 cc\n\n\n20\u4ee4\u5409\u00a0\n\n\n20\u4ee4\u5409\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPerodua Alza 1.5\n\n\n1495 cc\u00a0\n\n\n100\u4ee4\u5409\n\n\n50\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nPerodua Aruz 1.5\n\n\n1496 cc\n\n\n100\u4ee4\u5409\n\n\n50\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\n\n\n3.\u672c\u7530\uff08Honda\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u5982\u679c\u8981\u67e5\u8be2Honda\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u53c2\u8003\u4ee5\u4e0b\u4ef7\u683c\u8868\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6309\u6392\u6c14\u91cf\u6536\u8d39\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u5f15\u64ce\u5bb9\u91cf\n\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\u6c99\u5df4/\u7802\u62c9\u8d8a\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\n\n\n\nHonda City 1.5\n\n\n1497 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nHonda Civic 1.5\n\n\n1498 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nHonda Civic 1.8 (\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c 1.8 cc)\n\n\n1799 cc\n\n\n279\u4ee4\u540960\u4ed9\n\n\n223\u4ee4\u540968\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nHonda Civic 2.0\n\n\n1998 cc\n\n\n379\u4ee4\u5409\n\n\n273\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nHonda Civic Type-R\n\n\n1998 cc\n\n\n379\u4ee4\u5409\n\n\n273\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nHonda BRV 1.5\n\n\n1497 cc\n\n\n100\u4ee4\u5409\n\n\n50\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nHonda HRV 1.5\n\n\n1496 cc\n\n\n100\u4ee4\u5409\n\n\n50\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nHonda HRV 1.8\n\n\n1799 cc\n\n\n359\u4ee4\u540970\u4ed9\n\n\n198\u4ee4\u540983\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nHonda Jazz 1.5\n\n\n1497 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\u00a0\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nHonda Accord 1.5\n\n\n1498 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\u00a0\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nHonda Accord 2.0\n\n\n1997 cc\n\n\n378\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n273\u4ee4\u540925\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nHonda Accord 2.4\n\n\n2356 cc\n\n\n736\u4ee4\u5409\u00a0\n\n\n452\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n4.\u4e30\u7530\uff08Toyota\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\nToyota\u6c7d\u8f66\u7684\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u662f\u591a\u5c11\uff1f\u4ee5\u4e0b\u662fToyota\u6c7d\u8f66\u578b\u53f7\u6309 CC \u5206\u7c7b\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\uff0c\u4f9b\u60a8\u53c2\u8003:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6309\u6392\u6c14\u91cf\u6536\u8d39\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u5f15\u64ce\u5bb9\u91cf\n\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\u6c99\u5df4/\u7802\u62c9\u8d8a\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\n\n\n\nToyota Yaris 1.5\n\n\n1496 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nToyota Vios 1.5\n\n\n1496 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nToyota CHR 1.8\n\n\n1798 cc\n\n\n359\u4ee4\u540940\u4ed9\n\n\n198\u4ee4\u540966\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nToyota Altis 1.8\n\n\n1798 cc\n\n\n279\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n223\u4ee4\u540936\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nToyota Camry 2.0\n\n\n1998 cc\n\n\n379\u4ee4\u5409\n\n\n273\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nToyota Camry 2.2\n\n\n2163 cc\n\n\n543\u4ee4\u5409\n\n\n355\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nToyota Camry 2.4\n\n\n2362 cc\n\n\n742\u4ee4\u5409\n\n\n455\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nToyota Camry 2.5(\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c 2.5cc\uff09\n\n\n2494 cc\n\n\n874\u4ee4\u5409\n\n\n521\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nToyota Estima 2.4\n\n\n2393 cc\n\n\n754\u4ee4\u540940\u4ed9\n\n\n415\u4ee4\u540992\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nToyota Estima 3.5\n\n\n3456 cc\n\n\n2369\u4ee4\u540960\u4ed9\n\n\n1450\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nToyota RAV4 2.0\n\n\n1987 cc\n\n\n434\u4ee4\u540980\u4ed9\n\n\n240\u4ee4\u540914\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nToyota Harrier 2.3\u00a0\n\n\n2360 cc\n\n\n728 \u4ee4\u5409\n\n\n401\u4ee4\u540940\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nToyota Harrier V6 3.0\n\n\n2360 cc\n\n\n728 \u4ee4\u5409\n\n\n401\u4ee4\u540940\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nToyota Vellfire 2.5\n\n\n2494 cc\n\n\n835\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n460\u4ee4\u540936\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nToyota Alphard 2.4\n\n\n2362 cc\n\n\n729\u4ee4\u540960\u4ed9\n\n\n402\u4ee4\u540928\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nToyota Alphard 2.5\n\n\n2493 cc\n\n\n834\u4ee4\u540940\u4ed9\n\n\n459\u4ee4\u540992\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nToyota Alphard 3.0\n\n\n2995 cc\n\n\n1632\u4ee4\u5409\n\n\n898\u4ee4\u540960\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nToyota Hilux 2.5\n\n\n2494 cc\n\n\n835\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n460\u4ee4\u540936\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nToyota Hilux 3.0\n\n\n2982 cc\n\n\n1611\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n887\u4ee4\u540916\u4ed9\n\n\n\n\n\n\n\n\n5.\u65e5\u4ea7\uff08Nissan\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662f\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a Nissan \u6c7d\u8f66\u578b\u53f7\u7684\u8def\u7a0e\u7f34\u8d39\u7387\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6309\u6392\u6c14\u91cf\u6536\u8d39\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u5f15\u64ce\u5bb9\u91cf\n\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\u6c99\u5df4/\u7802\u62c9\u8d8a\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\n\n\n\nNissan Almera 1.5\n\n\n1498 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nNissan Cefiro\u00a0\n\n\n1995 cc\n\n\n377\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n272\u4ee4\u540975\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nNissan Grand Livina 1.6\n\n\n1598 cc\n\n\n100\u4ee4\u5409\n\n\n50\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nNissan Grand Livina 1.8\n\n\n1798 cc\n\n\n359\u4ee4\u540940\u4ed9\n\n\n198\u4ee4\u540966\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nNissan X-Trail 2.0\n\n\n1997 cc\n\n\n438\u4ee4\u540980\u4ed9\n\n\n242\u4ee4\u540934\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nNissan X-Trail 2.5\n\n\n2488 cc\n\n\n830\u4ee4\u540940\u4ed9\n\n\n457\u4ee4\u540972\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nNissan Sylphy 1.8\n\n\n1798 cc\n\n\n279\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n223\u4ee4\u540936\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nNissan Sentra 1.6\n\n\n1597 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nNissan Serena 2.0\n\n\n1997 cc\n\n\n438\u4ee4\u540980\u4ed9\n\n\n282\u4ee4\u540934\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nNissan Teana 2.0\n\n\n1997 cc\n\n\n378\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n273\u4ee4\u540925\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nNissan Teana 2.5\n\n\n2488 cc\n\n\n868\u4ee4\u5409\n\n\n518\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nNissan Murano 3.5\n\n\n3498 cc\n\n\n2436\u4ee4\u540980\u4ed9\n\n\n1500\u4ee4\u540960\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nNissan Navara 2.5\n\n\n2488 cc\n\n\n830\u4ee4\u540940\u4ed9\n\n\n457\u4ee4\u540972\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nNissan GTR R-35\n\n\n3799 cc\n\n\n5725\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n2102\u4ee4\u540965\u4ed9\n\n\n\n\n\n\n\n\n6.