"1." "Tajuk : \n(Kertas PPS Bil. 4/100/2019) Hukum Merayakan Pesta Ponggal\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Pakar Syariah kali ke-100 yang bersidang pada 8 dan 9 April 2019 telah mendengar dan meneliti taklimat dan pembentangan yang dibuat oleh Bahagian Penyelidikan JAKIM berkenaan dengan Hukum Muslim Menyertai Pesta Ponggal\n\n\n1. \u00a0\u00a0 Pesta Ponggal adalah merupakan perayaan agama Hindu yang mempunyai maksud simbolik yang tersendiri dan pengagungan kepada Dewa Surya. Oleh yang demikian \nharam\n bagi Muslim\u00a0 untuk menyertai pesta ponggal terutamanya upacara memasak nasi susu.\n\n\n\u00a0\n\n\n2. \u00a0\u00a0 Sekiranya ada keperluan, Muslim boleh hadir dengan\u00a0\nsyarat tidak terlibat dengan sebarang upacara keagamaan seperti:\n\n\n\u00a0\n\n\na.\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak memakai apa jua pakaian khas yang merujuk kepada perlambangan agama seperti pakaian sami Hindu;\n\n\nb.\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak memakai apa jua peralatan yang memiliki simbol khas agama lain seperti memakai rantai, membuat tanda keagamaan di dahi dan memakai kalungan bunga;\n\n\nc.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak terlibat dengan apa jua ritual yang dilakukan dalam apa jua bentuk dan keadaan sekalipun;\n\n\nd.\u00a0\u00a0\u00a0 Tidak memasuki rumah ibadat mereka ketika mana upacara ritual agama sedang berlangsung;\n\n\ne. \u00a0\u00a0 Tidak memaki dan mencaci serta menghina tuhan-tuhan agama mereka.\n\n\n3.\u00a0\u00a0\u00a0 Harus mengucapkan ucapan selamat kepada rakan dan jiran tanpa niat mengiktiraf agama mereka.\n\n\nTarikh : \n09/04/2019 \nKategori : \nIbadah\n Baca Selanjutnya" "2." "Tajuk : \n(Kertas PPS Bil. 2/100/2019) Hukum Penggunaan Semula Naskhah Al-Quran Lama/Rosak Untuk Penghasilan Produk Ibadah\nRingkasan : \n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat Panel Pakar Syariah kali ke-100 yang bersidang pada 8 dan 9 April 2019 telah mendengar dan meneliti taklimat dan pembentangan kertas hukum berkenaan dengan\u00a0\nHukum Penggunaan Semula Naskhah Al-Quran Lama/Rosak Untuk Penghasilan Produk Ibadah\u00a0\ndan membuat keputusan seperti yang berikut :\n\n\n1. \u00a0\u00a0 Memperakukan penggunaan teknologi subcritical water treatment bagi kaedah pelupusan mushaf dan kertas yang mengandungi ayat al-Quran yang terjamin lebih mesra alam.\n\n\n2.\u00a0\u00a0\u00a0 Walau bagaimanapun keputusan debu daripada hasil pelupusan sama ada boleh dijadikan produk atau tidak ditangguhkan kerana sisa kertas tersebut masih dimuliakan.\u00a0 \u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nTarikh : \n08/04/2019 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "3." "Tajuk : \n(Kertas PPS Bil. 1/100/2019) Hukum Panji-Panji Rejimen Skuadron TUDM Yang Dihampar Ke Tanah Ketika Istiadat Perarakan \t \nRingkasan : \nMesyuarat Panel Pakar Syariah kali ke-100 yang bersidang pada 8 dan 9 April 2019 telah mendengar dan meneliti pembentangan yang dibuat oleh Bahagian Penyelidikan JAKIM berkenaan dengan \nHukum Panji-Panji Rejimen Skuadron TUDM Yang Dihampar Ke Tanah Ketika Istiadat Perarakan\n\n\n1. \u00a0\u00a0 Tiada isu penghinaan kepada kalimah Allah dan Muhammad namun pergerakan tersebut tidak sesuai;\u00a0\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\n\n\n2.\u00a0\u00a0\u00a0 Pergerakan panji-panji hendaklah diubah kepada pergerakan yang lebih sesuai iaitu kepada separa pinggang;\n\n\n3.\u00a0\u00a0\u00a0 Menyemak dengan negara Brunei dan negara-negara Islam lain pergerakan panji-panji ketika memberi penghormatan kepada pembesar negara;\u00a0\n\n\n4\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja sebagai Ketua Angkatan Tentera bagi mendapatkan perkenan.\n\n\nTarikh : \n08/04/2019 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "4." "Tajuk : \n(Kertas PPS Bil. 1/100/2019) Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Jenazah di Medan Peperangan \nRingkasan : \nMesyuarat Panel Pakar Syariah kali ke-100 yang bersidang pada 8 dan 9 April 2019 telah mendengar dan meneliti pembentangan yang dibuat oleh Bahagian Penyelidikan JAKIM berkenaan dengan \nProsedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Jenazah di Medan Peperangan \ndan membuat keputusan seperti yang berikut :\n\n\nSOP ini diperakukan dengan penambahbaikan seperti yang berikut :\n\n\n\n\nSOP perlu dimulakan dengan tatacara pengurusan jenazah syahid.\n\n\nPerkara 12(B) - Tag pengenalan tidak harus diletakkan dalam mulut kerana ia adalah satu bentuk penyiksaan kepada jenazah. Sebaliknya diletak dalam genggaman jenazah.\n\n\nMemasukkan situasi pengkebumian bagi jenazah yang meninggal di luar negara dalam misi pengaman.\n\n\n\n\nTarikh : \n08/04/2019 \nKategori : \nIbadah\n Baca Selanjutnya" "5." "Tajuk : \nFenomena Suami Menjadi Suri Rumah dan Sindrom Lelaki Malas\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 19-21 Mac 2007 telah membincangkan mengenai\u00a0Fenomena Suami Menjadi Suri Rumah dan Sindrom Lelaki Malas. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa isu ini ditangani menerusi penekanan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI), program-program dakwah, khutbah Jumaat dan sebagainya bagi memberi kesedaran kepada kaum lelaki tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam perkahwinan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nTarikh : \n03/07/2019 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "6." "Tajuk : \n Wanita Bujang Menyusukan Anak Angkat\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah\u00a0(Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 19-21 Mac 2007\u00a0telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Bujang Menyusukan Anak Angkat. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Kajian Syariah Kali ke-41 pada 14 - 15 Oktober 2002 dikekalkan. Keputusannya ialah:\nHukum menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat:\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Seorang wanita tidak termasuk wanita yang dihasilkan melalui pertukaran \t\t\tjantina.\n\t ii.\tWanita yang telah baligh.\nTarikh : \n00/00/0000 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "7." "Tajuk : \nLaporan Status Bacaan Ayat-ayat Al-Quran yang Dilagukan atau Dizikirkan Bukan Mengikut Hukum Tarannum\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 13-15 November 2006 telah membincangkan mengenai Laporan Status Bacaan Ayat-ayat Al-Quran yang Dilagukan atau Dizikirkan Bukan Mengikut Hukum Tarannum. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa\u00a0\u00a0bacaan ayat-ayat al-Quran yang dilagukan atau dizikirkan sekalipun tidak mengikut hukum tarannum dengan sempurna adalah harus dengan syarat menepati hukum tajwid dan makhraj.\nTarikh : \n00/00/0000 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "8." "Tajuk : \nPerkahwinan Bagi Penghidap HIV Positif\u00a0\nRingkasan : \n\u00a0\n\n\nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 13- 15 November\u00a02006 telah membincangkan mengenai Hukum Perkahwinan Bagi Penghidap HIV Positif\u00a0. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa perkahwinan dengan pasangan yang menghidap HIV positif adalah tidak digalakkan atas kaedah \nsad al-zarai'k\n. Sekiranya perkahwinan yang dicadangkan diteruskan juga, kedua-dua pasangan hendaklah mengambil langkah pencegahan agar HIV tidak menjangkiti pasangan dan zuriat.\n\n\n\u00a0\n\n\nMesyuarat mencadangkan satu kajian sejauhmana keberkesanan program ujian saringan HIV kepada bakal-bakal pengantin yang dilaksanakan di negeri Johor.\n\n\n\u00a0\n\n\nTarikh : \n13/11/2006 \nKategori : \nMunakahat\n Baca Selanjutnya" "9." "Tajuk : \nPengesahan Produk Tanah Liat Clay Miff\u009d Sebagai Bahan Samak\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 18-20 September\u00a02006 telah membincangkan mengenai Pengesahan Produk Tanah Liat Clay Miff Sebagai Bahan Samak. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa produk tanah liat Clay Miff\u009d keluaran Syarikat Miff Marketing (M) Sdn. Bhd. adalah harus digunakan untuk tujuan samak.\n\n\n\u00a0\n\n\nTarikh : \n18/09/2006 \nKategori : \nIbadah\n Baca Selanjutnya" "10." "Tajuk : \n Permohonan Syarikat Telekom Malaysia Bhd. (TM) Berhubung Kempen Ganjaran Sejuta Ringgit \nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 5 - 7 Julai\u00a02006 telah membincangkan mengenai Permohonan Syarikat Telekom Malaysia Bhd. (TM) Berhubung Kempen Ganjaran Sejuta Ringgit. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Kempen Ganjaran Sejuta Ringgit TM boleh dilaksanakan kerana tidak mengandungi unsur eksploitasi dan penipuan (gharar).\nTarikh : \n05/07/2006 \nKategori : \nMuamalat/Ekonomi\n Baca Selanjutnya" "11." "Tajuk : \nProgram Interaktif SMS oleh Neoavantissmo Sdn. Bhd.\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 5-7 Julai\u00a02006 telah membincangkan mengenai Program Interaktif SMS oleh Neoavantissmo Sdn. Bhd. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa program interaktif SMS Neoavantissmo dan yang seumpamanya dalam bentuk menjual maklumat boleh dilaksanakan dengan syarat:\nUrusan jual beli adalah berdasarkan harga yang tetap, telus dan menepati prinsip jualbeli mengikut syarak.