\u4e09\u83f1\uff08Mitsubishi\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662f\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u4e09\u83f1\u6c7d\u8f66\u578b\u53f7\u6309 CC \u5206\u7c7b\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u6e05\u5355\uff0c\u4f9b\u60a8\u53c2\u8003\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6309\u6392\u6c14\u91cf\u6536\u8d39\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u5f15\u64ce\u5bb9\u91cf\n\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\u6c99\u5df4/\u7802\u62c9\u8d8a\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Mirage 1.2\n\n\n1193 cc\n\n\n55\u4ee4\u5409\n\n\n44\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Attrage 1.2\n\n\n1193 cc\n\n\n55\u4ee4\u5409\n\n\n44\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi\u00a0 ASX 2.0\n\n\n1998 cc\n\n\n439\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n242\u4ee4\u540956\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Grandis 2.4\n\n\n2378 cc\n\n\n742\u4ee4\u540940\u4ed9\n\n\n409\u4ee4\u540932\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Lancer 2.0\n\n\n1998 cc\n\n\n379\u4ee4\u5409\n\n\n273\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Lancer Sportback 2.4\n\n\n2360 cc\n\n\n740\u4ee4\u5409\n\n\n454\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Outlander 2.0\n\n\n1998 cc\n\n\n439\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n242\u4ee4\u540956\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Outlander 2.4\n\n\n2360 cc\n\n\n728\u4ee4\u5409\n\n\n401\u4ee4\u540940\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Triton 2.4\n\n\n2442 cc\n\n\n793\u4ee4\u540960\u4ed9\n\n\n437\u4ee4\u540948\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nMitsubishi Triton 2.5\n\n\n2477 cc\n\n\n821\u4ee4\u540960\u4ed9\n\n\n452\u4ee4\u540988\u4ed9\n\n\n\n\n\n\n\n\n7.\u8d77\u4e9a\uff08Kia\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662f Kia \u6c7d\u8f66\u578b\u53f7\u6309 CC \u5206\u7c7b\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u6e05\u5355\uff0c\u4f9b\u60a8\u53c2\u8003\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6309\u6392\u6c14\u91cf\u6536\u8d39\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u5f15\u64ce\u5bb9\u91cf\n\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\u6c99\u5df4/\u7802\u62c9\u8d8a\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\n\n\n\nKia Picanto 1.2\n\n\n1248 cc\n\n\n70\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nKia Cerato 1.6\n\n\n1591 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nKia Cerato 2.0\n\n\n1999 cc\n\n\n379\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n273\u4ee4\u540975\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nKia Forte 2.0\n\n\n1998 cc\u00a0\n\n\n379\u4ee4\u5409\n\n\n273\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nKia Forte Koup 2.0\n\n\n1998 cc\n\n\n379\u4ee4\u5409\n\n\n273\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nKia Forte 1.6\n\n\n1591 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nKia Stinger 2.0\n\n\n1998 cc\n\n\n379\u4ee4\u5409\n\n\n273\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nKia Sportage 2.0\n\n\n1995 cc\n\n\n438\u4ee4\u5409\n\n\n241\u4ee4\u540990\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nKia Sorento 2.2\n\n\n2199 cc\n\n\n599\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n330\u4ee4\u540956\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nKia Sorento 2.4 \uff08\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c 2.4 cc\uff09\n\n\n2398 cc\n\n\n758\u4ee4\u540940\u4ed9\n\n\n418\u4ee4\u540912\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nKia Rio 1.4\n\n\n1368 cc\n\n\n70\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nKia Spectra 1.6\n\n\n1591 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nKia Grand Carnival\n\n\n2199 cc\n\n\n599\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n330\u4ee4\u540956\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nKia Stinger 3.3 V6\n\n\n3342 cc\n\n\n3669\u4ee4\u5409\n\n\n1485\u4ee4\u540970\u4ed9\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n8.\u9a6c\u81ea\u8fbe\uff08Mazda\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662f\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a Mazda \u6c7d\u8f66\u578b\u53f7\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u6e05\u5355\uff0c\u4f9b\u60a8\u53c2\u8003\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6309\u6392\u6c14\u91cf\u6536\u8d39\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u5f15\u64ce\u5bb9\u91cf\n\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\u6c99\u5df4/\u7802\u62c9\u8d8a\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\n\n\n\nMazda 2 Hatchback/Sedan 1.5\n\n\n1496 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nMazda 3 Hatchback/Sedan 1.5\n\n\n1496 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nMazda 3 Hatchback/Sedan 2.0\n\n\n1998 cc\n\n\n379\u4ee4\u5409\n\n\n273\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nMazda 6 Sedan 2.5\n\n\n2488 cc\n\n\n868\u4ee4\u5409\n\n\n518\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-3 2.0\n\n\n1998 cc\n\n\n439\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n242\u4ee4\u540956\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-5 2.0\n\n\n1998 cc\n\n\n439\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n242\u4ee4\u540956\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-5 2.2\n\n\n2191 cc\n\n\n592\u4ee4\u540980\u4ed9\n\n\n327\u4ee4\u540904\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-5 2.5\n\n\n2488 cc\n\n\n830\u4ee4\u540940\u4ed9\n\n\n457\u4ee4\u540972\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nMazda MX-5\n\n\n1998 cc\n\n\n379\u4ee4\u5409\n\n\n273\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-8 2.2\n\n\n2191 cc\n\n\n592\u4ee4\u540980\u4ed9\n\n\n327\u4ee4\u540904\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-8 2.5\n\n\n2488 cc\n\n\n830\u4ee4\u540940\u4ed9\n\n\n457\u4ee4\u540972\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-9 2.5\n\n\n2488 cc\n\n\n830\u4ee4\u540940\u4ed9\n\n\n457\u4ee4\u540972\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-30 1.8 (\u8def\u7a0e 1.8 cc\uff09\n\n\n1759 cc\n\n\n347\u4ee4\u540970\u4ed9\n\n\n192\u4ee4\u540903\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nMazda CX-30 2.0\n\n\n1998 cc\n\n\n439\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n242\u4ee4\u540956\u4ed9\n\n\n\n\n\n\n\n\n9.\u73b0\u4ee3\uff08Hyundai\uff09\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662f\u7528\u4e8e\u67e5\u770b\u60a8\u7684Hyundai\u6c7d\u8f66\u578b\u53f7\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u6e05\u5355\uff0c\u4ee5\u5e2e\u52a9\u60a8\u67e5\u8be2\u6c7d\u8f66\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6309\u6392\u6c14\u91cf\u6536\u8d39\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u5f15\u64ce\u5bb9\u91cf\n\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\u6c99\u5df4/\u7802\u62c9\u8d8a\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\n\n\n\nHyundai Elantra 2.0\n\n\n1999 cc\n\n\n379\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n273\u4ee4\u540975\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nHyundai Grand Starex 2.5\n\n\n2497 cc\n\n\n837\u4ee4\u540960\u4ed9\n\n\n461\u4ee4\u540968\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nHyundai Matrix 1.6\n\n\n1599 cc\n\n\n120\u4ee4\u5409\n\n\n60\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nHyundai Sonata 2.0\n\n\n1999 cc\n\n\n379\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n273\u4ee4\u540975\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nHyundai Tucson 1.6\n\n\n1591 cc\n\n\n100\u4ee4\u5409\n\n\n50\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nHyundai Tucson 2.0\n\n\n1999 cc\n\n\n439\u4ee4\u540960\u4ed9\n\n\n242\u4ee4\u540978\u4ed9\n\n\n\n\n\n\n\n\n10.