\n\u00a0Mengelak daripada sebarang unsur eksploitasi dan penipuan (gharar).\nTidak menawarkan hadiah kepada pembeli terpilih sahaja.\nTarikh : \n05/07/2006 \nKategori : \nMuamalat/Ekonomi\n Baca Selanjutnya" "12." "Tajuk : \nLaporan Penggunaan Azan dalam Iklan di Radio Amp Networks\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 5 - 7 Julai\u00a02006 telah membincangkan mengenai Laporan Penggunaan Azan dalam Iklan di Radio Amp Networks. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa iklan tersebut tidak sesuai disiarkan kerana kurang beradab (berlaku percakapan semasa azan berkumandang).\u00a0\nTarikh : \n05/07/2006 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "13." "Tajuk : \nPenggunaan Anggota atau Unsur Haiwan yang Haram Dimakan Selain daripada Anjing dan Babi untuk Tujuan Kosmetik\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 5-7 Julai\u00a02006 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Anggota atau Unsur Haiwan yang Haram Dimakan Selain daripada Anjing dan Babi untuk Tujuan Kosmetik. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa sebarang produk kosmetik yang bahannya mengandungi unsur najis adalah haram digunakan.\n \nTarikh : \n05/07/2006 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "14." "Tajuk : \nIsu-Isu Khilafiah\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 23 \u00e2\u20ac\u201c 25 Februari 2006 telah membincangkan mengenai Isu-isu Khilafiah. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa:\nAmalan membaca yasin, tahlil dan kenduri arwah merupakan perkara khilafiah yang tidak perlu diperbincangkan secara meluas kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan dan perpecahan masyarakat.\nMesyuarat mengesyorkan supaya JAKIM, JAIN dan Jabatan Mufti memperbanyakkan agenda penerangan kepada masyarakat secara menyeluruh mengenai isu khilafiah dengan pendekatan secara hikmah melalui penulisan, terjemahan buku, khutbah, kurikulum program takmir masjid dan wacana.\nJAKIM dengan kerjasama agensi berkaitan hendaklah memberi teguran kepada individu-individu tertentu supaya isu khilafiah ini tidak diperbesarkan.\n \nTarikh : \n23/02/2006 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "15." "Tajuk : \nLaporan Kajian Penggunaan Rakaman Suara Takbir Hari Raya di dalam Kad Ucapan Selamat Hari Raya.\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 28 \u00e2\u20ac\u201c 30 November 2005 telah membincangkan mengenai Laporan Kajian Penggunaan Rakaman Suara Takbir Hari Raya di dalam Kad Ucapan Selamat Hari Raya. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penggunaan suara rakaman takbir ke dalam kad ucapan selamat hari raya merupakan perkara baru yang perlu diberi perhatian agar tidak mencemarkan kesucian dan syiar Islam.\nOrang bukan Islam adalah tidak digalakkan untuk mencetak kad hari raya yang mengandungi takbir hari raya kerana dibimbangi akan mencemarkan kesucian syiar hari kebesaran agama Islam\nTarikh : \n28/11/2005 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "16." "Tajuk : \nOrang Bukan Islam Turut Bersama Berdoa Mengikut Anutan Agama Masing-masing dalam Satu Majlis yang Dihadiri Penganut Pelbagai Agama\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 28 \u00e2\u20ac\u201c 30 November 2005\ntelah mempersetujui keputusan Mesyuarat Panel Kajian Akidah, JAKIM kali ke-30 pada 14 September 2005 iaitu:\n\u00a0\nDoa memohon keselamatan, kesejahteraan umat dan negara adalah termasuk dalam perkara Ibadat kepada Allah s.w.t. yang khusus. Orang Islam tidak boleh menafikan hak Ibadat itu dan tidak juga boleh mengithbatkan hak Ibadat itu kepada yang lain dari Allah atau mana-mana makhluk sekali pun.\nDoa orang bukan Islam walaupun berkemungkinan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. tetapi ianya bukan atas dasar kasih sayang dan Ramat-Nya, tetapi ianya \u00c3\u00a1dalah merupakan istidraj daripada Allah SWT.\nPerbuatan memohon atau memberi cadangan supaya orang bukan Islam berdoa adalah sama dengan maksud kita mengiktiraf \u00e2\u20ac\u02dcibadat\u00e2\u20ac\u2122 agama mereka. Oleh itu ianya dilarang keras menurut Syariat Islam kecuali mereka melakukannya\u00a0tanpa sebarang arahan atau cadangan daripada umat Islam.\nBersetuju dengan amalan tradisi sebagaimana yang\u00a0dilakukan pada hari ini. (Doa hendaklah dibacakan oleh orang Islam).\n\u00a0\nTarikh : \n28/11/2005 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "17." "Tajuk : \nJubin yang Mengandungi Ayat Suci Al- Quran \nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 8 September 2005 telah membincangkan mengenai Jubin yang Mengandungi Ayat Suci Al- Quran. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa jubin yang mengandungi ayat-ayat al-Quran dan kalimah Allah adalah diharamkan penggunaannya di tempat-tempat yang boleh mencemar kesuciannya.\n\u00a0\nSekiranya jubin tersebut yang telah dipasang di mana tempat yang boleh mencemar kesuciannya maka ia hendaklah dihilangkan imejnya sama ada dengan menghilangkan tulisannya atau menukarnya.\nTarikh : \n08/09/2005 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "18." "Tajuk : \nPelaksanaan Program Pemberian Kondom, Jarum dan Methadone Percuma Sebagai Langkah Pencegahan Jangkitan HIV/AIDS\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 8 September 2005\n\n\ntelah membincangkan mengenai Pelaksanaan Program Pemberian Kondom, Jarum dan Methadone Percuma Sebagai Langkah Pencegahan Jangkitan HIV/AIDS. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa :\n\n\n\n\nPemberian kondom percuma untuk tujuan pencegahan HIV/AIDS hanya boleh diberi kepada isteri penagih dadah untuk melindungi dirinya dan anak-anaknya daripada jangkitan virus tersebut atas dasar prinsip \n\u2018dar\u2019u al-mafasid muqaddam ala jalbi al-masolih\u2019.\n\n\nProgram pertukaran jarum dan alat suntikan secara percuma kepada penagih dadah tegar adalah tidak harus atas alasan \nsad al-zarai'k.\n\n\nDadah sintetik yang dikenali sebagai methadone boleh digunakan sebagai kaedah perubatan bagi penagih dadah tegar sekiranya tiada ubat lain yang halal dan diakui oleh pakar perubatan Muslim dengan syarat kaedah rawatan ini di bawah kawalan dan pemantauan dari pihak berkuasa.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nTarikh : \n08/09/2005 \nKategori : \nPerubatan\n Baca Selanjutnya" "19." "Tajuk : \nPerbuatan Mengebom Diri Bagi Melawan Musuh\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada\n \n9-11 Disember \n2004 telah membincangkan mengenai \nPerbuatan Mengebom Diri Bagi Melawan Musuh. \nMesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum perbuatan mengebom diri bagi melawan musuh adalah berdasarkan keadaan setempat. Perkara ini hendaklah merujuk fatwa yang telah dikeluarkan oleh ulama-ulama luar negara seperti Yusuf al-Qardhawi dan sebagainya\nTarikh : \n09/12/2004 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "20." "Tajuk : \nPenggunaan Plasma (TV Berinformasi) Ketika Khutbah Dibaca \nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 27-28 Julai 2004 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Plasma (TV Berinformasi) Ketika Khutbah Dibaca. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa harus Menggunakan TV plasma dengan syarat tidak menonjolkan visual yang boleh menyinggung perasaan dan tidak mencemar kesucian masjid.\n\u00a0\nUrusetia hendaklah menyediakan garis panduan penggunaan TV plasma mengikut kesesuaian dan manfaatnya.\n \nTarikh : \n27/07/2004 \nKategori : \nIbadah\n Baca Selanjutnya" "21." "Tajuk : \nPemberontakan Bersenjata untuk Menentang Pemerintah\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 25-26 Februari 2004 telah membincangkan mengenai Hukum Melakukan Pemberontakan Bersenjata untuk Menentang Pemerintah. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum melakukan pemberontakan bersenjata terhadap pemerintah yang sah menurut Islam adalah haram.\nTarikh : \n25/02/2004 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "22." "Tajuk : \nPenerimaan Harta Pesaka (Faraid) daripada Sumber yang Haram \nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 27-29 Julai 2003 telah membincangkan mengenai Hukum Menerima Harta Pesaka (Faraid) daripada Sumber yang Haram. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa h\narta daripada sumber yang haram tidak boleh dipusakai. Sekiranya diketahui pemiliknya maka ia hendaklah dipulangkan. Sekiranya tidak diketahui pemiliknya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.\n\u00a0\nHarta tersebut hendaklah diambil oleh warisnya yang susah (fakir atau miskin) atas kadar keperluan sahaja.\n \nTarikh : \n27/07/2003 \nKategori : \nMuamalat/Ekonomi\n Baca Selanjutnya" "23." "Tajuk : \nPerlantikan Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) Sebagai Amil Zakat Gaji dan Pendapatan\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 27-29 Julai 2003 telah membincangkan mengenai Perlantikan Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) Sebagai Amil Zakat Gaji dan Pendapatan. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa h\narus melantik LHDN sebagai amil bagi zakat gaji dan pendapatan.