\u5927\u4f17\uff08Volkswagen\uff09\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662f Volkswagen \u6c7d\u8f66\u578b\u53f7\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\u6e05\u5355\uff0c\u4f9b\u60a8\u53c2\u8003\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6309\u6392\u6c14\u91cf\u6536\u8d39\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u4ef7\u683c\n\n\n\u5f15\u64ce\u5bb9\u91cf\n\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u534a\u5c9b\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\u6c99\u5df4/\u7802\u62c9\u8d8a\u9053\u8def\u7a0e\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Vento 1.2 TSI\n\n\n1197 cc\n\n\n55\u4ee4\u5409\n\n\n44\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Vento 1.6\n\n\n1598 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n72\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Polo 1.2\n\n\n1197 cc\n\n\n55\u4ee4\u5409\n\n\n44\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Polo 1.6\n\n\n1598 cc\n\n\n90\u4ee4\u5409\n\n\n72\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Beetle 1.2\n\n\n1197 cc\n\n\n55\u4ee4\u5409\n\n\n44\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Scirocco 1.4\n\n\n1390 cc\n\n\n70\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Scirocco R\n\n\n1984 cc\n\n\n372\u4ee4\u5409\n\n\n270\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Golf 1.4 TSI\n\n\n1390 cc\n\n\n70\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Golf GTI 2.0\n\n\n2000 cc\n\n\n372\u4ee4\u5409\n\n\n270\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Golf R\n\n\n1984 cc\n\n\n372\u4ee4\u5409\n\n\n270\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Jetta 1.4\n\n\n1390 cc\n\n\n70\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Tiguan 1.4\n\n\n1395 cc\n\n\n100\u4ee4\u5409\n\n\n56\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Tiguan 2.0\n\n\n1984 cc\n\n\n433\u4ee4\u540960\u4ed9\n\n\n239\u4ee4\u540948\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Touareg 3.0 (\u8def\u7a0e3000cc\uff09\n\n\n2967 cc\n\n\n1587\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n873\u4ee4\u540996\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Touareg 3.6 V6\n\n\n3597 cc\n\n\n2595\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n1619\u4ee4\u540940\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Passat 1.8\u00a0\n\n\n1798 cc\n\n\n279\u4ee4\u540920\u4ed9\n\n\n223\u4ee4\u540936\u4ed9\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Passat CC 2.0\n\n\n1984 cc\n\n\n372\u4ee4\u5409\n\n\n270\u4ee4\u5409\n\n\n\n\n\n\nVolkswagen Passat CC 3.6 R\n\n\n3597 cc\n\n\n4816\u4ee4\u540950\u4ed9\n\n\n1829\u4ee4\u540995\u4ed9\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u901a\u8fc7 Qoala \u7ebf\u4e0a\u7eed\u4fdd\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u548c\u9053\u8def\u7a0e\uff0c\u8ba9\u60a8\u66f4\u5b89\u5fc3\n\n\n\u6211\u4eec\u9700\u8981\u6bcf\u5e74\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u3002\u56e0\u6b64\uff0c\u60a8\u9700\u8981\u77e5\u9053\u60a8\u7684\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u7684\u5230\u671f\u65e5\u3002\u60a8\u53ef\u4ee5\u67e5\u770b\u60a8\u6c7d\u8f66\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u8d34\u7eb8\u4e0a\u6240\u663e\u793a\u7684\u65e5\u671f\u3002\n\n\n\u60a8\u53ef\u4ee5\u5728\u9053\u8def\u7a0e\u8fc7\u671f\u524d\u81f3\u5c11\u63d0\u524d\u4e24\u4e2a\u6708\u8fdb\u884c\u6c7d\u8f66\u9053\u8def\u7a0e\u7684\u66f4\u65b0\u3002\u5982\u679c\u60a8\u672a\u80fd\u53ca\u65f6\u66f4\u65b0\uff0c\u53ef\u80fd\u4f1a\u9762\u4e34\u88ab\n\u8b66\u5bdf\u5f00\u7f5a\u5355\n\u7684\u98ce\u9669\u3002\n\n\n\u672a\u80fd\u53ca\u65f6\u66f4\u65b0\u9053\u8def\u7a0e\u7684\u8f66\u4e3b\u53ef\u80fd\u4f1a\u6839\u636e1987\u5e74\u300a\u9053\u8def\u4ea4\u901a\u6cd5\u300b\u7b2c15(1)\u548c\u7b2c90(1)\u6761\u6b3e\u53d7\u5230\u6307\u63a7\u3002\u4f46\u662f\uff0c\u5728\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4e4b\u524d\uff0c\u8bf7\u786e\u4fdd\u60a8\u9996\u5148\n\u66f4\u65b0\u4e86\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\uff01\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\u8fd8\u6ca1\u6709\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u5728 Qoala \u7f51\u7ad9\u7eed\u4fdd\u60a8\u7684\n\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\u3002\u60a8\u53ef\u4ee5\u8bbf\u95ee Qoala \u7684\u7f51\u7ad9\u4ee5\u83b7\u53d6\u66f4\u591a\u4fe1\u606f\u3002Qoala \u662f\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\n\u6700\u4f73\u7684\u4fdd\u9669\u7eed\u8d39\u548c\u6bd4\u8f83\u5e73\u53f0\n\u3002\u5b83\u63d0\u4f9b\u5b89\u5168\u3001\u7b80\u4fbf\u548c\u5b9e\u60e0\u7684\u5728\u7ebf\u8d2d\u4e70\u4fdd\u9669\u670d\u52a1\u4fdd\u969c\u3002\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/zh/shangwang-gengxin-chexian/", "title": "\u5982\u4f55\u5728Qoala\u4e0a\u7f51\u66f4\u65b0\u8f66\u9669\u548c\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\u3002\u53ea\u97001\u5206\u949f\uff01", "body": "\n\n\u7531\u4e8e\u60a8\u53ef\u4ee5\u5728\u7ebf\u8fdb\u884c\u64cd\u4f5c\uff0c\u56e0\u6b64\u73b0\u5728\u4e0a\u7f51\u66f4\u65b0\u8f66\u9669\u548c\n\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\n\u66f4\u52a0\u7b80\u4fbf\u3002\u968f\u7740\u6280\u672f\u7684\u8fdb\u6b65\uff0c\u4e00\u5207\u90fd\u53ef\u4ee5\u5728\u6307\u5c16\u5b8c\u6210\u3002\u60a8\u518d\u4e5f\u4e0d\u9700\u8981\u7ecf\u5386\u590d\u6742\u7684\u6d41\u7a0b\uff0c\u9762\u5bf9\u4ea4\u901a\u62e5\u5835\u548c\u957f\u65f6\u95f4\u6392\u961f\u53ea\u4e3a\u4e86\u4e0e\u4fdd\u9669\u4ee3\u7406\u4eba\u89c1\u9762\u5e76\u66f4\u65b0\u4fdd\u9669\u7b49\u7b49\u3002\u5982\u679c\u60a8\u60f3\u4e86\u89e3\u5982\u4f55\u5728Qoala\u7f51\u4e0a\u8d2d\u4e70\u6216\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u548c\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\u7684\u65b9\u6cd5\uff0c\u6211\u4eec\u63d0\u4f9b\u7684\u8fd9\u7bc7\u6587\u7ae0\u53ef\u80fd\u4f1a\u5bf9\u60a8\u6709\u6240\u5e2e\u52a9\uff01\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n\u4e0a\u7f51\u66f4\u65b0\u8f66\u9669\uff1a\u4e3a\u4ec0\u4e48\u60a8\u5e94\u8be5\u5728Qoala\u4e0a\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u548c\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\uff1f\n\u6781\u901f\u5feb\u6377\u7684\u8fc7\u7a0b\n\u6ca1\u6709\u9690\u85cf\u8d39\u7528\n\u8be6\u7ec6\u7684\u6bd4\u8f83\n\u5728Qoala\u7f51\u7ad9\u4e0a\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u548c\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\u7684\u4e03\u79cd\u65b9\u5f0f\uff1a\n\u9009\u62e9\u9002\u5408\u60a8\u7684\u6700\u4f73\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\n\n\u4e0a\u7f51\u66f4\u65b0\u8f66\u9669\uff1a\u4e3a\u4ec0\u4e48\u60a8\u5e94\u8be5\u5728Qoala\u4e0a\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u548c\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\uff1f\n\n\n\u4e00\u822c\u800c\u8a00\uff0c\u5728\u8d2d\u4e70\u4fdd\u9669\u65f6\uff0c\u60a8\u4f1a\u6709\u591a\u79cd\u9009\u62e9\uff0c\u5c24\u5176\u662f\u5728\u7f51\u4e0a\u8d2d\u4e70\u65b9\u9762\u3002\u60a8\u53ef\u4ee5\u76f4\u63a5\u8bbf\u95ee\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u6700\u4f73\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\n\u7684\u7f51\u7ad9\uff0c\u5e76\u76f4\u63a5\u4e0e\u4ed6\u4eec\u8fdb\u884c\u4ea4\u6d41\u3002\u6b64\u5916\uff0c\u60a8\u8fd8\u53ef\u4ee5\u8003\u8651\u66f4\u5feb\u901f\u3001\u4fbf\u6377\u548c\u5b89\u5168\u7684\u8d2d\u4e70\u65b9\u5f0f\uff0c\u90a3\u5c31\u662f\u4f7f\u7528Qoala\u5e73\u53f0\u3002\u5728Qoala\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u81ea\u884c\u8fdb\u884c\u4fdd\u9669\u6bd4\u8f83\u548c\u8bc4\u4f30\uff0c\u7136\u540e\u9009\u62e9\u6700