\n\u00a0\nPegawai yang terlibat dengan urusan kutipan zakat ini hendaklah orang Islam yang faham tentang hukum berkenaan zakat.\n \nTarikh : \n27/07/2003 \nKategori : \nIbadah\n Baca Selanjutnya" "24." "Tajuk : \nWang Pendahuluan Pengguna (Deposit) Menurut Pandangan Islam\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 1-2 April 2003 telah membincangkan Hukum Wang Pendahuluan Pengguna (Deposit) Menurut Pandangan Islam. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa wang yang diperoleh daripada pendeposit boleh dilaburkan dan keuntungannya terpulang kepada syarikat atau pemegang deposit berasaskan perjanjian atau persetujuan yang dicapai oleh kedua-dua belah pihak.\nTarikh : \n01/04/2003 \nKategori : \nMuamalat/Ekonomi\n Baca Selanjutnya" "25." "Tajuk : \n Garis Panduan Pembakaran Buku-Buku yang Mengandungi Ayat-ayat Suci Al-Quran dan Al-Hadith \nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 1-2 April 2003 telah membincangkan Garis Panduan Pembakaran Buku-Buku yang Mengandungi Ayat-ayat Suci Al-Quran dan Al-Hadith. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa:\nBahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran hendaklah dibakar menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.\nBahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibakar hendaklah dipastikan dikumpulkan supaya tidak ditiup angin atau bersepah.\nBahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih atau tempat yang tidak dilalui orang atau dibuang ke dalam laut atau sungai yang mengalir airnya.\u00a0\nKerja-kerja pembakaran hendaklah dikawalselia oleh kakitangan di kalangan orang Islam atau pegawai agama Islam dari agensi berkaitan yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut.\nMenyediakan tempat pembakaran yang khusus bukan tempat pembakaran sampah.\n \nTarikh : \n01/04/2003 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "26." "Tajuk : \n Pembakaran Terbuka\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 14-15 Oktober 2002 telah membincangkan Hukum Melakukan Pembakaran Terbuka. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa pembakaran terbuka yang boleh memudaratkan dan membahayakan kesihatan manusia adalah dilarang.\nTarikh : \n14/10/2002 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "27." "Tajuk : \n Penggunaan Kad Pintar (IQ SMART Card) dan Seumpamanya\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 12-13 Ogos 2002 telah membincangkan Hukum Penggunaan Kad Pintar (\nIQ SMART Card\n)\n \ndan Seumpamanya. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penggunaan kad pintar adalah harus dan mata ganjaran yang diperkenalkan oleh \nIQ Smart Card\n tidak bercanggah dengan syarak.\nTarikh : \n12/08/2002 \nKategori : \nMuamalat/Ekonomi\n Baca Selanjutnya" "28." "Tajuk : \nOrang Islam Memakai Pakaian yang Melambangkan Agama Lain\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 12-13 Ogos 2002 telah membincangkan Hukum Orang Islam Memakai Pakaian yang Melambangkan Agama Lain. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa:\nHaram memakai pakaian yang secara khusus melambangkan agama lain seperti pakaian paderi, \nsanta claus\n, rahib, sami, topi Yahudi dan seumpamanya.\nHarus memakai pakaian yang melambangkan kebudayaan sesuatu bangsa.\nHarus memakai pakaian yang tersebar luas penggunaannya di kalangan orang Islam seperti baju kot, tali leher, topi dan sebagainya.\n\u00a0\nTarikh : \n12/08/2002 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "29." "Tajuk : \nPenggunaan Kad Kredit \nRingkasan : \n Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 3-4 April 2002 telah membincangkan Hukum Penggunaan Kad Kredit. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa asal penggunaan kad kredit hukumnya adalah harus selagi ia tidak terlibat dengan riba dan bayaran balik perbelanjaan mesti dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak bank.\nSekiranya pengguna tidak membayar balik perbelanjaan yang dibuat dalam tempoh yang ditetapkan oleh bank akan dikenakan riba, maka hukumnya adalah haram.\n \nTarikh : \n03/04/2002 \nKategori : \nMuamalat/Ekonomi\n Baca Selanjutnya" "30." "Tajuk : \nMengembiri Binatang Kesayangan\u00a0\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 3-4 April 2002 telah membincangkan Hukum Mengembiri Binatang Kesayangan. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa mengembiri binatang kesayangan (seperti kucing atau anjing) adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga \nmaslahah ammah\n.