\u9002\u5408\u60a8\u9700\u6c42\u7684\u6700\u4f73\u4fdd\u9669\u3002\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\u662f\u9996\u6b21\u5728\u7ebf\u8d2d\u4e70\u4fdd\u9669\uff0c\u8fd9\u7bc7\u6587\u7ae0\u53ef\u4ee5\u5e2e\u52a9\u7b80\u5316\u60a8\u7684\u8fc7\u7a0b\u548c\u4e8b\u52a1\u3002\u5f53\u60a8\u5728\u7f51\u4e0a\u8d2d\u4e70\u4fdd\u9669\u65f6\uff0c\u5efa\u8bae\u60a8\u5728\u51b3\u5b9a\u9002\u5408\u60a8\u9700\u6c42\u7684\u4fdd\u5355\u4e4b\u524d\u82b1\u4e9b\u65f6\u95f4\u3002\u5c3d\u53ef\u80fd\uff0c\n\u719f\u6089\u4fdd\u9669\u672f\u8bed\n\uff0c\u5982\u4fdd\u9669\u8d39\u3001\u6539\u5584\u6761\u6b3e\u7b49\uff0c\u4ee5\u907f\u514d\u65e5\u540e\u51fa\u73b0\u4efb\u4f55\u95ee\u9898\u3002\n\n\n\u6709\u8bb8\u591a\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u63d0\u4f9b\u4fdd\u9669\u670d\u52a1\u3002\u90a3\u4e48\uff0c\u4e3a\u4ec0\u4e48\u60a8\u5e94\u8be5\u8003\u8651\u5728Qoala\u66f4\u65b0\u4fdd\u9669\uff1f\n\n\n\u6781\u901f\u5feb\u6377\u7684\u8fc7\u7a0b\n\n\n\u5728\u60a8\u586b\u5199\u5b8c\u6240\u6709\u5fc5\u8981\u7684\u4fe1\u606f\u540e\uff0c\u60a8\u5c06\u5728\u4e0d\u5230\u4e00\u5206\u949f\u7684\u65f6\u95f4\u5185\u6536\u5230\u62a5\u4ef7\u3002\n\n\n\u6ca1\u6709\u9690\u85cf\u8d39\u7528\n\n\n\u6240\u6709\u9700\u8981\u652f\u4ed8\u7684\u8d39\u7528\u90fd\u6e05\u695a\u5730\u5728\u62a5\u4ef7\u4e2d\u5217\u660e\u3002\u8fd9\u610f\u5473\u7740\u60a8\u65e0\u9700\u62c5\u5fc3\u5728Qoala\u8fdb\u884c\u4ea4\u6613\u65f6\u4f1a\u4ea7\u751f\u4efb\u4f55\u989d\u5916\u6216\u9690\u85cf\u7684\u8d39\u7528\u3002\n\n\n\u8be6\u7ec6\u7684\u6bd4\u8f83\n\n\nQoala\u63d0\u4f9b\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u591a\u5bb6\u9876\u5c16\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u7684\u9009\u62e9\uff0c\u4f7f\u60a8\u80fd\u591f\u6bd4\u8f83\u4ef7\u683c\u5e76\u9009\u62e9\u7b26\u5408\u60a8\u9884\u7b97\u548c\u9700\u6c42\u7684\u4fdd\u9669\u3002\u60a8\u4e0d\u4ec5\u53ef\u4ee5\u6bd4\u8f83\u4ef7\u683c\uff0c\u8fd8\u53ef\u4ee5\u83b7\u53d6\u4fee\u7406\u5382\u4f4d\u7f6e\u548c\u5176\u4ed6\u6709\u7528\u4fe1\u606f\uff0c\u4ee5\u4fbf\u66f4\u8f7b\u677e\u5730\u5904\u7406\u60a8\u7684\u4fdd\u9669\u7d22\u8d54\u6d41\u7a0b\u3002\n\n\n\u5728Qoala\u4e0a\u6bd4\u8f83\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u76847\u5bb6\u9876\u5c16\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\n\n\n\u60a8\u53ef\u4ee5\u5c3d\u60c5\u4f7f\u7528\u60a8\u9700\u8981\u7684\u65f6\u95f4\u6765\u8fdb\u884c\u8c03\u67e5\u548c\u8bc4\u4f30\u9002\u5408\u60a8\u9700\u6c42\u7684\u4fdd\u9669\u653f\u7b56\u3002\u5728Qoala\uff0c\u6709\u4e03\u5bb6\n\u6700\u4f73\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\n\u4f9b\u60a8\u8003\u8651\u3002\n\n\u4f8b\u5982\uff1a\n\n\n\n\n\n\n\n\nAXA Affin General Insurance\n\n\nEtiqa General Takaful\n\n\nZurich General Insurance\n\n\nZurich Takaful\n\n\nTakaful IKHLAS General\n\n\nSyarikat Takaful Malaysia General\n\n\nTUNE\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u5728Qoala\u7f51\u7ad9\u4e0a\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u548c\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\u7684\u4e03\u79cd\u65b9\u5f0f\uff1a\n\n\n\u5728Qoala\u7f51\u7ad9\u4e0a\uff0c\n\u8d2d\u4e70\u4fdd\u9669\n\u975e\u5e38\u7684\u7b80\u5355\u3002\u60a8\u53ea\u9700\u586b\u5199\u548c\u63d0\u4f9b\u60a8\u4e2a\u4eba\u548c\u8f66\u8f86\u8be6\u7ec6\u7684\u4fe1\u606f\u5373\u53ef\u3002\u4ee5\u4e0b\u662f\u5728Qoala\u7f51\u7ad9\u4e0a\u4ee51\u5206\u949f\u5185\u8f7b\u677e\u66f4\u65b0\u4fdd\u9669\u548c\n\u8def\u7a0e\n\u7684\u4e03\u79cd\u7b80\u6613\u65b9\u5f0f\uff1a\n\n\n\n\n\u8bf7\u8bbf\u95ee\nQoala\n\u7f51\u7ad9\n\n\n\u586b\u5199\u60a8\u7684\u57fa\u672c\u4fe1\u606f\uff0c\u5982\u8f66\u724c\u53f7\u7801\u3001\u8eab\u4efd\u8bc1\u53f7\u7801\u3001\u7535\u8bdd\u53f7\u7801\u548c\u90ae\u653f\u7f16\u7801\n\n\n\u5728\u4e0d\u5230\u4e00\u5206\u949f\u5185\u6536\u5230\u62a5\u4ef7\u5e76\u81ea\u884c\u6bd4\u8f83\n\n\n\u6839\u636e\u60a8\u7684\u9700\u6c42\u9009\u62e9\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\n\n\n\u786e\u8ba4\u60a8\u7684\u4e2a\u4eba\u4fe1\u606f\u5e76\u8fdb\u884c\u5728\u7ebf\u652f\u4ed8\n\n\n\u60a8\u5c06\u7acb\u5373\u901a\u8fc7\u7535\u5b50\u90ae\u4ef6\u6536\u5230\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u7684\u526f\u672c\n\n\n\u9053\u8def\u7a0e\u5c06\u57285\u81f37\u4e2a\u5de5\u4f5c\u65e5\u5185\u9012\u9001\u81f3\u534a\u5c9b\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\uff0c7\u81f314\u4e2a\u5de5\u4f5c\u65e5\u5185\u9012\u9001\u81f3\u6c99\u5df4/\u7802\u62c9\u8d8a\u3002\u9053\u8def\u7a0e\u5c06\u901a\u8fc7\u5feb\u9012\u76f4\u63a5\u9001\u8fbe\u60a8\u7684\u5bb6\u3002\n\n\n\n\n\u5b8c\u6210\u4e86\uff01\u53ea\u9700\u6309\u7167\u4ee5\u4e0a\u4e03\u4e2a\u7b80\u5355\u7684\u6b65\u9aa4\uff0c\u60a8\u5c31\u53ef\u4ee5\u5728Qoala\u66f4\u65b0\u60a8\u7684\u6c7d\u8f66\u6216\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\uff01\n\n\n\u9009\u62e9\u9002\u5408\u60a8\u7684\u6700\u4f73\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\n\nQoala\u59cb\u7ec8\u4e3a\u60a8\u63d0\u4f9b\u6700\u7b80\u5355\u3001\u6700\u5feb\u901f\u3001\u6700\u9002\u5408\u60a8\u9700\u6c42\u7684\u4fdd\u9669\u4ea7\u54c1\u3002\u5fc3\u52a8\u4e0d\u5982\u884c\u52a8\uff0c\u7acb\u5373\u5728Qoala\u83b7\u53d6\u60a8\u7684\u4fdd\u9669\u653f\u7b56\uff01\u9664\u4e86\n\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\u5916\uff0cQoala\u8fd8\u63d0\u4f9b\n\u5ec9\u4ef7\u7684\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\n\u548c\n\u5065\u5eb7\u4fdd\n\u9669\u3002\u8bf7\u8bbf\u95eeQoala\u7f51\u7ad9\u4ee5\u83b7\u53d6\u66f4\u591a\u4fe1\u606f\uff01\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/zh/shangwang-gengxin-lushui/", "title": "2023\u5e74\u4e0a\u7f51\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u7684\u5b8c\u6574\u6307\u5357", "body": "\n\n\u5982\u679c\u60a8\u521a\u521a\u8d2d\u4e70\u4e86\u4e00\u8f86\u6c7d\u8f66\uff0c\u60a8\u53ef\u80fd\u8fd8\u4e0d\u77e5\u9053\u5982\u4f55\u66f4\u65b0\u60a8\u6c7d\u8f66\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u3002\u4f5c\u4e3a\u8f66\u4e3b\uff0c\u60a8\u6bcf\u5e74\u90fd\u9700\u8981\u8fdb\u884c\u8def\u7a0e\u7684\u66f4\u65b0\u3002\u672c\u6587\u5c06\u6559\u60a8\u5982\u4f55\u4e0a\u7f51\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u3001\u5b9e\u4f53\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u4ee5\u53ca\u66f4\u65b0\u524d\u9700\u8981\u4e86\u89e3\u7684\u6e05\u5355\u3002\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n\u5728\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u4e4b\u524d\uff0c\u8bb0\u5f97\u68c0\u67e5\u4ee5\u4e0b\u6e05\u5355\uff1a\n1. \u68c0\u67e5\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u548c\u8def\u7a0e\u7684\u5230\u671f\u65e5\u671f\u3002\n2. \u8f66\u8f86\u6240\u6709\u6743\u8bc1\u4e66\u548c\u4fdd\u9669\u4fdd\u5355\u526f\u672c\n3. \u89e3\u91ca\u6ede\u7559\u7f5a\u5355\n4. \u5f53\u524d\u5e02\u573a\u4ef7\u683c\n5. \u786e\u5b9a\u60a8\u6240\u9700\u7684\u4fdd\u9669\n\u5982\u4f55\u66f4\u65b0\u60a8\u7684\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\uff1f\n\u4e0a\u7f51\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u7684\u65b9\u6cd5\n\u5982\u4f55\u901a\u8fc7\u5b9e\u4f53\u65b9\u5f0f\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\n\u5982\u679c\u60a8\u4e0d\u66f4\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\uff0c\u5c06\u4f1a\u53d1\u751f\u4ec0\u4e48\u60c5\u51b5\u5462\uff1f\n\n\n\u5728\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u4e4b\u524d\uff0c\u8bb0\u5f97\u68c0\u67e5\u4ee5\u4e0b\u6e05\u5355\uff1a\n\n\n\u57fa\u672c\u4e0a\uff0c\u8def\u7a0e\u662f\u6240\u6709\u8f66\u4e3b\u5fc5\u987b\u652f\u4ed8\u7684\u4e00\u79cd\u7a0e\u6b3e\uff0c\u4ee5\u786e\u4fdd\u8be5\u8f66\u8f86\u5728\u516c\u8def\u4e0a\u5408\u6cd5\u884c\u9a76\u3002\u8981\u77e5\u9053\uff0c\u5927\u9a6c\u8def\u7a0e\u7387\u662f\u56fa\u5b9a\u7684\uff0c\u4e0d\u4f1a\u53d8\u5316\uff0c\u53ea\u662f\u4f1a\u6839\u636e\u60a8\u7684\n\