\nTarikh : \n03/04/2002 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "31." "Tajuk : \n Menggunakan Hasil Rompakan dan Sebagainya untuk Tujuan Berjihad Menentang Orang Kafir \nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 3-4 April 2002 telah membincangkan Hukum Menggunakan Hasil Rompakan dan Sebagainya untuk Tujuan Berjihad Menentang Orang Kafir. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa tidak harus merompak dan menggunakan hasil rompakan untuk tujuan berjihad atau apa saja, walaupun berniat untuk melakukan kebaikan.\nTarikh : \n03/04/2002 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "32." "Tajuk : \nCadangan\u00a0Pembangunan Sistem Kumbahan Sisa Ternakan Babi\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 1 Mac 2002 telah membincangkan Hukum Mengenai Cadangan\u00a0Pembangunan Sistem Kumbahan Sisa Ternakan Babi. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa sekiranya suatu sistem kumbahan sisa ternakan babi disediakan dengan lengkap kemudian diserahkan kepada Kerajaan untuk dilaksanakan oleh pihak tertentu berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan maka ia dibolehkan.\n\u00a0\nSekiranya syarikat atau orang perseorangan yang menyediakan sistem dan segala infrastruktur yang diperlukan bagi pembangunan sistem kumbahan ternakan babi serta pengawasannya kemudian diserahkan kepada individu atau syarikat lain untuk dilaksanakan tanpa sebarang penguatkuasaan dan peraturan daripada Kerajaan maka hukumnya haram.\n\u00a0\nTarikh : \n01/03/2002 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "33." "Tajuk : \nPenentuan Arah Kiblat Menurut Syarak\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 5 November 2001 telah membincangkan mengenai Penentuan Arah Kiblat Menurut Syarak. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penentuan kiblat di masjid atau surau mestilah dibuat berdasarkan arah kiblat dengan menggunakan bantuan peralatan moden dan sebagainya.\nSementara itu penentuan arah kiblat di angkasa lepas juga berpandukan arah kiblat bukan berdasarkan tinggi\u00a0\nTarikh : \n05/11/2001 \nKategori : \nIbadah\n Baca Selanjutnya" "34." "Tajuk : \n Penggunaan Gelatin dalam Makanan dan Barang Gunaan\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 28-29 Ogos 2001 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Gelatin dalam Makanan dan Barang Gunaan. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa:\nGelatin yang diambil daripada kulit atau tulang atau lain-lain anggota daripada binatang yang haram dimakan adalah haram dimakan dan digunakan dalam bahan gunaan seperti kosmetik dan sebagainya.\u00a0\nGelatin yang diambil daripada kulit atau tulang atau lain-lain anggota daripada binatang yang halal yang disembelih mengikut syarak adalah halal dimakan dan harus digunakan dalam bahan gunaan.\nGelatin yang diambil daripada kulit bangkai yang disamak daripada binatang yang halal dimakan maka harus digunakan dalam bahan gunaan mengikut \nqaul jadid\n Mazhab Syafie dalam kitab a\nl-Majmuk Syarh al-Muhazzab\n.\nGelatin yang diambil daripada kulit binatang yang halal tetapi tidak disembelih dan tidak disamak adalah haram dimakan dan haram digunakan dalam bahan gunaan.\nGelatin yang diambil daripada tulang, kuku, bulu, gigi, tanduk dan sebagainya daripada binatang yang halal yang tidak disembelih adalah haram dimakan tetapi harus digunakan dalam bahan gunaan.\n \nTarikh : \n28/08/2001 \nKategori : \nMakan dan Minum\n Baca Selanjutnya" "35." "Tajuk : \nHarta Intelek dan Kedudukannya di Bawah Hukum Syarak\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 25-26 Jun 2001 telah membincangkan mengenai Harta Intelek dan Kedudukannya di Bawah Hukum Syarak. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa: \nHarta intelek adalah pusaka. Mana-mana harta intelek yang tidak bercanggah dengan syarak adalah harus dan boleh dimanfaatkan.\nMana-mana yang bercampur antara unsur halal dan haram, sekiranya boleh dipisahkan maka harus memanfaatkannya.\u00a0Sekiranya tidak boleh dipisahkan maka hukumnya haram contohnya lagu.\nTarikh : \n25/06/2001 \nKategori : \nMuamalat/Ekonomi\n Baca Selanjutnya" "36." "Tajuk : \n Penggunaan Keju Sebagai Bahan Makanan\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 25-26 Jun 2001 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Keju Sebagai Bahan Makanan. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan keju sebagai bahan makanan adalah harus sama ada \nenzyme\n yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang halal yang disembelih mengikut hukum syarak.\n \nTarikh : \n25/06/2001 \nKategori : \nMakan dan Minum\n Baca Selanjutnya" "37." "Tajuk : \nSkim Anuiti Konvensional Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP)\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 9-10 April 2001 telah membincangkan mengenai Hukum Bagi Skim Anuiti Konvensional Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Skim Anuiti Konvensional KWSP adalah haram kerana pelaburannya tidak berlandaskan syarak sementara Skim Anuiti Takaful KWSP adalah harus.\nTarikh : \n09/04/2001 \nKategori : \nMuamalat/Ekonomi\n Baca Selanjutnya" "38." "Tajuk : \nZakat Ke Atas Petronas\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 17 November 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Zakat Ke Atas Petronas. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Hukum Zakat Ke atas Petronas adalah wajib.\n \nTarikh : \n17/11/2000 \nKategori : \nIbadah\n Baca Selanjutnya" "39." "Tajuk : \nPembedahan Plastik\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 2-4 Oktober 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Pembedahan Plastik. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa:\ni-\tMenjalani pembedahan plastik bagi membaikpulih kecacatan sama ada kecacatan asal atau yang \tdisebabkan oleh kebakaran dan lain-lain adalah harus.\nii-\tPembedahan plastik untuk tujuan kecantikan, kebanggaan diri dan seumpamanya adalah haram.\nTarikh : \n02/10/2000 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "40." "Tajuk : \nMenternak dan Menjual Cengkerik dan Seumpamanya\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 2-4 Oktober 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Menternak dan Menjual Cengkerik dan Seumpamanya. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum menternak dan menjual cengkerik dan seumpamanya untuk tujuan perniagaan berdasarkan manfaatnya adalah harus.\nTarikh : \n02/10/2000 \nKategori : \nMuamalat/Ekonomi\n Baca Selanjutnya" "41." "Tajuk : \nMenulis dan Menerbit Bahan-Bahan yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Al-Hadith Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian)\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 2-4 Oktober 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Menulis dan Menerbit Bahan-bahan yang Mengandungi Ayat-ayat al-Quran, al-Hadith Beserta Pandangan-pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian). Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa:\nMeletakkan terjemahan sahaja bagi ayat-ayat al-Quran dan Hadith tanpa teks asal.\nMengasingkan Islam sahaja daripada agama-agama yang lain.\nMengadakan muqaddimah bahawa agama Islam itu adalah berbeza dengan agama-agama yang lain. Ia tidak boleh disamatarafkan dengan agama-agama lain dalam bentuk dakwah ataupun dalam bahan-bahan penulisan dan penerbitan (audio visual).\u00a0Perbuatan sedemikian akan mencemarkan kesucian agama Islam.\u00a0\nUmat Islam diperintah supaya memelihara agama Islam daripada sebarang penyalahgunaan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam sama ada dalam bentuk penulisan, ucapan, penerbitan dan audio visual, pengiklanan dan sebagainya.\n\u00a0\nTarikh : \n02/10/2000 \nKategori : \nIbadah\n Baca Selanjutnya" "42." "Tajuk : \nMewarna Rambut dan Seumpamanya\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 19-21 Jun 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Mewarna Rambut dan Seumpamanya. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:\n\u00a0\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0i.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Bahan pewarna itu bersih dan suci daripada benda-benda yang diharamkan syarak.\n\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0ii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Telap air ketika wuduk dan berhadas besar.\n\u00a0\u00a0\u00a0iii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Tidak memudaratkan pengguna.\n\u00a0\u00a0iv.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Harus mewarna rambut kerana uban dengan warna selain hitam.\n\u00a0\u00a0\u00a0v.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Mewarna rambut dengan warna hitam hanya diharuskan kepada individu yang berpenyakit.\n\u00a0\u00a0vi.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sementara orang yang tidak terlalu tua makruh menghitamkan rambut.\n\u00a0vii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Haram menghitamkan rambut bagi orang yang terlalu tua. Umur tua berdasarkan \nuruf\n setempat.\n\u00a0viii.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Sengaja mewarnakan rambut dengan warna-warna yang pelbagai tanpa sebarang tujuan adalah\nharam.