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\n\u4ef7\u503c\u800c\u6709\u6240\u533a\u522b\u3002\u6839\u636e\u60a8\u7684\u9009\u62e9\uff0c\u8def\u7a0e\u53ef\u4ee5\u5728\u516d\u4e2a\u6708\u6216\u5341\u4e8c\u4e2a\u6708\u5185\u66f4\u65b0\u3002\n\n\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u653f\u5e9c\u8981\u6c42\u6bcf\u4f4d\u8f66\u4e3b\u5728\u89c4\u5b9a\u7684\u65f6\u95f4\u5185\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\uff0c\u4ee5\u907f\u514d\u88ab\u5904\u4ee5\u7f5a\u6b3e\u3002\u5982\u679c\u60a8\u5728\u622a\u6b62\u65e5\u671f\u524d\u66f4\u65b0\u4e86\u8def\u7a0e\uff0c\u60a8\u5c06\u514d\u4e8e\u88ab\u7f5a\u6b3e\u3002\u4ee5\u4e0b\u662f\u5728\u60a8\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4e4b\u524d\u9700\u8981\u68c0\u67e5\u7684\u6e05\u5355\uff1a\n\n\n1. \u68c0\u67e5\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u548c\u8def\u7a0e\u7684\u5230\u671f\u65e5\u671f\u3002\n\n\n\u5728\u60a8\u66f4\u65b0\u9053\u8def\u7a0e\u4e4b\u524d\uff0c\u8bf7\u786e\u4fdd\u60a8\u5148\u68c0\u67e5\u5e76\u4e86\u89e3\u60a8\u7684\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u7684\u5230\u671f\u65e5\u671f\u3002\n\n\n2. \u8f66\u8f86\u6240\u6709\u6743\u8bc1\u4e66\u548c\u4fdd\u9669\u4fdd\u5355\u526f\u672c\n\n\n\u6b63\u5982\u60a8\u6240\u4e86\u89e3\u7684\uff0c\u8f66\u8f86\u6240\u6709\n\u6743\u8bc1\u4e66\n\u5305\u542b\u6709\u5173\u60a8\u7684\u8f66\u8f86\u7684\u5b8c\u6574\u4fe1\u606f\uff0c\u4f8b\u5982\u8f66\u578b\u3001\u8f66\u8f86\u5e74\u4efd\u548c\u5176\u4ed6\u5404\u79cd\u4fe1\u606f\u3002\u6b64\u5916\uff0c\u60a8\u8fd8\u9700\u8981\u643a\u5e26\u5305\u542b\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u5230\u671f\u65e5\u671f\u7b49\u4fe1\u606f\u7684\u4fdd\u9669\u4fdd\u5355\u526f\u672c\u3002\n\n\n3. \u89e3\u91ca\u6ede\u7559\u7f5a\u5355\n\n\n\u786e\u4fdd\u60a8\u7684\u8f66\u8f86\u6ca1\u6709\u4efb\u4f55\u7f5a\u5355\uff0c\u4f8b\u5982\u9646\u8def\u4ea4\u901a\u5c40\uff08JPJ\uff09\u6216\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u7687\u5bb6\u8b66\u5bdf\uff08PDRM\uff09\u7684\u7f5a\u5355\u3002\u60a8\u53ef\u4ee5\u5728\u7ebf\u4e0a\n\u68c0\u67e5\u7f5a\u5355\n\uff0c\u5e76\u786e\u4fdd\u5982\u6709\u4efb\u4f55\u7f5a\u5355\uff0c\u53ca\u65f6\u6e05\u507f\u3002\n\n\n4. \u5f53\u524d\u5e02\u573a\u4ef7\u683c\n\n\n\u5728\u4e00\u6bb5\u65f6\u95f4\u540e\uff0c\u60a8\u7684\u6c7d\u8f66\u5f88\u53ef\u80fd\u4f1a\n\u8d2c\u503c\n\u3002\u56e0\u6b64\uff0c\u60a8\u9700\u8981\u5148\u4e86\u89e3\u60a8\u6c7d\u8f66\u7684\u5f53\u524d\u4ef7\u503c\u548c\u5f53\u524d\u5e02\u573a\u4ef7\u683c\u3002\n\n\n5. \u786e\u5b9a\u60a8\u6240\u9700\u7684\u4fdd\u9669\n\n\n\u60a8\u53ef\u4ee5\u8fdb\u884c\u4e00\u4e9b\u7814\u7a76\uff0c\u5e76\u786e\u5b9a\u60a8\u6240\u9700\u8981\u7684\u4fdd\u9669\u7c7b\u578b\u3002\u8bc6\u522b\u60a8\u662f\u5426\u9700\u8981\n\u989d\u5916\u7684\u6c7d\u8f66\u4fdd\u62a4\n\uff0c\u5e76\u6bd4\u8f83\n\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u7684\u4fdd\u9669\u653f\u7b56\n\uff0c\u4ee5\u83b7\u53d6\u6700\u4f73\u7684\u4fdd\u62a4\u653f\u7b56\u3002\n\n\n\u5982\u4f55\u66f4\u65b0\u60a8\u7684\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\uff1f\n\n\n\u5728\u60a8\u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u4e4b\u524d\uff0c\u60a8\u9700\u8981\u5148\u66f4\u65b0\u60a8\u7684\n\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\u3002\u5982\u679c\u60a8\u5df2\u7ecf\u66f4\u65b0\u4e86\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\uff0c\u53ef\u4ee5\u6309\u7167\u4ee5\u4e0b\u4e24\u79cd\u65b9\u5f0f\u4e4b\u4e00\u6765\u66f4\u65b0\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\uff1a\u5728\u7ebf\u66f4\u65b0\u6216\u4eb2\u81ea\u524d\u5f80\u66f4\u65b0\u3002\n\n\n\u4e0a\u7f51\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u7684\u65b9\u6cd5\n\n\n\u60a8\u53ef\u4ee5\u901a\u8fc7\u8bf8\u5982Qoala\u3001MySikap\u548cMyEG\u7b49\u5e73\u53f0\u5728\u7ebf\u8fdb\u884c\u8def\u7a0e\u7684\u66f4\u65b0\u4e8b\u52a1\u3002\n\n\n\u5728Qoala\u5e73\u53f0\u4e0a\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u3002\n\n\n\u5728Qoala\u5e73\u53f0\u4e0a\uff0c\u901a\u8fc7\u7f51\u4e0a\u8d2d\u4e70\u4fdd\u9669\u7684\u6d41\u7a0b\u975e\u5e38\u7b80\u5355\u3002\u60a8\u53ea\u9700\u586b\u5199\u63d0\u4f9b\u5728\u7f51\u9875\u4e0a\u7684\u4e2a\u4eba\u548c\u6c7d\u8f66\u8be6\u7ec6\u4fe1\u606f\u5373\u53ef\u3002\u4ee5\u4e0b\u662f\u5728Qoala\u5e73\u53f0\u4e0a\u57281\u5206\u949f\u5185\u8f7b\u677e\u7eed\u4fdd\u548c\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u7684\u7b80\u5355\u6b65\u9aa4\uff1a\n\n\n\u8bf7\u6309\u7167\u4ee5\u4e0b\u6b65\u9aa4\u8fdb\u884c\u64cd\u4f5c\uff1a\n\n\n\n\n\u8bf7\u8bbf\u95eeQoala\u7684\u7f51\u7ad9\u3002\n\n\n\u586b\u5199\u60a8\u7684\u7b80\u8981\u4fe1\u606f\uff0c\u5982\u8f66\u724c\u53f7\u7801\u3001\u8eab\u4efd\u8bc1\u53f7\u7801\u3001\u7535\u8bdd\u53f7\u7801\u548c\u90ae\u653f\u7f16\u7801\u3002\n\n\n\u786e\u8ba4\u60a8\u7684\u4e2a\u4eba\u4fe1\u606f\u5e76\u8fdb\u884c\u5728\u7ebf\u652f\u4ed8\u3002\n\n\n\u9053\u8def\u7a0e\u5c06\u5728\u4e94\u81f3\u4e03\u5929\u5de5\u4f5c\u65e5\u5185\u9001\u8fbe\u897f\u9a6c\u5730\u533a\uff0c\u4e03\u81f3\u5341\u56db\u5929\u5de5\u4f5c\u65e5\u5185\u9001\u8fbe\u6c99\u5df4\u548c\u7802\u62c9\u8d8a\u5730\u533a\u3002\u9053\u8def\u7a0e\u5c06\u901a\u8fc7\u5feb\u9012\u76f4\u63a5\u9001\u5230\u60a8\u7684\u5bb6\u4e2d\u3002\n\n\n\n\n\u5728MySikap\u5e73\u53f0\u4e0a\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u3002\n\n\nMySikap\u662f\u7531\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u9646\u8def\u4ea4\u901a\u90e8\uff08JPJ\uff09\u63d0\u4f9b\u7684\u5e73\u53f0\uff0c\u7528\u4e8e\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u3001\n\u66f4\u6539\u8f66\u8f86\u6240\u6709\u8005\u59d3\u540d\n\u3001\u8d2d\u4e70\u8f66\u724c\u53f7\u7801\u548c\u67e5\u8be2\u7f5a\u5355\u3002\u4ee5\u4e0b\u662f\u5728MySikap\u4e0a\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u7684\u6b65\u9aa4\uff1a\n\n\n\n\n\u767b\u5f55\u5230\u60a8\u7684MySikap\u5e10\u6237\u3002\n\n\n\u9009\u62e9\u201d\u66f4\u65b0\u673a\u52a8\u8f66\u9a7e\u9a76\u6267\u7167\u201d\uff08LKM\uff09\u3002\n\n\n\u8f93\u5165\u60a8\u6ce8\u518c\u7684\u8f66\u8f86\u53f7\u7801\u3002\n\n\n\u8fdb\u884c\u5728\u7ebf\u652f\u4ed8\u3002\n\n\n\u5728\u9644\u8fd1\u7684\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u9646\u8def\u4ea4\u901a\u90e8\uff08JPJ\uff09\u6216\u57ce\u5e02\u8f6c\u578b\u4e2d\u5fc3\uff08UTC\uff09\u9886\u53d6\u60a8\u7684\u9053\u8def\u7a0e\u3002\n\n\n\n\n\u5728MyEG\u5e73\u53f0\u4e0a\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u3002\n\n\n\u4f7f\u7528MyEG\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u7684\u6b65\u9aa4\u5982\u4e0b\uff1a\n\n\n\n\n\u8bf7\u6ce8\u518c\nMyEG\n\u5e10\u6237\u3002\n\n\n\u9009\u62e9\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u9646\u8def\u4ea4\u901a\u90e8\uff08JPJ\uff09\u3002\n\n\n\u9009\u62e9\u201d\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u201d\u3002\n\n\n\u586b\u5199\u6240\u9700\u7684\u4fe1\u606f\uff0c\u5982\u8eab\u4efd\u8bc1\u53f7\u7801\u3001\u7535\u8bdd\u53f7\u7801\u3001\u59d3\u540d\u548c\u6c7d\u8f66\u6ce8\u518c\u53f7\u7801\u3002\n\n\n\u9009\u62e9\u53d6\u4ef6\u65b9\u5f0f\uff0c\u53ef\u4ee5\u9009\u62e9\u5feb\u9012\u9001\u5230\u5bb6\u6216\u81ea\u884c\u9886\u53d6\u3002\n\n\n\u9009\u62e9\u60a8\u7684\u4ed8\u6b3e\u65b9\u5f0f\uff0c\u5982\n\u4fe1\u7528\u5361\n\u3001\u501f\u8bb0\u5361\u6216\u94f6\u884c\u8f6c\u8d26\u8fdb\u884c\u4ed8\u6b3e\u3002\n\n\n\n\n\u5982\u4f55\u901a\u8fc7\u5b9e\u4f53\u65b9\u5f0f\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\n\n\n\u9664\u4e86\u5728\u7f51\u4e0a\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u5916\uff0c\u60a8\u8fd8\u53ef\u4ee5\u5728\u4efb\u4f55\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u9646\u8def\u4ea4\u901a\u90e8\uff08JPJ\uff09\u5206\u652f\u673a\u6784\u3001\u57ce\u5e02\u8f6c\u578b\u4e2d\u5fc3\uff08UTC\uff09\u548c\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u90ae\u5c40\u529e\u4e8b\u5904\u66f4\u65b0\u60a8\u7684\u8def\u7a0e\u3002\n\n\n\u5728JPJ\u6216UTC\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\u60f3\u5728\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u9646\u8def\u4ea4\u901a\u90e8\uff08JPJ\uff09\u6216\u57ce\u5e02\u8f6c\u578b\u4e2d\u5fc3\uff08UTC\uff09\u66f4\u65b0\u8f66\u8f86\u9053\u8def\u7a0e\uff0c\u8bf7\u6309\u7167\u4ee5\u4e0b\u6b65\u9aa4\u8fdb\u884c\uff1a\n\n\n\n\n\u524d\u5f80\u60a8\u9644\u8fd1\u7684\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u9646\u8def\u4ea4\u901a\u90e8\uff08JPJ\uff09\u6216\u57ce\u5e02\u8f6c\u578b\u4e2d\u5fc3\uff08UTC\uff09\u529e\u516c\u5ba4\u3002\n\n\n\u786e\u4fdd\u60a8\u643a\u5e26\u6240\u9700\u6587\u4ef6\uff0c\u5982\u8eab\u4efd\u8bc1\uff08MyKad\uff09\u3001\u8f66\u8f86\u6240\u6709\u6743\u8bc1\u4e66\uff08VOC\uff09\u548c\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u8bc1\u660e\u7684\u526f\u672c\u3002\n\n\n\u60a8\u9700\u8981\u53d6\u53f7\u5e76\u7b49\u5f85\u60a8\u7684\u53f7\u7801\u88ab\u53eb\u5230\u3002\n\n\n\u5c06\u6240\u9700\u6587\u4ef6\u63d0\u4ea4\u7ed9\u8d1f\u8d23\u4eba\u5458\u3002\n\n\n\u5982\u679c\u4e00\u5207\u987a\u5229\uff0c\u60a8\u7684\u4e8b\u52a1\u5c06\u4f1a\u5b8c\u6210\u3002\n\n\n\n\n\u5728\u90ae\u5c40\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662f\u5728\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u90ae\u5c40\u66f4\u65b0\u8def\u7a0e\u7684\u6b65\u9aa4\uff1a\n\n\n\n\n\u60a8\u53ef\u4ee5\u524d\u5f80\u9644\u8fd1\u7684\u4efb\u4f55\u4e00\u5bb6\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u90ae\u5c40\u3002\n\n\n\u51c6\u5907\u6240\u9700\u7684\u6587\u4ef6\uff0c\u4f8b\u5982\u8eab\u4efd\u8bc1\uff08MyKad\uff09\u3001\u8f66\u8f86\u6240\u6709\u6743\u8bc1\u4e66\uff08VOC\uff09\u548c\u73b0\u6709\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u8bc1\u660e\u7684\u526f\u672c\u3002\n\n\n\u60a8\u9700\u8981\u53d6\u53f7\u5e76\u7b49\u5f85\u60a8\u7684\u53f7\u7801\u88ab\u53eb\u5230\u3002\n\n\n\u5c06\u6240\u9700\u6587\u4ef6\u63d0\u4ea4\u7ed9\u5de5\u4f5c\u4eba\u5458\u3002\n\n\n\u5982\u679c\u4e00\u5207\u987a\u5229\uff0c\u60a8\u7684\u4e8b\u52a1\u5c06\u4f1a\u5b8c\u6210\u3002\n\n\n\n\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\u4e0d\u66f4\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\uff0c\u5c06\u4f1a\u53d1\u751f\u4ec0\u4e48\u60c5\u51b5\u5462\uff1f\n\n\n\u4e3a\u4e86\u907f\u514d\u7f5a\u6b3e\uff0c\u60a8\u5fc5\u987b\u5728\u9053\u8def\u7a0e\u5230\u671f\u4e4b\u524d\u66f4\u65b0\u60a8\u7684\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u3002\u672a\u652f\u4ed8\u8def\u7a0e\u7684\u8f66\u4e3b\u53ef\u80fd\u4f1a\u6839\u636e1987\u5e74\u9053\u8def\u8fd0\u8f93\u6cd5\u7b2c15(1)\u548c90(1)\u6761\u88ab\u63a7\u544a\u3002\n\n\n\u56e0\u6b64\uff0c\u8bf7\u786e\u4fdd\u60a8\u6709\u68c0\u67e5\u60a8\u5728\u8f66\u524d\u6321\u98ce\u73bb\u7483\u4e0a\u7c98\u8d34\u7684\u6c7d\u8f66\u8def\u7a0e\u8d34\u7eb8\u4e0a\u7684\u5230\u671f\u65e5\u671f\u3002\u5982\u679c\u60a8\u7684\u8def\u7a0e\u8d34\u7eb8\u5df2\u7ecf\u892a\u8272\u6216\u4e22\u5931\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u901a\u8fc7\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u9646\u8def\u4ea4\u901a\u90e8\uff08JPJ\uff09\u5b98\u65b9\u7f51\u7ad9\u5728\u7ebf\u68c0\u67e5\u60a8\u7684\u8def\u7a0e\u5230\u671f\u65e5\u671f\u3002\n\n\n\u9664\u6b64\u4e4b\u5916\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u6b63\u5728\u5bfb\u627e\u6700\u4f73\u548c\u5168\u9762\u7684\n\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\u3001\n\u6469\u6258\u8f66\u4fdd\u9669\n\u6216\n\u623f\u5c4b\u4fdd\u9669\n\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u8bbf\u95eeQoala\u7684\u5b98\u65b9\u7f51\u7ad9\u4ee5\u83b7\u53d6\u66f4\u591a\u4fe1\u606f\u3002Qoala\u662f\u9a6c\u6765\u897f\u4e9a\u7684\u4fdd\u9669\u5e73\u53f0\uff0c\u63d0\u4f9b\u5b89\u5168\u3001\u7ecf\u6d4e\u5b9e\u60e0\u548c\u4fbf\u6377\u7684\u4fdd\u9669\u8d2d\u4e70\u8fc7\u7a0b\u3002\n\n\nKongsi:\n\n"} {"url": "https://qoala.my/ms/blog/zh/she-me-shi-ncd/", "title": "\u4e86\u89e3\u4ec0\u4e48\u662fNCD\u548c\u5982\u4f55\u8f6c\u79fb\u65e7\u8f66\u7684NCD\uff08\u65e0\u7d22\u507f\u6298\u6263\uff09\u5230\u65b0\u8f66\u7684\u65b9\u6cd5", "body": "\n\n\u4ec0\u4e48\u662fNCD\uff08No Claim Discount\uff09\uff1f\u53ef\u80fd\u60a8\u5728\n\u66f4\u65b0\u4fdd\u9669\u671f\n\u95f4\u7ecf\u5e38\u542c\u5230NCD\u7684\u672f\u8bed\uff0c\u4f46\u60a8\u53ef\u80fd\u5bf9\u4e0eNCD\u4fdd\u9669\u76f8\u5173\u7684\u4e8b\u9879\u4e0d\u592a\u4e86\u89e3\u3002\u57fa\u672c\u4e0a\uff0cNCD\u6307\u7684\u662f\u5728\u6240\u6709\u6743\u671f\u95f4\u6ca1\u6709\u8fdb\u884c\u4efb\u4f55\u4fdd\u9669\u7d22\u8d54\u65f6\u63d0\u4f9b\u7ed9\u8f66\u4e3b\u7684\u4fdd\u9669\u6298\u6263\u3002\u8fd9\u79cd\u6700\u9ad8\u53ef\u8fbe55%\u7684\u4fdd\u9669\u6298\u6263\u4f1a\u5728\u8f66\u4e3b\n\u66f4\u65b0\u4fdd\u9669\n\u65f6\u81ea\u52a8\u63d0\u4f9b\uff0c\u524d\u63d0\u662f\u6ca1\u6709\u53d1\u751f\u4efb\u4f55\u4e8b\u6545\u7684\u4fdd\u9669\u7d22\u8d54\u6216\u8981\u6c42\u3002\n\n\n\n\n\n\nTable of Contents\n\n\nToggle\n\n\n\u5173\u4e8eNCD\u4fdd\u9669\uff0c\u60a8\u9700\u8981\u77e5\u9053\u76847\u4e2a\u4e8b\u9879\uff0c\u4ee5\u53ca\u5982\u4f55\u5c06NCD\u8f6c\u79fb\u5230\u65b0\u8f66\n1. \u4ec0\u4e48\u662fNCD\uff1f\u00a0\n2. \u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u7684NCD\u767e\u5206\u6bd4\uff08NCD %\uff09\n3. NCD\u63d0\u53d6\n4. \u8ba1\u7b97\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u7684NCD\uff08\u65e0\u7d22\u8d54\u6298\u6263\uff09\u7684\u65b9\u6cd5\n5. \u8981\u8d2d\u4e70\u65b0\u8f66\uff1f\u60a8\u9700\u8981\u4e86\u89e3\u7684\u65e7\u8f66NCD\u8f6c\u79fb\u65b9\u6cd5\n6. \u8f66\u7978\u540e\u7684NCD\uff08\u65e0\u7d22\u8d54\u6298\u6263\uff09\n7. \u4ee5\u4e0b\u662f\u53ef\u80fd\u5bfc\u81f4NCD\u8f6c\u79fb\u8fc7\u7a0b\u5931\u8d25\u7684\u56e0\u7d20\n\n\n\u5173\u4e8eNCD\u4fdd\u9669\uff0c\u60a8\u9700\u8981\u77e5\u9053\u76847\u4e2a\u4e8b\u9879\uff0c\u4ee5\u53ca\u5982\u4f55\u5c06NCD\u8f6c\u79fb\u5230\u65b0\u8f66\n\n\nNCD\uff08No Claim Discount\uff09\u5728\u786e\u5b9a\u60a8\n\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\n\u8d39\u7528\u65f6\u626e\u6f14\u7740\u975e\u5e38\u91cd\u8981\u7684\u89d2\u8272\u3002\u6839\u636e\u5f53\u524d\u7684NCD\u767e\u5206\u6bd4\uff0c\u5b83\u4f7f\u8f66\u4e3b\u80fd\u591f\u4eab\u53d7\u8f83\u4f4e\u7684\n\u4fdd\u9669\u8d39\u7387\n\u3002\u56e0\u6b64\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u6ca1\u6709\u8fdb\u884c\u4efb\u4f55\u4fdd\u9669\u7d22\u8d54\u7684\u60c5\u51b5\u4e0b\uff0c\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u4f1a\u9010\u5e74\u4e0b\u964d,\uff0c\u8fd9\u662f\u5f88\u6b63\u5e38\u7684\u3002\n\n\n\u4ee5\u4e0b\u662f\u60a8\u9700\u8981\u77e5\u9053\u4e0e\u9a6c\u6765\u897f\u4e9aNCD\u76f8\u5173\u7684\u4e03\u4e2a\u4e8b\u9879\uff0c\u5305\u62ec\u5c06\u65e7\u8f66\u7684NCD\u8f6c\u79fb\u5230\u65b0\u8f66\u7684\u65b9\u6cd5\uff0c\u4f9b\u60a8\u53c2\u8003\uff1a\n\n\n1. \u4ec0\u4e48\u662fNCD\uff1f\u00a0\n\n\nNCD\uff08\u65e0\u7d22\u507f\u6298\u6263\uff09\u662f\n\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\n\u5411\u8f66\u4e3b\u63d0\u4f9b\u7684\u4e00\u79cd\u8d39\u7528\u51cf\u514d\u5f62\u5f0f\u3002NCD\u7684\u6298\u6263\u4f7f\u8f66\u4e3b\u5728\u66f4\u65b0\u4fdd\u9669\u65f6\u80fd\u591f\u4eab\u53d7\u66f4\u4f4e\u7684\n\u4fdd\u8d39\n\uff0c\u524d\u63d0\u662f\u5728\u66f4\u65b0\u768412\u4e2a\u6708\u5185\u6ca1\u6709\n\u8fdb\u884c\u4efb\u4f55\u7d22\u8d54\n\uff0c\u6216\u8005\u6ca1\u6709\u7b2c\u4e09\u65b9\u62a5\u544a\u6709\u5173\u4e8b\u6545\u7d22\u8d54\u7684\u4fe1\u606f\u6dfb\u52a0\u5230\u60a8\u7684\u4fdd\u9669\u5355\u4e0a\u3002\n\n\n2. \u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u7684NCD\u767e\u5206\u6bd4\uff08NCD %\uff09\n\n\nNCD\uff08\u65e0\u7d22\u8d54\u6298\u6263\uff09\u7684\u6298\u6263\u7387\u6839\u636e\u8f66\u8f86\u7684\u7c7b\u578b\u548c\u7c7b\u522b\u4f1a\u6709\u6240\u4e0d\u540c\u3002NCD\u7684\u6298\u6263\u7387\u5206\u4e3a\u4e24\u4e2a\u7c7b\u522b\uff0c\u79c1\u4eba\u8f66\u8f86\u548c\u516c\u53f8\u8f66\u8f86\uff1b\u4ee5\u53ca\u5546\u7528\u8f66\u8f86\uff08\u6469\u6258\u8f66\u3001\u51fa\u79df\u8f66\u3001\u5361\u8f66\u548c\u7279\u6b8a\u8f66\u8f86\uff09\u3002\n\n\n\u57fa\u672c\u4e0a\uff0c\u5bf9\u4e8e\u79c1\u4eba\u8f66\u8f86\uff0cNCD\u7684\u767e\u5206\u6bd4\u5728\u7b2c\u4e8c\u5e74\u53ca\u4ee5\u540e\u901a\u5e38\u4e3a25%\u81f355%\u3002\u8fd9\u610f\u5473\u7740\u5728\u7b2c\u4e00\u5e74\uff0c\n\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\n\u653f\u7b56\u5c06\u4e0d\u4f1a\u83b7\u5f97\u4efb\u4f55NCD\u4fdd\u9669\u6298\u6263\u3002\u53ea\u6709\u5728\u7b2c\u4e8c\u5e74\uff0c\u5982\u679c\u5728\u524d12\u4e2a\u6708\u5185\u6ca1\u6709\u8fdb\u884c\u4efb\u4f55\u4e8b\u6545\u7d22\u8d54\uff0c\u5728\u66f4\u65b0\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u65f6\uff0c\u60a8\u624d\u80fd\u4eab\u53d725%\u7684\u6298\u6263\u3002\n\n\n\u6b64\u540e\uff0c\u7b2c\u4e8c\u5e74\u7684\u6298\u6263\u7387\u4e3a30%\uff0c\u7b2c\u4e09\u5e74\u4e3a38.33%\uff0c\u7b2c\u56db\u5e74\u4e3a44%\u3002\u4fdd\u9669\u6298\u6263\u7387\u5728\u7b2c\u4e94\u5e74\u88ab\u8bbe\u5b9a\u4e3a55%\uff0c\u5e76\u4e14\u4fdd\u6301\u4e0d\u53d8\uff0c\u7b2c\u516d\u5e74\u53ca\u4ee5\u540e\u7684NCD\u6298\u6263\u7387\u9650\u5236\u4e3a55%\uff0c\u4e0d\u4f1a\u518d\u6709\u4efb\u4f55\u589e\u52a0\u3002\u60a8\u53ef\u4ee5\u53c2\u8003\u4e0b\u9762\u7684\u8868\u683c\u4ee5\u83b7\u53d6\u66f4\u591a\u4fe1\u606f\u3002\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u5e74\u4efd\n\n\n\n\nNCD\uff08\u65e0\u7d22\u8d54\u6298\u6263\uff09\u7684\u767e\u5206\u6bd4\u3002\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6c7d\u8f66\u7684NCD\n\n\n\n\n\n\n\u6469\u6258\u8f66\u7684NCD\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u7b2c\u4e00\u5e74\n\n\n\n\n0\n\n\n0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u7b2c\u4e8c\u5e74\n\n\n\n\n25\n\n\n\n\n15\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u7b2c\u4e09\u5e74\n\n\n\n\n30\n\n\n\n\n20 \uff08\u6700\u591a\uff09\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u7b2c\u56db\u5e74\n\n\n\n\n\n\n38.33\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u7b2c\u4e94\u5e74\n\n\n\n\n\n\n45\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u7b2c\u516d\u5e74\n\n\n\n\n\n\n55 \uff08\u6700\u591a\uff09\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n3. NCD\u63d0\u53d6\n\n\n\u5c06NCD\u8f6c\u79fb\u5230\u65b0\u8f66\u7684\u8fc7\u7a0b\u95f4\u63a5\u5730\u4f7f\u8f66\u4e3b\u80fd\u591f\u4ee5\u8f83\u4f4e\u7684\u4ef7\u683c\u4eab\u53d7\u4fdd\u9669\u8d39\u3002\u56e0\u6b64\uff0c\u8bb8\u591a\u8f66\u4e3b\u4f1a\u9009\u62e9\u8f6c\u79fbNCD\u4ee5\u83b7\u5f97\u66f4\u9ad8\u7684\u8282\u7701\u7387\u3002\u5982\u679c\u60a8\u60f3\u5c06NCD\u8f6c\u79fb\u5230\u65b0\u8f66\u4e0a\uff0c\u4ee5\u4e0b\u662f\u4e09\u79cd\u65b9\u6cd5\u4f9b\u60a8\u8003\u8651\uff1a\n\n\ni. \u53d6\u6d88\u6216\u7ec8\u6b62\u4fdd\u9669\u5355\n\n\n\u5f53\u60a8\u51fa\u552e\u65e7\u8f66\u65f6\uff0c\u5982\u679c\u4fdd\u9669\u5355\u5c1a\u672a\u5230\u671f\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u7ec8\u6b62\u65e7\u8f66\u7684\u4fdd\u9669\uff0c\u5e76\u5c06\u65e7\u8f66\u7684NCD\u7528\u4e8e\n\u65b0\u8f66\n\u3002\n\n\nii. \u8fc7\u671f\u7684\u4fdd\u9669\u5355\n\n\n\u7136\u800c\uff0c\u5982\u679c\u65e7\u8f66\u7684\u4fdd\u9669\u5355\u5df2\u7ecf\u8fc7\u671f\uff0c\u60a8\u4ecd\u7136\u53ef\u4ee5\u5728\u66f4\u65b0\u65b0\u8f66\u7684\u4fdd\u9669\u65f6\u4f7f\u7528\u65e7\u8f66\u7684NCD\u3002\n\n\niii. \u63d0\u53d6NCD\u4fdd\u9669\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\u8d2d\u4e70\u4e86\u4e00\u8f86\u65b0\u7684Honda City\uff082020\uff09\uff0c\u5e76\u9009\u62e9\u4e0d\u51fa\u552e\u60a8\u7684\u65e7Perodua Myvi\uff082015\uff09\uff0c\u60a8\u4ecd\u7136\u53ef\u4ee5\u5c06\u65e7Myvi\u7684NCD\u8f6c\u79fb\u5230\u65b0\u7684Honda City\u4e0a\u3002\u4e3e\u4e2a\u4f8b\u5b50\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u7684\u65e7Myvi\u670955%\u7684NCD\uff0c\u5e76\u4e14\u60a8\u51b3\u5b9a\u5c06\u8be5NCD\u8f6c\u79fb\u5230\u65b0\u7684Honda City\u4e0a\uff0c\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u5c06\u63d0\u53d6\u65e7Myvi\u7684NCD\u4fdd\u9669\u3002\n\n\n\u8fd9\u610f\u5473\u7740\uff0c55%\u7684NCD\u5c06\u5e94\u7528\u4e8e\u65b0\u7684Honda City\uff0c\u800c\u60a8\u65e7Myvi\u7684NCD\u5c06\u91cd\u7f6e\u4e3a\u96f6\uff0c\u5c31\u50cf\u7b2c\u4e00\u5e74\u4e00\u6837\u3002\u8fd9\u79cd\u65b9\u6cd5\u5c06\u4e3a\u60a8\u8282\u7701\u8d39\u7528\uff0c\u56e0\u4e3a\u60a8\u7684Honda City\u4fdd\u9669\u8d39\u5c06\u6bd4\u4e0d\u8f6c\u79fbNCD\u65f6\u66f4\u4fbf\u5b9c\u3002\u8981\u4e86\u89e3\u5982\u4f55\u63d0\u53d6NCD\u7684\u8be6\u7ec6\u4fe1\u606f\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u54a8\u8be2\u60a8\u7684\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u3002\n\n\n\n\n4. \u8ba1\u7b97\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u7684NCD\uff08\u65e0\u7d22\u8d54\u6298\u6263\uff09\u7684\u65b9\u6cd5\n\n\n\u4e3a\u4e86\u5e2e\u52a9\u60a8\u66f4\u597d\u5730\u7406\u89e3\u5173\u4e8e\u5982\u4f55\u8ba1\u7b97\u8f6c\u79fbNCD\u7684\u65b9\u6cd5\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u53c2\u8003\u4ee5\u4e0b\u8ba1\u7b97\u793a\u4f8b\u3002\u4f8b\u5982\uff0cAli\u62e5\u6709\u4e24\u8f86\u8f66\uff0c\u4e00\u8f86\u662f\u4ed6\u7684\u65e7Perodua Myvi\uff082015\uff09\uff0c\u53e6\u4e00\u8f86\u662f\u4ed6\u65b0\u8d2d\u7684Honda City\uff082020\uff09\u3002\u5047\u8bbe\u65e7\u6b3ePerodua Myvi\u7684\u4fdd\u9669\u8d39\u4e3aRM600\uff08NCD 55%\uff09\uff0c\u800c\u65b0\u6b3eHonda City\u7684\u4fdd\u9669\u8d39\u4e3aRM1,600\uff08NCD 0%\uff09\u3002\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u5c06NCD\u8f6c\u79fb\u5230\u65b0\u8f66\u4e0a\n\n\n\n\n\n\n\u4e0d\u8f6c\u79fb\u65e7\u8f66\u7684NCD\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerodua Myvi\n\n\nRM600 \u2013 (NCD 0%) = RM600\n\n\nRM600 \u2013 (NCD 55%) = RM270\n\n\n\n\n\n\nHonda City\n\n\nRM1,600 \u2013 (NCD 55%) = RM720\n\n\nRM1,600 \u2013 (NCD 0%) = RM1,600\n\n\n\n\n\n\n\u603b\u652f\u51fa\n\n\nRM1,320\n\n\nRM1,870\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u6839\u636e\u4ee5\u4e0a\u8ba1\u7b97\uff0c\u5982\u679c\u963f\u91cc\u51b3\u5b9a\u4e0d\u8f6c\u79fb\u8f66\u8f86\u7684NCD\u4fdd\u9669\uff0c\u4ed6\u5c06\u9700\u8981\u652f\u4ed8\u603b\u5171RM1,870\u7684\u4fdd\u9669\u8d39\u7528\u3002\u7136\u800c\uff0c\u5982\u679c\u4ed6\u9009\u62e9\u8f6c\u79fbNCD\uff0c\u4ed6\u7684\u65b0Honda City\u7684\u4fdd\u9669\u8d39\u5c06\u4f1a\u964d\u4f4e\uff0c\u4ed6\u6bcf\u5e74\u53ea\u9700\u652f\u4ed8RM720\uff0c\u662f\u539f\u6765\u8d39\u7528\uff08RM1,600\uff09\u7684\u4e00\u534a\u3002\u4e8b\u5b9e\u4e0a\uff0c\u4e0e\u4e0d\u8f6c\u79fbNCD\u76f8\u6bd4\uff0c\u5982\u679c\u963f\u91cc\u9009\u62e9\u8f6c\u79fb\u65e7\u8f66\u7684NCD\uff0c\u4ed6\u53ef\u4ee5\u8282\u7701\u9ad8\u8fbeRM550\u7684\u8d39\u7528\u3002\n\n\n5. \u8981\u8d2d\u4e70\u65b0\u8f66\uff1f\u60a8\u9700\u8981\u4e86\u89e3\u7684\u65e7\u8f66NCD\u8f6c\u79fb\u65b9\u6cd5\n\n\n\u9664\u4e86\u4eab\u53d7\u4fdd\u9669\u6298\u6263\u5916\uff0c\u8f66\u4e3b\u8fd8\u53ef\u4ee5\u9009\u62e9\u5c06NCD\u8f6c\u79fb\u5230\u65b0\u8f66\u4e0a\uff0c\u524d\u63d0\u662f\u65b0\u8f66\u7684\u6240\u6709\u8005\u4e0e\u65e7\u8f66\u7684\u6240\u6709\u8005\u76f8\u540c\u3002\u4ee5\u4e0b\u662f\u53d6\u56de\u6216\u8f6c\u79fb\u65e7\u8f66\u7684NCD\u7684\u6b65\u9aa4\uff0c\u4f9b\u60a8\u53c2\u8003\uff1a\n\n\ni. \u51c6\u5907\u5b8c\u6574\u7684\u6587\u4ef6\n\n\n\u8981\u8f6c\u79fbNCD\u7684\u65e7\u8f66\u8f66\u4e3b\u9700\u8981\u51c6\u5907\u5b8c\u6574\u7684\u6587\u4ef6\uff0c\u5982\u8eab\u4efd\u8bc1\u526f\u672c\u548c\u94f6\u884c\u4fe1\u606f\u3002\n\n\nii. \u524d\u5f80\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u5206\u652f\u673a\u6784\u3002\n\n\n\u524d\u5f80\u4efb\u4f55\u4e00\u5bb6\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\u6216\u4fdd\u9669\u57fa\u91d1\u516c\u53f8\u7684\u5206\u652f\u673a\u6784\u3002\u4e3e\u4f8b\u6765\u8bf4\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u7684\u8f66\u8f86\u7