\n\u00a0\u00a0ix.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0Harus bagi perempuan mewarnakan rambut dengan izin suami dan untuk suami.\n\u00a0\nTarikh : \n19/06/2000 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "43." "Tajuk : \nBayaran Zakat Ke atas Syarikat yang Dimiliki oleh Kerajaan dan Agensi Majlis Agama Islam, Yayasan Kepentingan Awam dan Sebagainya.\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 19-21 Jun 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Bayaran Zakat Ke atas Syarikat yang Dimiliki oleh Kerajaan dan Agensi Majlis Agama Islam, Yayasan Kepentingan Awam dan Sebagainya. Syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan dan agensinya, Majlis Agama Islam, Yayasan Kepentingan Awam dan sebagainya wajib membayar zakat\nTarikh : \n19/06/2000 \nKategori : \nIbadah\n Baca Selanjutnya" "44." "Tajuk : \n Orang Bukan Islam Memberi Salam Kepada Orang Islam\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 11-13 April 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Orang Bukan Islam Memberi Salam Kepada Orang Islam. Ucapan salam merupakan syiar umat Islam.\u00a0Orang Islam dilarang mendahulukan salam kepada orang bukan Islam, tetapi dibolehkan memberi salam dalam keadaan bercampur antara orang Islam dan bukan Islam dengan niat salam itu ditujukan untuk orang Islam sahaja.\n\n\n\u00a0\n\n\nSekiranya orang bukan Islam mendahulukan salam kepada orang Islam, maka diharuskan menjawabnya dengan\u00a0lafaz \u0648\u0639\u0644\u064a\u0643 atau \u0648\u0639\u0644\u064a\u0643 \u0627\u0644\u0633\u0644\u0627\u0645, tetapi yang afdalnya (lebih baik) hanya menjawab setakat \u0648\u0639\u0644\u064a\u0643. Tidak diharuskan menyebut lebih daripada itu.\n\n\n\u00a0\n\n\nTarikh : \n11/04/2000 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "45." "Tajuk : \n Memakai dan Menggunakan Saduran Emas\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 11-13 April 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Harus menggunakan emas yang disadur sekiranya saduran itu sedikit. Sekiranya saduran itu banyak maka haram menggunakannya.\nTarikh : \n11/04/2000 \nKategori : \nSosial/Syariah\n Baca Selanjutnya" "46." "Tajuk : \nPenjualan Daging Buaya dan Seumpamanya untuk Makanan Orang Bukan Islam\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 11-13 April 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Menjual Daging Buaya dan Seumpamanya untuk Makanan Orang Bukan Islam. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa:\ni. Hukum menjual daging buaya dan seumpamanya untuk Makanan Orang Bukan Islam kepada orang bukan Islam adalah haram.\nii. Hukum menjual kulit buaya dan seumpamanya yang telah disamak adalah harus.\nTarikh : \n11/04/2000 \nKategori : \nMuamalat/Ekonomi\n Baca Selanjutnya" "47." "Tajuk : \nPerkongsian Lembaga Tabung Haji atau Institusi/Syarikat Islam dalam Syarikat-Syarikat yang Terlibat Dalam Aktiviti yang Bercanggah dengan Syarak. \nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah)(Khas) yang bersidang pada 26 Februari 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Perkongsian Lembaga Tabung Haji atau Institusi/Syarikat Islam dalam Syarikat-Syarikat yang Terlibat Dalam Aktiviti yang Bercanggah dengan Syarak. Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Tabung Haji atau institusi/syarikat Islam lain tidak boleh melabur dalam syarikat percetakan bahan-bahan yang bercampur halal dan haram. Tabung Haji dinasihatkan menarik balik pelaburannya dalam syarikat tersebut. \nTarikh : \n26/02/2000 \nKategori : \nMuamalat/Ekonomi\n Baca Selanjutnya" "48." "Tajuk : \nWanita Haid Membaca Al-Quran\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah)(Khas) yang bersidang pada 26 Februari 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Haid Membaca al-Quran . Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa perempuan yang dalam keadaan haid diharamkan membaca al-Quran berdasarkan pendapat jumhur ulamak.\nTarikh : \n26/02/2000 \nKategori : \nIbadah\n Baca Selanjutnya" "49." "Tajuk : \nPenerbitan dan Pengedaran Terjemahan Al-Quran Tanpa Teks Asal Al-Quran\nRingkasan : \nMesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah)(Khas) yang bersidang pada 26 Februari 2000 telah membincangkan mengenai Hukum Menerbit dan Mengedar Terjemahan al-Quran Tanpa Teks Asal al-Quran. Mesyuarat bersetuju bahawa mana-mana pihak dilarang menerbit dan mengedar terjemahan al-Quran tanpa teks asal al-Quran.\nTarikh : \n26/02/2000 \nKategori : \nIbadah\n Baca Selanjutnya"