531ABC\n\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\n\u4fdd\u9669\uff0c\u60a8\u9700\u8981\u524d\u5f80\u8be5\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u7684\u5206\u652f\u673a\u6784\u6765\u8fdb\u884cNCD\u4fdd\u9669\u8f6c\u79fb\u3002\n\n\niii. \u586b\u5199NCD\u8f6c\u79fb\u8868\u683c\u3002\n\n\n\u8bf7\u586b\u5199\u63d0\u4f9b\u7684\u8868\u683c\u3002\u5728\u60a8\u7684\u7533\u8bf7\u83b7\u5f97\u6279\u51c6\u540e\uff0c\u60a8\u5c06\u6536\u5230\u4e00\u4efd\u526f\u672c\u3002\n\n\niv. \u89e3\u91ca\u4fdd\u8d39\u4f59\u989d\n\n\n\u901a\u5e38\u60c5\u51b5\u4e0b\uff0c\u60a8\u9700\u8981\u5728\u8f6c\u79fbNCD\u5230\u65b0\u8f66\u4e4b\u524d\uff0c\u6e05\u7b97\u73b0\u6709\u4fdd\u9669\u7684\u5269\u4f59\u4fdd\u8d39\uff08\u5982\u679c\u76f8\u5173\uff09\u3002\u9700\u8981\u652f\u4ed8\u7684\u91d1\u989d\u53d6\u51b3\u4e8e\u4fdd\u9669\u653f\u7b56\u7684\u6709\u6548\u671f\u3002\u4ed8\u6b3e\u53ef\u4ee5\u4ee5\u73b0\u91d1\u6216\u5728\u7ebf\u65b9\u5f0f\u8fdb\u884c\u3002\u7136\u800c\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u7684\u4fdd\u9669\u5df2\u7ecf\u8fc7\u671f\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u5ffd\u7565\u8fd9\u4e00\u6b65\u9aa4\u3002\n\n\nv. \u66f4\u65b0\u6c7d\u8f66\u4fdd\u9669\n\n\n\u5728\u66f4\u65b0\u65b0\u8f66\u8f86\u7684\u4fdd\u9669\u65f6\uff0c\u51c6\u5907\u597dNCD\u8f6c\u79fb\u6587\u4ef6\u3002\u786e\u4fdd\u6240\u6709\u4fe1\u606f\u90fd\u662f\u6b63\u786e\u7684\uff0c\u5e76\u4ed4\u7ec6\u6838\u5bf9\u65b0\u8f66\u8f86\u7684NCD\u7387\u4e0e\u60a8\u65e7\u8f66\u8f86\u7684NCD\u7387\u76f8\u540c\u3002\u5efa\u8bae\u60a8\u5728\u66f4\u65b0\u4fdd\u9669\u65f6\u51c6\u5907\u597d\u65e7\u7684\u4fdd\u5355\u5c01\u9762\uff08\u6709\u5305\u542b\u6700\u9ad8NCD\u7387\uff09\u3002\n\n\n6. \u8f66\u7978\u540e\u7684NCD\uff08\u65e0\u7d22\u8d54\u6298\u6263\uff09\n\n\n\u4f60\u53ef\u80fd\u4f1a\u60f3\u77e5\u9053\u4fdd\u9669\u7d22\u8d54\u662f\u5426\u4f1a\u5f71\u54cdNCD\uff08\u65e0\u7d22\u8d54\u6298\u6263\uff09\u3002\u57fa\u672c\u4e0a\uff0c\u662f\u7684\u3002\u5728\u4e8b\u6545\u7d22\u8d54\u540e\uff0c\u4fdd\u9669\u7684NCD\u53ef\u80fd\u4f1a\u53d7\u5230\u5f71\u54cd\u3002\u5982\u679c\u4f60\u7684\u8f66\u8f86\u53d1\u751f\u4e8b\u6545\uff0c\u5e76\u4e14\u4e8b\u6545\u662f\u7531\u4f60\u5f15\u8d77\u7684\uff0c\u90a3\u4e48\u5b83\u53ef\u80fd\u4f1a\u5f71\u54cd\u4f60\u7684\u4fdd\u9669NCD\u7387\u3002\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\u63d0\u51fa\u4e8b\u6545\u7d22\u8d54\u6216\u7b2c\u4e09\u65b9\u5411\u60a8\u7684\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u63d0\u51fa\u7d22\u8d54\uff0c\u60a8\u7684\u4fdd\u9669NCD\u7387\u5c06\u91cd\u7f6e\u4e3a\u96f6\uff0c\u5c31\u50cf\u60a8\u7b2c\u4e00\u5e74\u8d2d\u4e70\u4fdd\u9669\u65f6\u4e00\u6837\u3002\u8fd9\u610f\u5473\u7740\u60a8\u518d\n\u66f4\u65b0\u4fdd\u9669\n\u65f6\uff0c\u60a8\u5c06\u9700\u8981\u652f\u4ed8\u66f4\u9ad8\u7684\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u8d39\u3002\n\n\n\u5c3d\u7ba1\u5982\u6b64\uff0c\u67d0\u4e9b\u60c5\u51b5\u4e0b\uff0c\u4fdd\u9669\u7d22\u8d54\u4e0d\u4f1a\u5f71\u54cdNCD\u7387\uff1a\n\n\n\n\n\u5982\u679c\u53d1\u751f\u4e8b\u6545\u5e76\u4e14\u60a8\u9009\u62e9\u81ea\u884c\u627f\u62c5\u4fee\u7406\u8d39\u7528\uff0cNCD\u7387\u4e0d\u4f1a\u53d7\u5230\u5f71\u54cd\u3002\u901a\u5e38\u60c5\u51b5\u4e0b\uff0c\u8f66\u4e3b\u4f1a\u9009\u62e9\u81ea\u884c\u627f\u62c5\u4fee\u7406\u8d39\u7528\uff0c\u5982\u679c\u9884\u4f30\u7684\u4fee\u7406\u8d39\u7528\u8fdc\u4f4e\u4e8e\u6216\u4e0d\u8d85\u8fc7\u4fdd\u9669\u6298\u6263\u91d1\u989d\u3002\n\n\n\u5982\u679c\u7b2c\u4e09\u65b9\u9009\u62e9\u81ea\u884c\u627f\u62c5\u4fee\u7406\u8d39\u7528\u5e76\u4e14\u4e0d\u5e0c\u671b\u5bf9\u60a8\u7684\u4fdd\u9669\u8fdb\u884c\u4efb\u4f55\u7d22\u8d54\uff0cNCD\u7387\u5c06\u4e0d\u4f1a\u53d7\u5230\u5f71\u54cd\u3002\u8fd9\u901a\u5e38\u6d89\u53ca\u8f83\u5c0f\u7684\u4e8b\u6545\uff0c\u5982\u5212\u75d5\u7b49\u3002\n\n\n\u5982\u679c\u4e8b\u6545\u7ecf\u8fc7\u8b66\u65b9\u786e\u8ba4\u4e0d\u662f\u7531\u60a8\u7684\u8fc7\u5931\u9020\u6210\u7684\uff0c\u7d22\u8d54\u5c06\u4e0d\u4f1a\u5bf9\u60a8\u7684NCD\u4fdd\u9669\u9020\u6210\u5f71\u54cd\u3002\u901a\u5e38\u60c5\u51b5\u4e0b\uff0c\u7d22\u8d54\u5c06\u5411\u5bfc\u81f4\u4e8b\u6545\u7684\u7b2c\u4e09\u65b9\u4fdd\u9669\u8fdb\u884c\u3002\n\n\n\u5982\u679c\u53d1\u751f\u4e8b\u6545\u540e\uff0c\u7b2c\u4e09\u65b9\u4e0d\u613f\u610f\u627f\u62c5\u8d23\u4efb\uff0c\u60a8\u53ef\u4ee5\u9009\u62e9\u5411\u81ea\u5df1\u7684\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u63d0\u51fa\n\u65e0\u8fc7\u9519\u81ea\u635f\u7d22\u8d54\uff08NFOC\uff09\n\uff0c\u8fd9\u79cd\u7d22\u8d54\u4e0d\u4f1a\u5bf9\u60a8\u7684NCD\u4ea7\u751f\u5f71\u54cd\u3002\n\n\n\u5982\u679c\u60a8\u8d2d\u4e70\u4e86\u989d\u5916\u7684\u4fdd\u9669\uff0c\u5982\n\u8f66\u7a97\u4fdd\u9669\n\uff0c\u90a3\u4e48\u5982\u679c\u53d1\u751f\n\u8f66\u7a97\u7834\u635f\n\u7684\u7d22\u8d54\uff0c\u60a8\u7684NCD\u7387\u4e0d\u4f1a\u53d7\u5230\u5f71\u54cd\u3002\u7136\u800c\uff0c\u5982\u679c\u53d1\u751f\n\u8f66\u7a97\u7834\u635f\n\u7684\u7d22\u8d54\uff0c\u4f46\u60a8\u7684\u8f66\u8f86\u6ca1\u6709\u8d2d\u4e70\u8fd9\u79cd\u989d\u5916\u4fdd\u9669\uff0c\u90a3\u4e48\u53ef\u80fd\u4f1a\u5bf9\u73b0\u6709\u7684NCD\u7387\u4ea7\u751f\u5f71\u54cd\u3002\n\n\n\n\n\n\n7. \u4ee5\u4e0b\u662f\u53ef\u80fd\u5bfc\u81f4NCD\u8f6c\u79fb\u8fc7\u7a0b\u5931\u8d25\u7684\u56e0\u7d20\n\n\n\u867d\u7136\u57fa\u672c\u4e0a\u662f\u53ef\u4ee5\u5c06NCD\u8f6c\u79fb\u5230\u65b0\u8f66\u8f86\u4e0a\uff0c\u4f46\u8be5\u8fc7\u7a0b\u8fd8\u53d7\u5230\u7279\u5b9a\u7a0b\u5e8f\u548c\u6761\u4ef6\u7684\u7ea6\u675f\u3002\u5982\u679c\u60a8\u4e0d\u7b26\u5408\u4ee5\u4e0b\u6761\u4ef6\uff0c\u60a8\u7684\u7533\u8bf7\u53ef\u80fd\u4f1a\u88ab\u62d2\u7edd\u3002\n\n\ni. \u5c06NCD\u8f6c\u79fb\u5230\u5176\u4ed6\u4eba\u540d\u4e0b\n\n\n\u901a\u5e38\u60c5\u51b5\u4e0b\uff0c\u4fdd\u9669\u516c\u53f8\u4e0d\u5141\u8bb8\u5c06NCD\u8f6c\u79fb\u5230\u4ee5\u4e0d\u540c\u4e8eNCD\u539f\u59cb\u6240\u6709\u8005\u7684\u7b2c\u4e09\u65b9\u540d\u5b57\u6ce8\u518c\u7684\u65b0\u8f66\u8f86\u4e0a\u3002\u8fd9\u662f\u56e0\u4e3aNCD\u662f\u4ee5\u4e2a\u4eba\u7684\u540d\u4e49\u6ce8\u518c\u7684\uff0c\u800c\u4e0d\u662f\u9488\u5bf9\u7279\u5b9a\u7684\u8f66\u8f86\u3002\u53ea\u6709\u5728\u65b0\u8f66\u8f86\u4ee5\u76f8\u540c\u7684\u8f66\u4e3b\u59d3\u540d\u548c\u8eab\u4efd\u8bc1\u53f7\u7801\u6ce8\u518c\u65f6\uff0c\u624d\u80fd\u5c06NCD\u8f6c\u79fb\u5230\u65b0\u8f66\u8f86\u4e0a\u3002\n\n\nii. \u4f7f\u7528\u7b2c\u4e09\u65b9\u7684\u5e2e\u52a9\u6765\u8fdb\u884cNCD\u7684\u8f6c\u79fb\n\n\n\u53ea\u6709\u5728\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\u5355\u4e0a\u5217\u51fa\u7684\u4fdd\u9669\u6301\u6709\u4eba\u624d\u80fd\u8fdb\u884cNCD\u8f6c\u79fb\u7684\u7a0b\u5e8f\u4ee5\u907f\u514d\u6709\u8bef\u3002\u5982\u679c\u60a8\u4f7f\u7528\u4ee3\u7406\u4eba\u6216\u4e2d\u4ecb\u6765\u4ee3\u8868\u60a8\u8fdb\u884cNCD\u8f6c\u79fb\uff0c\u8be5\u8fc7\u7a0b\u53ef\u80fd\u4f1a\u88ab\u62d2\u7edd\u3002\n\n\niii.\u5c06\u6469\u6258\u8f66\u7684NCD\u8f6c\u79fb\u5230\u6c7d\u8f66\u4e0a\n\n\nNCD\u7684\u6bd4\u7387\u53ea\u80fd\u5728\u76f8\u540c\u7684\u8f66\u8f86\u7c7b\u578b\u548c\u7c7b\u522b\u4e4b\u95f4\u8fdb\u884c\u8f6c\u79fb\u3002\u4f8b\u5982\uff0c\u60a8\u4e0d\u80fd\u5c06\u6469\u6258\u8f66\u7684NCD\u8f6c\u79fb\u5230\u6c7d\u8f66\u4e0a\uff0c\u6c7d\u8f66\u7684NCD\u4e5f\u4e0d\u80fd\u8f6c\u79fb\u53bb\u6469\u6258\u8f66\u3002\n\u5e0c\u671b\u8fd9\u7bc7\u6587\u7ae0\u7684\u5206\u4eab\u53ef\u4ee5\u5e2e\u52a9\u60a8\u66f4\u987a\u5229\u5730\u8fdb\u884cNCD\u8f6c\u79fb\u8fc7\u7a0b\u3002\u6b64\u5916\uff0c\u5982\u679c\u60a8\u8ba1\u5212\n\u8d2d\u4e70\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\n\uff0c\u8bf7\u8bbf\u95eeQoala\u7f51\u7ad9\u83b7\u53d6\u66f4\u591a\u4fe1\u606f\u3002Qoala\u63d0\u4f9b\u5404\u79cd\n\u6700\u4f73\u7684\u8f66\u8f86\u4fdd\u9669\n\u9009\u62e9\uff0c\u53ef\u4ee5\u6839\u636e\u60a8\u7684\u9700\u6c42\u63d0\u4f9b\u5408\u9002\u7684\u4fdd\u9669\u65b9\u6848\uff0c\u4ef7\u683c\u4e5f\u5408\u7406\u3002\n\n\nKongsi:\n\n"}